Mar252014

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA PENUMPANG DAN ANAK KAPAL PESAWAT MH370

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 24 Mac 2014 jam 10.00 malam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia memaklumkan berkenaan dengan insiden yang membabitkan pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada hari Sabtu, 8 Mac 2014.

Melalui pemakluman tersebut, negara kita telah diberi perkhabaran yang amat menyedihkan mengenai pesawat MH370 tersebut. Berdasarkan kepada analisis terbaru, dirumuskan bahawa pesawat MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth, Australia. Berdasarkan maklumat ini, penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Pada kesempatan ini, saya juga memohon agar keluarga penumpang dan anak- anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam menerima ketentuan ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun.

Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh-roh mereka dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama 1 minit. Al-Fatihah.

[Ahli-ahli bangun dan membaca Al-Fatihah, Ahli-ahli bukan Islam bangun bertafakur]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan strategi-strategi untuk mengatasi masalah kemerosotan mutu sukan bola sepak di negara ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian berpendapat bahawa walaupun kita gagal untuk mempertahankan kejuaraan Piala FAM Suzuki 2012 dan pingat emas Sukan SEA Myanmar 2013, prestasi skuad bola sepak kebangsaan di kalangan negara-negara ASEAN adalah tidak seburuk yang disangka.

Menurut ranking FIFA yang terkini, Malaysia telah melompat ke anak tangga yang ke-141, kedudukan yang lebih baik daripada pesaing-pesaing utama kita seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

Namun begitu, kementerian ini lebih cenderung untuk memastikan satu pelan strategik jangka panjang dibentuk untuk melonjak prestasi skuad kebangsaan ke peringkat yang lebih tinggi contohnya untuk bersaing di peringkat Asia dan dunia. Kita juga mahu menghasilkan lebih ramai pemain-pemain yang boleh diketengahkan ke liga-liga profesional di serata dunia pada masa-masa yang akan datang. Pelan pembangunan bola sepak negara yang bakal dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 April akan menggariskan satu perancangan holistik yang ditumpukan kepada pembangunan bola sepak secara terusan daripada peringkat umur 7 ke 17 tahun.

Pelan ini juga akan disandarkan kepada lima teras strategik iaitu DNA atau falsafah bola sepak negara, kejurulatihan, kemudahan, pertandingan dan pencarian bakat.

Dalam fasa satu pelan pembangunan bola sepak negara untuk tempoh 2014 hingga 2020, perancangan yang telah ditetapkan ialah seperti berikut:

(i) Memperkenalkan DNA bola sepak negara;

(ii) memperhebat penyertaan dan pertandingan untuk pemain daripada umur 7 hingga 17;

(iii) menstrukturkan semula pentadbiran dan pengurusan program pembangunan;

(iv) mempertingkatkan penyelarasan antara pemegang taruh terutamanya KBS, KPM dan FAM; dan

(v) memperkasakan pembangunan kejurulatihan dan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi di semua pusat latihan.

Manakala fasa dua pelan pembangunan bola sepak negara untuk tempoh 2021 hingga 2030 akan memberi tumpuan kepada perkara berikut:

(i) melaksanakan pengauditan dan penilaian program fasa satu;

(ii) melengkapkan ekosistem pembangunan bola sepak sejajar dengan keperluan era profesional; dan

(iii) menstabilkan program bola sepak dengan berteraskan DNA bola sepak negara.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan pelan induk bola sepak ini yang akan dilaksanakan oleh kementerian, tempohnya cuma enam tahun tapi kalau kita lihat kalau kita nak melatih seorang budak itu daripada umur 7 tahun sehinggalah sampai ke tahap profesional paling tidak pun 12 tahun. Jadi, saya nak tanya kementerian kenapa tempohnya cuma enam tahun, satu. Kedua, FAM memang mainkan peranan yang sangat penting dalam hendak lonjak dalam bidang bola sepak ini tapi saya lihat tajaan yang diterima oleh persatuan ini setahun sampai mencecah RM70 juta tetapi dia tidak setimpal dengan prestasi bola sepak kita.

final • 10:00 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jadi, apakah peranan kerajaan dalam membantu FAM supaya ia bebas daripada gangguan politik atau pun kontroversi dalaman? Apakah respons dan tindakan pihak kementerian terhadap desakan-desakan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda supaya dijalankan rombakan menyeluruh FAM ini agar pentadbiran bola sepak Malaysia dapat menghirup nafas baru yang lebih segar? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat. Walaupun tujuh hingga 17 tahun adalah satu masa yang singkat tetapi ini adalah pelan strategik awal. Kita akan memanjangkan program ini sekiranya perlu mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Dari segi peranan FAM seperti mana Yang Berhormat tahu dalam perlembagaan dan juga pemisahan kuasa antara Kementerian Belia dan Sukan dan di mana-mana negara dan juga persatuan-persatuan sukan, kita tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam pemilihan pemimpin-pemimpin di mana-mana persatuan sukan. Namun yang demikian untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemilihan bagi jawatan dan pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia akan berlaku pada tahun ini. Saya difahamkan bahawa pencalonan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Jawatankuasa FAM akan dilaksanakan atau pun akan dilakukan pada bulan ini.

Walaupun Kementerian Belia dan Sukan tidak boleh mencampurkan dalam urus pentadbiran dan pemilihan jawatankuasa tetapi mengikut keadaan dan keperluan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi seperti FAM dan sebagainya sentiasa berbincang demi kebaikan sukan negara. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada KBS kerana telah tampil pada tahun ini sejak sekian lamanya diperkatakan hampir dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, yang mana ianya baru-baru ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Exco FAM dan diterima baik oleh FAM.

Dalam hal ini saya tertarik dengan satu pendekatan yang ada di dalam pelan ini iaitu pengenalan DNA di mana kajian pada tahun 2010 dibuat oleh FIFA menunjukkan negara-negara yang berjaya dalam bola sepak seperti Sepanyol, Belanda dan juga Jerman, mereka mempunyai DNA yang merupakan falsafah dan gaya permainan yang tersendiri yang jelas. Orang boleh bezakan ini permainan Jerman, ini permainan Sepanyol dan sebagainya. Jadi, ini satu pendekatan yang baik. Saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri, apakah strategi-strategi yang telah dirancang ke arah pembentukan DNA untuk bola sepak negara kita ini supaya apabila sampai tempoh yang disasarkan dalam fasa pertama dan fasa kedua, kita berjaya melahirkan pemain-pemain bola sepak yang terbaik untuk mewakili negara kita.

Keduanya, saya ingin tahu daripada pihak kementerian apakah atau pun sebenarnya bukan pertanyaan. Saya mengharapkan kepada KBS supaya memastikan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini menjadi suatu pelan tetap kepada KBS. Ianya tidak berubah walaupun ada perubahan menteri, timbalan menteri dan sebagainya sebagaimana berlaku dalam kebanyakan program tertentu. Ini kerana pelan ini adalah satu yang amat penting yang perlu diberikan kerjasama oleh bukan sahaja KBS tetapi juga kementerian- kementerian lain umpamanya Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Bharu yang sentiasa begitu prihatin terhadap pembangunan sukan di negara ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat adalah satu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara untuk jangka panjang. Maka saya bagi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini bahawa biarlah ada pertukaran di kalangan menteri dan timbalan menteri di KBS tetapi pelan ini akan berterusan sehingga 2030 secara dua peringkat.

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Kedua mengenai memperkenalkan DNA bola sepak negara. Memang ini julung kali kita akan memperkenalkan program ini walaupun sebelum ini negara-negara lain khususnya negara-negara barat telah memperkenalkan program-program DNA untuk pemain-pemain bola sepak mereka. Akan tetapi biar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan semasa perasmian tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucapkan terima kasih kerana penghargaan tajuk bola sepak dibincangkan di Parlimen. Terima kasih. Soalan tambahan saya, saya kurang berpuas hati dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana cara jawapan itu macam longgar bahawasanya pelan ini akan disambung jika perlu. Maknanya macam kementerian sendiri pun belum begitu pasti tentang pelan jangka panjang program pelan induk pemain bola sepak.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri arif dan tahu tentang perkembangan yang berlaku dalam pengurusan bola sepak negara yang mana mengikut peraturan antarabangsa terletak sebagai satu tanggungjawab dan bidang, peranan badan induk dalam negara tersebut.

Badan induk bola sepak dalam negara kita ini agak unik di mana cara pengurusan bola sepak itu dilihat sebagai satu persatuan yang begitu elit sehingga tidak boleh ditegur.

Sedangkan perjalanan persatuan bola sepak, bola sepak adalah satu sukan yang dimiliki oleh orang ramai.

Akan tetapi dalam FAM berdasarkan pada pengalaman saya sendiri tadbir urusnya tidak terbuka dan tidak boleh ditegur. Saya hanya kerana saya menjawab pertanyaan media saya digantung. Juga dalam pengurusan sebab soalan saya ini ada kaitan dengan apa peranan kerajaan. Dalam mesyuarat tahunan kongres berlaku sehingga cukup tahun tidak bermesyuarat, bajet tidak dibentangkan. Dalam statut memerlukan ada jawatankuasa pasukan bola sepak kebangsaan, tidak dibentuk, tidak bermesyuarat dan berbagai-bagai lagi.

Pada masa yang sama ianya diuruskan sebagai satu entiti yang tidak seharusnya sebuah persatuan sukan milik orang ramai diuruskan. Soalan saya ialah di manakah letakkan peranan kementerian dalam soal begini sedangkan semua persatuan sukan dalam negara kita tertakluk di bawah pentadbiran dan pengurusan pesuruhjaya sukan.

Kedua, Yang Berhormat menyatakan Program Pelan Induk Bola Sepak negara ini untuk tempoh sehingga tahun 20, kemudian disambung lagi pada tahun 21. Apakah Yang Berhormat sedar negara seperti Jepun membuat pelan induk bagi tempoh 50 tahun di bawah program dare to dream. Satu tempoh jangka panjang kerana dalam bola sepak, pelan jangka pendek tidak akan membawa ke mana dan saya setuju pengalaman saya jadi menteri, bila bertukar menteri, datang menteri yang baru, hendak tunjuk dia hebat dia ubah.

Jadi saya minta kalau Pelan Induk Bola Sepak Negara ini diperkenalkan oleh Menteri yang bekas Timbalan Presiden FAM, dilancar pula oleh Perdana Menteri. Tidak ada negara sehingga ketua negara terlibat dalam bola sepak, maka minta jaminan kerajaan bila ada pelan induk ini, perlulah pada jangka panjang dan jangan berubah-ubah mengikut selera menteri.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh Menteri main bola, bolehlah dia ubah sedikit.

[Ketawa] Sila, teruskan.

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua atas pandangan atau pun pendapat Ahli Yang Berhormat yang begitu mendalam dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

final • 10:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, mengikut pelan pembangunan bola sepak negara sehingga hari ini yang telah dicadangkan ataupun dirancang oleh KBS adalah untuk menghebat penyertaan dan pertandingan untuk pemain umur dari tujuh tahun hingga 17 tahun.

Walaupun Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam tidak berpuas hati dengan tempoh itu tetapi saya sebagai Timbalan Menteri hanya boleh mengumumkan kepada Dewan ini

final • 10:20 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

apa yang dirancang. Biar jawapan itu longgar tetapi saya tidak mahu beri jawapan yang salah. Itu yang penting. Saya tidak boleh jawab dalam Dewan untuk memuaskan mana- mana pihak. Saya perlu jawab mengikut pelan dan rancangan sedia ada. Sebagai Timbalan Menteri saya tidak boleh buat keputusan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Urusan Menteri menyampaikan apa yang dirancang. Walau bagaimanapun...

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya minta laluan ini.

final • 10:20 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Setiap pandangan Ahli Yang Berhormat akan disampaikan kepada pihak kementerian supaya mengkaji semula sekiranya perlu. Hari ini mengikut pelan strategi yang sedia ada rancangan untuk tujuh tahun hingga 17 tahun.

Sekiranya tidak mencukupi maka kementerian akan mengkaji untuk memanjangkan sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu...

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Minta laluan sedikit Yang Berhormat. Saya minta laluan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri tetapi dari segi tugasnya serupa juga dengan Yang Berhormat Menteri.

Jangan Yang Berhormat jawab macam itu. Saya sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang dalam PIBN ini, dalam pelan induk kalau Yang Berhormat jawab macam itu.

Yang Berhormat walaupun sebagai Timbalan Menteri mesti membawa mesej ini, mesej Ahli Parlimen ini dibawa kepada kerajaan, dibawa kepada kementerian bahawasanya Pelan Induk Pembangunan Bola Sepak Negara perlu dirancang pada jangka yang panjang dan mesti beristiqamah, konsisten dalam pelaksanaannya. Kerajaan mesti beri jaminan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Penyokong-penyokong belum campur lagi ini.

final • 10:20 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Kementerian Belia dan Sukan begitu peka dan serius terhadap pandangan Yang Berhormat dan mesej ini akan disampaikan kepada peringkat atasan secara baik dan kita akan mengkaji semula untuk yang terbaik kepada semua pihak. Majulah sukan untuk negara*.

[Ketawa]*

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang itu penyokong-penyokong belum lagi campur hal. Kalau kedua-dua belah campur, kecoh kita.

final • 10:20 AM

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan usaha kementerian memberi latihan kekompetensi mengikut konvensi STCW (F) kepada nelayan-nelayan dan pelayar kapal sederhana kecil

(kurang dari 500 ton) kurang ilmu navigasi dan kefahaman perundangan laut.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat dari Kuala Langat yang saya lihat bukan sahaja pakar dalam bidang di darat, di laut pun dia pakar. I thought you are unionist di darat, membela pekerja-pekerja di ladang dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memang berusaha untuk memberikan latihan kompetensi mengikut konvensi piawaian latihan, persijilan dan penjagaan untuk nelayan atau dalam bahasa Inggeris disebut Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Fishing Vessel Personnel (STCW-F). Di antara latihan yang diberikan ialah pertamanya kursus asas keselamatan, the basic safety training.

Para nelayan yang mengikuti kursus ini diajar mengenai bagaimana mengendalikan kaedah

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

menyelamat semasa berada di laut dan penggunaan rakit keselamatan, memadam kebakaran, penggunaan alat keselamatan diri, asas bantuan kecemasan dan keselamatan diri serta tanggungjawab sosial. Ini kursus yang agak basic dan memakan masa hanya dalam tempoh lima hari.

Selain daripada itu satu lagi ialah persijilan bagi vessel yang kurang daripada 500 tonnage ataupun 500 gross tonnage (GT) khusus kepada para nelayan akan diajar mengenai penggunaan carta laut, memahami simbol-simbol bahaya di laut, peraturan antarabangsa tentang pelanggaran di laut, penggunaan alat-alat pelayaran dan pengetahuan mengenai cuaca. Selain daripada itu ada juga dimasukkan dalam modul latihan ini cara-cara untuk menangkap ikan yang lebih baik dan memastikan tangkapan ikan dibuat yang boleh menjaga sumber ikan untuk jangka panjang.

Kursus yang kedua ialah untuk engineer officer of less than 750 kilowatt iaitu kursus jurutera kapal untuk yang kurang daripada 750 kilowatt kuasa enjinnya. Dalam secara ringkasnya modul kursus ini ialah mengenai dengan operasi asas setiap komponen enjin, sistem pelinciran, sistem penyejukan, prinsip asas gear, shaft, clutch dan jenis-jenis pam. Kedua-dua kursus yang saya sebutkan tadi iaitu made less than 500 GT dan juga engineer officer of less than 750 kilowatt memakan masa empat minggu jangka masa kursus untuk mendapatkan persijilan. Konvensi STCW-F ini terpakai kepada vessel-vessel nelayan yang melebihi 24 meter panjang. Walau bagaimanapun penguatkuasaan konvensi ini belum dilakukan oleh Jabatan Laut. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang pagi ini begitu mendung dan sepi.

Apa pun soalan tambahan saya ialah mengikut maklumat yang diterima daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut, Datuk Ahmad Othman pada tanggal 22 Jun 2013, mengatakan bahawa perangkaan setakat menunjukkan 43,000 pekerja asing, pelaut yang berkhidmat di negara ini manakala 49,000 merupakan warga tempatan. Kerunsingan itu nampaknya ada relevannya dan menampakkan bahawa apakah kerangka persiapan kita untuk mengajak anak muda menjadi pelaut dan nelayan yang profesional dan mencapai matlamat dalam sekitar lautan yang mendatangkan hasil mahsumnya luar biasa. Ini tidak boleh dinafikan.

Maka soalan saya ialah melihat dari persaingan antara nelayan asing dengan nelayan tempatan persiapan dan juga kelengkapan mereka, apakah kementerian berkesudian untuk menaiktarafkan nelayan ini sampai ke tahap mereka mendapat knowledge atau pengetahuan tentang perundangan laut dan juga navigasi ini supaya mereka boleh bersaing dengan pekerja asing?

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Oh, dahsyat! Inilah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap sedikit mereka kacau. Ini yang masalah.

Saya hendak bercakap bahasa indah supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjawab dengan indah. Betul begitu Yang Berhormat Pasir Salak ya. Jadi soalan saya sudah lari dari soalan tadi. Persaingan dengan nelayan luar ini menjadi satu perkara yang begitu merunsingkan dan melihat daripada 43,000 dengan 49,000 terlalu rapat untuk disaingkan, maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana mungkin boleh kita naik tarafkan mereka ini dalam bentuk sampai ke anak muda mendapat ilmu navigasi dan juga perundangan laut ini sampai ke tahap universiti.

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tahap universiti, maknanya degree sampai ke pakar. Ini akan memberikan motivasi kepada anak-anak muda untuk menjadi pelaut dan nelayan yang baik. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ramai peminat Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah mereka ini.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Langat. Saya rasa Yang Berhormat pun sedar bahawa bukan sahaja kerajaan, kita semua rakyat Malaysia ingin melihat rakyat tempatan mengambil bahagian dalam pelbagai sektor ekonomi yang ada dalam negara kita ini. Kita pun tidak senang dengan melihat pekerja asing dan pendatang tanpa izin dalam apa sektor sekali pun. Akan tetapi kita menghadapi masalah di mana kalau tidak diisi dengan pekerja asing

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

sama ada haram ataupun halal, maka perusahaan kita terjejas. Seperti perladangan dan perikanan pun sama juga. Orang-orang kita ini tidak begitu tahan lasak untuk memasuki perusahaan seperti ini.

Saya mengakui bahawa perangkaan nelayan asing begitu besar sekali sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi, itu keadaannya. Walau bagaimanapun kita akan berusaha dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai satu institut perikanan di Chendering, Terengganu. Institut ini memberikan latihan-latihan yang diperlukan oleh nelayan-nelayan kita supaya mereka mempunyai kemahiran dan menguasai teknologi perikanan untuk menjadi nelayan yang berjaya dan juga berpendapatan lumayan. Akan tetapi kita boleh mengadakan institut, kita boleh mengadakan trainers, kita boleh mengadakan teknologi tetapi kalau tidak ada sambutan daripada rakyat, maka kita tidak boleh berjaya dengan perancangan kita itu.

Bagi menambah dari segi iltizam kerajaan, bukan sahaja institut perikanan di Chendering ini. Yang Berhormat pun ada baca dan mengetahui cadangan kementerian untuk menubuhkan agro universiti. Ramai orang setuju, ramai juga ada yang tidak setuju.

Itu pandangan masing-masing tapi ini menunjukkan komitmen dan semangat kerajaan untuk menaik taraf semua pekerja dan pengusaha dalam sektor pertanian. Tidak kira nelayan, petani, penternak dan sebagainya, sampai kepada tahap sebagaimana Yang Berhormat inginkan tadi iaitu sampai ke peringkat universiti. Ada diploma, ada ijazah dan menjadi pekerja yang berkemahiran. This is what we want. This is serious, this is what we want. We discuss this at our ministry. Our Minister is very committed. So, kita haraplah rakyat jelata pada keseluruhannya dengan seruan daripada semua pihak, kerajaan dan juga pihak pembangkang akan menyambut gagasan yang akan dibawa oleh kerajaan.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita menyebut tentang nelayan ataupun bantuan kepada nelayan, kita sering tertumpu kepada nelayan laut sahaja. Jadi, apa perancangan pihak kementerian untuk memberi bantuan dan juga bantuan teknikal dan sebagainya kepada nelayan darat. Apakah cadangan pihak kerajaan untuk memperhebatkan dan memajukan sektor nelayan darat seperti di sungai-sungai dan tasik-tasik. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga sahabat saya Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar. Ia tidak terkecuali nelayan darat atau nelayan laut. Kalau sekiranya bercakap berhubung dengan bantuan sokongan dan sebagainya, nelayan darat pun boleh mendapat semua itu dengan syarat mereka hendaklah mendaftar sebagai ahli persatuan nelayan yang ada. Masalahnya kita dapati ramai yang sama ada tidak mahu mendaftar, tidak pandai mendaftar dan sebagainya. Akan tetapi sebagai wakil rakyat, saya di kawasan saya Parlimen Pasir Salak umpamanya, kita bantu nelayan-nelayan ini untuk mengisi borang dan mendaftarkan mereka menjadi ahli persatuan nelayan. Setelah itu Tuan Yang di-Pertua, baru mereka ini layak untuk mendapat segala bantuan sama ada pinjaman untuk membeli enjinkah, untuk membeli botkah, sampankah. Apa juga bantuan, mereka juga sama seperti nelayan-nelayan laut sebagaimana yang disebutkan. Itu bahagian pertama soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi.

Yang keduanya, berhubung dengan apakah usaha kerajaan untuk mengembangkan industri perikanan darat seperti akuakultur, penternakan ikan sangkar di tebing-tebing sungai dan sebagainya. Ini untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kangsar, dasar kerajaan ataupun kementerian pada dewasa ini yang telah diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri ialah kita hendak meningkatkan pengeluaran ikan akuakultur, ikan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

Pada waktu ini kita dari segi nisbah keluaran pembekalan ikan darat ini lebih kurang 20% sahaja daripada jumlah keluaran ataupun perbekalan makanan ikan.

Selebihnya daripada laut. Ini tidak begitu sihat dan kerajaan mempunyai satu program baru untuk melihat akuakultur akan membekalkan separuh daripada perbekalan ikan dan keperluan ikan negara. Jadi, daripada 20% akan ditingkatkan kepada 50%. Jadi, ada satu program ataupun perancangan untuk mengembangkan lagi perusahaan ikan dalam sangkar di sungai-sungai, di tasik-tasik dan sebagainya. But, this is new. We have a new

final • 10:30 AM

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Minister, new Deputy Minister. So, we are trying to do this, dengan izin. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mengajukan soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, saya hendak mengalu-alukan kedatangan ke Parlimen ini kepada Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong.

[Tepuk] Sebelah kanan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua nampak handsome hari ini pakai tie merah. Soalan saya soalan nombor tiga.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya pakai tali leher merah. Saya nampak merah sahaja. Sila.

final • 10:30 AM

3. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilangan peruntukan khusus yang akan diberikan kepada kumpulan ibu-ibu tunggal yang mempunyai ramai anak dalam pemberian bantuan kewangan di bawah Skim MyHome memandangkan terdapat banyak kumpulan- kumpulan sasar lain yang juga memerlukan bantuan kewangan tersebut.

final • 10:30 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ucapkan tahniah dan selamat datang kepada wanita Parit Sulong dan ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Parit Sulong yang sekali lagi mewakili Ahli Parlimen Barisan Nasional yang begitu prihatin terhadap usaha Kerajaan Barisan Nasional menjaga dan menangani isu perumahan untuk rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim MyHome ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Skim ini tidak ditawarkan secara khusus berasaskan kepada sesuatu kumpulan sasar seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Sebaliknya, program ini diasaskan kepada pendapatan ketua isi rumah untuk melayakkan mereka untuk mendapatkan rumah di bawah program ini.

Syarat-syarat pemilihan pembeli yang ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur 18 tahun ke atas;

(iii) Pembelian rumah pertama;

(iv) Permohonan satu unit rumah kepada setiap isi rumah; dan

(v) Pendapatan isi rumah seperti berikut:-

final • 10:30 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

Kita ada dua kategori Tuan Yang di-Pertua, iaitu MyHome 1, pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 dan kategori kedua iaitu MyHome 2 di mana pendapatan isi rumah di antara RM4,000 dan RM6,000. Oleh itu, sesiapa sahaja yang belum memiliki rumah boleh memohon untuk membeli rumah di bawah Skim MyHome sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pembeli-pembeli yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman sesawang e-Home iaitu www.ehome.kpkt.gov.my. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang datang ke Dewan untuk menjawab soalan saya pada pagi ini. Lama ya tidak nampak, tetapi Yang Berhormat Menteri yang sentiasa membantu rakyat. Inilah dia Menteri daripada Barisan Nasional.

Dalam bajet yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada umumkan bahawa RM30,000 sebagai subsidi itu adalah untuk membantu pembeli dan bukan untuk membantu pemaju. Ini seperti yang dikatakan dalam Program MyHome tersebut.

final • 10:40 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah bagaimanakah KPKT ini hendak memastikan bahawa mana-mana rakyat yang membeli rumah ini betul-betul layak dan mereka ini adalah yang sebenarnya kurang berkemampuan yang memerlukan rumah murah ini termasuklah yang saya tanya dalam soalan asal saya iaitu mengenai ibu tunggal ini? Walaupun mereka ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap tetapi mereka ini adalah mereka yang patut dilihat, yang patut merasai kenikmatan mendapatkan perumahan murah ini. Itulah yang banyak dikatakan di bawah slogan Kerajaan Barisan Nasional.

Selain daripada itu, saya juga hendak bertanya sama ada kementerian juga ada bercadang untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti taska dan juga tabika ataupun tadika di kawasan Program MyHome ini? Minta jawapan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Parit Sulong yang bekerja kuat sebagai seorang Ahli Parlimen yang sentiasa prihatin.

Tuan Yang di-Pertua, Skim MyHome ini adalah satu skim yang kita wujudkan bagi mengisi kelompongan di antara Projek Rumah Kos Rendah dan juga projek yang dianggap sebagai kos sederhana tinggi. Kita dapati dalam kajian yang kita buat bahawa ramai keluarga yang berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM6,000 yang juga tertekan dengan keadaan perumahan, harga perumahan yang agak tinggi. Jadi kita membuat satu program yang baru yang mana kita khususkan kepada mereka yang berpendapatan sederhana rendah ini iaitu di antara RM3,000 hingga RM4,000.

Kepada mereka seperti ibu tunggal Yang Berhormat, yang mungkin tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, mereka boleh memilih untuk menyewa ataupun membeli perumahan projek perumahan rakyat iaitu projek perumahan kos rendah yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sebanyak 16,000 unit tahun ini Tuan Yang di- Pertua dan untuk PPR dan MyHome ini kita buat untuk golongan yang saya katakan tadi, di tengah-tengah ini kerana mereka juga tertekan. Di kawasan bandar terutamanya, walaupun mereka mempunyai pendapatan RM4,000, RM5,000, RM6,000 dengan anak mereka yang ramai, sudah tentu tekanannya begitu tinggi. Kerajaan telah membuat langkah yang pertama untuk membantu golongan ini yang juga mendapati tekanan yang begitu besar.

Saya cuma kalau boleh saya diberikan peluang sedikit Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan ciri-ciri rumah mampu milik ini. Contohnya, untuk kategori MyHome 1, harga yang dijual oleh pemaju perumahan ialah di antara RM80,000 hingga RM120,000. Unit-unit yang dijual dalam harga RM80,000 hingga RM120,000 dengan keluasan minimum, minimum ya, boleh lebih tetapi minimum 800 kaki persegi akan dijual sekarang ini pada tahap RM50,000 hingga RM90,000 sahaja. Sebanyak RM30,000 itu tidak akan diberikan kepada pemaju tetapi dimasukkan sebahagian daripada kos pembelian rumah. Maknanya akan menjadi deposit awal oleh pembeli tersebut.

Jadi sebagai pembeli, kalau dia hendak membeli rumah harga RM120,000 contohnya, dia boleh menggunakan duit RM30,000 itu sebagai wang pendahuluan, menjadi deposit kepada pembelian rumah tersebut. Ini meringankan lagi beban kepada pembeli tersebut untuk menyediakan deposit yang begitu banyak sekurang-kurangnya 10%, 20% ini. Jadi, RM30,000 itu akan dimasukkan dalam bank Housing Development Account (HDA) akaun pembeli tersebut.

Untuk pemaju perumahan Tuan Yang di-Pertua, kita gunakan skim ini untuk memberi insentif kepada mereka untuk membuat lebih banyak lagi rumah mampu milik ini dengan memberikan RM30,000 itu up front. Contohnya, kalau dalam pemajuan perumahan itu ada 1,000 unit yang layak di bawah kategori MyHome ini, bermakna pemaju perumahan itu akan mendapat RM30 juta daripada kerajaan up front pada hari yang pertama supaya mereka boleh mengurangkan kos pembinaan mereka, kos financing mereka. Jadi dengan adanya insentif ini, mudah-mudahan pemaju perumahan akan membina rumah yang lebih mampu milik di kategori di antara RM80,000 hingga RM250,000. Jadi ini tujuan kita.

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Selain daripada membantu pembeli, ia juga membantu pemaju perumahan dengan memberi insentif kewangan yang boleh didapati mulai dari hari yang pertama untuk mengurangkan kos mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita ucap tahniah atas usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Cuma, saya ingin penjelasan. Apakah satu peruntukan khas ataupun kuota khusus kepada golongan ibu tunggal? Ini kerana golongan ini adalah golongan yang perlu dibela, mereka terbeban dengan kos hidup yang tinggi, dengan menguruskan anak-anak yang ramai. Ini adalah satu perkara yang harus diambil perhatian oleh kerajaan. Begitu juga, sejauh mana perumahan MyHome yang dibuat ini adalah mesra warga emas khususnya? Ini kerana kalau rumah itu bertingkat sampai lima tingkat atau empat tingkat kalau tidak ada kemudahan yang sesuai, maka ini adalah satu kesukaran terutama bagi mereka yang uzur. Jadi sejauh mana inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk mesra ibu tunggal, mesra warga emas, golongan-golongan yang perlu dibela ini?

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau Panjang. Sebelum saya menjawab isu ini, saya terlupa tadi untuk menjawab Yang Berhormat Parit Sulong. Ibu tunggal yang ingin memohon dan layak dari segi pendapatan isi rumah akan dipertimbangkan dan status mereka sebagai ibu tunggal itu akan memberikan sedikit kelebihan kepada mereka. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, kita tidak boleh letakkan kuota kerana saya kira kalau kita bagi kuota ini, dia tidak menyeluruh. Sudah tentu kalau dia layak dari segi pendapatan isi rumah, kedudukan mereka atau status mereka sebagai ibu tunggal itu akan diberi penekanan.

Untuk kelengkapan seperti tadika dan sebagainya, itu memang kita wajibkan diwujudkan keperluan-keperluan tersebut dalam pemaju perumahan.

Untuk Yang Berhormat Rantau Panjang, seperti mana saya katakan tadi, untuk warga emas kita memang mempunyai standard. Bukan sahaja warga emas tetapi penduduk-penduduk ataupun pembeli dan penyewa yang berstatus OKU, kita juga mempunyai unit-unit yang dedicated untuk mereka di mana ada ram dan sebagainya dan ruang bilik air yang lebih besar untuk penyewa dan pembeli OKU tersebut. Standard ini akan kita aplikasikan juga untuk Skim MyHome tadi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan ruang di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Wisma Persekutuan, Seremban untuk keselesaan dan kemudahan pemohon-pemohon pasport dan urusan-urusan lain serta ruang pejabat yang lebih besar untuk kakitangan jabatan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Seremban. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum isu kesesakan ruang di pejabat Jabatan Imigresen Negeri Sembilan terutama semasa musim cuti sekolah dan cuti umum di negeri berhampiran. Bagi mengatasi masalah ini, Bahagian Pekerja Asing yang sedia berada bersekali dengan Bahagian Pasport dan Bahagian Visa, Pas dan Permit telah dipindahkan daripada tingkat empat ke tingkat dua pada bulan Februari yang lalu.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ruang yang ditinggal oleh bahagian pekerja asing tersebut harap dapat memberi keselesaan jangka pendek kepada pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pasport dan Bahagian Visa, Pas dan Permit yang banyak berurusan dengan orang ramai.

Di samping itu, Kementerian Dalam Negeri telah mempunyai perancangan untuk memohon dan membangunkan Projek Kompleks KDN ataupun Mini KDN untuk dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesebelas pada tahun 2016 tertakluk kepada pertimbangan pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Pembinaan Kompleks KDN Negeri Sembilan ini akan menjamin operasi yang lebih selesa dan efisien bagi beberapa agensi di bawah KDN termasuk Jabatan Imigresen. Diharap langkah

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

penyelesaian di atas akan mewujudkan persekitaran pejabat yang menarik, selesa dan seterusnya dapat memberikan motivasi kepada pegawai dan kakitangan untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih baik dan meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan pelanggan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kalau ada perancangan ataupun ada cara supaya pengasingan kaunter-kaunter permohonan pasport dan juga pekerja asing. Itu memang salah satu sebab mengapa kesesakan yang begitu teruk di pejabat imigresen Negeri Sembilan. Cuma saya rasa dari segi orang ramai yang memohon pasport. Masalah utama ialah dari segi queue dia ataupun masa yang panjang untuk memohon, mendapatkan nombor giliran.

Walaupun sekarang ini Jabatan Imigresen memastikan bahawa pasport itu mungkin dapat disiapkan dalam masa satu jam tetapi masa untuk mengambil giliran itu amat lambat. Jadi saya mencadangkan supaya dari segi pengurusan nombor giliran supaya dapat satu sistem yang lebih efisien supaya orang ramai yang pergi ke pejabat imigresen mereka tahu. Mungkin untuk nombor satu hingga seratus. Mungkin dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ataupun nombor-nombor yang kemudiannya mereka dapat datang kemudian supaya tidak perlu terlalu panjang masanya berada di pejabat imigresen kerana saya pernah pergi sana dan melihat orang ramai menunggu berjam-jam untuk mendapatkan nombor giliran mereka untuk membuat permohonan mereka. Jadi saya harap ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya proses membuat pasport ini ada mempunyai lima peringkat. Peringkat pengeluaran nombor untuk mereka ini sampai ke kaunter untuk mendapatkan dan menerima dokumen dan sebagainya, screening NRIC dan sebagainya menerusi kerjasama di antara Jabatan Imigresen dan pihak National Registration berhubung dengan si anu memohon pasport sama ada betul-betul warga Malaysia ataupun tidak. Hal ini dibuat di kaunter yang pertama.

Di peringkat ini kadang-kadang kita lihat bahawa ada kelambatan berlaku oleh kerana kita juga tertakluk kepada berapa mesin yang di belakang itu. Kalau di satu-satu tempat mempunyai satu sahaja mesin, kapasiti mesin itu adalah terhad kepada berapa banyak yang boleh dibuat pada hari itu.

Jadi ini kita lihat di kawasan di tempat- di Seremban, Negeri Sembilan ini mempunyai batasan sedemikian. Walau bagaimanapun, kita masih memohon kepada pihak kerajaan supaya menaikkan tahap– bukan menaikkan tahap dengan mesin-mesin yang berlainan tetapi menaikkan tahap dengan memberi tambahan mesin untuk print pasport di belakang itu iaitu dalam bilik proses itu sendiri. Kalau ditambah mesin itu dengan sendirinya kaunter itu boleh dipercepatkan dan jumlah-jumlah nombor yang diterima oleh pelanggan yang datang itu boleh diberi lebih banyak lagi daripada tempat-tempat yang lain.

Contohnya di Shah Alam mempunyai tiga buah mesin. Dia boleh memproses sehingga 400 lebih pasport dalam masa satu hari. Akan tetapi kalau tempat yang hanya mempunyai satu mesin, maksimum dia hanya boleh membuat 150 pasport dalam satu hari.

Ini menjadi constrain. Kalau tidak, mesin itu overheating dan dia tidak boleh memproses dan tidak boleh membuat printing dan sebagainya. Jadi inilah yang kita telah kaji dan kita lihat pihak Jabatan Imigresen berbincang dengan kementerian dan kementerian telah berbincang dengan pihak EPU untuk diupgrade semua -mesin ini ditambah di pejabat itu di seluruh negara, Yang Berhormat. Kita masih mengkaji.

Saya juga menerima laporan yang sama ataupun complaint yang sama daripada Pulau Pinang, daripada Johor, daripada KK. Banyak negeri lain yang khususnya yang mana apabila sampai masa cuti ataupun masa cuti sekolah, kita lihat permohonan ini datang berlambak. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan spesifik?

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ya, soalan spesifik tentang Jabatan Imigresen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan asal berkenaan dengan Jabatan Imigresen.

Saya ingin memberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa baru-baru ini pihak

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

kami telah pun menerima berbagai-bagai aduan daripada pihak majikan yang cuba memperbaharui permit pekerja mereka untuk pekerja asing. Saya bagi contoh di Jabatan Imigresen Perak. Satu hari hanya dihadkan kepada 40 nombor sahaja. Ini mengakibatkan ramai majikan terpaksa beratur sejak pukul 3.00 pagi dan kebanyakannya satu hari tidak dapat diselesaikan. Mungkin kementerian tidak dimaklumkan masalah spesifik ini.

Apakah rancangan kementerian supaya masalah ini dapat diselesaikan kerana majikan-majikan ini mereka tidak perlu lagi beratur. Kadang-kadang terpaksa datang sebanyak tiga hingga empat kali hanya untuk memperbaharui permit pekerja asing mereka.

Apakah rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat dan Tuan Yang di- Pertua, walaupun soalan ini terkeluar sedikit daripada soalan asal tetapi soalannya adalah relevan kepada Jabatan Imigresen. Sebenarnya, Yang Berhormat, kita mengambil serius.

Saya secara peribadi memahami dan mengetahui berhubung dengan kelambatan untuk pengeluaran dan pemprosesan renew permit khususnya. Ini kerana selepas operasi 6P itu ditamatkan dahulu, kita mempunyai batasan yang tertentu, had jangka masa yang tertentu dan kita adakan satu operasi lagi yang mana operasi pengampunan tidak lagi dibuat di bawah 6P sekarang. Maknanya tiap-tiap orang yang datang kepada kaunter kita, kita kena kenal pasti.

Pertama, orang itu genuine sebenarnya. Pekerja yang benar-benar mendapat kad daripada kita. Di luar sana Tuan Yang di-Pertua, minta maaf saya hendak sebut banyak juga orang yang buat kad-kad palsu yang masih memeningkan kepala pihak Jabatan Imigresen untuk memikirkan. Itulah kenapa kerajaan memutuskan. Cabinet committee telah memutuskan supaya sehingga 31 Disember 2014, kita akan beri semua pekerja asing di negara ini mempunyai kad-kad yang tertentu mengikut sektor-sektor yang tertentu. Ini telah diluluskan. Proses ini telah dilaksanakan tetapi belum semuanya mendapat kad-kad yang dijanjikan oleh kerajaan itu kerana had jangka masa kita sampai 31 Disember tahun ini.

Jadi dengan itu Yang Berhormat, kita juga melihat soal ruang dan mekanisme untuk kelulusan pekerja yang hendak memperbaharui kad pekerja-pekerja itu. Kita juga ada dasar yang tertentu. Berapa kali si anu boleh memperbaharui kad kerjanya di negara ini. Berapa lama dia boleh berada di negara ini untuk memperbaharui. Adakah mereka perlu pulang dahulu selepas bekerja umpamanya dua penggal. Dua kali selama lapan tahun, mungkin. Dasar ini, peringkat dasar kita masih berbincang dalam soal itu. Kalau itu boleh diatasi nanti, insya-Allah perkara yang Yang Berhormat sebut tadi boleh diatasi.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

5. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kajian penyelidikan yang telah dijalankan oleh pensyarah dan mahasiswa universiti dalam serta luar negara dan sejauh mana hasil penyelidikan ini digunakan bagi membantu pembangunan negara.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu dari tahun 2011 sehingga tahun 2013, sejumlah 1,316 kajian penyelidikan telah dijalankan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Bidang kajian tersebut adalah penyelidikan fundamental yang meliputi lapan cluster utama iaitu sains tulen, sains gunaan, sains kesihatan dan klinikal, sains tabii dan warisan negara, teknologi dan kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, sains sosial dan sastera dan sastera ikhtisas.

Hasil output dan impak program penyelidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia meliputi penghasilan modal insan berpengetahuan tinggi, penerbitan dalam jurnal- jurnal di peringkat dalam negara dan antarabangsa, penghasilan harta intelek, produk untuk dikomersialkan serta jaringan kolaborasi dengan industri tempatan dan luar negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga Ogos 2013 sebanyak 1,647 modal insan telah dihasilkan seperti graduan PhD. Bagi penerbitan penyelidikan berimpak tinggi pula, sebanyak 3,084 bilangan penerbitan telah dihasilkan oleh pensyarah manakala sebanyak 210 harta intelek (IP) telah dihasilkan daripada geran-geran yang telah diluluskan di bawah RMKe-10.

Pencapaian output penyelidikan yang dinyatakan tersebut dapat disokong dan dibuktikan melalui pencapaian keseluruhan negara terutamanya dalam menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi.

Bagi soalan sejauh mana hasil penyelidikan ini digunakan bagi membantu pembangunan negara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelan 2001-2010 Kementerian Pendidikan Malaysia mengakui bahawa kejayaan dan kecemerlangan institusi pengajian tinggi bergantung sebahagiannya kepada:-

(i) kemampuan untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi;

(ii) berkemampuan menjana pengetahuan baru; dan

(iii) mempunyai nilai komersial.

Sehubungan dengan itu, penyelidikan-penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah universiti menjadi nadi utama pembangunan negara dalam pelbagai sektor ekonomi, politik, sosial dan juga teknologi.

Hasil-hasil dari penyelidikan ini akan dikomersialkan untuk menjamin kualiti hidup masyarakat dari segi memenuhi matlamat pembangunan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil dalam meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan di IPT dan bagaimana pencapaian bahan-bahan penerbitan IPTA antarabangsa di kalangan negara-negara jiran kita? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Enam langkah yang telah kita kenal pasti. Di antaranya adalah seperti berikut:-

(i) Untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengkomersialan yang dianggotai oleh lima ahli panel daripada pihak industri yang memberi khidmat nasihat untuk membantu dan mengenal pasti rakan kongsi industri;

(ii) kementerian telah mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan

(RMC) dan Unit Hubungan Industri di IPTA;

(iii) menggalakkan IPTA menubuhkan syarikat utama (holding company) dengan izin bagi mempergiatkan aktiviti pengkomersialan dan menjalinkan hubungan dengan industri;

(iv) mewujudkan kerjasama pintar di antara IPTA dan pihak industri dalam perkongsian keuntungan harta intelek dan dari segi;

(v) menggalakkan IPTA menyertai pertandingan reka cipta R&D di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa bagi mempromosikan hasil reka cipta inovasi dan produk R&D IPTA; dan

(vi) mempromosikan produk-produk R&D IPT melalui perancangan media (media plan) iaitu hasil-hasil R&D IPTA dihebahkan melalui laman web, media cetak dan elektronik.

Mengenai soalan international publications di mana status kita berbanding dengan negara-negara jiran, saya baru menerima satu laporan daripada Research Centre Julich Germany yang memberi perbandingan di antara tahun 2000 dan tahun 2009. Pada tahun

final • 11:00 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

2000, Research International Publication daripada Malaysia sebanyak 1,328. Ini daripada kajian yang dibuat oleh negara Jerman.

Pada tahun 2009 ialah 6,672. Peningkatannya dalam sembilan tahun ini ialah 402% dan ini merupakan di antara peningkatan yang terbaik di rantau ini berbanding dengan contoh negara Singapura, tahun 2000 mereka ada 5,546. Tahun 2009 ialah 10,569.

Peningkatannya 90%.

Ada contoh-contoh beberapa negara jiran kita tetapi nampak benar Research Centre Julich Germany ini menyatakan ada penambahan lebih 400% dari segi international publication of the individual countries dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selalunya kajian apabila satu kajian hendak dibuat, dia merupakan satu perkara yang baru dan inovasi yang baru.

Jadi persoalan saya, apakah contoh hasil penyelidikan terutamanya di bidang reka cipta yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik universiti yang kita dapat pasarkan di peringkat antarabangsa kerana pada saya, ini merupakan satu bahan komoditi yang baik kalau hasil ini dapat kita pasarkan di peringkat antarabangsa. Boleh atau tidak, Yang Berhormat Menteri memberi contoh antara hasil reka cipta yang dihasilkan oleh pihak universiti hasil daripada kajian mereka di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Banyak contoh. Saya akan gariskan dua contoh. Kalau hendak, maksud banyak contoh, ini dia.

Ini merupakan inovasi di persada institusi pengajian tinggi Malaysia, 2011 – 2012.

[Sambil menunjukkan contoh laporan berkaitan] Kita dalam proses untuk mengeluarkan tahun 2012-2013. Di sini kita telah gariskan segala penyelidikan yang tinggi yang telah dipasarkan yang telah memenangi kejuaraan, menjadi johan dalam bidang-bidang berkenaan yang telah pun diambil oleh syarikat swasta yang mana telah mendapat pengiktirafan dari kementerian yang mana produk yang boleh dikomersialkan, yang mana produk yang berpotensi untuk dikomersialkan. Akan tetapi sebagai contoh, saya akan beri dua.

Satu, daripada USM. Penyelidikan mereka untuk mengeluarkan Halal Vaccine dengan izin dengan kerjasama dengan Finlay Institute Cuba merupakan satu pertemuan yang begitu hebat sekali. Mempunyai satu masa depan yang cemerlang dan saya rasa ia akan mengukuhkan lagi negara kita sebagai halal hab di rantau ini. Yang pertama. Yang kedua, Universiti Malaya, Diesel Bio Pro. Diesel Bio Pro ini merupakan ciptaan Dr. Ishini Mohd. Nor, Penyelidik Utama daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya untuk diperbuat daripada sisa kelapa sawit. Bio Pro Diesel ini dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana ia dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menanggung subsidi minyak diesel sekali gus berpotensi untuk menjana pendapatan sehingga RM40 bilion setahun. Ini baru dua Yang Berhormat. Kita boleh gariskan pencapaian kecemerlangan IPTA dalam banyak lagi cluster-cluster yang mana penyelidikan, 1,316 penyelidikan kita telah gariskan tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sangat tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang ini berkait dengan isu kajian penyelidikan dalam membantu pembangunan negara terutamanya dalam sektor pendidikan yang sememangnya ia satu kemestian dan juga satu kewajipan supaya satu-satu polisi yang dikeluarkan itu tidak sia-sia dan merugikan wang rakyat terutamanya apabila hanya dilaburkan kepada kegagalan polisi tersebut.

final • 11:00 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Saya mengambil contoh PPSMI. Mula secara berperingkat tahun 2003 yang kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2012. Belanjanya ialah RM3.5 bilion duit rakyat yang akhirnya Yang Berhormat Menteri mengakui kegagalan sistem PPSMI ini dan terbaru ialah PBS dan juga PT3 yang mana ianya menggantikan peperiksaan PMR. Tidak berapa lama ia dijalankan, terpaksa pinda pula dan saya pun tidak pasti berapa jumlah kos yang terpaksa dihabiskan yang akhirnya kerajaan tukar pada mekanisme baru yang dianggap

final • 11:10 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

sebagai mesra guru. Jadi soalan saya ialah saya melihat seperti kajian dan penyelidikan yang dibuat selama ini tidak teliti dan separuh masak dan akhirnya menemui kegagalan dalam satu-satu polisi yang diamalkan.

Apakah kerajaan tidak bercadang selepas ini dalam apa juga bentuk polisi yang akan dibuat oleh pihak kerajaan termasuklah penyelidikan yang dibuat mesti bentang terlebih dahulu kepada Parlimen ataupun sekurang-kurangnya bentuk satu jawatankuasa yang diwakili oleh pakar-pakar dan juga Ahli-ahli Parlimen yang mewakili semua parti untuk sama-sama melihat polisi dan juga dasar yang hendak dibuat oleh kerajaan supaya ia lebih telus dan lebih baik. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Kerajaan tidak akan mensia-siakan geran yang diberi dalam aspek pendidikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalannya merupakan soalan IPTA dan penyelidikan. Kalau IPTA hendak buat penyelidikan, kena bentangkan di Parlimen, mungkin tidak sesuai dan tidak boleh tetapi kalau benda-benda, dasar-dasar yang lain boleh bincang. Saya ingin betulkan pendapatan Yang Berhormat, PBS tidak gagal. Kita menambah baik okey, memastikan meringankan beban guru. Biarlah mereka yang ketawa, ketawa itu mereka hanya ketawakan diri mereka sendiri. Tidak apa, tidak kisah yang hakikatnya kita melaksanakan PBS, kita sedar ada kelemahan. Kita juga telah memastikan kita mendapat input daripada guru-guru, mendapat pandangan daripada guru-guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Kita sedar ada kelemahan. Kita telah betulkan kelemahan itu dan telah diterima baik oleh NUTP dan pengguna.

Kita akan terus melaksanakan apa yang baik dan kita meringankan tanggungjawab guru. Kita akan memastikan perkara ini akan dilaksanakan dengan cara yang terbaik tapi atas beberapa cadangan yang telah Yang Berhormat beri yang ikhlas saya terima dan sekiranya perlu kita akan bawa berbincang. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

6. Tuan Wong Chen [Kelana Jaya] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah badan ujian meter elektrik bebas berbanding dengan amalan pemeriksaan oleh syarikat-syarikat utiliti untuk mengesahkan ketepatan meter mereka sendiri. Adakah Menteri bersetuju bahawa amalan sekarang menimbulkan isu konflik kepentingan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang telah mengemukakan soalan berhubung dengan meter elektrik TNB.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Yang Berhormat Kelana Jaya bahawa meter-meter TNB yang sedia ada diproses dan di akreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan kepada Malaysia Standard ISO/IEC, International Electronic Commission 17025:2005. Akreditasi SAMM dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Meter-meter elektronik TNB juga diuji dan dikolaborasi di bawah piawaian antarabangsa seperti MSIEC 65053/11, Malaysian Standard IEC 6205321, MSIEC 2505322 dan MSIEC 2505323.

Selaras dengan usaha memperkemas dan menambah baik proses pengujian dan penentusahan meter-meter elektrik bermula pada Jun 2013, kementerian bersama dengan Suruhanjaya Tenaga telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, SIRIM QAS International, National Metrology Lab-SIRIM Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan pengilang-pengilang meter elektrik. Satu garis panduan berkaitan proses pengujian dan penentusahan meter-meter elektrik, Guideline for The Electricity Meters: Approval Testing and Initial Verification Requirements dengan izin, telah dibangunkan bagi memastikan setiap meter elektrik melalui proses pengujian, penentu karan dan penentusahan selaras dengan keperluan-keperluan metrologi. Untuk memastikan ketepatan meter terjamin, garis panduan ini mengehendaki setiap jenis jenama meter elektrik yang dipasang perlu mendapat kelulusan:

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

(i) pattern approval daripada National Metrology Laboratory ataupun Makmal Sains Pengukuran;

(ii) certificate of approval daripada Suruhanjaya Tenaga; dan

(iii) product certification daripada SIRIM QAS International.

Setiap unit meter yang telah mendapat semua kelulusan ini akan dibenarkan menampal pelekat SIRIM ST kepada meter tersebut. Mulai 1 Januari 2013, TNB telah diarahkan untuk memastikan semua meter yang akan dipasang di premis-premis pengguna mematuhi keperluan di bawah garis panduan tersebut dan dilengkapi dengan label ST SIRIM.

Pada masa ini Suruhanjaya Tenaga bersama SIRIM QAS International sedang menjalankan pengujian ke atas meter digital di premis pengguna secara sampling dan bilangan meter yang akan diuji akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu kementerian berpandangan bahawa keperluan untuk menubuhkan satu badan bebas untuk menguji ketepatan meter adalah tidak perlu pada masa ini kerana pemeriksaan dan pengujian ketetapan meter akan dilaksanakan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga, dibantu oleh SIRIM QAS. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa isunya, isu pokok ialah tentang selepas dipasang. Sampling yang Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan itu adalah terlalu sedikit. Apakah peratus sampling yang dilakukan?

Adakah 1% ataupun 0.1%? Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

Saya hendak tanya soalan tambahan. Kita tahu selepas dipasang elektrik ini, digital meter ini, terdapat terlalu banyak pengguna elektrik, bil mereka meningkat 10% ke 30%. Oleh itu saya hendak tahu berapakah complaints yang telah dibuat kepada Tenaga Nasional dan juga kementerian ya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, untuk jawab soalan daripada Yang Berhormat tadi berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan meter elektronik ini, sukalah saya menyebut di sini yang pertamanya adalah bahawa sekarang ini dalam kita menggunakan dua jenis meter. Satu yang kita panggil elektro mekanikal dan satu lagi ialah elektronik.

Elektro mekanikal mudahnya adalah meter elektrik yang sudah tua dan elektronik adalah meter baru yang kita gunakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini pun ada dua kategori. Satu ialah elektro mekanikal dan satu lagi adalah elektronik. Jadi yang lama- lama ini kita panggil elektro mekanikal. Yang baru ini kita panggil elektronik.

Jadi dalam pemasangan ini, untuk makluman Yang Berhormat Kelana Jaya, kita sedang menubuhkan, pihak kementerian dan juga suruhanjaya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji meter-meter yang sudah dipasang, meter-meter elektronik yang sudah dipasang dari segi pematuhan dan dari segi penggunaannya untuk direkodkan supaya penggunaan elektrik yang lebih tepat. Jadi untuk tujuan itu, kita menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji selepas meter dipasang di premis-premis.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Pada waktu ini sampling yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi, yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Tenaga melihat memang tidak banyak akan tetapi meter elektronik yang telah dibuat sampling terhadap 914 meter, hanya tujuh meter yang rosak. Daripada jumlah 914 itu hanya tujuh meter yang rosak ataupun 0.83%.

Selain daripada itu juga, Yang Berhormat tadi sebut mengenai dengan peratus.

Saya sebut di sini untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa pada waktu ini kegunaan keseluruhan, meter elektro mekanikal yang masih digunakan pada waktu ini di seluruh premis ini berjumlah 3.8 juta. Jadi, maknanya penggunaan meter elektrik ini berada pada tahap yang sedikit berbanding dengan elektro mekanikal pada waktu ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu.

[Disampuk] Kalau saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan pun Yang Berhormat, sama juga bisingnya. Sila Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu ini memang, di bawah banyak rakyat tidak puas hati. Apabila mereka tukar kepada meter baru, mereka punya anggaran banyak berbeza. Dahulu meter yang lama mereka mungkin bayar contohnya, RM100 lebih. Apabila tukar meter baru, mereka kena bayar dekat RM400.

So, kalau boleh apa salahnya kita minta satu independent body kasi *test...

accuracy,* memuaskan hati rakyat. Meter lama dan meter baru kita test, tengok macam mana. This is the thing we need to clear the air. Kita tidak boleh pusing sini dan sana.

Rakyat tidak boleh terima, rakyat tidak boleh setuju. Ini mustahak. Kalau tidak rakyat sampai bila tidak berubah hati. Kalau tidak kita sampai kempen berhabisan pun rakyat tidak setuju. Ini masalah rakyat kita selesaikan.

Saya rasa kita tubuhkan body ini, kita bolehlah bagi satu penjelasan kepada pembangkang pun sama juga. Di bawah kempen ini, pembangkang kasi racun kepada rakyat. Kita sekarang memang hendak kasi kongkalikung kita kasi selesai. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Ini sangkaan buruk Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu atas soalan tadi. Saya ingin jelaskan di sini bahawa untuk Semenanjung ini, utiliti ataupun syarikat yang diberi lesen ini adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akan tetapi yang menguruskan sekarang ini, yang membuat sampling ataupun yang membuat uji kaji terhadap sampel-sampel meter ini adalah Suruhanjaya Tenaga dan juga ‘Kementerian Hal Ehwal Pengguna’ dan juga SIRIM.

Jadi, mereka ada sebuah komiti, sebuah team. Contohnya saya bagi di sini Yang Berhormat, 914 meter ini dibawa meter lama dan meter baru, di test. Jadi, sememangnya diakui ada yang apabila dimasukkan meter lama dan dimasukkan meter baru, ia ada lebih jumlah bayaran dikenakan. Akan tetapi average yang diberi di sini dan dimaklumkan kepada kementerian di sini lebih kurang 5% yang lebih daripada sepatutnya dibayar pada masa dahulu. Ini laporan daripada jawatankuasa yang diberi kepada kementerian setakat- apa pun terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Bintulu. Saya akan bawa balik ke kementerian untuk selanjutnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, ada soalan tambahan. Boleh tanya tak?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mahu? Belum lagi saya panggil Yang Berhormat. Mahu juga Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya Kinabatangan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soal air dan elektrik ini memang penting.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, ini sebetulnya memang masalah. Terima kasih, peluang ini saya kemukakan kepada Menteri. Memang betul kerana hari ini pun masih ramai di kalangan pengguna kita yang tidak puas hati dengan bil elektrik yang dikenakan kepada mereka. Biasanya ada di antara bantahan-bantahan ini, bil mereka semasa iaitu RM200, RM300 tiba-tiba jadi ribu-ribu.

Saya setuju bahawa perlu ada penguatkuasaan yang lebih terperinci di samping mungkin dijaga oleh Suruhanjaya Tenaga mungkin kena macam juga polis dan pendakwa raya iaitu lain pihak menyiasat, lain pihak mendakwa. Jadi kita pun kena begitu. Mungkin TNB membekalkan tenaga tetapi yang collecting bill itu diberi atau outsourcing kepada orang lain. Dengan demikian sudah pastinya mungkin sudah ada kepuasan di kalangan

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

rakyat dan boleh mengatasi masalah yang dihadapi sehingga pada hari ini. Terima kasih Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan atas pandangan yang telah diberikan tadi. Saya kira bahawa soal yang berkaitan dengan utiliti ini, soal tenaga dan juga bekalan air seperti yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua adalah merupakan soal harian rakyat. Jadi, ada berbagai-bagai masalah, ada berbagai-bagai ketidakpuasan hati yang timbul di kalangan rakyat berhubung dengan isu ini termasuklah isu yang berkaitan dengan meter yang telah diganti oleh pihak TNB.

Sememangnya diakui ada kes yang melibatkan kenaikan pada bil. Akan tetapi yang saya nyatakan tadi bahawa meter yang baru ini sebenarnya adalah meter yang telah diuji kejituannya dan ketepatannya. Cuma barangkali apabila ditambah atau diganti, ia akan melibatkan rasa tidak puas hati. Apa pun pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan meter ini akan dibawa sekali lagi balik ke kementerian. Kemudian kita akan berbincang dengan pihak TNB, dengan Suruhanjaya Tenaga dan agensi yang berkaitan supaya barangkali lebih baik cara kita menyelia meter- meter yang baru dipasang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan akan membina bangunan mahkamah baru yang lebih baik dan selesa di Jerantut.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas soalan yang dikemukakan tadi. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada projek-projek pembinaan mahkamah baru di ibu-ibu negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan bilangan kes yang banyak, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret yang mencukupi di daerah-daerah seluruh negara.

Antara faktor penting yang diberi perhatian dalam menyusun senarai keutamaan projek-projek ini adalah peningkatan bilangan kes di sesuatu daerah atau keadaan fizikal bangunan mahkamah sedia ada yang tidak kondusif. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengenal pasti wujudnya keperluan untuk membangunkan mahkamah- mahkamah baru di beberapa daerah di seluruh negara termasuklah Mahkamah Majistret Jerantut yang pada masa ini beroperasi di bangunan Pejabat Daerah Jerantut.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa rancangan pembinaan mahkamah baru Jerantut sememangnya diberi keutamaan dalam permohonan-permohonan projek pembangunan mahkamah baru. Namun terdapat keperluan yang perlu diberi perhatian segera untuk dilaksanakan projek pembangunan mahkamah di beberapa mahkamah lain terlebih dahulu. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham terdapat banyak permohonan untuk pembinaan mahkamah-mahkamah baru bukan sahaja dari Jerantut tetapi juga daripada rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Cuma apabila kita tanya biasalah kerajaan menjawab, ada suatu jawapan yang standard, dimasukkan dalam perancangan, tunggu giliran.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya amat yakin kalau sekiranya Yang Berhormat Menteri pergi melihat sendiri ke mahkamah di Jerantut hari ini, saya yakin dia juga akan terus meluluskan mahkamah baru ini. Cuma saya hendak tanya, apakah kriteria selain daripada yang dinyatakan tadi, adakah kriteria-kriteria lain yang boleh diguna pakai kerana mahkamah di Jerantut ini bukan pejabat daerah Yang Berhormat Menteri, tetapi bangunan pejabat daerah yang lama yang disewa sangat tidak kondusif. Dipohon penjelasan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut di atas soalan tersebut. Ingin saya nyatakan di sini, di antara kriteria yang kita ambil kira iaitu bilangan kes dan juga struktur bangunan yang sedia ada. Untuk statistik bagi rujukan Yang Berhormat Jerantut, bagi tahun 2012, jumlah kes pendaftaran kes sivil adalah sebanyak 164 kes dan kes jenayah adalah sebanyak 655 kes. Manakala pada tahun 2013, jumlah pendaftaran kes sivil adalah sebanyak 254 kes dan 651 kes bagi kes jenayah. Jadi setakat Februari 2014, pendaftaran kes sivil adalah sebanyak 51 kes dan kes jenayah adalah 260 kes.

Kesemua kes-kes tersebut adalah kes semasa. Jadi ini dikira masih juga belum dapat diambil kira sebagai keutamaan. Namun begitu Yang Berhormat Jerantut, saya ada senarai di sini di mana mahkamah baru di Jerantut memang sudah termasuk dalam senarai. Jadi insya-Allah kita harap Yang Berhormat Jerantut bersabar kerana banyak juga mahkamah lain juga memerlukannya. Jadi, ini memang sudah ada dalam senarai kita.

Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya memanggil Menteri yang berkenaan untuk menyambung hujah, saya ingin menyelesaikan suatu perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching minggu lalu dan kelmarin iaitu mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) berhubung kait dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri sewaktu menjawab soalan lisan pada minggu lalu.

Jadi saya ingatkan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching untuk berdiri supaya apa nanti yang dihujah itu mesti berkisar kepada yang disebut pada ketika itu menurut rekod dalam Hansard. Jadi saya mohon Yang Berhormat nyatakan kepada saya dengan jelas di mana perkataan- perkataan yang telah dihujah oleh Menteri Dalam Negeri yang Yang Berhormat fikir melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12) sehingga perlu Dewan ini untuk mengambil ketetapan bahawa beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sila.

final • 11:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya akan baca daripada Hansard dan merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang saya rasa telah menghina kaum-kaum lain di negara ini. Pada 18 Mac 2014, semasa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat dari Santubong memberi statistik mangsa jenayah rogol yang melibatkan remaja berumur 15 tahun ke bawah bagi tahun 2012 di mana 80% daripada mangsa yang dilaporkan adalah daripada kaum Melayu.

Selepas memberikan statistik itu, beliau mengatakan dan saya akan quote; “Sebenarnya oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat oleh pihak-pihak ini. Pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya, maka nisbahnya dapat diterima. Perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain.” Saya ingin merujuk specifically kepada kenyataan, “Perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain.” Perkara yang berlaku itu yang dirujuk, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kes rogol melibatkan remaja 15 tahun ke bawah.

Perkara itu yang dikatakan oleh beliau bahawa boleh diterima oleh pihak-pihak lain, saya rasa ini satu jenayah yang kita semua kecam, kita semua kutuk. Kita tidak boleh terima, tidak kira orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan-Dusun. Tidak ada orang yang boleh terima.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu saya rasa...

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini bukan berhujah.

Saya mahu tahu di mana perkataan-perkataan yang dihujah...

final • 11:33 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, perkataan yang saya rujuk tadi...

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat. Saya belum siap lagi Yang Berhormat. Saya hendak tahu di mana perkataan-perkataan yang Yang Berhormat fikir melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana ini tertakluk kepada pengertian ataupun interpretasi Yang Berhormat. Selepas itu baru boleh saya menimbang apabila mendengar pula hujah daripada sebelah. Ini kerana setiap pengertian ataupun definisi yang kita beri itu berbeza. Di mahkamah pun soal defamation, terpaksa ada bukti-bukti yang tertentu. Sila sambung.

final • 11:33 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh itu saya rasa saya hendak merujuk kepada phrase itu, “Perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain.” Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak ada asas dan menghina orang-orang bukan Melayu. Ini kerana kes-kes rogol melibatkan remaja 15 tahun ke bawah itu tidak dapat diterima oleh anyone! Oleh itu saya rasa, ini telah melanggar Peraturan 36(12) dan juga melanggar Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) yang menyakitkan, menimbulkan perasaan ill- feeling, ill-will among races. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tarik balik perkataan sebegitu dan minta maaf to put the record straight. Sekian.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Menteri.

final • 11:33 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, boleh saya menyentuh sedikit mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching tadi kerana saya...

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara yang sama? Okey sila.

final • 11:33 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya. Satu hal sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Seperti yang biasa bila satu soalan dikemukakan, soalan khusus yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Setiu, soalannya berbunyi begini Tuan Yang di-Pertua; “Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes rogol bawah umur khususnya yang berusia 16 tahun ke bawah seluruh negara tahun 2013 dan nyatakan langkah kerajaan bagi membendung kes berkenaan.” Tidak ada soalan atau apa-apa ditanya mengenai breakdown mengenai bangsa.

Itulah sebab Tuan Yang di-Pertua selalu memberi pandangan, bila Menteri menjawab mana-mana soalan perlu singkat, pertama. Kedua, jawab kepada soalan yang ditanya, jangan jawab soalan yang tidak ditanya. Maka, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi racial phrase kepada jawapan beliau, itu memberi huru-hara kepada semua. Apa yang dijawab beliau tidak boleh diterima langsung.

Itulah yang dihujah oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, very clearly menunjukkan bahawa Yang Berhormat Santubong tidak mengikut peraturan mesyuarat, tidak mengikut menjawab soalan yang ditanya. Itu perlu memberi satu pandangan mengenai ini supaya lain-lain Menteri juga ketika menjawab, jawab soalan yang ditanya, jangan jawab soalan yang tidak ditanya. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya yang pertama, kalau Tuan Yang di-Pertua amati apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, ternyata rangka kata atau sentence.

final • 11:39 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kedua, saya menggunakan perkataan mungkin, itu ada keraguan Tuan Yang di- Pertua. Keraguan saya betulkah tidak orang lain kurang sensitif, satu. Jadi yang

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

pertamanya saya berlatarbelakangkan fakta. Jadi soalan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) memang tidak boleh dibawa oleh kerana fakta. Kalau disebut dalam Dewan, dia tidak mengelirukan Tuan Yang di-Pertua. Kalau fakta dibaca, sama ada kita suka tidak suka fakta itu, kalau ditanya, kalau dijawab dalam Parlimen ini tidak menjadi satu kesalahan di bawah itu, melainkan fakta itu disebut satu kali lain, fakta yang lain. Disebut lain kali, lain juga mungkin itu menjadikan penyelewengan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi yang di bawah 36(10) pula, itu ada sedikit terkena.

Saya menerima hakikat bahawa, tetapi kenyataan juga fakta. Jadi kalau sudah terkena, dia juga kalau ditanya bolehkah saya tanya dengan Tuan Yang di-Pertua saya hendak mendedahkan jumlah sebenar. Ini yang ditanya Tuan Yang di-Pertua dalam blog, dalam Twitter, Facebook dan sebagainya supaya saya mendedahkan betul tidak realiti kemungkinan yang saya sebut tadi. Saya hendak tanya dengan Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak saya dedahkan fakta ini?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Sekejap.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, mengikut...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap Yang Berhormat, sekejap. Saya respons dahulu kepada apa yang dibangkitkan. Ahli Yang Berhormat, sebagai ingatan apabila kita requote balik. Peraturan Mesyuarat 36(12) yang seperti mana semua kita sedia maklum, ia bertujuan untuk merujuk seseorang Ahli Yang Berhormat, yang berhujah mengenai sesuatu perkara di mana fakta dia salah, totally wrong. Apabila Ahli Yang Berhormat yang berhujah itu diingatkan, ataupun beliau sendiri sedar bahawa hujahnya itu salah dan beliau tidak memperbetulkan kenyataan itu, itu satu kriteria lagi.

Akan tetapi kriteria ketiga ialah hujah yang dibuat oleh seseorang Ahli Yang Berhormat yang menimbulkan pertikaian di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) mesti mempunyai unsur-unsur niat jahat, after realizing that the statement was wrong in he was made away by other YBs that the statement was wrong, the fact was wrong but no effort from his side to get correct and there must be an element of niat jahat.

Jadi dalam perkara ini terpaksa saya timbang apa yang berlaku di antara kedua belah pihak and the senario yang harus diambil kira latar belakang ini. Itu sebab kenapa saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang mengemukakan suatu pendapat tadi. Sudah menjadi budaya kita Yang Berhormat, bahawa apabila menjawab soalan kadang-kadang yang tidak ditanya pun seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi kita sebut. Tetapi dalam hal ini, saya mahu minta kerjasama semua, jangan perkara-perkara umpamanya yang if you want to keep it quite, tidak ada benda yang berlaku, tetapi apabila kita bangkitkan seolah-olah ianya benda yang besar. Apabila saya baca Hansard dan mendengar tadi respons dari Menteri yang berkenaan, saya boleh mengeluarkan andaian-andaian yang dianggap negatif, maka negatiflah. Umpamanya saya baca. Statistik mangsa jenayah rogol yang melibatkan remaja 15 tahun ke bawah bagi tahun 2012, adalah sebanyak 1,550. Mangsa terdiri daripada 1,243 orang Melayu iaitu 80%. Sebabnya dia sebut bangsa-bangsa lain.

Akan tetapi oleh kerana statistik jumlah itu menyentuh dengan ramai orang-orang Melayu, 1,243 maka kalau ada Ahli Yang Berhormat daripada kalangan orang ataupun berbangsa Islam, boleh dia berdiri. ‘Eh, Yang Berhormat mengatakan begitu, seolah-olah orang-orang Melayu dan Islam ini adalah perogol’. Daripada situ pun boleh kita buat satu isu. Untuk mengelakkan perkara itu jangan ada persepsi seperti begitu, maka Ahli Yang Berhormat yang berkenaan dari Santubong mengatakan terus dia justify apabila saya baca secara keseluruhan. Ini dia kata bukan bermakna bahawa statistik yang tinggi itu menandakan bahawa orang Melayu ini adalah bangsa perogol. Daripada statistik. Jadi dia justify lagi terus bahawa dia kata mungkin sebab dia ialah oleh kerana bangsa ini dia sensitif dengan hal ini maka dia buat laporan polis.

Jadi daripada semua fakta-fakta di hadapan saya ini mengambil kira sewaktu kita berbahas, kadang-kadang apabila kita menjawab fokus lain tidak kita buat tumpuan, maka

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

dia buat justifikasi begitu. Akan tetapi apabila saya menimbang terus sama ada dia mempunyai niat jahat selain daripada kita mencari perkara-perkara negatif bahawa kita kata dia ada niat jahat, maka saya berfikir bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dalam soal ini.

Jadi saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam soal begini. Tolong, tolong termasuk menteri-menteri apabila berhujah awas sedikit. Jangan semua yang ditulis oleh pegawai kerajaan itu daripada noktah, koma, semicolon, segala isyarat keseluruhan tidak payahlah baca. Exercise you are in the situation mana yang patut, mana yang tidak.

Dan begitu juga kepada ahli-ahli Yang Berhormat apabila membuat soalan-soalan. Jangan oleh kerana soalan itu ada unsur-unsur minta maaf sahaja, macam political mileage sedikit, tolong jangan. We are all matured leaders. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching itu, dia seorang peguam.

Saya rasa if he pick all those issues yang menimbulkan kekecohan tidak boleh kita bermesyuarat. Jadi saya harap keputusan saya dalam hal ini apabila saya mendengar Ahli Yang Berhormat daripada Santubong, saya boleh benarkan beliau bolehkah dia kata saya timbulkan spesifikasi lain. Dia ada justifikasi lagi.

Akan tetapi kalau saya benarkan, ini bukan soal yang timbul sewaktu berbahas.

Bermakna itu soal baru. I cannot allow that Yang Berhormat walaupun itu ada justifikasi, kenapa? Because apabila saya benarkan, itu sudah tidak betul, melanggar peraturan mesyuarat. Mengenai dengan soal peraturan mesyuarat tadi yang lain itu, macam ill-will dan sedemikiannya menurut peraturan mesyuarat kita apabila ia berlaku, somebody must stand up and object through, jadi perkara itu sudah berlalu. Sila Yang Berhormat Bandar Kuching sebelum kita...

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada perkataan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri kata mungkin guna perkataan pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya, maka nisbahnya boleh diterima. Akan tetapi apa yang saya merujuk spesifik adalah yang sentence selepas itu, perkara yang berlaku boleh diterima oleh pihak-pihak lain’. Bukan saya yang terjemahkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi semua, include Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional pun menganggap perkataan begitu adalah amat offensive dan menghina kaum-kaum lain. Oleh itu saya rasa perkara yang berlaku itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ‘perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain’. Ini bukan satu andaian. Ini adalah *statement of facts.

A statement of facts His opinion put in a form of statement of facts*. I think that fact is not correct and ought to be as punch or at least sekurang-kurangnya minta maaf supaya tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey terima kasih. Saya faham Yang Berhormat.

Okey saya ulang balik, untuk seseorang ahli Yang Berhormat itu boleh kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perkara 36(12) mesti ada tiga elemen.

Pertama, kenyataan yang dibuat itu adalah pada kenyataan yang tidak betul. Apabila dia sedari ianya tidak betul, mesti diperbetulkan. Elemen yang ketiga mesti mempunyai niat jahat. Itu sebab saya kata dalam hal ini boleh kita perbesarkan, boleh kita perkecilkan. Akan tetapi, sila sebagai Menteri Dalam Negeri dan beliau juga Mantan Timbalan Speaker.

Saya jemput Yang Berhormat untuk buat kenyataan sebagai respons lagi sama ada wajar kah untuk meminta maaf kalau misal kata Yang Berhormat sendiri berfikir bahawa Yang Berhormat tidak mempunyai niat jahat pun untuk mengatakan bahawa orang lain itu toleransi dengan berkata perkataan dalam ruang lingkup yang dibahas ini. Sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua secara peribadi saya memang tidak boleh langsung Tuan Yang di-Pertua difikirkan that’s no way I can imagine. Saya sebagai seorang individu berniat jahat dalam soalan ini Tuan Yang di- Pertua. My wife is Chinese Tuan Yang di-Pertua, itu satu. Keluarga kami Tuan Yang di- Pertua India pun ada, Bidayuh pun ada, Iban pun ada, semua ada. Jadi kalau dilihat daripada sudut ini, there is no way. Saya terima banyak SMS daripada keluarga-keluarga

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

saya. There is no way I can imagine myself bercakap macam itu, minta maaf sambung cakap orang putih sedikit.

Jadi dalam keadaan ini Perkara 36(12) memang tidak ada langsung dalam fikiran saya. Dalam sudut dipotongkan ayat-ayat satu persatu Tuan Yang di-Pertua, memang you boleh cari pun. Saya bersetuju dengan peguam macam Yang Berhormat Bandar Kuching itu, kalau potong satu out of contact baca then you can find the fault tetapi word mungkin yang saya pakai itu untuk seluruh apa yang saya sebut selepas itu. Jadi Tuan Yang di- Pertua jangan difikirkan saya ini racist atau ada mirip kepada itu.

Saya pindah ke rumah saya sendiri sekarang pun Tuan Yang di-Pertua oleh sebab brother in law just next to me. Itu sebabnya. Kenapa saya tidak duduk dalam kawasan orang Melayu, saya duduk dalam kawasan orang Cina? I am only Malay in the whole kawasan. The reason is very simple kerana my keluarga dekat situ. My wife and children family. Jadi Tuan Yang di-Pertua, [Tepuk] saya lagi, Yang Berhormat Chong ini orang Sarawak ini, dia tahu. Saya baru balik daripada Kampung Petanak di Balingan. Kampung Petanak Tuan Yang di-Pertua orang Kristian dengan brother in law, brother dia, orang Islam duduk satu rumah. Ya ini keluarga kami Tuan Yang di-Pertua.

Jadi tidak boleh masuk langsung lah itu. Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Soalan kadang-kadang jawab terlebih sedikit, tapi soalan pun banyak terlebih juga Yang Berhormat. Saya selalu menyebut di atas sana, saya duduk di atas sana. Jadi kalau kita hendak ikut Parlimen betul-betul, jawab soalan yang ditanya.

Jangan soal politik itu lain cerita.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat begini Yang Berhormat, Yang Berhormat begini. Seandainya apa yang dihujah oleh Yang Berhormat itu walaupun Yang Berhormat tidak berniat jahat untuk menyakitkan hati orang lain. Kalau lah itu pengertian Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain oleh kerana tidak niat jahat, sudikah Yang Berhormat tarik balik atau minta maaf atas, di sana saja kalau tidak berniat jahat. [Dewan riuh]. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, duduk, duduk, duduk. Ini soal serius. Kalau tidak serius tidak pun dibangkitkan Perkara 36(12)

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat biar saya buat keputusan di sini. Biar saya buat keputusan Yang Berhormat. Saya sebagai Timbalan Speaker...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

... cause more kontroversi dengar apa yang dia kata.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

...satu term Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya faham apa saya buat. Jadi kalau hendak minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak. Akan tetapi kalau yang dicadang oleh Yang Berhormat Chong tadi satu sentence yang kedua itu expunge daripada Hansard saya setuju. Kalau itu lah yang dikehendaki. Saya setuju yang satu tadi itu, selepas sentence mungkin itu, ada satu sentence yang dibaca itu tadi ditarik daripada Hansard itu saya setuju, boleh meredakan keadaan. Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Bermakna yang tadi offending words itu. Ahli Yang Berhormat yang berkenaan sanggup untuk expunge, meaning erti expunge ini seolah-olah perkara tidak dihujah.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

I think ini maksudnya, ini perkataan ditarik balik, itu saya rasa boleh terimalah. Saya tahu Yang Berhormat bukan seorang racist tapi ini sebagai pengajaran kepada semua jangan buat kesimpulan yang tidak ada asas.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih bermakna, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya tidak hendak berceramah lagi. Saya sudah bersetuju yang satu ditarik daripada Hansard, tidak perlu hendak minta maaf Yang Berhormat nanti lain kali semua orang akan diminta maaf.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya, terima kasihlah kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini orang Sarawak lah Tuan Yang di- Pertua, kita orang Sarawak ini, balik pun sama kapal terbang nanti, sama belon.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, perkara ini selesai. Ambil iktibar daripada perkara seperti begini. Terima kasih.

final • 11:50 AM
USUL DI BAWAH P.M. 27(3) TRAGEDI MALANG PESAWAT MAS MH370

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu usul seperti berikut:-

“Bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang- penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 Syarikat Penerbangan Malaysia atau (MAS); “Bahawasanya Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut; “Bahawasanya Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut; “Bahawasanya Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini.” Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun mengikuti kenyataan-kenyataan rasmi yang telah pun dikeluarkan sejak tragedi MH370 berlaku pada pagi 8 Mac.

Kenyataan malam tadi yang saya telah keluarkan dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah pun memperoleh tanda-tanda berdasarkan pada analisa satelit yang boleh dikatakan conclusive dengan izin Tuan Yang di-Pertua bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di Lautan Hindi Selatan. Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan dalam minggu- minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa kapal terbang tersebut telah pun hilang di Lautan Hindi Selatan.

final • 11:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Kerajaan sejak tragedi ini berlaku, telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi yang terlibat. Di samping itu, kita telah berpegang kepada prinsip bahawa apa sahaja kenyataan yang kita buat semestinyalah disahkan terlebih dahulu, dengan izin, collaborative statement sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Kita tidak ada niat sama sekali untuk menghalang ataupun menutup

final • 12:00 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa ataupun kepada pengetahuan umum. Berkali-kali kita telah nyatakan bahawa insiden ataupun kes ini adalah unprecedented, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah penerbangan ataupun aviation history.

Oleh itu saya ingin menegaskan bahawa langkah-langkah kita amatlah sesuai dan tepat yang kita telah lakukan. Kita juga telah mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara. Saya sendiri telah menelefon ramai pemimpin negara luar dan setiap yang saya telah hubungi telah menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya dan mereka telah pun mengarahkan agensi-agensi mereka untuk memberi kerjasama dari maklumat radar, maklumat satelit dan juga mengarahkan set-aset mereka digunakan dalam operasi SAR mengikut kemampuan negara tersebut.

Dengan ini maka operasi SAR telah dilancarkan dan telah pun diubah kawasan cariannya mengikut maklumat terkini yang kita telah peroleh. Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga-keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 menghadapi insiden ini dan kita sedar bahawa kita perlu memberi kepuasan kepada mereka dengan secepat mungkin. Oleh itu priority kita setelah dapat sahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan Lautan Hindi Selatan bahawa segala tumpuan sekarang ini diberikan kepada kawasan tersebut.

Pagi tadi sekali lagi saya telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan beliau telah menyatakan kepada saya bahawa sokongan dan kerjasama bantuan Australia [Tepuk] akan diberikan secara berterusan sehingga kita dapat mencari kesan yakni kesan pesawat MH370. Adalah tidak dinafikan kawasan tersebut adalah amat sukar dan amat mencabar sekali. Ini bererti bahawa kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370. Pada masa ini kita telah ada terima pelbagai cadangan. Antara cadangan ialah untuk berkabung dengan menurunkan separuh tiang bendera kita dan sebagainya. Kerajaan berpendapat bahawa kita perlu menemui objek dan serpihan kapal terbang itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut. Begitulah juga, saya telah diberitahu bahawa Jawatankuasa Fatwa akan bersidang pada pukul 6.00 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bilakah yang patut dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita saksikan ini adalah suatu yang luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah aviation history. Kita menghargai sokongan dari negara- negara asing, rakan-rakan kita yang tidak mungkin mereka lakukan tanpa hubungan baik Malaysia dengan negara-negara tersebut.

[Tepuk] Saya juga mengucap terima kasih kepada badan-badan antarabangsa seperti FAA, NTSB, AAIB, FBI dan beberapa lagi yang telah memberi kerjasama yang begitu baik sekali sehingga kita dapat menentukan apa yang berlaku kepada pesawat MH370.

Tuan Yang di-Pertua, yang akan menjawab segala-gala persoalan ialah apabila kita dapat menjumpai apa yang disebutkan sebagai kotak hitam yang mengandungi flight data recorder dan voice control recorder. Ini sahaja yang akan memberi jawapan kepada apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat tersebut. Apa juga teori pada masa sekarang ini tidak boleh kita sahkan sehingga kotak hitam itu dijumpai. Sehingga diingatkan dalam insiden pesawat Air France yang telah berlaku satu ketika dahulu telah makan masa selama dua tahun untuk menjumpai kotak hitam dalam keadaan di mana pesawat tersebut diketahui kawasan di mana kapal terbang itu terhempas. Pada kali ini keadaan itu lebih mencabar.

Akan tetapi walaupun ia makan masa yang lama tetapi kerajaan adalah amat komited untuk meneruskan operasi SAR ini sehingga kita dapat mengesan kotak hitam pesawat MH370. Saya ingin menyatakan bahawa masa ini ialah bukan untuk masa kita mempolitikkan isu ini.

[Tepuk] Isu pesawat MH370 tidak wajar sama sekali dijadikan sebagai bahan dalam ucapan dalam pilihan raya kecil Kajang baru-baru ini. Inilah masa untuk kita menunjukkan solidarity kita dengan keluarga-keluarga yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370.

Saya ingin merayu kepada rakan-rakan kita sama ada dengan parti kerajaan ataupun parti pembangkang, dalam krisis seperti ini kita mesti menunjukkan rasa simpati

final • 12:00 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

kita kepada semua pihak yang menjadi mangsa kepada tragedi yang amat menyayat hati ini. Kita mesti menunjukkan kematangan kita dan kita mesti menunjukkan rasa cinta kepada negara kita dan lebih-lebih lagi perasaan sensitiviti kepada keluarga yang pada masa sekarang ini berada dalam keadaan yang begitu sedih dan pilu sekali.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan, kita akan melakukan segala- galanya yang patut kita lakukan dengan rasa yang penuh tanggungjawab. Apa juga maklumat yang bakal kita terima, saya dan pemangku Menteri Pengangkutan serta ketua- ketua agensi yang terlibat akan memaklumkan kepada rakyat dan juga kepada dunia dalam masa secepat mungkin. Saya telah mengambil keputusan untuk membuat kenyataan rasmi pada malam tadi juga kerana saya tidak mahu disalah anggap bahawa apabila kita mempunyai sesuatu maklumat, kita tidak menyampaikannya dengan secepat mungkin meskipun berita itu berita yang amat buruk.

Saya sedar implikasinya tetapi tanggungjawab saya kepada keluarga yang terlibat, tanggungjawab saya kepada negara saya akan tunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

[Tepuk] Mudah-mudahan dengan kerjasama semua pihak, kita akan menghadapi dugaan dan cabaran ini dan di samping itu menjaga imej negara Malaysia kita yang tercinta. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada siapa Menteri yang menyokong?

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Saya senada dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyokong usul yang telah dibawa.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian kepada perbahasan ini, sukacita saya ingatkan lagi tolong dalam perbahasan nanti ambil kira hal ini bahawa satu hal yang amat menyayat hati kita semua. Tunjukkan kematangan. Jadi di depan saya ini ada senarai pembahas-pembahas yang saya sendiri pilih untuk tidak membuang masa.

Pertama, selepas Yang Berhormat Perdana Menteri tadi membentang usul, saya ingin menjemput Yang Berhormat Gelang Patah untuk berhujah. Selepas itu wakil daripada BNBBC, selepas itu wakil daripada MCA, wakil daripada PAS, wakil daripada MIC, wakil daripada Sabah walaupun banyak parti komponen di situ, cuma saya hendak satu wakil, wakil daripada PKR, dan wakil daripada Sarawak. Sila Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Pakatan Rakyat, kita menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370, syarikat penerbangan MAS. Ini satu unprecedented event dan tentulah kita sebagai bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga sebagai manusia, tidak kira kaum, agama, politik atau nationality, merasa yang sama bahawa ini adalah satu malapetaka dan kita berasa sedih. Dalam 18 hari ini, kita semua berdoa bahawa 239 orang di dalam MH370 boleh dicari dengan selamat. Sungguhpun MH370 telah menjadi rekod sebagai satu civil passenger air liner yang hilang dan belum dapat dicari– yang satu ialah sampai sekarang mencatat sejarah ialah Adam Airlines di Indonesia, 10 hari dan sekarang 17 hari dan hari ini 18 hari. Kita semua memang berharap ada satu closure tetapi saya berharap bahawa kita semua faham. Sungguhpun kita bersama-sama berasa sedih dan pilu tetapi kalau kita ada soalan-soalan, ini bukanlah bererti kita tidak cintakan negara, kita tidak berasa simpati tetapi ada soalan-soalan yang perlu dijawab.

Seperti semalam, saya ada mengatakan terdapat 1001 persoalan yang timbul mengenai apa yang berlaku dalam 17 hari ini. 8 Mac, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar civil, 1.20 pagi terdapat bahawa radar TUDM telah mendapati bahawa kapal terbang tersebut adalah divert daripada perjalanan. Persoalannya, mengapa pada masa itu tidak ada tindakan yang diambil untuk mengendalikan masalah ini. Satu pesawat yang sudah hilang, 239 adalah dicatat dalam civil radar, DCA radar dan dalam radar TUDM tetapi nampaknya tidak ada follow-up.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Persoalan-persoalan ini perlu dijawab atau mengapa sehingga sekarang beberapa persoalan yang telah timbul, jawapan tidak diberikan serta-merta dengan transparent. Seperti kargo, yang pertama ada soalan yang dibangkitkan sama ada lithium battery oleh sebab mungkin itu bahaya. Akan tetapi jawapan yang pertama ialah bahawa tidak ada apa- apa kargo yang berbahaya dan hanyalah kargo manggis. Selepas itu beberapa hari selepas itu ada pengakuan terdapat lithium battery dan semalam barulah kita mendapat tahu bahawa terdapat 20 kilogram lithium battery. Sama ada bahaya atau tidak bahaya tetapi persoalannya kenapa maklumat-maklumat ini tidak diberikan serta-merta tetapi dilihat seperti sengaja atau tidak sengaja untuk menyembunyikan fakta-fakta itu. Akan tetapi semua itu dalam masa ini perlu diketepikan kerana tumpuan adalah search and rescue

(SAR).

Selepas SAR, semua persoalan perlulah dijawab oleh sebab ini mengenai kredibiliti, autoriti, kewibawaan bukan sahaja Kerajaan Malaysia tetapi negara Malaysia kita sendiri. Ini sudah menjadi satu isu bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Sebab itu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam membuat pengumuman bahawa ada finality dalam perkara ini, bahawa oleh sebab maklumat-maklumat terkini yang didapati daripada satelit bahawa pesawat MH370 sudah ended penerbangan dalam Southern Lautan Hindi. Walaupun semua sangat sedih dengan pengumuman itu, ada closure. Akan tetapi selepas pengumuman itu juga masih berbangkit lagi persoalan- persoalan. Apakah bukti-bukti? Oleh sebab sampai sekarang tidak ada apa-apa wreckage didapati. Apa maklumat-maklumat yang terkini ini yang memberikan kesimpulan kepada kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di Indian Ocean. Ini persoalan-persoalannya.

Kita tidak boleh membenarkan satu keadaan di mana ada satu closure without a closure. Kalau keluarga-keluarga, kawan-kawan, saudara mara berasa terdapat persoalan- persoalan sama ada benar. Oleh sebab itu perlulah ada jawapan yang lebih meyakinkan tentang maklumat tersebut. Yang Amat Berhormat sendiri mengatakan bahawa negara ini tidak akan menimbangkan sama ada mengadakan satu mengadakan satu national mourning sehingga kita dapat a piece of wreckage. Itulah belum ada satu finality. Itu bererti bahawa untuk– daripada pandangan kerajaan pun belum ada full closure. Kenapa begitu?

Kenapa pengumuman semalam dibuat sebelum ada satu full closure, sehingga kerajaan sendiri belum bersedia membuat satu keputusan sama ada terdapat satu national mourning atau tidak national mourning.

Saya rasa ini persoalan-persoalan yang patut ditangani. Sebenarnya saya berasa sangat sedih dan sangat offended. Oleh sebab sungguhpun Yang Amat Berhormat Acting Transport Minister datang ke Dewan yang mulia ini semalam untuk memberikan satu taklimat walaupun sudah 17 hari. Hari ini kali pertama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke Dewan, kita mengucapkan terima kasih. Sebenarnya patut lebih awal, bukan selepas 18 hari.

[Tepuk] Periodic briefing perlu dibuat tetapi nampaknya Yang Berhormat Sembrong menjawab di sini, dia sudah tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan bahawa MH370 ended its journey in the South Indian Ocean. Akan tetapi apa dia cakap semalam? Bahawa kerajaan masih rela untuk keep all our options open sehingga rela untuk cari di South Chinese Sea, bukan Southern Corridor, Northern Corridor, South Chinese Sea.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Ini menunjukkan bahawa ada – nampaknya Yang Berhormat Menteri ada mislead the House, sengaja mengelirukan Dewan yang mulia ini dan saya rasa sangat offended.

Oleh kerana semalam in full sympathy, in full trust, jujur saya menerima taklimat daripada Yang Berhormat Menteri, tetapi nampaknya di sini adalah to mislead the House. Saya rasa dalam perkara ini, kita perlulah bersatu-padu atas compassion, atas rasa sedih untuk 239 yang ada dan oleh kerana adalah pengumuman yang dibuat, kita perlu sekarang melihat mengenai post SAR mengenai cari jawapan kepada satu ribu dua soalan yang ada timbul.

Kita ada buat cadangan bahawa ada satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Saya rasa penting untuk Parlimen memainkan satu peranan oleh kerana ada perasaan di seluruh dunia bahawa Kerajaan Malaysia ada things to hide, not transparent because of all the confusions dan ini eksekutif. Kalau Parlimen boleh ada satu siasatan yang independent,

final • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

yang menyeluruh dengan kerjasama parlimen-parlimen dan agensi-agensi negara-negara yang lain, saya rasa ini akan membantu Kerajaan Malaysia, membantu Malaysia memulihkan kredibiliti di dunia.

Saya berharap bahawa Yang Amat Berhormat boleh memberi pertimbangan dalam perkara ini dan saya dapati bahawa mungkin kerajaan rela pertimbangkan isu ini, ada satu Parliament Select Committee selain daripada - tetapi bukan sebagai satu pindaan usul kepada usul di hadapan Dewan yang mulia ini. Ini kita boleh bincang, ini bukan mustahak.

Akan tetapi saya harap bahawa kita boleh menunjukkan bahawa kita fully sympathy kepada mereka yang terlibat khasnya dan kita pun memang hendak jaga maruah, imej negara supaya kita memberi satu gambaran kepada dunia, kita transparent, kita efisien, kita cekap dan satu cara ialah ada satu Parliament Select Committee dipengerusikan oleh pihak-pihak Pakatan Rakyat. Saya rasa ini akan memberi satu gambaran yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:20 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kali pertama saya berucap mengenai dengan tragedi peristiwa MH370 ialah kepada Dewan yang agak sepi kerana ketika itu ia mungkin satu keadaan ada rakan-rakan saya yang lebih menghargai atau menyanjung perkara-perkara yang lain daripada tragedi ini. Disebabkan itu, mungkin saya berpeluang untuk berucap tanpa gangguan ketika itu. Alhamdulillah, hari ini kita boleh berdepan dengan satu kenyataan bahawa sudah pun dikesan melalui data satelit, penerbangan MH370 itu telah tamat di Lautan Hindi Selatan.

Namun begitu, walaupun kita menyatakan bahawa ia tidak harus dipolitikkan, lebih-lebih lagi saya ingin memikirkan bahawa ia bukan soal mempolitikkan sangat, tetapi lebih kepada soal bagaimana kita berdepan dengan satu tragedi ataupun satu krisis dengan cara yang matang, dengan pemikiran yang matang dan tidak pula dengan cara yang mempersenda-sendakan keadaan ini.

Seorang rakan kita dalam Tweetnya umpamanya, menyatakan bahawa mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuatkan sidang media ketika Dewan masih lagi bersidang pada jam 10.00 malam. Malangnya, rakan kita itu tidak hadir dalam Dewan ketika itu. Akan tetapi, keadaan ini sudah masuk jugalah dan kita tidak boleh elak daripada adanya sebahagian kecil, saya rasa, yang suka mempersendakan tragedi, yang tidak melihat ia sebagai satu yang harus kita hadapi dengan cara yang matang, dengan fokus kepada bagaimana usaha-usaha kita harus tertumpu kepada pencarian pesawat itu dengan kelengkapan dan teknologi yang terhad bagi kita.

Sehinggakan saya teringat dalam satu persoalan yang dikemukakan dalam sidang media apabila pihak Kerajaan Australia melalui Perdana Menterinya menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pemangku Menteri Pengangkutan, ada seorang pemberita yang bertanya, apakah pandangan kerajaan kita, Kerajaan Malaysia, terhadap satu maklumat yang telah disampaikan tiga hari selepas ia dilihat oleh satelit.

Maksudnya, data satelit itu pun memerlukan masa untuk dianalisa dan itu bagi negara- negara yang mempunyai satelit dan mempunyai pakar untuk menganalisa, apatah lagi dalam keadaan kita yang mempunyai pelbagai kekurangan. Tentunya penentuan itu tidak akan dapat kita capai tanpa sokongan, bantuan daripada negara China, sehingga termasuk negara Perancis yang terakhir.

Jadi ia kepada sayalah Tuan Yang di-Pertua, bahawa harus kita melihat kepada kekurangan kita sendiri dan mengakuinya dan melihat balik kepada apa yang patut kita lakukan. Walaupun ia tidak boleh, mungkin tidak menjadi relevan kepada kita, minta dijauhi oleh Tuhan, tidak berlaku sekali lagi, tetapi mungkin rakan-rakan kita pula, negara-negara jiran kita pula akan minta pertolongan kita. Kalaulah peristiwa ini tidak dijadikan satu detik yang membawa perubahan kepada melihat dengan secara serius kepada kelengkapan kita,

final • 12:22 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

teknologi kita, kebolehan kita dalam soal SAR kerana kita ini sebuah negara yang dikelilingi oleh laut dan rakan-rakan kita juga negara-negara yang akan tentu pun berdepan dengan keadaan yang sama.

Kita bersiap sedia daripada segi misi bantuan apabila berlakunya tragedi tsunami di Acheh. Daripada tragedi itu, kita belajar bagaimana harusnya kita membantu negara- negara rakan, negara-negara jiran bila mereka berhadapan dengan masalah. Tentunya daripada segi soal penerbangan ini, aviation dan juga maritime air and sea dan sebagainya, search and rescue tentunya saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengambil iktibar dan membuat persiapan yang sepatutnya.

Akan tetapi saya hendak juga mengambil peluang menjelaskan apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Gelang Patah. Saya minta maaf. Ini bukan politik tetapi hanya sebagai seorang rakan...

[Disampuk] Come on lah, *please. We have not said....

[Disampuk] Why I cannot be a human being? You mean the* Yang Berhormat dari Gelang Patah is never a human being? Always a politician? Please. We played your mind?

final • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat.

final • 12:22 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih. Ini kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, kita melalui keadaan yang agak berbeza.

final • 12:22 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Dulu-dulu masa saya dalam Dewan Rakyat ini jarang sangat orang bercakap sambil duduk. Sebenarnya tidak pernah, tidak boleh begitu tetapi kadang-kadang maklumlah keadaan berubah. You want instant gratification. Kita hendak semuanya cepat, kita bercakap sambil duduk. Agaknya tidur pun bercakap*.

[Ketawa]* Saya hanya ingin merujuk kepada apa yang- ucapan Yang Berhormat Pemangku Menteri Pengangkutan kerana secara kebetulannya saya mendapat salinan ucapan yang dibaca malam semalam dan ada baiknya kalau ada teks yang bertulis. Beliau berkata selepas seminggu, saya quote; “Selepas seminggu kumpulan pakar penyiasat menganalisis segala data dan maklumat, mereka telah memaklumkan kepada pasukan kerja teknikal bahawa pesawat MH370 berkemungkinan terbang sama ada ke Utara atau ke Selatan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa sidang akhbar pada 15 Mac 2014. Susulan itu operasi SAR di Laut China Selatan dan Selat Melaka dihentikan.” I am just reading. Very clear on reading, dengan izin.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Minta penjelasan boleh? Itu bukan apa yang saya sebut. Bukan dalam teks ucapan Yang Berhormat Pemangku Menteri Pengangkutan tetapi dalam exchange dan oleh sebab itu kena baca Hansard, bukan teks ucapan yang disediakan. Baca Hansard bahawa Yang Berhormat Sembrong pada masa itu tidak menyentuh mengenai minggu yang pertama tetapi sekarang bahawa sekarang kerajaan atau authority-authority SAR masih rela sedia untuk meneruskan pencarian dalam South China Sea. Itulah saya rasa ini adalah satu kenyataan yang mengelirukan Dewan yang mulia ini apabila kerajaan telah membuat keputusan bahawa pesawat MH370 sudah mengakhiri perjalanan di South China Sea. Lebih baik kita cek Hansard!

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Ini yang baiknya pasal ketika itu, malam itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua betul-betul riuh Dewan. Jadi kalau saya pun tidak dengar tetapi hanya merujuk kepada ucapan yang bertulis, saya rasa itulah yang dibacakan dan telah ditegur kerana membaca. Yalah tentang patutnya apa, dia kata macam sekolah?

Itu hanya yang saya hendak bawa secara apa yang telah saya ikuti. Akan tetapi pokoknya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa ianya satu peristiwa yang harus mendapat perhatian kita. Soalnya ialah soal timing dan penyesuaian masa. Ada yang kata patutnya pukul 10.00 malam, pukul 9.00 malam patut diumumkan. Ketika itu yang saya difahamkan juga daripada perbualan saya dengan pihak-pihak daripada MAS menyatakan mereka minta sekurang-kurangnya satu jam untuk memberitahu kepada ahli keluarga yang saya rasa satu permintaan yang juga adil dan wajar bagi ahli keluarga mengetahuinya sebelum diumumkan melalui media atau pun diumumkan di mana-mana tempat yang lain.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Iyalah, kita ini Parlimen tetapi sebagai Parlimen kita mendapat mandat rakyat.

Masih yang penting ialah rakyat dan ianya tentunya akan timbul persoalan bagaimana umpamanya tindakan selepas ini. Kalaulah kerajaan membuat keputusan tidak adanya soal berkabung sehingga mendapati pesawat, rangka atau debris daripada pesawat tentunya timbulkan dari segi polemik yang lain. Saya sebagai seorang Muslim mengikut Mazhab Shafie tentunya mempunyai pandangan yang berbeza daripada mazhab yang lain dan sebab itu polemik ini akan– keadaan ini sebenarnya mencabar kita dari segi polemik yang akan berterusan tetapi...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Minta penjelasan. Mungkin Yang Berhormat ada salah faham atas apa yang saya katakan tadi. Saya tidak kata bahawa - saya faham mungkin semalam apabila Yang Berhormat Pemangku Menteri Pengangkutan berucap di sini beliau tidak boleh memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan atau Yang Amat Berhormat akan mengumumkan dalam PC beliau bahawa keputusan muktamad disampaikan bahawa pesawat MH370 sudah mengakhiri perjalanan di South Indian Ocean.

Akan tetapi sekurang-kurangnya dia tidak patut mengelirukan Dewan yang mulia ini. He cannot tell us the truth but at least he should not mislead the House. Itulah apa yang saya sebut.

final • 12:30 PM

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Iyalah, begitulah keadaan kita Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa itulah semuanya mungkin niat baik, niatnya untuk mencari kebenaran, niatnya untuk memperjuangkan kepentingan keluarga, kepentingan negara tetapi saya rasa dengan usaha yang ada di sini saya rasa memangnya ianya satu-satunya yang harus disokong. Kalaulah hendak ditimbulkan berbagai-bagai polemik tentu ianya tidak boleh mengatasi yang fakta bahawa ianya satu keadaan yang menyayat hati yang mana dalam ucapan yang awal-awal saya pada hari Selasa ketika Dewan mengadakan perbahasan terhadap Titah Ucapan Diraja, saya sendiri menyatakan bagaimana mesej saya yang disampaikan kepada seorang kawan saya yang kehilangan dua orang anaknya, isterinya sekali dan saudara maranya. Akan tetapi dalam balasan mesej itu dia menyatakan bahawa terima kasih di atas pesanan yang dia terima tetapi dia menyatakan ianya ketentuan Ilahi – it is in God’s hand.

Saya sebenarnya melihat bagaimana dalam satu-satu keadaan walau yang baik atau yang buruk, kalaupun tidak tercapai hasrat kita, keredaan merupakan satu perkara yang mustahak. Sifat keredaan itu tidak bermakna bahawa kita akan berdiam diri. Kita harus memperbetulkan, meningkatkan keupayaan kita dan bagaimana hendak dibuat saya dan rakan-rakan lain sedia untuk membantu. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah datang membawa satu usul setelah mengakhiri ketidakpastian dan ketentuan dalam pencarian kehilangan pesawat MH370.

Saya seperti rakan-rakan yang lain tadi bahawa menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sepatutnya usul ini adalah usul yang kedua selepas usul pertama di awal kejadian kehilangan itu yang sepatutnya kita juga turut membahas untuk kita turut memberikan pendapat dan pandangan-pandangan kita bagi mencari kehilangan pesawat tersebut. Sepatutnya hari ini adalah usul kedua daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Usul pertama saya telah ditolak walaupun saya merayu supaya usul itu dibawa kembali oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong bahawa ucapan takziah bagi mewakili rakan-rakan daripada Ahli Parlimen PAS dan juga rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ingin mengucapkan takziah kepada keluarga. Saya ingin tegaskan di sini bahawa kerana sensitiviti keluarga maka kami bangkit di Parlimen dalam perbahasan Titah Diraja menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan kehilangan pesawat.

Bukan kerana politik.

final • 12:38 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kadang-kadang ada orang dia datang ke Parlimen dia kata janganlah mempolitikkan tetapi ucapan janganlah mempolitikkan itulah sebenarnya mempolitikkan.

Kita di Parlimen ini, apa sahaja kejadian kita perlu ada kepekaan. Itulah kepekaan kami daripada Ahli-ahli Parlimen PAS dan juga Pakatan Rakyat. Sensitiviti kita terhadap perasaan emosional, keluarga maka kita bangkitkan persoalan itu. Kerana kepekaan dan sensitiviti kita terhadap negara yang kita cinta inilah kita bangkit seperti mana disebut oleh rakan saya dari Johor Bahru bahawa kita bangkit itu untuk kita muhasabah, menjadi pengajaran. Kita tidak mahu nanti perkara ini berlaku, berlalu tanpa ada satu pengajaran yang boleh kita ambil untuk membuat persiapan bagi negara kita menghadapi situasi yang tidak menentu pada masa yang akan datang seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru.

Mungkin esok orang akan meminta pertolongan kita seperti mana disebut.

Bagaimana persiapan kita dalam SAR dan sebagainya? Jadi ini saya katakan bahawa kerana keluarga, kerana negaralah kita bangkit di Parlimen. Jadi, jangan disalah anggap bahawa seolah-olah bila kita bangkit sesuatu kita hendak mempolitikkan. Jadi, kenyataan- kenyataan itu sebenarnya menunjukkan bahawa kenyataan itulah sebenarnya ialah kerajaan untuk mempolitikkan. Seolah-olah ada orang, pihak lain yang cuba mempolitikkan isu yang sangat emosional kepada kita semua. Jadi, saya mengharapkan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menuduh bahawa apa sahaja perbahasan yang kita bangkit di Parlimen ini seolah-olah kita hendak mempolitikkan isu ini.

Saya juga ingin menyentuh bahawa tentang walaupun sehingga hari ini Perdana Menteri hanya berasaskan kepada laporan yang dibuat oleh pihak daripada luar tentang penganalisisan terhadap data yang menunjukkan bahawa pesawat itu mengakhiri di Selatan Lautan Hindi. Namun begitu, sehingga sekarang objek itu tidak dapat lagi diambil.

Namun begitu bagi saya bahawa isu yang perlu dilihat sekarang ini seperti mana yang telah disebut oleh pemangku Menteri Pengangkutan bahawa kita tidak putus asa, akan terus mencari dan terus mencari. Begitu juga walaupun kita diumumkan tadi oleh Perdana Menteri bahawa pengakhiran terhadap ketidaktentuan dan kepastian ini tetapi usaha untuk mencari dan bukan lagi menyelamat tetapi memungut mesti diteruskan. Search and recovery mesti diteruskan. Bukan search and rescue, menyelamat.

Akan tetapi hendak turun sama ada sisa-sisa kapal atau pun sisa-sisa manusia yang masih dapat kita pungut agar kalau betul mereka telah pulang, kembali kepada Allah SWT biarlah mereka berpusara di tanah tumpah darah mereka sendiri sama ada rakyat negara kita mahupun rakyat daripada pihak-pihak luar. Jadi, saya mengharapkan bahawa usaha ini harus berterusan untuk dilakukan, berusaha untuk mencari dan memungut apa sahaja sisa-sisa.

Dalam masa yang sama saya juga hendak penjelasan daripada pihak kerajaan kerana kenyataan kalau tidak silap ingatan saya yang dibuat oleh pemangku Menteri Pengangkutan bahawa kerajaan akan menyerahkan alat simulator yang dimiliki oleh pilot kepada FBI. Saya ingin mendapat kepastian bahawa apakah kerajaan telah menyerahkan kepada FBI selepas diakui bahawa oleh pihak-pihak polis negara kita setelah membuat siasatan forensik dan sebagainya mengatakan alat itu tidak ada apa-apa yang perlu diragui, yang perlu ditakuti. Jadi, kalau tidak ada apa-apa perlu yang hendak diragui, apa keperluan untuk kita hendak meminta bantuan dan hendak menyerahkan alat itu kepada FBI yang kita tahu apa peranan mereka selama ini?

Saya tidak mahu kita mengundang, kita cuba mengundang sebab saya sebut begini kerana kita daripada awal apabila kita mengatakan bahawa, ada kenyataan yang mengatakan bahawa didapati ada orang yang cuba mengalih haluan penerbangan tersebut, lalu serbuan dilaporkan oleh pihak media, polis mengadakan serbuan ke rumah pilot dan sebagainya dan juga kepada kru-kru yang lain. Seolah-olah meletakkan dalam kepala bahawa something wrong terhadap pilot ini, juruterbang ini. Seolah-olah ada agenda tertentu untuk hendak merampas hendak melarikan kapal terbang dan sebagainya.

Jadi, bagi saya bahawa bila kita letakkan itu di awal, lalu kita hendak serahkan kepada FBI setelah polis sendiri mengesahkan bahawa tidak ada apa yang perlu diragui,

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

saya bimbang bahawa inilah masa FBI akan mengambil kesempatan, Amerika akan mengambil kesempatan untuk seolah-olah meletakkan bahawa Malaysia ini sarang pengganas.

Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Mungkin Menteri Dalam Negeri boleh jawab kerana berkaitan dengan FBI. Hendak berhubung dengan FBI sudah tentu melalui Kementerian Dalam Negeri. Jadi, saya minta bahawa kalau belum diserahkan, saya katakan jangan serah. Kita harus menjauhkan diri dari FBI bukan kerana kita hendak tutup. Sebab kita percaya kepada pihak polis yang telah pun mengakui bahawa tidak ada apa keperluan yang perlu diragui terhadap simulator tersebut. Jadi, saya katakan bahawa ini untuk membersihkan nama pilot bernama Zaharie. Membersihkan nama dia daripada tanggapan-tanggapan seolah-olah dia seorang yang sangat buruk dan jahat, hendak mengkhianati negara kita.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli- ahli Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Usul ini adalah usul yang sangat emosional. Saya harap bahawa rakan-rakan saya daripada Barisan Nasional boleh bertenang.

final • 12:40 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena is misleading us now.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Boleh bertenang. Isu ini isu yang emosional.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh berbahas secara berhemah dan matang, biar saya buat tanggungjawab. Biar saya kena hentam luar sana. Saya tidak benarkan lagi perbahasan, saya suruh lagi satu Ahli Yang Berhormat dan gulung. Apa benda yang sudah kita tidak tahu?

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong Ahli Yang Berhormat. Sila.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya harap jangan ada siapa yang sensitif. Saya tidak hendak menyebut sesiapa.

Saya katakan bahawa saya minta supaya kita hendak bersihkan nama baik pilot ini. Ini seharusnya kita bersama.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena yang soal tadi mengenai dengan membersihkan nama ini lima kali sudah diulang. Jangan ulang balik.

The point is being driven...

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya. Saya harap mereka itu dapat faham.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima kali. Sila, sila.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bercakap bahasa Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bercakap bahasa Malaysia, saya bukan bercakap bahasa Tamil Yang Berhormat Baling.

final • 12:40 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Siapa yang sokong Zaharie sekarang?

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Eh, saya bercakap...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah Ahli Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya bukan kata kamu tuduh, saya katakan... eh takkan tangan saya tidak boleh tunjuk. Apa punya bahlul!

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena duduk.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua kita mengakui bahawa apa yang berlaku itu perkara yang sungguh menyayat hati.

Semua juga kita akui bahawa apa yang berlaku pada waktu itu adalah ketentuan Ilahi. Itu semua jelas. Jangan apa yang berlaku dalam perbahasan ekoran daripada usul yang timbul daripada perkara menyayat hati ini Dewan Rakyat ini menjadi kecoh.

Sementara kita berbicara mengenai keprihatinan, kasihan, yang kita timbulkan pula di mata dunia, kita tidak ada kematangan. Kalau begitulah Ahli-ahli Yang Berhormat buat, kalau ada lagi perkara seperti tadi, saya akan tutup perbahasan dan saya minta untuk digulung. Biar saya yang kena hentam bahawa saya ini manusia yang tidak ada hati perut.

Faham? Sila.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada satu, dua perkara sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih. Seterusnya saya juga ingin mengambil ketepatan ini ialah untuk menegaskan bahawa iaitu berkaitan dengan soal apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawa Majlis Fatwa akan bermesyuarat pada petang ini untuk menentukan tentang solat jenazah ghaib dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya minta supaya selepas keputusan Majlis Fatwa, di bawah Speaker sendiri boleh mengaturkan satu, kalau ada kepastian daripada Majlis Fatwa, solat jenazah ghaib di Parlimen ini pada hari Khamis iaitu pada jam tengah hari selepas Zuhur, kita berjemaah Zuhur, di bawah penganjuran Tan Sri Speaker sendiri dan juga kita mengadakan majlis tahlil. Apa pun itu kepastian daripada Majlis Fatwa yang perlu kita nanti terlebih dahulu.

Jadi sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut bahawa satu dunia telah tolong mencari MH370 dan juga satu dunia sedang menunggukan jawapan-jawapan yang tidak ada kepastian ini dan saya kira bahawa daripada peristiwa ini, kita harus belajar banyak perkara.

Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Sains dan Teknologi harus mengambil pengajaran daripada beberapa kekurangan dan kelemahan seperti mana yang disebut oleh rakan kita daripada Johor Bahru tadi dan juga demi keluarga dan keterbukaan kita ini, saya minta sepertimana yang telah pun disebut oleh rakan-rakan kita tadi bahawa satu Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Parlimen ini mestilah ditubuhkan segera walaupun tanpa kotak hitam. Kita tidak tahu bila kotak hitam boleh dijumpai. Walaupun tanpa kotak hitam tetapi satu Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Parlimen untuk melihat secara serius beberapa perkara yang berbangkit daripada kehilangan yang sangat misteri ini.

Jadi sekali lagi saya menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya ucapkan takziah kepada keluarga bagi pihak PAS dan supaya mereka reda dan pasrah dan kita doakan moga Allah merahmati mereka dan mengampuni mereka semua.

Saya cadangkan supaya cukuplah perbahasan, daripada pihak BN tak payahlah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya panggil pembahas seterusnya, ada satu perkara penting lagi itu iaitu usul di bawah 12(1) yang kita terlupa tadi. Sila menteri.

final • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:-

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 26 Mac 2014.”

final • 12:52 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong.

final • 12:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:52 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Perbahasan atas Usul 27(3) disambung]

final • 12:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kinabatangan mewakili Sabah. Yang Berhormat Kinabatangan, kalau boleh pendekkan kerana masa tidak mengizinkan.

final • 12:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya memang pendekkan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:52 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Dengan rasa kesedihan, saya mewakili rakan-rakan dari Sabah ingin mengambil kesempatan untuk menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kenyataan semalam dan tadi iaitu menyatakan penemuan pengakhirannya destinasi MH370 di Lautan Hindi, lautan yang ketiga terdalam, yang mencabar dunia dan pada saya, dengan adanya penemuan-penemuan sebegini walaupun mungkin merupakan satu kesedihan tetapi kita harus menerima bahawa setiap satu kejadian itu ada kebaikan dia, ada hikmah dia dan setiap satu musibah itu mungkin cabaran daripada Allah SWT dan saya juga ingin menggesa kepada seluruh rakyat Malaysia supaya terus berdoa supaya penemuan- penemuan yang seterusnya dapat disegerakan oleh Allah SWT sebab saya tetap yakin dan percaya tidak ada mana-mana ucapan ataupun ungkapan yang boleh diangkat ke langit melainkan doa.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya amat dukacita dengan segelintir kumpulan puak kita yang mempolitikkan isu ini sedangkan hasrat kerajaan itu mencari dan menemukan MH370 ini hidup ataupun mati tetapi banyak mempersendakan usaha ini, banyak meremehkan usaha kerajaan. Saya hairan, apakah mereka ini bukan manusia? Menuduh bukan-bukan. Saya tidak tahu kalau perkara begini terjadi dengan keluarga mereka, apa akan mereka rasa satu hari nanti sebab saya percaya qisas berlaku semasa kita hidup dan bukan semasa kita mati. Jadi Yang Berhormat Pokok Sena, jangan buang ungkapan-ungkapan yang tidak baik dengan termasuk mengatakan kita bahlul. Saya

final • 12:53 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

tidak tahulah sama ada dia sedar ataupun tidak tapi rakan saya ini sudah terlajak kapal rupanya.

Tuan Yang di-Pertua, pada saya, daripada awal-awal saya katakan bahawa perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam negara kita dan bermakna kita tidak ada pengalaman sebab kita tidak ada expectation bahawa kapal ini akan kehilangan begitu sahaja. Kalau kita mempunyai imaginasi, mungkin kita sudah membuat persediaan. Justeru itu pada saya, perkara sebegini merupakan satu pengajaran yang perlu kita ambil untuk menangani isu seumpama ini pada masa-masa akan datang. Memang banyak kelemahan, memang banyak perkara yang perlu kita pelajari, itu saya setuju tetapi saya cukup merasakan bahawa kerajaan pimpinan negara ini telah melakukan yang terbaik.

Tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah kehilangan kapal terbang seluruh dunia datang mencari kecuali di Malaysia dan perkara ini tidak akan berlaku begitu sahaja kalau tidak ada hubungan yang baik di antara pemimpin kerajaan di antara negara dan negara ini. Justeru itu pada saya, kita harus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha murni kerajaan ini sebab matlamat kita untuk membantu keluarga-keluarga yang kehilangan keluarga mereka dalam penerbangan MH370 tersebut bukan untuk menaruh tekanan yang tinggi kepada mana-mana pihak sebab operasi-operasi mencari ini pun kalau dikira kos dia, berbilion-bilion ringgit tetapi negara-negara ini sanggup berkorban semata-mata untuk membantu kita mencari penemuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, kalau boleh mulai daripada esok hari kerajaan mungkin kita menurunkan bendera Malaysia kita separuh tiang sebagai tanda kita berkabung, menghormati kesedihan di atas pemergian yang beramai-ramai penumpang MH370 ini dan kalau boleh konsep ..

final • 12:53 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sejak pagi tadi saya menerima banyak SMS yang cukup panjang lebar yang mengatakan bahawa penerbangan ini sebenarnya telah pun dihijack dan rundingan telah dimulakan selama lima jam dan akhirnya penerbangan ini kehilangan bahan api dan terhempas ke laut. Ia tersebar dalam internet dan saya juga menerima SMS daripada ‘Sin Chew’ bahawa Duta Besar Malaysia ke China telah pun menyeru semua rakyat Malaysia di negara China supaya menjaga keselamatan masing- masing. Jadi nampaknya perkara ini semakin serius, jadi apa cadangan Yang Berhormat kepada kerajaan supaya perkara ini dapat diselesaikan.

final • 12:53 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih rakan saya.

Sebenarnya ini yang membimbangkan kita Tuan Yang di-Pertua, apabila ada spekulasi, ada cerita yang tidak tepat. Sebab itu kerajaan berhati-hati mengeluarkan apa jua kenyataan dengan media kita tidak terkawal, free segala-galanya boleh diupload ikut suka hati, maka ini yang berlaku. Maka apa akan berlaku sekiranya rakyat di China percaya dengan isu-isu sebegini dan mereka akan merusuh, memberontak ataupun menganiayai rakyat Malaysia di mana sahaja. Bukankah ini yang kita tidak mahu? Justeru itu saya meminta kerajaan supaya berhati-hati ataupun mengawal segala bentuk maklumat yang di internet walaupun rakyat kita meminta supaya tiada kawalan internet tapi isu sebegini isu terlalu sensitif dan harus diberhentikan. Kalau tidak, tidak mustahil dengan berbilion-bilion rakyat China memerangi kita, ke mana arah mana kita hendak pergi?

final • 12:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, panjang lagi Yang Berhormat?

final • 12:53 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak panjang lagi Tuan Yang di-Pertua saya mahu habiskan sudah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peringatan sebab kita kena berhenti jam satu dan seperti saya cadangkan tadi supaya perkara seperti dicadangkan oleh rakan saya tadi ini supaya dapat dilihat secara serius sebab ini bukan main-main. Kita tidak mahu ekoran kapal terbang ini pula maka kita diperangi oleh bangsa- bangsa yang lain di negara ini pula dan kita mahu sebagai menghormati tragedi ini supaya kerajaan mengambil langkah untuk mengibarkan bendera separuh tiang di negara kita sebagai tanda berkabung menghormati mereka-mereka yang terlibat dan ini rasa saya boleh meredakan kerajaan dan saya minta semua pihak berhenti membuat tuduhan.

final • 12:53 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Gelang Patahnya, yg Pokok Senanya, Yang Berhormat Shah Alamnya berhenti. Kita mahu bantu kerajaan untuk mencari penemuan ini. Bersatu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dalam negara ini. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong usul ini. Terima kasih

final • 12:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Bentong, bersedia untuk tengah hari nanti, 2.30.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menzahirkan perasaan yang amat sedih dan pilu terhadap tragedi MH370 yang malang ini. MCA mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370. Tragedi ini adalah satu tragedi yang luar biasa dan unprecedented. Saya ingin menyeru rakyat negara ini kita sama-sama bersatu dan berdiri teguh di belakang kerajaan dan negara untuk mencari dan menyelesaikan tragedi misteri ini. Kita dapat lihat bahawa rakyat berbilang kaum semua dapat berdoa dan sembahyang dengan cara agama masing-masing untuk memberi tenaga dan kekuatan agar kita dapat mencari pesawat MH370 ini dengan secepat mungkin.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MAS dan kerajaan kerana telah pun berusaha bersungguh-sungguh menjaga ahli-ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Saya ingin mengingatkan dan berharap pihak berkuasa perlu memberikan maklumat-maklumat awal kepada semua ahli keluarga termasuk juga maklumat-maklumat teknikal agar mereka dapat maklumat ini bukannya daripada surat khabar atau media tetapi dapat secara terus daripada pihak-pihak berkuasa agar kita dapat menjaga perasaan dan kesakitan dan kehampaan ahli-ahli keluarga sekalian.

Taklimat-taklimat terkini yang perlu diberikan kepada ahli keluarga dari semasa ke semasa perlu dipertingkatkan. Sepanjang masa ini saya sempat bertemu dengan beberapa ahli keluarga. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tetapi meminta agar berita-berita dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat. Sejak berlakunya tragedi pesawat MH370 ini, MCA telah mengarahkan pasukan Skuad Bantuan Krisis MCA untuk membantu pelbagai pihak mulai 8 Mac yang lalu. Misi ini untuk kita membantu ahli- ahli keluarga sebagai caregiver dan harap kita dapat juga mengurangkan kesakitan dan kepiluan ahli-ahli keluarga sekalian.

Kita juga harap melalui media sosial kita dapat juga terangkan secara terperinci tentang mesej-mesej dan maklumat-maklumat terkini yang berlaku dalam negara kita. Ahli- ahli keluarga penumpang dari negara China yang sampai ke negara kita telah pun diberikan caregiver yang baik untuk dapat kita terjemahkan apa juga maklumat-maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli keluarga. MCA akan terus bersedia untuk membantu kerajaan dan menangani isu tragedi ini dengan sebaik mungkin.

Saya menyeru kerajaan berusaha untuk memastikan semua asal-usul dan punca kejadian tragedi ini dapat diterangkan dengan selanjutnya. Dengan bantuan semua negara

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

yang telah tampil ke hadapan kita ucap terima kasih kepada semua negara yang telah pun membantu kita dan kita perlu pastikan dan maklumat-maklumat ini dapat diterangkan dan saya yakin seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita berkongsi semua maklumat dan kita telus. Kita tidak menutup apa-apa maklumat agar misi utama adalah untuk mencari pesawat MH370.

Saya juga menyokong cadangan Dewan yang mulia ini mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menyiasat tragedi ini dengan mendalam. Ini akan memastikan segala aspek dan maklumat dihalusi secara terbuka dan telus. Ia akan dapat juga memastikan nama baik kerajaan dan negara kita dapat terus dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyeru kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu ini demi kepentingan masing-masing. Kita tahu bahawa negara ini menghadapi satu krisis yang penting yang perlu kita tangani bersama. Kita perlu pastikan bahawa sokongan daripada negara-negara luar dapat kita kuatkan agar kita dapat menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin. Pagi tadi kita dengar Yang Berhormat Gelang Patah ada menyatakan bahawa, kenapa isu ini hanya dibawa ke Parlimen pada hari ini ataupun hari semalam hari yang ke-17?

Akan tetapi bagi pandangan saya isu ini adalah isu yang penting di mana pada hari pertama pembukaan Dewan ini Tuan Yang di-Pertua kita telah sama-sama dengar bahawa titah ucapan Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh isu ini dan saya harap kita sebagai Ahli-ahli Parlimen dapat sama-sama memberikan kekuatan kepada agensi kerajaan pasti kita dapat sama-sama...

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

...Memastikan isu ini dapat diselesaikan.

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan. Oleh kerana Yang Berhormat menyentuh saya, penjelasan.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Silakan.

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kita- Dewan yang mulia ini Parlimen Dewan yang tertinggi patut diberi taklimat kerap kali dalam perkara ini dan bukan kita menunggu apa yang dimaklumkan di luar Dewan dan bahawa ini sebenarnya satu perkara yang tidak patut berlaku di masa depan.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Sebagai Ahli Parlimen kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui apa yang berlaku dan juga apakah tindakan seterusnya dan saya yakin semua Ahli Parlimen berhak untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Kita tahu bahawa semua Ahli Parlimen sekiranya memohon dengan pihak berkuasa atau pihak berkaitan untuk memberi maklumat ataupun memberikan taklimat, saya yakin tidak ada pihak yang boleh menyangkalnya. Ini adalah satu...

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan, penjelasan. Adakah bererti MCA bersetuju, MCA bersetuju, tidak tahu Barisan Nasional bahawa tidak perlulah memberi apa-apa taklimat terkini kepada Dewan yang mulia ini bahawa ini dianggap sebagai satu rubber stamp sahaja. MCA rubber stamp dalam BN dan Parlimen rubber stamp dalam sistem kerajaan...

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Kita tengoklah Ahli Parlimen Gelang Patah.

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Dia sebut saya, sebab itu saya mahu interject.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Sebagai seorang yang senior, saya hormat Yang Berhormat Gelang Patah tetapi janganlah putar belit Dewan ini. Kita tahu bahawa kita di sini mempunyai tanggungjawab dan maklumat-maklumat daripada Kementerian Pengangkutan boleh diterima bila-bila masa. Saya yakin Menteri berkenaan akan pasti memberi maklumat-maklumat terkini dan juga taklimat telah diberi...

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan, penjelasan...

final • 2:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Taklimat-taklimat telah pun diberi.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Mungkin dia anggap sendiri sudah menjadi Menteri Pengangkutan.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Taklimat telah diberi.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Adakah sudah mimpi menjadi Menteri Pengangkutan?...

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Taklimat telah pun diberi kepada semua Ahli Parlimen. Saya yakin...

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Jangan sangka bahawa kita di sini mahu taklimat yang terkini.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Saya tahu.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Tidak tahu boleh atau tidak boleh menjadi Menteri Pengangkutan, kita tidak tahulah. Masa depan kita tengoklah tetapi jangan buat sangkaan yang jahat.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Memang saya tidak ada sangka jahat tetapi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Gelang Patah tadi juga membuat berbagai-bagai andaian termasuk andaian Yang Berhormat Sembrong yang menyatakan beliau pesongkan Dewan. Apa yang telah dinyatakan tadi bahawa kita semua tahu bahawa dalam ucapan Yang Berhormat Sembrong juga nyatakan bahawa apa yang benar, yang sedang mencari adalah di South Zone dan North Zone. Apa juga yang berlaku, kita harap bahawa semua Ahli Parlimen akan bersama kita berikan kekuatan kepada kerajaan dan negara. Agar kita dapat selesaikan isu ini dengan baik. Kita juga tahu bahawa cadangan untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa sekiranya boleh kita cadangkan bahawa The Royal Commission bagi isu ini dapat diwujudkan untuk memastikan bahawa ia adalah telus dan pastikan semua rakyat dalam negara kita dapat mengetahui secara terperinci isu yang berlaku berhubung dengan MH370 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa semua pihak telah pun...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Berusaha untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan secara baik. Saya berharap bahawa semua negara-negara yang menyertai misi ini dapat membantu negara kita untuk mencapai hasrat ini. Sekian terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah cukup. Tidak ada sudah.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tidak, sahaja hendak memperbetulkan sebab tadi Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat, duduklah.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat tadi kata Titah Yang di-Pertuan Agong penting. Titah Yang di-Pertuan Agong...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Limbang.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kami di negeri Sarawak juga merakamkan takziah, rasa sedih dan pilu kepada keluarga dan kerabat penumpang-penumpang dan krew MH370. Walau bagaimanapun apa perasaan kita ini berat lagi bahu yang ‘menanai’ takdir ini dan mudah-mudahan Allah memberikan segala kebaikan dalam takdirNya kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman telah dibuat, search and rescue diteruskan untuk merungkaikan misteri kehilangan MH370. Mengapa, apa yang terjadi, dan apa penyebabnya? Sebagaimana telah diputuskan, kenapa MH370 boleh tersesat hingga ke Selatan Lautan Hindi? Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, stakeholders, keluarga penumpang-penumpang, pasukan SAR, rakyat sejagat ini masih terdetik dalam hati kecil. Masih ada sedikit rasa tidak puas hati kalau boleh ingin juga hendak melihat cebisan MH370.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun yang telah berlaku, banyak perkara yang telah dipelajari oleh semua pihak. Dari pereka pesawat hinggalah kepada penggunanya.

Banyak perkara yang perlu dan mesti ditambah baik dari semua sudut dalam kemampuan negara kita. Pagi tadi wawancara CNN, saya berkesempatan mendengar iaitu wawancara CNN dengan mantan Pengurus NTSB mengatakan negara kita ini incompetent dalam pencarian ini. Akan tetapi rasanya saya tidak bersetuju. Bagi saya perkataan incapable lebih sesuai dalam hal ini. Kita tidak punya kecukupan peralatan, perkakas, satelit-satelit canggih untuk menangani dan mengesan unprecedented insiden dunia ini. Aircraft carrier pun kita tidak punya, Poseidon pun kita tidak punya, tetapi itulah hikmahnya.

Negara ada kelebihan membantu negara yang kekurangan. Ilmu dikongsi, peralatan dikongsi, semuanya meredah laut yang sama, terbang di bawah dan menjunjung langit yang sama. Bukan hanya digunakan untuk merisik, curiga mencurigai dan sekali- skala untuk mass killing. Apa yang terjadi ini menunjukkan masyarakat kita dan dunia masih mampu untuk bersatu padu, tolong-menolong tanpa ada tindas menindas. Ini adalah berkat pimpinan negara dan juga dasar negara kita. Berbaik-baik dan mengamalkan kesederhanaan dengan negara-negara lain. Kalau tidak mustahil orang hendak beri kita sokongan yang begitu padu sekali.

Setelah mendengar berbagai-bagai hujah dari pagi tadi, saya di sini ingin mencadangkan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bentong tadi. Apalah kiranya kita sama-sama mencadangkan agar Royal Commission of Inquiry (RCI) diadakan terhadap insiden kehilangan MH370 ini. Supaya kejadian ini dapat diperincikan demi untuk kebaikan imej negara kita di masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri bahas saya, saya sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga pramugara Andrew Nari dan kerabatnya daripada Sibu, Sarawak dan juga rakan-rakan beliau dan kepada semua penumpang-penumpang dalam MH370. Kami kagumi ketabahan dan kesabaran kamu. Kepada Kapten Zaharie dan semua krew beliau, kami yakin anda semua telah berusaha berhabis-habisan dalam melakukan yang terbaik terhadap penumpang-penumpang dan pesawat MH370 tersebut...

[Tepuk] Dalam menempuhi saat getir dan cemas yang anda semua lalui, yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Kepada semua yang terbabit dalam search and rescue dalam dan luar negara terima kasih tidak terhingga atas segala-galanya. Teruskan untuk mendapatkan cebisan- cebisan dan kotak hitam MH370 supaya misteri ini tidak akan menjadi igauan dunia sejagat.

Sekali lagi saya mewakili rakan-rakan Ahli Parlimen dari negeri Sarawak menyokong usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 2:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Segamat.

final • 2:43 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas pihak Parti MIC untuk menyokong usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang telah menimpa penumpang- penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370, Syarikat MAS.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini bagi pihak Parti MIC untuk mengucapkan takziah kepada semua waris penumpang-penumpang dalam pesawat MH370 dan waris anak-anak kapal penumpang. Rakan-rakan mereka dan berdoa semoga Tuhan akan memberi kekuatan kepada mereka dari semua segi untuk melalui saat-saat yang begitu pahit ini.

final • 2:48 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dengan menggunakan teknologi yang terkini dan dengan menggunakan maklumat yang telah diperoleh daripada satelit, satu pengumuman telah dibuat bahawa perjalanan pesawat ini telah tamat di dalam Lautan Hindi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Ini telah membawa kita kepada satu penyelesaian awal tentang satu masalah yang telah menghantui negara kita selama 17 hari ini. Walaupun satu keputusan telah dibuat, ada beberapa soalan yang belum dijawab dan harapan yang tinggi di kalangan keluarga penumpang pesawat ini dan keluarga anak-anak kapal supaya kita boleh mendapat jawapan kepada soalan-soalan ini.

Salah satu daripadanya ialah apa yang kita boleh memutuskan bahawa bila pesawat ini yang perjalanannya diarah daripada Kuala Lumpur ke Beijing sudah habis perjalanannya di Lautan Hindi, ini telah membuktikan bahawa ada penglibatan human factor di dalam perkara ini. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Walaupun ada pelbagai jenis spekulasi apakah jenis human factor dan siapa yang bertanggungjawab, sampai sekarang ini kita tidak mempunyai satu jawapan yang tepat tentang apa yang sebenar-benarnya berlaku di dalam pesawat atau di dalam kokpit semasa perjalanannya.

Waris-waris penumpang di dalam pesawat ini dan waris-waris anak kapal menunggu dan berharap mendapat satu jawapan yang muktamad tentang perkara ini, tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam pesawat yang mengakibatkan pesawat ini menukar perjalanannya sampai tamat perjalanannya di dalam Lautan Hindi.

Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa soalan ini boleh dijawab walaupun bukan pada hari ini tetapi di dalam satu masa yang terdekat kerana ini ialah satu jawapan yang dekat dengan hati semua orang bukan sahaja di hati waris-waris tetapi di dalam hati tiap-tiap penduduk rakyat Malaysia yang ada.

Satu lagi isu yang ada menjadi satu persoalan ialah apa yang berlaku di dalam lima jam yang mula semasa perjalanan pesawat ini. Dengan teknologi terkini yang ada pada masa sekarang, dengan adanya satelit-satelit di dunia yang begitu banyak, ini menunjukkan masih di dalam keadaan yang ada pada masa sekarang. Di dalam keadaan teknologi terkini yang kita ada pada masa sekarang, masih sebuah pesawat boleh meneruskan perjalanannya untuk lima jam tanpa dikesan oleh teknologi-teknologi yang tersedia. Ini menjadi satu pengajaran bukan sahaja kepada kita di dalam Malaysia yang telah melalui tragedi ini tetapi ajaran kepada semua negara yang lain di mana ada kemungkinan perkara-perkara ini boleh berlaku bila-bila masa dan mewujudkan beberapa soalan. Adakah teknologi yang sedia ada mencukupi untuk menghadapi cabaran-cabaran moden ini, di mana ada berbagai-bagai jenis kumpulan yang ada di dunia ini yang boleh menggunakan peluang-peluang sedemikian dan adakah teknologi yang kita ada boleh menyelesaikan isu ini dan memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku pada masa yang akan datang.

Saya berharap melalui usaha yang akan dilakukan mahupun melalui wujudnya Jawatankuasa Pemilih atau dengan mewujudkan Royal Commission, kita boleh teruskan usaha untuk mendapatkan penyelesaian kepada soalan-soalan ini kerana ini adalah harapan waris penumpang-penumpang di dalam pesawat ini dan harapan waris anak kapal serta harapan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Akan tetapi soalan-soalan yang belum dijawab ini boleh mendapat satu jawapan pada masa yang akan datang.

final • 2:50 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang-penumpang dan anak-anak kapal. Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah ditunjuk oleh semua kakitangan di dalam Kementerian Pengangkutan, DCA dan MAS dan kepada komuniti antarabangsa yang telah tampil ke hadapan untuk memberi kerjasama daripada semua segi di dalam kegunaan aset, kegunaan teknologi dan kegunaan kakitangan mereka untuk bantu kita untuk menyelesaikan masalah ini. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kesihatan dan agensi-agensi lain yang telah memainkan peranan dalam memberi bimbingan dan kaunseling kepada waris-waris mereka dan keluarga mereka semasa mereka berada di Kuala Lumpur khususnya kepada Persatuan Kaunselor Negara, Persatuan Tzu Chi, pihak MCA dan pihak anggota Kementerian Kesihatan yang telah bekerjasama untuk memastikan bahawa perasaan emosi yang begitu tinggi dapat diredakan melalui sesi-sesi kaunseling yang telah diteruskan semasa dua minggu ini.

Sekali lagi saya menyokong usul ini. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Nibong Tebal.

final • 2:50 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bagi pihak Pakatan Rakyat khususnya PKR, saya ingin menyokong usul yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi berkenaan dengan insiden yang berlaku dalam negara kita ini khususnya tragedi yang menimpa MH370. Saya dengan rakan-rakan semua ingin turut serta menzahirkan perasaan amat dukacita di atas kejadian ini dan ingin merakamkan takziah kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan yang terlibat dalam insiden ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha SAR ini. Sekarang ini mungkin bukan lagi search and rescue tetapi mungkin search and recover. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menaruh harapan tinggi berserta dengan seluruh rakyat Malaysia agar SAR ini iaitu cari dan temui ini dapat diteruskan dengan usaha yang lebih baik lagi. Semoga segala permasalahan yang kita hadapi ini dapat kita rungkai dan menemui jawapan-jawapan yang belum lagi dijawab ataupun terjawab. Diharap juga, dengan usaha ini dapat juga memberi ketenangan kepada keluarga-keluarga yang masih lagi menaruh harapan dan menanti berita-berita yang baik daripada insiden ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa pengajaran penting yang kita dapati daripada peristiwa ataupun tragedi ini? Hikmah di sebalik kejadian ini kalau kita boleh katakan. Pertama kali Tuan Yang di-Pertua, dari segi aspek keselamatan negara, kita perlu menilai dan mengkaji semula sekarang ini tahap keupayaan dan kebolehan sistem pertahanan negara kita sekarang ini terutama sekali dalam ketenteraan udara dan juga laut. Apa sudah jadi dengan kelengkapan-kelengkapan canggih yang telah kita beli bagi menangani krisis yang seumpama ini. Apa usaha yang dapat dilakukan dan apakah persediaan-persediaan untuk kita hadapi di masa hadapan dengan kejadian-kejadian yang tidak diduga ini. Itu yang pertama, Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, di peringkat antarabangsa. Walaupun isu keselamatan negara ini begitu sensitif kepada negara. Mungkin negara tidak mahu memberi ataupun mengeluarkan bukti- bukti ataupun fakta-fakta berkenaan dengan keselamatan negara. Seperti dalam kes ini, kita tahu mustahil sekali negara-negara terutama sekali negara-negara jiran tidak dapat mengesan pesawat MH370 apabila bertolak daripada Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Apabila sampai pertengahan jalan, belum sampai ke Vietnam, sudah patah balik merentasi kembali Semenanjung Malaysia. Kemudian boleh escape radar-radar negara-negara jiran ini. Di dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, saya suka cadangkan supaya kerjasama serantau terutamanya di peringkat Asian dan antarabangsa ataupun global cooperation. Dalam aspek keselamatan ini diwujudkan dan dikaji semula supaya dapat kita tangani isu- isu seperti ini dengan lebih berkesan lagi.

final • 2:56 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Jadi kerjasama di peringkat rantau ini, rantau Asian atau Asia, di peringkat global, dan antarabangsa, perlu dirujuk kembali dengan melihat keupayaan dan kesediaan untuk menangani isu ini. Terutama sekali di kawasan-kawasan yang kita panggil no man’s land ataupun tidak ada tanggungjawab sesiapa seperti Lautan Hindi yang luas begini. Itu saranan yang ingin dikemukakan Tuan Yang di-Pertua.

Bagi peringkat domestik pula Tuan Yang di-Pertua, apakah platform ataupun urus setia yang terbaik bagi kita tangani krisis ini? Kita dapati tidak ada satu penyelarasan yang baik sekarang ini dalam masa menangani perkara ini. Maknanya tidak ada suatu penyelarasan yang begitu terurus di antara agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat bagi menangani isu ini.

Kita dapati percanggahan maklumat, percanggahan kenyataan yang berbagai- bagai ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati, bukan sahaja rakyat kita tetapi juga daripada teguran-teguran, malah cemuhan daripada berita dan media asing dalam aspek ini. Maka dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, perlulah kita mewujudkan satu platform yang begitu coordinated, yang begitu bersatu padu, yang ditangani dan diuruskan oleh orang- orang yang profesional bagi menangani krisis ini. Silakan Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tunggu dia noktah tadi itu Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tunggu noktah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin pandangan Yang Berhormat Nibong Tebal yang telah memberikan aspek domestik bagaimana kerajaan menangani permasalahan dan tragedi ini. Cuma yang saya inginkan penjelasan, adakah Yang Berhormat Nibong Tebal setuju dan tahu bahawa hubungan dagangan antara Beijing dengan Kuala Lumpur.

Mengikut maklumat yang kita ada itu mencecah USD106 bilion. Ditambah dengan itu kalau ikut rekod tahun 2013, kita ada 2 juta pelancong daripada negara China yang datang ke Malaysia. Dalam masa yang sama kita juga dimaklumkan bahawa MAS mengalami kerugian sebanyak RM1.1 bilion. Apakah implikasi-implikasi ekonomi ini akan terus dibebankan? Apakah Kuala Lumpur akan berhadapan dengan masalah-masalah ini selain daripada masalah-masalah domestik yang mana Yang Berhormat Nibong Tebal nyatakan. Kalau kita tidak kita uruskan perasaan mistrust antara Beijing dengan Kuala Lumpur. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya bersetuju sangat. Memang hubungan dua hala antara Malaysia dengan China sekarang ini boleh dikatakan begitu baik. Imbangan perdagangan antarabangsa pun di antara yang tertinggi juga kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Jerman.

Dalam hal itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Katil yang kita perlu dan sangat perlu berhati-hati menjaga sensitiviti keluarga dan juga warga daripada China, malah juga daripada negara-negara lain terutama sekali apabila kita dapati insiden ini melibatkan negara-negara seperti rakyat Amerika, rakyat Australia, sebahagian besarnya daripada China, dan of course Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung tadi tentang perlunya kemantapan platform mengurus dan menangani situasi apabila krisis negara berlaku sebegini rupa. Kita perlu betul-betul memberi perhatian tentang perkara ini supaya dapat dijalankan dengan lebih profesional, lebih baik dan tidak bercanggah di antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Kita dikejutkan di peringkat-peringkat awal semasa sidang media dilakukan dengan tidak ada koordinasi yang baik, percanggahan pendapat di antara satu agensi dengan agensi yang lain. Mungkin di akhir-akhir ini ada sedikit penambahbaikan dan kita ucapkan terima kasih kepada usaha pembaikan yang dilakukan itu.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti dengan rakan-rakan yang dalam Dewan ini ingin menuntut supaya suatu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi kita tangani isu ini bagi menyediakan laporan terperinci, untuk merungkai segala permasalahan yang timbul daripada insiden ini. Terutama sekali soalan yang besar

final • 3:00 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

kenapa, dan bagaimana MH370 ini berakhir penerbangannya di Lautan Hindi, di suatu kawasan yang terpencil, dan sangat sukar dicari? Kita perlu betul-betul menjawab soalan itu. Kenapa ia berpatah balik ke situ? Dan beberapa soalan-soalan lain yang mengikuti kejadian ini. Itu merupakan soalan yang cukup besar Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena bangun.

final • 3:00 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Silakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Setuju atau tidak Yang Berhormat bahawa apa yang dicadangkan oleh rakan-rakan sebelah sana tadi iaitu Suruhanjaya Diraja. Kita tidak menolak, kita boleh percaya bahawa Suruhanjaya Diraja juga merupakan suatu keperluan, tetapi kita minta supaya Dewan ini diberikan penghormatan supaya diwujudkan suatu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, yang membabitkan keanggotaannya daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak.

Kalau Suruhanjaya Diraja sahaja, ia tidak akan membabitkan mana-mana Ahli Parlimen yang sedang berbahas. Jadi supaya laporan tersebut daripada Jawatankuasa Pilihan Khas itu akan dibahaskan kembali dalam Dewan Parlimen.

final • 3:00 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena dan saya memang bersetuju dengan cadangan itu. Malah saya rasa cadangan kawan-kawan yang baik di sebelah sana, dan juga di sini, kalau kita hendak wujudkan RCI boleh. Kita boleh wujudkan tetapi dalam masa yang sama, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu diwujudkan dan dianggotai oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak pemerintah dan juga pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju isu ini kita jangan politikkan. Saya bersetuju sangat perkara ini. Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua kita perlu juga menyekat segala spin doctors yang berlegar, sama ada dalam media cetak ataupun dalam media sosial dan juga percakapan-percakapan yang lain terutama sekali di masa Pilihan Raya Kecil Balingan. Kita perlu dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua wujudkan tahap profesionalisme yang cukup tinggi, dan ketelusan yang cukup-cukup hebat, dan juga kebertanggungjawaban yang baik supaya kita dapat sama-sama merungkai dan tangani isu ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan ataupun MAS menawarkan satu pakej ganjaran yang cukup setimpal dan sewajarnya. Bukan boleh mengatasi kegelisahan, keresahan dan juga kesedihan yang dialami oleh warga yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua dapat meringankan bebanan, dan menunjukkan penghargaan dan simpati pihak kerajaan kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam kes ini.

Sekian Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pensiangan. Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di- Pertua, minta laluan. Suara wanita tidak ada lagi dalam ini.

final • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Nantilah. Pensiangan dahulu.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pengerang pun hendak minta juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Pensiangan dan selepas itu Menteri jawab.

final • 3:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Okey.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya lah bagi ruang.

Tiada seorang wanita yang berucap lagi.

final • 3:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Okey terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kalabakan daripada Barisan Nasional menyokong perlu ada satu wakil wanita yang perlu berbahas di sini.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ala Yang Berhormat, tak kan benda ini pun hendak pertikaikan?

final • 3:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya hendak cakap lain.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tak kan begini? Sudah terbaik ini. Dekat sini semua parti ada, dekat sini tidak semua parti pun ada. Betul.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya katakan bukan minta atas kuota gender, wanita. Tidak mengapa, tidak mahu bagi kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, bagi kepada wanita Barisan Nasional tidak mengapa. Tidak ada masalah, wanita yang penting.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Gender melibatkan ibu anak-anak. Tidak mengapa sesiapa asalkan ada suara ibu, anak dan wanita.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kenapa mempertikaikan begini?

final • 3:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Okey terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua, kami ingin mengucapkan rasa dukacita..

[Disampuk] Dan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi pesawat MH370, dengan izin, may God gift all of them the strength to bear this unfortunate and very challenging moment.

final • 3:09 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Although traumatised by the event of a missing plane, the nation has moved from what was perceived as a nation divided for various reasons to a nation who came together in prayers. Pelbagai usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berusaha bersungguh-sungguh dan pelbagai usaha juga dilaksanakan oleh badan-badan bukan kerajaan atau NGO’s dan badan-badan agama serta orang perseorangan bagi mengadakan upacara memohon doa kepada Tuhan masing-masing. Sebagai negara yang menjunjung nilai-nilai murni masyarakat majmuk, doa sebegini telah berjaya menyerlahkan semangat kebersamaan antara semua rakyat Malaysia.

Setiap rakyat bukan sahaja berdoa bersama tetapi malahan berjaya mengetepikan perbezaan bangsa, kaum, agama, ideologi serta fahaman politik dan seterusnya berganding bahu dan berdiri teguh dengan satu matlamat utama untuk melihat semua penumpang dan anak-anak kapal balik dengan selamat. Dengan izin juga Tuan Yang di- Pertua, *it is just beautiful to see a Muslim, or Christian, a Hindu, Buddhism praying next to each other for MH370 regardless of their religion, their country, their origin or their skin colour. An Australian paper reported recently to that interfaith ceremony would have been inconceivable 11 days ago in the country of 28 million people where religious differences and bigotry have often been on open display.

For Malaysian, the sight of non Muslim bowing respectfully as Imam Hilman Nordin said prayers from the rostrum was an incredible step towards unity. These interfaith of multifaith prayers are manifestation of the kind of unity that we need to move forward together as one nation.* Saya pastikan Tuan Yang di-Pertua, ini boleh muncul dari ujian dan cabaran ini dengan lebih bersatu, lebih padu dan lebih menyayangi tanah air kita tercinta ini. Seperti saya katakan tadi, saya bersimpati dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh kerana begitu bersungguh-sungguh sekali untuk menyelesaikan perkara ini.

Beliau membuat beberapa langkah yang serba boleh.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Dalam pada itu saya ingin turut sama untuk mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada bantuan terutamanya oleh beberapa negara seperti Australia, China, Perancis, Amerika Syarikat, Jepun dan negara lain.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri. Boleh saya dapat penjelasan.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya fikir tiada masalah.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tiada masalah Yang Berhormat. Hendak bagi jalan boleh.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tiada masalah, tidak boleh.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tiada masalah bagi Yang Berhormat untuk bagi, walaupun tidak bagi, boleh.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya puji ialah bagaimana kita sudah bersatu dalam isu ini. Ini satu kebaikan kepada negara kita dan kalau boleh saya dapat pandangan baru terima berita bahawa Sarawak tidak membenarkan Yang Berhormat-Yang Berhormat masuk ke Sarawak...

final • 3:10 PM

[Dewan Riuh]

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini satu perkara, mungkin kalau boleh bagi pandangan.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya tidak bercerita berkaitan dengan ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini memecahkan rakyat Malaysia.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya teruskan.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab itu..

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Saya teruskan.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita setuju negara kita mesti bersatu tetapi dengan ada tindakan memecahbelahkan rakyat.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Our Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah menghubungi...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tolong Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Pemimpin-pemimpin negara untuk mendapatkan bantuan mereka dalam usaha mencari penerbangan MH370 yang hilang.

Kalau kita tidak percaya usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bacalah sejak media antarabangsa seperti China Daily, The Times of India dan lain-lain lagi yang telah pun melaporkan perbualan Perdana Menteri kita dengan pemimpin-pemimpin negara tersebut. Prime Minister Dato’ Seri Najib also twitted- he said, in our time of need, friendship has come in many forms. We will continue our efforts to search for MH370. Bantuan negara-negara ini menunjukkan kedudukan kita dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain seperti mana digambarkan melalui kenyataan seorang Menteri daripada New Zealand, Dr. Pita Sharples yang menyatakan, when the earthquake hit Christchurch, Malaysia was among the first to offer help to us which the government and people of New Zealand greatly appreciate. Seperti mana kata Yang Berhormat Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman, bantuan daripada 26 buah negara membuktikan siapa kawan kita di saat-saat ini. Tuan Yang di-Pertua, malangnya saya amat kesal dengan tindakan pihak sebelah sana yang mempolitikkan kejadian kehilangan pesawat kebenaran pada tempoh pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang...

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

*Any comparison between the MH370 tragedy under Japanese Red Army hostage crisis at American Insurance Associate

(AIA), building in mid 1970, is not only sickening but indeed exemplifies gutter politics at its very worst. The MH370 incident is not a political issue, it is not an issue to be manipulated for political campaign and certainly not an issue to be exploited for political glory. I hope and*

final • 3:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

pray Mr. Speaker, we the elected representative of the people will stand in solidarity behind the government and the Honourable Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak in this time of trial faced by our beloved nation Dalam pada itu, saya ingin- I hope and I’ll prayer Mr. Speaker that everything will be okay, dan berhubung kait dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan supaya 8 Mac dijadikan sebagai a ‘National Day of Prayers’ for the nation well being, to remind us how the nation come together in prayers for the MH370. Saya akan membawa ini ke pihak-pihak tertentu tetapi saya juga mahu mengemukakan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih, dan saya dengan ini mohon menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Menteri Pertahanan - Memangku Menteri Pengangkutan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hadir ke Dewan yang mulia pada hari ini bukan untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan semasa penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam tetapi hadir pertamanya untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sebelah pagi tadi dan kedua sedikit sebanyak untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, perkara-perkara yang telah pun menjadi pengetahuan ramai pada pukul 10 malam semalam.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini pertamanya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama padu, yang agak luar biasa khususnya daripada Australia yang kini giat mengatur gerak aset pencarian di kawasan yang telah pun dikenal pasti.

final • 3:10 PM

Menteri Pertahanan - Memangku Menteri Pengangkutan

Bagaimanapun operasi SAR hari ini terganggu ketika ini kerana cuaca buruk. Kini kita sedang memasuki fasa baru pencarian di lautan dalam. Kini kita sedang memasuki fasa baru pencarian di lautan dalam dan dalam fasa ini, peralatan dan kelengkapan yang digunakan dan yang perlu digunakan melibatkan teknologi yang canggih yang hanya dimiliki oleh negara-negara tertentu sahaja. Pencarian yang amat mencabar ini bakal melibatkan kelengkapan seperti towed pinger locators dan vessel pinger locator. Justeru itu kita sedang mendapatkan kerjasama dengan negara-negara berkenaan untuk melaksanakan operasi ini secepat mungkin sebaik sahaja cuaca kembali cerah.

Walaupun lokasi yang dikenal pasti begitu mencabar dan jauh dari daratan, saya ingin tegaskan bahawa dan saya seorang optimis dalam, dengan izin, selagi ada harapan, I am still hoping against hope. Dalam konteks ini saya ingin memberi jaminan kepada semua pihak yang terlibat dan kepada Dewan yang mulia ini bahawa operasi SAR ini akan diteruskan. Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, analisis Inmarsat dan AAIB telah merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang Koridor Selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.

Penemuan melalui satelit ini adalah berdasarkan analisis dan teknologi yang tidak pernah diguna pakai dalam mana-mana penyiasatan dalam industri penerbangan sebelum ini. Ini merupakan suatu cabaran yang telah pun saya senaraikan semalam yang berkisar kepada cabaran diplomasi, cabaran teknikal, cabaran logistik dan juga cabaran mengumpulkan kepakaran dalam kita hendak memastikan bahawa operasi SAR ini diteruskan dengan secara tersusun, konsisten, telus supaya sekurang-kurangnya ahli keluarga tahu bahawa negara kita serius dalam memastikan ia dapat memenuhi aspirasi dan kehendak mereka.

final • 3:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan. Boleh penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri datang untuk jawab. Akan tetapi tidak boleh lari ialah saya percaya keluarga 239 orang yang atas MH370 akan sangat keliru dan confuse dengan apa yang berlaku.

final • 3:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Yang Berhormat kata bahawa masih ada harapan akan terus untuk SAR, search and rescue. Akan tetapi sekarang nampaknya semalam Yang Berhormat sudah kata search and rescue sudah tamat, sekarang adalah search and recovery. Sebenarnya kita telah dapat berhubungan dengan keluarga, next of kin penumpang yang meminta, want to ask the Perdana Menteri to retract his early statement to the plane debris that are found. The next of kin has asked that the government can do. Saya percaya ini pun antara harapan- harapan next of kin, ramai mereka. Sebenarnya semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam penerangan beliau kata bahawa adalah lagi satu press conference hari ini yang memberi gambaran bahawa butir-butiran akan diberi. Kenapa satu kesimpulan disampaikan bahawa pesawat MH370 mengakhiri perjalanan di Lautan Hindi. Akan tetapi nampaknya hari ini tidak ada apa-apa press conference.

Sebaliknya barulah press conference oleh Pengerusi MAS dan CEO. Laporan hari ini mengaitkan press conference mengenai *MAS Chairman. MAS Chairman, Tan Sri Mohd.

Nor declined to comment on details that led to PM Najib’s announcement, saying that a proper explanation will be provided by the Ministry of Transport at another press conference this afternoon*.

Adakah Yang Berhormat nanti akan memberi butir-butiran di dalam perkara ini oleh sebab ini mengenai finality sama ada pesawat MH370 sudah mengakhiri perjalanan dan SAR rescue sudah diganti dengan recovery oleh sebab kita pun dapati MAS kata bahawa MAS rela untuk fly semua keluarga ke Australia apabila boleh mengesan ada debris. Menunjukkan bahawa sampai sekarang ini belum a full closure. Sebab itu nampaknya kita ada satu closure yang tidak ada closure. Kerajaan Australia kata mereka akan memberi visa apabila ada debris found. Ini bererti bukan sahaja Kerajaan Australia tetapi untuk MAS pun belum ada satu final conclusive position mengenai perkara ini.

Bukankah ini sangat confusing to all concern?

final • 3:20 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat. Menteri hendak jawab dahulu.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Dalam urusan kerana seperti dituntut, diminta oleh Yang Berhormat dari Gelang Patah, sememangnya seperti biasa tiap- tiap hari saya memberikan press conference (PC) kepada dunia. Sekarang ini kita sedang berbincang dengan pakar-pakar khususnya pihak Inmarsat untuk mengenal pasti apa dia yang perlu kita maklumkan kepada dunia, cara bagaimana buat pertama kali dalam sejarah industri penerbangan teknologi yang digunakan untuk mengenal pasti bahawa carian kita di Koridor Selatan itu secara sah dapat kita umumkan semalam merupakan kawasan yang telah pun diperkecil.

Kalau sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mengizinkan saya untuk sekurang- kurangnya menyokong usul ini, saya boleh kembali kepada mesyuarat tadi supaya PC pukul 5.30 petang boleh berjalan seperti yang dijadualkan untuk memaklumkan apa yang telah pun ditemukan dan apa yang boleh dimaklumkan oleh pakar-pakar antarabangsa tadi.

Berhubung kait dengan perkara yang kedua di mana Ahli Yang Berhormat telah menyatakan pasal ahli keluarga, ini juga merupakan usaha kita dalam fasa ketiga iaitu memberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal keluarga-keluarga penumpang dan kru MH370 kepada MAS. Oleh sebab itulah pagi tadi, MAS telah pun mengadakan PCnya sendiri. Ini akan berterusan tiap-tiap hari saya harap supaya pihak keluarga bukan sahaja melalui saluran yang telah pun kita wujudkan tetapi melalui PC-PC mereka sendiri. Sekurang-kurangnya perkara-perkara yang menyentuh kepada keluarga penumpang dan kru ini dapat dikendalikan.

Debris saya sudah nyatakan tadi memang tidak ada closure sekarang. Kita hanya menyatakan bahawa perkara ini telah pun menjurus kepada Koridor Selatan dan tumpuan kita hari ini ialah untuk memastikan debris yang telah pun dikesan melalui tiga satelit, satelit daripada China, daripada Perancis, daripada Australia merupakan debris dan objek daripada MH370. Kalau itu pun telah pun dikenal pasti, maka kita pula kena cari kotak hitam dan dengan kotak hitam itu memerlukan aset-aset lain. Keperluannya memerlukan

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

teknologi yang paling tercanggih di dunia dan hanya negara-negara tertentu sahaja yang mempunyai aset ini.

Sebelah malam ini pula saya akan ada satu lagi mesyuarat dengan wakil daripada PACOM, Pacific Command daripada Amerika Syarikat untuk memikirkan teknologi- teknologi berkenaan supaya kita boleh masuk kepada SAR fasa ketiga ini. Akan tetapi dengan syarat bahawa tumpuan kita sekarang ialah untuk mengenal pasti debris itu merupakan debris daripada MH370 dan sudah kenal pasti ia MH370 ialah untuk mencari kota hitam pula. Itulah cara kita sebelum ini iaitu mengkolaborasi dan mengesahkan setiap maklumat dan lead yang sedia ada. Cuma dalam debris ini hari ini, bahawa ia merupakan satu perkara yang tergendala kerana masalah cuaca.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, saya ingin menyatakan sekali lagi penemuan melalui satelit ini adalah berdasarkan kepada analisis dan teknologi yang tidak pernah diguna pakai dalam mana-mana penyiasatan dalam industri penerbangan sebelum ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Oleh sebab itu, apabila disarankan oleh Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Pokok Sena, dan rakan-rakan kita yang lain untuk melihat ini sebagai iktibar- sebenarnya ia satu iktibar bukan sahaja untuk negara kita. tetapi kepada dunia. Ini kerana apa yang kita lakukan ini merupakan sesuatu perkara yang unprecedented yang memerlukan semua negara, 26 negara yang terlibat dalam SAR ini untuk meneliti semula.

Cadangan sama ada jawatankuasa khas di peringkat Parlimen atas Suruhanjaya Diraja seperti saya maklumkan kepada Yang Berhormat Pokok Sena semalam saya akan bawa perkara ini kepada pihak yang akan membuat keputusan, itu jaminan saya kepada Dewan, dan kalau puas hati, inilah cara kita hendak melihat ke hadapan. Akan tetapi saya boleh mengesahkan hari ini bahawa Jawatankuasa Audit, atau jawatankuasa yang telah pun diwujudkan di peringkat Kementerian Pengangkutan telah pun difikirkan, jawatankuasa di peringkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun diwujudkan. Semua ini berjalan serentak dengan SAR kita. Akan tetapi seperti saya nyatakan dari malam semalam, tumpuan kita sekarang masih lagi adalah untuk mengenal pasti debris dan juga untuk mencari pesawat MH370...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Menteri. Seperti saya katakan tadi sewaktu Yang Berhormat Nibong Tebal berbahas tadi, kita tidak ada masalah kalau kerajaan hendak tubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI). tetapi kita juga minta supaya satu jawatankuasa di peringkat Parlimen ini, Jawatankuasa Pilihan Khas juga perlu ada untuk membabitkan Ahli Parlimen. Itu sahaja sebab kalau RCI, ia tidak akan membabitkan Ahli Parlimen supaya mungkin Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu melihat dalam angle yang lain, sudut-sudut yang lain, RCI melihat dalam sudut yang lain pula. Jadi itu saya minta supaya dipertimbangkan sungguh-sungguh supaya Parlimen diberi penghormatan.

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya faham Yang Berhormat, dan insya-Allah saya akan panjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terharu dengan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pensiangan. Perkara ini saya hendak sentuh, di mana khutbah Jumaat yang saya sempat dengar dua minggu lepas, di mana ditekankan ada hikmah di dalam ujian.

Kesatuan, perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama, darjat dan kedudukan hari ini bersatu. Tidak kira apa yang dinyatakan oleh media asing, tidak kira apa spekulasi di luar sana, apa juga tuduhan yang dibuat, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia sudah begitu lama dilihat dalam keadaan yang tidak bersatu, hari ini mereka telah pun bersatu, tidak mengambil pertimbangan warna kulit, agama dan kedudukan. Ini sesuatu hikmah yang saya dapat melihat sendiri.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Keduanya, kerjasama dan sokongan daripada negara-negara luar. Tidak mungkin negara-negara yang kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat boleh bekerjasama memikirkan satu operasi SAR, berkongsi maklumat, berkongsi aset, menggunakan pangkalan di Perth Australia, mendedahkan pesawat-pesawat yang paling sofistikated di dunia seperti Poseidon P-8, Orion P-3, dan pesawat-pesawat serta kapal-kapal daripada China- bekerjasama dengan Jepun. Asian bersatu untuk menentukan bahawa radar-radar mereka, primary, secondary, military data dapat dikongsi bersama. Itu juga merupakan satu hikmah dalam ujian ini.

Akan tetapi apa juga hikmah yang hendak dinyatakan, apa juga perkara yang terpaksa kita hadapi, kita akan laluinya bersama. Insya-Allah kalau ini usul yang dapat dipersetujui oleh kita semua tanpa berkecuali, maka ini akan menjadi satu precedence kepada dunia, dunia yang hari ini berpecah, dunia yang hari ini penuh dengan kebencian, dunia hari ini yang penuh dengan perbalahan, pembunuhan tetapi dengan kes MH370, Malaysia boleh dijadikan contoh untuk mengkoordinasi apa yang telah kita lakukan...

[Tepuk] Oleh sebab itu saya mengakhiri penggulungan ini dengan mengulangi cadangan usul Perdana Menteri yang berbunyi; *“Bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Bahawasanya Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut.

Bahawasanya Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

Bahawasanya Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas dan anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini.”* Terima kasih. Saya menyokong usul Yang Amat Berhormat ini...

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendaklah disetujukan.

final • 3:30 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas.” [24 Mac 2014]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat daripada Kementerian MITI, saya ingin maklumkan bahawa saya telah menerima dan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di nombor 11, dipinda ke nombor 19, menggantikan Kementerian Sumber Manusia seperti di dalam Jadual Susunan Giliran Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja 2014.

Dijemput Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan penggulungan ini, saya bagi pihak MITI juga menzahirkan rasa sedih dan juga ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi MH370, lebih-lebih lagi kerana salah seorang yang terlibat juga adalah Pegawai MITI, Encik Mohd. Sofuan bin Ibrahim yang ditugaskan untuk berkhidmat di Beijing.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari 11 Mac 2014 hingga 20 Mac 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan mengenai kementerian ini adalah pertamanya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Dasar Automotif Nasional 2014, penurunan harga kereta, lesen import ataupun AP, taman halal atau hab halal dan pelaburan di Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid dari Lumut, telah menyarankan agar Malaysia menarik diri dari terus menyertai rundingan TPPA.

final • 3:38 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan bersetuju untuk turut serta dalam rundingan TPPA setelah mengadakan beberapa konsultasi dan setelah mendapat pandangan daripada pihak yang membuat kajian, di mana sesi konsultasi diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan yang di antaranya terdiri daripada peniaga industri

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

kecil dan sederhana ataupun IKS serta badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan.

Maklum balas daripada sesi konsultasi terutamanya daripada IKS telah mengutarakan tentang keperluan untuk akses pasaran yang lebih besar dan mudah. Pasaran TPPA mampu untuk meningkatkan eksport barangan keluaran tempatan ke luar Malaysia.

TPPA menawarkan Malaysia peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasaran pengguna yang mempunyai 800 juta penduduk. Melalui TPPA, Malaysia akan menjadi sebahagian daripada usaha integrasi ekonomi yang lebih luas di rantau Asia Pasifik. Ia juga secara langsung mengukuhkan hubungan Malaysia dengan rakan dagang penting seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Sebagai anggota TPPA, Malaysia mampu meningkatkan penyertaan dalam rangkaian bekalan global dan serantau serta melebarkan akses produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran lebih besar.

Di samping itu, TPPA juga memberi faedah liberalisasi perdagangan kepada pengguna. Melalui TPPA, penghapusan tarif, menawarkan produk dan perkhidmatan yang diimport pada harga yang lebih kompetitif kepada pengguna. Pada masa yang sama, proses liberalisasi juga membolehkan industri pembuatan memperoleh bahan mentah dengan harga yang lebih rendah dan menjadikan industri tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Sekiranya Malaysia mengambil keputusan untuk tarik diri dalam rundingan TPPA, ini bererti Malaysia membenarkan negara lain menetapkan terma-terma dalam TPPA tanpa mengambil kira kepentingan negara. Jika Malaysia menyertai TPPA setelah perjanjian tersebut dimuktamadkan, negara terpaksa menerima segala peraturan, terma dan syarat- syarat yang telah diputuskan oleh negara-negara lain. Bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat Malaysia, Malaysia telah dan akan terus merundingkan pengecualian dan lain- lain dengan izin, dan tempoh masa yang lebih panjang untuk liberalisasi bagi menangani isu-isu yang sensitif bagi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya memaklumkan bahawa beliau serta beberapa Ahli Yang Berhormat di kalangan pembangkang akan mengkaji semula...

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Klang.

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Hadapan sini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa dalam rundingan TPPA ini Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi, peniaga-peniaga pun akan mendapat benefit dan termasuk dengan pengguna juga. Kenyataan ini dibuat selepas membuat cost benefit analysis atau daripada teks buku ekonomi. Saya minta Yang Berhormat menyatakan di Dewan yang mulia ini, adakah satu cost benefit analysis yang telah dibuat yang memberi sokongan kepada pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa ekonomi Malaysia akan benefit, pengguna akan benefit dan juga pihak SME ataupun IKS juga akan benefit? Minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Klang. Terus-terang saya katakan bahawa sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk turut serta dalam rundingan pada peringkat awal dahulu, kajian dibuat oleh UNDP tentang faedah ataupun manfaat yang boleh diperoleh sekiranya Malaysia turut serta dalam rundingan dan sekiranya Malaysia bersetuju untuk turut serta dalam TPPA dengan mengambil kira segala kepentingan negara Malaysia.

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Hendak minta penjelasan ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam UNDP Report memang tidak konklusif tentang cost benefit kepada negara kita. Setuju atau tidak? Sebab, ahli-ahli

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Caucus itu, kita dapat baca UNDP Report itu dan memang tidak konklusif. Memang kita tidak boleh bincang secara terperinci isu-isu atau conclusion ia, sebab kita semua kena sign non-disclose agreement tetapi setuju atau tidak, ia tidak konklusif?

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya boleh follow up dengan pandangan tadi, iaitu bahawa pandangan ataupun laporan yang telah dibuat oleh UNDP sebenarnya bukan cost benefit analysis, tetapi memberi satu pandangan strategik kepada Kerajaan Malaysia. It is not a cost benefit analysis. Akan tetapi saya percaya sekarang kerajaan telah mula membuat beberapa laporan, dan mungkin boleh dapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya sebut secara umum bahawa kajian tersebut belum lagi mengambil kira butiran perjanjian ataupun chapter-chapter yang masih dalam pembinaan pada masa itu. Oleh sebab itulah kita mengambil keputusan daripada kajian dan rumusan yang dibuat, walaupun secara umum, yang memberi faedah kepada negara Malaysia, maka kita turut serta dalam perundingan. Walaupun tidak lengkap ataupun sempurna kerana pada masa itu chapters rundingan dan sebagainya belum lagi sampai tahap perincian dan masih dalam proses pembinaan dan juga dalam proses perundingan...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat. Ya, sila.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dapati kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini agak bercanggah. Pada satu ketika menyatakan bahawa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa ianya menguntungkan tetapi pada masa yang sama mengatakan bahawa kajian itu dibuat dalam keadaan terma-termanya belum lagi dikenal pasti dan belum lagi difinalize.

Lalu, apa hujah yang sebenarnya? Adakah ianya didapati memang menguntungkan bahawa cost benefit analysis ini telah dilakukan berdasarkan kepada terma-terma yang telah pun dipersetujui bersama dan sememangnya telah didapati ianya menguntungkan, dan sekiranya benar, maka adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersedia untuk mendedahkan hasil kajian itu?

Saya ingin tahu juga secara umumnya, apakah bahan-bahan keluaran negara Malaysia yang sekarang ini menghadapi masalah trade barrier yang ingin dibuka melalui TPPA yang mana sekarang ini memang kita tidak dapat menembusi pasaran negara- negara yang terlibat yang merupakan halangan dan sebaliknya, apakah produk-produk yang ingin mereka bawa ke negara kita yang kita meletakkan halangan dan trade barrier yang akan juga turut diruntuhkan dan dengan itu bagaimana boleh membuktikan bahawa perdagangan di sebelah kita akan untung? Inilah yang penting. Apakah produk yang sekarang ini terhalang oleh kerana tidak adanya TPPA bagi negara Malaysia untuk dipasarkan di Amerika dan di negara-negara lain yang terlibat, dan apakah pula produk- produk yang mereka hendak pasarkan di negara Malaysia yang akan kita pula terpaksa buka dan bersaing secara saksama dan dengan itu kita mendapatkan keuntungan daripada wujudnya TPPA ini? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Tuan Yang di-Pertua, ada dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Pertamanya sama ada terperinci atau tidak. Keduanya tentang produk-produk untuk dieksport ke negara mereka sama ada terhalang atau tidak. Isu pertama saya jawab secara umum iaitu pada peringkat awal itu kerangkanya sudah ada tetapi tidaklah terperinci sehalus-halusnya. Ini kerana semua negara ada membangkitkan chapters yang berkait rapat dengan negara masing-masing. Misalnya negara Malaysia tentang affirmative tentang SOE dan sebagainya yang tidak ada dalam chapter kemungkinan pada masa itu masih belum jelas dalam chapters tertentu, bukan tidak ada.

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Maksudnya kalau saya katakan sangat terperinci atau tidak, umum sangat atau pun tidak, kerangka sudah ada tetapi ada beberapa chapter tertentu yang masih lagi belum dapat dirumuskan untuk ditetapkan. Malahan Tuan Yang di-Pertua sehingga sekarang pun ada beberapa chapter masih lagi dalam proses perundingan sama ada hendak dimansuhkan atau dikeluarkan. Itu maksud saya lah. Bukannya tidak ada chapter, tidak terperinci dan sebagainya.

Akan tetapi sekurang-kurangnya kerangka ada untuk dijadikan sebagai bahan asas. Oleh sebab perbincangan ini dibuat dengan satu tempoh yang sangat panjang, bukan bermakna kita hendak masuk berunding kemudian kita buat kajian tetapi setelah kita duduk berbincang atau berunding dengan negara-negara terlibat, ada keperluan pada peringkat awal ada keperluan untuk membuat kajian pada masa itu. Bukannya di tengah jalan atau pun di penghujung jalan, tidak, daripada peringkat awal lagi. Dia macam meminanglah, macam meminang. Belum ada tanda, belum ada sebutan mas kahwin dan sebagainyalah pada kita. Kalau itu boleh dijadikan sebagai satu analogi ya.

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan. Dalam TPPA ini ada 29...

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Kejap, kejap. Begini Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi sebenarnya…

final • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pertama tadi itu masih tidak berapa jelas Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Ya, itulah jawapan saya.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Fasal saya punya soalan, kajian yang dibuat itu macam mana boleh kata menguntungkan kalau ianya masih belum lagi dimuktamadkan. Akan tetapi adakah ada satu kajian yang mutakhir setelah apa yang hendak dibincangkan itu telah dibincangkan dan dimuktamadkan? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersedia untuk mendedahkan hasil kajian itu? Kita hendak tahu cost benefit analysisnya. Kalau tidak hendak kata menguntungkan macam mana?

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak mengarah kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan. Juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Saya masuk bab yang seterusnya mungkin ada jawapan di situ.

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Perjelaskan bagaimana kerajaan merunding 29 bab dalam TPPA tanpa satu kos benefit analysis Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab soalan itu, soalan-soalan lain itu tidak payah jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, pencelahan.

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Tidak apalah, saya baca dulu. Ada hujah-hujah di situ dan saya akan kembali kepada soalan tersebut.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh tidak?

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Boleh tidak benarkan saya baca sebab ada Yang Berhormat Kelana Jaya dalam ini.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, okey terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Okey. Yang Berhormat Kelana Jaya memaklumkan bahawa beliau serta beberapa Ahli Yang Berhormat daripada kalangan pembangkang akan mengkaji semula peranan dan penglibatan mereka di dalam kokus TPPA.

Caucus Parlimen untuk TPPA ditubuhkan secara by partition supaya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan Barisan Nasional dapat meneliti dan memantau perkembangan rundingan perjanjian tersebut. Keputusan untuk menubuhkan kokus Parlimen ini juga diambil berdasarkan mandat daripada Jemaah Menteri supaya kedua-dua pihak daripada Barisan Nasional dan pembangkang dapat sama-sama memberi pandangan mengenai isu dalam rundingan TPPA.

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Semenjak kokus Parlimen TPPA itu ditubuhkan pada bulan Jun tahun 2013, Ahli- ahli kokus daripada kedua-dua Barisan Nasional dan parti pembangkang telah melaksanakan peranan dengan baik. Kerajaan menghargai input dan pandangan semua ahli Caucus dan ia sememangnya dimanfaatkan secara baik oleh kerajaan khususnya kepada pasukan perunding Malaysia.

Kerajaan berpendapat bahawa cadangan pihak pembangkang untuk mengkaji semula peranan dan penglibatan mereka dalam Caucus TPPA pada saat ini tidak sesuai kerana pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dapat dikongsi bersama untuk membantu pasukan perunding negara. Seperti mana sedia maklum, penglibatan Malaysia di dalam TPPA merupakan satu keputusan kerajaan. Oleh demikian adalah diharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil pertimbangan yang tidak berpaksikan isu politik semata-mata tetapi lebih kepada kewajaran, kepentingan negara secara keseluruhan.

Yang Berhormat Sungai Siput…

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kelana Jaya bangun lagi Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

…Memaklumkan bahawa beliau tidak setuju..

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri benarkan saya jawab boleh? Isu pertamanya yang paling penting ialah cost benefit study.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, peliklah dengar yang benarkan saya menjawab Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak mahu bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ya?

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, ya betullah itu.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Apa yang penting ialah isu cost benefit analysis. Setahu kita kerajaan sepatutnya pada bulan Disember lalu telah menyediakan cost benefit analysis yang paling terkini tentang SME dan juga tentang polisi bumiputera.

Sekarang sudah hampir sampai April, masih tidak buat lagi. Dalam semua ini Menteri sudah beritahu bahawa negotiation sudah hampir kepada saat yang terakhir sudah. Cuma beberapa perkara yang masih belum agree. Jadi seperti Yang Berhormat Klang, kita memang tidak faham langsung kenapa dan macam mana ini cost benefit tidak sedia lagi tapi masih kata sudah dekat hendak sign.

Jadi oleh itu kita menunjukkan satu ketidakpastian tentang cara Caucus ini digunakan lagipun demands kita untuk tengok legal texts belum diberi peluang. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang bangun pula Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu dalam banyak pihak, banyak stakeholders yang bimbang dengan TPPA ini. Sebagai contoh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu di sana juga ramai tokoh-tokoh ekonomi yang mereka menyatakan kebimbangan mereka. Di antaranya berkaitan dengan isu investor-state dispute settlement (ISDS) yang mana foreign investors ini boleh mencabar kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam TPPA ini mungkin meliberalkan beberapa sektor. Sebagai contoh dalam perlembagaan kita ada beberapa indigenous element yang protect kaum-kaum tertentu dan hal kepentingan tertentu.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Persoalannya kita tahu the leading negotiator adalah US Government yang mempunyai kekuatan yang tidak sama level dengan kita. Jadi kita risau apabila segala kebimbangan ini tidak diaddress sepenuhnya dengan efektif, jadi kalau sudah sign nanti, sudah berlaku apa yang kita bimbang itu sebagai contoh kalau dia bawa ke arbitration di peringkat international, tiba-tiba mereka mengatakan Perkara 153, Perkara 152 sebagai contoh. Perkara kepentingan, ini menghalang untuk kami hendak invest di sini. Ini kalau sudah sampai ke peringkat arbitration, di mahkamah Malaysia mungkin mereka memahami keadaan semasa, ini perkara yang mungkin mereka tidak akan sentuh.

Akan tetapi apabila di peringkat arbitration di peringkat international, ketika itu mereka tidak they are not bound by all these fears.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mereka hanya bergantung kepada perjanjian kerana mereka merasakan ini menghalang untuk mereka mendapatkan keadilan. Mereka akan langgar ini. Jadi, saya minta supaya Menteri, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyediakan senarai- senarai kebimbangan yang dinyatakan oleh pihak-pihak stakeholders ini? Semua pihak, MTUCkah atau siapa. Selepas itu hendak tahu apakah jawapan-jawapan ataupun penerangan tentang kebimbangan itu? Macam mana kerajaan address benda itu? Beritahu kepada kita semua. Jadi, kita tidak mahu sudah sain nanti baru kita hendak ini- macam tol.

Tol adalah contoh yang paling baik. Semasa sain tidak ingat apa-apa. Selepas itu sekarang, oh! Terpaksa naik tol, sebab apa? Sebab ada perjanjian.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu contoh sebab dia ada analogi tadi, analogi Minang. Kita analogi yang paling baik adalah analogi tol. Itu lebih baik sebab tol itu adalah analogi yang menunjukkan betapa teruknya kita apabila kita sain perjanjian, kita langsung tidak memikirkan rakyat, kita fikir concession holders atau pemegang konsesi.

Itu yang kita lebih utamakan. Sekarang kita sudah terbelit dengan perjanjian yang teruk macam itu. Tidak naikkan tol, terpaksa bayar ganti rugi RM400 juta duit rakyat dibayar.

Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong sediakan senarai-senarai kebimbangan itu dan apa yang pihak kementerian telah buat untuk address kebimbangan itu? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Menteri, Kota Tinggi.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sebelum menjawab, Kuala Krai.

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh saya mencelah? Hendak tanya soalan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Siapa dahulu? Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya tertarik dengan pertanyaan-pertanyaan tadi. Saya pun hendak tumpang tanya juga. Mungkin kalau Yang Berhormat Menteri sebut dari segi prosedur proses kita, TPPA ini. Jadi, saya ingat sebahagian yang ditanya ini pun Menteri ahli-ahli Caucus juga. Cuma kita hendak tanya apakah proses-proses?

Saya difahamkan ada lima proses. Satu, kita buat engagement dengan stakeholder. Kedua, buat preliminary cost benefit analysis selepas kita negotiation. Selepas itu, kita ada penubuhan caucus by partition, selepas itu kita pergi ke Kabinet. Selepas itu kita mungkin pergi debat ke Parlimen. Saya ingat benda ini satu proses yang mungkin ramai yang hendak bertanya.

Kedua ialah tadi, bila kita bincang negotiation ini, saya ingat kalau semua sudah dedah ia ada 29 chapter. Saya difahamkan 29 chapter, yang MTM dan lain-lain mungkin satu atau dua chapter. Betullah kebimbangannya itu. Jadi saya hendak tanya, kita ahli

final • 4:00 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

caucus semua yang hendak tanya pun sudah tahu tadi, nothing is signed until it sign, nothing is agreed until everything is agreed. Sebenarnya benda ini berterusan. Kalau semuanya hendak dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini, maknanya kita semua sudah tahu, orang yang dekat sana itu sudah tidak ada benda yang hendak dinegotiate lagilah. Benda ini agak sensitif. Ia multilateral dan bukannya satu atau dua negara dan proses ini berterusan dari dahulu. Rio, Qatar, selepas itu kita ada banyak lagilah dan TPPA is one of them. Jadi, saya tanya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah lima proses yang saya sebut tadi, yang mana semua ahli caucus pun sudah tahu, buat-buat tanya. Boleh terangkan?

Adakah kita berganjak daripada matlamat utama kita, akan sain? Yang sain ini pun sudah tahukah bila? Saya hendak tanya. Jadi, kalau kita sudah kata, Perdana Menteri pun sudah cakap, nothing is signed until kita mendapat mandate daripada rakyat di Parlimen ini.

Jadi, saya hendak minta di mana kita sekarang ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta sedikit. Saya hendak mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, mengenai kekuatan kita di dalam perundingan. Antara perkara yang boleh diputuskan ialah penghapusan cukai-cukai import bagi kedua-dua belah pihak dan kesemua pihak. Akan tetapi yang cuba dipertahankan oleh negara masing-masing ialah cukai eksport. Saya rasa negara kita sebagai negara industri pembuatan, kemasukan industri dari Amerika Syarikat contohnya, akan menjadikan kita sebagai negara pembuatan yang lebih banyak lagi barang-barang yang kemudiannya akan dieksport keluar. Jadi, cukai eksport ini merupakan suatu pendapatan penting bagi negara kita. Saya hendak bertanyakan ini dalam salah satu soalan saya yang dijawab bahawa kita akan mempertahankan cukai eksport ini, ya.

Cuma soalan saya apakah kedudukan semasa perbincangan ini sama ada kita dapat mempertahankannya ataupun kerana aspek-aspek lain seperti kita hendak membolehkan pasaran di luar, maka kita terpaksa menggadaikan urusan cukai eksport ini, saya ingat kita akan kehilangan hasil. Jadi apakah kekuatan kita sama ada kita boleh pertahankan dengan apa yang disebutkan oleh jawapan daripada kementerian bahawa pasukan perunding akan terus mempertahankan hak Malaysia untuk mengenakan duti eksport. Jadi bagaimana kedudukan semasa? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat, ada empat perkara. Pertama, saya hendak ulang sekali lagi, ya. Betullah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi. Kerajaan tidak akan menandatangani perjanjian tersebut kalau perkara-perkara yang masih lagi tergantung yang pada Kerajaan Malaysia boleh menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi kedaulatan negara Malaysia dalam soal ini, ya. Oleh yang demikian, perundingan masih lagi berjalan. Perundingan di peringkat Menteri sahaja tidak kurang daripada enam perundingan di beberapa tempat dan terbaru adalah di Singapura yang melibatkan ketua-ketua negara ialah empat rundingan ataupun mesyuarat.

Sehingga kini, kerajaan masih lagi berpendirian bahawa perkara-perkara yang belum selesai seperti access pasaran, perolehan kerajaan, state-owned enterprise, alam sekitar, buruh, harta intelek, pelaburan khususnya isu-isu ISDS. Ini di antara perkara- perkara yang masih lagi pada pandangan kerajaan Malaysia tergantung. Ia tidak dapat dipersetujui kerana menyentuh kepentingan negara, ekonomi dan lebih-lebih lagi ada di kalangan rakan-rakan menyebut kedaulatan negara. Maka sebab itulah kerajaan ataupun Kabinet memberi mandat kepada Yang Berhormat Menteri MITI untuk meneruskan rundingan berasaskan kepada perkara-perkara yang perlu diberikan keutamaan tentang– ataupun ke atas tujuh perkara yang saya sebut tadi.

Maknanya, selagi perkara-perkara tersebut tidak menepati kehendak kerajaan, maka negara Malaysia berpendirian bahawa tidak akan menandatangani perjanjian tersebut. Cuma pada peringkat sekarang saya hendak sebut, yang saya baca tadi ialah kita perlu meneruskan rundingan berdasarkan kepada mandat yang diamanahkan.

final • 4:00 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Saya sudah sebut pada peringkat awal tadi iaitu kajian tentang cost benefit yang dikaji oleh UNDP. Kajian ini bukannya satu kajian yang singkat ya. Ia terpaksa melalui proses perbincangan yang sangat panjang di antara wakil-wakil Kerajaan Malaysia dan juga pihak UNDP. Ada senarai di sini, tidak kurang daripada 32 proses ataupun perbincangan supaya segala perundingan yang diteruskan berdasarkan kepada laporan daripada UNDP.

Itu pendirian yang kerajaan buat. Yang Berhormat Kelana Jaya tadi menyebut tentang kajian seterusnya, kita mengaku dan kita mengambil kira pandangan daripada semua pihak sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat di sebelah sini atau di sebelah sana termasuk engagement, tidak kurang 56 engagements.

final • 4:00 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Pertemuan, perbincangan dengan mereka-mereka yang berkepentingan di luar sana dan akhirnya alhamdulillah kerajaan bersetuju untuk meneruskan kajian dan melantik pihak ISIS dan juga TERAJU ke atas perkara-perkara tertentu. Di mana kedua-dua kajian tersebut iaitu National Impact Analysis oleh ISIS dan Probable Impact of TPPA on Bumiputera Businesses Entrepreneurs dan SME oleh TERAJU kini berada di peringkat terakhir. Saya hendak jelaskan di sini berada di peringkat terakhir untuk menyiapkan laporan fasa pertama.

Mereka sudah buat kajian, mereka sudah datang kepada MITI tetapi ada beberapa perkara lagi yang pada pandangan MITI perlu lagi dibuat kajian selanjutnya. Itu belum sampai pada peringkat fasa pertama, baru bentang daripada kajian yang dibuat, belum sampai kepada tahap rumusan fasa pertama, belum. Seperti mana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, kedua-dua kajian tersebut akan dilaksanakan secara dua fasa.

Fasa pertama melaksanakan analisis berlandaskan situasi di mana teks rundingan tax masih berlangsung dan hasil kajian fasa pertama adalah bersifat interim. Oleh sebab itu fasa pertama dibentangkan kepada kita, kita kata tidak cukup, ada lagi perkara-perkara yang perlu dibuat kajian. Manakala fasa kedua hanya akan dilaksanakan...

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Fasa kedua pula hanya akan dilaksanakan apabila teks rundingan tersebut dimuktamadkan. Ini kerana sudah tentulah kajian berdasarkan kepada chapters yang sudah pun dipersetujui...

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Mencelah.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Kalau- sekejap! Kalau chapters tidak dipersetujui maka kajian itu tidak lengkap. Oleh sebab itu kita buat dua fasa dan hasil laporan fasa pertama yang belum siap ini- sebab kita minta mereka buat kajian- hasil laporan fasa pertama bagi kedua-dua kajian ini akan dimaklumkan kepada Majlis Jemaah Menteri dan ahli-ahli Caucus TPPA apabila ia telah selesai kelak.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menghargai kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kita, cuma kita ingin tahu berapa lama lagi kajian hendak dilakukan? Apa yang kita hendak tahu sekarang ini ialah bilakah tarikh akhir sebelum perjanjian ini ditandatangani.

Kita tidak mahu- sekarang kita dengar kajian, kajian, kajian dan selepas itu esoknya akan diumumkan perjanjian itu sudah ditandatangani. Kita tidak tahu apa hasil kajian. Inilah yang menjadi kerisauan kita yang akhirnya sesudah perjanjian dibuat, kemudian apabila ada masalah maka akhirnya esok, balik semula kepada Parlimen dan pada ketika itu tangan dan kaki kita sudah terikat dengan perjanjian ini...

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh saya- soalan yang lebih kurang sama. Isu yang cuba dibangkitkan oleh kami di sini lebih kepada kerisauan dan kebimbangan kerana apabila maklumat yang kita terima dari sudut kos dan benefit analysis itu masih lagi dalam keadaan samar-samar.

Dalam pada waktu yang sama, kerajaan seolah-olah seperti tergesa-gesa dan apabila perkara itu sampai kepada suatu tahap di mana kita seolah-olah seperti dipaksa. Oleh kerana kita tahu bahawa kita berhadapan bukan dengan kerajaan US semata-mata tetapi di

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

belakangnya korporat-korporat besar yang ada kepentingan dan dia tidak mengira apa sahaja sovereignty yang ada dalam negara yang dia hendak buat perjanjian itu.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja, apabila sudah ditandatangani perjanjian itu katakan tanpa pengetahuan kita, lalu apabila timbul masalah akan merujuk semula kepada Parlimen. Ia akan melibatkan soal-soal seperti yang disebutkan tadi, 153 kalau dianggap ia sebagai halangan, dipanggil track barriers maka perlu dibuang barulah boleh dianggap sebagai satu perniagaan yang sama rata sedangkan itu adalah sovereignty negara ini.

Jadi saya rasa perkara ini kami lahirkan bukan kerana melihat aspek negatif tetapi lebih kepada hendak memastikan bahawa kita tidak kalah dalam pelaksanaan TPPA ini. Itu hasrat kami di sini. Jadi saya berharap kalau boleh segala keputusan terakhir atau apa sahaja maklumat yang hendak dilaporkan bawa ke Parlimen ini, bahas. Setelah kita berpuas hati, barulah apa sahaja tindakan seterusnya yang kita hendak ambil. Mohon penjelasan.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Temerloh bangun.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan apa yang disebut oleh rakan saya daripada Parit Buntar tadi. Saya hendak tahu bagaimanakah pendirian kementerian berkaitan dengan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang telah membentangkan hasil kajian cost-benefit analysis ini. Di mana disebut, sekiranya Malaysia dan Amerika Syarikat tidak mengenakan tarif eksport ini contohnya, nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 2012 sebanyak USD26.7 bilion, manakala nilai eksport Amerika ke Malaysia hanya USD15.9 bilion. Jadi maksudnya tanpa TPPA pun, negara kita sudah mempunyai nilai eksport yang tinggi. Maka kita bimbang jika tarif eksport ini dihapuskan, maka Malaysia akan kehilangan hasil yang tinggi dan terpaksa bersaing pula di pasaran yang lebih terbuka dan akhirnya menjejaskan syarikat-syarikat kita.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sekejap, saya…

final • 4:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sikit sahaja, hampir sama. Saya meminta penjelasan berapa banyak lagi kah perbincangan di peringkat pegawai dan juga Menteri yang akan diadakan sebelum perjanjian ini ditandatangani? Saya yakin bahawa dengan taklimat-taklimat dan pemberitahuan oleh pihak kementerian bahawa kementerian tidak akan sewenang-wenangnya menandatangani perjanjian yang sangat penting ini.

TPPA ini kalau boleh memberikan keuntungan yang banyak, kebaikan yang banyak kepada negara sudah pasti kita akan kerugian kalau kita tidak menyertainya. Kita telah diberitahu banyak kali dan saya yakin bahawa kementerian tidak akan tergesa-gesa dan tidak akan menandatangani jika ada perkara-perkara yang boleh menggugat kedaulatan negara dan juga menggugat rakyat di negara ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Bagan Serai.

Proses perundingan adalah berlandaskan kepada substance dan bukan terikat kepada tempoh masa. Maknanya tidak ada time frame. Jelas bahawa tarikh akhir yang hangat dibincangkan, ini buktinya ialah dahulu ramai yang menganggap bahawa akan ditandatangani pada bulan April, kemudian pada bulan Disember tetapi tidak menjadi kenyataan. Saya hendak sebutkan di sini, saya ulang sekali lagi. Kerajaan telah berjanji bahawa teks yang dimuktamadkan ataupun draf perjanjian yang dimuktamadkan akan dibuka untuk perbahasan Parlimen sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri. Ini yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri MITI tempoh hari.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Seperti mana yang...

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini betul Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Seperti mana...

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini betul-betul ya. Ini bukan percubaan, ini betul-betul ya? Sebab kita...

final • 4:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Mana pula hendak eksperimen pula.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami bersetuju dan kami mengucapkan tahniah kalau betul itu pendirian kerajaan, kita mengucapkan tahniah.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Betullah itu.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini betul-betul ya. Jangan nanti macam cerita P.Ramlee itu.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Betullah, apa hendak main-main pula.

final • 4:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada lagi satu komen. Kalau bentang sahaja tetapi tidak boleh buat apa-apa pindaan, tidak guna juga.

final • 4:10 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Untuk dibahaskan.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau sudah runding pun dah setuju apa maknanya? Sekali lagi, kalau di bahas, tetapi dalam proses perundingan semua sudah bersetuju bahawa di bahas ke Parlimen tetapi semua sudah dipersetujui macam mana hendak buat? Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf Tuan Yang di-Pertua ya.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dalam 29 Chapter yang sedang dirunding, kata ada yang sudah dipersetujui, ada sudah dimuktamadkan. Yang sudah dimuktamadkan itu tidak bolehkah yang itu dikemukakan dahulu? Yang mana yang sudah dipersetujui, sudah banyak pergi jumpa, ada sebahagian sudah setuju, ada lagi yang belum dipersetujui, maka yang belum dipersetujui itu hendak balik hendak runding lagi. Manakala yang sudah dipersetujui itu, boleh atau tidak dikemukakan dahulu? Atau hendak kena tunggu semua sudah bersetuju baru hendak kemukakan? Paling kurang kita hendak tahu apa yang telah dipersetujui.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sebelum itu, saya hendak tegaskan di sini iaitu Yang Berhormat Kuala Krai sebelum menjawab tadi, cukai eksport- tentang cukai eksport, Kabinet berpegang teguh dan tegas bahawa cukai eksport dikekalkan dan dipertahankan oleh pihak perunding negara Malaysia...

[Disampuk] Tentang sebahagian bawa ke Parlimen, sebahagian tidak, saya rasa itu kita. Oleh sebab itu kita ada kokus dan kita biasanya, secara umumnya, kita brief kepada pihak kokus tentang perkembangan-perkembangan terkini sebaik-baik sahaja atau selepas setiap rundingan yang melibatkan Menteri berlaku seperti baru-baru ini di Singapura dan sebagainya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 4:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menyebut kokus tadi. Saya hanya ingin mendapatkan satu penjelasan yang jelas, bila disebut tentang membawa isu perjanjian TPP itu kepada perbahasan dalam Parlimen dalam mesyuarat terakhir ahli kokus adakan dengan Menteri, Menteri juga telah menyatakan bahawa setiap seorang Ahli Parlimen wakil rakyat akan diberikan satu salinan perjanjian yang sekarang ini- sehingga tahap ini lebih kurang 700,

final • 4:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

800 muka surat tebalnya. Saya mohon diberikan penegasan adakah semua Ahli Parlimen akan diberikan salinan perjanjian as of the agreed final document bersama kesemua 13 buah negara sebelum dibahaskan, itu satu.

Keduanya, apakah pandangan Menteri memandangkan Amerika Syarikat di bawah Presiden Obama gagal meluluskan rang undang-undang untuk mempercepatkan fast track ataupun mendapatkan fast track authority oleh Presiden? Maksudnya, Kongres Amerika boleh mengubah membuat pindaan setelah draf yang terakhir dipersetujui oleh semua negara. Jadi, saya pohon pandangan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Yang Berhormat Lembah Pantai adalah lebih maklum sebab beliau berada dalam Caucus.

Cuma komen saya mudah sahaja, dengan izin, *as of the Minister promised..

[Ketawa]* Tentang draf perjanjian yang sudah dimuktamadkan dibawa kepada Kongres Amerika, pada pandangan peribadi sayalah dengan belum berlaku lagi, kalau Kongres tidak bersetuju, pada pandangan peribadi saya, patah balik kepada rundingan walaupun telah dimuktamadkan. Hendak buat macam mana? Itu keputusan yang dibuat [Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada soalan susulan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya memang berfikir perbincangan di Dewan ini mengenai TPP adalah bagus. Akan tetapi saya juga mencadangkan bahawa usul yang akan dibawa ada dalam bahasa Malaysia, bukan bahasa Inggeris.

Mengapa saya bangkitkan isu ini ialah sebab di Korea Selatan yang mana penerima di antara Amerika dengan Korea iaitu Kores telah dibawa ke Parlimen South Korea dan dalam bahasa Inggeris yang mana lebih kurang 70% Ahli Parlimen di sana tidak memahami bahasa Inggeris. Oleh kerana itu saya cadang supaya di Malaysia kita hormati bahasa Malaysia dan kita bawa kesemua 3,000 muka surat itu ke Dewan yang mulia ini dalam bahasa Malaysia. Saya ingin mendapatkan komitmen kerajaan bahawa Kerajaan Malaysia akan bawa kesemua 3,000 muka surat itu iaitu Perjanjian TPPA ini dalam bahasa Malaysia semasa perbincangan TPPA. Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang sudah pergi jauh dah. Sebenarnya soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang, juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya baca sekali guslah. Cuma dua baris sahaja. Mengenai cadangan Yang Berhormat, kementerian ini akan meneliti kebolehlaksanaan cadangan tersebut kerana bukannya mudah untuk menterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Peguam pun sedia maklum, perjanjian asal adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu saya hendak terus- terang di sini, tetapi jangan paksa saya, saya tidak boleh commit sama ada akan dibentangkan dalam kedau-dua bahasa atau bahasa Inggeris sahaja...

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Institut Terjemahan Negara ada.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Ini kerana kerajaan- sebab itu di antaranya.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau tidak ada, pembangkang boleh buatlah.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Kerajaan sedang meneliti kebolehlaksanaan terjemahan tersebut daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Itu jawapan setakat inilah.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Mungkin perbahasan akan datang akan buat.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sebab ini tidak memberi penghormatan kepada bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Belum sain pun tidak boleh guru bahasa Malaysia, sudah sain macam mana?

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ya, so...

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Belum sain pun tidak ada guru Bahasa Melayu.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

So, kita sudah gadai sebelum sain.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini UMNO parti Melayu buat apa ini?

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya cadangkan supaya kerajaan beri komitmen, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Belum sain apa you buat lagi?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Belum sain pun tidak boleh protect Bahasa Melayu. Ini sudah sain nanti tidak tahu macam mana.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasihlah kalau masing-masing sangat passionate dengan Bahasa Melayu.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak, sebab isu terjemahan itu kecil.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sebab itu saya kata- sekejap, sekejap!

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu terjemahan itu kecil. Takkan ada masalah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih, terima kasih. Sebab itu kita sedang meneliti kebolehlaksanaan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak boleh, kami boleh buatlah.

Tidak ada masalah. Bayar sahaja kita buat.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Untuk makluman- sekejap,sekejap.

Sebenarnya perkara ini juga dibangkitkan- saya ucapkan tahniah kepada pihak *Caucus.

Caucus* sudah bangkitkan dan kita menjawab kepada pihak Caucus. Kita kata, “Kita sedang meneliti kebolehan laksanaan. Untuk makluman, itulah sebenarnya hasrat kementerian...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi hanya jawapan...

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Bukan maknanya kementerian juga tidak passionate, dengan izin, kepada Bahasa Melayu. Tidak!

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jawapan ...

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Itu di antara yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Cuma hari ini saya tidak boleh kata, “Mesti tidak”. Saya jawab, saya kata...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak, kerana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan gambaran seolah-olah Bahasa Malaysia itu ada kelemahan sehingga menjadikan ketidaklaksanaan itu satu kemungkinan. Kalau kita yakin dengan kemampuan Bahasa Malaysia, kita kata, “Insya-Allah, kita buat”. Habislah. Kenapa hendak kata “Keboleh- ketidakbolehlaksanaan” atau apa-apakah, seolah-olah kita tidak mampu.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Saya tidak mahu ulaslah itu. Ini soal teknikal [Ketawa] Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam pun faham.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sedikit lagi. Saya harap- Ini tinggal sedikit lagi TPPA ini sebab Yang Berhormat Sungai Siput ada? Kalau tidak sebut nanti saya tidak boleh tidur. Beliau tidak bersetuju kalau dengan TPPA ini tanpa cadangan agar kerajaan melaksanakan perjanjian lain dalam membangunkan negara. Umumnya saya sudah

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

menjawab tadi tetapi oleh kerana ada cadangan melaksanakan perjanjian lain, saya fikir saya sebut jugalah.

Mengenai kebimbangan beliau terhadap kenaikan harga ubat dan produk-produk lain sekiranya TPPA berkuat kuasa di bawah Bab Hak Harta Intelek, ingin dimaklumkan bahawa kenaikan harga ubat tidak wajar dikaitkan dengan TPPA. Dalam isu farmaseutikal, kerajaan telah mengambil pendirian untuk mencapai hasil yang seimbang dengan mengambil kira akses kepada ubat-ubatan dengan harga yang munasabah dan memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pemegang-pemegang paten. Malaysia sudah pun mempunyai undang-undang yang memberikan perlindungan kepada paten.

Rundingan mengenai hak harta intelek yang mana isu harga ubat-ubatan dibincangkan masih berlangsung. Malaysia dan kebanyakan negara tidak menyatakan sokongan ke atas cadangan-cadangan yang akan menjejaskan akses kepada ubat-ubatan dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu Yang Berhormat Sungai Siput juga membangkitkan mengenai isu ISDS dan SOE, dengan izin ingin saya maklumkan bahawa ISDS merupakan satu mekanisme penyelesaian di antara pelabur dan negara. Dalam konteks ini, terapat dua perkara yang hendak dijelaskan. Pertamanya, kita tidak boleh melihat SDS dalam konteks pelabur asing di Malaysia sahaja tetapi juga hendaklah mengambil kira pada masa sama Malaysia mempunyai pelaburan di luar negara termasuk pelaburan oleh SOE di pasaran dengan negara yang menyertai TPPA.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Pelabur-pelabur Malaysia juga memerlukan ISDS untuk melindungi pelaburan mereka di luar negara. Kedua, bagi bab pelaburan. Malaysia mengekalkan pendiriannya untuk tidak bersetuju dengan beberapa cadangan dan sedang merundingkan pengecualian kepada skop ISDS serta memasukkan langkah-langkah safeguards yang sewajarnya.

Kerajaan merundingkan peruntukan safeguard yang bersesuaian untuk memastikan hak mentadbir dan menggubal dasar dalam bidang-bidang kawal selia tidak terjejas dan tidak mengekang kerajaan daripada menggunakan langkah-langkah untuk melindungi kepentingan negara.

Begitu juga dalam isu SOE. Ingin dijelaskan bahawa rundingan dalam TPPA bukan bertujuan untuk mengharamkan SOE seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput kerana kerajaan sedar akan kepentingan yang dimainkan oleh SOE untuk melaksanakan agenda sosioekonomi...

final • 4:30 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sekejap, sekejap saya habiskan yang Yang Berhormat bangkitkan. Yang Berhormat Sungai Siput juga menyatakan ada negara-negara ASEAN seperti Indonesia dan Thailand yang tidak menyertai TPPA. Ingin memaklumkan bahawa penyertaan ke TPPA adalah terbuka kepada semua negara dirantau Asia Pasifik.

Mengenai Skim GSP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang dikatakan hanya menguntungkan sektor minyak sawit sahaja bagi pasaran Amerika Syarikat sekiranya Malaysia menandatangani TPPA. Perlu dimaklumkan TPPA juga memberi kelebihan akses pasaran ke Amerika Syarikat bagi barangan seperti berikut. Ini saya hendak bangkit seperti yang saya janji tadikan:

(i) tekstil, kadar tarif 2.6% hingga 32%;

(ii) kasut 45%;

(iii) barang elektronik dan electrical 2% hingga 18%; dan

(iv) papan lapis 8%.

Ini di antaranya. Sekejap, sekejap Yang Berhormat Sungai Siput ya. Selesai Yang Berhormat bangkit ini semua sekali. Tambahan pula potensi TPPA tidak terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja tetapi seluruh negara TPPA yang terdiri daripada 800 juta penduduk dan jumlah KDNK sebanyak USD27.5 trilion. Kesemua aspek ini memberikan kelebihan bukan sahaja untuk eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan dirantau ini. Mengenai

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

terdapatnya beberapa buah negara Amerika yang menolak kerjasama dengan Amerika Syarikat. Ingin dijelaskan bahawa pada masa ini Mexico dengan Peru adalah merupakan di antara negara-negara Amerika yang menyertai TPPA.

Akhir sekali yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput juga adalah di antara ahli kokus TPPA dan sedia maklum bahawa Malaysia sedang merundingkan beberapa FTA di peringkat serantau dan global. Pasaran domestik Malaysia adalah kecil dan perdagangan antarabangsa merupakan cara yang terbaik untuk meluaskan pasaran produk-produk Malaysia bagi meningkatkan pendapatan negara. Justeru, Malaysia hendaklah bertindak secara proaktif untuk mengekalkan dan mengembangkan pasaran global bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia serta meningkatkan pelaburan melalui FTA seperti TPPA.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 4:30 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Sekarang sudah tiga tahun setengah kita sudah berunding dengan Amerika dalam TPPA ini. Nampaknya jurang antara posisi kita dan posisi Amerika masih jauh dalam semua perkara yang pentinglah. IPR, government procurement, state-owned enterprise, capital control. Kita hanya dapat agreed atas isu-isu teknikal yang kecil sahaja. Akan tetapi isu-isu yang besar, ada satu jurang yang begitu besar. Saya mahu kata SYABAS kepada kerajaan kita, kita tidak lepaskan posisi kita.

Akan tetapi apa yang akan berlaku di dalam beberapa bulan ini, Amerika akan tekan kita, beri tekanan yang kuat. Tidak mengapalah sain, jika tidak sain, you akan di pinggir. Saya harap kerajaan terus pegang kepada pendirian kita. Saya rasa ini kita tidak boleh masuk TPPA ini. Nampaknya Amerika degillah dalam posisi dia. Pro-corporate, dia tidak mahu lepas sedikit pun. Dulu tobacco dikatakan boleh carve out tobacco. Keluarkan tobacco daripada- selepas itu dia hendak bawa balik tobacco lagi sekali. Dia katakan tidak boleh. So, saya rasa dia ini terlalu angkuh. Negara besar yang angkuh dan kita mesti teruskan pendirian kita untuk pegang semua posisi kita.

Saya rasa mungkin kita satu Dewan harus doakanlah ini whole TPPA ini gagal.

Jika dia gagal, lebih senang. Kita tidak perlu tarik diri sahaja bagi sebelas negara sain. Satu kali dia gagal, we also savelah. So, saya harap kita sama-sama mendoakan kita boleh gagalkan TPPA ini, kerana saya rasa jika dia diteruskan they have a difficult choice. Satu, kita kena lepaskan pendirian kita dan get on board ataupun kita di luar dan kita rasa kita akan terpinggir. The best thing, I think the whole thing fails. So, let’s pray for that. Thank you.

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Yang Berhormat Sungai Siput. Saya hendak jelaskan, perbetulkan kenyataan tadi. Saya bimbang di luar sana menyatakan bahawa kita berunding dengan Amerika sahaja, sebenarnya tidak. Kita berunding dengan semua negara, bukannya Amerika sahaja. Walaupun ada tanggapan yang mengatakan bahawa Amerika yang pimpin perundingan, sebenarnya itu semua tidak berlaku. Contohnya, soal hak paten ubat-ubatan. Kebanyakan negara bersetuju dan menyokong pendirian Malaysia.

Itu satu contoh yang boleh saya sebutkan di sinilah. Yang Berhormat Bukit Mertajam, ini masuk isu lainlah.

Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan tentang isu berhubung pensijilan EEV dalam pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2014 dan penurunan harga kereta.

Berdasarkan amalan antarabangsa, kenderaan bertenaga efisien ataupun EEV ditakrifkan sebagai kenderaan yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi penggunaan bahan bakar dan kadar pelepasan asap yang lebih efisien. Termasuk kenderaan konvensional bertenaga efisien, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan berbahan bakar alternatif seperti compressed natural gas, liquefied petroleum gas, biodiesel, etanol, hidrogen dan fuel cell. Walau bagaimanapun, pada masa ini pelaksanaan EEV di Malaysia hanya akan berlandaskan kepada penggunaan bahan bakar ekonomi berdasarkan berat kenderaan.

Standard bagi pelepasan asap akan digunakan apabila kualiti minyak, petrol dan diesel Euro 4M diperkenalkan tidak lama lagi. Piawaian bagi pemeriksaan terhadap penggunaan

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

bahan bakar ekonomi adalah berlandaskan kepada peraturan United Nations R101 iaitu pemeriksaan terhadap penggunaan bahan bakar ekonomi dan pelepasan bahan asap yang dijalankan oleh technical service provider yang competence seperti syarikat TUV, Greenland, IDIADA dan VCA.

Pihak JPJ telah dipertanggungjawabkan bagi mengesahkan laporan pemeriksaan dan salinan sijil yang dikeluarkan oleh badan-badan kompeten berkenaan. Tuan Yang di- Pertua, sikit lagi ya. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan berkenaan penurunan harga kereta. Kerajaan telah membangunkan satu rangka kerja pengurangan harga kenderaan ataupun car price reduction bagi menjamin penurunan harga kenderaan secara berperingkat sebanyak 20% hingga 30% menjelang tahun 2017. Rangka kerja ini menggariskan beberapa pendekatan penting antaranya adalah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Di mana melalui GST, cukai jualan sebanyak 10% terhadap kenderaan akan digantikan dengan cukai GST sebanyak 6% mulai 1 April 2015.

Oleh yang demikian, kerajaan akan menjangkakan pelaksanaan GST tidak akan membawa impak negatif terhadap usaha pengurangan harga kereta oleh kerajaan. Selain itu, pihak industri juga telah mengambil pendekatan menyeluruh dalam meningkatkan kecekapan sekali gus mengurangkan kos pengeluaran. Pertimbangan harus juga diberi terhadap usaha-usaha untuk melengkapkan ekosistem rantaian bekalan termasuklah rantaian nilai supaya industri automotif menjadi lebih kompetitif. Secara keseluruhannya, semua pendekatan telah digariskan di bawah rangka kerja tersebut adalah bagi menjamin penurunan harga kenderaan secara berperingkat sebanyak 20% hingga 30% menjelang tahun 2017.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat Bukit Mertajam juga telah membangkitkan tentang pemansuhan lesen AP dalam NAP 2009 dan dana yang telah diperoleh semenjak pelaksanaan dasar tersebut.

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Dasar berhubung dengan penamatan AP terbuka pada 31 Disember 2015 masih terpakai di bawah Dasar Automotif Nasional 2014. Walau bagaimanapun, bagi memastikan sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan adalah seimbang dengan mengambil kira kepentingan semua pihak di samping mengelak kerajaan dituduh membuat keputusan mengenai isu-isu sensitif tanpa mengambil kira pandangan rakyat, kerajaan berpendapat adalah wajar kajian mengenai dasar AP terbuka dijalankan secara menyeluruh dengan melibatkan industri automatif, persatuan pengguna dan masyarakat seperti yang diumumkan dalam NAP 2014.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2013, jumlah kutipan caj AP adalah sebanyak RM1.2 bilion. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk disalurkan semula kepada pemegang AP terbuka sedia ada iaitu RM200 juta kepada Malaysian Industrial Development Fund (MIDF) sebagai pinjaman mudah untuk dijadikan modal kerja dalam mempelbagaikan perniagaan pemegang AP terbuka dan RM50 juta kepada Malaysia Automotive Institute sebagai geran bagi program bina upaya sektor automatif.

Akhir sekali...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Panjang lagi?

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Sedikit lagi. Ada dua lagi. Kalau tidak jawab nanti dia kecil hati pula. Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan isu berhubung agihan lesen AP di kalangan syarikat tertentu sahaja dan mengusulkan agihan tersebut dibuka kepada pihak lain. Dasar pengeluar AP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah bertujuan bagi:

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

(i) memenuhi obligasi negara dalam perjanjian antarabangsa bagi penguatkuasaan standard;

(ii) memastikan bekalan tempatan mencukupi;

(iii) menjamin keselamatan negara;

(iv) memastikan industri tempatan berdaya saing; dan

(v) sebagai mekanisme pemantauan dan pengumpulan data.

Pada masa ini, terdapat 1,064 barisan tarif produk yang dikenakan lesen import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Mengimport) 2012. Antara produk-produk di bawah MITI merangkumi: automotif; besi dan keluli; barangan keperluan seperti susu, gula, dan tepung; sisa plastik dan tayar terpakai. Itu di antaranya. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menyemak semula dasar AP ke atas pelbagai barangan dengan membuat penilaian bagi memansuhkan senarai AP untuk meningkatkan daya saing industri tempatan selaras dengan dasar liberalisasi pasaran global. Sebarang pemansuhan akan mengambil kira kesan ke atas usahawan tempatan dan memastikan mereka tidak terjejas dan terus berdaya saing.

Kedua terakhir, pendek sahaja. Ini Yang Berhormat Pasir Gudang tentang taman halal atau halal hub dan juga peranan HDC. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global pada tahun 2020. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah menubuhkan HDC pada 18 September 2006 untuk menerajui pembangunan industri halal secara komprehensif dan menyeluruh. HDC juga bertanggungjawab untuk menyelaras pembangunan taman-taman halal di Malaysia. Setakat ini, terdapat 21 taman halal di seluruh negara dan 13 daripadanya telah menerima status HALMAS-HDC di mana status ini adalah satu bentuk pengiktirafan yang melayakkan syarikat yang terletak di taman halal menikmati galakan pengecualian cukai.

HDC turut berperanan dalam membantu usahawan halal IKS di setiap taman halal dan aktiviti khidmat nasihat teknikal berkenaan pensijilan halal Malaysia, pensijilan antarabangsa, padanan perniagaan dengan syarikat-syarikat multinasional dan perkhidmatan facility bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi-institusi kewangan...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Tanjong Manis bangun. Sila.

final • 4:40 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi HDC ini. Kenapakah peruntukan untuk pentadbiran atau untuk HDC memajukan taman halal, dana yang telah diberi kepada HDC terlampau kecil berbanding kepada industri halal seluruh dunia merangkumi sebanyak hampir RM7 trilion? Kenapakah kita tidak fokus kepada industri halal secara besar-besaran? Ini kerana dengan adanya, saya terfikir JAKIM ya, nama Malaysia telah harum di seluruh dunia.

Akan tetapi kita tidak menggunakan certificate ini dengan seluasnya seperti beberapa syarikat daripada luar negara seperti Jepun ataupun kita pernah mendapat beberapa pertanyaan daripada negara China, daripada negara Taiwan yang mempunyai industri di negara mereka dan juga perlu certificate halal dari Malaysia. Akan tetapi, apabila hendak mendapat certificate itu agaklah sukar. Jadi memakan masa yang agak panjang.

Kita yang di dalam Malaysia pun memakan masa yang agak panjang untuk mendapat sijil halal.

Jadi masalahnya sekarang, apakah peranan HDC yang sebenarnya? Jadi kita tidak melihat peranan HDC berkembang secara meluas untuk membantu syarikat-syarikat yang terlalu ingin mendapat pensijilan halal daripada Malaysia. Juga, bagaimanakah HDC dapat membantu taman-taman halal? Seperti di Tanjong Manis, kita mempunyai taman halal yang telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebesar 77,000 hektar tetapi apabila industri-industri hendak datang dari segi mendapat certificate HALMAS, semua senang, memang senang, tidak susah. Akan tetapi bila kita hendak menggabungkan sekali dengan pensijilan halal untuk mendapatkan pengiktirafan, memang agak sukar dan banyak

final • 4:40 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

persoalan ini telah timbul oleh syarikat-syarikat ataupun pelabur-pelabur. Jadi dengan itu mereka lebih suka tidak melabur di Malaysia.

Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana untuk memantapkan HDC sebagai sebuah agensi yang betul-betul bertanggungjawab diberikan satu kelulusan yang penuh dengan dana-dana yang seimbang dengan pelaburan-pelaburan dari segi industri halal?

Satu lagi dari segi industri certification atau pensijilan untuk farmaseutikal. Kita agak lalai dari segi pensijilan farmaseutikal kerana banyaknya kita kata kerana darurat.

Kenapa kita tidak memantapkan HDC sebagai satu agensi yang akan melihatkan semua standard? Walaupun kita ada satu agensi ataupun perbadanan standard, tetapi kenapa kita tidak lahirkan standard halal dari segi farmaseutikal? Ini kerana saya tidak melihat lagi perkembangan dari situ untuk rakyat Islam terutamanya. Jadi HDC haruslah memainkan peranan yang lebih kuat dan bagaimanakah kementerian hendak memantapkan industri halal? Jadi kita berharaplah kementerian memberi sokongan penuh kepada HDC untuk mendapat bajet yang lebih supaya dapat memantapkan dan mengharumkan nama Malaysia dari segi industri halal. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

Tahniah juga kerana sangat prihatin dengan perkembangan kemajuan industri halal ini. Jadi saya juga ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Tanjong Manis memahami tentang peruntukan yang sedikit yang telah diagihkan kepada HDC dan bolehlah nanti pihak kementerian berusaha untuk mendapatkan peruntukan lebih daripada Kementerian Kewangan. Cuma, pada masa ini HDC bekerjasama dengan MATRADE, MIDA, SME Corp dan juga kerajaan-kerajaan negeri dan juga pihak swasta di dalam membangunkan taman- taman halal ataupun industri halal ini. Itu dari segi peranan HDC...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baru hendak jawab ini. Yang Berhormat Jasin duduk dulu.

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Kejap-kejap. One minute.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu.

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Itu adalah sebahagian daripada peranan HDC iaitu untuk membangunkan industri halal dalam Malaysia. Tentang persijilan, saya hendak beritahu terus terang di sini. MITI HDC mengaku, sekarang kita ini zaman openess, dengan izin, mengaku ada masalah dari segi tempoh masa dua perkara. Pertama, mengeluarkan, dengan izin, issue sijil halal bagi produk-produk yang dipohon bagi industri, pemaju yang memohon untuk mendapatkan sijil halal. Kedua, memperbaharui ataupun renewal sijil-sijil halal. Ini kita akui ada masalah di situ, kelewatan.

Walau bagaimanapun, pihak MITI HDC telah meminta pihak JAKIM supaya mencari jalan bagaimana isu ini boleh diselesaikan segera. Oleh kerana dari segi persijilan yang mendapat perakuan di peringkat antarabangsa, tinggi tarafnya, hanya dikendalikan oleh JAKIM sahaja.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin. Jangan panjang-panjang. Yang Berhormat Menteri kena gulung.

final • 4:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Pertamanya, kawasan saya di Jasin telah diwujudkan industri halal. Satu-satunya dalam negara sejak tahun 2008 lagi.

Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberikan satu peruntukan yang besar untuk pembesaran.

Akan tetapi saya melihat kerajaan tidak begitu serius untuk membimbing bumiputera-bumiputera yang melibatkan diri mereka dalam industri halal ini. Seharusnyalah penyertaan kerajaan secara total. Kita mahu kalau boleh government intervention dalam

final • 4:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

usaha kita bagi merapatkan lagi jurang ketidakseimbangan penguasaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Ini cukup jelas sekali, bukan sahaja daripada penyertaan, penguasaan dan pemilikan, bahkan kita mahu melihat supaya kerajaan betul-betul serius membantu mereka.

Sekadar untuk pembesaran tidak mencukupi kerana ruang sahaja tanpa apa-apa bantuan untuk membimbing mereka, mereka tidak akan berjaya.

Keduanya, apabila kita sebut tentang ketidakseimbangan ini, Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi tentang AP kereta. Pada ketika ini kerajaan telah membuat satu keputusan untuk memberhentikan AP kereta apabila habis tahun 2015. Adakah kerajaan sedar bahawa ini adalah satu daripada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara di mana bumiputera diberikan satu keistimewaan untuk AP dan juga lesen-lesen.

Sekiranya mereka yang telah banyak mendapat faedah, sekurang-kurangnya kita berikan kepada orang lain, kepada kumpulan yang baru. Bukan kita terus mansuhkan atau berhentikan peluang AP-AP kereta kepada bumiputera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri

Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Statement ataupun kenyataan Yang Berhormat Jasin itu sebenarnya memudahkan MITI untuk meneruskan perjuangan. Jadi, ini di antara beberapa perkara yang sekarang menjadi tugasan MITI di dalam menyelesaikan masalah penglibatan ataupun keterlibatan usahawan bumiputera dalam industri halal. Termasuk juga pembekal-pembekal lain yang melibatkan usahawan bumiputera sehingga ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, daripada Yang Berhormat Kelana Jaya, tidak sampai dua muka. Ini penting, tentang kerisauan berkaitan pelaburan di Malaysia berikutan kesan aktiviti jenayah. Ringkasnya saya sebut, kerajaan mengambil langkah yang proaktif tentang membendung kadar jenayah, antaranya melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif NKRA.

Itu jelas ya.

Cuma sebagai rujukan Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah berjaya mengekalkan prestasi sebagai hab pelaburan yang kompetitif dalam sektor pengilangan, perkhidmatan dan sektor utama dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM216.5 bilion. Ini merupakan peningkatan sebanyak 29% Tuan Yang di-Pertua, berbanding dengan jumlah pelaburan sebanyak RM167.8 bilion pada tahun 2012 dan daripada jumlah nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion, di mana 28% adakah merupakan pelaburan langsung (FDI) ke Malaysia.

Peningkatan sebanyak lebih kurang 71% berbanding RM34.9 bilion FDI pada tahun sebelumnya. Jadi, jelas dan dalam erti kata lain ini menunjukkan bahawa isu-isu yang dibangkitkan seperti kes jenayah tidak menjejaskan pelaburan domestik dan FDI ke Malaysia. Ini turut terbukti dengan peningkatan kedudukan Malaysia daripada aras 25 ke 24 di kalangan negara-negara paling berdaya saing seperti diterbitkan oleh Global Competitiveness Report 2013. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat masa perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih kepada Menteri MITI dan dijemput Kementerian Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air.

Sila.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang Tuan Yang di- Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pengerang, Ketereh, Pokok

final • 4:56 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Sena, Bintulu, Titiwangsa, Sabak Bernam, Kota Kinabalu, Wangsa Maju, Tanjong Piai, Sandakan, Kota Samarahan, Hulu Langat, Bakri, Bukit Bendera dan Petaling Jaya Utara yang telah mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah membuat kenyataan secara lisan mengenai bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) semasa membahaskan usul menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berlangsung daripada 11 Mac hingga 20 Mac. Sehubungan dengan itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini berhubung perkara-perkara dan isu-isu yang telah dibangkitkan.

Yang Berhormat Pengerang, dalam perbahasannya telah menyentuh mengenai masalah catuan air yang sedang berlaku di Selangor dan minta kerajaan memberi perhatian yang serius untuk menanganinya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan bekalan air yang meruncing di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam masa ini adalah disebabkan oleh kekurangan sumber air mentah berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering sejak awal tahun ini.

Kejadian ini telah menyebabkan paras simpanan air di empangan-empangan semakin merosot hingga mencapai tahap yang kritikal. Mengikut laporan yang dihantar pada tengah hari ini daripada Empangan Klang Gate misalnya, 50% simpanan airnya dan Empangan Sungai Selangor ada pada paras 37.5%.

Bagi menangani masalah ini Kerajaan Negeri Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber air, khususnya air mentah, telah membuat keputusan untuk mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gate untuk memanjangkan tempoh simpanan air di dalam empangan tersebut. Kesannya, jumlah air yang terawat yang dibekalkan kepada para pengguna terpaksa dikurangkan. Di mana operator-operator air terpaksa melaksanakan pengagihan air secara berjadual bagi kawasan-kawasan yang terjejas.

Bagi meringankan beban para pengguna, Suruhanjaya Pengurusan Air Negara

(SPAN) telah mengarahkan operator air melaksanakan catuan air melalui kaedah pengagihan air secara berjadual melalui 27 Februari iaitu para pengguna akan mendapat bekalan air selama dua hari dan dua hari tidak dapat bekalan air.

final • 4:56 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ini bagi membolehkan para pengguna menyimpan air untuk kegunaannya.

Sementara itu, lori-lori tangki dan tangki statik juga diadakan di tempat-tempat yang tertentu. Sehingga kini tiga peringkat pengagihan air secara berjadual telah diluluskan oleh SPAN di negeri Selangor, Kuala Lumpur yang melibatkan sekitar 3.6 juta pengguna.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah kekurangan air mentah ini telah dijangkakan sejak dahulu lagi berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Berdasarkan kajian tersebut, Kerajaan Persekutuan telah merancang pelaksanaan Skim Bekalan Air Pahang ke Selangor bagi memastikan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat sumber air mentah tambahan untuk memenuhi permintaan air terawat yang semakin meningkat. Namun, penangguhan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2...

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya mencelah?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Okey.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat melihat kepada jawapan Timbalan Menteri, saya hendak tanya. Apa yang sepatutnya kerajaan Selangor lakukan untuk membantu rakyat di negeri Selangor bila berhadapan dengan cabaran masalah air ini? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Pertama sekali, menjawab soalan itu ialah Kerajaan Negeri Selangor mesti mencari sumber air yang baru. Selain daripada kita bergantung kepada Sungai Selangor dan juga daripada Klang Gate. Negeri Selangor boleh mencari sumber-sumber yang baru, yang patut disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Akan tetapi pada masa yang sama ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan pada

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

tahun 2007 telah memikirkan bahawa satu projek dipanggil Skim Bekalan Air Pahang ke Selangor iaitu pemindahan air mentah daripada Pahang ke Selangor diwujudkan dan akhirnya kerajaan telah memutuskan supaya projek itu dilaksanakan.

Pada waktu ini Skim Bekalan Air Pahang Selangor untuk fasa di Pahang yang dipanggil Empangan Kelau. Kemudian satu terowong telah hampir siap. Yang kita tunggu sekarang ialah Loji Rawatan Air Langat 2 yang telah tertangguh untuk beberapa tahun dan ini terganggu. Projek Skim Bekalan Air daripada Pahang ke Selangor terganggu sebab loji rawatan air tidak dapat dilaksanakan.

Pada 26 Februari yang lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan memorandum persefahaman berhubung penstrukturan semula air industri Selangor di mana kerajaan negeri telah diwakili oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Persekutuan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menandatangani. Daripada situ Kerajaan Negeri Selangor telah memberi enam kebenaran merancang atau pun development order yang membolehkan Kerajaan Persekutuan memulakan Projek Langat 2 dengan serta-merta.

Projek ini kalau ikut jadual daripada sekarang ini boleh disiapkan pada tahun 2017 dan jika projek ini siap pada tahun 2017 margin untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor adalah dijangkakan lebih kurang 12.5%. Hari ini margin untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sekitar 1% sahaja. Jadi, inilah perkara yang sedang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rakyat khususnya di Selangor, di Kuala Lumpur dan juga di Putrajaya dapat menikmati satu kepuasan dalam penggunaan air pada masa akan datang...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Klang bangun.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan mengenai satu perjanjian MoU di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Pertama, soalan pertama saya ialah, adakah perjanjian MoU itu diklasifikasikan sebagai di bawah Akta Rahsia? Is it under the Official Secrets Act? Itu soalan pertama.

Saya tanya soalan ini sebab saya telah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bertanyakan soalan kepada beliau bahawa adakah dokumen ini merupakan dokumen sulit ataupun under OSA? Akan tetapi selepas tiga minggu, saya tidak dapat apa-apa balasan daripada Yang Berhormat Menteri. Ini kah efficiency yang ditunjukkan oleh kementerian? So, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi satu penjelasan ataupun kenyataan. Adakah dokumen ini di bawah OSA? Itu soalan pertama.

Soalan kedua saya ada berkait dengan MoU adalah, satu klausa di mana mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan facilitate process take over empat badan konsesi di negeri Selangor. Akan tetapi saya dapati bahawa satu temu ramah yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada minggu lalu, Friday atau Jumaat minggu lalu mengatakan bahawa Selangor akan diuruskan ataupun air Selangor akan diuruskan oleh SPAN, PAAB dan juga wakil Kerajaan Negeri Selangor dan the lead agency adalah SPAN. Mereka akan menguruskan pengurusan air di Selangor selama tiga tahun and will correlate with the coming of water from Langat 2.

Akan tetapi MoU mengatakan kepada kita bahawa Kerajaan Persekutuan akan facilitate the take over process of the four concessionaire supaya akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk diuruskan. So, kita nampak bahawa ada dua interpretasi dalam MoU ini ataupun implementation of the MoU. So, saya minta kerajaan ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat penjelasan sebab banyak orang confused keempat- empat wakil konsesi, firma konsesi pun confused, rakyat pun confused. Terima kasih, minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Pertama sekali fasal soalan sama ada rahsia atau tidak. Yang Berhormat tidak payah tulis surat dekat Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat boleh tanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Ahli Parlimen di Selangor, saya ingat selesai masalah kalau tanya Menteri Besar Selangor, selesai masalah itu, tidak payah tulis surat dekat Menteri Besar. Boleh tahu rahsia atau tidak rahsia?

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan- be responsible. The lead agency adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak, tidak! Tidak, bukan.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah lead agency, the ownership is with the Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak, tidak. Bukan ownership.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Bukan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ownership with air adalah Kerajaan Negeri Selangor…

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tanggungjawab adakah di bawah OSA, Akta Rahsia kah tidak? Yes or no?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak jawab pun susah?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tanya Menteri Besar Selangor. That’s all.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

That is not the answer. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini Parlimen.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Saya punya jawapan, tanya Menteri Besar Selangor...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Adakah di bawah OSA ataupun tidak?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Timbalan Menteri kenapa dibaling bola kepada kami?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri,

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Dia duduk di peringkat Senator.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak, saya suruh tanya...

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya pohon mencelah...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Kalau OSA jawab OSA, kalau tidak, tidak!

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ini bukan tanggungjawab...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ini tanggungjawab Federal bukan state.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Duduk Yang Berhormat Sepang. Bagilah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Duduklah Yang Berhormat Sepang. Bagilah dia jawab.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia tidak jawab.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dia tidak jawab.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Dia sudah jawab, kata Menteri Besar, Menteri Besar lah!

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia tidak jawab.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Ahli Parlimen Selangor, tanyalah Menteri Besar.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kalau you lawyer pun, you duduklah dulu.

final • 5:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak, saya tanya jawablah betul- betul. Janganlah...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Dari hari pertama saya duduk sini.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduklah, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Pengerang duduk sekejap. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Sepang tidak payah kacau.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebenarnya Yang Berhormat, terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada hendak jawab atau tidak. Terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada dalam peraturan Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti jawab atau tidak...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ini...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak ingatkan perkara-perkara baru tidak payah disentuh, tidak payah dibawa kalau perkara baru ya. Kita jelaskan mengenai apa yang telah ditimbulkan oleh wakil rakyat semasa perbahasan di peringkat kementerian baru ini.

Perkara baru boleh bagi jawapan bertulis.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jawab juga sedikit mengenai Klang tadi iaitu sama ada Kerajaan Persekutuan facilitate kerajaan negeri untuk mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air. Untuk makluman, konsesi air Selangor ini ada Konsortium ABASS, majoriti syernya ialah Kerajaan Negeri Selangor. Kemudian ada SPLASH, ada Puncak Niaga dan ada SYABAS.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Dalam persetujuan itu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang telah dipersetujui ialah Kerajaan Persekutuan membantu untuk kerajaan negeri mengambil alih keempat-empat konsesi itu dan diletakkan di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad

(KDEB). Sebagai balasannya kerajaan negeri memberi DO, kebenaran merancang kepada Langat 2 seperti mana yang telah dipersetujui. Itu dalam persetujuan. Tidak timbul soal bagaimana SPAN dan juga agensi-agensi lain mengetuai agensi bagi mengambil alih air yang ada di Selangor.

Apa Yang Berhormat sebut itu sekiranya kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan struktur semula air ini di bawah KDEB, maka satu opsyen lain diminta untuk

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

menjayakan program ini iaitu di bawah satu akta yang dikenali sebagai Akta 114, WSIA.

Akan tetapi sekarang ini untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa tidak sampai di situ apa yang sedang berlaku sekarang ialah antara kerajaan negeri dengan konsesi air sedang mengadakan rundingan untuk penyelesaian yang terakhir.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya hendak buat satu soalan susulan iaitu berkait dengan seksyen 114 WASIA. Sebenarnya kalau tidak silap saya WSIA telah digazet pada tahun 2006 tetapi saya tidak faham mengapa Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa seksyen 114 itu terpaksa digazetkan lagi sekali supaya boleh diguna pakai. Ini saya tidak faham. Adakah ini satu regulation baru ataupun direka cipta untuk mengatasi masalah yang kita hadapi pada masa sekarang?

Saya hendak balik kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab hari Jumaat lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberi satu interview kepada staf di mana beliau mengatakan bahawa seksyen 114 tidak akan digunakan tetapi hanya selepas dua minggu setelah diubahsuai. Itu pertama. Keduanya, dia kata ketiga-tiga itu, PAPS, SPAN dan juga Kerajaan Negeri Selangor iaitu wakil Kerajaan Negeri Selangor akan ditugaskan untuk menguruskan air di negeri Selangor. So ini nampaknya daripada luar, baca apa yang saya nampak, modus operandi itu tidak digariskan dalam MoU. Ini merupakan cara lain untuk menguruskan air di negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Persekutuan bukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini saya minta penjelasan sebab ada speculative dalam isu ini. Saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Itu nanti saya beri penjelasan kemudianlah kepada Yang Berhormat perkara itu.

Tuan Yang di-Pertua…

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

MoU itu dalam OAC atau tidak?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tadi Yang Berhormat sudah sebut dua atau tiga perkara tadi macam Yang Berhormat sudah tahu.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi saya bukan Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak mengapalah. Nanti saya beri jawapan kemudian.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Ketereh…

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak dapatkan penjelasan bahawa memang jelas dari dahulu pun kita tahu bahawa dua isu ini berbeza.

Pertama, penstrukturan semula. Air, that one based on willing–buyer, willing-seller, kita semua faham.

Satu isu lagi ialah Langat 2. Sekarang saya hendak tanya Yang Berhormat.

Katalah kerajaan negeri gagal mengambil alih empat syarikat kerana kita tahu bahawa syarikat hendak RM13 bilion lebih. Kerajaan negeri sanggup beli RM9.6 bilion. Tidak ada pertemuan untuk mengambil alih air ini. Adakah ianya akan menjejaskan pembinaan Langat 2 ataupun dalam erti kata lain ada atau tidak kuasa kerajaan negeri untuk menghalang daripada Langat 2 ini terus dibuat?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih atas soalan itu. Dia ada dua perkara yang berlainan. Pertamanya ialah mengenai dengan Projek Langat 2 dan satu lagi ialah struktur semula air di negeri Selangor di bawah satu konsesi KDEB. Dua perkara ini adalah dua perkara yang berbeza. Perkara yang pertama saya sebut tadi ialah mengenai Langat 2.

Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kebenaran merancang kepada Kerajaan

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Persekutuan untuk meneruskan Projek Air Langat 2. Jadi ini ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, dikira sebagai projek itu boleh diteruskan maknanya dibenarkan. Cuma pada masa yang sama pada waktu ini kerajaan negeri juga sedang mengadakan runding dengan konsesi air untuk menetapkan satu persetujuan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih kesemua sekali konsesi air di negeri Selangor.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak dapat penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini mengenai kalau Langat 2 diteruskan tentu ada syarikat kontraktor yang akan buat. Saya hendak tanya bagaimana kontraktor ini dipilih? Adakah dibuat secara tender terbuka, tender terhad ataupun direct nego? Ini kerana kalau ikut Yang Berhormat Permatang Pauh dia punya alasan dahulu yang dia tidak bersetuju Langat 2 ini dibuat katanya kalau projek ini dibuat, kroni-kroni UMNO yang akan dapat projek tersebut.

Jadi hari ini sudah ada purchase atau belum? Mana syarikat yang akan laksanakan Langat 2 ini?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Projek ini dibuat secara open tender tiga tahun yang lalu tetapi tidak boleh diberi surat setuju terima ataupun Award Letter kerana kita tidak selesai masalah Development Order ataupun kebenaran merancang Kerajaan Negeri Selangor. Jadi sekarang ini bila Kerajaan Negeri Selangor sudah beri kebenaran untuk masuk ke tapak itu, maka kerajaan akan ambil semula yang sudah dibuat secara tender terbuka itu untuk menentukan syarikat mana yang akan dipilih untuk menjadi kontraktor bekalan air.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi mahu bertanya.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Minta penjelasan.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Boleh Kota Tinggi bertanya? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu? Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kota Tinggi. Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi bila cakap Langat 2 dengan water distribution, jumlah air yang boleh dibekalkan, dua perkara berbeza. Jadi saya difahamkan kadar pertambahan bekalan baru sejak tahun 2010 tidak ada pertambahan. Maknanya dia statik daripada tahun 2010 kalau tidak silap saya, 24,173 juta liter hari ataupun million liter day (Milida) sampai tahun 2017 atau 2018? Maknanya last empat tahun ini sampai the next four years. Dia statik. Tidak ada tambahan air dan saya tengok permintaannya bertambah dan ada kawasan rumah-rumah sebagai contoh di Puncak Alam, banglo-banglo di situ kawan-kawan saya pun tidak berani masuk sebab dia kena buat booster pump, air tidak cukup. Maknanya pertambahan air, permintaan jauh melepasi bekalan. Bekalan itu statik for the last four years dan mungkin the next four years.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri kenapa perkara ini dibiarkan berlaku sampai rakyat jadi mangsa? Kenapa dilewat-lewatkan? Apa isu yang sebenarnya sampai kita menidakkan keperluan rakyat, sampai hari ini air tidak ada untuk rakyat. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apa yang menyebabkan kelewatan ini yang sampai rakyat tercatu dan menyusahkan rakyat? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Soalan yang…

final • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Pencelahan. Boleh atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya sama ada dalam Langat 2 itu satu- satunya kontraktor yang shortlist, adakah itu MMC kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar?

final • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Keduanya, apakah kos kontrak untuk Langat 2 termasuk semua paip underground, the whole thing, tunnel included- water treatment plant, tunnel dan paip-paip. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Soalan daripada Yang Berhormat Kota Tinggi tadi kenapa jadi macam ini mudah sahajalah. Ini kerana kita ada dua kerajaan. Satu Kerajaan Pakatan Rakyat dan satu Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan ini Kerajaan Barisan Nasional dan yang di Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada awal dahulu tahun 2008, keputusan Kerajaan Negeri Selangor supaya kita tidak meneruskan Langat 2. Jadi kalau kita teruskan Langat 2 pada waktu itu sekarang kita sudah ada Langat 2. Akan tetapi oleh kerana keputusan Kerajaan Negeri Selangor pada waktu itu tidak meneruskan- saya tidak mempertikaikan alasan apalah tetapi tidak meneruskan dan akhirnya pada tahun 2014 baru kita tandatangan MoU untuk persetujuan supaya Langat 2 ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jadi tempoh masa yang diambil untuk bersetuju itu lebih kurang empat tahun.

Kalau empat tahun itu setuju awal, sekarang kita sudah ada bekalan air sudah yang cukup.

Itulah tajuk dia pun sebenarnya yang itu sahaja. Kalau kita hendak bertengkar mengenai itu saya ingat kita pun masing-masing faham, masing-masing ada pandangan masing-masing, ada aturan politik masing-masing...

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid - Padang Terap

Saya habiskan Yang Berhormat dahulu saya jawab yang itu dahulu. Kemudian yang keduanya daripada Yang Berhormat Kelana Jaya berhubung dengan syarikat berapa besar. Saya tidak dapat jawab pada Yang Berhormat sebab saya sendiri pun tidak tahu siapa lagi yang diaward syarikat. Cuma yang saya tahu bahawa Langat 2 treatment plant dan juga distribution paip itu adalah pakej yang berlainan. Itu sahaja yang saya tahu yang lain saya belum tahu.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Saya hendak rujuk kepada jawapan Timbalan Menteri tadi yang mengatakan bahawa segala di belah Pahang sudah siap dan terowong itu pun hampir siap. Lalu maknanya kalau terowong itu pun belum siap lagi kalau Langat 2 loji pembersihan air dan siap sekalipun, hari ini masih belum boleh pakai lagi. Masalah catuan air tetap akan terpaksa dilakukan oleh kerana kita berhadapan dengan suasana kemarau yang agak luar biasa. Catuan air dilakukan oleh kerana mengambil kira tentang masalah kemarau untuk menentukan bahawa air itu akan cukup sehingga habisnya musim kemarau yang dijangka akan habis mungkin pada penghujung bulan ini. Maka apabila dikatakan bahawa masalah catuan itu dihadapi oleh kerana tidak dibenarkan pembinaan Loji Langat 2 ianya tidak begitu tepat. Ini kerana kalau sudah siap sekalipun terowong tidak siap lagi pun.

Kedua pendirian Kerajaan Negeri Selangor daripada awal ialah bahawa masalah non-revenue water (NRW) ini yang begitu tinggi di peringkat 37% perlu ditangani dan perkara ini telah pun diutarakan sejak tahun 2008. Jadi ianya adalah lebih mudah untuk ditangani dan lebih murah sekiranya Kerajaan Pusat memberikan sokongan terhadap pendirian yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri. Masalahnya NRW sebanyak 37% ke atas terus berkekalan dan tidak ada apa-apa usaha oleh pihak SYABAS khususnya walaupun ianya merupakan satu aspek yang telah dimaterikan dalam perjanjian. Dalam soal ini saya merasakan bahawa Kerajaan Pusat juga terpaksa mengambil tanggungjawab atas kegagalan untuk memaksa pihak Puncak Niaga khususnya untuk memenuhi syarat- syarat dalam perjanjian.

Ketiga Kerajaan Negeri Selangor telah pun melancarkan projek mega iaitu pengambilan air bawah tanah yang baru dilancarkan kalau tidak silap saya dalam seminggu yang lepas. Di mana underground water ini telah pun dianggarkan mampu untuk membekalkan jumlah, minta maaf saya tidak bawa dia punya data tetapi jumlah yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu penyelesaian yang lebih cepat dan lebih murah berbanding dengan pendekatan yang dipilih oleh Kerajaan Pusat.

Terakhir tidakkah persetujuan untuk menyerahkan ataupun membina Langat 2 itu juga yang dimaksudkan di dalam MoU itu juga adalah atas persefahaman bahawa Kerajaan

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pusat akan facilitate the takeover of the concessionary. Maknanya dalam keadaan yang ada sekarang ini bagi seorang yang melihat daripada luar nampak seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor telah pun memenuhi syarat MoU yang telah ditandatangani. Akan tetapi Kerajaan Pusat seolah-olah mengabaikan tanggungjawab mereka dan tugas yang dipersetujui yang seperti mana yang disebut di dalam MoU. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri boleh tambah sedikit Menteri sedikit sahaja. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi dijawab tadi oleh Menteri. Saya rasa kalau kita hendak bercakap tentang isu air ini kita boleh bahas sebenarnya kegagalan penswastaan itu sendiri. Ini sebab bagi pendirian Pakatan Rakyat air ini adalah keperluan semua dan berdasarkan sebuah hadis...

[Membaca sepotong hadis] Iaitu manusia berkongsi tiga perkara antaranya air.

Jadi air ini apabila kerajaan, saya rasa spirit Kerajaan Negeri Selangor adalah apabila kita sedia untuk tandatangan MoU ini dengan harapan kita beri kerjasama demi kepentingan semua untuk benarkan penerusan Projek Langat 2 itu. Akan tetapi kita juga minta supaya dalam MoU itu dikata ada promission supaya kerajaan facilitate. Jadi yang kerajaan bukan sahaja ada kuasa dalam MoU tetapi Kerajaan Pusat ini ada kuasa di bawah 114. Ini yang memberi satu kuasa yang begitu luas kepada Menteri.

Persoalannya kenapakah diteruskan perundingan antara empat syarikat ini dengan negeri Selangor tanpa Kerajaan Pusat facilitate. Bagi saya sepatutnya Kerajaan Pusat menggunakan kuasa di bawah 114 ini untuk memaksa empat buah syarikat ini supaya terima tawaran Kerajaan Selangor RM9.6 dan kita boleh teruskan. Ini sebab Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil balik empat itu bagi kita sebab apa selama ini empat buah syarikat ini khususnya SYABAS mereka ini sudah jadi ibaratnya jin air. Ini sebab apa mereka ini mendapat keuntungan. Bayangkan kalau ada CEO dapat sampai RM450,000 sebulan berniaga air, ini yang kita rasa kita perlu kembali semula kepada asas bahawa air ini keperluan bersama, keperluan semua tidak boleh swastakan.

Sepatutnya kalau kita hendak menjawab secara jujur kita harus mengakui ini adalah kegagalan Kerajaan Barisan Nasional memperkenalkan penswastaan air. Ini satu kesilapan yang paling dasar sebab itulah atas kesilapan inilah berlaku semuanya masalah- masalah ini. Itu dia.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Selepas kita baca hadis lepas itu kita hendak kata orang “jin”, eloklah itu, elok. Selepas baca hadis kata dekat orang “jin” jadi ...

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

...Jin tahu...

final • 5:20 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Jin air.

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Menteri, Menteri, Menteri. Boleh?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Ada lagi?

final • 5:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Jin pun hendak pakai air juga dengar ini. Jin pun hendak mandi juga jangan lari dahulu dengar dahulu. Okey ini tengah banyak-banyak ini ada jin nanti. Saya hendak cakap tadi Yang Berhormat Shah Alam menariklah mengenai supply balance ini satu itu distribution. Kalau air itu non-revenue itu sebab bocor sana ini itu satu dunia pun bocor. You kena maintain good maintenance plan. Dengar dahulu jangan ketawa. Akan tetapi kalau supply tidak bertambah-tambah orang bertambah sudah tentulah tidak cukup. Kalau Langat 2 dahulu buat kalau lambat kita ada planning just because kita tidak planning mungkin kita lambat

final • 5:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

satu tahun, mungkin kita cepat satu tahun. At least the planning is in place. Apa jenis kerajaan yang buat keputusan yang poor the people at risk sebab tidak hendak, tidak hendak buat, kalau buat pun tidak siap.

Saya cakap kalau supply ini kena continuous kena mapan. Kena ada planning yang baik supaya supply itu sentiasa bertambah sebab rakyat bertambah.

final • 5:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya tidak faham kenapa you tak buat itu, sebab kononnya RM450,000 lah. You kena bandingkan kepentingan ramai dengan prasangka yang buruk pada satu-satu orang.

Apa jenis keputusan yang kita buat ini? Nombor dua, cakap pasal horas.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Fikirkan kepentingan ramai?

final • 5:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Dengar- dengar sekejap. Eh, ini floor saya! Minta tolong!

final • 5:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang diswastakan air itu fikirkan kepentingan ramai macam mana itu? Bila diswastakan air itu, fikirkan kepentingan orang ramai macam itu?

final • 5:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Eh sekejap, saya nak jawab. Sekejap. Yang Berhormat Shah Alam, tadi saya dengar you cakap.

Keduanya, non-revenue water, kalau misal kita tambah maintenance yang baik, kita bayar syarikat-syarikat ini tepat, mereka dapat duit, saya yakin dia buat kerja baik tapi kalau tak bayar, mungkin. Saya tak tahulah bayar kah tak bayar, jadi maintenancenya teruklah.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Oh, maknanya sebelum PR ambil alih, kamu tak bayarlah dengan baik ya?

final • 5:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sabar dulu, this is my floor.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sebelum Pakatan Rakyat ambil alih, tak dibayar dengan baiklah SYABAS itu? Is that what you are saying?

final • 5:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Ini pasal Horas, ini pasal horas. Horas ini kalau dekat Libyakah, dekat Algeriakah, kita tengah padang pasir, ambil underwater, okeylah. Sekarang ini seluruh dunia, kalau tengah-tengah Klang Valley ini kita buat horas, saya takut ini lagi berpuluh tahun ini, takut tenggelam pula ini. Bangkok pun dah jadi masalah. Jadi, kita jangan ambil jalan mudah yang akhirnya kita lagi masalah kemudian. Ini memberi alasan sebenarnya. Lagi saya nak sebut pasal concession. Pasal ini, ini masalah maintenance. Itu perkara lain, pasal non-revenue water pasal lain. Langat ini pasal supply, kita cakap pasal supply sahaja. Lepas itu, saya nak kata tadi pasal penswastaan. Saya ingat saya tak nak komenlah pasal penswastaan ini kerana saya tak ada fakta tapi saya nak beritahu kita tak boleh kata penswastaan ini salah, banyak pun benefit atas penswastaan hari ini.

Kita maju pun pasal penswastaan, Lebuhraya Utara-Selatan dan sebagainya.

Kalau tak ada, macam mana? Ini kita boleh buatlah. Ini kita boleh debat, tak ada masalah penswastaan. Akan tetapi yang nyatanya hak rakyat untuk dapat air itu jangan ditidakkan sebab kepentingan politik, itu sahaja. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri, biar saya berikan penjelasan sikit sahaja.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Biarlah saya selesaikan, kita selesaikan masalah air ini.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini tak nak dengar kebenaran, tak nak dengar kebenaran...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Supply dah memang ada, supply is there tapi 37% bocor. The supply is there, but 37% goes out to...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tak apa. Yang Berhormat, saya ingat panjang sangat pasal air ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kota Tinggi. Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, cukuplah. Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Johor pun sekarang ini ada catuan.

Johor pun ada catuan, dekat Pahang pun ada kawasan yang tak ada air. Dekat Negeri Sembilan pun ada kawasan tak ada air, janganlah nak cakap macam Selangor sahaja yang tak ada air. Tolonglah jangan nak menipu.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Menteri, sila teruskan.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ini masalah air ini satu negara, satu dunia boleh perang. Ini baru perang dalam Dewan ini, perang yang betul pun ada. Jadi, apa pun Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya ingin memberi sedikit lagi penjelasan sebelum saya masuk kepada tajuk yang lain. Bahawa seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berhubung dengan Kerajaan Pusat facilitate untuk memudah cara bagi menstrukturkan semula bekalan air di Selangor dan ada empat konsesi yang disebutkan tadi. Sememangnya dalam MoU ini kementerian menjadi fasilitator juga untuk membolehkan kerajaan negeri dan juga konsesi air ini berunding.

Walaupun dalam istilah itu disebut willing-buyer, willing-seller. Ini yang sedang diuruskan. Saya ingat ada satu dua concessioner termasuklah SYABAS juga, mereka sudah berada di peringkat akhir dalam rundingan. Saya tak tahu apa yang berlaku hari ini dan esok. Oleh sebab saya difahamkan hari ini dan esok juga ada mesyuarat yang mereka jalankan.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, jelas nampak bahawa willing-seller, willing-buyer itu telah gagal sebab selama empat...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Ikutlah peraturan. Kalau bangun dua-dua, tunggu menteri silakan yang mana satu, lepas itu saya setuju, saya jemput, sebut nama, barulah bercakap. Sila. Yang mana satu?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Shah Alam.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, sila.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, baik. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya nak dapat penjelasan, sekiranya willing-seller dan willing-buyer ini gagal, adakah pihak Kerajaan Pusat akan menggunakan Akta WSIA itu untuk menyelesaikan masalah ini dan tidakkah ianya sebahagian dalam MoU sebegitu?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagus Yang Berhormat Shah Alam macam itu. Saya puji itu.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Ya, terima kasih Datuk.

Saya kalau dia orang tak kacau, memang bagus.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kerajaan negeri gagal untuk berusaha dengan syarikat-syarikat konsesi ini, maka kita akan datanglah

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

dengan 114 ini, WASIA. Akan tetapi sehinggalah hari ini kerajaan negeri berpendapat bahawa mereka masih boleh untuk berunding dengan syarikat-syarikat konsesi ini. Itu jawapan sayalah. Saya teruskanlah kepada tajuk yang lain pula yang berkaitan dengan kementerian.

Yang Berhormat Ketereh telah membangkitkan jumlah...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

.Jumlah penggunaan air.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun lagi.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Ya, ada lagi?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Isu air?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ya, isu airlah sebab Selangor ini. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Shah Alam dia kena behavelah, jangan dia kacau-kacau bila saya cakap. Saya nak dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam ini. Pertamanya yang kata tuduhan krisis air ini. Dia kata kalau buat pun air masih tak ada. Akan tetapi Yang Berhormat setuju ataupun tidak dengan saya, pada tahun 2008, Menteri Besar Selangor pernah membuat kenyataan bahawa air di Selangor akan bermula krisis 2019. Kerajaan Persekutuan membuat kenyataan pada ketika itu mengatakan krisis air akan bermula pada tahun 2014. Sekarang ini 2014, krisis air telah pun bermula. Jadi, bermakna setuju atau tidak bahawa Yang Berhormat Shah Alam bercakap tidak berdasarkan fakta dan dia tidak ikut perkembangan air daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Yang kedua, Yang Berhormat Shah Alam kata mengenai NRW. Yang Berhormat setuju ataupun tidak bahawa pada tahun 2009, melalui satu mesyuarat dengan SPAN, kerajaan negeri telah pun mengarahkan supaya CAPEX ini diberhentikan. Apabila CAPEX ini diberhentikan, sebab itulah SYABAS walaupun dia terpaksa gunakan modal dia sendiri, terpaksa berhentikan semua. Oleh sebab alasan yang diberi pada masa itu ialah kerana penstrukturan semula pengambilan air SYABAS ini masih berjalan. Jadi, sebab itu nanti kalau CAPEX ini diteruskan, susah dia nak ambil kira modal-modal ini.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan arahan yang tersebut, apakah tuduhan Yang Berhormat Shah Alam yang mengatakan bahawa SYABAS ataupun pihak Persekutuan tidak mengambil berat masalah rakyat ini boleh disalahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Ini kerana Kerajaan Persekutuan jelas mengatakan bahawa kita memang nak buat Langat 2 dan Langat 2 memang dah siap. Yang mana kata tak siap, dia pun tak pernah pergi. Saya dah tiga kali pergi dah, benda dah siap.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Duduklah, Yang Berhormat duduklah. Ini apa ini?

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini yang masalah dia, dia tak faham.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Duduklah. Biarlah Menteri jawab, biarlah Menteri jawab. Disiplinlah sikit.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, okey. Baik, baik.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Kita kalau aman- tadi waktu Yang Berhormat cakap, saya tak kacau walaupun saya tahu Yang Berhormat cakap tak tahu fakta. Saya tahulah. Pasal air ini saya terlibat secara terus, pasal air ini. Sebab itu saya nak betulkan fakta bahawa terowong itu memang dah siap pun, dah tiga kali kita pergi melawat. Yang tak siapnya loji, loji ini. Bila loji ini siap, ha itu bermulalah. Pada masa itu kita buat mesti. Dia tidak boleh kalau terowong dah siap baru nak buat loji. Loji mengambil masa lagi dua tahun. Apa yang perancangan awal, loji buat, dia mesti serentak buat. Itu persetujuan yang dibuat sama-sama Kerajaan Barisan Nasional sebelum tahun 2008.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Jadi Yang Berhormat ini, yang kata horas ini tadi ini. Yang Berhormat setuju ataupun tidak, bercakap pasal horas 2008. Waktu kita bercakap isu air 2008, saya pun banyak kali buat kenyataan bercanggah dengan Menteri Besar. Hari ini baru Menteri Besar nak buat horas ini, dia cakap tahun 2008 dahulu. Sama ada Yang Berhormat setuju ataupun tidak, petikan ucapan sendiri daripada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengakui bahawa beliau menasihati Menteri Besar Selangor supaya jangan benarkan buat Langat 2 kerana Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan kalau projek itu dibuat, yang akan dapat projek ini ialah orang-orang UMNO.

Bersetuju ataupun tidak bahawa oleh kerana kepentingan politik, maka Langat 2 ini tergendala. Akhirnya, rakyat Selangor yang menjadi mangsa. Hari ini Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak bahawa apabila Menteri Besar ini rasa dia teraniaya oleh penasihat negeri Selangor, sebab itu dia sign agreement ini pun tak dia rujuk lagi kepada Ketua Pembangkang. Apabila Ketua Pembangkang nak kuis dia jadi Menteri Besar dengan mengadakan PRK di Kajang.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Jadi setuju ataupun tidak bahawa semua isu politik air ini yang berlaku di Selangor ialah kerana kepentingan politik semata-mata?...

final • 5:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa ini?...

[Disampuk] Airlah ini. Jadi oleh kerana kepentingan politik semata-mata di Selangor, maka kami orang Selangor dan Wilayah Persekutuan menjadi mangsa kerana kepentingan politik peribadi di antara pemimpin di negeri Selangor ini. Setuju ataupun tidak, Yang Berhormat?

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia beri laluan.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Apa ini? Apa punya style ini?

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak beri jalan tiba-tiba bangun.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia beri laluan.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ikutlah peraturan.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia beri laluan, dia beri laluan.

Relax, relax.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak tanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi dia laluankah yang dia terus jawab ini? Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bangun lagi pun.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dia beri. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang cukup sporting dan gentleman dalam soal ini. Dia berikan laluan pada saya, saya ucapkan terima kasihlah. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang tadi tidak dengar apa Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri cakap. Dia menyatakan terowong tidak siap lagi. Terowong tidak siap lagi. Belum siap sepenuhnya. Maknanya kalau terowong itu belum siap lagi, kiranya Langat 2, loji pembersihan air itu sudah siap sekarang sekalipun, ia tidak dapat membantu. Itu point saya nombor satu.

Nombor dua tentang soal ramalan-ramalan dan sebagainya. Pada dasarnya, apa keadaan yang kita hadapi sekarang ini memang satu musim kemarau yang luar biasa.

Mana pernah dahulu kita drive dekat highway pergi ke Sepang, kawasan hutan dan semak samun di tepi highway itu terbakar oleh kerana kemarau. Catuan air itu telah dilakukan atas nasihat apabila didapati bahawa musim kemarau ini akan berpanjangan dan ia satu tindakan bertanggungjawab oleh pihak kerajaan negeri untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka akan tamat pada hujung bulan ini. So, ia bukan satu suasana yang biasa yang dihadapi kerana ia memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, global warming dan sebagainya, itu Menteri Barisan Nasional juga.

Lalu apa masalahnya? Soal air ini memang supplynya cukup.

Itulah sebabnya kita tegaskan persoalan NRW. Dikatakan bahawa NRW ini tidak dapat diatasi oleh kerana pada tahun 2009 maka capital expenditure, CAPEX ini tidak diberi kepada pihak SYABAS. Sudah selama ini apa yang SYABAS buat? Kenapa dia tidak

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

menangani masalah NRW secara berperingkat-peringkat daripada awal?Sedangkan, itulah apa yang termaktub di dalam perjanjian penswastaan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Atas sebab mereka gagal itulah maka pihak kerajaan mengambil tindakan. Soal horas ini, yang saya tahu ia merupakan satu pendekatan secara serius hanya setahun dua kebelakangan ini kerana saya dengan sahabat-sahabat yang lain, kamilah yang membawa proposal untuk menggunakan air bawah tanah di antara cara penyelesaian dan telah dikemukakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor. Hendak kata daripada tahun 2008, minta maaflah, sebab setakat mana yang saya tahu, ia tidak bermula daripada tahun 2008. Wallahualam. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tumpang tanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Sedikit sahaja. Saya hendak betulkan fakta.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini ada dua yang bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak betulkan fakta daripada Yang Berhormat Shah Alam kalau boleh.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya ingat kalau macam ini tidak akan habislah, Tuan Yang di-Pertua. Nanti dia jawab, saya pula hendak jawab. Dia jawab, saya pula hendak jawab. Saya ingat kita beri Yang Berhormat Timbalan Menteri sahajalah yang jawab...

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Saya hendak tanya sedikit sahaja. Penting ini.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Last, last Yang Berhormat Tanjong Karang jawab.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Last dia, lepas itu saya jawab balik.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, penting.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekejap.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Itu pun saya hendak sebut. Kalaulah berdialog macam ini, Yang Berhormat Shah Alam tanya, Yang Berhormat Tanjong Karang jawab, lepas itu Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi, lepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang bangun lagi, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jelaskan? Saya ingat ini last ya.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Last, last. Saya bagi last sebab saya hendak betulkan fakta. Tadi Yang Berhormat Shah Alam dia pun tidak faham.

Masalah Yang Berhormat Shah Alam dia tidak faham apa orang cakap.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam jangan bangun lagilah, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Saya hendak betulkan fakta Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam kata tadi bahawa CAPEX ini SYABAS yang tidak hendak buat. Saya sebut tadi, tahun 2009 kerajaan negeri yang tidak membenarkan SYABAS membuat CAPEX. Itu saya hendak betulkan fakta. Bukan SYABAS yang tidak hendak buat. Perkara ini pun telah dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri.

Itu sahaja yang saya hendak betulkan fakta ini.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak betulkan fakta dia, boleh?

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, pendek sahaja.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat, tidak payahlah.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri pindah isu lainlah Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jelas tidak jelas.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Saya bimbang kawan-kawan negeri lain marah kepada saya sebab ini kes Selangor sahaja yang dibincangkan.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Sebab margin dia pun tidak ada.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Cuma saya bagi sedikit yang akhir mengenai kedudukan yang terkini yang saya baru dapat fasal terowong ini. Terowong penyelarasan air dari Pahang ke Selangor sepanjang 44 kilometer telah siap dibina pada Februari 2014.

Hanya komponen Empangan Kelau yang insya-Allah akan siap pada pertengahan tahun 2014.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okeylah, belum siap lagilah maknanya.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, pendek sahaja. Pendek sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Pokoknya belum siap lagilah. Lalu hendak kata kalau Langat 2 sudah siap semua selesai, tidak betul.

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak tanya. Pendek sahaja.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Ada apa lagi?

final • 5:40 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Tidak, saya hendak cakap tadi- Yang Berhormat Timbalan Menteri, pendek sahaja. Tadi cakap fasal cuaca. Minta maaflah, kita kena ada planning yang baik. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa reserve margin negeri Selangor water sejak tahun 2010? Reserve- kalau kita tidak ada rizab, tinggal satu peratus, jangan salahkan cuaca sebab kita tidak bersedia langsung untuk itu.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Okey, terima kasih. Kemudian yang dibangkitkan tadi saya hendak memberi sedikit berhubung dengan fakta di sini ialah bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah berhutang dengan SYABAS sebagai syarikat yang membuat distribution air sebanyak lebih kurang RM2 bilion. Jadi ini sudah tidak dibayar kepada SYABAS dalam tempoh lebih kurang tiga tahun tidak dibayar kepada SYABAS dan ini menyebabkan...

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

...SYABAS tidak dapat meneruskan usaha-usaha yang berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, NRW, dan NRW yang ada sekarang ini pada waktu ini adalah sekitar 34%.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu berkait, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Depan, depan.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Saya ingat kita hendak pergi ke tajuk yang lain.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Satu point mengenai hutang SYABAS.

Sebenarnya hutang itu...

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Ketereh...

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa the chicken and egglah.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Cukup, cukup.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak settle NRW, maka tidak bayar.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

SYABAS tidak buat kerja.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat, saya ingat sudahlah. Kita sudah faham sudah. Ini cerita politik PKR, UMNO, Barisan Nasional, DAP, PAS semua ini.

Sekarang kita cerita yang be profesional, kita cerita yang betul apa yang sedang berlaku.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yalah, itu betul. Kerana SYABAS tidak ikut konsesi agreement, maka Kerajaan Negeri Selangor ambil dia pergi mahkamah. Itu sahaja.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia begini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang berucap. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri beri laluan macam ini, sampai bila tidak habis. Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi laluankah tidak, izinkan tidak?

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak bagi.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tak bagi, sila duduk. Tajuk yang lain Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maknanya kita ada jawapan kepada semua isu tapi tidak diberi peluang hendak beri. Lalu apa hendak kata. Terima kasihlah.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Elok Yang Berhormat Shah Alam. Minum teh dahulu.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Shah Alam itu semua pandai tapi bukan pandai pun.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Ketereh telah membangkitkan jumlah, ini masih air lagi, penggunaan air bagi sektor domestik, industri dan pertanian yang menunjukkan peningkatan tahun demi tahun dengan cukup tinggi. Ahli Yang Berhormat Ketereh telah mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengkaji penubuhan Perbadanan Air Malaysia atau apa juga nama sebuah perbadanan yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap pengurusan, perancangan serta perbekalan air dari seluruh negara.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas cadangan ini. Suka saya menyatakan, kementerian mengambil maklum akan pandangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ketereh dan ingin mencadangkan supaya ia dirujuk kepada Majlis Sumber Air Negara di mana keanggotaan Majlis Sumber Air Negara adalah terdiri daripada Menteri Besar, Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada di sini.

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

Ada dekat luar.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak payah la kot...

[Disampuk] Yang Berhormat saya merujuk kepada Yang Berhormat Bintulu.

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

Tidak ada.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Seronok macam ini [Ketawa] Saya merujuk kepada Yang Berhormat Titiwangsa...

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

Ha, ada!

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan mengenai isu pengiraan meter TNB yang salah dan bertanyakan tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbetulkan isu yang dibangkitkan tersebut.

Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan mengenai dengan wang cagaran atau deposit pengguna serta kegunaan wang cagaran yang terdapat dalam TNB yang perlu dibayar oleh setiap pengguna. Itu Yang Berhormat Pokok Sena bangkitkan lah.

Jadi, saya ingin membuat penjelasan di sini.

Pertamanya ialah pengiraan bil bulanan TNB adalah melalui sistem komputer berpusat. Hasil semakan pihak TNB mendapati bahawa bil elektrik asal yang telah dikeluarkan kepada pengguna terlibat adalah teratur. Pihak TNB juga telah menghubungi kembali pengguna terlibat dan memberi penjelasan mengenai bil pada bulan Januari 2014 serta surat bertarikh 27 Februari. Ini Yang Berhormat bangkitkan bawa kertas itu dalam Dewan itu hari.

Wang pendahuluan atau deposit yang diminta oleh pihak TNB...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat sekejap. Pasal itu dulu. Tidak...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

…Saya tidak berapa faham Yang Berhormat sebutkan tadi itu. Maknanya TNB kata tidak ada salah pengiraan lah?

Tidak ada salah?

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak ada.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, ini yang saya hendak persoalkan. Jadi, macam mana pengurusan TNB? Sekejap bagi surat kata mengaku salah, kata ada salah. Ini ada surat ini. Surat yang dikatakan mengaku ada pengiraan yang salah.

Jawapan pihak TNB kepada Abdul Manaf ini. *“Pihak kami telah mengambil maklum kesilapan cara pengiraan tersebut dan tindakan pembetulan dalam sistem telah dibuat.

Jumlah yang terlebih akan dikreditkan semula di dalam akaun tuan pada bil Februari 2014.”* Jadi, kalau sudah dia kata, dia mengaku, dia keluarkan surat. Surat daripada TNB Alor Setar yang kata memang mengaku salah sungguh. Jadi, tak kan pula tiba-tiba kata, “Oh tidak, kami buat betul.” Lagu mana pengurusan kita ini, pengurusan pentadbiran kita ini? Atau adakah kerana kerajaan tidak mahu nanti jadi satu isu di mana semua orang akan minta dikira semula. Maka sebab itu kerajaan terpaksa mengarahkan TNB Alor Setar untuk buat kata tidak, sebenarnya betul. Takut nanti orang lain pun pakat tuntut. Oleh sebab saya katakan bahawa kalau satu salah, ini bermakna bahawa kemungkinan semua yang lain pun akan berlaku kesalahan sebab kesalahan itu diakui bahawa dalam sistem. Bila dalam sistem mungkin pada saya bukan satu rumah.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk hasil semakan yang dibuat oleh TNB ini pada bil elektrik asal yang telah dikeluarkan oleh pengguna terlibat adalah teratur. Perkataan dia adalah teratur. Yang ada di sini, ini saya baru dapat daripada TNB Yang Berhormat Pokok Sena, ini saya baru dapat.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Mentang-mentang lah duduk situ. Apa yang berlaku bukan dalam sistem komputer, sistem berpusat. Bil elektrik memang teratur tetapi terdapat kesilapan dalam surat, kesilapan anggota kerja itu, dalam surat itu tersilap.Ini yang saya baru dapat. Dalam sistem bil asal masih teratur tetapi ada kesilapan dalam surat yang dihantar itu. Bil yang dihantar.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Pokok Sena boleh bantu saya tidak? Ini kes spesifik. Kita bincang bawah Pokok Sena sahaja cukup*...

[Ketawa]* Boleh?

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang ini bukan boleh duduk bawah pokok.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak apa lah saya ingat…

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini bukan duduk bawah pokok.

Macam drama Do Re Mi dok teropong nampak Jason King tengah dok tembak.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat mai ambil yang ini sekejap lagi....

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Satu sahaja. Yang Berhormat Menteri akan ambil kes ini.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya persoalkan. Surat dikeluarkan, surat sudah keluar kata mengaku kata salah. Sebab itu saya bersetuju dengan cadangan soalan tadi daripada mana tadi minta ada satu panel bebas untuk melihat kepada sistem meter TNB ini. Oleh sebab saya bimbang macam saya katakan tadi bila mengaku salah ini orang pakat sedar sekarang ini saya katakan bahawa kalau dalam sistem satu salah bermakna bahawa ramai yang salah, banyak rumah yang salah. Cuma orang kampung dia bukan tahu hendak tengok apa. Sampai surat merah- ‘malaikat maut api’ ini, sampai surat merah dia kata dia sudah bayar.

Sebab saya katakan hatta saya percaya bahawa mungkin engineer TNB pun rumah dia pun dia tidak tahu salah kah tidak dari segi pembacaan meter.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak apa, okey.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab macam orang beli rumah lah, kita beli rumah mana kita boleh baca pelan. Beli sahaja, sign.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak apa, saya ambil maklum Yang Berhormat. Saya ambil maklum yang itu.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi sebab itu saya katakan bahawa kalau sudah mengaku kata salah, silap dan mengaku kata hendak bayar, hendak kredit dalam bil selepas itu.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Tidak apa, tidak apa. Saya ambil maklum itu dan saya akan bawa sekali dekat TNB.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya katakan, saya hendak minta penjelasan bahawa apa sebenarnya. Sebab itu saya minta satu panel bebas mesti dibuat. Ini hak dan kepentingan orang ramai.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Saya sudah sebutkan tadi Yang Berhormat tidak ada.

Masa saya cerita berkenaan jawatankuasa panel tadi Yang Berhormat tidak ada masa itu.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya keluar sat.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat keluar, saya sudah cerita dah yang itu.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bila dia timbul isu ini patutnya kena adalah panel bebas ini.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Ada panel yang diketuai oleh Suruhanjaya Tenaga.

Bukan TNB, Suruhanjaya Tenaga. Okey lah, nanti saya habiskan dahulu Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri, saya boleh tanya digital meter?

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Ini spesifik yang ini dahulu Yang Berhormat. Kalau tidak malam pun tidak habis yang ini. Kemudian, saya hendak bentuk Yang Berhormat Pokok Sena sekali lagi. Suruhanjaya Tenaga adalah badan kawal selia untuk TNB dan kalau ada aduan lah, kalau ada apa juga aduan dari individu atau pun syarikat boleh dikemukakan terus kepada Suruhanjaya Tenaga. Biarlah Suruhanjaya Tenaga siasat benda itu. Kemudian wang pendahuluan atau deposit yang diminta...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Pokok Sena, saya Padang Terap dok sebelah itu. Lalu kawasan dia dahulu. Wang pendahuluan yang diminta oleh pihak TNB adalah merupakan cagaran bagi anggaran penggunaan dua bulan elektrik pengguna.

Kutipan deposit merupakan amalan lazim utiliti bagi menjamin pengguna membuat pembayaran dan pelaburan pemasangan meter pengguna.

Sebagaimana yang disyaratkan dalam peraturan lima, Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen deposit yang dipegang oleh TNB perlu direbat semula kepada pengguna setiap tahun. Rebat diberikan secara kredit dalam akuan pengguna setiap tahun.

Kuantum rebat yang ditetapkan adalah sebanyak 2.5% setahun.Pada tahun 2013, TNB telah memperuntukkan sebanyak RM77.715 juta untuk membayar rebat tersebut.

Bermakna sudah masuk dalam itulah. Boleh baliklah.

Yang Berhormat Bintulu- Yang Berhormat Bintulu tidak ada!

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena ada cadangan sebenarnya itu. Dia tidak perasan. Cagaran itu dijadikan saham. Tidak apa, dia tidak tanya tidak apa.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Okey.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Alih ke tajuk lain.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Memang itu yang dalam ucapan saya. Saya katakan bahawa kalau kita jadikan cagaran pendahuluan itu seperti syer, saham yang ada pulangan dia. Bukan sekadar rebat biasa tetapi ada saham yang lebih memberikan pulangan keuntungan dalam keadaan sara hidup kita ini yang terlalu tinggi hari ini. Itu lebih baik. Maknanya ada win-win, ada menang-menang. Ini bila tidak bayar, potong.

Akan tetapi bila bayar elok duit itu…

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Okey, ambil maklum.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hai semua pakat ambil maklum sahaja ini.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Titiwangsa dalam perbahasannya menekankan penderitaan rakyat terutama yang tinggal di flat-flat kos rendah, perumahan awam PPR akibat dari catuan air yang dikatakan lebih membebankan golongan miskin.

Untuk itu Yang Berhormat Titiwangsa mendesak kerajaan supaya isu air perlu dilihat secara teliti dan masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, catuan air yang sedang berlaku pada masa ini adalah seperti mana yang saya sudah jelaskan tadi bahawa empangan dan sungai yang menurun akibat cuaca panas.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

Untuk hari ini, saya baru sahaja diberi maklum oleh pihak SPAN bahawa Sungai Selangor paras airnya berada pada 37.88% manakala di Klang Gate, 50.74%. Kalau ikut Kerajaan Negeri Selangor, 30% dikira sudah pada kadar krisis. Jadi, kita ada tujuh meter lagi empangan Sungai Selangor. Tujuh meter ini kalau dikira, tadi saya tanya pegawai dan pegawai kata dalam tempoh lebih kurang 17 hari daripada sekarang. Mungkin ada catuan

final • 6:00 PM

Dato' Seri Mahdzir Khalid

yang lebih menyeluruh akan dikenakan oleh kerajaan terhadap pengguna air di Lembah Klang.

Bagi meringankan beban pengguna, SPAN telah mengarahkan operator air untuk melaksanakan catuan air melalui kaedah pengagihan air secara berjadual. Melalui kaedah ini, para pengguna akan mendapatkan bekalan air selama dua hari dan tidak mendapat bekalan air untuk dua hari berikutnya. Itu adalah sedikit jawapan kepada Yang Berhormat.

Cuma seperti mana dalam perbahasan Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkitkan mengenai orang tua dan juga bagi ibu tunggal yang berada di apartment ataupun di flat empat tingkat yang sudah untuk mendapatkan. Apa yang kita boleh bantu setakat ini dan yang kita boleh mengarahkan melalui SPAN adalah kepada kontraktor-kontraktor air ataupun operator ini membawa bekalan air itu ke flat tersebut sajalah, setakat itu.

final • 6:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh atau tidak? Kota Raja, mengenai catuan air.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Okey.

final • 6:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Catuan air yang dilakukan ini sebenarnya saya lihat tidaklah begitu menyeluruh. Dalam kawasan saya sendiri, kawasan flat atau pangsapuri kena catuan tetapi ada kawasan-kawasan rumah teres dan landed property tidak dicatu. Jadi rakyat merayu. Tidakkah boleh dalam keadaan ini, boleh jelaskan kenapa kita tidak boleh kurangkan catuan itu kepada rumah-rumah pangsapuri tetapi sebaliknya lebih mudah kalau catuan itu dikenakan kepada landed property yang mereka senang dapat air. Ini kerana kalau pangsapuri itu, hendak kena angkat pula naik ke atas.

Apakah masalah teknikal di sini untuk kita mencatu air supaya kita boleh kurangkan kesengsaraan penduduk-penduduk pangsapuri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat, terima kasih. Catuan air berjadual ini adalah mengikut zon yang telah ditetapkan. Dia ada zoning nya. Saya sudah sebut tadi.

Kalau sampai beberapa belas hari lagi tidak ada hujan juga dan air dalam takungan tidak boleh penuh maka akhirnya kita terpaksa membuat catuan secara menyeluruh. Sekarang ini catuan ini tidak menyeluruh lagi. Catuan menyeluruh maksudnya seluruh Lembah Klang akan terlibat dengan catuan. Jadi, dalam soal pengagihan dan dari segi teknikalnya itu, tidak bolehlah saya hendak menjelaskan sebab saya sendiri pun tidak tahu di mana saluran dan kedudukan paip itu tetapi saya boleh mengambil bahawa ia adalah sebahagian daripada perkara yang boleh dicadangkan kepada pihak SYABAS. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Boleh saya masuk sedikit lagi sebab saya bertanya kepada pegawai SYABAS sebenarnya. Dalam kawasan saya ada kawasan yang tidak dicatu. Saya kata kenapa kawasan ini tidak dicatu tetapi kawasan ini kena.

Salah satu jawapan yang diberi ialah dia kata “Yang Berhormat, kalau kita catu kawasan ini, kawasan ini dikenali sebagai kawasan yang agak low socioeconomic. Jadi, ada ramai budak-budak nakal, gengster dan sebagainya. Sekiranya kami catu kawasan ini, Yang Berhormat, paip kami akan pecah” Jadi, ini dijadikan sebagai satu alasan di dalam pencatuan. Saya harap dan minta kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil kira tentang penduduk-penduduk di pangsapuri. Kalau boleh, zonnya itu ialah zon yang lebih kepada rumah atas tanah berbanding dengan yang di atas. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Terima kasih. Kita boleh membawa perkara itu.

Terima kasih atas pandangan tadi. Yang Berhormat Kota Kinabalu ada, ada?...

[Disampuk] Ada. Yang Berhormat Kota Kinabalu, berhubung dengan gangguan bekalan elektrik pada 17 Januari di negeri Sabah. Beliau bertanyakan mengenai dengan beberapa perkara yang ada kaitan dengan gangguan bekalan elektrik pada 17 Januari. Beliau juga bertanya mengenai pampasan yang diminta daripada gangguan itu. Jadi, suka saya sebut dan perlu saya jelaskan di sini bahawa di bawah seksyen 17 dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], pihak pemegang lesen iaitu SESB tidak bertanggungan ke atas kerosakan bagi pemerhatian bekalan elektrik yang mungkin disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan, rosak-rosak biasa, beban berlebihan diakibatkan oleh sambungan kelengkapan

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

yang tidak dibenarkan, disebabkan oleh kehendak munasabah sistem, disebabkan oleh kecacatan pada mana-mana pemasangan yang tidak disediakan oleh pemegang lesen.

Kejadian pada 17 Januari yang lalu, ingin saya sebutkan kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu bahawa pihak Suruhanjaya Tenaga telah siap untuk membentangkan sebab- sebab 17 Januari itu berlaku blackout secara total. Akibat dari itu ada gangguan kepada semua pihak sama ada domestik ataupun komersial. Saya kira biarlah kemudiannya Suruhanjaya Tenaga dapat menyiapkan ataupun melaporkan keseluruhan apa yang berlaku pada 17 Januari itu.

Berhubung dengan kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa 1 Januari, kadar purata tarif elektrik yang telah dinaikkan sebanyak 5 sen iaitu dari kadar 29.52 sen kepada 34.52 sen. Semakan semula tarif elektrik ini adalah penting bagi kemapanan SESB untuk meningkatkan keupayaan dan daya harap sistem perbekalan elektrik di Sabah. Kenaikan tarif elektrik adalah diperlukan untuk mengimbangi jurang yang kian meningkat antara kos perbekalan elektrik dengan kos tarif sedia ada agar SESB dapat terus membekalkan elektrik berdaya harap di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Kadar purata tarif elektrik sebelum ini ialah pada sekitar 29.52 sen dan hanya mampu untuk menampung lebih kurang 80% daripada kos operasi SESB dan tidak mencerminkan kos perbekalan sebenar SESB. Kadar tarif elektrik SESB yang rendah menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti perbekalan elektrik di negeri Sabah. Seterusnya kita masuk kepada- Yang Berhormat ada soalan?

final • 6:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Minta laluan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 6:00 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai pampasan bagi gangguan elektrik, apa yang di janji? Saya ingin tahu berapakah pampasan telah diberi di negeri Sabah dan sila beri statistik pampasan itu dari tahun 2009 hingga tahun 2014.

Kedua, saya ingin tahu berapa electric demand and supply dengan izin, di negeri Sabah yang terkini? Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Yang Berhormat, untuk statistik dan angka tidak ada di depan saya. Saya akan bagi Yang Berhormat secara bertulis sebab tidak ada angka di depan saya sekarang mengenai dengan jumlah berapa yang sudah dibayar dan juga keperluan ataupun jumlah bekalan elektrik pada waktu ini.

Di sini seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Tanjong Piai...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jawapan bertulis.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jawapan bertulis. Yang Berhormat Sandakan elektrik juga, SESB juga. Dalam perbahasan Yang Berhormat Sandakan telah menyentuh mengenai gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah. Yang Berhormat Sandakan bertanya mengenai dengan kedudukan SAIDI di negeri Sabah. Untuk maklumat Yang Berhormat, trend SAIDI di negeri Sabah yang telah pun dicatatkan pada tahun 2009 ialah 2,867. Trend SAIDI di negeri Sabah telah menurun pada tahun 2013 mencatatkan pada 423 minit per pelanggan per tahun.

Penurunan ini telah berlaku dalam tempoh lima tahun daripada 2,867 hinggalah kepada 423. Saya yakin bahawa sekiranya kita mempunyai pelan jangka pendek dan pelan pertengahan serta mitigasi kepada bekalan elektrik Sabah, saya yakin bahawa dalam tempoh 2014-2015 nanti SAIDI boleh diturunkan lagi di negeri Sabah. Apabila kita mempunyai, insya-Allah dalam bulan Mei ini penjanaan kuasa Kimanis Power dan juga SPR Energy. Kedua-duanya di Kimanis dengan menyumbang sebanyak 385 megawatt kepada gred SESB di negeri Sabah.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Di samping itu juga SESB sedang melaksanakan beberapa projek sistem penghantaran dan pembahagian secara berperingkat-peringkat yang akan dapat menyumbang kepada pengurangan bekalan elektrik di negeri Sabah. Secara realistiknya dengan usaha-usaha yang dijalankan diharapkan bahawa kadar SAIDI akan diturunkan lagi kepada satu tahap yang cukup baik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mengenai isu bekalan elektrik di Pulau Banggi, pada masa ini bekalan elektrik penduduk adalah dilaksanakan secara off grade melalui sistem solar hibrid di Pulau Banggi yang dilaksanakan oleh Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar. Ia mempunyai dua fasa. Fasa yang pertama melibatkan 413 buah rumah di enam buah kampung dan fasa kedua di peringkat akhir sekarang ialah sebanyak 600 buah rumah di 18 buah kampung.

Kemudian seterusnya Yang Berhormat Kota Samarahan. Yang Berhormat Kota Samarahan sebut mengenai bekalan air yang tidak mencukupi di Kota Samarahan dan mencadangkan loji perpaipan bersambung dengan Loji Kitang dinaiktarafkan. Berkenaan isu air, pada masa ini Lembangan Air Kuching sedang di naik taraf di Loji Air Batu Kitang dengan kapasiti sebanyak 400 juta liter sehari untuk menampung keperluan semasa. Bagi penyelesaian jangka panjang pula, perancangan untuk membina dua buah reservoir dan saluran utama dari loji air Batu Kitang telah dikemukakan kepada Lembaga Air Kuching kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk pertimbangan dan kelulusan.

Berhubung dengan perbekalan elektrik negeri Sarawak, saya ingin jelaskan bahawa Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. Perancangan dan pelaksanaan perbekalan elektrik adalah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sendiri. Akta Bekalan Elektrik 1990 hanya dikuatkuasakan ke atas negeri-negeri di Semenanjung dan di Sabah sahaja. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tidak ada.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak ada. Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dia tiada.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya...

final • 6:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri dari Bakri ini tidak jawab.

Bakri sebutkan tentang air di daerah Muar, Ledang dan Tangkak tentang air yang masin, keruh juga berbau. Adakah selamat diminum?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jawapan bertulis.

final • 6:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Dalam ucapan saya, saya ada sebutkan dan saya pun ada tanya Menteri adakah...

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Saya ingat itu hari kita sudah jumpa dua orang ingat sudah jawab, rupanya tidak jawab lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak. Sampai sekarang Menteri cakap hendak bagi satu surat kepada kita tetapi sampai hari ini tidak dapat lagi.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Surat itu akan diberi kepada Yang Berhormat. Sudah ada surat dengan kita.

final • 6:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya ada minta satu taklimat tetapi sampai hari ini, saat ini masih belum dapat jawapan lagi.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bakri, saya pun belum jemput lagi Yang Berhormat Bakri berucap.

final • 6:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila jawapan bertulis.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Tidak mengapa. Saya ingat untuk Yang Berhormat Bakri eloklah kalau macam hari itu kita bincang dua orang lebih baik. Jadi saya lebih

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir Khalid

senang lagi untuk memaklumkan sebab ini spesifik untuk Sungai Muar. Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di pihak Kerajaan Barisan Nasional atau Yang Berhormat daripada sebelah pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian saya iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sepanjang sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung dari 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Sekali lagi saya rakamkan ucapan terima kasih. Sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Sila.

final • 6:10 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato Sri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Kota Tinggi telah pun membangkitkan implikasi dasar no deforestation, no peat, no exploitation yang diperkenalkan oleh Syarikat Wilmar International Limited terhadap industri sawit negara terutama kepada pekebun-pekebun kecil sawit di negeri Sarawak dan bertanya bagaimana kementerian akan menangani isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dasar bertajuk no deforestation, no peat, no exploitation yang diperkenalkan oleh Syarikat Wilmar International Limited pada 5 Disember 2013 merupakan satu business-to-business arrangement, dengan izin. Matlamat Wilmar mengenakan syarat ini adalah untuk memenuhi keperluan pembeli di luar negara terutamanya Unilever di Eropah bahawa minyak sawit yang dipasarkan olehnya adalah dari sumber yang mampan mengikut tafsiran mereka sendiri.

Di bawah dasar tersebut Syarikat Wilmar tidak akan membeli minyak sawit yang dihasilkan daripada ladang-ladang sawit yang ditanam di atas tanah gambut dan penanam sawit yang mengakibatkan kemerosotan kawasan perhutanan atau deforestation selepas 5 Disember 2013. Wilmar akan terus membeli minyak sawit daripada pemilik tanah dan pengusaha yang sedang mengusahakan tanah mereka walaupun itu tanah gambut. Untuk menanam sawit di tanah gambut sebelum Disember 2015. Dasar Wilmar ini tidak menyekat pembeli minyak sawit lain untuk membeli minyak sawit di kawasan tanah gambut di negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah berbincang dengan wakil Syarikat Wilmar. Saya menyampaikan kebimbangan penanam kelapa sawit khasnya pekebun kecil dari Sarawak.

Bagi pekebun-pekebun kecil ini syarat yang ditetapkan oleh Wilmar itu adalah terlalu ketat.

Ia juga tidak mengambil kira keadaan di negeri Sarawak dan dianggap menindas industri sawit di negeri itu. Semasa perbincangan tersebut, wakil Wilmar memberi jaminan bahawa mereka akan terus membeli minyak sawit dari pekebun kecil dari negeri Sarawak. Mereka sedar keperluan tanah NCER di Sarawak dibangunkan sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan di luar bandar di negeri tersebut. Mereka juga berjanji untuk membantu pekebun kecil untuk menambahbaikkan cara pengurusan ladang mereka supaya mereka mengamalkan pengeluaran sawit secara mampan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah…

final • 6:16 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Penjelasan Menteri. Boleh tak?

final • 6:16 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Boleh saya selesaikan perkara ini?

final • 6:16 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Boleh.

final • 6:16 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah juga berbincang dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MOICC) sama ada tindakan Wilmar itu melanggar mana-mana peruntukan Akta Persaingan 2010. Menurut MOICC, syarikat Wilmar tidak melanggar mana-mana peruntukan Akta Persaingan 2010. Sila.

final • 6:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 6:16 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri ya. Saya hendak tanya tentang jaminan yang dikatakan oleh Wilmar kepada Yang Berhormat Menteri, adakah jaminan itu bertulis ataupun secara oral dan adakan Wilmar akan membuat press statement ataupun media statement yang clear dan tidak ada, any other ambiguity regarding no deforestation, no exploitation policy.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya.

Bagi selepas kita berbincang, kita tidak menuntut bahawa Wilmar membuat perjanjian secara bertulis kerana kita sedar keadaan di negeri Sarawak bahawa Wilmar hanya mengawasi 40% pasaran sawit di negeri Sarawak, satu.

Kedua, Wilmar juga mempunyai kilang-kilang sawit dan juga mempunyai refinery.

Jadi kalau dia membuat keputusan tidak membeli sawit dari beberapa ladang sawit di negeri Sarawak, ini akan menjadi masalah mereka.

Nombor tiga kita percaya kerana mereka juga merasakan mempunyai tanggungjawab untuk menentukan bahawa program membasmi kemiskinan di negeri Sarawak berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian akan terus memantau kesan dasar ini terhadap industri sawit negara termasuk pekebun kecil terutama di negeri Sarawak yang mempunyai kawasan gambut yang terbanyak. Kerajaan sentiasa prihatin akan isu ini dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan supaya masa depan industri sawit negara terjamin. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan industri sawit menghasilkan produk secara mampan dan diiktiraf pembeli antarabangsa, kita perlu menyediakan kemudahan persijilan. Dalam hubungan ini Kabinet telah meluluskan pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil ataupun MSPO pada hari Jumaat yang lepas.

Ini bermakna ladang sawit yang belum mendapat pensijilan di bawah Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) kerana mereka mampu dan tidak dapat memenuhi syarat- syarat RSPO ataupun International Sustainability dan Carbon Certification boleh dipertimbangkan dan diberi pensijilan MSPO.

Tuan Yang di-Pertua dengan pensijilan adalah bukti nyata bahawa minyak sawit Malaysia dihasilkan secara mampan. Dengan adanya sistem ini kita berharap syarikat seperti Wilmar akan juga menerima MSPO sebagai satu standard yang diiktiraf oleh antarabangsa dan menghormati undang-undang dalam negara.

final • 6:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Minta penjelasan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 6:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya apakah perbezaan di antara RSPO dan MSPO ini? Sebagaimana yang saya tahu RSPO ini diwakili oleh beberapa pihak termasuk pembeli yang besar. Jadi saya hendak tanya sama ada MSPO ini juga diwakili oleh pembeli yang besar seperti Unilever dan juga NGO-NGO seperti WWF dan sebagainya yang boleh memberi lebih kredibiliti kepada MSPO supaya boleh membantu peladang-peladang kecil untuk menjual produk mereka di luar negara di mana pengiktirafan dari segi NGO juga pembeli ini memang begitu penting. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Bezanya adalah RSPO adalah satu pensijilan yang diuruskan oleh business to business. Jadi board of Directors dia adalah dianggotai oleh pembeli-pembeli, juga penjual dan juga NGO-NGO khasnya NGO-NGO luar negara seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi apabila dari semasa ke semasa mereka ini sentiasa mengubah syarat-syarat. Always change the gold post, dengan izin.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Dengan itu susahlah untuk syarikat-syarikat di Malaysia ini untuk mendapatkan pensijilan ini. Oleh yang demikian maka semenjak 2007 apabila RSPO ini dilaksanakan, di negara kita hanya 918,000 hektar sawit di Malaysia telah mematuhi RSPO dari 5.2 juta hektar sawit di negara.

Jadi menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional memikirkan kita mengadakan satu pensijilan yang direka bentuk oleh kerajaan dengan mengambil beberapa tindakan untuk menentukan bahawa kriteria dan prinsipalnya adalah mematuhi undang-undang negara sama ada mengenai sustainability, mengenai indigenous people, mengenai environment dan sebagainya. Jadi itulah dan dengan itu kita berharap bahawa MSPO ini boleh dipatuhi oleh syarikat-syarikat kita di negara kita ini. Memang satu cabaran yang di hadapan kita sekarang adalah untuk mendapat MSPO diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa khususnya pembeli-pembeli.

Ke arah itu kita akan bekerjasama dengan International Sustainability dan Carbon Certification untuk mencari jalan bagaimana kita boleh jadi affiliate dan kalau kita dapat jadi affiliate nanti, saya yakin MSPO dapat diterima. Kalau ianya dapat diterima, ianya akan membantu peladang-peladang, pengusaha-pengusaha sawit di negara kita ini mendapat satu pensijilan yang diiktiraf oleh dunia.

final • 6:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sikit lagi.

Yang Berhormat belum jawab soalan saya mengenai stakeholder involvement. Macam ada NGO-NGO yang akan memberi pendapat dan juga memberi pandangan mereka di MSPO ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Ya, bezanya adalah seperti yang saya sebut tadi. RSPO adalah business to business. Jadi satu organisasi yang dianggotai oleh pengeluar dan juga pembeli, pengguna dan NGO. Mereka inilah akan menentukan syarat- syarat bagaimana yang perlu dipatuhi untuk mendapat RSPO. MSPO is a government created certification. Ini bezanya dan dari situ kita akan kemukakan kepada pihak-pihak berkenaan, pihak dunia bahawa kita meyakini bahawa MSPO mematuhi segala undang- undang negara dari segi sustainability. Itu bezanya.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sikit.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang MSPO. Bilakah target untuk memulakan MSPO ini dan apakah bajet yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memastikan MSPO itu diterima? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. MSPO ini yang telah di lulus oleh Kabinet pada hari Jumaat yang lepas akan dilaksanakan pada bulan April ini dan bagi fasa pertama dalam tempoh lima tahun akan datang ianya adalah voluntary scheme. Selepas itu, selepas dia mendapat pengiktirafan dunia, selepas itu kita akan mengenakan ia sebagai mandatory scheme. Kita sedar bahawa kita ramai pekebun kecil di negara kita. Mereka ini mungkin menghadapi masalah untuk membiayai kos untuk mendapat certification. Maka ke arah ini kerajaan telah pun menyediakan peruntukan RM53.8 juta untuk membantu pekebun-pekebun kecil dapat pensijilan. Bagi syarikat- syarikat besar, mereka sendiri akan membiayai kos untuk mendapat pensijilan.

Dari segi kos, RSPO lebih mahal. Bagi RSPO, satu syarikat kena membelanjakan RM15 satu hektar tapi bagi MSPO kita hanya mengenakan kos tidak lebih dari RM4. Jadi inilah bezanya juga. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu berkaitan dengan kejatuhan harga getah dan juga bercadang mengenai penetapan harga lantai. Cadangan harga lantai untuk getah turut dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Gerik, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Jelebu.

Seperti kita semua maklum harga komoditi eksport utama negara, minyak sawit ataupun getah, kayu-kayan, koko dan lada bergantung kepada permintaan, penawaran di antarabangsa.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Selain itu ia juga berhubung kait dengan pertumbuhan ekonomi di negara-negara pengimport utama seperti negara China, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun serta dipengaruhi oleh dasar kewangan negara pengimport tersebut.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Douglas Unggah Embas

Mengenai cadangan untuk mengenakan, menetapkan harga lantai untuk getah.

Pihak kementerian telah pun mengadakan satu makmal pada 13-14 Mac 2014. Antara isu pokok yang dibincangkan dalam lab ini adalah untuk mencari mekanisme social safety net yang sesuai sebagai satu pendekatan untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah apabila harga jatuh di bawah paras kos pengeluaran. Cadangan-cadangan lab ini sedang dalam pertimbangan kerajaan. Maka, sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak, bergantung pada hasil rumusan daripada lab tersebut.

Selain itu kerajaan juga sedang mengkaji opsyen-opsyen yang sesuai, termasuk menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah. Program ini telah pun dilaksanakan oleh agensi seperti RISDA dan FELCRA. Langkah ini akan mempelbagaikan sumber pendapatan petani-petani, sekali gus mengurangkan kesan negatif dari penurunan harga komoditi. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama melalui International Tripartite Rubber Council mengenai cara-cara menstabilkan harga getah yang lebih menguntungkan bagi memastikan pekebun kecil memperoleh pendapatan yang selaras dengan perkembangan ekonomi domestik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Lipis, saya juga menyarankan supaya usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan diteruskan. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan bagi produk-produk hiliran kepada produk komoditi kita seperti sawit dan getah. Pelaksanaan program-program R&D ini adalah bertujuan untuk pembangunan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan juga untuk membangunkan produk-produk baru dan juga untuk meningkatkan kadar mekanisasi di sektor perladangan.

Bagi sektor getah, beberapa produk telah dihasilkan menerusi R&D. Sebagai contoh, kita telah pun mengeluarkan produk baru dinamakan technopreneur, purepreneur dan kita juga telah mengeluarkan seismic rubber bearing yang telah digunakan dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua dan juga sekarang kita hendak mencuba rubberised bitumen road yang merupakan bahan getah terkini untuk memastikan industri getah terus berkembang dan juga meningkatkan daya saing industri.

Pada Mesyuarat ITRC baru-baru ini di Bangkok, adalah diputuskan bahawa negara-negara pengeluaran getah untuk mencari jalan bagaimana hendak menggunakan ataupun mempelbagaikan penggunaan-penggunaan produk getah supaya kita dapat mengawal harganya.

Pihak LGM akan terus memberi keutamaan terhadap usaha-usaha R&D dan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta melalui dana pusingan dalaman LGM. Untuk makluman Yang Berhormat, selain sektor getah, pihak kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti R&D bagi menghasilkan produk-produk baru. Antara produk-produk berasaskan sawit terbaru yang berjaya dihasilkan adalah seperti minyak masak olivine, vitamin E, palm based mouser cheese dan santan kelapa sawit dan produk ini akan menambah nilai minyak sawit dan meningkatkan penggunaannya.

final • 6:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang. Ya, sila.

final • 6:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bilakah dijangka berkenaan dengan harga lantai getah diputuskan oleh pihak makmal? Keduanya, adakah benar dengan perkembangan mutakhir pada hari ini, Kerajaan Iran tidak membeli minyak kelapa sawit daripada Malaysia dan sedikit terkesan dari segi penjualan kelapa sawit negara kita? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 6:30 PM

Mesyuarat] Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Bila Yang Berhormat pergi Iran ya? Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, bila harga lantai ini akan ditentukan. Seperti yang saya sebut awal tadi kita belum pasti sama ada pendekatan kita akan digunakan sebagai harga lantai ataupun dengan mekanisme-mekanisme yang lain. Ini kerana di negara kita, kita mendapati pada tahun 2001 tempoh hari, apabila harga SMR jatuh kepada RM2, kita telah mengadakan satu sistem bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Ini kerana waktu itu harga getah turun di bawah kos pengeluaran. Waktu itu kita membelanjakan...

final • 6:30 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Yang Berhormat Menteri, minta laluan, minta celah.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Boleh saya selesaikan jawapan? Nanti saya lupa.

final • 6:30 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Okey.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Saya sudah terlentok, sudah lari. Jadi, begitu juga baru-baru ini kita mengadakan one-off payment kepada pekebun-pekebun kecil. Saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat memahami bahawa bagi Kerajaan Barisan Nasional, komitmen kita adalah untuk menentukan kebajikan pekebun-pekebun kecil ini sentiasa terjamin. Dalam masa yang sama kita untuk menentukan bahawa apa dasar yang kita akan jalankan, apa program yang kita akan laksanakan, kita hendak menentukan bahawa program itu adalah mampan (sustainable).

Kita tidak mahu mengamalkan satu dasar populis dan dalam masa akan datang mungkin tidak dapat melaksanakan program itu kerana kos terlalu tinggi seperti apa yang sudah berlaku di negara jiran kita. Oleh demikian, kerajaan berhati-hati dan menentukan bahawa apa yang kita tentukan nanti pasti akan membantu pada petani kita. Mengenai sawit di negara Iran, saya baru balik dari Iran untuk memasarkan sawit kita. Semasa saya di Iran, di Teheran, kita cukup puas hati dengan bagaimana sikap negara itu kepada kelapa sawit kita. Yang Berhormat Sik.

final • 6:30 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan sekarang ini harga getah terlalu rendah, bolehkah saya tahu apakah faktor yang menyebabkan harga getah sekarang ini terlalu rendah. Kalau dahulu apabila ia turun harga yang rendah dan kemudian ia meningkat. Akan tetapi sekarang ini mengambil masa terlalu lama, di mana penoreh- penoreh getah itu menghadapi, mengalami penderitaan daripada harga getah yang rendah dalam jangka masa yang terlalu lama. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku?

Selain daripada itu, bolehkah saya tahu, Malaysia dahulu adalah pengeluar getah yang utama di dunia? Pada masa sekarang ini, apakah negara-negara lain yang juga menjadi pengeluar getah yang utama di dunia ini dan Malaysia ini adalah negara yang ke berapa menjadi pengeluar getah sekarang? Setakat manakah Malaysia ini menjadi satu faktor yang boleh menentukan harga getah di dunia? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebut tadi, mengenai soalan yang pertama mengapa harga getah turun naik? Seperti saya sebut tadi, ia bergantung pada pasaran permintaan dan pengeluaran.

Akan tetapi kalau melihat dari tahun 2001 hingga sekarang, saya nampak harga sekarang masih dalam lingkungan untuk SMR 20 pada kelmarin RM6.26 sen. Pada tahun 2001, harganya sehingga turun kepada RM2 lebih satu kilogram untuk SMR20. Jadi oleh itu, kita melihat apabila kita bincang pasal rendah atau tinggi, kita melihat kos pengeluarannya. Memang kalau kita bandingkan dalam tahun 2011 dahulu, harganya sampai RM10.00 hingga RM13.00 dan sebagainya satu kilogram, maka ia memang turun.

Jadi, penurunan ini adalah disebabkan oleh pasaran, khususnya Negara China. Mereka adalah pembeli yang paling besar membeli getah di negara kita ini.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Jadi, inilah satu hakikat untuk komoditi negara. Oleh itu kita sekarang seperti saya sebut tadi merancang bagaimana kita mengaturkan satu sistem social safety net. Bahawa apabila harga ini turun dan kita ada sistem untuk menentukan para petani kita, pendapatan mereka tidak turun dari garis kemiskinan yang mereka alami sekarang.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jelebu bangun.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Yang kedua- boleh saya selesaikan?

Kedua, apakah kedudukan Malaysia sebagai pengeluar getah kerana dulu kita memang nombor satu tapi sekarang kita nombor tiga. Indonesia nombor satu, Thailand nombor dua, Malaysia nombor tiga, Vietnam nombor empat. Satu pendekatan yang kita akan gunakan adalah untuk membawa Indonesia, Vietnam dan Cambodia bersama menganggotai International Tripartite Rubber Council. Ini kerana kalau Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Cambodia dapat bersatu dalam satu council itu, lima negara ini telah pun menghasilkan 75% getah asli di dunia ini.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Harga getah yang disebut tadi ialah SMR20 tapi yang biasanya orang kampung ini harga getah DRC 50% itu iaitu harganya sekarang ini tinggal RM2.32 saja hari ini sekilo. Kalau diikut purata pemilikan pekebun kecil ialah sekitar 2.3 hektar seorang. Jadi kalau pada harga RM7 sekilo DRC dulu, mereka boleh dapat sekitar RM800 sebulan pada keadaan biasa.

Akan tetapi dengan harga yang sekarang ini RM2.30 atau pun RM3, mereka sudah jatuh di bawah paras garis kemiskinan. Itu sebabnya kita menegaskan supaya kementerian dan agensi atau pun kementerian-kementerian yang lain mengambil berat dan berusaha untuk memastikan pendapatan penoreh-penoreh getah dan pekebun-pekebun kecil ini sentiasa berada pada tahap yang menyebabkan mereka terkeluar daripada garis kemiskinan ini.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan ITRC, International Tripartite Rubber Council. Di bawah program itu ada Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) yang pada hujung tahun 2012 hingga awal tahun 2013 ada di pakatan tiga negara ini untuk mengehadkan pengeluaran masing-masing ataupun pengeksportan masing-masing pada 300,000 tan getah asli. Jadi apakah program ini masih berjalan sehingga sekarang dan bagaimana impaknya kepada penstabilan harga getah yang semakin menurun sekarang ini? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi ya.

Nampak...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jelebu.

final • 6:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat Jelebu ya, sorry. Nampaknya Yang Berhormat Jelebu cukup fasih dalam industri getah. Terima kasih. Saya berharap Yang Berhormat Jelebu akan membantu kita untuk mencari jalan bagaimana hendak membantu pekebun kecil.

Bagaimanapun, kita sedar apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya sengaja tidak menyebut harga ‘kaplam’ iaitu komoditi yang dikeluarkan oleh orang kampung. Harga ‘kaplam’ selalunya 50% daripada harga SMR20. Memang pendapatan pekebun kecil memang sudah turun rendah oleh kerana harga sudah rendah. Oleh itu, kita berharap satu keputusan dapat dibuat secepat yang mungkin apakah susu satinet yang disediakan oleh kerajaan. Matlamat kita mengharapkan bahawa pendapatan mereka dapat dikekalkan di atas paras pendapatan kemiskinan negara.

Kedua mengenai International Tripartite Rubber Council ini yang dianggotai oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Memang betullah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, pada penghujung tahun 2012, satu persetujuan telah dibuat supaya kita mengawal eksport dengan 300,000 tan bagi mengikut peratusan

final • 6:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

pengeluaran tiga negara ini. Matlamat ini adalah untuk menentukan pengeluaran getah kita dapat dikawal dan program ini berakhir pada awal tahun 2013 ataupun Mac 2013.

Selepas itu, apa yang dipersetujui adalah untuk kita mengadakan satu Ministrial Meeting untuk ITRC. Akan tetapi malangnya, kita belum dapat tarikh untuk mengadakan satu mesyuarat untuk menentukan satu pendekatan yang lebih berkesan bagi kita mengawal harga-harga ataupun stok negara kita. Mengapa? Ini kerana seperti yang kita tahu, negara Thailand sekarang status kerajaannya ialah status caretaker government, maka mereka tidak dapat membuat satu komitmen membantu program ITRC.

Walaupun ada mesyuarat di Bangkok pada 13 dan 14 hari bulan yang lepas tetapi dalam mesyuarat tersebut, tidak ada satu pendekatan yang boleh dilaksanakan dapat dibuat kerana kedudukan kerajaan di Thailand, dan begitu juga kerajaan di Indonesia kerana mereka juga mengalami pilihan raya. Jadi kita berharap secepat yang mungkin ITRC boleh berjumpa supaya dapat membuat satu pendekatan untuk membantu pekebun kecil kita.

Oleh sebab itu kita menjemput Cambodia dan Vietnam pada mesyuarat 14 hari bulan yang lepas. Cambodia ada hadir dan menunjuk minat untuk bekerjasama. Vietnam tidak ada hadir dan kita berharap kita boleh memujuk kerana kelima-lima negara ini mengeluarkan 75% getah di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan isu pembayaran pekebun kecil sawit. Untuk makluman Yang Berhormat, program TBSK atau Tanaman Baru Semula Pekebun Kecil Sawit ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan pada awal pelaksanaan program ini dahulu, MPOB mendapat maklumat status tanah Native Customary Right permohonan TBSK daripada tuan rumah dan penghulu. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan pelaksanaan program ini, kerajaan negeri mendapati ada tanah-tanah yang bukan tanah adat diguna. Maka waktu itu kerajaan negeri memberhentikan program ini. Apabila program ini dihentikan, maka MPOB tidak dapat membayar kontraktor-kontraktor. Akan tetapi sekarang kita telah mendapat penyelesaian dan dengan penyelesaian ini kita berharap pembayaran kepada kontraktor TBSK dapat dijalankan untuk pekebun kecil.

Yang Berhormat Beruas membangkitkan isu penutupan pejabat MPOB di Manjong. Untuk makluman Yang Berhormat, pejabat MPOB di Negeri Perak telah disusun semula untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Matlamatnya ialah untuk menentukan satu pejabat MPOB mempunyai tiga pegawai TUNAS. Dengan cara ini, dalam setiap masa sekurang-kurangnya seorang pegawai ada di pejabat untuk melayani pekebun-pekebun yang datang ke pejabat. Pekebun-pekebun kecil di sekitar Setiawan boleh mendapat perkhidmatan pada pejabat MPOB di Sri Iskandar yang telah beroperasi semenjak tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua, itu sajalah perkara-perkara yang telah dikemukakan kepada kementerian yang kita sempat jawab. Apa-apa perkara yang kita tidak sempat jawab, kita akan mengambil perhatian demi kepentingan industri komoditi di negara kita. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Sumber Manusia. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana memberi peluang untuk kementerian saya menggulung perbahasan Titah Diraja 2014 di Dewan yang mulia ini.

Untuk makluman, seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh sembilan isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab, menggulung berdasarkan isu-isu yang telah dikemukakan.

final • 6:48 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Pertama ialah tentang gaji minimum. Gaji minimum ini telah pun disuarakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kalabakan yang menyentuh agak meluas tentang gaji minimum ini termasuklah syarikat yang ingkar melaksanakan gaji minimum, perbezaan antara Sabah dan Sarawak dan semenanjung dan juga lain-lain yang berkaitan.

final • 6:48 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman pada masa ini di Asia Tenggara tidak ada negara yang mengamalkan gaji minimum seperti negara kita Malaysia ini. Bahkan mereka sebahagian mereka mengamalkan gaji minimum ini adalah berdasarkan sektor dan ikut kadang-kadang kawasan-kawasan. Itu secara maklumat awal yang saya berikan dan kalau perbezaan, memang negara kita adalah satu negara yang cukup prihatin tentang nasib masa hadapan pekerja-pekerja ini.

Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan isu pelaksanaan gaji minimum. Bagi makluman Dewan yang mulia ini perintah gaji minimum mula diperkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Jan 2013. Bagi majikan yang mengaji enam orang ke atas dan 1 Julai 2013 bagi majikan yang mengaji lima orang ke bawah.

Kadar bayaran gaji minimum pekerja yang dinyatakan dalam perintah adalah RM900 semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Kadar gaji minimum ini dirujuk sebagai gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 2, Akta Gaji Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 372].

Majlis Perundingan Gaji Negara telah membuat kajian menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak terhadap kadar pertubuhan upah kerja seluruh Malaysia. Bagi negeri Sabah dalam tempoh sepuluh tahun bermula tahun 2000 hingga tahun 2009 didapati kadar pertumbuhan upah hanya 0.2% setahun, sedangkan kadar pertubuhan produktiviti adalah 5.2% setahun. Kadar pertubuhan produktiviti yang baik ini hasil daripada wujudnya sistem perhubungan dan juga lain-lain kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk semua pihak termasuk majikan...

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Sepatutnya kadar pertumbuhan upah pekerja yg sihat untuk pertumbuhan ekonomi adalah pada kadar 3.1% setahun. Di samping itu indeks harga pengguna di negeri Sabah meningkat pada kadar 2.8% setahun. Kadar pertumbuhan upah pekerja dalam negeri ini masih rendah iaitu pada kadar seperti mana yang saya sebutkan tadi.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat bangun Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat Kuala Langat, saya belum habis jawab, hendak tanya Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Pencelahan untuk supaya jangan dilupakan isu yang 800 itu.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Ada, ada.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Boleh mencelah?

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Belum jawab hendak mencelah?

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Bukan belum jawab.

Jawapan tadi sudah ada, tetapi hendak memperkukuhkan lagi gaji pokok itu.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Sila Yang Berhormat,

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, nak dapat pencelahan pun kena perjelaskan dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Parit Sulong bukan boleh tengok orang senang.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya confused tentang gaji pokok itu tadi.

Kebanyakan syarikat mengambil kesempatan gaji pokok itu dimasukkan lain-lain elaun.

Elaun sebelum itu tidak pernah diwartakan tetapi bila mana gaji minimum RM900 itu dipaksa laksanakan, maka mereka telah memasukkan elaun lain macam transport, housing allowance. Definisi gaji pokok itu saya hendakkan penjelasan supaya syarikat lebih ketara dan lebih faham bahawamacam di hotel, gaji minimum itu dimasukkan sebagai dipanggil service point, sebagai gaji pokok. Jadi, penjelasan yang lebih jelas perlu dibuat oleh kementerian supaya syarikat ini faham maksud gaji pokok itu, satu.

Nombor dua, yang saya dan Yang Berhormat Kalabakan bercakap tentang isu gaji minima yang berbeda, antara Sabah,Sarawak dan Semenanjung. Jadi kami cadangkan, Majlis Konsultasi Gaji Minimum 2012 itu mengambil ketetapan bahawa seluruh pekerja dalam negara tidak ada diskriminasi, gaji minimum itu diseragamkan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Itu yang kita maksudkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad

Kalau macam itu, saya hendak menyambung juga.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah bangun pun.

final • 6:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad

Saya setuju dengan apa yang rakan saya katakan mengenai takrif gaji pokok tersebut sebab saya mendapat banyak juga aduan lebih kurang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai complain terhadap gaji mereka terima.

Take home pay yang mereka terima sekarang ini, kalau dikirakan lebih kurang daripada gaji sebelum adanya minimum wage itu disebabkan sebelum itu dia ini extra benefit yang mereka dapat itu dikira on top of the basic gaji, dengan izin. Akan tetapi, sekarang ini semuanya apabila dia sudah masukkan segala-galanya ke dalam dikirakan sebagai itu jumlah yang dikumpulkan dan ianya mencapai jumlah RM900.

Saya setuju dengan rakan saya supaya pihak kementerian patut mengambil satu langkah yang lebih proaktif dengan menyatakan bahawa apakah yang dikategorikan sebagai gaji pokok bagi memudahkan sebab benefit ini adalah pekerja itu sendiri, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Gaji minimum ialah gaji pokok dan tidak termasuk elaun. Makna, kalau ada majikan yang mengambil kira elaun-elaun yang telah pernah sebagai gaji, tidak betul.

Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita dalam peringkat awal. Baru bermula 1 Januari 2014 untuk kita laksanakan. Revision akan dibuat, kerana setiap dua tahun kaji semula akan dibuat terhadap bayaran gaji minimum ini.

Saya hendak jawab juga tentang pertanyaan Yang Berhormat Kuala Langat kenapa perbezaan. Sebenarnya saya ada jawapannya. Cuma Yang Berhormat terlalu cepat untuk bertanya. Baguslah, bagus kerana sensitif dan prihatin tentang pekerja, macam saya juga.

Tuan Yang di-Pertua, analisa yang dijalankan oleh Bank Dunia terhadap Malaysia secara keseluruhan mendapati bahawa pelaksanaan Perintah Gaji Minimum pada kadar upah di bawah RM1,000 sebulan RM4.88 sejam atau RM900 sebulan tidak significant untuk menjejaskan firma.

Maknanya kalau kita bayar RM900 dan RM800 tidak beri kesan langsung kepada firma. Kalau kita tengok di negara lain, saya ke Turki. Gaji minimum mereka jauh lebih tinggi. RM1,000 lebih. Akan tetapi apakah- saya bersetuju dengan gaji minimum yang tinggi. Akan tetapi apakah majikan kita mampu untuk membayarnya? Oleh sebab itulah win- win situation kena ada bagi pekerja dan majikan yang perlu faham tentang pelaksanaan konsep ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan status 100 buah syarikat yang gagal melaksanakan gaji minimum seperti mana yang disyorkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Jabatan Tenaga Kerja sedang menjalankan siasatan tentang aduan-aduan ini dan tindakan susulan termasuk menyediakan kertas siasatan sedang dijalankan. Yang Berhormat, kita sayang pada pekerja kita. Kita tidak akan sekongkol dengan majikan yang cuba menindas, kerana kita menjaga manusia termasuklah pekerja dan juga majikan sekali.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Berhubung dengan penalti terhadap majikan yang tidak melaksanakan gaji minima bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. Maknanya kalau dia tidak bayar seorang pekerja gaji minima RM10,000 akan didenda. Kalau juga berterusan kesalahan ini setiap hari, kita denda RM1,000 setiap hari dia kena bayar.

Manakala bagi kesalahan berterusan, denda harian tidak melebihi- sorry, saya sebut selepas ini. Bagi kesalahan berulang denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun boleh dikenakan kepada majikan. Ini tindakan yang boleh kita ambil.

Tuan Yang di-Pertua, tentang kenapa ada perbezaan antara Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya hari ini pun Tuan Yang di-Pertua, kita ada Review of Minimum Wages Order 2012 yang adakan kementerian dengan kerjasama World Bank dan juga juga ILO iaitu Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Tujuannya ialah melihat sebagaimana apa juga isu yang seperti mana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Kita amat prihatin.

Oleh sebab itulah cara tindakan yang kita ambil termasuklah dari segi penguatkuasaannya cukup berhati-hati supaya tidak ada penganiayaan yang dilakukan kepada majikan kita dan juga kesan yang tidak baik kepada pekerja. Tentang perbezaan ini kajian juga dibuat, bahkan Majlis Perundingan Gaji Negara dan Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Gaji yang melibatkan pelbagai pihak yang tidak perlu saya sebutkan juga melibatkan Bank Dunia dan juga ILO telah mengkaji. Di antara beberapa kriteria yang dikenal pasti kenapa terdapat perbezaan antara dua gaji minimum ini Sabah Sarawak dan juag di semenanjung ialah kita ada dua kriteria utama iaitu kriteria asas dan kriteria pelarasan.

Saya tidak hendak memanjangkan mungkin saya boleh beritahu Yang Berhormat kemudian tentang alasan-alasan ini. Cuma kalau kita lihat kenapa berbeza, kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah oleh keupayaan majikan memberi gaji iaitu gaji penengah yang rendah di wilayah tersebut. Di awal tadi saya sebutkan kadar pertumbuhan upah di Sabah dan Sarawak berbeza. Kadar pertumbuhan produktiviti juga berbeza. Jadi, ini kita ambil kira.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Majlis Perundingan Gaji Negara mengambil kira perkara-perkara ini, lantas mereka mencadangkan supaya gaji minimum di Semenanjung ialah RM900 dan gaji minimum di Sabah dan Sarawak ialah RM800.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih. Minta penjelasan. Terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, apa pun alasan yang diberikan atas ketidakmampuan syarikat di Sabah dan Sarawak untuk mengadakan gaji minimum yang setara dengan Semenanjung, itu bukan isunya Timbalan Menteri. Isunya adalah diskriminasi. Kalau syarikat itu tidak berkeupayaan, kategori enam orang ke atas yang telah diwartakan sebagai wajib untuk dilaksanakan gaji minimum, yang memberikan satu isyarat bahawa perbezaan antara Sabah dan Sarawak ini, cost of living mereka lebih tinggi kalau dinilai dari segi harga barangan.

Saya tidak melihat daripada keupayaan itu menjadi satu halangan sebabnya adalah kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membantu dalam segi bilamana syarikat itu ditubuhkan, pencukaian di atas syarikat yang telah dikenakan itu perlu diberikan semula untuk diseimbangkan gaji minimum itu. Ini kerana asasnya, objektif yang sebenarnya adalah untuk memastikan pekerja itu mendapat gaji minimum yang setara dengan di Semenanjung. Jadi, kegusaran dan kesedihan mereka itu perlu diberi perhatian supaya Sabah dan Sarawak tidak ada beza dengan Semenanjung. Oleh sebab itu saya cadangkan supaya kalau syarikat tidak berupaya, kerajaan harus top up atau memberikan sedikit sumbangan supaya dapat mencapai gaji minimum yang setara dengan Semenanjung.

Kalau itu boleh dilaksanakan, saya tidak nampak bahawa gaji minimum Sabah dan Sarawak itu perlu ada diskriminasi atas amaun itu. Mohon Menteri respons saya punya soalan ini.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Langat. Oleh sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Langat, apakah kenaikan harga di Sabah dan Sarawak tidak terlibat kepada majikan yang berada di sana? Bukan pekerja sahaja tetapi melibatkan majikan. Kalau kos perniagaan mereka meningkat juga akan menjejaskan gaji dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat bersedia melihat kalau kerana desakan yang hendakkan gaji minimum ini setara umpamanya - Ini asas kajian yang telah dibuat oleh Majlis Perunding Gaji Negara, Bank Dunia dan sebagainya sebab itu asas yang kita letakkan. Saya memang tidak hendak perbezaan, bahkan kalau boleh lebih tinggi daripada itu kita perlukan. Akan tetapi, apakah kita ingin melihat sehingga kita menyebabkan majikan itu gulung tikar, tutup company sehingga pekerja tidak ada pekerjaan.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat, saya beri rasional.

Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya hendak beritahu sebab itu sekarang ini kita buat revision, kita buat kajian semula. Maklumat ataupun pandangan Yang Berhormat itu saya boleh ambil, kita ambil untuk kita bawa kepada...

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya hendak tambah sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Dia ada Audit Report. Audit Report menunjukkan kemampuan syarikat itu. Kalau syarikat itu tidak berupaya untuk memberi gaji minimum setara dengan Semenanjung, saya cadangkan supaya kerajaan menambahkan untuk memastikan gaji minimum tu apply. Itu maksud saya. Jadi kalau syarikat itu katakan keupayaannya membayar RM800, kerajaan tambahlah RM100 untuk top up dia punya duit itu supaya ia boleh ditimbang balas dalam segi percukaian. Itu maksud saya tadi itu. Bukan saya suruh tutup syarikat semasa semua orang bekerja, itu zalim namanya. Kita tidak zalim Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak lihat rakyat hidup selesa. Bukan seperti Yang Berhormat Kota Belud, hendak lihat kesusahan rakyat. Kita melihat ke hadapan. Itu different…

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat, saya tidak kata Yang Berhormat suruh tutup majikan. Akan tetapi kalau implikasi daripada kita mendesak untuk gaji minimum sehingga majikan ditutup, maknanya kita lebih zalim kepada pekerja sehingga pekerja tidak ada kerja. Oleh sebab itulah, tidak mengapalah Yang Berhormat. Saya malas memanjangkan cerita. Saya akan ambil pandangan Yang Berhormat walaupun katakan supaya untuk menyeimbangkan, kita minta top up daripada kerajaan dan sebagainya, kita bawa. Ini kerana kita ada panel kita, kita ada Majlis Perunding Gaji Negara, jawatankuasa teknikal dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat atas sambutan yang cukup baik itu.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ialah tentang pekerja asing. Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Kepong ada menyuarakan tentang mempermudah syarikat-syarikat mendapatkan pekerja asing dalam pelbagai sektor.

Manakala Yang Berhormat Kepong mencadangkan supaya mengatasi dunia tanpa pendatang termasuk mengadakan kilang-kilang dengan teknologi yang menyesuaikan dengan keadaan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan isu pengambilan pekerja asing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah meletakkan proses, prosedur dan mekanisme dalam permohonan penggajian pekerja asing. Segala kriteria penggajian adalah diselia oleh agensi kawal selia berkaitan yang menentukan keperluan sebenar pekerja dalam sesebuah subsektor yang berkaitan. Sekiranya majikan-majikan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka adalah mudah untuk mendapatkan khidmat pekerja asing. Sebenarnya, kolaborasi ataupun kerjasama yang rapat antara Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan malah kita ada jawatankuasa khas yang cukup prihatin tentang pekerja asing ini, pendatang asing dan sebagainya ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Antara inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bagi memudah cara pengambilan pekerja asing khusus kepada sektor-sektor yang amat memerlukan tenaga kerja dan terbukti tidak diminati oleh pekerja tempatan adalah seperti berikut. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya sudah malas hendak sebutkan pekerja asing ini biasanya dalam sektor mana yang mereka lebih diutamakan. Kita lihat tiga sektor, sektor yang agak bahaya, yang agak

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

berat, 3D- dangerous, difficult and dirty. Saya tidak hendak translate ke dalam bahasa kita.

Jadi kita fahamlah, kerja-kerja yang agak berat yang biasa diceburi oleh pekerja asing.

Antara usaha yang dibuat, memperkenalkan mekanisme penggajian pekerja Bangladesh secara kerajaan kepada kerajaan, G-to-G di sektor perladangan sawit di mana proses ini mudah, efisien dan cepat iaitu memakan masa sebulan berbanding proses penggajian pekerja asing yang biasa. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Pasir Gudang, sebenarnya kalau majikan ini mengikut peraturan yang telah pun ditetapkan dalam akta kita dan menyediakan dokumen-dokumen yang cukup, saya rasa tidak ada sebab mengapa kita hendak melewatkan. Ini kerana ia menjejaskan kerja kita, prestasi kita dan menjejaskan sumbangan kita kepada kerajaan.

Kedua ialah memendekkan tempoh pengeluaran sijil JobsMalaysia kepada dua minggu dengan syarat majikan memenuhi semua syarat dan dokumentasi yang telah ditetapkan. Namun, pemberian sijil ini tertakluk kepada keperluan tenaga kerja sektor tersebut dan minat pekerja tempatan kepada kerja yang ditawarkan. Oleh sebab itulah jika kita tidak hendak negara kita ini dipenuhi oleh pekerja asing, kita pastikan supaya setiap majikan mestilah memberikan tawaran utama dahulu kepada pekerja tempatan. Kalau tidak ada, barulah kita... Hendak tanya Yang Berhormat? Ketiga ialah...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat Jasin, sila.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Saya hendak ucap tahniahlah, sekurang-kurangnya kerajaan pada ketika ini lebih berhati-hati dalam pengambilan pekerja asing ini yang berjumlah lebih kurang 2.5 juta orang daripada jumlah 30 juta rakyat Malaysia. Kita ucap tahniah kepada kerajaan juga yang telah mencatatkan satu angka pengangguran yang cukup baik sekali iaitu angka penggal ketiga tahun 2013, hanya 3.1 % sahaja iaitu kita mengekalkan tahap guna tenaga sampai 19 tahun yakni kita tidak ada pengangguran.

Dalam masa yang sama Yang Berhormat Menteri, kita masih ada sebanyak 470,000 orang penganggur lagi. Daripada jumlah tersebut, 80% adalah kaum bumiputera dan 60% daripada mereka yg berpendidikan tertiary dan juga 95% daripadanya adalah yang berumur bawah 35 tahun. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya usaha kerajaan? Ini kerana mahu melihat supaya campur tangan kerajaan, government intervention, dengan izin, memastikan supaya perkara ini kita dapat ambil tindakan segera. Ini kerana mereka ini bawah umur 35 tahun yang memang produktif sekali dan angka yang besar daripadanya adalah daripada kalangan bumiputera.

Apa yang terjadi pada ketika ini seperti yang disebut rakan saya Yang Berhormat Kuala Langat tadi, diskriminasi pihak swasta yang bukan sahaja memberikan layanan yang tidak adil kepada kaum bumiputera tetapi mereka sebenarnya lebih berminat untuk menggaji hanya mereka yang benar-benar mempunyai kelayakan ataupun kemahiran serta yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin sahaja. Jadi kita mahu melihat, apakah sebenarnya usaha kerajaan bagi memastikan supaya diperkenalkan kuota seperti yang kita perkenalkan semasa DEB dahulu, 30% daripada kaum bumiputera diambil untuk bekerja dalam sektor swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih...

final • 7:00 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Yang Berhormat Menteri, Temerloh.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak beri Yang Berhormat Temerloh Yang Berhormat? Sekejap.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Saya ingat, menanyakan soalan tentang- sebenarnya kita ada tajuk khas tentang pengangguran ini. Mungkin kalau saya terlupa, Yang Berhormat Jasin boleh bangun balik dan saya hendak selesaikan masalah pendatang asing ini, pekerja asing ini. Boleh Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang mana- mana syarikat untuk memohon pekerja asing untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan dengan syarat mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

final • 7:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Yang Berhormat, penjelasan. Temerloh.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Oh, Yang Berhormat Temerloh. Silakan.

final • 7:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkait dengan jawapan yang dikemukakan sebentar tadi, menyentuh soal saranan kerajaan kepada majikan supaya terlebih dahulu memberikan tawaran itu kepada pihak tempatan sebelum pekerja asing.

Akan tetapi persoalannya ialah bagaimana tindakan pemantauan ataupun mekanisme yang berkesan yang digunakan oleh pihak kementerian ke atas majikan yang gagal berbuat demikian. Oleh sebab apa yang jadi isu sekarang ini ialah walaupun kita telah ditetapkan begitu daripada pihak kementerian tetapi ada majikan-majikan yang mungkin mementingkan keuntungan dan seumpamanya. Mereka akan bertindak sewenangnya untuk memberi keutamaan kepada pekerja asing dan akhirnya berlaku lambakan pekerja asing.

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua pendekatan yang saya hendak lihat. Pertama, apakah untuk memastikan pekerja tempatan diberi keutamaan dalam negara kita, peranan kerajaan semata-mata dan tidak melibatkan majikan? Oleh sebab itulah kita hendak supaya kesedaran kepada majikan ini mesti diberi. Saya ada jawapan Yang Berhormat. Jangan semata-mata melihatkan keuntungan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebab itulah kita ada Job Clearance System

(JCS) di bawah Kementerian Sumber Manusia walaupun kita ada kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri secara rapat. Bagaimana setiap permohonan yang mendapatkan pekerja asing mestilah dihantar kepada kita melalui Job Clearance System ini. Maknanya, ia akan kemukakan kepada kita dan kita akan tapis dan sebagainya.

Selepas itu dalam Job Malaysia- sebab itulah, kita ada sistem kita. Jadi, walau bagaimanapun sekiranya ada maklumat dan aduan beritahu kita. Oleh sebab itu saya kira, kalau sistem ini diikuti dan majikan sedar bahawa mereka bukan semata-mata untuk mencari keuntungan tetapi dalam masa yang sama untuk membantu pekerja tempatan.

Saya kira apa yang kita ada sekarang itu kita rasa kita boleh memastikan supaya pekerja asing ini tidak diberikan...

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sekejap.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

...Peluang yang terlalu luas untuk mengisi mana sahaja peluang pekerjaan tanpa melalui tapisan yang kita adakan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini tentang pekerja asing.

Sebenarnya, mewakili majikan pun bolehlah saya katakan. Begini, sebenarnya hendak ambil pekerja asing bukannya senang, susah. Ia ada syarat-syaratnya. Kalau saya hendak terangkan pun panjang. Kita kena buat iklan, after one month you have to collect data, dengan izin, you must prove that you betul-betul tidak boleh ambil pekerja tempatan, baru you boleh ambil pekerja asing. Itu memang pihak kerajaan jaga perkara itu. Apa yang saya persoalkan ini kenapa?

Contohnya saya ingat saya bertanya, apa cara kementerian hendak control perkara ini. Ini hari di hotel-hotel ini. Kerja di hotel ini pada pandangan saya tidak berat

final • 7:10 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

langsung. Akan tetapi kenapa dan mengapa anak-anak muda kita tidak mahu bekerja di sini? Ini persoalannya yang menyebabkan lambakan pekerja asing di tempat yang paling senang buat kerja pun. Itu persoalannya, bukan cara. Dari segi cara majikan sendiri saya pernah memohon hendak minta 50 orang kena potong 30 orang, bukan senang hendak dapat. Memang kerajaan mengawal soal itu. Soalnya kesediaan tenaga kerja yang ada ini.

Salah satu macam yang saya katakan, adalah kerana kesan gaji minimum yang memberi keuntungan kepada pekerja asing, tidak begitu Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya hendak tanya semula, apakah statement yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat itu realitinya berlaku? Ia bermakna pekerja-pekerja tempatan tidak ingin bekerja walaupun di sektor yang mudah. Itu harus kita jawab. Sebab itulah kalau bertanya dengan saya, apabila ada majikan yang membawa cerita dengan saya, “Yang Berhormat, minta maaf, terdapat ramai anak muda atau pekerja tempatan kita ini tidak mahu bekerja sebab itu kita ambil pekerja asing.” Saya kata “Mana buktinya? Bawa kepada saya.” Apa usaha yang telah kita buat untuk menggalakkan pekerja tempatan bekerja? Ini pokoknya. Akan tetapi kalau sudah betul realitinya berlaku seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, saya kata mahu atau tidak mahu memang majikan mahu survive, sudah tentulah dia akan mencari pekerja asing.

Akan tetapi kita masih tegas bahawa kita tidak izinkan sewenang-wenang pekerja asing masuk ke negara kita. Sebab itulah majikan yang gagal untuk mengiklankan kekosongan akan disekat dari ambil pekerja asing. Akan tetapi sudah tentulah macam Yang Berhormat sebutkan tadi. Apakah semuanya majikan akan kemukakan kepada kita?

Apakah mungkin ada illegal immigrant atau pun pekerja asing yang datang secara illegal ke negara kita? Ini yang akan kadang-kadang menjejaskan bilangan pekerja asing di negara kita. Sila Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput dahulu Yang Berhormat. Tidak apalah beri Yang Berhormat Sungai Siput dahulu.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebab Menteri hala dekat saya...

final • 7:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Perkara begitu kecil tidak payah dipertikaikanlah Yang Berhormat, ya.

final • 7:10 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Okey. Ini berkenaan dengan peluang kerja untuk orang tempatan. I dapat aduanlah daripada pemuda di Sungai Siput, ya. Mereka lihat banner ada kerja di satu kilang, mereka pergi interview mereka tidak dapat.

Akan tetapi selepas itu bulan depan, majikan itu dapat dari Nepalkah atau dari Bangladesh.

So mereka mengadu kepada saya, mereka pergi untuk interview tetapi tidak dapat. Jadi ertinya, majikan pun kadang-kadang boleh tipu. Dikatakan saya sudah advertise atau beri iklan tetapi orang tidak datang tetapi orang ada pergi. Jadi saya rasa mungkin majikan lebih suka dapat pekerja asing. Mungkin mereka kerja lebih kuatkah atau mungkin mereka lebih senang dikontrol, tidak tahulah. Akan tetapi memang di Sungai Siput ada anak-anak muda Melayu dan India yang beritahu kepada saya, I sudah cari kerja tetapi mereka walaupun pergi interview tidak dapat, tetapi bulan depan orang asing masuk. Ini saya pernah lihat di Sungai Siput.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya mungkin boleh terima sebab itu awal-awal saya sebutkan, apakah untuk pastikan pekerja tempatan ini kita ambil lebih ramai daripada pekerja asing tanggungjawab kerajaan semata-mata? Di manakah kesedaran majikan bahawa mereka majikan Malaysia, negara kita.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Akan tetapi apa kontribusi dia kepada negara kita untuk mengambil pekerja tempatan? Kalau itu sikap seperti mana Yang Berhormat sebutkan saya pun tidak bersetuju. Bahkan saya kira mungkin Kementerian Sumber Manusia akan melihat dan kalau boleh kita pastikan supaya majikan-majikan ini kita akan pastikan mestilah mengikut peraturan yang ada dan kita hendak lihat kalau boleh kita buat spot-check di majikan- majikan. Apakah mereka telah melaksanakan tanggungjawab ini untuk memastikan supaya kita dapat mengurangkan pekerja asing. Dalam masa yang sama kita menambahkan pekerja tempatan bekerja di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua isu saya hendak bawa. Satu, saya bukan hendak menyanggah tetapi saya hendak menguatkan hujah saya. Kalau katakan pekerja tempatan itu tidak berminat dengan pekerjaan yang di bawah perkhidmatan, saya tidak bersetuju. Ini kalau lihat seperti KFC dan McDonald contohnya, semuanya pekerja tempatan. Jadi yang pokok yang menjadi isu ialah pengajian. Apabila terlaksananya gaji minimum ini langkah untuk menambat dan meraikan pekerja tempatan itu dapat dilaksanakan. Kedua, saya ingin membawa sedikit- di tempatkan pekerja asing ini.

Kalau kita pergi ke lapangan terbang, pintu masuk utama negara ini, kita tengok ramai pekerja asing masih lagi berlegar bagi pekerja, Tuan Yang di-Pertua. Ini meruncingkan dan saya rasa keselamatan negara pun tidak begitu terjamin dengan pekerja-pekerja asing yang berada dan berlegar di lapangan terbang, contohnya.

Jadi maksudnya ialah jawatan-jawatan yang memerlukan ketahanan keselamatan itu perlu diperketat dan kementerian tidak boleh bersetuju kalau pintu masuk utama itu dibebaskan pekerja asing menjadi pekerja. Ini harus ada satu garis panduan yang tidak boleh membenarkan pekerja asing bekerja di tempat-tempat yang agak sensitif dari segi keselamatan supaya keterjaminan keselamatan negara itu dapat dikawal selia. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon respons. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya saya tidak sebutkan bahawa pekerja tempatan tidak mahu bekerja.

Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, itu sebenarnya realiti yang berlaku. Kalau tanya saya pun, sebab itu ada majikan bertanya saya, minta pekerja asing, alasan mereka berikan bahawa pekerja tempatan tidak mahu bekerja. Saya kata, “Mana alasannya? Apa usaha yang kita sudah buat?” Seperti mana yang setengah daripada Yang Berhormat sebutkan tadi.

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Sebenarnya sebahagian majikan ini semata-mata hendak mencari jalan yang singkat untuk keuntungan mereka, lantas mereka mengambil pekerja asing sedangkan mungkin mereka tidak menawarkannya pun kepada pekerja tempatan walaupun kita ada sistem pemeriksaan yang kita buat. Oleh sebab itulah gaji minimum ini di antara satu langkah yang kita ambil untuk menggalakkan pekerja tempatan. Kalau dahulu mungkin RM600 dan sebagainya, mungkin RM900 kita harap, kita menggalakkan anak-anak tempatan bekerja di tempat kita sendiri.

Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, pada tahun 2013 bagaimana langkah yang kita ambil untuk menyekat hal ini. Majikan mohon untuk kerjakan 12,233 majikan yang diluluskan pekerja asing hanya 8,690, majikan yang kita tolak untuk memohon pekerja asing sebanyak 3,543. Maknanya kita sewenang-wenangnya memberikan peluang kepada majikan yang tidak bertanggungjawab bagi mengambil pekerja-pekerja asing ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya pada– saya ambil lagi tentang pekerja asing ini. Pada tahun 2013, seramai 27,500 pekerja asing dalam sektor perladangan dan seramai 92,490 pekerja asing dalam sektor pembinaan telah diusahakan untuk dipertimbangkan kelulusan di pusat kelulusan setempat ataupun di Kementerian Dalam Negeri. Pecahannya adalah seperti berikut, kalau kita lihat pertanian, 2,000– pekerja asing disue, memang banyak sangat Yang Berhormat, mungkin saya akan beri secara bertulislah pandangan ini, okey.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Manakala pandangan Yang Berhormat Kepong supaya usaha diambil dengan mengadakan kilang-kilang dengan teknologi yang disesuaikan dengan keadaan dan sebagainya untuk mengurangkan pekerja asing ini, sebenarnya usaha ini yang sedang kita ambil. Kita menggalakkan majikan-majikan supaya membuat transfer teknologi daripada bergantung sepenuhnya dengan buruh, membuat pemindahan teknologi supaya dengan cara ini kita dapat mengurangkan pekerja-pekerja asing yang melimpah di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, ketiga ialah tentang latihan kemahiran. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Labuan menimbulkan tentang latihan kemahiran ini, pembangunan human capital, tentang anak-anak muda dan sebagainya. Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Labuan juga membangkitkan isu mengenai latihan dan pembangunan human capital. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menyediakan peluang-peluang latihan kemahiran kepada para belia dan pekerja melalui pusat-pusat latihan kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengan JPK sebagai pusat bertauliah.

Sehingga Mac 2014 sebanyak 1,142 pusat bertauliah di seluruh negara telah ditauliahkan untuk menjalankan program-program latihan dan empat daripada jumlah ini adalah terletak di Labuan. Yang Berhormat Labuan ada? Tidak ada. Maknanya itu jawapan sekali dengan Labuanlah.

Justeru pusat-pusat bertauliah ini memberikan peluang kepada belia-belia Labuan untuk menyertai program latihan kemahiran yang mereka minati. Selain daripada itu, satu kaedah latihan yang berasaskan industri juga telah diperkenalkan iaitu Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di mana 70% masa yang diberikan adalah pelatih-pelatih ini berada di kilang-kilang, di industri dan 30% lagi ialah di dewan ataupun di dalam kuliah, kelas-kelas untuk mengikut latihan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia juga melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad menyokong penuh usaha kerajaan dalam memastikan kebolehpekerjaan dan lepasan sekolah dan graduan yang keluar daripada sekolah, institusi pengajian. Sokongan penuh PSMB ke arah ke atas usaha kerajaan ini dapat dilihat melalui pelaksanaan skim Future Workers Training Scheme (FWT) dan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dengan usaha sama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, berbagai-bagai program yang telah kita buat dalam meningkatkan latihan bagi anak-anak muda kita, belia-belia di negara kita ini. Saya boleh sebutkan satu persatu sebenarnya memang banyak. Sila-sila Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Soal latihan ini macam ini, memang ada pusat latihan tetapi is MTS and match dengan izin, dia tidak jive apa yang belajar dengan kehendak kilang itu sendiri, dia tidak match. Sebagai contoh, this real experience. Saya kalau bulan lima, bulan enam biasanya dahulu, saya akan round Malaysia ini untuk membuat interview, saya akan pergi ke setiap pusat IKN, ILP, IKBN yang ada dalam Malaysia ini.

Akan tetapi apabila saya conduct interview, budak-budak ini I’m sorry to say, minta maaf hendak cakap, dia punya kualiti tidak ada situ. Jadi dia punya mismatch sebagai contoh, sekarang ini kalau engineering software, saya sudah lupa pula sebab sudah lama tidak bekerja...

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Yes, correct. CAD camp, mereka sudah pakai, sudah up todate, sudah sampai version berapa, di pusat-pusat latihan dia masih ajar lagi version lama. Jadi akhirnya apabila dibuat temu duga, saya tidak boleh ambil. Jadi apa intervention kerajaan dalam memastikan anak-anak tempatan ini dapat bekerja. So at the end of the day, pada akhirnya budak-budak ini tidak dapat diberikan peluang pekerjaan kerana mereka tidak cukup mahir. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya hendak tanya Yang Berhormat, sebenarnya...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Yang Berhormat..

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Mersing bangun Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Okey.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Benda yang sama. Yang Berhormat Menteri semasa saya dahulu dekat situ million years ago di Kementerian Sumber Manusia.

Semasa itu baru hendak buat SKM. SKM 2, SKM 3, SKM 4. Akan tetapi di sektor industri ia sudah lama dan jauh berkembang umpamanya industri minyak di piping di Kimanis, Sipitang. Saya mendapat maklum mereka yang ada CSWIP 6G, semua orang asing.

Walhal saya mendapat maklum kursus CSWIP (TWI) yang basenya di Cambridge, yang certified semua industri, Proton certified dari industri dia punya sijil, Petronas juga iktiraf.

Akan tetapi kenapa kita tidak mulakan kursus 3G dan 6G yang berasaskan TWI.

Memang mahal tetapi keluaran 3G dan 6G, CSWIP (TWI) dia paid by hour, USD300 to USD500 per hour, boleh sampai NDT (non-distruction test) distraction punya test untuk mengetahui sama ada piping itu intact atau tidak. Kenapa tidak laburkan dalam belanja yang banyak dalam certification dan juga kursus-kursus yang berteknologi tinggi. Rasanya sudah tiba masanya KSM membuat pelaburan yang sebegini rupa. Sila komen sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Mersing, kita ambil pandangan Yang Berhormat Mersing. Bahkan kalau hendak mencapai negara mahu 2020 dengan 50% pekerja mahir, saya ingat pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Mersing harus dilihat oleh kementerian, insya-Allah saya akan bawa kepada kementerian dalam usaha ini.

Sebenarnya Yang Berhormat Mersing pun tahu dan saya hendak menjawab kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya tidak tahu sebenarnya institut latihan di negara kita ini banyak, bukan sahaja di bawah Kementerian Sumber Manusia bahkan institut latihan di bawah awam, di bawah MARA, di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di bawah belia dan lain-lain. Sememangnya sebahagiannya di bawah kita, Institut Latihan Perindustrian (ILP). Saya lihat kita ada 32 buah institut latihan ini. Kita memang pergi dan sebab itulah saya kira usaha yang dibuat untuk meningkatkan kemahiran mereka ini.

Oleh sebab itulah kita memastikan mereka memperoleh kemahiran yang cukup baik dan kita hantar mereka bersaing di peringkat ASEAN dan kita juga hantar mereka bersaing di peringkat antarabangsa seperti mana yang kita ada sekarang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang kerana pandangan itu.

Saya ingat kita akan melihat. Walau bagaimanapun sebenarnya kita tidak ambil mudah tentang kualiti latihan ini, sebab itulah sistem latihan yang berasaskan SKM adalah berdasarkan kepada National Occupational Skill Standard (NOSS) dengan kerjasama industri. Maknanya industri terlibat dalam kita membina standard ini.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Jadi, bukan kita sahaja. Kalau saya, mungkin saya tidak terlibat dengan industri.

Sebab itulah macam Tuan Yang d-Pertua sebutkan tadi, daripada segi petroleum dan sebagainya, betul, kita lihat. Sebab itu kalau Yang Berhormat tengok di Labuan– Yang Berhormat Labuan tidak ada. Saya hendak beritahu, bagaimana institut Labuan kita bekerjasama dengan banyak industri di sana. Umpamanya, saya sebut Labuan Shipyard Engineering Sdn. Bhd. Mereka ini mempunyai kepakaran. Banyaklah saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau Yang Berhormat Labuan, mungkin saya akan berilah ini selepas ini.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

[Bangun]

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Mereka ini pernah saya pergi ke Sabah...

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Ya.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Saya tidak pertikaikan. Sudah bagus dah KSM buat itu tetapi apa yang saya maksudkan, SKM ini tidak laku di sektor industri.

SKM ini dibuat pada ketika dahulu untuk memastikan bila mereka bekerja dengan perkhidmatan awam supaya SKM 3 itu sama dengan Diploma atau SKM 4. Dalam sektor industri, ia lain. Jadi saya rasa, tiba sudah waktu dan ketika supaya pelaburan dibuat untuk tambah sedikit sahaja. Ia sudah ada asas welding. Tambah sedikit supaya dia ambil peperiksaan saya sebut tadi itu. Kena belanja sedikit. Ini yang orang kampung tidak ada duit. Kalau beri duit sedikit, saya pasti mereka akan ada skill based dan 32 ILP dan ADTEC itu sudah tiba waktunya dirangkumkan menjadi universiti, universiti kemahiran. Dahulu ada perancangan hendak jadikan JMTI itu sebagai universiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya terlibat perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun pada ketika itu, Junichiro Koizumi dengan Perdana Menteri keempat hendak tubuhkan universiti - JMTI ini jadi universiti apa sudah jadi? Hendak tanya. Ini 15 tahun dahulu ini.

final • 7:30 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Dahsyat!

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya ingat cadangan Yang Berhormat Mersing itu saya akan bawa. Cuma untuk makluman tambahan tentang kursus 3G dan 6G ini. Jabatan telah menjalankan kerjasama dengan TWI London, berpusat di Johor Bahru, silibus untuk kimpalan adalah menepati silibus dari TWI. Jabatan menjalankan kursus jangka pendek kepada pekerja industri untuk mendapatkan sijil 3G dan 6G kepada pekerja-pekerja. Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih banyak. Saya ingat kita akan– kita harap Kementerian Sumber Manusia akan kita perhebatkan lagi supaya kita dapat membela masa depan pekerja dan majikan di negara kita ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat ialah peluang pekerjaan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Hulu Rajang ada? Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, saya perlu jawab atau tidak, saya jawab bertulis?

final • 7:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Bertulis, okey. Sebab mungkin kalau dia ada, boleh dia bertanya.

Isu kelima ialah pengangguran. Pengangguran ini disuarakan oleh Yang Berhormat Sekijang. Ada di sebelah. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat telah membangkitkan isu pengangguran dan langkah-langkah membantu rakyat mendapatkan pekerjaan. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku tahun keempat tahun 2013, jumlah pekerja berpendapatan tinggi adalah sebanyak 3,372,000 ataupun 24.7% daripada 13,363,000 keseluruhan penduduk bekerja di Malaysia.

Maknanya, workforce negara kita ialah 13 juta. Daripada jumlah tersebut, 2,077,800 atau 15.2% adalah siswazah yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma. Pekerja berpendapatan tinggi ditafsirkan golongan pekerja yang dikategorikan dalam kategori pengurus profesional dan juruteknik dan profesional bersekutu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Sekijang. Alhamdulillah, seperti mana Yang Berhormat Jasin sebutkan tadi, negara kita berada dalam tahap pengangguran yang cukup baik. Kalau tahun lepas mungkin 3.2% lebih kurang, sekarang mungkin 3.3%. Maknanya, ini tidak plus minus Tuan Yang di-Pertua tetapi di bawah 4%.

Maknanya, kalau negara-negara yang kadar penganggurannya di bawah 4% ialah negara yang kita anggap mempunyai guna tenaga penuh. Sebagai contoh, saya buat perbandingan sedikit, Timor-Leste. Bukan saya hendak ambil negara Timor-Leste ini, 20% pengangguran; Indonesia 7.14%; Filipina 7.2%; Kanada 7.2%; Perancis 9.2%, dianggap negara maju; United Kingdom 7.6%; dan, United States (USA) 9%. Maknanya, inilah besarnya jasa kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional, Yang Berhormat Kuala Langat. Boleh maintain pengangguran 3% di bawah guna tenaga penuh?

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kadar pengangguran kekal pada tahap yang rendah, kerajaan menggunakan pendekatan bersepadu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Dalam hubungan ini, peranan Kementerian Sumber Manusia adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran rakyat melalui pelbagai program latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpekerjaan mereka. Antaranya termasuklah memperluaskan akses untuk mendapat latihan dalam bidang kemahiran melalui penubuhan institut latihan kemahiran awam. Penubuhan institut latihan kemahiran awam secara umumnya bertujuan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian swasta di Malaysia.

Sehingga kini terdapat 452 buah institut latihan kemahiran awam ditubuhkan di bawah beberapa kementerian/agensi di seluruh negara dengan kapasiti 205,000 orang

final • 7:30 PM

lebih pelajar. Perinciannya Tuan Yang di-Pertua, banyak ini. Kementerian Sumber Manusia

kita ada 23 ILP; 8 buah ADTEC; sebuah JMTI - maknanya kerjasama dengan Kerajaan Jepun. Kementerian Luar Bandar: 13 buah Institut Kemahiran MARA; 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA; 231 buah GIATMARA. Kementerian Belia dan Sukan 20 buah, Kementerian Pendidikan kita ada 32 buah politeknik, 14 buah kolej komuniti dan vokasional, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 12 buah institut pertanian, Kementerian Pertahanan ada satu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada satu khas untuk OKU.

Sebab itu saya tanya Yang Berhormat Pasir Gudang yang mengatakan bahawa standard ataupun kualiti sijil atau latihan kita agak tidak diiktiraf. Saya tidak tahu di mana sebenarnya. Kita ada 452 buah institut latihan awam termasuk swasta. Kita ada 23, 8 ADTEC dan satu JMTI. Jadi saya kira, walaupun kualiti itu disebut, kita harap secara kolektif, kerajaan, kementerian-kementerian, Kementerian Sumber Manusia patut mengambil peranan ini supaya kita meningkatkan kualiti hasil latihan anak-anak kita di pusat-pusat latihan ini.

final • 7:30 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila saya sebut soal kualiti, jangan defensive. Ini saya katakan kerana itu kehendak industri. Saya sangat sayangkan warga kita, warganegara kita. Saya pernah dipanggil oleh majikan saya kerana saya melewat-lewatkan pengambilan permohonan pekerja asing ini kerana saya hendak isikan dengan budak-budak tempatan. Jadi, apabila saya bercakap itu, saya hendak memang patut dilihat. Jangan cakap di mana. Saya bekerja di industri selama 32 tahun.

Kalau you hendak, I can give you all the facts. I can give you all the figures. Saya bukan membuat andaian. Saya dari Sumber Manusia, saya buat temu duga. Saya pertahankan untuk ambil anak-anak tempatan ini. Memang perlu kajian dibuat supaya dinaiktarafkan.

Memang sangat bagus Kerajaan Malaysia ini. Ada pusat latihan, naik taraf perlu kita akui.

The standard has to improve, dengan izin. Standard kena perbaiki dan kita kena terima hakikat itu. Saya bercakap kerana sayangkan anak-anak bangsa saya, sebab itu saya bercakap. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat pun tidak defensive juga seperti saya. So, sepatutnya di hujung ayat saya tadi kata sebab itu secara kolektif kita perlu berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti ini. Saya terima dengan apa Yang Berhormat sebut. Bukan saya hendak defensive, tidak. Saya akui, bahkan di Kementerian Sumber Manusia ini masih ada kelemahan- kelemahan yang perlu kita pertingkatkan, termasuklah daripada segi kapasiti di ILP yang masih belum penuh sebagainya. Ini usaha yang harus kita buat. Termasuklah seperti mana yang saya sebutkan tadi, bagaimana kita boleh meningkatkan skil kemahiran pelatih-pelatih kita ini.

Jadi saya ingat, terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat cukup baik dan saya sebenarnya bersetuju dengan apa Yang Berhormat sebutkan. Sebab itu ada sebahagian lagi kadang-kadang ditimbulkan kualiti tidak ada, betul, saya terima Tuan Yang di-Pertua. Ini harus kita ambil secara kolektif bersama kerajaan, kementerian dan sebagainya. Semuanya, termasuk awam dan swasta supaya kita dapat lahirkan pekerja yang betul-betul berkualiti, boleh menghasilkan pembangunan ekonomi negara kita. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi berkait dengan isu pengangguran yang disebut tadi, masih ramai. Saya hendak tanya pihak kementerian, bagaimana tentang tindakan yang telah diambil berkait dengan pencari kerja yang aktif yang telah didaftarkan di Jabatan Tenaga Kerja dan juga pusat JobsMalaysia Centre yang telah ditubuhkan oleh pihak kementerian? Bagaimana dia telah berperanan dan benar-benar berkesan untuk mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara kita? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya usaha banyak dibuat. Saya ucapkan terima kasih banyak di atas keprihatinan Yang Berhormat tentang pendaftaran pekerja-pekerja kita dan sebagainya.

Saya ambil contoh usaha yang telah dibuat oleh kementerian kita bagaimana kita hendak memastikan supaya peluang-peluang pekerjaan ini dan anak-anak muda kita yang masih belum bekerja ini dapat kita bantu dia untuk mencari pekerjaan. Antara usaha yang kita buat ialah Portal Perkhidmatan Pekerjaan JobsMalaysia iaitu portal yang memberi kemudahan kepada pencari kerja termasuk graduan untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja.

Hari ini Yang Berhormat Temerloh, kita sudah melaksanakan, boleh kata tiap-tiap bulan jobs fair. Maknanya bagaimana kita memanggil majikan-majikan yang mempunyai peluang pekerjaan dan kita hebahkan kepada seluruh masyarakat termasuk ibu bapa, anak-anak muda dan bekas-bekas mahasiswa datang ke jobs fair yang kita ada tanpa bayaran. Bahkan kadang-kadang kita sediakan makanan untuk mereka. Mereka boleh berjumpa terus dengan majikan ini dan mereka boleh mendapatkan pekerjaan, alhamdulillah. Kita pernah buat di PWTC, dalam satu hari kita boleh dapatkan 1,000 orang mendapat kerja dalam satu hari dengan beberapa tawaran kerja yang disediakan oleh majikan. Ini antaranya.

Kemudian program...

final • 7:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Yang Berhormat Menteri, itu jumlah yang mereka daftar untuk memohon kerja. Tapi berapa ramai daripada jumlah yang daftar itu yang betul-betul mendapat kerja ataupun sekadar dapat collect jumlah yang mendaftar mencari kerja tetapi mereka tidak dapat kerja.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Okey. Figure ini Yang Berhormat, agak, boleh saya keluarkan agaknya. Saya ambil contoh ya. Kita ambil contoh Program Penempatan Pekerjaan 3P tahun 2013. Kita ada 12 aktiviti yang kita telah laksanakan termasuklah penempatan melalui client account, portal JobsMalaysia, temu duga terbuka dan lain-lain. Kita ambil penempatan siswazah sahaja, sebanyak 56,646 orang pada hujung tahun 2013. Bukan siswazah sebanyak 173,453 orang dan jumlah semua sekali ialah 230,000 orang. Maknanya, hasilnya ada, Yang Berhormat. Cuma kadang-kadang sesetengah ini kadang ada mereka yang memilih pekerjaan dan sebagainya.

Di JobsMalaysia ini juga kita banyak menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah bagaimana hendak menghadiri interview, bagaimana hendak menyediakan resume dan berbagai-bagai lagi, yang kalau saya hendak sebut Yang Berhormat, terlalu banyak. Sudah tentulah walaupun ada usaha ini, tapi kita masih belum berpuas hati dengan usaha yang kita buat kerana mungkin ada ruang-ruang lain yang boleh kita isi untuk kita mempertingkatkan pengisian pekerja-pekerja tempatan ini dalam ruang- ruang pekerjaan di negara kita ini.

Lain-lain program Tuan Yang di-Pertua, ialah termasuk karnival kerjaya, jobs fair yang saya sebutkan tadi, penubuhan Pusat Maklumat Kerjaya One Stop Centre, Pusat Maklumat Kerjaya CIC, maklumat pekerjaan disebarkan di dalam web kementerian dan juga JobsMalaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebutkan tadi bilangan pencari- pencari kerja termasuk siswazah dan bukan siswazah dan saya kira sudah cukup menggambarkan kepada kita bagaimana usaha yang telah dibuatkan oleh kerajaan.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Seperti mana yang saya hendak respons kepada Yang Berhormat Jasin yang menimbulkan suara awal tadi, inilah antaranya Yang Berhormat Jasin, program-program yang dilakukan oleh kerajaan, bukan sahaja di bawah Kementerian Sumber Manusia bahkan di bawah kementerian-kementerian lain yang kita secara kadang-kadang bersama dalam melaksanakan program-program ke arah meningkatkan lagi bilangan pekerja tempatan di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu yang lain iaitu isu gaji kakitangan MAS. Ini menjadi minat kepada Yang Berhormat Kuala Langat. Ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat yang membangkitkan isu kerugian MAS yang melibatkan RM1.14 bilion dan gaji yang ditawarkan kepada pramugari MAS adalah rendah iaitu gaji pramugari dengan 11 tahun bekerja dibayar RM1,100 sebulan dan elaun penerbangan RM8 satu jam.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat tentang membangkitkan isu kakitangan MAS ini, berdasarkan kepada perjanjian kolektif yang telah dipersetujui secara bersama di antara Malaysian Airlines System Berhad (MAS) dengan Malaysia Airlines System Employees Union Peninsular Malaysia (MASEU) bagi tahun tempoh 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2014, tangga gaji kabin krew bagi Gred S sehingga S3 adalah di antara RM1,200 hingga RM4,343. Ini collective agreement antara pekerja dengan majikan, MAS dengan union mereka.

Di samping tangga gaji tersebut, mereka juga layak menerima bayaran insentif allowance all flights. Kadar bayaran bagi elaun tersebut adalah antara RM8 hingga RM11.

Betul ya, Yang Berhormat? Saya pun bila naik kapal terbang itu Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang tertanya dengan elaun mereka ini, memang agak rendahlah. Tapi oleh sebab agreement telah dibuat, maka mahu tidak mahu mereka terpaksa mengikut perjanjian yang telah dibuat antara mereka. Akan tetapi kadar kiraan bayaran tersebut boleh berubah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian kolektif yang telah dipersetujui oleh majikan dan kekuatan.

Saya kira Tuan Yang di-Pertua, kalau berakhirnya 31 Ogos 2014 syarikat MAS dan juga union ini boleh berpakat secara harmoni, sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Biarlah kita menang-menang punya approach dalam mengatasi masalah. Sila Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya betul itu adalah perjanjian bersama.

Maksud tersurat dan tersirat yang hendak saya cakap itu adalah tidak boleh digalaskan bila mana berlakunya kerugian itu, pekerja dijadikan sasaran yang mengatakan lebihan gaji dan sebagainya. Saya ambil pendekatan sebagai contoh, AirAsia allowance flight, dia satu jam RM35 bersama dengan Firefly, Malindo dan sebagainya. Dalam international level of allowances dalam taraf kelayakan ini sekitar RM35 ke RM80. RM8 sejam ini saya tidak boleh nampak bahawa kerugian itu disalah ertikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mengatakan beban, yang pekerja itu menjadi masalah utama atas kerugian itu.

Keduanya, apabila berlaku demikian, pengurusan harus juga meneliti penggajian mereka sebagai CEO berapa gajinya, lembaga pengarah berapa gajinya, yang saya lihat itu beban yang lebih ketara daripada manpower yang ada di dalam MAS itu sendiri. Jadi saya hendak sarankan kepada kementerian supaya apabila berlaku dispute yang mana contohnya NUFAM bila hendak ditubuhkan Kesatuan Krew Nasional, dia telah ditekan dan dibuang kerja dan sebagainya.

Kesan itu menyebabkan bahawa moral imejnya ialah pentadbiran MAS itu tidak berlaku adil kepada pekerja-pekerja yang mencari hak atau meminta hak mereka itu diberikan. Jadi bila mana hendak tubuh kesatuan, CEO dia buang pekerja dia. Hendak kritik sikit pasal kerugian, buang kerja. Hendak berkongsi untuk memajukan MAS, tidak boleh kerana mereka pekerja. Inilah yang menyebabkan tertubuhnya NUFAM ini.

Saya ingin mencadangkan supaya pekerja yang dibuang, presidennya yang telah dibuang baru-baru ini dengan empat ahli jawatankuasanya, kementerian harus juga merujuk dan mengambilnya sebagai satu perkara yang tidak sesuai kerana ia juga

final • 7:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

melanggar di bawah seksyen 14, Akta Kerja 1955. Tidak ada pergi domestic inquiry, buang begitu sahaja, CEO ini.

Jadi saya cadangkan kementerian juga memikirkan pekerja-pekerja yang menuntut hak mereka itu diberikan juga perhatian dan NUFAM itu juga diangkat sebagai mengiktiraf mereka bagi pihak krew penerbangan ini yang terlonggoknya permasalahan mereka yang mencetuskan kesatuan. Jadi mohon juga kementerian peka dalam keadaan itu. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga simpati sebenarnya. Sebab itulah saya hendak ajak Yang Berhormat sekalian dan seluruh hadirin kita ucapkan takziah kepada negara, kepada penumpang-penumpang, keluarga, anak kapal dan sebagainya dan kepada MAS sendiri di atas insiden MH370 yang memberikan kesan yang cukup besar kepada negara dan sudah tentulah kepada MAS itu sendiri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira kita akan bawa perkara ini dalam kementerian dan saya hendak beritahu tadi bahawa kadar bayaran itu adalah atas agreement yang telah dibuat. Saya pun bertanya Yang Berhormat cabin crew di kapal-kapal yang lain. Memang sebenarnya ada perbezaan dan semakin rendah. Sebab itu saya kira kalau lepas Ogos 2014, kalau boleh duduk secara harmoni bersama dengan kementerian dan saya harap masalah-masalah dalam trade union ini tidak berlaku lagi dan kalau boleh kita dapat selesaikan dengan cara yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian Yang Berhormat Kuala Langat juga menimbulkan isu NUFAM. Saya ingat saya tidak payah jawablah sekali sama. Sama aja Yang Berhormat faham dan saya pun faham. Jadi kita selesaikan itu.

Kemudian satu lagi ialah tentang pertikaian kesatuan pekerja ini, NUBE. Ini Yang Berhormat hendak jawapan ya. Tidak apa, saya berikan. Saya pergi terus kepada jawapan yang telah pun kita sediakan iaitu berhubung dengan krisis pertukaran 49 orang non- executive Hong Leong Bank yang telah pun mereka strukturkan semula penempatannya.

Secara menyeluruhnya saya berikan inti pati jawapan iaitu NUBE telah memfailkan pertikaian perusahaan di bawah seksyen 18, APP 1967 berhubung dengan central hubbing dan relocation tersebut pada 28 Oktober 2013. Kes ini gagal diselesaikan melalui beberapa rundingan yang diadakan di peringkat jabatan di antara majikan dan kesatuan pekerja.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah memutuskan kes ini dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Saya ingat Yang Berhormat ini dalam peringkat mahkamah.

Jabatan pada mulanya dimaklumkan bahawa jumlah pekerja yang terlibat dengan penempatan semula atau pertukaran ini adalah seramai 45 orang. Daripada 45 orang tersebut, seramai 12 telah bersetuju untuk bekerja semula, enam orang telah memohon dan menerima supervision payment dan 27 orang lagi enggan berpindah. Seramai 27 orang pekerja yang enggan berpindah telah diminta oleh majikan untuk melaporkan diri di tempat bekerja yang baru. Walau bagaimanapun mereka masih enggan berbuat demikian dan diberi surat tunjuk sebab oleh majikan kerana keengganan mereka untuk berpindah. Pihak majikan telah menerima jawapan kepada surat tunjuk sebab dan mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatan mereka. Kesemua pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Hong Leong Bank telah memfailkan kes di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Jadi ini di bawah ini, Yang Berhormat ya.

final • 7:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Saya ingin merujuk kepada statement daripada Timbalan Menteri tadi yang mengatakan bila sebut NUBE, MAS dengan MASEU tadi, CA itu menjadi satu rujukan yang diarahpandukan untuk hak pekerja itu dipertegakkan.

Saya ingin dengan izin dalam perjanjian bersama NUBE dengan pihak bank, ada tercatat dalam istilah dengan izin “A bank staff who is a union members has the right to refuse a transfer based on the condition of hardship”. Maknanya kesusahan itu jelas dalam bila mana berlaku pertukaran daripada Kelantan pergi ke Johor, Johor pergi ke Pulau Pinang, jadi persoalan sekarang ialah violation dengan izin, telah dilakukan oleh pihak

final • 7:50 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

bank. Jadi isu sekarang bila dia refer di bawah seksyen 18, secara automatik kementerian campur tangan.

Bila kementerian campur tangan, di situlah letaknya wibawa kementerian supaya memastikan pekerja ini tidak dianiaya. Melihat daripada perkara yang dilakukan oleh majikan selepas itu tidak benarkan sembahyang, tidak boleh gunakan facility dan privilege, melakukan penganiayaan tidak membenarkan masuk dalam kawasan tempat kerja yang sepatutnya. Inilah yang berlaku dalam dispute berangkai ini.

Jadi saranan saya ialah apabila dirujuk di bawah seksyen 18, kementerian harus tegas bahawa tidak boleh berlaku begitu dan ia harus dipatuhi. Sebab itu saya bawa dalam perbahasan saya sebelum ini, Mendiang Muruguvel contohnya, Allahyarham Abdul Rahman contohnya, Penolong Pengarah ketika itu berani mendesak dan memberikan ketegasan supaya ia mesti dipatuhi oleh kedua-dua pihak atas sikapnya sebagai perjanjian.

Sebab itu dalam soal seksyen 18 itulah yang peranan kementerian itu saya nampak boleh menjernihkan, boleh memberikan satu sinar untuk kedua-dua pihak bersetuju dalam rangkaian undang-undang itu sendiri. Itu pandangan saya ketika waktu berbahas ketika itu Timbalan Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat, oleh kerana kes NUBE ini juga dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, saya ingat saya malas hendak perbahaskan. Mungkin kita akan bawa kepada kementerian dan kita lihat apakah yang harus kita lakukan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikut ialah memperkasakan ibu tunggal. Ingat inilah isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Parit Sulong. Ada? Yang Berhormat Parit Sulong ini bukan ibu tunggal Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Parit Sulong. Terima kasih banyak atas keprihatinan sebab dia amat prihatin tentang wanita. Saya hendak beri sedikit statistik awal.

Pada tahun 2010 sebanyak 77,250 ibu tunggal berdaftar di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 12,000 ibu tunggal di seluruh Johor pada tahun 2013.

Seramai 4,502 ibu tunggal berada di dalam Daerah Batu Pahat. Saya ingat Parit Sulong saya tidak tahu. Saya ada hampir 2,000 ibu tunggal di kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) komited untuk membantu pencari-pencari kerja termasuk mereka yang dikategorikan sebagai golongan khas. Di antara yang dianggap sebagai golongan khas ialah ibu tunggal di samping yang lain ialah orang kelainan upaya (OKU), pesara, bekas penagih dadah, bekas banduan dan suri rumah tangga. Jadi dalam isu ini, dalam tahun 2013, Kementerian Sumber Manusia telah berjaya membantu seramai 1,940 orang untuk ditempatkan ke alam pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan usaha- usaha untuk membantu golongan ini secara berterusan dari semasa ke semasa dengan kerjasama yang cukup rapat antara kita dengan Kementerian Wanita ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak program-program yang dilakukan oleh kerajaan dalam membantu ibu tunggal ini, sebagai contoh terdapat 23 NGO ibu tunggal di seluruh negara, maknanya yang 100% ibu tunggal. Macam tempat saya kita panggil Mutiara. Dia memang ibu tunggal. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya memberikan perhatian khas terutama ibu tunggal yang 40 tahun ke bawah, yang ada potensi lagi untuk kita bangunkan dari segi keluarga, dari segi ekonomi dan sebagainya.

Kita berikan khusus kepada mereka. Terdapat dua NGO ibu tunggal Johor, Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia, Pertubuhan Ibu Tunggal dan banyak lagi program- program yang lain yang diadakan.

Manakala senarai bantuan kepada ibu tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab itu Kementerian Sumber Manusia Tuan Yang di-Pertua, kita rapat dengan wanita ini. Oleh sebab itulah kita ucapkan terima kasih kepada Kementerian Wanita yang memberikan kerjasama yang cukup baik sebagaimana kita berikan kepada mereka. Antara bantuan kanak-kanak, bantuan am, geran pelancaran, bantuan peningkatan kemahiran dan pendapatan, program inkubator kemahiran ibu tunggal, kerjasama NGO, Jejari Bestari, bantuan kesedaran emosi, kaunseling dan lain-lain, termasuklah 1AZAM dan banyak lagilah Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Jadi Tuan Yang di-Pertua... Ada soalan?

final • 7:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Ya, boleh tidak Yang Berhormat?

Okey saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas apa juga makluman Yang Berhormat nyatakan tadi. Saya tidak nafikan seperti dalam ucapan perbahasan, saya tidak nafikan bantuan-bantuan yang diberikan terutamanya daripada Kementerian Wanita dan juga kementerian Yang Berhormat sendiri.

final • 7:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa bantuan-bantuan Yang Berhormat nyatakan tadi itu lebih banyak diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sendiri dalam usaha untuk menambahkan peningkatan pendapatan untuk golongan ibu tunggal ini. Dalam KSM itu sendiri dia ada satu bantuan yang diberikan khusus kepada OKU dalam usaha untuk menambahkan pendapatan mereka.

Jadinya, soalan saya pada pihak Yang Berhormat adalah apakah Yang Berhormat juga melalui kementerian Yang Berhormat boleh mewujudkan satu lagi geran yang boleh diperuntukkan khusus untuk membantu ibu-ibu tunggal ini dalam usaha untuk mereka menambahkan pendapatan mereka? Apa-apa juga program yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian. Oleh sebab dulu dia ada work from home program tetapi saya tidak tahu apakah yang terjadi sekarang ini sebab saya tengok banyak sangat program yang dianjurkan oleh kerajaan ini tetapi ianya berterabur. Bila dia berterabur, dia tidak ada coordination itu yang menyebabkan kita tidak merasakan apa juga bantuan yang diberikan terutamanya daripada pihak kementerian Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya menerima pandangan Yang Berhormat itu. Pandangan Yang Berhormat itu cukup baik untuk kita selari dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan apa Yang Berhormat cadangkan, satu fund khas untuk wanita ini.

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu wanitalah. I am talking about your kementerian.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tidak, tidak. Kementerian sayalah.

Maksud saya ini selari dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan wanita.

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yalah.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Tadi Yang Berhormat cadangkan satu fund khas untuk wanita, program wanita. Itu saya sokong.

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih banyak-banyak.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Itu saya sokong.

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Itu yang saya hendak dengar.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Saya sayang Yang Berhormat ini.

[Ketawa]

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Kita berdua sahajalah. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya program kita banyak umpamanya saya ambil contoh sebahagian, penempatan kerja separuh masa, kerja separuh masa. Maknanya kita ada menyediakan kerja, berkenaan kerja di rumah. Ini untuk wanita dan sudah tentulah wanita ini tergolong daripada ibu tunggal.

Satu lagi program di bawah SOCSO. Kita ada skim khas bagaimana ibu boleh menjaga– saya lupa dia punya terms itu, di mana kalau ada di dalam keluarga itu anak yang OKU dan ada ibu. Biasanya ibu tunggal banyak menjaga anak-anak ini dan mereka diberi elaun sehingga RM500 sebulan untuk menjaga. Inilah dan lain-lain program yang

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

disusun oleh kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya ingat saya ambil pandangan Yang Berhormat itu, satu pandangan yang cukup baik untuk kita...

final • 8:00 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Timbalan Menteri masih hendak cakap sedikit. Tadi saya kurang pasti apa Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada katakan mengenai bukan OKU, ibu tunggal 100% dengan– saya tidak faham apa? Ada 100% ibu tunggal, lepas itu ada takrif lain?

Pada saya ibu tunggal itu adalah ibu tunggal. Maksud ibu tunggal itu tidak ada 100%, tidak ada 50%, tidak ada 20%. Kalau ibu tunggal itu, ibu tunggal. Jadi, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Yang Berhormat, maksud saya tadi ialah kita ada badan-badan NGO, terdapat 23 NGO ibu tunggal di seluruh negara. Jadi macam di tempat saya, saya sebutkan MUTIARA dan mereka ini 100% fungsi dia. Yang 100% saya sebutkan tadi yang saya berikan perhatian khusus itu pada 45 tahun ke bawah umur dia untuk diberikan latihan dan sebagainya.

[Disampuk] Tidak, ini penting sebab mereka mempunyai potensi Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita biarkan mereka yang muda- muda ini dibiarkan tanpa diberikan latihan dan sebagainya sudah tentu mereka boleh terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Maknanya ini untuk jaga. Jangan Yang Berhormat fikir lain pula Yang Berhormat. Saya orang baik.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Jangan salah cakap nanti kena Peraturan Mesyuarat 36(12) macam pagi tadi.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Oleh sebab itu saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, ini pendekatan yang saya buat. Oleh sebab itu saya setiap tahun ibu tunggal ini tidak pernah saya tinggalkan program kepada mereka. Tidak pernah saya tinggalkan. Every year dengan izin, termasuklah memberi bantuan dan sebagainya. Kita hendak lihat manakah tempat-tempat yang boleh berpotensi untuk membantu mereka ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahaja daripada kementerian...

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah habislah, Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Soalan saya. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang seksyen 60 itu tidak jawab pun lagi. Saya kata pengiktirafan bila dia masuk borang B kemudian pihak kerajaan fail kes di mahkamah, kemudian tarik balik...

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Saya ada jawab tadi. Kita akan bawa...

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

...Dan juga pekerja, bila dia dibuang kerja macam kumpulan DRB-HICOM 18 orang dibuang kerja, tidak ada penyelesaian di bawah seksyen 20 mediation daripada kementerian supaya ambil tindakan segera kepada DRB-HICOM. Itu pun tidak ada dijawab. Saya minta kalau tidak dijawab tidak apalah. Bagi surat sahajalah supaya saya dapat rekodkan...

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Dalam Hansard ini mengatakan saya bawa isu seksyen 60, minta kerajaan tarik balik sebab kerajaan kata tidak mahu tarik balik.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Ya.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Akan tetapi tarik balik dan menjadi pembiakan majikan yang biadab dan kurang ajar, melawan kerajaan.

Kemudian bila dia bawa borang B kerajaan tarik balik dan juga pembuangan yang tidak bersikap adil, diskriminasi, tidak melibatkan pihak syarikat macam DRB-HICOM buang 18 orang pekerja tetapi tindakan untuk kompromi tidak dapat dilakukan.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau tidak ada jawapan pun tidak apa, bersurat supaya saya rekodkan dalam Hansard untuk menyatakan bahawa ketidakpuasan tindakan yang diambil oleh majikan yang biadab dan kurang ajar ini, untuk dipastikan bahawa ia berterusan, isu ini dibahaskan. Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Insya-Allah saya akan bawa ini kepada kementerian dan kita akan jawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak. Saya bagi pihak Menteri dan keluarga Kementerian Sumber Manusia dan seluruh kakitangan kita mengucapkan terima kasih kepada lapan orang Ahli-ahli Parlimen yang telah membahaskan dan cukup berminat dalam membantu kementerian dalam membela masa depan pekerja dan rakyat negara kita ini.

Terima kasih banyak.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kakitangan-kakitangan kerajaan dan para wartawan di luar sana yang masih menunggu dan kepada pemerhati.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang bagi pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri saya, KSU dan semua kakitangan KPKT untuk menzahirkan kesedihan kerana kehilangan dengan insiden MH370. Kami di KPKT berdoa semoga keluarga penumpang dan krew bersabar dalam menghadapi cabaran yang begitu mencabar ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja terutama sekali kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengetengahkan isu-isu semasa yang diwacanakan oleh rakyat dalam bidang tugas Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini sepanjang perbahasaan Titah Diraja. Saya amat menghargai pandangan dan saranan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keperluan perumahan sebagai satu keperluan asas yang perlu dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Dalam menyediakan perumahan yang mencukupi kerajaan bukan sekadar menekankan jumlah unit rumah yang perlu disediakan tetapi juga menekankan kepada kualiti perumahan yang disediakan.

Untuk itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 yang lalu telah mengumumkan Program MyHome. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja telah memberikan pandangan-pandangan yang bernas mengenai pelaksanaan Program MyHome.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan Program MyHome ini adalah untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di seluruh Malaysia mengikut keperluan di lokasi yang dikenal pasti. Lokasi pembinaan rumah di bawah Program MyHome akan dinilai oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah kementerian saya sebelum kelulusan diberikan.

Pembeli-pembeli yang berminat untuk membuat permohonan secara online boleh membuat permohonan secara online melalui laman sesawang e-Home di dalam website kementerian saya. Kementerian yakin program ini akan menggalakkan penambahan jumlah rumah mampu milik dalam pasaran dan pemilikan rumah oleh rakyat. Program ini

final • 8:06 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

menawarkan insentif RM30,000 seunit kepada pemaju swasta untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi pada tahun 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta. Saya ulang balik ayat itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:06 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

Program ini menawarkan insentif RM30,000, sehingga RM30,000 seunit kepada pembeli untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik dengan keluasan minima 800 kaki per segi pada tahun 2014 ini dengan peruntukan sebanyak RM300 juta. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan setiap rakyat di negara ini memiliki rumah yang disediakan dengan keperluan asas pada harga yang munasabah. Dalam mencapai impian kerajaan ini, pelbagai inisiatif telah diusahakan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Ahli Yang Berhormat Johor Bahru, Kuala Selangor dan Pengerang ada membangkitkan mengenai isu kenaikan harga rumah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan harga rumah di negara ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti permintaan dan penawaran, lokasi, kos tanah, kos buruh, kos bahan binaan serta kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Faktor migrasi dari luar bandar ke bandar juga menyebabkan permintaan perumahan yang tinggi, dan faktor ini turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah di semua kawasan bandar di negara kita.

Terdapat juga faktor fix cost yang perlu ditanggung oleh pemaju yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga rumah di pasaran seperti kos kadar faedah pinjaman yang tinggi yang dikenakan kepada pemaju oleh institusi kewangan dan juga kos pembayaran sumbangan pembangunan kepada syarikat-syarikat utiliti seperti SYABAS, IWK, TNB dan lain-lain.

Pemaju akan memasukkan semua kos-kos berkenaan secara langsung ke dalam harga jualan. Bermakna pemaju akan memindahkan beban berkenaan kepada pembeli dengan menaikkan harga rumah. Perkara ini seharusnya diteliti semula, kerana syarikat- syarikat utiliti bakal menjana pendapatan daripada perkhidmatan yang diberikan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini memang telah banyak dibincangkan. Sebenarnya apa yang berlaku ialah sekarang ini syarikat-syarikat utiliti ini akan mengenakan sejumlah kos. Kalau mereka memberikan perkhidmatan atau menyambungkan perkhidmatan ke taman-taman perumahan yang baru dibina. Konsepnya ialah pemaju perumahan terpaksa membayar kos ini kepada syarikat utiliti tersebut, kepada TNB, IWK, SYABAS dan jumlah ini agak tinggi.

Akhirnya kos ini akan di past through atau dikenakan kepada pembeli rumah tersebut.

Saya kira dulu isu ini boleh diterima oleh masyarakat disebabkan dulu contohnya Lembaga Elektrik Negara (LLN) adalah sebuah entiti di bawah kerajaan. Sekarang ini syarikat seperti TNB telah pun dikorporatkan dan disenaraikan dalam Bursa Saham dan juga mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit. Sudah tentu mereka mesti menerima hakikat bahawa untuk menyediakan perkhidmatan kepada pemajuan yang baru ini, mereka sebenarnya akan mendapat pulangan kerana mereka akan mendapat pengguna yang baru.

Sekarang ini sudah terbalik, untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, pemaju perumahan terpaksa meminta mereka datang dan untuk menyambungkan perkhidmatan itu ke dalam taman pembinaan, taman perumahan ini. Jadi ini antara lain yang telah dikemukakan oleh industri dan kementerian saya akan memberi update kepada Kabinet untuk memikirkan, apakah sudah tiba masanya untuk kita tidak lagi membenarkan syarikat- syarikat utiliti ini mengenakan kadar bayaran kos ini, supaya kos rumah ini akan bertambah murah.

Saya bagi satu contoh seperti TNB. TNB akan mengenakan kos sumbangan ini tadi sebanyak RM450 seunit untuk single phase, electrical supply single phase. Sebanyak 2,500 per unit untuk 3 phase. Jadi jumlahnya agak besar. SYABAS juga akan mengenakan 0.25% daripada harga jualan dengan maksimum 1,500 per unit dan juga IWK 1% daripada Gross Development Value (GDV) dengan izin, pembancuhan tersebut. Jadi saya kira ini harus diteliti semula. Kementerian saya bersedia untuk mengumpulkan satu kertas makluman kepada Kabinet untuk melihat sama ada sudah tiba masanya syarikat-syarikat utiliti ini tidak lagi seolah-olah dipaksa untuk memberikan perkhidmatan dan pemaju perumahan pula terpaksa membayar kepada syarikat.

final • 8:10 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, perumahan dalam demografi masyarakat juga turut mempengaruhi harga rumah. Apabila semakin banyak– ramai golongan muda Malaysia memasuki pasaran pekerjaan, lebih banyak yang mula cenderung untuk membeli hartanah pertama mereka pada usia yang lebih muda. Lantas menambahkan kepada permintaan yang sedia ada terhadap rumah kediaman. Golongan muda ini pula tidak sekadar ingin memiliki rumah tetapi juga ingin mencorakkan gaya hidup ala kosmopolitan. Kalau dulu mungkin Tuan Yang di-Pertua membeli rumah – hanya membeli rumah untuk kita tinggal, untuk kita berehat dan sebagainya. Akan tetapi sekarang ini orang mahu membeli rumah kerana dia hendak membelikan lifestyle, gaya hidup kosmopolitan ini. Maka mereka sanggup untuk membelanjakan wang untuk memiliki gaya hidup moden serba lengkap dengan kolam renang, gimnasium, club house dan sebagainya. Perkara ini juga menyumbang kepada kenaikan harga rumah di pasaran kerana pemaju perlu menyediakan prasarana yang menepati dan memenuhi permintaan pembeli.

Ingin saya berkongsi di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa masalah harga rumah yang melambung tinggi ini bukan sahaja fenomena yang tertumpu kepada negara Malaysia sahaja malah masalah harga rumah turut membelenggu negara-negara lain di seluruh dunia dan juga di rantau Asia seperti di India, Hong Kong dan Filipina.

final • 8:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya sedang menunggu Yang Berhormat Menteri menyebut satu lagi faktor yang menyebabkan harga rumah naik. Ini adalah yang public knowledge. Ada sekumpulan we call them, I think also out on the paper, investor club. I think they are one of the major contributor to kenaikan harga rumah especially the commercial lot. Macam mana komen Yang Berhormat Menteri?

final • 8:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Memang kita akui bahawa investor’s club ini adalah antara penyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kenaikan harga rumah. Ini kerana membeli rumah dengan secara pukal.

Saya telah berbincang dengan pemaju perumahan, ada juga yang mengatakan mereka tidak begitu setuju. Walaupun ada juga yang bersetuju dari segi mereka dapat menjual rumah mereka dengan cepat, kerana dapat menjual secara pukal, secara besar-besaran atau pun kondominium satu blok dijual atau sederet rumah teres dijual sekaligus kepada pembeli atau pun investor’s club. Jadi mereka tidak perlu lagi mencari, membuang masa untuk mencari pembeli.

Akan tetapi ada juga pemaju perumahan yang mengatakan mereka ini tidak begitu setuju dengan investor’s club ini sebab kalau mereka mahu membeli sederet rumah teres atau pun satu blok kondominium, mereka akan meminta diskaun daripada pemaju perumahan. Selepas itu dapat diskaun, mereka akan simpan rumah itu buat sementara waktu dan kemudian itu menjual di pasaran dengan harga yang jauh lebih tinggi. Dua kali dia untung. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kanowit, kita telah membuat keputusan, oleh kerana kita masih lagi merasakan bahawa Malaysia ini mestilah ekonominya tidak diganggu gugat oleh tindakan-tindakan kerajaan yang melulu.

Apa yang kita buat ialah untuk mengekang isu ini ialah untuk mewajibkan mana- mana pembelian rumah, pada masa ini empat unit ke atas mesti berdaftar dengan controller of housing atau pun pengawal perumahan iaitu KSU kementerian saya. Jadi kalau mereka mahu membeli rumah lebih daripada empat unit, investor’s club kah, individu kah sekaligus empat unit, mereka mesti mendaftar dengan pengawal perumahan. Mudah-mudahan dengan cara ini dengan memberikan satu lagi bukanlah birokrasi tetapi satu cara untuk mengetahui siapa yang membeli rumah-rumah ini, insya-Allah mereka akan agak - kerana kadang-kadang ada yang tidak mahu menunjukkan yang mereka membeli kerana banyak duit dan sebagainya.

Mereka takut jabatan – Lembaga Hasil Dalam Negeri datang dan sebagainya. Jadi atau pun tidak mahu terlibat dalam investor’s club ini secara terbuka. Jadi dengan cara meminta mereka, memaksa mereka atau pun mewajibkan mereka mendaftar sekurang kurangnya kita dapat mengekang aktiviti ini. Saya faham apa Yang Berhormat Kanowit maksudkan tadi. Kita telah buat keputusan, empat rumah mesti didaftarkan dengan pengawal perumahan.

Masalah pelaburan yang berlebihan juga Tuan Yang di-Pertua, atau pun juga aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, akan

final • 8:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

menyebabkan gelembung pasaran hartanah akan pecah. Ini Property Bubble Tuan Yang di- Pertua. Untuk itu sebagai sebuah kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat, semasa pembentangan bajet 2014 kerajaan telah memperkenalkan beberapa mekanisme bagi mengekang aktiviti spekulasi yang dijangka dapat menstabilkan harga rumah.

Mekanisme yang diperkenalkan adalah seperti berikut. Pertamanya, meningkatkan kadar Real Property Gain Tax atau pun cukai keuntungan harta tanah.

final • 8:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Di mana bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun, maknanya kalau beli rumah, jual dalam masa tiga tahun, keuntungan mereka itu akan dicukaikan, dikenakan cukai sebanyak 30%. Manakala, pelupusan dalam tempoh empat dan lima tahun, kadar RPGT akan dikenakan kepada 20%. Sebanyak 30% dalam tiga tahun yang pertama, untuk tahun keempat dan tahun kelima, kita akan kenakan cukai kepada keuntungan penjualan rumah tersebut sebanyak 20%. Pada tahun yang keenam dan berikutnya, tidak akan dikenakan – Sorry, untuk tahun keempat 20%, tahun kelima 15% dan tahun keenam tidak akan dikenakan apa-apa cukai. Itu untuk bagi warganegara. Untuk syarikat, tahun keenam dan seterusnya akan dikenakan kenaikan 5%.

Jadi, bagi bukan warganegara pula, pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan sehingga lima tahun dikenakan RPGT sebanyak 30% dan pelupusan dalam tahun keenam dan berikutnya dikenakan RPGT sebanyak 5%. Ketiganya, meningkatkan harga jualan minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua kerajaan turun memperkenalkan mekanisme tambahan lain seperti meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah di mana pemaju perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan termasuk semua manfaat dan insentif yang diberikan kepada pembeli dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri developer interest bearing scheme.

Developer interest bearing scheme ini Tuan Yang di-Pertua ialah satu skim yang digunakan oleh pihak pemaju perumahan di mana mereka akan membayar interest dalam tawaran mereka kepada pembeli. Sewaktu tempoh pembinaan rumah tersebut, pembeli tidak perlu membayar interest kepada pinjaman yang diambil oleh pembeli. Itu semuanya akan diambil alih atau dibayar ataupun ditanggung oleh pemaju perumahan.

Akan tetapi, kita juga sedia maklum kalau itu cara mereka untuk mendapatkan pembeli, kita tahu bahawa tanggungan interest yang ditanggung oleh pemaju perumahan itu akan juga dimasukkan di dalam harga rumah tersebut. Jadi, mereka terpaksa telus. Kita mahukan mereka telus dan memperincikan harga jualan termasuk mana-mana interest yang akan dikenakan kepada pembeli perumahan, walaupun dikatakan itu akan ditanggung oleh pemaju perumahan.

Jadi, kita tidak mahu wujudnya permintaan yang palsu oleh sebab kita mengingatkan bahawa kita mendapatkan rumah itu dengan lebih rendah, lebih murah kerana sekarang ini kita tidak perlu membayar interest semasa pembinaan rumah.

Sebenarnya, interest itu pun telah dimasukkan di dalam harga perumahan tersebut. Jadi, kita akan lebih telus dalam keadaan begini. Melalui mekanisme yang telah diperkenalkan ini, dijangka akan berlaku pengurangan aktiviti spekulasi dalam penjualan balik rumah dalam tempoh singkat memandangkan kadar RPGT yang saya telah sebutkan tadi telah dinaikkan daripada tahun-tahun sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus mengawasi kenaikan harga rumah dan jika perlu akan mengenakan langkah-langkah fiskal tambahan untuk memastikan harga hartanah tidak melambung dan membebankan pembeli rumah. Di samping itu juga, kerajaan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyediaan rumah mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan pertengahan dan rendah tidak ketinggalan atau tercicir di dalam memiliki rumah sendiri.

Berdasarkan kepada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sehingga penghujung tahun 2012, hanya 74.5% isi rumah memiliki rumah.

final • 8:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 8:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Menyedari masih terdapat rakyat di negara ini yang masih belum memiliki rumah sendiri, maka Kerajaan Barisan Nasional telah merancang untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Keduanya, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR). Bagi tahun 2014 sahaja, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM578 juta bagi memulakan pelaksanaan projek-projek PPR yang melibatkan pembinaan 16,473 unit PPR di seluruh negara ataupun RM2.392 bilion untuk lima tahun ini.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut RPGT, adakah pihak kerajaan sedar bahawa ada ketirisan tentang RPGT ini? Ini kerana apa juga sales & purchase akan dibuat semasa pembayaran pertama. Sebelum rumah dibina, apabila sampai rumah itu dibina lima tahun, ia telah lepas daripada syarat yang telah dikenakan oleh kerajaan dan masa itulah sebenarnya pembeli-pembeli akan membuat spekulasi.

Keduanya, tentang harga rumah tadi. Dari tahun 2009, kalau angka hutang isi rumah daripada 70% tetapi sampai ke tahun 2012, 2013 ia telah menjangkau kepada angka yang cukup menakutkan sekali– 89% ataupun RM800 bilion. Ini hutang isi rumah kerana kita membenarkan mereka membuat spekulasi. Membeli rumah lebih daripada satu, dua, tiga , selepas itu dijual semula untuk mendapatkan keuntungan. Apakah sebenarnya langkah kerajaan untuk menyekat perkara ini berlaku? Ini kerana harga rumah semakin meningkat. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Jasin. Memang ada sedikit. Bukan kekeliruan tetapi terpaksa dibuat satu penelitian dengan Kementerian Kewangan berkenaan dengan apa Yang Berhormat katakan tadi iaitu RPGT ini bermula pada tahap bila. Sama ada semasa S&P ditandatangani ataupun sewaktu rumah itu diserahkan kepada pembeli. Memang telah kita bincangkan dan kita sedang menunggu perbincangan yang lebih terperinci dengan Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan. Ini memang isu yang telah kita faham tetapi belum ada lagi keputusan Yang Berhormat yang didapati because soal tentang RPGT ini bukan di bawah percukaian, bukan di bawah kementerian saya. Ia saya terpaksa rujuk kepada Kementerian Kewangan tetapi isu ini memang satu isu yang perlu ditangani. Saya setuju sebab mungkin ada ketirisan di situ.

Keduanya tentang household debts ini. Saya dahulu Yang Berhormat ini memang sebenarnya amat merisaukan kita sebab terlalu tinggi. We are one of the highest. Akan tetapi, kalau kita dengar daripada pihak pembangkang, memang kata mereka ini salah kerajaan. Hutang terlampau banyak sedangkan keputusan untuk membeli barangan rumah, big ticket items ini adalah keputusan ahli keluarga masing-masing. Bukannya Kerajaan Barisan Nasional.

Akan tetapi, oleh sebab terlalu tinggi dan sebagainya itu kementerian saya telah membuat satu tindakan iaitu untuk meminta Bank Negara untuk mengenakan loan to value

(LTV) yang lebih tinggi. Ini bermakna untuk rumah yang ketiga dan sebagainya bukan lagi dapat dengan 10% down payment. Sekurang-kurangnya sekarang 30% dan kita minta supaya bank-bank sekarang ini kalau mahu memberikan pinjaman perumahan mesti berdasarkan kepada net income, bukan lagi gross income.

Kalau dahulu gross income. Kalau dahulu 10% pun untuk rumah ketiga pun bank masih lagi bagi pinjaman. Akan tetapi, kita sudah berbincang dengan Bank Negara untuk mengekang sedikit. Tidak boleh lagi, kalau rumah yang ketiga tidak boleh lagi hanya 10%, mesti sekurang-kurangnya 30% deposit dan untuk loan to value dan mesti berdasarkan kepada pendapatan bersih.

final • 8:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada kementerian di atas keprihatinan untuk memberikan pemilikan

final • 8:20 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

rumah yang lebih ramai lagi kepada generasi muda. Saya lihat sebagai contohnya, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang apa yang berlaku terutama sekali dalam negeri Selangor sebagai contohnya.

Saya difahamkan antara isu yang dibangkitkan oleh pemaju perumahan bagi membangunkan rumah mampu milik ini ialah isu conversion tanah, levi tanah dan juga premium tanah yang agak mahal. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan rumah mampu milik terutama sekali dalam Selangor ini iaitu dalam tanah terbiar kerajaan ataupun tanah kerajaan ataupun tanah GLC? Ini kerana saya lihat keperluan untuk memiliki rumah terutama sekali bagi generasi muda di Selangor ini amat mendesak sekali. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 8:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah tambah sedikit lagi?

final • 8:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Silakan.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 8:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah sedikit lagi tentang apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi selain daripada premium dan juga perkara-perkara yang telah dinyatakan, terdapat juga sekarang ini development chargers yang dahulunya selalunya dikenakan oleh pihak bandar raya ataupun pihak berkuasa tempatan di kalangan daripada Dewan Bandaraya dan juga perbandaran yang besar, tetapi saya melihatkan bahawa contohnya di negeri Perak sudah ada dasar tetapi belum diimplementasi secara menyeluruh ataupun secara spesifik. Ini kerana ia boleh mengikut jasa baik dan juga pertimbangan untuk pembangunan tanah-tanah.

final • 8:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Jadi, saya ingin menyentuh tentang development charges atau caj pembangunan selain daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Ini menambahkan lagi kos kepada pihak pemaju untuk membangunkan perumahan. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih kepada kedua-dua ‘kuala’, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Untuk Yang Berhormat Kuala Selangor, sebenarnya saya bersetuju premium ataupun ubah syarat tanah ini sebenarnya lebih banyak kepada kerajaan negeri dan saya sebenarnya berbincang. Bukan senang hendak mendapatkan tanah di negeri Selangor ini. Saya bagi contoh, tanah yang di bawah Sepang, Taman Dengkil, Permata, terlalu lama kita menanti. Duit sudah sampai.

Kita pegang duit itu, menunjukkan komitmen Barisan Nasional tetapi pemberian tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor belum lagi clear. Walaupun ada syarat isyarat daripada SS Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa tanah itu boleh diserahkan kepada kementerian untuk kita bangunkan. Akan tetapi sampai sekarang belum lagi dan saya minta Yang Berhormat Sepang yang agak diam kali ini supaya bantu saya.

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah bangun Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya tahu dia tunggu saya.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Supaya saya minta bantu dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Bantu saya untuk beritahu kepada Kerajaan Negeri Selangor cepatkan tanah tersebut. Keduanya, bantu saya untuk maklumkan kepada rakyat, penduduk Taman Permata itu, setahun yang lalu mereka katakan dan Yang Berhormat sendiri kata kepada saya bahawa rumah itu akan runtuh sebab itu mereka tinggal di khemah. Sekarang ini rumah itu masih lagi berada di situ dan telah pun disahkan selamat. Kalau boleh Yang

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Berhormat, Yang Berhormat beritahu kepada penduduk tersebut masuklah kembali ke dalam rumah itu kerana rumah itu selamat. Insya-Allah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 8:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, pertama– ini siapa yang jadi Menteri. Saya Menteri ke?

[Ketawa] Minta laluan daripada saya pula.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengakui memang kementerian telah memberikan aku janji akan menyediakan rumah. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, memang saya telah menulis surat kepada pihak kerajaan negeri untuk mempercepatkan proses penyediaan tanah untuk pembinaan rumah itu yang bagi pihak saya sebagai Ahli Parlimen saya telah melakukan tanggungjawab itu. Untuk makluman Yang Berhormat Menterilah. Saya rasa satu salinan surat itu pun saya telah berikan kepada pihak kementerian. Saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Menteri dapat atau tidak surat itu tetapi telah diberikan. Itu yang pertama.

Keduanya, dalam ucapan saya sebelum ini saya tidak katakan rumah itu akan runtuh. Saya kata rumah itu berlakunya keretakan. Kalau berlaku keretakan, mana-mana orang pun akan takut untuk tinggal di situ. Walaupun diberikan jaminan tidak akan runtuh tetapi kalau kita sebagai seorang pengguna, sebagai seorang tuan rumah, kalau kita tengok rumah kita retak memanglah kita akan rasa takut. Saya tidak sebut pun ia akan runtuh. Apa yang saya sebut ialah retak dan retak ini memang berlaku. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak perlulah twist and turn.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ringkaskan.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tidak, Yang Berhormat bukan. Saya melihat gelagat Yang Berhormat dalam Dewan lantang minta supaya Kerajaan Persekutuan buat itu ini.

final • 8:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Memanglah lantang. Dia lantang, saya pun lantanglah.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Cuma mungkin untuk kes ini yang ada kaitan dengan komitmen Yang Berhormat di kawasan Yang Berhormat sendiri agak kurang sedikit untuk menekan Kerajaan Negeri Selangor. Itu sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor, premium untuk ubah syarat tanah adalah kerajaan negeri. Itu sebabnya saya katakan. Dahulu sewaktu saya backbenchers, selalu menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang contohnya. Jangan ambil jalan tengah atau jalan mudah hanya untuk membina rumah kos rendah di Seberang Prai, di Tanah Besar, dengan alasan tanah di Pulau Pinang itu terlalu tinggi. Maka, dia bina di kawasan Batu Kawan contohnya, dengan alasan kononnya di situ lebih murah. Jadi, kalau dengan cara itu kita tahu bahawa penghijrahan rakyat Pulau Pinang yang mungkin tidak berkemampuan, maknanya pulau itu hanya untuk orang kayalah dan kita tahu. Kita tidak mahu ada agenda-agenda tertentu. Bina rumah kos rendah di kawasan Seberang Prai.

Tidak buat di Pulau Pinang. Di pulau itu sendiri berkorban tanah kerajaan bagi kepada KPKT contohnya ataupun agensi perumahan kerajaan negeri sendiri untuk membina rumah mampu milik di kawasan Pulau Pinang itu sendiri.

Saya hendak beri contoh perbezaan antara Pulau Pinang dan negeri Sabah.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, menghadap pada saya ya?

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Minta maaf. Terima kasih. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kasihan saya duduk seorang di atas sini.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Seperti negeri Sabah...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kena layan juga saya kalau tidak saya mengantuk. Sila, sila.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti negeri Sabah, Johor juga. Kedua-dua negeri saya dan negeri Timbalan Menteri saya. Di negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, mereka sanggup untuk memberikan bidang-bidang tanah yang mahal– RM30 juta, RM20 juta diberikan kepada KPKT dengan harga premium yang cukup luar biasa murah. Kerana apa? Kerajaan Barisan Nasional di Sabah faham, kita tidak boleh meletakkan penduduk yang tidak berkemampuan ini jauh. Jadi, letakkan dekat.

Begitu juga dengan Johor Bahru. Saya rasa negeri yang paling dinamik sekarang ini dengan dasar-dasar perumahan yang terbaik buat masa ini adalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Menteri Besar negeri Johor. Saya cukup berbangga dengan Menteri Besar Negeri Johor yang banyak autoriti.

final • 8:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Minta penjelasan.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Menteri authority yang mempunyai dasar-dasar yang lebih progresif.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Serdang.

final • 8:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak Yang Berhormat Menteri memberi sedikit penjelasan. Saya tahu tanah di Pulau Pinang memang mahal tetapi saya hendak tanya kalau Kerajaan Persekutuan memang prihatin, kenapa tanah di Tun Razak Exchange dan di tapak TUDM sekarang tidak diberikan kepada KPKT untuk membina rumah mampu milik? Kenapa hendak beri kepada 1MDB untuk mendirikan Tun Razak Exchange yang tidak ada orang miskin boleh tinggal di sana. Di TUDM pun.

Memang ada banyak perancangan untuk membina rumah dan juga membina commercial area yang tidak boleh diberikan kepada orang miskin untuk tinggal di sana. Sila beri penjelasan.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Serdang ini dia agak baru. Baru dalam Parlimen, jadi dia tidak tahu. Saya masih ingat lagi kalau dulu sewaktu parti Yang Berhormat mahu mengambil alih Pulau Pinang daripada Parti Gerakan, Barisan Nasional, salah satu perkara yang selalu dikatakan oleh mereka Yang Berhormat ialah, Tuan Yang di-Pertua ialah, Kerajaan Gerakan atau Parti Gerakan gagal untuk membina rumah mampu milik di pulau. Oleh sebab itu mereka katakan Parti Gerakan dihumban dalam laut digantikan oleh Parti DAP.

Jadi Yang Berhormat, you have to live up to your promise. Untuk Tun Razak Exchange dan sebagainya, itu memang betul, memang kawasan premium tapi that doesn’t mean, itu bukan bermakna Kerajaan Persekutuan tidak membina rumah di kawasan Wilayah Persekutuan. 3,000 kita buat di Bukit Jalil. It is there dan di kawasan-kawasan lain, tidak bermakna- cuma di Pulau Pinang ini agak glaring sedikit sebab Pulau Pinang itu adalah pulau. Jangan biarkan rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah terpaksa berhijrah ke Tanah Besar. Itu zalim namanya. Itu adalah satu proses yang saya rasa begitu zalim. Kerajaan Pulau Pinang harus memikirkan untuk membina rumah-rumah tersebut.

Berkorbanlah kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka untuk membina rumah mampu milik di Pulau, bukannya di tanah besar. Itu point saya.

final • 8:30 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan. Sedikit sahaja. Saya hendak Yang Berhormat Menteri memberi pandangan tentang dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan satu shared ownership scheme. Di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengeluarkan sebanyak 30% daripada jumlah nilai wang untuk dipinjamkan kepada orang miskin supaya mereka boleh membeli rumah.

Adakah Kerajaan Persekutuan ada rancangan seperti mana yang telah dikenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, sekejap ya.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Ya,

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua sudah ingatkan. Perkara-perkara baru tidak perlu dibangkitkan. Kalau dibangkitkan pun terpulang kepada Yang Berhormat Menteri sama ada Menteri hendak menjawab atau tidak. Kalau boleh kita hari ini hendak sampai kepada Kementerian Pertahanan kalau boleh.

Jadi, perkara-perkara baru ini tidak perlulah ditimbulkan. Ya, sila.

final • 8:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya faham sangat apa yang Tuan Yang di-Pertua maksudkan. Saya cuma hendak beritahu kepada Yang Berhormat Serdang, nice try. Pulau Pinang beri pinjaman RM30,000.

Untuk makluman Yang Berhormat Serdang, Kerajaan Barisan Nasional bukan bagi pinjaman, kita bagi free RM30,000 kepada rakyat untuk membeli rumah MyHome. So, nice try there, but not there yet. Yang Berhormat Kangar, Pulai dan Labuan, Setiu.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja bangun.

final • 8:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 8:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat ada menyebut tentang tanah di negeri Selangor. Saya ada dalam ucapan saya, bagi pihak negeri Selangor, menyebut tentang tanah-tanah KTMB, Perbadanan KTMB, yang sekarang ini aset-aset ini bukan berkaitan dengan business KTMB yang dicadangkan kepada kementerian untuk ambil tanah-tanah ini ataupun dilupuskan kepada negeri Selangor untuk dibina rumah-rumah mampu milik dan rumah kos rendah (RKR). Ini satu. Itu saya tidak tahu sama ada siapa yang hendak menjawabnya tetapi saya bangkitkan di bawah perumahan.

Kedua ialah, ini daripada Exco perumahan minta saya sampaikan perkara ini ialah tentang sama ada, ada dana untuk rakyat yang ditawarkan rumah kos rendah (RKR) tetapi mereka tidak ada 10% pendahuluan itu untuk membayar pendahuluan itu. Jadi, di manakah harus mereka mendapatkan dana ini? Adakah KPKT boleh membantu untuk tujuan ini?

Ketiga, sebab ini masuk bawah rumah mampu milik. Kerajaan Negeri Selangor juga telah menyediakan satu dana RM50 juta untuk sebagai pinjaman kepada kumpulan- kumpulan tertentu yang tidak layak mendapat pinjaman daripada bank, yang tersenarai bawah CTOS, CCRIS, bankrap dan sebagainya untuk membolehkan mereka membeli rumah. Akan tetapi malangnya, pihak bank telah tidak mahu menerima tanggungjawab untuk menjadi pengurus kepada pinjaman dana ini. Bolehkah Kementerian Perumahan membantu Kerajaan Selangor dalam hal ini? Terima kasih.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Satunya, tanah-tanah KTMB, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, kita telah membuat kajian terperinci. Jabatan Perancang Bandar dan Desa di bawah kementerian saya telah membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti tanah-tanah KTMB, kereta api, di seluruh Malaysia yang boleh digunakan untuk projek-projek perumahan mampu milik.

Saya tidak ada masalah kalau Kerajaan Negeri Selangor berkongsi tanah itu untuk membina rumah. After all, you have RM3 billion there yang you tidak utilize lagi, reserve negeri Selangor. Akan tetapi ini mesti mendapat persetujuan daripada tuan punya tanah, KTMB terutamanya dan juga tanah-tanah sekeliling stesen tersebut yang mungkin dipunyai

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

oleh orang awam yang mungkin tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut kerana terlalu dekat dengan stesen kereta api. Itu juga kita telah kenal pasti untuk kita ambil alih. Jadi, saya bersetuju Yang Berhormat.

Keduanya tentang RKR 10% tadi. Kita tidak mempunyai spesifik program untuk memberikan pendahuluan 10%, tetapi kalau Yang Berhormat berminat, rakyat di negeri Selangor sudah tentu boleh juga memohon Program MyHome ini yang mana MyHome 1 ini yang di Semenanjung Malaysia untuk harga pasaran jualan rumah di antara RM80,000 sehingga RM120,000. Kita boleh membantu mereka dengan bukan lagi 10%, Yang Berhormat, tetapi hampir RM30,000 yang kita boleh bantu kepada mereka.

Untuk MyHome yang skim kedua iaitu yang higher sedikit, RM120,000 hingga RM200,000 seunit dengan keluasan 850 kaki persegi minimum, mereka juga boleh memohon untuk MyHome. Kita bagi RM30,000. Up to RM30,000 per unit. Tidak kiralah sama ada dia rakyat penyokong kita kah, penyokong PKR kah, asalkan rakyat Malaysia insya-Allah kita akan cuba membantu.

Berkenaan dengan RM50 juta, tentang muflis tadi itu, itu di luar bidang kuasa saya tetapi saya bersetuju, mereka yang muflis atas sebab tertentu seperti membantu kawan untuk menjadi peminjam dan sebagainya... Akan tetapi itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Ahli Yang Berhormat Kangar, Ahli Yang Berhormat Pulai, Ahli Yang Berhormat Labuan, Ahli Yang Berhormat Setiu...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua yang bangun ini.

final • 8:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Maaf.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Kota Raja.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Yang Berhormat Kota Raja dahulu.

final • 8:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Itulah yang kita minta iaitu sekiranya Kementerian Perumahan boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan, kerana duit itu atau dana itu datang daripada negeri Selangor. Sekarang kita perlu pihak bank untuk mengurus. Ada tiga bank sudah tolak, tidak boleh. Katanya ini adalah polisi Bank Negara dan ini menyusahkan. Sebab dana itu sudah ada. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Yang Berhormat, yang sebenarnya Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Yang Berhormat Rembau, memang ada program ini. Program untuk memberi peluang kedua kepada pemuflis, mereka yang muflis. Saya kira ini satu program yang mungkin kita boleh ketepikan perbezaan pendapat dari segi politik dan boleh bekerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Pemuda Barisan Nasional. Saya alu-alukan yang itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Ahli Yang Berhormat Kangar, Ahli Yang Berhormat Pulai dan Ahli Yang Berhormat Labuan serta Ahli Yang Berhormat Setiu...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, sedikit pasal isu perumahan.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Sedikit lagi, sedikit lagi.

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ya Yang Berhormat Menteri, tadi saya... Tentang isu pembelian perumahan ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian ada dalam cadangan untuk review balik perjanjian jual beli yang standard yang dalam Akta Pemaju Perumahan? Ini kerana ada beberapa isu, lingering issue yang saya rasa yang perlu diselesaikan sebab sudah beberapa kali dibawa ke mahkamah. Antara contohnya the meaning of vacant position yang kadang-kadang...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi, saya harap kalau boleh sudah sampai masanya ada beberapa klausa dalam perjanjian itu yang boleh direview. Saya mencadangkan supaya diberikan tafsiran yang jelas dalam agreement itu sendiri supaya kita mengurangkan kes-kes ke mahkamah ini. Ini kerana apabila pembeli ini sudahlah mereka terpaksa dapat kadang-kadang kunci lambat, selepas itu terpaksa saman pemaju, pakai duit lagi. Jadi, saya harap kementerian boleh mengambil sikap proaktif untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara baru. Akan tetapi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat nanti untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah saya. Sebenarnya Yang Berhormat, untuk makluman, waktu saya jadi menteri dahulu awal- awal lagi, saya sudah minta kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menamakan saya tiga orang wakil rakyat daripada Pakatan, satu daripada PAS, satu daripada DAP, satu daripada PKR, untuk sentiasa bersama saya dengan kementerian membincangkan isu-isu.

Akan tetapi sampai sekarang Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mahu menamakannya. Jadi, mungkin dia boleh namakan Yang Berhormat dan Yang Berhormat boleh datang bila-bila masa ke kementerian saya untuk mendapatkan penjelasan tentang...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Buat satu program...

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Ya, tetapi ini tidak...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Buat secara rasmilah supaya kita boleh ini...

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Saya tahu tetapi itu tidak...

final • 8:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya bersetuju untuk ini, untuk...

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Datang, tidak ada masalah. Saya bagi minum kopi, tidak ada masalah. Yang Berhormat, kita terbuka, Barisan Nasional terbuka. Datang, bantu kita untuk menangani isu perumahan. No harm done.

Ahli Yang Berhormat Kangar, Ahli Yang Berhormat Pulai, Ahli Yang Berhormat Labuan dan Ahli Yang Berhormat Setiu turut membahaskan mengenai pembinaan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kangar, sehingga Februari 2014, dua projek melibatkan pembinaan 1,228 unit rumah PPR di Kangar, Perlis telah siap dilaksanakan, manakala satu projek di Kuala Perlis mengandungi 200 unit rumah dijangka akan siap pada tahun 2014. Bagi perancangan projek baru tahun 2014, kementerian bercadang untuk melaksanakan satu projek melibatkan pembinaan 400 unit rumah PPR di Arau, Perlis.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian bersedia mempertimbangkan pembinaan rumah PPR sekiranya terdapat keperluan dan juga permohonan. Bagi pembinaan PPR di sesuatu tempat daripada kerajaan negeri, ia tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, kerajaan negeri harus memainkan peranan Tuan Yang di-Pertua, bersama-sama dengan menyediakan saiz tanah yang secukupnya di kawasan yang bersesuaian yang dikenal pasti berasaskan jumlah keluarga yang hendak dipindahkan.

Selain itu, pihak kerajaan negeri juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan jumlah rumah yang mampu dimiliki dalam pasaran sebagaimana yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat Pulai dan Ahli Yang Berhormat Labuan. Untuk makluman, bagi pemajuan perumahan di atas tanah swasta, pihak berkuasa negeri akan menetapkan supaya pemaju melaksanakan rumah kos rendah dan kos sederhana mengikut kuota yang ditetapkan. Sebagai contoh, di negeri Johor, kerajaan negeri telah menetapkan kuota pembinaan rumah mampu milik sehingga 40% daripada jumlah keseluruhan pembangunan sesebuah projek perumahan.

Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam bersama-sama Kerajaan Persekutuan dengan memainkan peranan aktif dalam memastikan perumahan yang mencukupi haruslah dipuji dan wajar dicontohi oleh negeri-negeri yang lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Johor juga telah mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik yang telah ditetapkan dan juga menetapkan nilai harga rumah yang boleh dibeli oleh warga asing pada nilai RM1 juta dan ke atas sahaja.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Begitu juga Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Negeri Sabah telah menyerahkan, seperti mana yang saya katakan tadi, tanah di lokasi yang agak strategik dan premium dan bernilai tinggi kepada kementerian untuk pembinaan projek di bawah projek perumahan rakyat. Kerajaan Negeri Sarawak pula telah mewujudkan land bank dengan membeli tanah-tanah di lokasi yang sesuai untuk pembinaan rumah mampu milik.

final • 8:40 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

Ini Tuan Yang di-Pertua, saya tengok sekarang ini termasuk juga Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri, kita tidak mempunyai perancangan untuk membeli tanah. Kita mahu tanah kerajaan digunakan untuk membuat rumah tapi kita juga tahu bahawa tanah kerajaan juga semakin lama semakin mengecil. Sebab itu saya ingin mengesyorkan di sini kepada kerajaan negeri supaya bermulalah untuk membeli tanah. Tak apa walaupun harga tanah itu sekarang mahal, saya pasti harga tanah itu akan bertambah lagi di masa akan datang, lima tahun, sepuluh tahun daripada sekarang.

It’s time to build up the land banks. Itu yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak sekarang ini iaitu mereka membelanjakan wang untuk membeli tanah-tanah yang strategik di kawasan-kawasan bandar walaupun dianggap mahal pada waktu ini tetapi lima tahun, sepuluh tahun daripada sekarang pelaburan mereka itu akan bertambah nilainya dan boleh juga sepuluh tahun daripada sekarang boleh digunakan untuk membina rumah mampu milik.

Negeri-negeri sekarang ini kurang ambil perhatian. Jadi saya sarankan kerajaan- kerajaan negeri untuk mengikut contoh Kerajaan Negeri Sarawak dan gunakan wang kerajaan untuk mewujudkan land bank di lokasi-lokasi yang strategik di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian saya juga dalam perancangan untuk mewujudkan inventori tanah untuk tujuan pembinaan projek PPR dan juga projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang mana kalau PPA1M ini dibangunkan di kawasan Wilayah Persekutuan, kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Wilayah Persekutuan tapi di luar kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diselaraskan oleh kementerian saya. Kita telah mendapat komitmen daripada UKAS untuk memberikan facilitation geran dan mudah cara kepada pemaju-pemaju perumahan yang membuat perumahan khusus untuk penjawat awam sehingga 25% daripada kos pembinaan rumah tersebut. Jadi diharapkan melalui usaha ini rakyat dapat memiliki rumah yang selesa di lokasi yang bersesuaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan saranan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat Johor Bahru, Kuala Kangsar dan Kinabatangan bahawa kualiti pembinaan rumah termasuklah penyediaan kawasan lapang dan hijau yang mencukupi patut dititikberatkan dalam sesebuah kemajuan perumahan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak berkuasa perancangan tempatan telah menetapkan supaya 10% daripada kawasan yang dicadangkan untuk sebuah pemajuan perlu dirizabkan sebagai kawasan lapang yang kemudiannya perlu diwartakan oleh pihak berkuasa negeri mengikut peruntukan seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN) (Majlis Tanah Negara Ke-59, tahun 2003) yang diputuskan dalam Majlis Tanah Negara.

Bagi memastikan dasar ini dipatuhi, pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa perancang tempatan perlulah bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan di kawasan masing-masing memenuhi kehendak dan hasrat penyediaan kawasan lapang yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan agenda perumahan yang direncanakan oleh kerajaan ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi impak kepada rakyat, kerajaan telah mewujudkan Majlis Perumahan Negara ataupun MPN dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Lenggong, Majlis Perumahan Negara telah ditubuhkan bagi merangka strategi dan pelan tindakan secara menyeluruh, menyelaras aspek perundangan dan mekanisme harga hartanah serta penyediaan rumah dengan lebih cekap dan cepat. MPN ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan keanggotaan MPN terdiri daripada agensi-agensi yang berkenaan.

Selain itu, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil kerajaan negeri,

final • 8:50 PM

Datuk Abd Rahman Dahlan

wakil pemaju perumahan seperti REHDA, SHAREDA dan SHEDA dan juga lain-lain industry players dengan izin, yang berkaitan. Jawatankuasa ini berperanan sebagai mesyuarat persediaan kepada MPN dan isu serta cadangan yang bersesuaian daripada jawatankuasa ini akan dibangkitkan dalam MPN.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan merupakan satu cabang yang penting di bawah kementerian saya yang berperanan besar dalam memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat di seluruh negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang prihatin yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan kebombaan di kawasan mereka.

Ahli Yang Berhormat Sepang menyatakan bahawa gaji yang diterima oleh anggota bomba adalah rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gaji anggota bomba dan penyelamat adalah setara dengan anggota perkhidmatan awam yang lain. Bagi pegawai bomba gred KB17, KB29 dan KB41, gaji serta elaun-elaun yang diterima adalah seperti berikut. Untuk KB17, gaji permulaan RM936. KB29 RM1,705, KB41 RM1,925 dan banyak lagi. Ada COLAnya, imbuhan tetap perumahan tapi yang penting, ia adalah setara dengan anggota perkhidmatan awam yang lain.

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, boleh?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Sila.

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Menteri. Untuk makluman Menteri, sebelum saya bertanyakan soalan tentang bomba ini, saya telah berjumpa dengan pihak bomba Sepang dan mereka yang minta supaya saya bangkitkan persoalan ini. Terima kasih kepada jawapan itu semua tetapi saya rasa mereka memberitahu kepada saya, mereka boleh dikatakan bekerja hampir 24 jam. Sebagai contoh, saya tak tahu bomba di tempat lain tetapi di Sepang itu untuk makluman Menteri, bila saya ziarah di situ mereka memberitahu khususnya dalam masa kemarau ini mereka boleh dikatakan tidur di situ 24 jam, maknanya mereka tak balik rumah langsung. Maknanya sacrifice mereka memang satu sacrifice yang maksimumlah.

Jadi saya rasa walaupun tadi kata gaji RM900 lebih itu saya rasa dalam konteks sekarang ini khususnya mereka tinggal di kawasan-kawasan yang agak urban ini memang rendah. Jumlah anggota bomba di Sepang itu saya difahamkan hanya 20 orang di Pekan Sepang itulah. Kalau boleh saya minta Menteri review juga gaji ini saya minta supaya sekurang-kurangnya bila gaji asal, gaji pokok ini sekurang-kurangnya kalau lebih RM1,000 ke atas itu lebih baiklah, saya mencadangkan.

Yang keduanya Menteri, saya rasa anggota bomba itu mesti ditambah sebab sewaktu berlaku musim kemarau ini dan berlaku banyaknya kebakaran ini memang mereka mengakui memang tak cukup tenaga. Sebab itulah di peringkat Ahli Parlimen dan juga DUN yang kita menang, kita memang bersama dengan bomba ini untuk buat apa yang dipanggil bomba sukarelawan, something like that untuk kita sama-sama cuba membantu setakat yang kita mampu. Saya mengharapkanlah pihak kementerian tolonglah, tolong walaupun dikatakan gaji itu RM900 lebih itu tapi saya rasa dalam dunia sekarang, dengan cost of living, dengan banyaknya kenaikan harga barang dan sebagainya, RM900 lebih ini memang satu yang begitu rendah. Tak sepadan dengan sacrifice yang mereka tunjukkan.

Menteri, sekejap Menteri. Satu lagi saya minta maaf, tapi saya bersedia untuk jawapan bertulis, tadi saya terlupa. Taman KLIA Indah yang mengalami rumah retak, saya tanya soalan tapi saya minta Menteri tolong bagi jawapan sebab dalam tahun lepas tak silap saya, saya ada bangkitkan tapi saya tak dapat jawapan bertulis walaupun dijanjikan.

Saya minta tolonglah sebab ini mereka telah beberapa kali bertanya kenapa tak dapat jawapan bertulis. Tolong, Menteri. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih. Rupanya kalau pukul 8.00–9.00 malam ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepang ini dia gentlemen sikit, temperature tak naik.

[Ketawa]

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Eh, pasal bomba mana boleh gaduh-gaduh. Pasal bomba tak payah gaduh.

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tak apa, tak apa. It’s okay, saya usik sahaja. You know, have a humor, please. Untuk makluman, KB17...

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Dia kalau pukul 9.00, dia bateri dah habis.

final • 8:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

I used to be like you but… [Ketawa] Baiklah Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis tadi dan telah dicelah oleh Yang Berhormat Sepang. Sebenarnya begini:

GredGaji Pokok RMImbuhan Tetap Perumahan RMCOLA - RMImbuhan Tetap Khidmat Awam - RMJumlah (Menggunakan COLA RM300) - RM
KB17936275300/1501151626
KB291705420300/1501602585
KB411925450300/1503002975

Tapi ada satu lagi yang saya nak maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sepang. Kerajaan turut memberi elaun dan insentif tambahan bergantung pada keunikan dan tahap risiko tugas di mana pegawai bomba ini ditempatkan bertugas. Antaranya bayaran insentif bomba RM110 sebulan bagi anggota bomba yang berkhidmat 12 jam sehari dan RM220 bagi yang berkhidmat 24 jam sehari. Even this even possible lah 24 jam sehari. HAZMAT, yang apa nama ini Hazardous Material Management ini, yang mengendalikan ini akan dapat RM100 sebulan. Mereka yang mengendalikan emergency medical rescue services (EMRS) diberi lagi RM100 sebulan dan juga pasukan penyelamatan di air ataupun skuba juga RM100 sebulan.

final • 8:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Saya telah melawat kawasan yang terbakar di kawasan Yang Berhormat itu. Betul mereka tidur berkhemah di situ dan saya telah melawat mereka dan memang cabarannya cukup besar Tuan Yang di-Pertua. In one aspect saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang, kita harus melihat semula kepentingan dan kebajikan anggota-anggota bomba yang berada di seluruh negara yang sekarang ini terlibat dengan berbagai-bagai cabaran kebakaran, kemalangan, kemudian kemarau, banjir dan macam-macam lagi. Jadi bermula 1 Jun...

final • 9:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit, sedikit.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Bermula 1 Jun 2013, kerajaan juga telah memberikan perlindungan insurans kepada setiap pegawai bomba di bawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok. Skim insurans ini memberi manfaat khairat kematian dan manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal dengan nilai perlindungan maksimum RM18,000. Ingin saya tegaskan di sini bahawa gaji, elaun dan juga insurans ini akan dikaji semula oleh kerajaan dari semasa ke semasa agar kebajikan anggota-anggota bomba kita sentiasa terjaga dan tidak terabai.

final • 9:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit sahaja. Permintaan mereka, saya pun tidak pasti. Saya tidak ada maklumat itu. Mereka mengatakan kalau boleh samakan dengan lebih kurang gaji pihak polis. Saya tidak tahu. Saya tidak ada angka gaji polis macam mana. Jadi, saya tidak

final • 9:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

tahulah adakah mereka sudah buat homework tentang perkara itu tetapi walau bagaimanapun saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memainkan peranan untuk menjadi suara mereka dalam Kabinet untuk menyampaikan hasrat pihak bomba ini. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Memang tugas saya Yang Berhormat. Saya memang Menteri yang bertanggungjawab atas bomba dan saya akan bawa isu-isu ini ke perhatian Kabinet. Cuma satu lagi sebelum saya berpindah ke point yang lain Tuan Yang di-Pertua, Kabinet telah meluluskan untuk mewujudkan bomba bantuan. Selama ini kita ada bomba sukarela. Ada satu lagi sayapnya iaitu bomba bantuan seperti polis bantuan atau auxiliary police, yang mana kita boleh memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik dengan bomba bantuan ini kerana mereka ini adalah separa rasmi. Mereka bekerja seperti biasa tetapi juga melalui training bomba dan sebagainya dan boleh dipanggil pada bila-bila masa. Kita sedang menentukan peraturan-peraturan sahaja untuk akta ini dan insya-Allah bomba bantuan ini kita akan lancarkan dalam masa yang terdekat ini. Seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Kapar...

final • 9:00 PM

Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sedikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang pasukan bomba sukarela. Di kawasan saya ada satu pasukan bomba sukarela yang sangat aktif.

Sebenarnya dalam musim kemarau mereka pernah satu hari selamatkan lapan tempat kebakaran liar. Jadi, untuk menghargai sumbangan mereka saya sudah buat jamuan dan berikan sijil penghargaan kepada mereka. Saya hendak minta kementerian, apakah bentuk penghargaan yang kementerian boleh berikan kepada pasukan-pasukan yang aktif seperti ini? Sekian.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Kita sedang memantau juga. Saya terdengar juga cerita bomba sukarela di Tebrau itu dan kita memang memantau dan pasukan bomba sukarelawan yang berfungsi dengan baik itu akan kita bantu, insya-Allah. Kita akan bantu bukan sahaja dari segi pengiktirafan tetapi juga dengan pemberian kelengkapan-kelengkapan yang baru. Yang Berhormat, kalau boleh tulis surat kepada saya sebab sudah terbukti bomba sukarelawan itu telah menyelamatkan banyak harta dan mungkin juga nyawa penduduk di situ. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat yang telah berikan makan free kepada bomba. Ini yang bomba perlukan.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Kapar ada mencadangkan supaya sebuah balai bomba baru dibina di Kapar. Untuk makluman, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di kawasan Kapar, Selangor telah diluluskan untuk dilaksanakan dan dijangka pembangunannya dimulakan pada pertengahan tahun 2014. Sekali lagi walaupun kawasan yang tidak begitu friendly.

Tuan Yang di-Pertua, pengurusan sisa pepejal. Beberapa Ahli Yang Berhormat turut membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal di negara ini terutamanya mengenai pembinaan incinerator dan tapak pelupusan sisa pepejal. Ahli Yang Berhormat Hulu Langat telah menyatakan sokongan beliau terhadap usaha kerajaan untuk membina kemudahan-kemudahan pengurusan sisa pepejal di negara ini dan mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan pendedahan yang ilmiah kepada rakyat supaya mereka lebih memahami usaha kerajaan ini. Saya rasa Yang Berhormat yang satu ini, Yang Berhormat daripada Hulu Langat ini is a very rational person. Dahulu waktu Lynas pun dia juga yang berani ke depan dan menunjukkan fakta saintifik mengenai ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sememangnya terbuka dalam membincangkan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan. Ini bagi memastikan usaha yang digembleng kerajaan ini difahami oleh seluruh rakyat. Selain itu Ahli Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kepong juga turut mencadangkan supaya kerajaan terus mempergiatkan program pengasingan sisa pepejal dan menggalakkan program 3R di negara ini iaitu reduce, recycle and reuse. Cadangan Yang Berhormat ini amatlah baik dan untuk makluman, perkara ini telah dilaksanakan oleh kementerian melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Selain daripada sesi engagement dan hebahan media, kementerian juga akan mengadakan lawatan ke loji incinerator. Kalau itulah teknologi yang dipakai...

final • 9:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Ya. Kalau itulah teknologi yang akan dipakai, kita akan gunakan lawatan ke Jepun itu yang akan disertai oleh wakil-wakil parti politik yang terpilih, NGO dan pemimpin-pemimpin penduduk tempatan yang terlibat dalam projek...

final • 9:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

...Loji waste-to-energy di Kepong ini. I will give you sekejap lagi. Lawatan akan dibuat ke loji-loji waste-to-energy yang berada berdekatan di kawasan perumahan, sekolah atau hospital di Tokyo dan juga bandar-bandar besar di Jepun. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membolehkan delegasi melihat sendiri dan memahami tahap penerimaan masyarakat Jepun terhadap loji-loji waste-to-energy yang dibina di kawasan mereka. Lawatan ini dijadualkan pada bulan April ataupun bulan Mei tahun ini dan diharapkan melalui program-program yang akan diadakan secara berterusan ini dapat memberi pendedahan dan seterusnya rakyat akan faham mengenai agenda-agenda pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh kerajaan.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Serdang.

final • 9:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Saya hendak dapatkan sedikit pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan pertama ialah tadi Yang Berhormat Menteri telah kata bahawa pemisahan sisa pepejal telah dilaksanakan. Saya hendak confirm bahawa ini telah dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan kerana sebagaimana yang saya tahu walaupun di setengah-setengah tempat trial period telah dikendalikan oleh Alam Flora tetapi ini adalah trial sahaja bukan menyeluruh. Bukan semua tempat di Wilayah Persekutuan dan saya juga mendapat aduan bahawa kebanyakan tempat ini yang telah diberikan tong, satu untuk recycle satu untuk sisa pepejal yang biasa, pengutip sampah Alam Flora itu mereka mengambil isi-isi kandungan kedua-dua tong ini dan mereka dan mereka buangkan ke dalam satu tempat yang sama. One garbage truck yang sama. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat terkeliru. Apa yang saya katakan tadi tentang perkara ini telah dilaksanakan oleh kementerian ialah apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Hulu Langat iaitu mencadangkan supaya kerajaan terus mempergiatkan program ilmiah tentang mempromosikan program pengasingan sisa pepejal dan menggalakkan Program 3R di negara ini. Itu yang saya sebut tadi dan saya katakan cadangan Yang Berhormat daripada Hulu Langat itu amatlah baik dan untuk makluman perkara ini telah dilaksanakan oleh kementerian. Therefore what I am trying to say, dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah program-program pengasingan dan juga advocacy ini telah dijalankan dan sedang dijalankan dan akan terus dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam...

final • 9:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Ya betul, saya setuju ada masa-masa dan ketikanya Tuan Yang di-Pertua isu ini agak rumit. Kita hanya ada lebih kurang 10% hingga 11% isi rumah yang menggalakkan recycle dan di kawasan-kawasan yang memerlukan pengasingan ini saya setuju kalau dibuat pengasingan at source ataupun di rumah dan akhirnya tidak dapat diangkut secara berasingan akhirnya dimasukkan semula semua dalam satu lori, itu pun satu cabaran yang cukup besar kepada concessionaires. Akan tetapi ada kawasan-kawasan yang telah dibuat malah kalau ada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai tiga bin tadi mereka digalakkan untuk pergi ke communal bins like one in Putrajaya, there are few places di Putrajaya yang saya rasakan boleh dibuat. Itu pun kita mempunyai masalah sebab kadang-kadang...

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Serdang duduk dahulu.

final • 9:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

...Sebabnya ialah ada juga isi rumah yang tidak mempunyai kesedaran ini walaupun ini amat penting. Saya bagi kepada Yang Berhormat Kota Raja dahulu.

final • 9:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya memang selalu terujalah bila kita bercakap mengenai 3R ini. Akan tetapi ada satu perkara saya fikir kena ada sedikit peraturan dan undang-undang terutamanya mengenai penggunaan plastik yang saya kira di negara kita sangat murah. Kalau siapa yang biasa pergi ke pasar malam itu kita tahu, kita beli satu barang kadang dua plastik minimum, kalau barang basah tiga plastik atau empat plastik. Jadi tidakkah kementerian berhasrat untuk kita mengadakan satu tarikh sasaran di mana satu hari di negara kita, kita akan mungkin mengharamkan penggunaan plastik secara berperingkat.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Saya mengalu-alukan hasrat itu Yang Berhormat.

Saya mendengar dengan teliti ucapan-ucapan Yang Berhormat mengenai 3R ini. Saya rasa untuk program yang akan datang ini saya hendak bekerjasama dengan Yang Berhormat untuk buat program kesedaran di kawasan Yang Berhormat mengenai 3R ini.

Yang Berhormat I’ll go to your place to Kota Raja dan kita buat satu program untuk mempromosikan lagi aktiviti 3R ini.

final • 9:10 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

[Bangun]

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

It is good. I think we need the bipartisan move in this sebab terutamanya di Selangor dan juga di kawasan-kawasan di Kuala Lumpur. Ini sebab walaupun Ahli Parlimennya adalah dari pembangkang we must put aside our differences sebab isu ini agak besar.

final • 9:10 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Ya saya juga mengalu-alukan Menteri datang ke kawasan saya, Serdang untuk buat aktiviti 3R seperti ini. Sebagaimana yang saya tahu Menteri sebelum Menteri yang ada sekarang telah mengumumkan bahawa pengasingan sisa pepejal ini sepatutnya bermula di akhir tahun 2012. Yang Berhormat Chor Chee Heung sekarang tidak ada bukan Menteri lagi. Juga pada masa yang sama mengikut Akta Sisa Pepejal ataupun Waste Management and Public Cleansing Act 2006, Director General ada kuasa untuk memaksa ataupun mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk mengasingkan separation at source. Jadi kenapa ini belum lagi dikendalikan walaupun kuasa ada di tangan Director General, Jabatan Sisa Pepejal.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Yang Berhormat satu cadangan cukup baik but I need commitment from your side. Ini sebab isu ini selalunya dipolitikkan. Apabila kita memperkenalkan dasar-dasar baru atau undang-undang ini akan- I’ll get your commitment daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat bersama-sama dengan Barisan Nasional ingin memulakan satu undang-undang baru, peraturan baru yang mewajibkan supaya separation at source ini dilaksanakan di negara ini, I’m the happiest man. Akan tetapi saya kurang pasti whether or not your side is ready for that.

final • 9:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri...

final • 9:10 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

*When you can give commitment we can go for it.

It’s not a problem.*

final • 9:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya di Selangor hari Sabtu sudah dijadikan free plastic day. Itu makna dia komitmen kita, Penang pun begitu juga. Jadi saya ingat dalam isu alam sekitar terutamanya dalam pengasingan sampah, saya ingat tidak ada benda yang politicallah di sini. Jadi kalau Menteri berhasrat, sebenarnya ramai Ahli-ahli Parlimen bertindak dalam hal ini cuma kita tidak boleh melakukan berseorangan. Ini sebab bergantung juga kepada KPKT, PBT dan juga sebagainya dan kemampuan yang telah disebut oleh Menteri tadi. Tentang bila kita mengasingkan sampah at source tetapi akhirnya yang mengangkat sampah itu dilonggokkan balik semula.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Raja I have a problem. Let me tell you what the problem is in the first place. Sebelum kita masuk

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

kepada isu itu, Akta Pelupusan Sampah yang ada sekarang ini pun tidak terpakai oleh kerajaan negeri, tidak dipakai. Saya tidak boleh menguatkuasakan Akta Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Selangor. Oleh sebab kerajaan negeri belum lagi bersetuju untuk mengaplikasikan akta tersebut di negeri Selangor. So this is the problem. Yes, akta itu mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu tetapi saya hanya boleh mengaplikasikan kepada negeri-negeri yang menerima pakai akta tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, Selangor has not done it. Belum lagi menerima pakai akta ini, jadi tangan saya agak...

[Sambil membuat aksi tangan] Jadi saya cadangkan Yang Berhormat berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Bandar Tun Razak minta supaya Selangor- saya tahu masalah sampah di Selangor ini agak kronik supaya without political interest bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan, terima pakai akta ini dan kita akan buat penstrukturan semula. Insya-Allah isu-isu sampah di kawasan negeri Selangor ini akan dapat diselesaikan. Okey? Jadi Akta 672 ini belum lagi diterima pakai.

final • 9:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi Menteri saya ingat akta ini bukan sangat tentang implementasinya...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

But I don’t have the power.

final • 9:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Maaf, sorry. Maaf tetapi adalah oleh kerana dari segi pelaksanaannya kalau mengikut Akta Pelupusan itu ianya di bawah konsortium-konsortium tertentu. Ini adalah perkara yang saya kira elok pihak Menteri sendiri yang bersama dengan Yang Berhormat Bandar Tun Razak dalam hal ini. Ia adalah it’s about awarding contract, you see. It is not about how sampah diangkat.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Yang Berhormat, masalahnya isu yang dibawa oleh Yang Berhormat ini adalah di luar kawalan akta. Di dalam negeri-negeri yang menerima pakai akta ini kita sedang ada kutipan two plus one, dua kali sampah biasa dan sekali sampah yang recycle. Ada, kita ada.

final • 9:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, kita pun ada juga begitu.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

But my point. Okeylah I think kita jumpa dengan Yang Amat Berhormat Bandar Tun Razak kalau sekarang ini dadanya terbuka untuk menerima Langat 2, mungkin insya-Allah akta ini pula akan diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ahli Yang Berhormat Kepong turut membahaskan isu mengenai Loji Waste to Energy di Kepong. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kementerian akan memastikan bahawa pembinaan dan pengoperasian Loji Waste to Energy atau incinerator kalau itu teknologinya, mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Antarabangsa serta perundangan yang berada di bawah kawalan agensi lain semasa melaksanakan pembangunan Loji Waste to Energy ini. Ini bagi memastikan kesihatan masyarakat sekitar sentiasa terjaga dan alam sekitar akan terpelihara.

Bagi memastikan loji-loji yang dibina selamat, setiap fasa pelaksanaan akan dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan penuh teliti. Umpamanya sebelum pelaksanaan projek akan ada kajian penilaian awal tapak, akan ada air dispersion modeling dengan penilaian risiko. Akan ada kajian penilaian kesan alam sekitar terperinci yang akan menentukan kesesuaian pelaksanaan projek dan akan menggunakan teknologi yang terbukti dan terkini melalui tender terbuka antarabangsa melalui kaedah PFI.

Semasa pembinaan Tuan Yang di-Pertua, reka bentuk dan spesifikasi loji akan dipantau supaya mematuhi tawaran yang dikemukakan kepada kerajaan dan juga memastikan kontraktor sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan DEIA semasa pembinaan. Semasa operasi incinerator itu tadi kalau itu teknologi yang terpakai, kerajaan akan terus memantau operasi loji secara berterusan untuk melihat tahap pencemaran udara melalui continuous emission monitoring system dengan izin atau CEMS.

final • 9:10 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

[Bangun]

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Sekiranya didapati pihak operator loji tersebut tidak mematuhi ketetapan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar, semasa kelulusan DEIA

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

maka operator loji akan dikena kompaun atau operasi loji akan dihentikan sehingga tindakan penambahbaikan diambil.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Minta penjelasan.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kepong bangun.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Saya bagi pada Yang Berhormat Kepong dahulu.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan pada Dewan yang mulia ini anggaran perbelanjaan untuk loji tersebut? Juga bolehkah Yang Berhormat dengan secara terbuka, secara telus kita memberi kepada rakyat jelata bagaimana janji Yang Berhormat dan kementeriannya untuk memastikan tidak wujudnya pencemaran di kawasan Kepong dan Kuala Lumpur. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita semua loji incinerator yang ada dekat Broga sekarang ini? Apakah keadaan?

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua pertamanya anggaran kos.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kepong anggaran kos untuk projek ini sebenarnya tidak ada. Kita ada apa yang dipanggil PFI iaitu syarikat yang memenangi tender antarabangsa ini nanti akan membina incinerator tersebut ataupun Loji Waste to Energy ini. Kerajaan tidak mahu mengambil kira berapa banyak yang dia mahu belanjakan di situ asalkan dia menepati tiga perkara. Pertamanya ialah teknologi yang digunakan adalah teknologi yang telah terbukti ataupun teknologi yang matang. Keduanya mesti environmental friendly berdasarkan spesifikasi Jabatan Alam Sekitar. Ketiganya ialah *value for money.

Now value for money* ini Tuan Yang di-Pertua ialah berdasarkan kepada pembayaran tipping fee. Kita kerajaan hanya komited untuk membayar tipping fee kepada pengoperasian loji ini.

final • 9:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Kita tidak mahu tahu. Kita tidak akan membayar kos pembinaannya itu.

Pengoperasiannya ini akan mendapat pendapatannya ialah daripada melalui tipping fee yang akan dibayar oleh kerajaan dan juga daripada penjualan electricity yang akan dijana oleh loji ini kepada TNB melalui feed-in tariff yang akan diperoleh nanti. Ada dua sahaja kos pembayaran yang dibuat oleh kerajaan. Satu, melalui tipping fee dan satu lagi melalui pembayaran pembelian tenaga tadi melalui feed-in tariff tadi. Jadi ada dua. Kita tidak mengeluarkan wang ataupun bajet untuk membina loji ini. Jadi kita akan pilih mana satu penanda yang boleh memberikan kita kos yang rendah dari segi tipping fee dan juga FiT tadi. Yang Berhormat Serdang.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Serdang.

final • 9:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya FiT itu tidak dibayar oleh kerajaan. Ini dibayar oleh orang ramai yang memberi sumbangan sebanyak 1.6% kepada SEDA di bil elektrik kita semua.

Saya hendak tanya satu soalan atau penjelasan. Tadi Yang Berhormat Menteri sudah kata untuk menilai pencemaran udara, ada continuous monitoring of the emission. Akan tetapi apa yang saya tahu untuk di bawah garis panduan EIA, untuk dioxins furans adalah satu pencemaran yang begitu poisoned, yang begitu bahaya. Measurement itu hanya diambil satu kali setahun. Ini adalah mengikut garis panduan. Saya hendak pengesahan Yang Berhormat Menteri sama ada ini adalah apa yang akan dibuat kalau incinerator akan dibina di Kepong.

final • 9:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, untuk pemantauan gas dioxins dan furans ini, kita akan mengikut kaedah Jabatan Alam Sekitar. Kalau ditakdirkan Jabatan Alam Sekitar meminta kita untuk continuous. Maknanya online dan sebagainya, kita akan pastikan bahawa projek ini dapat memenuhi kehendak Jabatan Alam Sekitar.

Jadi buat masa ini, saya tidak boleh memberikan pandangan sebab saya tidak tahu sama

final • 9:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

ada dia buat sekali atau dua kali. But I understand what are you saying. Saya faham apa yang Yang Berhormat katakan tadi. Akan tetapi spesifikasi dan syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar adalah standard dengan mana-mana negara di dunia ini termasuk di Jepun dan juga di tempat-tempat lain.

Jadi pada saya, apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi, jawapan saya hanyalah loji ini akan menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar nanti.

final • 9:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Untuk sedikit maklumat Yang Berhormat Menteri.

Saya telah meneliti open tender untuk loji incinerator di Pangkor. Because you have to have a new operator kerana operator yang lama itu sudah tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik. Mengikut garis panduan loji incinerator di Pangkor, hanya satu kali sahaja dioxins diambil. Setahun sekali. Saya hendak baca. Ini adalah garis panduan untuk Taiwan. Ini adalah garis panduan yang saya rasa lebih baik daripada apa yang dikenalkan oleh Jabatan Alam Sekitar sekarang. Dengan izin:

“Incinerator shall be equiped with the control panel that displace whole time operating condition misting and the forgoing article. Incinerator shall conduct a regular test two times a year. It shall be an open test and everyone will be invited. Those one to be invited, can be invited to monitor the test and the result of the test should be make public to the local authorities”. Jadi apa garis panduan yang sedang diamalkan oleh Jabatan Alam Sekitar sekarang ini tidak telus dan tidak transparent. Hanya satu tahun sekali. There’s no public invitation to even stakeholders to come and look at the measurement’s being taken. Jadi saya harap jikalau Yang Berhormat Menteri rasa bahawa Jabatan Alam Sekitar punya standard sekarang tidak mematuhi apa yang dijalankan atau diamalkan di luar negara, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menyuruh ataupun memberitahu Jabatan Alam Sekitar supaya mengaturkan syarat yang lebih ketat lagi.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 9:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, incinerator di Pulau Pangkor bukanlah satu incinerator yang boleh dibandingkan dengan incinerator– I use the word incinerator. We have not decided on the technology. Oleh kerana Yang Berhormat gunakan incinerator, it’s a matter of fact. Kita gunakan perkataan incinerator. Incinerator di Pulau Pangkor adalah kecil. Less that 50 tan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini terdapat teknologi incinerator terkini yang saya katakan tadi. Laporan pelepasan dioxins mini incinerator di Pulau Pangkor lebih rendah dari standard yang ditetapkan malah menunjukkan penurunan di mana pada tahun 2012 adalah 0.011 nanogram toxicity equivalent per nanometer square cube manakala pada tahun 2013 adalah 0.007. Semuanya ada, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu bahawa tahap pelepasan gas-gas yang mematuhi, jauh mematuhi had yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk Pulau Pangkor. Sebagai contoh. Ada satu lagi di sini. Contoh pelepasan mencatatkan bacaan yang jauh lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh GS. I can give you the details. I don’t know where did you get your form but Jabatan Alam Sekitar telah memberikan kita data-data ini.

Di Pulau Pangkor itu sendiri, dioxins dan furans itu adalah jauh lebih rendah daripada apa yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga *international standard.

Now, your problem is,* yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi ialah *frequency of monitoring.

I’m trying to get the information.*

final • 9:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Transparency.

final • 9:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Ya, *but basically the frequency. Frequency.

Whether you do it online continuously once a year, I try to get the information. But I can guarantee you.* Saya boleh beri jaminan bahawa incinerator ataupun waste of the energy plant di Taman Beringin itu akan menetapi piawaian antarabangsa dan bukan sahaja Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak lagi, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan mengenai Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Rimba Mas.

final • 9:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Perlis telah pun dirancang sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun, projek ini hanya dapat dimulakan pada tahun 2009 setelah Kerajaan Negeri Perlis pada ketika itu memberikan persetujuan untuk mencadangkan tapak di Rimba Mas. Kajian DEIA untuk tapak tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar setelah mendapati projek berkenaan telah menetapi kehendak-kehendak alam sekitar dan sosioekonomi.

Lokasi berkenaan juga sesuai dan boleh mengurangkan kos pengangkutan serta operasi. Bagi tujuan DEIA juga, dialog bersama masyarakat setempat telah diadakan pada 12 Ogos 2011 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah dihadiri oleh ADUN Titi Tinggi, wakil pejabat ADUN Titi Tinggi, wakil JKK MCA Padang Besar, wakil pengurus FELDA Rimba Mas dan wakil-wakil dari jabatan kerajaan yang berkaitan. Kementerian juga telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri Perlis dan ketua-ketua masyarakat di Rimba Mas pada 3 Oktober 2013, bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas mengenai pembinaan projek ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Rimba Mas ini dibina dengan dilengkapi kemudahan- kemudahan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Antaranya seperti pemasangan liner, pemasangan paip pengumpulan leachate, paip pengumpulan gas serta kolam rawatan leachate bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran.

Pembinaan bagi projek ini telah pun bermula dan kemajuan pada bulan Mac 2014 adalah lebih kurang 5%. Bermakna ini telah dilakukan dan telah pun dibuat, Tuan Yang di- Pertua. Agak sukar untuk kita cancelkan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai semasa perbahasan beliau turut membahaskan mengenai tapak pelupusan sisa pepejal di Pekan Nanas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perancangan asal untuk menutup tapak pelupusan sampah di Kampung Ayer Putih, Pekan Nanas tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana tapak alternatif di Kampung Choh, Ulu Pulai masih dalam proses penyediaan laporan DEIA. Oleh yang demikian, kementerian melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara tidak dapat menutup tapak ini memandangkan tiada tapak baru untuk melupuskan sisa pepejal di kawasan berkenaan. Pembinaan bagi tapak pelupusan alternatif di Kampung Choh dijangka bermula pada awal tahun 2015 dan pengoperasian dijangka pada tahun 2017.

Usaha untuk menutup selamat tapak pelupusan Kampung Ayer Putih akan dimulakan oleh kementerian sebaik sahaja tapak alternatif tersebut mula beroperasi.

Sebagai langkah jangka pendek untuk mengurangkan bau sampah, pihak Majlis Daerah Pontian telah membuat kerja penutupan sampah dengan menggunakan tanah yang lebih kerap ataupun daily earth covering dan menyembur bahan pencegah bau ataupun effective microorganism (EM).

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu one stop centre. Ahli Yang Berhormat Jelutong membangkitkan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak berkuasa tempatan yang gagal mematuhi– membangkitkan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak berkuasa tempatan...

final • 9:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, bolehkah Kota Melaka tanya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang tapak pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang Melaka. Saya minta maaf tidak sempat bahas semasa ucapan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu tahap kesediaan atau pun pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang Melaka. Bolehkah beri jangka masa bilakah ia akan siap dibina?

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, perkara baru.

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Saya jawab bertulis.

final • 9:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih.

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Untuk Yang Berhormat Jelutong tadi, beliau membangkitkan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak berkuasa tempatan yang

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

gagal mematuhi piagam yang telah ditetapkan oleh Permohonan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan. Piagam 108 hari untuk kebenaran merancang dan 37 hari untuk pelan bangunan adalah tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan amalan terbaik atau pun best practices. Tiada penalti khusus yang boleh dikenakan kepada PBT atas kegagalan mematuhi tempoh piagam yang ditetapkan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa PBT adalah terletak di bawah tanggungjawab pihak berkuasa negeri dan kalau di Pulau Pinang itu agaknya di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Bagan sebagai Ketua Menteri.

Seharusnya pihak berkuasa negeri memainkan peranannya di dalam memastikan supaya PBT-PBT di negeri masing-masing memenuhi aspirasi pelanggan dan keputusan Majlis Negara bagi kerajaan tempatan seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat sendiri dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam point-point terakhir ini saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Setiawangsa yang membangkitkan isu mengenai kemiskinan bandar semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang dilaksanakan oleh KPKT adalah untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meningkatkan kualiti hidup dan meningkatkan pendapatan bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup di bandar.

Bantuan yang diberikan adalah seperti bantuan sewa rumah, bantuan latihan kemahiran dan keusahawanan, bantuan kiosk penjaja bergerak, bantuan food basket melalui Program Titipan Kasih dan bantuan skim meliputi program dan bilangan penerima seperti berikut. Bantuan sewa rumah sebanyak RM124 sebulan, Program Latihan Kemahiran Usahawan seperti Program Pembangunan Minda Insan, Program Bina Upaya di Bandar dan Program Jana Pendapatan melalui Keusahawanan, Program Titipan Kasih ialah bantuan makanan khas bernilai RM80 sebulan. Program Kiosk Penjaja Bandar menyediakan kemudahan kiosk penjaja bergerak kepada golongan miskin untuk menjana pendapatan dan Program Skim Amanah Saham Wawasan 2020 iaitu pelaburan pokok oleh kerajaan adalah berjumlah RM10,000 dan penerima akan menerima dividen setiap tahun daripada pelaburan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan rasa bangga saya terhadap kegigihan anggota-anggota bomba dan penyelamat kita yang bertungkus-lumus tanpa mengenal erti penat dalam tugasan mereka.

Terutamanya dalam operasi pemadaman hutan dari Januari yang lalu hingga ke hari ini.

Operasi penyelamatan dan membantu mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Kelantan, Johor, Melaka dalam tahun 2013 dan juga di Sabah, Sarawak baru-baru ini. Juga penglibatan mereka dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa bom karam di Sarawak.

Sesungguhnya usaha dan komitmen cemerlang ditunjukkan oleh setiap anggota bomba amatlah profesional dan haruslah dipuji. Walaupun perkhidmatan pasukan bomba tidaklah kerap diperlukan tetapi mereka hadir di satu-satu lokasi kecemasan. Keberanian yang ditunjukkan oleh anggota bomba dan penyelamat telah menyentuh hati saya.

Merekalah wira kita, our unsung heroes. Akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan isu-isu yang berkaitan...

final • 9:30 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya ada bangkitkan isu ataupun masalah pembinaan pagar di atas jalan di depan Taman Sri Wangsa di Manjong, Perak. Gambar pun saya telah serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Adakah saya dapat jawapan ataupun kerajaan boleh bantu untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Yang Berhormat, tidak ada dalam jawapan saya.

Mungkin terlepas pandang oleh pegawai saya. Akan tetapi saya minta pegawai supaya meneliti isu itu. Kalau boleh dibantu oleh kementerian saya, kalau itu di bawah bidang

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

kuasa kementerian saya, insya-Allah saya akan perhatikan. Jadi Yang Berhormat, terima kasih banyak-banyak...

final • 9:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, jangan lupa tadi Taman KLIA Indah yang retak. Saya minta jawapan bertulis.

final • 9:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan

Secretary saya ada di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. You bernasib baik saya menggulung hari ini. Kalau Timbalan Menteri.

[Ketawa] Segala cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dan dijadikan input bagi menambahbaikkan berterusan pelaksanaan dasar dan program kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Saya jemput Kementerian Kesihatan. Sila.

final • 9:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang menyentuh tentang Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka telah mencadangkan agar kementerian menjalankan kajian terhadap jus daun setawar dan lain-lain rawatan tradisional. Kementerian Kesihatan melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) memang telah dan terus menjalankan kajian bagi mengawal penyakit denggi dan kajian berkenaan meliputi aspek kawalan vektor, rawatan anti virus dan penjagaan.

Kajian penggunaan herba selalu mengambil kira amalan dan kepercayaan tradisi yang telah dipraktikkan secara turun-temurun bagi membuktikan kesahihan rawatan tradisi berkenaan. Sebagai contohnya, penggunaan daun betik dalam rawatan denggi telah dijalankan. Kajian selanjutnya bagi melibatkan herba-herba lain yang dikatakan berkesan akan diteruskan dan ia termasuklah daun setawar yang mana kesannya secara langsung ke atas virus atau kesan lain yang membantu meningkatkan taraf kesihatan pesakit akan dijalankan. Keputusan bahawa herba ini boleh digunakan secara perubatan akan diasaskan kepada keputusan yang didapati melalui kajian-kajian yang dibuat secara saintifik.

Yang Berhormat Kuala Kedah telah mencadangkan agar kementerian memanfaatkan hasil kajian seperti Nurses’ Health Study dan Framingham Health Study bagi menghasilkan dasar-dasar yang baik bagi mencegah ledakan penyakit seperti obesiti dan kardiovaskular serta menyarankan sebab-sebab utama yang menyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut. Yang Berhormat juga telah meminta pengilang makanan disyaratkan untuk menyatakan kandungan penggunaan gula sebagai pengawet dalam makanan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, penyakit obesiti, kardiovaskular dan diabetes di antaranya adalah disebabkan oleh pelbagai faktor risiko. Termasuklah pemakanan yang tidak sihat, hidup yang tidak sihat, sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik dan sebagainya. Pemakanan yang tidak sihat ialah merangkumi pengambilan makanan yang tinggi lemak, garam dan gula. Kurang mengambil buah- buahan dan sayur-sayuran.

Oleh yang demikian, pengurangan beban penyakit tidak berjangkit di Malaysia hanya boleh dicapai dengan menangani semua faktor risiko ini. Di antara penyebab utama obesiti adalah ketidakseimbangan dari segi tenaga yang diambil dan tenaga yang digunakan. Ketidakseimbangan ini berlaku apabila makanan yang diambil melebihi keperluan dan tenaga yang diambil melalui makanan ini tidak dibakar melalui aktiviti fizikal.

Gaya hidup moden yang tidak memerlukan kita bergerak secara aktif dan kebolehdapatan makanan yang tidak sihat merupakan penyebab utama obesiti dan seterusnya penyakit kardiovaskular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

final • 9:35 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan sentiasa menyarankan rakyat supaya memilih makanan yang rendah atau kurang kandungan lemak, gula dan garam serta tinggi serat. Bagi lemak, ia termasuklah lemak trans dan bagi gula ia merangkumi semua jenis gula termasuk high fructose corn syrup. Sementara itu bagi asid lemak Omega-6, pengambilannya adalah digalakkan kerana ia boleh membantu mengurangkan paras kolesterol low density lipoprotein dalam darah. Seterusnya, boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Tuan Yang di-Pertua, setiap makanan yang dijual atau dipasarkan di Malaysia perlu mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan. Pada masa ini, makanan yang mengandungi asid lemak trans seperti marjerin tidak diharamkan. Walau bagaimanapun terdapat keperluan pelabelan bagi asid lemak trans sekiranya nilai asid lemak dinyatakan pada label sesuatu makanan ini. Ini bertujuan memaklumkan pengguna tentang kandungan asid lemak dalam sesuatu makanan. Seterusnya, membantu mereka memilih makanan yang lebih rendah kandungan asid lemak trans dan asid lemak tepu serta lebih tinggi kandungan asid lemak poli tidak tepu dan mono tidak tepu.

Berkaitan pelabelan, kandungan gula perlu diisytiharkan pada semua minuman yang sedia diminum. Ini dapat membantu rakyat memilih minuman yang lebih rendah atau kurang kandungan gula. Bagi menyediakan lebih banyak pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, pihak Kementerian Kesihatan sentiasa berdialog dengan industri makanan dan minuman bagi menggalakkan penghasilan produk makanan dan minuman yang lebih rendah atau kurang kandungan lemak, gula dan garam serta tinggi kandungan serat atau fiber. Ini adalah antara usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi membendung masalah obesiti dan penyakit kardiovaskular di negara ini.

final • 9:35 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kementerian amat komited dalam usaha menangani penyakit tidak berjangkit.

Perancangan kementerian melibatkan jangka pendek dan jangka panjang. Perancangan ini berdasarkan faktor-faktor kajian yang sahih dari dalam ataupun di luar negara di bawah Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit. Kementerian terus mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan di peringkat akar umbi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran rakyat mengenai kepentingan gaya hidup yang sihat.

Tumpuan khusus juga diberikan untuk memperkukuhkan serta membentuk dasar, polisi dan peraturan-peraturan bagi mewujudkan persekitaran hidup yang sihat. Kajian seperti Framingham Health Study dan Nurses’ Health Study juga merupakan salah satu sumber dengan kajian-kajian yang lain sebagai maklumat yang diambil oleh pihak kementerian dalam merancang untuk melaksanakan dasar-dasar bagi mencegah penyakit- penyakit tidak berjangkit. Kajian-kajian ini merupakan kajian jangka panjang melibatkan pelbagai negara untuk melihat perkaitan faktor risiko kepada penyakit tidak berjangkit.

Sebagai contoh, berkaitan diet yang tidak sihat, tekanan darah tinggi dan lebih berat badan yang meningkatkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular.

Saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melayari laman sesawang kementerian di alamat www.myhealth.gov.my dan tekan dibutang penilaian risiko kesihatan untuk menilai risiko diri sendiri menghadapi penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Kementerian akan terus berusaha secara agresif menjalankan pelbagai perancangan dan aktiviti ke arah perubahan amalan gaya cara hidup rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kerajaan memahami isu kesihatan merupakan isu sejagat di mana hak kesihatan perlu dipulangkan kepada komuniti. Justeru itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara iaitu KOSPEN telah mengambil hati rakyat untuk melaksana intervensi faktor risiko non-communicable diseases atau penyakit tidak berjangkit. Inisiatif ini adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit di Malaysia dengan menggunakan mekanisme kerajaan di peringkat akar umbi.

Antara usaha utama yang dilakukan adalah kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyediakan persekitaran yang boleh dan lebih menyokong amalan gaya hidup

final • 9:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

sihat seperti menyediakan kemudahan berjalan kaki dan berbasikal kepada orang awam, larangkan penjualan makanan tidak sihat di kantin sekolah dan penyediaan hidangan sihat.

Jalinan kerjasama daripada pelbagai pihak ini telah termaktub dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan dan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit sebagaimana yang telah dinyatakan tadi.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 9:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak menambah sedikit bahawa terdapat perkembangan baru dan pendapat baru yang banyak terutama tentang poli tidak tepu tadi, polyunsaturated, ada apa yang disebut sebagai the Israeli paradox di mana orang Israel punya paras kolesterol paling rendah di dunia tapi paling tinggi fatal myocardial infarction rate. Jadi maksud saya begini. Adakah kementerian bersedia untuk berbincang atau mengadakan forum dan juga perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak, so, pendapat-pendapat baru ini boleh kita bahaskan dan kita hasilkan guideline yang lebih baik.

Terima kasih.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kementerian Kesihatan sebagai satu kementerian yang di asas kepada sains dan kepada perkembangan-perkembangan terkini di dalam bidang perubatan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan-pandangan dan hasil-hasil daripada kajian-kajian baru termasuk pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat. Walaupun pada keseluruhannya dan kebiasaannya anggapan kita ialah bahawa mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi dan mempunyai kolesterol yang terlalu rendah mempunyai risiko yang lebih rendah, saya terima hakikat bahawa ada di keadaan-keadaan tertentu di mana mereka yang mempunyai kolesterol yang rendah pun mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam mempersoalkan sejauh manakah pejabat kesihatan daerah memainkan peranan memantau pusat sembelihan ayam dari segi kebersihan. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan pemantauan di sepanjang rantaian bekalan ayam untuk memastikan keselamatan daging ayam. Pemeriksaan di sepanjang rantaian bekalan ayam yang dijanakan ini adalah termasuk pemantauan tahap kebersihan di pusat sembelihan ayam, pencegahan pencemaran semasa pengangkutan daging ayam serta kawalan kebersihan dan suhu semasa penyediaan, penyimpanan dan penjualan daging ayam bagi memastikan ayam yang dijual kepada pengguna adalah selamat untuk dimakan.

Dimaklumkan bahawa di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas seseorang pengendali makanan yang menyediakan, menyimpan, mengangkut dan menjual daging ayam dalam keadaan yang tidak bersih serta tidak mematuhi suhu yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga menyentuh isu kebanjiran warga asing terutama pekerja asing ke negara ini daripada segi kesihatan. Berdasarkan laporan Foreign Workers Medical Examination and Monitoring System pada tahun 2013, daripada 1.27 juta pekerja asing yang disaring, sebanyak 36,000 pekerja asing didapati tidak sesuai atau 2.9% untuk bekerja di Malaysia akibat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit.

Enam jenis penyakit berjangkit utama di kalangan mereka ialah tuberkulosis, hepatitis B, sifilis, HIV, malaria dan kusta.

final • 9:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, silakan.

final • 9:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya cuma hendak bangkit satu perkara yang baru untuk perhatian Yang Berhormat Menteri khususnya virus yang mula-mula, Ebola virus. Ingatkan Ebola Virus di Guinea itu yang 64 kematian yang terjadi itu, saya harap kementerian ambil preventive measure supaya ada screening untuk mengelakkan penyakit itu dibawa ke Malaysia.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Walau pada masa sekarang pemeriksaan saringan untuk Ebola virus tidak menjadi sebahagian daripada bateri kajian yang dibuat pada masa sekarang, saya ambil kira pandangan yang telah dikemukakan dan kita akan kaji daripada segi saintifik tentang keperluan untuk menjalankan saringan itu.

Pada masa ini, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan pekerja asing yang hendak bekerja di Malaysia tidak membawa penyakit ke dalam negara adalah dengan menetapkan polisi agar semua warga asing yang ingin bekerja di Malaysia dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan iaitu sebelum datang ke Malaysia dan semasa berada di Malaysia. Polisi sedia ada adalah dengan menjalankan pemeriksaan perubatan di facility kesihatan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa di negara asal sebelum datang Malaysia.

Bagi pekerja yang didapati sesuai untuk bekerja akan diberikan visa dengan rujukan oleh pihak Jabatan Imigresen dan dalam tempoh sebulan ketibaan di Malaysia, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengetahui status kesihatan dan mengesan penyakit yang tidak dapat dikesan semasa menjalani pemeriksaan perubatan di negara asal mereka. Pekerja asing juga dikehendaki menjalankan pemeriksaan perubatan tahunan berdasarkan dasar kerajaan sedia ada.

Selain daripada melaksanakan polisi pemeriksaan perubatan pekerja asing sedia ada, kementerian juga giat menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi memastikan tiada penularan penyakit di kalangan komuniti dengan sentiasa peka kepada notifikasi penyakit berjangkit yang dilaporkan kepada pihak hospital dan klinik termasuk facility kesihatan swasta dan notifikasi dari klinik panel yang menjalankan pemeriksaan perubatan pekerja asing.

Yang Berhormat Penampang memberikan kenyataan bahawa di kawasan Penampang, doktor dan jururawat kerja lebih kuat akibat daripada ramai pendatang asing.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Gopeng bangun. Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soal jangkitan yang dibawa oleh orang asing. Sebelum ini kita ada buat medical screening untuk pekerja asing dan baru-baru ini ada cadangan untuk membuat pemeriksaan perubatan untuk pelajar-pelajar dari luar negara. Saya harap apabila kita laksanakan dasar tersebut, kita jangan ulang apa kesilapan yang kita buat apabila pemeriksaan itu dimonopoli oleh satu syarikat di mana dari segi prestasi, dari segi keberkesanan adalah menjadi masalah.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian dalam perkara ini.

final • 9:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Keputusan untuk membuat saringan pemeriksaan perubatan ke atas penuntut-penuntut yang akan datang ke Malaysia daripada luar negara dan pengurusan program itu adalah di bawah Kementerian Pelajaran.

Walaupun Kementerian Kesihatan akan memastikan bahawa cara yang dibuat dan mutu pemeriksaan itu adalah selaras dengan harapan kita untuk memastikan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang berjangkit ini tidak diberi peluang untuk masuk ke dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, untuk teruskan jawapan saya, bagi pendatang asing yang datang secara rasmi, pihak majikan bertanggungjawab menyediakan surat jaminan dan kos rawatan akan ditanggung oleh majikan. Bagi pendatang asing yang tanpa izin, Kementerian Kesihatan tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan rawatan dari segi kemanusiaan dan untuk pastikan penyakit berjangkit tidak menular. Kementerian Kesihatan bertanggungjawab dari aspek penjagaan kesihatan, manakala kawalan kemasukan pendatang asing dikendalikan oleh agensi-agensi yang lain seperti Kementerian Dalam Negeri. Pihak kementerian berharap satu penyelesaian yang menyeluruh bagi menangani isu kemasukan pendatang asing ke negeri Sabah dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian mengucapkan tahniah kepada pihak KDN yang telah mengambil pelbagai langkah yang perlu dalam menangani masalah kemasukan pendatang asing di negeri Sabah.

final • 9:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah telah meminta penjelasan tentang apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian hasil daripada dua orang yang telah membunuh diri di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Seperti yang kita sedia maklum, kejadian bunuh diri boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat dan tidak hanya terhad di kawasan hospital. Susulan daripada dua kejadian bunuh diri di hospital ini, pihak hospital telah mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko kejadian itu dengan meningkatkan keselamatan serta memasang jeriji di kawasan yang berisiko tinggi. Di situ kita telah mengenal pasti bahawa ahli-ahli keluarga kepada individu yang mengalami kemurungan perlu dikenal pasti dan diberi khidmat dan kaunseling oleh pihak hospital dan klinik tentang tanda-tanda kecenderungan membunuh diri supaya mereka diberi sokongan kepada ahli keluarga berkenaan agar pesakit boleh dirujuk lebih awal untuk mendapatkan rawatan daripada psychologist and psychiatrists.

Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Jerantut membangkitkan persoalan berkaitan sama ada terdapat lebihan pegawai perubatan dan kaedah mengatasi kekurangan sekiranya ada. Dengan pelaksanaan moratorium yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri berkuat kuasa mulai 1 Mei 2011, di mana penubuhan program perubatan baru tidak dibenarkan sama sekali dan pengiktirafan ke atas permohonan dari institusi terhad, maka dijangkakan masalah lebihan bilangan doktor dalam negara akan dapat dielakkan.

Syarat minimum kelayakan masuk ke pengajian perubatan perlulah dipatuhi bagi memastikan kualiti graduan perubatan mahupun di dalam negeri ataupun di luar negara.

Ada satu cadangan yang telah dibuat untuk membekalkan licensing exam kepada semua graduan perubatan yang ingin mengamal di dalam negara kita. Cadangan ini diperhalusi oleh Majlis Perubatan Malaysia sebelum satu keputusan muktamad boleh dibuat. Walaupun demikian, saya berpendapat bahawa keperluan terhadap pegawai perubatan akan terus meningkat dengan peningkatan fasiliti baru iaitu pembinaan hospital dan klinik-klinik kesihatan, penambahan bilangan katil di hospital-hospital yang sedia ada dan perkembangan tahap perkhidmatan perubatan melalui expansion and the level of care. Yang Berhormat Kuala Terengganu ingin tahu bagaimana kementerian dapat memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas dengan pelaksanaan Malaysian Health Care Tourism. Kementerian Kesihatan melalui MHTC telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di rantau ini. Usaha berterusan telah dilaksanakan bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa, malah industri ini juga dapat peningkatan FDI kepada negara kita yang memberikan kebaikan dan perkembangan kepada ekonomi. Ini bukanlah satu perkara asing kepada Malaysia sahaja tetapi adalah satu fenomena di negara lain di rantau ini seperti di Singapura dan di Thailand.

Usaha mempromosikan industri pelancongan kesihatan kepada masyarakat antarabangsa ini tertumpu pada hospital-hospital swasta di Malaysia sahaja dan tidak untuk hospital-hospital kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sebanyak 72 daripada 258 pusat perubatan swasta di seluruh Malaysia berdaftar dengan Malaysia Health Tourism Council untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pelancongan kesihatan.

Yang Berhormat Limbang telah menyatakan bahawa hospital...

final • 9:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 9:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tentang pelancongan kesihatan ini. Bagaimana kementerian dapat mengawal kerana kalau hospital swasta ini ia lebih suka untuk dapatkan pesakit-pesakit ataupun menarik program pelancong kesihatan ini dan pesakit tempatan terpaksa membuat bayaran lebih tinggi kerana hospital ini ia tidak berapa kisah tentang pesakit tempatan kerana ia dapat banyak dari Indonesia, dari negara-negara jiran. Sebab itu ia lebih beri perhatian tentang pesakit dari luar negara. Apakah pemantauan atau kawalan daripada pihak kementerian?

final • 9:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey. Tuan Yang di-Pertua, daripada perbincangan dengan pihak hospital swasta dan doktor-doktor pakar di bidang swasta, cara pengendalian program health tourism di negara kita berbeza daripada apa yang dibuat di negara-negara yang lain seperti di dalam negara Singapura. Di negara Singapura contohnya tidak ada siling bayaran atau kos yang dikenakan untuk pesakit-pesakit khasnya yang mereka datang daripada negara-negara yang lain. Oleh itu ada satu perbezaan yang tinggi di antara kos yang dikenakan untuk pesakit tempatan dan pesakit yang datang daripada negara-negara yang lain. Kerana perkara ini memang doktor-doktor di negara itu mempunyai kecenderungan untuk pilih pesakit daripada negara yang luar kalau di banding dengan pesakit daripada dalam negara.

Akan tetapi di dalam negara kita, dengan mengadakan capping on the fee schedule yang pada masa sekarang masih diguna pakai untuk mereka yang datang daripada luar negara dan daripada dalam negara. Ada ramai doktor yang berpendapat lebih baik kalau mereka memberi rawatan kepada pesakit dalam negara dan daripada melibatkan diri di dalam memberi rawatan kepada pesakit daripada luar negara. Itulah sebab, daripada 258 pusat, cuma 72 yang mengambil bahagian di dalam program kita.

Ada permintaan daripada pihak mereka supaya kita memberi mereka membuka siling dan memberikan mereka peluang untuk mengenakan caj yang lebih tinggi kepada mereka yang datang daripada luar negara kerana ini akan mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pada masa sekarang, kementerian tidak membuat keputusan sedemikian kerana sebab yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat supaya ini akan memberi mereka satu peluang untuk menggunakan masa mereka untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Limbang telah membangkitkan isu berkenaan dengan pakar pediatrik di dalam Hospital Limbang. Pada masa sekarang di Hospital Limbang ada seorang pakar obstetrik dan ginekologi dan pegawai-pegawai perubatan yang lain dan yang menjaga bidang pediatrik. Kita sedang mengambil kira permintaan daripada Yang Berhormat daripada Limbang untuk menghantar seorang pakar pediatrik ke Hospital Limbang.

Yang Berhormat Kuala Langat telah mencadangkan supaya jumlah pakaian seragam yang telah diberi kepada jururawat ditambah daripada tiga set kepada lima set. Ini adalah satu keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan cadangan ini akan dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang berikut adalah yang ditanya tentang kemudahan-kemudahan kesihatan di kawasan-kawasan tertentu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Gerik telah mohon minta tentang klinik di FELDA Bersia.

final • 9:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Bagan Serai minta tentang hospital di kawasan Bagan Serai dan Parit Buntar. Yang Berhormat Pasir Gudang telah minta tentang pembinaan hospital di Pasir Gudang. Yang Berhormat Lumut telah mengutarakan pandangan untuk meningkatkan taraf Hospital Manjung. Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu tentang kuarters klinik kesihatan di Lipis. Yang Berhormat Tanah Merah telah mengutarakan pandangan tentang pembinaan Hospital Tanah Merah. Yang Berhormat Bachok telah meminta penjelasan berkenaan pembinaan Hospital Bachok. Yang Berhormat Dungun telah meminta pandangan tentang pembinaan Hospital Dungun.

Saya akan memberi jawapan secara bertulis yang terperinci tentang pembangunan di dalam kawasan-kawasan mereka kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih...

final • 10:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Satu lagi.

final • 10:00 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

[Bangun]

final • 10:00 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 10:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Saya ada membahas berkenaan dengan medical plan. It is a very serious issue Tuan Yang di-Pertua sebab ramai di antara rakyat kita yang miskin menghadapi masalah apabila pergi ke hospital. Mereka cuma dapat pergi ke public hospital bukan swasta...

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ringkaskan.

final • 10:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Akan tetapi a lot of kepakaran sekarang adalah di hospital swasta. Jadi bagaimana? Adakah kerajaan mempunyai skim untuk mewajibkan semua rakyat mendapat insurans seperti di USA? Terima kasih.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Menteri, saya ingat jawapan bertulis. Yang Berhormat Hulu Rajang dan juga Yang Berhormat Jelebu.

final • 10:00 PM

Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Saya telah membangkitkan beberapa perkara. Pertama mohon klinik di Long Busang. Kedua, saya mohon mesin dialisis klinik di Sungai Asap dan Hospital di Belaga. Mohon dapat penjelasan. Tidak ada jawapan dari Menteri tadi.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, bertulis. Yang Berhormat Jelebu.

final • 10:00 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Titah Diraja, saya ada membangkitkan tentang Hospital Jelebu. Dahulu saya sudah bangkitkan sekali supaya hospital ini dibina baru.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, jawapan bertulis.

final • 10:00 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Jadi, kalau tidak dapat baru dalam tempoh terdekat ini tetapi peralatan harus menjadi peralatan yang terbaik juga, bukan peralatan yang sudah tidak pakai di hospital lain, hantar ke Jelebu. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 10:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menyuarakan kebimbangan saya. Hospital Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai diluluskan pada PRU ke-12 dengan 76 katil. Selepas daripada PRU ke-13, ditingkatkan kepada 200 katil. Akan tetapi hari ini saya lihat pagar kawasannya sudah roboh dan ada orang sudah tanam padi di kawasan itu.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Jadi, saya bimbang ini, kebimbangan ini saya risau. Saya hendak tahu bila sesuatu akan dimulakan? Terima kasih.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lumut.

final • 10:00 PM

Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkitkan isu skim gaji jururawat berijazah, tiada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

Jawapan bertulis, termasuk Yang Berhormat Kuala Krau jawapan bertulis.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk perkara-perkara yang mungkin terlepas, saya akan memberi jawapan yang bertulis. Adalah harapan kementerian untuk menyediakan hospital di semua tempat yang diminta dan klinik di dalam semua kawasan.

Cuma apa yang menjadi kekangan kepada kita ialah peruntukan dan bajet. Melalui itu, keutamaan diberikan kepada tempat-tempat di mana keperluan yang mendadak. Harapan kerajaan dengan masa kita akan mewujudkan perkhidmatan kesihatan di semua tempat.

final • 10:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Walau demikian, saya ingat rakyat Malaysia dan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berbangga, dengan segala isu-isu yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, negara kita masih mempunyai satu perkhidmatan kesihatan yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Saya jemput Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sila Menteri.

final • 10:00 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan perhatian khususnya terhadap perkembangan sektor pertanian dalam perbahasan ke atas Titah Diraja pada kali ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan pelbagai isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Sesungguhnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghargai segala pandangan, teguran dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu berkenaan dengan jaringan pembekalan ayam. Untuk makluman Yang Berhormat, Pertanian dan Industri Asas Tani akan berusaha melengkapi penglibatan dalam jaringan pembekalan ayam. Penglibatan NAFAS yang kini dalam pengeluaran ayam melalui ladang kontrak, pengeluaran anak ayam dan pemprosesan akan ditingkatkan. Peranan NAFAS juga akan diperluaskan dalam pengeluaran makanan ternakan, manakala peranan FAMA dalam pemasaran akan dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, kementerian juga akan menggalakkan penglibatan bersepadu lebih banyak syarikat-syarikat GLC dalam rantaian pengeluaran ayam.

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Paya Besar telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan orang tengah dalam sektor pertanian. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kementerian telah pun melancarkan jihad memerangi orang tengah di dalam sektor pertanian dan perikanan. Di antara faktor yang menyebabkan lahirnya orang tengah yang memanipulasi petani, penternak dan nelayan adalah disebabkan terlalu banyak lapisan rantaian sebelum sampai ke pengguna. Dengan itu, beberapa usaha sedang dilancarkan, sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan bahawa produk-produk pertanian dapat disampaikan kepada pengguna tanpa melalui rantaian-rantaian yang dikuasai oleh orang-orang tengat tersebut. Antaranya ialah contract farming dengan izin, yang mana produk dari ladang terus dihantar kepada pasaran, sama ada kepada pengeksport, pengilang, hypermarket dan sebagainya. Kedua, program KUKUH yang sedang dilaksanakan oleh FAMA iaitu produk daripada ladang dihantar terus kepada peniaga-peniaga di pasar tani. Ketiga adalah petani sendiri menjual produk mereka di pasar-pasar tani.

Untuk makluman Dewan, pada ketika ini terdapat 526 pasar tani di seluruh negara.

Selain daripada pasar tani, petani juga boleh menjual terus produk mereka melalui Gerai Buah-buahan Segar yang mana ketika ini terdapat 423 Gerai Buah-buahan Segar, lapan Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR), 267 Agrobazaar Kedai Rakyat, 433 motosikal roda tiga dan 97 karavan tani, seperti yang saya sebut bagi membolehkan petani menjual terus hasil mereka. Semua outlet tadi disediakan oleh pihak FAMA.

Seterusnya ialah petani menghantar produk-produk mereka ke pusat pengumpulan dan pengedaran yang dikendalikan oleh FAMA dan juga pertubuhan perladangan kawasan yang mana daripada pusat pengumpulan ini, produk-produk tersebut akan dihantar kepada peniaga-peniaga ataupun ke pasar-pasar tani. Dengan ini, maka kita dapat mengurangkan rantaian-rantaian yang selama ini dikuasai oleh orang tengah yang akan mengambil kesempatan.

final • 10:04 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi produk-produk ikan misalnya, pihak LKIM dan NEKMAT melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan rantaian tersebut.

final • 10:04 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Antaranya ialah mewujudkan pasar-pasar nelayan di setiap kawasan pendaratan ikan. Ini membolehkan nelayan ataupun keluarga mereka menjual terus ikan tersebut kepada para pengguna ataupun konsumer-konsumer. Kita akan menambahkan sebanyak 50 pasar nelayan di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

Nelayan juga melalui Program Jihad Memerangi Orang Tengah ini juga boleh menjual ikan secara terus kepada NEKMAT iaitu kepada persatuan nelayan bagi tujuan sejuk beku yang akan dipasarkan melalui outlet Program Ikan Rakyat. Sebanyak 112 outlet ikan rakyat telah beroperasi di seluruh negara.

Seterusnya ialah mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan dan pusat pengedaran dan lokasi pusat-pusat ini sedang dikenal pasti. Seterusnya dalam menyediakan lebih banyak tapak niaga di pasar tani dan juga konsep jualan terus secara fish on wheel. Sehingga kini sebanyak 258 daripada 517 pasar tani telah disertai oleh persatuan nelayan dan terdapat 18 buah motosikal roda tiga telah diusahakan oleh Persatuan Nelayan.

Yang Berhormat Lipis juga telah membangkitkan isu jaminan bekalan makanan negara. Industri agro makanan akan terus diperkasakan selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara iaitu DAMN 2020 bagi memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara dan usahawan tani. Di bawah DAMN pelbagai strategik dan langkah telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil dan bekalan makanan negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dari luar negara melalui pelaksanaan program- program pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan berdaya komersial.

Di antara program aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti pembangunan tanah terbiar, program tanam semula buah-buahan tempatan terpilih, sasaran pengeluaran ikan negara iaitu 50 dari laut, 50 dari akuakultur, penanaman padi ‘aerop’ program Jom Bertani dan sebagainya dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Yang Berhormat Gerik telah mencadangkan bantuan ternakan lembu diberikan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia ataupun BR1M. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian masih tidak mempunyai perancangan untuk memberikan bantuan ternakan seperti lembu bagi menggantikan BR1M. Walau bagaimanapun, kementerian akan terus menyalurkan bantuan dalam bentuk perolehan ‘jantan’ dan induk ternakan dominan dalam Program Transformasi Usahawan Sektor Ternakan ataupun TERAS untuk penternak yang berkelayakan dan disokong dengan bantuan teknikal seperti pembiakan dan kawalan penyakit ternakan.

Yang Berhormat Ketereh telah membangkitkan isu pembinaan empangan di kawasan kadar bagi tujuan pengairan ke sawah padi untuk mengelakkan kerugian apabila berlaku musim kemarau. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada waktu ini kita sedang membina empangan rendah ataupun ‘low.....’ di Sungai Kelantan iaitu di Kampung Kasa Pasir Mas dengan kos RM39 juta di bawah RMK-10 dan projek ini dijangka dapat mengatasi masalah bekalan air bagi jangka masa panjang dan dijangka siap pada tahun 2015. Manakala bagi empangan rendah di Sungai Kelantan iaitu di Kampung Kemubu dengan anggaran RM40 juta di bawah RMK-11. Sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air bagi kawasan penanaman padi di bawah Skim Pengairan Kemubu.

Yang Berhormat Gelang Patah membangkitkan isu berkaitan laporan ikan-ikan laut yang mati di Selat Johor. Bantuan ikan telah dikenal pasti di Pendas Laut, Gelang Patah pada bulan Februari 2014. Hasil kajian mendapati berlaku ledakan plankton ’denofredred’ dari jenis ‘cardiodinim’ yang toksik kepada ikan dan menyebabkan kematian ikan di perairan tersebut. Kejadian ledakan plankton ini biasanya dikaitkan dengan peningkatan kemasinan air laut. Jabatan Perikanan melakukan pemantauan terhadap kualiti dan ikan melalui

final • 10:10 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

National Shellfish Sanitation Program dan Sanitary ...... Pemantauan ini dijalankan untuk menilai perubahan kualiti air dan memberi amaran kepada para penternak ikan dalam sangkar. Sekiranya terdapat perubahan parameter air yang memberikan impak negatif kepada ikan ternakan.

Mengenai kesan penambakan laut di kawasan Gelang Patah, memang kita akui ianya memberikan kesan kepada nelayan di kawasan tersebut. LKIM telah melaksanakan beberapa program untuk menyejahterakan masyarakat nelayan. Antaranya pada tahun 2013, iaitu seramai 214 orang nelayan telah menerima bantuan pembaikan rumah nelayan yang melibatkan kos sebanyak RM2.14 juta. Di samping itu serama 293 orang nelayan di kawasan Gelang Patah juga telah menerima bantuan elaun sara hidup sebanyak RM200 melibatkan purata sebanyak RM59 sebulan atau RM703,000 setahun. Bagi melayan yang terjejas dengan penambakan pasir di kawasan ini, pihak pemaju iaitu Country Garden Pacific Sdn. Bhd telah memberi sejumlah RM3 juta kepada persatuan nelayan kawasan Johor Selatan untuk diagihkan sebagai ganti rugi akibat terjejas kawasan tangkapan ikan mereka. Bayaran awal sebanyak RM3000 seorang berjumlah keseluruhan RM750 ribu telah dibuat kepada 250 nelayan yang terjejas pada 14 Mac yang lalu.

Mengikut persetujuan PNK Johor Selatan dan pihak pemaju baki dari wang pampasan akan dilaburkan oleh PNK Johor Selatan untuk kesejahteraan nelayan kawasan terbabit.

Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kuala Kedah..

final • 10:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 10:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tentang projek taman laut. Melaka baru-baru ini sudah diumumkan oleh suatu projek yang besar Melaka Gateway yang akan melibatkan Projek Taman Laut – 2 pulau termasuk satu pulau yang sedia ada akan dibesarkan. Ini mesti akan menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan di kawasan yang melibatkan projek taman laut ini terutama nelayan Portugis di kampung Portugis di Melaka. Adakah Yang Berhormat Menteri ada maklumat tentang bagaimana adakan bantuan kewangan cara subsidi melibatkan Taman Laut projek di Gelang Patah.

Satu lagi, nelayan yang botnya telah dicuri, saya telah difahamkan pada masa bot mereka telah dicuri dan tidak dapat ke laut untuk cari rezeki, bantuan bulanan dari Jabatan Perikanan pun diberhentikan, sampai mereka sapat beli bot yang baru dan dapat dibuktikan atau diteruskan keluar ke laut. Adakah ini tidak munasabah jika bantuan bulanan kewangan RM100 atau RM200 pun diberhentikan. Minta sedikit penjelasan.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pembangunan Melaka Gateway itu belum dibincangkan dengan pihak kementerian. Walau bagaimanapun jika ianya melibatkan kepentingan nelayan, jika ada tambak laut yang mungkin akan menjejaskan pendapatan nelayan dan sebagainya, saya percaya Kementerian Pertanian akan mengadakan perbincangan dan kita pasti saja akan menjaga kebajikan nelayan tersebut.

Tentang RM200 elaun yang ditarik balik hanya kerana bot dicuri. Saya minta supaya Yang Berhormat bagi saya secara detail kerana ini melibatkan kes spesifik yang kita akan cek. Biasanya..

final • 10:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey Yang Berhormat.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau kes yang melibatkan kecurian tidak mungkin kita akan batal kan.

final • 10:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, bot dicuri, laporan polis pun tidak ada dibuat. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, sedia maklumkan ya. Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kuala Kedah telah menyentuh isu harga lantai padi.

Untuk makluman Yang Berhormat pengumuman harga belian padi baru-baru ini merupakan harga belian yang diselaraskan pada kadar harga iaitu RM1,200 per tan. Harga ini adalah terpakai di seluruh semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat harga lantai masih dikekalkan. Cuma harga siling ditetapkan kerana sebelum ini terdapat perbezaan harga di setiap negeri. Misalnya di Kedah, di kawasan Yang Berhormat Pokok Sena, di negeri kawasan Yang Berhormat Pokok Sena. Kedah, Perlis dan Pulau Pinang harganya adalah RM1,050. Di Kelantan, negeri Kelantan harga padinya RM980. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang RM980.

Manakala, di Selangor RM1,200 maksimum.

Jadi kita mengambil, kita selaraskan harga padi. Kenapa di Kelantan boleh dibeli dengan harga murah? Kenapa di Selangor harga tinggi misalnya. Kenapa di Kedah harga rendah? Sebagai sebuah negara, jadi kita kata mesti diselaraskan sama saja dan kita mengambil Selangor sebagai benchmarknya iaitu harga yang paling tinggi. Jadi sebab itulah kita menetapkan sebagai RM1,200. Maka kita tetapkan RM1,200. Jadi tidak timbul yang menyatakan kita tidak menjaga kepentingan pesawah dan sebagainya.

final • 10:20 PM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Alor Star bangun.

final • 10:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Menteri, saya hendak sikit penjelasan ya. Tadi Yang Berhormat Menteri kata harga lantai masih dikekalkan.

Maksudnya petani-petani boleh menjual padi mereka pada harga yang lebih kurang daripada RM1,200 per tan. Adakah itu betul?

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Maknanya harga yang ditawarkan tidak boleh kurang daripada RM750. Cannot be less than harga yang RM750, mesti lebih daripada itu.

Oleh sebab itu kita setkan tidak boleh. Jadi RM750 itu harga yang paling rendah yang kita benarkan.

Akan tetapi sebenarnya tidak ada, tidak pernah dibeli harga RM750 pun, sebab kita sudah letakkan harga begitu tinggi seribu lebih dan sebagainya walaupun dari segi permutuannya mungkin boleh menurunkan harga tersebut, permutuan padi tersebut tetapi tidak boleh kurang daripada harga lantai yang kita tetapkan. Ini adalah untuk menjaga kepentingan pesawah-pesawah dan sebagainya.

final • 10:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Menteri sikit lagi tentang isu ini. Daripada perbincangan saya dengan ramai petani, pesawah padi, aduan utama mereka tentang harga siling ini adalah mereka tidak boleh menjual padi mereka kepada pengilang-pengilang yang ingin membeli padi mereka dengan harga yang lebih daripada RM1,200 satu tan.

Saya juga difahami sebelum ini BERNAS selalunya akan membeli padi pada harga yang lebih murah daripada pengilang-pengilang lain dan untuk mereka ini yang mereka katakan apabila kita tetapkan satu harga seragam ini yang mendapat faedah adalah BERNAS sebab BERNAS tidak perlu lagi untuk bersaing dengan pengilang-pengilang lain.

Jadi, itu adalah persoalan saya yang pertama. Kedua apakah justifikasi untuk menetapkan satu harga siling di mana petani-petani tidak boleh menjual padi mereka kepada pengilang yang ingin membeli pada harga yang lebih tinggi. Terima kasih.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Memang betul kalau petani boleh menjual harga yang tinggi bagus untuk petani, itu daripada segi teorinya. Idealnya begitu. Akan tetapi sebelum kita membuat keputusan, kita sudah pun menyemak semua harga dan juga belian-belian yang boleh dibuat oleh seluruh kilang sama ada kilang swasta ataupun kilang BERNAS di seluruh negeri Kedah. Jadi di seluruh negeri Kedah pun, walaupun Yang Berhormat kata eloklah kalau beli RM1,500, RM2,000 pun lebih baik tetapi dari segi kajian yang kita buat, daripada tahun 2011, 2012, 2013 harga yang paling tinggi pernah dibeli oleh kilang swasta adalah RM1,100 ataupun RM1,150 sahaja, tidak lebih daripada RM1,200.

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi bermakna betullah dari segi teori, kita hendak beli lebih tetapi sebenarnya tidak pernah pun beli daripada RM1,200. Oleh sebab itulah kita menetapkan RM1,200, itu yang pertama.

Kedua dari segi pembeliannya. Selama ini banyak kilang-kilang bumiputera yang telah pun ditutup kerana persaingan kerja yang berlaku. Kilang bumiputera beli dikatakan harga RM1,000, ada kilang lain yang offer lebih, RM1,100 tetapi sebenarnya tidak ada peniaga yang mahu rugi. Sebenarnya petani-petani yang jual kepada kilang-kilang swasta ini, padi mereka diangkut ke kilang padi untuk diproses dan ditimbang bukan di hadapan petani pun. Penipuan timbangan berlaku.

Jadi walaupun mereka kata mereka bayar lebih tinggi daripada kilang bumiputera dan sebagainya tetapi penipuan berlaku sewaktu timbangan. Dari segi actual pendapatan mereka sebenarnya mereka tidak mendapat bayaran yang sebenar kerana penipuan- penipuan dan sebagainya. Mereka kena bayar berbagai-bagai lagi.

Jadi sebab itulah saya kata, kita mahu memberikan fair kepada petani. Petani boleh lihat sendiri, petani boleh argue sendiri sewaktu waktu pemutuan yang kita katakan pemutuan sebenar ini, sewaktu membuat pemutuan, petani, pertubuhan peladang kawasan dan juga pengilang mesti bersama-sama menimbang dan membuat keputusan berapa jumlah pemutuan yang patut diberikan kepada petani dan sebagainya. Jadi kita memberikan satu kuasa kepada pertubuhan peladang kawasan untuk mengumpulkan padi- padi tersebut dan secara adilnya, PPK akan mengedarkan selepas itu kepada kilang-kilang.

Kepada kilang bumiputera, kepada kilang-kilang swasta dan sebagainya.

Jadi semua orang mendapat layanan yang sama untuk mendapatkan padi-padi tersebut. Jika tidak, kilang-kilang ini banyak yang ditutup dan sebagainya. Ini juga untuk menyekat orang-orang tengah yang selama ini mengambil kesempatan, yang menjadi agen-agen ini adalah orang tengah. Orang tengah yang menjadi agen, yang menjadi agen kepada kilang-kilang ini. Mereka dibayar RM100, RM50 dan sebagainya yang semuanya datang daripada petani-petani dan sebagainya.

Jadi dengan adanya pusat pengumpulan ini memang tidak perlu lagi membayar kepada agen, tidak perlu lagi membayar kepada broker dan sebagainya. Ini juga sebenarnya untuk membantu petani-petani dan pengilang-pengilang.

final • 10:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

[Bangun]

final • 10:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sekejap saya beritahu. Satu lagi, kalau harga padi lebih daripada harga yang kita tetapkan, pengilang padi tidak akan membeli padi sebab kalau beras tidak dinaikkan harga, harga padi dinaikkan, pengilang padi tidak boleh membeli padi kerana mereka akan kerugian disebabkan harga beras yang sudah ditetapkan. Kalau kita menaikkan harga padi, harga beras akan naik. Kalau harga beras akan naik, pengguna yang berjuta-juta orang inilah yang akan menjadi mangsa. Jadi sebab itulah kita mesti mengekalkan harga beras untuk menjaga kepentingan pengguna dan kita menaikkan harga padi sedikit supaya ada win-win situation antara pengguna kekalkan harga beras, pesawah dapat menaikkan sedikit harganya dan pengilang juga tidak mengalami kerugian. Inilah win-win situation, situasi menang-menang yang diwujudkan hasil daripada apa yang kita lakukan.

final • 10:20 PM

Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Alor Star. Kita sambung esoklah. Yang Berhormat Menteri panjang lagi kan?

Kita sambung esok ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Mac 2014.

final • 10:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026