Mar202014

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

  1. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah barangan terkawal dalam Skim Kawalan Harga untuk memastikan bahawa harga barangan keperluan asas yang lain tidak meningkat secara mendadak.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Machang.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, semasa menjelang suatu musim perayaan utama dalam negara, kerajaan akan melaksanakan kaedah kawalan harga barangan melalui Skim Kawalan Harga Musim Perayaan untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah kerana permintaan tinggi pada musim-musim perayaan. Penetapan jumlah barangan adalah mengikut musim perayaan sama ada Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Raya Puasa, Deepavali atau Krismas. Bagi jenis barangan adalah terdiri daripada ayam, daging, telur ayam, sayur-sayuran, barang kering dan juga hasil dari laut. Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa keperluan penambahan barangan mengikut musim perayaan. Ini kerana ia banyak bergantung kepada permintaan pengguna di atas sesuatu barangan khususnya pada musim perayaan. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang ini rata-rata orang bercakap tentang kenaikan kos sara hidup. Apabila kita bercakap tentang kenaikan kos sara hidup, maka sudah tentulah ia akan dikaitkan dengan kenaikan ataupun peningkatan harga barang-barang keperluan. Banyak kita dapati peniaga yang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati mereka pada kadar yang tidak berpatutan dengan meletakkan pengurangan subsidi minyak sebagai salah satu daripada alasan.

draft • 10:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Soalan tambahan saya, apakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi hukuman di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga-peniaga yang tidak mengikuti syarat-syarat terhadap harga-harga barangan kawalan dan juga memasukkan beberapa jenis barang keperluan untuk dimasukkan di dalam kawalan harga ini.

Kedua, rakyat mempunyai alternatif untuk ke Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi Kedai Rakyat 1Malaysia masih belum menyeluruh di negara ini. Adakah kerajaan bercadang untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha Kedai Rakyat 1Malaysia ini yang ada merasa tertekan akibat daripada deposit yang dikenakan pada kadar yang agak tinggi iaitu RM450,000. Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan kadar deposit ini? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita mengetahui mengenai dengan kos sara hidup yang meningkat kebelakangan ini. Akan tetapi, banyak tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menentukan supaya harga barangan ini dapat dikawal daripada semasa ke semasa. Untuk persoalan Yang Berhormat mengenai dengan kesalahan-kesalahan ataupun penalti yang ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi kesalahan dan juga penalti di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, pertamanya mencatut atau membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah dalam menjual atau membekal barangan iaitu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan yang keduanya menjual barang harga terkawal melebihi daripada harga maksimum yang ditetapkan.

Bagi segi bukan pertubuhan perbadanan individu, kesalahan pertama Yang Berhormat, RM100,000 ataupun penjara tiga tahun. Kesalahan yang kedua atau berikutnya ialah RM250,000 atau penjara lima tahun. Kompaun maksimum RM50,000. Itu bagi segi pertubuhan perbadanan individu. Sekiranya pertubuhan perbadanan ataupun syarikat, kesalahan pertama RM500,000, kesalahan kedua atau berikutnya RM1 juta dan kompaun maksimum ialah RM250,000. Bagi segi penalti ini begitu tinggi sekali Yang Berhormat, tetapi ada juga tindakan ataupun diambil kesempatan oleh peniaga-peniaga.

draft • 10:00 AM

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Untuk itu juga Yang Berhormat dari segi gagal meletakkan tanda harga apabila kita mengadakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi individu, denda maksimum RM10,000, kompaun maksimum RM5,000, bagi syarikat RM20,000, kompaun maksimum sebanyak RM10,000. Mengenai dengan barangan tambahan seperti yang disoal oleh Yang Berhormat, saya telah mengatakan bahawa kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa keperluan penambahan barangan mengikut musim-musim perayaan sekiranya perlu ditambah, kita akan tambah apabila menjelangnya perayaan-perayaan yang saya sebutkan tadi.

Keduanya mengenai dengan kedai KR1M. Pada tahun ini kerajaan berhasrat- kementerian akan berusaha untuk menambahkan sebanyak 60 buah lagi kedai KR1M di seluruh negara, 60 buah. Jadi mungkin kawasan Yang Berhormat juga kalau perlu, kita boleh tentukan 60 buah KR1M daripada 128 kedai KR1M yang sedia ada sekarang ini. Di dalam kedai KR1M

draft • 10:10 AM

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

sekarang ini oleh kerana untuk hendak menangani kos sara hidup ini kita telah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian untuk penambahbaikan jualan di dalam kedai-kedai KR1M.

Kalau dulunya kedai KR1M adalah barangan KR1M semata-mata tetapi sekarang ini kita telah mengadakan pilot projek bersama-sama dengan MOA di Lembah Klang sebanyak 10 buah kedai KR1M di Lembah Klang dalam percubaan, kita jual barang-barang basah ikan, sayur dan sebagainya. Ini percubaan dan insya-Allah sekiranya berjaya kita akan kembangkan jualan barang-barang basah ini di seluruh kedai-kedai KR1M yang terdapat. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri patut mengarahkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Okey. Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 10:10 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah apakah kriteria kedai KR1M yang hendak dibuka di suatu kawasan? Adakah kerana hanya keperluan kepada modal sahaja ataupun kerana kawasan tersebut terdiri daripada kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Keduanya minta senaraikan – saya minta kerajaan senaraikan kedai yang jual ayam RM1 untuk seluruh negara.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat sebenarnya soalan tambahan ini hanya satu. Yang Berhormat Machang pun dua, Yang Berhormat Bukit Gantang pun dua. Jadi boleh pilihlah mana satu hendak dijawab.

draft • 10:10 AM

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Hendak jawab ayam satu ekor RM1 pun boleh.

draft • 10:10 AM

Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah

Mengenai dengan kedai KR1M yang kita wujudkan di seluruh negara kita bergantung kepada kadang-kadang ada permintaan dan kita rasa perlu kita wujudkan kedai KR1M di kawasan-kawasan itu, kita akan wujudkan. Akan tetapi hasrat kerajaan supaya tiap-tiap kawasan Parlimen di seluruh negara akan diwujudkan kedai KR1M 1Malaysia insya-Allah. Even kawasan Yang Berhormat sendiri juga sekiranya perlu, kita akan usahakan supaya 222 kedai KR1M di seluruh negara akan diwujudkan untuk membantu supaya pengguna akan mendapat barangan yang begitu murah di kedai KR1M. Kemudian soalan yang kedua itu saya ingat tidak perlu saya jawab. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

2. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil] minta Menteri Luar Negeri menyatakan peranan kementerian dalam memberi pandangan kepada pihak imigresen negara asing bagi menghalang seseorang individu atau tokoh politik memasuki negara tersebut, seperti mana Yang Berhormat Ketua Pembangkang dihalang daripada memasuki Jepun pada 19 Januari 2014 atas alasan "laporan terbaru" yang diterima.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Bukit Katil secara bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Libaran pada 7 April 2014 kerana ia menyentuh kepada isu yang sama.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila saya membaca soalan daripada Yang Berhormat Bukit Katil ini, soalannya saya hendak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak quote, “memberi pandangan kepada pihak imigresen negara asing menyatakan peranan kementerian dalam memberi pandangan kepada pihak imigresen negara asing bagi menghalang seseorang individu atau tokoh politik memasuki negara tersebut”.

Saya rasa kadang-kadang soalan ini ada niat atau berprasangka yang buruk. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua saya ingin menjawab juga. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, setiap negara yang berdaulat mempunyai hak yang menentukan polisi dan undang-undang negara masing-masing termasuk menentukan sendiri akan peraturan imigresen yang berkaitan.

Lantaran itu hak sesebuah negara untuk membuat kepastian dan keputusan untuk membenarkan seseorang warga negara asing memasuki atau sebaliknya ke dalam negara tersebut adalah hak mutlak negara berkenaan. Oleh yang demikian, Malaysia tidak akan mencampuri keputusan yang dibuat oleh mana-mana negara asing dalam menghalang seseorang individu memasuki negara tersebut sebagaimana kita tidak mahu orang lain mencampuri hal ehwal dalam negara kita. Lazimnya tiada sebarang penjelasan perlu diberikan oleh negara berkenaan atas sebab musabab tindakan yang diambil.

Tuan Yang di-Pertua seperti Dewan yang mulia sedia maklum, tindakan pihak imigresen Jepun menghalang Ketua Pembangkang memasuki Jepun telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak terutamanya Yang Berhormat Bukit Katil, mungkin. Ekoran daripada itu Yang Berhormat Bukit Katil dan rakan-rakannya telah mengadakan demonstrasi bagi memprotes perintah larangan tersebut di hadapan Kedutaan Jepun pada 21 Januari 2014 tanpa memikirkan kesan dan implikasi yang tidak baik terhadap hubungan dan kerjasama Malaysia dan Jepun.

Namun begitu, oleh kerana hubungan diplomatik Malaysia dengan Jepun yang telah terjalin selama ini yang begitu baik sekali, Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur walau bagaimana perasaannya sekali pun telah menjelaskan secara terperinci bahawa larangan masuk berkenaan dilaksanakan berdasarkan peruntukan Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Orang Pelarian Jepun, seksyen 11, perkara 5(4) iaitu saya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Any foreign national where have been convicted over violation of any law or regulation of Japan or of any other country and has been sentenced to imprisonment with or without work for one year or more or to an equivalent penalty shall be denied permission to land in Japan.” Tidak payahlah saya jelaskan nanti orang kampung saya tahu pula. Maknanya ada tokoh-tokoh yang tidak boleh masuk kerana telah dipenjarakan. Jadi saya juga hendak menjelaskan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa seperti soalan Yang Berhormat Bukit Katil tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang pernah memasuki Jepun sebelum itu. Sebelum beliau dilarang pada Februari 2014, tahun 2011, tahun 2012 beliau pernah memasukinya.

Saya hendak jelaskan bahawa beliau telah mendapat kelulusan secara khas, kelulusan khas yang diberikan oleh kerana Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri menulis secara

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin

bertulis, minta secara bertulis dengan Kedutaan Jepun. Maka dengan sebab itu diberikan kelulusan khas. Kemudian apabila beliau telah pun dilarang masuk balik semula ke sini lempar tuduhan yang macam-macam sekali lagi hendak masuk ke Jepun kali ini beliau memohon permit masuk secara bertulis yang benar-benar memberikan kelulusan khas oleh Kedutaan Jepun untuk beliau sekali lagi masuk ke negara Jepun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan bahawa sebulan selepas daripada Yang Berhormat Permatang Pauh dihalang, saya dan Yang Berhormat Permatang Pauh berjaya ataupun dijemput sekali lagi memasuki Jepun dan berjaya masuk kali ini. Saya ingin tegaskan bahawa ini adalah kerana susulan daripada organisasi yang menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh itu datang ke Malaysia dan meminta maaf dan menjemput semula untuk hadir dalam program yang telah disusun di Jepun pada hujung bulan Februari yang lalu. Sebab itu saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sementara semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan bahawa akan memberikan bantuan kepada mana-mana rakyat yang ditimpa masalah. Dalam konteks ini, Ketua Pembangkang adalah satu institusi dan sistem demokrasi negara. Kalau kerajaan ataupun organisasi di Jepun...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, soalan ya.

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Boleh datang ke sini menjemput, maknanya mereka memandang serius kerana Jepun adalah negara pelabur utama di Selangor. Saya ingin tahu, kenapakah kementerian dilihat tidak betul-betul serius menangani isu ini walaupun yang dihalang itu adalah seorang tokoh Ketua Pembangkang yang merupakan satu institusi dalam sistem demokrasi negara kita?

Sehingga sekarang, kita tidak dapat penjelasan ataupun tidak ada satu penegasan sama ada dalam bentuk nota diplomatik dihantar kepada Kerajaan Jepun untuk memastikan agar perkara ini tidak berlaku pada mana-mana anggota Parlimen yang lain. Ini maksud saya kerana soal Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi soal hendak minta kelulusan dan sebagainya, Kerajaan Jepun sendiri telah memberikan kebenaran visa on arrival dan itu yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang ingin memasuki Jepun dan tidak timbul isu berkaitan dengan halangan, kena kelulusan bertulis dan sebagainya. Malah saya...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Katil...

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak nyatakan...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Peraturan Mesyuarat 24(4).

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Soalan saya...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Soalan jangan jadi helah untuk berbahas.

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Ketika saya hadir ke Kedutaan Jepun, bila saya tanya kepada pegawai-pegawai kedutaan...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bukit Katil ada peluang lagi untuk berbahas mengenai isu ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

...Mengapakah dihalang, mereka beritahu ada ‘laporan terkini’. Ini saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong jelaskan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasal apa tidak tunggu lama sedikit? Bos baru masuk. Bos Yang Berhormat Bukit Katil, dia hendak dengar penjelasan itu, yang itu...

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Kita tahan bos tidak perlu dia datang.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, terutamanya kita kena terima hakikat bahawa semua Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini, bukan semuanya diiktiraf oleh mana-mana negara sebagai mereka yang benar-benar honourable. Itu kita kena jelas. Semua Yang Berhormat yang duduk sini, sesiapa pun. Rakyat dalam negara kita ini, kalau hendak pergi ke luar negara, ada undang-undang negara tersebut, kita kena ikut. Akan tetapi kecuali mereka yang memegang diplomatic passport. Siapa dia? Contoh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri.

Dulu Ketua Pembangkang sekarang ini bekas Timbalan Perdana Menteri. Jadi sebab itu dia boleh masuk banyak negara yang dibenarkan mengikut diplomatic passport yang ada. Hari ini, kalau sudah tidak ada pasport itu lagi, dia sudah jadi rakyat biasa macam kita ini, yang tidak ada lagi sudah mempunyai imuniti. Maka sebab itu, kena ikut perundangan yang ada. Saya sudah jelaskan tadi bahawa kalau hendak masuk di Jepun ini memerlukan visa. Visa itu diberikan– kalau rakyat biasa senang, mudah. Kalau rakyat seperti yang telah pun terkandung dalam undang-undang imigresen Jepun tadi - saya tidak payah baca sekali lagilah. Dia memerlukan visa yang khas, permission yang khas. Maka sebab itu dia kena tulis.

Kedua, kalaulah dia telah pun dilarang untuk masuk di airport tersebut, masalah kita rakyat biasa ini termasuklah Ketua Pembangkang, sebagai seorang rakyat yang biasa, lain kali, hendak pergi ke negara yang sebegitu rupa, beritahu dengan kita Kementerian Luar Negeri. Itu maksud saya, kita akan bantu. Akan tetapi bila telah pun dilarang dan tidak beritahu dengan kita, balik ke Malaysia baru panggil press conference, kata macam–macam tentang Kementerian Luar Negeri, maka macam mana kita hendak bantu bila ‘engkau’ sudah balik, hendak hantar semula.

Walau bagaimanapun, apabila jemputan sekali lagi dibuat dan kita mengetahuinya dan kita dapat tahu, maka kita tiap-tiap hari telefon kerana kita tahu Ketua Pembangkang ini hebat orangnya. Kita hendak supaya dia boleh pergi Jepun, bagi ucapan yang baik di sana, menjaga maruah negara.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Maka sebab itu, kita beri bantuan dan kita telefon Kedutaan Besar

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Jepun, beritahu, “Make sure sudah ada suratkah belum?”. Dia kata “Surat sudah sampai”. Sudah sampai, minta kalau boleh beri kelulusan secepat mungkin. Kemudian Jepun kata, “Sudah hantar ke negara Jepun, imigresen di sana”. Akhirnya, boleh pergi sekali lagi. Itulah bantuan kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri yang telah pun kita berikan. Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya mengemukakan soalan tambahan. Difahamkan pada 26 Februari, Ketua Pembangkang telah memasuki Jepun sekali lagi. Maknanya, apa yang tersurat atau tersirat, kita tidak ketahui. Sebab seawalnya tidak lepas tetapi kali kedua ini, Ketua Pembangkang telah lepas pula tanpa diketahui oleh kita semua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Soalan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Jadi soalan saya [Disampuk] , adakah dengan kemasukan tersebut, apakah ia ada perancangan sulit ataupun hidden hands sebagaimana yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak yang telah tidak berfungsi lagi? Itu soalan tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Pertama saya hendak jelaskan dengan izin perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Lipas kata ‘hidden hands’ itu, tidak pernah wujud. Kalaulah benar-benar ada hidden hands seperti yang dimaksudkan oleh soalan pertama oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi, yang saya kata berprasangka buruk terhadap kerajaan itu, kalau benar ada, kita boleh buat sekali lagi pada 26 Februari tersebut.

Akan tetapi oleh kerana kita telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak masuk campur, maka sebab itu bantuan kita berikan dan bantuan yang kita berikan itulah yang memudahkan sekali lagi Ketua Pembangkang masuk Jepun. Lain kali hendak masuk ke Jepun pun, mesti kena tulis surat sekali lagi seperti yang telah dibuat pada 26 Februari. Saya minta semua kena faham di sini, tidak ada kena mengena dengan masalah Kementerian Luar Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya hendak beri penjelasan sahaja.

Tidak ada kelulusan khas yang diberikan, tidak ada permohonan kepada Kementerian Luar Negeri yang saya buat. Hanya makluman dan diluluskan tanpa syarat baru seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengelirukan Dewan, saya tidak isi apa-apa borang,

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

diluluskan, disambut baik, Menteri Luar Negeri bercakap dengan Pengerusi Sasakawa mohon maaf, Menteri Luar Jepun. Menteri Luar sini sombong. Menteri Luar Jepun minta maaf. Jadi terima kasih banyak. Kalau Kementerian Luar kata bagi kerjasama, saya ucap terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tidak ada masalah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Apa ini?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Kalau Kementerian Luar beri kerjasama, saya ucap terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ini soalan peraturan mana ini Tuan Yang di-Pertua?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Akan tetapi jangan mengelirukan kata kita minta permohonan khas. Bohong. Tidak ada kelulusan khas dari Kementerian Luar Jepun.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Mengelirukan Dewan ini.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekejap. Saya juga menghormati Ketua Pembangkang tetapi peraturan juga tetap peraturan. Ya, sila.

draft • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan oleh kerana Ketua Pembangkang sudah bangun. Apa yang saya sebut itu adalah daripada surat yang saya terima daripada Kedutaan Besar Jepun dan tidak ada kena mengena.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Pasal apa pula saya hendak tipu Dewan. Saya bukan orang yang suka menipu cakap lain, buat lain.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Saya...

draft • 10:30 AM

Dato' Wira Othman bin Abdul - Pendang

Penipu betul, betul penipu.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Surat dari Kementerian Luar Jepun bukan surat dari saya, yang dia sebut surat dari saya. Saya tidak tulis surat.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Menteri Luar dengarlah, hendak jerit buat apa? Dia kata...

draft • 10:30 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti mohon maaf.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

...Surat dari saya. Saya kata surat saya tidak hantar. Surat daripada Kementerian Luar Jepun tulis tidak apalah, tidak ada masalah dan saya ucap terima kasih kepada Kementerian Luar. Apa masalahnya? Yang saya jelaskan sebab Tuan Yang di-Pertua sebab nama saya dikaitkan. Jadi saya ada hak untuk bagi penjelasan. Hendak bohong buat apa di Dewan. Saya jelaskan saya diterima masuk tanpa sebarang surat dari saya. Surat daripada Kementerian Luar boleh. Siapa bangkit kata tipu, bangkit. Siapa kata tipu, bangkit. Ini perangai UMNO, bila tipu tidak berani bangun.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato' Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua..

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, cukuplah, cukuplah.

draft • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kena mengena langsung dengan UMNO sebab itu saya hendak jelaskan, apa yang saya sebut tadi adalah daripada penerangan yang telah diberikan kepada Kementerian Luar daripada Kedutaan Jepun, itu yang saya baca, itu yang saya terangkan kepada rakyat dan kita sama ada UMNO atau Barisan

draft • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Nasional kalau cakap itu, buat itu. Sesetengah orang kata hendak buat itu tetapi tidak buat. Itu masalah yang ada hari ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah, cukup. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Zahidi bin Zainul Abidin.

draft • 10:30 AM

3. Datuk Zahidi bin Zainul Abdidin [Padang Besar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan doktor/pegawai perubatan yang bertugas termasuk tambahan katil observasi supaya pesakit yang meminta rawatan di Unit Kecemasan Hospital dan Pusat Kesihatan diberikan rawatan secepat mungkin; dan

(b) adakah kementerian bercadang supaya rakyat berpendapatan rendah atau anak-anak rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan pembedahan dan rawatan pakar diberikan bantuan pengecualian kos secara cepat dan tidak terhalang oleh prosedur birokrasi yang tidak munasabah.

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Buat masa ini pengisian jawatan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di kebanyakan hospital kerajaan telah hampir penuh. Pihak hospital melalui kementerian akan membuat permohonan tambahan jawatan kepada agensi pusat selaras dengan pertambahan bilangan pesakit dan beban tugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Kementerian sentiasa berusaha dalam meningkatkan perkhidmatan rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh Malaysia untuk memastikan Jabatan Kecemasan sentiasa bersedia 24 jam setiap hari. Bilangan pegawai perubatan adalah dipastikan mencukupi dan perkhidmatan klinik rawatan selepas waktu pejabat juga disediakan bagi menampung peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan.

Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta pada dua tahun yang lepas bagi pembelian aset untuk Jabatan Kecemasan dan Trauma termasuklah katil untuk wad pemerhatian supaya rawatan di Jabatan Kecemasan dapat diberikan dengan cara yang lebih berkesan. Jumlah keseluruhan katil observasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma di dalam hospital-hospital utama ialah 542 buah katil.

Untuk soalan yang berikut, bagi memastikan pelaksanaan pengecualian caj rawatan kesihatan dilaksanakan dengan cepat, teratur dan tidak terhalang oleh prosedur birokrasi selain daripada Pengarah Hospital, Pegawai Hospital Daerah, Pegawai Pergigian Kanan kuasa diberikan pengecualian juga diturunkan kepada pegawai-pegawai daripada kalangan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan hospital atau klinik kesihatan untuk memberi pengecualian ini. Melalui proses ini, mereka yang memerlukan bantuan diberi bantuan secara cepat. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Sudah tidak bunyi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebelum soalan saya ini, saya minta kementerian tolong memperingatkan Hospital Padang Besar akan apa yang kita minta itu.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Soalan tambahan saya pertama sekali dari segi birokrasi ini kita lihat bahawa kalaulah seorang yang susah itu dia hendak minta, memohon satu rawatan perubatan yang kronik seperti pembedahan dan sebagainya maka prosedur dari segi borang, hendak menunggu tandatangan waris, selepas itu agak sukar sedikitlah. Jadi macam manakah kita sebagai pemimpin ataupun Ahli Parlimen untuk membantu mereka kerana kadang-kadang prosedur itu tidak melibatkan pihak lain untuk dapat membantu.

Jadi saya mintalah kalau boleh pihak kementerian ini memberi kelonggaran sedikit tentang dari segi prosedur borang ini dah kalau boleh tentang yayasan-yayasan, jenis-jenis yayasan yang dimaklumkan kepada kita apakah yayasan-yayasan yang sedia membantu kalaulah maknanya pihak kementerian ada list of yayasan yang boleh membantu mereka secepat mungkin apabila mereka menghadapi pembedahan ataupun rawatan yang memerlukan bayaran tambahan untuk membeli alat-alat perubatan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam - Segamat

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di dalam kos rawatan untuk pesakit di dalam negara kita pada keseluruhannya khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah, 98% daripada kos mereka sebenarnya hanya sudah diberikan subsidi oleh kerajaan. Terdapat situasi tertentu seperti alat-alat tertentu di mana ada permintaan oleh pihak hospital supaya bayaran dibuat dan untuk mereka yang tidak mampu untuk bayar bayaran apa pun.

Itulah sebabnya kerajaan telah menyediakan tabung khusus untuk memberi bantuan kepada pesakit-pesakit ini dan melalui itu juga lebih kurang tiap-tiap tahun 5,000 orang pesakit diberi pengecualian sejumlah lebih kurang RM30 juta untuk pembelian alat-alat yang tidak diberi secara percuma dan yang diminta. Melalui kaedah ini tidak ada rakyat Malaysia yang akan dinafikan apa-apa jenis rawatan kerana isu keadaan ekonomi mereka atau taraf pendapatan mereka. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kepong.

draft • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan di dalam doktor-doktor terutama yang pakar itu rakyat Malaysia ataupun rakyat asing yang seterusnya macam mana Yang Berhormat memastikan layanan, kepakaran, kemahiran di dalam itu bidang kecemasan dan trauma ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, contoh soalan yang dikemukakan sekali lagi saya ulang. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Sekarang ada bidang pengkhususan yang telah diwujudkan iaitu pakar emergency di dalam hospital kita dan mereka ini ialah mereka yang telah melalui latihan secara khusus untuk menjadi pakar di dalam bidang ini dan program latihan ini pada masa sekarang dibuat oleh institusi pengajian tinggi di dalam negara kita.

Pada masa sekarang ada lebih kurang 130 orang pakar emergency yang sedang bekerja di dalam 50 hospital di dalam negara kita dan proses pengiktirafan mana-mana bidang kepakaran mahupun di dalam pakar kecemasan dan trauma atau bidang-bidang yang lain di bawah tanggungjawab Majlis Perubatan Malaysia atau Malaysian Medical Council. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia mungkin maklum, kita telah berusaha untuk menyediakan register kepakaran atau specialist register di mana melalui latihan-latihan yang diterima dan diberi pengiktirafan dan mereka yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf ini akan dimasukkan di dalam senarai register kepakaran ini dan ini akan menjadi rujukan kepada kepakaran mereka.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun] Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Temerloh.

draft • 10:30 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam isu ini, saya lihat ada dua persoalan penting yang pertama adalah soal kekurangan doktor berbanding dengan jumlah penduduk dan yang kedua ialah kekurangan upaya untuk menampung keperluan pesakit. Saya melihat statistik yang dikeluarkan oleh fakta kesihatan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan. Doktor seluruh negara ada 36,603 orang berbanding dengan populasi penduduk 28,964,300 orang. Ertinya, nisbahnya seorang doktor 391 orang penduduk.

Kemudian jumlah katilnya pula kalau dilihat kepada hospital kerajaan berbanding dengan pesakit luar dan juga pesakit baru yang masuk juga mempunyai kekurangan yang begitu ketara.

draft • 10:30 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Jadi apakah suatu langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk menangani perkara ini terutamanya untuk capai standard yang telah ditetapkan oleh WHO iaitu seorang doktor, 400 orang penduduk? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, daripada masa dahulu sampai sekarang nisbah doktor kepada penduduk di dalam negara kita sudah bertambah baik dan seperti yang telah disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi, nisbah di dalam negara kita ialah satu doktor untuk lebih kurang 758 orang. Kalau ini dibandingkan dengan negara-negara yang lain boleh dikatakan adalah satu keadaan yang baik walaupun di dalam negara-negara yang sudah membangun iaitu develop countries, nisbahnya ialah di dalam seperti yang telah disebut 1:400 tetapi kebanyakan daripada negara di dunia ini ialah di bawah itu.

Mengikut pada masa sekarang, ada lebih kurang 5,000 orang doktor pelatih siswazah yang mengikuti latihan di dalam hospital-hospital kita. Apabila mereka akan menjadi pegawai perubatan selepas latihan mereka, ini akan menambah lagi bilangan pegawai perubatan yang

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

ada dan di dalam beberapa tahun lagi kita akan mencapai nisbah 1:400. Akan tetapi saya menerima pandangan bahawa walaupun di dalam jumlah bilangan doktor kita akan mencapai satu tahap yang baik, dalam bilangan katil di dalam hospital-hospital kita masih memerlukan bilangan katil yang lebih banyak dan kementerian sedang berusaha secara berfasa untuk menambahkan lagi jumlah hospital dan jumlah katil yang pada masa sekarang mungkin ada kekurangan.

Lebih kurang 10,000 katil di dalam seluruh negara supaya kita boleh mendapat peruntukan dan bajet yang mencukupi untuk menambah katil-katil di dalam hospital sedia ada dan untuk membina hospital-hospital yang baru di tempat-tempat di mana ia diperlukan supaya jurang itu boleh dikurangkan dan infrastruktur boleh disediakan selaras dengan pembekalan tenaga kerja yang kita ada pada masa sekarang. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan lagi.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan tidak boleh lebih daripada tiga. Terima kasih. Sila.

draft • 10:40 AM

4. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah orang kurang upaya (OKU) yang berada dalam pasaran buruh sepanjang tahun 2008 hingga 2011. Sejauh mana keberkesanan dasar sedia ada bagi menarik OKU menyertai pasaran buruh negara ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Ampang di atas keprihatinan tentang OKU ini. Sebenarnya kerajaan kita lebih prihatin tentang– Kerajaan Barisan Nasional tentang nasib orang OKU ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Maran dan tahun ini sekolah itu mendapat cemerlang STPM.

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tahniah.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Daerah Maran di negeri Pahang. Tuan Yang di-Pertua, berbicara tentang masalah orang kelainan upaya (OKU) ini sebenarnya kerajaan telah melakukan banyak tanggungjawab dalam membela mereka ini dan melibatkan berbagai kementerian utama termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Wanita dan juga Kementerian Pendidikan. Sebelum itu saya hendak berikan sedikit siapa dia OKU ini.

Mengikut seksyen 2 Akta OKU 2008, orang kurang upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

dalam masyarakat. Kalau ikut kementerian Wanita, bukan saya hendak ambil Kementerian Wanita, terdapat tujuh kategori OKU ini, iaitu

(i) kurang upaya fizikal;

(ii) kurang upaya penglihatan;

(iii) kurang upaya pendengaran;

(iv) kurang upaya pertuturan;

(v) kurang upaya masalah pembelajaran;

(vi) kurang upaya mental; dan

(vii) kurang upaya pelbagai.

Pelbagai ini maksudnya bagi kementerian kita kalau ada yang mereka ditimpa kemalangan, sebelum ini mereka cukup baik tetapi ditimpa kemalangan dan lantas kita buat rujukan perubatan sebagainya, mereka ini diiktiraf sebagai orang kurang upaya. Ini adalah salah satu yang tergolong dalam golongan ini.

Tuan Yang di-Pertua kalau mengikut pandangan Bangsa-bangsa Bersatu, 10% lebih kurang daripada jumlah penduduk di sebuah negara adalah orang kurang upaya. Makna dalam konteks negara kita kurang lebih mungkinlah dalam 2 millions agaknya kalau 28 juta. Kalau 30 juta mungkin lebih kurang– Ini tidak tepat tetapi anggaran.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ampang. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sehingga Disember 2013 seramai 477,549 orang kelainan upaya atau pun orang Kurang Upaya telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu kira- kira 1.7% daripada anggaran jumlah yang saya sebutkan tadi di negara kita ini. Kembali kepada– Apakah faedah yang diperolehi?

Sejauh mana dasar sedia ada ini memberi kesan kepada orang kurang upaya? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan terus berusaha melalui beberapa kementerian seperti mana yang saya sebutkan tadi termasuklah Kementerian Pendidikan dari sudut bagaimana mereka membela nasib anak-anak kita yang dikelaskan sebagai pendidikan khas, pelajar khas.

Bagi Kementerian Wanita termasuklah daripada anak-anak, ibu dan sebagainya yang terlibat secara khusus yang dikategorikan secara khusus seperti mana saya bacakan pengenalan tadi sebagai orang upaya. Bagi Kementerian Sumber Manusia ialah peranan kita lebih utama ialah kita melihat sejauh mana yang boleh kita lakukan bagi kita membantu OKU ini dalam mendapatkan pekerjaan atau pun penglibatan mereka dalam sektor kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dasar 1Peluang Pekerjaan dalam perkhidmatan awam dilaksanakan oleh kerajaan. Maklumat yang saya ada sehingga 2013 mungkin pihak JPA boleh betulkan saya sekiranya tidak tepat maklumat ini, ialah sehingga lebih kurang itu sebanyak 1,754 OKU telah diambil bekerja dalam perkhidmatan awam. Bagi sektor swasta, kita sebenarnya di bawah kementerian, kita tidak ada dasar peratus berapa yang hendak kita diambil.

Akan tetapi berbagai-bagai usaha telah pun kita lakukan. Dalam memastikan supaya orang kurang upaya (OKU) ini terlibat dalam pasaran buruh, antaranya secara kasar saya

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

sebutkan kita– Kerajaan telah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi OKU di bawah Kementerian Wanita yang terdiri daripada enam jawatankuasa yang kalau hendak detil mungkin kita boleh rujuk kepada Kementerian Wanita.

Di bawah kementerian kita, Sumber Manusia jawatankuasa teknikal menggalakkan pengajian OKU di sektor swasta di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dianggotai oleh pelbagai agensi kementerian dan ini kita tubuhkan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Timbalan Menteri.

Saya sudah mendengar angka-angka tadi, saya rasa angka-angka itu memang ada usaha daripada pihak kementerian. Akan tetapi angka-angka itu adalah berdasarkan kepada pendidikan awal, ilmu dan kemahiran. Apakah perancangan kementerian untuk memastikan orang OKU ini dapat diserapkan di tenaga kerja di peringkat swasta dan di peringkat sektor awam? Sama ada ia harus pihak kementerian memikirkan satu dasar, ada satu program takungan OKU untuk dipastikan mereka dapat diserapkan di tempat-tempat peluang pekerjaan di sektor awam dan juga swasta.

Keduanya, saya hendak tanya, bagaimana hubungan atau pun hubungan kait kerja di antara kementerian dengan KPKT? Ini kerana untuk memastikan bahawa infrastruktur negara ini dapat memudahkan pergerakan OKU apabila mereka hendak menyertai pasaran atau pun menyertai merakyatkan diri mereka, mereka memerlukan infrastruktur yang kuat yang boleh sempurna, yang boleh memudahkan mereka untuk bergerak seperti orang biasa. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ampang. Sebenarnya kita diberi banyak program yang telah pun dilaksanakan. Saya tidak rasa mahu sentuh Kementerian Pembangunan Wanita. Memang jelas Kementerian Pendidikan cukup banyak. Dalam konteks Kementerian Sumber Manusia saja.

Melalui jobs system, JobsMalaysia, di mana usaha mendapatkan pekerjaan ini bukan saja kita buat kepada belia-belia atau pun masyarakat kita yang tidak ada pekerjaan yang terdiri daripada orang-orang biasa.

Akan tetapi juga adalah melibatkan orang-orang kurang upaya. Saya hendak sebutkan, Yang Berhormat minta statistik dengan saya sehingga tahun 2013. Saya bagi contoh tahun 2000 hingga tahun 2013 di mana kementerian telah melakukan usaha dalam mengambil pekerja kurang upaya ini adalah seramai 9,986 orang. Kita sudah tempatkan OKU di berbagai-bagai bidang pekerjaan.

Dalam sektor lain, kita juga telah melatih mereka dalam beberapa bidang perniagaan.

Sebagai contoh, yang melibatkan mereka yang OKU dalam fizikal, penglihatan, pendengaran, pembelajaran. Kita telah memberikan bantuan galakan perniagaan pada OKU ini kepada seramai 823 orang OKU, pure OKU. Maknanya, betul-betul OKU. Daripada OKU-OKU ini kita minta juga mereka mendapatkan pekerja-pekerja yang akan membantu mereka terdiri juga daripada OKU iaitu sejumlah 699 orang. Saya boleh bawa Tuan Yang di-Pertua dan juga kita semua melihat

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

bagaimana kejayaan OKU ini, sebenarnya mereka boleh bekerja. Jangan kita pandang rendah kepada mereka. Kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM24 juta dalam kita membiayai peluang perniagaan kepada OKU ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak usaha yang telah dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi, bagaimana hubungan kita dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Saya kira banyak usaha yang telah dibuat termasuklah menyediakan berbagai-bagai kemudahan, di tempat parking, dalam kenderaan dan sebagainya. Jadi, saya ingat kalau hendak detail mungkin kita boleh dapat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya kira sokongan perlu kita beri kepada OKU ini kerana mereka juga manusia seperti kita. Ini kerana tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong tidak dapat sebab dia dekat Kementerian Sumber Manusia selepas saya.

Ikut kajian WHO dan ILO...

draft • 10:50 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sebab yang Yang Berhormat Mersing itu pun sama juga daripada kementerian yang sama itu.

[Ketawa]

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Ikut kajian WHO dan ILO, mereka yang dilahirkan yang mempunyai keupayaan luar biasa ini adalah 0.1%. Bermakna, tiap-tiap tahun kelahiran, kita mempunyai 0.1% mereka yang istimewa ini. Saya tidak pernah menyangkal bahawa banyak program, projek yang dibuat khusus untuk mereka dalam kategori ini. Usaha kerajaan tidak terbatas malah pelbagai peruntukan yang telah disediakan bagi golongan ini supaya mereka dapat kerja.

Persoalannya, di negara-negara maju pihak swasta diwajibkan untuk mengambil pekerja yang mempunyai keupayaan ini dengan syarat mereka terlatih. Adakah kerajaan selepas memujuk majikan yang tidak berapa hirau dengan pujukan kerajaan supaya orang OKU ini dapat kerja, adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu undang-undang mewajibkan majikan untuk memberi mereka pekerjaan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Mersing. Sebenarnya kakanda saya Yang Berhormat Mersing, sepatut tidak jawab pun tidak mengapa sebab dia banyak tahu tentang Kementerian Sumber Manusia.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Mersing, bahkan seperti saya katakan awal tadi di bawah kita tidak ada polisi khas tentang OKU dalam swasta. Sedangkan public sector ada. Oleh sebab itu lah saya bersetuju cadangan yang baik itu.

Namun, saya hendak beritahu sikit, panjangkan sikit, bagaimana usaha yang kita telah buat kepada membantu OKU ini. Penglibatan OKU dalam pasaran kerajaan. Kita ada bantuan skim galakan perniagaan yang saya sebut sudah tadi. Melalui JobsMalaysia dan kita ada juga program return to work. Ini mungkin ada kaitan dengan apa yang Yang Berhormat Mersing tanya.

Sebab return to work ini, maknanya pekerja-pekerja yang terlibat dengan kemalangan dan pada mulanya bila kita rujuk pada Kementerian Kebajikan dan sebagainya diisytiharkan sebagai OKU.

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib

Akan tetapi kita buat pemulihan. Kita buat pemulihan dan kita minta supaya syarikat atau majikan-majikan mengambil semula mereka ini. Alhamdulillah, sehingga Februari 2014, seramai 8,173 orang telah berjaya dipulihkan oleh melalui PERKESO dan mereka ini telah dipanggil balik bekerja oleh majikan-majikan.

Jadi, pencapaiannya ialah 72.53%. Jadi, saya kira Tuan Yang di-Pertua, itu di antara usaha yang ada kaitan dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Mersing tadi.

Satu lagi kalau kita lihat bagaimana usaha kita membantu OKU ini, di bawah PERKESO juga kita ada, kita panggil elaun layanan sentiasa (ELS) di PERKESO. Di mana bagi keluarga yang ada anak yang OKU ini, mereka boleh dibayar elaun kepada penjaga ini iaitu kira-kira 40% daripada hilang upaya langsung. Maknanya, nilai hilang upaya langsung yang dialami oleh anak mereka itu dan penjaga ini boleh kita bayar elaun maksimum kepada RM500. Saya ingat Tuan Yang di- Pertua, terima kasih banyak, terima kasih Yang Berhormat Mersing.

draft • 10:50 AM

5. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan sejauh manakah keberkesanan pemindahan gajah-gajah liar dari seluruh kawasan di Utara Semenanjung ke Hutan Royal Belum dan Hutan Temenggor:-

(a) kesan pada penempatan kampung Orang Asli dan Melayu di persekitarannya; dan

(b) langkah jangka panjang untuk atasi masalah tersebut, contohnya usaha penempatan baru kawasan gajah (sanctuary gajah) di situ selain di Kuala Gandah, Pahang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gerik, sebanyak 56 aduan gajah telah diterima oleh pihak Jabatan Perkhidmatan PERHILITAN dalam tempoh 2010 hingga 2013 di sekitar kawasan Hutan Royal Belum dan Hutan Temenggor. Lokasi gangguan yang terlibat ialah rancangan penempatan semula atau pun RPS Banun, Bersia, Felda Bersia Timur, Pos Kema, Kompleks Perikanan Banding dan Stesen Janakuasa TNB.

Kesemua aduan telah diambil tindakan oleh pihak Jabatan PERHILITAN dengan menjalankan operasi pemantauan dan kawalan secara tembak halal. Berdasarkan penemuan awal kajian pihak Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama pihak University of Nottingham kampus Malaysia, mendapati pemindahan gajah konflik ke kawasan Hutan Royal Belum tidak mendatangkan masalah gangguan gajah terhadap penempatan kampung Orang Asli dan Melayu di kawasan tersebut.

Sebagai langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah gangguan gajah di sekitar Hutan Royal Belum, pihak Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan satu projek pagar elektrik sepanjang 12km di RPS Banun pada tahun 2011. Analisis menunjukkan selepas pagar elektrik tersebut dibina, kadar aduan gangguan gajah di kawasan RPS Banun telah menurun sebanyak

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

40%. Pada tahun 2013, satu lagi projek pagar elektrik telah siap dibina di kawasan Bersia sepanjang 10km bagi mengatasi gangguan gajah di sekitar kawasan tersebut.

Buat masa ini pihak kementerian tidak berhasrat untuk mewujudkan sanctuary gajah di Hutan Royal Belum bagi menempatkan gajah-gajah konflik yang dipindahkan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Namun, pihak kementerian menyambut baik dan menyokong penuh jika adanya cadangan pihak kerajaan negeri untuk mewujudkan sanctuary gajah tersebut dan dalam masa yang sama ia boleh dimajukan untuk tujuan tarikan pelancongan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih pihak kerajaan yang telah menjelaskan jawapan dan saya berterima kasih pembinaan pagar gajah di beberapa kampung yang mana dilihat ada memberi kesan. Akan tetapi apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah pemindahan dan juga gajah yang sedia ada telah menyebabkan kerosakan yang besar kepada kebun-kebun orang kampung.

Kita tengok antara contoh-contoh kes dan ini bukan Gerik. Pada 15 Februari 2014 baru- baru ini di Jeli Kelantan, serangan gajah mengakibatkan seorang kanak-kanak maut dan ibunya patah kaki. Itu satu contoh. Contoh yang kedua, ladang-ladang kelapa sawit di Hulu Terengganu dicerobohi oleh gajah-gajah lebih daripada tiga kali sepanjang tahun mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Paling baru saya tengok gajah menceroboh kawasan penempatan di Johor pula, di Kota Tinggi semakin kerap.

Jadi, apakah langkah-langkah yang lebih proaktif yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian khususnya Jabatan PERHILITAN dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan bagi mengelakkan kematian, kecederaan dan yang paling penting ialah kerosakan harta benda dan ladang rakyat di mana setakat ini, serangan gajah kepada ladang-ladang tidak ada bantuan daripada pihak kerajaan. Mohon kementerian fikirkan apakah kaedah yang boleh membantu rakyat yang mengalami kerugian akibat serangan gajah. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat sahabat daripada Gerik kerana memberi maklumat yang terperinci tentang masalah gajah ini. Pada kebiasaannya, gajah yang terdapat di kawasan-kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat Gerik tadi adalah resident elephant di situ. Oleh itu Jabatan PERHILITAN sentiasa mengkaji dan meneliti gajah-gajah ini. Ini dinamakan gajah-gajah konflik.

Oleh itu, pemindahan gajah-gajah konflik itu kepada sanctuary yang sedia ada adalah dijalankan. Kalau tidak dipindah nanti, gajah-gajah konflik memang selalu memberi kekangan dan juga serangan kepada kita manusia dan merosakkan harta benda kita. Cadangan Yang Berhormat tentang kementerian membayar ganti rugi kerosakan harta benda atau pun kerosakan ladang kelapa sawit, saya mengambil maklum tentang perkara ini dan akan dibawa nanti kepada mesyuarat di kementerian supaya ia boleh diambil kira dan dimaklumkan. Ini kerana gajah, 60% makanan gajah adalah spesies ataupun jenis palm Jadi kelapa sawit ini termasuk di dalam jenis itulah, di dalam spesies itu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh bertanya kepada Menteri?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Penampang.

draft • 11:00 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan isu gajah di Sabah yang juga diulas oleh Yang Berhormat Kalabakan baru- baru ini, tahun lepas 12 pygmy elephant dengan izin, pigmi gajah di Sabah telah ditemui dengan keadaan yang mysterious. Mereka mati dan banyak mengesyaki bahawa ada berkemungkinan ia berkait dengan illegal forest felling di wildlife Tabin dan juga pygmy elephant ini diracun.

Bolehkah Menteri mendesak Kerajaan Negeri Sabah untuk memberi keterangan kepada kita semua kenapa pygmy elephant ini dan siasatan mereka masih belum dikeluarkan sampai sekarang. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Pada tahun lepas, 14 ekor pygmy elephant di Sabah telah pun ditemui mati tetapi sampel-sampel yang Jabatan PERHILITAN Sabah buat ialah menghantar sampel hati daripada dua ekor gajah yang terlibat dan sampel serbuk putih yang dijumpai berdekatan dengan salah seekor gajah yang mati, menunjukkan bahawa paras logam berat iaitu heavy metals terlalu tinggi di dalam sampel-sampel tersebut.

Jadi, itulah yang menyebabkan 14 ekor gajah mati di situ. Logam berat ini adalah arsenik, cadmium, besi dan chromium yang tertinggi. Oleh itu, gajah-gajah pygmy elephant itu sememangnya sengaja diracun. Akan tetapi Kerajaan Negeri Sabah seharusnya membuat investigation untuk mencari siapakah yang meracun gajah-gajah tersebut, 14 ekor gajah yang mati itu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

6. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta Perdana Menteri menyatakan butiran mengenai jumlah projek pembangunan yang disalurkan kepada Sabah dan kesemua daerah di Sabah.

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Siapa bersyukur, Allah tambah nikmat dan siapa tidak bersyukur, maka azab Allah amat pedih. Kalau dapat BR1M, ucap terima kasih. Bagi tablet yang baru pun kena ucap terima kasih dan kalau tolong visa pun kena ucap terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi soalan nombor enam. Berdasarkan janaan Sistem Pemantauan Projek 2 atau SPP2 pada 10 Mac 2014, sebanyak RM17.27 bilion peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh telah disalurkan melalui kementerian dan agensi untuk negeri Sabah. Pecahan peruntukan yang telah disalurkan mengikut daerah adalah seperti berikut:

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

DaerahJumlah (RM)
Kudat140 juta
Banggi10.9 juta
Tunggong780,000
Kota Marudu282.32 juta
Pitas170.02 juta
Kota Belud402.58 juta
Tuaran465 juta
Tamparuli69.23 juta
Kota Kinabalu2.43 bilion
Penampang411.53 juta
Pelbagai Daerah6.5 bilion

Kemudian yang lain-lain ini senarainya terlampau panjang, saya bagi secara bertulis. Ini adalah jumlah yang telah diperuntukkan untuk negeri Sabah. Walaupun ini tidak ditanya tetapi saya hendak sebut siap-siap.

Jenis ProjekJumlahPeratus
Projek yang telah siap112371.7
Projek mendahului jadual25322.5
Projek yang lewat613.9
Projek dalam perancangan281.9Jumlah1565
draft • 11:00 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan menteri. Terima kasih dengan penjelasan dan saya ingin mendapat jawapan bertulis juga supaya kita boleh buat research.

draft • 11:00 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Now kita semua faham dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual 10, Bahagian II kata bahawa 2.5 daripada net revenue, dengan izin, yang dikutip oleh Federal Government daripada Sabah sepatutnya dikembalikan kepada Sabah. Dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, kamu ada kata bahawa RM17.1 bilion telah diberikan kepada Sabah. Saya tidak tahu bahawa jumlah ini, amaun itu kepada 40% daripada net revenue yang dikutip daripada Sabah atau pun lebih tetapi kalau dia kurang, sepatutnya dia ditambah. Sabah deserve more than RM70.1 billion atau lebih lagi Sabah memberikan minyak, gas dan banyak lagi hasil natural resources daripada Sabah yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.

Now, soalan saya adalah dengan RM411 juta yang diberikan kepada Penampang, kenapakah hospital besar di Penampang belum pun dimulai dan kenapa dia telah delayed selama berapa tahun sejak Barisan Nasional mengambil alih kerajaan negeri Sabah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali, saya telah bacakan projek yang telah dilaksanakan dan projek yang dalam perancangan. Jadi kalau sekiranya hospital tersebut termasuk dalam senarai yang telah saya sebutkan, Yang Berhormat

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

boleh hantar maklumat kepada kita dan kita akan bagi secara bertulis. Kemudian berhubung dengan apa Yang Berhormat telah sebutkan, saya melihat Kerajaan Barisan Nasional Sabah berpuas hati dengan peruntukan yang dibagi dan mereka boleh memohon terus untuk tahun 2015. Jadi bajet pada di akhir tahun nanti mereka boleh membuat permohonan terus. Sekarang ini kita sudah bagi RM17.27 bilion. Jadi mereka boleh memohon terus untuk tahun 2015.

Berhubung dengan yang lain-lain lagi Yang Berhormat, elok tidak disebut perkataan Sabah, Sarawak dan sebagainya. Saya hendak maklum kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, jangan panggil kamu dekat saya, kena panggil Ahli Yang Berhormat. Nanti saya panggil kamu dekat kamu baru tahu ya. Panggil Ahli Yang Berhormat ya. Belajar sikit bahasa itu. Jadi untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa sempadan negeri bagi tiap-tiap negeri di Malaysia ialah daripada show line dengan izin sampai ke tiga batu nautika. Lebih daripada tiga batu nautika ialah hak Kerajaan Pusat yang di masuk di bawah zon ekonomi bebas.

Jadi saya tidak menyebut secara khusus dan kerajaan pusat mendiamkan diri tentang perkara ini mahu melihat bahawa usaha untuk membangunkan negeri-negeri itu diteruskan. Jadi janganlah mana-mana negeri untuk menyebutnya berkali-kali kerana ini ia melibatkan undang- undang ya. Kalau hendak kira Perlis pun walaupun tidak ada minyak dia boleh menuntut sebab apa minyak berada di kawasan Federal. Kemudian...

draft • 11:10 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Kemudian kita...

draft • 11:10 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Akan jumpa insya-Allah minyak di Pulau Perak dalam kawasan Kedah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Kamarudin bin Jaffar - Tumpat

Ia berkaitan dengan legality, show line dan tiga nautika itu sedang dalam mahkamah. Soalan saya pun tidak diterima atas alasan itu. Jadi tidak adillah Yang Berhormat Menteri menjadi hakim pula dalam Parlimen untuk memberi penjelasan pada kita. Saya pohon supaya dijawab.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Saya kata saya minta tidak menyebutkan, saya menceritakan undang-undang tanah ya, undang-undang tanah. Saya dulu pegawai tanah, saya boleh cerita sikit hal tanah. Yang Berhormat pegawai antarabangsa, boleh cakap hal antarabangsa. Saya bagi tahu tentang undang-undang tanah dan saya minta semua pihak mendiamkan diri, jangan menyebut. Jadi sekali gus saya menyebut bahawa mungkin perkara ini adalah di peringkat mahkamah. Tidak boleh menyebut perkataan ini, Kelantan, Terengganu, jangan. Biarkan mahkamah putuskan bagi kawasan yang di luar tiga batu nautika. Faham.

draft • 11:10 AM

7. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah jaminan dan kedudukan keselamatan dan kedaulatan negara di atas perkembangan terkini krisis perebutan Wilayah di Laut China Selatan, khasnya tindakan Angkatan Tentera Laut negara China yang semakin agresif mencerobohi wilayah negara lain.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab pertanyaan ini serentak bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Batu Pahat, 25 Mac 2014 dan dari Yang Berhormat Bukit Mertajam pada 27 Mac 2014.

Untuk makluman, kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan. Dalam hubungan ini sukacita memaklumkan bahawa pasukan keselamatan khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa melaksanakan rondaan dan pengawasan maritim secara berterusan dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan.

Sehingga kini hasil rondaan dan penguatkuasaan pasukan keselamatan di Laut China Selatan, keselamatan dan kedaulatan perairan negara adalah terpelihara. Sebagaimana yang diketahui, Laut China Selatan adalah semi-enclosed sea yang dituntut oleh beberapa buah negara iaitu Brunei, Republik Rakyat China (RRC) termasuk Taiwan, Malaysia, Philippine dan juga Vietnam. Dalam hubungan ini pendirian negara berhubung dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah melalui perundingan dan berlandaskan perundangan antarabangsa.

draft • 11:10 AM

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan - Parit

Soalan tambahan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini pasukan tentera laut China membawa dua kapal perang meronda di James Shoal sebuah tanah kecil 22 meter dari aras laut yang terletak hanya kira-kira 80 kilometer daripada Sarawak dan 1,800 kilometer daripada Tanah Besar China. Namun tanah ini dituntut oleh China sebagai tanah miliknya yang paling selatan. Ini bukan kali pertama China melawat James Shoal dengan kapal perang bahkan telah pun berlaku pada bulan Mac tahun lalu. Soalan saya ialah saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah persediaan kita bagi menghadapi isu ini jika negara China terus berdegil menuntut kawasan-kawasan wilayah kita. Adakah Angkatan Tentera Laut kita berkemampuan dan berkeupayaan untuk menghalang kapal perang China yang kerap datang memasuki wilayah negara kita. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan insiden itu akan jawab secara khusus tapi saya hendak bagi tahu secara umum di sini bahawa semenjak tahun 2011, pencerobohan kapal perang Republik Negeri China dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan berlaku hampir sekali setiap tahun. Pada tahun 2013, berlaku peningkatan pencerobohan oleh SSRC yang tertumpu di kawasan Beting Patinggi Ali, Beting Raja Jarum dan juga Beting Serupai. Kesemuanya dalam kawasan zon ekonomi eksklusif Malaysia.

Sepanjang 2013 hingga 2014, tujuh pencerobohan dikesan yang melibatkan 16 buah aset tentera laut yang dikenali sebagai People's Liberation Army Navy dan juga China Coast Guard, Republik Rakyat China. Jadi kawasan ini kita dapati bahawa kawasan yang sepatutnya

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

jadi kawasan laluan ikhlas ataupun innocent passage bagi laluan kapal dan juga pesawat tetapi apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat, benda ini buat masa sekarang kerajaan Malaysia akan mengambil pendekatan. Ada tiga pendekatan dan mungkin yang pertama ini jadi yang kedua, yang kedua mungkin jadi yang pertama, ang ketiga mungkin jadi yang pertama.

Yang pertama Malaysia berpendirian bahawa pertikaian berbangkit daripada tuntutan bertindih di Laut China Selatan wajar diselesaikan secara aman melalui perbincangan dialog dan perundingan yang melibatkan negara-negara yang menuntut. Pendirian kedua, Laut China Selatan dikelolakan ataupun govern di bawah perundangan antarabangsa khususnya United Nations Clause 1982 dan negara-negara yang menuntut telah menandatangani dan meratifikasi konvensyen ini. Dengan demikian kerajaan berpendirian penyelesaian terbaik kepada pertikaian hendaklah berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa khususnya United Nations Clause 1982.

Dan yang ketiga penyelesaian melalui arbitrasi atau pihak ketiga boleh dirujukkan sebagai contoh Mahkamah Keadilan Antarabangsa ataupun International Court of Justice, Tribunal Antarabangsa mengenai Undang-undang Laut ataupun International Tribunal for the Law of the Sea atau mana-mana Tribunal Timbang Tara.

draft • 11:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Walau bagaimanapun, kerajaan pada ketika ini tidak bercadang untuk merujuk pertikaian tuntutan bertindih Laut China Selatan melalui mana-mana pihak yang ketiga. Ketiga-tiga pendirian ini akan diambil oleh pihak kerajaan dalam jangka masa terdekat dan juga jangka panjang.

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa itu SOP apabila negara kita mengesan sebuah kapal laut ataupun kapal terbang yang merentasi laut ataupun udara negara kita dan terutamanya apabila kapal laut atau kapal terbang itu tidak ada kelulusan untuk merentasi negara kita? Ini kerana saya rasa dalam peristiwa MH370 ini, walaupun radar tentera kita mengesan sebuah kapal terbang pada hari kejadian itu tetapi TUDM kita tidak buat apa-apa. Jadi sekarang kita cakap keselamatan dan kedaulatan negara adalah amat penting. Itu saya rasa kita semua bersetuju. Akan tetapi, kalau lautan kita adalah begitu penting, kenapa apabila diarah tentera kita mengesan satu UFO yang merentasi udara kita tetapi tentera kita tidak buat apa-apa?

[Disampuk]

draft • 11:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, soalan itu Yang Berhormat boleh bertanya kepada Kementerian Pertahanan. Saya rasa benda ini telah dijawab berkali-kali dan saya rasa Yang Berhormat juga dapat maklumat berkali-kali.

Bagi Ahli-ahli Parlimen di pihak pembangkang yang berkeinginan untuk mendapat taklimat daripada pemangku Menteri Pengangkutan, boleh berbuat demikian ataupun memaklumkan kepada saya untuk kita mengaturkan taklimat supaya Yang Berhormat tidak mengulangi pertanyaan-pertanyaan yang sama dan seolah-olahnya Yang Berhormat sudah dijawab berkali-kali tetapi masih tidak memahami.

draft • 11:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Sekarang saya hendak jawab yang laut dahulu ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ini saya hendak beritahu yang laut sebab saya terpaksa tergesa-gesa sebab kawan saya yang Nombor 8 ini, dia lama tidak menjawab. United Nations Convention on the Law of the Sea

(UNCLOS) 1982, ada memperuntukkan hak laluan ikhlas bagi ataupun innocent passage bagi laluan kapal dan pesawat dalam kawasan laut wilayah. Laluan dalam zon ekonomi eksklusif tidak dianggap laluan ikhlas dan dapat dianggap sebagai hak kebebasan pelayaran atau freedom of navigation.

Dalam kawasan zon ekonomi bebas, negara berpantai atau coastal coast memilih hak- hak mengeksploitasi semua sumber ekonomi, semua sumber hidupan dan bukan hidupan tetapi tidak mempunyai hak kedaulatan dalam kawasan perairan. Jadi, SOP kita ialah mereka telah masuk ke kawasan kita dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Memendekkan cerita, bila mereka masuk ke sini, tentera kita juga akan berada di tempat yang sama, meminta mereka beredar dan mereka pun duduk di sana, sampai masa mereka beredar.

Demikian juga tuntutan bertindih dengan Indonesia dulu. Kalau sekiranya mereka datang, kita beritahu, “Ini kawasan Malaysia" dan mereka pula beritahu “Ini kawasan Indonesia”.

Jadi perulangan-perulangan cerita di laut ini akan berterusan tetapi tidak berlakulah pertentangan yang menyebabkan penggunaan senjata dan sebagainya. Ini masih menggunakan pembesar suara. Jadi, amaran cerita di laut ini, amaran-amaran dikeluarkan dari semasa ke semasa. Cuma setelah berlaku di laut, maka di peringkat diplomatik diberitahu bahawa tidak dibenarkan mereka masuk ke kawasan ekonomi bebas Malaysia dan mereka beritahu bahawa ini adalah tuntutan bertindih. Jadi, kita pun beritahu bahawa, “Ini kawasan Malaysia" dan seterusnya.

Sebenarnya, Malaysia sudah berada di sana lebih awal daripada negara-negara yang lain. Akan tetapi bila sumber-sumber alam sudah diterokai oleh Malaysia, maka minat manusia pun ramailah untuk menuntutnya. Demikianlah kehidupan.

draft • 11:20 AM

8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah jumlah permohonan BR1M pada tahun 2013 mengikut kategori isi rumah dan berapakah permohonan yang diluluskan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya untuk menjawab bersama soalan ini iaitu daripada Yang Berhormat Lanang iaitu pada 20 Mac dan Yang Berhormat Bukit Bintang pada 25 Mac. Kerajaan telah meneruskan sekali lagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2014 sebagai usaha untuk membantu meringankan sebahagian beban rakyat Malaysia terutama keluarga yang berpendapatan rendah serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar.

Pada BR1M 2014, beberapa kriteria telah ditambah baik merangkumi seperti berikut:

(i) bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

(ii) sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450;

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua..

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang ketiga...

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Saya tidak tanya soalan itu. Soalan saya secara khusus, berapakah jumlah permohonan BR1M tahun 2013 mengikut kategori isi rumah dan berapa permohonan yang diluluskan? Saya tidak pernah tanya tentang penambahbaikan tahun 2014. Jadi saya minta jawab soalan, masa sudah suntuk.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, saya juga menyatakan bahawa saya juga menjawab soalan kepada Yang Berhormat Lanang pada 20 Mac dan Yang Berhormat Bukit Bintang pada 25 Mac *[Tepuk] Allahu Akbar!

[Ketawa]*

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini floor saya. Jawab soalan saya dulu.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu terpulang kepada saya ya.

(iii) memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan. Jika kematian biasa, khairat kematian adalah RM1,000.

Pada tahun 2013, 80,000 orang penerima BR1M telah meninggal dunia.

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah bermula dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014;

(iv) warga emas sebatang kara berumur 60 tahun dan ke atas menerima kenaikan jumlah BR1M daripada RM500 kepada RM650; dan,

(v) kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas, berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, bantuan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.

Pada tahun 2012, penerima BR1M 2012 adalah seramai 4.2 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion manakala penerima BR1M 2.0 pada tahun lepas adalah seramai 6.8 juta orang dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Bagi tahun 2014, BR1M dijangka akan memanfaatkan hampir 7.9 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM4.5 bilion. Sehingga 3 Mac 2014, sebanyak 8.1 juta permohonan telah diterima yang mana sebanyak 6 juta permohonan telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion manakala baki 2.1 juta permohonan masih sedang diproses. Daripada jumlah yang diluluskan, seramai 3.8 juta adalah penerima isi rumah manakala baki 2.2 juta adalah penerima individu bujang.

Untuk makluman juga, pemberian BR1M adalah bermatlamat untuk membantu meringankan sebahagian beban hidup rakyat. Bantuan ini telah dapat meringankan beban dalam membantu mereka membayar bil utiliti, ubat-ubatan, pakaian dan membeli barang keperluan

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

seperti beras, ikan, daging dan lain-lain. Bantuan ini adalah secara menyeluruh kepada yang layak tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Pada 13 November 2013 yang lalu, Yang Berhormat Menteri telah memberi kenyataan di dalam Parlimen ini bahawa mengikut statistik bagi tahun 2013, jumlah isi rumah yang menerima BR1M adalah 4.8 juta orang dan mengikut keseluruhan isi rumah, mengikut statistik adalah 6.3 juta.

Pada pagi ini Yang Berhormat Menteri tampil di Parlimen mengatakan penerima BR1M bagi tahun 2013 adalah 6.8 juta. Persoalan saya ialah dalam tempoh sebulan daripada 13 November yang lalu sehingga penghujung tahun 2013, ada pertambahan daripada jumlah yang disebutkan awal iaitu 4.8 juta kepada 6.8 juta orang. Ada pertambahan 2 juta dalam sebulan.

Jadi saya minta penjelasan tentang perkara tersebut.

Kedua, yang menjadi kebimbangan kita ialah Yang Berhormat Menteri juga pada 13 November menyatakan mengikut definisi statistik, jumlah isi rumah di Malaysia ialah 6.3 juta dan sehingga 13 November, penerima BR1M berjumlah 4.8 juta.

draft • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Ini meliputi 76% daripada jumlah isi rumah di negara kita. Persoalan saya ialah, apakah kerajaan tidak bimbang 76% daripada isi rumah di negara ini bergantung kepada BR1M yang bermakna kalau mengikut asas pertimbangan permohonan BR1M pada tahun 2013 ianya mensyaratkan pendapatan isi rumah itu kurang daripada RM3,000. Ini bermakna 76% daripada isi rumah di negara ini yang menerima BR1M mengambil pendapatan kurang daripada RM3,000.

Apakah ianya tidak menjadi kebimbangan kepada kerajaan setelah UMNO memerintah hampir 60 tahun tetapi masih gagal mengangkat martabat ekonomi rakyat Malaysia. Masih lagi di takuk yang rendah.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya sudah menjangkakan soalan ini akan keluar.

Jadi, saya telah bersiap dengan jawapan-jawapannya. Bukan soalan bocor tetapi sebab Yang Berhormat Gombak telah membangkitkan ini dalam masa yang lain sebelum ini. Pada tahun 2013 penerima BR1M ialah 6,802,423- 6.8 juta. Daripada 6.8 juta itu memang benar Yang Berhormat Gombak, 4.8 juta penerima isi rumah. Akan tetapi kenapa ada 2 juta- 2 juta itu yang bujang Yang Berhormat, itu jawapannya. Faham Yang Berhormat ya, yang bujang. Bererti 4.8 campur dua jadilah 6.8 juta. Kemudian, mana boleh berdialog, sabar dahulu.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Jawab, jawab.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, seterusnya tidak ada sebarang perbezaan antara data daripada Jabatan Perangkaan atau pun Department of Statistic (DOS) dengan data yang ada pada Kementerian Kewangan. Pada tahun 2009, itu adalah angka yang terakhir yang diadakan statistik DOS mengatakan bahawa jumlah mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah ialah 3.17 juta isi rumah- 3.17 juta isi rumah. Pada tahun 2013 yang menerima BR1M untuk pendapatan RM3,000 dan ke bawah 3.3 juta isi rumah. Angka DOS 3.17 tahun 2009. Pada tahun 2013, angka kita 3.3 juta orang. Bererti tidak banyak perbezaan, 4.8 juta

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

penerima isi rumah BR1M pada 2013 termasuk 1.5 juta warga emas sebatang kara yang tinggal bersama di rumah-rumah yang dianggap sebelum ini berada dalam satu isi rumah tetapi untuk penerima BR1M kita asingkan, warga emas di rumah-rumah anak-anak mereka itu kita asingkan.

Mereka ini berjumlah 1.5 juta orang. Itu sebab 1.5 juta ini apabila kita campurkan dengan 3.3 juta angkanya bertambah jadi 4.8 juta. 4.8 juta itu termasuk 1.5 juta isi rumah yang dimasukkan dalam statistik BR1M. Kenapa kita masukkan sekali? Kerana mereka ini pada tahun 2013 semuanya menerima RM500. Saya sudah minta Kementerian Kewangan untuk memisahkanlah angka ini supaya tidak mengelirukan selepas ini. Itulah jawapan yang saya ingin nyatakan.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Bahagian kedua tidak jawab lagi, 4.8 juta ini meliputi 76% daripada jumlah isi rumah di Malaysia iaitu 6.3 juta. Apakah kementerian dan Yang Berhormat Menteri tidak bimbang hampir 80% rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000? Sepatutnya dalam transformasi ekonomi perkara ini diberikan perhatian. 80% rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000. Ini Yang Berhormat Menteri kena jawab.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Gombak, saya sudah beritahu tadi jangan sebut lagi 4.8 juta. Sebab dalam angka 4.8 juta itu ada 1.5 juta warga emas. Oleh kerana itu angka yang sepatutnya Yang Berhormat Gombak guna ialah 3.3 juta. Bererti lebih kurang separuh, bukan 80%. Bukan 4.8 juta.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebanyak 3.3 juta. Daripada 6.3 juta sudah lebih 50%, itu juga satu peratusan yang tinggi Yang Berhormat Menteri

draft • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Masih tinggi juga.

draft • 11:30 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Berita telah tenggelam berapa hari ini. Eloklah dia bercakap. Sudah tenggelam Gombak ini...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Lisan.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dia belum jawab lagi Tuan Yang di-Pertua.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

draft • 11:30 AM
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”.

[19 Mac 2014]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat menyambung ucapan 10 minit ya.

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

Masa 10 minit sahaja?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya 10 minit.

draft • 11:30 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang bersama-sama untuk perbahasan Titah Diraja. Beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan ialah yang pertama amalan demokrasi sepatutnya bukan sahaja untuk pilihan raya di mana rakyat masih diberi peluang untuk memilih wakil mereka walaupun kebebasan media masih boleh dipertikai. Demokrasi juga patut dihormati dalam pembentukan sesebuah kerajaan negeri yang partinya mendapat majoriti. Mereka berhak membentuk kerajaan yang memerintah. Bukan kerajaan pembangkang. Semua agensi kerajaan terutama Pejabat Daerah dan Tanah, Kerajaan Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah sama semasa BN memerintah dahulu.

Kalau bertukar pun DO, YDP, Jurutera Daerah hanya di antara daerah. Mereka tetap pegawai Kerajaan Pusat. Jadi kenapa pula bila kerajaan baru yang memerintah, maka Kerajaan Pusat menubuhkan pula Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) untuk menguruskan kewangan pusat melalui rangkaian penyelaras Parlimen, penyelaras DUN, Ahli Majlis Pusat JKKP yang kita tidak tahu pembahagian pembentukannya.

Kenapa Kerajaan Pusat tidak mempercayai kepada DO, YDP dan JD yang Kerajaan Pusat lantik yang boleh menyalurkan terus kepada projek pembangunan yang diamalkan sebelum ini untuk kepentingan rakyat. Persoalan saya, kenapa agensi pusat umpamanya di Parlimen saya dan juga saya rasa Parlimen lain juga sama Kementerian Belia dan Sukan tidak

draft • 11:35 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

menghormati kerajaan yang memerintah dan agensi kerajaan kerana tidak pernah meminta kebenaran dan kelulusan sebelum membuat satu pembangunan iaitu membina padang futsal.

Saya memang berterima kasih kepada kementerian kerana dapat membina banyak barang-barang futsal untuk kemudahan rekreasi dan sukan anak-anak muda. Akan tetapi apabila tidak mendapat kelulusan PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah, maka pengurusan seterusnya terutama baik pulih dan bekalan elektrik menimbulkan masalah. Baru-baru ini saya difahamkan Kerajaan Pusat telah menawarkan baik pulih enam padang futsal satu daerah melalui Pejabat Daerah dan Tanah. Jadi, sekali lagi saya ucap ribuan terima kasih dan mengharapkan amalan cara ini yang perlu diteruskan dalam menjaga hubungan dua hala yang semuanya semata-mata untuk kemudahan rakyat dan melicinkan pengurusan aset berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa panel solar atau cell photovoltaic akan dipasangkan di semua bangunan kerajaan dalam usaha mempromosi tenaga boleh baharu (RE), teknologi hijau dan juga menjimatkan kos elektrik. Saya ingin mendapatkan penjelasan perkembangan terkini dan penjimatan yang boleh diperoleh mungkin dengan mengambil contoh bangunan teknologi hijau Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atau kementerian- kementerian lain yang telah pun dipasang cell photovoltaic. Merujuk kepada feed-in tariff atau FiT, saya mendapat pamflet daripada syarikat elektrik Seng Heng yang mempromosi pemasangan cell photovoltaic dengan menjelaskan kos, insentifnya dan keuntungannya.

draft • 11:35 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Persoalannya, berapa banyakkah syarikat-syarikat besar atau syarikat-syarikat elektrik yang diberi peluang memasang sel photovoltaic di seluruh Malaysia. Atau adakah syarikat- syarikat ini juga bertindak seperti IPP dalam menuai atau menghaba tenaga solar melalui sel solar atau sel photovoltaic dan disalurkan ke Gerik.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga. Sejak Akta Perlindungan Sinaran, Akta 304 dikuatkuasakan, pengguna bahan radio aktif dan sinaran didaftarkan dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Kementerian Kesihatan. Maka semua pekerja yang terlibat dikategorikan sebagai pekerja sinaran. Mereka dibenarkan pendedahan sinaran maksimum sebanyak 20 milisievert per tahun. Persoalan saya, selama akta di kuat kuasa berapa banyakkan pekerja sinaran yang melebihi had dos yang dibenarkan dan sektor manakah yang terlibat sama ada perindustrian ataupun perubatan. Berapakah kes yang melibatkan kes mahkamah. Adakah berlaku juga kes kehilangan bahan radio aktif atau sinaran yang boleh membahayakan awam.

Tuan Yang di-Pertua, yang keempat. Saya menyokong usaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menguruskan sampah yang sangat kritikal dalam negara ini dengan mencadangkan untuk membina incinerator ataupun kemudahan-kemudahan lain bagi melupuskan sampah dalam negara kita. Saya mengambil contoh umpamanya, PBT Kajang ataupun MPKJ dengan penduduk lebih kurang dalam 774 ribu, menguruskan 500 tan sampah per hari. Antaranya lebih 100 tan plastik yang sukar dirawat. Jadi

draft • 11:40 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

saya sangat berharap kerajaan juga dapat menguatkuasakan kembali konsep 3R – reduce, recycle, reuse iaitu kurang, kitar semula dan guna semula.

Saya berharap bila rakyat Malaysia melaksanakan 3R, maka pihak berkuasa tempatan hanya perlu mengambil sampah yang basah atau organik sahaja. Saya juga berharap kementerian dapat memberi penjelasan yang sebaik-baiknya kepada rakyat sama ada melalui media terutama media elektronik yang mudah difahami dalam membangunkan beberapa incinerator atau kemudahan lain dalam masa yang terdekat ini dan juga memerlukan kajian rintis sebelum ia dapat dilaksanakan seluruhnya.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan, pada tahun 1995, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu peta Malaysia dengan memasukkan satu titik iaitu titik 20 di perairan berhampiran dengan Singapura. Ketika itu saya difahamkan dalam perjanjian 7 Ogos 1995, titik itu ataupun mungkin pulau itu dituntut oleh Malaysia. Akan tetapi sejak 2003, Singapura telah pun menambak lautnya sehingga lebih daripada titik itu. Bagaimanakah kedudukan titik 20 itu sekarang? Sama ada masih dituntut oleh Malaysia ataupun telah pun diserahkan kepada Singapura? Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada hari ini saya juga ingin merakam rasa sedihnya kerana kehilangan MAS MH370 dan kita mengharapkan dan berdoa agar kehilangan pesawat itu dapat dipercepatkan dan berdoa moga semua penumpang dan krew dalam kapal terbang itu selamat dan kembali ke pangkuan keluarga. Kita memohon dan menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Parlimen ini untuk bersama-sama merasakan kesedihan ini agar rakyat Malaysia mengharapkan kepulangan mereka itu ditunggu dengan kegembiraan.

Hari ini saya hendak bercakap mengenai BR1M 3.0. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana telah melaksanakan pengagihan BR1M 3.0, terima kasih kepada kerajaan yang telah menaikkan kadar BR1M kepada RM650 serta membuka permohonan kepada rakyat berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000. Kerajaan juga amat prihatin dengan memperuntukkan i-BR1M kepada penerima BR1M untuk mendapat perlindungan takaful. Saya amat bersetuju dengan pemberian BR1M dan merasakan dengan pemberian dapatlah rakyat merasa juga apa yang diberi oleh kerajaan dan keperluan masing-masing dapat diperolehi.

Pada hemat saya, sistem pengagihan dan penyampaian BR1M ini dapat dipertingkatkan lagi pelaksanaannya dengan melalui akaun bank amat dialu-alukan. Untuk berikutnya, eloklah penerima BR1M terutama sekali di kawasan bandar melalui bank-bank yang ada pada masa kini.

draft • 11:44 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Saya juga mencadangkan sistem semakan status penerimaan dan tarikh menyampai BR1M dapat dilakukan secara online ataupun melalui aplikasi telefon pintar. Bagi kawasan-kawasan luar bandar pula, penggunaan SMS juga amat berkesan dan efektif untuk memaklumkan kepada penerima.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan yang telah mengumumkan RM1 bilion untuk baik pulih dan menggantikan sekolah-sekolah yang daif dianggarkan berjumlah tidak kurang daripada 600 buah sekolah di kawasan bagi Sarawak dan Sabah. Seperti kita sedia maklum, masih terdapat banyak lagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar termasuk kawasan Parlimen Sibuti dalam keadaan daif dan masih lagi banyak wujud sekolah-sekolah papan yang telah dibina lebih kurang 30 tahun dahulu.

Kita sedang dalam fasa menuju ke arah negara maju dan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 hingga 2025 ingin memastikan semua anak rakyat Malaysia menikmati sistem pendidikan berkualiti tidak mengira kedudukan sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Untuk mencapai pendidikan berkualiti maka saya memohon kepada kerajaan agar peruntukan RM1 bilion itu dapat digunakan untuk membina sekolah-sekolah baru bagi menggantikan sekolah-sekolah papan. Selain itu juga saya memohon agar peruntukan ini digunakan untuk membina dewan aktiviti sekolah di luar bandar serta kemudahan tempat tinggal bagi guru-guru.

draft • 11:44 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Ini adalah perkara yang amat penting kerana guru merupakan nadi kepada sistem pendidikan negara. Adalah wajar kerajaan membelanjakan wang untuk keselesaan wira-wira pendidikan kita yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman negeri Sarawak dan Sabah. Saya mengimpikan anak-anak luar bandar dapat menikmati suasana kelas yang moden yang setanding dengan pelajar di bandar. Saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan mencari idea dan pendekatan terbaik membina sekolah moden dan murah dan dapat didirikan dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu juga saya ingin di sini mengambil kesempatan untuk memohon kepada kerajaan supaya melihat dengan serius keadaan asrama sekolah luar bandar supaya pelajar dapat hidup dengan selesa.

Tuan Yang di-Pertua, perumahan rakyat- apabila menjadi satu keperluan kepada rakyat, khususnya golongan muda dan belia untuk membeli rumah yang berpatutan. Akan tetapi dalam keadaan masa kini, harga rumah di bandar atau pun di luar bandar seperti di Sarawak kini terlalu tinggi. Sehingga tidak mampu dimiliki oleh golongan belia yang baru memulakan penghidupan berkeluarga. Oleh itu saya mohon agar banyak lagi Rumah Mesra Rakyat dibina di kawasan pinggir bandar dan di luar bandar. Dalam senario ini, saya di Parlimen Sibuti, keperluan memiliki rumah bagi kawasan luar bandar juga semakin meningkat.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat juga semakin bertambah tetapi proses kelulusan adalah lambat dan kuota untuk memohon rumah tersebut adalah sangat kecil. Besarlah harapan

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

saya untuk memohon kepada kerajaan agar dapat mempertimbangkan kuota perumahan Rumah Mesra Rakyat dapat ditambah bagi kawasan kampung-kampung dan memperluaskan permohonan bagi rumah panjang dan rumah-rumah yang ada di kawasan luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka merasai apa yang dibantu oleh kerajaan.

Ekonomi masyarakat luar bandar- saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin kepada nasib hidup masyarakat luar bandar. Saya melihat pelan transformasi luar bandar jika dilaksanakan dengan baik dan teratur, penduduk luar bandar mampu menjalankan ekonomi tanpa lagi pergi ke bandar untuk mendapat kerja. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan masih lagi terdapat banyak usaha yang agresif boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mendidik penduduk luar bandar serta menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi pendapatan supaya mereka dapat mencapai kehidupan yang lebih selesa. Dalam kesempatan ini saya memohon agar kerajaan melihat dengan serius pembangunan Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC) Parlimen Sibuti yang sudah diluluskan dan diharapkan ia dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini selewat-lewatnya sebelum bulan Jun tahun ini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih. Di mana saya hendak sambung ya?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang last itu. Yang akhir sekali.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Okey. Banyak lagi ini. Ada tiga atau empat lagi. Oleh yang demikian saya berterima kasihlah mengharapkan apa yang kita harapkan seperti yang dijanjikan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana meluluskan hospital, bomba, klinik dan banyak lagi projek di kawasan saya. Maka, harapan kita kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri moga-moga berjalan dengan lancar apa juga yang dijalankan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Selamat pagi, vanakam dan salam reformasi Tuan Yang di-Pertua. Anak muda Kapar kelahiran Kajang mengangkat dengan segala taat setia titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa...

[Disampuk] ya, Hospital Besar Kajang. Terima kasih kakak- bahawa Ahli Parlimen juga perlu menumpahkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara serta memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaan.

Perkara ini adalah menekankan peri kepentingan, pelaksanaan tanggungjawab terhadap Dewan ini dan juga kepada negara tanpa membelakangkan undang-undang demi kepentingan peribadi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan krisis tragedi MH370 dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan teratur. Saya sama sekali tidak berniat mempertikaikan komitmen dan kesungguhan semua agensi yang terlibat. Akan tetapi berkongsi kekecewaan

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

dengan rakyat keseluruhannya yang terkilan melihat bagaimana terdapat percanggahan jelas antara Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Saya juga terkejut dengan kehadiran sekumpulan bomoh yang memakai sut dengan lambang 1Malaysia jelas tertera di KLIA. Kumpulan bomoh ini mendakwa mempunyai kepakaran untuk mengesan kapal terbang yang hilang. Ini mewujudkan tanggapan buruk media dan masyarakat antarabangsa yang mula mempersoalkan keseriusan Malaysia untuk menyelesaikan perkara ini.

Persoalan saya, siapakah yang menjemput dan memberi ruang di lapangan terbang tersebut? Adakah mereka menerima bayaran? Jika ada, siapakah yang bertanggungjawab dan berapakah jumlah bayaran? Saya bimbang duit dan sumber rakyat disalahgunakan bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti khurafat yang tidak sama sekali membantu dalam operasi mencari dan menyelamatkan ini.

draft • 11:55 AM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kini jelas...

draft • 11:55 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gelang Patah.

draft • 11:55 AM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan sedikit.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya.

draft • 11:55 AM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Oleh kerana ini adalah berita terkini, Australian News. Dengan izin, *“Two possible objects have been identified in the search for missing flight MH370, where Tony Abbott telling Parliament RAAF Orion is on its way to try and locate them.

The Australian Maritime Safety authority has received information based on satellite imagery of objects possibly related to the search”. The PM said at the start of question time wanting to provide an update on new and credible information*. Kita langsung tidak ada Perdana Menteri atau Menteri yang datang untuk memberi taklimat kepada kita. Bukankah ini perlu untuk dibetulkan?

[Tepuk]

draft • 11:55 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih ayahanda Gelang Patah.

Saya masukkan sebahagian daripada perbahasan saya. Kini jelaslah...

draft • 11:55 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bukan Pakatan Rakyat yang memalukan imej negara...

draft • 11:55 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun Yang Berhormat.

draft • 11:55 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak ada, tidak ada.

draft • 11:55 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak bagi, tidak bagi. Duduk Yang Berhormat.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

You give me, I give you. Dia tidak beri, I tidak beri.

draft • 11:55 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

You tidak pernah minta pun.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kini jelaslah bukan Pakatan Rakyat yang memalukan imej negara di mata dunia.

draft • 11:55 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

China kata ada.

Yang Berhormat Kapar...

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

...Ekstremis agama dalam perkara ini.

Mengapa kumpulan yang sama yang galak mempromosikan isu agama selama ini boleh berdiam diri atas perkara-perkara khurafat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam ini? Malah bomoh ini dengan berani mengancam untuk menampar Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan merangkap Pemuda UMNO, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin. Apakah Menteri Dalam Negeri masih berpendirian bahawa perbuatan biadab seperti ini bukan ancaman jenayah?

Tuan Yang di-Pertua, negara sedang berhadapan dengan krisis institusi kehakiman yang meruncing. Mahkamah yang diharap menjadi asas keadilan dan timbang tara bagi warganegara Malaysia kini tidak ubah seperti alat UMNO Barisan Nasional untuk memanjangkan hayat politik mereka. Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menjadi sasaran sekali lagi. Tidak pernah institusi kehakiman dicemarkan sedemikian rupa dengan pelanggaran adat-adat, protokol sidang mahkamah bagi tujuan mereka.

draft • 11:55 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tindakan Mahkamah Rayuan kali ini juga telah memberi calar hitam kepada imej negara di peringkat antarabangsa yang tidak dapat diselindung lagi. Prosiding mahkamah rayuan bagi kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim benar-benar memeranjatkan Tuan Yang di-Pertua. Tarikh yang ditarik lebih awal, litigasi yang mengambil masa selama satu jam, etika pemakaian di mahkamah yang dicabuli, penolakan beberapa bukti yang penting dan gangguan ketika peguam bela ketika menyampaikan hujah adalah satu tindakan terancang dan juga memualkan. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini Ketua Pembangkang menerima layanan yang buruk ketika beliau mengharapkan keadilan diberikan dalam perbicaraan.

Apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat biasa atas kegagalan sistem kehakiman untuk bersikap adil dan tidak menerima arahan sesiapa. Ini adalah apa yang kita panggil sebagai politik ancaman yang menyisihkan mereka yang tidak sehaluan dan menakut-nakutkan mereka, sedangkan kerajaan menguar-uarkan Malaysia sebagai sebuah negara model demokrasi.

Saya pula lebih suka melabelkan Malaysia kini di bawah pentadbiran UMNO Barisan Nasional sebagai negara dengan izin, democracyfia. Saya ingin memetik kembali surah ‘Al- Madiah’ ayat 8 yang bermaksud.

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ha dengar, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah bagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku keadilan

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam terhadap apa yang kamu lakukan”.

draft • 12:00 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Kena masuk Islam dululah.

draft • 12:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Baca terjemahan ini...

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa yang salah ini? Baca Quran pun tidak boleh, kah?

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Seorang Ahli

Apa salah terjemahan? Yang Berhormat Kota Tinggi, apa salah terjemahan?

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, ketidakadilan dalam kehakiman ini turut menjangkiti sistem perundangan negara. Kini si pelaku jenayah tidak lagi menjadi golongan yang diburu oleh undang-undang, sebaliknya hari ini mangsa jenayah pula berisiko untuk ditangkap dan berhadapan dengan hukuman. Mangsa bukan sahaja tidak dilindungi tetapi seperti jatuh ditimpa tangga apabila menerima hukuman. Peningkatan statistik jenayah yang meningkat mendorong kepada beberapa penambahbaikan sistem pengurusan jenayah yang perlu segera dilaksanakan.

Saya mencadangkan kerajaan untuk memperkenalkan victim support service (VSS) yang telah dilaksanakan di beberapa negara. Mangsa-mangsa jenayah memerlukan perlindungan, strategi dan jalan penyelesaian agar mereka dapat mengelakkan daripada dieksploitasi oleh penjenayah-penjenayah sebenar. VSS ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap mangsa dapat mengakses maklumat dan perkhidmatan sokongan selepas kejadian jenayah tidak kira di mana mangsa tinggal atau di mana jenayah itu berlaku.

Sokongan ini wajib untuk memastikan mangsa dan saksi dihormati, mempunyai akses kepada hak yang kukuh dan memastikan suara mereka didengar dengan keadilan sepanjang proses perbicaraan bermula daripada siasatan, pendakwaan, proses perbicaraan dan sehingga hukuman dijatuhkan. Tanpa testimoni yang diberikan oleh saksi-saksi, mangsa tidak akan atau tidak dapat akses keadilan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa saksi jenayah dapat menyertai proses perbicaraan tanpa risiko ancaman dan ugutan demi keadilan. Maka, saya cadangkan VSS diwujudkan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan sedang menjadi isu. Dua hari lepas, hari Selasa, sebuah bom telah meletup di hadapan pejabat Parlimen Kapar di Klang Sentral. Saya tidak hendak spekulasikan kenyataan ini tetapi untuk maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pada sesi perbahasan yang lalu saya memperjuangkan pembangunan sebuah hospital di Kapar. Maka kini, saya ingin mengambil peluang ini untuk meminta sebuah balai bomba pula di Kapar. Kapar sebagai Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling ramai di Malaysia, hanya mempunyai satu balai bomba untuk merangkum tugas-tugas menyelamat dan juga mencegah kebakaran yang berlaku secara kerap, apatah lagi pada musim kemarau ini.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kegagalan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneliti perkara ini bersama-sama Majlis Perbandaran Klang amat mendukacitakan. Balai Bomba Sungai Pinang yang beroperasi saban hari dengan dibantu oleh Balai Bomba Pelabuhan Klang gagal untuk menyerap bebanan tugas yang banyak dan meningkat setiap masa. Saya sendiri berkesempatan beberapa kali mengikuti operasi memadam api dan melihat sendiri kepayahan dan beban anggota bomba dalam melaksanakan tugas mereka.

Saya melahirkan penghargaan di atas pengorbanan masa dan tenaga anggota bomba dan penyelamat seluruh negara atas kesungguhan dan komitmen mereka. Namun melihat ada banyak perkara boleh ditingkatkan, maka saya telah menetapkan matlamat saya untuk memperjuangkan keperluan mereka.

Kemuncak pada bebanan tugas dan kekurangan kelengkapan bomba dan penyelamat ini telah mengakibatkan seorang anggota Balai Bomba Sungai Pinang, Allahyarham Norman bin Kasbun, 53 tahun diserang strok ketika bertugas dan koma selama seminggu sebelum meninggal dunia. Tentu sahaja kita menerima kematian itu sebagai ajal, namun ketahanan tubuh anggota bomba atas tugasan yang begitu banyak harus diambil kira. Tugas anggota bomba memerlukan kekuatan fizikal dan ketenangan minda yang baik. Akan tetapi mana mungkin dicapai jika beban terlalu banyak dipikul dalam satu-satu masa. Kementerian perlu meneliti keperluan sebuah balai bomba baru di pekan Kapar dengan kadar yang segera kerana saya difahamkan telah ada peruntukan tapak yang disediakan bagi tujuan tersebut.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Anggota bomba juga perlu disediakan perlindungan insurans kritikal selain insurans kelompok yang sedia ada pada masa ini memandangkan tugas mereka yang berisiko tinggi agar pengorbanan mereka berbaloi dan dihargai.

Isu terakhir saya Tuan Yang di-Pertua ialah sebuah negara majmuk, ketegangan etnik dengan izin, religious tension masih kuat bersarang dalam kerangka masyarakat ini. Tatkala masyarakat Melayu dimomokkan dengan penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan mereka ditanam kebimbangan dan kebarangkalian orang Cina mengambil alih kuasa politik di negara ini.

Kecurigaan dan prasangka buruk ditanam sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah perkosaan dan pencabulan minda terang-terang oleh UMNO Barisan Nasional [Tepuk] dalam pertubuhan-pertubuhan perkauman seperti PERKASA dan JATI. Ini kerana mereka sedar apabila rakyat kini mula terdedah kepada makna demokrasi sebenar, maka kejatuhan UMNO Barisan Nasional telah bermula.

draft • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak ada jalan lebih mudah selain mengisytiharkan darurat dan mengambil alih pentadbiran rakyat melalui jalan belakang.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya. Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar, sebentar Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Pencabulan mesti ditarik balik.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Hanya perkauman dan perselisihan agama menjadi cara yang sesuai untuk melaksanakan kerja jahat ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar, sebentar. Sebentar Yang Berhormat. Tekan brek-tekan brek sebentar. Sekejap Yang Berhormat. Ada Menteri bangun Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan minta penjelasan tetapi sebagai Ahli Parlimen, saya minta jangan digunakan perkataan-perkataan yang sering kali diulang oleh Yang Berhormat Kapar iaitu pencabulan UMNO. Pencabulan ini kalau bahasa yang sebenar, dia jadi cerita lain. Perkosaan UMNO. Jangan, tidak patut digunakan perkataan yang demikian rupa kerana kita tahu bahawa kebencian di negara ini banyak diwujudkan oleh pihak pembangkang terutamanya DAP dan juga PKR.

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

PAS tidak termasuk, PKR dan DAP.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh rujuk Hansard saya balik. Saya tidak kata UMNO, saya kata minda. Pencabulan dan perkosaan minda.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, habiskanlah Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey. Gangguan tadi. Di mana saya tadi? Okey, tidak ada jalan lebih mudah selain isu perkauman dan perselisihan agama menjadi cara yang sesuai untuk mengucar-ngacirkan keadaan.

draft • 12:00 PM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Mulut yang paling cabul di Parlimen.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya mengambil contoh seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ketika memimpin Angkatan Belia Malaysia pada tahun 1975.

“Malaysia ini adalah seperti syarikat-syarikat kecil. Bangsa amat memerlukan satu penyelesaian abadi terutama bagi masalah-masalah hubungan etnik. Kita bertanggungjawab mengaturkan masyarakat dan negara, menunjukkan ketinggian akal budi dan kebudayaan, menjalankan tugas dengan adil dan semangat kemanusiaan tulen yang mengatasi kepentingan kaum dan kelas. Inilah contoh rakyat yang terbaik. Janganlah dibayangkan untuk tercapainya perjuangan sekiranya agama yang kita anuti dengan negara yang kita tadbir terpaut di dahan kaumnisme dan kebangsaan yang sempit kerana fahaman tersebut akan menyebabkan kita tertiarap di lembah kejahilan Kaummiyah dan Assabiyah yang dipupuk oleh masyarakat Jahiliah”.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Masa habis Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Semua pihak tidak boleh menaruhkan perkauman dan perselisihan agama sebagai mainan politik.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Seminit lagi. Ini adalah satu cara yang amat kotor dan menjijikkan. Bayangkan kemusnahan yang besar yang bakal melanda negara ini jika perkara ini tidak ditangani segera. Ambil tindakan tegas kepada mana-mana individu dan pertubuhan yang lantang mengancam dan menghina agama serta mana-mana kaum.

draft • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini termasuk Yang Berhormat Seputeh Yang Berhormat?

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kesepakatan harus dicapai dan politik matang harus diamalkan demi kelangsungan demokrasi yang sebenar.

draft • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Termasuk Yang Berhormat Seputehkah ini?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habis masa Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasihlah Yang Berhormat Kapar sebab mencadangkan Yang Berhormat Seputeh diambil tindakan.

draft • 12:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

[Berucap dalam bahasa Tamil] Salam reformasi.

draft • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Kapar sebab saya pun memang dahulu suruh siasat Yang Berhormat Seputeh ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, isi kandungan ucapan ini termaktub dalam peraturan mesyuarat dan dilihat melalui peraturan-peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 36 ada semua di sana. Peraturan Mesyuarat 36(8) umpamanya sifat, kelakuan Seri Paduka Baginda, hakim yang menjalankan keselamatan tidak boleh disentuh kecuali melalui satu usul, lah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Jadi kita terikat kepada peraturan-peraturan mesyuarat untuk membimbing kita dalam perbahasan. Saya minta Yang Berhormat untuk baca balik peraturan mesyuarat. Terima kasih.

Yang Berhormat Silam.

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik untuk mengikuti perbahasan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong. Ucapan saya pada hari ini lebih memfokuskan kepada beberapa isu kawasan yang saya kira penting untuk diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Seiringan dengan itu kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit dalam memastikan kawasan-kawasan yang berpotensi besar dapat dimajukan untuk membina sebuah peluang ekonomi yang baik kepada rakyat dan negara.

Parlimen Silam merupakan salah satu kawasan yang menjadi pilihan dalam menerokai ekonomi baru terutama dalam industri hiliran kelapa sawit seperti pembuatan baja, industri pengeluaran berasaskan makanan dan biomass. Palm Oil Industrial Cluster (POIC) telah menerima pelaburan yang besar daripada Kerajaan Malaysia kerana melihat potensi ekonomi yang dinamik ditambah

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

dengan kedudukan struktur geografi yang mampu menjadikan kawasan Parlimen Silam sebagai perindustrian kelapa sawit yang terkemuka di Asia.

Tuan Yang di-Pertua, lapangan terbang merupakan satu keperluan kepada suatu kawasan untuk berhubung dengan suatu kawasan lain yang mampu menyuntik perkembangan ekonomi yang baik kepada negara. Lapangan Terbang Lahad Datu memerlukan satu transformasi baru dalam memastikan infrastruktur yang ada sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa.

Saya menggariskan beberapa jawapan asas mengapa Lapangan Terbang Lahad Datu memerlukan satu transformasi perubahan kawasan Lahad Datu antara bandar yang berkembang cepat dan membangun. Kerajaan juga telah melabur berbilion ringgit untuk meningkatkan dan mengembangkan perindustrian POIC yang terletak di Lahad Datu. Peningkatan jumlah penduduk dan permintaan yang tinggi terhadap pengangkutan udara yang melibatkan aktiviti perniagaan, pelancongan dan perindustrian di kawasan Lahad Datu. Lapangan terbang yang sedia ada tidak dapat mendarat pesawat Airbus 320 dan Boeing 737 dan tidak mempunyai lampu pendaratan pada waktu malam. Perkara ini menyebabkan pengangkutan udara di Lahad Datu terbantut dan tidak selari dengan perkembangan ekonomi yang rancak membangun. Keperluan lapangan terbang baru Lahad Datu juga akan memudahkan urusan pengawalan keselamatan udara dan memenuhi keperluan ESSCOM dan mampu diguna pakai secara bersama oleh TUDM. Perkara ini perlu diberi perhatian mahu atau tidak pun Lahad Datu memerlukan sebuah lapangan terbang yang besar dan mempunyai potential yang baik terhadap ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.

Saya mencadangkan sekiranya kerajaan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mantap untuk membina lapangan terbang baru, kerajaan perlu menaik taraf lapangan terbang yang sedia ada untuk memastikan pesawat yang besar dapat mendarat. Perkara ini pernah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan beliau semasa insiden pencerobohan Kampung Tanduo Lahad Datu. Beliau mencadangkan agar Lapangan Terbang Lahad Datu dilebarkan dan dipanjangkan untuk memastikan pesawat yang lebih besar dapat mendarat di Lahad Datu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik untuk membahaskan Titah Diraja berkenaan ESSCOM. Umum mengetahui ESSCOM sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di Pantai Timur Sabah. Pelbagai spekulasi dan persepsi yang timbul terhadap ancaman keselamatan negara tatkala ESSCOM telah ditubuh.

Kita sedar dan akui ancaman ini merupakan satu perkara luar kawalan dan ESSCOM hanya menumpu perhatian terhadap kawalan ketat terhadap cubaan kemasukan pengganas ke sempadan negara. Pada 17 Disember 2013 kenyataan Ketua Polis Negara berhubung serangan kali kedua kumpulan militan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengikut kenyataan itu pengganas menggunakan modus operandi penculikan terancang untuk mendapatkan wang tebusan di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah.

Perkara ini pula bercanggah dengan kenyataan Ketua Pengarah ESSCOM yang menafikan wujudnya serangan kedua oleh pengganas Sulu di kawasan Pantai Timur Sabah

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

seperti dalam portal laman web ESSCOM pada 17 Disember 2013. Perkara ini amat menggusarkan rakyat kerana kedua-dua agensi ini seolah-olah tidak sealiran dalam mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan isu keselamatan di perairan Sabah. Maka saya meminta pihak berwajib dapat memberi info tepat kepada rakyat kerana isu ini merupakan satu trauma yang besar kepada rakyat di Lahad Datu dan Sabah amnya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin...

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Isu yang sama. Pencerobohan.

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Masa tidak banyak. Saya hendak habiskan.

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Isu yang sama.

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Saya hendak habiskan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak bagi. Duduk Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Hendak setuju dengan pihak Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan. Duduklah.

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dalam aspek pendidikan iaitu Sekolah Agama Menengah Lahad Datu. Di Lahad Datu kita mempunyai banyak sekolah rendah agama yang diwujudkan oleh kerajaan negeri,.Persekutuan dan juga badan-badan NGO yang ada di Lahad Datu. Sambutan Sekolah Agama Menengah sangat memberangsangkan dan kebanyakan pelajar yang bersekolah agama ini di peringkat menengah terpaksa melanjut pelajaran di luar kawasan. Saya masih ingat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan telah mengumumkan akan membina sebuah sekolah agama menengah di kawasan Lahad Datu semasa majlis berbuka puasa di Masjid Ar-Raudhah Lahad Datu pada 28 Ogos 2010. Ini menunjukkan TPM kita begitu prihatin dan memahami isi hati rakyat dalam cuba memenuhi keperluan rakyat yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama.

Perkara ini amat disenangi oleh rakyat Lahad Datu kerana ia akan memberi implikasi positif terhadap kualiti pendidikan di kawasan Parlimen Silam. Namun perkara yang mendukacitakan adalah apabila pihak pentadbiran gagal menjalankan tugas dengan baik dan pantas. Terlalu banyak wujud birokrasi sehingga melambatkan pembinaan Sekolah Menengah Agama Lahad Datu. Setakat ini belum ada tanda-tanda menunjukkan projek sekolah menengah itu akan bermula dalam masa yang terdekat ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya saya ingin merumuskan tentang tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Silam yang telah dipilih dengan mandat majoriti oleh rakyat kawasan saya adalah untuk membawa perubahan dan peningkatan taraf hidup rakyat kawasan saya. Maka besarlah harapan saya untuk pihak kerajaan mempertimbangkan secara sewajarnya

draft • 12:10 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

cadangan dan harapan kami di Parlimen Silam. Perkara ini juga akan memberi kesan positif terhadap pembangunan negara dan peningkatan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

draft • 12:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, hari ini setelah memasuki hari yang ketiga belas sejak kehilangan pesawat MH370 seluruh rakyat Malaysia berasa amat simpati dan sedih terutamanya kepada ahli-ahli keluarga kerana belum ada lagi closure terhadap insiden ini. Dalam tempoh ini rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama telah menunjukkan satu semangat bersatu padu dalam mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan anak-anak krew di dalam MH370. Setiap hari dan setiap malam masjid-masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat. Gereja-gereja, tokong- tokong, kuil-kuil hindu dan Buddha juga turut mendoakan keselamatan pesawat tersebut dan juga mendoakan keselamatan penumpang-penumpangnya.

Ini telah menunjukkan satu semangat humanity ataupun semangat kemanusiaan yang begitu tebal di kalangan rakyat Malaysia dan ini merupakan satu contoh yang sangat baik di kalangan rakyat Malaysia kerana apabila kita menghadapi krisis yang sebegini rakyat Malaysia telah bersatu padu dan menunjukkan satu semangat untuk bersatu padu dan bersama-sama dalam kita mendoakan keselamatan. Kita semua dalam Pakatan Rakyat dan semua dalam Dewan Rakyat ini sudah tentunya akan menyokong segala usaha untuk mencari dan menyelamat ataupun search and rescue operation dalam peristiwa ini dan kita mengharapkan supaya operasi search and rescue ini dapat dipercepatkan dan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.

Kita ingin merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan search and rescue ataupun semua yang terlibat secara langsung dalam operasi ini kerana mereka telah bertungkus- lumus dalam dua minggu ini. Bukan sahaja di kalangan kakitangan-kakitangan awam dalam negara kita. Kita juga menghargai sumbangan dan juga bantuan daripada negara-negara asing dan kerajaan-kerajaan asing yang telah memberikan bantuan secara sepenuhnya dalam usaha operasi SAR ini. Hakikatnya operasi search and rescue ini merupakan satu operasi yang berskala global yang bukan sahaja besar dan unprecedented dalam sejarah aviation di seluruh dunia. Memang kita mengakui bahawa tugas SAR adalah satu tugas yang sangat mencabar kerana skalanya begitu besar dan tidak pernah berlaku dan sudah tentu ini memberikan satu cabaran yang begitu besar kepada operasi dan juga kakitangan-kakitangan yang terlibat secara langsung dalam perkara ini.

draft • 12:17 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Penghargaan juga diberikan kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah membantu memberikan khidmat kaunseling kepada ahli-ahli keluarga penumpang. Kita tahu bahawa frontline officers kita, pegawai-pegawai di barisan depan kita menghadapi ataupun menerima

draft • 12:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

banyak tekanan terutamanya daripada ahli-ahli keluarga. Kita sudah tentunya faham perasaan dan emosi ahli-ahli keluarga yang sentiasa mengharapkan berita yang terbaru. Kita mengharapkan bahawa sukarelawan-sukarelawan ini ataupun pegawai-pegawai di frontline ini sentiasa bersabar dalam memberikan khidmat kaunseling kepada ahli-ahli keluarga yang kadang-kadang mungkin memarahi ataupun menunjukkan emosi mereka kepada pegawai- pegawai ini.

Namun, kerajaan perlu menerima hakikat bahawa dalam tempoh dua minggu ini, Malaysia telah diletakkan di bawah satu pandangan mikroskop oleh masyarakat dunia terutamanya oleh agensi-agensi media antarabangsa. Memang ada banyak kritikan dan teguran daripada pelbagai pihak terutamanya dari segi pengumuman ataupun pengurusan dan penyampaian maklumat yang banyak bercanggah dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan pelbagai teori selepas maklumat-maklumat ini dikeluarkan.

Kita merasakan ini merupakan satu kelemahan. Jangan pula kerajaan apabila ada teguran ataupun kritikan, mengatakan bahawa ini adalah dipolitikkan. Ini kerana tidak ada sesiapa yang mahu mempolitikkan isu ini. Tidak ada sesiapa yang berfikiran waras mahu mempolitikkan peristiwa ini. Kita sepatutnya mengambil iktibar dan contoh apabila Perdana Menteri Australia boleh setiap pagi memberikan maklumat terbaru di Parlimen Australia.

Mengapakah Perdana Menteri kita tidak datang ke Parlimen, ke Dewan Rakyat untuk menjawab persoalan-persoalan ini setiap pagi semasa Dewan Rakyat bersidang?

Dalam tempoh dua minggu ini, memang setiap hari Dewan Rakyat bersidang. Sudah tentunya kalau Perdana Menteri sendiri datang memberikan maklumat yang terbaru, ini ada kredibiliti yang lebih tinggi. Kerajaan juga perlu menerima kritikan-kritikan dan juga pandangan- pandangan ini kerana semua merasakan bahawa kita perlu menambah baik usaha-usaha kita.

Kita mengecam sekeras-kerasnya sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba mengaitkan perkara ini terutamanya dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sesiapa yang mengaitkan perkara ini dengan Ketua Pembangkang, bukan sahaja berlaku tidak adil kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, tetapi lebih-lebih lagi juga tidak adil kepada juruterbang pesawat tersebut iaitu Kapten Zaharie.

Peristiwa MH370 akan memberikan kesan jangka panjang kepada negara kita. Sudah tentunya ia akan memberikan kesan dari segi tahap keyakinan masyarakat dunia dan rakyat Malaysia terhadap keselamatan sistem pengangkutan udara dan penerbangan awam.

Bagaimanakah kita dapat menghadapi cabaran ini dan mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia terhadap sistem penerbangan awam kita supaya ini tidak memberikan kesan jangka panjang kepada ekonomi dan juga terutamanya sektor pelancongan negara?

Beberapa persoalan fundamental perlu kita terima dan perlu dikaji semula dan perlu dijawab apabila berakhirnya operasi SAR ini. Pertamanya, tahap keupayaan perisikan pertahanan negara terutama ruang udara yang mudah dicerobohi sama ada radar-radar kita tidak

draft • 12:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

berfungsi dengan baik ataupun ada kelalaian dari segi pegawai-pegawai kita. Ini perlu kita rasa satu persoalan yang perlu dikaji semula dan dijawab.

Keduanya ialah tahap keselamatan di kaunter-kaunter imigresen kita terutamanya di pintu-pintu masuk utama. Kalau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan satu lapangan terbang yang paling utama dalam negara kita dan mempunyai peralatan-peralatan yang paling canggih pun tidak dapat mengesan bahawa adanya orang yang menggunakan pasport palsu. Apatah lagi kalau di pintu-pintu masuk di tempat-tempat lain yang mungkin tidak mempunyai tahap keselamatan yang begitu canggih.

Ketiganya ialah kita juga perlu mengkaji semula, standard operating procedure (SOP) untuk menangani satu krisis yang besar. Dalam peristiwa ini, menunjukkan bahawa kita ada kelemahan dari segi crisis management yang mana crisis management tidak berada di satu tahap yang sentiasa bersedia. Line of command itu tidak begitu terang. Ini kerana hari-hari pertama selepas peristiwa ini berlaku, kita nampak bahawa ada banyak kecelaruan dari segi line of command itu, seolah-olah ada jurucakap yang berlainan dalam sesuatu perkara itu. Ini menimbulkan banyak spekulasi dan kelemahan dalam penyampaian maklumat yang paling mutakhir kepada masyarakat umum.

Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan yang tertinggi di negara kita perlu menunjukkan satu contoh yang baik dan memberikan satu mesej kepada dunia luar bahawa kita amat prihatin dalam perkara ini dan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gelang Patah di Parlimen Australia, sentiasa maklumat- maklumat yang terbaru dimaklumkan kepada Parlimen. Akan tetapi, Parlimen Malaysia seolah- olah tidak diberikan maklumat yang terbaru. Apabila ada taklimat, hanya bagi kepada sebahagian sahaja Ahli Parlimen tetapi bukannya semua Ahli Parlimen.

Kita mahu tunjukkan bahawa dalam kita menghadapi krisis kehilangan pesawat MH370 ini yang merupakan satu krisis yang akan memberikan satu kesan jangka panjang kepada negara kita, kita perlu menunjukkan bahawa kita boleh menjangkaui pelbagai perbezaan politik.

We can rise above a politic dan kita perlu menunjukkan satu contoh baik bahawa Parlimen bersatu-padu dalam menangani perkara ini.

Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(a) dan juga Peraturan Mesyuarat 30(1) untuk meminda usul ucapan terima kasih kepada Yang di- Pertuan Agong kerana dalam Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong juga ada menyebut dalam perkara ini. Saya rasa sudah tentunya, sewajarnya, Dewan Rakyat dan Parlimen ini perlu menyatakan dalam usul ini berkenaan dengan peristiwa ini.

Jadi dengan itu, saya ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(a) kalau dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga bersandarkan kepada Peraturan Mesyuarat 30(1) meminda usul-usul yang berbunyi, “Dalam usul yang dibuat oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad, Yang Berhormat Johor Bahru dan masalah dicadangkan bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...”, demikian bunyinya, “Ampun Tuanku. Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli

draft • 12:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan satu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua Parlimen yang ke-13”. Saya ingin mencadangkan supaya perkataan-perkataan itu ditambah seperti berikut.

“Dan bahawa Dewan yang mulia ini juga mengambil ketetapan untuk menyatakan sokongan penuh kepada semua usaha operasi mencari dan menyelamat atau search and rescue operation dalam krisis kehilangan pesawat MH370 dan memutuskan bahawa sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat segala aspek yang melibatkan peristiwa kehilangan MH370”.

[Tepuk] Saya memohon Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya kalau kita boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(a), maka pindaan usul ini dibenarkan serta-merta dan sekiranya memerlukan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya yakin bahawa rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong. Saya berharap bahawa pindaan usul ini bukan sahaja mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat tetapi saya juga menyeru kepada pihak backbenchers supaya menyokong pindaan usul ini. Hal ini kerana saya rasa tindakan yang paling sewajarnya ialah Dewan Rakyat perlu menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk menangani perkara ini. Ini kerana saya rasa dalam peristiwa ini, usaha itu tidak berhenti sahaja setakat operasi search and rescue tetapi lebih besar daripada itu dan saya harap Tuan Yang di-Pertua dapat membuat satu keputusan serta-merta.

draft • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Penjelasan. Adakah Yang Berhormat daripada Seremban bersetuju bahawa oleh sebab ada Menteri di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai national unity dan national reconciliation bahawa telah pun berharap bahawa bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen, semua Ahli Parlimen tidak kira Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi Menteri-menteri pun boleh memberi sokongan yang kuat?

Oleh sebab kalau dalam perkara ini above party politics kita tidak boleh bersatu-padu, mana ada national unity and national reconciliation. Ada apa-apa harapankah?

Kedua, bukankah oleh sebab dalam multinational search and rescue operation ini yang terbesar sekali dalam sejarah dunia, yang melibatkan 26 buah negara yang meliputi kawasan begitu luas. Bukan sahaja mungkin kita perlu– bukan sahaja satu siasatan Malaysia Parliament, mungkin satu multinational parliamentary inquiry. Ini yang akan berasaskan kepada keupayaan kita di Malaysia Parliament kita untuk memulakan satu siasatan above politics.

Kita perlulah memberi satu contoh kepada negara-negara yang lain. Bukan sahaja kita mahu perpaduan antarabangsa untuk selesaikan masalah ini, kita pun mahu satu multinational parliamentary united effort. Oleh sebab kita perlu kepakaran negara-negara yang lain dan pun pengalaman negara-negara yang lain, kalau kita mahu dapat tahu mana tempat itu, mana sudah kapal terbang itu hilang.

draft • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Inilah hari ke-13 kehilangan kapal terbang, pesawat itu. Ada Ahli-ahli Parlimen yang main-main sahaja. Mereka tidak ada hati, mereka irresponsible, uncontainable dan ’perlu’ ditutup kalau ini benar. Selama 13 hari 239 orang, nyawa, faham kah? Mahu main-main? Saya harap bantu itu.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Yang di-Pertua saya memang berharap bahawa pihak frontbench atau menteri-menteri memberikan sokongan penuh kepada pindaan usul ini. Saya menggesa kepada Pengerusi Backbencher Yang Berhormat Johor Bahru yang merupakan seorang Ahli Parlimen yang begitu senior dalam Dewan Rakyat ini menyokong usaha-usaha ini. Ini kerana kita hendak menunjukkan satu mesej kepada dunia luar bahawa Parlimen Malaysia boleh bersatu padu.

Kalau benda ini pun tidak boleh berlaku, benda ini pun boleh kita ambil tindakan jangan kita cakap bicarakan berkenaan national reconciliation. Jadi saya harap dan amat menyeru kepada Tuan Yang di-Pertua supaya dapat membuat keputusan serta-merta kerana kita mengejar masa.

Ini kerana kita perlu menunjukkan usaha ini kepada dunia luar. Jawatankuasa Pilihan Khas itu terma-termanya dan juga keahliannya boleh ditentukan selepas ini. Akan tetapi satu mesej yang sangat penting ialah bahawa Parlimen bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya dalam perkara ini. Saya memohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat untuk membina usul perlu memenuhi keperluan peraturan mesyuarat. This is not fair for you to ask me to decide sekarang sedangkan Yang Berhormat membawa usul dalam bentuk ucapan dan bukan membawa usul dalam satu motion yang tertentu. Kita akan tengok nanti.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Yang di-Pertua sedikit penjelasan. Kalau perlu ada pencadang...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak apa kita akan rujuk dan akan kembali pada masa lain. Ia tidak berbangkit lagi, tidak berbangkit lagi. Yang Berhormat dalam ucapan bukan dalam satu pembawa usul khusus.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya memang ada menyediakan juga ...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Walau bagaimanapun masa Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Memberitahu kepada ...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tidak apa we deal with it.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Pejabat Tuan Yang di-Pertua ...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya kena bincang dengan dia...

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jadi kita pun biarkan bahawa ...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Kena memenuhi syarat- syarat. Yang Berhormat Gelang Patah pun telah membuat usul untuk meminda usul ucapan Titah Diraja yang dibawa tetapi mahu ikut prosedur yang tertentu.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jadi bolehkah Tuan Yang di-Pertua menerima bahawa satu pemberitahu akan disampaikan kepada Pejabat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ikut prosedur yang betul.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Berkenaan dengan pindaan usul ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Ini bererti bahawa bawa pada hari yang terakhir, 27 barulah perkara ini akan diuruskan.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Saya tidak boleh on the spot bagi keputusan kerana saya akan kaji balik peraturan mesyuarat yang perlu ...

draft • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Itu pun baik bahawa ada lebih masa. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh balik dan bincang dengan menteri-menteri yang lain khas ada satu Kabinet khas mengenai perkara ini supaya boleh memberi sokongan dalam usul ini. Harap Yang Berhormat Menteri, alright.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Masa sudah habis Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih saya menghabiskan ucapan saya, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

draft • 12:30 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melafazkan rasa sedih dan bimbang ekoran misteri kehilangan pesawat MH370 dan marilah kita sama-sama mendoakan penemuan pesawat ini dan keselamatan anak-anak kapal dan kesemua penumpang-penumpangnya. Kita tahu bahawa Kerajaan Malaysia telah dan sedang melakukan yang terbaik dengan menggunakan segala sumber yang ada dan telah mendapat bantuan dan pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa. Jadi pada hemat saya dengan pengalaman kemalangan ini dalam suasana kontroversi yang ada dalam menangani isu misteri ini adalah amat wajar untuk Malaysia menjadi anggota United Nation Security Council nanti. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan STPM, yang mana kita lihat ada peningkatan keputusannya yang lebih baik daripada tahun-tahun yang terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang berkait rapat dengan masyarakat umum ialah rasuah. Di dalam Titah Yang Dipertuan Agong ada menyatakan bahawa masih banyak perlu dilakukan di peringkat kerajaan dan swasta serta setiap rakyat untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2013, Corruption Perception Index 2013 (CPI) yang baru dikeluarkan oleh Transparency International telah menyenaraikan

draft • 12:33 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Malaysia di tangga ke-53 daripada 177 buah negara berdasarkan tahap rasuah di institusi pentadbiran dan politik. Secara keseluruhannya ia menyamai Turki dengan skor 50 meningkat satu mata berbanding dengan tahun sebelumnya. Setakat ini Kerajaan Barisan Nasional telah melakukan pelbagai inisiatif dalam agenda memerangi rasuah. Penubuhan SPRM yang bebas daripada jurisdiksi kuasa Eksekutif, penubuhan Institusi Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti dan Agensi Penguatkuasaan merupakan antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan.

Namun begitu saya yakin pucuk pimpinan kita tidak akan berhenti setakat itu malahan akan sentiasa beriltizam untuk memerangi rasuah termasuk juga rasuah di kalangan sektor swasta yang kadangkala di luar radar dan persepsi umum. Seperti yang kita semua maklum, buat masa ini hanya Peguam Negara sahaja yang boleh memulakan pendakwaan. Keadaan ini menimbulkan banyak spekulasi dan rasa curiga apabila pendakwaan yang melibatkan orang- orang tertentu dibuat. Di sini ingin saya mencadangkan untuk kita mengkaji kemungkinan untuk memberi kuasa pendakwaan pada SPRM juga. Saya yakin SPRM akan menjadi lebih efektif apabila dilebarkan authority dan bidang kuasanya untuk memerangi gejala ini.

Tuan Yang di-Pertua, pelaburan asing merupakan salah satu kunci kepada pembangunan ekonomi sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Setiap pelabur pastinya akan melihat kepada persekitaran perniagaan yang wujud di sebuah negara. Saya percaya tahap indeks persepsi rasuah yang memuaskan yang akan jadi begitu baik juga akan membantu Malaysia dalam menampilkan perkara ini sebagai negara yang kondusif untuk memulakan dan juga melaksanakan perniagaan mereka. Baru-baru ini dilaporkan bahawa Malaysia telah menjadi destinasi perniagaan yang popular di kalangan peniaga dan pelabur daripada China. Antara sebabnya adalah kerana polisi di Malaysia yang membenarkan tahap pegangan asing yang begitu tinggi dan memudahkan para pelabur dan peniaga untuk mengawal polisi perniagaan masing-masing di negara kita ini.

Kediaman mewah di Malaysia dijual di antara USD2,300 dan USD5,600 bagi satu meter persegi adalah jauh lebih rendah daripada USD27,600 hingga kepada USD33,700 di Singapura dan USD43,700 sehingga USD53,500 di Hong Kong. Singapura kini telah menjadi the most expensive city in the world. Jadi kita lihat purata hasil sewa juga lebih menarik di Malaysia pada kadar 4% hingga 6% berbanding 3% di Singapura dan 2.5% di Hong Kong. Saya percaya pucuk pimpinan akan sentiasa berusaha keras untuk mengekalkan reputasi ini melalui program- program transformasi ekonomi yang sedia ada dan yang bakal mendatang bukan sahaja di bandar tetapi juga pembangunan ekonomi luar bandar khususnya pembangunan tanah-tanah di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, industri sawit merupakan salah satu tunggak ekonomi negara kita.

The golden crop ini pada tahun 2013 eksport produk sawit Malaysia telah mencecah RM63.2 bilion dan merupakan penjana pendapatan ketiga terbesar selepas barangan elektrik dan elektronik dan produk-produk oil and gas. Industri ini meliputi semua rangkaian pengeluaran daripada tapak semaian, ladang, pusat pengumpulan, kilang, kilang penapis, kilang biodiesel dan kilang oleochemical. Menyediakan peluang pekerjaan kepada 500,000 orang termasuk lebih

draft • 12:33 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

daripada 185,000 pekebun-pekebun kecil yang berada di seluruh negara. Sebahagian besar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat ini, maksud saya kawasan-kawasan terlibat secara langsung dengan industri ini contohnya Yang Berhormat Kelana Jaya dan juga rakan-rakan lain.

Oleh kerana itu sawit adalah salah satu daripada 12 NKEA yang mana kerajaan akan memberi fokus untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi menuju ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ini yang mana target GNI nya adalah sebanyak RM178 bilion daripada anggaran pengeluaran sawit yang ketika ini adalah tersasar hingga RM60 hingga RM80 bilion. Satu permintaan ataupun cabaran yang begitu tinggi melalui strategi-strategi produktiviti, huluan di ladang-ladang yang mana kita cuba untuk menaikkan pengeluaran daripada empat tan ke enam tan. Melalui penambah nilaian di program-program hiliran, produk-produk derivative, biodiesel, produk-produk makanan dan kesihatan. Dengan harga RM2,800 dan kos productionnya RM1,500 satu tan maka it is still a good business dengan izin.

draft • 12:33 PM

Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Saya mohon sokongan rakan-rakan dan juga industri sawit ini sama-sama kita sokong dan sama-sama kita tangkis kerana terdapatnya Kempen Anti Sawit di merata-rata tempat khususnya dari luar negara. Masih banyak cabaran daripada pelbagai pihak terutamanya NGO- NGO antarabangsa telah mengancam perkembangan pasaran minyak sawit. Sebagai contoh dalam bidang kesihatan bahawa minyak sawit mengandungi 50% minyak tepu di mana akan membawa penyakit kardiovaskular. Akan tetapi kita telah menjalankan banyak penyelidikan terutamanya dengan institusi-institusi terkemuka dunia untuk menunjukkan bahawa minyak sawit tidaklah mudarat, malahan ia adalah baik untuk kesihatan dengan Vitamin E dengan kandungan tocotrienol.

draft • 12:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kuala Kangsar, boleh?

draft • 12:40 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Boleh, boleh.

Pakar, Yang Berhormat Kuala Kedah, silakan.

draft • 12:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Saya cuma hendak sebut statement yang selalu disebut oleh ramai doktor, minyak tepu tidak baik untuk kesihatan. Itu statement yang tidak benar. Tiada asas sains sama sekali, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih.

Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Kuala Kedah juga dapat mempromosikan sawit ini dalam bidang kesihatan dan juga perubatan. Malahan kelapa sawit ini memberi pengurangan kepada tahap kolesterol di dalam tubuh badan kita dan juga anti oksidan dan juga menambah imunisasi badan kita. Terbaru telah mendapat kajian bahawa ia membantu untuk penyakit buah pinggang.

Jadi boleh kita sama-sama melihat tentang kajian ini. Satu lagi ancaman dan tuduhan bahawa sawit adalah tidak mampan kerana melibatkan deforestasi hutan kehilangan biodiversiti, kemusnahan habitat orang hutan dan harimau serta pelepasan green house gas terutamanya pembangunan di kawasan-kawasan tanah gambut.

Baru-baru ini kumpulan gergasi Wilmar sebuah pembeli minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia telah mengikut tari NGO-NGO khususnya NGO-NGO antarabangsa telah

draft • 12:40 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

mengenakan keperluan kemampanan yang ketat kepada para pembekal luar dalam rantaian pengeluar minyak sawit khususnya menjejaskan industri ini di Sarawak yang mana kesannya dan impaknya kepada pasaran bernilai lebih dari ratusan juta ringgit. Wilmar seharusnya merujuk dan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, saya yakin kerajaan melalui kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan industri sawit ini tidak terjejas dengan keputusan Wilmar ini. Saya pohon Menteri memperjelaskan kedudukan mutakhir tentang perkara ini. Jadi kita tahu saingan minyak sawit ini bersaing dengan minyak- minyak antarabangsa seperti soya, rapeseed, sunflower dan lain-lain lagi. Mereka ini cukup takut kerana sawit adalah minyak yang terbaik dari segi mutu dan harganya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebagai anak Sungai Perak, bermulanya Sungai Perak dari hulu dari Gerik, Lenggong, Padang Rengas, Sungai Siput, Kuala Kangsar yang mana ada 99 anak sungai sebelum Kuala Kangsar ini, sebab itu Kuala Kangsar disebut “Kuala Kangsar- Kurang Sa” daripada 100 anak sungai Parit, Pasir Salak tempat Timbalan Menteri Pertanian kita, Telok Intan dan Bagan Datok melihat potensi sungai ini sebagai satu tempat yang boleh diadakan pusat industri ikan air tawar yang mana satu revival ataupun penekanan yang baru yang mana selain daripada kecantikan sungai-sungai di Malaysia ini dapat kita wujudkan hab-hab baru di kalangan nelayan-nelayan darat dan pasaran-pasaran baru, aktiviti-aktiviti baru, bantuan-bantuan baru seperti mana yang telah dititahkan oleh Tuanku yang mana kita perlu mencari pasaran-pasaran baru.

Di Kuala Kangsar sahaja terdapat lebih dari 200 nelayan darat tidak termasuk penjualan- penjualan secara hobi yang memberi pendapatan tambahan kepada pendapatan bulanan mereka melalui nelayan darat. Fakta ini agak menarik kerana di pasaran sekarang ini walaupun kita belum turun tangkap ikan ke sungai, sudah ada pembelinya. Bermakna ikan belum dapat sudah ada orang mahu membeli ikan air tawar ini.

Ikan lampam, ikan tengkalan, ikan tilapia, ikan kaloi, gurami telah meminta ataupun telah meletakkan pasaran yang begitu tinggi sekarang ini sehingga RM10 hingga RM20 sekilo apatah lagi dengan ikan-ikan lain baung, patin, belida, krai, kelabau lebih daripada 20 kilo. Ikan-ikan temoleh yang dikenali sebagai temelian... di Pahang udang galah dan spesies-spesies patin yang tertentu boleh mencecah hingga ke RM100 sekilogram apatah lagi di peringkat perayaan Tahun Baru Cina Yee Sang ataupun makanan eksotik kita ini. Ia boleh mencecah lebih dari RM100 kepada ikan-ikan air tawar yang masih hidup.

Jadi tumpuan-tumpuan baru ini kita harapkan supaya kementerian dan juga pihak perikanan dapat memberi penekanan kepada regulatory dengan mengumpulkan data-data baru tentang nelayan-nelayan darat. Memberi bantuan-bantuan peralatan sangkar, pukat, bot dan mungkin juga voucher-voucher petrol untuk enjin-enjin bot. Pembiakan anak ikan, penguatkuasaan dan pemeliharaan serta pemuliharaan sungai dan mengadakan aktiviti-aktiviti tangkapan yang begitu terpilih di kalangan spesies ikan yang kita perlu lakukan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Hendak habis.

Sebentar lagi, seminit lagi. Oleh kerana itu kita dapat mengujudkan hab-hab center. Maka bolehlah Pasir Salak menjadi hab udang galah, Kuala Kangsar sebagai hab temoleh atau baung Gerik hab Kelah, Lenggong hab patin, Parit hab ikan tilan contohnya dan beberapa tempat lagi.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kangsar ini sebagai sebuah Parlimen telah terpisah dengan adanya Sungai Perak ini di mana kedua-dua DUN ini telah terpisah dan perhubungan antara kedua-dua DUN mengambil masa lebih dari 40 minit untuk aktiviti-aktiviti ekonomi. Maka, bencana, kecemasan, jenayah dan response time yang lebih dari 45 minit ini adalah tidak wajar dan maka itu jambatan Manong yang telah kita perjuangkan selama ini telah menjadi satu perkara yang long over due. Jadi saya harap pihak JKR, pihak KKLW dapat melihat perkara ini. Saya sebagai Ahli Parlimen penggal pertama Kuala Kangsar ingin mengingatkan lagi tentang perlunya pembinaan Jambatan Menong di Kuala Kangsar ini. Akhir kata, saya menjunjung kasih kepada Baginda yang amat prihatin kepada negara dan rakyatnya. Dengan ini Kuala Kangsar menyokong. Sekian terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan seperti juga rakan-rakan lain di Dewan ini kita ingin melafazkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, penumpang-penumpang dan juga krew MH370 yang sudah masuk hari ketiga belas hilang dari pandangan kita. Kita masih lagi menaruh harapan semua mereka berada dalam keadaan selamat dan dengan itu urusan untuk mencari dan menyelamat harus dipertingkatkan dan diluaskan untuk memberi peluang kita bertemu mereka kembali.

Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa supaya tidak mengambil pendekatan confrontational dengan rakyat dalam hal ini apabila terlalu banyak menyebut jangan ada spekulasi, jangan buat spekulasi, media sosial jangan menambah perit dan parah kepada urusan mencari dan menyelamat ini. Saya rasa sosial media dan juga akhbar-akbar banyak membantu dalam menyebarkan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa. Mungkin pihak berkuasa bersetuju dalam perkara-perkara yang positif begini. Akan tetapi saya melihat dalam media utama banyak yang menyebarkan spekulasi-spekulasi ini, bukan sosial media mengenai kedudukan penerbangan, cerita mengenai pilot ataupun juruterbang tersebut. Malah yang menimbulkan spekulasi sangat intense sehari dua ini adalah mengenai salah seorang pilot utama yang dikatakan mempunyai simulator di rumahnya.

draft • 12:47 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Masih keluar lagi hari ini. Disebut bahawa simulator itu telah dirungkai, dibawa ke Bukit Aman, dipasang semula, rekod menunjukkan data telah dierased pada 3 Februari. Ini menimbulkan persoalan. Apa tujuan didedahkan melainkan untuk mengajak rakyat menyoal lagi.

Kemudian disebut, bukan oleh social media tetapi daripada sumber rasmi bahawa pilot

draft • 12:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

berkenaan telah download atau upload lima lapangan terbang di kawasan Indian Ocean. Untuk apa disebut begini? Seolah-olah untuk membawa pemikiran rakyat bahawa di sana mungkin puncanya bermula daripada salah seorang krew penerbangan tersebut. Saya rasa inilah yang menimbulkan spekulasi dan bermula dari sini tentulah ada orang akan komen, sama ada itu betul atau tidak, sama ada boleh jadi atau tidak, sama ada relevan atau tidak. Jadi, benda ini akan berpanjangan. Jadi, saya merasakan pihak berkuasa pun harus berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan ini cuba membawa satu usul di bawah 18(1) oleh Yang Berhormat Pokok Sena untuk membincangkan perkara ini. Hari ini Yang Berhormat Seremban pula membawa usul supaya dipinda usul menjunjung Baginda Tuanku Yang di- Pertuan Agong untuk memasukkan perkara-perkara ini di dalam usul tersebut. Kalaulah pihak kerajaan mengambil inisiatif seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gelang Patah tadi oleh Perdana Menteri Australia, bercakap dalam Parlimen ini memberikan penjelasan dan perkembangan-perkembangan semasa kepada Ahli-ahli Parlimen, maka tidak perlulah seperti yang berlaku, satu penjelasan diberikan kepada backbencher daripada Barisan Nasional dan kepada pembangkang tidak diberikan kerana tidak diminta.

Itu semua menimbulkan satu lagi divisyen ataupun perbezaan kita di dalam Dewan ini seolah-olah maklumat ini hanya penting bagi pihak backbencher. Kalau kerajaan merasakan ini penting, maka Dewan inilah tempat yang sepatutnya di jadikan medan untuk kita membuat penjelasan supaya kita di dalam Parlimen ini akan bercakap satu nada, satu maklumat.

Jadi, saya rasa masih tidak terlewat walaupun hari ini sudah 13 hari, pesawat masih belum ditemui. Baru kita mendapatkan kemungkinan daripada imagery satellite ada ditemukan sesuatu di Lautan India di sebelah selatan. Jadi, masih ada masa untuk Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk membawa maklumat ini kepada Dewan ini supaya tidak kita dilihat ketinggalan berbanding dengan parlimen-parlimen yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai sempadan kita. Tadi dibangkitkan oleh rakan kita daripada Sabah mengenai kebocoran, masalah di Lahad Datu.

Sekarang ini bagaimana kita hendak meyakini bahawa pihak keselamatan kita mampu untuk menjaga keselamatan. Kalau dulu di Lahad Datu itu yang menceroboh adalah tentera-tentera kampung yang bersenjata lama, buruk, berkain pelekat. Ini Yang Berhormat Menteri kata dulu, yang dapat menyamar masuk. Sekarang ini kita dihadapkan pula dengan keupayaan pihak luar ataupun penerbangan-penerbangan yang masuk dalam kawasan udara kita yang tidak dapat dikesan, tidak ada tindakan segera.

Jadi, ini semakin menimbulkan sangsi tentang kemampuan kita. Kita telah berbelanja besar ya Kementerian Pertahanan, dengan pembelian kapal selam, jet-jet pejuang. Akan tetapi dalam keadaan yang berlaku ini mendedahkan kepada dunia dan kepada masyarakat kita bahawa banyak lagi yang perlu dibuat oleh angkatan tentera kita bagi menjamin negara kita berada dalam keadaan yang selamat. Kalau dapat diyakinkan, saya yakin kita dapat melegakan sedikit kedudukan pemikiran rakyat terhadap keselamatan dalam negara kita. Walaupun kita

draft • 12:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

bukan berada dalam keadaan perang Tuan Yang di-Pertua tetapi kita sentiasa harus siap siaga.

Jadi, ini kita berikan mandat kepada pihak berkuasa tentera kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara kedua iaitu mengenai kedudukan hutang isi rumah kita yang semakin tinggi peratusannya berbanding KDNK, cukup tinggi. Saya dimaklumkan ada institusi-institusi kewangan yang memberikan pinjaman peribadi, personal loan dengan mudah sampai mencecah RM100,000, ada yang RM200,000, semudah begitu.

Kemudian diberikan layanan utama kepada kakitangan awam yang besar kemungkinan tidak mampu sebenarnya untuk mengambil pinjaman ini. Akan tetapi dipermudahkan kerana ada institusi-institusi yang diberikan kod potongan gaji oleh Jabatan Akauntan Negara.

Syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan bank-bank untuk mengeluarkan pinjaman dan membayar, yang kita tahu melalui Biro Angkasa iaitu sesuatu yang kita sudah boleh terima. Akan tetapi ini contohnya, sebuah syarikat yang diberi nama Coshare yang bekerjasama dengan Kuwait Finance House dengan Bank Al-Rajhi. Walaupun ada sebahagiannya sudah menghentikan hubungan ini. Akan tetapi kita dimaklumkan sudah sampai RM2 bilion jumlah pinjaman ini dikeluarkan dengan melibatkan lebih 15,000 peminjam-peminjam yang kemungkinan akan menghadapi masalah untuk membayar balik kerana ketidakmampuan.

Jadi, bagaimana– apa kriteria-kriteria yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan untuk memberikan mana-mana syarikat ini kod potongan gaji ini. Selain daripada Biro Angkasa.

Oleh kerana kita tidak mahu ada syarikat-syarikat yang tidak berupaya, contohnya Coshare ini yang dulunya bernama Unimaya Berhad yang dipimpin dan dipunyai oleh salah seorang pemimpin ahli parti politik. Kita pun sudah tahu dari sebelah mana, yang dulunya, asalnya Unimaya ini sudah bankrap. Ada masalah dengan Affin Bank, saya dimaklumkan. Asalnya dulu untuk membantu kakitangan awam membeli komputer tetapi dipanjangkan untuk tujuan pinjaman-pinjaman peribadi yang lain.

Jadi, apa kriteria? Bagaimana penjagaan oleh Kementerian Kewangan supaya syarikat- syarikat yang berkenaan tidak mengalami dan bukan daripada kalangan syarikat-syarikat yang tidak berupaya ini. Kita harap kementerian kewangan akan dapat memberikan penjelasan.

Ketiganya, secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua. Saya diberikan jawapan secara bertulis soalan mengenai pembatalan ataupun penamatan pengambilan pembantu penolong pendaftar sementara bagi SPR bagi mendaftarkan pemilih-pemilih baru. Saya hendak bertanya kepada SPR, apa alasan pemberhentian ini? Katanya untuk dikaji semula. Kaji semula bagaimana? Oleh kerana saya yakin parti-parti politik termasuk daripada parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat banyak membantu SPR mendaftarkan pemilih-pemilih ini yang lepas ini hampir empat juta yang baru dalam tempoh lima tahun. Sebahagian besar disumbangkan oleh syarikat ini.

Jadi, saya hendak menggulung. Jadi, kenapa dibatalkan dan diserahkan balik kepada SPR pusat, SPR negeri-negeri, pejabat pos, NGO. Akan tetapi dalam jawapan yang saya terima dia tidak sebut NGO. Jadi, apa tujuan dibatalkan ini? Kenapa? Oleh kerana kita ada lagi tiga ke

draft • 12:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

empat juta yang belum didaftarkan. Inilah masanya kita meminta pertolongan daripada stakeholders yang penting dalam urusan ini iaitu parti-parti politik.

Jadi, saya tidak nampak alasannya melainkan ada usaha baru untuk contohnya membuat pendaftaran automatik kepada semua pemilih-pemilih baru. Kalau ini berlaku, ini seperti yang kita tuntut dululah. Saya menyokong 100% tetapi kalau kerana risau peranan- peranan parti politik ini saya rasa itu tidak adil kerana sumbangan kita telah cukup banyak. Kalau ada penyelewengan itu boleh dipastikan dan dibetulkan semasa pendaftaran itu berlaku. Jadi saya hendak minta SPR mengambil pertimbangan supaya urusan ini diteruskan oleh parti-parti politik.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, masa pun hanya ada tinggal seminit lagi. Di tempat saya di Kuala Krai, tidak sebut ini marah orang Kuala Krai. Lebuh raya yang sedia ada ini telah memakan banyak nyawa. Baru-baru ini dua adik-beradik, dia hendak menyeberang jalan di simpang Laklok dengan Highway Gua Musang-Kuala Krai ini, dilanggar kereta. Jalan yang luas, simpang empat tanpa ada lampu isyarat ataupun flyover ataupun roundabout. Jadi, mintalah Jabatan Kerja Raya melihat ini bersungguh-sungguh kerana bukan kali pertama. Sudah banyak kali dan kita sudah sebut dalam Dewan ini supaya dipertimbangkan flyover, ditolak kerana peruntukan. Akan tetapi cubalah fikir satu cara, roundabout mungkin, untuk memudahkan urusan menyeberang jalan yang saya rasa bahaya. Kalau traffic lights itu mungkin mengganggu seluruh perjalanan, jadi fikirkanlah.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tasek Gelugor. Mula petang ini Yang Berhormat ya.

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 tengah hari.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor. 10 minit ya.

draft • 2:30 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka

draft • 2:32 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas pada 10 Mac yang baru lepas. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi tahniah dan jutaan terima kasih di atas ucapan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian sidang Dewan pada hari ini mengenai sikap kita semua dalam menghadapi isu-isu dalam membangunkan rakyat dan negara kita terutama sekali apabila kita berada dalam keadaan konflik dan dalam keadaan krisis. Apa yang dizahirkan selama ini sama ada melalui media massa ataupun kaca mata kita sendiri, kita dapat lihat keadaan dan tingkah laku serta sikap dan juga bentuk pemikiran kita masih lagi boleh kita katakan tidak mencapai kepada satu tahap profesionalisme yang tinggi di mana kebanyakan isu- isu yang berbangkit, semua pendekatan yang diambil adalah pendekatan saling menuding jari dan salah menyalahkan di antara satu sama lain. Sedangkan kita yang menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak lain, kita sendiri pun sebenarnya tidak mempunyai apa-apa keupayaan, kemahiran atau kelebihan tertentu yang melayakkan kita untuk menuding jari pada mana-mana pihak.

Dalam hal ini saya melihat pihak pembangkang sering kali membangkitkan isu-isu menuduh kerajaan, menuduh Perdana Menteri dan menuduh pihak-pihak berkuasa termasuk Menteri Pengangkutan dan sebagainya, terutama sekali dalam isu kehilangan MH370. Dalam hal ini, saya rasa tuduhan-tuduhan yang diberikan itu adalah merupakan tuduhan-tuduhan yang mempunyai niat politik, mempunyai niat-niat ataupun untuk mendapatkan mileage dan sokongan politik. Pada keadaan ini kalau kita lihat tidak sepatutnya mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mendapatkan mileage politik. Sepatutnya kita perlu saling bantu-membantu di antara satu sama lain dan kita juga sepatutnya memenuhi ruang-ruang kosong yang mana berlaku untuk kita saling menghulurkan bantuan kita.

Biarlah kita dilihat sebagai rakyat yang bersemangat. Dilihat sebagai rakyat yang mempunyai kesetiaan kepada negara dan juga rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang perkara-perkara keburukan yang berlaku kepada pihak lain untuk kita terus membantu. Jadi saya harapkan dalam Dewan yang mulia ini, seruan ini diharapkan juga berkumandang ke seluruh dunia supaya semua pihak bertenang, semua pihak rasional dan kita hendaklah yang pertama sekali mempercayai apa yang telah menjadi ketentuan Allah SWT. Kedua, kita serahkanlah perkara ini untuk dilaksanakan sebaik mungkin oleh profesional-profesional yang ada bagi menangani isu tersebut.

Satu lagi saya tengok kita juga sering menimbulkan isu-isu yang boleh menyakitkan hati antara satu sama lain sama-ada isu yang menyakitkan hati itu adalah isu-isu yang berkait dengan bangsa, berkait dengan agama, berkait dengan hak dan sebagainya. Sedangkan kita berada dalam satu negara yang kita telah pun sedia maklum, kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, kita ada kontrak sosial dan kita saling menerima apa yang seadanya di kalangan kita. Kita boleh menerima rakan-rakan kita daripada mana-mana agama sekali pun dan kita menerima juga rakan-rakan kita daripada kaum mana sekali pun.

draft • 2:32 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Keadaan ini telah pun terbentuk sekian lama dan telah terasuh dengan begitu baik sekali.

Ia telah menjadi model terbaik di seluruh dunia bahawa sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan dapat diuruskan dengan begitu baik sebelum ini sehinggalah apabila pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu yang boleh mengguriskan hati dan perasaan.

Kadang-kadang dilihat seperti sengaja dilakukan. Contohnya perbuatan menyumbat kangkung dalam mulut replika wajah Perdana Menteri, membuat video, tohmahan-tohmahan yang tidak tahu betul atau tidak hujung pangkalnya dan sebagainya.

Jadi keadaan ini kalau dibiarkan berterusan, maka ia akan merosakkan sistem nilai di dalam masyarakat kita di Malaysia. Rakyat di luar sana tidak tahu menahu tentang apa sebenarnya yang berlaku. Mereka hanya melihat kepada atau bergantung kepada persepsi yang ditampilkan untuk dinilai. Jadi kalau persepsi buruk lebih menguasai keadaan, maka keadaan ini akan menjadikan rakyat kita semakin terjurus kepada perkara-perkara yang negatif.

Justeru dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya kerajaan mewujudkan satu undang-undang atau peraturan yang khusus, yang lebih tepat bagi menangani isu-isu yang telah saya sebutkan tadi. Jadi saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, apakah kerajaan mempunyai satu tujuan ataupun cadangan bagi mewujudkan satu undang-undang ataupun peraturan untuk mengawal gejala-gejala dan sikap-sikap yang negatif, yang zahir daripada kalangan rakyat kita sendiri khususnya. Sekurang-kurangnya kita boleh membendung gejala-gejala negatif ini dan kita tidak hanya menyalahkan kepada pembangunan media ataupun instrumen media elektronik semata-mata tetapi sebenarnya ia bergantung kepada sejauh mana kita boleh mengawal sikap-sikap kita sendiri dalam hal yang telah disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan satu isu iaitu cadangan untuk menswastakan TUDM Butterworth di dalam kawasan Parlimen saya sendiri. Saya inginkan penjelasan daripada kerajaan, apakah kerajaan telah bersetuju untuk menswastakan lapangan terbang TUDM Butterworth ini kepada pihak swasta untuk dimajukan sebagai satu kawasan pembangunan perumahan yang berkonsepkan art and visual di mana kos pembangunan tersebut ada akhbar yang melaporkan kata RM30 bilion, ada akhbar laporkan kata RM13 bilion.

draft • 2:32 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Akan tetapi saya tidak pasti kerana saya tidak pernah dimaklumkan tentang apa-apa cadangan itu walaupun saya Ahli Parlimen di kawasan yang berkenaan. Jadi, bagi rakyat dalam Parlimen Tasek Gelugor, saya mewakili rakyat dalam Parlimen Tasek Gelugor kita membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk mengubah TUDM Butterworth ini ke tempat lain, apatah lagi cadangan untuk menswastakan tapak yang begitu bernilai dari segi keselamatan kepada pihak swasta untuk dibangunkan.

Ini kerana kalau kita lihat landasan TUDM atau pun airbase itu yang dibina sejak daripada tahun 1941 telah dibina oleh Inggeris yang mengambil kira faktor-faktor keselamatan sebab itu kedudukan lokasinya adalah di tepi laut. Ini kerana dimaklumkan hampir ke semua lapangan terbang khususnya lapangan terbang tentera adalah dibina di kawasan tepi laut supaya

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

ia tidak berkabus pada waktu-waktu tertentu dan ini tidak akan membantutkan apa-apa juga operasi bagi kegunaan landasan dan sebagainya. Akan tetapi saya juga begitu hairan dan tidak pasti, kenapa ada pihak-pihak tertentu malah syarikat-syarikat yang besar dan juga melibatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang sanggup menggadaikan, yang sanggup menjual tapak yang begitu bernilai dari segi keselamatan kepada pihak lain untuk tujuan pembangunan rumah- rumah kos mewah umpamanya?

Jadi cuba kita bayangkan, sampai bila? Sampai bila kita hendak mengejar kemewahan?

Sampai bila kita hendak membina istana yang begitu hebat? Sehinggakan kita melupai tentang nasib kita sendiri dan juga kepentingan kawalan keselamatan negara kita sendiri. Kalau kita melihat dalam perkembangan kehilangan isu kehilangan MH370, pangkalan TUDM adalah merupakan di antara pangkalan yang mempunyai radar yang dapat mengesan kewujudan atau pun laluan kapal MH370. Itu...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh gulung.

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Baru mula sahaja ini.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa 10 minit sahaja.

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Sedikit Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa 10 minit sahaja.

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ringkaskan tentang isu ini apa yang paling penting saya mohon kepada kerajaan untuk menyemak semula dan lebih baik membatalkan hasrat untuk memajukan kawasan tersebut dengan kawasan perumahan. Sebaliknya kita mohon supaya kerajaan memperkasakan TUDM Butterworth itu dengan segala infra yang lebih moden dan juga dapat menyelesaikan isu-isu serta menambah bilangan anggotanya di situ.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mewakili guru-guru saya ingin menyatakan satu hasrat di kalangan guru-guru kita yang begitu berharap kerajaan dapat mendengar masalah mereka iaitu berdasarkan kepada keperluan pertukaran dan penempatan guru. Mereka begitu rasa tertekan apabila isu pertukaran guru tidak dapat kita tangani dengan lebih berkesan. Pemisahan guru yang berkahwin suami berada di Semenanjung, isteri berada di Sabah, Sarawak, suami berada di Johor, isteri berada di Perlis menjadi satu perkara yang menghantui guru-guru kita dan ia menjejaskan prestasi pendidikan.

Guru-guru diajar tentang- dilatih untuk mengajar anak murid tentang kehebatan hidup berkeluarga dan sebagainya. Sedangkan guru itu sendiri pun walaupun berkeluarga tetapi dilihat seperti tidak berkeluarga. Jadi kita mohon pada kerajaan supaya kerajaan dapat mengenal pasti satu solusi yang bernas, terbaik dan berkesan bagi membela nasib guru-guru kita dan kalau boleh kita mencari jalan menyelesaikan supaya guru-guru yang berkahwin ini dapat kita satukan mereka. Dari sudut agama sendiri pun, ia adalah tidak baik kalau kita tidak memberikan ruang

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

dan kesempatan kepada pasangan-pasangan hidup berkeluarga tetapi mereka tidak hidup berkeluarga. Begitu juga dalam isu guru, ada usul yang dibangkitkan oleh...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jangan panjang-panjang ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Sikit sahaja. Oleh pihak guru iaitu berkenan dengan kedudukan elaun guru besar, pengetua dan penolong kanan yang tidak disemak lebih daripada sepuluh tahun. Jadi mohon kepada Kementerian Pendidikan untuk menilai dan menyemak kenaikan elaun kepada pengetua-pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sebelah sini tidak bangun ya? Sebab...

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Batu Pahat.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau ikut giliran Yang Berhormat Kuala Krai

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Dah sudah, sudah ya.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah ya?

Okey. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat, Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 2:40 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Krai, bantulah sikit.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Baiklah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Boleh?

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dan rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Terima kasih membenarkan saya turut serta dalam perbahasan ini, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, kita sebagai mana rakan-rakan lain, kita ingin merakamkan simpati kita kepada tragedi MH370. Jadi marilah kita berdoa kepada Allah SWT mengurniakan yang terbaik kepada semua yang terlibat dalam tragedi ini. Barangkali kita ingin menarik perhatian, peristiwa sudah berlaku, we cannot undo what has done, we cannot undo what is redone, kita tak boleh membalikkan ke belakang apa yang telah berlaku. Akan tetapi barangkali apa yang kita boleh pelajari ialah apakah pengajaran dan iktibar yang kita dapat daripada peristiwa ini?

Sebagai seorang pendidik dan ahli psikologi Tuan Yang di-Pertua, saya suka menganalisis hal ini melihat daripada tiga dimensi. Pertama, melihat krisis. How do you respons pada krisis? Apa persepsi awam kepada bagaimana kita merespons kepada krisis itu ya?

Pertama Tuan Yang di-Pertua, krisis itu adalah ujian kepada kepimpinan kita. Bagaimana kita

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

menangani krisis? A test of a leader is their capability to handle crisis. Jadi kalau keupayaan kita dapat dilihat menangani krisis itu dengan baik, maka penampilan kita sebagai pemimpin itu dihormati oleh bukan sahaja orang-orang setempat dalam negeri tetapi di luar negara.

Jadi learning yang kita dapat, pengajaran yang kita dapat saya fikir ada kelompangan dari segi kepimpinan kita, dari segi penampilannya. Ada kelompangan dari segi kewibawaan pengurusan kita dan banyaklah yang lain yang kawan-kawan sudah sebutkan, saya tidak berhajat untuk hendak mengulas. Akan tetapi saya fikir bagaimana kita respons kepada krisis itu, itu menjadikan orang membuat persepsi kepada kita. Akhirnya pengajaran yang kita lihat kalau panjang-panjang kita analisa dalam situasi dari pusat akhbar dan lain-lain, saya belajar sebagai Ahli Parlimen saya tengok Tuan Yang di-Pertua ialah akhir semuanya mesti Anwar Ibrahim yang salah

draft • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Selepas itu, saya tadi sembang-sembanglah makan-makan dekat kantin.

draft • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Datuk hendak bangun boleh bangun, saya bagi peluang tidak ada masalah. Saya berbual dekat kantin tadi, ada seorang sahabat saya beritahu saya naik teksi semalam. Saya tanya driver teksi, apa fahaman saudara? Bagaimana saudara melihat MH370? Ini semua Najib salah [Ketawa] Apa yang saya hendak sebut pada saudara-saudara ialah persepsi ya, right or wrong that’s different thing. Bagaimana kita handle, bagaimana kita present ourselves, present our case is itu melibatkan persepsi.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Batu Pahat. Itulah kalau sebelah sini sebut nama Ahli kita, kita hendak bawa usul.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Okey, saya minta maaf. Saya sedang belajar, dari Pekan.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kalau kita sebut nama Ahli yang lain kita tidak terasa apa-apa itu, 10 minit sahaja tidak banyak masa.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak.

Saya belajar daripada Ahli Yang Berhormat yang ada sebenarnya. Saya juga memang baik Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya belajar daripada ada di sini, daripada murid-murid saya sekarang yang tidak ikut cakap itu.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Wakil rakyat pun lahir daripada Batu Pahat.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah soal BR1M.

Apa matlamat BR1M? Kalau kita kemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO Barisan Nasional kemukakan untuk menang pilihan raya, kajian yang diberikan oleh banyak pihak ianya tidak sepenuhnya menguntungkan. Kalau kita untuk membasmi kemiskinan, pandangan daripada sarjana-sarjana termasuk mantan Perdana Menteri ia tidak menyelesaikan masalah kemiskinan.

Ia hanya merupakan pain killers sementara, menghilangkan sakit sementara. Jadi oleh kerana itu, kita ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan memikirkan alternatif penyelesaian jangka panjang terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat dalam bidang sosiopolitik

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

economy yang sebenarnya tadi telah dibincangkan lebih awal oleh rakan-rakan saya, oleh rakan- rakan kita. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah soal pendidikan.

draft • 2:40 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Ini sangat dekat kepada saya. Sekali lagi saya mengemukakan analisa proses input dan proses output. Kalau kita tengok daripada perbincangan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, kita tidak selesai masalah input itu sendiri. Sekolah tidak ada padang, tidak ada bilik darjah, tidak ada bilik guru, tidak ada perpustakaan yang lengkap dan sempurna. Soal-soal input yang asas ini tidak selesai, bagaimana kita boleh dapat menampilkan pelajar-pelajar yang kita cita-citakan.

Generasi muda yang kita cita-citakan, generasi muda yang ada ilmu, yang ada competency, yang ada kekuatan akidah dan kepercayaan, yang boleh membawa diri dan yang boleh membuat keputusan apabila berhadapan dengan pelbagai krisis yang mereka hadapi dalam masyarakatnya.

Jadi oleh kerana itu kita mencadangkan, supaya seluruh input ini dan prosesnya dilihat.

Jangan lihat pentaksiran sahaja. Jadi kita nanti melihat gajah hanya dari telinga sahaja. Kita tidak melihat gajah secara holistik...

draft • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Silakan.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil. Ada empat minit lagi.

draft • 2:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Pahat. Bersetujukah Yang Berhormat Batu Pahat, tadi Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan soal prasarana asas pendidikan.

Setuju atau tidak Yang Berhormat Batu Pahat bahawa soal kemudahan asas pendidikan ini bukan sekadar menjadi masalah di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar?

Misalnya di kawasan saya di Bukit Katil, ada sekolah yang maju dan ada sekolah yang baik tetapi setelah 50 tahun masih lagi bergelumang dengan masalah asas seperti bilik guru dan sebagainya. Setuju atau tidak Yang Berhormat Batu Pahat untuk kita minta kepada kerajaan khususnya kementerian meneliti perkara ini dan mengkaji semula misalnya geran per kapita untuk setiap pelajar yang saya difahamkan hanya RM4 seorang bagi pelajar sekolah rendah?

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Seperti yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di- Pertua, keseluruhan input pendidikan itu secara holistik harus dilihat. Kita tidak boleh tengok satu-satu. Kita kena lihat keseluruhan seperti geran macam mana, input sekolahnya bagaimana, pendidikan keguruannya bagaimana. Secara holistik ini dilihat dan kita tengok pula pentaksiran, apakah pendidikan kita dapat melahirkan anak-anak yang kita hajatkan, terbangun akal budinya, terbangun diri rohaniahnya, terbangun fizikalnya, stabil emosinya dan mereka berupaya membuat pilihan yang baik dan tepat dalam kehidupannya sehingga tidak tercebur dalam anasir- anasir yang tidak kita ingini. Jadi kita mencadangkan supaya holistik study by the locals, oleh orang tempatan yang sebenarnya mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang pendidikan.

draft • 2:50 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kita ingin menyebutkan tentang politik matang versus politik ‘mateng’. Matang rasional, ‘mateng’ ini sudah masak hendak gugur. Politik matang dengan politik ‘mateng’. Jadi kita bimbang apa yang berlaku sekarang ini Ahli Yang Berhormat, kecenderungan kita melihat dalam sistem demokrasi kita, kita tidak mahu menerima kehadiran pembangkang. Kritik kepada pembangkang dianggap mencari salah sahaja dan pembangkang pun macam itu juga. Mereka tengok yang Barisan Nasional sebut tidak betul semua. Jadi kalaulah seperti yang pernah saya kemukakan soalan tetapi belum ada jawapan lagi, bagaimana kita hendak memanfaatkan perbincangan kita ini dibincangkan secara rasional, kedua belah pihak melihat pandangan-pandangan yang bernas dan kita manfaatkan dalam pembinaan dasar, penubuhan polisi dan perubahan gerak tuju kita.

Jadi kita mengharapkan dalam politik kita, kita go for policies, dasar dan bukan go personal, bukan bicarakan soal maruah, soal akhlak, soal peribadi, soal liwat dan lain-lain. Kita bicarakan soal dasar dan polisi. Kalau kita bincangkan soal keburukan orang, yang sebelah sana pun kawan-kawan saya yang saya kenal dan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, kita pun kenal bukan baik semua. Ada yang baik tetapi bukan baik semua.

Sebahagian besar yang baik itu kerana dilindungi oleh kuasa yang sudah ada, dilindungi oleh undang-undang yang berpihak kepada sebelah sana.

Jadi mari kita bincang polisi… [Disampuk] Dasar and then we debate it out for the future.

Jadi harapan saya sebagai orang tua, sebagai pendakwah, sebagai pendidik dan sekarang jadi Ahli Parlimen, let us go and understand. Mari kita bersama-sama memahami politik demokrasi, berbincang soal dasar, berbincang soal polisi tetapi bukan soal peribadi kerana kita tidak boleh sembunyi peribadi kita [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Libaran.

draft • 2:50 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut serta dalam membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong walaupun 10 minit. Saya cuba ringkaskan. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam Dewan Rakyat ini untuk berdoa kesejahteraan anak kapal dan penumpang MH370 supaya selamat ditemui semula. Semoga segala usaha yang dibuat oleh kerajaan dan pihak-pihak tertentu, dimakbulkan oleh Allah SWT. Paling penting kita mahu anak kapal dan penumpang itu selamat.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan di sini ialah peranan Wisma Putra dalam melihat isu kehilangan pesawat MH370 yang cukup misteri sehingga hari ini. Misteri bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia tetapi di peringkat global. Kita tahu bahawa Malaysia bukan negara sasaran serangan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda, sebaliknya adalah Malaysia mungkin boleh dijadikan pangkalan merekrut dan menjana sumber kewangan kumpulan mana- mana pihak militan atau pengganas. Ini satu persoalan yang dilihat mungkin oleh Wisma Putra.

draft • 2:54 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Jadi saya ingin tahu, setakat mana Wisma Putra membantu dan mengawasi. Adakah kumpulan-kumpulan tertentu yang menggunakan Malaysia sebagai pangkalan merekrut dan menjana sumber kewangan? Kita juga hendak tahu, setakat mana pula Wisma Putra menapis, menyaring dan memeriksa mana-mana permohonan rakyat asing melalui pejabat kedutaan kita di seluruh luar negara. Apakah sistem kita sudah cukup canggih mengenal pasti dokumen atau pasport yang sahih di pejabat-pejabat kedutaan kita di luar negara? Saya mohon penjelasan pihak Wisma Putra. Soal ini penting kerana ia boleh dikatakan pejabat-pejabat kedutaan kita di luar negara juga adalah pintu masuk. Jadi amat penting sebelum sesiapa rakyat asing yang hendak datang ke negara kita di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menjurus mungkin ke arah Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagaimana yang dibangkitkan oleh Tuanku ketika beliau merasmikan persidangan kita bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh hampir mencapai 96.7%. Kita mengalu-alukan setiap perancangan mega Kerajaan Persekutuan khususnya termasuk di negeri Sabah. Berdasarkan statistik sehingga 30 September 2013, sepanjang 1,061 kilometer jalan telah siap dibina di bawah Program Jalan Luar Bandar dan ia telah memberikan manfaat kepada 242,590 orang penduduk di negeri Sabah. Saya ingin tahu, mewakili kawasan Libaran, adakah jalan seperti jalan dari SPS 3 ke Tanjung Semawang dan Jalan Sungai Banting Padas ke Tanjung Pisau dan juga Jalan Kuala Gum-Gum termasuk di dalam program ini? Kalau belum, saya memohon supaya pihak kementerian dapat melihat kerana di kawasan pesisir pantai ini mempunyai banyak penduduk terdiri daripada nelayan dan petani dan lebih daripada itu ada empat kawasan daerah mengundi di kawasan itu.

Bagi bekalan air luar bandar juga, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sebanyak 86,400 buah rumah telah menerima bekalan air bersih yang terawat. Cuma saya mewakili kawasan Libaran ini yang mana saya melawat kawasan saya ini, yang mana kawasan Kampung Jaya Bakti dan juga Kampung Semawang, Juru, Dandulit dan juga Kampung Lalasan seperti yang saya sebutkan awal tadi. Di kawasan ini, sangat memerlukan bekalan air seperti yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pun ada menyatakan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak.

draft • 2:54 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Jadi saya ingin tahu berapa jumlah projek yang dilaksanakan di Sabah termasuklah di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar. Saya juga ingin tahu setakat mana kementerian melonjakkan program desa abad ke-21 yang membabitkan program Cabaran Perniagaan Luar Bandar dan program Desa Lestari yang meningkatkan pendapatan bertujuan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Program Desa Lestari ini, saya difahamkan dengan peruntukan berjumlah RM130 juta akan dilaksanakan di 42 buah kampung yang terpilih membabitkan projek ekonomi seperti agro

draft • 3:00 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

pelancongan, pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan dan pemprosesan. Jadi saya ingin tahu berapa jumlah kampung yang terlibat di negeri Sabah termasuklah di kawasan Libaran. Kalau saya memohon melalui Dewan yang mulia ini barangkali saya nyatakan kampung- kampung yang berpotensi di kawasan saya seperti di kawasan pekan Sungai Tiram dan di kawasan-kawasan sekitarnya. Ini kerana di kawasan ini merupakan kawasan pinggir laut tetapi mempunyai kampung-kampung tradisi daripada petani hingga nelayan dan juga mempunyai budaya yang boleh kita ketengahkan dari segi pelancongannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat tertarik dengan pelaksanaan Desa Lestari ini kerana mungkin kementerian barangkali dapat input mungkin daripada pejabat-pejabat daerah atau pun dari mana-mana wakil. Akan tetapi mungkin sudah sampai masanya pihak kementerian juga barangkali membawa Ahli-ahli Parlimen, kerana Ahli-ahli Parlimen sama ada khasnya di barisan kerajaan atau pun mungkin juga barangkali daripada barisan pembangkang boleh juga mendapat input daripada situ supaya tujuan dan dasar mewujudkan Desa Lestari iaitu melaksanakan program ekonomi dan juga menaik taraf rakyat di luar bandar ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pendidikan, hab pendidikan.

Kalau di kawasan Parlimen Libaran termasuklah di Bandar Sandakan, kita mempunyai hab pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Kalau kita lihat statistik sehingga 31 Januari 2014, terdapat lapan buah institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kampus cawangan universiti luar negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Antaranya Universiti Monash, Curtain University of Technology, New Castle University, South Hampton University, dan Nottingham University. Pada 31 Disember 2013 menunjukkan permohonan pelajar antarabangsa yang mengikuti sepenuh masa di IPTS adalah seramai 94281 orang. Saya melihat melalui kewujudan kampus cawangan bertaraf universiti luar negara yang berada dalam kelompok atau rating terbaik universiti dunia menjadikan ia satu tarikan luar yang boleh memberikan limpahan ekonomi dan intelektual di kawasan setempat.

Jadi saya pohon juga supaya Kementerian Pendidikan bersama Kerajaan Negeri Sabah.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, gulung Yang Berhormat Libaran.

draft • 3:00 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

...Sekejap lagi, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Melihat secara teliti untuk menjadikan hab pendidikan Sabah di Sandakan ini sebagai potensi tarikan terbaru dalam membuka kampus cawangan bertaraf universiti luar negara mungkin kita boleh menarik universiti seperti Cambridge University atau Universiti Oxford untuk membuka cawangan universiti terbaik di dunia ke Malaysia khususnya di hab pendidikan Sandakan, Sabah.

Kalau ada universiti terbaik di dunia berada di Sabah atau pun Malaysia secara amnya ia telah memberikan satu gambaran yang baik dan pengiktirafan dunia kepada keupayaan pendidikan yang ada dalam negara kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua ada lagi dua tiga. Jadi saya ingat, boleh lagi kah?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukuplah.

draft • 3:00 PM

Datuk Juslie bin Haji Ajirol - Libaran

Terima kasih saya mohon menyokong.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 3:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan ketua Whip parti kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja dalam sesi mesyuarat 2014. Betapa kini negara kita dan seluruh rakyat sedang diuji dengan siri bencana.

Dari musim kemarau, jerebu, bekalan air, denggi sehinggalah kepada misteri kehilangan pesawat MH370.

Musim panas dan kering ini telah menyebabkan begitu banyak berlakunya kes-kes kebakaran belukar atau hutan. Apatah lagi di kawasan tanah gambut seperti di Mukim Ayer Hitam, Bukit Naning dalam kawasan Parlimen Bakri. Walaupun saban tahun kawasan ini sering dilanda kebakaran belukar, namun kali ini ia lebih kritikal. Saya mewakili penduduk Mukim Ayer Hitam dan Mukim Bakri memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan kelengkapan bagi menubuhkan perkhidmatan bomba sukarelawan dan sebuah balai bomba di kawasan tersebut agar kes-kes kebakaran belukar ini dapat ditangani dengan cepat.

Terdapat segelintir penduduk yang prihatin telah mengeluarkan wang saku mereka sendiri untuk membeli pam air dan hos bagi tujuan untuk mengawal api daripada merebak. Saya juga ingin membangkitkan tujuan pembinaan dua telaga tiub di kampung Parit Jono, Mukim Ayer Hitam, Bukit Naning, kawasan Bakri oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, masing- masing dibina pada Julai 2012 dan Oktober 2013. Saya ingin membangkitkan isu bekalan air di negeri Johor. Industri penapisan petroleum ini adalah merupakan satu industri yang memerlukan bekalan air yang banyak untuk operasinya.

Jika kita membaca laporan berita Sinar Harian bertarikh 15 Mac 2014, DUN Sedili dalam Daerah Kota Tinggi dicatu bekalan airnya bermula Isnin lepas dan kita maklum bahawa projek RAPID Pengerang ini akan memerlukan sumber bekalan air dari Kota Tinggi untuk operasinya nanti. Bagaimana pengurusan bekalan air tidak akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian rakyat dan juga industri terbabit sekiranya terjadi lagi musim kemarau nanti?.

Apakah pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Syarikat Air Johor mempunyai rancangan terperinci sekiranya musim kemarau ini kembali lagi dalam tempoh 10 tahun akan datang. Mengapakah pihak SAJ atau SPAN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah bekalan air yang masin, berbau dan keruh untuk meredakan keresahan penduduk Muar sama ada bekalan air ini selamat atau tidak untuk diminum.

draft • 3:06 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Seterusnya, aspek keselamatan negara. Kita mengetahui bahawa dalam kes kehilangan pesawat MH370, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia dapat mengesan satu objek tidak dikenali

draft • 3:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

dalam radar mereka. Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah kita tidak mengarahkan pemintasan terhadap objek tersebut?

Adalah mudah untuk membuat anggapan bahawa ia adalah pesawat komersial, maka ia berkemungkinan tidak akan menjejaskan keselamatan ruang udara negara. Namun, bagaimana kita boleh membuat anggapan begitu sedangkan pada masa yang sama kita tidak mengetahui identiti pesawat yang melalui ruang udara negara kita. Banyak media asing telah mengeluarkan berita atau artikel pandangan pakar-pakar industri aviasi berhubung- mengapakah kita tidak memintas objek berkenaan sewaktu ia berada di ruang udara negara sedangkan kita telah pun mengesan kehadiran mereka melalui radar tentera.

Ini merupakan sesuatu yang perlu kita menghalusi akan aspek menjaga keselamatan pertahanan negara. Persepsi yang disebarkan kepada dunia terhadap aspek keselamatan negara ini rupanya untuk menghakis potensi tahun melawat Malaysia 2014 dalam menarik kehadiran pelancong luar. Seharusnya kita lebih serius dan prihatin dalam aspek ini. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini akan apakah perkembangan terkini perjanjian Asia mengenai pencemaran jerebu merentas sempadan? Sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir, kita merupakan antara suara yang paling lantang bukan sahaja di kalangan Asia malahan juga di peringkat dunia. Kini, kita mewarisi krisis kepimpinan selepas Tun Dr. Mahathir bersara dan sebelum itu beliau tidak memecat Yang Berhormat Permatang Pauh yang memerintah kepimpinan yang berani dan lantang. Kepimpinan yang dipilih dengan hanya bersandarkan kepada kuasa bukannya kebolehan tidak menyebabkan negara kita berada ke arah yang berundur.

Di sini, saya pun hendak tanya Menteri, sila senaraikan setiap satu Kedai 1Malaysia, contohnya Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Runcit 1Malaysia. Adakah dapat keuntungan atau kerugian? Sila beritahu adakah semasa negara kita berlaku krisis jerebu, denggi, air dan kehilangan pesawat? Adakah minta bantuan segera PBB? Sila senaraikan nama- nama gelaran Tun, Tan Sri, dan datuk-datuk yang disiasat oleh SPRM atau dihukum atau dilepaskan oleh SPRM? Mengapa talian pejabat hotline sentiasa dalam talian sibuk dan susah dihubungi.

Saya akhiri ucapan saya hari ini dengan serangkap ayat, “Mengapa di tanahku terjadi bencana, mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa, atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang untuk renungan bersama.”

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 3:10 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar di atas keluarnya keputusan STPM dan juga

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

SPM pada hari ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Parit Buntar, dan juga Rozita Che Wan di atas kejayaan anak- anak mereka di dalam mencapai kejayaan SPM pada hari ini.

Saya ingin menyentuh tentang peristiwa yang berlaku pada Festival Future Music Asia baru-baru ini yang telah mengorbankan anak muda seramai enam orang yang mana kita lihat seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Cina, seorang lelaki India, dan tiga perempuan Melayu akibat pengambilan alkohol dan juga dadah secara berlebihan. Di luar sana ramai yang menyalahkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Adakah sebenarnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang memberikan kelulusan tentang penganjuran Konsert Festival Future Music Asia baru-baru ini?

Akan tetapi sebenarnya, apa yang saya tahu kelulusan ataupun kebenaran membawa artis dari luar untuk membuat konsert ini adalah di bawah PUSPAL, di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tetapi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hanya bertanggungjawab untuk membawa dan membuat rundingan pembayaran artis-artis hanya selepas PUSPAL meluluskan lesen. Kalau saya salah tolong betulkan kenyataan saya ini.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hanya meminjamkan logo, Visit Malaysia Year 2014. Saya amat bersimpati dengan Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang mana gambarnya telah dimuat naik turun dalam laman web, media sosial dan sebagainya tentang pernyataan serta respons beliau terhadap apa yang berlaku pada Festival Muzik demikian. Sebenarnya, saya difahamkan bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan Festival Muzik ini. Saya amat bersimpati. Beliau tidak ada di dalam negara pun dan siapa yang bertanggungjawab selalunya yang spin benda ini? Fitnah-fitnah sebegini siapalah yang selalu buat benda ini? Mereka dan keluarga mereka

draft • 3:14 PM

[Dewan riuh]

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak jawab, saya jawab, mereka dan keluarga mereka. Jadi kita melihat kalau bukan sahaja Yang Berhormat Menteri yang kena fitnah macam itu tetapi bekas Pengerusi SPR pun kena fitnah, nasib baik sudah menang RM200,000 pagi ini...

draft • 3:14 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Kapar hendak mencelah. Yang Berhormat Kapar hendak mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita tengok dekat keputusan mahkamah- menang RM200,000 against Mat Sabu. Itu cuma contoh-contoh fitnah yang selalu kaki-kaki fitnah yang selalu dimainkan oleh pihak-pihak mereka dan keluarga mereka. Jadi oleh sebab itu saya mencadangkan garis panduan PUSPAL sepatutnya...

draft • 3:14 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Masjid Tanah, boleh mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah, mohon mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Bukan hanya garis panduan tetapi sepatutnya menjadi sebuah akta...

draft • 3:14 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Keluarga-keluarga mereka hendak jawab.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Yang boleh dikuatkuasakan oleh polis yang mana melalui undang-undang...

draft • 3:14 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Yang di-Pertua..

draft • 3:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar bangun.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kalau undang-undang pun mereka beri...

draft • 3:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar bangun.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Kapar sekejap lagi, Yang Berhormat Kapar sekejap lagi. Saya beri kejap lagi.

draft • 3:14 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Batu Kawan ingin mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kalau undang-undang pun mereka berani langgar apatah lagi garis panduan yang hanya dikuatkuasakan oleh ahli Jawatankuasa PUSPAL dan pegawai penguatkuasaan Perbadanan Filem Nasional Malaysia dan KPKK.

Saya mencadangkan untuk menambah sebuah pernyataan ataupun seksyen peruntukan denda yang setimpal dengan tanggungjawab mereka agar memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah tetapi kalau boleh dielakkan konsert-konsert yang berbentuk macam dijadualkan. Nasib baik sudah dibatalkan oleh penganjur...

draft • 3:14 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Batu Kawan ingin mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Yang mana Life in Colors sudah dibatalkan pun semalam.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur.

draft • 3:14 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Batu Kawan ingin mencelah.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Minta maaf, sekejap lagi saya beri, Saya hendak selesaikan yang ini.

draft • 3:14 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Satu soalan sahaja, satu soalan yang berkaitan dengan apa Yang Berhormat Masjid Tanah kata.

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Walaupun Yang Berhormat perempuan, saya perempuan tidak apa, sekejap lagi ya, terima kasih. Jadi saya bimbang dengan gejala sosial yang boleh merosakkan generasi muda di kalangan anak-anak muda hari ini. Jadi kita mintalah perkara ini diambil berat oleh pihak kementerian yang terbabit supaya kita sama-

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

sama dapat jaga generasi yang akan datang ini supaya dapat menjadi generasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Keduanya, saya juga ingin menyentuh tentang konsep sporting nation yang telah disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan negara bersukan ke arah gaya hidup yang sihat. Semalam di Kajang, kami puteri UMNO ada membuat senamrobik zumba, hari ini sudah dimuat turun naik dalam YouTube. YouTube sudah dimasukkan oleh pihak pembangkang.

Saya minta maaf, senamrobik zumba ini adalah sebuah senaman yang berbentuk gerak pantas daripada Colombia yang digunakan sebagai senaman kecergasan di Colombia. Hari ini sudah dimuat naik turun di dalam YouTube, katanya, inikah contoh anak muda yang hendak ke arah gejala sosial?

draft • 3:14 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya minta pencerahan daripada Menteri Belia dan Sukan, adakah kalau zumba ini diperlihatkan. Zumbakah, sambakah dan sebagainya yang diperlihatkan gerak pantas yang boleh membakar lemak 500 kalori hingga 1,000 kalori dalam masa 45 minit ke 65 minit yang difikirkan boleh memberikan kesan negatif pada orang muda ataupun orang tua atau sesiapa sahaja di dalam Dewan ini atau di luar Dewan ini, tolong bagi pencerahan. Jadi kita tidak hendaklah kalau kita dekat dalam Dewan ini terperuk duduk dekat sini. Ahli-ahli Yang Berhormat- kita pun kena ada kesihatan yang perlu dijaga. Betul? Kalau kita pening kepala, kesihatan tidak dijaga dan saya sendiri pun sama sudah mengamalkan bermula tahun 2014, saya pun bernekad. Jadi saya hendak mengajak semua, kalau Yang Berhormat di dalam Dewan ini sama-sama kita jaga kesihatan, sama-sama kita berzumba, sama-sama kita aerobik sebagaimana Setiausaha Dewan Rakyat, tidak ada pula dia petang ini.

Jadi sama-samalah kita jaga kesihatan, dan kita kalau calon PR di Kajang mengesat air mata memohon simpati tetapi kami Puteri UMNO di Kajang mengesat peluh, keringat berjumpa dengan pengundi-pengundi muda di sana. Dua perkara yang berbeza...

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Batu Kawan ingin mencelah.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan yang ketiga…

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah…

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Nanti bagi saya habiskan dulu.

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Bolehlah ini berhubung dengan apa Yang Berhormat pernah cakap tadi.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan saya juga ingin menegur Yang Berhormat Kapar kerana sebentar tadi beliau menyatakan...

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Dua hari lepas calon Kajang Barisan Nasional kata Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertanggungjawab di atas kematian anak-anak muda di dalam konsert itu. Hari ini Yang Berhormat Masjid Tanah kata bukan...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Batu Kawan. Kita hendak berucap setelah diberi laluan dan saya jemput.

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Ia berkaitan, ia berkaitan.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bagilah saya duduk, duduk dulu.

Saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat Kapar.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan- peraturan.

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Ia berkaitan Tuan Yang di-Pertua.

Macam mana ini?

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, saya hendak menegur Yang Berhormat Kapar kerana sebentar tadi sewaktu- Yang Berhormat duduklah, tidak payahlah bangun ya. Sebentar tadi beliau menyatakan tentang surah ‘Al-Madiah’. Saya hendak memperjelaskan bahawa tidak adapun surah ‘Al-Madiah’, surah Al-Maidah ya. Tolong check betul-betul sebelum cakap dan jelas di sini hanya mempolitikkan...

draft • 3:20 PM

Tuan Maniavannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya sebut tadi betul-betul. Kalau tidak dengar apa saya hendak buat.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Mempolitikkan dan mempersendakan...

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Orang boleh dengar, dia tidak dengar saya tidak tahulah.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Agama Islam sebagaimana yang selalu Yang Berhormat Bagan bagi tahu Khalifah Umar Al-Khatab sebenarnya hanya untuk menarik minat, hanya untuk menarik perhatian orang ramai untuk bersama-sama dengan mereka…

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta penjelasan.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

…Saya rasa saya mohon…

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Tanah, Tanah Merah.

Eh, Tanah Merah pula. Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

…Daripada Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri…

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Masjid Tanah boleh minta laluan.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

…Untuk memperlihatkan tentang perkara ini mereka yang suka mengambil dan juga mempersendakan agama Islam agar demi kepentingan dan populariti...

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini fitnah. Apa senda-senda. Ini fitnah.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya dulu lagi, bagi peluang.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini fitnah. Fahami maksud saya.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dulu saya bagi peluang.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Cuba baca teks saya secara penuh.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak apa, tidak apa terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dulu saya pernah bagi peluang. Oh, dengan saya minta peluang.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Jangan just cakap sahaja.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta peluang, kenapa tidak bagi?

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, yang juga untuk kepentingan diri sendiri dan juga menarik populariti...

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau berani bangun, berani bangun. At least dia berani dan tegur balik.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Demi kepentingan parti mereka.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tidak ada. Tidak ada. Jangan salah.

Hendak mengelirukan Dewan.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya minta pihak Yang Berhormat Menteri dapat jawab tentang perkara ini dan saya juga…

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini masalahnya kalau saya buat kena tegur. Kalau orang lain tidak kena tegur.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi saya pagi tadi kita sudah dengar...

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Orang bukan Islam tidak boleh baca Quran ini ajaran Islam, kah ajaran UMNO?

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Tentang Ketua Pembangkang yang masih hendak tegakkan kebenaran...

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ajaran UMNOkah ini?

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ketua Pembangkang yang masih hendak menegakkan kebenaran tentang insiden beliau dilarang masuk ke Jepun.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mari debate, mari debate.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita melihat bahawa Ketua Pembangkang dilarang masuk ke Jepun…

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mari debate. Silap-silap siapa salah.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

…Dan masih hendak menegakkan kebenaran. Jadi saya pun macam sudah confuse.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cakap macam orang tidak pernah belajar agama langsung.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Timbalan Menteri sudah bagi penerangan. Saya tiba-tiba sudah jadi macam keliru dan tidak cukup rasanya...

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Memang selalu keliru pun.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Penjelasan yang diberikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Saya pohon selepas ini kalau sudi sekiranya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Kementerian Luar Negeri, dapat memberi penjelasan kepada kita semua dalam Dewan ini di luar sana supaya kita tidak lagi merasa keliru tentang apakah insiden yang berlaku di Jepun. Oleh kerana Yang Berhormat Ketua Pembangkang dikenali sangat licik, sangat hebat bermain kata, bermain air muka sampai dapat meraih simpati dan sebagainya [Disampuk]

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ini apa ini. Tidak ada kena mengena ini.

Apa ini?

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dari itu saya mohon Kementerian Luar Negeri....

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Cakap seorang-seorang, tidak bagi laluan, bolehlah.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Dapat memberi penjelasan tentang perkara ini. Sekian terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Apa ini. Tadi kata jangan fitnah orang.

Jangan fitnah orang. Ini fitnah sampai habis.

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Masjid Tanah selalu dia tidak ada dekat Dewan. Macam mana hendak fitnah macam ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Bagus punya cakap. Modal, Puteri UMNO memang bagus.

draft • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukannya tidak hendak beri laluan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput…

draft • 3:20 PM

Puan P. Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

How can he accuse first, she did not defend herself.

draft • 3:20 PM

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila duduk yang lain. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 3:20 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya

draft • 3:24 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

amat kecewa dengan sahabat saya Yang Berhormat Masjid Tanah yang sepatutnya memberi peluang kepada Ahli-ahli untuk menyambung dan menanya dan sebagainya

draft • 3:24 PM

[Dewan riuh]

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Nanti kawan tidak dapat cakap.

draft • 3:24 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Akan tetapi terlepas peluang. Okey, Tuan Yang di- Pertua saya ingin memulakan perbincangan kita berkaitan dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dibawa oleh Yang Berhormat Johor Bahru usulnya dengan sekali lagi menyentuh tentang insiden MH370. Kita amat sedih akan peristiwa itu. Kita amat terganggu dengan peristiwa itu dan kita amat-amat tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang enggan untuk membahaskan dan membincangkan tajuk itu dalam Dewan yang mulia ini [Tepuk] Apa yang telah berlaku di Parlimen di Australia hari ini amat memalukan kita [Tepuk] Bahawa yang insiden ini bukan terkena ke atas kapal terbang ataupun syarikat penerbangan Qantas Airline tapi di Australia mereka yang membawa kesnya ke Parlimen [Tepuk] Untuk dibincangkan.

Saya amat bimbang kerana pemikiran begini adalah menghina Parlimen Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:24 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Boleh mencelah.

draft • 3:24 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ada pandangan yang mengatakan bahawa konsep pengasingan kuasa, dengan izin, separation of powers kita tidak boleh bincang soal mahkamah, kita tidak boleh bincang soal seperti yang terkena kepada MH370 ini, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini. Ada bekas pensyarah pun bersama kita. Bahawa konsep separation of powers dalam sistem kita sebenarnya tidak mutlak sebagaimana yang ada dalam sistem Presiden di Amerika Syarikat, Indonesia ataupun di Filipina. Dalam sistem kita yang supreme, yang agung ialah Parlimen. Sebab itu kita boleh membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun kita boleh bahas dalam Dewan yang mulia ini. Ini pengertiannya.

Apabila kita mengadakan pembukaan Dewan, hakim-hakim datang duduk dengan kita.

Ini bermakna kita ada hak untuk bahas hal Agong, untuk bahas hal hakim-hakim. Sudah tentu mengikut peraturan-peraturan mesyuaratnya. Tapi salah faham di kalangan Ahli-ahli Barisan Nasional, BNBBC ini ialah mereka kata ini separation of powers, tidak boleh sentuh hal hakim, tidak boleh sentuh hal ini, tidak mahu bincang hal MH370. Ini saya fikir adalah suatu pemikiran yang mundur dan merugikan kita Ahli-ahli Parlimen [Tepuk] Dan tidak membuka peluang kepada kita untuk mengambil bahagian dan menyelesaikan masalah bersama seperti kes MH370 ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dalam beberapa perkara berkaitan dengan dasar luar negara. Kita telah merdeka 57 tahun lebih kurang lamanya. Kita boleh mengakui bahawa di kalangan Perdana Menteri-Perdana Menteri kita, ada dasar-dasar yang baik dalam hal dasar luar negara. Perdana Menteri kita yang pertama misalnya Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman di antara lain dasarnya ialah untuk mengutuk keras dasar Apartheid di Afrika Selatan. Dan kita ini Persekutuan Tanah Melayu masa itu menjadi antara negara yang

draft • 3:24 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

mempelopori desakan dan akhirnya berjaya yang Afrika Selatan dikeluarkan daripada Komanwel.

Itu Perdana Menteri pertama.

Perdana Menteri kedua kita, Tun Razak mempelopori dasar non-align, berkecuali, dasar yang menegakkan negara-negara Islam dan sebagainya, pun baik. Perdana Menteri yang selepasnya, Tun Dr. Mahathir pun mempunyai dasar-dasar yang lantang menyuarakan hak-hak kita negara dunia ketiga, menentang kuasa-kuasa Barat. Walaupun dalam hal yang sama beliau di kala yang lain amat rapat dengan kuasa-kuasa Barat tertentu tetapi mempunyai dasar yang jelas dan kukuh tentang dasar luar negara kita. Akan tetapi kerajaan hari ini nampaknya amat tidak mempunyai dasar yang tegas dalam apa kes sekalipun dalam hal dasar luar negara.

Kita hendak menyentuh Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang terhad ini, masalah kita yang ada di Myanmar, di Bangladesh dan juga di Palestin. Masalah kita yang ada apabila negara-negara dan rakyat yang tidak berdosa diserang oleh kapal-kapal terbang tanpa pemandu tetapi dengan bom yang dipanggil drowned wolf ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada saya mengkritik dasar luar negara juga saya ingin berlaku adil dan menyatakan bahawa mungkin ada satu dua perkara yang kita boleh terima dan sokong. Iaitu misalnya kita boleh akui kejayaan kita untuk menjadi orang tengah dan menyelesaikan setakat hari ini perkara yang berlaku di Southern Philippines, dengan izin, Filipina Selatan. Yang mana kita memainkan peranan yang agak penting untuk mendamaikan orang- orang di Filipina Selatan dengan kerajaan di Manila. Kita harap kerajaan kita meneruskan usaha itu dan memastikan tidak seperti perjanjian-perjanjian damai yang sebelum ini yang mana ia tidak akhirnya berjaya di Filipina Selatan. Kita harap kerajaan kita memainkan peranan yang sungguh- sungguh berkesan supaya ianya berjaya dan akhirnya apa yang dijanjikan oleh Manila untuk memberikan autonomi yang tulen, yang sebenarnya kepada Filipina Selatan itu berjaya.

draft • 3:24 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan sekali lagi tentang apa yang berlaku di Myanmar. Myanmar tahun ini adalah Pengerusi ASEAN. Ini jawatan yang penting tetapi di masa yang sama Myanmar adalah negara ASEAN yang paling teruk rekod untuk menjaga hak asasi manusia. Myanmar kita ketahui semuanya mempunyai dasar yang sangat ganas yang disokong oleh pemimpin-pemimpin negaranya terhadap rakyat di Rohingya. Negara kita cuba untuk terlibat tetapi tidak bersungguh-sungguh terlibat di dalamnya. Negara kita cuba untuk memainkan peranan tetapi di masa yang sama tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Jadi saya ingin menyeru, ada banyak data tetapi masa yang terhad, kepada kerajaan kita, kepada Wisma Putra kita untuk memainkan peranan yang lebih bersungguh-sungguh lagi untuk menyelesaikan masalah yang terkena kepada rakyat Rohingya di negara Myanmar ini. Kita mendengar alasan-alasan bahawa Myanmar ini menganggap bahawa orang-orang Rohingya itu bukan rakyat tulen kepada negara Myanmar.

Saya ada membaca rekod di Arkib, di Britain dan sebagainya yang membuktikan bahawa orang Rohingya ini sudah pun menetap di tempat yang bernama Rakkain, Arakan dan nama-

draft • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

nama seperti itu berabad-abad lamanya dan ada catatan rekod bahawa bekas ataupun Perdana Menteri pertama Myanmar sendiri pun mengisytiharkan bahawa orang-orang Rohingya adalah orang-orang asal negara itu sama seperti suku-suku kaum yang lain yang ada di negara Myanmar tersebut. Jadi saya ingin mendesak bahawa Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan dan negara-negara lain di ASEAN ini, mengambil tindakan yang aktif dan memastikan bahawa Myanmar sebagai pengerusi ASEAN tahun ini diberikan teguran dan desak- desak untuk berlaku adil dan menerima rakyat Rohingya sebagai rakyat mereka. Kita Malaysia juga menanggung kerana antara jumlah pelarian yang terbesar di negara kita ini ialah orang- orang Rohingya.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Palestin, apa yang dipanggil dalam bahasa Inggeris dengan izin, The Judaization of Jerusalem iaitu pengyahudian Kota Baitulmuqaddis. Ini adalah suatu perkara yang besar. Ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya.

Kita amat-amat sedih bahawa dalam masa negara-negara besar Amerika Syarikat cuba untuk mengadakan perdamaian antara Palestin dengan Israel kononnya tetapi di masa yang sama Amerika Syarikat juga dan negara-negara lain juga dan kita juga tidak bersuara dengan lantang dalam peristiwa di mana kedudukan rakyat Arab Palestin yang beragama Islam, yang bukan beragama Islam akan senantiasa diserang oleh kuasa-kuasa di Israel itu. Sama ada Palestinnya di Tebing Barat ataupun Palestinnya di Gaza malah Tuan Yang di-Pertua, Gaza adalah dianggap sebagai penjara terbuka yang terbesar di dunia. Ini menambah sedih kita lagi kerana bukan sahaja kuasa besar tidak berperanan, bukan sahaja Malaysia tidak bersuara, negara-negara jiran, negara-negara Arab pun tidak bersuara.

Lebih menyedihkan lagi negara Arab khususnya Mesir apabila rampasan kuasa berlaku di negara tersebut, sedikit-sedikit pertolongan yang sampai kepada Gaza melalui terowong- terowong bawah tanah yang cuba dicari oleh tentera Israel tetapi kurang berjaya, hari ini Kerajaan Militan Mesir sendiri yang menutupnya. Jadi keadaan Gaza, kalau di keadaan masa itu pun sudah teruk, hari ini diramalkan lebih teruk lagi Gaza dan rakyat Palestin di sana. Jadi saya mendesak Kerajaan Malaysia, saya mendesak Wisma Putra, saya mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengambil tindakan yang lebih tegas untuk memastikan bahawa rakyat Palestin sama ada di Gaza, sama ada di Tebing Barat, sama ada di Baitulmuqaddis dan keseluruhan perjuangan Palestin itu kita perjuangkan dengan sungguh- sungguh, Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang apa yang berlaku dan telah berlaku dan sedang berlaku di Bangladesh. Bangladesh satu lagi negara yang hampir dengan kita negara-negara ASEAN yang mempunyai rekod hak asasi rakyat yang amat teruk.

Kerajaan di Bangladesh walaupun rapat dengan negara kita Malaysia tetapi Kerajaan Bangladesh menyeksa rakyat mereka khususnya rakyat-rakyat yang menentang mereka ataupun di pihak parti pembangkang. Jadi saya ingin menyeru secara umumnya kepada kerajaan kita untuk mengambil dan mempunyai sikap yang berani dan tegas untuk menegur Bangladesh supaya mereka merobah dasar mereka dan kita rakyat dan negara Malaysia bersama-sama

draft • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

dengan negara-negara lain termasuk Ahli-ahli Parlimen di Barat, di Westminster dan sebagainya yang telah mengeluarkan sekular-sekular dan pendirian-pendirian yang mendesak supaya diwujudkan International Court untuk mengadili pemimpin-pemimpin Bangladesh yang menganiayai, membunuh dan mengenakan hukuman di atas perang saudara yang berlaku dalam tahun 1971 lagi dan menghukum orang yang berumur 80 tahun, penjara 90 tahun lamanya. Ini telah sedang berlaku dan kalau kita tidak bersuara akan terus berlaku. Jadi saya ingin menyeru kepada kita Wisma Putra dan kerajaan untuk mengambil tindakan dan pendirian yang tegas tentang hal ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Perang Drone dan Drone Wars. Drone Wars ini adalah suatu perkara yang berlaku terhadap rakyat yang di negara- negara Islam terutamanya yang mana Drone ini, kapal terbang tanpa pemandu tetapi dengan bomnya, dengan senapang senjatanya dipunyai oleh Amerika Syarikat. Kita membaca dan mengetahui beberapa tahun yang lalu, suatu peristiwa yang amat sedih di negara Yaman apabila orang-orang Yaman dalam konvoi kereta beberapa puluh buah jumlahnya sedang menuju ke suatu majlis perkahwinan. Tiba-tiba konvoi kereta perkahwinan ini diserang oleh Drone. Entah dua, tiga, berapa puluh Drone saya tidak tahu.

Akhirnya yang matinya puluhan rakyat Yaman yang tidak berdosa, sudah tentu bukan pengganas, bukan al-Qaeda dan sebagainya, hanya ingin berarak melalui konvoi kereta menuju ke majlis perkahwinan tetapi diserang oleh Drone. Ini berlaku bukan sahaja di Yaman, tetapi berlaku di Pakistan, berlaku di Afghanistan dan berlaku di dunia Arab. Ada desakan Tuan Yang di-Pertua supaya masyarakat dunia mengambil pendirian yang tegas tentang penggunaan atau penyalahgunaan Drone ini. Ada cadangan supaya seperti yang dikenakan terhadap bom, land mines- jerangkap samar. Sepertilah undang-undang antarabangsa mengharamkan land mines.

Begitu juga ada pandangan supaya kerajaan-kerajaan mengambil pendirian untuk mengharamkan Drone daripada diguna oleh mana-mana kuasa sekali pun.

Jadi saya ingin juga Wisma Putra untuk menyelidiki dan mengambil sikap ini supaya kita tidak teraniayai iaitu terkena kepada orang Pakistan, terkena kepada orang Yaman, mungkin tidak jauh daripada ini, terkena kepada rakyat yang lebih dekat kepada kita dan kita tidak mahu ini berlaku dan berterusan lamanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang yang berlaku terhadap negara Iran. Negara Iran adalah sebuah negara merdeka. Negara Iran adalah negara yang telah menghapuskan suatu kerajaan yang zalim beberapa puluh tahun yang lalu. Akan tetapi negara Iran dianggap sebagai musuh oleh dunia Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah.

Negara Iran telah dihalang daripada memajukan tentang apa yang dipanggil nuclear energy ini oleh beberapa kuasa khususnya Amerika Syarikat dan Eropah. Kita membaca bahawa negara Iran adalah menandatangani nuclear non-proliferation treaty. Negara Iran diawasi oleh IAEA dan setakat yang mereka awasi tidak ada bukti-bukti yang konkrit bahawa negara Iran sedang membina senjata nuklear. Akan tetapi Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat, Eropah sering dan kekal menuduh yang negara Iran ini sedang membina senjata nuklear. Malah Malaysia

draft • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

malangnya sedikit-sebanyak terlibat bersama-sama kuasa Barat dalam meletakkan Iran sebagai negara yang sedang membina senjata nuklear.

Ini berlaku bahawa kita sendiri, Malaysia sendiri, Wisma Putra sendiri telah tunduk kepada Amerika Syarikat dan memecat pegawai kita iaitu Muhammad Arshad Manzoor Hussain yang masa itu menjadi pengerusi Jawatankuasa IAEA daripada jawatan tersebut kerana Muhamad Arshad Manzoor ini sebagai wakil Malaysia dalam persidangan, dalam Board Meeting IAEA itu telah tidak menyokong malah menolak dan menentang usul daripada Amerika Syarikat terhadap Iran. Walhal, Encik Muhammad Arshad Manzoor Hussain ini melakukan ini kerana ini pendirian pertama, pendirian bersama negara-negara non-airlines, berkecuali bahawa kita tidak bersetuju tindakan tersebut dilakukan terhadap negara Iran. Negara Malaysia juga telah tunduk kepada Amerika Syarikat dengan mengarahkan Petronas supaya tidak mengekalkan bisnes Petronas untuk membekalkan gas dan sebagainya kepada Iran. Kita ingin menyeru kepada Malaysia supaya mengambil pendirian yang lebih bebas, terbuka dalam isu ini termasuklah dalam kes Iran ini.

draft • 3:30 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat memohon supaya Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Perdana Menteri mempunyai sikap dasar luar yang lebih berani, sealiran sekurang-kurangnya dengan bekas-bekas Perdana Menteri kita sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Ya, Yang Berhormat Machang.

draft • 3:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruangan untuk saya turut sama membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya juga seperti rakan-rakan yang lain sama ada di sebelah kerajaan ataupun pembangkang menyeru agar sama-sama kita berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 akan menemui jawapan dalam masa yang terdekat ini. Di kesempatan ini saya rasa elok kalau untuk kita semua merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua negara yang terlibat yang telah datang untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat MH370 yang mana kehadiran mereka ini sudah tentulah melibatkan kos yang tinggi serta penggunaan aset-aset pertahanan negara mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini menunjukkan hubungan diplomatik yang baik yang telah diamalkan oleh negara kita terhadap negara-negara lain telah terbukti ketika tatkala negara kita mengalami musibah, maka mereka datang untuk menghulurkan tangan dan juga bantuan.

Peristiwa ini sebenarnya merupakan satu hikmah kepada negara kita yang sentiasa prihatin terhadap kesengsaraan dan kesusahan yang dilanda oleh negara-negara lain dan jelas seperti peribahasa, “Buat baik akan dibalas dengan baik juga akhirnya”. Tuan Yang di-Pertua, ini juga secara tidak langsung dapat membuktikan bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah disegani oleh masyarakat

draft • 3:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

antarabangsa. Negara-negara sama ada negara kuasa besar dan negara-negara lain sentiasa sedia untuk bekerjasama dengan negara kita dalam usaha misi mencari MH370 ini. dan adalah merupakan salah satu daripada bentuk pengiktirafan dunia luar kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, walaupun seluruh mata berfokus kepada misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 ini tetapi tentunya kerajaan secara konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara tetap berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat Bagan Datoh kerana telah berjaya menjaga keselamatan awam dengan baik.

Semalam kita telah dapati polis telah berjaya menumpaskan dua orang penjenayah anggota kumpulan kongsi gelap Geng 21 dalam kejadian tembak menembak di Ara, Damansara.

Di mana hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk di bawah satu Ordinan Darurat Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah 1969. Ops Cantas juga telah menemui pelbagai kejayaan yang amat membanggakan.

Yang terbaru daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah pun berjaya menurunkan kadar indeks jenayah sebanyak 3.3% pada tahun lalu berbanding dengan tahun sebelumnya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah berjaya dan kita boleh berbangga dengan kejayaan mereka yang mana mereka telah membuat pemeriksaan sebanyak 1.18 juta individu dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan pada 17 Ogos yang lalu. Ini adalah bertujuan untuk membendung aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan negara. Daripada jumlah itu sebanyak 39,097 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan telah ditahan. Sepanjang tempuh itu juga sebanyak 1,160 senjata api dan senjata berbahaya juga turut dirampas.

Kejayaan paling ketara sepanjang Ops Cantas dilancarkan adalah penurunan kadar jenayah iaitu sebanyak 7% terutama kes yang melibatkan jenayah kekerasan. Dengan kejayaan tersebut secara tidak langsung dalam menarik pelancong asing untuk datang melawat ke negara kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Kita berharap dengan kehadiran pelancong- pelancong ke negara kita sudah tentulah akan memacu pertumbuhan ekonomi supaya lebih pesat membangun.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga merasa amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia baru-baru ini. Kita amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi satu trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan enam daripada sembilan telah meninggal dunia serta tiga lagi kini berada dalam keadaan kritikal di hospital. Mereka masih muda. Mereka mempunyai masa depan dan jika perkara seperti ini tidak dapat dibendung, maka mereka akan mengakhiri sisa-sisa hidup dengan sia-sia. Langkah kementerian dan syarikat penganjur yang telah membatalkan konsert Life in Colour yang sepatutnya diadakan pada 19 April ini di Sepang adalah patut dihormati dan juga mendapat pujian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kawasan Parlimen saya. Kawasan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan dan mempunyai sebuah pusat IPTA, UiTM.

Dalam mesyuarat yang lepas saya telah mengemukakan pandangan dan juga permohonan agar

draft • 3:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

UiTM di Machang ini dapat diperbesarkan dengan penambahan beberapa fakulti baru. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang pendidikan ini, maka sekali lagi pada hari ini saya memohon pihak kementerian agar mempertimbangkan untuk tujuan pembesaran UiTM di Machang, Kelantan. Akhirnya saya berharap agar negara kita Malaysia yang kita cintai selama ini akan terus aman dan dijauhkan daripada segala musibah yang mendatang. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati negara kita. Terima kasih. Saya mohon mencadangkan.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Penampang, sila.

draft • 3:40 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

‘Kopivosian kotohuadan’. Sebelum saya memulakan ucapan saya, izinkan saya bagi pihak warga Penampang untuk menghulurkan doa dan harapan terhadap penumpang-penumpang MH370 yang masih hilang serta kesabaran kepada kaum keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

draft • 3:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, penumpang dan krew.

draft • 3:48 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Penumpang dan krew. Tuan Yang di- Pertua, saya pohon juga kepada semua Ahli Parlimen di Dewan ini untuk menyokong penuh dengan usul yang didaftar oleh Yang Berhormat Seremban untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menyiasat segala aspek yang melibatkan peristiwa kehilangan MH370.

Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM17.2 bilion telah diberikan kepada Sabah sebagai peruntukan pembangunan. Walaupun peruntukan berbilion diumumkan, Sabah yang suatu ketika dahulu yang terkaya di Malaysia, pada saat ini adalah termiskin juga di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, masalah pendatang tanpa izin dan projek IC seperti tidak penghujungnya dan rakyat Sabah sudah bosan dengan penantian yang amat lama. Tidak ada sebarang berita mengenai keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah yang sepatutnya diumumkan kepada awam kerana prosiding siasatan tersebut dilakukan secara terbuka.

draft • 3:48 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Masa yang dibazirkan oleh kerajaan ini dalam mengumumkan keputusan siasatan Diraja itu menyebabkan lebih ramai pendatang asing tanpa izin dan anak-anak mereka mendapat laluan untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui pelbagai cara dan kaedah. Ini fakta Tuan Yang di-Pertua, di Sabah. Pihak yang menjadi mangsa dalam hal ini adalah rakyat Sabah apabila mereka terpaksa bersaing dengan pendatang asing tanpa izin dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kesihatan dan pendidikan. Berkaitan juga dengan ini, saya menyeru Kerajaan Pusat dan juga Sabah untuk menubuhkan dengan secara segera Imigresen kaunter check point di Menumbok dan Jesselton Point untuk merekodkan sesiapa sahaja yang memasuki Sabah

draft • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

melalui Labuan dan menarik juga balik polisi yang telah melonggarkan kemasukan ke Sabah melalui Labuan yang menjadi polisi dan ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai 1984.

Tuan Yang di-Pertua, saban hari kita mendengar pelbagai rungutan dan kemarahan rakyat Sabah apabila ibu-ibu yang hendak bersalin di Hospital Likas terpaksa berkongsi ruang dengan pendatang asing tanpa izin ini. Begitu juga keadaan di hospital-hospital seluruh Sabah apabila doktor-doktor dan jururawat-jururawat terpaksa bekerja melebihi masa yang sepatutnya kerana sebahagian besar daripada pesakit yang datang adalah pendatang asing tanpa izin.

Doktor-doktor dan jururawat ini tidak dapat menafikan mereka kerana hypocritical oath yang telah mereka ambil sebagai doktor. Lebih teruk Tuan Yang di-Pertua, adalah majoriti daripada pendatang asing tanpa izin ini tidak membayar bil-bil hospital dan tunggakan bernilai berpuluh juta tidak dibayar hingga ke hari ini.

Anak-anak pendatang asing tanpa izin ini juga telah menyebabkan anak-anak tempatan Sabah tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya seperti mana yang saya sentuh melalui kenyataan akhbar mengenai sebuah sekolah di Kinarut di daerah Papar yang telah dipenuhi dengan murid-murid dari kaum pendatang asing tanpa izin sehinggakan murid-murid tempatan Sabah kehabisan tempat dan terpaksa menuntut di sekolah lain di daerah lain. Dari itu, saya juga mencadangkan seperti mana saya sudah cadangkan pagi tadi dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa hospital besar dan sekolah patutnya dibina di daerah saya, Daerah Penampang dengan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri, Yang Berhormat Santubong. Saya orang Kadazan dan dalam kategori bukan Melayu, tetapi saya menuntut Yang Berhormat Santubong untuk memikirkan balik apa yang dia kata. Kenyataan beliau agak sombong dan tidak berasas di mana beliau telah mendakwa bahawa orang bukan Melayu seperti saya dan juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita kurang sensitif dengan kes rogol bawah umur. That is an absolute nonsense, dengan izin. Adakah Yang Berhormat Santubong memikirkan bahawa orang bukan Melayu tidak mempunyai moral dan agama yang baik? Saya ulang bahawa saya bukan Melayu tetapi bumiputera Sabah daripada masyarakat Kadazan. Saya dengan semua warga Penampang yang bukan Melayu dan juga Melayu di Penampang menolak penuh dan mendesak Yang Berhormat Santubong untuk meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengingatkan Dewan ini bahawa Yang Berhormat Santubong itu juga sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memberi amaran tahun lepas kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya tidak membangkitkan lagi isu Perjanjian Malaysia 1963. Fortunately dengan izin, Ketua Menteri baru Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak baru telah membahaskan isu ini lagi dan membawa isu Perjanjian Malaysia whereby dengan izin, beliau telah menyatakan dengan tegas bahawa kedudukan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan dan sebagaimana dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

draft • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Adakah amaran yang diberikan kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak juga diberikan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Beliau juga Ketua Menteri Sarawak telah mengatakan dalam wawancara beliau baru-baru ini bahawa Kerajaan Sarawak akan memulakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan royalti minyak negeri Sarawak daripada 5% kepada 20%.

Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Pusat ini, adakah Ketua Menteri Sarawak ini juga dihalang daripada meminta 20% ini? Kami di Pakatan Rakyat lebih awal lagi telah menegaskan bahawa royalti minyak yang diberi kepada semua negeri pengeluar minyak di Malaysia haruslah dinaikkan daripada 5% kepada 20%. Saya berpendapat cadangan Ketua Menteri Sarawak mengenai kajian semula royalti minyak ini mempunyai implikasi yang jauh, lebih besar dan berpadanan dengan syor yang saya bawa pada sesi Dewan Rakyat yang lepas. Selain daripada mengkaji semula royalti minyak ini, kita seharusnya turut sama mengkaji semula peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah, Sarawak dalam Persekutuan Malaysia ini. Walaupun isu royalti minyak penting, kita tidak seharusnya melupakan juga perjanjian-perjanjian penting yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

Dalam konteks ini, satu kajian semula yang menyeluruh haruslah dibuat ke atas Perkara 18, 20 dan juga Perjanjian Malaysia 1963. Kajian semula ini juga bertepatan dengan cadangan yang telah pun dinyatakan dengan jelas dalam Info Governmental Committee Report di mana satu kajian mengenai hak-hak istimewa dan klausa-klausa perlindungan Sabah dan Sarawak haruslah dibuat setiap sepuluh tahun oleh Jawatankuasa Parlimen. Malang, kita semua tahu seperti mana dibahaskan pada sesi yang lepas bahawa review ataupun kaji semula ini tidak terjadi pada tahun 1973 kerana kematian Allahyarham Tun Dr. Ismail. Daripada tahun 1973 hingga ke hari ini, kajian tidak pun dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Sabah tidak mempunyai sebarang masalah untuk kajian semula ini dilaksanakan kerana ini ialah perkara yang sepatutnya dibuat. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya sekali lagi menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Sabah dan Sarawak untuk menunjukkan keikhlasan dan kejujuran mereka kepada rakyat Sabah dan Sarawak dengan turut sama menyokong kajian semula ke atas Perkara 18, 20 dan juga Perjanjian Malaysia 1963. Ini adalah kerana kepentingan terhadap Sabah dan Sarawak melebihi kepentingan peribadi dan politik masing-masing. Saya tidak sanggup menghabiskan masa sebagai Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini dengan berpura-pura tidak mendengar atau melihat jeritan rakyat Sabah dan Sarawak yang menuntut agar Kerajaan Persekutuan memberi perhatian terhadap diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh Sabah dan Sarawak. Diskriminasi Sabah dan Sarawak ketara.

Tuan Yang di-Pertua, macam juga saya dikenali sebagai ‘yang lain-lain’. Kita tahu ini dalam deskripsi dokumen kerajaan. Melayu, India, Cina dan lain-lain, diskriminasi ketara. Siapa yang setuju dengan itu, saya minta maaf kepada kamu. Saya tidak faham mengapa kamu begitu.

Ini ketara, fakta...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua mana boleh cakap Yang Berhormat. Memang diam pun.

draft • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Kita lain-lain. Anyway Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit dengan isu perkataan kalimah Allah dan membantah segala cara-cara kerajaan...

draft • 3:50 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Penjelasan.

draft • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

...Yang menafikan.

draft • 3:50 PM

Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Penjelasan. Boleh hurai sedikit yang tadi kata diskriminasi rakyat Sabah itu sebab ia tidak boleh buat statement sahaja, tidak ada explanation.

draft • 3:50 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Diskriminasinya ketara, dalam description borang-borang kerajaan kita pun tidak dinyatakan bangsa kami, bangsa orang Dusun, bangsa orang Iban, bangsa orang Murut, bangsa orang Dayak, bangsa orang Kadazan. Kita hanya digeneralize sebagai “dan lain-lain”...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dalam Perlembagaan Persekutuan kita di identify sebagai Bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak.

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Okey bumiputera tetapi dalam borang dia, dia dikenali sebagai Melayu, Cina dan India. Dia tidak cakap bumiputera.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Laluan, minta laluan. Saya hendak tanya sedikitlah pasal saya lain-lain ini. Kalau begitu, kalau kita ada 30, apakah dalam borang itu kita hendak isi satu-satu? Berapa banyak yang perlu diisi?

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Apa salah. You boleh taruk bumiputera Sabah, bumiputera Sarawak, bumiputera Semenanjung.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Itu seperti dalam Perlembagaan sudah jelas, kan bumiputera Sabah?

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Tidak.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang

Tidak cukup jelas.

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Dalam borang tidak. Itulah mentaliti ini.

Dalam borang tidak. Barangkali kamu tidak faham. Saya minta maaf kamu tidak faham. Tanya kita punya rakan Sarawak, dia orang tahu itu. Okey berkenaan dengan kalimah Allah, di Sabah ini sudah biasa dan juga di Sarawak. They should not stop us from using this dan mereka mesti menerangkan bahawa orang Sabah, orang Sarawak tidak sepatutnya dihalang menggunakan kalimah Allah.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Dengan izin dan terakhir saya berterima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang dan saya menjemput rakan- rakan saya Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyokong sekali lagi

draft • 4:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

menubuhkan satu Parliamentary Select Committee yang kita akan cadangkan nanti dalam usul untuk mengkaji balik Perjanjian Malaysia tahun 1963. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih. Saya ada dua, tiga perkara sebenarnya untuk diutarakan dalam masa yang singkat ini. Mengenai MH370 saya rasa sudah panjang lebar telah dibincangkan oleh rakan- rakan. Hanya beberapa perkara yang saya pernah bangkitkan iaitu yang pertama ialah berkenaan dengan International Circulation Permit (ICP) yang dikeluarkan kepada kenderaan- kenderaan asing yang masuk ke negara kita ini.

Baru-baru ini saya bersama-sama dengan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan, kita telah membuat satu tinjauan di sempadan dan didapati bahawa kebanyakan daripada ICP ini telah disalahgunakan terutamanya oleh kenderaan seperti van-van yang membawa pelancong-pelancong kononnya daripada Thailand. Sebenarnya dalam syarat ICP berkenaan hanya boleh membawa keluarga dan juga ahli-ahli keluarga masing-masing. Akan tetapi kebanyakan daripada kenderaan-kenderaan ini adalah kenderaan komersial. Jadi, kita harap kementerian mengambil tindakan yang tegas mengenai perkara ini.

Kedua ialah berkenaan dengan had iaitu kebenaran yang telah dikeluarkan oleh kementerian kerjasama antara Kerajaan Malaysia mungkin dengan Thailand iaitu membenarkan kenderaan-kenderaan daripada Thailand untuk masuk ke Malaysia sejauh 2 kilometer tanpa ada sebarang insurans dan sebagainya. Saya tengok sekarang ini had ini telah disalahgunakan.

Sekarang ini ada juga kenderaan-kenderaan daripada Thailand yang masuk sehingga berpuluh- puluh kilometer ke dalam negara kita.

Selain daripada itu mereka ini mengisi minyak dan sebagainya dan banyak perkara- perkara penyelewengan yang berlaku. Mengenai kelonggaran yang telah dibagi kepada kenderaan-kenderaan ini, kenderaan-kenderaan komersial terutamanya sekali. Jadi, kita minta supaya kerajaan review balik berkenaan dengan kebenaran ini.

Kedua ialah berkenaan dengan isu dadah ini dan baru-baru ini kita tengok festival yang ada di Bukit Jalil ada kematian ialah kerana overdose. Jadi, ini berpunca daripada penyalahgunaan dadah. Kita tengok penggunaan dadah di negara kita ini hari ini makin agak serius walaupun kita punya matlamat negara kita kerajaan telah menetapkan bahawa tahun 2015 adalah Malaysia ini sebuah negara sifar dadah tetapi saya nampak memanglah untuk mencapai hasrat ini memanglah sukar sekali.

Baru-baru ini, awal minggu ini saya telah melawat atau dijemput untuk merasmikan PIBG di sebuah sekolah yang mana tahun lepas pun saya telah hadir di sini. Pada tahun lepas sekolah ini telah mempunyai isu yang paling hangat sekali ialah berkenaan dengan salah guna air ketum di mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajar sekolah ini telah terlibat dengan salah guna

draft • 4:01 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

air ketum. Baru-baru ini dalam ucapan pengerusi PIBG dan juga guru besar atau pengetua sekolah yang berkenaan bahawasanya perkara ini agak lebih serius kerana sebahagian besar daripada pelajar-pelajar sekolah ini telah terlibat dengan penagihan dadah.

Mereka daripada 30 yang telah dibuat ujian urin, urine test daripada 36 pelajar telah positif syabu. Jadi, maknanya mereka asalnya penagih ketum, akhirnya mereka telah menjadi penagih kepada syabu ini. Ini adalah amat serius sekali. Jadi, sebab itu saya minta supaya kerajaan mengenakan atau mempercepatkan akta mengenai penyalahgunaan air ketum. Selain daripada itu saya minta supaya Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pelajaran untuk membuat satu lawatan dan juga tinjauan ke sekolah-sekolah di sempadan ini bagaimana seriusnya yang melibatkan pelajar-pelajar kita.

Ketiga ialah saya mengesyorkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya kementerian ini menubuhkan kembali atau mengadakan kembali LPN ini. Ini ialah berdasarkan kepada beberapa perkara. Isu-isu yang tertentu pertama sekali berkenaan dengan BERNAS. Yang banyak dan hangat diperkatakan tentang BERNAS ini pertama sekali berkenaan dengan import beras dan sebagainya. SSR dia tidak dilaksanakan, kita tengok pengilang- pengilang satu ketika dahulu pengilang-pengilang Melayu banyak tetapi sekarang ini apabila BERNAS atau LPN diswastakan semua kilang-kilang Bumiputera kebanyakannya telah tutup dan sebagainya. Jadi, oleh kerana masa tidak mencukupi saya mengesyorkan supaya LPN ini ditubuhkan semula.

Selain daripada itu, ialah berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar raya.

Kita tengok di bandar-bandar raya seperti Kuala Lumpur. Walaupun suatu ketika dahulu Kuala Lumpur kita cuba mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur ini dengan mengubah pusat pentadbiran kita ke Putrajaya. Namun demikian sekiranya kita tengok hari ini saban hari kesesakan di Kuala Lumpur makin menjadi-jadi. Begitu jugalah di bandar-bandar lain seperti Johor Bahru, Ipoh dan sebagainya.

draft • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

draft • 4:01 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

Sila Yang Berhormat Jasin.

draft • 4:01 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Kubang Pasu. Yang Berhormat Kubang Pasu ada sebutkan tentang kesesakan jalan raya ini. Izinkan saya kalau boleh untuk menyampaikan masalah yang dihadapi oleh negeri Melaka. Sebagai sebuah negeri pelancongan yang pada tahun lepas telah mencatatkan satu pertumbuhan yang cukup hebat sekali sebanyak 14 juta pelancong-pelancong.

Negeri Melaka menghadapi kesesakan yang amat serius sekali. Daripada tol untuk sampai ke pusat bandar mengambil masa sebanyak dua jam. Jadi, saya ingin mencadangkan, saya ingin pendapat daripada Kubang Pasu supaya kerajaan perkenalkan trafik disposal system untuk meleraikan apa juga kesesakan lalu lintas yang cukup serius sekali dalam Bandar Melaka.

Jadi kalau boleh perkara ini diambil tindakan oleh kerajaan dengan kadar yang segera. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 4:01 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jasin. Jadi, kita minta supaya kerajaan membuat kajian yang terperinci berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar raya ini.

Selain daripada itu juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu berkenaan dengan pengharaman pukat-pukat yang dilarang seperti pukat buaya, pukat naga dan sebagainya baru-baru ini.

Sekarang ini saya difahamkan bahawa zon tangkapan ikan di kawasan ‘A’ telah diluaskan sehingga lapan batu nautika.

Walau bagaimanapun, saya berharap kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita mestilah memperkayakan kawasan-kawasan pembiakan ikan. Jadi, oleh kerana itu kita harap supaya peruntukan secukupnya dibagi kepada Jabatan Perikanan iaitu dari segi aset untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat dengan pembiakan sumber laut ini dapat dijaga dengan baik. Selain daripada itu, kita minta supaya program-program seperti tukun tiruan dan sebagainya diperbanyakkan di kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi, Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana telah diberi peluang untuk saya berucap pada hari ini. Terima kasih.

draft • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya ingin tahu berapa ramai lagi yang akan mengambil bahagian.

[Sembilan orang ahli bangun] Semua ini? Sembilan orang. Kita ada cuma ada lebih kurang 60 minit, satu jam. Lapan minit seorang Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bermula dengan bangkitkan isu kawasan iaitu mengenai pencemaran sungai di Batu Ferringhi Pulau Pinang yang telah dihebahkan di media massa baru-baru ini. Pada awal bulan Februari, para pelancong, peniaga dan penduduk di sekitar Sungai Batu Ferringhi menerima kejutan apabila sungai tersebut tiba-tiba bertukar warna menjadi gelap serta berbau busuk. Ekoran aduan yang diterima, lawatan tapak dan siasatan telah dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa iaitu JPS, Majlis Perbandaran dan Jabatan Alam Sekitar. Hasil daripada siasatan tersebut, salah satu punca utama pencemaran telah dikenal pasti sebagai paip loji rawatan kumbahan IWK. Menurut laporan JPS, paip tersebut didapati mengeluarkan air efluen yang amat keruh dan berwarna gelap.

Pencemaran ini didapati berlaku sepanjang jarak daripada paip IWK sehingga ke muara Sungai Batu Ferringhi. Pada 9 Februari, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melakukan lawatan tapak yang mana beliau sendiri telah mengakui bahawa salah satu punca pencemaran adalah loji rawatan kumbahan IWK. Beliau seterusnya menyarankan agar IWK tidak melepaskan

draft • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

efluen ke sungai atau pantai di samping berjanji untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka yang bertanggungjawab. Justeru, saya ingin bertanya sama ada apa-apa tindakan sudah diambil seperti yang dijanjikan? Pada masa yang sama saya juga ingin tahu, apakah langkah seterusnya yang akan diambil untuk memastikan IWK tidak lagi melepaskan efluen mereka ke dalam sungai dan pantai, bukan sahaja di Batu Ferringhi malah di kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang?

Tambahan pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat kemungkinan loji-loji rawatan kumbahan IWK di Pulau Pinang sedang beroperasi dengan melampaui kemampuannya ataupun over capacity. Sekiranya benar, keadaan ini mendatangkan risiko yang amat besar kepada alam sekitar, industri pelancongan serta kesihatan penduduk-penduduk di sekitar sungai dan pantai. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak kementerian mengarahkan audit luaran dilakukan ke atas semua loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang untuk memastikan keselamatan dan kemampuan loji-loji tersebut dan kemudiannya mendedahkan hasil laporan itu kepada orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu TPPA, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri atas keterbukaan beliau untuk membentangkan perjanjian TPPA di Parlimen. Saya menyambut langkah ini sebagai langkah positif. Pun begitu, saya ingin mencadangkan agar perjanjian TPPA ini terlebih dahulu diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan sebelum dibentangkan di Parlimen berserta dengan kajian kepentingan nasional ataupun national interest study bagi setiap 29 bab dalam perjanjian tersebut.

Cadangan ini adalah berdasarkan pengalaman di Korea Selatan yang mana semasa pembentangan Perjanjian Perdagangan Bebas Korea Selatan dan Amerika Syarikat, teks bahasa Inggeris telah digunakan. Ini mendatangkan banyak masalah kerana kebanyakan Ahli Parlimen Korea tidak memahami dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Akhirnya perbahasan yang dijalankan tidak bermakna walaupun implikasi perjanjian tersebut adalah sangat penting buat negara mereka.

Justeru, demi mengelak kejadian yang sedemikian rupa di Malaysia, saya harap kementerian akan mempertimbangkan untuk menyediakan penterjemahan perjanjian TPPA sebelum perbahasan berlangsung. Pada masa yang sama saya juga bercadang agar masa sekurang-kurangnya tiga bulan diberi kepada Ahli Parlimen untuk mengkaji dan meneliti kandungan perjanjian tersebut sebelum ia dibahas, lebih-lebih lagi kerana skop TPPA ini adalah jauh lebih luas berbanding dengan perjanjian Korea dan mengandungi lebih kurang 3,000 muka surat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengangkat satu lagi kontroversi pada hari ini iaitu sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Setakat ini, yang telah berhadapan dengan kritikan yang lantang daripada pelbagai pihak khususnya golongan guru sehingga tunjuk perasaan telah dianjurkan oleh NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia pada 22 Februari 2014.

Berikutan daripada tunjuk perasaan SGMM pada hari itu, kementerian telah menangguhkan

draft • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

pelaksanaan PBS untuk dikaji semula dan kelmarin, Menteri Pendidikan telah mengumumkan bahawa sistem PBS telah pun dirombak semula dan akan disambung mulai 1 April. Pendekatan PBS yang baru tidak lagi memerlukan kerja perkeranian untuk memasuki data secara online, sebaliknya guru perlu mentaksir dan merekodkan perkembangan murid berdasarkan kesesuaian masa dan kaedah penilaian mereka sendiri. Dengan kata lain, kebanyakan aspek yang menjadi bantahan oleh guru telah pun dimansuhkan.

Oleh itu, memandangkan semua rungutan guru sudah pun dibuktikan berasas, saya ingin bertanya sama ada kementerian bercadang untuk membatalkan arahan pindah sekolah yang dikenakan ke atas seorang guru yang tampil menyuarakan rintihan mereka mengenai pelaksanaan PBS termasuk Ketua SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang diberikan notis pindahan secara mengejut ke sebuah sekolah luar bandar di Pahang. Sekiranya kementerian serius dalam usaha meningkatkan kualiti guru dan ingin menarik tenaga pengajar yang berdedikasi dan motivasi, maka pemangsaan guru harus diberhentikan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir saya mengenai penapisan. Penapisan sering menjadi polemik yang membingungkan di negara ini, bukan setakat penapisan filem Tuan Yang di-Pertua, malah buku-buku ilmu juga dijadikan mangsa penapisan yang bermotif politik. Terdapat banyak buku yang diiktiraf kesarjanaannya di peringkat antarabangsa yang diharamkan di Malaysia seperti karya-karya John L. Esposito, Karen Armstrong, Fatima Mernissi dan lain-lain lagi. Saya maklum, sebahagian daripada idea mereka ini menimbulkan kontroversi. Namun, pengharaman buku tersebut hanya menghalang masyarakat Malaysia daripada wacana kontemporari dunia.

Apa yang lebih membingungkan lagi, terdapat buku-buku yang mana versi bahasa Inggeris boleh dijumpai di rak-rak kedai buku di seluruh negara, namun, terjemahan bahasa Malaysia menjadi buku terlarang dalam senarai Kementerian Dalam Negeri.

Sebagai contoh, buku The Origin of Species karya Charles Darwin, boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di MPH, Kinokuniya dan mana-mana lagi tetapi buku ‘Asal Usul Spesies’ terjemahan F.Susilohardo dan Basuki Hernowo diharamkan. Tindakan sebegini bukan sahaja mendiskriminasikan masyarakat Melayu, malah memandang rendah terhadap mereka, seolah- olah kita tidak cukup rasional dan cerdik untuk membaca karya besar berbanding mereka yang mampu berbahasa Inggeris. Adakah tindakan untuk mengharamkan terjemahan bahasa Melayu ini serta buku ‘Asal Usul Spesies’ dan lain-lain buku yang serupa nasibnya satu tindakan birokrasi ataupun berpunca daripada arahan politik? Apa pun jawapannya, ia jelas mencerminkan minda tertawan dalam kalangan kepimpinan negara kita.

Pun begitu, dasar yang dilaksanakan ini tidak konsisten sekiranya ‘Asal-Usul Spesies’ diharamkan bagi mengelakkan orang Melayu keliru dan menganut kefahaman positivisme. Lalu mengapakah buku “The Contra Social” yang diterjemahkan dan diterbitkan oleh DBP pada tahun 1991 sehingga kini tidak menjadikan Malaysia lebih demokratik dan menghormati doktrin pengasingan kuasa. Hakikatnya, kebanyakan tamadun dunia berkembang atas usaha penterjemahan. Ini kerana penterjemahan bukan soal penyalinan kata dalam bahasa lain, tetapi pemindahan serta pengolahan maklumat.

draft • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Dalam sejarah Islam ketika zaman Harun Ar-Rasyid apabila Baitul Hikmah giat menjadi pusat penterjemahan karya-karya sarjana Greek seperti Hippocrates, Euclid, Plato, Aristotle, Galen dan lain-lain lagi, umat Islam bukan sahaja tidak terancam, malah telah memperkayakan keilmuan Islam serta melahirkan sarjana Islam yang masyhur seperti Khawarizmi, Jabir Haiyan, Abu Bakar al-Razi, al-Farabi dan Abu Raihan al-Biruni dan lain-lain lagi yang masing-masing menerbitkan karya yang sangat berpengaruh hasil pengolahan ilmu daripada tamadun Greek.

Sudahlah kita mengharamkan terjemahan buku bahasa asing ke dalam bahasa Melayu, malah buku oleh sarjana tempatan juga amat lemah usaha penterjemahannya. Ambil sebagai contoh buku Syed Hussein al-Attas, Intellectuals in Developing Societies yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1977, edisi bahasa Melayu hanya diterbitkan oleh DBP selepas 13 tahun iaitu pada tahun 1990. Itu pun sekadar penyesuaian berdasarkan edisi bahasa Indonesia yang diterbitkan terlebih dahulu. Malaysia mempunyai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

(ITBM) yang ditubuhkan, malangnya institut ini tidak menumpukan usaha dalam penterjemahan.

draft • 4:10 PM

Tuan Zairil Khir Johari - Bukit Bendera

Sebaliknya giat menerbitkan karya-karya sebagai contoh buku Yang Amat Berhormat

draft • 4:20 PM

Perdana Menteri yang berjudul ‘Perkhidmatan Awam

Meneraju Perubahan, Melangkau Jangkaan’ dan buku Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ‘Sudut Pandang Muhyiddin Yassin’. Cuba bayangkan sekiranya Khalifah Harun Ar-Rasyid menggunakan Baitul Hikmah untuk menerbitkan buku sendiri, adakah zaman Baginda akan dikenali sehingga sekarang sebagai zaman kegemilangan keilmuan Islam. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Plato yang berbunyi, “Kita boleh memaafkan seorang kanak-kanak yang takut kepada kegelapan. Tragedi sebenar berlaku apabila orang dewasa takut pada pencerahan.” Sekian terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 4:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya kesempatan ini untuk menyertai perbahasan ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas. Saya juga berbesar hati kerana diberi peluang dalam perbahasan ini untuk menyuarakan pendapat saya serta memperdengarkan beberapa isu penting yang wajar diberikan perhatian demi kesejahteraan rakyat serta memberi sokongan padu ke atas agenda pembangunan yang dicadangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya amat memandang tinggi serta berasa bangga dengan kandungan Titah Diraja yang meliputi seluruh aspek penting kehidupan rakyat jelata yang begitu holistik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti Ahli Dewan Rakyat yang lain dan juga mewakili pengundi-pengundi saya di Sri Aman turut bersimpati dengan insiden kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini. Saya juga berdoa agar semua penumpang termasuk krew-krew MH370 akan ditemui secepat mungkin dan pulang ke tanah air dengan selamat.

draft • 4:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara tentang sijil kerakyatan dan juga kad pengenalan serta sijil lahir kanak- kanak. Pertama, mengenai mereka yang berkahwin dengan wanita negara jiran Indonesia.

Kesukaran timbul bila mereka memohon sijil kelahiran anak mereka. Pelbagai dokumen diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara seperti sijil pernikahan dan sebagainya sebelum diproses seterusnya. Kadangkala permohonan mereka ini ditolak kerana tidak memenuhi syarat- syarat yang begitu ketat. Tanpa sijil lahir mereka juga sukar untuk membuat kad pengenalan.

Masalah ini terjadi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan lebih lagi peperiksaan PMR dan juga SPM nanti. Oleh yang demikian saya ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, apakah dasar atau polisi tentang hal ini bagi rakyat jelata yang berkahwin dengan wanita negara jiran.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu ialah mengenai pemegang kad pengenalan berwarna hijau. Selain daripada warna merah yang kita tahu, saya difahamkan kes ini adalah untuk mereka di mana taraf kerakyatan mereka belum ditentukan lagi. Saya juga ingin tahu daripada Kementerian Dalam Negeri, sampai bilakah mereka akan menggunakan kad pengenalan berwarna hijau ini? Apakah dasar kementerian tentang hal ini? Ini kerana apa yang saya tahu dari kawasan Parlimen saya, segelintir daripada mereka telah memegang kad pengenalan tersebut berpuluh-puluh tahun tetapi belum juga diputuskan taraf kerakyatan mereka.

Seorang ketua rumah atau ketua kaum akan dipilih orang rakyat kampung tersebut telah menggunakan kad pengenalan warna hijau sekian lama sehingga sekarang namun masih juga belum ditentukan kerakyatan atau taraf mereka yang berkenaan. Saya berharap Kementerian Dalam Negeri akan meneliti hal ini dan menyelesaikan taraf kerakyatan bagi mereka yang mempunyai kad seperti yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah mengenai program bekalan air bersih dan yang terawat di kawasan Parlimen Sri Aman. Pada masa ini projek naik taraf loji air di Sri Aman sedang rancak dijalankan. Saya juga ingin memohon kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ataupun JKR untuk mengkaji untuk menyambung bekalan air bersih ke kawasan seperti di kawasan Kampung Belugu dan juga Kampung Panggil di Sri Aman. Apa yang saya faham setakat ini hanya menggunakan bekalan air secara graviti sahaja. Jadi apabila musim kemarau berlaku maka agak sukar untuk mereka dapat air minum yang bersih.

Seterusnya isu yang ringkas mengenai bekalan elektrik luar bandar. Saya menyeru kepada KKLW dan juga 1MDB supaya mengkaji berkenaan menyediakan bekalan elektrik alternatif seperti solar dan juga menggunakan kuasa mikro hidro. Ini kerana di kawasan saya setakat ini walaupun hampir 80% telah menikmati bekalan elektrik secara 24 jam tetapi ada juga kawasan di luar bandar yang susah dihubungi masih menggunakan genset. Jadi saya berharap kementerian KKLW ataupun JKR ataupun 1MDB dapat mengkaji perkara ini.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua kerana saya pernah juga menyentuh mengenai pembinaan sekolah menengah kerajaan baru di kawasan Parlimen Sri Aman. Setakat ini kita sudah mempunyai lima buah sekolah menengah tetapi kerana bilangan murid semakin ramai,

draft • 4:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

asrama semakin sesak dan penuh, jadi saya memohon Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pelajaran untuk mengkaji menubuhkan atau mendirikan sebuah sekolah menengah baru di kawasan Sri Aman. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak rakyat di kawasan Sri Aman ingin menyokong Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong. Sekian terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

draft • 4:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mulakan dengan merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah Seri Paduka Baginda mencerminkan kepedulian dan cakna kepada rakyat yang kini terhimpit dengan tekanan ekonomi yang menggila.

Penegasan Seri Paduka Baginda mengenai isu ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan belia sewajarnya diterjemahkan secara serius oleh kerajaan bagi merealisasikan Titah Baginda dalam bentuk program yang berimpak tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, tentunya pada petang ini saya ingin merakamkan kekesalan saya dengan keghairahan kerajaan melalui sistem kehakiman yang kelihatan tergopoh gapah menyegerakan perbicaraan kes Fitnah Liwat 2 yang membabitkan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Dunia perundangan dan kehakiman sentiasa sinonim dengan aforisme ‘Not only must justice be done; it must also be seen to be done’. Dalam konteks kes ini Tuan Yang di- Pertua, jangankan keadilan persepsi keadilan pun langsung tidak wujud. Saya membesar di dalam reformasi sejak tahun 1988 sehinggalah sekarang ini sudah 16 tahun Tuan Yang di- Pertua. Sepanjang 16 tahun ini nampaknya kerajaan bergantung kepada lubang punggung sahaja semata-mata untuk merosakkan dan melakukan karakter assassination kepada Ketua Pembangkang. Jadi sampai bilalah keadaan ini akan berlaku?

Saya tidak menolak persepsi bahawa keputusan 7 Mac 2014 adalah batu tanda ketinggian daya efficiency dan efektif dalam sistem kehakiman. Di bawah cengkaman Eksekutif untuk mengabsahkan political prosecution, dengan izin yang nyata bercanggah dengan semua aspek, baik perundangan mahupun persepsi khalayak. Ratusan kes tertangguh sekian lama tetapi peraturan khusus diberikan kepada kes ini sehingga penyegeraannya cukup pantas. Kita ucapkan sekalung tahniah kepada sistem kehakiman negara. Rungutan juga turut diperoleh di kalangan pengamal undang-undang dan juga pendakwa raya mengenai pelantikan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selaku Ketua Pendakwa Raya. Seolah-olah tidak ada lagi individu lain yang berkarisma dan berkredibiliti untuk mewakili kerajaan dalam kes fitnah ini.

Oleh sebab itu saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah alasan kerajaan melantik Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ini sebagai pendakwa raya? Berapa jumlah bayaran yang diberikan oleh kerajaan kepada pendakwa raya ini? Bagaimanakah dana awam ini boleh diseleweng pakai untuk tujuan pendakwaan politik seumpama ini. Justeru jawapan berfakta saya mohon daripada pihak kerajaan.

draft • 4:26 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, tadi diberitahu dalam Dewan tentang beberapa program yang membabitkan generasi muda yang akhirnya menyaksikan dalam program-program misalnya program-program konsert ini. Saya telah bangkitkan di dalam media dan sebagainya makna kekesalan kita terhadap kematian enam orang remaja.

draft • 4:26 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Saya ingin mempersoalkan mengenai perkara ini dan meminta supaya kerajaan menjelaskan dengan memberikan jaminan bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi. Tidak cukup sekadar apabila mati barulah tindakan ini diambil. Perkara ini boleh dielakkan. Oleh sebab itu saya ingin juga menegaskan kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya Kementerian Belia dan Sukan ini memberikan tumpuan kepada program-program yang membina generasi muda ataupun generasi masa depan. Apatah lagi dalam konteks ini saya difahamkan Kementerian Belia dan Sukan ingin memperkasakan Rakan Muda demi memanfaatkan penjenamaan Rakan Muda itu sendiri.

Dalam konteks ini saya ingin gesa kerajaan untuk juga membabitkan pimpinan-pimpinan muda daripada Pakatan Rakyat khususnya menyediakan satu platform agar dapat membabitkan kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat, memberikan sumbangan idea yang bernas agar masalah generasi muda ini dapat diperhalusi secara bersama, secara kolektif di antara kerajaan dan juga pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, awal Mac yang lepas terdapat pendedahan yang menggemparkan apabila beberapa agensi kerajaan negeri di Melaka khususnya di kawasan saya sedang disiasat atas dakwaan wujud salah urus selepas mencatatkan kerugian mencecah kira-kira RM360 juta.

Status kewangan yang mengejutkan agensi-agensi terbabit diketahui lebih sebulan selepas rombakan dilakukan pada 1 Januari, menyaksikan 18 pegawai kanan dalam agensi terbabit ditukar.

Antara sebab-sebab kerugian adalah kesilapan besar dalam pungutan hutang, belanja berlebihan, perancangan kewangan dan perolehan yang tidak teratur dan kos berlebihan dalam menganugerahkan kontrak. Antara kerugian yang dicatat Yayasan Melaka misalnya berdepan bebanan hutang sebanyak RM286 juta. PKNM atau Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka rugi hampir RM50 juta. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya pula rugi sebanyak RM25 juta.

Sebab itulah saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah pendirian kerajaan dalam hal ini dan bagaimana SPRM satu agensi di bawah kerajaan melihat dalam kes ini. Ini kerana kita minta supaya satu siasatan yang telus, siasatan yang segera dapat dilakukan untuk memastikan agar wang rakyat ini dapat diselamatkan. Apatah lagi kalau kita lihat contoh misalnya, Yang Berhormat Bagan hatta beli kereta Mercedes pun menjadi satu isu yang besar. Oleh sebab itu kita minta supaya belanja yang sebegini besar yang membabitkan kerugian wang rakyat ini mesti disiasat oleh kerajaan dan tidak boleh berdiam diri. Saya juga dalam beberapa hari yang lalu termasuk semalam, saya juga telah membangkitkan bagaimana seorang bekas Menteri Kewangan yang kaya iaitu Tun Daim Zainuddin di mana kita mempertikaikan kekayaannya.

draft • 4:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Kita ingin menyatakan apakah kerajaan bersedia untuk menyiasat segala kekayaannya yang kita dimaklumkan berada di luar negara, di seluruh dunia. Ada bank di Tanzania, di Eastern Europe, ada di Afrika dan sebagainya. Ini adalah perkara-perkara yang telah kita dedahkan dan tidak ada jawapan daripada bekas Menteri Kewangan. Saya ingin ingatkan bahawa dalam undang-undang kita, bekas Menteri, bekas pegawai kerajaan, kalau kekayaannya lebih dalam waktu tempoh 10 tahun, boleh kita sangkutkan, boleh kita dakwa dia dengan kes-kes yang membabitkan persoalan rasuah dan penyelewengan.

Oleh sebab itu saya nak gesa kerajaan dan saya nak minta jawapan daripada kerajaan, apakah perkara ini berada dalam pengetahuan kerajaan? Dan apakah perkara ini boleh disiasat dengan begitu telus agar perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan ini dapat kita selamatkan daripada terus berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi mendengar dengan teliti tentang pandangan Yang Berhormat Tumpat mengenai dasar luar negara. Saya bangkitkan tadi persoalan, di awal pagi tadi semasa sesi dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar berkaitan dengan dasar kita, bagaimana Ahli-ahli Parlimen, bagaimana Ketua Pembangkang, Menteri dan sebagainya, hubungan kita dengan negara-negara luar, bagaimana kita boleh berdiam diri dengan tekanan- tekanan yang diberikan. Halangan-halangan yang diberikan sepatutnya menuntut kita untuk lebih berani berhadapan dengan kuasa-kuasa seperti Jepun dan sebagainya. Sebab itu saya ingin tanya kepada Kementerian Luar Negeri, kepada kerajaan. Apakah kerajaan bersedia misalnya untuk memastikan agar wakil-wakil rakyat di peringkat pembangkang ini dilibatkan untuk memainkan peranan yang lebih aktif di dalam dasar luar negara?

Misalnya saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang misalnya, kerajaan pernah mengakui malah memperakui misi beliau dalam konflik di Yaman. Di mana Yang Berhormat Marang telah diberikan peranan dan disambut pada ketika itu sepanjang ingatan saya ini oleh Duta Malaysia dan membantu menyelesaikan masalah konflik di Yaman. Begitu juga dalam misi damai Hamas dan Fatah sesuai dengan Perjanjian Doha tahun 2012, menyaksikan bagaimana dalam konteks ini kerajaan akhirnya melantik Menteri Dalam Negeri untuk menjadi orang tengah dalam memastikan agar misi damai ini berjaya. Begitu juga dalam hal-hal yang lain seperti mana diungkapkan oleh Yang Berhormat dari Tumpat sebentar tadi.

Sebab itu saya nak minta kerajaan, apakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada kerajaan dan juga pembangkang, Parliamentary Select Committee dalam kita address dengan izin Tuan Yang di-Pertua, isu-isu membabitkan dasar luar negara. Kalau itu boleh kita lakukan, itu satu permulaan yang baik untuk kita tangani isu ini bersama.

Saya juga dimaklumkan Yang Amat Berhormat Pekan misalnya dijadualkan untuk pergi ke Qatar. Saya dimaklumkan, saya dapat maklumat kemungkinan dia bertemu dengan tokoh Maal Hijrah, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan ingin menjemput Sheikh Yusuf Al-Qaradawi untuk datang ke Malaysia. Akan tetapi malangnya kita berhadapan dengan krisis nasional ini, Yang Amat Berhormat Pekan membatalkan atau menangguhkan. Kalau begitu attitude Yang Amat

draft • 4:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Berhormat Pekan, saya ingat baguslah kalau nak berkawan dengan ulama dan sebagainya, itu baik untuk kita. Jangan kita dok kawan dengan bomoh sahaja, ini jadi masalah.

Oleh sebab itu saya bagi tahu kepada Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, kita mesti nyatakan dengan jelas pendirian kerajaan berkaitan dengan dasar luar. Sudah sampai masanya dasar luar negara kita dikembangkan dengan baik agar kita menjadi sebuah negara yang disegani dan mempunyai hubungan yang baik. Bukan sekadar baik malah konstruktif dengan negara-negara yang lain.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, satu dua isu di peringkat kawasan. Saya tadi bangkitkan tentang prasarana asas sekolah di kawasan saya di Sekolah Datuk Palembang, satu sekolah yang elit, yang mana telah wujud sejak 50 tahun yang lalu. Terdapat aduan yang mana saya telah pun bersama-sama melihat sekolah tersebut. Walaupun sudah 50 tahun, sambutan jubli emas, tetapi saya tengok bilik guru pun 50 tahun sudah usia dia. Jadi perlukan peruntukan, perlukan dokongan dan perlukan penelitian daripada Kementerian Pendidikan agar perkara ini dapat diselesaikan.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya kerajaan, apa dasar kerajaan untuk pembangunan projek perumahan di kawasan cerun yang tinggi. Oleh kerana di kawasan saya juga di Bukit Katil ada satu projek yang telah diluluskan dan kita minta kerajaan campur tangan. Ini kerana projek itu dibuat dengan kecerunan hampir 80 darjah, hanya bersebelahan dengan satu taman dan ketinggian cerun itu mencecah 20 meter. Kalau berlaku, saya yakin akan berlaku kejadian yang tidak diingini. Kalau berlaku perkara ini, tidak boleh kita selamatkan. Sebab itu saya minta kerajaan campur tangan dan kita nak tahu apakah dasar kerajaan dalam hal ini agar nyawa rakyat ini dapat diselamatkan.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habiskan.

draft • 4:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga dahulu telah bangkitkan dalam perbahasan-perbahasan yang lalu tentang wang RM10 yang dipotong daripada kebajikan. Jaminan Menteri ialah wang itu tidak akan dipotong lagi daripada orang miskin sejak tahun ini. Saya nak tahu sama ada perkara ini benar telah dilaksanakan. Yang kedua yang akhirnya, saya juga ingin tahu daripada kementerian berkaitan, duit yang telah diambil tadi yang dimasukkan dalam satu koperasi, bagaimanakah wang ini dapat dipulangkan balik kepada kelompok sasar iaitu orang miskin ini?

Ini kerana kalau ikut laporan daripada Koperasi Bela Masyarakat yang mana wangnya diambil RM10 ini, yang dipotong daripada wang orang-orang miskin ini dimasukkan ke dalam koperasi, tetapi apabila kita tengok dividen yang diberikan kepada mereka yang membuat pemotongan ini hanyalah lebih kurang RM5 setahun dan ada pula hutang. Koperasi ini beri pinjaman soft loan dan antara yang diberi ialah kepada Barisan Nasional negeri Melaka.

Jadi saya minta kerajaan tangani perkara ini dan jumlahnya sebanyak RM300,000. Satu jumlah yang cukup besar. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas peluang ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lubok Antu.

draft • 4:30 PM

Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk ikut serta di dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah merasmikan pada 10 Mac yang lalu.

Sesungguhnya titah Baginda menggambarkan keprihatinan Baginda terhadap pelbagai aspek cabaran yang ditempuh oleh rakyat, masyarakat pada waktu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara yang rakyat di kawasan saya mengalami masalah pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pada tahun 2012, kerajaan telah mengumumkan kawasan-kawasan seperti berikut telah diluluskan bekalan elektrik luar bandar. Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan Kompok Pauh, Kompang Langgir yang melibatkan tiga rumah panjang, Rumah Tan Seremat, kawasan Bara, kawasan Duri yang melibatkan sebuah rumah panjang, kawasan Kubai yang melibatkan enam buah rumah panjang, kawasan Tisak yang melibatkan empat buah rumah panjang dan kawasan Kebarung yang melibatkan sebuah rumah panjang.

draft • 4:38 PM

Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Semasa mengumumkan kelulusan projek tersebut, rakyat di kawasan ini begitu gembira sekali. Akan tetapi malangnya kontraktor-kontraktor yang telah diberi kontrak untuk menjalankan tugas kontrak penyambungan bekalan elektrik ke tujuh kawasan ini sampai sekarang pun belum siap. Saya memohon pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya mengambil tindakan terhadap kontraktor yang terlibat yang telah gagal menjalankan tugas mereka seperti yang diamanahkan.

Saya juga pada bulan Oktober yang lalu telah mengemukakan soalan lisan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengenai sembilan rumah panjang yang telah diluluskan bekalan elektrik yang belum dilaksanakan atas sebab tidak mendapat izin dari pihak FELCRA. Namun demikian, dua tahun lepas pihak FELCRA telah meluluskan, memberi izin supaya pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk meneruskan projek tersebut. Mereka tidak ada bantahan lagi supaya projek ini terus dijalankan. Dalam jawapan semasa itu, Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan bahawa kontraktor akan bermula pada bulan November tahun lepas. Akan tetapi sampai sekarang saya tidak nampak kontraktor telah memulakan kerja untuk membina atau memasang bekalan elektrik di kawasan sembilan rumah panjang berkenaan.

Mengenai infrastruktur luar bandar khasnya jalan di kawasan Parlimen saya, kawasan penduduk yang paling banyak di mana paras kemiskinan amatlah tinggi adalah kawasan Lamanak, kawasan Sungai Kari. Jadi, disebabkan tidak ada jalan hubungan untuk memajukan tanah mereka. Saya memohon supaya pihak kerajaan untuk membina jalan-jalan ke kawasan ini sekurang-kurangnya untuk merepair jalan-jalan balak yang sudah rosak musim tengkujuh yang lepas jika kerajaan tidak mampu untuk membuat jalan yang baru.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan masalah rakyat berkenaan penyambungan bekalan air ke kawasan-kawasan Rengasan, Cankul, Buluk, Dampit. Penyambungan paip telah pun siap

draft • 4:40 PM

Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

tetapi air belum sampai lagi. Hanya angin keluar. Saya harap supaya pihak kerajaan mempercepatkan bekalan air ke kawasan ini termasuk juga kawasan Lamanak iaitu kawasan Sungai Kesit dan kawasan Sumanggok dan kawasan di Kesit. Jadi, saya mohon supaya bekalan air ini dipercepatkan kerana paip sahaja yang telah disambung tetapi air tidak ada juga.

Jadi, dengan ini saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan akhirnya ingin menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bachok.

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersama dengan rakyat yang saya wakili dari Parlimen Bachok merasa sedih dan hiba dan bersama mendoakan supaya MH370 kembali dalam keadaan selamat. Apa pun, orang Islam dalam hal ini kita rujuk kepada potongan ayat Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Allah taala menyebut, “Kami rasakan kepada manusia dengan ujian yang paling rendah bukan lagi yang azab yang besar, supaya mereka kembali kepada ajaran Allah SWT”.

Apa sahaja ujian dan musibah yang datang kepada kita, Allah Taala hendak supaya kita kembali kepada ajaran Allah. Sebab itu kita juga melahirkan rasa dukacita di atas beberapa insiden yang berlaku dan saya yakin semua Ahli Dewan ini juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan upacara ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini kerana Nabi SAW bagi peringatan kepada kita.

[Membaca sepotong hadis] – ‘Barang siapa yang datang kepada tukang tilik, bomoh ini, maka bertanya sesuatu dan mereka mempercayainya, maka Allah tidak akan terima solatnya selama 40 malam’.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga penyelesaian berdasarkan kepada agama kita, Nabi mengajar kepada kita supaya merujuk kepada ajaran Islam. Rasulullah menyatakan, [Membaca sepotong hadis] “Barang siapa melazimkan beristighfar kepada Allah, memohon keampunan kepada Allah di atas doa yang pernah dilakukan, maka Allah taala akan beri kepadanya kegembiraan daripada kedukacitaan”. Allah taala akan jadikan masalah yang sukar untuk diselesaikan, dia akan bertemu dengan jalan keluar dan Allah akan berikan kepada orang yang beristighfar bermuhasabah dirinya, Allah akan beri miracle (keajaiban) dengan memberi rezeki daripada cara yang dia sendiri pun tidak sangka.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya mengamati ucapan rakan saya Yang Berhormat Kapar tadi yang menyebut kepada ayat Al-Quran. Walaupun mendapat sergahan daripada rakan kita daripada sebelah sana, ini satu perkara yang sangat tidak berpatutan kerana ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam hendak rujuk kepada kekuasaan sebenar Allah SWT. Pernah berlaku pada zaman Nabi SAW, orang datang kepada nabi dia belum beragama Islam.

Datang kepada Nabi untuk mengubat Nabi kerana dijaja dan diuar-uarkan bahawa nabi ini terkena penyakit gila. Lalu dia menyatakan [Bercakap dalam bahasa Arab] “Wahai Muhammad,

draft • 4:44 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Allah taala berikan kekuasaan kepada aku, boleh berubat semua orang yang aku berubat sembuh dengan izin Allah”. Waktu ini dia belum Islam. Dia refer kepada kekuasaan Allah. Ini satu perkara yang baik. Akhirnya, Nabi menyebut dengan doa dan sehabis sahaja Nabi membaca doa tersebut, maka orang yang datang tadi dengan tanggapan bahawa Nabi sakit dia hendak berubat, akhirnya dia menerima hidayah Allah SWT dan memeluk agama Islam. Ini pendekatan yang diajar oleh Nabi SAW. Yang Berhormat Arau ini kena ajar sunnah sedikit kepada rakan-rakan kita di sebelah sana.

Tuan Yang di-Pertua, Arkib Negara Malaysia telah pun menerbitkan dokumen On Malacca yang bermula tahun 1509 hingga 1511. Ia merupakan catatan tokoh-tokoh penting dalam serangan ke atas Melaka. Dokumen tersebut mendedahkan Kota A Famosa dibina daripada batu-batu nisan orang Muslim dan juga runtuhan Masjid Melaka akibat serangan Portugis.

Manakala sejumlah sekurang-kurangnya lapan kapal Portugis digunakan untuk mengangkut emas dan kekayaan rampasan daripada Melaka.

Dokumen tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang akibat peperangan antara agama dan juga penjajahan. Serangan ke atas Melaka adalah merupakan sebahagian daripada strategi Perang Salib. Surat Alfonso D’Albuquerque kepada King Manuel jelas memaparkan tekadnya dalam menghancurkan Makkah dan kota-kota Muslim yang lain. Namun adakah kita semua mengambil pengajaran daripada penjajahan tersebut bila tiba-tiba ada sekumpulan tentera Amerika muncul di Kelantan sehari dua ini.

Adakah kita lupa konspirasi Amerika dalam September 11, pencerobohan Amerika ke atas Iraq dan juga Afghanistan, pendedahan intipan Amerika oleh bekas perisik CIA, Snowden.

Aktivis-aktivis di Kelantan telah merakam gambar kemunculan tentera Amerika di Kelantan dan pada pagi semalam sekumpulan tentera Amerika mula bertolak ke Hutan Simpan Sokor dalam kawasan Tanah Merah di Kelantan daripada penginapan mereka di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Adalah dijangka pada bulan September, ratusan tentera Amerika akan berada di Kelantan bersama dengan pesawat pengintip mereka.

draft • 4:44 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu ini dan saya minta kementerian supaya memberi penjelasan terhadap situasi yang sedang berlaku ini. Kehadiran tentera Amerika di Kelantan yang rakyat Kelantan sangat dekat dengan isu selatan Thai. Pasti mengocak igauan kaum Muslim akan Masjid Kerisik di Pattani yang masih lagi ada bekas-bekas tembakan peluru.

Peranan Malaysia sebagai pihak perunding damai antara pejuang Pattani dan Kerajaan Thailand mungkin boleh terjejas. Ribuan kaum keluarga di Kelantan adalah juga mangsa tragedi Tak Bai dan pergolakan di selatan Thai. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menunjukkan teladan yang baik dalam menjaga keharmonian dan peluang untuk beragama di negeri Kelantan, penganut-penganut agama Buddha berketurunan Thai bebas mengamalkan agama mereka di negeri Kelantan.

Tidak seperti selatan Thailand yang di sebelahnya sering berlaku serangan ke atas sami- sami dan juga imam-imam. Kelantan menjadi model sebuah negeri yang sangat bertoleransi

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

dalam hubungan antara sesama penganut agama. Namun, Kerajaan BN mungkin sengaja membiarkan NGO-NGO dan proksi-proksi yang menghasut kebencian penganut antara agama.

Saya meminta kerajaan mendedahkan berapa jumlah mereka yang telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman dalam kegiatan menghasut kebencian antara agama dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, manakala teori konspirasi Amerika dalam kejadian MH370 tidak boleh kita abaikan begitu sahaja. Kenyataan Ahli Parlimen Iran yang berpengaruh Hossien Naqavi Hosseini yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen Untuk Keselamatan dan Polisi Luar Iran, bahawa perbuatan itu sebagai usaha Amerika untuk mensabotaj hubungan antara Iran, China dan juga Asia Tenggara. Ia perlu disiasat bersama dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan juga penglibatan APCO.

Tuan Yang di-Pertua, tahun 1500 dahulu di ambang kejatuhan Kerajaan Melaka, lapan kapal penjajah Portugis mengangkut emas dan kekayaan dari Melaka. Manakala tahun 2014 dianggarkan Platform Damar A yang terletak dalam blok PM303 yang jaraknya hanya 109 kilometer daripada Kota Bharu dijangka akan mengeluarkan hasil gas asli sehingga mencecah sebanyak 200 juta kubik kaki persegi setiap hari.

Dalam persidangan NGO pada 11 hingga 13 Mac di Bogor anjuran RWI, aktivis R telah membuat pendedahan yang telah dilakukan oleh Petronas dan Kerajaan Malaysia terhadap Kelantan dan juga isu royalti. Persidangan perkongsian saksama hasil bumi membabitkan NGO dari negara-negara Asean diadakan bagi membincangkan perkongsian saksama hasil bumi bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat untuk kesejahteraan dan pembangunan lestari secara mampan. Saya percaya bahawa usaha ini bukan setakat di Indonesia bahkan di setiap negara dunia yang ada pelaburan Petronas aktivis R akan bersuara. Tuan Yang di-Pertua, sayang sekali kepada penduduk Kelantan, rakyat Kelantan masih lagi dinafikan hak royalti daripada Kerajaan Pusat yang umpama juga emas di lautan yang jumlahnya setakat ini sudah hampir RM12 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, statistik terbaru kejadian kes rogol bawah umur memaparkan 1,424 kes. Pada tahun lepas saya telah memantau satu kes yang berlaku di Kota Bharu Kelantan.

Repot polis Kota Bharu 001043/14 adalah sangat mendukacitakan. Kaedah kerajaan mengendalikan kes-kes rogol terutama melibatkan kes rogol statutori bawah umur 16 tahun.

Mangsa telah dirujuk kepada OACC Kota Bharu, rujukan juga telah dibuat kepada JKM, namun telah dinasihatkan oleh pegawai JKM supaya mangsa tidak dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak kerana banyak kes dilaporkan apabila mangsa dihantar ke sana menjadi lebih teruk akibat percampuran dengan kes-kes yang lain.

Ini menunjukkan kegagalan pihak kementerian dalam melindungi wanita terutamanya mangsa rogol kanak-kanak. Saya percaya bahawa Menteri yang bertanggungjawab tidak akan mengaku. Namun, ramai pegawai kementerian yang jujur dan berdedikasi bahkan atas dasar kemanusiaan terpaksa menyatakan apa sebenarnya yang berlaku. Oleh sebab itulah sebenarnya ramai penjawat awam telah menyokong kuat Pakatan Rakyat walaupun Menterinya dari BN.

Tambah memburukkan keadaan, dalam kes ini wajah suspek yang juga jiran mangsa dipaparkan sedemikian jelas dalam akhbar Berita Harian termasuk nama penuh dan nombor

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

alamat tempat kejadian rogol yang berlaku di rumah mangsa. Ini menambah tekanan dan trauma terutamanya kepada keluarga mangsa rogol apabila identitinya mudah diketahui oleh jiran dan saudaranya. Saya minta kementerian supaya ada satu mekanisme untuk melindungi pengadu dan juga suspek yang belum lagi diputuskan untuk bersalah ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, persempadanan pilihan raya Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesedaran Global (GMM) yang mana Perdana Menteri menjadi penaungnya dalam tulisannya menyebut dua resolusi forum ke arah sistem pilihan raya lebih adil, pertama mahu SPR mengadakan perundingan dengan semua pemegang taruh sebelum mengumumkan bermulanya proses persempadanan semula. Keduanya, mendidik rakyat supaya ketika proses itu sedang berjalan sekurang-kurangnya 100 orang pengundi bagi setiap kawasan yang akan membuat bantahan. Saudara P. Y. Wong Pengasas NGO Tindak Malaysia telah menyiapkan lakaran peta persempadanan semula. Bekas Ahli Parlimen Temerloh yang dikalahkan oleh rakan saya juga dalam tulisannya telah merujuk kajian yang dibuat oleh Medical Centre bahawa tahun 2012 49% berlaku penyelewengan dalam pilihan raya.

Saya menggesa kerajaan supaya sebagaimana juga seruan yang dibuat oleh Saifuddin Abdullah supaya persempadanan semula pilihan raya kali ini akan menjadi lebih baik daripada yang sudah-sudah. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

...Saya merujuk kepada pemeriksaan...

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Habiskan.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Habiskan? Hendak habiskan sudah ini.

Saya merujuk kepada Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2003 hingga 2020 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa yang menyebut keadaan pertanian sedia ada di Kelantan kebanyakannya tidak memberi pulangan yang menguntungkan kepada para petani. Apakah dikatakan kerajaan sudah memberi galakan yang mencukupi jika rancangan pertanian di RTM dibuat secara semberono?

Waktu siaran dibuat saat para petani bekerja di lapangan dan di waktu tengah malam.

Sudahlah para petani di bahang dengan panas, cuaca dan keletihan kerajaan seolah-olah memaksa mereka untuk bangun pada tengah malam yang hanya memaparkan perkara-perkara dan kejayaan positif daripada para petani tanpa mendedahkan apakah perkara yang perlu dielakkan oleh para petani dan kegagalan-kegagalan yang perlu dipelajari oleh para petani melalui siaran yang disiarkan oleh RTM.

Begitu juga saya hendak menyentuh keadaan pejabat pertanian banyak yang dipenuhi di kawasan Bachok yang banyak dipenuhi dengan semak samun dan banyak mengutamakan hiasan yang tidak perlu. Saya juga pohon kepada pihak kementerian supaya menitikberatkan perkara ini dan sedikit juga berkenaan kawasan saya bagaimana pembinaan Hospital Bachok yang satu-satunya di negeri Kelantan yang tidak ada hospital? Sudah dipecahkan tanah tetapi progress kemajuan pembinaannya sampai ke hari ini saya tidak dapat lihat melainkan ada satu signboard dan ada juga dua longgokan tanah yang diletakkan di tepi jalan.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Saya mohon kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan supaya meluluskan peruntukan untuk membaik pulih padang permainan awam di bawah penyelenggaraan Majlis Daerah Bachok yang saya wakili dan untuk manfaat para belia kita di kawasan saya. Saya rasa sekadar itu yang saya boleh sebut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Tinggal tiga orang ya? Yang Berhormat Jeluntong hendak? Empat orang. Lima orang tahu. Lima orang tidak lebih daripada tujuh minit seorang supaya dapat semua. Yang Berhormat Selayang.

draft • 4:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja. Saya juga doakan bahawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dapat kembali dengan selamat.

Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang kehilangan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman. Keputusan mahkamah terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor menimbulkan sekali lagi kebebasan kehakiman. Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggubal Akta Suruhanjaya Kehakiman 2008 dengan mewujudkan suruhanjaya untuk pelantikan dan kenaikan pangkat hakim dengan cara yang telus untuk memenangi keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.

draft • 4:59 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kelemahan akta ini ialah Perdana Menteri kekal kuasa untuk menasihati Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim kerana ini masih ada di dalam perlembagaan kita. Kelemahan yang kedua ialah akta ini tidak menetapkan kriteria untuk kenaikan pangkat hakim. Pada 30 September 2013, tiga hakim Mahkamah Tinggi naik pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tiga hakim Mahkamah Rayuan naik pangkat ke Mahkamah Persekutuan.

Dua hakim yang kanan di Mahkamah Rayuan Datuk Haji Abdul Malik Ishak dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah dilepas pandang. Di Mahkamah Tinggi juga kita mengadakan Datuk V.T Singham yang telah bersara berkhidmat 13 tahun di Mahkamah Tinggi.

Hakim-hakim ini dikenali sebagai hakim yang amat mahir dalam undang-undang, cekap dan berdedikasi tetapi berulang-kali terabai dan tidak dinaikkan pangkat.

Saya telah membaca akhbar bahawa Ketua Hakim berkata, Perdana Menteri tidak semestinya mengambil syor daripada Suruhanjaya Kehakiman. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, adakah pernah Perdana Menteri tidak mengambil syor daripada Suruhanjaya Kehakiman. Saya juga meminta mengadakan satu kriteria yang telus dan terbuka untuk kehakiman dan memberikan tumpuan kepada seniority. Dengan cara ini kita dapat memberikan keyakinan kepada badan kehakiman.

draft • 5:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Perkara yang kedua ialah tentang perpaduan dan keharmonian kaum dan agama.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) tetapi kita melihat Ibrahim Ali dan Perkasa membantah NUCC serta memanggil ahli-ahli NUCC anti nasionalis dan berkata bahawa hanya ketuhanan Melayu boleh membawa perpaduan kepada negara kita dan membentuk perpaduan ‘Barisan Nasional Unity Fan’.

Saya meminta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan apakah pendekatan kerajaan dan adakah setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali kerana kita melihat pada semalam, Timbalan Menteri telah memberikan kenyataan tentang orang yang bukan Islam menerima kes rogol. Ini adalah satu kenyataan yang sungguh menghairankan kepada rakyat. Pada saya masalah ini adalah sebab politik. Kita mengadakan ekstremis yang hendak memenangkan minda dan hati kaum Melayu beragama Islam tentang politik.

Saya bercadang kepada kerajaan kalau ikhlas untuk mengadakan keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama jangan menggunakan gerrymandering dan malapportionment dalam pembahagian kawasan pilihan raya. Kalau kerajaan hendak terdiri daripada majoriti kerusi percampuran kaum dengan cara ini ahli-ahli politik perlu mendekati semua kaum dan agama dan pertandingan politik tidak akan menjadi persaingan di antara kalangan ekstremis tetapi menjadi persaingan di antara moderate.

Perkara yang ketiga ialah tentang kos hidup di sebabkan rasionalisasi subsidi. Saya meminta kerajaan dan Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan sama ada dengan mengadakan BR1M, kita mengadakan satu situasi di mana jurang pendapatan antara kaya dan miskin menjadi lebih luas seperti yang dilaporkan oleh Ahli Ekonomi Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan Universiti Malaya Dr. Fatimah Kari. Saya juga meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana kerajaan menentukan bahawa mereka yang tidak layak mengadakan pendapatan lebih daripada RM4,000 tidak mendapat BR1M dan mereka yang layak tidak dipinggirkan atau tercicir.

Saya juga meminta penjelasan sama ada 17,000 orang yang layak untuk BR1M yang tidak mengambil bayaran ini, adakah ini sebab mereka hendak mengira maruah mereka seperti yang dikatakan bahawa bila kita memberikan bantuan subsidi wang ini menjadi satu diskriminasi di mana penerima memikir mereka menjadi peminta sedekah.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga telah berkata cara pelaksanaan subsidi nasionalisasi ini telah menjadi satu terapi kejutan dengan satu demi satu program yang dilaksanakan. Saya minta kerajaan memberikan tumpuan kepada cara pelaksanaan diadakan dengan cara pengansuran dan peringkat.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Akhirnya saya meminta kerajaan memberikan tumpuan kepada permintaan yang kerap diberikan kepada kerajaan untuk kembalikan sekolah aliran Inggeris. Kita melihat ia di dalam persidangan akhbar MH370 begitu

draft • 5:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

pentingnya kita mengadakan bahasa Inggeris untuk perhubungan antarabangsa dan juga di dalam masa globalisasi. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan.

draft • 5:00 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Salam bersih dan salam ubah kepada semua yang ada di sini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan simpati sokongan moral serta bagi merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370 serta anak kapal selama beberapa hari ini. God bless you all and be with you.

Terima kasih diucapkan di atas peluang untuk Batu Kawan membahaskan ucapan titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya piagam keadilan di Pulau Pinang pada tahun 1907. Kini Polis Diraja, Malaysia atau pemegang amanah Sang Saka Biru yang dianggotai lebih 100,000 lelaki dan wanita merupakan satu-satunya agensi peneraju dalam menjadikan negara ini selamat dan memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan populasi negara seramai 30 juta orang mampukan semua anggota PDRM memberi perkhidmatan yang world class dalam menangani jenayah yang kian meningkat saban hari. Perjuangan menentang jenayah bukan sahaja melibatkan dollars dan cents sahaja tetapi dengan kemudahan infrastruktur yang lebih baik bagi anggota polis kita.

walaupun agihan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM8.8 bilion pada umumnya nampak besar tapi di mana sebenarnya wang tersebut disalurkan. Mengapa keadaan infrastruktur dan kemudahan di balai-balai polis dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

Dalam belanjawan 2014 Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan sebanyak RM128 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf ibu pejabat polis dan ibu pejabat polis daerah dan kuarters kakitangan termasuklah pembinaan IPD baru di Pasir Mas, Kota Setar, Johor Bharu Selatan, Sepitang dan Nusa Jaya serta pembinaan balai polis baru di Pengerang, Tongod dan Country Homes Rawang. Bolehkah semua ini dibina dengan jumlah wang RM128 juta.

Dalam soalan saya yang menarik 12 Mac 2014 kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung pecahan agihan mengikut negeri bagi penambahbaikan kemudahan infrastruktur, jawapan yang diterima tidak tepat malah menyatakan jumlah RM118.1 juta diperuntukkan. Beza RM9.83 juta daripada amaun yang dinyatakan oleh Perdana Menteri. Mengapa wujud inconsistency dalam peruntukan seperti ini?

Walaupun saya bukan kontraktor atau arkitek tetapi hendak ubah suai pejabat Parlimen saya pun menelan belanja yang menyakitkan dompet saya. Saya tidak tahu bagaimana kos sama ada kos RM128 juta atau RM118.17 juta ini dapat meliputi semua projek yang dinyatakan melainkan designnya kecil dan outdated. Saya mohon pecahan agihan peruntukan bagi semua projek-projek ini serta kemudahan infrastruktur yang termaktub dalam design tersebut.

draft • 5:06 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Bilik IO atau investigating officer dalam banyak IPD yang saya telah lawati sendiri atau daripada maklum balas awam menunjukkan keadaan bekerja atau working condition yang nampak seakan-akan dalam zaman 70-an. Dengan ruang bekerja yang begitu sempit aircond yang uzur, ada sesetengah yang masih menggunakan kipas siling, fail-fail yang melambak, laptop yang kelihatan outdated usahlah yang itu.

draft • 5:06 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Ruang kecil untuk meletakkan sejadah untuk bersolat pun tidak ada, tidak wujud. Macam mana hendak menghasilkan kualiti perkhidmatan kepolisan yang bertaraf antarabangsa?

Walaupun jawapan KDN bahawa RM3.79 juta diperuntukkan untuk penyediaan bilik bagi pejabat IO bagi 2014, namun ia kecil berbanding dengan semua aliran keluar wang ke dalam poket kroni dan projek-projek gajah putih tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun, hanya kroni sahaja.

Kami bersyukur di atas segala jasa dan menghargai segala sumbangan polis dalam menegakkan keadilan dan mencegah jenayah.

Akan tetapi kemudahan infra yang top class sudah tentu akan menjadi satu acuan yang ideal untuk mewujudkan anggota polis yang benar-benar berkarisma dan berdedikasi untuk berkhidmat untuk rakyat. Can you expect world class service from the police force with third class infrastructure? With all these efforts to create world class police standard, the working condition and amenities of our men and women in blue must be given due importance and urgency. Transformasi sahaja tidak memadai. Satu reformasi amat diperlukan untuk kemaslahatan sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, manifesto Pakatan Rakyat menyarankan peningkatan kecekapan sumber manusia, perlindungan dan penyampaian perkhidmatan PDRM di mana anggota polis yang mahir dan beruniform perlu dipindahkan daripada kerja-kerja pentadbiran kepada kerja polis yang betul. Orang awam boleh digaji untuk memenuhi fungsi pentadbiran. PDRM tidak memerlukan peningkatan 30% tenaga kerja yang dicadangkan Kementerian Dalam Negeri mewakili tambahan kira-kira 40,000 pegawai. Ini kerana sejak tahun 2011, Malaysia mempunyai seorang pegawai polis untuk setiap 270 rakyat. Nisbah 1:270. Ini adalah sangat hampir dengan nisbah yang disyorkan oleh Interpol iaitu 1:250. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 lagi anggota IO dan walaupun indeks persepsi jenayah dilaporkan berkurang, mungkin lebih ramai IO diperlukan apabila ketelusan data jenayah diperoleh dan kemudahan asas mereka wajib diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang selama ini tidak banyak disentuh iaitu penyertaan wanita dalam arena politik serta dasar mempertingkatkan kepimpinan wanita di Malaysia. Hari ini dalam Dewan yang mulia ini, wakil rakyat yang berjumlah 23 sahaja merangkumi 10.4% daripada jumlah 222 Ahli Parlimen di sini. Banyak yang telah dicapai selepas tsunami politik tahun 2008 selepas lima negeri jatuh di bawah Pakatan Rakyat. Akan tetapi secara holistik, lebih banyak perlu dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk memastikan kesaksamaan gender dan pembudayaan wanita. Penambahbaikan dan peningkatan

draft • 5:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

kesaksamaan gender dan women empowerment mestilah berlaku selaras dengan reformasi polisi, perundangan, mekanisme institusi serta kempen kesedaran awam.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Boleh. Negara sekampung yang baru mendapat kemerdekaan pada tahun 2012, Timor-Leste kini muncul sebagai satu pengukur kemajuan dalam pembangunan wanita dalam tempoh 50 tahun hingga 100 tahun yang lepas. Di Timor-Leste daripada 65 kerusi di Parlimen, 25 merupakan kerusi yang dimenangi oleh wakil rakyat wanita yang boleh diterjemahkan sebagai 38.5% dalam pilihan raya 2012 yang lepas.

Mereka berada dalam kedudukan 16 teratas dalam lebih 140 negara berbanding dengan Malaysia di kedudukan 112 dalam World Classification of Women in National Parliament yang disusun oleh Inter-Parliamentary Union pada November 2013. The government signed the daily compromise a public declaration that acknowledges the importance of gender equality and investing in women and girls to achieve sustainable development, address poverty and strengthen society.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Kewangan berhubung Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang dilancarkan pada 1 Mac lalu. Sehingga kini wujud spekulasi harga tol yang akan dikenakan oleh syarikat konsesi bagi jambatan 24 kilometer ini, jika benar Jambatan Kedua Sendirian Berhad dilantik untuk mengaut keuntungan mengutip tol bagi jambatan ini. Apa yang anehnya mengikut petikan di laman web Jambatan Kedua Sendirian Berhad, jambatan ini milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan atau Minister of Finance Incorporated dan secara dasar badan kerajaan seperti Kementerian Kewangan akan menyerap sebahagian besar kos pembinaan projek dan baki kos yang perlu dibayar balik yang akan dikenakan tol.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Berapakah dan apakah jumlah tol yang diputuskan untuk dikutip untuk melangsaikan hutang pembinaan jambatan ini? Berapa lamakah anggaran tempoh kutipan tersebut?

Saya hendak menggulung Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanyakan soalan-soalan ini kerana ingin mendapat pencerahan berhubung kutipan tol jambatan kedua memandangkan pengendalian oleh syarikat konsesi PLUS jelas mencurigakan sehingga hari ini. Sebagai sebuah kerajaan yang berlandaskan prinsip demokrasi berparlimen, kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional wajar diberi layanan yang sama tanpa pilih kasih dan tanpa bermotifkan politik sebagai satu langkah untuk mencapai sistem demokrasi yang matang dan progresif. Tiada makna laungan Perdana Menteri bahawa Malaysia mempunyai sistem demokrasi paling hebat di dunia jika ia dibunuh dengan perlahan di Dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tanjong. Ada 15 minit, 20 minit the most.

draft • 5:10 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih atas peluang untuk saya menyertai perbahasan ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 78 buah SMJK Cina yang sedia wujud dalam negara kita. Akan tetapi apabila kita perlukan sebuah SMJK(C) yang baru di Seberang Prai Selatan, sekolah tersebut hanya diluluskan sebagai SMK Jit Sin 2 atas alasan SMJK(C) atau SMK Cina tidak diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam suratnya bertarikh 4 Oktober 2012, sekolah yang boleh ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 hanyalah sekolah menengah kebangsaan sahaja. Pihak Kementerian Pendidikan hanya membenarkan penggunaan nama SMJK Jit Sin 2 secara pentadbiran sahaja.

Sungguh pun demikian, pengajaran bahasa Cina di SMK Jit Sin 2 hanya dibenarkan lima waktu sahaja dan bukannya enam waktu seminggu. Mata pelajaran Bahasa Cina juga tidak diwajibkan untuk semua pelajar di sini. Pihak jemaah pengelola sekolah juga meminta supaya pengambilan pelajar terbuka kepada semua kaum dari SJK(C), tetapi tidak dilayan. Syarat-syarat sedemikian telah mendatangkan kesulitan kepada pihak lembaga pengelola sekolah. Pihaknya perlu mengutip dana sejumlah RM30 juta daripada kawasan setempat bagi tujuan pembinaan sekolah yang baru. Sehingga kini, hanya lebih kurang separuh dana dikutip dan pihak ini masih perlu mengutip dana RM15 juta daripada masyarakat setempat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan syarat-syarat sedemikian khususnya SMK Jit Sin 2 tidak dapat beroperasi sebagai SMJK atau SMK Cina. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan usaha mereka untuk mengutip dana yang secukupnya untuk pembinaan sekolah. Hasrat awal masyarakat setempat adalah untuk mewujudkan cawangan baru di Seberang Prai Selatan bagi SMJK Cina Jit Sin yang terletak di Bukit Mertajam. Akibatnya Ketua Pengarah Pelajaran dalam suratnya bertarikh 4 Februari 2014, menyatakan SMK Jit Sin bukanlah sebuah SMJK yang seharusnya beroperasi dan memiliki ciri-ciri seperti SMJK Jit Sin yang sedia ada.

Beliau juga menyatakan SMK Jit Sin tidak seharusnya diperbandingkan dan disamakan dengan SMJK yang telah wujud sebelum ini. Kementerian juga berpandangan rakyat untuk menambah satu pengajaran Bahasan Cina daripada lima waktu itu kepada enam waktu adalah tidak wajar.

Jadi persoalan saya, mengapa SMJK Jit Sin 2 yang dipohon akhirnya diluluskan sebagai SMK Jit Sin 2? Mengapakah pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina tidak dapat diwajibkan bagi sebuah sekolah SMJK Cina serta bagi pelajar-pelajar yang mendaftar dan menduduki peperiksaan PMR dan SPM?

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang sama juga berlaku pada SMJK Tamil. Sehingga hari tiada SMJK Tamil yang diwujudkan walaupun bangsa India turut menyumbang terhadap pembangunan negara kita. Pada 12 Mac 2014, Penang Hindu Association bersama dengan NGO-NGO telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, semua Ahli Parlimen berbangsa India dan sebagainya supaya sokongan diraih untuk

draft • 5:15 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

mewujudkan sekolah menengah Tamil yang pertama di Malaysia. Ini adalah tindakan susulan setelah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan satu sekolah menengah Tamil yang pertama di Malaysia yang merupakan sebidang tanah di Bagan Dalam telah dinafikan oleh Kementerian Pendidikan dengan alasan penubuhan SMJK Tamil tidak diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996.

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri selalu menguar-uarkan bahawa Akta Pendidikan 1996 yang dipinda semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan telah memberi perlindungan terhadap kewujudan sekolah Cina dan juga pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina termasuklah juga kepada sekolah-sekolah Tamil.

draft • 5:15 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Jikalau begitu mengapa akta yang sama tidak membenarkan kewujudan SMJK Jit Sin 2 dengan adanya ciri-ciri yang sama juga SMJK Cina yang lain termasuk juga SMJK Tamil yang pertama di atas tanah air kita. Jikalau ada kecacatan dari segi perundingan maka akta tersebut haruslah dipinda supaya kewujudan SMJK Cina tidak dapat dinafikan malah dapat diperkasakan lagi. Pindaan adalah wajar untuk membolehkan SMJK Tamil yang pertama ditubuhkan khasnya di bahagian dalam yang kawasan tersebut terdiri daripada 24.33 penghuni India.

Lagi SMJK Jit Sin 2, pihak sekolah telah menulis satu surat bertarikh 27 April 2013 kepada Menteri Pendidikan bagi mengemukakan rayuan mereka, akan tetapi surat tersebut tidak dapat dijawab oleh Kementerian Pelajaran sehingga hari ini. Saya merujuk satu laporan akhbar bertarikh 14 Februari 2012 yang memetik kenyataan Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam ketika beliau masih Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau menyatakan bahawa Menteri Pelajaran telah memberi kelulusan bagi mengekalkan pengajaran bahasa Cina 6 waktu seminggu di SMJK Jit Sin 2 namun demikian surat-surat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah menyatakan hanya 5 waktu dibenarkan. Jadi siapakah yang berbohong sebenarnya?

Saya berharap rayuan sekolah tersebut dapat dipertimbangkan oleh Menteri Pendidikan ataupun Perdana Menteri sendiri supaya keyakinan masyarakat setempat dapat dipulihkan dan seterusnya kerja-kerja pembinaan premis sekolah yang baru juga tidak akan tergendala.

Tuan Yang di-Pertua, saya begitu terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan bahawa latihan pengendali makanan yang disediakan oleh PBT masing- masing tidak sah kerana PBT bukanlah institusi latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Ini akan mendatangkan kesulitan kepada penjaja-penjaja yang sedia ada dan menyebabkan mereka terpaksa membayar RM50 lagi untuk mengikuti kursus yang disediakan oleh syarikat-syarikat lantikan Kementerian Kesihatan.

Pulau Pinang terkenal dengan keenakan makanan yang disediakan oleh penjajanya.

Akan tetapi mereka yang pernah mengikuti kursus pengendali makanan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di antara tahun 1996 hingga 2009 dikecualikan daripada mengikuti sekali lagi kursus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Kenapa pengecualian yang sama tidak diberikan kepada MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) menyebabkan

draft • 5:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

kesemua penjaja di Pulau Pinang perlu mengikuti kursus yang agak sama dengan kursus yang disediakan oleh MPPP selama ini.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Ya, jikalau seperti yang didakwa oleh Kementerian Kesihatan bahawa kursus percuma yang disediakan oleh PBT tidak begitu komprehensif dan tidak menyentuh kesemua elemen keselamatan maka modul kursus yang sedia ada boleh diperkasakan lagi dan bukan sebaliknya mewajibkan penjaja-penjaja mengikuti kursus yang disediakan oleh kementerian dengan akhirnya membayar RM50 kepada sekolah-sekolah latihan pengendali makanan.

Akhir sekali sebelum saya berundur, kita ingin, saya ingin mewakili warga Tanjong untuk sama-sama kita berdoa supaya kesemua 239 orang di atas pesawat MH370 dapat kembali ke pangkuan kita dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Dungun.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

Bismillahi Rahmani Rahim. Firman Allah Taala, [Membaca beberapa potong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Dan hendaklah takut kepada Allah, orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berkata dengan perkataan yang benar.” [Ayat 9 Surah An-Nisa’] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berucap membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong walaupun dalam waktu yang sangat singkat. Mewakili rakyat dalam Parlimen Dungun saya juga mengambil kesempatan melahirkan rasa simpati dan kesedihan terhadap peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370. Moga-moga keluarga penumpang dan anak-anak kapal bersabar dan kuat dalam menghadapi hari-hari mendatang. Doa kita bersama mereka.

Dalam masa yang terbatas ini saya hanya ingin untuk menyebutkan empat perkara yang pertama berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan iaitu jika boleh kementerian menyatakan apakah modul yang dirangka di peringkat kementerian untuk melahirkan belia-belia remaja generasi Muslim dan yang bukan Muslim berasaskan kepada agama masing-masing.

Kalau kerangka itu ada kerana melihat kepada peristiwa yang berlaku dengan 6 kematian di Future Music Festival Asia maka tentulah kita boleh melihat kepada modul bagi melahirkan remaja seperti mana yang kita kehendaki berhasratkan kepada Rukun Negara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ melahirkan generasi belia yang boleh menjadi kepimpinan dan keterampilan di masa yang akan datang.

Yang kedua ialah berkaitan dengan sukan. Oleh kerana sukan teras Malaysia bola sepak telah jatuh penarafan ranking FIFA pada tahun 2015 kepada 158 dengan hasrat supaya

draft • 5:23 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli - Dungun

kita menjadikan sukan teras bola sepak ini dalam keadaan yang lebih baik. Minta Menteri Belia dan Sukan juga menyatakan apakah cara-cara yang mungkin boleh dibuat untuk meningkatkan penarafan ataupun ranking.

Yang ketiga dalam masa yang terbatas ini juga saya hendak minta dalam kita menilai Malaysia menuju negara maju berpendapatan tinggi di mana Wawasan 2020 seperti telah dirancang. Tentulah juga akan melibatkan negeri-negeri bergerak sama dengan negara menjadi negeri-negeri maju dan salah satu daripada kriteria negeri maju itu ialah berkaitan dengan pengangkutan dan kemudahsampaian perhubungan.

Akan tetapi di Terengganu sangat malang perkhidmatan kereta api tidak ada dalam kita membincangkan kereta api laju, kereta api berkembar di Terengganu tidak ada perkhidmatan kereta api supaya diminta juga kepada Kementerian Pengangkutan supaya melihat kepada perkara ini. Yang keempat adalah kepada Kementerian Kesihatan seperti mana yang diuar- uarkan iaitu penubuhan hospital baru Dungun yang juga telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika kunjungan ke Dungun dan juga dalam pembentangan Bajet 2013 yang juga telah disebutkan tetapi sehingga hari ini kita masih belum melihat kenyataan yang daripada dari apa yang telah disebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan diberikan perhatian dan dalam masa yang singkat ini mudah-mudahan ia menjadi suatu yang walaupun singkat tetapi adanya kenyataan yang kita sampaikan daripada hasrat rakyat dalam Parlimen Dungun. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jelutong.

Yang terakhir, saya bagi Yang Berhormat 10 minit.

draft • 5:23 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya peluang menjadi pembahas terakhir dalam ucapan terima kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda. Oleh kerana kesuntukan masa jadi saya akan menjurus terus kepada ucapan saya dalam bentuk soalan. Empat soalan untuk Perdana Menteri.

Yang pertama, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang. Saya minta Perdana Menteri menyatakan secara tepat bilakah peruntukan bagi fasa ke-2 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang, Jelutong, Pulau Pinang sebanyak RM150 juta itu yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi telah ditunda kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh itu akan di tunai dan dilaksanakan. Fasa ke-2 rancangan tersebut untuk rekod Dewan Rakyat ini telah tergendala selama lebih 15 tahun sejak tahun 1999.

Soalan kedua tentang perumahan PR1MA. Saya minta Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan menjelaskan tentang Skim Perumahan PR1MA sebanyak 20,000 unit di Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan pada tahun 2013. Dimanakah lokasi, jadual pembangunan serta status pemajuan yang terkini.

draft • 5:28 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

Soalan ketiga, mengenai infrastruktur Jambatan Kedua ataupun Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Saya minta Perdana Menteri menjelaskan tentang projek infrastruktur di persimpangan Jalan Bayan Lepas dan juga Jalan Permatang Damar Laut yang menghala ke Teluk Kumbar yang bertujuan untuk mengatasi kesesakan jalan raya sesudah pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu. Saya minta supaya diberikan jadual pembangunan serta status pemajuan yang terkini.

Keempat, Penang Port. Saya minta Perdana Menteri menjelaskan tentang terma komersial yang lengkap tentang kontrak penswastaan dan juga pemindahan kuasa pengurusan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) kepada pihak ketiga yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, PPSB dan juga Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. milikan Syed Mokhtar al-Bukhary.

Soalan seterusnya adalah berkenaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Soalan saya yang pertama bagi kementerian tersebut tentang surat sokongan kebenaran merancang pembangunan. Saya minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan kenapa SKMM di Wilayah Utara masih mewajibkan Telekom Malaysia sebagai agensi tunggal bagi menyemak dan juga mengesahkan pelan serta mengeluarkan surat sokongan bagi semua permohonan pembangunan sebelum ia boleh dipanjangkan ke Pusat Setempat ataupun OSC bagi tujuan kebenaran merancang pembangunan di peringkat PBT?

Saya mahu juga dinyatakan ketetapan SKMM mengenai perkara ini. Ini adalah disebabkan saya rasa SKMM sebagai regulator telah sendirinya terpesong daripada apa-apa provision yang terdapat dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Di mana terdapat dua ketetapan SKMM iaitu pada 3 Jun 2008, SKMM telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada ketika itu sebagai agensi teknikal dalam Jawatankuasa OSC selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang ke- 60.

Ketetapan yang kedua ialah KPKT pada ketika itu telah mengeluarkan Pekeliling kepada pihak berkuasa negeri (PBN) dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) bertajuk ‘Menambahbaikkan Pelaksanaan Pusat Setempat’ yang bertarikh 2 September 2008 yang mengandungi makluman berkenaan pelantikan tersebut. Jadi saya terus kepada soalan yang berikut mengenai kementerian yang sama.

Saya juga minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakan tindakan dan penalti yang bakal diambil ke atas Telekom Malaysia dan TIME dotCom Berhad yang telah secara memaksa para pemaju untuk memberi sumbangan kewangan yang tertentu secara covert sebelum rangkaian komunikasi talian tetap dipasang di kawasan-kawasan pembangunan?

Bukankah perlakuan ini bercanggah dengan ketetapan SKMM yang bertarikh 22 Jun 2009.

Soalan saya yang berikut mengenai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya minta Menteri yang berkenaan menyatakan, apakah penalti yang telah diambil ke atas semua pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang, MPP dan juga MPSP yang telah gagal mematuhi piawaian 108

draft • 5:30 PM

Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong

hari bagi kebenaran merancang dan piawaian 37 hari bagi kebenaran bangunan yang telah pun ditetapkan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)? Saya mahu juga jawapan Menteri itu menyatakan sama ada kelonggaran syarat telah pun diberi kepada PBT yang berkenaan.

Soalan saya yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai caj dan fi dalam simpanan AirAsia. Sementara kita menunggu pembukaan rasmi KLIA2 pada 2 Mei, saya ingin mengundang Menteri Kewangan untuk memberi statistik tentang tunggakan kutipan caj-caj penumpang serta fi pentadbiran yang AirAsia telah kutip tetapi masih terhutang kepada kerajaan menerusi Malaysia Airport Berhad sejak bermulanya perkhidmatan di LCCT Sepang sehingga masa kini. Dengan itu, saya akhiri dengan doa semoga semua penumpang pesawat MH370 akan pulang ke tanah air dengan selamatnya. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah perbahasan bagi Usul Titah Diraja. Mulai 24 hari bulan, hari Isnin hingga 27 hari bulan Mac, hari Khamis, Menteri akan menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin 24 Mac 2014.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026