Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membantu para diplomatik dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara sekiranya terbabit dengan pendahuluan/perbicaraan di mahkamah negara yang berkenaan.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ketereh secara bersekali dengan tiga lagi pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh, pertama Yang Berhormat Kulai pada 19 Mac, Yang Berhormat Libaran pada 1 April dan Yang Berhormat Tumpat pada 1 April 2014.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap situasi rakyat Malaysia yang berada di luar negeri lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kes penahanan imigresen mahupun kes tahanan jenayah. Sebagai sebuah entiti diplomatik, pegawai kaunselor di perwakilan Malaysia di luar negeri akan memberikan bantuan kaunselor kepada warganegara Malaysia termasuklah pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara. Lebih-lebih lagi pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara adalah sebahagian daripada pegawai kedutaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di bawah Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2009, Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di luar negara.
Antara langkah dan bantuan kaunselor yang diberikan adalah:
(i) Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di luar negara akan bertemu pegawai berkenaan untuk mengetahui kedudukan kes berkenaan dan sekiranya kes berkenaan boleh diselesaikan di peringkat awal, maka urusan dengan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi membebaskan pegawai berkenaan;
(ii) Lawatan kaunselor dalam bentuk membekalkan keperluan pegawai akan dilakukan secara berterusan;
(iii) Sekiranya kes ini serius dan melibatkan kes jenayah dan mahkamah, pegawai akan dinasihatkan supaya mengambil peguam tempatan untuk mewakili beliau; dan
(iv) Pertemuan dengan pegawai dan perbincangan dengan peguam bela dilakukan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat lanjut serta nasihat mengenai
Dato’ Hamzah bin Zainudin
perundangan negara berkenaan bagi memastikan hak pegawai terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sentiasa memberi penekanan kepada penjawat awam kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang lain yang akan berkhidmat di luar negara supaya mereka mematuhi perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa di negara yang mereka akan berkhidmat. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri melalui Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL) atau IDFR sentiasa menganjurkan kursus pra penempatan atau pre posting yang turut disertai oleh pegawai- pegawai dari agensi kerajaan yang lain terutamanya yang akan berkhidmat di luar bagi kali pertama.
Ini adalah selaras dengan perenggan 4.31 Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2009 mengenai Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang menyatakan bahawa agensi- agensi Kerajaan Malaysia adalah diwajibkan untuk menghantar pegawai yang pertama kali di tempatkan di luar negara menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri dari semasa ke semasa. Kursus ini dianjurkan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Di dalam kursus tersebut terdapat modul latihan, preparation for living and working abroad di mana ditekankan mengenai keperluan penjawat awam untuk memahami dan mematuhi undang-undang tempatan.
Di samping itu, setiap perwakilan Malaysia di luar negeri juga ada menyediakan laporan penempatan atau post report yang mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai negara tuan rumah termasuklah berkaitan undang-undang dan peraturan- peraturan tempatan yang perlu diketahui dan dipatuhi. Laporan ini disediakan bertujuan untuk membantu persiapan pegawai yang akan bertugas ke luar negara dan dikemaskinikan secara berkala. Ia membantu mempercepat proses penyesuaian oleh pegawai dengan budaya dan undang-undang di negara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam hubungan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putera, khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membantu pasangan kakitangan Tourism Malaysia yang berhadapan dengan kes mahkamah di Sweden yang kebetulannya keluarga berkenaan datang daripada kawasan saya. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan yang telah ditunjukkan.
Soalan saya ialah dalam kes-kes yang sebegini, seperti mana yang kita tahu apabila kes-kes dalam negara kita yang melibatkan rakyat asing ataupun kadangkala juga rakyat dalam negara kita sentiasa diletakkan di bawah mikroskop masyarakat antarabangsa di mana proses perundangan itu diperhatikan dan dibuat kritikan-kritikan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dalam hal ini, apakah Wisma Putra berpuas hati dengan corak layanan dan proses perundangan yang sedang dilalui oleh pasangan ini. Oleh kerana setahu kita, pasangan ini adalah satu pasangan ataupun individu yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Malah isterinya adalah guru kepada anak-anak saya, yang kenal rapat dengan mereka dan saya kenal keluarga mereka. Mereka bukanlah daripada keluarga yang boleh melakukan perkara-perkara seperti mana yang dituduh, lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat Eropah yang sentiasa mempunyai pandangan negatif terhadap amalan budaya Timur dan Islam sebagai the misunderstood religions still di Eropah. Adakah Wisma Putra berpuas hati dengan corak layanan, proses perundangan dan segala-gala yang sedang dihadapi oleh keluarga ini?
Kedua Tuan Yang di-Pertua, Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berkhidmat di luar negara rata-rata diberikan privilege untuk dilindungi di bawah kekebalan ataupun imuniti daripada didakwa di mahkamah negara berkenaan sekiranya mereka itu digolongkan atau disenaraikan sebagai pegawai-pegawai diplomatik. Akan tetapi saya faham tidak semua pegawai yang berkhidmat di luar negara diletakkan dalam senarai tersebut, mungkin kerana prinsip-prinsip reciprocity dan sebagainya. Apakah Wisma Putra tidak bercadang supaya lebih ramai lagi pegawai kanan yang mewakili agensi kerajaan? Kita ada Tourism Malaysia, kita ada MITI, kita ada MIDA dan sebagainya. Sebahagiannya terletak dalam senarai mendapat imuniti, sebahagiannya tidak. Kebetulan Pegawai Tourism Malaysia ini tidak mendapat privilege yang sedemikian. Apakah Wisma Putra tidak mahu untuk menyemak
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
supaya lebih ramai pegawai kanan, terutamanya yang berkhidmat di luar negara, dimasukkan dalam senarai untuk mendapat imuniti agar mereka dilindungi dalam proses mereka menjalankan perkhidmatan mereka kepada negara di luar negara. Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Ketereh. Pertamanya, saya ingin ucapkan terima kasih banyak atas pujian yang telah diberikan kepada Wisma Putra. Memang benar kita telah pun dapat membawa balik anak-anak keluarga Encik Azizul, Pegawai Tourism Malaysia. Seterusnya, kita mengambil satu tindakan untuk melihat anak-anak tersebut dapat dibawa pulang dan dijaga di bawah keluarga angkat mereka yang merupakan keluarga mereka sendiri. Itu adalah tindakan kerajaan untuk melihat supaya anak-anak ini diasingkan dahulu daripada masalah yang timbul di negara Sweden tersebut.
Keduanya, tentang sama ada Wisma Putra berpuas hati ataupun tidak atas tindakan yang diambil oleh Kerajaan Sweden terhadap pegawai yang sedang melalui satu proses perundangan di negara Sweden itu. Saya hendak jelaskan. Pertama, Kerajaan Malaysia sentiasa melihat sesuatu perundangan di mana-mana negara tersebut, pegawai-pegawai kita mesti melihat bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh mereka mesti mengikut perundangan negara tersebut. Maka, masalah ini adalah satu masalah perundangan yang diambil oleh negara Sweden yang mengikut perundangan negara itu. Maka, sebab itu kerajaan hanya melihat daripada arms lengthnya dan tidak masuk campur.
Walau bagaimanapun, kita beri bantuan terhadap pegawai itu melalui menghantar peguam-peguam kita, pegawai-pegawai perundangan kita, untuk memberi nasihat kepada pegawai-pegawai yang melalui masalah ini. Tentang masalah budaya dan amalan yang sebenarnya berbeza, terutamanya di Eropah kalau dibandingkan dengan amalan dan budaya yang selama ini kita bawa dalam negara kita, ini sedang kita bawa dalam perbincangan. Bukan hanya di peringkat bilateral relation tetapi juga mungkin di peringkat yang lebih tinggi untuk melihat bahawa sekiranya perkara ini berlaku lagi, kita boleh selesaikan mengikut keadaan yang lebih baik.
Tentang kedudukan PTD sama ada mereka sepatutnya diberikan imuniti. Saya hendak jelaskan di sini bahawa dalam Malawakil mission yang kita tubuhkan di seluruh negara-negara di luar sana, bukan semua pegawai kita yang mendapat kedudukan taraf diplomatik. Ini adalah kerana ia terpulang kepada negara tersebut. Kalau kita di Malaysia ini, mana-mana embassy yang ingin menubuhkan mission mereka di sini, mereka akan mengemukakan nama-nama pegawai dan kita melihat kedudukan pegawai-pegawai mana yang boleh kita iktirafkan untuk mendapat status diplomatik.
Maka, sebab itu dalam masalah ini sebagai contoh, pegawai kita Encik Azizul ini, semasa dia berada di South Africa (Afrika Selatan), negara Afrika Selatan memberikan taraf diplomatik kepada beliau tetapi apabila beliau bertukar daripada Afrika Selatan ke Sweden, tarafnya berbeza kerana Sweden tidak memberikan taraf diplomatik kepada pegawai tourism. Jadi, ini menimbulkan masalah kerana dia tidak dapat imuniti seperti yang dia dapat semasa beliau bertugas di Afrika Selatan. Ini menimbulkan sedikit masalah. Walau bagaimanapun, sekarang kita sedang berusaha untuk negara Sweden mengiktiraf pegawai tourism kita sebagai pegawai yang boleh diberikan taraf diplomatik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dua pegawai Wisma Putra yang baru-baru ini didakwa melakukan tuntutan palsu berjumlah lebih RM414,000 ketika berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Washington D.C. Salah laku ini dilaporkan ketika berlakunya persidangan Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) di Honolulu. Tuntutan yang dibuat itu melebihi daripada perbelanjaan sebenar. Maka, penjelasan yang saya perlukan, apakah status pegawai-pegawai yang terlibat di mana dua pegawai Wisma Putra yang terlibat dan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap kedua-dua pegawai yang telah melakukan tuntutan palsu berkenaan.
Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, masalah dua pegawai kita seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya ini bukanlah masalah Wisma Putra. Ini adalah tindakan yang diambil oleh SPRM, satu agensi yang lain terhadap pegawai-pegawai kita seperti yang berlaku terhadap pegawai-pegawai lain kalau didapati melakukan kesalahan. Oleh kerana beliau sedang disiasat, maka saya tidak patut
Dato' Hamzah bin Zainudin
menjawabnya di sini. Walau bagaimanapun, insya-Allah kita rasa SPRM akan menjalankan tugas mereka yang sebaik mungkin. Wisma Putra mengharapkan perkara ini tidak lagi timbul di mana-mana kalau ia benar berlaku. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Boleh saya dapat tahu siapa yang membiayai kos guaman officer yang dituduh sekarang di Sweden dan kosnya? Apakah kita telah pelajari dari insiden tersebut untuk memperbaiki proses kedutaan kita?
Dato' Hamzah bin Zainudin
Seperti yang saya katakan tadi bahawa ini masalah Pegawai Tourism yang tidak mempunyai imuniti sebagai seorang pegawai yang diberikan taraf diplomatik. Maka, sebab itu pengajaran kita tentang perkara ini berbeza sama ada pegawai yang diambil tindakan ini adalah sama ada mereka pegawai diplomatik ataupun tidak. Maka, oleh kerana ia berlaku di Sweden, Sweden mempunyai satu perundangan di mana kalau pegawai ini salah dalam bab yang sama under the Penal Code mengikut peraturan yang ada di Sweden, dia diberikan peguam melalui Kerajaan Sweden sendiri.
Maka, kosnya ditanggung oleh Sweden. Jadi, tidak timbul. Kalau ia pegawai yang mempunyai taraf diplomatik, maka berbeza tindakan kita terhadap masalah yang timbul seperti yang berlaku dengan Encik Azizul tadi. Terima kasih.
2. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pembinaan lorong memotong untuk menaik taraf Pan Borneo Highway. Adakah projek pembinaan lorong memotong masih menggunakan jalan raya yang sedia ada ataupun ia merupakan pembinaan jalan raya yang sedia ada ataupun ia merupakan pembinaan jalan raya yang baru. Bilakah pembinaan semua lorong memotong di Pan Borneo Highway akan siap dibina.
Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan lorong memotong (overtaking lane) dengan izin, di Jalan Pan Borneo dilaksanakan di laluan jalan yang sedia ada. Tujuan lorong memotong ini dibina adalah untuk memberi keselesaan pemanduan kepada pengguna khususnya di laluan berbukit dan juga selekoh. Pembinaan lorong memotong ini diharap dapat mengurangkan risiko berlaku kemalangan di samping dapat menjimatkan masa perjalanan di sepanjang Jalan Pan Borneo.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya setakat ini telah mengenal pasti keperluan untuk membina 95 lorong memotong di seluruh Jalan Pan Borneo. Daripada jumlah tersebut, 17 projek membina lorong memotong telah dan sedang dibina iaitu 10 di Sarawak dan tujuh lokasi lagi di Sabah. Setakat ini, lima lokasi lorong memotong di Sarawak dan lima lokasi di Sabah telah disiapkan. Untuk tempoh jangka masa panjang, kerajaan akan menaik taraf keseluruhan Jalan Pan Borneo sedia ada kepada laluan dual-carriageway dengan izin, secara berperingkat sehingga tahun 2025. Oleh itu, projek lorong memotong yang telah dan sedang akan dibina ini akan diserap sebagai sebahagian daripada skop pembinaan laluan dual-carriageway berkenaan. Terima kasih.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri, apakah jumlah peruntukan dalam bajet bagi tahun ini sebanyak RM500 juta, semua digunakan untuk pembinaan lorong memotong? Kalau tidak, kenapakah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat untuk membina lorong memotong pada Pan Borneo Highway?
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan naik taraf Pan Borneo Highway memerlukan peruntukan RM23 bilion seperti mana yang dianggarkan oleh kerajaan yang mungkin memerlukan berpuluh-puluh tahun untuk siapkan penaiktarafan Pan Borneo Highway, adakah Kerajaan Pusat berniat untuk menambahkan jumlah peruntukan bagi setiap tahun?
Minta jawapan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Untuk makluman Yang Berhormat dari Sarikei, RM500 juta hanyalah peruntukan yang diluluskan sebagai tambahan di mana RM100 juta adalah untuk projek sambungan dan RM400 juta lagi adalah untuk enam projek baru iaitu menaik taraf Jalan Sibu-Bintulu, menaik taraf Jalan Batu 10 ke Batu 15 Jalan Kuching- Serian dan juga naik taraf jalan daripada Donggongon ke Simpang Jalan Papar Spur, pakej 2 dan 3. Naiktaraf Jalan Kepayan daripada Jambatan Petagas menghala ke persimpangan
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Lok Kawi, Fasa 1C dan seterusnya ialah untuk pembaikan cerun-cerun Jalan Kota Kinabalu–Sandakan di sepanjang Jalan Persekutuan 22 di Sabah.
Selebihnya RM645 juta adalah keseluruhan untuk 95 lorong memotong di Sarawak, manakala Sabah akan mengemukakan maklumat terperinci berkaitan dengan lorong-lorong memotong yang masih kita tunggu untuk dilaksanakan di sepanjang tahun 2014 ini sehinggalah tahun 2016. Jadi, inilah sebahagian daripada peruntukan yang telah diluluskan. Maknanya, covering keseluruhan untuk diluluskan ialah RM1.282 bilion untuk enam projek yang saya katakan tadi. Terima kasih.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, terima kasih terhadap jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya tadi. Kita ingin hendak mengetahui memandangkan peningkatan kadar kemalangan di Jalan Pan Borneo. Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan pembinaan lorong-lorong memotong di Pan Borneo dipercepatkan pelaksanaannya?
Terima kasih.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Samarahan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk lorong memotong ini sahaja, kita menentukan keutamaan pelaksanaannya berdasarkan pertama sekali kawasan kemalangan ataupun blackspot yang telah dikenal pasti. Kedua untuk laluan mendaki dan yang ketiga, laluan yang dikenal pasti mempunyai banyak kenderaan berat. Dengan prioriti itulah kita tentukan keutamaan projek-projek yang dilaksanakan.
Untuk tahun 2014 sahaja, kita sudah kenal pasti di Sarawak sahaja ada 14 jalan laluan memotong iaitu di Jalan Lubok Antu dan Betong iaitu di Kawasan Pais dan juga Jalan Lubok Antu–Betong, Kawasan Memaloi, Jalan Lubuk Antu dan Betong–Kilometer 320; Lubok Antu–Betong, Kawasan Estaban dan juga Jalan Sri Aman–Lubok Antu di antara Temuduk Junction dan Batu Lintang. Seterusnya iaitu di Jalan Betong–Sarikei, di antara Sebangkoi dan Jaka, Jalan Betong–Sarikei, Jalan Sibu–Bintulu di antara Sungai Pasai dan juga Batang Poya, Jalan Bintulu–Tatau, iaitu sebelum Batang Tatau Bridge, Jalan Bintulu– Tatau, Batang Tatau Bridge dan Bintulu Airport, Jalan Serian–Sri Aman iaitu di antara Persimpangan Gedung dan Balai Ringin, Jalan Serian–Sri Aman di antara Bukit Mangunan dan Temuduk dan juga Jalan Sarikei–Julau di antara Bulat dan Julau Junction dan seterusnya menyambung di antara Bintulu dan Miri.
Ini jalan-jalan dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan juga banyak bukit untuk disediakan kemudahan memotong dan seterusnya jalan-jalan yang banyak kenderaan berat. Manakala secara umumnya, laluan mendaki atau yang kita bina adalah di setiap 8 kilometer di antara panjang jalan lorong mendaki kebiasaannya di antara 1.5 kilometer ke- 2.5 kilometer. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu rakyat Sabah terutama sekali Putatan, Papar, Sipitang, Beaufort, terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan iaitu penaiktarafan Pan Borneo Highway ini akan dilaksanakan fasa demi fasa. Jadi kita melihat pelaksanaan itu sedang dibuat, sedang dilaksanakan dan saya rasa inilah satu daripada rasa terima kasih kepada rakyat, terima kasih Kerajaan Barisan Nasional. Bukan macam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Daripada pembangkang ini, dia waktu pilihan raya dia janji juga Tuan Yang di-Pertua, tetapi tiada dilaksanakan. Ini selalu tidak pernah dijanjikan.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi inilah satu-satunya Kerajaan Barisan Nasional yang membuktikan kepada rakyat yang menunaikan janji-janji itu, janji ditepati.
Seorang Ahli
Jalan berlubang-lubang itu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tak ada, kita punya jalan Sabah ada yang elok juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan, soalan Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi soalan dia, minta penjelasan sikit Yang Berhormat Menteri. Nama Pan Borneo ini agak besar sekali, Jalan Pan Borneo.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Akan tetapi kita juga melihat di mana keutamaan. Ada tempat-tempat yang perlu dishortcut, yang seperti mana yang soalan daripada Yang Berhormat Kota Samarahan itu betul, mengelakkan daripada kemalangan, kesesakan jalan dan sebagainya. Jadi, ada perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri daripada Petagas itu daripada KKIA iaitu Kota Kinabalu yang mana jalannya tidak ada choice untuk shortcut ataupun mengelakkan daripada kesesakan. Memang sekarang ini kena kesesakan. Akan tetapi yang alignment sekarang ini memang terpaksa dengan along the landasan kereta api.
Jadi persoalan dia, banyak persimpangan itu kepada kawasan perkampungan, kawasan perindustrian, kawasan komersial, kawasan perkampungan dan perumahan. Jadi sekiranya ini diperbesarkan, maka terpaksalah bahawa Pan Borneo Highway ini memagar supaya dilimitkan, dihadkan keluar masuk daripada highway itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putatan, lama sangat masuk TV Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Banyak ini traffic light ini.
Bolehkah, adakah kementerian untuk melihat perkara ini dapat dikurangkan masalahnya?
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Putatan yang sentiasa mengambil berat kawasan beliau dan juga di Malaysia amnya. Sememangnya itu yang kita lakukan. Saya sendiri sudah melawat kawasan tersebut. Kita akan sentiasa berbincang dengan kerajaan negeri sebab pembesaran jalan untuk membuat jalan dan juga persimpangan sama ada persimpangan bertingkat mahupun laluan khusus untuk motosikal, jejambat dan sebagainya yang boleh digunakan supaya dapat mengurangkan laluan traffic light dan sebagainya akan terus kita lakukan, berbincang dengan peringkat kerajaan negeri dan membuat kajian traffic study yang perlu dilakukan di kawasan tersebut.
Saya memahami bahawa kawasan sepanjang Kota Kinabalu ke Putatan dan terus ke Papar dan sebagainya adalah kawasan yang pesat membangun dan laluan trafik agak pesat. Akan tetapi untuk pembesaran jalan, kita memerlukan tanah dan tanah memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri. Bila kita mengambil tanah, ia merupakan satu yang sensitif sebab kita perlu berbincang dengan pemilik tanah. Perbincangan ini memerlukan perancangan yang agak teliti supaya ia tidak menjejaskan kependudukan pemilikan tanah itu sendiri dan sebagainya.
Oleh sebab itulah ia diperlukan perancangan yang agak teliti. Kita akan mengambil maklum apa yang dicadangkan, disarankan oleh Yang Berhormat Putatan untuk memastikan bahawa keselesaan pengguna ataupun keselesaan rakyat di jalan raya memang diberi tumpuan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan kementerian kami untuk memberi fokus memastikan pelaksanaan Pan Borneo ini dapat dipercepatkan, dijalankan dengan sebaik-baik mungkin.
Jadi, itulah komitmen kita kepada rakyat Sabah dan Sarawak khususnya. Terima kasih.
[Soalan No. 3 – Y.B. Datuk Madius bin Tangau (Tuaran) tidak hadir]
4. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan restoran yang mengutip cukai perkhidmatan setakat ini dan bilangan restoran yang akan mengutip GST selepas 1 April, 2015.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan GST ini bersekali dengan soalan-soalan daripada Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak pada 20 Mac, Yang Berhormat Labis pada 24 Mac dan 8 April, Yang Berhormat Tanjong pada 25 Mac, Yang Berhormat Pendang pada 26 Mac dan 31 Mac dan Yang Berhormat Kuala Selangor pada 27 Mac. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bilangan pengusaha restoran yang mengutip GST dijangka sebanyak 15,542 buah apabila GST dilaksanakan berbanding semasa cukai perkhidmatan di 4,357 buah restoran.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, cekap dan mesra peniaga. Langkah ini adalah juga selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan fiskal negara demi kesejahteraan rakyat. GST bukan merupakan cukai baru tetapi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada. Kerajaan mendapati terdapat kelemahan dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang perlu diatasi seperti kesan cukai berganda di mana pengguna sekarang terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan isu pemindahan harga yang memberi kesan kepada kutipan hasil.
Oleh itu, pelaksanaan GST mampu mengatasi kesan negatif kepada negara dan pengguna. GST dijangka memberi kesan sementara kepada indeks harga pengguna hanya pada kadar sebanyak 1.8%. Bagi memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat diambil kira, GST akan dikecualikan bagi kategori barangan keperluan asas yang akan dikenakan pada kadar sifar. Manakala perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman sebagainya dikecualikan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, golongan berpendapatan RM1,000 dan ke bawah membelanjakan lebih 33.4% daripada pendapatan mereka ke atas makanan dan minuman, manakala 31.4% lagi bagi perumahan, air, elektrik dan bahan api.
Dengan jumlah 64.8% ini, hampir kesemua barangan dan perkhidmatan untuk mereka yang berpendapatan rendah akan dikecualikan daripada GST.
Bagi meringankan beban rakyat kerajaan akan menyediakan pakej bantuan berikut kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
(i) bantuan tunai secara one-off berjumlah RM300 kepada penerima BR1M bagi tahun 2015. Jika pada tahun 2015 BR1M RM700, bererti ditambah RM300 menjadi RM1,000 BR1M pada tahun 2015. Angka yang sebenar akan diumumkan; dan
(ii) kadar cukai pendapatan persendirian dikurangkan antara 1% sehingga 3% bagi semua kumpulan pendapatan bercukai. Bagi mengatasi kenaikan harga oleh peniaga, kerajaan telah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan pada 1 April 2011. Dengan adanya akta ini yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pihak KPDNKK sedang mengambil langkah bagi memperkukuhkan unit penguatkuasaannya untuk memastikan peniaga tidak akan menaikkan harga dengan sewenang-wenang.
Bagi membantu pengguna mengetahui harga barangan dan perkhidmatan, kerajaan akan menyediakan panduan pengguna atau shoppers guide dengan izin, sebagai maklumat kepada perubahan harga sebelum GST dilaksana. Kerajaan juga akan memberi sebagai bantuan sokongan kepada peniaga setelah mengambil kira kos persediaan yang perlu ditanggung oleh mereka seperti kos menyediakan perisian perakaunan dan kos memfailkan borang cukai. Di samping itu, mereka perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membolehkan mereka menuntut kembali GST yang dibayar atas input perniagaan.
Program kesedaran dan latihan GST telah dijalankan semenjak tahun 2010 lagi kepada tiga golongan sasaran iaitu pengguna, peniaga dan jabatan kerajaan. Program penerangan GST kepada pelajar-pelajar sekolah, IPTA, IPTS, penduduk kampung juga turut dilaksanakan. Sehingga 28 Februari 2014, sebanyak 4,967 program telah dijalankan dan dihadiri oleh 271,288 orang. Bagi golongan peniaga yang merupakan kumpulan kritikal dalam pelaksanaan GST, kerajaan telah merangka dan sedang menjalankan program- program taklimat dan latihan melalui tiga kaedah iaitu sama ada dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta ataupun secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhir ialah perbelanjaan yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan.
(i) RM98 juta bagi sistem pengkomputeran GST yang telah pun siap dibangunkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
(ii) RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada syarikat kecil dan sederhana PKS, SME yang sedang diurus oleh Jabatan Kastam. Perisian ini akan dikendalikan oleh 55 buah syarikat dipilih oleh Jabatan Kastam;
(iii) RM100 bagi geran latihan, kursus, penerangan kepada peniaga yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan; dan
(iv) RM17 juta bagi program publisiti melalui pelbagai saluran media seperti di akhbar arus perdana, televisyen, radio, billboard, melalui media sosial, blogspot, laman web, Twitter, Facebook yang diurus oleh Kementerian Kewangan.
Berkenaan kos pelaksanaan GST di negara-negara lain, kos sebenarnya yang berbangkit adalah berbeza dan mereka tidak dedahkan melalui terbitan rasmi. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya dan terima kasihlah jawapan panjang lebar daripada Timbalan Menteri.
Saya rasa jawapan Timbalan Menteri telah mengesahkan bahawa selepas GST dilaksanakan jadi untuk rakyat jelata pergi luar, makan di restoran kosnya akan menjadi semakin tinggi kerana sekarang yang mengenakan cukai perkhidmatan hanyalah 4,000 buah restoran tetapi selepas GST dilaksanakan adalah sebanyak 15,000 buah restoran yang mengutip GST.
Selain daripada itu, mungkinlah Menteri akan cakap kita masih boleh pergi mamak stall untuk makan. Akan tetapi sebenarnya bil elektrik untuk mamak stall juga akan meningkat. Jadi kosnya untuk kita pergi luar untuk makan mesti akan meningkat. Jadi, saya hendak tanya di sini, adakah kementerian ini buat satu kajian sekiranya untuk kita rakyat jelata kita pergi luar untuk makan, kosnya semakin tinggi. Maksudnya untuk orang yang tidak mampu, kita akan kurangkan bilangan ataupun kurangkan kekerapan untuk kita keluar untuk makan di luar.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi, apa kesan dan impak kepada kegiatan ekonomi di negara kita sekiranya orang yang buat bayaran di luar atau makan di luar semakin kurang? Itu mesti ada satu kesan terhadap kegiatan ekonomi dan juga kepada perniagaan restoran-restoran ini dan sebagainya. Jadi mintalah satu penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat. Kesan kepada ekonomi secara keseluruhan apabila GST dilaksanakan, yang pertamanya, oleh kerana segala barangan yang dieksport tidak dikenakan GST, maka eksport kita akan bertambah dan jumlah pertambahan adalah sekitar 0.5% positif. Kesan kepada KDNK
(Keluaran Dalam Negara Kasar Negara) meningkat 0.3%. Kita telah melaksanakan impak GST kepada ekonomi. Pertanian, pemburuan, perhutanan, minus 0.5%; perikanan bertambah 1.7%; perlombongan, pengkuarian bertambah 0.5%; perkilangan bertambah 0.2%; elektrik, gas dan air bertambah 0.9%; kesan positif kepada sektor pembinaan, 0.5%; pemborongan dan peruncitan bertambah 0.5%; hotel dan restoran Yang Berhormat tanyakan tadi bertambah 0.9%; pengangkutan, penyimpanan, komunikasi tambah 0.4%; perantaraan kewangan minus 0.1%; hartanah, penyewaan, aktiviti perniagaan tambah 0.8%; pentadbiran awam, pertahanan bertambah 0.2%; pendidikan minus 0.1%; kesihatan, kerja sosial tambah 0.5%; perkhidmatan sosial, persendirian lain, 0.7%; dan isi rumah persendirian dengan orang bekerja bertambah 1.5%. Purata KDNK akan bertambah 0.3% apabila GST dilaksanakan dan ini adalah rumusan kepada kesan ekonomi bertambah positif apabila GST dilaksanakan. Terima kasih.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi.
Soalan susulan saya daripada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang tadi.
Dalam pelaksanaan GST ini yang merupakan struktur percukaian negara yang akan menjadikan a new revenue centre kepada pihak kerajaan secara efisien, apakah Kementerian Kewangan juga membuat persediaan dalam kita mengimbangi untuk mendapat new revenue centre ini, apakah diimbangi dengan suatu sistem untuk melihat
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
ada sistem yang akan mitigate the possible leakages ataupun amalan-amalan yang dianggap sebagai fraud, penipuan? Ini kerana dalam kebanyakan negara terutamanya negara-negara di bawah OECD yang telah mengamalkan GST ini, terdapat permasalahan yang ada kaitan dengan fraud terutamanya di negara-negara European dimana dilaporkan jumlah accumulative billion yang tidak dapat dikutip disebabkan beberapa perkara yang berlaku dalam fraud. Antaranya inflated refund claims, under reported sales, fictitious trading dan domestic sales yang disguise as export. Ini mungkin akan menjadi counter produktif kepada pengenalan GST.
Jadi persoalan saya, apakah Kementerian Kewangan mempunyai sistem yang selain daripada persediaan yang dibuat yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, untuk mitigate the possible leakages selepas ia dilaksanakan? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Baru-baru ini ISIS telah melaksanakan suatu forum GST peringkat nasional. Antara yang hadir ialah pihak Singapura dan juga pihak United Kingdom. Dimaklumkan di sini bahawa Singapura telah melaksanakan GST pada tahun 1994 dan kadar sekarang ialah 7% dan United Kingdom telah melaksanakan VAT yang serupa dengan GST sejak tahun 1974 lagi dan kadar VATnya ialah 20%.
Pihak United Kingdom atau Kastam Diraja United Kingdom memberitahu dalam seminar itu sebagaimana Yang Berhormat Kepala Batas memaklumkan, bahawa memang ada kejadian penipuan apabila GST dilaksanakan. Mereka dan kita, Kastam telah mengetahui tentang perkara ini beberapa tahun yang lalu lagi apabila kita telah menyediakan segala sistem mengenai GST dan kita amat yakin segala perkara yang telah kita pelajari daripada negara-negara yang telah melaksanakan, 160 buah negara telah melaksanakan GST ataupun 83% kepada negara dalam dunia telah melaksanakan GST.
Dalam sistem MyGST software yang kita adakan sekarang ini, ada mekanisme untuk mengambil kira risk ataupun risiko termasuklah penipuan-penipuan. Program audit bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengelak penipuan-penipuan ini juga kita laksanakan. Tujuan GST itu sendiri adalah untuk mengurangkan apa yang dipanggil sebagai the black economy ataupun underground economy. Segala-galanya ini boleh membantu secara keseluruhan menambahkan pendapatan negara.
Yang Berhormat Kepala Batas juga menyebut tadi tentang kebergantungan hasil.
Saya ingin maklumkan di sini, antara tujuan kita mengadakan GST ini kerana hasil negara pada saat dan ketika ini, 56.4% adalah bergantung pada cukai pendapatan sama ada cukai pendapatan syarikat ataupun cukai pendapatan individu. Terlalu bergantung pada cukai pendapatan ini kurang baik untuk ekonomi negara. Satu lagi, 32.6% hasil negara kita ini bergantung juga kepada hasil petroleum. Ini juga tidak baik untuk ekonomi pada jangka masa panjang. Itu juga antara sebab kenapa kita melaksanakan GST. Terima kasih.
5. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) mengapakah pelajar yang mengambil pengajian sains dengan pendidikan dan kejururawatan di IPTA tidak layak menerima biasiswa JPA; dan
(b) apakah status penggunaan Kad Diskaun Siswa dan skop penggunaannya pada masa ini. Adakah ia masih efektif untuk digunakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam adalah berasaskan kepada unjuran keperluan guna tenaga dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Penajaan bagi bidang pengajian sains dengan pendidikan adalah di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala penajaan bagi bidang kejururawatan adalah di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya akan memberi jawapan bertulis setelah menerima maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini juga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Mengenai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, ia telah diwujudkan dengan objektif untuk membantu mengurangkan perbelanjaan para pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Sehingga kini, sebanyak 1,577,279 Kad Siswa 1Malaysia telah dikeluarkan kepada pelajar yang berdaftar di 875 IPT awam dan swasta di seluruh negara. Selain itu, menerusi penambahbaikan inisiatif berkenaan, pada tahun 2013, Kad Siswa 1Malaysia juga diagihkan kepada para pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di IPT di luar negara.
Dapatan kajian oleh Universiti Putra Malaysia yang dijalankan pada tahun 2013 mendapati para pelajar IPT memberikan tahap persepsi yang baik dan berpuas hati kepada inisiatif Kad Siswa 1Malaysia. Di samping itu, KPDNKK turut mendapat respons yang positif dari rakan dagang yang terlibat berdasarkan kepada penggunaan Kad Siswa 1Malaysia di premis-premis perniagaan dan peningkatan jualan di antara dua peratus sehingga 10%.
Sehingga Februari 2014, sebanyak 419 rakan dagang telah menyertai inisiatif ini secara corporate social responsibility dengan 13 segmen bidang perniagaan yang ditawarkan. Bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak swasta yang prihatin. Ini membuktikan bahawa inisiatif Kad Siswa 1Malaysia ini masih efektif.
Yang Berhormat mungkin bertanya apakah segmen bidang perniagaan yang ditawarkan iaitu 13 yang saya sebutkan tadi yang terdiri daripada buku dan alat tulis, pakaian dan kelengkapan sukan, klinik kesihatan, optometri, penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, pusat rawatan kecantikan, produk IT, automatif, peruncitan, sukan dan rekreasi, pembelajaran, percetakan, cenderamata dan juga lain-lain. Terima kasih.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Terima kasih kepada jawapan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2012 terdapat 8,502 jururawat asing berkhidmat sama ada di hospital swasta atau awam. Jururawat ini contohnya datang dari Singapura seramai 512, Saudi Arabia seramai 369, India, Filipina dan lain-lain negara. Akan tetapi dalam masa yang sama pada tahun 2012, terdapat 8,000 lambakan ataupun jururawat yang tidak mendapat pekerjaan. Saya cukup yakin bahawa jumlah jururawat asing di dalam negara kita ini sekarang sudah bertambah. Begitu juga tambahan kepada jururawat yang masih menganggur.
Soalan saya, apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh kerajaan dan hospital swasta untuk membantu jururawat-jururawat ini untuk mendapat pekerjaan dan adakah kerajaan bersedia untuk menghantar pulang jururawat-jururawat yang sedang bekerja di sektor swasta atau awam ini pulang untuk diisi oleh graduan-graduan tempatan yang masih belum bekerja? Minta penjelasan.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, keresahan Yang Berhormat juga menjadi keresahan saya. Akan tetapi oleh kerana ini adalah di bawah Kementerian Kesihatan, saya akan panjangkan pertanyaan Yang Berhormat kepada kementerian yang berkenaan. Ini kerana sebagai Ahli Parlimen, saya juga mendapat tekanan daripada jururawat yang pergi belajar dan selepas itu mereka tidak ada peluang pekerjaan dan sesetengahnya bekerja di tempat yang tidak sesuai dengan apa yang mereka belajar.
Jadi Yang Berhormat, insya-Allah dalam mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat ini juga perkara ini akan dibawa ke sekian kalinya. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin menanyakan soalan tambahan sebab soalan ini ada kaitan dengan biasiswa. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bersedia untuk menjunjung Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang secara jelas memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, saya bacakan, “Walau apa-apa pun dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang Persekutuan mengikut apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan juga kedudukan anak negeri mana-mana negeri, Sabah dan Sarawak untuk memastikan antaranya biasiswa”. Jadi kalau kita lihat, memang ada satu jaminan dalam perlembagaan bahawa hak istimewa orang Melayu ini antaranya adalah biasiswa. Jadi persoalan saya, kenapakah
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
dalam keadaan adanya peruntukan yang jelas yang apa dipanggil dalam Artikel 153 ini adalah indigenous elements. Di samping kedudukan Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu dan juga kedudukan Artikel 153 ini, inilah satu sosial kontrak dan malah dalam Pakatan Rakyat kita telah bersetuju empat perkara ini tidak akan dikompromi. Jadi, kenapakah UMNO sebagai parti yang pentingkan Melayu tidak mempertahankan hak Melayu dalam perlembagaan? Sila jawab. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, tadi persoalan ialah berhubung dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. Kemudian saya bagi tahu bahawa Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan terlibat secara langsung mengenai biasiswa bagi jururawat dan juga bidang sains.
Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat tadi, jawapan itu ada di nombor lain, nombor berpuluh-puluh di belakang itu. Ada dipamerkan di situ sebab hari ini ada empat soalan mengenai JPA iaitu biasiswa yang telah kita berikan jawapan. Pada umumnya, saya hendak beritahu bahawa biasiswa yang dikeluarkan adalah berdasarkan percentage seperti berikut iaitu 77% bumiputera dan 23% bukan bumiputera. Ia terjadi dengan begitu cukup unik yang kita kira balik berkali-kali iaitu penduduk Malaysia terdiri daripada 77% bumiputera dan 23% bukan bumiputera. Jadi biasiswa pun demikian rupa.
Cuma persoalan Yang Berhormat tadi UMNO tidak mempertahankan perlembagaan.
Jadi bagus juga soalan tersebut bahawa UMNO yang sebenarnya mempertahankan perlembagaan, tetapi yang menumpang kepada perjuangan UMNO ini ialah puak-puak tuan-tuan. Contohnya macam Yang Berhormat Pokok Sena. Selalu kalau jumpa kita, hidup Melayu! Hidup Melayu! Mempermain-mainkan usaha UMNO untuk mempertahankan bumiputera tetapi bila sampai tentang kemudahan, keberuntungan, Yang Berhormat bangun mengumumkan bahawa UMNO tidak mempertahankan perlembagaan.
Kenapa PAS, orang-orang Melayu dalam PAS tidak mempertahankan perlembagaan? Bagi tahu kepada DAP dan juga PKR, Yang Berhormat harus mempertahankan perlembagaan tetapi bila sampai tentang perkara ini, Yang Berhormat menyebut bahawa UMNO tidak mempertahankan perlembagaan. UMNO tetap mempertahankan perlembagaan tetapi keberuntungan hasilannya orang PAS menumpang bersama. Contohnya BR1M, orang PAS duduk di depan untuk mengambil BR1M. Terima kasih.
6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) perancangan kementerian untuk membela nasib ibu tunggal selain daripada memberi bantuan kewangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
(b) sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk memberi insurans percuma kepada setiap ibu tunggal yang layak menerima bantuan JKM.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya menjawab soalan ini izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar Sekolah Menengah Paduka Tuan dalam Parlimen Sekijang di Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Lanang pada 19 Mac 2014 bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Kangar pada 24 Mac 2014 dan Yang Berhormat Rompin pada 2 April 2014 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memberikan perhatian yang khusus kepada kesihatan ibu tunggal. Dalam hal ini, kementerian menyediakan bantuan dan dana kepada golongan ibu tunggal seperti berikut.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Pertamanya, Skim Bantuan Kanak-kanak. Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kewangan di bawah Skim Bantuan Kanak-kanak bagi memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak ibu tunggal terpelihara. Pada tahun 2012, sebanyak RM121.26 juta telah disalurkan kepada sejumlah 41,179 orang ibu tunggal di seluruh negara untuk menampung keperluan sara hidup anak mereka. Bagi tahun 2013 iaitu hingga bulan November, seramai 44,027 orang ibu tunggal telah mendapat bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM126.41 juta.
Keduanya, bantuan am. Kementerian juga menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga ibu tunggal miskin menerusi Skim Bantuan Am. Bagi tahun 2012, sebanyak 20,099 keluarga ibu tunggal miskin telah menerima bantuan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.2 juta. Untuk tahun 2013 pula iaitu hingga bulan November, sejumlah RM40.05 juta telah disalurkan kepada 17,834 ibu tunggal miskin di seluruh negara.
Ketiganya, bantuan Geran Pelancaran. Kementerian memberi bantuan Geran Pelancaran kepada penerima bantuan JKM (ibu tunggal) bagi mereka memulakan projek ataupun aktiviti ekonomi agar mereka dapat berdikari dan seterusnya keluar dari kemiskinan. Geran Pelancaran ini diberikan secara one-off iaitu sebanyak RM2,700 bagi setiap penerima. Bagi tahun 2012, sejumlah RM779,936 telah disalurkan kepada 312 orang ibu tunggal sebagai modal permulaan untuk mulakan perniagaan. Bagi tahun 2013 sehingga bulan November, seramai 123 orang ibu tunggal telah menerima Geran Pelancaran melibatkan peruntukan sebanyak RM297,069.
Selain itu, kementerian juga menjalankan program untuk mengupayakan sosioekonomi bagi membantu ibu tunggal seperti berikut:
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
(i) Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT). Di bawah inisiatif ini kita menyediakan program meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terutama dalam bidang keusahawanan. Selain latihan kemahiran, para peserta turut diberikan pendedahan kepada kemahiran soft skill seperti komunikasi, keterampilan dan asas keusahawanan sebagai persediaan untuk mereka mulakan perniagaan sendiri. Sejak dimulakan pada tahun 2008 hingga tahun lalu, seramai 4,011 orang ibu tunggal telah menyertai Program I-KIT di seluruh negara. Pemantauan yang kita jalankan adalah dari tahun 2010 hingga 31 Disember tahun lalu seramai 2,074 orang ibu tunggal telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 50% daripada pendapatan asal;
(ii) Program e-jari bestari. Ini membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang jahitan atau kraf tangan yang boleh dikomersialkan. Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2008 hingga Disember tahun lalu, seramai 49,987 orang wanita termasuklah ibu tunggal telah menyertai program ini;
(iii) Kraf kreatif. Program ini menyediakan latihan kemahiran khusus dalam bidang kraf tangan kepada wanita yang berpendapatan rendah termasuklah juga ibu tunggal menerima manfaatnya;
(iv) Program 1Azam. Program ini ditawarkan kepada golongan wanita untuk menceburi perusahaan kecil dan mikro dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Secara khususnya Program 1Azam Niaga yang diselaraskan oleh kementerian telah memberi manfaat kepada seramai 2,451 orang ibu tunggal bagi tempoh 2011 hinggalah 2013; dan
(v) Kad diskaun skuad pengguna. Kad ini membolehkan pengguna menerima potongan harga hingga 50% bagi pembelian barang keperluan di 2,170 premis perniagaan di seluruh negara termasuklah Kedai Rakyat 1Malaysia. Inisiatif ini dapat meringankan beban golongan tersebut.
Dari bulan Januari hingga Disember 2013, seramai 24,497 orang ibu tunggal telah menerima kad diskaun skuad pengguna. Ibu tunggal yang ingin memohon kad diskaun ini
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
perlu berdaftar dengan mana-mana Persatuan Ibu Tunggal yang berdaftar di seluruh negara.
Selain daripada itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bentuk khidmat nasihat untuk meningkatkan jati diri ibu tunggal. Antaranya ialah Program Transformasi Minda Pra Usahawan Wanita, U-Boleh, seminar ilustrasi undang-undang, seminar menangani keganasan terhadap wanita, bengkel keselamatan, program pengurusan emosi, program respect wanita dan juga perkhidmatan kaunseling.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan pelaksanaan Skim Insurans Ibu Tunggal, Bajet 2014 turut meliputi pemberian caruman insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (I-BR1M) yang bernilai RM50 kepada semua penerima isi rumah BR1M.
Sebahagian besar penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan turut menerima I-BR1M. Terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa Skim Insurans Ibu Tunggal yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan dilaksanakan kerana BR1M 3.0 sudah ada insurans takaful. Akan tetapi, saya difahamkan bahawa rakyat yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak layak menerima BR1M.
Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang isu ini sama ada client JKM masih dapat memohon atau pun tidak? Saya juga menerima aduan bahawa ibu tunggal yang bukan client JKM yang menerima BR1M dikategorikan sebagai BRIM kategori bujang iaitu hanya menerima RM300. Setahu saya penerima BR1M kategori bujang tidak layak menerima insurans takaful. Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut? Jika Skim Insurans Ibu Tunggal tidak akan dilaksanakan, saya bercadang supaya ibu tunggal diberi insurans takaful secara automatik supaya masa depan keluarga ibu tunggal lebih terjamin. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih Yang Berhormat Lanang yang selalu prihatin terhadap masalah atau pun isu ibu tunggal ini. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya jawab tadi dalam soalan ini bahawa memang sebahagian besar daripada penerima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan menerima I-BR1M, termasuklah insurans tadi itu, tidak terkecuali.
Ini kalau ada Yang Berhormat ada maklumat yang ada penerima bantuan JKM tidak menerima BR1M ini, tolong maklumkan kepada kita supaya kita boleh siasat perkara ini. Okey, terima kasih.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi satu jawapan yang begitu komprehensif mengenai apa bantuan yang telah diberikan oleh pihak kementerian. Jadi, soalan tambahan saya adalah selain daripada bantuan-bantuan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya cuma hendak tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam usaha untuk membantu mendaftarkan golongan ibu-ibu tunggal miskin ini terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman mengambil kira kekangan pegawai di peringkat daerah seperti pegawai JKM di peringkat daerah yang kekurangan kakitangan itu.
Selain daripada itu juga saya juga mohon daripada Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan daripada langkah-langkah yang telah dinyatakan tadi, apakah lagi yang telah dibuat oleh kementerian untuk membantu ibu-ibu tunggal ini yang tidak berupaya. Bukan kerana dia sengaja tetapi dia tidak boleh untuk keluar mencari pekerjaan disebabkan mereka perlu menjaga anak-anak mereka di rumah. Jadi, apakah jenis bantuan yang boleh diberikan oleh pihak kementerian kepada ibu tunggal ini? Terima kasih.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Terima kasih adinda saya daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Parit Sulong.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Parit Sulong. Kita tidak payah stresslah dalam Dewan ini. Terima kasih di atas soalan tadi. Memang kementerian kita amat prihatin tentang nasib kumpulan sasar kita termasuklah ibu tunggal
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
kita. Walaupun terdapat masalah kekangan daripada segi pegawai dan kakitangan kita yang kurang mencukupi untuk kita reach out kepada kumpulan-kumpulan ini, tetapi kita telah mendapatkan khidmat daripada persatuan-persatuan ibu tunggal kita di seluruh negara di mana kita telah meminta persatuan-persatuan ibu tunggal ini supaya mendaftarkan ibu-ibu tunggal kita yang ada di seluruh negara.
Dengan cara ini kita dapat membantu mereka melalui pelbagai program di bawah kementerian kita dengan kerjasama persatuan-persatuan ibu tunggal. Ini kerana kalau kita bekerja bersendirian, tentu kita tidak akan dapat mencapai matlamat kita. Jadi, melalui mereka inilah kita sebenarnya dapat reach out kepada ibu tunggal-ibu tunggal. Program yang telah saya sebutkan tadi iaitu kad diskaun pengguna itu juga kita menggunakan atau pun kita bekerjasama dengan persatuan ibu tunggal kita supaya mereka membawa ibu tunggal ini, mengisi borang-borang permohonan mereka, hantar kepada kementerian kita dan kita akan kemukakan kepada KPDNKK dan seterusnya kita akan sampaikan.
Semuanya akan diluluskan untuk ibu tunggal kita.
Selain daripada itu kita juga ada, sekarang ini di bawah kementerian kita, kita ada program yang dipanggil Kumpulan Wanita Perwani 1Malaysia. Melalui Kumpulan Perwani yang kita sasarkan, kita akan mahu tubuhkan 100,000 kumpulan seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini. Di situ juga cara kita reach out kepada ibu tunggal-ibu tunggal kita.
Kita juga meminta mereka untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan Perwani mereka di seluruh kawasan Parlimen. Jadi, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada di sini boleh juga membantu kita melalui Perwani ini untuk kita dapat reach out kepada ibu tunggal kita dan mengenal pasti apakah permasalahan-permasalahan mereka yang masih lagi belum dapat kita tangani dengan sebaik mungkin.
Kita tidak mengatakan biarpun banyak program yang telah kita laksanakan kita tidak mengatakan bahawa semua program ini mencapai kejayaan 100%. Mesti juga ada kekurangan-kekurangan dan kita minta supaya pihak Yang Berhormat juga membantu kita dalam pelaksanaan. Kita membantu kumpulan sasar kita ini.
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Selain daripada itu, untuk ibu tunggal yang tidak dapat keluar daripada rumah, kita juga ada program yang dipanggil flexi work life. Ini kita bekerjasama dengan syarikat- syarikat yang telah pun bersetuju untuk mengadakan program flexi work life ini dan senarai syarikat yang mengiklankan peluang pekerjaan ini banyak. Saya ada di sini senarainya, terdapat 39 syarikat di mana mereka ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada wanita termasuklah ibu tunggal yang tidak dapat keluar daripada rumah tetapi boleh bekerja daripada rumah. Syarikat-syarikat ini banyak kalau saya bacakan tetapi saya boleh berikan nanti kepada Yang Berhormat secara bertulis. Antara lainnya ialah Discovery Planet Enterprise, Educare Consultancy, Exxon Mobil Business Support, Frost & Sullivan Malaysia, General Electric Power, Erickson Assessment, IBM Malaysia dan lain-lain lagi.
Jadi ini satu lagi program yang telah diperkenalkan oleh kementerian. Kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk membantu ibu tunggal kita. Dalam masa yang sama juga ada program lagi jika wanita kita ini, ibu tunggal kita ini ingin berniaga menggunakan internet daripada rumah, tidak perlu keluar maka ada program di bawah SKMM iaitu GMBO atau Get Malaysian Business Online di mana mereka boleh mengiklankan perniagaan mereka ataupun produk-produk mereka online dan ini mereka juga mendapat sumbangan ataupun bantuan daripada SKMM melalui program Get Malaysian Business Online ini iaitu RM1,000 untuk mereka mengadakan business mereka ataupun perniagaan mereka daripada rumah, tidak payah keluar daripada rumah. Inilah antara cara-cara kita membantu kumpulan sasar kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status pelaksanaan dan kejayaan pelan perparitan dan pengairan di Bandar Kota Samarahan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah siap menjalankan kajian Storm Water Management and Drainage Master Plan Study for Kuching
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
City and Kota Samarahan pada bulan Oktober 2010. Laporan kajian tersebut telah pun dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 19 November 2010. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, JPS telah memohon peruntukan bagi Projek Reka Bentuk Terperinci Saliran Mesra Alam Bandar Kuching dan Kota Samarahan sebanyak RM4 juta di bawah rolling plan kedua 2012-2013 Rancangan Malaysia Kesepuluh daripada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, permohonan peruntukan tersebut belum diluluskan. Sekian, terima kasih.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya, terima kasih juga saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah meluluskan program ataupun projek tebatan banjir untuk Kota Samarahan dan juga Bandar Kuching yang akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Namun begitu, bila kita melihat kelulusan ini, kita mendapati spot ataupun tempat Bandar Kota Samarahan tidak termasuk dalam program ataupun dalam pelan tebatan banjir berkenaan dan apa yang menjadi masalah kepada kita, isu pengairan dan saliran di Bandar Kota Samarahan menjadi isu utama pada masa ini memandangkan hujan satu jam pun banyak kawasan yang dilimpahi oleh air.
Oleh itu saya ingin hendak bertanya kepada Kementerian Alam Sekitar khasnya Jabatan Pengairan dan Saliran, adakah usaha ataupun adakah pelan yang dibuat untuk Kota Samarahan khasnya untuk menambah baik pelan pengairan dan saliran di Bandar Kota Samarahan memandangkan pelan pengairan dan saliran untuk Kota Samarahan saya rasa dah ketinggalan zaman lebih 20 tahun yang lepas, diluluskan, dirancang dan dilaksanakan. Kita sudah dapat melihat perubahan pembangunan di Kota Samarahan daripada kawasan pembangunan pertanian telah bertukar menjadi kawasan bandar yang dipenuhi dengan kawasan perumahan dan juga kawasan komersial, apatah lagi sekarang giat dalam pelaksanaan program pembangunan pendidikan di Bandar Kota Samarahan.
Oleh itu, saya juga mohon komitmen daripada kerajaan, berapakah kos ataupun berapakah peruntukan yang telah diberikan pada tahun lepas untuk program-program pembersihan sungai, program-program penambah baikkan outlets ataupun saliran-saliran air di Kota Samarahan? Terima kasih.
Dato Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Saya sememangnya sangat prihatin kepada Yang Berhormat kerana menyentuh perkara ini di Kota Samarahan sebab kawasan Yang Berhormat adalah berhampiran dengan kawasan saya sendiri juga. Jika pengairan dan saliran di kawasan saya tidak juga dibuat ataupun dilaksanakan, maka berlakulah apa yang dikatakan banjir kilat di kawasan-kawasan kita berdua. Seperti mana yang saya telah sebut tadi, kajian Storm Water Management and Drainage Master Plan Study untuk Kota Samarahan telah pun dibuat. Daripada situlah perancangan juga telah pun dibuat cumanya yang dipohon RM4 juta itu di bawah rolling plan kedua belum lagi diluluskan. Jika ianya diluluskan, semua perancangan rapi dan projek-projek yang seharusnya dilaksanakan akan dilaksanakan.
Namun demikian, banyak sudah projek-projek kecil yang telah pun dilaksanakan di Daerah Samarahan seperti penambah baikkan sistem saliran Kampung Sindang Daerah Samarahan pada tahun 2012 telah siap juga dibuat pada masa itu. Kedua, baik pulih sistem saliran juga di Kampung Sindang telah pun siap pada tahun 2012, naik taraf parit Kampung Tanjung Bundong siap pada tahun 2012, baik pulih parit Kampung Bukit Berangan siap pada tahun 2011, propose drainage improvement work RSK Muara Tuang Samarahan division siap pada 2012 dan construction and completion of propose drainage improvement work SK Muara Tuang Samarahan siap pada tahun 2013.
Walaupun ada projek-projek seperti ini sudah siap dilaksanakan, namun yang kita perlukan lebih banyak lagi di dalam Kota Samarahan itu sendiri kerana apa yang diperlukan adalah sistem perparitan ataupun master plan drainage. Itu yang amat diperlukan supaya banjir kilat tidak berlaku. Walaupun hujan tidak berapa lebat pun, banjir kilat berlaku. Ini disebabkan sistem perparitan tidak dirancang dengan sebaik-baiknya, itulah yang kita perlu yang RM4 juta ini. Kita masih pohon lagi daripada Unit Perancangan Negeri supaya ianya akan terus dibuat. Terima kasih.
8. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, jenis-jenis dan harga rumah yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Rumah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi
Jawapan sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya reka bentuk Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dipelbagaikan dan disesuaikan mengikut kumpulan sasar dan lokaliti seperti berikut. Rumah sesebuah sama ada satu bilik, dua bilik, atau tiga bilik.
Rumah satu tingkat berkembar (semi-detach), rumah teres dan rumah panjang bagi kaum bumiputera di negeri Sabah dan negeri Sarawak.
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan seunit rumah melibatkan kos sebanyak RM40,000 bagi Semenanjung Malaysia dan kos sebanyak RM50,000 bagi pembinaan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pelaksanaan PBR adalah dibiayai dalam bentuk geran percuma kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk projek bina baru atau membaik pulih rumah. Semua penerima bantuan tidak perlu membayar balik pembiayaan projek PBR berkenaan kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu perumahan atau Skim Bantuan Rumah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Isu yang kita hadapi pada hari ini ialah isu paras garis kemiskinan yang melayakkan mereka mendapat bantuan. Saya melihat syarat yang diberikan sebelum ini, kalau untuk luar bandar ialah pendapatan RM1,000 dan juga untuk di bandar RM1,500. Dalam keadaan hari ini yang kos kehidupan semakin meningkat, saya rasa kadar ini perlu dirujuk kembali. Adakah pihak kementerian berhasrat untuk menilai kembali paras garis kemiskinan tersebut? Saya juga hendak dapatkan maklumat, banyak manakah permohonan yang sudah dihantar kepada kementerian dalam tempoh 2013 dan berapa yang diluluskan? Erti, peratusannya kita hendak tengok. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Untuk garis panduan, kerajaan sentiasa melihat kepada keperluan sebagai review, ini berjalan sepanjang masa. Untuk makluman yang diminta bagi tahun 2013, kalau kita melihat kepada keseluruhannya, ringkasan prestasi pencapaian PBR NKRA mengikut wilayah bagi tahun 2013. Di Semenanjung Malaysia - penerima faedah 21,645; Sabah - 12,430; dan di Sarawak - 18,360. Jumlah - 55,090 penerima faedah.
Jadi, kalau kita melihat kepada pecahan prestasi peruntukan. Peruntukan untuk Semenanjung Malaysia yang dibelanjakan RM55,233,400. Jadi, untuk Sabah - RM68,446,000 dan untuk Sarawak - RM55,572,000. Jumlahnya RM179,251,400. Ini bagi tahun 2013 sahaja seperti mana yang telah diminta oleh Yang Berhormat, sebab program ini telah berjalan dari 2010. Kalau dari tahun 2010 hingga 2013, lebih besar lagi Yang Berhormat, jumlah yang menerima dan juga perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan. Terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tahu banyak bantuan yang telah diberikan oleh pihak kementerian di dalam membiayai Program Bantuan Rumah, terutamanya di kawasan luar bandar. Cuma soalan tambahan saya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian melalui pejabat daerah ada membuat satu pemantauan mengenai kualiti rumah yang disiapkan secara berterusan? Apakah tindakan dari pihak kementerian pula terhadap projek-projek bantuan rumah ini yang mendapat complaint atau yang mendapat respons, dibina mempunyai kualiti rumah yang sangat rendah? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Di peringkat kementerian, kita memang ada unit pemantauan, semua projek, termasuk projek bantuan rumah juga. Kita memang ada sistem itu. Jadi untuk kita meneliti, tanggungjawab ini memang diletak juga kepada pihak di peringkat negeri. Ini kerana kita di peringkat negeri, kita ada yang kita kata Pejabat Cawangan Negeri (PCN) yang boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang melaksanakan program ini.
Jadi, Yang Berhormat juga sebagai ahli focus group di peringkat daerah di kawasan berkenaan, Parlimen sendiri juga adalah ahli focus group. Semua mereka ini bolehlah menyampaikan kepada kementerian untuk memberi maklum balas sebab kita amat prihatin kepada masyarakat yang perlu kita beri rumah ini. Kita tidak hendak mereka ini diberi rumah yang kurang kualiti ataupun tidak sampai ke tahap yang sepatutnya dibina untuk mereka. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan tidak mengganggu alam sekitar yang sedia ada yang menjadi punca berlakunya banjir terutamanya di kawasan Sepanggar.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pematuhan kepada peraturan, garis panduan, pelan dan manual yang digariskan oleh pihak berkuasa tempatan adalah penting dalam meluluskan dan melaksanakan projek-projek pembangunan seperti berikut:
(i) pematuhan oleh pihak pemaju ke atas peraturan di dalam Undang-undang Kecil Kerja-kerja Tanah di bawah pihak berkuasa tempatan atau PBT;
(ii) setiap pembangunan yang baru juga diwajibkan mematuhi garis panduan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) yang terkandung dalam manual Saliran Mesra Alam atau MASMA, khususnya penyediaan erosion and sediment control plan ataupun ESCP, bagi kerja-kerja tanah sebagai langkah untuk mengelakkan kelodak dari memasuki sistem perparitan sedia ada dan sungai;
(iii) Pelan Mitigasi bagi setiap kerja tanah perlu disediakan sebelum kerja-kerja tanah dimulakan dan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa dengan kerjasama PBT dan;
(iv) pelaksanaan kajian environmental impact assessment ataupun EIA dan pematuhan kepada syarat-syarat EIA perlu juga dibuat dan dijalankan.
Sekian, terima kasih.
Datuk Jumat bin Haji Idris - Sepanggar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di kawasan Sepanggar, lebih kurang 300 ekar kawasan tadahan air bakau telah pun di tebus guna untuk tujuan pembangunan. Ini menjadikan kawasan sungai menjadi cetek. Soalan saya, apakah kementerian mempunyai peruntukan khusus untuk kerja-kerja pemeliharaan sungai? Kedua, apakah tindakan kementerian untuk menghalang sampah sarap sampai ke laut dari yang dibawa daripada sungai? Terima kasih.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Pertama, pembersihan sungai. Sememangnya kementerian memohon daripada pihak EPU untuk mendapatkan peruntukkan pembersihan sungai. Itu jika ada permohonan ataupun cadangan daripada pihak berkuasa tempatan daripada Sepanggar. Oleh itu saya sarankan kepada Yang Berhormat Sepanggar untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan di situ untuk memohon kepada kementerian supaya kementerian boleh masukkan di dalam rolling plan ataupun di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Kedua, sampah sarap ini ialah masalah masyarakat. Di mana-mana pun di dalam sungai, sampah sarap memang ada. Sebahagiannya dibuang oleh kita di mana-mana kawasan. Kenapa perlunya kita buang sampah sarap di dalam sungai? Ini jadi masalah.
Oleh itu tanggungjawab ini adalah di bawah pihak berkuasa tempatan. Kalaulah pihak berkuasa tempatan memungut sampah sarap daripada rumah ke rumah ataupun daripada kedai-kedai komersial, bangunan komersial dan sebagainya, maka sampah sarap ini sudah tentu rakyat tidak buang ke dalam sungai. Ini juga adalah satu saranan saya agar sampah sarap ini dipungut dengan lebih kerap lagi oleh pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.
10. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Perdana Menteri menyatakan, statistik lengkap jumlah Penolong Pendaftar Pemilih bagi tahun 2013 dan statistik terkini 2014 mengikut daerah serta jumlah perbelanjaan, jumlah petugas dan logistik mengikut kawasan Parlimen semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, dan pilihan raya-pilihan raya kecil dari tahun 2008 sehingga kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya sangka soalan ini tidak naik.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2013, terdapat 4,261 Penolong Pendaftar Pemilih yang masih sah pelantikannya. Pada bulan Januari 2014, jumlah Penolong Pendaftar Pemilih yang masih sah pelantikannya telah berkurangan kepada 2,219. Berhubung dengan statistik terkini bagi tahun 2014, ia tidak dapat dimaklumkan kerana pendaftaran bagi suku tahun pertama iaitu 1 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014 masih lagi dibuat dan dijangka diwartakan pada Mei 2014.
Berdasarkan daftar pemilih tambahan suku tahun keempat tahun 2013, jumlah pemilih bagi seluruh negara adalah seramai 13,411,747 orang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah 20 pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan sejak tahun 2008. Dalam melaksanakan PRK, ia melibatkan perbelanjaan kewangan bagi menampung setiap kos perbelanjaan dan perkhidmatan yang digunakan untuk setiap pilihan raya kecil yang dijalankan. Ini kerana peruntukan perbelanjaan tersebut disediakan dengan mengambil kira keperluan-keperluan seperti kos latihan kepada petugas-petugas pilihan raya, bayaran lebih masa kepada para petugas, bayaran sewa, bahan-bahan makanan, bekalan bahan mentah, bekalan pejabat, pengangkutan, bayaran honorarium serta perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain.
Jumlah perbelanjaan bagi setiap PRK adalah tidak sama dan ia berbeza bergantung kepada jumlah pengundi, petugas SPR, pusat mengundi, saluran mengundi dan keluasan bahagian pilihan raya kecil tersebut. Semua perbelanjaan yang dibuat dalam PRK adalah mematuhi segala peraturan dan tatacara kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Dalam 20 PRK ini termasuklah PRK Permatang Pauh di mana calon itu berhenti untuk memberi peluang kepada calon yang lain untuk bertanding. Ini tidak termasuk Kajang yang sedang berlaku sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Alang-alang tambah, tambah satu lagi. Tidak boleh?
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 20 Mac 2014.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”.
[18 Mac 2014]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) dan 36(12) iaitu menyakitkan perasaan sesuatu kaum dan juga mengelirukan Dewan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Kes mana Yang Berhormat?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya ingin merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Santubong semalam semasa beliau menjawab bahawa statistik statutory rape di mana 80% daripadanya adalah terdiri daripada orang Melayu. Sebanyak 20% daripada kes- kes yang dilaporkan itu adalah daripada kaum-kaum bukan Melayu. Beliau memberi alasan bahawa statistik sebegitu kerana - mungkin kerana kaum-kaum lain, pihak-pihak lain boleh terima aktiviti-aktiviti seks di antara remaja yang di bawah 16 tahun. Apa yang dikatakan oleh beliau adalah bahawa kaum-kaum lain seperti Cina, India, Iban, Bidayuh, Dayak, Dusun dan Kadazan, mereka boleh terima statutory rape. Oleh sebab itu, statistik yang dilaporkan begitu rendah hanya 20% sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak ada asas dan ini menghina kaum-kaum lain. Saya rasa sebagai seorang Timbalan Menteri, seharusnya perkataan sebegitu tidak harus dikatakan oleh beliau dalam Dewan yang mulia ini. Kalau dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, kita terimalah. Dia selalu kata apa-apa sahaja.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Itu sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Okey, okey, okey. Tarik balik, tarik balik, tarik balik, tarik balik.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini sangkaan jahat.
[Ketawa]
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tarik balik, tarik balik, tarik balik.
Akan tetapi kalau dikatakan oleh seseorang yang begitu arif yang juga seorang peguam yang begitu berpengalaman, saya rasa ini tidak patut dilakukan dan saya harap Tuan Yang di-Pertua supaya buat satu ruling supaya mengarahkan beliau untuk tarik balik dan minta maaf kepada semua kaum yang bukan Melayu di Malaysia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya tidak - Peraturan Mesyuarat 36(12) adalah untuk merujuk ahli yang berkenaan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Berdasarkan kepada maklumat Yang Berhormat bentangkan sekarang ini adalah ketidakpuasan hati Yang Berhormat terhadap jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ini telah menghinakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Itu berlaku dalam sesi soal jawab semalam Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Yes.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya kurang pasti perkara ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ya, saya hendak tunggu Hansard pun belum diupload dalam website.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak apa Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Oleh itu, kerana inilah masa yang harus kita bangkitkan isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat pun...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
...Oleh itu, saya bergantung kepada laporan yang di...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Okay, to be fair. Yang Berhormat sendiri pun tidak merujuk Hansard dan saya sendiri pun tidak mempengerusikan Dewan ketika itu. Kita...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bolehkah kita tangguhkan sehingga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
...Duduk dahulu, sabarlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya putuskan. Saya rasa Yang Berhormat, saya ambil teguran Yang Berhormat ini dan kelak nanti saya akan minta Yang Berhormat Speaker untuk membuat keputusan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat baru mula. Ada 15 minit Yang Berhormat.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Ya, 15 minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon turut serta mengambil bahagian di dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah diperdengarkan di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya Titah Baginda cukup holistik dan terangkum serta menjadi manifestasi keprihatinan baginda pelbagai aspek kehidupan serta cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada waktu dan ketika ini.
[Timbalan Yang di Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini yang diberi, saya dengan seluruh rakyat di kawasan Hulu Rajang menzahirkan rasa prihatin dan simpati terhadap keluarga- keluarga mangsa insiden MH370. Di harap agar mereka tabah dan terus memberi sokongan kepada pasukan mencari dan menyelamat yang bersengkang mata mengerah sehabis tenaga dalam meneruskan misi pencarian mereka. Di sebalik tragedi ini, suka saya melihat masyarakat Malaysia pelbagai kaum tanpa mengira bangsa dan agama tampil bersama mendoakan keselamatan mangsa insiden ini serta memberi sokongan dan moral kepada ahli keluarga mangsa. Inilah bukti semangat 1Malaysia masih hidup dan terus dikekalkan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengetengahkan keperluan mendesak pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman seperti di kawasan Hulu Rajang.
Mujur pihak Kementerian Kerja Raya mendengar rintihan rakyat di kawasan saya. Berterima kasih kerana jajaran dari Bakun ke Sungai Asap telah pun siap dinaik taraf. Akan tetapi, apa yang saya khuatir adalah jalan ini sering digunakan oleh lori-lori balak yang mengakibatkan kerosakan jalan yang baru disiapkan.
Jumlah lori-lori yang tidak membayar cukai jalan ini melebihi jumlah pengguna jalan raya yang menggunakan kenderaan persendirian. Maka, saya memohon tindakan segera pihak berkuasa turun padang bagi melihat sendiri masalah ini dan mengenakan tindakan kepada pemandu-pemandu lori yang melanggar undang-undang di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya juga ingin bertanya mengenai status pembinaan beberapa jalan raya yang saya pernah bangkitkan pada sidang yang lepas iaitu jalan raya Rumah Juntan ke Rumah Bengau, jalan raya sebelah kanan mudik ke Sungai Mujong ke Nanga Melinau serta jalan raya dari Nanga Munjong ke Nanga Gaat sebelah kanan mudik Sungai Baleh dan juga jalan dari Pekan Belaga ke Nanga Merit dan seterusnya ke Kapit. Saya berharap agar pembinaan jalan raya ini dapat disegerakan bagi memudahkan pergerakan harian penduduk di kawasan Hulu Rajang agar mereka tidak bergantung kepada pengangkutan air.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih lagi ingat menyentuh mengenai isu keselamatan penggunaan pengangkutan sungai khususnya di Sungai Batang Baleh di mana terdapat banyak bangkai tongkang. Bangkai-bangkai tongkang ini tersadai sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan untuk diapungkan semula. Keadaan ini membahayakan keselamatan penumpang yang menggunakan laluan sungai ini waktu siang dan malam. Isu ini pernah saya bangkitkan tetapi tindakan masih belum lagi diambil. Saya khuatir jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan kemalangan kepada penduduk yang sering melalui sungai ini untuk ke pekan yang berdekatan. Janganlah sampai sudah terhantuk baru tengadah.
Oleh yang demikian, sekali lagi saya menyeru kepada Kementerian Pengangkutan untuk bekerjasama dengan pihak Lembaga Sungai-sungai Sarawak untuk mengambil tindakan segera menyelesaikan isu ini. Di sini juga saya juga ingin membangkitkan mengenai feri di kawasan saya, di Metalun, di Murum Daerah Belaga yang mengenakan tambang yang terlalu tinggi. Contohnya kenderaan empat roda milik tempatan yang ingin menggunakan perkhidmatan feri tersebut akan dicaj sebanyak RM150 sekali, manakala caj berbeza mengikut jenis kenderaan. Ini bermakna tambang ferinya lebih mahal daripada tiket kapal terbang dari Kuching ke Sibu. Maka, saya memohon pihak kementerian berkenaan dan agensi negeri seperti Lembaga Sungai Sarawak untuk memandang serius akan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, mewakili para guru di kawasan Parlimen Hulu Rajang, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang bercadang untuk menambahbaikkan PBS agar lebih mesra guru. Langkah ini dilihat dapat mengurangkan beban tugas guru khususnya guru yang berkhidmat di pendalaman. Saya percaya para pegawai pendidikan harus berdedikasi, berkomitmen dan komited untuk melakukan yang terbaik bagi masa depan pendidikan negara agar bersama-sama dengan saya turun padang untuk memantau segala permasalahan.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya menyentuh mengenai kemudahan perkhidmatan kesihatan di kawasan saya khususnya rawatan pesakit buah pinggang menggunakan mesin dialisis. Saya mendapati klinik-klinik di kawasan Sungai Asap dan juga di Belaga tidak dilengkapi dengan kemudahan mesin dialisis untuk pesakit-pesakit buah pinggang. Mereka yang menghidap penyakit ini terpaksa mendapatkan rawatan dialisis sama ada di Hospital Bintulu dan Sibu dan keadaan ini mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kos
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
pengangkutan yang agak tinggi kerana pesakit perlu menghadirkan diri sekurang- kurangnya dua atau tiga kali dalam seminggu ke Hospital Bintulu dan Sibu.
Saya juga memohon agar klinik kesihatan di Long Busang dan juga di Bakun dapat diluluskan pembinaannya dan dibekalkan dengan peralatan kesihatan yang lengkap berikutan kedudukan kawasan ini terletak jauh di sempadan Malaysia dan Indonesia.
Sekurang-kurangnya mereka harus dibekalkan dengan peralatan yang lengkap bagi mengendalikan kes-kes kecemasan di kawasan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya di Sungai Asap terdapat empat anggota polis sahaja yang ditempatkan untuk menjaga keselamatan di kawasan komuniti Sungai Asap yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 12,000 orang. Ini tidak termasuk dengan ladang-ladang terbesar di kawasan tersebut. Sesungguhnya nisbah ini jelas menunjukkan bilangan anggota polis di kawasan ini tidak memadai di dalam melaksanakan tugas menjaga keamanan di kawasan ini. Tambah pula empat orang anggota polis ini hanya dilengkapkan dengan sebuah kereta Proton untuk melindungi kawasan Sungai Asap yang begitu luas selain bentuk muka buminya menyukarkan akses ke kawasan-kawasan tertentu.
Oleh itu, saya menyeru dan memohon kepada kementerian berwajib iaitu KDN supaya memastikan penambahan jumlah anggota polis ini dilakukan dengan segera mengikut nisbah yang sesuai dengan jumlah penduduk yang ramai. Saya juga meminta agar didirikan dengan segera sebuah balai polis di Sungai Asap bagi memudahkan tugas pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di sini.
Tuan Yang di-Pertua, kelengkapan jaringan sistem telekomunikasi menjadi kayu pengukur kepada tahap pembangunan sesebuah kawasan itu. Saya berterima kasih di atas usaha kerajaan dalam mendirikan menara-menara telekomunikasi di kawasan saya. Di sini saya ingin memohon kepada kementerian untuk mendirikan lagi menara telekomunikasi ini di Punan Bah dan di Punan Sama di daerah Belaga. Namun, saya difahamkan kebanyakan daripada menara ini masih belum berfungsi sepenuhnya dan rakyat sering tertanya-tanya akan apakah status serta fungsi sebenarnya menara telekomunikasi ini seolah-olah menara ini adalah sekadar tiang yang tiada berfungsi.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Maka saya ingin bertanya, apakah status menara telekomunikasi ini dan sampai bilakah ia boleh beroperasi? Saya mohon agar pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan penyediaan menara ini agar penduduk dapat menikmati kemudahan penggunaan telefon bimbit bagi memudahkan mereka berhubung di antara satu sama lain.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh berkenaan isu pengagihan barang bersubsidi seperti ‘Community Drumming’ dengan izin, di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar seperti kawasan Hulu Rajang. Saya sangat bersetuju dengan aduan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Bintulu mengenai masalah berkaitan dengan syarikat yang dilantik sebagai transporter dengan izin, barangan bersubsidi. Kebanyakan syarikat ini dari luar kawasan dan mereka ini tidak tahu akan lokasi point of serving dengan izin, di sebuah kawasan pedalaman yang luas seperti di Hulu Rajang ini.
Keadaan ini mengakibatkan pelbagai kesukaran seperti melambatkan proses penghantaran barang di mana rakyat sekarang menegur wakil rakyat. Ini kerana transporter dengan izin, tidak terdiri daripada penduduk tempatan. Lantas, keadaan ini merumitkan proses penyampaian barang bersubsidi ini. Maka, saya berharap agar pihak kementerian dapat meneliti semula sistem penyampaian barang bersubsidi ini dalam membantu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kadar pertubuhan populasi penduduk yang kian meningkat dari tahun ke tahun, saya percaya projek perumahan PR1MA ini amat perlu untuk dipanjangkan ke kawasan Kapit dan Hulu Rajang. Ini kerana harga pasaran rumah-rumah seperti rumah-rumah teres adalah terlampau tinggi dan di luar daripada keupayaan mampu milik rakyat di Kapit dan Hulu Rajang yang kebanyakannya berada di dalam kelompok yang berpendapatan rendah seperti golongan petani, pekebun, penternak dan sebagainya.
Tambahan pula, kenaikan kos sara hidup yang sukar dikawal turut dirasai oleh penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Kapit dan kawasan Parlimen Hulu Rajang. Oleh
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
itu, saya ingin memohon agar dipertimbangkan untuk memanjangkan projek pembinaan perumahan PR1MA di kawasan saya dan juga di kawasan Kapit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Hulu Rajang boleh gulung.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Tunggu dulu, sedikit lagi.
Peluang bekerja di Empangan Bakun. Saya ingin mengetengahkan isu mengenai pengambilan pekerja anak tempatan khususnya di Sarawak. Pembinaan Empangan Bakun yang terletak di kawasan saya sekitar 80-an yang lalu, orang-orang tempatan pernah dijanjikan peluang bekerja di Empangan Bakun. Namun, sejak itu saya mendapati terdapat ketidakseimbangan dari segi pengambilan pekerja profesional dan yang tidak profesional seperti yang pernah dipersetujui pada ketika awal pembinaan empangan dahulu. Sekarang ini Empangan Bakun sudah siap, tetapi menyedihkan penduduk tempatan hanya diberi tempat yang begitu terhad di mana peluang pekerjaan yang ada diisi oleh pekerja-pekerja dari luar negara atau luar negeri.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mohon agar kerajaan dapat meneliti isu ini agar ia tidak menjadi seperti tumbuh yang manis pada awalnya tetapi kelat di hujungnya.
Kerajaan harus menilai semula polisi serta kuota pengambilan pekerja dari kalangan anak tempatan agar mereka tidak dibelenggu dengan masalah pengangguran. Nescaya, jika diasah dan didik dengan teliti, anak-anak tempatan juga mampu menyumbang tenaga di dalam projek-projek kerajaan.
Sekejap sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili penduduk di kawasan di Hulu Rajang berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian BR1M baru-baru ini. Ini adalah kali ketiga pemberian BR1M dilaksanakan dan seharusnya proses ini berjalan dengan lancar. Namun, rakyat mengadu kepada saya mengenai pelbagai masalah yang timbul seperti masalah akaun bank, malah ada yang tersenarai pada BR1M sebelum ini tidak lagi tersenarai pada kali ini. Wakil rakyat sering dihujani dengan pelbagai persoalan seperti mengapa individu yang jelas berkemampuan turut layak menerima BR1M. Maka, saya berharap agar sistem penyampaian BR1M yang akan datang dapat diperhalusi agar bantuan dapat sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.
Untuk mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya akhiri dengan serangkap pantun, Tuan Yang di-Pertua.
Dari Bakun menyusul ke Baleh, Pemandangan indah luas terbentang, Sebelum mengundur hamba ucap terima kasih, Harap bersua di lain sidang. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Ya, Yang Berhormat Kepong dengan pantunnya. Sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, negara ini sedang ditimpa krisis besar MH370. Teknologi penerbangan adalah canggih tetapi kadangkala teknologi ini canggung juga. Syaitan mengacau, biarkan bomoh campur tangan. Kerajaan melalui pemangku Menteri Pengangkutan ada berjanji akan berikhtiar, berusaha untuk menyelesaikan masalah.
Terdorong kaki badan merasa, Terdorong lidah hemas padahannya. Semua ini mesti dikotakan, janji mesti ditepati dan juga kerja mesti ditanggung dengan baik. Akan tetapi nampaknya ada orang “menegak juek sesudah menjahit”. Kejadian ini boleh berlaku di mana-mana negara. Boleh berlaku di mana-mana negara.
Akan tetapi yang penting sekali itu, kita dapat pakar dari Amerika Syarikat, Boeing, United Kingdom, Perancis, China dan sebagainya. Apa yang penting sekali Yang Berhormat, kita mesti menonjolkan profesionalisme, mesti menonjolkan ketelusan dan kecekapan untuk
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
menangani masalah media di seluruh dunia yang tidak ada maaf-maaf kepada sesiapa yang buat salah, yang itu kata yang salah. Itulah masalah kita. Saya berharap pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat mempertingkatkan profesionalisme, mempertingkatkan kecekapan dan juga dapat mempertingkatkan ketelusan untuk menangani krisis yang masuk minggu yang kedua sudah. Semoga semua dapat diselesaikan dengan cepat.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya menuju kepada Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang kerana ini kena mengena dengan insinerator yang akan diadakan di Batu Pahat, Melaka dan juga di Taman Beringin, Kepong. Kita sedar bahawa sisa pepejal, sampah sarap merata-rata.
Tabiat orang Malaysia pun mesti diubah untuk mengasingkan sampah sarap ini untuk tidak membuangkan sampah merata-rata tempat. Tabiat yang tidak betul. Ini termasuklah daripada Yang Berhormat Hulu Rajang dan yang daripada mana-mana pun.
Di sini, walaupun pihak kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mengatakan akan ada tiga insinerator dan menunjukkan di Tokyo, Seoul, Amsterdam dan di mana-mana pun di tengah bandar raya pun orang terima, tetapi yang penting sekali itu rakyat di Kepong dan di Wilayah Persekutuan tidak mahu pencemaran alam sekitar.
Walaupun ada saya diberitahu sudah ada tender dan sebagainya, saya hendak Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah jenis tender yang sudah diadakan, apakah berjaya untuk melantik kontraktor yang kompeten? Adakah kita mesti memastikan tidak ada pencemaran berlaku kalau dibina kelak dan sebagainya. Rakyat hendak memastikan tidak ada pencemaran. Alam sekitar itu mesti kita jaga dengan baik.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai dasar untuk mengatasi dunia tanpa pendatang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita diberitahu di dalam Dewan yang mulia ini pendatang yang didaftarkan hanya lebih 2 juta orang tetapi pendatang tanpa izin atau PATI mungkin 800,000. Bagi kita, kita tidak tahu bilangan, mungkin 2 juta orang, mungkin 3 juta orang dan bidang-bidang tertentu termasuk perladangan, pembinaan, perniagaan, penjaja dan sebagainya memang ramai pendatang sama ada dengan izin ataupun PATI. Apabila pihak kerajaan mengadakan kempen untuk membersihkan, kempen pembersihan kita boleh nampak penjaja-penjaja itu sudah tutup dan tidak ada perniagaan. Ini menunjukkan banyak bidang bergantung kepada pendatang sama ada dengan izin atau pun tanpa izin.
Saya menyeru supaya kita adakan dasar dan langkah untuk mengatasi dunia tanpa pendatang. Ini termasuklah mengadakan kilang-kilang dengan teknologi yang menyesuaikan dengan keadaan dan sebagainya. Ini memang kita perlukan satu dasar untuk dunia tanpa pendatang pada suatu hari kelak dan kalau tidak silap saya memang pendatang daripada Indonesia. Indonesia ini kaya-raya sama ada di dalam bumi mereka ataupun di laut mereka, memang kaya dan rakyat mereka 240 juta orang ada yang cerdik pandai dan pada suatu hari kelak mungkin mereka akan lebih kaya, lebih maju dan lebih dinamik daripada Malaysia. Pada masa itu mungkin rakyat Malaysia akan berhijrah ke Indonesia untuk mencari kerja juga. Kita mesti ingat kalau tidak ada dasar untuk mengatasi masalah pendatang di semua bidang kita mesti akan menghadapi krisis seperti MH370.
Ada 8 minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya betul.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Seterusnya mengenai dasar bahasa kita. Saya pergi ke Jogjakarta saya nampak orang Indonesia, walaupun kita sudah setuju Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sudah setuju kita ada bahasa baku, ejaannya baku tetapi saya nampak di Indonesia tidak ada baku. Mereka gunakan ejaan yang dahulu dan tidak ada baku.
Saya nampak di Indonesia mereka tidak menganggap bahasa Indonesia ini serupa dengan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu, tidak serupa walaupun ada berkaitan kerana kedua-duanya bermula daripada Istana Melaka dan kemudian istana di Johor. Ini bukan bahasa Riau kebetulannya. Ini bahasa daripada Istana Melaka dan kedua-dua bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia itu bermuara pada bahasa Istana Melaka.
Sungguhpun begitu, mereka tidak setuju kita serumpun. Mereka kata bahasa Indonesia tidak serupa. Sejak 11 September 2001 berlaku Al-Qaeda meletupkan bangunan
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
besar di New York itu, Amerika Syarikat sudah mengisytiharkan bahasa Indonesia bahasa kritikal bagi mereka kerana dituturkan oleh 240 juta orang. Bukan bahasa Malaysia dan ada perbezaan. Kalau kita tengok buku-buku daripada pujangga di Indonesia Abdoel Moeis, Pramoedya Ananta Toer dan di Malaysia Pak Sako, Samad Said, Shahnon Ahmad, Keris Mas dan sebagainya, kita nampak ada perbezaan bukan sahaja dengan serapan perkataan Belanda, serapan perkataan English dan sebagainya ada perbezaan dari segi semangat, dari segi batin dan dari segi jiwa.
Oleh sebab itulah saya hendak pihak kerajaan terutama Dewan Bahasa dan Pustaka, apakah dasar terus menerus untuk memperkembangkan bahasanya sebab bahasa Indonesia dikembangkan dengan ada kerusi-kerusi pengajian bahasa Indonesia di Australia kerana Australia meletakkan bahasa Indonesia sebagai tiga bahasa yang terpenting selain daripada bahasa Inggeris, termasuk Mandarin dan bukan bahasa Malaysia, tidak ada langsung. Kalau kita tengok, kita hanya ada kerusi pengajian Melayu memang di Universiti Wellington dan juga ada bahasa ini kerusi bahasa di Beijing Foreign Studies University ditanggung oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negara China dan juga oleh YTL Corporation. Itu sahaja kita nampak dan satu dua lagi universiti di Amerika Syarikat.
Oleh sebab itulah saya menyeru supaya pihak kerajaan dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah dasar terus-menerus untuk memperkembangkan bahasa ini kerana bahasa Indonesia tidak mengiktiraf bahasa Malaysia. Kita mesti faham, kita mesti sedar apakah pendapat pihak orang Indonesia terhadap bahasa Malaysia.
Seterusnya ada tiga minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ada tiga minit lagi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu di Malaysia kita ada 10,000 buah sekolah. Ada 224 buah kolej swasta, ada 28 buah kolej universiti, 21 buah universiti swasta dan 20 buah universiti awam dan lima buah kampus universiti seberang laut. Di sini kecuali 10,000 sekolah itu kita ada kelas bahasa Malaysia dan sebagainya di universiti dan kolej universiti dan kolej swasta ini, apakah tahap bahasanya dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, di sini ada dua minit lagi. Mengenai pembaziran makanan. Di dunia ini ada lebih satu bilion orang tidak ada makanan atau kurang makan, ada yang lapar dan di Malaysia pun tidak banyak yang lapar. Kalau rajin tidak akan lapar. Walau bagaimanapun di bandar raya kita misalnya di Petaling Jaya, di Kuala Lumpur kita bazirkan makanan. Kalau kita nampak sisa pepejal kita dari Kuala Lumpur atau dari Petaling Jaya kadangkala ada 50% sisa pepejal makanan. Saya tahulah di dunia kita ini, setiap tahun kita bazirkan 1.3 bilion tan makanan yang cukup untuk memberi makanan kepada semua manusia di dunia ini dan ini melibatkan trilion dolar. Saya berharap pihak kerajaan dapat memberitahu kita, apakah dasar makanan untuk Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Lawas, selepas Yang Berhormat Lawas...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tadi yang perkara yang saya sebut mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, saya sudah dengar dari bilik Ante Chamber tadi.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sekarang sudah ada itu Hansard, sudah siap. Saya ingin...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Boleh saya, kita tangguhkan untuk kita rujuk dahulu Hansard ini.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Sudah, sudah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Nanti, saya akan buat keputusan.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, ya nanti saya akan buat keputusan setelah saya merujuk kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Lawas, selepas Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Sepang.
Dato' Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke-13 pada 10 Mac yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin bagi pihak penduduk-penduduk kawasan Parlimen Lawas, melahirkan perasaan sedih dan simpati kepada keluarga penumpang-penumpang dan anak kapal penerbangan MAS MH370 yang malang. Akibat kehilangan pesawat tersebut, banyak persoalan yang tidak terjawab. Apa yang penting rakyat Malaysia tidak kira latar belakang, kaum dan agama haruslah bersatu dan memberi sokongan dan bekerjasama kepada pihak pencari dan penyelamat SAR yang kini dianggotai oleh 27 buah negara masing-masing dengan membawa aset kapal laut dan terbang mereka untuk membantu dalam operasi mencari kapal terbang MAS MH370 yang belum ditemui.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menggambarkan keprihatinan Seri Paduka terhadap masa depan negara khusus dari segi keselamatan, ekonomi, pelajaran serta kesejahteraan hidup rakyat menjelang tahun 2020 di mana Malaysia dijangka mencapai wawasan dan matlamatnya menjadi sebuah negara maju.
Ke arah ini, pelbagai dasar dan program disusun atur oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membawa perubahan dan peningkatan yang diperlukan. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana pelaksanaan langkah dan program yang dibawa oleh kerajaan memberi manfaat kepada rakyat. Contoh di kawasan Parlimen Lawas, program KR1M (Klinik Rakyat 1Malaysia), PBR belum dijalankan. Bagi Rumah Mesra Rakyat setakat ini hanya 3 buah sahaja yang telah dilaksanakan, sedangkan permohonan yang diterima begitu banyak. Di samping itu, pelaksanaan lampu jalan kampung yang dipersetujui untuk ditingkatkan daripada 10 unit sekarang kepada 30 unit setiap kampung juga belum terlaksana.
Tuan Yang di-Pertua, bantuan rumah PPRT kepada golongan yang layak sangat popular dan disambut baik oleh masyarakat. Ramai yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan rumah tersebut. Sehubungan ini, saya menyeru agar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan program-program yang tersebut di atas berjalan dengan jayanya. Pada masa yang sama, rumah kedai mampu milik juga perlu dibina untuk golongan peniaga bumiputera. Ini membolehkan masyarakat bumiputera dapat memiliki aset dalam bentuk rumah kedai. Untuk maklumat pada masa sekarang, bangunan kedai di Lawas berharga sekitar RM800,000 hingga RM1 juta dan tidak mungkin masyarakat bumiputera mampu memiliki. Jika terlaksana, harga bangunan kedai bumiputera harus dijual sekitar RM200,000 hingga RM400,000.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada keperluan pembangunan atau projek di kawasan Parlimen Lawas. Pertama seperti mana yang saya pernah diutarakan di Dewan yang mulia ini, Daerah Lawas memerlukan sebuah lapangan terbang baru menggantikan lapangan terbang sedia ada. Ini adalah disebabkan lapangan terbang sekarang tidak dapat diperbesarkan kerana kawasan terhad dan terancam oleh hakisan tebing sungai yang berdekatan dan juga banjir yang sering berlaku.
Pada musim tengkujuh yang lalu, lapangan terbang tersebut dilanda banjir sebanyak 2 kali dengan ketinggian lebih kurang 5 kaki termasuk di dalam bangunan terminal. Setiap kali situasi seperti ini berlaku penerbangan pesawat Twin Otter yang memberi perkhidmatan kepada penduduk Lawas terpaksa dibatalkan. Kadang-kadang
Dato' Henry Sum Agong - Lawas
sehingga satu minggu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di lapangan termasuk menyelenggarakan kerosakan akibat banjir.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Ab. Aziz, Timbalan Menteri Pengangkutan dan rombongan yang telah melawat cadangan tapak lapangan terbang baru Lawas. Untuk makluman Dewan, kemudahan Lapangan Terbang Lawas yang bakal dibina akan dikongsi kegunaan dengan penduduk-penduduk jiran Daerah Sipitang, Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dan merayu kepada kerajaan agar projek utama dan penting ini dapat direalisasikan secepat yang boleh. Jika terlaksana, projek ini akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan. Ini dapat dilakukan melalui kerjasama dengan negara Brunei bagi membawa pelancong luar negara ke negeri Sabah ataupun di Kalimantan melalui penerbangan daripada Lawas.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, pos kawalan imigresen di sempadan Indonesia dan Malaysia di Ba’kelalan, Sarawak telah diwujudkan. Saya dan rombongan telah melawat ke lokasi tersebut baru-baru ini dan mendapati 3 orang pegawai imigresen yang ditugaskan di sana secara bergiliran selama 3 bulan, berkongsi bilik tidur di sebuah rumah kepunyaan penduduk kampung yang disewa dan juga dijadikan pejabat di mana pegawai imigresen tersebut bertugas. Keadaan di situ sangat tidak memuaskan dan memberi imej yang kurang baik kepada kerajaan. Oleh itu, saya mohon agar Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum tentang perkara ini dan tindakan perlu haruslah diambil untuk menyediakan bangunan pejabat dan rumah kediaman pegawai-pegawai yang ditugaskan di pos kawalan tersebut.
Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam pelaksanaan jalan di bawah Projek Jiwa Murni dari Long Lopeng ke Ba’kelalan termasuk pembinaan beberapa buah jambatan di sepanjang jalan tersebut. Saya mohon pada kerajaan supaya meneruskan pelaksanaan jalan tersebut hingga ke sempadan Indonesia dan juga Bario dengan menyediakan peruntukan yang mencukupi.
Sementara itu, bahagian bawah jalan yang sama iaitu dari Long Lopeng ke Lawas perlu dilaksanakan untuk memberi kemudahan dan akses kepada penduduk luar bandar untuk membolehkan mereka memasarkan hasil produk selain membawa pembangunan selaras dengan Dasar Transformasi Kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan satu persoalan di Dewan yang mulia ini mengenai MRSM yang dijanjikan oleh kerajaan untuk dibina di Lawas. Malangnya, jawapan yang diberikan adalah bergantung kepada bajet yang dipohonkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE) pada tahun hadapan 2015.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di utara Negeri Sarawak khasnya sangat mengharapkan sebuah institusi pendidikan seperti ini diwujudkan di kawasan tersebut agar memberi keseimbangan dari segi kemudahan yang disediakan kerajaan dan menyekat penyaliran pelajar ke kawasan bandar di mana kemudahan-kemudahan pembelajaran disediakan. Oleh yang demikian, saya berharap agar kerajaan mempertimbangkan projek tersebut selaras dengan hasrat dan matlamat transformasi yang diilhamkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Dato' Henry Sum Agong - Lawas
Tuan Yang di-Pertua, penduduk Parlimen Lawas yang dahulu terasing, kini telah terjalin dengan kawasan lain melalui kemudahan jalan raya. Oleh itu, rakyat amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha yang baik ini. Namun demikian, daerah Lawas belum lagi terhubung sepenuhnya dengan dunia luar melalui kemudahan internet. Justeru, banyak rungutan telah diterima berhubung dengan kelemahan dan kurangnya capaian jalur lebar di Parlimen Lawas. Rakyat daripada generasi muda dengan peratusan lebih 60% di kawasan Parlimen Lawas mohon mendapat kemudahan jalur lebar yang lebih baik dan konsisten. Dunia hari ini banyak bergerak oleh kemudahan internet seperti sektor perbankan, sektor perkhidmatan, sektor ekonomi dan paling utama sektor pendidikan. Malahan pengenalan e-book dalam bidang pendidikan sukar direalisasikan tanpa adanya capaian talian internet dan jalur lebar yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang luas perlu dijalankan bagi tujuan mewujudkan sekurang-kurangnya satu kawasan DUN baru
Dato' Henry Sum Agong - Lawas
di setiap kawasan Parlimen yang dikenal pasti. Ini akan memudahkan wakil rakyat kawasan berkenaan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan. Contohnya di Sarawak, kawasan Parlimen Kapit dan Baram amat luas dan sukar dicover dengan izin, dalam tempoh masa yang singkat. Seperti Baram, kawasan Parlimen saudara Yang Berhormat Anyi Ngau, beliau tidak ada di Dewan, memerlukan lebih satu bulan untuk beliau cover seluruh kawasan yang meliputi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Ulu Baram termasuk kaum Penan selain daripada kawasan sub urban dan Merudi itu sendiri. Mod pengangkutan ialah perahu atau bot panjang four wheel drive dengan izin, menggunakan jalan balak dan sebagainya dengan kos yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua dalam kajian semula kawasan pilihan raya lepas, sebahagian daripada kawasan Baram itu di bahagian Miri iaitu Bario diletakkan di bawah DUN Bekalalan di bahagian Limbang dan terkandung di bawah kawasan Parlimen saya di Lawas. Walau bagaimanapun, ini menyulitkan sedikit kerana dari segi pentadbiran kerajaan, Bario terkandung di bawah bahagian Miri dan bukannya bahagian Limbang. Oleh demikian, saya menyeru kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mengambil kira perkara seperti ini dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang dijalankan agar melicinkan lagi urusan pilihan raya dan pentadbiran kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan setiap keluarga khusus di kawasan luar bandar yang ketinggalan dan perlu bersaing untuk mencapai kecemerlangan. Untuk itu, saya merayu kepada Kementerian Pelajaran agar prihatin terhadap keperluan sekolah luar bandar seperti di Lawas daripada penempatan guru dan rumah kediaman yang tidak mencukupi, bangunan sekolah yang uzur yang perlu diperbaiki, bilik darjah, dewan, ruang pejabat serta keperluan meja dan kerusi khusus bagi SMK Lawas yang telah dibina pada tahun 1967 perlu dilihat rapi keperluan seperti tersebut di atas.
Memandangkan bangunan sekolah SMK Lawas sekarang sudah uzur, saya mencadangkan agar ia diganti dengan membina bangunan baru untuk menampung pelajar-pelajar yang kian bertambah dan memberi keselesaan kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Lawas. Saya jemput Yang Berhormat Sepang. Masa 15 minit ya Yang Berhormat Sepang.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Selama 15 minit. Dari semalam lagi 15 minit. Yang Berhormat Pokok Sena sahaja 20 minit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berucap pada pagi ini dan saya juga seperti mana kawan-kawan lain juga ingin menyatakan simpati terhadap tragedi yang berlaku dalam negara kita ini. Bagi kita, khususnya PAS kita menganggap semua penumpang dalam termasuklah anak kapal dan juga pilot, mereka adalah saudara-saudara kita seperti mana dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mengatakan [Membaca sepotong hadis] , “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah kamu mencintai saudara mereka sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri”. Satu perkara menarik seorang ulama besar di Mesir iaitu Syeikh Muhammad Abu Zarah pernah menyatakan bahawa perkataan “li’-ahi”- “saudara” dalam hadis tersebut bukan sahaja merujuk kepada saudara sesama agama tetapi juga merangkumi orang-orang bukan Islam kerana pada hakikatnya Islam memandang kita semua adalah daripada bapa yang sama.
[Berucap dalam bahasa Arab] , kita semua daripada Adam dan Nabi Adam asal daripada tanah.
Maka sebab itulah Saidina Ali Karamallahu wajha pernah menyatakan dalam satu surat beliau yang dihantar kepada Malik Asytar, gabenor yang dilantik oleh Saidina Ali yang mana surat ini menjadi satu tesis dibincangkan dalam satu – ditulis oleh seorang student PhD. di Harvard mengkaji tulisan Saidina Ali ini di mana Saidina Ali mengatakan anggaplah surat itu kepada gabenornya, remind, memperingatkan bahawa rakyat di bawah kamu ini,
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
mereka adalah saudara kamu. Kalau mereka sesama Islam adalah saudara sesama agama, kalau sesama bukan Islam, mereka adalah saudara sesama manusia. Brother in humanity. Oleh sebab itulah kita Pakatan Rakyat, kita menolak politik perkauman sempit sebab kita menganggap semua rakyat ini tanpa mengira agama dan bangsa adalah saudara. Ini yang pertama.
Saya ingin juga menekankan di sini bahawa kita perlu membezakan apabila kita memperkatakan tentang cara pengendalian krisis ini yang mana ini semua adalah menjadi maklumat di public domain dengan izin, janganlah kita dianggap mempolitikkan isu ini. Bagi saya setiap rakyat Malaysia ini, kita bersama dari segi menyatakan simpati dan kita mahu kapal itu selamat dan kita mahu semua penumpang itu dapat diselamatkan termasuklah anak kapal. Akan tetapi dalam masa yang sama apabila kita menyatakan dalam Parlimen ini bahawa ada perkara-perkara yang patut dilihat oleh kerajaan, janganlah dilihat sebagai kita mempolitikkan isu itu. Jadi, saya rasa kena ada satu perbezaan melihat antara kita mempolitikkan dengan kita minta supaya kerajaan mengendalikan dengan lebih baik.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bercakap tentang isu kes melibatkan Permatang Pauh. Kita sudah mendengar ucapan Ketereh yang menyatakan bahawa kita mesti menyokong hukum hudud dan sebagainya. Saya ingin meminta supaya Ketereh dan juga rakan-rakan di sebelah sana, kalau betul kita ini menyokong hasrat untuk Kelantan melaksanakan hudud, kita juga dalam masa yang sama tunjukkan konsistensi kita.
Kenapakah dalam kes yang melibatkan Permatang Pauh, kita ada undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan. Baca seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang memperuntukkan tentang kesalahan Qazaf.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak bacakan, mungkin Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak sedar ada wujudnya akta ini. Seksyen 41 mengatakan kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila kesalahan disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan kedua-duanya.
Yang Berhormat Ketereh, sebenarnya undang-undang ini kita boleh bahaskan walaupun namanya undang-undang syariah tetapi hakikat tidak ikut syarak. Undang- undang Qazaf bukan macam ini. Allah mengatakan dalam Surah An-Nur... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesiapa yang menuduh orang yang berzina tanpa mendatangkan empat orang saksi hendaklah dikenakan rotan 80 kali.” Undang-undang ini, yang Parlimen ini luluskan yang di mana adanya Ahli-ahli Parlimen orang Islam, sebenarnya kamu telah secara sedar langgar undang-undang Al- Quran. Ini terpulang pada kita, tanya iman kita. Jadi saya hendak katakan kalau betul kita kata kita hendak laksanakan Islam, UMNO hendak laksanakan Islam, kenapakah dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh, kita ada Mahkamah Syariah. Pengadu adalah pengamal syariah, orang yang dikatakan melakukan kesalahan juga adalah orang Islam, pengadu orang Islam. Mereka orang Islam, kenapa kita tidak bawa kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Ini bermakna kita bercakap tentang Islam itu sebenarnya pura-pura. Undang- undang kita buat sendiri kita tidak mahu tegakkan dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh. Oleh sebab itulah saya ingin mengatakan bahawa sebelum bercakap tentang negara-negara lain, negeri-negeri yang di bawah pemerintahan PAS dan sebagainya, UMNO kena tunjukkan bahawa di negeri yang kamu perintah sendiri, di manakah kamu letakkan Islam itu? Itu yang kedua.
Ketiga, saya ingin juga mengatakan bahawa apabila berlaku kes Yang Berhormat Permatang Pauh ini. Seluruh dunia menyaksikan sebab orang melihat berlakunya ketidaksamaan dari segi treatment ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita dalam Perlembagaan ada Artikel 8, equality before the law. Saya hendak tanya, kenapakah adanya perbezaan cara kita mengendalikan kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan kes yang lebih teruk lagi. Kes yang melibatkan pembunuhan.
Seorang warga Mongolia. Kita lihat Razak Baginda dibebaskan. Kita lihat sampai sekarang tidak ada seorang pun pembunuh Altantuya...
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Boleh sikit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Mencelah Yang Berhormat Sepang.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Mencelah sikit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sepang, mencelah boleh tidak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta maaf, saya memang hendak bagi, saya tidak tarik.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sepang mencelah boleh? Undang-undang, mencelah.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Mencelah sikit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Satu minit ya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Okey, saya duduk. Lepas itu saya ya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang mana satu ini? Yang Berhormat Pengerangkah apa?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Padang Besar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pengerang. Saya bagi Yang Berhormat Pengerang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pengerang. Sila Yang Berhormat Pengerang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pengerang, saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang, kalau Yang Berhormat Sepang kata sesiapa ini dibebaskan atas mana-mana proses mahkamah, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang, bukankah kita ada proses rayuan dalam mahkamah Malaysia yang mana kalau kita tidak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, kita boleh pergi ke Mahkamah Rayuan, lepas itu kita boleh naik kepada taraf tinggi.
Maknanya, proses itu ada. Betul tidak Yang Berhormat Sepang? Yang Berhormat Sepang setuju?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, setuju. Saya 100%, 200%, 400% setuju, 500%, satu juta pun boleh, memang saya setuju. Akan tetapi Yang Berhormat Pengerang, sebenarnya exactly my point. Kalau betul ada hak untuk merayu, kenapakah Razak Baginda dibebaskan tidak dirayu?
[Tepuk]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sepang, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang. Kalau hendak merayu, bukankah orang itu yang hendak merayu? Kalau orang itu dibebaskan dia tidak hendak merayu, suka dialah dia dibebaskan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak katakan, sudah bagi peluang tadi.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Itu keputusan daripada Peguam Negara, Yang Berhormat Sepang.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Sepang, minta penjelasan ini.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan buat tuduhan seolah- olah adanya niat jahat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, cakap saya tidak beri.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya tidak setuju Yang Berhormat Sepang ini, main tuduh saja. Proses mahkamah itu ialah proses keadilan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Siapa tuduh?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Kalau tidak mahu rayu, itu hak Peguam Negara itu Yang Berhormat Sepang. Jangan confusekan rakyat. Apa ini, apa tidak hendak rayu keputusan Peguam Negara, Yang Berhormat Sepang? Dengar keputusan Peguam Negara! Jangan tuduh Yang Berhormat Sepang!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dengar hujah saya dulu! Duduk, saya tidak bagi jalan! Duduk!
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan tuduh ada niat jahat!
Tarik balik Yang Berhormat Sepang!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bukan tuduh.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terpulang, tarik balik Yang Berhormat Sepang!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pengerang tidak habislah. Tidak payah beri masa.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Apa pula Yang Berhormat Sepang, kalau dia tidak hendak merayu, hak keputusan Peguam Negara.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Suruh arah dia duduk, saya tidak bagi peluang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Apa pula Yang Berhormat Sepang? Takkan ada niat jahat! Jangan tuduh seolah-olahnya ada konspirasi Yang Berhormat Sepang, jangan tuduh.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan tuduh, jangan tuduh.
Cakap sebagai peguam. Tarik baliklah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Proses rayuan, Yang Berhormat Sepang! Ada proses rayuan, ikut proses rayuan. Jangan tuduh!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak setengah jam.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Apa tuduh konon!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
I can debate! Give me 30 minutes okey!
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Apa Peguam Negara ada kebebasan hendak merayukah tidak Yang Berhormat Sepang?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Sepang, penjelasan Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Janganlah confusekan rakyat!
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Sepang, minta penjelasan sikit boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sikit saja, 3 minit, 3 minit. Sikit saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta maaf, minta maaf. Saya hendak bagi tetapi masa 15 minit. Saya suka debate, saya bukan macam Yang Berhormat Ketereh tidak hendak bagi ruang tetapi masa pendek. Minta maaf.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak, bukan hendak debate. Hendak mintak penjelasan saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta maaf. Dengar saya jelaskan, nanti akan faham. Duduk dulu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sudah jelas, hendak tanya ini?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dengar, nanti saya jelaskan.
Sabar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak katakan tadi, saya tahu tentang Artikel 145.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Sepang tidak berani.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Perkara 145(3) Perlembagaan, jelas. Artikel 143(5) jelas.
Memang Peguam Negara mempunyai budi bicara tetapi kita kena tengok ayat itu, ‘may’ bukan ‘shall’. Kita tahu apa makna ‘may’ dalam Perlembagaan dan kita hendak katakan dalam kita menjalankan peranan sebagai Peguam Negara untuk mendakwa, tarik balik pendakwaan, rayu. Kita mesti berlaku adil kerana di sana ada perlembagaan juga, Artikel 8 yang mengatakan hak sama rata di sisi undang-undang. Persoalannya Razak Baginda, kenapa Peguam Negara tidak kendalikan kes? Kenapa tidak hire pegawai ataupun peguam swasta, lepas itu dibebaskan. Kita kena ingat, hakim yang dengar kes Razak Baginda masa itu hakim paling junior. Kenapakah? Saya kalau buat kes, kita kalau buat kes kita mesti ready sampai peringkat yang terakhir. Kita buat di High Court, Court of Appeal, Federal Court. Kita mesti ready. Kenapakah...
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Sepang, sikit saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta maaf,.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sikit saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kejap, kejap. Saya hendak katakan kalau Razak Baginda dibebaskan, kalau kita rasa kes kita tidak kuat, kenapa kita dakwa awal-awal? Kalau kita rasa kes kita kuat, mahkamah kata tidak salah, kita mesti ready, letakkan keputusan Mahkamah Tinggi itu di bawah ujian di bawah Mahkamah Rayuan. Mesti Mahkamah Rayuan check, adakah betul keputusan itu. Persoalannya, Ling Leong Sik dibebaskan, tidak rayu. Razak Baginda dibebaskan, tidak rayu [Tepuk] Anwar Ibrahim rayu, pakai peguam Datuk Shafie, berapa kos yang kita bayar? Inilah isunya. Artikel 8, adakah itu hanya semata perhiasan? Itu yang pertama.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Mencelah Yang Berhormat Sepang.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang Berhormat Sepang, sikit saja Yang Berhormat Sepang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang, saya mencelah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya sudah bagi tadi.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Adakah Yang Berhormat Sepang katakan bahawa Peguam Negara itu bias? Yang Berhormat Sepang, saya cabar Yang Berhormat Sepang cakap dalam Dewan bahawa Peguam Negara itu bias. Cakap Yang Berhormat Sepang! Jangan cakap macam itu!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak menyentuh isu berkaitan dengan lebuh raya iaitu isu berkaitan dengan concession agreement...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Cakaplah dalam Dewan, betulkak tidak Peguam Negara bias?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Pengerang, jangan cakap macam itulah Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya cabar, cepat!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya cabar. You say in the Dewan, betulkah tidak Peguam Negara itu bias? Cakap dalam Dewan! Cakaplah kalau berani! Cakap! You say - saya cabar Yang Berhormat Sepang, kalau itu yang Yang Berhormat Sepang cakap, why don’t you say dalam Dewan dan juga luar Dewan bahawa Yang Berhormat Sepang berpendapat bahawa Peguam Negara itu bias...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Cakap, cakap, cakap, cakap!
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Semua dunia tahu dia biaslah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Duduklah, orang cakap dengan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Penjelasan, sikit saja Yang Berhormat Sepang, sikit saja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, tidak apa. Saya bagi.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya tidak faham ini Yang Berhormat Sepang. Dalam kes Anwar ini, di antara Saiful, dia ini pengadu. Yang Berhormat Sepang hentam Barisan Nasional ini saya tidak faham. Jadi, kes ini macam mana Yang Berhormat Sepang?
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ini kes Saiful dengan Anwar. Ini kita tidak faham. Saya minta bagi jawapan. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saiful pergi jumpa Najib! Dua tiga hari sebelum itu!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar, terima kasih. Okey Yang Berhormat Pengerang, tidak payah hendak ugut saya untuk bercakap di luar, saya sudah tulis artikel. *You can read my article in Malaysiakini!
[Tepuk]* Masalah tidak baca!
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sepang, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang satu sajalah. Yang Berhormat Sepang, come on Yang Berhormat Sepang. Kenapa Yang Berhormat Sepang, kenapa Yang Berhormat Sepang tidak hendak cabar? Cabarlah Peguam Negara, Yang Berhormat Sepang! If you believe, there is a point in law, challenge Peguam Negara! Jangan cakap dekat dalam Dewan, lepas itu lari!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, betapa baiknya saya, saya bagi dua kali.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Peguam Negara tidak mahu cabar! Cabarlah Peguam Negara!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Akan tetapi tanya pun merapu.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Accuse Peguam Negara to be biased! Cabar Peguam Negara!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang! Ada Cabinet reshuffled, ada Cabinet reshuffled!
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Now I know, now I know. [Dewan riuh]
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Shah Alam, niat jahat. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tokoh dari...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Tidak akanlah Yang Berhormat Shah Alam tidak hendak jadi Menteri Besar Selangor Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat semua.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah warm up sudah, warm up sudah okey. Semua sudah bangun sudah, okey. Cuma berhati- hati Yang Berhormat Sepang. Berhati-hati kerana kita ada peraturan kita. Ia subjudis.
Jangan terlalu panjang mengenai kes itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
No, saya tidak sentuh fasal undang-undang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, betul.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Senang apabila saya tahu undang-undang. Ini apabila Yang Berhormat Pengerang ini belajar undang-undang tidak pernah praktik, dia tidak tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila tajuk yang lain.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, saya hendak pergi benda lain. Saya hendak teruskan kepada isu berkaitan dengan concession agreement. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tambah dua minit sahaja. Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan bahawa kerajaan apabila berlakunya pilihan raya Kajang, mengatakan tidak akan naikkan kadar tol dan kerajaan kata kalau tidak naikkan tol, kita belanjakan RM400 juta.
Maka rakyat yang bawah yang biasa ditipu oleh Barisan Nasional pun percayalah. Memang betul kerajaan telah menangguhkan dan bayar RM400 juta. Dalam jawapan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Seremban sebagai contoh Lebuhraya Pantai dibayar RM30 juta kerana tidak naik tol, Lebuhraya Shah Alam-Kuang RM23 juta, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) RM89 juta, Lebuh Raya Bertingkat Ampang RM20 juta, seterusnya ada lebih kurang 14 lebuh raya.
Tuan Yang di-Pertua, isunya ialah kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan hanya menangguhkan. Pertamanya, walaupun kita menangguhkan rakyat iaitu segi tidak bayar kenaikan tol yang baru. Akan tetapi pada hakikatnya duit RM400 juta itu duit rakyat. Bermakna duit rakyat dibayar kepada pemegang konsesi. Ini bukan penyelesaian untuk masalah rakyat. Apa guna kita tidak naikkan tol dalam masa yang sama duit rakyat dibelanjakan untuk berikan kepada pemegang konsesi. Oleh sebab itulah isunya saya hendak tanya kenapakah dalam keadaan syarikat konsesi ini kita tahu mengaut keuntungan sebagai contoh Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), kita tahu LITRAK ini mengaut keuntungan. Saya hendak bacakan laporan tahun 2013...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Gulung.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Gulung sudah? Ini kacau Yang Berhormat Pengerang punya pasallah ini. Saya hendak katakan di sini di mana traffic volume di sana bertambah. LDP traffic volume bertambah 3.3% dan dapat untung yang tinggi 2013. Dalam LDP tahun 2012, laporan kewangan mengatakan dapat RM83.2 juta.
Tahun 2013 naik kepada RM130.8 juta. Maknanya dapat RM130.8 juta tiba-tiba kerajaan tidak naikkan tol dapat pula ganti rugi sebanyak RM89 juta. Apa ini? Siapa yang draf perjanjian ini Ahli Yang Berhormat memang orang yang tidak masuk akal, orang yang
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
mungkin ada masalah mental. Bagaimanakah perjanjian ini sepatutnya bila kamu sebagai sebuah kerajaan buat perjanjian you are representing the nation, you are representing the people. Kamu mesti protect hak rakyat. Tiba-tiba kamu buat perjanjian kamu kata kami terpaksa naik sebab berdasarkan perjanjian. In the first place kenapa buat perjanjian menguntungkan syarikat pemegang konsesi, ini apa ini? Oleh sebab itu apabila tidak naik tol ini biasanya kerajaan akan buat supplementary agreement.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masa cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Bermakna akan ditambah pula tempoh untuk memungut tol itu. Makna hakikatnya kita tidak menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Sepang, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak cerita sedikit fasal Sepang. Minta maaf. Pertamanya bomba. Bomba di Sepang itu dia mengadu kepada saya tangga gaji begitu rendah. Mereka kata mula-mula masuk gaji RM800 sahaja. Saya minta kementerian tolong. Pegawai bomba ini unsung hero. Maknanya mereka hero-hero yang tidak didendangkan. Mereka dalam musim kemarau ini mereka telah berkorban. Kita minta kerajaan tolong naikkan gaji mereka dan kita mesti beri penghargaan kepada mereka. Ini pertama kepada bomba.
Keduanya saya juga didatangi oleh pegawai-pegawai penjara semasa berkempen di Kajang, ramai rupanya datang jumpa kita. Mereka minta tolong sampaikan. Mereka kata kami walaupun pegawai penjara ini kerja di penjara, hakikatnya semasa berlaku Sulu kami kena pergi sana. Ramai daripada kalangan kami dia kata yang ada kena AIDS sebab ada banduan yang kena AIDS. Ada yang ditetak oleh banduan. Ini semua adalah hero tidak didendangkan. Mereka juga minta supaya tangga gaji mereka juga direview. Saya minta kerajaan tolong review.
Ketiga, saya minta tolong tadi Yang Berhormat Pasir Gudang mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara di sana kecil, Yang Berhormat Kota Tinggi pun kata kecil. Di Sepang lagi teruk, sudah ada JPN tutup sebab Sepang dimenangi oleh PAS tutup. Jabatan Imigresen tutup kerana tidak mampu bayar sewa. Ini kerajaan apa tidak boleh bayar sewa?
Mampu bayar RM89 juta kepada pemegang konsesi, tidak boleh bayar sewa. Ini apa punya kerajaan ini?
[Tepuk] Saya minta Menteri Dalam Negeri tolong buka semula JPN dan juga Jabatan Imigresen di Bandar Salak Tinggi kerana ia menyusahkan rakyat apabila ditutup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Belum lagi.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Masa 21 minit sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Gangguan 10 minit. Satu minit.
Last, last. Saya juga minta supaya tolonglah kalau boleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Sepang ini ada satu kawasan Batu Laut di mana ada pertandingan perahu layar setiap tahun antarabangsa. Saya minta dan ada penduduk Batu Laut yang telah menang mewakili Malaysia dalam piala Sukan SEA dapat emas. Saya minta supaya kerajaan tolong majukan kawasan destinasi pelancongan perahu layar antarabangsa. Minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tolong datang di sana, ajak saya sekali kita berunding dengan penduduk untuk kita bangunkan kawasan di Batu Laut itu.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih.
Seorang Ahli
Mesti garang daripada Yang Berhormat Pengerang.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Alamak. Rambut itu fasal apa sudah terlebih cat warna putih pula Yang Berhormat Pokok Sena ini.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi saya laluan pada hari ini untuk sama- sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain pada hari ini genap hari yang ke-12 insiden membabitkan MH370. Jadinya daripada hari kejadian 8 Mac sehinggalah ke hari ini, keutamaan Kerajaan Malaysia ini adalah untuk mencari dan mengesan MH370 ini. Kita percaya bahawa kerajaan akan terus menjadikan ini sebagai keutamaan terutamanya dalam menentukan lokasi sebenar di mana MH370 ini.
Jadinya bagi pihak keseluruhan pengundi di kawasan Parlimen Parit Sulong kami memang merasa sangat sedih dan sama-sama ingin mendoakan agar pencarian ini akan berakhir dan dalam waktu yang sama kami juga mendoakan agar semua yang berada dalam pesawat tersebut akan dilindungi oleh Allah SWT. Semoga semua anggota keluarga penumpang dan anak kapal terus tabah dan cekal dengan dugaan ini. Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh sedikit?
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ini tidak ada laluanlah. Minta maaflah Yang Berhormat Batu. Nanti ini tinggal berapa minit sahaja lagi nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya hendak bangkitkan beberapa perkara yang mungkin telah beberapa kali saya telah utarakan dan saya rasa sangat penting untuk saya bangkitkan semula. Saya harap kali ini dapat lebih perhatian agar pelaksanaannya dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Antara perkara yang saya hendak bangkitkan adalah mengenai Skim Pembiayaan Ekonomi Desa yang kita tahu diwujudkan bertujuan untuk membantu pengusaha- pengusaha bumiputera yang beroperasi di luar bandar untuk mendapatkan pinjaman dan menjalankan perusahaan mereka. Walau bagaimanapun, saya melihat ada satu statistik di mana bilangan peserta program ini setakat tahun 2012 ini memang sangat mengecewakan terutamanya di Johor, penerimanya cuma seramai tujuh orang daripada keseluruhan jumlah seramai 370 orang iaitu kurang daripada 2%. Lebih mengecewakan lagi daripada tujuh orang ini cuma seorang sahaja wanita. Itu pun dalam sektor perkhidmatan.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadinya, saya hendak mohon agar pihak kementerian berkaitan untuk menjelaskan mengapa bilangan peserta daripada Johor ini sangat kecil sedangkan Johor ini antara negeri yang besar di Semenanjung Malaysia dan Johor juga mempunyai ramai usahawan SME yang berkaliber dan berupaya untuk diketengahkan. Adakah wujudnya skim ini kerana ia kurang disedari oleh rakyat?
Jadi saya hendak tanya kepada kementerian seterusnya, bagaimanakah sebenarnya kementerian menguar-uarkan program SPED ini kepada penduduk luar bandar terutamanya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pusat transformasi luar bandar iaitu RTC ini? Apa yang perlu adalah untuk kementerian memberi kesedaran tentang wujudnya peluang mendapatkan pembiayaan kepada mereka yang betul-betul berminat. Saya tengok statistik yang diberikan adalah untuk tahun 2012 dan tahun ini telah pun tahun 2014.
Jadinya, saya hendak supaya kementerian memberikan maklumat terkini mengenai jumlah sebenar bilangan peserta terutamanya bagi tahun 2013.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya juga difahamkan bahawa pinjaman ini yang tidak dibiayai di bawah SPED ini adalah pembiayaan pinjaman untuk membina bangunan perusahaan ataupun perniagaan.
Saya cuma hendak tahu apakah rasionalnya untuk tidak membiayai projek yang sedemikian kerana Tuan Yang di-Pertua, lazimnya kalau di kawasan luar bandar, tanah itu merupakan satu-satunya aset yang lazimnya dimiliki oleh penduduk kampung. Sekiranya mereka ini ingin menceburkan diri mereka di dalam bidang perniagaan seperti mahu untuk memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan, mereka sudah semestinya memerlukan modal untuk membina struktur yang mudah untuk kedai makan mereka. Sebagai contohnya, di atas tanah milik mereka.
Akan tetapi saya difahamkan bahawa SPED ini dia tidak cover dengan izin, atau tidak membiayai projek yang sedemikian. Jadinya, bolehkah saya ingin memberi cadangan kepada pihak kementerian untuk meminta agensi-agensi pelaksana seperti Bank Kerjasama Rakyat dan juga SME Bank untuk menimbang semula agar permohonan- permohonan yang sedemikian ini dapat dipertimbangkan bagi membolehkan mereka menyertai program SPED ini.
Tuan Yang di-Pertua, RTC ini merupakan satu pusat yang menjadi nukleus kepada pelaksanaan pelbagai insentif dan juga program oleh pelbagai kementerian secara bekerjasama bagi tujuan pembangunan penduduk luar bandar dalam lingkungan 100 kilometer daripada RTC. Setakat ini ada empat RTC.
Jadinya, saya cuma hendak mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan mengenai bagaimanakah program-program ini yang tujuannya adalah untuk pembangunan luar bandar ini, sama ada program ini berjaya meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar? Adakah kementerian juga ataupun jabatan yang berkaitan ada membuat satu pemantauan ataupun satu analisa mengenai pendapatan mereka yang sebelum menyertai RTC ini dengan yang orang yang sama tetapi selepas program-program ini dilaksanakan kerana sudah tiba masanya bagi pihak kementerian untuk lebih fokus kepada peningkatan pendapatan terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.
Seperti yang kita maklum juga, banyak aktiviti ekonomi yang berada di luar bandar ini adalah pengeluaran makanan. Jadinya, secara tidak langsung bukan sahaja ia boleh meningkatkan lagi produktiviti secara keseluruhan tetapi ia juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara malah boleh membantu untuk memastikan bekalan makanan negara kita. Saya menyambut baik pendekatan holistik kerajaan dalam membangunkan industri agro makanan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit mengenai program atau mengenai perkara yang berkaitan dengan wanita. Tadi pagi soalan ada dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai isu yang berkaitan dengan ibu tunggal. Tidak dinafikan banyak yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu memperkasakan ibu tunggal-ibu tunggal terutamanya di Malaysia ini, pelbagai bantuan yang diberikan. Itu memang kita tidak nafikan. Apa yang saya hendak mencadangkan kepada pihak kementerian dalam usaha untuk menambah dan memperkasakan lagi ibu-ibu tunggal ini, terutamanya bagi mereka yang miskin ini adalah kemungkinan memberikan satu insurans khas kepada pendidikan anak-anak mereka.
Selain daripada itu juga, mungkin kementerian juga boleh memikirkan satu program yang berterusan dan juga bersepadu dalam usaha untuk meningkatkan ataupun economic empowerment dengan izin, kepada peserta-peserta yang dipilih. Jadinya peserta itu perlu dipilih secara transparent dan saya dapati bahawa banyak di kawasan luar bandar ini dan saya sendiri pernah menjumpai bagaimana ibu-ibu tunggal ini walaupun usianya masih muda tetapi mereka masih lagi mempunyai anak-anak yang kecil, diceraikan oleh suami. Sangat miskin dan terpaksa menanggung kehidupan dia sebagai ibu tunggal yang mempunyai anak kecil ini dengan hanya mengutip lebihan buah kelapa sawit ini untuk dijual dalam usaha untuk membesarkan anak-anak mereka. Jadi ini satu contoh yang mungkin terpencil, tetapi saya kira sudah tiba waktunya untuk kerajaan membuktikan satu program berterusan dalam usaha untuk memberikan economic empowerment kepada mereka Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, saya hendak bangkitkan juga mengenai satu lagi perkara iaitu mengenai ekonomi digital. Jadi, ekonomi digital ini kita saksikan bahawa perkembangannya memang sangat pantas. Tahun lepas sebagai contoh, menyumbang 35% kepada
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
perdagangan dunia yang berjumlah USD17 trilion. Selepas itu teknologi digital ini dengan gaya hidup digital ini akan menjadi satu faktor pembeza yang boleh membawa negara ini ke arah kejayaan yang lebih global sebab cara menjalankan perniagaan sekarang ini sudah berubah. Bukan lagi secara tradisional tetapi kebanyakannya telah menggunakan ICT dalam usaha untuk memperkasakan perniagaan mereka.
Sehubungan dengan itu, ia boleh membantu meningkatkan taraf hidup bagi rakyat Malaysia ini. Kalau kita tengok di peringkat Asia terutamanya South East Asia dengan izin, Malaysia merupakan peneraju ekonomi digital di kalangan negara membangun. Soalan saya pada pihak kementerian adalah apakah pihak kementerian ada membuat satu kajian mengenai penggunaan sistem digital ini yang dilihat ataupun bila dianalisa dapat betul-betul membantu pembangunan ekonomi PKS agar perniagaan ini semua boleh berdaya saing di peringkat global? Adakah pihak kementerian juga ada membuat satu kajian mengenai risiko-risiko melalui perniagaan digital ini? Saya bertanya mengenai perkara ini kerana kita tidak mahu apa juga yang dibuat oleh pihak kerajaan ini akan bertindih sebab sekarang ini pun banyak telah dibuat melalui digital oleh pihak kerajaan itu sendiri seperti e-Government. Selepas itu kita ada yang lain termasuk yang dibuat oleh pihak Kastam. Jadinya, kita tidak mahu apa juga projek kerajaan iaitu digital Malaysia itu akan bertindih dengan program-program ICT yang telah dilaksanakan. Sehubungan ini juga saya hendak menanyakan juga mengenai status Projek Digital Malaysia yang mempunyai lapan sasaran melalui pelaksanaan beberapa projek ini. Jadi, statusnya macam mana? Saya harap ia dapat betul-betul dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk kita bergerak bersama dan bersaing dengan negara-negara yang lebih ke hadapan dan juga lebih maju.
Ada masa lagi tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Minta maaf, sebab ada satu sahaja lagi perkara. Kalau saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila, sila...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya ingin bercakap mengenai wabak denggi sebab baru-baru ini daripada Januari, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Daripada Januari sampai Februari ini memang kejadian denggi ini memang meningkat. Ada 17 kes kematian akibat denggi ini yang dilaporkan di seluruh negara. Jadi kalau kita bandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas cuma ada lima, tahun ini ada 17. Jadi peningkatan itu memang agak ketara. Saya sendiri melihat di kawasan saya, kalau saya pergi membuat lawatan ke hospital, hampir kesemuanya masuk hospital itu disebabkan oleh penyakit denggi ini.
Saya hendak tanyalah kepada pihak kementerian ini, bagaimanakah kementerian ini apabila dia menerangkan kepada rakyat, dia ada tidak macam SOP oleh pihak berkenaan untuk pastikan tempat itu perlu menjalankan fogging atau lain-lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Hendak sambung petang, 2.30 petang?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tidak apalah. Saya bagi laluan kepada rakan-rakan saya yang lain. Terima kasih banyak-banyak Tuan Yang di-Pertua.
Dengan itu - itu antara lain yang saya hendak bawa pada kali ini tetapi saya harap apa juga yang saya bangkitkan dapat perhatian di pihak kementerian dan juga di pihak kerajaan sebab ini adalah penting dalam usaha kita untuk memastikan apa juga dasar yang dibuat oleh kerajaan ini betul-betul dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih banyak-banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Akan tetapi kita sambung 2.30 petang ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan Mesyuarat kita sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang di dalam perbahasan Titah Diraja untuk membangkitkan isu yang agak penting.
Pertama sekali, saya ingin berdoa bersama dengan semua rakyat Malaysia supaya MH370 pulang dengan selamat. Ramai antara Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu ini dari pelbagai perspektif. Hari ini saya ingin membangkitkan isu ini dari segi perspektif teknikal, compliance to international standard.
Kehilangan MH370 boleh dikategorikan secara umum kepada dua kemungkinan.
Pertamanya, security breach dan second, safety breach. Dari segi International Civil Aviation Organization (ICAO), sebenarnya mempunyai dua audit yang cukup penting terhadap security breach dan safety breach. Dari segi security breach, dia ada Universal Security Audit Programme (USAP). Dari segi safety breach, dia ada Universal Safety Oversight Audit Programme (USOAP). Malaysia adalah state member kepada ICAO. Jadi mereka meletakkan kawalan yang ketat kepada semua negara dalam soal sektor penerbangan.
Kejadian di mana dua orang warga Iran menggunakan pasport palsu dapat masuk ke dalam pesawat ini jelas menunjukkan ada security breach. Ada beberapa kali saya sendiri juga dapat masuk ke pesawat tanpa menunjukkan IC saya. Maka, kita harus meninjau dengan teliti airport security.
Dari segi Universal Security Audit Programme (USAP) yang harus dijalankan oleh Malaysia, ia merangkumi banyak aspek seperti regulatory, framework dan national civil aviation security system, training of aviation security personnel, airport operation, aircraft and in-flight security, passenger and baggage security, cargo, catering and mail security. Pada 12 Januari 2012, dalam Regional Conference on Aviation Security di Kuala Lumpur, Malaysia, ada 14 buah negara lain mengemukakan joint statement dan saya baca, “We encourage states to make USAP audit result available, as appropriate, for other member states in order to better target capacity building and technical assistance efforts and ensure that related initiatives benefit those areas of greatest need”. Jadi saya ingin bertanya dengan spesifik kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, adakah Malaysia menjalankan USAP dan bilakah USAP yang terbaru dijalankan? Adakah Malaysia lulus dalam audit USAP? Apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh USAP kepada Malaysia dan apakah tindakan selanjutnya yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia? Dengan semangat transparency seperti yang dalam Regional Conference on Aviation Security di Kuala Lumpur, saya minta Yang Berhormat Menteri
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
declassify laporan USAP kepada rakyat Malaysia supaya kita tahu adakah kita mempunyai kelemahan dari segi airport security.
Dari segi safety pula, ICAO mempunyai Universal Safety Oversight Audit Programme. Pada tahun 2013, ia telah memulakan pemantauan yang lebih ketat iaitu menjalankan Continuous Monitoring Approach (CMA). USOAP menjalankan audit dalam beberapa aspek. Pertama, primary aviation legislation and associated civil aviation regulations. Kedua, civil aviation organizational structure dan ketiga, personal licensing activities aircraft operation, airworthiness of civil aircraft, aerodromes, air navigation services, accident and serious accident investigation. Dalam kajian saya, Malaysia menjalankan USOAP pada 28 Jun hingga 7 Julai 2005 iaitu sembilan tahun yang lalu. Sepatutnya Malaysia kena buat USOAP tiap-tiap lima tahun tetapi kita tidak buat pada tahun 2010. Sejak tahun 2013, ICAO telah meminta supaya semua negara menjalankan secara continuous tiap-tiap tahun dan saya difahamkan Singapura baru jalankan USOAP audit pada tahun lepas. Jadi saya hendak bertanya, kenapa Malaysia dan DCA tidak menjalankan USOAP setelah sembilan tahun? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan-soalan yang kritikal. Kalau kita tidak boleh menyelesaikan masalah security and safety, maka confidence of travelling kita di Malaysia akan turun.
Saya juga mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pada petang semalam bahawa situasi kehilangan pesawat adalah melampaui politik. Akan tetapi, semalam juga Yang Berhormat Menteri memberi taklimat tertutup hanya kepada Ahli- ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional sahaja. Semua Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat tidak dijemput. Pagi ini pula kata kita tidak minta untuk dapatkan taklimat. Pada siang hari dia cakap satu, malam dia cakap lain, hari ini pula tukar cerita lain.
Jadi saya hendak bertanya, adakah ini cakap tidak serupa bikin? Ini kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Jadi saya hendak tanya, bilakah taklimat akan diberikan kepada semua? Ini national tragedy dan kita haruslah by partisan. Kita kena menyelesaikan masalah ini secara bersatu dan begitu juga firstly kita sudah komited bahawa kita akan sama-sama mendoakan keselamatan dan MH370 kembali.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya harap dengan semangat yang sama, Menteri boleh memberi taklimat yang teliti kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dalam majalah yang berpengaruh, The Economist yang terbaru, mereka membuat kajian kepada negara-negara yang menjalankan kegiatan perniagaan dengan menggunakan kabel politik kronisme dan rasuah. Mereka term it as crony capitalism index dan Malaysia mencatat sejarah sekali lagi dengan memasuki tangga ketiga, top three of crony capitalism index. Tahniah kepada Malaysia, UMNO, Barisan Nasional.
Dalam soal crony capitalism, satu contoh yang cukup jelas adalah Gabenor Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud. Baru-baru ini, The Edge memaparkan satu laporan yang komprehensif tentang business empayar oleh keluarga TYT Gabenor. Mengikut laporan tersebut, business empayar keluarga Tan Sri Taib Mahmud merangkumi lebih kurang 400 syarikat di Malaysia dan di luar Malaysia dan mempunyai nilai berbilion-bilion ringgit. Bisnes empayarnya juga merangkumi semua sektor ekonomi. Dalam laporan tersebut yang saya quote; “Under the State Constitution, it is stated that the Chief Minister shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise. However, checks show that Taib is a director, share holder of at least five Malaysia companies”:
(i) Demak Jaya Holdings Sdn. Bhd.;
(ii) Hamamorial Sdn. Bhd.;
(iii) Mesti Bersatu Sdn. Bhd.;
(iv) Pehin Seri Heritage Sdn. Bhd.; dan
(v) Ramah Jelita Sdn. Bhd.
Dalam Perlembagaan Negeri juga menyatakan, “the Yang Dipertua shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise.” Dalam keadaan yang jelas menyalahgunakan kuasa, saya minta Perdana Menteri jawab kenapa Kerajaan Pusat masih mencadangkan Tan Sri Taib Mahmud ke jawatan TYT.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
MACC juga dilaporkan telah membuka sepuluh fail menyiasat lebih kurang 500 kertas siasatan. Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya terima jawapan daripada SPRM bahawa kes-kes siasatan masih dijalankan, itu bulan Disember. Saya minta jawapan daripada MACC, bilakah sepuluh kes yang tersebut akan selesai disiasat? Apakah tindakan yang selanjutnya dan saya hendak tanya, bolehkah seorang Gabenor juga kalau disabit kesalahan dicaj ke mahkamah? Kalau Kerajaan Barisan Nasional rasa malu dan ingin menangani masalah crony capitalism, ini kes pertama yang perlu dijalankan oleh kerajaan.
Saya minta kerajaan jawab soalan ini.
Saya juga ingin membangkitkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa orang bukan Melayu kurang sensitif dengan kes rogol di bawah umur berbanding orang Melayu. Saya hendak beritahu Timbalan Menteri, no one wants to be rape, no parents wants their children to be rape. Take back your statement and apologize or else you should resign.
[Tepuk] Jenayah menjangkau batas kaum dan agama. Rogol dan rogol bawah umur adalah isu yang harus ditangani oleh kerajaan. Timbalan Menteri tidak harus memberi pelbagai alasan malah lagi teruk adalah menggunakan isu perkauman untuk melindungi kegagalan sendiri. Ini kenyataan yang paling sensitif yang pernah saya dengar dan saya mahu Timbalan Menteri minta maaf kepada semua wanita dan orang bukan Melayu di Malaysia.
Saya ingin membangkitkan isu kawasan setempat. Jambatan kedua Pulau Pinang telah dibuka lebih 19 hari oleh Perdana Menteri. Tempoh satu bulan percuma sudah hampir tamat. Daripada data trafik yang saya dapat, kita nampak bahawa jambatan kedua hanya mencapai lebih kurang 20% traffic volume daripada jambatan pertama. Jambatan pertama masih agak sesak. Dalam keadaan sedemikian, kita harus menggalakkan pengguna menggunakan jambatan kedua untuk mengurangkan kesesakan. Dalam traffic management system, kita boleh menggunakan cara pricing mechanism untuk mengurangkan kesesakan dan menggalakkan pengguna menggunakan jambatan kedua. Maka saya ingin mencadangkan tol jambatan kedua Pulau Pinang harus lebih murah daripada jambatan pertama supaya menarik pengguna ke jambatan kedua.
Ingin saya cadangkan supaya tol jambatan kedua haruslah kurang daripada RM7 yang sekarang dikenakan. Ia menggalakkan orang ramai menggunakan jambatan kedua dan sekali gus meningkatkan pendapatan syarikat jambatan kedua Pulau Pinang. Saya juga ingin minta Menteri umumkan secepat mungkin tol jambatan kedua. Semua rakyat Pulau Pinang tertanya-tanya. Satu lagi isu adalah adakah pengguna Touch ‘n Go akan dapat diskaun 20% seperti yang diberikan di jambatan pertama.
Isu yang terakhir adalah berkenaan dengan KKR juga, adalah Jalan Persekutuan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Bulatan Besar Bayan Baru. Jalan tersebut telah mengalami keadaan berlopak dan bertampal yang serius. Jalan ini adalah laluan utama pelancong dari luar negara. Dalam tahun Visit Malaysia Year 2014, kita tidak boleh biarkan point of entry kita sebegini teruk. Saya ingin minta KKR jalankan naik taraf jalan tersebut, complete with surface, tanam pokok-pokok yang baru di median dan tepi jalan. Jadikan pemandangan di sepanjang jalan tersebut nampak cantik dan indah.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada semua. Sekian, terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menjunjung kasih atas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Saya juga turut bersama dengan rakyat Malaysia berdoa agar MH370 ini dapat pulang dengan selamat.
Secara umumnya, subsidi pukal atau subsidy blanket adalah tidak efisien, tidak adil dan dalam jangka masa panjang adalah unsustainable. Selain itu, ia terbuka kepada banyak ketirisan. Sebagai contoh, untuk subsidi bahan api menurut IMF iaitu International Monetary Fund, mereka telah melaporkan bahawa untuk subsidi bahan api, ia telah memanfaatkan orang kaya enam kali lebih daripada orang miskin. Di Malaysia sendiri mengikut kajian, isi rumah dengan pendapatan RM3,000 dan ke bawah hanya menikmati 30% subsidi dari petrol RON95. Maknanya yang 70% pergi ke mana?
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Sebenarnya untuk subsidi sahaja bagi tahun 2013, jumlah subsidi yang telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan adalah sebanyak RM46.7 bilion iaitu lebih daripada peruntukan pembangunan negara. Ini adalah tidak sihat dari segi untuk memastikan negara kita terus dapat membangun. Sehubungan dengan itu, jikalau subsidi itu dibahagikan mengikut populasi negara kita sebanyak 30 juta orang, maknanya purata setiap orang akan mendapat anggaran RM1,500. Ini bermakna ia adalah dua kali ganda daripada bantuan BR1M.
Seterusnya jika subsidi ini ditambah atau dijumlahkan dari tahun 2009 ke 2013, jumlah subsidi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan adalah jumlah yang besar sebanyak RM205.7 bilion. Maka isu pokoknya apabila terdapat subsidi pukal, kebanyakan rakyat tidak perasan dan tidak dapat sebenarnya menikmati subsidi ini secara direct. Maka dalam pembentangan Bajet 2014 ini, kerajaan juga telah meneruskan usaha untuk merasionalisasikan subsidi dan juga usaha pembaharuan fizikal.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Ini adalah penting untuk memastikan supaya dalam jangka masa panjang, kebajikan rakyat adalah terjamin. Tiada kerajaan yang ingin mengurangkan subsidi, tiada kerajaan yang ingin bertindak tidak popular tetapi apa adalah penting adalah untuk memastikan kepentingan negara kita dalam jangka masa panjang dapat terjamin. Namun untuk kata subsidi semua telah ditarik balik pun adalah tidak betul. Pada tahun 2014, kerajaan masih memperuntukkan subsidi sebanyak RM39.4 bilion. Soalannya ialah dalam usaha untuk merasionalisasikan subsidi atau pembaharuan fizikal, kerajaan telah mengumumkan pelbagai langkah. Tujuannya atau matlamatnya adalah untuk mengurang subsidi bill dari RM46.7 bilion ke RM39.4 bilion. Maka maklumat yang saya ingin tahu adalah sama ada dengan langkah-langkah yang diumumkan sama ada kerajaan dapat mencapai target atau matlamat sebanyak RM39.4 bilion.
Mengikut kiraan saya dan juga sumber-sumber laporan media, sebenarnya kita telah mencapai boleh dikatakan penjimatan sebanyak RM8 bilion. Kalau kita melihat dari RON95, penjimatan yang telah diumumkan adalah sebanyak RM3.3 bilion. Dari kadar kenaikan tarif elektrik penjimatan yang telah dicapai adalah sebanyak RM4 bilion. Dari segi pemansuhan subsidi untuk gula, penjimatannya adalah sebanyak RM300 juta. Akhirnya dengan langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, 11 langkah kerajaan telah mengumumkan matlamat penjimatan sebanyak RM400 juta. Maka jika kita tambah semua ini maka jumlahnya adalah sebanyak RM8 bilion.
Saya juga berharap kerajaan dapat meneruskan usaha mereka untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Dari segi jangka masa panjang, Bantuan Rakyat 1Malaysia ini tidak harus berterusan kerana ia hanya memberi secara cash one-off. Tujuan dan matlamat kerajaan haruslah bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk kita. Sehingga sekarang, penerima-penerima yang layak menerima BR1M telah mencecah sehingga tujuh juta. Untuk jangka masa panjang, matlamat kerajaan haruslah untuk memberi lebih banyak bantuan sama ada daripada modal perniagaan, sama ada daripada pinjaman kepada penerima-penerima BR1M supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui perniagaan. Sebagai contoh, mungkin kerajaan harus mempunyai matlamat dalam tahun 2016 mungkin penerima BR1M dapat dikurangkan sebanyak 500,000. Akhirnya adalah penting supaya kita menolong dalam jangka masa panjang, pendapatan rakyat dapat ditingkatkan.
Selain daripada itu, kita mengetahui bahawa salah satu subsidi yang paling besar adalah subsidi bahan api. Di sini saya ingin mengambil tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula lagi RON92. Ini adalah kerana RON92 sebenarnya digunakan juga di negara-negara maju seperti Australia dan US. RON92 ini sebenarnya tidak boleh digunakan untuk kereta-kereta yang mewah. Maka mungkin RON92 ini boleh diguna pakai sebagai salah satu cara untuk memastikan subsidi dapat sampai kepada golongan yang disasarkan.
Selain daripada itu, saya berharap kerajaan dapat juga mempertingkatkan dari segi sistem penyampaian untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ini kerana dengan kali ini, terdapat introduction perbankan langsung dan juga sistem baucar ia telah mula timbul kekeliruan dalam majlis penyampaian bantuan BR1M. Sebagai contoh, di kawasan saya terdapat rakyat yang menerima surat BR1M tetapi bila sampai untuk majlis penyampaian, didapati bahawa baucar mereka belum sampai lagi. Jadi mereka tidak boleh menerima
Datuk Chua Tee Yong - Labis
wang tersebut. Malah ada yang mengambil cuti untuk khusus menghadiri program ini tetapi kerana tiada baucar, mereka dengan perasaan yang sedih terpaksa balik dan tunggu sampai baucar mereka tiba. Maka saya berharap dari segi sistem penyampaian ini dapat diperkukuhkan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dan ingin mendapat maklumat terutamanya langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kesihatan negara daripada sumber tenaga doktor, jururawat serta pakar perubatan. Salah satu justifikasi yang sering dirujuk ialah piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) bahawa untuk mencapai status negara maju kita perlu mempunyai satu orang doktor untuk setiap 400 penduduk dalam negara. Menurut laporan media baru- baru ini, pihak Malaysian Medical Association (MMA) telah memberi pertanyaan tersebut kepada pihak WHO. Pakar WHO iaitu Dr. Gullen Gerdick yang merupakan pakar dalam aspek teknikal dalam pengurusan sumber manusia telah menafikan bahawa WHO telah menetapkan nisbah satu orang penduduk kepada 400 dalam negara untuk mencapai negara maju.
Maka persoalannya adalah sama ada kita sedang menghadapi masalah lebihan doktor. Jikalau ya, adakah ia wajib atau wajar untuk kita terus memberi biasiswa atau mewujudkan lebih banyak universiti atau persekolahan untuk perubatan. Ini adalah kerana kalau kita buat secara perbandingan, di Malaysia kita mempunyai populasi sebanyak 30 juta orang tetapi kita mempunyai 33 buah sekolah perubatan terdiri daripada 11 persekolahan awam dan 22 swasta. Kalau dibandingkan dengan United Kingdom dengan 63 juta populasi penduduk, mereka hanya mempunyai 32 buah sekolah perubatan.
Australia dengan 23 juta populasi, mereka hanya mempunyai 18 buah sekolah perubatan.
Akhirnya Kanada dengan 34 juta populasi penduduk, mereka hanya mempunyai 17 buah sekolah perubatan. Maka, adakah kita menghasilkan doktor yang berlebihan?
Selain itu daripada nisbah graduan, ia juga membimbangkan. Kalau kita melihat pada tahun 2009, nisbah graduan perubatan kepada setiap 100,000 populasi untuk United Kingdom adalah sebanyak 9.3, Australia sebanyak 10.8 dan Kanada sebanyak tujuh. Akan tetapi untuk Malaysia sahaja, pada tahun 2009 kita telah mencecah populasi sebanyak 11.2. Maka saya ingin mengetahui bahawa apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengkaji semula daripada segi jumlah graduan dan doktor-doktor yang telah ada di dalam pasaran. Selain itu saya juga ingin bertanya sama ada jikalau betul-betul terdapat doktor berlebihan, maka dia tentu akan menjejaskan kualiti. Jadi isu pokoknya adalah sama ada kita mengkompromikan kualiti untuk mendapatkan kuantiti yang kita fikir kita perlukan.
Mengikut sumber-sumber saya, saya mendapat tahu bahawa terdapat senario di mana terdapat doktor berlebihan pelatih daripada pesakit di kebanyakan hospital. Ini menyebabkan doktor pelatih tidak mempunyai latihan yang mencukupi. Ada doktor pelatih yang hanya dapat jumpa satu sehingga tiga orang pesakit sahaja sehari tetapi sepatutnya mereka patut jumpa lebih daripada sepuluh orang pesakit sehari sebagai latihan asas. Saya berharap kementerian dapat berkongsi dengan saya sama ada apa yang dikatakan adalah benar. Tambahan pula bila saya melawat ke kawasan saya, saya juga ditanya oleh banyak graduan jururawat yang menganggur. Malah terdapat ada yang mengatakan bahawa terdapat sehingga 10,000 orang jururawat yang sedang menganggur sekarang. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu tersebut?
Sebaiknya walaupun kita mempunyai doktor berlebihan dan jururawat yang berlebihan, kita menghadapi kekurangan sumber daripada segi perkhidmatan pakar perubatan. Doktor perkhidmatan pakar perubatan dan sub pakar. Justeru itu saya berharap kementerian dapat berkongsi dengan saya, jumlah pakar perubatan yang ada di Malaysia ini dan kekurangan dan dari jangka masa panjang cara untuk dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan mengenai isu kemuflisan.
Kita mengetahui pada beberapa tahun yang lepas kerajaan ada memulakan beberapa usaha untuk memperbaharui Akta Kebankrapan 1967. Saya ingin tahu sama ada terdapat perkembangan yang terkini dalam usaha untuk memperbaharui Akta Kebankrapan 1967 ini.
Ini kerana menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, terdapat sejumlah 129,640 kes muflis
Datuk Chua Tee Yong - Labis
berlaku dalam tempoh 2005 hingga 2012. Sebanyak 52% daripada kes-kes ini adalah orang muda berusia 45 tahun ke bawah. Pada tahun 2012 sahaja terdapat 11,260 kes muflis.
Menurut Jabatan Insolvensi, sebab-sebab utama orang muda terjebak dalam kes muflis adalah budaya materialistik, perancangan kewangan yang lemah, kos perubatan yang tinggi, kegagalan dalam perniagaan dan juga terlalu bergantung pada kad kredit. Akan tetapi impaknya adalah serius. Apakah yang akan berlaku jikalau seseorang itu diisytiharkan muflis? Bank akaun mereka akan dinyah-aktifkan oleh bank dan tidak boleh membuat pengeluaran duit atau membuka akaun baru kecuali mereka mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Insolvensi.
Aset mereka akan dibekukan dan dijual untuk membayar hutang. Selain itu, mereka dihalang daripada memohon pinjaman baru, memulakan perniagaan, pergi luar negara, perlu mengetepikan sebahagian bulanan mereka untuk membayar hutang.
Keadaan ini mungkin berlarutan. Akibat kemuflisan khususnya pemuda-pemuda ini, mereka akan menjadi economically not productive dengan sekatan-sekatan ini yang dikenakan ke atas mereka, malah mereka akan menjadi social out class. Malah, dengan jumlah 129,000 kes-kes ini apa yang terjadi pada ahli-ahli keluarga yang bergantung kepada mereka untuk kehidupan. Saya berharap kerajaan dapat meneruskan usaha untuk memperbaharui akta ini supaya terdapatlah satu sistem yang lebih sesuai untuk memastikan mereka dapat keluar daripada status muflis ini.
Tuan Yang di-Pertua, tadi kita mendengar bahawa terdapat Ahli Yang Berhormat yang mengatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri itu adalah tidak sesuai. Saya pun rasa dari segi kenyataan beliau itu haruslah kalau diberi di sokong dengan maklumat atau kajian-kajian. Adalah tidak sihat bagi sebarang Ahli Yang Berhormat untuk mengeluarkan kenyataan stereo typing. Akan tetapi saya juga berharap pihak pembangkang juga harus tidak double standard. Untuk tahun lepas, Ahli Yang Berhormat daripada PAS juga telah mengeluarkan kenyataan dari segi entire of the women must be appropriated as a way to resolve sexual crime. Itu pun adalah salah. Maka, saya berharaplah di dalam Dewan ini semua Ahli Yang Berhormat haruslah tidak mengeluarkan kenyataan stereo typing. Kenyataan-kenyataan ini tidak sihat dan adalah tidak wajar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, pembahas sebelum daripada saya Ahli Yang Berhormat daripada Labis, beliau bangun dan menyatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri iaitu Ahli Yang Berhormat daripada Santubong tidak sesuai. Tidak sesuai Tuan Yang di-Pertua kerana ia melibatkan ataupun Yang Berhormat Santubong melibatkan isu race atau kaum dalam isu tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kecewa kerana kita lihat parti MCA tidak boleh pakai Tuan Yang di-Pertua kedudukan mereka di dalam Barisan Nasional untuk menuntut supaya Timbalan Menteri tersebut itu menarik balik kenyataan beliau. Yang Berhormat daripada Labis menyatakan bahawa beliau tidak setuju. Itu bagus tetapi tidak lama daripada saat ini, baru sahaja dikeluarkan satu kenyataan oleh Safety General MCA. Beliau menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk Timbalan Yang di-Pertua itu meminta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Timbalan Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Timbalan Menteri. Dahulu Timbalan Yang di-Pertua. Itu masalah dia tetapi Timbalan Yang di-Pertua daripada Beluran tidak ada masalah, dengan Santubong sahaja. Akan tetapi ini bukanlah serius Tuan Yang di-Pertua.
Di dalam Dewan menyatakan sesuatu, di luar Dewan pula berpendirian lain. MCA patut menunjukkan bahawa mereka berani. Mereka berani untuk meminta supaya Timbalan Menteri ini menarik balik kenyataan beliau. Mana boleh seorang Timbalan Menteri membuat keputusan atau kesimpulan sebegitu oleh kerana report polis berkaitan dengan statutory
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
rape, rogol di bawah umur percentage dia atau pun percentage yang berkurangan. Ini bermakna bahawa sesuatu kaum itu menerima...
Datuk Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labis bangun.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, ya saya akan bagi.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Asalkan bagi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mereka menerima. Perhaps they accept bagaimana boleh keputusan sebegini? Apakah asas keputusan ini? Saya rasa tidak ada apa-apa yang salah untuk kita dalam Dewan ini untuk minta beliau. Baik, kalau ada bukti tunjukkan tetapi kalau tidak ada bukti, tarik balik. Minta maaf.
Seorang Ahli
Ya, tarik balik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapa kita boleh biarkan? Bagaimana boleh kita biarkan supaya beliau meneruskan sebegini?
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja beliau. Ini satu, sebelum daripada ini kita lihat bagaimana Menteri Dalam Negeri menyatakan, beliau menyatakan bahawa kalau seseorang itu ugut untuk pukul seseorang, itu tidak menjadi satu kesalahan. A thread criminal intimidation seksyen 506, dalam Kanun Keseksaan kita cukup jelas. Kesalahan yang serius. Masalah dia Tuan Yang di-Pertua adalah ini. Mereka Yang Berhormat-Yang Berhormat ini, kedua-kedua mereka daripada Kementerian Dalam Negeri. Kementerian yang cukup kuat. Kalau kita telah meyakinkan negara ini bahawa kita ada Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang boleh memperbaiki keadaan khususnya keadaan berkaitan dengan jenayah. Patut kita ada Menteri dan Timbalan Menteri yang berkaliber, yang tahu undang-undang, yang tidak membuat kenyataan-kenyataan sedemikian yang memalukan kerajaan, memalukan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut, kita tanya, kita beritahu kepada mereka.
Bila kita bawa pada perhatian Yang Berhormat-Yang Berhormat ini, jelas bahawa apa yang mereka katakan tersebut itu adalah tidak betul. Mereka tidak tarik balik, terus menyatakan bahawa apa yang mereka katakan itu adalah benar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mahu minta supaya - saya rasa yang patut mengambil tanggungjawab berkenaan dengan semua ini adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliaulah yang membawa keputusan untuk melantik Menteri dan Timbalan menteri. Jadi saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Pekan, adakah beliau setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Santubong? Adakah beliau bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri? Tuan Yang di-Pertua, saya berikan kepada Yang Berhormat Labis.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Soalan saya kepada Yang Berhormat adalah kerana Yang Berhormat begitu berprinsip. Saya berharap Yang Berhormat juga begitu berprinsip untuk memastikan bahawa Yang Berhormat Rantau Panjang menarik balik kenyataan perhatian beliau apabila beliau yang menyatakan bahawa pakaian yang tidak senonoh merupakan one of the reason for sexual crime dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam video klip yang telah disebarkan itu.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Sama ada Yang Berhormat juga bersetuju dengan kenyataan begitu. Daripada segi kenyataan Timbalan Menteri itu, itu memang tidak wajar dan saya tahu rakyat akan menilai akhirnya pada pilihan raya. Terima kasih.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Boleh minta laluan?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sila, sila.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Labis. Kalau diminta kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, saya rasa kena minta daripada yang lebih tinggi daripada itu lagi. Ini kerana dalam Al-Quran sendiri ada memberitahu supaya umat Islam memakai pakaian dan menutup auratnya. [Membaca
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
potongan ayat Quran] Maksudnya, “Supaya mereka ini dapat dikenali dan menjaga kehormatan supaya mereka itu tidak dianiaya atau diganggu”. Jadi, adakah Yang Berhormat Labis hendak meminta daripada Tuhan yang menurunkan Al-Quran ini supaya tarik balik kalimah itu atau penegasan itu di dalam Al-Quran? Sila jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak, dia pada Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya akan cuba untuk jawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis.
Biar saya...
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You ada hendak tanya soalan? Bangun Yang Berhormat Pasir Salak, kenapa hendak bising? Bangun! Sudah jadi Timbalan Menteri, you duduklah diam-diam sekarang. Bagi amaran kepada kamu. Saya jawab kepada Yang Berhormat Labis. Apa yang tidak betul, kita akan sebut tidak betul tetapi jangan jadi hipokrit Yang Berhormat Labis, jangan. Apa yang bangkit dalam Dewan ini sekarang cukup jelas, isu berkenaan dengan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri. Di sini Yang Berhormat Labis kata bahawa yang saya setuju, setuju, setuju tetapi kenapa MCA tidak berani hendak minta Timbalan Menteri itu tarik balik dan minta maaf? Kenapa? Itu soalan saya. Kenapa tidak boleh Yang Berhormat Labis jawab soalan ini? Ini masalah dengan MCA, mereka tidak berani. Tidak berani hendak berdepan dengan masalah, tidak berani hendak depan dengan apa-apa yang salah.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
DAP pun tidak berani di depan PAS, okey?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa? You want to say something? What do you want to say?
Datuk Chua Tee Yong - Labis
What I want to say is you dare to criticize us, but you do not dare to criticize PAS.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sudah, sudah, sudah. You tidak faham masalah dia. Duduk, duduk, duduk. Saya akan jawab.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Apa isu dia? Sama, pokok isu dia, sama! [Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apakah pendirian kamu Yang Berhormat berkenaan dengan Yang Berhormat Santubong? Jawab soalan. Adakah Yang Berhormat sekarang setuju bahawa MCA tidak berani untuk minta dia tarik balik dan minta maaf? Ada atau tidak? Jawab soalan saya!
Datuk Chua Tee Yong - Labis
DAP pun tidak berani dengan PAS kerana tidak ingin tarik balik tindakan tersebut, sama. Jangan mengatakan dan menuduh di sini. Adalah tidak betul untuk menuduh di sini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Duduk, duduk dulu. MCA tidak berani!
Jangan bangun, jangan hendak cakap. Cakap dalam Dewan, di luar lain. Where is your conscience? You must grow a backbone, MCA! Sudah sampai masa untuk MCA, stand up…
Datuk Chua Tee Yong - Labis
I have spoken to the Dewan, have you spoken to the Dewan?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...And tell UMNO that they are wrong! Jadi UMNO, kenapa tidak berani?
Datuk Chua Tee Yong - Labis
No, you didn’t say that. You are also diverting.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Di Kajang, di Kajang. Saya hendak - senang! Di Kajang sama juga!
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Puchong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Di Kajang.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Puchong, boleh saya tanya soalan?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tunggu, tunggu. Duduk, duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tadi tanya, saya sudah bangun cakap tidak boleh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak, tidak. Saya hendak deal dengan Yang Berhormat Labis ini, dengan MCA. You duduk dulu. Terima kasih, duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Okey, bagi saya cakap nanti.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tak nak bagi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Lepas ini bagi saya cakap.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya tak nak bagi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
You takutkah?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You tak faham Bahasa Malaysia? Saya tak nak bagi, duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya faham bahasa Malaysia.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Duduk, duduk. Sit down, sit down.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Takutkah?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Down, down. Di Kajang juga sama. Bila masuk ke Kajang, jumpa orang di situ dan kata kita sudah berubah! Berani! MCA will change! Mana? Dalam keadaan yang cukup jelas, not daring enough. Ini masalah dia Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini sebagai Ahli Parlimen, saya cukup menyokong semua yang bangun. Saya dengar pagi ini dibangunkan isu ini juga oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya minta di sini supaya Tuan Speaker sekarang menunjukkan a courage to take action. Jangan setakat kita sahaja, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dia invoke 36(12) dan saya sudah buat keputusan bahawa perkara ini akan dirujuk oleh Tan Sri Speaker.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betul. Saya baru nak sebut.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Bila nak buat keputusan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
When the Tan Sri Speaker presides, please.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Okey, thank you.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita harap bahawa dalam masa yang terdekat. Saya baru nak sebut bahawa ada motion dan saya berharap Tuan Yang di-Pertua, bahawa tindakan tegas diambil dalam perkara ini supaya kita dapat lihat agar kenyataan- kenyataan sebegini tidak dibangkitkan lagi. Tidak dibangkitkan, tidak ada asas, memalukan kementerian. Saya nak sebut juga di sini, saya percaya bahawa Yang Berhormat dari Santubong juga seorang yang berpengalaman, he has got legal background. Jadi, untuk membuat satu kenyataan sebegini saya rasa memang mengecewakan, memalukan Dewan Rakyat yang mulia ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya nak membangkitkan isu berkenaan dengan hukuman mandatori gantung sampai mati. Tuan Yang di-Pertua, kita setakat ini ada lebih kurang 964 orang yang telah pun disabitkan kesalahan yang mana boleh membawa kepada hukuman mati, gantung sampai mati. Saya difahamkan menurut rekod yang dikeluarkan oleh Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini 441 orang yang telah pun digantung sampai mati.
Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini di mana saya minta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh memberi pengesahan sama ada, ada ataupun tidak kerajaan berhasrat untuk menimbangkan semula undang-undang mandatori yang memerlukan hukuman gantung sampai mati. Ini dilakukan oleh Singapura. Kita lihat bahawa Singapura telah pun sekarang meminda akta-akta, khususnya akta yang membawa hukuman ini di mana mereka sekarang membenarkan discretion ataupun budi bicara digunakan dalam isu gantung sampai mati. Ini juga terpakai kepada mereka yang telah pun dihukum gantung. Jadi the new laws will also allow for dengan izin, previous person convicted, their convictions to be reviewed. Isu yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua, adalah ini.
Dalam sesi yang lalu bila saya tanya dalam Dewan ini, saya diberitahu bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menimbang semula dan mengkaji semula peruntukan undang-undang ini. Akan tetapi apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua, dalam sebulan yang lalu ada dua kes. Satu kes yang melibatkan seorang di Johor Bahru, Chandran Paskaran di mana beliau sepatutnya digantung sehingga mati tetapi selepas dibawa kepada perhatian Tuanku Sultan Johor, penggantungan tersebut itu telah pun ditangguhkan. Last friday Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu lagi hukuman terhadap seorang bernama Osa Riaki alias Obayanmun yang juga dikenali sebagai Philip Michael yang telah pun ditangguhkan pelaksanaan gantung sampai mati beliau, hukuman beliau.
Jadi, isunya adalah ini, selepas daripada penangguhan pelaksanaan terhadap penama Philip Michael tersebut, terdapat satu kenyataan yang keluar daripada The Malaysian Bar Tuan Yang di-Pertua, khususnya presiden bernama Christopher Leong di mana beliau menyatakan dan saya minta maaf dalam bahasa Inggeris. Saya have to read it this way, “We understand that the government is currently looking into law reform Tuan Speaker, in respect of the mandatory death penalty with a view to its possible abolishment or to re-introduction of a discretionary death penalty. In light of such review, government should in the interest of justice, implement and announce an immediate and official moratorium on any and all executions of the death sentence”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini nak dapatkan pengesahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah ini benar kerana maklumat ini kelihatan bercanggah dengan apa atau pendirian Dewan yang mulia ini dua tahun lalu. Sekiranya ada pertukaran pendirian, saya minta supaya kerajaan menimbang semula.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita memang ada niat untuk kita kaji semula undang- undang ini, saya minta supaya kerajaan boleh menimbangkan supaya semua hukuman gantung sampai mati ditangguhkan sementara kita menunggu undang-undang yang baru ini digubal. Ini kerana seperti mana kita semua tahu Tuan Yang di-Pertua, death penalty is irreversible, that sentence is irreversible. Terdapat keadaan di mana kalau seseorang tersebut telah pun digantung, maka kita tidak boleh kembali kepada keadaan yang asal, we cannot do anything to save this person. Itu sahaja tapi saya minta satu penjelasan daripada Perdana Menteri berkenaan dengan perkara yang serius ini. Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Mike terlalu jauh Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbilalamin, wassalatu wassalammuala rasulillah waalaalihi wasahbihiajmain. Pertama sekali saya ingin menyampaikan ucapan menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang sanggup berangkat mencemar duli bertitah di Dewan yang mulia ini pada 10 Mac 2014.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, pada masa kita sedang mengharungi situasi kehilangan pesawat MH370, kita dapat lihat bagaimana isu tersebut telah mewujudkan pelbagai andaian dan tanggapan di dalam masyarakat. Saya melahirkan rasa simpati yang teramat sangat ke atas mangsa dan keluarga yang terlibat dalam bencana ini. Kita juga dapat melihat semangat kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia yang masih lagi erat. Ini boleh dapat dilihat dalam laman-laman sosial di mana rakyat Malaysia mendoakan keselamatan MH370.
Akan tetapi beberapa tindakan individu dan kumpulan dalam usaha menghulurkan bantuan untuk mencari pesawat MH370 telah sedikit sebanyak menimbulkan pandangan negatif di dalam masyarakat. Perkara ini dilihat memberi kesan terhadap masyarakat Melayu yang beragama Islam dan sedikit sebanyak memberi gambaran negatif kerana Islam adalah agama rasmi negara kerana ada lagi tahap mentaliti yang tidak sesuai dalam perjalanan kita mencapai status negara maju. Walau bagaimanapun, marilah sama-sama kita berdoa bagi anak kapal dan penumpang agar mereka dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan kita.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama yang ingin saya sentuh adalah GST.
Dalam pelaksanaan GST saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini dan kepada kementerian yang terlibat supaya meneruskan lagi usaha penerangan yang komprehensif iaitu mencari kaedah yang mudah difahami oleh rakyat secara berterusan hingga ke akar umbi. Ini perlu dilakukan sehingga tempoh pelaksanaan itu pada April 2015 dan saya menyokong penuh kepada pelaksanaan GST. Melalui mekanisme GST ini, kita mempercayai lebih banyak hasil cukai dapat diperoleh dan sekali gus kita dapat menyusun semula pemberian bantuan kepada rakyat.
Pemberian subsidi pukal dapat diganti sedikit demi sedikit kepada subsidi tersasar melalui penggubahan cara subsidi pukal kepada subsidi tersasar ini. Nikmat yang diperoleh oleh rakyat dapat disalurkan secara spesifik dan ia dapat mengelak pembaziran wang rakyat. Sebagai contoh, pekerja asing yang bekerja di negara ini tidak layak untuk menikmati subsidi yang diberi oleh kerajaan dan ada juga rakyat asing yang masuk membeli barang subsidi pukal ini seterusnya menyeludup keluar ke dalam negara mereka dan mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, pendidikan bermula seawal prasekolah sehinggalah ke pendidikan menengah.
Justeru itu saya menyokong dasar ini dan ia boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan pada masa akan datang. Melalui tindakan yang telah diambil oleh kementerian, untuk menyemak semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025, telah terbukti kerajaan prihatin dengan pihak guru dan komited dalam menjayakan dasar ini.
Kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan satu sistem PBS yang lebih mesra guru, seterusnya membantu guru meringankan beban mereka yang selama ini mereka merasakan mereka melakukan kerja sebagai seorang kerani. Mereka tidak perlu lagi mengisi borang secara online kerana mereka boleh menjalankan tugas ini secara offline sekarang.
Satu lagi perkara yang mesti dilihat dalam perkara dasar berkenaan kenaikan pangkat dan jawatan. Bagi guru sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran ke universiti, kerajaan juga mesti memberi perhatian kepada siswazah-siswazah yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan memastikan supaya guru-guru lepasan PPG ini tidak menjadi penganggur dan sistem kenaikan pangkat guru yang lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, kepelbagaian budaya dan tarikan semula jadi yang terdapat di Malaysia merupakan elemen penting dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. Oleh yang demikian, kesan daripada kemasukan pelancong dari luar negara dan aktiviti pelancongan domestik dilihat bakal memberi peluang pekerjaan dan seterusnya
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
impak positif kepada ekonomi negara. Dalam industri makanan halal di Malaysia, Malaysia merupakan negara Islam yang menitikberatkan tentang proses halal daripada penyediaan makanan sehinggalah ke premis restoran tersebut. Kerajaan mestilah terus mewajibkan setiap restoran kepunyaan bukan Islam yang menghidangkan makanan halal mendapat kelulusan dan meletakkan logo halal daripada JAKIM. Status halal itu mestilah menepati syariat Islam iaitu bukan sahaja halal secara umum, tetapi juga suci. Bukan itu sahaja, logo halal ini saya cadangkan mestilah diwajibkan untuk dipamerkan di restoran-restoran kepunyaan orang Islam sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan kepada pelancong yang tidak berani untuk makan di restoran tersebut walaupun restoran itu kepunyaan orang Islam kerana tidak ada logo halal dipamerkan.
Melalui dasar urbanisasi negara, kerajaan menganggap proses urbanisasi yang dirancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru di samping memupuk keseimbangan ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, dua program teras yang digariskan iaitu Program Rumah Mampu Milik dan Program Rumah Mesra Rakyat serta aku janji kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik kepada rakyat. Contoh yang jelas bagi mewujudkan keperluan yang berkualiti dan menjamin kesejahteraan penduduk ialah pelancaran program di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan kerajaan akan terus merealisasikan keperluan dan kesejahteraan dari semasa ke semasa. PR1MA pada dasarnya dibina di kawasan pinggir bandar dan saya ingin mencadangkan projek ini dibangunkan juga di kawasan pekan di luar bandar dengan harga yang bersesuaian.
Kerajaan mestilah menentukan kuota untuk pemilikan bumiputera.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya tidak lupa untuk membangkitkan masalah dan keperluan rakyat di kawasan saya. Saban hari dan di mana sahaja sama ada di kedai kopi, di kebun-kebun dan di majlis-majlis wakil rakyat, rakyat di kawasan saya merintih mengenai harga getah yang menjunam. Harga sekilo getah beku adalah RM2.60 sahaja. Kalau seseorang itu menoreh pokok sendiri dia akan mendapat RM2.60 sekilo. Kalau dia menoreh pokok milik orang, dia hanya mendapat RM1.30 sekilo kerana pendapatan telah dibahagi dua. Dalam satu hari seorang penoreh getah hanya mampu menoreh getah lebih kurang dalam 400 ke 500 pokok getah sahaja. Ini memberi hasil getah beku sebanyak lebih kurang 15 kilogram.
Apabila dijual, penoreh ini mendapat pendapatan purata harga getah beku lebih kurang RM36 satu hari. Jika penoreh itu menoreh pokok orang lain iaitu bukan pokok kepunyaannya sendiri, pendapatan mereka hanyalah RM18 sehari setelah dibahagi dua.
Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, apa yang keluarga penoreh itu boleh makan dengan pendapatan RM18 sehari dengan harga gula RM2.50 sekilo lebih dari harga getah, beras RM3 sekilo lebih kurang, lebih dari harga getah sekilo, tepung RM1.70 sekilo, minyak masak RM2.60 sekilo, lebih kurang sama dengan harga getah sekilo dan ikan kembung RM12 sekilo, empat kali ganda lebih daripada harga getah. Dengan senario pendapatan harian sebegini, bagaimana rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah mahu meneruskan kehidupan mereka?
Tuan Yang di-Pertua, ini suara rakyat, ini kesusahan dan kepayahan rakyat dan ini adalah penderitaan rakyat di luar bandar yang menoreh getah. Saya dapat merasainya kerana saya pernah menjadi penoreh getah ketika kecil. Tanya Yang Berhormat Kota Baharu, Yang Berhormat Kota Baharu tidak ada. RISDA hanya memberi bantuan kepada tuan punya kebun getah sahaja, bukan kepada penoreh-penoreh getah.
Tuan Yang di-Pertua, subsidi yang disasarkan kepada nelayan telah diberi oleh kerajaan. Kerajaan juga memberi subsidi tersasar kepada petani, tetapi tidak ada subsidi tersasar kepada penoreh getah yang menoreh kebun getah yang dimiliki oleh orang lain.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Boleh dikatakan penoreh getah di kawasan luar bandar menoreh kebun orang lain, mereka adalah pengundi Barisan Nasional. Barisan Nasional memenangi majoriti di kawasan luar bandar pada PRU ke-13. Oleh itu, saya merayu kepada kerajaan supaya memberi perhatian dan mengadakan satu mekanisme supaya dapat ditetapkan harga lantai bagi getah beku dalam lingkungan lebih kurang RM4 sekilo.
Bagaimanakah caranya? Sebagai contoh, pada zaman era tahun 80-an di mana harga komoditi kelapa sawit merudum. Setiap tan kelapa sawit diberi subsidi sebanyak RM25 sehingga beberapa tahun kemudiannya. Caranya, kelapa sawit dihantar dan dijual ke
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
kilang. Hasil jualan dibayar terus oleh kilang dengan harga yang ditetapkan. Selepas itu, kilang tersebut akan membuat tuntutan kepada kerajaan mengikut nilai yang telah ditetapkan. Kaedah-kaedah lain boleh dibentuk untuk membantu golongan ini hasil daripada perbincangan dan penglibatan kementerian-kementerian yang terlibat seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan agensinya seperti RISDA, Lembaga Getah Malaysia dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, komunikasi merupakan elemen pembangunan yang terpenting pada zaman ini. Terima kasih kepada kerajaan yang telah bertindak dalam masa sepuluh bulan selepas daripada PRU ke-13. Terima kasih juga kepada SKMM yang telah memberi khidmat dalam pembangunan sistem telekomunikasi di kawasan saya. Saya mewakili suara rakyat Sik meminta supaya liputan diperluaskan walaupun sudah mempunyai 20 pencawang dibina tetapi talian telefon dan internet masih di tahap yang tidak memuaskan. Terlalu sedikit kawasan yang diliputi talian 3G apatah lagi 4G. Oleh yang demikian, saya memohon melalui kementerian dan syarikat perkhidmatan komunikasi iaitu service provider yang mempunyai peruntukan CSR yang berkaitan dapat membawa peruntukan kepada Parlimen saya untuk tujuan membangunkan komunikasi ini walaupun syarikat penyediaan perkhidmatan komunikasi ini mengalami sedikit kerugian di kawasan- kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi infrastruktur, saya meminta agar jambatan Sungai Muda di Pekan Jeniang sempadan Sik yang merupakan pintu masuk ke Parlimen Sik dari Parlimen Jerai diperbesarkan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ini memandangkan jambatan ini sempit dan kenderaan telah banyak sekarang. Jalan persekutuan juga mesti diselenggarakan. Saya merasa sedih kerana apabila saya membuat semakan, tidak ada kerja-kerja disenaraikan kepada Parlimen Sik bagi tahun 2014 untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan jalan persekutuan.
Memang benar walaupun ada tertulis untuk membaiki jalan mengikut keutamaan kawasan JKR Kuala Muda-Sik, tetapi kerja-kerja itu sama ada keutamaannya yang pertama ataupun keutamaan yang kedua ataupun keutamaan yang ketiga. Semuanya diberikan kepada sebelah Kuala Muda kerana di sana majlis bandaran dan ini seolah-olah memberi gambaran Parlimen Sik ini ditinggalkan dan tidak diberikan keutamaan. Oleh kerana itu, sekali lagi saya telah sebut di dalam perbahasan saya yang lepas, saya meminta Kementerian Kerja Raya mesti mengambil inisiatif untuk memisahkan JKR Kuala Muda-Sik yang mana telah dipersetujui di peringkat daerah dan peringkat negeri.
Dalam hal infrastruktur jalan raya juga, sekali lagi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan perancangan. Mengadakan perancangan dan bukan membuat sekarang. Mengadakan perancangan membuka satu jalan sempadan dan pekan sempadan di antara Daerah Sik dan Thailand pada masa-masa yang akan datang. Dengan rancangan pembangunan pembukaan pintu masuk sempadan ini akan membantu menarik pelabur luar untuk melabur di sana dan membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan daerah Sik. Dengan membuka laluan Daerah Sik kepada dunia luar, pekan Sik akan berkembang dengan lebih pesat, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri di Kementerian Pendidikan juga diharap dapat memenuhi permintaan rakyat dan guru-guru di Parlimen Sik supaya perpisahan PPD Daerah Baling, Sik dibuat dengan segera. Banyak masalah dihadapi oleh guru dan waris pada masa ini. Lagipun sudah sampai masanya untuk melakukannya demi pembangunan pendidikan untuk semua secara saksama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, saya selaku wakil Rakyat Sik sekali lagi meminta kerajaan untuk membuka satu pusat pengajian tinggi di Parlimen Sik. Oleh kerana Parlimen Sik diisytiharkan di dalam Koridor Utara sebagai kawasan pertanian, saya mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk membuka satu universiti berasaskan pertanian memandangkan Universiti Pertanian sudah tidak ada lagi.
Itu permintaan pilihan pertama.
Permintaan pilihan yang kedua ialah IPT yang berasaskan ilmu agama. Pusat ilmu berasaskan agama yang bermaksud persekolahan bermula dari pra universiti sehingga ke peringkat universiti dengan konsep ulul albab dicadangkan dibuat di Parlimen Sik. Ini
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
memandangkan daerah ini telah melahirkan banyak ulama’ dan pada masa ini masih terdapat pondok-pondok yang aktif dalam pembelajaran agama. Selain daripada pusat pengajian tinggi, saya juga meminta supaya cawangan-cawangan IPT seperti UiTM dibina di Parlimen Sik.
Sekolah asrama penuh dan sekolah-sekolah vokasional...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Buat masa ini, tidak ada satu pun sekolah ini di Sik.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara dalam bidang pertanian yang menjadi masalah utama pada masa ini. Jabatan PERHILITAN mesti mengambil tindakan terhadap musuh tanaman yang bermaharajalela di kawasan ini iaitu khinzir hutan. Populasi khinzir hutan yang bertambah di kawasan ini banyak mengganggu tanaman yang baru ditanam dan menyebabkan para petani dan pekebun hampir putus asa.
Mereka berjumpa dengan saya dan berkali-kali merayu kepada saya supaya saya membangkitkan perkara ini di dalam Parlimen dan meminta kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap masalah khinzir hutan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Sik mempunyai populasi lebih kurang 150,000 orang.
Pesakit-pesakit di dalam Daerah Sik yang memerlukan rawatan pakar terpaksa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sejauh 45 kilometer ataupun Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejauh 65 kilometer. Hospital Sik yang ada sekarang dibina pada tahun 90-an dan rakyat Sik meminta untuk membuat sebuah hospital baru. Dalam hospital ini ada terdapat dewan bedah. Hospital sekarang ini terdapat juga dewan bedah tetapi tidak digunakan kerana tidak terdapat pakar bedah dan pakar bius. Sebagai alternatif sementara sebelum pembinaan hospital baru bagi rakyat Sik, sekurang-kurangnya seorang pakar perubatan iaitu physician dengan sepenuh masa bertugas di hospital ini. Buat masa ini, tidak ada langsung pakar yang tinggal di Hospital Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Baik. Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam...
[Disampuk] Okey. Akhir kalam, saya sudahkan ucapan saya. Akhir sekali saya sudahkan ucapan saya dengan doa buat MH370. Merayu tetapi tegas kepada kerajaan supaya memberi perhatian yang serius terhadap kepayahan, kesusahan dan kemiskinan rakyat Sik yang telah beralih sokongan untuk menyokong kerajaan dalam PRU ke-13 daripada menyokong pembangkang pada PRU yang sebelum itu.
[Tepuk] Sekian, ucapan saya.
[Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sik mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Allah SWT berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan juga beramal soleh. Bahawa bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai”. Allah SWT juga berfirman, *[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu mereka-mereka yang apabila mereka ditimpa dengan musibah, mereka menyatakan innalillah. Kita adalah milik Allah. Wainna ilaihirojiun.
Kita pasti kembali kepada Allah” [Membaca sepotong ayat al-Quran*] “Orang-orang seumpama inilah yang akan ada di atas diri mereka sepanjang masa kebaikan daripada Tuhan mereka dan juga kasihan belas...” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan merekalah orang yang akan diberi petunjuk oleh Allah SWT.”
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Negara sedang berhadapan dengan tragedi MH370. Pelbagai pihak kita lihat berusaha untuk memberikan bantuan dengan pelbagai cara. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, tentulah Malaysia mesti memastikan bahawa sebarang tindakan itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW.
Saya mengalu-alukan tindakan segera JAKIM apabila seorang bomoh yang telah merosakkan nama negara dengan acara perbomohan yang bercanggah dengan Islam segera dikeluarkan kenyataan balas oleh Pengarah JAKIM. Itulah yang sepatutnya dilakukan kerana Nabi SAW mengajar kepada kita...
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Barang siapa yang datang menemui Ar-rak, tukang tenung cerita yang lepas... [Bercakap dalam bahasa Arab] Tukang tenung cerita masa depan, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan oleh Muhammad SAW”.
Inilah masa yang terbaik untuk kita mendidik masyarakat dengan panduan Islam bagaimana cara berhadapan dengan tragedi-tragedi yang seumpama ini seperti mana kita lihat Allah Taala mengajar dalam kisah Nabi Allah Yunus a.s. yang Allah uji dengan ditelan oleh ikan Nun, ikan yang sangat besar tetapi akhirnya diselamatkan oleh Allah SWT bila mana si nabi ini sentiasa berzikir kepada Allah SWT dengan menyebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tidak ada ilah melainkan kamu wahai Allah, sesungguhnya Maha Suci Engkau, aku adalah tergolong dalam kalangan orang-orang zalim”.
Begitu juga kita lihat bagaimana para sahabat nabi seperti Abdullah Ibnu Umar bila mana kehilangan sesuatu melakukan sembahyang sunat dua rakaat kemudian berdoa kepada Allah SWT...
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Ya Allah yang mengembalikan barang yang hilang, yang memberi petunjuk kepada barang yang hilang, Kamulah yang memberikan petunjuk kepada barang yang hilang. Pulangkanlah barang yang hilang daripada kami.” Panduan seumpama inilah yang patut kita ajar dan didik kepada seluruh masyarakat Islam termasuklah juga Nabi SAW pernah berdoa dalam Qunut Nazilah.
Dipanggil Qunut Nazilah bila mana ramai sahabat nabi yang dibunuh yang dihantar untuk menyampaikan dakwah dikhianati, maka Nabi SAW melakukan Qunut Nazilah dalam solat lima waktu selama sebulan. Ini panduan-panduan yang patut ditunjukkan kepada rakyat dalam menghadapi situasi yang seumpama ini. Itu yang pertama.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita sering mendengar bahawa kerajaan menyatakan mereka mentadbir negara Malaysia ini berdasarkan maqasid syariah. Apa itu maqasid syariah? Maqasid ertinya matlamat-matlamat yang dicapai menerusi syariat Allah SWT. Malangnya kita hanya mengambil maqasid tetapi meninggalkan syariah. Maqasid tidak akan tercapai tatkala mana kita tidak menggunakan syariah untuk mencapai maqasid.
Ini perkara yang perlu kita perhatikan dan kerajaan mesti prihatin pada perkara yang seumpama ini. Kembali kepada dasar syariah itulah yang akan menjamin maqasid tercapai.
Maqasid syariah ada lima perkara. Pertama, menjaga agama; kedua, menjaga nyawa; ketiga, menjaga maruah; keempat, menjaga harta; dan yang kelima, menjaga akal.
Perkara harta perkara yang sangat besar. Menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan sebarang tindak tanduk seharian pemerintah mesti menjaga harta yang menjadi milik peribadi rakyat atau harta negara yang menjadi amanah kepada kerajaan untuk menjaganya.
Dalam menjaga harta yang diberi amanah untuk pemerintah menjaganya, ada dua konsep yang diajar oleh Allah SWT yang perlu kita perhatikan setiap masa. Pertama, jangan boros; dan yang kedua, jangan berbelanja di luar daripada kemampuan. Saya lihat perkara inilah yang masih lagi pihak kerajaan pada hari ini cuai dalam melaksanakannya.
Persoalan boros perkara yang dibincangkan panjang yang disebut juga dalam Laporan Audit Negara. Defisit dalam perbelanjaan negara juga disebut belasan tahun. Kalau ia perkara hanya melibatkan setahun atau dua, tidak menjadi masalah, tetapi bila berpanjangan sampai berbelas tahun, maka ini perkara yang sangat besar. Adakah ia menjadi dasar kepada kerajaan pada hari ini?
Sedangkan Al-Quran mengajar kepada kita dalam dua ayat. Pertama kata Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kerana berbelanja orang yang berkelapangan berdasarkan kelapangannya” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Barang siapa yang
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
disempitkan rezekinya, maka berbelanjalah berdasarkan apa yang diberikan oleh Allah SWT”. Lantaran kerajaan berbelanja dalam keadaan tidak ada duit, berbelanja di luar daripada kemampuan, kesannya ialah akhirnya kerajaan cuba menangani kes yang seumpama ini dengan mengenakan GST kepada rakyat.
Maka bagi saya, GST yang bakal dilaksanakan pada April 2015 nanti adalah satu usaha untuk kerajaan menangani permasalahan kewangan yang puncanya adalah kerajaan sendiri yang bersifat boros dan berbelanja secara tidak berhemah. Maka, tidak wajar bagi kerajaan untuk menangani kes yang seumpama ini menjadikan rakyat sebagai bahan menanggung bebanannya. Maka, berdasarkan perkara inilah kita menyatakan bahawa GST yang bakal dikenakan kepada rakyat sepatutnya ditarik balik dan difikirkan cara yang lebih wajar untuk kita menangani permasalahan kewangan negara pada hari ini.
Isu GST, cukai yang dikenakan kepada rakyat, kita perlu mengambil perhatian tentang konsep dan dasar Islam dalam percukaian. Pertama sekali, percukaian dalam Islam tidak bersifat satu dasar yang tetap. Ia bersifat dasar yang diambil bila mana kerajaan memerlukan kewangan negara, maka di kala itulah cukai dikenakan kepada rakyat. Akan tetapi hari ini kita melihat bagaimana kerajaan terlalu bergantung pada cukai sehingga sampai 55% daripada hasil negara datang daripada cukai, kemudian 35% daripada Petronas dan bakinya hasil-hasil yang pelbagai.
Kerajaan perlu merancang dan memikirkan satu cara bagaimanakah untuk tempoh tertentu nanti kita berjaya untuk menjadikan hasil yang pelbagai itu lebih besar daripada hasil cukai. Ini kerana cukai yang diambil daripada rakyat itu sepatutnya tidak menjadi dasar tetap, hanya bersifat sementara menangani permasalahan kewangan sahaja. Itu yang pertama.
Kedua, di kala mana cukai perlu diambil daripada rakyat, Islam menekankan satu perkara lagi, namanya keadilan iaitu cukai tidak patut dikenakan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaya ataupun miskin. GST bersifat pukat tunda yang kena pada semua orang, baik dia kaya mahupun dia miskin, sedangkan kaedah percukaian Islam ialah...
[Bercakap dalam bahasa Arab]
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Penjelasan.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ambil daripada orang-orang kaya di kalangan kamu dan diberikan kepada orang miskin di kalangan kamu.
Ini konsep yang perlu kita terapkan...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Penjelasan.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
...Dalam kita membincangkan tentang GST ataupun percukaian dalam Islam. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kuala Nerus ada menyebutkan tentang keadilan dalam pengambilan dan pengagihan cukai. Jadi, sedarkah Yang Berhormat Kuala Nerus bahawa pembahagian atau pelaksanaan GST ini telah pun mengambil kira bahawa kenaan-kenaan caj cukai tersebut hanya kepada orang-orang yang mampu? Sebagai contoh, bagi pekedai- pekedai yang mempunyai hasil jualannya ratusan ribu ringgit, RM500,000 baru dikenakan GST. Begitu juga bagi orang yang membeli makanan-makanan, hanya di kedai-kedai atau premis-premis makanan yang mewah sahaja dikenakan GST. Akan tetapi bagi keperluan asasi, sebagaimana yang kita ketahui, itu tidak dikenakan GST.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Kuala Nerus tidak menyelewengkan fakta ini dan sebaliknya mengkaji dengan lebih teliti tentang apa yang terkandung di dalam GST itu.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya rasa isu GST semua orang maklum bahawa bila mana GST dikenakan, tidak kira siapa walaupun kita kata hanya melibatkan barang keperluan sahaja, tetapi barang-barang yang akan dibeli oleh orang-orang miskin melibatkan pelbagai barang, semuanya akan dikenakan GST. Itu yang pertama.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Semuanya akan dikenakan GST. Itu yang pertama.
Kedua, konsep keadilan dalam Islam ialah cukai yang dikenakan tidak boleh melebihi daripada peratusan yang wajib dalam Islam iaitu 2.5%. Zakat dalam Islam paling maksimum ialah 2.5%. Akan tetapi percukaian dikenakan pada hari ini ialah sampai peringkat 6%. Itu permulaannya. Maka kerajaan kalau memang berhasrat juga hendak mengenakan GST walaupun saya memang tidak bersetuju dan membantah, tetapi sekurang-kurangnya perlu berpegang kepada kaedah tidak lebih daripada 2.5%. Itu dua isu kita ambil. Satu isu dasar, kedua isu percent.
Kita lihat pada hari ini banyak alasan yang diberikan oleh Kerajaan bila berbincang tentang GST, buat alasan bahawa sistem GST lebih efisien untuk mengutip cukai daripada rakyat. Persoalan kita pada hari ini ialah bagaimanakah dasar kerajaan? Kalau kerajaan meletakkan negara ini dasarnya adalah Darul Jibayah, negara cukai, maka KPI kejayaannya adalah pada banyak mana dapat dikutip. Itu kalau kita letakkan negara Jibayah, negara cukai. Akan tetapi Islam meletakkan bahawa negara mesti bersifat Darul Hidayah wa-Darul Khairat, negeri yang hendak beri hidayah, hendak beri kebajikan semaksimum boleh kepada rakyat dan mengecilkan semaksimum yang boleh yang patut diambil daripada rakyat. Adakah kerajaan pada hari ini berfikir untuk mengambil seminimum daripada rakyat atau hendak mengambil semaksimum? Jawapannya adalah hendak mengambil semaksimum yang diberikan, masih dipertikaikan lagi adakah maksimum ataupun bersifat minimum. Itu konsep kaedah dalam Islam. Oleh sebab itu adil ini bukan hanya sama rata. Adil mesti diberikan dengan maksud kena pada tempatnya. Saya yakin kalau kerajaan pergi lebih jauh...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Sikit penjelasan. Laluan.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Banyak sangat laluan, tidak sempat masa saya.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Satu sahaja. Sekali lagi laluan.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baiklah.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya tertarik juga dengan apa Yang Berhormat Kuala Nerus cuba perjelaskan. Akan tetapi saya tengok perkara ini tidak dipraktikkan pula di Pulau Pinang.
Saya tidak tahu di Selangor. Oleh kerana di Pulau Pinang kita dikenakan surcaj air begitu tinggi.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya rasa kita fokus. Saya tidak suka pergi kepada isu yang lain. Ini yang saya minta Yang Berhormat...
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jadi ia tidak ada keadilan dan agak menekan di situ. Jadi kalau boleh biarlah benda ini tidak double standard. Maknanya kita minta kalau hak untuk rakyat diberi semua. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Saya bercakap di Parlimen rakyat. Saya tidak bercakap di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila kita fokus. Sekarang peluang saya untuk bercakap sebagai pembangkang memberi penekanan kepada kerajaan.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Bukan masalah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Itu juga isu rakyat. Rakyat Malaysia juga. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Pertama, kita berbalik kepada konsep dan dasar tadi. Dasar sebagai Darul Hidayah bukan sebagai Darul Jibayah. Kalau konsep ini kita laksanakan, insya-Allah kita akan berjaya menjadikan negara kita negara yang terbaik. Insya-Allah.
Ada satu kaedah menarik yang perlu kita perhatikan apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan pada para sahabat Nabi SAW. Sebagai contoh, bila kita bincang tentang cukai yang banyak tidak dibayar, banyak orang lari cukai, ada korporat lari cukai, begitu juga dengan cukai yang masuk, cukai duti yang mungkin ada berlaku penyeludupan dan sebagainya. Kaedah Islam yang menangani kes seumpama ini ialah dengan mengurangkan nilai cukai, bukan dengan menaikkan nilai cukai.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maknanya kalau kita ambil hari ini korporat-korporat yang kena bayar cukai sekian banyak menyebabkan ada yang cuba lari dari cukai, cara menurunkan kadar cukai itu sebenarnya dia akan menggalakkan mereka memberi semaksimum, bukan hanya pada yang wajib bahkan juga pada yang sunat. Kaedah yang diambil ialah kaedah hadis Nabi SAW...
[Membaca sepotong hadis] “Bagi mudah, jangan bagi payah” [Membaca sepotong hadis] “Bagi semangat kegembiraan dan jangan bagi mereka liar.” Kemudian... [Membaca sepotong hadis] “Kamu kena buat yang sunat yang bersifat sukarela.” Konsep Islam begini.
Pertama, berikan dia yang minimum yang wajib, 2.5% minimum yang wajib. Bila seseorang merasakan dia hanya perlu membayar jumlah yang sikit, dia akan sempurnakan yang sikit itu dan akan ditambah dengan yang sunat. Itulah yang telah berlaku pada zaman Nabi SAW. Sebagai contoh, Abdul Rahman bin Auf yang disebut dalam kitab-kitab sirah seorang yang sangat kaya, tidak ada seorang penduduk Madinah yang tidak berkongsi harta dengan Abdul Rahman bin Auf. Bagaimana? Apa maksudnya? Maksudnya begini.
Kata perawi yang mengurai cerita Abdul Rahman bin Auf, satu pertiga daripada penduduk Madinah ini...
[Bercakap dalam Bahasa Arab] Diberi pinjam duit oleh Abdul Rahman bin Auf satu pertiga. Satu pertiga lagi pula...
[Bercakap dalam Bahasa Arab] Dia, Abdul Rahman membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di negeri Madinah.
Ketiga, Abdul Rahman bin Auf memberi kepada mereka dalam bentuk sedekah dan dalam bentuk hadiah. Ertinya bahawa seorang kaya ini mampu menggunakan harta dengan cara yang terbaik untuk kebaikan ummah. Maka kerajaan pada hari ini, di samping mengambil yang wajib mesti fikir bagaimana cara agar orang-orang kaya boleh menyumbang semaksimumnya kepada rakyat negara ini untuk kita menanggung pelbagai bebanan kos kehidupan yang semakin meningkat pada hari ini.
Untuk akhir, saya hendak sebut sedikit Tuan Yang di-Pertua, tentang isu di Kuala Nerus. Satu sahaja yang saya hendak sebut iaitu isu seorang cikgu bernama Cikgu Rizlan yang merupakan seorang Penolong Kanan di Sekolah Merang yang telah diberi surat tawaran naik pangkat untuk bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada 30 Januari. Beliau telah membalas surat tersebut dengan jawapan bersetuju dan akan melaporkan diri pada 16 Mac yang lalu. Akan tetapi sebelum 16 Mac, tiba-tiba tawarannya dibatalkan dengan alasan yang tidak kukuh tetapi dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai adik kepada seorang calon daripada PAS yang bertanding di DUN Seberang Takir.
Maka menyebabkan dia telah dibatalkan tawarannya dan menyebabkan dia merasa malu kerana telah membuat majlis perpisahan, kemudian telah pindah semua barang, tiba-tiba telah dibatalkan surat tawaran.
Saya berharap bahawa pihak Kementerian Pendidikan yang juga Menterinya daripada negeri Terengganu untuk melihat kes yang seumpama ini agar kita mengelakkan sekiranya ada sebarang tekanan politik ataupun politik kepartian di sini, maka ia patut diselesaikan dengan cara yang baik agar kita pergi kepada kematangan berpolitik, insya- Allah. Untuk akhirnya, saya hendak mencadangkan kepada kementerian. Masa habis sudah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Injury time Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak apa. Sikit sahaja. Saya hendak kongsi apa yang berlaku pada yang cikgu itu. Sebenarnya memang itulah selama ini yang berlaku. Kalau kita lihat, saya sendiri tahu, saya nyatakan interest saya, saya banyak mengendalikan kes-kes yang melibatkan kes-kes seperti itu. Saya hendak cerita dulu semasa kes yang mula-mula Yang Berhormat Permatang Pauh. Ada seseorang kakitangan di UiTM datang pejabat saya membaca doa, sebab menyebut perkataan penjara, kami dipenjara, dikenakan tindakan disiplin kerana doa itu doa reformasi. Pernah berlaku. Seorang pelajar UUM kerana bercakap kemudian orang di belakang takbir, diambil tindakan digantung tiga semester kerana dikata itu budaya PAS takbir. Ini berlaku zaman Barisan Nasional. Banyak kalau saya hendak senaraikan. Inilah sebenarnya negara kita, tanah air kita. Selagi ada Barisan Nasional, inilah yang akan berlaku.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Baik. Saya cuma mengharapkan apa yang telah berlaku diperbetulkan segera. Sebagai manusia kalau kita buat kesilapan dan kesalahan, maka sampai masa kita pergi kepada politik damai dan kita betulkan apa dia kesilapan tanpa kita bersangka yang tidak baik antara satu sama kita.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Harapan saya sebagai Ahli Parlimen baru dan untuk akhir, saya harapkan kerajaan boleh prihatin kepada dua ke tiga masalah di tempat saya iaitu saya di Parlimen Kuala Nerus, kawasan pantai yang cantik dan indah tetapi projek-projek yang melibatkan pelancongan masih lagi di tahap yang tidak menggembirakan. Saya harap kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ada satu proposal menarik untuk menarik pelancong lebih ramai hadir ke pantai di sepanjang Kuala Nerus.
Begitu juga dengan nelayan yang begitu ramai di kawasan Parlimen saya, isu mereka ialah pada musim tengkujuh mereka kehilangan pendapatan. Ada masa untuk memperkukuhkan lagi satu projek yang menarik dibuat oleh kerajaan, namanya 1Kampung 1Produk yang boleh dijadikan sebagai satu cara menambah nilai pendapatan kepada rakyat nelayan seumpama mereka. Saya rasa itulah yang saya sampaikan kepada petang ini.
Dengan ini, saya menyokong Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Selamat petang, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk terlibat dalam perbahasan Titah ucapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang hendak saya sentuh ialah berkenaan dengan tragedi MH370. Ini memang satu tragedi negara yang tidak pernah berlaku seumpama ini bukan sahaja di Malaysia, bahkan boleh katakan seluruh dunia tidak pernah berlaku. Jadi dalam isu ini, saya merasa bahawa kita perlu faham dan kita perlu prihatin terhadap perasaan keluarga pihak yang terlibat mahupun penumpang ataupun krew pesawat itu. Sebagai individu yang bertanggungjawab, segala pertuturan, komen, ulasan, perbualan melalui sosial media hendaklah jangan menyinggung perasaan ahli-ahli keluarga yang terlibat dan yang berkenaan.
Saya rasa amat kesal bahawa ada pihak-pihak yang mereka macam-macam cerita yang langsung tidak berasas dan disebarkan melalui media sosial misalnya WhatsApp, Twitter, Facebook dan sebagainya. Jadi cerita itu diceritakan dengan begitu terperinci sehingga ramai akan percaya bahawa ini adalah benar. Jadi kadang-kadang kita berikan harapan yang palsu kepada keluarga ataupun kita jadikan mereka rasa begitu tidak senang.
Sebaliknya Tuan Yang di-Pertua, kita dapati dan kita harus beri ujian juga kepada banyak individu, NGO dan kakitangan kerajaan yang ditugaskan di Hotel Everly Putrajaya untuk membantu ahli-ahli keluarga yang berkenaan. Pihak MCA tidak berpeluk tubuh di dalam hal ini dan kita tidak mengkritik mana-mana pihak. Bahkan pada malam ini, kita akan adakan satu majlis doa selamat untuk MH370 dan juga semua penumpang dan krew pesawat tersebut.
Pihak kami juga sudah sediakan 300 orang anggota yang fasih dalam bahasa Mandarin daripada crisis relief squad untuk bantu ahli-ahli keluarga yang ada di sini kerana ramai datang daripada negeri China yang tidak fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Anggota kami juga berikan kaunseling, teman mereka dan menjadi pegawai berhubung bagi mereka. Kita dapati bahawa banyak negara asing juga bersimpati dengan kita dan secara sukarela mereka menghulurkan bantuan, kemahiran dan sebagainya untuk bersama-sama dalam usaha mencari pesawat MH370. Jadi sekiranya kerja-kerja kita seburuk seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang, takkanlah begitu banyak negara yang sudi bantu kita sampai ke hari ini pun masih diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa sepatutnya semua rakyat Malaysia pada saat ini haruslah bersatu padu menjaga imej negara dan menaikkan semangat semua anggota yang terlibat untuk mencari pesawat serta memberi semangat kepada ahli-ahli keluarga pihak yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan alih kepada isu-isu pendidikan. Saya hendak bangkitkan masalah kekurangan guru di SJK(C) di negeri Johor. Daripada tinjauan diri
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
saya, saya dapati bahawa SJK(C) di negeri Johor pada awal tahun kekurangan 400 lebih orang guru dan sampai sekarang masih kekurangan lebih 300 orang guru. Jadi, saya minta pihak Kementerian Pendidikan bahawa guru baru yang akan diagih ini memberikan perhatian kepada sekolah-sekolah Cina di negeri Johor.
Satu lagi, saya percaya bahawa bagaimanapun bukan semua kekurangan itu boleh diatasi dalam intake yang akan datang. Jadi saya hendak minta kementerian sekurang-kurangnya beritahu kepada pegawai-pegawai di peringkat negeri dan peringkat PPD, agar jangan menghalang PIBG daripada mengupah GSTT yang tidak layak diupah oleh Kementerian Pendidikan. Oleh kerana kadang-kadang kami ada masalah. Kami sekarang hendak cari GSTT yang mencukupi, yang mempunyai kelayakan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan. Jadi yang kurang sedikit kelayakan, sudah menjadi satu kebiasaan. PIBG bersedia untuk membayar gaji mereka dan supaya sekolah mempunyai cikgu yang cukup. Jadi kalau ini pun PPD tidak benarkan ataupun Jabatan Pendidikan Negeri tidak benarkan, kekurangan di sekolah itu akan menjadi satu masalah kerana kerja guru tidak sama dengan kerja kerani. Kalau satu kelas sekiranya ada 10 waktu, katakanlah bahasa Cina, kita tidak boleh berikan kerja ini kepada seorang ambil dua waktu dan sebagainya, dan lima orang berkongsi ajar satu kelas bahasa Cina. Dia kena diberikan kepada seorang cikgu dan tidak ada cikgu yang mempunyai masa dan ruang untuk ambil semua tambah satu kelas lagi. Jadi di bawah keadaan ini memang GSTT yang tidak berkelayakan walaupun tidak dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan, memang diperlukan.
Saya juga dapati bahawa ada pegawai-pegawai tertentu yang mengehadkan guru- guru besar. Guru-guru besar apabila kurang cikgu, mereka memang cuba kurangkan bilangan kelas di dalam sekolah. Akan tetapi ada pegawai-pegawai kata tidak boleh. Satu kelas tidak boleh melebihi beberapa orang dan sebagainya. Kalau ini tidak boleh, itu tidak boleh, jadi macam mana guru besar akan mentadbirkan sekolah itu?
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya hendak utarakan di sini ialah berkenaan dengan pelaksanaan penglibatan guru di bawah National Blue Ocean Strategy. Sekarang pihak kementerian hendak lebihkan guru. Ini guru bahasa Cina, ini guru bahasa Inggeris, ini guru Bahasa Malaysia dan sebagainya. Apabila mereka guru bahasa Cina, mereka kena ajar bahasa Cina sahaja. Saya sebagai seorang bekas pendidik, saya tahu bahawa ini tidak praktikal. Kalau kita berikan banyak kelas bahasa kepada seseorang guru ini, beban kerja menanda buku dan sebagainya akan menjadi tersangat berat sehingga pengajarannya tidak berkesan.
Jadi biasanya di sekolah rendah Cina, apa yang kami buat ialah walaupun guru bahasa kita hanya satu hingga dua kelas bahasa, yang lain kita bagi mata pelajaran yang lain, yang ringan sedikit, yang tidak banyak kerja menanda. Jadi, ini adalah semata-mata untuk memastikan bahawa proses P&P itu lebih cekap.
Satu lagi ialah berkenaan dengan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan
(KGSK). Saya juga difahamkan bahawa kita ada masalah dari segi pengambilan guru KGSK dan kementerian tidak membenarkan guru yang sudah bersara menjadi guru KGSK.
Saya sekali lagi merayu kepada kementerian di bawah keadaan yang kita tidak boleh elakkan oleh kerana apabila walaupun seorang cikgu yang sudah bersara, ia mempunyai pengalaman dan dia masih bertenaga, boleh ajar dengan berkesan, biarlah dia diambil untuk mengatasi kekurangan guru itu.
Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan sudah umumkan bahawa PT3 iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 akan digunakan untuk menggantikan PMR. Jadi oleh kerana sekarang sudah akhir bulan tiga, bulan Mac dan tidak lama lagi akan sampai hujung tahun...
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
Jadi ramai cikgu, murid dan termasuk ibu bapa yang sekarang masih tidak tahu apakah itu PT3. Macam mana ia dilaksanakan? Jadi saya minta bahawa garis panduan boleh diberikan, boleh disampaikan kepada sekolah, kepada cikgu dengan secepat mungkin supaya mereka boleh bersiap-sedia untuk PT3...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lembah Pantai bangun Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Sedikit Yang Berhormat, boleh celahan? Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan isu PT3 juga kerana saya seorang ibu, anak saya juga bersekolah di sekolah kebangsaan dan kebimbangan saya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa PBS ini sebenarnya mengikut model yang dilaksanakan di Queensland, Hong Kong dan juga sebahagiannya di Finland?
Akan tetapi masalahnya mereka laksana peringkat sekolah menengah yang ke atas, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 tetapi kita laksana peringkat sekolah rendah kerana PBS ini memerlukan analytical skills dengan izin. Jadi kebimbangan saya, saya juga harap pihak kementerian boleh beri sedikit panduan supaya kita dapat mengukur bagaimanakah kawalan kualiti dapat dibuat dan adakah ia sesuai dijalankan terhadap anak- anak di sekolah rendah? Saya mohon pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
PT3 yang saya sebutkan ini sebenarnya di peringkat sekolah menengah rendah di Tingkatan 3. Jadi saya yakin bahawa cikgu-cikgu sudah dilatih untuk menjalankan, hanya kita perlukan garis panduan dengan secepat mungkin supaya pihak sekolah bersedia untuk melaksanakannya.
Tuan Yang di-Pertua, GST akan diperkenalkan dalam masa setahun lagi dan GST adalah satu sistem percukaikan yang timbulkan banyak masalah, ramai rakyat jelata yang tidak faham. Apabila mereka tidak faham tentang sistem cukai ini, mudahlah bagi orang bagi pihak-pihak yang tertentu untuk takut-takutkan khususnya orang miskin misalnya yang beritahu mereka ini 6% itu 6% dan beritahu mereka bahawa kalau belanja RM2,000 kena dicukaikan RM120 dan sebagainya.
Jadi pada saya, saya rasa bahawa penerangan itu amat penting. Walaupun pihak Jabatan Kastam ada jalankan penerangan tetapi penerangan itu disasarkan kepada peniaga dan sebagainya dan tidak disasarkan kepada rakyat jelata yang tidak faham. Pihak yang paling tidak faham, paling senang dibohongi ialah rakyat jelata yang sekarang oleh kerana kita tidak tahu. Sebenarnya saya cakap terus terang Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saya pun tidak tahu bahawa ubat gigi dan banyak barang yang kita beli sudah ada unsur cukai. Saya sendiri pun tidak tahu dan ramai pun tidak tahu.
Jadi saya percaya sampai sekarang pun ramai rakyat jelata yang tidak faham dan oleh itu mereka akan berfikir tahun hadapan semua barang akan naik harga 6%. Oleh itu saya cadangkan bahawa selain daripada kepada peniaga-peniaga, kita juga harus ada penerangan kepada rakyat jelata khususnya yang berpendapatan rendah. Saya cadangkan cara yang paling senang oleh kerana saya tahu pihak kastam tidak mempunyai anggota yang cukup ramai untuk terangkan kepada begitu ramai rakyat jelata. Kita boleh buat klip video, kita boleh buat klip video dan saya cadangkan klip video yang dibuat ini janganlah dalam satu bahasa sahaja. Biar dia dalam semua bahasa termasuk bahasa Orang Asli dan sebagainya supaya kita kalau ada majlis kita boleh siarkan di TV yang besar ataupun di kedai-kedai kopi supaya rakyat jelata lebih faham. Apabila mereka faham, mereka tidak begitu takut tentang GST.
Satu lagi seperti saya sebut tadi bahawa kita semua tidak tahu bahawa barang- barang yang kita beli sekarang ada cukai. Jadi saya cadangkan kalau boleh dilaksanakan bahawa pihak kastam buat satu senarai lengkap. Barang ini harga asal berapa dan cukai berapa dan sebagainya. Jadi kalau kita ada ini sekurang-kurangnya yang pertama, biar rakyat jelata faham bahawa barang mereka beli ini sudah ada cukai. Ada yang lebih daripada 6%, ada yang 5%, ada yang 6%, ada 10% dan kepada saya panduan ini berguna apabila kita laksanakan GST kemudian mereka akan tahu sepatutnya 6% atas harga asal sahaja. Jadi kalau ada peniaga-peniaga yang dia tambah 6% kepada harga sekarang tanpa menolak sales tax, jadi sekurang-kurangnya rakyat jelata boleh menjadi mata dan telinga kerajaan. Ini adalah cadangan saya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja yang saya hendak utarakan dan saya menyokong usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil peluang dalam perbahasan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Isu pertama yang ingin saya bangkitkan ialah isu BR1M 3.0. Saya dimaklumkan bahawa banyak penerima-penerima menerima RM450 dan bukan RM650 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Saya difahamkan RM450 adalah untuk mereka yang berpendapatan RM3,000 ke RM4,000 sebulan. Akan tetapi penerima BR1M 1.0 dan 2.0 adalah mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Jadi jika tiada kenaikan pendapatan penerima-penerima ini, tidak sepatutnya bantuan yang diterima menjadi RM450 atau ada yang dibatalkan terus. Apakah cara untuk mengatasi kekurangan bantuan ini? Ke manakah rakyat dapat mengadu kes-kes ini dan adakah kerajaan bercadang untuk memberi balik bantuan yang tidak cukup itu?
Selain itu, saya ingin tahu, berapakah bantuan BR1M yang akan diterima oleh warga emas sebatang kara? RM450 atau RM650? Setakat yang saya tahu, ada yang menerima RM450 dan juga ada yang menerima RM650 walaupun mereka tiada pendapatan. Apakah jumlah bantuan yang sepatutnya diterima oleh golongan tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima aduan bahawa baucar RM650 yang diterima tidak mempunyai nombor siri dan ia tidak dapat ditukar menjadi duit atau tunai di bank-bank yang diarahkan. Walaupun telah diadu kepada pegawai di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri dan DO, tetapi tiada jawapan yang diberi. Saya ingin tahu sama ada baucar BR1M ada tarikh luput untuk ditukarkan kepada tunai di bank-bank. Ini kerana banyak penerima yang tidak mengisi nombor akaun bank dan sedang bekerja di luar negeri.
Jadi ia mengambil masa yang lebih panjang bagi mereka untuk menuntut bantuan BR1M.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta penjelasan kerajaan tentang insurans takaful yang diberikan kepada penerima-penerima BR1M. Setahu saya penerima BR1M kategori bujang dan kategori warga emas sebatang kara adalah tidak layak menerima insurans takaful. Kalau tidak silap saya penerima-penerima BR1M hanya menerima RM650 dan bukan RM700 kerana RM50 digunakan untuk membeli insurans takaful, jadi ini bermakna mereka yang menerima RM450 atau RM650 akan diberi insurans takaful.
Penerima BR1M kategori bujang yang tidak menerima insurans takaful mendapat BR1M sebanyak RM300 tetapi kalau penerima kategori warga emas sebatang kara tidak layak menerima insurans takaful, adakah ini bermakna mereka sepatutnya menerima RM700 dan bukan RM650? Saya minta penjelasan kementerian.
Bagaimanakah dengan mereka yang ingin membuat rayuan? Bilakah tarikh akhir untuk membuat rayuan? Saya ingin mencadangkan supaya semakan status permohonan BR1M juga akan diadakan secara online supaya ia menyenangkan penerima untuk menyemak status mereka tanpa beratur panjang di Pejabat LHDN. Walaupun talian hotline di LHDN diumumkan, tetapi taliannya selalu tidak dapat dihubungi. Saya juga bercadang supaya satu laman web semakan status permohonan yang dibuka kepada semua rakyat perlu dibekalkan dan bukan sahaja untuk agensi berdaftar sahaja.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang isu kutipan caj 50 sen ke atas setiap transaksi cek yang mulai 1 April 2014. Menurut surat khabar hari ini, ada khabar angin bahawa kutipan caj 50 sen ini akan ditangguhkan ke Januari 2015. Saya ingin minta pengesahan daripada kementerian tentang perkara tersebut. Sungguhpun caj 50 sen ini mungkin akan ditangguhkan ke tahun depan, tetapi saya masih memohon supaya kerajaan mengkaji semula keputusan caj 50 sen ini. Kerajaan menggalakkan rakyat supaya menggunakan cek tetapi jika caj 50 sen ini dikenakan pula akan membebankan rakyat terutama peniaga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah rancangan kerajaan supaya caj ini tidak membebankan rakyat memandangkan kenaikan kos sara hidup sudah banyak menyusahkan rakyat. Saya ingin meminta penjelasan daripada kerajaan tentang tujuan utama kutipan caj ini dikenakan.
Isu seterusnya adalah isu kebakaran rumah panjang di kawasan saya, kawasan Lanang. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu membina rumah panjang baru untuk mangsa kebakaran? Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, dimaklumkan Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina rumah panjang baru
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
bagi mangsa kebakaran di kawasan saya iaitu Rumah Umpang dan Rumah Suhan. Saya ingin tahu, bilakah peruntukan tersebut akan dihulurkan dan bilakah pembinaan rumah panjang baru akan dimulakan? Bagaimanakah dengan rumah panjang yang terbakar selepas PRU-13 seperti Rumah Panjang Peter Penyabang dan Rumah Panjang Jemiah dan rumah panjang yang lain di kawasan Lanang? Siapakah yang akan membela nasib mangsa-mangsa tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah mengenai kesesakan lalu-lintas di Sibu yang semakin serius. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan membina flyover di Sibu memandangkan tiada flyover di Sibu selama berpuluh-puluh tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah.
Seorang Ahli
Pandailah.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Saya memohon dan menyeru supaya kerajaan dapat membuat pertimbangan supaya flyover dibina di Sibu untuk kebaikan dan keselesaan serta keselamatan jalan raya bagi rakyat Sibu.
Isu seterusnya ialah mengenai banjir yang berlaku di kawasan Lanang dan Sibu pada bulan Disember 2013. Saya dapati bantuan RM500 diserahkan kepada mangsa banjir tetapi masih banyak mangsa yang tidak menerima bantuan tersebut. Sebagai contoh, penduduk-penduduk di rumah panjang di kawasan Sengan tidak menerima apa-apa bantuan walaupun mereka dilanda banjir. Sekolah Kebangsaan Sengan telah ditutup semasa banjir juga. Adakah kerajaan dapat memberi peluang kepada mangsa-mangsa ini untuk memohon bantuan banjir untuk meringankan beban mereka? Apakah cara untuk memohon dan menuntut bantuan tersebut, terutamanya mereka yang di luar bandar dan jauh di rumah panjang?
Isu terakhir saya ialah isu mesin kuda di Sibu. Isu mesin kuda masih belum diselesaikan walaupun Ketua Polis Daerah Sibu baru ditugaskan di Sibu sejak Disember 2013 yang lalu. Banyak penduduk mengadu bahawa semakin banyak kedai mesin kuda di buka di Sibu walaupun beberapa serbuan telah dijalankan. Penduduk memberi maklumat bahawa kedai yang diserbu dibuka semula hari kedua selepas serbuan. Penduduk juga mempersoalkan kepada saya sama ada operator mesin kuda mendapat perlindungan daripada pihak polis? Soalan ini saya harap ketua polis dapat memberi satu penjelasan.
Menteri Dalam Negeri juga perlu menyiasat perkara tersebut. Saya harap Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak polis dapat menyelesaikan masalah isu mesin kuda dengan segera kerana rakyat mempercayai peningkatan kes jenayah adalah kesan daripada mesin kuda juga. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut ingin berbahas dalam Ucapan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan. Selain daripada pihak kerajaan membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan saya, ada juga beberapa badan NGO yang telah datang untuk membantu mangsa-mangsa. Seperti Yang Berhormat Baling baru-baru ini telah hadir bersama-sama saya untuk membantu mangsa- mangsa yang telah dilanda banjir.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kos sara hidup rakyat yang tidak dibebani dengan kos-kos yang semakin meningkat. Sejumlah RM24 bilion sebagai contohnya, telah diperuntukkan untuk subsidi barangan asas seperti produk petroleum, gas memasak, minyak masak, tepung gandum dan harga beras. Selain itu, sebanyak RM1.9 bilion pula telah diberikan sebagai subsidi harga dan insentif hasil padi serta bantuan nelayan.
Jadi, saya berharap supaya program penyeragaman harga dapat diteruskan tetapi masih perlu diteliti oleh pihak kerajaan dan dipantau secara rapi. Ini kerana harga barangan kawalan dilihat mula memberi manfaat kepada pengguna terutama di negeri Sabah. Cuma soalnya sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah ada tempat yang mempunyai harga yang amat tinggi berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Jadi saya ingin tahu Tuan Yang di-
Datuk Raime Unggi - Tenom
Pertua, apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini? Peruntukan tambahan juga selalu diluluskan oleh kerajaan untuk tujuan program penyeragaman harga barang kawalan. Kita hendak tahu sejauh manakah berlaku harga-harga yang masih tidak seragam ini.
Jadi saya juga hendak tahu bagi di negeri Sabah, berapakah jumlah kawasan yang telah dilitupi bagi program penyeragaman harga pelbagai barangan keperluan? Saya juga hendak tahu, apakah perancangan susulan kerajaan dalam menangani kos pengangkutan yang dikatakan punca utama kenaikan harga barang terutama di kawasan luar bandar seperti kawasan saya dan juga kawasan Tuan Yang di-Pertua? Ini amat penting Tuan Yang di-Pertua.
Sabah adalah sebuah negeri yang besar dan saya syorkan supaya kerajaan dapat mewujudkan satu pusat stok menyimpan barang keperluan harian setempat bagi mengelak kos-kos lain dapat meningkat secara mendadak.
Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan masalah guru-guru.
Saya telah mendapat maklum Tuan Yang di-Pertua, bahawa terdapat perbezaan elaun di antara Elaun Perumahan Wilayah yang dimiliki oleh guru-guru terutama daripada guru-guru Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan guru-guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang ditugaskan di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, Elaun Perumahan Wilayah ini merupakan penggantian kemudahan kadar sewa rumah bagi pegawai yang bertukar wilayah. Seperti juga golongan lain, guru juga antara pihak yang merasakan tempias kos sara hidup yang kian meningkat.
Justeru, perbezaan nilai elaun yang diberikan juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi.
Berdasarkan kepada maklumat yang saya perolehi Tuan Yang di-Pertua, Elaun Perumahan Wilayah yang diterima oleh guru-guru gred G52 hingga G54 yang daripada Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah pada kadar RM1,300 iaitu kadar paling tinggi dan RM1,200 pada kadar paling rendah. Manakala bagi guru-guru dari gred yang sama yang bertugas ke Semenanjung dari Sabah dan juga Sarawak pula menerima Elaun Perumahan Wilayah pada kadar yang lebih rendah iaitu nilai tertinggi RM1,100 dan nilai terendah RM900.
Jadi, dapat dilihat perbezaan nilai elaun adalah sehingga RM200 sehinggalah kepada RM400 sebulan. Bagi gred 48 Tuan Yang di-Pertua, Elaun Perumahan Wilayah yang diterima oleh guru yang dari Semenanjung bertugas di Sabah dan Sarawak adalah pada kadar RM1,130 iaitu kadar paling tinggi dan kadar paling rendah ialah RM1,030.
Manakala kadar Elaun Perumahan Wilayah dari gred yang sama yang bertugas ke Semenanjung dari Sabah dan juga Sarawak pula adalah nilai yang tertinggi iaitu RM1,100 dan nilai terendah pada RM900. Perbezaan nilai elaun adalah sehingga RM330 hinggalah RM430 sebulan. Begitu juga kepada guru-guru yang mempunyai jawatan gred G44 yang bertugas dari Semenanjung bertugas ke Sabah dan Sarawak, Elaun Perumahan Wilayah yang mereka terima antara RM830 yang tertinggi dan RM730 yang terendah. Manakala bagi mereka yang bertugas di Semenanjung berasal daripada Sabah dan Sarawak berbeza sehingga RM280 hingga RM630 sebulan iaitu pada kadar tertinggi RM550 dan kadar terendah hanya RM200. Isu yang menjadi kerunsingan tenaga pengajar ini adalah apabila kemudahan imbuhan yang diberikan ini seperti tidak selaras dan tidak setimpal.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Sering kita dengar mereka ditugaskan ke Sabah dan Sarawak lebih senang kerana diberi elaun yang lebih tinggi bagi menarik minat mereka untuk berkhidmat di Sabah dan juga Sarawak, ditambah pula dengan kos hidup dan Sarawak tidaklah setinggi di Semenanjung Malaysia terutama di bandar-bandar utama.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu apa pula nasib mereka yang ditukarkan di Semenanjung. Pastinya mereka bersyukur diberikan imbuhan tersebut tetapi ia tidak mencukupi terutama yang ditugaskan ke bandar-bandar yang besar, yang mempunyai kos hidup yang jauh lebih tinggi. Ia dilihat sebagai suatu yang sukar apabila kadar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) ini yang diberi itu tidak selaras dengan kadar perumahan semasa. Jadi, kita lihat begitu banyak aduan pada guru-guru ini yang mempersoalkan mengapa ada yang menerima EPW jauh lebih rendah daripada kos sewa perumahannya dan ada juga yang menerima EPW juga lebih tinggi berbanding kos sewa perumahannya.
Tidak seragam nilainya dengan kos perumahan di wilayah mereka bertugas.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan, mengapa tidak dilakukan penyeragaman kadar elaun sahaja supaya tidak timbul rasa tidak puas hati atas masalah itu. Mengapa perlu ada perbezaan kadar bayaran elaun perumahan wilayah antara wilayah sedangkan bagi guru-guru yang ditukarkan ke Semenanjung ini kos hidup adalah jauh berbeza berbanding dengan kos hidup guru-guru Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan juga Sarawak. Malahan kadar bayaran EPW di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan perbezaan yang begitu ketara. Walhal kos kehidupan di Sabah dan Sarawak jauh lebih rendah berbanding kos sara hidup di Semenanjung.
Saya ambil lagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, pegawai gred 44 daripada Sabah dan juga Sarawak yang ditugaskan di Semenanjung. Paling tinggi mereka menerima RM550 dan juga paling rendah RM200 berbanding yang ditugas ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung, perbezaan yang mencecah RM280 hingga RM630. Jurang nilai elaun ini boleh dikatakan agak besar. Berapakah nilai ini untuk kita bandingkan dengan kadar perumahan di Semenanjung?
Untuk mendapat rumah dan kadar sewa bernilai RM200 sebulan adalah mustahil sama sekali. Bilik sewa sahaja pun sudah mencecah hampir RM400 sebulan. Jika yang masih berstatus bujang, mungkin tidak begitu memberi masalah tetapi Tuan Yang di- Pertua, bagaimana bagi mereka yang sudah berumah tangga. Takkanlah mereka mahu menyewa bilik juga. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menyewa rumah dan juga menanggung kos selebihnya dengan wang mereka sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga meluahkan apabila terpaksa menunggu sehingga berbulan lamanya Tuan Yang di-Pertua, untuk menerima elaun gangguan selepas bertukar di tempat bertugas. Elaun gangguan sepatutnya dapat mereka nikmati apabila tempoh tiga bulan selepas berpindah. Namun, ada juga yang terpaksa menunggu hampir setahun ataupun enam bulan lamanya. Lebih malang lagi apabila mereka gagal menikmati kemudahan lain termasuk bonus tahunan.
Tuan Yang di-Pertua, ia mungkin dilihat sebagai satu isu yang minor tetapi dalam keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan mereka gagal menumpukan perhatian kepada amanah mendidik dengan sendirinya juga akan menjejaskan prestasi akademik sekolah terbabit. Kita seharusnya lebih peka dengan keperluan golongan pengajar ini Tuan Yang di- Pertua. Mereka merupakan insan yang berperanan penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti bagi generasi akan datang dalam menghadapi bebanan dunia, pendidikan semakin mencabar. Pelbagai dugaan dan kepayahan mampu melumpuhkan semangat mereka. Namun saya pasti Tuan Yang di-Pertua, keyakinan mereka terhadap kemuliaan profesion ini tidak akan merudum. Jika lebih perhatian diberikan kepada apa yang diperjuangkan, ia mampu membangkitkan lagi semangat mereka untuk mendidik bangsa mereka.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan negara kita yang hari ini ingin menganggotai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB. Seperti yang kita ketahui Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sudah pun telah dikunjungi oleh Presiden China, Xi Jinping pada tahun lalu manakala pada bulan April ini Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dijangka mengunjungi Malaysia. Ini bermakna Malaysia mula mendapat kedatangan pemimpin dari dua negara kuasa besar dunia. Kedatangan pemimpin besar dunia ini ke Malaysia sebenarnya menyerlahkan pendirian kesederhanaan yang menjadi teras pegangan kerajaan kita, Kerajaan Malaysia dalam urusan hubungan antarabangsa. Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, mengetahui bahawa ideologi yang didukung oleh Amerika Syarikat dan juga China jauh berbeza antara satu sama lain. Namun demikian, Malaysia mengambil jalan tengah apabila menjalinkan hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara berkenaan tanpa mengetepikan prinsip asas dasar luar Malaysia iaitu bersifat berkecuali dan tidak mencampuri urusan negara luar.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita lihat negara kita adalah merupakan calon yang tunggal dalam menawarkan diri bagi kumpulan serantau Asia. Sebelum ini Malaysia mempunyai pelbagai pengalaman yang saya kira telah sebanyak tiga kali menganggotai Majlis Keselamatan iaitu pada tahun 1965, 1989 dan juga 1999. Sekiranya Malaysia dipilih lagi, ia bukan sahaja mewakili rantau Asia tetapi lebih penting Malaysia dapat mewakili suara umat Islam dalam beberapa forum dalam forum keselamatan dunia. Jika dilihat komposisi ahli majlis ketika ini, tidak ada satu negara Islam pun menjadi anggota tetap dalam badan berkenaan dan negara Islam hanya melalui kuasa anggota tidak tetap pada masa yang sekarang ini terdiri daripada Pakistan, Maghribi, Azerbaijan, sedangkan lima anggota tetap Majlis Keselamatan menikmati kuasa veto dalam setiap pengundian sesuatu resolusi.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Hal ini Tuan Yang di-Pertua, menyebabkan dalam kalangan anggota tetap ini akan menggunakan kuasa veto bagi membatalkan sebarang resolusi yang boleh menjejaskan negara sekutu mereka. Keadaan ini sudah lama disedari oleh masyarakat global. Justeru itu jika Malaysia dipilih ke Majlis Keselamatan PBB, berbagai-bagai pendekatan di dalam menangani krisis di rantau bergolak seperti di Timur Tengah boleh diaplikasikan berpandukan pengalaman Malaysia dalam memudah cara isu di Selatan Thailand dan juga Philippine. Sesungguhnya Tuan Yang di-Pertua, doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi hasrat Malaysia agar dipermudahkan untuk terpilih menduduki kerusi Majlis Keselamatan bagi sesi pada tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi berkenaan dengan hal-hal kawasan Tuan Yang di-Pertua. Dalam Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, ada menyentuh soal Rancang Malaysia Kesepuluh dan juga kadar pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mencapai 96.7%. Ini merupakan suatu pencapaian yang terbaik Tuan Yang di-Pertua. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya dapat menyenaraikan pencapaian kadar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini terutama bagi di negeri Sabah dan khasnya bagi di kawasan saya, di kawasan Parlimen Tenom. Saya pasti masyarakat luar bandar dan kumpulan etnik peribumi Sabah mendapat limpahan besar daripada RMKe-10 bagi memastikan kualiti dan juga kesejahteraan luar bandar mencapai objektifnya.
Saya juga ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah cabaran perniagaan luar bandar dan juga Desa Lestari yang telah menjana pendapatan termasuk bidang pertanian, industri kecil dan juga sederhana serta pelancongan desa yang mana saya kira ini semua mudah-mudahan ia dapat memberi pendapatan kepada masyarakat luar bandar.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai Ahli Parlimen yang mewakili Parlimen Tenom, saya bersama-sama rakyat di Tenom juga turut mendoakan semoga masalah kehilangan MH370 ini dapat diselesaikan dan mudah- mudahan semuanya selamat Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tepat 15 minit. Ya Yang Berhormat Wangsa Maju, sila 15 minit ya.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih, selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bagi saya peluang yang baik ambil bahagian di perbahasan Titah Diraja. Sebagai warganegara Malaysia dan wakil rakyat di Parlimen Malaysia, saya pun rasa kasihan tentang tragedi pesawat MH370. Saya dan keluarga saya dan juga ramai kawan saya berdoa semua penumpang pesawat itu walaupun lebih 12 hari selamat.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang DBKL. Sebagai wakil rakyat Kuala Lumpur, saya hendak sebut DBKL dalam konteks inflasi. Tahun lepas ramai penduduk di Kuala Lumpur menyentuh tidak puas hati tentang cadangan cukai taksiran yang tidak naik mungkin lima tahun. Naik sampai 200%, 300% dan juga ada contoh-contoh naik 400% dan beberapa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat berkumpul di DBKL pada mid December tahun lepas dan sampaikan banyak kotak proses bantahan lebih kurang 160,000 di antara lebih kurang 500,000 household di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan kuasa kepada rakyat dan sekarang terima kasih kepada DBKL dan juga Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Dahulu kadar rumah penduduk seperti contoh di Setapak atau di Bangsar 6% sekarang sudah kurangkan kepada 4%. Sekarang zaman inflasi Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin nyanyi satu lagu dalam bahasa Hakka iaitu sekarang semua orang petang pun mengantuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Di Kajang pilihan raya kecil ada satu lagu popular. Maknanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Akan tetapi lagu ini tidak menyentuh mana-mana Ahli dan tiada perkataan yang biadab?
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tidak ada, tidak ada. Ini tentang inflasi sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, tidak mengelirukan Dewan ?
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tidak ada. Nanti saya terjemah [Menyanyi dalam bahasa Hakka] Terjemahnya ialah tiap-tiap benda di pasar sudah naik harga. Kalau you minta suri rumah tangga, official statistic dari kerajaan ialah inflasi ialah 3% atau 4% tetapi hakikatnya tadi saya dengar ucapan dari Yang Berhormat Sik, ikan kembung sudah naik RM12 satu kilo dan baru-baru ini kita dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak melawat satu pasar dan kita dengar betul atau tidak betul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata boleh beli satu ayam dengan RM1. Ahli Yang Berhormat, kalau betul saya hendak minta apa jenis ayam ini? Ini kerana satu kilo ayam sudah lebih kurang RM7 atau RM8 sebab kita wakil rakyat dan sentiasa melawat pasar dan salam orang yang buat business di pasar.
Point nombor dua ialah masalah air di Selangor. Ini bukan politik tetapi ini masalah serius tetapi masalah air di Selangor sudah macam dipolitikkan sudah enam tahun, seperti football Liverpool main dengan Manchester United. Liverpool menang 3-0. Akan tetapi sekarang sampai satu tahap yang sudah rasakan catuan air. Tujuan saya ialah pihak SYABAS tidak ambil berat tugasnya, tugas dan tindakan tidak dijaga baik-baik. Nombor satu, pump house di Wangsa Maju Seksyen 5, satu tahun setengah Menteri Besar Selangor dan saya melawat pump house ini. Ini pump house yang sangat besar dan kasihan, itu lima pam walaupun pam yang terbaik di dunia, ASEA Brown Boveri tetapi tidak ada naik taraf dan tidak tambah apa-apa pam selama 10 tahun.
Sekarang Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak, Ampang dan sebagainya sudah tambah beberapa ribu unit rumah. So, sememangnya tidak cukup dan ada satu ketika sampai masa tidak maintain yang baik dan lima pam tidak berfungsi. Saya minta apa jenis engineer yang kawal pump house ini boleh bagi lima pam sekali gus tidak berfungsi dan juga banyak contoh paip-paip yang lama yang hampir 30 tahun, 40 tahun. Pihak SYABAS kata tidak ada wang tukar paip itu. Memanglah bocor dan bila satu paip besar yang bocor sampai satu tahap beberapa kawasan tidak ada air dua hingga tiga hari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingat ceramah di Kajang.
[Ketawa] Saya punya tukang gunting rambut boleh bagi satu komen berbanding kita punya krisis air dengan masalah di Chennai. Tiga minggu lalu saya pergi gunting rambut saya dan dia bukan warganegara kita. Bahasa Malaysia dia pun tidak berapa baik dan Inggeris pun tidak berapa baik, “Doctor, what is your country no good. I say why no good?” He says, di Chennai, India bila enam bulan tidak ada hujan masih ada air. Now, Chennai Ahli Yang Berhormat ada jumlah penduduk berapa? Lebih 10 juta dan kita enam minggu tidak ada hujan, tidak ada air dan Ahli Yang Berhormat salahkan Kerajaan Negeri Selangor sebab kita belum ambil alih tugas.
Tuan Yang di-Pertua, di Selangor Non Revenue Water (NRW) ialah sampai 36% berbanding dengan di Papua New Guinea Ahli Yang Berhormat. Non-revenue water tidak lebih 4%. Inilah hakikat. Kalau berbanding dengan Chennai dengan Papua New Guinea- yang bercerita pada saya, di Papua New Guinea kalau empat bulan tidak ada hujan masih ada air.
Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita menyeru kepada Menteri yang bertanggungjawab dan jemaah Menteri persekutuan jangan politikkan air lagi sebab harga yang dioffer oleh Kerajaan Negeri Selangor sudah mencukupi dan munasabah. Walaupun dua pihak sudah tandatangan MoU masih belum selesai dan sekarang pihak SYABAS dan juga kita dengar pihak Gamuda dan beberapa orang yang ada share di air itu tidak puas hati. Walaupun ada banyak janji manis tetapi perkara ini belum selesai.
So dengan komen-komen itu Tuan Yang di-Pertua, kita harap politik ialah politik tetapi masalah ialah warganegara, penduduk bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di Balakong kadang-kadang dua minggu tidak ada air. Haraplah, berdoa dan kita boleh selesai perkara air ini di Selangor. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat menyampaikan titah ucapan pada Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas tempoh hari.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan perbahasan saya kepada beberapa perkara yang penting yang saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian dan juga daripada pihak kerajaan terhadap hujah-hujah yang akan saya ketengahkan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, program penggantian meter jenis elektro mekanikal kepada jenis digital oleh TNB telah menyebabkan ramai pengguna mendakwa dicaj begitu tinggi berbanding dengan peralatan sebelumnya. Saya terima banyak aduan. Namun, saya ingin kemukakan satu aduan pengguna, Encik Yow Yak ataupun Tan Yow Yak dari Taman Ria, Pekan Nanas yang mana dikenakan back-billing sebanyak RM411.01 bagi tempoh bil untuk tiga bulan. Pada waktu yang sama, pengguna berkenaan juga dikenakan bayaran bil purata sebanyak RM215 sebulan. Sebagai perbandingan sebelum penukaran meter digital, bil bulanan Encik Yow hanya di sekitar RM200 sebulan. Peningkatan bil adalah sebanyak 76%. Ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Isu yang saya hendak bangkitkan adalah pertama, penukaran meter dibuat oleh TNB. Adakah meter digital baru telah ditentu sah sebelum penukaran dibuat? Peningkatan bil yang mendadak memberi impak kewangan dan ekonomi pengguna. Kedua, mengapakah pengguna harus memikul beban jika kesilapan dari pihak TNB sendiri yang mungkin juga memasang meter digital yang rosak? Kelihatannya di sini Akta Bekalan Elektrik 1990 digunakan begitu mudah, meletakkan semua beban tanggungjawab kepada pengguna. Ketiga, TNB harus lebih fleksibel supaya pengguna diberikan tempoh masa yang sesuai untuk menjelaskan bayaran back-billing dan bukannya menetapkan tempoh 30 hari. Oleh yang demikian, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dimohon membuat siasatan dan kajian lebih terperinci supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya dibebani dengan kos yang tidak sepatutnya ditanggung tanpa alasan yang munasabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan isu seterusnya mengenai permohonan peruntukan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ming (2) yang menelan belanja RM21 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, atas usaha semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Johor yang begitu sesama dalam membangun sekolah vernakular, maka SJK(C) Yu Ming (2) telah memperoleh dua lot tanah di Mukim Jeram Batu dalam kawasan Parlimen Tanjong Piai untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah yang juga salah satu sekolah bantuan penuh kerajaan di kawasan Parlimen Tanjong Piai.
Saya ingin memaklumkan bahawa permohonan peruntukan pembinaan sekolah baru tersebut berjumlah RM21 juta telah dikemukakan oleh pihak sekolah di mana RM20 juta merupakan kos pembinaan bangunan sekolah manakala RM1 juta merupakan kos pembelian perabot dan peralatan. Oleh itu saya ingin tahu, apakah status permohonan peruntukan pembinaan sekolah tersebut dan saya pohon Kementerian Pendidikan dapat memberi pertimbangan khas untuk menyenaraikan projek ini sebagai satu projek yang diberi keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan dengan tapak pelupusan sampah di Kampung Ayer Puteh, Pekan Nanas. Tapak pelupusan sampah tersebut telah ditutup secara berperingkat dan pengumuman penutupan tapak pelupusan sampah tersebut diumumkan oleh bekas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor semasa lawatan rasmi beliau pada April 2011 lagi. Dikatakan pada bulan September 2013 yang lalu, keseluruhan tapak pelupusan sampah tersebut akan ditutup. Jika tapak tersebut tidak ditutup pada tarikh tersebut, saya ingin tahu status terkini bagi tapak pelupusan sampah tersebut. Saya ingin tahu bilakah tapak pelupusan sampah sedia ada akan ditutup dan bilakah tapak pelupusan sampah baru akan beroperasi?
Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Oleh sebab tapak pelupusan sampah tersebut adalah begitu dekat dengan sekolah, taman-taman perumahan dan saya masih menerima aduan daripada penduduk berkaitan dengan bau busuk dari sampah-sarap yang sedia ada. Sebelum tapak pelupusan ditutup, saya ingin tahu apakah kaedah daripada kerajaan untuk hilangkan bau sampah tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, isu akhir yang saya ingin kemukakan adalah hakisan di Tanjong Piai. Kawasan Parlimen Tanjong Piai mempunyai pesisiran pantai yang panjang iaitu sejauh hampir 30 kilometer. Di kedua-dua bahagian merupakan laluan perkapalan yang penting dengan Selat Melaka di bahagian barat dan laluan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di sebelah timur. Di antara kedua-duanya, terletak pula Perairan Selat Kukup yang terkenal dengan perusahaan ikan sangkar.
Isu utama pesisiran pantai adalah masalah hakisan. Walaupun beberapa projek melindungi tebing pantai telah dilaksanakan, namun masih banyak kawasan yang memerlukan benteng konkrit untuk menghalang hakisan. Pada tahun 1981, benteng sepanjang 1.6 kilometer telah dibina melibatkan kos RM1.3 juta telah dilaksanakan. Di antara tahun 2009 hingga tahun 2010, sebanyak RM7.5 juta juga telah disalurkan bagi pembinaan benteng tambahan. Pembinaan benteng batu memang memberikan impak positif di mana hakisan dapat dihalang. Bagaimanapun, masih banyak kawasan yang memerlukan pembinaan benteng.
Tuan Yang di-Pertua, masalah hakisan semakin serius sekarang dan jika segera tidak dilakukan, hakisan tersebut akan sampai ke kawasan penempatan penduduk seperti kawasan Ramba dan Rimba Terjun. Di sesetengah kawasan perumahan, hakisan pantai hanya pada jarak 50 meter dari rumah penduduk. Keadaan ini mengundang kebimbangan kepada mereka yang tinggal di kawasan berkenaan. Di kawasan ini terdapat keperluan membina benteng sejauh 0.2 kilometer dengan anggaran kos RM1 juta.
Hakisan pantai yang serius juga berlaku di pesisiran Pantai Barat yang menjadi laluan kapal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Selain dari hakisan ombak semula jadi, ombak-ombak yang dihasilkan dari pergerakan kapal sebenarnya lebih menghakis. Di kawasan tersebut juga terdapat Taman Negara Tanjong Piai yang menerima kesan langsung dari hakisan pantai ini. Hakisan juga menyebabkan unjur tanjung sebagai titik paling selatan Tanah Besar Asia telah tenggelam. Pada hari ini, laluan jambatan pejalan kaki di pinggir pantai sejauh 400 meter juga telah runtuh akibat hakisan. Jadi, itu sahaja.
Akhir kata, saya memohon agar segala isu yang saya bangkitkan dapat perhatian oleh kerajaan. Saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, penduduk yang tinggal di Seremban dan juga yang tinggal di Sendayan telah pun dihantui oleh isu alam sekitar sejak 20 tahun dahulu. Kilang ataupun tapak yang menyebabkan pencemaran ini adalah sebuah kilang ataupun pusat pengendalian sisa toksik dan namanya ialah Pusat Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh kumpulan UEM.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, pusat kualiti alam ini telah pun diberi kebenaran untuk beroperasi dari tahun 1995. Pada awalnya pihak kerajaan negeri telah pun membenarkan mereka untuk beroperasi selama 20 tahun iaitu operasi kilang tersebut akan berhenti pada tahun 2015. Akan tetapi, baru-baru ini Menteri Besar Negeri Sembilan telah pun mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri telah pun berunding dengan pihak pengurusan Pusat Kualiti Alam agar kilang pengurusan sisa toksik ini akan dihentikan operasinya pada tahun hadapan. Akan tetapi ketika saya mendapat jawapan daripada Dewan yang mulia ini daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri pula menyatakan bahawa kilang tersebut akan
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
dibenarkan untuk terus beroperasi selama 15 tahun lagi. Maksudnya, kilang pelupusan toksik itu akan dihentikan operasi sehingga tahun 2030.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ramai yang tinggal di Sendayan dan juga di Seremban memang amat berharap kilang tersebut akan dihentikan operasinya pada tahun hadapan. Ini kerana sepanjang 20 tahun ini memang banyak aduan pencemaran udara dan aduan daripada penduduk bahawa kesihatan mereka telah pun terjejas. Kita memang terima aduan daripada penduduk di situ bahawa mereka mengalami penyakit asma, penyakit kulit dan sebagainya. Sekarang timbul lagi satu soalan yang baru di mana kita sedia maklum kilang memproses nadi bumi yang berada di Kuantan sampai hari ini masih belum mengumumkan macam mana mereka mengendalikan sisa toksik ataupun radioaktif tersebut.
Memandangkan Pusat Kualiti Alam merupakan satu tapak yang induk memproses sisa toksik, penduduk-penduduk di Seremban dan juga di Sendayan amat khuatir sisa-sisa daripada kilang Lynas ini akan dihantar ke Negeri Sembilan. Saya cukup yakin seluruh rakyat di Negeri Sembilan tidak ada seorang pun daripada kami yang mengharapkan Negeri Sembilan ini dijadikan tempat untuk membuang sisa-sisa. Jadi, saya mohon pihak kementerian ataupun pihak kerajaan supaya dapat memberi penjelasan ataupun memberi jaminan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bahawa kilang ataupun Pusat Kualiti Alam ini akan dihentikan operasinya pada tahun 2015 di mana kontrak ataupun lesen mereka akan ditamatkan pada 28 Februari.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh iaitu pengiktirafan Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina iaitu sijil UEC. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2013, saya masih ingat masa itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun berjumpa dengan pimpinan daripada Dong Zong dan membincangkan mengenai isu pengiktirafan sijil UEC. Pada masa itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memberi jaminan bahawa beliau akan bermesyuarat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh semua supaya pihak kerajaan dapat menerima ataupun iktiraf sijil UEC untuk membolehkan anak-anak lepasan UCE mempunyai peluang untuk belajar di dalam institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Akan tetapi sampai hari ini kita masih menanti-nantikan perkembangan yang terkini daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, sijil UEC ini diterima oleh kebanyakan negara. Saya ambil satu contoh Oxford University di UK, NUS University di Singapore dan juga Peking University. Universiti-universiti ini merupakan universiti yang terkemuka di dunia. Kalau universiti-universiti terkemuka di dunia boleh menerima kelayakan UEC, tetapi apakah rasional universiti di negara kita tidak boleh menerima kelayakan UEC. Saya mohon pihak Kementerian Pendidikan ataupun pihak Kerajaan Barisan Nasional supaya dapat memandang serius terhadap perkara ini.
Apa yang paling penting sekali, kalau pihak Kerajaan Barisan Nasional ataupun pihak Kerajaan Pusat dapat mengiktiraf sijil UEC, sebenarnya ia akan menjadi satu nilai tambah kepada pihak kerajaan di mana kita boleh mengurangkan kos kita. Katakan kita hendak wujud TalentCorp. untuk menarik balik pakar-pakar ataupun anak-anak kita yang telah pun bekerja di luar negara. Dengan wujudnya kita menerima UEC, kita akan sedikit sebanyak mengurangkan mereka yang akan terus melanjutkan pelajaran mereka di luar negeri dan selepas itu kemungkinan besar akan terus bekerja di luar negeri. Itu saya rasa merupakan satu langkah yang perlu kita buat untuk kita sama-sama memastikan anak-anak kita dapat terus melanjutkan pelajaran mereka di luar negeri.
Tuan Yang di-Pertua, pada persidangan tahun lepas, saya pun telah menerima jawapan daripada Kementerian Pendidikan bahawa sebanyak RM46 juta telah pun diperuntukkan untuk IPTA mempromosikan kursus-kursus mereka di luar negeri. Sebagai contoh di Timur Tengah, China, Afrika, India dan Asia Tenggara. Sebanyak RM46 juta dibelanjakan dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 iaitu selama lima tahun. Kalau saya bahagikan lima tahun, setiap bulan sebenarnya pihak Kementerian Pendidikan telah pun membelanjakan lebih kurang RM770,000 untuk mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA.
Jadi dalam konteks ini kita lihat kalau kerajaan kita mampu memperuntukkan RM770,000 setiap bulan untuk mengambil pelajar daripada negara asing, mengapa kita tidak boleh menambah kapasiti universiti-universiti kita supaya kita boleh mengambil lebih
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
ramai anak-anak kita daripada yang belajar di Malaysia. Salah satu contoh iaitu bagi mereka yang mempunyai kelayakan UEC. Ini kerana bagi saya memang tidak adil. Kalau orang asing boleh masuk ke universiti tempatan tetapi orang yang tinggal di Malaysia, orang yang belajar di sini tidak diberi peluang. Itu memang merupakan satu tindakan yang kurang adil kepada seluruh warga Malaysia. Walau bagaimanapun, saya mengalu-alukan usaha kerajaan ataupun kementerian untuk merekrut pelajar daripada luar negeri, tetapi kita juga harus menjaga anak-anak kita yang belajar di dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang saya ingin sentuh iaitu baru-baru ini kami telah menerima maklumat dan selepas itu saya telah pun bertanya soalan di dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun memberi jawapan kepada saya bahawa SPR telah pun menghentikan pelantikan penolong pendaftar pengundi daripada parti politik. Jadi dalam isu ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya pelantikan penolong pendaftar pengundi baru daripada parti politik ini haruslah diteruskan supaya kita memastikan kita dapat membantu pihak kerajaan atau membantu negara kita untuk mendapatkan seramai mungkin pemuda- pemuda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Ini kerana buat masa kini, pengundi-pengundi baru ataupun pengundi-pengundi yang layak ini cuma dibenarkan untuk mendaftarkan sebagai pengundi di pejabat pos ataupun di pejabat SPR.
Jadi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini sebenarnya tidak ramai dari pemuda-pemuda yang sering mengunjungi post office sebab sekarang kita mempunyai online banking. Kebanyakan transaksi untuk membayar bil elektrik, bil telefon kita menggunakan komputer. Jadi dalam konteks ini, saya memang mengharap pihak kerajaan boleh terus membenarkan parti-parti politik untuk terus membantu pihak kerajaan dalam mendaftar pengundi baru agar pengundi-pengundi baru kita dapat didaftarkan ataupun pihak kerajaan boleh mencadangkan atau menimbangkan agar semua pengundi yang layak akan didaftarkan secara automatik.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu SPR, sebenarnya isu kewarganegaraan juga merupakan satu isu yang amat penting khususnya kepada ramai kawan keturunan India dan juga Cina. Ia sebab baru-baru ini kita telah pun melancarkan satu program ataupun dialog bersama mereka yang masih belum mendapat kewarganegaraan.
Walaupun kebanyakan daripada mereka ini telah pun lama hidup di Malaysia, ada yang mereka ini lahir di Malaysia sebelum merdeka tetapi sampai hari ini mereka masih tidak mendapat status kewarganegaraan. Jadi saya mohon pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri dapat memandang serius dalam perkara ini agar pegawai- pegawai kita dapat turun padang dan mengadakan sesi dialog ataupun mengadakan satu pasukan ataupun jawatankuasa khas untuk mengendalikan permohonan-permohonan kewarganegaraan ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu harga barang naik memang merupakan satu isu yang sangat hangat baru-baru ini. Kita memang lihat pihak kerajaan pada beberapa hari yang lepas telah mengumumkan memang banyak langkah-langkah yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga pasaran. Akan tetapi dalam konteks ini, di samping kita mengawal harga pasaran, mengambil tindakan terhadap pihak penjaja ataupun pihak peniaga yang sengaja menaikkan harga barang, saya rasa dalam konteks ini memang ramai rakyat rasa tidak begitu berpuas hati di mana kalau pihak kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menaikkan harga barang. Bagaimana rakyat boleh buat terhadap pihak kerajaan yang sengaja membenarkan pemansuhan subsidi gula, pengurangan subsidi terhadap harga petrol.
Saya rasa dalam isu ini pihak kerajaan haruslah mencari satu jalan ataupun langkah untuk memastikan isu ataupun masalah kos sara hidup ini dapat diselesaikan. Ini kerana pada PRU yang lepas, pihak Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan, janji yang pertama iaitu menangani kos sara hidup rakyat. Akan tetapi selepas PRU13 tidak sampai tiga bulan, harga minyak telah pun dinaikkan. Selepas itu, harga gula dan harga elektrik. Jadi dalam konteks ini, ia secara langsung telah pun menyebabkan kenaikan harga barang.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Boleh minta laluan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tentang kawalan harga naik oleh peniaga, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Rasah. Saya ingat bukan senang untuk kementerian buat kawalan ini memandangkan di MP lounge di Parlimen ini, teh tarik dari RM2 naik ke RM3, pun Menteri yang jaga Parlimen susah hendak kawal. Minta pandangan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Itu mungkin Menteri yang jaga Parlimen kena belanja minumlah kalau harga teh tarik telah naik sebanyak RM1 tetapi itu memang benar.
Kalau dulu kita minum teh, makan nasi ke apa, lebih kurang dalam RM10, sekarang sudah RM13. Kita sebagai Ahli Parlimen juga menghadapi masalah kenaikan harga barang. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri yang berkenaan dapat memandang serius terhadap perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah isu dalam kawasan sendiri iaitu projek menaik taraf jalan di Jalan Tok Ungku fasa ketiga sebenarnya telah pun ditangguhkan dengan melebihi setahun. Jadi di sini saya ingin memohon pihak Kementerian Kerja Raya untuk memberi penjelasan agar bilakah projek ini dapat diselesaikan demi kebaikan seluruh penduduk di Seremban.
Akhir sekali, sama-sama kita mendoakan segala yang terbaik kepada semua penumpang dan juga anak-anak kapal yang berada di syarikat penerbangan MH370 agar mereka dapat kembali ke tanah air kita dengan selamat. Sekian ucapan saya, terima kasih.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga pada 10 Mac yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Parlimen Parit bersama-sama dengan rakyat di seluruh Malaysia juga turut simpati dengan kejadian yang menimpa MH370 dan berdoa semoga pesawat itu masih berada dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, isu penguatkuasaan. Saya ingin menyentuh perkara yang berkaitan dengan mutu penguatkuasaan di beberapa agensi yang saya kira perlu diberikan penambahbaikan atau dalam erti kata sebenar melakukan transformasi. Dalam hal ini, saya melihat beberapa kekurangan kepada agensi-agensi tersebut sehingga beberapa isu besar yang dihadapi negara masih belum dapat diatasi dengan sepenuhnya. Di antaranya ialah operasi mencari dan menahan PATI, kejadian jenayah, penyeludupan dadah, sindiket memperdagangkan manusia, pencerobohan hutan simpan dan tanah kerajaan, penyeludupan minyak dan barangan bersubsidi dan banyak lagi. Terbaru ialah pelolosan dua orang warga Iran yang menggunakan pasport curi yang telah berjaya memperdayakan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam krisis kehilangan misteri penerbangan pesawat MAS MH370.
Saya dapat memperkatakan sedemikian kerana dalam beberapa perkara seperti dalam operasi bersepadu 6P untuk menangkap PATI walaupun telah dilancarkan semenjak 1 September yang lalu, tetapi hasil tangkapannya masih rendah berbanding dengan jumlah PATI di dalam negara ini yang dianggarkan dalam 400,000 orang. Saya dapati usaha ini agak perlahan jika dibandingkan dengan operasi yang dibuat oleh Kerajaan Saudi Arabia yang telah berjaya mengusir 60,000 pendatang haram dalam tempoh sebulan. Begitu juga dengan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands. Walaupun pihak berkuasa berkaitan telah menyatakan tindakan telah diambil untuk mencegah dan mendakwa mereka yang terbabit, namun kegiatan pencerobohan ini masih berlaku dan berleluasa.
Apa yang paling menghairankan ialah pencerobohan terus berlaku walaupun telah heboh disiarkan melalui media. Nampak sangat macam ada sesuatu yang tidak kena di pihak berkuasa. Jadi di manakah kelemahannya? Saya rasa pihak SPRM patut menyiasat
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit
perkara ini. Paling mengecewakan lagi ialah ada beberapa kes terdapat pegawai dan kakitangan penguat kuasa sendiri yang terlibat dalam sindiket dan jenayah berkaitan.
Sebagai contoh dalam suatu operasi tangkapan dadah yang bernilai RM14 juta pada 14 Disember 2013 yang lalu, empat pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja antara yang ditahan. Dalam kes yang lain, empat orang pegawai Imigresen di KLIA dan LCCT telah ditangkap kerana didakwa menerima sogokan dari sindiket tertentu bagi melepaskan warga asing yang diseludupi yang disyaki menggunakan dokumen palsu.
Ini memperlihatkan bahawa integriti, kredibiliti dan mutu penguatkuasaan pada kebanyakan agensi kerajaan masih lagi lemah dan perlu diberikan perhatian serius dan langkah-langkah yang drastik bagi mengatasi kelemahan ini daripada berulang. Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, apakah perancangan dan langkah tindakan yang akan diambil bagi memperkasakan mutu penguatkuasaan agensi-agensi tersebut? Saya juga ingin mencadangkan supaya suatu usaha bersepadu yang melibatkan pelbagai kementerian hendaklah diambil seperti mana yang digariskan di dalam Dasar Strategi Lautan Biru.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit
Kerajaan juga hendaklah mengadakan, memperkasakan Unit Penyiasat Dalaman setiap agensi bagi mengesan salah laku dan penurunan prestasi terhadap agensi-agensi berkaitan. Selain daripada itu, sistem dan amalan penguatkuasaan, sistem pendakwaan undang-undang kepada pesalah perlu diambil dengan segera.
Isu seterusnya ialah tentang bahasa Inggeris. Berhubung dengan kelemahan pelajar-pelajar kita dalam menguasai bahasa Inggeris. Kita tahu bahawa Bahasa Inggeris bahasa ilmu dan kerajaan akan menguatkuasakan supaya Bahasa Inggeris lulus peperiksaan bermula tahun hadapan. Jadi yang kita risaukan pada hari ini kira-kira 20% pelajar yang menduduki peperiksaan SPM gagal pada subjek Bahasa Inggeris. Jadi kerana itu langkah-langkah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk melatih 61,000 guru Bahasa Inggeris untuk menjadi lebih mahir dan pakar dalam pengajaran subjek ini patut dipuji dan dialu-alukan. Apa yang saya lihat usaha ke arah ini tidak akan berjaya jikalau guru yang mengajar Bahasa Inggeris ini kebanyakannya masih lagi mempunyai kompetensi yang rendah.
Oleh yang demikian, kementerian hendaklah memperbanyakkan lagi pengambilan guru untuk mengajar Bahasa Inggeris khususnya bagi kalangan pelajar-pelajar Melayu. Ini adalah kerana pelajar-pelajar Melayulah didapati paling lemah dalam bahasa Inggeris.
Guru-guru Bahasa Inggeris ini adalah baik jika dihantar berkursus di England untuk mereka lebih mahir berbahasa Inggeris. Di samping itu, kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen di kalangan para ibu bapa untuk membiasakan anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris pada waktu masa yang terluang semasa di rumah. Jadi oleh kerana itu, anak-anak akan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, harga barang. Ini menyentuh hal isu berhubung dengan kenaikan harga barang yang begitu ketara sekali semenjak akhir-akhir ini. Keadaan ini telah menyebabkan rakyat merasa keperitan hidup yang amat sangat terutama sekali rakyat berpendapatan rendah. Bagi yang tinggal di kawasan bandar serta penduduk luar bandar yang banyak bergantung kepada hasil pertanian, kenaikan harga barang telah menjadi keluhan dan rintihan rakyat Malaysia kerana peniaga telah sewenang-wenangnya menaikkan harga barang mengikut suka hati mereka. Ini ditambah dengan nilai wang ringgit Malaysia yang dipegang oleh rakyat Malaysia sekarang ini dirasakan semakin mengecil dibandingkan dengan kenaikan harga barang. Selain daripada itu, kenaikan kos sara hidup tidak sepadan dengan pendapatan yang diterima rakyat Malaysia hari ini.
Kerajaan telah menggubal Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang mana elemen penambahbaikan dimasukkan seperti langkah-langkah untuk memerangi peniaga yang menindas yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan melampau. Mekanisme begini sememangnya dapat mengurangkan beban kewangan rakyat. Namun kerajaan terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi jika harga barangan yang diberi subsidi itu meningkat. Hal ini amat relevan dalam kes komoditi seperti minyak petrol dan gula yang banyak mempengaruhi sektor-sektor harga barang di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah perpaduan sebagai aset utama dalam pembangunan negara Malaysia. Pada 13 Mei 1969, rakyat dikejutkan dengan peristiwa berdarah yang hampir memusnahkan ketenteraman awam dan kehidupan rukun damai di
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hassan - Parit
negara tercinta ini. Bagi menangani musibah itu, negara ditadbir urus oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) supaya suasana damai dapat dikembalikan dan rakyat dapat terus hidup dalam keadaan tenteram. Untuk mencegah peristiwa ngeri itu dari berulang dikanunkan satu rukun hidup yang dikenali sebagai Rukun Negara yang memaktubkan lima perkara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
Rakyat disantuni, gelanggang politik diredakan dari sentimen perkauman yang ekstrem. Agihan kek ekonomi negara diperbetulkan melalui Dasar Ekonomi Baru dan platform politik kepartian diperkecil melalui percantuman beberapa parti politik di bawah Barisan Nasional. Inilah di antara resipi yang telah membolehkan negara ini diletakkan di atas landasan yang kukuh bagi meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Perpaduan kaum menjadi pemangkin kepada semangat kerjasama yang mengukuhkan negara bangsa. Lantas suasana aman makmur dapat dinikmati bersama.
Walau bagaimanapun, musim berlalu keadaan berubah. Di akhir-akhir ini suasana yang menampakkan gelora diwarnai oleh pelbagai bentuk kecelaruan yang kian membimbangkan.
Rukun Negara dicemari dari hampir setiap sudut. Kepercayaan kepada Tuhan bagaikan sudah tidak lagi menjadi paksi kepada gaya hidup sesetengah golongan. Atas laungan kebebasan apa sahaja boleh dilakukan termasuk amalan luar tabii. Atas laungan kebebasan nilai murni sejagat dan hukum agama digadaikan. Atas laungan kebebasan bersuara kerja menyakitkan hati orang lain bagaikan tiada sempadan malah semacam suatu hobi kesukaan. Rukun kesetiaan kepada Raja dan Negara juga dicemari dengan pelbagai cara. Sudah ada golongan yang memperlekehkan Raja, sudah ada aktivis-aktivis sosial dan aktivis politik yang mencemarkan negara di mata dunia. Sudah ada golongan yang mempersendakan lagu kebangsaan dan bendera negara- Jalur Gemilang.
Menyentuh Rukun Negara ketiga pula iaitu Keluhuran Perlembagaan. Pelbagai perkara termaktub di dalam Perlembagaan Negara seperti soal Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi, institusi Raja Berperlembagaan dan hak istimewa orang Melayu telah diperlekehkan dengan pelbagai cara. Begitu juga kedaulatan undang-undang yang sering dicabar manakala Kesopanan dan Kesusilaan bagaikan sudah begitu terungkai dari nilai- nilai budaya dan agama.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sampaikan ini adalah perkara asas di mana fabrik sosial dan acuan ketamadunan negara bangsa harus dipaksikan. Namun asas ini jualah yang telah kian terhakis atau dihakiskan oleh golongan yang tertentu bagi tujuan atau agenda tertentu. Malangnya kian jelas kelihatan bahawa seolah-olah agenda politik golongan tertentu mengatasi segala pertimbangan. Kerakusan matlamat menghalalkan cara bagaikan sudah tidak bersepadan. Sekalipun kerukunan hidup dan negara berbilang kaum pelbagai budaya dijadikan kolateral bagi meraih matlamat politik berkompartmen kaum, merencah sentimen, emosi dan persepsi serta kejuaraan kabilah masing-masing. Kejuaraan diri atau kabilah lebih dilalui oleh ukhuwah kehebatan menyerang dan memburuk-burukkan orang lain. Agenda nasional bukan lagi matlamat mercu dalam nada dan nadi perjuangan.
Perebutan kuasa seolah-olah menghalalkan apa juga cara.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila gulung.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Sikit lagi. Soalnya ke mana kita selepas ini? Menuju status negara maju berpendapatan tinggi dengan kecamukan nilai.
Maju dan makmur yang terisi dengan kecelaruan, gaya hidup yang tidak lagi mempedulikan soal perpaduan, atau apa yang bakal menunggu kita di sepanjang dan di penghujung perjalanan ke pangkalan yang kita idam-idamkan itu atau jika tidak ditangani segala gejala kecacatan itu, kita sebenarnya menghumban rakyat dan negara ini ke arah kehancuran.
Titah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan sidang Dewan Parlimen ini pada Isnin 10 Mac yang lalu amat jelas dan nyata yang mengajak rakyat mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat- menghormati dan keseganan dalam menjalani kehidupan.
Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit
Saya beranggapan teras kepada kemakmuran dan kemuliaan ini terletak pada golongan yang bergelar pemimpin. Golongan yang dikatakan pemimpin itu pastinya termasuk kita yang diberi mandat oleh rakyat untuk menganggotai Dewan Parlimen ini.
Bersandarkan hakikat ini, saya semakin berasa pelik bercampur hairan bila melihat sebahagian daripada benih yang boleh menjadi punca memecahkan perpaduan adalah datang daripada mereka yang bergelar Yang Berhormat.
Sukar dicari sebab yang munasabah kenapa perkara ini boleh berlaku. Namun, apa yang pasti ialah apabila negara ini hancur, mereka yang menyumbang kepada kehancuran itu akan menuding jari supaya tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dinikmati bersama. Dalam Islam, sesiapa ingkar atau menyanggah rukun Islam dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam dan habuan untuk golongan ini adalah neraka.
Kalau perbandingan ini boleh diguna pakai dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia, apakah martabat yang harus diberikan kepada golongan yang ingkar atau menyanggah Rukun Negara dan apa pula hukumannya? Sama-samalah kita renungkan.
Sarang tebuan jangan dijolok, Padahnya bengkak kena sengat, Kalau perpaduan dijaga elok, Negara dan rakyat mendapat berkat. Tuan Yang di-Pertua, Parit menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sila Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk menyampaikan perbahasan Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin juga merakamkan rasa simpati dan doa rakyat Kota Raja bersama dengan MH370. Kita harap mereka semua akan dapat kembali ke tanah air dan kepada keluarga mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu perumahan di negeri Selangor.
Sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor sedaya upaya cuba untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah. Banyak skim yang telah diadakan. Bukan sahaja rumah kos rendah tetapi juga rumah kos rendah sederhana dan rumah mampu milik kini. Semuanya untuk rakyat yang berpendapatan isi keluarganya kurang daripada RM8,000.
Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya. Bermakna, bermula sebelum ini lagi. Sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. Daripada 50,552 peneroka bandar atau setinggan, 47,891 keluarga telah dapat dipindahkan. Maknanya, bakinya tidak sampai 3,000 lagi peneroka bandar yang masih belum lagi mempunyai rumah.
Tuan Yang di-Pertua, saya membawa isu ini kerana saya merasakan ada beberapa perkara, cabaran yang dilalui oleh Kerajaan Negeri Selangor dan ia memerlukan sangat kerjasama daripada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan. Di antara perkara yang dihadapi adalah ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah kos rendah. Ini adalah setelah mereka ditawarkan rumah kos rendah. Peneroka bandar ini semua, mereka perlu membayar 10% deposit. Ini pun kadang-kadang tidak mampu dibayar oleh mereka dan mereka terpaksa menolak tawaran-tawaran ini kerana tidak ada simpanan.
Bagi orang-orang Islam, ada kalanya mereka mendapat bantuan zakat untuk membayar deposit 10% apabila mereka ditawarkan untuk membeli rumah kos rendah. Akan tetapi bagi mereka yang bukan beragama Islam, yang miskin, yang berpendapatan rendah, mereka tidak ada sumber lain. Dapat kiranya Kerajaan Pusat bersama dengan kerajaan negeri bekerjasama untuk mewujudkan satu dana bagi kumpulan ini untuk membayar
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
depositnya dan kemudian untuk mendapatkan pinjaman seterusnya daripada beberapa bank yang memberi pinjaman ini.
Kebanyakan mereka ini sudah tidak layak menerima pinjaman bank kerana pendapatan mereka tidak menepati syarat yang diletakkan oleh bank. Jadi, kalau sekurang- kurangnya 10% itu dapat mereka jelaskan, maka selepas itu mereka masih lagi boleh membayar bulanan. Alhamdulillah. Akan tetapi kebanyakan, 10% pun tidak mampu hendak bayar.
Kemudian, kerajaan negeri juga telah mewujudkan satu pembiayaan khas untuk rakyat yang tidak berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman bank. Masalahnya adalah pelaksanaannya kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50 juta sebenarnya untuk dana khas ini untuk diuruskan oleh bank-bank kepada pemohon-pemohon.
Pemohon-pemohon ini Tuan Yang di-Pertua, adalah mereka yang tidak layak kerana mempunyai pelbagai masalah seperti tiada pendapatan tetap, tiada bukti pendapatan, rekod CCRIS, rekod CTOS dan sebagainya. Akan tetapi kerajaan negeri telah mewujudkan dana ini.
Namun, setakat ini tiga bank yang diminta untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadi pengurus kepada dana yang ditetapkan ini CIMB, Maybank dan AmBank telah menolak dengan alasan bahawa polisi Bank Negara tidak membenarkan bank untuk menguruskan pinjaman bagi orang-orang yang tidak layak. Akan tetapi pokoknya, kewangan ini bukan daripada bank. Dana ini adalah daripada kerajaan negeri.
Jadi, kita minta Menteri Kewangan supaya melihat semula polisi ini kerana bagi mereka yang disenaraihitamkan, tidak berpeluang untuk membeli rumah sekiranya pihak bank enggan menguruskan dana ini.
Jadi, sampai bila pun mereka tidak dapat untuk beli rumah. Sekiranya mereka sudah mendapat pinjaman daripada kerajaan negeri, setelah diluluskan oleh Bank Negara, maka sekiranya mereka tidak dapat bayar rumah itu, rumah itu akan di lelong. Jadi, tidaklah menjadi masalah kepada kerajaan negeri kerana kita boleh dapat balik dana tersebut.
Seterusnya, saya ingin membawa kepada masalah jumlah penghuni dalam pangsapuri. Kita ada banyak flat atau pangsapuri di negeri Selangor. Namun, tidak ada satu polisi tentang penetapan jumlah penghuni di dalam satu rumah. Pihak majikan kilang boleh menempatkan sehingga berbelas orang dalam satu pangsapuri yang kurang daripada 1,000 kaki persegi. Ini menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan kerana masalah kebersihan, masalah kesihatan. Jadi, tidak ada satu polisi.
Sekiranya ada satu polisi yang menetapkan bahawa satu rumah tidak boleh dihuni, terutamanya yang disewa oleh bank, tidak boleh dihuni melebihi jumlah yang sepatutnya, maka pihak majikan patut mencari rumah tambahan. Jadi, ini adalah cara mereka untuk menjimatkan kewangan. Mereka menyewa satu pangsapuri dalam RM500, RM600 dan kemudian memadatkannya dengan hampir 16 atau 15 atau 20 orang penghuni di dalam rumah itu.
Kedua ialah tentang apa yang berlaku sekarang tentang kongsi sewa. Oleh kerana ketidakmampuan rakyat, terutamanya dalam keadaan keperitan, kehidupan ekonomi yang tidak menentu ini, maka didapati ramai di antara rakyat kita sendiri yang berkongsi beberapa keluarga di dalam satu rumah. Jadi penyewa awalnya, penyewa pertamanya sub let atau pun menyewakan bilik-bilik kepada keluarga lain. Ini juga akan menimbulkan masalah sosial dalam jangka masa panjang. Ini kita patut fikir bersama-sama bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah kongsi sewa ini. Jumlah unit yang dikongsi sewa bertambah dalam kawasan saya sendiri, terutamanya rakyat kita daripada Sabah yang bermastautin di Selangor, sampai tiga keluarga dalam satu rumah. Boleh bayangkan implikasi sosial apabila tiga keluarga berlainan yang tidak ada pertalian darah hidup dalam satu rumah.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah juga mengenai rumah kos rendah. Kerajaan Negeri Selangor sedang mengusahakan untuk membina sebanyak mungkin dimodalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Akan tetapi kita juga dapat banyak masalah untuk mengubah ataupun untuk membina rumah-rumah kos rendah dan rumah mampu milik kerana kesukaran tanah di dalam kawasan perbandaran. Ramai daripada peneroka bandar yang duduk di atas tanah kerajaan sudah dapat diubah, sudah dapat dipindahkan juga atas
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
tanah JPS dan JKR tetapi di atas tanah KTMB. KTMB mempunyai aset tanah yang banyak di negeri Selangor yang tidak ada hubung kait dengan business ataupun core business mereka iaitu pengangkutan. Jadi kalau boleh, Menteri melihat semula tentang tanah-tanah KTMB.
Saya ingin tahu banyak mana aset tanah yang ada oleh KTMB di negeri Selangor dan apa jenis tanah ini, adakah ia berkaitan dengan core business KTMB? Kalau tidak, saya memohon supaya tanah-tanah ini dilupuskan kepada Kerajaan Negeri Selangor semula supaya dapat dibina rumah-rumah kos rendah dan rumah-rumah mampu milik untuk didiami oleh rakyat yang kurang mampu. Jadi, ini adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.
Seterusnya saya hendak bergerak kepada satu hal yang terkena kepada umat Islam tentang bahagian KDN, bahagian teks al-Quran telah mewajibkan, telah mewartakan penggunaan hologram kepada al-Quran yang hendak dijual di kedai-kedai. Tujuan asalnya ialah untuk menjamin ketulenan al-Quran itu, teks al-Quran, sedangkan sebelum ini teks al- Quran mesti disahkan oleh Jabatan Agama Islam sebelum dapat dijual. Sudah ada kelulusannya, tetapi ditambah pula dengan satu lagi iaitu hologram. Saya kira negara kita adalah negara pertama yang menggunakan hologram untuk tujuan penjualan al-Quran.
Masalahnya ialah hologram pun sendiri sekarang sudah dicetak rompak. Baru-baru ini KPDNKK telah merampas produk-produk kesihatan yang ratusan ribu ringgit, yang juga menggunakan hologram palsu.
Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri KDN, kenapa kita beria-ia benar untuk menggunakan hologram ini? Sepatutnya KDN mempermudah, bukan menyusahkan penerbitan al-Quran dan penjualan al-Quran. Dengan mengenakan hologram yang berharga RM1 ini, kos al-Quran meningkat. Kalau RM20 menjadi hampir RM25, RM24.80.
Semuanya ditanggung oleh pembeli, ditanggung oleh rakyat. Ini juga menyusahkan maahad-maahad tahfiz dan sebagainya dan juga penjual-penjual al-Quran kerana sekarang ini Quran yang tidak ada hologram, KDN telah mewartakan bahawa Quran yang tulen mesti ada hologram. Jadi Quran yang tidak ada hologram dicurigai sedangkan saya rasa berpuluh tahun, beratus tahun isu Quran palsu ini tidak timbul dan sebenarnya kuasa ini adalah di tangan Menteri.
Jadi persatuan-persatuan penerbit Malaysia telah meminta supaya Menteri menarik balik pewartaan ini kerana tidak pernah dibincangkan secara telus dengan penerbit-penerbit al-Quran kenapa soal hologram ini hendak dikuatkuasakan dan hologram ini perlu dibeli oleh penerbit secara tunai.
Jadi biasanya kata mereka, mereka menerbitkan sekali cetak 5,000 hingga 20,000 naskhah al-Quran dan setiap hologram berharga RM1. Jadi maknanya mereka kena membayar secara tunai kepada bahagian teks al-Quran ini sebanyak RM20,000 kalau ada 20,000 naskhah. Ini menyebabkan mereka bertanya kerana katanya hologram yang dicetak di China boleh dicetak dengan kos tidak sampai 10 sen. Kenapa hologram ini dijual RM1 kepada penerbit-penerbit? Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, siapakah sebenarnya yang dapat faedah daripada penjualan hologram ini? Syarikat mana dan kenapa harganya sampai RM1? Akan tetapi apa pun, Persatuan Penerbit al-Quran memohon supaya Menteri menarik balik kerana tidak ada keperluan untuk menggunakan hologram untuk mengesahkan ketulenan al-Quran.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya pergi ke satu lagi topik iaitu dalam isu hiburan negara. Dalam hiburan di dalam negara kita dikejutkan dengan satu Future Music Festival baru-baru ini dengan kematian enam orang remaja. Pada 28 Mac ini satu lagi konsert Christina Aguilera, apa nama dia. Saya pun tidak pandai sebut ini, akan diadakan juga.
Pada 19 April, World’s Largest Paint Party yang juga berkonsep hedonisme dan sudah pasti konsert-konsert macam ini terutama yang telah kita tengok yang Future Music Festival, bercampur bebas remaja lelaki perempuan, pakaian yang erotik, ganas, sensual, arak, dadah. Semuanya adalah resipi yang sebenarnya tadi disebut oleh Ahli Parlimen Parit tadi tentang nilai agama kita, akhlak kita, akal budi.
Mereka adalah aset. Remaja ini merupakan aset kita. Generasi muda adalah aset kita. Kenapa kita yang mengaku negara kita sebagai negara Islam tidak peka dengan perkara-perkara ini? Bukan konsert itu tidak boleh diadakan, tetapi mesti ada garis panduan. Jadi saya nak bertanya kepada kementerian, jangan sampai kita hendak mempromosi pelancongan, menarik orang dari Singapura, Indonesia dan sebagainya, maka
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
kita mencemarkan diri kita dengan membiarkan hiburan-hiburan liar seperti ini berlaku dalam negara kita. Saya rasa tidak patut kita menggunakan alasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat boleh gulung.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
...Kebebasan beragama ataupun orang lain, bangsa lain hendak tentang hiburan jenis ini. Kalau kita tanya dengan kawan- kawan kita daripada agama lain pun, mereka tidak bersetuju dengan konsep yang bercorak hedonisme ini yang melampau caranya diadakan.
Tuan Yang di-Pertua, ada lagi seminit ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Okey. Saya hendak bawa balik ke kawasan saya dalam masa seminit ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya hendak bertanya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW), apakah kawasan-kawasan kampung tradisional di dalam kawasan Kota Raja telah tidak diberi perhatian langsung? Jalan-jalan di kampung-kampung seperti Kampung Johan Setia tidak diturap. Kita mempunyai masalah sebab bila kita tanya PBT kenapa jalan-jalan ini tidak dinaiktarafkan, tidak diturap, jawab mereka ini adalah jalan di bawah KKLW. Sungguhpun kampung-kampung ini sudah masuk di bawah PBT, mereka kena bayar cukai pintu, assessment rate tetapi peruntukan untuk jalan-jalan ini tidak diberi dan mereka tidak boleh guna peruntukan MARRIS untuk jalan- jalan kampung.
Jadi akhirnya parit-parit, jalan-jalan dan semua penduduk kampung-kampung ini ialah orang Melayu. Untuk makluman Yang Berhormat semua, yang tak ditampal jalan-jalan ini adalah penyokong-penyokong UMNO. Saya kalah baru-baru ini di kawasan UPU Melayu ini. Saya kalah itu tidak jadi soal tetapi kenapa mereka ini diperlakukan begitu? Lima tahun saya menjadi wakil rakyat, tidak ada jalan-jalan ini diturap. Kami cuba untuk menurap, tetapi kami tidak ada peruntukan daripada MARRIS untuk jalan-jalan luar bandar ini. Boleh tidak sikit lagi? Saya hendak tanya satu lagi mengenai banjir kilat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Baru-baru ini Klang kerap mendapat banjir kilat dan memang Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan beberapa juta untuk kita betulkan. Akan tetapi kita tahu ini adalah kawasan lama yang telah dibangunkan 20 tahun ke 30 tahun dahulu dengan sistem perparitannya tidak mencukupi. Baru-baru ini bila syarikat mengadakan satu inquiry, maka JPS mengatakan mereka memerlukan lebih kurang RM1 bilion untuk membetulkan sistem atau master plan tebatan banjir di seluruh kawasan Klang. Jadi saya harap Menteri dapat memberi perhatian kepada perkara ini.
Jangan sampai banjir ada orang yang meninggal. Sekarang ini tidak ada lagi, alhamdulillah. Akan tetapi setiap kali banjir kilat berlaku, rakyat mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.
Kalau setahun sampai lima enam kali, bayangkan dalam lima tahun ke enam tahun berapa kerugiannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kanowit.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama terlibat dalam membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan merakamkan rasa simpati yang amat mendalam ke atas ahli keluarga, penumpang, krew pesawat MH370 yang masih hilang dan
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
belum ditemui sampai saat ini. Kita semua mendoakan semoga misi pencarian pesawat ini dapat menemui dan menyelamatkan penumpang dan krew yang terbabit.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kembali isu yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain tempoh hari iaitu berkenaan dengan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan di kawasan pedalaman terutama di Sarawak dan Sabah seperti gas LPG, diesel, petrol, beras, gula dan sebagainya supaya barang-barang ini boleh dijual di kawasan pedalaman dengan harga yang sama...
Timbalan Yang di-Pertua, - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kanowit. Selepas ini Yang Berhormat Lembah Pantai dan selepas itu Yang Berhormat Setiu.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
...Di bandar-bandar besar. Kita difahamkan semenjak tahun 2009 sampai sekarang sejumlah RM767 juta telah dibelanjakan untuk program ini dan bagi tahun ini RM88 juta diperuntukkan untuk Sabah dan RM77 juta untuk Sarawak. Program penyeragaman harga ini melibatkan transporter ataupun kontraktor sebagai pengedar utama dan pekedai runcit dari kawasan pedalaman sepatutnya diberi subsidi pengangkutan untuk subsidize cost handling dan pengangkutan barang-barang keperluan ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi isu adalah transporter yang dilantik oleh kementerian kebanyakannya bukan dari syarikat atau orang tempatan. Saya difahamkan bagi tahun ini 2014 dan untuk kawasan saya Sibu atau Kanowit. Transporter yang dilantik datang dari luar kawasan Sibu dan Kanowit terutamanya syarikat-syarikat dari Kuching yang langsung tidak tahu keadaan setempat dan tidak pernah menggunakan perahu ke hulu sungai di kawasan Parlimen Kanowit. Tidak ada syarikat tempatan yang dilantik bagi tahun ini dan kementerian mungkin ada sebab tertentu dalam hal ini.
Kedua, orang-orang yang benar-benar sepatutnya menuntut subsidi pengangkutan ini adalah pekedai runcit yang membeli barang dari pengedar utama dan mengangkut barang-barang itu ke kedai-kedai runcit di pedalaman. Akan tetapi saya difahamkan mereka ini tidak ada membuat tuntutan cuma di sesetengah kawasan sekali-sekala diberi subsidi pengangkutan ini oleh transporter dengan kadar yang kecil. Jadi, mereka pun tidak boleh menjual barang keperluan ini dengan harga yang sepatutnya atau sama dengan harga- harga yang di bandar-bandar besar.
Sebagai contohnya Tuan Yang di-Pertua, subsidi LPG gas untuk kawasan terpencil di hulu Sungai Ngemah, di Kanowit yang mengambil masa satu hari untuk perjalanan menggunakan perahu, saya difahamkan subsidi pengangkutan bagi tong gas ini adalah RM20 setong. Akan tetapi mereka yang membawa tong gas ini diberi cuma RM10 sahaja, bermakna transporter ini mendapat RM10 setong. Kalau kawasan ini diberi 200 setong, maka keuntungan mereka RM2,000.
Contoh kedua bagi diesel dan petrol. Subsidi untuk kawasan yang paling jauh di Kanowit adalah RM462 setong. Akan tetapi peruncit yang membawa setong ini diberi RM180 setong. Bermakna transporter ini keuntungan mereka adalah dekat RM282 satu tong dan kalau didarab beratus-ratus tong sebulan, kita akan menganggarkan beribu ringgit keuntungan.
Contoh ketiga untuk barang keperluan seperti beras, gula, tepung gandum dan sebagainya. Barang-barang ini dikira mengikut berat dan sebagai contoh, subsidi kawasan terpencil yang saya sebutkan tadi adalah RM2,100 satu trip dan dianggarkan satu bulan 40 trip, boleh dibayangkan berapalah mereka ini dapat tuntutan setiap bulan.
Di kawasan sebelah hilir, kawasan Jagau yang mempunyai paling ramai penduduk di sini adalah RM150 satu trip ataupun RM6,000 sebulan. Akan tetapi yang saya khuatir dan saya telah pun bertanya kepada mereka dari kawasan-kawasan ini, diketahui bahawa mereka tidak pernah mendapat subsidi seperti ini. Kalau kita campurkan semua, saya buat satu calculation di sini bahawa satu bulan di kawasan yang paling jauh, di kawasan saya di Kanowit bantuan subsidi ini menjangkau RM3 juta. Kalaulah kerajaan mampu untuk memberi RM3 juta ini, saya fikir lagi bagus kalau wang ini diberi kepada JKKK induk di kawasan-kawasan tersebut supaya mereka dapat membelanjakan wang ini untuk keperluan mereka sendiri atau untuk bantuan orang sakit dan sebagainya. Ini kerana saya melihat
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
kebanyakan ini adalah membazir dan memberi keuntungan kepada mereka yang tidak ada kaitan dengan program ini.
Bagi contoh seterusnya, sebuah tempat yang berdekatan dengan Sibu yang tidak sepatutnya diberi bantuan. Ini adalah sebagai contoh. Saya telah diterangkan oleh pekedai runcit, di sana satu tong dram minyak diberi subsidi RM50 untuk mengangkut tong dram itu tetapi dalam peruntukan rasmi saya melihat satu dram itu kerajaan memberi RM95. Jadi, dia mendapat RM50 keuntungan satu tong dram.
Satu lagi yang saya dapat confirm adalah bagi barang keperluan di kawasan Nanga Dap. Di kawasan saya ada juga nama Dap. Sepatutnya pekedai runcit mendapat lebih kurang RM13,000 sebulan. Akan tetapi saya difahamkan mereka diberi cuma dalam lingkungan RM700 hingga RM1,000 sebulan oleh transporter tersebut. Jadi Yang Berhormat, kesemua contoh ini memberi gambaran bahawa transporter mendapat tuntutan yang begitu besar setiap bulan kalau kita mengambil kira volume barang-barang yang diangkut dan kekerapan atau trip yang dibawa ke kawasan-kawasan pendalaman ini. Maka saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk mengkaji balik keberkesanan subsidi transport ini supaya tujuan sebenar program pelaksanaan harga barang ini sampai ke sasaran.
Dalam hal ini kerajaan boleh mengkaji sama ada subsidi transport untuk barang- barang keperluan ini boleh diberi terus kepada orang-orang di pedalaman yang benar-benar memerlukannya, seperti diberi baucar macam BR1M dan kawasan-kawasan yang sudah ada jalan tidak sepatutnya layak untuk diberi subsidi ini. Jadi, kos untuk baucar ini kalau kita kira setiap bulan akan lebih kecil daripada yang sepatutnya diberi kepada transporter.
Isi kedua yang saya ingin sentuh di Dewan yang mulia ini adalah berkenaan insurans perubatan ataupun medical insurance bagi semua rakyat Malaysia. Isu ini timbul bagi saya oleh kerana ramai pesakit di kawasan yang mendapat rawatan atau treatment di hospital awam dan swasta memohon dari wakil rakyat bantuan kewangan untuk membayar kos perubatan mereka. Pesakit yang meninggal dunia memang kita memberi bantuan sedikit sebanyak. Kita sebagai wakil rakyat amat rasa simpati terhadap kes-kes sebegini.
Saya merasa kerajaan perlu mengambil langkah dalam membuat dasar untuk mengatasi masalah ini kerana kos rawatan akan meningkat setiap tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa di Malaysia ini cuma 30% rakyat kita yang mempunyai insurans perubatan. Ini juga hanya di kalangan middle to high income group, yang lain tidak mempunyai medical plan disebabkan ramai yang tidak mengetahui keperluan ini. Kebanyakan juga tidak cukup pendapatan atau disposable income dan ada juga yang mempunyai priority atau keperluan yang berlainan dan bagi yang miskin atau low income group memang insurans perubatan ini tidak mampu bagi mereka.
Senario kedua adalah di mana mereka yang bekerja dengan kerajaan dan swasta mungkin dapat medical pelan dalam masa mereka bekerja tetapi kalau sudah pencen kemudahan tersebut terus hilang. Ini yang jadi masalah sebab selepas pencen itulah medical insurance ini diperlukan. Sepatutnya life long pension scheme dengan affordable health insurance scheme perlu diamalkan oleh sektor awam dan swasta.
Tuan Yang di-Pertua, di Amerika Syarikat di Obama Health Care Reform mewajibkan health insurance kepada semua rakyat mulai tahun ini, 2014. Malaysia juga sedang menuju ke arah negara maju dan langkah perlu diambil supaya rakyat Malaysia mampu mempunyai kad perubatan atau medical card seperti negara-negara lain seperti Singapura. Difahamkan medical plan yang sederhana boleh melibatkan kos rendah RM100 sebulan, pelan yang lebih komprehensif adalah dalam lingkungan RM300 ke RM400 sebulan. Jadi, dalam hal ini kerajaan boleh mengkaji sama ada rakyat yang miskin boleh diberi medical plan dengan kos lebih rendah ataupun dengan subsidi oleh kerajaan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Tuan Yang di-Pertua, kita juga difahamkan satu dari sebab rakyat ditimpa hutang berlebihan adalah disebabkan medical expenses ataupun perbelanjaan perubatan yang tinggi. Akan tetapi sebenarnya, the real legitimate reason mengapa pesakit memilih hospital swasta daripada hospital awam walaupun mereka tidak mampu adalah kerana mereka memerlukan rawatan segera di hospital-hospital swasta ini. Kadangkala, rawatan tertentu cuma dapat diberi oleh pakar-pakar yang terdapat di hospital swasta.
Tuan Yang di-Pertua, di negara kita, punca masalah atau problem ini sekarang terletak di dalam dasar yang telah kita buat dalam tahun 1980-an di mana kerajaan
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
mengamalkan privatization untuk membangunkan hospital-hospital swasta. Mulai awal tahun 1990, kerajaan negeri dan government lead agency mula melaburkan diri dalam membangunkan hospital swasta. Contohnya, negeri-negeri seperti Penang, Melaka dan Sarawak melaburkan atau invest dalam hospital swasta di negeri sendiri dan GLC seperti Sime Darby juga menubuhkan Subang Jaya Medical Centre dan pelaburan dari luar negara melibatkan diri dalam perusahaan ini.
Ini menyebabkan hospital-hospital swasta ini menjadi money making business untuk kerajaan negeri dan GLC. Sekarang ini terdapat 138 buah hospital awam berbanding 220 buah hospital swasta di negara kita. Ini tidak termasuk beribu-ribu lagi klinik swasta di merata-rata tempat.
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan jumlah hospital swasta ini membawa peningkatan persaingan atau competition untuk sumber yang sama iaitu doktor, jururawat dan pekerja lain dari hospital awam. Jadi hospital awam mula terjejas dengan brain drain disebabkan hospital swasta dan pegawai-pegawai perubatan awam ini diupah dengan gaji yang lebih tinggi di mana hospital awam tidak mampu bersaing lagi dalam memikat perkara- perkara tersebut. Soalannya adalah bolehkah charges hospital swasta ini dihadkan melalui dasar dan senarai charges yang diluluskan oleh kerajaan supaya syarikat insurans juga dapat mengurangkan premium insurans dan semua rakyat dapat membeli insurans perubatan dan medical card untuk semua hospital?
Tuan Yang di-Pertua, kos perubatan yang tinggi adalah consultant fee, prosedur dan surgical fee dan kos ketiga-tiga ini menghasilkan kos sebenar yang amat membebankan pesakit dan syarikat insurans. Charges untuk ubat, X-ray, makmal dan sebagainya dapat diselaraskan atau distandardkan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya telah huraikan di sini adalah untuk memberi gambaran sebenar bahawa peningkatan kos perubatan ini adalah amat real dan akan bermasalah apabila ramai rakyat kita terperangkap kalau kerajaan tidak ada dasar atau membuat medical plan bagi rakyat supaya rakyat dapat mendapat rawatan di mana- mana hospital terutamanya yang memerlukan rawatan pakar yang banyak terdapat di hospital swasta. Dalam isu insurans perubatan ini, saya menyeru kepada kerajaan untuk melihat kes ini dengan menyeluruh terutamanya bagi rakyat kita yang miskin dan dari kawasan pedalaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya berbahas khusus dalam perbahasan Titah Diraja bagi sesi kali ini.
Saya ingin memulakan dengan memetik nukilan Sheikh Yusuf Qaradawi berkaitan dengan fiqh aulawiyat, the fiqh of priorities di mana fikah ini menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan dan tidak mengecilkan perkara yang besar ataupun membesarkan perkara yang kecil. Maka dalam ruang ini saya memilih tiga isu keutamaan.
Mungkin ada isu lain juga yang lebih penting tetapi bagi peringkat Lembah Pantai, isu pertama merupakan isu keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah kenyataan beliau, “Malaysia mengetepikan isu keselamatan negara dengan berkongsi data radar tentera dengan pakar luar negara” dalam usaha beliau menjawab kritikan akan tahap ketelusan Malaysia berkait dengan kehilangan pesawat MH370. Semestinya saya juga bersama teman-teman semua mendoakan dan kita mendukung usaha menyelamatkan para penumpang pesawat MH370. Kami juga mengenali juruterbang, tetapi tentunya kita tidak terkebelakang dalam usaha ini. Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah doa, dokongan, tidak memberikan kita sebab kenapa tidak mahu menanyakan beberapa soalan yang penting dalam usaha untuk memperbaiki operasi.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, harus saya tekankan di sini, dari segi tahap kesiapsiagaan keselamatan negara, tahun 2014 sahaja, tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan dalam belanjawan bagi tahun 2014 bahawa RM2.4 bilion diperuntukkan untuk enam buah offshore patrol vessel, empat buah pesawat kargo, pembelian peralatan sokongan kereta perisian, semuanya untuk meningkatkan keselamatan sempadan negara. Tambahan, kerajaan juga membelanjakan berbilion ringgit termasuklah RM13.2 bilion Tuan Yang di- Pertua, untuk meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera. Persoalannya, kita juga mahu tahu tahap keberkesanan perbelanjaan.
Saya rujuk terus kepada isu yang pernah saya sentuh dalam sesi Parlimen terdahulu. Kita bercakap tentang sistem radar di negara kita. Memang ada dua jenis yang utama. Pertama, yang pernah saya sentuh adalah radar komersial. Selama berbulan-bulan lamanya saya bangkitkan di mana radar utama yang diguna pakai dalam sistem komersial kita adalah berpangkalan di Subang. Pada bulan November 2012, setelah berkali-kali saya ajukan aduan daripada pegawai trafik udara dan laporan-laporan tentang kelemahan sistem yang diguna pakai yang diberi oleh Syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX), syarikat Itali, akhirnya, mantan Menteri Pengangkutan telah menyatakan pada September 2012, sistem radar komersial tidak berfungsi selama hampir dua jam, selama 75 minit daripada jam 2.50 pagi dan ruang udara kita gelap. Kita terpaksa menyerahkan kuasa kepada negara jiran. Ini jawapan di Parlimen. Jawapan di Parlimen setelah saya menggesa dan mendesak jawapan kenapakah berlaku satu kegagalan sistem radar dan ketika itu mantan Menteri Pengangkutan menyalahkan tidak adanya bekalan elektrik yang mencukupi. Itu alasan.
Bila saya minta agar laporan diberikan, beliau berjanji tetapi sehingga ke hari ini dengan pemangku Menteri Pengangkutan yang baru, saya masih lagi tidak menerima laporan insiden tersebut.
Ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana kita bercakap tentang sistem radar. Kita mahu mengelakkan mana-mana tragedi daripada berulang. Jadi ini bab komersial. Saya minta pemangku Menteri Pengangkutan agar boleh meneruskan kesinambungan, bertanggungjawab dan dalam ruang yang lain mengajak juga semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk bersama dalam mana-mana sesi pendengaran ataupun sesi penjelasan berkait dengan tragedi ataupun kehilangan pesawat MH370.
Dari satu sudut, sistem radar komersial. Dari satu sudut yang lain Tuan Yang di- Pertua, yang ingin saya bangkitkan di sini ialah untuk bertanyakan dan mendapatkan penjelasan khusus daripada Kementerian Pertahanan adalah apabila ada maklumat yang didapati bahawa ruang udara kita sebenarnya, menerusi radar tentera iaitu radar yang kedua, telah mengesan pesawat MH370 semasa ia melalui ruang udara negara kita.
Saya rujuk kepada majalah Time.com yang melaporkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia telah mengesan pesawat tersebut menerusi tiga radar tentera semasa ia melalui ruang udara Timur Laut Malaysia sebelum sampai ke Selat Melaka. Walaupun dengan corak penerbangan yang mencurigakan, kita masih tidak mengarahkan pesawat pejuang untuk mengesahkan identiti UFO ketika itu atau unidentified flying object yang kini dikenal pasti ialah pesawat MH370.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Itu hakikat. Laporan turut menyatakan sekiranya tentera udara telah bertindak balas dengan menghantar untuk mengiringi pesawat misteri ini, sudah tentu lebih memudahkan kerja kita. Jadi persoalan saya apa? Persoalan saya di sini, saya pinta untuk dijelaskan mengenai SOP dengan izin, the standard operating procedure yang sepatutnya diambil sekiranya tentera udara kita mengesan objek yang kita tidak kenali ataupun tidak ketahui.
Ini amat penting sekali dan saya berharap bila persoalan ditanyakan, ambil peluang untuk menjelaskan, jangan hanya memilih kumpulan ataupun Ahli-ahli Parlimen tertentu. Ini kerana semasa saya melawat Everly Hotel bersama dengan Presiden Keadilan, kami tidak dibenar bertemu dengan keluarga penumpang kerana difahamkan sesi penerangan diberikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan. Akan tetapi, pemangku Menteri Pengangkutan tidak mahu pun bertemu dengan kami. Isunya bila ada peluang untuk menjelaskan di Dewan yang mulia ini, haruslah diperjelaskan kepada semua wakil rakyat tidak mengira parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan bila kita melihat kepada semua kelengkapan dan kekuatan ketenteraan yang ada di negara kita, kita juga harus lihat
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
adakah pembelian barangan-barangan tersebut dibuat menerusi sistem tender terbuka, spesifikasi yang tertentu. Sebelum ini saya juga membangkitkan, kita tahu berita yang amat memalukan Malaysia di mana Malaysia telah menjadi terkenal di seluruh dunia apabila mingguan akhbar The Economist meletakkan negara kita pada tempat ketiga dalam Index Capitalism Crony atau Kroni Kapitalisme tahun 2014. Hong Kong dan Rusia menduduki tempat teratas, tempat ketiga adalah kita. Jadi, keadaan tidak terkawal ini sebenarnya membebankan kita kerana ia memberi ruangan kepada pemilihan beberapa buah syarikat yang dipersoalkan kredibilitinya. Saya di sini ingin merujuk kepada satu kes khusus berkait dengan sistem radar dan juga sistem radar yang diguna pakai yang saya sebut tadi oleh Selex Sistemi. Kenapa?
Tuan Yang di-Pertua, sebelum kejadian, dua jam sistem radar tidak boleh diguna pakai. Sebelumnya saya telah berbulan-bulan membangkitkan isu bahawa banyak keluhan dibawa oleh pemandu trafik udara kerana mereka menyatakan sistem itu tidak stabil. Maka saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa sistem oleh Selex Sistemi ini merupakan syarikat yang telah dihalau oleh Kerajaan Panama kerana sistem radar mereka didapati rosak, tempang dan tidak boleh diguna pakai di negara Panama. Itu satu. Mereka juga sedang disiasat oleh pendakwa raya di Rom kerana ada beberapa kes rasuah. Akan tetapi, sekarang bukan sahaja sistem radar yang sedia ada tetapi yang terbaru bagi melengkapkan sistem radar KLIA2 termasuklah sistem radar dipanggil Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) ada kaitan kerana dalam penganugerahan kontrak terbaru Selex Sistemi yang mempunyai 30% daripada syarikat AAT (Advanced Air Traffic Systems) akan mendapat projek yang terbaru.
Saya ingin tanyakan, adakah projek ini berkait dengan pemberian RM700 juta dalam belanjawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri tahun lepas? Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana kita sudah sedar ada kecacatan dalam sistem radar komersial berlaku insiden pada 12 September 2012, tetapi ada kemungkinan besar penganugerahan ini akan berlangsung. Syarikat AAT seperti saya katakan ada kaitan dengan Ahli Parlimen Rompin. Oleh sebab itulah saya bangkitkan berkali-kali dan saya harap di kala ini dengan banyak permasalahan yang kita hadapi, pemangku Menteri Pengangkutan dapatlah menjelaskan dengan jelas dan memberi jawapan kepada persoalan yang kita timbulkan sejak lebih dua tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi seterusnya kepada isu yang kedua iaitu isu pendidikan yang saya kata amat penting. Sebelum kita masuk kepada sistem PBS yang telah dibangkitkan oleh banyak juga Ahli Parlimen, saya ingin kita melihat kepada senario atau iklim dan juga kadar atau tahap kesihatan pendidikan negara. Pada tahun 2011 Tuan Yang di-Pertua, ada sebuah laporan, Laporan TIMSS sudah berkali-kali saya sebut. Kali pertama saya sebut Laporan TIMSS dan keputusannya adalah pada tahun 2008.
Laporan TIMSS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia secara konsisten sejak tahun 1999, naik sebentar tahun 2003 tetapi kita bagi subjek Matematik di tangga 16 tahun 1999. Kita jatuh 10 tangga menjelang 2011, tangga 26. Sementara subjek Sains sama juga, jatuh 10 tangga. Tangga 22 pada tahun 1999 dengan izin, we were much better in 1999, jatuh ke tangga 32 tahun 2011. Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan di mana Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengeluarkan Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa atau PISA 2012. Inilah yang paling menakutkan kerana rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi anak-anak pelajar Malaysia di mana pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia adalah setaraf dengan pelajar Darjah Lima Korea Selatan dan Singapura. Ini adalah menerusi keputusan-keputusan dan mata-mata yang kita kutip. Jadi, saya fikir kita ada krisis yang sangat serius bila bercakap tentang pendidikan kerana anak-anak sekarang ini terpaksa mengharungi sistem yang kian tahun demi tahun, kian merudum.
Bila bercakap tentang the School-Based Assessment dalam bahasa Inggeris atau PBS yang diperkenalkan oleh kerajaan. Menteri Pendidikan telah mengumumkan bahawa akhir bulan Mac tentu akan diguna pakai sistem yang diperbaiki, dikemas kini daripada sistem online. Para guru sekarang ini akan mengguna pakai sistem yang boleh memasukkan atau memuatkan data-data sewaktu offline. Jadi, tidak perlulah mereka bangun 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Keputusan ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri setelah lebih kurang 20,000 aduan dikemukakan oleh para guru dan berbulan-bulan lamanya. Saya hendak bangkitkan isu ini, apakah alasan kenapa kita hendak laksanakan PBS? Peringkat pertama semasa kita membincangkan masalah utama guru di Malaysia, mereka terlalu terbeban dengan kerja pengkeranian. Terlalu dibebankan sehingga Menteri
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Pendidikan tahun 2010 mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Kaji Beban Guru. Tajuknya pun Tuan Yang di-Pertua sudah jelas, Jawatankuasa Khas Kaji Beban Guru 2010. Saya sebenarnya mahu tahu, kenapa tidak boleh dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen keputusan jawatankuasa?
Daripada pandangan saya, saya rasa sukar kadang-kadang mungkin saya terlepas pandang, jadi kita dapat merasakan rasional kementerian sebelum mereka ambil keputusan untuk laksana PBS. Jadi, ini saya harap dapat diambil serius kerana Jawatankuasa Khas Kaji Beban Guru ini sepatutnya memperincikan sebab-sebab utama kenapa guru marah, terbeban. Itu satu. Akan tetapi, bila diperkenalkan sistem PBS kerana sistem ini terlalu dikawal oleh pihak pusat, maka bila hendak diletakkan keputusan- keputusan bagi murid-murid, 10,000 buah sekolah harus dikemas kini, dimuat turun sekali gus, tentunya tergantung sistemnya. Maka sekarang walaupun sudah dikemas kini, saya baca semula negara-negara lain yang melaksana sistem ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya dapati memang baik. Kita tidak mahu anak-anak kita terlalu tertumpu kepada peperiksaan. Akan tetapi di negara seperti Hong Kong dan Queensland, mereka laksana PBS. Akan tetapi, bila mereka laksana kerana mereka tahu PBS ini memerlukan kemahiran analytical yang tinggi, mereka tidak laksana bagi pelajar- pelajar sekolah rendah. Mereka hanya laksana bagi pelajar sekolah menengah peringkat Tingkatan Tiga, Empat dan Lima. Tidak sebelumnya kerana ia memerlukan kepakaran dan skil-skil yang tertentu. Jadi, saya bimbang kenapa kita hendak melawan arus memperkenalkan di peringkat sekolah rendah? Ini sesuatu yang pada saya a little bit irrational kerana apa yang kita laksana haruslah melihat kepada keadaan sedia ada.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Tambahan lagi kalau di Hong Kong ada masalah di mana para guru dibebankan dengan kerja perkeranian, maka kerajaan negeri Hong Kong telah membuat keputusan menunda – ini Hong Kong ini menunda pelaksanaan PBS kepada tahun 2019 kerana para guru merungut dengan bebanan yang bertambah.
Kalau Hong Kong sebuah negara maju pada saya boleh tunda sampai tahun 2019, mengambil kira rumitnya sistem, kenapa kita terlalu tergesa-gesa terus laksana pada awalnya diumum 1 April kemudian dicepatkan. Ini pada saya bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil secara mudah. Saya harap kalau perlu Yang Berhormat Menteri mengambil kira dan menunda, tundalah sehingga kita kenal pasti apakah sistem yang terbaik dan kemungkinan pelajar sekolah rendah memerlukan satu bentuk pemeriksaan supaya memudahkan mereka fokus kepada mata pelajaran-mata pelajaran yang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Baik saya gulung Tuan Yang di- Pertua. Saya mengikut arahan. Isu yang terakhir yang berkait juga dengan– lagi dua isu, kalau boleh bagi dua minit extra.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Ringkaskan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya ringkaskan isu PLKN.
Saya bawa isu ini kerana PLKN khusus dengan national service memakan sebanyak RM800 juta setahun lebih daripada dana dan peruntukan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Jadi pada saya dana sebesar ini tentunya mewajibkan kita meneliti kandungan dan meneliti keberkesanan program.
Sebelumnya saya bangkitkan ada 22 kematian sejak Disember 2003, tentu ada kes-kes yang berkait dengan kesakitan yang dihadapi oleh pelatih. Akan tetapi ada juga kes pembunuhan pada September tahun lepas, termasuk seorang pelatih yang dirogol sendiri oleh fasilitator kem. Saya hendak tahu, adakah kementerian telah memberi atau membuat laporan yang sepenuhnya, sebaiknya. Ini harus dijelaskan menerusi sekurang-kurangnya satu kertas putih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan bercakap daripada segi kematian semata-mata. Saya juga bercakap tentang kurikulum yang telah dikritik oleh banyak kajian termasuk oleh Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Tenaga pengajar sepatutnya kita tambahkan pengetahuan agama bagi kesemua pelatih, tetapi tenaga pengajarnya sendiri tidak punyai
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
kepakaran dan knowledge, ilmu dalam agama. Ini saya bangkitkan dan saya boleh beri kepada Menteri, saya pinta. Janganlah ingat semua laporan ini laporan Pakatan Rakyat.
Laporan ini daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Saya tidak kenal pun pensyarah siapa. Akan tetapi yang saya hendak maklumkan kalau kita ada sedikit ruang, sedikit rasa tawaduk pergi baca dan beri sedikit insentif dan juga pengiktirafan kepada para akademik, dengar keluhan mereka.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan keberkesanan untuk saya melaksanakan tugas termasuk semua Ahli Parlimen. Saya merujuk kembali, saya pinta perhatian Dewan Rakyat kepada kes yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sungai Siput. Sudah selesai, kes untuk mendapatkan peruntukan daripada *Implementation Coordination Unit
(ICU)* di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Saya ingin menanyakan kenapa walaupun dalam laman web ICU menyatakan kalau kita selaku Ahli Parlimen sesiapa sahaja ya, orang ramai boleh pinta bantuan kebajikan untuk diberikan kepada sama ada sekolah, rumah ibadat tetapi kesemua permohonan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Siput ditolak sementara daripada kajian saya, saya dapati bahawa ADUN Sri Serdang yang tidak ada kaitan pun dengan Dewan Rakyat telah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Jabatan ICU daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri. Apakah rasional sementara dana ini seharusnya diberikan untuk kesemua Ahli Parlimen dipanggil the constituency allocation fund. Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana saya katakan ini penggal kedua bagi ramai antara kami. Sekurang-kurangnya kalau di Pulau Pinang kita laksana pemberian tidak mengira parti, saya pohon kalau boleh Yang Berhormat dari Putrajaya, Ahli Parlimen Putrajaya boleh meyakinkan Kabinet untuk meluluskan permohonan ini demi rakyat.
Saya harap dapat beri saya peluang untuk menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri kerana ini dapat membantu tugasan bagi kami Ahli-ahli Parlimen di kawasan. Kalau perlu audit, buat audit terbuka. Tidak ada masalah, yang penting jangan nafikan hak kepada wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat khusus dalam konteks ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Setiu. Silakan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan saya dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyentuh beberapa perkara. Tidak ada isu panas. Isu biasa.
Tuanku dalam Titah baginda telah menyentuh berhubung dengan pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat antaranya bantuan BR1M dan juga Baucar Buku 1Malaysia. Saya ingin menyentuh berhubung dengan Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra universiti. Baucar buku ini telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebagaimana janji Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
Keseluruhannya saya dapati bahawa daripada maklum balas daripada pelajar- pelajar, memohon agar kerajaan mempertimbangkan agar nilai baucar buku ini dinaikkan kepada RM300 bagi sesi tahun 2015 memandangkan harga buku yang terus meningkat.
Selain itu, pelajar ini memohon agar tempoh sah laku dipanjangkan sehingga bulan September bukan sehingga Mei.
Tuanku juga turut menyentuh berhubung dengan sektor pendidikan khususnya berhubung dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan sektor pendidikan melalui perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Berhubung dengan pendidikan ini, saya ingin menyentuh secara khusus mengenai dengan kursus Bachelor of Legal Studies (Honours) dan juga BLS di UiTM Shah Alam yang dijalankan secara pengajian luar kampus.
Jadi saya ingin menimbulkan berhubung dengan pengajian ini kerana ia melibatkan ramai pelajar-pelajar bumiputera kebanyakannya bekerja dengan sektor kerajaan dan swasta. Ini merupakan modal insan dalam bidang undang-undang negara kita
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
pada hari ini. Bachelor of Legal Studies (Honours) dan juga BLS ini dijalankan selama 10 semester iaitu lima tahun secara pengajian luar kampus dengan modul yang sama dengan Sarjana Muda Undang-undang Kepujian yang dijalankan hanya lapan semester.
Bagaimanapun, kelulusan pada masa kini terpaksa menyambung pengajian selama satu tahun lagi secara sepenuh masa untuk mendapatkan honours bagi melayakkan mereka mengikut chambering, seterusnya dilantik sebagai peguam bela dan peguam bicara. Jadi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini supaya kerajaan mengkaji semula keperluan kepada graduan BLS untuk mengikuti LAB selama setahun lagi dengan pengajian selama sepenuh masa memandangkan kebanyakan pelajar banyak telah mengikuti struktur pengajian yang sama dan setara dengan Sarjana Muda Undang-undang yang dijalankan sepenuh masa. Jadi saya ingin mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan untuk menilai semula pengajian BLS.
Berhubung dengan pengajian UiTM ini juga saya ingin membangkitkan berhubung dengan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar yang berusia 55 tahun ke atas yang mendapat pengurangan 50% sebelum ini bertujuan bagi menggalakkan pengajian sepanjang hayat.
Saya berharap UiTM akan meneruskan dasar dan prinsip ini memandangkan dasar dan prinsip ini telah menarik ramai pelajar berusia 55 tahun ke atas untuk mengikuti pengajian BLS. Ada juga yang lebih daripada umur 67 tahun pun ada.
Jadi berhubung dengan pendidikan, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan langkah kerajaan untuk memperkenalkan buku teks digital sebagai bahan tambahan bertujuan untuk mendorong pelajar memahami mata pelajaran yang diajar di dalam kelas dengan lebih cepat lagi. Buku teks digital ini membolehkan pelajar boleh belajar di mana- mana sahaja. Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Pendidikan, sejauh mana kejayaan buku teks digital ini? Sejauh manakah ia akan menggantikan buku teks bercetak seperti yang dirancang dalam pelan pembangunan? Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan jumlah buku teks digital yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar? Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan kemudahan atau infrastruktur seperti jalur lebar dan WiFi bagi membantu mempercepatkan pelaksanaannya di seluruh negara?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membincangkan tentang cinta. Cinta ini banyak cinta. Cinta antara lelaki dan wanita adalah perkara biasa. Lelaki dengan lelaki, luar biasa. Wanita dengan wanita, juga luar biasa. Apa yang saya hendak ceritakan di sini adalah cinta siber. Oleh sebab cinta siber ini terdapat sindiket penipuan cinta siber yang menyebabkan seramai 1,909 orang rakyat Malaysia kebanyakannya wanita yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM9.6 juta semenjak dua tahun lalu.
Sindiket ini bukan sahaja beroperasi di luar negara tetapi juga telah bertapak di negara ini termasuklah mendakwa sebagai pelajar atau bekerja dengan syarikat minyak.
Penipuan cinta siber ini ialah jenayah komersial kedua tertinggi selepas perbankan internet.
Saya ingin mendapatkan penjelasan KDN bilangan kes jenayah siber bagi tahun 2012 dan 2013 serta jumlah kerugian. Apakah langkah kerajaan bagi membendung dan membanteras jenayah siber termasuk sindiket penipuan cinta siber ini?
Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan syarikat insurans di Malaysia yang dibenarkan menaikkan kadar premium kenderaan bermotor secara berperingkat hingga 2016 sejajar dengan kerja perlindungan motor-motor baru yang diperkenalkan Bank Negara yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Kenaikan premium insurans kenderaan bermotor secara berterusan akan membebankan rakyat berpendapatan rendah terutamanya penduduk luar bandar. Kadar premium yang tinggi akan menyebabkan kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan motor. Sehingga kini, telah tiga kali kadar premium ini dinaikkan sedangkan kenaikan kadar premium insurans ini tidak meningkatkan kecekapan syarikat itu sendiri. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan kecekapan syarikat insurans dari segi tuntutan insurans selari dengan kenaikan kadar premium tersebut. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji kenaikan kadar premium insurans bagi melindungi kepentingan pengguna-pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku juga turut bertitah berhubung dengan komitmen kerajaan untuk memastikan sistem pengangkutan yang cekap. Berhubung dengan sistem pengangkutan darat ini, saya ingin meminta berhubung dengan Hentian Putra Kuala Lumpur yang menjadi stesen atau terminal bagi perkhidmatan bas ekspres ke Pantai Timur khususnya ke Terengganu dan Kelantan. Kemudahan yang ada di Hentian Putra amatlah
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
terhad dan tidak memberikan keselesaan kepada pengguna terminal ini. Saya sendiri biasa naik bas sebelum ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk membina stesen atau terminal bas ekspres yang baru ke Pantai Timur seperti Terminal Bersatu Selatan (TBS) dan Pudu Sentral bagi menggantikan Hentian Putra memandangkan bilangan bas dan penumpang yang telah meningkat ke Pantai Timur serta bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penumpang-penumpang.
Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan kakitangan kerajaan dan swasta yang mempunyai anak OKU yang juga dikatakan cacat tegar. Jadi apabila kenaikan gaji sehingga satu tahap, bantuan kepada anak-anak ini ditarik balik. Jadi kekesalan ibu bapa ini timbul terutama yang berpendapatan sederhana yang terpaksa menanggung perbelanjaan menguruskan anak-anak mereka dan keluarga sedangkan kos sara hidup semakin meningkat. Jadi mereka mahukan supaya bantuan tersebut diteruskan.
Saya ingin bercakap sedikit berkenaan dengan Setiu walaupun Setiu menang besar tempoh hari tetapi kita tidak boleh abaikan. Sedikit ke belakang, kurang ada kemajuan. Pertamanya pembinaan jalur ketiga jalan raya yang menghubungkan Setiu dengan Lebuhraya Pantai Timur. Saya minta supaya diadakan pembinaan kampus-kampus universiti seperti UiTM dan sebagainya di Setiu. Setakat ini hanya ada satu sahaja kolej.
Seterusnya juga pembinaan tebatan banjir kerana banjir sentiasa berlaku. Hanya tahun ini berlaku sedikit sahaja. Kalau sebelum ini dua, tiga kali setahun. Minta disegerakan. Melebarkan jalan raya sedia ada memandangkan berlaku kesesakan terutama musim perayaan. Juga saya minta supaya diperbanyakkan rumah-rumah mampu milik kepada penduduk-penduduk tempatan.
Sebelum diminta menggulung, saya terus gulunglah.
[Ketawa] Saya tertarik dengan satu ucapan daripada Ketua Pembangkang kita. Ada satu dikatakan bahawa fitnah tidak jalan. Beli orang, tidak jalan dan akhirnya Najib menggunakan Ketua Hakim. Jadi yang ini saya cukup tidak faham apa yang dimaksudkan. Jadi yang saya faham adalah kerana seperti yang saya cakap semalam, mungkin disebabkan oleh kerana dia disabitkan yang dekat-dekat dengan pilihan raya kecil dan menggunakan seperti yang saya beritahu menggunakan – Dia kata bahawa akan adakan satu Reformasi 2.0, juga menggunakan dengan tidak hadir di Dewan selama satu hari sahaja.
Kebetulan pada hari itu ada penamaan calon dan juga kes melibatkan Bukit Gelugor. Jadi saya tidak faham apa sebenarnya boikot ini diadakan adakah kerana sebab mahkamah ataupun atas sebab kalau hendak boikot, terus boikotlah senang. Tidak payah start pada hari pertama sehingga hari terakhir, sehingga 10 April. Jadi saya hendak katakan bahawa alasan digunakan cukup mudah. Mengatakan bahawa mahkamah tidak bagi penangguhan selama satu hari. Dikatakan zalim. Mahkamah seolah-olah dirasuah, dibeli dan sebagainya. Itulah yang saya maksudkan tidak ada kefahaman langsung pada diri saya. Kenapa perkara-perkara begini boleh timbul? Kita merosakkan sistem kehakiman kita sendiri. Jadi kita kena ingat bahawa di mahkamah ini, Hakim Mahkamah Rayuan ini dia sudah baca siap. Ini Kapar tahulah. Sudah baca siap.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Minta laluan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Semua dia sudah baca, semua alasan penghakiman yang ditulis oleh hakim mahkamah yang lebih bawah. Tidak payah.
Hendak cerita ini pun tidak habis lagi. Belum habis cerita lagi. Jadi maknanya dia sudah baca semua...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sebut Kapar tadi dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
...Rayuan. Dia sudah baca semua rekod rayuan. Jadi bila sudah baca semua, dia sudah tahu apa di dalamnya. Dia tidak panggil saksi-saksi baru.
[Disampuk] Siapa kata tidak baca? Hakim mahkamah semua baca. Kalau tidak baca, hendak buat keputusan macam mana? Ini yang tidak faham.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Nanti adinda ulas.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Dia sudah baca semua. Tarikh ditetapkan lebih awal. Sudah 67 kali penangguhan. Manakala yang terakhir ditetapkan bulan September. Jadi alasan banyaklah, peguam sakit, tertuduh sakit. Bermacam-macam
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
alasan diberi. Sampai terakhirnya begitulah. Tidak diberi penangguhan untuk rayuan mitigasi. Tidak diberi atas sebab dia minta mengatakan bahawa tertuduh sakit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akan tetapi bila datang ke mahkamah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
...Datang ke Dewan, cukup hebat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Akan tetapi di mahkamah sakit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Itu alasan-alasan yang diberi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiu sebelum ini apa? Hakim?
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, saya memang - Saya kena baca semua. Saya tidak boleh buat keputusan sewenang-wenang. Setiap keputusan yang saya buat, saya kena bertulis apa sebab-sebabnya. Ya?
[Disampuk] Kalau tidak baca tidak ada keputusanlah, Yang Berhormat Kapar.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, saya hendak katakan bahawa kalaulah pihak sana boleh mengatakan bahawa dengan alasan-alasan remeh begini, mengatakan bahawa hakim tidak adil, dibeli, sebagainya, saya juga boleh mengatakan bahawa kes liwat 1 juga disabitkan di Mahkamah Tinggi, disabitkan juga di Mahkamah Rayuan, dilepaskan di Mahkamah Persekutuan, bermakna ada sogokan juga. Itu maksud saya. Adakah itu berlaku? Saya juga boleh kata macam itu dan apa yang berlaku di PRK Kajang, Lee Chen Cheh letak jawatan. Adakah kerana telah dibayar untuk letak jawatan? Inilah maksud saya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Masa habis Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Fitnah itu, fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudahlah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, sekarang ini saya hendak katakan bahawa jangan sewenang-wenangnya menuduh tanpa sebarang bukti. Saya tidak kata, saya kata bolehkah tidak saya membuat satu andaian, kalau itu andaian.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Andaian itu jahat itu. Yang Berhormat Setiu, andaian itu jahat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kalau sana juga boleh buat andaian, saya juga boleh buat andaian.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Andaian itu jahat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Andaian saya tidak jahat sebab benda ini berlaku tidak sampai setahun.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ada unsur-unsur dan elemen mala fide.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Setahun! Saya kata saya bertanya. Saya tidak kata, saya kata boleh atau tidak? Saya berkata begitu dengan alasan bahawa tidak sampai setahun, tidak sampai setahun. Menang baru 10 bulan, letak jawatan.
Adakah itu sebabnya, memang hak dia. Akan tetapi saya boleh kata juga, saya boleh membuat satu andaian.
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Andaian saya boleh berbagai-bagai.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Maknanya, kalau kalah di mahkamah, andaiannya mahkamah telah disogok dan sebagainya. Mahkamah tidak adil. Adakah itu adil namanya? Hanya kita hendak memperjuangkan seorang manusia yang bukan maksum pun, kenapa kita perlu buat sampai begitu sekali? Yalah, kalau tidak maksum, setiap manusia ini kalau didapati bersalah ada jalan dia, bukan jalan belakang, jalan depan ada, rayu. Habis cerita. Merayu sudah buat, hendak ikut jalan belakang lagi, buat apa? Mengatakan berbagai-bagai. Itulah masalahnya.
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kita jangan jadilah golongan-golongan, maknanya yang dikatakan golongan bodoh ataupun bodoh sombong. Jangan jadi golongan-golongan macam ini yang juga golongan yang membabi-buta. Saya tidak mahu. Saya hendak biar kita berfikiran waras, jangan fikir yang bukan-bukan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingin hadkan masa 10 minit sekarang untuk bagi peluang 36 Ahli Parlimen sehingga esok petang, 10 minit had.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang saya membahas dalam Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Belum panggil lagi Yang Berhormat. Saya tidak panggil lagi.
[Ketawa] Baik, Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Semangat itu.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sandakan, sudah panggil.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang saya berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di- Pertua, Malaysia sudah berumur 55 tahun. Apabila Sabah setuju menubuhkan Malaysia, tujuan bukan untuk menjadi fixed deposit Barisan Nasional tetapi untuk pembangunan.
Pada 16 Januari 1962, Corporate Commission telah ditubuhkan. Tugas pesuruhjaya ini adalah untuk meninjau pandangan rakyat di North Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan Malaya telah melantik Datuk Wong Pau Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie sebagai wakilnya dalam Corporate Commission.
Daripada pandangan mereka yang tercatat dalam Laporan Corporate Commission, kita boleh mendapati bahawa Kerajaan Malaya pada ketika itu faham dengan jelasnya apakah sebab-sebab utama anak-anak negeri Sabah menyokong penubuhan Malaysia.
Izinkan saya petik daripada Laporan Corporate Commision, chapter 4, seksyen C, yang bertajuk “Recomendation made by Datuk Wong Pau Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie”. Perenggan 186 berkata bahawa, “Majoriti anak-anak negeri di North Borneo dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia supaya...” dengan izin, I quote, “To bring about accelerated progress in economy development, education, as well as a better opportunity for participation in political and commercial likes of the country”. Ini bermakna, wakil-wakil Kerajaan Malaya tersebut pun faham bahawa tujuan utama anak-anak negeri di Sabah adalah untuk mencapai pembangunan ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Di perenggan 221, wakil-wakil Malaya kemudian berkata begitu, “Where expectation has been an agenda among the rural population by the publicity given to the rural development in Malaya. Through sponsor visit to Malaya and otherwise, but the great majority of the population who are a little concern with the political development of Malaysia will be judged by whether or not it deliver the goods in the form of rural improvement, school and medicine and other social services.” Tuan Yang di-Pertua maksudnya, kalaulah penubuhan Malaysia gagal membawa pembangunan kepada kawasan-kawasan desa, maka Malaysia bolehlah dianggap sebagai satu kegagalan.
Saya teruskan pandangan wakil-wakil Malaya di perenggan 221 iaitu “It is essential that from the inception, Malaysia should offer and be seen to offer definite or once in this few.” Tuan Yang di-Pertua, ia bermakna bahawa adalah sangat penting Malaysia membawa
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
kemajuan di Sabah dalam bidang-bidang pembangunan desa, sekolah dan perkhidmatan perubatan dan sosial ataupun dilihat dibuat demikian. Perkataan-perkataan yang digunakan di sini adalah definite or once iaitu kemajuan yang jelas, yang nyata tanpa ragu-ragu. Jadi, Kerajaan Malaya sendiri pun sedar bahawa adalah penting kemajuan yang jelas dan nyata di Sabah dicapai selepas Malaysia ditubuhkan. Malaysia harus berbuat demikian dari peringkat awal lagi, bukannya tunggu 50 tahun kemudian.
Akan tetapi malangnya selepas 50 tahun Malaysia ditubuhkan, Sabah sudah menjadi fixed deposit Barisan Nasional dan negeri yang paling miskin di Malaysia.
Kebanyakan kawasan bandar, luar bandar dan desa masih mundur. Contohnya, di Kampung Samaritan Laut, Kota Marudu, Sabah. Sempena Kempen Impian Sabah oleh DAP dan Pakatan Rakyat, kami telah mendapati bahawa sampai hari ini Kampung Samaritan Laut tidak ada bekalan elektrik dan air bersih selepas 50 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, 50 tahun untuk maklum semua daerah ini berada di kawasan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Akan tetapi ironiknya daerah ini masih tidak ada bekalan elektrik dan air bersih. Ini sangat mengecewakan lagipun tidak ada jalan raya yang selamat untuk masuk ke daerah ini. Hanya jalan untuk limpahan safari sahaja.
Penduduk juga terpaksa menggunakan perahu untuk melintas sungai, cara pengangkutan ini sangat bahaya.
Di kampung Manggi Sebarat, Tenom, Sabah, daerah ini ada lebih daripada 1,000 orang penduduk. Akan tetapi sehingga hari ini tidak ada satu klinik pun. Saya hairan mengapa Klinik 1Malaysia tidak ditubuh di sana. Kalau ini pun tidak ditubuh, mana yang lain lagi. Lagipun tidak ada jalan raya untuk pergi ke daerah ini. Penduduk hanya boleh mengguna kereta api tetapi masalahnya kereta api hanya datang maksimum dua kali sehari dan selalu rosak. Apabila kereta api rosak, langsung tidak dapat keluar dari daerah ini.
Jadi,jika berlaku sebarang kecemasan, hendak pergi ke pekan yang paling dekat ialah Tenom. Maka, penduduk terpaksa mengguna trolley train iaitu tolak troli sendiri, naik turun bukit selama beberapa jam. Bayangkanlah bagaimana pesakit, orang tua dan perempuan hamil boleh dihantar di pekan apabila berlaku kecemasan.
Itu hanyalah dua contoh sahaja tetapi memang contoh-contoh yang sedih. Banyak lagi tempat pedalaman di Sabah yang lebih teruk lagi di sini. Banyak lagi murid kami yang masih terpaksa berjalan lagi jauh untuk pergi ke sekolah.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Hari itu Yang Berhormat Sipitang pun sebut sekolah-sekolah di sana pun banyak dibina atap dari kayu sahaja dan tidak ada jalan, tidak ada bekalan air bersih. Jadi bagaimana 50 tahun masih keadaan begitu mundur, kita susah mahu cerita.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia telah mungkir janji mereka terhadap rakyat Sabah. Adakah Barisan Nasional sudah lupa apakah tujuan penubuhan Malaysia. Bukan sahaja di desa, di kawasan bandar yang begitu juga termasuk Sandakan, Batu Sapi, Libaran dan Tawau. Kemudahan- kemudahan awam masih jauh ketinggalan zaman jika berbanding dengan Semenanjung.
Jalan raya di bandar kami masih sempit dan sentiasa rosak. Tidak ada lebuh raya di antara bandar, hospital kami masih kekurangan doktor pakar dan alat-alat perubatan yang sempurna, rakyat Sabah masih miskin.
Pada waktu yang sama lebih kurang 40% petroleum yang dihasilkan di Malaysia berasal dari Sabah. Namun begitu, Sabah boleh jadi negeri yang paling miskin dan mundur di Malaysia, ini sangat pelik. Menurut kajian UNICEF atau United Nations Children’s Fund yang diterbitkan pada tahun 2013, Sabah mempunyai kadar kanak-kanak miskin yang paling tinggi di Malaysia iaitu 31%. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada purata di seluruh negara iaitu 9% di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor hanya 2% hingga 4% kanak-kanak yang miskin. Di Sabah 31%, kenapa di Sabah begitu miskin? Oleh itu janganlah salahkan rakyat Sabah jika mereka merasa ditipu selama 50 tahun dan tidak hairan jika ada yang mahu Sabah keluar dari Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang diambil dari Sabah adalah jauh tidak seimbang berbanding dengan apa yang diberi kepada Sabah. Rakyat Sabah sudah lama dieksploitasi dan didiskriminasi oleh Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh habiskan Yang Berhormat. 10 minit cepat Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Ya mahu cepat. Izinkan saya beri contoh yang pertama Dasar Kabotaj sudah dijalankan selama 27 tahun di Sabah.
Dasar ini telah banyak meningkatkan harga barangan di Sabah walaupun pendapatan rakyat Sabah sangat rendah tetapi polisi ini masih di sana mengakibatkan barangan kita yang tertinggi.
Sekarang GST akan menambahkan lagi beban kami dan memberi kesan yang sangat tidak seimbang kepada rakyat Sabah. Masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah setiap setahun 500 lebih minit tetapi berbanding dengan Semenanjung 60 minit. Akan tetapi tarif meningkat Sabah adalah yang tertinggi setiap kali. Di Sabah juga jalan untuk lori adalah lebih tinggi daripada Semenanjung cukainya tetapi muatan lori yang dibenarkan adalah lebih rendah.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebut tadi hanyalah beberapa contoh sahaja.
Contoh-contoh ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak ikhlas untuk membangunkan Sabah sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengeksploitasikan Sabah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional telah diberi peluang selama 50 tahun untuk menunaikan janji mereka. Itu sudah cukup panjang 50 tahun. Jadi tentulah mereka tidak ikhlas mahu buat demikian. Kalau tidak Sabah tidak jadi begitu. Saya minta supaya Kerajaan Persekutuan menghormati hak rakyat Sabah, mengotakan Perjanjian 20 dan menunaikan janji kepada rakyat Sabah. Jangan lagi mengeksploitasikan rakyat Sabah.
Kami bukan fixed deposit. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja 2014. Pertamanya saya bagi pihak warga Kota Tinggi ingin merakamkan simpati, takziah dan juga doa yang tidak berkesudahan untuk mangsa- mangsa MH370 dan juga harapan saya kepada petugas-petugas teruskan usaha yang baik ini agar kita akan mendapat kesudahan yang akan menggembirakan kita semua.
Dalam perutusan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini, baginda telah memberitahu kepada kita supaya sentiasa mengamalkan hidup harmoni dengan kemakmuran dan penuh kesejahteraan. Masa tidak mengizinkan jadi saya rumuskan lima perkara ini dalam 5P.
Pertama iaitu perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, negara kita terbina atas asas permuafakatan, atas perpaduan. Perpaduan merupakan satu asas yang paling penting dalam memastikan kestabilan dan dengan adanya kestabilan ini kita dapat membina negara ini dengan baik. Di negara lain, rakyat terdiri daripada satu bangsa, satu agama, satu budaya, satu bahasa cuma agama berbeza. Mereka berbunuh-bunuhan sampai sekarang.
Di Timur Tengah Iraq contohnya satu bangsa, satu agama dan satu budaya. Mereka satu bangsa dan satu agama yang sama tetapi mazhab berbeza iaitu Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka juga berbunuh-bunuhan.
Akan tetapi di Malaysia kita mempunyai lima kumpulan kaum yang besar iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan suku kaum yang begitu ramai lebih daripada 100 tetapi kita mungkin membuat satu perkara yang amat baik yang menyebabkan kita aman dan harmoni lebih 57 tahun. Mesti ada sesuatu yang baik mengenai ini. Kita tidak dapat tolak ini. Maka atas sebab itu saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong amat tepat sekali bahawa perpaduan ini mesti dipupuk, dibajai dan disemai oleh semua yang berada dalam Dewan ini dan juga seluruh rakyat Malaysia. Inilah kepentingan kita bersama.
Maka atas sebab itu, perpaduan perlu dipupuk dan dijadikan agenda tertinggi dalam memastikan negara kita aman dan damai pada masa depan.
‘P’ yang kedua ialah pendidikan. Negara kita Tuan Yang di-Pertua, tidak lari daripada memperuntukkan jumlah yang terbesar untuk pendidikan kerana kita percaya pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan bagi menjamin kesejahteraan negara kita. Rakyat yang berilmu dan berpendidikan akan menjadi rakyat yang boleh menggembleng usaha bersama untuk menjaga kepentingan negara dan atas sebab itu
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
pada bajet tahun ini 21% kita peruntukan pada pendidikan. Maka atas sebab itu juga pendidikan mesti dijadikan teras pembangunan utama untuk masa-masa akan datang.
‘P’ yang ketiga ialah pembangunan yang mapan. Kita sentiasa membangunkan luar bandar dan dalam bandar dalam keadaan yang seimbang supaya ia tidak terasing dan terpisah. Alhamdulillah dasar-dasar kita, agensi-agensi kita telah melaksanakan selama 57 tahun yang menunjukkan dan membuktikan bahawa pembangunan mapan ini adalah suatu perkara yang menjadi teras pembangunan kita dan mesti kita perkukuhkan juga.
‘P’ yang keempat ialah pengagihan kemewahan yang saksama. Kita amat pro business. Kita menyokong golongan yang berniaga dengan harapan apabila mereka untung, keuntungan 25% daripada hasil itu pergi kepada hasil pendapatan kerajaan.
Dengan lebihnya pendapatan ini dapat kita mengagih-agihkan kepada rakyat di luar bandar dan membina infrastruktur-infrastruktur yang mapan yang membolehkan kita menjadi negara yang maju pada tahun 2020.
Jadi pengagihan kemewahan ini atau equitable wealth distribution dengan izin, adalah satu trademark dari dulu sampai sekarang termasuklah di Sabah dan Sarawak dan kalau ada yang mengatakan kita tertinggal saya rasa elok juga tengok di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sebab kita kena lebih realistik dalam permintaan-permintaan kita.
‘P’ yang kelima ini adalah cabaran paling besar iaitu penerangan. Penerangan adalah satu cabaran yang besar bukan hanya untuk kita tetapi dalam dunia tanpa sempadan. Maklumat yang tidak terbatas. Kita mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat. Kalau maklumat itu cepat tetapi tidak tepat kita juga membawa pertimbangan yang salah dan akhirnya membuat keputusan-keputusan yang salah dan lebih-lebih lagi dalam negara majmuk ini keputusan-keputusan yang salah mungkin menjadi malapetaka kepada kita. Jadi, saya menyeru bahawa penerangan ini adalah cabaran yang besar yang perlu dihormati oleh semua pihak. Penerangan dan maklumat boleh menjadi aset kepada kita. Ia juga boleh menjadi satu ancaman yang amat besar ke arah kesihatan negara kita.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Atas 5P ini saya ingin menyeru bahawa dalam perpaduan, pendidikan, pembangunan yang mapan, pengagihan kemewahan yang saksama dan juga perundangan, kita jadikan asas untuk membina negara kita yang lebih mapan, yang lebih sejahtera di masa depan.
Saya terdengar beberapa pandangan tentang Program Latihan Khidmat Negara.
Suka saya sebut bahawa Akta Program Latihan Khidmat Negara, matlamat utama ialah untuk memupuk perpaduan, kesukarelawanan dan juga perasaan cinta kepada negara.
Saya ingin bertanya juga kepada ramai Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini.
Negara kita negara majmuk, semua orang tahu. Apakah sebenarnya format yang terbaik untuk kita memupuk perpaduan yang ada? Kita - leading the party 50 tahun dan akan kita langsungkan 50 tahun, 100 tahun, 200 tahun masa depan. Apakah format yang ada?
Di samping kita mengadakan Jabatan Perpaduan, saya rasa format terbaik untuk kita memupuk perpaduan tanpa rasa prejudis ialah melalui program-program yang baik seperti PLKN. Itu sebabnya saya tengok alumni, 752,463 alumni telah keluar daripada PLKN ini kena rasa bangga. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Berlakulah sedikit sebanyak yang kita tidak pandang enteng. Contohnya ada hal kematian dan kesakitan ataupun mati disebabkan sakit. Contohnya kita ada dalam 20 orang, 18 mati sebab natural cause, dua mati sebab hal-hal lain. Sebanyak 20 out of 752,463.
Jadi saya hendak kata pada Dewan ini, janganlah kita melihat satu, dua sudut dan kita menggambarkan seolah-olah itu tidak baik. Hari ini kita rasa sedih bila MH370 jatuh, 239 penumpang tetapi ini merupakan satu mod pengangkutan yang paling selamat dalam dunia hari ini. Tidak ada kapal terbang pun yang berhenti, tidak ada penerbangan di seluruh dunia yang berhenti sebab satu kapal terbang hilang. Jadi, saya hendak katakan di sini jangan kita terlepas, kita nampak nyamuk di seberang laut kita tidak nampak gajah terpacak di depan mata.
Tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya juga hendak menyerukan bahawa PLKN ini ialah satu model yang amat baik untuk kita memupuk perpaduan dan mendidik anak-anak kita supaya mereka saling bermuafakat, hormat- menghormati. Inilah asas yang paling kuat untuk kita memastikan bahawa negara kita boleh
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
bergerak ke hadapan seiring sekata dan akhirnya mempunyai daya saing baik dan ini dapat menjamin masa depan anak-anak kita, generasi masa hadapan.
Saya seru supaya PLKN ini janganlah dipolemikkan sangat malahan saya rasa kita patut menyokong, memperbesarkan lagi program ini sebab yang hadir hanyalah 90,000 daripada 550,000 golongan sasar pada tiap-tiap tahun. Kita harap supaya program ini diperkasakan, dapat melibatkan semua tetapi saya ingat semua Ahli dalam Dewan ini patut menyokonglah kalau kita ada keperluan untuk menambah baik atau memperkasakan lagi kualiti dan kuantiti dalam program ini.
Masa tidak mengizinkan, saya terus kepada isu-isu di kawasan Kota Tinggi.
Pertamanya, saya hendak sebut isu gajah Tuan Yang di-Pertua. Isu gajah ini sebenarnya bukan isu yang terasing bila habitatnya mungkin sudah terganggu, population bertambah maka dia mula masuk ke kawasan kampung-kampung. Termasuk juga di kawasan sekolah agama, pagar-pagar dirobohkan, pendapatan orang kampung telah terjejas sebab hasil pertanian telah musnah. Jadi saya minta, hari itu Yang Berhormat Gerik pun cakap, jadi saya minta kalau isu gajah ini jangan dipandang seolah-olah ini isu terpencil. Ia mesti ditangani dengan baik supaya dapat diselesaikan dengan cara terbaik.
Keduanya isu jalan. Minta maaf, yang kedua isu judi haram atau pusat hiburan yang berselindung atas nama pusat hiburan. Saya tidak tahu sama ada PBT bertanggungjawab ataupun SKMM bertanggungjawab. Apa yang pastinya siapa mengeluarkan lesen mesti pastikan bahawa pusat-pusat judi haram ini atau pusat hiburan yang berunsurkan judi haram ini mesti ditangani dengan secara serius. Baru-baru ini, tahun lepas salah seorang dari kawasan saya, sebab mungkin masalah hutang akhirnya gantung diri. Ini bukan perkara yang kita lihat sebagai enteng, perlu dilihat dengan serius. Jadi, saya harap badan-badan dan agensi yang terbabit mesti melihat perkara ini dengan serius.
Ketiganya ialah jalan raya. Saya hendak sebut Penawar ke Kota Tinggi. Saya ada mohon banyak kali. Jika berlakunya pembangunan yang pesat di Pengerang saya harap supaya keterangkuman Parlimen lain termasuk Kota Tinggi, Tenggara dan seterusnya dapat bersama-sama, inclusive dalam pembangunan ini. Cara terbaik ialah saya tidak boleh ambil Pengerang, Tenggara dan Kota Tinggi pergi ke Pengerang tetapi we can improve the infrastructure termasuk jalan, prasarana.
Jadi dengan itu, saya mohon supaya jalan ini disegerakan J62. Bukan sahaja kita tertumpu di kawasan Pengerang tetapi juga meliputi di lain-lain kawasan. Ini juga baik untuk menangani perbezaan atau managing differential pada peringkat awal sebab ini lebih murah untuk kita melakukannya.
Keempat ialah Kembara Wangsa. Kota Tinggi terkenal dengan pusat sejarah, dengan artifak dan arkeologinya dan bermulanya di Johor ialah Kota Tinggi. Jadi, saya minta supaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan juga kementerian yang dipertanggungjawab untuk melihat Projek Kembara Wangsa untuk memperkasakan balik pusat sejarah sebelum ianya hilang dan lupus selama-lamanya. Jadi, itu satu permintaan yang khas daripada Yang Berhormat Kota Tinggi.
Kelima ialah – saya sudah sebut keterangkuman tadi. Jadi, saya tadi hendak komen sedikit tentang komen daripada Yang Berhormat Kuala Nerus. Dia sudah tidak ada dekat sini. Saya suka sebab Yang Berhormat Kuala Nerus mengutarakan perpaduan, berprasangka baik. Ini amat baik sebenarnya dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi saya harap Yang Berhormat Kuala Nerus panjangkan jugalah kepada rakan-rakan di sana.
Contohnya Yang Berhormat Rantau Panjang, dari mula saya dengar sampai petang tidak ada yang baik, semuanya tidak baik. Adakah itu ciri-ciri kita berprasangka baik? Tadi satu lagi saya dengar Yang Berhormat Sandakan, sama juga, tidak ada yang baik, manipulasi, eksploitasi. Saya rasa dalam pemilihan saya tidak tahulah siapa prepare teks tetapi saya ingat kita kena patut-patutlah, jangan kita over sangat sampai kita rasa Dewan ini diperlekehkan begitu sahaja. Kita terbuka kepada pandangan yang baik tetapi janganlah kita bawa level terlampau rendah sangat.
Saya suka hendak komen tentang Yang Berhormat Puchong tadi. Saya minta cakap tetapi dia sudah tidak ada sudah. Tadi mencabar dan suruh minta maaf atas statement daripada Timbalan Menteri. Saya tidak hendak komen fasal Timbalan Menteri tetapi perkataan ‘minta maaf’. Minta maaf ini kalau bahasa kita benda itu silap boleh minta maaf. Okeylah, minta maaf. Hendak minta atau tidak minta maaf terpulang tetapi ditanya tentang prinsip. Saya hendak tanya, kalau perkataan taubat ini lebih jauh, makam tinggi
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
daripada minta maaf. Saya hendak tanya, kalau misal adanya pengerusi ataupun individu mengatakan seseorang itu patut bertaubat, perkataan ini jauh lebih keras sebab taubat ini merupakan satu perkara yang lebih besar, yang tidak boleh minta maaf, kena bertaubat.
Jadi saya hendak tanya, kalau bertaubat ini boleh atau tidak Yang Berhormat Puchong contohnya, atas prinsip minta orang yang cakap bertaubat ini dan orang yang disebut sebagai bertaubat ini sepatutnya kita tidak sokong dia lagilah. Mungkin dia ada satu yang salah, yang besar. A matter of prinsip. Jadi, kita cakap fasal integriti, fasal prinsip.
Saya pun kadang perplex juga tengok, kalau misalnya kita bercakap satu perkara lain tetapi kita sebut benda lain. Itu sebab saya mintalah dalam Dewan mulia ini kita ada balance supaya cakap itu biar ada benda yang substance dan mewakili sebenarnya apa yang kita cakap.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja pada saya. Saya mengucapkan banyak terima kasih. Saya menyokong usul ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan izin dan juga kesempatan kepada saya untuk sama mengambil bahagian dalam membahas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Pertama, komitmen saya juga bersama dengan Parlimen dan seluruh warganya dan juga mewakili rakyat di Parlimen Temerloh untuk rasa sedih dan juga berdukacita dengan insiden MH370. Tuan Yang di-Pertua, di saat sains pada hari ini buntu dan manusia juga telah hilang upaya, maka marilah kita kembali kepada Tuhan yang mencipta sains dan mencipta manusia itu sendiri. Dengan kita berdoa, bermunajat dan memohon usrah daripada Allah tanpa meninggalkan ikhtiar untuk terus mencari mudah-mudahan dia selamat.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Telah berkata Tuhanmu mintalah denganKu, berdoalah kepadaKu, nescaya Aku makbulkan bagi kamu”. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ialah di saat kita berduka dengan peristiwa yang menimpa ataupun misteri MH370 ini. Kita sekali lagi telah dikejutkan dengan berita bahawa enam orang remaja dan tiga orang kritikal ekoran daripada pengambilan dadah yang berlebihan sewaktu mereka menghadiri konsert Future Music Festival Asia baru-baru ini.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Apa yang saya hendak tekankan ialah perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan juga oleh semua pihak rakyat dalam negara kita untuk tidak menyuburkan negara kita dengan konsert-konsert liar dan pesta-pesta yang seperti ini, kerana saya mendapat maklumat bahawa selepas daripada ini, banyak lagi pesta liar akan diadakan.
Walaupun saya telah pun membaca dalam Facebook bahawa pesta liar Life in Color Malaysia ini telah pun dibatalkan oleh pihak penganjur dan saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan akan mengkaji balik permit yang telah diluluskan kepada konsert ini, tetapi apa yang saya hendak lihat ialah apabila konsert ini disokong ataupun dibenarkan, diizinkan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan banyak lagi konsert yang saya lihat akan berlangsung dalam negara kita selepas ini antaranya ialah Konsert Twin Tower Live 2014 yang akan diadakan di Shangri La Hotel sempena dengan Formula One Grand Prix yang akan berlangsung dalam negara kita selepas daripada ini, yang terbuka pula kepada orang ramai untuk menyertai dan menghadirinya dan artisnya itu adalah datang daripada luar negara dan artis yang seksi yang telah dikenali ramai sangat rosak moralnya dan diluluskan oleh PUSPAL dalam negara kita.
Jadi saya harap perkara-perkara ini dapat diberikan perhatian serius kerana Allah sebut dalam Al-Quran Nurkarim...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Telah zahirlah kerosakan di darat dan juga di lautan angkara perbuatan tangan manusia itu sendiri” yang akhirnya menyebabkan negara kita terus bertimpa-timpa musibah dan kecelakaan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya apa yang disebut oleh Allah... [Membaca
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
sepotong ayat Al-Quran] “Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpa azab dan musibah itu demikian adalah kerana mereka bergembira dengan cara yang salah, mereka berseronok, bersuka ria dengan cara yang tidak betul dan melakukan maksiat kepada Allah SWT.” Tuan Yang di-Pertua, saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian. Kita bukan anti hiburan dan tidak mengapa untuk kita melakukan hiburan yang sederhana tetapi janganlah sampai menceroboh batas moral, batas akhlak dan juga budaya dalam negara.
Dicemari pula dengan pergaulan bebas, dengan dadah, pil ekstasi, arak, pemujaan nafsu dan seumpamanya yang akhirnya entah ke mana budaya dan jati diri rakyat dalam negara kita.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Takutlah akan musibah yang kelak apabila Allah timpakan nanti bukan hanya tertimpa ke atas mereka yang melakukan kejahatan ini tetapi akan turut diterima dan dialami oleh seluruh masyarakat dalam negara kita, dan ketahuilah sesungguhnya azab dan juga balasan Allah ini adalah sangat pedih dan dahsyat.” Kalifah Umar Al-Khattab r.a pernah ditanya apakah negara ini yang maju, yang makmur pada zaman pemerintahannya boleh dihancurkan oleh Allah SWT walaupun dia negara yang hebat, maju dan makmur. Kata Sayidina Umar, ya boleh hancur apabila orang- orang yang jahat menguasai orang yang baik dan apabila kefasikan berleluasa dan dominan dalam sesebuah negara. Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, unjuran daripada itu, perkara yang sama juga ingin saya timbulkan ialah dahulu kalau kita lihat dalam negara kita judi ini bertakhta di atas bukit, nun di Genting Highlands, tetapi mutakhir ini saya lihat dia telah menular laju deras turun ke bawah seperti larva daripada gunung berapi turun ke lembah. Antara yang menjadi sasarannya yang turut terkesan ialah pesisiran Sungai Pahang termasuklah di Temerloh sebagai lembah yang aktif dengan aktiviti judi mutakhir ini. Saya mohon kerajaan ambil berat perkara ini di samping saya juga berpesan kepada semua masyarakat dan rakyat supaya menjauhi aktiviti-aktiviti yang menyebabkan datangnya kemurkaan Allah SWT.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Tinggi tadi, dengan aktiviti judi ini bukan sahaja judi haram kerana ia tidak ada lesen tetapi yang ada lesen juga sebenarnya telah diharamkan oleh Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat AL-Quran] Jadi arak, judi, semua ini adalah perkara yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Lebih mulialah daripada kita memberikan kelulusan dan kelepasan kepada judi ini. Kalau di Temerloh itu kita ada anak- anak muda yang cuba untuk membangun minda mereka dengan membuka gerai dan juga membuka meja yang dikenali sebagai buku jalanan. Alangkah kalau pihak kerajaan boleh membantu mereka untuk membangunkan minda mereka. Itu lebih baik untuk masa depan negara dan juga rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya hendak timbulkan di sini ialah realiti yang berlaku dalam negara kita berkait dengan isu kekurangan doktor dalam negara, pengamal perubatan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Kalau ikut statistik sehingga bulan Ogos tahun 2013, kira-kira 500 hingga 600 doktor pakar telah berjaya dilatih dan bilangan doktor ini termasuk dengan doktor pakar ialah seramai 36,607 orang dengan nisbah seorang doktor kepada 791 penduduk. Menjelang tahun 2020 dengan anggaran penduduk negara kita mencecah 34 juta, negara kita sebenarnya memerlukan 85,000 orang doktor untuk mencapai nisbah standard seorang doktor kepada 400 penduduk.
Maka, saya mahu melihat supaya perkara ini dapat disaksikan dengan teliti dan diambil tindakan wajar kerana kita masih jauh daripada sasaran standard ini. Kalau saya melihat kepada kenyataan Presiden MMA dan juga Majlis Dekan-dekan Perubatan IPTA yang melahirkan kebimbangan lambakan doktor yang begitu ramai sedangkan mereka tidak ada ruang untuk diisi keperluan mereka di hospital-hospital yang ada, maka jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang telah berjanji untuk menyiasat perkara ini saya ingin bertanya, apakah hasil penyiasatan itu? Di mana laporan penyiasatan itu dan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan?
Dalam satu sudut yang lain Tuan Yang di-Pertua, negara kita hari ini dengan lambakan graduan perubatan ini, mereka yang tidak diserap untuk mengisi keperluan, sayugialah kalau mereka ini diberikan pengiktirafan kerana biasanya mereka datang dari universiti-universiti luar yang diiktiraf oleh WHO. Tinggal lagi, kerajaan masih belum mengiktiraf keupayaan mereka ataupun pendidikan mereka ataupun kejayaan mereka.
Maka saya harap dapat juga diberikan perhatian dalam perkara ini.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Maka dengan itu, isu yang berbangkit juga ialah saya hendak melihat bagaimana peranan dan juga fungsi Malaysia Medical Centre (MMC) kerana saya melihat, apakah MMC ini benar-benar bebas dan benar-benar independent? Bagaimana pula kaedah pelantikannya? Ini kerana, apa yang saya nampak ialah ahli majlis kepada Majlis Perubatan Malaysia ataupun MMC ini, sebahagiannya dilantik dari kalangan kakitangan kerajaan perubatan itu sendiri.
Jadi, bagaimana kita hendak jamin ia dapat dijalankan secara bebas dan lebih berintegriti? Apakah sebenarnya memang kementerian telah ada cadangan untuk mengubah kaedah pelantikan ini? Ini kerana saya lihat ramai mereka yang akhirnya tidak dapat kerja dan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai lulusan perubatan, maka mereka menderita untuk berhadapan dengan tekanan hidup pada hari ini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut dua perkara. Pertama berkait dengan isu visa pelajar-pelajar Malaysia kita di Mesir. Ini mohon perhatian daripada Kementerian Luar Negeri dan juga kedutaan negara kita di Mesir supaya selesaikan masalah visa pelajar ini kerana didapati proses mereka hendak membuat visa ini terlalu payah dan terlalu sukar. Dalam keadaan pelajar Malaysia di Mesir telah mencecah 4,000 orang dan urusan mereka di imigresen hanya satu hari seminggu dan pelajar-pelajar Al- Azhar ini hanya ditempatkan satu pejabat sahaja untuk mengurus visa mereka di imigresen.
Apa yang lebih penat ataupun lebih letih lagi ialah visa mereka itu boleh dikatakan tamat serentak pada bulan Disember. Akhirnya, mereka tidak sempat hendak menyiapkan visa pada tempoh-tempoh yang dibenarkan, maka ada di kalangan pelajar yang ditangkap dan terpaksa bermalam dalam lokap. Jadi ini adalah satu perkara yang sangat menyusahkan mereka dan saya minta Kementerian Luar Negeri dan juga pihak kedutaan dapat memudahkan pelajar-pelajar kita untuk menyelesaikan masalah visa mereka.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Terakhir ialah isu penempatan guru yang saya lihat masih ramai lagi yang belum ditempatkan walaupun mereka telah tamat tempoh pengajian mereka sehingga mereka menggelar ataupun mengistilahkan seperti mereka digantung tidak bertali oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Antaranya saya rujuk di sini ialah pelajar TESL tajaan Kementerian Pendidikan ke UK yang mana mereka telah pun hampir tamat pengajian mereka lebih setahun yang lalu, tetapi nampaknya pihak Kementerian Pendidikan masih berdolak-dalik dalam isu penempatan mereka walaupun pihak Menteri telah menjanjikan 1 April akan datang ini. Akan tetapi apabila mereka menghubungi pihak kementerian, ternyata jawapannya tidak sebagaimana apa yang telah dijanjikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri.
Jadi oleh sebab itu saya sangat mengharapkan sekali lagi supaya perkara ini dapat diberikan perhatian. Saya akhiri ucapan ini dalam masa yang sangat singkat, 10 minit yang diperuntukkan oleh pihak Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya harap Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, semoga kerajaan dan seluruh rakyat dalam negara kita dapat bekerjasama agar kita tidak menjadikan ia sebagai tahun untuk meningkatkan dosa dan noda dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti maksiat dan mungkar dalam negara kita.
Saya lihat di luar sana telah ada NGO-NGO, anak-anak muda kita yang telah create Facebook dan juga create NGO-NGO tertentu untuk menolak aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini. Antaranya ialah Facebook Anak Muda Malaysia tolak konsep liar yang telah mula mendapat sambutan ramai. Ertinya, mereka tidak seronok pun dengan budaya- budaya liar ini. Jadi kalau kita hendak tarik pelancong sebagaimana Yang Berhormat Pokok Sena sebut semalam, saya sangat bersetuju. Hendak tarik pelancong daripada Amerika datang, maka kita kena sogok mereka dengan budaya Malaysia, bukan kita ambil budaya Amerika untuk diberi kepada pelancong daripada Amerika. Demikian juga pelancong- pelancong yang lain. Jadi, kenapa tidak kita pasarkan budaya dan juga produk-produk negara kita yang cukup baik termasuk alam sekitarnya yang boleh menarik pelancong daripada seluruh dunia datang ke negara kita dengan aman dan akhirnya menjadikan negara kita ini benar-benar selamat untuk dilawat pada tahun 2014 ini. Terima kasih.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa duka cita dan sedih saya dan seluruh rakyat dalam Parlimen Sekijang terhadap peristiwa kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dalam penerbangannya ke Beijing.
Saya mendoakan segala yang terbaik bagi setiap warga penerbangan tersebut serta pasukan search and rescue yang sedang bertungkus-lumus dalam merungkai peristiwa sedih ini. Apa yang pasti, melalui peristiwa sedih ini telah memperlihatkan kita bahawa semangat kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia masih utuh dan erat. Kita boleh melihat di laman sosial, rakyat Malaysia begitu ramai mendoakan akan keselamatan warga penerbangan ini. Saya berharap peristiwa sedih ini akan berakhir tidak lama lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda telah menyentuh pelbagai perkara dalam titah Baginda. Pelbagai aspek telah ditekankan terutamanya perkara yang melibatkan aspek kehidupan rakyat. Seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kadar pengangguran dalam negara adalah sangat rendah dan terkawal. Sebagai rekod, kadar pengangguran rakyat Malaysia untuk tahun 2013 seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah pada paras 3.0%.
Ini membuktikan kadar pengangguran rakyat Malaysia adalah sangat rendah berbanding negara-negara membangun yang lain. Sudah tentu kadar yang rendah ini memerlukan rancangan serta pelan yang strategik dari Kerajaan Malaysia bagi memastikan ia mampu dicapai. Melalui ‘Laporan Kerja Dunia Reinstate’ 2012-2013, dikatakan dalam tempoh sehingga tahun 2018, seramai 66% tenaga kerja dalam negara akan terbabit dalam pekerjaan pengetahuan mahir dan berpendapatan tinggi seperti jurutera, pengurus projek serta pakar R&D serta inovasi. Melalui laporan ini juga, beberapa penganalisis menyatakan bahawa perkembangan ini sangat diperlukan negara dalam memastikan negara mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan mengenai statistik terkini jumlah pekerja yang menjawat jawatan berpendapatan tinggi terutamanya dari skop golongan belia dan graduan lepasan universiti dan berapakah peratusan mereka dalam keseluruhan jumlah pekerja dalam Malaysia? Selain itu juga, saya turut ingin bertanya kepada kementerian mengenai langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi memastikan kadar pengangguran rakyat terus rendah selain inisiatif-inisiatif kerajaan dalam menerbitkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.
Bercakap mengenai lepasan universiti pula, terdapat rungutan daripada beberapa graduan yang baru menamatkan pengajian mereka tentang betapa sukarnya bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, bagaimanakah kerajaan mampu membantu lepasan universiti ini dalam mendapatkan pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan mereka? Kita perlu terima hakikat ramai graduan universiti tidak mendapat pekerjaan yang berkaitan dengan bidang kelulusan universiti mereka dan akhirnya mereka mungkin terpaksa bekerja dalam bidang yang tidak mereka minati. Maka tidak hairan jika timbul isu pekerja yang tidak efektif, tidak efisien dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda juga kelmarin menyatakan bahawa 96.7% projek pembangunan yang dirancang di bawah RMKe-10 telah berjaya dicapai. Ini membuktikan kecekapan serta kredibiliti kerajaan tidak boleh dipertikaikan. Bercakap mengenai projek pembangunan, saya ingin meminta penjelasan mengenai projek tebatan banjir serta projek landasan kereta api berkembar yang akan melalui kawasan dalam Parlimen Sekijang. Dua projek ini sangat berkait rapat antara satu sama lain yang mana jika salah satu terjejas, maka satu lagi juga akan terjejas.
Apa yang saya dimaklumkan akibat daripada penangguhan projek landasan kereta api berkembar ini, projek tebatan banjir juga telah tertangguh untuk disiapkan. Kita harus maklum sekiranya projek ini tidak dapat disiapkan lebih awal, maka kosnya kelak akan terus bertambah. Kerajaan juga telah banyak mengeluarkan wang ringgit untuk projek ini. Banyak wang telah dilaburkan untuk mengambil alih tanah-tanah yang terlibat dalam projek tebatan banjir.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Selain itu juga, jika ia tidak dapat disiapkan lebih awal, maka jika berlaku musim tengkujuh pada masa akan datang, sudah tentu kawasan-kawasan yang terlibat akan sekali lagi dinaiki air. Perkara ini bukanlah baru, ia sudah dirancang beberapa tahun yang lalu.
Saya ingin meminta penjelasan dari pihak kementerian berkaitan perkara ini kerana jika ia berlaku banjir yang besar sekali lagi, saya kira ia akan membebankan juga kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Parlimen yang menyebut tentang Future Music Festival Asia (FMFA). Hujung minggu lalu negara digemparkan dengan berita kematian beberapa penonton konsert Future Music Festival Asia yang telah berlangsung di Bukit Jalil.
Terdapat juga beberapa penonton konsert tersebut berada dalam kritikal dan dirawat di hospital. Siasatan polis mendapati insiden yang melibatkan individu-individu terbabit sama ada yang meninggal dunia mahupun yang dirawat adalah disebabkan overdose dengan izin, dari pengambilan dadah berbahaya serta alkohol.
Walaupun negara sering kali menjadi host serta destinasi pilihan konsert-konsert bertaraf antarabangsa, namun peristiwa ini telah menjadi satu titik hitam kepada negara.
Pengambilan dadah oleh penonton konsert bukanlah asing dalam dunia ini. Jika kita lihat sejarah penganjuran konsert di serata dunia, saya ambil contoh tahun lalu di New York City Dance Music Festival, ia dibatalkan pada hari terakhir akibat terdapat dua kematian. Begitu juga di Gorge Amphitheatre Weekend Music Festival di Washington. Namun di Malaysia, ini mungkinlah sesuatu yang langsung tidak dijangka. Ditambah pula dengan jumlah kematian yang kita anggap tinggi.
Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian-kementerian yang terlibat mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk penganjuran konsert sebegini. Adakah pihak kementerian ada memantau serta menjalankan operasi bagi memastikan setiap syarat yang ditetapkan telah diikuti serta dipatuhi penganjur konsert sebegini. Ini kerana bagi saya jika setiap aspek peraturan serta syarat dipatuhi oleh pihak penganjur, nescaya perkara buruk sebegini kita mampu untuk elakkan. Selain itu juga, saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan aspek-aspek keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pihak penganjur untuk acara-acara sebegini. Adakah aspek keselamatan ini ditetapkan oleh pihak kementerian ataupun ia diserahkan kepada pihak penganjur untuk menetapkan sendiri aspek keselamatan acara mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapat maklumat bahawa akan terdapat sebuah lagi acara hiburan yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia. Ramai yang risau dan ramai yang membantah tentang penganjuran konsert ini.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Acara itu dinamakan ‘Life in Colour’ dan dijadualkan berlangsung pada 19 April bertempat di Sepang International Circuit dan Alhamdulillah saya hendak maklumkan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen pagi tadi saya dimaklumkan bahawa konsert ini telah dibatalkan penganjurannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bertanggungjawab kerana peka dan sensitif terhadap isu berbangkit ini. Saya ingin menggesa jika ada acara hiburan seperti FMFA ini dijadualkan untuk berlangsung dalam masa terdekat ianya turut sama dibatalkan. Jika dirasakan acara seperti ini tidak lagi relevan diadakan di Malaysia, elok sahaja rasanya kerajaan tidak lagi membenarkan ia dilangsungkan lagi pada masa yang akan datang. Kita bukannya menghalang orang ramai dari berhibur, tidak sama sekali. Namun jika acara seperti ini lebih membawa keburukan dan kemudaratan, adalah lebih baik jika ianya dihalang dan tidak lagi diadakan.
Kejadian tempoh hari juga membuktikan bahawa masalah dadah masih lagi membelenggu anak-anak muda terutamanya dalam negara kita. Begitu mudah anak muda ini mendapatkan bahan terlarang. Harus diingat kesemua individu yang terlibat dalam insiden mereka berusia di kalangan 20-an. Pada usia sebegini muda, mereka sudah tahu di mana mereka boleh mendapatkan bahan larangan dadah ini. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%. Rata-rata mereka yang terlibat serta yang menghadiri konsert tersebut masih muda, masih baru belajar dalam mengenal erti kehidupan di dunia ini. Jadi saya minta agar kerajaan dan kementerian serta agensi yang bertanggungjawab dapat memantau perkara ini dengan lebih mendalam. Kita perlu peka tentang permasalahan berkaitan dengan najis dadah ini. Kita pastikan pengedaran dadah ini dapat kita atasi. Kalau dapat kita hapuskan sama sekali itu lebih baik. Saya berharap peristiwa serta insiden ini memberi pengajaran berguna kepada kita semua. Kita tidak mahu peristiwa seperti ini berulang sekali lagi. Kita
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
juga harus menerima sedikit sebanyak peristiwa ini telah merosakkan nama negara memandangkan konsert tersebut merupakan acara bertaraf antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan sistem demokrasi negara kita. Pada 27 Januari yang lalu, kita melihat seorang ADUN di Selangor telah meletakkan jawatan walaupun PRU13 masih belum mencapai usia setahun. Tindakan sambil lewa dan tidak bertanggungjawab wakil rakyat tersebut yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah membuktikan parti pembangkang hanyalah kemaruk kuasa semata-mata.
Tindakan ini jelas menunjukkan mereka tidak menyanjung tinggi semangat demokrasi dan amanah rakyat yang telah diberikan. Sejarah berulang sekali lagi. Jika dahulu di Permatang Pauh, isteri menang. Namun selepas itu letak jawatan untuk beri laluan kepada suami. Kali ini pula seorang ADUN letak jawatan. Mulanya hendak beri laluan kepada suami yang tadi tetapi suami tidak jadi bertanding, beri pula laluan kepada si isteri. Nepotisme tahap tertinggi namanya. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang...
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Boleh tanya...
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Saya ingin mencadangkan agar peraturan SPR lebih diperketatkan lagi. Antara penambahbaikan yang sesuai dalam kes ini adalah membuat peraturan menghalang seseorang wakil rakyat yang kurang dari dua penggal berkhidmat meletak jawatan tanpa sebab munasabah dan jika ia tetap berlaku, parti yang diwakili wakil rakyat tersebut haruslah tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan akibat tindakan tidak bertanggungjawab wakil rakyat tersebut.
Peraturan seperti ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua. Ini bagi memastikan sistem demokrasi negara tidak dipermainkan. Kita lihat kes di Selangor ini sudah macam acara 4 x 100. Cumanya pelari untuk kali ini hanya tiga orang. Bukan apa, cumanya...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan atau tidak?
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
PRK yang terpaksa diadakan ini sudah tentu akan menelan belanja yang agak besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak bagi penjelasan Yang Berhormat?
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Masa terhad, minta maaf. Sepuluh minit.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Pilihan raya kecil dekat Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Masa sudah habis actually.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi masa lebih? Minta maaf.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Pandangan konsisten. Mesti konsistenlah. Bahas mesti konsisten.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Nanti jawab dalam floor pembangkang.
Pada hari kedua sesi Parlimen ini pula kita melihat kesemua Ahli Parlimen Pembangkang memboikot sidang Dewan. Alasan mereka kononnya sebagai tanda protes kepada keputusan mahkamah yang melibatkan Ketua Pembangkang. Ada di antara Ahli Parlimen pembangkang ini merasa bangga dengan tindakan mereka. Kita boleh lihat kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka dalam media sosial, tiada langsung rasa bersalah malah bangga dengan tindakan mereka itu. Peliknya Tuan Yang di-Pertua, saya masih mencari titik di mana relevannya tindakan mereka memboikot sidang Parlimen dengan kes mahkamah tersebut.
Saya ambil maklum bahawa memboikot sidang Dewan itu bukanlah sesuatu yang pelik tetapi selalunya sesuatu sidang Parlimen itu diboikot apabila satu pihak tidak bersetuju dengan sesuatu polisi atau dasar yang dibentangkan. Saya hendak mengambil contoh di Ghana, di negara dunia ketiga. Parti pembangkang di sana memboikot Parlimen mereka kerana tidak bersetuju dengan tindakan parti pemerintah yang tidak membenarkan penyiaran rancangan berbentuk diskusi politik di televisyen. Akan tetapi di negara kita Malaysia yang tercinta ini, parti pembangkang memboikot sidang Dewan hanya keputusan kes di mahkamah. Bukan sahaja kes tersebut sebuah kes peribadi, malah kes tersebut disebabkan oleh kenakalan anggota badan individu itu sendiri. Jadi, saya tidak nampak kenapa dan mengapa mereka perlu memboikot sidang tempoh hari.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, setiap wakil rakyat yang telah diamanahkan rakyat haruslah memikul tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Tuanku Seri Paduka Baginda telah mengingatkan kita tentang pelbagai perkara di dalam Titah Baginda yang lepas.
Ambillah apa yang telah dititahkan sebagai satu bentuk semangat yang akan membantu kita semua dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan ini.
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya menyanjung tinggi Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sekijang mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menjawab sedikit tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Sekijang yang mengatakan PRK Kajang ini satu pembaziran. Bagaimana dengan PRK di Baringan.
Oleh kerana Ketua Menteri hendak menjadi TYT, terpaksa kosongkan ADUN Baringan ini.
So yang ini kalau hendak kritik pembangkang, tengok dahulu muka sendiri sebagai kritikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada buat isu yang saya hendak bangkitkan hari ini.
Pertamanya berkenaan dengan masalah isu mengenai dengan kadar tol. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan kenaikan kadar tol. Sepatutnya kenaikan kadar tol ini perlu dibenarkan pada tahun 2014.
Disebabkan Pilihan Raya Kecil Kajang beliau terpaksa menangguhkan setahun. Akan tetapi dengan penangguhan ini, kerajaan perlu bayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada syarikat konsesi tol ini. Saya hendak dapatkan secara butiran RM400 juta ini diagihkan kepada syarikat konsesi tol yang mana? Mengapa kerajaan sampai sekarang tidak mahu untuk mengkaji semula tentang perjanjian ini? Mengapa masih allowed atau izinkan untuk menaikkan kadar tol untuk syarikat konsesi tol ini walaupun dia tahu syarikat konsesi tol ini sudah untung berlipat ganda macam Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Damansara- Puchong dan lain-lain lagi. Setiap tahun mereka untung berjuta-juta tetapi Kerajaan Persekutuan masih bagi laluan untuk menaikkan kadar tol. Saya rasa ini satu perkara yang tidak adil untuk pembayar cukai dan juga pengguna jalan raya.
Saya rasa tiba masanya Kerajaan Persekutuan kena kaji semula tentang perjanjian ini. Walaupun Kerajaan Barisan Nasional, UMNO, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji dalam manifesto PRU13, kalau menang Barisan Nasional akan mengurangkan plaza tol di sekitar bandar raya. Kita tahu sudah hampir setahun sekarang, dua bulan lagi tetapi kita tidak nampak ada usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Barisan Nasional untuk mengurangkan plaza tol di bandar raya ini. Saya hendak minta satu jadual dalam masa empat tahun lagi, apakah plaza tol yang akan dimansuhkan? Kita perlu bagi nama sekarang.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Adakah tol itu melibatkan Plaza Tol PJS2 NPE di kawasan saya di mana jalan itu, sebelum itu hanya jalan yang sedia ada. Sebelum 2007 dinaik taraf, buat satu tol sebelah dan kerana kewujudan plaza tol ini, ia memang membawa masalah yang besar kepada penduduk setempat terutama Taman Dato Haron dan Taman Medan di PJS2 ini. Kereta- kereta hendak mengelak bayar tol, mereka terpaksa pusing ke taman, guna short cut atau guna jalan yang lebih panjang untuk elakkan membayar tol. Ini menjadikan keadaan lalu lintas, kesesakan lalu lintas yang amat teruk di Taman Dato Haron. Tambahan lagi ada beberapa buah sekolah, sekolah kebangsaan, murid-murid belajar di sekitar, empat sekolah berhampiran. Bayangkan setiap tengah hari, setiap malam sebelum pukul 7, kesesakan yang amat teruk di Taman Dato Haron dan Taman Medan, kerana plaza tol ini.
Jadi saya minta jasa baik Kerajaan Persekutuan kerana ini rungutan daripada penduduk setempat. Walaupun sebelum itu kerajaan sudah pun memansuhkan tol di sebelah daripada Subang Jaya ke Kuala Lumpur. Selepas itu dari Kuala Lumpur ke Subang Jaya menurunkan kadar tol dari RM1.60 ke RM1, tetapi penduduk setempat masih mahu plaza tol itu dimansuhkan. Saya minta kerajaan bagi pertimbangan sewajarnya. Bukan setakat NPE tol ini tetapi juga semua tol di sekitar bandar raya terutama LDP, SPRINT highway, Kerinchi highway, KESAS highway, semua ini. Kontrak-kontrak perjanjian kena kaji semula. Jangan bagi keuntungan yang mendadak, keuntungan yang besar kepada
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
syarikat ini. Mereka sudah untung berbilion-bilion, sudah dapat keuntungan yang besar tetapi masih izinkan untuk menaikkan kadar tol. Saya rasa janji Barisan Nasional perlu ditepati. Jangan menipu rakyat Selangor kerana hendak ambil Kerajaan Negeri Selangor, janji manis dilemparkan tetapi sampai sekarang tidak ada janji-janji ini dijalankan.
Saya juga perlu bangkitkan satu lebuh raya baru di mana walaupun ada masalah tentang perjanjian konsesi syarikat tol ini di tempat saya Parlimen Petaling Jaya Selatan kerana pusat mereka hendak buat satu lagi lebuh raya bertol di kawasan saya iaitu Lebuhraya Kinrara–Damansara (KIDEX). Lebuh raya ini hampir 80% jaringan jalannya melalui kawasan saya. Sekarang walaupun syarikat sudah pun buat pameran, drawing, lukisan di dua tempat Menara MPPJ dan juga di Tropicana Mall tetapi gambar-gambar yang dipamerkan belum jelas. Jaringan jalan yang melalui taman-taman saya rasa menimbulkan banyak masalah di mana penduduk khuatir rumah dan tanah mereka akan diambil alih oleh syarikat ini. Dianggarkan kalau lebuh raya ini dibenarkan untuk dibina di mana ia akan melibatkan sejumlah 2,700 buah rumah atau tanah yang akan diambil oleh syarikat lebuh raya ini.
Saya difahamkan ada dua plaza tol akan dibina, satu di SS2 dan satu di Taman Medan. Dalam usaha kita hendak kurangkan bilangan tol, ini manifesto Barisan Nasional tetapi sekarang hendak tambah dua tol lagi di bandar raya Petaling Jaya. Saya difahamkan kutipan konsesi tol ini bukan setakat 20 tahun atau 30 tahun, cadangan kutipan ini 40 tahun di mana sekarang kita bayar, cucu-cucu kita kena bayar juga. Bayangkan 40 tahun...
Seorang Ahli
Cicit pun.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Cicit pun kena bayar. Saya rasa kalau kerajaan hendak bina jalan raya, gunalah duit kerajaan, janganlah diswastakan lagi.
Jangan jadi bodoh, jangan bodoh lagi, jangan permainkan rakyat di Petaling Jaya. Rata- ratanya penduduk di Petaling Jaya bantah pembinaan tol ini, pembinaan lebuh raya ini kerana kalau mengikut statistik kajian, lebuh raya ini hanya akan mengurangkan lebih kurang 20% hingga 30% kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya. Bukan semua, 20% hingga 30%, satu angka yang sangat kecil.
Jadi saya rasa tidak perlu lebuh raya bertol ini dibina di kawasan saya. Saya minta Yang Berhormat Menteri walaupun Yang Berhormat Menteri sebelum itu ada kata satu sesi pendengaran, public hearing dengan izin akan dilakukan dengan segera, bagi pandangan supaya pandangan public diambil kira tetapi sampai sekarang. Sepatutnya public hearing, pandangan awam ini sudah ditetapkan pada 25 Mac iaitu minggu depan tetapi ia telah dibatalkan (postponed) tidak bagi satu alasan mengapa di postponed, mengapa ditangguhkan. Yang Berhormat Menteri juga bagi jaminan kalau kebanyakan penduduk bantah tentang pembinaan lebuh raya ini, kementerian akan dengar dan akan batalkan.
Saya harap kata-kata ini, janji-janji ini akan ditepati. Saya memang tidak setuju dan saya dengan penduduk bantah tentang pembinaan lebuh raya ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh dengar rungutan dari penduduk Petaling Jaya Selatan ini.
Saya hendak bangkit sedikit isu tentang pendatang asing di mana di tempat saya dan semua tempat di Malaysia terutama di bandar raya ramai pendatang asing. Kehadiran mereka sudah merampas peluang pekerjaan orang tempatan. Kes-kes di mana jenayah ragut, rompak semakin bertambah. Ia dilakukan oleh orang tempatan, orang tempatan bukan kerana mereka hendak meragut atau merompak, kerana mereka hendak cari kerja pun susah, peluang pekerjaan sudah dirampas oleh warga asing kerana mereka boleh kerja dengan salary yang rendah kalau dibandingkan dengan warga tempatan. Saya tidak faham, mengapa kalau kerajaan baru-baru ini boleh buat satu polisi supaya restoran seperti McDonalds dan KFC hanya boleh gunakan pekerja tempatan. Mengapa sektor-sektor lain seperti hospital, restoran, hotel, sektor perkhidmatan tidak boleh paksa guna orang tempatan sebagai pekerja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Jadi saya minta polisi tentang pekerja asing ini perlu dikaji semula. Saya berharap kerajaan perlu ada rancangan untuk kurangkan dari sekarang sampai tahun 2020. Apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing di Malaysia dan menggalakkan orang tempatan untuk kerja dengan gaji yang lebih tinggi. Mesti ada rancangan untuk mengurangkan pekerja asing. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi rahmanir rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang dalam perbahasan kali dalam Dewan Rakyat yang mulia ini bagi menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Malaysia terus diuji dengan pelbagai ujian daripada Allah SWT. Dari isu pesawat MH 370 hilang sehingga ke hari ini kepada krisis air, cuaca kering, kemarau, jerebu serta banjir pada tahun lalu sehingga awal tahun ini. Tahun lalu pada bulan Mac ini, Malaysia diuji dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.
Alhamdulillah, pemerintah kita iaitu Barisan Nasional tenang dalam menghadapi dugaan ini. Apa yang penting, keselamatan dan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan.
Saya ingin menyentuh agihan bantuan kepada mangsa banjir, lebih-lebih lagi yang berlaku di kawasan Parlimen saya iaitu Paya Besar akhir tahun lalu. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan semua pihak yang terbabit dalam membantu mangsa banjir terutama di negeri Pahang. Ini termasuklah terima kasih kami kepada Yang Berhormat Baling yang telah turun selama lima hari berturut-turut bagi menghantar barang- barang keperluan.
Apa yang hendak dibangkitkan dalam perkara ini ialah pohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil langkah proaktif dalam proses semakan dan pengagihan melalui Ehsan kepada mangsa banjir untuk menghadapi masa-masa mendatang. Ini kerana ramai mangsa banjir tercicir daripada senarai penerima bantuan yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Oleh sebab itu MKN dan JKM mesti ada jalinan kerjasama yang baik di samping networking dengan kerajaan negara dan pejabat daerah.
Kejadian banjir ini bukan sekali dua berlaku dalam negara kita tetapi setiap tahun berlaku banjir. Jadi, sudah tentu MKN, JKM dan agensi yang biasa terlibat jika berlaku banjir mempunyai pelan tindakan kecemasan. Atas faktor itu, saya berpandangan dan mengesyorkan supaya MKN mengemas kini Peraturan Tetap Operasi (SOP) pengendalian bencana banjir untuk disesuaikan bagi menghadapi bencana banjir luar biasa. Saya berharap perkara penting perlu dikenal pasti untuk diperbaiki dalam peraturan SOP yang membabitkan fasa sebelum, semasa dan selepas bencana banjir.
Pertama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dapat memainkan peranan utama dalam mengatur gerak jentera pengurusan bencana negeri di peringkat daerah, manakala MKN akan menggembleng bantuan di peringkat pusat. Kedua, JPDA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga akan menggembleng pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan lain di peringkat negeri serta daerah untuk turut membantu jentera operasi banjir, terutama dalam menguruskan pusat pemindahan. Ketiga, saya syorkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan menambah baik model ramalan dan sistem amaran awal banjir dengan melihat kepada perkembangan teknologi yang lebih canggih dan cepat.
Malahan saya berharap JPS dan Meteorologi boleh bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau serta memastikan ia dapat disebarkan kepada umum dengan lebih berkesan. Misalnya, amaran sistem siren dan SMS. Di samping itu, saya syorkan JKM memperhalusi pengurusan di pusat pemindahan, mengenal pasti pusat pemindahan yang boleh menampung lebih ramai mangsa, melihat semula kemudahan di pusat pemindahan yang boleh memberi keselesaan kepada kumpulan sasar berkeperluan.
Saya mohon juga JKM mengkaji jumlah simpanan stok bekalan makanan, terutama di daerah risiko banjir. Meningkatkan stok bekalan keperluan di stor apabila terdapat jangkaan banjir luar biasa dan memperbaiki sistem penghantaran di pusat pemindahan.
Di samping itu, MKN perlu juga mengkaji, memperkemas dan menambah aset pengurusan bencana dalam kalangan agensi penyelamat seperti trak dan bot penyelamat untuk memindahkan mangsa ataupun pesakit serta membekalkan makanan dan keperluan
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
lain ke pusat pemindahan. Masalah orang tengah. Peranan orang tengah tidak boleh dinafikan tapi masalah yang timbul ialah orang tengah ini memanipulasikan secara berleluasa terhadap pengeluar dan pengguna, khususnya petani dan nelayan. Saya mengalu-alukan langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah melaksanakan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah.
Jadi, saya ingin tahu setakat mana kementerian meningkatkan pengeluaran bekalan agro makanan utama seperti ikan, sayuran, ayam dan daging dalam mengekang monopoli orang tengah. Itu yang pertama. Kedua, apa mekanisme yang diguna pakai dalam memendekkan rantaian nilai dalam menentang orang tengah. Ketiga, apakah saluran pemasaran yang baru dikenal pasti dan apakah kementerian meningkatkan market share pasaran produk agro makanan dengan agensi pasaran kerajaan. Soal ini penting bagi memastikan orang tengah tidak bermaharajalela.
Perbelanjaan awam dijimatkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan 11 langkah perbelanjaan kerajaan yang dijimatkan dan saya mendapat maklum sebanyak RM400 juta boleh dijimatkan. Masuk tiga bulan pertama ini, saya ingin tahu juga berapa jumlah wang yang telah dijimatkan dan apakah kategori-kategori penjimatan yang berjaya dilaksanakan. Saya juga ingin tahu apakah menerusi langkah- langkah penjimatan ini membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal pada paras 3.6%.
Pada tahun ini dan seterusnya bajet berimbang, balanced budget dengan izin, pada 2020.
Mohon penjelasan. Saya juga ingin tahu, apakah dengan langkah penjimatan ini menjejaskan juga pengambilan kakitangan awam yang baru serta mungkin ada pemberhentian kakitangan kontrak bagi jangka masa panjang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perihal laporan-laporan polis yang dibuat berhubung kes-kes yang melibatkan sensitiviti seperti perkauman, agama, sistem beraja dalam negara ini. Menimbulkan keresahan, keselamatan dan politik serta meresahkan perasaan masyarakat dalam kenyataan-kenyataan yang tidak bertamadun.
Apabila terlalu peka dengan sesuatu perkara, apatah lagi ditulis dalam blog, Twitter dan Facebook. Setiap apa yang diperkatakan itu tersebar dengan luas. Jadi, banyak laporan- laporan polis yang biasa kita lihat dibuat oleh pihak-pihak yang prihatin dan tertentu. Kita lihat memang banyak laporan polis dibuat sehingga kadang-kadang itu beratus-ratus laporan dibuat dalam sesuatu isu. Soalnya sekarang ialah ramai orang juga kadang-kadang ternanti-nanti apa kesudahan bagi menangani isu yang ditimbulkan. Malah orang ramai juga hairan mengapa pula tiada tindakan yang dilakukan dalam sesuatu isu itu walaupun banyak laporan polis diadakan. Saya juga tengok kes langsung tidak diambil tindakan. Ada kes yang kadang-kadang terlalu lambat dan ada kes yang cepat pula.
Jadi, keadaan-keadaan seperti ini membingungkan, apatah lagi kebanyakan kes yang dilaporkan itu melibatkan soal ketenteraman awam. Soal keselamatan ini, soal perasaan kaum, soal mencabar perlembagaan dan undang-undang negara, malahan soal mencabar kepimpinan negara dan Raja-Raja Melayu.
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Jadi saya ingin tahu mengapa Kementerian Dalam Negeri agak terlewat dalam menangani masalah-masalah sebegini sedangkan keadaan keselamatan terutama dalam kalangan rakyat perlu diutamakan. Contoh terbaik ialah demonstrasi jalanan seperti BERSIH 1, 2, 3 dan sebagainya. Ini nampak secara terang-terangan menggangu-gugat ketenteraman awam. Tangkap sahaja dalang-dalang yang terlibat dalam penganjuran majlis seperti ini.
Soal kalimah Allah ataupun video-video blog yang menyentuh soal sensitiviti agama dan perasaan kaum, kenapa kena tunggu lama untuk bertindak? Kita ingin tahu apakah rasional KDN dalam hal ini? Apa pula tindakan yang boleh diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mereka yang menyiarkan kenyataan-kenyataan sensitif dalam media sosial baru. Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bahas menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Saya hendak mengutarakan tiga perkara. Perkara pertama ialah saya telah diberitahu oleh seorang akauntan yang baru-baru ini telah pun menjalani satu ujian untuk melayakkan diri untuk mengamal apabila GST dilaksanakan. Saya telah diberitahu bahawa GST juga melibatkan cukai ke atas jualan hartanah. Apa yang dikecualikan difahamkan hanyalah rumah kediaman. Adakah ini satu cara yang tidak langsung kerajaan merampas hartanah rakyat kerana sekarang 2.6%, lain kali boleh sampai 20%. Pada pandangan saya ini melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan kerana hartanah seseorang itu dilindungi di bawah perkara ini. Saya berharap ini bukan cara kerajaan merampas harta rakyat.
Perkara kedua ialah isu tempatan. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya di Manjong, dahulu ada pejabat MPOB tetapi sekarang sudah ditutup dan pejabat yang terdekat adalah di Tronoh begitu jauh sekali dari Setiawan. Saya berharap MPOB akan dengan segera mewujudkan satu pejabat di kawasan Setiawan. Dalam perkara ini untuk membolehkan rakyat memohon untuk pertamanya, tanaman semula untuk getah dan kelapa sawit dapat dijalankan dengan lebih senang dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini dalam memohon untuk menanam semula getah sama ada melalui RISDA ataupun kelapa sawit melalui MPOB, saya dapati ada borang yang memerlukan orang ramai mendapat sokongan daripada wakil rakyat. Pada khidmat saya ini satu birokrasi yang tidak perlu kerana wakil rakyat tidak akan dapat pergi ke tanah-tanah mereka untuk memastikan mereka ini layak. Apa yang penting, pegawai MPOB atau RISDA adalah orang yang layak dan kerana merekalah melawat tanah-tanah pekebun-pekebun kecil untuk mengesahkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi.
Perkara ketiga iaitu perkara terakhir yang saya hendak utarakan ialah masalah yang timbul apabila kerajaan enggan mengiktiraf dan melaksanakan kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga diajar oleh setiap agama.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjadi suara kepada mereka yang tidak dapat bersuara. Ini satu kumpulan minoriti yang tersepit dan tertindas kerana permainan politik dalam negara kita. Kumpulan pertama dalam golongan minoriti ini adalah mereka yang bukan Islam tetapi kad pengenalan mereka menyatakan mereka Islam. Kumpulan kedua ialah golongan minoriti ini adalah anak dan isteri yang tidak ada tempat mengadu apabila suami atau bapa mereka ingin memeluk agama Islam untuk mengelakkan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan suami kepada anak dan isteri.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kumpulan pertama golongan minoriti ini saya mendapati ada lima masalah atau contoh-contoh yang telah diadu kepada saya. Contoh pertama ialah mereka yang kad pengenalan tersilap tulis agama mereka sebagai seorang Islam padahal mereka ini bukan orang Islam. Contoh kedua, kanak-kanak kepada ibu bapa yang nama Islam, tetapi langsung tidak mengamalkan agama Islam. Ramai daripada mereka ini adalah bukan Melayu yang menukar agama kepada Islam, tetapi tidak menghayati agama Islam. Contoh ketiga ialah mereka yang menukar agama kepada Islam tetapi kemudian mendapati agama tersebut tidak sesuai untuk mereka dan mereka hendak menukar balik kepada agama asal mereka. Contoh keempat adalah mereka yang bertukar agama kerana hendak berkahwin dengan orang Islam tetapi perkahwinan mereka tidak terjadi. Contoh kelima selepas sesuatu perkahwinan itu dan berlakunya satu penceraian, pasangan yang pada mulanya bukan orang Islam hendak balik pada agama asal mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Tuhan memberikan kebebasan kepada setiap insan untuk memilih dalam hal kepercayaan mereka. Itulah kebijaksanaan Tuhan dan apabila tuhan menjadikan Adam dan Hawa itulah kebebasan yang diberikan. Kita sebagai manusia mestilah menghormati kebijaksanaan tuhan dan sebab itu tuhan tidak menjadikan kita robot-robot untuk dikawal.
Tuan Yang di-Pertua, banyak masalah telah timbul kepada kumpulan-kumpulan ini dan mereka ini yang hendak berkahwin tidak dapat berkahwin. Mereka terpaksa bersekedudukan dan ramai di antara mereka yang telah melahirkan...
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Arau bangun Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Anak luar nikah. Mereka ini bukan tidak bermoral, tetapi masyarakat kitalah yang berdosa kepada mereka tidak memberikan peluang kepada mereka...
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Soalan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri nanti. Ini suara yang tidak dapat bersuara, saya hendak suarakan bagi pihak mereka kemudian kita haraplah cari satu jalan penyelesaian. Jadi, saya tahu kes di mana mereka ini bersekedudukan sebagai suami isteri, mereka memang hendak berkahwin tetapi tidak ada jalan untuk mereka berkahwin dan bagi saya inilah merupakan satu perkara yang menindas mereka. Kita tahu kita hendak menjaga satu keluarga dengan baik pun susah, tetapi kalau orang-orang seperti ini tertekan terutamanya anak-anak yang dilahirkan, mereka akan membesar dengan sikap antisosial atau anti masyarakat. Jadi kita mestilah berlaku adil kepada mereka supaya mereka pun boleh berkahwin dan hidup bahagia seperti keluarga yang lain.
Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan beragama.
Sekarang mereka yang hendak bertukar agama diminta pergi ke Mahkamah Syariah. Ini bertentangan dengan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan beragama bererti orang itu berhak membuat keputusan bukan diputuskan oleh pihak yang lain. Saya memohon kepada Pejabat Pendaftaran Negara supaya menerima bukti seseorang itu telah bertukar agama yang selama ini diterima tetapi baru-baru ini dikatakan ditukar hendak mendapat perintah dari Mahkamah Syariah.
Pada 27 tahun yang lepas, semasa saya baru menjadi seorang peguam, penukaran nama dan agama seseorang itu kalau ditunjukkan bukti melalui depose dengan izin, iaitu satu pengisytiharan di dalam surat khabar atau surat sumpah atau satu surat pengesahan dari Majlis Agama Islam.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukti-bukti ini diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan bukti agama dan nama dalam sesuatu kad pengenalan itu akan dibuat tetapi malangnya sungguhpun undang-undang belum dan tidak langsung diubah kerana sikap kerajaan, yang berubah ini dikatakan keputusan telah dibuat bahawa Jabatan Pendaftaran Negara tidak diterima bukti- bukti ini.
Tuan Yang di-Pertua, Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa The Federal Constitution is the supreme law dengan izin. Jadi, mana-mana peruntukan undang-undang atau keputusan kerajaan yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah tidak sah. Niat saya ini bukan nak melaga-lagakan agama tetapi yang penting, kita ada masalah ini dan kita mesti berlaku adil kepada setiap rakyat negara kita. Jadi, kumpulan minoriti ini yang terdesak memohon agar kita mengamalkan sikap prihatin, sikap simpati kepada dilema mereka ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kumpulan kedua di mana suami bertukar agama untuk mengelak daripada tanggungjawab beliau kepada isteri dan anak. Dalam tahun 2009, kerajaan telah bercadang untuk meminda dengan izin, *The Law Reform
(Marriage and Divorce) Act 1976, Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993* dan Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 untuk menyelesaikan masalah ini tetapi lima tahun sudah berlalu, kenapa pindaan yang dicadangkan ini masih belum dibawa ke Dewan yang mulia ini?
Kononnya pihak Majlis Raja-Raja hendak meneliti pindaan-pindaan ini. Sudah lima tahun tetapi tidak terdengar keputusan yang dibuat. Pada hemat saya, pindaan ini berkenaan dengan hak-hak pasangan suami isteri orang bukan Islam dan tidak perlu kelulusan Majlis Raja-Raja. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Saya merasa kesal bahawa mahkamah sivil telah mentafsir Perkara 121 Perlembagaan
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Persekutuan, menyatakan ia tidak ada bidang kuasa untuk menentukan hak di antara suami dan isteri di mana seorang daripada pasangan ini telah memeluk agama Islam. Apabila Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambahkan Perkara 121(1A) ini, ia bertujuan menyelesaikan aduan orang-orang Islam yang mengadu hakim- hakim mahkamah sivil tidak fasih dalam hal-hal Islam untuk mengelak ketidakadilan.
Jadi oleh sebab aduan ini, pindaan ini telah dibuat dan ditambah Perkara 121(1A) ini tetapi niat pindaan ini tidak langsung dengan izin, to arouse the granting of redress to aggrieved non Muslim parties. Sekarang terdapat ketidakadilan yang berlaku. Dewan ini mestilah membuat undang-undang yang jelas bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk memberi keadilan kepada kes sedemikian. Apakah jenis negara kita kalau terdapat ketidakadilan tetapi orang yang ditimpa ketidakadilan ini tidak ada tempat untuk mengadu kerana Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa ke atas mereka yang bukan Islam. Saya cadangkan penyelesaian dalam kes sedemikian dengan cadangan penyelesaian begini:
(i) mereka yang berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, apabila sesuatu keluarga itu bercerai, haruslah undang-undang yang dipakai apabila mereka berkahwin itu hendaklah terus dipakai untuk menentukan hak di antara suami dan isteri dan anak; dan
(ii) tentang custody dengan izin, kanak-kanak ataupun anak mereka. Kebebasan mestilah diberi kepada anak-anak ini untuk membuat pilihan beliau sendiri apabila beliau cukup umur majoriti iaitu berumur 18 tahun.
Oleh yang demikian, saya berharap perkara-perkara yang sudah berpanjangan bertahun-tahun ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Baginda yang penuh aspirasi terhadap rakyat yang merangkumi segenap isu dan aspek. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya amat berbesar hati kerana mendapat ruang untuk sama-sama membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di samping memberi pandangan dan juga mengetengahkan isu-isu penting khasnya dari kawasan saya bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat berterusan sampai bila-bila.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan rasa simpati rakyat Samarahan kepada mereka yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MAS MH370, sama ada krew, penumpang dan juga keluarga yang terlibat. Semoga Allah memudahkan misi pencarian pesawat ini dengan secepat mungkin. Dengan itu, saya ingin juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Pemangku Menteri Pengangkutan dan semua jawatankuasa penyelamat yang telah pun bagi saya tak rasa jemu dan putus asa dalam usaha mencari MH370 sampai ke hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan ucapan ataupun perbahasan saya pada petang ini, ingin saya memberi sedikit respons kepada perkara yang diutarakan oleh pihak pembangkang tadi iaitu berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil Kajang dan juga Pilihan Raya Balingian. Bagi kita, bagi rakyat Sarawak, dua-dua pilihan rakyat ini amat berbeza, jauh berbeza, jauh tujuannya. Kalau PRK Kajang seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi, atas kepentingan sesuatu isu dan juga kepentingan individu tetapi PRK Balingian merupakan satu proses pilihan raya dalam usaha kita memastikan kestabilan politik, pembangunan yang berterusan dan juga kepentingan rakyat terus diperjuangkan.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pengunduran Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bukanlah pengunduran yang tiba-tiba. Pengunduran Yang Amat Berhormat
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Pehin Sri merupakan satu pengunduran yang terancang, yang bagi memastikan kesejahteraan pembangunan negeri Sarawak yang berterusan. Hasrat pengunduran ini bukan kali pertama, hasrat pengunduran ini dah banyak kali tetapi sering tergugat akibat rintihan rakyat Sarawak yang masih memerlukan khidmat perjuangan beliau sebagai pemimpin yang dihormati di negeri Sarawak. Oleh itu, kita dapat lihat kepimpinan Yang Amat Berhormat Pehin Sri selama 33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak jelas terlihat, terbukti yang mana kita perubahan negeri Sarawak dari satu negeri yang terperosok di negara kita menjadi sebuah negeri yang gah seiring dengan negeri-negeri yang maju di kawasan Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula Yang Amat Berhormat Pehin Sri ini merupakan satu-satunya tokoh aset negeri Sarawak yang amat penting sekali kerana beliau merupakan salah seorang pemimpin yang terlibat membawa Sarawak masuk ke dalam Malaysia iaitu pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin nak mengambil kesempatan mewakili rakyat Samarahan khasnya dan khususnya rakyat negeri Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan juga keprihatinan atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Tuan Yang di-Pertuan Agong, yang telah bersetuju dengan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Begitu juga saya juga ingin memaklumkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan dan usaha Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mentadbir dan membangunkan negeri Sarawak selama 33 tahun yang mana pemerintahan beliau telah pun menjadikan Sarawak sebuah negara yang maju, yang bersaing pada masa ini.
Saya juga di kesempatan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Adenan Haji Satem di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dan kita mengharapkan pelantikan ini akan terus mengekalkan keharmonian dan kejayaan negeri Sarawak dengan lebih gemilang lagi pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, asas perpaduan dan keharmonian yang diterapkan oleh mantan Ketua Menteri telah membuka dimensi baru dalam proses peralihan kuasa di negeri Sarawak. Bagi memastikan kelestarian kepimpinan negeri terus dijaga, maka keprihatinan Pehin Sri dalam melalui politik pembangunannya telah mampu meningkatkan semangat perpaduan antara lebih 27 suku kaum di negeri Sarawak telah membuktikan juga kematangan politik di kalangan rakyat Sarawak bukan sahaja di kalangan pemimpin. Ini seterusnya memudahkan proses peralihan kuasa di Sarawak yang telah berlaku dengan begitu jayanya tanpa provokasi dan juga perbalahan.
Tuan Yang di-Pertua, ini selari dengan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam kita menggapai pembangunan, maka aspek perpaduan adalah amat penting dan perlu dijaga dengan baik. Oleh itu, saya juga menyokong dengan Titah Yang di-Pertuan Agong dengan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional dalam membantu membina modul dan agenda yang bersesuaian bagi meneruskan atau mengekalkan semangat perpaduan dan saling hormat-menghormati di antara kaum di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya akan terus kepada isu-isu di kawasan saya.
Pendidikan adalah aset utama untuk membentuk negara maju. Jadi, usaha kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menekankan usaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan amat kita puji. Pengenalan pelan dan juga pelaksanaan PPPM telah menunjukkan kepada kita usaha kerajaan dalam usaha memastikan pendidikan negara dapat ditingkatkan lagi bagi mencapai usaha murni melahirkan pelajar-pelajar dinamik dan berpotensi tinggi dan melahirkan modal insan yang amat kita perlukan dalam usaha kita mencapai vision 2020 nanti. Bagi kawasan Samarahan, saya ingin hendak menarik perhatian Kementerian Pendidikan agar mengkaji dan melihat isu dan permasalahan sekolah-sekolah yang mempunyai lebihan pelajar seperti yang berlaku di SMK Kota Samarahan dan juga SMK Muara Tuang.
Untuk pengetahuan pihak kementerian, kemudahan yang ada di kedua-dua buah sekolah ini amatlah kurang dan daif, memandangkan sekolah ini wujud pada tahun 80-an dan apatah lagi kekangan jumlah pelajar yang makin hari makin meningkat selaras dengan pembangunan Samarahan yang semakin hari semakin tinggi penduduknya. Lebihan pelajar
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
ini telah menyebabkan ketidakselesaan kepada para pelajar, para guru, para ibu bapa dan kepada rakyat seluruh di kawasan Samarahan. Oleh itu, saya mohon Kementerian Pendidikan melihat, mempertimbangkan permohonan-permohonan yang diperlukan oleh kedua-dua sekolah ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya ingin hendak kemukakan di sini ialah berkaitan dengan kesihatan. Dalam usaha mengekal dan menjaga kesihatan bukanlah urusan perseorangan atau pun keluarga tetapi apa yang kita pentingkan ialah usaha-usaha pencegahan yang perlu kita laksanakan. Kerajaan menyedari dan telah mengambil tindakan dan berusaha menjaga kebajikan rakyat dengan menyediakan kemudahan-kemudahan kesihatan dengan penambahan-penambahan klinik-klinik kesihatan dan juga Klinik 1Malaysia.
Namun begitu, saya ingin hendak membawa satu isu berkaitan dengan masalah yang sering dihadapi di Hospital Umum Sarawak. Saya rasa isu ini pun ditimbulkan oleh Ahli Parlimen yang lain, kerana kita melihat permasalahan dari sudut kekurangan infrastruktur tempat letak kereta dan tempat menunggu para pesakit dan juga keluarga- keluarga yang berkaitan dengan pesakit.
Begitu juga, saya merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan khasnya untuk membina pusat hemodialisis untuk pesakit-pesakit buah pinggang di kawasan Samarahan. Pada masa ini, pesakit-pesakit buah pinggang ini mendapat perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak yang mana ini membebankan rakyat dan tambahan pula, kekangan perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak amat terhad memandangkan Hospital Umum ini menjadi tumpuan rakyat bukan sahaja dari Kota Samarahan tetapi juga di Kuching dan juga di seluruh negeri Sarawak.
Isu ketiga yang saya ingin hendak kemukakan di sini adalah berkaitan dengan kemudahan infrastruktur khasnya jalan raya. Bagi kawasan Samarahan, kebanyakan jalan raya di luar bandar mengalami masalah jalan raya yang agak kritikal. Dalam hal ini, kepadatan penduduk yang kian bertambah menyebabkan pertambahan jumlah kenderaan yang melalui kawasan ini. Contohnya, saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Kerja Raya berkaitan dengan Jalan Datuk Musa yang sering mengalami kesesakan khasnya pada waktu-waktu peak hours. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kementerian untuk membesarkan lagi jalan Datuk Musa ini daripada dua lorong kepada empat lorong ataupun memikirkan kaedah-kaedah lain untuk menampung keperluan kemudahan jalan khasnya di Kota Samarahan. Ini selari dengan perkembangan pusat pendidikan, begitu juga perkembangan pusat perumahan di kawasan berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya ingin maklumkan di sini adalah isu berkaitan dengan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di Jalan Datuk Musa. Oleh itu, saya memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk mempertimbangkan untuk membina jejantas untuk kemudahan pelajar-pelajar UNIMAS dan UiTM untuk melintasi jalan-jalan khasnya di Jalan Datuk Musa kerana kita mendapati laluan ini terlampau sibuk, laluan ini terlampau sesak dan banyak menyebabkan kes-kes kemalangan, apatah lagi banyak juga melibatkan kemalangan kematian.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kemudahan jejantas ini amat diperlukan bukan sahaja oleh pelajar UNIMAS tetapi juga rakyat-rakyat Samarahan yang mempunyai tujuan dan fungsi untuk ke bandar ataupun di Pasar Kota Ilmu.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ingin hendak kemukakan di sini adalah isu berkaitan dengan air, elektrik dan internet. Di Kota Samarahan, kita masih mengalami masalah bekalan air. Isu utama kita bukannya masalah piping tetapi disebabkan supply yang tidak mencukupi. Maksudnya, pembangunan yang pesat di Kota Samarahan telah menyebabkan sistem aliran paip iaitu aliran air dari Kota Sentosa, maksudnya loji air di Batu Kitang ke bandar Samarahan, sudah tidak mencukupi. Oleh itu, saya mencadangkan kepada kementerian yang terlibat untuk membesarkan lagi paip utama, saluran utama air ke Kota Samarahan ataupun membuat satu lagi paip kedua sebagai saluran kedua menyalurkan air dari loji penapisan air dari Kuching ke Samarahan.
Begitu juga saya ingin hendak merayu kepada kementerian untuk melihat, meninjau tentang kemudahan bekalan elektrik di Kota Samarahan. Kita mempunyai sistem
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
elektrik yang baik sebenarnya. Namun begitu, disebabkan peningkatan penduduk yang begitu tinggi, keperluan elektrik ini kurang mencukupi. Banyak break down yang berlaku, banyak terputus bekalan elektrik. Oleh itu, kita memohon kepada kementerian untuk melihat, mengkaji untuk meningkatkan lagi kuasa ataupun aliran elektrik di Kota Samarahan.
Akhir sekali isu berkaitan dengan internet. Dari sudut kelajuan internet di kawasan Kota Samarahan. Kelajuan internet ini sering menjadi isu. Bukan sahaja isu rakyat di Samarahan tetapi dua IPTA terbesar di Samarahan iaitu UNIMAS dan UiTM. Kelajuan internet di Kota Samarahan ini agak terhad. Cuma dapat 3G sahaja. Susah hendak dapat high frekuensi itu. Oleh sebab itu, kita hendak minta kalau boleh SKMM mencari penyelesaian bagaimana meningkatkan kelajuan internet ini memandangkan keperluan yang mendesak bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi juga rakyat Samarahan secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Last ya. Akhir kata, saya sangat kagum dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya amat yakin dan percaya Titah ini akan terus menjadi inspirasi untuk kita di dalam Dewan ini bertungkus-lumus untuk menjayakan Program Transformasi Kerajaan dan menjadi batu loncatan ke arah anjakan paradigma dalam memajukan negara dari segenap pelosok aspek kehidupan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu Kota Samarahan menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih diberi peluang dalam perbahasan Titah Diraja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sambung esok Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 20 Mac 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.32 malam]