Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:
(a) adakah pihak kementerian boleh melibatkan lebih banyak penyertaan golongan wanita muda terutamanya pelajar-pelajar wanita IPTA yang kreatif dalam Program 1CATs; dan
(b) apakah prosedur yang perlu dilalui untuk menyertai program ini dan berapakah dana yang diperuntukkan oleh kementerian bagi program ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1Malaysia, salam 1Inovasi. Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi ialah berkenaan dengan 1CATs yang mana itulah ringkasan daripada apa yang dipanggil Innovation Catalyst ataupun Penggerak Inovasi 1Malaysia. Ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk memperkasakan budaya inovasi di kalangan masyarakat di atas semangat kesukarelawan. Ia merupakan satu program sukarelawan yang dijalankan di bawah salah satu daripada agensi di bawah Kementerian, Teknologi dan Inovasi iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Ini adalah sebagai satu usaha untuk memperkasakan golongan belia 18 tahun ke atas di dalam membudayakan inovasi di kalangan komuniti daripada akar umbi.
Sehingga kini, seramai 3,381 orang belia telah mendaftar sebagai sukarelawan 1CATs ini dan jumlah tersebut, 1,846 orang adalah terdiri daripada golongan wanita iaitu 55% daripada sukarelawan ini daripada golongan wanita. Penyertaan 1CATs ini sebenarnya dipergiatkan menerusi sembilan program di seluruh negara merangkumi aktiviti fizikal dan juga atas talian. Penglibatan dalam program menerusi laman web 1CATs ini adalah Jejak Inovasi, YIM Ideation, Team Event serta aplikasi mudah alih YIM yang memberikan pendedahan kepada golongan belia yang membolehkan mereka menjadi ejen perubahan di kalangan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran, memupuk kepentingan inovasi di dalam diri, komuniti dan negara.
Jadi tadi Yang Berhormat dari Masjid Tanah juga bertanya macam mana untuk mempergiatkan lagi. Amat mudah kerana penyertaan sukarelawan 1CATs ini terbuka kepada para belia yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia menerusi laman sesawang www.1cats.my. Di laman sesawang ini ada buku panduan yang mana bolehlah Yang Berhormat mengkajinya untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang program ini. Program ini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, telah dilancarkan pada 4 Mac 2013 dengan perbelanjaan peruntukan sebanyak RM530,000. Sekian, terima kasih.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi jawapan yang diberikan setakat hari ini, keahlian sebanyak lebih 3,000. Daripada jumlah tersebut yang menjadi keahlian 1CATs. Bolehkah
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat berikan apakah sumbangan mereka kepada inovasi negara kerana mereka ini di dalam kategori umur 18 tahun ke atas. Jadi idea mereka ini. Apakah sumbangan mereka kepada inovasi? Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Seperti saya katakan tadi, sebenarnya saya ada pecahan-pecahan mereka yang telah mengetuai 1CATs ini tetapi untuk Yang Berhormat Masjid Tanah, Melaka hanya 40 orang sahaja iaitu sepuluh lelaki dan 30 orang wanita. Nampaknya Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Masjid Tanah kena kerja kuat sikitlah untuk menambah.
Kalau cerita sumbangan, sebenarnya 1CATs ini adalah salah satu daripada agen untuk memperkasakan lagi produk inovasi negara. Salah satu program yang saya sebut itu ialah Jejak Inovasi di mana 1CATs ini telah memberi sumbangan sebahagian daripadanya.
Oleh sebab itu, 550 produk inovasi telah pun dijejaki selama penubuhannya dan sebanyak 54 produk inovasi telah pun ditambah baik.
Selain daripada itu, sukarelawan 1CATs juga telah menyertai School Club Innovation Toolkit pada tahun 2013. Mereka juga telah menjadi sukarelawan untuk program Kit Event di mana mereka telah menyemai budaya inovasi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. YIM Ideation Innovation Youth dan juga yang paling besar sekali, 1CATs ini juga telah memberi sumbangan kepada program-program World Innovation Forum Kuala Lumpur yang telah diadakan pada hujung tahun lepas. Sekian, terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya menyokong penuh 1CATs ini kerana ini satu usaha yang baik bagi mencungkil bakat- bakat remaja. Akan tetapi saya selalu mengikuti program inovasi di peringkat sekolah menengah dan juga mereka ini sebenarnya berjaya sampai membawa program mereka ataupun research mereka atau inovasi mereka sampai ke luar negeri. Akan tetapi apa yang menjadi kemusykilan saya ialah sejauh mana produk-produk mereka ini dapat kita komersialkan dan kita beri bimbingan sampai mereka berjaya di peringkat– maksudnya sampai mereka di peringkat universiti dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat itu memang betullah. Sebenarnya kita tak risau sangat budaya inovasi di kalangan pelajar-pelajar sekolah, di kalangan mahasiswa. Kita tidak ada masalah kerana ini terbukti daripada kejayaan mereka dalam banyak program di peringkat negara. Kalau kita lihat sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan sampai setakat 31 Januari yang lepas, kalau kita lihat kita telah memenangi anugerah peringkat antarabangsa sebanyak 26 anugerah dan kalau tengok, peringkat nasional sebanyak 56 anugerah. Jadi, ini menunjukkan semangat inovasi. Budaya inovasi sangat berkembang subur dengan sistem pelajaran yang baik, kemudahan yang ada dan apa yang telah diberikan oleh kerajaan.
Selepas mereka menang itu, what is next? Itu yang menjadi persoalan kita.
Apabila saya sampai kepada kementerian pada awal tahun 2004, kita telah merancang satu program dipanggil MOSTI Commercialization Year ataupun Tahun Pemasyhuran Produk Inovasi Negara yang telah pun dilancarkan pada 24 Januari yang lepas oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Kita bercadang untuk membolehkan 60 produk untuk tahun ini sahaja boleh dikomersialkan, bermakna produk-produk ini perlu ada di pasaran. Maksudnya berada di supermarket, perlu berada di farmasi dan dijual di kedai-kedai di Malaysia. Jadi cara ini kita menggunakan sistem outreach Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Kalau dahulu projek itu disimpan dekat shelf, sekarang ini kita pergi cari dia.
Kita cari dia, kita tanya dia apa benda yang perlu dibuat dan kita akan bimbing produk ini sampailah benda ini berada di pasaran dan ini adalah bidang utama MOSTI dan kita merasakan sampai tahun 2020, produk yang mesti berada di pasaran sebanyak 360 produk mesti berada di pasaran tapi sangat menggembirakan Tuan Yang di-Pertua, walaupun pada tahun 2014 ini kita merancang untuk mendapat 60, sampai hari ini 39 produk sudah pun berada dan sedia ini dilancarkan. Inilah sebahagian usaha yang dijalankan oleh kementerian untuk membolehkan produk inovasi boleh dikomersialkan.
Sekian, terima kasih.
2. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah perkembangan terkini perundingan yang telah disertai oleh kerajaan berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Trans-Pacific Partnerships Agreement (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa Mohamed
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Marang bersekali dengan soalan nombor 16 daripada Yang Berhormat Klang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Silakan.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Trans-Pacific Partnerships Agreement ataupun ringkaskan TPP. Rundingan di bawah TPP dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pegawai dan kedua peringkat Menteri. Semenjak bulan Mac 2010 iaitu empat tahun lalu, apabila pusingan pertama rundingan dimulakan, sebanyak 19 rundingan telah diadakan di peringat pegawai dan ketua-ketua perunding yang melibatkan 12 buah negara.
Pegawai-pegawai mengadakan rundingan berdasarkan mandat yang diberikan oleh Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Menteri sebanyak enam mesyuarat telah diadakan. Akhir-akhir ini Menteri sendiri telah terlibat secara langsung dalam rundingan TPP. Saya terlibat dalam dua rundingan terakhir secara langsung, dua kali. Rundingan pertama yang melibatkan Menteri secara langsung ialah pada bulan Disember tahun lalu di Singapura dan pada bulan Februari tahun ini juga di Singapura. Selain daripada rundingan di peringkat Menteri dan pegawai, perbincangan juga diadakan di peringkat Ketua-ketua Negara dan sehingga ini, Ketua-ketua Negara TPP telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat sebanyak empat kali bagi memantau perjalanan rundingan TPP. Perbincangan terakhir di peringkat Ketua-ketua Negara telah diadakan di Bali pada bulan November 2013.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mesyuarat yang diadakan di Singapura pada akhir bulan lalu, Menteri-menteri telah menghalusi beberapa perkara yang masih belum dimuktamadkan. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut; tujuh perkara utama.
(i) akses pasaran. Ini melibatkan rundingan untuk menurunkan tarif ke atas barang-barang tertentu termasuklah keluaran pertanian;
(ii) perolehan kerajaan. Perkara yang sukar untuk kita;
(iii) syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun state-owned enterprise;
(iv) isu-isu alam sekitar;
(v) buruh;
(vi) hak harta intelek; dan
(vii) pelaburan khususnya pertikaian pelaburan ataupun investor- state dispute settlement mechanism. Tuan Yang di-Pertua, terdapat kemajuan dalam beberapa perkara yang dirundingkan. Sebagai contoh, dalam bab sanitary dan phytosanitary, isu berkaitan halal telah mencapai kata sepakat di mana halal dipersetujui oleh Negara-negara TPP untuk dikecualikan daripada skop perjanjian. Bermakna tidak ada negara yang berhak untuk mempertikaikan dasar Malaysia berkaitan dengan halal. Tuan Yang di-Pertua, dalam rundingan akses pasaran, banyak lagi jurang yang terdapat antara negara-negara termasuklah antara negara-negara termaju di kalangan negara-negara TPP. Isu-isu ini antaranya berkaitan dengan pertanian. Ini merupakan satu masalah besar, bukan sahaja dalam TPP tetapi dalam rundingan lain di seluruh dunia.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih mengekalkan mandat yang diberikan oleh Jemaah Menteri mengenai isu-isu di mana Malaysia mempunyai isu-isu yang berkepentingan dalam bab-bab seperti pelaburan khususnya berkaitan dengan investor- state dispute settlement yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang, berkaitan alam sekitar, perolehan kerajaan, syarikat hak milik kerajaan (SOE) dan hak harta intelek.
Dato' Sri Mustapa Mohamed
Pasukan perunding Malaysia sedang berunding untuk mencapai fleksibiliti yang diperlukan supaya kepentingan dan kedaulatan negara terjamin. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan meneruskan usaha untuk mencapai persetujuan dalam isu-isu yang tertunggak berdasarkan mandat Jemaah Menteri dan kepentingan negara. Kerajaan berpendirian bahawa pendekatan dan keputusan sama ada untuk menandatangani perjanjian tersebut adalah berlandaskan perkara-perkara substantif yang boleh dipersetujui oleh Malaysia dan bukan tertakluk kepada desakan mana-mana negara atau untuk memuktamadkannya dalam satu tempoh tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lalu kerajaan telah mengadakan 57 dengan izin, engagement dengan pihak berkepentingan dan pada tahun ini sebanyak empat engagement telah diadakan mengenai TPP dan keempat-empat itu melibatkan saya sendiri.
Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sebuah kokus Parlimen yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang telah ditubuhkan. Kokus ini diketuai oleh Yang Berhormat dari Jasin. Kita ada lima Ahli Barisan Nasional dan lima pembangkang mewakili DAP, PKR dan juga PAS. Saya menyatakan di sini penghargaan saya kepada semua ahli kokus ini, daripada kerajaan dan pembangkang kerana telah memberi banyak input kepada saya dan kerajaan. Input dan teguran dan ingatan, ini amat saya hargai dan ia memberikan kita banyak panduan untuk memastikan bahawa kepentingan negara akan terus terpelihara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Marang.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah kepekaan kerajaan terhadap akan wujudkan persaingan perlumbaan dalam konsep liberal kapitalisme dalam ekonomi bahkan politik antarabangsa yang melibatkan kuasa besar pada politik ekonomi dalam keadaan kita mengadakan perbincangan dalam suasana sudah tentu negara-negara kecil, negara sedang membangun tidak mempunyai daya saing yang kukuh daripada segi teknologi, aktiviti pasaran, standard dan sebagainya. Dalam keadaan negara- negara kuasa besar ini boleh menjadikan segala undang-undang dan perjanjian laksana sarang labah-labah yang boleh dirempuh begitu sahaja.
Kita semua tahu, banyak sudah berlaku. Kita bimbang kita hanya terlibat sekadar untuk melepaskan krisis ekonomi yang melanda Barat hari ini dan akan menjadi laksana melepaskan anjing tersepit. Sejauh manakah perundingan melibatkan kerajaan negeri termasuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Soalan yang kedua, tambahan lagi. Siapakah konsultan yang terlibat dalam menasihatkan kerajaan dalam perundingan ini? Yang kedua, mengapa tidak memilih kerjasama serantau kalangan negara ASEAN, OIC negara yang setaraf dengan kita, dalam perjanjian yang lebih dikukuhkan lagi laksana EU kalangan negara Eropah yang menguatkan kedudukan secara kolektif dalam keadaan kita tidak putus dengan negara- negara seluruh dunia. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Marang. Tuan Yang di-Pertua, ada empat soalan tadi. Pertama berkaitan kuasa besar dan kuasa kecil, kedua berkaitan dengan konsultan, ketiga berkaitan dengan tumpuan kepada kerjasama serantau, dan keempat berkaitan dengan perundingan dengan negeri.
Kuasa besar dan kuasa kecil ini, ini realiti. Ada negara kecil dan ada negara besar.
Sukar untuk kita ubah keadaan ini. Ada negara luas dari segi geografinya, ada kecil. Apa yang boleh manusia usaha ialah untuk menjadikan negara lebih maju dan lebih kaya. Ada negara kecil, Brunei dan Norway umpamanya, negara kecil tetapi kaya. Itu manusia boleh tentukan. Jadi, besar dan kecil ini ada kehendak Allah dan ada yang boleh kita usahakan.
Jadi dalam mana-mana perundingan, kita ada dua pihak. Apa juga yang kita lakukan berdasarkan kepada kepentingan negara. Kita membuat kajian dan kita mendapat input daripada banyak engagement yang kita laksanakan, termasuk pada Ahli-ahli Parlimen. Itu sebabnya saya amat menghargai pandangan semua Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan juga pembangkang yang telah memandu kami menentukan pendirian kerajaan dalam hal tertentu. Jadi kuasa kecil atau kuasa besar ini tidak relevan kerana
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
akhirnya, apa juga yang kita lakukan adalah memastikan kepentingan negara, kedaulatan negara terjamin. Ini berkaitan kuasa kecil dan kuasa besar.
Kedua, yang memberi nasihat kepada kerajaan, sudah pasti Ahli-ahli Parlimen yang banyak memberi pandangan. Saya sendiri mengadakan banyak konsultasi dan juga engagement dengan pihak-pihak yang tertentu. Umpamanya Ahli Parlimen telah mencadangkan supaya diadakan lebih banyak engagement. Ahli Parlimen mencadangkan supaya diadakan perbahasan di Parlimen. Ahli Parlimen mencadangkan supaya diadakan lebih banyak lagi kajian. Jadi kesemua ini telah kita lakukan. Umpamanya berkaitan dengan kajian kita telah jalankan dua kajian. Ia telah pun selesai dua peringkat seperti yang saya maklumkan sebelum ini, peringkat awal dan peringkat akhir. Jadi ini adalah hasil daripada cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen. Jadi kalau Yang Berhormat Marang tanya siapa konsultan kita, antaranya Ahli-ahli Parlimen, kokus Parlimen yang telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini.
Berkaitan dengan serantau dan TPP. Serantau penting dan itu sebabnya dasar kita ASEAN nombor satu, yang terpenting untuk kita negara serantau. Sepuluh buah negara ASEAN, ini merupakan tumpuan priority keutamaan kita dalam perhubungan. Akan tetapi bukan bermakna kita tidak boleh berkawan dengan pihak lain, ya. Walaupun kita ada ASEAN, kita ada OIC dan kita ada Komanwel. Sebagai sebuah negara kita perlu berbaik dengan negara-negara yang mempunyai kepentingan yang sama. Maka tidak ada salahnya tumpuan atau priority kita ialah kepada serantau, ASEAN, OIC negara Islam, dan negara Komanwel tetapi tidak ada salahnya kita menjalin hubungan dengan negara-negara lain.
Berkaitan dengan negeri, isu-isu melibatkan negeri ialah isu berkaitan dengan alam sekitar khususnya. Perundingan telah pun diadakan oleh kementerian berkenaan dan negeri telah menyatakan kepada Kerajaan Pusat bahawa hal-hal dalam perlembagaan yang jelas bahawa ini tanggungjawab negeri, maka Kerajaan Pusat tidak boleh mencampurinya. Maka dalam kita merundingkan hal-hal berkaitan dengan perhutanan dan juga alam sekitar, Kerajaan Pusat memang berpandukan kepada mandat bahawa kita kena berpandukan kepada perlembagaan. Ada kuasa negeri, kuasa Pusat dan kita mempertahankan hak negeri untuk hal-hal berkaitan dengan perhutanan dan juga alam sekitar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, perjanjian TPP ini telah pun memasuki fasa yang terpenting sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi yang mana enam kali mesyuarat di peringkat Menteri dan juga empat kali rundingan di peringkat Ketua-ketua Negara. Perbincangan ini melibatkan 12 buah negara yang berunding untuk mempertahankan kepentingan industri masing-masing. Seperti juga negara kita yang memfokuskan tentang isu bumiputera, pemerolehan kerajaan, alam sekitar yang melibatkan buruh, hak cipta, intelektual dan juga syarikat-syarikat milik negara.
Soalan tambahan saya, sejauh manakah usaha yang diambil oleh kerajaan di dalam memastikan kita dapat mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara di dalam rundingan TPPA ini. Sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian TPPA ini, adakah ia akan memberi kesan positif kepada industri komoditi negara seperti sawit dan getah? Sebagaimana yang kita tahu kedua-dua komoditi ini melibatkan masyarakat yang berpendapatan rendah di kawasan luar bandar. Mohon penjelasan, terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang. Salah satu daripada aspek penting dalam rundingan ini ialah aspek akses pasaran. Kita hendak menembusi pasaran luar negara. Dalam perundingan ini antara yang diliputi merujuk kepada soalan yang Machang, komoditi ialah minyak kelapa sawit dan juga papan lapis, plywood antara perkara-perkara yang dibincangkan. Umpamanya bagi papan lapis yang mana ramai juga terlibat dalam industri ini di Sabah, Sarawak, dan negeri Semenanjung. Kita sedang menggunakan akses lebih baik untuk produk ini di pasaran Jepun.
Sekarang ini tarif yang agak tinggi digunakan di Jepun. Maka yang kita rundingkan di Jepun ialah untuk menggunakan tarif kalaupun tidak dimasukkan sepenuhnya. Kelapa sawit umpamanya bagi negara Kanada. Sekarang ini memasuki pasaran Kanada tidak ada tarif kerana Malaysia mendapat faedah daripada GSP. Bermula tahun hadapan kita akan dikeluarkan daripada negara yang layak menerima faedah daripada GSP. Bermakna dikenakan duti dan kita difahamkan duti mungkin sehingga 10% di negara Kanada. Jadi kalau sekiranya kita berjaya untuk merundingkan TPP, kita akan dapat terus menikmati
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
akses ke pasaran Kanada dalam kelapa sawit. Ini dua contoh. Satu papan lapis, plywood dan yang kedua ialah kelapa sawit di pasaran Kanada.
Berkaitan dengan setakat mana kita mampu mempertahankan negara, dua perkara. Pertama, dasar-dasar kita. Kita ada dasar-dasar yang penting, bumiputera umpamanya. Kita tetap mempertahankan dasar bumiputera dalam bidang perolehan kerajaan, government procurement sebagai contoh, ya. Pertama, dasar-dasar negara yang penting untuk kita pertahankan. Kita hendak pastikan bahawa kita terus ada kebebasan untuk melaksanakan dasar. Policy space itu terus ada. Kita tidak mahu ada kawalan terhadap dasar-dasar yang kita laksanakan.
Kedua, sudah pasti kita berpandukan kepada perlembagaan undang-undang negara. Kalau perjanjian ini melibatkan pindaan perlembagaan umpamanya, maka sudah pasti ini amat sukar untuk Ahli-ahli Yang Berhormat menimbangkannya. Jadi, insya-Allah, saya selaku perunding utama sekarang ini memberi jaminan akan mempertahankan kedaulatan negara berpandu kepada mandat yang diberikan oleh Kabinet dan pandangan- pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini adalah tahun keempat Malaysia menyertai rundingan TPP dan terus menjalankan perundingan. Kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan perunding yang telah menunjukkan kesungguhan dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi sekali dalam memastikan supaya kita memperoleh kejayaan. Jadi soalan saya, setakat ini setelah 12 buah negara menyertai, yang terakhirnya negara Korea telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka berminat untuk menyertai. Apakah sebenarnya indikasi tersebut dan apakah dengan lawatan Presiden Amerika pada bulan hadapan boleh mempengaruhi keputusan ataupun pendirian negara-negara anggota?
Keduanya, setakat manakah kejayaan kita setakat ini setelah kita menjalankan beberapa konsultasi dan juga dengan izin, engagement, dengan semua stakeholders dan juga NGO-NGO yang telah menyatakan kebimbangan mereka apabila TPPA ini dimuktamadkan bagi menjaga kepentingan terutamanya pada perkara-perkara yang sensitif? Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin adalah Pengerusi Kokus Parlimen berkaitan TPP dan saya ucapkan terima kasihlah kepada beliau kerana telah memberi perangsang kepada kami untuk mempertahankan kepentingan negara dalam rundingan TPP ini.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Berkaitan dengan Korea dan Amerika Syarikat, Korea memang secara publik telah mengumumkan hasratnya untuk menyertai rundingan. Perkara ini telah kami timbangkan dalam mesyuarat di Singapura bulan Februari yang lalu, tidak ada keputusan dibuat. Buat masa ini walaupun ada beberapa buah negara yang berminat, kami merasakan lebih baik diteruskan dengan 12 negara. Dengan 12 negara pun banyak masalah tertunggak yang belum selesai, apatah lagi kalau ditambah lagi bilangan negara. Jadi, memang ada negara yang berminat dan Korea telah menyatakan secara terbuka dan tidak ada keputusan dibuat kerana kita merasakan perlu diberikan tumpuan kepada 12 negara yang sedang berunding.
Mengenai lawatan Presiden Amerika ke Malaysia yang dijangka berlaku dalam sedikit masa lagi. Ini tidak akan beri tekanan kepada kita. Kita ada dasar kita, perlembagaan kita. Akhir sekali kepentingan negara. Saya ingin beri jaminan bahawa yang terpenting adalah kepentingan negara. Tidak ada mana-mana negara yang boleh memberi tekanan kepada kita, yang akan memaksa kita untuk mengambil sesuatu pendirian. Ini adalah perkara yang kita ingin tegaskan, ulangi. Banyak kali kita ulang dalam Parlimen.
Berkaitan dengan kemampuan negara, SME, bumiputera, government procurement dan lain-lain, kita cukup maklum bahawa bumiputera belum sedia lagi untuk bersaing. Begitu jugalah state-owned enterprises dalam engagement kita dengan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan. Juga berpandu kepada perbincangan kita dengan mereka, kita tetap mempertahankan dasar kita untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan dapat terus menjalankan tugas yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Jadi
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
engagement dengan izin, telah diadakan ini amat berfaedah kepada saya dan rakan-rakan kerana ia membulatkan tekad kita untuk pastikan apa juga yang kita lakukan adalah berlandaskan kepada kepentingan negara. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Tambahan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya mempunyai kuasa untuk tiga sahaja.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya mengikut jejak langkah Pengerusi Kokus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya ada tiga kuasa dibenarkan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Dua daripada Barisan Nasional, eloklah kalau dua daripada Pakatan Rakyat. Isu TPP Tuan Yang di-Pertua, saya mohon.
Isu TPP, pendek sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Di bawah peraturan Yang Berhormat. Di bawah Peraturan Mesyuarat 24.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Baik. Kalaulah Tuan Yang di- Pertua boleh mengambil kira bukan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Pertimbangkan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Pertimbangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan Mesyuarat 24(3). Minta maaf, sentuh dalam perbahasan. Terima kasih. Saya jemput Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh. Sila.
3. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes rogol bawah umur khususnya yang berusia 16 tahun ke bawah seluruh negara tahun 2013 dan nyatakan langkah kerajaan bagi membendung kes berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Masa saya juga telah tiba, jawapan pun akan diberi juga. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jenayah rogol adalah satu jenayah kekerasan yang sukar untuk dikesan pelakunya.
Ia boleh berlaku tanpa dirancang dan secara spontan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira mangsa, bangsa dan agama.
Pihak polis memandang serius ke atas kes jenayah rogol terutama yang melibatkan remaja yang berumur 16 tahun ke bawah yang mana kes rogol sedemikian diklasifikasikan sebagai statutory rape. Ia tidak memerlukan kekerasan dan boleh juga dikatakan consensual sex ataupun ‘persetemuan’ jenis yang disukai bersama pun juga menjadi rape di bawah istilah seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Daripada siasatan polis mempercayai kebanyakan kes berlaku disebabkan pengaruh internet yang boleh diakses tanpa had terutama bahan lucah dan mengghairahkan. Pengaruh rakan-rakan juga tidak boleh dinafikan dan perasaan ingin mencuba ataupun dapat cabaran daripada rakan juga ada kesan kepada pihak yang melakukannya.
Statistik mangsa jenayah rogol yang melibatkan remaja 15 tahun ke bawah bagi tahun 2012 adalah sebanyak 1,550. Mangsa terdiri daripada 1,243 orang Melayu iaitu 80%. Sebanyak 73 Cina iaitu 5%, 45 India iaitu 3% dan 189 orang terdiri daripada lain- lain bangsa iaitu 12%. Manakala bagi tahun 2013 pula, seramai 1,424 mangsa rogol dilaporkan iaitu sebanyak 1,147 Melayu, 62 Cina, 32 India dan 183 orang lain-lain bangsa. Ini bukan bermakna orang Melayu kebanyakannya secara nisbah melakukan kes rogol secara sedemikian. Sebenarnya, oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat oleh pihak-pihak ini. Pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima, perkara yang
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain. Maka, nisbahnya lebih di bawah dan turun sedikit daripada angka yang ada di balai polis.
Walaupun angka telah menunjukkan penurunan untuk tahun kajian, tetapi angka tersebut masih membimbangkan kita semua memandangkan kanak-kanak menjadi mangsa adalah berumur sekitar 13 tahun hingga 16 tahun yang meliputi hampir 90% daripada jumlah yang dilaporkan. Pelbagai langkah diambil oleh pihak kerajaan dan pihak polis untuk membendung jenayah rogol ialah seperti berikut:
(i) penubuhan bahagian D.11 dalam Jabatan Siasatan Jenayah bagi menangani penyiasatan kes seksual, penderaan kanak- kanak, keganasan rumah tangga secara lebih berkesan kerana banyak fungsi menyiasat dan membantu kes-kes keganasan, rogol, sumbang mahram, gangguan seksual, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga yang melibatkan ramai kaum wanita dan kanak-kanak;
(ii) perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) yang disediakan di hospital khusus bagi menangani mangsa secara lebih profesional demi menjaga maruah dan mangsa lebih selesa untuk memberi keterangan;
(iii) menyediakan khidmat kaunseling dan triaj di balai-balai polis untuk membolehkan perhatian segera kepada mangsa yang masih dalam kejutan terutama kes-kes traumatik dan segera laporan keterangan diberi dalam bilik khusus yang tidak terdedah kepada pendengaran ataupun pandangan orang lain;
(iv) perkhidmatan merakam keterangan saksi kanak-kanak, umur saksi bawah 16 tahun melalui rakaman video di Pusat Temu duga Kanak-kanak PDRM, Child Interview Centre (CIC). Langkah ini bertujuan untuk tidak mendedahkan identiti saksi dari diganggu dan diancam oleh suspek;
(v) perkhidmatan kaunseling dan membantu sokongan yang bersesuaian bagi mangsa yang memerlukan Pusat Sokongan Mangsa PDRM, Victim Care Centre (VCC);
(vi) program cegah jenayah yang diadakan di sekolah-sekolah, IPTA, IPTS, media masa, women awareness campaign dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, badan bukan kerajaan, NGO dan swasta; dan
(vii) mempunyai jaringan kerjasama dengan Yayasan Pencegah Jenayah, Malaysia Crime Prevention Foundation dan pelbagai agensi kerajaan serta lain-lain NGO ke arah memberi kesedaran dan keprihatinan masyarakat dalam mencegah dan membasmi jenayah termasuk jenayah rogol.
Walau terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan NGO, apa yang penting bagi menangani isu ini ialah terletak kepada peranan institusi kekeluargaan itu sendiri di mana peranan ibu bapa begitu besar untuk mendidik anak- anak mereka menjadi insan yang kamil dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. dalam kes-kes seksual ini, apa yang biasa berlaku adalah pihak yang tidak berpuas hati biasanya sama ada di pihak tertuduh atau di pihak pendakwa akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih atas. Tidak semestinya kalau kes dilepaskan di mahkamah yang lebih bawah dan akan disabitkan ataupun dilepaskan juga di mahkamah lebih atas. Ini untuk pengetahuan umum.
Ini kerana kita tahu mahkamah ini sebenarnya bertindak atas keterangan fakta.
Fakta yang diberi di mahkamah, itu yang diambil kira. Jadi, tidak timbul maknanya kalau ada apa-apa bisikan kah, arahan kah, mahkamah tidak boleh sewenang wenang untuk melepas atau menyabitkan seseorang pesalah. Jadi, maknanya kita hendak beritahu
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
bahawa mahkamah bertindak atas apa keterangan yang diberikan. Fakta dan juga undang- undang. Jadi...
Seorang Ahli
Jangan bahas, soalan. Soalan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sabarlah dahulu, nanti tidak faham. Saya hendak bagi faham. Ada yang tidak faham. Ada yang dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi dan ke Mahkamah Rayuan. Ada dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Kalau daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan...
Seorang Ahli
Oh, gitu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Oh, tidak faham lagi? Inilah masanya orang yang lebih faham melampau-lampau faham.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Soalan. Soalan, ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, pengalaman saya selama 27 tahun dalam kehakiman...
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, soalan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tidak, tidak. Hendak bagi faham. Kalau saya tidak beritahu, makna ramai yang tidak faham. Itu susah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu, ini sesi soal jawab lisan.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Janganlah ganggu. This is my floor.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Perbahasan nanti selepas ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi soalan saya mudah sahaja. Jadi, dengan memboikot sidang Parlimen...
[Dewan riuh]
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sabar-sabar, sabar. Yang Berhormat Shah Alam. Dengan memboikot sidang Parlimen dan juga reformasi yang diuar-uarkan akan diadakan, adakah itu merupakan satu proses undang-undang? Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ini kes serius.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Itu soalan saya. Adakah itu satu proses undang-undang yang betul? Walaupun boikot dibuat pada tempoh hari atas alasan lain, tetapi dibuat atas keadilan mahkamah, tidak adil.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, ini kes serius berkenaan isu rogol, tetapi ini lari topik.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Alasannya hendak pergi kepada PRK Kajang. Itulah soalan saya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Jangan buang masa kita soal jawab.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sama ada...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini merogol soalan ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Jadi, soalan saya adakah itu satu pencabulan kepada proses perundangan?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Langsung tidak ada kaitan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri, ini tidak perlu jawab, pakar ada dalam Dewan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Nampaknya macam kita tidak ambil serius perkara ini.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tahu, Yang Berhormat sekalian, diam sekejap ya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ini kes serius.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tahu Yang Berhormat Menteri lebih arif tentang peraturan. Sila Yang Berhormat.
Oleh sebab selalu semasa Yang Berhormat Menteri menjadi Speaker, dia akan bertanya kepada Menteri sama ada hendak jawab atau tidak jawab. Terpulang kepada Menteri.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan saya tidak mahu jawab. Sebenarnya banyak sangat interference itu. Gangguan itu banyak sangat. Jadi saya tidak dengar betul soalan itu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Ya?
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Saya belum habis Yang Berhormat.
Saya hendak menjawab oleh sebab Tuan Yang di-Pertua sendiri sebut tadi, soalan floor Yang Berhormat. Sebenarnya masa soal jawab ini, floor belongs to the Speaker. Kita tidak ada floor. Tidak pernah pun ada. The Speaker only can get the floor. Jadi, kalau Speaker suruh duduk itu, kena duduk lah.
Jadi, soalan itu tadi. Interference daripada – kita mempunyai apa yang dikatakan separation of powers ya. Separation of powers ini ialah...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kata tidak dengar soalan.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Hakim boleh membuat keputusan dan pihak lain umpamanya legislature ataupun Parlimen tidak boleh mengganggu.
Maknanya, Ahli Parlimen tidak boleh mengganggu keputusan apa yang hakim telah buat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Balik kepada soalan.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Akan tetapi, kalau Parlimen itu tidak bersetuju dengan keputusan yang hakim telah buat, kita buatkan perundangan di Parlimen untuk reversekan hakim punya keputusan. Itu sahaja yang boleh kita buat tetapi tidak boleh ditentang dan diperlekehkan keputusan-keputusan Parlimen. Kalau itulah soalan yang dibawa oleh Setiu tadi. Jadi, tidak siapa yang boleh memperlekehkan keputusan mahkamah dan hakim dalam satu-satu kes.
Prosedur yang kita gunakan sekarang ialah kita warisi daripada British. Kalau tidak salah saya, kita masih menggunakan Whitebook 79 kalau tidak salah saya. Tidak mengubah pada satu pertubuhan British pada 81. Kita tidak ubah kita punya. Prosedur kita masih mengikut itu dan garis panduan kita masih mengikut garis panduan British itu.
Jadi, dalam sudut itu Tuan Yang di-Pertua maknanya tidak siapa pun– kerajaan tidak boleh interfere, pihak judiciary tidak boleh interfere kepada mana-mana pihak punya keputusan khususnya hakim dan judiciary itu sendiri. Dengan itu, kalau adalah perubahan, mintalah buat usul undang-undang. Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kembali kepada soalan asal. Kalau kita tengok statistik yang ada dalam negara kita cukup menggerunkan. Daripada setiap 15 minit, satu kes rogol berlaku dalam negara kita dan daripada 10 kes, hanya satu sahaja yang dilaporkan. Kita tengok kajian daripada 3,600 kes, hanya 162 kes sahaja yang telah dikenakan hukuman. Ini contoh berlaku pada tahun 2009.
Jadi, ini adalah menunjukkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan dengan statistik yang begitu banyak, ribuan kes setiap tahun, kes rogol berlaku dan bukan sahaja melibatkan malah sumbang mahram, melibatkan keluarga terdekat. Ini juga satu perkara yang menzalimi terutama wanita dan kanak-kanak. Jadi, sejauh mana usaha kerajaan untuk mengatasi isu ini dengan sebaik
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
mungkin begitu juga penguatkuasaan undang-undang mengatasi segala kelemahan yang ada pada hari ini. Minta penjelasan.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, soalan itu amat baik. Saya bersetuju. Apa yang berlaku amat menggerunkan. Pada awal jawapan saya tadi pun, saya sebutkan begitu juga. Akan tetapi, kelemahan masyarakat kita ialah kita banyak sangat perkara lain, perkara pentingkan kemasyarakatan, kebaikan kepada masyarakat itu jarang kita buat. Yang banyak kita buat, politik, maki hamun, marah orang lain. Itu sahaja yang banyak kita buat.
Jadi, dalam keadaan sedemikian sepatutnya masyarakat Malaysia berganding bahu dengan pihak penguat kuasa, jangan letakkan tanggungjawab ini kepada pihak penguat kuasa, pihak polis dan pihak-pihak yang saya sudah sebutkan tadi. Kita sudah buat seberapa baik yang boleh tetapi kalau masyarakat itu sendiri tidak menyokong, tidak membantu, tidak memberi kerjasama yang tinggi kepada pihak penguat kuasa, kita akan gagal dalam menangani masalah undang-undang, moral dan agama negara kita sendiri.
Akan tetapi malangnya Yang Berhormat, kita hanya pandai bercakap tetapi keluar di sana nanti, kita buat perkara lain, dan kita letak semula 100% tugas dan tanggungjawab ini kepada anak-anak kita. Soalan parenting, soalan komuniti servis, soalan kebaikan keluarga, adakah pernah kita beri keutamaan kepada kita sendiri? Tidak pernah. Kita sibuk mencari sumber kekayaan, kedudukan dan sebagainya, akhirnya kita lupa tugas dan tanggungjawab kita sendiri dan akhirnya meletakkan semua pihak. Gurulah diletak tanggungjawab, pihak polis, pihak-pihak lain yang bertanggungjawab telah diletakkan 100% menjaga anak-anak kita sendiri. Padahal kita sendiri bertanggungjawab lebih banyak daripada itu. Tidak kita buat. Jadi, kita kerjasamalah Yang Berhormat supaya kita menangani masalah ini bersama. Terima kasih.
4. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan rusuhan penyokong seperti perlawanan semi-final Johor dan Pahang baru-baru ini dapat dielakkan daripada berulang lagi.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
Tuan Yang di-Pertua saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bersekali dengan persoalan daripada Yang Berhormat Jelebu bertarikh 24 Mac, Yang Berhormat Lipis bertarikh 7 April, Yang Berhormat Sekijang bertarikh 7 April, Yang Berhormat Sipitang bertarikh 8 April dan Yang Berhormat Tanah Merah bertarikh 10 April kerana ia menyentuh berkaitan dengan perkara yang sama iaitu berkenaan dengan insiden yang melibatkan penyokong bola sepak baru-baru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Khairy Jamaluddin
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian berasa amat kesal dengan insiden yang melibatkan penyokong bola sepak semasa perlawanan liga super antara pasukan Pahang dengan pasukan JDT pada 7 Februari 2014 yang lalu. Tindakan segelintir penyokong bola sepak yang menunjukkan perlakuan yang agresif wajar dibendung dengan segera agar sukan bola sepak yang selama ini menjadi medium perpaduan di kalangan rakyat tidak menjadi medan persaingan di antara samseng bola sepak atau hooligans seperti mana yang pernah berlaku di negara- negara Eropah.
Justeru kempen anti keganasan iaitu “Love Football, Stop Hooliganism” telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 22 Februari lalu merupakan kempen berterusan dalam menyedarkan peminat bola sepak agar lebih berhemah dalam memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Selain daripada itu, Jawatankuasa Keselamatan yang ditubuhkan oleh FAM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan sebelum dan selepas perlawanan.
Tuan Khairy Jamaluddin
Selain daripada itu, dalam memastikan keselamatan penonton kawalan keselamatan di dalam dan di luar stadium turut diperketat dengan menyenaraikan barang- barang larangan seperti flare ataupun sua dan juga batang bendera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sekijang, mengenai jumlah insiden pergaduhan melibatkan penyokong bola sepak, sejak tahun 2010 hingga tahun 2014 untuk makluman Yang Berhormat maklumat yang diperoleh oleh FAM sebanyak 18 kes dari tahun 2012 hingga tahun 2014 yang telah pun direkodkan dan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Sekian terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih di atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Rusuhan seperti ini bukannya pertama kali berlaku di negara kita. Adakah kementerian bercadang untuk senarai hitamkan penyokong-penyokong mereka yang selalu membuat kekecohan dalam perlawanan dengan memperkenalkan tiket individu yang ada nama dan juga nombor IC supaya lebih berkesan untuk mengesan dan juga lebih senang untuk menyenaraihitamkan mereka ini. Rusuhan ini juga ada kaitan dengan rasa kekecewaan politik di dalam FAM. Bagaimana kemelut FAM ini dapat diselesaikan oleh kementerian agar prestasi sukan bola sepak kembali terserlah seperti zaman tahun 70-an. Sekian, terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas cadangan tadi. Sudah pasti antara satu langkah untuk kita mencegah tindakan daripada samseng bola sepak ini adalah untuk tidak membenarkan mereka yang sudah dikenakan tindakan untuk terus memasuki stadium.
Pertama ialah untuk kita mengenal pasti penyokong-penyokong tersebut. Dalam beberapa tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah pun diambil tindakan terhadap bukan hanya negeri-negeri dan kelab-kelab yang bertanding tetapi juga kepada penyokong-penyokong yang berkenaan. Saya melihat bahawa ada tindakan untuk mengenal pasti kumpulan samseng itu yang mana kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.
Ini juga selari dengan tindakan yang telah dibuat oleh banyak kelab dan juga persatuan-persatuan bola sepak di Eropah pada tahun 80-an dan 90-an apabila berlakunya pelbagai rusuhan dalam stadium yang telah mengakibatkan beberapa kes kematian yang berlaku di Eropah dan juga di England. Di mana mereka telah identify, mengenal pasti dengan izin bukan hanya individu tetapi sekumpulan hooligans ataupun group of supporters di mana kumpulan tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium. Cadangan Yang Berhormat untuk disyaratkan supaya nama dan IC dikenakan untuk tiket mungkin kita boleh kemukakan tetapi mungkin dari segi pentadbiran, mungkin susah untuk dilaksanakan buat masa ini tetapi kita akan kemukakan perkara, cadangan tersebut kepada jawatankuasa tatatertib FAM.
Soalan kedua daripada Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia seperti mana Yang Berhormat tahu dalam perlembagaan dan juga pemisahan kuasa antara Kementerian Belia dan Sukan mana-mana negara dan juga persatuan-persatuan sukan kita tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam pemilihan pimpinan dalam mana-mana persatuan sukan. Namun yang demikian untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemilihan bagi jawatankuasa dan pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia akan berlaku pada tahun ini. Saya difahamkan bahawa pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan jawatankuasa FAM akan dilaksanakan ataupun akan dilakukan pada bulan ini dan kita sama-sama lihat akan ada perubahan ataupun akan dikekalkan kepimpinan yang sama. Saya percaya pandangan peribadi saya pun amat jelas dan diketahui umum. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya bertanyakan soalan saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar dan guru daripada SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan (TAHAP) daripada Jerantut.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita tahu penyokong-penyokong yang datang ke stadium ini ada yang membawa anak-anak, isteri yang rata-rata ingin bersama-sama dengan keluarga mereka datang ke stadium.
Cuma saya hendak tanya, adakah pihak kementerian memikirkan penambahbaikan di peringkat prasarana di kawasan stadium seperti CCTV dan sebagainya. Mungkin kalau kita dapat mengenal pasti mana-mana penyokong ataupun mereka yang melakukan keganasan ini, kita kenakan tindakan yang lebih kepada mereka.
Saya kira mungkin kementerian blue ocean strategy perlu bekerjasama dengan
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Kementerian Dalam Negeri contohnya agar mereka ini dikenakan tindakan yang sewajarnya dan perkara ini mungkin dapat kita kekang pada masa yang akan datang.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Sekijang.
Sudah pasti memang kita – saya telah berbincang perkara ini dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin dan saya telah minta supaya kita tingkatkan lagi keselamatan dan pemantauan di stadium contohnya soal CCTV di stadium kita minta supaya pemilik stadium-stadium biasanya majlis perbandaran, majlis bandar raya ataupun kerajaan negeri untuk sediakan khidmat CCTV supaya dapat kita monitor dengan lebih teliti pergerakan dan juga tindakan dan tingkah laku daripada kumpulan penyokong-penyokong.
Akan tetapi yang juga sama penting Ahli Yang Berhormat adalah penguatkuasaan peraturan di stadium. Sebenarnya saya dan juga saya telah bincang dengan FAM, kita terlalu longgar dalam kita menguatkuasakan tindakan ataupun menguatkuasakan peraturan di stadium. Sudah sekian lama kita memberi kelonggaran kepada penyokong-penyokong bola sepak kita untuk membawa masuk ke dalam stadium item-item yang sebenarnya dilarang oleh FIFA itu sendiri. Contohnya kalau kita tengok kepada FIFA Stadium Code and Conduct memang bunga api, flares, smoke powder, smoke canister, smoke bombs or other pyrotechnic, dengan izin semuanya tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium. Kita tengok ada banyak kes di mana pembakaran flares semua berlaku di dalam stadium tempatan dan tidak ada apa-apa tindakan.
Oleh yang demikian, kita tidak mahu meletakkan satu precedent satu tindakan yang menghalalkan walaupun satu contoh di mana pembakaran tersebut berlaku. Sebab itu akan membenarkan satu behavior, consistent behavior of ill discipline dengan izin dalam stadium kita. Oleh yang demikian yang pertamanya adalah zero tolerance ataupun kita tidak akan membenarkan langsung apa-apa tindakan yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan oleh FIFA itu sendiri. Oleh sebab kalau sekiranya kita masih benarkan mereka melaksanakan tindakan sedemikian maka akhirnya FIFA ataupun AFC boleh mengambil tindakan terhadap kita.
Tuan Khairy Jamaluddin
Ini berlaku pada satu perlawanan iaitu perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Filipina baru-baru ini. Di mana penyokong telah membaling bom asap dan menyalakan flare dalam perlawanan tersebut sehingga perlawanan tersebut terpaksa dihentikan. Apabila itu berlaku, disebabkan kita tidak menguatkuasakan peraturan yang sedia ada sekian lama. Apabila kita sudah mengamalkan perkara tersebut ataupun menggalakkan amalan tersebut, maka pihak AFC telah menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM berkenaan dengan insiden tersebut. Walaupun FAM telah membalas surat tunjuk sebab berkaitan insiden yang berlaku di Stadium Selayang, kita mungkin terdedah kepada hukuman yang sama ada hukuman itu Malaysia didenda ataupun terpaksa bermain di stadium kosong pada masa yang akan datang.
Apa yang pentingnya selain daripada cadangan Yang Berhormat untuk kita bekerjasama dengan polis untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan daripada segi pasukan keselamatan tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga persatuan-persatuan negeri yang mengendalikan stadium mesti ada polisi, zero tolerance kepada tingkah laku yang melanggar tata etika dan juga peraturan stadium yang ditetapkan oleh FIFA. Terima kasih.
5. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Pertahanan menyatakan perkembangan hala tuju dan perancangan bagi memantapkan kurikulum dan memaksimumkan potensi generasi melalui PLKN.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh lima orang Ahli Yang Berhormat yang lain yang telah menyentuh isu yang sama berkaitan dengan Latihan Khidmat Negara. Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut ialah Yang Berhormat Tanah Merah pada hari ini, Yang Berhormat Bagan Serai pada 19 Mac 2014, Yang Berhormat Jelebu pada 20 Mac, Yang Berhormat Sabak Bernam pada 25 Mac, dan Yang Berhormat Bukit Gantang pada 7 April.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Sabak Bernam, dan Yang Berhormat Jelebu, sukacita saya ingin menjelaskan di sini bahawa kerajaan sememangnya sentiasa berusaha memantapkan dan menambah baik kurikulum Latihan Khidmat Negara bagi mencapai objektif utama Latihan Khidmat Negara iaitu:
(i) berusaha melahirkan generasi muda yang memiliki jati diri, daya kepimpinan dan nilai-nilai yang positif;
(ii) menjana semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara;
(iii) memupuk semangat perpaduan kaum, agama dan integrasi nasional; dan
(iv) menanamkan semangat dan amalan kesukarelawanan.
Keempat-keempat objektif ini diterapkan melalui Modul Pembinaan Karakter, Modul Fizikal, Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti. Transformasi dan penambahbaikan sentiasa dilakukan mengikut perkembangan semasa supaya ianya terus relevan dan memberi manfaat maksimum kepada generasi muda yang terlibat. Misalnya, dalam memantapkan semangat patriotisme, sub modul Malaysia Berdaulat telah diperkenalkan.
Bagi menjana semangat kesukarelawanan, Briged Sukarelawan Khidmat Negara telah ditubuhkan dan digerakkan menjadi sukarelawan pada SUKMA ke-17 2014 di Perlis pada tahun ini. Ini melibatkan dalam kempen keselamatan jalan raya di musim perayaan dan menjadi sukarelawan dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia. Bagi menyuburkan jati diri bangsa dan negara Malaysia, prinsip-prinsip Rukun Negara, sejarah dan kenegaraan serta memupuk perpaduan diterapkan dalam pelbagai aktiviti ceramah dan syarahan serta persembahan bersama.
Bagi menentukan keberkesanan perlaksanaan Latihan Khidmat Negara, Jabatan Latihan Khidmat Negara sentiasa melakukan kaji selidik di setiap siri latihan tamat.
Manakala kajian komprehensif telah diadakan pada tahun 2009 iaitu setiap lima tahun sekali dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan pelbagai sampel dengan jumlah responden seramai 61,950 orang. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap pencapaian keberkesanan program ini adalah sangat memuaskan dengan purata pencapaian 85%. Melalui kajian ini, dengan sendirinya menolak dakwaan bahawa program ini tidak bermanfaat dan perlu juga ditegaskan bahawa peruntukan yang dibelanjakan juga adalah berpatutan, munasabah dan berbaloi.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Bagan Serai untuk mewajibkan semua belia lepasan SPM menyertai PLKN, untuk makluman Yang Berhormat, cadangan ini adalah merupakan satu cadangan yang baik. Akan tetapi cadangan ini akan melibatkan penambahan kos perbelanjaan yang lebih besar dan mengambil kira kapasiti kem sekarang yang tidak mencukupi. Setakat ini, lebih kurang 550,000 kelahiran setahun dan hanya seramai 150,000 yang mendapat peluang untuk menyertai Latihan Khidmat Negara.
Berdasarkan usaha JLKN untuk meningkatkan kefahaman kepada ibu bapa dan pelajar, Jabatan Latihan Khidmat Negara sentiasa melaksanakan promosi dalam pelbagai dimensi seperti road show, hebahan media elektronik dan cetak, media sosial dan aktiviti turun padang, Yang Berhormat Menteri, saya sendiri dan pegawai-pegawai tinggi JLKN untuk terus meyakinkan kebaikan dan faedah menyertai Latihan Khidmat Negara.
Bagi pertanyaan Yang Berhormat Bukit Gantang berkaitan dengan bilangan kem PLKN, sukacita dimaklumkan setakat ini terdapat 81 buah kem PLKN di seluruh negeri dan senarai-senarai kem ini akan diberikan secara bertulis sekiranya diperlukan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Terima kasih.
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selama sepuluh tahun bukanlah jangka masa yang singkat tetapi masih banyak yang perlu diperkukuhkan bagi mencapai matlamat mendidik anak bangsa menjadi warganegara berwibawa. Saya difahamkan, bermula dengan 84,000 orang pelatih lepasan SPM, hingga kini seramai 752,643 orang pelatih sudah pun menjalankan latihan di kem-kem PLKN seluruh negeri. Lepasan-lepasan PLKN dilihat tidak mempunyai apa-apa program yang tersusun dan berjangka masa panjang.
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Program yang ada pada masa kini adalah lebih bersifat ad hoc. Apakah rancangan tersusun kementerian untuk menyusuli dan menjejaki bekas-bekas pelatih? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi bahawa memang benar selama ini kita telah pun melatih hampir daripada 752,000 orang, sepanjang latihan telah dilaksanakan selama sepuluh tahun. Berdasarkan kepada latihan yang telah dilaksanakan ini, saya percaya bahawa Latihan Khidmat Negara ini telah pun memberikan faedah yang besar kepada generasi muda walaupun tidak semua daripada mereka yang lahir pada tahun tertentu tersebut mendapat latihan tetapi saya percaya ianya telah melahirkan ramai pemimpin belia dan juga golongan generasi muda di peringkat akar umbi dan mereka ini akan menjadi pemimpin yang akan membawa negara kita ke satu tahap yang tinggi di masa akan datang.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai melengkapi Latihan Khidmat Negara yang telah pun kita laksanakan selama sepuluh tahun, sebenarnya, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Kementerian Pertahanan telah pun merangka program-program untuk menyusuli dan menjejaki bekas-bekas pelatih PLKN ini melalui program yang dipanggil Alumni PLKN dengan mewujudkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara. Briged Sukarelawan Khidmat Negara telah pun ditubuhkan pada 4 Februari 2012 dan setakat ini telah pun mempunyai ahli seramai 120,000 orang dan dari semasa ke semasa semakin ramai yang berminat untuk menyertai BSKN ini.
Briged ini adalah merupakan briged yang akan digerakkan pada bila-bila masa untuk menyertai bukan sahaja program-program kesukarelawanan seperti mana yang saya telah sebutkan tadi, misalnya dalam program SUKMA yang akan dilaksanakan di Perlis juga program Kempen Keselamatan Jalan Raya, beberapa program yang berfaedah dan mengadakan khidmat-khidmat komuniti.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Akan tetapi kita juga boleh menggerakkan mereka kepada dimensi yang lain misalnya dengan menggalakkan mereka untuk menyertai territorial army ataupun askar Wataniah. Disebabkan mereka ini sebahagian besarnya telah pun mempunyai latihan asas ketenteraan dan apabila mereka menyertai askar Wataniah itu sendiri pun akan memberikan kelengkapan kepada mereka untuk bukan sahaja digerakkan ketika waktu aman tetapi juga mungkin boleh digerakkan ketika waktu berlakunya krisis ataupun darurat di dalam negara kita untuk memberikan sokongan kepada anggota tentera kita.
Dengan ini saya percaya ia adalah merupakan satu aset yang besar kepada negara ini. Percayalah bahawa generasi muda ini memang bersemangat. Saya telah pun pergi melawat beberapa kem PLKN dan saya melihat anak-anak muda kita memang mempunyai semangat yang tinggi dan semangat kecintaan yang tinggi terhadap negara kita berdasarkan kepada maklumat yang saya terima. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri juga tahu sejak pengenalannya PLKN, program ini mencatatkan 22 kematian sejak Disember 2003 termasuk pembunuhan yang melibatkan anggota pelatih pada September tahun lepas.
Pada tahun 2004, seorang pelatih berumur 17 tahun telah dirogol oleh fasilitator kem PLKN sendiri, maka persoalan saya berbalik kepada soalan asal, apa dia? Tujuan PLKN seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memupuk keharmonian kaum, agama dan integrasi kebangsaan.
Saya rujuk ada dua kajian yang dihasilkan oleh Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Kedua-duanya mendapati, pertama aspek negatif PLKN.
Maksudnya mewujudkan diskriminasi kaum, kata-kata daripada Universiti Malaya. Kedua, tidak mempunyai kepakaran yang berkesan dalam melatih pelatih-pelatih untuk berminat dalam isu agama. Maka persoalan saya, apakah kementerian bersedia untuk membuat satu kertas putih siasatan menyeluruh terhadap kematian dan keberkesanan program sebelum meneruskannya dan kedua adakah kementerian juga mendukung calon-calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil untuk melawat kem-kem tersebut seperti yang dilihat semasa calon MCA, Saudari Datin Paduka Chew Mei Fun pergi melawat ke Kem Taman Delima, Kajang. Saya hendak faham apa hasrat dan bagaimanakah langkah- langkah ini dapat memenuhi objektif yang digariskan? Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat cuba mewujudkan persepsi yang tidak baik berkaitan dengan Latihan Khidmat Negara ini.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya merujuk laporan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
...Kerana apa yang saya...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf ya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada laporan Universiti Malaya...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Itu laporan...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kolej Universiti Islam Antarabangsa, please, kalau boleh, jawab.
[Dewan riuh]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Bukan persepsi ini laporan universiti. Laporan yang patut Yang Berhormat Timbalan Menteri baca. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ya laporan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli yang lain diam ya.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
...Yang Berhormat, sebenarnya laporan ini sesiapa pun boleh buat laporan. Yang Berhormat Tenom esok boleh menubuhkan satu pasukan untuk...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat, ini universiti...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lembah Pantai tidak boleh berdialog macam ini. Bagi peluang Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Ya, yang lain diam.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Bagi peluang saya.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Laporan ini saya katakan tadi, sesiapapun boleh membuat laporan tetapi sama ada laporan itu dibuat secara komprehensif atau tidak atau hanya mengambil sampel-sampel tertentu khususnya mereka yang memihak, itu pun adalah merupakan sesuatu laporan yang kita boleh pertikaikan. Seperti yang saya katakan tadi, Yang Berhormat Tenom sendiri jika mahu menubuhkan satu laporan pun boleh esok atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen yang concern, Parliamentarian, itu pun boleh.
Akan tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa kebanyakan mereka yang mengatakan tentang PLKN ini tidak baik, mereka sendiri tidak pernah melawat ke situ.
Mereka sendiri tidak pernah...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Adik saya hadir Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya...
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Yang Berhormat boleh sendiri datang...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Ramai orang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
...Ikut peraturan, peraturan.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
...Bagi dia peluang, this is my floor. Yang Berhormat baru dua penggal, saya sudah tiga penggal.
[Dewan riuh]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Ini floor Speaker, floor Speaker.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Hormat, hormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila teruskan jawapan ya.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Hormat kepada peraturan Dewan. Saya hendak katakan di sini sebenarnya ramai daripada kita membuat tanggapan dari luar sedangkan kita sendiri tidak pernah datang ke dalam. Saya sendiri telah pun melawat lebih daripada 10 ataupun 15 Pusat Latihan Khidmat Negara yang telah lawat dan saya mendapati bahawa Latihan Khidmat Negara ini memang memberikan manfaat yang tinggi kepada generasi muda kita.
Saya hendak menyatakan di sini juga, Yang Berhormat sendiri tidak tahulah sama ada, ada menghantar sesiapa ahli keluargakah ke PLKN tetapi Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pun ada menghantar anak beliau ke kem PLKN dan beliau tidak ada apa-apa kompelin berkaitan tersebut kerana beliau sendiri dapat melihat mungkin anak beliau mendapat faedah daripada program PLKN itu.
Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kes-kes kematian ini sebenarnya memang kita tidak nafikan ada berlaku dan kita tidak pernah melindungi kes-kes ini dan kes yang disebutkan tadi itu adalah– Memang kejadian pergaduhan hanyalah dua iaitu daripada 20 kematian, yang lainnya adalah melibatkan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang tidak diisytiharkan. Contohnya baru-baru ini salah seorang daripada peserta PLKN di Kem Geo Kosmo yang merupakan penghidap leukemia tetapi beliau tidak mengisytiharkan tentang keadaan kesihatan beliau dan semasa latihan tersebut tiba-tiba beliau mengalami masalah pendarahan yang kronik sehingga dibawa ke hospital. Saya sendiri melawat beliau di hospital sebanyak dua kali, seorang pelajar yang bernama Tan Zhi Shen dan alhamdulillah beliau sekarang sudah pun bertambah baik.
Ini adalah merupakan contoh-contoh bahawa antara pelatih-pelatih ini ada yang tidak mengisytiharkan tentang keadaan kesihatan mereka, ada yang mengalami masalah jantung dan sebagainya. Akan tetapi kes-kes pergaduhan ini kita tidak pernah melindungi dan kita sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kes- kes ini dapat dikurangkan ataupun tidak berlaku langsung. Malah dalam lawatan saya, saya sering mengingatkan komandan-komandan untuk memastikan berlakunya incident free di dalam latihan-latihan tersebut walaupun ini sebenarnya adalah merupakan terlalu sukar untuk dihapuskan kerana ada juga daripada 120,000 setahun atau 150,000 setahun itu mungkin ada kes-kes tertentu yang berlaku dan kita cuba halang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Saya ingin nyatakan tadi bahawa apa yang telah dilaporkan oleh Yang Berhormat itu adalah merupakan laporan kajian tersebut, saya percaya ia tidak konklusif tetapi kita membuat kajian setiap lima tahun, kita telah mengadakan pada tahun 2009 bersama Universiti Kebangsaan Malaysia seperti yang saya laporkan tadi dan menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelatih dan juga keberkesanannya telah pun mencapai 85% dan pada tahun ini kita juga akan mengadakan satu kajian yang baru dan kita berharap pada tahun 2014 nanti, kita dapat bekerjasama dengan UPSI ataupun universiti-universiti yang lain supaya kita dapat melihat tentang keberkesanan dan manfaatnya kepada generasi muda. Terima kasih Yang Berhormat.
6. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah lif yang mendapat sijil perakuan bomba dan tidak mendapat sijil perakuan di setiap negeri, aduan lif rosak, kematian dan kecederaan berpunca daripadanya sepanjang tiga tahun lalu.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih kepada Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sijil perakuan untuk lif. Manakala yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil perakuan untuk lif ini ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, Sijil Perakuan Bomba di bawah seksyen 27 hingga 36, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 di bawah [Akta 341] dikeluarkan sebagai Sijil Perakuan Bomba oleh pihak bomba bagi memperakui sesebuah premis yang ditetapkan selamat dan mempunyai kemudahan keselamatan pencegahan kebakaran dan juga perlindungan kebakaran. Sekiranya premis-premis yang ditetapkan, ada sembilan premis yang kita tetapkan iaitu hospital, asrama, kedai, kilang, pejabat, restoran, hospital, bangunan tempat perhimpunan dan sekiranya sembilan premis yang ditetapkan yang perlu mendapat Sijil Perakuan Bomba ini mempunyai lif, maka pemeriksaan oleh pihak bomba bagi lif akan dijalankan untuk memastikan lif yang berkenaan kepada mana-mana di antara sembilan premis itu boleh beroperasi semasa kecemasan.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Itu ialah Sijil Perakuan Bomba. Bagi sijil mesin angkat, sijil mesin angkat di bawah perundangan seksyen 19(1) Akta Kilang dan Jentera 1967 di bawah kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. Tanggungjawab di bawah seksyen ini, pemeriksaan mana-mana lif penumpang adalah bertujuan untuk memastikan supaya pihak pemilik mematuhi peruntukan perundangan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 agar semua lif penumpang berada dalam keadaan selamat sebelum sesuatu Sijil Perakuan Kelayakan dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada maklumat yang saya terima daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sejumlah bilangan lif penumpang yang telah pun mendapat sijil perakuan kelayakan di Malaysia bagi tahun 2011 adalah sebanyak 40,669 unit. Bagi tahun 2012 adalah sebanyak 43,904 unit dan bagi tahun 2013 adalah sebanyak 46,675 unit. Maklumat yang diminta oleh Yang Berhormat mengikut negeri-negeri untuk aduan lif yang rosak, kematian dan kecederaan sepanjang tempoh tiga tahun ini Yang Berhormat, saya akan lampirkan kepada Yang Berhormat kerana ia panjang sangat dan ini maklumat yang saya dapat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.
Selain daripada itu Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2012, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun menerima sebanyak 1,344 kes panggilan kecemasan yang berkaitan dengan lif iaitu lif tersangkut. Kalau lif tersangkut, kita datang. Pada tahun 2012 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,675 orang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh bomba. Bagaimanapun dalam proses menyelamat yang dijalankan, terdapat tiga kes kecederaan dan satu kematian.
Manakala bagi tahun 2013 pula terdapat 1,628 kes yang melibatkan empat cedera dan satu kematian. Jumlah mangsa yang telah berjaya diselamatkan adalah seramai 3,124 orang. Untuk tahun 2013 sehingga Februari 2014, terdapat 266 kes yang melibatkan 494 orang yang telah berjaya diselamatkan dan satu kes cedera serta tiada apa-apa kes kematian yang dilaporkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Kemalangan lif nampaknya sering berlaku di perumahan awam berikutan kelalaian pengguna dan kerosakan mekanikal serta kekurangan kesedaran penduduk. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan setiap lif mempunyai CCTV atau atendan lif masing-masing bagi mengelakkan salah guna dan vandalisme.
Soalan kedua, bagaimanakah cara mengatasi kelewatan kerja menyelamat bila berlaku kemalangan lif seperti yang terjadi di Bandar Tun Razak di mana kanak-kanak mati tersepit lif ini. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak jelaskan sedikit lagi supaya Yang Berhormat faham. Tugas tanggungjawab untuk mengurus tadbirkan soal lif ini ialah di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. Antara tanggungjawab JKKP ini ialah yang pertama, memberikan kelulusan bagi setiap pemasangan lif. Maknanya, kalau hendak letak CCTV dan sebagainya, ia termasuk memberikan kelulusan bagi setiap pemasangan lif, yang pertama.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique
Kedua, memberikan kelulusan kepada mana-mana firma yang kompeten untuk mengesahkan individu yang berkelayakan sebagai kompeten untuk membantu menguruskan lif atas sijil perakuan yang dikeluarkan.
Ketiga ialah menjalankan promosi keselamatan dan kempen kesedaran tentang cara-cara penggunaan lif dan juga tentang cara-cara yang sepatutnya dilakukan apabila berlaku sesuatu insiden dalam lif sekiranya lif tersangkut dan sebagainya.
Keempat Yang Berhormat ialah pihak JKKP juga bertanggungjawab untuk menjalankan dan melakukan pemeriksaan berjadual ke atas mana-mana lif penumpang dalam tempoh setiap 15 bulan.
Akhirnya ialah menjalankan siasatan kemalangan dan aduan dan di samping mengeluarkan dan menyediakan garis panduan keselamatan bagi penggunaan- penggunaan lif dan juga eskalator.
Maknanya bagi tanggungjawab, kalau Yang Berhormat tersepit agaknya, tersangkut di dalam mana-mana lif, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang akan menyelamatkan. Akan tetapi apa-apa perkara yang berkaitan dengan soal keselamatan yang ditujukan kepada satu-satu lif itu, itu adalah tanggungjawab di bawah JKKP. Segala pandangan Yang Berhormat akan diambil maklum untuk dibawa kepada Kementerian Sumber Manusia.
Bagi soalan yang kedua Yang Berhormat kemukakan tadi, kerja-kerja menyelamat lewat. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Yang Berhormat, apabila menerima satu- satu panggilan aduan untuk keselamatan nyawa manusia ataupun harta awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak ada kompromi. Untuk makluman Yang Berhormat, response time bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sampai ke satu-satu tempat apabila menerima aduan dan sebagainya ialah dalam tempoh 10 minit. Makna dalam tempoh 10 minit, tanpa gangguan lalu lintas dan sebagainya, kita akan sedaya upaya untuk hadir memberikan perkhidmatan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Jadi, saya harap Yang Berhormat Bukit Bintang faham. Terima kasih.
7. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) perancangan strategik kerajaan dalam merangka semula penempatan kependudukan dan kediaman yang kerap mengalami bencana banjir; dan
(b) setakat mana rasional perlu ada pusat pemindahan kekal disediakan bagi mangsa banjir di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan pelbagai tindakan bagi mengurangkan impak bencana kepada kehidupan masyarakat. Jabatan Pengairan dan Saliran dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 daripada 2011 sehingga 2013 telah membelanjakan sejumlah RM2.21 bilion untuk pembinaan sejumlah 121 projek Rancangan Tebatan Banjir di Johor, Perak, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Dengan adanya projek ini, kawasan-kawasan mana yang dahulunya kerap dinaiki banjir, kini risiko tersebut telah dapat diatasi seperti mana yang telah dilaksanakan di Kota Tinggi, Johor.
Pada tahun 2014, sejumlah RM621 juta telah disediakan untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir. Penggunaan pusat-pusat komuniti seperti balai raya dan sekolah-sekolah sebagai pusat pemindahan ini sememangnya telah menjadi norma atau amalan biasa. Selaras dengan konsep National Blue Ocean Strategy yang mana memanfaatkan semua prasarana awam secara guna sama. Jabatan Kebajikan Masyarakat pada maklum balas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir yang telah diadakan pada 24 September 2013 telah menyatakan bahawa daripada sejumlah 4,969 buah pusat pemindahan yang telah didaftarkan, sebanyak 46% atau 2,331 pusat pemindahan adalah sekolah. Manakala selebihnya adalah kompleks penghulu, dewan orang ramai, pusat komuniti dan lain-lain.
Pembinaan pusat pemindahan yang khusus untuk digunakan semasa bencana dilihat masih belum wajar kerana ia akan melibatkan implikasi kewangan yang besar di
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
samping akan menyebabkan pembaziran kerana fungsi khusus tersebut akan menjadikan fasiliti tersebut terbiar semasa ketiadaan bencana. Sebaliknya kerajaan akan meningkatkan keupayaan dari segi kemudahan di kompleks penghulu, dewan orang ramai, pusat komuniti, pusat sukan dan lain-lain untuk digunakan sebagai pusat pemindahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Walau bagaimanapun, dalam usaha memanfaatkan semua prasarana awam secara guna sama, projek pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini Jabatan Kerja Raya telah mengguna pakai pelan standard di mana setiap sekolah baru akan turut dilengkapi dengan tempat mandi dan tandas yang mencukupi bagi menampung keperluan sebagai pusat perpindahan bencana. Perpindahan ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Perak, Kelantan dan Kedah dan diteruskan bagi pembinaan di negeri yang lain. Dengan pendekatan ini diharapkan, dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mangsa bencana yang dipindahkan dan mengurangkan kesesakan dan kemudahan di sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai pusat perpindahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom yang telah bertungkus-lumus semasa banjir di Tenom baru-baru ini, termasuklah Yang Berhormat daripada Beaufort, Sipitang, Keningau dan juga Yang Berhormat yang terlibat semasa banjir di Kelantan, Pahang dan juga Terengganu. Bagi semua Yang Berhormat yang telah memberi sokongan kita ucapkan terima kasih, yang mari untuk buat kacau kita ucap tidak terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri yang juga bertungkus-lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun Majlis Keselamatan Negara ada peraturan tetap ataupun SOP nya yang tersendiri dalam pengendalian bencana banjir, namun apakah Majlis Keselamatan Negara boleh melihat semula termasuk mengemas kini SOP bagi disesuaikan dalam keadaan menghadapi bencana banjir yang luar biasa. Bolehkah pihak Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan satu perancangan strategik yang membabitkan fasa sebelum, semasa dan juga selepas bencana tidak kira sama ada melibatkan masalah banjir, tanah runtuh dan juga keselamatan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, MKN telah mengeluarkan Pelan Kontingensi Menghadapi Situasi Banjir Ekstrem yang dibentangkan oleh semua Yang Berhormat kerajaan negeri dan juga pegawai daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Peringkat Negeri dan Daerah pada 16 September 2013.
Secara ringkasnya Yang Berhormat, apabila banjir berlaku yang pertama di barisan hadapan yang akan mengisytiharkan banjir ialah Jawatankuasa Banjir peringkat daerah. Kemudian jawatankuasa banjir di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan akan menyelaraskan. Kehadiran MKN dan juga semua agensi ialah untuk memastikan supaya pertamanya logistik untuk perpindahan tadi. Kedua, setelah kita berpindah, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyelia makanan dan juga lain-lain keperluan dan selepas itu kita pastikan supaya semuanya dibanci dengan teratur dan MKN akan membuat pembayaran wang ihsan sebanyak RM500.
Yang Berhormat dari segi keseluruhan kita lihat di seluruh negara, kita ada 56,997 anggota terdiri daripada ATM, PDRM, bomba dan juga JPAM. Kemudian kita ada aset darat 1,910, kemudian 4X4 - 2,097 dan lain-lain 700. Aset air kita ada bot, jet ski yang melebihi 4,300, kemudian helikopter kita ada 26. Jadi banjir yang berlaku di Malaysia ini ia tidak secara keseluruhan. Jadi kalau dari segi aset yang ada, kalau kita alihkan supaya diberi tumpuan kepada kawasan yang berlaku banjir, saya ingat kita tidak ada masalah. Jadi MKN telah bagi SOP supaya diikuti oleh jawatankuasa banjir di peringkat daerah dan juga negeri.
Dalam hal ini, pada pandangan saya pegawai daerah itu mesti kompeten, mesti mampu untuk menjadi ketua semasa banjir berlaku sebab apabila banjir berlaku dia berada di barisan hadapan. Dia mesti koordinat semua, semua jabatan yang berada di sana terutamanya jabatan dari segi logistik, semua diarahkan untuk mengikuti arahan yang telah
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
dikeluarkan dari semasa ke semasa. Akan tetapi kita sedia maklum, apabila banjir berlaku kadang-kadang mangsa banjir menunggu banjir itu sampai ke tahap luar biasa baru berpindah. Kalau setakat lutut dia kata mungkin setakat lutut. Akan tetapi apabila air sudah naik lebih daripada itu, mereka memerlukan bantuan masa itulah berlaku sedikit mungkin kelam kabut dan sebagainya.
Jadi kita akan ambil dua pendekatan, pendekatan teknologi maklumat terkini yang kita akan salurkan bahawa mereka harus berpindah serta-merta. Yang keduanya kita ambil pendekatan lama, iaitu dengan menggunakan Jabatan Penerangan untuk mengumumkan bahawa banjir berlaku, semua orang dikehendaki berpindah. Mungkin masa dalam keadaan kelam kabut mereka tidak sempat tengok hand phone dan sebagainya. Dengan pendekatan cara lama tetapi sesuai untuk tujuan bencana mungkin kita dapat selesaikan masalah tersebut.
Jadi banjir yang berlaku di Sabah baru-baru ini walaupun merupakan banjir yang teruk tetapi kehadiran pejabat daerah yang koordinat dengan baik. Kemudian Ketua Menteri yang hadir tiap-tiap hari, kemudian bersama-sama dengan wakil rakyat Barisan Nasional dan juga jawatankuasa UMNO dan lain-lain lagi kita dapat uruskan banjir tersebut dengan baik. Hari-hari pun ada orang datang, tetapi banyak juga yang datang menambah derita.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 19 Mac 2014.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua. Saya faham ini peraturan yang belum diguna pakai dalam prosedur kita dan saya juga tidak memberikan notis kepada Tuan Yang di- Pertua kerana keadaan ini mendesak iaitu dalam Perkara 22 ini bersabit dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua menolak usul Alor Star semalam. Kebimbangan saya ialah kerana dan memohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, kerana keputusan yang melibatkan BERNAS itu akan berkuat kuasa 18 hari bulan. Ini adalah usaha terakhir untuk menyelamatkan peladang-peladang, penanam padi dan pesawah yang terlibat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Perkara ini mendesak supaya dapat diberikan perhatian dan pertimbangan kerana bila BERNAS diswastakan atas keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi, saya datang ke Dewan atas persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, ketika itu dari Kota Melaka memberikan jaminan kerajaan yang diluluskan oleh Kabinet bahawa penswastaan ini tidak sesekali akan mengabaikan pegangan peladang melalui NAFAS 10%, NEKMAT 10%, MADA 5%, KADA 5% dan petugas-petugas pekerja BERNAS dan MADA.
Sekarang dengan keputusan dibuat oleh syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar, Gulf Investment itu menetapkan bahawa seluruh pegangan NAFAS yang mewakili pesawah itu luput kesemuanya. Yang Berhormat Menteri ada beri pengakuan di Parlimen dan luar Parlimen berulang kali bahawa sekurang-kurangnya 5% dipertahankan. Itu pun saya tidak faham mengapa dikurangkan. Akan tetapi ini juga tidak diguna pakai atau dilaksanakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, kalau ini tidak diberikan pertimbangan, langkah akhir Parlimen yang telah mendapat ketetapan dalam Parlimen sebelumnya dan ikrar Kabinet pada ketika itu yang saya lafazkan bukan atas dasar kapasiti peribadi saya selaku Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri. Akan tetapi dengan mandat yang diberi oleh Jemaah Menteri pada ketika itu bahawa penswastaan BERNAS tidak akan mengkhianati dan mengorbankan kepentingan pesawah.
Sekarang pegangan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar melebihi 90%. Import beras setahun melebihi 1 juta metrik tan. Untung dari import sahaja hampir RM700 juta setahun.
Itu hanya khusus kepada satu syarikat dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Nasib peladang 60,000 keluarga tidak terbela. Jadi saya pohon Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi ruang kepada Parlimen walaupun saya akui Tuan Yang di-Pertua semalam telah menolak atas alasan ia tidak mendesak tetapi 18 Mac ialah tarikh akhir nyah penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur.
Apa yang saya hendak tuntut dan pohon di sini ialah pertimbangan khas Tuan Yang di-Pertua kerana keadaan ini mendesak. Ini sahaja ruang terakhir bagi Parlimen menasihati dan mendesak kerajaan menghentikan nyah penyenaraian ini atau [Tepuk] sekurang- kurangnya menetapkan janji kerajaan membela nasib pesawah padi dalam tatkala kita memutuskan untuk menswastakan BERNAS tetap dipertahankan 10% untuk NAFAS, 10% untuk NEKMAT. Saya pohon dipertimbangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas permohonan di bawah perkara 22 oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Namun begitu, oleh kerana usul 18(1) telah ditolak Tuan Yang di-Pertua dan kita ada peraturan di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk memberikan usul sekiranya kita tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di- Pertua. Jadi, bolehlah Yang Berhormat sekalian untuk melakukan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk kita dengar di dalam Dewan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hormat keputusan itu tetapi usul untuk menuntut 14 hari, 14 hari ini keputusan kerajaan 18 Mac. Siapa yang hendak bertanggungjawab nasib 60,000 keluarga pesawah padi ini? Ini masalah yang kita hadapi. Saya hendak rekod di sini, saya ambil ikhtiar sebaik mungkin memberi peringatan kepada Tuan Yang di-Pertua dan memohon pertimbangan rakan-rakan saya termasuk di sebelah sana, terutamanya mewakili Parti Melayu UMNO bahawa pesawah-pesawah padi itu rata-rata bukan sahaja menyokong Pakatan Rakyat bahkan ramai, Yang Berhormat Kalabakan. Penyokong-penyokong UMNO, tolong pertahankanlah kepentingan pesawah padi, tolong!
[Tepuk] Ini kerana dengan nyah penyenaraian ini luput semua kepentingan, janji yang dibuat itu pun tidak dapat ditunaikan. Ini janji kerajaan pada ketika itu.
Saya bertanggungjawab dan saya oleh yang demikian hanya dapat menyeru, memohon pertimbangan bagi pihak peladang-peladang yang tidak ada suara di sini. Jadi, saya pohonlah kalau digunakan peraturan ini dan tidak menyelamatkan, ini susah. Saya mohon kerana Menteri yang berkenaan ada untuk memastikan kerana Menteri menyatakan tinggal 5% dan itu pun dalam keputusan nyah penyenaraian ini kepentingan NAFAS dan NEKMAT hanya setakat 5%.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Saya mohon Menteri kaji balik jaminan dibuat oleh kerajaan dan Kabinet pada ketika itu 10% NAFAS, 10% NEKMAT, 5% MADA, 5% KADA dan selebihnya itu untuk staf.
Jangan bagi alasan Tan Sri Syed Mokhtar, bagi alasan untuk pertahankan sawah dan penanam padi majoriti Melayu, ada sebahagian kecil Bidayuh dan Cina Sekinchan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah beri peluang kepada Ketua Pembangkang, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani masuk, saya rasa elok Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberi penjelasan walaupun dengan sedikit, mengambil masa yang singkat. Ini sangat penting. Tarikh 18 Mac ini, hari ini last bermakna bahawa perkara yang sangat urgent demi untuk kepentingan petani. Kita tidak boleh buat sesuatu yang sambil lewa dan yang akhirnya akan mengorbankan seluruh hidup keluarga petani dalam negara kita. Jadi, saya fikir Yang Berhormat Bera yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pengetahuan dan maklumat yang cukup untuk beri keterangan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sebagaimana yang telah saya maklumkan bahawa kita Yang Berhormat, sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, bolehlah melakukan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 dan usul mungkin tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu. Satu lagi perkara Yang Berhormat sekalian, sekarang ini adalah perbahasan Usul Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong dan saya telah mendengar ramai di kalangan Ahli Yang Berhormat telah berucap dan membahaskan tentang kepentingan padi dan beras di dalam negara kita. Jadi, eloklah kita teruskan urusan kita pada hari ini. Saya jemput setiausaha.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja berkenaan perkara-perkara lain. Saya hendak bangkitkan ialah minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini peraturan mana?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Berkenaan jawapan. Buku jawapan pada pagi ini yang untuk soalan semalam belum lagi dibentangkan kepada Ahli-ahli Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, akan diedarkan pada hari ini.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua sudah berkali-kali Tuan Yang di-Pertua telah memberikan teguran kepada Menteri-menteri supaya memberikan jawapan pada petang itu juga. Akan tetapi saya difahamkan semalam jawapan-jawapan Menteri terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri sangkut terutamanya Yang Berhormat Arau tidak bagi jawapan. Itu menyebabkan kelewatan untuk memberikan jawapan kepada Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya minta perkara ini tidak berulang lagi kerana setiap hari sepatutnya Menteri yang menjaga Parlimen itu kena menunjukkan contoh yang baik.
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Sepatutnya jawapan diberikan petang itu juga supaya tidak ada kelewatan dari segi memberikan jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk berikan teguran. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Seremban, ini pun boleh diulas dalam Titah Ucapan ya. Sila Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”.
[17 Mac 2014]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya mohon Yang Berhormat Batu Gajah untuk menyambung ucapan. Ada 15 minit lagi, sila.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya menyambung dari mana saya berhenti semalam. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengetahui sama ada kerajaan sedar atau tidak bahawa ribuan pusat perjudian mesin kuda beroperasi secara haram di negara kita. Saya rasa semua Ahli Yang Berhormat daripada semua kawasan Parlimen ada masalah ini dan saya juga yakin bahawa pihak PDRM juga mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara ini tetapi kenapa masalah ini tidak dapat dibendung?
Ini adalah satu masalah yang begitu serius sekali dan masalah ini juga akan menyebabkan masalah-masalah sosioekonomi yang lain tetapi kita nampak masalah ini berterusan dan bukan sahaja berterusan malah ia bertambah dari semasa ke semasa.
Saya tahu di kawasan Parlimen saya juga banyak pusat-pusat perjudian mesin kuda ini.
Saya tidak tahu bagaimana IPD Batu Gajah dan juga IPD Ipoh tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyelesaikan masalah ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya berharap Menteri yang berkenaan akan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Saya tidak tahu sama ada atau tidak apa-apa connection ataupun kronisme juga wujud dalam jenayah perjudian seperti ini. Saya memang khuatir kalau perkara ini tidak dibendung, ia akan menjadi suatu masalah yang begitu serius.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya amat terpegun untuk mengetahui bahawa Malaysia telah mencatat kedudukan ke-3 dalam crony-capitalism index baru-baru ini. Biar saya membacakan satu petikan. Dengan izin, “Malaysia has once again has made world news for the wrong reasons, emerging third in The Economist’s crony-capitalism index for 2014, the British weekly said in its latest edition. The Economist said, uncontrolled rent-seeking
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
this century was allowing politically well-connected billionaires worldwide to double their wealth, thereby posing a threat to the free market today”.
Satu kenyataan yang memburukkan lagi imej negara. Bukankah ini akan menjejaskan lagi ekonomi negara ini dalam urusan perdagangan dan pelaburan antarabangsa? Apakah alasan Menteri Kewangan kepada perkara yang dibuat ataupun isu yang dikemukakan oleh majalah The Economist itu?
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini satu kes menukar agama telah berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh, SM Sains Kepala Batas. Seorang pelajar berumur 15 tahun telah melalui proses menukar agama memeluk agama Islam tanpa pengetahuan ibu bapanya. Bukankah ini suatu yang menyalahi undang-undang? Saya difahamkan ini adalah insiden kedua yang berlaku di sekolah tersebut. Apabila ibu pelajar tersebut menghubungi sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan hal ini, pihak sekolah tidak mahu bekerjasama malah saya difahamkan ada guru yang memberitahu ibunya, ini bukanlah satu perkara besar, perkara kecil sahaja, tidak perlu dipedulikan dan jangan perbesarkan isu ini.
Saya mahu Timbalan Menteri Pendidikan yang telah mengadakan rundingan, saya tahu memang Timbalan Menteri Pendidikan telah pergi ke sekolah tersebut dan mengadakan rundingan dengan pihak sekolah berkaitan dengan perkara ini. Saya mahu beliau laporkan perkara ini dalam Dewan Rakyat. Saya juga ingin mengetahui sama ada pihak sekolah terlibat secara langsung dalam memujuk dan menukar agama pelajar bawah umur itu. Saya mahu kepastian bahawa tidak ada apa-apa perubahan dibuat dalam data Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam berkaitan dengan status agama pelajar ini. Saya mendapat maklumat bahawa pihak tertentu telah membawa pelajar tersebut ke Jabatan Agama Islam untuk menukar agamanya. Saya hendak penjelasan berkaitan dengan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menjanjikan bangunan baru untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Menglembu di kawasan Parlimen Batu Gajah. Setiap kali saya bangkitkan isu ini di Dewan Undangan Negeri Perak dahulu dan melalui media massa, pihak kerajaan dan MIC cuba menutup mulut saya dengan mengatakan bahawa peruntukan telah diluluskan dan akan sampai bila-bila masa ataupun pembinaan bangunan baru akan dimulakan dengan serta-merta. Saya sudah muak mendengar alasan yang sama.
Sehingga hari ini tidak ada apa-apa perkembangan dalam projek pembinaan SJKT Menglembu. Harap menteri boleh memberi penjelasan berkaitan dengan perkara ini.
Saya juga memohon supaya Menteri memberikan maklumat yang terperinci mengenai isu bangunan di tapak baru bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gunung Rapat. Isu ini juga telah berpuluh-puluh kali dibangkitkan bukan sahaja di Dewan Rakyat, melalui media massa dan melalui pelbagai saluran. Tapak tanah sudah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan, Menteri Pendidikan telah memberi janji bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 juta untuk membina bangunan sekolah tetapi sampai ke hari ini walaupun sudah berlalu tiga tahun, sampai hari ini masalah ini belum lagi diselesaikan. Projek ini masih lagi belum dimulakan.
Saya juga ingin mengetahui tentang satu lagi sekolah, iaitu saya ingin mengetahui tentang kerja-kerja baik pulih bangunan yang dilakukan di SJKT Gopeng. Sekolah ini menghadapi masalah anai-anai, perkara ini telah dilaporkan dan pihak JKR telah mulakan kerja tetapi masih belum selesaikan kerja-kerja yang dimulakan walaupun sepatutnya telah diselesaikan pada hujung tahun lepas. Apa masalahnya? Kenapa masalah ini tidak dapat diselesaikan? Adakah masalah kerana kerajaan telah memberi kontrak itu kepada pihak yang tidak dapat membina sekolah itu dengan betul mengikut spesifikasi? Apa masalahnya? Please, tolong datang, saya memohon Menteri untuk memberi penjelasan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh SJKT Gopeng ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk menawarkan sebidang tanah untuk pembinaan sebuah Sekolah Menengah Tamil di negeri itu. Usaha ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional. Jika Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan ini, maka inilah satu-satunya Sekolah Menengah Tamil di negara kita. Jika Kerajaan Persekutuan benar-benar menghormati dan menjamin kedudukan sekolah-sekolah binokular, permohonan ini harus diluluskan segera.
Pendidik dan NGO-NGO Pulau Pinang telah membuat kempen tandatangan dan mendapat sambutan yang hangat dari kalangan kaum India.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Pada masa ini. memang sedia ujud sekolah Menengah Cina tetapi tidak ada satu pun Sekolah Menengah Tamil di negara ini. Langkah-langkah untuk mewujudkan Sekolah Menengah Tamil harus dicontohi oleh negeri-negeri lain yang berada di bawah Kerajaan Barisan Nasional jika mahu memenangi hati masyarakat India dan bukan sekadar memasak pongal atau memberi hamper pada musim perayaan.
Negeri Pulau Pinang mempunyai 28 buah Sekolah Rendah Tamil tetapi tidak ada sekolah menengah sebagai langkah kesinambungan untuk anak-anak dari Sekolah Rendah Tamil untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah berasaskan bahasa ibunda. Saya rasa kesal dengan Presiden MIC yang tidak mahu memberi pandangan atau menyuarakan pendapat mengenai isu Sekolah Menengah Tamil ini. Rakyat sedang memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin politik terutamanya daripada MIC yang kononnya memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini. Saya juga rasa kecewa dengan Timbalan Menteri Pendidikan yang juga daripada Parti MIC yang juga senyap dalam hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua jenis kejadian bunuh diri yang dilaporkan berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada tahun 2012 dan juga pada tahun 2014. Walaupun hanya dua kes dilaporkan, kerajaan harus mengambil perhatian yang serius dalam isu bunuh diri di hospital. Pesakit yang tenat dan mengalami kesakitan yang melampau mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Oleh yang demikian, pihak hospital harus mengambil segala langkah keselamatan yang munasabah supaya kejadian seperti ini tidak berlaku. Saya memohon Menteri Kesihatan untuk memberi statistik kes bunuh diri yang berlaku di setiap hospital kerajaan dari tahun 2009 hingga tahun 2014.
Tuan Yang di-Pertua, pada 10 Februari 2014, P. Waythamoorthy, Pengerusi Persatuan HINDRAF Malaysia telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mendakwa Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional telah gagal menunaikan janji selepas menang PRU-13. HINDRAF telah menandatangani perjanjian dengan Barisan Nasional pada 18 April 2013 kononnya demi kepentingan masyarakat India. Selepas lapan bulan beliau memegang jawatan Timbalan Menteri, beliau putus asa dengan Perdana Menteri dan Barisan Nasional yang mengabaikan langsung perjanjian untuk membawa perubahan kepada masyarakat India yang hidup dalam kemiskinan.
Beliau menuntut supaya Perdana Menteri terus meletakkan jawatan kerana sekali lagi secara licik menipu masyarakat India dengan mengetepikan MOU untuk melaksanakan blueprint HINDRAF. Saya mendesak Perdana Menteri untuk memberi penjelasan tentang kegagalan beliau dan kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat dengan pemimpin HINDRAF itu. Nyatakan juga janji-janji yang telah ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut seksyen 53 Akta Pendidikan 1996, lanjutan daripada undang-undang terdahulu, didapati bahawa penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah adalah mandatori untuk tiap-tiap institusi pendidikan. Ini termasuk sekolah-sekolah swasta, sekolah-sekolah jenis kebangsaan bantuan modal dan bantuan penuh. Peruntukan undang-undang ini menjelaskan bahawa pewujudan Lembaga Pengelola Sekolah adalah perkara yang dimestikan melalui Akta Pendidikan tetapi didapati masih banyak sekolah yang masih gagal untuk menubuhkannya. Ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pendidikan di negara ini. Kenapa pihak kementerian menutup sebelah mata dalam melaksanakan perkara ini? Saya mohon penerangan yang teliti dan terperinci dari Menteri Pendidikan berhubung dengan hal ini.
Sebagai tambahan, saya juga ingin mendapatkan maklumat mengenai jumlah sekolah-sekolah bukan kerajaan, SJKC dan SJKT yang masih tidak mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah setakat ini.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Batu Gajah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan bangun.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
Boleh mencelah? Saya ingin mendapat pandangan daripada kawan saya Yang Berhormat Batu Gajah mengenai
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan
statement yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dana untuk sekolah-sekolah Tamil selepas ini akan disalurkan melalui Lembaga Pengelola Sekolah. Selama ini apa pula saluran yang telah digunakan sama ada melalui parti politik MIC yang kebanyakannya mungkin ditelan sendiri oleh parti tersebut sebab keadaan - yang ini kalau tidak ada bukti jangan mencelah. Kalau keadaan sekolah Tamil selam 50 tahun masih sama, masih sama. Pernah tengok atau tidak sekolah Tamil? Masih sama. Setiap tahun belanjawan kata berjuta-juta ringgit diberikan untuk sekolah Tamil, tetapi keadaan masih uzur. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Batu Gajah mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah, bolehkah sedikit mencelah? Berkenaan dengan pembangunan sekolah jenis kebangsaan. Saya rasa sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan, semuanya adalah diiktiraf secara rasmi oleh Akta Pendidikan 1996 di bawah seksyen 29. Oleh sebab itu, tidak kira dia sekolah kebangsaan atau pun sekolah jenis kebangsaan adalah aliran utama iaitu kepelbagaian bahasa dan kepelbagaian budaya adalah kekuatan negara kita.
Akan tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Batu Gajah, setiap Rancangan Malaysia, setiap lima tahun, Rancangan Pembangunan Malaysia di bawah peruntukan pembangunan sekolah, sekolah jenis kebangsaan Tamil di bawah Rancangan Malaysia ke- 10, sebanyak RM4.8 bilion diperuntukkan. Akan tetapi hanya 1.4% jika tidak silap saya diperuntukkan untuk SJK(T) dan hanya 3.44% diperuntukkan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina. Adakah ini satu mencerminkan semangat 1Malaysia ataupun ia sebenarnya adalah satu bentuk diskriminasi yang patut diberhentikan segera dan semua anak murid kita patut diberikan layanan yang adil, saksama kerana mereka adalah permata negara kita. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Gajah?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat. Tadi soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan Lembaga Pengelola Sekolah.
Memang hairan walaupun perkara ini sedia ada dalam Akta Pendidikan, ia adalah satu perkara mandatori, tetapi setakat hari ini saya boleh kata mungkin tidak sampai 15% daripada sekolah-sekolah Tamil, saya kurang pasti dengan sekolah-sekolah Cina, tetapi masih tidak menggunakan Lembaga Pengelola Sekolah.
Jadi, di manakah peruntukan-peruntukan ini disalurkan? Bagaimanakah peruntukan-peruntukan ini disalurkan sehingga hari ini? Jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa mulai sekarang wang peruntukan untuk sekolah- sekolah Tamil akan disalurkan melalui Lembaga Pengelola Sekolah. Persoalannya, setakat ini mana pergi? Kenapa tidak diwujudkan? Sekarang walaupun kerajaan membuat keputusan untuk memberi peruntukan itu melalui Lembaga Pengelola Sekolah, saya hendak tanya dalam Dewan ini, berapa sekolah di negara kita yang mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah? Kalau hanya lebih kurang 15% sahaja sekolah yang mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah, bagaimana wang itu akan disalurkan kemudian? Itu salah satu persoalan yang baik.
Begitu juga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taiping. Jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah Cina dan sekolah Tamil adalah terlalu kecil.
Saya memang setuju dengan beliau. Masukkan ucapan beliau dalam teks ucapan saya juga. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Taiping bahawa peruntukan ini harus ditambahkan. Saya minta Ahli-ahli Parlimen pergilah melawat sekolah- sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina. Lihat sendiri betapa rupa, keadaan yang uzur, begitu teruk sekali situasi sekolah-sekolah Tamil. Kenapa kerajaan tidak mahu... [Dewan riuh] Saya mohon Ahli dalam Dewan ini, siapa berani ikut saya? Saya cabar. Jangan tanya sekolah mana. Siapa berani dalam Dewan ini untuk ikut saya? Saya bawa sendiri untuk tunjuk mana sekolah itu dan apa keadaan keuzuran sekolah itu. Siapa?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Taiping, mencelah Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping hendak bawa kami, saya bawa Yang Berhormat Taiping pergi sekolah Melayu yang juga uzur.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Itu yang Batu Gajahlah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan kata sekolah India saja yang uzur. Jangan racist Yang Berhormat Taiping, jangan racist fasal sekolah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya betulkan...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Itu Yang Berhormat Batu Gajah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan hendak tipu Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Itu Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Taiping dengan Yang Berhormat Batu Gajah tidak dapat beza. Apa ini? Tidur belum lagi, belum bangkit lagi.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Taiping jangan racist. Semua sekolah, Sabah Sarawak pun banyak yang uzur.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Mengaku pun bahawa di bawah Barisan Nasional, semua sekolah uzur. Sekolah Melayu pun uzur. Pengakuan bahawa di bawah Barisan Nasional semuanya uzur, semuanya uzur.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan racist isu sekolah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Jadi berharap mengakulah?
Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, bukan sahaja sekolah Tamil, bukan sahaja sekolah Cina, sekolah kebangsaan juga uzur.
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Betul, mengaku. Ini adalah this is something wrong with this government. Ini adalah satu yang tidak betul dengan kerajaan ini.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tahniah Yang Berhormat Taiping kerana bersetuju dengan saya semua sekolah. Tahniah Yang Berhormat Taiping.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, saya perbetulkan. Saya Yang Berhormat Taiping, ini Yang Berhormat Batu Gajah.
[Ketawa] Ini yang tidur itu [Tangan menunjuk ke arah Yang Berhormat Pengerang] belum bangkit lagi. Dia Yang Berhormat Taiping dengan Yang Berhormat Batu Gajah pun tidak dapat beza.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Okey, saya sambung.
Sambung ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat .
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sambung sikit-sikit, okey.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sambung sikit-sikit. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Akhir ya Yang Berhormat?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Akhir. Isu yang lebih penting.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan persoalan yang saya hendak bangkitkan. Ini adalah persoalan yang selalu dibincang di kedai kopi, di mana-mana saja berkaitan dengan isu MH370. Dalam isu ini, pelbagai reaksi dan gelagat rakyat diperhatikan di seluruh negara.
Satu daripada isu yang dibangkitkan adalah mengenai kapal selam milik negara kita.
Kenapa negara kita tidak menghantar kapal selam untuk misi mencari dan menyelamat kapal terbang MH370?
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
This is not my question, I am telling you.
Saya beritahu dalam Dewan ini, ini adalah soalan rakyat. Soalan yang dikemukakan oleh rakyat di luar.
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya mohon Dewan ini menjawab soalan ini.
Singapura bersedia untuk menghantar kapal selam untuk tujuan tersebut. Kerajaan memberi alasan bahawa kapal selam kita tidak sesuai untuk mencari dan menyelamat kerana ia adalah kapal selam untuk tujuan berperang sahaja. Saya tidak faham kenapa kapal selam perang yang sepatutnya mempunyai kelengkapan yang lebih canggih tidak boleh digunakan dalam keadaan krisis yang terdesak ini? Adakah kerajaan mengelak daripada menggunakan kapal selam Scorpene atau menyembunyikan sesuatu?
Berikut adalah kenyataan- Ini penting, dengar ini. Berikut adalah kenyataan daripada Menteri Pertahanan dalam tweet beliau yang menyatakan dengan izin, “Our submarines are not designed for this operation. It is not the role for submarine, for search
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
and rescue.” Kenyataan beliau amat mengelirukan kerana saya terbaca satu artikel dalam media sosial mengenai laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas mengatakan bahawa kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia beroperasi dalam misi search and rescue. Apakah masalah sebenar dengan kapal selam Scorpene yang dibeli dengan harga RM7 bilion dan pada masa itu kerajaan membelanjakan lebih kurang RM1 bilion setahun untuk penyelenggaraan kapal selam tetapi tidak dapat digunakan dalam keadaan contingency yang amat terdesak. Dengan izin, I think you guys bought the wrong thing all together.
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Kita ada Menteri yang tidak boleh memberi jawapan yang betul. That’s the quality of our Ministers.
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, last. Baru-baru ini seorang lelaki telah menumbuk seorang Timbalan Menteri Pendidikan daripada parti MIC. Saya tidak tahulah sama ada yang dipukul itu adalah orang UMNOkah apa, saya tidak tahulah.
Seorang Ahli
Tidak kiralah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Okey. Saya difahamkan laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Menteri tersebut, tetapi kemudiannya telah memaafkan si penumbuk itu.
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya rasa kecewa dan memang rasa kasihan dan simpati kepada Timbalan Menteri itu. Kenapa buat laporan polis kemudiannya tarik balik? Fikir dulu sebelum buat laporan polis sama ada tindakan hendak diambil ataupun tidak. Kalau sudah buat laporan polis, ambil tindakan, kenapa pula tarik balik? Ini betul-betul menggadai maruah dan harga diri.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Mungkin bos-bos beliau telah mendesak untuk melepaskan kes itu kerana tujuan politik. Walau bagaimanapun saya rasa sungguh kecewa dan kasihan melihat beberapa orang pemimpin MIC yang terpaksa menunduk sampai ke tapak kaki UMNO. Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan beliau supaya berhenti adegan mencium tangan kerana tangan yang dicium itulah yang menumbuknya.
[Ketawa] [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya habiskan Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sebagai penggulungan, saya juga hendak tanya satu perkara berkaitan dengan BR1M. Semalam Yang Berhormat Kota Melaka juga ada membangkitkan isu BR1M di mana seperti yang dijanjikan oleh kerajaan patutnya semua orang yang layak untuk mendapat BR1M itu akan dapat RM650. Akan tetapi kenapa pula ada yang menerima kurang daripada RM650? Ada yang menerima RM300, ada yang menerima RM450, ada yang menerima RM200 lebih dan sebagainya.
Kami ada bukti. Why? Kenapa? Macam mana? Janji ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia ini kalau kita kata 1Malaysia semua orang kena dapat RM650. Kenapa pula ada yang dapat RM650, ada yang dapat RM450?
Masalahnya bila mereka datang berjumpa dengan wakil rakyat kita tidak dapat memberi jawapan yang baik. Jadi kami terpaksa buat panggilan. Panggilan kepada mana?
Toll free number Lembaga Hasil Dalam Negeri, ada bagi nombor Lembaga Hasil Dalam Negeri toll free number. Kalau dail nombor itu, “Harap maaf nombor yang anda dail sedang digunakan.” Tidak apalah ini biasa kita tahu. Kalau boleh saya minta Menteri, bila kita buat telefon kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri tambahkan satu ayat lagi, “Harap maaf nombor yang anda dail sedang digunakan dan akan digunakan selama-lamanya.” [Ketawa] Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, thank you, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Titah Ucapan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini. Kesempatan ini juga saya ambil bagi pihak rakyat Titiwangsa untuk melahirkan simpati terhadap ahli keluarga mangsa MH370 yang hilang sehingga kini belum ditemui. Kami sentiasa berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi mereka dan kita semua.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian Dewan ini mengenai masalah yang melanda rakyat Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang kini masih tidak nampak jalan penyelesaian isu air ini. Catuan air yang dijalankan sejak dua bulan ini amat menyusahkan rakyat. Lihatlah bagaimana rakyat di luar sana menderita terutama yang tinggal di flat-flat kos rendah, perumahan awam PPR akibat dari catuan air. Ini tidak termasuk complaint yang begitu banyak saya terima sebagai wakil rakyat dari kilang-kilang yang beroperasi di sekitar sempadan Kuala Lumpur dan pinggiran negeri Selangor serta pemaju-pemaju perumahan yang tidak dapat sambungan air tambahan untuk projek-projek mereka disiapkan dan mendapat CF seterusnya kepada pembeli.
Malah kesan ketiadaan atau catuan air ini lebih membebankan rakyat golongan miskin dari yang kaya. Saya beritahu begini kerana kalau kita lihat struktur pembinaan rumah-rumah flat yang kita ada hari ini tidak menyediakan tangki air di dalam rumah tetapi menggunakan tangki air yang besar di atas bangunan tersebut. Manakala rumah-rumah mewah yang dibina mereka mempunyai tangki air dalam rumah yang boleh menampung keperluan air untuk dua, tiga hari. Oleh sebab itu apabila berlaku catuan ini kita tidak rasa kesusahan. Akan tetapi kalau kita bandingkan kepada rakyat yang tinggal di rumah-rumah flat ini kita nampak setiap kali mereka beratur menunggu air memikul baldi untuk naik ke atas. Oleh sebab itu isu air ini perlulah kita lihat dengan begitu teliti supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, isu krisis air di Lembah Klang ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita semua tidak mempolitikkan soal air ini. Kadang-kadang saya malu apabila melihat rakan-rakan yang datang dari negara jiran seperti Singapura.
Kita lihat mereka tidak pernah menghadapi soal catuan air ini walaupun mereka ini menghadapi kemarau seperti kita. Ini kerana strategi mereka menangani isu air di negara mereka begitu jelas dan berjangka panjang. Sedangkan mereka juga menerima air mentah yang belum dirawat datang daripada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya isu krisis air di Lembah Klang ini telah pun dijangkakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 2008 lagi. Oleh sebab itu Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu telah merangka strategi jangka panjang di mana kerajaan merancang membina Loji Rawatan Air Langat 2 berserta paip saluran sambungan air mentah dari Pahang ke Selangor. Ini bagi mengatasi kekurangan air ini yang dijangkakan akan berlaku pada tahun 2014 seperti mana yang kita jangkakan waktu tahun 2008.
Malangnya apabila Barisan Nasional kalah pada pilihan raya 2008 di Selangor...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat boleh pohon sedikit pencelahan?
Sedikit sahaja.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Nanti sekejap lagi saya bagi. Let me finish ya? Malangnya apabila Barisan Nasional kalah pada pilihan raya 2008 di Selangor, maka pembinaan Loji Langat 2 ini yang sepatutnya dibina pada tahun 2009 tidak dapat dilaksanakan oleh kerana kerajaan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan kelulusan pembinaan dari Kerajaan Negeri Selangor hingga hari ini belum selesai. Sila.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya suka hati dengar bahawa Yang Berhormat cukup prihatin tentang krisis bekalan air kerana ia merupakan isu asas kepada semua warganegara. Akan tetapi adakah Yang Berhormat sedar antara sebab utama dalam kepincangan urusan aset air adalah kadar non-revenue water yang cukup tinggi di negara kita. Saya bagi contoh mengikut laporan National Water Commission, non-revenue water secara purata di negara kita ini sekadar 36%. Ini bermaksud setiap 10 liter air mentah yang dirawat dan dihantar tetapi dalam jalan dalam prosesnya 36% sudah hilang. Sekiranya ini adalah sebab kerana paip-paip, mengikut laporan National Water Commission terdapat lebih kurang 43,000 kilometer paip-paip air usang yang sepatutnya ditukar supaya mengurangkan NRW ini yang cukup kritikal.
Setujukah Yang Berhormat supaya Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kita sama-sama pada tahun ini apabila Perdana Menteri melancarkan bajet tahun hadapan, ini diberikan, isu NRW ini diberikan keutamaan untuk mengatasi masalah bekalan air. Sekian terima kasih.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu di mana-mana negara pun non-revenue water ini adalah merupakan satu proses masalah yang recurring yang perlu kena selesai. Kadang-kadang dalam sesuatu
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
kawasan hari ini ia tidak berlaku kejadian tersebut, kemudian lima tahun akan datang dia akan berlaku. Ini adalah perkara yang berterusan yang perlu dikendalikan oleh mana-mana kerajaan yang mengendalikan proses non-revenue water ini. Saya ambil maklum dari segi non-revenue water ini mencecah 38% hingga 40%. Dahulu 40%, 45%, sekarang ini sudah berkurangan oleh kerana action yang telah diambil oleh operator kita untuk melihat bagaimana kita mengurangkan non-revenue water. Apa yang saya hendak tekan ini ialah di samping kita mengambil tindakan ini kita juga kena melihat reserve margin yang ada di Lembah Klang ini kurang daripada 1%.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Sedangkan jika dibandingkan dengan standard margin yang diperlukan bagi sesebuah negara maju ialah di antara 10% hingga 15%. Kita menuju negara maju, air tidak ada, kena catu, dimana letaknya? Jadi sebab itu saya beritahu bahawa walaupun kita telah mencari dan menyelesaikan masalah non-revenue water ini, kita juga kena fikir soal bagaimana kita meningkatkan kapasiti water ini.
Saya bagi contoh sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, mengapakah perlu kita mengait atau mensyaratkan pembinaan loji Langat II ini dengan pembelian semula empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) dan Konsortium ABASS yang dianggarkan berjumlah RM9.65 bilion. Itu pun syarikat-syarikat ini tolak. Jadi persoalan saya, kalau kita hendak tunggu syarikat-syarikat ini bersetuju baru kita hendak buat Langat 2 yang sepatutnya kita bina pada tahun 2009 dulu, sampai bila kita hendak menyelesaikan masalah air, reserved margin kita.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Nanti Yang Berhormat Taiping, cukup-cukup.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Satu sahaja.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Nanti saya bagi, I have to finish this one first.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Small one, small one.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No, no, no.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Setujukah Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
I don’t have time, I’ll give you, why not after this you speak.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Just, satu sahaja, setujukah?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No, cukup-cukup.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Di mana NRW kita berikan contoh.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No, no, don’t disturb.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jepun NRW hanya 5%.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Don’t disturb my floor.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
NRW hanya 15%. Sekiranya kita dapat kurangkan NRW ini, saya rasa pembinaan empangan RM2 bilion ini boleh jimat. Ini masalah air, ada empangan air tidak dapat sampai ke paip rumah, apa guna ada empangan? Itulah isunya ketika...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Taiping, duduklah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih.
Seorang Ahli
Tidak reti hendak duduk, kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sepuluh minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya kalau kita semua benar ikhlas untuk membantu rakyat seperti mana Yang Berhormat Permatang Pauh sebut sebab hendak membantu nelayan, hendak bantu petani.
Sebenarnya kita semua kena berpakat untuk menyelesaikan masalah rakyat ini. Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya meluluskan pembinaan ini sejak tahun 2009 lagi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Shah Alam, duduklah, tidak payah. Mereka ini belum tidur, you kalau bercakap masa tidur.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Banyak soalan yang ditanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Banyak soalan yang ditanya, kita hendak jawablah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Menteri jawablah nanti.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya tidak bagi, kita jawab kemudianlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya soalan ini bukan untuk dijawab, saja-saja untuk politikkan isu. Sedangkan yang menswastakan air ini memang UMNO-Barisan Nasional dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Inilah punca masalahnya, kenapa diswastakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, duduk.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Keperluan asas rakyat. Dia bengap.
[Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini Yang Berhormat Shah Alam kalau hendak cakap, nanti tunggu jadi menteri besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Giliran dah ambil Yang Berhormat Shah Alam, sudah berucap pun.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Sepatutnya kalau kita semua benar ikhlas...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Menteri menjawab.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya meluluskan pembinaan ini sejak tahun 2009 lagi, waktu ketika itu reserved margin kita tidaklah sekritikal seperti mana yang kita hadapi sekarang ini. Sekarang apabila masalah air menjadi makin meruncing, baru hendak berunding, baru hendak bincang, baru hendak buat MoU, baru hendak sain MoU. Masalah sudah banyak, baru hendak...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah, kemudianlah cakap.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan Mesyuarat 36(12), mengelirukan Dewan.
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya sokong.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, faktanya mengelirukan Dewan. Usaha untuk berunding tentang soal air di negeri Selangor sejak tahun 2009, bukan baru sekarang, faktanya tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Itu mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, apa pun tidak sampai ke tahap 36(12).
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita dok bincang daripada tahun 2009, bukan baru bincang.
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Nanti jadi MB la jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Faktanya tidak betul.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Penjelasan kena minta izin daripada yang berucap, Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya tidak bagi,
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya sudah beritahu tidak sampai ke tahap 36(12) Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tetapi biarlah saya jelaskan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tidak payahlah, saya hendak Menteri jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dia sedang berbahas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat tidak ada capacity untuk menjelaskan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua buat ruling tanpa dengar saya punya hujah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tidak apa, duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya dengar.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
How can you make a decision, you haven’t heard my protest.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya sudah dengar. I heard you, saya dengar tadi Yang Berhormat rujuk Yang Berhormat Titiwangsa 36(12).
Jawapan saya, kerana saya sendiri pun mendengar ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Titiwangsa.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, tapi tidak betul. Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Jawapan saya Yang Berhormat, teguran Yang Berhormat itu apa juga yang dibahaskan tidak sampai ke tahap untuk merujuk Yang Berhormat Titiwangsa ke Peraturan Mesyuarat 36(12), itu keputusan saya. Tidak sampai ke tahap itu.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey, terima kasih. Duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya tetapi biarlah saya cakap dahulu.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Duduk, duduk.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
I don’t even say.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat dah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sepatutnya bila saya bangun dengan 36(12), Tuan Yang di-Pertua kena suruh Yang Berhormat Titiwangsa duduk sekejap, biar saya nyatakan apa bantahannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sudah dengar Yang Berhormat. Jangan sampai ke tahap saya melihat Yang Berhormat salah guna 36(12) ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Titiwangsa, mencelah, satu minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Let me finish this.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ambil masa lima minit saja. Satu minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Titiwangsa tidak bagi jalan Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Bagi saya cakap. Okey.
Seorang Ahli
Cakap tidak ikut fakta itu bala.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bila bercakap dia tanya, tapi orang hendak jawab tidak bagi.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tunggulah you jadi Menteri Besar.
Tuan Yang di-Pertua, bila saya pertikaikan soal kelulusan Langat 2 ini ialah kerana saya lihat Kerajaan Negeri Selangor mengaitkan pembelian aset konsesi empat syarikat tersebut.
Sekarang kita cerita soal masalah rakyat, kita selesaikanlah Langat 2 ini punya kelulusan, kita buatlah pembinaan ini dalam masa tiga tahun.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Beli konsesi itu pun soal rakyat juga Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang kita sibuk pasal konsesi ini kenapa?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hendak beli konsesi itu pun, soal rakyat juga.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Bagi sesiapa pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
UMNO, ini hendak berikan rakyat bukan kepada kroni-kroni mereka sahaja.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Dia hendak bagi kroni.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mereka hendak bagi beli dengan harga yang mahal. Harga, kadar air dan sebagainya bukan soal rakyat, kah?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
No,no no.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
No, no, no apa?
[Dewan riuh]
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Titiwangsa, minta penjelasan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya tidak beri jalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Elaun dapat RM30,000.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan itu duduklah Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ini masalah rakyat, ini masalah rakyat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya tidak bagi, selepas ini bercakap. Bagi saya bercakap dulu, saya tidak habis cakap lagi ini. Pasal air saya tidak habis bercakap.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ini cakap salah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Cakap tidak betul itu.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Sudah, sudah. Tuan Yang di- Pertua, mengikut laporan yang saya baca baru-baru ini, mereka mendesak supaya kerajaan kita menggunakan, kerajaan menggunakan Water Services Industry Act (WASIA) 2006 untuk mengambil syarikat ini apabila mereka tidak bersetuju dengan harga. Saya hendak beritahu Dewan ini, ini adalah perkara yang tidak sihat. Kita privatise aset ini selepas krisis tahun 1998. Kemudian pelabur-pelabur ini melabur membina loji mereka. Kita suruh investor buat loji, kemudian mereka pergi buat pinjaman, selepas itu kita paksa mereka jual pada kerajaan oleh kerana kita diugut oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak akan dibenarkan bagi DO kepada Langat 2 ini kerana kita hendak empat syarikat yang telah kita privatise sebelum mereka memerintah.
Jadi saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat seksyen 114 WASIA Act ini adalah digunakan untuk national interest. National interest untuk mengambil empat konsesi ini, mereka ini tidak ada bagi masalah kepada kita.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Ini tidak, kalau hendak ambil, kita bincang. Maksud saya, kalau kita ada masalah dengan mereka ini, kita bincang separate.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Penjelasan sedikit Yang Berhormat Titiwangsa, mengenai 114, boleh?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Boleh.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Sebenarnya dua minggu lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah tandatangani satu Memorandum of Understanding di mana Kerajaan Persekutuan sendiri telah mengatakan bahawa mereka akan menggunakan WASIA seksyen 114 untuk mengambil alih pengurusan air keempat-empat ini. Akan tetapi masalah sekarang ialah selepas empat konsesi air ini tidak agree dengan Kerajaan Negeri Selangor, dengan RM9.65 bilion, maka Kerajaan Persekutuan harus menggunakan 114. Ini telah dikatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Air.
Akan tetapi sekarang tidak ikut, jadi siapa salah, siapa tidak mahu perjuangkan hak rakyat?
Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey, saya faham. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bila kita cerita soal national interest ialah untuk kita mengambil sesuatu kerana kepentingan rakyat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Hari ini di antara meluluskan Loji Langat 2 dengan mengambil syarikat ini mana lebih penting? Apa yang penting ialah Loji Langat 2 ini perlu dibina secepat mungkin dan diberi kelulusan secepat mungkin untuk kita bina dalam masa 36 bulan. Hari ini reserved margin kita sudah tinggal 0 hingga 1%. Saya tidak tahu apa hendak jadi dalam Kuala Lumpur atau pun Klang Valley ini sekiranya kelulusan ini ditangguhkan.
Jadi sementara kita hendak tunggu syarikat-syarikat ini kita ambil, syarikat-syarikat ini juga mereka mempunyai pemegang-pemegang saham. Ada yang disenaraikan di Bursa
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saham Kuala Lumpur. Kita bersetuju dalam ini tetapi mereka tidak bersetuju. Adakah kita hendak menggambarkan kepada pelabur-pelabur di luar sana yang datang melabur ke negara kita, Kerajaan Malaysia ini mula-mula kalau dia hendak, dia suruh kita melabur, selepas itu bila dia tidak bersetuju dia merampas?
Di mana letaknya kita punya keadilan? Dari segi soal bagaimana kita menarik pelabur ke negara kita. Ini adalah soal kita build infrastructure. Adakah hari ini kita hendak lihat semua power plant ini yang kita ada untuk mengeluarkan tenaga, kita rampas daripada mereka tanpa mengambil kira RM26 bilion bon yang telah dikeluarkan dalam negara kita?
Kita kena be practical. Jangan masukkan benda yang tidak masuk akal kepada sistem atau perbincangan yang kita memaksa dan ugut semata-mata untuk kita menang dari segi kedudukan politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Boleh gulung Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, Loji Langat 2 ini sebenarnya boleh membekalkan sebanyak hampir 1.4 million liter sehari. Ianya dapat menampung keperluan kita sehingga tahun 2023. Sekiranya kita boleh resolve non-water revenue ini, maka tahun 2023 ini juga akan meningkat menjadi mungkin ke tahun 2090. Apa yang perlu kita buat ini ialah kita menyediakan kapasiti sebab itu kapasiti ini perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Oleh itu saya ingin mencadangkan pada Dewan yang mulia ini siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kajang ini, pembinaan Loji Langat 2 ini janganlah ditangguhkan demi kepentingan rakyat. Marilah kita sama-sama memikirkan masalah rakyat ini seperti mana yang kita mempertikaikan soal pengambilan BERNAS. Hari ini kita menceritakan soal rakyat. Soal rakyat yang tidak ada air. Tuan-tuan yang duduk rumah banglo ini bolehlah kalau catu dua atau tiga hari, tangki air boleh menampung sampai lima hari tetapi kalau orang yang duduk di flat, rumah-rumah pangsa yang tidak ada tangki air, hendak kena turun bawa baldi. Selepas itu Yang Berhormat Baling hendak kena hantar mineral water. Berapa banyak mineral water hendak habis ini?
Seorang Ahli
Ya, Yang Berhormat Baling?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya ingin cadangkan begini. Kalau benar-benar Kerajaan Negeri Selangor merasakanlah perlu mengambil konsesi ini, sebenarnya konsesi ini tidak payah ambil. Dia sepatutnya pergi bincang dengan Kerajaan Persekutuan bagaimana kita hendak ambil SYABAS sebagai peneraju untuk distribute water ini macam kita tengok independent power plant. Kita tidak usik independent power plant tetapi kita jaga TNB. Kita make sure TNB ini adalah the sole distributor for the power yang digenerate oleh mana-mana pihak dalam negara kita yang mewujudkan IPP.
Begitu juga loji air. Kalau loji air ini kita biarkan private sector manage efficiently dia tidak manage secara efficient kita penalize dia. Akan tetapi SYABAS, kita boleh bincang bagaimana untuk ambil SYABAS ini jadikan ia seperti TNB atau Telekom, dia boleh kontrol semua loji-loji air ini, bagaimana mereka menghantar air-air kualiti dan kapasiti yang dia ada. Itu kita boleh bincang tetapi kalau paksa keluar RM9.65 bilion hendak pergi ambil alih, saya ingat duit ini kenapa kita kena kayakan pemegang-pemegang saham? Lebih baik kita beli, kita bina macam-macam benda lagi, rumah-rumah mampu milik yang kita boleh bina, yang kita hendak pergi beli benda yang sudah ada hendak buat apa?
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, last. Ini perkara saya terpaksa sentuh pasal ini dalam kawasan saya. Ini Flat Pekeliling.
Tahun ini yang ke-13, flat ini masih tidak diruntuhkan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Oh, dahsyat!
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya hendak minta- saya tidak tahu. Macam mana hendak selesaikan masalah ini? Sudah 13 tahun. Jadi saya hendak minta mana-mana kementerian yang bertanggungjawab, mana-mana syarikat yang telah diberi peluang kedua untuk menyelesaikan Flat Pekeliling ini, sebelum dia hendak fikir projek lagi lima atau enam tahun ini, selesaikanlah bangunan itu supaya dirobohkan.
Banyak penagih dadah, nyamuk, dan maksiat dalam itu. Kita kena selesaikan benda ini.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Jadi saya hendak minta, kalau sudah tidak mampu, kita ada agensi kerajaan, PR1MA, SPNB, dan UDA. Kita pakat-pakat kita selesaikan hal itu.
Akhir sekali, last. Ini pasal sekuriti dekat airport, Malaysia Airport Berhad. Saya hendak bertanya, bagaimana Malaysia Airport Berhad jaga airport kita? Bagaimana kita boleh membenarkan orang buat ritual dalam kita punya airport? Bawa kelapa. Dia hendak buat di rumah dia, dia punya pasal! Dia hendak buat di dalam bilik dia, dia punya pasal!
Hendak buat atas padang dia punya pasal tetapi dia buat dalam KLIA. Mana kita punya sekuriti ini? Apabila masyarakat luar sana masuk dalam siber media kita dan sebagainya, mereka gelakkan fasal dia orang buat dekat dalam KLIA! Hilangnya ialah kapal terbang!
Jadi saya minta pihak yang berwajib kita kena pastikan bahawa jangan ada perkara-perkara karut ini dilakukan dalam airport kita seperti KLIA ini. Sekian, saya mohon menyokong.
Seorang Ahli
Ahli Parlimen Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ganti Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneruskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih Ke bawah Duli Tuanku Yang di- Pertuan Agong, saya ingin merungkaikan beberapa isu yang sekarang ini diperkatakan dengan begitu hebat terutama sekali MAS yang melibatkan hampir 227 orang penumpang dan krew, pekerja MAS yang saya anggap harus diberikan doa supaya mereka ini selamat.
Semua rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan pesawat ‘HM370’ ini dapat dijumpai dalam keadaan yang selamat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
MH, Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ya, MH. Ya, sebab saya tersilap tulis tadi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
HM itu headmaster.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Isu saya hendak bawa ini ialah isu tentang kerugian MAS yang melibatkan hampir RM1.14 bilion. Itu laporan yang saya terima. Ianya berterusan dan saya diberitahu bahawa yang akan menggalas kerugian ini tidak lain dan tidak bukan ialah pekerja. Itu yang saya diberitahu. Saya amat susah hati atau dukacita dengan keadaan ini berlaku kerana beban atas sifat bila kerugian itu pergi kepada pekerja. Jadi pengurusan tidak ditanggung atas alasan pekerjanya terlalu ramai dan ianya perlu dikurangkan atau beban tanggungan pekerja itu perlu segera diselesaikan.
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua termasuk Yang Berhormat Baling, MAS ini, pekerja MAS, pramugari sebagai contoh, 11 tahun bekerja Yang Berhormat Baling, 11 tahun bekerja, basic baru RM1,100! Oh, dahsyat! Pramugari! Malah saya diberitahu flight allowance, Yang Berhormat Kinabatangan, flight allowance pramugari baru RM8 satu jam! Mana mungkin kalau itulah tanggungannya, pekerja perlu disalahkan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Dan pramugari terpaksa dibebankan dengan keadaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak beri Yang Berhormat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya ada 20 minit. Saya tidak boleh beri pada orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Boleh pula tidak beri!
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Inilah kesan buruk yang harus ditanggung dan ini tidak boleh disalahkan pekerja. Pengurusan, CEO, dan Khazanah, wajib bertanggungjawab di atas kerugian yang berlaku ke atas MAS.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kawan tidak bolehkah?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Dan ianya tidak boleh dikompromikan. Saya tidak mahu dengar cerita MAS, pekerja MAS akan dibuang kerja sebab kerugian demi kerugian. Orang yang patut disalahkan ialah pengurusan yang tidak efisien dan bertanggungjawab!
[Tepuk] Kita hendak doakan Tan Sri Aziz yang lahirnya dahulu akan datang kembali untuk meraih keuntungan dan menyelamatkan MAS daripada bagi pada Khazanah yang tidak tentu arah pentadbirannya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ini disambung keduanya ke atas pembuangan- sedikit sahaja. Pembuangan kerja yang dibuat oleh CEO, MAS. ini Kritik pasal kerugian buang kerja tanpa melalui lunas-lunas undang-undang di bawah seksyen 14 Akta Kerja. Dapat tangkap, buang, tangkap, buang. Orang buat petisyen kenapa rugi, tidak boleh! Kritik, tidak boleh! Presiden NUFAM, Saudara Ismail dibuang kerana mengkritik atas kerugian MAS yang patut dikaji oleh kerajaan.
Begitu juga dengan empat orang pegawai Kesatuan NUFAM yang dibuang atas alasan mereka ini membantah dan tidak diakui undang-undang oleh pengiktirafan yang dibuat oleh sumber manusia terhadap pengurusan MAS. MAS dengan begitu biadab tidak membenarkan hak pekerja itu ditegakkan. Apa punya pentadbiran ini? Ha, Yang Berhormat Kinabatangan dua minit sahaja.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Dua minit cukup banyak. Yang Berhormat, dari dulu saya punya pendirian memang jelas bahawa MAS ini kerajaan perlu meneliti ke arah mana ia diletakkan sebab menghadapi kerugian. Cuma saya tidak sentuh kelmarin sebab kita masih berada dalam keadaan kehilangan MH370.
Akan tetapi Yang Berhormat sudah sentuh, jadi memang betul bahawa perkara yang dibuat oleh MAS ini memang tidak tepat. Dia rugi dalam bidang operasinya, sebab operasinya dia tidak boleh kawal sedangkan penumpang penuh tiap-tiap hari.
Saya rasa MAS ini, dia ada satu tindakan yang salah memberi ruang kepada Air Asia pula untuk ke destinasi yang seharusnya MAS terbang. Jadi apa komen Yang Berhormat? Apakah Yang Berhormat ingin meminta kerajaan supaya betul, jangan kerajaan hendak ambil alih sebab dia tidak tahu berniaga. Bagi orang lain.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Setuju sangat. CEO ini patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kerugian MAS ini, bukan digalas oleh pekerja-pekerja yang saya lihat bahawa mereka dilayan dan ditarik hak mereka keterlaluan.
Maka Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dengan izin tampil ke depan dan komited untuk menyelesaikan masalah pembuangan kerja yang zalim ini dan jangan disalahkan pekerja sekiranya kerugian itu berlaku dan sepatutnya digalas oleh CEO dan juga pengurusan management tertinggi yang tidak melaksanakan tugas dengan efisien dan bertanggungjawab.
Kedua isu termasuk juga pembuangan kerja Presidennya, Saudara Ismail perlu diambil tindakan segera kerana mereka, MAS tidak menggunakan landasan undang- undang di bawah seksyen 14 yang sepatutnya dan sewajibnya di akur dan dipatuhi.
Tuan Yang di-Pertua, nombor dua – NUBE. Saya sudah bagi tahu terlebih awal, iaitu NUBE dalam krisis pertukaran mereka sebanyak 49 orang non-executive yang mana telah pun dibuat perbincangan dan sebagainya, Sumber Manusia di bawah JPP bagi tahu di bawah seksyen 18 mengatakan, baik kita akan runding, runding, tetapi pihak Hong Leong terus-menerus membuang 49 orang ini kerana transfernya tidak munasabah. Mana mungkin daripada Kelantan dia kena tukar ke Puchong. Daripada Johor tukar ke Pulau Pinang dalam keadaan yang tidak ada persiapan. Maka saya menyeru kepada Kementerian Sumber Manusia supaya pastikan bahawa mereka ini akur di bawah seksyen 56, Akta Perusahaan 1967 bahawa jangan langgar perjanjian bersama yang jelas menyatakan dengan izin, “A bank staff who is a Union members has the right to refuse a transfer based
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
on the condition of hardship”. Ini adalah jelas mengapa mereka khianati undang-undang yang mereka buat di bawah peraturan seksyen 56, Akta Perusahaan 1967.
Maka yang demikian, saya sarankan Kementerian Sumber Manusia supaya tampil sedikit kejantanannya dan tegas dalam memastikan keputusan dibuat, jangan menganiayai rakyat sendiri. Saya pohon kementerian sesungguhnya dengan rela hati memanggil kedua- dua pihak ini supaya selesaikan di bawah seksyen 18 di meja perundingan. Ini tugas Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.
Seterusnya pelaut. Bila sebut saya dapat jawapan daripada pelaut, daripada Kementerian Pengangkutan yang mana jawapannya ialah tidak setimpal dengan maklumat yang saya terima. Maknanya tidak selari.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan yang dibuat oleh Dato' Kapten Haji Ahmad bin Othman, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut, Malaysia memerlukan 43,000 pelaut tempatan. Oh, dahsyat! Akan tetapi yang jelasnya, pekerja-pekerja yang berada dalam penambahan sekurang-kurangnya 43,000 itu untuk menampung keperluan sektor perkhidmatan perkapalan negara ini dipenuhi oleh pekerja-pekerja pelaut asing yang memastikan dalam untuk mencapai 43,000 pelaut ini dalam kadar pelaut yang mewakili nisbah jika mengikut nisbah seorang pelaut adalah mewakili 4,500 penduduk dunia.
Dengan ini saya ingin menyarankan kepada Kementerian Pengangkutan bahawa isu pelaut ini, isu pelabuhan ini perlu dikendalikan secara berasingan supaya penumpuan untuk memastikan Laut China Selatan, Selat Melaka itu dikawal selia oleh pelaut tempatan dan sampai ke tahap untuk memastikan kita ada Universiti Pelaut. Ini kerana pada masa akan datang, pelaut ini akan hanya mereka yang mendapat sijil pelaut sahaja yang boleh berlegar dalam laut, termasuk nelayan.
Maka yang demikian, saya ingin sarankan kepada Kementerian Pengangkutan supaya menyediakan persiapan dalam memastikan pelaut kita ini tidak dimonopoli oleh pelaut asing. Saya khuatir bila sebut pelaut-pelaut asing ini, kita sudah barang tentu laut itu luas dan keselamatan tidak terjamin. Maka yang demikian, saya memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya serius dalam memastikan kita melahirkan pelaut tempatan dari kita kebergantungan kepada pelaut asing.
Keempat, kuasa Menteri di bawah seksyen 60, bila tubuh pengiktirafan. Saya sudah bagi tahu sebelum itu kementerian iaitu apabila syarikat itu mengkhianati dan melengah waktu tidak menghormati undang-undang negara, syarikat itu perlu dihukum.
Saya sudah bagi tahu dalam Dewan yang mulia ini tetapi kementerian tarik balik di atas sifat bila Borang B itu diberikan kembali oleh pihak syarikat, tetapi kementerian bersetuju untuk kompromi.
Kita hendak tengok syarikat ini supaya akur tentang undang-undang dan mereka ini perlu dihukum kalau mereka mengkhianati undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kita hendak tegaskan. Akan tetapi yang jelas ialah bila diberikan Borang B, maka bila syarikat beri Borang B, kementerian pun rasa lemah dan terus memberi peluang kepada syarikat yang makin banyak mengkhianati, mengkhianati hak pekerja dalam negara ini.
Saya mohon kementerian supaya tindakan di bawah seksyen 60 itu perlu tegas dan bagi tahu dengan syarikat yang pengkhianat ini, kamu ambil hasil untung, tetapi pekerja kamu khianati. Kementerian Sumber Manusia, saya memohon diberi penjelasan mengapa ditarik balik sedangkan kita perlu memastikan bahawa syarikat-syarikat ini yang tidak menghayati atau tidak apply dalam segi gaji minimum RM900. Ada lebih 100 buah syarikat yang tak buat. Hukum syarikat-syarikat ini. Untung ambil, tetapi pekerja dibiarkan sengsara hidup mereka. Sudah buat akta, takut apa lagi? Jalankan tugas!
Sudah masuk dua tahun Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum RM900 ini termasuklah negeri-negeri mana pun. Termasuk sesiapa sahaja, RM900 itu wajib kita akur.
Begitu juga dengan persaraan 60 tahun. Bila kita berdebat, dia kata kementerian beri kelonggaran. Tak payah beri kelonggaran, sudah setuju, sudah buat akta dalam Dewan yang mulia ini, teruskan. Jangan khianati akta yang kita telah dukung ini. Jangan jadi munafik. Sekejap ya, sekejap ya, sekejap tidak! Apa ini? Selepas itu dalam segi penjawat awam.
Saya sudah bagi tahu 49,000 penjawat awam yang kontrak, tiga tahun lebih. Saya mohon Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan mereka peluang yang bekerja tiga tahun ke atas itu diberikan pekerja tetap. Saya tidak nampak kenapa alasan dibiarkan
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
mereka bekerja kontrak sehinggakan 11 tahun, 12 tahun, sehinggakan menyebabkan mereka sengsara, hanya menunggu nasib pada tiap-tiap dua tahun sekali.
Saya pohon Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa 49,816 orang ini mereka layak tiga tahun, tolonglah confirm, termasuk guru sandaran, termasuk Kementerian Pelancongan, Kementerian Perusahaan.
Ini yang saya hendak tegaskan bahawa janganlah kita letakkan tenaga mereka sebagai perjudian dan mengambil hasil perahan mereka, tenaga mereka dan untungnya dan ruginya mereka sendiri atau pekerja. Ini saya mohon supaya kementerian, Jabatan Perdana Menteri supaya segerakan untuk memastikan 49,816 orang ini selepas tiga tahun kelayakan mereka, yang 11 tahun, 12 tahun itu, tolonglah permanentkan mereka. Begitu juga dengan uniform nurse- uniform nurse. Saya diberitahu nurse dapat tiga helai baju uniform.
Saya minta sebab tidak pernah di cerita oleh dek orang, saya minta dengan jasa baik Jabatan Perdana Menteri supaya tiga helai itu dijadikan lima helai sebab bila masuk suku tahun ataupun setengah tahun, dia punya baju itu nampak macam pakai, tak pakai jarang dia. Jadi saya mohon supaya nurse ataupun uniform ini dibekalkan dengan lima helai baju, bukan tiga helai sebab tiga helai ini dia transparancenya cepat. Jadi akan menyebabkan banyak orang sakit jantung. Maka yang demikian, saya minta kementerian untuk tambahkan baik iaitu daripada tiga set uniform kepada lima set uniform.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Begitu juga dengan elaun guru besar, keraian daripada RM100 itu ditambahkan kerana apabila dia meraikan tetamu RM100 sebulan Tuan Yang di-Pertua, hendak buat apa. Guru Kanan RM60. Tolonglah, tolonglah tambahkan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Atas sifat untuk memastikan mereka tidak terjebak iaitu hasil daripada poket mereka sendiri yang memberikan, Yang Berhormat Kinabatangan sekejap. Saya ada lagi 10 minit.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Polis pun tiga baju juga.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ha, polis pun. Semua uniform, semua uniform Yang Berhormat Kinabatangan. Ini saya suka uniform fasal pekerja. Yang lain saya tidak suka dia. Yang itu saya suka dia fasal dia menyertai saya dalam untuk memastikan jangan disebabkan uniform itu penyakit lain datang seperti kurap dan sebagainya.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, saya minta ia dipertimbangkan. Seterusnya...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
[Bangun]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Kalabakan saya kena bagi Tuan Yang di-Pertua. Kakanda saya. Kambing, kambing. Kari kambing.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat, Yang Berhormat ada sebut fasal gaji minimum. Gaji minimum ia tidak boleh diimplementasikan di Sabah kerana kita tahu keadaan negeri Sabah ini berlainan sebab di sana pekerja-pekerja yang datang itu mereka ini datang RM600, RM500 gaji. Jadi, kalau gaji minimum ini dikuatkuasakan, mungkin bermasalah bagi majikan-majikan. Jadi, apa cadangan Yang Berhormat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan, memang saya setuju di Sabah RM800, di Semenanjung RM900. Kenapa hendak dibezakan dua-dua ini sedangkan kos sara hidup di Sabah dan Sarawak itu lebih tinggi 20% daripada Semenanjung. Maka yang demikian, saya cadangkan kementerian kepada Majlis Konsultasi Gaji Minimum yang ditubuhkan pada 2012 itu kaji semula. Jangan ada diskriminasi. Kalau RM900, RM900 semua. Malah saya cadangkan supaya ditambahbaikkan Sabah dan Sarawak kerana mereka dalam kos penghidupan yang lebih tinggi Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya juga tidak boleh katakan bahawa kita tidak boleh katakan kehidupan sana berbeza. Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi Sabah, saya tengok barang dekat Sabah itu, tidak tahulah tempat Tuan Yang di-Pertua tidak tahulah tapi di Sabah, Kota Kinabalu harganya saya tengok lebih mahal 20%. Dahsyat tapi kenapa kita mendiskriminasikan pekerja di sana. Saya sarankan...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Kementerian Sumber Manusia di bawah Majlis Konsultasi Gaji Minimum supaya pastikan tidak ada diskriminasi.
Diskriminasi Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengar itu jangan ada diskriminasi...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Gaji.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
...Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Yang Berhormat Kalabakan, saya ada lagi dua minit.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tidak, tidak.
Bukan, mahu tanya last sebab kita ini Ahli-ahli Parlimen kalau dia pencen, dia paras kemiskinan. Gaji Yang Berhormat sendiri sedia maklum, gaji Ahli Parlimen di Malaysia ini terendah di dunia. Jadi, kenapa tidak cadang? Sarawak...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Okey Yang Berhormat Kalabakan. Ini sudah selesai sebab...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat, Sarawak lagi tinggi daripada kita.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Itu kita sudah selesai sebab kita sudah ambil kata sepakat...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Belum, belum ini belum selesai.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Saya...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat, ini belum selesai.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Kuala Langat...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Ini belum selesai. Kenapa Yang Berhormat tidak suarakan dalam Dewan? Patut suarakan dalam Dewan.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Ya, ya. Tuan Yang di- Pertua...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Dia takut Yang Berhormat Permatang Pauh, takut Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Kalabakan, ini dimasukkan sebahagian dalam ucapan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mengatakan bahawa PBS...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiu bangun Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sudah, sudah cukup.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit, sedikit. Tanya sedikit sahaja.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Permatang Pauh sudah senyum itu, boleh.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa PBS ini akan ditambahbaikkan.
Saya hendak beritahu dengan Tuan Yang di-Pertua, PBS ini membebankan guru-guru.
Guru-guru disuruh mengajar bukan mengambil pangkalan data pelajar. Saya minta Kementerian Pendidikan supaya jangan beban pada guru-guru yang fokusnya untuk melahirkan insan madani, melahirkan insan yang profesional dan bermaruah. Yang itu yang kita hendak ketengahkan.
Saya bagi pihak guru-guru selaku Timbalan Presiden MTUC, menyuruh saya untuk melontarkan perkara ini kepada Parlimen untuk memastikan PBS ini tidak boleh dikompromikan walaupun tiga perkara untuk penambahbaikan, ini semua tidak baik. Semua menyusahkan guru-guru yang tertekan dalam suasana mereka hendak mengajar dan mendidik anak bangsa. Maka yang demikian, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, saya mohon supaya tidak payah hendak tambah tiga kebaikan. Yang penting fokus itu. Guru, tugas mereka melahirkan, menjana generasi yang mulia. Saya minta jangan ada lagi untuk apa-apa yang membolehkan katanya memastikan profesionalisme guru-guru itu terjamin.
Tidak terjamin PBS ini sampai tiga empat pagi. Besok hendak mengajar lagi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa cukup.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Tidakkah pening dan kusut otak mereka? Maka, saya tegaskan bahawa PBS tidak manfaat dalam segi menggalas. Kalau hendak buat boleh, suruh pekerja lain buat. Ambil pekerja lain untuk fokus kepada pangkalan data. Barulah selesai dan saya rasa tidak ada perbalahan dalam isu PBS ini kerana kita semua setuju bahawa ia membebankan guru-guru.
Seterusnya terakhir Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya pula, kawasan saya ini.
Kawasan saya ini baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pergi ke Pulau Carey dan berjanji bahawa RM2.6 juta akan disalurkan komputer-komputer di seluruh sekolah Pulau Carey. Akan tetapi pada hari ini, sampai hari ini sebelum pilihan raya, sampai ke sekarang tidak ada bayangnya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjinakkan kata murninya itu supaya dapat dikotakan, supaya rakyat Pulau Carey dapat menikmati komputer di sekolah-sekolah yang mereka perlukan. Betapa daifnya sekolah itu yang telah disaksikan. Tidak akanlah sebelum pilihan raya, bila sudah kalah tidak mahu mari dan tidak mahu berikan komitmen. Saya rasa selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, wajib mengotakan kata-katanya, RM2.6 juta komputer di setiap sekolah di Pulau Carey telah dijanjikan. Mohon Yang Berhormat Menteri Kewangan menepati janjinya.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Panas ini Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sama-sama Yang Berhormat. Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Mungkin saya sambung petang kemudian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Akan tetapi mesti selesai jam satu Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang pertama sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai keselamatan di lapangan terbang. Kalau kita nampak di lapangan terbang sama ada di KLIA atau di LCCT, semua penumpang memasukkan, check-in barang-barang mereka terus kepada ejen penerbangan. Akan tetapi ini bermasalah kerana di tempat-tempat lain sebelum barang-barang mereka yang hendak dimasukkan ke dalam kargo kapal terbang, barang-barang itu seharusnya di skrin terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam kapal terbang kerana kalau tidak kita tidak tahu apa yang ada di dalam. Ini kerana Malaysian Airlines System ini bukan dia boleh skrin semua barang yang masuk.
Tuan Yang di-Pertua, di negara kita, kita susah mengawasi pendatang-pendatang yang datang melalui lapangan terbang kita. Kita tidak boleh mengesan. Kalau kita bagi dia visa tiga bulan, kita tidak boleh tahu sama ada dia keluar tiga bulan atau tidak sebab sistem itu belum ada dalam Imigresen kita. Di Australia, kalau kita masuk, dibagi visa tiga bulan
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
kemudian dia tidak keluar, sistemnya boleh menunjukkan berapa ramai orang yang tidak keluar lepas tiga bulan. Polis dan penguat kuasa boleh cari orang-orang yang melanggar undang-undang mereka. Kita di sini tidak boleh kerana kita tidak ada sistem itu. Saya sudah cakap kepada Yang Berhormat Menteri dan dia kata bawa dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, kita punya polis di seluruh negara sepatutnya mereka ini kawan dengan orang ramai. Mereka ini friendly sama orang ramai. Kita tidak mahu polis ini bermusuh dengan orang ramai. Kalau polis pun mengeluarkan saman, ada kereta yang hendak disaman, ada driver dia, dia minta maaf, jangan keluarkan saman kerana ini ertinya kita friendly dengan orang ramai.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa minggu lalu ada pembahagian BR1M di Tawau.
Maklumlah, pembahagian BR1M ini orang semua excited. Kita semua pun excited kerana ini adalah janji kerajaan. Akan tetapi yang menjadi masalah apabila kereta bukannya setiap hari parking, berbatu-batu parking, semuanya dapat saman RM300 daripada polis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Separuh BR1M itu.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
RM300 daripada polis. Jadi, kami dikatakan oleh orang, Yang Berhormat, kami terima RM650, RM300 kerajaan ambil balik. Jadi, kita minta supaya Kementerian Dalam Negeri kalau ada perkara ini, batalkan saman kerana kalau tidak, BR1M menjadi backfire kepada kita, kepada BN.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sambung petang Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Jadi, kita minta supaya Kementerian Dalam Negeri, ada kes-kes yang tertentu, bukan hari-hari, batalkan saman supaya mereka ini dapat RM650 bulat-bulat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara lagi tetapi saya ingat sekarang sudah jam satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sambung petang.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Kalau saya dibenarkan sambung jam 2.30 nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sambung. Ya, boleh sambung petang nanti Yang Berhormat. Yang Berhormat ada lagi 18 minit.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan untuk menyambung perbahasan. 13 minit ya. Sila. 17 minit ya.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, rata-rata di Sabah semua orang sedia maklum bahawa apa yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Kuala Lumpur baru-baru ini mengenai rumah kos rendah. Di Sabah tidak ada rumah kos rendah. Kalau di Semenanjung mungkin ada rumah RM70,000 dan kerajaan bagi bantuan RM30,000 tetapi di Sabah tidak ada. Jadi
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
bererti subsidi beli rumah kos rendah tidak manfaatkan Sabah dan Sarawak. Kita minta supaya Kerajaan Persekutuan meneliti kaedah-kaedah lain untuk membantu orang-orang Sabah dan Sarawak kerana di Sabah, Tuan Yang di-Pertua tidak ada rumah RM70,000.
Kalau pun rumah di Semenanjung RM70,000, di Sabah mungkin RM100,000 atau RM150,000.
Jadi kita minta, kalau boleh apa juga kos rumah yang dibeli oleh rakyat Sabah kalau boleh dapat rumah kos rendah ini, mereka ini dibagi juga RM30,000. Kalau dia beli RM150,000 dan disubsidikan RM30,000. Ini barulah kita nampak keadilan rata-rata daripada Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada sebut fasal saman ekor. Saman ekor ini memang kita nampak membebankan rakyat. Kalau di Tawau, kita nampak polis ini sembunyi-sembunyi untuk tangkap rakyat yang memandu lebih daripada had yang ditetapkan. Jadi bolehkah Tuan Yang di-Pertua kita minta supaya kerajaan atau polis lebih telus, bagi tahu kerana di Australia Tuan Yang di-Pertua, kita nampak kalau ada speed trap dia sudah bagi tahu awal. Ada signboard mengatakan di hadapan 500 meter ada speed trap. Ini kita sembunyi-sembunyi. Kita pun tidak tahu sehingga saya punya kereta pun ada 19 saman, saman ekor ini. Belum bayar pun. Bila saya mahu bayar, RM7,000 lebih mahu bayar, dia kata balai polis tidak boleh terima cek. Pakai apa saya mahu bayar. Jadi saya tunggu dululah. Saya mahu tunggu dululah sehingga balai polis boleh terima cek kerana JPJ terima cek, Jabatan Air terima cek dan lain-lain agensi terima cek. Jadi balai polis tidak boleh terima cek. Jadi apa macam saya mahu bawa RM7,000 - RM8,000 pergi balai. Jadi saya fikir ini harus diperbaiki.
Tuan Yang di-Pertua, di Lapangan Terbang Tawau, orang kata cantik, indah tetapi saya sudah suarakan dahulu tetapi bukanlah seperti detail yang mana saya katakan sekarang. Di Lapangan Terbang Tawau di mana ada kantin, di mana ada VIP, kita nampak burung-burung yang liar ini datang dan membuang najis mereka ke lantai dan ada juga sampai kena di meja-meja tempat orang makan, minum. Jadi kita minta mungkin, Kementerian Pengangkutan supaya ambil tindakan. Buat siling mungkin, buat siling kerana saya tahu MAHB ini – ada minta gulung?
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Burung burung.
Seorang Ahli
Di KK Airport begitu juga.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Burung, jadi minta kerana najis mereka turun, jatuh di tempat-tempat makan. Jadi kita mintalah MAHB yang mengaut keuntungan begitu banyak supaya perbaikilah keadaan ini kerana kalau tidak ini yang sebenarnya nanti kita kena kritikan daripada pelawat-pelawat asing kerana waktu minum, najis burung turun di minuman atau di atas meja. Ini Tawau Airport Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kita memang tahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat
(SPAD) mengeluarkan lesen-lesen, mengenakan insurans-insurans kepada teksi-teksi tetapi ada ketidakadilan yang perlu lesen tidak dapat. Saya ada satu kawan orang Tionghoa nama dia Richard The Lion Heart. Dia punya nama Richard, saya panggil dia Richard The Lion Heart. Dia besar semangat, umur 62 tahun. Saya tanya siapa punya teksi? Dia kata ini teksi sewa. Saya bilang you pergi minta borang dan saya akan bantu. Bila dia pergi, dia SMS saya dia kata borang tidak boleh dibagi. Saya mahu tahu kenapa tidak boleh dibagi sedangkan ini betul-betul mahu cari makan.
Jadi saya minta mungkin kalau saya katakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atau pemangku atau Timbalan Menteri saya mahu minta borang untuk saya punya kawan satu ini, Richard The Lion Heart supaya saya boleh isikan dia punya borang dan saya boleh kembalikan kalau betul-betul bagilah dia satu lesen untuk dia cari makan.
Jadi ini penting sebab apa saya tengok kalau borang pun mahu ada dia punya syarat- syarat, ini bermasalah kita. Kita tidak mahu ada borang kalau yang perlu layak bagi kita bagi. Bikin apa mahu ada syarat-syarat. Syarat apa lagi yang kita mahu sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2013 semua dunia tahu bahawa kawasan, di kawasan saya Kalabakan ini, dunia tahu, NGO’s di seluruh dunia tahu bahawa ada beberapa ekor gajah mati.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tahun 2013, beberapa ekor, sepuluhkah? Ada yang mungkin tidak jumpa tetapi sampai sekarang kita tidak tahu mengapa gajah ini mati? Saya minta kalau boleh, kita minta Kerajaan Persekutuan tubuhkan satu jawatankuasa penyiasat atau jawatankuasa Parlimen.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Kalabakan, boleh minta mencelah sekejap, Yang Berhormat Kalabakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Berkenaan dengan pygmy elephant ini, dalam laporan pada Januari 2013 kira-kira 14 gajah ini telah disyaki diracun. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kalabakan sebab Tabin Wildlife Reserve ini di kawasan Kalabakan. Adakah kebenaran bahawa gajah ini diracuni ataupun ada andaian yang lain? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Kita tidak pasti dia kena racun atau mungkin gajah ini sudah tidak ada rumah kerana saya dapati di kawasan saya di Kalabakan, Gunung Rara sehingga ke Maliau Basin, kita nampak pencurian balak di forest reserve ini, hutan simpan ini tidak ada lagi kayu. Jadi, kita minta kalau boleh SPRM dengan adanya ucapan saya ini, ambillah sebagai laporan dan masuk ke Kalabakan. Kemudian kita tengok betul kah ada banyak pembalakan haram hinggakan sekarang gajah tidak ada rumah sudah. Ini kita minta sebab apa, yang saya tahu, dasar kita bahawa di seluruh negara kita ada dasar 25% national reserve. Sama ada ini diimplementasikan di Sabah atau tidak.
Jadi, kita minta jangan lagi kita tunggu laporan, ambillah laporan saya ini sebagai tanda saya melaporkan. Masuk dan kita mahu orang-orang yang mencuri balak ini kita bawa ke pengadilan. Ini supaya rakyat percaya sama kita kerana saya katakan tadi, Maliau Basin ini Tuan Yang di-Pertua, satu heritage yang begitu terkenal mungkin tinggal Maliau Basin sahaja, kayu balak semua sudah tidak ada. Jadi, saya mintalah kalau boleh jangan tunggu. Jangan tunggu! Kita punya MP dari Kota Kinabalu, dia pun orang Tawau juga, dia pun dengar cerita-cerita ini cuma dia tidak berani keluarkan di sini. Dia tidak berani suarakan kerana dia takut mungkin apa akan terjadi kepada dia. Jadi bagi saya, saya tidak takut apa terjadi sebab saya mahu yang benar, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, gajah yang mati ini tidak ada orang tahu laporan. Saya pun tidak tahu, rakyat tidak tahu, dunia tidak tahu. Kenapa kita mahu selindung? Kita tak harus selindung kerana gajah ini, dia bukan ada dosa. Mungkin dia sudah tidak ada rumah, dia pergilah merayau-rayau hingga masuk pergi ke FELDA dan lain-lain. Jadi ini untuk rekod supaya kita bertindak, Kerajaan Barisan Nasional bertindak yang mana salah kita katakan salah, yang mana betul kita katakan betul. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu tumpu lagi sampai 20 minit. Saya akhiri dengan menyokong ucapan yang dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-13. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mewakili suara rakyat Rantau Panjang dan juga suara Muslimat seluruh negara bersama menyatakan rasa kesedihan dan kedukaan di atas kehilangan MH370.
Doa dan harapan kita supaya dipercepatkan penemuannya dan kita mengharapkan supaya keluarga mangsa supaya terus bersabar dan terus tabah. Kita yakin semua yang berlaku itu ada hikmah yang besar di sebalik peristiwa yang berlaku itu walaupun perkara itu amat kita tidak sukai. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan tenaga dan segala-galanya untuk membantu mencari pesawat yang hilang sama ada dalam dan luar negara.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Soalannya di sini ialah apakah langkah keselamatan yang telah kita ambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Kes seumpama ini kita tidak mahu berulang dalam negara kita. Apa lagi yang membabitkan warga asing sehingga menggunakan pasport yang dicuri dan sebagainya. Seharusnya tidak berlaku dalam negara kita. Begitu juga alat pengesan radar dan sebagainya dan apa yang paling memalukan kita apabila negara-negara luar membawa kapal-kapal yang canggih, kapal perang yang canggih manakala kita hanya mengarahkan bot-bot nelayan untuk mencari pesawat MH370. Jadi ini adalah satu perkara yang memalukan. Di mana kehebatan kita sebenarnya daripada sudut keselamatan?
Jadi, apakah usaha MAS terutama sekali dalam menjaga reputasi MAS sebab kita tidak mahu dengan tercalarnya isu-isu sebegini menyebabkan MAS akan terus dipandang rendah dan yang paling merisaukan kita ialah industri penerbangan ini akan tercalar daripada sudut persaingannya sama ada dalam dan luar negara yang mungkin kalau selama ini kita telah mendengar kerugian MAS, yang terbaru ialah RM1.14 bilion. Kita bimbang akibat daripada apa yang berlaku ini menyebabkan MAS boleh membawa kepada kebankrapan. Itu amat membimbangkan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga ialah berkaitan dengan isu baru yang berlaku dalam negara kita iaitu Future Music Festival Asia 2014. Dalam keadaan negara kita bersedih dan kita mengerah rakyat bermunajat, bersolat hajat untuk memohon doa kepada Allah. Kita sungguh sedih di saat rakyat bersedih dengan kehilangan MH370, tiba-tiba ada penganjur program maksiat dalam negara kita yang mana telah menganjurkan konsert yang kita tahu boleh menjatuhkan maruah dan akhlak anak muda sehingga menyebabkan lima kematian. Yang paling menyedihkan kita melibatkan anak-anak muda orang Melayu.
Jadi, saya ingin tanya di sini, siapakah yang meluluskan konsert ini sebab kita dimaklumkan konsert ini dibuat kerana mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa supaya Malaysia menjadi salah satu destinasi pelancongan terutama daripada pelancong-pelancong Eropah, yang mana penonton dalam konsert ini melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jadi, saya ingin tahu apakah ini program yang dianjurkan dengan kelulusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan sejauh mana pemantauan dibuat?
Apa yang kita dapati bukan sahaja muzik yang dihidangkan kepada remaja ini malah ada pakej arak, dadah dan seks. Ini adalah satu perkara yang sangat memalukan dan mengundang bala daripada Allah. Macam mana Allah nak terima doa? Kita kena ingat satu doa terhalang apabila maksiat berlaku. Bukan sahaja maksiat berlaku di kalangan rakyat, maksiat berlaku di kalangan pemimpin boleh juga menyebabkan doa kita tidak di mustajab oleh Allah SWT.
Jadi, saya harap kerajaan bertanggungjawab. Apa lagi yang menyebabkan kehilangan nyawa. Bukan sahaja runtuhnya agama, bukan sahaja runtuhnya nilai akhlak dan moral tetapi hilang nyawa, mati. Jadi, apakah kerajaan melihat sahaja perkara ini dan saya mendapat makluman ada lagi penganjuran yang akan dibuat, tak serik lagi. Pada 19 April 2014, akan ada lagi satu konsert baru Life in Color yang akan dibuat di Sepang International.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena sudah bangun.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Yang Berhormat Rantau Panjang. Setuju tidak Yang Berhormat Rantau Panjang bahawa dia berlaku contradict ini, kerajaan kita apabila dia kempen hendak suruh pelancong mai atau orang luar datang ke negara kita ini, dia pergi ke luar negara menunjukkan kebudayaan dan kesenian negara kita daripada pelbagai etnik dalam negara kita ini. Itu satu benda yang sangat baik. Ia mengangkat budaya dan seni negara kita itu untuk diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.
Tiba-tiba bila datang dalam negara kita, kita bawa pula budaya luar dan budaya liar dalam negara kita. Jadi, berlaku satu contradict sedangkan benda-benda tersebut bukan untuk menjadi satu daya tarikan pelancong untuk hendak datang tengok. Di negara dia pun dia boleh tengok. Dia hendak tengok seperti mana yang kita beritahu kepada dia
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
bahawa di negara kita ini, ini budaya, ini seni, ini alam sekitar kita yang indah, yang cantik dan sebagainya. Jadi bertentangan budaya seni...
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Boleh saya mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hendak beri laluan?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sedikit sahaja, sedikit sahaja, satu minit.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sedikit sahaja, pendek. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan saya adalah negara kita adalah negara Islam. Dalam masa seminggu, saya mendapati dua perkara yang menghina agama Islam. Satu adalah dengan membawa ahli sihir yang sebenarnya khurafat dan kedua pula kena mengena dengan pesta muzik yang bertentangan dengan agama Islam.
Bila kita nampak Ahli-ahli UMNO Barisan Nasional uar-uarkan tentang konsep agama Islam dan prinsip agama Islam tetapi dalam masa seminggu terdapat penghinaan terhadap agama Islam. Apa pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat? Terima kasih.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kapar. Inilah realiti yang berlaku dalam negara kita. Sebab itulah kita sentiasa menegur dan kita sentiasa memberi pandangan- pandangan. Malah pandangan kita dianggap negatif, dianggap taksub dan sebagainya tetapi ini yang hampir berlaku. Apa ertinya kita mendakwa kita hendak kepada kebaikan, kita hendak kepada sebuah negara yang baik, rakyat yang berakhlak dan yang tinggi budi pekertinya tetapi kita membiarkan perkara-perkara maksiat dan perkara-perkara khurafat terus berlaku dalam negara. Ia amat memalukan.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Pokok Sena dan saya setuju pandangan Yang Berhormat Kapar. Apa lagi memalukan kita Bomoh 1Malaysia ini? Saya dapat makluman daripada anak-anak kita yang belajar di luar negara terutama di Timur Tengah mereka mendapat penghinaan daripada rakan-rakan mereka, daripada sahabat- sahabat mereka di mana mereka dihina kerana kononnya Malaysia mengamalkan tahyul dalam pencarian pesawat MH370.
Soalnya sekarang, siapa yang membenarkan mereka melaksanakan perkara tahyul di tempat awam yang terbuka? Apabila ada majlis solat hajat yang dianjurkan oleh ulama atau pun pemuda kita, disiasat.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, boleh tidak saya mencelah?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Akan tetapi apabila menganjurkan program tahyul, tidak diambil tindakan dengan segera.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Rantau Panjang, fitnah ini banyak dosa Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Boleh tidak saya mencelah?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Boleh tidak saya mencelah Yang Berhormat Rantau Panjang?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf, minta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak beri laluan, tidak beri laluan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Saya hendak tanya Yang Berhormat Rantau Panjang ini.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya tidak beri laluan, masa saya terhad.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Ada buktikah Kerajaan Barisan Nasional yang hantar bomoh?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh soal seterusnya ialah...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, minta maaf. Soalan satu sahaja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf, masa terhad.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Bomoh ini Kerajaan Barisan Nasional hantarkah Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya mengharapkan ialah supaya kerajaan memantau terutama konsert yang akan diadakan pada 19 April ini...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, bomoh ini, Kerajaan Barisan Nasional hantarkah Yang Berhormat Rantau Panjang?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Supaya tidak dilaksanakan dan kita tidak mahu negara kita terus mengundang bala daripada Allah.
Apabila maksiat diperlakukan...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, bomoh ini, yang kufur ini, Barisan Nasional hantarkah Yang Berhormat Rantau Panjang?
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Rantau Panjang bagi laluan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Dia bukan sahaja kena kepada orang-orang yang melakukan maksiat tetapi semua akan menerima [Dewan riuh]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Kalau bukan Barisan Nasional yang hantar...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, siapa hantar bomoh? Bomoh ini dari mana, Yang Berhormat Rantau Panjang?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional. Jangan tuduh Barisan Nasional, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Sudahlah pakai 1Malaysia...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kepada Yang Berhormat daripada Rantau Panjang ini, isu bomoh ini pakat jadi meriam [Ketawa] Isu ini jelas.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pokok Sena dia sanggup jadi tebusan, Yang Berhormat Pokok Sena tetapi nilai dia tidak ada.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Pokok Sena, isunya siapa hantar bomoh?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat setuju tidak dengan saya bahawa isu ini jelas bahawa...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Pokok Sena, siapa hantar bomoh? Yang Berhormat Pokok Sena, siapa hantar bomoh?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Dia sanggup.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Pokok Sena, siapa hantar bomoh? Mana bukti Barisan Nasional hantar bomoh?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Bomoh itu sendiri yang buat pengakuan di kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ramai antara mereka yang menjadi khalifah, pengikut dan kawan rapat dengannya.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Itu cerita lain.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pengakuan. Bila semalam dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri dia cakap tidak kenal bomoh....
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Menteri kata dia tidak kenal.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Dia tunjuk gambar dia terima...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Ini tajuk lain Tuan Yang di-Pertua, bukan Yang Berhormat Rantau Panjang yang bawa...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Menteri kata dia tidak kenal.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Ini tajuk lain
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Menyampuk]
[Dewan riuh]
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Menteri tidak kenal, Yang Berhormat Pokok Sena. Menteri tidak kenal!
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir kata...
Seorang Ahli
Ini tajuk lain. Janganlah jadi Syiah macam ini.
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir kata, tidak dalam...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional! Jangan tuduh Barisan Nasional!
[Dewan riuh]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Setuju tidak Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Ini cerita Yang Berhormat Rantau Panjang, cerita bomoh lain.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir kata tidak salah guna bomoh.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Pokok Sena, mana bukti? Yang Berhormat Pokok Sena mana bukti? Yang Berhormat Rantau Panjang mana bukti? ...
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Guna Utusan Online, guna Utusan Online.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Mana bukti? Dia kena tarik balik. Kalau ada bukti, tarik balik.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kerajaan mengalu-alukan...
Seorang Ahli
Tarik balik! Tarik balik tuduhan terhadap Barisan Nasional.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Tarik balik! Tarik balik!
Seorang Ahli
Utusan minta tarik balik!
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Hasrat kerajaan itu bercanggah...
Seorang Ahli
Tarik balik! Yang Berhormat Rantau Panjang mislead Dewan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Tarik balik! Tarik balik!
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tidak payah!
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Jangan tuduh Kerajaan Barisan Nasional hantar bomoh!
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kerajaan yang ada...
Seorang Ahli
Kita pun boleh kata Pakatan Rakyat yang bawa bomoh itu kalau tidak mahu tarik balik!
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengalu-alukan bomoh... Siapa kata? Bukan saya kata.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya sengaja biarkan supaya Yang Berhormat tunjuk teladan yang baik kepada pelajar-pelajar kita di atas. Pelajar-pelajar di atas ketawa tengok Wakil Rakyat [Ketawa] Ahli-ahli Parlimen macam ini. Saya sengaja biarkan.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Ketawa]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Rantau Panjang, sila.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya hendak meneruskan ucapan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskan ucapan...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Barisan Nasional bawa bomohkah atau siapa?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kita hendak tahu bukti dia.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kalau ada bukti tunjukkan. Kalau tidak ada tarik balik.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin meneruskan ucapan.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Kalau tidak saya pun kata Pakatan Rakyat yang bawa bomoh itu.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Isu bomoh saya kira Yang Berhormat Pokok Sena sudah jawab [Ketawa] Berkaitan dengan hak royalti rakyat Kelantan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Ada, ada bomoh itu. Itu bomoh, itu bomoh.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Kita melihat di antara hak yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Bomoh buku itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
UMNO dengan bomoh macam inilah. Kembar siam.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua, apabila...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Siapa punya bomoh?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Hak kezaliman berlaku, apabila maksiat berleluasa...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Jangan sampai hendak politikkan isu bomoh pula.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Yang Berhormat Pokok Sena, siapa punya bomoh?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Maka kita akan melihat bagaimana Allah akan turunkan bala. Satu-satu berlaku dalam negara kita. Ia bukan sahaja soal kehilangan pesawat, kita berdepan dengan isu jerebu, kita berdepan dengan isu inflasi dan yang terbaru malah...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Minta laluan, minta laluan. Yang Berhormat Rantau Panjang, laluan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Berlaku kemalangan yang melibatkan nyawa, kemalangan...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Pleaselah Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Banyak isu berlaku yang saya rasa berlaku dalam saat yang terkini.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Come onlah, Yang Berhormat Rantau Panjang. Sedikit sahaja, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Apabila hak tidak diberi.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang,
Seorang Ahli
Yang Berhormat Rantau Panjang, seminit sahaja.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf, minta maaf. Saya tidak benarkan laluan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, di mana Islam pernah berlaku kejadian besar...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Di mana hak rakyat Kelantan...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Seminit sahaja, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Dalam proses pencarian pesawat MH370...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
...Iraq, Yaman dan Mesir
[Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Rantau Panjang, beri seminit sahaja.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, tidak bererti negara berlaku...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Minta penjelasan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Eh! Negara Islam yang lain...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf, saya tidak beri, saya ikut peraturan mesyuarat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Penjelasan, seminit sahaja Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Janganlah tuduh Malaysia sahaja...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Di mana pencarian ini pihak penguasa Maritim telah mendedahkan keluasan perairan Pantai Kelantan 20,000 kilometer persegi.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Bomoh tidak malu!
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Temerloh, ajar sedikit...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa, bomoh tidak malu? Bomoh lagi malu! Bomoh lagi malu!
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
20 pelantar minyak yang sedang beroperasi sekarang berada dalam perairan Kelantan. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Hak yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Minta laluan sedikit.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Perdana Menteri telah menyebut dalam perenggan, dalam bajet yang dibentangkan...
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Rantau Panjang, kalau banjir berlaku dekat Kelantan itu kenapa?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Tahun 2014 di mana satu jawatankuasa untuk pembayaran wang tunai royalti akan dilaksanakan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Jangan main tuduh sahaja!
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Dalam tempoh enam bulan untuk diselesaikan. Sekarang ini, hak bayaran royalti, di manakah kelulusan, kedudukan, keputusan hasil daripada jawatankuasa yang dibentuk oleh pihak kerajaan?
Sekarang sudah mencecah lebih daripada 18 bulan.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau cakap tidak betul, bahas tidak betul, kasi berhenti sahajalah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya ingin menyebutkan supaya pihak kerajaan mengambil berat dalam isu ini dan kita tidak mahu rakyat terus ditipu
[Dewan riuh]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Kita tidak mahu rakyat terus ditipu dengan mengatakan bahawa perairan Kelantan hanya hak dalam tiga batu nautika sedangkan jelas pihak penguatkuasa Maritim menjelaskan keluasan lautan perairan Kelantan 20,000 kilometer persegi. Jadi, menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan memberi royalti 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975
[Dewan riuh]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, sekiranya hak rakyat disekat, hak rakyat miskin disekat, maksiat berleluasa, tunggulah bala! Bukan sahaja pesawat MH370 akan jatuh, Kerajaan Barisan Nasional akan jatuh
[Dewan riuh]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Tepuk]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh juga berkaitan masalah kesusahan rakyat berkaitan dengan kenaikan kos hidup, kenaikan harga barang di mana kita melihat hasil daripada kenaikan harga minyak, penarikan subsidi minyak, penarikan subsidi gula dan kenaikan tarif elektrik memberi kesan dan impak yang cukup besar tentang kos hidup
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
rakyat. Hari ini rata-rata rakyat menderita terutama di kawasan luar bandar. Apa lagi dengan kos harga getah yang semakin rendah terutama bagi pekebun-pekebun kecil.
Bayangkan pekebun-pekebun kecil di kampung, harga getah sekerap hanya RM2.50 sahaja sekilo. Sekilo gula RM2.80. Maknanya dengan ekonomi yang ada sekarang, sekilo getah yang dijual oleh pekebun kecil kampung tidak mampu hendak beli sekilo gula.
Bayangkan kedudukan yang ada pada hari ini. Begitu juga para petani. Hasil-hasil pertanian mereka dengan harga yang begitu rendah, sedangkan barang di pasaran terlalu mahal. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha untuk menangani permasalahan ini dan untuk mengatasi masalah inflasi yang semakin meningkat ini. Jadi saya berharap perkara ini diberi perhatian sebab rakyat di bawah sangat-sangat menderita dengan keadaan kos hidup yang mahal. Apatah lagi apabila tahun 2015, kerajaan akan melaksanakan GST, apa akan jadi pada negara kita. Kos hidup yang semakin tinggi, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan keselamatan sempadan. Kawasan saya kawasan sempadan. Jadi mana kerajaan pernah menyebut sebelum ini akan melaksanakan pagar keselamatan di sempadan. Saya ingin tahu macam manakah bentuk pagar keselamatan yang akan dilaksanakan. Ini kerana keutamaan sekarang terutama di kawasan saya ialah tebatan banjir. Setiap kali berlaku banjir, maka kerugian berjuta ringgit bukan sahaja dihadapi oleh rakyat biasa, oleh golongan peniaga, petani, penternak, binatang mereka mati, tanaman mereka mati, hasil perniagaan mereka tidak dapat berniaga hampir dua bulan kerana musim banjir, bangunan-bangunan sekolah yang rosak, balai polis yang tenggelam, begitu juga pusat kesihatan dan banyak lagi. Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian yang segera oleh kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Kita malu kepada Kerajaan Thai kerana Kerajaan Thai telah menyiapkan hampir siap sudah tebatan banjir di sebelah Sungai Golok, sedangkan kita di sebelah Malaysia dalam keadaan yang...
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Masa sudah habis.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, saya harapkan supaya perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu insiden yang berlaku pada pasangan suami isteri dalam isu yang berkaitan dengan negara Sweden yang berlaku sebelum ini. Saya ingin tahu sejauh mana kerajaan memberi maklumat, penerangan kepada pegawai-pegawai kita yang akan bertugas di luar negara mengenai sensitiviti sebuah negara, undang-undang dan peraturan sebuah negara. Ini kerana kita tidak mahu insiden berlaku seumpama ini berulang melibatkan rakyat dan pegawai daripada negara kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baik, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
...Jadi perkara ini supaya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut serta di dalam perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya mengajak semua di sini agar kita bawa bertenang sekejap. Negara kita sedang dilanda pelbagai musibah. Mewakili semua rakyat di dalam Parlimen Pasir Gudang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas kejadian yang telah menimpa kepada semua penumpang di dalam penerbangan MH370.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Sehubungan dengan itu, saya rasa sudah sampai masanya kita semua yang berada di sini yang telah dipilih oleh rakyat, begitu juga yang di luar sana, mari kita balik ke pangkal jalan iaitu elakkan kita menuding jari kepada mana-mana pihak.
Kita kembali semula bertanya kepada diri kita, apa yang telah kita buat. Adakah kita sudah membuat apa yang sepatutnya kita buat? Di dalam keadaan sebegini kita seharusnya bersatu hati, berdoa bersama-sama, mengetepikan semua fahaman agama, yang penting kita mohon keselamatan untuk semua penumpang di dalam MH370.
Sehubungan dengan itu, suka juga saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi sedikit pandangan kepada pihak-pihak yang berkuasa terutama sekali pihak imigresen kita di dalam memastikan pengawasan yang lebih ketat diadakan di pintu imigresen kita. Kalau kita kurang teliti perkara ini, kita takuti perkara-perkara yang kurang sihat lebih banyak lagi berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih, di atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong kita tentang kos sara hidup rakyat. Kos sara hidup rakyat ini kita sedia maklum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membuat pelbagai inisiatif dengan salah satu di antaranya, mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga dalam menguruskan isu kos sara hidup rakyat yang kian meningkat. Peluasan Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara bagi meningkatkan persaingan dengan kedai-kedai runcit lain mengimbangi harga barang.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu, kita masih lagi mendapati beberapa perkara perlu diambil kira secara serius. Pertama, pemantauan harga yang ditetapkan oleh orang tengah. Sudah lama kehadiran orang tengah dalam rantaian bekalan sesuatu barangan, menjadi salah satu faktor terbesar kepada peningkatan harga barang di Malaysia. Pada masa ini pemantauan banyak dilakukan di peringkat peruncit. Namun begitu, harga yang meningkat adalah dikawal sebenarnya oleh orang-orang tengah. Saya ingin mengambil contoh di sini, di mana saya sering membuat lawatan pasar dan pihak-pihak peniaga di pasar ini yang peruncit kebanyakannya telah memberi pandangan bahawa mereka tidak mengawal harga. Apa yang mereka dapat daripada orang tengah, mereka juga peniaga jadi perlu membuat keuntungan.
Akan tetapi sebenarnya, contohnya ayam. Orang yang bela ayam tidak untung mana kerana harga makanan ayam mahal, bukannya murah. Akan tetapi orang tengah yang mengambil ayam itu dan menjualkan kepada peruncit dan menentukan berapa harga ayam patut dijual. Jadi keluhan peruncit-peruncit ini supaya orang-orang tengah ini benar- benar dihapuskan atau dikurangkan secara serius oleh pihak-pihak yang berwajib.
Keduanya, kerajaan juga mesti memecahkan kuasa monopoli pasaran terlampau ini. Teori ekonomi menerangkan bahawa kuasa monopoli terhadap pemasaran atau penghasilan sesuatu barangan akan menyebabkan harga barang boleh meningkat mengikut kehendak syarikat yang terlibat. Apatah lagi sekiranya barang yang dijual adalah barangan harian. Kita memuji tindakan kerajaan beberapa tahun yang lepas membentangkan Akta Persaingan 2010 yang matlamatnya adalah untuk menghalang monopoli berlaku dalam aktiviti ekonomi di Malaysia.
Namun ternyata, penggubalan akta tersebut masih lagi belum cukup untuk memastikan harga barang terkawal. Oleh yang demikian, mohon untuk mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu kerangka yang boleh digunakan bagi meningkatkan persaingan kepada penawaran sesuatu barang. Kita haruslah memecahkan monopoli oleh beberapa syarikat besar seperti BERNAS, seperti gula dan juga kemasukan daging-daging import dari luar negara ini. Industri yang perlu diberi perhatian ialah industri makanan dan barang keperluan asas. Begitu juga dengan AP-AP. Pecahkanlah AP-AP ini. Jangan dibiarkan beberapa pihak sahaja yang mendapat AP-AP ini. Pihak yang untung segelintir, tetapi yang rugi banyak.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan suara rakyat tentang lambakan pekerja asing di Malaysia ini. Kebanjiran pendatang asing sudah tidak boleh hendak dibincangkan lagi, yang berdaftar, tidak berdaftar sama banyak. Jadi kita mohon pihak kerajaan mengambil langkah yang serius untuk menangani masalah ini.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Kita sedar kalau kita pergi di mana-mana, di kilang-kilang tertentu, kalau di syarikat-syarikat tertentu, kita memang tidak mampu mengetepikan warga asing ini kerana rakyat kita sendiri tidak mahu membuat kerja-kerja itu. Kita sedia maklum, kalau sudah demikian keadaannya, kita permudahkanlah syarikat-syarikat ini untuk diberi pekerja asing kepada mereka tetapi kita kena pantau dengan sebaik-baik pemantauan. Kalau kita tahan pun, industri sebagai contoh perladangan, mana kita boleh cari anak Malaysia membuat kerja di perladangan. Bagaimanapun kita buat, kita tiada pilihan. Kita cuba.
Begitu juga di bahagian pembangunan, pembinaan bangunan. Berapa kerat anak kita yang boleh berpanas daripada pagi sampai petang? Jadi kita tahu keadaan ini.
Daripada kita memberi jumlah yang agak besar kepada kontraktor-kontraktor besar untuk mendapatkan pekerja-pekerja asing ini, kita bagi jugalah kepada kontraktor kecil, kerana mereka pun perlukan kehidupan. Lesen telah diberikan kepada mereka. Jika mereka hendak mengambil melalui kontraktor-kontraktor besar, harganya sudah jadi melambung- lambung.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sekarang kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Saya ini orang perempuanlah kan? Ada masa pergi Jalan Tunku Abdul Rahman. Pergi dekat kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman itu. Siapa meniaga?
Seorang Ahli
Orang Indon.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Berapa ramai orang kita yang berniaga*?
[Disampuk]* Tauke dia, maaf cakap orang Pakistan. Saya tengok muka Pakistanlah, bukan Bangladesh yang banyak. Lain sikit Pakistan dengan Bangladesh ini.
Pekerjanya warga Indonesia. Jadi kita kenalah bagi perhatian kepada perkara-perkara ini supaya esok tidaklah terjadi kita membeli barang-barang daripada mereka. Bila kita hendak tawar-menawar pun, bahasa kita pun jadi celaru juga kerana menggunakan bahasa yang mereka gunakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang isu kedai-kedai yang dibuka 24 jam terutama sekali restoran-restoran ini. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana pada saya ini adalah budaya tidak sihat. Selepas jam 12, satu atau dua pagi, kita menggalakkan anak-anak muda kita melepak di kedai-kedai. Kadang-kadang minum air tidak seberapa, makan roti perata sekeping sahaja tetapi daripada duduk di rumah, mereka melepak. Apa yang menyedihkan, ada juga orang tua-tua melepak di situ juga. Jadi mungkin kita berikan perhatian untuk dengan izin, quality family life together. Malam sepatutnya berada di rumah bersama ahli keluarga. Perhatikanlah. Mungkin kita perlu hadkan kedai-kedai berniaga 24 jam ini kepada tidak 24 jam. Mungkin selewat-lewatnya pukul 12 atau 1 pagi, mereka sepatutnya tutup agar boleh berada di rumah bersama-sama dengan keluarga.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini menyampaikan rasa sedih saya bagi pihak warga Pasir Gudang. Ini kerana saya ada memberi soalan dan pertanyaan berhubung dengan Pejabat Pendaftaran Negara di Pasir Gudang. Akan tetapi saya telah diberi jawapan bertulis dan jawapannya amatlah menyedihkan. Saya ini orang Pasir Gudang. Hari Ahad lepas sebelum saya datang, saya lalu dekat Pejabat JPN ini. Berderet orang dekat luar kedai beratur dan berdiri. Akan tetapi jawapan yang diberi di sini ialah pejabat tersebut masih mampu menampung keperluan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Pasir Gudang.
Macam mana ini? Pegawai di sana memang sangat bagus. Pengurus di situ memang sangat bagus. Mereka bertugas dengan bagus tetapi kalau ada 20 kerusi, masa hari saya datang itu, saya kata, “Kalau hendak kerusi, saya belikan kerusi.” Akan tetapi masalahnya, hendak letak kerusi pun tidak ada tempat. Kedai satu tingkat. Bayangkan berapa banyak. Ada kaunter, adalah kerusi 20 buah. Orang tua-tua duduk tepi longkang.
Kita bukan minta tambahan apa. Balik semula ke pejabat yang asal di Pusat Bandar Pasir Gudang. Saya pun telah berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang mentadbir di situ dan mereka bersetuju memberi harga sewaan yang sebaik mungkin kepada Pejabat Pendaftaran. Jadi saya mohon perkara ini dilaksanakanlah dengan segera agar perpindahan dapat dilaksanakan. Tolonglah. Demi rakyat Pasir Gudang. Janganlah sampai macam ini. Ini maruah kita. Maruah kita, kita kena jaga. Soal pejabat.
Seterusnya begitu juga dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Pasir Gudang, pendek sahaja.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Ya, sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Pasir Gudang, saya hendak sokong pasal Jabatan Pendaftaran ini. Di Kota Tinggi pun masalah yang sama. Saya ingat ini bukan masalah terpencil. Minta supaya agensi berkenaan tengok balik sebab saya boleh lihat keselesaan untuk rakyat untuk berurusan amatlah rendah sebenarnya. Walaupun petugas-petugas baik, tetapi kekangan dari segi ruang untuk mereka berurusan. Jadi saya menyokong pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Seterusnya, saya juga hendak memberitahu soal BR1M. Kita berterima kasih. Kerajaan Malaysia ini baik, bagi BR1M. Kalau yang dapat tidak berterima kasih itu saya tidak tahu hendak cakap apalah.
Pada saya, saya berterima kasih kepada kerajaan kerana di Parlimen saya, dekat 17,000 orang dapat. Jadi saya rasa mereka semua berterima kasih secara majoriti. Persoalannya ialah BR1M ini perlu diperhalusi kerana kita melihat ada orang yang tidak layak pun dapat.
Pakai kereta Alphard pun dapat. Terutama sekali mereka yang berniaga yang tidak ada pay slip ini. Orang kerja susah sikit hendak menipu tetapi orang berniaga ini. Akan tetapi bila datang kita tengok kereta boleh tahan cantik juga. Jadi kita minta supaya diperhalusi agar yang lebih layak itu diberi kepada yang sememangnya layak.
Bagi warga Pasir Gudang, saya juga ingin menyampaikan di sini tentang beberapa permintaan orang Pasir Gudang. Pertama sekali tentang Hospital Pasir Gudang. Saya mohon pihak kementerian tanpa berlengah lagi dapat membina hospital. Seperti saya katakan, pecah tanah telah dibuat.
Kedua, tentang pembinaan sekolah di Taman Scientex. Kita pun mohon juga kerana sekolah yang ada ini, anak muridnya satu kelas hampir sampai 40 orang lebih atau 50 orang. Jadi mohonlah kementerian dapat mempercepatkan pembinaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan di sini supaya memberi perhatian yang sewajarnya dan penting kepada halal hub ini. Di mana marketnya kita tahu menjangkau sehingga RM7 trilion. Kita tidak mahu kerana kelewatan kita, satu hari nanti market ini akan diambil oleh orang lain. Kita yang mengawal HDC, kita ada JAKIM dan sebagainya. Kita mohon pecahan. Mana yang patut menguruskan soal overseas market dengan izin, yang lagi satu dengan local investment. Kadang-kadang kotej industri, makcik-makcik di kampung ini hendak dapatkan cap halal daripada JAKIM itu pun susah. Bagaimana kita hendak galakkan orang berniaga lebih jauh.
Adakah kita hanya menggalakkan orang-orang yang mempunyai kilang sahaja untuk berniaga? Jadi kita perlu lihat perkara ini. Kita perlu ingat bahawa tanggungjawab menyediakan, memastikan makanan yang halal adalah juga tanggungjawab pemimpin [Disampuk] Kita kena pastikan perkara ini. Kita tidak boleh biarkan perkara ini kerana kuasa di tangan kita. Ubat-ubatan halal perlu kita pastikan juga, pharmaceutical. Kita kena lihat perkara ini kerana kita tahu ada beberapa vaksin yang sememangnya diragui.
Jadi kita menyarankan supaya pihak-pihak yang sepatutnya mengambil berat perkara ini tolonglah, laksanakan yang terbaik supaya esok kita tidak dipersalahkan.
Berhubung dengan sosial, saya juga ingin menyentuh tentang kejadian yang baru berlaku iaitu Future Music Festival Asia yang lepas. Kita sedih anak-anak muda kita rosak.
Ibu bapa pastinya sedih. Enam orang yang meninggal kerana pengambilan dadah. Dalam keadaan kita yang sebegini rupa, kita sedar kita susah untuk mengawal banyak perkara tetapi Tuan Yang di-Pertua, seringan-ringan cabang iman itu ialah bila kita dapat mengalihkan duri di jalanan. Kita kena ingat perkara ini.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Kuasa di tangan kita. Jangan kita terus membiarkan perkara-perkara yang lagha ini berlaku Memang kita banyak perkara hendak dibuat, tetapi kita kena kawal. Kita tengok
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
di TV-TV sekarang ini, menonton TV kita orang tua menjadi malu. Seperti sudah tidak ada yang kita panggil dahulu dipotong atau censored, dengan izin. Tidak ada lagi dah. Tengok kalau program muzik-muzik, cerita-cerita daripada Barat. Jadi, kita mohonlah perkara ini diambil kira. Sudah banyak kali disuarakan tetapi jangan kita mengambil perkara-perkara ini dengan tidak sihat.
Pihak multimedia penggunaan internet yang berleluasa yang sangat menakutkan kita harap juga diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, tentang pembinaan insan...
Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Pohon penjelasan.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tumpat bangun.
Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Hello.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Ya, sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya amat gembira Yang Berhormat telah memberikan pandangan tentang apa yang berlaku di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Selepas sahaja Yang Berhormat bercakap tentang halal hub, Yang Berhormat menyentuh tentang haram hub yang ada dalam negara kita ini.
Selepas Bukit Jalil akan ada satu lagi sudah diuar-uarkan dan diiklankan di Sepang. Adakah Yang Berhormat berhajat untuk menekankan supaya yang akan dilakukan ini pun diberhentikan sehingga selesai masalah yang berlaku di Bukit Jalil tersebut? Terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, sambung sedikit Yang Berhormat.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Beberapa perkara berkaitan.
Setujukah Yang Berhormat bahawa sepatutnya Yang Berhormat Menteri Penerangan yang bertanggungjawab terhadap kelulusan lesen untuk penganjuran konsert tersebut seharusnya datang ke Parlimen ini untuk memberikan keterangan atas asas apa dia meluluskan, dia mengeluarkan lesen kepada program tersebut? Oleh sebab macam saya katakan tadi, ia berlawanan dengan pelancongan yang mengajak orang membawa budaya- budaya di negara kita ke luar negara untuk menarik orang datang ke sini. Kementerian Penerangan pula meluluskan lesen yang sangat bertentangan ini.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang sila gulung.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan halal hub dan kemudian orang sebelah sana kata haram hub, saya tidak dapat hendak bersetujulah jadi haram hub. Ini adalah salah satu fenomena yang berlaku di mana-mana.
Akan tetapi, sebagai wakil kepada rakyat yang juga ingin menyuarakan tentang beberapa perkara yang perlu kita kemas kini kan, jadi saya yakin dengan kejadian-kejadian seperti ini, pihak kementerian akan mengemas kini dan memperketat ataupun ada beberapa perkara tidak meluluskan konsert-konsert yang berbaur tidak sihat ini untuk remaja-remaja kita. Walau bagaimanapun, remaja kita ini perlukan outlet untuk mereka bersuka ria, tetapi perlu dikawal dengan lebih terperinci lagi.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ada juga ada lagi satu perkara tentang sumber manusia ini iaitu tentang human capital. Latihan yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak muda kita bagi membolehkan mereka ini diambil bekerja di pasaran. Kita tahu perkara ini masih tidak cukup, masih lagi ramai anak-anak muda kita keluar daripada pusat-pusat latihan...
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Saya cuma ingin memberi contohlah pasal human capital ini. Di Labuan sebenarnya memang kita perlukan perhatian untuk kerajaan melihat di mana sebenarnya skill workers itu ataupun skil pekerja-pekerja pakar itu sebenarnya kurang, pekerjaan itu banyak. Akan tetapi, pada masa yang sama kadar pengangguran itu agak tinggi juga.
Ini disebabkan banyak program-program latihan yang perlu diberi perhatian.
Memang kita mempunyai ILP, GIATMARA dan kolej vokasional tetapi nampaknya apa yang dihasilkan oleh kolej-kolej ini tidak diambil, tidak diterima oleh pasaran yang memerlukan kepakaran yang lebih. Jadi, memang kita perlukan bridging courselah sekurang-kurangnya mungkin sebulan dua bulan untuk memastikan mereka ini boleh diabsorb, dengan izin, oleh pasaran. Jadi, adakah Yang Berhormat Pasir Gudang bersetuju supaya bajet yang cukup kita adakan untuk area yang mempunyai gap seperti yang saya katakan tadi? Terima kasih.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Labuan dan dimasukkan dalam ucapan saya. Sehubungan dengan itu, saya suka mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada pihak-pihak korporat yang kaya raya ini, supaya mereka membantu sekolah-sekolah vokasional, pusat-pusat latihan agar latihan yang bersesuaian dapat diberikan kepada anak bangsa kita ini. Tempoh itu juga harus ditengok. Daripada tiga tahun untuk diploma, mungkin kita boleh pendekkan untuk certificate dan sebagainya.
Ini kerana kadang-kadang kalau dikira-kira, anak-anak saya itu saya tanya waktu dia pergi kelas itu, banyak juga masa itu tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk mereka mengasah kemahiran.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang, terima kasih ya.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja, satu minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menyambung. Saya ingin juga mengambil di sini dalam keadaan kemelut kita ini, hentikanlah saya memohon kepada semua pihak daripada menabur fitnah. Jangan kita memfitnah kerana bukan sahaja kita menuding jari kepada sebelah pihak, tetapi tanggungjawab kita pun ada. Tanya kepada diri kita, saya ulang balik apa yang telah kita buat di kawasan kita sendiri untuk mengurangkan perkara-perkara yang tidak sihat daripada berlaku.
Dengan kata-kata itu, saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Minta maaf Yang Berhormat Puchong. Sila.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu izinkan saya mewakili seluruh warga Bukit Mertajam untuk memanjangkan doa selamat kepada krew dan penumpang MH370. Memang harapan melangit seluruh rakyat Malaysia menantikan kepulangan mereka dengan selamat. Doa juga diberikan kepada team Search and Rescue supaya mereka selamat menjalankan misi mereka.
Tuan Yang di-Pertua, bulan ini merupakan bulan Hari Wanita Sedunia yang hari sebenarnya disambut pada 8 Mac yang lepas di serata dunia. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada rakan-rakan Yang Berhormat wanita di Dewan yang mulia ini serta para wanita di seluruh Malaysia.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tema Hari Wanita Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun ini ialah “Keadilan Untuk Wanita, Kemajuan Untuk Semua”. Tema ini saya berpendapat amat tepat sekali. Wanita merupakan 50% daripada populasi dunia dan di negara kita Malaysia. Justeru, keadilan sosial tidak akan wujud sekiranya separuh daripada populasi kita tidak mendapat keadilan dan pembelaan. Kemajuan yang dikecap untuk wanita dan oleh wanita merupakan kemajuan umat manusia sejagat. Namun, secara amnya perjuangan kita untuk keadilan masih jauh.
Budaya diskriminasi gender dan budaya memandang rendah perempuan malangnya masih wujud, diamalkan dalam masyarakat kita. Ini menyebabkan wanita masih dilayan sebagai kelas kedua. Ini seterusnya menjadi penyebab kepada gejala seperti keganasan rumah tangga, ketidakadilan gender di tempat kerja, pengasingan wanita daripada kuasa politik dan ekonomi sebagainya.
Walau bagaimanapun, diskriminasi yang berlaku dalam ruang awam ataupun public sphere ialah diskriminasi yang boleh nampak, yang terdedah kepada semua. Di sebalik tabir pula, ada sejenis diskriminasi yang tidak nampak iaitu ketidakadilan terhadap wanita yang memilih untuk tinggal di rumah menjadi suri rumah tangga.
Tuan Yang di-Pertua, dalam budaya kita wanita yang menjadi suri rumah dan ibu- ibu terutamanya mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa dijangka untuk berkorban demi keluarga dan tidak meletakkan kepentingan diri mereka di atas kepentingan suami, anak-anak dan warga emas yang mereka jaga di rumah. Semua ini merupakan nilai yang baik dan murni, tetapi akibatnya ramai suri rumah tidak mendapat sebarang penghargaan yang nyata ataupun tangible appreciation. Mereka berstatus tidak layak kredit, credit unworthy, tiada simpanan untuk hari hujan dan hari tua dan akhirnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain demi kehidupan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh kepentingan institusi keluarga dan komitmen kerajaan untuk mencapai keadilan hak dan peluang kepada semua. Justeru, saya kira sudah tiba masanya kita mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara. Jangan sekadar memberi kata-kata manis kepada wanita.
Kerajaan patut memberi pengiktirafan terhadap apa yang dipanggil care economy ataupun ekonomi penjagaan.
Kerajaan pada masa kini mengukur pembangunan negara melalui instrumen seperti GDP dan GNI. Walau bagaimanapun, kayu-kayu pengukur ini mengetepikan sumbangan suri rumah dan para ibu terutamanya dalam kerja-kerja penjagaan ataupun care work yang mereka lakukan di rumah. Apakah mereka ini tidak menyumbang kepada ekonomi?
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2014 yang lepas, peruntukan paling besar iaitu kira-kira 21% ataupun RM54.6 bilion diberikan kepada bidang pendidikan. Daripada jumlah tersebut kira-kira RM1.2 bilion diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnya asuhan dan pendidikan kepada anak-anak kita daripada peringkat awal. Namun, kita semua sedar bahawa asuhan dan didikan yang paling awal adalah dalam konteks keluarga dan selalunya oleh si ibu. Justeru, mengapa tiada peruntukan yang setara dalam bajet kerajaan kepada suri rumah dan ibu-ibu untuk kerja- kerja asuhan dan jagaan anak-anak mereka di rumah?
Menurut satu laporan media pada tahun 2011, Kementerian Sumber Manusia menganggarkan bahawa terdapat lebih kurang 3.37 juta orang wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Kita buat satu pengiraan mudah. Berdasarkan gaji minimum yang ditentukan oleh Kerajaan Pusat pada kadar RM900 sebulan, seramai 3.37 juta suri rumah ini di Malaysia sepatutnya mendapat jumlah keseluruhan gaji RM36.4 bilion setahun.
Namun, realitinya mereka tidak dibayar sebarang gaji.
Justeru, RM36.4 bilion ini saya simpulkan sebagai home maker tax ataupun mummy tax di mana cukai ini dibayar oleh suri rumah dalam bentuk pendapatan yang hilang. There are tax create RM36.4 billion a year in the form of lost income. Sebagai konteksnya, pada tahun 2012 pendapatan cukai Kerajaan Pusat berjumlah RM151.6 bilion di mana RM23 bilion datangnya daripada cukai individu dan RM51.3 bilion daripada cukai korporat. Pengiraan saya untuk cukai suri rumah sebanyak RM36.4 bilion ini bukannya anggaran yang besar.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Pada tahun 2004, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sempena Sidang Kemuncak Wanita di Kuala Lumpur menyatakan bahawa sumbangan kerja-kerja tanpa bayaran ataupun unpaid care work di negara ini adalah kira-kira 25.5% daripada GDP tahun 2003 iaitu kira-kira RM100 bilion.
Sama ada RM36.4 bilion kiraan saya ataupun RM100 bilion kiraan Kerajaan Pusat. Hujah saya ialah sumbangan suri rumah dan ibu-ibu dalam kerja-kerja penjagaan ataupun care work bukannya setakat bernilai dalam bentuk moral ataupun sosial tetapi juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mula memberi pengiktirafan sumbangan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Pada tahun ini Program Ibu Emas telah dilancarkan di mana ibu-ibu yang berupa suri rumah sepenuh masa akan diberikan sumbangan RM100 setahun oleh kerajaan negeri. Ini merupakan kesinambungan daripada manifesto Pakatan Rakyat serta Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di mana sejumlah RM3 bilion telah dicadangkan untuk program yang disebut Caruman Sosial Wanita.
Program Caruman Sosial Wanita ini melibatkan kerajaan memberikan sumbangan RM600 setahun sebagai dana persaraan ataupun pension kepada suri rumah dan ditambahkan dengan sumbangan daripada pasangan mereka. Budaya diskriminasi gender ini mesti ditangani pada unit paling asas dalam masyarakat kita iaitu keluarga. Suri rumah sudahlah terpaksa membayar cukai suri rumah yang saya sebut tadi RM36.4 bilion setahun dan bakal dikenakan cukai baru GST. Nampaknya mereka hanya menyumbang tanpa mendapat apa-apa manfaat yang padan dengan sumbangan mereka.
Pelaksanaan Caruman Sosial Wanita ini merupakan langkah pertama untuk mewujudkan budaya menghormati dan menghargai sumbangan wanita. Jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah boleh mulakan Program Ibu Emas dan Program Anak-anak Emas dan jika Kerajaan Negeri Kedah di bawah Barisan Nasional pun sudah memulakan Program Skim Insentif Kelahiran Anak, saya menyeru supaya Kerajaan Pusat untuk melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat iaitu Caruman Sosial Wanita. Saya akan menjadi orang yang pertama untuk menyokongnya jika Perdana Menteri membentangkan dasar ini esok.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaafar - Tumpat
Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya orang yang kedua yang akan menyokongnya.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan insentif untuk ibu, wanita dan kelahiran, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah memberitahu bahawa kadar kesuburan negara kita telah menurun kepada hanya 2.1% sahaja iaitu hanya mencukupi untuk mengganti jumlah penduduk yang ada sekarang ini dan tidak akan mengembang lagi malah dibimbangkan akan mengecut akhirnya.
Jadi, adakah Yang Berhormat juga ingin mencadangkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang seperti yang diamalkan di Kelantan yang mana anak-anak muda yang berkahwin diberikan insentif Az-Ziwaj, untuk menggalakkan perkahwinan, menghormati orang-orang yang berkahwin dan mendapat anak-anak. Insentif-insentif seperti ini adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia menambahbaikkan Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya rasa itu satu cadangan yang baik. Saya hendak masukkan ucapan Yang Berhormat Tumpat itu dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya hendak bangkitkan adalah tentang lokap berpusat...
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Sebelum itu, Barisan Nasional sedikit sahaja.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ya, kawan, kawan lama itu. Tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Kulim-Bandar Baharu. Sila, sila.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya juga menjadi orang yang ketiga menyokong kalau cadangan persekutuan untuk membuat- cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Mertajam tetapi ada juga kerajaan Pakatan Rakyat dulu menjanjikan begini. Alhamdulillah Pulau Pinang telah melaksanakan. Kita dengar cerita dahulu ibu-ibu tunggal berdemonstrasi di tepi jalan ini bila Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk melaksanakan janjinya. Selepas itu jadi masalah kepada ibu-ibu tunggal ini. So, apa pandangan Yang Berhormat Bukit Mertajam?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Saya rasa itu lari dari topik. Kalau aduan kepada Kerajaan Negeri Selangor, biarlah mereka bincang di DUN Selangor.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Bukit Mertajam...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Cukup, cukup sekarang.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Izinkan saya hendak betulkan itu.
Fakta itu tidak betul itu.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tidak apa, tidak apa. Nanti kita betulkan di press conference, tidak apa. Sorry ya. Okey pada Mac yang lepas seorang tahanan bernama Ramasamy Nagu telah dijumpai mati semasa dalam tahanan lokap berpusat di Bayan Baru. Lokap berpusat ini merupakan konsep baru yang diperkenalkan oleh Menteri Dalam Negeri pada tahun lepas untuk mencegah kes kematian dalam tahanan.
Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan beliau berkata, RM25 juta telah diperuntukkan untuk infrastruktur khas bagi lokap berpusat tersebut. Lokap berpusat Bayan Baru mula beroperasi pada Julai tahun lepas. Mengikut laporan media oleh Polis Diraja Malaysia pada bulan Mei tahun lepas, lokap berpusat telah ditubuhkan di beberapa tempat termasuk Jinjang, Shah Alam, Indera Mahkota, Bayan Baru dan Kota Kinabalu. Lokap ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk mengelakkan kematian dalam tahanan.
Kerajaan sendiri telah mengaku bahawa statistik kematian dalam tahanan membimbangkan. Menteri Dalam Negeri telah menyatakan bahawa daripada tahun 2000 sehingga Mei 2013 terdapat 231 kes kematian dalam lokap polis. Ini bermakna secara puratanya 17 kes setahun dan dalam kata lain, satu kes setiap bulan.
Mengikut satu lagi laporan Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2003 hingga tahun 2007 terdapat 1,531 kematian dalam tahanan di Malaysia termasuklah agensi-agensi lain selain PDRM. Kes-kes berprofil tinggi seperti kematian saudara Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini masih belum mendapat pengadilan. Keadaan ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip sejagat yang mencegah layanan yang tidak berperikemanusiaan kepada sesiapa termasuk tahanan dan banduan malah menjatuhkan imej agensi penguat kuasa secara amnya.
Pelaksanaan lokap berpusat menunjukkan bahawa PDRM dan kerajaan sendiri mengakui seriusnya gejala fenomena kematian dalam tahanan. Namun kematian Ramasamy Nagu di lokap berpusat menimbulkan keraguan sama ada RM25 juta yang digunakan untuk lokap berpusat itu dibelanjakan dengan tepat.
Saya telah menulis surat kepada PDRM untuk meminta kebenaran melawat facility lokap berpusat tetapi surat saya telah ditolak. Saya hendak tahu apakah rancangan kerajaan terhadap projek ini, projek RM25 juta ini? Nampaknya tidak berhasil. Saya rasa tiada cara lain untuk membersihkan nama PDRM selain menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan bidang kuasa dan terma-terma rujukan seperti yang disarankan oleh Laporan Tun Dzaidin 2005. Rakyat perlu keyakinan bahawa polis betul-betul bebas dan profesional.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang saya hendak bangkitkan adalah tentang Dasar Automotif Kebangsaan yang dilancarkan pada Januari tahun ini dan saya ingin mengetengahkan empat kontradiksi ataupun percanggahan dalam NAP iaitu National Automotive Policy ini.
Pertama sekali walaupun usaha kerajaan untuk menggalakkan energy efficient vehicle (EEV) adalah baik, namun dalam NAP 2014 tiada sebarang butiran lanjut selain
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
daripada definisi EEV. Persoalannya pihak manakah yang akan bertanggungjawab terhadap persijilan EEV. Apakah jenis dan kaedah insentif EEV kalau dibandingkan dengan dokumen NAP terdahulu. Kekurangan maklumat ini mungkin dilihat oleh kerajaan sebagai sebenarnya tidak serius terhadap promosi EEV tersebut.
Keduanya, NAP 2014 ini bercanggah dengan draf pelan induk pengangkutan awam darat kebangsaan dan NKRA pengangkutan awam. Untuk sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi 29 juta, kita mempunyai 21.2 juta buah kereta dan motosikal berdaftar. Ini bermakna setiap lima orang rakyat Malaysia termasuklah bayi dan kanak- kanak, empat daripada mereka mempunyai sebuah kereta ataupun motosikal. Sasaran NAP 2014 adalah untuk meningkatkan total industry volume (TIV) kenderaan di Malaysia daripada 650,000 unit pada masa kini kepada satu juta unit menjelang 2020. Ini bermakna kita akan mempunyai lebih banyak kenderaan peribadi di jalan raya. Ini sudah tentu bercanggah dengan usaha untuk menggalakkan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan trafik.
Ketiganya, NAP 2004 bercanggah dengan NAP 2009 yang menyasarkan pemansuhan approve permit (AP) menjelang 2015. NAP 2009 memperuntukkan bayaran AP yang dikutip digunakan sebagai dana untuk memperkasakan komuniti bumiputera dalam industri automotif dengan objektif memansuhkan AP pada tahun 2015. Saya ingin bertanya di sini, berapakah dana yang telah dikutip sejak AP diperkenalkan dan dimanakah dana tersebut digunakan serta sejauh manakah keberkesanan program ini? Adakah kerajaan masih tetap dengan jadual pelaksanaan NAP 2009 untuk memansuhkan AP pada tahun depan?
Akhir sekali NAP 2014 bercanggah dengan manifesto PRU-13 Barisan Nasional untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20% hingga 30%. Tiada sebarang strategi jelas diberikan dalam NAP 2014 itu untuk mencapai penurunan tersebut melainkan retorik tentang liberalisasi pasaran. Walau bagaimanapun kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa duti eksais protectionist tidak akan dimansuhkan. Justeru dengan duti eksais yang tinggi sebanyak 65% hingga 105% dan ditambah lagi dengan pengenalan GST pada tahun depan, maka amat tipislah peluang untuk rakyat menikmati penurunan harga kereta seperti yang dijanjikan.
Seterusnya dua isu yang amat ringkas. Isu tentang kawasan saya Bukit Mertajam.
Pertama sekali tentang banjir. Saya merasa kecewa kerana Projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Juru, Sungai Junjung dan Sungai Prai yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat dalam RMKe-9 dan RMKe-10 masih belum ditunaikan. Pada masa kini apabila hujan lebat, kawasan Bukit Mertajam akan dilanda banjir. Ada kawasan kampung di tanah rendah yang airnya naik hingga ke paras pinggang.
Pada tahun 2013 dan 2014, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sejumlah 21.6 juta untuk projek-projek menangani banjir di Bukit Mertajam namun janji Kerajaan Pusat masih belum sampai. Saya berharap pada tahun ini segala janji Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan saya terutamanya projek-projek RTB akan dapat dilaksanakan.
Isu kedua di Bukit Mertajam ialah tentang landasan kereta api berkembar yang baru. Pada 10 Februari 2014 yang lepas, saya telah menulis sepucuk surat kepada KTMB bagi mendapatkan penjelasan dan jaminan tentang isu derailment di landasan berkembar baru di Bukit Mertajam. Sehingga kini saya masih belum mendapat lagi sebarang maklum balas daripada KTMB mahupun sesiapa. Derailment pertama berlaku pada 9 Februari 2013 melibatkan kereta api penumpang dan setahun selepas itu pada 9 Februari 2014, kemalangan derailment yang sama berlaku lagi. Kali ini melibatkan kereta api kargo.
Kedua-dua kalinya derailment berlaku dekat dengan rumah kerana landasan kereta api berkembar di kawasan Bukit Mertajam rata-ratanya berada amat hampir dengan kawasan perumahan. Malah satu laporan akhbar tentang kejadian derailment kedua menyatakan bahawa kereta api kargo tersebut hampir menimpa rumah-rumah yang berdekatan. KTMB dan kementerian tidak boleh pandang ringan perkara ini.
Nasib baik kedua-dua kalinya tiada mangsa yang mengalami kecederaan teruk tetapi jika tiada langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi, saya khuatir dan bimbang akan keselamatan penduduk kawasan saya terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan landasan kereta api tersebut. Jika KTMB tidak dapat memberikan penjelasan yang baik serta tidak dapat memberikan langkah pencegahan dan jaminan bahawa perkara ini tidak berulang, maka saya sarankan supaya landasan
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
berkembar ini tidak beroperasi sehingga satu laporan terperinci diberikan kepada semua pihak. Sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri di sini pada hari yang mulia ini untuk menjunjung kasih ke atas ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Malaysia sememangnya merupakan lambang keutuhan dan kesatuan rakyat Malaysia yang berprinsipkan kepada demokrasi. Semoga lambang kebesaran Seri Paduka Baginda yang terus menjadi saranan yang bermakna kepada rakyat di seluruh negara untuk terus bersatu di bawah kepimpinan Kerajaan Malaysia bagi mencapai kemajuan yang baru dan memelihara kestabilan sosial serta keharmonian di antara kaum. Saya amat berharap bahawa kehidupan rakyat akan terus terlindung atau terbela daripada sebarang penindasan atau ketidakadilan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang. Semoga Tuhan sentiasa memberkati Seri Paduka Baginda dan negara kita yang tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meluahkan persetujuan dan penghargaan yang ikhlas ke atas Titah Seri Paduka Baginda yang mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa perpaduan perlu dijadikan sebagai panduan. Peringatan yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda tepat pada waktunya memandangkan negara kita masih terbelenggu dalam aktiviti berpolitik yang melampau dan berlebihan sehingga mencetuskan polarisasi politik serius yang mengancam perpaduan di kalangan rakyat. Saya amat bersetuju dengan titah Seri Paduka Baginda bahawa semua pihak mesti mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti mana- mana pihak. Dengan itu saya ingin menyeru kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan yang tegas ke atas anasir-anasir jahat dan subversif yang berpotensi mengancam kestabilan sosial politik negara serta mencabar nilai-nilai dan keluhuran perlembagaan negara.
Saya percaya bahawa kita semua mesti sedar akan realiti dan persekitaran masyarakat kita yang penuh dengan unsur kepelbagaian dan tetap berpegang kepada kesederhanaan, toleransi dan saling hormat-menghormati dalam perhubungan dan interaksi sesama manusia. Perpaduan dan kestabilan negara perlu sentiasa diberikan keutamaan dalam apa juga keadaan pun. Kesedaran terhadap kepentingan wujudnya sebuah negara yang bersatu dan stabil perlu dipupuk di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang. Para pemimpin negara termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat perlu mempamerkan daya kepimpinan masing-masing yang sebenar dan menyumbang kepada matlamat tersebut tanpa mengambil kira perbezaan fahaman dan perjuangan partisan politik.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, perpaduan di kalangan rakyat adalah amat penting untuk memelihara kestabilan sosial dan pertumbuhan negara dari semua aspek. Malangnya sesetengah ahli politik tidak menunjukkan kesedaran yang sewajarnya terhadap perkara tersebut sehingga melakukan gimik politik yang memudaratkan kestabilan sosial negara.
Penerbitan klip video “Onederful Malaysia" oleh Yang Berhormat Seputeh. Sememangnya tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Saya difahamkan bahawa klip video tersebut Tuan Yang di-Pertua, telah menyinggung perasaan rakyat dan mengundang reaksi kuat daripada pengguna-pengguna internet yang mengkritik...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
UMNO sahaja.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Kandungan klip video tersebut...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Gerakan ini, jangan jadi penyokong...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Biar saya habiskan dahulu Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Sampai sendiri tidak faham apa yang ditayangkan itu.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini takut. Saya belum habiskan dah mencelah!
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya lah! Memang ini tidak benar!
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini daripada klip video tersebut yang nampaknya bertujuan untuk memburukkan nama negara dan pemimpin.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini tidak benar.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Menurut...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini tidak benar.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mana ada memburukkan nama negara dan pemimpin mana yang saya sebutkan dalam klip video itu. Semua itu pelakon sahaja.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, menurut Dr.
Wong Kok Fye, seorang ahli pakar psikologi. Beliau mengatakan bahawa klip video tersebut mengandungi urus keganasan lembut. Dengan izin...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jangan merapu di sinilah. Ini cerita kangkung.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ataupun dengan nama lain, symbolic violence. Saya baca definisi symbolic violence ini.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Simpang Renggam, ini profesor kangkung dari mana?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, symbolic violence- ini dengar, dengan izin, is a term first coined by Pierre Bourdieu. Seorang Perancis ya, Pierre Bourdieu.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Orang yang tidak faham apa itu humor, jangan sebut lagilah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
*...A French sociologist, anthropologist and philosopher. “Symbolic violence involved a misrecognition of actions.
Individuals and groups are regularly marginalized and dominated in society. In cases where this violence is symbolic...”*
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
“...Subjugated individual see their domination as natural...”
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Mahukah kita terus dengar teori kangkung 1Malaysia macam ini di Dewan yang mulia ini.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
“...*By viewing different social construction as natural. The dominated agents participate in their own subjugation.
Symbolic violence is...”*
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Gua tak faham woo, Bahasa Melayu woo!
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
“...Separated by both the dominator or dominated subconsciously through the use of classification systems, giving and participation within society.” Siapa yang tidak faham? Menurut Pierre Bourdieu, seorang ahli sosiologi, antropologi dan falsafah, keganasan simbolik disebabkan oleh kesalahfahaman dalam pentafsiran terhadap sesuatu tindakan. Orang ramai dan masyarakat umum terus menjadi mangsa di bawah keganasan tersebut tanpa disedari di mana mereka melihat dominasi tersebut sebagai...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Sejenis amalan...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Ini memang tuduhan...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kalau tidak faham, tunggulah saya baca dahulu.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Kita bukan tidak faham.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Duduk.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Kalau Yang Berhormat tidak mampu berhujah, janganlah pakai hujah-hujah daripada MCA, betul tidak?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Dominasi tersebut sebagai sejenis amalan sosial yang semula jadi dan diterima umum. Malahan orang ramai yang terlibat terus menyumbang kepada proses dominasi tersebut dengan memainkan peranan secara sukarela apabila mereka menerima dengan separa sedar amalan dominasi dalam masyarakat melalui sistem...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Klasifikasi pemberian manfaat dan partisipasi dalam proses sosialisasi masyarakat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju kita kena...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
....Banned semua itu kartun? Tidak ada Ultraman, Batman, Spiderman, tidak ada James Bond, tidak ada Jackie Chan punya filem lagi. Ini semua lagi ganas. Saya hanya berjenaka sahaja.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Teknik psikologi yang digunakan dalam klip video tersebut boleh mempengaruhi orang ramai sehingga menyangka bahawa membuat sindiran adalah dibenarkan dan diterima umum. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai moral yang sedia ada dan ia boleh menjejaskan negara kita pada jangka masa yang panjang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya habiskan ayat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bintulu bangun.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Cabaran terhadap amalan dan nilai-nilai moral daripada penerbitan klip video tersebut boleh membawa kesan yang kronik dan berjangka panjang Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya mahu tanya sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita ada begitu banyak bangsa, we are multiracial country. Apa pasal kita tidak ada masalah, mahu cari masalah. Negara kita- kita sekarang, negara kita semua hari-hari kita buat promosikan harmoni, perpaduan. Akan tetapi nampaknya Yang Berhormat Seputeh ini, dia tidak berminat ini. Dia hendak kira hendak populariti. Hendak nampak kemungkinan dia punya majoriti terlebih kali ini dalam negara kita. Dia hendak tunjuk dia punya kuasa. Akan tetapi saya mahu tanya, kalau esok apa-apa terjadi? Dia lagi tinggal sini kah tidak ataupun dia lari dahulu? Kalaulah- we have to create the problems on the ground. Kita sekarang mestilah sebagai parti politik, kita jangan membuat huru-hara, kita jangan usik apa barang. Apa bikin kita pergi buat hari-hari kangkung, kangkung, apa?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kangkung you hari-hari pun kadang ada makan kangkung, apa mahu bising kan? Kita menghormatilah sedikit. Itu kangkung, itu sayur pun kita makan, apa pasal kita hendak buat huru-hara, kan? Saya hendak tanya ini...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa kena mengena dengan kangkung Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
...Kalau kita sangkutkan perkara ini...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Pernah tengok klip video itu? Mana ada kangkung? Haiyo.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Apa mahu tengok klip video ni? Esok kalau Yang Berhormat Seputeh kena orang lagi kacau dia punya rumah, nanti dia cakap, “Tengok! Barisan Nasional lagi aniaya sama dia, aniaya itu!” Akan tetapi dia tidak faham.
Rakyat kena angin punya, bukan daripada Barisan Nasional. Itu rakyat pandai marah. Apa bikin you pergi usik ini bangsa- kalau kita pergi kacau India, esok India marah. Kalau esok kita kacau Melayu, Melayu marah. Kalau kita kacau Cina, Cina pun marah. Inilah sebagai wakil rakyat, kita punya tugas macam inikah?
[Tepuk] Kita macam jalankan tugas ini macam, kongkalikung punyakah sebagai YB? Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, ini seorang sahaja yang menerbitkan klip video. Apa kata yang lain pun berbuat sama, apakah yang akan terjadi kepada negara kita?
[Tepuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya sambung sedikit lagi. Yang Berhormat Simpang Renggam, bersetujukah tidak kalau esok kita buat satu video atas isu Yang Berhormat Seputeh, daripada apa dia berlaku dalam dia punya kawasan, kita mainkan itu video. Dia memang lagi hantam kita habis-habis punya! Bersetujukah tidak?
Dia marahkah tidak?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Setuju.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini sudah adalah, sekarang baru kata mahu buat kah? Haiya!
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kalau tiada, kita ikrar sama-sama buat esok tengok apa terjadi [Ketawa]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sudah ada, UMNO yang buat itu...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tidak payah UMNO! Kalau you berani, Yang Berhormat Bintulu akan buat sama Yang Berhormat Seputeh! Kita mari sama-sama, cuba satu kali tengok apa macam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, sekiranya Ahli Parlimen tersebut tidak sedar tentang kesensitifan penerbitan klip video ini, maka beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Hey Yang Berhormat! Bukan Yang Berhormat yang menentukan siapa yang layak menjadi Ahli Parlimen.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hendak ajak Yang Berhormat bertanding di kawasan Parlimen Seputeh dan kita bertanding tengoklah!...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, kian hari corak pemikiran...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Siapa akan layak menjadi Ahli Parlimen di kawasan Seputeh!
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
...Kian hari corak pemikiran orang ramai semakin...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Seputeh, jangan cabar macam itu. Kalau cabar ini macam itu, kita pun boleh cabar!
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kerana dia kata saya tidak layak!
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kita minta Yang Berhormat Seputeh datang Bintululah! Satu kali tengok macam mana!
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya telah dikatakan tidak layak, jadi saya cabar dialah, bertandinglah!
Datuk Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Apa pasal Yang Berhormat Seputeh marah?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You di Sarawak hendak ganggu apa?
Tidak tahu apa dia cakap.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
You jangan kata- bukan ganggu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini lebih ganas tahu? Jadi ini orang memang tidak sesuai...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Jadi Ahli Parlimen.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang saya tidak sesuai, tidak apa. You boleh datang Bintulu juga. Kalau kita minta Yang Berhormat Bandar Kuching datang pun boleh.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh, ini bukan Pakatan Rakyat yang cakap, bukan Barisan Nasional yang cakap. Ini pakar yang cakap.
[Dewan riuh]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Jadi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hei! Pakar kangkunglah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kian hari, corak pemikiran orang ramai semakin terpengaruh di bawah arus soft violence tersebut
[Dewan riuh]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dan beranggapan bahawa perkara tersebut boleh diterima. Akan tetapi pada hakikatnya, ia harus ditolak sama...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang violence orang yang...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Yang Berhormat Seputeh seharusnya...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
…Yang ancam hendak membakar Bible. Ini yang violencenya [Disampuk]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dipersalahkan dalam insiden tersebut tetapi beliau kini telah dianggap sebagai mangsa berikutan dengan...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Minta laluan, minta laluan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
…Tawaran tanpa ke atas beliau yang mana ia juga seharusnya dikecam oleh semua pihak yang rasional.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Yang Berhormat Simpang Renggam, minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Alor Star bangun.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tidak apalah. Saya hendak habiskan. Tidak ada masa ini.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Apa takut ini?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kita cenderung mengetuai apa yang dicetuskan oleh tindakan yang tidak bertanggungjawab...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Apabila kita mendengar ucapan Yang Berhormat Simpang Renggam, persepsinya juga...
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
…Oleh Yang Berhormat Seputeh yang menerbitkan klip video...
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Bagi laluanlah.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
…Yang bertemakan sindiran terhadap kerajaan dan memburukkan nama.
Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Provokasi oleh pihak-pihak tertentu seharusnya diberhentikan dan amalan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang daripada kerajaan. Apakah langkah responsif penguatkuasaan ataupun tindakan undang-undang kerajaan untuk membendung amalan negatif tersebut yang menjejaskan perpaduan masyarakat. Saya menyeru supaya kerajaan mengambil perhatian yang serius ke atas kegiatan berunsurkan provokasi dan mencari jalan penyelesaian proaktif yang selaras dengan kerangka undang-undang yang sedia ada.
Fenomena tersebut perlu dibendung untuk memelihara perpaduan masyarakat dan membolehkan negara kita mengekalkan momentum pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya beralih ke tajuk pertanian. Menurut statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar Suku Keempat tahun 2013. Pertumbuhan menggalakkan yang direkodkan oleh pertanian lain dan ternakan menyokong prestasi sektor pertanian lain iaitu terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan padi berkembang kepada 7.4% manakala ternakan ayam, itik, lembu dan kerbau mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 10.4% pada suku tahun terakhir 2013.
Walau bagaimanapun, penguncupan dalam subsektor kelapa sawit, perikanan, perhutanan dan pembalakan telah menjejaskan keseluruhan pertumbuhan sektor ini. Pertumbuhan pertanian pada tahun 2013 meningkat kepada 2.1% daripada 1% pada tahun 2012.
[Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Statistik tersebut jelas menunjukkan kepentingan sektor pertanian dan kekal sebagai salah sebuah sektor penting negara yang menyumbang kepada ekonomi negara.
Saya atas permintaan Persatuan Pertanian Nasional dan pengusaha-pengusaha pekebun kecil sayur-sayuran ingin meminta Kementerian Kewangan supaya mengumumkan jumlah kutipan cukai pertanian tahunan yang disumbangkan oleh golongan petani dan pekebun kepada jumlah hasil negara. Saya menyeru kepada kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan untuk mengecualikan kutipan cukai pertanian ke atas golongan petani dan pekebun sekiranya jumlah kutipan cukai pertanian tahunan daripada sektor pertanian adalah tidak besar dan tidak akan menjejaskan jumlah hasil negara.
Langkah prihatin dan besar hati daripada kerajaan adalah amat dialu-alukan oleh golongan petani dan pekebun terutamanya mereka yang hanya bermodal kecil dan sederhana kerana ia akan membantu mengurangkan beban kewangan...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
…Dan pada masa yang sama, mempertingkatkan jumlah keuntungan bersih golongan petani dan pekebun. Langkah untuk...
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu bangun.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat Simpang Renggam setuju atau tidak, kita memang hasil ataupun cukai satu hal. Akan tetapi paling mustahak kita lihat atas isu masalah macam mana naik taraf dia punya teknologi ataupun dia punya skil tanam- tanaman. Saya rasa di negara China, Taiwan pun dalam sektor pertanian di kira teknologi mereka pun canggih juga, skil pun boleh tahan. Dia pun macam kita mahu naik tarafkan semua tanam-tanaman. Ini isu ini sampai sekarang- Yang Berhormat setuju kah sepatutnya pegawai-pegawai kita daripada kementerian terutama sekali Menterikah ataupun Timbalan Menteri pun ada, kita mahu pergi melawat di negara China ataupun Taiwan. Kita hendak belajar macam mana hendak naik taraf sektor pertanian ini.
Akan tetapi isu ini saya nampak di Taiwan selalu kementerian ini tidak berani pergi pasal takut negara China marah. Saya rasa sekarang antara negara China sama Taiwan punya relationship sudah diperbaiki. So, kita mestilah hendak pergi. Saya pun banyak kali melawat di Taiwan, nampak mereka punya pertanian betul-betul hebat. Kita boleh ambillah sedikit hasil dari sana, bawa balik, kita kasi ajar sama petani-petani di negara kita.
Setujukah atau tidak?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini memang satu cadangan yang baik. Seperti mana yang kita maklum, teknologi dalam sektor pertanian dari Taiwan memang terunggul dalam dunia. Bolehlah negara kita mencontohi Taiwan dan mengambil sebagai model dalam menggalakkan atau mendorong dalam sektor pertanian.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ya. Langkah untuk membenarkan pelepasan cukai pertanian kepada golongan petani dan pekebun sebagaimana yang telah pun dilaksanakan di negara-negara yang secara dari seginya mempunyai kapasiti sektor pertanian yang lebih besar seperti Perancis dan China. Langkah tersebut berjaya membuktikan bahawa ia boleh merangsang pertumbuhan sektor pertanian dengan lebih giat dan pesat. Saya menyeru kepada kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan untuk mengecualikan kutipan cukai pertanian dengan hasrat untuk membantu golongan petani dan pekebun serta merangsang pertumbuhan sektor pertanian negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang daripada radar pada hari Sabtu yang lalu telah mengejutkan orang ramai. Sementara kerajaan, syarikat penerbangan MAS, pasukan penyelamat negara kita termasuk pasukan penyelamat dari negara-negara jiran serta bantuan daripada agensi antarabangsa telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak hari Sabtu yang lepas. Pesawat masih gagal dikesan. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Saya juga terus mendoakan keselamatan para penumpang pesawat dan krew penerbangan MH370 serta kepulangan mereka dengan selamat.
Walau bagaimanapun, kejadian kehilangan pesawat juga menimbulkan beberapa persoalan besar terhadap tahap keselamatan di lapangan terbang yang memerlukan perhatian segera kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan. Kejadian tersebut secara jelasnya menunjukkan bahawa negara kita sememangnya memerlukan penguatkuasaan undang-undang Imigresen dan Kastam yang lebih ketat dan berkesan di kesemua titik masuk dan keluar sempadan negara termasuk di semua lapangan terbang.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ekoran daripada kejadian tersebut yang menimbulkan persoalan terhadap tahap keselamatan penerbangan negara kita, apakah langkah-langkah konkrit seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada? Apakah langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian serupa daripada berulang lagi pada masa depan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Kerajaan sememangnya perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini untuk meneliti semula langkah-langkah dan prosedur pemeriksaan sekuriti rutin di semua peringkat dan mengetatkan lagi undang-
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
undang imigresen dan kastam. Biarpun kejadian baru-baru ini masih tidak dapat disahkan walaupun mempunyai unsur terrorisme tetapi kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan lebih-lebih lagi MAS perlu sedar akan potensi wujudnya ancaman terrorisme dan kemungkinan rampasan pesawat dan mengambil langkah pencegahan serta mempertingkatkan lagi tahap keselamatan lapangan terbang secara keseluruhannya tanpa berlengah.
Saya ingin bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat di lapangan terbang seperti imbasan penuh badan, millimeter with full body scanning. Saya ingin menekankan bahawa keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan penerbangan MAS amat penting dalam menunjukkan tahap kematangan sosiopolitik negara kita. Kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan bertanggungjawab memastikan keselamatan di lapangan terbang dan juga tidak wujudnya unsur anasir-anasir jahat, subversif atau terrorisme pada setiap penerbangan yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.
Jadi, oleh sebab masa tidak mengizinkan Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya sekali lagi Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Saya akan ambil peluang ini untuk fokus kepada TPPA kerana sudah tiga tahun setengah sejak kita masuk perbincangan dan perundingan TPPA pada Oktober 2010 dan sekarang sudah sampai kepada penghujung perundingan dan kita kena buat satu keputusan. Mahu kah kita ambil bahagian dalam ini ataupun kita akan hentikan? Saya akan kongsi apa yang telah saya pelajari dalam penglibatan saya dalam Caucus TPPA ini.
Sebelum itu saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana sikap terbuka dan sikap profesionalnya dalam kendalikan caucus. Sebelum saya sertai caucus ini, saya tidak dapat faham kenapa kerajaan kita sedang layan satu perjanjian yang begini teruk. Akan tetapi selepas ambil bahagian saya dapat tahu pihak kerajaan sedar kekurangan masalah yang berkaitan dengan TPPA.
Mereka tahu isu IPR atau hak cipta intelektual mungkin akan menaikkan harga ubat, mungkin akan naikkan harga bahan-bahan pendidikan, education material. Kerajaan sedar berkenaan dengan bab SOE, syarikat pemilikan kerajaan dan mereka tahu ini satu kaedah yang dipakai oleh negara yang sedang membangun untuk ceburi bidang-bidang yang baru untuk bina kapasiti dan ini akan diharamkan oleh TPPA ini. Mereka sedar masalah itu.
Daripada pemerhatian, saya tahu kerajaan pun sedar peruntukan Investor-State Dispute Settlement atau ISDS akan membuka ruang untuk syarikat-syarikat korporat asing untuk sue kerajaan kita. Akan tetapi walaupun mereka tahu semua ini mereka rasa, kerajaan rasa tidak ada pilihan lain. Dia kata jika kita tidak sign TPPA ini kita akan terpinggir. Kita di luar pada kumpulan itu dan kami ini tidak dapat bersaing. Oleh itu pendekatan kerajaan ialah untuk berunding sejauh yang boleh untuk kurangkan kesan- kesan negatif tetapi akhirnya juga sign kerana tidak ada pilihan lain.
Saya tidak setuju dengan pendekatan ini kerana saya tengok tidak beruntung kita kompromi kedaulatan negara kita supaya elak daripada kenaikan harga kelapa sawit 14% di Kanada kerana kita punya GSP akan habis tahun hadapan. Kita tidak masuk TPPA, harga kelapa sawit kita di Kanada akan naik 14% tetapi itu tidak cukup sebagai sebab untuk kita sign ini. Saya juga tidak setuju kita akan terpinggir.
Kita ambil contoh ASEAN, ada beberapa negara besar dalam ASEAN yang tidak ambil bahagian dalam TPPA. Indonesia tidak ambil bahagian, dia tolak daripada dahulu.
Indonesia ada jumlah penduduk sebanyak 240 juta dengan GDP sebesar USD867 bilion.
Thailand pun tidak sign kerana mereka takut kepada industri mereka, mereka takut kepada
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
pertanian mereka, mereka tidak sign dan Thailand ada jumlah penduduk sebanyak 67 juta dan GDPnya USD425 bilion. Negara-negara yang terbesar dalam ASEAN ini tidak sign, hanya Brunei, Singapura dan Vietnam.
Jadi kita tidak boleh katakan kita akan terpinggir, di ASEAN juga ada lain-lain negara yang tidak hendak ikut dengan TPPA ini dan untuk mengatakan kita tidak ada pilihan lain, kita boleh tengok example di Amerika Latin yang mana beberapa negara di situ telah tolak perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat. Contohnya Venezuela, Bolivia, Ecuador, beberapa negara, mereka kata terms of trade ini tidak baik untuk kita.
Mereka sudah mewujudkan satu blok mereka tersendiri. So, untuk katakan kita ini tidak ada pilihan lain, ada. Ada pilihan lain tetapi kita tidak berani mengambil pilihan lain itu.
Saya juga pernah jumpa dengan Encik Michael Froman. Dia ini macam Menteri untuk perdagangan daripada US dan dia menyatakan dalam satu mesyuarat kita dengan caucus kita. Dia menyatakan dengan izin, ini satu high level 21st century agreement. Satu perjanjian yang bermutu tinggi dan canggih untuk abad ini dan ini juga diulangi oleh beberapa pegawai di MITI.
Akan tetapi saya juga tidak setuju. Ini langsung tidak masuk akal. Satu perjanjian yang akan melalui hak cipta intelek akan menaikkan harga ubat. What so high quality about that ataupun melalui ISDS, syarikat-syarikat korporat boleh sue kerajaan kita kerana kita ambil satu pendekatan sebab kesihatan macam packaging di Australia yang disue oleh Philip Morris. What so high quality about that? Ataupun State Own Enterprise (SOE) ini ialah kaedah yang dipakai oleh negara-negara yang sedang membangun untuk membina kapasiti mereka di bidang-bidang baru.
Ini akan diharamkan so, what so high quality about it? Ini semuanya dalam TPPA ini adalah dengan izin, satu corporate wish list, satu senarai idaman korporat. Pada saya ianya lucah, dengan izin obscene. Saya rasa kita kena fikir balik 60 tahun dahulu bila ada Bandung Conference pada April 1955. Negara-negara yang baru merdeka, mereka datang bersama Afrika, ASIA untuk bincang apakah cita-cita mereka untuk membina satu masyarakat yang maju, dia cuba jadi berkecuali dan bebas daripada pihak-pihak lain.
Akan tetapi itu sudah- bila kita fikir balik 50 tahun ini sudah berlaku dan dunia sudah sangat berubah. TPPA ini tidak boleh disebutkan pada masa itu kerana pada masa itu wujudnya satu blok USSR dengan Blok Timur yang takutkan pihak korporat. Pada masa itu mereka lebih sedia untuk tolak ansur tetapi pada masa ini USSR sudah jatuh, tiada Blok Timur. Pihak korporat, pihak kapitalis sudah jadi angkuh dan berani dan mereka sudah bawa satu wish list mereka yang akan merugikan rakyat biasa. Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat juga.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Jadi saya rasa sudah sampai masa kita harus fikir balik macam mana kita boleh hidupkan balik semangat Bandung pada masa ini. Apakah caranya kita menghidupkan balik cita-cita untuk majukan negara kita untuk membina suatu masyarakat yang aman dan makmur. Memang itu suatu yang tergendala pada masa itu kerana pada masa itu negara- negara yang ambil bahagian, mereka semua belum membangun, mereka tidak ada surplus yang mencukupi untuk membangunkan negara mereka. So mereka terpaksa balik kepada barat untuk dapat pinjaman, untuk dapat investment dan itu telah membawa masalah kepada mereka.
Juga pada masa itu ada persaingan hebat antara Amerika dan Soviet Union, perang dingin, di mana pemimpin-pemimpin daripada dunia ketiga disabotaj. Umpamanya Presiden Iran pada masa itu Mosaddegh yang digulingkan oleh CIA kerana dia berkecuali.
Akan tetapi, saya rasa sekarang sudah sampai masa kita kena kaji balik.
Bukankah masih perlu kita tengok bagaimana kita boleh membangunkan negara kita bersama-sama dengan negara dunia ketiga yang lain tanpa kita dikuasai oleh satu cadangan korporat yang hanya bawa untung kepada pihak korporat tetapi merugikan semua rakyat biasa di negara mereka dan negara kita juga. So saya rasa cara yang penting sekarang ialah kita harus katakan no kepada TPPA dan cari perjanjian lain dengan lain-lain negara ASEAN, negara Amerika Latin supaya kita bangunkan negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta berucap menjunjung kasih Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di dalam Titah Ucapan Baginda, Tuanku telah menyentuh tentang usaha kerajaan dalam pelbagai aspek, antaranya untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi; transformasi ekonomi; pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat; peranan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan; aspek keselamatan negara; peranan kerajaan untuk terus memperkukuhkan kedudukan kewangan melalui cukai barangan dan perkhidmatan; kejayaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; kepentingan menjamin bekalan makanan; rumah untuk setiap rakyat; perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan; komitmen berterusan kerajaan memperkasakan institusi keluarga; usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor pendidikan; dan memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya di dalam ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong ini menyentuh beberapa perkara penting berhubung dengan sektor pendidikan, memartabatkan Islam, kesihatan, sektor pertanian dan lain-lain lagi.
Pertama, saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah meletakkan asas yang kukuh untuk memperkasakan sektor pendidikan dengan merangka sistem pendidikan yang komprehensif dan holistik melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2020 bagi melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan negara khususnya bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi.
Saya ingin menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi, inovasi dan kreatif dengan memperkasakan pendidikan akademik dan kemahiran teknikal dan vokasional. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan mengenai bilangan sekolah dan kolej vokasional dan teknikal yang sedia ada di bawah Kementerian Pendidikan dan bidang kursus yang ditawarkan serta apakah perancangan kementerian dalam menyediakan modal insan bagi memenuhi keperluan negara khususnya sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal enam tahun lagi. Selain itu, sejauh manakah kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mampu menyediakan tenaga kerja tempatan bagi menggantikan tenaga kerja asing?
Kedua, saya ingin menyentuh berhubung dengan laporan kira-kira 80% atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara yang diragui status halalnya kerana kebanyakan premis ini tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam dan pihak berkuasa tempatan. Hanya lebih kurang 300,000 ekor ayam sehari atau 20% yang disembelih di 23 loji penyembelihan berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar dijamin halal serta mendapat akreditasi Veterinary Health Mark dan Good Veterinary Hygiene Practices. Isu status halal ayam sembelihan ini amat penting kerana melibatkan ramai pengguna Muslim yang setiap hari memakan ayam sama ada di restoran segera seperti KFC atau membeli dari pasar raya seperti Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya.
Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sejauh manakah pemantauan telah dilakukan bagi memastikan hanya ayam disembelih secara sempurna dan halal sahaja yang boleh dijual di pasaran.
Saya juga ingin mendapat penjelasan kerajaan langkah bersepadu yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam atau JAKIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam memantau status halal bagi pusat penyembelihan ayam seluruh negara.
Selain itu, saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh manakah JAKIM memantau Sijil Penyembelihan Halal yang dikeluarkan kepada restoran-restoran dan termasuk juga restoran bukan Islam. Selain itu, saya ingin mencadangkan agar pusat-pusat penyembelihan ini turut dipantau oleh pihak berkuasa tempatan dan pejabat kesihatan
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
daerah bagi memastikan ayam yang disembelih bukan sahaja tidak diragui dari status halalnya tetapi juga dari segi kebersihan kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Ucapan Baginda menyentuh berhubung dengan usaha untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan terutamanya bagi mengatasi kecelaruan akidah umat Islam dan fahaman pluralisme dan penyebaran ajaran sesat serta fahaman kebebasan. Seterusnya Tuanku menggesa pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengelakkan perpecahan sesama umat Islam di kalangan umat Islam di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, peranan kakitangan dan pegawai agama Islam JAKIM, JAIN dan MAIN amat penting bagi memartabatkan dan memperkasakan Islam. Akan tetapi, sejak akhir-akhir ini, mereka bukan sahaja berdepan dengan ugutan malah di tahap dibunuh oleh penjenayah ajaran sesat seperti yang berlaku kepada Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Pegawai Penguasa Jabatan Agama Islam Pahang pada 10 November 2013 yang lalu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula gaji Pegawai Agama Daerah atau kadi dengan menaikkan gred gaji daripada gred 48 kepada gred 52.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Baginda telah menyentuh tentang keperluan kerajaan meneruskan usaha untuk menjaga taraf kesihatan rakyat terutamanya dari segi rawatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti. Sehubungan dengan ini, kerajaan digesa untuk terus mengawal penyakit-penyakit kronik seperti jantung, diabetes dan darah tinggi dari terus meningkat.
Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan berhubung dengan tren peningkatan ketiga-tiga penyakit kronik berkenaan seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi bagi tempoh 2010 hingga 2013 dan apakah langkah kerajaan bagi mengawal peningkatan bilangan pesakit bagi pesakit-pesakit kronik ini?
Termasuk dari segi pendidikan kepada awam dan pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah lagi.
Selain daripada penyakit kronik yang dinyatakan tadi, pada masa kini Malaysia juga terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit seperti tibi dan sebagainya kerana kehadiran pendatang asing terutamanya pendatang tanpa izin. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah Malaysia terdedah kepada penyakit-penyakit berjangkit khususnya dari pendatang asing?
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Baginda menyentuh mengenai kepentingan menjamin bekalan makanan. Parlimen Sabak Bernam merupakan kawasan pertanian terutama dengan tanaman padi, kelapa. koko, kelapa sawit dan lain-lain hasil pertanian yang lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Saya ingin menyentuh berhubung dengan pengeluaran hasil di kawasan Parlimen Sabak Bernam ini hanya antara enam hingga lapan tan bagi satu keping atau pun tiga ekar, sedangkan pengeluaran padi di jelapang Sekinchan boleh mencapai sekurang-kurangnya 10 tan, malah boleh mencapai sehingga 13 tan. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi ini? Sejauh manakah kerajaan melalui MARDI telah berjaya mencipta benih padi yang bermutu untuk meningkatkan hasil keluaran padi dan mampu menahan serangan penyakit tadi?
Berhubung dengan pertanian di kawasan Parlimen Sabak Bernam, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung dengan usaha memajukan dan meningkatkan lagi hasil pertanian seperti kelapa, koko dan kelapa sawit bagi menghebatkan pendapatan penduduk luar bandar. Selain itu, saya ingin menyentuh berhubung dengan hasil pertanian yang gagal untuk dipasarkan menyebabkan kerugian kepada petani.
Berhubung dengan pembangunan luar bandar khususnya di Parlimen Sabak Bernam. Saya ingin penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sejauh manakah kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan kawasan industri khususnya yang berkaitan dengan agroindustri di kawasan luar bandar bagi membuka dan menyediakan peluang pekerjaan
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
kepada penduduk bandar khususnya golongan muda. Saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh manakah pelaksanaan Kampung Abad ke-21 kerajaan bagi meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan penduduk luar bandar. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan Kampung Abad ke-21 di kawasan Parlimen Sabak Bernam?
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kementerian Kerja Raya, saya juga ingin mengemukakan cadangan bagi pembinaan jambatan untuk menghubungkan Sungai Air Tawar Sabak Bernam dan Bagan Datuk. Saya percaya jambatan ini bukan sahaja akan memberikan kemudahan kepada penduduk di Sungai Air Tawar Sabak Bernam dan Bagan Datuk tetapi pengguna jalan ramai di Perak dan juga di Selangor. Saya berharap kerajaan akan menjalankan kajian kemungkinan bagi melaksanakan projek ini sebagai langkah transformasi ekonomi luar bandar. Selain daripada itu, adakah cadangan untuk membina lebuh raya daripada Banting ke Lumut yang akan melalui Sabak Bernam sama ada diteruskan, sama ada dikenakan tol ataupun tidak dan bagaimanakah reka bentuk yang akan dilaksanakan dalam projek lebuh raya tersebut? Ini kerana saya bimbang lebuh raya itu akan memberikan masalah kepada penduduk-penduduk di daerah Sabak Bernam.
Akhirnya saya ingin menyentuh berhubung dengan melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh selama hampir enam tahun. Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 akhirnya akan diteruskan selepas kerajaan Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang sejajar dengan memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan juga Kerajaan Negeri Selangor.
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia dan tindakan Kerajaan Selangor ini telah dapat mewujudkan bersepadu kerana kita nampak bahawa sejak kebelakangan ini masalah air di negeri Selangor terutama di Lembah Klang dan juga kawasan-kawasan yang tertentu.
Saya ingin mendapat penjelasan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung dakwaan konsesi air swasta Selangor yang tidak cekap dalam pengurangan air tidak berhasil. Sejauh manakah kebenarannya? Sejauh manakah langkah yang telah diambil bagi mengurangkan NRW termasuklah menggantikan paip-paip lama yang telah lama dilaksanakan?
Akhirnya saya ingin menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak akan memajukan negara untuk menjadikan negara maju berpendapatan tinggi menjelang ambang 2020. Buktinya projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mencapai kadar pelaksanaan 96.7%. Tahniah kepada kerajaan. Segala yang telah diusahakan oleh kerajaan telah dilakukan dengan telus dan ikhlas untuk membina negara bangsa tercinta. Untuk memastikan keharmonian dan keamanan sentiasa terpelihara, setiap warga negara telah diberikan peluang untuk memajukan diri tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Malah setiap rakyat terbela dan tidak terpinggir dalam arus pembangunan. Sesungguhnya kitalah penentu generasi Malaysia masa hadapan, generasi 1Malaysia bagi membina negara maju berpendapatan tinggi. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong dari Sabak Bernam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sesi Parlimen ini. Saya sebagai wakil rakyat Kota Kinabalu ingin membangkitkan beberapa isu penting bagi kawasan saya dan juga di negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat kepada Yang Berhormat Kalabakan, masalah curi balak di Kalabakan dan berkaitan dengan rasuah. Selalu saya sampaikan kepada kerajaan tetapi Kerajaan Barisan Nasional Sabah tidak peduli. Ini bukan saya, ini Barisan Nasional, bukan saya masalah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan GST atau cukai barangan dan perkhidmatan bermula April 2015 walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
dari Pakatan Rakyat membantah. Ini jelas menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin dan sengaja menyusahkan rakyat. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah masih belum bersedia untuk GST. Inilah nasib rakyat di bawah Kerajaan Barisan Nasional, sudah jatuh ditimpa tangga.
Tuan Yang di-Pertua, ini amat mengecewakan. Pada sesi yang lalu, saya minta kerajaan memberi pertimbangan terhadap kesusahan akan dihadapi oleh rakyat Sabah apabila GST dilaksanakan. Sabah merupakan antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Malahan ramai yang tidak mampu membayar cukai pendapatan. Sekali lagi saya harap pelaksanaan GST akan dipertimbangkan sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua, tinggal setahun sahaja lagi GST akan dilaksanakan. Jika kerajaan masih berkeras untuk melaksanakan GST tanpa peduli kepayahan rakyat, saya ingin tahu apakah kebaikan pelaksanaan GST kepada rakyat di negeri Sabah. Selain itu, bagaimanakah GST akan diagihkan kepada setiap negeri dengan adil? Menurut satu kenyataan dari Yang Berhormat Menteri, GST perlu dilaksanakan dan pada masa sekarang sebanyak 160 buah negara telah melaksanakan GST dan berfungsi dengan baik.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Rakyat diberitahu jika GST dilaksanakan, pendapatan negara akan meningkat sebanyak RM27 bilion. Adakah kerajaan dan Menteri sedar bahawa kebanyakan 160 buah negara ini berkongsi pendapatan GST dengan kerajaan di peringkat negeri dan tempatan seperti di UK dan Australia. Perkongsian ini dibuat untuk memastikan keadilan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Namun apa yang berlaku di Malaysia, Kerajaan Persekutuan mempunyai bajet yang terlalu besar dan kuasanya terlalu centralize, dengan izin. Ini menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu memberi perkhidmatan kepada penduduk dan selesaikan masalah tempatan dengan baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya sering mendapat aduan daripada kerajaan negeri dan tempatan khasnya di Sabah bahawa mereka tidak mampu selesaikan masalah seperti meluaskan longkang dan menurap jalan raya yang rosak. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai bajet.
Di antara jawapan yang diberi adalah kami sedang tunggu peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Alasan yang sama ini sering digunakan. Ini membuktikan sistem kita lemah dan gagal. Sebagai contoh, DBKK mahu membina satu parking complex di CBD Kota Kinabalu. Akan tetapi tidak dapat berjalan kerana tiada duit dan kena tunggu peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan kepada kita betapa kritikalnya masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di Kota Kinabalu.
Saya percaya masalah ini juga berlaku di negeri lain. GST sepatutnya satu cara yang digunakan untuk membahagikan dan berkongsi pendapatan antara kerajaan di semua peringkat. Dalam kata mudah, jika saya sebagai pembayar cukai yang membayar GST, saya berhak bersuara dan meminta kerajaan selesaikan masalah yang saya hadapi.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya harap cukai ini bukan sahaja dapat dibahagi oleh Kerajaan Persekutuan untuk mendapat perkhidmatan seperti pendidikan dan perubatan yang baik, tetapi saya juga harap cukai yang dikutip ini dapat digunakan oleh kerajaan negeri untuk membaiki infrastruktur di peringkat negeri dengan baik. Begitu juga kerajaan tempatan yang akan memastikan lampu jalan berfungsi sepanjang masa termasuk lain-lain kemudahan asas yang berada di dalam bidang kuasa mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil negara Australia sebagai contoh.
Negara Australia adalah salah satu negara yang berkongsi pendapatan GST dengan kerajaan negeri. Dalam laporan belanjawan Kerajaan Persekutuan Australia, perbelanjaan Australia adalah 401 bilion. Kerajaan Negeri Western Australia pula mendapat bajet 27.6 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah RM264.2 bilion. Perbelanjaan Kerajaan Negeri Sabah adalah RM4 bilion. Perbelanjaan Pulau Pinang pula tidak sampai RM2 bilion.
Ia bermakna perbelanjaan di Western Australia adalah 6.8% daripada bajet Kerajaan Persekutuan Australia. Akan tetapi perbelanjaan Kerajaan Sabah pula hanya dapat 1.51% daripada perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Perbelanjaan Western Australia hampir lima kali ganda berbanding dengan Sabah.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Manakala dari segi populasi penduduk Australia dan Malaysia, kedua-dua negeri Western Australia dan Sabah mempunyai 10% daripada keseluruhan populasi kedua-dua negara ini. Contoh yang saya berikan tadi membuktikan tidak keseimbangan pengagihan hasil cukai antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet kerajaan negeri Western Australia, 2.8 bilion pendapatan mereka adalah perkongsian daripada GST. Ia salah satu sumbangan besar bagi bajet Western Australia. Setiap satu dolar yang dibayar kepada GST sebanyak 45 sen akan di bayar kepada kerajaan negeri dan 55 sen kepada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa GST harus dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan adil. Saya mencadangkan bahawa pendapatan GST tidak seharusnya dikutip dan ditentukan pengagihannya oleh Kerajaan Persekutuan sahaja. Akan tetapi kerajaan negeri juga mempunyai hak untuk berkongsi dan menentukan bahagian hasil pungutan cukai tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya 50% pendapatan GST itu harus dikongsi dengan kerajaan negeri dan tempatan.
Satu mekanisme yang adil perlu bagi memastikan GST boleh membantu kerajaan negeri dan seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kementerian. Adakah GST ini akan dikenakan ke atas minyak petrol dan diesel? Jika ya, maka saya rasa ia akan membawa kenaikan harga barang lagi selepas pelaksanaan-pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Kota Kinabalu memerlukan satu sekolah jenis kebangsaan Cina memandangkan permintaan yang tinggi oleh masyarakat tempatan. Saya ingin tahu apakah status permohonan penukaran SMK Api-Api kepada sekolah jenis kebangsaan Cina. Saya harap janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melayan semua jenis aliran sekolah dengan adil bukan janji kosong semata-mata.
Jika terdapat kesulitan untuk menukar SMK Api-api kepada sekolah aliran Cina, maka saya cadangkan kepada kerajaan supaya memberi peluang supaya sebuah lagi sekolah aliran Cina boleh dibina di kawasan Kota Kinabalu. Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap telah berjanji akan mengendali perkara ini, tetapi sampai ke hari ini hasil tiada sebarang berita. Saya harap beliau boleh memberi satu penjelasan, bukan saja kepada saya tetapi juga semua masyarakat di Kota Kinabalu yang pastinya ingin tahu apakah status terkini masalah tersebut. Tidak lupa juga beliau merupakan seorang Ahli Parlimen di Sabah.
Saya percaya berita ini amat dinanti-nanti kan oleh masyarakat tempatan di Kota Kinabalu termasuk bagi semua ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah beraliran jenis kebangsaan. Pendidikan merupakan keperluan asas menguatkan modal insan dan menjadi harapan bangsa dan negara kita.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
Tambahan pula memandangkan puluhan yang tinggal bagi pasaran mengguna bahasa Cina di negeri Sabah terutamanya dalam bidang pelancongan. Saya berpendapat bahawa sekolah jenis kebangsaan ini perlu diambil perhatian. Saya berharap Kementerian Pendidikan dan Kabinet akan mempertimbangkan cadangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kesesakan jalan di pusat bandar Kota Kinabalu semakin teruk. Sehingga ke hari ini, kami masih tidak mempunyai lebuh raya yang sempurna. Persoalannya ialah wujudkah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah ini. Jika ada apakah inisiatifnya? Saya berpendapat masalah trafik di Kota Kinabalu bukan sahaja akibat jalan raya yang tidak mencukupi tetapi juga kelemahan dalam pengangkutan awam. Penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat masih sangat rendah. Malah bilangan kenderaan yang semakin meningkat atas jalan makin merisaukan. Inilah satu faktor yang penting mungkin terjadinya kesesakan di Kota Kinabalu.
Jika kita lihat pada laporan Sabah Development Corridor mengenai pengangkutan awam setakat tahun 2010, bilangan kenderaan di Kota Kinabalu sudah melebihi 550,000 buah. Jika dibandingkan dengan populasi, setiap orang penduduk mempunyai satu atau lebih kenderaan. Fenomena ini jika berlanjutan akan menjadi kesesakan di Kota Kinabalu bertambah lebih teruk pada tahun 2020. Jumlah kenderaan sebanyak 550,000 ini sama dengan situasi Kuala Lumpur semasa tahun 1990. Masa itu Kuala Lumpur telah merancang
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
untuk membina berbagai ring road dan lebuh raya. Tidak lupa pada tahun 1992 Kuala Lumpur mula membina LRT untuk mengatasi kesesakan.
Seperti yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 1990, saya berharap kerajaan tidak buang masa memohon mempercepatkan usaha baik oleh sistem pengangkutan awam Kota Kinabalu. Saya juga minta kerajaan membina lebuh raya yang menyambungkan satu bandar ke satu bandar yang lain. Juga tidak lupa membuat feasibility study, dengan izin, untuk membina LRT atau monorel di Bandar Kota Kinabalu. Untuk mengatasi masalah penggunaan pengangkutan awam yang masih rendah di Kota Kinabalu saya mencadangkan kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bas di Greater Kota Kinabalu. Bukan sahaja menjadikan perkhidmatan bas lebih efisien mengikut jadual atau tepat pada masa dan visi. Akan tetapi juga meningkatkan keselamatan dalam pengangkutan awam dengan menguatkuasakan penggunaan sistem pemantau atau CCTV di dalam bas dan perhentian bas. Enforcement system keselamatan ini sudah tentu akan meningkatkan keyakinan orang ramai untuk mengguna pengangkutan awam.
Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya, apakah status pembinaan dua buah persimpangan bertingkat atau fly over di Jalan Lintas Kota Kinabalu?
Berapakah peruntukan yang akan diguna untuk dua fly over tersebut? Adakah projek ini termasuk dalam projek menaik taraf Lebuh Raya Pan Borneo?
Tuan Yang di-Pertua, mahu kurungan sudah akhir sudah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh peristiwa gangguan elektrik yang berlaku pada 17 Januari 2014.
Walaupun Menteri telah menjawab soalan tambahan saya pada 13 Mac 2014, bahawa segala pampasan kerugian kepada gangguan elektrik itu boleh dilakukan dengan membuat permohonan kepada SESB melalui SOP yang sedia ada. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan Dewan yang mulia ini. Saya pernah memohon pampasan daripada SESB tidak lama dahulu. Saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah pada masa itu memohon pampasan sampailah sekarang belum ada apa-apa keputusan daripada SESB.
Inikah SOP yang cuba dikatakan oleh Menteri?
Ramai yang mengadu belum dapat pampasan dari kerosakan harta benda akibat gangguan bekalan elektrik. Sedangkan seorang Yang Berhormat pun tidak dilayan apatah lagi rakyat biasa. Walau bagaimanapun, saya harap pengguna akan dibayar pampasan yang sewajarnya. Jika benar gangguan bekalan elektrik telah merosakkan harta benda mereka. Saya harap kerajaan pihak pembekal elektrik lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Saya berpendapat pembekalan elektrik yang baik dan cukup adalah keperluan dan hak untuk dinikmati. Tambahan pula caj elektrik telah naik 16.7% sejak Januari 2014 tetapi pengguna masih gagal mendapat bekalan elektrik yang stabil. Ini tidak adil kepada lebih setengah juta pengguna di Sabah. Kami bayar caj yang tinggi tetapi bekalan elektrik selalu putus dan tidak mencukupi.
Oleh itu saya cadang Kerajaan Persekutuan atau SESB, mewujudkan satu sistem pampasan ganti rugi dengan membuat pemotongan dalam bil elektrik bulanan bagi memudahkan pengguna. Saya cadangkan pemotongan bil elektrik bulanan secara automatik sekurang-kurangnya 10% dari bil elektrik bulanan jika gangguan elektrik terus berlaku di masa akan datang. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2014. Terlebih dahulu saya amat berbangga di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyampaikan Titah Ucapan Diraja dalam Dewan yang mulia ini pada 10 Mac yang lalu. Harapan baginda supaya kerajaan terus berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat pasti akan disahut dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang sentiasa mengutamakan rakyat. Bahkan kerajaan sudah dalam proses melakukan pelbagai inisiatif yang digariskan di bawah agenda transformasi negara. Di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
melahirkan rasa sukacita Baginda terhadap agenda transformasi negara yang sudah mula membuahkan hasil. Baginda juga yakin agenda transformasi ini akan membawa kemajuan dan kemakmuran yang mapan kepada rakyat dan negara dalam jangka masa yang panjang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan keprihatinan terhadap insiden yang berlaku ke atas MH370 penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu 8 Mac 2014. Juga menzahirkan rasa simpati kepada semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut serta keluarga mereka.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya juga memohon semua pihak supaya dapat mengelakkan sebarang bentuk spekulasi dan hormat kepada perasaan keluarga penumpang dan anak kapal yang sedang menunggu siang dan malam di lapangan terbang. Pihak Kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dengan kerjasama negara-negara lain untuk menjalankan operasi mencari pesawat MH370. Saya amat berharap kita dapat menghentikan sebarang bentuk spekulasi dan masing-masing berdoa supaya pesawat tersebut selamat kembali dan semua penumpang dan anak kapal balik ke pangkuan keluarga masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan ialah bagaimana untuk merealisasikan subsidi tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Langkah kerajaan menaikkan harga petroleum, tarif elektrik, harga gula dan kadar tol merupakan antara kaedah merasionalisasikan subsidi. Walau bagaimanapun, tindakan ini menyaksikan peningkatan kos sara hidup. Akan tetapi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan bagi membantu meringankan beban sara hidup rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M.
Pengurangan subsidi akan memberi faedah yang besar kepada ekonomi negara.
Sebenarnya jumlah subsidi telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada tahun 1999 kepada RM44.1 bilion pada tahun 2013 kerana apabila harga pasaran meningkat, jumlah subsidi yang ditanggung juga meningkat. Dasar pemberian subsidi terbukti merupakan dasar yang tidak efektif bagi membantu rakyat golongan miskin dan langkah kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi juga mengakibatkan political cause, dengan izin, kepada kerajaan yang memerintah tetapi kerajaan tetap melaksanakan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dalam Titah Ucapan Diraja mengatakan subsidi pukal yang banyak ketirisannya perlu diganti dengan subsidi bersasar agar rakyat teramai dapat dibantu. Justeru, semua langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan pastinya untuk meningkatkan ketahanan ekonomi dan sekali gus memastikan Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul memacu ke arah negara maju. Misalnya, inisiatif kerajaan dalam menambah baik persekitaran perniagaan diiktiraf di peringkat global seperti yang digambarkan dalam World Bank’s Doing Business Report yang menokok daripada tangga ke-18 kepada kedudukan ke-12 tahun 2013. Lebih membanggakan, Malaysia meningkat satu tangga ke posisi ke-24 menerusi Global Competitiveness Report 2013/2014 oleh World Economic Forum (WEF). Malaysia juga kekal sebagai negara kedua paling berdaya saing dalam kalangan negara ASEAN dan melonjak kedudukan ke-7 antara 25 negara Asia Pasifik.
Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak telah menerima Sijil Urus Tadbir Berprinsip, Caux Round Table (CRT) sebagai pengiktirafan atas kepimpinan cemerlangnya sebagai arkitek Program Transformasi Kerajaan. Antara tokoh yang pernah menerima CRT ialah bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan dan bekas Presiden Poland, Lech Walesa. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK 2014 dijangka meningkat sederhana sebanyak 5.0%. Di antara faktor yang membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara ialah cadangan pelaksanaan GST pada tahun 2015, pengukuhan kedudukan fiskal dan langkah-langkah berhemat yang dicadangkan serta usaha mengekang hutang isi rumah dan kenaikan harga hartanah. Program pengukuhan fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan pastinya membawa implikasi dan cabaran yang besar. Akan tetapi, tindakan ini akan meningkatkan ketahanan ekonomi dan kerajaan akan meneruskan semua agenda yang dapat membawa kebaikan kepada rakyat serta mengurangkan beban rakyat.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Selaras dengan itu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini di mana kerajaan menawarkan subsidi maksimum RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah. Menerusi program ini juga, mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014 dan RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini. Program ini juga bukti Kerajaan Malaysia merasai denyut nadi rakyat serta mendengar keluhan rakyat dan seterusnya melakar strategi untuk menyelesaikan masalah dan rintihan rakyat. Malah, antara tajuk hangat yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia di laman blog 1Malaysia juga mendapati masalah pemilikan rumah.
Lantas, saya ingin menegaskan di sini bahawa program MyHome dan peruntukan RM300 juta yang berdasarkan kerangka Bajet 2014 yang dibentangkan September lalu sangat fokus kepada kepentingan rakyat terutama dalam isu memiliki rumah. Walau bagaimanapun, saya bimbang matlamat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk bantu rakyat tidak tercapai, manakala yang meraih untung adalah pemaju.
Terdapat banyak aduan yang saya terima terutamanya daripada anak-anak muda di Lembah Klang dan negeri Selangor mengenai persekitaran ataupun isu rumah.
Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, isu manipulasi dan spekulasi harga rumah yang tidak terkawal tetapi isu-isu kos tersembunyi yang terpaksa ditanggung oleh pembeli akibat amalan secara jerangkap samar oleh pemain industri. Sebenarnya, selain soal pokok mengenai jumlah rumah dan harganya yang melebihi kemampuan pembeli, saya merasai pemain industri yang licik sudah tentu mula merancang pelan-pelan ghaib mereka untuk terus mengembangkan amalan kos tersembunyi ini untuk meraih keuntungan. Persekitaran perumahan sekarang sangat didominasi oleh beberapa pemain-pemain utama dan hubungan mereka sangat akrab seperti kartel sebab tiga pemain utama ini sudah lama saling bekerjasama.
Kita sebenarnya bukan sahaja berdepan dengan isu antara rakyat dan kerajaan tetapi juga kelompok yang berada di tengah-tengah antara kerajaan dan juga rakyat. Saya amat risau dengan segmen ini yang wujud antara garis pertemuan rakyat dan pemimpin kerana sekiranya kita tidak membendung masalah ini, kesannya akan amat buruk kepada kerajaan.
Kartel dalam industri perumahan sama ada secara langsung atau tidak langsung telah mewujudkan pasaran spekulasi harga rumah tanpa memikirkan kesannya kepada pembeli yang kebanyakannya merupakan rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana. Justeru, jika masalah ini dibiarkan, maka ia akan menjadi gelembung yang akan meletup pada bila-bila masa dan seterusnya menjerumuskan kita kepada krisis sub prime seperti di Amerika Syarikat di mana ratusan, ribuan orang kehilangan pekerjaan, ribuan syarikat ditutup malah bank seperti Fannie Mae dan Freddie Mac turut muflis dan J. P.
Morgan terpaksa kerajaan Amerika Syarikat bailout. Saya tidak anti kepada pasaran bebas tetapi kita tidak boleh membiarkan pasaran spekulasi bersembunyi di balik nama pasaran bebas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin rungkai dengan lebih lanjut mengenai kartel.
Terdapat konsep yang mengelirukan pembeli di mana pemaju mengiklankan bahawa projek perumahan mereka sudah 80% atau 90% sudah terjual dan pembeli seterusnya berpusu- pusu untuk membeli kerana dengan hanya unit atau lot yang tinggal untuk dijual. Pada waktu inilah pemaju berkomplot dengan ejen, sama ada ejen bersyarikat atau ejen bebas, untuk memainkan peranan di mana ejen akan muncul sebab pembeli yang berebut baki rumah untuk dijual itu ramai. Seterusnya ejen ini akan mengatakan bahawa ada rumah yang sudah ditempah tetapi mahu dijual oleh pemiliknya. Walau bagaimanapun, mereka akan mengatakan harga sudah berubah. Contohnya, rumah RM100,000 akan menjadi RM130,000 atau lebih. Ejen akan meyakinkan pembeli dengan menyatakan bahawa pinjaman boleh dinaikkan sebab nilai rumah sekarang sudah meningkat daripada waktu pelancaran.
Jadi pembeli yang terlepas peluang kerana pemaju memaklumkan baki rumah yang ada sudah habis ditempah akhirnya berpaling kepada ejen perumahan. Biasanya taktik paling licik digunakan ejen ialah dengan mengatakan bank menawarkan pinjaman yang tinggi, jadi pembeli tidak terbeban dengan bayaran muka. Terdapat banyak kes di mana ejen berjaya menetapkan harga 20% lebih tinggi. Ejen boleh membantu meringankan beban pembeli dengan menaikkan lagi 20% nilai rumah ketika membantu pembeli membuat permohonan pinjaman bank.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ramai pembeli akan setuju. Mana tidaknya, mereka tidak perlu membuat bayaran muka dan boleh memiliki rumah. Kos margin nilai rumah dalam permohonan pinjaman hanya wujud atas kertas tetapi pembeli tidak sedar mereka sudah menyerahkan 30% duit mereka kepada pemaju.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Pembeli juga tidak sedar dan terlepas pandang bahawa apabila dokumen perjanjian jual beli diproses, penama pertama rumah tersebut adalah nama mereka. Ini bermakna penama yang kononnya sudah membuat tempahan sebenarnya tidak jadi beli.
Entah wujud entah tidak. Sebenarnya tidak wujud sebarang tempahan. Ini permainan pemaju dan agen jualan dalam memanipulasikan pembeli. Lantas ini adalah kemelut utama negara kita berkaitan dengan isu perumahan. Hasrat baik dan murni kerajaan banyak yang akan hilang sebab kejadian manipulasi sebegini.
Tuan Yang di-Pertua, pihak bank juga mempunyai peranannya di sini. Jumlah pencairan pinjaman lebih banyak namun tiada risiko tinggi sebab rumah sentiasa meningkat nilainya. Apatah lagi dalam kes sebegini, ramai pemohonnya adalah orang muda yang berpendapatan dan kerjanya stabil untuk menanggung hutang. Contohnya RM130,000 bagi sebuah rumah untuk tempoh bayaran 20 hingga ke 25 tahun. Ini juga dapat digelar sebagai kartel tiga serangkai di antara pemaju, agen dan juga bank. Pemaju dan agen adalah pihak yang sama dan bank dalam kes ini pula rakan kongsi yang kurang prihatin terhadap pembeli dengan meluluskan pinjaman sebab keyakinan kepada stabiliti pembeli yang berkerjaya tetap dan golongan muda. Selain itu terdapat juga kos tersembunyi yang lain.
Harga rumah yang saya terangkan tadi adalah permainan peringkat pertama. Peringkat kedua membabitkan hak dan kepentingan pembeli dalam soal perundangan.
Kita sedar amalan sekarang semua pemaju dan bank akan melantik panel guaman mereka sendiri. Maknanya pembeli tidak ada pilihan. Pembeli sudah ditunjukkan mana satu peguam yang harus ditemui. Pertama saya hendak timbulkan apabila pemaju memilih syarikat guaman untuk mengendalikan projek penjualan rumah, ini bererti syarikat guaman tersebut mendapat projek kerana semua urus niaga perundangan antara pemaju dan pembeli akan diuruskan oleh peguam yang terpilih. Setiap perjanjian ada kos dan pendapatan. Jadi dilantik sebagai syarikat guaman oleh pemaju adalah satu perniagaan kepada syarikat guaman.
Di sini bermula plot kepentingan, hubungan syarikat guaman dan pemaju. Plot yang saya maksudkan ialah menyembunyikan kos-kos di luar harga rumah. Contohnya kalau bumiputera pembelinya, pemaju akan menawarkan diskaun 5% dan untuk mempesonakan lagi pembeli, pemaju akan menyebut diskaun khas 5% lagi akan diberikan.
Namun pada masa promosi agen akan menyebut diskaun 100% sekali gus. Tanpa memecahkan konsep diskaun ini kepada dua bahagian, maka apabila pembeli datang untuk mengambil kunci rumah dikeluarkan satu senarai bayaran yang dicaj sebelum mereka dapat mengambil kunci dan izin menduduki. Pembeli seterusnya terkejut disebabkan wujud caj bayaran tunggakan bayaran muka. Secara tiba-tiba pembeli akan bertanya, “Bukankah 10% diskaun dan mendapat pinjaman penuh?” Pada waktu ini pemaju akan menjelaskan bahawa diskaun tersebut bukan 100% sekali gus atau lump sum tetapi ditolak 5% kuota bumiputera dan dari baki itu ditolak lagi diskaun 5% dan akan wujud margin.
Contohnya, kalau harga rumah RM130,000 akan ada tunggakan sekitar RM200,000. Jumlah tersembunyi makin tinggi jika harga rumah semakin mahal. Kalau projek tiga blok pangsapuri 15 tingkat, maknanya terdapat sekitar 450 buah rumah dan kos tersembunyi ini akan menjadi satu pendapatan saat akhir ketika pembeli tidak mampu lagi untuk membantah atau menolak kerana perlu menduduki rumah. Ini belum lagi caj penyelenggaraan yang tidak disebut dalam perjanjian. Pembeli hanya akan diberitahu pada waktu mengambil kunci dan surat izin menduduki. Pemaju biasanya akan mengenakan kadar bayaran untuk dua bulan. Beban pembeli akan menjadi semakin rumit apabila wujud pula caj pemasangan elektrik dan air sebelum mereka mengambil kunci.
Saya amat hairan Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya perkara ini sudah lama berleluasa. Peguam juga tahu isu ini sebab terdapat pembeli yang mengadu tetapi seperti biasa peguam memberitahu bahawa mereka hanya akan uruskan soal jual beli sahaja.
Seperti isu diskaun 10%, pembeli akan memberitahu bahawa agen sudah berjanji 10% dan tidak perlu sebarang bayaran muka tetapi pemaju pula akan menyatakan yang agen silap atau agen patut bertanggungjawab. Pada waktu itulah pembeli akan sedar yang semua
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
adalah pemain dalam kartel ini yang akan menuding jari ke sana sini sampailah pembeli penat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyelongkar sikap bank dan juga peguam juga secara tidak langsung terbabit dengan pemaju seolah-olah membantu bank. Dalam perjanjian jual beli antara peminjam dengan bank akan disebut jumlah pinjaman, kadar faedah serta tempoh bayaran. Jadi semua fakta ini akan tertera dalam dokumen perjanjian.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Minta pencelahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya hendak teruskan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Sama seperti perjanjian dengan pemaju, peminjam harus mendapatkan khidmat guaman panel yang akan dilantik oleh bank. Sekali lagi wujud kepentingan bank di sini sebab potensi mendapatkan pelanggan bergantung kepada prestasi sebagai panel. Setelah meluluskan pinjaman dan dalam kes ini sudah tentu projek perumahan yang sudah 90% siap seperti yang dipromosikan pemaju sebagai jualan laris tadi. Bank akan memaklumkan kepada peminjam bahawa 90% sudah dibuat kepada pemaju. Pada waktu itulah timbul keanehannya kenapa tidak lulus 100% kalau sudah yakin dengan peminjam dan pemaju.
Rupanya ada strategi tersembunyi. Inilah kartel yang saya maksudkan. Industri ini sudah dibina berdasarkan permainan antara pemaju, agen, syarikat guaman dan juga bank.
Perkara yang saya sangat sedih serta prihatin saya ingin dedahkan supaya keadaan kos tersembunyi ini dapat dileraikan supaya ia tidak menjadi merebak dan digunakan pula untuk memanipulasikan pula dana subsidi kerajaan. Pembeli biasanya orang awam yang kurang faham soal undang-undang, malah tidak terbaca pun dokumen perjanjian yang panjang lebar, tebal serta penuh terma-terma yang tidak pernah mereka dengar. Saya ingin memperincikan sedikit soal bank meluluskan pinjaman di mana apabila pihak bank meluluskan 90% dan pemaju pula memaklumkan rumah boleh diduduki tiga bulan lagi, maka barulah pembeli tahu bahawa wujud sejenis bayaran faedah antara tempoh bank meluluskan bayaran 90% hingga tempoh baki 10% lagi diluluskan oleh bank apabila surat layak menduduki diperoleh. Ini bagai konspirasi jadinya.
Dalam tempoh bayaran 90% bayaran dibuat caj faedah dikenakan kepada peminjam dan bayaran caj ini tidak ditolak sebagai bayaran pinjaman. Bayaran ini dikira caj untuk 90% urusan pinjaman awal. Seeloknya bank luluskanlah 100% dan terus memulakan potongan pinjaman berdasarkan jumlah yang tertera dalam perjanjian. Keadaan selalunya tidak memihak kepada pembeli. Biasanya setelah bayaran 90% dibuat, pemaju tidak akan dapat memberi kunci pada tempoh tiga bulan seperti janji lisannya. Terdapat kes sampai setahun dan pemaju akan memaklumkan ada masalah sijil layak menduduki di mana ada masalah pekerja kontrak atau bahan binaan berkualiti tiba-tiba tiada dalam pasaran dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kesemua ini membebankan pembeli. Jika masalah sebegini timbul, maka peminjam atau pembeli akan kecewa. Jawapan yang diberi oleh syarikat guaman juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Pada tahap inilah bibit-bibit kemarahan rakyat kepada kerajaan bermula. Kerajaan akan dianggap kapitalis, undang- undang dianggap tidak memihak kepada rakyat, pihak berkuasa tempatan hendakkan rasuah untuk luluskan sijil layak menduduki serta macam-macam tohmahan terhadap kerajaan secara umumnya. Dalam keadaan ini semua institusi yang berurusan dengan rakyat dilihat sebagai instrumen kerajaan kerana rakyat menganggap lesen pemaju dan bank kerajaan yang menjaganya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Undang-undang tidak dipinda demi kepentingan rakyat, malah ada yang menganggap semua ini berlaku dengan izin kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, lantaran itu saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan memberi perhatian khusus untuk membanteras masalah ini. Kerajaan harus
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
menyelesaikan dahulu masalah ruang-ruang lompong yang boleh memanipulasi pemain- pemain utama agar budaya kartel dalam sektor perumahan dapat dibanteras sama sekali.
Apatah lagi ketika semua pemain utama melihat akan muncul RM300 juta subsidi dalam pasaran tidak lama lagi. Saya ingin menyarankan supaya pihak kerajaan kawal sepenuhnya projek MyHome dan pastikan semua pemaju yang berminat mengikut format skim PR1MA dan tidak mengikut format mereka secara bebas.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Kerajaan harus tegas dan tidak harus membiarkan pemaju, agen, peguam dan bank menakluki projek ini sehingga projek yang berniat baik demi kebaikan rakyat ini akan turut menjadi mangsa pasaran spekulasi dan hasrat murni kerajaan akan terkubur begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
...Marilah kita sama- sama berganding bahu, berdiri teguh dengan kerajaan memperkasakan agenda transformasi negara menjadi sebuah negara maju dan disegani di persada antarabangsa.
Mudah-mudahan Wawasan 2020 yang kita sasarkan akan menjadi realiti.
Saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau dilihat senarai yang ingin berbahas dan masa yang ada esok dengan lusa, kita cuma boleh accomodate lebih kurang 40 orang, 30 orang esok dan lusa [Disampuk] Maknanya, kita tidak akan dapat habiskan senarai. Saya ingin mencadangkan agar had masa perbahasan ini kita kurangkan lagi kepada 15 minit sekarang ini dan esok kita akan kurangkan 10 minit, 15 minit sekarang Yang Berhormat ya untuk membolehkan lebih ramai berpeluang berbahas. Ya, saya minta Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillaahi rabbilalamiin. Wassolatu wassalamua’la Rasulillaah waala-aalihi wassohbihiajma’in. Tuan Yang di-Pertua, saya berbesar hati untuk turut sama di Dewan yang mulia ini mengambil bahagian di dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat yang ke-13, Penggal Kedua, Mesyuarat Pertama kita pada tahun ini.
Kita menjunjung sistem raja berperlembagaan yang menjadi teras dan wajah depan kepada sistem demokrasi berparlimen yang kita pilih selepas kita mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British selama ratusan tahun.
Ini adalah kerana kita yakin kepada penambahbaikan yang diperlukan oleh negara kita ketika memasuki era sebuah negara moden di abad yang ke-20. Seterusnya, menjejak ke alaf baru, abad ke-21 yang menyaksikan pemerkasaan dan penambahbaikan pembentukan negara-negara bangsa di seluruh dunia yang berusaha untuk hidup bebas dan saling menghormati di antara satu sama lain.
Kita bersetuju secara konsensus untuk menolak sistem beraja mutlak yang mewarnai sistem pemerintahan lama di seluruh dunia sama ada di sebelah timur mahupun barat. Kita juga memilih untuk menolak sistem komunis dan apa sahaja sistem kediktatoran seumpamanya yang telah begitu lama mewujudkan persaingan di antara kuasa-kuasa besar dunia yang telah membelah dunia kepada blok-blok kuasa dan ideologi yang akhirnya mencetuskan perang dunia pertama dan kedua. Berlaku pertumpahan darah di mana-mana yang telah meragut berpuluh-puluh juta nyawa manusia yang tidak berdosa selain terpaksa akur dengan kehendak penguasa yang rakus meluaskan kuasa yang membinasakan peradaban manusia.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Raja-Raja Melayu yang telah memerintah negeri-negeri Tanah Melayu sebelum dan semasa era penjajahan telah menyumbang kepada kebangkitan bangsa Melayu yang dipacu dan dirangsang oleh kedinamikan agama Islam yang dianuti oleh orang-orang Melayu sebagai satu bangsa dan tanah air yang dihormati pada masa itu.
Sudah pasti sebagaimana tercatat kejap di dalam sejarah Tanah Melayu, para ulama dan mamanda Menteri dan Bendahara telah berperanan besar sebagai penggerak dan penasihat yang berkesan kepada Raja dan Sultan yang memerintah.
Tuan Yang di-Pertua, proses pematangan Tanah Melayu menuju sebuah negara moden telah diwarnai oleh dua peringkat, oleh dua elemen penting yang perlu dicahayakan.
Yang pertama, penjajahan oleh negara barat yang telah melalui proses revolusi ilmu pengetahuan dan sains lebih awal dan pesat melalui persaingan peradaban dengan negara Khilafah Islamiah yang dipimpin pada masa itu oleh Kerajaan Uthmaniah Turki, yang telah berkembang pesat hampir 1,000 tahun lebih awal daripada barat. Di hujungnya pula, adalah pendudukan Jepun di negara kita yang menjadi pemangkin yang mempercepatkan kebangkitan menuntut kemerdekaan.
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, proses pematangan Tanah Melayu menuju negara moden diwarnai pula oleh penghijrahan besar-besaran oleh rakyat dari dua tanah besar peradaban timur iaitu Tanah Besar China dan juga India. Allah, Tuhan kita Tuhan yang menciptakan Tanah Melayu Nusantara, Tanah Besar China dan Tanah Besar Benua India. Dengan takdir dan kehendakNya telah mengubah warna Tanah Melayu kepada warna baru yang lebih aneka dan rencam melalui perubahan komposisi penduduk yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, etnik, bahasa dan budaya.
Inilah dua proses utama pematangan Tanah Melayu menuju negara moden bernama Malaysia. Penjajahan British dan pendudukan Jepun, di sebalik kesan buruk telah mencetuskan kebangkitan yang diperlukan oleh negara kita menuju sebuah negara moden yang berdaulat. Manakala penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah melengkapkan kehadiran Malaysia yang berwajah baru. Dari sebuah tanah orang-orang Melayu kepada sebuah negara bermasyarakat majmuk yang menikmati kedinamikan dan kekayaan sumber manusiawi yang progresif.
Justeru, negara kita menjunjung keluhuran kewarganegaraan Malaysia yang telah berjaya menggabungkan keanekaan yang kita miliki. Kita adalah satu, warga negara Malaysia yang mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen, Islam sebagai agama Persekutuan. Tanpa mengurangkan hak kewarganegaraan semua, kita bersetuju untuk menerima hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan bangsa Malaysia yang berjaya.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya mengajak Dewan yang mulia ini sama ada daripada pihak kerajaan atau rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Di sebalik kita berselisih di dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran negara, untuk kita bergerak seiring memperkasakan apa yang telah kita sepakati sejak awal pembentukan negara kita.
Pertama, kita menjunjung Titah Diraja sebagai pesan perpaduan dan kemakmuran negara.
Kita juga menagih harapan yang tinggi agar Raja-Raja Melayu terus maju membina institusi istana agar terus dihormati dan dicintai rakyat, terutama golongan muda negara yang semakin terdedah dengan pemikiran luar dan baru yang begitu mencabar.
Kedua, kita memperkasakan sistem demokrasi berparlimen yang bermatlamat memperkasakan rakyat sebagai sumber kuasa pemerintahan negara demi mencapai darjat keadilan dan kebebasan yang mesti menjadi milik setiap warga negara Malaysia. Kita mestilah mendengar kehendak dan suara rakyat yang semakin menuntut pembaharuan terhadap sistem yang kita bina agar kuasa-kuasa pemerintahan yang dipecahkan di peringkat legislatif, eksekutif dan judikatif benar-benar bebas dan mampu bergerak dan beraksi di padang masing-masing tanpa campur tangan yang akan merosakkan dan mencacatkan pergerakannya.
Saya yakin di sebalik kita sering berselisih pendapat, kita tetap beriman bahawa kebenaran adalah pemenang yang sebenar, manakala keikhlasan adalah tentera kebenaran yang tidak terpisah. Maka, usahlah kita bermain kata ikhlas jika sekadar untuk menolak kebenaran yang terpampang di hadapan mata kita.
Ketiga, kita bersama menolak elemen-elemen yang merosakkan perpaduan kaum di antara rakyat. Jika kita melaungkan hak-hak istimewa orang Melayu, maka janganlah ia
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
menjadi sebab untuk tidak berlaku adil kepada bangsa lain. Jika atas nama hak kewarganegaraan Malaysia yang lebih luas kita menuntut hak, maka janganlah sehingga kita melupakan hak-hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan. Dalam sebuah negara yang menjiwai keadilan, sebagaimana digambarkan oleh Khalifah Abu Bakar As- Siddiq. Rakyat yang kuat sebenarnya adalah rakyat paling lemah di sisi kerajaan sehinggalah kerajaan mengambil hak-hak yang tertanggung ke atas mereka. Manakala rakyat yang lemah sebenarnya adalah rakyat yang paling kuat di sisi kerajaan sehinggalah kerajaan mengembalikan hak-hak mereka kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, inilah impian rakyat daripada kita di Dewan yang mulia ini untuk sebuah negara yang adil dan saksama. Kemudian saya berhasrat sekali untuk mengajak Dewan yang mulia ini agar mendengar dengan tenang akan seruan dan suara rakyat agar kita melaksanakan syariat Islam yang sempurna di negara kita. Islam adalah agama Persekutuan. Ia adalah agama anutan majoriti rakyat Malaysia. Ia menikmati kelebihan-kelebihan tanpa sedikit pun mengetepikan hak-hak agama dan penganutnya yang lain. Jika dahulu, penganut Islam sendirilah yang sangsi dengan keupayaan Islam tetapi kini mereka mula menyedari kekuatan agama mereka sendiri sebagai pencetus keadilan, kemakmuran dan kebebasan yang mereka cari dan impikan. Tidak perlulah melihat kepada PAS sehingga merasa rimas untuk menerima penyelesaian Islam sebagai satu tanggung jawab negara.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Cukuplah rakyat majoriti Muslim yang semakin gembira untuk melihat kerajaan bergerak kepada Islam yang lebih syumul dan sempurna. Cukuplah mereka sebagai pendorong utama melaksanakan Islam dalam pemerintahan negara. Wasatiyyah Islam ataupun Islam wasati bukanlah Islam binaan UMNO ataupun PAS. Ia wasati dan sederhana kerana begitulah binaan asalnya di sisi Allah. Maka bergeraklah ke arah itu dengan berkat sokongan rakyat Malaysia seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya menikmati ucapan Yang Berhormat Ketereh beberapa hari lepas di Dewan yang mulia ini agar kita bersatu menerima pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II di negeri Kelantan selepas ia melepasi segala syarat kedemokrasian negara kita yang merujuk kepada kehendak majoriti rakyat. Rakyat Kelantan telah dengan penuh kefahaman mengundi untuk pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah tersebut. Justeru, saya menyanjung tinggi ucapan Yang Berhormat Ketereh yang menjadi saksi penting penerimaan rakyat Kelantan seluruhnya. Tinggal berbaki ialah harapan saya agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberi reaksi positif dan mengucapkan ucapan yang sama dan seiring dengan ucapan Yang Berhormat Ketereh.
Jika sebaliknya maka sebaliknyalah jadinya.
Rakyat menunggu kata keramat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pasti mampu merungkaikan kusut masai ke arah pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan. Adalah perlu untuk kita fahami bahawa syariat Islam bukanlah terlalu berbeza dengan undang-undang sivil yang diamalkan di negara kita. Ia mempunyai matlamat yang sama iaitu keadilan, kesaksamaan dan maslahat dan kebaikan untuk rakyat. Hanya undang-undang jenayah Islam sahaja yang agak berbeza berbanding undang-undang sivil.
Ini disebabkan wujudnya beberapa klausa hukum hudud yang bersifat mandatori daripada Allah.
Justeru, pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan akan membantu memperkenalkan syariat Islam yang lebih menyeluruh. Kita turut menghargai beberapa langkah positif kerajaan menerapkan sistem muamalah Islam dalam sistem kewangan dan ekonomi negara yang kini mendapat pujian dan sokongan ramai pihak di luar dan dalam negara. Maka masukkanlah hasrat umat Islam di Kelantan itu sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Pusat untuk pelaksanaan sistem Islam yang lebih komprehensif.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan saya mengalu-alukan bunga-bunga salam perdamaian yang dihulurkan oleh kedua-dua Kerajaan Pusat dan negeri. Ia sepatutnya telah lama berlaku tetapi kerana pengabaian terhadap semangat demokrasi dan keadilan politik dendam dan diskriminasi bermaharajalela di Kelantan sejak lebih 20 tahun terutama dalam era pemerintahan Tun Dr. Mahathir.
Justeru, dengan politik dan pendekatan baru yang dilakukan mutakhir ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya berharap hak-hak tertangguh rakyat Kelantan
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
dilangsaikan semuanya. Antaranya selain daripada hak pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah adalah hak royalti minyak petroleum, mengembalikan wang per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat, pembinaan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik, naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menjadi lapangan terbang antarabangsa dan banyak lagi. Ini teramat penting agar negeri Kelantan turut seiring dengan negeri-negeri maju di pantai barat dalam menikmati rangsangan dan perkembangan ekonomi yang baik.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan kesedihan dan kekesalan atas kematian enam orang remaja kita akibat penggunaan dadah dan alkohol berlebihan semasa konsert liar Future Music Festival Asia yang berlangsung minggu lepas. Kita sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa MH370 yang kehilangannya masih misteri tetapi itu satu kejadian yang pertama kali berlaku di negara kita hilang dan entah apa puncanya. Adapun kejadian kematian penuh tragis anak muda negara akibat dadah dan alkohol berlebihan ia adalah kejadian yang berulang-ulang dan menjadi gejala dan ancaman kepada masa depan negara.
Saya menyeru kerajaan agar lebih serius menangani isu berkaitan remaja yang menakutkan ini. Kuncinya adalah penyelesaian yang lebih menyeluruh. Mengapa kita membiarkan program-program dan konsert liar yang boleh mengundang keburukan, seolah- olah remaja negara kita akan kelaparan dan memberontak jika tidak dijamu dengan konsert dan program liar yang sedemikian. Jika benarlah begitu maka kita seolah-olah bersetuju bahawa kita berhadapan dengan remaja negara yang begitu rapuh jiwanya, lemah akalnya dan kita dengan itu gagal membina remaja kita. Saya menyeru agar pihak kerajaan lebih berani melihat...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. AKin - Bukit Katil
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
...Kepada penyelesaian Islam yang lebih komprehensif. Bagaimana jiwa remaja…, ya sila.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. AKin - Bukit Katil
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Mas. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas sedarkah Yang Berhormat bahawa Future Music Festival Asia ini yang telah mengorbankan enam orang mendapat dukungan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah badan di bawah agensi kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau menerusi program Transformasi Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Event ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sendiri telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis konsert ini pada 17 Oktober tahun lalu. Difahamkan pihak penganjur juga telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan. Setuju atau tidak Yang Berhormat kalau kita boleh tegaskan kepada kerajaan agar memberikan penjelasan yang menyeluruh apakah program-program ini ataupun bentuk program seperti ini yang mendapat dukungan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
Ya, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya setuju dan itulah yang menjadi persoalan yang ingin saya majukan dan saya harap ucapan tersebut dimasukkan dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kerajaan agar lebih serius menangani isu berkaitan remaja yang menakutkan ini. Kuncinya adalah penyelesaian yang lebih menyeluruh. Mengapa kita membiarkan program-program dan konsert liar yang boleh mengundang keburukan seolah-olah remaja negara kita akan kelaparan dan memberontak jika tidak dijamu dengan konsert yang sedemikian rupa. Saya menyeru agar kerajaan lebih berani melihat kepada penyelesaian Islam yang lebih komprehensif. Bagaimana jiwa remaja harus dibina agar lebih bersedia dan gagah menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Akhir sekali, saya bersama seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan untuk MH370. Semoga kembalilah ia ke Malaysia tercinta dengan selamat dan sejahtera.
Suka Tuan Yang di-Pertua saya ingin membacakan satu doa daripada Rasulullah SAW dan saya akan terjemahkan...
[Membaca doa] “Wahai Tuhan kami, Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, Tuhan yang menunjuki barang yang hilang, Tuhan yang memberi
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas
petunjuk daripada kesesatan, kembalikanlah barang kami yang hilang MH370 dengan kemuliaanMu dan kekuasaanMu. Sesungguhnya ia adalah daripada kelebihan dan kurniaanMu.” Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi abarakaatuh [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Saya terpandang Yang Berhormat Setiawangsa Yang Berhormat.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya tampil untuk turut membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini 18 Mac 2014, hari kesebelas semenjak kehilangan dan pencarian pesawat MH370. Marilah kita terus berdoa dan berusaha tanpa mengira agama yang kita anuti kepada pengakhiran yang terbaik untuk 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang terdiri daripada 14 negara termasuk Malaysia. Kita menuntut Kerajaan Malaysia tidak berputus asa sehingga misi pencarian ini sampai ke jawapan yang conclusive, dengan izin, to one of the most perplexing mysteries in the history of the modern aviation. Kita berdoa agar diberi hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada usaha pencarian ini dan agar Allah SWT memberi kesabaran dan ketenangan kepada keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 ini.
Kita ucapkan terima kasih kepada 26 negara yang telah sudi membantu mencari pesawat ini di mana kawasan mencari melepasi 11 negara di Koridor Utara dan Selatan dengan 48 kapal terbang dan 50 kapal sedang digunakan bagi maksud pencarian ini.
Tuan Yang di-Pertua, adapun mereka yang berlagak pandai di kalangan kita mengambil kesempatan dengan hanya memetik komen yang buruk tentang cara Kerajaan Malaysia menangani kehilangan MH370 tetapi ingin saya tegaskan di sini, dalam keadaan kesukaran dan tertekan malah unprecedented ini saya ingin memetik kata-kata Komander William Marks daripada US Navy 7th Fleet, dengan izin, “I give the Malaysian Government a lot of credit. They did an exceptional job leading and coordinating the air and sea search that involved 80 aircraft and ship. They’re very efficient and very professional”. Duta Malaysia ke China juga mengatakan, “We did a very commendable job”.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Sementara ada surat khabar yang berkeinginan untuk mengaitkan juruterbang dengan parti politik tertentu tetapi sekarang bukan masanya untuk berdebat ke arah tersebut, yang penting kita sama-sama berdoa dan membantu meyakinkan masyarakat antarabangsa dan terutamanya keluarga-keluarga yang terlibat bahawa kerajaan Malaysia menjalankan tugas sebaik mungkin bagi menyelesaikan misteri kehilangan MH370 ini.
Bermacam-macam teori dan andaian dibuat tetapi Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menilai dan hanya mengeluarkan kenyataan setelah diselidiki dan diteliti dengan tepat walaupun ia mengambil sedikit masa.
Mengikut kenyataan Thomas Haueter, bekas ketua keselamatan udara Amerika Syarikat, “Kebanyakan pegawai tempatan bagus. Masalah adalah mereka yakni Malaysia tidak selalu melakukannya. Kita, yakni Amerika melakukan perkara ini selalu”. Dengan izin, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah sebaik mungkin untuk menangani isu ini dengan baik. Pencarian MH370 ini memberi pengajaran dan kesempatan kepada kita untuk melihat semula persediaan dan kecekapan kita di dalam menangani perkara-perkara begini dengan lebih cekap dan tersusun. Memperbaiki semua perkara yang melibatkan pasport, imigrasi, pemeriksaan penumpang dan beg penumpang, selenggara kapal terbang, tahap kesihatan anak kapal, juruterbang dan sebagainya bagi menjamin penerbangan selamat di masa hadapan daripada satu destinasi ke satu destinasi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kepesatan ekonomi, Malaysia juga tidak terlepas dari menghadapi masalah jenayah yang melanda setiap genap pelosok negeri. Ops Cantas yang telah dijalankan membuktikan Polis Diraja Malaysia sangat efisien dalam menjalankan tugas mereka. Penurunan kadar jenayah, kekerasan juga membuktikan ketangkasan Polis Diraja Malaysia. Namun begitu, penurunan kadar ini tidak boleh dijadikan sandaran atau
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
ukuran berkaitan keselamatan rakyat semata kerana KPI yang sebenarnya bukan hanya terletak kepada penurunan peratusan tetapi pada perasaan selamat rakyat untuk berjalan tanpa rasa takut atau dikasari oleh penjenayah.
Menyentuh perihal sentimen jenayah, saya ingin menyampaikan rasa kekesalan yang mendalam terhadap seorang ADUN yang tanpa rasa belas dan berfikiran panjang mengeluarkan kenyataan berbau biadab di Twitter yang berbunyi, “Penjenayah bunuh polis tidak menghairankan”. Tuan Yang di-Pertua, budaya apa yang cuba disebarkan ini?
Cukuplah dengan pelbagai masalah jenayah dan sosial yang kini melanda negara. Kini kenyataan yang berbaur mempertahankan penjenayah pula dimainkan demi menolak setiap kesalahan kepada pihak polis. Saya terkilan dan amat kesal dengan kenyataan seperti ini yang langsung tidak menjaga sensitiviti serta perasaan ahli keluarga polis yang menjadi mangsa penjenayah yang kejam tersebut sehingga tidak langsung memikirkan lagi insan yang ada sebagai manusia.
Di dalam Dewan ini, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memohon kepada seluruh Ahli Dewan agar tidak mengulangi kata-kata seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan persekutuan memperkenalkan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) bagi menyelaraskan sistem percukaian juga adalah satu tindakan yang amat baik bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang mengamalkan sistem percukaian berganda dan kurang telus. Penyelarasan sistem cukai ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang telus dan tertib pada 160 negara yang telah mengamalkannya. Di Asia Tenggara ini hanya tinggal Brunei dan Myanmar saja yang masih belum menjalankan GST. Mengikut Yang Berhormat Permatang Pauh, admitted good and services tax ini sebagai good and efficient taxation. Perlu saya tegaskan di sini, 160 negara yang telah masuk sistem GST ini tidak satu pun yang telah membuat keputusan untuk keluar daripada kepompong GST ini. Ini bermakna ada perkara-perkara yang elok kita boleh belajar daripada sistem GST yang akan kita lancarkan kepada 1 April 2015. Berkaitan kenaikan kos sara hidup, Kerajaan Persekutuan telah mencuba sedaya upaya membantu rakyat dalam pelbagai aspek, antaranya adalah dengan mengurangkan harga barangan basah dan harian dengan mewujudkan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia, menyediakan lebih banyak projek perumahan mampu milik dan sistem pengangkutan awam yang sangat murah bagi membantu rakyat dengan lebih selesa.
Tidak cukup sekadar itu, Kerajaan Persekutuan juga berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan industri automatif negara melalui pelaksanaan Dasar Automatif Nasional yang lebih mampan. Kerajaan menyasarkan penurunan harga kereta dalam masa terdekat ini selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat melalui industri automotif. Ketangkasan Kerajaan Persekutuan dalam mentadbir ekonomi negara juga telah terbukti melalui Laporan Negara Mesra Perniagaan oleh Bank Dunia baru-baru ini apabila Malaysia telah berjaya melonjakkan kedudukan dari tangga 12 pada tahun sebelum ini kepada tangga ke-6. Tahniah kepada Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
Akhir kata saya memohon Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat dengan penuh teliti kemiskinan bandar dan perumahan yang agak tertekan di dalam Wilayah Persekutuan ini. Saya merasakan perlu ditekankan lagi tentang maksud ‘kesejahteraan bandar’ ini di mana saya merasakan bahawa salah satu daripada fungsi utama kesejahteraan bandar ini ialah untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat bandar. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Saya ingin terlebih dahulu meluahkan perasaan sedih dan solidarity kepada keluarga-keluarga passenger dan crew pesawat MH370. Berdoa dan berharap, kita semua harap bahawa kapal terbang MH370 ini dapat dikesan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terlebih dahulu berucap mengenai isu MH370 ini, walaupun saya percaya kerajaan kita sedang menggunakan usaha mereka untuk mencari pesawat ini, malangnya pada masa yang sama
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
kita mendapat banyak press negative daripada luar negara atas bagaimana kita menguruskan atau manage this national crisis sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada satu artikel daripada New York Times yang bertarikh 15 Mac yang bertajuk “Series of errors by Malaysia mounts, complicating the task of finding flight 370”. Dalam artikel ini, sekiranya saya diizinkan untuk membaca. “The radar blip that was Malaysian Airlines Flight 370 did a wide U-turn over the gulf of Thailand and then began moving in inexorably past at least three military radar arrays as it traversed northern Malaysia, even flying high over one of the country’s biggest cities before heading out over the Strait of Malacca. Yet inside a Malaysian Air Force control room on the country’s west coast, where American-made F-18s and F-5 fighters stood at a high level of readiness for emergencies exactly like the one unfolding in the early morning of March 8”. Satu daripada expert ataupun pakar dalam safety penerbangan David Learmount, dia mengatakan bahawa “The fact that it flew over Malaysia without Malaysian military identifying it, is just plain weird. Not just plain weird but also very damning and tragic”. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan adalah apabila kapal terbang MH370 ini berpatah balik ke West Malaysia dan menghala ke Phuket, kenapakah kapal terbang-kapal terbang tentera tidak digunakan untuk menyiasat kapal terbang ini?
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Apabila kapal terbang ini telah pun menutup alat komunikasinya, maksudnya kapal terbang ini terbang melalui ruang udara Malaysia sebagai satu kapal terbang penceroboh*.
It was an intruder and yet at that time, no action had been taken,* tidak ada tindakan yang diambil oleh tentera untuk menghantar kapal terbang tentera menyiasat perkara ini, intercept kapal terbang ini dan mungkin akan mengenal pasti kapal terbang ini sebagai MH370 and divert the plane back. Ini adalah satu peluang, mungkin yang terakhir pada saat itu untuk menyelamatkan pesawat MH370. Sekarang memang usaha-usaha untuk mencari kapal terbang yang hilang ini memang sudah menjadi cukup-cukup susah sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lumut bangun Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar. Saya ingin bawa perhatian Yang Berhormat Alor Star dan juga Dewan.
Peristiwa ini berlaku pada pagi 8 hari bulan. Kita dilaporkan jam 7.20 pagi. Saya berada di depan televisyen. Pada waktu itu, televisyen menunjukkan pengesanan radar oleh air traffic control ataupun pengawal kawalan udara sama ada daripada Subang atau KLIA, saya tidak pasti. Ia menunjukkan track perjalanan kapal terbang itu dari KLIA sampai ke atas Laut Cina Selatan, simbol kapal terbang tersebut atau jet tersebut daripada warna kuning menjadi warna merah. Apabila menjadi warna merah, ia dilaporkan telah hilang.
Daripada pengalaman teknologi radar saya, apabila target ataupun sasaran yang kita track ataupun kita kesan hilang daripada radar, ia memberi dua sebab, dua alasan sahaja. Pertama, mungkin ia meletup. Kedua, mungkin ia terjun ke dalam laut. Dua pilihan sahaja daripada pengesanan radar tersebut apabila hilang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ada masa 15 minit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Akan tetapi apabila kita dimaklumkan oleh Tentera Udara pada 11 hari bulan, selepas tiga hari, mengatakan kapal terbang tersebut dikesan berpatah balik ke Lautan Hindi melalui Semenanjung, ini amat mengelirukan sekali. Kita dapat lihat akibat daripada pengesanan yang tidak positif. Sebagaimana Yang Berhormat Alor Star jelaskan tadi, untuk mendapat pengenalan positif, kita kena hantar pesawat dan mengesahkan bahawa ini MH370. Akan tetapi sebaliknya mereka tidak pasti dan mengagak-agak. Begitu juga Panglima Angkatan Tentera mengatakan tidak pasti tetapi telah digunakan maklumat ini sebagai maklumat yang benar. Akibatnya, kawasan pencarian kita semakin luas dan semakin mustahillah untuk dikesan. Setuju dengan pandangan saya Yang Berhormat Alor Star? Terima kasih.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Saya bersetuju sebab dalam laporan yang sama ini adalah dilaporkan bahawa Jeneral Rozali telah sendiri pergi ke Butterworth Air
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Force Base pada pagi 8 Mac. Mereka telah pun memperoleh maklumat tentang kesan radar yang menunjukkan pesawat itu telah pun patah balik.
Akan tetapi persoalan saya yang saya hendak tanya kepada Kementerian Pertahanan dan Pengangkutan, bilakah maklumat ini disampaikan kepada negara-negara jiran kita yang telah pun diminta untuk membantu dalam usaha mencari kapal terbang ini di the Gulf of Thailand sehingga sampai tujuh hari dalam satu operasi yang cukup mahal dan cukup kompleks? Kita hendak tahu itu because nampaknya kalaulah kita tidak menyampaikan maklumat ini, maksudnya kredibiliti dalam kerajaan kita to manage this national crises adalah sesuatu yang akan menjejaskan nama baik negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekarang merujuk kepada isu BERNAS. Semalam saya telah pun cuba untuk memfailkan satu usul tergempar terhadap delisting ataupun penyenaraian keluar BERNAS daripada Bursa Malaysia. Saya memfailkan usul ini sebab ini merupakan peluang yang terakhir untuk Dewan berbahas atas delisting of BERNAS. Sebab pada Jumaat lalu, telah pun dilaporkan dan diumumkan dalam Bursa Saham bahawa BERNAS telah pun berjaya untuk mendapat lebih daripada 90% saham dalam BERNAS.
Apabila ini berlaku, maksudnya BERNAS ini seperti yang diumumkan oleh Bursa Malaysia, akan disuspended, akan digantungkan daripada Bursa Malaysia. Ini akan memberi ruang kepada syarikat-syarikat Syed Mokhtar untuk mengeluarkan syarikat BERNAS daripada disenaraikan. Ini adalah satu isu yang cukup penting sebab BERNAS ini adalah satu aset nasional strategik yang cukup penting untuk menjamin keselamatan makanan negara kita. Jadi saya tidak faham kenapa usul kita ditolak berasaskan bahawa ini bukan satu isu kepentingan negara.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membangkitkan isu usul ini, ada kenyataan yang cukup penting untuk Menteri Pertanian untuk menjawab. Menteri Pertanian dalam Dewan ini telah pun memaklumkan kepada Dewan bahawa BERNAS akan menjalankan satu penstrukturan semula, relisting semula, ada satu rancangan restructuring dan relisting. Ini diberitahu dalam Dewan. Di luar Dewan, Menteri Pertanian memberikan maklumat secara umum bahawa selepas restructuring BERNAS ini dan relisting ini, Nafas dan Nekmat akan diberikan lima peratus dalam syarikat baru yang akan disenaraikan balik.
Akan tetapi kenyataan ini telah pun dinafikan oleh BERNAS sendiri, Tuan Yang di- Pertua. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BERNAS pada 11 Februari, BERNAS telah pun dengan nyatanya menjelaskan bahawa selepas membuat pertanyaan dengan pemegang-pemegang saham majoriti dan juga Director BERNAS, mereka menafikan pengetahuan terdapat satu aku janji bertulis. There was no written pledge seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pertanian bahawa terdapat satu rancangan untuk restructuring dan relisting BERNAS.
Maksudnya BERNAS tidak memberitahu maklumat yang betul ataupun Menteri tidak memberitahu maklumat yang betul. Seolah-olahnya satu pihak sedang mengelirukan rakyat supaya mendapatkan BERNAS ini dinyahsenaraikan dan diambil keluar daripada Bursa Saham. That is very serious. Menteri Pertanian mesti jawab. Adakah atau tidak ada satu kenyataan ataupun satu written pledge seperti yang dimaklumkan bahawa terdapat satu rancangan untuk restructure and relist di mana NAFAS dan NEKMAT akan diberikan lima peratus saham dalam BERNAS.
Kalau perkara ini tidak dijelaskan, maka adalah jelas bahawa kerajaan telah hilang kawalan terhadap BERNAS. Hilang kawalan. Semalam, Menteri Pertanian ada mengeluarkan satu kenyataan. Dia kata tidak perlu risau, pembangkang ini seperti biasa hendak membesar-besarkan isu ini. Kerajaan memang ada lagi kuasa untuk mengawal BERNAS sebab ada golden share dalam BERNAS. Akan tetapi apa yang kita lihat dalam beberapa tahun ini, kerajaan gagal menggunakan kuasa golden share nya.
Kuasa golden share kerajaan untuk memantau BERNAS ini cukup luas, cukup besar. Akan tetapi apa yang berlaku kita melihat bahawa dalam masa yang beberapa tahun ini, Syed Mokhtar telah pun memperoleh begitu banyak saham sekali dalam BERNAS. Apa yang kerajaan sedang buat? Adakah mereka tidak tahu? Saya yakin mereka tahu dan secara implied telah pun membenarkan kroni kerajaan untuk mendapat saham lebih daripada 90% dalam BERNAS dan membolehkan sekarang syarikat ini disenaraikeluarkan daripada Bursa Saham.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit masa sebab ini adalah satu perkara yang cukup penting dan melibatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sama dengan masa yang lain. You given two minutes of your friend there.
Tidak apalah, just sikit-sikit masa tidak apa Yang Berhormat, habiskan.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Jadi, yang saya nak katakan di sini adalah kerajaan telah pun gagal mengawal BERNAS dan telah pun hilang pengurusan BERNAS sehingga sekarang syarikat ini dijatuhkan kepada satu tangan individu sahaja. Ini tidak betul dan tidak harus berlaku untuk industri beras negara kita.
[Timbalan Yang di-Pertua Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya hendak katakan di sini lagi satu perkara sahaja, adalah bahawa pada hari Selasa lalu, Perdana Menteri sendiri telah pun datang ke Parlimen untuk menjawab soalan.
Salah satu perkara yang dibangkitkan pada masa itu adalah isu pelonggaran AP untuk beras. Inilah satu perkara yang kita telah pun menuntut untuk satu masa yang lama.
BERNAS ini diberikan keistimewaan untuk mengimport beras sejak tahun 1996 dan mereka diberikan keistimewaan lagi untuk mengimport beras sampai tahun 2021. Kenapakah mereka diberikan keistimewaan itu? Perkara ini tidak perlu lagi dipertimbangkan. Perdana Menteri harus serta-merta membenarkan lebih banyak syarikat diberikan hak untuk memohon AP untuk mengimport beras.
Saya tahu perkara AP ini adalah cukup sensitif sebab untuk kerajaan, inilah satu rahsia dan perkara ini telah pun dilaporkan dalam The Star baru-baru ini. Saya harap kalaulah AP ini diberikan kepada lebih banyak syarikat untuk mengimport beras bahawa ia akan dibuat secara terbuka dan telus. Saya dukacita kerana hari ini dan seperti biasanya Perdana Menteri tidak ada di Dewan untuk menjawab soalan. Saya adalah satu Ahli Parlimen yang baru. Penggal ketiga persidangan mesyuarat lalu saya tidak pernah melihat Perdana Menteri di Parlimen pun untuk menjawab soalan. Saya hendak katakan di sini Perdana Menteri hanya datang ke Parlimen untuk menjawab soalan apabila Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berada di Parlimen
[Dewan riuh]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
. Satu hari dalam satu tahun dia datang, bila Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak ada. Adakah dia takut untuk menjawab soalan-soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat?
Persoalan-persoalan hendak jadikan Malaysia ini demokrasi yang terbaik dalam dunia ataupun menjadikan Parlimen ini yang terbaik di Malaysia, bukan sahaja setakat kita ada kerusi yang cukup ataupun meja yang cukup untuk duduk. Akan tetapi saya percaya bahawa semua Ahli-ahli Parlimen daripada dua pihak sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ataupun Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ingin melihat Perdana Menteri datang jumpa dengan Ahli-ahli Parlimen untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, cukup.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, cukuplah.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Untuk isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ikut peraturanlah.
Seorang Ahli
Siapa suruh tidak datang.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu isu lagi yang saya hendak bincangkan iaitu subsidi padi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Last minutelah, last point. Ini adalah suatu perkara yang penting, tidak ada peluang lagi
[Dewan riuh]
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Subsidi padi sudah 24 tahun tidak dikaji oleh kerajaan, 24 tahun...
Seorang Ahli
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Adakah Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak bersetuju...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Masa kecemasan seminit.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
...Untuk subsidi harga padi ini dinaikkan?
Selama 22 tahun tidak dinaikkan dan Ketua UMNO Kedah sendiri yang sekarang Timbalan Menteri pernah juga membangkitkan isu ini Tuan Yang di-Pertua. Dalam tahun 2012, dia berkata bahawa perkara ini akan dibangkitkan dalam Bajet 2012.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Alor Star.
Tuan Gooi Hsiao-Leung - Alor Star
Sudah tiga bajet sudah pun berlalu Tuan Yang di-Pertua dan saya harap kerajaan akan mengambil berat tentang nasib petani dan membuat kajian supaya harga subsidi ini dapat dipertingkatkan dan dinaikkan secepat mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Limbang. Selepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Raub. Selepas Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Batu Sapi.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
15 minit ya.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan dan menjunjung kasih titah duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian sidang Parlimen pada 10 Mac yang lalu. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa simpati kepada seluruh keluarga dan kerabat penumpang-penumpang dan krew-krew penerbangan Malaysia MH370. Mudah-mudahan kesabaran akan dapat meredakan apa juga perasaan mereka. Saya mengakui betapa beratnya mereka mengharungi ujian ini. Berat mata memandang, senangnya kita bercakap, bertelagah dan tuding-menuding, berat lagi mereka yang ‘menanai’ takdir ini.
Dalam pencarian MH370 ini, sudah tiba juga masanya semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan keselamatan kepada tahap yang lebih tinggi di semua lapangan-lapangan terbang di negara ini sama ada domestik mahupun lebih-lebih lagi antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan dan menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan inisiatif untuk meringankan beban rakyat dan menyejahterakan kehidupan rakyat. Kita tahu pelbagai program telah dibuat oleh kerajaan seperti BR1M, KR1M, subsidi yang bersasar, penyelarasan pengangkutan. Apa nama? Keperluan-keperluan seperti minyak dan LPG di luar bandar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Ops Cantas pula, kita menyokong dan kita berharap dan juga ini adalah harapan rakyat agar ia diteruskan sampai bila-bila.
Kalau boleh diusahakan ke pekan-pekan kecil juga di negara ini seperti Limbang. Dengan
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
lulusnya Akta PCA, kita berharap jaguh-jaguh tauke judi siber yang kononnya tidak boleh ditangkap kini bolehlah diambil tindakan.
Untuk pengetahuan, kalau kita masih ingat pada BR1M 1.0 dahulu, penerima seperti di Limbang itu berjumlah empat juta lebih. Dalam BR1M 2.0, lima juta lebih dan dalam BR1M 3.0 ini dianggarkan tujuh juta lebih penerima BR1M ini tetapi sekali ini tauke- tauke judi siber juga dapat pendapatan daripada BR1M ini. Mana tidak, yang sekarang ini banyak orang muda-muda pun dapat. Jadi judi siber berleluasa jadi tahulah ke mana tujunya mereka juga, tergoda dengan judi-judi siber ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan di mana dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan cukai GST pada tahun hadapan demi untuk mengadakan cukai yang lebih telus, mengelakkan double accounting dan juga mengurangkan cukai. Sebelum ini, kita dicukai tanpa disedari. Akan tetapi satu perkara sahaja saya ingin meminta kepada kerajaan supaya apabila dekat-dekat hendak pelaksanaan GST itu nanti pastikan supaya kedai-kedai, peniaga-peniaga, pemborong atau distributor ini tidak akan menaikkan harga just right before implementation, dengan izin, untuk menaikkan harga barang sebelum cukai GST 6% itu dilaksanakan.
Sepatutnya sebelum GST itu dilaksanakan, sepatutnya mereka menurunkan, mengeluarkan harga cukai yang ada pada mereka, barang-barang itu 10% ataupun 5%.
Takut nanti apabila sebelum itu dia sudah letak harga tinggi and then campur lagi 6% sebab kita tahu rakyat di kampung-kampung di mana bukannya tahu sangat fasal benda-benda ini.
Jadi saya harap ianya dipastikan oleh kementerian yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh tentang berkaitan iklim global ini khusus kepada Limbang, Limbang juga terkesan daripada hasil tangan-tangan manusia ini di mana Sungai Limbang juga mendap akibat tangan-tangan manusia ini, hujan berlebihan. Pada masa ini kalau air pasang bertemu dengan hujan sudah boleh menyebabkan kebanjiran di kampung-kampung, di bandar Limbang itu, di pekan Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Dahulu saya telah pun memohon kepada kerajaan untuk mengorek, ya dredging untuk Sungai Limbang ini terutamanya Kuala Limbang. Saya difahamkan negara jiran, negara Brunei Darussalam telah pun setuju dan meluluskan EIA report yang telah dibuat sebab muara Sungai Limbang itu adalah dalam Teluk Brunei. Jadi saya minta supaya ini dilaksanakan. Dahulu saya pernah katakan sekarang ini Sungai Limbang tohor sedikit.
apabila surut sahaja air sedikit, buaya sudah sun bathing di tepi-tepi sungai. Nampak, senang tengok.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara iaitu tentang kepada Kementerian Komoditi iaitu tentang MPOB ini. Pada masa ini ramai penanam kelapa sawit small holders.
Mereka telah pun mengusahakannya dan ada di antaranya beberapa orang telah disuruh untuk menyediakan tapak untuk small holders ini. Tetapi apa yang didapati bahawa pembayaran lambat. Jadi kita hendak tahu apa masalah sebenarnya, sebab maklumlah, small holders, kebajikan mereka ini perlu kita lihat juga apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah mereka ini.
Satu lagi ialah tentang sekolah. Semalam saya hendak sentuh mengenai SK Tanjong dan juga SK Nanga Merit di Limbang tetapi semalam kita ada perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin. Saya telah pun mengutarakan masalah SK Tanjong ini dan beliau telah memberi komitmen untuk memastikan mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakannya secepat mungkin. Namun yang saya tidak sentuh semalam iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Limbang. Dua blok yang ada sekarang iaitu Blok C dan D telah pun dibina 20 tahun yang lalu di bawah Program Projek Kilat. Ini sepatutnya bangunan sementara sahaja dan beberapa kali pihak sekolah telah memohon supaya blok kayu yang daif ini direplace. Kalaupun tidak boleh bina SMK baru untuk SMK Limbang, kita minta dua blok ini direplace sebab sangat daif, bangunan projek kilat.
Beberapa perkara lain yang saya hendak sentuh ialah tentang bekalan air Ulu Pendaruan di Limbang di mana pada masa ini beberapa kali saya sudah suarakan di Parlimen ini, di Dewan ini iaitu paip sudah ada, pili bomba sudah siap, semuanya siap.
Mungkin working paper dahulu itu mereka terlupa hendak simpan booster stations and high level tank dengan izin. Jadi tempat paip ini air sudah tidak boleh lalu, tidak boleh. Tidak
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
cukup tekanan. Saya juga difahamkan pili paip ini boleh rosak sebab sejak hujung 2011 sampai hari ini belum boleh dapat bekalkan air dalam paip ini, paip ini boleh rosak. Nanti susah hendak tanam semula, minta paip baru lagi.
Jadi saya mintalah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah khususnya, saya difahamkan dari JKR hanya memerlukan RM1.5 juta hingga RM4 juta sahaja untuk membina high level tank dan juga booster station ini untuk memastikan ada lima atau enam buah rumah panjang yang telah pun paip ditanam di hadapan rumah mereka ini untuk menikmati air.
Begitu juga dengan bekalan elektrik luar bandar di kawasan Ulu Pendaruan ini juga seperti air tadi. Akan tetapi ini kita faham sebab ada berkaitan dengan - sekarang ini kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan elektrik luar bandar sudah menjalar ke luar bandar sampai bekalan dari power kita pun tidak cukup. Sekarang kerajaan sedang mengupgrading supaya penduduk luar bandar dapat menikmati bekalan elektrik yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, tentang jalan luar bandar. Pembinaan fasa dua, jalan luar bandar Meritam, Telahak, Buang Abai. Pada masa ini sudah 80% dan saya difahamkan retender, kontraktor cabut lari. Jadi saya kecewalah dan rakyat apatah lagi. Sudah berapa puluh tahun kita tidak menikmati jalan raya ini. Fasa pertama sudah siap, fasa kedua sedang dilaksanakan 80%, kontraktor cabut lari dan sebagainya. Jadi saya pesan supaya dalam pemilihan kontraktor ini kita kena berhati-hati jugalah. Oleh sebab perkara begini boleh merugikan kita, perancangan kita pun tersasar.
Disebabkan oleh terbengkalainya fasa kedua ini, fasa ketiga tidak boleh mula.
Hendak minta peruntukan untuk fasa ketiga, orang cakap fasa kedua pun belum siap. Akan tetapi fasa kedua ini untuk pengetahuan kerajaan, kalau tidak dibina fasa tiga, jalan ini hanya terhenti di tengah-tengah hutan belantara, tidak ada makna. It’s a dead end in the middle of jungle, dengan izin. Jadi saya minta supaya ini disiapkan dan supaya fasa ketiga diteruskan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.
Satu perkara lagi ialah tentang- sekarang ini kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan untuk penduduk luar bandar supaya dapat menikmati harga minyak, harga gas, harga barang keperluan asas ini mengikut harga di bandar. Kerajaan membuat subsidi untuk pengangkutan. Tetapi ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan hati iaitu tentang sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, ini cerita kartel ini. Macam seolah-olah ada permainan harga. Semalam Yang Berhormat Bintulu pun sebut. Dia pun dituduh jadi supplier untuk ini. Saya pun kena juga. Hairan saya.
Saya pergi lawat kawasan, orang tanya “Yang Berhormat bila hendak hantar gas, belum ada lagi ini. Minyak gas mana?” Jadi saya anggap di sini ada permainan ataupun ada kumpulan-kumpulan tertentu yang sengaja hendak mempermainkan padahal merekalah yang menjaga, mengontrol harga-harga ini, di mana saya rasa yang menyebabkan ketirisan yang begitu tinggi. Saya minta kepada kementerian KPDNKK, please dengan izin, turun padang. Siasat betul-betul. Ini khusus untuk Limbanglah saya minta. Apa sebenarnya berlaku perkara begini? Sebab bukan apa, ini adalah kita takut ketirisan. Niat baik kerajaan disambut dengan pelaksanaan yang mengecewakan rakyat dan akhirnya kerajaan juga yang kena bedal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ada beberapa perkara yang saya hendak tanya iaitu tentang dahulu saya pernah memohon supaya sebuah kolej Mara dibangunkan di Parlimen Limbang. Mohon kolej komuniti, kata tidak ada lagi program 1Parlimen, 1Kolej Komuniti. Ini sekarang kita minta pula sebuah kolej Mara untuk dibangunkan di Limbang iaitu demi untuk mengeluarkan tenaga-tenaga yang berkemahiran. Oleh sebab sekarang ini Sarawak memang memerlukan dalam pembangunan SCORE ini.
Ada dua tiga kepada Kementerian Kesihatan di Hospital Limbang kita ucapkan terima kasih, specialist centre, CT Scan yang diminta demi untuk kemudahan rakyat di Limbang semuanya ada. Akan tetapi ada dua specialist di Limbang, satu gynae specialist, terima kasih. Sebab banyak mengubah dan menolong membantu rakyat. Sangat memudahkan, tidak perlu pergi Miri. Satu lagi iaitu specialist bahagian pediatrik ini. Jadi sekarang ini ICU neonatal ini sudah ada di Limbang, tetapi malangnya specialist ini pula tidak ada, sudah berhenti dan belum ada pengganti. Instrument, mesin, semua sudah ada, nobody to operate. Jadi kita berharap kerajaan teruskan untuk menghantar seorang
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
specialist bahagian pediatrik ini untuk menyenangkan ibu bapa tidak payah pergi ke Miri meninggalkan keluarga apabila anak sakit dihantar ke Miri.
Kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, dahulu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan RM700 ribu untuk membina atau membeli sebuah bangunan untuk OKU iaitu PDK untuk OKU ini. Saya hanya ingin hendak tanya apa jadi dengan bangunan ini? Sudah belikah belum atau sudah binakah belum?
Kita tertunggu-tunggu Kepada permintaan saya yang dahulu juga kepada Kementerian KPKT. Saya pernah minta iaitu bomba air untuk kampung-kampung di luar bandar yang masih ada banyak kampung di tepi sungai yang tidak dapat dilalui, nelayan-nelayan ini. Kita memerlukan bomba air ini. Ianya amat bermakna. Bagi kita di bandar mungkin it doesn’t mean anything. Akan tetapi bagi kita di luar bandar ini memang sangat-sangat memerlukannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk mengakhiri perbahasan saya ini marilah kita sama-sama menyahut seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian, kehidupan rakyat di negara ini menghargai keamanan, kemakmuran bumi Malaysia dan sama-sama kita menjaganya untuk generasi kita yang akan datang.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Kalau boleh, tidak payahlah kita ini terhantuk dan baru hendak tengadah. Sekian, saya menjunjung Titah Duli Tuanku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Raub.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. [Membaca sepotong ayat al- Quran] Pertama, saya menyertai rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain turut sama mendoakan dan mengiringi ingatan kita kepada 239 orang penumpang MH370 dan kita juga turut mendoakan mereka yang bertugas untuk search and rescue. Mudah-mudahan mereka selamat menjalankan tugas.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku ada menyentuh mengenai kemakmuran terjamin jika kita ada sistem pertahanan dan keselamatan yang utuh.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Belum start lagi sudah mahu mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Sedikit lebih daripada setahun yang lalu, kita ada peristiwa Lahad Datu di mana lapan nyawa telah terkorban di pihak kita iaitu ketika fasa tengah negotiation. Bukan masa ketika kita melakukan serangan dengan fighter planes. Sedih dan simpati serta hormat penjagaan kebajikan lapan orang yang gugur itu kita alu-alukan langkah yang diambil oleh kerajaan. Akan tetapi kemurungan. Jangan jadi alasan yang menyekat kita menganalisa conduct kita dalam medan pertempuran tersebut. Banyak mana pantomin yang kita tunjukkan tidak melepaskan kita daripada tanggungjawab mencari pengajaran daripada episod Lahad Datu kerana ia bersangkut paut dengan sistem pertahanan dan keselamatan negara ini.
Soalan-soalan seperti bagaimana kita telah conduct kita punya operasi, sampai ke hari ini kita masih menunggu penghasilan kertas putih untuk dijadikan sumber pengajaran sedangkan saya masih ingat ketika itu Yang Berhormat Menteri Pertahanan menyebut mengenai mahu mengadakan satu RCI ataupun white paper. Akan tetapi saya dengar daripada laporan dan pemberitaan daripada anggota-anggota tentera sendiri, pegawai-
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
pegawai tinggi juga bahawa Panglima Angkatan Tentera (PAT) mengatakan bahawa tidak perlu mengadakan satu kertas putih ataupun RCI.
Jika Panglima Angkatan Tentera mempunyai sikap seperti ini, profesionalismenya sebagai soldadu disangsikan. Kita mahu sembunyi apa? Selepas setahun peristiwa itu berlalu, sekurang-kurannya kita mesti mempunyai fikiran yang terbuka dan rasional untuk melihat apakah kelemahan-kelemahan dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.
Antaranya apa aset yang dibeli atas nama darurat? Berapa yang telah kita belanja?
Adakah pembelian aset dan barang-barang guna buang (disposable) dilakukan secara discretionary atau tender atau mengikut peraturan ketat. Apa pengajaran yang kita boleh perolehi daripada peristiwa Lahad Datu yang boleh membaiki kelemahan pertahanan jika ada. Kita boleh belajar umpamanya yang saya ingat ialah pentingnya ada clear chain of command atau rangkaian command yang nyata. Mula-mula kita lihat ketika peristiwa itu bermula, IGP dan Menteri Dalam Negeri datang. Kemudian datang Defense Minister dengan Panglima Angkatan Tentera bertelingkah sesama sendiri menyebabkan kehilangan masa dan kecelaruan.
Akibatnya, lapan daripada perwira-perwira kita gugur. Bukan ketika fasa serangan dengan fighter planes, tetapi masa serangan tengah hendak berbincang dan mengadakan perbincangan dengan penceroboh-penceroboh. Semasa fasa kita menyerang dengan fighter planes, tidak ada casualty. Maka pengajaran yang pertama ialah kita tidak boleh berunding dengan penceroboh kedaulatan negara kita tidak kira bangsa mahupun agama.
Kita tidak berkompromi langsung. Pencerobohan bersenjata mesti didepani dan disambut dengan sahutan yang bersenjata juga. Apa jadi jika kita memutuskan untuk hantar fighter planes ketika sejak awal lagi. Mungkin kita boleh spare the lives of lapan orang yang gugur tersebut.
Jadi pengajaran yang kedua ialah defence and military logistic. Kita tidak cukup transport plane sehingga kita kena charter kapal terbang daripada AirAsia sedangkan kita ini bukan berada dalam fasa all out war tetapi ini masa peace, kita kena charter kapal terbang daripada AirAsia. Membayangkan bahawa kapal terbang Hercules kita. Kita ada 15 buah Hercules 130 sama ada berada dalam kesiap siagaan ataupun sedang dibaiki.
Setiap satu C130 boleh mengangkut 92 orang. Berapa dipakai semasa Ops Daulat?
Mengapa perlu charter AirAsia? Kita juga ada lapan buah CN235 yang kadang-kadang digunakan sebagai VIP transport. Di samping itu kita ada lima buah VIP Transport Plane. Lahad Datu bukan satu all out war yang boleh excuse charter kapal terbang swasta.
Kemudian kita tanya dimanakah askar dan polis Malaysia Timur. Semasa Ops Daulat kita hantar tujuh batalion ke sana sama ada dengan kapal terbang yang dichartered ataupun kapal terbang Hercules. Berapa ramaikah yang dihantar? 2,000 atau 3,000 orang? Kalau 300 orang satu batalion, maknanya tujuh batalion ada 2,100 orang. Tidak adakah kita sepaling kurang 3,000 orang tentera di Malaysia Timur sehingga kita kena mobilize tujuh batalion daripada Semenanjung. Saya difahamkan bahawa di Sabah kita ada satu Fifth Division. Fifth Division di sana. Mengapakah tidak digembleng untuk menangani pencerobohan orang-orang daripada Sulu ini?
Apakah peranan military commander Sabah, polis Sabah, Agensi Maritim Sabah dan aset-aset yang ada di sekeliling Sabah, di negeri Sabah dan di Lahad Datu sendiri. Dalam konteks sistem pertahanan dan keselamatan, jika sumber-sumber tempatan dan aset yang tersedia ada tidak digunakan, ia menandakan dua perkara. Pertama, sumber profesionalisme dan aset sedia ada di sana tidak mencapai kualiti yang dikehendaki.
Kedua, pemimpin nasional tidak percaya kepada kemampuan pimpinan tempatan dan pimpinan frontline sehingga pada ketika itu kita ingat Putrajaya telah berpindah ke Lahad Datu. Kecuali sebuah kertas putih atau RCI dihasilkan, kita tidak akan tahu bagaimana agensi pertahanan dan keselamatan mengurus perlakuan mereka.
Lahad Datu hanyalah suatu battle theater. Kita tidak berperang pun. Adakah conduct kita conduct yang baik? Kita melihat tindakan seperti panik tidak tentu hala kerana kesemua top guns ada di sana pada masa itu. Ini bukan satu full scale war tetapi kita ada Menteri, kita ada IGP, kita ada Panglima Angkatan Tentera. Semua berkampung di Lahad Datu. Musuhnya seperti yang disebut oleh bekas Menteri Pertahanan ketika itu ialah satu gerombolan yang tidak cukup makan memakai sarung dan selipar. Sebab itu kita mahukan white paper. Tidak menerbitkan white paper bermakna kita tidak profesional. Ramai
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
pegawai tentera yang memberitahu ini satu unsoldierly conduct on the part of PAT. Ini diberitahu kepada saya oleh military personnel. Bukan saya reka-reka cerita ini.
Masih lagi mengenai sistem pertahanan keselamatan. Tragedi MH370 mendedahkan beberapa perkara. Saya percaya pihak Malaysia melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes MH370 yang hilang. Saya percaya pihak negara mempunyai kecekapan menggunakan dan mengaplikasikan aset yang datang dari pelbagai negara dan memberi tugasan-tugasan di dalam fear masing-masing. Saya benar-benar yakin kita ada kecekapan operational seperti ini. Kunci kata di sini ialah aset dari negara lain. Aset dalam negara kita bagaimana? Sekali lagi bencana MH370 ini menyebabkan semua cabang pertahanan dan keselamatan negara kita di audit oleh seluruh dunia. Demikian juga bagaimana cara kita mengurus malapetaka atau crisis management. Di tempat masuk imigresen kita dibolosi. Orang boleh masuk dengan pasport palsu walaupun kita berlengkapkan imigresen dengan ratusan juta kelengkapan pengesan.
Polis tahu perihal sindiket pasport palsu dan dilaporkan tahu penumpang guna pasport palsu tetapi tidak berkongsi maklumat dengan agensi keselamatan dan pertahanan yang lain. Ini bukan satu cubaan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi ini sebagai satu pengajaran yang boleh mengancam keselamatan dan sistem pertahanan negara. Kita lihat defense logistic sama ada kita boleh menghantar dalam istilah ketenteraan mission capable access. Maknanya kalau kita hantar kapal, kapal itu mempunyai kelengkapan yang cekap untuk mengesan mempunyai under water detection capabilities atau boleh mengadakan sistem sonar yang sophisticated.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Aset yang kita gunakan dalam SAR, search and rescue, merunsingkan dan saya mendapat laporan bahawa tidak mission carryable. Kita diberitahu setakat ini, tolak 1,778 kapal laut dalam kelas C dan C2 penangkap ikan dan bomoh VVIP UMNO, aset kita yang kita gunakan ialah sebuah CN 235 Transporter, transport plane, satu King Air Aircraft yang mempunyai sistem yang canggih, empat buah C130 Hercules Military Transport, dua Bombardier Global Express, dua Augusta A109 helikopter, empat Eurocopter EC725, long range tactical transport helicopters yang boleh digunakan untuk peperangan dan juga untuk pengangkutan.
Juga, kita menggunakan enam buah Royal Malaysian Navy Assets. Ini kita tidak diberitahu sama ada frigate class atau corvette ataupun PV yang dibina di Lumut satu ketika dahulu oleh Amin Shah yang kemudiannya disiapkan oleh Boustead Engineering.
Kita ada mempunyai tiga Malaysian Maritime Enforcement Agency vessels yang diberitahu oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam Parlimen melebih 40 tahun. Satu aset-aset yang lama, yang kita tidak tahu boleh atau tidak melakukan search and rescue. Kita malu, seolah-olah malu menunjukkan capabilities kita. Di dalam TV kita tengok kemampuan negara lain, lantas kita wonder ataupun tertanya-tanya sama ada kita mempunyai aset yang utuh untuk mempertahankan dan melindungi negara kita. Mencari, mengesan dan menyelamat memerlukan aset yang bersifat ketenteraan yang mempunyai kemampuan teknikal yang tinggi. Kenapa kita tidak menggunakan aset-aset ini?
Jawapan kepada orang ramai yang kian tertanya adalah sama ada kita ada aset atau tidak? Ataupun aset kita tidak mission capable? Secara perbandingan, negara lain seperti Indonesia menghantar lima buah kapal – satu corvette, empat rapid patrol vessels dan juga telah deploy kapal PC-40 fast patrol boat yang pertama negara mereka dan juga menghantar *maritime patrol aircraft.
Philippines* menghantar satu frigate dan dua corvette dan satu hamilton class cutter vessel untuk mencari benda yang tenggelam, dan satu C130 military plane.
Singapura, jiran kita yang paling dekat dan selalu perbandingan ini menjengkelkan orang- orang Malaysia, tetapi kita kena berdepan dengan realiti, mereka mempunyai kelengkapan yang lebih. Mereka menghantar tiga Lockheed C130 Hercules, satu formidable class frigate dengan Sikorsky Naval Helicopters dan yang paling penting sebab kita ada juga mempunyai aset ini iaitu satu submarine rescue ship iaitu MV Swift Rescue lengkap dengan penyelam, divers.
Kita yang dibina oleh Target Resources Sdn Bhd yang kita bayar RM6 juta sebulan, kenapa kita tidak hantar sama untuk mencari? Kalau alasan kita untuk merahsiakan, untuk menyimpan rahsia, perkara ini boleh diketahui oleh orang ramai.
Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Thailand menghantarkan satu patrol ship dan dua lagi kapal yang stand by. Maka, kita hantar navy vessel kelas apa? The OPV’s yang dibina oleh PSC Naval Dorkyard tahun 2008, kita tahu empat buah sudah diserahkan kepada TLDM dan ini menyebabkan kita menilai kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia yang kita tahu ada lebih kurang 15,000 active personnel.
Kita ada dua submarine. Kita tidak pakai sebab boleh jadi laut tidak cukup dalam ataupun kita takut rahsia kita diketahui oleh orang lain. Akan tetapi, sekurang-kurangnya kita boleh pakai sebuah submarine rescue ship yang kita ada tetapi tidak digemblengkan.
Kita ada dan kita telah memesan enam buah littoral combat ship, LCS, yang menelan belanja RM9 bilion dan RM1.5 bilion yang belum siap.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh gulung.
Dato' Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub
Sedikit lagi. Kita ada empat frigate, satu dalam dockyard. Empat corvette, satu dalam dockyard. Saya hendak tahu kepada Menteri Pertahanan, KD Kasturi dan KD Lekir yang telah dihantar dalam dockyard memakan masa lima tahun untuk dibaiki. Baru semalam saya dengar satu, sama ada KD Kasturi, digembleng untuk mencari di koridor Indian Ocean. Kita ada banyak lagi.
Akhir sekali saya hendak menyentuh sebab saya ada menulis mengenai perkara ini. Apabila satu kapal terbang yang kita tahu empat hari kemudian, MH370 merentasi ruang udara kita dan kita baca di atas military radar, kita tidak tahu radar mana. Radar di Gong Kedak yang bernilai ‘RM72’ satu yang dibekalkan oleh Zetro Aerospace Corporation ataupun radar yang berada di Kuantan atau radar yang ada di Butterworth?
Akan tetapi, sepatutnya standard operating procedure, saya tengok laporan daripada tentera, jurucakap Tentera India, typical behavior ialah apabila sebuah unidentified flying object masuk ke ruang udara, mereka akan menggembleng, scramble all the jets untuk intercept. Saya kira kita ada 52 buah ataupun lebih fighter jets termasuk 18 Sukhoi, 18 Mikoyan MiG, 10 boleh pakai, lapan dalam workshop. Apakah kita tidak guna?
Mengapakah kita tidak guna aset ini untuk intercept? Takkan kita hendak nanti orang dalam unidentified flying object itu beritahu jeneral, “Hello, Jeneral. Saya orang jahat, datang dengan niat jahat, hendak attack Malaysia”. Ketika itu, habis negara kita akan hancur.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Sapi. Sila Yang Berhormat Batu Sapi.
Datuk Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Salam sejahtera serta salam 1Malaysia kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan. Izinkan saya membentangkan ucapan perbahasan tentang Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan semasa pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-13 pada 10 Mac 2014 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, cukai barangan dan perkhidmatan atau GST merupakan langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi penyusunan semula sistem percukaian negara agar menjadi lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Saya sememangnya menyokong penuh langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan sistem GST ini.
Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan sesuatu yang baru di negara ini dan pelaksanaannya memerlukan susunan strategi yang teratur dan langkah-langkah pendekatan mesra kepada semua pengguna di negara ini. Pendekatan yang sesuai adalah perlu agar pengguna-pengguna di negara ini tidak mengalami kejutan dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan kepada kenyataan tadi, saya mencadangkan sebagai langkah permulaan, pengenalan GST kepada pengguna, kadar peratusan cukai yang dikenakan bolehlah dimulakan pada kadar yang lebih rendah dari enam peratus ke kadar tiga peratus atau empat peratus dan apabila tiba masa yang sesuai, kadar ini bolehlah dikaji semula sama ada mengekalkan pada kadar asal ataupun diubah kepada kadar peratusan cukai yang lain yang dirasakan lebih bersesuaian.
Datuk Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Tuan Yang di-Pertua, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sememangnya satu konsep yang terbukti membawa banyak kesan yang baik kepada rakyat di negara ini apabila kerajaan mengambil langkah yang proaktif, mendengar serta membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini. bertepatan dengan slogan yang dilaungkan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Salah satu perkara yang ditekankan dalam konsep 1Malaysia ini adalah perpaduan serta keharmonian yang padu di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Dengan adanya elemen perpaduan ini, maka negara Malaysia mempunyai asas yang kuat untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik lagi.
Tuan Yang di-Pertua, usaha murni kerajaan dalam membantu untuk meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini sepatutnya mendapat setinggi-tinggi pujian sebagai kerajaan yang begitu prihatin mendengar permasalahan rakyat dan seterusnya mengambil langkah-langkah membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.
Datuk Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi
Sesungguhnya ini telah dibuktikan serta dilaksanakan oleh kerajaan sepertilah pemberian BR1M kepada mereka yang layak, penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia, penubuhan Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi yang ternyata membuktikan terbukti kesungguhan kerajaan membantu rakyat di negara ini.
Sehubungan dengan perkara ini adalah diharapkan usaha murni ini boleh diteruskan lagi dan saya mencadangkan agar semua kawasan parlimen di negara ini boleh mendapat kemudahan-kemudahan seperti yang dinyatakan tadi bagi memberi peluang kepada semua rakyat negara ini menikmati kemudahan tersebut dan seterusnya boleh meringankan kos sara hidup yang ditanggung.
Sehubungan dengan ini saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pengangkutan mengapa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan mengenakan yuran pertukaran hak milik motosikal yang berbeza di tiga wilayah di negara ini iaitu RM3 di Semenanjung Malaysia, RM5 di Sarawak dan sangat mahal di Sabah iaitu RM40. Perkara ini tidak patut berlaku dan saya menyeru pihak berkaitan menyamakan kadar yuran di seluruh negara dengan serta-merta.
Tuan Yang di-Pertua, bencana alam yang melanda negara ini seperti banjir serta masalah jerebu yang kebelakangan ini dilihat semakin kerap terjadi di negara ini mengakibatkan implikasi kepada keadaan ekonomi negara serta memberi kesan secara langsung kepada taraf hidup rakyat di negara ini. Sebagai contoh masalah banjir mendatangkan kerosakan infrastruktur dan harta benda manakala masalah jerebu pula boleh menjejaskan tahap kesihatan rakyat.
Perkara ini memerlukan tindakan bersepadu untuk mengenal pasti langkah- langkah yang sesuai bagi menangani permasalahan ini. Saya mencadangkan agar sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengkaji masalah kejadian bencana alam di negara ini yang mana boleh mengenal pasti punca serta mencari strategi terbaik bagi menangani masalah ini dan menyusun langkah-langkah pemberian bantuan yang lebih cekap.
Seterusnya menambah kelancaran operasi bantuan sekiranya bencana alam melanda di sesuatu kawasan.
Tuan Yang di-Pertua demikianlah ucapan saya di Dewan yang mulia ini. Adalah diharapkan agar perkara-perkara yang saya ketengahkan dalam ucapan saya tadi boleh memberikan manfaat kepada perbincangan di Dewan yang mulia ini dan seterusnya boleh memberi faedah kepada rakyat di negara ini secara keseluruhannya. Dengan itu saya menyokong dengan penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih di atas perhatian Tuan Yang di-Pertua serta semua Ahli Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Batu Sapi. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.* Tuan Yang di-Pertua saya mulakan
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
dengan sedikit pepatah adab orang Melayu berbicara bagi melahirkan rasa kasih dan menjunjung kasih Titah Tuanku; Semua bertandang kaum suku; Indah sungguh hiasan pelamin; Menjunjung kasih Titah Tuanku; Mengikat kasih Rasul al-Amin. Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah melalui pelbagai proses dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebut dalam Titah Baginda tentang perlunya negara ini melihat masa hadapan dan mengekalkan perpaduan di dalam negara kita. Negara bangsa yang dimaksudkan itu adalah satu proses yang panjang dan tidak ada satu perkara besar yang dilakukan seperti membentuk negara bangsa ini melainkan negara ini pasti akan diuji dengan pelbagai ujian termasuklah isu-isu yang melibatkan perpaduan kaum, pencerobohan dari luar dan juga komitmen kita terhadap kepentingan nasional daripada kepentingan diri mahupun parti yang sama-sama kita dukung.
Istilah patriotik yang dipakai ialah Bahtera Merdeka. Saya kira sepanjang apa yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mulia ini tidak ada sesiapa pun yang mahu keluar daripada meneruskan Bahtera Merdeka ini walaupun ada di sana tuduhan- tuduhan nakal yang menanggap bahawa kritikan-kritikan terhadap perjalanan pentadbiran negara ini sebagai suatu yang kononnya tidak kasihkan negara, tidak patriotik dan sebagainya.
Saya memetik ujian yang kita terima daripada firman Allah SWT daripada surah al- Ankabut, ayat satu hingga tiga iaitu Allah berfirman *[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Alif Lam Mim. Apakah manusia menyangka mereka ini mengaku beriman lalu mereka ditinggalkan begitu sahaja tanpa diuji.
Sesungguhnya Kami telah menguji mereka yang sebelum daripada kamu untuk Kami mengetahui siapakah yang benar, jujur keimanannya dan siapakah yang mendustai keimanannya itu.”* Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa faktor utama yang menentukan masa depan negara. Istilah yang kita dengar di akhir-akhir ini iaitu rekonsiliasi, konsensus, dan persetujuan bersama. Semua ini perlu diletakkan dalam kerangkanya yang betul. Jauh sekali isu ini dan istilah-istilah ini dipakai hanya untuk waktu dan ketikanya yang tertentu apabila terdesak.
Saya mencadangkan dalam ucapan Titah ini bahawa beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam memastikan negara kita ini kita bersetuju dalam perkara-perkara yang kita tidak akan berbalah kerananya iaitu Perlembagaan Persekutuan. Inilah satu dokumen yang mengikat kita tidak kira apa fahaman parti, tidak kira dari mana wilayah kita datang Perlembagaan Persekutuan dan dalamnya ada beberapa perkara asas yang tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak mahupun daripada kononnya pihak pembangkang.
Pertama, iaitu Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Sepanjang isu yang berlaku tidak ada siapa yang pernah ataupun cuba mempertikaikan hal demikian walaupun ada yang cuba mengaitkan bahawa kritikan-kritikan beberapa pihak itu adalah tidak menghormati Islam dan sebagainya.
Kedua, kita juga mengamalkan kebebasan agama walaupun Islam itu dalam artikel 3 menyatakan agama rasmi dan dalam artikel yang sama menyebut bahawa agama lain bebas untuk diamalkan. Ini diperkukuhkan dengan artikel 11 yang menyatakan kebebasan, meyakini dan menganut apa-apa agama walaupun di hadkan dengan artikel 11(4). Jadi dalam hal ini kita perlu kembali dan menerima ini sebagai satu asas utama dan apa sahaja peristiwa yang memungkinkan kebebasan itu terpalit atau dicerobohi, kita kena sama-sama bersetuju untuk mempertahankan hak kebebasan ini dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Begitu juga isu 153 tentang keistimewaan Melayu, hak kewarganegaraan semua kaum perlu juga diberikan satu kedudukan di mana tidak ada siapa-siapa di sini yang berbeza pandangan kerananya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Oleh kerana itu pihak mahkamah diberi kuasa untuk membuat interpretasi kepada semua artikel yang saya sebutkan tadi. Namun demikian saya juga melahirkan kebimbangan saya di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kadangkala hakim-hakim kemungkinan dalam penghakimannya juga akan menceroboh hak-hak yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagi mengelak perkara ini daripada terus berlaku saya mencadangkan supaya diwujudkan apa yang kita namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan ataupun Mahkamah Perlembagaan di mana mahkamah ini ‘Constitutional Court’ akan mentafsirkan apa maksud yang ada di dalam roh perlembagaan itu bagi memelihara supaya hakim-hakim– Kerana tidak ada mahkamah ini kemungkinan dalam kehakiman mereka boleh menceroboh semangat yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ini bukanlah satu precedent yang baik kita mengekalkan satu dokumen yang besar ini. Saya kira kita harus Tuan Yang di-Pertua atas ini, bersetuju atas memastikan Perlembagaan Persekutuan kita adalah perlembagaan yang paling tinggi yang perlu kita rujuk. Jikalau ada apa-apa perbalahan terhadap sesuatu, maka mestilah Perlembagaan Persekutuan itu menjadi semangat kepada rujukan kita ini.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan satu pemikiran baru terhadap apa yang kita namakan sebagai perpaduan nasional. Negara kita yang bermula dengan kemerdekaan dan sebelumnya, melalui fasa-fasa sehingga kita melihat bahawa sepanjang perjalanan itu, perpaduan merupakan inti pati utama. Baik dalam dasar pendidikan, baik dalam dasar budayanya, baik dalam akta-akta yang ada, kebanyakan unsur-unsur itu menuju kepada perpaduan. Cumanya, apabila masa berlalu, keperluan perpaduan itu tidak lagi menjadi satu keperluan yang hanya berbicara tentang perlunya kaum tertentu bersatu-padu tetapi ia perlu dilihat kepada kepelbagaian yang ada pada hari ini. Malah dalam satu kaum itu sendiri, mestilah kita mencari jalan macam mana hendak menguruskan perbezaan-perbezaan dan kepelbagaian pendapat yang ada hari ini.
Saya ingin memetik ataupun saya ingin menegaskan di sini akan kata-kata Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah. Apabila dia berhadapan dengan golongan Khawarij.
Khawarij ini bukan sekadar bersalahan pandangan dengan Khalifah waktu itu tetapi mereka mengangkat senjata untuk memerangi Khalifah pada waktu itu. Akan tetapi sikap Sayyidina Ali sebagai– kalau boleh kita namakan ‘demokrat yang tulen’ dalam memberikan ruang kepada mereka yang tidak sehaluan dengannya dengan menyatakan– kalau boleh saya quotekan teksnya- [Bercakap dalam bahasa Arab] Maksudnya, *“Tiga hak yang aku tidak akan tarik daripada kamu walaupun kamu memerangi aku, memusuhi aku tetapi tiga perkara yang aku tidak akan tarik daripada kamu.
Pertama, aku tidak akan menghalang kamu daripada rumah Allah SWT untuk mendirikan solat di dalamnya. Kedua, aku tidak akan menghalang kamu untuk mendapat habuan harta rampasan perang selagi mana kamu berperang bersama dengan aku mempertahankan Madinah dan aku tidak akan memulakan mana-mana peperangan sehingga dan kecualilah kamu yang memulakannya dulu”.* Ini satu sikap yang cukup luas dalam melihat. Isunya bukan bersatu-padu dengan makna semua sama satu uniform. Isunya ialah menguruskan kepelbagaian yang ada, mengurus pandangan dan pendapat yang ada untuk membentuk negara kita yang tercinta ini. Kalau inilah kerangka perpaduan yang boleh kita bina, saya rasa pemikiran ini akan membantu kita untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah perundangan, akta- akta yang kadangkala disalahgunakan untuk kepentingan tertentu. Oleh itu, saya mencadangkan dalam bab ini supaya satu jawatankuasa reformasi perundangan diwujudkan, diinstitusikan supaya kita melihat semula apa perundangan yang ada, akta yang ada untuk kita buat keperluan itu atau kita berikan suntikan baru kepada akta itu mengikut keperluan semasa yang ada. Kadangkala akta yang ada itu memberikan keperluan itu kepada awal tahun 50-an, tahun 60-an, tahun 70-an. Sekarang ini sudah berubah cara berfikir kita dan sekali lagi saya ingin tegaskan dalam konteks perpaduan ini yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kita jangan menyempitkan perpaduan satu bangsa atau satu kaum. Dalam konteks yang besar ini, perpaduan semua kaum adalah satu yang menjadi keperluan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang kita sama-sama bentuk sejak daripada kita mendapat kemerdekaan ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi budaya yang perlu kita amalkan di sini dan ia bukan sesuatu yang mudah iaitu kita di dalam membentuk apa sahaja keputusan di Dewan Parlimen yang mulia ini, kadangkala kita terheret dan terherot dengan kepentingan- kepentingan tertentu sehingga ia menjadi lebih politik daripada melihat kepentingan nasional yang lebih besar. Contohnya, apabila kita berbicara tentang MH370, maka sudah tentu bila yang bercakap daripada sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] , sebelah sana akan mengata, “Oh! Itu politik”. Apabila sebelah sana bercakap, sebelah sini akan berkata, “Oh! Itu politik”. Tidak habis, tidak habis, sampai bila kita mempolitikkan apa sahaja yang ada di depan.
Saya ada pelbagai pandangan dalam MH370 ini Yang Berhormat Arau tetapi bagi saya buat masa ini, kita tidak ada masa hendak cakap bab itu. Sekarang masanya ialah mendoakan supaya semuanya selamat. Akan tetapi itu bukan bermakna kita mendiamkan diri, kita tidak akan kritik cara bagaimana pihak tertentu mengendalikan isu ini. Ini cerita lain.
Akan tetapi jangan kita kaitkan benda ini sehingga kita lupa bahawa perkara yang lebih besar yang perlu kita tumpukan ialah membetulkan keadaan dan menerima kritikan-kritikan untuk pandangan masa depan yang lebih baik.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat ‘Bagan Serai’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Pendek sahaja soalan.
Boleh?
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya hendak bertanya Yang Berhormat ‘Bagan Serai’ lah. Ini kenyataan ...
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Parit Buntar itu.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sorry, sorry. Yang Berhormat Parit Buntar. Petang-petang mengantuk. Kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam media antarabangsa AFP. Saya bersetuju, kita jangan kaitkan isu ini dengan apa-apa pandangan politik. Tumpuan mesti kita juruskan kepada usaha menyelamat. Saya hendak bertanya komen Yang Berhormat berkenaan kenyataan ketua Yang Berhormat dalam media antarabangsa ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, inilah masalahnya.
Apabila saya timbulkan benda ini, dia minta saya tanya supaya komen, selepas itu, *“Hah!
Ini sudah bercanggah”.* Itu saya kata, ini bukan isunya. Semua orang yang ada di depan ini, berhak untuk menyatakan apa yang mereka katakan selagi mana saluran itu adalah saluran rasmi. Komentar...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini kenyataan politik daripada Ketua Pembangkang.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Komentar kepada apa yang dikatakan itu panjang.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ia tidak selari dengan apa Yang Berhormat sebutkan tadi.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Itu kita tidak habis. Jadi, saya reserve komen saya untuk saya tumpukan kepada benda yang lebih besar di sini. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak berani nampak.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Bukan tidak berani.
[Ketawa] Kalau hendak tahu itu, kita cakap di luar. Di sini saya hendak bercakap tentang negara.
Saya tidak hendak cakap tentang benda-benda remeh-temeh yang macam itu.
[Disampuk]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Jadi, Yang Berhormat Parit Buntar kena nasihatkan Yang Berhormat Permatang Pauhlah supaya jangan bercakap.
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambungkan terus?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Isu kesenggangan pendapatan, itu lebih utama kita addresskan juga. Inequality income juga menunjukkan satu trend yang agak membimbangkan. Apabila hari ini kita bercakap ekonomi berkembang, negara kita maju, kita sudah dapat selesaikan banyak. Akan tetapi kita jangan lupa. Kita bercakap tentang economic growth, perkembangan ekonomi tetapi kita tidak melihat kesenggangan yang berlaku daripada sudut pendapatan dalam kalangan yang 40% di bawah, 40% yang di tengah dan 20% yang paling atas. 20% yang paling atas membolot hampir 51.2% pendapatan yang meninggalkan 40% di bawah sebanyak 13.5% sahaja dan yang di tengah iaitu 40%, 35.3%. Ini amat membimbangkan. Trend ini amat membimbangkan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
Jadi, jurang pendapatan yang besar ini harus kita lihat juga sebagai satu faktor yang menentukan perpaduan di dalam negara ini kerana saya bimbang– [Yang Berhormat Lenggong keluar Dewan] Yang Berhormat Lenggong, hendak pi mana? Duduk sat. Tidak habis cakap lagi ini. Duduk, duduk.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kalau beri cakap, saya tunggu.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar, boleh gulung.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab cakap seorang sahaja. Tidak mahu dengar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya melihat kesenggangan pendapatan ini juga boleh menggugat perpaduan kerana ia bukan isu Cina, Melayu, India.
Akan tetapi mereka yang di bawah ini, seperti mana yang berlaku di beberapa buah negara yang kita tengok, akan memberontak, akan bangkit. Ini tidak baik bagi masa depan negara kerana kebangkitan itu adalah kerana kegagalan kita. Bukan kebangkitan itu kerana sesuatu yang genuine tetapi kebangkitan itu adalah kerana kita gagal untuk mengendalikan isu kesenggangan ini.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik kata-kata mantan Perdana Menteri dari Kepala Batas sebab kata-kata dia cukup relevan hari ini dalam saya membicarakan point seterusnya iaitu kemunculan politik ekstrem dan politik perkauman.
Dia kata iaitu; “Kejayaan Malaysia dibina atas usaha bersama, negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa depan mana-mana warga”.
Ini saya petik daripada mantan Perdana Menteri supaya semua orang mengambil kira bahawa kebimbangan besar kita hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah kehancuran yang pasti akan datang apabila sebahagian daripada kita menyebarkan fahaman rasis dan fahaman ekstrem sehingga menyebabkan hubungan antara kaum adalah hubungan yang berpandukan kepada kebencian dan berpandukan kepada prejudis walaupun kita sudah melalui proses ini 60 tahun yang lalu.
Ekstremis-ekstremis politik dan ekstremisme agama ini yang lebih malang lagi kadang kali banyak menentukan apakah masa depan negara ini sedangkan mereka tidak mewakili seluruh pandangan seluruh rakyat Malaysia. Mereka hanya dua, tiga kerat tetapi malangnya media membesar-besarkan mereka, seolah-olah inilah pandangan seluruh rakyat Malaysia. Bagi saya ini trend yang tidak baik kerana ia pasti akan menggugat.
Konsensus yang kita perlukan hari ini di dalam Parlimen ini ialah menentang sebarang
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
bentuk ekstremisme agama mahupun ekstremisme yang menimbulkan kebencian antara kaum di dalam negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak kira siapalah Yang Berhormat Arau. Saya cakap ini umum, saya tidak menyentuh mana-mana peribadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Akan tetapi saya menyebutnya sebagai satu dasar yang kita semua kena menuju kepada memastikan tidak ada mana-mana pihak khususnya orang politik mencetuskan apa sahaja racial tone atau apa sahaja. Saya faham pada setiap tindakan itu ada sebabnya, jadi kalau kita tidak mahu orang bertindak balas kita tunjukkan sikap yang betul.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang Berhormat Arau boleh terjemahkan maksud ayat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, cukuplah.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Persetujuan kepada perjalanan demokrasi, kita sama-sama bina. Merungkaikan masalah media yang hari ini menjadi penyebab utama kepada kebencian. Mengawal keadaan ekonomi supaya jangan menindas orang yang sudah susah. Menangani rasisme bersama tanpa satu pihak pun cuba lari daripada bahaya yang akan menunggu apabila negara ini akan hancur kerana sikap rasis dan sikap pelampau yang menyebabkan setiap warganegara ini duduk dalam keadaan diancam. Sekian, saya menjunjung kasih Tuan Yang di-Pertua atas Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berucap dalam membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac yang lalu. Dalam titah Baginda, Baginda telah menyentuh pelbagai aspek yang diberikan perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ini membuktikan keprihatinan yang amat tinggi Baginda terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pendidikan tidak siapa dapat menafikan tentang kejayaan kerajaan membangunkan pendidikan negara kita. Tahniah kepada kementerian dan kerajaan di atas kejayaan ini. Insya-Allah dengan ada adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Negara dan Pelan Strategik Pendidikan Negara, penggajian tinggi negara, ia akan mampu melonjakkan mutu pendidikan negara selaras dengan negara maju yang lain. Ia juga sekaligus dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri dan kualiti diri yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kejayaan bukanlah satu pelabuhan. Ia merupakan satu pengembaraan. Kejayaan Kementerian Pendidikan mengambil alih sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara sebagai contoh, ianya insya-Allah akan mampu mengangkat martabat ummah. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara penting perlu dilihat oleh kementerian khususnya daripada aspek prasarananya.
Ada sekolah-sekolah yang masih belum menikmati perubahan prasarana dan kemudahan yang lain secara jelas selain daripada gaji guru dan peruntukan per kapita.
Mengambil contoh SABK Kota Gelanggi 3 di dalam Parlimen Jerantut yang telah diambil alih oleh kementerian pada tahun 2009, ia masih menggunakan bangunan yang dibina oleh ibu bapa yang sudah pasti status keselamatannya boleh diragui berserta dengan kelengkapan perabot yang tidak mencukupi. Keadaan sebegini akan mengakibatkan kekecewaan pada para ibu bapa yang mengharapkan perubahan SABK apabila dipindahkan kepada Kementerian Pendidikan. Jadi saya sangat berharap agar
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
pihak kementerian dapat meneliti kepada sekolah-sekolah SABK ini yang saya kira jumlahnya telah pun menghampiri 40 buah di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai bidang pertanian Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan pada masa ini hampir satu bilion penduduk dunia menghadapi masalah kekurangan makanan dan nutrien. Keadaan ini dijangka bertambah meruncing pada tahun 2050 di mana penduduk dunia dijangka meningkat kepada 9.2 bilion berbanding dengan 6.8 bilion pada masa ini. Untuk menampung peningkatan penduduk dunia pada tahun 2050, pengeluaran makanan perlu ditingkatkan sebanyak 100%. Oleh itu cabaran untuk masa akan datang adalah untuk memastikan pengeluaran makanan dunia mencukupi bagi mengelakkan kebuluran. Negara kita perlu mengambil perhatian yang serius mengenai masalah yang berlaku ini.
Tuan Yang di-Pertua, sumber negara seperti tanah, air dan dana kewangan perlu diperuntukkan sewajarnya bagi menjamin bekalan makanan negara di tahap yang selamat dan selesa. Dalam masa yang sama sektor agro makanan dipastikan terus berkembang maju dan berdaya saing sama dengan sektor-sektor lain di negara kita. Sehubungan dengan itu, ucapan tahniah diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah membuat perancangan yang teliti dengan menggubal Dasar Makanan Negara iaitu dengan memperkenalkan Dasar Agro Makanan Negara yang baru. Mudah-mudahan dengan dasar ini akan dapat membebaskan negara daripada mengimport makanan dan jaminan makanan untuk rakyat dapat kita jaga.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan masa yang singkat ini, saya ingin berkongsi dengan para ahli sekalian mengenai kawasan Parlimen Jerantut iaitu P.081 yang bersebelahan dengan kawasan Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Parlimen Jerantut dari segi keluasannya meliputi kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan juga Perlis. Penduduknya lebih kurang 120,000 orang, pengundinya melebihi 62,000 angka yang terkini.
Perkembangan Parlimen Jerantut banyak dibantu atau digerakkan oleh Rancangan FELDA yang terdiri daripada 15 buah skim FELDA serta Taman Negara Kuala Tahan yang menarik pelancong dalam dan luar negara.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, dari segi Parlimen Jerantut buat masa ini masalah utama yang menjadi topik perbualan masyarakat di Jerantut ialah mengenai jalan-jalan raya yang tidak begitu selesa. Jalan-jalannya rosak teruk akibat daripada kenderaan-kenderaan berat, kenderaan-kenderaan terlalu berat yang menggunakan jalan ini. Ada tempat-tempat yang terpaksa dilalui tidak boleh dilalui dan masyarakat Jerantut terpaksa mengikut kawasan tepi jalan. Ini menambah beban kepada rakyat terutamanya laluan yang melibatkan laluan Jerantut ke Kuala Tahan. Bukan sahaja rakyat di kawasan Jerantut merungut mengenai kerosakan teruk jalan-jalan tersebut tetapi juga menambahkan lagi rungutan ialah pelancong-pelancong. Ini juga turut memberikan kesan negatif kepada negara apabila pelancong sendiri melalui jalan yang tidak selesa.
Selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, saya mengharapkan agar perhatian yang serius dapat diberikan kepada laluan jalan tersebut. Selain daripada itu, laluan Kuala Lipis-Jerantut yang juga rosak teruk. Laluan Jerantut-Temerloh melalui Parlimen Kuala Krau. Keadaan jalan laluan yang saya sebutkan tadi bermula daripada Kuala Lipis.
Alhamdulillah daripada Kuala Lipis telah pun diperbaiki. Akan tetapi malangnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Raub tidak sebutkah?
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Dia jauh sedikit Tuan Yang di- Pertua. Apabila masuk ke kawasan Jerantut, sudah mula tidak okey. Lepas daripada kawasan Jerantut, masuk ke Kuala Krau, kadang-kadang okey, kadang-kadang tidak okey.
Sampailah ke Parlimen Temerloh turut okey semula. Jadi, saya merayu Tuan Yang di- Pertua, kepada kerajaan agar memberikan keistimewaan terhadap laluan ini kerana laluan ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat Jerantut tetapi ia juga digunakan oleh pengguna daripada Kuala Lipis, Jerantut, Kuala Krau hingga ke Temerloh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, laluan 98.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Laluan 98. Jadi, diharap pihak kerajaan mengambil kira laluan ini sebagai laluan utama. Telah juga diperingatkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merakamkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana telah melaksanakan pembinaan jalan ke kawasan Ulu Tembeling yang melibatkan fasa satu daripada Kampung Tuit ke Kampung Pagi, Ulu Tembeling. Saya pohon pencerahan mengenai projek ini yang sepatutnya siap pada Mac 2013 tetapi telah dilanjutkan kepada Mac 2014. Malangnya apabila saya membuat tinjauan kepada jalan tersebut, saya jangka ia tidak mampu disiapkan dalam tempoh yang diberi. Apalah kiranya kerajaan memberi perhatian yang lebih berat terhadap projek ini kerana inilah satu-satunya jalan utama masyarakat pedalaman untuk berhubung ke bandar Jerantut.
Pembangunan lain yang sangat diperlukan di Jerantut ialah pertamanya ibu pejabat polis daerah yang baru kerana ibu pejabat polis sedia ada ini telah dibina pada tahun 1976 dan tidak ada sebarang pertambahan bangunan yang baru. Usia 38 tahun tidak selari dengan perkembangan jumlah anggota dan pegawai yang ada. Keadaan sangat tidak kondusif. Tidak ada contohnya bilik kawad cam untuk menjalankan aktiviti kawad cam.
Pihak Polis Jerantut terpaksa menumpang di salah sebuah balai polis dalam Daerah Maran yang agak jauh daripada Bandar Jerantut. Ini sudah pasti mengundang masalah lain termasuk masalah keselamatan. Tapak untuk maksud ibu pejabat polis yang baru ini telah pun tersedia.
Tuan Yang di-Pertua, Jerantut agak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur pendidikan jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di negeri Pahang walaupun Jerantut ini merupakan daerah-daerah yang terawal yang ada di negeri Pahang berbanding Daerah Maran dan juga Daerah Bera. Jerantut sudah pastinya tidak ada IPTA atau IPG. Tidak juga ada sekolah menengah teknik, juga tidak ada sekolah berasrama penuh. Besarlah harapan rakyat di Jerantut yang sentiasa memberi sokongan dan dukungan kepada Kerajaan Barisan Nasional agar setidak-tidaknya sebuah sekolah berasrama penuh dapat direalisasikan di Jerantut memandangkan Jerantut ini sering kali dari segi peperiksaan UPSR berada pada tempat ketiga terbaik di negeri Pahang.
Tuan Yang di-Pertua, Jerantut mempunyai sebuah hospital yang dibina hampir 40 tahun lalu dengan kapasiti katil berjumlah 70 katil, hanya mempunyai wad biasa. Besarlah harapan rakyat Jerantut sebuah hospital serba lengkap dibina atau setidak-tidaknya hospital sedia ada sangat perlu dinaiktarafkan dengan kadar segera ke taraf perkhidmatan pakar. Serentak dengan itu juga ia dapat memberikan imej yang baik kepada kerajaan di mata pelancong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jerantut boleh gulung.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, dalam lawatan saya ke mahkamah baru-baru ini, Mahkamah Jerantut bukan mahkamah yang lain, ia juga sangat memerlukan sebuah bangunan mahkamah yang baru. Mahkamah sedia ada sangat daif dalam segala keadaan. Bangunan yang disewa terlalu bersesak-sesak dan tidak sesuai dari segi keselamatan kerana ia bersebelahan dengan jalan besar. Pohon juga agar Mahkamah Majistret ini dapat berfungsi seminggu penuh memandangkan sekarang ini hanya berfungsi selama dua hari sahaja seminggu.
Sekiranya kerajaan tidak ada ruang untuk membina universiti di Jerantut tetapi sekurang-kurangnya dapatlah juga membina fakulti tertentu seperti fakulti yang berkaitan dengan pelancongan dan pertanian di Jerantut memandangkan kawasan Jerantut amat sesuai dengan fakulti ini. Harapan dan rintihan rakyat dalam Parlimen Jerantut saya berharap dapat dirasai dan didengari oleh pihak kerajaan agar rakyat Jerantut terus bersedia, bersetia bersama dengan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan isu tentang perancangan dan kawalan plot ratio bangunan di pusat bandar Kuala Lumpur banyak kali di Dewan yang mulia ini. Seruan saya ialah seruan warga Kuala Lumpur tetapi kesannya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL tidak mengambil pandangan dan rintihan warga Kuala Lumpur tetapi kesesakan trafik yang serius ini. Saya berasa kesal untuk melihat semakin banyak bangunan dengan densiti yang tinggi didirikan di kawasan Parlimen Seputeh iaitu di Jalan Klang Lama, Bandar Baru Sri Petaling, Happy Garden dan Kuchai Entrepreneurs Park. Manakala kawasan saya tiada pengangkutan awam yang lengkap dan stesen LRT terletak di tempat yang jauh daripada tempat kediaman penduduk.
Saya ingin minta Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan supaya melawat kawasan saya. Lihatlah kesesakan jalan raya di sekitar kawasan Kuchai Entrepreneurs Park dan Happy Garden sebelum mereka meluluskan apa-apa projek mempunyai kepadatan yang terlampau tinggi di kawasan itu. Diminta DBKL henti meluluskan bangunan yang lebih daripada plot ratio empat di kawasan Parlimen Seputeh kerana jalan raya yang sedia ada sudah tidak dapat menampung penambahan kenderaan lagi.
Saya difahamkan bahawa DBKL telah meluluskan plot ratio lapan bagi bangunan UDA dan malah plot ratio 15 bagi Syarikat Berjaya di pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di kawasan Bukit Bintang baru-baru ini. Inilah keputusan yang paling tidak masuk akal bagi kebanyakan penduduk di Kuala Lumpur. Memandangkan semakin banyak bangunan yang mempunyai densiti tinggi telah diluluskan di sekitar Kuchai Entrepreneurs Park, saya ingin cadangkan supaya DBKL membuat satu terowong bawah tanah di simpang trafik di antara Jalan Kuchai Lama dan Lebuhraya Besraya.
Selain itu Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengumumkan bahawa DBKL akan mengurangkan tempat letak kereta di bangunan baru di pusat bandar Kuala Lumpur yang berdekatan dengan LRT.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini juga merupakan keputusan DBKL yang memang tidak masuk akal kerana banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor tidak disambung dengan LRT. Keputusan DBKL tersebut tidak akan menggalakkan penduduk di Lembah Klang untuk naik LRT tetapi sebaliknya peraturan perancangan DBKL ini hanyalah menyusahkan rakyat yang merupakan pembayar cukai pintu kepada DBKL. Saya ingin menggesa DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan mengurangkan tempat letak kereta tersebut tetapi mereka haruslah lebih mesra dan simpati terhadap kesusahan dan keperitan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengeluarkan satu klip video satira politik yang bertemakan ‘Onederful Malaysia' dengan tujuan membangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dan rintihan rakyat dalam bentuk lakonan dalam klip video. Saya rasa kesal klip video ini kemudian diputar-belitkan oleh Pemuda UMNO, NGO-NGO UMNO, Menteri UMNO, Utusan Malaysia dan media kawalan Barisan Nasional sebagai klip video yang dikatakan menghina Melayu, Islam, pemimpin negara, Yang di-Pertuan Agong dan mana- mana keluarga tentera askar yang terkorban di dalam peristiwa Lahad Datu. Selepas UMNO memulakan serangan pemutar belitan, MCA dan Gerakan kemudian juga mengikut jejak langkah perbuatan UMNO.
Tuan Yang di-Pertua, satira politik merupakan humor yang mengajak rakyat terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita. Malangnya, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin dan konco-konco UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina ‘Onederful Malaysia' yang berbentuk satira politik ini menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN sehingga satu klip video yang berunsur jenaka dan membayangkan isu semasa juga boleh dijadikan sebagai isu-isu yang mencetuskan masalah perkauman.
Kelakuan pemimpin dan ahli BN selain menunjukkan mereka tidak ada sense of humor tetapi kritikan mereka juga menunjukkan mereka cuba cari pasal daripada pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat demi menutupi kegagalan pentadbiran negara di bawah Kerajaan Barisan Nasional di kalangan masyarakat Melayu. Pemimpin dan konco-konco
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
UMNO menuduh saya berkata ‘Melayu Sial’ dan ‘Melayu Mati’ dalam permulaan klip video saya. Sebenarnya saya langsung tidak pernah sebut apa-apa tentang Melayu dalam klip video saya. Tajuk klip video saya adalah ‘Malaiseleya’ adalah dalam bahasa Mandarin dan Kantonis yang membawa maksud kuda datang dengan hebatnya. Kalau tidak faham bahasa Tionghoa, tanyalah mereka yang fasih dahulu. Janganlah memainkan isu perkauman sehingga memalukan diri.
Di sini saya ingin menegaskan bahawa isi kandungan klip video Onederful Malaysia tidak menyentuh sesiapa pemimpin negara ataupun Perdana Menteri dan tidak sentuh tentang peristiwa Lahad Datu tetapi isu-isu yang disebutkan hanyalah isu-isu yang sentiasa disebut atau dibincangkan di kalangan rakyat di kedai kopi, di pejabat ataupun di rumah seperti isu keselamatan, isu inflasi, isu kenaikan harga tol, isu penurunan standard pendidikan universiti tempatan dan sebagainya. Saya langsung tidak mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.
Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut kerana ia adalah kejadian benar berlaku dan diketahui seluruh dunia. Pepatah Melayu, ‘Apabila meludah ke langit tentu kena muka sendiri’. Tuduhan liar yang dilemparkan oleh dua orang Menteri UMNO dari Sabah iaitu Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menggalakkan lebih orang Sabah menonton dan share klip video saya di Facebook sehingga saya sekarang lebih dikenali di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa hairan bila saya mengundang Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menonton klip video saya, beliau menolak undangan saya dan berkata dia ada perkara yang lebih penting daripada menonton klip video saya. Kenyataan ini menunjukkan beliau membuat kritikan yang mengatakan saya menghina keluarga tentera askar Lahad Datu tanpa menonton klip video saya.
Selain itu, tuduhan liar daripada para menteri Kabinet UMNO terhadap klip video saya juga menarik rakyat Malaysia pelbagai bangsa untuk menonton klip video tersebut.
Ramai mula mengutuk cara UMNO-Barisan Nasional yang memutar belitkan isu klip video selepas mereka menonton. Hit ataupun tontonan klip video Onederful Malaysia yang saya letak di bawah nama DAP Seputeh dalam YouTube hanyalah 30,000 sahaja pada hari ketiga Tahun Baru Cina tetapi ia telah mencecah 666,168 setakat pukul 1 petang pada hari ini. Angka ini tidak termasuk individu yang salin ataupun share klip video saya dalam Facebook dan telefon bimbit di Malaysia. Terima kasih atas promosi Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasa kesal atas respons Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada 8 Februari 2014 terhadap ugutan NGO Islam yang menawarkan hadiah RM1,200 bagi orang yang berjaya menampar saya. Beliau dilaporkan berkata bahawa tawaran tampar saya tidak perlu disiasat oleh polis kerana ia bukannya ancaman. Mengikut laporan The Malaysia Insider, beliau dilaporkan berkata, “Mengapa kita perlu siasat itu? Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh, barulah boleh dikatakan ancaman.” Kenyataan ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak setimpal bagi seorang Menteri Kabinet yang menguruskan hal ehwal dalam negeri. Beliau seolah-olah tidak tahu tentang undang-undang jenayah di Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, menampar seseorang merupakan kesalahan di bawah seksyen 323 di bawah Kanun Keseksaan manakala mengugut seseorang adalah kesalahan di bawah seksyen 506 dalam Kanun Keseksaan. Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri untuk menghadiri kursus undang-undang jenayah supaya beliau tidak lagi membuat kesilapan seperti ini.
Sehubungan dengan itu, saya juga amat tidak puas hati terhadap jawapan diberi oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kepada Yang Berhormat Segambut pada 12 Mac 2014 tentang kes saya. Jawapan itu berbunyi, “Kes oleh beberapa NGO Islam yang tidak berpuas hati dengan klip video yang menghina dan memperlekehkan Perdana Menteri yang dibuat oleh Teresa Kok dan beberapa individu lain, kertas siasatan telah pun lengkap dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Februari 2014 untuk mendapatkan nasihat dan ulasan selanjutnya.”
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini adalah tidak betul dan tidak benar kerana tiada sesiapa pelakon dalam klip video Onederful Malaysia ini memainkan watak Perdana Menteri. Saya sudah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tentang kesilapan jawapannya kepada Yang Berhormat Segambut.
Sekiranya beliau tidak betulkan kesilapan ini sebelum 19 Mac 2014, saya tidak teragak- agak untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Ya, Yang Berhormat Kangar.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini. Saya amat berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk memberi buah fikiran serta mengetengahkan beberapa isu demi kesejahteraan bersama.
Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan simpati di atas kejadian yang melibatkan pesawat MH370 dan marilah sama-sama kita tidak mengaitkan isu kehilangan pesawat ini dan mempolitikkan isu tersebut. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa kos sara hidup pada hari ini telah meningkat ekoran daripada rasionalisasi subsidi yang telah dijalankan secara berperingkat- peringkat. Pihak kerajaan bersikap rasional dalam menjayakan subsidi bersasar bagi mengelakkan ketirisan dalam pemberian subsidi seperti yang telah disalurkan selama ini kepada rakyat. Subsidi ini merangkumi barangan pengguna seperti gula, tepung, minyak masak, RON95, diesel dan LPG. Namun begitu, saya merasakan pengagihan subsidi ini boleh diperhalusi supaya mencapai sasaran kepada golongan yang lebih memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, ketika ini minyak petrol dan diesel dijual kepada warganegara dan juga warga asing secara sama rata. Meskipun wujud larangan had maksimum pembelian RON95 oleh kenderaan yang berplate number asing, namun secara praktikalnya, ketika ini sukar dikawal oleh pihak penjual. Maka warga asing terus mengambil kesempatan menikmati subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia khususnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar satu sistem yang lebih komprehensif mengguna pakai sistem MyKad ataupun kad isian minyak ataupun apa sahaja bentuk yang dapat memberikan subsidi yang lebih bersasar kepada mereka yang layak.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, dalam kaedah ini, subsidi dapat disasarkan dan warga asing juga tidak dapat limpahan subsidi yang telah diperuntukkan khusus kepada rakyat Malaysia.
Mohon pihak kerajaan memperhalus cadangan ini supaya dapat memberi manfaat hanya kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kes-kes penyeludupan petrol dan diesel masih berleluasa di sempadan terutamanya di Perlis–Thailand. Pihak-pihak berkuasa yang terlibat di sempadan seperti UPP, Jabatan Kastam, KPDNKK perlu terus memantau dan mengambil tindakan kepada para pengusaha stesen minyak bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan urus niaga minyak termasuklah jualan maksimum 20 liter kepada warga asing.
Persoalannya, sejauh manakah penguatkuasaan oleh pihak-pihak tersebut bagi membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan? Jadi, saya ingin memohon pihak kementerian yang terlibat menyatakan berapakah kes-kes penyeludupan yang telah ditangkap dan diambil tindakan?
Tuan Yang di-Pertua, kemasukan warga asing semakin membimbangkan. Mereka bukan sahaja memonopoli beberapa sektor pekerjaan tetapi lebih serius apabila mereka menjalankan perniagaan sedangkan mereka masuk ke negara kita atas tujuan yang lain.
Peniaga warga asing sudah berada di mana-mana termasuk di dalam lot-lot kedai, di pasar
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
malam, di pasar minggu. Mereka menguasai perniagaan borong dan runcit daripada sekecil-kecil perniagaan hinggalah sebesar-besarnya. Ini berlaku di seluruh negara. Lihat sahaja yang terdekat dengan kita iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu kita tertanya-tanya orang tempatan hendak mendapat lesen meniaga pun susah, inikan pula warga asing tetapi mereka juga dapat berniaga dengan mudah. Ini berlaku sejak sekian lama seolah-olah mereka memiliki lesen perniagaan tanpa ada sebarang sekatan.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada tuduhan unsur-unsur penyelewengan berlaku dalam pemberian lesen atau lesen dipajakkan atau dijual kepada warga asing, maka kita tidak boleh tolak mentah-mentah dakwaan ini. Sehingga hari ini, begitu banyak peniaga asing menjalankan perniagaan. Ini menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat termasuk tanggapan berlakunya rasuah dalam melindungi peniaga-peniaga asing ini. Saya harap pihak kementerian bertindak tegas menangani isu peniaga warga asing ini. Tahniah juga diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri yang telah memberi perhatian dalam menangani isu peniaga asing ini. Mohon penguatkuasaan diperluaskan di seluruh negara termasuklah di pekan-pekan kecil di sekitar sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan hidup rakyat merupakan nadi pembangunan negara. Pemangkin utama pembangunan negara terletak di bahu para belia di negara ini.
Golongan ini mampu memacu pembangunan di masa akan datang. Jadi perlulah kita memberi tumpuan kepada mereka. Kerajaan telah mewujudkan akademi-akademi latihan yang melatih belia-belia kita daripada aspek keusahawanan dan ilmu di dalam bidang pertanian. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah sasarkan untuk melahirkan 1,200 usahawan tani dari golongan muda yang akan terlibat secara serius di dalam bidang keusahawanan pertanian.
Tuan Yang di-Pertua, penyertaan golongan ini diharapkan mampu meningkatkan produktiviti makanan negara. Saya harap agar kementerian dapat membantu golongan usahawan tani dalam pelbagai aspek termasuk dari segi modal, latihan, khidmat nasihat, pemasaran dan sebagainya sehinggalah mereka betul-betul berjaya. Mohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membantu mereka.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai skim perumahan diwujudkan untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri. Namun begitu, kekangan kewangan sebilangan besar rakyat perlu diambil serius. Justeru itu, kerajaan telah menawarkan pelbagai insentif untuk membantu rakyat memiliki rumah dan yang terbaru sekali adalah subsidi maksimum sebanyak RM30,000 untuk golongan yang berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya keperluan rumah agak mendesak. Projek PR1MA yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak 10,000 di Perlis masih belum dapat dilaksanakan sehingga sekarang. Saya ingin mencadangkan agar SPNB, Perbadanan PR1MA dan kerajaan negeri dapat bekerjasama dan mempermudah urusan agar PR1MA dapat menjadi kenyataan di Perlis.
Memandangkan tanah yang luas sukar didapati di Kangar, saya berharap agar dapat dibangunkan Projek Perumahan Rakyat secara bertingkat yang dahulunya telah dilaksanakan di Perlis iaitu PPR agar dapat mengurangkan guna tanah di Kangar. Mohon pihak kementerian memberi perhatian bagi mengatasi masalah perumahan rakyat di Perlis.
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kawasan di Perlis boleh dikategorikan sebagai kawasan luar bandar. Jadi pembinaan sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC perlu dibina di Perlis. Ia akan menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, memasarkan produk-produk pertanian, kemudahan bekalan perkhidmatan.
Selain daripada itu, RTC juga dapat digunakan sebagai pusat perkhidmatan setempat yang mana menyediakan ruang-ruang parking bertingkat sekiranya dapat dibina di Kuala Perlis untuk kemudahan pelancong dan pusat aktiviti perniagaan bagi memastikan produk-produk pertanian, perikanan, tradisional dan kraf tangan dapat dipasarkan.
Tuan Yang di-Pertua, adalah diharapkan kawasan luar bandar dapat dibangunkan serta dapat menjana ekonomi rakyat setempat selain membangunkan aktiviti pelancongan yang bersifat pelancongan warisan dan juga kebudayaan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya perkatakan adalah berkaitan dengan Kementerian Pendidikan iaitu hal-hal yang berkaitan dengan golongan pendidik ataupun guru-guru dengan murid-murid. Sejak akhir-akhir ini telah berlaku beberapa insiden yang melibatkan guru dan murid. Sebagai contohnya guru mencederakan murid, murid mencederakan guru, murid tidak hadir sekolah, gejala gengsterisme dan sebagainya. Jika
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
perkara-perkara sebegini terus berlaku, ia akan memberi imej yang tidak baik kepada Kementerian Pendidikan itu sendiri.
Jadi persoalan saya, adakah tindakan kementerian menukar guru-guru yang mempunyai kes-kes dengan pelajar ke sekolah yang lain dapat menyelesaikan masalah ini dan adakah pihak Kementerian Pendidikan telah mewujudkan tribunal khas sebagai contohnya bagi mengelola kes-kes yang melibatkan guru dengan murid di mana tribunal tersebut akan membuat keputusan dan menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap guru dan juga murid.
Akhir sekali, saya ingin memohon kementerian supaya memperuntukkan sejumlah bajet bagi program-program menaik taraf bangunan-bangunan dan juga dewan-dewan sekolah yang mana di kawasan saya terdapat bangunan-bangunan sekolah dan juga dewan-dewan yang telah uzur. Jadi, saya mohon perkara ini diambil perhatian oleh pihak kementerian. Jadi dengan itu ,saya mohon menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Batu, 15 minit Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
15 minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin bermula dengan menyampaikan simpati kepada keluarga-keluarga penumpang MH370. Kes ini juga menjadikan Malaysia ini di bawah fokus tumpuan masyarakat antarabangsa dan tingkah laku setiap tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kini sangat sensitif dan dipandang berat dalam media antarabangsa.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya dipanggil oleh polis untuk datang rakamkan percakapan siasatan di bawah Akta Hasutan. Kononnya minggu lalu ada beberapa individu yang pro Barisan Nasional telah buat laporan polis terhadap saya yang menyatakan apa yang saya tweet dalam Facebook dan Twitter saya berunsur hasutan. Saya tidak menolak dan tidak membantah atas polis yang begitu cekap untuk mengambil tindakan. Saya juga memberi kerjasama penuh kepada pihak polis pagi ini.
Malangnya seolah-olah polis pada mula – malangnya apabila saya sampai ke balai selepas rakaman percakapan sebagai saksi untuk membantu siasatan, polis pula mengemukakan syor untuk menangkap saya dan menahan saya atas alasan dengan tujuan merampas iPad yang saya bawa. Kalau polis ingin menyiasat sesuatu, biarlah bertindak secara profesional. Beritahu, kata ada waran tangkap, saya datang atau saya ditangkap.
Tetapi saya dipanggil sebagai saksi dan akhirnya barangan saya dirampas. Selepas saya tandatangan untuk mengakui bahan iPad saya diambil oleh polis, polis pula kata Yang Berhormat sekarang sudah dibebaskan. Adakah ini tindakan yang boleh mencerminkan profesionalisme atas penyiasatan kes?
Saya pun tidak mahu berpanjang lebar dengan kes ini, saya serah kepada pihak polis dan DPP untuk teruskan siasatan ini. Akan tetapi saya juga ingin bawa kepada perhatian Dewan ini, semasa satu dunia menganggap betul atau tidak, menganggap kita bertindak begitu lembap sekali dalam menyiasat apa yang menjadi punca kehilangan MH370. Nampaknya banyak media antarabangsa menyatakan, kenapakah selepas satu minggu kita tidak dapat maklumat benar tentang penumpang-penumpang yang ada? Hanya selepas satu minggu baru kita mensyaki pilot yang memandu pesawat itu mempunyai kecenderungan politik yang mungkin mendorong dia melakukan sesuatu. Saya kata kita tidak tolak, biarlah polis siasat. Tetapi kita dalam keadaan ini, polis nampaknya di mata dunia lebih mementingkan kestabilan domestik daripada keselamatan penumpang- penumpang antarabangsa. Sepatutnya pada peringkat setelah satu minggu, bukan sahaja pilot baru hendak disiasat, tetapi keseluruhan 239 orang penumpang, pihak polis dengan kerjasama agensi antarabangsa sudah mempunyai satu gambaran yang agak tepat tentang
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
latar belakang mereka. Kalau tidak seolah-olah kes siasatan terhadap pilot ini mempunyai berbaur politik dan lebih menumpu daripada penyelesaian masalah politik dalaman.
Saya juga ingin mengesyorkan kepada kerajaan bahawa kita mungkin dalam cabaran ini semua pihak cuba berdoa dan juga berusaha supaya kita sangat harapkan penumpang dan keluarga mereka selamat. Akan tetapi saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan dengan keadaan yang kita nampaknya tidak konsisten apabila kita memberi maklumat. Dalam seminggu ini, kita tidak tahu secara tepat sama ada contact yang terakhir dengan pesawat itu adalah jam 2.40 atau jam 1.30 atau 8.11. Nampaknya kita mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Ini lah masanya kita patut membuat satu revision terhadap sistem keselamatan kita. Sistem mengaudit kawalan passport kita, kawalan keselamatan adalah - agar untuk kawalan mengembalikan keyakinan dunia antarabangsa terhadap negara kita.
Saya ambil satu contoh, isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan sangat bermurah hati menyatakan bahawa beliau pada jam 8 pagi dapat berita bahawa pesawat ini hilang, pagi pukul 8. Beliau dengan tergesa-gesa menelefon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memaklumkan berita ini. saya mengucapkan tahniah kepada isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha jasa baik itu. Akan tetapi kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini melihat kita dalam keadaan yang begitu kritikal hanya dimaklumkan pada 8 pagi oleh isterinya. Apa terjadi dengan sistem kawalan kita? Apa terjadi dengan keselamatan negara? Kenapa tidak ada pegawai yang boleh menyampaikan mesej ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Perdana Menteri lebih alert tentang masalah ini? Itu lah sebab saya juga ingin tahu kenapa apabila data yang ada di tangan kita, telah menunjukkan pesawat itu sudah patah balik menuju ke kawasan barat, tetapi kita membiarkan negara jiran kita berusaha di satu tempat yang kita agak ragu iaitu di Laut China Selatan. Satu minggu, Tentera Laut Vietnam dan Tentera Laut Republik Rakyat China telah mencari di satu tempat yang sebenarnya Malaysia mempunyai data yang mencukupi untuk menganalisa dan memastikan sebenarnya pesawat itu tidak ada di Laut China Selatan.
Saya juga ingin tahu dari Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Luar Negeri, siapakah akan membiayai kos ini? Adakah dengan jasa baik mereka, adakah kita terpaksa juga berkongsi kos penyelamatan ini? Saya juga dimaklumkan, dalam kenyataan media bahawa sekarang sungguh pun kita kata pesawat itu menuju ke Lautan India, tetapi pihak Kerajaan India telah menyatakan mereka belum lagi mendapat mana-mana mesej yang jelas, permintaan dari Kerajaan Malaysia untuk melakukan kerja penyelamatan di Lautan India. Sebaliknya, kerajaan seolah-olah sangat yakin sudah sampai ke Kazakhstan.
Kita mencadangkan supaya Kerajaan Kazakhstan untuk membantu.
Saya ingin tahu apa terjadi dengan operasi search and rescue di lautan baik di Lautan China Selatan atau Lautan India. Saya juga ingin menyampaikan kekecewaan kita sebagai Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam briefing taklimat yang diadakan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak menjemput Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Adakah ini ada perkongsian maklumat yang berunsur diskriminasi?
Seterusnya saya ingin juga menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atas baginda menyentuh isu pluralisme. Saya mengalu-alukan perbincangan dalam topik ini. Saya anggap ini adalah satu isu yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Memang betul dari segi theologi, dari segi agama masing-masing, kebanyakan agama tidak bersetuju bahawa agamanya membenarkan pluralisme. Kalau orang Islam tidak bersetuju bahawa memang betul orang Islam, sudah tentu menganggap cara Islam adalah cara yang terbaik, mereka akan pegang kepada prinsip-prinsipnya. Sama seperti orang Kristian di mana mereka akan memetik Nabi Isa menyatakan “I am the only way to salvation”, maksudnya Kristian juga tidak setuju bahawa ada cara lain selain daripada cara dia untuk menyampai tahap Tuhan. Itulah sebab bila kita sebut tentang pluralisme kita harus letakkan dalam konteks memahami bahawa kebanyakan agama memegang kepada prinsipnya bahawa dia adalah kebenaran dan kebenaran itu adalah absolute untuk penganut-penganutnya.
Akan tetapi kita dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum, adakala kita keliru kerana dalam bahasa Inggeris berbilang kaum juga maksudnya plural. Apa yang
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
menyatakan kita adalah masyarakat yang berbilang kaum. Jadi kalau ikut bahasa Inggeris ada kala kita kata we are the plural society. Maksudnya kepelbagaian. Akan tetapi kepelbagaian ini tidak boleh disamakan dengan pluralisme agama. Kepelbagaian ini ada mengandungi kontradiksi di kalangan agama yang berbeza-beza. Akan tetapi hidup dalam satu masyarakat kita harus mencari titik-titik rekonsiliasi di mana agama yang masing- masing menganggap mereka memegang kepada kebenaran boleh hidup bersama. Itulah sebab bagi saya, kita harus ingat bahawa hormat-menghormati satu sama lain dan juga memberi ruang supaya kita memahami satu sama lain adalah sangat penting.
Ini tidak boleh disamakan bahawa kita menyokong pluralisme dalam agama kita sendiri. Pluralisme ditolak dalam agama yang warisan dari Bani Ibrahim baik pun Yahudi, baik pun Kristian atau Islam, hanya menganggap tuhan ini satu. Ia tidak boleh dibahagi- bahagikan bukan tuhan yang disifatkan seperti agama yang lain seperti Hindu yang menganggap ada banyak tuhan atau banyak dewa-dewa dan mungkin dasar dari segi falsafah dia, dia berpunca daripada satu tetapi dewa-dewa ini mempunyai fungsi yang berbeza. Itu boleh dikatakan ini agama yang pluralistik.
Akan tetapi agama untuk Bani Ibrahim tidak membenarkan tuhan dianggap sebagai pelbagai. Justeru saya agak ada persetujuan di antara semua agama baik pun Kristian atau Sikhism atau Islam. Bagi ini, adalah sangat tidak membantu kalau kita cuba mendebatkan sifat tuhan itu dengan kalimah. Itulah sebab kepada kebelakangan ini dengan isu perbahasan dalam kalimah Allah ini menyebabkan tegangan yang kita harus secara keseluruhan, secara kolektif masyarakat Malaysia harus menanganinya.
Saya juga ingin membawa hujah bahawa sebenarnya kalimah Allah ini bukan tujuan golongan Kristian untuk menterjemahkan bahasa dari bahasa Inggeris atau bahasa Hebrew kepada bahasa Melayu dengan istilah Allah. Ini kerana kita dalam kitab suci Injil pun dengan ayat yang terakhir yang disebut oleh Nabi Isa adalah Eloi Eloi Lama Sabachthani. Eloi, Eloi ini dalam bahasa Hebrew, ia tidak di translate, tidak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Dalam kitab Injil, ia menggunakan bahasa Hebrew yang original. Ini adalah kerana titah dari Nabi Isa. Dan Eloi, Eloi ini kalau kita faham bahasa Arab, bahasa Hebrew atau bahasa media dari timur tengah memahami bahawa itu adalah alif, lam dan ham. Ini berpunca daripada satu istilah ill atau dalam bahasa Hebrew dan boleh didapati daripada di Tora atau dalam Injil dan dalam bahasa Hebrew. Istilah yang digunakan ialah Elohim. Elohim itu adalah sebenarnya Allah. Tidak ada sesiapa yang linguist dalam bahasa Arab atau bahasa Timur Tengah boleh menafikan Elohim itu adalah Allah. Kalau kalimah Allah tidak boleh diguna pakai, bolehkah Illahi digunakan? Atau kita gunakan Illahim? Adakah ini boleh diterima oleh segolongan yang sangat keras bahawa orang Kristian tidak harus menggunakan istilah Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Boleh gulung.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi saya juga anggap, saya tidak bermaksud sebagai ahli politik untuk mencampur aduk dengan isu agama tetapi saya anggap inilah sangat penting bahawa kita harus berdialog untuk mencapai satu persetujuan. Saya juga ingin sentuh sebab apa yang kita pernah kemukakan iaitu Rekonsiliasi Nasional. Rekonsiliasi Nasional bukan berdialog untuk berkongsi kuasa.
Rekonsiliasi Nasional sangat penting kalau kita boleh membentuk satu muafakat, konsensus kebangsaan di mana rakyat Malaysia secara umumnya harus memegang kepada satu prinsip yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Ini termasuk prinsip seperti kedudukan kaum peribumi di bumi ini, di Malaysia dan juga harus termasuk masyarakat-masyarakat yang sudah lama menjadi sebahagian daripada negara kita.
Kita tidak harus sering kali dicabar untuk balik Tongsan atau balik India dan muafakat ini harus dibentuk oleh semua parti-parti yang kita anggap respectable dalam medan politik yang mainstream. Oleh itu ia sangat-sangat diperlukan. Akan tetapi nampaknya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pihak Barisan Nasional tidak berminat untuk mencapai satu muafakat sebaliknya kita telah melihat pelbagai tindakan yang telah diambil seolah-olahnya telah cuba merosakkan satu goodwill di antara pihak pembangkang dan pihak kerajaan. Saya tidak ingin mempersoalkan hukuman terhadap Ketua Pembangkang. Akan tetapi, dia tidak boleh dikatakan coincidental kalau selepas itu Yang Berhormat Bukit Gelugor pula yang kena lepas itu saya juga kena dan ramai lagi Ahli- ahli Parlimen, pihak sini yang kena.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini bukan keputusan hakim. Kita harus tahu hak untuk mendakwa dan pendakwa raya mempunyai kuasa digunakan terhadap undang-undang tertentu. Undang-undang seperti Akta Hasutan itu telah di janji oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk dimansuhkan, tetapi kita lihat selepas pilihan raya, undang-undang Akta Hasutan digunakan lebih meluas lagi. Perdana Menteri mengatakan kita hendak jadi demokrasi yang sihat, yang terbaik di dunia. Akan tetapi sebaliknya, bila dunia melihat bahawa ahli-ahli politik pembangkang satu demi satu masuk penjara, ditangkap atau dihukum, hilang kelayakan, sudah tentu tidak ada negara yang menggelarkan diri sebagai demokrasi lakukan begitu, melainkan pada satu zaman dulu, Myanmar atau negara-negara diktator yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Negara-negara diktator yang kita anggap tidak lagi mengikut arus perdana dunia. Ada satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kita hadkan 15 minit.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yalah, saya ingin akhiri dengan satu perkara sahaja. Saya ingin kembali kepada kawasan saya. Pada baru-baru ini saja kita telah dapat menyelesaikan isu Kampung Railways. Penduduk-penduduk Kampung Railways kita telah dapat menyelesaikan pemindahan. Saya hanya ingin dapatkan, berharap dari Kementerian Wilayah Persekutuan datang ke Parlimen ini untuk merakamkan apa yang telah kita selesaikan supaya ini menjadi rekod dan bukan sahaja secara persetujuan lisan di antara pihak Parlimen Batu dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan. Itulah sebab saya harap dengan perkara ini kita dapat penjelasan atau keterangan dari pihak Kementerian Wilayah Persekutuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Berapa minit Yang Berhormat Hulu Rajang?
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
15 minit boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
15 minit, kita sambung hari esok.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sambung esok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 19 Mac 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam]