Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sejauh manakah pelaksanaan dan rintangan yang dihadapi dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 setakat ini, dan langkah seterusnya diambil bagi mendapatkan sokongan padu dari semua perkhidmatan pendidikan.
Menteri Pendidikan II - Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, terdapat enam pertanyaan yang berkaitan dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Pertanyaan-pertanyaan tersebut pada hari ini daripada Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu juga hari ini; Yang Berhormat Taiping pada 13 Mac; Yang Berhormat Hulu Langat pada 1 April; Yang Berhormat Libaran 8 April; dan Yang Berhormat Kapar juga 8 April. Oleh kerana pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan adalah saling berkaitan, izinkan saya menjawab semua pertanyaan tersebut secara serentak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah pun melepasi setahun pelaksanaannya sejak dimulakan pada Januari 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan bahawa inisiatif yang disediakan akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat sehingga tahun 2025 iaitu dengan melalui tiga gelombang.
Gelombang satu ialah daripada tahun 2013-2015 iaitu dalam gelombang satu ialah untuk meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid, dengan memberi tumpuan kepada kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir aras tinggi, dan teknologi komunikasi maklumat ataupun ICT.
Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Libaran, selepas setahun PPPM, ataupun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dilaksanakan, terdapat beberapa inisiatif yang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini termasuk peningkatan prestasi sekolah dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2013, terutama di negeri Sabah dan juga Kedah. Ini ialah melalui inisiatif Program Transformasi Daerah iaitu memperkasakan sekolah-sekolah berprestasi rendah yang diletakkan di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah di negeri-negeri yang saya katakan tadi di Sabah dan juga di Kedah dan didapati Gred Purata Negeri ataupun GPN, bagi negeri-negeri tersebut meningkat, yang merupakan peningkatan yang terbaik sejak sepuluh tahun yang lepas.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Contohnya untuk UPSR, negeri Kedah meningkat GPNnya daripada 2.33 kepada 2.27. Memang angkanya menurun, tetapi sebenarnya perfect score dengan izin, ialah 1.
Jadi apabila angka indeks GPN itu rendah, ia lebih baik. Untuk Sabah, ia meningkat daripada 2.83 kepada 2.76. Begitu juga PMR. Kedah meningkat daripada 2.81 kepada 2.73, dan untuk Sabah 3.01 kepada 2.95. Ini saya katakan tadi ialah peningkatan yang terbaik sejak sepuluh tahun yang lalu.
Selain daripada itu, murid Tahun 3 pada tahun lalu, iaitu Darjah 3 lah kalau dahulu masa saya sekolah dahulu, telah berjaya menunjukkan pencapaian 99.1% dalam penggunaan literasi Bahasa Malaysia ataupun dalam membaca dan menulis, berbanding 93.2% semasa mereka berada pada Tahun 2, iaitu pada tahun 2012. Begitu juga dalam bidang penguasaan numerasi ataupun penguasaan mengira telah menunjukkan peningkatan daripada 94.5% kepada 99.3%.
Kementerian juga telah melaksanakan Penilaian Kompetensi kepada 61,000 orang Guru Bahasa Inggeris melalui Cambridge Placement Test di mana pada tahun lalu, 5,010 orang guru opsyen Bahasa Inggeris telah mengikuti Program Peningkatan Profisiensi Bahasa Inggeris ataupun Pro-ELT, dan 73.3% guru-guru telah berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sekurang-kurangnya satu band. Insya-Allah bermula pada bulan ini, bermula 17 Mac ini, 9,000 guru lagi akan dilatih secara berperingkat-peringkat untuk memastikan kemampuan mereka, untuk memastikan peningkatan profisiensi bahasa Inggeris mereka.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa PPPM yang telah dilaksanakan ini melibatkan semua sekolah di bawah kawalan kementerian. Ini kerana telah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan semua sekolah yang mengikuti sistem pendidikan kebangsaan terlibat secara langsung dan tidak boleh dipinggirkan atau diabaikan sama sekali. Sehingga kini kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk pelaksanaan PPPM bagi Gelombang Satu dan meliputi antaranya program-program saya katakan tadi latihan guru, kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS), panas sedikit yang ini, pelan program transformasi daerah dan juga pelaksanaan TIMMS dan juga PISA.
Kita sedar dalam merencanakan sesuatu, pastinya ada rintangan ataupun halangan. Seperti yang kita lihat bahawa jumlah guru yang berprofisiensi berbahasa Inggeris tadi agak ramai lebih kurang 40,000 orang dan mereka perlu dilatih. Satu jumlah yang besar perlu dilatih dalam jangka masa yang pendek. Kita tahu juga ada akses internet di kawasan pedalaman yang telah dapat dicapai dengan baik. Kita tahu juga bahawa ada kefahaman tentang pelaksanaan PBS dan pelaksanaannya yang perlu ditambah baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dengan apa yang dilaksanakan, matlamat untuk mentransformasi sistem pendidikan negara dapat direalisasikan. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, PPPM yang digubal dilaksanakan ini merupakan strategi utama untuk memastikan pembangunan modal insan negara bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sumber manusia tetapi mampu memainkan peranan untuk membangun dan memacu pembangunan negara bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Landskap persaingan global masa kini adalah satu perkara yang telah menjadi semakin sengit malah struktur ekonomi hari ini berkehendakkan modal insan yang berkualiti tinggi. Proses globalisasi dan kemajuan teknologi yang pantas telah memberi satu cabaran baru kepada kita untuk kekal cemerlang.
Soalan tambahan saya, bagaimanakah keberhasilan 11 anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini dapat menghasilkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri menepati keperluan struktur ekonomi dan cabaran baru ini dan apakah pengisian- pengisian baru di dalam kurikulum pendidikan yang akan diperkenalkan untuk memastikan keberhasilan ini tercapai serta apakah pencapaian-pencapaian lain yang boleh Yang Berhormat Menteri kongsikan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih. Yang Berhormat, saya sudah katakan tadi bahawa sebab itulah kita mengadakan pelan pembangunan pendidikan yang baru kerana landskap pembangunan global yang telah berubah. Oleh itu fokus yang kita beri
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
ialah untuk memastikan agar pelajar-pelajar kita dapat berfikir aras tinggi ataupun saya katakan tadi dengan izin HOTS, Higher Oder Thinking Skill. Berfikir aras tinggi. Ada juga antara yang dikatakan kelemahan kita ialah dalam bidang bahasa Inggeris. Ini juga telah dipertingkatkan dengan melalui penambahbaikan program-program profisiensi dalam bahasa Inggeris yang sedang dilaksanakan kepada 40,000 guru-guru seluruh negara.
Tidak ketinggalan dalam bidang ICT, tidak ketinggalan juga kerjasama daripada ibu bapa dan juga NGO untuk meningkatkan peranan mereka di sekolah-sekolah.
Saya juga ingin mengatakan di sini bahawa ada beberapa lagi pencapaian yang saya tidak sebut tadi. Antaranya ialah peningkatan latihan teknikal di mana pada tahun lalu kita lihat peningkatan 4.61% dalam bidang teknikal yang meliputi 41,872 orang pelajar. Kita juga lihat dalam pengambilan guru-guru, bahawa kita membuat pengambilan hanya guru- guru yang sekurang-kurangnya mendapat 5A akan diambil untuk menjadi guru dan 30% daripadanya ialah mereka yang mendapat 7A minimum di dalam peperiksaan SPM. 9.2% murid berkeperluan khas ingin mendaftar kerana adanya kelengkapan-kelengkapan baru yang telah dilaksanakan. Kita juga lihat perwakilan kuasa kepada JPN di mana JPN diberi kuasa yang lebih banyak disentralisasi dilaksanakan bagi projek-projek RM5 juta ke bawah daripada RM500,000 dalam kontrak perkhidmatan dan bekalan agar mereka dapat melaksanakan program-program itu dengan lebih baik. Kita juga lihat dalam enrolmen prasekolah ada peningkatan sebanyak 3% di mana enrolmen prasekolah telah meningkat kepada tahap 81.71%. Itulah antara kejayaan-kejayaan yang telah dapat dicapai sejak satu tahun yang lalu.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya menyambut baik apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang kemas kini program PBS yang sedang dilangsungkan kerana hampir enam bulan isu program PBS ini yang tempang telah dibangkitkan bukan sahaja oleh Ahli-ahli Parlimen tetapi juga para guru.
Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan sekitar 8 Mac 2014 dalam sesi maklum balas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menyatakan Menteri kemungkinan akan menunda program PBS sehinggalah awal April.
Persoalan saya bila masa kementerian menyedari ada lebih kurang 10,000 aduan daripada para guru tentang kesusahan program ini, kenapakah kementerian masih lagi mengambil tindakan menukar seorang guru nama Mohd. Nor Izat Mohd. Johari yang telah mengetuai satu demonstrasi melawan PBS kerana kecacatan sistem tersebut dan adakah kementerian akan menarik balik keputusan ini seiring dan sejajar dengan hasrat mendapatkan sokongan padu daripada para guru untuk menyokong pelan pembangunan. Pada saya hasrat utama adalah untuk mendapatkan dukungan dan mendengar para guru. Saya pinta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan maklum balas kerana para guru sudah terdesak.
Bertahun-tahun menyatakan rungutan tentang program PBS tetapi Yang Berhormat Menteri terus juga dan sekarang akhirnya diakui bersalah [Tepuk] kerana April baru hendak dikemaskinikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara yang perlu kita faham bahawa PBS itu ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Itu asasnya ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin ialah School-Based Assessment. Pentaksiran yang berasaskan sekolah dan dalam...
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Saya tahu Yang Berhormat.
Anak saya pergi sekolah kebangsaan. Guru asyik bertanya. Please, straight to the point.
Terima kasih.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Biar saya jawab dahulu. Kerana kita bercakap pasal PBS, masih ramai lagi yang tidak faham apa itu PBS yang merupakan pentaksiran yang berasaskan sekolah. Ada tiga komponen PBS. Satunya ialah pentaksiran itu sendiri iaitu pentaksiran pusat yang mana adanya peperiksaan UPSR, adanya peperiksaan SPM.
Keduanya ialah pentaksiran peringkat sekolah. School-Based Assessment. Itu untuk peperiksaannya. Yang keduanya ialah psiko metrik yang mana ini merupakan kalau dilaksanakan sepenuhnya merupakan negara pertama dalam dunia yang menggunakan sekolah, seluruh negara menggunakan pentafsiran psiko metrik untuk menganalisis kecenderungan anak-anak kita semasa mereka masih lagi di bangku sekolah. Ketiganya ialah pentaksiran pembangunan mereka dalam bentuk jasmani, emosi, rohani, sosial dan juga intelek anak-anak kita itu sendiri.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Jadi ini asas, yang menjadi persoalan masa kini ialah pelaksanaannya kerana dahulu pun memang kita kerajaan ataupun kementerian beralih kepada sistem PBS ini kerana ramai yang mengatakan sistem kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Jadi kita beralih kepada satu sistem yang memberi kepentingan, memberi hak lebih kepada sekolah- sekolah untuk melaksanakannya. Itu asasnya. Saya mengaku bahawa mungkin timbul isu- isu dalam pelaksanaannya kerana dalam usaha kita untuk melaksanakannya, kita menjadi lebih terlalu overzealous dengan izin, perlu terlalu banyak evident, descriptor untuk dimasukkan sehingga berlakunya isu talian yang tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.
Dato' Seri Haji Idris Jusoh
Oleh sebab itulah insya-Allah apabila diumumkan sebelum 1 April yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri tersebut, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan mengumumkan satu sistem PBS bentuk baru yang mesra guru, fokus kepada pengajaran.
PBS bentuk baru, mesra guru, fokus kepada pengajaran. Insya-Allah ia akan dapat memberi satu input yang lebih baik kepada semua anak-anak kita, pelajar-pelajar semasa di sekolah. Berhubung dengan guru tadi dikatakan yang telah diambil tindakan itu ialah di peringkat PPD. Dia di peringkat daerah, memang PPD ada kuasa untuk buat keputusan mereka tanpa merujuk. Apabila dilihat ada salah laku, apa juga guru, PPD akan mengambil tindakan kepada siapa yang dirasakan perlu diambil tindakan.
2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) kedudukan terkini projek PR1MA sejak ia dilaksanakan dan jumlah unit rumah yang telah disiapkan, lokasi dan harganya; dan
(b) adakah projek PR1MA ini akan dilaksanakan di negeri Melaka, jika ya, nyatakan lokasi, jumlah unit, jenis rumah dan anggaran harganya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, mandat PR1MA bagi tahun 2013 dan 2014 adalah menyediakan 80,000 unit rumah masing-masing tiap-tiap tahun. Tumpuan pembangunan PR1MA adalah di bandar-bandar besar dan pinggiran bandar di seluruh negara. Pada masa kini, projek-projek PR1MA sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat. Setengah daripadanya sedang di dalam proses penilaian dan perancangan, memperoleh kelulusan dari pihak berkaitan serta dalam peringkat pembinaan.
Jumlah rumah PR1MA yang ditawarkan adalah di antara RM100,000 sehingga RM400,000. Jadi ia tertakluk kepada lokasi dan juga jenis spesifikasi rumah berkenaan.
Dalam erti kata yang lain, harga rumah PR1MA adalah mencecah 20% lebih rendah berbanding dengan harga pasaran rumah yang mempunyai spesifikasi yang sama di kawasan persekitaran projek perumahan PR1MA tersebut.
PR1MA sedang mengenal pasti beberapa lokasi di Melaka dan sedang giat menjalankan kajian mengenai analisis pasaran dan permintaan di kawasan tersebut untuk memastikan pembangunan adalah feasible, dengan izin. Insya-Allah mesyuarat anggota PR1MA akan datang pada minggu ini akan melihat beberapa cadangan pembangunan di Melaka. Jenis pembangunan yang dicadangkan ialah rumah pangsapuri dan juga rumah teres. Memandangkan cadangan pembangunan masih di peringkat awal, PR1MA masih belum menetapkan harga jualan bagi cadangan pembangunan di kawasan tersebut.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan tanah pembangunan di bandar dan pinggir bandar amatlah terhad terutama di negeri Melaka dan kosnya terlampau tinggi, saya ingin tanya bagaimanakah PR1MA dapat mengatasi tentang masalah ini dan juga bagaimana adakah ambil kira tentang impak dan kesan selepas pelaksanaan GST tahun depan. Saya ingin tanya juga Yang Berhormat Menteri, katakan harga RM100,000 dan sampai RM400,000. Di negeri Melaka saya ingat kita dalam bandar dan pinggir bandar, kita tidak akan dapatkan harga yang berkualiti, sederhana dan atas ini dengan harga sebegini.
Oleh sebab itu, bagaimana PR1MA akan mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat, yang pertama sekali, ini janji kita bahawa harga mesti kurang 20% daripada harga pasaran. Keduanya kita bina di pinggir
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
bandar, bukan dalam Kota Melaka. Kota Melaka tidak mungkin kita dapat harga yang berkenaan, kecuali di pinggir bandar Melaka. Mesyuarat yang akan datang, kita telah pun kenal pasti di Melaka dan juga Terengganu di mana perumahan PRIMA akan dilaksanakan.
Sekarang ini cuma Melaka dan Terengganu sahaja yang belum terlibat dengan PRIMA.
Jadi saya tahu keadaannya agak sukar bagi sesetengah tempat, tetapi kita akan terus melaksanakan janji kita iaitu 80,000 unit pada 2013 dan 80,000 unit tahun 2014. Jadi kita tahu bahawa pinggiran bandar sebenarnya akan jadi bandar di akhirnya, disatukan nanti. Jadi, sekurang-kurangnya orang-orang yang melanggan PR1MA dapat bersama dengan kawasan bandar. Jadi memang sukar tetapi kita sedang berusaha supaya harga rumah kurang 20% daripada harga pasaran dapat dilaksanakan dan kawasan pinggiran bandar. Saya boleh umumkan pada minggu depan selepas mesyuarat PR1MA, unit rumah yang akan dibina di Melaka dan insya-Allah kita akan cuba kenal pasti harga dalam ruang lingkup yang telah ditetapkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada Kerajaan Persekutuan yang merupakan Kerajaan Barisan Nasional bercadang memberhentikan tindakan Kerajaan Barisan Nasional di Perak yang tahun ini telah membuat keputusan menaikkan cukai ke atas rumah yang hendak dibina, dari pengiraan saya sekurang-kurangnya antara RM50,000 ke RM100,000 untuk setiap unit. Ini melanggar niat kerajaan untuk membolehkan rakyat membeli rumah yang mampu.
Pada tahun ini, Januari ini di negeri Perak, Kerajaan Negeri Perak telah pun meluluskan cukai pembangunan, development charge dengan izin, di mana kerajaan tempatan akan mengenakan cukai 25% ke atas nilai tanah dari pertanian apabila telah ditukar kepada tanah pembangunan, 25%. Jumlah ini adalah tambahan kepada premium apabila sesuatu tanah yang sedia ada ini dulu ditukar kepada tanah pembangunan.
Tambahan ini membebankan rakyat. Adakah Kerajaan Persekutuan melalui influence dengan izin, pihak Kerajaan Barisan Nasional memberhentikan polisi bertentangan dengan hasrat kerajaan membolehkan rakyat membeli rumah kediaman dengan harga yang lebih rendah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri hendak menjawab atau tidak kerana isu PR1MA ini.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Saya hendak bagi tahu bahawa di Perak kita akan membina 2,580 Perumahan PR1MA. Berhubung dengan soalan Yang Berhormat, ini adalah berkaitan dengan kerajaan tempatan. Insya-Allah, ianya melibatkan kementerian yang lain tetapi saya hendak kena sebut di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah buat kerja-kerja yang membebankan rakyat.
[Tepuk] Kita sentiasa ada bila-bila masa.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Akan tetapi ini hakikat. Ini hakikat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Memberi keadilan kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Beruas.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Cakap serupa bikin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Kata - Maksud saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Beruas, tidak boleh macam ini.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Saya cuma hendak bagi tahu bahawa adalah tidak adil mengatakan sesuatu yang kita hanya dapat maklumat pada hari ini yang menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak adil. Cuba lihat, kami sebagai Ahli Parlimen datang ke Parlimen mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
[Tepuk] Hari pertama kami pakai number one dress. Kelmarin kami datang Parlimen tetapi pembangkang tidak datang Parlimen. Kita hendak perjuangkan keadilan tetapi kita sendiri sudah melanggar peraturan untuk memperjuangkan keadilan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak pakai number one dress tetapi pakai ikut peraturan juga. Ada peraturan membenarkan tidak pakai number one dress.
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak puas hati, tukarlah peraturan.
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Isu rumah, harga rumah naik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Shah Alam.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Shah Alam, ada masalah kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri cukup. Yang Berhormat Menteri cukuplah.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ya cukup. Terima kasih.
3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sejauh mana serius penyalahgunaan oleh rakyat negara ini terhadap kemudahan media sosial seperti Facebook dan bagaimana langkah menanganinya.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sipitang yang menanyakan soalan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah pada 20 Mac 2014; Yang Berhormat Kuala Selangor yang bertarikh pada 2 April 2014; Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertarikh pada 7 April 2014; dan Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kubang Kerian yang bertarikh pada 8 April 2014 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu isu-isu yang berkaitan penyalahgunaan media sosial dan kandungan internet. Terima kasih Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan media sosial dan penyalahgunaan internet. Ini kerana Akta Komunikasi dan Multimedia ataupun AKM 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai dalam menangani penyalahgunaan media sosial dan internet. Antara undang-undang lain yang terpakai adalah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Komputer 1998 dan Enakmen Jenayah Syariah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, dalam menangani penyalahgunaan internet, tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak SKMM bagi menangani masalah ini adalah dengan mengenal pasti jenis kesalahan yang telah dilakukan.
Pertamanya, mengenal pasti suspek untuk dibuat siasatan dan seterusnya dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan. Siasatan yang dilakukan adalah biasanya secara kerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain seperti PDRM apabila ianya mencetuskan api perkauman, JAKIM apabila ia berkaitan dengan isu-isu agama dan negara dan lain-lain mengikut jenis kes. Tempoh siasatan adalah bergantung kepada tahap kerumitan sesuatu kes. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2014, sejumlah 17 aduan telah diterima oleh pihak SKMM yang mana daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kertas siasatan telah pun dibuka. Baki 13 aduan telah diambil tindakan, sama ada untuk sekatan ataupun melaporkan penyalahgunaan kepada pentadbir laman sesawang dan juga dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang lain.
Sehingga kini, sebanyak 20 kes telah dibawa di mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Antaranya, suspek yang bertindak memaparkan komen yang bersifat jelik dalam blog terhadap Sultan Johor telah mengaku
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Jailani bin Johari
salah dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM10,000 di bawah seksyen 233(1) AKM 1998.
Pihak kerajaan memandang serius isu penyalahgunaan internet dan beberapa langkah telah pun diambil. Antaranya, keperluan mengkaji semula keberkesanan akta tersebut, memberikan taklimat terhadap agensi penguat kuasa dan juga kempen kesedaran media sosial. Di kesempatan ini juga, pihak kementerian ingin mengingatkan kepada semua pengguna internet di mana-mana media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan etika yang betul terutamanya ketika negara ini sedang menghadapi cabaran dalam menangani kehilangan pesawat MH370. Penyebaran maklumat daripada mana-mana sumber yang diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menyebabkan kebimbangan dan menjejaskan siasatan tetapi juga boleh menghiris perasaan keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat dalam insiden ini.
Dalam kes-kes yang tertentu yang dikira melampaui batas dan menyebabkan satu pihak merasa jelik, terancam, difitnah dan sebagainya dan seterusnya pihak tersebut boleh melakukan aduan kepada pihak berwajib seperti SKMM, maka tindakan berdasarkan undang-undang yang saya telah maklumkan boleh diambil. Jadi sekali lagi pihak kementerian menyeru kerjasama semua rakyat Malaysia agar tidak sibuk menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sah, sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan misi search and rescue yang dijalankan dan semoga MH370 ditemui dengan selamat, insya- Allah.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu penyalahgunaan media sosial khususnya perlu dibendung. Kita melihat ia begitu berleluasa termasuk insiden kehilangan misteri pesawat Boeing 777-200 MH370. Nampaknya terlalu ramai wartawan, termasuk wartawan misteri yang memuat naik dalam media sosial ini. Ada yang menggunakan akaun palsu di Twitter yang menyamar sebagai ahli keluarga salah seorang penumpang MH370 yang hilang. Ada juga yang mengaibkan. Justeru, dirasakan ia perlu diberhentikan segera.
Berdoalah kita agar ia dapat diselesaikan dengan segera.
Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai kaedah dalam mengenal pasti dan menjejaki pemilik akaun palsu dalam media sosial ini? Berapakah jumlah kes jenayah siber yang telah disiasat melibatkan penggunaan akaun palsu dalam media? Kenapakah tindakan penguatkuasaan undang-undang begitu slow terhadap penyalahgunaan penggunaan media sosial di negara ini? Apakah masalahnya agensi penguat kuasa kurang atau kurang bertaring khususnya dalam penyalahgunaan media sosial yang membangkitkan isu-isu agama perkauman yang membawa kepada pertelagahan? Terima kasih.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya ada beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sipitang telah pun saya menjawab. Sebagai penambahan, untuk makluman Yang Berhormat, untuk kes yang melibatkan MH370, pihak Suruhanjaya Komunikasi telah menerima lebih kurang lima aduan setakat ini yang mana seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, memang betul. Ada terdapat beberapa remaja yang telah menyalahgunakan dengan mengadakan akaun Facebook yang palsu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, secara dasarnya response time ataupun tempoh yang diambil biasanya antara tiga hingga tujuh hari selepas aduan diterima. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang memerlukan response time, dengan izin yang lebih lama bergantung kepada tahap kerumitan kes tersebut. Sebagai contoh untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi kes yang melibatkan data yang berpangkalan di luar negara, pihak kementerian melalui SKMM harus memohon kepada pemilik data seperti Facebook ataupun Google untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum sesuatu siasatan akan diambil. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ini soal jawab Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah dasar terbuka terhadap media sosial akan terjamin dan bagaimana pihak berkuasa dapat mengendalikan para pesalah guna kuasa yang datang dari seberang laut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, boleh belajar dari Yang Berhormat Kepong macam mana hendak tanya soalan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ringkas, padat.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pendirian dan jaminan yang diberikan menerusi MSC’s Bill of Guarantees, dengan izin dan peruntukan subseksyen 3 Akta Komunikasi Multimedia, memang tidak ada penapisan internet. Akan tetapi, ia tidak membolehkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya menulis apa-apa kritikan dan komen- komen di laman sesawang. Seperti yang saya maklumkan tadi, pihak kementerian bersama dengan agensi-agensi yang lain biasanya akan bekerjasama bagi menangani isu-isu yang biasanya ditimbulkan di laman sesawang. Jadi saya percaya dari pihak kita sendiri, kita memang tidak memandang ringan tentang isu-isu ini cuma seperti yang saya dimaklumkan tadi bahawa kebanyakan proses ini akan melalui beberapa proses yang kita sedia maklum iaitu kadangkala berpangkalan di luar negara yang memerlukan pertolongan daripada agensi di luar negara tersebut. Terima kasih.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada laporan The Star untuk 15 Februari yang lalu di bawah tajuk Criminals Targeting Cyberspace. Statistik telah dikeluarkan oleh pihak polis. Kes-kes penipuan e-commerce telah meningkat kira-kira sekali ganda daripada 238 kes pada tahun 2012 kepada 509 kes pada tahun 2013.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Jadi kebimbangan saya bukan hanya tertumpu kepada soal perniagaan itu tetapi berkembangnya jenayah siber yang mungkin juga boleh menyerang sistem pertahanan negara seperti pernah berlaku dalam isu Titan Rain di Amerika Syarikat pada tahun 2003, Estonian Cyberwar di Eropah pada tahun 2007. Jadi saya bimbang nanti dia boleh menyerang sistem pertahanan dan juga keselamatan negara. Mungkin dalam misteri MH370. Boleh mengganggu radar pengesan dan seumpamanya.
Jadi apakah perkembangan terkini yang saya hendak tanya tentang sekretariat perkongsian multilateral antarabangsa untuk menentang keganasan siber yang pernah ditubuhkan di Cyberjaya pada tahun 2008 kalau tidak silap saya. Impak yang saya difahamkan telah diluluskan peruntukan peruntukkan geran sebanyak USD13 juta. Jadi apakah perkembangannya, fungsinya dan kejayaannya terhadap sekretariat ini.
Wallahualam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau tidak ada maklumat, boleh beri jawapan bertulis. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab secara bertulis sebab saya tidak ada maklumat setakat ini. Sekian, terima kasih.
4. Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan, status terkini kelengkapan kapal/bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan keselamatan perairan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, Dua tiga kucing berlari; Mana nak sama si kucing belang; Dua tiga boleh ku cari; Mana nak sama kawan ku seorang. Saya tidak tahu buat pantun. Itu yang saya tahu. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, inventori aset operasi APMM memiliki 71 buah kapal iaitu 11 kelas kapal dan 162 buah bot. Lapan kelas bot. Bagi aset operasi udara pula, APMM memiliki enam buah helikopter iaitu tiga buah AW139 dan tiga buah Dauphin AS365 dan dua buah pesawat amfibia iaitu Bombardier CL-415.
Konsep operasi APMM dilaksanakan secara 24/7 dengan penugasan meliputi a zone adalah seperti berikut:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
| WILAYAH | BILANGAN VESSEL |
|---|---|
| Utara | 8 |
| Selatan | 7 |
| Timur | 7 |
| Sarawak | 6 |
| Sabah | 14 |
| JUMLAH | 42 |
Bagi aset operasi udara pula, empat helikopter iaitu dua buah AW139 dan dua buah Dauphin AS365 dan dua buah pesawat amfibia sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga dan boleh diterbangkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan selain daripada penugasan untuk pengawasan dan latihan. Dalam usaha APMM meningkatkan kesiagaan dan operasi, agensi ini terpaksa menghadapi kekangan beroperasi di laut kerana banyak aset operasi laut yang berusia dan usang mengakibatkan kerosakan sering berlaku.
Kerosakan kapal semasa beroperasi di laut mengakibatkan hubungan komunikasi terputus dan ia turut membahayakan anggota sekiranya berlaku litar pintas ataupun kebocoran pada kapal.
Sebanyak 50 buah kapal APMM telah berusia lebih 30 tahun iaitu 62.5% daripada keseluruhan aset yang dimiliki. Bahkan, 15 buah kapal daripada Kelas Sipadan yang diwarisi daripada TLDM telah berusia 50 tahun yang mana tujuh buah perlu dilupuskan pada tahun ini, manakala sembilan buah kapal Kelas PX, wooden hard daripada pasukan Polis Marin berusia 44 tahun telah dilupuskan pada tahun 2013. APMM akan berusaha untuk mendapatkan kapal baru melalui Program Pelan Penggantian Kapal dan diharap dapat disediakan peruntukan agar agensi ini dapat beroperasi dengan berkesan demi memastikan zon maritim Malaysia sentiasa aman dan selamat. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya rasa soalan saya itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi keselamatan samudera raya kita di mana kalau mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengakui bahawa hampir 51 buah bot atau kapal itu yang berumur lebih daripada had tempoh.
Jadi walaupun saya rasa dalam Laporan Audit 2011/2012 telah beberapa kali highlightkan benda ini sedangkan Maritim ini adalah kumpulan daripada lapan agensi yang menjaga lebih kurang 614,000 kilometer persegi lautan kita. Jadi saya minta kepada kerajaan supaya diambil segera tindakan ini khususnya dalam berhadapan dengan piracy, rompakan di laut yang mana saya minta dalam soalan tambahan saya ini adakah statistik yang menunjukkan kurangnya atau tambahnya kejadian rompakan di laut termasuklah isu hari ini iaitu MH370. Kalaulah disebut bahawa kita mempunyai bot yang agak bermasalah penyelenggaraannya dan sebagainya, bagaimanakah search and rescue operation yang hendak dilakukan itu dapat betul-betul berkesan untuk mencari mangsa-mangsa.
Saya juga ini mencadangkan adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju soalan saya yang akhir iaitu hari ini search and rescue team ini diketuai oleh Pengarah DCA dan jawapan yang diberi serta maklumatnya huru-hara dan kelam kabut. Setujukah kalau Perdana Menteri kita sendiri yang lead search and rescue (SAR) ini supaya maklumat tidak kelam kabut dan kita dapat sumber yang tepat daripada mulutnya.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih diatas sokongan padu daripada Yang Berhormat dan kita berharap semua pihak akan memberi sokongan yang padu dalam penggantian bot yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, walaupun dalam keadaan demikian rupa, kita tahu bahawa walaupun bot yang berumur 30 tahun dikira agak berumur tetapi kita mampu mengendalikan bot yang berumur 50 tahun. Mungkin melalui maintenance dan lain- lain lagi membolehkan bot itu masih boleh beroperasi. Macam manusia juga yang masih boleh beroperasi setelah 70 tahun atau 80 tahun dan sebagainya.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah tangkapan bagi tahun 2014 iaitu baru- baru ini, terdapat 121 kes tangkapan dari pelbagai kesalahan, lapan kes pencerobohan bot nelayan asing, empat bot Vietnam, dua bot Indonesia dan dua bot Thailand dan tidak ada kes rompakan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, berhubung dengan SAR ataupun search and rescue untuk MH370, APMM adalah merupakan agensi yang pertama sampai di tempat kejadian oleh kerana kita memang beroperasi di kawasan berkenaan dan kita telah menggerakkan aset kita untuk sampai ke tempat tersebut lebih awal. Sumbangan agensi APMM dalam mencari dan menyelamat MH370 ialah seperti berikut:
(i) Sektor Laut China Selatan, APMM telah melaksanakan SAR seluas 200 batu nautika radius dari titik datum iaitu last norm air craft position yang melibatkan lima aset laut dan tiga pesawat udara;
(ii) Sektor Selat Melaka, APMM telah melaksanakan operasi SAR seluas 70 batu nautika persegi dari Pulau Jarak yang melibatkan enam buah aset laut dan satu pesawat udara; dan
(iii) Sektor Pulau Kapas. Ini berdasarkan laporan polis daripada seorang petani. APMM telah melaksanakan operasi SAR merangkumi kawasan seluas 60 batu nautika persegi dari Pulau Kapas titik datum menggunakan empat aset laut dan juga sebuah pesawat udara.
Kita juga mendapat beberapa maklumat terkini. Ini saya tidak boleh maklumkan bagi pihak kementerian yang lain sebab ini telah diselaraskan melalui DCA. Akan tetapi saya hendak maklumkan beberapa maklumat yang kita dapat, kita maklumkan kepada bilik gerakan dan hari ini kita akan bergerak ke kawasan di Selatan Thailand dan juga di kawasan Pulau Andaman termasuk juga - Banjaran Titiwangsa.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Jadi walau bagaimanapun, saya hendak beritahu tentang search and rescue bagi MH370, usaha telah dibuat dengan begitu hebat. Terutamanya bila negara-negara lain juga sama-sama membantu kita termasuk dari Singapura, Vietnam, China, USA, Taiwan dan juga Australia. Jadi kita semua hendaklah berdoa semoga Allah SWT memudahkan usaha- usaha kita. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu maritim ini bukan setakat isu kapal ini tetapi isu prasarana. Bila berlaku isu kapal terbang MH370, maka semua orang celik mata tentang kepentingan prasarana terutamanya di kawasan Laut China Selatan. Saya dapat makluman bahawa, kalau kapal perang rosak di perairan Laut China Selatan, terpaksa ditunda hingga sampai ke Lumut melalui perairan Singapura. Ini kerana tidak ada satu pusat maritim yang betul-betul berfungsi dengan baik dengan kelengkapan yang cukup di sebelah daripada Terengganu hingga ke Johor atau daripada Kelantan hingga ke Johor.
Isu persoalan saya ialah, adakah kerajaan mempunyai hasrat, merancang lebih jauh untuk mewujudkan prasarana yang lengkap bagi maritim di sebelah Laut China Selatan. Sedangkan makluman yang saya dapat, ada satu syarikat yang telah menghantar paper, apply grant RM70 juta kepada Kerajaan Pusat diluluskan, tetapi Kerajaan Negeri Terengganu membantah. Sedangkan prasarana di bandar Kuala Terengganu dengan penambakan laut, muara dan sebagainya yang telah mencecah ratusan juta ringgit dibelanjakan, tetapi akhirnya gagal untuk dijadikan paling kurang tempat yang menyediakan prasarana lengkap bagi maritim. Itu soalan saya. Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya kapal- kapal kita bukan kapal perang. Kapal kita adalah kapal yang menjaga keselamatan, dan kelengkapan ialah kelengkapan untuk tujuan tersebut. Akan tetapi kapal-kapal yang menjaga kedaulatan negara, TLDM akan menyediakan kelengkapan perang. Walaupun begitu kita menyediakan senjata ringan dan sebagainya, ini adalah lebih kepada untuk tujuan keselamatan.
Berhubung dengan prasarana. Pertama sekali kita akan tingkatkan aset kita.
Berhubung dengan operasi kita di Tok Bali Kelantan ianya akan diperbesarkan. Sesetengah
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
tempat APMM terpaksa sewa, sewa daripada individu dan sebagainya. Apa yang penting APMM telah berjaya untuk memulakan operasi. Jadi contohnya di Kelantan iaitu Tok Bali, perbaiki demikian juga di Kuantan Tanjung Gelang dan Johor di Pulau Sedili.
Berhubung dengan Tentera Laut, Menteri yang berkenaan boleh jawab secara bertulis. APMM akan berusaha untuk mengendalikan operasi dan juga penyelenggaraan di tempat sendiri. Perkara ini dirancang, dan dibincangkan tiap-tiap hari sebab kita tahu bahawa kapal-kapal kita, sebahagiannya telah berusia lewat itu, sering rosak tetapi harus terus beroperasi. Kekangan yang ada, tidak menghalang kita untuk mencapai matlamat iaitu operasi menjaga keselamatan negara.
Lain-lain yang Yang Berhormat tanya tadi, saya boleh jawab secara bertulis.
5. Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin] minta Perdana
Menteri menyatakan, peranan yang dimainkan oleh Koridor Pantai Timur (ECER)
(a) dari segi membawa pelaburan dan mewujudkan pelbagai industri di kawasan luar bandar seperti di Rompin; dan
(b) dalam membantu belia-belia setempat menjawat pelbagai pekerjaan lanjutan daripada pelaburan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Untuk makluman Yang Berhormat, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ini meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, ECER ini telah menarik pelaburan berjumlah RM57.68 bilion dan melibatkan peluang pekerjaan kepada 55,000 orang.
Khusus kepada kawasan Yang Berhormat Rompin, ia tersenarai dalam kawasan tumpuan pembangunan Mersing-Rompin, di mana aktiviti-aktiviti pelaburan adalah berdasarkan kepada sektor pertanian, perindustrian, dan juga program pembangunan modal insan.
Ada dua projek terkini sedang dilaksanakan di Rompin. Pertamanya ialah Projek Pembangunan Ladang Bersepadu Nanas Rompin berkeluasan 1,500 ekar di Kampung Tanam, di mana satu syarikat induk untuk projek ini telah pun dilantik pada 6 Mac baru-baru ini dengan komitmen program sebanyak RM45.6 juta. Jangkaan jumlah pengeluaran adalah sebanyak 70,000 tan metrik setahun buah nanas yang segar jenis MD2. Kedua ialah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu melibatkan kawasan seluas 600 ekar di Muadzam Shah.
Ini di mana satu syarikat induk bagi menjalankan proses ini dijangka akan dilantik pada bulan Mei 2014 maknanya dua bulan lagi. Ini melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM12 juta. Projek ini apabila beroperasi sepenuhnya pada suku tahun kedua tahun 2015, dianggarkan akan mempunyai sebanyak 1,200 ekor lembu tenusu yang akan diternak dengan jangkaan pengeluaran susu sebulan sebanyak 302,400 liter.
Selain daripada itu, ECER juga mempromosikan kawasan perindustrian Muadzam Shah yang terletak di Daerah Rompin sebagai sebuah destinasi pelaburan bagi sektor pembuatan. Kawasan ini mempunyai potensi untuk dimajukan memandangkan ianya telah dilengkapi dengan infrastruktur asas mengikut keperluan semasa industri.
Dari segi penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat pula projek- projek yang dilaksanakan seperti ladang nanas tersebut telah mengambil seramai 50 Orang Asli tempatan untuk bekerja dengan syarikat induk terutamanya di dalam aktiviti pembinaan, perladangan serta perkeranian. Jumlah pekerja dari kalangan Orang Asli ini dijangka meningkat apabila ladang beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2015.
Bagi projek lembu tenusu tersebut pula, ia dijangka menyediakan 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang tahun 2020 dalam bidang profesional, teknikal, penyeliaan dan juga pengurusan ladang.
ECER juga melaksanakan program Empower ECER yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar bagi memenuhi keperluan pembangunan di ECER iaitu Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang akan dimulakan bulan depan, yang melibatkan 400 orang peserta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Program ini terbuka kepada semua penduduk yang berkelayakan bagi meningkatkan pendapatan melalui pendapat pekerjaan ataupun menjadi usahawan. Terima kasih.
Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Seputeh duduk bandar, jangan kacau. Ini luar bandar punya cerita.
Saya hendak beri tahniah kepada kerajaan kerana membina agensi-agensi pembangunan wilayah yang banyak. Ditambah yang baru dengan koridor utara, timur, barat. Dan KPI-KPInya, syabaslah dari segi pelaburannya- berbilion, jumlah pekerjaannya.
Akan tetapi saya hendak bawa satu isu yang membimbangkan, bahawa semua agensi ini masih lagi membuat, membawa pelaburan atau mewujud peluang pekerjaan masih lagi di bandar-bandar, sama ada di bandar besar, bandar kecil. Akan tetapi sekarang kita lihat tekanan dari segi sara hidup adalah di bandar-bandar. Akan tetapi yang penting sekarang tekanan hidup di bandar.
Untuk itu saya nampak bahawa, agensi pertumbuhan dan membangun pelaburan ini mesti melihat kembali bahawa sekarang elok mereka membuatkan satu dasar membawa industri ke luar- luar bandar. Bila kita KPI pelaburan, KPI peluang pekerjaan, jangan KPI kepada kawasan-kawasan yang bandar seperti Bandar Kuantan, Terengganu, Kota Bharu tetapi KPI pelaburan untuk luar bandar. KPI kepada peluang pekerjaan di luar bandar kerana anak muda yang saban hari yang sekarang keluar ke universiti atau kolej, mereka sekarang mahu kembali ke kampung mereka untuk bekerja. Akan tetapi peluang pekerjaan tidak ada di kampung mereka seperti di kawasan Rompin.
Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis - Rompin
Untuk itu, mengapa tidak agensi-agensi wilayah ini membuat satu anjakan bahawa mungkin dari segi insentifnya bagaimana membawa industri ini di kawasan luar bandar. Itu sepatutnya tujuan badan-badan baru ini kerana kawasan-kawasan pembangunan industri sentiasa, mereka ada insentif tertentu. Adakah kerajaan hendak melihat kembali, mencari insentif-insentif tertentu untuk kawasan-kawasan luar bandar bukan sahaja Rompin, banyak kawasan luar bandar yang lain yang mana anak muda mahukan peluang pekerjaan daripada mereka berhijrah ke bandar.
Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Terima kasih Yang Berhormat Rompin dan terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Memang kita hendak pastikan bahawa kita mendapat satu pembangunan yang menyeluruh dan tidak meminggirkan kawasan luar bandar. Jadi sebab itulah kita fokuskan juga kepada kawasan-kawasan seperti Rompin.
Cuma pendekatan kita selama ini adalah untuk memastikan apa juga aktiviti yang kita laksanakan ataupun kongsikan adalah berdasarkan kepada value proposition, dengan izin tempat-tempat tersebut dan mengambil kira infrastruktur dan natural resources yang ada di situ dengan izin.
Jadi untuk kawasan Rompin sebagai contohnya, selain daripada projek perikanan yang disebutkan tadi, Rompin merupakan satu kawasan yang boleh dimajukan untuk aktiviti pelancongan seperti di kawasan hutan Endau-Rompin dan juga Pulau Tioman yang dalam kawasan Rompin. Ini termasuklah untuk mempertingkatkan infrastruktur yang ada. Untuk peluang industri, kita sedar boleh dipertingkatkan lagi. Jadi itu kita akan melihat di mana juga kawasan yang boleh dibangunkan dan menarik industri akan dibawa kepada kawasan luar bandar seperti yang disarankan. Terima kasih.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjawab dan Yang Berhormat Rompin yang membuka ruang untuk ECER ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ECER – Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini adalah satu projek yang memang baik untuk menambahkan pelaburan terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur termasuklah Kelantan, masih lagi di dalam Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu mengenai perancangan ECER ini untuk mempertingkatkan pelaburan ataupun memulakan pelaburan di satu-satu kawasan di dalam kawasan ECER ini. Salah satu daripada elemen penting ataupun satu catalyst kepada pembangunan pelaburan ini adalah pembinaan lebuh raya. Jadi dalam konteks ECER ini, Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Saya ingin tahu daripada pihak Kerajaan Persekutuan,
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
sejauh mana perkembangan pembinaan LPT fasa ketiga iaitu daripada Besut ke sempadan Thailand melalui Kota Bharu dan juga Tumpat dalam perancangan kerajaan sedangkan daripada rekod saya yang saya ada, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya pada 4 Disember 2005, pada masa itu Yang Berhormat Datuk Seri Samy Vellu menjanjikan fasa ketiga ini akan bermula secepat mungkin pada masa itu. Akan tetapi sampai sekarang ini, pembinaan LPT sambungan ini, fasa tiga ini masih belum berjalan.
Walaupun ECER bukan agensi yang bertanggungjawab tetapi saya kira ECER boleh memberi strong recommendation, dengan izin kepada kementerian berkenaan atau Kerajaan Pusat untuk mempercepatkan pembinaan ini dan juga pelaburan secara umumnya. Terima kasih.
Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, untuk kita menjalankan aktiviti kita di wilayah tersebut, kita memerlukan kerjasama yang penuh daripada kerajaan-kerajaan negeri dan untuk itu kalau kita dapat lebih kerjasama yang baik, kita dapatlah membangunkan. Untuk di negeri Kelantan, kita sedang membangunkan pelabuhan Tok Bali dan ini akan dipertingkatkan lagi. Untuk projek Lebuhraya Pantai Timur itu, minta maaf saya tidak ada maklumat itu, saya akan minta rakan saya Menteri Kerja Raya untuk memberikan maklumat kemudian. Terima kasih.
6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan keberkesanan Rural Business Challenge (RBC) dan Program Desa Lestari setakat ini dalam membangunkan ekonomi luar bandar, termasuk bilangan penduduk luar bandar yang dimanfaatkan dan peningkatan ekonomi sejak pelaksanaan program-program tersebut.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tujuan kita menganjurkan Rural Business Challenge, dengan izin ialah untuk menjana peluang pekerjaan dan perniagaan di kalangan masyarakat dan juga kawasan luar bandar. Secara keseluruhan, kesemua 11 pemenang RBC 2012 berjaya mewujudkan hampir 400 peluang pekerjaan baru sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dan lebih separuh daripada jumlah ini merupakan belia di kawasan setempat dengan pendapatan bulanan dari RM700 sehingga RM2,500 sebulan.
Dalam masa yang sama, lebih 50 usahawan baru dari bidang yang pelbagai telah pun memulakan perniagaan masing-masing dalam tempoh masa setahun.
Selain itu, pembekal-pembekal barangan dan perkhidmatan kepada pemenang RBC turut mendapat limpahan manfaat daripada program ini dalam melengkapkan rantaian perbekalan ataupun supply chain bagi industri yang terlibat. Kebanyakan pembekal tersebut merupakan syarikat-syarikat tempatan yang menerima peluang perniagaan secara tidak langsung daripada program RBC ini. Antara lain produk-produk keluaran pemenang- pemenang RBC dapat dipasarkan dengan lebih meluas di pasaran dalam negara atau juga dieksport ke luar negara berikutan permintaan yang baik secara kemampuan pengeluaran produk-produk itu.
Sehingga kini, seramai 3,855 usahawan belia dari luar bandar telah menjalani kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang memberikan pelbagai latihan dan juga pendedahan kepada mereka. Berhubung kait dengan Program Desa Lestari adalah merupakan salah satu transformasi baru dalam pelaksanaan program ekonomi di luar bandar yang mana kampung-kampung yang terpilih perlu melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkomuniti melalui platform koperasi. Di antara projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti projek ternakan lebah kelulut yang merupakan salah satu projek ikon KKLW yang berpotensi tinggi bagi menjana pendapatan produk luar bandar.
Projek ini bercirikan pulangan cepat ataupun quick win, kos rendah ataupun low cost yang berimpak tinggi seperti yang dihasratkan dalam GTP.
Melalui projek ini, sebanyak 22 buah kampung yang terlibat menerima manfaat dengan anggaran pendapatan tahunan kepada koperasi sebanyak RM100 ribu setahun bagi minimum 100 sarang koloni lebah kelulut yang diusahakan di mana hasil keuntungan tersebut akan dinikmati oleh penduduk kampung melalui agihan dividen oleh pihak koperasi. Bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan desa di kampung-kampung Desa Lestari, KKLW turut menyediakan kemudahan untuk menarik taraf dan membina prasarana- prasarana pelancongan sedia ada kepada 14 buah kampung yang berdaftar di Kementerian
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Pelancongan termasuklah pembinaan chalet, pembelian kenderaan, naik taraf landskap kampung, pembelian kostum bagi aktiviti seni, alat muzik tradisional dan permainan tradisional.
Dengan pelaksanaan program ini, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan rantaian peluang pekerjaan malahan turut meningkatkan pendapatan kepada penduduk kampung terutamanya kepada golongan wanita dan belia yang di bawah kendalian koperasi kampung. Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Parit 7, Sekinchan Selangor, Kampung Batu Putih, Kinabatangan Sabah dan Kampung Lonek Jempol, Negeri Sembilan serta dianggarkan mampu mencapai purata perolehan kepada koperasi antara RM100 ribu hingga RM800 ribu setahun. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat maklumat lebih lanjut lagi bagaimana kriteria memilih kampung-kampung. Apa dia yang membuatkan kementerian memilih satu kampung berbanding dengan kampung yang lain. Bagaimanakah penyertaan, kalau sekiranya kampung itu ingin turut serta. Adakah boleh kampung itu membawa proposal kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Contohnya di Kuantan. Di Kuantan seperti Yang Berhormat Rompin kata ini bandar tetapi dalam kawasan Parlimen Kuantan itu ada beberapa kampung di sempadan dengan Pekan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Mereka ini seolah-olah terlalu jauh dari bandar Kuantan sedangkan mereka ini dalam 30 kilometer sahaja dari bandar. Saya lihat langsung tidak ada pembangunan.
Bukanlah langsung tidak ada pembangunan, maksudnya seolah-olah terlalu jauh dari bandar. Mereka pergi ke sekolah di Pekan, mereka berinteraksi, pergi pasar di Pekan sebab dia dekat boundary. Akan tetapi oleh kerana ia dalam kawasan Parlimen Kuantan, jadi the divide antara penduduk di bandar dan di kampung tersebut seperti Kampung Ubai, Kampung Cherok Paloh ini terlalu besar jurangnya.
Jadi Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, bolehkah kalau mana-mana Ahli Parlimen membawa cadangan kepada kementerian untuk membawa projek-projek Desa Lestari ini kepada kementerian supaya kita boleh bincang sama-sama bagaimana kita hendak membangunkan kampung-kampung tersebut? Atau kementerian pilih sendiri atau pun kementerian pilih yang mana kroni kah? Ini yang saya hendak tanya betul-betul...
[Dewan riuh]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Saya hendak tanya betul-betul kepada Yang Berhormat Menteri, saya hendak dengar daripada Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri atau kementerian boleh memberi ruang dan peluang kepada Ahli-ahli Parlimen ataupun kawasan-kawasan Parlimen yang diwakili oleh pembangkang? Terima kasih.
Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ini sangkaan jahat ini. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuantan yang membangkitkan apakah sebenarnya kriteria yang diperlukan untuk kita menyenaraikan kampung-kampung ini sebahagian daripada kampung yang boleh menyertai Program Desa Lestari.
Ada beberapa kriteria yang kita tekankan. Pertama, daripada sudut contohnya kampung-kampung ini tersenarai yang dahulu penerima daripada Kampung Anugerah Desa Cemerlang contohnya dan juga Desa Komuniti Lestari. Di antara kampung-kampung yang kita sudah kenal pasti ada keupayaan mereka untuk kita tingkatkan daripada kampung yang mungkin taraf dari segi pembangunannya dan peluang perniagaan atau pekerjaannya tidak seberapa, jadi untuk memungkinkan supaya kampung ini dapat kita lonjakkan, kita ada tempias. Dia bukan hanya dari segi belia-belia yang ada di situ bahkan juga pembangunan, kemajuan, the spill over dengan izin, dari segi perniagaan yang ada dapat kita tingkatkan.
Di samping itu juga ia mempunyai sekurang-kurangnya 30% contohnya. Itu beberapa kriteria. Ada beberapa kriteria yang kita letakkan untuk memungkinkan dia boleh dikenal pasti sebagai kampung yang akan disenaraikan untuk menyertai Desa Lestari ini.
Contohnya 30% daripada belia-belia ini berkecimpung yang kita katakan produktif belia. Ini kita jana supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin itu supaya tidak beralih. Penghijrahan belia-belia yang produktif ini dari luar bandar tidak berlaku, masih kekal di peringkat di luar bandar. Ini kerana kita yakin bahawa kemudahan dan resources dengan izin, di peringkat luar bandar ini tidak lagi kita exploit semaksimum mungkin, bukan hanya dari segi raw material yang ada, potensi yang ada, malahan juga tenaga pekerja yang ada. Jadi untuk mengelakkan supaya penghijrahan ini, maka kita kenal pasti itu di antara kriteria-kriteria yang kita letakkan.
Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Di samping itu, kita tidak ada kroni dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, hendak memilih kerana ini kampung. Semua kampung. Kalau kroni ada, maka dengan itu Kelantan kita sudah tinggalkan. Malahan di antara negeri yang saya beri perhatian ialah negeri Kelantan dari segi peruntukan, kemajuan, termasuk Jambatan Pulau Pinang pun. Bukanlah kerajaan ini zalim, bukanlah kerajaan ini ada kroni. Jambatan kita berbelanja berbilion ringgit. Yang sokong Barisan Nasional pun tidak dapat berbilion ringgit seperti Pulau Pinang pun. Tidak ada kezalimannya. Jangan sedap kata, hendak menuduh, hendak menuding jari kepada mana-mana pihak. Kita mengukur dengan kebenaran, bukan hanya dengan ucapan, bukan dengan isunya.
Maka dengan itu saya katakan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan, Yang Berhormat, terbuka. Pejabat saya tidak ada. Kalau perlu hendak kemukakan asalkan dia termaktub dan seperti yang saya katakan, senarai itu membolehkan mereka memenuhi syarat-syarat untuk kita senaraikan, tidak menjadi masalah sama ada dari Kuantan kah, Kelantan kah, Perak kah, insya-Allah selaku Menteri yang bertanggungjawab, saya akan beri ruang untuk membolehkan senarai ini kita dapat lakukan. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Program Desa Lestari dan program Rural Business Challenge (RBC) merupakan program yang amat memberangsangkan dan memberi impak yang positif terhadap pembangunan luar bandar. Persoalannya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah bilangan program yang telah kita jalankan dan adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan program ini terutamanya pada kawasan-kawasan Parlimen yang masih lagi belum ada khususnya seperti di kawasan Parlimen Jerantut serta Kuala Krau dan juga Kuala Lipis? Terima kasih.
Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat membangkitkan. Sebenarnya memang niat kerajaan untuk memperluaskan kegiatan ini sampai ke peringkat luar bandar. Ini yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita mempertingkatkan kegiatan bukan hanya pembangunan dari segi physical development dengan izin, bina jalan, buat lampu dan bekalan air. Sudah sampai ketikanya kita perlu padatkan luar bandar dengan kegiatan ekonomi yang ada untuk memungkinkan supaya masyarakat luar bandar dan juga belia-belia luar bandar tidak berhijrah dari luar bandar ke dalam bandar.
Maka dengan itu, pelbagai program yang kita lakukan. Contohnya, dalam usaha kita untuk membangkitkan dalam bidang keusahawanan, Rural Business Challenge yang kita wujudkan disepadukan dengan Desa Lestari ini. Contohnya dalam konsep Desa Lestari ini, di Kinabatangan satu tempat di mana koperasi yang berfungsi di situ dan manfaatnya dalam homestay contohnya kepada masyarakat di situ dan dia berhubung, kita akses sampai ke luar negara. Ada pelancong yang datang dari luar negara dan menginap di situ beberapa hari. Ini kegiatan-kegiatan yang bukan hanya dari segi pelancongan. Kegiatan menternak telur asin di Perak, berbagai-bagai kegiatan yang kita yakin mempunyai potensi bukan hanya dari segi pulangan perniagaan bahkan juga dari segi pekerjaan kepada belia- belia kita di peringkat luar bandar. Terima kasih.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang. Saya tertarik dengan Program Desa Lestari ini sebab kampung saya adalah salah satu yang mendapat manfaat serta kelebihan daripada program ini yang mana saya difahamkan bukan mudah untuk mendapat program ini kerana salah satu aspek yang perlu dipenuhi adalah mesti mendapat kriteria ataupun mendapat anugerah di peringkat negeri ataupun di peringkat... Saya mendapatnya kerana anugerah peringkat belia. Kami pernah memenangi Anugerah Belia di peringkat negeri Melaka.
Soalan saya, apakah pemantauan yang boleh kementerian lakukan supaya RM4 juta yang diberikan kepada kampung-kampung yang terlibat ini dapat dimanfaatkan dalam jangka masa panjang agar belia-belia yang diberikan bantuan ataupun diberikan pendedahan dalam Program Kelulut dan sebagainya, mereka ini tidak terbiar begitu sahaja?
Keduanya, adakah 40 kampung awal yang diberi program ini akan dijadikan sebagai kampung angkat ataupun diberikan fokus penumpuan untuk mereka dijadikan sebagai ikon kepada kampung-kampung lain pada masa yang akan datang? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat dari Masjid Tanah. Pertamanya memang kita akui dan saya setuju bahawa kampung-kampung yang telah memenangi anugerah ini, maka kita akan letakkan sebagai ikon, menjadi pencetus semangat dan initiative dengan izin, kampung-kampung yang lain.
Dalam sudut pemantauan yang kita lakukan, pelbagai landasan yang kita guna pakai membabitkan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain dan termasuk juga pihak swasta contohnya dari segi pengagihan kewangan yang ada, pembelian peralatan yang kita hendak pastikan supaya peralatan itu bersesuaian, bertepatan dengan keperluan apa bidang kampung-kampung yang dikehendaki supaya boleh memajukan.
Bukan kita hendak lakukan. Banyak pengalaman kita daripada dahulu. Bantuan RM4 juta, bantuan berbelas juta ringgit yang kita salurkan kepada masyarakat di peringkat luar bandar. Kita hendak pastikan supaya...
Pada setiap bulan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar memantau perkembangan, kemajuan apa sudahnya dari segi peluang pekerjaan, pulangan pendapatan yang diperolehi oleh kampung-kampung ini sama ada, ada peningkatan atau pun tidak. Kalau sekiranya ada sedikit kegagalan, maka jawatankuasa ini akan memastikan... Kita akan pantau dan membantu mereka bukan setakat when there is a failure dengan izin, selepas itu kita close the door, tidak. Kita tidak akan tutup untuk memastikan supaya ada ruang bagi mereka untuk mempertingkatkan kesalahan atau kesilapan yang mereka lakukan supaya ianya tidak akan melencong dari segi bantuan yang kita lakukan kerana niat kita untuk memastikan supaya pembangunan kampung-kampung ini dapat kita tingkatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
7. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:
(a) apakah tindakan kementerian bagi menggalakkan golongan pelajar sekolah, mahasiswa IPTA/IPTS atau individu berbakat untuk pembangunan perisian telefon pintar untuk android atau IOS memandangkan industri ini mampu memberi pendapatan kepada negara dan menjanakan pendapatan individu; dan
(b) apakah bentuk dana yang dirancang oleh kementerian bagi menjayakan cadangan ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sibuti yang menanyakan soalan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui agensi di bawahnya seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Multimedia Development Corporation (MDeC) telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penglibatan golongan pelajar sekolah, mahasiswa IPTA ataupun IPTS ataupun individu dalam pembangunan perisian telefon pintar untuk Android dan IOS.
Di bawah agensi MDeC antaranya adalah program dengan izin, integrated content development program ataupun ICONapps. Program ini diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyasarkan individu termasuk golongan pelajar untuk membangunkan perisian dan kandungan untuk platform telefon pintar seperti IOS, Android dan BlackBerry. Terkini untuk platform Windows Phone 8.
Program ini menawarkan bantuan kewangan yang merangkumi yuran latihan, pembelian perisian pembangunan, pembelian kit, pembangunan perisian pihak ketiga, program pementoran, serta yuran dengan izin, online placement untuk perisian yang telah dibangunkan di Apple Store, BlackBerry App World, Google Play, Windows Store dan Android Market dan lain-lain platform pembelian perisian kandungan telefon pintar secara dalam talian.
Selain daripada itu, pihak kerajaan melalui SKMM juga turut menyediakan insentif geran kandungan dan aplikasi yang kreatif dan inovatif (MAGICA) yang merupakan geran untuk para pelajar IPT menghasilkan projek-projek berkaitan kandungan dan aplikasi mudah alih untuk platform Android dan IOS yang berkualiti dan berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Galakan mengenai pembangunan kandungan juga turut dibuat menerusi pertandingan dan bengkel-bengkel dan juga seminar mengenai peluang pembangunan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari
kandungan. Buat masa ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan dana baru memandangkan dana yang sedia ada telah banyak membantu sektor industri pembangunan kandungan terutamanya dalam aspek pembangunan kemahiran dan peningkatan jumlah kandungan. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua atas jawapan yang diberi, jelas dan terang.
Ulasan seperti yang kita ketahui negara Amerika Syarikat, Hong Kong, Australia dan lain- lain mempunyai aplikasi-aplikasi apps dan penggunaan oleh mereka menerusi agensi kerajaan yang sesuai dengan keadaan semasa di dunia pada hari ini. Maka kita hendak tahu bagaimanakah harapan belia kita? Apakah mekanisme yang sedia ada untuk memasarkan produk-produk yang telah dibangunkan oleh golongan ini dan dipasarkan di tempatan dan pasaran dunia? Apakah pengiktirafan yang bakal diterima oleh mereka jika berjaya memasarkan produk mereka ini? Sekian, terima kasih.
Dato' Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga di bawah program ICONapps antara pencapaian utama yang telah kita lakukan ialah di mana kita telah menyediakan khidmat latihan kepada 488 individu yang menyertai program ini. 100 perisian di bawah platform IOS, 38 perisian di bawah platform Android, 178 perisian di bawah platform Windows Phone 8 dan 108 di bawah perisian BlackBerry. Di bawah program ICON ini juga untuk makluman Yang Berhormat, ada beberapa perisian yang telah berjaya dipasarkan seperti Chinese Zombie War 2 di bawah IOS, Talkie Walkie, The Dinosaurs dan sebagainya. Pada masa yang sama untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak kementerian melalui juga dengan pihak-pihak industri, kita telah mengadakan program seperti Hackathon iaitu program kerjasama dengan penyiar syarikat telco dan juga agensi kerajaan, di mana menawarkan dermasiswa untuk melanjutkan pelajaran diploma vokasional ataupun sijil selama enam bulan dalam bidang animasi 2D, 3D dan kesan visual.
Setiap pelajar diwajibkan membangunkan sekurang-kurangnya satu harta intelek sendiri sepanjang tempoh kursus tersebut. Kalau kita lihat pelbagai program yang dianjurkan ini adalah sebagai memberi pendedahan dan persediaan kepada pihak graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dalam industri kreatif. Di samping itu juga, kita ada menawarkan derma siswa kepada graduan muda dan juga lepasan sekolah yang mana dengan program-program yang dianjurkan ini sedikit sebanyak dapat memberikan mereka pendedahan apabila mereka memasuki alam pekerjaan.
Sebagai tambahan juga untuk makluman Yang Berhormat, pihak Suruhanjaya ada juga memperuntukkan dana iaitu Dana Pembangunan Industri Kreatif yang berjumlah RM100 juta, di mana ia adalah untuk tempoh tiga tahun bermula pada tahun 2011. Di mana ia bagi memudah cara dan menggalakkan penglibatan rakyat Malaysia dalam penciptaan dan penerbitan kandungan multimedia kreatif, asli, inovatif serta mempunyai nilai pasaran global. Sekian, terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya soalan tambahan ini bersama dengan soalan tiga tadi. Ini yang berkenaan dengan telefon bergerak kita dan juga penyalahgunaan Facebook kita. Sekarang ada satu posting dengan gambar dan nama saya yang mengatakan… [Sambil memegang telefon bimbit] “Siapa boleh menafikan kalau saya kata kejadian pesawat MH370 yang hilang itu didalangi oleh pengganas Muslim. Yang Berhormat Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh”. Ini diedarkan melalui handphone, Facebook dan ia berasal daripada “Facebook kami mahu DAP diharamkan seumur hidup” dan juga “Facebook Anti-DAP Club” dan juga konco-konco UMNO yang lain. Jadi sekarang ialah
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
sebelum hari raya, dua hari sebelum hari raya lepas, saya buat satu laporan kepada SKMM dan buat laporan polis tentang posting, bukan ini…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh. Saya faham soalan nombor tiga sudah berlalu ini. Ini soalan nombor tujuh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya berkaitan, berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila tumpu soalan nombor tujuh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ia berkenaan dengan peranan SKMM.
Tuan Yang di-Pertua satu lagi posting itu “Saya mahu wang zakat diberi kepada orang Cina” yang mana langsung saya tidak buat kenyataan. Kedua-dua ini kami sudah hantar kepada SKMM. Soalan saya ialah apakah SKMM ini serius menangani aduan penyalahgunaan Facebook, mobile phone dan sebagainya ini, aduan yang dibuat daripada Pakatan Rakyat? Jadi, saya rasa ini adalah satu perkara yang serius kerana ia diedarkan dan disebarkan secara serius. Apakah peranan SKMM? Adakah mereka adil bila menangani aduan daripada pihak sini atau hanya terima aduan daripada pihak Barisan Nasional sahaja? Terima kasih.
Dato' Jailani bin Johari
Sedikit nasihat untuk Yang Berhormat Seputeh. Kalau kita rasa kita tidak perlu buat, jangan buat. Jadi, apabila kita buat benda ini yang menyusahkan orang lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh! Memang tidak pernah saya buat.
[Dewan riuh]
Dato' Jailani bin Johari
Jadi, saya rasa saya tidak perlu jawab. Soalan ini saya sudah jawab tadi.
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Memang tidak pernah saya buat. [Dewan riuh] Jawapan apa ini?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri ada masalah pendengaran kah?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Macam mana hendak jawab?
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kesan jangka pendek dan panjang dalam menarik minat rakyat dalam berfikir, memahami dan melaksanakan sains dalam kehidupan harian mereka setelah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi dilancarkan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di- Pertua, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju yang inclusive dan mampan serta mempunyai masyarakat yang stabil, aman, bersatu padu dan berdaya tahan menjelang 2020. Cabaran utama yang dihadapi dalam mencapai Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang maju sains, progresif, berinovasi dan berfikiran ke hadapan.
Di samping menjadi pengguna teknologi, mereka juga merupakan penyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi di masa hadapan. Cabaran ini memberikan penekanan kepada peranan sains, teknologi dan inovasi khususnya dalam menghadapi perubahan global yang kompetitif dan mencabar. Menyedari bahawa STI merupakan asas penggerak untuk mencurahkan landskap sosioekonomi negara, maka adalah penting STI diperkukuhkan dan diarusperdanakan ke semua sektor dan peringkat dalam agenda pembangunan negara. STI seharusnya diamalkan secara menyeluruh dan melibatkan setiap rakyat Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2012 Malaysia telah menjadi salah satu daripada 15 buah negara yang paling berdaya saing di dunia dengan menduduki tangga yang ke-14.
Ini mengikut kajian World Competitiveness Year Book 2012 yang dijalankan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD). Malaysia berhasrat untuk menjadikan antara 10 negara paling berdaya saing di peringkat global menjelang 2020.
Dalam hal ini, Malaysia hendaklah lebih berinovasi dengan berlandaskan asas- asas topik yang kukuh. Untuk itu, pemerkasaan perkongsian dan daya tahan jalinan hubungan serta saling kebergantungan di semua peringkat masyarakat adalah amat penting untuk dipupuk. Perubahan landskap global merupakan satu cabaran negara bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada industri, universiti, institusi-institusi penyelidikan, dan ekosistem STIN keseluruhannya. Oleh itu, pengumpulan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (STIN) yang mengambil pendekatan holistik dan bersepadu adalah tepat
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
pada masanya. Pendekatan masa lampau walaupun telah mendatangkan sebahagian hasil, namun ia tidak memenuhi hasrat yang diharapkan.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pada 27 Mac 2013, Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi telah diluluskan oleh Jemaah Menteri. Dasar ini menggambarkan agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap oleh asas STIN yang kukuh. Dasar ini dirumuskan berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari pelaksanaan dasar terdahulu yang menggariskan hala tuju pelaksanaan dasar terdahulu yang menggariskan hala tuju pelaksanaan STIN bagi mengujudkan sebuah negara maju sains untuk transformasi sosioekonomi dan pertumbuhan implosif. Dasar ini bertunjang kepada lima asas kukuh iaitu:
(i) STIN untuk dasar;
(ii) dasar untuk STIN;
(iii) komitmen industri kepada STIN;
(iv) tadbir urus STIN; dan
(v) STIN untuk membentuk masyarakat yang stabil, aman, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan.
Berlandas kepada lima asas tersebut, dasar ini memberi fokus kepada enam teras strategik seperti berikut:
(i) untuk melakukan bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik dan sosial dan pengkomersialan;
(ii) membangun dan memupuk dan menggilap bakat;
(iii) menggiat dan mencergaskan industri;
(iv) mentransformasikan tadbir urus STI;
(v) menggalakkan dan mengukuh kesedaran STI; dan
(vi) mengukuhkan hubungan strategik antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, untuk merealisasikan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara ini, pelan tindakan memenuhi pelbagai projek dan aktiviti yg sedang dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2020. Menyedari betapa pentingnya pembudayaan dan kesedaran awam terhadap STI dalam permohonan keseluruhan masyarakat dan negara, ia telah dimasukkan sebagai salah satu daripada enam teras strategik di STI dengan tajuk, ‘Menggalak dan Memupuk Kesedaran STI’. Teras strategik ini memberi fokus dan memupuk budaya STI di semua peringkat masyarakat bagi memajukan budaya pemikiran saintifik, kreatif dan inovatif di kalangan rakyat Malaysia.
Menerusi pelaksanaan pelan tindakan yang telah dirancang di bawah teras strategik tersebut, kesan jangka pendek dan panjang yang dapat dikecap ialah tahap kesedaran, minat masyarakat dan persepsi positif terhadap STI dapat dipertingkatkan.
Inisiatif pembudayaan STI ini penting dalam mewujudkan ekosistem masyarakat maju saing, inovatif dan progresif, seterusnya STI ini dapat dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini juga dijangka meningkatkan lagi minat pelajar dan graduan menceburi kerjaya dalam bidang STI seterusnya industri berkaitan STI dapat diperkembangkan dengan pesatnya.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kefahaman rakyat dalam STI yang diperoleh menerusi inisiatif pemberian STI ini juga penting kerana ini dapat membantu masyarakat menjadi lebih objektif dan dapat menilai projek-projek yang diterajui oleh kerajaan atau swasta berdasarkan fakta-fakta saintifik. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, baiklah Ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat berkaitan dengan satu usul yang saya kemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua yang berkaitan dengan keprihatinan terhadap kehilangan pesawat MH370. Saya telah kemukakan usul ini dan saya mendapat jawapan balas daripada Tuan Yang di-Pertua yang menolak usul ini hanya dengan satu alasan sahaja iaitu bahawa Tuan Yang di-Pertua memahamkan bahawa siasatan terperinci berhubung dengan insiden ini sedang dijalankan, sedangkan asas usul saya pertama sekali ialah untuk Parlimen ini mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk merakamkan rasa dukacita dan sedih kita terhadap peristiwa ini sekali gus untuk memberikan satu gambaran kepada anggota ahli keluarga mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Tidak mengapa
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Untuk memberikan gambaran kepada ahli keluarga mereka berhubung...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sudah lambat. Semalam sudah buat, tidak datang.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Sejujurnya perhatian kita itu kepada kehidupan mereka. Ini kerana bagi saya tidak cukup hanya sekadar kalam pembukaan Tuan Yang di-Pertua semalam dalam pembukaan sidang Dewan untuk merakamkan. Akan tetapi bagi saya bahawa dia perlu kepada melalui satu usul yang perlu menggambarkan mewakili seluruh rakyat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kedua, alasan ini ialah alasan bahawa dia sedang disiasat, sedangkan sepatutnya bagi saya bahawa usul ini yang membolehkan kepada perbahasan untuk membantu siasatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini kerana daripada siasatan melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat, ia menunjukkan bercelaru. Pemangku Menteri Pengangkutan kata empat orang yang menggunakan pasport palsu. Ketua Pengarah DCA kata dua orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena cukuplah. Tidak perlu panjang-panjang.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kemudian semalam Malaysia menjawab kenyataan Ketua Polis Negara
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat yang lain diam.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ketua Polis Negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menyanggah kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa ada isu yang mengatakan lima penumpang yang telah pun melaporkan diri tetapi tidak menaiki penerbangan. Ia dinafikan oleh pihak MAS.
Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Saya katakan kepada Yang Berhormat bahawa sepatutnya usul ini perlu dibahaskan. Ini kerana bagi saya bahawa dengan isu pasport palsu yang digunakan oleh dua penumpang ini telah memberikan gambaran yang tidak baik terhadap negara kita dari sudut keselamatan di mana ada orang berjaya membolos keselamatan dalam negara kita dan ini sekali gus menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cukup, cukuplah...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ia mungkin akan meragukan untuk orang datang ke Malaysia. Jadi saya mengharapkan bahawa pertimbangan boleh diberikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam duduk, tidak payah campur Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pertimbangan boleh diberikan supaya usul ini dapat diterima. Malah saya katakan bahawa kalau tidak terima usul saya pun tidak apa. Kerajaan bawa usul untuk kita bersama-sama menyokong usul yang dibawa oleh pihak kerajaan. Saya bersedia menerima.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Ahli- ahli Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena yang juga mengambil berat terhadap isu insiden ini. Namun begitu, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Tuan Yang di-Pertua telah menolak kerana kita ada peluang untuk kita menimbulkan isu-isu ini dalam perbahasan.
Keduanya, kita semalam telah merakamkan rasa begitu sedih di atas insiden yang berlaku sama ada perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua sendiri, selepas itu janji ketua Majlis kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengambil tindakan sedaya upaya untuk menyelamatkan penumpang dan juga anak-anak kapal tersebut.
Ketiganya juga Ahli-ahli Yang Berhormat, di BN BBC juga yang telah diketuai oleh Yang Berhormat Kinabatangan juga telah merakamkan rasa sedih terhadap insiden. Jadi kita beri peluang kepada Yang Berhormat Pokok Sena di dalam perbahasan nanti. Sila, cukuplah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Maksud saya tadi bahawa kita perlu merakamkan dalam satu usul. Tidak cukup hanya sekadar perbahasan tetapi satu usul yang serius menunjukkan sebab ini boleh diizinkan. Itulah tujuan usul-usul itu untuk merakamkan sepertimana yang pernah dibawa oleh kerajaan sendiri. Jadi sepatutnya bagi saya bawa, okey saya katakan kerajaan bawa usul. Kita faham. Ini juga untuk menunjukkan persamaan kita tidak kira apa latar belakang politik dalam soal...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”. [11
Mac 2014] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Minta Yang Berhormat Tanah Merah menyambung ucapan. Sila.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyambung daripada semalam ucapan membahaskan usul terima kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini, memulakan dengan merakamkan rasa simpati yang amat mendalam ke atas ahli keluarga penumpang Malaysian Airlines MH370 yang masih hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sesungguhnya kita bersidang dengan mengirimkan doa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini dan berdoa agar usaha mencari dan menyelamatkan yang sekarang ini digerakkan secara agresif dengan melibatkan hampir tujuh buah negara akan berjaya.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang bersedia menangguhkan lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Mauritius yang sepatutnya bermula semalam berikutan kejadian pesawat MH370 itu. Walaupun lawatan itu penting memandangkan ia bukan sahaja bagi mengukuhkan hubungan dua hala tetapi juga satu penghormatan kepada Malaysia memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dijemput menghadiri ulang tahun ke-46 kemerdekaan negara itu, namun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersedia menangguhkannya. Ini bagi membolehkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikuti perkembangan usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan dengan lebih dekat dan tanda rasa simpati yang amat mendalam kepada penumpang MH370...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh...
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
...Dan ahli keluarga mereka.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
... Minta penjelasan.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya, silakan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma membantu Yang Berhormat Tanah Merah.
Operasi ini boleh kita anggap sebagai operasi mencari, menyelamat belum lagi sebab
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
belum ada apa-apa unsur ditemui. Jadi kita harus fokus kepada operasi mencari sahaja.
Terima kasih.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga berharap agar isu pesawat MH370 tersebut tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk menyerang kerajaan apatah lagi dengan mempolitikkannya. Apa-apa pun yang kita hendak katakan adalah lebih wajar jika kita menanti pesawat itu ditemui. Saya percaya kementerian-kementerian yang terlibat akan memperbaiki segala kelemahan atau sebarang kekurangan sekiranya ada bagi memastikan kejadian itu tidak berulang. Akan tetapi, selagi pesawat itu tidak ditemui, janganlah mana-mana pihak cuba membuat andaian atau spekulasi dengan tujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Janganlah kita mengikuti sikap media-media asing yang sekarang begitu rancak dan begitu mudah menuding jari kepada Kerajaan Malaysia berikutan kejadian itu.
Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun ini kita berhadapan dengan isu kos sara hidup yang dijadikan senjata utama kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.
Malah ia semakin rancak dan sudah pasti menjadi modal pembangkang dalam usaha mereka mempertahankan kerusi...
Dato’ Sri Dr. Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
[Bangun]
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
...DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.
Dato’ Sri Dr. Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis - Rompin
Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terperdaya dengan tipu daya tersebut. Ini kerana dalam menyentuh isu soal kos sara hidup, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengatur pelbagai langkah dan tindakan bagi mengurangkan beban rakyat. Ketika pakatan pembangkang dilihat lebih selesa untuk mempolitikkan isu ini, kerajaan telah menggerakkan semua kementerian terlibat untuk menangani permasalahan ini.
Langkah kerajaan yang paling signifikan ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet menangani kos sara hidup yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pagoh, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin pada 15 Januari yang lalu. Melalui jawatankuasa ini, kita sudah melihat dengan jelas apabila para Menteri dan pemimpin Barisan Nasional semuanya turun padang memantau sendiri harga barang termasuk secara mengejut di pasar basah dan pasar raya yang menjadi tumpuan rakyat. Ketika ada pihak yang cuba menggembar-gemburkan bahawa kadar tol lebuh raya di seluruh negara akan dinaikkan, jawatankuasa itu membuat keputusan menangguhkan kenaikan untuk tahun ini walaupun terpaksa menanggung kos RM400 juta bagi membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi lebuh raya. Namun, kerajaan bersedia berbuat demikian demi mengurangkan beban rakyat.
Selain itu, dua buah kementerian yang dianggap terlibat secara langsung dengan kenaikan harga barang keperluan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut telah memainkan peranan aktif. KPDNKK contohnya mengadakan kerjasama dengan beberapa pasar raya besar contohnya Pasar raya Giant bagi membolehkan rakyat mendapatkan harga barang keperluan dengan harga yang murah dan begitu juga dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengerakkan FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi membolehkan rakyat mendapat bekalan ikan dan sayur-sayuran dengan harga yang rendah di pasar-pasar tani.
Sememangnya kalau mahu disenaraikan, pasti sudah banyak langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meredakan keresahan rakyat berikutan kos sara hidup. Ini belum lagi – Yang Berhormat Lenggong, silakan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan kos sara hidup memang dirasai oleh rakyat secara keseluruhannya. Alhamdulillah, di bawah pimpinan kerajaan, banyak usaha yang telah pun dilakukan dan digerakkan melalui pelbagai agensi. Barangkali
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
yang perlu diberikan perhatian ialah soal penguatkuasaan, yakni untuk memastikan supaya tidak ada peniaga, tidak ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sesuka hati. Ini perkara penting yang perlu diberikan penekanan. Kita faham Yang Berhormat Tanah Merah, atas kekangan pihak kementerian yang tentunya menghadapi masalah dari segi kekurangan kakitangan, kekurangan pegawai-pegawai penguat kuasa.
Setuju atau tidak Yang Berhormat Tanah Merah kalau kita hendak mencadangkan kepada kementerian ini untuk menggunakan segala jentera kerajaan yang ada? Misalnya, kalau kita mencadangkan supaya menurunkan kuasa kepada JKKK kampung untuk mereka memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan. Misalnya kalau kita memberikan inisiatif kepada JKKK kampung, buat laporan. Jika ada bukti, kementerian akan memberikan insentif. Saya ingat ramai pihak yang akan turut sama membantu kita apabila memberikan laporan. Apabila ada laporan, maka mudah pihak penguat kuasa mengambil tindakan dan sudah tentu peniaga tidak berani menaikkan harga sesuka hati dan akan menyenangkan kerajaan. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya bersetuju dengan saranan yang dikemukakan dan dicadangkan oleh Yang Berhormat Lenggong dan dimasukkan di dalam ucapan saya. Sesungguhnya, JKKKP atau tok penghulu, mereka boleh menjadi mata, telinga dan untuk memantau isu-isu kos sara hidup yang meningkat ini dan harga-harga barang. Terima kasih.
Sememangnya kalau mahu disenaraikan, sudah banyak langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi meredakan keresahan rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup. Ini belum lagi mengambil kira pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Program MyHome yang membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi sehingga RM30,000 untuk membeli rumah terpilih. Difahamkan juga Program MyHome akan dilancarkan pada 1 April nanti.
Kesimpulannya, banyak dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tetapi dengan pembangkang mereka hanya tahu mencemuh dan mengkritik tetapi tidak pernah memberikan satu idea pun bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.
[Dewan riuh]
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bagi pakatan pembangkang, isu yang berlaku lebih dilihat daripada sudut politik, bukannya mahu bersama-sama rakyat menangani masalah yang berlaku.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat, penjelasan.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin bertanya, apakah yang dilakukan oleh pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasa seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bagi mengurangkan beban rakyat? Apakah program yang dilancarkan supaya kos sara hidup rakyat di negeri-negeri tersebut dapat dikurangkan? Malah dalam melaksanakan projek perumahan kos rendah pun, ia tidak dilakukan oleh pembangkang. Oleh sebab itu saya berharap pembangkang janganlah, *‘mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih’.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya sentuh di dalam perbahasan ini yang berhubung bagaimana semakin meningkatnya perbuatan biadab sama ada melalui laman media sosial mahupun secara fizikal yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini seperti ‘Soalan Lisan Nombor 3’ daripada Yang Berhormat Sipitang pada hari ini.
Dari semasa ke semasa, kita menyaksikan perasaan gerun untuk tidak menyentuh isu berkaitan sesuatu kaum atau agama itu semakin runtuh dalam kalangan sebahagian rakyat negara ini. Apa yang lebih malang lagi, ada ahli politik yang turut bertindak sedemikian termasuklah mempertikaikan khutbah Jumaat dan mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan menyambut Hari Kekasih ataupun Valentine Day, dengan izin.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Dahulu, situasi ini tidak pernah berlaku dan apa yang berlaku sekarang amat membimbangkan kerana ia boleh membawa kehancuran kepada asas penubuhan negara ini di mana rakyat negara ini hidup dalam harmoni dan aman damai kerana menghormati adat resam, budaya dan agama masing-masing. Akan tetapi sekarang situasi ini sudah berubah. Kita tidak pasti apakah kerana undang-undang semakin longgar atau sudah ada keberanian luar biasa dalam kalangan pihak tertentu untuk menyentuh isu sensitif ini memandangkan tiada tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menggesa pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri memandang serius gejala ini yang sama sekali tidak baik dalam usaha kita mengekalkan sebuah negara yang aman makmur di mana rakyat saling hormat-menghormati, sentiasa toleransi antara satu sama lain. Saya ingin juga mencadangkan agar KDN mengkaji dan mewujudkan undang-undang lebih tegas bagi menangani gejala ini. Mungkin melalui undang-undang seperti itu sahaja masalah seumpama itu dapat diatasi.
Dalam soal ini, KDN mahupun kerajaan tidak perlu bimbang dengan kecaman yang bakal diterima. Jika ia bertujuan membawa kebaikan kepada negara ini walaupun akan ada pihak yang berhujah soal hak asasi tetapi perbuatan menghina, mencela dan memperlekehkan agama lain bukanlah hak asasi tetapi ia boleh mengundang malapetaka kepada negara. Perbuatan Alvin-Vivian mempersendakan Islam dalam bulan Ramadhan yang memuatkan gambar mereka makan Bak Kut Teh ataupun saya difahamkan sup babi dengan caption Selamat Berbuka Puasa, dengan logo halal yang pasti menyentuh perasaan penganut-penganut agama Islam.
Begitu juga isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh, saya memahami. Akan tetapi saya mengharapkan perkara-perkara yang seperti mempertikaikan Majlis Fatwa Kebangsaan, isu ucapan Tahun Baru Cina, ia sesungguhnya isu-isu yang boleh menyentuh hati perasaan kaum-kaum lain.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Minta mencelah.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menggulung perbahasan ini dengan menyentuh sedikit mengenai kawasan saya iaitu Parlimen Tanah Merah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya? Okey, silakan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi menyentuh tentang penyalahgunaan media sosial dan ia boleh menghancurkan keharmonian dan perpaduan negara. Sedarkah Yang Berhormat ataupun setujukah Yang Berhormat bahawa tindakan tegas juga harus diambil terhadap seorang guru yang berumur 35 tahun yang telah menghina masyarakat Hindu, kaum Hindu pada Hari Thaipusam.
Beliau telah menyatakan, mengeluarkan kenyataan bahawa puluhan ribu syaitan menaiki tangga Batu Caves. Ini juga satu isu yang begitu sensitif dan saya difahamkan bahawa ia masih dalam siasatan. Saya tidak tahu sama ada siasatan telah siap ataupun belum dan saya rasa memang polis tahu siapa yang telah melakukan perkara ini dan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini dan setujukah Yang Berhormat bahawa tindakan yang tegas juga harus diambil terhadap sesiapa sahaja yang menghina mana- mana agama dalam negara ini. Terima kasih.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Kita di Malaysia, kita tidak ada saya percaya undang-undang cover untuk semua orang. Jika sesiapa sahaja telah melanggari undang-undang, kita menyokong supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka. Akan tetapi, kalau kita tengok bagaimana kebelakangan ini isu-isu di laman media yang menyentuh bukan menyentuh sahaja kaum India, ia menyentuh semua kaum. Ia haruslah dihentikan. Ia seolah-olah kita kata seperti bola pingpong. Bola pingpong ini ia akan melantun balik.
Oleh sebab itulah dalam ucapan perbahasan ini, saya mohon supaya KDN mewujudkan undang-undang lebih tegas agar isu-isu seperti ini tidak berbangkit lagi. Kita kena lihat bagaimana contohnya saya bangkitkan tadi Alvin-Vivian dalam bulan Ramadhan menunjukkan dengan gembira, dengan kita tengok dia tersenyum gembira makan Bak Kut Teh, ditulis perkataan logo halal. Ia sudah tentu menyentuh perasaan penganut agama Islam seperti yang dirasai oleh Yang Berhormat kita tadi.
Oleh itu saya mengharapkanlah Kementerian Dalam Negeri, harap segera tindakan tegas. Kadang-kadang laporan polis, beratus-ratus laporan polis tetapi tiada tindakan diambil. Oleh itu saya mohon kepada Kementerian Dalam Negeri supaya menangani masalah ini dengan tindakan yang tegas dan segera sebelum ia boleh berlarutan dengan lebih panjang lagi.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sambung balik. Izinkan saya untuk menggulung perbahasan ini dengan menyentuh sedikit mengenai kawasan saya iaitu Parlimen Tanah Merah. Tanah Merah merupakan bandar yang kedua terbesar di Kelantan. Namun Parlimen Tanah Merah amat ketinggalan jika dibandingkan dengan Parlimen lain di Kelantan dari segi aspek pembangunan. Kami tidak ada sebarang IPTA seperti UiTM. Tidak ada kolej komuniti, tidak ada asrama penuh, MRSM, politeknik. Dahulu sudah mula hendak bina IKBN tetapi terbengkalai pula. Nasib baik ada GIATMARA. Itu pun kecil sangat seperti hidup segan mati tak mahu. Harap sangat Kementerian Belia dapatlah segera melantik kontraktor baru untuk IKBN yang terbengkalai ini.
Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon MRSM dapat dibina di Tanah Merah memandangkan kerajaan telah pun membeli tanah yang mana MRSM Tanah Merah sepatutnya dibina dalam RMKe-9 yang lepas. Kalau tak dapat bina MRSM pun, tolonglah kalau boleh bina kolej MARA pun okey memandangkan tanah pun telah ada. Setiap tahun beratus-ratus pelajar Tanah Merah dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR malah SPM.
Maka, saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan dapatlah membina sebuah asrama penuh di kawasan Parlimen Tanah Merah kerana ia satu keperluan yang mendesak. Manakala pula Hospital Tanah Merah yang mana pesakitnya datang bukan sahaja dari Tanah Merah sendiri tetapi pesakitnya datang dari berbagai-bagai daerah seperti Daerah Jeli, Machang, Pasir Mas, namun Hospital Tanah Merah amatlah serba kekurangan dari segi kemudahan dan kurang keselesaan untuk setiap pesakit yang berkunjung. Hospital Tanah Merah lokasinya atas bukit menyulitkan pesakit untuk panjat bukit.
Jadi, sudahlah hospital itu mempunyai 130 katil tidak boleh lagi menampung pesakit yang ramai saban hari. Maka amat perlu bangunan tambahan baru dibina saban dengan segera. Kalau boleh buat hospital baru lagi bagus. Mesin autoklaf yang ada kini sejak tahun 1985 ketika hospital dibina harus ditukar baru. Tangki air yang sedia ada adalah kecil, hanya boleh bertahan penggunaan tak sampai 24 jam. Bilik pakar yang sangat sempit dan sudah pasti tidak dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pesakit yang rata-rata pesakit luar bandar. Kemudahan yang serba kurang hingga pesakit terpaksa berdiri di luar klinik pakar supaya mereka dapat dirawati. Begitulah daif dan uzur Hospital Tanah Merahh. Mohon Kementerian Kesihatan melihat isu Hospital Tanah Merah dengan serius dan tindakan sewajar segera dapat diambil.
Saya juga berharap pembinaan fasa baru di DUN Guar Ipoh dapat disegerakan pembinaannya oleh Kementerian Luar Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Di sini saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar yang setakat ini banyak membantu Parlimen Tanah Merah. Namun kami masih banyak perlukan bantuan dan perhatian daripada KKLW. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanah Merah mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat PJ Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk perbahasan saya, saya ingin menumpukan perbahasan saya terhadap satu perkara yang saya rasa amat serius, amat menggunakan wang rakyat dalam satu agensi kerajaan yang telah pun ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan iaitu Badan 1Malaysia Development Berhad.
Perkara ini pernah saya bangkitkan dalam sesi-sesi dahulu. Dua tahun lalu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak Menteri yang menjawab semasa dalam Parlimen. Saya ada tunggu masa itu bila Timbalan Menteri menggulung tetapi satu perkataan pun tidak disebut untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan mengenai 1Malaysia Development Berhad. Sekarang nampaknya perkara ini telah pun menjadi lebih rumit. Skandal sudah macam lebih besar dan telah pun mengemukakan banyak misteri mengenai kewangan dalam syarikat tersebut.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Apa yang saya rasa amat memberikan amaran, ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, ring alarm bell ialah, hujung tahun lalu audit, the auditor untuk 1MDB telah pun meletakkan jawatan mereka. Ini merupakan kali kedua untuk 1MDB, di mana auditor meletakkan jawatan mereka. Pada awalnya bila 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009, Ernst & Young telah pun meletakkan jawatan mereka tidak ingin meneruskan audit untuk syarikat tersebut. Selepas itu KPMG dilantik, dan untuk akaun tahun pertama telah pun meletakkan satu emphasis of matter, dan selepas itu ditarik dalam akaun tahun kemudian, tetapi kini walaupun akaun bagi 1MDB sudah lewat, akaun untuk hujung tahun - Mac 2013 sudah sampai tempoh, tapi sampai hari ini akaun masih belum dibentangkan kepada SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan bila kita dengar bahawa KPMG telah pun meletak jawatan, kita pun rasa apakah funny business that is happening within 1MDB, dengan izin.
Sekarang Deloitte telah pun dilantik sebagai auditor last minute, dan kita pun tidak tahu sama ada akaun ini dapat dibentangkan sebelum 31 Mac tahun ini, untuk tahun lalu.
Saya rasa perkara ini adalah perkara serius kerana dalam 1MDB kita ada hutang melebihi RM30 bilion. Buat masa ini pihak 1MDB masih mencari cara untuk mengumpul lebih dana lagi dari segi hutang ataupun dari segi ekuiti melalui IPO dan lain-lain. Ini kita rasa kalau 1MDB benar-benar ada masalah. ia akan menjejaskan sistem kewangan dalam negara kita dan juga akan menjadi skandal yang paling besar, jauh melebihi skandal PKFZ di negara kita.
Antara perkara yang telah pun...
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Boleh saya tanya sedikit?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Saya hendak tanya sama KPMG itu meletak jawatan ataupun dipecat ataupun dipersetujui bersama- it’s a mutual agreement? Dan adakah mereka ini menjalankan tugas sebagaimana yang diperlukan sebagai sebuah konsultan yang besar ataupun melebihi ataupun kurang daripada skop yang dipertanggungjawabkan? Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya rasa untuk audit sesebuah syarikat merupakan satu perkara yang biasa. KPMG merupakan sebuah pengaudit antarabangsa yang terkenal. Empat syarikat- Deloitte, KPMG, Ernst & Young, dan juga PricewaterhouseCoopers. Dua antara mereka telah pun meletak jawatan.
Jawapan yang telah pun diberikan oleh 1MDB adalah bahawa ia diputuskan secara mutually agreed tetapi biasanya bila kita tukar auditor adalah sebelum akhir hujung tahun.
Kita tukar atas sebab terlalu mahalkah, skop yang tidak samakah, kita hendak cari auditor yang lainkah tetapi bukan selepas hujung tahun. When the audited accounts are ready due, sudah sampai tempoh tapi tidak boleh siap, lepas itu mutually agree hendak tukar *auditor.
So*, ini merupakan perkara yang membangkitkan keraguan kepada orang ramai dan jawapan yang telah pun diberikan oleh pihak 1MDB langsung tidak memberikan keyakinan bahawa semuanya okey.
Apakah punca yang telah disebut-sebutkan di kalangan media seperti The Edge, mengapa KPMG telah pun meletak jawatan mereka. Ini adalah berpunca dengan USD2.32 bilion yang sekarang terletak dalam satu akaun pelaburan, dalam satu syarikat yang tidak dinamakan di Cayman Islands, Cayman Islands. 1MDB di Malaysia ini mana-mana pergi, minta duit hendak pinjam lebih lagi, hendak kumpul lebih dana melalui penjualan ekuiti tetapi ada USD2.32 bilion terletak di Cayman Islands, tidak hendak bawa balik. Kita pun rasa- eh, ada banyak wang di sana kenapa kena pinjam lebih lagi? Kenapa wang di sana tidak boleh dibawa balik - USD2.32 bilion ini yang terletak di Cayman Islands kita minta supaya pihak investment fund nama dia dibangkitkan kepada rakyat di Malaysia. Tidak diberikan. Kita tidak tahu siapa pun. Adakah fidality, Hong Kong Shanghai Bank kita tidak tahu siapa ini, dan mana datangnya wang USD2.32 bilion ataupun RM7.6 bilion. Ia datangnya daripada disposal of murabahah notes dengan joint venture Petrol Saudi International Corporation. Petrol Saudi sebelum ini telah pun membangkitkan skandal di mana tidak ada jawapan yang telus daripada pihak kerajaan.
Sejarah sedikit ya, back track, sejarah sedikit. 1MDB buat joint venture dengan Petrol Saudi untuk menubuhkan 1MDB Petrol Saudi. 1MDB melabur USD1 bilion, Petrol Saudi sebenarnya kena melabur USD1.5 bilion tetapi yang kita labur tunai, cash. Yang
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Petrol Saudi melabur dikatakan oil reserve di Laut Caspian. Nilainya bila kita minta ada penilaian atau tidak, tidak diberikan. PAC minta pun tidak diberikan- USD1.5 bilion.
Selepas tidak sampai enam bulan dikatakan pelaburan ini cukup baik untuk negara kita, ini merupakan the advance exploration for 1MDB yang akan meningkatkan lagi prestasi untuk ekonomi Malaysia selepas enam bulan sahaja. Kek ekuiti ini dijual, ditukar menjadi pinjaman kepada Petrol Saudi. Saya hendak tanya, kalau memang pelaburan dengan Petrol Saudi ini cukup baik kenapa tidak hendak buat ekuiti, kenapa hendak jual ekuiti tersebut selepas itu tukar menjadi pinjaman kepada Petrol Saudi. Pinjaman ini dikatakan mendapat pulangan yang cukup tinggi- 8.67% tapi kita jangan lupa mana dapatnya wang bagi 1MDB? Ia 100% melalui pinjaman yang telah pun dijamin oleh kerajaan. Kita kena bayar faedah berapa ataupun keuntungan profit share kerana ini sukuk, berapa kepada pihak peminjam. Kita kena bayar faedah efektif 6.71%. Lepas itu kita pinjam kepada orang lain 8.67%. Kita sudah macam jadi bank antarabangsa ataupun kita kata international loan shark. Kita pinjam dengan faedah tinggi lepas itu kita pinjamkan kepada orang lain dengan faedah yang lebih tinggi - Ah long. Okey, tidak apa. Kita sudah pinjam tiap tahun dia ada bayar faedah, tapi yang tidak disebutkan sebelum Petrol Saudi bayar faedah kepada 1MDB, kita pinjam lebih banyak wang lagi kepada pihak Petrol Saudi. Tiap-tiap tahun, dua tahun berturut-turut Petrol Saudi bayar faedah kepada 1MDB lebih kurang USD100 juta. Okey, dapat USD100 juta setiap tahun tapi yang tidak disebut tahun pertama kita hulurkan lebih pinjaman USD500 juta kepada mereka, tahun kedua USD200 juta kepada mereka. Ini macam ponzi scheme.
Kita bayar lebih wang supaya mereka boleh bayar kita balik sedikit faedah.
Sekarang ini mereka ada faedah yang cukup baik 8.67%. Kita sudah pinjam lebih kurang USD2 bilion kepada pihak Petrol Saudi. Sekarang mereka kata kita tidak hendak pinjam lagi. Kita ambil balik pinjaman tersebut, wang dikutip USD2.3 bilion. Selepas itu letak di Cayman Islands. Eh, kalau faedah daripada Petrol Saudi ini cukup baik kenapa hendak tamatkan pinjaman tersebut, dan selepas itu wang itu tidak dibawa balik kepada Malaysia, tidak digunakan untuk bayar balik pinjaman yang telah pun diambil tetapi diletak di Cayman Islands?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jawapan dari 1MDB, oh kita letak di Cayman Islands ada dapat pulangan. Kita baru dapat pulangan sebanyak 5.71%, lebih kurang macam itu. Wah, 5.71% itu nampaknya okeylah, boleh tahan. Bukan teruk sangat, bukan negatif tetapi bukan begitu tinggi, 5.7%. Akan tetapi saya hendak memperingatkan 1MDB, wang yang kita ada di Cayman Islands ini, bukan wang sendiri. Ini wang yang kita telah pinjam daripada pihak yang lain. Kita pinjam dengan faedah 6.71%, kita dapat pulangan, 5.7%.
Seorang Ahli
Wah...
Seorang Ahli
Siapa pandai?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ini masuk akal, kah?
Seorang Ahli
Tidak masuk akal.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak masuk akal. Kalau kita hendak benar-benar menjimatkan wang untuk 1MDB, wang itu yang hanya memberikan pulangan 5.7%, kita sudah kasi bawa balik ke Malaysia, bayar balik pihak peminjam supaya kita jimat pinjaman faedah 6.71%. So macam mana kita hendak jawab? Kita pun tidak tahu.
Sekarang kita lihat bukan sahaja Cayman Islands punya wang ada masalah. Kita lihat projek, projek yang paling besar yang mungkin akan datang dalam tahun-tahun yang akan datang, Bandar Malaysia, Tanah Sungai Besi, Prime Land yang telah pun dijual oleh Kerajaan Malaysia kepada pihak 1MDB dengan harga RM74.20 setiap kaki persegi. Cukup murah.
Seorang Ahli
Lelong.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya sudah tanya pihak pemaju-pemaju, kalau jual RM250 pun mereka akan beli daripada kerajaan, tidak ada masalah.
Seorang Ahli
Kenapa tidak tender?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
RM74.20. Jumlah tanah tersebut 100 lebih ekar, yang kena bayar oleh 1MDB kepada pihak kerajaan RM1.6 bilion.
Okey kalau sekurang-kurangnya 1MDB bayar RM1.6 bilion kepada pihak kerajaan tidak apa, tapi tidak perlu bayar. Kenapa tidak perlu dibayar? Kerana untuk mengambil alih tanah di Sungai Besi itu, pihak kerajaan perlu membayar wang pula kepada pihak 1MDB untuk memindahkan air force ataupun tentera udara daripada kawasan tersebut kepada sembilan kawasan yang lain. Jumlah kos yang dikatakan, yang digunakan untuk memindah tentera udara ini adalah RM2.7 bilion. Kos pemindahan jauh lebih tinggi daripada nilai tanah di sana.
Bukannya 1MDB yang perlu bayar wang kepada pihak kerajaan, pihak kerajaan terpaksa bayar wang kepada 1MDB untuk memberikan tanah tersebut kepada 1MDB.
Seorang Ahli
Wah...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
So bayar berapa? RM1.1 juta, RM2.7 bilion-RM1.6 bilion=RM1.1 bilion. Ini sudah pun dibajetkan dalam belanjawan kita tiap-tiap tahun. Kerajaan sudah bayar RM1.1 bilion untuk memberikan wang kepada 1MDB untuk memindahkan tentera udara. Nah, harga yang diberikan kepada kerajaan RM2.7 bilion tetapi harga untuk pemindahan ini, apakah nilai sebenar? Mereka telah pun membuat rundingan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan memberikan kontrak kepada LTAT. Turnkey contract, [Bercakap dalam bahasa Cina] okey bagi LTAT untuk membuat kerja-kerja pemindahan. Semua kerja-kerja dilaksanakan oleh pihak LTAT.
Apakah nilai kontrak ini? RM2.1 bilion dan yang diambil daripada kerajaan RM2.7 bilion. So, kerajaan bagi mereka percuma RM600 juta.
Kerajaan bagi 1MDB percuma RM600 juta untuk buat apa? Tidak tahu. Itu tidak apa kerajaan beri lebih wang kepada 1MDB tidak apa. Apa yang kita rasa terkagum ataupun suprise ialah bulan lalu, 1MDB telah pun mengambil pinjaman. Pinjaman apa?
Pinjaman sebanyak RM2.4 bilion untuk buat apa? Untuk memindahkan tentera udara dari Sungai Besi ke tempat-tempat yang lain. Kerajaan sudah bayar RM1.1 bilion untuk 1MDB untuk membuat pemindahan tersebut, kosnya hanya RM2.1 bilion tetapi 1MDB pula sekarang masih pinjam RM2.4 bilion untuk memindahkan angkatan tentera udara dari sana.
Malah mereka hanya memerlukan tambahan RM1 bilion sahaja. So, why are they borrowing so much money from the market dan kita perlu tanya di mana perginya RM1.1 bilion yang telah pun diperuntukkan oleh pihak kerajaan yang telah pun dibayar kepada 1MDB?
Adakah wang ini hilang? Mana pergi? Kita tidak tahu.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di TUDM, lapangan terbang lama Sungai Besi ini ialah satu tanah tapak tanah yang amat- kalau nilai harganya yang di Bukit Bintang, kawasan saya. Saya difahamkan bahawa setiap kaki persegi di kawasan itu sekurang-kurangnya mencapai satu harga yang RM1,000 per kaki jika open tender yang dilakukan. Ini bermakna ada RM20 bilion akan dapat dalam menjual melalui open tender. Mengapa kerajaan memberikan tapak tanah ini kepada 1MDB dengan harga yang amat murah? Adakah sepatutnya satu open tender dilakukan oleh kerajaan memastikan wang ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Adakah setuju dengan saya?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bukit Bintang. Ini memang soalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan. Kita selalu kata, oh, sudah transformasi. Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah menjalankan transformasi. Semuanya ditender secara terbuka. Semuanya telus. Semuanya mendapat nilai tertinggi untuk aset-aset kerajaan. Value for money tapi kita boleh lihat daripada transaksi tanah Sungai Besi dan satu tanah lagi yang saya akan ceritakan bahawa semua ini karut. Tidak terjadi. Bila kepentingan yang berkaitan dengan kerajaan terlibat, open tender dibelakangkan.
Satu lagi, sekeping tanah. KL International Financial District (KLIFD) ataupun telah pun dinamakan semula sebagai Tun Razak Exchange. Sama juga. Diberikan dengan harga yang cukup murah. Tahun 2011, tanah TRX dijual kepada 1MDB dengan harga RM194 juta. Ini angka tepat. Bukan angka yang didapati daripada langit. Semua dalam buku akaun 1MDB, RM194 juta. Dalam jangka masa enam bulan sahaja tanah ini dinilai semua oleh pihak 1MDB untuk merekodkan keuntungan sebanyak RM862 juta. Itu nilai tanah telah pun dinilai semula sebab dengan nilai RM1 bilion, RM20 juta. RM1.02 bilion. Dari 194 juta dalam jangka masa enam bulan sahaja. Itu pun boleh terjadi. Maksudnya kerajaan memberikan tanah kepada 1MDB dengan harga yang cukup murah. Akan tetapi bila 1MDB kata mereka
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
dapat keuntungan, kerajaan cukup bangga kata, see I’m very happy. Kita amat bangga bahawa 1MDB telah pun dapat mencapai keuntungan dalam jangka masa yang cukup pendek. Apa keuntungan mereka? Keuntungan mereka lebih kurang RM540 juta.
Penilaian semula keuntungan daripada penilaian semula RM862 juta. Kalau bukan kerana kerajaan jual tanah dengan harga yang cukup murah kepada 1MDB, 1MDB telah pun mengalami kerugian melebihi RM300 juta. Everything came from land revaluation. Itu tahun 2011. Ya, Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat apakah mungkin pemberian tanah kepada 1MDB pada harga yang dianggap rendah daripada harga pasaran itu adalah kerana ia adalah syarikat 100% milik kerajaan. Sebagai satu good will, apakah itu satu kemungkinan Yang Berhormat?
Keduanya Yang Berhormat, adakah ia merupakan satu perkara yang di luar kelaziman apabila kerajaan atas pertimbangan tertentu memberikan harga tanah yang murah kerana pada pengalaman saya misalnya di Kelantan, tanah kerajaan diberikan pada nilai RM1000 seekar pada syarikat swasta yang bukan pemilik kerajaan. Tetapi kerana kerajaan ada pertimbangan-pertimbangan yang lain di Kelantan, 1000 ekar tanah di Lembah Sirih hanya diberikan dengan harga RM1000 seekar sedangkan harga pasaran hampir RM1 juta.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Faham. Itu adalah alasan yang telah pun diberikan oleh pihak kerajaan. Ini anak syarikat sendiri, sebab itu kita berikan tanah dengan cukup murah. Saya rasa ini merupakan satu praktis yang tidak sihat kerana ia akan menggalakkan keuntungan yang tidak datangnya daripada value added yang diberikan oleh pihak syarikat. Kalau anak syarikat sendiri kasi telus. Gunakan harga pasaran, selepas itu kalau benar-benar ada keuntungan dalam syarikat tersebut, kita tahu keuntungan ini benar. Jangan nanti kita dapat keuntungan RM500 juta, oh very good company tetapi sebenarnya datangnya daripada penilaian semula tanah yang telah pun diberikan dengan harga yang cukup murah daripada pihak kerajaan. Kedua, Kelantan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Biar saya habis dahulu. Yang kedua Kelantan, saya tidak berapa arif dengan tanah di Kelantan, tetapi yang kita tahu di Pulau Pinang, di negeri Selangor, dua cara yang berbeza tetapi dua cara yang mendapatkan nilai penuh daripada tanah tersebut. Di Pulau Pinang kita melaksanakan tender terbuka untuk penjualan tanah di Pulau Pinang. Bukan tidak jual tanah, ada jual tanah. Tetapi tender terbuka. Dahulu kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang dia jual tanah RM1 satu kaki persegi. Tetapi sekarang apabila kita buat tender terbuka di kawasan yang sama kita dapat RM240 untuk satu kaki persegi. Ini untuk tanah Bayan Mutiara.
Untuk tanah yang hanya 102 ekar sahaja, kita dapat pulangan sebanyak RM1.1 bilion. So, wang ini kita dapat pulangkan kepada rakyat dengan menubuhkan satu tabung rumah mampu milik RM500 juta, tabung yang paling besar antara semua negeri di Malaysia.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat memberikan satu analisa yang agak menarik juga sebenarnya. Tetapi secara umumnya penganalisisan Yang Berhormat itu adalah berasaskan kepada keraguan-keraguan dari segi business decision yang dipertanggungjawabkan. Saya fikir ada kewajarannya untuk Yang Berhormat memberikan pandangan-pandangan alternatif daripada business decision yang dibuat. Tetapi saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat, apakah mungkin seperti yang Yang Berhormat tahu 1MDB sebuah syarikat 100% milik kerajaan dirancangkan untuk menjadi satu konglomerat yang besar dan pada masa itu menjadi pemilik kepada pembekal IPP yang terbesar dalam negara kita dan juga dibina begitu rupa untuk menjadi satu property developer yang besar dengan modal yang sangat kecil dikeluarkan oleh kerajaan, bagi satu perniagaan...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat duduk dahulu, saya tidak habis lagi. Sabar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Dia sudah bagi pada saya, floor saya. Bagi saya habis dahulu, ayat tidak habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Shah Alam, jangan perbahasan yang begitu elok diganggu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Ada sindrom Yang Berhormat Shah Alam ini tetapi tidak apalah. Saya hendak fokus. Kita dalam perbincangan. Perbincangan. Saya fikir satu perkara yang menarik ditimbulkan oleh Yang Berhormat dan ia patut dibahaskan.
Jadi adakah mungkin apabila kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu entiti yang sebegitu besar yang melibatkan business turn over dan gross development value mencapai pada angka bilion, tetapi kerajaan hanya mengeluarkan modal RM1 juta sahaja.
Apabila kerajaan mengeluarkan modal hanya RM1 juta sahaja yang mana terlalu amat kecil, apakah mungkin, soalan saya pada Yang Berhormat adalah apakah mungkin kerajaan mengadakan kaedah-kaedah lain untuk memungkinkan usaha itu dapat diteruskan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya hanya ingin mungkin menjawab dari segi pembinaan konglomerat, the whole concept yang kita berikan tanah yang cukup murah kepada satu syarikat supaya membolehkan mereka menjadi satu konglomerat yang besar melalui pinjaman yang mungkin dijamin oleh kerajaan dan tidak mempunyai banyak suntikan kewangan secara langsung daripada pihak kerajaan.
Pertama, suntikan kewangan RM1 juta sebenarnya tidak memberikan gambaran yang benar, pinjaman pertama yang telah pun dibuat oleh pihak 1MDB RM5 bilion diambil dengan jaminan penuh daripada Kerajaan Persekutuan. Walaupun tidak ada suntikan kewangan secara langsung daripada kerajaan ianya sebenarnya di pack by the Federal Government.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya pun tertariklah dengan perbahasan ini. Saya merasakan bahawa kaedah di mana diberikan tanah dengan harga di bawah pasaran adalah merupakan satu kaedah yang agak mengelirukan kerana pada ketika itu kita tidak dapat menilai dengan tepat jumlah sumbangan dan bantuan kewangan yang sebenar yang diberikan kepada 1MDB. Adalah jauh lebih baik sekiranya tanah itu ditenderkan didapati nilai yang sebenar dan selepas itu kalau diperlukan bantuan kewangan kepada 1MDB maka diberikan sebahagian duit kepada 1MDB. Kalau tidak, apabila berlakunya ‘kerugian ataupun keuntungan’, maka ianya tidak dapat dikesan kerana apa yang dikatakan ialah tanah itu telah dibeli dengan harga sekian, sekian dan kita telah dapat duit sekian-sekian sahaja dan itu akaunnya menzahirkan satu keuntungan sedangkan ianya rugi.
Dalam soal tanah Lembah Sirih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh, saya rasa tempat yang sebaik-baiknya untuk dipersoalkan dengan jelas dan mendalam ialah di dalam Dewan Undangan Negeri, negeri Kelantan. Semua maklumat ada, takkan wakil UMNO Barisan Nasional tidak wujud di Dewan Undangan Negeri, negeri Kelantan?
Kenapa perkara ini tidak dipersoalkan dengan lebih jelas? Saya difahamkan ada sebab- sebab berhubung dengan soal itu tetapi saya pun tidak pakar dalam persoalan ini, tetapi yang penting di peringkat pusat yang mana yang kita bahaskan sekarang, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat perlu diperjelaskan dan perlu dipertahankan bukan dengan memberikan alasan-alasan sinis merujuk kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan dan sebagainya kerana kiranya tersilap sekalipun, two wrongs do not make a right. Janganlah kita hendak pertahankan tindakan Kerajaan Pusat dengan merujuk tengok apa yang Kelantan buat dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara berhubung dengan ini?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Biar saya jawab dahulu.
Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi chance saya akan bagi chance. Mengenai perkara suntikan kewangan yang saya jawab tadi, jumlah yang diberikan bukan RM1 juta ada pinjaman yang diberikan jaminan oleh pihak kerajaan, nombor dua ada sokongan lain yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada pihak 1MDB. Seperti apa yang
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
dijelaskan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, iaitu memberikan tanah yang murah supaya mereka dapat menilai semula dan mendapatkan pinjaman daripada tanah yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Tanah yang telah pun diberikan oleh pihak kerajaan kepada 1MDB untuk TRX ini telah pun dicagarkan kepada institusi kewangan untuk dapatkan wang tambahan. So this is again a way of giving money cara untuk memberikan wang kepada pihak 1MDB tanpa mengeluarkan wang yang sebenarnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Isu Kelantan saya rasa sahabat saya telah pun menjelaskan dengan penuh tetapi bagi saya, kalau Kelantan bagikan– mana-mana negerilah. Jangan kata Kelantan sahaja. Kelantan kah, Selangor kah, Pahang kah atau Johor memberikan tanah secara murah tanpa sebab-sebab yang cukup special, itu merupakan satu kesalahan. Itu merupakan satu kesalahan dari segi ekonomi. Kalau katakan kita ada satu industri baru yang kita hendak terokai yang memerlukan tanah tersebut, mungkin dapat dipertimbangkan. Akan tetapi kalau untuk kerja-kerja biasa, untuk kilang-kilang biasa, untuk perkara seperti pertanian ataupun logging kayu balak, tidak perlu kita berikan tanah semurah begitu.
Yang Berhormat Ketereh. Selepas itu Yang Berhormat Serdang.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat. Masalah yang saya bangkitkan tadi, balik kepada soalan saya kepada Yang Berhormat, tetapi biasalah, Yang Berhormat Shah Alam dia tidak berapa faham sebab dia highly emosional. Dia terjun meredah merata. Kena sikit sebut sudah hendak melenting. Saya ulang lagi sekali. Saya cuma tanya pandangan Yang Berhormat apakah mungkin dia menjadi amalan kerajaan– kerajaan negeri, Kerajaan Pusat ataupun kerajaan tempatan – apabila dealing yang melibatkan left hand to the right hand, maka diberikan orang kata atas dasar harga dianggap sebagai harga goodwill? Saya tunjuk contoh bahawasanya perkara ini setakat yang saya tahu, pernah juga dilakukan di Kelantan. Itu soalan saya. Akan tetapi biasalah, Yang Berhormat Shah Alam dia banyak tidak faham.
Satu lagi saya hendak tanya Yang Berhormat. Seperti mana kita tahu bahawa 1MDB melabur dalam bidang-bidang yang dianggap strategik. Misalnya pemilikan terhadap IPP yang mempunyai nilai lebih daripada RM11 bilion pada masa ini yang menyebabkan mereka mempunyai, difahamkan hutang dengan nilai yang tinggi sampai lebih RM30 bilion.
Faktor-faktor yang seperti inilah kerana pelaburan-pelaburan dalam bidang-bidang yang dianggap strategik dan mempunyai cash flow yang dilihat healthy menyebabkan mereka boleh mengambil risiko yang agak tinggi. Tidakkah Yang Berhormat fikir benefit of the doubt harus kita berikan kepada pengurusan kecuali kalau kita dapat membuktikan ada berlakunya penyelewengan ataupun kesalahan-kesalahan dari segi urus tadbir syarikat- syarikat yang berkenaan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya akan jawab...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tidakkah premature untuk kita membincang isu 1MDB?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Dalam hujah saya sebentar nanti. So, belum sampai IPP lagi. Yang Berhormat Serdang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya hendak ambil pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara terhadap dua perkara yang penting. Perkara pertama Tuan Yang di- Pertua ialah laporan akhbar The Edge di mana telah dilaporkan bahawa 1MDB ini telah set satu reserve price, RM3,000 per segi per square foot untuk TRX ini. Jadi ada kemungkinan dengan RM3,000 persegi ini adalah tertinggi sekali saya rasa di seluruh Kuala Lumpur.
Ada kemungkinan bahawa tanah di TRX ini akan dinilai semula lebih daripada RM5.5 bilion, manakala tanah ini dijual kepada 1MDB dengan harga RM320 million sahaja. Adakah ini akan digunakan untuk increase the asset of 1MDB once again dari segi paper asset? Itu adalah soalan yang pertama.
Soalan kedua ialah saya rujuk kepada laporan media di mana CEO CIMB, Datuk Seri Nazir Razak iaitu adik kepada Perdana Menteri telah memberi amaran terhadap over
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
supply of office space di Kuala Lumpur dengan merujuk specific example iaitu TRX di mana dia tidak tahu where is the demand for this office space going to come from? Jadi adakah itu satu perkara yang membimbangkan terutamanya apabila TRX telah diberikan banyak tax incentive oleh kerajaan di Bajet 2013 ini.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Kota Bharu dan selepas itu Yang Berhormat Bukit Bintang.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya hendak merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Ketereh. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kononnya Kerajaan Negeri Kelantan memberi tanah kepada syarikat yang membangunkan Lembah Sireh dengan kadar yang begitu rendah.
Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua, perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan satu syarikat yang bernama Liziz Standaco Sdn Bhd yang membangunkan Lembah Sireh yang sekarang ini sudah membangun. Ada Tesco, ada bangunan yang dibeli oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah beberapa kolej di bawah MARA sendiri, pejabat-pejabat dan juga pejabat MCA Negeri Kelantan ada di Lembah Sireh sekarang ini. Syarikat ini walaupun dikenakan bayaran RM1,000 seekar untuk membangunkan seribu ekar, tetapi mereka ini diminta supaya membangunkan dengan menambak kawasan lembah menjadi kawasan yang boleh dibangunkan dan return kepada kerajaan negeri adalah lebih daripada RM100 juta dalam bentuk time in kind termasuk jambatan dan sebagainya. Jadi saya minta apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ketereh itu tidak mengelirukan Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Adakah Yang Berhormat faham bahawa di Kuala Lumpur International Finance Centre itu atau Tun Razak Exchange di kawasan Bukit Bintang juga, mengikut pasaran, harga sekaki persegi ialah RM3,000 tanah itu, oleh kerana di Jalan Bukit Bintang, sebidang tanah di Pavilion bernilai RM7,000 kaki persegi.
Satu kaki RM7,000. Ini hanya RM3,000. Ini bermakna ada 70 ekar yang diberi kepada 1MDB. Makna ada RM9 bilion jika dijual di pasaran mengikut nilai yang ditaksirkan.
Ini bermakna 1MDB bukan tabung wang ini untuk dinikmati semua rakyat. Bila pilihan raya kecil mahupun pilihan raya, 1MDB menyalahgunakan wang ini untuk menyokong Barisan Nasional, membeli barang-barang atau hadiah-hadiah kepada pengundi-pengundi. Inilah satu tidak patut berlaku di negara ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ketereh mengatakan saya tidak faham tetapi saya rasa dia yang tidak faham. Jawapan dia sudah dijawab.
Seorang Ahli
Komedikah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hanya mungkin tidak dijawab dengan cara budak sekolah rendah. Kita jawab apabila diberikan tanah dengan harga yang rendah dan tidak diketahui nilai yang sebenarnya, maka tidak akan ada pertanggungjawaban. Dari segi legality nya, hendak beri kepada syarikat ini ataupun hendak beri kepada anak syarikat kerajaan yang 50% atau 100% milik kerajaan dan sebagainya, itu perkara biasa. Akan tetapi yang penting ialah hendak ada pertanggungjawaban. Berapa banyak yang sebenarnya yang telah diberikan kepada 1MDB dengan transaksi yang sedemikian? Perlu dinilaikan. Apabila diberikan dan diquantifykan dengan tepat dan benar, maka 1MDB walaupun ia syarikat 100% milik kerajaan, ia tetap perlu dipertanggungjawabkan kerana ia adalah nilai ataupun duit dan harta rakyat. Inilah apa yang tidak berlaku.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bukan sekali tetapi sudah banyak kali. Ini yang sudah dijawab. Hanya kita tidak jawab secara mudah. Kita ingat orang sudah faham tetapi nampak gaya Yang Berhormat Ketereh tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu kita jelaskan dengan cara yang sekolah rendahlah supaya Yang Berhormat Ketereh faham.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
[Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Ketereh boleh tambah dalam ucapan...
[Dewan riuh]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ia perlu diperjelaskan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Biar saya bagi orang lain.
Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Ketereh sudah faham sekarang ini?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Steadylah Yang Berhormat Shah Alam. Dalam Dewan gentlemanlah sikit. Ini hendak hina-hina orang, hinalah dekat luar. Apalah Yang Berhormat Shah Alam!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Oleh sebab dia sebut saya, boleh saya buat penjelasan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Boleh jawab nanti. Boleh jawab nanti. Kalau ada masa, saya bagi chance. Ramai...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Shah Alam rujuk kepada saya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Dah ramai yang interject dah.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk. Siapa yang berdiri itu tolong duduk sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Menurut peraturan mesyuarat yang celah mencelah ini ialah Ahli Yang Berhormat sedang berhujah itu kalau memberi laluan kepada Ahli Yang Berhormat yang lain untuk mencelah oleh kerana mungkin ada kesamaran hujah, dibenarkan. Akan tetapi dalam perkara-perkara seperti begini kalau perbahasan itu tidak menimbulkan kekecohan, saya biarkan. Dalam soal ini semua yang di hujah oleh Ahli-ahli Yang Berhormat saya dengar.
Cuma yang dibawa oleh Yang Berhormat Ketereh itu ialah apabila Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Utara mengetengahkan fakta-fakta yang kalau tidak ada penjelasan juga seolah-olah ianya benar maka terpaksa dia berdiri. Soalan itu simple sahaja. Setujukah Yang Berhormat bahawa ada kaedah-kaedah yang tidak semestinya melanggar undang- undang? Dia kasi contoh seperti di Kelantan. Dia tidak mengatakan, yang saya dengar bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak menyeleweng dan sedemikiannya.
Akan tetapi apabila pengertian itu berbeza-beza dan sinis ‘menyinis’ kalau ada istilah begitu maka timbullah seperti begini. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, teruskan hujah itu, berhentilah mengenai dengan sama ada itu betul atau tidak. Ini kerana tadi saya perhatikan hujah daripada Yang Berhormat Bukit Bintang sudah mulai menuduh bahawa seolah-olah wang yang diberi itu untuk digunakan menyokong kepada parti lain.
Seorang Ahli
Ya, betul.
Seorang Ahli
Memang betul pun [Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Itu tuduhan
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam berhujah mesti juga ada pertanggungjawaban di situ. Jangan semata-mata keluar hujah, hujah politik semata-mata.
Kalau di luar terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, apa sahaja you sebut tetapi jangan dalam Dewan Rakyat. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara teruskan hujah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih, saya bagi last kepada...
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Kuala Kangsar.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan bahawa Yang Berhormat Petaling Jaya Utara membawa perbahasan ini seolah- olah macam seminar property ataupun seminar business yang mana kita menganalisis projek-projek besar. Sama juga seperti kalau kita menganalisis projek-projek yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada PKNS sebagai contohnya.
Jadi, kita pergi menilai harga nilai tanah dengan berapa spekulasi tentang kadar pembangunan dengan berbagai-bagai cara. Samalah seperti kita melihat sebagai adakah wajar 1MDB beli dengan harga nilai yang murah ataupun kalau 1MDB beli dengan harga pasaran yang tinggi mungkin dituduh pula kata kerajaan tidak ada wang untuk menjual dengan harga lebih tinggi kepada 1MDB. Berbagai-bagai persoalan ditimbulkan.
Jadi, saya rasa hujah ini membuang masa, melainkan membawa satu isu, what is the issue? 1MDB ini masih tidak healthy, alive and kicking.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kalau rasa...
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Apakah point yang hendak dibawa oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
...Buang masa, saya rasa boleh minum teh dekat luar, saya akan habiskan hujah saya
[Dewan riuh]
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Saya akan keluar, memang saya hendak keluar tetapi tidak ada bezanya perbahasan ini, contohnya Kerajaan Negeri Selangor memberi tanah PKNS ataupun PKNS membangunkan hartanah, contohnya di Jalan Jelatek, Datum yang sehingga kini terbengkalai. Jadi, kalau kita pergi ke soalannya satu-persatu hingga ke nilai dalam perkara ini, jadi kita...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat, kalau buang masa tidak perlu bahas, tidak perlu bahas.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
...Akan jadikan persidangan ini sebagai business forum.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kalau buang masa, biar saya buang masa, tidak perlu bahas.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Ketereh, minta bantu [Ketawa] Saya pun belum jawab lagi... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sudah bagi banyak tadi. Okey, saya hendak habiskan isu TRX, soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Serdang yang mengatakan bahawa penilaian baru yang telah pun diterbitkan dalam The Edge adalah lebih kurang RM3,000 setiap kaki persegi bagi TRX ataupun pada jumlahnya RM5.5 bilion dan harga asal bukan harga RM320 juta. Harga asal yang diberikan oleh kerajaan hanya RM194 juta sahaja.
Tadi saya sebut ada penilaian semula dalam jangka enam bulan sahaja dari RM194 bilion sehingga RM1.02 bilion. Enam bulan kemudian dinilai semula lagi, dinilai semula, menambah RM600 juta dalam tahun 2012 sehingga jumlah nilai RM1.6 bilion. Saya rasa cara penilaian semula ini setiap tahun, hanya nilai semula tanah yang telah pun diberi
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
kerajaan sahaja kita akan dapat keuntungan. Keuntungan yang dicapai oleh 1MDB pada tahun 2012 RM44 juta. Sebanyak RM44 juta sahaja tetapi penilaian semula menambah sebanyak RM600 juta. So, kalau bukan kerana penilaian semula, 1MDB telah pun mengalami kerugian sebanyak lebih RM500 juta.
Kita pun perlu lihat mengapa pihak kerajaan memberikan tanah kepada pihak 1MDB? Adakah tanah ini akan digunakan untuk satu penerokaan industri yang baru, yang tidak dapat dicapai oleh pihak swasta sekarang ataupun tanah ini diberikan kepada pihak 1MDB hanya untuk menjadi satu pihak pemaju sahaja? Pihak pemaju yang disayangi dan dipilih kasih oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan sekarang kata “Kita bina TRX, kita akan menjadikan TRX ini menjadi satu pusat kewangan antarabangsa”. Nama dengar sedap tetapi apa maksudnya pusat kewangan antarabangsa, apa maksudnya? Sekarang bank- bank antarabangsa tidak perlu berkumpul dalam satu tempat untuk membuat perniagaan dengan satu sama lain. Konsep geografi untuk pihak sektor kewangan tidak lagi wujud.
Saya mungkin Merill Lynch, Bank of America. Dia mungkin Bank of London ataupun Royal Bank of Scotland, tidak perlu kita setempat untuk menjalankan perniagaan.
Semua sekarang dijalankan, diuruskan dengan teknologi, tekan butang sahaja. Akan tetapi sekarang,kita Malaysia hendak tubuhkan satu pusat kewangan. What is the value added for the country? Untuk menubuhkan pusat kewangan ini kerajaan memberikan insentif.
Penolakan cukai 100% untuk institusi-institusi kewangan yang layak untuk masuk dalam tempat TRX ini. So, kalau saya katakan saya CIMB, saya sekarang ada bangunan sendiri yang tidak terletak dalam TRX. Akan tetapi kalau saya pindah HQ saya, ibu pejabat saya ke dalam TRX, saya dapat cukai ditolak 100%. Saya masuk dalam TRX tetapi apakah nilai tambahan kepada kerajaan ataupun kepada negara Malaysia? Tidak ada. CIMB masih wujud di Malaysia seperti dahulu. Akan tetapi CIMB sekarang mendapat tax break sebanyak 100%. Cukai yang dikutip oleh kerajaan turun. Maybank mungkin masuk, bank lain mungkin masuk.
So, apa gunanya kita berikan satu geografi ataupun tempat untuk mengumpul semua pusat institusi-institusi kewangan di TRX. Tidak ada. Tambahan lagi, insentif yang telah pun diberikan oleh kerajaan. Pihak pemaju yang membangun di kawasan TRX dilepaskan dari cukai sebanyak 70%. This is unfair dealing. Kalau cakap dengan pihak pemaju lain yang tidak terlibat dalam TRX, dia kata “Ini pilih kasih”. Ini telah pun menjadi 1MDB satu pemaju yang terbesar di Malaysia. Akan tetapi ini tidak kerana 1MDB mencapai tahap tersebut dengan kerja-kerja ataupun kehandalan sendiri tetapi melalui sokongan yang tidak adil daripada pihak kerajaan. Saya ingin memperingatkan Dewan ini kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membangkitkan New Economic Model atau Model Ekonomi Baru. Beliau berkata, “The era where government knows best is over” iaitu sektor ekonomi di Malaysia perlu diterokai dan dipimpin oleh pihak swasta.
Apa yang kita lihat sekarang dalam kes 1MDB, kerajaan yang tahu the best. Kita set-up satu TRX, kita berikan semua sokongan cukai di sana dan lepas itu kita berikan subsidi yang paling tinggi kepada syarikat seperti 1MDB. Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Soalan saya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau kita lihat banyak komen yang diberikan tentang 1MDB ini. Malahan ada satu artikel dalam Kini Biz, P. Gunasegaran salah seorang pakar ekonomi menyatakan “Do we need 1MDB at all?” di mana beliau telah memberikan analisa mengapakah kewujudan 1MDB ini tidak memenuhi vision dan mission yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh apabila 1MDB ini telah memenangi atau bid tentang projek Equal Fixed Power Plant ini yang bernilai RM11 bilion yang melibatkan 2000 megawatt punya power plant. Jadi persoalannya, mengapakah syarikat yang dimiliki kerajaan harus terlibat untuk mendapatkan power asset ini, apatah lagi power asset yang terdapat di Tanjong yang dikatakan sudah usia yang akan berlakunya, uzur. Jadi soalan saya, adakah diberikan projek itu bagi mendapatkan faedah concession, extension of concession agreement favorable to 1MDB ini.
Keduanya, adalah satu perkara yang tidak masuk akal apabila ia bid dalam syarikat ini, bid dalam satu power projek ini sedangkan kenapakah in the first place, TNB itu sendiri dicorpotarizedkan, lebih baik kita upgrade kan TNB itu sendiri sehingga ia boleh
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
sampai ke peringkat menjamin supaya pengguna mendapatkan khidmat elektrik ini dengan kadar yang lebih rendah. Jadi ini satu perkara yang nampak pelik. Syarikat yang milik kerajaan bid dalam satu tenaga yang juga sebelum ini TNB adalah milik kerajaan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya rasa itu merupakan satu percanggahan antara visi yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, the era when the government knows best is over. Dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam ekonomi Malaysia di mana agensi-agensi kerajaan memakan semua sektor bidang ekonomi yang sedia ada yang di mana sektor swasta adalah efisien, bukan tidak efisien. Sektor swasta di Malaysia terutamanya dalam sektor pemaju ataupun pembangunan adalah sektor yang top quality around the world. Kita dapat awards for our local property developers tetapi kita masih dapati bahawa kerajaan menubuhkan satu badan yang baru untuk bersaing dalam bidang tersebut.
Saya akan meneruskan untuk menjawab satu soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi di mana mungkin 1MDB ditubuhkan untuk menjadi satu konglomerat legasi. Sekarang mereka acquire ataupun mengambil alih syarikat-syarikat IPP yang sedia ada dengan harga yang cukup tinggi. Akan tetapi bila kita lihat pengambilalihan ini, ada dua perkara yang berbangkit. Pertama, bila kita bina satu konglomerat 100% dengan hutang, sesiapa pun boleh. Saya minta esok bank pinjamkan saya RM50 bilion, saya beli Sime Darby, saya menjadi konglomerat yang paling besar. Adakah saya menambahkan nilai kepada syarikat Sime Darby? Tidak ada.
So esok saya minta pinjam RM20 bilion, saya hendak beli Air Asia, saya menjadi syarikat penerbangan yang terbesar di rantau Asia. Adakah saya menambah nilai kepada Air Asia? Tidak ada. Saya hanya pinjam wang untuk mengambil alih saham daripada Air Asia. Itu yang berlaku di dalam 1MDB, that’s all they are doing, borrow money to take over companies. Apa yang membimbangkan bukan sahaja pengambilalihan syarikat-syarikat ini tetapi pengambilalihan syarikat-syarikat ini dengan harga yang terlampau tinggi.
Pengambilalihan Syarikat Tanjong Power daripada iaitu syarikat Tan Sri Ananda Krishnan dengan harga RM8.8 bilion. Pengambilalihan Genting Sanyen daripada Kumpulan Genting dengan harga RM2.3 bilion yang memberikan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion kepada Genting Group, ada dalam penyata kewangan Genting.
Kenapa kita perlu bayar begitu tinggi? So apa yang terjadi bila bayar begitu tinggi, bila pinjam wang begitu banyak, faedah yang kena dibayar tinggi. Apa aliran tunai yang didapati daripada syarikat-syarikat ini tidak mencukupi untuk membayar faedah. Oleh sebab itu, pihak 1MDB terpaksa memasuki tender-tender yang baru dan selepas itu pihak kerajaan terpaksa memberikan special treatment bagi syarikat ini untuk mendapat kontrak yang baru untuk meningkatkan pendapatan 1MDB supaya mereka dapat membayar hutang-hutang yang sedia ada. Itu apa yang terjadi dengan projek 3B.
Dalam Energy Commissions, Suruhanjaya Tenaga, satu tender telah pun dipanggil untuk membina satu power plant yang baru, 2000 megawatt. Pesaing petender ini ada lebih kurang enam syarikat. Dalam penilaian awal yang dibuat oleh Technical Evaluation Committee dalam Suruhanjaya Tenaga, Syarikat YTL telah pun diberikan sokongan kerana harga paling...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketereh ada berdiri, kalau Yang Berhormat tidak bagi laluan, beritahu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Minta laluan Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Biar saya habis dulu, empat minit lagi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kenapa Yang Berhormat takut sangat, saya tidak tanya soalan. Saya cuma hendak dapat penjelasan sahaja.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Cepat, cepat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Sebenarnya saya hendak memudahkan Yang Berhormat supaya Yang Berhormat boleh memberikan
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
penjelasan yang lebih jelas lagi. Saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua sama ada kita di sini boleh hendak debate tentang beberapa business decision yang dibuat oleh syarikat-syarikat di luar tetapi tidak mengapalah kerana saya faham apa yang dimaksudkan tadi kerana concern kita tentang public interest.
Akan tetapi banyak sekali ulasan-ulasan Yang Berhormat kemukakan itu merupakan sesuatu yang mempertikaikan business decision yang sukar bagi kerajaan dan sebagainya hendak menjawab tentang business decision ini. Cuma saya hendak tanya sebagai contoh, saya sebagai seorang town planner, Yang Berhormat menyebut tentang betapa tidak wajarnya 1MDB membina apa yang dipanggil Tun Razak Exchange sebagai satu financial district. Perkara-perkara yang seperti ini sebenarnya merupakan pendekatan- pendekatan physical planning. Kalau kita kata central business district bukan semestinya semua business di situ.
Kalau kita katakan Tun Razak Exchange sebagai financial district, tidak semestinya semua secara fizikal. Saya setuju dengan argument Yang Berhormat, cukup menarik sebenarnya.
Kalau buat financial district, takkanlah semua financial institution mesti duduk di sini dalam zaman teknologi sekarang. Tidak perlu pun secara fizikal, secara geografi berhimpun di satu tempat tetapi itu semua adalah istilah-istilah perancangan, ia tidak ada kena mengena pun dengan soal abuse of power kah, kesalahan kah. Jadi bila Yang Berhormat letak argument macam itu, saya rasa to be fair to 1MDB, seolah-olah menampakkan 1MDB ini buat segala-galanya salah. Saya cuba hendak figure out kenapa tiba-tiba 1MDB ini hendak diserang dalam begitu rupa. Ada apa-apa perkara tertentu yang lainkah?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ada. Okey, perbezaan antara 1MDB dengan syarikat lain, kalau mereka membuat pembelian, pengambilalihan dengan harga yang cukup tinggi, kalau pihak swasta saya tidak kisah, that’s your problem, that’s your money. Akan tetapi 1MDB wang kerajaan, wang rakyat. Jadi sebab itu kita perlu teliti pulangan kepada pelaburan yang telah pun dibuat oleh pihak 1MDB berbanding dengan pinjaman yang telah pun diambil untuk membuat pengambilalihan tersebut. So itu saya tegaskan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat, boleh saya dapat penjelasan sedikit?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak, cukup, tidak ada masa lagi. Saya belum habis lagi, saya masih belum habis.
Kedua, mengenai isu tanah di TRX. Kalau bukan kerana ada khususnya untuk satu pusat kewangan, kenapa kerajaan berikan begitu banyak insentif untuk projek tersebut kalau bukan kerana untuk membantu 1MDB anak syarikatnya sendiri dan meminggirkan pihak swasta yang ada di luar.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat, boleh saya minta laluan sedikit lagi?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Biar saya habiskan projek 3B ini mengenai IPP. Okey, kerajaan telah pun memberikan pada awalnya Technical Committee, Suruhanjaya Tenaga telah pun memberikan sokongan penuh kepada YTL kerana harga paling rendah, bukan kerana YTL. Saya tidak sokong YTL kerana YTL, saya sokong YTL kerana paling rendah harganya. Semua qualification, semua spesifikasi teknikal telah pun dipersetujui, dah qualified dan dah layak tetapi bila sampai Kabinet ataupun di kementerian, keputusan itu di reverse. Tawaran tersebut diberikan kepada pihak 1MDB yang lebih mahal, lebih kurang RM2 bilion perbezaan dalam jangka masa 25 tahun.
Kenapa pula bagi kepada 1MDB? Kerajaan kata kita hendak turunkan harga bagi rakyat, kita adakan tender terbuka tetapi apa gunanya kita gunakan tender terbuka tetapi tidak berikan kontrak kepada pihak yang paling layak dengan harga yang paling rendah.
Siapa yang bayar kemudian? Rakyat yang kena bayar. Kenapa kerajaan bagi kepada 1MDB? Kerana 1MDB terdesak, mereka meminjam wang yang banyak dengan faedah yang tinggi, selepas itu mengambil alih syarikat-syarikat penjana kuasa bebas dengan harga yang tinggi, mendapat pulangan yang rendah, tidak mampu bayar balik faedah yang telah pun dikenakan untuk membayar, terpaksa mendapatkan kontrak baru daripada pihak kerajaan untuk membayar pinjaman-pinjaman ini.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat, boleh saya minta laluan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tidak ada lagi, lima minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kuasa saya cuma itu sahaja apabila masa sampai. Okey saya bagi Yang Berhormat empat minit kerana sekarang ini sudah satu minit.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey. Yang anehnya baru- baru ini pihak 1MDB telah pun membeli sekeping tanah di Pulau Indah di sebelah tanah PKFZ daripada Syarikat ‘Texnet’ Resources ataupun dikenali sebagai Syarikat Wijaya Global sebelum ini yang terlibat dalam skandal RM12.5 bilion PKFZ. Tanah ini dibeli dengan harga RM317 juta tetapi bila saya check laporan kewangan, ‘Texnet’ pada tahun 2011, bila penilaian semula baru sahaja dibuat, tanah ini dinilai sebagai RM9.93 setiap kaki persegi. Akan tetapi 1MDB telah membeli tanah ini daripada pihak ‘Texnet’ dengan jumlah harga RM317 juta ataupun RM23.50 setiap kaki persegi. Jangka masanya dua tahun sahaja, nilai tambah begitu tinggi.
Perkara ini menjadi lebih mysterious bila kita mendapat tahu dari - mungkin pihak kementerian boleh menafikan daripada surat khabar bahawa tanah ini mungkin digunakan untuk projek 3B bagi syarikat 1MDB yang sebelum ini tidak menggunakan tanah di Pulau Indah. Maksudnya 1MDB diberikan wang untuk mengubah cara spesifikasi dalam tender mereka kepada pihak Energy Commission ataupun Suruhanjaya Tenaga. Kenapa 1MDB diberikan ruang untuk berbuat begitu? Kita ada open tender, tender yang maksudnya semua pihak masuk, yang paling rendah akan ditawarkan. Kita tidak boleh bagi chance kepada orang lain untuk ubah spesifikasi mereka tanpa memberikan peluang yang sama untuk yang paling rendah untuk ubah spesifikasi mereka.
Kita akan menjadi laughing stock seluruh dunia. Syarikat-syarikat antarabangsa tidak akan masuk campur dalam open tender di Malaysia kerana mereka akan melihat bahawa tidak telus, bahawa Malaysia akan memihak kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan bukannya kepada pihak yang layak ataupun pihak yang paling murah.
Saya rasa kesemua ini akan mengakibatkan ekonomi Malaysia mengalami satu pengunduran dari segi sektor ekonomi swasta, kenapa? Pihak swasta akan melihat kerajaan mahu semua. IPP merupakan satu industri bukan baru, bukan teknologi baru, bukan satu penerokaan yang kita ingin capai, IPP ialah old technology tetapi 1MDB hendak masuk campur. Sektor real estate, 1MDB hendak masuk campur. Habis sektor-sektor swasta pergi mana? Tidak ada ruang lagi. Semua business diambil alih oleh 1MDB tetapi diambil alih tanpa meningkatkan nilai, itu paling penting. Seperti yang saya katakan tadi, kalau kita pinjam semua wang, beli semua syarikat, kita tidak tambah nilai kepada syarikat- syarikat tersebut.
Itu apa yang terjadi dalam konglomerat 1MDB sekarang dan 1MDB sekarang mempunyai hutang melebihi RM30 bilion, merupakan satu agensi yang paling tinggi seluruh Malaysia.
So kita harap pihak Kementerian Kewangan akan memberikan jawapan yang penuh kepada isu ini. Jangan macam sesi yang lalu di mana tiada satu perkataan pun disebut mengenai skandal sebegini. Kita harap ketelusan diberi kerana kalau ada apa-apa skandal yang berlaku dalam 1MDB, ekonomi kita akan terjejas, sistem kewangan kita akan terjejas. Dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.16 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pengerang memohon untuk membahas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau kita lihat kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Saya ingin hendak maklumkan bahawa had masa berucap adalah 30 minit. Tidak lebih 30 minit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Termasuk soalan atau tidak termasuk soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Sekalilah, soalan, celahan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jadi kalau saya tidak membenarkan, tidak mengapalah. Hendak lengkapkan 30 minit. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Bila kita tengok kepada titah tentang agenda transformasi negara, kita memang tidak boleh lari daripada menerima hakikat bahawa cabaran ekonomi global menyebabkan bahawa semua negara di dunia ini berhadapan dengan cabaran yang begitu mendadak. Itu sebabnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Barisan Nasional kerana cuba sedaya upaya untuk mencari jalan bagi meringankan beban, mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutama sekali kalau kita tengok daripada titah ucapan itu, disebutnya contoh-contoh untuk membantu seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, kad diskaun, kos persekolahan, Kedai 1Malaysia dan segala-gala yang digunakan sebagai satu langkah untuk membantu.
Saya begitu kagum sebagai wakil rakyat Barisan Nasional bersama sahabat- sahabat bila kita memberi bantuan BR1M sebagai contoh, tidak pernah sekali kita mendiskriminasikan penerima sama ada dia menyokong parti pembangkang ataupun Barisan Nasional. Semua dapat. Bila dia datang mengambil duit BR1M, semua dapat dan kali ini kalau kita tengok bantuan ada sebahagian terus masuk kepada akaun bank. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak mendiskriminasikan. Apabila kita tengok langkah-langkah untuk mengurangkan kos sara hidup, sama juga langkah-langkah ini, bantuan anak, bantuan pra-persekolahan, anak-anak di universiti semuanya terbuka kepada anak-anak rakyat Malaysia tanpa mengira sokongan dan juga kata orang, sifat mereka mendadak kepada pembangkang atau pun kerajaan yang memerintah.
Jadi saya melihat ini sebagai satu tanda kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai kepimpinan satu individu yang tidak mendiskriminasikan rakyat atas sebab-sebab politik, tetapi sebaliknya membawa rakyat bersama. Ini kerana melihat rakyat itu adalah penting dan tanggungjawab sebagai orang nombor satu memimpin negara adalah untuk menentukan rakyat ini sama-sama dapat memberikan perlindungan, bantuan dan segala-galanya. Itu sebabnya saya perlu menyebut dalam perenggan empat dalam titah ucapan di mana disebutkan satu perkara yang saya hendak bincang. Bukan panjang lebar tetapi saya hendak sentuh sedikit iaitu usaha mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup kalau kita tengok. Saya hendak tekankan kepada apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi. Kita tengok subsidi dipukal yang banyak ketirisan perlu diganti dengan subsidi yang bersasar agar rakyat ramai dapat dibantu.
Saya hendak sebut di sini daripada yang saya dapat kajian. Kalau kita tengok contohnya barang-barang yang disubsidikan oleh kerajaan. Contohnya ialah gula, tepung gandum, minyak masak, petrol RON95, bahan api, diesel, gas, petroleum dan cecair.
Sebagai contoh dan kalau kita tengoklah jumlah RM24.1 bilion digunakan untuk subsidi barangan asas. Kemudian kalau kita tengoklah RM1.9 bilion untuk merangkumi subsidi harga dan insentif, sebagai contoh kepada hasil padi serta bantuan nelayan. Di sebelah saya ada Pengerusi LKIM. Saya rasa kalau dia bahas dia boleh sokong bantuan yang diberi oleh kerajaan. Kemudian RM14 bilion sebagai bantuan tambahan subsidi berfaedah
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
imbuhan. Kemudian tabung pinjaman bernilai RM1.6 bilion. Kemudian RM511 juta untuk bantuan warga emas, RM424.1 juta untuk orang kurang upaya, RM44.3 juta untuk kaum Orang Asli dan RM1.8 bilion untuk bantuan lain.
Apa yang saya hendak sebut di sini, daripada jumlah subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan, saya hendak sebut satu perkara yang saya hendak tegur pada kerajaan.
Satu sahaja yang saya hendak tegur. Saya tidak setuju kalau subsidi yang diberi kepada rakyat Malaysia diberi manfaat sama kepada orang asing. Pendatang asing tanpa izin atau pendatang asing dengan izin. Saya tidak setuju. Bila dia beli minyak kereta, dia beli harga sama dengan kita. Bila dia beli barang makan, dia beli harga sama dengan kita. Kenapa perlu mereka mendapat segala nikmat yang diberi oleh kerajaan kepada mereka iaitu orang asing? Saya tahu mungkin kerajaan bertemakan kepada kita memang memegang kepada dasar kemanusiaan tetapi bila keadaan ekonomi begitu mendadak, cabaran ekonomi dunia, masalah sara hidup, bukan kata orang kita perlu berzalim tetapi kalau kita hendak sayang, kita kena sayang anak kita dahulu. Bukan saya kata mendiskriminasikan anak tiri, tidak.
Bukan saya kata mendiskriminasikan anak angkat, tidak, tetapi ikut hukum Islam sendiri, kalau kita hendak memberi bantuan, kita hendak memberi harta faraid, kita beri kepada anak kandungan. Kalau itu anak angkat dan sebagainya, kita perlu beri di bawah tajuk wasiat. Bererti dalam Islam sekali pun diberikan penekanan kepada anak itu sendiri.
Jadi dalam hal ini, saya minta kepada kerajaan khasnya kepada Kementerian Kewangan, perlulah kita mewujudkan satu keprihatinan kepada rakyat tempatan. Kita perlu peka sebab bila kita beri subsidi secara buta, beri subsidi secara pukal, beri subsidi kepada semua yang membeli, mungkin keuntungan adalah kepada mereka yang berniaga tetapi kita tidak boleh pada saat ini, dalam ekonomi begini memberi subsidi yang sama dan tidak membezakan antara rakyat Malaysia dengan bukan rakyat Malaysia.
Saya tidak tahu cara dia Tuan Yang di-Pertua, sama ada hendak pakai sistem kadkah, hendak pakai jarikah, hendak pakai sistem apa, saya tidak tahu. Akan tetapi bagi saya, kita kena duduk beramai-ramai untuk memikirkan cara untuk mengurangkan supaya dalam ekonomi hari ini, cabaran dunia, keadaan ini tidak akan menganaktirikan anak kita sendiri. Ini kerana saya tidak sanggup tengok bila orang berceramah, hendak dengar orang bercakap kononnya macam kerajaan zalim, kerajaan tidak sayang rakyat dan macam- macam.
Akan tetapi yang saya sebut berbilion-bilion ringgit ini, mana ada kerajaan di dunia yang beri subsidi banyak macam Malaysia. Saya pun kadang-kadang tengok bila kita makan, kita minum, kita hidup – ini masalah air di Selangor. Wakil rakyat di sebelah saya ini pun sekejap lagi hendak balik tadah air. Dia pun cakap pada saya dia pun kena tadah air.
Dia pun kena tadah air. Saya kata saya tidak tadah air sebab saya duduk seorang, jadi air itu cukuplah. Yalah dia pasal baru satu bini, belum lagi dua tetapi isunya ialah dia kena balik tadah air.
[Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lain maknanya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Semua hendak kena balik tadah air. Isunya di Selangor masalah air pun tengah hendak selesai, tidak hendak selesai tidak tahulah. Akan tetapi yang saya tidak tahulah kalau orang duduk Selangor, saya pun duduk Selangor, saya minta janganlah rakyat Selangor dianaktirikan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Biarlah anak Selangor jadi macam anak Wilayah, anak Johor, anak Negeri Sembilan atau anak Melaka. Apa yang keutamaan rakyat adalah api, air, keselamatan, jalan raya, semua ini. Bila sudah dikurangkan, Ahli Parlimen Kuala Selangor sekejap lagi hendak balik hendak tadah air. Macam mana itu Tuan Yang di-Pertua? Kelantan jangan cakaplah, lagi dahsyat. Banyak ketirisan kalau hendak bercakap. Mungkin dia boleh sebut nanti. Akan tetapi isunya Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kerajaan supaya lebih buka mata, lebih buka telinga, lebih prihatin kepada isu rakyat.
Saya tidak sanggup tengok, mungkinnya sebagai Ahli Parlimen kawasan luar bandar, masyarakat luar bandar itu mungkin kurang sedikit sebab tolnya tidak ada, mungkin kurang sikit, hendak beli ikan, tangkap di sungai dan tangkap di laut. Mungkinlah juga kalau hendak cari ayam, ayam kampung, ambil ayam, sembelih. Telur ayam kampung murah.
Mereka ini semua makan telur ayam kampung sahaja. Saya pun tidak tahu kenapa.
Mungkin ada hikmahnya bukan? Saya belum kahwin, saya tidak tahu isunya ialah telur ayam kampung di kampung itu, pergi cari sahaja telur. Akan tetapi di bandar ini, hendak
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
pergi ke Giant lah, hendak pergi ke supermarket lah, hendak pergi mana, harganya berganda. Jadi alang-alang perkara ini saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam pendekatan yang disebutkan sebagai agenda transformasi negara, mesti peka dan membezakan antara rakyat dengan yang bukan rakyat, sama ada masuk tanpa izin ataupun dengan izin.
Apa yang saya tidak sanggup Tuan Yang di-Pertua, point yang kedua saya ini, saya paling tidak sanggup, parti ini. Macam saya di Pengerang ini sudah cerita lama, masuk dalam sungai, masuk dalam laut, di tengah jalan kadang-kadang meninggal, kadang- kadang dia kata orang apa? Tenggelam. Saya tidak tahu sama ada dari segi rekodnya kata ada dua lebih juta pendatang asing tetapi kalau kita kira PATI itu, pendatang asing tanpa izin mungkin berganda. Apa yang saya tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua, bukan saya menentang ialah duit dia semua hantar balik. Orang Bangladesh hantar ke Bangladesh, orang Nepal hantar ke Nepal, orang Indonesia jangan hendak cakap. Isunya ialah mereka lebih nasionalis dalam isu wang ringgit dan ekonomi daripada kita rakyat Malaysia. Itu sebabnya masalah kita, kata orang, ‘Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal- tinggalkan, sayang suami lapor-laporkan’. Hah! Terpulanglah, contohnya.
Jadi isunya di sini dalam aspek ekonomi ini, saya hendak sentuhlah, saya tidak kisah apa kerajaan hendak buat, semua kita sokong. Kerajaan tidak ada diskriminasi tetapi yang penting kerajaan mesti mula gerakkan, peka. Tuan Yang di-Pertua, contohnya pelajar asing. Ya, Malaysia memang menggalakkan kehadiran pelajar asing. Ya, orang Timur Tengah ini segalanya hendak belajar di Malaysia, tidak apalah. Akan tetapi kalau dia belajar di Malaysia, dia kena belajar tetapi dia hendak kerja. Dia hendak kerja sebab dia hendak cari rezeki supaya dia boleh hantar balik. Selepas itu dia sudah kerja, sudah habis belajar, dia tinggal. Kalau yang tidak pandai, terus dia ajak kahwin. Selepas itu sudah ajak kahwin, punya anak ramai selepas itu dia tinggalkan.
Akan tetapi masalah sekarang dalam kita kehausan untuk mendapat ekonomi luar, bukan sahaja pelancongan tetapi juga kepada anak-anak yang belajar, kita mahu menggalakkan pelajaran mereka tetapi mesti ada satu pendekatan yang mana bukan sahaja mereka manfaatkan dalam isu subsidi, kita mesti mengehadkan tetapi juga sudah habis belajar, hantar balik. Kenapa hendak duduk di Malaysia? Kita hendak bekerja pun tidak cukup, hendak bagi orang luar. Saya tidak sokong. Saya hendak sebut ini, dalam kawasan saya atau apa-apa kah, saya memang tidak sokong.
Apabila hendak bagi kerja kontrak, Hah! Rakyat Malaysia malas. Orang Pengerang tidur, datang kerja lambat. Ya, selalu ‘dok’ jaga ayam naik motor, tiba-tiba hendak suruh buat perniagaan, mana dia boleh buat. Akan tetapi isu di sini, kita mesti ada langkah iaitu kalaupun kerajaan mewujudkan imbangan ekonomi, bangunan besar-besaran, segala-galanya kerajaan hendak buat, mesti diutamakan rakyat tempatan, mesti dilatih anak belia tempatan, mesti diberikan projek kepada orang tempatan, semuanya kena tempatan. Akan tetapi kalaulah sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor ini ada isteri seorang di rumah, anak dua bukan? Kalau dia sayang jiran itu, dia tidak sayang anak, tidak sayang isteri, dia pun kena tinggal. Tidak susah.
Jadi kalau kerajaan hendak berhadapan dengan pilihan raya, ini satu daripada isu yang perlu diselesaikan iaitu sudah tiba masanya kita menerima hakikat bahawa sayangnya kita kepada orang luar, sayangnya kita kepada pelajar asing, sayangnya kita kepada pekerja asing, kita mesti mewujudkan pendekatan baru supaya ketirisan ini tidak berlaku dan kita tidak mahu rakyat Malaysia, anak tempatan menjadi mangsa. Itu sebenarnya point saya yang pertama Tuan Yang di-Pertua.
Jadi yang kedua ini, saya tidak mahu cakap banyak. Saya mendengar ucapan Tuanku itu, saya begitu kagum kerana Tuanku menekankan kepada perkataan ‘sporting nation’ iaitu dalam bahasa Malaysia, ‘negara bersukan’. Jadi kalau kita tengoklah Tuanku pun menyebut, Titah Tuanku iaitu obesiti. Obesiti ini Tuan Yang di-Pertua maknanya orang yang terlebih lemaklah. Saya makin kurus bukan? Sebab saya ini bukan apa, saya sudah 50 tahun. Saya takut nanti saya tua, kalau saya tidak jaga nanti, lebih banyak penyakit sebab bila sudah masuk umur 50 tahun, masa itulah sakit jantung, masa itulah kencing manis, masa itulah kita akan berhadapan dengan darah tinggi. Jadi di dalam hal ini, apabila Titah Tuanku sporting nation ini, ayat dia cukup sedap. Sporting nation, terbaik. Bola sepak pun kalah. Apa hal sporting nation? Kalau tidak ambil pemain luar, tidak boleh menang. Lee Chong Wei satu-satunya dalam dunia. Lee Chong Wei tidak ada, anak Lee Chong Wei kecil lagi hendak ganti macam mana?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Masalahnya, kita ini ketandusan atlet. Kenapa ketandusan? Sebabnya Tuan Yang di-Pertua mudah, kita tidak mempunyai teori yang terbaik iaitu tidak mempunyai apa yang disebutkan sebagai kecergasan, fitness. Itu sebab saya ingat semasa saya menjadi Menteri, saya buat National Fitness Council, Majlis Kecergasan Kebangsaan. Analoginya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjalankah, berlarikah, cakap apa, hendak tidurkah, baringkah, berdirikah, kalau tulang belakang itu tidak kuat, hendak pergi bilik air pun seksa.
Betul atau tidak? Ini yang terlebih-lebih ini saya tidak mahu sebut nanti dia tidak mahu berkawan dengan saya mereka ini.
Akan tetapi bagi saya dalam keadaan macam ini, kita kena peka. Jadi dalam aspek ini, Kementerian Belia dan Sukan mesti peka. Jangan sangat mengejar, “Wah! Medal Olimpik”. Begitu besar Majlis Sukan Negara, begitu sukar, hebat hendak mengeluarkan atlet bertaraf tinggi yang dapat mengeluarkan kehebatan jaguh dunia, semua boleh. Hendak buat semua boleh buat, hendak bercakap semua orang boleh bercakap tetapi hendak keluar daripada mana? Takkanlah kita hendak mengambil orang Nepal, orang Bangladesh, orang Afrika – minta maaf ya. Orang Afrika ini orang panggil gagak. Saya pun tidak tahu gagak itu maksudnya macam mana tetapi lebih kurang. Takkanlah kita hendak mengimport atlet. Kalau kita bercakap tentang sporting nation maknanya di sekolah itu sebagai contoh sekolah rendah, sekolah menengah. Sekarang ini saya hendak menegur Kementerian Pendidikan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
...Ya, saya hendak habis sekejap. Tegur sebab budak-budak perempuan kecil, girl, dalam izin bahasa ‘orang putih’, young girls, budak-budak sekolah Darjah Enam, Darjah Lima, Darjah Empat, Darjah Tiga, Darjah Dua dan Darjah Satu hendak berlari pun takut. Masalah aurat itu satu hal lah pula.
Seolah-olah hidupnya belajar, belajar, belajar tetapi kalau dia belajar pandai pun, dia tidak mempunyai keseimbangan untuk kesihatan dan kecergasan, tidak ada gunanya anak-anak itu berjaya dalam kehidupan profesional mereka tetapi gagal dalam kehidupan peribadi mereka.
Jadi kalau kita melihat kepada aspek sporting nation yang disebutkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan sporting nation, saya memohon Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin antara Menteri muda kita, alhamdulillah, badan dia orang muda. Cubalah Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, jalan pun tidak larat, bercakap pun hendak pengsan, sikit-sikit sakit jantung, orang tidak akan yakin kepada Menteri Belia dan Sukan. Jadi maknanya, kesimpulan ucapan saya ialah – macam contoh di hadapan kita ini, Menteri Pelancongan, handsome. Kalau Menteri Pelancongan tidak handsome, orang tidak datang ke Malaysia sebab, contoh dia hendak jual Malaysia Truly Asia , cakap ‘orang putih’ pun tidak boleh, ini punyalah handsome, semua hendak, handsome. Betul Chief? Handsome, lebih kurang macam saya muda tetapi lebih kurang ada kuota dia kata. Betul Chief? Lepas ini dia ajak saya keluar, tidak ada hal.
[Ketawa] Kalaulah Menteri Pelancongan, Tourism Minister, tidak stail, tidak handsome, macam ini, siapa hendak datang Malaysia? Tiba-tiba Tourism Minister cakap ‘orang putih’ tidak boleh, rupa tidak macam fit, sihat...
[Mengeluarkan bunyi batuk] , tiba-tiba hendak pergi mesyuarat, sakit jantung, orang tidak yakin dengan Malaysia. Betullah kata Dato’ Sri Najib, ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Kita hendak aspek ini, sporting nation. Saya mintalah sangat Kementerian Belia dan Sukan, go back to basic, pergi ke belakang. Jangan sibuk sangat hendak mengeluarkan jaguh dunia. Majlis Sukan Negara memang terbaik tetapi supply chain tidak ada. Hendak buat macam-macam dasar, anak di sekolah tidak boleh lari, tidak boleh lompat, tidak boleh ini, hendak cari supply dari mana? Siapa yang hendak berlari, siapa yang hendak berenang, siapa yang hendak lompat, tidak ada orang....
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
...Sekejap. Sebabnya kesimpulan saya dalam sukan ialah kita mesti mewujudkan semula National Fitness Council, kita mesti mewujudkan semula budaya kecergasan dalam negara kita terutama sekali anak-anak sekolah lelaki dan perempuan supaya apabila mereka cergas, mereka sihat, mereka akan membantu melebarkan ekonomi dunia. Sila Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pengerang bercakap kerana dia ada pengalaman, bekas Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi saya bersetuju kalau kita hendak melahirkan atlet yang terbaik, pasukan bola sepak yang hebat, tanggungjawab sepenuhnya kita letakkan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Saya tidak berapa bersetuju.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab itu saya tahu bahawa kerajaan sudah ada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan. Kita lihat Jepun dan Korea. Dahulu Korea kalau main bola sepak dengan Malaysia senang sahaja Malaysia kalahkan, kerana waktu itu kita juga hebat setanding negara bertandingan. Sebab itu saya fikir bagaimana Korea, China, dan Jepun hari ini telah pun sebaris dengan kuasa-kuasa besar bola sepak dunia. Barangkali antaranya ialah apabila mereka meletakkan sasaran, semua orang, semua kementerian, dan semua agensi bersama-sama untuk melaksana menjayakannya.
Sebab itu saya fikir, apakah Yang Berhormat Pengerang bersetuju kita mesti letakkan tanggungjawab secara bersama? Maknanya, kalau kita kata bahawa- ini Yang Berhormat Ketereh sudah masuk, pakar bola sepak ini. Kemudian, kalau kita hendakkan Malaysia satu hari nanti pasukan bola sepaknya sebaris dengan negara-negara lain, semua kena bertanggungjawab. Kalau di sekolahnya, rancangan makanan tambahan pun mesti Kementerian Pendidikan study betul-betul sediakan makanan yang betul-betul...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, dia ada had masa Yang Berhormat, ya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Betul-betul sesuai dengan matlamat untuk melahirkan pemain yang baik. Apakah Yang Berhormat Pengerang setuju?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Patut dia yang cakap, dia tidak cakap. Dia suruh saya cakap, selepas itu dia cakap pula. Akan tetapi itulah sahabat saya Yang Berhormat Lenggong. Saya hendak jawab, betul! Semua Yang Berhormat Lenggong cakap semua betul. Saya setuju lebih daripada 100%. Isunya senang sahaja Tuan Yang di-Pertua. betul Yang Berhormat Lenggong cakap, macam-macam boleh cakap! Masalah kita bola sepak itu basic pun Ya Allah ya Tuhanku, saya tidak tahu, minta maaflah Yang Berhormat Ketereh. Kelantan jumpa Johor bertumbuk. Itu soal lainlah. Kita tidak bertumbuk dalam Parlimen ya Kelantan dengan Johor. Isu dia daripada saya di universiti pun kalau bola sepak Kelantan dengan Johor kalau tidak bergaduh, mesti bukan bola sepak.
Akan tetapi contohnya judi ini. Contohnya rasuah ini. Eh! Budak-budak main bola pun boleh rasuah, apa hal? Tidak adakah dia rasa bangga hendak menang? Kebanggaan pegang piala, hendak berjaya. Ini hendak cakap fasal World Cup. Saya hendak cakaplah Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool cakaplah. Sukan dia itu sukan berduit.
Atlet dia main bola berjuta-juta ringgit. Insurans kaki beratus juta, advertisement, pakaian, baju dan segala-galanya menunjukkan dia nilai individu imej yang begitu hebat. Sukan bola sepakkah, dan tidak kisah apa jenis sukan. Kenapa tidak berlaku dalam Malaysia?
Kemungkinan kerana sukan itu tidak penting.
Itu sebab saya hendak mencadangkan kemungkinan hendak menggerakkan sukan, ya kita mewujudkan kebajikan melalui sistem CSR dengan syarikat. Kenapa tidak boleh kita wujudkan sistem budayakan sukan? Mana syarikat swasta yang besar-besar dan GLC buat sukan, kepada budaya sukan semua pergi kerja naik tangga dekat KLCC itu.
Orang Petronas naik tangga, saya rasa pengsan mereka. Akan tetapi mewujudkan budaya itu, kita beri dia kemungkinan subsidi sukan. Beri dia diskaun kad dan sebagainya. Kita boleh buat. Akan tetapi jangan hanya bercakap sukan sebab hendak menang piala tetapi bercakap sukan sebagai satu budaya yang disebut sebagai sporting nation kerana semua kita di Parlimen ini dahulu- Yang Berhormat sahabat saya Barisan Nasional dan pembangkang, kita kena sihat dan kita kena- bergaduh dalam ini tidak sukakah tidak kisahlah. Akan tetapi kita perlulah ada fitness centerkah atau apakah supaya kita ini mempunyai sporting nation. Ia mesti bermula di sini dalam Dewan Parlimen sebab kita mewakili rakyat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Kalau kita tidak boleh lari tuan-tuan, tidak usahlah sebut diri wakil rakyat. Berucap dengan rakyat pun tercungap-cungap tidak payahlah, rakyat pun pening kepala. Itu saya hendak sebut terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Jadi saya tahu Tuan Yang di-Pertua, point saya pendek sahaja. Yang Berhormat Lenggong sudah hendak keluar lagi. Patutnya ada lagi, tidak apa, soal- ya, berkenaan dengan saya, suka cakap fasal belia. Bukannya Apa Tuan Yang di-Pertua, sebab saya rasa belia ini suka atau tidak suka belia adalah belia. Belia ini saya tengok adalah sebenarnya harapan negara. Semua orang cakap belia harapan negara. 40 tahun ke bawah belia. Saya hendak minta Kementerian Belia dan Sukan kalau boleh- semasa saya menjadi Menteri 40 tahun ke bawah saya minta kalau boleh Menteri Belia dan Sukan definisi belia itu 30 tahun dan ke bawah. Apa fasal pula 40 tahun? 40 tahun itu sudah beruban. Yang Berhormat Kuala Selangor kurang daripada 40, bukan? Macam orang tua lebih kurang. Bukannya apa sebab rambutnya sudah jarang-jarang macam saya. Isunya ialah definisi belia 30 tahun ke bawah, itu yang pertama.
Keduanya saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan khasnya kita mesti tahulah- saya hendak sebut sedikit sahaja. saya cukup kagum dengan budak jawa nama Wak Doyok itu. Kalau Yang Berhormat tidak tahu tengok Instagram. Jawa yang ada misai. Bukannya sebab dia orang Johor saya sokong dia. itu lebih kurang sahaja tetapi saya sokong dia sebab dia berani tengah-tengah panas buta pakai kot, pakai tie, pakai skarf, dan pakai cigar itu dahsyat. Kita dekat luar pun Yang Berhormat kata panas masuk Dewan, ini boleh berjalan ini.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Inilah imej belia yang kita hendak. Belia yang berani. Belia yang yakin pada diri sendiri. Belia yang boleh bercakap tentang perubahan dan belia yang boleh membawa perubahan. Inilah yang kita hendak.
Jadi macam mana kita hendak keluarkan belia yang berkualiti ini. Saya tidak tahulah. Saya dengar Yang Berhormat Johor Bahru cakap fasal perumahan. Saya hendak sebut satu sahajalah. Kalau kita ada kuota yang kita wujudkan untuk bumiputera dan sebagainya, kenapa kita tidak boleh wujudkan kuota perumahan untuk belia. Kenapa kita tidak boleh wujudkan bantuan kewangan bank untuk belia, bank belia.
Belia ini Tuan Yang di-Pertua kalau hendak pergi bank, dengan gaji, dengan anak, dengan isteri, dan dengan gaji hendak bayar tuisyen, ASTRO, kereta, dan rumah sewa gaji RM3,000 ke RM4,000 pun tidak cukup. Hidup kredit kad sahaja. Tiap-tiap bulan kredit kad.
Akhir tahun bayar faedah. Tidak ada duit dan simpanan sebab keadaan ekonomi begitu mendadak. Jadi kalau kita samakan belia dengan orang yang berpengalaman, orang yang berusaha dan berkemampuan, belia akan ketinggalan. Belia bukan hanya persatuan belia.
Titah Tuanku ada sebut belia kepimpinan, kemahiran, keusahawanan, dan kesukarelawan memang semua setuju. Kita pun dahulu memang pernah belia. Dalam bahasa orang putih, we were young once, tidak dinafikan. Akan tetapi ada seorang saya jumpa ini Tuan Yang di-Pertua, orangnya kaya-raya. Orang Malaysia saya tidak boleh sebut nama.
Bila saya tanya dia macam mana boleh jadi kaya raya dan begitu kaya tetapi ramai orang tidak berjaya? Dia jawab satu sahaja. Dia kata hendak menjadi kaya ini bukan proses hendak jadi kaya. Ia bukan terus hendak kaya dan berniaga tidak. Akan tetapi kejayaan untuk menjadi kaya itu lahir daripada sifat bila buat kerja berjaya. Wakil rakyat terbaik, mewakili rakyat. Ahli politik begitu akur kepada dasar-dasar parti. Menjadi individu yang terbaik, individu yang tidak akan tinggalkan Kerusi Dewan Undangan Negeri sebab hendak beri orang lain bertanding. Ini bukan cara belia berkualiti.
Kita wakil rakyat seperti kata titah Tuanku kita menunjukkan contoh kepada orang luar. Semalam tidak datang ke Dewan, saya tidak tahulah apa munasabah. Mungkin mereka ada dasar politik mereka sedemikian. Akan tetapi saya sedih. Rakyat tertipu, rakyat memilih wakil rakyat mewakili rakyat bukan rakyat memilih wakil rakyat mewakili parti dalam pemilihan parti. Akan tetapi pilihan raya mewakili rakyat. Itu sebab pilihan raya Kajang ini penting Tuan Yang di-Pertua. Adakah rakyat di Kajang memilih wakil rakyat boleh memberi servis perkhidmatan terbaik atau setakat wakil rakyat yang kemungkinan hendak jadi Menteri Besar Selangor, saya tidak tahu. Terpulanglah kepada pentafsiran tetapi apa yang berlaku semalam saya cukup sedih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Johor Bahru bercakap tidak ada orang hendak mencelah.
Bukannya tidak elok tetapi tidak manis dipandang dunia. Sudahlah kapal terbang kita hilang. Saya tidak mahu wakil rakyat kita hilang pula tiba-tiba. Nanti jadi satu masalah pula tiba-tiba ghaib, semua ghaib.
Isu saya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah kalau ini tanggungjawab kita, anak kita di rumah, anak sedara kita, adik-adik kita bila dia tengok kita sebagai pemimpin mithali, kita mesti mempunyai sifat menerima qada’ dan qadar. Kita mesti menerima sifat bahawa kita menerima segala-galanya tetapi janganlah...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Pengerang, boleh laluan?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
30 minit sekejap ya, abang.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Seminit, seminit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya hendak habis ini.
Tengah sedap bercakap ini.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, kita ada sistem demokrasi. Tiga - bahasa orang putih separation of power. Kita ada mahkamah, kita ada legislature, executive and judicial. Tidak akan keputusan hakim itu kita tidak setuju sebab kita kalah, kita tidak setuju. Buat apa hendak pergi mahkamah? Tidak payahlah pergi mahkamah. Akan tetapi bila kita buat rayuan, kita menang kita happy. Hakim terbaik, lawyer terbaik sebab kita menang. Bila kita kalah? Ah! Hakim tipu dan rasuah. Ini semua tidak betul. Kita menentang. Tidak mahu lihat mata. Konspirasi dan sebagainya, begitu sedih.
Kalau kita tidak menghormati sebagai wakil rakyat sistem separation of power…
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jangan kita memanggil diri kita sebagai wakil rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
This is my floor.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Berilah.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
It is up to me. Saya hendak cakap, saya cakap. Saya tidak beri peluang.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak berilah?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Biar saya habis cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Bharu duduk dahulu, Yang Berhormat Kota Baharu.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
You can speak after that, tidak ada hal! You can speak what you want say.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Minta laluan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Eh! Relakslah Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun sudah cakap, cakap sahajalah. Cakap macam-macam fasal 1Malaysia, terpulanglah, your freedom. Isu dia this is my floor. I will say what I want to say. This is my right as a Member of Parliament, sorry [Tepuk] Ini bukan kedai kopi.
Kalau kita wakil rakyat, kita boleh gugurkan kerusi kerana political philosophy dalam parti politik, jangan menawar diri kepada rakyat, jangan tipu rakyat. Kesian rakyat.
Hendak pergi jumpa wakil rakyat, wakil rakyat tidak ada. Masalah longkang, itu dan ini siapa yang hendak jamin dan jaga? Ini! Itu sebabnya bila kita mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat depan Yang di-Pertuan Agong, depan hakim sempat kita buka Parlimen. Hakim ada dan Yang di-Pertuan Agong ada, sebab mendefinisikan separation of powers.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Kalau kita masuk dalam Dewan ini, kita mengangkat sumpah dan kita mengaku kita wakil rakyat, kenapa kita janggal dan kerana parti kita tidak masuk untuk mewakili rakyat. Ini kerana kita dayus dan kita terlampau takut kepada kedudukan politik sebab kita takut jawatan dalam politik kita lupa amanah kita kepada rakyat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jadi saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang hendak bercakap pada kawan-kawan saya terpulanglah pada tuan-tuan akan tetapi tuan-tuan kalah jangan kata konspirasi kerajaan. Tuan-tuan kalah jangan kata kerajaan, mahkamah zalim. Sebab masalahnya tuan-tuan semuanya yang berlaku Barisan Nasional yang jahat. Akan tetapi duit BR1M tuan-tuan ambil. Anak-anak pergi sekolah tuan-tuan hantar. Anak-anak masuk universiti, anak-anak tuan pun ambil PTPTN.
Kalau saya tuan-tuan, saya tidak duduk, saya tidak ambil dan saya tidak terima.
Sebab saya ada maruah. Tidak macam tuan-tuan. Tuan-tuan cakap dalam Dewan, di luar Dewan tuan-tuan cakap lain. Itu masalah tuan-tuan. Itu sebabnya tuan-tuan, suka tidak suka saya cakap terpulanglah, akan tetapi saya hendak bercakap kepada titah Tuanku.
Saya berharap titah Tuanku menunjukkan pada kita bahawa sebagai wakil rakyat kita mesti mempunyai wakil rakyat yang beramanah. Oleh itu Pengerang ingin menyokong. *Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lumut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Tragedi kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal menyelubungi suasana negara kita, menyebabkan kita berada di dalam keadaan sedih.
Untuk itu apabila kita dengar berlaku peristiwa itu kita membaca “Inna lillahi wa inna ilahi rojiun” “Daripada Allah kita datang, insya-Allah kepada Allah kita kembali”. Jadi apa yang mendukacitakan saya khususnya, cara kerajaan menangani peristiwa ini. Oleh sebab kita lihat kenyataan yang diberikan kadang-kadang bercanggah.
Lebih-lebih lagi selepas dua hari peristiwa ini berlaku, Panglima Tentera Udara mengeluarkan kenyataan bahawa mengatakan pesawat ini patah balik, terbang ke Tanah Besar dan melepasi Tanah Besar menjunam ke Selat Melaka. Keadaan ini semacam mustahil bagi saya. Oleh sebab berdasarkan taklimat yang diberi oleh Group CEO MAS menunjukkan kapal terbang menuju ke Vietnam dan di tengah perjalanan jam 2.40 pagi hilang daripada radar dan tanda ataupun signal di radar menunjukkan warna merah.
Maknanya bahaya dan kapal terbang telah hilang. Hilang dalam erti kata kalau diringkaskan ceritanya sama ada meletup ataupun menjunam ke laut oleh sebab tidak ada kesan-kesan di radar lagi.
Jadi sepatutnyalah pada pandangan saya kerja-kerja mencari setakat ini sepatutnya ditumpukan kepada kawasan di mana kapal terbang tersebut hilang daripada pengesanan radar. Sepatutnya kita beri tumpuan kepada pencarian di kawasan tersebut.
Saya yakin dan percaya waktu ini, sudah selepas lima hari kita tidak boleh memberi harapan yang palsu kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi tersebut. Saya silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Selain daripada itu saya rasa perlu juga kita rakamkan perasaan agak terkejut mengapa maklumat daripada Tentera Udara itu hanya dikemukakan selepas dua hari. Ia amat pelik. Sepatutnya sekiranya ada apa-apa perubahan dari segi flight pattern yang ditunjukkan oleh MH370, semestinya radar Tentera Udara mengesaninya pada hari berkenaan itu sendiri dan bukan dua hari kemudian.
Saya tidak mahu hendak komenlah sama ada betul atau pun tidak betul bacaan radar yang dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Akan tetapi apabila maklumat ini datang dalam keadaan yang sebegitu rupa, ia memberikan satu imej yang tidak baik terhadap kemampuan kerajaan dan negara kita untuk memantau perjalanan kapal terbang di dalam ruang udara kita sendiri. Ia menimbulkan persoalan sejauh mana peralatan yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia cukup canggih, mampu untuk mengesan
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
pergerakan di ruang udara negara kita sendiri dengan kadar yang segera dan pantas.
Bukan sekadar dua hari kemudian. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Lumut.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Boleh, boleh soalan yang sama Yang Berhormat Lumut? Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya juga amat terkesan dengan masalah MH370 ini. Kalau kita bercakap tentang kehakiman, separation of powers kononnya tidak boleh. Akan tetapi MH370 ini adalah soal yang Parlimen lah tempatnya untuk kita dengar pandangan dan Peraturan Mesyuarat 14(1)(h) Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Menteri untuk datang ke Parlimen ini dan memberi penjelasan kepada kita apa yang telah berlaku.
Jadi adakah Yang Berhormat Lumut fikir sepatutnya kita Ahli Parlimen mendapat penjelasan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena pun ditolak hari ini untuk bincang hal itu. Adakah Yang Berhormat Lumut fikir bahawa patutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun paling kurang Yang Berhormat pemangku Menteri Pengangkutan guna kesempatan, kuasa, peluang dan hormati Parlimen dan datang ke Parlimen dan beri kepada kita maklumat yang sebenarnya yang diketahui oleh kerajaan tentang apakah masalah yang telah terkena kepada MH370 ini. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Lumut sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi saya baru dapat maklumat dari pihak Tentera Udara baru menafikan bahawa dia buat statement begitu. Kata beliau tidak pernah buat statement tentang patah balik ke Subang. So, ini menunjukkan sekali lagi bukan sahaja masalah daripada komunikasi akan tetapi yang disiarkan, dia menuduh bahawa yang disiarkan yang misquote nya adalah Berita Harian.
Saya juga ingin bawa bahawa Menteri telah beri warning, IGP beri warning dan DCA pun kata jangan kita – kita kena semak data dengan betul sebab ini adalah tumpuan antarabangsa. Saya juga ingin dapatkan pendapat daripada Yang Berhormat Lumut bahawa dua hari yang lalu Utusan Malaysia keluarkan satu berita tentang lima senario yang mungkin berlaku. Salah satu ialah pilot telah salah course, tidak maklum kepada control power. Satu lagi adalah cuaca yang buruk, satu lagi ialah pilot bunuh diri. Atau satu lagi senario ditembak oleh negara jiran.
Ini adalah satu surat khabar yang rasmi yang merupakan lidah kepada UMNO, akan tetapi keluarkan statement yang begitu tidak bertanggungjawab. Saya ingin dapat pandangan daripada Yang Berhormat Lumut.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan Serai bangun juga Yang Berhormat. Hendak bagi?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Minta laluan, sekejap.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Silakan satu.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Inilah masalahnya. Apabila kita buat penerangan pada hari pertama semalam hari Selasa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan penerangan berkenaan dengan apa yang telah berlaku, apa yang sedang dibuat dan apa yang akan dibuat. Akan tetapi kawan-kawan di sebelah sana tidak ada. Jadi bila tidak ada, tidak tahu apa yang berlaku. Bila sampai hari ini kata tidak tahu. Jadi salah anggap. Walau bagaimanapun saya hendak tanya Yang Berhormat Lumutlah, saya berpendapat masa ini adalah masa untuk muhasabah. Masa ini adalah masa untuk kita bertafakur. Masa ini adalah bukan masa untuk kita menuding jari cari salah orang ini, cari salah orang itu.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Jadi masa ini kita patut sama- sama berdoa, sembahyang solat hajat, baca Yasin. Bukan kita cari salah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini dok muhasabah lah ini. Ini dok muhasabahlah.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Muhasabah apa, tuduh orang sini orang sana. Muhasabah bukan boleh tuduh orang. Muhasabah untuk diri sendiri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita bukan tuduh orang! Kita menjelaskan kesalahan dan kelemahan-kelemahan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Mana ada kesalahan!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Inilah muhasabah.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Apa yang dibentangkan adalah apa yang kita lihat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lumut boleh teruskan ya.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang lain-lain ini tidak faham apa yang saya cakap.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Saya berada di depan televisyen apabila Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan yang tidak meyakinkan. Oleh sebab itu saya hampir melompat apabila Perdana Menteri memberi kenyataan yang tidak meyakinkan. Seolah-olah beliau tidak pasti apa yang sedang berlaku. Memang pun tidak pasti. Sampai sekarang pun kita tidak pasti apa sebenarnya berlaku.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu, Utusan Malaysia memang biasalah, dia seolah-olah lebih pandai daripada penganalisis, lebih pandai daripada juruterbang. Semua kenyataan yang dilaporkan merupakan kenyataan yang tidak benar, sesat. Jadi kita tidak boleh terima kenyataan yang ditulis oleh Utusan Malaysia. Sebagaimana dikatakan oleh Yang Berhormat Batu juga, Panglima Tentera Udara, saya berada di depan televisyen, dia sendiri memberi kenyataan bahawa radar tentera udara mengesan kapal berpatah balik ke Kuala Lumpur. Ini saya kata karut!
Pada hari ini kita tuntut Menteri Pertahanan untuk memberi penjelasan mengapa Panglima Tentera Udara memberi kenyataan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lumut!
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
...Bahawa dia mengesan kapal terbang tersebut patah balik ke Kuala Lumpur.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lumut!
Bagi Lenggong bercakap. Tak payah baca kertas itu.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Nanti sekejap, saya belum habis. Saya hendak baca lagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bagi Lenggong bercakaplah, tak payah baca sana, tak payah.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Dan yang ketiga, sebagaimana Yang Berhormat Tumpat cadangkan, memang kita tuntut supaya Perdana Menteri menjelaskan kepada Dewan peristiwa yang sebenarnya berlaku.
Kalau selepas lima hari tak boleh memberi penjelasan yang tepat, kalau begitu, kita minta letak jawatanlah kot!
[Dewan riuh]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Ya, kalau tak boleh selepas lima hari.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Lumut, bagi sikit.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Sepatutnya selepas lima hari, tak jumpa di udara, tak jumpa di permukaan, mana pergi dia?
Mana pergi kapal terbang? Ha, sila beri jawapan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Inilah masalahnya kita. Ini isu negara, ini isu nasional dan isu ini melibatkan masyarakat antarabangsa. Sepatutnya perkara seumpama ini tanpa kita kira
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
latar belakang politik kita, kita mesti menyelesaikan secara bersama dan tidak ada masa untuk kita tuding-menuding, salah menyalah. Yang kita tunjuk dan kita nampak dalam Dewan ini ialah sikap salah-menyalah!
Seorang Ahli
Betul! Betul!
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini yang salahnya.
Seorang Ahli
Cari salah orang sahaja.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Negara China menyalahkan kita sekarang ini. Negara China.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat! Yang Berhormat Tumpat!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat Batu.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tak, Duta Besar Negara China sendiri telah memperakukan bahawa apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terbaik dan dia berpuas hati.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu dalam surat khabar... [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Hendak banding Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut siapa? Yang pencen ini kita hendak tanya?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Cuba baca dalam BBC, cuba baca dalam CNN.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
37 tahun 8 bulan dalam Tentera Laut...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Laut Andaman dengan Laut China Selatan, dua tempat yang berbeza. Sekarang satu dunia tidak tahu hendak pergi mana hendak cari.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Duta Besar China sendiri mengatakan bahawa apa yang kita laksanakan, dia berpuas hati.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Lumut boleh teruskan Yang Berhormat Lumut.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab itu yang penting kita cari bagaimana hendak mengatasi masalah.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Lenggong, kita tidak menyalahkan tetapi kita hendak diperbaiki dengan pantas.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Hai, salahlah tadi itu.
Macam itu punya ucapan tak menyalahkan lagi?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Oleh sebab kita lihat tiap-tiap kali...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Mana ada dalam Dewan Rakyat ini kalau ucapan pihak pembangkang yang kata kerajaan buat betul? Semuanya salah!
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kita tidak kata kerajaan salah sebut, cuma tidak tepat. Kita suruh betulkan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lenggong cikgu, dia Laksamana, beza itu.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tolong duduk, tolong duduk. Kita hendak lihat Perdana Menteri esok datang ke Parlimen memberi penjelasan kepada Dewan apa yang sebenarnya berlaku sehingga kini. [Dewan riuh] [Tepuk] Selepas lima hari kalau sudah tak jumpa, bagi tahu besar kemungkinan kapal terbang sekarang berada di dasar laut. Bagi penjelasan!
[Dewan riuh]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kita tumpukan kepada pencarian di dasar laut.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Dia bukan boleh andaian, besar kemungkinan, kemungkinan, kemungkinan, tak boleh. Ini soal krisis!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat ini ialah bekas Panglima Tentera...
[Dewan riuh]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Sebab itu..
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Mana boleh kita buat kata andaian kemungkinan jatuh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kemungkinan hilang, mana boleh?
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar
Ini ketua siapa ini? Ketua siapa ini?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab itu kenyataan yang dibuat oleh kerajaan mesti mempunyai bukti yang sahih!
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Pokok Sena, sikit Yang Berhormat Pokok Sena.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sabar Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang lain duduk Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Panglima dari Lumut. Setuju tak Yang Berhormat bahawa yang mengatakan pemangku Menteri Pengangkutan itu salah ialah Pengarah DCA?
Pemangku Menteri Pengangkutan kata empat orang yang pakai pasport palsu. Pengarah DCA kata dua orang. Yang kata Menteri itu salah, bukan pembangkang. Pengarah DCA.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh, Yang Berhormat Lumut?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sebenarnya Yang Berhormat Lumut setuju tak dengan saya bahawa kita apabila kita bercakap tentang insiden ini, sebenarnya apa yang kita bercakap ini berdasarkan maklumat yang dalam public domain. Sebagai contoh, tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata tentang perbezaan kenyataan. Malahan Menteri sendiri, Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa dia menyalahkan juga. Dia kata, macam mana you tengok pasport ini, takkanlah warga Itali muka macam Asia? Maknanya dia sendiri memberi komen. Ini menunjukkan bahawa banyak maklumat yang diberikan itu mengelirukan.
Jadi kalau mengelirukan, apa salahnya Parlimen ini, kita bawa isu ini, kita bahas?
Itulah muhasabah! Ini muhasabah pun tak faham! Tak payah cakap pasal muhasabahlah
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Setuju Yang Berhormat Sepang. Sebab itu kita minta usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena diterima oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Lumut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan di sini ya, kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat hendak jelaskan macam mana?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya hendak jelaskan dan saya hendak tanya..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat minta penjelasan ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Yang Berhormat Lumut sama ada dia bersetuju ataupun tidak. Saya hendak jelaskan di sini bahawa kerajaan memanglah kena bertanggungjawab kerana dia kerajaan. Kalau di negara Jepun ada peristiwa yang macam ini, Menteri sudah letak jawatan. Betul tak?
[Tepuk] Betul tak Yang Berhormat Lumut, betul?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Setuju.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini menunjukkan orang di sana dia faham apa tanggungjawab kerajaan. Kalau kita bangga, kita tak pandai menangani, malahan kita berkali-kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah satu sama lain dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat...
Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari - Setiawangsa
Di Perancis, kalau ada skandal pun letak jawatan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Ia menyebabkan rakyat dan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Di Perancis kalau ada skandal, letak jawatan lama dah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Masyarakat antarabangsa hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan. Maka, kerajaan perlu ditegur dan perlu dimuhasabah. Apa pandangan?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Setuju! Setuju! Saya amat bersetuju apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Kita tutup cerita MH370. Kita minta Perdana Menteri memberi penjelasan dan memberi jawapan yang khusus, kaedah atau pendekatan untuk mencari pesawat penerbangan MH370 ini di Dewan Parlimen esok, kalau boleh.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 hari bulan yang lalu sempena perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas, izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini diatas keprihatinan Tuanku mencemar Duli, menjunjung tinggi pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia serta anggotanya yang telah berusaha memberi jaminan keselamatan, keamanan serta memelihara kedaulatan negara sesuai dengan peranan Angkatan Tentera itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan telah diberikan peruntukan operasi dan pembangunan berbilion ringgit sejak ditubuhkan hingga sekarang. Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini Angkatan Tentera Malaysia akan menyambut ulang tahun yang ke-51 dengan peruntukan sebanyak RM16.1 bilion untuk peruntukan pembangunan dan juga peruntukan operasi. Kita ucap syabas kepada Angkatan Tentera dan diucapkan kepada seluruh warga Angkatan Tentera supaya dapat menyambut Hari Angkatan Tentera dengan aman dan selamat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini kita tidak menafikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia sentiasa mempertingkatkan keupayaan operasi darat, laut dan udara. Angkatan Tentera Malaysia terus diberi peruntukan yang besar untuk tujuan tersebut. Soalnya, adakah ia bertepatan dengan keperluan sebenar Angkatan Tentera Malaysia atau ia hanya perancangan jangka pendek atau berpandukan kepada sesuatu peristiwa yang dialami atau benar-benar perancangan jangka panjang?
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, bagi memantau dan mengawal selia perolehan kelengkapan Angkatan Tentera ini, saya mohon izin Dewan yang mulia ini mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu dokumen Dasar Pertahanan Negara atau National Defence Policy yang diluluskan oleh Parlimen serta diguna pakai oleh Kementerian Pertahanan secara telus dalam mengurus dan membangunkan Angkatan Tentera Malaysia. Dokumen ini diharap menyediakan panduan, saiz ketumbukan serta kekuatan Angkatan Tentera Malaysia yang diperlukan oleh negara dan dalam waktu yang sama dapat mengelakkan perolehan kontroversi sebagaimana yang selalu kita dengar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dasar Pertahanan Negara merupakan manifestasi matlamat nasional dalam memastikan keselamatan dan kestabilan negara terpelihara dan kepentingannya dipertahankan demi menjamin keutuhan wilayah, kesinambungan, keamanan sosioekonomi serta kedaulatan negara.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Kedua, menjelaskan strategi pertahanan menyeluruh melibatkan elemen-elemen ketenteraan dan bukan ketenteraan yang terperinci dan dirancang dengan penuh teliti.
Ketiga, mengawal selia penggunaan peruntukan yang disediakan supaya tidak berlaku ketirisan dan pemborosan seperti perolehan dua buah kapal selam baru, sebuah terpakai dengan kos RM4.5 bilion yang telah melebihi kos sebenar.
Keempat, perolehan enam buah patrol vessel yang telah melebihi kos asalnya dan yang kelima, pembelian helikopter untuk TUDM Cougar EC725 sebanyak RM197 juta sebuah sedangkan negara Brazil membelinya dengan harga RM82 juta sebuah sahaja.
Perolehan pembelian lain-lain kelengkapan yang melebihi kos sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, rentetan dari perolehan pembelian kelengkapan yang melebihi kos sebenar sebagaimana yang dinyatakan, Malaysia telah dilaporkan dalam Laporan Government Defence Anti-Corruption Index 2013 iaitu oleh Transparency International, Malaysia berkedudukan ‘D’. ‘A’ – tiada rasuah dan ‘F’ – paling buruk rasuah. Malaysia di kedudukan D. Malaysia sebaris dengan Rwanda, Tanzania dan China. Justeru itu, saya berharap dokumen Dasar Pertahanan Negara yang sah ini dapat diwujudkan dalam kadar segar bagi mencegah ketirisan dan keborosan perolehan yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, pengorbanan warga tentera memang telah diperakui tetapi apakah ganjaran yang telah kerajaan berikan kepada mereka? Dalam hal ini saya ingin menyarankan supaya janji kerajaan menganugerahkan tanah kepada bekas tentera dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973, nombor tujuh.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Lumut. Sungai Petani.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Silakan.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Lumut. Kalaulah ada di antara pegawai ataupun anggota angkatan tentera kita bukan sahaja mempunyai maklumat tetapi mempunyai maklumat yang lengkap berhubung dengan berlakunya rasuah ataupun tindakan yang bercanggah dengan undang-undang, adakah boleh anggota ini melaporkan apa yang berlaku di luar kemnya? Maknanya bolehkah dia melaporkan kepada SPRM atau polis ataupun bisu sahaja, membiarkan keadaan berlaku berterusan seperti seorang Mejar Zabidi yang melaporkan apa yang berlaku tetapi tindakan dikenakan kepada beliau. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang hal ini? Terima kasih.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Dalam hal ini Yang Berhormat Sungai Petani, saya memang bersetuju supaya warga tentera yang mempunyai maklumat-maklumat ketirisan, rasuah ataupun salah guna kuasa dibenarkan melaporkan kesalahan tersebut kepada pihak-pihak berwajib. Dalam hal ini mungkin kita perlu wujudkan undang-undang yang melindungi warga tentera yang melaporkan jenayah yang berlaku di dalam angkatan tentera. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, pengorbanan warga tentera tadi sebagaimana yang saya katakan, perlu diperakui. Justeru kita cadangkan supaya Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973, nombor tujuh dilaksanakan dan dilihat sebagai mengenang jasa mereka
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
sebagaimana kerajaan pernah menganugerahkan tanah kepada beberapa orang ahli sukan negara. Sekiranya ahli sukan negara kita boleh anugerahkan tanah, mengapa warga tentera yang telah berkorban nyawa tidak diberi pertimbangan?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini agar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan dengan tegas tanpa sebarang keraguan bahawa undang-undang Islam di Malaysia ini mesti dilaksanakan demi mengurangkan kadar jenayah, kemungkaran dan kejahatan daripada terus berlaku, yang dilihat hampir tidak terkawal. Dalam hal ini kerajaan mesti mengambil pertimbangan yang serius.
Dalam keghairahan kerajaan merealisasikan pelan pembangunan pendidikan negara masih terdapat sekolah-sekolah rendah atau menengah telah uzur ataupun tiada mempunyai kelengkapan. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 Lekir dalam DUN Pasir Panjang dan Parlimen Lumut yang mempunyai 1,200 pelajar dan satu- satunya sekolah menengah di luar bandar, tidak mempunyai sebuah dewan serba guna.
Untuk makluman Dewan, sebarang aktiviti sama ada melibatkan ibu bapa mahupun pelajar, pihak pengurusan sekolah terpaksa menggunakan dewan makan asrama ataupun terpaksa membuka beberapa buah kelas. Seyogia dimaklumkan bahawa sekolah ini telah beroperasi selama 25 tahun tanpa mempunyai sebuah dewan yang lengkap dan serba guna.
Pihak PIBG dan pihak pengurusan sekolah sedang merangka program menyambut 25 tahun kewujudan sekolah ini. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya telah difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan ada melawat ke sekolah berkenaan di mana pihak PIBG dan pengurusan sekolah telah memaklumkan serta merayu kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin melalui permohonan rasmi pada hari tersebut. Mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan dapat mengambil tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan sama ada dapat mewujudkan skim gaji jururawat berijazah agar mereka dapat dibayar dengan kadar gaji yang tinggi sesuai dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Di samping itu juga, saya harap kerajaan dapat melaksanakan projek pembesaran Hospital Seri Manjung yang mengandungi Unit Rawatan Rapi tambahan dapat dilaksanakan pada tahun ini memandangkan situasi semasa agak terdesak.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) saya ingin membangkitkan kajian dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang mendapati perjanjian ini akan menyebabkan kita kerugian 6.5 kali ganda berbanding kebaikan yang kita nikmati dalam banyak aktiviti ekonomi sekiranya kita setuju dengan tandatangan perjanjian ini. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan menarik diri daripada kelompok perjanjian TPPA ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, satu kes di mana pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Manjung tidak dapat menyelesaikan isu sempadan kawasan hingga menyebabkan pagar dibina di tengah jalan Taman Seri Wangsa Seri Manjung. Keadaan ini telah, sedang dan akan terus, dulu, kini dan selamanya menimbulkan atau menyebabkan kesulitan yang berpanjangan kepada penduduk. Justeru itu, saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat membantu menyelesaikannya dan jika tidak kita semua jangan cerita Malaysia negara maju pada tahun 2020. Pagar atas jalan raya pun kita tidak dapat selesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong dan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih daun keladi kerana diberi peluang untuk
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
turut serta membahas Usul Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini sempena Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas pada hari Isnin yang lepas bersamaan 10 Mac 2014. Atas junjungan kasih itu marilah kita sekalian Ahli-ahli Parlimen Dewan yang mulia ini bersama-sama bermuhasabah terhadap titah Baginda untuk menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara serta memelihara dan melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dalam kita mengatur gerak kaki, mengayun langkah perjalanan untuk terus mara ke hadapan. Oleh kerana itu, semestinya kita yang diangkat oleh rakyat ke tempat ini sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda supaya melaksanakan tugas dengan jujur, amanah, penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai inisiatif kerajaan yang di hurai dalam Titah Ucapan Diraja, menjadi pedoman kita menyuluh perjalanan dari isu kecil perjalanan ke pedesaan hingga kepada dasar kerajaan di Putrajaya. Dari harga barangan di kedai runcit hingga ke GST yang bakal dilaksana. Semuanya diperinci tanpa sembunyi, menerangi gelap pandangan yang memesongkan. Dasar-dasar kerajaan cukup terang diperjelaskan lagi tuntas sifatnya supaya begitu senang dimengertikan oleh sesiapa pun, baik orang kampung yang menguis rezeki siang dan malam mahupun para bitara peneraju pentadbiran kerajaan, baik kecil mahupun besar apalagi kepada soldadu politik seperti kita yang berada di Dewan yang mulia ini.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Titah Seri Paduka Baginda yang menzahirkan harapan supaya setiap wakil rakyat menunjukkan teladan yang baik dan menunjukkan sifat terpuji, mencernakan keinsafan kepada kita semua untuk meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri. Dengan pernyataan ini saya berharap dan berdoa semoga antara saya, kita semua akan terjalin kerjasama yang penuh, muhibah dan silaturahim, penuh bertanggungjawab serta berdisiplin menggapai matlamat cita-cita murni kerajaan ini. Sesungguhnya kita semua di sini baik pada pasukan kerajaan mahu pun pembangkang bertanggungjawab melaksanakan amanah yang disandarkan kepada setiap seorang kita mengikut pelbagai fungsi dan peranan masing-masing. Semoga dengan rantaian kerjasama dalam kamar keinsafan dan kesedaran yang sedemikian, kita dapat mengangkat Malaysia ke mercu kejayaan yang diharapkan.
Angin berputar ombak bersahut, Membujur lalu melintang patah, Usah lagi kelang kelibut, Amanah bangsa dijulang megah. Tuan Yang di-Pertua, kami dari Sabah dan juga Sarawak khususnya menguatkan dada menyambut baik dengan rasa gembira tanpa prejudis dan prasangka. Inisiatif murni kerajaan memperkasa dan mengangkasa pembangunan pendidikan negara yang disusun rapi jalur-jalurnya menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025. Di dalam langkah perdana mewujudkan diskriminasi ini, kami di Sabah khususnya nun jauh di seberang Laut China Selatan sangat-sangat mengharapkan agar PPPM ini benar-benar dapat diterjemah dalam erti kata yang sebenarnya. Sementara kami mempunyai keyakinan yang cukup tinggi akan pencapaiannya, namun tidak dapat disembunyikan juga sedikit kekhuatiran dan kegusaran. Apatah lagi jika difikir-fikirkan matlamat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 kini cuba berbaki sekitar enam tahun lagi.
Untuk itu, seyogia saya melontarkan persoalan-persoalan berikut untuk minta ditengok, diulas dan dikupas dan mencari pencerahan supaya menjadi pedoman untuk kita tangani bersama menyorot pembangunan pendidikan di Sabah dalam memastikan agenda PPPM dapat mencapai hala tuju kecemerlangan dalam tahun 2025.
Pertama, berapakah jumlah sekolah dikategorikan daif dan usang di Sabah dan Sarawak dan secara khususnya di kawasan Parlimen saya, Sipitang. Kedua, berapakah jumlah sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang telah diwujudkan di Sabah dan Sarawak khususnya yang matlamat utamanya adalah untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik dan menghasilkan murid-murid cemerlang. Ketiga, sejauh manakah perhatian diberi kepada keperluan sekolah berasrama penuh (SBP) di Sabah dan Sarawak sebagai gedung
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
melahirkan bijak pandai, profesional, teknokrat untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Saya bangkitkan tiga persoalan ini lantaran perlunya kami melangkah cepat mengejar fasa pembangunan di semenanjung yang sudah jauh ke hadapan supaya kami tidak terus tertinggal dalam putaran masa yang tidak pernah berhenti dengan tidak menafikan pembangunan pendidikan negeri Sabah yang amat membanggakan hari ini sepanjang Kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri Sabah.
Rakyat Sabah mengucapkan syukur dan terima kasih terhadap pembangunan yang telah dilestarikan di Sabah ini kerana kita telah maklum kedudukan geografi Sabah amat besar. Kadang-kadang dalam kawasan Parlimen sendiri, Kinabatangan sebesar negeri Pahang dan kawasan Parlimen Sipitang sendiri besarnya melebihi lebih besar Melaka dan Perlis. Saya katakan begini dengan jujur, hati yang paling dalam kerana memikirkan betapa Sabah sudah jauh tertinggal terutama sekali dalam agenda pendidikan ini. Semenjak berdekad yang lalu sehingga pada suatu ketika Sabah dan Sarawak pernah dianggap sebagai tempat ditakuti dan digeruni kepada warga pendidik yang dihantar dari Semenanjung. Akan tetapi hari ini kalau dari Semenanjung datang, lepas lima tahun dia tidak mahu balik lagi sebab seronok di Sabah. Sebagai sebahagian daripada Persekutuan Sabah dan Sarawak yang lebih besar saiznya berbanding dengan 10 negeri Semenanjung., maka seperti mana pepatah barangkali “Seperti ikan kecil di dalam kolam besar”, padahal kolam ini besar tetapi kami masih kecil dan kerdil lagi dengan tidak menafikan agenda pembangunan yang telah wujud.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai justifikasi izinkan saya bicara sedikit, berfikir di luar kotak sebagai pencerahan minda. Moga dapat memenuhi cita rasa kita, cita dan rasa seiring prinsip mendahulukan keutamaan besar daripada yang kecil. Kepada persoalan yang pertama tadi, sekolah daif dan usang. Sebenarnya ia bukan rahsia di tempat kami yang dipanggil papan dinding atap zink. Ini bermaksud diperbuat daripada kayu dengan beratap zink.
Begitulah realiti pandangan sekolah negeri ini sebahagiannya, khususnya di luar bandar. Usahkan lagi bercerita mengenai jalur lebar elektrik atau makmal komputer yang telah ada tetapi perlu diperkasakan lagi. Malah di tempat saya seperti PPD Sipitang sendiri masih berpejabat binaan kayu sejak puluhan tahun lagi yang perlu diberi perhatian serius sesuai dengan pembangunan yang ada pada hari ini khususnya pembangunan Sipitang yang begitu hebat pada hari ini. Kemudahan infrastruktur penting diberi keutamaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Bagi menentukan kejayaan PPPM kerana ia menjadi motivasi kepada murid, inspirasi kepada ibu bapa dan menjana dedikasi warga pendidik untuk memajukan diri serta mencipta sebuah kejayaan masa depan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tanya soalan boleh?
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Saya menyokong penuh usaha kerajaan memastikan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hendak sokong ini, boleh?
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Sistem PBS, Pelaksanaan Peperiksaan Berasaskan Sekolah yang lebih mesra guru seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam beberapa hari yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Sipitang boleh?
Sekejap, sikit ya.
Timbalan Yang di-Pertua - DatukSeri Ronald Kiandee
Hendak bagi?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Fasal sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak bagi. Duduklah Yang Berhormat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Untuk itu, izinkan saya Dewan yang mulia ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang duduklah Yang Berhormat Sepang.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Menyampaikan salam rasa sedih dukacita murid-murid dua sekolah terpencil di SK Kiulu dan SK Gadong di dalam kawasan Lumadan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Soalan pendek saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
... Parlimen Sipitang yang mana blok bangunan yang menempatkan bilik darjah mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang duduk.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Bilik guru dan perpustakaan dibuat daripada papan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Macam hendak bagi itu.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Telah terbakar dan berlaku kebakaran pada 3 Mac 2014 yang lepas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh, sudah siap?
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Kejadian kebakaran tersebut adalah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Baca skrip.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Pantulan realiti kedaifan sekolah papan di luar bandar. Cukuplah tragedi yang menimpa SK Kiulu dan SK Gadong, jangan lagi ia berulang pada waktu yang lain, di tempat-tempat yang lain. Kepada persoalan yang kedua sekolah berprestasi tinggi memang gah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat, saya bolehlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Namun, apakah prestasi yang diukur...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bagi simpati belas air mata...
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Di bawah pentadbiran atau bangunan yang indah semata-mata.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Umum mengetahui...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya sedih, sedih
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Tidak payah.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
SBP ditangguhkan...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pilu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apa.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Sebagai sekolah yang mempunyai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apa Yang Berhormat.
Duduklah.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Watak identiti tersendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang tidak payah, duduklah Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
UMNO masuk Sabah punya lama tetapi macam ini keadaan. Malu. Malulah. UMNO masuk ke Sabah tetapi tidak boleh hendak bantu. Kita ingat apabila UMNO masuk Sabah itu boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Isu yang dibawa ini serius Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sedih, pilu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
...Yang dipilih sebagai SBP di Sabah ataupun Sarawak kerana ia penting sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan serta bimbingan dan jaringan menuju kecemerlangan dunia pendidikan.
Kepada persoalan ketiga, kita merasakan pentingnya pihak kementerian meneliti keadaan dan keperluan semua sekolah berasrama penuh khususnya di Sabah dan Sarawak bagi menentukan ia cemerlang dari segi tempat, prasarana dan prestasi. Kita tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan kerana ia harus diletakkan sebagai keutamaan tanpa mengabaikan soal pencapaian akademik.
Saya ingin menarik perhatian sekolah berasrama penuh pertama di Sabah yang kini dikenal sebagai Sekolah Menengah Sains Sabah yang dibina tahun 1984. Kini sudah berusia tiga puluh tahun di mana saya salah seorang guru teras ketika sekolah ini dibuka di mana keadaan fizikalnya perlu diberi perhatian yang amat-amat serius oleh Kementerian Pelajaran. Kita difahamkan bahawa keadaan bangunannya dikatakan kurang selamat.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Hasil pemeriksaan daripada pihak tempatan, perlu diberikan perhatian yang amat segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku yang dikhuatiri boleh menjejaskan pembelajaran anak-anak bijak bestari yang menuntut di sekolah ini. Saya difahamkan, sebahagian pelajar berada di kawasan dewan untuk ditempatkan sebagai asrama sebahagian.
[Disampuk] Saya minta pihak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan yang segera supaya kepentingan pelajar-pelajar Sabah yang bijak bestari ini akan berada pada tahap yang sewajarnya.
Seterusnya, saya ingin mengimbas isu banjir di Beaufort, Keningau dan Tenom.
Bencana banjir buruk melanda tiga buah daerah di Sabah baru-baru ini iaitu di Keningau, Tenom, Beaufort, ribuan mangsa terjejas. Ramai terkandas berhari-hari, kerja terbatas berminggu-minggu. Itulah kesan musibah yang hadir tanpa diundang, tiba-tiba datang tanpa diduga. Sebahagian kampung Daerah Beaufort yang sebahagiannya ada dalam Parlimen Sipitang, saya tidak terkecuali bersama-sama dengan rakyat, pagi, petang ataupun malam untuk memberi bantuan kepada mereka.
Saya bagi pihak rakyat ketiga-tiga bahagian ini, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Seri Shahidan bin Kassim selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam, juga kepada pegawai-pegawai jabatan-jabatan persekutuan, NGOs yang datang membantu dan menghulurkan tenaga dan sebahagian daripada usaha untuk bersama-sama perit maung rakyat terhadap banjir ini. Hari ini banjir sudah tidak ada lagi, airnya telah lama surut. Namun kesannya masih dirasai oleh penduduk, bekas selut melekat pada dinding rumah merakam sejarah hitam penduduk kampung. Begitu juga mereka tidak ada pilihan kerana kehidupan harus diteruskan walau apa pun keadaan sekalipun.
Banyak pengalaman dan pengajaran boleh kita depani bencana itu sebagaimana yang dialami oleh Pahang, Kelantan dan Terengganu tidak lama dahulu. Ia harus dijadikan iktibar oleh jabatan dan agensi yang berkaitan termasuklah di peringkat Persekutuan dalam konteks banjir ini supaya dapat menyelesaikannya. Dalam konteks yang melanda tiga daerah Sabah baru-baru ini, ia dikaitkan dengan aliran Sungai Padas yang berliku merentas lembah dari hutan di Tenom ke Beaufort. Justeru barangkali sudah tiba masanya kerajaan memikirkan jalan menyelesaikan jangka panjang secara berkekalan untuk mengelak berulang kembali bencana yang sungguh memeritkan itu.
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ruang ini juga saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan meluluskan projek IPD Sipitang yang baru landing, baru pun dapat anugerah yang saya selalu ketengahkan di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya projek tersebut amat dinantikan oleh penduduk, memastikan jaminan keselamatan yang mengambil kira kedudukan Sipitang, pintu masuk pelancongan dan pengunjung dari Brunei Darussalam, Kalimantan Indonesia berhadapan dengan offshore Labuan dan sekaligus Sipitang bangun sebagai sebuah pusat industri khususnya oil and gas. Satu lagi saya ingin membangkitkan di sini untuk memohon dipercepatkan agar pelaksanaan naik taraf Lebuhraya Pan Borneo merentasi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dan cuma dua lorong kepada empat lorong, disegerakan. Bagi saya, sebagai pengguna lebuh raya berkenaan dan pemimpin di kawasan terbabit, keperluan menaik taraf jalan ini adalah amat mendesak. Pertambahan jumlah kenderaan, peningkatan aliran trafik dan kepesatan pembangunan dalam Sabah Koridor dari Papar sampai Sipitang, hab oil and gas memerlukan rentetan jalan ini dilaksanakan segera. Saya cukup yakin dan optimis Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya akan meletakkan asas yang kukuh bahawa jalan ini perlu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, mewakili rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah, kami mengharapkan mendapat perhatian yang wajar dan setimpal terhadap perkara- perkara sebahagian yang saya ketengahkan ini kerana Sabah sebagai fixed deposit dan Sarawak Barisan Nasional.
[Disampuk] Dari Sabah dan Sarawak sahaja yang mengharapkan pepatah Melayu, ‘ada ubi ada batas, ada budi balas’. Kami tetap bersama Barisan Nasional.
Tidak dinafikan ramai pembangkang berniaga sate. Sekarang ini Sate Kajang paling popular dan laku. Pembangkang berniaga sate. Maksudnya ada tukang cucuk, ada tukang kipas. Itulah tindak-tanduk mereka apabila menagih simpati kepada rakyat. Di hadapan kita, begitu banyak cabaran menanti dalam perjalanan menuju ke Wawasan 2020.
Hamparan dan cabaran saujana mata memandang ini yang diiringi dengan harapan setinggi Gunung Kinabalu menuntut penggemblengan usaha semua pihak dari atas turun ke bawah tanpa ada seorang pun tertinggal demi untuk mencapai garis penanda aras yang telah ditetapkan dari KPI hingga NKRA kerana itulah cita-cita yang diharapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak untuk menjulang Malaysia Maju Wawasan 2020. Sekian saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen Wassalatu Wassalamu Ala Sayidna Muhammad Wa 'ala Aalihi Wasahbihi Ajma'een. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk turut serta di dalam perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong yang mana telah banyak mengandungi nasihat dan teguran. Saya turut juga ingin merakamkan perasaan sedih, dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang secara jelas telah gagal menangani apa yang dinamakan sebagai tragedi negara, yang telah diangkat tarafnya dan dijadikan tragedi antarabangsa iaitu yang berhubung dengan penerbangan MAS MH370.
Sama-sama kita doakan semoga semua yang terlibat iaitu penumpang dan krew termasuk dua orang pilot dan co-pilot itu akan dijumpai dengan selamatnya, insya-Allah.
Walaupun sebagai seorang bekas kakitangan Petronas yang telah berkali-kali hadir di dalam seminar dan latihan search and rescue, kita semua memahami dengan berlalunya hari demi hari, maka kemungkinan untuk mereka dijumpai dalam keadaan yang selamat semakin menipis. Ada yang mengatakan dengan izin, the chances of survival reduces by 15% with each passing day. Maknanya, dengan setiap hari, peluang untuk menjumpai mereka dalam keadaan yang masih hidup dan selamat, semakin mengurang sehingga 50% kerana makanan tidak ada, kerana kalau ada yang tercedera, doktor dan jururawat tidak ada, perubatan tidak ada. So maknanya, the longer it takes, the smaller the chances of survival.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hanya ingin menonjolkan beberapa peristiwa berhubung MH370 yang menambahkan keraguan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai kemampuan negara Malaysia dan Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis yang seperti ini, seperti mana juga dalam krisis berhubung dengan Lahad Datu, banyak kelemahan yang telah terzahir.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sebagai contoh, saya rujuk kepada laporan di Malaysiakini yang bertarikh 8 Mac di mana Director. Saya baca di sini. “Director Department of Civil Reaction, Azharuddin Abdul Rahman clarified that the Subang Air Control Traffic lost radar contact with the Boeing 777 – 200 Aircraft at 1.30 am and not 2.40 am.” Boleh keluar kenyataan yang mengatakan sebenarnya telah hilang hubungan dengan MH370 pada 1.30 pagi dan bukan 2.40 pagi. Selepas itu, kenyataan ini disanggah pula dan akhirnya dipersetujui bahawa hubungan komunikasi dan radar telah hilang pada 2.40 pagi. Bagaimana keadaan yang seperti ini boleh berlaku? Takkanlah waktu yang sebenar terputusnya hubungan dan hilangnya daripada radar, Jabatan Penerbangan Awam dan MAS tidak boleh bersetuju pada asalnya? Kenyataan-kenyataan yang seperti ini menyayat hati keluarga-keluarga yang terlibat. Ini nombor satu.
Nombor dua, saya ingin Menteri menjelaskan apa tindakan selepas 2.40 pagi yang telah diambil oleh kakitangan Jabatan Penerbangan Awam dan MAS setelah mengetahui bahawa kapal terbang itu telah terputus hubungan dan hilang di radar. Setakat yang kita tahu, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak MAS pada 7.25 pagi iaitu hampir lima jam.
Lima jam selepas hubungan dan kesan radar MH370 itu telah hilang. Lima jam. Sesiapa yang terlibat di dalam aspek search and rescue akan memahami bahawa lima jam ini ialah soal life and death. Saya ingin Menteri menjelaskan kenapa mengambil masa yang begitu lama. Takkanlah hendak tunggu Pengarah DCA dan Pengarah MAS bangun tidur baru hendak beritahu. Kenapa 7.25 pagi sedangkan kita kata ia tragedi nasional? Tidakkah sepatutnya pada 2.42 pagi semua pihak dihubungi kerana apabila sebuah kapal terbang hilang di atas kawasan lautan, dengan adanya arus air, apa yang dikatakan sebagai ocean currents yang membawa ke kiri dan ke kanan, ke utara dan ke selatan. Lima jam boleh meletakkan kapal terbang itu di luar kawasan yang biasa akan diberikan tumpuan untuk carian. Time is off the ascent. Kenapa bertindak dengan begitu lambat?
MAS selepas itu telah pun melancarkan gerakan pasukan penyelamat tetapi mengikut kronologinya, apa yang dinyatakan di sini adalah pasukan penyelamat dalaman MAS dan pada pukul 10.00 pagi baru diadakan mesyuarat bersama dengan agensi-agensi yang lain dan pada pukul 10.40 pagi, Tentera Udara Diraja Malaysia pula menghantar pasukannya. Ini sudah hampir lapan jam dan yang amat menyedihkan bagi saya ialah hakikat bahawa Perdana Menteri sendiri hanya membuat kenyataan rasmi dan mengarahkan semua agensi penyelamat melakukan segala yang terdaya hanya pada pukul 1.15 tengah hari. Ini sudah hampir 12 jam daripada saat berlakunya hilangnya kapal terbang MH370 di skrin radar dan terputusnya hubungan kapal terbang. Tower dengan kapal terbang.
Inilah yang dipertikaikan oleh masyarakat antarabangsa. Sepatutnya 3.00 pagi kejut Perdana Menteri, 3.00 pagi, kejut Perdana Menteri. Biar Perdana Menteri mengarahkan semua agensi untuk mengambil tindakan dan berhubung dengan jabatan-jabatan yang berkenaan di negara-negara jiran. Bukan pada pukul 1.15 tengah hari. Inilah masalahnya.
Inilah yang dipertikaikan. Kalau kita tidak mahu menanggung tanggungjawab yang berat seperti ini, maka janganlah jadi kerajaan.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau sudah ditegur kelemahan dan kekurangan, muhasabah. Terimalah dengan baik dan tawaduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Seri Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seremban bangun ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Janganlah hendak spin kata tidak hormat keluarga, tidak hormat sensitiviti ahli keluarga dan sebagainya. Oleh kerana menghormati sensitiviti ahli keluargalah yang kita timbulkan persoalan ini. Kita kena akui dunia antarabangsa sudah tegur kita lemah. Perbaiki. Sila, Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Saya cuma hendak mencelah sedikit. Bukannya kita hendak menuding jari kepada sesiapa tetapi dalam insiden ini memang terdapat banyak persoalan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, Perdana Menteri setelah 12 jam baru buat kenyataan.
Akan tetapi apa yang lebih pelik ialah mengikut satu laporan akhbar, orang yang pertama untuk menghubungi ataupun memberitahu perkara ini kepada Perdana Menteri ialah isteri Perdana Menteri dan bukannya Ketua Pengarah DCA. Ini merupakan satu perkara yang sangat pelik. Saya tidak faham mengapa Ketua Pengarah DCA tidak inform kepada Perdana Menteri. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya tidak mahu membuat andaian dan spekulasi tetapi sekiranya itu merupakan satu berita dan maklumat yang tepat dan benar, maka amat malang sekalilah.
Saya juga ingin menyebut tentang persoalan pasport curi.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Shah Alam. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, kalau wakil Barisan Nasional iaitu Yang Berhormat Johor Bahru yang berucap sampai tiga jam, terpaksa berhenti ke bilik air, ini adik dia, Yang Berhormat Shah Alam. Saya ingat boleh bagi tiga jam. Kita tengok siapa yang tahan. Siapa yang tahan. Adik atau abang.
Baik, saya terus minta penjelasan daripada Yang Berhormat Shah Alam. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa keadaan yang berlaku dari segi pengendalian isu ini yang dibuat oleh pihak kerajaan ini dengan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain menunjukkan bahawa macam kerajaan tidak centralize dari segi cara pengendalian.
Macam tidak ada satu committee, satu jawatankuasa khas siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk menjadi jurucakap. Sekejap Menteri cakap macam ini, Ketua Pengarah DCA cakap macam ini. Semua menafikan antara– membatalkan kenyataan antara satu sama lain. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perlu kepada satu pembentukan pasukan pengendali yang khas dan khusus yang membabitkan semua kementerian dan juga membabitkan anggota Kabinet.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Kita perlu tentukan bahawa imej negara kita dalam menangani tragedi yang seperti ini perlu diperbaiki dan perlu ditingkatkan.
Kenyataan-kenyataan yang bercanggah termasuklah kenyataan daripada Panglima Tentera Udara Malaysia perlu sepatutnya tidak didedahkan dengan begitu sahaja yang menimbulkan– jadi orang semua naik bingung. Betulkah kapal terbang itu boleh tukar arah ikut sesuka hati dan sebagainya.
Pada masa yang sama, saya hendak sebut juga tentang soal penggunaan...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bersetuju bahawa kenyataan-kenyataan bercanggah itulah sebenarnya yang mengguris hati keluarga?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya betul, semestinya kerana ia menunjukkan seolah-olah tidak ada satu usaha yang tersusun dan berkesan sehingga berlaga di antara satu sama lain sentiasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Berhubung dengan penggunaan pasport curi ini pun ada juga kenyataan yang bercanggah. Sekejap kata empat, lepas itu dua, sekarang ini sudah confirm dua dan sebagainyalah. Tidak payahlah saya hendak cerita panjang, semua sudah tahu. Hanya saya hendak tegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak imigresen. Apabila sudah berlaku kebocoran yang seperti ini ataupun sudah terbolos dua pasport yang dicuri, bagi pihak imigresen menyatakan bahawa kakitangannya tidak melakukan apa-apa kesilapan dan telah mengikut SOP (standard operating procedure), maka apa yang kita hendak
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
sampaikan kepada dunia antarabangsa? What is the message? SOP kita telah gagal tetapi kita berpuas hati. Alhamdulillah, kita ikut SOP, dua orang sudah bolos, tidak apalah kita ikut SOP.
Tidak ada satu kenyataan daripada pihak imigresen yang mengakui kegagalan dan kelemahan dalam SOP itu. Apa gunanya Interpol ataupun mana-mana agensi antarabangsa memberikan maklumat tentang pasport sudah hilang, lepas itu bila bolos kita kata, ”Ada 40 juta pasport hilang, macam mana kita hendak kawal?” I mean what kind of attitude is this? Dengan izin. Apa masalahnya dalam zaman sains dan teknologi kita masukkan segala maklumat pasport, nombor-nombor pasport itu di dalam komputer?
Apabila dimasukkan sahaja nombor pasport yang datangnya penumpang kita masukkan nombor pasport, tiba-tiba nombor pasport itu sama dengan senarai yang ada dalam komputer kita yang telah dilaporkan hilang, maka dengan sendirinya akan timbul amaran, maklumat bahawa pasport ini telah dilaporkan hilang di negara sekian-sekian di tarikh sekian-sekian dan sebagainya.
Akan tetapi apabila kita lepas tangan dan kata, “Oh! Kita sudah ikut SOP sudah.” What is the message? Apa yang kita hendak nyatakan? Adakah dengan kenyataan yang seperti itu menambahkan keyakinan ataupun menghilangkan keyakinan dengan seluruhnya oleh masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional? Tidak ada kerajaan lain, Kerajaan Barisan Nasional sahaja.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terakhir berhubung dengan MH370 ini. Saya dapat maklumat...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Yang Berhormat Shah Alam, minta mencelah. Minta mencelah sedikit. Terima kasih ya Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Shah Alam bahawa kenapakah kalau Google boleh buat search berbilion-bilion search dalam masa satu saat, apa masalahnya kalau kita buat search 40 million dalam beberapa saat sahaja? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, betul. Saya setuju dengan Yang Berhormat Stampin. Ini kita bukan hidup dalam zaman batu dan sekolah kayu dan papan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sipitang. Kita hidup dalam zaman teknologi. Saya pun hairan dengan Yang Berhormat Sipitang ini. Dia mengeluh, mengeluh, mengeluh tetapi dia sokong juga.
[Ketawa] Mengeluh, mengeluh, mengeluh tetapi dia sokong juga. Tadi hendak komen tetapi dia tidak beri laluan.
[Disampuk] Tetap sokong.
Sepatutnya tukarlah.
Saya hendak baca Whatsapp yang saya terima daripada seorang rakan yang bekerja dengan WestStar. Dia kata, the initial searching area ataupun kawasan hendak cari kesan-kesan kemalangan di belah Timur Kelantan dan Terengganu iaitu Area A diterbangi oleh lebih 10 kapal terbang dan helikopter WestStar dengan 10 penerbangan setiap hari untuk hantar pekerja-pekerja ke off-shore. WestStar bercadang untuk terlibat dalam kerja- kerja search and rescue dan meletakkan dua kakitangan mereka bagi setiap penerbangan untuk membantu. Akan tetapi hingga sekarang tidak ada respons daripada Jabatan Penerbangan Awam.
Kawasan di situ ada banyak pelantar minyak. Pekerja-pekerja pelantar minyak dihantar melalui helikopter WestStar di antara operatornya dan mereka sudah tawarkan khidmat mereka. Adakah benar Jabatan Penerbangan Awam hingga hari ini tidak respons?
Tamat tentang MH370. Saya hendak tegur Yang Berhormat Johor Bahru.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Sudah lari.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia ada, dia ada dekat luar. Dia sebut dia kecewa kerana Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam ada dengar ucapan Yang Berhormat Johor Bahru?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ada dilaporkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dilaporkan ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang ini zaman sains dan teknologi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, setuju.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ucapannya ada dalam rakaman.
Kita duduk di Kajang pun kita boleh dengar kalau kita hendak. Walaupun mungkin...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya harap Yang Berhormat Johor Bahru pun dengar ucapan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang ini pun dia dengar, tidak apalah. Lalu dia tegur tentang soal ketidakhadiran Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dalam Dewan pada hari semalam. Dia sebut bahawa dalam soal sistem Demokrasi Berparlimen, adanya pemisahan kuasa. Pihak legislatif dalam Parlimen, pihak eksekutif dan pihak kehakiman ataupun judiciary, ia terpisah dan tidak ada mana satu pihak mempengaruhi yang lain. Maka kenapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir semalam dalam keadaan membantah keputusan mahkamah terhadap Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Bukit Jelutong...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Bukit Gelugor ...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kawan, kawan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedangkan institusi hakim dan institusi eksekutif telah pun...
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kawan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini my floor, please. Biar saya habiskan point saya dahulu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sedikit sahaja. Hendak tanya sedikit sahaja.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dengarlah dahulu. Hendak bangun buat apa? Dengar dahulu ya. Kenapa kita tidak hadir? Ini kerana keputusan kehakiman itu tidak ada kena mengena dengan eksekutif dan legislatif. Kita tidak hadir oleh kerana jelas terbukti ada kena mengena… [Tepuk] Dan kita membantah. Ini bukan benda baru. Saya ingatkan Yang Berhormat Johor Bahru, dia sendiri pada tahun 1987 apabila terbentuknya team A dan team B, dia letak jawatan, dia bantah.
[Tepuk] Yang Berhormat Gua Musang masih ada di sini. Bagaimana pihak eksekutif telah terlibat dan campur tangan dalam institusi kehakiman… [Tepuk] Hendak harapkan Ahli Parlimen Barisan Nasional hendak bantah? Minta maaf.
[Yang Berhormat Johor Bahru masuk dalam Dewan]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau Yang Berhormat Johor Bahru hendak minta laluan saya beri. Akan tetapi saya hendak beritahu, kita tidak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak judiciary, kerana apa? Ia kerana kes itu telah dibawa ke depan semasa kes itu dibincangkan, kes management dilakukan, ianya telah disebut 7 hingga 10 April. Tiba-tiba apabila berlakunya Kajang Move, secara mengejut kes management dilakukan sekali lagi dan bukan sekadar pihak peguam yang hadir dan bukan sekadar pegawai mahkamah yang hadir tetapi hakim itu sendiri yang hadir dan mengubah tarikh perbicaraan sehingga apabila disebut bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Johor Bahru bangun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Bukit Gelugor ada kes yang lain, hakim kata tidak apa, kita akan tundakan tarikh kes yang lain, kita hendak
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
ianya dibicarakan pada 7 Mac itu juga.
[Tepuk] Ini jelas menunjukkan adanya campur tangan oleh pihak eksekutif.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bagilah jalan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Johor Bahru, apa yang telah disebut
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
hendak bagi, hendak bagi.
Nanti sekejap, biar saya habiskan.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey, saya bagi dulu, okey.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya tertarik dengan sebutan atau kata-kata yang jelas menunjukkan. Ini jelas menunjukkan apa buktinya. Kalaulah adanya tarikh yang bertembung dengan Kajang Move, mengapa ianya berlaku? Bukan kerana eksekutif yang menentukan tarikh. Yang sebenarnya kes bagi Ketua Pembangkang sudah ditangguhkan berapa kali.
[Disampuk] Sudah ditangguhkan sendiri, hendak tolak daripada peguam cara, hendak tolak daripada beberapa kali yang ditangguhkan sehingga ia bertemu tarikh. Di mana ada penglibatan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta tiga jam ya.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Tidak layak minta tiga jam, minta maaf. Tidak layak, minta maaflah, bukan saya, minta dengan Tuan Yang di-Pertua tetapi pada saya Tuan Yang di-Pertua, tidak layak tiga jam. Mungkin sepuluh minit lagi bolehlah, ini cadangan saya, bukan saya yang menjadi Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi dari segi tarikh, mengapa tarikh perbicaraan bertemu dengan pembukaan Parlimen, bertemu dalam masa beberapa hari dengan penamaan calon, adakah ia ada kena mengena dengan tindakan pihak eksekutif?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Dia cakapkan mesti ada...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Tuan Yang di-Pertua...
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Akan tetapi sebenarnya bila dia cakap tentang ada bukti jelas, bawalah bukti itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sudah terbukti.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Terbukti dalam hati mereka dan pemikiran mereka yang memang songsang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Benda ini pernah berlaku, ianya bukan kali pertama. Saya minta maaf Yang Berhormat Johor Bahru. Masa saya setengah jam sahaja, saya minta tiga jam tidak dibenarkan. Maka biar saya jawab terus.
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Tuan Yang di-Pertua, mengapa apabila disebutkan tentang saya meletakkan jawatan, apa kena mengena dengan eksekutif?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu sebagai bukti.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Apa buktinya?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Peristiwa campur tangan eksekutif dalam judiciary.
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Apa buktinya?
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sehingga pihak Ketua Hakim Negara telah dipecat, Ketua Audit Negara telah dipecat...
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Tidak ada kena mengena.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Dan saya rasa apa yang telah berlaku, Yang Berhormat Gua Musang pun boleh mengesahkan.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Masa itu Yang Berhormat Shah Alam masih terlalu muda untuk memahami keadaan yang sebenarnya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Semua pengkaji sejarah politik negara pun boleh mengesahkan, ianya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Shah Alam terlalu muda kerana sekarang Yang Berhormat terlalu tua.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Lupa...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, lupa.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Dari segi sindiran itu...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, saya punya floor.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Saya diberikan tadi, saya boleh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya punya floor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
My time is running out, kecuali Tuan Yang di-Pertua beri peluang tambah...
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Saya diberikan peluang untuk menambah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Masa Yang Berhormat Johor Bahru ambil, ditambah balik pada ucapan saya. Boleh?
Seorang Ahli
Mana boleh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau Yang Berhormat Johor Bahru ambil sepuluh minit, tambah sepuluh minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya ada banyak point lagi, saya hendak jawab dia punya point.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Saya bangun ini kerana soal saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru ketika itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kerana Yang Berhormat Johor Bahru tanya kenapa kita tidak hadir dan kita menjelaskan. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan macam Ahli Parlimen Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bila berlakunya penyelewengan, Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mendiamkan diri, bukan sekali, dua kali. Ini sudah jadi kali yang ketiga.
[Dewan riuh]
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Apa yang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Biar saya sampaikan hujah saya Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Sebenarnya hujah bercakap dengan kuat kononnya jelaslah tetapi kalau kita teriak dengan suara yang keras pun...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak apa, itu cara saya. Masing- masing ada cara masing-masing.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Kalau tidak betul, memang tidak betul. Ini hanya menolak fakta yang sebenarnya.
Seorang Ahli
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Minta semua duduk, biar saya habiskan hujah.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Biar saya habiskan, masing-masing ada point mungkin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sepang, sekejap sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sepang, sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam sekejap. Sebenarnya masa Yang Berhormat Shah Alam sudah habis.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sepang, biar saya habiskan point saya kerana sudah habis masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, tidak payah kerana masa Yang Berhormat Shah Alam sudah habis.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit sahaja, sedikit.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pointnya ialah justice must not only be done but must be seen to be done. Dalam kes ini telah timbul kecacatan dalam proses.
Mitigation diminta dilakukan dalam masa hanya satu jam dan ianya memang tidak pernah berlaku. Matlamat di sebaliknya ialah untuk menjatuhkan hukum pada 7 hari bulan, hari Jumaat itu juga dengan tujuan tidak membenarkan Ketua Pembangkang turun sebagai ADUN...
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Permintaan, atas permintaan daripada yang tertuduh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Untuk Kajang. Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Johor Bahru, apa yang dikatakan oleh Tun Musa Hitam. Saya hendak sebut apa yang Tun Musa Hitam sebut pada saya di rumah bapa saudara kami berdua.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bila saya tanya pada Tun Musa, “Mengapa Tun tidak lawan Mahathir seperti mana yang dilakukan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh?” Tun Musa sebut “Kalau saya lawan, apa yang berlaku terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh akan berlaku pada diri saya”.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Tepuk]
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini mentor.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Saya boleh jawab bagi pihak mentor saya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini mentor, tok guru, sifu bagi Yang Berhormat Johor Bahru.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Saya boleh jawab, betul, mentor Johor Bahru. Saya boleh jawab.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak ingatkan dia...
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Fasal sebenarnya Ahli Parlimen daripada Shah Alam atau cakap orang putih, tidak ada sense of humor. Bila orang melawak, dia mengambil perkara itu sebagai satu yang serius.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Biarlah rakyat melihat bahawa Ahli- ahli Parlimen Pakatan Rakyat jauh lebih bertanggungjawab dan lebih...
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Dahsyat!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Dia sebenarnya tidak tahu, tidak tahu sebenarnya. Ini bermakna keadaan bila kita bawa cerita yang datangnya daripada seorang yang memang menganggapkan dia sebagai Ahli Parlimen yang boleh berfikir bahawa di antara apa yang lawak dan apa yang serius, inilah masalahnya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan segala hormatnya meminta Tuan Yang di-Pertua, mintalah Yang Berhormat Johor Bahru beri ruang pada saya walaupun dia abang.
[Ketawa]
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Fasal saya bercakap dengan Tun Musa, inilah masalahnya bila seorang itu terlalu... dikatakan dalam cara melawak, dia menyatakan sebagai benda bukti.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Yang Berhormat Johor Bahru duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Cukuplah.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tiga jam tidak cukup...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Yang Berhormat Johor Bahru duduk.
Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru
Kalau orang yang matang, dia tahu membezakan di antara perbualan dan bukan kenyataan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, seminit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya mengakui bahawa sukar saya mengawal dua orang ini.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Memang sukar. Jadi, saya bagi satu minit lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya baik, terima kasih. Saya hendak ingatkan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini sudah dua kali perbalahan dalaman yang berlaku di dalam UMNO melibatkan sistem kehakiman rosak dan campur tangan eksekutif dalam judiciary, it’s happened twice.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Pada tahun 1987 yang melibatkan Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Johor Bahru dan juga Tun Musa Hitam. Pada tahun 1998 yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya hendak berikan peringatan kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, tuan-tuan bertanggungjawab untuk mempertahankan the independence of the judiciary.
[Tepuk] Rakyat ingin melihat Ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional berdiri dan membantah setiap kali executive campur tangan dalam tindakan judiciary.
[Tepuk] Kalau tuan-tuan tidak melakukannya, maka sekiranya tuan-tuan tidak lakukannya,
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
maka ini merupakan pengkhianatan yang besar terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada tuan-tuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dengan itu, saya ucapkan terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Johor Bahru boleh minum teh dengan Yang Berhormat Shah Alam di luar itu, buat selesai. Buat selesai luar Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lipis, sila.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan titah Seri Paduka Baginda dalam perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Parlimen yang ke-13.
Kesempatan ini saya juga ingin merakamkan, melahirkan rasa simpati kepada penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 kerana salah seorang pembantu juruterbang itu merupakan anak kepada kawan baik saya. Saya melihat Fariq bin Haji Abdul Hamid membesar di Lipis kerana ayah beliau berkhidmat di Lipis sebagai jurutera daerah dan secara kebetulan adik kepada Fariq merupakan kawan baik kepada anak saya. Saya melihat beliau membesar dan saya mendoakan semoga beliau serta anak- anak kapal dan penumpang insya-Allah selamat dijumpai.
Kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein kerana sehingga hari ini masih lagi berusaha untuk mencari MH370 dengan dibantu oleh beberapa negara yang telah menghantar begitu banyak kapal, kapal terbang dan peralatan-peralatan yang canggih untuk memastikan bahawasanya usaha-usaha tersebut mungkin boleh mendapat kejayaan walaupun kita hari ini sudah berhujah begitu panjang tentang MH370 dan banyak juga teori-teori yang telah kita utarakan dan banyak juga beberapa perkara yang mungkin juga boleh kita atasi bersama dengan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dalam usaha penyelesaian demi keselamatan semua.
Justeru itu, saya mohon juga kepada semua pihak di atas kehilangan MH370 ini khususnya kepada media alternatif supaya khabar-khabar angin ini kita hentikan. Mungkin kita ada tersilap mengguris hati dan perasaan keluarga. Jadi kita semua sebenarnya seharusnya membantu sama ada usaha tenaga ataupun melalui doa yang boleh kita lakukan. Pada alaf baru ini memang tidak dapat dinafikan media-media alternatif menyebar luas liputannya. Dunia kini dunia tanpa sempadan, tidak seperti dahulu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, tidak seperti dahulu lagi. Ini kerana informasi hari ini hanya ada di hujung jari sahaja. Kita sekarang sudah ada high speed broadband dengan pencapaian sehingga empat megabait sesaat dan ini akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada semua.
Walau bagaimanapun, adalah amat penting bagi rakyat Malaysia terutama pengamal-pengamal media baru yang lebih perlu bertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu berita. Tidak kurang juga ada yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi ini tidak dapat kita lakukan kerana pada hari ini kita mempunyai berbagai-bagai cara untuk melaksanakannya, mungkin fitnah secara terancang dan yang kita sedari.
Jadi saya menyeru Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri, bersama-sama memantau keadaan ini. Sekiranya difikirkan perlu, segera adakan undang-undang yang lebih luas dan lebih ketat kuasanya untuk mengekang anasir-anasir negatif ini. Perketatkan perkasaan undang-undang yang lebih ketat. Pelaksanaan dan penguatkuasaan amat penting memastikan angkara tohmahan, fitnah nanti boleh menjejaskan imej negara, memesongkan pemikiran rakyat dan
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
sebagainya. Segelintir mereka ini telah membuat berbagai-bagai perkara. Kadang-kadang kita juga sebagai pemimpin turut serta. Kadang-kadang kita pilih jalan yang kurang baik untuk mengajar rakyat. Kita buat tohmahan kepada pemimpin. Kita muat naik dalam YouTube dan sebagainya yang memfitnah berbagai-bagai perkara.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah merupakan landasan yang baik untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, hemat saya biarlah kita lakukan pada acuan negara kita sendiri sesuai dengan kesejahteraan rakyat.
Saya percaya kerajaan sedar, prihatin, perlu tindakan-tindakan yang lebih komprehensif untuk meningkatkan kemakmuran rakyat melalui usaha yang lebih menyeluruh meringankan kos bebanan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita menyebut peningkatan kos sara hidup rakyat. Ada ketikanya, siapakah yang harus bertanggungjawab di atas kenaikan kos ini?
Kadang-kadang kenaikan harga barang dan kos sara hidup dewasa ini bukan disebabkan oleh usaha kerajaan untuk tidak merealisasikan subsidi negara. Pada hemat saya, kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga menggunakan alasan penarikan subsidi kerajaan. Mana mungkin kenaikan harga minyak sebanyak 6%, kenaikan elektrik sebanyak 5%, manakala harga barang naik sehingga 20% ke 40%. Ini jelas menunjukkan peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang-wenangnya. Mereka ini boleh ditakrifkan sebagai pengkhianat bangsa sebenarnya.
Sebenarnya dalam soal ini, semasa Menteri-menteri turun untuk melihat harga barang, saya juga turut serta melihat harga barang di kawasan saya. Saya cuba buat perbandingan. Perbandingan di pasar umpamanya, perbandingan di supermarket dan saya dapati harga di supermarket ini lebih jauh beza murah dari pasar. Apakah sebab kejadian sedemikian rupa? Ini disebabkan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak salahkan pasar tersebut menaikkan harga. Bukan dia menaikkan harga. Mungkin barangan yang dibekalkan itu memang sudah dibekalkan harga yang begitu mahal.
Saya mengambil contoh. Ini saya buat perbandingan sendiri. Bukan saya dengar cerita tetapi saya turun membuat perbandingan sendiri. Di dalam supermarket, harga ikan kembung sekilo hanya RM4.50, kemudian di pasar RM14. Berertinya beza RM9.50. Ini sudah jelas. Buah epal hijau sepuluh biji RM5 di pasar, di supermarket RM1.99. Ayam di supermarket RM6 seekor, di pasar RM18 seekor.
[Disampuk] Saya cakap seekor, bukan sekilo. Seekor.
[Ketawa] Bukan, seekor ayam. Bukan ekor ayam. Saya dengar. Seekor Yang Berhormat Kapar.
[Disampuk] Ini saya buat perbandingan. Saya tidak ikut pengumuman. Saya buat perbandingan harga. Saya sudah tengok sendiri. Harga susu.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Harga susu Omega yang tertera RM40 tetapi supermarket itu boleh jual dengan harga RM37. Maknanya, ada sesuatu perkara yang tidak kena disampaikan oleh mereka itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta penjelasan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya ada masa sedikit sahaja.
Saya masih tebal lagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Supermarket itu di kawasan sayalah.
Saya boleh jawab.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya hendak Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat, tahukah Yang Berhormat bahawa supermarket NSK itu...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lipis...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya tidak tahu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sejak ia di – ia ada sale. RM1 untuk satu ekor ayam kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat Lipis, bagi laluan kepada Yang Berhormat Seputeh? Tidak bagi?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tidak bagi laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak bagi laluan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang. Sejak ia ditubuhkan, ia membuat promotion macam ini, semua pasar pagi di kawasan ini sudah mati kerana supermarket itu.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis boleh beri penjelasan kenapa ada perbezaan harga itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Bukan. Perkara asas belum dijawab.
Dia kata dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lipis, ini Yang Berhormat Kota Raja minta laluan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya tidak bagi.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan. Yang Berhormat Lipis tolong Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak bagi laluan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Menyedari keadaan ini, saya menyeru kementerian berwajib...
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Allah! Mekanisme harga pun tidak faham.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Untuk menjalankan kajian harga, untuk memberikan panduan kenaikan harga, Rang Undang-undang Kawalan Harga mesti perlu diperketatkan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Iaitu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ada berapa supermarket di sekitar Lipis ini?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Anti-Profiteering Act, Akta Mencegah Keuntungan Berlebihan perlu dibincangkan dan digubal demi kepentingan rakyat. Ini amat perlu untuk memberikan pihak berkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bertindak. KDNKK juga perlu menzahirkan key performance indicator, (KPI) untuk unit penguatkuasaannya demi memastikan penguatkuasaan itu di tahap optimum. KPDNKK juga perlu lebih bijak dengan meluaskan penguatkuasaan melebihi daripada memeriksa perniagaan-perniagaan di pasar- pasar. Peniaga-peniaga di pasar-pasar adalah golongan yang paling akhir dalam sesuatu jaringan pembekalan. Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh penguatkuasaan kepada peniaga-peniaga kecil ini. Apa yang pentingnya, penguatkuasaan mestilah di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar yang harus diberikan tumpuan oleh KPDNKK.
Tidak tepat, tidak dapat tidak, mereka ini adalah punca kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Dalam mengurangkan harga barang adalah penting untuk KPDNKK bersama- sama kementerian yang lain yang bersesuaian untuk mencari jalan menstabilkan penawaran. Penawaran yang tidak stabil atau penawaran yang dikawal oleh kartel-kartel adalah tidak baik untuk negara.
Oleh itu, adalah penting pihak kerajaan untuk menghasilkan industri makanan bukan sahaja berskala kecil tetapi merangkumi aspek-aspek jaringan pembekalan. Sebagai
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
contoh, industri penternakan ayam secara besar-besaran. Projek berskala besar ini perlu merangkumi penguasaan dari benih, makanan ayam, penternakan, pemprosesan hingga kepada penjualan yang pengguna akhir. Konsep pertanian atau penternakan secara kontrak atau contract farming, dengan izin juga perlu diteliti kesesuaiannya untuk jenis-jenis penghasilan bahan-bahan makanan. Secara rumusan, kerajaan perlu lebih kreatif untuk mencari formula atau pelan-pelan baru yang bukan sahaja komprehensif tetapi holistik akan pelaksanaannya. Kita perlu menekankan atau penghasilan idea-idea baru untuk penghasilan yang lebih optimum.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya bersetuju dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan ataupun yang glamor sekarang GST. Akan tetapi kita seharusnya, negara seharusnya memikirkan juga bagaimana pelaksanaannya. Jangan pelaksanaannya tergesa-gesa dan akan menyebabkan kesan-kesan negatif di dalam ekonomi negara dan tidak dapat melibatkan rakyat jelata. Saya bersetuju kerana hasil akan lebih meluas, ekonomi hitam umpamanya, yang mana peniaga-peniaga berterusan tidak membayar cukai atau kurang membayar cukai, termasuk menjual barangan yang tidak bermutu, dapat dipantau dan kemungkinan besar dapat dihapuskan.
Sebagai contoh, kalau kita sendiri pergi menukar barangan kereta ataupun spare part di kedai-kedai membaiki kereta, kita pun tidak tahu harga tersebut, kita tidak tahu harga barangan itu original ataupun tidak. Maka dengan cara ini, hasilnya rakyat tidak tertipu. Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dan kutipan kerajaan kurang daripada apa yang sepatutnya tetapi dengan adanya GST, black economy ini akan dapat diatasi di samping menaikkan kutipan hasil negara.
Tuan Yang di-Pertua, jaminan bekalan makanan adalah penting untuk masa depan negara memandangkan sektor pertanian terdedah kepada kesan-kesan perubahan iklim dunia dan harga bahan makanan yang tidak menentu di pasaran global. Keadaan ini acap kali menjadi rungutan kepada rakyat. Justeru itu, pendekatan holistik dalam membangunkan industri agro-makanan perlu bukan sahaja akan terus tetapi amat perlu diperbanyakkan. Ini penting kerana permintaan kita semakin tinggi. Usaha kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menghasilkan stockpile atau dalam mengimbangi kenaikan harga barang yang sangat tinggi, barang yang naik secara mendadak. Dengan perkara ini, kita dapat atasinya kalau kita memperluaskan berbagai- bagai perkara di bawah Kementerian Pertanian itu sendiri.
Walaupun negara kita sudah melangkah kepada negara perindustrian, saya tetap merasakan masih ramai lagi rakyat negara ini yang bergantung kepada perladangan komoditi seperti getah, kelapa sawit dan sebagainya, yang menyebabkan pada sekarang ini sekali lagi saya ingin menekankan harga getah sangat rendah nilainya. Kita perlu memikirkan bagaimana kita hendak menstabilkan harga komoditi getah ini. Sekarang ini, harga getah kalau tidak silap saya, yang terakhir sebelum saya bertolak ke Parlimen ini, harganya sekitar RM1.90. Jika dibandingkan dengan dahulu, RM6.00 yang telah secara mendadak dengan begitu teruk sekali penurunannya.
Jadi melalui kementerian dan agensi yang berkaitan, perlu kreatif mencari kaedah bagaimana untuk mempertahankan komoditi ini khususnya komoditi getah yang masih dikuasai oleh masyarakat kampung yang bergantung kepada getah, yang sekarang ini mereka mungkin sedikit susah walaupun BR1M diberikan, tetapi BR1M ini tidaklah sejauh mana boleh– yang dibantu oleh kita.
Jadi dengan harga kawalan, kita mesti meletakkan satu harga, dalam Dewan ini pernah bercakap soal harga lantai. Sekali lagi saya memohon supaya kerajaan mengkaji tentang harga lantai ini – Penyelidikan dan Pembangunan, R&D perlu berterusan dan ditingkatkan lagi dalam menghasilkan kegunaan baru barangan komoditi kita. Pada hemat saya, R&D yang efektif adalah satu-satunya jalan penyelesaian di sini. KPI juga perlu dicari dan mesti menjadi kayu pengukur kementerian berkenaan. Saya menyarankan, hasil KPI ini dipamerkan untuk menggerakkan terus formula-formula yang baru ini. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, saya mohon supaya perkara-perkara komoditi ini, seharusnya dibuatkan penelitian dan kajian sebaik mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi satu aspek dalam Titah Yang di-Pertuan Agong ada menyebut tentang rumah, perlunya rumah. Kita kerajaan telah memperkenalkan pelbagai cara, PR1MA dan sebagainya. Akan tetapi di dalam soal ini juga, selain daripada yang dititahkan oleh Tuanku, saya mengingatkan juga kepada kementerian-kementerian yang mana seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, kita mendapati
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
bahawasanya kementerian-kementerian ini masih lagi banyak tidak dapat menyediakan kuarters.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Saya mengambil contoh ini. Mungkin dalam bandar besar, saya tidak pasti tetapi saya sebagai Ahli Parlimen yang jaraknya jauh dari satu kawasan ke satu kawasan umpamanya sekolah di Merapoh. Mungkin Ahli Dewan ramai yang tidak tahu tetapi di Kelantan saya rasa semua tahu jauhnya jarak Merapoh dan Lipis. Saya dimaklumkan oleh guru-guru, di Merapoh sebuah kampung kecil, sekolah ada tiga. Dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Sedangkan guru-guru ini tiada kuarters, hendak sewa pun tidak ada rumah untuk disewa sebab di kampung. Jadi mereka terpaksa berulang alik begitu jauh. Saya menyarankan kepada KPM, supaya mesti membuat kajian kepada guru- guru yang tinggal jauh daripada kawasan-kawasan yang mudah mendapat rumah sewa.
Banyak terjadi sebegini di Parlimen Lipis kerana keperluan rumah ini amat penting sekali.
Walaupun dari segi pembinaan-pembinaan yang kita galakkan, kebanyakannya yang membeli dan duduk sendiri. Jadi untuk menyewa amat kurang sekali.
Kalau difikirkan pula Kementerian Kesihatan, seperti di Lipis sendiri kita ada doktor pakar kalau tidak silap saya 11 orang. Kita ada ramai jururawat dan doktor biasa. Jadi keperluan rumah juga tidak ada. Jadi mereka terpaksa menyewa dalam keadaan yang sukar untuk mencari rumah. Jadi mereka ini harus dijaga. Sedangkan kita sebenarnya berbelanja untuk seorang doktor, seorang doktor pakar mungkin telah mencecah sehingga lebih RM1 juta untuk membelanjakan mereka seorang, sedangkan untuk menyediakan kuarters ini mungkin memakan belanja yang tidak begitu besar. Kenapa kita tidak boleh memberi kemudahan kepada mereka? Ini seharusnya kita bincangkan untuk memastikan mereka ini juga dapat kemudahan-kemudahan yang baik dari segi sedemikian rupa.
Mungkin juga saya menyarankan supaya seorang pelajar kedoktoran ini mungkin kita tidak payah lagi hantar ke luar negara. Kalau kita hantar ke Ireland, London, Amerika yang mungkin belanjanya tinggi, kita hantarnya ke Indonesia yang taraf hospitalnya mungkin jauh lebih rendah mutu daripada hospital kita dan menjadi masalah untuk mereka hendak buat praktikal dan sebagainya. Lebih baik lagi kita - pelajar-pelajar ini berada dalam negara kita sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya perkara-perkara ini dapat kita atasi seberapa segera.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya menyeru sekali lagi kerana kita hendak perluaskan dari segi pembangunan pendidikan ini, kita telah lama di Parlimen Lipis menyediakan sebuah tapak UiTM, yang mana dalam jawapannya yang lalu akan dibina satu fakulti iaitu Fakulti Perladangan. Saya menyarankan supaya pihak kementerian menyegerakan pembinaan Fakulti Perladangan ini, disegerakan. Akan tetapi saya memohon supaya untuk memperluaskan fakulti tersebut, ditambah dengan Fakulti Pelancongan dan Fakulti Perlombongan. Kenapa amat pentingnya Fakulti Perlombongan di Parlimen Lipis? Pentingnya kerana 95% daripada hasil emas di Malaysia ini adalah datangnya daripada Lipis. 95% hasil emas datang dari Daerah Lipis sedangkan Lipis hanya jadi pemerhati dan melihat sahaja.
Jadi saya menyeru supaya kalau pembinaan Fakulti Perladangan ini seharusnya ditambah dengan Fakulti Perlombongan dan pelancongan sebab Lipis juga tidak kurang dari segi sektor pelancongannya sebab kita merupakan jalan utama ke Taman Negara dan banyak lagi destinasi-destinasi pelancongan yang setiap masa pelancong hadir ke Lipis ini dengan begitu ramai sekali.
Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, itulah penghujahan saya. Saya mohon menyokong. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana tidak menegur sehingga habis ucapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sila Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Ketereh kalau berpeluang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan yang tertinggi kepada semua agensi yang bekerja keras dan bertungkus-lumus menghadapi crisis national penerbangan MH370. Terutamanya saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas usaha pihak angkatan tentera kita. Patriotisme Angkatan Tentera kita tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Mereka berkhidmat setiap hari untuk melindungi negara kita dan patriotisme angkatan tentera kita tidak sahaja terhad kepada mempertahankan negara kita bahkan patriotisme angkatan tentera juga adalah untuk sebagai penjawat awam untuk bertindak mempertahankan negara kita daripada ancaman yang wujud di dalam negara.
Jadi oleh itu, saya rasa bahawa tindakan salah satu daripada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad patut dipuji dan diberi penghargaan yang begitu tinggi oleh kerana beliau berani menyuarakan pendapat beliau terhadap satu isu yang begitu penting iaitu dakwat kekal yang tidak kekal pada PRU Ke-13. Mejar Zaidi patut dianggap sebagai seorang wira dengan izin, he should be considered a national hero and eligible a medal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Serdang. Saya ingin dapat kepastian sama ada kes ini masih dalam perbicaraan atau sudah selesai?
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Masih dalam perbicaraan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak perlu diusik atau disentuh, ya.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Okey tetapi saya hendak cakap tentang isu dakwat kekal. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jangan sentuh.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Okey, saya rasa bahawa dakwat kekal yang tidak kekal ini sudah diberitahu dan diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri, Tan Sri Dato' Seri Abdul Rashid mengakui bahawa terdapat banyak masalah dengan dakwat kekal.
Jadi, point yang saya hendak menegaskan ialah mana-mana pun penjawat awam yang berani untuk keluar membuat laporan polis tentang kelakuan yang tidak betul yang diamalkan oleh pihak kerajaan ataupun tindakan yang tidak betul yang diambil oleh pihak- pihak seperti SPR ini sepatutnya dipuji dan tidak dijadikan sebagai satu contoh di mana Kerajaan Barisan Nasional telah menindas penjawat awam seperti beliau, Mejar Zaidi Ahmad. Saya rasa bahawa kawan saya Yang Berhormat Lumut juga telah membuat sidang media terhadap isu ini.
Saya juga hendak menggunakan sedikit masa untuk menimbulkan satu perkara yang dibangkitkan oleh bekas Pengerusi SPR iaitu Tan Sri Dato' Seri Abdul Rashid apabila pada tahun lepas beliau telah dilaporkan dalam akhbar bahawa tiga persempadanan semula yang telah dijalankan semasa beliau berada di SPR itu dilakukan untuk mengekalkan kuasa politik Melayu. Ini dilaporkan di Utusan Malaysia dan juga di lain-lain akhbar.
Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kenyataan yang palsu dan ini boleh ditunjukkan dengan menggunakan persempadanan semula tahun 2003 di mana keutamaan diberi bukan untuk mengekalkan kuasa orang Melayu tetapi untuk meningkatkan penguasaan Barisan Nasional UMNO dalam pilihan raya. Ini adalah sesuatu yang boleh dibuktikan jikalau Tan Sri Dato' Seri Abdul Rashid benar-benar mahu mengekalkan dominasi politik Melayu. Saya hendak tanya, kenapa beliau tidak menambahkan satu kerusi pun di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya rasa salah satu sebab ialah kerana ketiga-tiga negeri ini pada PRU tahun 1999, PAS telah memenangi banyak kerusi di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Oleh itu, SPR telah membuat keputusan untuk tidak menambah kerusi Parlimen pun di negeri majoriti Melayu ini.
Saya juga hendak bangkitkan bahawa jikalau Tan Sri Dato' Seri Abdul Rashid ini memang hendak mengekalkan kuasa politik Melayu, kenapa tidak ditambahkan kerusi di kawasan-kawasan Selangor di mana ada banyak pengundi-pengundi Melayu seperti di Shah Alam. Sekarang ada lebih daripada 99,000 orang pengundi majoriti Melayu ini.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Kenapa tidak tambah kerusi di Tumpat, Kelantan? Sekarang ada lebih daripada 98,000 pengundi kerusi di Kelantan. Kenapa tidak tambah kerusi di Hulu Langat yang juga adalah kerusi majoriti Melayu dan sekarang ada lebih daripada 120,000 pengundi. Kenapa tidak tambah kerusi seperti di Kapar? Kapar adalah kawasan yang banyak sekali adalah pengundi Melayu kan, kawan saya dari Kapar? Sekarang di Seremban pun adalah kawasan di mana lebih daripada 100,000 pengundi dan majoritinya lebih daripada 44% adalah pengundi Melayu. Jikalau Tan Sri Abdul Rashid jelas mahu menukarkan kuasa politik orang Melayu, kenapa tidak ditambah kerusi di tempat-tempat di mana pengundi Melayu adalah majoriti?
Saya rasa bahawa Tan Sri Rashid jelas mengambil arahan daripada orang atasan politik dalam Barisan Nasional apabila beliau menjalankan persempadanan semula pada tahun 2003. Saya rasa kalau Dewan yang mulia ini memang hendak satu persempadanan semula yang adil dan juga yang bebas dan boleh diterima oleh majoriti ataupun lebih daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan yang mulia ini, saya rasa adalah sesuai Perdana Menteri mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk persempadanan semula.
Isu yang kedua yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada pagi ini Menteri telah memberikan jawapan tentang PBS apabila Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan beberapa masalah mengenai PBS. Saya hendak tambah sedikit lagi tentang PBS ini. Memang betul bahawa Menteri kata PBS ini ada empat komponen iaitu penilaian sekolah; penilaian pusat; penilaian fizikal dari segi sukan dan juga aktiviti kokurikulum; dan penilaian psikometrik.
Akan tetapi saya hendak memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa untuk PMR yang sekarang tidak wujud lagi tetapi PBS ini akan menggantikan PMR, sebagaimana yang saya tahu, kementerian belum lagi membuat keputusan untuk weightage keempat-empat komponen ini. Ini memang sangat membimbangkan kerana pada waktu ini kita tidak tahu sama ada PBS ini akan digunakan atau akan dijalankan apabila 1 April akan datang. Ini kerana ada banyak kenyataan yang dibuat oleh Menteri dan juga Timbalan Menteri yang bercanggah.
Di mana satu Menteri kata, “Okey, kita akan tangguhkan” dan satu lagi Timbalan Menteri kata, “Okey, ini akan dijalankan”. Masalahnya ialah bukan sahaja murid-murid akan terjejas dari segi prestasi mereka, tetapi juga dari segi streaming untuk Tingkatan 4. Ini juga adalah satu masalah yang besar. Ini kerana jikalau tidak ada satu weightage yang berikan kepada keempat-empat komponen ini, guru-guru, murid dan juga ibu bapa tidak tahu apa standard yang akan digunakan oleh kementerian untuk membuat streaming. Ini memang satu perkara yang membimbangkan.
Saya memberi satu cadangan supaya kementerian menggantung atau menangguhkan PBS dan kembali semula kepada PMR untuk tahun ini, untuk kohort Tingkatan 3. Pada masa itu, kementerian juga harus menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji semula kesesuaian PBS untuk sistem pendidikan Malaysia. Sama ada ia akan membantu menangani krisis keyakinan terhadap sistem pendidikan kita yang melihat kedudukan PISA dan TIMSS kita menunjang teruk kebelakangan ini. Saya harap bahawa kementerian boleh mengambil kira hujah-hujah ini.
Perkara ketiga yang saya hendak bangkitkan ialah tentang Akta Keterangkuman Sosial ataupun Social Inclusion Act 2014. Ini adalah akta yang telah dikemukakan sebagai usul oleh Yang Berhormat Sungai Siput, rakan saya dan saya juga telah memberikan sokongan sebagai seconded untuk rang undang-undang ahli persendirian ini. Yang Berhormat Sungai Siput telah mengemukakan usul ini sebagai satu private members bill.
Ada beberapa sebab kenapa saya sokong akta ini. Saya sokong akta ini kerana ia adalah selaras dengan dasar tindakan affirmative ataupun affirmative action berasaskan keperluan.
Dengan izin, needs based affirmative action yang telah dan sedang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Akta ini mewujudkan satu Suruhanjaya Rangkuman Sosial ataupun Social Inclusion Commission yang ditugaskan untuk mengenal pasti masyarakat yang terpinggir dan mewujudkan dasar-dasar inklusif sosial untuk menyelesaikan keperluan komuniti- komuniti tersebut. Termasuk mereformasikan institusi dan struktur yang sedia ada.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Kedua, akta ini menyokong penciptaan Suruhanjaya Rangkuman Sosial yang mempunyai kuasa-kuasa pengawasan yang kukuh terhadap dasar-dasar kerajaan. Sebagai contoh, di bawah seksyen 17 akta ini, Suruhanjaya ini diberi kuasa untuk memantau, menilai dan meluluskan pelaksanaan pelan tindakan keterangkuman sosial oleh kerajaan – Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Pada masa sekarang, isu kemiskinan dan isu sosial tidak ditangani secara holistik dalam kerajaan dan juga Kabinet tidak mengendalikan dan menyebarkan berita tentang polisi-polisi dengan baik. Oleh sebab itu sebuah Suruhanjaya Rangkuman Sosial ini akan menguatkan lagi dasar-dasar yang boleh mengurangkan dan juga menangani isu kemiskinan dan pengecualian sosial.
Ketiga, akta ini akan menyokong proses pelantikan ahli Suruhanjaya dengan telus di mana satu Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang diketuai oleh pemimpin pembangkang dan empat Ahli Parlimen, dua daripada kerajaan dan dua daripada pembangkang yang akan mengesyorkan tujuh anggota Suruhanjaya Keterangkuman Sosial kepada Perdana Menteri untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Akta ini juga memberi kuasa kepada Jawatankuasa untuk melantik tiga lagi pakar untuk membantu dengan situasi pengecualian sosial yang unik di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, keempat, akta ini juga akan menyediakan satu modal untuk accountability Parlimen dan juga awam. Suruhanjaya ini akan dikehendaki oleh akta ini untuk menyerahkan laporan separuh tahun ataupun half yearly report dengan akaun yang terperinci yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara kepada Parlimen serta membuat laporan yang boleh didapati secara umum. Akta ini juga mewajibkan bahawa orang ramai harus diberi peluang untuk memberi input mereka semasa penggubalan mana-mana dan semua dasar rangkuman sosial oleh Suruhanjaya tersebut.
Kelima, akta ini menghormati dan juga menjunjung Perlembagaan termasuk Perkara 153. Malangnya, akta persendirian ataupun private members bill ini tidak dimasukkan di dalam usul Dewan yang mulia ini dan saya pun tidak tahu kenapa. Saya hendak menegaskan satu perkara yang penting di mana dengan izin, where is democracy if any private members bill are ignored time and time again? Ini bukan kali pertama di mana satu private members bill ataupun akta persendirian cuba di bawa ke Dewan yang mulia ini.
Ada ramai kawan-kawan dan rakan-rakan saya daripada Pakatan Rakyat yang cuba dan telah cuba untuk membawa akta persendirian ini ke Dewan yang mulia ini tetapi tidak berjaya.
Saya rasa ini adalah tidak wajar, dan untuk menghidupkan dan juga untuk mengukuhkan proses demokrasi di dalam Dewan yang mulia ini, saya harap bahawa akta persendirian ini boleh dikemukakan di dalam Dewan ini. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Serdang, saya meneliti keseluruhan ucapan daripada awal sampai ke akhir dalam tiga topik yang telah disebut. Saya tidak hendak mengganggu. Jadi saya ambil peluang ini untuk bertanya balik atas satu isu yang terawal setelah Yang Berhormat menyebut tentang persempadanan tadi. Saya telah pergi ke laman web SPR dan mendapati di situ ada pengumuman bahawa buku-buku mengenai persempadanan baru, cadangan persempadanan baru yang boleh dibeli daripada SPR. Begitu ya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, adakah cadangan Yang Berhormat Serdang tadi supaya dibentuk jawatankuasa suruhanjaya untuk meneliti persempadanan ini relevan lagi apabila SPR sudah pun menjalankan urusan ini dan bersedia untuk menghebahkannya dan memaklumkan tentang wujudnya buku draf itu tanpa merujuk kepada stakeholders dalam pilihan raya iaitu parti-parti yang terlibat. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Serdang tentang perkara ini? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya rasa persempadanan semula untuk kali ini akan menjadi persempadanan semula yang begitu kontroversial kerana pada kali yang pertama dalam Dewan yang mulia ini pihak Barisan Nasional tidak ada dua per tiga daripada kerusi di Dewan yang mulia ini. Oleh sebab itu kerusi tidak boleh ditambah di Dewan yang mulia ini dengan tidak ada persetujuan daripada Yang Berhormat Pakatan Rakyat.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Jadi, saya rasa bahawa ini adalah satu masa yang begitu sesuai untuk menjadikan dan meneluskan lagi proses persempadanan semula. Tindakan yang diambil oleh SPR untuk membuat satu pengumuman bahawa buku-buku ini boleh dibeli oleh orang awam sebelum usul diperkenalkan ataupun dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa persempadanan semula telah bermula ataupun officially started. Saya rasa ini menunjukkan bahawa pihak SPR ini memang tidak ada niat untuk menghormati proses dalam Dewan yang mulia ini dan juga tidak ada niat untuk mendapatkan feedback yang betul daripada stakeholders terutamanya semua negeri termasuk kerajaan negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama juga semua Ahli di Dewan yang mulia ini termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Saya rasa bahawa ini adalah satu perkara yang penting. Saya harap bahawa Menteri dan juga semua Ahli di Dewan yang mulia ini akan memberi input yang cukup baik terhadap perkara yang penting ini. Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat Gerik?
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya tampil untuk turut sama membahas Usul Menjunjung Kasih Ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini. Semoga Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang merahmati dan memberkati Baginda dan negara kita yang tercinta ini. Selaku Ahli Parlimen Gerik, saya berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk memberi pandangan serta mengetengahkan beberapa isu penting yang perlu diberi pertimbangan demi menjana kehidupan yang lebih berwibawa untuk rakyat serta tanah air yang dicintai.
Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan rasa simpati rakyat Gerik kepada mereka yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sama ada krew, penumpang dan juga keluarga yang terlibat. Semoga Allah memudahkan misi pencarian pesawat ini dengan secepat mungkin. Amin. Tuan Yang di-Pertua, rata-rata rakyat hari ini bercakap berkenaan kenaikan kos sara hidup daripada kedai kopi hingga ke rumah kenduri. Ini ekoran daripada rasionalisasi petrol dan diesel, gula, kadar baru tarif elektrik dan kenaikan tol serta tambang pengangkutan awam. Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru, pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup ekoran dari ketidaktentuan ekonomi global.
Antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini adalah pembukaan 99 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.
Diharapkan tidak ada yang memberi gambaran buruk tentang barangan 1Malaysia.
Bertepatan dengan Titah Ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong, kerajaan turut merancang untuk menambahkan lagi jumlah KR1M agar lebih ramai rakyat dapat menikmati pembelian barangan keperluan pada harga rendah. Program menu rakyat juga telah mendapat sambutan yang baik.
Ternyata ramai rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga yang lebih murah. Manakala Klinik 1Malaysia juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan bayaran berpatutan. Setakat ini sebanyak 238 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di serata negara yang mana 22 daripada klinik ini dilengkapi dengan perkhidmatan doktor.
Usaha ini telah memberi manfaat kepada masyarakat apabila lebih daripada sembilan juga rakyat telah menikmati kemudahan Klinik 1Malaysia terutamanya bagi penduduk di luar bandar seperti kawasan Gerik. Cumanya, saya minta Kementerian Kesihatan agar membina klinik kesihatan di Felda Bersia di mana tanah telah lama diambil, sehingga hari ini tidak nampak, bila masanya klinik pusat kesihatan di Felda Bersia ini akan dapat dibangunkan? Kalau sekiranya Kementerian Kesihatan rasa tidak wajar untuk
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
membina klinik tersebut, serah balik tanah tersebut kepada FELDA, kita boleh bangunkan tapak rumah untuk generasi kedua. Kerajaan turut merancang untuk membuka lebih banyak klinik ini di tempat lain. Akan tetapi saya berharap supaya klinik di Felda Bersia dapat dibangunkan.
Kenaikan sara hidup bukan hanya dalam perkara besar sahaja tetapi harus dilihat secara holistik, melibatkan perkara kecil yang bukan barang kawalan seperti upah penjagaan anak, susu, lampin pakai buang, sabun pencuci, wang saku sekolah, tambang bas, sehingga bil telefon dan lain-lain yang mengalami kenaikan. Sekiranya dua perkara tersebut iaitu gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan dinaikkan, sedikit-sebanyak dapat membantu mengimbangi dan meringankan beban kenaikan kos sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak swasta. Seiring dengan hasrat menuju negara berpendapatan tinggi serta sikap prihatin dan merasai denyut nadi rakyat, besarlah harapan kita kiranya pihak kerajaan dapat meneliti cadangan ini demi kebaikan semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, subsidi bersasaran. Saya percaya semua pihak bersetuju bahawa matlamat kerajaan dalam memberi subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang kurang berkemampuan serta memangkinkan pertumbuhan sektor strategik negara. Kerajaan membayar pelbagai subsidi dengan jumlah yang amat besar. Apabila kerajaan mengurangkan sesuatu subsidi, pemahaman yang jelas perlu dihuraikan, sebab dan tujuan perkara ini dilakukan agar rakyat lebih faham dan menerima dasar yang cuba dilakukan oleh kerajaan.
Seperti yang diketahui, pemberian subsidi selama ini bukan sahaja diguna pakai oleh rakyat Malaysia yang kaya mahupun miskin, malah turut diguna oleh mereka yang bukan warga negara Malaysia yang turut sama merasai kelebihan subsidi yang ditawarkan oleh kerajaan. Apabila hal ini berlaku, jelas menunjukkan bahawa ketidakadilan dalam pembahagian subsidi telah berlaku dan atas sebab ini kerajaan melalui cara penyampaian subsidi yang tersasar telah melakukan pelbagai pembaharuan dan pelaksanaan agar golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat daripada subsidi tersebut.
Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik
Satu perkara yang saya hendak bangkitkan perhatian pihak kerajaan, kawasan Parlimen Gerik majoriti rakyatnya adalah penoreh getah. Sehingga hari ini harga getah menurun. Maka, apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu penoreh-penoreh getah sehingga hari ini? Kalau pesawah ada subsidi, kalau nelayan ada subsidi, tetapi penoreh getah hanya terpaksa menanggung mengikut harga pasaran. Apakah pihak kerajaan melalui RRI atau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak memikirkan kerana kita telah lama menjadi negara pengeluar getah untuk menjadikan stok penimbal untuk memastikan harga tadi dapat dinikmati dan dirasai. Kalau sebelum ini harga yang agak baik menyebabkan penoreh-penoreh getah tidak merasai kenaikan harga atau benda yang lain kerana mereka mempunyai kuasa beli.
Oleh sebab itu, sekali lagi saya mencadangkan agar kerajaan mencari jalan untuk membantu penoreh-penoreh getah kerana rakyat yang berada dalam Parlimen Gerik hampir majoritinya adalah penoreh getah. Oleh sebab yang demikian, maka usaha dengan melakukan pemberian BR1M merupakan...
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Minta laluan Yang Berhormat Gerik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Ya Yang Berhormat Kota Bharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Silakan.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik bercakap mengenai masalah harga getah yang sekarang ini tidak menentu walaupun satu masa dahulu penoreh getah ini memang boleh bergaya dengan harga yang bergaya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Gerik, setuju atau tidak kalau sekiranya kita minta kerajaan kita menetapkan satu harga lantai yang selesa, yang munasabah untuk penoreh-penoreh getah kita ini supaya kesengsaraan ini tidak akan dirasai oleh rakyat kita yang menoreh getah.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Saya amat bersetuju kerajaan menetapkan satu lantai yang selesa untuk penoreh-penoreh getah. Secara tidak langsung sama ada rakyat di bawah, sama ada pihak kerajaan, sama ada pihak pembangkang tidak akan menggunakan isu kenaikan harga kerana bila rakyat di bawah ada sedikit kelebihan wang, mereka tidak peduli soal kenaikan harga.
Saya teruskan perbahasan saya. Bantuan BR1M juga tidak semestinya dalam bentuk duit. Ini cadangan baru. Dicadangkan kerajaan boleh memperuntukkan bantuan dalam bentuk ternakan contohnya lembu, memberi suntikan modal dalam akaun unit amanah bagi golongan sasar ataupun bantuan perniagaan kepada golongan berpendapatan rendah yang berminat menjana pendapatan yang lebih dalam bentuk kita panggil BR1M. Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat langkah- langkah yang telah dibutirkan di atas sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambah baik untuk melestarikan usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin.
Saya ingin menegur sedikit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terutama saya mengambil contoh di Gerik yang saya percaya mengikut peraturan dan undang-undang yang kita buat, tetapi di kawasan pedalaman tidak semua kampung ada kedai minyak petrol. Ini dibuat penguatkuasaan untuk beli sebotol minyak salah, kena bawa kenderaan. Sekurang-kurangnya kita tengok lokasi dan tempat. Ada budi bicara.
Saya cukup kesal tindakan Petronas menutup perkhidmatan Petronas di Banding yang menyebabkan pengguna daripada Kelantan ke Pulau Pinang melalui Gerik tidak dapat berhenti mengisi minyak di Banding. Begitu juga sebaliknya. Akan tetapi saya merasakan tuntutan yang menutup Petronas sana hanya lebih kepada memikirkan soal keuntungan sedangkan bilamana saya berusaha minta daripada kerajaan negeri mencari satu tapak untuk dibina petrol pump, tetapi pihak Petronas kata ini bukan satu yang menguntungkan.
Apakah Petronas sudah lupa matlamat masa 10 tahun, 15 tahun dahulu membina Petronas di sebelah Royal Belum yang mengakibatkan Orang Asli di sana sengsara, pengusaha bot sengsara dan pelbagai pihak susah untuk mendapat bekalan. Tiba-tiba baru-baru ini pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula membuat penguatkuasaan pengguna yang pakai motosikal beli sebotol minyak di kedai- kedai biasa di mana mereka hendak ke pekan Gerik agak jauh. Saya rasa kita ada budi bicara.
Tindakan-tindakan yang diberi ini pernah saya tanya dalam mesyuarat tindakan daerah tidak ada satu jawapan yang menyenangkan hati kita di peringkat pengguna.
Bermakna bila kita hendak bercerita ini, saya mempertikaikan kerana Parlimen Gerik bersempadan dengan negara Thailand. Kalau benar kita mempunyai satu niat untuk membanteras kebocoran ataupun jual kepada negara lain, bagaimana kereta yang datang daripada negara Thailand yang diubahsuai tangkinya tidak berani pula penguat kuasa tadi hendak buat penguatkuasaan. Akan tetapi orang kampung yang beli sebotol petrol tadi diberi segala tindakan yang tidak munasabah dan memberi kezaliman kepada rakyat kita di bawah. Akan tetapi ini bukan salah kerajaan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Krai bangun.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Akan tetapi salah pendekatan setengah pegawai-pegawai kita.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Gerik, setengah minit sahaja.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Ya Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya mengambil hujah itu sebagai satu yang sangat penting bagi penduduk di luar bandar kerana di setengah tempat, kita di luar ini menikmati harga minyak yang disubsidi tetapi di luar bandar tempat orang miskin mereka beli ikut botol pakai bomber itu satu liter sampai RM2.70 hingga RM2.90. Ertinya mereka tidak mendapat kesan daripada subsidi itu. Bila diminta kepada syarikat besar seperti Petronas supaya mewujudkan pam-pam atas sifat CSR mereka, mereka kata ini business seperti yang dikata
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
oleh Yang Berhormat Gerik. Saya ambil contoh Dabong 57 kilometer daripada Jeli, 40 kilometer daripada pam terdekat di Lakloh, 65 kilometer daripada Gua Musang. Mereka menderita. Jadi bila kita hendak usahakan, itu yang saya harap menyokong hasrat Yang Berhormat Gerik supaya tempat-tempat sebegini ada syarikat-syarikat minyak yang besar ini mengambil tanggungjawab social responsibility mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Gerik? Terima kasih.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Walaupun Yang Berhormat Kuala Krai mewakili parti PAS, pandangannya sama dengan saya.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Gerik.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Hal yang tidak sama kita lawan sampai habis.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Gerik, boleh Kuala Kangsar ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Gerik, dua yang bangun. Yang Berhormat Kuala Kangsar dengan Yang Berhormat Tenom.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Oh, sebelah sahaja. Minta maaf.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Gerik isu getah tadi, apakah tidak boleh kita memikirkan tanaman alternatif. Maknanya pekebun kecil getah perlahan-lahan berpindah kepada tanaman sawit sebagai contohnya. Bolehkah perkara ini dipertimbangkan? Adakah kerana tidak bersesuaian tanaman lain di kawasan Gerik contohnya. Terima kasih.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sebenarnya dalam kajian Hulu Perak tidak sesuai tanam kelapa sawit. Ia sesuai untuk tanaman getah di mana boleh tanam kelapa sawit tetapi dia punya CPO tidak dapat banyak. Akan tetapi sebenarnya untuk makluman Dewan, getah ini sebenarnya satu industri yang baik. Walaupun harganya dalam sekitar RM3.00 sekilo, kalau individu yang ada enam ataupun tiga ekar, sebulan pendapatannya tidak bawah daripada yang sebenarnya RM3,000. Jadi pada saya industri getah ini amat baik. Dalam Parlimen saya, saya yakin walaupun industri tidak masuk kerana kita akan menjadi seorang yang kita jadi kuli, kita jadi bos, kita ada pendapatan. Akan tetapi maknanya, hari ini cuma generasi muda ini susah sedikit dengan getah. Saya tengah berusaha yang macam itu, ke arah meminta generasi muda menjadi penoreh getah tetapi kita kena tukarlah nama penoreh getah itu jadi engineer getahkah apakah supaya ia boleh menarik minat anak-anak mudah kita.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Yang Berhormat Gerik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Berbalik kepada persoalan Yang Berhormat Gerik tadi, saya merasa simpati juga di Gerik yang mana rakyatnya tidak juga mendapat harga yang sepatutnya. Sebagai perkongsian pada petang ini Yang Berhormat Gerik, macam di kawasan saya untuk petrol Yang Berhormat Gerik sebutkan tadi, kerajaan telah membuat satu dasar. Bukan dasarlah, satu pelaksanaan yang mana harga petrol yang harganya di stesen, rakyat di luar bandar akan mendapat harga yang sama yang dikenali sebagai drumming. Saya kira Yang Berhormat Gerik, pelaksanaan kerajaan ini telah banyak membantu kepada rakyat di kawasan saya seperti mereka dapat menikmati harga yang sama, harga petrol di pekan dan di kampung dan begitu juga dengan harga tong gas. Sama juga dibuat.
Cuma Yang Berhormat Gerik, apa yang saya dapati, saya amat khuatir apabila pelaksanaan drumming ini ataupun yang saya nyatakan tadi mudah diseleweng oleh beberapa pihak menggunakan duit subsidi kita ini sebagai mengaut keuntungan mereka berlebih-lebih. Jadi saya lihat Yang Berhormat Gerik, sebenarnya kerajaan kita memang
Datuk Raime Unggi - Tenom
prihatin kepada masalah–masalah harga tentang di luar bandar. Kalau di Sabah Yang Berhormat Gerik, di kawasan saya sudah tiga tahun pelaksanaan ini dilaksanakan dan mendapat impak yang begitu baik. Cuma Yang Berhormat Gerik, kita takut penyelewengan yang berlaku seperti mana yang saya nyatakan tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Gerik? Terima kasih.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Tenom ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Yang Berhormat Tenom. Sebenarnya pandangan daripada Yang Berhormat Tenom itu betul. Sebab kita yang kompelin ini wakil rakyat, manusia. Pegawai yang melaksana, manusia. Kadang-kadang undang-undang yang dibuat oleh kerajaan, cara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan amat baik. Tiba kepada pelaksanaan ini yang saya sebut, yang saya kata budi bicara tadi, sebenarnya pelaksanaan tadi yang tidak menyenangkan hati rakyat. Contoh di Gerik, pokok getah banyak. Anak muda tidak mahu menoreh. Yang ramai datang dari negara Siam, negara Thailand.
Kemungkinan andaian pihak penguat kuasa seperti mana yang dinyatakan tadilah kemungkinan. Akan tetapi pada saya bila tindakan tersebut dibuat, ia menyusahkan rakyat tempatan sebab rakyat tempatan membandingkan kereta dari Siam yang masuk ini tidak pernah kena check. Walaupun diubahsuai pada tangkinya. Jadi terima kasih, mungkin boleh masuk sekali dalam ucapan saya.
Seterusnya, saya ingin menyatakan penglibatan industri halal hub. Penglibatan JAKIM ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila pusat penyelidikan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.
Bermula pada tahun 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan berserta logo halal. Mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Pada 2 April 2008, pengurusan sijil halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan sijil halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM.
Potensi pasaran produk halal meningkat tahun demi tahun. Dianggarkan pasaran produk makanan halal dunia dijangka mencecah sehingga RM2 trilion setahun dan RM40 bilion untuk pasaran Malaysia. Dengan peningkatan potensi barangan halal yang diperkenalkan ini, saya berharap pihak JAKIM dan pihak berkaitan dapat memperluaskan lagi sijil logo halal dalam setiap kepenggunaan barangan. Senario semasa menunjukkan untuk menceburi prospek pasaran halal global ini telah meningkat kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak untuk memilih menyediakan produk yang memenuhi standard halalan toyiban. Kesedaran ini juga timbul adalah kerana perlunya pemilihan yang tepat apabila wujud pelbagai isu berkaitan penghasilan produk berikutan dengan masyarakat yang berubah selera pergi ke kedai-kedai yang telah ada lambang halal. Maka kita minta, bagaimana JAKIM memantau tanda-tanda halal tadi? Apakah kita cuma mengeluarkan cap halal, tempek pada kedai-kedai makanan ataupun pada barang makanan? Adakah pihak- pihak yang mendapat keuntungan tadi sebenarnya menyediakan produk barangan halal kepada pengguna Islam?
Tanggunglah kepada kita kalau pergi ke kedai yang sebenarnya tulis ‘halal’ tetapi sebenarnya tidak halal. Kita boleh tengok hari ini masyarakat minat makan di Restoran Shabu-Shabu itu. Apa nama makanan celup-celup itu?
Seorang Ahli
Yong tau fu.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Oh! Yong tau fu ini. Seafood yong tau fu. Jadi kalau kita tengok...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ingat celup-celup nanti mengalir ayaq keluar ayaq.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sate celup.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Saya percaya, rakyat percaya kepada kedai tadi tengok ada logo halal. Maka baik yang pak haji, baik yang warak anak-beranak,
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
keluarga, kita makan. Akan tetapi kita tidak tahu benarkah logo tersebut logo halal dan minta JAKIM fikirkan bagaimana kita keluar logo halal, kita keluar sijil halal. Apakah pengusaha-pengusaha tadi benar-benar mengeluarkan benda yang halal? Mungkin kita tidak menyedari barang makanan yang tidak halal kita makan menyebabkan sesama umat Islam bergaduh sesama sendiri. Kita tidak tahu, wallahualam. Akan tetapi saya percaya, Allah Taala masih sayang kepada umat Islam di Malaysia. Kita boleh bercakap dalam Dewan untuk perkara tersebut. Insya-Allah, JAKIM boleh mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Peningkatan industri pelancongan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mahukan kerajaan untuk meningkatkan usaha untuk menjadikan negara destinasi pelancongan yang lebih menarik selari dengan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Saya ingin menyeru pihak Kementerian Pelancongan untuk mengoptimumkan potensi Gerik untuk menjadi destinasi pelancongan yang serba unik dan menarik. Gerik adalah satu tempat yang potensinya untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan terutama dengan adanya Royal Belum tetapi Royal Belum pun Petronas tidak bagi benarkan di- semula stesen minyak. Jadi kita tengoklah. Bolehlah kita sebut Royal Belum tetapi agensi yang mula-mula bangunkan stesen Petronas pun bila kita sudah sediakan tapak, mereka sendiri pun tidak ada ingin hendak membangun, hendak naikkan semula di tempat yang lebih sesuai.
Dalam masa yang sama, jiran saya di sebelah Parlimen Lenggong menjadi kawasan Perak Man. Maka, di kawasan Hulu Perak ini potensi besar untuk dijadikan kawasan pelancongan. Kalau ikut sejarah, negeri Perak tidak ada Raja satu ketika dulu.
Seorang pembesar dari Gerik mengambil keturunan Raja Melaka di Kampar Sumatera iaitu Tun Saban dan dalam sejarah Hulu Perak yang dituliskan dalam tahun 50-an mengatakan Hang Tuah telah lari dari Melaka ke Gerik. Cumanya saya hendak minta Kementerian Pelancongan melalui Warisan, sila siasat benar atau tidak dakwaan tersebut kerana satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Hendak kata ‘lagu’ mana?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat mempunyai salasilah Hang Tuah? Kot-kot Yang Berhormat sendiri itu termasuk dalam salasilah Hang Tuah. Yang Berhormat kena beritahulah supaya pihak Kementerian Pelancongan itu dapat membuat satu kajian yang lebih mendalam. Sebab tengok-tengok gaya itu nampak macam keturunan pahlawan- pahlawan.
[Ketawa]
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Saya tidak ada terlibat sebagai kaitan dengan keluarga Hang Tuah. Tok Wan saya dari Pattani. Sebelah tok perempuan dari Sumatera, Minangkabau. Dia campur Pattani dengan Minangkabau. Fasal sudah tanya, saya jawablah. Jadi sebab saya berkata demikian, ia ada satu gua- mengikut mitoslah ini.
Dia kata gua itu tempat Hang Tuah bertapa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Panjang lagi Yang Berhormat?
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Eh! Pukul berapa sudah ya? Saya rasa pendek saja, baru saya bercakap.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Sila, sila.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Boleh sambung lagikah esok? Kalau tidak boleh sambung, saya gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Boleh sambung.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Cuma ada satu point saja saya hendak bercakap. Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terpulang pada Yang Berhormat. Hendak sambung esokkah atau hendak habis hari ini?
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Kalau boleh sambung esok lagi bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sambung esok? Sambung esok?
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Hah! Sambung esok. Cantik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 13 Mac 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]