Nov282013

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

[Soalan No. 1 – Y.B. Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]

2. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan alasan kerajaan tidak meluluskan cadangan pembentukan polis bantuan di negeri bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa sedangkan bilangan anggota polis tidak cukup untuk menjamin keselamatan rakyat.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam bahagia, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian belum bercadang untuk memperluaskan pemberian kuasa polis bantuan kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang terdekat ini. Hasil daripada penelitian yang dibuat terhadap beberapa cadangan penubuhan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut didapati bidang tugas dan dicadangkan untuk dilaksana oleh polis bantuan berkenaan meliputi seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Harus difahami ada di antara sempadan kawasan PBT berbeza dengan kawasan pentadbiran daerah polis. Ini akan menimbulkan kesukaran untuk menentukan kawalan dan perintah oleh ketua polis daerah berkenaan atas anggota polis bantuan dari aspek tugas kepolisian. Adalah ditegaskan juga bahawa tugas kepolisian merupakan bidang kuasa Persekutuan yang dilaksana oleh PDRM di bawah kawalan dan perintah Ketua Polis Negara. Ketika ini kementerian berpendapat tidak perlu mendadak bagi pihak berkuasa tempatan diberi kuasa polis bantuan. Pihak berkuasa tempatan walau bagaimanapun boleh menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia iaitu Akta Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah bidang kuasanya untuk mengawal selia kawasan pentadbirannya.

Selain daripada itu, cadangan menubuhkan polis bantuan tersebut tidak praktikal kerana bakal terdapat pertindihan kuasa antara pihak polis dan akan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Dalam usaha untuk membantu Polis Diraja Malaysia mencegah jenayah, pihak berkuasa tempatan ada baiknya memberi keutamaan dalam menyediakan infrastruktur dengan mempertingkat dan menambahkan lagi kemudahan yang sedia ada seperti laluan pejalan kaki yang berpagar bagi mengelakkan kelakuan jenayah ragut dan samun, kawasan gelap diterangkan dengan lampu jalan dan pemasangan CCTV di setiap lokasi strategik yang diintegrasi dengan ibu pejabat polis daerah yang berhampiran di samping bekerjasama untuk mengadakan rondaan dan operasi secara bersama khususnya berkaitan dengan kegiatan perjudian cyber cafe. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu- alukan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi saya juga ingin

final • 10:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

bertanya, bolehkah kementerian berunding dengan Menteri Besar tentang syarat-syarat bahawa polis bantuan boleh diwujudkan untuk bekerjasama dengan pihak polis kerana kita telah tahu bahawa satu masalah untuk membanteras jenayah ialah kekurangan anggota dan kuasa boleh diberikan kepada pihak polis bantuan yang dicadangkan untuk ditempatkan di dalam pihak berkuasa tempatan dan syarat-syarat dan kuasa boleh dibincang supaya tidak ada masalah dan boleh digunakan untuk membanteras jenayah dan untuk membela keselamatan penduduk kerana tidak kurang daripada 99 agensi badan berkanun dan syarikat telah diberikan kebenaran untuk menubuh polis bantuan. Antaranya ialah syarikat swasta seperti Lion Group, Sunrise, Sunway, Maju Holdings dan sebagainya.

Soalan saya, bolehkah kementerian berunding dengan Menteri Besar supaya mencari satu penyelesaian untuk membanteras jenayah? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat supaya pihak polis berbincang dengan Menteri Besar tapi ingin saya mengulas secara panjang Yang Berhormat pada sudut yang pertama apabila negara Malaysia merdeka dahulu, perlembagaan dirangka. Dalam perlembagaan menentukan bahawa bidang kuasa pusat, negeri dan concurrent matters telah ditentukan dalam perlembagaan dan dalam keadaan sedemikian tugas dan tanggungjawab kepolisian ataupun investigating jenayah dan sebagainya itu adalah khusus kepada Kerajaan Pusat.

final • 10:00 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi saya tahu agensi-agensi dan badan-badan persendirian telah diberi polis bantuan tetapi bidang kuasa yang diberi kepada pihak-pihak ini memang khas di satu-satu tempat sahaja. Tidak boleh keluar. Umpamanya yang diberi kepada Putrajaya- mengawal keselamatan di Putrajaya. Dia tidak boleh keluar dari Putrajaya atau pun ke jalan besar Putrajaya, hanya mengawal keselamatan di dalam bangunan-bangunan tertentu. Dia tidak terlibat mengawal trafik, menjaga jenayah dan sebagainya, yang sepatutnya di bawah bidang kuasa polis. Itu yang pertama.

Keduanya, bidang kuasa yang kita dipinta oleh pihak negeri Selangor khususnya, yang disebut oleh Yang Berhormat ialah mengambil alih tugas macam kepolisian, Metropolitan Police di England - mengambil alih semua tugas tetapi dalam bidang kuasa undang-undang, perlembagaan dan juga Police Act 76, memberi kuasa kepada command and control police itu di bawah Ketua Polis Daerah dan IGP yang diturunkan kepada Ketua Polis Daerah. Jadi akhirnya PBT pula mempunyai daerah-daerah tertentu yang mana tidak sama dengan daerah-daerah kepolisian. Daerah polis dengan daerah administration itu berlainan.

Jadi akhirnya, pertindihan - ada OCPD umpamanya mempunyai 2½, 2¾ , 2¼ daerah polis mengambil alih daerah pentadbiran. Jadi dalam keadaan demikian, banyak perkara yang perlu kita bincangkan dahulu. Apabila dia menjurus keluar daripada kawasan daerah pentadbiran ini kalau diberi kepada pihak PBT, akhirnya sejauh mana satu inci atau dua inci dia boleh keluar sedikit, tanggungjawab undang-undang itu nanti. Ini kerana kalau dia keluar sahaja, saya cukup yakin Yang Berhormat faham ultra vires perlembagaan dan undang-undang itu sendiri, dan command and control juga akan hilang oleh pihak polis.

Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, tidak ada halangan untuk pihak Menteri Besar berjumpa dengan KDN – pihak yang meminta itu boleh berjumpalah, meminta itu, datanglah jumpa. Jangan yang memberi itu datang. Datang berjumpa dengan pihak KDN dan berbincang soal ini, dan kita lihat macam mana boleh kita mengatasi masalah ini. Akan tetapi perlu ditekankan lagi, dalam bidang kuasa PBT sendiri, bantulah PDRM dengan mewujudkan apa yang sebutkan awal tadi seperti CCTV, laluan itu, lintasan jalan, jalan berpagar dan sebagainya supaya kes ragut dan samun ini boleh kita atasi bersama. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa pendekatan pihak PDRM ini sungguh baik. Dan juga kita melihat penglibatan dari orang ramai itu memang sudah wujud. Jabatan yang baru, saya difahamkan yang diketuai oleh Dato’ Wira Ayub, saya bersama-sama dengan beliau pada satu majlis perasmian- kempen kesedaran orang ramai, penglibatan orang ramai tentang soal bagaimana kita membanteras jenayah.

Saya berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan- bukan macam Yang Berhormat Selayang. Dia hanya menumpukan kepada PDRM sahaja. Yang Berhormat

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Selayang pun boleh mewujudkan satu bantuan walaupun kita ada SRS, kita ada RELA, kita ada Rakan Cop tetapi apa yang kita lihat keberkesanan itu belum kelihatan. Yang kita lihat hanya dalam majlis perasmian sahaja, majlis yang dikatakan sebagai satu kes, selepas itu lepas tangan. Jadi itu yang saya lihat. Penglibatan orang ramai ini patut diadakan sepanjang masa, terutama sekali di kawasan-kawasan perumahan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas, dan kawasan-kawasan di mana terdapat dan perlu penglibatan orang ramai.

Adakah pihak kementerian bercadang untuk meneruskan program ini yang melibatkan satu jabatan yang diberi keluasan untuk melibatkan terutama sekali wakil-wakil rakyat seperti Yang Berhormat Selayang yang hanya bertanya kepada pihak kerajaan, iaitu polis sahaja- sikit-sikit polis, sikit-sikit polis. Kenapa tidak Yang Berhormat Selayang juga tidak melibatkan diri dalam membentuk satu jawatankuasa di setiap perumahan yang mana kita boleh dibanggakan oleh pihak kementerian yang penglibatan ini?

Saya mengharapkan kementerian dapat membuat sesuatu pendekatan di mana penglibatan daripada orang ramai ini yang perlu. Jangan kita semata-mata bergantung kepada RELA, bergantung kepada SRS, bergantung dengan Rakan Cop yang kelihatan tidak begitu ada keberkesanannya. Minta penjelasan daripada - terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya soalan oleh Yang Berhormat Putatan diberikan kepada saya, dan bukannya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau boleh saya jawab [Ketawa]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab bagi pihak Yang Berhormat Selayang.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Timbalan-timbalan Yang di-Pertua banyak pending backward untuk melihat kerenah Ahli Parlimen. Akan tetapi tidak mengapalah. Ini Parlimen Malaysia, semua boleh!

Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan menjawab. Soalan kalau apa yang kerajaan jawab itu tidak selari dengan kehendak Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar sahaja.

Tidak boleh persoalkan. Itu Westminster model punya parliamentary debate.

Okey, daripada soalan Yang Berhormat Putatan bertanya tentang penglibatan pihak- pihak tertentu memang kita alu-alukan. Kalau kita lihat di Johor Yang Berhormat telah kita laksanakan bahawa kita telah melaksanakan iaitu tiap-tiap teksi- 1,400 teksi di seluruh Johor telah mempunyai link-up secara terus kepada bilik operasi Polis Diraja Malaysia untuk memberitahu apa sahaja berlaku kepada apa yang mereka lihat, ketahui pada ketika itu kepada pihak polis. Polis akan react kepada maklumat yang diberi secepat mungkin untuk bergegas ke tempat tersebut untuk mengatasi jenayah. Jadi ingin kita perkembangkan.

Jadi saya setuju dengan apa Yang Berhormat Putatan sebut. Kalau di tiap-tiap kawasan Ahli Yang Berhormat ada ditubuhkan bekerjasama dengan Rakan Cop- Rakan Cop ini nombor sahaja sebenarnya Yang Berhormat, jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk membantu memberi maklumat, memberi penjelasan, memberi kesedaran kepada masyarakat umum di dalam kawasan kita sendiri, supaya apa yang berlaku di kawasan kita, boleh kita panjang kepada pihak polis, pihak penguasa, insya-Allah maklumat ini boleh diguna pakai oleh pihak polis untuk mengatasi jenayah bersama.

Akan tetapi menyoal ini juga sebagai Ahli Parlimen, saya sokong jugalah Yang Berhormat daripada Serdang ya? Memang ini tugas Ahli Parlimen. Tidak mungkin Ahli Parlimen menjadi semua Yang Berhormat. Sebenarnya Ahli Parlimen di Dewan ini bertindak memberi pandangan, cadangan. Itu memang tugas Ahli Parlimen. Tidak mungkin Ahli Parlimen hendak buat semua sekali macam Police Department juga. Jadi sama-sama betullah Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

3. Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, nilai eksport negara mengikut keutamaan komoditi bermula tahun 2010-2013 dan nilai import negara mengikut keutamaan komoditi bermula tahun 2010-2013.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat nilai eksport produk berasaskan komoditi negara yang terdiri daripada produk-produk berasaskan sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan tembakau pada tahun 2010 adalah berjumlah RM114.19 bilion dan nilai eksport komoditi terus meningkat sebanyak 24% pada tahun 2011, kepada RM141.51 bilion, iaitu pencapaian tertinggi sepanjang tempoh 2010 hingga 2013.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato’ Noriah binti Kasnon

Pada tahun 2012 Tuan Yang di-Pertua, nilai eksport komoditi menurun sebanyak 9.9% kepada RM127.46 bilion. Produk berasaskan sawit merupakan penyumbang utama kepada eksport komoditi negara. Pada tahun 2010, sawit menyumbangkan sejumlah RM62.22 bilion iaitu 54.5% daripada jumlah eksport komoditi. Nilai eksport sawit terus melonjak pada tahun 2011 iaitu kepada RM83.26 bilion atau 58.8% dan pada tahun 2012, prestasinya menurun kepada RM73.26 bilion iaitu sebanyak 57.5%.

Tuan Yang di-Pertua, bagi sektor getah iaitu merupakan penyumbang kedua terbesar bagi eksport komoditi negara. Pada tahun 2010, eksport produk berasaskan getah adalah sebanyak RM26.22 bilion atau 23% daripada keseluruhan eksport komoditi. Jumlah ini meningkat kepada RM32.69 bilion atau 23.1% pada tahun 2011 dan RM28.79 bilion atau 22.6% pada tahun 2012. Oleh kerana pertanyaan merangkumi 2010 hingga 2013 Tuan Yang di-Pertua, mengambil sedikit masa.

Produk berasaskan kayu-kayan adalah penyumbang ketiga terbesar bagi eksport komoditi negara. Pada tahun 2010, produk-produk ini menyumbang sebanyak RM20.3 bilion atau 17.8% daripada keseluruhan eksport komoditi bagi tahun tersebut. Jumlah ini menurun 2.1% pada tahun 2011 kepada RM19.91 bilion dan pada tahun 2012 sebanyak RM19.79 bilion atau pun 15.5%. Selebihnya, produk-produk berasaskan koko menyumbang masing-masing 3.6%, 2.9% dan 3.7% daripada keseluruhan eksport bagi tahun 2010, 2011 dan 2012. Bagi produk lada dan tembakau pula, masing-masing menyumbang antara 0.2% dan 1.2% bagi tempoh yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan import pula, sektor komoditi mengimport sejumlah RM25.16 bilion pada tahun 2010, RM32.99 bilion pada tahun 2011 dan RM33.03 bilion pada tahun 2012. Produk berasaskan getah merupakan import terbesar dalam sektor komoditi dengan jumlah import sebanyak RM11.19 bilion ataupun 44.5% daripada jumlah import pada tahun 2010, RM13.98 bilion atau 42.4% pada tahun 2011 dan RM15.36 bilion atau 46.5% bagi tahun 2012. Import kedua terbesar negara pula Tuan Yang di-Pertua, adalah produk berasaskan sawit dengan jumlah RM7.28 bilion ataupun 28.9% daripada jumlah import pada tahun 2010, tahun 2011 pada RM11.68 bilion dan bagi tahun 2012 pada RM10.30 bilion ataupun 31.2%.

Seterusnya produk berasaskan koko juga merupakan import komoditi tiga terbesar mencatatkan nilai RM3.68 bilion atau 14.6% daripada jumlah import pada tahun 2010 dan RM3.6 bilion bagi tahun 2012 melihat 10.9%. Diikuti dengan produk kayu-kayan, nilai import agak rendah RM1.76 bilion pada tahun 2010, RM1.19 bilion pada 2011 dan juga RM1.93 bilion naik sedikit pada tahun 2012. Lain-lain komoditi Tuan Yang di-Pertua, seperti tembakau ada juga nilai import sebanyak RM0.49 bilion tahun 2010, RM1.53 bilion tahun 2011 dan RM1.72 bilion bagi tahun 2012.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, untuk komoditi lada merekodkan nilai import RM73.38 juta pada tahun 2010, RM69.4 juta pada tahun 2011 dan RM75.45 juta bagi tahun 2012. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua, sektor perladangan adalah salah satu komponen yang terpenting di dalam dengan izin, Malaysia Economic Transformation Programme atau Program Transformasi Ekonomi Negara.

Mengikut anggaran 2020, sektor komoditi ini akan menyumbang sebanyak RM240 bilion yakni 77% daripada GDP negara ini.

final • 10:20 AM

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Soalan saya, apakah langkah-langkah komprehensif yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan sektor komoditi ini terus berkembang terutamanya kelapa sawit yang menyumbang 20% daripada eksport negara yang dahulu pada tahun 2011 sebanyak RM83 bilion dan Timbalan Menteri memberitahu saya tadi bahawa tahun 2012 ia telah menurun kepada RM76 bilion dan juga getah yang pada tahun 2011 RM36 bilion sekarang telah turun kepada RM28 bilion pada tahun 2012. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah untuk yang sedang diambil oleh kerajaan dan akan diambil untuk memastikan penurunan ini tidak berlaku pada tahun-tahun hadapan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sememangnya mempunyai sasaran, ketetapan yang ingin kita capai khasnya di bawah Dasar Komoditi Negara menyumbang kepada nilai eksport negara yang besar dan ia kita teruskan sehingga tahun 2020 khasnya bagi membantu negara mencapai status negara maju dan dengan penduduk atau warganegaranya berpendapatan tinggi. Ia memang banyak disumbangkan oleh sektor komoditi kelapa sawit yang turut melibatkan pekebun-pekebun kecil di luar bandar khususnya.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan sasaran kita untuk menyumbang kepada eksport negara seperti disasarkan iaitu sebanyak RM242 bilion menjelang 2020 Tuan Yang di-Pertua, khususnya bagi sektor industri sawit adalah meletakkan industri sawit itu di bawah NKEA. Kita ada 8 ETP di bawah NKEA bagi sektor sawit. Semalam sebahagian besarnya Tuan Yang di-Pertua, telah dijawab semasa penggulungan di peringkat Jawatankuasa. Untuk menghalang eksport industri sawit ini daripada menurun, kita menggiatkan lagi usaha-usaha untuk menangkis dan menangani kempen-kempen anti sawit di luar negara seperti di Perancis dan juga di EU, di Eropah.

Selain daripada itu, kita juga memberi fokus kepada pekebun-pekebun kecil dan sektor perladangan sawit itu sendiri dengan memberi insentif-insentif untuk tanaman semula dan juga tanaman baru, di samping juga memberi bantuan bulanan sebanyak RM500 kepada pekebun kecil yang mempunyai jumlah tidak lebih daripada 5 hektar seorang pekebun kecil bagi memastikan dalam tempoh dua tahun itu mereka mempunyai pendapatan. Ini juga galakan kepada mereka untuk membuat tanaman semula Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, untuk menggiatkan lagi bagi memastikan tidak terkesan sangat dengan kempen-kempen mereka, kita juga meneruskan dengan memperkukuhkan tindakan pasaran dengan meneruskan misi-misi perdagangan oleh Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan kementerian. Meneruskan dengan lawatan ataupun kerjasama teknikal di negara-negara pasaran utama khasnya, juga menganjurkan seminar- seminar antarabangsa, menyebarkan maklumat-maklumat yang tepat mengenai kebaikan minyak sawit bagi menangani kempen anti sawit tersebut dengan bukti-bukti saintifik dan juga kita mengeluarkan risalah-risalah termasuk dalam bahasa Perancis misalnya dan juga keluar dalam buletin-buletin dan juga media-media elektronik di negara-negara berkenaan.

final • 10:20 AM

Dato’ Noriah binti Kasnon

Sebenarnya, sedikit penurunan dari segi jumlah ringgit Malaysia yang saya sebutkan tadi besar kemungkinannya juga adalah kerana keadaan pasaran semasa sekarang dengan harga yang sedikit menurun dan melibatkan juga sedikit tukaran wang kepada negara-negara pengimport. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, kita lihat dalam pengeksportan komoditi utama antara cabaran utama ialah persaingan dengan negara-negara pengeluar utama seperti Indonesia, Argentina dan sebagainya.

Jadi, sejauh mana usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menghadapi penerimaan pasaran luar terutama di EU dan AS yang meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pengimportan bio-diesel terutama bahan-bahan import daripada negara? Jadi, apa langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang betullah Yang Berhormat kita sentiasa menghadapi saingan daripada negara-negara pengeluar yang lain tetapi untuk negara Indonesia, Thailand misalnya kita memang mempunyai kerjasama rapat dengan negara pengeluar itu sendiri yang mana khasnya untuk getah misalnya kita ada jawatankuasa khas bersama dengan

final • 10:30 AM

Dato' Noriah binti Kasnon

mereka untuk kita sama-sama memastikan atau pun sekurang-kurangnya memantau kestabilan harga di peringkat dunia kerana kalau untuk getah lebih daripada 80% daripada keperluan dunia.

Jadi, sedikit sebanyak kita boleh mengawal di situ. Yang lain-lain sebagaimana langkah yang saya nyatakan tadi kita buat secara berterusan dengan bajet khas yang telah diluluskan semalam juga, misi-misi antarabangsa termasuklah menyertai pameran, ekspo, termasuk lah juga kita sendiri mengadakan pameran atau pun conference, dengan izin Tuan Yang di-Pertua antarabangsa seperti yang baru sahaja lepas MICOS, PIPOP pada bulan lalu yang saya kira dapat sedikit sebanyak memberi imej yang baik kepada negara Malaysia khasnya tentang kebaikan-kebaikan produk atau pun keluaran komoditi negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

4. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(i) lokasi secara spesifik di Bukit Raja, tarikh mula dan siap, jumlah kos pembinaan, kepakaran dan kemudahan perkhidmatan yang akan diberikan selaras dengan rancangan kerajaan untuk membina hospital di Parlimen Kapar; dan

(ii) lokasi secara spesifik, tarikh mula dan siap, jumlah kos pembinaan, kepakaran dan kemudahan perkhidmatan yang akan diberikan di Klinik Kesihatan Kapar baru yang menggantikan Klinik Kesihatan lama di bawah RP3, RMK-10.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Nampaknya beliau cukup berminat tentang kesihatan ini. Tentang berkenaan dengan Hospital Baru Kapar dan juga berkenaan dengan klinik baru Kapar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia memang telah pun ada perancangan untuk membina sebuah hospital pakar di Kapar, Klang memandangkan terdapat keperluan semasa.

Tujuan utama pembinaan hospital baru ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Setakat ini Kerajaan Negeri telah pun menawarkan dua tapak iaitu satu di Kapar dan satu di Ijok. Pihak kementerian telah pun pergi membuat lawatan dan didapati yang paling sesuai ialah di Kapar iaitu satu tapak di fasa 2, projek SimeDarby di Kapar. Ia lebih kurang 25 km daripada Klang dan ini saya kira menepati tujuan asal iaitu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Cadangannya ialah membina sebuah hospital pakar 300 katil dan kos kalau whole part figures secara rambang kalau mengikut kadar JKR ialah RM1.5 juta satu katil.

Bermakna lebih kurang RM450 juta. Kita selesaikan masalah tanah dahulu barulah kita merancang dengan elok.

Kedua tentang Klinik Kesihatan Baru Kapar. Klinik ini akan dibina baru tahap KK3 yakni tahap 3 di tapak yang sama iaitu ia akan bermula 2014 tahun hadapan dan ia memakan masa lebih kurang 24 bulan untuk selesai. Bermakna tahun 2016 akan selesai dengan kos RM20 juta. Oleh sebab ianya akan dibina di tapak yang sama dengan klinik sekarang, jadi perlu kita pindah sementara. Klinik asal ini perlu disewa dan sekarang kita sedang mencari tapak bangunan yang sesuai untuk membuat klinik sementara untuk disewa selama dua tahun. Selepas itu kita boleh pindah balik kepada klinik yang baru. KK3 ini ia mengandungi OPD, Maternal Child Health (MCH), dental, makmal, pharmacy dan juga X-ray Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semalam tekun menjawab, hari ini pun menjawab. Saya berterima kasih kepada beliau.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kapar merupakan Parlimen yang paling ramai pengundi. Kini hampir 150,000 pengundi. Ianya lebih besar daripada negeri Perlis. Kita di Kapar ibarat satu negeri dah.

Apabila dibandingkan dengan Putrajaya yang mempunyai 70,000 pengundi, kami 150,000.

final • 10:30 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ia tidak termasuk kanak-kanak yang belum mendaftar mengundi dan yang bekerja di kawasan Kapar yang hampir melebihi 1/2 juta.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

So, saya berterima kasih dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana prihatin untuk membina hospital di sana. Akan tetapi, isu tentang tanah ini bukan isu baru Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mantan Dato’ Ahmad Maslan pun sebelum ini semasa beliau berada di Jabatan Perdana Menteri pun sudah ada benda ini, isu tanah. Sekarang kita masih lagi sedang berfikir tentang isu tanah.

Saya nampak tadi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada tempoh hendak mula, tempoh akhir dan sebagainya berbanding dengan klinik. So, saya minta kerjasama Yang Berhormat Timbalan Menteri kita bekerjasama lebih agresif, saya bersedia duduk bersama dan kita pantau dan kemas kini kan benda ini dalam tempoh masa yang terdekat. Oleh sebab memang kita menghadapi masalah ramai juga yang meninggal dunia apabila berlaku kemalangan. Hendak pergi ke Klang dalam perjalanan meninggal dunia seperti yang diungkit kan semalam oleh Yang Berhormat Parit Sulong. So, saya minta kerjasama bagi tempoh masa. Biar kita ada satu tempoh masa. Sebelum ini kita settle tentang tanah, selepas itu kita settle tentang perancangan, lepas itu kita mula dan bila kita akan memulakan operasi itu? So, biar lebih agresif, permintaan saya yang pertama.

Kedua adalah kena mengena dengan klinik. Klinik sementara dan klinik yang akan dibina pada tapak yang sama. Tapak yang sama memang mempunyai keluasan yang kecil kecuali kita kena rancang beberapa tingkat dan sebagainya baru kita boleh menampakkan klinik itu bersesuaian. Adakah perancangan Klinik Kapar itu bertingkat dalam keluasan yang sama atau hendak guna cara pendekatan yang sedia ada? Sila ulas Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tentang klinik Tuan Yang di-Pertua, kita menggunakan standard plan. Itu yang lebih cepat. Jadi, kita dapati tapak sekarang sudah mencukupi. Jadi, kita boleh terus buat lah. Kalau tidak hendak kena cari tapak baru, dia memakan masa lagi. Oleh sebab itu kita hendak buat di tempat itu, di tempat yang sama.

Kedua tentang hospital tadi, memanglah apabila dikenal pasti tapak, selesai masalah tapak dengan kerajaan negeri, kita kena design lah sebab tiap-tiap hospital dia bukan ada standard plan. Dia kena design, dia makan masa juga untuk design. Jadi, selepas itu bila sudah design, complete semua baru kita minta peruntukan. Kalau kita minta peruntukan sekarang pun tidak boleh belanja sebab itu kita kata lebih baik kita design dahulu, selepas sudah siap baru kita minta peruntukan dan kita jalankan terus. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tadi ada cerita hospital tetapi saya kecil sahaja di sini. Saya cerita klinik. Yang Berhormat Timbalan Menteri masih hutang saya lagi jawapan bertulis. Sampai sekarang sudah beberapa bulan jawapan bertulis tidak sampai-sampai. So, hari ini saya ambil peluang ini mahu tanya.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya difahamkan klinik ini peruntukannya memang sudah tersedia tetapi masalah tapak- ini Klinik Lebang. Saya sudah tiga penggal berbahas. Akan tetapi sampai hari ini, saya nampak pegawai-pegawai daripada kementerian ataupun jabatan tidak begitu serius mengambil berat perkara ini – macam ini kampung duduk luar kawasan. Macam kemungkinan, serupa macam bukan manusia. Adakah kementerian atau jabatan ini sedar atau tidak kalau mana-mana wanita hendak bersalin, berapa jamkah kalau dia menggunakan bot? Sekarang kalau pergi sebelah sungai, dia menggunakan kereta pun berapa jam baru boleh sampai? Macam mana begitu susah satu klinik, poliklinik pun tidak boleh selesai. Kenapa – Yang Berhormat, kenapa mahu bising? Orang bercakap tentang hal rakyat pun mahu bising. Kalau you cakap betul, sokonglah. Inilah pembangkang, hendak main politik.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini memang kongkalikung ini.

Saya berharap, kementerian mengambil perkara ini secara serius. Saya sebagai wakil rakyat sudah cukup malu kerana tiga penggal – ini klinik baru berapa nilainya.

Sehingga hari ini dan hari itu pun saya sudah beberapa kali beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, ambil perkara ini serius. Semua kata okey, okey. Saya akan mengambil pertimbangan. Timbang apa? Kalau hari-hari timbang, kalau esok kita tidak ada lagi kerusi,

final • 10:40 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

apa lagi yang mahu ditimbang?

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Saya berharap kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mengambil perkara ini dengan serius, saya mahu mendapatkan jawapan, bilakah isu tanah ini akan diselesaikan dan bilakah baru boleh dibina? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, ini masalah hutang jawapan saya dengan Yang Berhormat Bintulu. Saya bayar hutang itulah dengan cara saya hendak pergi melawat sendiri Bintulu dalam bulan Januari dengan semua pegawai untuk melihat sendiri keadaan dan...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, hutang-hutang Ahli Yang Berhormat yang bising tadi kepada saya itu, bila saya tagih?

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Saya dan pegawai-pegawai akan pergi melawat pada bulan Januari.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dia pergi melawat. Diharap Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau pergi melawat boleh menyelesaikannya. Sudah dua orang Menteri yang pergi melawat, kongkalikung pun sama

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

tidak selesai pun.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sik.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, di sini.

final • 10:40 AM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam 1Malaysia. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan berapakah jumlah terkini Klinik 1Malaysia yang mempunyai pegawai perubatan iaitu medical officer? Nyatakan juga senarai Klinik 1Malaysia yang tidak ada pegawai perubatan serta apakah alasan-alasan ketiadaan pegawai perubatan? Apakah usaha kementerian untuk meningkatkan tahap perkhidmatan Klinik 1Malaysia? Sekian terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, soalannya terkeluar sedikit daripada soalan asal tetapi tidak apalah saya jawab. Klinik 1Malaysia yang terdapat sekarang ini 240 buah, yang mempunyai doktor hanya 22 buah sahaja. Kriteria kita ialah Klinik 1Malaysia yang mendapat lebih daripada 100 outpatient dan kita letakkan seorang doktor dan yang kurang daripada itu, kita hanya letakkan MA.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini memang perancangan kita ialah untuk meningkatkan lagi perkhidmatan di Klinik 1Malaysia dengan menambahkan satu lagi perkhidmatan di kawasan-kawasan yang perlu iaitu dinamakan Maternal and Child Health

(MCH). Jadi maknanya, kita pergi ke Klinik 1Malaysia akan ada satu lagi perkhidmatan untuk ibu dan anak. Ini saya beri contoh untuk meningkatkan lagi perkhidmatan di banyak kawasan yang perlu. Tahun 2014, kita menjanjikan untuk membina lagi 50 buah Klinik 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, tadi ada satu lagi di sini.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya membenarkan Yang Berhormat, ada empatlah soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tadi dua kali di sana.

final • 10:40 AM

5. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan dalam usaha mempromosikan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan berapakah kos yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam transformasi, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Program Satu Daerah Satu Industri

(SDSI) merupakan program pembangunan ekonomi yang dijalankan secara berkumpulan dalam komuniti untuk mengeluarkan produk unik yang memberikan identiti dengan sumber setempat termasuk bahan mentah, kemahiran dan guna tenaga di dalam sesebuah daerah.

Program SDSI ini dibahagikan kepada empat kementerian peneraju mengikut kluster iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kluster produk makanan dan juga minuman; Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, homestay dan juga produk kraf; Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, produk perkhidmatan kesihatan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, promosi, pemasaran dan pembangunan keusahawanan.

Kejayaan mempromosi SDSI ini dinilai berdasarkan kepada hasil jualan dan juga business matching yang diadakan semasa showcase. Contohnya pada showcase SDSI 2012 di Melaka International Trade Centre pada 7 sehingga 9 September 2012 yang melibatkan seramai 584 orang usahawan dengan perbelanjaan sebanyak RM1.98 juta.

Showcase ini telah menjana jumlah tunai sebanyak RM5.5 juta dan jualan kontrak sebanyak RM11.3 juta.

Saya juga hendak memaklumkan, esok showcase yang berikutnya akan diadakan dan sekarang ini bilangan usahawan yang telah mendaftar ialah 590 orang dan kita menjangka jualan tunai meningkat kepada RM6 juta dan jualan kontrak, kita menjangkakan akan meningkat kepada RM13 juta.

final • 10:40 AM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan SDSI. Kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil inisiatif untuk memacukan lagi pembangunan ekonomi negara melalui program SDSI ini. Cumanya yang menimbulkan sedikit keraguan dan juga pertanyaan kepada kita adalah berkenaan dengan pengurusan SDSI. Sebagaimana kata Yang Berhormat Menteri tadi, kita mempunyai empat kementerian yang menguruskan program-program SDSI ini mengikut bidang masing-masing. Akan tetapi yang kita dapat lihat di peringkat pelaksanaan di bawah sana, prestasi pelaksanaan mengikut kementerian-kementerian ini tidak serupa dan agensi-agensi yang mewakili kementerian-kementerian ini juga tidak bekerja dalam satu kapasiti yang begitu kuat dan sama.

Contohnya, ada agensi yang betul-betul menggerakkan bidangnya tetapi ada juga agensi yang lesu dan buat seperti tidak tahu sahaja terhadap bidang-bidang yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jadi di dalam hal ini, saya dapat merasakan bahawa seolah-olah macam tidak ada satu synchronization, dengan izin terhadap pelaksanaan dan tujuan pencapaian. Tadi Yang Berhormat Menteri menjelaskan kita mendapat perolehan sehingga RM1.98 juta dan sebagainya. Akan tetapi, adakah pencapaian yang sedemikian mewakili keempat-empat kementerian secara sama majunya ataupun hanya daripada kementerian tertentu sahaja yang mengambil inisiatif tertentu tetapi kementerian lain lesu? Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan bersedia untuk melakukan perubahan daripada segi struktur pengurusan dan pentadbiran ini, mungkin dalam bentuk menyusun satu agensi khusus sahaja bagi menguruskan SDSI ini?

Kedua, ini kerana saya juga dapat melihat bahawa penumpuan pembangunan Satu Daerah Satu Industri ini, kita nampak macam lebih diberikan kepada pembangunan usahawan, bukan kepada pembangunan produk itu sendiri.

final • 10:40 AM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Contohnya di dalam kawasan saya sendiri, ia ada satu program SDSI yang menghasilkan kerja tangan daripada sumber besi, pandai besi. Akan tetapi kita tidak ada satu program untuk memajukan produk besi tersebut dari segi nilai tambah, kualiti dan macam-macam lagi, tidak ada. Akan tetapi yang kita tumpukan saya nampak kepada pembangunan usahawan, latihan usahawan dan sebagainya. Jadi adakah kalau keadaan ini berterusan, adakah kita mampu untuk menghasilkan satu program SDSI yang komprehensif dan benar-benar dapat kita memajukan industri-industri yang telah kita tentukan tadi?

final • 10:50 AM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Kemudian seterusnya adakah SDSI ini juga telah dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dibuat di Semenanjung dan sejauh mana kemampuan kita dapat membawa produk-produk SDSI ini untuk menembusi sampai kepada pasaran antarabangsa? Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan ini supaya kita boleh melihat pembangunan SDSI yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional ini akan benar-benar dapat mendatangkan faedah kepada rakyat dan meningkatkan pendapatan negara. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap program kita sudah pasti ada kejayaan dan ada kekurangan tetapi keseluruhannya dia berjaya dan tugas kita untuk memastikan supaya kekurangan ini kita tampung. Saya hendak jawab yang penghabis dulu Yang Berhormat, sama ada program ini telah dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Saya sebut empat kluster tadi. Di Sabah, untuk makan minum kita ada 41. Kluster produk kraf ada 1,117. Makna kata Sabah yang paling besar sekali mengeluarkan projek kraf. Kemudian homestay, Sabah ada 242 dan produk kesihatan – 30. Sarawak ada 92 produk makanan, 437 homestay, 60 kraf dan tidak ada produk kesihatan. Jumlah di Sabah 1,430 dan jumlah di Sarawak ialah 589 daripada jumlah usahawan yang telah kita wujudkan sebanyak 6,172.

Berhubung dengan kejayaan, oleh kerana Yang Berhormat tanya ini, saya boleh bagi satu contoh dan contoh ini cukup relevan untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Contohnya projek homestay di Misowalai Homestay, Kinabatangan. Dia punya sale dan juga lain-lain lagi ialah sebanyak RM1,315,491. Ini ialah salenya yang berdasarkan aktiviti dan juga sewa homestay itu. Jadi ini menunjukkan bahawa ia telah melangkaui ke pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Berhubung dengan yang lain-lain itu Yang Berhormat, insya-Allah dimana yang kurang kita akan bagi perhatian dan cadangan Yang Berhormat itu akan diambil tindakan sewajarnya. Pada masa sekarang ini, memang empat kementerian yang menjaga kluster- kluster dan ICU ini tugasnya ialah untuk menyelaraskan supaya semua projek yang dilaksanakan itu kita dapat pantau. Sekarang ini kementerian sendiri yang pantau tetapi saya sudah maklum kepada ICU bahawa mereka bukan sahaja memantau tetapi hendaklah pastikan supaya projek itu berada di tahap tertentu untuk kita bagi suntikan kekuatan kalau dia kurang dan kalau dia sudah berjaya, kita cuba usaha supaya dia boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.

Cadangan supaya disatukan supaya satu kementerian, ini cadangan banyak program yang kita cadangkan dimasukkan di bawah satu kementerian. Cadangan ini bagus tetapi ada yang kementerian, dia tidak terlibat dalam bidang tersebut. Jadi kalau macam homestay saya ingat dia boleh libatkan semua. Homestay, makan minum, kraf ia boleh libatkan semua. Akan tetapi ada program yang tidak libatkan semua, contohnya Kementerian Pelancongan kalau hendak libatkan buat kerepek, dia jadi lain. Jadi itu sebab kita masih pertahankan empat kementerian tadi untuk memastikan supaya bantuan dan juga penyelarasan dapat dibuat. Sebagai contoh saya sebut tadi Misowalai di Kinabatangan tadi, bantuan yang diberi adalah kecil tetapi keuntungannya besar dan saya percaya Misowalai ini mungkin menjadi contoh yang boleh diikuti oleh semua homestay di seluruh Malaysia.

Saya juga mengalu-alukan dan menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk datang ke Melaka pada esok hari untuk sama-sama kita menilai sebab kita kena ingat program yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ini dia berterusan dan terdiri daripada pelbagai kumpulan sasar. Kalau Yang Berhormat pergi ke Melaka esok, Yang Berhormat tengok ada orang PAS, ada DAP, ada PKR, ada Barisan. Ini menunjukkan bahawa keadilan itu adalah prinsip perjuangan Barisan Nasional. Kejayaan yang dicapai selama ini ialah hendak tunjukkan bahawa kita bukan main-main ataupun tidak serius bila kita buat satu kerja*...

[Disampuk] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*

final • 10:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Menteri, banyak sebut keadilan...

final • 10:50 AM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita begitu tertarik mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi tentang kejayaan

final • 10:50 AM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha SDSI ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor kerana menimbulkan persoalan ini. Ini merupakan soalan penting Tuan Yang di-Pertua. Program ini dilaksanakan banyak tahun sudah, berpuluh tahun dulu saya ingat program ‘satu daerah, satu produk’. Ini lanjutan daripada SDSI.

Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, komitmen keupayaan kerajaan seperti di Taiwan umpamanya. Kita turun di Lapangan Terbang Taipei, di peta di situ telah pun dipamerkan di Taiwan itu, peta daerah seluruh Taiwan, ‘Satu Daerah, Satu Produk. Satu Daerah, Satu Industri.’ Akan tetapi di Malaysia, berpuluh tahun kita buat ini, kita tidak sampai ke tahap itu lagi. Kita tidak boleh banggakan satu daerah apa dia produk SDSI ini.

Saya ingin daripada kerajaan, kalau kita betul komited, kita hendak capai kejayaan itu, pamerkan itu.

Pelancong pun boleh tengok dan kita sendiri pun boleh bangun carikan usaha itu.

Saya bawa kejayaan Taiwan ini sebab apa? Dalam tahun 60-an Tuan Yang di-Pertua, Taiwan jauh ketinggalan daripada Malaysia. Jauh ketinggalan tetapi sekarang ini jauh maju daripada Malaysia malah dalam muzium dia sendiri dia berani tunjuk transformation of agriculture sector to industrial form, dengan izin. So, kalau Malaysia boleh contoh macam itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, mana-mana contoh yang baik kita akan ikuti. Di antara negara yang suka meniru orang, mengambil contoh orang dan sekarang ini dia telah berjaya daripada orang ialah Jepun dan China dan juga Korea. Akan tetapi China ini ialah kemudian tetapi Jepun dengan Korea berjaya bukan kerana mereka.

Akan tetapi mereka banyak meniru orang dan cipta sendiri. Jadi yang mana contoh yang baik, kita akan, boleh ambil iktibar.

Akan tetapi Yang Berhormat, di Malaysia sendiri sebenarnya di samping kita membandingkan dengan negara-negara lain, kita boleh berbuat demikian dan kita sedang berbuat demikian. Sebagai contohnya, program di Malaysia tetapi ditiru oleh orang.

Sekarang ini program itu jadi program yang berjaya. Contohnya ialah Rancangan Buku Merah yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Razak dulu. Buku Merah ini ialah satu panduan pembangunan dan juga perjuangan rakyat pada masa tersebut. Buku Merah ini telah diambil oleh contoh oleh Park Chung Hee, Presiden Korea dan dia letak nama program itu program Saemaeul Undong. Program itu berjaya. Jadi kita ini, yang ini dia bukan berpuluh tahun Yang Berhormat, yang ini dulu kita kata ‘Satu Kampung, Satu Produk’. Kemudian Satu Daerah, Satu Produk ini baru kita mula lebih kurang dalam 2006. Saya akan dapatkan angka yang tepat pada Yang Berhormat. kita lihat setelah kita lancarkan, kita sudah ada 6,172 usahawan dengan kluster yang telah disebutkan tadi iaitu homestay – 3,347 yang paling berjayalah. Kemudian yang lain ialah kraf – 1,797; makanan – 925; dan perkhidmatan – 103.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Jadi kita tahu bahawa seperti saya jawab kepada Tasek Gelugor tadi, kita memberi kepada penumpuan kepada usahawan. Akan tetapi kita kena ingat Yang Berhormat tanpa usahawan tidak ada satu gerakan. Jadi kita harus bagi tumpuan kepada usahawan dan dia akan menjadi penggerak. Itu cara sesuatu ekonomi itu boleh berkembang bila kita letakkan usahawan itu sebagai penggerak untuk ekonomi itu berkembang lebih ke hadapan.

Cadangan Yang Berhormat itu kita akan ambil kira tetapi Taiwan tidak boleh di banding dengan Malaysia. Taiwan turun dari airport itu sahaja kemudian bolehlah tengok seluruh Taiwan- yang saya ingat mungkin besar sedikit daripada Pahang. Jadi kita ini Malaysia, kalau datang Penang kalau dia datang KLIA Sabah, Sarawak sudah ada benda itu sebenarnya. Kita tiap-tiap airport itu sudah ada, tetapi dia buat secara umum. Kalau mungkin secara khusus boleh kita berbuat demikian.

Sebenarnya kita orang Malaysia tidak nampak bahawa banyak kejayaan yang berlaku, kita kurang ambil perhatian. Contohnya macam di Kinabatangan tadi dia melibatkan usaha untuk tanam semula hutan, dan bila orang datang orang seronok melihat bagaimana usaha-usaha yang baik itu dibuat. Akan tetapi kita sering kali, bila kita pergi melancong ke luar negeri kita tanya kenapa Malaysia tidak buat, padahal Malaysia ada.

Sebagai contohnya di Langkawi Yang Berhormat, apa yang tidak ada di Langkawi? Yang Berhormat tanya Yang Berhormat Pokok Sena apa yang tidak ada di Langkawi? Semua ada di Langkawi tetapi kadang-kadang kita lupa untuk melawat Langkawi. Saya sendiri

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

kalau orang tanya, apa ada di Muzium Malaysia? Saya boleh tanya Yang Berhormat yang hadir, apa yang ada di Muzium Malaysia?

Kita tidak boleh menjawab sebab kita setengahnya mungkin tidak pergi Muzium Malaysia. Akan tetapi kalau tanya muzium di London semua orang boleh jawab.

Demikianlah kehidupan [Ketawa]

final • 11:00 AM

6. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyatakan berapa jumlah keluarga miskin di Batu Pahat, berapa ramai yang telah menerima bantuan dan apa rancangan untuk melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat yang menyoal. Tuan Yang di-Pertua saya menjawab soalan nombor 6 ya.

Kerajaan Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan negara daripada 3.8% pada tahun 2009, kepada 1.7% pada tahun 2012. Berdasarkan pangkalan data e- Kasih janaan November tahun 2013 ini, jumlah keluarga miskin, miskin tegar dan miskin mudah di Batu Pahat ialah 1,015 ketua isi rumah. Daripada jumlah tersebut seramai 691 ketua isi rumah telah direkodkan sebagai telah terkeluar daripada kemiskinan.

Dalam konteks pemberian bantuan, sejumlah 679 ketua isi rumah miskin telah menerima pelbagai bantuan merangkumi bantuan projek-projek ekonomi, keperluan asas, kesihatan, minda insan, pendidikan dan sosio-kebajikan di Batu Pahat.

Secara dasarnya usaha kerajaan dalam membantu dan mengurangkan golongan miskin ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

(i) memperkukuhkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program- program sedia ada di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dengan memberikan tumpuan yang lebih besar kepada meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan sasar melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP);

(ii) memperkukuhkan modal insan kumpulan sasar melalui pelaksanaan kursus latihan kemahiran di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK);

(iii) menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa di bawah Program Bantuan Rumah;

(iv) meneruskan strategi dalam meningkatkan penyediaan akses pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas seperti pembinaan jalan luar bandar, bekalan air serta elektrik yang lebih baik;

(v) memperkukuh dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian program-program pembasmian kemiskinan melalui penubuhan Focus Group Pembasmian Kemiskinan di peringkat nasional, negeri dan daerah yang akan berperanan dalam menyelia perancangan, pelaksanaan dan pemantauan serta penyaluran peruntukan bagi program atau projek pembasmian kemiskinan.

Dengan langkah-langkah yang dinyatakan, kerajaan yakin akan dapat melepaskan golongan ini daripada belenggu kemiskinan. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, insan dilahirkan mulia- izinkan saya memberi kata pengantar sedikit kepada soalan supaya meletakkan persoalan dalam konteksnya.

Insan dilahirkan mulia seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran Al-Karim [Membaca sepotong ayat al-Quran] Sesungguhnya tanggungjawab negara dari segi dasar, sistem, strategi dan program, mestilah merealisasikan kedudukan insan yang demikian- yang mulia, yang ada harga diri, yang akan sedar dengan kedudukan dan martabatnya. Dalam konteks

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

ini saya fikir Yang Berhormat Menteri, gerakan pembasmian kemiskinan, miskin tegar dan juga yang miskin, mesti dilihat sebagai suatu gerakan untuk mengangkat martabat dan harakat insan.

Ini kerana sesungguhnya yang miskin ini, seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW, golongan yang miskin dia mendekati kekufuran. Dalam realiti kehidupan masyarakat, golongan miskin ini mudah dipengaruhi oleh pelbagai unsur diayah- diayah politik, diayah keagamaan, diayah kebudayaan dan lain-lain diayah. Jadi, oleh kerana itu kita ingin menyatakan, atas premis yang demikian, kita ingin meminta Yang Berhormat Menteri, dan kementerian, dan kerajaan untuk menerangkan langkah-langkah konkrit yang outcome? Output tadi yang peningkatan pendapatan, persekitaran dan lain-lain yang berubah- outcome base yang disebutkan itu, outcome dari pembangunan itu ialah dapat memerdekakan manusia, dapat meningkatkan martabat manusia.

Jadi apakah langkah-langkah konkrit untuk memastikan, dan apakah indeks, apakah ukuran yang mahu kita gunakan untuk melihat bahawa akhirnya kualiti keinsanan, martabat keinsanan itu dapat dilihat ada perubahan dari program-program yang kita nyatakan atau dalam objektif yang diletakkan oleh kementerian- meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan keusahawanan, menghapuskan kemiskinan tegar, mewujudkan masyarakat berilmu dan lain-lain pernyataan hasrat.

Kita lihat kecenderungan kita sebagai rakyat- ini umum sebenarnya bukan sahaja Barisan Nasional, tetapi kita masyarakat pada umumnya, selalu suka menyatakan pernyataan hasrat yang cantik-cantik. Akan tetapi the process that we choose, proses yang kita pilih dan yang kemudian kita laksanakan tidak dapat mengangkat martabat manusia itu sendiri.

Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri ialah, apakah langkah-langkah konkrit yang boleh kita laksanakan selain yang disebutkan tadi untuk memastikan akhirnya outcome dari program pembangunan di luar bandar oleh kementerian ini, ialah tentang terangkatnya martabat keinsanan itu sendiri? Kedua, ialah apakah indeks kita punya ukuran yang boleh kita gunakan? Ini supaya kita- tidaklah tiap- tiap hari kita dok pi mai pi mai, dok tang tu jugalah, macam Yang Berhormat Menteri kata tadi, kita ada di sana ada di sini, tiada di sana tiada di sini tetapi kita tidak dapat berikan contoh konkritnya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih untuk mengemukakan soalan tambahan. Jelas daripada jawapan yang telah saya sebut pada mulanya, kementerian telah memberi statistik di seluruh negara bukan sahaja di Batu Pahat kerana kemiskinan ini ia bukan sahaja berlaku ataupun terdapat di Batu Pahat tetapi di mana-mana kawasan di seluruh negara. Kadar kemiskinan di seluruh negara telah saya sebutkan tadi dan saya sebutkan sekali lagi telah menurun daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada 1.7% pada tahun 2012. Ini berdasarkan pangkalan data yang sedia ada di kerajaan. Juga Tuan Yang di-Pertua kalau saya hendak memberi jawapan, ia agak panjang untuk memberi contoh- contohnya, jadi kalau saya meneruskan jawapan ini mungkin dia terlalu panjang. Oleh kerana kalau tidak, ia tidak akan memuaskan hati Yang Berhormat Batu Pahat.

Kita boleh memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Akan tetapi saya ingin juga berkongsi sedikit dengan program-program yang telah saya sebut tadi contohnya program yang boleh meningkatkan pendapatan iaitu objektif pelaksanaan PPP adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar.

Oleh sebab pendapatan inilah yang begitu penting sekali di mana adakah seseorang atau ketua isi rumah itu dikatakan miskin atau miskin tegar, ia berdasarkan kepada pendapatan mereka, kan? Jadi untuk kita membantu mereka adalah kita sasarkan kepada bagaimana kita boleh membantu mereka untuk mereka dapat pendapatan. Ini begitu basic sekali. Jadi melalui penglibatan mereka dalam projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan taraf hidup mereka khususnya dan kualiti hidup mereka seperti mana yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Batu Pahat.

Umumnya ialah projek ekonomi terdiri daripada empat skop. Projek ekonomi berdasarkan perusahaan sumber asas tani, perusahaan kerepek dan sebagainya.

Walaupun mungkin di pandangkan begitu bawah sekali akan tetapi ia boleh membantu.

Perniagaan secara kecil-kecilan contohnya penjualan produk seperti makanan dan barangan, kedai runcit dan jualan makanan ringan, ini juga boleh membantu. Aktiviti

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

perkhidmatan contohnya jahitan ataupun menggunting rambut dan projek ekonomi berasaskan aktiviti pertanian, ternakan seperti lembu dan ayam serta tanaman sayuran.

Walaupun ia di peringkat boleh dikatakan begitu asas sekali, begitu bawah sekali akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kesemua ini dikendalikan oleh mereka dengan bersungguh-sungguh sekali, ia sudah tentu akan memberi peluang untuk mereka mendapat pendapatan yang boleh mengangkat tahap sosioekonomi mereka daripada yang sedia ada, miskin atau miskin tegar kepada yang mungkin yang lebih tinggi sedikit. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu kementerian telah menyatakan banyak bantuan telah diberikan kepada golongan miskin terutamanya di kawasan bandar ini. Kita tahu program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian seperti yang disebutkan oleh Menteri tadi telah memberikan kebaikan dan juga membantu ramai terutamanya usahawan-usahawan yang terdiri daripada golongan miskin di bandar ini untuk meneruskan pendapatan mereka dan juga meneruskan pekerjaan mereka.

Cuma saya minta jasa baik daripada pihak kementerian, boleh tak disenaraikan kalau secara bertulis pun tak apa, beberapa usahawan-usahawan terutamanya yang kita kategorikan sebagai golongan miskin di bandar ini yang telah mendapat bantuan daripada pihak kementerian dan mereka telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan ini.

Mereka juga kita boleh jadikan contoh sebagai antara golongan miskin di kawasan bandar yang telah berjaya dibantu oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini kita menumpukan kepada khususnya kepada kawasan di luar bandar. Yang Berhormat bertanya tentang mereka yang di bandar.

Jadi yang itu adalah di bawah skop kementerian yang lain. Walau bagaimanapun saya boleh juga berkongsi sedikit dengan Yang Berhormat Sekijang. KKLW ataupun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini menerusi agensinya yang begitu hebat menjalankan program-program membantu golongan miskin ini adalah salah satunya MARA.

MARA ada pelbagai program.

Oleh kerana programnya begitu banyak sekali dan seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Sekijang tadi, kementerian akan memajukan secara bertulislah. Akan tetapi ia khusus kita boleh bagi kepada mereka yang duduk di luar bandar sebab kementerian ini kita lebih khusus kepada mereka di luar bandar dan untuk mereka di bandar, program-program di bandar, saya cadangkan tanya kepada Menteri yang menjaga mereka yang di bandar.

Akan tetapi seperti mana yang telah saya sebut tadi, di bandar juga MARA juga ada program yang membantu mereka di bandar. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan jemaah Haji Malaysia bagi tahun 2013/1434 Hijrah mengikut negeri dan mengikut peringkat umur serta nyatakan sejauh manakah kerajaan memberikan keutamaan kepada warga emas untuk menunaikan fardu haji tahun ini dan akan datang.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, jumlah jemaah Haji Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan dengan 1434 hijrah ialah sebanyak 21,960 orang. Pecahan jemaah haji mengikut negeri adalah seperti mana berikut:

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom

NegeriBilangan (orang)
Perlis242
Kedah2158
Pulau Pinang847
Perak2067
Selangor4372
Wilayah Persekutuan2001
Melaka729
Negeri Sembilan932
Johor2814
Pahang1401
Terengganu1354
Kelantan1713
Sabah661
Sarawak669
JUMLAH21960

Manakala jemaah haji mengikut lingkungan umur, yang tertinggi adalah daripada golongan yang berumur 50 tahun hingga 59 tahun iaitu berjumlah 8,689 orang mewakili 40% disusuli oleh jemaah yang berumur 60 tahun hingga 69 tahun berjumlah 5,575 orang iaitu 25% dan yang berumur 40 tahun hingga 49 tahun berjumlah 4,604 orang mewakili 21%. Sememangnya kerajaan memberikan keutamaan kepada warga emas di mana ianya dapat dilihat dalam konteks Tabung Haji.

Sedikit tambahan warga emas yang selalu diuar-uarkan oleh Tabung Haji ialah 75 tahun ke atas namun mengambil kira angka warga emas standard, pada tahun ini perangkaan pendaftaran bakal haji iaitu bilangan mereka yang menunggu giliran menunaikan haji, didapati bahawa 31% adalah jemaah yang berumur 60 tahun dan ke atas bagi musim haji 1434 Hijrah dan 2013 Masihi.

Manakala peratusan bakal jemaah dalam senarai menunggu yang berumur 60 tahun dan ke atas berjumlah 15% hingga pada 9 Oktober 2013. Oleh yang demikian, perbezaan 31% yang dipilih menunaikan haji bagi tahun ini iaitu tahun 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi berbanding 15% daripada jumlah keseluruhan jemaah haji yang berumur 60 tahun ke atas. Ini membuktikan kerajaan memberikan keutamaan kepada mereka yang telah berusia untuk menunaikan fardu haji. Keutamaan yang sedemikian akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan kalau mengikut jawapan tadi, tahun 2013 lebih kurang 21,000. Akan tetapi kalau ikutkan kuota yang diberikan oleh Arab Saudi adalah 1% daripada jumlah penduduk.

final • 11:10 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Adakah ada apa-apa usaha untuk menambahkan lagi kuota? Daripada 1% mungkin lebih daripada itu? Kemudian saya juga perlu tanya dari segi masa menunggu selepas didaftarkan. Berapa lama biasanya masa menunggu yang diambil oleh pihak Tabung Haji?

Akhirnya, saya juga ingin katakan sama ada kita perlu bagi lebih lagi kuota, kalau ikut sini 25% kepada umur 60 hingga 69 tahun, lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah mengerjakan haji. Adakah apa-apa langkah diambil untuk perkara itu? Supaya mereka yang biasa melakukan, sudah pergi haji kita cuba hadkan. Bagi keutamaan kepada mereka yang belum pernah pergi. Itu sahaja soalan saya.

final • 11:20 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu kepada soalan tambahan. Pertamanya sekali, saya ingin membetulkan fakta dimana untuk jemaah haji pada tahun ini ialah 21,960 orang.

Kebiasaannya, dan secara umum dan standardnya ialah haji kuota yang dibenarkan bukan 1%, yang diberikan oleh Arab Saudi melalui satu persidangan di negara-negara OIC sekitar 1980an dahulu iaitu 0.1% daripada penduduk umat Islam pada setiap negara. 0.1% daripada jumlah umat Islam pada sesebuah negara.

Akan tetapi dalam konteks Malaysia, sedikit kemurahan hati daripada Kerajaan Arab Saudi ialah 0.1% itu ialah mengikut jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Jadi maknanya yang Islam dan bukan Islam iaitu pada waktu diumumkan dahulu ialah 26 juta orang. Akan

final • 11:20 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

tetapi pada dua, tiga tahun yang lalu kita telah menulis satu surat kepada Kerajaan Arab Saudi berdasarkan kepada pendaftaran jumlah maklumat baru kepada PBB, rakyat Malaysia ialah sekitar hampir 28 juta orang. Jadi peruntukan yang diberikan kepada kita juga ialah hampir 28,000 berdasarkan 0.1% daripada jumlah penduduk.

Namun untuk tahun yang ini ataupun tahun 2013 atau pun 1434, kerajaan Arab Saudi telah mengambil satu ketetapan mengurangkan pada setiap negara yang diberikan kuota untuk menunaikan ibadat haji oleh Kerajaan Arab Saudi dikurangkan sebanyak 20% bagi tujuan keperluan menampung masalah penginapan dan juga penambahbaikan pembesaran Masjid Haram termasuklah di kawasan persekitaran dan juga kawasan- kawasan yang berkaitan termasuk penginapan hotel dan sebagainya. Begitu juga peningkatan kepada airport atau pun lapangan terbang di Jeddah dan juga di Madinah.

Maka, memerlukan kepada pengurangan daripada jumlah jemaah haji. Jadi tahun ini Tuan Yang di-Pertua kita seluruh dunia dikurangkan sebanyak 20%, sepatutnya kita hampir 28,000 orang tetapi tahun ini kerana pengurangan 20% itu menjadi 21,960 orang daripada jumlah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi berdasarkan kuota tersebut.

Keduanya ialah tempoh masa menunggu. Suka saya perjelaskan bukan hanya sekadar kepada Yang Berhormat Setiu tetapi seluruh Ahli-ahli Dewan yang mulia pada hari ini sebab semua orang termasuk yang bukan Islam pun saya faham bahawa ada yang menulis surat, mohon rayuan dan sebagainya kerana anak-anak yang berada dalam kawasan masing-masing memohon untuk sokongan dan sebagainya. Kita suka menjelaskan buat masa sekarang kita adalah lebih kurang 1.3 juta orang yang telah pun mendaftar untuk menunaikan ibadat haji. Setiap orang yang mendaftar tersebut Tuan Yang di-Pertua, mereka telah pun mengetahui tarikh dan juga tempoh tahun bertolak menunaikan ibadat haji. Maknanya bila dia daftar hari ini, hari ini juga Tabung Haji akan keluarkan kepada mereka bila atau pun tahun mana mereka akan pergi untuk menunaikan ibadat haji.

Maknanya mereka telah pun mengetahui tarikh.

Oleh kerana perkembangan pendaftaran itu berjalan begitu cepat dan mungkin barangkali atas sifat Kerajaan Malaysia mempunyai ruang ekonomi yang berkembang dengan begitu baik, suasana negara yang begitu baik juga telah memungkinkan 1.3 juta orang yang mendaftar untuk menunaikan ibadat haji untuk buat masa sekarang maknanya mereka sedang menunggu. Kalau ada sahaja kuota, berapa orang pun mereka akan pergi sebanyak 1.3 juta orang ini. Untuk pendaftaran pada hari ini, kalau sekiranya kita mendaftar pada hari ini tempoh menunggu Tuan Yang di-Pertua ialah 50 tahun. Oleh sebab itu tidak pelik kebanyakan ibu bapa mengambil tindakan bila anaknya lahir sahaja, dia terus

final • 11:20 AM

daftarkan sebab buka untuk daftar pergi haji ini ada dua Tuan Yang di-Pertua iaitu

(i) daftar untuk menunaikan ibadat haji; atau

(ii) pendaftaran sebagai pelabur atau pun penyimpan untuk mendapat dividen dan bonus.

Yang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat kita ada maklumat pelabur di dalam Tabung Haji iaitu sebanyak 7 juta orang. Maknanya campur dengan 1.3 juta orang, kita ada hari ini pendeposit dan pula orang yang akan menunaikan haji sebanyak 8.3 juta orang. Ini jumlah yang ada di peringkat Tabung Haji, dan kalau maknanya menunggu sehingga 50 tahun. Namun Tuan Yang di-Pertua, kita ada perkara yang kita mengambil kira bagi warga emas. Oleh sebab itu saya sebutkan dalam jawapan awal tadi, warga emas Tabung Haji ialah 75 tahun ke atas dan maklumat yang saya pegang 75 tahun ke atas ini buat masa sekarang.

Dalam tempoh hari ini kita ada hampir lebih kurang sebanyak warga emas, kalau dapat saya detailkan sikit maklumat daripada Tabung Haji iaitu jumlah daripada mereka- mereka yang menjadi warga emas bagi menunaikan ibadat haji pada tahun ini 75 tahun ke atas adalah hampir 14,000 orang. Jadi ini jumlah yang 75 tahun ke atas. Akan tetapi kita tidak boleh lepaskan semua sekali sebagai keistimewaan kepada mereka sebab kalau 14,000 sekali gus Tuan Yang di-Pertua, maknanya operasi pengurusan, penjagaan, kesihatan, pengawalan kita terpaksa menumpu banyak kepada kelompok ini.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

daftarkan sebab buka untuk daftar pergi haji ini ada dua Tuan Yang di-Pertua iaitu

Walau bagaimanapun kita memberikan keistimewaan kepada mereka.

Kembali kepada soalan Yang Berhormat Setiu tadi, langkah-langkah yang diambil untuk Tabung Haji bagi mereka yang baru mendaftar, yang sebenarnya mereka telah menunaikan ibadat haji, kita tidak benarkan mereka mendaftar dalam tempoh lima tahun selepas mereka kembali. Oleh sebab ada orang yang pergi haji Tuan Yang di-Pertua,

final • 11:20 AM

daftarkan sebab buka untuk daftar pergi haji ini ada dua Tuan Yang di-Pertua iaitu

sampai di sana balik, sampai di airport dia peluk keluarga menangis Tuan Yang di-Pertua tetapi orang tanya kenapa hantar tangisan dia rindukan lagi Kaabah ini. Jadi saya pada Dewan yang mulia ini, suka hendak cadangkan supaya yang mana rindu itu pergi buat umrah cukup.

Oleh sebab haji yang pertama itu adalah merupakan haji wajib. Haji yang kedua sudah menjadi haji yang sunat. Jadi sebab itu dia pergi buat umrah, memberikan laluan kepada orang dan langkah yang diambil oleh pihak Tabung Haji ialah supaya mereka ini lima tahun tidak boleh daftar. Kemudian bila daftar pun tidak menjadi keutamaan untuk mereka menunaikan ibadat haji di mana kita memberikan keutamaan kepada orang yang pertama kali bagi menunaikan ibadat haji. Namun kita tidak menolak ada orang yang ada masalah semasa haji tersebut, mungkin dia di sana ada perkara yang menyebabkan dia tidak sempat menyelesaikan haji. Ini juga kita bagi keutamaan kepada mereka untuk menunaikan ibadat haji. Sekian.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut bahawa 1.3 juta yang telah pun mendaftar, dan saya percaya bahawa angka ini akan bergerak, angka ini akan bergerak daripada semasa ke semasa. Saya fikir bahawa bila bertambahnya penduduk negara Malaysia ini, akan bertambahlah lagi jumlah yang mendaftar dan tempoh menunggu pun 50 tahun. Apa yang saya hendak minta penjelasan di sini bahawa, kebanyakan yang mendaftar sudah tentu mereka mendaftar itu dengan mengambil kira mereka boleh pergi menunaikan fardu haji itu pada kadar harga tambang yang sedia ada. Jadi bila tempoh 50 tahun itu, maka sudah tentulah bahawa kebimbangan yang ada kepada mereka yang mendaftar itu ialah kenaikan harga tambang yang mungkin melebihi daripada apa yang ada pada hari ini.

Oleh sebab kalau kita lihat bahawa kos harga minyak meningkat dan sudah tentu selepas ini harga tambang yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan juga akan meningkat. Nampak kerajaan pada hari ini, trend nya ialah untuk hendak mengurangkan subsidi, hendak mengurangkan subsidi kepada masyarakat dan rakyat. Saya difahamkan mungkin, kalau tidak silap saya minggu depan tarif elektrik akan dinaikkan. Akan diumumkan minggu depan atau pun dalam tempoh yang terdekat. Ini saya katakan bahawa sejauh mana jaminan yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan khususnya Tabung Haji bahawa dalam tempoh 5 atau 10 tahun ini tambang tidak naik. Tambang pada kedudukan harga yang ada sekarang ini tidak akan dinaikkan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Terima kasih.

[Menyampuk]

final • 11:20 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk elektrik tadi, saya tidak jawab Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, memang sampai sekarang pun tambang yang sebenar ialah RM15,555. Ini kos yang sebenar. Maknanya buat masa sekarang pihak Tabung Haji menanggung untuk memberikan sebagai atas sifat kebajikan kepada jemaah haji iaitu RM5,575 kepada jemaah-jemaah haji yang menunaikan ibadah haji sekarang. Tabung Haji sentiasa berusaha supaya kebajikan itu juga menjadi sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji dan kerajaan untuk membantu para jemaah haji bagi menunaikan ibadat haji tersebut.

Namun, dalam perjanjian dan keterikatan kita kepada jumlah itu, ia berdasarkan kepada kenaikan harga semasa bangunan dan sebagainya termasuk juga. Oleh sebab buat masa sekarang Tuan Yang di-Pertua pun juga baru balik dari ibadat haji pulang dari Mekah dapat melihat pembangunan yang begitu pesat di Mekah. Hotel-hotel yang dahulunya kita sewa terpaksa dilepaskan kerana terpaksa diruntuhkan dan sebagainya.

Kos juga turut meningkat, makan juga turut meningkat, haji juga untuk dalam tempoh 40 hari. Banyak negara yang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tempoh.

Akan tetapi dalam Malaysia setelah kita membuat perbincangan, ada orang mengambil kira lapan hari duduk berada di Madinah kemudian duduk berada di Mekah dan sebagainya tempoh 40 hari itu masih dianggap begitu amat relevan dengan suasana semasa.

Jadi balik kepada tambang tadi, saya suka hendak simpulkan begini. Kita ingin meletakkan soal kebajikan juga menjadi perhatian tinggi. Dalam masa yang sama juga ianya tidak harus menjadi bebanan yang sepenuhnya kerana haji. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Mereka yang mampu sampai dan dalam erti kata mampu dalam konteks

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

kewangan dan para jemaah haji juga sentiasa faham bahawa letak duduk kewangan dan juga tambang-tambang semasa yang dinaikkan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, negara-negara jiran sahabat kita termasuk di Thailand, Singapura, Indonesia dan di Brunei tambang mereka pada kadar purata RM18 ribu. Akan tetapi yang masih mempertahankan RM9,980 ialah kerajaan negara kita, Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepala Batas, singkatkan.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, tambahan daripada...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah panggil Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja.

Yang Berhormat Menteri tadi memaklumkan tentang 1.3 juta dalam senarai menanti ataupun telah mendaftar untuk pergi haji. Kemudian dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kepada mereka yang telah daftar dan telah laksanakan ibadat haji, mereka tidak lagi akan diambil perkiraan dan pertimbangan untuk melaksanakan. Cuma saya ingin tanya, adakah pengecualian kepada mereka yang umpamanya mengiringi orang- orang tua yang bersifat ibu tunggal umpamanya. Ini akan memungkinkan seseorang itu terpaksa melakukan kali kedua dan termasuk juga kalau mereka barangkali berada dalam status isterinya lebih daripada satu. Salah satu syarat dia ialah mahram, kena ada mahram. Tidak ada kena mengena...

final • 11:30 AM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Macam Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

[Ketawa] Jadi saya pohon sama ada apakah ada pengecualian sebab itu salah satu daripada rukun haji Tuan Yang di-Pertua.

Memang dalam Islam pun mengatakan bahawa itu adalah perkara yang melihat kepada kemampuan.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maknanya mereka yang mampu. Akan tetapi kalau kita mampu dan kita hendak bawa ibu kita yang sudah tua, apakah kita diberi pengecualian? Saya tanya ibu sebenarnya, tetapi mereka minta tanya isteri sekali, isteri sekali.

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas di atas keprihatinan. Cuma soalan kahwin dua isteri itu Yang Berhormat Kepala Batas tidak masuk kot*.

[Ketawa]* Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya sekali sememangnya Tabung Haji di sana ada budi bicara. Yang saya sebut kan awal tadi sedikit fakta yang saya betulkan, maknanya orang yang dah pergi haji bukanlah tidak dibenarkan langsung. Dia tidak dibenarkan daftar dalam tempoh lima tahun dan kemudian dia boleh daftar tetapi tidak menjadi priority untuk dia melaksanakan ibadat haji, satu.

Kedua, ialah berkaitan dengan mereka-mereka yang ingin mengiringi atas sifat kerana perlu kepada mahram. Dalam konteks tabung haji juga mahram kita ialah 45 tahun.

Maknanya bagi wanita-wanita yang dia perlu diiringkan Kerajaan Saudi menetapkan yang 45 tahun ke atas rasa kebimbangan tidak mahram itu tidak berapa tinggi, tidak diwajibkan untuk membawa mahram, itu satu.

Keduanya yang berkaitan dengan mahram ini juga bagi tujuan ibu-ibu tua dan sebagainya yang memerlukan bantuan. Ini juga menjadi perkiraan kepada pihak Tabung Haji yang mereka ini kadang-kadang dilampirkan juga dengan surat daripada Kementerian Kesihatan ataupun hospital, klinik, doktor, mereka juga menjadi orang yang mendapat prihatin untuk pertimbangan Tabung Haji. Ini mengenai isteri lebih daripada satu dan kebetulan isteri itu baik Tuan Yang di-Pertua boleh pergi bersama-sama. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua kadang-kadang dia perang dalam kapal terbang pun. Akan tetapi ada juga...

final • 11:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Tidak boleh, tidak boleh bawa sekali.

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Ada juga pendekatan...

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kepala Batas sengih itu...

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Ini bukan fatwa, bukan petua kah apa. Cuma ada cerita kata Tuan Yang di-Pertua, dia tidak boleh hendak umum, hendak announce di sini dua. Dia announce dekat Kaabah sebab di situ tempat tidak boleh hendak bergaduh.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perlu Yang Berhormat, saya boleh minta mereka yang berkenaan untuk angkat tangan sekarang.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang berani?

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Ini pengalaman yang saya lalui. Tahun yang lalu ada orang merayu dapat dan isterinya dapat. Oleh sebab sampai masa tempoh untuk dia pergi haji.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

[Menyampuk]

final • 11:30 AM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum

Akan tetapi dia kata dia hendak merayu seorang lagi untuk dibawa. Jadi saya katakan sebab apa pula hendak minta untuk dah dapat, hendak tambah lagi orang? Dia beritahu ini adalah isteri yang kedua, dan dua-dua bersetuju untuk pergi sekali. Ini merupakan satu keindahan kepada masing-masing.

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kepala Batas pergi bersama, terlondeh pakai ihram itu.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

[Menyampuk]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli, ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan bagi jawapan- jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dan Usul Anggaran Pembangunan 2014 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan] [****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 11:30 AM
Maksud B.31 [Jadual] - Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan 2014] -

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Pelancongan dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Seremban.

final • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 Industri Pelancongan. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya hendak fokus kepada satu subsektor industri pelancongan pada pagi ini, iaitu Cruise Tourism. Cruise Tourism ini telah dikenal pasti sebagai salah satu subsektor ataupun satu projek di bawah bidang keberhasilan utama ekonomi NKEA yang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan.

Saya menyarankan bahawa Cruise Tourism ini sepatutnya diterajui oleh Kementerian Pelancongan dan bukannya Kementerian Pengangkutan. Oleh sebab ini merupakan satu sub industri ataupun sub sektor pelancongan yang cukup penting yang boleh memberikan hasil pulangan yang baik kepada ekonomi negara kerana ini merupakan satu industri pelancongan. Satu kapal persiar atau satu cruise yang besar lebih kurang kalau penumpangnya penuh, ia seolah-olah 10 kapal terbang Boeing 747 membawa beribu- ribu penumpang dan anak-anak kapalnya, krew-krewnya ke satu destinasi. Ini merupakan satu jumlah pelancong yang begitu banyak. Kalau kita dapat menarik kapal-kapal ini berlabuh di destinasi negara kita.

Mengikut kajian industri Tuan Pengerusi, setiap penumpang dalam cruise ini untuk port of core ataupun tempat yang mereka pergi mereka akan membelanjakan USD112 setiap hari untuk penumpang ke destinasi port of core. Untuk destinasi ataupun untuk home port pula setiap penumpang akan membelanjakan USD257 kerana pelbagai belanja akan dibelanjakan seperti perbelanjaan untuk hotel, shopping, restoran dan sebagainya.

Jadi ini merupakan satu hasil yang begitu besar kepada industri pelancongan. Di rantau Asia Tuan Pengerusi, Cruise Tourism ini merupakan satu industri yang boleh berkembang besar kerana kita mempunyai potensi yang cukup besar kerana di rantau di ASEAN ini tidak ada masalah dari segi musim, tidak ada masalah dari segi cuaca.

final • 11:38 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Seluruh musim, sepanjang tahun kita boleh mengadakan industri ini kerana tidak ada faktor cuaca yang tidak baik. Namun demikian, kita amat dukacita kerana di rantau ASEAN, Malaysia dari segi industri Cruise Tourism ini telah di belakang Singapura.

Singapura telah maju ke depan. Singapura merupakan home port kepada beberapa syarikat perkapalan besar umpamanya Star Cruise, Costar, Royal Caribbean, Norwegian Cruise Line, P&O Cruise and COC Cruise. Ada lima syarikat perkapalan besar yang berpangkalan di Singapura. Mengapa Singapura mempunyai faktor advantage yang begitu besar ini? Ada beberapa faktor yang penting kerana yang pertamanya Singapura mempunyai cruise terminal yang bertaraf antarabangsa dan dia ada ekosistem dia. Dia ada kemudahan-kemudahan pengangkutan awam dia, menyebabkan Singapura merupakan satu pilihan untuk syarikat-syarikat perkapalan ini untuk menjadikan port.

Terdapat dua cruise terminal yang telah dibangunkan di Singapura yang bertaraf antarabangsa iaitu Marina Bay dan HarbourFront. Marina Bay ini Yang Berhormat Menteri, pada satu-satu masa mereka boleh mengendalikan 6,800 penumpang at any, one time, kalau berbanding dengan cruise terminal dalam Malaysia. Kalau kita hendak mengendalikan 680 penumpang pada satu-satu masa pun agak susah. Apa pula kedudukan Malaysia?

Yang Berhormat Menteri, saya telah tanya satu soalan kepada kementerian pada 11 November yang lepas dan jawapan yang diberikan kepada saya dan mengikut maklumat-maklumat yang saya terima. Pada ketika ini ada terdapat enam terminal penumpang untuk Cruise Tourism ini iaitu Port Klang, Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching. Walaupun enam terminal ini dikenal pasti sebagai terminal penumpang, tetapi hakikatnya bukan semua terminal-terminal ini mempunyai kemudahan yang mencukupi ataupun dikatakan boleh dikatakan sebagai terminal penumpang. Umpamanya Melaka. Melaka tidak ada terminal penumpang. Dia hanya merupakan satu destinasi di mana memerlukan tender boat untuk masuk ke Melaka. Saya difahamkan di Kuching, Kota Kinabalu walaupun ada kapal-kapal yang berlabuh ke sana, tetapi dia tidak ada fasiliti ataupun kemudahan cruise terminal yang mencukupi.

Bagi saya, Pelabuhan Pulau Pinang pada ketika ini merupakan satu pelabuhan cruise terminal yang paling berpotensi kerana pertumbuhan yang paling

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

memberangsangkan direkodkan di Pulau Pinang. Saya mendapat beberapa laporan statistik. Mengikut tahun 2010, Pulau Pinang mengendalikan atau pun menerima 102,249 penumpang melalui Pelabuhan Pulau Pinang. Menjelang tahun 2012, ia telah bertambah sehingga 211,554. Sebanyak 100% meningkat berbanding dengan terminal-terminal yang lain, ia adalah tidak begitu baik. Port Klang, 200,000 pada tahun 2010 jatuh sehingga hanya 141,000 pada tahun 2012. Di Langkawi, tahun 2012 hanya 44,000 dan Kuching hanya 2,800 pada tahun 2012.

Jadi Pulau Pinang pada ketika ini merupakan satu pelabuhan yang paling strategik, yang paling memberangsangkan, yang mempunyai potensi yang cukup besar untuk dibangunkan. Namun, walaupun Pulau Pinang ini mempunyai kekuatan kerana Pulau Pinang destinasi port of currier. Bila sampai ke pelabuhan, kapal berlabuh di sana, penumpang turun sahaja, mereka sudah sampai ke destinasi pelancongan. Dia hendak pergi excursion atau hendak pergi apa-apa pakejkah, heritage, berjalan kaki pun boleh sampai.

Jadi Pulau Pinang mempunyai potensi yang cukup besar untuk dibangunkan Cruise Tourism ini. Namun tetapi, ada banyak kelemahan yang berlaku dalam cruise terminal di Pulau Pinang ini. Ini ada beberapa kelemahan yang telah pun dikenal pasti. Antaranya ialah kemudahan CIQ Imigresen Custom yang tidak efisien. Saya pernah mengambil satu pakej daripada Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi. Lepas balik Yang Berhormat Menteri, hendak turun daripada kapal mengambil dua hingga tiga jam untuk disembark dari kapal tersebut.

Kalau ada seribu lebih penumpang disembark mengambil dua-tiga jam kerana bottleneck.

Hanya terdapat dua kaunter kastam untuk penumpang-penumpang keluar dan setiap orang kena melalui X-ray untuk bagasi dan sebagainya. Mengambil masa yang cukup-cukup lama. Ada beberapa juga kelemahan-kelemahan yang telah pun dikenal pasti seperti pedestrian walkway yang tidak mencukupi dan sebagainya.

Saya juga mendapat maklum balas daripada syarikat-syarikat pelancongan yang membawa penumpang-penumpang. Saya diberikan maklumat bahawa setiap bas pelancong yang kena mengambil penumpang-penumpang ataupun pelancong-pelancong daripada cruise ini dikenakan RM35 untuk parking fee. Bukan saja untuk parking, untuk mengambil penumpang saja. Port Commission of Penang mengenakan RM35. Saya hendak tekankan di sini bahawa Pelabuhan Pulau Pinang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pulau Pinang. Dia di bawah Penang Port Commission.

Yang Berhormat Menteri, Penang Port Commission ini ketua dia siapa? Ketua dia Presiden MCA. Dia mana ada masa hendak jaga Penang Port Commission. Dia terlalu sibuk hendak pancung dia punya timbalan. Jadi kalau hendak kita bangunkan Penang Port Commission ini, syarat pertama pengerusi Penang Port Commission itu kena tukar dulu. Itu kena tukar dulu. Kena tukar orang yang lebih efisien, sepenuh masa, berdedikasi dan komited. Baru kita lantik dia sebagai Pengerusi Penang Port Commission.

Ini kerana bagi saya merupakan satu perkara yang sangat penting kerana Pulau Pinang ini memang ada potensi dan saya bukan bersuara untuk Pulau Pinang sahaja. Saya harap kita boleh membangunkan sektor Cruise Tourism ini sebagai satu pemangkin industri pelancongan dalam negara. Bukan saja Pulau Pinang ada dia punya potensi. Saya rasa kebanyakan destinasi-destinasi dalam negara kita sama ada Semenanjung ataupun di Sabah Sarawak, mempunyai potensi yang cukup besar.

Dari segi strategi jangka panjang, saya merasakan bahawa pembangunan cruise terminal ini dapat menarik syarikat-syarikat perkapalan menjadikan Malaysia sebagai home port. Jadi untuk jangka panjang, saya rasa Kementerian Pelancongan perlu ada satu strategi untuk membangunkan, untuk melabur dan meminta Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan membina cruise terminal yang bertaraf antarabangsa. Saya rasa at least ada dua. Sekurang-kurangnya ada dua pelabuhan yang ada potensi yang cukup besar. Port Klang ataupun di Pulau Pinang. Kalau ini dapat dibangunkan sebagai satu cruise terminal yang besar, saya rasa ini dapat kita menarik lebih banyak syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai home port dan kalau ianya sebagai home port, maka kita punya sebagai destinasi pelancong-pelancong yang hendak mengambil kapal itu akan datang ke Malaysia terlebih dahulu bukannya ke Singapura.

Dari segi strategi jangka pendek. Saya rasa sekarang pun kita boleh melaksanakan beberapa strategi jangka pendek untuk menambah baik kemudahan-kemudahan sedia ada.

Umpamanya di pelabuhan-pelabuhan yang telah saya nyatakan tadi. Port of core ini kerana

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

sekarang ini banyak kapal daripada Singapura. Dia hendak keluar daripada Singapura, dia kena cari destinasi. Dia kena cari port of core. Kebanyakan kapal mereka pergi ke Phuket, pergi ke Krabi, tidak berhenti di Malaysia. Di tengah-tengah ini sepatutnya kita mengambil peluang supaya untuk memasarkan destinasi-destinasi kita untuk memastikan kapal-kapal itu bukannya terus pergi ke Phuket. Sekurang-kurangnya berhenti di Malaysia terlebih dahulu. Sama ada di Port Klang, di Melaka ataupun di Pulau Pinang ataupun di Pulau Langkawi. Ini kerana tempat-tempat ini boleh menjadikan satu destinasi kepada mereka.

Saya harap ini dapat diperkembangkan dan diambil perhatian oleh pihak kementerian. Kalau tempat-tempat yang tidak ada pelabuhan, kita boleh mengadakan kemudahan tender boat dan sebagainya tetapi ada beberapa isu di sini termasuk isu-isu CIQ itu perlulah dikenal pasti dan diambil tindakan. Saya juga dimaklumkan oleh kementerian bahawa Malaysia Cruise Council telah pun ditubuhkan. Akan tetapi setakat ini hanya satu konvensyen pernah diadakan untuk membincangkan masalah-masalah ini.

Saya rasa tidak cukup Yang Berhormat Menteri.

Malaysia Cruise Council ini perlu lebih bergiat aktif, perlu lebih proaktif untuk membincangkan masalah-masalah teknikal yang ada. Saya juga hendak mencadangkan di sini bukan saja Malaysia Cruise Council, mungkin Kementerian Pelancongan boleh juga menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri umpamanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menubuhkan Penang Cruise Council dan perlu ada kerjasama antara Kementerian Pelancongan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan untuk memastikan isu-isu teknikal, isu- isu yang menyebabkan kapal-kapal ini tidak berlabuh di sana perlu diselesaikan dan dapat menjadikan satu pemangkin. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil maklum kepada perkara ini.

Tuan Pengerusi telah memberikan signal kepada saya walaupun saya ada satu isu lagi iaitu hanya pendek sahaja iaitu dalam satu laporan media semalam. Nexus Resort Karambunai di Sabah telah diambil tindakan ataupun sekumpulan pembeli-pembeli rumah ataupun pembeli-pembeli vila di Nexus Karambunai di Sabah telah membuat satu sidang akhbar dan mereka ingin membuat ataupun mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju tersebut. Saya berharap Kementerian Pelancongan juga mengambil makluman kepada perkara ini kerana Nexus Karambunai ini memasarkan vila-vilanya melalui program Malaysia My Second Home.

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Saya harap ini tidak memberikan satu kesan yang negatif kepada nama baik Malaysia. Kalau kita hendak membangunkan Malaysia sebagai Malaysia My Second Home, saya rasa isu-isu seperti ini perlu diambil maklum dan sepatutnya perlu diselesaikan supaya ia tidak menjadi satu berita yang negatif yang menakutkan pelabur-pelabur daripada luar.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya berharaplah Kementerian Pelancongan melalui Menteri yang baru sekarang ini boleh memajukan dan mengambil maklumat perkara- perkara yang saya telah bangkitkan tadi. Kalau dulu mantan Menteri, saya kurang yakin kepada Kementerian Pelanconganlah.

[Tepuk] Akan tetapi dengan Yang Berhormat Menteri yang baru, yang berfikiran terbuka, yang ada pengalaman yang luas dan yang paling penting bersikap adil kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat, saya yakin kita boleh bersama- sama menjadikan industri pelancongan ini sebagai pemangkin pertubuhan ekonomi negara.

Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran 020200 – Pembangunan Industri.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu aktif dalam mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa lebih- lebih lagi saya melihat banyak laporan media yang menunjukkan keaktifan beliau untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Latihan mesra pelanggan untuk pemandu teksi. Pemandu teksi menjadi barisan hadapan utama industri pelancongan. Tugas sebagai pemandu teksi bukan sekadar membawa penumpang ke lokasi tertentu. Mereka adalah duta dan pusat informasi terutama dalam kalangan pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia. Saya melihat pemandu teksi membawa imej yang sangat baik dalam sebuah negara di mata pelancong.

Lantas, kita memerlukan seorang pemandu teksi itu bersikap profesional baik dari segi penampilan diri, keperibadian dan perlakuan ketika menjalankan tugasnya.

Di sini saya lihat berbagai-bagai aduan negatif telah membuatkan imej pemandu teksi tercalar di mana terdapat di antara mereka yang sering dikaitkan dengan sikap kurang ajar, tidak menjaga kebersihan dengan bau kenderaan yang busuk, tidak menjaga penampilan dan yang paling kerap berlaku tidak menggunakan meter.

Saya juga terbaca dalam laman web www.londoncabs.co.uk telah menyenaraikan Malaysia di tempat pertama dalam konteks pemandu teksi dengan sikap yang buruk iaitu dalam tenth countries with the worst drivers. Di sini saya ingin mengesyorkan supaya pihak kementerian bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dan merangka program khusus untuk mengatasi masalah ini. Mungkin sudah tiba masanya kita bersikap tegas dalam hal ini kerana ini melibatkan imej negara yang akan dibawa ke negara asal dan akan merebak.

Saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan khususnya SPAD melancarkan program aduan SMS dan aduan talian untuk membolehkan rakyat membuat aduan terus mengenai pemandu teksi.

Adalah wajar sekiranya kita menetapkan syarat tertentu atau sistem pemarkahan demerit di mana untuk setiap aduan yang diterima, kalau didapati laporan tersebut adalah sahih, maka markah demerit akan diberikan. Apabila ini mencukupi suatu paras maksimum, maka pemandu yang terlibat harus disenaraihitamkan.

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sungai Petani bangun.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Ya.

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:51 AM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, setujukah Yang Berhormat Kuala Selangor dengan saya bahawa kalau kita bercakap dengan pemandu-pemandu teksi, kompelin yang pertama mereka akan mengatakan bahawa, “Yes, teksi kami punya tetapi permit orang lain punya”. Jadi, ada orang-orang yang memiliki banyak permit tetapi dia tidak memandu teksi.

Jadi, dia lepaskan permit dia untuk disewa. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, mungkinkah di peringkat ini kerajaan boleh pertimbangkan untuk memberikan subsidi contohnya untuk mereka cat teksi, servis teksi ataupun memberikan pelepasan untuk cukai untuk tukar tayar teksi. Kalau kita bandingkan teksi kita di Kuala Lumpur hari ini dengan di Jakarta, malu kita. Jakarta pakai Vios dan kereta cantik.

Teksi di Kuala Lumpur, kadang-kadang kita hendak naik pun takut. Macam mana pendapat Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya lihat perkara yang dibangkitkan ini ada berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Di sini saya cuma ingin menegaskan dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan. lebih-lebih lagi tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Saya juga ingin menyambung sedikit tentang pentingnya kita mengatasi masalah pemandu teksi ini dengan segera kerana kalau tidak dilakukan, saya amat khuatir imej kita akan tercalar di mata pelancong disebabkan oleh sikap segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Pengerusi, saya ingin menjurus kepada butiran 020200 – Pembangunan Industri yakni mempromosikan agro pelancongan atau agro-tourism. Di sini saya menyahut baik saranan kementerian supaya penekanan yang lebih khusus diberikan pelancongan berasaskan kepada pertanian di mana pertanian merupakan satu sumber negara yang menjadi kebanggaan kita dan adalah amat wajar kita mempromosikannya supaya industri berasaskan pertanian mendapat sambutan hangat daripada pelancong, sekali gus

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

permintaan produk berasaskan pertanian juga akan melonjak dan keadaan ini akan terus menyediakan peluang pekerjaan di samping menambah pendapatan petani dan penduduk luar bandar, sebagai contoh dalam Parlimen Kuala Selangor.

Agro-pelancongan merupakan aktiviti pelancongan berkaitan sektor pertanian berasaskan tanaman, ternakan, perikanan. Ini tidak dinafikan bahawa kerajaan dari semasa ke semasa merancang untuk menjalankan pelbagai program untuk mempromosikan industri pertanian serta juga memberikan penekanan dalam konteks pelancongan pertanian. Di sini saya ingin mengesyorkan kepada pihak kementerian supaya satu roadmap agro-tourism dirangka dan dilancarkan oleh kementerian yang merangkumi pelbagai inisiatif serta aspek yang boleh mempromosikan Malaysia dalam konteks agro pelancongan dan membolehkan Malaysia tersenarai dalam kalangan negara teratas di dunia dalam aspek agro-pelancongan.

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Jelebu bangun.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Okey.

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 11:51 AM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelawat daripada kawasan Parlimen Jelebu, selamat datang.

[Tepuk] Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan industri ataupun perkara atau butiran 020000 – Industri Pelancongan. Jadi eco-tourism merupakan suatu yang boleh kita eksploit sebagai salah satu daripada asas tarikan pelancongan.

Jadi, dalam konteks itu, Jelebu beberapa kali cuba dibangunkan tetapi masih tidak menampakkan hasil. Jadi ada banyak tarikan dan kawasan-kawasan yang menarik sebenarnya boleh dibangunkan di kawasan Jelebu dan mohon Yang Berhormat Menteri ataupun mohon Yang Berhormat Kuala Selangor mohon masukkan Jelebu sebagai salah satu daripada tempat yang harus dibangunkan sebagai eco-tourism di dalam ucapan.

Sebelum itu...

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jelebu boleh berbahas selepas ini ya.

final • 11:51 AM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Sikit sahaja Tuan Pengerusi. Oleh sebab tadi Yang Berhormat Seremban...

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ambil masa Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:51 AM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Seremban ada tidak senang dengan Menteri yang dahulu, tetapi menteri yang ini tidak semudah itulah Yang Berhormat Seremban. Jadi oleh sebab itu sebab dia tidak pernah dapat mengatasi Menteri yang dahulu di Jelebu, jadi itu sebab dia tidak berapa selesa. Jadi Yang Berhormat Menteri yang baru insya-Allah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:51 AM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelebu, saya cakap Raublah. Itu you tak tahu, jangan cakaplah.

[Ketawa]

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon ucapan daripada Yang Berhormat Jelebu dimasukkan ke dalam ucapan saya. Akan tetapi, saya amat yakin bahawa dengan kemampuan Yang Berhormat Menteri Pelancongan ketika ini, dia mampu menyelesaikan segala bentuk masalah yang mungkin ada dalam konteks agro-pelancongan.

final • 11:51 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada tiga minit lagi.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Seterusnya saya melihat kepada butiran 150000 – Program Khusus Duta Pelancong Pelajar.

Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya kementerian dan mempertimbangkan untuk merangka program untuk promosi pelancongan yang melibatkan

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

golongan pelajar IPT melalui program duta pelancongan pelajar di mana kerajaan harus menyediakan peruntukan khas untuk menjayakan program ini.

Program ini boleh dibuka kepada semua pelajar IPT tempatan serta pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Kementerian boleh merangka proses pemilihan tertentu dan memilih pelajar-pelajar terpilih untuk menjadi duta pelancong pelajar dan mereka akan terlibat dalam program-program mempromosikan Malaysia dalam konteks menggalakkan pelancongan. Pelajar yang dipilih boleh dihantar melawat IPT luar negara khususnya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar luar negara sekaligus membina jaringan dengan pelajar IPT luar negara untuk mempromosikan industri pelancongan.

Kementerian boleh meletakkan piawaian seperti satu IPT, satu duta pelajar untuk mencapai matlamat promosikan industri pelancongan ini dengan bantuan duta pelajar.

final • 11:51 AM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, sebagai rumusannya, saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat meletakkan Parlimen Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Ini kerana saya lihat di Kuala Selangor ini kita ada kawasan kelip-kelip Kampung Kuantan, yang mana saya lihat ketika ini ia agak daif, mungkin tidak ada pengkhususan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikannya sebagai pusat yang terkenal di peringkat dunia.

Kedua, saya lihat Kuala Selangor juga merupakan tempat warisan diraja yang mana di situ di Bukit Melawati, ada tiga makam Sultan yang pertama di Selangor, dimakamkan di situ. Jadi saya fikir itu, saja daripada saya. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 12:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Di bawah Perkara 20000- Industri Pelancongan dan Promosi. Strategi ‘Malaysia - Truly Asia’ adalah berkesan untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia sebagai satu culture melting pot, dengan izin. Ini adalah baik untuk memperluaskan market Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia perlu juga menonjolkan identiti tersendirinya yang unik sebagai produk differentiation, dengan izin sebagai keistimewaan produk yang tersendiri untuk mencari niche market, dengan izin, iaitu melalui heritage tourism.

Laporan World Tourism Organization (WTO) telah mengenal pasti heritage tourism sebagai, dengan izin, the fasters growing sector in tourism. Contohnya, apa yang kita boleh promosikan di sini adalah budaya dan warisan seperti Baba dan Nyonya di Melaka patut diberi tumpuan kerana ini aspek unik untuk Malaysia. Juga budaya di warisan komuniti rumah panjang di Malaysia Timur juga adalah satu cara hidup istimewa dan luar biasa.

Sama juga dengan cara hidup komuniti Melayu di kampung yang patut dipromosikan juga.

Walaupun shopping adalah penting untuk pendapatan negara, tetapi aspek-aspek lain juga perlu diberi promosi.

Di bawah Butiran 080000 - Warisan Negara. Apa yang menyedihkan adalah tidak banyak kampung-kampung Melayu tradisi asli yang dapat ditonjolkan dari aspek ini selain dari Kampung Morten di Melaka. Kampung Morten sebenarnya agak baru. Usianya lebih kurang 90 tahun selepas dipindahkan dari sebuah pasar lama. Akan tetapi, kerana konsep dan lokasi serta promosi yang baik, ia lebih terkenal. Apa yang menyedihkan, kampung- kampung asli Melayu seperti Kampung Ladang Tok Pelam yang beratus tahun usianya di Terengganu telah dimusnahkan untuk membina sebuah jalan.

Sebagai contohnya, ini adalah kehilangan warisan asli turun-temurun yang hidup dan sangat unik yang tidak mungkin boleh diganti. Pembuat tembaga, perak, emas dan sebagainya tinggal di dalam satu perkampungan asli dengan kawasan perniagaan dan keluarga hidup di halaman rumah yang sama secara hidup yang total. Inilah living heritage atau warisan hidup asli turun-temurun yang dicari-cari oleh pengunjung dan juga pelancong luar negara. Ini merupakan satu peluang yang baik untuk kita menghampiri kawasan-

final • 12:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

kawasan kampung untuk menyelamatkan lagi banyak industri- cottage atau cottage industry untuk mempromosikan sustainable tourism. Peruntukkan Butiran 080000 di bawah Warisan Negara sebanyak RM9 juta untuk tahun 2014, telah jatuh daripada RM13 juta pada tahun 2013. Jadi, kalau peruntukan telah diturunkan, di manakah akan kita dapat mencari peruntukan yang lebih untuk menyelamatkan kampung-kampung sedemikian rupa yang sepatutnya menjadi priority untuk kita? Usaha kerajaan membina kampung-kampung baru, kraf dan tradisi warisan, tidak sama dengan roh serta keaslian kampung kraf asli turun-temurun seperti Kampung Ladang Tok Pelam tadi yang tidak dapat ditandingi.

Kerajaan sepatutnya mempertingkatkan lagi usaha untuk mengenal pasti dan menyelamatkan kampung-kampung seperti ini di seluruh Malaysia supaya diabadikan untuk generasi yang akan datang. Sama juga dengan bangunan-bangunan warisan di bawah Kementerian Warisan dahulu semasa di bawah Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beberapa tahun lepas, saya telah dijemput memberi syarahan oleh kementerian tersebut dan terkejut mengetahui dalam senarai bangunan-bangunan Warisan Nasional, hanya satu daripada 30 bangunan Warisan Nasional terpilih adalah rumah kayu asli asal yang reka bentuk dan warisannya Melayu tempatan, atau boleh dikatakan the vernacular architecture, dengan izin.

Yang lain-lain adalah bangunan batu kolonial peninggalan dan pembinaan British dahulu. Sekarang, tanpa Kementerian Warisan, saya amat bimbang masa depan warisan kita kalau tidak ada peruntukan dan tekanan serta perhatian diberi oleh kerajaan. Ini adalah satu kawasan atau one sector yang patut diberi pandangan serius dan fokus untuk menyelamatkan warisan kita. Warisan tempatan adalah menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong yang sofistikated dari luar negara.

Akhir sekali, di bawah Perkara 130000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Usaha Kraftangan Malaysia dalam menyelamatkan kraftangan kita amatlah baik dan secara berterusan di pusat-pusat kraftangan di seluruh Malaysia adalah banyak manfaatnya kepada masyarakat luar. Bagaimanapun, saya ingin mengesyorkan tumpuan unik kraf-kraf ini dibuat, di pamer dan dijual di halaman rumah pembuat di halaman perkampungan mereka sendiri. Pertama, tujuannya adalah supaya pelancong dapat menghayati suasana sebenarnya keluarga pembuat dan cara hidup extended family di Malaysia ini. Ini adalah a true living culture experience, dengan izin, yang boleh dihayati sepenuhnya oleh pelancong dan boleh dibawa sebagai satu ingatan untuk membawa lagi ramai pelancong lain ke bumi kita ini.

Kedua, cara pembuatan pameran dan jualan dilakukan di rumah pengusaha ini sendiri untuk membolehkan seluruh keluarga mengambil bahagian dan mengekalkan bakat- bakat baru daripada family itu sendiri dengan tujuan akan menjadi seni turun- temurun dengan pengalaman meniaga dari usia muda. Inilah satu cara yang kita boleh membenarkan industri pelancongan dan juga kraftangan bertumbuh secara organik dan secara sustainable tourism. Ini kerana pada hari ini, apa yang penting ditekankan adalah sustainability sesuatu industri yang boleh bertahan dan wujud di atas daya mereka sendiri tanpa terlalu banyak subsidi atau bantuan luar. Dengan ini, industri pelancongan akan boleh membina sustainable tourism yang agak banyak potensi dalam jangka masa panjang yang sihat.

Akhir kata, industri pelancongan kita hendaklah ke arah sustainable heritage tourism yang melibatkan juga masyarakat desa yang menyumbang dengan bermakna dan berkesan untuk masa depan cerah masyarakat Malaysia dan kampung bersama. Saya juga ingin mengesyorkan di sini bahawa banyak program yang saya telah dapati di dalam program Mega Events and Festivals 2014 bersifatkan lebih daripada segi tarian, kebudayaan dan sebagainya. Kalau boleh saya ingin cadangkan di sini, pihak kementerian memberi lebih banyak tekanan untuk membawa pelancong-pelancong keluar dari bandar- bandar utama kerana di situlah nadi dan juga naluri masyarakat Malaysia sebenarnya yang mungkin boleh menawan hati pelancong-pelancong yang akan datang untuk membawa rakan-rakan mereka kembali ke Malaysia.

Ini kerana apa yang saya sebutkan lebih awal tadi, heritage tourism merupakan the fasters growing sector of tourism dan inilah sektor yang sepatutnya kita berikan tekanan demi untuk mengembangkan industri pelancongan kita terutamanya untuk memberi manfaat lebih kepada mereka yang tinggal di luar pada pusat-pusat bandar. Ini kerana

final • 12:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

sebabnya, mereka yang tinggal di bandar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur banyak manfaatnya melalui perniagaan, pusat-pusat membeli belah dan sebagainya dan juga entertainment industry, dengan izin.

Akan tetapi, mereka yang tinggal di luar bandar selalunya banyak pelancong hanya pergi untuk riadah dan untuk melihat pemandangan yang indah tetapi tidak banyak exposure daripada segi pembelian barangan yang dapat dimanfaatkan. Kalau tidak diberi tumpuan untuk dibawa pelancong-pelancong ke rumah-rumah mereka yang mengusahakan produk ini cara khusus. Itulah sebabnya sustainable tourism di sektor-sektor desa perlu diberi perhatian.

Dengan ini, saya mohon Kementerian Pelancongan untuk memberi sedikit penekanan untuk mereka yang bertempat daripada pusat utama bandar Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jerantut.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam perpaduan.

Pertamanya, Taun Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas pelantikan sebagai Menteri Pelancongan juga tahniah kepada seluruh warga Kementerian Pelancongan yang terus setia membangunkan industri pelancongan negara. Negara kita sememangnya kaya dengan sumber alam yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Oleh itu, tidak hairan kita banyak tempat-tempat menarik terutamanya dalam bidang agro-pelancongan. Begitu jugalah dengan kawasan Parlimen Jerantut yang sudah sememangnya kaya dengan sumber-sumber ini. Antaranya ialah kawasan-kawasan seperti di Pulau Tawar, Hulu Ceka, Tembeling, kawasan FELDA dan tidak terkecuali jiran Parlimen Jerantut iaitu kawasan Parlimen Kuala Krau yang terkenal dengan gunung-gunung yang sentiasa senyum...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, tahniah kepada Kementerian Pelancongan yang mendapat peruntukan lebih daripada RM1.5 bilion.

Oleh itu, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri terhadap perkara 020400 - Pusat Pelancongan. Jerantut antara kawasan pelancongan utama di negara kita iaitu dengan wujudnya Taman Negara di Kuala Tahan. Tahniah dan terima kasih kerana banyak bantuan diberikan. Cuma sejak akhir-akhir ini, promosi untuk ke Taman Negara agak kurang diuar-uarkan. Masih banyak lagi kawasan-kawasan lain yang juga menarik untuk kita bangunkan sebagai sokongan kepada industri pelancongan utama di Jerantut iaitu Taman Negara.

Seperti contoh saya sebutkan tadi Pulau Tawar iaitu banyak kawasan-kawasan menarik di Pulau Tawar iaitu Makam Mat Kilau iaitu salah seorang pahlawan negara yang satu ketika dahulu memperjuangkan kemerdekaan negara. Ia juga disokong oleh Gua Kota Gelanggi iaitu sebuah gua atau kota yang bersejarah di Jerantut dan di sebelahnya seperti mana yang saya sebutkan tadi, wujudnya kawasan tarikan yang sudah lama iaitu Gunung Senyum. Gunung ini kalau kita tengok Yang Berhormat Menteri, kalau petang hari dia macam gaya orang senyum sahaja.

Jadi sebab itulah Tuan Pengerusi memang sentiasa senyum kalau kita tengok dia duduk di atas kerusi dia. kawasan yang seterusnya ialah kawasan Hulu Ceka yang juga terdapatnya di sini seorang pahlawan Melayu yang dikenali dengan nama Pawang Nong dan kita boleh wujud...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Jerantut, mintalah masukkan naik taraf Hutan Lipur Gunung Senyum itu.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Insya-Allah Tuan Pengerusi, ada selepas ini. Saya akan masukkan. Harap dapat tambah lima minit lagi [Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Galeri Pawang Nong ini kita akan lengkapkan dengan segala bahan sejarah yang berkaitan dengan kepahlawanan Melayu ini.

Ia juga terdapat hutan lipur bersebelahan dengan kawasan Parlimen Kuala Krau yang juga di situ terdapatnya Pusat Pembenihan Ikan Kebangsaan. Selain daripada itu, terdapat juga tempat menarik yang ada di Jerantut iaitu kawasan Paya Gintung yang terdapat di Kampung Gintung. Setakat ini, di kawasan ini kita telah bangunkan dengan kaedah-kaedah menangkap ikan secara tradisional. Ia juga telah ditunjukkan kepada pelancong bagaimana proses menanam padi dan proses mendapatkan beras dari padi.

Sebahagian daripada itu, ada juga kawasan tarikan baru iaitu di kawasan Kuala Tembeling yang dikenali dengan mana Pasir Tambang. Di sini terdapat tempat bersejarah di mana peperangan antara Inggeris dengan askar-askar yang terdiri daripada Pahlawan Mat Kilau dahulu iaitu di Pasir Tambang dan juga Jeram Pai dan sehingga sekarang ini telah didapati satu kubur askar Inggeris di kawasan Pasir Tambang.

Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin menyentuh tentang perkara 01100 iaitu berkenaan dengan Program Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Seperti yang saya sebutkan tadi, jeti utama ke Taman Negara terletak di Kuala Tembeling. Setakat ini, laluan utama melalui sungai ialah melalui jeti tersebut. Jeti ini boleh lagi ditambah baik dengan meningkatkan kemudahan-kemudahan prasarana bagi kemudahan-kemudahan pelancongan iaitu dengan mengadakan Pasir Tambang Waterfront. Ini sekali gus dapat kita kembangkan dengan saya katakan tadi, kawasan tempat bersejarah Pasir Tambang. Jadi dengan adanya Pasir Tambang Waterfront ini, akan meningkatkan kemudahan-kemudahan dan keselesaan kepada para pelancong yang datang. Kemudian mengenai dengan perkara 40600 iaitu Program Pemulihan Kawasan Tinggalan Sejarah.

Tahniah kepada kerajaan, usaha untuk mencungkil tempat-tempat sejarah bagi kefahaman ataupun penerangan kepada generasi muda khususnya, agar mereka lebih mengetahui tentang bagaimana sejarah pembentukan negara kita. Insya-Allah sekali gus ianya akan dapat melahirkan semangat jati diri Malaysia yang unggul. Sejarah tidak dapat dipesongkan faktanya. Ia tidak juga kita harapkan rakyat kita akan terpesong terhadap tokoh-tokoh yang telah menyuburkan semangat perjuangan negara. Jadi Jerantut seperti mana saya katakan tadi, tempat-tempat sejarah ini boleh kita bangunkan.

Kalau di Pulau Tawar itu kita boleh bangunkan dengan Galeri Mat Kilau. Kita kumpulkan segala peralatan yang berkaitan dengan kepahlawanan tokoh silam. Kita tempatkan di situ. Ini akan dapat menarik pelancong untuk hadir ke kawasan ini. Seperti mana yang saya katakan tadi, Gua Kota Gelanggi itu untuk makluman Yang Berhormat Menteri, memang ianya ada kaitan dengan sejarah penempatan Melayu lama di kawasan Jerantut.

Kalau kita dapat bangunkan kawasan ini dengan mengadakan Pusat Penerangan Pelancongan di Jerantut yang akan memberikan segala maklumat yang berkaitan dengan kawasan-kawasan tumpuan pelancong di Jerantut termasuk juga kawasan-kawasan sekitar Kuala Krau, Kuala Lipis, Temerloh dan juga Jengka. Kita bangunkan kawasan-kawasan hutan lipur yang telah sedia ada. Seperti di Jerantut, Hutan Lipur Air Terjun Lata Meraung, Hutan Lipur Gunung Senyum yang memang menjadi tempat tumpuan setakat ini tetapi beberapa kemudahannya masih perlu dipertingkatkan agar ianya lebih menarik.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, jadi saya merasa dan mengharapkan sangat agar dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion ini dapatlah dilimpahkan kelebihannya kepada Parlimen Jerantut, Kuala Krau dan juga Lipis agar kami dapat turut menyumbang sama-sama ke dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerantut mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 12:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 01300 – Penganjuran Visit Malaysia Year 2013/2014. Jumlah sebanyak RM65,500,000 akan dibelanjakan.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada soalan jawab lisan saya pada 24 September 2013. Berkenaan dengan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City sebanyak RM15 juta. Kononnya untuk mempromosi Visit Malaysia Year pada tahun 2014. Saya rasa peruntukan sebanyak RM15 juta ini ditaja untuk Cardiff City ini tidak wajar. Ini saya rasa satu pembaziran Tuan Pengerusi. Ini kerana saya tidak nampak dengan spent RM15 million ini, dapat menggalakkan pelancongan ke Malaysia terutama pelancong dari United Kingdom dan juga negara Eropah Barat. Saya rasa untuk penajaan jersi di hadapan Front Obsess Sponsorship ini di jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City ini, ia setakat hanya boleh mempromosikan negara Malaysia. Nama itu sahaja Malaysia, di mana? Akan tetapi hendak tarik pelancongan. Hendak dapat pulangan RM15 juta ini saya rasa susah dan tidak mungkin.

final • 12:18 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya lebih dan boleh mengatakan kalaulah promosi pelancongan ini perlu mengemukakan cara yang lebih kreatif dengan memberi pakej-pakej yang menarik seperti tambang, hotel yang menarik, murah bukannya kerana adalah kerana RM15 juta ini kerana kita hendak menolong atau kerana kelab bola sepak itu kepunyaan Tan Sri Vincent Tan kita sponsor RM15 juta?

Saya rasa ini saya tidak setujulah. Saya setuju Menteri ini dilantik sebagai Menteri Pelancongan tetapi saya tidak setuju RM15 juta ini dibazirkan untuk sponsor satu kelab bola sepak EPL di United Kingdom. Mengapa kelab Cardiff City? Mengapa bukan Liverpool, Manchester United? Kalau hendak promosi pelancongan kerana adakah ini semata-mata hendak bantu Thai.com Vincent Tan ini? Kalau kita tengok kepada sejarah ada tiga contoh saya boleh bagi. Proton Saga, kereta Proton. Dahulu ketika Proton menaja...

final • 12:20 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 12:20 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Menyebut tentang promosi dan juga peniaga-peniaga besar yang terlibat dengan Cardiff City, saya juga teringat tentang colour biru yang digunakan oleh Queens Park Rangers yang semasa beberapa bulan lepas, kita difahamkan beberapa kapal terbang MAS juga telah diwarnakan warna biru cerah menyamai colour jersi Queens Park Rangers. Saya rasa ini tidak patut dicampuradukkan kerana MAS telah lama menjadi ikon pada Malaysia dan juga terkenal di seluruh dunia dengan bendera warna kita merah, biru dan putih.

Saya rasa apa pendapat Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan kalau dicampuradukkan perkara ini dengan perniagaan peribadi di mana sentimen kenegaraan diketepikan untuk perniagaan atau takut-takut. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ya saya amat setuju dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu dan penajaan ini seperti mana yang saya katakan Proton dahulu ketika dia menaja Norway City juga dari EPL untuk menggalakkan penjualan kereta Proton di United Kingdom tetapi selepas itu sampai sekarang penjualan Proton di United Kingdom tidak laku, tidak dapat dijual di United Kingdom. Ini suatu kegagalan dan wang digunakan untuk Proton menaja Norway City tetapi pulangan itu tidak ada.

Kedua, AirAsia seketika dahulu dia menaja baju jersi pengadil atau referee dan juga dia menaja jersi Queens Park Rangers juga EPL tetapi AirAsia ini dia kata dia hendak promosi kapal terbangnya tambang ke London tetapi selepas itu penerbangan ke London ini telah dibatalkan. Sampai sekarang tidak ada langsung penerbangan AirAsia daripada Kuala Lumpur ke London. Ini satu kegagalan. Queens Park Rangers diturunkan dari EPL masuk division satu, gagal. Sama juga dengan MAS. MAS juga dipaksa untuk taja jersi Queens Park Rangers. Wang dibazirkan tetapi saya tidak nampak MAS ini keuntungan

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

MAS. MAS sampai sekarang masih rugi, rugi duit rakyat. Kata hendak mempromosikan MAS, tidak. Ini kegagalan.

Proton, AirAsia dan MAS sudah ada pengalaman untuk menaja jersi kelab bola sepak EPL tetapi sekarang Kementerian Pelancongan pula. Spend belanjakan RM15 juta hanya untuk mempromosikan pelancongan. Saya rasa ini tidak sepatutnya dan kalaulah wang RM15 juta ini digunakan, saya rasa Tuan Pengerusi setuju RM15 juta ini digunakan salur ke kementerian lain, salur ke Kementerian Belia dan Sukan untuk mempromosi kelab bola sepak tempatan yang sekarang ini memang mereka kekurangan dana dan juga guna RM15 juta ini untuk mempromosikan untuk meningkatkan bakat-bakat pemain bola sepak tempatan lebih wajar. Mengapa kita hendak belanjakan, spend RM15 juta hanya kerana bola sepak itu kepunyaan Thai.com, Tan Sri Vincent Tan kita bantu dia.

Bolehkah saya tahu Yang Berhormat Menteri berapakah peratusan pelancongan daripada United Kingdom dan juga yang daripada negara Eropah Barat ini yang datang melancong di Malaysia? Tahun lepas berapa kita aim, tahun depan berapa? Kita tengok adakah promosi RM15 juta ini boleh meningkatkan pelancongan.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, saya hendak tanya Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan adakah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sedar bahawa sepatutnya cara yang paling baik untuk kita menggalakkan industri pelancongan ini melalui kegiatan sukan seperti tadi dengan menaja kelab-kelab EPL ini. Tetapi saya teringat satu kenyataan daripada bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, dia mengatakan bahawa tujuan dia mengambil dahulu pemain Korea Park Ji-Sung sebagai seorang pemain yang mewakili Manchester United pada masa itu, dia berpandangan dengan mendapatkan pemain tersebut dia boleh membuka medan ataupun ruang untuk Manchester United lebih dikenali di Korea dan sekaligus juga membantu kepada sumber pendapatan.

Jadi saya rasa lebih baik kalau kita memikirkan bagaimana kita boleh mendapatkan pemain-pemain Malaysia yang mungkin kita boleh bermain di mana-mana kelab di EPL atau di mana-mana kelab yang ternama ini dengan harapan pemain itu yang akan jadi duta kepada negara kita. Lebih baik kita memikirkan cara itu daripada kita seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan gulung.

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Sepang. So masukkan hujah-hujah Yang Berhormat Sepang ke dalam perbahasan saya dan saya hendak tanya menteri juga di mana adakah penajaan kita RM15 juta kepada Cardiff City ini dan ada kontrak di mana adakah kita menghantar pemain- pemain kita ke Cardiff City ini untuk training dan juga di mana kita nampak Cardiff City sekarang ini ia bukan satu pasukan yang handal. Ia sekarang di paras bawah, saya rasa di paras di mana ia akan diturunkan.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Elok masuk Kementerian Belia dan Sukan.

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ya ini berkaitan dengan dia sponsor jersi. So saya rasa itu sahaja dan juga perkara yang terakhir tentang Butiran 01100 - Program Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Masalah saya hendak bangkitkan di sini sekali lagi tentang masalah tanah yang dihadapi oleh SJK(C) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chen Moh Kuala Lumpur kerana tanah kementerian berhasrat untuk mengambil balik tanah yang sekarang ini SJK(C) Chen Moh yang berada di situ dan di mana ada jalan penyelesaian di mana kementerian offer kepada SJK(C) untuk sebagai sewa tahunan di mana SJK(C) terpaksa bayar bulanan sewa kepada kementerian setiap tahun. Saya tidak tahu angka itu berapa dan saya rasa ini tidak sewajarnya.

final • 12:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Banyak tanah kepunyaan sekolah ini kepunyaan kerajaan Tidak kira tanah itu kepunyaan kerajaan, Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Pelancongan.

Sepatutnya kita tidak boleh mulakan precedent begini. Kalau kita buat satu precedent begini semua sekolah di Malaysia terpaksa bayar sewa kepada kerajaan. Mengapa Kementerian Pelancongan ini tidak boleh bincang bersama dengan Kementerian Pendidikan? Adakah tanah ini penting untuk promosi pelancongan? Untuk pelancongan lebih penting atau pendidikan lebih penting? Kalau saya, saya pilih pendidikan. Bolehkah tanah ini diberi balik kepada Kementerian Pelajaran supaya Sekolah Chen Moh ini tidak payah sewa. Setiap tahun kita bayar sewa sehingga 20 tahun. Saya rasa ini tidak masuk akal.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 12:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya haraplah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan boleh pertimbangkan supaya kita jangan kutip sewa dari SJK(C) Chen Moh. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya berbahas dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah melakukan tugas yang begitu baik. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kakitangan kementerian kerana telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan apatah lagi kita mempunyai target yang begitu tinggi untuk membolehkan pelancong datang pada tahun hadapan dan juga tahun 2015.

Saya percaya usaha-usaha yang dilakukan ini dilakukan dengan begitu berkesan sekali. Saya juga percaya dari semasa ke semasa penambahbaikan dan tumpuan ke kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk menarik pelancong dapat dilakukan.

Namun demikian saya juga berharap supaya kementerian juga tidak melupakan usaha untuk meningkatkan pelancongan domestik atau Cuti-cuti Malaysia ini di mana kita mesti menggalakkan budaya supaya rakyat daripada negara kita untuk terus melakukan aktiviti hujung minggu mereka dengan bercuti daripada berkunjung ke negara-negara lain.

Saya ingin menyentuh Butiran 020000, Butiran 040000, Butiran 090000, Butiran 17000 dan Butiran 80000 – Industri Pelancongan. Saya percaya di samping kita mempromosikan produk atau destinasi pelancongan dalam negara kita, penting juga ialah kita menjadikan produk dalam negara kita sebagai satu bahan yang boleh menjadikan satu tarikan ke dalam negara kita. Sudah tentu saya percaya pihak kementerian mungkin boleh membantu pengusaha-pengusaha tempatan ini untuk mempromosikan produk-produk mereka ke pasaran antarabangsa melalui pakej pelancongan dalam negara kita.

Saya bercakap dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kalau boleh diadakan Blue Ocean Strategy dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di mana kita hari ini kita melihat bahawa produk-produk pelancongan daripada pengusaha- pengusaha makanan misalnya yang dihasilkan oleh FAMA dan pelbagai agensi lain dapat kita lakukan secara bersama.

Misalnya kalau Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan boleh memikirkan dengan lebih teliti dari pelbagai aspek untuk bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan yang menarik pelancong datang ke negara kita. Misalnya kalau pakej datang ke Malaysia, kalau tengok ke kawasan saya mesti ada pakej untuk Discovery Lenggong Valley by UNESCO ini. Katakan untuk pakej tiga hari kita kenakan RM690 untuk seorang pelancong. Apa salahnya kalau difikirkan ditambahkan sedikit, mungkin RM720 – RM30 atau RM50 itu adalah produk pelancong. Maknanya...

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Putatan bangun. Jauh Yang Berhormat Lenggong dengan Yang Berhormat Putatan.

final • 12:31 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sedikit sahaja. Saya hendak habiskan ayat ini. Maknanya katakan kalau di Lenggong ada pekasam misalnya, produk makanan misalnya. Produk itu dijadikan sebahagian daripada pakej itu. Maknanya pelancong datang ke negara kita, dia bawa balik produk sebagai cenderahati. Cenderahati itu mesti berkualiti dan baik untuk menarik dan dengan sendirinya ia adalah merupakan satu promosi kepada barangan tempatan. Boleh Yang Berhormat Putatan. Jangan lama sangat.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 12:31 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lenggong. Soal produk-produk pelancongan ini saya rasa satu antaranya ialah yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Lenggong.

Di Malaysia kita tahu kita ada taman yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Kinabalu, Mulu di Sarawak, Melaka dan Georgetown termasuk Lembah Lenggong. Sedar atau tidak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Lenggong bahawa ada lagi kawasan-kawasan yang perlu kita cadangkan untuk dijadikan sebagai Taman Warisan Dunia iaitu Lembah Danum di Sabah, Maliau Basin dan Imbak Canyon iaitu Damai. Tempat ini Yang Berhormat Lenggong ia mempunyai keluasan seluas 133,000 hektar dan mempunyai 800 spesies burung dan pelbagai jenis mamalia termasuklah gajah Pygmi yang hanya terdapat di Sabah dan juga orang utan, monyet Proboscis serta 1,800 spesies flora. Minta kalau Yang Berhormat Lenggong dapat masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:31 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong, lima minit lagi.

final • 12:31 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju dan masukkan dalam ucapan saya. Saya fikir pihak kementerian boleh fikirkan dan saya tahu bahawa Lembah Danum di Silam, Sabah itu sebahagian daripada satu daripada produk pelancongan yang mempunyai standard tinggi. Bila mana dahulu pernah hadirnya Raja Inggeris ke tempat berkenaan.

Saya sebut tadi soal industri pelancongan ini saya harap perkara ini dibincangkan bersama sebab itu saya fikir ia boleh difikirkan dengan lebih teliti oleh pihak kementerian supaya di samping kita mempromosikan produk pelancongan dan dia membantu untuk kita membantu usahawan-usahawan supaya banyak yang mendapat nikmat daripada kek ekonomi daripada sektor pelancongan yang saya percaya ia akan memberikan pulangan pendapatan kepada negara dan juga rakyat pada masa yang akan datang.

Selain daripada itu saya percaya bahawa oleh kerana satu daripada produk pelancongan yang begitu baik ialah homestay. Saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk pihak kementerian membantu saya di kawasan Parlimen saya oleh kerana hari ini bila berlaku diiktiraf Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia, begitu ramai kehadiran pelancong dan kita menghadapi masalah dari segi penginapan. Kita hanya ada satu homestay di Kampung Beng. Yang Berhormat Menteri tahu dia selalu hadir ke kampung berkenaan dan...

[Disampuk] Ini kampung dia, dia tahu. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri kita tambah lagi homestay di Lenggong iaitu di kampung Yang Berhormat sendiri dan di kawasan-kawasan lain untuk menambahkan bilangan penginapan. Ini satu.

Untuk yang ini juga saya ingin bertanya kepada kementerian berkaitan dengan kewujudan begitu banyak home stay. Kadang-kadang dia buat rumah sebuah dia bubuh ‘Homestay’. Dari segi pengiktirafannya mungkin kualitinya dan bila pelancong datang dia akan kompelin dan sebagainya. Mungkin kementerian akan kena kerana dia pakai letak sahaja. Ada bilik letak sahaja homestay. Jadi ini juga mesti dilihat supaya kualiti dan juga imej homestay dalam negara kita ini tidak tercemar.

Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana di Lenggong kementerian telah memperuntukkan begitu besar sekali iaitu lebih daripada

final • 12:31 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

RM40 juta untuk meningkatkan galeri ekologi Lembah Lenggong. Saya mohon bertanya dalam Dewan ini bila kita hendak laksanakan. Saya harap di samping kita bangunkan galeri ekologi, produk-produk pelancongan lain juga mesti diberi perhatian terutama sekali di kawasan buffer zone. Saya sudah bercakap dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kajian Tempatan semalam kerana kita hendak jadikan di kawasan Lenggong ini juga mempunyai imej sendiri untuk kita bangunkan dari segi landskapnya kerana kita hendak jadikan pokok puding. Kalau hendak tengok pokok puding nanti paling banyak sekali datanglah ke Lenggong kerana kita akan tanam pelbagai jenis pokok puding. Saya harap pihak kementerian juga dapat membantu perkara ini.

final • 12:31 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Satu lagi Yang Berhormat ialah 090000 – Kebudayaan dan Kesenian. Ini satu lagi produk pelancong yang cukup berkesan sekali. Saya fikir antara usaha untuk kita memelihara kebudayaan kita ini ialah dengan memberi pemahaman yang begitu jelas dan juga meningkatkan kemahiran ini di kalangan anak-anak muda. Oleh sebab itu saya ingin cadangkan juga supaya kementerian melihat banyak hari ini sekolah-sekolah, saya kasihan juga sekolah-sekolah kita ini dia buat aktiviti kebudayaan banyak. Kadang-kadang dia sebenarnya baik, hebat tetapi kita asyik bawa kumpulan tertentu sahaja. Dia sudah banyak kali pergi luar negara, tetapi apa salahnya kita promosikan antara ada sekolah-sekolah di tempat kita yang mempunyai kualiti dari segi persembahan kebudayaan.

Saya hendak bagi contoh Tuan Pengerusi, saya minta kementerian kalau dapat bantu misalnya di kawasan saya Maktab Rendah Sains MARA Gerik kita hendak promosi gamelan. Ini boleh kementerian bantu untuk memberi kelengkapan dan sebagainya dan ia dengan sendirinya akan meningkatkan kegiatan ekonomi pelajar-pelajar termasuklah kegiatan kebudayaan di Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Lenggong yang juga ada aktiviti kebudayaan yang boleh kita ketengahkan. Saya akan tunjuk kepada Yang Berhormat Menteri nanti apabila Yang Berhormat Menteri hadir ke Lenggong untuk melancarkan Pesta Makanan pada 11 Januari akan datang. Ini saya minta supaya pihak kementerian memberi sokongan kepada perwujudan kelab-kelab kebudayaan dan aktiviti kebudayaan di sekolah- sekolah supaya aktiviti di sekolah ini dapat diangkat, ditambah nilai dan sekali-sekala dapat kita promosikan keluar negara. Kalau tadi Yang Berhormat Kuala Selangor kata kita lantik pelajar sebagai agen, apa salahnya produk aktiviti kebudayaan di sekolah yang boleh kita ketengahkan. Sekali-sekala kita hantar orang di Sekolah Kuala Langatkah kalau ada...

final • 12:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Sokong! Sokong!

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau adalah, kalau tidak ada minta maaflah untuk kita bawa dan kita ketengahkan sebagai promosi pelancongan, duta kita keluar negara. Ini saya harap dapat diambil tindakan.

Yang Berhormat Menteri, akhir sekali saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi peruntukan terutama sekali di Lenggong ini untuk meningkatkan kemudahan- kemudahan produk-produk pelancongan di kawasan Lenggong supaya kita harap dengan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia, produk-produk pelancongan, aktiviti-aktiviti pelancongan dapat kita giatkan. Saya benar-benar berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat membantu dan kita akan melancarkan Pakej Pelancongan Lenggong pada 11 Januari nanti dan ia telah pun diusahakan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perak dengan Tourism Perak supaya perkara ini benar-benar dapat memberi impak kepada kewujudan lebih banyak aktiviti pelancongan domestik dan membantu untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhannya.

Akhir sekali, saya ucapkan tahniah...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cukup Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

...Kepada kementerian dan saya sokong dan usaha bersungguh-sungguh mesti dilakukan dan kita tambahkan lagi dengan berbagai-bagai program supaya Malaysia menjadi tempat tumpuan. Kita hendak supaya pelancong luar negara datang dia tidak pergi dahulu ke Thailand, dia tidak pergi dahulu ke Singapore atau dia pergi ke Indonesia dahulu tetapi dia datang dahulu ke Malaysia. Selepas dia datang ke Malaysia baru dia pergi Thailand, baru dia pergi Singapore, baru dia pergi ke negara-negara lain.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Panjang Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini satu cabaran besar kepada kementerian. Saya harap pihak kementerian mampu untuk melakukannya. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada Butiran 020000 – Industri Pelancongan. Saya tidak akan makan masa panjang tetapi saya hanya hendak bangkitkan isu ini, kes seorang pelawat yang datang ke Malaysia untuk perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian. Saya sebenarnya terima aduan ini dari seorang pelawat dari Kenya. Beliau dijemput oleh kawannya di Malaysia untuk datang ke Malaysia pada 25 Oktober 2013. Jadi pelawat ini namanya adalah John Kimani Murray. Dia pernah membuat pertanyaan di Kedutaan Malaysia di Nairobi berkenaan dengan syarat untuk masuk ke Malaysia pada September tahun ini.

Akan tetapi beliau tidak diberitahu tentang apa-apa syarat larangan untuk masuk ke Malaysia daripada pegawai kedutaan Malaysia kita.

Walau bagaimanapun, bila dia sampai ke KLIA pada 25 Oktober, pegawai Imigresen di KLIA minta beliau untuk membentangkan wang tunai USD3,000 atas meja mereka untuk membuktikan bahawa beliau mampu berada di Malaysia selama 12 hari. Jadi John Kimany pada waktu itu dia mempunyai USD700 di dompetnya. Beliau berkata beliau mampu mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM dengan kad kredit visanya. Akan tetapi alasannya ditolak oleh pegawai Imigresen dan pegawai Imigresen KLIA memberitahu beliau bahawa undang-undang Malaysia menetapkan bahawa setiap pelawat mesti mempunyai wang tunai USD300 setiap hari sekiranya dia ingin duduk di Malaysia.

Ini bermaksud kalau John Kimani ingin berada di Malaysia selama 12 hari, dia mesti mampu menunjukkan wang tunai USD3600. Akan tetapi maklumat ini tidak diberitahu oleh pegawai kedutaan Malaysia kepada beliau semasa beliau membuat pertanyaan dan John Kimani kemudian menunjukkan tiket kapal terbang balik (return ticket) kepada pegawai Imigresen tetapi pegawai Imigresen kita enggan menerimanya dan terus menghantar beliau ke lokap bahagian Persons Refused Entry (PRE). Mereka juga merampas dua telefon bimbit beliau dan tidak membenarkan beliau menghubungi hosnya iaitu kawannya di Malaysia yang menjemput beliau datang ke Malaysia dan juga tidak dibenarkan menghubungi Kedutaan Kenya di Malaysia. Lepas itu John Kimani dihantar balik ke Nairobi pada 26 Oktober sehari selepas itu.

Sebenarnya saya buat aduan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri minggu lepas dan saya dapat surat ini daripada Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri yang berkata, saya hanya baca dari perenggan ini. Dia berkata pegawai Imigresen mempunyai kuasa prerogatif untuk menentukan seseorang yang tidak menepati profiling pelawat tulen berdasarkan pengalaman dan latihan yang diterima sepanjang masa beliau bertugas. Dalam kes ini, subjek ditolak masuk sejajar dengan peruntukan seksyen 2A, Akta Imigresen 1959/63 yang dibaca bersama dengan seksyen 8(3) akta yang sama sebagai orang yang dilarang masuk. Antara sebab-sebab yang diambil kira dalam kes ini adalah:

(i) subjek gagal mengemukakan maklumat dan tujuan kemasukan;

(ii) tiada arah tuju dan tempahan hotel;

(iii) subjek juga tiada wang sara diri yang mencukupi; dan

(iv) kemasukan sebagai pelawat tulen diragui.

Jadi sebenarnya saya hendak tanya di sini, adakah ini- saya mesti kata saya faham yang kadang-kadang pihak Imigresen kita melarang kemasukan warga daripada sesetengah negara kerana kita mengesyaki mereka mungkin ada tujuan yang lain tetapi kadangkala pegawai kita buat silap juga. Kalau kes macam ini saya juga hendak tanya, apakah kita ada syarat bagi mereka yang masuk ke Malaysia mesti mampu mereka ada menunjukkan USD300 setiap hari. Adakah ini syarat kita?

final • 12:43 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bagi saya kalau saya pergi ke Singapura, saya pergi ke negara China, saya pergi Afrika, mungkin saya juga tidak bawa cash US dolar yang begitu banyak kerana kita semua sekarang ada credit card. So saya hendak tahu, adakah ini syarat Imigresen terhadap negara tertentu ataupun macam mana? Ini kerana selain daripada kes ini, kita juga pernah dapat aduan daripada sesetengah pelawat dari negara China mereka masuk dan lepas itu mereka masuk hendak cari peluang pelaburan, masuk lepas itu tidak tahu ada syarat apa, tidak diberitahu sebelum itu dihantar balik. Kita dapat kes-kes macam ini. Tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia yang mana kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak untuk menyambut pelawat asing datang ke Malaysia.

Sekiranya kerajaan kita ada kenakan syarat kepada pelawat daripada negara- negara tertentu bahawa mereka mesti mempunyai cash berapa ratus US Dollar baru boleh masuk, ia haruslah diberitahu kepada mereka semasa mereka memohon visa untuk masuk ke Malaysia dan maklumat seperti ini mesti diberitahu oleh pegawai kedutaan kita ini.

Dalam kes ini adalah kes di kedutaan kita di Kenya yang mana pelawat ini tidak diberitahu tentang ini. Saya tahu ini bukan di bawah urusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tetapi kalau insiden seperti ini terus berlaku, ia akan menjejaskan nama baik kita kerana kes macam ini telah pun keluar dalam Facebook.

final • 12:43 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, kalau ia disebarkan ia akan menjejaskan usaha kita untuk menarik masuk pelancong asing ke Malaysia. Yang Berhormat Menteri saya ada email dan photocopy passport dia dan sebagainya, aduan dia, chronology event semua ada di tangan saya. Saya boleh hantar kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hanya minta Yang Berhormat Menteri mungkin boleh panggil agensi-agensi yang berkenaan. Kita ada satu SOP, kita harus ada satu pemberitahuan maklumat yang diberitahu kepada warga asing yang ingin masuk ke Malaysia. Berapa ratus cash yang berada bersama dengan mereka semasa mereka masuk supaya kita tidak memangsakan pelawat kita yang memang ingin datang ke Malaysia mungkin untuk urusan tertentu atau pun untuk melawat negara kita dan mereka menghadapi layanan seperti ini dan dihantar masuk dan nama kita busuk di negara mereka masing-masing. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lipis.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi.

Pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk bersama turut serta dalam membentangkan perbahasan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh terus kepada Butiran 20200 iaitu Pembangunan Industri Pelancongan. Kita semua tahu bahawasanya pembangunan industri ini di negara kita ini, di negeri kita, di daerah kita cukup pesat sekali. Ia salah satu adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi bagi negara kita. Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan bagi tahun 2014 sebagai Tahun Melawat Malaysia. Saya juga tidak ketinggalan seperti rakan-rakan yang lain untuk menawarkan diri bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan untuk memastikan kawasan kita tidak tertinggal daripada arus pembangunan pelancongan.

Lipis sebenarnya merupakan sebuah daerah yang mempunyai banyak hasil-hasil pelancongan. Jika diberi kesempatan dengan semangat yang begitu jitu daripada Kementerian Pelancongan untuk membantu, saya percaya promosi pelancongan bagi daerah Lipis ini dan untuk rakan-rakan lain di keseluruhan negeri Pahang termasuklah sebentar tadi wakil daripada Jerantut dan juga bagi kawasan Parlimen Kuala Krau sendiri yang diketuai oleh Tuan Pengerusi adalah satu kawasan yang mempunyai banyak kawasan-kawasan yang boleh dilawati sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kebanyakannya telah dipromosikan. Sama ada ia serius untuk diteruskan promosi secara besar-besaran bagi membantu kawasan-kawasan yang saya katakan tadi untuk boleh menyumbangkan juga kepada kawasan tersebut khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan itu sendiri.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Kalau di Lipis umpamanya bersempadan dengan Jerantut yang mana pintu masuk adalah juga salah satu kawasan ke Taman Negara. Kalau di Jerantut terus ke Taman Negara tetapi daripada Lipis terus juga ke Taman Negara melalui Kem Relau yang boleh mereka mendaki gunung daripada kawasan Merapoh tersebut. Ini sebenarnya telah ramai pelancong-pelancong asing yang datang ke kawasan tersebut tetapi ia tidak mencukupi sekiranya dalam Tahun Melawat Malaysia ini tidak dipromosikan lebih hebat lagi. Jadi, saya menyarankan bersesuaian dengan Lipis adalah sebuah kawasan atau pun daerah yang merupakan satu ketika dahulu adalah banyak peninggalan sejarah kerana Lipis merupakan sebuah daerah yang satu ketika dahulu menjadi ibu negeri kepada negeri Pahang yang diketuai pemerintah ketika itu iaitu Residen Inggeris Sir Clifford mendiami di Lipis itu sendiri.

Dari situ, banyak peninggalan sejarah-sejarah. Ini seharusnya dipromosikan secara besar-besaran untuk membantu pembangunan pelancongan di kawasan Lipis itu sendiri melalui peninggalan-peninggalan sejarah ini. Kita ada lebih kurang 14 atau 16 kesan peninggalan sejarah tersebut. Setakat ini syukur alhamdulillah memang ada promosi tetapi saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri Pelancongan mempromosikan lebih lagi untuk pembangunan pelancongan dalam Lipis.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, Lipis adalah merupakan tempat kelahiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia sempat tinggal di Lipis dan sempat minum air jelai. Kita sebut air jelai ini, air jelai ini banyak kisahnya. Boleh berakit dan sebagainya dan ada rumah rakit. Akan tetapi rumah rakit sudah tidak ada dah Yang Berhormat Pokok Sena. Sudah berpindah ke tempat lain. Jadi, itu salah satu kawasan yang satu ketika dahulu menjadi kawasan pelancongan. Mungkin boleh dibangunkan semula rumah rakit yang terkenal satu ketika dahulu tahun 60-an, 70-an dan boleh dibuat kajian untuk memastikan ia tidak peninggalan sedemikian rupa sahaja.

Keindahan alam sekitar banyak terdapat di kawasan Parlimen Lipis. Sebagai contohnya Jeram Besu yang juga telah diperkenalkan tetapi kurang mendapat liputan meluas seperti acara berkayak pernah dilaksanakan dan berbagai-bagai acara yang boleh dilaksanakan di Sungai Jelai tersebut. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri Rimba Kenong merupakan sebuah tempat yang promosinya begitu baik yang hari ini boleh dikatakan hari-hari ada lawatan daripada pelancong-pelancong luar negara.

Akan tetapi apa yang ingin saya bangkitkan apakah sumbangan kawasan pelancongan Rimba Kenong ini kepada penduduk-penduduk di sekitar. Baru-baru ini wakil- wakil dari pelancong dan juga daripada wakil-wakil penduduk ada bertemu dengan saya dengan harapan untuk dapat bertemu dengan Yang Berhormat Menteri. Mereka ingin mencadangkan supaya di persekitaran kawasan mereka itu yang menjadi persinggahan jeti atau pun melalui four-wheel drive untuk sampai ke Rimba Kenong ini mereka minta supaya di perkampungan itu dijadikan sebuah kawasan pelancongan yang mana kita laksanakan pembangunan home stay yang boleh menyumbang kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sedangkan hari ini, penduduk-penduduk inilah juga yang entertain kepada pelancong-pelancong ini. Mereka menggunakan four-wheel drive, menggunakan perahu, menggunakan bot dan sebagainya ke Rimba Kenong tersebut. Ini salah satu kawasan yang agak menarik boleh memberi sumbangan kepada penduduk-penduduk di kawasan ini. Saya percaya cadangan untuk membuat homestay di Rimba Kenong ini di kawasan perkampungan Kampung Kuala Kenong yang mana Rimba Kenong ini adalah dalam kawasannya boleh dibangunkan. Seperti juga yang sangat berjaya homestay di Kuala Medang yang telah dapat pengiktirafan, telah dibuat pengiklanan. Di dalam TV boleh dikatakan sepanjang masa ada gambar Kuala Medang adalah merupakan dalam kawasan daerah Lipis tetapi Parlimen Cameron Highlands.

Selalu orang sebut Kuala Medang, Lipis. Bukan Parlimen Lipis tetapi Parlimen Cameron Highlands. Cameron Highlands kita tidak pertikaikan lagi. Itu memang ribuan, ratusan ribu manusia, pelancong yang pergi ke kawasan Cameron Highlands. Ia amat berjaya sekali. Oleh demikian, dengan keunikan yang ada di Lipis yang masih lagi boleh dikatakan Parlimen yang bersih, udaranya bersih dan sebagainya. Jadi, saya mengharapkan supaya dapat dibangunkan industri pelancongan yang saya nyatakan tadi untuk memastikan arus pembangunan yang seimbang dari segi pelancongan dapat juga dibangunkan di dalam kawasan pelancongan di Lipis ini. Kita boleh dikatakan sama-sama menang, win-win situation untuk memastikan membantu dalam pembangunan tersebut.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Tuan Pengerusi, untuk akhirnya saya menyarankan supaya industri pelancongan ini yang berpotensi cukup tinggi dapat membantu industri ini di dalam kawasan pembangunan Lipis yang saya kira dari segi peruntukannya tidak lah besar sangat kalau kita jayakan dari segi yang saya perkatakan tadi. Kalau ibaratnya di kawasan perkampungan Kenong itu, saya sudah berbincang dengan mereka. Lebih kurang dalam RM1 juta sahaja dia boleh bangunkan untuk kos homestay di kawasan Kampung Kuala Kenong itu. Cuma harapan saya mungkin bukan di bawah Kementerian Pelancongan. Pelancong kita banyak suka menggunakan kereta api mungkin daripada Kuala Lumpur terus ke Merapoh yang pintu masuk ke Taman Negara tetapi malangnya ekspres...

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lipis sudah pukul 1 dah. Pukul 1 dah.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Saya sedikit lagi, dalam setengah minit atau pun seminit. Ekspres kereta api ini tidak berhenti di Merapoh. Saya minta di bawah dua kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan dapat mengusahakan supaya ekspres ini berhenti kembali di Merapoh.

Pernah satu ketika sememangnya ekspres ini berhenti di Merapoh tetapi sekarang ini mereka terus ke Gua Musang dan sampai di Gua Musang mereka terus ke Merapoh. Jadi menggunakan dua kenderaan. Itu sahaja permohonan dan saya harap supaya negeri Pahang turut serta dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang lebih hebat lagi. Yang Berhormat Pokok Sena termasuk Kuala Krau...

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih, terima kasih.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Mohon menyokong.

final • 12:51 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mula lah, assalamualaikum.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, kita sambung pukul 2.30. Pukul 3 Yang Berhormat Menteri menjawab ya.

final • 12:51 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 12:51 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, kita tangguhkan Mesyuarat kita sehingga jam 2.30 petang.

final • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 2:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, saya ada peraturan mesyuarat.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 2:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih. Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12), “mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli-ahli. Ahli tersebut boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Tuan Pengerusi, semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan satu news katanya bahawa kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur ditangguhkan, tidak akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun depan. Apabila saya

final • 2:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

mendengarnya, saya terkejut dan wartawan di luar juga terkejut. Kemudian wartawan di luar WhatApp menyuruh saya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengulanginya semula. Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pun mengulanginya semula. Dia kata confirm kenaikan cukai pintu tidak akan implemented Januari. Dia kata pihak DBKL akan membuat keputusan selepas bulan Mac.

Jadi berita ini good news dan dilaporkan di semua media, NST, Utusan, surat khabar Cina, online semua.

Tuan Pengerusi, tetapi pada pagi ini bos dia, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Putrajaya juga telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan kenaikan cukai pintu di ibu kota Kuala Lumpur confirm akan dilaksanakan pada bulan Januari tahun hadapan. Ini bercanggah. Songsang. Siapa yang betul? Jadi saya mahu Tuan Pengerusi merujuk Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini satu kenyataan yang cukup serius kerana mengelirukan Dewan ini. Dia berbohong di dalam Dewan Rakyat ini. Dia mengelirukan semua warga kota Kuala Lumpur. Saya minta disokong.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti biasa saya terpaksa menyelidiki kalau ada kes prima facie atau tidak. Jadi kepada kementerian yang berkenaan, sila ambil perhatian kepada ini. Nanti saya akan respons Yang Berhormat, jika saya sudah mendapat feedback daripada pihak-pihak yang berwajib. Jadi mungkin Monday atau Tuesday barulah saya boleh respons. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sudi hadir ke Parlimen ini untuk mendengar perbahasan dan membuat penggulungan sendiri. Ini satu-satunya Menteri yang cukup hebat, yang pasti akan datang ke Parlimen dalam apa keadaan sekalipun, beliau pasti akan datang ke Parlimen untuk membuat penggulungan*.

[Tepuk]* Sebab dia Menteri yang punya power yang cukup hebat, tanpa ada timbalan. Ini tanpa ada timbalan. Ini satu-satunya Menteri yang cukup hebat. Saya cukup simpati...

final • 2:35 PM

Tuan Pengerusi

Dia suka menggulung Yang Berhormat*.

[Ketawa]*

final • 2:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya cukup bersimpati Tuan Pengerusi dengan Yang Berhormat Menteri. Saya pun tidak tahu macam mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bagi langsung timbalan kepada beliau ini. Tidakkanlah tidak ada yang layak untuk menjadi timbalan.

final • 2:35 PM

Tuan Pengerusi

Perlu diingat juga Yang Berhormat bahawa ada yang Menteri seperti ini, dia suka solo*.

[Ketawa]* Sila teruskan.

final • 2:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya pun tengok rakan-rakan daripada di sebelah sana, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lipis bercakap soal pelancongan itu seperti mereka juga hendak menempatkan diri supaya Yang Berhormat Menteri rekomen kepada Yang Amat Berhormat, masing-masing layak menjadi Timbalan Menteri. Yang Berhormat Parit Sulong tidak masuk dalam structure pelancongan sebab tidak ada tempat pelancongan. Oleh itu saya berharap kalau tengok-tengok Yang Berhormat Lenggong tidak boleh kerana sebelah menyebelah dengan Padang Rengas, dekat sangat. Yang Berhormat Langkawi bagus. Yang Berhormat Langkawi kalau boleh beri Timbalan Menteri pelancongan itu bagilah untuk develop secara meluas, insya-Allah.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Industri Pelancongan.

Industri pelancongan, saya pakai lencana ‘Tahun Melawat Malaysia'. Walaupun kita daripada pembangkang tetapi kita mendukung untuk mengajak pelancong-pelancong datang ke Malaysia. Ini semangat bukan 1Malaysia, semangat di atas kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang saya hendak sebutkan di sini – saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah kadar kemasukan pelancong, mungkin angkanya Yang Berhormat Menteri boleh berikan. Akan tetapi saya hendakkan satu angka dari sudut kadar kemasukan pelancongan mengikut sub pelancongan untuk kita melihat

final • 2:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

bahawa minat pelancong-pelancong daripada luar ini datang ke Malaysia ini, dia hendak tengok apa? Dia hendak apa daripada – apa tarikan yang boleh menarik mereka datang ke Malaysia. Maksud saya ialah berapa kadar pelancong dari segi pelancongan bandarnya, city tour. Kalau city tour ini mungkin kerana dia hendak mai dia hendak shopping kerana kita membuat iklan ,Belilah Barangan Buatan Malaysia’, dia lihat bahawa di sini syurga membeli belah dan sebagainya. Mungkin dia mari itu kerana dia hendak shopping. Keduanya ialah pelancongan warisan, heritage tour. Maknanya dia hendak melihat tempat-tempat sejarah yang terdapat di dalam negara kita ini seperti mana di Lenggong dan sebagainya. Saya sebutkan benda ini Tuan Pengerusi kerana kita hendak melihat yang mana yang menjadi tarikan pelancongan supaya selepas ini kita boleh memberikan tumpuan kepada hendak meningkatkan lagi kadar kemasukan pelancong itu kepada sub-sub pelancongan yang ada.

Ketiga ialah sub pelancongan kesihatan, health tour. Berapa ramai pelancong yang mari itu adalah untuk mendapatkan rawatan kerana di sini ada kemudahan-kemudahan.

Jadi ini juga harus dilihat sebagai satu untuk menarik kemasukan pelancong dan secara tidak langsung akan membawa pulangan kewangan yang besar kepada negara kita. Dari segi pelancongan kesihatan ini, bagi saya bahawa jangan kita hanya melihat kepada hospital-hospital biasa, kepakaran-kepakaran mereka dan sebagainya.

Akan tetapi saya juga hendak melihat supaya Kementerian Pelancongan juga perlu melihat kepada pelancongan kesihatan itu dari sudut kesihatan secara tradisional.

Maknanya bagaimana Kementerian Pelancongan boleh membantu membangunkan khazanah ilmu kesihatan yang ada kepada kepelbagaian masyarakat dan kaum ini yang ada dalam negara kita supaya dapat diperkenalkan bahawa ini yang terbaik untuk mereka mendapatkan khidmat rawatan kesihatan secara yang lebih tradisional.

final • 2:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Keempatnya ialah pelancongan alam semula jadi, nature tour. Ini juga perlu kita hendak lihat berapa ramai dan pertama sekali yang kita hendak lihat tempat-tempat dari segi semula jadi yang menjadi daya tarikan untuk datang. Mungkin di tempat mereka itu tidak ada seperti mana yang ada di tempat-tempat kita. Jadi kita hendak lihat berapa ramai yang berminat kepada nature tour ini sebab saya lihat bahawa setakat ini pelancong pergi ke tempat yang mungkin dari segi bandar ataupun di tempat-tempat pelancongan seperti mana di Langkawi tetapi yang sudah pun di develop menjadi satu kawasan yang lebih kebandaran.

Akan tetapi dia tidak pergi – jumlahnya mungkin terlalu kecil, dia tidak pergi ke tempat-tempat dari segi nature tour ini kerana mungkin tempat-tempat ini agak terperosok jauh ke kawasan pedalaman dan sebagainya. Jadi kita hendak lihat bahawa bagaimana tempat-tempat ini seperti mana di Lenggong tadi dan di Lipis tadi yang disebut itu boleh kita develop lagi untuk tarik mereka itu pergi ke kawasan-kawasan yang lebih pedalaman untuk mereka melihat bagaimana alam semula jadi yang Allah SWT anugerahkan kepada negara kita ini sangat berharga untuk mereka menikmati kebesaran Allah SWT. Jadi saya minta dari sudut pecahan berapa jumlah pelancongan...

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Yang Berhormat Pokok Sena. Minta sedikit.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Mana ini?

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Jerantut.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Oh Jerantut.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya... Terima kasih Pokok Sena.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Ini bakal Timbalan Menteri, boleh dipertimbangkan.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Saya hendak tanya Pokok Sena apakah Pokok Sena bersetuju dengan saya makanan-makanan tradisional ini juga boleh kita masukkan apa yang dimaksudkan oleh Pokok Sena sebagai contohnya mungkin makanan ini tidak ada di Pokok Sena tetapi ada di Jerantut. Kita proses makanan itu daripada biji getah campur dengan ikan, jadi gulai rong. Panggil gulai rong. Jadi terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Ya, itu saya katakan bahawa bila sebut nature tour ini, pelancongan alam semula jadi ini, dia termasuklah kepada benda-benda yang ada di kampung, benda-benda yang lahir dalam alam ini termasuk umpamanya orang tidak pernah dengar. Saya sebelum ini tidak pernah dengar pergi ke Pahang, pergi ke Lipis, ke Jerantut iaitu tempat yang dimaksudkan tadi. Biji getah orang buat gulai? Orang panggil gulai ya. Gulai apa? Gulai rong? Gulai rong, biji getah. Saya ingat masa kecil-kecil dulu saya di Nibong Tebal belah kampung itu, berlawan pukul biji getah. Lawan biji getah siapa kuat. Akan tetapi isi biji getah di dalam itu rupanya orang belah Jerantut, orang belah Lipis ini dia buat gulai dengan ikan. Dia buat gulai dengan ikan, kari dengan ikan. Kita pun rasa pelik, oleh sebab itu bagi saya bahawa ini saya katakan *nature tour.

Nature tour* itu termasuk untuk memperkenalkan hasil bumi yang ada. Semula jadi ini boleh diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa untuk melihat bahawa benda itu tidak membazir, benda itu makanan. Umpamanya kalau di sebelah Kedah, belah tempat saya. Orang buat gulai dengan batang pisang.

[Disampuk] Baling. Belah Pokok Sena pun ada. Gulai dengan batang pisang. Saya hendak sebut bahawa sekarang ini dia sudah jadi minat. Gulai batang pisang ini asalnya lahir daripada inovasi orang susah. Inovasi orang susah kerana anak banyak. Lauk hendak beli daging, hendak beli ayam mahal. Pendang tahu. Hendak bagi jadi lauk banyak itu, dia beli daging waktu itu lembu setengah kilo, dia ambil batang pisang iaitu yang di dalam itu, bukan batang di luar. Batang yang luar itu untuk masuk jawi bolehlah.

Rias pisang. Rias pisang dia buat yang itu jadi lauk. Akan tetapi sekarang ini dia sudah jadi makanan orang kebanyakan termasuk orang kaya tetapi ini adalah inovasi orang susah. Mak ayah susah hendak bela anak banyak tetapi hendak bagi lauk jadi banyak untuk makan, anak tidak merungut, jadi dia buat batang pisang untuk jadi lauk. Jadi termasuk biji getah tadi yang disebut oleh rakan saya daripada Jerantut, satu yang sangat baik dari segi nature tour yang boleh kita perkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

Jadi sebab itu, saya hendak dapatkan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa jumlah sebenar tourist guide ini ataupun yang memegang blue batch yang mereka ini telah pun melalui kursus ataupun peperiksaan di bawah sijil kemahiran Malaysia dan juga melalui peperiksaan yang di bawah Kementerian Pelancongan? Ini supaya tourist guide yang ada blue batch itu dapat dipertingkatkan dari segi skill mereka. Mungkin kadang- kadang pemandu pelancong yang sudah lama ini, dia tidak berapa hendak relevan dengan keadaan semasa. Oleh sebab itu bagi saya bahawa untuk mempertingkatkan keupayaan mereka berhadapan dengan perkembangan-perkembangan semasa dari segi industri pelancongan ini, mereka ini harus di‘up’kan dari segi skill atau kemahiran mereka untuk lebih dapat berperanan untuk memberikan gambaran yang lebih luas kepada pelancong- pelancong yang datang ke Malaysia ini.

Kemudian saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh mana berfungsinya persatuan-persatuan ataupun NGOs yang bernaung di bawah sektor pelancongan?

Umpamanya Persatuan Pemandu Pelancong yang mungkin ada di setiap negeri. Sejauh mana peranan mereka? Kalau sekadar hari ini kita lihat MATTA sahaja yang agak mempunyai kegiatan ataupun inisiatif yang lebih luas. ATTIM (Persatuan Institut Pelancongan) umpamanya yang sepatutnya menganjurkan kursus pemandu-pemandu pelancong. Jadi yang penting saya hendak tahu berapa jumlah persatuan-persatuan NGO yang bernaung di bawah sektor pelancongan ini dan sejauh mana pergerakan mereka?

Sejauh mana kementerian boleh membantu mereka itu untuk melahirkan lagi dari segi keupayaan-keupayaan kepada pemandu-pemandu pelancong yang saya maksudkan tadi?

final • 2:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Minta laluan.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Sekejap, sekejap. Saya hendak tanya juga bahawa ada tidak Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera? Itu saya hendak tahu sejauh mana penglibatan bumiputera dalam sektor pelancongan dari sudut menjadi pemandu-pemandu pelancong. Sila Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 2:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak minta pandangan Pokok Sena mengenai satu lagi produk pelancongan yang mungkin ada di setengah-setengah negeri iaitu yang disebut sebagai religious tourism ataupun pelancongan agama yang mungkin tidak disebut oleh Pokok Sena lagi. Sebagai contohnya di negeri Kelantan. Beberapa tahun

final • 2:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

yang lepas telah diadakan program-program berbentuk keagamaan tetapi ia lebih berunsurkan pelancongan.

Sebagai contohnya pada bulan puasa, bulan Ramadan, kerajaan negeri sepanjang bulan Ramadan itu mengadakan satu tempat yang dinamakan Kampung Ramadan. Dia ada satu khemah besar marquee tent yang boleh muat dalam 3,000 orang untuk sembahyang terawih di situ. Ambil dua orang tok imam daripada Egypt misalnya Mesir yang hafiz. Orang datang ke situ seolah-olah mereka ini berada di Mekah tetapi mereka sebenarnya berada di Serambi Mekah iaitu di Kelantan. Itu untuk orang Islam di mana ramai pelancong ini sampai duduk di Kelantan itu satu bulan, bulan puasa. Sewa hotel duduk di situ, berbelanja di negeri Kelantan sepanjang bulan puasa. Itu untuk orang Islam.

Untuk orang bukan Islam pula di Kelantan ini juga terdapat banyak tempat-tempat ibadat umpamanya untuk Buddhist, orang Buddha. Dia ada sitting Buddha, sleeping Buddha dan ada juga dipanggil lazy Buddha. Buddha itu duduk mengiring, dia kata macam Buddha ini tidak buat kerjalah, malas. Banyak benda-benda itu yang menarik orang-orang Buddha ini daripada luar negara sendiri datang ke Kelantan dalam musim-musim tertentu perayaan agama ini. Adakah Yang Berhormat menganggap ini sebagai satu produk pelancongan yang baik? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Ya Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan Kota Bharu. Beliau seorang yang berpengalaman bekas EXCO kerajaan negeri.

Saya pun telah menyebut dalam perbahasan dasar pada bulan Mei, Jun pada sidang yang pertama dulu iaitu dalam perbahasan Titah Diraja bahawa soal isu pelancongan yang melihat kepada soal-soal yang berkaitan dengan keagamaan ini perlu diberikan perhatian dan dipertingkatkan. Saya sangat bersetuju bahawa Yang Berhormat daripada Kota Bharu itu seorang yang sangat berpengalaman dalam hal-hal berkaitan sektor pelancongan.

Jadi...

final • 2:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Pokok Sena, sedikit Sungai Petani.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji - Pokok Sena

Ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pokok Sena sebut tadi tentang pemandu-pemandu pelancong.

final • 2:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Sedarkah Yang Berhormat Pokok Sena, kalau kita pergi ke Vietnam contohnya, kebanyakan daripada pemandu-pemandu pelancong ialah bekas-bekas tentera? Mereka ini cukup mahir tentang kerja yang mereka lakukan khususnya apabila kita melawat kawasan- kawasan bersejarah. Jadi, setujukah Yang Berhormat Pokok Sena dengan saya, kalau kita khususnya Jabatan Veteran menganjurkan kursus pemandu pelancong ini kepada bekas- bekas ataupun pegawai-pegawai tentera ataupun anggota-anggota tentera yang akan tamat perkhidmatan dan mereka ini diberikan latihan? Bukan sahaja disiplin bagus tetapi mereka ini orang-orang yang telah pun melalui banyak kawasan di Semenanjung Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani bahawa mana-mana pegawai-pegawai tentera yang hendak bersara, hendak tamat perkhidmatan, kursus peralihan itu antaranya yang ditawarkan bagi yang berminatlah. Melalui PERHEBAT itu untuk SKM di bawah Sijil Kemahiran ini supaya mereka mempunyai kemahiran, kepakaran dalam hal-hal pelancongan ini supaya mereka boleh dapat memulakan hidup baru untuk mencari nafkah hidup mereka.

Saya hendak minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri iaitu persatuan- persatuan ini. Saya harap bahawa persatuan-persatuan ini harus dikemaskan untuk mereka ini dapat membantu kepada membangunkan sektor pelancongan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti mereka. Malah, bukan sahaja persatuan-persatuan pelancongan tetapi persatuan-persatuan yang boleh dihubungkaitkan dengan pelancongan, kebudayaan dan sebagainya. Ini merupakan satu daya tarikan.

Kedua, saya hendak tanya tentang status ataupun apa yang pernah disebut oleh kerajaan dahulu ini iaitu pemandu teksi sebagai duta pelancongan. Sejauh mana kerajaan hendak benar-benar menjadikan pemandu teksi ini sebagai duta pelancongan? Kita tidak

final • 2:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

mahu nanti kita hanya buat satu event lancar, kemudian jadikan dia sebagai satu slogan yang mesti dihayati kononnya mesti dihayati oleh pemandu-pemandu teksi semata-mata.

Akan tetapi yang pentingnya ialah kita juga harus melihat ialah kepada pemandu-pemandu teksi yang berkemampuan, yang berkeupayaan dan yang berminat untuk ditingkatkan kedudukan mereka itu daripada bukan sekadar driver teksi tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh menjadi tourist guide. Oleh sebab itu bagi saya bahawa tidak cukup sekadar kita katakan duta pelancongan tetapi mereka tidak berpeluang untuk mencari penambahan pendapatan.

Akan tetapi kalau ada pemandu-pemandu teksi umpamanya, ramai bekas tentera yang muda-muda ini yang jadi pemandu teksi dan juga orang-orang lain, orang biasa yang jadi pemandu teksi itu daripada orang muda yang boleh banyak bahasa dan sebagainya. Jadi apa salahnya kalau mereka ini diajak, bagi yang berminat, dikeluarkan borang dan sebagainya, siapa yang berminat untuk menjadi tourist guide. Okey, kementerian boleh menganjurkan satu kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini kepada mereka dan mengambil peperiksaan dan kemudian ambil peperiksaan melalui bawah kementerian untuk mereka itu di samping jadi pemandu teksi tetapi mereka juga adalah tourist guide. Mereka juga boleh mendaftarkan diri mereka dengan syarikat-syarikat pelancongan, travel agency untuk travel agency ini memanfaatkan mereka daripada segi kenderaan untuk bawa pelancong dan juga daripada segi tourist guide. Ini sebab ada pemandu-pemandu teksi ini yang saya jumpa ialah mereka ini buat secara freelance tetapi tanpa ada kemahiran iaitu pelancong-pelancong datang contact depa terus. Dari Arab, “Oh! Kami hendak pergi untuk lihat city tour, kami hendak pergi untuk melihat nature tour”. Umpamanya di setengah-setengah tempat. Jadi mereka ini yang bawa pergi tanpa ada tourist guide tetapi mereka ini tidak adalah berdaftar dengan mana-mana syarikat pelancongan. Oleh sebab itu saya katakan bahawa adalah yang terbaik untuk mereka itu diberikan pilihan, ditawar menyediakan satu skim untuk mereka itu supaya mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka tidak hanya tertumpu kepada membawa teksi biasa semata-mata. Akan tetapi, sudah tentu bukan semua bagi saya, kepada yang berminat. Ini memerlukan kepada minat yang perlu ada kepada semua orang.

Begitu juga saya mengharapkan bahawa macam tadi disebut soal pelancongan agama. Maknanya yang berkaitan dengan soal Muslim package sama ada ke luar negara ataupun untuk orang datang ke negara kita ini supaya kadang-kadang kalau hendak datang negara kita, orang tidak berapa bimbang masalah Muslim package. Akan tetapi kita kadang-kadang pergi luar negara ini, ini yang kadang-kadang masalah daripada segi makanan dan sebagainya. Jadi, yang ini perlu diperbanyakkan dan saya pun tidak tahu berapa banyak syarikat travel agency ini yang menawarkan Muslim package untuk pelancongan ke luar negara khususnya.

Kedua akhir ialah Butiran 030000 iaitu Kebudayaan. Kebudayaan ini bagi saya bahawa suatu yang harus dilihat ialah ada kebudayaan-kebudayaan lama ini yang semakin tenggelam. Saya lihat macam di Kedah itu kalau tidak silap saya Yang Berhormat Sungai Petani, wayang kulit ini macam tenggelam. Wayang kulit Etong, Eking seniman Nunui yang membawa cerita-cerita rakyat, ia makin tenggelam. Dahulu orang cukup berminat. Kalau ada kenduri kahwin, orang akan bawa wayang kulit Seri [Disampuk] Asun, Talluri, wayang kulit Nawar. Cakap pelat Siam, cakap Melayu pelat Siam, pelat Pattani. Yang Berhormat Padang Rengas Pattanilah, satu rumpun sahaja. Jadi ini kadang-kadang wayang kulit Nawar tidak ada sudah. Ia dalam kawasan Pokok Sena ia tidak ada sudah. Jadi saya hendak katakan bahawa ini yang perlu dilihat sebab wayang kulit ini ialah wayang kulit yang membawa cerita-cerita rakyat.

Saya cukup seronok macam dahulu ada seorang pencerita rakyat Pak Ku Shadat yang bawa lagu-lagu rakyat dan sebagainya. Ini saya katakan harus ditingkatkan.

Maknanya, kita tidak boleh biar ia hilang, ia pupus begitu sahaja kerana ini adalah satu khazanah kebudayaan, kebolehan seseorang yang ada di kampung-kampung. Jadi sebab itu, saya minta supaya pemantauan harus dibuat supaya perkara ini di peringkat negeri ini harus diberikan. Begitu juga saya lihat bahawa program-program penulisan yang semakin sunyi. Saya tidak berapa nampak program-program penulisan puisi dan sebagainya yang agak tidak berapa begitu diberikan penonjolan. Jadi sebab itu, saya harap kepada Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini.

Akhir sekali yang saya hendak sebut ialah Butiran 060000 iaitu Perpustakaan Negara. Saya lihat bahawa Perpustakaan Negara ini ia tidak boleh hanya melihat kepada

final • 2:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

menyediakan koleksi bacaan-bacaan di setiap perpustakaan. Akan tetapi, hendak lihat bagaimana Perpustakaan Negara boleh menjadi satu institusi yang boleh membangunkan masyarakat yang bukan sekadar minat membaca, tetapi mempunyai daya intelektual yang sangat tinggi iaitu melalui program-program Bicara Buku dan sebagainya. Ini perlu dihidupkan.

Bagi saya, kita harus membentuk budaya-budaya yang lebih membentuk minda masyarakat bukan budaya-budaya kesenian yang melalaikan masyarakat dan rakyat tetapi harus diiringi dengan pembentukan minda. Jadi, soal Bicara Buku ini sangat penting sebab saya katakan bahawa sepatutnya ada persatuan-persatuan ataupun Perpustakaan Negara, perpustakaan negeri dan sebagainya. Saya menggalakkan supaya mereka juga menganjurkan bicara belanjawan negara umpamanya, contoh. Untuk apa? Untuk hendak mengajak masyarakat bawahan ini untuk bincang apa belanjawan negara, bincang soal Laporan Audit umpamanya.

Ini yang sepatutnya bagi saya, supaya mereka akan menjadi manusia yang bukan hanya hidup tanpa soal. Kita tidak suka kalau masyarakat Malaysia ini hidup tanpa soal. Dia tanpa soal maknanya suap dalam mulut dia, dia terima dan sebagainya. Apa yang kita hendak ialah masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang hidup sentiasa bersoal. Dia sentiasa bersoal, maknanya itu hak dia. Saya harap bahawa Perpustakaan Negara boleh memainkan peranan bersama dengan perpustakaan negeri, perpustakaan desa dan sebagainya untuk menghidupkan Bicara Buku ini iaitu untuk membentuk, meningkatkan daya intelektual dalam kalangan masyarakat kita, untuk menjadikan masyarakat kita itu masyarakat yang sentiasa hidup bersoal terhadap persekitaran-persekitarannya.

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jangan lupa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerantut tadi gulai rong itu perlu - isi rong biji getah itu perlu dibuat. Kalau boleh di Parlimen ini buat satu pesta makanan tradisional. Jadi boleh bawa ‘mai’ pekasam dari Padang Rengas. Saya pun boleh bawa ‘mai’ gulai batang pisang untuk kita semua. Jadi tidak cukup FAMA [Disampuk] asam pedas Bukit Katil. Kelmarin, makan buah durian itu penyakit banyak. Ini okey Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi boleh bawa ‘mai’ dari Kota Belud apa makanan tradisional Kota Belud umpamanya.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi ini yang perlu dilihat oleh Yang Berhormat Menteri dan sekali lagilah saya harap Yang Berhormat Menteri timbang-timbanglah tengok dulu siapa-siapa boleh jadi Timbalan kot, recommendlah kasihan depa. Kawan-kawan saya belaka itu, kasihan tengok. Depa pun dok tunjuk. Yang Berhormat faham tak itu? Tak fahamkah depa dok tunjuk itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Perbekalan 2014 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Untuk tahun 2014 ini negara kita insya-Allah akan dibanjiri oleh pelancong bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Melalui Bajet 2014 ini juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini telah diberi peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Namun begitu Tuan Pengerusi, jika dilihat bagi Butiran 020000, peruntukan yang disediakan untuk tahun hadapan adalah lebih kecil berbanding dengan tahun ini.

Hanya sebanyak RM311 juta diperuntukkan untuk tahun hadapan berbanding dengan RM341 juta tahun ini, sedangkan lebih banyak usaha perlu dijalankan terutama bagi mempromosikan program utama kerajaan untuk tahun hadapan dan juga program-program yang sepatutnya dilaksanakan bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ini.

Sebagai rekod, tidak banyak iklan dapat dilihat terutamanya di ruang internet. Kita lihat Butiran 110000 telah memperuntukkan sebanyak RM261 juta kepada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ataupun LPPM yang mana ia meliputi program promosi dan pengiklanan untuk produk pelancongan negara. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan lebih membanyakkan iklan di ruang enjin pencarian. Kalau kita lihat seperti

final • 3:00 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Google ataupun Yahoo serta ruangan media sosial, iklan-iklan di media sosial seperti di Facebook dan Twitter memandangkan laman web dan juga media-media sosial ini mendapat hits yang tinggi setiap hari.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan bahawa tandas awam di negara kita juga berada di tahap yang sangat mengecewakan. Saya fikir ini merupakan perkara serius yang perlu diberi perhatian bukan sahaja kepada kementerian ini malah kementerian-kementerian lain yang berkaitan. Ini penting kerana imej negara kita pasti akan sedikit tercalar jika kerajaan memandang remeh akan hal berkaitan dengan tandas awam ini. Kita pastinya tidak mahu pelancong melabel negara kita sebagai negara yang kotor. Maka saya menyeru agar peruntukan khas disalurkan bagi membina serta menaik taraf tandas awam terutamanya di pusat tumpuan pelancong sama ada di bandar mahupun di kawasan luar bandar. Kawasan-kawasan perkelahan pantai ataupun kawasan- kawasan yang sepatutnya diberikan tumpuan sebagai kawasan pelancongan.

Satu lagi Tuan Pengerusi, produk pelancongan Inap Desa kini telah berjaya menarik minat ramai pelancong asing. Menurut Butiran 020200, sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan bagi melatih serta melahirkan lebih ramai pengusaha homestay ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah menaikkan sebanyak RM50,000 untuk program ini berbanding dengan tahun 2013 memandangkan industri homestay mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Melalui peruntukan ini, saya harap agar pengusaha yang bakal dilahirkan mampu menjaga dan membawa imej negara apabila pelancong datang ke kawasan mereka kelak. Adalah lebih elok sekiranya setiap pengusaha ini dikeluarkan garis panduan serta KPI yang perlu mereka capai agar produk mereka mempunyai standard yang sama dengan produk pelancongan yang lain.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian kalau kita lihat hari ini, rata- rata Ahli Parlimen yang bangun untuk memberikan perbahasan berkaitan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ini supaya setiap Ahli-ahli Parlimen menyenaraikan kawasan-kawasan yang berpotensi yang boleh kita bangunkan sebagai industri pelancongan di kawasan Parlimen masing-masing. Ini untuk kita serahkan kepada Menteri untuk dipertimbangkan kalaulah peruntukan-peruntukan berkaitan dengan pelancongan ini boleh diberikan kepada kawasan-kawasan Parlimen tersebut. Tuan Pengerusi, itu sahaja rasanya perkara yang ingin saya sentuh mengenai kementerian ini dan diharapkan segala cadangan yang dikemukakan mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Cuba saya lihat ini. Bukan semua Ahli Yang Berhormat saya boleh jemput untuk berucap kerana kita pada hari ini tidak ada sambungan selepas 5.30 petang.

Jadi kita ada Menteri Belia dan Sukan lagi. Jadi lebih kurang kita ada dua jam. Kalau...

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Sekarang ini apa yang ada di depan saya ada 10 Ahli Yang Berhormat yang telah berhujah. Lima daripada BN, lima daripada Pakatan. Jadi kalau saya tambah lagi seorang, bermakna 12. Saya tambah satu lagi satu selepas itu saya jemput Menteri jawab. Kalau nanti celahlah waktu Menteri menjawab, saya tahu Menteri akan jawab. Kepada siapa nanti yang saya tidak dapat panggil itu, saya mohon maaf kerana nanti masuk Kementerian Belia dan Sukan. Jadi sekarang dalam list saya, Yang Berhormat Sekijang baru tadi. Next is PKR, so sila Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya ingin secara khusus ini bangkitkan Butiran 020000 – Industri Pelancongan dan secara khusus di dalam Maksud Pembangunan Butiran 01300 – Penganjuran Visit Malaysia Year 2013/2014. Cuma saya ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri tentang penganjuran Visit Malaysia Year ini. Kita lihat bekalan bagi Butiran Industri Pelancongan dan Peruntukan Pembangunan bagi tujuan penganjuran ini kita saksikan ada mengalami penyusutan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan sama ada bekalan yang disediakan adalah cukup bagi membiayai segala perbelanjaan penganjuran program dan sama ada pengurangan peruntukan ini akan mendatangkan sebarang kesan yang significant terhadap program tersebut.

final • 3:06 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang keduanya soal imej Malaysia yang saya fikir perlu kita tangani secara bersungguh-sungguh. Ini kerana kalau di dalam senarai yang ringkas ini, yang terbaru kita dikejutkan dengan pelancong Taiwan ditembak dan diculik di Semporna iaitu pada 15 November 2013 di Pulau Pom Pom. Malah sebelum itu Yang Berhormat Menteri, kita ada pelbagai siri keganasan misalnya pada 9 Ogos 2011 di Pulau Tioman, pelancong wanita Perancis, Stephanie Foray ditemui dibunuh kejam dengan mayatnya ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek oleh pemilik chalet tempatan. Kemudian kita ada 14 Mac tahun ini di Petaling Jaya, Sungai Pelek, seorang pelancong wanita Amerika Syarikat berusia 25 tahun disamun dan dirogol oleh pemandu teksi.

Bulan 10 yang lalu seorang backpacker dari UK diragut beg dan ditikam di dada dan dia juga mengadu ketidakprihatinan pihak polis di laman web virtualtourist.com. Kejadian- kejadian yang saya sebutkan ini ialah mungkin kejadian-kejadian yang agak besar tetapi banyak lagi kes jenayah yang dilaporkan, apatahlah lagi di kawasan pelancongan seperti Melaka yang mana saya fikir keadaan-keadaan begini sudah tentu mendatangkan kebimbangan pelancong-pelancong ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong berikan penjelasan apakah ada satu koordinasi yang serius dengan pihak polis? Ataupun apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil untuk memastikan agar kita boleh mempertahankan reputasi Malaysia ini dan menjadikan Visit Malaysia Year ini satu pulangan yang berbaloi kepada pendapatan negara.

Seterusnya bagi Butiran 070000 dan 080000 iaitu tentang Industri Pelancongan, Sejarah dan Warisan. Khususnya di Melaka Tuan Pengerusi, saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri untuk memanfaatkan kekuatan Negeri Melaka ini sebab kita tahu Melaka ini negeri pelancongan. Di dalam negeri-negeri selat ini, Melaka dan Pulau Pinang, kita ada kekayaan warisan sejarah. Saya harap agar hal-hal berkaitan dengan warisan, penemuan arkeologi dan sebagainya boleh ditempatkan di Melaka dan di samping meningkatkan persembahan pameran untuk dinikmati pelancong.

final • 3:06 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Bukit Katil minta laluan.

final • 3:06 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Silakan.

final • 3:06 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Pengerusi, minta maaf kerana terpaksa celah kerana saya tak mahu cakap selepas ini. Saya nak minta sebahagian daripada ucapan ini dimasukkan di dalam ucapan Yang Berhormat Bukit Katil, mohon diberikan laluan. Itu satu warisan, bila disebut warisan, ada satu istana di Jugra dipanggil Istana Jugra yang diduduki oleh Sultan-sultan seperti Sultan Abdul Samad sebelum ini dan Almarhum yang lain yang menjadikan ia sebagai sejarah kewujudan Kesultanan Selangor.

final • 3:06 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Jadi saya minta supaya kementerian dapat menaiktarafkan pelancongan warisan ini menjadikan ianya sebagai ingatan dan kenangan pada generasi yang akan datang, boleh melihat sejarah silam di mana Kesultanan Selangor itu bertapak di Jugra pada peringkat awalnya.

Keduanya Yang Berhormat Bukit Katil, di Pantai Klanang yang dianggap sebagai pantai yang berhampiran dengan KLIA, bila turun-turun itu Kuala Langatlah tempat tumpuan yang menjadi persinggahan pelancong-pelancong. Jadi saya minta supaya kementerian memberikan sedikit perhatian supaya Pantai Klanang dan Pantai Morib itu dijadikan satu tempat pelancongan di tepi pantai yang dekat dengan Kuala Lumpur yang diraikan pelancong-pelancong asing dan sebagainya.

Ketiganya Yang Berhormat Bukit Katil, sedar atau tidak bahawa kita ada Package Islamic Compliance di De Palma Hotel dan saya mohon Kementerian Pelancongan memberikan sedikit tumpuan dan perhatian kepada De Palma Shariah Compliance Islam ini yang kita kembangkan dan kita akan buka di Sarawak, di Sabah untuk dinikmati oleh mereka-mereka yang beragama Islam dalam Package Islamic Shariah Compliance. Jadi saya minta supaya ia diberi perhatian oleh Kementerian Pelancongan sekurang-kurangnya kita ada pakej Islam secara berkedudukan, berpenghuni untuk mereka menikmati pekelilingnya secara Islam di negara-negara ini.

Yang Berhormat Menteri pun sudah masuk, harap Yang Berhormat Menteri pun dapat memberi perhatian untuk Hotel De Palma ini yang apply untuk Shariah Compliance

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

supaya kita ada pakej berbagai-bagai dan ia akan menjadi tarikan pelancongan terutama sekali mereka-mereka yang hendak pergi ke Sarawak dan Sabah yang akan kita buka, insya-Allah tetapi ada sedikit gangguan. Harap gangguan itu dapat diselesaikan oleh daerah tetapi yang pentingnya kita ada pakej itu. Kementerian diminta beri perhatian sedikit.

Yang Berhormat Bukit Katil terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang.

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih.

Saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Cuma saya ulas tentang istana tadi, Istana Jugra. Misalnya kita tengok muzium istana di Istana Topkapi Turkey, yang dikunjungi jutaan pelancong dan boleh menyumbangkan berbilion pendapatan kepada negara itu. So, saya fikir wajar diberikan perhatian. Cuma saya balik pada soal produk sejarah dan juga warisan, dan juga produk pelancongan di Melaka Yang Berhormat Menteri. Saya yakin di Melaka ini banyak muzium, dan saya difahamkan pelbagai strategi kerajaan negeri sedang dilakukan.

Jadi saya minta penekanan khusus oleh Yang Berhormat Menteri, kerana saya fikir banyak produk-produk pelancongan di negeri Melaka itu agak uzur. Misalnya Taman Mini Malaysia, Taman Mini ASEAN dan sebagainya. Semuanya memerlukan satu peruntukan tambahan untuk memastikan agar kawasan itu boleh dilawati dan boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong. Pemerkasaan ekonomi untuk mereka yang berniaga di kawasan itu juga harus diberikan penekanan, kerana kita tidak mahu Visit Malaysia 2014 ini kalau mereka melawat Melaka, mereka lihat seolah-olah kita tidak bersedia untuk menerima para pelancong ini.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri saya ingin membangkitkan tentang homestay.

Saya ingat ramai telah bangkitkan tentang homestay tetapi cuma yang khusus berkaitan dengan homestay ini kita lihat bilangan pengusaha homestay yang dilaporkan, yang telah dilatih dijangka meningkat daripada seramai 1,566 orang kepada 1,597 orang iaitu 31 orang sahaja. So, saya fikir ini satu figure jumlah yang cukup membimbangkan. Ini homestay di Melaka ini satu kaedah penempatan yang agak popular, sebab itu saya ingin nyatakan dan minta Yang Berhormat Menteri nyatakan, kalau boleh diberikan data bilangan pengusaha homestay yang ada di seluruh negara dan berapa ramaikah di Melaka dan khususnya di kawasan Parlimen Bukit Katil?

Ini kerana saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri untuk melihat kepada homestay ini sebagai satu cara poverty reduction, dgn izin Tuan Pengerusi. Jadi kalau kita boleh selaraskan homestay ini dengan bantu mereka, latih mereka tentunya boleh membantu mengurangkan kadar kemiskinan apatah lagi mereka yang buat homestay ini kebanyakannya memilih rumah-rumah yang di kampung dan sebagainya. Ini tentu baik untuk kita perhebatkan.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkitkan juga berkaitan dengan, khususnya berkaitan dengan perpustakaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Cuma yang mungkin boleh disentuh ialah soal bajet. Perpustakaan Negara kita lihat dapat bertambah peruntukan secara ketara iaitu peningkatan mencecah 124% dan 252% untuk Perpustakaan Negara dan pembangunan perpustakaan. Saya ingin minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perpustakaan ini sekadar kita hendak tumpukan pada Perpustakaan Negara atau kita boleh perturunkan di negeri-negeri? Kerana antara perkara yang perlu diperhebat sekarang ialah soal bagaimana memupuk budaya membaca. Kalau boleh kita selaraskan peruntukan, bukan sekadar centre atau pun bertumpu di Perpustakaan Negara semata-mata tetapi boleh bawa turun ke negeri-negeri.

Misalnya kita boleh laksanakan program kempen membaca ini di warung-warung, di kedai-kedai kopi misalnya, dengan memberikan sumbangan buku, majalah yang baik agar mereka bila selain minum kopi pagi bukan sekadar main dam, tetapi ada majalah-majalah yang baik untuk mereka telaah dan ini tentunya membantu. Kerana saya lihat di bawah ini, itu sebahagian daripada cara dan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik masyarakat terutamanya mereka tidak terikat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. So, saya fikir ini juga wajar disarankan dan saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh disalurkan, bukan sekadar di Perpustakaan Negara semata-mata tetapi juga di peringkat negeri-negeri.

Seterusnya Tuan Pengerusi...

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta celah sikit Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi Yang Berhormat Bukit Katil. Berkenaan dengan perpustakaan ini, saya juga ingin cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya ada usaha-usaha perpustakaan desa dan kita minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri bagi sedikit maklumat terkini tentang perkembangan perpustakaan desa dan juga kalau boleh saya minta, kalau boleh Yang Berhormat Menteri juga bantu supaya berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya perpustakaan-perpustakaan di sekolah dan juga di universiti dibuka kepada orang ramai dan kementerian boleh salurkan peruntukan daripada Perpustakaan Negara kepada perpustakaan di sekolah dan juga di universiti yang lebih dekat kepada rakyat jelata. Minta Yang Berhormat Bukit Katil masuk dalam ucapan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Baik saya masukkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin – akhirnya bangkitkan tentang industri pelancongan 020000 dan 020200 mengenai industri. Khusus berkaitan dengan bilangan kursus pemandu pelancong. Alam semula jadi setempat yang dibuat antara empat hingga lima kali setahun. Saya minta Yang Berhormat Menteri nyatakan dan berikan data bilangan peserta yang mengikuti kursus ini mengikut negeri dan jumlah penuh peserta. Berapa ramaikah yang aktif menjalankan perniagaan sebagai pemandu pelancong alam semula jadi ini? Adakah sebarang syarat diberikan untuk membolehkan lesen ini diperbaharui? Misalnya jumlah aktiviti mereka setahun atau ujian semula selepas satu tempoh misalnya tiga tahun sekali?

Kerana saya dimaklumkan kursus-kursus seumpama ini turut dijalankan oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Hutan, Jabatan PERHILITAN. Apakah kursus pemandu pelancong alam semula jadi diadakan dengan kerjasama jabatan-jabatan di bawah kementerian lain? Atau dibuat secara berasingan. Rasionalnya saya lihat ada mahasiswa-mahasiswa yang mengikuti bidang pengajian Alam Sekitar, Perhutanan dan berkaitan Pelancongan, Perhotelan, Pengurusan Taman Rekreasi. Pada saya perlu ikuti kursus seperti ini secara berasingan dan perlu di integrasi kan ke dalam syllabus pengajian mereka. Kerana saya yakin sekiranya aspek ini kita selaraskan dan dapat galakan lulusan universiti ini terlibat aktif dalam satu bidang, satu potensi ekonomi yang mungkin sebelum- sebelum ini belum dapat kita perkasakan.

Terakhir Tuan Pengerusi, soal industri pelancongan iaitu pengurusan dan pemantauan. Saya ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri Pelancongan mengenai aspek yang penting yang kurang dititikberatkan iaitu penyelenggaraan. Banyak tempat selain tadi disebut soal tandas, laluan board walk, pendawaian elektrik, lampu, sampah, jaket keselamatan kebanyakan dalam keadaan daif, kotor dan membahayakan. Malah semalam sewaktu perbahasan tentang Kementerian Kesihatan kita dimaklumkan masalah yang begitu berat sekali ialah masalah kencing tikus, yang banyak berlaku di kawasan- kawasan pelancongan terutamanya di kawasan-kawasan hutan rekreasi.

Saya fikir soal pengurusan taman dan hutan rekreasi dan sebagainya perlu diselaraskan secara bersungguh-sungguh supaya kita dapat elakkan penyakit-penyakit bahaya ini dapat pula ke pelancong dan ini memberikan imej yang cukup negatif terhadap negara kita. Jadi saya harap perkara-perkara ini dapat dijawab. Sekian sahaja itulah pandangan dan soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila, sila Yang Berhormat Menteri, Sila.

final • 3:10 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, saya ambil kesempatan awal ini untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

final • 3:19 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat PJ Selatan, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Bukit Katil, kemudian Yang Berhormat Kuala Langat dia suka mencelah tadi. Tadi dia mencelah sekejap, dia dah keluar ya dan Yang Berhormat Bayan Baru. Yang

final • 3:20 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berhormat Bukit Katil tadi last speaker. Jadi saya akan cuba menjawab seberapa yang boleh. Kalau tidak sempat dijawab, saya janji untuk pegawai saya memberikan jawapan bertulis kepada yang saya tidak sempat menjawab dalam sesi ini.

Yang Berhormat Seremban yang dahulu adalah Yang Berhormat Rasah. Dia tukar imej sekarang semasa Rasah dia hentam Menteri, masa Seremban dia ok sedikit dengan Menteri.

[Ketawa] Jadi, dia telah menyebutkan bahawa kalau boleh Yang Berhormat cruise tourism ini yang melibatkan kapal layar sepatutnya diambil alih oleh kementerian saya.

Namun Yang Berhormat, seperti mana kalau kita dengar perbahasan yang telah dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, Tourism sebenarnya dia merangkumi semua.

Penyelenggaraan, sebagi contoh yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi.

Kemudian perpustakaan, airport dan istana-istana lama. Ini semua merupakan item-item yang terletak di bawah kementerian yang lain. Apa yang kita lakukan kementerian saya ialah bekerjasama dengan mereka.

Saya minat juga hendak ambil kapal layar ini letak bawah saya tetapi kalau saya ambil kapal layar, kapal terbang pun saya kena ambil juga. Oleh sebab kapal terbang juga membawa masuk tourist ke negara kita. Ia merupakan bahan yang cukup penting bagi pelancongan kerana ia melibatkan pelbagai pakej yang dibawa daripada luar negara ke negara kita menerusi udara.

Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih di atas keyakinan Yang Berhormat iaitu bahawa adalah baik kalau sekiranya kapal-kapal ini diletak di bawah kementerian saya tetapi tidak mungkin ianya boleh berlaku. Melainkan Yang Berhormat cadangkan saya jadi Menteri Pengangkutan sekali, sebab kosong sekarang ini. Walaupun dipangku oleh Naib Presiden saya.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat juga berkenaan dengan cruise tourism ini, kita mempunyai joint KPI bersama dengan Ministry of Transportation. Jadi dia memang ada kerja erat yang rapat di antara Kementerian Pengangkutan dengan kementerian saya.

Kemudian Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan Malaysia Cruise Tourism Council. Ia juga dipengerusikan bersama antara Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Kebudayaan bersama dengan Kementerian Pengangkutan untuk memajukan cruise tourism di Malaysia. Pasukan petugas telah ditubuhkan untuk membangun cruise tourism di Port Klang, Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Saya sendiri kalau negeri-negeri berkenaan, kalau mereka hendak wujudkan state cruise tourism ini, saya rasa apa perkara yang boleh memajukan pelancongan negara kita itu eloklah dilakukan, tidak ada masalah. Asalkan ia membantu menambahkan pelancongan dalam penglibatan cruise tourism ini. Untuk mempertingkatkan infrastruktur dan kemudahan Cruise Terminal untuk dua pelabuhan misalnya Pulau Pinang, saya rasa Yang Berhormat mencadangkan perkara yang baik. Akan tetapi Yang Berhormat kena ingat iaitu bahawa cruise tourism kalau jarak di antara port terminal itu terlalu dekat, maka ia tidak akan menjadi satu tourism yang attractive. Oleh kerana kalau kita naik dalam sebuah kapal daripada satu pelabuhan ke satu pelabuhan ia mesti makan masa lama sedikit. Sekurang- kurangnya setengah hari ke, ataupun tiga suku hari ke perjalanan.

Jadi kita mesti realistik iaitu Singapura sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan pelabuhan antarabangsa dan sudah tentu sahaja dia bukan hanya menaikkan taraf dia punya infranya dari segi kargo sahaja, tetapi ia juga boleh dibuat untuk pelancongan dan dia memang sudah sedia ada. Dia punya terminal memang cantik, dia pun memang terletak di satu situasi geografi yang cukup menarik kerana semua kapal akan lalu di situ dan bagi dia untuk membelanjakan wang lebih untuk menaiktarafkan pelabuhan itu memasuki cruise tourism itu memang satu perkara yang logik dan natural.

Akan tetapi untuk kita hendak menaiktarafkan Melaka, buat terminal supaya dapat tourist turun. Hari ini Yang Berhormat sebut kita hanya melabuh di jauh di mana kapal dibawa masuk. Jadi saya rasa tidak realistik. Minta maaf kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Kalau kita hendak majukan Melaka sebagai satu pelabuhan menerima masuk cruise tourism dan kita bina infrastruktur yang memakan belanja yang besar, tetapi sebenarnya ia tidak ada return of investment (ROI) itu tidaklah seperti Pelabuhan Melaka itu merupakan pelabuhan antarabangsa.

Lagipun dari Singapura, kita boleh ambil tourist yang pergi ke Singapura datang ke Melaka dalam masa satu jam atau satu jam lebih sahaja. Jadi saya rasa adalah lebih manfaat yang penuh kalau sekiranya kita develop Pulau Pinang. Oleh kerana Pulau Pinang

final • 3:20 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

ia merupakan pelabuhan apabila turun sahaja sudah boleh melawat segala tempat pelancongan yang sedia ada di Pulau Pinang. Memandangkan Georgetown juga merupakan bandar UNESCO yang diiktiraf oleh UNESCO.

Kita juga kena ingat, apabila kapal belayar ia belayar mesti makan masa lama sedikit. Yang paling sesuai ialah kalau boleh sebuah negeri satu pelabuhan mereka turun.

Jadi selepas Singapura yang paling logical sekali untuk kita encourage cruise tourism ialah Pulau Pinang. Ia memang pelabuhan yang terkenal. Kalau kita bina, kita naikkan taraf seperti yang sebut tadi memperbanyakkan lorong kastam, lorong imigresen saya rasa itu yang perlu kita lakukan menambahbaikkan taraf. Itu di Pulau Pinang lebih mendatangkan manfaat kepada Malaysia daripada kita menaikkan taraf pelabuhan-pelabuhan kecil semata-mata untuk cruise tourism. Kemudian dia punya next stop pergi ke Phuket. Jadi memang setiap negeri itu sudah ada dia punya pelabuhan dan sememangnya tempat pelancongan pun. Jadi dalam hal ini saya kira apa yang harus kita lakukan ialah menaikkan taraf pelabuhan Pulau Pinang dan memberikan kerjasama yang erat dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain. Sebagai contoh Singapura. Saya rasa tidak perlulah kita hendak lawan dengan Singapura sebab saya sebut sebentar tadi dia sudah sememangnya merupakan pelabuhan yang terkenal di antarabangsa. Lebih baik kita bekerjasama dengan mereka kerana kalau pelancong pergi ke Singapura pun, dia melancong. Singapura sebuah pulau. Jadi dia terpaksa belayar ke tempat lain.

Kalau kita pergi ke Singapura pun, kita tinggal situ dua tiga hari sebagai pelancong asing, selepas itu hendak ke mana? Kalau tidak pergi ke Malaysia. Jadi sebab itu dan secara logiknya the next port of course, dengan izin ialah Pulau Pinang. Jadi dalam perkara ini saya boleh berjanji di sini bahawa kita bekerja dengan pelabuhan Pulau Pinang untuk memajukan lagi. Tidak payahlah Chua Soi Lek berhenti, saya ingat dia individu tidak penting yang penting ialah kita boleh bekerjasama dengan Lembaga Pelabuhan itu.

final • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasihlah pada pandangan Yang Berhormat Menteri dan saya rasa bersetuju bahawa memang seperti dalam ucapan saya mengatakan bahawa Pulau Pinang merupakan satu tempat yang cukup strategik, pelabuhan itu cukup strategik untuk dibangunkan untuk industri cruise tourism ini. Cuma seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya rasa apa yang diperlukan sekarang ialah tindakan yang cepat untuk memastikan kemudahan-kemudahan dan juga isu-isu teknikal, masalah-masalah teknikal dalam pelabuhan itu dapat diselesaikan dengan segera. Ini kerana saya rasa ini satu sektor yang kita kena bertindak dengan cepat dan mengambil peluang dengan cepat sebab di rantau Asia ini ada banyak negara yang sekarang ini ingin membangunkan industri cruise tourism ini termasuk Hong Kong dan sebagainya.

Singapura saya baca satu laporan bahawa mereka juga hendak bekerjasama dengan Bali. Dia hendak hantar kapal itu daripada Singapura pergi ke Bali. Jadi saya rasa adalah sangat penting bahawa negara kita mengambil peluang ini dan kena kita menyelesaikan apa-apa masalah teknikal. Saya rasa Yang Berhormat Menteri kena pergi membuat sedikit pemasaran dengan syarikat-syarikat perkapalan di Singapura supaya cuba menarik mereka ini berhenti di Malaysia iaitu Pulau Pinang supaya kita dapat menarik kapal-kapal ini masuk dan kita mendapat manfaat daripada perairan ini, daripada pakej daripada Singapura ke Phuket, kita berhenti di Pulau Pinang, berhenti di Malaysia supaya Malaysia dapat manfaatnya.

Saya cadangkan supaya Yang Berhormat Menteri sendiri buat satu lawatan ke Singapura dan naik kapal itu sampai ke Pulau Pinang. Saya boleh tolong aturkan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh sambut permintaan ini. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebenarnya dalam kepala saya pun sedang memikir iaitu kita dengan Singapura, kita ASEAN dan dalam kita punya ASEAN Tourism Forum pun kita sentiasa bekerjasama. Ini kerana kita tahu bahawa Singapura merupakan bukan saja hab kapal layar, tetapi juga hab kapal terbang. Kita kalah kadang kala daripada kemasukan pelancong ke negara kita bagi setengah-setengah negara itu ialah kerana connectivity tidak ada. Jadi sebab itu dalam ASEAN kita mengadakan program visit beyond. Maknanya kalau orang itu pergi daripada luar, daripada ASEAN melawat

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bangkok, dia pergi beyond Kuala Lumpur. Begitu juga kalau daripada pergi ke Singapura, beyond ke Kuala Lumpur ataupun Pulau Pinang.

Jadi saya setuju memang pada tahun hadapan saya akan membuat lawatan ke Singapura untuk bekerjasama dengan mereka. Saya sudah pun berjumpa dengan Menteri Kebudayaan dia, di Malaysia kita Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Di sana saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Encik Lawrence, dia Menteri Kebudayaan Singapura. Saya ada bercakap dengan dia tentang perkara ini dan dia mengalu-alukan kehadiran saya pada tahun hadapan untuk melawat Singapura kerana selain daripada itu kita kena ingat, Singapura merupakan negara yang menyumbang hampir 50% pelancong ke negara kita iaitu 13 juta.

Jadi, saya kira kerjasama dengan Singapura itu adalah lebih baik daripada kita bersaing dengan mereka. Jadi saya akan pergi ke Singapura tahun hadapan. Yang Berhormat telah pun saya masuk dalam senarai ahli rombongan saya ke sana kalau sudi.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Patutlah sudah baik sekarang.

final • 3:30 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini Tuan Pengerusi, saya hendak ucap syabas kepada Yang Berhormat Menteri ini. Dia seorang yang sangat terbuka, adil. Ini kerana saya difahamkan dia akan mewujudkan di peringkat-peringkat negeri-negeri iaitu Majlis Pelancongan Negeri walaupun melantik daripada wakil-wakil daripada negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat termasuk Kelantan, Selangor, Pulau Pinang. Wakil daripada Pakatan Rakyat. Saya ucap tabik. Ini contoh yang sangat baik.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul

Yang Berhormat, saya lepas ini hendak berucap susah. Punggung saya sudah besar sangat, kembang sudah.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya betul, seperti Yang Berhormat sebut kita ada Kertas Kabinet di mana saya akan menghidupkan semula Jawatankuasa Tindakan Pelancongan di peringkat negeri. Ada sedikit perbezaan kerana Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab pada pelancongan, dia tidak boleh keluar daripada portfolio dia. Saya sebut tadi pelancongan merangkumi semua. Kerajaan tempatan, agro, tourism pertanian, hutan asli. Jadi oleh kerana Exco kerajaan negeri ini, kalau dia pelancongan, terhad kepada pelancongan sahaja. Maka ada bijaknya kalau kita bentuk Jawatankuasa Tindakan Pelancongan, badan yang asing, dipersetujui di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kita lantik. Di dalam Jawatankuasa itu, semua ada wakil-wakil daripada jabatan-jabatan yang terlibat dengan pelancongan, yang tidak mungkin diletak di bawah tanggungjawab Exco pelancongan.

Oleh sebab itu kita adakan Jawatankuasa ini supaya kita dapat mengkoordinasi pelancongan di negeri-negeri berkenaan dan saya akan berunding dengan ketua-ketua negeri setiap kerajaan untuk memastikan supaya pelancongan ke negeri-negeri berkenaan itu berjalan dengan baik. Oleh sebab itu adalah penting supaya mereka yang dilantik itu, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tindakan mestilah seorang yang mendapat kepercayaan daripada Ketua Menteri ataupun Menteri Besar dan saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Saya hendak pergi kepada soal yang dibangkit oleh Yang Berhormat Seremban iaitu berkenaan dengan pembelian Vila Nexus ini. Saya hendak beritahu, itu sebenarnya kita pada umum dasarnya MM2H ini dia merupakan program yang memberikan pas lawatan sosial dan visa kemasukan berganda, multiple entry visa selama 10 tahun kepada warga negara asing yang berkelayakan. Antara intensif bagi menggalakkan warganegara asing yang berkelayakan untuk menyertai MM2H ialah:

(i) Pemilikan rumah iaitu bermula 1 Januari 2014;

(ii) rumah itu mesti berharga RM1 juta;

(iii) pengecualian cukai apabila membawa masuk kenderaan peribadi dari negara asal ataupun membeli kenderaan yang dipasang di Malaysia;

(iv) kita memberikan pengecualian cukai ke atas pendapatan dari luar; dan

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

(v) syaratnya membawa masuk pembantu domestik daripada negara sendiri ataupun negara sumber.

Jadi walaupun bagaimanapun, MM2H adalah program inap jangka panjang, long stay dan bukanlah program pemilikan hartanah mahupun penghijrahan ke Malaysia. Ini secara umum syarat-syarat MM2H. Jadi dalam isu Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan pembelian Vila Nexus Karambunai oleh peserta MM2H ini, saya hendak sebutkan mungkin Yang Berhormat merujuk kepada laporan akhbar The Malay Mail online, bertarikh 26 November 2013 berjudul, “Investor sick Putrajaya Aid to recover RM2 billions debt from Karambunai” dengan izin. Nexus Property Owners Association telah membuat aduan berhubung isu pungutan sewa di antara NPOA dan Karambunai Corporation Berhad.

Jadi saya hendak sebut di sini, perkara ini tidak ada kena mengena sebenarnya dengan MM2H. Dia kebetulan, dia beli harta. Jadi dia beli harta daripada mana pun kita tidak kisahlah. Sekarang ini dia merupakan isu sivil dalaman di antara pelabur Karambunai.

Setakat ini, kementerian belum menerima aduan daripada Persatuan MM2H mengenai isu pembelian Vila Nexus Karambunai. Pembelian hartanah kediaman bukan merupakan prasyarat. Ia tidak merupakan prasyarat untuk menyertai program MM2H dan kementerian juga tidak pernah mempromosi atau endorse mana-mana projek perumahan untuk dijualkan kepada warga negara asing termasuk peserta MM2H.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, warganegara asing yang ingin menginap di Sabah di bawah program MM2H, permohonan mereka adalah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Sabah. Kementerian ini hanya memproses permohonan warga negara asing yang ingin menginap di Semenanjung Malaysia. Jadi ini isu yang sedang berlaku sekarang. Namun Yang Berhormat, kalau sekiranya sebab saya sebut sebentar tadi kita belum menerima apa-apa aduan.

final • 3:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau sekiranya kita menerima aduan itu, kita akan memberi assistancelah dalam untuk memudahkan pertikaian di antara mereka berdua ini, outside dia punya civil case. Akan tetapi kita tidak bertanggungjawab secara langsung berkenaan dengan perkara ini kerana kita tidak mengatakan kalau you datang, you beli daripada Nexus Karambunai, tidak ada. Itu atas pilihan mereka sendiri dan atas usaha property developer itu sendiri untuk menjual dia punya property. Jadi itu Yang Berhormat Seremban habis dah. Sekarang saya pergi kepada...

final • 2:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Seremban habis, adakah boleh beri peluang kepada Bakri tanya satu soalan tentang...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tak, tak, saya kena jawab. Saya kena jawab yang...

final • 2:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tentang... Tak, tadi sebab tadi tak sempat tanya satu soalan sahaja tentang muzium sahaja.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tak, tak, saya minta maaflah Yang Berhormat Bakri, kita kena jawab yang telah mengambil pernyataan secara biasa saya kena jawab mereka. Kalau tidak, tak adil kepada orang yang bercakap lebih awal. Kalau Yang Berhormat curi begini, tak patutlah. Tak apa.

Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya berkenaan dengan sustainable tourism.

Kementerian sentiasa menekankan sustainable tourism dalam membangunkan produk dan aktiviti pelancongan selaras dengan falsafah kementerian iaitu Tourism Protects, Preserves & Conserves. Mother Nature, Heritage and Culture. Ini kita punya falsafah dan kita akan sekuat-kuatnya dan seboleh-bolehnya akan mengutamakan sustainable tourism di negara kita.

Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan supaya kementerian bekerjasama dengan SPAD mengenai kelakuan pemandu teksi yang tidak berhemah dan mencadangkan aduan SMS bagi pemandu teksi yang berkelakuan tidak baik. Sebenarnya Yang Berhormat, kita punya masalah di Malaysia ini tiga.

Satu, daripada segi teksilah yang Yang Berhormat Kuala Selangor sebut. Kedua yang Yang Berhormat Bukit Katil sebut tadi, penyelenggaraan dan ketiganya penyelenggaraan termasuklah yang kompelin lagi tandas awam ini, memang teruk. Inilah ke

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

mana-mana sekalipun kita pergi, tak payah senyumlah Yang Berhormat Kepong. Ke mana- mana kita... Tak apa, saya sebut nama Yang Berhormat Kepong supaya tersebut dalam Hansard boleh claim duit hadir mesyuarat.

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Sebut Shah Alam sekali.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, okey. Nampak macam werewolf sahaja, itu yang terkejut tadi. Jadi, memang ini tiga problem. Teksi, tandas awam dan penyelenggaraan ini. Jadi ini semua luar daripada kementerian sayalah kuasa kerana teksi, dia SPAD. SPAD bawah Jabatan Perdana Menteri. Bila mari tang bagi lesen bawa teksi ini ia Kementerian Pengangkutan. Kemudian kalau tandas awam, ia kerajaan tempatan.

Jadi apa yang kita buat ialah kita sentiasa mengadakan program bersama. Program bersama sebagai contoh kata macam dengan teksi tadi. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengambil inisiatif dan telah bekerjasama dengan SPAD bagi menangani isu berkaitan dengan aduan negatif mengenai pemandu teksi. Pada 15 Mac 2012, Program Duta Teksi Yang Berhormat sebut itu, pelancongan telah dilancarkan iaitu bagi pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang dilatih mengenai aspek-aspek berikut iaitu untuk memberi layanan yang baik kepada pelancong, produk-produk pelancongan negara. Ini kita beri mereka latihan, aspek peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi terutamanya mengenai pemanduan berhemah dan sebanyak 40 siri kursus telah diadakan.

Maknanya ia berlaku sepanjang masa. Sebanyak 40 siri kursus telah diadakan dan seramai 4,000 pemandu teksi telah dilatih menjadi duta teksi pelancongan. Program ini telah tamat pada 3 November 2012 dan telah diadakan dengan jayanya dan kita akan terus mengadakan program inilah. Yang Berhormat sebut tadi betul. Sebenarnya kalau pemandu teksi ini kalau dia faham, kalau dia layan dengan baik pelancong-pelancong ini, dia dengan by word of mouth. Dia akan menceritakan, sebab pelancong dia punya dengan izin first encounter ke Malaysia ialah maknanya selepas dia pergi luar imigresen ialah pemandu teksi.

Jadi, kalau pemandu teksi itu dia layan pelancong itu dengan baik, saya percayalah iaitu pelancong itu akan malah macam Yang Berhormat sebut itu betul. Kalau diberi latihan untuk dia menjadi guide, dia boleh jadi guide sebenarnya. Daripada mula dihantar pergi ke hotelnya, angkat beg, hantar selepas itu boleh cakap, kalau kata esok kalau mahu melancong, you boleh contact my number.

Saya percaya mana-mana pelancong kalau datang, kita juga pelancong. Kalau ada pelancong yang datang ke Malaysia, pemandu teksi itu daripada mula dia berhemah dan berbaik dengan dia punya pelancong yang naik teksi dia itu, dia cerita, saya percaya iaitu bahawa pelancong itu akan rasa selamat. Akan selamat dan sudah tentu esok harinya akan contact pemandu teksi itu lagi supaya untuk bawa keliling ke bandar-bandar.

final • 2:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi sebab itu saya rasa adalah baik untuk kita bagi tahu kepada pemandu teksi, sebenarnya perkara ini boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka. Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat, yang jadi perompak siang hari ini ialah mereka, sebab sistem kita mana-mana orang dia dapat lesen, dia boleh bawa teksi. Dia bukan profesional taxi driver. Ini masalahnya.

Kalau kita bandingkan dengan pemandu teksi di London sebagai contoh, untuk mendapat lesen London taxi itu bukan mudah. Dia kena lulus berbagai-bagai ujian sebelum dia bila sebut sahaja hendak pergi mana, tahu boleh hantar di mana dah. Jadi kita tidak rasa dan pasang meter pun kita tidak rasa kita dirompak. Pasang meter maknanya kita kata memang patut kita bayar the taxi fare. Jadi, saya rasa dia punya masalah sini ialah masalah fundamental iaitu cara kita memberi permit teksi ini.

Hari ini kita hendak membantu juga macam Yang Berhormat sebut bekas-bekas tentera. Jadi bila dia habis tentera, dia tak ada kerja. Jadi, maka kita hendak memudahkan, memberikan lesen memandu kepada mereka. Mungkin mereka baik tetapi kalau kita bagi mereka lesen memandu, kita juga kena bagi kepada warganegara yang lain yang bukan

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

bekas tentera. Kalau tidak, kita tidak adil kepada rakyat kita. Yang lain inilah yang mungkin, saya kata mungkin ya, yang part time driver ini.

Mungkin siang dia kerja kilang kah, malam cari duit lebih, dia pergi ambil lesen daripada PSV, daripada Kementerian Pengangkutan, dia dapat tidak ada apa-apa ujian.

Jadi kalau dia bawa sebelah malam, dia tidak ada teksi sebab permit tidak boleh bagi kepada dia. Oleh sebab dia bekerja siang hari di kilang. Mungkin orang macam ini, saya tidak tahu, mungkin. Oleh sebab dia menyewa teksi selama kata enam jam bayar RM40 kah, jadi sebelum dia, maknanya dalam enam jam dia kena dapat lebih daripada RM40.

Mungkin inilah yang akan tunggu di tepi-tepi jalan, bila masuk sahaja, hendak pergi mana?

Seratus ringgit. Mungkin mereka, saya tidak tahu.

Akan tetapi saya rasa kalau sistem kita, kita bagi kepada bekas tentera, dia berkursus, kita bagi dia kursus tiga ke empat bulan yang dibayarkan dan minta dia jadi profesional betul taxi driver, bukan part time. Mungkin itu mereka okey. Akan tetapi yang saya bimbang ini ialah orang lain yang mengambil kesempatan kerana kita menyediakan PSV kepada mana-mana rakyat Malaysia yang hendak bawa teksi. Mungkin mereka ini yang tidak diberikan training, mereka dapat PSV license maka dengan mudah sahaja mereka sudah boleh bawa teksi sewa RM40. Hendak dapat duit cepat, inilah yang mungkin di tepi-tepi jalan yang tak pakai meter sebab dia tak kisah. Dia kalau selepas ini, dia lari pun, dia teksi bukan teksi dia. Akan tetapi kalau pemilik itu juga, pemilik teksi juga pemilik lesen memandu, dia mungkin bekerja dengan baik kerana dia takut kalau dia buat benda silap, bukan sahaja lesen dia kena tarik, teksi dia pun tak berjalan. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang cukup saya kagumlah, hebat. Saya pun tak tahu dia makan ubat apa?

[Ketawa] Supplementary apa? Maknanya kuat, pergi keluar negeri, balik mai, kemudian pergi pula, balik mai, mai jawab soalan itu. Hebat Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia pun pernah pecah sejarah penggulungan bajet kalau tidak silap saya, empat jam sampai terkencing...

[Ketawa] sampai terpaksa tangguh pencelahan itu untuk membolehkan Yang Berhormat Menteri pergi ke bilik air. Jadi ini cukup hebat, ini betul-betul keturunan hebatlah.

[Disampuk] [Ketawa] Tidak, kita tidak minta Timbalan Menteri. Kita kasihan kepada Yang Berhormat Lenggong, bagilah Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Pokok Sena Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] ‘Awat’ Yang Berhormat Gerik, suara Yang Berhormat Gerik tadi. Baik Yang Berhormat, saya hendak balik kepada isu duta pelancongan Yang Berhormat sebut tadi ada 40 kali kursus ataupun taklimat yang dibuat kepada 4,000 pemandu teksi. Saya hendak tekankan bahawa ia bukan sekadar kursus biasa kepada semua pemandu teksi, itu perlu dibuat. Akan tetapi ialah untuk ditawarkan kepada pemandu-pemandu teksi ini khususnya yang muda seperti disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, bekas-bekas tentera yang ada disiplin. Sebab bekas tentera ini mereka ada disiplin, yang telah dilatih dengan disiplin, sudah tentu mudah untuk hendak mengatur urusan dengan mereka ini supaya mereka itu mempunyai lesen untuk tourist guide, supaya pelancong itu lebih confidence, berkeyakinan. Jadi mereka boleh tunjuk, ini - jadi kalau setakat kursus 40 kali, mungkin seorang itu sekali saja dia pergi.

Kemudian orang lain pula yang pergi.

Jadi maknanya yang penting bagi saya bahawa kursus - maknanya yang secara profesional, maknanya Sijil Kemahiran Malaysia itu melalui SKM dan juga perlu mengambil peperiksaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan supaya dia ada, dia boleh daftar dengan agensi pelancongan. Sebab agensi pelancongan pun kadang-kadang tidak cukup kereta, boleh contact dia untuk menggunakan kereta dan dia sebagai tourist guide.

Itu yang saya katakan bahawa yang perlu dibuat, bukan semua. Saya tahu bahawa kalau semua memang tidak - ada sesetengah itu memang tidak berkelayakan. Jadi yang muda- muda, yang ada kebolehan daripada segi dua tiga bahasa dan sebagainya, saya fikir itu boleh menambahkan pendapatan untuk membantu mereka.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit ya, Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya bersetuju dengan apa yang Ahli Yang Berhormat sebut kerana saya rasa mungkin kita boleh mengadakan bagi mereka yang minat, kalau dia bawa teksi, kita adakan kursus yang intensif, kemudian kita boleh mengeluarkan kad yang menunjukkan bahawa dia juga adalah merupakan pemandu pelancong yang dilatih dan diiktiraf. Saya ingat itu satu cadangan yang boleh kita ambil tindakan dan saya minta pegawai saya di belakang ambil perhatian apa Yang Berhormat Pokok Sena telah cadangkan sebentar tadi.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian, Yang Berhormat Kuala Selangor saya tidak habis lagi. Yang Berhormat Kuala Selangor ini, Yang Berhormat Kuala Selangor ada?

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Tidak ada.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak ada saya bagi jawapan bertulislah ya. Yang Berhormat Kuala Terengganu ada?

Yang Berhormat Kuala Terengganu bercakap tentang heritage tourism. Yang Berhormat, bukan saja saya bersetuju tetapi kementerian saya pun memang bersetuju dan sememangnya kita mengadakan program untuk kumpulan-kumpulan minoriti seperti Baba dan Nyonya seperti Yang Berhormat sebut tadi dengan dia punya tradisi makanan, pakaian.

Di Melaka itu ada satu kumpulan Chetti, Chetti community dan itu juga kita memberikan - bukan ceti ya, berbeza. Kalau ceti lari wang, ini Chetti. Chetti ini pun ia merupakan satu kaum minoriti yang sebenarnya telah datang ke Melaka lebih awal lagi. Saya ingat tahun 1500 dulu pun sudah mari. Jadi mereka juga merupakan warisan kita dan sudah tentulah Feringghi, Portugis. Juga Yang Berhormat sebut berkenaan dengan Iban, Kadazan dan juga kampung-kampung Melayu yang lama.

Jadi, heritage tourism memang merupakan satu tourism yang kita dukung sebab itu dalam pembentukan Kabinet baru-baru ini dicantum semula. Dulu kementerian Pelancongan sahaja, sekarang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Bermakna, daripada segi kita memelihara warisan ini, ia bukan hanya semata-mata kita memelihara warisan kerana warisan tetapi warisan kerana sustainable. Warisan boleh hidup kerana dikaitkan dengan pelancongan. Sememangnya orang sekarang ini bercakap tentang cultural diplomacy, orang datang ke negara bukan lagi hendak bercakap tentang politik tetapi dia datang, dia hendak tengok tentang heritage of the country. Kalau kita pun, kalau kita pergi ke Eropah, ke mana kah, yang kita hendak pergi, kita hendak tengok ini semua, yang heritage tourism semua.

Sebab itu seperti Yang Berhormat Bukit Katil kata di the Loaf kah, di Paris Museum, di Topkapi kah, this all heritage punya. Dengan percantuman ini, saya rasa ia akan memberikan nafas baru kepada heritage tourism. Skop warisan luas dan merangkumi warisan budaya dan semula jadi, tapak-tapak warisan dunia, Melaka dan Georgetown serta Mulu dan Kinabalu telah dibangunkan dalam heritage tourism ini. Begitu juga dengan rumah-rumah panjang di Sarawak. Rumah panjang di Sarawak bukan sahaja setakat heritage tetapi kita juga ada Inap Desa, (homestay).

Saya pergi ke Sarawak, di kampung rumah panjang Bidayuh iaitu rumah panjang yang - mereka sudah tidak duduk di situ sudah sebab orang Bidayuh ini pun sudah dapat majukan pendapatannya dan mereka sudah tinggalkan long house itu, mereka bina rumah di persekitaran. Akan tetapi rumah panjang yang lama itu dijadikan sebagai inapan supaya dapat kekal bagi pelancong melihat bagaimana cara hidup orang-orang Bidayuh pada masa-masa yang lepas. Jadi heritage tourism satu aspek, sektor yang sememangnya kementerian saya memberikan penekanan.

final • 3:50 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, sekejap ya, sekejap. Bangunan kayu Yang Berhormat sebut kata hanya ada satu sahaja yang telah dipelihara. Jadi

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

sememangnya Yang Berhormat, bajet untuk warisan adalah terhad dan disalurkan mengikut keutamaan. Sebenarnya lebih daripada satu bangunan kayu yang telah dipelihara iaitu Masjid Kampung Dal di Kuala Kangsar, Masjid Mulong di Kelantan, rumah Penghulu Naha di Melaka, Istana Lama Seri Menanti dan ada beberapa lagi sebab saya hanya sempat untuk mendapat - diberikan maklumat pada waktu kita berbahas ini. Mungkin senarai yang lain itu akan saya minta pegawai saya sampaikan kepada Ahli Yang Berhormat ya.

Produk, ini Yang Berhormat Kuala Terengganu lagi.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bagi ini Yang Berhormat Nibong Tebal.

final • 3:50 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan heritage tourism Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Yang Berhormat Menteri sebut memang kurang sikit bajet dan belanjawan dan saya pun sedih juga sebab tahun 2013, dia bagi RM12 juta. Tahun ini diperuntukkan RM9.7 juta saja. Ini merupakan satu potensi yang besar, heritage tourism ini. Jadi mungkin dalam supplementary budget Yang Berhormat Menteri boleh fight for it dan kita sokong sebab ia ada potensi yang besar.

Oleh kerana Pulau Pinang juga seperti Yang Berhormat sebut tadi termasuk dalam UNESCO World Heritage, sama dengan Melaka, ada satu kawasan Muslim enclave di Pulau Pinang. Jadi saya harap kalau dapat perhatian Yang Berhormat Menteri juga sebab kita boleh bangunkan kawasan-kawasan itu seperti dalam galeri Muslim. Itu juga tempat yang orang-orang hendak pergi haji dahulunya menggunakan kapal, Tuan Pengerusi, mula di situ. Jadi kalau boleh kita dapat bina galeri Muslim di situ dan juga penulisan khat, satu taman ilmu Muslim yang baik.

Keduanya, heritage tourism ini sebab kita hendak wujudkan produk-produk baru Yang Berhormat Menteri sebab kita dalam usaha memberi promosi. Akan tetapi dalam produk-produk baru ini, ada satu di Pulau Pinang - saya ingat ini Yang Berhormat Kepala Batas mungkin akan bersetuju dengan saya. Ada satu tempat, Guar Kepah di Penaga… [Disampuk] Guar. Guar itu bukit.

final • 3:50 PM

Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal

Kalau Yang Berhormat Menteri boleh juga beri– sebab ada satu kajian awal dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia dan saya dimaklumkan yang artifak dia itu adalah lebih lama lagi daripada Perak Man. Jadi artifak dia sekarang ini ada di Singapura, ada di muzium di Holland, di UK dan mungkin juga di US. Jadi kalau dapat beri perhatian itu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba, sebab itu kalau sekarang ini saya baca Pesuruhjaya Warisan ini, Profesor Dr. Zuraina boleh beri perhatian. Sebab yang mula buat kajian itu adalah anak murid dia, student. Jadi, satu lagi Yang Berhormat Menteri.

Oleh kerana UNESCO ini di Pulau Pinang, ia ada kajian di Pulau Pinang. Ketua Menteri biasa menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri tentang – belum dilunaskan lagi janji yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badwi dahulu yang janji hendak beri RM12 juta kepada negeri Pulau Pinang. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri boleh tengok itu sedikit. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasih. Saya, memang...

final • 4:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Kuasa, sekejap Yang Berhormat.

Memang warisan ini kita mendapat peruntukan yang kurang sedikit. Insya-Allahlah kalau Yang Berhormat semua berminat untuk mempertahankan warisan kita, kita boleh supplementary budgetkah atau apakah, nanti minta. Saya percaya kalau kita boleh – ramai di kalangan kita yang berhujah tentang betapa pentingnya kita mempertahankan warisan negara kita. Saya percaya kerajaan akan mendengar dan memberikan peruntukan yang lebih lagi, apatah lagi apabila warisan juga diletak di bawah Tourism kerana dia mempunyai potensi untuk menjana income menerusi heritage tourism ini. Yang Berhormat, nanti ya.

Kemudian, program-program Yang Berhormat Kuala Terengganu, mengesyorkan agar usahawan kraf mengadakan aktiviti pengeluaran dan pemasaran produk kraf di halaman

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

rumah dan mengesyorkan agar perusahaan kraf diusahakan dengan penglibatan ahli keluarga supaya perusahaan dapat dijadikan perusahaan turun temurun. Kementerian menyambut baik pesanan Yang Berhormat Kuala Terengganu dan sememangnya kita terdapat usahawan-usahawan kraf yang menjalankan aktiviti di halaman rumah dan mengadakan aktiviti jualan di rumah mereka. Kita memang menggalakkan mereka supaya dia tidak perlu migrate ke tempat yang lain, kerana mungkin suasana di keadaan rumah mereka itu, mempunyai ruang material yang membolehkan dia melakukan aktiviti kraftangan dia. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah kementerian akan memperluaskan usaha ini dengan mengadakan kerjasama melalui pengusaha homestay di seluruh Malaysia.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat nanti, ada satu. Produk depreciation..

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

...Melalui heritage tourism. Program- program Mega Farm yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan ada membawa peserta-peserta program ke produk-produk pelancongan yang berkaitan dengan warisan.

Misalnya melalui Program ASEAN Explore Quest 2013 daripada 11 hingga 16 November.

Peserta di bawa ke industri labu sayung di Perak. Labu sayung dia mesti buat dekat rumah dia. Sebab cuma tanah di situ sahaja yang ada tanah liat. Jadi dia tidak boleh dipindah ke mana-mana. Peserta-peserta program adalah terdiri dari pihak media, agensi pelancongan dan selebihnya – dan juga ada deejay radio. Peserta program ini berjumlah 106 orang dan meliputi semua negara ASEAN termasuk peserta dari Malaysia. Antara negeri yang dilawati ialah Perak, Perlis dan di Langkawi. Ya, sila.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh sedikit tentang heritage tourism dan ingin pendapat dan juga mungkin input Yang Berhormat Menteri adalah tentang heritage tourism yang berkaitan dengan eco-tourism. Oleh kerana saya rasa banyak salah faham dari segi pembangunan eco-tourism yang berkaitan dengan heritage semula jadi kita. Ini kerana banyak pembangunan yang dikatakan dibina di atas nama eco-tourism sebenarnya merosakkan atau menjahanamkan ecotourism kerana mereka merupakan high impact development, dengan izin. Mereka kurang faham bahawasanya, apa-apa eco- tourism project mestilah memberi keutamaan besar dan utama dengan minimum impak kepada alam sekitar. Jadi kita telah lihat berapa contoh Taman Negara. Kita sendiri pun over develop di sesebahagian tempat sehingga menjatuhkan nilainya.

Contohnya di negeri saya sendiri di Terengganu yang sekarang ini sedang dibina satu kompleks bebas cukai di tengah-tengah hutan belantara Tasik Kenyir di mana satu pulau sudah digondolkan dan begitu banyak pylon, electricity, kabel dan sebagainya merentangi tasik-tasik sehingga merosakkan visual pollution dan juga environmental pollution dengan hakisan. Saya rasa mungkin melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dapat memberi pandangan yang keras kepada pihak-pihak pemaju yang tidak faham yang sebenarnya menurunkan nilai aset-aset kita dengan over development. Saya rasa ini adalah satu yang bahaya kerana mereka mungkin tidak faham, terlalu ghairah atau terlalu tamak untuk mengaut keuntungan sehinggakan merosakkan alam sekitar kita dan warisan...

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, tidak perlu panjang-panjang Yang Berhormat. Menteri sudah faham itu.

final • 4:00 PM

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu

Kita minta pandangan dan kita minta Yang Berhormat Menteri jika dapat memberi input untuk membantu selamatkan warisan kita.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kepada Yang Berhormat Tanjong sekali Yang Berhormat Menteri?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak. Saya ingat saya ada lagi 24 minit.

Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya kata saya jawab sejam tadi. Ya Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat. Saya di dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kita sentiasa memberi pandangan kita sama ada saya selaku Menteri dan Jemaah Menteri ataupun saya punya pegawai-pegawai berinteraksi dengan pegawai- pegawai di peringkat negeri. Kita memang prihatin dengan perkara seperti ini. Akan tetapi seperti Yang Berhormat semua tahulah sebab kuasa yang ada kepada kita, warisan dia ada kuasa kuat sebenarnya. Kalau mana-mana kawasan itu dibangunkan dan kalau didapati bukan sahaja kawasan. Kalau private development pun kalau didapati ada artifak-artifak yang lama, kita ada hak untuk memberhentikan pembangunan itu sehingga kita menyelesaikan semua. Kemudian, kalau kita rasa selepas itu proceed tidak apa. Jadi, kuasa itu terhad kepada artifak-artifak lama ini sahaja. Akan tetapi dari segi kata eco ini, saya rasa kerajaan masing-masing mesti lebih prihatin tentang perkara ini.

Jadi sebab itu ia adalah luar daripada saya punya kuasa. Akan tetapi saya boleh memberikan nasihat supaya sesetengah tempat itu tidak perlu dicerobohi kerana dia affect our environment. Akan tetapi saya rasa movement environment kita sekarang ini sudah pun kuat sebenarnya. Kalau kita bangun dan kita menyatakan kita tidak bersetuju kerana ia menjejaskan environment, saya rasa kerajaan akan mendengar. Kerana apa? Ini kerana the whole world now is talking about, dengan izin, conservation. Tidak mudah kita hendak memperlekehkan atau mengetepikan soal environment ini. Yang Berhormat, saya hendak jawab Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ini sebab dia ada bangkit berkenaan dengan...

final • 4:00 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Boleh mencelah? Berkenaan dengan warisan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, ya.

Ini berkenaan dengan Cardiff City ini.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanjong. Yang Berhormat Menteri tidak benarkan.

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduk, duduk. Saya ada hendak jawab Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Jadi, Yang Berhormat telah bangkit berkenaan dengan pengiklanan. Kita iklan iaitu Cardiff City. Pertama Yang Berhormat sebut RM15 juta tetapi RM15 juta Yang Berhormat, kalau kita convert kepada Sterling Pound, ia cuma 3 million pound sahaja. Satu jumlah yang kecil dan tidak mampu pun kalau kita hendak belanja di UK hendak beli satu pemain bola sepak yang hebat. Saya ingat yang sudah umur dekat 30 tahun ke atas, kuda tua ini bolehlah kita beli dengan RM3 juta ya?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi sebenarnya kalau pengiklanan di UK, RM3 juta bukan satu jumlah yang besar.

Kalau Yang Berhormat hendak sebut tentang RM3 juta kita belanja Visit Malaysia Year itu saya ingat dia boleh letak di stoking kaki dia sahaja. Orang tidak nampak pun. Itu realiti di sana. Now, mengapa kita iklan? Yang Berhormat jangan fikirkan pertama sekali saya hendak sebut, Malaysia ini diiklankan oleh Cardiff City waktu dia masa dalam championship iaitu liga kedua di England. Kita tidak bayar apa pun. Dia cuma tayang Malaysia. Itu kita tidak sponsor langsung.

Akan tetapi apabila dia pergi ke premier league jadi dia minta kepada kita supaya boleh tidak tolong iklan. Jadi kita kata okey, tulis Visit Malaysia. Dia tidak boleh tulis 2014, dia tidak dibenarkan tapi Visit Malaysia good enough. Yang Berhormat kena ingat itu premier league. Premier league dalam satu season atau musim dia main 38 kali liga dia sahaja dan yang melihat English Premier League (EPL) ini bukan sahaja orang di Cardiff, bukan sahaja orang di Wales, bukan sahaja orang di United Kingdom tetapi seluruh dunia 2 bilion. Saya tiap-tiap kali Cardiff City main saya tengok terpampang Visit Malaysia. Apabila

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

hendak bagus sekali kalau dia injured. Kadang-kadang dia injured dia tunjuk depan Visit Malaysia. Nampak terang. Ini pengiklanannya dan dia 38 game home and away. Tiap-tiap minggu.

Selain daripada itu dia ada FA Cup lagi, dia ada League Cup lagi. Cardiff tidak masuk Europian punya. Jadi saya kira-kira permainan yang dilihat ialah lebih daripada 60 game saya rasa daripada bulan 10 hari itu sampai bulan enam dan saya hendak sebut di sini yang melihat ini ialah dua bilion viewers all over the world. Pengiklanannya itu bukan di Wales sahaja, bukan di United Kingdom sahaja, bukan di Eropah sahaja pun, di seluruh dunia. Kalau Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang hendak tengok bola itu 2 bilion itu saya hendak sebut. 2 billion viewers. Ini bukan saya cakap. Ini survey yang dibuat oleh televisyen pengiklanan dunia. 2 bilion yang melihat bola itu. Jadi kalau kita kira sekalipunlah kita belanja RM15 juta, kemasukan wang ke negara kita ialah RM65 bilion. RM15 million kita belanja kalau kita hendak masukkan tourism resit kita kalau kita belanja zero kita hendak dapat RM65 bilion tidak mungkinlah. Mesti ada belanja wang sedikit. Jadi kalau RM15 million dan pada keseluruhannya kita belanja peruntukan untuk kementerian saya RM1.5 bilion ini telah diperuntukkan termasuk itulah dengan pengiklanan RM15 juta itu. Kita bawa tourism resit RM65 bilion. Tidak akan tidak ada investment untuk tourism resit. Jadi ini tidak ada kena-mengena dengan ‘Thai.com’kah apakah? Ini Malaysia. Visit Malaysia semua orang dapat melihatnya.

Jadi kalau Yang Berhormat banding saya tidak mahu sebut tentang yang lain-lainlah.

Kalau macam MAS dengan AirAsia itu bukan bawah tanggungan saya tapi ini direct iaitu duit daripada kementerian saya kita merasakan bahawa kita membelanjakan RM15 juta untuk ini adalah amat berbaloi.

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah Yang Berhormat. Ini keputusan saya telah buat kementerian saya.

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri. Saya tahu...

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Visit Malaysia, Malaysia dipaparkan tapi bagaimana mendorong untuk mendapat mereka datang ke Malaysia.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah.

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tengok, baca Malaysia ini tidak akan gerenti datang ke Malaysia.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

You tidak faham pengiklanan ini. Bila sudah kata nama Malaysia...

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

RM15 juta ini hanya menggunakan nama Malaysia tapi bukan menarik mereka visit Malaysia.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah. Yang Berhormat, tidak akan dalam baju itu kita hendak tayangkan Belum punya forestlah, letak Mulu. Tidak bolehlah. Bila Visit Malaysia orang pergilah tengok dalam itu. Sebut Visit Malaysia apa ada dekat Malaysia ini.

Dia tengoklah. Allah. Apalah Yang Berhormat. Come onlah, don’t be so simplistic your thinking dengan izin. Itu simple.

final • 4:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, ada statistik tidak yang pelancong daripada United Kingdom dan juga Eropah Barat ini sebelum...

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti, nanti saya ada. Resit dia RM1.5 bilion itu daripada United Kingdom. Dia merosot daripada tahun 2010 – 2012 merosot, sekarang dia naik balik. Tourism arrival 420,000. Itu UK sahaja. Kalau Yang Berhormat kata hendak sebut UK. Dia punya resit ia RM1.5 bilion. Resit. Maknanya orang datang melawat ke negara kita. Dia datang melawat negara kita bukan hendak tengok bola. Kita kata kita tarik dia Visit Malaysia. Daripada situ dia akan tertarik untuk melihat apa ini Malaysia. Dia akan google, dia akan tengok.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau macam cadangan Yang Berhormat Sepang tadi dia kata lebih baik kita belanja untuk hantar player kita pergi main. Dia kata mungkin, mungkin. Belum tahu lagi orang hendak datang. Hendak tunggu player kita seperti Yang Berhormat kata belanja RM15 juta bawa belia-belia kita pergi main bola sana sementara dia hendak jadi Ronaldo saya ingat 40 tahun lagi tidak dapat balik pulangan. Betul tidak? Wasted RM15 million. Jadi jangan tunggu sampai hendak train footballer kita di Cardiff, di Eropah lepas itu orang kenal katalah Mohd. Nazri footballer itu kita bawa hantar ke sana jadi best footballer. Berapa tahun lagi itu? 20 tahun lagi. RM15 juta belanja sekarang dia punya hasil 20 tahun lagi. Buat apa?

Baik kita RM15 juta sekarang kita tarik dia Visit Malaysia dia akan datang ke negara kita.

Jadi dia akan tertarik Visit Malaysia. Jadi pengiklanan begitulah mana-mana kita iklan.

Kalau macam negeri Selangor saya tengok mereka pun iklan juga. Negeri Sabah iklan. Everybody has to advertise one way another sebab Yang Berhormat kena ingat kita ini negara yang kesepuluh yang dilawati oleh pelancong seluruh dunia. We have nothing.

Kita tidak ada apa-apa. Negara yang sembilan di hadapan kita ini France, US, UK, Jerman, Spain, Itali, Turki, China, Rusia, Malaysia nombor sepuluh. Mana mereka datang ke negara kita kalau tidak menerusi iklan-iklan seperti ini? Sebab itu kita jangan unrate pengiklanan.

We are number 10. Indonesia, saya rasa saya pergi ke Bali baru-baru ini hendak dibandingkan dia punya heritage dia ke belakang kita, ke belakang.

Borobudurnya, Balinese punya heritage saya tengok macam-macam. Saya pergi ke Kampuchia, Siem Reap, Angkor Wat. Saya pergi ke Piaviha. Ini mereka punya natural tarikan pelancongannya sudah ada. Kita terpaksa iklan negara kita we have to spend. Kita mesti belanja untuk menarik orang datang ke negara kita. We have to spend. Sebab itulah kita nombor sepuluh. Indonesia belakang kita, Thailand belakang kita dan banyak negara yang lain yang besar-besar yang ada ini semua belakang kita kerana apa, kerana pengiklanan. Kerana Malaysia Truly Asia. Jadi Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak terus jawab sebab dia kena manusia bertanya kalau wolf tidak boleh.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kalau tidak, tidak dapat claim nanti.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sudah, sudah baru sahaja claim. Sudah masuk sudah itu, sudah masuk.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekarang ini sudah masuk itu. Cakap sedikit.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ha sudah. Masuk sudah.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa tidak ada orang pertikaikan pengiklanan hanya persoalannya hanyalah keberkesanan corak pengiklanan yang digunakan. Walaupun ditulis atas baju jersi dan sebagainya sejauh mana ianya benar-benar menimbulkan minat dan menghasilkan jumlah seperti mana yang dibacakan.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Boleh atau tidak kita buat perbandingan sebelum iklan itu berapa ramai dan selepas iklan itu berapa ramai dan ada tak kita buat satu senses ataupun satu interview dengan orang. Mereka datang ke Malaysia ini kerana apa? Pasal saya baca atas jersi pemain bola sepak ditulis visit Malaysia. Berapa ramai yang memberikan jawapan yang sebegitu rupa?

Maka tidak ada orang yang menafikan pengiklanan. Hanya corak, Yang Berhormat Menteri ini dengar atau tidak Tuan Pengerusi? Dia tengah baca nota lain.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dengar. Dengar.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saja.

[Ketawa] Tidak mengapalah Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun fahamlah point yang saya

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

kemukakan. Saya hendak bukti bahawa corak pengiklanan yang diguna pakai itu benar- benar berkesan. Kalau tidak kita cari cara yang lain mungkin yang lebih berkesan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, tidak ada satu cara pengiklanan yang boleh dikatakan bertanggungjawab 100% kedatangan orang daripada luar ke negara kita. Ia mesti datang daripada hasil berbagai-bagai bentuk dan corak pengiklanan, faham? Not one, tidak boleh. Saya memang tidak boleh kata dengan cara itulah sahaja maka...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, saya pun tidak kata itu satu sahaja caranya.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itulah, itu yang you cakap.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tanya berapa ramai yang oleh kerana cara itu. Itulah yang kita hendak. Kita buatlah satu kajian. Janganlah dibuat sahaja begitu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itu yang dia cakap. Dia mahu saya menunjukkan hasil daripada satu ini menunjukkan datang semua. Mana boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak kata begitu. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri saya ingat Yang Berhormat Menteri faham maksud saya tetapi nampak gaya macam tidak faham.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ia merupakan hasil cantuman semua. A campur B campur C maksud saya. Barulah. Iklan menerusi CNN, iklan menerusi radio, iklan menerusi internet. Ini semua kita buat.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak ada orang kata tidak buat.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak payah layan. You dapat elaun sudahlah.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Nobody says that. Tidak ada orang kata tidak buat. Kita hendak tanya keberkesanan corak itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau berbahas dengan orang yang dia punya perbahasan dia langsung tidak masuk akal, tidak payah. Saya hendak pergi ke Sekolah Chen Moh.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri bagi saya masuk.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi Yang Berhormat sekarang ini last sekali Sekolah Chen Moh saya hendak sebut begini.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduk. Soalnya adalah bukan pencerobohan. Kementerian saya tidak menceroboh tanah Sekolah Chen Moh. Sekolah Chen Moh yang telah menceroboh tanah kerajaan. Ini kena ingat sebab dalam soal surat khabar Cina saya tengok selalu bercakap tentang acquisition, bukan. We did not dengan izin we did not acquire, we evacuate them. Ini tanah kita dan kita membina pada peringkat mula dia kata kita acquire. Saya kata okey tidak mengapa. Kalau you kata kita acquire your land, kita pergi mahkamah. Saya cadang kepada Sekolah Chen Moh pergi mahkamah.

Selepas itu dia tengok, dia tidak ada kes. Okey memang bukan tanah dia.

Jadi saya kata tidak apalah kalau sudah mahu pergi ke mahkamah, apa sekarang?

Oleh sebab kita dapat tahu bahawa itu tanah kita dicerobohi apabila kita membuat pelan untuk membina bangunan istana kebudayaan kita, tanah kita. Kita hendak buat istana kebudayaan atau kita hendak buat bangunan kebudayaan, itu tanah kita, hak kita. Semasa

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

kita membuat pengukuran, maka didapati semasa pengukuran itu bahawa Sekolah Chen Moh telah mencerobohi tanah kita.

Jadi kita hendaklah tanah kita sebab kita ada perancangan. Di atas tanah yang dicerobohi itu dibina bukan class room cuma basket ball, court dengan car park. Jadi apabila saya tengok surat khabar Cina tulis macam-macam. Akan tetapi saya mencadangkan iaitu tidak mengapa oleh kerana kita tidak mahu nampak hendak besar- besarkan sangat kita cadangkan supaya oleh kerana ini tanah kita okey kita bagi surat kepada mereka supaya mereka menerima dan kita boleh sewakan kepada mereka ikut kadar apa yang dibayar oleh mana-mana agensi kerajaan yang menyewa tanah kerajaan iaitu RM1,000 setahun okey kita tulis surat.

Oleh sebab saya pun budak hendak main basket ball, tidak apa, tidak kisah. Jadi kita kata you kena sewa setahun RM1,000 sahaja dan untuk 20 tahun RM20,000 sahaja bukan RM1,000 sebulan dan ini pun RM1,000 sebulan adalah jumlah yang dibayar mana-mana agensi kerajaan kalau dia menyewa tanah kerajaan, jadi RM1,000 setahun. Kemudian syarat kedua jangan bina apa-apa permanent structure sebab itu tanah saya, tanah kementerian. Nombor tiga, selepas 15 tahun kita kaji balik kerana yang kita tahu itu bahawa enrolment sekolah telah menurun daripada 1,700 kepada 350 orang, okey. Oleh sebab kalau sudah tinggal 10 orang hendak sekolah apa lagi. So, 15 tahun kita runding balik.

Runding balik bukan hendak tutup tetapi kita hendak tengok keadaan 15 tahun daripada sekarang macam mana.

Jadi adakah logik setelah saya sudah setuju tanah saya ini, tanah kementerian. Ya saya Menteri, tanah sayalah. Kalau tidak, takkan saya bercakap di sini, tanah kementerian ya. Saya Menteri kementerian. Jadi saya sebut tanah saya itu makna saya hendak bagikan satu bandingan if it’s your land, it’s your right whatever you want to build sama ada tanah sebelah itu gereja atau masjid. Kalau tanah saya, saya hendak bina rumah saya punya haklah. Itu tanah saya. Itu perbandingan saya.

Adakah logik saya hendak tanya setelah saya bersetuju untuk membenarkan mereka terus duduk bagi RM1,000, dia minta RM10. Boleh? RM10 setahun. Boleh? Saya hendak tanya. Tanah saya, bukankah saya telah maknanya telah cukup bertimbang rasa.

RM1,000 itu bukan saya ambil satu nilai daripada langit. RM1,000 itu saya ambil nilai di mana agensi kerajaan yang lain. Ini bukan agensi kerajaan, ini private sector, sekolah private tetapi saya ambil RM1,000 itu berdasarkan agensi kerajaan sewa tanah kerajaan, bayar RM1,000 setahun.

final • 4:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat, ini bukan private sector. Ini sekolah kerajaan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, sekolah kerajaan RM1,000. Samalah agensi kerajaan samalah.

final • 4:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kalau tanah RM10 apa hal? Tidak ada masalah. Dia guna tanah itu bukan untuk keuntungan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat you boleh bayar. Saya ingat you RM1,000 boleh bayar. Ini tanah saya.

final • 4:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bukan you punya.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini tanah kementerian.

final • 4:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Ini kementerian, bukan Yang Berhormat Menteri punya.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya saya bagi perbandingan, saya sebut tanah saya itu. If it is your land, apalah. Saya bagi perbandingan if it is your land, I’m saying if it is my land sebagai contoh if it is your land. You hendakkah, I mean you punya haklah you hendak buat apa. Jangan mempersalahkan kepada saya tanah saya, saya bina, saya hendak buat rumah, itu tanah saya. Jadi ini tanah kementerian. Jadi kementerian hendak buat istana budaya, bangunan dia, itu tanah dia dan kita pun telah bersetuju. Tidak mengapalah you pakailah RM1,000 macam mana agensi lain pakai RM1,000. You minta RM10, you tanya kepada saya, logikkah?

Saya bagi satu bulan, 20 November hantar surat. Satu bulan buat keputusan. Mahu terima atau tidak mahu terima. Kalau tidak mahu terima saya ambil balik tanah itu. Itu

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

sahaja. Jadi Yang Berhormat itu sahaja ucapan saya terima kasih. Soalan lain saya akan beri jawapan secara bertulis.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,219,591,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,219,591,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM283,940,000 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2014 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM283,940,000 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2014]

final • 4:20 PM
Maksud B.45 [Jadual] - Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2014] -

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Sekijang.

final • 4:30 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan perbekalan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Saya hendak sentuh berkenaan dengan bajet yang saya kira tambahan yang agak besar daripada RM753 juta untuk tahun 2014 dalam memastikan peranan dan sumbangan belia dan sukan dalam pembangunan dan kemajuan negara sememangnya dapat kita teruskan.

Tuan Pengerusi, melalui Butiran 010200 kita lihat keadaan padang di stadium utama negara seperti Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam sering kali mengalami kerosakan dan tidak sesuai untuk dijalankan acara sukan terutamanya berkaitan dengan bola sepak. Saban tahun berjuta ringgit diperuntukkan untuk membaiki serta menyelenggarakan padang stadium-stadium ini. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM31.67 juta bagi kerja-kerja berkaitan dengan penyelenggaraan, prasarana sukan di bawah Perbadanan Stadium Negara.

Saya ingin mencadangkan agar stadium bola sepak, rumput tiruan yang boleh mengatasi masalah padang rosak ini diberikan, sekurang-kurangnya stadium ini mungkin yang dilihat memakan kos yang agak tinggi yang dimaklumkan sebanyak RM2.5 juta. Jika dilihat daripada kos yang tinggi ini, dilihat juga kos yang berkaitan dengan kos penyelenggaraan kalau untuk tempoh masa yang panjang ia adalah kos penyelenggaraan yang agak rendah. Saya rasakan ini sudah tentu amat berbaloi. Selain itu, stadium ini kelak perlulah dikawal kemudahannya iaitu terhad kepada acara sukan utama dan berkaitan dengan antarabangsa sahaja. Di Negeri Sembilan dimaklumkan adalah negeri pertama yang katanya telah memasang dan menggunakan teknologi ini di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Tuan Pengerusi, pembangunan sukan sangatlah penting dalam mencari serta menggilap bakat baru sukan terutamanya sukan berstatus teras. Negara pernah melahirkan jaguh-jaguh dunia seperti keluarga Sidek bagi sukan badminton, Mirnawan Nawawi bagi sukan hoki dan Datuk Nicol David bagi sukan squash. Adalah satu kerugian jika negara

final • 4:30 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

tidak dapat meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai pelapis bagi terus mengharumkan nama negara di masa hadapan. Kita sedia maklum bahawa kementerian baru sahaja melantik sebuah Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara. Prestasi bola sepak negara ketika ini adalah sangat tidak memuaskan. Namun begitu, saya ingin menegaskan terdapat banyak lagi acara sukan yang perlu diberi perhatian serius selain daripada bola sepak. Kita tidak boleh lagi terlalu menyandarkan harapan kepada Datuk Lee Chong Wei atau pun Datuk Nicol David untuk terus membawa bendera Malaysia ke persada dunia.

Untuk Butiran 020200 bagi Pembangunan Sukan yang memperuntukkan jumlah yang lebih kecil untuk tahun 2014, hanya RM26.9 juta diperuntukkan berbanding RM35.3 juta tahun ini. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan ini dinaikkan agar setiap sukan teras negara mempunyai jawatankuasa pembangunan mereka sendiri. Ini adalah sangat penting memandangkan beberapa sukan utama negara dilihat semakin kurang atlet pelapis terutamanya sukan badminton. Tidak dilupakan juga adalah sukan hoki yang pada tahun ini menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tahniah kepada pihak kementerian.

Sokongan dari kerajaan untuk menyediakan pengganti di masa hadapan perlulah diberikan tumpuan dalam sukan-sukan seperti ini.

Saya ingin menambah Tuan Pengerusi, berkenaan dengan kemudahan berkaitan dengan sukan di peringkat akar umbi. Peranan gelanggang futsal dilihat memang amat menggalakkan sementelahan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan gelanggang futsal ini di seluruh negara dapat dilaksanakan dan dapat disiapkan untuk kegunaan para belia menggunakan kemudahan ini bagi meningkatkan lagi taraf sukan berkaitan dengan futsal.

Maka saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan tambahan kos untuk penyelenggaraan berkaitan dengan gelanggang futsal ini. Ini kerana kalau kita lihat, walaupun gelanggang futsal ini ditadbir urus oleh persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan belia ataupun JKKK di sesuatu kawasan, namun penyelenggaraan berkaitan dengan gelanggang futsal ini kadang-kadang terlalu tinggi dan sukar untuk pihak terbabit menggunakan pendapatan atau pun hasilan daripada penggunaan gelanggang futsal itu untuk menguruskan gelanggang- gelanggang sukan ini. Saya ingin mencadangkan juga oleh sebab gelanggang futsal juga adalah di antara permintaan tertinggi daripada golongan belia ini terutamanya di kawasan- kawasan luar bandar, kita minta supaya Kementerian Kewangan juga melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat menambah lagi peruntukan berkaitan dengan gelanggang futsal ini.

Saya hendak sentuh hal berkaitan dengan belia Tuan Pengerusi. Kita tahu pembangunan negara sangat bergantung dari penglibatan golongan belia semua peringkat iaitu profesional, teknikal mahupun vokasional. Justeru, adalah tidak hairan apabila kerajaan begitu komited dalam melahirkan belia yang mampu berdaya saing dalam semua peringkat. Untuk Butiran 020500 telah memperuntukkan sebanyak RM1.675 juta bagi pembangunan ekonomi belia tahun hadapan. Melihatkan objektifnya iaitu untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang maju dan berdaya saing, saya ingin mencadangkan agar kementerian ini menjalinkan kerjasama atau pun Blue Ocean Strategy dengan kementerian- kementerian lain dan agensi-agensi kerajaan seperti TEKUN, UMB dan MARA dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan muda yang ingin menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan mereka.

Tuan Pengerusi, setiap tahun ramai tenaga mahir berjaya dilahirkan kerajaan melalui program yang dianjurkan termasuklah Program Latihan Vokasional dan Teknikal. Untuk tahun hadapan, sebanyak RM153 juta dalam Butiran 030000 diperuntukkan untuk program latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Memandangkan setiap tahun ramai tenaga mahir baru dilahirkan adalah penting bagi IKBN mewujudkan lebih banyak program latihan bagi bidang-bidang baru bagi mengelakkan lebih ramai bilangan belia yang ada di kawasan luar bandar terutamanya menganggur. Tiada makna jika kita melahirkan tenaga mahir yang ramai jika mereka ini tidak mendapat pekerjaan. Maka Blue Ocean Strategy melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia adalah penting bagi memastikan tenaga-tenaga mahir ini dapat diserapkan dalam industri-industri yang berkaitan. Saya merasakan program-program latihan bagi bidang-bidang baru juga mampu meluaskan lagi peluang-peluang untuk mereka memilih latihan-latihan yang mereka minati.

Tuan Pengerusi, Malaysia kini dalam landasan yang betul ke arah negara maju.

Proses mencari pemimpin masa hadapan adalah sangat penting dalam memastikan kesinambungan perjuangan pimpinan masa kini mampu diteruskan kelak. Sukan pula memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat dan melalui sukan juga

final • 4:30 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

nama Malaysia mampu meniti bibir di kalangan peminat sukan dan meletakkan Malaysia di mata dunia. Belia inspirasi negara, sukan pengharum nama. Saya mohon ucapkan terima kasih pada Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mohon menyokong.

final • 4:30 PM

Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang

Dan menyokong. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Baru.

final • 4:30 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan yang diberikan oleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi untuk saya turut memberikan pandangan dan juga membahaskan untuk Maksud B.45, Kementerian Belia dan Sukan dan seterusnya mengemukakan beberapa soalan-soalan.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kerana Yang Berhormat Menteri sendiri telah hadir untuk berikan perhatian terhadap perbincangan dan perbahasan kita pada petang ini. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 020000 mengenai Pembangunan Belia dan Sukan dan juga Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Saya bersependapat dengan rakan saya daripada Sekijang tadi bahawa kalau kita melihat peruntukan yang diberikan kepada KBS pada tahun ini, ia agak meningkat. Namun demikian, untuk butiran-butiran yang saya sebutkan tadi ia melihat sedikit penurunan berbanding dengan peruntukan pada tahun lepas. Kalau kita tengok pembangunan belia dan sukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM174,936,000 tetapi pada tahun 2014 ini hanya RM166,027,700 sahaja, menunjukkan pengurangan sebanyak RM8.908 juta. Begitu juga pembangunan sukan. Pada tahun lepas kementerian ini diperuntukkan RM35.084 juta tetapi pada tahun ini hanya RM26.921 juta, juga pengurangan sekitar RM8.162 juta.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa pengurangan ini berlaku kerana biasanya kalau sesuatu peruntukan itu dikurangkan untuk sesuatu kementerian, boleh jadi ia bermakna bahawa keperluan kementerian itu sudah cukup atau pun yang keduanya, ini negatif sedikit, kerajaan rasa tidak pentinglah kementerian ini.

final • 4:38 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya sependapat dengan Yang Berhormat Sekijang tadi. Sukan merupakan bidang yang cukup penting dalam negara kita dalam membina generasi terutamanya generasi muda yang menjadi pelapis kepada pemimpin di masa depan. Oleh sebab itu, saya juga mencadangkan supaya peruntukan tambahan dipohon oleh Kementerian Belia dan Sukan ini untuk menampung keperluan-keperluan mendesak dalam bidang sukan.

Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian sejauh mana atau pun berapa banyak peruntukan jika ada yang diberikan oleh kementerian dan juga perancangan kementerian ini untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai budaya sukan yang kuat, a strong sporting culture di dalam negara kita ini.

Saya sempat membuat beberapa semakan atau pun kajian sedikit. Di Singapura pada tahun 2013, Kerajaan Singapura telah meluluskan peruntukan sebanyak SD250 juta untuk tujuan to build a strong sport culture - untuk membina suatu budaya sukan yang kuat dan kukuh.

Di negara-negara lain juga kita melihat bagaimana setiap tahun kerajaan memperuntukkan peruntukan ke arah untuk mewujudkan budaya sukan ini. Oleh sebab itulah kalau kita pergi ke negara-negara yang maju dalam bidang sukan-sukan tertentu, kita pergi lah ke bandar kah, ke kampung kah, ke pedalaman dan sebagainya ada budaya sukan sama ada secara umum atau pun secara khusus. Kita pergi ke Indonesia, kampung yang tercorok, di pedalaman pun ramai orang main badminton. Kadang-kadang main bukan dengan raket, dengan sekeping papan pun main badminton. Begitu juga kita pergi ke

final • 4:40 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pakistan. Walaupun mereka hidup dalam keadaan yang miskin, dalam keadaan merana dan sebagainya mereka cukup berminat dengan kriket.

Kalau kita pergi ke Brazil, sementelah lagi Tuan Pengerusi bola ini bukan hanya permainan, bukan hanya hobi. Ia dianggap seolah-olah sebagai God, sebagai Tuhan.

Itulah budaya sukan yang saya maksudkan. Akan tetapi kita di Malaysia ini apa budaya sukan yang ada? Ini kerana bagi saya sukan adalah penting. Bukan hanya untuk kita mendapat pingat atau meletakkan ranking negara kita di mana-mana ranking di dunia tetapi sukan adalah untuk kesihatan, untuk maslahat kepada rakyat dan sebagainya. Saya mohon penjelasan selepas ini.

Ketiga, saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian sama ada kita di Malaysia ini kita mempunyai suatu master plan atau pun pelan induk kepada kemudahan-kemudahan sukan, sport facilities? Sama ada kita ada kah tidak satu master plan apa yang kita hendak provide facilities kepada rakyat secara umumnya. Kemudian, sebagaimana Yang Berhormat Sekijang sebutkan tadi maintenance kepada facilities yang kita ada ini. Sebagai contohnya kalau sekiranya sekarang ini kita melihat di sekolah-sekolah kita, kita dibangkitkan di Dewan ini beberapa kali. Ada sekolah yang sekarang ini sudah tidak ada padang untuk main Yang Berhormat. Tidak ada padang lagi dah tetapi itu di bawah Kementerian Pendidikanlah.

Di bandar-bandar, yang mulanya ada padang untuk main bola, main ragbi dan sebagainya, sekarang ini sudah dijadikan tapak pembangunan. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah tidak satu coordination, satu koordinasi di antara KBS ini dengan kementerian-kementerian lain. Umpamanya Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan sebagainya supaya kita dapat mewujudkan suatu persekitaran yang memperuntukkan suatu kemudahan sukan kepada rakyat jelata kita.

Tuan Pengerusi, perkara terakhir yang saya hendak sebut ialah ini mungkin ada highlight sedikit lah. Saya pun tadi tengok pegawai-pegawai kanan tinggi daripada kementerian ada di Parlimen, saya pun kecut perut juga. Sahabat saya daripada MSN ada, ISN ada. Dia kata ini macam kita hendak bertempur dengan Menteri tetapi sebenarnya itu tidak benar Tuan Pengerusi. Untuk rekod, saya hanyalah seorang pemimpin kecil dalam satu pertubuhan sukan kecil sahaja dalam negara kita ini, tidak sohor.

Akan tetapi untuk rekod saya antara orang yang pertama yang memberikan harapan, memberikan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kita iaitu pada 18 Mei 2013 for record purposes saya menyatakan harapan yang tinggi kepada Yang Berhormat Menteri kita ini, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk beliau menjadi suatu ikon terpenting dalam pembangunan sukan dalam negara kita ini kerana beliau seorang yang faham dengan sukan, pernah terlibat dengan pertubuhan atau pun persatuan-persatuan besar sukan dalam negara kita ini. Jadi tidak timbul saya atau pun siapa-siapa hendak bergaduh dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ini. Walaupun ada timbul baru- baru ini satu incident yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia, namun demikian saya pada hari ini tidak mewakili FAM atau sebagainya. Saya bercakap sebagai seorang Ahli Parlimen.

Tuan Pengerusi, saya berpendapat dan sebelum ini pun pernah menyatakan bahawa peranan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kita dalam konteks pertubuhan dan persatuan sukan dalam negara kita ini ibarat hubungan bapa dengan anak. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan adalah bapa kepada semua pertubuhan sukan yang ada dalam negara kita ini. Tidak kira apa jenis sukan sekali pun. Olahragakah dan sebagainya, beliau adalah bapa. Persatuan-persatuan ini ada anak-anak. Anak-anak ini pula sudah ada keluarga dah. Ada suami, ada isteri, ada anak-anak dan sebagainya. Dia bukan solo. Persatuan ini adalah secara kolektif ramai dalam satu-satu persatuan sukan itu.

Oleh sebab itu, atas perumpamaan hubungan anak dengan bapa ini saya berpendapat bahawa Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dalam menangani sesuatu permasalahan yang berlaku dalam Pertubuhan dan Persatuan Sukan dalam negara kita ini perlu bertindak dengan begitu bijaksana, begitu berhemah.

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Walaupun beliau berpendapat bahawa sesuatu perkara, sesuatu teguran, sesuatu hukuman perlu dikenakan kepada anaknya ini, pada pandangan saya ianya perlu diadakan dalam bentuk yang berhemah, bukan dalam bentuk yang boleh menimbulkan suatu retaliation, suatu tindak balas yang negatif.

Sebagai contohnya kalau pertubuhan sukan itu melakukan kesalahan atau pun dia melaksanakan sesuatu yang tidak memuaskan hati, pihak kerajaan atau pun pihak menteri beritahu secara yang baik. Itulah yang kita sebutkan dahulu, jemputlah pertubuhan- pertubuhan sukan ini untuk datang menghadap Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh beritahu apa masalah yang dirasakan tidak betul.

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Biar pertubuhan ini memberikan pandangan kepada Yang Berhormat Menteri apa masalah yang mereka hadapi.

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Bharu...

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Bukan dengan cara kadang-kadang...

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kota Bharu, mencelah sedikit.

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sila, sila.

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Boleh?

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Lenggong.

final • 4:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya begitu tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu.

Yang Berhormat Kota Bharu ini dia memang Ahli Parlimen yang cukup aktif dalam sukan.

Saya setujulah kalau disebut antara menteri dengan badan sukan ini umpama menteri ialah bapa, badan-badan sukan ialah anak. Jadi, sudah tentu saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri apakah kalau kita dalam kehidupan biasa pun tentu bapa boleh menegur anak.

Apatah lagi bapa ini mendapat banyak pula aduan daripada jiran, daripada itu, ini yang mungkin melihat kelakuan anak dia atau tindakan anak dia yang boleh menjejaskan.

Satu perkara, apakah ia tidak boleh dilakukan oleh seorang bapa kepada anak ini?

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Lenggong. Memang beliau pun seorang Ahli Parlimen yang hebat, memang aktif. Memang saya pun bersetuju 100% dan itulah yang saya katakan tadi. Bapa ini dia 100% boleh tegur anak-anak dia ini tetapi tengok tempat lah. Nanti kadang jumpa dekat kedai kata, “Engkau ini apa buat kerja tidak betul?”. Depan kedai, depan-depan orang kata macam itu dan sampai satu peringkat apabila orang tanya dia kata “Aku sudah fed up dengan anak aku ini”. That’s not right. Itu tidak betul kalau berkata begitu.

Bagi saya, saya daripada awal lagi saya kata boleh tegur tetapi dalam keadaan berhemah yang berbentuk pendidikan, yang berbentuk hendak membetulkan sesuatu keadaan. Dengan jelasnya amatlah tidak elok kalau di dalam media. Saya merasakan bahawa tidak ada lagi di Malaysia ini persatuan atau pertubuhan sukan yang berani untuk menyanggah, atau pun melawan Menteri ini. Oleh sebab kita tahu Menteri ini adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk melihat dan juga meneliti segala kegiatan sukan dan sebagainya dan juga dari segi legalnya beliau adalah a legal person to look into all the sport activities and development.

final • 4:40 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu tidak dipersoalkan. Akan tetapi apa yang saya persoalkan, bukan saya hendak persoalkan tetapi saya hendak beri pandangan ialah kerana pada pandangan saya kadang- kadang teguran, teguran yang mungkin disiarkan di dalam media boleh memberikan

final • 4:50 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

implikasi yang amat tidak baik kepada pertubuhan sukan kita dan juga sukan, secara umumnya. Saya ambil contoh direct lah. Untuk sukan bola sepak dalam negara kita atau mana-mana negara di dunia ini, kita tidak boleh lari daripada satu pertubuhan dunia yang mengendalikan bola sepak iaitu FIFA.

FIFA ini satu pertubuhan yang mungkin mempunyai constitution ataupun statute, perlembagaannya dan juga perlembagaan negara-negara yang menjadi anggota mesti selaras dengan perlembagaan FIFA. Saya hendak merujuk Tuan Pengerusi kepada satu provision di dalam statute FIFA iaitu Artikel 17(1), tajuknya ‘Independent of Members and the bodies’. Dengan izin Tuan Pengerusi, "Each member shall manage its affairs independently and with no influence from third parties". Itu peruntukan di dalam perlembagaan ataupun statute FIFA. Dengan kata lain, sesuatu badan yang menjadi anggota di dalam FIFA ini perlu bertindak secara bebas dan terkeluar daripada pengaruh- pengaruh pihak ketiga, third parties. Kes-kes yang berlaku di beberapa negara yang boleh saya quote pada hari ini Tuan Pengerusi yang telah mana apabila adanya apa yang disifatkan interference daripada government telah menyebabkan beberapa persatuan bola sepak negara di dunia ini yang telah digantung oleh FIFA. Ini saya amat yakin Yang Berhormat Menteri dan juga pegawai- pegawai kementerian amat mengetahui dan memahami. Pada tahun 2010, 4 Oktober 2010, FIFA telah menggantung Nigeria Football Federation (NFF) atas alasan campur tangan daripada kerajaan apabila Pasukan Bola Sepak Nigeria ini balik daripada Piala Dunia 2010 dengan pencapaian yang tidak membanggakan, maka Presiden Nigeria iaitu Goodluck Jonathan, namanya pun sedap. Telah imposed dua tahun sanctions sebagai punishment kepada team bola sepak Nigeria yang pergi ke Piala Dunia 2010 di South Africa. Tindakan ini telah dianggap oleh FIFA sebagai suatu interference from third parties iaitu government. Akibat daripada itu, pada tahun itu FIFA telah menggantung pasukan World Cup Nigeria daripada dapat menjalankan aktiviti.

Terbaru pada 4 Julai 2013, FIFA telah menggantung Cameroon Football Association

(FECAFOOT). Digantung oleh FIFA on account of government interference, dengan izin.

Puncanya apa dia? Puncanya ialah apabila Persatuan Bola Sepak Cameroon mengadakan AGM, mengadakan mesyuarat agung dengan melantik presidennya, Iya Mohammed sebagai presiden FECAFOOT ini.

Akan tetapi orang ini, individu ini tidak disenangi oleh menteri sukan di negara Cameroon. Menteri sukan telah membawa perkara ini ke mahkamah dan mungkin dikaitkan dengan kes-kes terhadap individu ini dalam dikatakan dalam mismanagement ke atas satu state own cotton company di negara tersebut, maka mahkamah telah membuat satu order, satu perintah bahawa pemilihan Iya Mohammed sebagai presiden Cameroon Football Association ini tidak sah. FIFA beranggapan tindakan kerajaan Cameroon itu adalah sah interference from third parties there is government Cameroon menyebabkan pasukan bola sepak Cameroon digantung.

Jadi ini kebimbangan sebenarnya persatuan sukan khususnya bola sepak supaya kadang-kadang tindakan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri dengan penuh hormatnya, kadang-kadang boleh disifatkan sebagai interference daripada kerajaan.

Sebagai contohnya dengan penuh hormatnya juga, saya di antara orang yang menyokong Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara tetapi berkaitan dengan suatu pelantikan yang dibuat oleh sahabat saya Yang Berhormat Ketereh. Semua orang tahu Yang Berhormat Ketereh terpaksa meninggalkan bola sepak selama dua tahun kerana tindakan disiplin oleh Badan Disiplin FAM. Kalau di Cameroon, menteri sukan meminta supaya presiden yang dilantik dilucutkan jawatan, ini di Malaysia seolah-olah Menteri Sukan melantik seorang yang digantung daripada semua kegiatan bola sepak untuk menduduki jawatankuasa ini.

Saya tidak berani mengatakan itu sebagai satu interference, tertakluk kepada tafsiran atau interpretation daripada FIFA ataupun AFC. Akan tetapi bagi saya eloklah sekiranya Yang Berhormat Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan dapatkan dahulu satu kepastian. Saya tumpang merasa embarrass dengan izin, kalaulah sekiranya selepas ini FIFA mengatakan bahawa pelantikan itu tidak sah kerana dianggap interference from the government. Jadi saya tumpang merasa embarrass. Kalau tidak berlaku begitu alhamdulillah, itu baik. Jadi inilah yang saya mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan terutamanya dengan penuh hormatnya, kita mengharapkan dapat menjadi benar-benar sebagai bapa, sebagai penjaga kepada semua aktiviti sukan. Kita ketepikan semua kepentingan politik ataupun kepentingan peribadi dan sebagainya. Kalau semua

final • 4:50 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

penyakit ada ubat, semua masalah ada penyelesaiannya. Jadi di dalam sukan begitulah Tuan Pengerusi. Saya faham angguk, suruh berhenti. Jadi saya rasa semua yang saya hendak sampaikan, saya mohon maaf kalau ada kekasaran dan sebagainya, ini satu pandangan yang ikhlas untuk kebaikan sukan. Mudah-mudahan akan diberikan penerangan oleh Yang Berhormat Menteri sekejap nanti. Terima kasih, Assalamualaikum.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong.

final • 4:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ringkas sahaja.

final • 4:57 PM

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy - Kapar

[Menyampuk] Mahu ganti menteri belia ke?

final • 4:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Butiran 020700, 0400 dan 02400 berkaitan dengan B.45. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang sentiasa melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kegiatan-kegiatan belia dalam usaha untuk memenuhi pelbagai tuntutan kepada generasi muda yang kita tahu mereka di kalangan kelompok yang berbeza tempat dan cita rasa yang tidak sama. Sudah tentu Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menawarkan pelbagai program bagi memenuhi tuntutan generasi muda yang sudah begitu berbeza dan pelbagai kelompok ini.

Saya juga tahu bahawa dalam usaha kita hendak memenuhi tuntutan tersebut pelbagai pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing termasuklah yang diusahakan oleh Kementerian Pertahanan melalui Program Latihan Khidmat Negara walaupun kalau pada pandangan saya Program Latihan Khidmat Negara ini lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Untuk itu juga saya fikir di bawah Program Latihan Khidmat Negara ini tidak ramai generasi muda yang dapat menyertainya kerana jumlah kem dan kewangan yang terhad dan sudah tentu kalau dahulu pihak kementerian juga turut memainkan peranannya dan saya lihat juga ada di dalam butiran ini iaitu Program Jati Diri yang dibuat oleh pihak kementerian. Oleh sebab itu, saya ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian bagaimana pengisian program ini dibuat, berapakah jumlah peserta yang terlibat, bagaimana program ini dibuat apabila pesertanya ada dan bagaimana program - susunan adakah kita biarkan begitu sahaja dan tidakkah ada misalnya alumni sebagaimana yang dibuat oleh PLKN dan sebagainya. Sebab itu saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri apakah susulan selepas program-program seumpama ini yang dibuat.

Program Belia Antarabangsa, saya juga lihat memang terdapat dalam butiran ini di mana kementerian juga memberikan fokus kepada program-program belia di peringkat antarabangsa.

final • 4:57 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sejak dulu lagi kita tahu bahawa kepimpinan belia di Malaysia memang menerajui hampir keseluruhan organisasi gerakan belia di peringkat antarabangsa di semua peringkat di dunia, Asia, di ASEAN dan sebagainya. Oleh sebab itu saya bimbang kita akan ketandusan kepimpinan. Untuk itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri apakah perancangan dibuat oleh pihak kementerian untuk menyusun dan membantu gerakan dan pertubuhan belia yang ada pada hari ini, bagi kita pastikan supaya kesinambungan kepimpinan dapat kita teruskan. Ini supaya negara kita terus menguasai tampuk kepimpinan organisasi belia di seluruh dunia.

Berkaitan dengan Festival Belia Malaysia ini saya cuma ringkas sahaja. Saya minta pandangan pihak kementerian supaya 15 Mei itu. Kalau 1 Mei ialah Hari Pekerja, 16 Mei ialah Hari Guru tetapi mintalah 15 Mei hari yang mengiktiraf kelahiran belia itu mesti diberi keutamaan. Saya fikir kalau kita buat tarikh-tarikh lain, nanti kita akan lupa tarikh 15 Mei itu.

Jadi tarikh itu saya harap pihak kementerian ambil perhatian.

Tadi juga dibangkitkan dengan program pusat aktiviti sukan ini iaitu gelanggang futsal. Saya tahu bahawa ini memang telah begitu banyak dibuat oleh pihak kementerian.

Barangkali ada gelanggang-gelanggang yang nampak terbengkalai tidak digunakan,

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

mungkin kerana aktiviti futsal itu bermusim. Oleh kerana itu belia-belia kita di peringkat akar umbi juga memerlukan tempat untuk kegiatan mereka untuk aktiviti belia. Oleh sebab itu saya ingin cadangkan dan minta apakah kementerian boleh fikir supaya di gelanggang futsal itu juga kalau boleh dibangunkan juga barangkali bilik yang tidak luas, yang kecil untuk dijadikan pusat aktiviti. Aktiviti persatuan belia itu mungkin dalam 20,000, 30,000 untuk satu projek yang membolehkan ada pejabat kegiatan belia di situ. Akhirnya terdirinya gelanggang-gelanggang futsal yang ada hari ini tidak terbiar kerana di samping mereka main aktiviti futsal, ada aktiviti-aktiviti seumpama ini. Saya fikir itu sahaja Tuan Pengerusi.

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bachok.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ambil kesempatan untuk bahaskan Butiran 020000 dan juga butiran 060000. Saya hendak merujuk kepada laporan Utusan Malaysia sisipan pada hari ini yang bertajuk “Wibawa Atlet Muslim”. Ada beberapa soalan saya ingin kemukakan kepada pihak kementerian. Pertama, apakah cadangan kementerian terhadap komitmen penyertaan atlet Muslim dalam kejohanan sukan yang berlangsung pada bulan Ramadhan? Sejauh mana atlet Muslim dan jurulatih serta pegawai diberikan pendedahan terhadap keperluan amalan agama seperti solat ketika musafir, puasa sama ada mengambil rukhsah ataupun azimah kerana difahamkan juga Sukan Komanwel 2014 yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan juga. Minta penjelasan daripada pihak kementerian.

Keduanya, kesungguhan para atlet kita menaikkan nama negara dalam penyertaan pelbagai jenis sukan amatlah kita sanjung dan hargai. Apakah program yang dijalankan oleh KBS bagi memastikan atlet negara sentiasa bermotivasi, berdisiplin dan jauh daripada terlibat dengan elemen-elemen yang negatif. Kemudian kita difahamkan ramai juga atlet- atlet kita ini di kalangan remaja-remaja yang masih lagi muda belia. Sudah pasti mereka juga berdepan dengan tekanan perasaan, permasalahan-permasalahan peribadi. Saya mencadangkan pihak kementerian supaya lebih prihatin terhadap permasalahan ini untuk melaksanakan sesi kaunseling dan kalau sudah sedia ada, bagaimana keberkesanan yang telah pun dicapai?

Kemudian juga pihak kementerian saya ingin kemukakan bagaimana dengan keperluan mendapatkan makanan halal ketika berada di luar negara. Apakah penambahbaikan yang KBS lakukan bagi memastikan atlet Muslim mendapat makanan berzat dan halal ketika kita mengambil bahagian dalam sukan dan bertanding di luar negara.

Tuan Pengerusi, kita juga sering menyebut tentang melahirkan atlet berprestasi tinggi berkelas dunia. Namun, kita mendapati ada aduan bahawa mereka yang bertugas di ISN dan juga MSN yang berstatus kontrak. Jadi apakah tidak ada perancangan daripada pihak kementerian untuk menyelesaikan permasalahan ini kerana kita menghargai golongan-golongan yang melatih atlet-atlet kita ini dan untuk diberikan kebajikan yang sewajarnya bagi mereka.

Akhirnya pihak kementerian, saya hendak mencadangkan supaya format perlawanan akhir Piala Malaysia diikut sebagaimana format perlawanan akhir Piala Suzuki.

Ia ada timbal balas. Contohnya macam Kelantan dengan Pahang baru ini. Sepatutnya negeri yang berjaya dan layak masuk peringkat akhir ini diberi juga manfaat untuk mendapat kunjungan penonton-penonton di stadium yang sudah pasti mendapat manfaat daripada penjualan tiket dan sebagainya. Kalau bertanding di padang yang berkecuali, maka negeri Kelantan sebagai contoh ataupun negeri Pahang, barangkali tidak mendapat hasil daripada penjualan tiket ini. Jadi kalau boleh dicadangkan kepada pihak kementerian, buat perlawanan timbal balas. Berlawan di Kota Bharu sekali dan berlawan di Kuantan sekali. Jadi kita tengok agregat daripada siapa yang menang. Sekian, terima kasih.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar. Tidak bangun? Sila. Ya. Lagi seorang, Yang Berhormat Menteri jawab? Okey.

Selepas Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bukit Katil. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 5:02 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Selamat petang, salam reformasi.

final • 5:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terus kepada butiran.

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Tuan Pengerusi.

[Disampuk] Yang Berhormat Lenggong kacau saya.

final • 5:07 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Mimpi, mimpi. Dia mimpi.

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Jangan kacau saya.

final • 5:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Salam ubah.

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya tengok Yang Berhormat Menteri pun hari ini tidak steady pula dia.

final • 5:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kapar tidak minat...

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Garu-garu kepala pula hari ini.

final • 5:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya panggil Yang Berhormat Bukit Katil, kalau tidak minat berucap.

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya memang bersedia ini. All right.

Pertama Yang Berhormat Menteri, ini berkenaan dengan Bekalan 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia dan Kompleks Sukan Negara dan Maksud Pembangunan, Butiran 00601 – Menaik Taraf Kompleks Sukan Negara. Perbelanjaan mengurus bagi Perbadanan Stadium Malaysia dan Kompleks Sukan Negara telah ditingkatkan daripada RM30 juta daripada tahun 2013 kepada RM31.7 juta pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak RM1.7 juta. Berdasarkan isu padang Stadium Bukit Jalil yang berlaku pada Ogos 2013, adakah kementerian boleh memberi jaminan peningkatan perbelanjaan mengurus ini akan meningkatkan kualiti pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia supaya isu yang memalukan negara tersebut tidak akan diulangi.

Perbelanjaan pembangunan menaik taraf Kompleks Sukan Negara telah ditingkatkan pula daripada RM12 juta tahun 2013 kepada RM57.3 juta pada tahun ini iaitu sebanyak RM45.7 juta peningkatan sebanyak 377.5%. Saya minta Yang Berhormat Menteri dengan segala hormatnya menjelaskan peningkatan perbelanjaan yang begitu banyak bagi butiran tersebut. Adakah peningkatan tersebut hanya untuk menaik taraf padang Kompleks Sukan Negara atau sama ada projek naik taraf tersebut dijalankan berdasarkan tender terbuka?

Bahagian seterusnya isu kedua adalah kena mengena dengan Butiran 040300 – Festival Belia Negara. Semakan audit mendapati peruntukan program pemberian bantuan yang masing-masing berjumlah RM18.2 juta dan RM12.6 juta digunakan bagi menampung perbelanjaan Hari Belia Negara pada tahun 2011 dan 2012. Tiga kumpulan Kpop didapati dibawa masuk dengan kos yang ditanggung kerajaan sebanyak RM1.6 juta. Ini adalah tidak selaras dengan kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Mohid bin Mohamed dalam laporan Bernama tahun lalu yang menyatakan bahawa kos tersebut ditanggung oleh penaja. Kementerian juga ditegur atas perbelanjaan tinggi dan tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemah bagi belanja lain untuk sambutan tersebut.

final • 5:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Laporan Audit menyenaraikan perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 yang tidak dibuat secara berhemah yang membabitkan jumlah RM2.9 juta. Contohnya sebanyak RM42,500 telah digunakan bagi tujuan pembekalan 17 unit papan tanda road board untuk pejalan kaki yang bernilai RM2,500 seunit. Sebanyak RM1.1 juta dibayar pula untuk promosi dan publisiti Hari Belia Negara 2012. Kementerian Belia dan Sukan telah menjenamakan semula Karnival Himpunan Jutaan Belia kepada Festival Belia Putrajaya.

Peruntukan Festival Belia Negara pula ditambah RM4 juta daripada RM6 juta pada tahun 2013 menjadi RM10 juta pada tahun ini 2014. Adakah wajar Festival Belia Negara

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

ditambahkan peruntukan memandangkan semakan audit mendapati sambutan Hari Belia 2012 menunjukkan pembaziran dan pemborosan yang begitu serius.

Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan sistem tender terbuka untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dan penganjuran aktiviti sempena Festival Belia 2014. Saya minta penjelasan tentang pelaksanaan sistem atau tender terbuka. Saya juga menarik perhatian Menteri yang berkata langkah bagi mengelakkan berlaku sebarang pembaziran seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara terhadap penganjuran Hari Belia Negara pada 2012 sistem tender terbuka adalah dialu-alukan. Namun penambahan perbelanjaan bagi program ini tidak wajar seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit di mana sejumlah RM2.9 juta dibelanjakan pada Hari Belia 2012 tidak dibuat secara berhemah. Apakah tindakan seterusnya daripada kementerian bersabit dengan Laporan Audit ini?

Saya juga ingin memberi cadangan kepada Menteri bahawa kita sedang memperuntukkan satu dana yang begitu banyak untuk Festival Belia Negara yang dibelanjakan pada dalam masa 24 jam atau satu hari. Apa salahnya festival ini dianjurkan atau dipergunakan untuk satu bulan. Kita jadikan satu bulan khususnya untuk belia dan kita sambut itu sebagai satu festival bulanan. Nampak dana itu boleh digunakan dengan lebih berhemah seperti yang diminta oleh AG Report dan boleh dilaksanakan projek-projek yang boleh membantu belia secara khusus dan secara umum. Saya minta Menteri sila ambil isu belia dan sukan bukan dari sudut politik tetapi dari sudut silaturahim bersama untuk meningkatkan penglibatan belia dan sukan dalam negara ini. Minta penjelasan dan ulasan terhadap cadangan saya.

final • 5:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Menyampuk]

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Masih hendak ganggu saya tetapi saya tetap fokus. Saya masuk kepada P.00100. Ini kena mengena dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Yang Berhormat Menteri perbelanjaan mengurus bagi kedua-dua badan tersebut telah dikurangkan. Saya ingin menekankan IKBN dan juga Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Kedua-duanya telah dikurangkan di mana pengurusan perbelanjaan mengurus IKBN dikurangkan sebanyak RM5.4 juta daripada RM158.4 juta menjadi RM153 juta.

Perbelanjaan pembangunan IKBN juga dikurangkan sebanyak RM25.8 juta daripada RM56.2 juta menjadi RM30.4 juta.

Perbelanjaan mengurus Akademi Pembangunan Belia Malaysia juga telah dikurangkan sebanyak RM0.5 juta iaitu daripada RM5.3 juta menjadi RM4.8 juta. Of course Menteri boleh buat rujukan kepada Buku Bajet kita angka-angka ini memang tertera di sana. Untuk pengetahuan bersama IKBN bertujuan untuk melatih belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan negara. Manakala Akademi Pembangunan Belia Malaysia berobjektifkan untuk melatih belia di peringkat akar umbi dalam bidang kepimpinan bagi menerap nilai-nilai kepimpinan yang murni dan luhur serta memberi kemahiran dalam bidang keusahawanan. Saya minta Menteri memberi penjelasan rasionalnya untuk mengurangkan perbelanjaan bagi kedua-dua butiran tersebut yang bertujuan melatih belia. Akan tetapi sebaliknya Menteri telah meningkatkan peruntukan bagi Festival Belia Negara.

Saya mohon penjelasan daripada Menteri pada pendapat saya secara peribadi saya rasa IKBN dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia sepatutnya diberi peruntukan. Ini kerana kedua-dua akademi ini di tubuh untuk pembangunan belia dan sukan. Akan tetapi sayang seribu kali sayang kita bagi fokus kepada Festival Belia Negara tetapi kita abaikan dan mengaburkan dana yang sepatutnya diberikan kepada IKBN dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Saya juga meminta kementerian memandang serius dengan masalah pengangguran di kalangan belia. Menurut pegawai Kementerian Pelajaran Dato’ Mohd Azlan Yahya pada 8 Julai 2013 sebanyak 30% hingga 40% daripada graduan universiti di Malaysia tidak mempunyai pekerjaan selepas tamat universiti atau dalam bidang-bidang yang tidak setimpal dengan apa yang mereka belajar. Bukankah peruntukan lebih banyak harus disalurkan untuk menangani isu-isu yang lebih penting seperti pengangguran. Terutamanya kepada IKBN yang di bawah Kementerian Belia dan Sukan?

Saya minta juga penjelasan untuk bahagian itu.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kapar.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Menteri lagi dua isu.

final • 5:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Yang Berhormat Kapar boleh mencelah Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Silakan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Masa tidak ada Yang Berhormat Kapar.

final • 5:10 PM

Datuk Mohd Idris bin Jusi - Batu Pahat

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Kapar. Kalau kita lihat peruntukan dan juga kemudahan-kemudahan latihan dan dari segi pembangunan belia. Kita mungkin hanya dapat menelah kira-kira 10% atau kurang lebih begitu diberikan peluang untuk mengikuti latihan. Persoalan barangkali yang timbul belia merupakan 40% daripada penduduk tanah air kita kira-kira tujuh juta begitu kalau kita ambil secara mudah. Jadi bagaimana kedudukan belia-belia lain yang tidak diberi peluang latihan yang boleh menyelamatkan mereka dari permasalahan yang mereka hadapi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat ayahanda Yang Berhormat Batu Pahat. Sila masukkan soalan tadi sebagai sebahagian daripada soalan saya. Saya juga ingin menekankan dalam jawapan Menteri kepada saya tentang penglibatan belia dalam jenayah. Kita dapati peratus yang terlalu banyak adalah terdiri yang pertama kaum Melayu lebih daripada 50%, kedua kaum India dan ketiga kaum Cina. Saya cuba untuk semak tetapi Tuan Pengerusi sudah panggil saya untuk berucap dan berbahas, saya tidak sempat tetapi Menteri tahu Menteri telah memberi jawapan tersebut. Akan tetapi saya tengok dalam bajet kita tidak ada apa-apa diperuntukkan untuk belia yang terlibat dalam jenayah dari sudut mengembalikan mereka ke jalan yang betul atau hala tuju yang betul. Tiada peruntukan saya minta Yang Berhormat memberi ulasan.

Terakhir Tuan Pengerusi dengan izin dan dengan segala hormatnya, yang terakhir daripada saya. Saya juga ingin menekankan mengenai perbelanjaan untuk pembelian aset kod 30000 yang berkurangan sebanyak RM4,750 iaitu sebanyak 65% berbanding dengan RM7,250,000 pada tahun 2013 tetapi kali ini RM2,500,000 sahaja. Saya terima baik pendekatan Kementerian Belia dan Sukan yang mungkin ingin mengurangkan ketirisan dan pembaziran. Namun begitu saya minta kementerian memberi penjelasan untuk penurunan yang mendadak ini. Adakah ini langkah yang positif selaras dengan penglibatan kementerian ini? Tambahan kepada itu bekalan 060100 juga menunjukkan bahawa kesemua RM2.5 juta itu adalah digunakan untuk membeli harta modal. Saya ingin kementerian memberikan perincian harta modal yang akan dibeli di bawah bekalan tersebut.

Manakala mengenai perbelanjaan pembangunan juga ada menunjukkan pengurangan daripada RM206 juta pada tahun 2013 menjadi RM154 juta. Saya terima baik mungkin ini hendak mengelakkan daripada ketirisan dan pembaziran. Akan tetapi ini adalah kena mengena perbelanjaan pembangunan. Saya minta kementerian jelaskan bahagian itu mengapa berlakunya kekurangan dan apakah rasional kekurangan. Saya terima jawapan daripada kementerian walau bagaimanapun you know pembazirankah, ketirisankah, akan tetapi saya perlukan satu jawapan yang positif tentang penurunan ini. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera Tuan Pengerusi.

Benda yang telah diterangkan ataupun ditaklimatkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang Parlimen Belia, saya ingin tanya di dalam anggaran perbelanjaan berapakah peruntukan yang diperuntukkan untuk memastikan agar program Parlimen Belia ini yang dijadualkan akan dilaksanakan tahun depan dapat dijalankan.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Seterusnya bagi Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan dan juga bagi Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Saya ingin nyatakan di sini bahawa menurut prestasi aktiviti yang dinyatakan hanya terdapat 175 hingga 200 bilangan pertubuhan belia yang diberikan bantuan. Daripada antara 529 hingga 1,000 bilangan pertubuhan belia yang didaftarkan dan ini tidak termasuk 1,205 bilangan pertubuhan sukan yang didaftarkan di mana hanya 154 hingga 300 bilangan pertubuhan sukan yang diberikan bantuan.

Saya minta Menteri Belia dan Sukan untuk senaraikan pertubuhan belia yang diberikan bantuan ini. Apakah kriteria yang menyebabkan mereka ini lebih layak diberikan bantuan berbanding pertubuhan-pertubuhan yang lain. Memandangkan bilangan pertubuhan belia ini kita jangka akan didaftarkan dan jumlahnya meningkat, kita faham bahawa sukar bagi kementerian memberikan bantuan kepada semua pertubuhan.

Justeru, saya ingin tanya apakah ada insentif yang lain yang telah atau akan diberikan agar pertubuhan-pertubuhan belia yang tidak menerima bantuan ini dapat bergerak dengan lebih mudah. Contohnya dengan melakukan pencarian dana sendiri melalui insentif pengecualian cukai kepada pihak-pihak yang memberikan sumbangan kepada mereka.

Seterusnya Tuan Pengerusi adalah berkaitan dengan Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Berdasarkan maklumat yang diberikan, terdapat begitu sedikit sekali bilangan belia yang telah dan dijangka mengikuti kursus dan program keusahawanan iaitu antara 1,228 sehingga 1,290 dan belia yang mengikuti kursus dan program belia tani berkurangan daripada 357 kepada 270 setahun. Saya fikir ini kelihatan sedikit janggal jika mengambil kira satu daripada tiga bidang utama yang menjadi fokus belia ialah keusahawanan seperti mana yang disimpulkan di dalam penemuan makmal transformasi belia.

Saya telah bertanyakan kepada Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani dan dimaklumkan kepada saya terdapat seluas 110,000 hektar tanah yang terbiar yang boleh diusahakan. Kalau kita ikuti program perkembangan Inkubator Belia Tani yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut sepanjang daripada tahun 2003 sehingga 2013 hanya lebih kurang 445 belia tani yang berjaya dilahirkan.

Jadi saya fikir perlu ada perincian, perlu ada koordinasi di antara kedua-dua kementerian ini agar Belia Tani ini dapat kita rancakkan kerana ini adalah salah satu daripada strategi untuk memastikan agar belia ini dapat diberikan fokus yang lebih meluas bukan sekadar belia usahawan belia tetapi juga belia tani. Saya juga ingin bertanya Menteri Belia dan Sukan, adakah program yang sedikit ini berpunca daripada jumlah peruntukan yang kecil dalam aspek ini iaitu kalau kita teliti, lebih kurang sebanyak RM1,675,000 di mana RM1,045,000 itu untuk tanggungan emolumen dan hanya sekadar RM630,000 sahaja untuk perkhidmatan dan bekalan.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin minta perhatian Yang Berhormat Menteri dan jawapan berkaitan dengan beberapa perkara yang dibangkitkan audit dan Ketua Audit Negara khususnya di muka surat 367, 368, 369 sehinggalah ke muka surat 371 Laporan Audit di mana dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa pemberian bantuan yang diluluskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri kepada NGO, persatuan, pertubuhan adalah tidak selaras dengan objektif pemberian bantuan dan garis panduan yang dikeluarkan.

Bantuan tersebut disalahgunakan untuk membeli aset yang melibatkan perbelanjaan RM234 juta, perbelanjaan pegawai berjumlah RM0.18 juta dan yang lain-lain. Selain itu Laporan Audit juga mendedahkan terdapat 29 pembayaran projek berjumlah RM1.26 juta dibuat atas nama atau melalui 19 pegawai kementerian atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti program NGO, persatuan ataupun pertubuhan.

Ini tentunya tidak selaras dengan Arahan Perbendaharaan yang menyatakan bahawa nama seseorang pegawai kerajaan tidak boleh dicatat sebagai penerima bayaran dan akan mendedahkan kepada risiko berlakunya penyelewengan. Terdapat juga enam tuntutan bayaran berulang terhadap kerja yang sama dilakukan oleh kontraktor sebanyak dua hingga tiga kali di mana nilai setiap tuntutan adalah antara RM26,500 sehinggalah RM41,000.

Selain itu, garis panduan Jabatan Belia dan Sukan Negeri tidak menyatakan dengan jelas tindakan yang perlu dibuat terhadap lebihan peruntukan. Ini menyebabkan lebihan peruntukan bagi tiga program yang disemak di Majlis Belia Malaysia yang berjumlah

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

RM1.55 juta atau antara 31.2% hingga 97.8% tidak dikembalikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Isu lebihan peruntukan ini tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa sama ada di peringkat Kementerian Jabatan Belia dan Sukan ataupun peringkat negeri.

Oleh sebab itu saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah ada tindakan yang serius tentang penyelewengan ini ataupun kemungkinan berlakunya penyelewengan ini. Adakah kementerian akan menyusul lebihan peruntukan supaya memastikan kerajaan mendapatkan value for money terhadap program yang dibiayainya.

Seterusnya terakhir Tuan Pengerusi, ialah berkaitan dengan program Gerak Gempur Rakan Muda Sekolah pada tahun 2009. Pada peringkat awal, jabatan belia dan sukan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM10.92 juta bagi tujuan pelaksanaan program ini di mana ianya melibatkan sebanyak 2,183 buah sekolah dengan penyertaan seramai 419,116 orang pelajar. Bagaimanapun Audit mendapati sejumlah RM2.70 juta telah dibelanjakan bagi tujuan majlis pelancaran program menyebabkan peruntukan keseluruhan program mencecah sejumlah RM13.62 juta, peningkatan sebanyak 24.7%.

Laporan Audit juga dedahkan RM4.4 juta telah dibayar dalam tahun 2008 hingga tahun 2010 untuk bayaran pengurusan program kad keahlian Rakan Muda. Program tersebut dinyatakan dengan jelas oleh Auditor General amat merugikan kerajaan dan telah pun ditamatkan. Saya fikir isu yang dibangkitkan Laporan Audit ini menunjukkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri tidak menggunakan wang dengan bertanggungjawab. Saya fikir kalau ada unsur kebertanggungjawaban dan berbelanja berhemah, tentunya peruntukan- peruntukan yang besar seperti ini boleh disenaraikan atau boleh disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang memerlukan dan yang betul-betul komited terhadap program-program pembangunan belia. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 5:20 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 - Pembangunan Sukan.

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa di setengah-setengah tempat dan juga bandar- bandar di merata Malaysia ini mempunyai facilities sukan awam yang tidak digunakan sepenuhnya. Jadi saya percaya bahawa pembangunan sukan di peringkat grassroot dan juga peringkat tempatan boleh melatih ahli-ahli sukan ke tahap yang lebih tinggi. Kita boleh melakukan ini tanpa membelanjakan satu jumlah wang yang besar. Sebagai contohnya di Kuala Kangsar terdapat Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang bertaraf Olimpik. Terdapatnya gelanggang sukan hoki astroturf di Kolej Islam. Terdapatnya dewan jubli berbumbung yang boleh memuatkan gelanggang astroturf hoki.

Terdapat juga gelanggang-gelanggang petanque yang telah menganjurkan program- program antarabangsa. Ini semuanya facility yang boleh kita melatih anak-anak kita khususnya Orang Asli contohnya dan juga anak-anak Sungai Perak yang boleh kita melatih untuk menjadi perenang-perenang bertaraf dunia.

Pendekatan-pendekatan sedemikian, saya mencadangkan supaya dapat mewujudkan sekolah sukan khususnya di Kuala Kangsar yang bukan berbentuk fizikal tetapi dalam bentuk program dan juga pelaksanaan untuk melatih dan mendidik anak-anak tempatan dan ahli sukan supaya dapat membawa ke tahap yang lebih tinggi khususnya ke tahap antarabangsa. Jadi dengan itu, tradisi sukan khususnya di Kuala Kangsar yang begitu gemilang terdahulu dapat diwujudkan semula dan membantu menaikkan mutu sukan negara. Sekian, terima kasih.

final • 5:27 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:27 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. *Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillahi alhamdulillah.

Wassolatu wasaalamualla Rasulillah. Wa-ala’alihi wassohbihi-ajmain*.

Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada Maksud Bekalan 45 Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan.

Tuan Pengerusi, kita sedang bercakap mengenai Kementerian Belia dan Sukan dan kita tahu kementerian ini adalah kementerian membina negara melalui bina insan bersama dengan Kementerian Pendidikan cuma saya tengok sasaran kita dalam belia ini ialah belia- belia yang di luar waktu sekolah dan lepasan daripada sekolah yang tidak terlibat dengan Kementerian Pendidikan. Sudah pasti akar yang perlu kita bincang soal peruntukan jutaan yang banyak, ratusan juta, kita harus lihat kepada matlamat kita memperuntukkan begitu banyak wang iaitu kejayaan kita membina belia negara.

final • 5:29 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Kejayaan yang sebenar bagi kita sebagai sebuah negara umat Islam ialah apabila kita berjaya mengadakan satu program, model program yang menggabungkan di antara kejayaan dunia dan akhirat. Inilah bagi saya perlu kita lihat sejak daripada awal semasa kita berusaha untuk membawa belia negara kita ke arah kejayaan. Jadi secara ringkasnya, saya melihat bahawa modul program yang sudah sedia ada melalui Kementerian Belia dan Sukan ini masih lagi tidak mesra agama. Maka saya berharap, saya ingin menyaksikan kerajaan memiliki satu niat dan kesungguhan yang besar untuk selepas ini memperkenalkan lebih banyak program-program dan modul yang islamik, yang hasilnya pasti akan lebih baik. Kita berhadapan dengan remaja, kita berhadapan dengan belia hari ini yang bermasalah, belia negara yang tidak berjaya. Di sebalik kita kecapi kejayaan- kejayaan kita, kita melihat pada belia yang begitu ketinggalan, terlibat dengan gejala sosial dan sebagainya.

Jadi saya ingin merujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Belia dan juga Butiran 020400 - Penyelarasan Rakan Muda. Soalan saya yang pertama secara ringkasnya, adakah kerajaan bersedia memperuntukkan sejumlah wang, walaupun sedikit untuk melakukan kajian semula terhadap modul program belia yang saya kira masih tidak menepati shariah compliance dan juga tidak mesra akhirat? Ini saya mengharapkan daripada kerajaan untuk melihat kepada perkara ini.

Kedua ialah berkenaan dengan Rakan Muda, peruntukan yang banyak. Secara ringkasnya, saya dapati Rakan Muda ini dalam kerajaan memilih gaya hidup sihat. Salah satunya ialah yang agak terpinggir, ialah Rakan Muda Masjid yang sudah tidak ada nama itu sekarang. Program-program akhir ini banyak kepada program di bulan Ramadhan. Jadi saya hendak tahu, adakah program Rakan Muda yang begitu banyak peruntukan ini, adakah setiap gaya hidup itu diterapkan nilai-nilai agama supaya remaja kita, anak muda kita, belia kita daripada awal lagi begitu cintakan kepada agama.

Kemudian Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 040300 dan Butiran 060400. Pertama bagi Butiran 040300 – Festival Belia Negara. Saya tidak berapa bersetuju pihak kementerian menaikkan peruntukan Festival Belia Negara kepada RM10 juta pada tahun 2014 berbanding RM6 juta, kenaikan lebih kurang 80% berbanding tahun lepas. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan pada waktu tersebut menyatakan bahawa kos penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013 adalah ditanggung sebahagian besarnya oleh pihak swasta. Maka saya ingin mendapat penjelasan, berapakah jumlah tajaan dan siapakah pihak swasta yang telah menaja sebahagian besar aktiviti-aktiviti dalam Festival Belia Putrajaya 2013? Kemudian pada 3 Oktober yang lalu, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang baru pula mengumumkan akan melaksanakan sistem tender terbuka untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dalam penganjuran aktiviti belia, Festival Belia 2014.

Sebaliknya dalam bajet ini dianggarkan sebanyak RM10 juta. Jadi saya pohon, saya pohon penjelasan berhubung perkara ini. Kita hendak buka tender, kita hendak cari penaja, tiba- tiba belanja kita semakin lebih besar berbanding tahun lepas.

Seterusnya perkara kedua bagi Butiran 060400 iaitu penganjuran Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia yang juga banyak peruntukannya, RM15 juta. Karnival tersebut telah menjelajah ke seluruh negeri dan khususnya di kawasan-kawasan Parlimen. Di manakah sumber peruntukan yang diagihkan bagi menjayakan karnival ini pada kedua-dua tahun

final • 5:30 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

berkenaan? Ia tidak dinyatakan butiran, dalam bajet ini tidak dinyatakan butiran tersebut untuk tahun ini. Jadi, saya mengharapkan penjelasan wang sebanyak RM15 juta yang diperuntukkan.

Dalam kita berusaha untuk membangunkan kecemerlangan diri, kerap kali pihak kementerian menganjurkan program-program seperti festival dan karnival yang menelan belanja yang tinggi. Namun, kurang memberi impak bagi saya kepada pembinaan jati diri belia. Kebiasaannya, aktiviti-aktiviti bertemakan sukan dan hiburan yang dihidangkan adalah bagi menarik crowd ke arah program-program tersebut. Jadi pihak Yang Berhormat Menteri, bila saya sebut bahawa kita perlu ada satu kajian semula terhadap modul ini, kita sebenarnya apabila kita masukkan modul agama, terapkan akidah, kecintaan kepada agama kita tidak perlu berbelanja besar. Pengalaman saya kalau buat program untuk program keagamaan, ia adalah program yang paling sedikit menelan perbelanjaan. Jadi saya fikir itu adalah, isunya ialah kehendak, keazaman kerajaan untuk memastikan kejayaan belia ini adalah kejayaan dunia dan akhirat.

Kemudian saya merujuk kepada Butiran 020100. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah peruntukan sebenar yang telah diagihkan di bawah Program Pemberian Bantuan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi membiayai kos pentadbiran dan aktiviti pelaksanaan program yang dianjurkan bersama oleh NGO, persatuan pertubuhan belia sendiri. Ini bagi memastikan bahawa program pemberian bantuan dapat diuruskan dengan lebih efisien berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Kementerian seharusnya mengambil syor dan peringatan yang telah dikemukakan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan 2012 bahawa majoriti daripada bantuan yang diberikan tidak mencapai sasaran dan mempunyai pelbagai kelemahan. Sebagai contoh, pihak JBSN telah meluluskan sebanyak RM350 bagi tujuan lawatan dan Program Pertukaran Malaysia-China pada tahun 2012 oleh Majlis Belia Malaysia yang bercanggah dengan garis panduan pemberian bantuan...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Okey. Begitu juga dengan penggunaan wang bantuan sebanyak RM122,000 untuk pembelian aset bagi program One Stop Centre yang juga di bawah Majlis Belia Negara.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 030200 – Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Dalam maklumat saya yang saya peroleh, saya ingin menyentuh mengenai pendidikan agama. Saya dimaklumkan bahawa di setiap IKBN, lebih kurang hampir 1,000 orang pelajar, hanya ada dua orang guru agama sahaja, ustaz untuk 800 orang. Hanya ada dua orang guru agama sahaja untuk mengajar fardhu ain. Guru agama ini kelulusan dia adalah kelulusan sijil, tidak diploma apatah lagi ijazah. Sedangkan para pelajar ini ialah para pelajar lepasan SPM dan mereka merungut. Setiap kali mereka tanya soal fardhu ain pun tidak boleh hendak jawab, sebab guru agama ini tidak cukup satu, yang keduanya tidak memiliki ilmu agama yang cukup. Jadi saya mengharapkan, bukan mengharapkan kalau boleh saya hendak desak kerajaan supaya lihat balik guru agama di IKBN kerana kita lebih kurang lebih 10,000 orang dan kerajaan menyasarkan sehingga 15,000 orang untuk tujuan tersebut. Berdasarkan kepada anggaran perbelanjaan pada tahun 2014 bagi butiran ini, peruntukan telah dikurangkan sebanyak RM4 juta. Peruntukan ini dilihat tidak seiring dengan komitmen Menteri Belia dan Sukan untuk menambah pelajar 2,500 orang lagi pada tahun 2014 bagi mencapai sasaran 15,000 pelajar.

Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai bidang kemahiran yang ditawarkan oleh IKBN di peringkat sijil kemahiran dan diploma. Bagi saya, peringkat sijil kemahiran ini kita tidak mampu untuk menambah nilai tambah kepada para pelajar. Jadi saya harap supaya diperbanyakkan lagi program-program diploma khususnya yang mempunyai nilai pekerjaan terhadap para belia kita. Jadi saya rasa setakat itu sahaja. Terima kasih.

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Gerik, lima minit.

final • 5:30 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 – Pembangunan Sukan RM26 juta. Akhir-akhir ini, juga sering kedengaran mengenai masalah dan kemelut yang dihadapi oleh kementerian berkenaan isu persatuan sukan di bawah KBS. Antara isu ialah melibatkan persatuan bola sepak, persatuan badminton, persatuan olahraga Malaysia, persatuan takraw. Isu ini dilihat seperti penghalang kepada usaha murni kerajaan dalam melahirkan atlet yang berwibawa dan berprestasi tinggi.

final • 5:39 PM

Dato’ Hasbullah bin Osman - Gerik

Tidak dinafikan kebanyakan isu yang melibatkan persatuan ini adalah melibatkan pegawai di dalam persatuan itu sendiri yang tidak bersefahaman atau tidak sehaluan dengan kementerian. Hal ini harus memberi kesan kepada prestasi seseorang atlet untuk memberi persembahan yang baik kerana akan terganggu dengan emosi dan masalahnya.

Oleh yang demikian, menerusi Butiran 020200, saya berharap kementerian dapat mengatasi masalah yang timbul ini dengan segera bagi mengelakkan atlet-atlet negara menjadi mangsa dalam perbalahan ini. Saya juga mencadangkan agar kementerian memanggil pihak persatuan yang bermasalah ini untuk mendapatkan butiran dan penerangan yang lebih lanjut demi masa hadapan sukan negara. Saya juga percaya dengan kaedah dan perkongsian idea antara satu sama lain dapat mengembalikan kegemilangan sukan tanah air di peringkat yang lebih tinggi. Perancangan yang baik daripada kementerian, persatuan akhirnya kita mengharapkan di bawah Menteri yang baru, emas pertama Malaysia pada sukan Olimpik 2016 di Brazil kelak, insya-Allah.

Untuk kawasan saya Butiran P.45 saya tengok tidak ada, saya minta tolong Yang Berhormat Menteri kompleks sukan di Gerik dapat dibina insya-Allah kerana ia akan memberi kebaikan kepada Hulu Perak. Seperkara lagi suka saya menyentuh Butiran 010200 - Perbadanan Stadium Malaysia RM31 juta. Tadi Yang Berhormat Kapar ada menyentuh soal ini. Isu kualiti padang hampir semua stadium di Malaysia kurang memuaskan sering kedengaran. Terkini isu melibatkan pasukan FC Barcelona yang meminta perlawanan mereka menentang pasukan kebangsaan dipindahkan daripada Stadium Nasional Bukit Jalil ke stadium Shah Alam disebabkan kualiti padang yang tidak memuaskan. Dahulu kita amat bangga Stadium Bukit Jalil antara stadium yang boleh dibanggakan. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Maka pihak kementerian mesti tengok satu-satu stadium kebangsaan yang perlu diberi penjagaan, pengurusan yang terbaik. Apakah bila berlaku semacam ini berjuta-juta kita belanja untuk stadium, tetapi mungkin kelemahan dari segi pengurusan menyebabkan stadium tersebut mula diragui kualiti penggunaannya? Diharapkan pihak kementerian mencari jalan bagaimana supaya Stadium Bukit Jalil ini boleh dikembalikan kegemilangannya dan banyak pihak akan menggunakan untuk masa hadapan.

Saya pun tidak hendak lebih panjang lagi. Ini kerana dia bagi kot-kot kita boleh balik awal 5.45 petang. Dengan ini saya menyokong bajet yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sampai pukul berapa Tuan Pengerusi? Terima kasih Tuan Pengerusi...

final • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena kita sambung Isnin ya. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena Yang Berhormat Bayan Baru, selepas itu Menteri menjawab.

final • 5:43 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih.

[****Majlis Mesyuarat bersidang semula****]

final • 5:43 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 5:43 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 2 Disember 2013. Terima kasih.

final • 5:43 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.44 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026