Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan pencapaian dan penyelidikan semasa yang dijayakan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Sejauh mana IPPBM menyumbang kepada pemantapan idealisme dan pembangunan belia negara.
Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kepala Batas. Tahniah kerana menjadi suara belia dan pemuda dalam Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang diwujudkan di bawah Akta Perpaduan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668] yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan nasional dalam mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda.
Sepanjang penubuhan IPPBM dari tahun 2005 sehingga 2013, pelbagai kajian telah berjaya dihasilkan berkaitan dengan pembangunan belia, impak dan keberkesanan program belia, pendapat awam dan isu semasa serta sosialisasi politik. Hasil dapatan kajian IPPBM dibentangkan kepada Jemaah Menteri, agensi pusat seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Malahan hasil kajian turut dibentangkan kepada badan-badan bukan kerajaan seperti Majlis Belia Malaysia dan badan gabungannya semasa Majlis Perundingan Belia Negara. Di samping itu, IPPBM juga turut melaksanakan program sokongan penyelidikan bagi menyampaikan hasil kajian yang diperolehi untuk membolehkan semua pihak berbincang serta menentukan program yang berkaitan dengan pembangunan belia di Malaysia.
Antara program sokongan penyelidikan yang dilaksanakan oleh IPPBM ialah Persidangan Meja Bulat, Seminar Forum Lunch and Talk. Selain itu, IPPBM juga menerbitkan Malaysian Journal of Youth Studies, dengan izin, yang bertujuan untuk memberi ruang kepada penyelidik luar, terutama ahli akademik universiti menyumbangkan hasil pendidikan mereka mengenai generasi belia di Malaysia. Malahan IPPBM juga menerbitkan buku-buku yang dihasilkan daripada dapatan kajian yang dilaksanakan.
Adalah menjadi aspirasi dan hala tuju kementerian bermula daripada tahun 2014 untuk meletakkan IPPBM menjadi sebuah badan penyelidikan tersohor negara, bahkan di pentas antarabangsa bagi segala aspek kajian berhubung pembangunan belia di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan dan terutamanya kementerian dalam menggunakan pendekatan yang lebih bersifat facilitation dan juga sebagai problem solving. Sekali gus boleh menjadikan IPPBM
Dato’ Seri Reezal Merican - Kepala Batas
ini sebagai hab penyelidikan kepada semua perkara yang berkaitan dengan isu anak-anak muda belia dan juga orang muda. Soalan tambahan saya, dalam kajian yang dibuat oleh IPPBM ini, terdapat satu indikator yang digunakan oleh negara-negara maju ataupun satu regime, kelompok golongan muda dan belia yang digunakan di United Kingdom dan juga negara-negara maju yang lain. Apa yang dinamakan, dengan izin, not in employment, education and trainning (NEET). Mereka yang terlepas pandang daripada berada dalam sektor pekerjaan, dalam mendapat pendidikan, terutamanya di peringkat tertiary dan juga tidak mendapat latihan kerana pelbagai masalah.
Apakah IPPBM ada mengadakan dan mewujudkan pangkalan data ataupun berhasrat untuk mengadakan pangkalan data tentang NEET ini yang dijangka mempunyai jumlah kelompok regime yang amat besar dalam negara, terutamanya negara-negara membangun. Apakah akan ada mapping out ataupun pemetaan tentang regime NEET sama ada di bandar, di luar bandar, di Malaysia Timur ataupun Malaysia Barat dan di kawasan-kawasan yang boleh dikenal pasti bagi membolehkan perancangan IPPBM ini akan berlaku secara lebih tersusun, efektif dan strategik untuk pembangunan belia dan juga orang-orang muda.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih atas cadangan dan juga soalan yang amat bernas sekali. Saya memang bersetuju dengan penekanan yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat mengenai ahli-ahli belia ataupun kelompok belia yang berada di dalam keadaan not in employment, education and trainning
(NEET). Ini merupakan kumpulan belia yang bagi saya memerlukan bantuan dan juga pembiayaan daripada pihak kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui IPPBM kita telah menjalankan kajian indeks Malaysia sebanyak tiga kali. Kali terakhir kita buat adalah pada tahun 2011. Dalam kajian Indeks Belia Malaysia, kita telah memasukkan satu kategori baru iaitu kesejahteraan ekonomi. Di mana kita telah bertanya soalan kepada kumpulan belia antara umur 15 hingga 40 tahun mengenai kedudukan kewangan mereka, kebebasan kewangan, pengajian dan juga keboleh pekerjaan.
Walaupun tidak spesifik mengenai kelompok belia yang tidak berada dalam latihan ataupun tidak ada kerja ataupun tidak berada dalam sistem pendidikan.
Tuan Khairy Jamaluddin
Ini telah menunjukkan satu dapatan yang agak menarik, di mana untuk Kajian Kesejahteraan Ekonomi, indeks belia telah menunjukkan bahawa kita berada di tahap sederhana baik. Walaupun tidak terlalu baik, tetapi tahap sederhana baik. Ini bermaksud bahawa bagi generasi muda, golongan belia di Malaysia ini, soal kebimbangan ekonomi itu adalah antara perkara yang mana di dalam indeks belia ini berada tidak di kawasan ataupun paras yang tinggi sekali. Ini memberi syarat kepada kerajaan bahawa memang ada kebimbangan dalam kalangan orang muda bahawa masa depan ekonomi mereka adalah satu kerisauan di kalangan mereka.
Jadi, apa yang dapat saya buat selepas ini adalah untuk memasukkan soal NEET itu not in employment, education and trainning secara spesifik dalam soal selidik kita.
Sebab bermula daripada tahun 2007, Kementerian Belia dan Sukan melalui IPPBM kita pun menghasilkan pemetaan belia Malaysia seperti mana Ali-ahli Yang Berhormat sebutkan tadi, bahawasanya data-data mengenai belia ini dibuat secara peta. Jadi, pada mana-mana kawasan, lokasi, dan geografi, kita tahu kedudukan belia di situ.
Berapa banyak persatuan yang mendaftar, berapa banyak anak muda yang tidak ada kerja, yang tidak ada di universiti, yang tidak latihan dan sebagainya, tetapi kita akan buat secara lebih spesifik lagi agar kelompok yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi dapat perhatian. Apa lebih penting lagi bukan hanya kajian, tetapi dapatan kajian ini boleh diberi kepada agensi seperti EPU, ICU, Kementerian Kewangan dan sebagainya, untuk memastikan bahawa kumpulan ‘high-risk’ ini ataupun kumpulan yang memerlukan bimbingan ini dapat perhatian daripada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan keseriusan kerajaan terhadap IPPBM ini. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat dan teliti laporan ekonomi 2013/2014 yang dibentangkan dalam Dewan ini, dalam bab memupuk budaya berfikir dan melahirkan idea-idea yang inovatif, itu saya lihat dari segi programnya tidak ada satu pun yang diberikan keutamaan ataupun keyakinan kepada IPPBM ini. Saya ingin tahu kenapa dan apakah IPPBM ini boleh kita
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
perluas skopnya untuk menjadi satu wahana ataupun tempat, mengumpul idea-idea daripada pelbagai peringkat, daripada pelbagai kelompok. Tidak kiralah daripada kerajaan, bukan kerajaan, pembangkang dan sebagainya. Dalam usaha kita untuk melahirkan program yang lebih holistik untuk keperluan generasi muda, terutamanya di dalam persediaan seperti mana yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai blueprint belia yang sedang dirangka sekarang ini. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Katil.
Sebenarnya, apa yang dicadangkan itu sedang dilaksanakan oleh kementerian. Saya telah mengarahkan IPPBM supaya lebih terlibat dalam menganjurkan siri diskusi, wacana dan juga perbincangan yang mengadunkan pandangan daripada pelbagai sudut. Sebagai contoh dalam tempoh masa yang terdekat, dalam beberapa bulan sebelum ini, kita telah mengadakan persidangan meja bulat pasca PRU-13, kita telah mengadakan persidangan meja bulat pergolakan demokrasi di Mesir, perspektif daripada generasi muda, di mana kita telah jemput pelajar-pelajar kita di Mesir dan juga aktivis-aktivis muda untuk menyampaikan pandangan. Tidak kira kecenderungan politik mereka dan sebagainya.
Baru-baru ini kita telah mengadakan Forum Belia Kebangsaan, perencanaan holistik tentang jenayah berat dan gengsterisme di kalangan belia Malaysia. Itu lebih kepada satu forum untuk memberi cadangan kepada kerajaan, bagaimana kita dapat merangka program-program intervensi sosial ataupun program-program yang dapat kita melaksanakan kepada belia-belia yang berisiko tinggi, yang ada kemungkinan masuk ataupun menyertai kumpulan-kumpulan gengster dan sebagainya.
Saya amat mengalu-alukan pandangan dan juga input daripada Ahli Yang Berhormat, walaupun daripada pihak berlainan dari segi pandangan politik supaya IPPBM ini dapat kita meriahkan dengan pandangan berbeza. Oleh sebab bagi saya amat penting untuk belia dan juga orang muda, mereka mendengar semua sudut pandangan sebelum membuat sebarang rumusan. Akan datang kita akan ada satu workshop untuk ataupun satu persidangan meja bulat mengenai subsidi dan juga mengenai belanjawan yang telah dibentangkan. Mungkin saya akan hantar jemputan kepada Ahli Yang Berhormat untuk turut hadir bersama ataupun mungkin boleh turut menyertai sebagai seorang panelist dalam program yang dianjurkan oleh IPPBM. Terima kasih.
2. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah jumlah kes HIV yang dilaporkan sejak tahun 1986 dan jumlah kematian akibat AIDS sehingga 30 September 2013 mengikut kategori umur dan jantina.
Bagaimana pola jangkitan penyakit ini di Malaysia.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Soalan ini adalah soalan yang saya kira amat penting, memandangkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah menerima satu anugerah daripada WHO tentang kerja-kerja mengurangkan AIDS ini.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, anugerah itu adalah bukan untuk Kementerian Kesihatan sahaja, tetapi sepatutnya juga berkongsi dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, NGO dan pihak swasta khasnya, klinik-klinik yang terlibat. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, AIDS ini mula dikesan pada tahun 1986. Sejak itu, dia meningkat, meningkat dan meningkat sehingga maksimum pada tahun 2002 iaitu paling tinggi. Jumlah kes yang dikesan pada masa itu 6,978 dan pada kadar 28.5 kes per tiap-tiap 100,000 penduduk. Pada tahun 2003 menurun, kepada kadar 16.7 kes daripada tiap-tiap 100,000 penduduk. Pada tahun 2007 menurun lagi kepada 12.8 kes pada tiap-tiap 100,000 penduduk. Bagi tahun 2012, kes menurun kepada 11.7 kes kepada tiap-tiap 100,000 penduduk. Pada bulan Jun tahun ini, kes telah pun menurun pada 11.5% pada tiap-tiap 100,000 penduduk.
Jadi, jumlah kesemua sekali, matlamat kementerian ialah pada tahun 2015, kita hendak turunkan kepada 11 kes per 100,000 penduduk. Jumlah kes ini yang ditanya oleh Yang Berhormat, jumlah kes total daripada awal hingga sekarang ialah 98,279 kes HIV dan antaranya 19,047 kes AIDS. Yang mati setakat ini ialah 15,688, yang masih hidup 83,995.
Untuk tahun ini Tuan Yang di-Pertua, dari Januari hingga Jun 2008, kes HIV - 1,702, AIDS - 602 dan yang meninggal 298. Kalau ikut kohort umur Yang di-Pertua, umur pada tahun 90- an dahulu, umur yang paling banyak kena penyakit ialah antara 30 hingga 39 tahun. Akan tetapi sekarang ini dia menurun kepada 20 hingga 39 tahun. Ini mungkin kerana antaranya adalah saringan yang dibuat sebelum kahwin. Terutama sekali untuk orang Islam, yang
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
bukan Islam pun digalakkan untuk mengadakan saringan. Bermakna, test for HIV sebelum berkahwin. Majoritinya adalah yang terlibat dengan kes begini ialah pekerja swasta dan juga yang jobless, yang tidak bekerja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah apabila seorang pembawa HIV ataupun pesakit AIDS meninggal dunia di rumah ataupun di hospital, apakah SOP ataupun langkah-langkah pengurusan jenayah yang dikendalikan oleh hospital bagi orang Islam dan orang bukan Islam, selaras dengan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, urusan kematian penyakit AIDS ini memang ada prosedur, dan SOP yang kena buat. Kena fabrication kena balut dua tiga lapis. Detail nya saya tidak dapat beritahu. Akan tetapi yang sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, bila salah seorang itu meninggal, mati maka virus itu akan terus juga mati. Jadi, dia sebenarnya tidak berjangkit. Akan tetapi, oleh kerana kita terlalu cautious sangat maka kita buat prosedur yang lebih. Oleh kerana kita ada fear, ada takut kepada jangkitan ini, jadi sebab itu kita mengenakan pelbagai cara untuk menguruskan mayat ini. Jadi, ada SOP Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Yang pentingnya, saya hendak bagi tahu ialah bahawa bila seseorang itu meninggal maka virus AIDS itu juga mati terus. Jadi sebenarnya tidak berjangkit, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Sekiranya sesuatu penyakit HIV ini, bila seseorang itu mati maka Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa ia tidak berjangkit. Apakah tindakan Kementerian Kesihatan apabila mengenal pasti seseorang itu menghidap penyakit HIV, adakah kita mempunyai sistem untuk track mereka ini supaya mereka tidak melibatkan jangkitan seterusnya akibat daripada tidak kefahaman mereka tentang penyakit HIV ini. Adakah specific system yang diimplementasikan oleh Kementerian Kesihatan untuk track mereka yang mempunyai penyakit ini?
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang dulu kita kurang faham tentang penyakit AIDS tetapi sekarang ini kita sudah lebih faham. Jadi, untuk penyakit AIDS hendak berjangkit kepada orang lain, dia mesti ada satu tahap atau level virus dalam badan kita, barulah kena penyakit itu. Kalau tidak banyak, sedikit, dia tidak kena dan tidak berjangkit kepada orang lain. Jadi dalam hal ini sudah ada ubat jenis moden ini yang dapat mengurangkan the viral count, jumlah virus dalam darah orang itu. Jadi kalau kurang, level dia rendah, dia tidak akan berjangkit. Oleh sebab itu hari ini kita lebih yakin dengan cara kita mengubatnya. Jadi, kes-kes begini memanglah, it is mandatory, dia kena notify, tiap-tiap sama ada kerajaan ataupun swasta ataupun sesiapa juga mesti notify dan kita ada follow-up. Hari ini mereka diberi ubat dan mereka yang pertama sekali, yang berjangkit anak- anak kecil, hari ini kita dapati ada kes-kes yang kita kesan di bawah daripada 13 tahun.
Sebenarnya mereka mendapat penyakit ini daripada ibu dia. Ibu dia ada kena AIDS, dia dapat daripada ibu dia. Yang ini kita follow-up dan ada ubat, kita bagi ubat dia. Dia mesti follow-up, tiap-tiap bulan dan akhirnya mereka hidup macam normal, biasa dan dia tidak berjangkit pada orang lain.
3. Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan di peringkat kementerian bagi memastikan Malaysia mempunyai barisan pekerja-pekerja awam yang berkualiti dan berkredibiliti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini cukup baik untuk mengurangkan jerebu pemikiran yang salah berhubung dengan pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selaras dengan hasrat negara untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
tinggi dan berinovasi, kerajaan melalui JPA dan pihak berkuasa melantik dengan kerjasama kementerian sentiasa meneliti dan menambah baik pengurusan dan juga pembangunan sumber manusia. Langkah-langkah yang diambil bagi memastikan negara mempunyai penjawat awam yang berkualiti dan berkredibiliti adalah seperti berikut;
(i) di peringkat pengambilan, tapisan sewajarnya dilaksanakan bagi mendapatkan calon terbaik yang berkelulusan akademik cemerlang serta lulus tapisan pelantikan yang ditetapkan;
(ii) dalam tempoh perkhidmatan, penjawat awam diberi latihan dan kursus dalam pembangunan modal insan untuk pembangunan kerjaya dan sahsiah diri; dan
(iii) melalui Program Transformasi Minda yang mula dilaksanakan pada tahun 2012, pegawai lantikan yang baru dikehendaki mengikuti kursus yang mempunyai tujuan seperti berikut;
(a) memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan juga falsafah pembentukan dan pembangunan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan asas perkhidmatan awam;
(b) memupuk keperibadian jati diri dan nilai patriotisme penjawat awam supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
(c) menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar penjawat awam dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
(d) membangun penjawat awam ke arah minda kelas pertama selaras dengan matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 Melalui Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, usaha membangunkan sumber manusia dilaksanakan dengan strategi-strategi berikut;
(i) kementerian dan juga jabatan dikehendaki menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan; dan
(ii) ketua setiausaha dan ketua jabatan hendaklah memastikan penjawat awam di semua peringkat mengikuti kursus sekurang- kurangnya 7 hari setahun;
(iii) kerajaan menyediakan latihan yang meliputi pelbagai program seperti kursus jangka pendek di dalam dan juga di luar negara.
Objektif kursus ialah untuk memberikan pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan, kepimpinan, teknikal, budaya kerja dan juga amalan baik ataupun terbaik supaya dapat diterapkan dalam pelaksanaan tugas harian;
(iv) menyediakan kemudahan cuti belajar dan penajaan berbentuk biasiswa dan pinjaman;
(v) kemudahan akan memberikan peluang kepada penjawat awam bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan kompetensi dan juga kepakaran dan pembangunan kerjaya mereka;
(vi) menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat secara sambilan melalui cuti kursus sambilan;
(vii) pegawai-pegawai kerajaan juga akan didedahkan kepada modul latihan atau kursus yang dilaksanakan turut menekankan pengurusan tatatertib, ETOS dan juga integriti terutamanya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
berkaitan dengan tata kelakuan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
(viii) selain itu, kefahaman berkaitan dengan ketatanegaraan dan Rukun Negara juga diterapkan bagi pembentukan etika dan juga profesionalisme di kalangan penjawat awam;
(ix) JPA juga menerajui transformasi perkhidmatan awam yang menekankan kepada mendaya upaya penjawat awam melalui peningkatan kompetensi, prestasi, produktiviti dan juga daya inovasi serta memupuk semangat patriotisme, nilai-nilai murni, ETOS dan juga integriti.
Usaha ini mampu membangunkan penjawat awam yang berkualiti, berkredibiliti dan juga berintegriti. Terima kasih.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat di atas inisiatif untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi mengkaji ketirisan panel siasatan oleh Audit Negara dan juga sistem outcome- based budgeting semalam dalam bajet untuk menambah baik pengurusan belanjawan.
Begitu juga niat Yang Amat Berhormat untuk meletakkan SPRM di setiap kementerian bagi meningkatkan pematuhan penjawat awam serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
Cuma kebimbangan saya ialah SPRM yang diletakkan di kementerian ini, dia boleh diibaratkan macam patung orang-orang di sawah padi ini. Dia diletakkan untuk menakutkan burung-burung daripada makan padi tetapi sudah pasti akan ada burung- burung yang berani ini, bila dia sudah sampai ke situ dia makan padi dan dia dapati orang- orang tadi hanya simbol, dia tidak boleh mengambil tindakan.
Jadi, bolehkah kerajaan menimbangkan ataupun untuk memberi kuasa yang lebih kepada SPRM ini bukan sahaja hak untuk menyiasat tetapi boleh membuat pendakwaan secara terus tanpa rujuk kepada AG supaya niat kerajaan untuk meningkatkan integriti dan kredibiliti penjawat awam itu dapat dilihat dengan lebih telus. Terutamanya bila kita sedar bahawa usaha pembangkang ini untuk senantiasa bercakap bahawa selective prosecution dibuat oleh SPRM ini kerana campur tangan kuasa daripada pejabat AG ataupun Pejabat Menteri. Bolehkah juga SPRM ini diletakkan terus di bawah kuasa Parlimen? Terima kasih Menteri.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Soalan tambahan juga bagus dan sebab itu layak menang Majlis Tertinggi baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, sekejap tadi, pukul 10 pagi tadi. Jawatankuasa Mencegah Rasuah baru mengangkat sumpah di hadapan Agong yang terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar sebagai pengerusi, Datuk Sophia, Yang Berhormat Tan Seng Giaw, Senator Ezam, Yang Berhormat Dato' Haji Irmohizam iaitu Yang Berhormat Kuala Selangor, Dato' Takiyuddin, itu sebab dia tidak muncul itu dan Dato’ Fauzi.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Jadi mereka ini ialah Jawatankuasa Mencegah Rasuah di pihak Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Kalau kita lihat daripada jawatankuasa yang ada, maka perkataan orang-orang itu tidak mungkin boleh timbul sebab mereka bukan sahaja orang seperti sebenarnya orang yang sebenarnya yang akan hadir.
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh SPRM bahawa setiap agensi akan diwujudkan Bahagian Pengurusan Integriti.
Jadi bahagian ini juga bukan orang-orang, sebab pegawai kerajaan yang dilatih begitu rupa itu mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu dalam bidang tertentu. Kadang- kadang kita kasihan kepada perkhidmatan awam ini. Orang melihat satu perkara tetapi dirangkumkan kepada benda yang lebih besar. Contohnya macam saya ulang di sini di Parlimen yang mulia ini, biasanya orang pergi ke Pejabat Tanah, dia jumpa pembantu pejabat kemudian mungkin pembantu pejabat pada hari tersebut dia bergaduh dengan sesiapa, dia jawab secara emosi. Jadi tanggapannya ialah pegawai Pejabat Tanah tersebut sombong. Padahal mereka berjumpa di depan sahaja. Jadi ia tidak berlaku sedemikian rupa. Perkara yang berlaku ini ialah persepsi.
Jadi persepsi orang kepada SPRM ini cukup tidak adil padahal SPRM adalah di antara agensi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah Ketua Pengarah SPRM telah dilantik dalam International Anti Corruption Academy yang berpangkalan di
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Vienna baru-baru ini dan kita lihat semasa dahulu dipanggil BPR, tetapi pada tahun 2009 ia telah diberi nama semula sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang kita sebut pada hari ini.
Kita lihat pada tahun 2009, tangkapan ialah 5,500 orang lebih, lebih kurang macam itu dan pada tahun 2010 telah meningkat kepada 900 orang. Kita lihat conviction rate 2008 lebih kurang 54%, 2011 80%. Ini saya bagi angka lebih kurang. Tahun 2012 lebih kurang 85% tetapi enam bulan pada tahun ini conviction ratenya ialah 88% dan ia mempunyai 14 Mahkamah Khas untuk mempercepatkan kes-kes SPRM.
Jadi kalau dilihat daripada ini dan rakyat tidak mengetahui sebenarnya, tidak dapat maklumat yang sebenarnya. Kita sepatutnya melihat bahawa SPRM ialah di antara agensi yang terbaik di negara ini dan di antara yang terbaik di dunia. Pembohongan-pembohongan yang sedang berlaku di Sungai Limau itu ialah ucapan-ucapan dibuat oleh orang-orang yang tidak faham apa dia cakap. Contohnya macam GST, tidak berapa ramai yang faham GST tetapi hendak cakap GST. Padahal GST ialah di antara sistem percukaian yang terbaik di dunia kerana orang yang pakai sahaja yang bayar cukai.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan yang kita bincangkan pada pagi ini ialah berhubung tentang usaha untuk mengukuhkan perkhidmatan awam dalam negara kita. Cuma persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah pengukuhan mestilah diasaskan kepada kepercayaan ataupun teras kepada pegawai dan juga perkhidmatan awam dan bukannya francais kepada jabatan perunding luar yang melibatkan kos yang begitu tinggi kerana ini sekali gus menafikan peranan dan juga kemahiran anggota perkhidmatan awam kita.
Sebagai contoh, apabila kerajaan hendak menggubal satu blueprint tentang pendidikan, Kementerian Pendidikan telah melantik satu badan perunding yang melibatkan kos RM20 juta. Mengapa tidak kerajaan menggunakan kepakaran dan kemahiran anggota perkhidmatan awam untuk mendengar pandangan dan nasihat mereka dalam menggubal perkara-perkara ini? Jadi persoalan saya, apakah kerajaan akan berterusan dengan melantik perunding-perunding luar negara untuk menentukan hala tuju negara kita dan sekali gus menafikan peranan anggota perkhidmatan awam kita.
Kedua, apakah bentuk latihan yang akan dilaksanakan? Kalau kita lihat di Singapura, Jabatan Perkhidmatan Awam mereka boleh ditandingi dengan pihak swasta bukan sahaja dari sektor gaji tetapi juga kemahiran dan juga kepakaran mereka. Apakah bentuk latihan yang akan dilaksanakan kerana saya mencadangkan ada baiknya juga anggota perkhidmatan awam kita ini dihantar ke syarikat-syarikat swasta yang besar supaya mereka dapat kemahiran dan maklumat dan juga bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan potensi di Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua itu agak panjang. Nanti Tuan Yang di-Pertua marah pula kalau saya jawab, tetapi saya sudah sebut secara umumnya bahawa JPA telah melaksanakan pelbagai kursus merangkumi Training Road MAP atau (TRM), kursus pengenalan dan juga asas kepada pegawai- pegawai lantikan baru dan juga Program Cross-Fertilization (PCF) yang dibuat. Ini nanti saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Ini kerana daripada training yang dibuat itu letaklah di mana pun dia pasti sudah akan menjadi pulau Akan tetapi saya hendak jawab soalan yang pertama tadi. Ini sebab apa rakyat Sungai Limau sedang melihat sekarang ini bahawa tuduhan yang mengatakan kita tidak percaya kepada perkhidmatan awam kita, dengan kita ambil perunding-perunding daripada luar. Yang Berhormat, tujuan kita ambil perunding ialah untuk membolehkan kita dapat pandangan luar sebab pendidikan kita, contohnya macam bidang pendidikan. Pendidikan kita bukan hendak belajar Malaysia, Yang Berhormat pun tahu. Ia bertaraf antarabangsa.
Kita kena ambil pandangan antarabangsa untuk melengkapkan pendidikan kita, malah orang yang paling suka sekali rujuk hal-hal antarabangsa ini kalau silap sedikit bercakap fasal Parlimen England, silap sedikit Parlimen England. Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Lembah Pantai akan merujuk dekat England sebab mereka berminat dengan England.
Saya tidak berapa minat tetapi saya...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Rujuk boleh Yang Berhormat tetapi kalau hendak menentukan hala tuju sistem pendidikan negara kita, rujuklah pakar
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
pendidikan negara dahulu. Hendak rujuk pandangan dan nasihat tidak apa, saya tidak ada masalah. Akan tetapi ini hendak bincang soal sistem pendidikan negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Gombak, tidak boleh macam ini Yang Berhormat Gombak. Peraturan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kosnya RM20 juta. Kalau RM20 juta diserah kepada pegawai kerajaan, saya ingat mereka dapat manfaatkan wang tersebut.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ini soalan tambahan yang kedua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kita rujuk hendak dapat pandangan, boleh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Menteri boleh memilih untuk tidak menjawab kerana satu soalan tambahan.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Saya berharap kita, kepakaran pembangkang ini membuat soalan tambahan yang kedua iaitu tengah kita jawab, dia bercakap. Oleh kerana benda merah ini berbunyi, maka kehebatan Barisan Nasional ini adalah orang yang penyabar, dengar juga. Dari segi peraturan tidak payah dengar Yang Berhormat, kita terus menjawab.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita ambil pakar luar itu ialah untuk mendapat pandangan luar. Kita jemput itu bukan sebarang orang, tetapi pakar-pakar.
Setelah pakar-pakar kita berbincang, pakar-pakar kita sendiri yang sama-sama mencadangkan supaya kepakaran luar itu kita dapatkan untuk membolehkan semua pemikiran di luar yang telah pun kita bentuk, macam Jawatankuasa Pendidikan yang telah kita bentuk bertahun-tahun, selepas itulah pakar luar diambil.
Jadi pakar luar diambil ini untuk membolehkan semua sekali perkara-perkara yang berhubung-kait dengan perancangan kerajaan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan bukan tempatan sahaja. Seperti saya sebutkan tadi, saya ingin sebutkan sekali lagi bahawa orang yang paling suka merujuk hal-hal Malaysia ke luar negara ialah pembangkang. Kami orang kata di sini-sini sahaja. Pembangkang kalau bercakap contohnya England padahal England bukan terbaik pun. Terbaik adalah Parlimen Malaysia sebab Parlimen di England kita lihat kedudukannya, Menteri jawab satu tempat jawab sahaja kemudian kita ramai- ramai terpa jawab tempat itu, tidak ada chance menulis dan membaca. Di sini kita boleh menulis, membaca, tengok komputer walaupun tidak boleh pakai berapa baik lagi, tetapi kita ada macam-macam kemudahan untuk membolehkan Ahli Parlimen berbahas dengan baik. Di sana duduk sila panggung, meja pun tidak tetapi kita rujuk sebagai satu Parlimen yang baik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Sudah, sudah duduklah. Letih hendak dengar.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Jawab soalanlah, jawab soalan.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Jadi, semua ini hendak tunjukkan bahawa kalau kita mampu rujuk di luar apakah pihak kerajaan untuk buat yang terbaik tidak boleh rujuk di luar dan rujukan kita buat itu bukan seronok-seronok begitu sahaja. Asas dan kita dapat semua pandangan dan juga kepakaran untuk membolehkan kita mendapat pakar- pakar di luar. Kerajaan akan terus mengambil pakar-pakar di luar untuk apa-apa kajian yang memerlukan pandangan daripada luar. Terima kasih.
4. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pertahanan menyatakan:
(a) berapakah jumlah pelatih yang telah melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan jumlah kos yang terlibat sejak ianya diperkenalkan; dan
(b) adakah kerajaan bercadang menjadikan program ini betul-betul program Khidmat Negara seperti yang diamalkan oleh Korea dan Singapura agar jati diri dan disiplin belia betul-betul terbina.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Sungai Petani secara bersekali yang melibatkan pertanyaan-pertanyaan dari Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut. Pertama, Yang Berhormat Pasir Mas pada 7.11.2013, yang kedua Yang Berhormat Gopeng – 13.11.2013, Yang Berhormat Tanah Merah pada 14.11.2013, Yang Berhormat Kota Bharu – 14.11.2013, Yang Berhormat Teluk Intan pada 14.11.2013, Yang Berhormat Marang – 20.11.2013, Yang Berhormat Bukit Gantang – 26.11.2013, Yang Berhormat Lembah Pantai pada 28.11.2013 dan Yang Berhormat Sabak Bernam pada 5.12.2013.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Gopeng, berhubung dengan bilangan pelatih dan kos yang terlibat semenjak pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara mulai tahun 2004 hingga kini, terdapat seramai 752,643 orang yang telah berjaya dilatih melalui program ini dengan melibatkan anggaran kos setahun di antara RM550 juta hingga RM650 juta setahun manakala 1 Januari hingga 30 September 2013, kos perbelanjaan PLKN adalah sebanyak RM514 juta. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani untuk mengguna pakai Program Khidmat Negara Korea dan Singapura adalah dimaklumkan bahawa PLKN yang dilaksanakan ini negara ini bukanlah berbentuk kerahan tenaga ataupun military conscript sebagaimana yang dilaksanakan di kedua-dua negara tersebut. PLKN acuan Malaysia adalah bercirikan pembentukan jati diri pelatih, integrasi nasional, memupuk patriotisme dan semangat kesukarelawanan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu pencapaian objektif PLKN seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Teluk Intan dan Yang Berhormat Marang, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2009, JLKN dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah melaksanakan kajian kepada 61,950 responden dari pelbagai latar belakang dan mendapati bahawa 80% bersetuju bahawa latihan Khidmat Negara telah mencapai matlamat dan membawa keberkesanan positif kepada pelatih-pelatih yang terlibat.
Berkaitan isu penambahbaikan modul kurikulum PLKN seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Kota Bharu, suka cita saya ingin memaklumkan bahawa penilaian dan penambahbaikan dilakukan mengikut keperluan dan perkembangan semasa. Misalnya pada tahun ini kita telah memperkenalkan dua submodul iaitu memasukkan modul Malaysia Berdaulat bagi memupuk patriotisme berasaskan insiden Lahad Datu dan sub modul Klik Bijak PLKN bagi mendidik pelatih bagi pengguna internet yang beretika. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Kota Bharu agar kurikulum PLKN ini diterapkan dalam kurikulum peringkat sekolah dan universiti, cadangan ini perlu diteliti secara terperinci oleh pihak berwajib iaitu Kementerian Pendidikan berdasarkan sekiranya terdapat kesesuaian.
Tuan Yang di-Pertua, isu kematian di kalangan pelatih PLKN seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan dan Yang Berhormat Lembah Pantai, semenjak pelaksanaan PLKN dijalankan mulai tahun 2004, sebenarnya terdapat 20 kes kematian sahaja, bukan 22 telah berlaku mana-mana sebab kematiannya adalah pelbagai dan majoriti kematian sebenarnya adalah berpunca daripada masalah kesihatan pelatih sendiri seperti penyakit leukemia, sakit jantung, masalah pernafasan yang tidak dapat dikesan serta lain-lain penyakit. Manakala kematian akibat perselisihan faham serius, yang benar-benar serius dan didakwa di mahkamah ialah seramai seorang iaitu yang berlaku di kem Muadzam Shah baru-baru ini. Pihak kerajaan memang sentiasa memandang berat terhadap kes-kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan perundangan dan peraturan khususnya bagi kes-kes membabitkan kecuaian dan ketidakpatuhan kepada SOP.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang mengenai kes rogol dan pergaduhan dalam kalangan pelatih, terdapat satu kes rogol pelatih PLKN telah berlaku pada 28 Februari 2004 iaitu semasa latihan PLKN mula-mula dilaksanakan dan kes ini telah pun dibicarakan sehingga peringkat Mahkamah Rayuan dan jurulatih yang terdiri daripada anggota tentera tersebut telah dihukum penjara 12 tahun dan tiga sebatan.
Bagi kes-kes pergaduhan pula, terdapat 442 kes perselisihan faham yang telah berlaku dalam tempoh 10 tahun semenjak 2004 hingga 2013 dan 242 adalah kes yang dilaporkan kepada polis untuk dirakam dan untuk mendapat kaunseling daripada polis dan selebihnya kebanyakan adalah diselesaikan dengan cara yang baik.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Berkaitan isu kemudahan PLKN serta penyediaan makanan yang berkhasiat, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, sememangnya pihak JLKN sentiasa memantau kemudahan dan kebajikan para pelatih mengikut SOP yang telah ditetapkan. Tindakan segera dan penambahbaikan akan diambil jika didapati terdapat ketidakpatuhan dan rungutan yang berasas. Sekiranya terdapat keperluan tindakan keras diambil, termasuk tindakan menutup kem dan sukacita dimaklumkan juga pihak Kementerian Kesihatan sentiasa membuat naziran kesihatan yang dilakukan secara berkala di 81 kem iaitu sebelum dan semasa latihan berjalan. Sekian.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. di antara core issue yang saya bangkitkan dalam soalan ini adalah tentang jati diri dan disiplin belia sama ada betul-betul boleh terbina apabila mereka telah pun melepasi kursus ini.
Yang Berhormat Menteri, di Malaysia ini anak-anak Malaysia memang hebat, berani. Itu satu kenyataan. Kalau dia naik motor, belia ini dia boleh tidur atas motor. Kalau dia minum air ketum, dia bubuh ubat nyamuk, bateri, racun, dia minum. Maknanya dia hebatlah. Kalau kita tengok dalam masalah yang ada sekarang ini masalah disiplin belia khususnya anak Melayu, kalau kita pergi ke pusat serenti pun Melayu, yang ragut pun Melayu, kes-kes masalah disiplin di sekolah pun Melayu. Akan tetapi kalau kita boleh kembangkan PLKN ini seperti yang diamalkan. Ya, kita ada akta, tetapi kita boleh kembangkan ia menjadi kerahan tenaga kerana kita belanja pun RM6 bilion sudah. Walaupun kita ada 750,000 pelatih sudah graduate tetapi semua anak-anak kita ini, kebanyakan graduan kita, satu dua, kita tanya dia “Apa yang kamu dapat?”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, soalan.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Soalan saya, bolehkah kita kembangkan program PLKN ini kepada kerahan tenaga? Bawa lelaki ini dahulu, selesaikan masalah disiplin ini. Saya rasa insya-Allah kalau ini selesai, rakyat mesti setuju. Ini kerana kalau tidak, kita belanja lagi RM6 bilion pun masalah ini tidak akan selesai, masalah disiplin khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Beliau telah mengemukakan satu cadangan yang pada pandangan saya adalah satu cadangan yang baik. Mungkin apa Yang Berhormat Sungai Petani ingin cadangkan ialah supaya kita mengikuti kursus Khidmat Negara seperti mana yang telah dilaksanakan di negara-negara lain seperti Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan beberapa negara lain lagi. Cuma saya ingin jelaskan di sini, walaupun Khidmat Negara yang tekah dilaksanakan di beberapa negara ini memang sesuatu yang berguna, tetapi sama ada ia ada kesesuaian dengan negara kita atau tidak, itu kita kena pertimbangkan bersama-sama. Saya ingin nyatakan di sini berdasarkan kepada Khidmat Negara yang dilaksanakan di negara tersebut, ia berasaskan kepada military conscript iaitu ia adalah merupakan satu kerahan tenaga mandatori kepada semua lelaki di dalam negara tersebut, 100% lelaki dan syllabusnya ialah berkaitan dengan latihan tentera iaitu seperti regular army dan mereka dikenakan latihan selama dua tahun.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Apa yang membimbangkan kita mereka ini juga memang akan ditempatkan di tempat-tempat yang sensitif seperti di kawasan-kawasan yang berbahaya dan di sempadan. Saya pernah berada di Panmunjom satu ketika dahulu, lebih kurang beberapa tahun yang lalu dan saya dapat melihat beberapa national service yang telah ditempatkan di sempadan Korea Selatan dan Korea Utara. Saya agak terkejut kerana mereka ini adalah orang muda tetapi itulah modul latihan yang dilaksanakan di negara itu. Cuma saya ingin – perkara ini kalau kita ingin laksanakan, ia boleh dilaksanakan kecuali jika kita mempunyai konsensus secara menyeluruh. Cuma kita takut nanti apabila kita laksanakan pembangkang pula yang tidak bersetuju. Akan tetapi kita boleh memikirkannya untuk kebaikan bersama. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu setakat tahun 2012, seramai 643,000 orang pelatih yang telah tamat menjalani latihan PLKN semenjak pelancaran program ini pada tahun 2004 dan kita telah belanja setahun sebanyak RM550 juta hingga RM600 juta. Saya kira satu jumlah yang amat banyak. Cuma saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kesan dan sumbangan Program Latihan Khidmat Negara ini dalam mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi menangkis
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan PLKN sebagai satu bentuk pembaziran.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya setakat ini kita telah pun melatih seramai 752,643 orang pelatih bermula daripada tahun 2004 sehingga 2013 dan setiap tahun, kita berbelanja average seperti mana yang saya katakan tadi lebih kurang RM600 juta hingga RM650 juta.
Pada tahun ini, kita telah belanja sebanyak RM514,431,000. Walaupun bermacam-macam dakwaan berkaitan dengan Latihan PLKN ini dan kita memang sentiasa mendengar dakwaan-dakwaan ini dan cuba untuk menambah baik. Akan tetapi ingin saya nyatakan di sini, seperti mana saya jelaskan tadi bahawa berdasarkan kepada kajian-kajian yang kita telah lakukan khususnya yang telah dibuat pada tahun 2009, yang telah dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa hasil daripada kajian tersebut menunjukkan lebih kurang 80% bersetuju bahawa Latihan Khidmat Negara ini adalah merupakan satu latihan yang baik.
Ini bukanlah satu pembaziran kerana daripada 500,000 kelahiran setiap tahun, mereka yang dipilih secara random lebih kurang 150,000 orang. Ini adalah merupakan satu cara bagaimana kita ingin meningkatkan jati diri belia-belia kita. Selain daripada itu, kita juga ingin menanamkan semangat kesukarelaan, patriotisme dan yang penting sekali pada saya ialah integrasi nasional. Ini kerana dalam sistem pendidikan yang ada dalam negara kita, kita telah mewujudkan sedikit sebanyak segregation di mana orang India pergi sekolah Tamil, orang Cina pergi sekolah Cina dan orang Melayu pergi sekolah kebangsaan dan ini telah mewujudkan satu vakum untuk tidak membolehkan rakyat tidak berinteraksi dengan baik. Dengan adanya PLKN ini, saya percaya ia merupakan satu mekanisme yang baik yang boleh menjamin kita dapat memastikan integrasi nasional di negara ini akan dapat dilaksanakan dan kita akan dapat melihat hasilnya pada masa-masa yang akan datang.
Terima kasih.
[Soalan No.5 – Y.B. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) tidak hadir]
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:
(a) apakah perkembangan terkini dan kejayaan Tabung Untuk Makanan (Fund For Food (3F)) yang dicapai untuk menjamin bekalan makanan yang stabil dalam negara; dan
(b) berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan semenjak tabung ini ditubuhkan bagi setiap kategori makanan utama.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan soalan. Bagi menjawab soalan yang ditanyakan, ingin saya melaporkan di sini bahawa Program 3F ataupun fund for food diwujudkan pada tahun 1993 untuk menggalakkan penglibatan pengusaha-pengusaha dalam pengeluaran makanan negara secara pemberian kredit yang seterusnya membantu meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan import makanan.
Sehingga kini, program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana dana berjumlah RM2.6 bilion telah dikeluarkan kepada 15,432 orang peminjam.
Pada masa ini, dana yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan telah digunakan sepenuhnya. Sebagai tambahan, Agrobank menawarkan pembiayaan Skim 3F menggunakan dana daripada Bank Negara. Pembiayaan untuk Program 3F oleh Agrobank ini merangkumi tiga subsektor pertanian yang utama iaitu tanaman, ternakan dan perikanan. Dalam tempoh tersebut, subsektor ternakan telah mendahului sektor lain dari segi jumlah nilai pembiayaannya iaitu sebanyak RM1.0 bilion dengan bilangan peminjam seramai 4,962 orang. Berbanding subsektor tanaman dan subsektor perikanan yang masing-masing dengan nilai pinjaman sebanyak RM909.67 juta dan juga RM653.65 juta yang melibatkan seramai 7,431 orang dan 3,039 orang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman tambahan, kita melihat bahawa terdapat peningkatan yang begitu ketara dalam pengeluaran bahan-bahan makanan dalam negara.
Walau bagaimanapun, butir-butirnya begitu banyak sekali. Jadi kalau Yang Berhormat minat, mungkin saya akan bagi satu buku laporan khas daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Perangkaan Agro Makanan 2012. Kita ada keluarkan report ini yang boleh kita edarkan. Terima kasih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila saya mengamati jumlah yang diperuntukkan sehingga sekarang RM2.65 bilion dan Kerajaan Malaysia mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 bilion untuk melaksanakan Dasar Jaminan Makanan Negara. Walau bagaimanapun, saya difahamkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, satu daripada makanan utama kita iaitu beras masih tidak mencukupi walaupun kerajaan kita mengimport 30% iaitu lebih kurang 700,000 tan setahun. Tentulah peruntukan 3F ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran beras negara.
Jadi soalan saya, saya juga difahamkan baru-baru ini harga beras di Thailand juga meningkat daripada yang tetapkan RM1.65 ke RM1.80 per kilogram tetapi Thailand sudah meningkat lebih RM3 satu kilogram. Jadi adakah ada hasrat Kerajaan Malaysia untuk mengambil alih BERNAS bagi memastikan harga beras terjamin dan kerajaan sendiri di bawah kementerian dapat mengawal pengeluaran padi negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Kita sebenarnya tidak mengalami krisis bekalan beras dalam negara.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Sebagaimana yang kita semua tahu, pada masa ini, semua orang boleh dapat bekalan beras pada harga yang berpatutan. Memang benar, pengeluaran kita pada tahap 70% daripada domestic consumption, dengan izin, dan kita mengimport bukan 700 tan metrik tetapi 700,000 tan metrik sebenarnya dan ini merupakan 30% daripada keperluan negara. Walau bagaimanapun, kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya sedang berusaha untuk mencapai self-sufficiency level (SSL) ataupun tahap sara diri bagi negara kita. Maksudnya, kita hendak meningkatkan pengeluaran padi dan dengan itu, bekalan beras kepada 100% keperluan negara.
Dengan sebab itu, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Pertama sekali, kita meningkatkan produktiviti per hektar. Sekarang ini averagenya ialah about five to six metric tons per hectare, dengan izin, dan kita sedang berusaha dengan bantuan penyelidikan benih baru, benih yang lebih baik untuk meningkatkan kepada 10 tan metrik. Usaha ini telah pun berjaya di setengah-setengah kawasan padi. Di MADA umpamanya, ada plot-plot yang kita telah mencapai 10 tan metrik dan begitu juga di Seberang Perak di kawasan saya Parlimen Pasir Salak pun begitu juga tetapi tidak menyeluruh. Apa yang dibuktikan bahawa boleh kita dapat hasilkan kalau sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Itu satu.
Selain daripada itu, kita juga membuka jelapang padi baru di Kota Belud, di Pekan dan saya tidak ingat ada satu dua lagi jelapang padi baru yang akan diusahakan bagi meningkatkan pengeluaran padi dan hasil beras negara. Kita juga akan memperkenalkan teknologi baru iaitu bagi mengatasi masalah kos pembangunan, pengairan yang mana kosnya adalah tinggi. Kita telah mendapati satu teknik baru menanam padi menggunakan kaedah yang tidak menggunakan pengairan melainkan menggunakan siraman atau dipanggil padi aerob. Jadi, pelbagai kaedah yang digunakan dan saya kira usaha ini akan diteruskan dan peningkatan pengeluaran hasil padi dan beras akan dapat dicapai dalam tempoh yang mendatang.
Berkenaan dengan BERNAS yang terlibat daripada segi monopoli dalam pengimportan beras dan juga pembelian beras dalam negara, mereka tidak merupakan monopoli kerana kilang-kilang swasta juga bebas untuk membeli hasil padi. Bukan semua hasil padi mesti dijual kepada BERNAS dan harga padi dengan itu, terbuka kepada kuasa pasaran dan petani-petani mendapat harga yang lebih baik daripada kilang-kilang padi swasta. Jadi, tidak ada masalah daripada segi kita menjaga kepentingan petani dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan harga beras juga, ia terkawal. Kita ada ST15 umpamanya padi yang diberi subsidi oleh kerajaan. Jadi dengan sebab itu, masyarakat umum berpendapatan
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
pertengahan dan rendah mendapat bekalan beras pada harga yang tidak membebankan.
Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita membelanjakan RM2.6 juta untuk pertanian dan penternakan. Kalau boleh pada tahun ini, tadi waktu Raya Korban, kita tidak mencukupi binatang-binatang korban seperti kambing dan juga sapi di kawasan kita. Apa salahnya jika seperti apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terdahulu yang mengatakan bahawa seekor kambing Boer boleh mengawan 80 ekor kambing betina. Mengapakah tidak seperti ini diadakan semula supaya kambing-kambing boleh diternakkan di negara Malaysia ini secukupnya untuk kita mengadakan korban pada Aidiladha dan juga untuk keluarga yang hendak membuat akikah cucu-cucu mereka yang ada. Ini disebabkan kambing pada masa ini berharga dengan baik.
Harga satu ekor kambing di kawasan saya adalah RM1,200. Kalau seekor tadi boleh mengawan 80 ekor, bererti dalam satu tahun berapa ribu boleh keluar. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang mengelolakan seperti apa yang dikelolakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang dahulu? Terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, makan daging kambing ini tidak berapa bagus sangat [Ketawa] Nanti menyebabkan darah tinggi.
Jadi daripada segi pasaran, bagus. Begitu juga sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut tempoh hari, gula itu tidak berapa bagus, dikurangkan penggunaan gula. Kambing pun saya rasa, tidak tahulah pihak doktor mungkin lebih arif dalam hal ini tetapi saya rasa orang cakap, kalau makan daging kambing lebih sangat tidak berapa bagus daripada segi kesihatan. Akan tetapi, itu saya bercakap secara - do not take it seriously, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi bekalan daging kambing untuk Hari Raya Korban ini tidak ada masalah. Kita buka import. AP import lembu dibuka kepada semua. Jadi pada perayaan Aidiladha baru- baru ini, banyak lembu yang diimport dari luar dan kita tidak mendengar banyak masalah atau kompelin daripada masyarakat awam ataupun orang ramai tidak mendapat bekalan.
Jadi saya rasa perkara itu tidak menjadi satu perkara yang membimbangkan kepada kita.
Terima kasih.
7. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, nisbah pekerja asing kepada pekerja tempatan yang bekerja di dalam sektor industri pengeluaran/perkilangan dan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengawal lambakan pekerja asing ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebelum itu, saya hendak mengucapkan selamat datang kepada anak-anak para pelajar dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas keprihatinan tentang masa depan pekerja tempatan kita. Mengikut statistik, pas lawatan pekerja sementara Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 30 Jun 2013, terdapat seramai 2,116,998 pekerja asing di Malaysia - 2.1 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mempunyai secara jelasnya 13 negara sumber yang membekalkan pekerja asing ini iaitu Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, India, Filipina, Vietnam, Pakistan, Kemboja, Thailand, China, Sri Lanka, Laos dan ada juga beberapa negara kecil lain yang juga pekerja mereka ada di negara kita. Jadi yang kecil itu saya tidak masukkan dan jumlah semua ialah 2,116,998.
Secara dominasinya, negara-negara yang memberikan jumlah pekerja yang besar ini ialah Indonesia dalam sektor pembinaan, perladangan, pembantu rumah dan pertanian.
Nepal dalam pembuatan, India dalam perkhidmatan. Kalau saya baca Yang Berhormat, panjang. Statistik ini boleh saya beri kepada Yang Berhormat kemudian kerana soalan Yang Berhormat ini ada sebegitu rupa tentang ratio dan sebagainya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Dari jumlah tersebut bilangan pekerja asing dalam sektor pengeluaran dan perkilangan, ini soalan spesifik yang diberikan oleh Yang Berhormat adalah seramai
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
737,200 orang dalam pengeluaran dan perkilangan. Jumlah keseluruhan pekerja dalam sektor pengeluaran dan perkilangan adalah seramai 2.22 juta dalam sektor ini sahaja.
Maknanya 2.22 juta orang termasuk pekerja asing. Jumlah pekerja tempatan adalah seramai 1,486,800 orang. Jadi berdasarkan kepada jumlah tersebut, ratio pekerja asing dengan pekerja tempatan adalah 1:2. Maknanya kalau satu pekerja asing, dua orang pekerja tempatan. Dua kali ganda pekerja kita, jangan bimbang Yang Berhormat, pekerja kita masih ramai. Cuma kalau boleh biar kita kurangkan pekerja asing ini.
Kembali kepada soalan susulan Yang Berhormat, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan untuk mengawal lambakan pekerja asing ini adalah seperti berikut. Saya hendak bahagikan kepada dua Yang Berhormat Pasir Gudang.
Pertama adalah langkah daripada Kementerian Sumber Manusia sendiri, kita ada buat langkah di kementerian kita sendiri. Kedua adalah langkah bersama, collective effort yang kita gunakan melalui kementerian-kementerian yang lain termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perladangan dan Komoditi, MITI, KPDNKK, Kementerian Pertanian dan kementerian-kementerian yang lain.
Perkara yang paling membanggakan saya adalah, kita ada satu jawatankuasa di peringkat pusat, jawatankuasa khas mengenai pekerja dan pendatang asing yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin. Ini menunjukkan seriusnya kerajaan keseluruhan kerajaan, bagaimana kita boleh mengatasi supaya lambakan pekerja asing ini dapat kita kurangkan dan lompang itu akan kita isi dengan pekerja-pekerja tempatan. Ini antara pendekatan yang secara general saya sebutkan.
Manakala langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengawal lambakan pekerja asing adalah seperti berikut. Pertama ialah sijil perakuan cop Malaysia. Majikan yang memerlukan pekerja asing perlu mendapatkan sijil perakuan cop Malaysia daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Ini peraturan yang cukup ketat yang kita berikan kerana kita hendak pastikan supaya pekerja asing ini benar-benar boleh berikan perkhidmatan kepada negara kita dan tidak membawa perkara lain termasuklah penyakit dan sebagai mana yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, berbagai-bagai penyakit yang dibawa oleh pekerja asing ini.
Kedua ialah levi. Levi pekerja asing ini mesti dibayar oleh pekerja sendiri.
Maknanya dulu majikan mesti, pekerja asing yang hendak masuk mesti bayar. Umpamanya kalau saya hendak sebut tentang levi ini, kita ambil contoh levi bagi pekerja perkilangan, RM1,250 yang perlu dibayar oleh pekerja. Maknanya apabila ada levi mungkin dia akan fikir dua kali apakah mereka perlu datang ke negara kita. Akan tetapi memanglah hakikatnya negara kita ini ialah negara yang cukup mewah, cukup kaya dan orang lain sentiasa datang ke mari.
Ketiganya pula adalah gaji minimum yang dikuatkuasakan dan insya-Allah Januari tahun depan kita akan laksanakan penguatkuasaan gaji minimum ini. Keempat ialah mekanisme G2G. Maknanya perundingan antara kerajaan dengan kerajaan, di mana kita boleh memastikan supaya kemasukan pekerja asing dapat dibuat melalui tatacara yang cukup teratur, yang kemas, yang sistematik dan ini boleh kita lihat bagaimana usaha yang dilakukan oleh kementerian juga bersama Kementerian Dalam Negeri dalam melibatkan pekerja Bangladesh.
Kelima pula ialah sektor yang digunakan. Penggajian pekerja asing diluluskan kepada enam sektor sahaja. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, ada sektor lain, pekerja asing ada juga di negara kita. Akan tetapi yang sebenarnya inilah yang kita gelarkan illegal
(haram). Sektor yang kita benarkan ialah pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan serta perkhidmatan domestik. Itu antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, bagaimana kita dapat menjaga, mengawal supaya kebanjiran pekerja asing dapat datang ke negara kita.
Sebenarnya banyak lagi program-program lain Tuan Yang di-Pertua yang boleh saya sebutkan tetapi insya-Allah Yang Berhormat melalui kementerian kita, kita ada 12 program yang kita atur setiap masa termasuklah berikan pekerja mendapatkan pekerja untuk pekerja tempatan, karnival pekerjaan, program khas Portal JobsMalaysia seperti yang saya sebutkan tadi, temuduga terbuka yang kita adakan. Umpamanya sehingga September
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
tahun ini, kita telah mendapatkan sejumlah 183,628 penempatan pekerjaan bagi rakyat negara kita termasuklah siswazah dan bukan siswazah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad - Pasir Gudang
Terima kasih Timbalan Menteri di atas penerangan tadi. Soalan tambahan saya ialah kita dengar tadi bahawa jumlah pekerja asing yang sah ini 2.2 juta lebih dalam negara kita hampir 100% daripada jumlah pekerja yang ada dalam negara kita pekerja tempatan. Persoalannya begini saya faham bahawa pihak kementerian mengambil beberapa langkah untuk mengawal kebanjiran mereka tetapi apakah yang kita rancangkan untuk menggantikan dari sudut pengurangan ini? Kita hendak mengurangkan tetapi kita sedia maklum bahawa anak- anak tempatan kita tidak mempunyai minat di dalam beberapa sektor pekerjaan. Saya faham kalau di sektor berat memang susahlah. Akan tetapi sekarang kita pergi ke hotel, hotel yang saya tinggal sekarang ini Tuan Yang di-pertua, mungkin pun mengalami masalah yang sama.
Kita bercakap pun kita tahu dia memang bukan orang tempatan. Dari sudut pekerjaan, pekerjaan ini bukanlah berat. Jadi peranan kementerian, bagaimana menarik minat apa yang dilaksanakan untuk menarik minat anak tempatan untuk bekerja di hotel- hotel ini? Keduanya ialah dari segi lambakan pekerja yang sah ada pendapatan untuk negara. Manakala yang tidak sah ini, apa tindakan yang dibuat? Kalau kita biarkan kita tahu mengikut data mungkin satu juta, satu juta lebih yang tidak sah. Akan tetapi mereka bekerja dapat gaji majikan untung, mereka untung, negara rugi dan rakyat kita yang lain rugi. Ini kerana mereka tidak membayar apa-apa. Jadi apakah tindakan yang akan dilakukan seterusnya oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sungguh prihatin. Hatinya amat mulia kerana sayangkan warganegara tidak seperti setengah orang. Jawapan saya Yang Berhormat, saya sudah sebutkan tadi umpamanya semalam di Sungai Limau, bukan kerana di Sungai Limau itu ada pilihan raya, kerana saya bertanggungjawab atas kementerian, kita mengadakan JobsMalaysia, job fair, kita adakan berbagai-bagai. Semalam kita ada 40 majikan yang telah menyediakan 2,000 pekerjaan, on the spot ini. Kita datang, panggil, mereka menyediakan 2,000 pekerjaan dan saya bersama dengan mereka dan Alhamdulillah seperti yang saya sebutkan tadi, daripada 12 program yang kementerian lakukan kita telah boleh mendapatkan pekerjaan kepada 183,628 orang sehingga September 2013. Jadi, ini antara usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian dan kita pastikan supaya anak-anak kita ini berminat mengisi kekosongan yang dikosongkan oleh pendatang asing ini, pekerja asing ini.
Saya juga sudah tentulah sebagai kementerian bersama dengan kerajaan hendak mengajak Yang Berhormat bukan sahaja daripada Barisan Nasional bahkan pembangkang mencari jalan kalau ada pekerja-pekerja asing yang, apatah lagi yang illegal ini, haram ini maklum kepada kita supaya kita boleh mengambil tindakan. Amat malang kalau ada di antara kita yang mencari peluang untuk mendapatkan duit mengambil pekerja asing. Ini satu pengkhianatan kepada negara. sebab itulah saya ucapkan terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua untuk pendekatan yang dibuat.
Pencapaian kerajaan mengatasi pekerja asing tiada permit ini, haram ini. Kita ada 2.1 juta pekerja asing yang illegal yang tadi. Daripada 13 juta tenaga kerja kita, workforce yang ada di negara kita ini, 8.1 juta adalah pekerja swasta dan pekerja tempatan swasta ada 6 juta, pekerja asing 2.1 juta dan yang illegal ini boleh tahan juga Tuan yang di-Pertua, banyaknya. Sebab itu kita perlu mengatasi masalah ini. Pencapaian umpamanya yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan terima kasih. Bukan saya hendak ambil alih tugas tanggungan kementerian tetapi kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri melalui program 6P KDN ini. 6P ini saya terangkan sedikit pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Ini usaha yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri. Program ini khusus untuk pekerja asing yang pernah berdaftar. Akan tetapi kalau mereka tidak daftar, akhirnya mereka menjadi pekerja asing tanpa izin. Terkini yang kita tahu, Kementerian Dalam Negeri lakukan ialah Operasi Bersepadu yang baru-baru ini dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri. saya ucapkan terima kasih banyak. Bagi kementerian kita juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], sehingga Ogos 2013 sebanyak
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
1,769 pemeriksaan di seluruh negara kita buat. Ini kerana dengan cara ini kita boleh mengesan mereka itu pekerja asing tanpa izin ataupun pekerja asing yang ada keizinan.
G2G, kerajaan meminta negara sumber mengawal penghantaran rakyat mereka ke negara kita. Kita ada persefahaman antara negara-negara pembekal tenaga sumber ini.
Berikutnya, tindakan terhadap majikan dan Akta Agensi Pekerja Asing di bawah APS 1981 ini yang terlibat dalam menggaji pekerja asing tanpa izin. Kita akan ambil tindakan tegas.
Kalau ada, kita dapati mereka ini mengambil pekerja asing tanpa izin. Begitu juga kita bersama agensi yang lain, tindakan keras di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Tujuannya untuk mencegah pemerdagangan orang dan penyeludupan pekerja asing ke negara kita. Agensi yang terlibat Tuan Yang di-Pertua ialah PDRM, Jabatan Imigresen, Kementerian Sumber Manusia, kastam dan lain-lain ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang kepada Yang Berhormat Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, atas jawapan soalan tambahan. Saya melihat dari Program 6P yang telah pun menjumlahkan keseluruhan pekerja asing ini sebanyak 2,116,998 orang pekerja dan kita tidak tahu berapa juta lagi pekerja yang tidak berdaftar dengan pekerja haram ini. Apa pun pada pokok soalan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi ialah berkenaan dengan perkilangan. Sejumlah 733,200 orang yang bekerja di sektor ini. Melihat daripada sudut pengangguran yang kita hadapi pada hari ini, berjumlah sekitar 3% ke 4% penganggur yang tidak bekerja lagi dan yang tidak mengisi jawatan-jawatan walaupun kita ada pekerja asing sebanyak 2.1 juta. Itu satu jumlah yang terlalu banyak. Saya kira sesuatu harus dibuat walaupun dalam seksyen 60M mengatakan haram mengambil pekerja asing dan memberhentikan pekerja tempatan. Ini jelas tetapi yang kita dapati bahawa banyak kilang masih lagi menggunakan pekerja asing yang boleh mampu dilaksanakan oleh pekerja-pekerja tempatan.
Soalan pokok saya ialah, apakah kementerian akan melaksanakan program seperti mana lepasan sekolah menengah untuk mereka mengadakan pusat latihan khusus, kolej atau universiti untuk memastikan bahawa sektor perkilangan dan perkhidmatan ini yang jumlah perkhidmatan dimaklumkan sebanyak 251,373 orang yang bekerja dalam sektor perkhidmatan ini yang melibatkan 70 peratus lebih orang pekerja asing seperti mana Yang Berhormat Pasir Gudang cakap tadi.
Jadi, soalan...
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Soalanlah itu. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang dengarlah soalan itu berkait. Saya kata, berkait, berkait.
[Dewan riuh]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Jadi, adakah kementerian bersetuju untuk mengadakan satu kolej atau universiti, mereka yang lepasan sekolah untuk mereka sama-sama menyertai pembangunan pekerjaan yang akan menghapuskan 3% atau 4% pengangguran yang berada dalam tahap ini? Apa pandangan ataupun kementerian dalam soalan tambahan saya yang perlukan jawapan ini?
Terima kasih. Untuk anak-anak di depan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya cukup hargai soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat ini. Sebenarnya, di penghujung soalan dia ialah bertanya saya apakah saya bersetuju? Memang cadangan itu baik dan kita akan bincangkan. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita telah pun menubuhkan institut latihan kita di seluruh negara. Kalau tidak silap saya kita ada 23 buah dan kita ada juga institut latihan yang peringkat persijilan dan diploma. Institut-institut latihan ini, tempatnya di mana kita mengambil pelajar-pelajar yang lepas SPM dan sebagainya yang mungkin tidak boleh lagi melanjutkan pelajaran, kita ambil mereka latih di institut ini.
Kita telah melahirkan banyak, seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Saya kalau ingat, Yang Berhormat saya kena dapatkan statistik yang tepat. Nanti kalau saya beri statistik yang tidak tepat, Yang Berhormat kata saya menyelewengkan Dewan pula. Akan tetapi Yang Berhormat baik, saya tahu. Yang Berhormat rakan baik saya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah, umpamanya atau contoh, sehingga Ogos 2013, bagaimana pencapaian program penempatan pekerjaan (3P) serta bilangan siswazah dan bukan siswazah yang berjaya ditempatkan sehingga Ogos 2013.
Kita telah- saya sebutkan tadi ialah sebanyak 155,299 penempatan. Sebanyak 40,270 orang adalah anak-anak kita dalam bidang siswazah dan sebanyak 115,029 orang adalah anak-anak kita yang bukan siswazah.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib
Malahan, kementerian saya hari ini kita telah mencari jalan bagaimana supaya kita dapat melihat semula apakah anak-anak kita yang kita latih ini, ke mana perginya mereka?
Walaupun training provided, dengan izin, pusat-pusat latihan ini boleh melatih mereka.
Akan tetapi mungkin bagi sesetengah pusat latihan, mereka mungkin hendak cari pendapatan. Akan tetapi mungkin mereka tidak kisah ke mana anak-anak dilatih ini pergi tetapi kita telah ambil usaha. Baru-baru ini melalui skill competition yang kita lakukan.
Saya telah menubuhkan alumni bagi mereka yang terlibat dalam kemahiran ini dan kita telah memanggil mereka ke kementerian kita dan kita mendapati ada salah seorang daripada mereka telah menjadi dekan di sebuah universiti dalam kajian makanan sahaja, di mana mereka ceburi masa mereka mengikuti latihan. Inilah usaha yang kita ambil. Yang Berhormat percayalah kepada kementerian, percayalah kepada kerajaan, insya-Allah, dengan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat semua, kita yakin bahawa kita akan mengambil alih ke tempat-tempat yang diisi oleh pekerja asing di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan rancangan kementerian untuk menubuhkan "solar farm" sebanyak 50MW, 100MW dan ke atas. Berapa dan di manakah lokasi-lokasi yang dicadangkan. Nyatakan syarikat-syarikat yang akan menjalankan projek ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi Yang Berhormat Bayan Baru. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bayan Baru, buat masa ini kerajaan masih menjalankan kajian bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk melaksanakan sistem solar berskala utiliti. Sehingga bulan September, belum ada lagi mana-mana syarikat yang telah diberi license untuk menjalankan ‘solar farm’ 50 megawatt atau 100 megawatt ke atas. Kita di peringkat kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan pihak stakeholders mengenai cadangan membangunkan sistem solar berskala utiliti. Perlaksanaan sistem solar berskala utiliti perlukan kajian dan perbincangan lanjut terutamanya dari segi kawal selia memandangkan pada waktu ini belum ada peruntukan yang membolehkan pembangunan sistem begini dalam peraturan yang sedia ada.
Pada waktu ini, kementerian telah menerima banyak sebenarnya cadangan- cadangan daripada syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan sistem ‘solar farm’ 50 megawatt. Kita masih membuat kajian kepada syarikat-syarikat yang mengemukakan itu khususnya dari segi financial model, tanah tempat hendak dibangunkan dan juga teknologi yang hendak dibawa masuk. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa masalah yang dihadapi oleh SEDA dari segi Feed-in Tariff ini. Umpamanya, kuota yang diberikan kepada syarikat-syarikat mempunyai banyak masalah sebab kelewatan, ada yang tidak berkaliber, ada yang diberi kepada anak kepada Ketua Setiausaha Negara, bekas Setiausaha Negara. Akan tetapi untuk kuota yang diberikan kepada individu atau rumah- rumah dijalankan begitu lancar, cepat dan kuota tidak cukup.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Maka saya hendak cadangkan kepada kerajaan, supaya bagilah lebih kuota kepada individu terutamanya kepada rumah-rumah yang boleh berjaya melaksanakan.
Soalan saya adalah, adakah kerajaan bercadang hendak naikkan Feed-in Tariff daripada 1% kepada 2% untuk Feed-in Tariff? Terima kasih.
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Bayan Baru. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Bayan Baru, SEDA di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air adalah agensi pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari yang memberikan Feed-in Tariff kepada individu dan juga kepada syarikat di bawah daripada 30 megawatt. Sehingga 30 September 2013, sebanyak 3,497 permohonan dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 748 megawatt yang telah diterima oleh SEDA.
Di mana sejumlah 2,589 bilangan permohonan dengan kapasiti 520 megawatt telah diluluskan dengan kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015. Dari jumlah yang telah diluluskan tersebut, 656 permohonan dengan kapasiti 118 megawatt telah mencapai FiTSD sehingga 30 September. Ini bermakna bahawa Yang Berhormat,
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
sudah ada individu yang telah mendapat FiT dan ada juga syarikat-syarikat yang telah membina sistem solar lima megawatt dan juga lapan megawatt yang telah mendapat FiT.
Soalnya, kita telah ada peruntukan yang kita kutip daripada 1% terhadap tariff. Daripada 1% tarif elektrik yang kita ambil itu, 75% sebenarnya tidak termasuk membayar 1%, kerana kebanyakan yang menggunakan RM77 bil elektrik sebulan ke bawah, tidak membayar 1% ataupun lebih kurang 300 kilowatt per hour untuk satu bulan, tidak membayar 1% untuk FiT.
Sebenarnya bagi negara kita, 1% ini adalah rendah berbanding dengan sesetengah negara yang telah mempunyai kutipan terhadap bil elektrik ini, ada yang mencapai 10%. Ada yang 8% dan ada yang 5%. Akan tetapi penggunaan namanya itu berlainan dengan apa yang digunakan kita di sini untuk FiT 1%. Buat masa ini, kerajaan belum bercadang untuk menaikkan kepada 2%. Akan tetapi untuk masa depan ini, kita fikirlah pada waktu itu sesuai untuk jumlah yang kita hendak kena bayar balik kepada syarikat atau individu yang telah memasang solar di rumahnya atau di kilang atau di mana- mana tempat. Terima kasih.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan kita pada hari ini. Sila Yang Berhormat Menteri.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 29 Oktober 2013”.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dibacakan
kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.
[25 Oktober 2013]
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2014 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam aturan urusan mesyuarat ini diedarkan kepada jawatankuasa sesebuah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh, untuk melicinkan perjalanan perbahasan kita, kita ada masa perbahasan di peringkat dasar adalah enam hari dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab selama tiga hari. Oleh itu kita mencadangkan lebih kurang 90 minit, kurang lebih kepada Ketua Pembangkang dan selepas Ketua Pembangkang kita jemput wakil rakyat Yang Berhormat daripada Barisan Nasional juga 90 minit. Selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat lain 30 minit. Jadi saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan izinkan saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana membentangkan Bajet 2014 pada hari Jumaat yang lalu. Kita telah meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, didapati beberapa istilah terus digunakan, yang pastinya menakjubkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan membicarakan soal transformasi, tetapi pendekatan belanjawan masih terikat dengan kerangka lama. Ini isu pokok yang bahawa kami berikan perhatian. Kerangka pembangunan harus seutuhnya, manusiawi. Firman Allah SWT dalam al-Baqarah 188 [Membaca sepotong ayat al-Quran] .
“Dan janganlah kamu makan, mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (rasuah) kepada para penguasa kerana memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa ketika kamu mengetahui salahnya”. Bajet Barisan Nasional diramalkan akan mengakibatkan pengurangan defisit kepada 3.5% KDNK. Dari segi angka itu boleh kita sambut positif, walaupun memperincikannya itu akan menimbulkan kebimbangan. Ini kerana tidak ada usaha, tidak ada kenyataan tegas, selain daripada penubuhan jawatankuasa di bawah KSN untuk menangani masalah rasuah, ketirisan, dan pembaziran yang disebut dengan tegas dalam
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Laporan Ketua Audit Negara tahun demi tahun, dan dalam laporan terbaru sangat membimbangkan.
Dalam Bajet Barisan Nasional, perbelanjaan pengurusan negara naik kepada RM216.2 bilion tahun 2013 kepada RM217.6 bilion tahun 2014. Perbelanjaan pembangunan terus dikurangkan kepada RM45.1 bilion pada tahun 2013 kepada RM44.5 bilion, tahun 2014. Pengurangan ini sekali lagi membimbangkan kerana ada trend untuk kita menyaksikan perbelanjaan pembangunan itu terus menurun. Perbelanjaan subsidi untuk rakyat, juga menurun secara mendadak sebanyak RM7.3 bilion dan seterusnya cengkaman kewangan rakyat ditambah melalui GST pada kadar 6% mulai tahun 2015.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
GST disebut sebagai cukai regresif. Melebarkan kesenjangan pendapatan di antara kaya, miskin. Ini disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sebagai bahan kempen Sungai Limau. Saya oleh yang demikian akan merujuk kepada laporan UNCTAD, laporan pakar-pakar ekonomi termasuk Stiglitz yang mempersoalkan dan mempertikai kebijaksanaan negara-negara berkembang terutama negara-negara yang meningkat maju untuk secara gopoh melaksanakan GST dengan menyebabkan melebarnya jurang pendapatan golongan maha kaya dengan miskin.
Soal income inequality ini adalah soal yang harus diberikan penekanan dan tidak mungkin dapat ditangani dengan pendekatan dan kerangka ekonomi yang dikemukakan oleh Barisan Nasional. Dalam isu GST, saya bicarakan soal kesenjangan dan ini terpapar dalam laporan mutakhir di Amerika Syarikat. Bukan lagi occupy Wall Street, bukan lagi pandangan sekelompok, tetapi merupakan pandangan mainstream economist yang melahirkan kebimbangan ini, yang belum diberi perhatian oleh pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.
Emmanuel Saez dari University California, Berkeley mengemukakan laporan bulan lalu yang menggemparkan. “Striking It Richer: The Evolution of Top Incomes in United States, September 2013”. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin “The top 1% incomes of the population, grew by 31.4% while bottom 99% incomes grew only by 0.4% from 2009 to 2012. Hence, the top 1% captured 95% of the income gains in the first three years of the economic recovery hence close to recovering, while the top 99% have hardly started to recover”. Apakah bukti yang dapat kita pelajari daripada laporan sedemikian? Sistem yang sama kita amalkan di Malaysia. Sistem yang sama akan menyebabkan jurang pendapatan akan tambah melebar, kesenjangan di antara golongan maha kaya dan miskin akan bertambah. Kita akan sentuh umpamanya skim subsidi gula, minyak, kontrak Petronas dan puluhan skim lain dan kontrak yang akan memperkukuh hujah bahawa dalam sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di Malaysia, golongan maha kaya tidak sampai 1% akan membolot kekayaan, ratusan bilion ringgit dan yang miskin 99% akan kekal di tahap pendapatan sederhana atau rendah.
Oleh sebab itu, belanjawan Pakatan Rakyat yang dikemukakan menggariskan cadangan pengurangan defisit tetapi sekali gus menangani masalah ketirisan, rasuah, pembaziran yang membarah pada perbelanjaan pengurusan menurut Laporan Ketua Audit Negara. Apakah kebijaksanaan kita meneliti Laporan Ketua Audit Negara sekali gus dengan belanjaan atau bajet. Bajet memberikan unjuran, kenyataan perbekalan. Laporan Ketua Audit Negara membuat audit tentang apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk semua dan jabatan dengan pengauditan teliti. Memberi ruang kepada jabatan memberikan maklum balas, itu yang kita dapati dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Saya tidak banyak berbeza pendapat dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam soal unjuran ekonomi global kerana merujuk kepada OECD, IMF, Bank Dunia, pada kadar 3% hingga 4%. Akan tetapi, jangan kita ambil sikap selesa kerana complacency itu yang menyebabkan selalunya ekonomi mulai menjadi rapuh. Ini yang pernah dikupas oleh Galbraith, The Culture of Contentment yang kita harus waspada. Ini lebih lagi kerana ketidaktentuan had siling hutang kerajaan dan penarikan semula quantitative easing di Amerika Syarikat.
Ekonomi Eropah yang masih lembap dan pertumbuhan ekonomi negara China yang buat pertama kalinya menunjukkan keadaan yang kurang memberangsangkan. Kita juga menyaksikan satu siri pasang surut modal dalam pasaran aset global dan kemasukan wang mudah yang dilihat menjual aset-aset yang lebih berisiko terutama dalam pasaran
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
negara membangun. Ini lebih cenderung mengalihkan pelaburan mereka ke dalam aset pasaran maju yang dilihat lebih baik dan selamat. Hal-hal inilah yang saya katakan harus meningkatkan kewaspadaan kita tentang senario ekonomi tempatan.
Oleh sebab itu, kalau kita lihat angka ekonomi Malaysia suku kedua 2014, meskipun menunjukkan beberapa data yang memberangsangkan, tidak harus menyebabkan kita selesa walaupun Pakatan Rakyat sendiri menjangka ekonomi Malaysia berkembang sekitar 5.2% bagi 2014.
Kita juga akan menyentuh dalam perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua ialah mengenakan cukai GST, menaikkan harga gula dan harga minyak dan yang kurang ditegaskan dan diterangkan ialah pengurangan subsidi berterusan yang begitu banyak.
Dalam bajet Yang Berhormat Menteri Kewangan, insentif golongan maha kaya bertambah, kemudahan kepada golongan maha kaya ditambah, tidak disebut subsidi, untuk orang kaya disebut insentif. Akan tetapi, untuk orang miskin subsidi dikurangkan dengan mendadak dengan jumlah yang paling besar, yang akan saya sebut dalam bentuk angka sebentar lagi.
Akan tetapi, satu lagi kebimbangan ialah tentang pengurangan berterusan kepada lebihan akaun semasa Malaysia yang mengecil kepada RM2.5 bilion pada suku kedua 2013 berbanding purata sukuan sebanyak RM23.93 bilion di antara 2000 sehingga 2012. Ini memberikan petanda awal, kalau kita katakan radar early warning system dalam kerangka pemikiran ekonomi semasa disebut bahaya defisit berkembar atau twin deficit dalam masa yang singkat.
Mengenai pengurangan perbelanjaan pengurusan, perbelanjaan pengurusan bertambah dan sepatutnya dalam kerangka belanjawan, yang mahu dipotong itu pengurusan dan yang ditambah pembangunan. Akan tetapi, pengurangan perbelanjaan pengurusan itu tidak berlaku kerana pada tahun 2010 sebanyak RM151.6 bilion, 2011 sebanyak RM182.6 bilion, 2012 sebanyak RM205.5 bilion dan untuk 2013 sebanyak RM216.2 bilion. Maknanya, kadar purata kadar purata pertambahan untuk setiap tahun ada RM22 bilion atau 13%. Ada yang menanyakan apa cara? Kalau pendekatan Pakatan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri yang melonjak perbelanjaan begitu tinggi dengan beberapa institusi dan badan baru yang ditubuhkan boleh dipotong sekali gus, RM4 bilion.
Itu yang kita usulkan dahulu dan tidak diberikan perhatian sama sekali oleh Kerajaan BN.
Perbelanjaan pembangunan menurun secara konsisten setiap tahun mulai 2010.
Sebanyak RM51.3 bilion pada 2010, RM45.3 bilion pada 2011, RM44.3 bilion pada 2012 dan RM45.1 bilion untuk anggaran 2013.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Kadar purata pengurangan setiap tahun adalah RM2 bilion atau 5%. Kita bangkitkan isu tentang perbekalan tambahan yang menyebabkan Timbalan Menteri menjerit sakan tanpa memberikan suatu kenyataan yang honest iaitu perbekalan tambahan berlaku pada 90-an dalam keadaan surplus. Ada beza dalam ekonomi terminologi yang patut dia belajar iaitu perbekalan tambahan itu menjadi satu kewajaran kalau pendapatan lebihan itu tercatat, maka belanja untuk pembangunan ataupun pendidikan atau kesihatan itu dibolehkan. Dalam keadaan defisit yang membengkak, kemudian menambah perbekalan tambahan, ini yang menjadi isunya yang tidak disentuh dalam jawapan lalu. Kajian perbezaan di antara anggaran jumlah perbelanjaan tahunan dengan jumlah perbelanjaan sebenar tahunan mendapati bahawa ada kekurangan, under estimation jumlah perbelanjaan tahunan pada kadar purata 7% setahun.
Satu perkara lain Tuan Pengerusi ialah peningkatan jumlah perbelanjaan 9%, kadar pertumbuhan ekonomi 4% sehingga 5%. Dalam keadaan begini berterusan, tentunya istilahnya untenable, tidak ada keupayaan untuk mempertahankan kemapanan ekonomi bila belanja lebih dari pendapatan ataupun peratus pertumbuhan perbelanjaan jauh lebih daripada peratus pertumbuhan ekonomi. Seperkara lain ialah tentang jumlah perbelanjaan pembangunan. Dalam rekod negara kita selalunya di antara 30% hingga 35% tetapi sejak Menteri Kewangan sekarang mengambil alih, jumlah perbelanjaan pembangunan jatuh merudum ke kadar 20%. Maka dengan ini, kesannya kepada pembangunan desa, luar bandar Sabah dan Sarawak tentu akan terasa.
Saya akan buktikan dalam kenyataan berikut. Satu lagi hal lain ialah unjuran.
Mengapa kita pertikai unjuran defisit tahun ini? Ini kerana tiap tahun perbelanjaan pengurusan itu bertambah purata 10%. Maknanya apa yang disebut sekarang ini, percayalah sebelum akhir tahun depan sebelum kita buat kenyataan yang berlaku dalam
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
perbelanjaan, ada penambahan belanja 10%. Perbelanjaan pengurusan 2014 akan bertambah sekurang-kurangnya 10% iaitu RM22 bilion, menjadikan perbelanjaan pengurusan berjumlah sekitar RM240 bilion. Maknanya, defisit bagi tahun 2014 akan meningkat kepada RM59 bilion iaitu unjuran 35% itu tidak realistik.
Saya fikir bahawa Menteri sengaja tidak menyebut angka sebenar untuk menunjukkan bahawa defisit kita boleh dikurangkan kepada 35%. Sebenarnya Tuan Pengerusi ialah sejak tahun 2010, penambahan itu berlaku terus menerus seperti mana saya bacakan sebelumnya iaitu purata 10%, 11% penambahan perbelanjaan tiap-tiap tahun dalam perbekalan tambahan. Maknanya kalau kita ambil realistic forecast, maknanya defisit itu akan lebih tinggi...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bayan Baru bangun Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh, adakah unjuran sebegini bermaksud bahawa kerajaan terpaksa table supplementary bill pada tahun depan? Adakah kemungkinan ini berlaku? Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jelaskan bahawa unjuran itu harus realistik. Akan tetapi kalau kita tahu akan ada penambahan dan pada setiap tahun purata 10% yang berlaku, maknanya angka unjuran tidak tepat. Saya dapat pastikan bahawa sekurang-kurangnya 10% tambahan akan berlaku. Maknanya, defisit akan jauh lebih tinggi daripada 3.5% yang diunjurkan. Ini berdasarkan pengalaman yang lalu. Walaupun saya katakan perbekalan tambahan dalam keadaan wang mencukupi, itu ada kemunasabahannya tetapi tidak dalam keadaan sekarang.
Satu perkara yang lain ialah saya katakan permasalahan twin deficit. Perdagangan lebihan, tread surplus untuk 2014 dianggar pada RM57.3 bilion, ingat ya tahun 2014 RM57.3, tahun 2013 – RM64.3 bilion, tahun 2012 - RM94.8 bilion, tahun 2011 – RM124.2 bilion. Maknanya dia menjunam cepat sekali. Anggaran 2014, RM58.4 bilion itu menyamai zaman krisis 1998. Ini angka tidak boleh dipertikai kerana menjunam begitu cepat dan ini sudah masuk ke angka- tread surplus ini masuk kepada angka crisis year end of 1998, dengan izin.
Satu perkara yang tidak ditekankan dalam belanjawan tetapi dalam buku penyata kewangan dan laporan ekonomi, apa dia? Iaitu subsidi dihapuskan. Subsidi gula memang disebut RM551.25 juta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pengurangan yang tidak disebut yang patut saya tekankan iaitu dalam laporan ekonomi Tuan Pengerusi, yang dikenakan menyentuh Sabah Sarawak ini iaitu Skim Penstabilan Harga Minyak Masak di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dikurangkan RM500.5365 juta. Maknanya, minyak masak akan melonjak naik tetapi tidak disentuh dalam ucapan bajet. Memang sudah diputuskan oleh kerajaan sepertimana yang disebut dalam laporan kewangan.
Penghapusan subsidi gula lonjakan harga 34 sen sekilo terkesan akibat industri gula- saya hendak tekan tentang industri gula ini kerana sekarang ini dimonopoli oleh Malayan Sugar Manufacturing dan Central Sugar dimiliki oleh Tradewinds, Tan Sri Syed Mokhtar. Kita sentuh banyak perkara tentang Tan Sri Syed Mokhtar, memang tidak boleh disentuh oleh pimpinan Kerajaan Barisan Nasional tetapi saya hendak gunakan kesempatan ini untuk menjelaskan. Berapa pendapatan kasar industri gula ini? RM4 bilion setahun. Keuntungan sebelum cukai, sebelum pengambil alih oleh Tradewinds ini, dalam rekod syarikat yang masa itu dikuasai oleh Robert Kuok sekitar 9% sahaja setahun, keuntungan bersih Yang Berhormat Menteri, 9% setahun.
Setelah diambil alih oleh Tradewinds dan syarikat baru, keuntungannya melonjak 15% setahun. Dijangka dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat dalam sektor ini dijangka melonjak sampai sehingga 20% ke 25%. Maknanya, untung hampir RM1 bilion. Untung syarikat gula akan mencecah RM1 bilion, rakyat miskin patut bayar tambahan. Ini dia kebijaksanaan yang saya sebutkan tadi bahawa dasar ekonomi yang memperkayakan kalangan yang memonopoli, golongan maha kaya dan memiskinkan rakyat terbanyak.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Mengapa korporat mendapat keuntungan yang berlipat ganda? Kita tidak mempertikai hak peniaga, pengusaha mendapat dan mencatat keuntungan. Mengapa tidak ada usaha untuk liberalisasi import gula dan perdagangan gula? Mengapa diberikan hak monopoli dan menyebabkan peningkatan harga? Dengan izin, remove monopoly to allow free market mechanism to operate. Dengan cara sedemikian, kita dapat jamin keadaan yang lebih lumayan bagi rakyat.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Pengalaman Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, apakah yang menjadi halangan besar untuk membuka market seluas-luasnya untuk barang-barangan seperti ini gula atau beras agar dengan ada fair competition ini, harga akan menjadi lebih murah dan rakyat boleh membuat pilihan. Apakah yang menjadi penghalang untuk kerajaan akhirnya memberikan monopoli kepada syarikat-syarikat ini?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Dia ada dua perkara Yang Berhormat Sungai Petani. Pertama ialah tekad politik, penguasa politik untuk tidak tunduk kepada golongan maha kaya. Bagi bantuan sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya kita serah balik kepada dia, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ya? Ini yang menjadi masalah, atau Yang Berhormat Kepala Batas, sorry. Bila sebelum pilihan raya dia derma banyak. Selepas pilihan raya, harga minyak naik. Harga gula, naik. Jadi itu satu perkara iaitu tekad pimpinan politik harus tegas membela nasib rakyat, bukan membela nasib penguasa ataupun pedagang. Ini yang berlaku sekarang.
Keduanya, dengan peredaran masa, monopoli itu harus dikurangkan. Monopoli ini di bawah Kementerian Perdagangan sama ada di Dalam Negeri atau Perdagangan Antarabangsa. Akan tetapi wajar kerajaan dari semasa ke semasa memberikan kelonggaran ini supaya ada fair competition dan dengan sedemikian lebih efisien dan harga dapat dikurangkan. Baik...
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Yang Berhormat. Terima kasih ya.
Saya hendak penjelasan dari Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh. Kerajaan kata ada satu alasan ialah subsidi gula tarik balik sebab penyakit kencing manis. Akan tetapi sebagai doktor perubatan itu satu alasan sahaja, bukan lain sebab ialah lifestyle, kurang, berat badan dan sebagainya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Saya tidak pandang serius hujah itu yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ini kerana tidak bersandarkan fakta. Ini pandangan remeh, meremehkan hujah besar bagi rakyat.
[Tepuk] Kalau betul sebab gula, turun subsidi beras kerana karbohidrat itu juga menyebabkan penyakit diabetes. Tidak tahukah basic fact?
[Tepuk] Malu sungguh aih!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seremban bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seremban.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, okey, last, last.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan meminta rakyat supaya tidak boros, supaya berjimat cermat. Itu sebabnya kita kena kurangkan penggunaan gula, kurangkan menggunakan kereta dan sebagainya.
Akan tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh, saya menerima satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Arau.
Soalan kepada soalan saya meminta untuk diberikan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bulanan untuk tahun 2012. Jawapan yang saya terima baru-baru ini ialah untuk Kompleks Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri, sebanyak RM2,237,788 telah dibelanjakan untuk tujuan pembayaran bil elektrik dan sebanyak RM311,174 dibelanjakan untuk pembayaran bil air
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya buat calculation mudah. Setiap hari, setiap hari, bil elektrik untuk kediaman rasmi perdana menteri RM6,130.
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Untuk
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri pula, setiap hari RM2,371
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Untuk tahun 2012, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Sateria, RM865,458 untuk bil elektrik dan RM99,000 untuk bil air.
Saya hendak Yang Berhormat Permatang Pauh sebab Yang Berhormat Permatang Pauh pernah duduk di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri. Pada ketika itu, adakah Yang Berhormat membelanjakan RM2,000 bil elektrik setiap hari*?
[Ketawa]* Adakah ini menunjukkan satu peningkatan pemborosan yang keterlaluan Yang Berhormat Permatang Pauh? Saya amat dukacita Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang hendak balas belanjawan ini, tidak ada seorang Menteri kecuali Yang Berhormat Arau di sini.
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
[Tepuk] Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tidak ada, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua pun tidak ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pun tidak ada [Ketawa] Oh! Ini nasib baik ada tetapi belum Menterilah, tetapi belum Menteri. Ini timbalan sahaja, belum Menteri. Kita hendak Menteri benar, bukan Timbalan Menteri.
[Disampuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat, dia bukan cakap soal bodoh. Saya Menteri Kewangan lapan tahun. Setiap kali orang Yang Berhormat masa itu Ipoh [Disampuk] Bukan, masa itu bukan Gelang Patah, masa itu Yang Berhormat Kota Melaka, memang garang betul dia. Saya dengar kerana saya anggap adil. Dia dengar ucapan belanjawan saya, hari Jumaat. Jadi, hari Isnin, saya dengar walaupun telinga sakit juga sikit-sikit.
Akan tetapi ini dia practice democracy yang berlaku, yang harus berlaku.
[Tepuk] Ini keengganan hadir ini menunjukkan hanya keangkuhan kuasa, arrogance of power. No dialogue. Ini hendak bicara seolah-olah dalam Parlimen ini ialah bicara kepada the deaf, tidak mahu dengar sama sekali. Macam soalan Yang Berhormat Seremban. Sudah harga gula naik, harga minyak naik, kadar elektrik naik untuk rakyat, maka, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri tunjuklah contoh yang baik. Padamlah setengah lampu [Ketawa] Daripada RM2 juta jadi RM1 juta pun tidak apa lagilah. Adalah sikap hendak jimatkan sikit. Ini tidak, sampai RM2 juta punya lampu [Disampuk] Ya, komplekslah Yang Berhormat Arau, faham. Kompleks luas tetapi tidak payahlah cerah kesemuanya malam itu, tidurlah setengah. Baik [Ketawa]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Akan tetapi bila bersyarah Yang Berhormat Arau, sebut Umar Abdul Aziz. Bila amal, pakai Muawiyyah kah siapa, saya tidak tahulah [Ketawa] Baik, yang tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, yang saya tidak faham mengapa ialah tidak menyebut bahawa subsidi minyak mentah itu dikurangkan RM505 juta. Saya tidak faham mengapa. Syarikat minyak, FELDA, Sime Darby, IOI, keuntungan itu berbilion ringgit. Tidak bolehkah ada satu cara, mekanisme, kaedah, untuk menyalurkan sebahagian kecil keuntungan menjamin supaya harga itu lebih terkawal. Ini berlaku di Indonesia.
Saya sentuh, sebut Indonesia, Singapura ini memang marahlah saya. Indonesia memberikan subsidi minyak kelapa sawit CPO dua liter kepada setiap isi rumah dan juga subsidi untuk bio fuel. Ini untuk 260 juta penduduk. Akan tetapi di Malaysia, korporat besar untung berbilion-bilion ringgit, subsidi minyak makan akan dikurangkan. Maknanya selepas ini naik lagilah harga minyak.
Oleh sebab itu dalam belanjawan Pakatan Rakyat, ada usul yang dikemukakan. Di antara lain, untuk menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab. Ini termasuklah pemadaman beberapa lampu elektrik di kediaman rasmi iaitu dengan mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak 10% di setiap kementerian, agensi kerajaan.
Pendekatan sekarang ialah beban rakyat dulu. Apa yang tiris, yang bocor, yang boros, kita biarkan. Apa yang perlu, naik harga dan GST. Apa salahnya kalau kita tangguh kenaikan gaji pegawai tinggi dan elaun pegawai atasan kerajaan dan Menteri Kabinet sebagai bawa contoh yang baik?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Kontrak procurement peralatan, buat tender yang telus supaya dapat kurangkan belanja. Projek-projek yang patut dikaji semula bagi moratorium termasuk PLKN kerana belanja RM800 juta setahun. Projek-projek yang mempunyai kandungan kadar import yang tinggi dan kesan penggadai yang rendah ditangguhkan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ini mengambil kira teguran Ketua Audit Negara bagi mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan negara. Contohnya RM1.1 bilion boleh dijimatkan dalam pengurusan projek mansuh oleh Jabatan Kerja Raya. RM1.6 bilion dalam projek penyediaan sistem kawalan keselamatan di sekolah, institusi pendidikan, dan Hari Belia. Bayangkan. Ini bukan soal K-pop RM1.6 juta, ini K-pop RM1.6 juta. Akan tetapi sambutan Hari Belia Negara, belanjanya mengikut teguran Ketua Audit Negara RM67.6 juta, untuk pesta Hari Belia, RM67.6 juta rujuk Laporan Ketua Audit Negara. Apa, negara ini apa? Kalau dapat keadaan rakyat selesa tidak apa, ini perbelanjaan pesta-pestaan RM67 juta dalam keadaan rakyat dikenakan kenaikan harga gula, harga minyak dan juga cukai GST yang dicadangkan...
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri Yang Berhormat, Yang Berhormat Langkawi.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih kerana beri ruang kepada saya untuk bertanya. Tadi saya hendak tanya tetapi saya bimbang kerana saya ini orang baru dalam Dewan ini takut salah. Namun begitu, saya hendak patah balik kepada gula tadi, pasal Yang Berhormat Permatang Pauh ada sebut tentang gula sekejap tadi.
Kalau mengikut kata-kata Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, Tradewinds untung 15% dengan harga gula di pasaran lebih kurang RM2.80 dan subsidi diberi 34 sen.
Akan tetapi apabila kerajaan menarik balik subsidi tiga puluh empat sen, Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan bahawa Tradewinds akan menambah keuntungannya daripada 20% hingga 25%. Akan tetapi saya kurang faham bagaimana pengiraan ini boleh berlaku kerana subsidi sebelum ini pun telah diberikan oleh kerajaan. Apabila ditarik perbezaan itu, dapat duit daripada 20% itu daripada mana? Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Itu kena- saya ingat BN kena pergi kursus untuk Ahli Parlimen. Subsidi itu bukan kepada subsidi ini ditarik daripada rakyat. Syarikat itu untung macam itu juga, itu pertama. Keduanya, unjuran keuntungan syarikat yang saya sebutkan tadi, average purata semasa dahulu adalah 9%. Apabila perjanjian lama itu lupus, perjanjian baru ini ikut rekod syarikat Tan Sri Syed Mokhtar termasuk unjuran keuntungan itu 15%. Jadi dia tidak terikat hanya dengan isu subsidi tetapi tentang monopoli yang dikenakan oleh syarikat.
Maka sepatutnya Ahli-ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak itu menekankan sementara syarikat boleh mencatat keuntungan, jangan keuntungan berlipat ganda dalam keadaan rakyat diminta bayar kadar yang tinggi. Ini sama seperti IPP dan IPP seperti mana saya sebut di sini dahulu, saya ada maklumat kerana masa itu saya masih Menteri Kewangan dan bagaimana Unit Perancang Ekonomi diminta menetapkan harga yang tidak dipersetujui oleh Tan Sri Ani Arope mewakili Lembaga Elektrik Negara dan juga Perbendaharaan. Ini kerana katanya pulangan itu akan dipindahkan kepada pengguna. Ini hal-hal yang patut dikaji semula oleh kita.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat, apa yang saya tanya itu, tadi Yang Berhormat kata daripada 15% terus naik apabila tarik subsidi akan naik kepada 20% hingga 25%. Itu yang saya tanya. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, ya. Unjuran keuntungan syarikat setelah tamat - ini detillah sedikit, tamat perjanjian lama di antara syarikat lama.
Jadi monopoli ini, ia tidak ada kaitan langsung dengan soal subsidi, ia dengan perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat. Jadi unjuran keuntungan syarikat itu tinggi.
Baik, soal Defence Account Committee, kita juga cadangkan supaya ada Defence Account Committee kedua-dua pihak supaya boleh menjimatkan pembelian senjata ini.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara disebut pembelian beechcraft, kemudian rugi RM160 juta sebab sudah beli, itu bawah Kementerian Dalam Negeri yang sekarang Menteri Pertahanan ya. Sudah beli kemudian tersilap bagi latihan. Latih pilot ini kapal terbang lain.
Bayangkan, Malaysia - inilah sebab wajar Perdana Menteri menyebut contoh Burkina Faso, Bissau dengan Zimbabwe ini. Beli kapal terbang lain latih kapal terbang lain. Jadi bila kapal terbang itu sampai, dia buat pameran buat sementara waktu. Ini bukan teguran saya, ini teguran Laporan Ketua Audit Negara. Baik jadi kita menganggarkan penjimatan RM35 bilion sekiranya ada Defence Account Committee dan sistem tender dan perolehan yang lebih teratur.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Baik, menurut laporan ekonomi yang dibentangkan minggu lalu. Jumlah 2013, 2014 muka surat 36. Jumlah penerima BR1M, pendapatan kurang RM3,000 adalah 4.8 juta isi rumah yang layak tetapi angka Jabatan Perangkaan Negara untuk kategori ini adalah 2.65 juta isi rumah. Jadi saya minta Menteri Kewangan bagi penjelasan bagaimana Jabatan Perangkaan mengatakan yang layak adalah 2.65 juta tetapi yang memperolehnya 4.8 juta dan saya perlu penjelasan. Apakah ini juga pergandaan macam kehadiran pengundi- pengundi hantu termasuk Bangladesh yang disebut oleh Perdana Menteri ini. Ya, itu saya sudah jawab.
Saya ingat Yang Berhormat Arau tidak telus sebab dia patut beri maklumat kepada Yang Amat Berhormat Pekan bahawa ada kenyataan Tan Sri Aziz (SPR) 62,000 dan juga ada kenyataan yang saya keluarkan dalam pengundi, dalam kategori tentera dan polis, nationality Bangladesh, India, Indonesia, Filipina itu rekod SPR. Bukan kita reka. Why Yang Berhormat Arau patut jalankan tanggungjawab dan maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Pekan supaya Yang Amat Berhormat Pekan tidak melakukan kesilapan mencabar dalam keadaan jawapan sudah diberikan. Rekod SPR, pengundi kategori polis dan tentera undi awal, nationality Bangladesh, Filipina, Indonesia, India. Yang Berhormat Arau saya hendak tanya Bangladesh mana masuk Tentera Malaysia ini? Okey, jawab kemudian.
Baik, kemudian [Ketawa] Saya boleh supply rekod itu Yang Berhormat ya, saya boleh sampaikan rekod kenyataan daripada SPR. RM7.29 bilion subsidi dikurangkan. Ingat ini penting untuk rakyat Malaysia tahu. Untuk tahun 201, subsidi dikurangkan RM7,.29 bilion iaitu RM39.4 bilion berbanding tahun 2013 sebanyak RM46.698 bilion. Untuk tahun 2013, BR1M sebanyak RM2.9 bilion, tahun 2014 penambahan bayar BR1M ditambah RM1.9 bilion. Pemotongan subsidi RM7.29 bilion. Jadi yang bayar BR1M itu jauh lebih kuranglah.
Tarik subsidi daripada rakyat bagi BR1M. Itu sebenarnya hujah yang patut kita ketahui termasuklah sudah dikatakan gula, minyak makan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan masih akan dibiayai oleh penerima-penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah. Perlu dimaklumkan juga di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan masih belum menunaikan janji berkait dengan BR1M dalam PRU baru-baru ini. Apa yang dia janji?
BR1M akan naik daripada RM500 ke RM1,200, sekarang RM650. Bantuan BR1M pada warga bujang patut naik daripada RM250 kepada RM600, sekarang RM300. Janji ditepati.
Isu lain yang saya ingin sentuh ialah pengurangan perbelanjaan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua harus teliti kerana ini melibatkan kawasan Tuan Yang di-Pertua sendiri. Tidak disebut dalam ucapan tetapi dalam laporan ekonomi bila kita teliti kita perolehi. Pembangunan kesihatan luar bandar dipotong RM130 juta. Bayangkan dalam keadaan masyarakat Penan, infant mortality rate, one of the highest in Asia. Kadar kematian bayi di antara paling tinggi di Asia dan kita potong peruntukan pembangunan perkhidmatan kesihatan luar bandar sebanyak RM130 juta. Dipotong Institut Kemahiran MARA, RM50 juta. Hidup Melayu! Institut Kemahiran MARA yang memberikan ruang latihan kepada anak-anak kampung yang miskin, dipotong RM50 juta. Itu diganti untuk Hari Belia, saya fikir, pesta Hari Belia [Ketawa] . Satu perkara lain, target kita ialah bekalan elektrik dan air luar bandar ini ditambah.
Apa rasional negara maju atau mahu meningkat maju tetapi bekalan elektrik dan air tidak disampaikan? Untuk tahun depan, dipotong bekalan elektrik luar bandar sebanyak RM47 juta. RM47 juta potongan elektrik luar bandar. Bekalan air luar bandar, dipotong RM136 juta. Kemudian diumumkan projek tambahan. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah bertepuk tangan. Dia tidak tahu yang dipotong banyak. Dia tidak tahu yang dipotong lebih daripada yang diberikan. Bila kita sebut peruntukan tambahan Yang Berhormat, maknanya tambahan dari dulu. Ini disebut projek baru, tidak disebut bekalan elektrik luar bandar dipotong sebanyak RM47 juta, bekalan air luar bandar potongannya sebanyak RM136 juta dan yang amat menyedihkan ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli, potongannya adalah sebanyak RM24 juta.
Peruntukan pembangunan jalan-jalan dan jambatan Kementerian Kerja Raya di Sabah dan Sarawak dipotong sebanyak RM158 juta. Ini berbeza dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang memberikan jaminan penambahan elektrik dan air sepatutnya disegerakan dalam tempoh setahun kita selesaikan kerana tidak adil bagi rakyat seperti mana yang dilakukan. Tahniah kepada Pulau Pinang dan Selangor. Jumlah peruntukan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
perbelanjaan untuk pengurusan JPM naik lagi RM1.5 bilion untuk tahun 2014 berbanding 2013. Yang lain menyentuh tentang duplikasi pertindihan projek-projek institusi yang ditambah. Ada kecenderungan kementerian sekarang. Ada tiap tahun mesti buat institusi baru. Dulu dalam Laporan Ketua Audit Negara di bawah Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin, dia tegur, tendency di Malaysia, sebut ikan ada agensi, ladang agensi, MARA agensi. Jadi beribu agensi. Agensi ini tidak terkawal kebanyakannya. Kos pengurusan terlalu tinggi.
Sekarang di bawah kerajaan BN, Menteri Kewangan mengumumkan tiap tahun agensi baru yang bertindih dengan yang sedia ada. Umpamanya, Malaysian Green Foundation, geran pelancaran RM15 juta. Akan tetapi kita sudah ada Malaysian Green Technology Corporation. Mengapa sudah ada Malaysian Green Technology Corporation, ada lagi Green Foundation, RM15 juta dibagi. Kemudian, Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB). Bunyinya bukan main ‘superb’. Geran RM30 juta. Padahal sudah ada TERAJU dengan geran mudah RM412 juta. Pasal apa tidak boleh digabungkan?
Bila kita tambah, buat institusi baru, pejabat baru, kereta, pegawai, lembaga. Kalau hendak bagi kerja dan elaun kepada penyokong-penyokong BN, janganlah ambil duit rakyat. Itu isunya [Tepuk] . Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) [Ketawa] [Disampuk] . Bagi RM50 juta, MaGIC RM50 juta. Padahal sudah ada. Dengar ya.
Penubuhan Pusat Inovasi dan Kreatif Global (MaGIC) sebanyak RM 50 juta. Ada sudah.
Apa nama dia? Agensi Inovasi Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia, sudah ada. Ini apa dia ini? Pembaziran terus-terus begitu. Kemudian, New Entrepreneurs Foundation (myNEF). Padahal sudah ada SME Corporation. Objektifnya sama. Kalau ada sedikit perbezaan, boleh digarap menjadi satu. Lebih efisien dan lebih jimat.
1MDB. 1MDB ini memang kita bangkitkan dengan begitu keras tetapi tidak pernah diberikan jawapan yang teliti. Kita mengusulkan harus digabungkan bersama Khazanah Nasional Malaysia. Semua laporan Financial Times membuat teguran yang paling kasar terhadap 1MDB, Wall Street Journal dan Bloomberg baru-baru ini. Kerana apa? Kerana tidak telus, penuh kerahsiaan, diselubungi pelbagai kontroversi terutama dalam isu siapakah yang mendapat habuan keuntungan terbesar dalam penerbitan bon USD3 bilion melalui Goldman Sachs yang bertaraf sovereign. Isu dia ada sovereign guarantee. Beri kepada Goldman Sachs dan ada anggapan bahawa Goldman Sachs diberikan bayaran yang paling tinggi dalam sejarah mana-mana penerbitan bon sebelum ini. Jadi ini tidak dijawab. Jawapan Menteri, dia kata, “Ini rahsia untuk menyelamatkan kepentingan kerajaan”. Akan tetapi dia lupa bahawa ini bukan sahaja 1MDB tetapi ada sovereign guarantee. Dia tidak boleh dapat begitu. Selalunya, dalam mana-mana penyenaraian atau penerbitan bon, kita perlu USD1 bilion untuk projek A. Ini tidak payah bagi tahu projek. Tidak ada projek, kutip wang tetapi ini sebelum pilihan raya, sejurus sebelum pilihan raya. Jadi banyak persoalan kita boleh tanya.
Saya ada sentuh soal GST. GST, kita tidak pernah pertikai. Daripada segi sistem percukaian yang lebih telus, tidak kita pertikai. Inilah yang diambil oleh Timbalan Perdana Menteri mengatakan Pakatan Rakyat sokong GST. Ini pun satu penipuan, pembohongan.
Kita kata sistem itu boleh dipertahankan tetapi syaratnya ada. Pertama, harus telus. Kedua, hentikan rasuah ketirisan dulu. Ketirisan berdasarkan unjuran kita daripada Laporan Ketua Audit Negara, itu mungkin menjangkau sehingga RM25 bilion. Kalau ini berlaku, maka apa munasabah dan rasionalnya untuk kita perkenalkan GST? Kita harus hentikan rasuah, boros, tiris dulu. Itu satu.
Keduanya, dalam melaksanakan GST, taraf hidup itu harus lebih tinggi. Ini tidak membebankan. Prinsip GST yang cuba dikelirukan ialah bahawa ia menyebabkan melebarnya jumlah orang yang membayar cukai. CSSE hanya kelompok yang berniaga.
GST itu semua bayar. Yang paling miskin pun dikenakan 6%. Itu maksudnya. Baik, ini yang disebutkan cukai regresif.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Saya ambil contoh yang pertama yang disebut oleh Menteri tadi, ini orang kampung, dia berkempen Sungai Limau sahaja. Ini pun satu sikap yang kurang tepat. Saya tidak setuju semua maknanya, seolah-olah semua orang bodoh. Saya hendak sebut yang bodoh ini termasuk United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) yang belum dibaca oleh Menteri. Laporannya kata apa? Trade and Development Report 2012,
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
“Policies for inclusive and balance growth”. Dia sebut GST itu regresif - bagi negara berkembang, bagi negara membangun. Bukan as a system. Kata dia, dengan izin, “The lower share of the income tax yield and the highest share of VAT/GST in total tax revenues indicates that the tax system overall is more regressive in developing and transition economies, than in develop countries”. Negara yang maju, boleh cukai kerana pendapatan mereka RM5,000, RM6,000 sebulan minimum. Negara berkembang ini akan menyebabkan regresif, akan menyebabkan mereka menanggung cukai yang lebih. Ini disebut akan menyebabkan lebarnya jurang pendapatan golongan maha kaya dan miskin. Ini disebutkan kesenjangan akan berlaku dengan pelaksanaan sistem cukai ini seperti mana yang disebutkan oleh UNCTAD.
CIMB - ini Menteri Kewangan faham sangat. Meramalkan, CIMB Research meramalkan bahawa pelaksanaan GST pada mana penyelewengan berleluasa dan penguatkuasaan yang lemah kerana tiadanya Akta Anti Monopoli, Akta Persaingan, Anti Pencatutan akan membolehkan pertambahan inflasi kepada 5% lebih tinggi dari tahap sekarang. Menurut satu kajian oleh Lew Chong Wee - fiscal policy and inequality in Malaysia, GST akan menyumbang kepada melebarnya jurang pendapatan isi rumah, income inequality yang merupakan antara masalah utama di Malaysia.
Jurang sudah besar, pelaksanaan GST akan menyebabkan jurang akan lebih melebar. Pertumbuhan ekonomi boleh terbantut, ekonomi gelap boleh berkembang. Siapa kata? Joseph Stieglitz. Development Oriented Tax Policy mengatakan, dengan izin, “economies have long recognized that any market taxation encourages non-market production and that this can constitute a significant distortion. Similar issues arising in developing countries except, it is not only labor within the household which escapes taxation, but work in the informal sector which typically cannot easily be monitored or monitored at all. Accordingly, a VAT or GST shifts resources away from the formal sector into the informal sector, lowering GDP”. Saya hanya sebut Stieglitz, UNCTAD Itu menunjukkan kerana pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional ini, dia ambil sikap seolah-olah yang menentang ini semuanya bodoh, kampungan belaka [Tepuk] Biar dia hujah guna fakta dan jangan nampak terlalu sombong dan angkuh. Dia sebut Singapura. Menteri Kewangan sebut Singapura, GST.
Singapura laksanakan. Betul. Tengok taraf hidup Singapura, lihat gaji minimum di Singapura, gaji guru, gaji pekerja, gaji buruh di Singapura. Itu satu.
Keduanya, kadar pendapatan lebih tinggi daripada kadar cukai. Kemudian, bila dimulakan, Singapura laksanakan dengan 3% [Tepuk] Ya, bacalah bagi habis. Guna nama Singapura. New Zealand sama. Mula-mula 4%. Di Singapura 3% dan dijamin pula tidak naik tujuh tahun berikut. Kita mula 6% tanpa jaminan. Percayalah, kalau jalan 6% tahun pertama, 2016 naik 8%. Akan tetapi di Singapura dengan kadar pendapatan yang begitu tinggi, dia kenakan hanya 3% dan tentulah dalam sistem taxation dia lebih efisien. Jadi, maka Menteri Kewangan bangga dengan Rwanda, Zimbabwe, Cambodia.
[Ketawa] [Tepuk] Yang asas sistem percukaiannya, tanyalah Perbendaharaan. Saya percaya rakan- rakan Perbendaharaan dan Bank Negara tidak akan pertikaikan kenyataan ini bahawa sistem percukaian di Zimbabwe, Cambodia itu pada tahap yang sangat rendah. Maknanya, yang bayar cukai itu, sistem itu belum in place. Jadi, apa kata komuniti perniagaan di Malaysia? Mereka menganggap dengan mengenakan cukai ini juga akan meningkatkan kos untuk penyediaan sistem dan pematuhan perundangan, compliance sebanyak RM2 bilion.
Pelaksanaan SST pada 2013. Ini adalah satu yang penting. Kata Yang Berhormat Menteri, ia tidak akan membebankan, cukai ini tidak bertambah. Ini, saya tidak faham logikal ekonomi apa. Sebab SST pada 2013 membawa masuk RM16.4 bilion pendapatan.
Pelaksanaan GST pada kadar 6% akan bagikan tambahan RM12 bilion lagi melalui GST.
Yakni juga di terima oleh CIMB Research, yang dibayar oleh seluruh rakyat. SST sebahagian RM16.4 bilion tetapi ditambah lagi RM12 bilion. Maknanya, GST akan memberi lebih kesan negatif kepada golongan penerima BR1M yang berpendapatan kurang RM3,000.
Kerajaan yang melaksanakan GST akan menaikkan kadar GST di masa depan.
Akan tetapi kalau dikatakan 6% sahaja pun, masalahnya tidak menangani kebocoran dan ketirisan yang berlaku. Apa dia unjuran pendapatan dari GST? Sebanyak RM25 bilion.
Sekarang ini, RM16.4 bilion. Jadi, yang lebih itu daripada mana? Daripada rakyat lah.
Maknanya, dengan jumlah pendapatan daripada GST itu akan bertambah. Maknanya,
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
jumlah cukai bertambah. Mana munasabahnya bila kerajaan mengatakan tidak ada tambahan cukai, malah kurang walau pendapatan kerajaan bertambah. Bezanya ialah bahawa melebarnya jumlah golongan yang membayar cukai daripada jumlah kecil peniaga kepada golongan yang selama ini tidak membayar cukai. Golongan rakyat seluruhnya tanpa kecuali walaupun diberitahu yang beras, belacan, cencaluk, budu, ikan kering tetapi kalau kita lihat perkiraannya, gula kita tidak kena. Gula tidak kena GST tetapi dia naik 34 sen.
Jadi, logik itu dia bukan kira GST tetapi kira cukai.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tekankan bahawa yang perlu sekarang ialah efficient taxation system. Saya setuju. Yang diperlukan ialah memastikan tidak ada orang yang curi wang, bawa dan pindah ke luar negara.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan yang kedua dalam bulan Mei yang menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam masa yang terdekat. Namun kita faham kenyataan itu dibuat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum Yang Ketiga Belas, dalam bulan Mei. Akan tetapi sejurus kenyataan ini dibuat, masyarakat antarabangsa, khususnya rating agencies telah menyatakan bahawa mereka tidak yakin kebenaran kenyataan tersebut kerana hutang negara terus membengkak. Ini kenyataan yang dibuat oleh Fitch Rating Agencies dan juga Moody’s yang melihat Kerajaan Barisan Nasional telah mengamalkan defisit bajet ini selama 16 tahun berturut-turut. Maka, tidak mungkin mereka tidak melaksanakan.
Apa kata Fitch Ratings dalam bulan Julai 2013 di mana Fitch Ratings cut Malaysia’s sovereign outlook to negative dan begitu juga dengan Moody’s. Jadi, persoalan saya Yang Berhormat Permatang Pauh, apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh tentang hasrat Kerajaan Barisan Nasional membebankan rakyat kerana hutang negara yang meningkat? Itu yang pertama.
Kedua, kalau kita lihat daripada rekod yang ada sama ada di Bank Negara atau di Kementerian Kewangan, apabila Permatang Pauh diangkat menjadi Menteri Kewangan tahun 1981, hutang negara pada ketika itu bernilai RM98 bilion.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Apabila Yang Berhormat Permatang Pauh direhatkan di Sungai Buloh tahun 1998, hutang negara telah turun kepada RM80 bilion. Maknanya tanggungjawab Menteri Kewangan ialah menurunkan hutang negara. Dalam tempoh lapan tahun, hutang negara turun daripada RM98 bilion kepada RM80 bilion. Malangnya sebaik sahaja Yang Berhormat Permatang Pauh direhatkan pada tahun 1998, hutang negara di bawah Tun Dr. Mahathir meningkat kepada RM200 bilion. Datang Tun Abdullah Badawi, hutang negara meningkat kepada hampir RM300 bilion dan sekarang, hari ini hutang negara sudah meningkat RM519 bilion di bawah Yang Berhormat Pekan. Jadi boleh tidak Yang Berhormat Permatang Pauh berkongsi dengan Dewan yang mulia ini, bagaimana prinsip untuk mengekang hutang negara? Mungkin Yang Berhormat Arau boleh membantu menasihatkan Yang Berhormat Pekan supaya hutang negara ini mesti diturunkan dan dijimatkan dalam masa terdekat [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada dua orang Menteri dalam Dewan Yang Berhormat. Sebelah sana pun ada Menteri. Takkan Yang Berhormat Arau sahaja yang kena.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
[Ketawa] Pasal Yang Berhormat Arau, dia Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang boleh membantu menyampaikan hujah dalam Dewan dan selama ini pun memang sahabat yang banyak membantu walaupun kadang-kadang kurang sabar [Ketawa] Ya, kadang-kadang dia ada beza di antara ekonomi ini tidak boleh terikat seperti mana Yang Berhormat Gombak sebut dengan propaganda. Dia boleh hina, dia boleh fitnah, tetapi fakta tidak boleh dipertikai.
Umpamanya Perdana Menteri dengan bangga menyebut pujian John Kerry, Setiausaha Negara. Saya tidak ada halangan untuk kita berbaik dengan Amerika, tetapi ada beza.
Berbaik dengan Amerika tidak bermakna kita harus tunduk kepada arahan Amerika, itu ada beza yang besar. Kita harus ada dialog, ada perbincangan kerana ini trading partner yang penting. Akan tetapi Amerika, soal Afghanistan, kita sokong, soal Iran kita sokong, soal Iraq kita sokong. Ini apa dia dasar begini rupa?
Jadi oleh demikian, bila John Kerry - tidak hairanlah kalau John Kerry memuji kerana American Foreign Policy ini disebut ‘ambivalences’. Amerika juga merupakan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
sahabat setia yang paling banyak memuji Hosni Mubarak. Jadi kalau dia puji Malaysia, tidak hairanlah, sebab ambivalences. Dalam masa yang sama dia bicara soal democracy dan freedom. Dia sokong democracy dan freedom, tetapi dia tidak sanggup menyebut di Mesir itu - a ku as a ku! Kudeta is a kudeta! Dia tidak sanggup sebut itu, maka Kerajaan Malaysia pun tidak berani sebut bahawa ada kudeta di Mesir. Jadi ini menyebabkan John Kerry, saya rasa lebih lumayan dengan sikap dia dengan Malaysia. Dia puji kita moderate, hari esoknya Mahkamah Rayuan putuskan soal “Allah”. It is a moderate Muslim country. Tuan Yang di- Pertua lebih maklum.
Baik, ini soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak tentang hutang negara. Kita boleh bagi hujah apa pun, tetapi bagi negara berkembang, hutang itu haruslah di tahap yang kita rasa munasabah. Maka sekarang ini hutang yang mencecah kepada jumlah yang kita rasa sangat parah, kerana dia membengkak setiap tahun. Yang akan membayar ialah generasi akan datang. Anak muda harus bangkit, bukan sahaja GST. GST kami akan turun ke setiap negeri membantah pelaksanaannya habis-habisan [Tepuk] Saya hendak bagi notis.
Oleh kerana ini merupakan suatu jenayah kepada rakyat. Kamu biarkan pembaziran, kamu biarkan rasuah, kamu biarkan ketirisan, kemudian kamu hendak bebankan rakyat. Kami akan lawan habis-habisan, saya hendak bagi jaminan di sini [Tepuk] Jadi sebab itu, soal hutang negara tidak disebut. Dalam tahun 90-an, bukan sahaja kita bayar semua hutang Yang Berhormat, kita bayar yang disebut pra pembayaran RM12 bilion dan ini rekod. Tidak ada banyak, mungkin satu negara lain sahaja yang pernah buat pra pembayaran, pre payment dan sebagainya.
Kita bayar RM12 bilion sebab kita ingat pesanan Nabi Yusuf a.s. dalam al-Quran, dan Joseph in the Bible tentang seven fat years untuk prepare for the seven lean years. Akan tetapi sekarang ini sudah 16 lean years and they still consider themselves within the seven fat years [Tepuk] Ini dikatakan state of denial, ini state of denial dalam ekonomi. Dia tidak dapat menerima kenyataan keadaan ekonomi yang merosot sekarang. Maka sebagai kesimpulannya, saya ingin menjelaskan dan mengulangi di sini, kita tidak boleh membicarakan ekonomi daripada sudut angka, pertumbuhan, perbekalan tanpa melihat kerangka keseluruhannya pembangunan insan seutuhnya. Pakar ekonomi dan pemikir Indonesia, Soedjatmoko pernah menekankan dimensi manusiawi dalam pembangunan.
Dalam istilah Islam, saya percaya Tuan Guru dari Marang dapat menjelaskan lebih baik tentang konsep karamah, insaniah itu sendiri.
Jadi sekarang kalau kita bicarakan soal pertumbuhan, kemudian kita biarkan ada kesenjangan pendapatan, di mana hidup rakyat itu merempat dan golongan yang kaya itu kita bantu menjadi maha kaya melalui skim monopoli tender IPP tanpa kesediaan merombak sedikit pun, maka ia melanggar satu prinsip dan kaedah basic dalam keadilan ekonomi atau economic justice. Bacalah John Rawls kah, Amartya Sen kah, Paul Krugman kah, tidak ada pakar ekonomi bukan sahaja pakar ekonomi Islam, pakar ekonomi Barat sendiri pun sekarang yang hendak mempertahankan konsep pembangunan, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan dan membiarkan kesenjangan melebarnya pendapatan golongan maha kaya dan yang miskin.
Oleh yang demikian, saya minta supaya Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan khususnya, saya tidak mempertikaikan sangat kementerian kerana saya tahu kementerian kadang-kadang, pegawai-pegawai dia bagi cadangan yang baik, tetapi dalam kerangka politik, mengapa orang yang sama, dekat saya dia bagi pandangan lebih baik, sekarang ini dia ikut jurus politik, sampai membengkak hutang.
Dulu kalau hendak hutang sedikit, pegawai-pegawai kementerian atasan itu bagi tahu jangan Yang Berhormat. Hutang ini kan susah. Akan tetapi sekarang ini hutang membengkak kerana political leadership. Sebab itu saya menekankan di sini soal pengurusan ekonomi itu yang berlandaskan pendirian politik kerajaan harus dirubah.
Pembangunan mesti manusiawi, pembangunan mesti menekankan keadilan, pembangunan tidak boleh menyebabkan golongan kaya bertambah kaya dan terus mendera rakyat miskin.
Pembangunan dalam keadaan sekarang tidak boleh menurunkan subsidi sebelum kita hentikan ketirisan dan bocor. Sekarang ini apa yang dilakukan ialah membatalkan subsidi berpuluh bilion ringgit dengan memberikan gambaran seolah-olah kita baik dengan BR1M.
Akan tetapi kita tidak berani menyentuh sedikit pun dengan berkesan soal rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang begitu banyak berlaku.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Memang benar media Amerika kuasai tidak akan menyentuh soal ketirisan. Aneh.
Laporan Ketua Audit Negara yang begitu penting bagi negara [Tepuk] Dahulu, saya masih ingat semasa sentuh isu baik sebelum BMF dan lain-lain. Masih diberi liputan dalam media.
Sekarang sama sekali tidak diberikan liputan kerana peranan media mempertahankan rasuah, penyelewengan dan ketirisan [Tepuk] Saya menyeru supaya Menteri Kewangan, sesuai dengan semangat transformasi yang dibicarakan itu, memberikan laluan supaya ada ketegasan. Pertama, bertindak terhadap penyelewengan, kedua, hentikan dasar ekonomi yang mendera rakyat. Terima kasih [Tepuk] .
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2014. Pertama-tamanya saya merasakan dalam bajet kali ini, beberapa perkara perlu kita lihat secara komprehensif.
Pertama, tentang pelaksanaan GST. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, apabila diperkenalkan GST dahulu, nampaknya apa yang telah- pada masa itu dikatakan hanya dikenakan 4% dan di manakah justifikasinya apabila 4% itu ditingkatkan kepada 6%.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya rasa kita perlukan satu penerangan yang lebih jelas supaya perkara ini tidak diputar-belitkan oleh mana-mana pihak, yakni sebelah sana gelak saya tahu kenapa.
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Yang Berhormat Ayer Hitam, boleh celah?
Pernahkah UMNO ini ada konsultasi dengan MCA sebelum mengadakan dasar GST ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya belum lagi, mukadimah sahaja Yang Berhormat. Belum, Yang Berhormat, sabarlah Yang Berhormat. Saya masih mukadimah dan saya berasakan pada kali ini bukan sahaja sekadar kita perlu memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat jelata. Apa yang jadi masalah kepada kita ialah maklumat yang hendak kita sampaikan biarlah tepat.
Saya memberi satu contoh, kalau kita kata barang keperluan asas tidak dikenakan GST dan kita kena memerihalkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan barang keperluan asas. Saya bagi contoh kalau sehelai seluar jeans yang bernilai RM500 atau RM300, apakah ia barang keperluan asas? Kalau berbanding dengan sehelai seluar yang kita beli dari pasar malam, apakah ada perbezaan dari segi sama ada dikenakan GST atau tidak? Saya rasa ini perlu kita jelaskan dan kita perincikan perkara ini. Kalau tidak rakyat tidak akan dapat satu gambaran jelas tentang apa itu GST, itu pertama.
Kedua, kalau kita lihat kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala mengatakan bahawa dengan diperkenalkan GST itu, ia akan menjadikan pendapatan bertambah RM27 bilion. Ini satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala. Saya ingin mendapatkan satu gambaran yang mana pemansuhan cukai jualan dengan cukai perkhidmatan, berapakah jumlahnya? Saya rasa rakyat jelata lebih berminat kalau kita kata barang keperluan asas apa yang disenaraikan, cencaluk dan sebagainya. Itu mungkin sebahagian kecil sahaja dan apa yang lebih relevan kepada rakyat ialah pertama, kalau saya bangun gosok gigi, gunakan berus gigi dan ubat gigi, sama ada ubat gigi itu ada komponen cukai jualan atau tidak dan apabila saya gunakan shampoo, ada atau tidak komponen GST?
Ini akan memberi impak kepada keluarga yang pendapatan akhirnya, sama ada kita perlu tanggung 6% daripada GST, saya rasa itu perlu kita lihat secara objektif dan begitu juga banyak persoalan yang telah ditanya. Kalau saya membeli alat tulis, adakah saya dikenakan 6% dan saya rasa dalam hal ini bukan sahaja perlu mewujudkan satu portal ataupun satu website apa yang tidak dikenakan cukai, apa yang akan dikenakan cukai.
Bukan sekadar itu, pemahaman di peringkat bawah dalam pelbagai bahasa, kalau kita lihat, kalau dahulu di Singapura memulakan dengan GST, begitu rancak sekali kempen yang dibuat oleh pihak kerajaan di situ, di mana saya nampak bermula dengan 3% di TV ataupun
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
di dalam surat khabar pun mereka mulakan. Pemulangan tax atau GST daripada pengilang- pengedar dan akhirnya peruncit, ia dibuat dengan secara sistematik.
Apakah mekanisme kita itu mantap? Ini persoalan saya. Kalau ia tidak mantap, maka ia akan mendatangkan banyak masalah dan pelbagai pihak akan mengambil kesempatan mengatakan kerajaan ini seolah-olah hendak kenakan rakyat selepas pilihan raya. Saya rasa perlu kita mengikis tanggapan ini. Kalau tidak ia akan menjadi satu perkara yang tidak baik kepada kerajaan yang memerintah. Keduanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat, saya amat menyokong pandangan Yang Berhormat tetapi setujukah Yang Berhormat infrastruktur itu juga penting kerana kita takut pedagang-pedagang, peniaga-peniaga yang kutip ini, walaupun dia kutip diuit rakyat tetapi tidak sampai kepada Perbendaharaan. Jadi infrastruktur juga harus dilihat secara detil. Setujukah Yang Berhormat?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kali pertama saya bersetuju dengan Yang Berhormat kerana kalau mekanisme tidak mantap, akhirnya apa yang diterima 6% itu akan masuk poket peruncit atau mana-mana yang mengutipnya dan begitu juga apabila sesuatu pihak kalau dia menjual barangan untuk tujuan eksport, barangkali dia kena bayar dahulu. Apakah mekanisme untuk tuntut balik GST itu? Kalau tidak dibuat dengan baik, akhirnya seperti mana yang biasa digunakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena dia kata sini kena 6%, sana 6% dan akhirnya 24%. Mungkin rakyat akan merasakan itu satu andaian yang betul tetapi walhal dalam GST ini ia tidak sepatutnya berlaku sebegitu.
Jadi banyak negara yang menggunakan GST dengan bermula 3% dan Singapura sekarang gunakan 7% dan apa yang saya lihat ialah model di Malaysia ini kita kena buat secara berhemah. Kalau rakyat jelata yang pendapatannya rendah, kita kena memikirkan senarai panjang itu. Jangan kalau ada menggunakan toilet paper, sama ada itu kena atau tidak dan kita kena tengok kalau komponen itu, sama ada kita RM650 secara one-off yang kita beri bantuan kepada rakyat itu, akhirnya dapat dijelmakan dalam bentuk subsidi atau bantuan kepada keluarga itu. Jadi, saya rasa itu penting.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat celah sedikit. Yang Berhormat saya hendak tanya sedikit pandangan Yang Berhormat. Saya difahamkan bahawa syarikat- syarikat yang mempunyai business kurang daripada RM500,000 tidak perlu mendaftar makanya mungkin adakah itu bermaksud bahawa mereka tidak payah bayar GST kepada kerajaan?
Soalan nombor dua adalah katakan satu syarikat kedai runcit, dia punya turnover mungkin RM100,000 sahaja setahun. Adakah bermaksud toilet paper yang dijual di kedai runcit tidak payah bayar GST tetapi beli di Carrefour, dia kena bayar 6% GST? Itu pertanyaan saya kepada Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat. Itu...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Sekali Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
[Bangun]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Semua sekali.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Mana, mana? Kuala Langat atau Yang Berhormat Taiping?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. GST ini kini
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
banyak menimbulkan banyak persoalan dan ia memang membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam bangkitkan katakan kerajaan menggunakan bayaran BR1M one-off untuk meringankan beban rakyat.
Akan tetapi kita tengok daripada jumlah RM3.6 bilion BR1M yang dibayar kepada rakyat, terdapat banyak ketirisan umpamanya saya bagi contoh Ketua Bahagian MCA bahagian Triang bergelar Datuk pun dapat juga bantuan daripada BR1M. Datuk Ketua Bahagian MCA. Ini datuk miskin mungkin Yang Berhormat Shah Alam cakap tetapi ini terbukti, BR1M ini bukannya ubat mujarab untuk meringankan beban rakyat tetapi ia terbuka kepada penyalahgunaan. Apakah pandangan Yang Berhormat Ayer Hitam?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Yang Berhormat Ayer Hitam kata tadi Kuala Langat, sekalilah.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Okeylah, sekalilah.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang. Tuan Yang di-Pertua berkerut sahaja dahi itu dengar Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya tekun dan khusyuk mendengar pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan ada melafazkan ayat kalam yang berbunyi bahawa cukai perkhidmatan itu 6% dihapuskan dan digantikan dengan GST menjelang 2015, itu jelas.
Cukai perkhidmatan ini hanya terdapat kepada mereka yang menjiwai, meraikan, berfaedah kepada servis ataupun perkhidmatan daripada segi excellent macam hotel, restoran besar, KFC atau McDonalds. Hanya rakyat tertentu sahaja yang dikenakan cukai itu tetapi pada hari ini GST yang hendak dilakukan, dilaksanakan oleh kerajaan ini meliputi seluruh rakyat. Apakah ini tidak membebankan atau memberikan satu ‘ketidakmanfaatan’ kepada rakyat? Mohon pandangan secara kolektif dengan Kuala Langat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, biar saya jawab dahulu sebab saya takut saya lupa nanti pukul 2.30. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru. Sebenarnya apa yang saya tanya itu sama iaitu baju kalau kita beli dekat tepi jalan ini, di kedai-kedai runcit atau kedai-kedai manalah yang kecil ini. Dia punya turnover tidak tinggi, apakah tidak dikenakan GST kalau kita beli di pusat membeli-belah akan dikenakan dan definisi itu kena tepat, itu pertama.
Sama juga toilet paper yang saya kata, sama ada berdasarkan kepada turnover ataupun kepada barangan sahaja? Itu pertama dan kedua, saya tertarik dengan persoalan Yang Berhormat yang memang ada unsur-unsur politiklah. Bagi saya, tidak kira darjat nenek, datuk, Tan Sri atau apa, sesiapa yang memohon ini dia kena bertanggungjawab.
Kalau ada unsur-unsur penipuan, kerajaan kena ambil tindakan. Sama juga orang yang pernah bertanding dengan saya, calon PAS. Saya pun rasa begitu gembira saya serahkan BR1M RM500 kepada dia. Saya tidak tengok fahaman politik dia.
Oleh sebab itulah saya kata, apa juga dasar kita buat bukan melihat muka ini, fahaman politik apa, darjat apa? Kalau dia berani tulis borang itu dia berpendapatan RM2,500 dan ia memang benar, saya rasa tidak ada masalah. Kecualilah kalau orang itu ada unsur penipuan, saya rasa tindakan berasingan, kalau dia sudah mengaku segala keterangan itu benar, ia sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang telah dinyatakan dalam borang itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sambung petang. Yang Berhormat ada lagi 50 minit.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam sambung.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan perbahasan saya. Sebelum kita berhenti rehat tadi, ada beberapa persoalan dan juga celahan dari rakan-rakan Ahli Parlimen yang bertanyakan tentang cara pelaksanaan GST. Saya berharap Kementerian Kewangan dapat memberi satu penjelasan yang secukup-cukupnya kepada rakyat jelata supaya kita mendapat gambaran sebenar apabila terlaksananya GST ini, golongan berpendapatan rendah tidak akan menanggung ataupun dikenakan tekanan yang agak besar dan membebankan mereka. Sebentar tadi kita juga mendengar pandangan Yang Berhormat tadi mengenai threshold RM500 ribu. Saya rasa ini sangat penting.
Ini kerana untuk perniagaan-perniagaan yang kurang dari RM500 ribu, contohnya kedai-kedai kopi, kedai-kedai runcit, kalaulah tempat-tempat ini tidak dikenakan GST, maka saya rasa tempat-tempat inilah yang menawarkan perkhidmatan yang merupakan keperluan asas rakyat jelata. Saya rasa elok juga perkara ini dapat dipantau sekiranya apabila dilaksanakan GST ini, ada mana-mana pihak mungkin mengambil kesempatan kalau tadi kata kalau pergi fast food stall, adakah akan dikenakan GST. Bagi barangan yang boleh dijual di tempat-tepat biasa dengan harga RM2, kalau seseorang itu memilih untuk makan di tempat berhawa dingin dengan RM8 seketul ayam, mungkin mutu perkhidmatan yang ditawarkan berlainan. Itu untuk golongan yang berkemampuan. Ini berdasarkan kepada kemampuan rakyat jelata. Mereka ada pilihan. Itulah soal pokoknya yang patut kita ambil kira.
Secara keseluruhannya, saya melihat GST ini oleh kerana telah dipraktikkan di 160 buah negara, kita kena mengambil iktibar masalah yang berlaku apabila bermulanya pelaksanaan GST. Sebagai contoh, apabila bermulanya GST, bagaimana cukai-cukai yang telah terlebih bayar ataupun dibayar dahulu itu dapat dipulangkan dan berapa lamakah ia dapat dipulangkan kepada golongan yang memerlukan wang tersebut untuk tujuan cash flow atau aliran tunai. Saya rasa perkara ini perlu kita perjelaskan oleh Kementerian Kewangan. Saya juga mengalu-alukan tindakan kementerian di mana mereka telah mewujudkan satu website, www.gst.custom.gov.my. Akan tetapi saya melihat kandungannya mungkin perlu secara menyeluruh, bukan sekadar menyenaraikan barang- barang apa yang dikenakan GST, mana yang zero rated GST. Pada waktu yang sama, perlu memberi senario macam mana yang dikenakan, senario apa yang tidak perlukan. Jadi saya rasa ini perlu kita lakukan sebelum kita memulakan perlaksanaannya 17 bulan lagi dari sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada perkara kedua yang saya lihat dalam lima teras utama dalam touch point Bajet 2014 ini iaitu perkara ketiga iaitu Mengungguli Modal Insan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan peruntukan yang agak besar kepada sektor pendidikan iaitu hampir 23% telah diberikan kepada sektor pendidikan. Saya rasa pelaburan ini menjadikan Malaysia di kedudukan antara negara yang telah melaburkan banyak wang ringgit dalam sektor pendidikan. Akan tetapi tidak bermaksud kita mendapat output yang sama dan outputnya perlu kita perbaiki. Sebagai contoh, rakyat jelata melihat apabila sistem pendidikan kita, kita lihat diuji ataupun dipantau ataupun dianalisis oleh mana-mana pihak luar, pihak ketiga seperti penilaian PISA, TEAMS. Saya berharap kali ini ranking kita dapat diperbaiki kerana inilah kata orang, indicators yang akan digunakan oleh dunia luar melihat sistem pendidikan kita.
Dari segi penguasaan sains dan matematik itu, walaupun telah diperihalkan dalam PPPM, saya berharap ia dapat dipergiatkan. Bukan sekadar kita ada dasar 60:40 menarik lebih ramai pelajar masuk ke aliran sains, tetapi dari segi indeksnya, dari segi dalaman sesuatu ilmu dalam sains teknologi itu patut kita beri tumpuan. Saya hendak tahu,
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
berapakah peruntukan yang diberikan dalam sektor ini untuk kita bersiap sedia untuk kita berhadapan dengan TIMSS dan PISA. Kita juga berharap Kementerian Pendidikan diberi peruntukan, kali ini telah digabungkan dengan MOHE. Tidak ada sebabnya kita tidak boleh menggunakan kepakarannya yang ada di IPTS atau IPTA untuk membantu sekolah- sekolah kita. Jadi saya berharap dengan adanya penggabungan ini, ia akan menjadikan Kementerian Pendidikan lebih efisien.
Berbalik kepada peruntukan yang telah.,..
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Hendak mencelah. Yang Berhormat, hendak tanya satu soalan sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah pandangan Yang Berhormat terhadap...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] Yang Berhormat Serang, belum jemput lagi. Sila.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih, terima kasih. Maaf Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini yang telah membazirkan, ataupun menggunakan perbelanjaan RM20 juta untuk membiayai sebuah syarikat perunding iaitu McKenzie & Company. Adakah Yang Berhormat rasa bahawa ini adalah satu perkara yang wajar dan sama ada Yang Berhormat rasa kita telah ada dengan izin, special expertise dalam kementerian kita untuk membuat pelan pendidikan seperti ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Sebagai orang lama yang duduk di kementerian satu ketika dahulu dan waktu itu kebetulan dilaksanakan kajian PPPM. Saya ingin memberi satu gambaran di mana kalau kita hendak membuat satu pelan secara komprehensif, biarlah kita buat dengan betul-betul. Walaupun kita melihat di dalam Kementerian Pelajaran pada masa itu, kita ada pakar-pakar kita. IPTA kita ada pakar-pakar. Akan tetapi kalau kita hendak buat secara menyeluruh, kita hendak lihat standing kita di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itulah kita mengajak di mana perunding-perunding luar juga mereka libatkan bersama. Ada dalam kalangan dia bekas Menteri Pendidikan yang kita bawa sebagai panel kita untuk melihat sama ada hala tuju kita itu betul atau tidak. Jadi, saya rasa ini mencakupi kos-kos yang telah saya nyatakan tadi dan bukan sekadar kita membelanjakan kepada konsultan itu kerana ia melibatkan banyak sesi perbincangan.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Saya ingin memaklumkan bahawa apa yang telah dirumuskan itu sebenarnya datangnya daripada penglibatan melebihi 12,000 orang iaitu semua stakeholders yang telah dijemput termasuk daripada pelbagai kaum dan juga golongan cendekiawan. Jadi saya rasa itu adalah soal yang kedua dan kita kena berbelanja secara berhemah. Itu saya setuju.
Akan tetapi kita gunakan kepakaran asing, tidak bererti satu pembaziran. Itu saya hendak kata.
Berbalik kepada PPPM tadi, saya melihat...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Boleh minta jalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Melaka, sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat mengalu-alukan tentang peruntukan untuk sektor pendidikan. Saya ingin tanya, saya juga sependapat dengan Yang Berhormat.
Kita rasa begitu kesal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, dengan izin... [Bercakap dalam bahasa Tionghoa] yang tidak dapat sebarang peruntukan dalam bajet ini. Apakah cadangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Macam dapat meneka apa yang saya hendak cakap. Sebenarnya itu dalam teks saya. Tentang peruntukan secara keseluruhan, saya melihat peruntukan akan diberi untuk menambah 93 bilangan prasekolah di sekolah rendah kebangsaan. Yang Berhormat Menteri, saya berharap kalau kita sebut sekolah rendah kebangsaan, ia mencakupi semua
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
aliran termasuk kaum India, kaum Cina di mana ada keperluan perlu kita bina di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Saya rasa kalau sekolah mubaligh yang perlukan prasekolah pun kita kena bina. Saya berharap 93 ini ada satu pecahan yang lebih menyeluruh merangkumi keperluan yang diperlukan oleh semua pihak.
Kedua, kalau kita lihat Program Pemantapan Profesion Guru, menumpukan tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran dan kemahiran BM-BI. Saya ingin menarik perhatian. Kalau dulu kita melaksanakan PISMP. Masa itu memang dapat bantahan yang memang keras daripada semua pihak. Akhirnya kita ubah kepada MBMMBI. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, bayaran insentif subjek PPSMI, BISP yang satu ketika dibayar kepada guru-guru ini untuk memperbaiki competence proficiency dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, dibayar kepada mereka yang dikatakan guru bukan siswazah, 10% daripada gaji asas. Untuk mereka yang ada ijazah, kalau mengajar subjek PPSMI, Bahasa Inggeris, Sains atau Matematik dalam Bahasa Inggeris, mereka dibayar 5% lebih untuk siswazah. Akan tetapi wang itu apabila ditulis secara eksplisit bayaran insentif subjek pendidikan (BISP), PPSMI, akhirnya dijadikan wang untuk pembayaran ansuran kereta.
Jadi ia tidak digunakan sebaik-baiknya untuk kita mengupgrade ataupun mempertingkatkan atau memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris. Jadi saya rasa itu adalah satu perkara yang perlu kita lihat dan sebarang peruntukan yang kita hendak turunkan, pastikan kita mempunyai guru bahasa yang cukup kompeten. Kalau guru bahasa kita pun lebih kurang, saya rasa akhirnya pelajar yang kita ajar itu tidak seberapa. Mereka ini akan terikut-ikut dengan guru. Jadi saya rasa bayaran yang kita berikan, sebarang perbelanjaan untuk memantapkan profesion perguruan itu perlu dilihat. Melihat keperluannya, praktikalitinya dan bukan sekadar kita ada bagi duit dan kita sudah selesai masalah. Itu tidak akan membawa manfaat atau output yang baik kepada pendidikan.
Ketiga, kita lihat memperluaskan akses internet di sekolah kawasan luar bandar.
Apa yang berlaku, saya lihat setiap kali ada projek membekalkan internet, cukup baik. Akan tetapi kita kena lihat sama ada sekolah itu mempunyai kemudahan komputer dan komputer yang digunakan, apakah peralatan itu sudah obsolete. Kita kena lihat. Kalau ada makmal tidak ada komputer, ada internet tidak ada komputer serupa tidak ada. Jadi saya kena - di kawasan-kawasan pedalaman ini kita kena lihat. Kalaulah perkara ini tidak diambil kira, akhirnya kita cuma ada internet yang berkelajuan tinggi tetapi penggunaannya sangat minimum.
Satu lagi membina 33 buah sekolah baru dan menaik taraf sekolah. Ini juga ditulis secara eksplisit dan telah dibentangkan dalam bajet kita. Saya berharap kalau 33 buah sekolah ini merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan saya rasa kesemua aliran memerlukan. Kita kena lihat. Macam di kawasan Puchong, kawasan yang cukup padat penduduk. Saya melihat sekolah itu hampir 3,000 hingga 4,000 orang pelajar. Kawasan-kawasan ini perlu kita bina lebih banyak sekolah. Begitu juga untuk kawasan-kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi.
Saya mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membina lima buah SJK(T) baru. Itu baik tetapi pada waktu yang sama sekolah jenis kebangsaan juga ada mekanismenya. Kalau ada keperluan, kita bina. Untuk SJK(C), pengumuman terakhir oleh Kementerian Pelajaran ialah pada 30 Januari 2008 untuk bina sekolah baru...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sudah sampai masanya selepas lima tahun, kita melihat di manakah kawasan-kawasan yang perlu kita bina sekolah baru dan pada waktu yang sama untuk sekolah-sekolah yang kekurangan murid mungkin lima orang atau empat orang macam di Fraser Hill mungkin ada tiga orang pelajar. Kita memikirkan satu mekanisme untuk pindah mereka ke kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah bangun.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini adalah satu pelaburan yang cukup baik.Kalau kita biarkan begitu, ia tidak akan memberikan kebaikan kepada kita.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dalam ucapan ada disebut berkaitan pembinaan lima buah SJK(T) yang baru. Akan tetapi setahu saya, pernah saya baca dalam media dan diuar-uarkan sebelum ini bahawa kerajaan sudah berjanji untuk membina tujuh buah SJK(T). Apa sudah jadi dengan rancangan tujuh buah sekolah itu? Tiba-tiba sekarang sudah jadi lima? Adakah tujuh buah itu lain dan tambah lima buah lagi ataupun tujuh buah itu dikurangkan kepada lima buah, atau itu lain dan ini lain? Minta penjelasan.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih. Saya rasa saya tidak ada posisi untuk menjawab soalan itu kerana secara rasmi perlu datang daripada Kementerian Pendidikan. Mungkin waktu saya itu, lima buah yang saya ingat dan mungkin ada sekolah yang tidak tergolong dalam sana dan kita juga bina. Contohnya di negeri Kedah. Kita ada bina sebuah sekolah Paya Besar kalau tidak silap saya. Saya rasa saya serahkan kepada Yang Berhormat Hulu Selangor untuk jawab selaku Timbalan Menteri Pendidikan terkini. Saya rasa beliau akan beri jawapan yang cukup meyakinkan kepada Yang Berhormat.
Saya terus kepada sekolah tadi. Saya sampai masanya kita melihat keperluan.
Ertinya SJK(C) adalah sebuah sekolah yang telah termaktub dalam PPPM. Kita tidak akan mansuhkan SJK(C) malahan ia dilihat sebagai satu sistem dalam sistem pendidikan kita.
Kalau ia sebahagian daripada sistem kita, sudah tentu kita akan memberikan ruang untuk berkembang. Jadi dalam konteks ini, oleh kerana ada di tempat-tempat yang ada keperluan, saya berharap kita dapat mengizinkan pembinaan seperti mana yang kita lakukan pada 30 Januari 2008 dan saya rasa sudah sampai masanya perbincangan secara terperinci tentang ini perlu dilakukan.
Satu perkara lagi tentang tabung khas pembinaan penambahbaikan penyelenggaraan sekolah. Saya melihat peruntukan yang diberi kepada semua sekolah, semua jenis sekolah telah berkurangan. Kalau dulu, RM1 bilion kini cuma ada RM450 juta.
Secara terus terang, saya ini berkonsepkan 1Malaysia. Saya melihat peruntukan tahun lalu kepada sekolah kerajaan atau khususnya sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dulu setahu saya 8,000 buah di seluruh Malaysia. Kalau daripada RM500 juta, bayangkan. Diturunkan sehingga RM100 juta, Yang Berhormat, saya rasa ini satu jumlah yang memang kecil. Ia tidak dapat membantu malahan dua tahun lalu kita melakukan satu audit secara fizikal dan mendapati 600 buah sekolah yang memerlukan pembaikan segera.
Jadi saya melihat jumlah ini amat kecil sekali. Jadi penguncupan dalam peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada semua jenis sekolah sepatutnya kita kaji semula dan pulihkan pada sistem yang lama. Begitu juga kalau kita pulihkan SJK(C) dan SJK(T) daripada RM50 juta memang tidak cukup. Kita genapkan jadi RM100 juta. Biar semua dapat rasa kerana pelaburan dalam sektor pendidikan ini akhirnya akan memberi output yang lebih baik kepada kita. Jadi saya menyarankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan supaya melihat perkara ini.
Saya juga tertarik kali ini. RM50 juta setiap jenis sekolah, SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh, SBP, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tahniah kepada rakan-rakan yang dahulunya khusus di sebelah sini yang memperjuangkan Sekolah Agama Rakyat sekarang dapat RM50 juta, tetapi persoalannya kalau SAR diberikan RM50 juta, kenapa tidak Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan diberi? Saya memberi satu contoh di Dewan yang mulia ini pada tahun 60-an sudah 50 tahun. Ketika itu Menteri Pendidikan beri jaminan sesiapa atau mana-mana LPS iaitu Lembaga Pengelola Sekolah yang menukar status daripada sekolah Cina terus kepada conforming school ianya akan dapat dana pembaikan. Akan tetapi malangnya ia tercicir dalam senarai ini dan jumlah sekolah yang ada pada hari ini kalau tahun 2008 ada 78.
Setelah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pendidikan nampaknya SMJK Chan Wa (2) telah diluluskan dan SMJK Jit Sin (2) juga telah diluluskan dan SMKJ Heng Ee juga diluluskan. Nampaknya 81 buah sekolah.
Kalau 81 buah sekolah yang mewakili 125,000 orang pelajar tidak diberi bantuan khususnya Tabung Khas Pembinaan di mana perginya janji 50 tahun? Sebab itulah selalu wakil MCA ke semua tempat, kami dimaki hamun. Sebab apa? Selama 50 tahun lalu
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
perkara ini telah disokong oleh kita dan pada hari ini sudah tentunya kita menuntut janji dikotai. Kalau janji ini dapat dikotai, saya yakin mereka akan mempunyai satu persepsi yang lebih baik terhadap kerajaan.
Jadi apa yang saya sarankan Tuan Yang di-Pertua, kalau tahun lalu dengan ihsan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diberi RM30 juta pada 20 Oktober tahun lalu diumumkan dan telah diserahkan RM30 juta oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan daripada Tawau. Itu cukup baik kerana diperjuangkan masa itu dan tahun ini kita serahkan dan ketika tahun 2012 peruntukan juga diberi kepada SMJK sebanyak hampir RM25 juta. Akan tetapi kali ini, kita lihat golongan ini macam mana kita hendak masukkan SMJK di dalam SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh, SBP, MRSM, sekolah agama, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat? Semua tidak masuk. Kalau kita tengok sekolah kerajaan 8,000 lebih, mereka pun sudah tidak cukup RM100 juta.
Jadi saya rasa dalam perkara ini kita perlu berlaku adil kepada sekolah-sekolah ini.
Jadi dengan rendah hati saya merayu kepada Dewan ini supaya kita memberi sokongan supaya SMJK, SMJK ini bukan satu musuh negara. Mereka telah melahirkan begitu ramai sekali misalnya SMJK Chung Ling. Ketika itu pengerusi LPS menyokong kerajaan hendak mengubah sistem mengikut sistem kurikulum kebangsaan. Beliau ditembak mati, ini sejarahnya. Pada masa itu berlakunya ada dua pandangan. Mereka yang tidak hendak tukar status jadi sekolah menengah persendirian Cina. Jadi ada sebahagiannya iaitu bertukar status menjadi conforming school. Jadi kita jangan menganaktirikan SMJK, sedangkan PPPM pun kita memberi pengakuan bahawa SMJK itu sebahagian daripada kita.
Jadi saya juga berkeyakinan, rakan-rakan daripada Barisan Nasional juga kita akan sokong sekiranya dapat dikaji semula dan diberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini kerana sejak dua tahun yang lalu ia telah dilakukan begitu. Saya tidak nampak sebab mengapa tahun ini kita tidak boleh lakukan atau tahun depan kita tidak beri peruntukan.
Jadi saya rasa perkara ini patut kita pantau. Satu perkara lagi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya hendak minta satu pandangan daripada Yang Berhormat. Di kawasan Sepang ada sebuah sekolah SJKC di Dengkil dan baru-baru ini permintaan untuk dibuat satu sekolah SJK(C) di Cyberjaya, SJK(C) Union. Saya terlibat dalam kempen untuk mendapatkan dana yang dilancarkan di Klang.
Jadi saya minta adakah Yang Berhormat Ayer Hitam bersetuju dengan saya bahawa di sekolah Cina juga ramai ada 10% di Dengkil itu mempunyai pelajar-pelajar daripada bukan orang Tionghoa. Jadi bersetuju tidak Yang Berhormat Ayer Hitam dengan saya bahawa kerajaan juga sepatutnya membantu memberikan dana kepada sekolah SJK(C) Union di Cyberjaya yang saya rasa akan juga menarik. Ini smart school yang juga akan menarik orang-orang bukan Cina untuk hadir ke sekolah itu.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Sepang.
Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan tersebut. Akan tetapi sedikit pembetulan fakta yang ingin saya lakukan. Sebabnya ketika itu kebetulan saya masih Timbalan Menteri Pelajaran. Saya yang pergi pecah tanah pada 2 April iaitu pada hari yang sama dan selepas itu dibubarkan Parlimen. Saya ingat lagi selepas majlis itu maka saya jadi interim deputy minister dan perjanjian yang telah dibuat pada ketika itu Yang Berbahagia Tan Sri Barry Goh selaku Pengerusi MCT telah berjumpa dengan pihak Kementerian Pelajaran kerana di situ ada beberapa developer di mana mereka mahu sangat membina sebuah sekolah.
Jadi saya telah mendapatkan persetujuan kementerian supaya mereka dapat pindah daripada sebelah Perak untuk dibina sebuah sekolah di Cyberjaya dan ketika itu atas ihsan mereka, mereka kata mereka akan bina sendiri. Mereka telah pergi undertaking kepada kementerian. Jadi maka dana-dana itu kita bagi pada tempat lain. Kalau mana- mana tempat di mana apabila kita bekerjasama dengan pemaju, pemaju kata mereka
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
hendak buat macam itu kita tidak akan menolak kerana rezeki kita tidak tolak. Itu memang cara kita. Di banyak tempat kalau developer hendak contribute RM2 juta RM3 juta, kita alu- alukan. Pada waktu yang sama kita bagi juga beberapa juta ringgit. Banyak model yang digunakan di kementerian sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri. Jadi itu pertama, saya hendak betulkan sedikit bukan kata kementerian tidak bantu. Atas permintaan pemaju pada masa itu gabungan daripada beberapa pemaju mereka akan usahakan sendiri. Ini aku janji yang dibuat.
Kedua, jumlah pelajar sebelum saya meninggalkan kementerian ini sebenarnya ialah 14% iaitu pelajar bukan Cina di SJK(C). Maka saya ingin mengatakan SJK(C) itu sebenarnya kepada semua pelajar juga bukan sekadar kepada pelajar-pelajar Cina dan malahan ada yang dapat menguasai bahasa Cina lebih baik daripada orang Cina sendiri.
Jadi saya rasa dalam konteks ini, saya setuju supaya kita tidak melihat aliran dalam kita memberikan bantuan.
Seperkara lagi yang ingin saya masukkan ialah apabila saya khusyuk mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet. Apabila banyak usaha pemerkasaan bumiputera dan juga golongan India juga diucapkan...
[Bercakap dalam bahasa Tamil] Saya tahu kita melihat satu realiti politik tetapi kalau kita ada percaturan politik yang lebih untuk jangka masa panjang. Sama juga pada tahun 1999 masyarakat Cina juga memberi sokongan yang penuh kepada Barisan Nasional. Jadi saya berharap apabila kita membuat satu dasar itu biarlah kita membuat satu dasar yang seimbang. Kita tidak cemburu kalau hendak bantu orang Melayu dan orang India yang miskin yang memerlukan bantuan. Itu tidak menjadi masalah kepada kita. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah di kawasan-kawasan kampung baru juga iaitu 607 buah yang mempunyai penduduk hampir dua juta orang mereka juga adalah golongan yang daif, yang memerlukan bantuan.
Jadi saya merayu kepada kerajaan, kalau kita lihat kali ini nampaknya tidak disebut pun kampung baru ataupun new village yang telah menjadi satu tempat yang bersejarah. Kalau pada tahun 1951, semasa darurat kita pindahkan secara besar-besaran kaum Cina ini di kawasan-kawasan kampung baru, saya rasa sudah sampai masanya selepas 50 tahun kita melihat strategi kita untuk golongan ini yang patut kita jaga, kita kena bantu. Kalau kita teruskan dengan punishment ataupun dengan cara untuk menghukum mereka, saya tidak tahu sampai bila mereka akan kembali memberi sokongan kepada kita.
Jadi saya merayu dari sanubari, saya berharap kita melihat golongan ini ramai yang jual VCD, ramai yang jadi along. Bagaimana kita hendak bantu? Kalau ada SCOMI untuk orang-orang India, begitu juga kalau TEKUN boleh bagi kepada orang India. Pada waktu yang sama beri sedikit peluang kepada usahawan-usahawan atau orang-orang muda Cina yang juga mahu berkecimpung dalam perniagaan ataupun meningkatkan kemahiran.
Saya rasa cara-cara ini ia juga memberi kebaikan kepada negara kita. Jadi ia...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Adalah untuk kepentingan negara.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bagi sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Jadi dari ucapan Yang Berhormat Ayer Hitam, adakah Yang Berhormat Ayer Hitam juga setuju bahawa sebenarnya pembentangan bajet untuk kali ini, satu perkataan kaum Cina ataupun satu perkataan ‘kampung baru’ pun tidak disebut oleh Yang Amat Berhormat. Adakah ia merupakan salah satu tindakan membalas dendam kepada masyarakat Cina?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat perkara tidak dari sudut yang pasif. Saya cuba kata, budi yang baik kita kenang, betul. Akan tetapi pada waktu yang sama kita lihat, tahun 1989 juga ada sokongan padu daripada masyarakat Cina tetapi pada masa itu pun tidak dituntut layanan yang istimewa, tidak. Pada waktu yang sama, kalau kita hendak buat percaturan politik jangka panjang, kita kena melihat, kita tidak mungkin mencapai dalam negara majmuk seperti Malaysia, hendak menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang absolute, equality, tidak mungkin mencapai
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
itu. Akan tetapi sekurang-kurangnya, mesti ada equal opportunity, peluang yang saksama.
Jadi saya rasa, hendak equitable ataupun hendak peluang saksama, ini adalah perkara yang dinanti-nanti oleh kita.
Di kampung-kampung baru, banyak tempat yang kita lihat orang muda kita yang perlukan bantuan. Kalau kita lihat prasekolah di sekolah untuk kaum India, diperlukan. Saya tidak nampak kenapa Kampung Baru Cina tidak perlu. Ini kerana di tempat-tempat inilah, lahirnya anak-anak kita dan saya rasa ada yang agak unggul dalam pelbagai sektor. Jadi, saya melihat, kita patut memberi penekanan kepada semua kaum berdasarkan kepada merit and need. Kita hendak lihat bukan sahaja kaum India, Cina, Melayu dijaga, kaum bumiputera di Sabah pun saya rasa kita kena beri bantuan. Jadi dengan pendek kata, saya lebih mirip kepada konsep 1Malaysia, inclusiveness untuk kita bantu semua. Dengan cara ini, saya rasa secara jangka panjang, strategi ini akan memberi manfaat kepada kerajaan.
Jadi itu pandangan saya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bayan Baru bangun.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Belum habis lagi. Saya ada dua perkara besar lagi saya hendak selesaikan dalam masa 18 minit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap sahaja. Komen yang sedikit sahaja.
Saya hendak minta komen Yang Berhormat Ayer Hitam, apa pandangan apabila kenyataan Menteri Besar Kedah bahawa “Kalau hendak Kerajaan Negeri Kedah bantu orang Cina, tolong buktikan bahawa orang Cina sokong kerajaan negeri”. Pada saya, saya nampak itu satu punishment. Kalau tidak sokong Kerajaan Negeri Kedah yang merupakan Kerajaan Barisan Nasional, maka tidak dapat segala bantuan. Itu perkara satu.
Kedua adalah, kalau katakan konsep 1Malaysia, kenapa akhbar Utusan Malaysia yang terus hentam, “Apa Lagi Cina Mahu?”. Yang Berhormat daripada MCA sepatutnya semua ini kena communicate kepada suara-suara daripada kaum Cina, sepatutnya beritahu kepada Utusan Malaysia supaya tidak hari-hari hentam Malaysia. Ada juga ahli Barisan Nasional yang minta “Kalau orang Cina tidak suka, boleh balik ke China”. Ini statements yang amat menyakitkan hati. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin meminta Yang Berhormat merujuk balik surat khabar lama, di mana perkara ini agak lama yang mana saya sendiri buat statement tentang perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya tidak mahu mengulanginya. Apa yang saya hendak cakap di sini, tidak semestinya rakan-rakan kita membuat satu kenyataan saya kena setuju 100%.
Apabila komen ada dalam akhbar, saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak bersetuju.
Bermaksud, kita mempunyai kebebasan atau hak untuk bersuara.
Begitu juga editor kalau dia mahu buat begitu. Itu dia punya hak tetapi kita mempunyai satu hasrat murni untuk memelihara ketenteraman dan keharmonian kaum di Malaysia ini. Itu adalah objektif kita yang utama. Kalau kita buat satu kenyataan yang boleh menyakiti masyarakat yang satu lagi, bermakna kenyataan sebegini tidak harmoni...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akan tetapi Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya belum habis lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap, sekejap sahaja.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya belum habis lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, okey.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini surat khabar yang tulis. Kalau Yang Berhormat tidak suka, boleh boikot seperti dibuat di Pulau Pinang. Kita tidak boikot apa-apa sebab kita gentleman. Kita dengar siapa yang tidak setuju dengan kita pun, PC kita panggil, betul? Itu yang kita buat [Disampuk] Jadi, soal Menteri Besar Kedah dia buat kenyataan, saya rasa setiap pemimpin politik ada caranya tersendiri. Apa yang saya hendak cakap ialah, saya pergi pilihan raya kecil di Galas. Ada juga pemimpin-pemimpin sebelah sana, janjikan yang sama juga. Bagi saya, serupa juga. Dia kata, selepas saya menang, saya akan bantu itu ini. Saya rasa, itu adalah percaturan masing-masing.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bagi saya yang penting ialah dasar kita. Kita tidak melihat kita kena punish kepada sesuatu kaum. Kita tidak boleh menghukum mana-mana kaum kerana dalam mana masyarakat sekali pun, tidak mungkin ada secara homogeneous 100% kita dapat sokongan daripada kaum tertentu. Jadi saya rasa, kita kena berlaku adil dan keadilan yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat pengertian atau penghayatan terhadap keadilan itu patut kita lihat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kedua, perkara yang saya hendak lihat...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Itulah sebab...
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya tidak ada masa. Saya ada dua perkara lagi penting ini Yang Berhormat, sekejap. Ada masa nanti kita bincang di luar ya.
Saya juga tertarik dengan di bawah pemerkasaan bumiputera. Saya setuju untuk menambah student intake UiTM daripada 180 juta kepada 250 juta. Itu untuk mengukuhkan modal insan atas objektif yang luhur ini, tidak ada sesiapa rakyat Malaysia ini akan menolak.
Pada waktu yang sama, saya ingin membuat seruan yang sama iaitu untuk IPTA yang lain, tolong jangan kurangkan enrolmen di peringkat ijazah pertama. Apa yang berlaku ialah setiap IPTA, saya bagi contoh UTM, UKM, UM, mereka kurangkan pengambilan untuk first degree. Sebab apa? Mereka hendak tambahkan postgraduate. Akhirnya, kursus-kursus kritikal pun mereka kurangkan pengambilannya dan akhirnya kucar-kacir dalam pengambilan pelajar ini.
Jadi saya rasa, dalam kita mempergiatkan usaha untuk membaiki kedudukan ataupun tahap pendidikan bumiputera, pada waktu yang sama untuk universiti yang lain juga, kita patut menggunakan aplikasi yang sama, dengan konsep yang sama. Tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan universiti yang kononnya ada kuasa autonomi untuk kurangkan pengurangan. Saya bagi contoh, saya Penggal Pertama jadi wakil rakyat di sini.
Masa itu Dato’ Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Menteri Pengajian Tinggi dia kata, “Oleh kerana kita menghadapi masalah 128 tidak boleh masuk ke IPTA untuk bidang perubatan, kerajaan telah bersetuju untuk lima tahun akan datang, kita akan tambah secara peringkat dan lima tahun kemudian, kita akan mencapai jumlah pengambilan untuk universiti- universiti selain daripada UiTM dengan UIA iaitu 1,420”. Saya baca Hansard itu. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini, tinggal tidak sampai 700 dan tidak konsisten. Sebab apa?
Masing-masing hendak berlumba untuk memperbaiki THES ranking. Kita hendak memperbaiki ranking.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dan rationya, nisbahnya, akan menjadi satu perkiraan ataupun satu faktor yang mendorong kepada ranking ini. Jadi saya berharap, dalam perkara ini, kita kena memastikan...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Enrolmen ini- jangan potong stim saya ya. Okey, saya sudah kata..
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Jangan makan gula sangat [Ketawa]
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya tidak makan gula. Saya memang tidak makan gula Yang Berhormat. Di mana saya tadi?
[Disampuk] Okey, enrolmen.
Enrolmen untuk IPT yang lain patut kita kekalkan dan kita memerlukan campur tangan daripada Kementerian Pendidikan. Jangan kita berikan kuasa terus kerana rakyat membayar cukai dengan harapan anak-anak kita dapat masuk IPTA kerana kos untuk memasuki IPTA tujuh hingga 10 gali ganda lebih rendah. Jadi saya berharap dalam konteks ini, bagi kaum India, kaum Cina yang boleh memasuki universiti lain, IPTA yang lain, mereka ini tidak terikat dengan enrolmen yang semakin dikurangkan. Jadi dengan cara ini, sama-sama kita maju. Sama-sama kita berikan tempat kepada semua kaum, begitu juga kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak.
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat peruntukan yang agak besar akan diberikan kepada sektor perkhidmatan logistik dan juga industri penerbangan. Di sini,
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
saya bersetuju bahawa kita kena mewujudkan satu sistem pengurusan trafik udara yang baru di mana kita melihat sekarang ini di Subang merupakan satu tempat di mana sistem pengurusan trafik untuk Semenanjung diuruskan di Subang.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Mungkin ada yang tidak faham, di mana KLIA juga ada tower tetapi KLIA 1 atau 2, cuma pergerakan dalam airport dalam 15 batu nautika sahaja. Jadi, luar daripada airport, pergerakan atau movement dalam airport akan dikawal oleh Subang. Jadi, untuk seluruh Malaysia ini oleh kerana sistem di Subang ini dibina pada tahun 1992 dan digunakan pada tahun 1993. Saya rasa sudah sampai masanya kita hendak tukar. Akan tetapi kita kena berwaspada. Ia bukan sekadar tukar sistem ini, radar-radar kita yang telah expired perlu kita gantikan. Contohnya, di Langkawi, Genting Highlands, di Sabah dan Sarawak. Mereka telah menjangkaui hayat lebih daripada 15 tahun dan ini yang dikatakan radar expired. Jadi, saya rasa dari segi keselamatan, DCA kena pastikan supaya apabila kita mengupgradekan sistem pengurusan trafik udara ini, perkara-perkara ini patut kita masukkan. Kalau kita tidak masukkan komponen yang saya nyatakan itu, ia menjadi tidak lengkap. Jadi, tidak guna kita memberi perbelanjaan yang begitu besar.
Saya beri contoh, KLIA. Walaupun kita gunakan sekitar 15 tahun dahulu, kita beli dengan Afrika Selatan. Satu sistem. Akan tetapi sistem ini tidak boleh menyokong lagi sistem yang ada sekarang. Disebabkan oleh apa? Ia ini original equipment manufactured.
Ia tidak boleh ikut OEM lagi. Jadi, bermaksud kita kena ubah satu sistem supaya lebih canggih dan kita hendak mengoptimumkan pergerakan trafik dalam satu jam kepada 108 nautika. Jadi, saya rasa dalam perkara ini, DCA kena pastikan semua pematuhan garis panduan yang telah diluluskan oleh pihak antarabangsa ini diikuti. Saya rasa dalam konteks ini tidak boleh menggunakan cara yang mudah. Terdapat banyak perkara yang perlu kita lihat, bukan setakat itu. Saya juga ingin memaklumkan pada Dewan yang mulia ini, sebenarnya airspace chargers di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.
Berbandingkan dengan negara-negara jiran di Cambodia, di Thailand dan di Philippines, kita adalah yang paling rendah, dengan Australia dan dengan India kadar kita cuma– saya rasa berbezaannya 20 kali ganda. Airspace chargers kita begitu rendah sekali.
Jadi saya berharap, kita memberi peruntukan kepada DCA begitu banyak dan bukan sahaja sia-sia sahaja. Bagaimana kita hendak mengoptimumkan? Apakah cara kita boleh menambahkan pendapatan kita apabila kita membelanjakan begitu banyak dari segi kita melengkapkan sistem pengurusan trafik udara ini? Jadi, saya rasa ini antara perkara yang perlu kita lihat. Satu perkara lagi yang ingin saya bangkitkan di sini ialah tentang perumahan untuk rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya cukup kagumlah kerana kerajaan hendak membina 223,000 unit rumah untuk rakyat. Akan tetapi di sini kita patut mengambil ikhtiar kesilapan- kesilapan dahulu di mana kita memilih tempat yang tidak betul, lokasi yang tidak kena.
Sebagai contoh, dahulu SPNB ada tempat-tempat yang orang tidak mahupun. Satu ketika, apabila Kementerian Pelajaran masa itu untuk membina kuarters 10 tahun yang lalu, itu lebih pada contractor driven di mana bina di Sungai Petani, tidak ada cikgu yang duduk di sana sebab kawasan-kawasan itu agak terpencil dan kalau duduk di sana tidak akan dapat elaun perumahan. Jadi, perkara-perkara ini membazir wang kita. Sehingga hari ini pun ianya telah ditukar menjadi pusat latihan dan itu tidak kena pada tempat dan sebab itulah saya mengatakan kalau kita hendak buat perumahan untuk rakyat, biarlah kita pilih di tempatnya. Saya berharap PR1MA bukan beroperasi atas dasar developer driven ataupun berdasarkan kepada apa yang dicadangkan oleh pemaju. Kita mesti ada satu pasukan profesional melihat sama ada tempat ini memang mempunyai catchment yang besar.
Kedua, apakah aktiviti-aktiviti perniagaan ataupun yang boleh menjana aktiviti ekonomi ini ada di kawasan-kawasan sekitar. Kalau kita letak di satu lokasi di mana jauh ataupun terpencil dan memerlukan infrastruktur yang agak banyak, saya rasa ianya tidak kena pada tempat. Jadi, saya rasa ini antara kesilapan yang dilakukan pada beberapa tahun yang lalu dan kita tidak sepatutnya mengulangi perkara ini. Satu skim yang dialu- alukan ialah MyHome system, di mana 10,000 buah akan dibina untuk kos rendah dan juga kos sederhana. Saya difahamkan subsidi RM30,000 juga dikenakan. Saya ingin mencadangkan, rumah-rumah ini patut dibina di kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Ia tidaknya di tempat-tempat yang sewenang-wenangnya atau merata-rata.
Kalau tempat itu mungkin terpencil, diberi RM30,000, itu boleh dijadikan keuntungan untuk pemaju sahaja.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi kita sudah lihat, untuk kawasan-kawasan yang kos perolehan tanahnya tinggi, patut kita utamakan tempat-tempat ini. Ini kerana untuk kawasan-kawasan yang pinggir bandar ataupun mereka tidak lagi mampu duduk di bandar, di kawasan mungkin 20 kilometer di bandar satelit atau kawasan-kawasan yang saya rasa tidak jauh sangat daripada tempat kerja mereka, mereka perlukan rumah. Maka, kita gunakan sistem ini, ianya dapat membantu golongan muda untuk membeli rumah. Jadi MyHome, ini adalah konsep yang baik tetapi pemilihan lokasi juga menjadi satu faktor yang patut diberi pertimbangan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai RPGT yang telah diperkenalkan semula yang mana kalau satu ketika dahulu kita memperkenalkan 30% untuk RPGT.
Selepas bertahun kita juga telah kurangkan kepada 20% dan akhirnya, kita memilih jalan lama iaitu gunakan sistem yang lama. Jadi, saya ingin mengatakan bahawa, kita menyokong usaha kerajaan untuk kita mengenakan RPGT ke atas mana-mana opportunists yang mencari kesempatan, speculators untuk mencari keuntungan daripada hartanah. Akan tetapi apa yang saya khuatir ialah apabila kita melaksanakan tiga tindakan sekali, apakah ianya memberi impak yang dikehendaki oleh kita?
Saya beri satu contoh. Kita tidak benarkan Developer Interest Bearing Scheme
(DIBS). Apakah ini baik untuk pembeli? Tidak semesti. Bagi saya, ada orang kata, *“Oh!
Developer akan kenakan 5%, kemudian beri DIBS”.* Tidak semua kes macam itu, bagi mereka yang tidak mampu, mungkin inilah caranya untuk membantu mereka yang baru hendak kahwin. Mereka dapat menanggung sekurang-kurangnya setahun lebih, ditanggung oleh developer dan itu juga satu sistem yang perlu kita lihat. Maksud saya, kalau kita buat RPGT, pada waktu yang sama kita tambah lagi dengan DIBS dimansuhkan dan kita anjakkan lagi limit, lowest limit untuk pelabur asing ataupun orang asing hendak beli daripada 500,000 terus anjak kepada 1 juta. Itu juga akan beri kesan kerana perancangan untuk bina rumah, bukan esok kita boleh selesai.
Saya beri contoh, di kawasan di Johor Selatan, banyak hartanah dijual dengan RM800,000, RM600,000 dan RM700,000. Secara tiba-tiba, kalau salesnya dibuat sekarang, tidak mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan mereka boleh jual semua? Pelabur asing yang telah beli tanah, mereka kena buat perancangan baru. Jadi, perlu ada satu grace period supaya kesengsaraannya tidak ditanggung oleh kontraktor kita atau pembekal.
Ini kerana kita tahu sektor pembinaan ini sangat sensitif. Terdapat lebih daripada 142 industri. Kalau pemaju tidak dapat bayaran, tidak dapat jual rumah, akhirnya kontraktor tidak dapat. Subkontraktor tidak akan dibayar dan pembekal simen semua tidak akan dapat.
Jadi, kita kena lihat, mengkaji semula, melihat sama ada tiga sekali the multi-prong approach betul-betul menyelesaikan masalah isi rumah.
Jadi, saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu dilihat sama ada kita buat secara staggered ataupun kita memperkenalkan sekali. Jadi, pada hemat saya, perkara ini perlu dilihat. Kalau kita menghukum terus, saya setuju dengan tindakan kerajaan untuk menurunkan harga rumah dengan cara membina banyak rumah. Pada waktu yang sama, kita tidak sangat untuk interfere dalam pasaran. Kalau pasaran itu memerlukan kita mengawal spekulasi, mungkin satu atau dua tindakan. Mungkin dilakukan secara berasingan. Ia tidak dilakukan secara serentak.
Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tadi yang memberi celahan. Akan tetapi apa yang penting ialah dalam bajet kali ini, kerajaan mengikut kemampuan untuk berbelanja. Apa yang saya rayu itu sebenarnya, ini adalah daripada pandangan rakyat. Saya berharap ianya akan diberi perhatian khusus oleh Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Saya jemput Yang Berhormat Marang.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya memohon maaf supaya tidak ada celahan kerana masa yang agak terhad. Kecuali Tuan Yang di-Pertua boleh beri masa yang panjang. Saya menghormati keputusan kerana meraikan Ahli-ahli Parlimen yang lain untuk dapat berucap.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya mulakan ucapan saya dengan ayat al-Quran yang diterjemahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan belanjawan pada hari Jumaat.
Ayat 77 surah al-Qasas iaitu...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Tuntutlah dengan sebanyak-banyaknya kebaikan untuk hari akhirat yang dijanjikan oleh Allah dan janganlah kamu lupa habuan kamu di atas dunia ini dan hendaklah kamu berbuat baik, berbuat kebajikan seberapa banyak seperti Allah juga berlaku baik terhadap kamu. Dan janganlah kamu melakukan kejahatan, keburukan, penyelewengan, sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melakukan kejahatan”. Ayat ini sepatutnya dibaca sama dengan ayat 76, surah al-Qasas dan ayat-ayat yang berikut, ayat ini berkait dengan kisah Karun, seorang yang maha kaya yang dibinasakan oleh Allah pada zaman Kerajaan Firaun yang bertarung dengan Nabi Musa as.
Karun melakukan kesalahan kerana mengambil sumber kewangan yang salah. Menindas, menipu dan menzalimi. Membelanjakan juga salah kerana rasuah dan berbagai-bagai salah laku. Sering kali apabila kerajaan mengemukakan belanjawan, memanglah beliau ini disediakan oleh kementerian dan pegawai dalam kalangan legislatif membuat keputusan menaikkan cukai, mengenakan bayaran yang membebankan rakyat.
Adapun rakyat yang membayar cukai tidak dirujuk melalui wakil-wakil mereka terlebih dahulu iaitulah pihak legislatif. Sering kali pihak legislatif, wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat yang membayar cukai ini menerima perkara yang sudah disediakan seolah- olah kita menjadi rubber stamp. Apalagi dalam amalan demokrasi yang tempang yang penuh dengan kelemahan ini sepatutnya kita mengambil contoh daripada negeri Barat yang terkini.
Ada juga perkara Barat yang boleh kita ambil contoh. Beberapa bulan yang lalu dalam menangani krisis Asia Barat. Apabila negara-negara rakan daripada Syria mengadakan conference dan membuat keputusan supaya negara-negara besar Barat terlibat dalam krisis di Syria. Kita melihat bagaimana pemimpin mereka menangani resolusi ini apabila Perdana Menteri British, David Cameron walaupun dia bersetuju untuk bertindak ke atas Syria sejak dari ketenteraan, tetapi merujuk terlebih dahulu kepada Parlimen British.
Parlimen British memang berani membuat keputusan menyanggah Perdana Menteri menyebabkan ia dibatalkan. Kita melihat bagaimana Presiden Obama yang mempunyai kuasa veto mengikut Perlembagaan Amerika untuk membuat keputusan mengisytiharkan perang. Mengambil langkah yang sama tidak menggunakan kuasa vetonya merujuk terlebih dahulu kepada kongres. Kongres membuat keputusan bersetuju untuk terlibat setelah diberi taklimat bahawa kos perbelanjaan peperangan ditanggung oleh negara-negara Arab. Ini dia, ini satu perkara yang sangat menarik sepatutnya menjadi contoh kepada kita.
Sering kali kewangan negara yang banyak disediakan itu hilang dengan sebab perkara-perkara yang mendatang dan perkara salah laku. Perkara mendatang yang tidak diduga ialah peperangan, keselamatan, bencana alam memerlukan kos yang besar.
Perkara salah laku ialah ketirisan duit negara, kebocoran dan hutang. Jangan dianggap hutang ini sebagai pemangkin untuk membantu kewangan. Hutang juga menjadi lubang yang boleh membocorkan duit negara. Dalam perkara peperangan sebagai contoh perkara yang kecil sahaja peristiwa Lahad Datu.
Kita tidak tahu berapa perbelanjaan yang dikeluarkan dalam operasi yang memakan hanya beberapa hari sahaja. Melibatkan satu kawasan yang tidak luas sudah tentulah mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Mengorbankan anggota-anggota tentera dan polis, mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang terkorban, disembuhkan kepada mereka yang masih tercedera. Peristiwa ini berlaku ialah kerana kelemahan kita dalam menangani isu tempatan kita sendiri. Kita perlu menyedari betapa penubuhan Malaysia yang melibatkan Bapa Kemerdekaan, Arwah Tunku Abdul Rahman.
Pemimpin sebelum kita, bagaimana keputusan secara politik yang sangat bijak menerima keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diajarkan referendum sehingga penubuhan Malaysia ditangguhkan sehingga 16 September. Bukannya 31 Ogos 1963. Ini perkara yang sangat menarik dan keputusan secara demokrasi memasukkan Sabah ke dalam Malaysia. Tetapi di sana ada masalah yang baki, yang tidak diselesaikan. Masalah dengan Sultan Sulu, masalah orang-orang Sulu yang ada hubungan keluarga yang perlu dijalin dengan silaturahim.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Masalah kemiskinan yang tidak diatasi di Sabah, rakan-rakan Sabah setuju dengan saya. Yang tidak diatasi dengan sungguh-sungguh walaupun kita telah mencapai kemerdekaan. Hal yang seperti ini mengundang ancaman kepada keselamatan negara sama ada unsur-unsur luar yang mengambil kesempatan kerana mungkin dijangka ada hasil bayaran itu, yang akan mereka ambil kesempatan dan sebagainya sebahagian yang tersirat di samping kelemahan kita sendiri. Kedua, faktor keselamatan jenayah yang banyak berlaku, makin hari makin meningkat. Rompak sana, rompak sini, curi sana, curi sini.
Mengorbankan pegawai polis, mengorbankan pegawai bank. Kita perlu menyedari bahawa di sana ada kelemahan. Kita tidak boleh mengatasi masalah keselamatan ini dengan senjata sahaja, mengorbankan polis dan pegawai keselamatan sahaja. Di sana ada aspek-aspek yang lain. Contohnya aspek pembangunan insan yang disebut oleh Perdana Menteri. Mungkin ada kelemahan pembangunan insan yang tidak tepat dengan acuan fitrah ataupun naluri manusia. Manusia yang dibangunkan tidak mengikut acuannya, mengikut fitrah yang sebenar, akan berlakulah kelemahan-kelemahan yang menyebabkan berlakunya jenayah dan salah laku.
Manusia dinalurikan, difitrahkan dengan jasad roh, akal hidup bermasyarakat bukan sahaja individu. Kaitan-kaitan ini perlu dijalin dan diadun di dalam acuan pendidikan.
Sudah tentulah acuan pendidikan negara masih ada kelemahan-kelemahannya yang perlu kita sedari.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Di samping media juga memainkan peranan. Filem-filem yang menayangkan bagaimana cara merompak, bagaimana cara menyamun, cara menipu. Masih terbolos walaupun ada penapisan filem. Ini dapat dilihat oleh anak-anak kita yang tidak ikut acuan pendidikan tadi, yang boleh melatih diri untuk melakukan jenayah di samping kelemahan undang-undang.
Undang-undang yang ada pada hari ini adalah undang-undang yang tidak digeruni oleh penjenayah. Undang-undang yang tidak ada kehebatan. Negara barat yang mencipta dan mengamalkan undang-undang ini gagal mengatasi masalah jenayah. Jenayah berlaku di Amerika tidak lagi mengikut perhitungan tahun, bulan dan hari. Jenayah mengikut perhitungan minit berlaku di Amerika yang besar itu. Hal ini kerana kelemahan undang- undang dalam menangani masalah jenayah.
Saya mengucapkan syabas kepada negara Brunei Darussalam yang mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Undang-undang qisas dan hudud, walaupun mendapat bantahan daripada Pertubuhan Hak Asasi di peringkat antarabangsa dan negara barat, yang tidak memahami hakikat undang-undang Islam yang mendidik, bukan menghukum orang. Undang-undang yang menggerunkan, undang-undang yang payah untuk menjatuhkan hukuman, tetapi menggerunkan penjenayah. Mereka masih berfikir, undang-undang gantung, membunuh tali gantung, mencekik leher itu undang- undang yang masih bertamadun, yang masih diamalkan. Ini tidak tepat dengan Islam.
Sebatan yang dilakukan kepada penjenayah di penjara, yang memecahkan kulit, mengeluarkan daging dan urat yang menyeksa. Ini tidak tepat dengan Islam. Mengapa tidak dikaji? Di mana letaknya pihak yang mengetahui Islam untuk menasihati kerajaan dalam perkara ini. Kita perlu menyedari betapa perlembagaan kita masih terdapat kecelaruan walaupun perlembagaan mengatakan Islam adalah agama Persekutuan. Dalam masa yang sama, agama-agama lain bebas dianuti, okey. Itu tepat dengan Islam. Agama-agama lain bebas.
Akan tetapi, Islam yang dikatakan agama Persekutuan itu, tidak bebas. Masih ada kongkongannya. Mereka yang mengajar agama, berkhutbah memerlukan lesen, memerlukan tauliah, memerlukan kebenaran. Untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah, masih ada peruntukan Jadual 9 dengan had-had yang disekat. Ini perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan. Seterusnya kita melihat tentang ketirisan, juga menghilangkan duit negara. Laporan Audit Negara mendedahkan dengan ikhlas. Saya mengucapkan syabas kepada pihak Jabatan Audit Negara dengan berani menyediakan laporan- laporannya. Sepatutnya laporan ini semua menjadi pengajaran kepada kita. Menjadi iktibar.
Malangnya, penyelewengan ini bertahun-tahun, berkali-kali berulang lagi.
Penyelewengan yang lalu tidak dihukum, seperti dilupakan. Peristiwa Skyhawk- pesawat tentera udara yang terkandas di Amerika dalam tahun 80-an. Tidak tahu, hilang sudah dilupakan. Apa tindakannya? Peristiwa BMF, peristiwa Perwaja, KWSP, Tabung Haji
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
dan macam-macam lagi. Perkara yang lama dilupakan, datang pula yang baru. Ini pula nanti akan dilupakan...
Seorang Ahli
Itu bukan sekarang, itu dahulu.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Di mana? Ini dahulu, dahululah. Barisan Nasional juga [Disampuk] Ini masalah Barisan Nasional juga. Kita berada dalam bahtera yang sama walaupun kita pembangkang. Kalau bahtera ini tenggelam, tenggelam juga kita. Inilah kita hendak menyelamatkan negara menjadi tanggungjawab untuk kita mengkritik dan mendengar dalam masalah ini.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau hendak mencelah bangun, ya.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kebocoran dalam bantuan subsidi. Bantuan subsidi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak bagi.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Bantuan subsidi...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak bagi.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bagi.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Yang tidak berlaku dengan adil, dengan tepat. Masih ada mereka yang terkandas, yang tertinggal. Diberi kepada mereka yang tidak berhak. Pengagihan mengikut kaum dan parti. Ini tidak tepat. Sering kali dibelanjakan dengan begitu besar, bila ada pilihan raya umum, bila ada pilihan raya kecil.
Banyaklah dibelanjakan kerana pilihan raya. Dibelanjakan oleh sebab pilihan raya.
Kadang-kadang sumber kewangan ini diagih menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan cukai kepada rakyat seperti GST. Membebankan rakyat. Ini merupakan satu konsep yang salah. Dalam mentafsirkan apa makna keadilan. Keadilan bukan semua kena, keadilan mengikut Islam [Berucap dalam bahasa Arab] “Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”. Bukan semua orang kena. Rakyat yang miskin tidak perlu dikenakan. Ini menjadikan sumber negara yang ada pada hari ini terus menerus [Berucap dalam bahasa Arab] “Berpusing di kalangan mereka yang berada sahaja”. Tidak banyak turun kepada rakyat. Kita melihat bagaimana hubungan federalism yang masih lagi tidak teratur. Bukan sahaja masalah rakyat dengan rakyat, masalah kaum, masalah konsep federalism yang diamalkan.
Antara Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
Bagaimana Malaysia Timur, Pantai Timur ketinggalan? Macam Malaysia Timur juga.
Dijanjikan untuk buat lebuh raya dari Pantai Barat, Lebuhraya Pantai Timur belum selesai lagi. Lebuhraya Jabor, ini sudah berapa lama, berapa tahun tertinggal? Hubungan di antara Simpang Pulai, Terengganu, Kelantan dengan Perak...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Marang.
Yang Berhormat Marang...
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Sudah berpuluh tahun tidak diselesaikan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lenggong bangun boleh tidak?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini tidak diselesaikan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Lenggong bangun. Yang Berhormat Marang.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Saya tidak bagi, kecuali Tuan Yang di-Pertua bagi kepada saya masa tambahan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Marang.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya benarkan sepuluh minit tambah.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Marang, mengenai lebuh raya tadi.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya, ya. Silakan, silakan.
Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Marang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tadi Yang Berhormat Marang sebut mengenai lebuh raya, janji lama kata tidak tunai. Saya hendak Yang Berhormat Marang lah. Waktu Kerajaan Negeri Kelantan, pilihan raya baru-baru ini melancarkan lebuh raya rakyatnya oleh Mursyidul Am. Apa sudah jadi lebuh raya itu?
Poster sudah naik, rakyat sudah tahu, janji tidak tertunai lagi. Macam mana Yang Berhormat? Minta Yang Berhormat tolong beritahu sedikit.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini bagi bola tanggung pada saya. Tidak apa bagi bola tanggung [Tepuk] Saya pengalaman memerintah negeri macam Kelantan juga pernah jadi Menteri Besar. Ini sepatutnya tanggungjawab Kerajaan Pusat [Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kerajaan Pusat tidak menunaikan tanggungjawab ini. Pada masa kami memerintah Terengganu sebagai contoh...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat...
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
....Tahun 1999 hingga tahun 2004, di masa itu...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat, kalau tanggungjawab Kerajaan Pusat itu menipu Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Masa pilihan raya 1999...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Nampak benar menipu.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Telah dipecahkan tanah untuk...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Nampak dia menipu.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Buat lebuh raya...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
...Tipu sangat Yang Berhormat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Terengganu sampai ke Kelantan. Hendak buat lebuh raya, pecah tanah. Selepas kalah 1999, tidak dibuat lebuh raya itu. Lalu kami kerajaan negeri hendak buat lebuh raya sendiri. Lebuh raya sendiri melalui anak-anak syarikat yang mendapat keuntungan, melalui konsultan daripada luar negara, tetapi bila hendak dapat bantuan daripada luar negara, mesti melalui MITI, melalui Bank Negara. Tersekat di situ.
Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan royalti kepada Kelantan. Balikkan royalti kepada Terengganu. Ini dia suruh kita buat, dia cekik kita. Royalti dirampas, ‘conventional’ grant dibayar, kemudian pelbagai perkara berlaku, ini salah laku yang perlu diperbaiki dan disedari. Ini bola tanggung dia bagi pada saya
[Dewan riuh]
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, contohnya Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Saya masih ingat hubungan rakyat Malaysia Timur dan Barat ini perlu diatur dengan cara yang lebih dekat. Bukan sahaja projek-projek untuk mengatasi masalah kemiskinan, termasuklah hubungan rakyat Malaysia Timur dan Barat. Saya masih ingat dalam tahun 70-an, awal 80- an masa ada feri. Ada feri yang menghubungkan antara Malaysia Timur dengan Malaysia Barat. Boleh bawa kereta. Saya tidak ingat, boleh bawa penumpang. Kemudian dihapuskan.
Saya melihat bagaimana antara pulau di England, ada ferinya. Turki ada dia punya feri. Kalau kita menghadapi musim tengkujuh, boleh menggunakan feri yang besar. Akan tetapi, janganlah hendak cepat kaya. Kena tambang mahal sangat. Tambang mahal sangat.
Hendak cepat kaya. Ini masalahnya. Jangan hendak cepat kaya. Yang penting kerajaan
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
yang berkhidmat kepada rakyat, kerajaan boleh cari sumber-sumber yang lain untuk dapat keuntungan. Sepatutnya menjalinkan hubungan yang erat di antara Malaysia Timur dan Barat.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ketiga, yang boleh merosakkan kewangan negara ialah hutang dan riba. Sering kali kita merasakan dengan sebab ada peluang untuk berhutang maka kerajaan boleh dapat duit dengan sebanyak-banyaknya kerana dipercayai oleh bank dalam negeri dan luar negeri, bagi pinjaman kepada kerajaan. Kita tidak menyedari bagaimana kerajaan juga terpaksa membayar hutang-hutang ini yang mengurangkan kewangan negara selepas itu.
Apa lagi hutang itu masih dibejati oleh penyakit riba yang diharamkan oleh Islam.
Kita perlu menyedari bagaimana krisis ekonomi yang dialami oleh Amerika pada hari ini sehingga Obama terpaksa membatalkan lawatan ke Malaysia. Dibatalkan kerana krisis ekonomi. Puncanya sudah diberi amaran sejak tahun 90-an lagi, bagaimana bank- bank di Amerika sering kali mudah memberi pinjaman kepada kerajaan khususnya dalam membiayai peperangan di Vietnam. Pada peringkat awalnya hutang negara Amerika mencecah bilion, tahun 90-an menjadi trilion kemudian apa lagi, kita tidak tahulah, tambah lagi hutangnya. Ini dia dan ditambah lagi kita kena sedar mungkin USD yang kita amal itu, kertas kosong, kita pun tidak tahu [Disampuk] Tidak ada sandarannya, kita ditipu oleh kuasa-kuasa besar.
Ini kita hendak pergi lagi kepada Perjanjian Pasifik nanti terperangkap pula dengan dia dalam perjanjian ini. Hendak selamatkan dia masuk dalam rangkaian perjanjian. Jadi kita macamlah kucing mengadakan pakatan dengan singa. Kucing hanyalah boleh jilat saki bakinya kalau boleh kuah lagi, singa telan kucing itu lagi pula
[Dewan riuh]
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini saya beri amaran awal, jangan terlibat dengan perjanjian antarabangsa yang boleh merosakkan negara kita. Perlu disedari bagaimana hutang riba, mengapa Islam mengharamkan riba?
Tuhan tunjuk dalam al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, mematuhi perintah, meninggalkan larangan dan tinggallah saki baki riba. Jika sekiranya kamu degil juga untuk melakukan muamalat riba ini bermakna kamu mengizinkan Allah dan Rasul mengisytiharkan perang terhadap kamu, membawa kemusnahan yang sangat dahsyat”. Saya mengalu-alukan kerajaan membuka bidang kewangan Islam yang disambut oleh semua kaum. Ini sangat baik tetapi mesti ada matlamat untuk menghapuskan riba itu.
Jangan sama-sama naik, tidak menuju ke arah menghapuskan riba. Teguhkan kewangan dengan cara Islam dan riba yang diharamkan itu dihapuskan. Kita tidak menerima cara untuk menambahkan kewangan dengan konsep apa yang disebut dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Saya sebut bahasa Melayulah sebab saya orang Melayu, mungkin guna GST ini orang Melayu tidak faham, mudah diterimalah, apa yang jadi begitulah.
Saya masih ingat Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil memerintah dua tahun. Apabila gabenornya menulis surat, daerah yang jauh pada zaman dahulu tidak ada hubungan cepat macam sekarang. Gabenor menulis surat minta supaya dinaikkan cukai kerana kewangan negara tidak cukup. Umar bin Abdul Aziz menjawab [Berucap dalam bahasa Arab] Sama ada awak berlaku adil ataupun awak dipecat. Menunjukkan betapa konsep adil boleh menambahkan cukai, konsep adil di sini mengenakan sesuatu kena pada tempatnya.
Konsep percukaian dalam Islam contohnya zakat dikenakan pada orang kaya tidak kena pada orang miskin. Cukai pada orang bukan Islam disebut kharaj kerana tidak ada aspek ibadat kepada dia. Dia kenakan pada orang yang kaya, tidak kena pada orang miskin. Apa yang menarik pada orang bukan Islam, zakat tidak boleh dihapuskan, cukai pada orang bukan Islam boleh dihapuskan kalau harta negara cukup. Ini konsep yang ada dalam Islam, konsep yang adil yang perlu kita kena faham.
Jangan kita anggap bila budu tidak kena cukai, cencaluk tidak kena cukai, tempoyak tidak kena cukai, tidak kena cukai tidak apalah. Hendak buat budu kena ada garam, hendak makan budu kena ada gula, hendak angkut budu menggunakan lori, lori makan kedarah minyak, minyak naik harga, macam-macam lagi [Tepuk] Berkait dengan aspek-aspek yang lain, jangan kita jadikan ini sebagai satu gurauan.
Kita perlu menyedari apa penderitaan yang dihadapi oleh rakyat dalam masalah ini, perlu difahami dengan cara yang betul. Kemudian bila kita hendak ambil langkah pula
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
tanpa mengambil kira kepada Ahli-ahli Parlimen. Kita mengharapkan supaya Ahli-ahli Parlimen daripada semua yang ada di sini diberi hak kebebasan untuk mengkritik termasuk yang ada dalam Barisan Nasional. Saya percaya ada dalam kalangan Barisan Nasional ini bukan semua setuju tetapi mereka terikat dengan disiplin parti. Longgarkan disiplin ini, beri peluang untuk kritik macam di Britain tadi. Parlimen Britain boleh buat keputusan menyanggah Perdana Menteri.
Macam di Amerika, Kongres Amerika boleh buat keputusan menyanggah Presiden. Ini satu cara yang menarik, demokrasi yang betul-betul diwakili oleh rakyat. Kita bimbang demokrasi yang macam ini, hendak pilihan raya kena duit, hendak pemilihan parti kena duit juga, dibaluti politik wang. Bagaimana kita mahu melahirkan demokrasi yang sangat sihat, demokrasi yang tulen, demokrasi yang tidak tulen. Tulenkan demokrasi di negara kita ini, atasi masalah dengan cara yang sebaik-baiknya.
Aspek pembangunan insan sangat penting. Macam saya sebutkan tadi, saya ingatkan balik. Perlu dikaji semula sistem pendidikan yang ada dalam negara kita pada hari ini supaya pendidikan rohani, jasmani, akal dan roh tidak dipisahkan di antara satu sama lain. Bukan sahaja untuk melahirkan orang-orang yang bijak dalam ilmunya tetapi juga orang-orang yang mulia di dalam akhlaknya, yang luhur dalam moralnya. Bukan yang bijak, yang pandai dalam ilmunya bijak juga dalam menipu dan autanya. Ini sangat memalangkan negara. Mesti ilmu dan iman yang tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain.
Hal-hal yang seperti ini perlu dititik berat oleh pihak kerajaan dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Barulah kita boleh dapat melahirkan Ahli-ahli Parlimen yang tidak jadi rubber-stamp, yang tidak mengiakan apa sahaja yang diucapkan oleh kerajaan.
Barulah pemimpin kerajaan boleh terbuka dalam menerima pandangan yang diberi oleh rakyat. Macam Khalifah Abu Bakar yang dilantik menjadi Ketua Negara. Dengan tegas menyatakan...
[Berucap dalam bahasa Arab] “Wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu malah saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya betul tolong saya, sekiranya saya bengkok, tidak betul, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Jangan bohong, bohong khianat. Kalau saya betul kata betul, kalau kata salah, salah, jangan mengampu saya. Kalau mengampu saya, cakap bohong, itu khianat kepada saya dan negara. Taati saya selagi saya mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya saya tidak mentaati Allah dan Rasul jangan taat pada saya lagi”. Ini sikap yang terbuka, akhlak yang mulia, yang melibatkan rakyat dan kerajaan perlu ditanam dengan sesungguh-sungguhnya. Saya merasa terkilan bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kaum India sahaja. “Terima kasih kepada kaum India”. Tidak disebut terima kasih kepada Melayu, bumiputera, orang asal, kaum Cina, tidak terima kasih. Patutnya terima kasih pada semualah. Ini kerana yang terlibat dengan kemiskinan, yang terlibat dengan bantuan adalah semua kaum. Bukan sahaja kita perlu melihat kaum India yang ada di estet, yang sangat miskin, kita perlu melihat kaum Cina di ‘kampung baru’ juga dalam kemiskinan. Masalah tanah yang tidak diatasi walaupun sejak tahun 1948, tidak ada geran, tidak ada milik, tidak dibela dengan baiknya, termasuklah orang asal [Tepuk] Orang asal masih lagi tanah untuk merayau.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Diberi tanah untuk merayau pada orang asal. Bukan tanah untuk milik buat rumah untuk berkebun. Sepatutnya ditamadunkan orang asal ini, dididik. Bukan selama-lamanya dia jadi orang asal, kita jadi orang parasit [Ketawa] Dia sahaja orang asal. Disebutnya begitu. Kawasan untuk merayau-rayau, sampai selama-lama merayau-rayau. Sampai bila mereka hendak merayau-rayau, termasuklah orang Melayu dan bumiputera juga mengatasi masalah yang sama. Kita tidak mahu sumber kewangan negara menjadi bocor dalam projek-projek yang mewah yang tidak patut.
Sebagai contohnya, kami di Pantai Timur, di Terengganu sebagai contohnya, banyak bangunan yang runtuh, stadium yang runtuh, masjid yang runtuh. Macam-macam runtuh. Kalau dulu orang kata Terengganu Darul Iman, saya takut kawan sebut Terengganu Darul Runtuh [Ketawa] Ini kerana banyak runtuh ini. Mengapa runtuh ini? Ini kerana adanya kebocoran projek-projek mewah. Sebagai contohnya Monsoon Cup untuk panggil orang Eropah berlumba kapal layar datang ke Terengganu, sedangkan masih banyak pantai- pantai yang hakis termasuk di Sabah, termasuk di Sarawak.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Yang Berhormat Kinabatangan suka dengar ucapan saya. Hakis, banyak yang hakis. Gunakan duit ini untuk baiki pantai-pantai yang hakis untuk bantu nelayan-nelayan kita, kawasan-kawasan yang tercemar ini. Ini merupakan hal yang perlu kita ucap terima kasih secara memberi kepada rakyat, bukan terima kasih secara ucapan sahaja. Saya rasa cukuplah setakat itu. Sekian, terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini wakil daripada Marang nampak mungkin untuk kempen Sungai Limau, mungkin.
Itu sebab dia ada marah sikit ini hari [Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut bersyukur sebab akhirnya kita telah mendengar bajet yang dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pada saya memberi keseimbangan kepada semua penduduk dan tidak ada yang terkecuali.
Saya masih berbangga sebab kita menjadi sebuah negara Malaysia yang bukan sahaja ekonominya mampan, teguh, mantap tetapi kita juga terdiri daripada sebuah negara yang keselamatannya terjamin. Bajet baru-baru ini rasa saya merangkumi semua pihak.
Tidak ada yang terkecuali sama ada orang bandar, orang luar bandar, orang korporat, teknokrat, usahawan desa, kampung, pesara-pesara, suri rumah, kakitangan awam yang berpendapatan sederhana, yang berpendapatan rendah, orang bujang, orang sakit pun ada, orang kurang upaya pun ada, ibu tunggal pun ada, murid-murid sekolah pun ada Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak pun ada. Tidak ada yang terkecuali.
Saya tidak tahu puak mana lagi yang tidak mendapat limpahan daripada Bajet 2014. Bajet ini pada saya merupakan bajet janji ditepati oleh Barisan Nasional [Tepuk] Daripada rakyat, kuasa kita dapat. Maka, kita akan pulangkan pula limpahannya kepada rakyat di mana Barisan Nasional telah berani dengan tegasnya iaitu mengadakan satu revolusi yang begitu tegas dan ini berpaksikan lima prinsip yang mendapat sokongan daripada rakyat iaitu sederhana, progresif, seimbang, inclusive dan adil. Kita tidak memberi harapan kepada mana-mana pihak, tetapi kita memberi sesuatu yang berpaksikan kenyataan dan kehidupan manusia sejagat. Saya mendengar tadi Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Marang menidakkan bajet yang telah dibentangkan ini.
Pada saya, kita harus berani merubah. Oleh sebab itu Barisan Nasional selepas 50 tahun, hanya satu-satunya parti dalam seluruh dunia, the only one in the world yang boleh bertahan sehingga sekian lama. Banyak parti telah tumbang [Tepuk] Kalau jurulatih bola sepak yang terkenal Mourinho, dia menggelar dirinya special one, saya menamakan Barisan Nasional, the only one [Tepuk] Tidak ada parti-parti dalam dunia ini yang begitu mampu bertahan sebab kita melalui satu perubahan. Kita berani merubah sesuatu.
Contohnya, memang bajet ini bukan bipolar bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun apabila dia mengetengahkan satu sistem percukaian baru iaitu GST.
Pembangkang telah memberi jaminan akan turun ke negeri-negeri untuk mempengaruhi rakyat supaya GST ini ditolak. Akan tetapi saya selalu berpaksikan dengan kebenaran, yang benar itu tetap benar. Walaupun mungkin sukar diterima, tetapi akhirnya keberanian ini, transformasi ini kena juga lakukan untuk memastikan bahawa negara, ekonomi dia akan terus kompetitif berbanding dengan negara-negara yang lain. Untuk pemotongan subsidi gula juga, rasa saya kita tidak bipolar sebab harga gula telah naik di pasaran.
Akan tetapi pada saya ini merupakan satu realiti bahawa kita harus berlandaskan dengan satu kenyataan, bahawa subsidi ini walaupun gula ini telah kita tarik subsidinya, tetapi kerajaan masih juga menyumbang subsidi. Subsidi CPO, minyak makan. Kalau kita lihat harga minyak makan di seluruh dunia, di Malaysia harganya RM2 lebih sebab disubsidi. Kalau di Filipina, RM11 lebih. Di Indonesia, di Thailand, di Singapura, RM9 lebih tetapi kita menafikan semua ini sebab kita mungkin melihat bahawa sebab pembangkang dan Barisan Nasional tidak serasi dalam Dewan ini. Pada saya, pelaksanaan GST merupakan satu pelaksanaan percukaian yang lebih kompetitif.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik iaitu beberapa hujah yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar penganalisis ekonomi seluruh dunia berhubung dengan bajet baru-baru ini. Pertama, pakar perunding ekonomi IMA Asia, dia berkata, bahawa dasar yang digariskan dalam Bajet 2014 adalah langkah hala tuju yang betul dan tepat dan patut mengurangkan kebimbangan penerapan beberapa agensi kredit mengenai kewangan awam. Malaysia unjurkan defisit bajet yang lebih kecil sebanyak 3.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.0%. GST terutamanya adalah perubahan fiskal yang penting kerana ia akan meluaskan asas hasil kerajaan daripada kebergantungan ke atas hasil minyak dan gas. Bajet itu juga mengandungi kaedah untuk mengimbangkan kesan pengeluaran GST ke atas isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
Manakala penganalisis yang lain juga melihat bahawa sistem percukaian yang kita ada pada hari ini iaitu SST. Antara lain, penganalisis berkata, pertama, cukai jualan itu mempunyai kesan yang terlampau sama seperti air terjun. Ia bermula di peringkat pengeluar, kemudian pergi ke pemborong, kemudian kepada pembekal dan akhir sekali kepada kita iaitu pengguna. Kos kepada akhirnya akan diturunkan kepada pengguna air sekiranya kita makan di restoran atau kafe, 6% lagi tambah ke atas 5% hingga 10%.
Oleh sebab itu, secara rasionalnya saya melihat bahawa GST ini adalah untuk memastikan sesebuah negara itu akan terus berkembang dan memastikan ekonominya berkekalan sehingga akhir zaman. Kalau GST ini tidak baik Tuan Yang di-Pertua, bayangkan 160 buah negara yang mengguna pakai sistem GST ini dan sudah tentu mereka tidak akan bertahan lama sekiranya sistem yang ada ini tidak baik.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong bangun.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat sahaja. Saya agak-agaklah sebenarnya di pihak sebelah sana dia bimbang kerana apabila kerajaan melaksanakan GST, ia berjaya menstrukturkan sistem percukaian negara kita dengan lebih baik dan berkesan.
Apabila itu berlaku maka ia dengan sendirinya akan membolehkan ekonomi negara kita menjadi baik dan menjadi begitu efisien dan boleh bersaing dalam keadaan dunia yang semakin terbuka luas. Sudah tentu ekonomi kita baik. Bila baik, maka pandangan rakyat kepada kita semakin baik dan tahap sokongan rakyat kepada kita semakin baik. Agak-agaknya kalau ini berlaku, mungkin membimbangkan Yang Berhormat Permatang Pauh dan rakan-rakan ‘kot’ barangkali. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Lenggong.
Memang benar sebetulnya sebab penganalisis politik telah menyatakan apabila GST ini kita laksanakan pada tahun 2015 nanti dan industri ini akan tumbuh antara 0.2% hingga 1.7%.
Dalam masa yang sama KDNK akan meningkat kepada 0.3%. Ini unjuran dan indeks harga pengguna dijangka naik sebanyak 1.8%. Manakala impaknya kepada Bajet 2015 kerajaan akan memperoleh RM3.87 bilion dan menjangkau pada 2016 iaitu RM9.9 bilion dan ini sekejap lagi akan saya rungkai apa itu GST sebenarnya
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dengar, yang tidak bersetuju dengar lebih baik-baik. Jadi tolong cakap di bawah bagi pihak supaya rakyat boleh faham ya. Yang Berhormat Ipoh Barat [Ketawa] Saya datang nanti. Pertama, GST sebagai satu strategi dalam menyusun semula sistem percukaian supaya ia menjadi lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan.
Dengar itu, telus dan mesra perniagaan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Seputeh dengar pasang telinga baik-baik. Jadi rakyat di bawah boleh faham. Kedua, GST ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap tambahan nilai kepada setiap barangan atau perkhidmatan GST akan dikenakan ke atas setiap peningkatan pembuatan. GST akan menggantikan
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
cukai jualan perkhidmatan CGP yang mempunyai banyak kelemahan, bukanlah cukai yang baru ataupun cukai tambahan. Dengar itu Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terdapat beberapa kelemahan dalam CGP iaitu satu kelemahan kesan cukai berganda ke atas pengguna. Ini cukai yang ada sekarang di mana ada dua kali caj kepada pengguna. Kedua, ketidakpelepasan cukai ke atas barang yang dieksport. Ketiga, isu pemindahan harga transfer pricing ini pun kena. Cukai jualan, dengar Yang Berhormat Ipoh Barat.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Transfer pricing bukan transfer pricinglah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, transfer pricinglah [Ketawa] You punya telinga koreklah sedikit [Ketawa] Kalau tidak ada...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hei! Siapa tulis punyalah ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pergi doktorlah, pergi doktorlah korek telinga [Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada orang tulis ‘kot’.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukai jualan. Cukai jualan diperkenal pada tahun 1972 Yang Berhormat Seputeh. Lama sudah. Cukai jualan dikenakan apabila nilai perolehan turun. Perniagaan mencapai threshold yang ditetapkan iaitu melebihi RM100,000. Kadar cukai jualan yang dikenakan ke atas barang ialah 5% hingga 10%. Dengar baik-baik ya supaya rakyat boleh tahu [Disampuk] Tidak apa. Nanti di kawasan Yang Berhormat cakap lain. Jadi ambil apa yang saya cakap ini bawa pergi kawasan. Ini yang betul punya, bukan auta punya.
Cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan diperkenalkan pada tahun 1975. Cukai perkhidmatan dikenakan apabila nilai perolehan tahunan mencapai threshold yang ditetapkan iaitu antara RM0 hingga RM3 juta setahun mengikut kategori perkhidmatan.
Kadarnya adalah sebanyak 6% manakala kadar spesifik dikenakan ke atas kad kredit.
GST- GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan di semua peringkat ekonomi bermula dari peringkat pengeluaran, pengilangan, pemborongan dan peruncitan. GST akan dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara atau yang diimport. GST yang dikenakan ke atas semua import perniagaan seperti bahan mentah dan harta modal adalah dikenali sebagai cukai input manakala semua GST yang dikenakan ke atas semua bekalan jualan yang dibuat akan dikenakan sebagai cukai output.
Bagi peniaga yang layak cukai input yang ditanggung olehnya boleh dituntut balik sepenuhnya daripada kerajaan melalui sistem kredit iaitu input. Dengar itu Yang Berhormat Seputeh. Hebat, barang ini baik untuk kepentingan negara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soal siapa tulis jangan tanya.
Kita wakil rakyat ini mesti mahu prihatin dengan perkembangan semasa.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jadi betullah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sila, sila Yang Berhormat Putatan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia yang tulis.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Awak tulis punyakah?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Ini Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Seputeh.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini Putatan bank pun tidak ada.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Apabila bajet ini disediakan, kita pasti bahawa orang-orang yang terlibat untuk membuat bajet ini orang yang golongan yang input-input daripada orang yang sungguh ikhlas, diligence, intelligence, sensible dan adil.
Jadi ini mengambil kira kelemahan pelaksanaan penjawat awam terutama sekali
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
penyelewengan yang ketirisan di mana banyak yang kononnya black economy ini, yang orang-orang yang tidak bertanggungjawab tidak membayar cukai.
Sekiranya GST ini dilaksanakan, maka ini akan mengambil satu tindakan bahawa semua ini akan selesai dan seboleh-bolehnya kita dapat cukai daripada orang-orang yang dahulunya kerana avoiding tax dan kebanyakan juga barangan yang kita subsidize itu diseludupkan ke luar negara. Bagaimana dengan pendapat Yang Berhormat Kinabatangan? Bukan macam Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Gombak juga tidak senang hati dengan pentadbiran Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Gombak tidak ada di sini, tidak perlulah. Dia kira mahu rebut jawatan Menteri Besar.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Saya, Yang Berhormat Putatan orang bilang sudah terang lagi bersuluh.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia sudah jelas sebetulnya.
Inilah hakikatnya bahawa GST ini adalah untuk memastikan pendapatan ekonomi negara secara kompetitif. Oleh kerana itu, walaupun begitu kerajaan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekejap- untuk mempersiapkan diri dan ini akan memberi ruang pekerjaan secara meluas kepada individu-individu yang kita rasakan mereka boleh melaksanakan amanah yang diberikan. Sila, sila Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya saudara ini Yang Berhormat Kinabatangan dari Sabah sudah capai ini GST, jadi saya ada satu soalan mahu tanya. Sabah yang seluruh tahu kita yang termiskin di Malaysia sini. Jadi pendapatan kita rakyat di Sabah yang rendah, jadi tetapi komoditi yang barang di Sabah yang lebih mahal. Jadi bermakna yang Sabah kalau yang GST diselaraskannya seluruh dilancar bermakna Sabahan yang dia mahu bayar GST yang lebih tinggi. Jadi bagaimana ini kita punya Yang Berhormat Kinabatangan yang begitu expert memberitahu sedikit pandangan daripada Yang Berhormat?...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dia bagi saya, dia gelak. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya agak keliru sedikit dengan Yang Berhormat Kinabatangan pada hari ini. Sebelum ini apabila kita membahaskan satu pindaan rang undang-undang ataupun rang undang-undang untuk meminda undang-undang SOSMA, ramai orang puji Yang Berhormat Kinabatangan kerana dia meminta supaya kerajaan tarik balik rang undang- undang yang menyusahkan rakyat.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dia kata SOSMA ini menekan rakyat, dia setuju. Ramai orang yang puji dialah tapi hari ini apabila GST yang semua orang atau sebahagian orang kata menyusahkan rakyat, dia sokong pula. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan mengenai satu analisis yang dibuat oleh seorang pakar ekonomi iaitu Profesor Dr. Borjoyai Bardai, dia seorang penganalisis politik yang terkenal di Malaysia ini. Dia kata GST mengikut pengalaman di Singapura dan Indonesia, pada peringkat awal dilaksanakannya menyebabkan harga barang naik dan sukar dikawal kerana berlaku risiko konflik dan salah faham terutamanya antara pemborong dan juga peruncit. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Dua tadi Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Sandakan sebetulnya sebab itu kerajaan apabila melihat perbezaan harga barang itu, maka kerajaan memperuntukkan berapa juta itu?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Sebanyak RM300 juta untuk memastikan keseimbangan harga barang. Dalam masa yang sama, saya juga akan menyentuh sebab kita ada satu polisi yang mengekang soal perseimbangan harga barang iaitu Cabotage Policy di Sabah itu sendiri. Ini di Sabah yang mengekang bukannya Kerajaan Persekutuan. Saya akan bicarakan nanti.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kedua berhubung dengan pelaksanaan GST yang konon-kononnya menekan dan menindas rakyat. Sebetulnya memang betul. Dengar ya. Sebab penganalisis itu berkata bahawa memang ada peningkatan barang buat seketika, iaitu peningkatan secara mendadak tetapi ia seketika sahaja. Selepas itu untuk jangka panjang, ianya akan memberi impak yang lebih baik kepada mana-mana pihak, sama ada negara dan juga pengguna itu sendiri. Jadi di situlah kebijaksanaan kita untuk mengurus sebab kalau tidak baik– sebab saya lihat di sini kita ada 160 buah negara iaitu di ASEAN tujuh buah, Asia 19 buah, Eropah 53 buah, Oceania 7 buah, Afrika 44, South America 11 buah, Caribbean, Central of North America 19 buah.
Kalau kita lihat pula GST yang dikenakan. Di Indonesia 10%, Thailand 7%, Singapura 7%, Philippine 12%, Cambodia 10% Yang Berhormat Seputeh. Vietnam 10%, Laos pun 10%. Malaysia dicadangkan 6% tetapi saya ingin buat counter proposal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Siput bangun.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau boleh di Malaysia kita mulakan GST dengan 5%. Perlahan demi perlahan. Jangan kejutkan rakyat sebab kalau kita kejutkan itulah pembangkang guna pakai, dia kata GST ini akan menyeksa rakyat. Jadi cadangan saya supaya buat counter proposal dimulakan dengan 5%. Sila Yang Berhormat Sungai Siput.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Tuan Yang di-Pertua. Saya keliru sikitlah Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan keliru.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Kerana saya bertanya jika kita katakan kena GST 6%, bukankah ia bererti satu keluarga dengan income sebanyak RM2,000, akan kenakan bayaran perbelanjaannya naik 6%. Bererti dia akan membayar tiap-tiap bulan RM120 lebih daripada sebelum GST dikenalkan. Kerana ini sales tax, ini semua atas entertainment, kita pergi ke hotel, kita pergi ke restoran kita kena bayar sales tax tetapi ini GST ini dikenakan atas barang-barang yang biasa yang kita makan, kita minum, kita traveling, semua.
Jadi adakah betul katakan kita kenakan GST 6%, ertinya sekeluarga dengan income RM2000 sebulan dikenakan belanja yang lebih RM120 sebulan, adakah ini betul?
Jika ini betul macam mana keluarga macam ini- sekarang pun keluarga macam itu dengan income RM2000 ini, dia sedang hadapi masalah dapat keperluan biasa, basic needs. Itu soalan saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya petik ungkapan daripada pensyarah ‘ekonomi gunaan’ dan dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Dia kata GST akan digunakan di Malaysia tidak termasuk 40 keperluan makanan asas...
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput
Ya betul.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Yang diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai. Pada peringkat peribadi, melalui GST ini orang boleh membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Sama ada untuk membayar cukai pengguna apabila makan di luar atau mereka sendiri mengelak membayar cukai dengan menyediakan makanan sendiri dengan barang-barang keperluan yang dikecualikan daripada GST. Ini bermakna rakyat Malaysia mempunyai pilihan sama ada memilih untuk membayar cukai atau tidak. Bagi mereka yang mahu hidup glamor, kenalah membayar cukai. Bagi macam saya orang kampung, saya memilih untuk barang-barang yang tidak kena cukai...
Seorang Ahli
[Menyampuk] [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi apa masalahnya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Titiwangsa bangun Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini realiti, ini hakikatnya. Bukan janji manis, bukan janji kosong. Kalau mahu bayar lebih, pergilah restoran yang mewah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tidak mahu ikut cara saya makan di gerai pun makan juga. Free of charge. Tiada cukai pun. Yang Berhormat Ipoh Barat betul tidak? Ya Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya terharu dengan hujah pertanyaan daripada Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Yang Berhormat Ipoh Barat belum berdiri lagi. Saya fikir, saya rasa serupalah bahawa GST ini tidak baik bagi rakyat tetapi kita harus melihat. Kita ini semata- mata untuk menarik perhatian kepada rakyat kita supaya kita berbelanja berhemah, berhati- hati. Kalau seseorang itu kaya, banyak duit, dia mempunyai beberapa kereta di dalam rumah dia seperti Yang Berhormat Ipoh Barat, itu tidak kisah.
Jadi itulah golongan-golongan yang kita tax ini, yang orang kaya-kaya. Bukan orang miskin, bukan orang yang berpendapatan rendah. Jadi kita yang berpendapatan rendah ini kita sudah buat satu rangkaian supaya ia dalam bentuk dalam fasa by fasa. Jadi ini kita sudah tengok bahawa kesengsaraan itu memang tidak wujud sama sekali. Jadi bersetuju kah Yang Berhormat kalau kita double tax lagi orang kaya-kaya seperti Yang Berhormat Ipoh Barat ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan, hati-hati membagi ruang pada orang lain kerana masa Yang Berhormat tidak lebih dari sepuluh minit.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ya sila, sila.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin memberi sedikit pandangan soal GST yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Apabila seseorang itu mempunyai pendapatan RM2000, kemudian mereka kena bayar GST 6%, maka mereka kena bayar RM120. sebenarnya it doesn’t work that way. Proses GST sendiri tidak melalui proses yang sebegitu. Sebenarnya hari ini, banyak barang-barang kita beli sebenarnya sudah ada elemen tax di dalam harga yang kita beli. Akan tetapi elemen tax tersebut, kita tidak dapat lihat elemen tax tersebut kerana ianya tidak ditunjuk kepada kita kerana melalui sales and service tax ini setiap pembuat, wholesaler dan retailer, mereka memasukkan sales tax ini tanpa memberitahu pelanggan tetapi apabila dengan adanya GST ini, setiap barang jualan kita ini akan nampak tax GST tersebut.
Maka dengan secara itu, pembuat-pembuat ataupun penjual-penjual mereka boleh recover balik tax pembuat wholesaler dan juga retailer. Kesan daripada ini ialah kalau kita lihat negara kita mempunyai hampir 24 juta orang pelancong yang datang ke negara kita.
Apabila mereka membeli barang-barang di negara Malaysia ini dan mereka pulang, mereka boleh claim back GST mereka. Dengan secara tidak langsung, dia menyebabkan pembeli atau penjual-penjual atau pembuat boleh double up the sales of their business perniagaan mereka kerana price kita menjadi competitive. Sebab itu kalau kita lihat banyak barang yang kalau kita beli di London, ia lebih murah kerana kita dapat recover balik GST yang kita beli dan kemudian sebelum kita balik, kita boleh claim balik GST. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya Yang Berhormat Titiwangsa.
Sebetulnya, inilah yang kerajaan hendak terjemahkan iaitu Yang Berhormat Seputeh bila pergi ke luar negara, beli barang yang branded, Louis Vuitton lah contohnya. Sudah tentu ia ada GST, boleh di claim di lapangan terbang. Akan tetapi kalau pelancong datang ke negara kita, membeli barang-barang yang berjenama, mereka tidak dapat rebat GST ini.
Sebab itu, harga barangan kita melambung tinggi. Jadi, ini antara lain kenapa GST ini diperkenalkan di negara kita. Walaupun ia bukan benda baru, ia cuma mahu ganti cukai jualan yang ada dalam negara ini. Bukan baru Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, tolong jangan putar belit di bawah sebab GST ini baik untuk negara, negara kita yang sedang membangun ini.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Kinabatangan. Belakang. Belakang, belakang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kangsar di belakang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya sila, sila Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
Ya, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Kinabatangan bahawa isu GST ini terlampau disensasikan? Ini kerana sebahagian besar daripada perkara ini sebenarnya menguntungkan rakyat. Contoh yang paling mudahlah harga kereta. Sekarang cukai jualannya 10%. Apabila dikenakan GST, cukainya hanya 6%. Sudah tentu harga kereta menjadi lebih rendah dan kita pun ada masa untuk melaksanakannya pada tahun 2015. Jadi, saya rasa pihak pembangkang cuba mensensasikan isu ini dengan terlampau mengelirukan rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang- sebetulnya inilah pembangkang. Sebelum pilihan raya itu, dia banyak pusingan tetapi akhirnya rakyat telah juga memilih Barisan Nasional. Selepas itu, kita telah mengetengahkan bajet, bajet yang baik. Walaupun tidak popular tetapi untuk kepentingan rakyat dan negara. Seharusnya pembangkang pun sokong. Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Barat pun oleh kerana ego itu, ego sebab pembangkang itu, maka benda yang baik pun dia akan cakap kepada rakyat GST ini tidak baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, last one.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan memang mengelirukan Dewan [Ketawa] Ini sebab Yang Berhormat Kinabatangan tadi ada sebut bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini akan digantikan dengan GST. Ini akan menguntungkan rakyat. Saya memang keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebab tadi Yang Berhormat Kinabatangan juga menyebut bahawa mengikut seorang pakar ekonomi mengatakan bahawa dengan adanya GST, ia boleh memperluaskan hasil kerajaan.
Jadi, saya hendak tahu, yang mana akan membawa hasil yang lebih banyak kepada kerajaan? Cukai perkhidmatan dan jualan ataupun selepas GST diperkenalkan?
Yang mana akan membawa lebih banyak pulangan ataupun hasil cukai kepada kerajaan?
Saya hendak tahu, kalau itu adalah daripada GST, hasil itu datang daripada mana kalau bukan daripada rakyat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey. Itu sebab Yang Berhormat pembangkang ini dia memang suka keliru. Saya di sini tidak keliru sebab dengan adanya GST ini, kebocoran-kebocoran itu dapat ditangani ketirisan itu. Dengan itu, hasil itu akan meningkat [Tepuk] Maka ekonomi negara kita akan tidak defisit pada masa akan datang. Ini pun Yang Berhormat tidak tahu kah? Tidak faham-faham kah. Kerajaan ini terlampau bagus. Sementara melaksanakan GST tahun 2015, barang-barang yang tidak perlu dikenakan GST iaitu ...
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beras, gula, garam, minyak masak, tepung, rempah ratus dan lain-lain, bekalan air, elektrik, pengeluaran pasport, lesen perkhidmatan, pendidikan, bas, kereta api, LRT, teksi, bot, penjualan rumah sewa, rumah perkhidmatan, kewangan dan macam-macam. Kalau boleh tambah lagilah. Mungkin roti pun kepentingan rakyat ini. Tambah lagi, masukkanlah roti ini. Roti ini jangan lagi masuk dalam GST ini kalau membebankan rakyat. Mana-mana barang keperluan rakyat macam Yang Berhormat Seputeh mahu make-up, gincu bibir supaya jangan bubuh GST lagilah [Ketawa] Baju dalam kah, seluar dalam kah, apa-apa kalau boleh jangan lagi GST. Ini untuk kepentingan rakyat. Jadi, saya tidak tahu lagi. Kalau ini semua tidak GST lagi, apa lagi pembangkang cakap di luar
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, di samping ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekejap dahulu. Saya mahu cakap betul-betul, biar Yang Berhormat Sandakan tahu. Dia sudah balik Sandakan, jangan dia kelirukan rakyat Sandakan sebab saya pun di Sandakan juga. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, untuk peralihan pengenalan sistem GST ini, kerajaan juga memberi bantuan one-off RM300 kepada penerima isi rumah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan dia tidak ada masa.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk dahulu Yang Berhormat Sandakan. Pakai peraturan. Cukai pendapatan individu dikurangkan daripada 0.5% dan 3%. Dengar baik-baik. Jadi boleh berceramah di luar Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Ipoh Barat. Jangan terpusing-pusing. Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan RM100,000 kepada RM400,000 setahun. Kerajaan ini cukup baik.
Mana ada kerajaan dalam dunia macam begini. Kadar cukai maksimum dikurangkan kepada 24% kepada 24.5% dan 25%. Kadar sekarang ialah 26%.
Dengar Yang Berhormat Kota Bharu ya. Jadi, orang Kota Bharu tidak terkeliru.
Kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan daripada 20% kepada 19%, 1% banyak. Kalau RM100 juta sudah berapa? Inilah Yang Berhormat pembangkang ini. Dia kira percentage, dia tidak kira ia punya volume. Ini masalah
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Patutlah undi banyak tetapi kalah. Kita Barisan, kita tidak kira undi banyak, kita mahu Kerusi banyak.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Patutlah pembangkang kalah.
Rupanya Yang Berhormat mahu undi banyak. Kita tidak mahu undi banyak, kita mahu Kerusi menang banyak.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat tadi kata perniagaan kecil.
Macam mana dapat RM1 juta?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini apa ini Tuan Yang di-Pertua?
Apa ini, apa ini?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Kinabatangan jawablah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia mahu undi popular. Kita tidak mahu popular, kita mahu rakyat popular [Tepuk] Kelapan, sebagai tambahan lagi, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenarkan pemotongan cukai. Kos pembelian peralatan ICT dan perisian diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan hingga tahun 2016. Latihan perakaunan dan ICT diberi potongan tambahan. Perisian perakaunan bersubsidi diberi kepada PKS. Geran latihan berjumlah RM100 juta kepada peniaga-peniaga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh mula gulung Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Baru mula sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah lama dah [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Belum landing pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sudah bagi tujuh orang peluang untuk mencelah, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] Saya ini Yang Berhormat, baik hati. Itu sebabnya orang yang baik hati rupanya tidak juga betul. Lebih baik saya tidak bagi. Tuan Yang di-Pertua, sebagai memenuhi aspirasi bajet pada tahun ini, memang jelas bahawa rakyat di seluruh kawasan terutama sekali di kawasan saya, mereka menanti-nantikan bajet rakyat luar bandar.
Beberapa Ahli
[Bercakap sesama sendiri]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini apa ini?
[Ketawa] Iaitu sekurang-kurangnya saya mendapatlah - Barisan Nasional ini baik Tuan Yang di-Pertua.
Bukan sahaja dia bagi limpahan ekonomi tetapi dia bagi keselamatan. Pertama sekali keselamatan, di mana bajet pembangkang saya tidak nampak menyentuh pun soal keselamatan. Jadi, keselamatan ini penting sebab bajet yang banyak, kalau tidak selamat Yang Berhormat Gombak pun susah. Kalau tidak selamat, sentiasa kena ceroboh. Saya diberi balai polis di Tongod. Jadi mudah-mudahan, balai polis ini dapat menjamin keselamatan rakyat saya di Tongod.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kedua juga iaitu bekalan luar bandar memastikan lebih kurang RM4.1 bilion untuk luar bandar, RM980 juta untuk jalan luar bandar, RM109 juta untuk pembangunan ekonomi, RM457 juta bekalan elektrik luar bandar, RM895 juta air. Ini pada saya harus dimanfaatkan, termasuk di kawasan Tuan Yang di-Pertua juga sebab Tuan Yang di-Pertua tidak boleh bercakap. Jadi, kalau boleh Kementerian Luar Bandar tengok-tengoklah kawasan Beluran dan Kinabatangan. Naik tarafkan lah jalan raya di sana, air bersih, elektrik. Tadi Yang Berhormat Maran berkata, kerajaan tidak komitmen untuk...
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Sekejap. Yang Berhormat Kinabatangan, boleh minta sekejap sahaja? Sekejap sahaja, dari Penampang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lagi?
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, tadi Yang Berhormat Kinabatangan mengulas bahawa Cabotage Policy itu adalah telah dipertahankan oleh negeri Sabah, betul atau tidak? Bukan Kerajaan Pusat. Boleh ulaskan? Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Saya, sebelum terlupa Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Oleh kerana harga barang jauh beza antara Sabah dan Sarawak dan antara lain faktornya iaitu Cabotage Policy itu sendiri. Saya sempat bertanya dengan kerajaan, apakah kerajaan ingin mempertahankan usahawan kecil perkapalan yang tidak begitu banyak ataupun mempertahankan rakyat Sabah keseluruhannya.
Jadi, kalau misi kita mempertahankan rakyat, maka hapuskanlah Sistem Kabotaj itu untuk memastikan harga barang di Sabah seimbang di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak [Tepuk] Kalau sistem itulah. Inilah Barisan Nasional, kita memang fleksibel. Kita bukan macam di sana, satu kali cakap GST tidak baik, semua tidak baik. Sedangkan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi cakap GST memang baik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hendak belajar mari sinilah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak perlu belajar di situ, kita banyak tempat belajar. Jadi, kalau sistem itu boleh menggagalkan misi kita, maka kita hapuskanlah Sistem Kabotaj itu. Last Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya terganggu tadi.
Beluran dan Kinabatangan merupakan satu kawasan luar bandar besar dan luas. Memang ada pembangunan tetapi kita perlu lebih banyak peruntukan untuk menaik taraf jalan raya, bekalan air bersih dan juga apa ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sekolah dan klinik, termasuk.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sekolah dan klinik juga, harus sebab peruntukan banyak. Peruntukan dia banyak, maka sekolah-sekolah. Saya Tuan Yang di-Pertua, kalau izinkan saya lima minit Tuan Yang di-Pertua. Saya ada banyak perkara, bagaimana? Kerajaan memang telus untuk memberi peruntukan tetapi pelaksanaan itu tidak telus. Ini bukan salah orang politik, salah penjawat-penjawat awam, segelintir dia iaitu solar hibrid di Sabah di sekolah-sekolah. Saya melihat 90% tidak berfungsi. Di Tenom pun tidak berfungsi, di Kinabatangan tidak berfungsi, saya tidak tahu di Beluran dan pemberita turun. Tengok Tuan Yang di-Pertua, gambar [Menunjukkan surat khabar berkaitan] Guru-guru yang menjadi mekanik, guru perempuan yang mengangkat diesel untuk menyelenggarakan solar hibrid ini.
Saya tanya kementerian, kementerian kata semua penyelenggaraan kita bagi dengan JKR. JKR lantik sub kontraktor, sub kontraktor ini pula tidak melaksanakan tanggungjawab dia tetapi membuat tuntutan pembayaran tiap-tiap bulan. Jadi, saya tegur Kementerian Pelajaran, kenapa sampai begini perkara ini berlaku? Di mana silap dia?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebanyak 90% solar hibrid jadi besi buruk tetapi kontraktor melalui JKR pula menuntut tuntutan pembiayaan maintenance...
Seorang Ahli
Siapa sub kontraktor?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun tidak tahu, JKR yang lantik. Jadi, kalaulah ini tidak kita selesaikan, saya bimbang peruntukan yang begini banyak, berjuta-juta, rakyat tidak dapat menerima limpahannya sebab ada sabotaj. Ini bukan kabotaj, ada sabotaj dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan itu. Di Kementerian Pelajaran itu sendiri saya nampak. Saya banyak perkara yang saya mahu cakap betul tetapi tunggulah Jawatankuasa. Saya mahu solar hibrid ini selesaikan sebab Kementerian Pelajaran telah memaklumkan kepada saya bahawa kementerian telah mengenal pasti beberapa syarikat untuk dicadangkan di Kementerian Kewangan supaya dilantik sebagai penyelenggara solar hibrid di seluruh Sabah tetapi Kementerian Kewangan belum pun mengambil tindakan.
Jadi, saya mahu tanya Kementerian Kewangan, kenapa tidak ada tindakan dalam perkara-perkara yang sebegini? Sedangkan ini melibatkan wang rakyat berjuta-juta ringgit.
Di bina di kawasan sekolah solar hibrid ini tetapi impak dia tidak ada, impak dia, guru-guru menjadi operator dia, menjadi tukang angkat minyak dia, menghidupkan enjin dia dan sebagainya. Ini tidak patut sebab dia mungkin jauh terpencil di luar bandar, mereka ingat tidak ada mata yang melihat apa yang telah mereka lakukan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai yang terakhir, saya mahu minta kementerian supaya meneliti benda-benda ini sebab bajet yang baik, niat yang baik. Niat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan memberi rakyat kesenangan dan kemudahan, menaik taraf kehidupan rakyat tetapi pelaksanaan kita tidak baik. Maka, akhirnya bajet yang baik ini menjadi tidak baik. Oleh kerana itu, pihak pelaksana di mana- mana kementerian haruslah serta dengan kita, dengan niat yang baik. Jangan menangguk di air yang keruh, jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem-sistem yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Serdang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya pelung untuk memberi pendapat saya terhadap bajet ini.
Terutama dahulu saya hendak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, kepada Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Pekan atas kejayaan beliau dan membentangkan satu perbelanjaan yang saya ingat adalah satu perbelanjaan yang historic ataupun bersejarah kerana ia akan membawa penderitaan dan kesengsaraan yang juga bersejarah kepada rakyat Malaysia.
[Dewan riuh]
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2014 ini yang dibentangkan pada minggu lepas, bertajuk “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksanakan Janji”. Saya rasa lebih tepat jikalau bajet ini ditajukkan sebagai, “Ketirisan tidak ditangani, janji dimungkiri dan rakyat menyesali” [Tepuk] Saya akan memberikan fokus kepada tiga isu yang penting dalam perbahasan saya. Yang pertama ialah tentang cukai GST, yang kedua ialah kegagalan kerajaan untuk menangani dan mengawal perbelanjaan yang kian meningkat, terutamanya perbelanjaan mengurus ataupun operation expenditure. Ketiga, kedudukan kewangan perusahaan awam bukan kewangan ataupun non-financial public enterprises. Untuk GST, saya hendak menggunakan peluang ini untuk memberi sedikit penjelasan, terutamanya kepada pihak yang sebelah itu yang telah bercakap bahawa sekarang GST ini akan mengganti sales and service tax. Jadi, sales and service tax ini ada 10% untuk cukai jualan dan 6% untuk cukai perkhidmatan. Jadi, kalau digantikan dengan GST dengan tahap 6% mungkin juga ada harga barang yang diturunkan.
Itu adalah satu tipu muslihat oleh pihak sebelah. Kenapa? Saya hendak memberi sedikit penjelasan. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat satu kajian untuk membandingkan barang-barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan dan pada masa yang sama untuk membuat bandingan kepada barang-barang yang telah dikecualikan daripada cukai GST. Senarai penuh barang yang dikecualikan daripada cukai jualan boleh didapati dalam Jadual 1, Perintah Cukai Jualan Kadar Cukai No.2, 2012. Saya
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
fikir bahawa dokumen ini pun tidak diteliti dengan baik sebelum ini kerana ada banyak butiran di dalamnya yang begitu penting. Di dalam senarai ini, Jadual 1, kalau Yang Berhormat di sebelah sana mahu periksa, boleh didapati bahawa banyak barangan di dalam jadual ini telah dikecualikan daripada cukai jualan.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya beri beberapa contoh seperti susu berkrim, teh, kopi, jem, buah-buahan dalam tin, air mineral, barangan dapur, beg sekolah, majalah, surat khabar, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Semua ini bukan macam tadi Yang Berhormat Kinabatangan kata adalah luxury items, ini bukan. Ini adalah keperluan asas juga. Seperti telefon bimbit sekarang semua orang ada satu lebih kurang dan apa yang saya telah dapati ialah semua barang ini yang disenaraikan sebagai barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan ini, tidak dikecualikan dalam senarai GST. Ini memang satu perkara yang mesti dikaji balik oleh kerajaan.
Jadi macam kopi, apabila kita pergi minum di kedai kopi setiap pagi, akan juga dikenakan GST. Akan tetapi sebelum ini tidak ada cukai jualan yang tersirat ataupun termasuk dalam harga itu seperti yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Itu memang satu perkara yang penting. Saya juga hendak maklumkan kepada Tuan Yang di- Pertua bahawa apabila saya mengkaji senarai Jadual 1 ini, ada 250 muka surat barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan. Apabila saya bandingkan dengan senarai yang diberi oleh Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan hanya 21 muka surat sahaja yang menyenaraikan barang-barangan yang dikecualikan daripada cukai GST.
Jadi tadi Yang Berhormat Kinabatangan kata ada 40 barangan yang dikecualikan, memang itu betul. Akan tetapi kalau kita menyelidik dan juga mengkaji jadual senarai barangan yang dikecualikan cukai jualan, memang begitu banyak. Pada masa yang sama cukai perkhidmatan juga adalah terhad kepada beberapa servis sahaja. Ada banyak lagi perkara yang tidak termasuk dalam cukai perkhidmatan. Saya juga hendak memberi beberapa contoh, seperti apabila ke pendandan rambut atau hair salon sekarang tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Apabila GST ini dikenakan, hendak buat rambut, tetapi saya tidak payahlah Tuan Yang di-Pertua kerana saya ini memang botak, saya cukur rambut sendiri. Akan tetapi mungkin ada pihak yang sebelah sana hendak pergi pendandan rambut, Yang Berhormat Kinabatangan mungkin, Yang Berhormat Lenggong hair style itu memang baik. Mereka juga akan dikenakan GST.
Tuan Yang di-Pertua, saya adalah seorang yang suka bersenam. Saya suka pergi jogging, hendak menyertai maraton atau half marathon di mana-mana tempat. Sekarang saya tidak perlu bayar GST, apabila saya menyertai maraton dan juga half marathon pada masa ini. Tetapi apabila GST ini dikenakan, saya juga mesti membeli cukai perkhidmatan dan sekarang ada lebih banyak orang yang suka menyertai pertandingan seperti ini, ‘race phase’ dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi semua perkara ini akan dikenakan GST dan saya hendak memaklumkan pihak sebelah sana, bahawa ini tentu akan meningkatkan kos beban hidup semua rakyat Malaysia.
Sebagai satu konsep ataupun satu penilaian, memang tidak masuk akal jikalau ada orang yang kata bahawa GST ini, selepas pelaksanaannya, cukai yang akan dikutip oleh kerajaan akan menurun kerana SST ini telah dimansuhkan. Ini memang tidak masuk akal, ini adalah satu kenyataan yang memang tidak tepat dan juga merupakan satu tipu muslihat. Oleh kerana jikalau GST tidak boleh menambahkan lagi hasil yang dikutip oleh kerajaan, apakah sebab kerajaan hendak menubuhkan ataupun melaksanakan GST ini? Ini adalah salah satu perkara yang mesti dipertimbangkan dan diberi penjelasan oleh Menteri.
Saya juga hendak memberi sedikit lagi maklumat kepada Dewan yang mulia ini iaitu tentang barangan yang dikecualikan daripada cukai atau tax exempt, tetapi input yang digunakan untuk membuat barangan dan perkhidmatan tersebut bukan semua dikecualikan daripada cukai. Ini adalah perbezaan tax yang zero rated dan juga tax exempt. Misalnya saya hendak memberi contoh Tuan Yang di-Pertua, misalnya sekarang penjualan rumah kediaman dikecualikan daripada cukai GST. Itu memang benar saya tidak menafikan. Akan tetapi construction materials dengan izin, yang digunakan untuk membina rumah kediaman tidak dikecualikan. Jadi kalau kos pembinaan itu meningkat, kerana kos barangan pembinaan itu meningkat akibat daripada GST tentu harga rumah kediaman akan meningkat walaupun tidak dikenakan GST.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Saya menggunakan perkataan seorang pemaju yang terkenal iaitu Tan Sri Dato’ Sri Liew Kee Sin sebagai Presiden dan CEO SP Setia yang memberi penjelasan yang lebih lanjut dengan izin. “While the government has said that residential properties will be exempted from the GST, it does not mean that the costs of supplying such homes are free from GST. This is because developers were still have to pay 6% GST on nearly all the inputs required to construct the home which could further increase the cost of construction quite substantially”. Ini dipetik daripada surat khabar The Edge minggu lepas.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan perkataan saya. Ini adalah perkataan seorang pemaju yang terkenal.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Serdang.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Titiwangsa, silakan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Sebenarnya statement yang dibuat oleh CEO SP Setia itu dari segi konteks GST is correct, betul. Akan tetapi kita juga kena ambil kira bahawa sebahagian besar daripada barang-barang pembinaan ini memang sudah ada sales tax. So kalau kita ada sales tax, sekarang ini diganti dengan GST tax, walaupun ia menjadi exempt, ia tidak dikenakan tax pada pengguna tetapi kos sales tax ini telah digantikan dengan GST, dan telah dimasukkan sebahagian daripada kos pembinaan.
Jadi kalau hendak mengatakan bahawa dengan adanya GST ke atas barang- barang construction ini, adalah satu kos baru adalah tidak benar. Ini kerana setiap barang- barang construction in mempunyai sales tax yang sudah sedia ada dengan percentage yang begitu tinggi kalau dibandingkan dengan GST.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Tuan Yang di-Pertua, itu memang satu pandangan yang mesti diberi penjelasan. Saya juga akan memberi penjelasan. Misalnya simen. Tuan Yang di-Pertua, sekarang simen dikenakan sales tax, tetapi Yang Berhormat tahu berapa peratus tidak simen? Tahu tidak? 5% saya sudah check, 5% tax of semen Tuan Yang di- Pertua. Jadi ini bermakna simen adalah satu bahan asas yang digunakan dalam construction. Cukai jualan itu 5% sahaja, saya sudah check sebelum ini, 5% sahaja.
Sekarang apabila dikenakan GST akan naik 6%. Inilah sebagai satu contoh yang dirujuk oleh Tan Sri Dato’ Sri Liew apabila dia kata nearly all the construction materials akan naik harga kerana GST.
Ini adalah hakikat, ini adalah perkataan, bukan perkataan saya, tetapi perkataan yang digunakan oleh CEO SP Setia adalah pemaju terbesar sekali di Malaysia. Untuk GST, satu perkara lagi yang saya hendak bangkitkan ialah tentang regressive nature dengan izin GST ini. Tadi ketua pembangkang telah berkata bahawa GST memang regresif. Dia telah memberi bukti daripada UNCTAD dan juga George Stiglitz. Saya pun hendak memberi kajian yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri iaitu Jabatan Perangkaan. Di mana apabila kajian ini dibuat, didapati bahawa 4.5% daripada pendapatan golongan yang berpendapatan rendah akan dibelanjakan ke atas GST, berbanding dengan 2.9% untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan 2.1% untuk golongan yang berpendapatan tinggi.
Ini adalah bukti yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan ataupun Statistic Department yang menunjukkan regressive nature GST ini. Di mana golongan yang berpendapatan rendah ini akan dikenakan peratusan yang lebih daripada pendapatan mereka yang akan dibayar kepada GST. Ini juga mesti diberi penjelasan oleh Menteri sama ada ini adalah betul atau tidak.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Okey, perkara kedua yang saya hendak...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Okey, hendak mencelah? Okey, sila Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Tuan Yang di-Pertua, boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kalau angguk begitu, okeylah Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya minta izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah angguk.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berpendapat kenaikan cukai oleh kerajaan melalui GST iaitu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan ini merupakan jalan sempit dan kabur pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional untuk menyorok kelemahan mereka. Bajet 2014, Kerajaan Barisan Nasional mengakibatkan rakyat dianiaya secara berganda, double abuse and double jeopardy dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan rakyat telah dikhianati sebanyak dua kali. Yang pertama, dengan penarikan balik subsidi. Kedua, dipaksa membayar lebih untuk barang keperluan. Apa penjelasan Yang Berhormat Serdang kerana saya menganggap ini adalah pengkhianatan Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat Malaysia.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil pun bangun Yang Berhormat.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Serdang kerana Yang Berhormat Serdang memberikan ulasan mengenai mereka yang berpendapatan kecil. Bagaimana pula pandangan Yang Berhormat Serdang mengenai mereka yang berpendapatan sederhana?
Apakah ada kesan yang significant dengan izin, apabila melaksanakan GST? Apakah ini boleh menyelesaikan masalah middle income trap seperti mana yang kita baca dalam literature mengenai ekonomi dan sebagainya, itu yang pertama.
Kedua, antara hujah yang kita dengar lewat kebelakangan ini yang menyokong GST, termasuk yang saya dengar daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Dengan adanya GST ini boleh memastikan agar tidak ada ketirisan berlaku. Apakah ini benar di dalam perkara yang sebenarnya berlaku? Apakah dengan melaksanakan GST ini negara tidak akan menyaksikan lagi kebocoran dan sebagainya? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya hendak menjawab soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kapar dahulu. Untuk soalan Yang Berhormat Kapar, memang saya bersetuju bahawa rakyat telah dikhianati dua kali.
Tadi saya telah memberi satu cadangan untuk tajuk baru bajet ini sebenarnya rakyat menyesali untuk mengundi Barisan Nasional pada PRU ke-13 kerana sekarang akan kena GST pada tahun 2015.
Untuk soalan Yang Berhormat Bukit Katil, middle income trap ini memang satu perkara yang mesti ditangani kerana untuk golongan yang berpendapatan sederhana ini, mereka akan terkena dan bukan sahaja akan terkena GST. Oleh kerana mereka berpendapatan terlalu tinggi dan tidak boleh mendapatkan peruntukan BR1M. Jadi mereka kena double whammy. Mereka tidak mendapat BR1M tetapi pada masa yang sama kena juga GST. Ini memang satu perkara yang tidak adil. Merujuk kepada tirisan yang mungkin dikurangkan akibat daripada GST ini kita tidak tahu. Kita mesti tunggu sampai GST ini dilaksanakan. Mungkin juga ada ramai peniaga ataupun syarikat yang membuat keputusan untuk mengelakkan cukai GST ini dengan perbuatan yang tidak senonoh, yang mungkin akan mengurangkan hasil yang akan dikutip oleh kerajaan. Topik kedua yang saya...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Okey, sila. Cepat ya.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Serdang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Serdang, boleh saya tanya mengenai pengalaman GST di Singapura? Mengikut apa yang saya baca pada tahun 1994, semasa GST diperkenalkan di Singapura, peratus yang dikenakan adalah 3% sahaja dan ia telah meningkat sedikit demi sedikit. Akan tetapi apa yang diperkenalkan oleh Bajet 2014 ini
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
terus kepada 6% walaupun diperkenalkan pada tahun 2015 nanti. Minta penjelasan sedikit, terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Sebenarnya sewaktu GST diperkenalkan di Singapura, saya duduk di sana, saya belajar di sana dan saya juga terasa sedikit. Akan tetapi saya hendak memberi penjelasan Tuan Yang di-Pertua kerana di Singapura GST ini diperkenalkan bukan untuk mengutip banyak hasil kerana Singapura memang tidak ada banyak defisit yang berulang di Malaysia tahun demi tahun. Jadi itu adalah satu perbezaan yang besar apabila kita membuat perbandingan dengan Singapura. Kalau mereka hendak mereka boleh mansuhkan. Akan tetapi untuk Malaysia ini memang tidak adil kerana GST ini digunakan untuk perbelanjaan yang begitu tinggi, yang tidak boleh dikawal oleh kerajaan.
Ini adalah point kedua saya, yang saya hendak bangkitkan.
Setiap tahun apabila bajet ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini, Menteri Kewangan akan mengumumkan satu angka untuk perbelanjaan bajet. Selepas itu, satu tahun kemudian, tanpa gagal Menteri Kewangan akan masuk ke dalam Dewan yang mulia ini dan mengumumkan perbelanjaan yang sebenarnya jauh lebih tinggi daripada apa yang diumumkan pada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ini memang tidak ada niat dan kebolehan untuk mengawal perbelanjaan yang melebihi untuk setiap tahun. Saya ingin memberi beberapa contoh.
Pada tahun 2010, belanjawan yang diumumkan adalah RM189 bilion. Akan tetapi perbelanjaan sebenarnya adalah RM203 bilion. Tambahan RM13 bilion. Tahun 2011, apa yang diumumkan adalah RM2012 bilion apa yang diumumkan adalah RM228 bilion.
Perbelanjaan melebihi RM16 bilion. Pada 2012 yang diumumkan RM231 bilion yang dibelanjakan selepas dua bajet tambahan termasuk satu bajet tambahan yang telah dibentangkan tahun ini juga adalah RM250 bilion. Melebihi apa yang diumumkan sebanyak RM19 bilion. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat dan tidak kebolehan untuk mengawal bajet.
Saya hendak memberi beberapa contoh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh telah memberi sebab kenapa Yayasan Hijau dan juga MaGIC ini sepatutnya tidak perlu ditubuhkan kerana akan memakan ataupun menelan perbelanjaan yang begitu besar. Salah satu sebab kenapa agensi-agensi yang ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri menelan perbelanjaan yang begitu besar adalah kerana kosnya begitu besar. Oleh kerana gaji elaun dan bonus yang diberikan kepada penjawat tinggi untuk agensi-agensi seperi TalentCorp., SPAD dan Agensi Inovasi Malaysia ini sebegitu tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi beberapa contoh kerana jawapan kepada saya oleh Yang Berhormat Menteri awal bulan ini, telah dimaklumkan bahawa gaji dan juga elaun bonus CEO Agensi Inovasi Malaysia begitu besar. Jumlahnya mengagumkan RM830,500 setiap tahun. Ini adalah gaji yang lebih tinggi daripada KSN.
Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah diberi gaji, elaun dan bonus berjumlah RM622,000, dahsyat ya? CEO TalentCorp. diberi gaji dan elaun sebanyak RM420,000.
Tuan Yang di-Pertua, semua ini bukan penjawat awam. Mereka ini adalah penjawat kontrak yang diberikan kontrak yang begitu lumayan, yang mana gaji mereka dan elaun mereka jauh lebih tinggi daripada apa yang diberikan kepada Menteri Kabinet dan KSN. Saya telah mengkaji sedikit tentang gaji maksimum yang diberikan kepada KSN. Gaji maksima adalah RM24,000 setiap bulan. Akan tetapi gaji yang diberikan kepada saya untuk CEO TalentCorp. adalah RM30,000 setiap bulan. Untuk CEO AIM dan juga CEO SPAD jauh lebih tinggi daripada KSN. Ini adalah salah satu sebab kenapa perbelanjaan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu naik daripada RM14.6 bilion pada tahun 2013 kepada RM16.5 bilion pada tahun 2014.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Kenaikan ini adalah 13% tetapi pada masa yang sama, perbelanjaan bajet naik 8% sahaja. Itu memang satu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat kerana Perdana Menteri sudah kata, Menteri Kewangan sudah kata kita mesti mengubahsuaikan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Kita mesti mengubahsuaikan perbelanjaan kita untuk menangani kos yang akan meningkat akibat daripada GST. Akan tetapi pada masa yang sama, kerajaan tidak ada niat untuk mengawal perbelanjaan termasuk menubuhkan foundation, yayasan seperti Yayasan Hijau seperti MaGIC yang
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
akan menelan perbelanjaan yang besar oleh kerana penjawat tinggi ini diberi gaji yang begitu tinggi dan jauh lebih tinggi daripada apa yang diberi kepada penjawat awam.
Ini memang sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya juga hendak beri sedikit angka yang diberikan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad dengan izin. As we emphasize previously – ini adalah laporan daripada pra bajet mereka untuk tahun ini. “*The government tends to underestimate its revenue in their annual projections. This can be seen from statistic in the past ten years excluding the recession of year in 2009, where the government collected in total, RM91.5 billion more revenue than projected. Such a huge amount can be channeled to reduce the deficit in proper mechanism exist. The fiscal policy committee which was recently established may outline the specific percentage of additional revenue that need to be put a side to be used from deficit reduction in the future. This will lesson the tendency to spend the additional revenue unless the situation clearly warrant.
For example, in the period of extremely weak economic growth or recession”.* Tuan Yang di-Pertua, saya fikir bahawa cadangan MARC ini untuk menyalurkan sebahagian daripada hasil kutipan tambahan yang dikutip oleh kerajaan setiap tahun untuk mengurangkan defisit adalah satu cadangan yang baik. Saya hendak tanya Menteri, kenapa Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee) ini tidak disebut langsung dalam ucapan Menteri Kewangan dan juga apakah langkah-langkah yang tertentu yang akan diambil oleh jawatankuasa ini supaya boleh menyalurkan sebahagian daripada hasil tambahan ini kepada satu fund ataupun satu dana ataupun satu keputusan di mana hasil tambahan ini akan digunakan untuk mengurangkan defisit dan bukan digunakan ke atas perbelanjaan yang membazir seperti yang disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara ataupun untuk menubuhkan agensi-agensi yang baru seperti MaGIC, seperti MiGHT yang akan menelan perbelanjaan yang begitu besar.
Tuan Yang di-Pertua, point terakhir saya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Sekejap sahaja. Sekejap sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Serdang. Saya agak tertarik dengan kenyataan berhubung dengan underestimate revenue itu. Adakah underestimate revenue ini ataupun memberikan satu jangkaan yang kurang daripada angka yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang disengajakan dengan tujuan untuk hendak membendung ataupun menentukan bahawa bila perbelanjaan lebihan berlaku, maka sekurang-kurangnya ada reserve kerana pendapatan sebenarnya adalah lebih ataupun ia bertujuan supaya memberikan kebebasan kepada eksekutif untuk belanja sesuka hati. Ini kerana sebenarnya jumlah pendapatan itu adalah lebih daripada apa yang dijangka ataupun dinyatakan sebagai jangkaan pada peringkat awal. Lalu apa pandangan Yang Berhormat Serdang tentang persoalan ini? Adakah ia disengajakan atas sebab yang pertama ataupun atas sebab yang kedua? Terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat dari Shah Alam.
Pada pandangan saya, underestimation of revenue ini memberi satu alasan ataupun satu sebab yang sungguh senang untuk kerajaan untuk mengelakkan tanggungjawab mereka untuk declare satu revenue target yang lebih realistik supaya semua perbelanjaan dan juga semua hasil boleh dinyatakan dengan lebih telus. Oleh kerana itu, setiap tahun kita miss our target, sasaran itu tidak dicapai. Oleh kerana itu, defisit kita tidak boleh dikurangkan. Ini memang sesuatu yang mesti ditangani oleh Fiscal Policy Committee ataupun Ahli Jawatankuasa Dasar Fiskal.
Point yang ketiga, ini adalah satu point yang lebih teknikal tetapi juga adalah satu point yang penting kerana tidak ataupun belum dibentangkan lagi ataupun dibangkitkan lagi di surat khabar iaitu kedudukan kewangan perusahaan awam bukan kewangan ataupun non-financial public enterprises. Tuan Yang di-Pertua, non-financial public enterprises ini adalah merujuk kepada 30 buah syarikat yang dimiliki ataupun dikuasai oleh kerajaan ataupun agensi di bawah badan berkanun.
Beberapa contoh syarikat ini termasuk Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Axiata, Malaysia Airlines, UEM Group serta syarikat yang baru seperti 1MDB dan juga MRT Corp. Syarikat-syarikat ini memang penting Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka menyumbang secara langsung kepada hasil kerajaan. Ini kerana mereka membayar cukai
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
korporat kepada mereka yang ada keuntungan dan juga cukai petroleum untuk syarikat Petronas dan pada masa yang sama, mereka juga memberi dividen kepada kerajaan macam syarikat Petronas ataupun kerana kerajaan adalah shareholders kepada Tenaga Nasional Berhad ataupun Telekom, mereka dapatkan juga dividen.
Jikalau kedudukan kewangan syarikat ini bertambah buruk, ini juga akan menurunkan hasil cukai kepada kerajaan dan juga akan menjejaskan kedudukan fiskal kerajaan. Ini memang sesuatu yang membimbangkan kerana pada masa yang sama, syarikat-syarikat ini ataupun special purpose vehicle dengan izin, yang berkait dengan syarikat-syarikat ini juga mengeluarkan bon untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ataupun development expenditure. Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Misalnya DanaInfra adalah special purpose vehicle (SPV) yang mengeluarkan bon untuk membiayai kos belanja MRT Corp. Kesemua bon ini diberi jaminan ataupun guarantee oleh kerajaan secara eksplisit ataupun implisit. Macam bon yang dikeluarkan oleh Kuala Dimensi Sdn.
Bhd. (KDSB) yang dikeluarkan untuk membiayai projek PKFZ tetapi akhirnya juga mendapatkan satu guarantee implisit dibiayai balik oleh kerajaan. Ini semua adalah kos yang akhirnya akan dibayar balik oleh kerajaan ataupun tax payer? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ini adalah statistik yang memang membimbangkan kerana kedudukan kewangan NFPEs ini menurun begitu besar. Dalam laporan ekonomi yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari Jumaat minggu lepas, saya mendapati bahawa defisit kedudukan kewangan NFPEs ini adalah sebanyak RM93 bilion. RM93 bilion ini adalah dua kali ganda defisit yang akan dialami oleh kerajaan.
Ini adalah enam kali ganda defisit yang dialami oleh NFPEs ini pada tahun 2012 iaitu jumlahnya RM15.6 bilion sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini – saya akan menggulung. Pada tahun 2010 dan 2011, kedudukan kewangan NFPEs ini adalah positif. RM16.2 bilion positif dalam tahun 2011 dan RM3.3 bilion positif pada tahun 2011. Ini kerana kedudukan kewangan NFPEs ini menjadi negatif adalah penambahan perbelanjaan pembangunan yang melonjak daripada RM49 bilion pada tahun 2011 kepada RM84 bilion pada tahun 2012 dan bertambah pula kepada RM126 bilion pada tahun 2013. Ini tidak menjadi masalah Tuan Yang di-Pertua, jikalau projek-projek ini boleh menghasilkan untung pada masa hadapan dan boleh menggunakan keuntungan ini untuk membayar balik kos pembayaran pembangunan ini.
Akan tetapi apa yang membimbangkan ialah ada banyak projek di bawah NFPEs ini yang tidak membawa untung, yang tidak boleh dibiayai balik. Saya beri satu contoh Tuan Yang di-Pertua, Prasarana. Prasarana yang menguruskan LRT dan sistem bas rapid di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Kuantan telah mengalami kerugian yang banyak sejak ia ditubuhkan. Saya begitu yakin bahawa MRT Corp. ini juga akan mengalami kerugian dan mesti dibuild up oleh kerajaan. Pada masa yang sama, ada juga kemungkinan besar bahawa sesetengah projek ini akan menjadi projek gajah putih ataupun white elephant. Satu contoh yang baik ialah Projek Tun Razak Exchange (TRX) yang diberikan kepada 1MDB ini.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Jikalau projek-projek seperti ini menghadapi masalah kewangan, tentu kerajaan tidak ada pilihan lagi Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan terpaksa bail out syarikat-syarikat ini.
Projek PKFZ adalah contoh yang paling baik tetapi ada juga contoh yang lain seperti SYABAS, UEM, MAS dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua saya akan menggulung, apa yang lebih membimbangkan ialah statistik dan maklumat yang berkait dengan perbelanjaan pembangunan dan kedudukan kewangan beberapa NFPEs ini tidak diumumkan langsung dan ini menjadikan sesuatu yang membimbangkan. Ada seorang pakar ekonomi daripada Maybank yang mengatakan bahawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Despite the significant of NFPEs in the Malaysian economy, end users in the private sector has some what limited access to their capital expenditure data other than information available from major entity like Petronas and the large public listed NFPEs of GLCs. They are used as proxies to impute public sector investment in edition to the Federal Government development expenditure”. Satu kesan yang besar daripada perbelanjaan daripada NFPE ini ialah peningkatan kontinjen liabiliti dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang sekarang telah berjumlah sebanyak RM150 bilion ataupun 15% daripada KDNK ataupun GDP negara ini.
Ini memang sesuatu yang membimbangkan. Kerajaan tidak boleh lagi mengabaikan impak kedudukan defisit NFPE ini. Apa yang diperlukan dan saya minta Menteri memberi
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
penjelasan supaya pendedahan akaun sepenuhnya dibuat untuk semua NFPE yang tidak disenaraikan secara terbuka termasuk Petronas, termasuk 1MDB, termasuk Prasarana, termasuk MRT Corp supaya ada ketelusan yang lebih dari segi perbelanjaan pembangunan syarikat-syarikat seperti ini.
Apa yang juga diperlukan sekarang ialah untuk penilaian penuh kepada keupayaan kerajaan untuk menyerap kerugian yang mungkin akan berlaku akibat pendedahan mereka kepada NFPE. Saya memberi cadangan kepada Menteri supaya untuk membuat satu stress test dengan izin yang telah dijalankan oleh pertubuhan seperti IMF untuk sistem perbankan di negara ini. Tanpa tindakan konkrit yang diambil pertumbuhan berterusan kedudukan defisit bagi NFPE ini adalah satu time bomb Tuan Yang di-Pertua, yang boleh meletup bila-bila masa dengan kesan yang begitu buruk terhadap kedudukan fiskal kerajaan dan juga ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pengerang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, Pengerang menyokong pembentangan Bajet 2014 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas tajuk tema Perteguh Ketahanan Ekonomi Memperkasa Transformasi dan Melaksanakan Janji.
Jadi saya pertama sekali ingin menyatakan bahawa daripada perbahasan pihak pembangkang langsung tidak ada disebut BR1M. Tidak pernah langsung disebut BR1M.
Jadi bagi pihak Barisan Nasional kami ingin ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menaikkan bantuan BR1M terutama sekali dengan cabaran ekonomi dunia yang berhadapan dengan semua negara bukan hanya pada negara Malaysia. Jadi kepekaan Yang Amat Berhormat ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban rakyat di bawah yang mana memang menjadi tanggungjawab utama kami Barisan Nasional yang mengutamakan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa kaum wanita merangkumi sebanyak 50% daripada jumlah populasi di Malaysia. Hampir 50% daripada jumlah tersebut melibatkan dalam tenaga kerja sumber manusia terdiri daripada kaum wanita. Golongan pekerja wanita dalam sektor perkhidmatan kalau kita tengok boleh menyumbang sebanyak RM75 bilion kepada GDP negara.
Menurut kajian Grand Total International Business Report dengan izin Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar penglibatan wanita dalam tenaga pekerja yang tertinggi dalam semua negara asian. Namun, Malaysia adalah negara paling rendah antara negara-negara ASEAN yang mempunyai kaum wanita dalam jawatan tertinggi iaitu sebanyak 26% sahaja. Malaysia adalah negara yang pada tahap ketiga terendah tarafnya dalam kedudukan status wanita dalam badan pengarah, pengerusi, CEO, CFO dan sebagainya.
Dengan itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada teras bajet yang kelima iaitu menyejahterakan kehidupan rakyat yang mana kita tengok disebut tentang wanita terutama sekali dengan kewujudannya apa yang dipanggil sebagai akademik inovasi. Saya sebenarnya ingin menyatakan di sini kalau kita tengok penubuhan akademi ini harapan ialah untuk mewujudkan satu akademi yang dapat merangka program- program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita. Selain daripada itu, program pengarah wanita yang diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana kalau kita tengok memang boleh disentuh dalam menyejahterakan kehidupan rakyat.
Jadi saya berharap daripada aspek tersebut bila bercakap tentang akademi inovasi kita perlu menerima hakikat bahawa secara umumnya pabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku juga Menteri Kewangan perlulah kita mempunyai satu dengan izin gender response budget dalam semua pembentangan oleh kementerian-kementerian.
Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua pada kajian yang telah saya buat pada 2005 UNDP (United Nations Development Program) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan satu projek pilot untuk mengkaji pelaksanaan bajet.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat adalah amat penting bahawa apabila belanjawan ataupun bajet dibentangkan perlunya relevancy setiap kementerian mempunyai gender response budget dengan izin. Apakah keperluannya secara umum mukadimah saya adalah untuk mewujudkan, mempergunakan secara sempurna sumber manusia dengan memperjuangkan penyertaan dan sumbangan kaum wanita dalam ekonomi negara dan kehidupan sosial. Kemudian juga kita dapat tengok penyempurnaan sumber kewangan dengan memangkinkan bajet bersama dengan dasar kerajaan, program keutamaan dan projek-projek dan kalau kita tengok daripada kajian penglibatan wanita dalam sektor korporat adalah antara tertinggi dalam negara kita yang mana kita boleh melihat kesannya akan mewujudkan peningkatan kapasiti kreativiti, teamwork dan juga individu.
Di sini saya berharap Menteri yang bertanggungjawab kepada kementerian dalam akademi inovasi yang diwujudkan ini perlu kita tengok penyertaan mereka yang bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga dalam sektor kerajaan untuk kita mewujudkan wanita-wanita yang berinovasi. Suka tidak suka kita perlu menerima hakikat bahawa bila kita memimpin wanita, wanita itu dalam kepimpinan bukan sahaja kita memimpin beliau tetapi juga keluarga, anaknya dan juga suaminya. Saya berharap kementerian yang relevan akan meletakkan satu komitmen yang begitu tinggi dalam isu wanita terutama sekali wanita yang kita tengok dilihat pada penekanan kepimpinan, keusahawanan dan inovasi.
Tuan Yang di-Pertua, dalam teras yang kelima iaitu menyejahterakan kehidupan rakyat saya ingin menambah dan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan bantuan dari segi sukan dan kita tengok RM239 juta diperuntukkan untuk menguruskan kecemerlangan sukan. Ini termasuk dalam menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan, mewujudkan program perintis mengenal pasti bakar di peringkat sekolah rendah. Sebenarnya inilah yang saya tengok paling penting dalam RM239 juta ini iaitu dalam bahasa orang putih dengan izin *talent identification programme.
Talent identification programme* ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua boleh dilihat antara pendekatan yang terbaik untuk kita mengeluarkan juara-juara dunia.
Sebenarnya kalau kita tengok kepada atlet kita dengan izin saya sudah sebut daripada Parlimen mula bersidang, saya sebut pada sesi yang lepas kita tengok Nicol David dia berjaya. Kita tengok Lee Chong Wei dia berjaya semuanya berjaya tetapi mereka ini satu sahaja. Satu Lim Chong Wei, satu Nicol David. Hendak mengeluarkan mereka ini bukan perkara yang senang.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Boleh?
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Saya habis ya. Itu sebabnya bagi saya talent identification programme ini perlu satu komitmen yang begitu tinggi bukan sahaja dalam aspek sekolah tetapi juga pegawai-pegawai sukan dan pegawai-pegawai belia di peringkat daerah. Bantuan mesti dikeluarkan untuk mencari bakat kerana anak- anak kita kadang-kadang dia hendak main bola tetapi kaki dia pendek, anak-anak kita kadang-kadang dia hendak berenang tetapi rangkanya nipis. Jadi kita mesti sesuaikan anak-anak kita dengan saiz badannya, kebolehannya supaya mereka boleh menjadi juara dalam sukan-sukan tertentu. Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bercakap dan respons berkaitan dengan sukan tadi, saya hendak respons sedikit berkaitan dengan bagaimana kerajaan memberi perhatian serius berkaitan dengan pembangunan wanita.
Yang Berhormat Gombak kalau hendak banding Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional bab jaga wanita, beri pengiktirafan kepada wanita ini Kerajaan Barisan Nasional lebih hebat sebab Presiden Pakatan Rakyat pun nama sahaja. Mana ada kuasa, lebih hebat kuasa kepada Yang Berhormat Gombak lagi Timbalan Presiden.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Maknanya itu contoh, bukti bahawa bab pengiktirafan wanita ini Kerajaan Barisan Nasional selingan sahaja, bukan macam Yang Berhormat Gombak lah. Yang Berhormat Gombak lebih berkuasa tau daripada presiden, hebatlah, sebab itu saya kesal pasal tidak menjadi Menteri Besar. Yang Berhormat Pengerang, saya bersetuju apabila tengok kerajaan mempunyai strategi untuk membangunkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
Saya bimbang juga baru semalam Datuk Lee Chong Wei pun sudah kalah. Kalah dengan
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
pemain tidak ternama pun. Bukan. Di mana sebelum ini Datuk lee Chong Wei pejam mata boleh pukul punya tetapi sudah kalah dengan pemain Jepun pun.
Akan tetapi hendak tunggu perancangan dibuat ini, saya fikir akan mengambil masa yang lama, so dalam tempoh barangkali dalam tempoh 10 tahun, 15 tahun barulah hendak lahirkan seorang lagi Datuk Lee Chong Wei. Ini merupakan suatu yang membimbangkan sayalah. Sebagai bekas Menteri, saya hendak minta pandanganlah bagaimana kita hendak mengisi kekosongan ini dalam tempoh hendak lihat kejayaan melalui perancangan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sila.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, memang betul kita tahu Datuk Lee Chong Wei pun kalah. Mana tidak kalah sebab sudah tua. Masa dulu dia tengah mula aktif dalam sukan, dia masih muda, cedera dia kurang dan selepas itu apabila dia kahwin, ada anak terus dia sakit. Macam- macam sakit. Jadi bukan senang kita hendak buat ini bukan perkara mudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Itu sebab saya katakan dalam perbahasan kita, kita kena tambahkan anak-anak baru kita ini, anak-anak muda ini, kita kena cari. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita contohnya anak-anak Orang Asli, lari kaki ayam, mana ada pakai kasut, boleh melompat dalam sungai, boleh ini, macam-macam boleh buat, kejar dengan badak sumbu, kejar babi hutan, kejar semua boleh lari. Kenapa kita tidak cari anak-anak Orang Asli, kita didik masuk dalam sekolah sukan, kita ajar dia, dia boleh jadi atlet negara tidak ada masalah.
Masalah kita ini kita ada Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei pagi, Datuk Lee Chong Wei Subuh, Datuk Lee Chong Wei Maghrib, Datuk Lee Chong Wei Isyak , ini macam mana? Takkan dalam hidup kita tidak ada Datuk Lee Chong Wei? Saya tidak menentang Datuk Lee Chong Wei. Datuk Lee Chong Wei itu saya kenal semasa saya masih Menteri.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Datuk Lee Chong Wei kawasan saya, boleh mencelah sedikit?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Biar saya habis cakaplah.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Okey.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya kenal. Dahulu sebelum kahwin, bukan main hebat tetapi apabila sudah ada isteri, girlfriend telefon handphone tidak boleh angkat, pening kepala kalah main, macam itu contohnyalah analogi yang saya hendak buat. Jadi kesimpulan saya dengan izin yang saya hendak berkata ini ialah kita kena memperbanyakkan Datuk Lee Chong We, ini yang kita kena buat. Selepas itu saya hendak sebut macam Datuk Nicol David,memang boleh menang dan sebagainya.
Akan tetapi kalau kita tengok dia berlatih di Netherlands. Dia berlatih di luar negara. Kemahiran Datuk Nicol David ini, hendak cari anak kita hendak jadi macam Datuk Nicol David, ini pengorbanan emak ayah Datuk Nicol David. Dia bagi anak dia jadi atlet negara. tidak ramai emak bapa hendak anaknya menjadi atlet negara, hendak anaknya menjadi lawyer, doktor, engineer, entah-entah hendak jadi pembangkang. Macam kita hendak anak kita semua hendak jadi yang tersohor tetapi bukan dalam bidang sukan.
Silakan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju sekalilah dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Pengerang tadi.
Tentang isu bajet untuk mencungkil bakat baru di sekolah-sekolah, apakah pandangan Yang Berhormat tentang sekolah-sekolah yang sampai sekarang masih tidak ada padang, contohnya di kawasan saya ada lima buah sekolah tidak ada padang termasuk sebuah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Machang Bubok yang sudah berumur 100 tahun dan sehingga kini tidak ada padang. Mungkin kena macam apa Yang Berhormat kata bermain di sungaikah, di sawahkah, jadi boleh bagi pandangan sedikit.
Keduanya ialah tentang isu wanita tadi. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa walaupun ada bajet kepada usahawan wanita tetapi yang saya rasa tercicir pertama adalah wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah tangga. Tadi Yang Berhormat Lenggong kata Pakatan Rakyat tidak menghargai wanita. Akan tetapi bajet alternatif Pakatan Rakyat
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
mengiktiraf sumbangan suri rumah tangga dan ibu-ibu ini yang memilih untuk tinggal di rumah.
Ketiga ialah golongan wanita yang bekerja di sektor pekerjaan. Saya rasa pada masa ini negara kita sudah 20 tahun, 23 tahun sebenarnya terbantut kadar penyertaan buruh wanita pada kadar 46 hingga 47%. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada permulaan RMKe-10 mengatakan kita menyasarkan untuk mencapai 55%. Akan tetapi nampaknya RMKe-10 sudah hendak akhir. Ini bajet kelima beliau, nampaknya tidak ada satu strategi yang khusus untuk mencapai 55% kadar penyertaan buruh wanita tersebut.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh sambung dahulu saya jawab.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Oh Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Hari ini nampak ceria. Tadi Yang Berhormat mungkin sebagai bekas Menteri Sukan melahirkan betapa perlunya negara memperbanyakkan lagi tokoh-tokoh sukan kita dalam pelbagai disiplin sukanlah. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pengerang, kita lihat masalah sekarang ini di kalangan ahli-ahli sukan ini, apabila mereka terlibat dengan sukan, kebanyakan mereka ini meninggalkan bidang akademik sehingga melahirkan ahli-ahli sukan kita ini, bukan semua tetapi kebanyakannya adalah school dropout. Maknanya pihak yang gagal di sekolah.
Jadi oleh sebab mereka tidak mempunyai akademik yang tinggi tidak seperti ahli sukan di luar negara apabila mereka menjadi ahli sukan profesional, mereka tidak dapat menguruskan pendapatan serta ekonomi mereka dan sebagainya. Lantaran itu apabila habis jadi ahli sukan mereka menjadi papa kedana. Ramai ahli sukan kita hidup merana walaupun suatu masa pernah menjadi hero dalam negara kita ini. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, macam mana hendak selesai masalah ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Bukit Mertajam saya hendak jawab pasal padang sekolah. Memang ini isu perumahanlah. Akan tetapi sebenarnya apabila bercakap hendak mengeluarkan atlet ini bukan isu yang kena adanya padang sekolah atau tidak ada padang sekolah. Strategi untuk mengeluarkan atlet dalam dunia pada hari ini ialah talent identification development programme (TID), dengan izin.
Maknanya kita keluar, kita cari anak-anak kita yang mungkin dia tidak main bola, tidak berenang tetapi saiz badan dia, cara dia, latar belakang dia boleh memberikan mereka kebolehan untuk menjadi juara dunia, itu satu, kita mencari Talent ID, maknanya kita mencari.
Keduanya yang paling penting untuk mengeluarkan atlet negara itu ialah kekuatan mental dengan izin, mental strength. Sebabnya kalau tidak ada kekuatan mental, dia hendak berjaya, dia hendak berjuang ini macam pergi perang, bukan boleh senang. Saya sebut macam Datuk Lee Chong Wei, saya masih ingat semasa itu isteri dia itu masih girlfriend dia. Kesian dekat dia, main telefon gaduh-gaduh tidak boleh main, kalah. Akan tetapi kita ambil handphone, convince sikit handphone dengan izin tidak bolehlah, kita kena berperi kemanusiaan. Ini sebagai contoh isunya. Sama juga dengan atlet lain di luar negara.
Akan tetapi berbanding atlet Malaysia dengan atlet luar negara, atlet luar negara berharga berjuta-juta ringgit, kaki insurans berjuta-juta. Kita ini hendak insurans apa?
Masalah kita ialah kita tidak mempunyai- kesimpulan saya ialah kita tidak mempunyai sport culture, kita tidak mempunyai budaya sukan. Contohnya kita tengok CIMB baru-baru ini, golf antarabangsa. Macam-macam CIMB dengan izin sponsor untuk sukan golf, memang baik. Macam-macam atlet dunia datang.
Akan tetapi dalam aspek hendak main jaguh kampung di luar bandar, kalau kerajaan, Jabatan Belia Sukan tidak keluarkan duit, tidak bagi duit, hendak buat, hendak beli jersi wakil rakyat kena bagi duit. Hendak bagi piala, wakil rakyat bagi duit, macam- macam. Seolah-olah budaya kita tidak ada baju, tidak ada uniform, tidak ada hadiah, tidak ada piala tidak boleh main. Ini jadi masalahnya. Jadi pemikiran kita dengan izin budaya sukan. Jadi sebut kepada Australia sebagai contoh, antara semua daerah-daerah di
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Australia antara yang paling tinggi mengeluarkan sukan jaguh dunia ialah dari Perth, Australia dengan izin. Berbanding dengan Sydney, berbanding dengan Melbourne, berbanding daripada Brisbane.
Pertama kerana ia mempunyai institut sukan negara di Perth. Pusatnya di situ untuk Australia. Kedua, sebab budaya Australia ini mereka tidak ada hiburan macam negara lain. Orang Australia ini suka pergi pukul empat, pukul lima api sudah tutup, dia tidur. Bangun pagi-pagi pukul enam, pukul lima, beriadah dan sebagainya. Jadi budaya sukan itu lah yang banyak mengeluarkan juara dunia.
Itu sebab dalam aspek ini yang mana Yang Berhormat Bukit Mertajam bercakap pasal padang sukan, bagi saya mungkin satu faktor tetapi bukan punca faktor sebenarnya.
Yang Berhormat Bukit Mertajam cakap mengenai orang perempuan. Dia kata tentang kerajaan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Saya minta maaflah Yang Berhormat Bukit Mertajam, Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang dahulu perempuan kan? Kenapa tukar kepada lelaki, saya hendak tanya ini? Inilah Pakatan Rakyat, cakap tidak serupa bikin.
Inilah masalah. Dia cakap macam-macam, dia tidak buat. Ini masalah. Itu tidak apalah, tidak apalah saya biar..
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Dia naik pangkat jadi Exco.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Exco dengan Parlimen elok...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Lelaki juga boleh mempertahan memperjuangkan hak wanita
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
...Tetapi kenapa tukar?
Bagilah yang lain...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
...Sekurang-kurangnya lelaki...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
...Contoh kita di Barisan Nasional ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
...Tidak menerima kenyataan menghina wanita.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
...Saya cakap sahaja ya.
Jadi Yang Berhormat Kota Bharu, ini abang saya. Setiap kali dia tanya soalan saya, saya hendak jawab. Betul masalah sekarang yang saya kata bahawa harga atlet kita, anak-anak kita yang jadi juara ini, dia tidak ke mana. Berapa banyak duit, sponsorship pun tidak ada, kalau orang putih ini hendak cakap David Beckham berjuta-juta kaki, tangan, rambut semua ada sponsorship. Kita ini Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada kerajaan bantu, tidak ada wakil rakyat bagi bantuan, tidak ada pejabat daerah tolong dan sebagainya memang susah hendak mewujudkan budaya sebab kita tidak ada budaya.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jadi sekarang ini dalam bahasa Inggerisnya dengan izin, chicken and egg argument. Sekarang ini macam mana? Budaya itu lebih ataupun infrastructure, dengan izin ataupun facility. Itu sebabnya saya minta Yang Berhormat Menteri sebut kepada Kementerian Belia dan Sukan, RM239 juta. Saya terima hendak naik tarafkan gelanggang, hendak mewujudkan kompleks dan semua saya setuju. Akan tetapi kita mesti meletakkan sekurang-kurangnya...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
50% ataupun lebih daripada jumlah duit tersebut untuk mengeluarkan anak-anak baru, bakat-bakat baru di bawah identification programme.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong bangun.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Keduanya, saya hendak sebutkan pasal sukan ini, future professional coach bagi saya, kita kena banyakkan jurulatih
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
tempatan. Pasal anak-anak kita ini kadang-kadang, dia tengok jurulatih itu ‘orang putih’ dan orang luar, cakap pun bahasa tidak betul, dia pun faham atau tidak. Kadang-kadang ‘orang putih’ ini badan dia saiz lima kaki sebelas inci, enam kaki tinggi. Anak-anak kita kadang- kadang saiz empat kaki lebih, lima kaki dua inci dan lima kaki lima inci. Jadi, daripada segi persamaan itu tidak ada, dari segi pemikiran dan sebagainya. Dengan izin, Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pengerang, saya bersetuju, budaya penting dalam memajukan sukan dalam negara ini. Cuma saya pun hairan, ada negara, padang bola pun tidak ada tetapi boleh masuk World Cup, bukan? Dahulu, mana boleh Korea kalahkan Malaysia dalam sepak takraw. Vietnam mana boleh kalahkan Malaysia tetapi hari ini, kalah kita, malu kita. Oleh sebab itu saya fikir, yang penting untuk memajukan sukan negara ini, semua pihak mesti senada dan seirama. Maknanya, kalau Kementerian Pendidikan sediakan Rancangan Makanan Tambahan, sediakanlah makanan yang boleh membina otot-otot pemain pelajar. Biar dia terror dalam bola sepak dan menjadi lebih baik. Kalau di Kementerian Kesihatan itu pun bersama.
Maknanya, semua pihak mesti secara bersama untuk membina kecemerlangan ini.
Tidak boleh satu pihak ke lain dan satu pihak ke lain. Jadi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pengerang, bagaimana kita hendak wujudkan supaya semua pihak mesti – kalau kita letakkan, hendak lahirkan Malaysia cemerlang, boleh berjaya dalam bidang bola sepak, semua pihak mesti bersama? Kita sudah ada pun Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan. Minta pandangan Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Memang setuju. Betul Yang Berhormat Lenggong. Itu memang sebenarnya yang saya katakan budaya sukan. Itu sebab dalam bab ini, saya hendak tekankan di sini. Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang yang ada sekolah sukan di Bandar Penawar, Pengerang ingin menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai nombor satu kepimpinan negara, letakkan sekolah sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Jangan letak sekolah sukan di bawah Kementerian Pendidikan.
Ia bukannya apa, sebab fokus anak-anak ini, dia masuk sekolah Kementerian Pendidikan, dia fikir yang dia ini mesti ada student excellence, dengan izin. Saya tidak mengatakan student excellence itu tidak balik. Ia memang baik. Akan tetapi kalau kita hendak mengeluarkan juara dunia di sekolah, fokus utama sekolah dan perbelanjaan sekolah dengan izin, jurulatih. Kedua, dari segi barangan. Ketiga, komitmen pelajaran dan seterusnya.
Akan tetapi anak-anak itu mesti tahu mereka mengeluarkan adalah sebuah kilang atau factory mengeluarkan anak-anak - sebagai contoh, anak-anak Orang Asli dipilih yang boleh berenang, masuk sekolah sukan, latih dia sebagai atlet dunia dan kita beri pelajaran.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
[Bangun]
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Sekurang-kurangnya, dia tidak boleh berenang, dia pencen, dia tidak boleh buat apa-apa dan sebagainya, dia mempunyai masa depan bukan sahaja daripada segi pendidikan tetapi daripada segi komitmen negara kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Tadi Yang Berhormat Pengerang ada menyebut tentang jurulatih. Yang Berhormat Pengerang dan juga rakan-rakan lain juga banyak bercakap tentang bakat, Talent Identification Programme (TIP) dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Pengerang bersetuju bahawa rata-ratanya dalam negara kita baik apa juga bidang sukan, kita memang lacking in terms of good coaches, dengan izin? Di mana contohnya kalau kita melihat sukan bola sepak, asyik- asyik jurulatih yang ada hanyalah dalam beberapa orang yang ada kini dan ini musim baru bola sepak sedang ada pemilihan pemain dan juga jurulatih. Jadi jurulatih ATM akan pergi ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur akan pergi Kedah, Kedah akan pergi Penang dan itu, itu sahaja.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Jadi, setujukah Yang Berhormat Pengerang bahawa Malaysia hari ini memang kekurangan sangat jurulatih-jurulatih yang berwibawa, jurulatih-jurulatih yang terdedah dengan pengalaman dan juga teknik serta taktik baru dalam sukan-sukan tertentu dan memerlukan perhatian khusus daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian kita dalam semua bidang sukan di negara ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Memang, kalau kita tengok di sekolah, selalunya yang jadi jurulatih di sekolah itu ada seoranglah. Cikgu ini, cikgu jurulatih. Dia macam sekolah itu punya jurulatih.
Akan tetapi pada masa yang sama juga cikgu ini mengajar bahasa Inggeris atau matematik.
Jadi bidang kuasa dia antara mengajar sukan dengan jadi pentadbir, itu yang perlu kita tengok. Itu sebabnya saya berharap dalam perkara ini, kita mesti minta. Kalau sekolah hendak dapat jurulatih, biarlah Kementerian Belia dan Sukan yang hantar atau yang bayar gaji supaya dia pergi kursus, dia tahu tanggungjawab dia. Jadi dia akan fokus dan boleh juga kita diikat dengan KSK.
Saya mencadangkan di sini macam dahulu kita adanya Kelab Sukan Komuniti di peringkat semua kawasan Dewan Undangan Negeri. Di kawasan daerah, majlis daerah, majlis perbandaran dan sebagainya supaya pertandingan itu dapat diwujudkan selalu, dapat kita mencari secara tidak langsung daripada Talent Identification Programme (TIP), kita juga dapat mencari juara daripada pertandingan dan kemenangan. Akan tetapi kalau sukan kita peringkat atas, antarabangsa, juara dunia, semua bantuan kerajaan dengan izin, bantuan syarikat swasta, bantuan macam-macam semuanya di atas. Yang di bawah ini dan yang belum keluar ini, yang hendak dilatih ini, siapa yang hendak menggaji? Siapa yang hendak bayar? Siapa yang hendak keluarkan?
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Penjelasan sedikit, Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Itu saya berharap, dengan izin saya habiskan...
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Sedikit sahaja, pasal KSK.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Sekejap, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, setujukah Yang Berhormat Pengerang kalau kita minta supaya kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya meneruskan bantuan kepada Kelab Sukan Komuniti ini? Ini kerana bantuan kewangan kepada Kelab Sukan Komuniti ini telah terhenti.
Jadi, kita melihat kerugian yang amat sangat kerana melalui Kelab Sukan Komuniti itu dan sukan-sukan teras yang telah kita bentuk, sebenarnya telah berjaya membentuk atlet-atlet muda dan juga bakat-bakat baru pada ketika itu. Akan tetapi sekarang ini, tapak ada dan KSK masih wujud tetapi peruntukan untuk menjalankan tugasan-tugasan itu telah layu.
Jadi, saya mohon pandangan Yang Berhormat Pengeranglah sama ada kerajaan perlu atau tidak meneruskannya lagi peruntukan-peruntukan berkenaan. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya sebenarnya bersetuju bahawa kalau kita hendak adakan pertandingan di peringkat bawah, kita tidak boleh wujudkan juara kampung. Main tembak- tembak, main tendang-tendang bola dan kemudian hendak keluarkan juara. Kita mesti mewujudkan satu kelab di bawah yang mana kelab itu mengatur adanya jurulatih dalam kawasan perumahan dan sebagainya. Kita beri peruntukan mungkin daripada Kementerian Pendidikan, mungkin daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai contoh, kita keluarkan.
Contohnya kita tengok FELDA hari ini ya. FELDA dia letak duit untuk bola sepak.
Bola sepak FELDA mempunyai kursus, jurulatih dan latihan. Jadi menjadi satu karier. Juga sebagai Angkatan Tentera Malaysia, macam-macam yang kita boleh buat. Akan tetapi yang penting ialah bila kita adanya pertandingan sukan di bawah, dalam kawasan kampung kita kah, Jalan Dua lawan Jalan Empat, Jalan Enam lawan Jalan Lapan, buatlah secara profesional. Wujudkan Kelab Sukan Komuniti yang disebut tadi, diberikan peruntukan.
Mungkin boleh dipengerusikan oleh ADUNkah, Ahli Parlimenkah supaya kita akan lebih
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
teratur untuk mewujudkan pertandingan sukan dan juga mencari bakat-bakat daripada yang menang ini.
Itu sebabnya akhir sekali dalam aspek sukan, dalam Kumpulan Wang Amanah, RM150 juta yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya memang betul-betul menyokong untuk sukan atlet dan juga rawatan dan penyelidikan. Ini kerana kita tidak boleh lari daripada Sains Sukan dengan izin, sport science. Ini kerana sains sukan ini, saya tengok Institut Sukan Negara (ISN) ini yang saya sebut tadi, kadang-kadang, kita fikir kita boleh main golf. Kadang-kadang kita fikir kita boleh main skuasy. Akan tetapi hendak main golf macam mana kalau kita ini – bukannya saya kata kalau tee off dengan izin ya, berapa orang boleh tee off 240, sekali pukul? Saya tidak tahu. Saya boleh. Kita Barisan Nasional boleh, tidak tahulah pembangkang bolehkah atau tidak boleh tee off?
Beberapa Ahli
Boleh.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Contoh, saya saiz lima kaki dua inci. Kalau Yang Berhormat Kota Bharu, saiz lima kaki sepuluh inci atau lima kaki sebelas inci. Tinggi Yang Berhormat Kota Bharu. Lebih kurang enam kakilah kononnya.
Akan tetapi kalau dia dengan saya? Sebenarnya yang saya hendak sebut ialah kadang- kadang, kita tidak tahu yang kita boleh tetapi kita boleh. Itu sebab sekarang ini kesimpulan dunia, Institut Sukan Negara, sains sukan itu memang cukup penting untuk mengeluarkan juara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Akhir sekali, Tabung Amanah yang disebut, saya memang menyokong dan menggalakkan tetapi yang saya hendak minta – macam kes yang CIMB itu memang kita menghormati tetapi kena perbanyakan dengan izin, bantuan sponsorship daripada GLC bagi sukan-sukan di peringkat akar umbi.
Kedua, kita mesti juga menerima. Ada sukan kita boleh jadi juara, ada sukan kita tidak boleh jadi juara. Terbukti daripada segi kajian, Malaysia ini hebat dalam sukan the racket. Contohnya, skuasy dan badminton. Akan tetapi kalau kita hendak berenang contohnya, cuba Tuan Yang di-Pertua tengok, kita punya perenang ukurannya lima kaki dua inci, sebelah dia Ean Tock itu?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tuan Yang di-Pertua, tahu ke tidak dia punya kaki itu besar mana? Lebih daripada 11 hendak dekat 13, tangan dia lebih besar daripada muka saya. Tiup wisel, “Pitt!”, dia sudah sampai dulu. Kita baru hendak masuk dalam air, memanglah itu sebab dia jadi juara antarabangsa sebab badan dia badan antarabangsa. Jadi, ada sukan kita tidak payah masuk untuk Olimpik, kalahlah kita. Akan tetapi ada sukan skuasy, badminton, boling, ini kelebihan kita sebagai orang Malaysia sebab saiz badan kita, cara latar belakang kita tidaklah begitu tinggi dan sebagainya.
Sebab itu saya pohon Kementerian Belia, Olimpik Malaysia, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, kita mestilah lebih peka dalam mencari bakal-bakal atlet yang mungkin datang daripada anak-anak kita. Seterusnya, saya hendak sebut tentang teras yang ketiga, mengungguli modal insan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dalam memperkukuhkan latihan kemahiran, sebab saya dalam kawasan Pengerang yang berdekatan dengan yang ada RAPID dengan kawasan Pengerang ini, upscaling, rescaling ini yang disebut oleh Yang Amat Berhormat memang dituntut supaya anak-anak muda dapat manfaat bekerja dalam industri minyak dengan gas.
Saya sebut pada sesi yang lepas, Yang Amat Berhormat menyebut tentang RM200 juta untuk dua syif. Inilah yang kita hendak cari supaya IKBN yang dibina berjuta- juta itu tidak hanya dipakai empat, lima jam sehari. Jikalau dua syif, mungkin belah siang kursus pagi, belah malam kursus petang dan sebagainya. Inilah yang kita cari, jadi saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana begitu peka kerana dapat mengeluarkan marin kimpalan dan pendawaian 15,000 orang pelatih IKBN.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut sesi yang lepas, anak-anak muda yang tidak ada degree, buat kursus rescaling dan upscaling melalui kimpalan pendawaian, gaji
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
USD! Punya banyak gaji untuk anak-anak kita di kawasan luar bandar. Bukan saya kata jangan pergi ke universiti, maksud saya industri minyak dan gas ini beri peluang kepada anak-anak kita. Jadi, bila diberikan tempat ini yang disebut oleh Yang Amat Berhormat, IKBN dua syif, RM200 juta diletakkan dari segi kursus. Kemudian, HRDF di mana RM400 juta, bila majikan menggalakkan anak-anak buah itu untuk menambah ilmu di aspek kemahiran itu, contohnya upscaling dan rescaling, inilah yang kita hendak.
Sekarang ini dalam industri minyak dan gas Tuan Yang di-Pertua, orang pekerja daripada Filipina, pekerja daripada Indonesia, pekerja daripada Thailand, semua industri minyak dan gas mereka monopoli. Kenapa yang kita hendak wujudkan tenaga asing, kenapa anak-anak kita daripada jadi ‘mat rempit’ kah, daripada duduk, relaklah brother, bagilah dia kerja. Bagilah dia kursus supaya dia dapat bawa gaji yang begitu besar untuk keluarga dan sebagainya. Akan tetapi syarat dia, kena rajin dengan izin. Bukan tanya soalan.
Jadi, saya seterusnya, hendak sebut dalam aspek merancak aktiviti ekonomi.
Saya tidak mahu bercakap panjang, saya hendak sebut tentang teras yang pertama. Kita tengok dalam aspek ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang bangun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pengerang, saya hendak tanyalah tentang IKBN ini. Pada Laporan Audit 2006, didedahkan proses pembelian 13 peralatan dalam kelengkapan IKBN pada kadar melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa tanggung kerugian RM8.39 juta. Bukankah pada masa itu Yang Berhormat Pengerang jadi Menteri Belia dan Sukan. Tolong jawab.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Sebenarnya Yang Berhormat Sepang, soalan Yang Berhormat Sepang itu macam niat jahat sahaja. Jikalau niat jahat, cakaplah dekat luar, boleh saya jawab tetapi jangan libatkan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya baca laporan audit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Ya, baca laporan audit, bacalah laporan audit tetapi janganlah tanya macam berniat jahat. Jadi, saya hendak jawab, sebenarnya proses pembelian di mana-mana akademi kerajaan sebagai contoh, proses pembelian adalah proses melalui sistem yang diwujudkan. Pada masa tahun 2006, saya percaya adanya satu sistem tender. Jadi, dalam aspek ini kalau kita tengok prosesnya memang proses yang dipegang oleh Kementerian Kewangan. Jadi, dalam aspek ini, seseorang itu menjadi Menteri, kita tidak boleh mengatakan Menteri terlibat dalam Jawatankuasa Tender.
Jawatankuasa Tender ialah pegawai-pegawai yang berkhidmat dan bertanggungjawab masa tersebut. Jadi, di sini sebagai Menteri pada masa tahun 2006, saya percaya pelaksanaan mana-mana yang diberikan oleh Jawatankuasa, ia diterima oleh Jawatankuasa dan dilaksanakan. Tidak ada kena mengena dengan menteri yang duduk di dalam tender, Menteri yang arah, Menteri suruh bagi syarikat ini, syarikat ini. Perkara ini tidak berlaku, bukan Kerajaan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jadi dalam aspek ini, merancak aktiviti ekonomi. Saya hendak sebut, kalau kita tengok dalam aspek yang wujud ini, sektor pelancongan. Kita tengok, bercakap tentang sektor pelancongan dalam negara kita, 25 juta orang pelancong yang datang. Kita kena mengambil kesempatan kedatangan pelancong ini. Saya tengok, jikalau kita pergi ke negara luar, memang tidak boleh lari daripada GST. Singapura sebagai contoh, bila orang beli-beli barang-barang yang begitu mahal, mereka mendapat sebagai pelancong itu dia dapat balik GST itu di airport sebagai contoh.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Jadi, dalam aspek ini saya tengok, kita mesti dari aspek pelancongan fokus kepada yang disebut dalam poin yang ke 49 iaitu kategori mewah dan berbelanja tinggi.
Memang ini perlu menjadi objektif kita. Jadi, saya haraplah bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang mana Yang Amat Berhormat sebut kepada Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan, yang mana RM2 bilion dikeluarkan untuk memberi bantuan kepada mereka dalam industri pelancongan. Saya minta kalau boleh Kementerian Pelancongan lebih terbuka bekerjasama dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad supaya mereka-mereka yang betul-betul mempunyai perniagaan yang memang sah dan mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat bantuan ini.
Kita tidak boleh bagi pinjaman kepada mereka yang sudah berjaya. Kita mesti memberi pinjaman kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan dan mahu lebih berjaya. Saya harap dalam aspek ini boleh dilihat sebagai salah satu daripada pendekatan yang mana jikalau kita lihat dalam aspek yang disebut teras pertama itu memang kita tidak boleh lari daripada sektor pelancongan. Akhir sekali, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan bercakap tentang perumahan.
Jikalau kita tengok perumahan ini, saya pohonlah dalam kawasan saya yang adanya projek Rapid, yang adanya juga FELDA. Kita mesti tengok dan selarikan pembangunan yang besar dengannya perumahan yang ada di sebelah. Sebab jikalau tidak, kita tidak mahu penghijrahan yang berlaku kepada mereka yang terlibat diri dalam kawasan pembangunan tersebut. Jadi, dengan adanya PR1MA, dengan adanya SPNB dengan semua agensi ini saya berharap bila kita bina rumah, consistency kita, dengan izin, membina rumah dan kita mesti beri kepada mereka yang betul-betul berhak kepada perumahan tersebut.
Saya rasa jikalau kita adanya projek pembangunan yang besar dan adanya penghijrahan, maka tidak akan berlaku adil kepada rakyat. Jadi, di sini saya bermohon sekali lagi dalam aspek perumahan PR1MA, SPNB dan semua agensi yang terlibat untuk lebih menggalakkan perumahan bagi rakyat Malaysia terutama sekali bagi generasi muda.
Mungkin fokus kepada di bawah umur 40 tahun dan seterusnya. Dengan itu saya menyokong Belanjawan 2013 dan Pengerang berharap bahawa pelaksanaan ini memang yang disebut akan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’. Yang Berhormat Pengerang menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2014 yang dikenali sebagai GST Bajet. Sungguhpun telah diuar-uarkan berdasarkan lima teras utama merancak aktiviti ekonomi, mengukuhkan pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat. Akan tetapi apa yang kita lihat adalah bahawa Bajet 2014 meneruskan kesinambungan Barisan Nasional untuk memecahbelahkan rakyat.
Mengamalkan dasar diskriminasi. Menipu rakyat tentang keadaan fiskal ekonomi sebenar dan juga membenarkan hutang Kerajaan Persekutuan menjadi lebih serius lagi serta tidak mengambil tindakan ataupun langkah-langkah yang kukuh dan munasabah untuk mengurangkan defisit. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan demikian kerana jikalau kita lihat Bajet 2014, memang ia adalah satu bajet yang ingin mengukuhkan pengaruh dan juga dasar kerajaan untuk mencapai matlamat politik mereka.
Saya tidak lihat sebarang usaha untuk pendamaian kebangsaan ataupun national reconciliation. Tidak ada sebarang sebutan tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat 1Malaysia kecuali projek-projek yang berkaitan ataupun menggunakan 1Malaysia sahaja. Ia memang memecahbelahkan rakyat kerana dengan sengajanya cuba meminggirkan golongan rakyat tertentu. Kita haruslah mengakuinya bahawa Malaysia dibentuk daripada masyarakat majmuk.
Ini diakui bukan sahaja oleh pihak saya sebagai Setiausaha Agung DAP, malah oleh Presiden PAS, Yang Berhormat daripada Marang, yang mempersoalkan mengapa golongan rakyat tertentu yang dianggap tidak memberikan sokongan kepada Barisan Nasional, tidak diberikan layanan langsung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya rasa itu bukanlah bajet yang boleh menyatupadukan rakyat, sebaliknya memecahbelahkan rakyat. Bukan setakat mengikut kaum, tetapi juga mengikut negeri. Di sini bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mempersoalkan mengapa pada bajet kali ini tidak ada sebarang untuk Pulau Pinang? Di mana janji yang telah ditaburkan pada tahun 2007 untuk membina suatu sistem pengangkutan awam, baik MRT ataupun LRT. Ini telah pun kita tunggu selama enam tahun, Tuan Yang di-Pertua.
Sehingga sekarang rakyat Pulau Pinang masih menunggu, bila janji ini akan ditunaikan. Bajet ini juga membentuk diskriminasi, kerana kita lihat bahawa ada sekolah- sekolah menengah jenis kebangsaan yang telah pun disebut oleh parti komponen mereka BN, tetapi mereka hanya sebut dalam surat khabar Cina sahaja, tidak disebut atau tidak berani disebut dalam Parlimen atau membuang undi macam-macam PCA - POCPA. Cakap menentang dekat luar, tetapi dalam menyokong juga. Di mana kita lihat, bahawa sekolah- sekolah tersebut tidak diberikan sebarang bantuan bukan seperti sekolah-sekolah lain. Kita tidak menentang bantuan yang diberikan kepada sekolah, sebaliknya kita menyokong. Akan tetapi, haruslah diberikan kepada semua sekolah.
Mengenai usaha untuk mengukuh pengurusan fiskal, saya rasa dengan menjalankan langkah-langkah seperti mengurangkan subsidi gula sebanyak 34 sen, yang mungkin menjimatkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM531 juta, mengenakan cukai GST 6%. Saya rasa ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Saya sebut demikian Tuan Yang di-Pertua, kerana seperti yang telah diucapkan secara panjang lebar oleh rakan-rakan saya, GST sebanyak 6% akan menambah beban kewangan rakyat.
Sungguhpun disebut-sebut bahawa ia akan menggantikan sales tax, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (service tax) yang digabungkan sebagai sales and service tax (SST). Ini di mana sales taxes 10% ialah untuk sektor pembuatan dan 6% ialah untuk cukai perkhidmatan. Bahawa GST 6% ini yang menggantikan sales tax 10% dan service tax 6% akan membolehkan rakyat membayar cukai yang lebih rendah. Ini tidak benar sama sekali. Kalau kita lihat dari segi impaknya, jenis barangan yang akan dikenakan cukai di bawah GST adalah jauh lebih banyak, mungkin sepuluh kali ganda lebih banyak daripada apa yang sekarang dikenakan di bawah sistem SST.
Kalau kita lihat dari segi jumlah yang akan dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, kita hendak cakap menerusi fakta bukan menerusi auta ataupun menerusi sentimen sahaja.
Mengikut angka-angka daripada pihak kerajaan, penyata kewangan bahawa jumlah yang dikutip untuk tahun 2013 adalah dijangka sebanyak RM16.4 bilion. Tentulah di sini kalau disebutkan bahawa jumlah sales tax RM10.2 bilion, service tax RM6.2 bilion.
Keseluruhannya RM16.4 bilion. Apabila GST dikenakan, adakah jumlah ini akan melebihi atau berkurangan daripada RM16.4 bilion yang kini dikutip oleh Kerajaan Persekutuan?
Kalau kita menggunakan angka-angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Dato’ Sri Idris Jala, yang menyatakan sekiranya kadar GST adalah 7%, maka Kerajaan Persekutuan akan mengutip RM27 bilion setahun. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita extrapolate atau kita membuat unjuran, berdasarkan angka-angka ataupun anggaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Idris Jala, GST sebanyak 6% akan membolehkan Kerajaan Persekutuan mengutip sekurang-kurangnya RM23.5 bilion, iaitu kira-kira lebih daripada RM7 bilion yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan sekarang.
Apa yang lebih penting ialah impak dan liputan cukai GST ini adalah jauh lebih luas. Ini kerana bukan sahaja ke atas barangan-barangan tertentu yang terhad, tetapi ke atas barangan meliputi sepuluh kali ganda lebih besar dan mendedahkan seluruh rakyat Malaysia ke atas GST 6% ini. Dengan kata lain, kalau dahulu hanya satu kumpulan yang bukan kecil tetapi bukanlah lebih 50%, sekarang 100% rakyat Malaysia akan terdedah oleh GST, termasuk mereka yang tidak pernah membayar cukai, Tuan Yang di-Pertua.
Perlu kita ingat bahawa hanya kira-kira 6.4% penduduk Malaysia yang membayar cukai. Atau kalau kita sebut, dari aspek pekerja-pekerja yang membayar cukai, hanya 15%.
Ini bermakna 94% rakyat Malaysia kini tidak membayar cukai. Akan tetapi, dengan pelaksanaan GST 6%, 100% rakyat Malaysia kini akan membayar cukai. Kalau dahulu tidak pernah bayar cukai, 94% ini, kini semua akan membayar cukai. Daripada orang dewasa sampai kanak-kanak. Kanak-kanak beli barang, dia pun kena 6% GST. Itu adalah impak GST yang menyeluruh ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kalau Kerajaan Pusat menyatakan bahawa jumlah yang dikutip adalah jauh lebih rendah daripada apa yang dikutip sekarang, itu adalah satu penipuan besar. Ini tidak benar sama sekali. Oleh itu, kita harap bahawa pihak Kerajaan Pusat bolehlah memberi angka, apakah anggaran yang akan dikutip setiap tahun oleh pihak kewangan, pihak Kementerian Kewangan daripada pelaksanaan GST 6% ini. Adakah ia lebih daripada RM16.4 bilion yang dikutip daripada sales tax 10% dan service tax 6%. Ini supaya rakyat dapat satu gambaran yang jelas, apakah impak ke atas rakyat Malaysia.
Kalau kita ikut unjuran dan anggaran yang diberikan oleh Senator Dato’ Sri Idris Jala, adalah ketara sekali, bahawa rakyat biasa akan menghadapi kesusahan. Saya menyatakan demikian kerana sungguhpun pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan akan menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM500 kepada RM650, tetapi ini hanya untuk satu keluarga sahaja sedangkan pelaksanaan GST akan dikenakan ke atas setiap individu. RM650 yang dibayar, dibayar kepada satu keluarga.
Akan tetapi, kalau keluarga ini ada sepuluh orang, sepuluh orang ini akan membayar GST setiap orang. Kalau kita ikut angka RM23.5 bilion ini, bermakna setiap rakyat Malaysia, 27 juta orang yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, setiap orang akan membayar kira-kira RM850 setahun. Ini bermakna satu keluarga terima RM650, tetapi sebaliknya keluarga sepuluh orang ini akan membayar RM8,500 ini. Untung kecil, rugi lagi banyak. Saya rasa itulah yang akan menambahkan beban kepada rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tentang masalah hutang, tidak ada usaha untuk mengurangkan hutang dan juga defisit. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengakui bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah naik dan hampir melebihi had statutory 55% GDP. Daripada RM502 bilion pada akhir tahun lepas kepada jangkaan RM541 bilion untuk akhir tahun ini. Akan tetapi ini tidak mengira kontinjen liabiliti. Kalau kita masuk kira kontinjen liabiliti, saya rasa jumlahnya lebih RM650 bilion. Saya rasa itu adalah suatu perkara yang amat berbahaya kepada Kerajaan Malaysia. Mengapa saya menyatakan demikian?
Saya ingin merujuk kepada satu laporan berkaitan dengan satu Simposium Pasaran Dana Sedunia atau World Capital Markets Symposium yang dianjurkan baru-baru ini. Di mana Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, seorang bekas CEO Maybank telah bertanya. Ini kerana bila kita sebut tentang hutang, hutang Kerajaan Persekutuan serius, hampir 55% tetapi hutang isi rumah jauh lebih serius 83.5% GDP bermakna bahawa hutang individu bertambah. Kalau 10 tahun sebelum ini adalah tidak sampai 60% sekarang sudah meningkat sampai 83.5%.
Menunjukkan bahawa kita sudah menjadi negara yang hutang sekeliling pinggang.
Soalan yang ditanya oleh Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar ialah bukankah ini bukanlah satu perkara yang serius. Ini kerana kalau kita menilai tentang keadaan perbankan ataupun kewangan Malaysia, ia adalah sangat kukuh kerana Non-Performing Loan (NPL) iaitu pinjaman yang tidak berbayar adalah amat rendah iaitu 1.4%. Bank-bank kita mempunyai dana modal yang tinggi dengan izin, wealth capitalist. Bukankah ini adalah satu assurance bahawa sungguhpun kita menghadapi masalah hutang yang tinggi tetapi Malaysia tidak akan menghadapi satu krisis kewangan kerana keadaan bank kita yang kukuh.
Jawapan yang diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh seorang pakar kewangan Adair Turner adalah bahawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Low non performing loans and high bank capitalization is not an assurance of stability. Non performing loan are poor forward indicators of a crisis. Particularly in a case of real instate has the option of refinancing is available to lenders. While, well- capitalized bank do not prevent a financial crisis. We should not refine financial and monetary stability simply in terms of ensuring that our banks do not go bankrupt. We should instead pay attention to trends in leverage independently of whether they threaten our banks. Especially in terms of the ability to paid”. Iaitu keupayaan membuat bayaran. Itu yang penting.
Apa gunanya kalau bank-bank kita kukuh kalau keluarga tidak mampu untuk membayar hutang mereka. Kita memang tahu bahawa sekarang ada banyak keluarga yang mana separuh daripada pendapatan mereka, apabila mereka menerima gajinya separuh digunakan untuk membuat pembayaran. Itulah sebabnya banyak yang pinjam daripada along atau ceti. Di sini disebutkan satu amaran yang saya rasa harus diambil perhatian oleh
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
pakar-pakar kewangan yang kita ada di sini. Iaitu amaran Adair Tuner bahawa dengan izin, *“The overall household debt to GDP ratio is a crucial indicator of an impending crisis.
Ireland, Spain had high household debt ratio of around 95% and we know they faced problems”.* Ini adalah negara-negara yang menghadapi krisis yang serius. Household debt to GDP ratio adalah 95%. Ini dianggap sebagai satu tahap yang kritikal dan bahaya. Akan tetapi Malaysia 83.5% tidak dianggap berbahaya. Kita hanya kurang 10% sahaja Tuan Yang di-Pertua. Itulah sebabnya...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya sila.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan. Yang Berhormat ada mengupas isu household debt yang kini telah meningkat dan membengkak dengan satu jumlah yang amat membimbangkan. Apakah Yang Amat Berhormat sedar bahawa baru-baru ini ada satu kajian yang dibuat oleh FOMCA yang menegaskan bahawa kumpulan yang berpendapatan sederhana, khususnya dengan izin, young workers, newly married couple dan juga keluarga yang mempunyai anak yang ramai menggunakan satu pertiga daripada pendapatan mereka untuk membayar hutang-hutang yang dinyatakan tadi. Hutang kenderaan, hutang rumah dan pinjaman pelajaran.
Dengan pengenalan sistem percukaian GST yang baru ini pastinya akan membebankan keluarga-keluarga tersebut. Maksud saya, yang kita tekankan dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja golongan miskin tegar tetapi kelompok yang berpendapatan sederhana khususnya di kalangan generasi muda juga akan terkesan dengan pengenalan GST ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya memang bersetuju. Mungkin FOMCA ini mereka anggap hanya satu pertiga tetapi maklumat yang saya ada mengikut kajian ialah hampir 50% iaitu jauh lebih tinggi. Dengan pelaksanaan GST, saya rasa keadaan akan meruncing. Tidak dinafikan lagi ia akan meruncing. Itulah sebabnya Pakatan Rakyat ingin menyuarakan masalah keluarga-keluarga yang menghadapi masalah kewangan sedemikian. Kita janganlah menjadi satu negara di mana rakyat biasa menjadi penghutang.
Saya rasa itu bukanlah satu masa depan cerah, yang kita hendak bagi kepada anak-anak kita. Itulah sebabnya Pakatan Rakyat meminta pihak Kerajaan Pusat kaji cadangan yang dibuat oleh belanjawan alternatif Pakatan Rakyat. Supaya pertimbangan dapat diberikan untuk membantu keluarga-keluarga miskin ini. Sejak 1997 Tuan Yang di-Pertua, satu kajian yang dibuat menunjukkan bahawa real wage, dengan izin...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jasin Bangun.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, kapten sekejap, nanti saya bagi. Saya habis ungkapan ini dahulu. Ini kawan lama dari Melaka. Satu kajian menunjukkan bahawa real wage atau gaji sebenar sejak tahun 1997 hingga sekarang untuk industri yang mengeksportkan barangan hanya naik 1.9%. Manakala industri domestik, gaji pekerja hanya naik, ini real wage atau gaji sebenar, hanya naik 1.4%. Kalau kita lihat angka-angka yang tidak menggalakkan ini dan samakan dengan kenaikan hutang individu atau keluarga yang naik daripada kurang 60% pada 10 tahun lepas kepada 83.5%. Saya rasa ini adalah suatu amaran tentang kesulitan yang dihadapi oleh orang biasa yang tidak diberikan perhatian langsung oleh Kerajaan Barisan Nasional sebab ini hanya menjaga kroni-kroni sahaja. Sila, dipersilakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan, sahabat saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Bagan tadi dan saya dapati beberapa perkara yang saya harus dapat berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat Bagan. Akan tetapi sebelum itu Yang Berhormat Bagan, saya sangat bersetuju pertamanya tentang household debt. Akan tetapi tentang hutang negara itu saya tidak berapa setuju. Bagaimanapun, sebelum itu mari kita berbincang tentang belanjawan PR yang dibentangkan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Bagi saya, belanjawan negara yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah belanjawan yang tangible, yang telah dibentangkan, dapat diterima dan boleh dilaksanakan. Akan tetapi, belanjawan PR adalah satu belanjawan yang intangible. Tidak ada ke mana perginya. Apa ertinya? Kita buat, saya tengok, saya baca, saya pun tidak faham. Akan tetapi saya tengok tidak ada asas kalau the figure itu.
Akan tetapi tidak apalah, untuk seronok-seronok kita boleh buat. Apa yang saya hendak sebut di sini, sebenarnya kalau kita sebut tentang hutang negara, hutang luar negara, ada semuanya di dalam buku ini.
Disebut dengan jelas dan jangan hendaknya kita membuat satu persepsi dan juga andaian-andaian yang silap bahkan seperti yang disebut tadi, selain daripada siling kita tidak melebihi daripada 55%, bahkan kita sekarang ada 53%, hutang negara ini kita mesti maklum, daripada mana datangnya hutang negara? Selain daripada hutang Kerajaan Persekutuan, adalah juga hutang PABK dan termasuk juga hutang pihak swasta. Itu yang pertama. Kedua, ada hutang luar negara dan ada hutang dalam negara.
Perkara ini kita kena jelas supaya kita dapat pastikan supaya kita dapat berikan penerangan yang baik dan tidak menyelewengkan fakta supaya orang tidak menyalahgunakan maklumat tersebut. Saya suka apabila Yang Berhormat menyebut tentang household debt. Household debt ini memang kita kena kaji semula dan saya memang bersetuju minta pihak kerajaan supaya lebih berhati-hati dan bahkan pihak Bank Negara baru-baru ini telah pun mengeluarkan arahan supaya mengetatkan penggunaan kad kredit ini. Akan tetapi kita tengok sekarang Yang Berhormat, kad kredit ini dijual di supermarket. Boleh jual begitu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, jangan panjang-panjang.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Ya, satu lagi hal. Sebenarnya satu daripada yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, kita tengok hutang isi rumah ini dari segi individual. Walaupun ia tidak ada hubung kaitnya dengan kerajaan, tetapi kerajaan mestilah sentiasa memantau dan ia disebabkan oleh yang pertama, hutang rumah. Kedua, hutang kereta dan yang ketiganya seperti yang tadi saya sebut, hutang kredit. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memang lebih prihatin tentang hutang isi rumah daripada mungkin Menteri-Menteri di sebelah sana. Mungkin saya rasa adalah untung rakyat kalau Yang Berhormat boleh jadi Timbalan Menteri Kewangan sekurang-kurangnya. Sekurang- kurangnya boleh berikan perhatian ke atas masalah hutang isi rumah yang tidak diberikan perhatian langsung oleh pihak barisan depan di sebelah sana. Saya rasa marilah kita sama- sama menangani masalah ini.
Tentang pandangan Yang Berhormat tadi tentang hutang Kerajaan Persekutuan.
Saya memang bersetuju ia bukan sahaja merangkumi Kerajaan Persekutuan induk tetapi juga PABK. Akan tetapi bila kita mengutarakan pandangan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dalam alternatif Bajet Pakatan Rakyat, kita bukan akan cakap kosong sahaja. Bila kita sebut tentang bahayanya hutang Kerajaan Pusat naik, dalam Kerajaan Negeri Selangor kita ada buat. Di kerajaan negeri Pulau Pinang pun kita ada buat. Hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak naik, sebaliknya turun. Turun 95%.
[Tepuk] So di sini Tuan Yang di-Pertua, kita bukan cakap kosong. Kita amalkan apa yang kita sarankan. So saya rasa itulah yang mungkin boleh menjadi satu teladan atau satu contoh macam mana ia boleh dilaksanakan. Di sini kita bukan hanya mengkritik sahaja.
Saya ingin membuat lima cadangan yang harus kita laksanakan supaya dapat mencapai matlamat untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Itu bukanlah apa-apa magic formula. Ini saya angkat daripada laporan World Competitiveness Report 2013 di mana disebutkan Malaysia menghadapi lima cabaran utama.
Apakah lima cabaran utama ini? Satu, kerenah birokrasi. Kedua, rasuah. Ketiga, etika kerja dan produktiviti kerja yang rendah. Keempat, kekurangan inovasi. Kelima ialah perlunya kita membina modal insan berkualiti. Saya rasa kelima-lima cabaran ini harus diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan khususnya dalam isu menangani rasuah. Saya amat kesal dalam Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Perdana Menteri, tidak sebut langsung inisiatif baru untuk menangani rasuah. Hanya sebut bahawa Malaysia sekarang negara keempat di dunia yang paling diminati untuk apa?
Shopping, shopping. Kenapa balik-balik, shopping sahaja? Akan tetapi tidak disebut Malaysia kini digelarkan oleh Washington Post sebagai negara yang paling rasuah di dunia.
Mengapa tidak ada sebarang inisiatif baru untuk menangani rasuah? Kita lihat bukan sahaja disebut oleh pihak Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO pun sebut sedemikian. Saya baru baca ucapan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir bahawa rasuahlah adalah alasan utama mengapa orang-orang tertentu menang dalam pilihan raya UMNO, berjuta-juta ringgit dibelanjakan. Ini bukan keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat. Ini keluar daripada mulut bekas Presiden UMNO bahawa di UMNO, rasuah. Pemilihan UMNO rasuah. Apakah tindakan yang diambil terhadap masalah sedemikian?
Itulah satu perkara yang saya hendak jawapan daripada pihak kementerian ialah tentang FELDA. Ini ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua kerana pembelian hotel di London, ada banyak soalan yang masih belum dijawab apabila pembelian hotel dibuat pada bulan September dengan harga RM500 juta ataupun 98 juta paun. Sungguhpun penilaian pasaran semasa pada bulan Mac iaitu enam bulan sebelum ini adalah hanya 80 juta paun ataupun RM400 juta. Mengapa ia boleh naik 20% atau RM100 juta dalam tempoh enam bulan sahaja? Ini bukanlah satu pasaran yang belum maju lagi. Itu adalah satu pasaran yang maju. Kalau pasaran yang sebegitu maju seperti London, takkan ia boleh naik 20% dalam enam bulan?
Lebih-lebih menyerlah lagi, lebih mengagumkan lagi ialah kenyataan ataupun jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa apabila FELDA beli hotel di London dengan harga 98 juta paun pada bulan sembilan, sekarang bulan 10, sudah naik kepada 115 juta paun iaitu dalam satu bulan boleh naik 17 juta paun atau RM100 juta. Saya pun tidak tahu macam mana boleh naik RM100 juta ataupun 17% dalam satu bulan sahaja. Saya harap bahawa pihak kerajaan boleh berikan bukti macam mana ini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin balik kepada belanjawan berkaitan dengan subsidi. Sebelum ini ialah kalau kita lihat di antara tahun 2000 hingga tahun 2013, perbelanjaan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas sektor-sektor utama, sektor yang paling besar ialah subsidi. Sejak tahun 2000 hingga tahun 2013, perbelanjaan untuk subsidi ialah sebanyak RM250.4 bilion. Ini yang pertama. Kedua, untuk membayar perkhidmatan hutang atau membayar balik hutang adalah sebanyak RM190 bilion. Ini yang saya ingin sebut sebagai sesuatu perbelanjaan yang akan hilang kawalan or we lose control kalau kita tidak membendung kenaikan hutang Kerajaan Pusat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di samping itu, pengangkutan – RM110 bilion, pendidikan – RM113 bilion, pertahanan – RM63 bilion, perumahan – RM20 bilion, kesihatan – RM28 bilion. Kesemua angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar perbelanjaan adalah untuk perkhidmatan hutang dan juga untuk subsidi. Akan tetapi sejauh manakah ia membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat?
Alasan-alasan yang diberikan tadi oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang harus diberikan perhatian kerana kita tidak mahu apabila subsidi diberikan, hanya syarikat- syarikat besar untung. Penjelasan bahawa subsidi gula haruslah dimansuhkan demi kesihatan rakyat saya rasa sukar diterima kerana kalau menaikkan harga adalah jalan untuk menjaga kesihatan kita, kita kena naikkan harga beras juga kerana makan terlalu banyak beras pun boleh jadi kurang sihat. Saya rasa itu bukanlah alasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan saya rasa boleh gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, terima kasih. Itu bukanlah alasan dan saya pun terkejut bila sebut pun bahawa mungkin makan terlalu banyak gula ada kurang performance untuk orang lelaki. Saya ingat ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua daripada Kelantan, saya rasa kalau hendak tambah baik performance, bukan makan kurang gula, mungkin makan majun lebih baik.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu penggulungan saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Luar Negeri untuk memboikot Persidangan Kemuncak Komanwel (CHOGM) di Colombo. Saya rasa satu mesej penting mesti diberikan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
kepada Kerajaan Sri Lanka untuk memberikan satu penjelasan penuh tentang pembersihan etnik dan pembunuhan genocide rakyat Tamil di Sri Lanka. Saya rasa kalau kita berdiri di atas pentas hak asasi manusia, saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memboikot dan tidak hadir Persidangan Kemuncak Komanwel (CHOGM) di Colombo pada November ini.
Saya harap bahawa semua Ahli Parlimen khususnya daripada MIC dan juga Ahli- ahli Parlimen lain, touch your conscious. Sama-sama kita memberikan mesej kepada Kerajaan Sri Lanka dan memboikot CHOGM pada bulan depan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kesempatan kepada Yang Berhormat Baling untuk sama- sama mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2014.
*Melipat sirih mengail ikan, Sirih dari Pulau Mutiara, Yang Berhormat Bagan dengar, terima kasih saya ucapkan, Awal Bismillah pembuka bicara.
Melati kuntum tumbuh merata, Sayang merbah dipohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.* Salam hormat, salam perpaduan, salam 1Malaysia. Terutama sekali Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas kejayaan memacu ekonomi negara di atas landasan yang sepatutnya sehingga berjaya diberikan mandat oleh rakyat sekali gus membentangkan belanjawan buat kali ke-6.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulang kembali ungkapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana kerajaan sentiasa sedar dan insaf di kala dunia berdepan dengan risiko tidak ketentuan iklim politik dan ekonomi global jika tidak berwaspada dan berjaga-jaga tempiasnya boleh terpercik kepada kita.
Ini bermakna belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah semestinya telah dikaji, diteliti sedalam-dalamnya, telah meminta pandangan daripada bijak pandai sehingga dapat menzahirkan dengan jayanya. Oleh yang demikian, Belanjawan 2013 yang berpaksikan memperteguh ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji, janji-janji ditepati adalah merupakan satu bajet yang meletakkan keutamaan dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Pagi tadi saya mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang. Sehari-dua ini Jumaat, Sabtu dan Ahad kita dengar macam- macam yang bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh akan membawa hujah-hujah yang agak hari ini menggerunkan tetapi saya melihat, mendengar hujah Yang Berhormat Permatang Pauh tadi pun tidaklah sehebat mana sampai 90 minit diberi pun 75 minit sudah berhenti. Maknanya tidaklah banyak poin untuk menangkis apa yang telah dibahaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya merupakan wakil rakyat daripada kawasan luar bandar, maka di kesempatan yang saya ingin membawa beberapa isu dan cadangan agar dapat menambah baik kehidupan rakyat di desa dan kampung khususnya di Parlimen Baling, Sik, Kulim yang berdekatan dengan saya, Padang Serai untuk melihat apa
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
sahaja yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional kami di sana di kawasan luar bandar boleh mendapat manfaat. Kalau kita tengok 30% daripada rakyat Malaysia hampir 8 juta datangnya dari kawasan luar bandar. Inilah mereka yang telah menyokong apa sahaja yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional sehingga menzahirkan undi yang besar sehingga Baling, Kulim, Sik semua menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini.
[Tepuk] Kita bukan rubber stamp yang seperti yang dinyatakan Yang Berhormat daripada Marang tadi. Kita dengar ucapan daripada Yang Berhormat Marang pada hari ini begitu agresif dengan kalimah ayat Qurannya seperti ceramah agama PAS di kawasan Sungai Limau. Akan tetapi kalau kita teliti balik, tidak ada sebarang inti pati yang boleh kita bawa untuk panduan termasuklah di Sungai Limau yang mana mereka membawa beberapa tohmahan. Saya dengar sendiri Yang Berhormat Sepang berhujah berceramah pada hari Ahad malam saya dengar ucapan Yang Berhormat Sepang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hari Ahad malam saya di mana?
Saya di KL.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tunggu, tunggulah sekejap. Saya tidak habis cakap lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Semalam saya di KL.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bukan semalam Sabtu malam minggu. Jangan, jangan hendak bohong. Saya dengar, awak itu hitam macam saya. Tidak boleh lari. Saya nampak awak berucap. Jangan bohong. Inilah dia pembangkang cakap bohong bawa ayat Quran tetapi semua bohong. Bagi tipu rakyat buat apa saya dengar ucapan, saya teliti, saya rekod ucapan Yang Berhormat hadapan Pejabat Pemuda. Saya tidak suka orang bohong. Ini cakap betul-betul.
Saya dengar sendiri ucapan sebelum-sebelum Yang Berhormat Sepang pun apa yang dinyatakan. Wah! Harga gula turun, biar kencing manis, jangan kita kencing rakyat.
Hai, bawa ucapan bukanlah Yang Berhormat Sepang sebelum Yang Berhormat Sepang itu ada seorang ustaz saya lupa, saya bercakap, saya berpaksikan [Bercakap dalam bahasa Arab]. Bercakaplah kamu benar walaupun pahit untuk didengar bukan macam ini Yang Berhormat Marang tadi. Cakap ayat Quran tetapi semua bohong. Buat apa hendak menipu rakyat. Saya hendak beritahu di sini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Woi!...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak bagi laluan Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bagi laluan, saya bercakap ini ada fakta. Saya hendak menyatakan Yang Berhormat Marang tadi sama juga saya pergi berjumpa dengan ayahanda Yang Berhormat Jerai. Ayahanda Yang Berhormat Jerai di mana Pakcik Baharum, Pak Baharum itu bapa kepada Menteri kita.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya pergi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan Mesyuarat 36 berapa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 36(6), ada Peraturan Mesyuarat 36(12) pun boleh yang menyebut bahawa seseorang tidak boleh mengeluarkan perkataan jahat. Dia mengatakan bahawa Yang Berhormat Marang, semuanya bohong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sudah faham, sudah faham.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jelaskan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Peraturan Mesyuarat 36(6). Perkataan menyentuh ahli yang lain mengatakan ahli yang lain bohong.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak bohong. Saya cuma berkata bohong tadi bila beliau kata beliau tidak ada di situ masa saya ceramah. Selepas itu Yang Berhormat Marang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hansard...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sabar-sabar saya yang bertanggungjawab. Relaks, relaks.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, semua dengar yang you kata...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tahu. Tidak apa, tidak apa.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Ya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Kerana saya hendak menyatakan, bila Yang Berhormat Marang menyatakan bahawa pemimpin kena bercakap jujur, pemimpin Barisan Nasional tidak boleh bohong, dan saya hendak menyatakan, kaitan saya ini adalah kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Bila mana Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Marang ada di situ. Apa Yang Berhormat Pokok Sena nyatakan bahawa, bapa kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jerai menyokong dan mendoakan dan memberi duit sumbangan kepada parti PAS...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak habis lagi. Biar saya tengah bercakap ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kembali kepada mauduk dia. Mauduk dia...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak bercakap, biarlah saya bercakap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan mesyuarat. Duduk.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Biar saya bercakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, bagi saya dengar penjelasan sekejap.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi bila mana menyatakan bahawa kita tidak boleh bohong. Padahal secara terang-terang, saya sendiri pergi berjumpa dengan Pak Baharom, saya berjumpa hari Sabtu, saya pergi ke rumah. Saya tanya, dia kata tiga tahun saya sakit, tidak pernah menjenguk pun, tidak pernah datang. Tiba-tiba datang bawa orang ramai, dia datang buat kenduri, buat doa selamat, dia orang baca doa.
Beliau yang sakit, yang uzur mengaminkan doa tersebut dan keluar di pintu depan rumah memberi satu press conference termasuklah dalam YouTube.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling saya hendak tanya, perkataan bohong itu merujuk kepada ahli yang mana?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya beritahu ini adalah yang dibohongi oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak beritahu, bila Yang Berhormat Marang tadi beritahu pemimpin UMNO, Barisan Nasional kena jujur, kena amanah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila teruskan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi itu saya punya maksud tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Jangan saya tidak habis cakap lagi, tunggu hendak terus buat peraturan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak peraturan mesyuarat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak, kita datang ke sini, Dewan yang mulia ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat....
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya bukan kata dia berbohong ucapan dia tadi, saya tidak kata. Saya kata peristiwa yang berlaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Biarkan.
Saya sudah faham, saya sudah faham sudah. Saya sudah faham penjelasan daripada Yang Berhormat Baling.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Dengar saya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang bila Tuan Yang di-Pertua bercakap, kita hendaklah duduk diam. Ini Yang Berhormat Baling, duduk sekejap.
Saya sudah nyatakan tadi bahawa kalau kita menyentuh kepada Ahli yang lain, tidak boleh dan apabila saya mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Baling, dia tidak menuduh Ahli Parlimen Marang berbohong tetapi dia mengatakan bahawa Yang Berhormat Baling mengatakan bahawa sikap berbohong Yang Berhormat Pokok Sena terhadap tahap kesihatan bapa kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, beliau mengatakan begini. Tengok tadi Yang Berhormat Marang kata mengikut ayat al-Quran, semuanya bohong. Itu yang saya tidak puas hati itu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak betul, tidak betul.
Maknanya dia yang bersikap....
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dia yang bohong.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Dia yang bersikap...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Dia yang...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tengok, saya bercakap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sudah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya tidak habis cakap. Saya kata, bila keluar ayat al-Quran semua.....
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebab itulah saya bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sekejap, sekejap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
....Berbohong. Maknanya dalam kami jangan ada pemimpin yang berbohong. Saya tidak kata Yang Berhormat Marang cakap semua bohong. Tidak baik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.....
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jangan. Itu sebabnya kalau bersangka....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Semua Yang Berhormat duduk sekejap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang duduk. Yang Berhormat Baling duduk. Saya hendak nyatakan sekali lagi, niat. Niat Yang Berhormat Baling, perkataan bohong itu rujuk kepada Yang Berhormat Marang kah tidak?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Oh! Tidak. Saya tidak kata Yang Berhormat Marang berbohong, tidak. Apa pun niat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey jelas ya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Apa yang penting niat kita itu.
Kita bila datang ke dalam Dewan yang mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya teruskan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Kita berbahas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya tuduhan itu ada...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling sudah menjelaskan bahawa perkataan bohong itu tidak merujuk kepada Yang Berhormat Marang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
...Dia sebut al-Quran. Dia sebut ayat al-Quran tadi. Saya dengar Speaker. Ramai yang dengar, dia sebut al-Quran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebab itu Yang Berhormat Sepang. Tiga-tiga Yang Berhormat semua duduk. Sebab...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
...Saya faham, saya faham. Sebab itu saya menyatakan bahawa saya bertanya Yang Berhormat Baling, perkataan bohong itu rujuk kepada Yang Berhormat Marang atau tidak? Jadi jelas Yang Berhormat Baling kata tidak.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, Saya hendak teruskan ucapan saya
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Menyampuk]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Sebab saya hendak bincangkan hal bajet ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Janganlah cakap yang lain.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Berkaitan dengan rakyat di kawasan luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, teruskan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya minta jangan ada gangguan. Kalau Yang Berhormat Sepang tidak ganggu saya, tidak akan jadi panjang cerita.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You yang cakap dulu, you yang cakap bohong dulu...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak payah ganggu. Biarkan saya berbahas. Bila Yang Berhormat Sepang berbahas, saya tidak pernah sekali bangun untuk kacau. Saya tidak pernah. Jadi biarlah saya bercakap, jangan kacau saya. Saya hendak berbahas pasal rakyat. Saya bukan datang sini hendak bahas, hendak cakap fasal rakyat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya bukan kacau. Saya menyatakan Peraturan Mesyuarat. You cakap tidak betul.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentang dan menggariskan lima teras utama yang mana salah satunya adalah untuk mempergiatkan pembangunan luar bandar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang mana kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM980 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf 437 kilometer jaringan jalan di kawasan luar bandar di seluruh negara. Ini yang saya tertarik. Ini yang patut rakyat, wakil rakyat datang ke Dewan yang mulia ini bahaskan. Bukan mengadu domba, mengkritik di antara sama.
Kerajaan Barisan Nasional begitu peka berkaitan keinginan rakyat- untuk rakyat memberi manfaat. Bukan kita datang hendak bincang perkara yang tidak ada kena mengena dan kita tengok sendiri bila mana tadi- saya sudah ulang lagi sekali. Saya rasa saya sebagai Ahli Parlimen daripada BNBBC, saya patut membangkitkan perkara ini.
Bila mana tadi kita dengar Yang Berhormat Permatang Pauh memberitahu mana dia Menteri-menteri untuk membahaskan. Mana mereka Timbalan Menteri tidak ada dan ada kawan saya daripada mana, Yang Berhormat Bagan tadi kah bukan daripada- bangun tadi menyatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pun tidak ada. Itu tersilap tidak apa, kita tidak ada mempertikaikannya pun. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan terus bangun tetapi kita tidak panjangkan cerita ini. Maknanya kita peka.
Saya hendak menyatakan di sini kalau kita datang ke Dewan yang mulia ini bila kita hendak bahas berkaitan dengan bajet, kita bawa berkaitan dengan bajet. Jadi umum mengetahui jalan adalah merupakan isu yang perlu diberi keutamaan. Ini kerana selain menjadi penghubung kepada masyarakat, ia juga bertujuan untuk memudahkan segala urusan terutamanya apabila terjadi kecemasan, kematian, kenduri, bencana alam dan sebagainya. Sebagai contoh jalan-jalan kampung semakin kecil. Jadi saya berharap kerajaan yang telah mengutarakan pandangan iaitu untuk melebarkan, menaik taraf 437 jalan itu dapat dimanfaatkan.
Pihak kementerian juga perlu mempertimbangkan untuk memperbesarkan beberapa jalan utama yang menunjukkan peningkatan jumlah trafik contohnya kawasan sahabat Kulim, Baling, Kuala Ketil, Sungai Petani. Kita harus mengambil kira kerana jalan ini pada hujung minggu, perayaan begitu sesak dan pelbagai kemalangan berlaku setiap hari di kawasan ini. Jadi selain melebarkan jalan tersebut, gariskan pembahagian jalan perlu di cat dan sebagainya. Lampu jalan harus dipasang. Ini untuk memudahkan. Hari ini rakyat di kawasan luar bandar telah mengangkat Kerajaan Barisan Nasional. Kalau cerita pasal janji, manifesto. Kami lima tahun di bawah kerajaan PAS, manifesto pun tidak dapat dilaksanakan.
Oleh kerana itulah, kali ini Kerajaan Barisan Nasional diberi pengiktirafan yang besar. Kita menang 10 Parlimen daripada 15 Parlimen. Kita menang besar. Insya-Allah Sungai Limau juga kita akan menang insya-Allah, dengan izin Allah. Sebab sudah sedar, rakyat tahu. Belum hari pemilihan pun pembohongan sudah berlaku. Pergi pula rumah bapa Menteri mengatakan bapa Menteri ini penyumbang utama kepada parti PAS, ahli seumur hidup akan menyokong dan dia pasti mengundi. Saya tanya Pak Baharom, dia kata, “Saya kata kepada dia, dia tanya hendak undi siapa? Saya kata undi saya rahsia”, tetapi dia
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
keluar, dia beritahu undi parti PAS. Ini yang saya hendak menyatakan. Setiap kali kita hendak berhujah, kita kena pastikan hujah kita ini relevan.
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, hari ini kita juga tahu kerajaan Barisan Nasional begitu peka berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M). Dahulu tidak pernah wujud pun. Waktu saya dulu muda-muda tidak ada pun Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bila BR1M diberikan RM500, rakyat di bawah berasa syukur Alhamdulillah. Tadah tangan pada Allah SWT. Berilah kemenangan kepada Kerajaan Barisan Nasional. Orang Melayu, India, Cina, Asli, Siam, Kadazan semua dapat. Tidak ada pernah kira bulu. Hari ini sudah naik pula sikit. Naik pun ada juga komen. Oh! Patut janji seribu lebih. Sabarlah.
Ia akan berperingkat-peringkat. Kerajaan ini pandai. Kerajaan Barisan Nasional pandai urus tadbir kewangan. Jangan khuatir. Jangan kita memberi laporan-laporan yang tidak betul kepada rakyat supaya rakyat faham apa yang kerajaan Barisan Nasional hendak lakukan. Sama juga pada gula. Tadi saya dengar Yang Berhormat Bagan tadi- Yang Berhormat kata, beras pun sudah naik. Sabar, kita bermula dengan gula dulu. Kalau kita lihat penyakit-penyakit kencing manis ini lagi tinggi, kita akan tengok, kita kaji. Ini yang kita hendak buat tetapi jangan kita terus melulu, menuduh.
Kalau kita tengok apa yang telah berlaku selama ini. Saya dari konteks komunikasi, saya rasa terpanggil dan ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang mana telah mencadangkan 1,000 menara pemancar telekomunikasi yang akan, inisiatif jalur lebar negara, high speed broadband, dengan izin yang dapat dilakukan.
RM1.5 bilion akan dibelanjakan untuk meningkatkan liputan internet khususnya di kawasan luar bandar, di kawasan kami.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, ini satu perkara yang cukup baik kerana Kerajaan Barisan Nasional telah memberikan netbook di setiap kawasan Parlimen. Adakah satu wakil rakyat daripada pembangkang bangun mengucapkan terima kasih, Kerajaan Barisan Nasional telah memberikan netbook kepada orang miskin, kepada anak-anak, pelajar-pelajar kita? Tidak ada. Saya tengok semuanya kritikan, tohmahan. Tidak ada siapa-siapa hendak ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin. Mana pernah kita dengar dahulu berikan netbook. Netbook telah diberikan. Masa itu bila masa pemberian netbook itu di bawah kerajaan kepimpinan PAS.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seputeh bangun.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya Yang Berhormat Seputeh.
Saya bagi awak sebab baju awak hijau.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih. Kenapa mesti pembangkang ataupun kita di sini berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional?
Wang Kerajaan Barisan Nasional itu juga daripada wang cukai rakyat. Saya dahulu berada di Dewan Negeri Selangor, tidak pernah saya dengar ADUN UMNO berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jadi, saya rasa ini tidak patut.
Yang Berhormat tadi telah mengkritik Ketua Pembangkang lah dan juga Yang Berhormat Marang lah, semua ini ucapan yang tidak begitu berisi. Saya lama dengar ucapan Yang Berhormat ini lebih teruk daripada mereka
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih, terima kasih.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya minum dahulu, minta izin, saya minum dahulu. Terima kasih, minta maaf, saya dahaga, minta maaf. Terima kasih lah bagi bola tanggung pada saya. Pertama sekali, apa yang Kerajaan Negeri Selangor bagi kepada rakyat? Ibu tunggal pun tipu. Bagi duit kepada ibu tunggal pun tipu, sampai mereka pergi report, bawa pergi mahkamah. Janji pun tidak bagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh! Mana ada tipu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sedih! Jangan tipu sebab keluar ibu tunggal ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kerajaan Barisan Nasional yang tipu mereka.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ibu tunggal sendiri yang buat laporan polis, bawa pergi mahkamah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Hendak adakan itu modal politik murah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu baru ibu tunggal.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mana pernah tipu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Lagipun, kalau ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi, Kita Merasa’.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sudah banyak kita jaga mereka. Itu sebab kali ini undi Kerajaan Pakatan Rakyat lebih daripada Barisan Nasional.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kita sebagai pemimpin - inilah contoh. Inilah contoh pemimpin pembangkang yang tidak pernah terima kasih pun kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kita menang lebih kerusi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bukan semua kerajaan tidak bagi. Kita kena bersyukur, terima kasih. Kalau tidak boleh terima kasih sampai dunia kiamat lah awak jadi pembangkang. Tidak akan menang sebab tidak pernah berterima kasih.
Kerajaan Barisan Nasional bagi laptop, anak hendak sekolah bagi RM100, bagi bantuan BR1M, bagi bantuan BR1M di kawasan saya yang ketua ...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Hendak minta penjelasan, hendak minta penjelasan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekejap, sekejap. Bagi bantuan BR1M di kawasan saya. Pemimpin PAS duduk barisan depan hendak terima duit. Kalau kita berkira bulu, kita tidak bagi tetapi Perdana Menteri begitu prihatin. Menteri Kewangan kata bagi kepada semua ...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sama rata, ini adalah hak rakyat.
Bukan kira hak parti. Jadi, bila orang bagi, kita kena berterima kasih. Itu yang saya cakap tadi. Bukan minta lain, kita tidak minta pun pembangkang bagi apa-apa. Berterima kasih lah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Baling.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Hendak minta penjelasan. Hendak tanya Yang Berhormat Baling yang tadi mengatakan notebooks yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional ini rakyat patut bersyukur. Saya hendak tanya, yang notebook yang dibekalkan kepada mereka kebanyakannya ada masalah Windows yang tidak beroperasi, ada yang baru pun tidak boleh pakai. Adakah itu satu penipuan juga?
[Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Betul atau tidak itu juga satu penipuan? Betul atau tidak?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Baling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Baling. Saya hendak bantu sedikit. Saya pun hendak bantu Yang Berhormat Seputeh sekali lah. Sebenarnya Yang Berhormat Baling, Kerajaan Selangor jumlah perbelanjaannya ialah sebanyak RM1.7 bilion tetapi dia lupa bahawa RM17 bilion peruntukan datang daripada Kerajaan Persekutuan untuk belanja pembangunannya [Tepuk] . Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana membantu. Itulah mereka tidak berterima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekejap ya, saya jawab kawan itu, duduk sekejap saya bagi. Yang Berhormat Shah Alam, sahabat. Duduk, saya bagi. Itu sebabnya dengan izin, do not become so petty. Kalau kita hantar barang, kalau kerajaan pembangkang pun, kalau hantar jangan - itu isu teknikal.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Sampai Ketua Pemuda UMNO Johor pun membuat aduan, daripada 2,000 netbooks yang dibekalkan, separuh 1,000 lebih rosak. Itu bukan penipuan kah?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Itu tidak betul, itu fitnah, itu niat jahat [Disampuk] . Itu niat jahat. Itulah, pembangkang ini tidak boleh hendak beri. Orang lain beri pun, awak dengki. Mana ada macam ini. Patut silap-silap, pembangkang pergi ambil, beri rosak, suruh rakyat pergi adu, pun boleh jadi kalau saya hendak cakap. Jangan bersangka buruk, jangan bersangka buruk. Bila kita terima, kita berterima kasih. Dia ada syarikat dia sebab saya bagi kepada rakyat. Bila saya bagi kepada rakyat, saya bagi kad siap-siap. Sebab Yang Berhormat tidak bagi, Yang Berhormat tidak pernah turun padang, Yang Berhormat datang jadi hebat dalam Parlimen sahaja.
Di kawasan Yang Berhormat tidak ada. Saya bagi, bagi kad siap. Kalau rosak, ini tempatnya. Hubungi cepat-cepat, boleh diganti. Itu patut kita buat. Yang Berhormat tidak turun padang. Yang Berhormat semua hebat dalam Parlimen. Tengok lah mana Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lawyers semua? Pagi-pagi kena pergi check makanan di mahkamah. Petang datang. Tidak salah, betul tetapi saya hendak beritahu satu contoh yang terbaik.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Apa salahnya? Apa salahnya?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey, tidak ada salah. Saya bagi contoh. Duduk, duduk.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Itu halal, itu halal.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya bagi lagi contoh semalam ...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
‘Thambi’ hendak masuk ini.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apa. Saya bagi – saya cakap tadi...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Saya tengok dia berdebat tadi, itu yang saya masuk itu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini dengan fakta. Saya hendak beritahu, semalam seorang wanita yang berumur 56 tahun, ini gambarnya [Sambil menunjukkan sekeping gambar] , berasal alamat No. 722, Lorong Kampung Sentosa 1/8, Taman Seri Sentosa, Lunas, Kedah di bawah Parlimen Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai ini seorang lawyer yang hebat. Minta maaflah dia tidak ada. How I wish, dengan izin dia ada di sini. Saya hendak tanya dia. Kalau datang ke dalam Dewan yang mulia ini kalau bercerita pasal undang-undang, dia lah yang paling hebat sehingga kena halau sekali.
Akan tetapi Puan Norihan binti Abd Ghani ini telah ditahan pada bulan April. Beliau belum menjadi wakil rakyat. Beliau telah ditahan di Pusat Tahanan Karimun, Tanjung Balai, Riau, Indonesia. Disyaki memperdagangkan manusia. Tidak betul. Ini dituduh sahaja. Akan tetapi anaknya ada lima orang. Dia ada lima pengundi yang mengundi di Padang Serai.
Pengundi dia, lima orang anaknya.
Seorang Ahli
Pengundi siapa?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pengundi Padang Serai, tidak ada. Saya tanya hati ke hati, itu sebab mereka beritahu saya. Ditahan, telah pergi berjumpa ke pejabat, batang hidung pun tidak nampak. Telefon tidak jawab. Akhirnya siapa yang menjadi penyelamat? Ahli Parlimen Baling yang pergi selamat.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Barisan Nasional.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Sudahlah. Selalu angkat bakul sendiri.
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Angkat bakul sendiri.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Maknanya – mestilah. [Dewan riuh].
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Betulkah ini, betulkah ini?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Habis, hendak beri Yang Berhormat Kapar angkat? ‘Poodah!’
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Bakul yang terlalu besar, bakul yang paling besar di Malaysia, di Baling Tuan Yang di-Pertua
[Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ada banyak kes BN tidak buat, kita buat pun ada.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak beritahu - ya, sebab apa? Kena beritahu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Bakul yang paling besar, paling besar. Bakul tidak muat, sudah gemuk dah. Sudah terlalu gemuk. Dahulu kurus sahaja.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak beritahu [Dewan riuh] Itulah, bila kita cakap yang betul, mereka tidak boleh terima. Panas, panas sebab kerja tidak tahu buat.
[Tepuk] Datang Parlimen, keluar televisyen, keluar surat khabar, itu yang tahu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Barisan Nasional, dia seorang sahaja yang buat kerja. Yang lain tidak buat kerja. Dia seorang sahaja.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini terang ...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Mengajar dunia, mengajar Malaysia dia satu-satunya UMNO. Boleh tukar, boleh tukar.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terang, nyata dan jelas Kerajaan Barisan Nasional yang menjadi penyelamat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kerusi hadapan bagi dia.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Maksudnya, this is no one, many of this. Sekejap, saya tengah habis, sekejap. Maknanya, ini saya bagi salah satu contoh, salah satu contoh. Saya juga hendak beritahu satu lagi contoh. Tidak apa, saya banyak contoh. Tiga hari sudah, seorang - sekejap, jangan ganggu saya. Seorang pegawai bank ditembak dalam Ambank USJ 11 yang mana Yang Berhormat Puchong beritahu, dia kata kawasan dia. Semasa hari yang sama beliau beritahu, “Kawasan saya Putra Heights ini ada kes rogol dan sebagainya, macam-macam lah”. Bila meninggal kena tembak, dibawa pergi ke Hospital Serdang. Oleh kerana ada masalah forensik dan sebagainya, lambat hendak post-mortem. Ahli Parlimen Serdang pun tidak pergi Hospital Serdang. Ahli Parlimen Puchong pun tidak pergi. Ahli Parlimen Barisan Nasional mewakili Perdana Menteri pergi bagi.
[Tepuk] Bagi sumbangan dan ...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Yang Berhormat Baling juga, Yang Berhormat Baling juga. One man show. Barisan Nasional tidak boleh. Tukar tempat. Esok Perdana Menteri turun, itu Perdana Menteri [Merujuk kepada Yang Berhormat Baling] .
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Maknanya, itu kawasan Serdang.
Kawasan Serdang, wakil Perdana Menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Ini Perdana Menteri. Yang Berhormat Baling all for one.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kawasan Serdang, kawasan Puchong semua tidak pergi. Malu! Pergi hantar bantuan dekat ...
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Baling jangan baling ...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Di Bukit Mertajam, di Bukit Mertajam ada ...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu. Maknanya, maknanya ...
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
30 lebih keluarga kena halau. Hendak minta Yang Berhormat Baling tolong.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak ada, tidak ada. Kalau hendak seribu daya
[Dewan riuh]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Ketua kampung lebih - UMNO minta tolong ...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, kalau penjenayah kena tembak, mereka lah orang pertama datang. Bawa tunggu depan IPK jumpa keluarga semua. Jangan takut, kita akan uruskan dan sebagainya. Akan tetapi bila orang mati dianiayai, sakit dan sebagainya, tidak peduli! Inilah dia pembangkang.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, kalau datang dalam Parlimen...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Itu fitnah! Itu fitnah!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Dewan yang mulia ini, bercakap bagaikan hendak runtuh bangunan tapi sebenarnya tidak ada.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sudah cukup masa Tuan Yang di-Pertua.
Sudah cukup masa dah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi Tuan Yang di-Pertua, okeylah, saya bagi Yang Berhormat Shah Alam, tidak apa. Saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya pun hairan, tadi dia kata do not be petty tetapi tengok ucapan dia, very petty.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kita pun malaslah hendak cerita semua lawatan yang kita buat, tiap-tiap hari pun ada kita buat lawatan. Tidak perlu kita hendak ceritalah tapi pokoknya beginilah. Kalau betullah rakyat ini betul-betul sokong Barisan Nasional, saya hendak minta Yang Berhormat Baling tolong ceritakan kenapa jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat bertambah daripada 82 menjadi 89? Kenapa undi rakyat, undi popular rakyat bertambah sehingga undi yang kita peroleh daripada rakyat adalah sebanyak 52%? Sedangkan undi yang dapat pada Barisan Nasional 47%, termasuk undi yang 40,000 Bangla itu.
[Tepuk] [Ketawa] Macam mana boleh dapat hanya 47% undi rakyat sedangkan tiap-tiap hari, tiap- tiap minit, tiap-tiap saat, tiap-tiap jam dalam televisyen membohongi rakyat dan tidak benarkan Ahli Parlimen ataupun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat keluar dalam televisyen? Televisyen dikuasai oleh UMNO Barisan Nasional. Dalam keadaan media massa dikuasai oleh Barisan Nasional sekalipun, kita dapat bertambah Kerusi Parlimen bagi Pakatan Rakyat.
[Tepuk] Kita dapat tambah undi popular bagi Pakatan Rakyat. Kalau padang yang rata, sudah lama dah UMNO Barisan Nasional sudah jatuh dan Pakatan Rakyat yang memerintah negara Malaysia.
[Tepuk] Jadi, janganlah hendak tunjuk hero!
Orang semua tahu! Tengok bajet pun orang sudah tahu!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Tepuk tangan] Syabas! Syabas dan tahniahlah!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih prihatin. Tanpa adanya televisyen!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Okey, cukup-cukup. Bagi betis hendak ketiak. Duduk, duduk, duduk. Cukup, cukup.
Datuk Nur Jazlan bin Mohamed - Pulai
Takbur! Cakap takbur!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tanpa adanya radio! Di Selangor bertambah kerusi kita!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Oh! Syabas.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Daripada 36, menjadi 48! Kita ada 2/3 walaupun Yang Berhormat Tanjong Karang siang malam...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kena heart attack nanti, duduk, duduk. Kena serangan jantung nanti, duduk, duduk. Relaks, relaks. Awak tu sudah tua.
Duduk, duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau kena serangan jantung orang BN! Bukan orang PR!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, saya harap saya diberi - Tuan Yang di-Pertua, saya harap masa saya ditambah sebab saya bagi sikit, dia orang ini semua bagi betis hendak ketiak. Ini, kepada rakan-rakan belah sana, Yang Berhormat-Yang Berhormat. ‘Kalau-kalau’ tidak mainlah. ‘Kalau, kalau’, hendak menang ‘kalau’. Ini ‘kalau-kalau’ tidak adalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Eh! 89 kerusi bukan ‘kalau’ lah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Menang tetap menang, kalah tetap kalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dapat 52% undi popular bukan ‘kalau’ lah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jangan ‘dok’ cerita popular atau tidak popular. Kalah tetap kalah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu hakikat. Ya, kalah kerana kamu menipu...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kita sudah menang! Jangan menidakkan, duduk!
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Eh! Yang Berhormat Baling, baliklah!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Kerana tidak buat pilihan raya ikut undi rakyat. Mana ada kerajaan dalam sistem demokrasi dapat 47% undi rakyat...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini apa ini, peraturan mana ini?
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak malu! Muka tidak malu!
Kerajaan minoriti! Datang ke Parlimen hendak cuba berlagak.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Allahu Akbar. Takbir! Allahu Akbar, Allahu Akbar.
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Nampak sangat, nampak sangat tidak matang politik Yang Berhormat Shah Alam ini. Tidak matang. Cakap macam hendak bergaduh, hendak perang, macam kapal hendak karam. Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Itu pasal mike padam. Kalau mike tidak padam, aku tidak perlu hendak cakap kuat.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Baling.
Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Baling bagi saya jalan. Yang Berhormat Baling, hendak cakap undi popular apa Yang Berhormat Baling? DAP, dalam pemilihan DAP baru ini, yang popularnya bukan Yang Berhormat Bagan, yang popularnya Yang Berhormat Kluang. Sepatutnya Yang Berhormat Kluanglah jadi Setiausaha Agung, bukan Yang Berhormat Bagan. Tidak pakai pun! Undi popular apa?
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ini Yang Berhormat Sembrong tidak dapat undi popular! Yang Berhormat Sembrong tidak dapat undi popular! Mukhriz dapat tetapi Yang Berhormat Sembrong menang.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apalah. Terima kasihlah.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Hah! Tidak faham jangan cakaplah. [Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Hah! Macam mana?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak relevan, tidak relevan.
Sekarang ini...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Cakap dengan Yang Berhormat Sembrong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat sekalian, cukuplah. Sudah, semua sudah bangun kan? Semua sudah bangun bersemangat. Hah! Sila Yang Berhormat Baling.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terus boleh...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah Yang Berhormat Shah Alam. Cukup. Yang Berhormat Shah Alam sudah berjaya dah. Yang Berhormat Shah Alam sudah berjaya membangunkan semua orang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Tidak ada dalam Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Shah Alam. Ya, sila.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Syabas dan tahniah. Tadi kawan-kawan sebelah sana semua mengantuk hendak tidur. Saya tengok ustaz-ustaz semua mengantuk sudah tadi tetapi nasib baiklah Yang Berhormat Shah Alam sudah kejutkan semua daripada tidur. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia sedar pun dia punya ucapan boring sampai orang tidur.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bila kita cakap betul...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Aku hendak cakap, takut dia malu tetapi dia sudah mengaku sendiri, apa aku hendak kata. Dia sendiri mengaku, fahamlah sendiri.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hidup Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Beberapa Ahli
Gulung, gulunglah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak payah gulunglah, saya ada banyak benda hendak cakap lagi. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok secara keseluruhannya, bajet yang dibahaskan, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, begitu realistik. Dalam konteks rural business challenge yang mana merangkumi keseluruhannya daripada sudut untuk rakyat di kawasan luar bandar yang hampir 8 juta rakyat dibela, daripada sudut pertaniannya, pelancongannya, daripada sudut pembangunan modal insan, anak-anak Orang Aslinya, anak-anak orang Siam, ini menyeluruh.
Jadi, tidak perlulah ada hendak dibangkitkan tadi, “Oh! Kenapa tidak terima kasih kepada orang Melayu? Tidak terima kasih kepada orang Cina? Hendak terima kasih kepada orang India”. Tidak, tidak timbul. Tidak payah hendak mempolitikkan. Itu bagi diri saya, itu satu politik, polemik murahan, yang mana hendak sebut, hendak sentuh, *“Oh!
Terima kasih”*. Dulu waktu Perak di bawah Kerajaan DAP dahulu, dia hendak bagi 999 tahun. Betul Yang Berhormat Lenggong?...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Betul, betul, betul!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hendak bagi 999 tahun, itu satu cerita dongeng yang hendak beri. Oh! Tadi cerita pasal kampung Melayu, Kampung Baru, the new village, tidak payah. Kalau kita tengok pada hari ini, yang mana...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat, kenapa Yang Berhormat kata itu cerita dongeng? Kenapa pula cerita dongeng? Memang kita hendak bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apa, tidak apa. Sebab tidak jadi realiti.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Memang Perak hendak bagi pada masa itu.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sebab, sebab, sebab...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Bukan kita main-main, kita betul-betul hendak bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dengar, dengar, dengar. Okey, okey. Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat kekal di negeri Perak, memang kita sudah bagi. Kalau kita jadi kerajaan sekarang, kita sudah bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sebab Yang Berhormat bermesyuarat di bawah pokok. Macam mana hendak bagi kelulusan 999 tahun, mana boleh rakyat percaya. 999 tahun, Mesyuarat di bawah pokok.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya hendak tanya, kenapa?
Kenapa? Apa salahnya mesyuarat di bawah pokok?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Astaghfirullah al azim. Tidak ada dalam sejarah dunia mesyuarat bawah pokok.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Apa salahnya mesyuarat bawah pokok? Mana ada undang-undang kata tidak boleh buat mesyuarat bawah pokok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu Gajah. Peraturan, peraturan. Yang Berhormat Batu Gajah, peraturan ya.
Sila duduk. Sila Yang Berhormat Baling teruskan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, kalau mesyuarat pun di bawah pokok, lepas itu hendak bagi 999 tahun kan? Bawah pokok ini tempat orang sembahyang sahaja Tuan Yang di-Pertua, ini buat mesyuarat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di-Pertua, ini saya pun tidak faham. Tidak apa, tidak apa, saya hendak habiskan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Kenapa, kenapa Perak tidak boleh bagi? Undang-undang mana kata tidak boleh bagi?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Kerajaan negeri ada kuasa hendak bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tidak apalah, saya tidak mahu dengarlah. ‘Kalau, kalau, kalau, kalau’ ini, tidak mahu ‘kalau’ lah. ‘Kalau’ sudah kalah!
Sekarang ini Barisan Nasional yang memerintah bukannya DAP.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat kata kita, kita bukannya tipu.
Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
‘Kalau, kalau’, itu tidak ada kalaulah!
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ini bukan tipu, ini realiti. Kita hendak bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kita politik hari ini realiti, bukan politik ‘kalau’ lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Ipoh Timur. Duduk, duduk.
Dia kalau ikut peraturan, tengok Peraturan Mesyuarat 37. Kalau betul mencelah, yang sedang berucap itu benarkan, boleh kita celah. Sila, sila Yang Berhormat Baling.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Suruh dia tukar isu.
Seorang Ahli
Sudahlah, balik [Ketawa]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya pun tidak tahu kenapa saya apabila rakan-rakan sana berhujah saya tidak pernah kacau, tetapi apabila saya hendak berhujah semua minat. Adakah minat sangat dengan saya ini? Kalau minat kita jumpa dekat kedai kopi sekejap lagi.
Tuan Yang di-Pertua, masalah sosial, ini adalah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius oleh kerajaan. Kalau kita lihat pada hari ini, kita kena harus ambil langkah yang lebih berkesan. Apa yang dikhuatiri pada hari ini, adalah barah yang mana boleh menghancurkan kesejahteraan, keharmonian negara. Selain dadah, masalah yang lain dilihat semakin serius adalah ketagihan air ketum. Saya melihat banyak kali rakan- rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional telah mengutarakan berkaitan dengan air ketum.
Mungkin ada yang merasakan isu ini adalah merupakan satu isu yang kecil. Namun semakin hari semakin banyak aduan dan rungutan yang diterima, diperlihatkan perlunya langkah pencegahan yang lebih awal.
Pihak saya dimaklumkan disebabkan isu ini juga permasalahan sosial semakin menunjukkan peningkatan, malah ada di kalangan remaja yang masih bersekolah turut terpengaruh dengan budaya ini. Justeru, saya memohon kepada kementerian iaitu kementerian berkaitan khususnya memberikan kewangan, berikan satu bajet disebabkan ketagihan daun ketum ini, ramai di kalangan mereka dikatakan mula berjinak dengan najis dadah.
Jadi apa yang saya hendak simpulkan di sini pembangunan modal insan. Saya mendengar taklimat, kali ini dalam konteks pembangunan modal insan. Banyak peruntukan- peruntukan yang telah diperuntukkan. Contohnya latihan kemahiran, pelbagai program modul telah disempurnakan dan telah disiapsiagakan, melaksanakan kaedah latihan dua syif di IKBN RM200 juta. Dana HR atau HRDF atau Human Resources Development Fund RM400 juta, melaksanakan fleksibel works arrangement iaitu kos latihan untuk konsultan.
Saya merasakan hari ini saya pernah berdepan, menjaga dengan ‘mat-mat rempit’.
Kalau kita boleh memberi peluang kedua dan banyak penambahbaikan modul dan memberikan dana, saya yakin dan percaya apa yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuhkan pengurusan fiskal dan juga modal insan, mempergiatkan pembangunan bandar dan luar bandar dan menyejahterakan kehidupan rakyat dapat kita laksanakan dengan jaya dan baiknya.
Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih, kerana kalau kita lihat bantuan BR1M ini akan ditambah dan tidak pernah dalam dunia insurans, kita belikan kepada rakyat. Maknanya RM50 insurans takaful yang diberikan dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kita tambah hari ini, kalau ada kematian kepada break minor, dengan izin, iaitu ketua seisi keluarga tersebut boleh dapat RM30,000. Ini sekali gus dapat meringankan beban rakyat.
Jadi saya harap dengan semua program-program khususnya di kawasan luar bandar, saya berharap sangat ia dapat dilaksanakan. Saya di kesempatan ini Tuan Yang di- Pertua, selain daripada ini saya ingin mencadangkan kepada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membanyakkan lagi aktiviti-aktiviti di surau dan di masjid. Antaranya ialah menghidupkan program usrah, ceramah agama, forum dan sebagainya. Ini sekali gus mewujudkan masyarakat yang seimbang, mempunyai modal insan yang tinggi selari dengan aspek duniawi dan ukhrawi. Contoh konsep Umran al-basyari iaitu pembangunan manusia seperti yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun iaitu dengan menekankan pembangunan yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang.
Kalau kita tengok, apa salah dan kiranya kalau kita boleh mengembangkan, kita boleh membuat bayaran untuk elektrik surau-surau, masjid-masjid dan bil air. Ini boleh memberi peluang kepada anak muda untuk mengimarahkan masjid, untuk kita mengajak anak-anak muda untuk melibatkan diri. Saya yakin dan percaya, Kerajaan Barisan Nasional
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, mampu melaksanakan kerana Kerajaan Barisan Nasional mendahulukan rakyat, yang mendengar denyutan nadi rakyat di peringkat akar umbi. Bukan retorik, omongan kosong, auta seperti pelbagai pihak nyatakan. Tadi kita dengar banyak yang bercakap bukan fakta, kebanyakannya adalah auta. Jadi hari ini Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dengan sejujur-jujurnya.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Baling?
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Boleh tanya sekejap lagi tidak selepas sudah duduk?
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak, pasal bil tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar Yang Berhormat Baling sebut tadi berkaitan dengan bil, bil elektrik di premis-premis ibadah ini seperti masjid, surau dan sebagainya. Saya difahamkan bil-bil berkenaan dikategorikan sebagai bangunan komersial, so menyebabkan ia mahal. Jadi cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Baling tadi.
Saya harap kerajaan mengkaji ini, supaya jangan bil-bil di surau dan masjid dikategorikan sebagai bangunan komersial. Kalau boleh atas kerajaan bertanggungjawab beri serendah mungkin. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya masukkan dalam ucapan saya. Saya setuju sangat sebab memang saya mencadangkan agar untuk dibayarkan bil air dan bil api itu bagus, kerana kita boleh buat pendekatan yang luar biasa.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib telah meletakkan banyak usaha dalam membina dan melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu, malah pendidikan juga telah dijadikan sebagai salah satu agenda utama negara. Hal ini disebabkan pemimpin Barisan Nasional menyedari bahawa bidang ini adalah merupakan prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan membangunkan rakyat yang sejahtera. Malah ketika Nabi Muhammad SAW hendak diangkat menjadi Rasul, ayat pertama yang diturunkan kepadanya adalah Iqra’ yang bermaksud bacalah. Ia secara langsung menunjukkan betapa Islam mengutamakan ilmu.
Jadi pendedahan pendidikan, masyarakat yang berjaya, berasal daripada masyarakat yang cintakan ilmu. Bagaimana ingin melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu sekiranya tiada institusi yang memangkinkannya sebagai satu perpustakaan. Jadi kesempatan ini, saya ada banyak lagi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dia orang sudah ambil masa saya tadi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua baru masuk, tadi saya punya masa 20 minit, layan Yang Berhormat Shah Alam, layan Yang Berhormat Sepang itu sudah habis. Jadi saya hendak minta sedikit masa tambahan.
Bertitik tolak daripada itu, saya memohon agar diwujudkan satu perpustakaan daerah khususnya di Baling. Oleh kerana Baling amat signifikan kerana kes Chin Peng, perbincangan Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng iaitu bapa komunis. Ini bukan hendak iktiraf. Mereka ini yang iktiraf, dia pejuang. Sebenarnya dia bapa pengganas komunis. Rakyat, anak muda khususnya golongan Y ini dia kena tahu. Dalam lipatan sejarah kita, semasa saya bersekolah dahulu ada. Sekarang ini saya tidak tahu modul itu ada atau tidak. Jadi dengan wujudnya satu perpustakaan dan juga sebuah muzium.
Saya hendak menceritakan sedikit, saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua.
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua pun sudah hendak suruh saya gulung, saya gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak ceritakan berkaitan dengan pengkhianat. Perbincangan dan perjanjian yang dimeterai pada 28 Disember dan 29 Disember 1955. Ramai di antara kita belum lahir lagi pada tarikh tersebut. Yang Berhormat Sepang lagi tidak adalah. Saya hendak menyatakan betapa ikhlas dan jujurnya
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
pejuang, pemimpin Barisan Nasional. Almarhum Tunku Abdul Rahman telah membuat perbincangan pada tanggal 28 Disember dan 29 Disember 1955. Di mana dua hari tidak ada kata muafakat, sepakat, tidak boleh selesai. Mereka dalam perbincangan di Sekolah Tunku Putra di Baling, yang mana saya hendak minta jadikan perpustakaan dan muzium.
Ini amat signifikan dan relevan sekali. Apa yang berlaku pada hari tersebut? Hari terakhir sahabat-sahabat Yang Berhormat daripada pembangkang kena tahu.
Almarhum Tunku Abdul Rahman - sebab saya bercakap ini saya berjumpa yang masih hidup lagi. Pegawai polis masih hidup lagi di situ, saya berjumpa. Almarhum Tunku Abdul Rahman telah menyatakan bahawa wahai askar, polis hantarkan Chin Peng dengan Rashid Maidin, nama dia Rashid Maidin, kan? Hantar masuk sampai dalam hutan, bagi dia lima jam hilang barulah kita jejak dia, cari dia. Kalau kita pemimpin UMNO dan Barisan Nasional waktu itu tidak memegang kepada janji, apa susah? Dalam perjalanan semua tembak matilah Chin Peng, tidak payah tunggu sampai 15 September baru hendak mati, tahun ini. Sudah lama mati. Ini membuktikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang begitu pegang kepada segala janji dan janji ditepati. Ini yang kita hendak. Jadi pada hari ini pembentangan bajet yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sudah semestinya bersandarkan segala janji ditepati.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, tidak perlulah rakan-rakan daripada pembangkang hendak menjadikan isu, sampai hendak tanya “Netbook bagi 2,000, 1,000 rosak”. Mana orang tanya soalan itu? Itu yang saya maksudkan too petty, tidak payah. Kalau rosak, kita tukar. Kalau kita boleh beli lembu, takkan tali tidak boleh beli. Kita beli, kita beri sejuta netbook. Ya, boleh beli tali lembu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jangan hendak kaitkanlah Yang Berhormat Kapar. Itu semua politik kampung punyalah, janganlah Yang Berhormat Kapar, cukuplah. Itu pun dahulu Yang Berhormat Kapar, suruh saya bawa balik abu Chin Peng.
Yang Berhormat Kapar pergilah bawa balik. Kenapa hendak suruh saya bawa balik?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis masa Yang Berhormat. Tidak payah bangun Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Siapa Kerajaan Persekutuan Yang Berhormat Baling?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiande
Yang Berhormat Kapar...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Kita bukan Kerajaan Persekutuan.
Jangan lupa diri.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Membebel sahaja lebih...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya malas hendak cakap bahasa ibunda dia, cakap ibunda dia pun dia sudah tidak faham. Saya belajar di Jepun dahulu...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Itu bahasa Tamil. Dekat rumah pun cakap bahasa Tamil, berlagak di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapar.
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Secara keseluruhannya, Bajet 2014 yang dibentangkan minggu dahulu adalah merupakan bukti betapa Kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin dalam mendengar keluh kesah serta meletakkan kepentingan rakyat mendahului segala-galanya. ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Saya turut bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Bajet 2014 yang dibentangkan itu adalah merupakan satu dokumen berevolusi serta merupakan ciri-ciri bajet yang mampu membawa Malaysia bertatih, menapak dan akhirnya kini berlari-lari anak melayari bahtera ke mercu jaya dan kompetitif di persada antarabangsa.
Saya amat optimis dan menyeru kepada semua rakan-rakan, khususnya di blok pembangkang agar mengetepikan agenda peribadi parti, ayuh bersama Kerajaan Barisan Nasional dan menyokong inti pati yang dibentangkan dalam Bajet 2014 demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Kita jangan main politik kosong dalam Dewan yang mulia ini.
Kita datang sini untuk membela rakyat dalam erti kata sebenarnya. Ini kerana dasar-dasar yang digariskan dalam bajet ini adalah langkah pada hala tuju yang betul dan dilihat mampu mengurangkan kebimbangan penarafan agensi kredit mengenai kewangan awam Malaysia. Unjuran defisit bajet yang lebih kecil sebanyak 3.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 4.0% pada 2013, pemansuhan subsidi gula dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mampu untuk menangani isu-isu ini.
Malah, had 55% bagi KDNK yang dikenakan atas hutang awam dan sasaran bajet seimbang menjelang 2020 adalah petunjuk penting untuk memantau prestasi fiskal kerajaan. GST sebagai contoh, adalah merupakan perubahan fiskal yang penting kerana ia akan meluaskan hasil kerajaan daripada kebergantungan kepada hasil minyak dan gas.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Belum habis lagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Izinkan saya membaca dua rangkap pantun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey, boleh.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Andai tersilap tutur bicara, Jemari di susun maaf dipinta. Yang Berhormat Sepang, maafkan Yang Berhormat Sepang.
Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Seputeh, “si anak dara”, Yang Berhormat Seputeh.
[Ketawa] Mana yang baik dijadikan ilmu, Binalah bangsa, bangunkan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selamat petang dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Saya hendak ambil peluang beri sedikit komen tentang Bajet 2014.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Pertama, sebagai wakil rakyat di Wilayah Persekutuan, saya hendak sentuh sedikit tentang struktur Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sampai sekarang saya nampak pentadbiran dan juga tugas-tugas di Kuala Lumpur tidak patut dan tulus. Ini kerana tadi komen politik, ini komen politik.
Di PRU ke-13 di Wilayah Persekutuan, tidak kira di Labuan dan Putrajaya, ada 11 kerusi. Hakikatnya Pakatan Rakyat menang sembilan di antara 11. Kalau ikut contoh, kalau kira negeri sebagai Selangor, Penang, Perak atau Negeri Sembilan sepatutnya Pakatan rakyat sudah jadi kerajaan dan juga jawatan Menteri Besar. Akan tetapi sekarang sembilan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan tidak ada hak dan langsung tidak ada suara.
Contohnya di kawasan saya Wangsa Maju, ada sebuah kampung tradisi Melayu, Kampung Puah Seberang. Ini melibatkan tentang River of Life Project yang bagi estimatenya, keseluruhan satu angka yang besar. Kita dengar komen mungkin hampir RM4 bilion. Yang terlibat hanya jumlah 10.7 kilometer Sungai Gombak termasuk lantik konsultan dari Amerika Syarikat, ajar kita korek sungai. Patut atau tidak?
Kampung Puah Seberang melibatkan 22 ekar dan juga 60 buah keluarga kaum Melayu. Apa sebab? Saya minta Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga pihak JPS, pihak kerajaan hendak ambil semua 22 ekar ini dan tanah ini sekiranya tanah rizab Melayu.
Pampasan yang diberikan oleh kerajaan ialah satu unit kos rendah flat untuk sewa dan juga selepas tolak deposit-deposit air dan api, wang tunai hanya RM602 untuk tanah rizab Melayu. Saya ada peluang runding dengan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan saya harap kalau begitu tulus dan rakyat didahulukan, sepatutnya pihak kerajaan kaji semula tentang pampasan ini.
Nombor dua. Ini bukan komen politik. Dahulu sebagai wakil rakyat Segambut, saya pun ada bahas tentang ini, sistem district officer atau pegawai daerah. Dahulu mungkin 20- an atau 30-an di zaman British. Konsep district officer sudah ditubuhkan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita sudah ubah banyak. Dunia pun sudah ubah banyak.
Sekarang kita ada Viber, Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya tetapi sistem masih 80 tahun. Kalau kira satu syarikat yang buat business, minta maaf bahasa Tamil kata “sudah pochi” sebab apa, sistem tidak berubah tetapi sekarang setiap DO – saya masih ingat, beberapa penggal dahulu Ahli Yang Berhormat Larut UMNO berdiri di Dewan dan jerit. Tahu atau tidak, dia kata “DO di Larut mempengerusikan 265 ahli jawatankuasa.” Kalau DO di Larut atau di mana-mana sangat kerja keras dan rajin, macam mana boleh selesai kerja dia? Ini langsung tidak sesuai sebab sekarang Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ada banyak pihak berkuasa tempatan. Patutnya cadangan saya ialah patut pentadbiran pegawai daerah (DO) patut dirombak dan juga asingkan tugas hal-hal tanah kepada satu badan lain.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, subsidi sugar. Tadi saya ada peluang berdiri semasa ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh. Subsidi sugar. Pihak kerajaan menarik balik subsidi sebanyak 34 sen dan hasratnya ialah mengurangkan kes kencing manis. Akan tetapi kencing manis atau penyakit diabetes ialah kiranya satu lifestyle disease. Kencing manis ada dua jenis. Type 1 kita panggil- in medical terms: insulin-dependent; dan type 2. maturity onset; dan juga satu konsep ialah glycemic index. Glycemic index makanan seperti jagung, nasi, buah-buahan manis, mi dan mihun sangat tinggi. Patutnya panggil Kementerian Kesihatan fokus lebih lain-lain perkara yang sangat penting juga seperti kurangkan berat badan, buat exercise dan juga kurangkan makanan yang glycemic index yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit tentang FELDA. Dahulu...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
FELDA...
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Kawan bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah.
Maaf.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat ada sebut berkaitan dengan penarikan ataupun pengurangan subsidi gula.
Dalam kata lain menaikkan harga gula sebanyak 34 sen. Saya rasa agak kecewa kerana subsidi gula dikurangkan dengan serta-merta. Pada hari Jumaat pembentangan bajet dibuat, hari esok semua kedai sudah menaikkan harga gula. Sedarkah Yang Berhormat bahawa minggu hadapan ataupun pada hari Sabtu yang akan datang adalah sambutan Deepavali. Dalam masa kita hendak menyambut Deepavali ini, Perdana Menteri telah mengurangkan subsidi gula dan ini akan membebankan masyarakat India terutamanya daripada golongan miskin.
Saya tidak tahulah pada hari itu dia mengucapkan terima kasih dalam bahasa Tamil. Dia kata ‘nandri’. Itu betul-betul dia ikhlas mengucapkan ‘nandri’ ataupun dia bergurau ataupun auta ataupun dia perli masyarakat India. Saya tidak tahu, sebab pada hari yang sama dia tidak memikirkan tentang satu perayaan yang akan kita sambut seminggu daripada tarikh pembentangan bajet itu. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkara ini?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih. Ya, sila.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Wangsa Maju menyebut mengenai kenaikan ataupun penghapusan atau pengurangan subsidi gula ini menyebabkan harga gula naik. Kalau kita ingat dulu-dulu, orang tua-tua kita dulu sebut kepada budak-budak, jangan banyak makan gula-gula, nanti rosak gigi. Akan tetapi hari ini Perdana Menteri kata, naikkan harga gula kerana takut kena kencing manis. Adakah itu lebih kurang sama? Minta pandangan.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih atas komen. Ya, betul ada kaitan tentang penyakit gigi dengan makanan atau minuman gula yang tinggi.
Ahli Yang Berhormat, tentang kurangkan subsidi serta-merta, ini memang betul. Ini kerana gula bukan sahaja di dalam minuman tetapi dalam kek, roti, jeli, kuih-kuih Melayu dan kuih-kuih India. Saya harap orang yang buat business termasuk kedai mamak tidak guna peluang ini untuk menaikkan harga, mungkin lebih 10% hingga 20%. Terima kasih.
Balik ucapan saya tentang FELDA. Dulu sebagai Timbalan Menteri yang jaga FELDA, dulu FELDA satu organisasi yang terbaik di dunia. Semua orang pun akui. Di bawah pengerusi Tan Sri Raja Alias. Pada tahun 2001, bila saya berdiri di Dewan Rakyat, saya sebut aset FELDA pada masa itu iaitu tahun 2001, sebanyak RM7 bilion. Wang tunai, cash reserved di FELDA pada masa itu sebanyak RM4.5 bilion. Pada masa itu, dengar baik-baik Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional, pada masa itu, pinjaman ‘yee-lek’. Kosong. Apa sebab? Tahun 2001 sampai sekarang, bila kalau kiranya harga kelapa sawit sangat tinggi sampai RM4,000 satu tan CPO, kiranya industri expert kata, FELDA dengan keluasan estet-estet FELDA Plantation, patutnya untung minimum setahun sebanyak RM2 bilion. Apa sebab sekarang FELDA tidak ada wang dan terpaksa pinjam atau curi sebanyak RM6.5 bilion dari KWSP? Saya hendak minta pihak kerajaan jawab soalan ini.
Pertama, lain syarikat yang buat pelaburan kelapa sawit untung banyak dan juga KWSP punya wang bukan kerajaan punya wang. Itu rakyat punya wang. Tidak boleh buat begitu. Ahli Yang Berhormat, pandangan saya adalah apa jadi? Pada tahun 2005, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri yang jaga FELDA dan beliau melantik Tan Sri Isa sebagai Pengerusi FELDA. Itu mulanya apa yang jadi kerosakan FELDA.
Pertama, saya hendak minta Menteri yang jaga FELDA. Apa sebab perlu pinjam sebanyak RM4.5 bilion dari KWSP? Kedua, IRIS Technologies, baru-baru ini kita dapat makluman FELDA guna lebih kurang RM100 juta untuk membeli shares IRIS Technologies yang ikut pandangan saya satu company iaitu IRIS Technologies yang tidak boleh pakai.
Apa sebab saya cakap tidak boleh pakai? Pada bulan Mac, saya keluar negeri dan bila saya guna lorong automatik di KLIA, satu stiker besar IRIS Technologies. Bila saya masukkan saya punya pasport, satu kali cuba, dua kali cuba, tiga kali cuba, tidak boleh buka. So, saya pergi lorong manual. Sebab itu saya ada pengalaman sendiri. IRIS Technologies tidak boleh pakai.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Ketiga, Ahli Yang Berhormat Bagan pun ada sentuh mengenai perkara ini.
Pelaburan satu service apartment atau hotel di London. Harganya valuation dulu top end ialah GBP81 juta.
Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Sekarang FELDA beli dengan harga 100 juta pound sterling. Apa sebab bayar 20% atas harga valuation dan juga bagaimana atas pembelian itu service apartment di London boleh bantu kesusahan peneroka. Patutnya latar belakang FELDA Resort yang jaga hotel-hotel ialah dahulu hanya di Port Dickson, Terkam di Pahang, Trolak di Perak dan Sahabat di Lahad Datu dan juga lima tahun dahulu siap satu hotel di Kuala Terengganu. Itu business kecil. Sampai sekarang kita pun hairan dengan berita ini dengan lonjakan seperti ambil business hotel di London dan semua pakar yang buat business hotel akui hotel business bukan senang dan return of investment (ROI) di hotel di mana-mana bukan cepat.
So saya harap Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan ambil berat komen-komen saya dan kita semua berhasrat hendak tubuh 1Malaysia yang lebih telus dan lebih baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Baru hendak celah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis sudah Yang Berhormat. Sudah tidak ada hendak berucap? Yang Berhormat Sekijang sudah berucap tadi? Tidak? Dia hendak mencelah. Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dahului ucapan perbahasan saya dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2014 yang begitu baik dan menyentuh semua lapisan masyarakat. Bajet yang sebelum ini tidak menyentuh kumpulan-kumpulan tertentu, kali ini diberi sentuhan dan yang lebih baik ialah apabila bajet ini sebenarnya ialah satu bajet yang memenuhi janji yang dikemukakan oleh kerajaan sewaktu pilihan raya yang lalu.
Ini menetapi slogan kerajaan yang selama ini disebut-sebut oleh kerajaan dan sebab itu bagi pihak rakyat di kawasan Parlimen Lenggong saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kemampuan dan keupayaan kerajaan membentangkan satu bajet walaupun kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi di peringkat global agak muram dengan begitu perlahan pertumbuhannya 2.9% tetapi dengan kecekapan dan keupayaan kerajaan kita, kalau kita lihat separuh pertama tahun ini sahaja Yang Berhormat Kota Melaka, Kerajaan Barisan Nasional mampu untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Ini satu pencapaian yang cukup baik berbanding dengan kebanyakan negara-negara lain.
Oleh sebab itulah, dalam bajet ini kerajaan mampu untuk mengemukakan satu bajet yang bermatlamat untuk memperteguh ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan janji. Maknanya dalam ketika kerajaan untuk memenuhi segala keperluan, menyelesaikan isu dan masalah rakyat, menyelesaikan dan memberi pelbagai inisiatif kepada rakyat, kerajaan terus mampu untuk meletakkan ekonomi negara pada landasan yang baik bagi kita mencapai status sebuah negara maju yang tidak berapa lama lagi. Oleh sebab itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas.
Selain daripada itu, kita dapat lihat juga apabila dalam bajet dan perkembangan ekonomi ketika ini juga kita lihat pelaburan langsung asing yang berlaku dalam negara kita begitu baik sekali dan ini juga mencerminkan keupayaan kerajaan melakukan pelbagai pendekatan yang terbaik dan meningkatkan keyakinan pihak pelabur dalam negara kita.
Oleh sebab itu, Yang Berhormat Ipoh Barat saya hendak beritahu kita tengok Pulau Pinang.
Pulau Pinang dahulu kalau di peringkat awal nampak tinggi dari segi pelaburan tetapi kalau kita tengok tahun-tahun berikutnya, kita tengok pada tahun 2010 Pulau Pinang mencatatkan pelaburan langsung asing RM12.24 bilion. Jatuh tahun 2011 kepada RM9.11 bilion.
Akhirnya pada tahun 2012 pelaburan terus merudum jatuh lagi Yang Berhormat Kota Melaka kepada RM2.47 bilion. Penurunan sebanyak 73%. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat Bagan cakap tadi dia retorik sahaja. Ini menunjukkan ketidakupayaan dan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk menyediakan prasarana yang baik, menimbulkan keyakinan yang baik kepada pelabur luar untuk melabur dan hari ini Pulau Pinang jatuh ke
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
tangga enam berbanding negeri-negeri lain walaupun waktu Kerajaan Barisan Nasional menerajui Pulau Pinang, Pulau Pinang antara negeri yang mencatat pelaburan asing yang begitu tinggi. Sebab apa? Oleh sebab ketidakyakinan menjanjikan projek-projek yang tidak relevan hendak buat terowong bawah dasar laut dan sebagainya yang hari ini tidak jalan sampai sekarang. Oleh sebab itu, saya yakin apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ini cukup baik dan saya percaya jika kita terus memberi sokongan dan terus mampu untuk melakukan penambahbaikan saya yakin kita terus akan maju jauh ke hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit apabila kerajaan banyak bercakap soal subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam pelbagai perkara. Perbelanjaan subsidi ini tinggi Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya tidak silap kerajaan membelanjakan RM47 bilion bagi pelbagai jenis subsidi termasuk petroleum, barangan makanan, kesihatan, pertanian, perikanan, utiliti, tol serta kebajikan dan sebagainya. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan hari ini sebenarnya ia tidak adil sebahagiannya kerana kalau misalnya subsidi kepada tol. Saya percaya bukan semua rakyat menggunakan tol. Kalau orang kampung saya yang ada di hulu sana tidak kiralah di Parit Sulong, di Lenggong, di Baling termasuklah Kota Melaka kadang-kadang berapa kali dia menggunakan tol di lebuh raya.
Jadi sebab itu saya yakin apabila kerajaan membuat penstrukturan semula pemberian subsidi, maknanya benar-benar menyusun supaya wang subsidi itu benar-benar mengalir kepada rakyat yang sepatutnya kita bantu. Ini kerana Bangladesh, Myanmar yang ada di dalam negara kita juga menggunakan tol. Maknanya dia sepatutnya tidak mendapat nikmat daripada keuntungan dan apa yang hendak kerajaan beri tetapi dia dapat termasuklah gula dan sebagainya. Ini kerana gula di kedai ini, kalau penjual jual gula bersubsidi, penjual bukan tanya you daripada mana, Bangladesh kah? You daripada mana, daripada Thailand? Dia tidak tanya. Dia bagi kesemua. Oleh sebab itu ada orang yang tidak sepatutnya dapat, dapat. Ada yang sepatutnya dapat, tidak dapat.
Oleh sebab itu saya percaya apabila wang subsidi itu diambil oleh kerajaan dan dibelanjakan untuk tujuan yang lain barangkali menambahkan bantuan kebajikan kepada rakyat, menambahkan prasarana pendidikan atau perkara-perkara lain terutama sekali membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Ini lebih adil dan ini lebih menunjukkan kebertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat. Oleh sebab itu, saya amat bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menstrukturkan semula kaedah pemberian subsidi ini yang kerajaan lakukan secara berperingkat supaya yang benar-benar layak dapat menikmati.
Cuma saya harap kerajaan dalam waktu menstrukturkan semula subsidi ini, yang penting ialah kerajaan mesti memberi penjelasan yang baik kepada rakyat supaya rakyat tidak terkeliru dengan apa yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Kepong dan rakan- rakan yang lain yang memutarbelitkan perkara ini. Kebaikan yang dibuat oleh kerajaan kalau diputar belit, ia akan menyebabkan rakyat terkeliru dan tentunya ia akan merugikan rakyat. Oleh sebab itu, saya harap kerajaan menggunakan pelbagai mekanisme apa juga saluran media yang ada sampaikan maklumat mengenai penstrukturan ini dengan betul, dengan baik. Saya percaya rakyat akan terus menyokong...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya tidak tahu dia hendak celah ataupun tidak, sebab tangan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak celah. Terima kasih
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya bagilah. Baru hendak sebut.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pasal saya ikut peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baguslah macam itu Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak boleh main terus pasang mike tetapi nampak gaya Yang Berhormat Lenggong sahaja tidak faham peraturan ini walaupun sudah lama jadi Ahli Parlimen. Tidak apalah saya hendak tanya kepada Yang
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Berhormat Lenggong beginilah. Dia kata kita memutarbelitkan. Apa fakta yang kita putar belitkan?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hakikatnya subsidi ditarik balik. Lalu bila ditarik balik, harga minyak naik, subsidi gula ditarik balik, apa fakta yang kita putar belit? Apa yang memutar belitkan fakta ialah kerajaan kerana mengatakan bahawa dengan penstrukturan semula subsidi, rakyat tidak rasa kesan, ini satu pembohongan. Ini kerana bila dinaikkan harga minyak, tarik balik subsidi minyak, kesannya bukan sekadar kepada orang semasa dia membeli minyak. Akan tetapi semua kos barangan yang lain akan juga kena tempiasnya.
Begitu juga apabila subsidi gula ditarik balik. Lalu bagaimana yang dimaksudkan saya minta Yang Berhormat Lenggong jelaskan. Di mana yang dikatakan memutar belit sedangkan apa yang dinyatakan oleh pihak Pakatan Rakyat adalah fakta kos kehidupan rakyat akan naik. Ini sebenarnya merupakan di antara masalah terutama ekonomi negara dan UMNO, Barisan Nasional dengan tindakan menarik balik subsidi dan ingin mengenakan rejim percukaian GST, mereka tidak menyelesaikan masalah ini. Kita semua tahu hutang isi rumah di antara yang tertinggi. Hampir 80% daripada KDNK. Inilah..
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sudahlah itu, nanti banyak lagi bercakap waktu tadi, cukup-cukup..
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hah! Tidak mengapa. Ini saya hendak tanya. Saya nampak macam Yang Berhormat Lenggong pun tidak ada hendak halang saya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak mengapa, okey,
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Fasal diam diri saja dekat belakang.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya ingatkan dia faham, tetapi dia tidak faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Saya ingat tidak perlulah saya hendak berhenti.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam faham, rupanya dia tidak faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, baik.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Dia mencelah ini sedikit saja Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey, baik saya minta Yang Berhormat Lenggong jelaskan. Terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya rasa tidak payahlah saya jawab di mana Yang Berhormat Shah Alam tanya saya di mana Pakatan Rakyat bohong. Sebenarnya dia tahu dekat mana dia bohong. Tidak perlu saya jawablah, sebab dia pun tahu di mana dia bohong.
[Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang pentingnya saya hendak sebutkan di sini sebab itu saya sebutkan tadi Yang Berhormat Shah Alam, kerajaan mesti secara bersungguh-sungguh untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Kerana apa? Ini kerana penstrukturan semula subsidi ini baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Baik, baik, sekejap, sekejap. Sekejap lagi saya bagi jangan risau. Sebab saya yakin bahawa penstrukturan subsidi yang dibuat oleh kerajaan begitu baik. Cuma saya berharap kementerian yang berkaitan mesti merangka strategi untuk memberi penjelasan terbaik kepada rakyat dan terangkan secara bersungguh-sungguh supaya isu ini tidak diputar belitkan oleh pihak yang berkepentingan termasuklah yang bercakap tadi, termasuklah Yang Berhormat Sepang.
Yang Berhormat Sepang hendak bercakap sekejap lagi saya bagi Yang Berhormat Sepang, supaya isu ini tidak diputarbelitkan. Sila Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya lah pada Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Lenggong. Saya hendak tanya apabila sebelum raya kita berjanji ya, Kerajaan Barisan Nasional berjanji untuk- kalau hendak introduce pun dengan izin, GST, akan hanya kenakan 4%. Selepas pilihan raya, dibentangkan bajet jelas bukan 4% tetapi 6%. Janji juga bantuan BR1M akan dinaikkan sampai RM1,200 sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya tidak sampai RM1,200. Kalau ini bukan bohong, hendak panggil apa ini? Terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab itu saya kata pembangkang ini putar belit Yang Berhormat. Tidak baca habis, dia suka baca sekerat, sekerat. Setengah, setengah, ambil yang untung-untung sahaja. BR1M, kerajaan kata dia akan menaikkan sehingga RM1,200 secara berperingkat. Tahun ini naik, bukan tidak naik Yang Berhormat Sepang, naik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Shah Alam, sekejap lagi saya bagilah. Duduk dulu. Dia naik, kerajaan janji, tunai. Ia naik cuma berperingkat-peringkat sehinggalah nanti sampai ke tahap RM1,200.
Kita ada tempoh lagi GST. GST bukan hendak dilaksanakan sekarang. Ia hendak laksanakan pada April 2015. Kajian sedang dibuat dan tentunya jika kajian-kajian mendapati peratus-peratus tertentu membebankan rakyat, boleh dikurangkan? Ya, tentu akan menjadi pertimbangan.
Sebab Kerajaan Barisan Nasional ini Yang Berhormat Sepang ialah kerajaan yang bertanggungjawab. Dia menunaikan semua janji. Apa yang disebut dalam belanjawan tempoh hari ialah sebahagian besarnya menunaikan janji yang disebut dan diuar-uarkan oleh kerajaan sewaktu pilihan raya tempoh hari...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sekejap Yang Berhormat Sepang, hendak bagi kepada sahabat saya ini Yang Berhormat Shah Alam dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey, terima kasih. Maaf, terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua ya. Maaflah Yang Berhormat Lenggong, saya ingat Yang Berhormat Lenggong ini di antara golongan Melayu yang mudah lupa. Ini kerana sebelum pilihan raya disebut tidak akan dinaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya disebut tidak akan tarik balik lagi subsidi gula dalam jangka masa yang dekat ini. Sebelum pilihan raya disebut, tidak akan laksana GST dan sebelum pilihan raya disebut tahun depan BR1M adalah RM1,200. Ini ialah hakikat, lalu saya rasa cukup jelaslah daripada sini. Hari itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun dia tidak nafi bahawa sudah di janji sebelum pilihan raya bahawa harga minyak tidak akan naik. Ini hakikat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sudah, sudah, okey cukup, cukup.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Lalu bukan kami..
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
...Benda-benda yang sama.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Kami bukan Pakatan Rakyat yang memutar belitkan fakta ataupun menipu. Hakikatnya UMNO, Barisan Nasional yang menipu dan tidak menunaikan janji. Terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak mengapalah Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya beri penjelasan kepada Yang Berhormat Shah Alam ini pun, Yang Berhormat Shah Alam dia bukan percaya. Dia tetap dengan pendiriannya juga.
Biarlah dia hidup dalam dunia dia sendiri tidak payah saya layan, sebut. Saya ingat saya hendak beralih kepada tajuk yang lainlah. Dalam bajet tempoh hari, kerajaan menyebut mengenai kemiskinan- sistem pangkalan data. Hari ini kita lihat bahawa kita banyak bergantung pada sistem eKasih dan pelbagai pemberian bantuan diberikan oleh kerajaan berasaskan kepada sistem ini.
Saya cukup yakin sistem yang dibangunkan oleh kerajaan, oleh ICU ini bukan satu perkara yang senang. Ia sukar untuk dilaksanakan tapi akhirnya kita sudah ada satu sistem
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
yang lebih baik. Walaupun sedemikian saya fikir ia perlu ditambah baik. Kerana apa? Ini kerana kadang-kadang ada rakyat kita yang miskin di luar bandar, dia tidak ada keupayaan hendak akses internet, buat pendaftaran ataupun pegawai-pegawai kita yang dilantik untuk mengenal pasti golongan-golongan miskin ini tidak bertemu dengan kumpulan tersebut sebagainya atau individu tersebut menyebabkan nama individu tidak termasuk dalam sistem eKasih ini. Akhirnya menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa bantuan.
Oleh sebab itu antara isu-isu sebegini perlu diberikan perhatian dan saya juga percaya langkah apabila kerajaan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari untuk mewujudkan sistem pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memastikan tiada pertindihan dalam usaha untuk memastikan tiada juga keciciran pemberian bantuan ini amatlah saya sokong supaya kita harap setiap pemberian bantuan yang disalurkan kepada rakyat tidak berlaku pertindihan, itu yang pertama.
Keduanya biarlah rakyat yang sudah pun menerima bantuan, dia akan mendapat nikmat dan mana-mana golongan yang telah pun diberi banyak bantuan, dia barangkali dia sudah boleh keluar daripada kemiskinan dapat dilakukan dengan sempurna dan saya harap sistem ini dapat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Parit Sulong bangun Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ya, yang berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Lenggong katakan tadi iaitu mengenai pangkalan data eKasih. Saya tengok antara kekangan dalam kekangan yang ada sekarang ini adalah dari segi jumlah pegawai yang cuba mengemas kini dan juga menyelaras pangkalan data itu sendiri. Mungkin boleh kah melalui Yang Berhormat, kita boleh cadangkan supaya lebih ramai lagi pegawai yang boleh ditrain, dengan izin, agar mereka ini boleh turun ke bawah dan juga melihat sendiri disebabkan kekangan inilah, kekurangan pegawai ini lah yang menyebabkan saya tengok ramai yang tidak termasuk dalam pangkalan data eKasih ini. Apakah pendapat Yang Berhormat Lenggong?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya bersetuju sangat dengan pandangan sahabat saya yang berhormat Parit Sulong tadi supaya perkara ini diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan supaya saya sebutkan tadi pemberian bantuan yang memang begitu banyak ini benar-benar diberikan kepada kumpulan dan golongan yang kita hendak kita bantu. Sebab melalui sistem yang ada sekarang misalnya, kita terikat dengan sistem eKasih misalnya. Kadang-kadang kita hendak beri bantuan kepada individu ‘A’, sebenarnya orang di sebelah rumah dia lebih teruk lagi, orang yang susah.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Akan tetapi oleh kerana namanya tidak ada dalam sistem eKasih, dia tidak boleh beri. Kita terikat dengan sistem tersebut. Oleh sebab itu, saya harap isu-isu ini ditambah baik. Ia bukan sahaja saya fikir sistem pangkalan data ini diselaraskan dengan begitu baik tetapi saya harap, kerajaan juga memikirkan untuk menyelaraskan agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam isu ini misalnya JKM, FELCRA, Baitulmal, yayasan-yayasan negeri ataupun program-program AZAM dan sebagainya yang ada di bawah ini diselaraskan daripada segi kaedah hendak dapatkan maklumat, kaedah pemberian supaya tidak berlaku pertindihan ini. Ini isu yang mesti diberikan perhatian dan saya juga lihat bahawa di peringkat daerah misalnya, kita ada jawatankuasa focus group punya, Jawatankuasa Basmi Kemiskinan. Jawatankuasa ini juga saya harap ditambah nilai, diberi peranan misalnya, untuk usaha-usaha pembersihan dan pemutihan.
Golongan yang sudah boleh keluar daripada kemiskinan, dikeluarkan. Jadi beri kuasa lebih sedikit kepada jawatankuasa ini untuk melihat isu-isu ini termasuklah misalnya saya sebutkan tadi, kalau ada individu-individu tertentu, misalnya dia dahulu kaya, tiba-tiba berlaku penceraian. Suami dia kaya, berlaku penceraian. Anak tinggal dengan dia. Dihalau ke sana, tidak boleh duduk rumah lagi. Dia tiba-tiba jadi miskin. Sebelum itu tidak layak terima tetapi sudah bercerai dengan suami, dia jadi miskin. Akan tetapi kita tidak boleh beri sebab nama tidak ada dalam sistem itu. Ini isu-isu yang perlu ditangani.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya harap kerajaan bukan sahaja mewujudkan sistem pangkalan data yang komprehensif tetapi isu-isu di bawah ini. Kesepaduan program, tindakan oleh agensi-agensi yang terlibat di bawah ini mesti diberi perhatian serius supaya apa juga yang hendak kerajaan lakukan, ia benar-benar mencapai sasaran dan tepat. Sebab apa? Kita wakil rakyat Barisan Nasional memang bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu masalah rakyat ini. Kalau Yang Berhormat Batu Gajah tidak apalah, dia duduk di tengah pekan. Dia bukan ada terima- dia balik, dia tidak ada buat kerja apa sebab Majlis Bandaraya Ipoh yang buat kerja. Mahu tengok longkang ini, dia tidak buat apa, dia relaks sahaja. Akan tetapi kita lain. Oleh sebab itu, saya harap perkara-perkara ini diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih sedikit kepada isu pendidikan ini. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sektor ini terus mendapat peruntukan yang besar apabila kerajaan secara berterusan memberikan bantuan yang tinggi termasuklah dalam bajet ini kita lihat, 21% daripada jumlah bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM264.2 bilion itu, sebanyak 54.6 diperuntukkan untuk tujuan meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.
Ini menunjukkan bahawa komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh, yang begitu tinggi Yang Berhormat Batu Gajah, Kerajaan Barisan Nasional ini, tunjuk komitmen yang tinggi kerana kita hendak pergi ke arah negara maju dan mahu memastikan supaya pendidikan ini diberikan tumpuan. Ini kerana kita tahu bahawa untuk mencapai status sebuah negara maju, tidak ada cara lain melainkan kita beri pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Tidak kira, DAP pun kita bantu Yang Berhormat. Di Batu Gajah...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Di Jelutong, banyak dan ramai. Kita tidak ada pilih kasih. Kalau beri bantuan RM100 bantuan persekolahan, orang Jelutong pun banyak dapat...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Lenggong, sekejap.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Termasuklah di Kota Bharu dan sebagainya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sila sahabat saya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lenggong dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang pendidikan, rasa juga Bajet 2014 ini ada elemen untuk mendera komuniti tertentu. Rasanya begitu. Sekarang kita sudah masuk lebih kurang 72 jam selepas bajet didedahkan dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi kalaulah kita menelaah surat khabar-surat khabar vernakular pada hari ini, kita dapati ada sambutan dan juga maklum balas daripada komuniti orang Cina. Nampaknya bajet ini mempunyai elemen untuk mendera kaum Cina kerana tidak menyokong Barisan Nasional.
Itu bukan cakap saya. Itu ialah kutipan saya daripada akhbar-akhbar vernakular, datang daripada pemimpin, datang daripada semua pelosok.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Satu yang diungkit ialah kalau kita bandingkan dengan bajet tahun lepas, jumlah peruntukan untuk sekolah Cina sebanyak RM100 juta.
Akan tetapi untuk kali ini, ia telah dikurangkan sebanyak 50%. Ia sudah jadi turun kepada RM50 juta sahaja. Kalaulah semua kalangan dan semua lapisan persekolahan itu telah diberi peruntukan, kali ini kita dapat Sekolah Agama Rakyat ada juga tetapi satu yang tertinggal. Itu juga saya kutip daripada akhbar vernakular. Apa yang tertinggal ialah sekolah menengah jenis kebangsaan. Jadi apa pandangan saudara saya?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Jelutong, kerajaan memperuntukkan RM54.6 bilion termasuk Perbelanjaan Mengurus. Jangan Yang Berhormat tengok RM50 juta untuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina sahaja. Itu untuk peruntukan fizikal. Gaji guru? Ia ditanggung oleh kerajaan. Gaji kakitangan, walaupun sekolah vernakular, Kerajaan Barisan Nasional tanggung. Maknanya kalau dilihat dari sudut itu, bukan RM50 juta Yang Berhormat. Tinggi dan banyak. Oleh sebab itu tidak adil, andaian...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Andaian ini bukan betul. Ia banyak yang tidak betul sebab saya tetap yakin bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah bangun Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kerajaan memberi perhatian yang sama kepada semua pihak. Ini kerana walaupun sekolah bantuan modal yang pentadbirannya pada pandangan saya bukan di bawah kerajaan tetapi lembaga pengurus tetapi kerajaan tetap memberi bantuan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berilah kepada sahabat saya...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini, dahulu dia pernah bercakap di bawah pokok. Dahulu Yang Berhormat, sewaktu dia jadi Timbalan Speaker Yang Berhormat, degil dia ini. Saya dalam Dewan, orang suruh turun dari atas, dia tidak mahu turun. Kena angkat dengan kerusi Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Bukan Timbalan Speaker, Speaker.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sekarang baik Yang Berhormat. Dahulu, angkat dengan kerusi kena keluar Dewan Yang Berhormat. Sekarang baik dia Yang Berhormat. Saya hendak beri kepada dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Okey, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Seolah-olah Yang Berhormat Lenggong sudah tahu apa saya hendak tanya iaitu soalan saya adalah berkaitan dengan sekolah bantuan modal dan sekolah bantuan penuh. Kenapa di negara kita, kita harus ada dua sistem seperti ini? Kita uar- uarkan 1Malaysia, kita perlu ada satu sistem yang mana semua sekolah dijadikan sekolah bantuan penuh. Kenapa kerajaan masih mahu menganaktirikan beberapa jenis sekolah?
Kalau kita ambil sekolah jenis kebangsaan, kebanyakan daripada sekolah-sekolah jenis kebangsaan itu adalah sekolah bantuan modal. Kenapa sekolah-sekolah bantuan modal ini semuanya tidak diubah, dijadikan sebagai sekolah bantuan penuh?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya bersetuju kalau semuanya jadi bantuan penuh tetapi berilah keseluruhan pentadbirannya kepada kerajaan.
Serahkan semua sekolah bantuan modal itu, pentadbirannya di bawah sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran. Saya ingat, tidak ada masalah. Soalnya hari ini, ia tidak begitu. Itu sebab ada bantuan penuh, bantuan modal. Yang Berhormat bincang dengan semua...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Nanti dahulu Yang Berhormat, sekejap. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, walaupun sekolah bantuan modal, di kawasan saya Yang Berhormat, kerajaan bantu. Yang Berhormat hendak tahu berapa murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kota Lima? Sembilan orang Yang Berhormat. Sembilan orang sahaja tetapi kerajaan beri RM500,000 bina bangunan besar Yang Berhormat. Sembilan orang pelajar sahaja. Itu bukti kerajaan tidak menganaktirikan. Soal pendidikan, saya percaya kalau pentadbiran diserahkan terus kepada kerajaan, kita boleh beri sama.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Boleh tutupkah?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bukan hendak tutup.
Pentadbiran sepenuhnya sebagaimana sekolah kebangsaan. Ia sama juga. Sekolah agama, ada pertikaian mengatakan kita tidak beri bantuan kepada sekolah agama, pun sama, serahkan pentadbirannya kepada Kementerian Pendidikan. Saya fikir kerajaan boleh mempertimbangkan untuk tidak dan menyamakan daripada segi peruntukan. Ini pandangan saya Yang Berhormat Batu Gajah. Oleh sebab itu...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat minta Menteri Pendidikan untuk memberi pandangan dia dalam isu ini sama ada Menteri Pendidikan juga mempunyai pandangan seiring dengan apa yang...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tidak apalah, saya tidak paksa. Nanti Menteri menjawablah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sebab ini pandangan daripada Yang Berhormat. Saya...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sebab saya kata...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Pandangan saya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya, itu betul.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang pentingnya saya percaya dan saya hendak maklumkan. Tidak mengapa Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya hendak sebut di sini bahawa kerajaan memberi perhatian yang sebaik mungkin dan memberi bantuan dan peruntukan kepada semua rakyat dalam soal pendidikan ini. Ini kerajaan yang bertanggungjawab. Sebab itu kita lihat dan saya sebutkan tadi dari segi peruntukan pun 21% walaupun tadi Yang Berhormat Jelutong kata kenapa kurang sekolah jenis kebangsaan Cina, memanglah.
Itu tengok dari segi 50 juta tadi tetapi kita kena tengok gajinya, bantuan per kapitanya, buku teksnya dan segala-galanya yang lain. Itu ditanggung oleh kerajaan. Oleh sebab itu kita kena tengok secara menyeluruh. Itu pandangan saya Yang Berhormat. Cuma saya hendak sebut di sini bahawa saya yakin dan ucapkan tahniah kerana apa yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui bajet tadi sebenarnya adalah usaha untuk membolehkan pelan pembangunan pendidikan yang dirangka oleh kerajaan untuk tempoh tahun 2013 hingga tahun 2025 ini benar-benar mencapai kejayaan kerana kita sedang berusaha, kerajaan kita sedang berusaha Yang Berhormat.
Kita kena bersungguh-sungguh sebab kita hendak letak pendidikan kita ini di tahap kategori apa? Kategori seperti teratas, maknanya kita mahu capai tahap yang setanding dengan banyak negara maju yang lain. Ini soal pendidikan sebab itu saya menyerulah dalam Dewan yang mulia ini supaya soal isu-isu pendidikan ini tidak payahlah dipolitikkan kerana kita mesti memberi fokus yang sama. Ini kerana semua kita memang melihat bahawa pendidikan ini penting. Kerana apa? Kerana kerajaan kita hari ini, Kerajaan Barisan Nasional memberikan perhatian khusus, sebab itu kita bukan hanya memberikan peruntukan pendidikan hanya kepada kelompok tertentu.
Kerajaan Barisan Nasional Yang Berhormat Batu Gajah, membantu soal pendidikan ini daripada pra sekolah lagi sampai ke universiti, sampai ke luar universiti.
Yang Berhormat balik nanti, letak tangan atas kepala Yang Berhormat, Yang Berhormat cuba kira. Daripada mula nikmat yang kita dapat, masuk sekolah, kira. Kalau kita bayar sendiri, kitalah kena bayar, buku teks kena bayar, itu kena. Kira berapa banyak yang kerajaan salurkan untuk setiap orang belajar. Daripada awal lagi sampailah dia keluar ke universiti dan sebagainya. Banyak Yang Berhormat, itu adalah sumbangan yang diberikan oleh kerajaan.
Sebab itu saya harap dalam usaha kerajaan untuk meletakkan tahap pendidikan kita ini satu tahap yang baik, saya harap isu-isu yang kecil-kecil ini mesti ditangani dengan begitu baik. Kita selalu bercakap soal penempatan guru, soal bebanan guru, walaupun kerajaan telah pun mengumumkan untuk mewujudkan pembantu guru, laksanakan secepat mungkin bagi kemudahan kepada guru supaya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya habiskan ayat ni dulu Yang Berhormat ya. Supaya golongan pendidik kita dapat memberi tumpuan yang khusus kepada soal pendidikan anak-anak ini. Oleh sebab itu saya amat menyokong apabila kerajaan memperuntukkan RM209 juta untuk Program Pemantapan Profesion Guru kerana tumpuan kepada tugas mengajar, kemahiran bahasa Inggeris dan sebagainya.
Jadi, saya harap kerajaan laksanakan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II untuk mewujudkan satu Jawatankuasa bagi mengatasi isu pertukaran guru dilaksanakan betul-betul. Saya hendak dengar jawapan Menteri supaya orang Batu Gajah pun ada, orang Sepang pun terlibat. Ini isteri mengajar di
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sepang, suami mengajar di Johor Bahru, mengajar di Sabah dan Sarawak. Dia hendak mengajar waktu isteri dia dijauhkan pun susah Yang Berhormat. Jadi, saya harap ini dijawab oleh Menteri. Silakanlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tadi Yang Berhormat Lenggong mengatakan jikalau kita balik fikirkan, berapa banyak sudah yang kerajaan sudah bagi.
Setujukah dengan saya, Yang Berhormat Lenggong. Pertamanya, kita memang mengakui memang kerajaan ada bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dan bantuan-bantuan tertentu. Setuju dengan saya, sebenarnya kerajaan boleh bagi lebih baik lagi, lebih banyak lagi sekiranya segala kebocoran, rasuah, salah guna kuasa itu ditutup.
Jikalau laporan apa yang dibentangkan oleh Laporan Audit berkali-kali yang menunjukkan banyaknya kebocoran, sampai beli screwdriver pun yang harga RM15, sampai harga RM100 lebih. Kalau ini semua ditutup saya rasa, kita boleh bagi lebih baik.
Oleh sebab itu kita mengatakan dalam manifesto kita dulu, sekiranya wang negara kita ditadbir dengan baik, kita memang boleh bagi pendidikan percuma. Kita boleh bagi tol dihapuskan, kita boleh kurangkan harga minyak...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebab kalau wang itu ditadbir dengan baik. Masalahnya kamu bagi bantuan tetapi dalam masa yang sama banyak kebocoran-kebocoran tidak ditutup. Ini bukan kita kata, banyak fakta, Laporan Audit mengatakan, itu yang kita minta penjelasan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Okey, okey. Terima kasih.
Faham-faham, sebab Yang Berhormat Sepang sudah bangkit banyak kali isu ini dalam Dewan hari ini pun. Cuma Yang Berhormat Sepang, bagi tahu kepada Kerajaan Negeri Selangor, suruh dia beri free pendidikan di Universiti Industri Selangor, saya hendak tengok. Bagi percuma sahaja kepada pelajar jikalau dia boleh buat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau kita minta, bukan setakat UNISEL, universiti-universiti lain pun kita bagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Nantilah, sabar dulu.
Universiti yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kerajaan Negeri Selangor kita terhad, itu mana pun kita boleh bagi air percuma.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang, seorang-seorang bercakap Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Lebih daripada itu kita boleh bagi.
Maknanya kita boleh bagi lebih baik.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sudah-sudah Yang Berhormat. Sudah-sudah. Tidak kita cakap lebih besar. Yang satu-satu universiti yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor. Saya cabar Yang Berhormat bagi tahu kepada Yang Amat Berhormat Bandar Tun Razak, bagi free saya hendak tengok, kalau boleh. Tidak boleh?... Nanti-nanti jangan bangun. Tidak boleh buat!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam sudah tu, sudah bangun banyak kali Yang Berhormat Shah Alam. Tidak boleh buat!
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Memanglah tidak boleh pasal peruntukan itu daripada Kerajaan Pusat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ini dia belajar fatwa mana ini?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Cukai orang Selangor, bayar pada Kerajaan Pusat. Semua bayar kepada Kerajaan Pusat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, sudah habis masa Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia orang ini tidak faham Tuan Yang di-Pertua, dia tidak tahu State List dengan Federal List, dia tidak faham. Berapa tahun duduk dalam Parlimen ini pun tidak faham.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Pendidikan ini di bawah Federal List. Baca sikit perlembagaan...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Duduk, duduk. Ini semua tidak betul. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat tahu di Kedah, apa jadi KUIN?
Seorang Ahli
Bungkus!
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Apa jadi KUIN? Ha! KUIN hari ini teruk hendak diselesaikan masalah oleh Kerajaan Barisan Nasional sekarang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Hendak menambah sedikit, kerana Kerajaan Barisan Nasional, negeri Kedah tidak pandai urus, sebab itu bungkus. KUIN itu masalah dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, kalau Yang Berhormat Lenggong bagi Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Shah Alam duduk, bagi Yang Berhormat Baling ya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
KUIN ini saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, punya susah dia minta dana daripada Kerajaan Pusat, dia orang cari dana, pinjam bank, buat- sampai masjid tidak boleh buat. Hari-hari tengok, last sekali Kerajaan Barisan Nasional ambil alih, tutup. Check, check tengok, kakitangan dia gaji pun tidak bayar hampir setahun lebih. Astaghfirullahlah, pergi jumpa pejabat Ahli Parlimen minta tolong bagi RM50, RM100, hendak beli susu anak pun tidak ada duit. Inilah kehebatan parti PAS di Kedah dulu, itulah yang ‘dok’ lingkup itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah, sekejap, sekejap. Tuan Yang di-Pertua sudah sebut begini. Oleh sebab itu Yang Berhormat Sungai Petani, tidak payah cakaplah pendidikan percuma. Itu baru kendalikan dua universiti pun sudah bercelaru. Saya ingat kalau diberi tanggungjawab jaga pendidikan di Malaysia ini, haru biru jadinya! Ha, sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Terima kasih. Saya ini orang Selangor, boleh cakap. Oleh sebab Yang Berhormat Shah Alam ini tidak faham pasal Selangor. Dia bukan orang Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, tidak boleh cakap sekarang, tidak boleh. Dia mencelah, dia mencelah Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Tidak saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh, tidak boleh bercakap.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Shah Alam sudah angkat beg, Yang Berhormat Shah Alam sudah angkat beg hendak balik sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh, Yang Berhormat Tanjong Karang mencelah Yang Berhormat tidak boleh.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain duduk Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Dia punya IC bukannya 10, jadi dia tidak berapa faham. Tidak apa, saya hendak bagi tahu Selangor ini, Selangor ini Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Allah, Yang Berhormat Shah Alam ini, dia dengan dunia fantasi dialah. Saya hendak bagi tahu, ini pasal isu-isu UNISEL.
Ini Yang Berhormat Shah Alam, bagi tahu dengan kerajaan negeri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payah panggil Yang Berhormat Shah Alam balik Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang
Ini sekolah agama ini, SRA ini, sekolah rendah agama ini kepunyaan kerajaan negeri. Kalau Kerajaan Federal boleh bagi pendidikan percuma daripada Darjah 1 sehingga ke Tingkatan 5, kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya banyak duit yang berbilion-bilion ini, dia tidak boleh bagi bantuan percuma kepada sekolah rendah agama dekat negeri Selangor ini?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Tanjong Karang, jikalau banyak duit pun tetapi tidak cekap untuk mentadbir, tidak ada bijaksana, itu yang jadinya. Cakap bolehlah. Sebab itu bukan senang hendak jadi Perdana Menteri.
Hanya orang yang terpilih macam Pekan sahaja mampu Yang Berhormat. Nanti dulu, nanti dulu. Sebab itu berkali-kali Yang Berhormat Permatang Pauh.
[Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih.
Sebab itu berkali-kali Yang Berhormat Permatang Pauh mencuba hendak jadi Perdana Menteri, tidak boleh. Sebab Allah takdir, tidak mampu! Yang mampu hanya Yang Amat Berhormat Pekan sahaja.
Sebab itu Yang Berhormat, bukan senang hendak jadi pemimpin ini Yang Berhormat. ‘Tuan Pengerusi’, sebab itu nanti saya akan lupa bercakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pada peringkat ini belum Pengerusi Yang Berhormat, masih Tuan Yang di-Pertua. Cokmar belum turun lagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya lupa hendak cakap, sekejap lagi orang Lenggong marah pula.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Lenggong, minta laluan sedikit Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Sekejap ustaz ya. Sedikit- sedikit.
[Ketawa]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Lenggong ini faham tidak? Soal hasil negeri ini tidak banyak. Satu tanah. Kedua, air. Ketiga, hasil hutan. Keempat, cukai pintu. Jadi, tidak banyaklah hasilnya kita hendak bagi. Yang lain-lain itu, speed trap walaupun ditahan di Shah Alam, di negeri Kota Bharu dan sebagainya semua pusat ambil. Negeri dapat lutut sahaja. Okey, terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Itulah Yang Berhormat.
Oleh sebab itu, hendak mentadbir ini kerja bijaksana. Perkara yang menjadi masalah ini, dia sudah tahu tidak banyak tetapi berjanji. Berjanji benda yang tidak boleh. Oleh sebab itu, kalau bijaksana, dia faham hasil negeri tidak banyak, dia tidak berjanji. Ini soal berjanji.
Sudah tahu tidak banyak, berjanji juga. Itu apa dia masalahnya? Itu menipu rakyat, Yang Berhormat.
Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya pun Yang Berhormat sudah tahu 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah di negeri Perak, apa janjinya? Selama 11 bulan Yang Berhormat Batu Gajah, bukan sahaja Yang Berhormat bermesyuarat di bawah pokok, Yang Berhormat tahu apa nikmat orang Lenggong dapat? Biar orang Lenggong dengar secara langsung. Yang Berhormat tahu apa orang Lenggong dapat selama 11 bulan? Sebanyak 220 kampit beras Yang Berhormat, selama 11 bulan Yang Berhormat.
[Disampuk] Apa ini Yang Berhormat?
Oleh sebab itu, kalau tidak cekap mentadbir, janganlah berjanji yang bukan-bukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Lenggong, habiskanlah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya hendak sebut ini.
Saya pun Yang Berhormat, bila banyak peruntukan pendidikan ini, jangan lupa Lenggonglah Tuan Yang di-Pertua. Saya pun hendak juga, rakyat di Lenggong pun hendak juga, supaya macam Baling tadi supaya diberi perhatian. Sekolah Seri Budiman kita di Lenggong ada, saya harap dinaik taraf. Bagilah ia menjadi sekolah sekurang-kurangnya kalau tidak sekolah asrama penuh pun, rancangan khas pelajar-pelajar cemerlang ditempatkan di situ. Disediakan guru, disediakan sistem yang baik supaya ia dapat meningkatkan prestasi akademik di kawasan saya. Saya harap juga isu-isu kekurangan bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik diberikan perhatian, supaya rakyat dapat merasai nikmat daripada kemakmuran yang diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, pertanian ini - saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua ya.
Saya percaya penting dan saya tengok kerajaan memberi perhatian yang serius dalam soal ini. Oleh sebab itu, saya harap kerajaan memberikan tumpuan untuk memperbanyakkan lagi bantuan-bantuan kepada golongan-golongan di peringkat bawah ini. Sekurang- kurangnya kalau dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, program yang khusus dapat dilakukan untuk menambahkan pendapatan sampingan mereka.
Jadi, bantuan-bantuan untuk mereka bercucuk tanam, menambahkan peluang- peluang peniagaan kecil ini mesti diperbanyakkan. Melalui sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan, selaku Menteri Kewangan untuk diperbanyakkan bantuan oleh FAMA itu, saya amat menyokong. Cuma saya harap peruntukan bantuan itu diseratakan, dilebarkan, diperbanyakkan di semua tempat. Kalau orang Sibuti pun hendak, orang Baling pun hendak, Parit Sulong lagilah kan? Saya ingat Tuan Yang di-Pertua pun mahu juga?
Betul Yang Berhormat ya? Yang Berhormat pun hendak juga.
Jadi, selain daripada itu saya mintalah -saya sudah cakap banyak kali, di Lenggong kita ada Tapak Kekal Pengeluaran Makanan Negara, kita ada TKPM Bukit Sapi ini. Luas Yang Berhormat, lebih daripada 12,000 ekar. Harap ini dilakukan projek dengan segera. Zon industri akuakultur di Tasik Raban, Kendering dan Temenggor ini dipertingkatkan. Industri asas tani ini, juga dipertingkatkan. Saya harap zon ternakan rusa dipertingkatkan. Saya minta kementerian untuk mengkaji supaya menjadikan pusat pemprosesan industri perikanan di Lenggong ini – Yang Berhormat Tanjong Karang telah pergi tempoh hari, ditukar konsepnya. Kalau tidak jadi macam UTC di Gopeng pun, jadi mini UTC pun jadilah. Diberikan tempat berkenaan supaya menjadi pusat yang membolehkan rakyat mendapat peruntukan di kawasan Lenggong ini.
Topik akhir Tuan Yang di-Pertua, sebab saya kena bercakap mengenai pelancongan ini. Yang Berhormat Menteri Pelancongan pun orang Lenggong Yang Berhormat. Saya harap industri pelancongan ini benar-benar memberi impak besar kepada rakyat. Topik akhir Yang Berhormat. Saya faham itu.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Yang Berhormat Lenggong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sibuti Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Pelancongan, pelancongan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Boleh.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apabila Yang Berhormat Lenggong bercakap mengenai pelancongan, kita juga di Sibuti adalah kawasan pelancongan. Apa yang perlu di kawasan kita untuk mengutarakan pelancongan ini, kerana kita adalah World Heritage of the Niah Cave. Patut diambil berat oleh Kementerian Pelancongan supaya ia diperbesarkan, diluaskan, diberi penyebaran luas supaya masyarakat dari luar negara pergi ke kawasan itu untuk menaiktarafkan pelancongan di kawasan Sibuti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, masukkan sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ya, saya sokonglah Yang Berhormat Sibuti. Akan tetapi saya hendak jawab tidak boleh. Yang Berhormat Menteri akan jawab, masuk dalam ucapan saya. Nanti Yang Berhormat Menteri akan jawab. Cuma Yang Berhormat Lenggong ini, sama macam Yang Berhormat Sibuti cakap adalah kawasan
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
World Heritage yang diiktiraf oleh UNESCO. Ini kawasan tapak warisan dunia yang ada satu-satunya di dunia yang memang cukup baik kalau betul-betul dirancang, dibuat secara bersungguh-sungguh. Ia mampu untuk mengundang kehadiran pelancong yang ramai dan ia tentu akan memberi limpah rahmat dari segi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri maklum keadaan itu Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri maklum kan?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Jadi, saya harap prasarana pelancongan ini ditingkatkan, ditambah nilai. Usaha untuk memperbesar dan memperbaharui Galeri Ekologi Lenggong itu mesti disegerakan. Saya tahu peruntukan sudah ada, mesti disegerakan. Prasarana – pengangkutan, kemudahan penginapan, tambahnya bilangan homestay perlu dibuat. Saya harap kementerian secara bersungguh- sungguh untuk meningkatkan kemudahan facility di kawasan-kawasan yang boleh meningkatkan kehadiran pelancong supaya ada produk-produk sampingan. Misalnya, kolam air panas Lata Kekabu, Lata Ulu Lawin dan sebagainya. Mesti ditingkatkan.
Saya dengar begitu baik sekali apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut 2015, tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia. Tahun 2015 adalah tahun banyak festival yang akan dibuat dalam negara ini. Saya harap, saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan kerana bagi peruntukan untuk adakan program Lenggong Traditional Food makna Pesta Makanan Tradisional Lenggong. Saya harap ini diberikan perhatian oleh kementerian untuk dijadikan produk pelancongan, supaya pelancong datang dapat menikmati makanan-makanan yang terbaik, yang saya percaya tidak terdapat di Baling, tidak ada di Parit Sulong. Saya harap ini dijadikan produk pelancongan yang baik.
Akhir sekali, isu perumahan ini. Saya harap isu perumahan masyarakat luar bandar juga diberikan perhatian supaya orang kampung pun dapat nikmat untuk memiliki rumah dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong bajet yang cukup baik dikemukakan oleh kerajaan. Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan saya bagi pihak rakyat di Lenggong menyokong sepenuhnya bajet ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2014. Saya mulai dengan satu peringatan Allah dalam al-Quran dengan izin.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Bajet 2014 dibentangkan dalam keadaan negara kita berdepan dengan kemelut hutang yang begitu tinggi. Kita melihat bagaimana defisit yang begitu tinggi yang seharusnya diberi perhatian oleh pemerintah. Saya mengingatkan kepada kita semua bahawa pemerintahan dan pentadbiran ini adalah amanah Allah yang akan disoal oleh Allah SWT.
Apa jua perbahasaan kita, apa jua yang kita rancang bukan setakat di Dewan ini, tetapi ia ada persoalan di akhirat nanti. Jadi, sebab itulah harus kita mengingat bahawa apa jua perancangan kita, janganlah kita melakukan kezaliman kepada satu pihak yang lain.
Apabila kita berbelanja mestilah kita berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan. Itulah sepatutnya yang diamalkan oleh kerajaan yang memerintah. Bajet tahun 2014 ini menyaksikan bagaimana negara kita sudah berdepan 17 tahun berturut-turut defisit.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Ini bermakna sudah 17 tahun berturut-turut negara kita berdepan dengan defisit di mana pendapatan negara kita berkurang berbanding dengan perbelanjaan tidak seimbang.
Maknanya pendapatan kita sedikit tetapi perbelanjaan kita semakin bertambah. Begitu juga kalau menurut apa yang ada dalam bajet, yang telah dibentangkan Bajet 2014 ini. Di mana kita melihat Perbelanjaan Mengurus kita semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Oleh
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
itu, saya ingin minta penjelasan di sini apakah langkah-langkah penjimatan yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pembaziran tidak berlaku. Ini supaya kita dapat menjimatkan wang negara tepat kepada sasaran.
Laporan Ketua Audit Negara menjelaskan kepada kita begitu banyak wang negara dibazirkan, puluhan bilion wang negara dibazirkan. Sejauh mana kerajaan yang ada pada hari ini memberi perhatian terhadap pembaziran yang berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara. Setiap tahun kita menyaksikan pembaziran yang begitu besar. Sedangkan di masa yang sama pemimpin negara juga berbelanja boros. Sebagaimana yang kita saksikan hari ini juga pernah disebut macam mana kalau bil elektrik rumah Perdana Menteri RM6,114 sehari ini untuk satu keluarga.
[Dewan riuh]
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Menggunakan wang rakyat, di manakah langkah penjimatannya? Ini wang rakyat. Jadi, saya ingin perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan supaya perkara ini tidak terus membebankan negara.
Bajet tahun 2014, rakyat dibebankan dengan banyak kenaikan harga barang dan juga pengurangan subsidi. Kita melihat di sini, bagaimana apabila rakyat dibebankan dengan subsidi, apa lagi dengan pelaksanaan GST. Di masa yang sama kita menyaksikan bagaimana kutipan cukai syarikat-syarikat dalam Laporan Ketua Audit Negara menyebutkan 147 buah syarikat tidak membayar cukai yang mana tunggakannya melebihi daripada RM54 juta. Hasil daripada pemborosan, hasil daripada ketirisan yang begitu besar daripada syarikat-syarikat yang tertunggak cukainya menyebabkan pendapatan negara sedikit. Akhirnya kerajaan bebankan tanggungjawab ini dengan mengenakan cukai GST kepada rakyat.
Jadi persoalannya di sini apakah ini adil? Jadi benarlah apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam slogan ‘Rakyat Didahulukan, Rakyat Didahulukan’ sebenarnya untuk dikenakan.
Seorang Ahli
Hoi! Fitnah, fitnah.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Di mana dalam perbelanjaan ini kita melihat perbelanjaan terhadap pengurusan negara semakin bertambah sedangkan pendapatan kita semakin berkurang. Bagaimana dalam Bajet 2014 sahaja kita kekurangan defisit lebih kurang RM37 bilion. Jadi di manakah wang tambahan ini akan diperolehi? Apakah daripada pinjaman dalam negeri ataupun luar negara. Minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan. Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan tema yang telah disebut dalam bajet ini iaitu ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’. Apabila kita sebut melaksanakan janji, Perdana Menteri Malaysia dalam kempen Pilihan Raya Umum yang ke-13 telah memberi janji kepada rakyat Kelantan dengan tujuh janji ditepati.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Tujuh janji ditepati, masa tidak mencukupi sangat untuk saya. Saya harap Tuan Yang di-Pertua kena marah sebab Yang Berhormat Lenggong ambil masa saya begitu banyak. Tujuh janji yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri di Kelantan, tidak ada satu pun yang ditunaikan.
Termasuk juga janji pembinaan benteng Sungai Golok dalam Parlimen Rantau Panjang.
Tiba-tiba keluar dalam laporan bajet menyebut bahawa yang dibentengkannya’ adalah salah satunya ialah kita bersetuju tetapi keutamaannya di mana? Dibentengnya ialah bandar, pekan dibenteng daripada banjir. Kita tahu keperluan rakyat di Kuantan, di Pekan.
Akan tetapi keperluan rakyat yang begitu mendesak, berpuluh kali janji, berpuluh kali, saya ingat saya sudah berada pada tahun yang ke-12 di Parlimen, enam tahun di Dewan Negara sekarang sudah masuk ke tahun yang keenam di Dewan Rakyat.
Setiap kali perbahasan sebut isu tebatan banjir, sampai hari ini satu sen tidak diperuntukkan, yang disebut oleh Menteri hanya kos untuk penstabilan tebing sungai.
Sedangkan di sebelah Thailand, di sempadan mereka telah membina benteng yang begitu kukuh, tinggi daripada aras kepala. Cuba pemimpin negara bayangkan apa jadi sekiranya banjir berlaku. Banjir di Rantau Panjang bukannya sekali tetapi tiga, empat kali setahun.
Jika ia berlaku, lumpuh ekonomi rakyat. Mana yang dikatakan ‘Janji Ditepati’, mana yang
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
dikatakan ‘Rakyat Didahulukan’? Saya ingin perkara ini dijawab dengan jelas oleh pihak kerajaan.
Begitu juga kita tengok dalam memperkasakan, memperteguh ekonomi. Kita lihat apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperteguh ekonomi negara. Ini kerana kita tengok nilai eksport negara kita semakin malap. Apakah base ekonomi yang menjadi kekuatan negara kita untuk jangka panjang? Jadi, kita lihat hari ini bagaimana kebergantungan kita yang begitu tinggi kepada import. Makanan kita sahaja 30% import daripada negara luar. Apa jadi sekiranya berlaku sesuatu bencana? Saya pernah sebelum ini dapat makluman stok makanan kita hanya bertahan lebih kurang dalam dua bulan setengah sahaja. Jadi, di mana sebenarnya kekuatan ekonomi kita untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi jikanya berlaku di masa akan datang.
Saya ingin juga penjelasan, apakah dasar yang telah dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera setelah gagalnya Dasar DEB. Jadi apabila gagalnya Dasar DEB, apakah program perancangan atau pencapaian sehingga ini, ekuiti bumiputera dalam perancangan ekonomi negara? Untuk menangkap bumiputera boleh setanding dengan kaum yang lain. Begitu juga saya ingin minta penjelasan berkaitan dengan bertanggungjawab pembinaan iaitu dari sudut keseimbangan pembangunan antara wilayah dan negeri. Di mana kita dapati dalam perancangan ekonomi negara, tidak mewujudkan satu suasana yang seimbang dari sudut pembangunan antara wilayah dan negeri. Negeri yang maju akan bertambah kemajuannya tetapi negeri yang kurang maju tidak diberi insentif yang positif untuk meningkatkan ekonomi.
Saya bagi contoh, kalau di Kelantan sampai hari ini kami tidak diberi apa-apa contoh, kemudahan lebuh raya tidak diberi kepada kami. Naik taraf lapangan kapal terbang tidak diberi kepada kami, diberi kepada Kuantan. Kita tidak dengki dengan Kuantan tetapi cuba tengok dari segi kemajuannya, berapa kali sehari banding dengan apa yang berlaku di Kota Bharu tetapi tidak diberi perhatian. Seingat saya Ahli Parlimen Ketereh pun sendiri pernah berucap dalam Dewan, meminta kerajaan supaya beri perhatian terhadap naik taraf lapangan terbang di Pengkalan Chepa tetapi tidak ada perhatian oleh kerajaan.
Jadi, kalaulah kerajaan mengatakan hendak bantu ataupun hendak membela bangsa, hendak membela agama, kami Negeri Kelantan, orang Melayu, yang 98% adalah Melayu Islam. Jadi kami yang Melayu pun tidak dibantu, royalti kami pun dirampas, mana yang dikata hendak bela Melayu hendak bela Islam? Jadi sebab itulah, saya ingatkan pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional, kami rakyat Kelantan tidak akan redha walaupun satu sen duit royalti rakyat Kelantan dirompak, diambil dari pemimpin UMNO Barisan Nasional. Tidak dikembalikan kepada rakyat Kelantan, bertemulah di akhirat *insya- Allah.
[Disampuk]* Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan masalah pembangunan wanita. Di mana kita melihat dalam peruntukan kali ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberikan peruntukan RM2.2 bilion. Jadi, saya ingin tahu apakah perancangan kerajaan kerana ini peruntukan begitu sedikit berbanding dengan keperluan kaum wanita. Lebih daripada separuh penduduk negara kita adalah wanita. Jadi, apakah dengan peruntukan RM2.2 bilion ini mencukupi dengan tugas dan tanggungjawab bawah kementerian yang begitu besar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh habis dalam masa 15 minit Yang Berhormat? Kalau tidak sambung esok.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Sambung esoklah, sambung esok.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Okey, sambung esok Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa, 29 Oktober 2013.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam]