Oct242013

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah diluluskan semenjak tahun 2009 di kawasan Titok, Bunuk Begeing, Brenggang, Gelong dan Bukit Tungku setakat ini.

final • 10:00 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan khususnya yang telah memberikan sokongan padu yang membolehkan saya menang Naib Presiden baru-baru ini.

[Tepuk] Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Pelaksanaan Bekalan Elektrik Luar Bandar atau BELB di kawasan rumah panjang di kawasan Titok, Bunuk Begeing, Brenggang, Gelong dan Bukit Tungku pernah diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun 2009. Bagaimanapun pelaksanaan projek terpaksa ditangguhkan kerana masalah izin lalu dari pihak SELCRA yang tidak membenarkan kabel litar voltan tinggi melalui tanah milik mereka.

Melalui beberapa siri perbincangan bersama Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan SELCRA, kebenaran untuk melalui kawasan SELCRA bagi pemasangan talian voltan tinggi telah diperolehi pada 30 April 2013. Lanjutan daripada kelulusan berkenaan, kontraktor yang dilantik telah memulakan kerja-kerja awalan dan reka bentuk talian bagi melaksanakan projek BELB di kawasan terlibat. Kerja di tapak binaan akan dimulakan pada awal November 2013 dan projek ini akan siap sepenuhnya pada Jun 2014.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang telah diberi. Saya berharap jawapan itu betul-betul akan menepati apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri dan setakat ini kawasan itu telah kalah teruk disebabkan projek ini telah diluluskan pada 2009 tetapi sampai sekarang masalah tersebut pelaksanaannya tidak dapat diselesaikan.

Saya tidak marah dengan mereka, saya marah dengan kementerian kerana gagal melaksanakan tugas untuk menyelesaikan masalah ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Yang Berhormat MP Lubok Antu bukan kegagalan ini dari kementerian. Sebenarnya masalah yang timbul seperti yang saya sebut SELCRA, sebuah agensi di bawah kerajaan negeri yang telah menghentikan pelaksanaan kerana membabitkan masalah laluan tanah penanaman kelapa sawit 3,400

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

pokok kelapa sawit yang terpaksa kita tebang, kita tumbangkan untuk membolehkan laluan.

Ini permasalahan yang timbul oleh kerana pendapatan masyarakat di situ menurun oleh kerana usaha seumpama ini terpaksa kita lakukan. Alhamdulillah sudah diselesaikan seperti jawapan saya dan diselesaikan kerjasama pihak kerajaan negeri dan juga SELCRA dan kita mulakan pada bulan ini.

Saya berharap itu yang saya katakan, kalau ada kerjasama daripada semua pihak keinginan saya untuk menyambung semua bekalan elektrik yang kita sudah sasarkan.

Contohnya kita belanjakan untuk tahun 2013 sahaja RM1.5 bilion dan kita sambung 66,000 buah rumah di seluruh ngeri Sarawak untuk makluman Dewan yang mulia ini untuk membolehkan kita melaksanakan. Akan tetapi apa yang penting ialah kerjasama semua pihak. Tidak mungkin kita di peringkat kementerian akan dapat berupaya melaksanakannya kalau ada permasalahan seperti yang ditimbulkan seumpama ini.

Saya ambil perhatian berat. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, setelah kelulusan diberikan ini dan jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri. Selalunya saya bangkitkan kalau ada masalah yang berhubung kait dengan bukan hanya kerajaan negeri, penduduk kampung, agensi-agensi, saya akan bangkitkan untuk memastikan supaya pelaksanaan pembinaan berstruktur khususnya di luar bandar tidak akan terbantut oleh kerana permasalahan yang tidak boleh diatasi. Insya-Allah jangan bimbang saya bagi jaminan, masalah timbul bukan kerana Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Di Kawasan Lubok Antu ini Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini dasar, dasar.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya sedikit mengenai bekalan elektrik luar bandar ini? Apakah proses, polisi untuk menolong Orang- orang Asli kerana banyak tempat di mana kediaman Orang-orang Asli, ia ada kementerian yang menyediakan solar energy dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Menteri turun padang untuk tengok tempat-tempat tersebut tidak berfungsi. Solar energy, solar itu tidak bekerja dan apakah dasar kerajaan untuk menolong mereka supaya mereka juga akan menikmati bekalan elektrik seperti rakyat yang lain di luar negara ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Usaha pihak Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bekalan elektrik khususnya di Semenanjung seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat iaitu berhubung kait dengan penyambungan bekalan elektrik di kawasan-kawasan luar bandar. Saya katakan di sini bahawa di Semenanjung hampir 98% sudah kita sudah bekalkan elektrik di seluruh Semenanjung ini, berbanding dengan Sabah dan Sarawak agak jauh ketinggalan. Dalam lingkungan 66%.

Dasar kita ialah memastikan...

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

...Bagi saya jawab dahulu. Ya lah, bagi saya jawab dahulu, sabarlah dahulu.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ipoh Barat, peraturan!

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

I’m focus into…, dengan izin, I’m focus into Orang Asli, you tanya apa keseluruhan saya akan jawab. Orang Asli sebahagian daripada kelompok yang kita akan bagi keutamaan. Itu yang kita menggunakan pelbagai pendekatan. Selain daripada kita gunakan talian grid di kawasan-kawasan Orang Asli, jarak jauh mereka berada akan menelan belanja begitu besar untuk menyambung bekalan elektrik kerana mereka berada di merata tempat. Contohnya di Pahang contohnya di

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Perak. Bukan mudah bagi kita untuk menyambung talian grid. It’s take a million and million of dollars hendak menyambung. Jadi kita gunakan pendekatan teknologi yang alternatif seperti mikro hidro, seperti solar yang ada.

Dan ada teknologi baru lagi. Kita akan perkenalkan dalam sedikit masa lagi untuk membolehkan kita dapat membekalkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan luar bandar, tidak menggunakan talian, tidak menggunakan mikro hidro. Dalam sesi lawatan saya tahun lalu ke Indonesia, di mana mereka gunakan mikro hidro hanya menelan belanja kurang daripada RM1 juta. Ini merupakan satu kaedah yang cukup berkesan dan kita akan guna pakai khususnya di negeri Sarawak, insya-Allah dalam masa terdekat kalau kewangan dalam belanjawan ini diluluskan untuk membolehkan kita dapat mengguna pakai alternatif- alternatif yang lain. Pendekatan yang kita guna selain daripada talian tradisional, reticulation ya, penyambungan elektrik...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Time frame, time frame bila ini semua akan selesai?

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Kita gunakan solar ...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Kita boleh guna time frame Yang Berhormat fasal... Malah you know Orang Asli punya masalah...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Selama 56 tahun tidak cukup?

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Mereka ada di merata tempat. No, no, no. You have to be very rational, and you have to be pragmatic, dengan izin. Dalam mengatasi masalah ini kalau mereka berada ...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mereka berada...

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

...Berhampiran dengan grid ...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Menteri...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ipoh Barat peraturan. Yang Berhormat Menteri sekejap ya.

Yang Berhormat Ipoh Barat sebenarnya Yang Berhormat Menteri ni baik hati.

Soalan yang dikemukakan, soalan tambahan tidak ada kena mengena dengan soalan asal tetapi Yang Berhormat Menteri baik hati, jadi bagilah peluang Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Ya sila.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Hendak bantu Orang Asli ini saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Ipoh Barat dalam sejarah kita, hari ini anak-anak Orang Asli sudah 400 orang dalam bidang pendidikan masuk universiti tempatan. Tahun lalu saya hantar 10 orang, they went to London, they went to Australia, they went to New Zealand.

Tidak pernah dalam usaha kita untuk membantu bukan hanya penyambungan prasarana seperti air, bekalan elektrik, perumahan bahkan juga dari segi pendidikan. Ini kerana usaha kita untuk membasmi kemiskinan, membantu Orang Asli bukan hanya dalam pembinaan infrastruktur. Kita perlu bangunkan insannya, manusianya, ilmunya - itu yang kita hendak [Tepuk] Saya bagi jaminan, insya-Allah saya akan bantu masyarakat Orang Asli dan jangan ada salah tanggapan bahawa kita tidak bantu, kita aniaya Orang Asli, tidak!

Tuan Yang di-Pertua dalam usaha kita untuk menyambung bukan hanya menyediakan perumahan, menyambung bekalan elektrik masyarakat Orang Asli, kita akan gunakan pelbagai kaedah. Dasar kita kalau tidak sampai menerusi ratikulasi penggunaan tradisional menerusi grid, kita akan gunakan teknologi yang baru. Apa yang penting kepada kita, untuk memastikan mereka mendapat bekalan elektrik itu. Saya tidak berani katakan, fasal mereka berada di merata tempat bila waktu mereka hendak kita siapkan, lengkapkan.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Seboleh-bolehnya itu yang seumpama bila mana saya mengambil tindakan untuk memindah Orang Asli daripada sungai di Batu Pahat ke sungai di Minyak Beku. Hari ini dilengkapkan bukan hanya dengan rumah, dengan masjidnya, dengan kemudahan dewannya, bekalan elektrik, bekalan air mencukupi untuk anak-anak di situ.

Masa mereka berada di pantai, bekalan elektrik, bekalan air tidak menentu dan bukan mudah untuk kita hendak bawa mereka daripada satu kampung asal mereka kepada tempat yang mudah untuk kita hendak bangunkan. Ini kerana di situ merupakan kampung tradisi mereka.

Saya Orang Laut. Orang yang asal daripada pulau hendak kita pindah orang pulau ke darat, dia bawa parang tahu? Itu sejarahnya. Akan tetapi untuk mengubah budaya, mengubah sikap, ini yang saya minta kepada Yang Berhormat daripada Ipoh Barat jangan politikkan, usaha kita membantu masyarakat. Kadang-kadang ini yang saya bimbang sangat, hendak politikkan juga usaha pindahkan mereka ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dato' Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) sejak 2012, berapakah jumlah premis yang dibina atau disediakan di bawah EPP2 iaitu pasar-pasar komuniti dan karavan; dan

(b) adakah pihak kementerian bercadang membina premis-premis atau kawasan tetap untuk pasar-pasar komuniti tersebut.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Ipoh Barat mana ada Orang Asli...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu bukan mustahak. Polisi yang kita cakap, bukan ini perlu satu jawapan...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya ya Yang Berhormat Menteri sila teruskan jawapan. Saya bagi teguran okey. Sila.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dia ini main politik, itu sebab...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

Kalau berdegil-degil, rehat sekejap.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Raub yang bertanyakan berkenaan dengan pembinaan PAKAR ataupun pasar komuniti dan karavan ini.

Kerajaan telah memperkenalkan Model Ekonomi Baru dan di bawah salah satu daripada fokus Model Ekonomi Baru ialah untuk memodenkan sektor pemborongan dan peruncitan. Sektor pemborongan dan peruncitan ini pada mulanya menjadi NKEA kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, ianya telah dipindahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana sebahagian besar daripada produknya melibatkan hasil-hasil pertanian.

Di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, FAMA merupakan agensi pelaksana yang bertanggungjawab dalam hal ini telah pun membina sebanyak 9 buah pasar komuniti dan karavan di lokasi-lokasi seperti berikut:

(i) Manjung- Perak;

(ii) Jengka- Pahang;

(iii) Bera- Pahang;

(iv) Kota Belud- Sabah;

(v) Paroi- Negeri Sembilan;

final • 10:10 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman

(vi) Mersing- Johor;

(vii) Kuching- Sarawak;

(viii) Pekan- Pahang; dan

(ix) Kuala Kedah- Kedah.

Tujuh telah pun beroperasi manakala di Pekan, Pahang akan bermula pada November yang akan datang ini, dan yang kesembilan Kuala Kedah dijangka akan siap dan bermula operasi pada November tahun hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, daripada tujuh PAKAR ataupun pasar komuniti ini, kita telah menghasilkan jualan sebanyak RM46 juta di antara Januari hingga September tahun ini. Walau bagaimanapun, kita masih lagi berusaha untuk mencapai sasaran RM59 juta.

Apa yang penting ialah seramai 1,400 usahawan tani telah mendapat peluang untuk menjadi usahawan di pasar-pasar komuniti ini. Ia melibatkan kira-kira 200 peniaga pada satu tempat. Walau bagaimanapun, kita belum berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku. Kita mempunyai perancangan fasa 2 akan datang, untuk memindahkan peniaga- peniaga pasar malam dan juga pasar up town ke kawasan pasar komuniti ini. Ini kerana di sini terdapat kemudahan yang begitu selesa dan baik untuk peniaga-peniaga.

Mungkin sini saya boleh tunjuk kepada Yang Berhormat Raub [Menunjukkan gambar pasar komuniti Raub] Bagaimana cantiknya pasar komuniti yang kita buat ini.

Cantik ini, lengkap. Ia berbumbung, dan infrastruktur. Kamera boleh tunjuk sedikitlah, dan ini bahagian dalamannyalah. Yang Berhormat sebelah sana mungkin tidak pernah tengok lagi, kita minta dia turun. Asyik berceramah sahaja, dia tidak tengok.

Walau bagaimanapun, ingin saya sebutkan kepada Yang Berhormat, kerajaan menyediakan tempat-tempat ini dengan tidak mengenakan bayaran kepada peniaga- peniaga. Bayaran yang dikenakan RM5 - practically, dengan izin, is freelah you know untuk bayar api sahaja, mungkin air, dan di Sabah kita caj RM1 tetapi dalam perkara ini kita menghadapi masalah untuk memperluaskan lagi di mana untuk mendapatkan tapak atau lokasi yang sesuai kerana tidak mendapat kerjasama daripada setengah kerajaan negeri.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman

Umpamanya di Selangor, kita telah dua tahun memohon satu tapak di Puchong, sampai hari ini tak lulus-lulus lagi. Mungkin Yang Berhormat Seputeh boleh tolong bantulah, tengok macam mana hendak buat ini, pasal komuniti di Puchong ini. Tolong cari satu tapak tanah, bagi tahu kita, kita boleh bina di sana. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz - Raub

Soalan tambahan. Tadi saya hendak tanya pasal kos, tetapi sudah jawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali, tahniah kerana memenangi MKT. Soalan saya ialah apakah komposisi kaum usahawan-usahawannya dalam fasa-fasa tersebut.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Di komposisi kaum, berbilang kaum ya, tetapi kebanyakannya ialah kaum bumiputera, kerana mereka ini tahu semualah, menghadapi kekurangan dari segi kemudahan-kemudahan untuk menjual hasil keluaran pertanian mereka. Manakala kaum lain, mereka mempunyai you know dengan izin, all the economic strength and resources to do it by themselves. Kita ini masih ketinggalan lagi.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada produk pertanian yang dijual di pasar itu adalah hasil daripada pertanian kaum lain juga termasuk umpamanya sayur-sayuran, buah- buahan daripada Cameron Highlands. Producers kepada produk ini daripada Cameron Highlands, kita tahu siapa ialah kebanyakannya terdiri daripada petani Cina. So in other words, pasal komuniti ini, is also in the outlets or their products. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Kita nampak macam cantik jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita ucapkan tahniah. Akan tetapi saya mahu bertanya, saya belum nampak ada yang dibuat dikatakan Kota Belud, Sabah. Saya belum tahu ada Kota Belud atau majlis daerah punya? Jadi saya mahu tahu kerana Kalabakan sudah undi Menteri Majlis Tertinggi.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

[Ketawa] Bolehkah rancangan dibuat di Kalabakan dan tempat-tempat di Pantai Timur? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasih sahabat saya daripada Kalabakan. Ini dia Kota Belud.

[Menunjukkan gambar berkaitan] Pasal komuniti di Kota Belud, cantik di bahagian dalam. The interior part of it. So dengan izin, if you say that, kita tak ada di Kota Belud itu mungkin ada overlook lah, terlepas pandangan di pihak Yang Berhormat. Jadi di Kalabakan ini, insya-Allah saya sudah janji kepada Yang Berhormat, I want to go down to Kalabakan not only to see about this. Pakar komuniti kami, kita mahu tengok macam mana mahu tolong masyarakat di Kalabakan pada keseluruhannya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan pencapaian yang telah dicapai mengikut program Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, Perluasan Liputan Selular (Time 3) dan Komputer 1Malaysia di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI).

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar di atas soalan yang disampaikan. Saya juga ingin memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Tuaran, yang soalannya sepatutnya keluar pada tanggal 24, 28, 29, 30, 31 Oktober ini serta 6, 12,14, 19, 25, 28 November.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang dan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi merapatkan jurang digital serta meningkatkan penggunaan ICT dalam kehidupan harian masyarakat. Usaha ini telah dilaksanakan sejak tahun 2004 dan dirancakkan lagi dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri pada Mac 2010, mengenai beberapa inisiatif baru di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara. Sehingga September 2013, sebanyak 364 Pusat Internet 1Malaysia telah dilaksanakan di seluruh negara. Lebih daripada 314,000 ahli Pusat Internet 1Malaysia telah mendapat manfaat dengan menerima pelbagai latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi ICT secara percuma.

Sebanyak 121 Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil (Mini PJK) di pejabat penerangan daerah di seluruh negara telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat manakala 99 buah Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) telah dibangunkan di perpustakaan- perpustakaan terpilih di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sejak Program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) mula diperkenalkan dalam tahun 2010, kerajaan telah menyasarkan pembinaan sebanyak 3,287 KTW1M, dan sehingga kini sebanyak 4,380 KTW telah dibina di seluruh negara.

Walaupun jumlah ini telah melebihi sasaran awal bilangan KTW untuk dibina, penambahan sebanyak 306 KTW lagi sedang dalam pembinaan. Bagi program pengagihan komputer 1Malaysia pula, sehingga kini sebanyak 1,060,166 unit netbook telah diedarkan kepada penerima yang layak. Perluasan Liputan Selular (Time 3) telah dilaksanakan untuk meningkatkan capaian telekomunikasi tanpa wayar melalui 2G dan 3G.

Liputan 3G juga membolehkan akses internet melalui kemudahan jalur lebar.

Sehingga kini 664 menara telah dibina di seluruh negara, termasuk 137 di Sabah dan 176 di Sarawak. Sebanyak 336 sedang dalam proses pelaksanaan. Dengan pembinaan menara ini sehingga pertengahan tahun 2013, kadar penembusan selular negara telah berjaya ditingkatkan kepada 143.45% berbanding dengan 85% pada tahun 2007.

Kadar liputan populasi selular pada suku kedua tahun 2013 bagi negeri Sabah telah meningkat kepada 89% daripada 83% pada tahun 2009 manakala Sarawak juga mencatatkan peningkatan kepada 85% berbanding 81% tahun 2009. Setakat 2 Oktober 2013, kadar penembusan jalur lebar isi rumah telah berjaya ditingkatkan kepada 67.2% dari hanya 11% pada tahun 2006.

final • 10:20 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Teknologi ‘….huge’ digital akan menjadi faktor yang

final • 10:20 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

membawa Malaysia ke tahap dan kejayaan kesejahteraan dan pengiktirafan global. Ini kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya perlu yakin, kerajaan cukup komited meningkatkan akses teknologi digital dengan tidak mengabaikan rakyat luar bandar dan pengalaman serta orang kelainan upaya.

Soalan tambahan saya, apakah kerajaan bersedia menurunkan caj internet yang lebih murah daripada sedia ada dan tidak mengenakan cukai terhadap peralatan dan gadget komputer. Pelaksanaan komputer dan telefon pintar dalam memastikan setiap rakyat tidak mengira, latar belakang dapat mampu memiliki dan menggunakan kemudahan maklumat daripada internet dengan lebih efisien dan tidak dibebani caj-caj yang mengarut akibat masalah liputan yang masih tidak stabil berlaku, dalam bandar apatah lagi luar bandar.

final • 10:20 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Kekerapan masalah dropped-call yang agak ketara sejak kebelakangan ini dan juga apakah kementerian bersedia membekalkan komputer 1Malaysia kepada setiap seorang pelajar di peringkat rendah dan menengah sebagai usaha menggalakkan penggunaan e-Book. Pohon penjelasan, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Saya kira banyak perkara yang ditanya menandakan begitu prihatinnya Yang Berhormat kita terhadap program supaya seluruh negara kita ini mendapat liputan yang menyeluruh dari segi perkhidmatan jalur lebar. Kita percaya bahawa jalur lebar ataupun sistem telekomunikasi adalah merupakan suatu indicator baru untuk mengukur sama ada negara kita mencapai tahap kemajuan. Kalau dahulu kita bercakap api, air, jalan raya, jalan kampung dan sebagainya, pada hari ini orang sudah mengukur sama ada broadband ataupun jalur lebar sampai ke tempat yang berkenaan. Kalau tidak, dikatakan kampung tersebut ataupun kawasan tersebut tidak menepati apa yang disebutkan sebagai antara tanda-tanda kemajuan.

Oleh sebab itulah bagi kita, kita sentiasa peka bahawa ada dua aspek yang besar tentang perkhidmatan jalur lebar ini. Satunya dari segi penembusan, yang kedua dari segi liputan atau coverage dan yang ketiganya dari segi speed ataupun kepantasan. Dari segi penembusan, sebagaimana yang saya maklumkan tadi kita sudah sampai kepada 67%.

Satu angka yang boleh dibanggakan kalau dibanding dengan negara-negara yang berhampiran, kita boleh banggakan kita antara yang terbaik.

Akan tetapi saya sendiri merasakan tidak puas iaitu dari segi speed. Purata kita belum capai ke tahap yang kita katakan memuaskan. Dari itu kita merasakan bahawa program besar yang perlu dilihat dan insya-Allah saya harapkan akan disebutkan dalam belanjawan atau Rancangan Malaysia yang akan datang bahawa bagaimana meningkatkan liputan dan speed yang dimaksudkan tadi ataupun kepantasan adalah merupakan agenda terbesar kita.

Ketiganya ialah yang disebutkan tadi selain daripada speed. Liputan, kepantasan dan penembusan, kita juga memerlukan tentang soal kemampuan ataupun affordability. Ertinya kita mahukan supaya harganya harga yang berpatutan, yang berkemampuan di kalangan pengguna-pengguna kita. Misalnya soalan yang dikemukakan tadi, isunya apakah kerajaan akan mengurangkan cukai gadget ataupun peralatan yang digunakan. Saya katakan bahawa kalau kita pergi ke mana-mana dalam dunia sekarang ini kalau kita menggunakan smartphone ataupun peralatan seperti tablet, ipad, ipod dan sebagainya, saya katakan Malaysia adalah antara yang termurah.

Kalau kita pergi membeli iPhone misalnya di Amerika dengan sini, harganya tidak ada beza. Ertinya soal cukai bukanlah sebagai satu yang besar dalam soal ini kerana Malaysia dianggap antara yang termurah dan pelbagai dari segi peralatan yang kita gunakan. Saya katakan dari segi harganya bukanlah menjadi isu yang besar, Malaysia adalah antara yang termurah. Menunjukkan bahawa kerajaan tidak membebankan rakyat dengan tambahan cukai dan sebagainya.

Yang keduanya ialah tentang soal harga broadband dan sebagainya. Ini antara perkara yang saya rasakan saya setuju, antara perkara yang perlu kita atasi di masa yang akan datang. Model yang kita gunakan perlu diperbaiki. Misalnya kita katakan bahawa

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

kalau negara-negara maju misalnya, mereka tidak meletakkan bebanan dari segi pembinaan infrastruktur hanya kepada Kerajaan Pusatnya ataupun kepada pihak-pihak swasta.

Peranan yang perlu dimainkan di peringkat kerajaan tempatan adalah merupakan suatu perkara yang perlu, sebagaimana kerajaan tempatan memikirkan dari segi perencanaan ataupun perancangan bandarnya, api, air dan longkang. Dia juga mesti membuat perancangan dari segi infrastruktur yang berkaitan dengan soal kemudahan telekomunikasi termasuk broadband. Misalnya, kita tanya berapakah bandar-bandar di sini sudah memasukkan di dalam by-law, di dalam peraturan, setiap bandar baru ataupun taman-taman perumahan untuk menyediakan segala kemudahan infrastruktur untuk broadband? Bagaimana, kalau diperlukan dibuat laluan galian untuk menanam fiber optic misalnya, gentian fiber untuk dilaluinya. Bagaimana menyediakan tapak-tapak untuk telekomunikasi?

Jadi, kalau mereka tidak melakukan sesuatu secara proaktif dan ia jadi bahayanya. Misalnya di Kuala Lumpur, dikatakan yang dimaksudkan tentang soal dropped- call kerana orang faham bahawa setiap menara itu ada liputan yang tersendiri, keluasannya bergantung kepada spektrum yang diperolehinya. Kalau spektrumnya tinggi maka kapasitinya besar tetapi tapak liputan adalah rendah.

Akan tetapi apabila ramai yang menggunakan misalnya 3G. Ramai yang menggunakannya. Ini menyebabkan berlaku pengecutan dari segi tapak liputan. Bila berlaku pengecutan maka ada kawasan-kawasan yang tidak boleh digunakan. Maka sudah tentu dia orang membuat laporan ataupun membuat kompelin kepada pihak-pihak *telco.

Telco* kata “Boleh, kita akan tambah menara.” Akan tetapi di mana hendak cari tapak?

Misalnya di kawasan bandar, misalnya hendak mencari tapak kalau pihak-pihak penguasa tempatan tidak menyediakan kawasan-kawasan yang disediakan. Akhirnya terpaksa mencari tanah-tanah milik peribadi, bangunan milik peribadi dan milik peribadi, dia akan memberikan charge ataupun sewaan-sewaan yang tinggi.

Bila ada sewaan yang tinggi, akhirnya pihak telco akan memindahkan charge tersebut kepada orang ramai kerana daripada peringkat awal yang mana dikatakan pihak- pihak penguasa tempatan tidak menggunakan dalam perancangan bandar, ini dia tapak- tapak yang mesti disediakan seberapa banyak yang boleh. Ini kawasan-kawasan jangan disentuh, di tepi jalan supaya dapat laluan fiber optic misalnya daripada awal untuk memudahkan kerja-kerja bagi membina infrastruktur yang berkaitan dengan broadband.

Jadi ini dikatakan bahawa antara model-model yang perlu dilihat kembali. Jangan dikatakan salah SKMM, jangan salahkan syarikat-syarikat tetapi kita tanya macam mana Majlis Perbandaran Kota Bharu? Apakah persiapan dari segi jalur lebar dia? Apakah disyarat-syaratkan misalnya majlis perbandaran lain dan sebagainya. Sekiranya bandar tersebut dianggap ke terbelakang, dia kena tanya dia sendiri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Saya berharaplah jawapan itu tepat, persis dan jitu. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah matlamatnya. Adakah kita akan menuju kepada matlamat seperti di Korea dan apakah peruntukan untuk matlamat ini? Bolehkah kita mengelakkan misalnya dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Semalam saya tengok dia kata kita hendak rakyat itu pergi ke website dia. Saya pun ada website dia di sini tapi dikatakan laman web tidak ditemui. Inilah pengecutan kita. Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana mencapai matlamat?

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya, saya pun bercita-cita sama. Kalau boleh Korea adalah merupakan model yang baik, yang mana dari segi liputan jalur lebarnya boleh dikatakan hampir 100% dan mempunyai speed atau kelajuan yang tinggi. Kita tidak bercakap tentang dua megabait per saat ataupun sepuluh megabait per saat. Korea mereka bercakap tentang 100 megabait per saat. Negara-negara maju begitu. Cita-cita kita pun begitu tetapi soalnya kos. Kos ada dikaitkan dengan soal bagaimana infrastruktur ataupun dikatakan jenis landskap negara yang berkenaan.

Korea dikatakan lebih mudah kerana negaranya walaupun sebesar Semenanjung Malaysia tetapi dari segi sistem perbandarannya, ia lebih bertumpu kepada enam kota besar. Setiap bandar itu pembinaannya lebih dianggap menegak.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Maknanya, mempunyai bandar-bandar yang didiami oleh mereka berada di rumah- rumah pangsa yang tinggi. Sistem pembinaan trunk ataupun membina highway atau pun lebuh raya fiber optic sampai ke tempat yang berkenaan untuk naik ke atas lebih mudah daripada negara yang berselerak seperti Malaysia ini. Kita terpaksa mengira kos bagaimana untuk menghantar sistem kita ke Sabah dan Sarawak. Misalnya, kita terpaksa membina laluan fiber optic ke Sabah dan Sarawak itu sahaja kosnya lebih kurang RM850 juta. Lebih kurang RM400 juta sehala. Patah balik, kena buat dua kali.

Mana tau di bawah submarine cable, dengan izin ada laluan kapal dan sebagainya, terputus, ini menyebabkan Sabah dan Sarawak akan berhadapan dengan masalah ianya terputus. Di Sabah dan Sarawak, kosnya lebih besar kerana kawasannya adalah berselerakan. Tidak ada kota-kota besar seperti di Korea dan sebagainya.

Jadi, sebab itu kita katakan, hendak menyamakan Malaysia dengan Korea, menyamakan Malaysia dengan Hong Kong, menyamakan Malaysia dengan Singapore misalnya sudah tentu tidak sama.

Akan tetapi program kita adalah dianggap antara yang terbaik misalnya, di mana dari segi liputan dan sebagainya dalam masa sekarang kita adalah antara yang terpantas.

Saya percaya program-program baru, bagaimana untuk meningkatkan penggunaan, penyaluran fiber optic di kawasan bandar kita, kawasan pinggir bandar kita dan kawasan luar bandar kita di mana tanggungjawab bersama pihak swasta misalnya yang mendapat keuntungan akan diambil sebahagian daripadanya untuk dimasukkan di dalam tabung USP dan tabung USP ini akan digunakan bagi membina laluan-laluan atau pun infrastruktur yang berkaitan dengan jalur lebar ini akan digunakan bagi mempercepatkan proses bagaimana liputan itu dapat diluaskan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah banduan di setiap penjara di Malaysia sehingga 30 September 2013. Nyatakan perbelanjaan makanan bagi setiap banduan setiap hari dan jumlah kos perbelanjaan penjara di seluruh negara bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kena reda sedikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi kepada semua. Yang Berhormat, kalau hendak pantun buat betul-betul sedikit. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Seputeh bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor nombor 28 pada hari ini memandangkan perkara yang dibangkitkan berkaitan isu yang sama.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila, sila. Sila.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, statistik Jabatan Penjara pada 30 September 2013 menunjukkan jumlah penghuni di seluruh institusi Penjara Malaysia adalah seramai 39,740 orang. Berasaskan peruntukan yang diluluskan untuk anggaran belanja mengurus bagi Jabatan Penjara pada setiap tahun 2010 hingga 2012 secara purata jumlah RM665,000,096 dibelanjakan untuk mengurus seluruh penjara dan penghuni. Manakala purata belanja untuk makanan bagi seseorang penghuni setiap hari adalah sebanyak RM7.98. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seorang banduan satu hari RM7 untuk makanan sahaja. Boleh makan apa itu? Soalan saya ialah...

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dengar, dengar. Ini adalah jawapan yang saya terima pada 21 Oktober daripada Menteri Dalam Negeri di mana dikatakan di bawah Ops Cantas terdapat 18,349 orang telah pun ditangkap dan beberapa ratus kertas siasatan telah pun dibuka terhadap mereka. Soalan saya ialah ini menunjukkan bahawa kerajaan nampaknya

final • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

terpaksa membina lebih penjara. Jadi, dalam bajet mungkin tahun yang akan datang berapa penjara dengan berapa bilik akan dibina untuk menampung peningkatan penjenayah yang akan dimasukkan dalam penjara?

Adakah kerajaan bercadang untuk menggarapkan lebih undang-undang kita dimasukkan community service, khidmat sosial untuk menggantikan tempoh pemenjaraan yang panjang seperti yang dilaksanakan di negara lain. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai wakil rakyat di sini nampaknya kita tidak ada hak untuk melawat penjara. Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun menulis surat untuk melawat aktivis Uthayakumar di dalam penjara tetapi ditolak oleh Pengarah Jabatan Penjara dan lepas itu beliau juga menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri. Sampai sekarang masih tidak ada apa-apa jawapan. Jadi, saya hendak minta sama ada pihak kerajaan akan membenarkan wakil rakyat dan kita semua boleh melawat banduan dan juga apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyokong lawatan yang ingin dilakukan oleh Yang Berhormat Bagan kepada Uthayakumar?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, panjang itu.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan ini satu sahaja.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, betul.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak boleh berekor ini panjang lebar itu.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Menteri boleh pilih hendak jawabkah tidak jawab.

final • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jawablah!

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya menjawab insya-Allah. Saya menjawab.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah mengambil kira semua Yang Berhormat. Pada masa sekarang, kita mempunyai 35 penjara di seluruh Malaysia. Kita juga mempunyai 4 Pusat Pemulihan Akhlak, 3 sekolah Henry Gurney, satu tempat tahanan perlindungan dan lima pusat pemulihan masyarakat.

Kapasiti semuanya ini ialah 50,950 tetapi kita mempunyai 39,740 penghuni yang ada.

Maknanya, kita masih mempunyai kapasiti sampai 37% lagi belum diisi Yang Berhormat.

Jadi, maknanya apa sahaja Ops Cantas atau pun operasi lain yang kita jalankan, kita boleh menampung keperluan yang sedia ada. Itu Yang Berhormat pertama soalan Yang Berhormat tadi.

Yang kedua soalan lawatan ke prison Yang Berhormat. Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang pejuang kebebasan. Mungkin Yang Berhormat tahu Datuk Dr Denison Jayasooria untuk melawat prison dan membawa SUHAKAM sekali. Jadi, saya berhubung dengan Ketua Pengarah Penjara. Dalam masa yang sama, jam pukul 11 malam Yang Berhormat. Saya kerja 24 jam. Jam 11 malam saya diberitahu minta SUHAKAM atau pun siapa sahaja menulis terus kepada beliau untuk mendapat kelulusan untuk masuk penjara. Maksudnya, kalau pengarah penjara di tempat mana penghuni itu disimpan tidak memberi kelulusan, bermohonlah kepada ketua pengarah Yang Berhormat.

Belum habis lagi Yang Berhormat. Bermohonlah kepada ketua pengarah. Insya- Allah akan dipertimbangkan. Jadi, itu sahaja Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Berhormat Mersing. Ya, sila Yang Berhormat Mersing.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Tidak mahu.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Tidak mahu Menteri.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Penjara kosong, banyak lagi tempat ini.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

37% lagi kosong. Sila.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Pembangkang dia hendak banyakkan lagi penjara. Kerajaan yang bertanggungjawab hendak kurangkan lagi bilangan penjara.

Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jawab RM7 satu kepala satu hari. Saya rasa ini adalah satu rate yang munasabah kerana kalau kita tengok hospital yang kerajaan bina belanja beri makan orang di hospital RM25 satu hari sekepala dengan lima kali makan melainkan orang itu kena kencing manis atau di PLKN kita belanja RM20 satu hari satu kepala, lima kali makan atau di universiti antara RM25 ke RM30 sekepala, lima kali makan.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad - Mersing

Soalan saya, RM7 ini berapa kali makan? Satu kali, dua kali? Antara kolaborasi ‘laut biru’ yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Dalam Negeri adalah membina lebih banyak pusat pemulihan masyarakat, di mana kajian telah dibuat kalau kita asingkan mereka yang jenayah berat, macam peliwat kita campurkan dia dengan mereka yang pick pocket...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff bin Ahmad - Mersing

Nantilah. Kemungkinan berlakunya orang yang pick pocket ini jadi peliwat akan lebih.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Abd. Latiff bin Ahmad - Mersing

Jadi saya hendak tanya Menteri, apakah strategi ‘laut biru’ ini akan diperkembangkan dan diperbanyakkan supaya kos jangka panjang mengurus penjenayah ini dapat kita kurangkan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jawapan ini panjang Yang Berhormat. Terima kasihlah Yang Berhormat kerana bertanya soalan yang relevan.

Sebenarnya Yang Berhormat, kos kepada penjara, kepada kerajaan, tiap-tiap penghuni ialah RM35 seorang mengikut nisbah. Saya baca semua Yang Berhormat, ya.

Kos perkhidmatan surat, setem, peralatan, pakaian, keperluan harian, kebersihan, pengurusan pejabat, rekod, kawalan keselamatan dan sebagainya, kita rangkum sekali menjadi RM35, satu orang penghuni.

Jadi, Yang Berhormat bertanya dengan elok tadi dan tidak mengkritik pun. Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah RM7 itu sudah mencukupi. Sebenarnya yang RM7 itu, makanan dia baik Yang Berhormat, kualiti dia tinggi dan masakannya pun sedap.

Sebabnya...

[Disampuk] Dengarlah dahulu Yang Berhormat. Sebabnya, kalau di hospital Tuan Yang di-Pertua, orang tukang masak, memasakkan masakan ini. Jadi kita kena gaji orang tukang masak. Di penjara, orang di penjara itu dilatih untuk memasak. Jadi kita beli bahan sahaja dan mereka masak sendiri. Jadi sebab itulah makanan itu sedap, sesuai dengan cita rasa mereka sendiri. Jadi, saya sudah melawat dua tiga penjara dan saya dapati makanannya mencukupi tidak kurang daripada tiga jenis. Nasi, sayur, ikan dan mungkin ada sambal Yang Berhormat.

Jadi, soalan yang kedua Yang Berhormat tanya juga, adakah kita hendak membina Pusat Pemulihan Masyarakat lebih lagi? Nampak daripada nisbah ini kita memang melihat persoalan ini sebagai satu benda yang kita akan perkenalkan lebih banyak lagi Yang Berhormat, iaitu kapasiti pada masa sekarang ialah 1,450 orang dan telah diisi dengan 1,419 orang. Tujuan sebenar ialah apa Yang Berhormat sebut tadi supaya Tuan Yang di-Pertua, yang immature, yang baru sekali, first offender, yang innocent nampak dia

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

ini, kita tempatkan di satu-satu tempat yang tidak bercampur gaul dengan pihak yang telah hard core criminal. Jadi dalam tindakan sedemikian, kita telah mempunyai rekod yang terbaik Yang Berhormat, ya. Pada masa sekarang, sistem penjara kita dipelajari oleh tidak kurang daripada 10 negara seluruh dunia. Saya baca nama-nama ini. Indonesia, Thailand, Fiji, Iran, Soloman Island, Brunei, Pakistan, India dan Sudan telah datang ke penjara kita hendak lihat macam mana kita mengendalikan penjara kita dan macam mana kita mengendalikan sistem kita dan apakah sistem correctional atau pun pemulihan yang telah kita laksanakan berjaya ataupun tidak dan mereka juga hendak tahu parole system kita.

Mereka hendak tahu juga correctional system kita yang mana kita melatih dan memberi kemampuan pihak-pihak ini untuk mereka keluar daripada penjara nanti dan selepas itu boleh menjalankan kerja-kerja mereka sendiri.

Bahkan pada masa sekarang Yang Berhormat, kita mempunyai satu rekod yang boleh dikatakan anehlah. Duduk mengambil peperiksaan persekolahan, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dua orang. Keluar penjara Yang Berhormat, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, 14 orang. Diploma Pengurusan, empat orang. Jadi ini berterusan.

Menteri dan saya sudah melawat banyak prison, kita nasihatkan pengawal-pengawal prison untuk membuat banyak lagi program peningkatan kapasiti manusia ini dan dalam sudut ini banyak sudah kita buat dan itulah kenapa negara-negara minat melihat program pemulihan yang telah kita laksanakan sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

5. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapakah jumlah penduduk bandar yang telah berjaya membeli rumah di bawah pelbagai inisiatif-inisiatif Kerajaan di bawah PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perumahan Negara dalam tempoh bermula Januari 2013 sehingga kini dan apakah perangkaan berkaitan bagi keseluruhan tahun-tahun 2011-2012 masing-masing; dan

(b) apakah statistik terkini pecahan dan kadar peratusan penduduk kawasan bandar yang memiliki rumah sendiri berbanding dengan yang menduduki rumah sewa bagi setiap negeri atau bandar-bandar utama setiap negeri.

final • 10:50 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan unit rumah di Malaysia pada Jun 2013 ialah sebanyak 4.7 juta unit rumah. Rumah-rumah ini terdiri daripada rumah teres, rumah teres dua tingkat, rumah kembar, town houses, kondominium, rumah kos sederhana dan rumah kos rendah. Berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sehingga penghujung tahun 2012, sebanyak 74.5% isi rumah memiliki rumah, sebanyak 20.2% menyewa rumah dan sebanyak 5.3% menduduki kuarters yang disediakan majikan di seluruh negara.

Daripada jumlah isi rumah yang memiliki rumah, sebanyak 3.2 juta isi rumah yang menetap di kawasan bandar memiliki rumah dan 1.5 juta lagi isi rumah di luar bandar memiliki rumah. Pecahan pemilikan rumah oleh isi rumah mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERIRUMAH YANG DIMILIKI (%)RUMAH YANG DISEWA (%)
Johor74.322.4
Kedah83.414.2
Kelantan82.713.9
Melaka80.616.5
Negeri Sembilan78.114.7
Pahang72.317.0Pulau Pinang79.019.9
final • 10:50 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Abd. Rahman Dahlan

Perak81.614
Perlis86.78.6
Selangor69.428.7
Terengganu82.714.7
Sabah72.315.6
Sarawak81.010.0
WP Kuala Lumpur50.842.7
WP Labuan66.323.0
Putrajaya4.37.4

Selebihnya adalah kuarters-kuarters yang disediakan oleh majikan-majikan tersendiri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga September 2013, Perbadanan PR1MA Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan 30 Projek Rumah Mampu Milik yang melibatkan sebanyak 44,227 unit rumah di seluruh negara.

Lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti adalah di negeri Sabah, Johor, Perak, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor. Jumlah Rumah Mampu Milik (RMM) yang telah siap dibina oleh SPNB di seluruh negara adalah sebanyak 1,247 unit untuk tahun 2011, 704 unit untuk tahun 2012 dan dalam tempoh bermula Januari 2013 sehingga 30 September 2013 sebanyak 1,663 unit telah disiapkan di seluruh negara.

final • 10:50 AM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Abd. Rahman Dahlan

Kementerian saya juga komited dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Sehingga September 2013, sejak program ini dilaksanakan, prestasi pelaksanaan projek PPR adalah seperti berikut. Untuk unit PPR yang disewa 75,805 unit. Untuk yang dimiliki 16,825 dan jumlah keseluruhan PPR yang telah dibina ialah 92,630. Jadi, bersama- samalah kita menantikan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 nanti. Insya-Allah kita berharap akan ada berita yang baik untuk rumah-rumah mampu milik di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu mendalam. Jadi, soalan tambahan saya ialah kita tahu di bandar-bandar ini ramai mereka yang menduduki bandar mengalami antara masalah yang paling besar ialah untuk memperoleh pinjaman perumahan daripada bank-bank untuk membeli rumah, terutama sekali rumah pertama.

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian mempunyai langkah-langkah untuk membantu mereka dalam proses mendapat pinjaman perumahan supaya dapatlah mereka didefinisikan dalam golongan yang dapat dan mampu milik perumahan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan

Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang tepat dan amat prihatin terhadap program-program perumahan di negara ini. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan turut melaksanakan beberapa program yang boleh membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri. Antaranya ialah pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) oleh kementerian saya sendiri yang kita telah tawarkan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Juga ada Program Bantuan Rumah (PBR) kepada golongan miskin oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan dan Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat SPNB.

Skim Rumah Pertamaku bagi membantu rakyat membeli rumah pertama mereka dengan mendapatkan pembiayaan 100%.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya di kementerian saya pun memang ada satu program yang kita membantu untuk memberi jaminan kepada pemohon yang berpendapatan rendah. Kita memberi jaminan kepada pihak bank bahawa jika mereka telah

final • 11:00 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan

mendapatkan pinjaman, dan mereka gagal untuk membayar pinjaman, skim ini akan diaktifkan untuk memberikan perlindungan kepada bank.

Jadi, ini antara lain untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada menteri yang telah memberi jawapan. Saya melihat bahawa langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menyediakan dan memberi rumah kepada rakyat yang berpendapatan rendah, terutamanya di bandar ini satu langkah yang baik.

Cumanya harapan kita supaya pengagihan rumah-rumah yang disediakan sama ada PR1MA, PPR ataupun PPRS atau PPRM diagihkan dengan adil.

Saya kata begini kerana saya mendapat banyak aduan, terutama di kawasan saya, pengagihan itu ada sedikit unsur-unsur yang tidak adil. Mungkin lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua, bandar-bandar besar di Malaysia ini terutama semua ibu negeri kecuali Kangar dan Johor Baharu dikuasai oleh pembangkang semua, semua ibu negeri. Itu hakikatlah, mungkin ada ketidakadilan berlaku di situ.

Jadi, dalam hal ini saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dalam rangka kerajaan menyediakan rumah dan dalam suasana rakyat yang tidak cukup rumah, kelihatan beberapa projek-projek perumahan PPR yang dilaksanakan oleh kerajaan nampaknya seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja dan tidak dihuni. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat, kalau kita datang daripada airport Subang, kita hendak keluar ke Lebuh Raya NKVE, ada satu perumahan dinamakan di situ ada nama dia PPR Lembah Subang.

Saya lihat kalau tidak setahun, mungkin hampir setahun yang telah siap itu tidak diduduki. Saya hendak dapat penjelasan kenapa perkara seumpama ini sama ada di situ atau di tempat lain itu berlaku. Keduanya, saya hendak tahu perkembangan satu idea baru yang baik saya rasa daripada Yang Berhormat Menteri sendiri baru-baru ini iaitu perumahan untuk pasangan muda young couple, yang mungkin baru kahwin, yang mungkin ada anak seorang, tinggal di bandar, pendapatannya kurang. Jaminan diberikan kepada young couple ini perumahan-perumahan sama ada disewa atau dimiliki, bagaimana perkembangannya? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu.

Untuk makluman, Yang Berhormat Kota Bharu ini antara Ahli Parlimen yang bernasib baik sebab di kawasannya itu kita telah luluskan PPR sebanyak 1,000 unit untuk kawasan Yang Berhormat Kota Bharu. Dari situ kita sudah melihat bahawa tujuan Kerajaan Barisan Nasional bukannya untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan yang hanya dimiliki ataupun dikuasai oleh Barisan Nasional. Contoh yang terbaik ialah di Kota Bharu.

Dari segi penghuni. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita memang mempunyai kriteria yang tertentu. Kita tidak bertanya kepada pemohon sama ada mereka ini menyokong parti mana. Paling penting ialah mereka tidak berkemampuan, mereka itu terutamanya yang kawasan setinggan, kawasan di mana PPR itu diwujudkan. Mereka akan diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang, pegangan politik mereka. Itu adalah kemestian dan wajib. Jadi, tidak betul kalau ada tuduhan yang mengatakan bahawa kita mengambil langkah untuk hanya memberikan keutamaan kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional.

Keduanya ialah tentang Lembah Subang. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembah Subang sedang berjalan dengan lancar. Kita sedang berbincang dengan kerajaan negeri dan juga kawasan PBT di situ dan kita akan berusaha untuk memastikan penghuni itu akan masuk dalam masa yang terdekat ini. Memang ada sedikit sebanyak permasalahan pada awalnya tetapi masalah itu telah dapat diselesaikan. Saya telah mendapat signal, isyarat daripada pihak-pihak yang berkenaan untuk memulakan proses penghunian.

Ketiganya ialah berkenaan dengan Program Rumah Transit yang kita telah wujudkan bagi pasangan muda yang baru berkahwin. Untuk makluman Yang Berhormat, ada dua blok PPR Bukit Jalil yang telah kita kesan dan kita designate, dengan izin, yang melibatkan 632 unit yang akan dijadikan rumah transit dan juga satu, dua projek lagi iaitu di PPR Kepayan Ridge di Sabah dan juga di Sentul. Insya-Allah projek ini akan berjalan dengan lancar dan akan memberi manfaat kepada pasangan-pasangan muda di negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) bilangan Rumah Orang Tua di setiap negeri; dan

(b) bilangan orang tua di Rumah Orang Tua di Sibu dan apakah rancangan kementerian untuk mengatasi ketidakcukupan tempat untuk orang tua yang tiada keluarga atau penjaga.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang menyoal soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan sebanyak 14 buah institusi penjagaan warga emas di seluruh negara. Pecahan institusi penjagaan warga emas adalah sembilan buah Rumah Seri Kenangan (RSK) di Semenanjung Malaysia, dua buah di Sarawak, dan tiga buah Rumah Warga Tua di Sabah. Senarai dan bilangan RSK dan RWT mengikut negeri adalah seperti berikut:-

NegeriBilangan
Perlis1
Perak2
Selangor1
Negeri Sembilan1
Melaka1
Johor1
Kelantan1
Sarawak2
Sabah3
Jumlah14

Manakala bilangan Pusat Jagaan Orang Tua di bawah kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta yang berdaftar dengan JKM sebanyak 208, yang terdapat di semua negeri kecuali Kelantan dan Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat sebuah RSK di Sibu yang memberi penjagaan kepada 58 orang warga emas iaitu 37 orang lelaki dan 21 orang perempuan. Berhubung rancangan kementerian untuk mengatasi masalah ketidakcukupan tempat untuk orang tua yang tiada keluarga atau penjaga, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian sedang menjalankan kerja-kerja menaiktarafkan beberapa RSK di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berperingkat agar kapasiti penghuni dapat ditingkatkan serta juga untuk menambah baik kemudahan untuk penghuni seperti asrama yang baru, tempat riadah dan juga rawatan kesihatan.

Selain itu kementerian berpendirian bahawa adalah wajar golongan warga emas kita terus tinggal dalam komuniti dan bukannya tinggal di rumah warga emas. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh kementerian adalah seperti berikut. Pertamanya, seperti kita semua maklum, memberikan bantuan kepada orang tua. Pada tahun lalu 2012, JKM telah menyalurkan bantuan orang tua sebanyak RM515 juta kepada 152,138 orang warga emas di seluruh negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Ini merupakan 35.3% daripada keseluruhan perbelanjaan bantuan kebajikan masyarakat bagi tahun 2012. Bagi tahun ini hingga Jun 2013 pula JKM telah menyalurkan bantuan orang tua kepada 154,976 orang warga emas melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM280 juta. Bantuan ini sebenarnya bertujuan untuk membantu menampung

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga dalam komuniti. Penempatan warga emas di institusi merupakan alternatif yang terakhir sekiranya mereka tidak mempunyai waris atau pun saudara mara.

Keduanya, menyediakan Khidmat Bantu Di Rumah atau pun home help services, dengan izin. Program Khidmat Bantu Di Rumah ini dilaksanakan oleh sukarelawan kebajikan serta juga pertubuhan bukan kerajaan (NGOs). Ini merupakan satu program yang memberikan khidmat sokongan kepada warga emas terutama mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah. Pada masa ini terdapat 451 orang sukarelawan yang memberikan khidmat bantu di rumah kepada seramai 1,604 orang warga emas.

Ketiganya, menyediakan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). Program Unit Penyayang Warga Emas pula menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di hospital dan di klinik yang disediakan oleh kerajaan mahu pun swasta. Program ini juga diperluaskan untuk perkhidmatan lain bagi urusan keperluan sosial warga emas. Pada tahun lalu seramai 3,405 orang warga emas telah dapat menggunakan perkhidmatan ini.

Keempatnya, menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Pusat ini merupakan khidmat yang bercorak reaching out and developmental kepada warga emas dengan berganding bahu bersama agensi-agensi lain dan pertubuhan sukarela kebajikan.

Pada tahun lalu seramai 20,040 orang warga emas telah berdaftar dengan 22 buah PAWE di seluruh negara.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pertambahan 23 buah PAWE baru pada tahun 2013 semasa merasmikan sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan tahun lalu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah apakah garis panduan untuk seorang warga emas diterima masuk ke rumah orang tua? Saya ingin bagi satu contoh. Di Sibu ada satu kes di mana seorang wanita tua yang umurnya sudah 76 tahun dan seorang buta huruf. Beliau tidak ingat nama penuh anak-anaknya dan telah ditinggalkan oleh anak-anaknya sejak beberapa tahun yang lalu. Suaminya pun sudah meninggal dunia. Adakah wanita tersebut layak diterima masuk ke rumah orang tua kerajaan?

Juga saya ingin tahu, apakah rancangan kementerian untuk membantu orang yang merayau-rayau sama ada warga emas atau pun orang muda di negara kita terutamanya di Sibu? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Satu orang sahaja ya? Itu sahajalah. Lain-lain semuanya tidak ada masalah kan? Akan tetapi memanglah antara kriterianya ialah kalau dia tidak ada anak.

Ertinya seperti yang kita sebut dia bersendirianlah. Jadi kita akan masukkan ke dalam rumah warga emas ini atau pun RSK.

Yang Berhormat boleh beri kepada saya nama wanita yang malang ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lepas ini jumpa Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Kita cuba uruskan ya. Bagi yang merayau-rayau ini ada juga program kita untuk mereka yang merayau-rayau ini. Kena beri laporan juga dan apabila mereka ini ditemui, mereka akan diselamatkan dan juga diletakkan di pusat bina diri yang kita sediakan juga untuk mereka yang sedemikian ini.

Tidak kiralah di Sibu atau pun di mana-mana.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dua ini susah ni. Saya bagi perempuan ya. Sila Parit Sulong.

final • 11:10 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Tidak mengapa. Jangan marah Yang Berhormat Bintulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tengok antara cabaran utama dalam memilih penjaga yang boleh menjaga warga emas di rumah orang tua ini adalah yang pertamanya, perlu ada sikap positif dan keduanya, perlu ada kemahiran.

final • 11:10 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Jadinya soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian dalam usaha untuk memastikan yang jumlah penjaga di rumah warga emas ini cukup dan sama ada kementerian juga ada skim atau pun modul untuk memastikan bahawa mereka ini benar-benar dan cukup berkualiti? Terima kasih banyak.

Jangan marah Yang Berhormat Bintulu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Naib exco tanya naib ketua wanita. Sila.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih kerana menyokong. Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong di atas soalan tersebut.

Memang saya bersetuju bahawa cabaran untuk menjaga warga emas di Rumah-rumah Sri Kenangan dan rumah warga emas ini adalah sesuatu yang tinggi sekali bagi mereka yang menjaga.

Namun demikian setakat ini kita dapati bahawa semua petugas kita adalah amat komited untuk menjaga mereka yang duduk di sana. Setakat ini kita tidak juga menerima apa-apa aduan bahawa mereka tidak dijaga dengan baik. Malah dalam lawatan saya baru- baru ini ke Perak, saya telah bertemu dengan warga emas yang duduk di sana dan mereka memaklumkan kepada saya bahawa mereka dijaga dengan begitu baik sekali dan mereka mengucapkan terima kasih.

Sebagai contohnya seorang warga emas itu dia biasa tinggal di Amerika Syarikat.

Apabila di balik ke Malaysia, dia tidak ada keluarga dan dia menghadapi masalah kerana dia sakit. Dia kena stroke. Jadi dia tidak boleh berjalan, tidak boleh bergerak dan tidak boleh bercakap. Akan tetapi apabila dia duduk di dalam Rumah Seri Kenangan itu dia dijaga oleh penjaga kita, orang muda di sana dengan begitu baik sekali sehingga pada hari ini katanya kepada saya “Saya sudah boleh jalan” dan dia ucapkan terima kasih kepada penjaga kita.

Jadi memang kita sudah tersedia memastikan mereka yang bekerja di rumah- rumah ini adalah mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi, sabar, tabah dan juga mempunyai kelayakan yang sepatutnya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bintulu jangan panjang-panjang ya? Sila. Pendek sahaja nanti Kinabatangan bising.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi kita cuma sekarang saya dengar jawapan macam mana kita menaik taraf.

Akan tetapi isu di sini saya tidak nampak kementerian menjalankan satu program kempen macam mana mahu cinta warga emas. Kalau tidak ada jalankan program mengajar kita generasi muda macam mana hendak cinta warga emas atau keluarga kita, saya rasa Kerajaan Barisan Nasional bina lagi 1,000 buah tempat untuk penduduk warga emas pun tidak cukup. Masalahnya sekarang pembangkang menjalankan kempen. Macam Yang Berhormat Sibu mana ada tolong? Macam tadi dia cerita itu dia tidak minta keluarga dia cintakan dia.

[Ketawa] Adakah kementerian menjalankan program, kempen bagaimana hendak cintakan keluarga? Ada atau tidak?

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya ingat Yang Berhormat Bintululah yang pertama sekali saya hendak bawa sama-sama berkempen untuk mencintai warga emas ini.

[Ketawa] Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, kerajaan telah pun meluluskan Dasar Warga Emas Negara kerana kita menjangka menjelang tahun 2030, negara kita akan menjadi aging society di mana 15% daripada penduduk negara ini akan berumur melebihi 60 tahun termasuklah ramai yang ada di sini dan yang lain-lain hampir-hampir ke situlah pada tahun 2030.

Oleh itu dasar ini sebenarnya adalah tujuannya yang pertama ialah untuk memastikan kita dapat membangunkan masyarakat penuaan dan mendaya upayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua. Beberapa program telah kita laksanakan.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Pertamanya untuk melihat daripada segi undang-undangnya, daripada segi bagaimana kita dapat melibatkan masyarakat kita dalam usaha kita menyejahterakan orang-orang tua kita apabila mereka sudah capai ke tahap umur yang demikian.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

Antara lainnya juga seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Bintulu tadi ialah, kita mahu menanamkan rasa cinta dan kasih sayang masyarakat kita terhadap orang tua-tua kita terutama sekali ibu bapa kita. Program ini sudah pun kita jalankan. Pelbagai seminar telah kita adakan bersama-sama dengan NGOs, bersama dengan universiti, bersama dengan pihak dalam bidang perundangan supaya kita dapat benar-benar come up, dengan izin, dengan program dan aktiviti yang sesuai bagi kita menangani masalah apabila kita sampai ke tahap nanti kita menjadi sebuah negara yang sudah mempunyai aging society.

Sebagai permulaannya, kita telah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa yang penting di peringkat kebangsaan, dan kita mempunyai jawatankuasa teknikal- tujuh jawatankuasa teknikal, dan kita juga telah menubuhkan dan sedang dalam proses mewujudkan Majlis di peringkat tindakan negeri, juga peringkat tindakan daerah, dan peringkat pihak berkuasa tempatan. Semua ini Tuan Yang di-Pertua, dan Dewan yang mulia ini, adalah bertujuan untuk kita memikir, merancang dan mencari jalan bagaimana kita dapat membantu orang tua-tua kita menjelang tahun 2030, apabila kita menjadi sebuah aging society.

Jadi saya berharap Yang Berhormat, Yang Berhormat semua yang berada di Dewan yang mulia ini akan dapat membantu kita, bekerjasama dengan kita di dalam kempen yang akan kita laksanakan ini nanti, insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tentang:

(a) usaha kerajaan dalam membantu mempertingkat ekonomi masyarakat luar bandar; dan

(b) langkah-langkah kementerian dalam mengeluarkan golongan sasar daripada kepompong kemiskinan.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berdasarkan kepada transformasi ini... Sebelum itu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kinabatangan menang Majlis Tertinggi.

Berdasarkan kepada transformasi yang dilakukan oleh kerajaan sejak tahun 2009, pelbagai inisiatif telah dilakukan dengan tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat kampung. Ini dapat dibuktikan dengan pengurangan tahap kemiskinan tegar masyarakat luar bandar, turun daripada 5.2% pada tahun 1990 kepada 0.6% pada tahun 2012.

Antara yang terkini Program Desa Abad Ke-21 ataupun The 21st Century Village, iaitu program transformasi kampung diwujudkan pada tahun ini- 2013, bagi membangunkan kampung-kampung melalui koperasi supaya masyarakatnya berpeluang menjana pendapatan yang tinggi melalui peluang-peluang pekerjaan baru dalam sektor tertentu di samping penglibatan aktif golongan belia. Sehingga kini sebanyak 29 buah kampung telah dikenal pasti untuk dimajukan dalam bidang yang pelbagai seperti pertanian, perladangan, pelancongan serta industri kecil dan sederhana.

Program pertandingan rancangan perniagaan atau pun rural business challengers

(RBC) pula giat dilaksanakan untuk mencari dan memberi peluang kepada belia-belia luar bandar merealisasikan idea-idea bernas, dan menterjemahkannya kepada satu perniagaan yang berdaya maju. Pertandingan RBC yang dilaksanakan bermula tahun 2012 ini, telah dimenangi oleh 11 orang pemenang dengan meningkatkan pendapatan perniagaan sedia ada sekurang-kurangnya dua kali ganda. Sebagai contoh, seorang usahawan telur asin itik di Perak berjaya memperoleh RM40,000 sebulan sekarang berbanding RM20,000 sebulan sebelum ini.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Sementara itu, bagi tahun 2013 seramai 20 orang telah pun memenangi pertandingan RBC yang melibatkan grant perniagaan sejumlah RM17.65 juta. Selain menggalakkan belia luar bandar memilih bidang keusahawanan sebagai pekerjaan pilihan, malah ia juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan tambahan serta meningkatkan pendapatan kepada penduduk luar bandar.

Selain daripada itu, program SPED yang dimulakan sejak tahun 2001, telah banyak membantu usahawan desa bagi memulakan mengembangkan perniagaan mereka.

Sehingga kini seramai 3270 orang usahawan desa telah menerima manfaat.

Kajian Impak Program Kemajuan Ekonomi Luar Bandar (KKLW) oleh UTM pada tahun 2010, terdapat peminjam SPED menunjukkan data berikut, iaitu sebanyak 82.4% responden menyatakan perniagaan mereka semakin berdaya maju setelah menerima pembiayaan SPED. Sebanyak 78.1% responden melaporkan pendapatan mereka telah meningkat setelah mendapat pinjaman SPED. Sebanyak 81.8% responden pula menyatakan bahawa SPED telah membantu memperluaskan pasaran produk mereka, dan 84.5% responden menyatakan SPED telah membantu meningkat hasil jualan produk.

Bagi tujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan serta memperkenalkan produk-produk pengeluaran mereka secara lebih meluas, Karnival Usahawan Desa (KUD) diperkenalkan. KUD bukan sahaja bertindak sebagai platform kepada usahawan luar bandar menjalankan jualan terus kepada pembeli, malahan berpeluang meningkatkan hasil jualan masing-masing melalui sesi pelancaran perniagaan yang diselaraskan bersama pemborong rangkaian pasar raya besar di dalam dan di luar negara.

Seterusnya kementerian juga telah menggerakkan RTC dan juga RTC Pusat Transformasi Mini, RTC yang akan berfungsi bukan sahaja sebagai pemacu dan pelengkap kepada usaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan tetapi juga merancakkan lagi pembangunan ekonomi serta akan berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan bagi masyarakat luar bandar. Menyedari bahawa segala program yang di rancang tidak akan berjaya dengan sepenuhnya tanpa pembangunan modal insan, maka di bawah Rolling Plan Ketiga tahun 2013-2014, sebanyak RM714.6 juta telah diperuntukkan.

Tuan Yang di-Pertua, program pembasmian kemiskinan luar bandar memberi tumpuan kepada tiga aspek utama. Pertama, meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan meningkatkan pendapatan keluarga contohnya menerusi program latihan kemahiran dan kerjaya. Program Peningkatan Pendapatan (PPP), program pembangunan tanah ladang dan tanaman komoditi oleh agensi di bawah kementerian ini, Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK). Peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar dengan menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana dan utiliti lengkap seperti program bantuan rumah, projek agropolitan, Rural Transformation Center, dan Mini RTC.

Dan program pembangunan modal insan pula antaranya menerusi kursus-kursus motivasi dan kelas tuition kepada pelajar miskin di bawah program kecemerlangan pendidikan. Kursus motivasi dan perubahan sikap di bawah program pembangunan minda insan dan latihan kemahiran agensi seperti GiatMARA. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, pertama saya juga ingin merakamkan tahniah di atas kejayaan Yang Berhormat Menteri mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, dan menang bergaya pula [Tepuk] Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, pertama - berapakah jumlah penduduk yang terlibat di seluruh negara dalam mengikuti program yang dimanfaatkan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu contohnya dalam program peningkatan kemahiran dan juga peningkatan untuk ekonomi, dan negeri mana kah yang mendapat imbuhan yang terbanyak jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

Seterusnya, apakah kementerian ini berhasrat untuk mewujudkan Mini RTC di Parlimen Kinabatangan? Ini sebab Kinabatangan ini juga merupakan satu kawasan pertanian dan industri-industri yang lain. Jadi sudah menjadi hasrat rakyat di seluruh negara terutama sekali masyarakat luar bandar yang banyak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional untuk menikmati kemudahan-kemudahan daripada Kementerian Luar Bandar khususnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang ditimbulkan, pertama mengenai jumlah masyarakat yang menerima, ia agak spesifik.

Dari segi puratanya seperti yang saya sebutkan tadi, khusus untuk keusahawanan, di mana SPED, seramai 3200 orang lebih, menerima manfaat di seluruh negara atas bantuan itu.

Manakala dari segi aspek keusahawanan, saya ingat kalau tidak silap saya lebih daripada 300 ribu atau pun 1.5 juta penduduk, bidang keusahawanan ya, kalau tidak silap saya yang telah mendapat manfaat selama ini dalam usaha kita untuk membangkitkan usahawan- usahawan desa.

Dalam aspek pembangunan, manfaat yang diterima oleh masyarakat dalam bidang contoh bekalan air luar bandar- 285,000 penerima pada skim tiga tahun sepanjang kita laksanakan program intensif di bawah NKRA. Manakala untuk bekalan elektrik dalam lingkungan 358,000 penduduk yang telah mendapat manfaat dan untuk pembinaan rumah- rumah, pada tahun yang lalu hampir 53,000 buah rumah PPRT dan baik pulih yang telah kita sediakan kepada masyarakat luar bandar yang ada di seluruh negara kita.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Manfaat dia cukup baik termasuk di Kinabatangan sebenarnya, usaha yang kita perkenalkan contohnya Homestay Miso Walai di Kampung Baru Puteh, mungkin Yang Berhormat lebih tahu, Kinabatangan di situ telah pun mendapat manfaat hasil daripada pertandingan yang kita adakan. Di mana konsep ini berteraskan koperasi homestay, di mana ahli-ahli dia mendapat manfaat yang cukup baik dalam usaha kita untuk membangkitkan bukan hanya meningkatkan pendapatan mereka, bahkan juga peluang pekerjaan menerusi koperasi ini.

Cadangan untuk mewujudkan RTC di Kinabatangan ini, kita tengah hendak bincang dengan pihak kerajaan negeri, di mana lokasi-lokasi yang bersesuaian kerana ianya perlu kita menepati beberapa kriteria. Kalau sekiranya contohnya apabila kita melaksanakan di Wakaf Che Yeh di Kelantan dan dia mempunyai impak yang begitu baik sekali sehingga turnover dia mencecah RM295 juta. Oleh kerana ia merupakan satu lokasi yang cukup bersesuaian, ianya ditokok tambah dan telah menjana ekonomi yang ada di peringkat luar bandar. Ada sedikit masalah contohnya di Melaka oleh kerana lokasinya yang tidak begitu bersesuaian.

Akan tetapi dalam pada itu pihak kementerian akan mengambil beberapa langkah untuk memastikan supaya kita dapat padatkan RTC di Melaka. Contohnya, dengan kita membabitkan Agriculture Tourism dan pewujudan futsal dan pusat-pusat untuk membolehkan supaya belia-belia dapat berada di tempat itu, bila mana traffic flow dengan izin, berada di situ dan ia akan memungkinkan hasil ternakan, hasil jualan, hasil tani yang ada, masyarakat luar bandar akan dapat dibeli oleh masyarakat-masyarakat yang berkunjung, insya-Allah. Saya akan mengambil perhatian cadangan Yang Berhormat Kinabatangan untuk mewujudkan RTC di Kinabatangan ya, terima kasih banyak.

final • 11:30 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin merujuk kepada laporan penyiasatan pendapatan isi rumah tahun 2012 yang telah disiapkan pada bulan Februari pada tahun ini, yang mana telah melibatkan 44,000 isi rumah bagi mendapatkan maklumat yang berhubung dengan status pendapatan penduduk dan juga kemiskinan negara kita. Antara penemuan penempatan yang ingin difokuskan ialah mengenai peningkatan pendapatan isi rumah luar bandar pada kadar 6.4% setahun daripada RM2,545 kepada RM3,080. Pertama saya mengharapkan agar pihak kerajaan dapat memperincikan pendetailan responden, termasuk latar belakang mereka yang telah dijadikan subjek kajian ini.

Di antara program yang diwujudkan oleh kerajaan ialah program peningkatan pendapatan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada RM264.50 dalam membiayai modal kerja. Jadi soalan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji had kelayakan pendapatan dan menaikkan kadar bantuan daripada RM10,000 kepada jumlah keperluan perniagaan mengikut skala dan juga pasaran? Dan saya juga mengharapkan agar pihak kementerian dapat bekerjasama secara proaktif dengan pihak Lembaga Zakat di negeri-negeri bagi memastikan pengagihan zakat dan juga bantuan am kerajaan dapat dioptimumkan dan sekali gus dapat memberi nilai tambah kepada asnaf dan juga golongan sasar. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh atas persoalan yang dibangkitkan. Pertama mengenai dengan kajian yang

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

dilakukan seperti yang disebutkan. Memang pada setiap ketika pihak kerajaan bukan hanya membuat kajian setiap tahun untuk memastikan kumpulan sasar ini akan dapat kita pastikan ada peningkatan dia, dari segi- Ada masyarakat hasil daripada bantuan contohnya daripada SPED yang dahulu pendapatan kecil telah meningkat sebagai middle income earner, dengan izin, dan ini yang kita keluarkan daripada statistik yang sedia ada.

Sebenarnya saya berani katakan bahawa rancangan pihak kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional selama ini, merupakan di antara program yang terbaik di dunia dalam mengatasi membasmi kemiskinan.

Walaupun saya sedar selaku Menteri ‘kampung’ masih ada orang yang miskin, saya tidak nafikan. Termasuk di Gombak pun ada yang memerlukan bantuan dan bimbingan kerajaan, menerusi pelbagai kaedah yang kita gunakan. Bukan hanya menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, yang kita katakan dengan izin basket of services is goods.

Makanan yang kita salurkan, bantuan pendidikan bukan hanya menerusi MARA contohnya, menerusi agensi-agensi yang lain yang telah mendaulatkan masyarakat kita dari segi peningkatan, bukan hanya ilmunya bahkan juga peningkatan pendapatan mereka ini.

Seperti yang saya sebutkan miskin tegar sudah menurun. Daripada tahun 1990 sudah menurun dari 5.2% kepada 0.6%, tidak banyak negara di dunia. Saya berani katakan yang berjaya ke arah ini. Akan tetapi dalam pada itu saya berharap semua pihak akan dapat membantu kita, termasuk apa yang disarankan.

Tidak jadi masalah dengan kita kalau pihak zakat hendakkan, tetapi itu bukan peranan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Akan tetapi kalau ada saranan untuk kita membantu, kerana statistik ada bagi kita, masyarakat yang kita katakan the target group dengan izin, yang memerlukan bimbingan, yang memerlukan bantuan. Bukan hanya Orang Asli, masyarakat miskin di merata tempat di seluruh negara kita, kita akan boleh membantu. Yang penting ialah usaha ini akan dapat membasmi atau pun membantu meringankan bebanan masyarakat kita di peringkat luar bandar. Tidak jadi masalah dengannya. Terima kasih banyak.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Sila Yang Berhormat Menteri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim

Tuan

final • 11:36 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Penjara

(Pindaan) 2013 seperti yang tertera di nombor 1 dan 2 dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4 petang, hari Jumaat, 25 Oktober 2013”.

final • 11:36 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:36 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [23 Oktober 2013]

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Yang Berhormat Jasin. Sila.

final • 11:36 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, beri saya peluang untuk sambung ucapan saya semalam. Iaitu satu akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) tahun 2012. seharusnya kita mesti berlapang dada dan dapat sama-sama memikirkan bahawa pindaan ini semata- mata untuk penambahbaikan undang-undang sedia ada. Jadi janganlah hendak kita merayau jauh-jauh, bahkan kita tengok, walaupun saya bukan seorang peguam. Akan tetapi sebagai seorang awam, kita dapat memahami bahawa undang-undang ataupun pindaan ini cukup mudah sekali.

Seharusnya ialah kita dapat lihat perkara pertama, perkara kedua dan pindaan ketiga ini semua terjemahan. Hanya sekarang kita tengok kepada perkara 4 apabila Jadual Pertama itu ketiga-tiga Kanun Keseksaan di bawah Penal Code pertama kedua dan ketiga bahawa Bab VIA dan VIB, di bawah Penal Code kita masukkan dalam SOSMA kerana keseriusan kesalahan-kesalahan tersebut yang boleh mengancam keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak buat sedikit teguran Tuan Yang di- Pertua. Mengikut kalau daripada peruntukan substantive, Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-langkah Khas) ini, patutnya tiada cadangan pindaan. Kita tidak boleh bincangkan lagi dalam perbahasan rang undang-undang yang meminda akta induk. Kita patutnya bincang hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang ini sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara-perkara yang melibatkan akta induk.

final • 11:38 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kalau kita ikut begini Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya ada bertentangan dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 36(1) yang menyebut “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk...” Ini kita meminda akta induk. “...hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara-perkara yang melibatkan akta induk.” Jadi, kalau kita tengok peraturan ini, cukup jelas.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya setuju Yang Berhormat, memang itulah yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli sekian lama. Namun, apabila seorang Ahli berhadapan dengan pembesar suara kadang-kadang lupa terhadap Peraturan Mesyuarat 36(1) itu. Akan tetapi baguslah, semoga dengan kesedaran semua pihak, urusan Mesyuarat ini akan lebih lancar dan tepat dilaksanakan.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya, sila Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana membenarkan saya mencelah. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tadi yang mengatakan bahawa ada kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akta baru ini. Akta yang kita hendak pinda ini, disebabkan oleh keseriusan jenayah yang telah dilakukan.

Saya teringat apa yang berlaku baru-baru ini apabila saya sendiri jadi mangsa jenayah terancang ini dalam bentuk yang kita tidak dapat jangkakan sehingga mereka boleh menggunakan Multi-Rotor Unmanned Aerial Vehicle untuk menjalankan kerja-kerja pengintipan dengan hexacopters dan sekiranya saya dapati apabila kita dapat hexacopters itu, hendak pasang bom pun boleh. Kalau kita hendak mengintip sesiapa sahaja yang keluar daripada rumah, boleh kerana daripada jarak jauh.

Saya rasa dalam keadaan ini, bagi sesiapa, persatuan penduduk juga merasakan perkara ini patut dilihat kerana ini bukan semata-mata sebagai satu hobi kerana ianya boleh digunakan kepada penjenayah untuk jenayah yang berat dan termasuk menculik dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan ini dan itulah justifikasi untuk kita masukkan perkara-perkara yang dikatakan terancang oleh para penjenayah. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Kalau boleh ucapan Yang Berhormat Ayer Hitam itu dimasukkan jadi sebahagian daripada ucapan saya. Ini kerana kita dapat lihat tujuan kerajaan untuk meminda akta ini sebenarnya mempunyai tujuan yang cukup murni, bagi memastikan supaya bukan sahaja kita, anak-anak dan keluarga terus aman dan makmur. Kita dapat menarik pelancong asing, kita dapat menarik pelabur asing untuk datang ke negara kita.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Sila.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Saya juga tertarik dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Jasin sebentar tadi. Saya lihat peningkatan jenayah memperdagangkan manusia dan penyeludupan migran semakin ketara di Malaysia disebabkan cap dokumen perjalanan Malaysia begitu popular dan laku di peringkat antarabangsa selain laluan mudah di pintu- pintu masuk di Malaysia menggalakkan kemasukan PTI ataupun penyeludupan migran.

Saya juga melihat bahawa mana-mana pelawat tidak menghadapi masalah mempamerkan cap Malaysia apabila masuk ke negara destinasi yang mereka tujui.

Disebabkan itu, sindiket ataupun jenayah terancang ini boleh mengambil kesempatan menggunakan negara ini sebagai transit untuk menghantar keluar migran dengan memalsukan dokumen perjalanan mereka ini kerana mudah diguna pakai di semua pintu masuk. Secara tidak langsung, akan mempertingkatkan kadar jenayah pemalsuan dokumen perjalanan negara ini yang tidak sahaja melibatkan rakyat tempatan malahan rakyat asing. Setuju kah Yang Berhormat Jasin sekiranya Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ataupun ATIPSOM perlu dimasukkan ke dalam SOSMA 2012 ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat daripada Kuala Selangor memang cukup bertepatan sekali. Sebagai seorang peguam daripada sebelah sini, beliau tahu undang-undang. Beliau hanya membincangkan perkara-perkara pokok. Tidak perkara yang tidak ada hubung kait dengan perkara yang patutnya kita pinda dalam undang-undang ini. Seharusnya saya mohon kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh buat tafsiran daripada bangkitan saya berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 36(1) tadi. Kalau boleh kita hanya berkisar kepada perbincangan di antara perkara-perkara yang ada hubung kait sahaja.

final • 11:40 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Jasin..

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Sekarang kita pergi kepada perkara-perkara...

final • 11:40 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Jasin boleh sambung balik.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Gerik bangun.

final • 11:40 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Berkait dengan kemasukan pelabur asing tentang kita hendak pinda rang undang-undang ini. Dalam hendak meminda Yang Berhormat Jasin sudah beritahu cuma mengubah perkataan. Akan tetapi pihak sebelah sana mengatakan kita tidak menghormati hak asasi manusia dan kita nampak kalau hendak pakai hak asasi manusia, pelaburan pun kemungkinan akan menurun. Bagaimana komen Yang Berhormat Jasin tentang perkara itu?

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita bercakap tentang hak asasi manusia secara sejagat, bukan kumpulan-kumpulan kecil yang ada keuntungan ataupun yang takutkan kepada undang-undang. Kita jangan bela mereka bahkan kalau undang-undang itu tidak mengancam ataupun menganiaya sesiapa, seharusnya kita sama- sama menyokong dan membantu kerajaan bukan apa sahaja undang-undang yang kita hendak bentangkan semua tidak hendak setuju. Apa tujuannya? Adakah kerana hendak beri kebebasan supaya negara kita tidak aman, orang tidak datang tempat kita lagi, orang tidak melabur tempat kita lagi.

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Penjelasan.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Bukan begitu? Sila.

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang bila kita kata isu hak asasi manusia adalah kadang-kadang ada orang di salah tangkap. Kita memang ada undang-undang yang baik untuk masyarakat kita secara umum dan kadang-kadang mereka yang membabitkan kesalahan yang tidak begitu serius, ia dijadikan satu – mereka ini dianiayai di dalam lokap dan di dalam keadaan- keadaan tertentu.

Oleh sebab itu, bila kita menggubal undang-undang, kita harus ada satu keseimbangan. Strike the balance di antara memelihara hak asasi manusia dan juga yang memelihara keselamatan masyarakat di negara kita. Saya rasa kita tidak boleh ketepikan hak asasi manusia sebegitu sahaja. Macam saya, saya disalah tuduh oleh orang UMNO, melarang azan. Masukkan dalam ISA.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat.

Sudah melarat sangat Yang Berhormat, cukuplah.

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang, bila kita buat undang-undang, kita sebagai law maker, we have the right to strike the balance.

final • 11:40 AM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Sampai cakap fasal UMNO tidak payahlah. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya tidak benarkan lagilah. Dia melarat sangat. Kita bercakap tentang perkara pokok, kalau melarat sangat ini, tidak betul ini. Sila Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

Setujukah Yang Berhormat Jasin di Dewan yang mulia ini, apabila ada sahaja kerajaan ingin meminda rang undang-undang untuk kesejahteraan rakyat, pihak pembangkang semuanya menentang dan tidak ada pernah yang bersetuju. Kita dapati pihak pembangkang cuba spin undang-undang di Parlimen ini, sama seperti mereka spin berita di luar sana untuk menarik perhatian pengundi. Setuju kah Yang Berhormat Jasin?

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya sebenarnya tengok YouTube. Saya sudah tengok, sebenarnya apa yang disiarkan itu bukan sahaja telah menyelewengkan fakta, telah menyalahgunakan hak kita bahkan sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dia telah mislead kepada orang ramai tentang perkara sebenar. Kita tertakluk kepada undang-undang. Negara kita mempunyai undang- undang dan dalam perkara ini perkara Penal Code yang tiga perkara tadi, kita masukkan ke dalam SOSMA kerana kita menganggap perkara ini serius, supaya kita dapat pastikan negara kita terus aman dan makmur.

Rakyat tidak ada masalah. Sanggup kah Ahli-ahli pembangkang kita lihat tiap-tiap hari ada tembak sana tembak sini, setelah kita mansuhkan berbagai-bagai akta kita.

Sekarang kita hendak memperkukuhkan, kalau boleh akta sedia, undang-undang sedia ada

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

kita perkukuhkan lagi supaya kita dapat pastikan mereka-mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah terancang ini dapat kita masukkan dalam SOSMA ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada perkara pokok. Sekarang kita masuk akta baru sahaja, yang kita sebut di sini tentang Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, macam kata sahabat saya Yang Berhormat daripada Kuala Selangor tadi. Saya cukup setuju sangat. Saya tengok di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, satu daripada laporan, dia menyebut di sini. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua*.

“Malaysia is placed on tier 2 watch list with 444 certify victim in 2012 and 21 individuals convicted for trafficking in the latest report on Trafficking Person Report (TPR) 2013, released by American State Department.”*

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita sekarang sudah tier 2, malu kita. Sanggupkah kita lihat negara kita nanti apabila ranking nanti bukan sahaja ranking keselamatan, bahkan keterbukaan kita jatuh.

Itu sebab kita mahu pastikan supaya kesalahan penyeludupan imigran dan penyeludupan manusia ini kita masukkan dalam SOSMA. Ini cukup bertepatan, kerana kita dapat lihat di sini, dia ada sebut sekali dalam tier 2 ini, dia watch list ini di ASEAN sahaja adalah Thailand dan Myanmar. Sementara Tuan Yang di-Pertua, dia kata,”Under this grouping, the governments do not fully comply with the Trafficking Victims Protection Act - minimum standard, but are making significant efforts to bring themselves to compliance with the standard...” Disebut lagi, di kata, “The report also alleged that the government made no tangible improvements to its inadequate system to identifying and protecting trafficking victims.” Kita sekarang dapat lihat pemerdagangan manusia ini begitu besar sekali.

Sekarang kita ada 1.5 juta pendatang asing yang tidak berdaftar Tuan Yang di-Pertua. Jadi sanggupkah kita lihat negara kita dibanjiri mereka yang tidak mendaftar sebagai pekerja- pekerja yang berdaftar. Juga negara kita menghadapi banyak masalah social problem...

final • 11:50 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Yang Berhormat Jasin.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya.

final • 11:50 AM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Saya ingin minta Yang Berhormat Jasin perjelaskan pemerdagangan manusia secara jelas dalam Dewan. Daripada luar negara dan juga yang terlibat dalam negara serupa setengah itu kena jadi sindiket pelacuran, anak- anak tempatan kena hantar ke Lombok dan pelbagai lagi. Minta Yang Berhormat Jasin perjelaskan dalam Dewan tentang pemerdagangan manusia ini.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya pemerdagangan manusia ini dimasukkan dalam Akta 670 iaitu penyeludupan migran yang meliputi semua kesalahan penyeludupan migrant yang lebih berat tetapi ianya tidak dimasukkan dalam SOSMA. Tujuan kita masuk dalam SOSMA ini bukan sahaja mengenakan kesalahan tersebut kepada mangsa, kepada pendatang- pendatang asing ini dan juga bukan kepada tekong-tekong dia hanya ketua kecil sahaja.

Apa yang kita hendak cari sekarang bos-bos besar ini yang menjadi mastermind kepada penyeludupan manusia.

Walaupun dalam sebenarnya akta ini telah diperuntukkan apa juga kesalahan dia kata,”Satu kesalahan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya.” Ini sebenarnya tidak dipandang enteng sebenarnya kepada mereka-mereka yang menjadi mastermind. Kita mahu, kita dapat lihat sekarang mangsa-mangsa ini dikenakan kesalahan di bawah Akta Imigresen. Akan tetapi tekong-tekong dia, dan bos-bos yang menjadi mastermind terlepas begitu sahaja. Jadi kita mahu dan memang menyambut baik tujuan kerajaan yang cukup baik ini untuk memasukkan supaya Akta Pemerdagangan Manusia di bawah 3A ini dimasukkan dalam SOSMA.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Jasin minta laluan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya sila.

final • 11:50 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Jasin sebagai Ahli Parlimen yang telah pun membahaskan kewujudan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ini pada sesi Parlimen yang lalu. Ini tentu boleh memberikan sedikit gambaran bahawa SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan ini digubal bagi tujuan untuk memastikan agar keselamatan negara itu terjamin ataupun dalam bahasa yang paling mudah ialah untuk memastikan kesalahan- kesalahan keselamatan. Maka digunakan akta ini untuk memastikan agar kita dapat mengawal keselamatan. Tentu ada perbezaan antara kawalan keselamatan dan kesalahan jenayah. SOSMA itu kalau dari segi hujah yang saya teliti di dalam Hansard, bertujuan untuk memastikan keselamatan negara.

Akan tetapi kalau kita telah masukkan hal-hal yang berkaitan dengan jenayah di bawah SOSMA dia tentunya akan berlaku pertindanan atau pertindihan. Bagi kesalahan- kesalahan jenayah kita ada Kanun Keseksaan, kita ada Kanun Acara Jenayah. Dalam prinsip Perlembagaan Persekutuan mereka yang dituduh itu mesti diberikan hak perbicaraan yang adil atau dalam bahasa Inggerisnya fair trial. Sebab itulah kita ada dua peruntukan undang-undang ini satu pencegahan satu lagi jenayah. Jadi saya ingin tanya penjelasan Yang Berhormat Jasin apakah rasionalnya meletakkan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 ini. Ini yang pada saya merupakan satu kesalahan jenayah bukan satu kesalahan yang membabitkan keselamatan negara. Ini saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Jasin saya terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya fikir kalau dikongsi tentang keperluan dimasukkan ke dalam SOSMA tentang undang-undang jenayah pemerdagangan ini, saya lihat Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ataupun ATIPSOM yang sedia ada ini tidak dapat membanteras aktiviti jenayah, memperdagangkan manusia dan penyeludupan migran secara menyeluruh. Undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran ataupun ATIPSOM ini cuma tertumpu kepada pembanterasan ahli-ahli sindiket dan rangkaiannya secara berseorangan. Sementara mangsa yang terlibat akan diambil tindakan di bawah Akta Imigresen.

Berdasarkan kepada kes-kes yang telah diambil tindakan ada di kalangan mereka yang terlibat dalam jenayah sebegitu juga terdiri daripada kumpulan militan. Sebagai contoh Yang Berhormat Jasin Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga tahanan ISA terdahulu yang terlibat dengan penyeludupan migran didapati juga terlibat dengan entiti keganasan di negara-negara luar. Saya fikir perkara ini merupakan satu perkara yang sangat serius yang mana kalau kita lihat berdasarkan kes-kes yang diambil tindakan. Ada di kalangan mereka yang terlibat dalam jenayah sebegini juga terdiri daripada kumpulan militan yang mana tidak boleh diambil tindakan di bawah kedua-dua undang-undang tersebut.

Oleh yang demikian, bersetujukah Yang Berhormat Jasin sekiranya kedua-dua undang-undang ini digabungkan di bawah SOSMA, ke semua elemen jenayah di bawah kesan ini boleh diambil tindakan secara menyeluruh. Secara langsung undang-undang baru ini boleh dijadikan sebagai undang-undang alternatif kepada undang-undang sedia ada.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dua-dua orang ini peguam dia faham. Saya dapat lihat bahawa sekurang-kurangnya kedua-dua Yang Berhormat ini dapat berbincang mengenai perkara pokok perkara induk yang sedang kita bincangkan pada ketika ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat kedua-dua Yang Berhormat pertamanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Bahawa keperluan kita memasukkan Akta Pemerdagangan Manusia [Akta 670] dalam SOSMA kerana kita dapat lihat bukan sahaja ia mengancam bahkan ada elemen-elemen yang boleh menyebabkan ketenteraman awam kita terjejas.

Saya suka figure yang telah diberi oleh Yang Berhormat daripada Kuala Selangor tadi. Kita dapat lihat satu ketika dahulu LTTE ini Tamil Eelam ini dia menjadikan Malaysia sebagai transit point. Bukan sahaja memperdagangkan manusia bahkan dia jadikan Malaysia sebagai pusat untuk rekrut orang baru dan juga hab ataupun menyimpan, melindungi penjenayah-penjenayah ini. Itu sebab kita mahu tahu kalau boleh akta ini

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

diperketat dan kalau boleh SOSMA terus diperkukuhkan. Kita sebenarnya tertakluk kepada undang-undang...

final • 11:50 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Ya Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Kita sedar bahawa teknologi berubah, keadaan semakin berkembang, jenayah merentasi sempadan. Keupayaan jenayah untuk melakukan pelbagai jenayah ini semakin hebat dan melangkaui kadang-kadang keupayaan pihak penguatkuasaan dan tentunya ia menyebabkan jenayah melepasi sempadan. Jadi sejauh mana Yang Berhormat Jasin undang-undang yang kita ada boleh menghadapi perkembangan-perkembangan yang semakin hebat kerana jenayah kita, kita tidak boleh nafikan bahawa dia juga melibatkan antarabangsa dan sebagainya. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jasin. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sebenarnya untuk jenayah-jenayah merentasi sempadan, telah pun diperuntukkan di bawah undang-undang SOSMA. Kalau kita dapat lihat di sini satu daripada terjemahan seksyen 6(2)(a) itu hari, tentang komunikasi, bukan sahaja kita boleh memintas apa jua perbualan. Bahkan sekarang kalau dahulu polis dan juga pendakwa raya sekarang kita berikan pembebasan kepada perkhidmatan komunikasi juga bagi memintas dan juga menyimpan ada jua komunikasi tertentu yang ada perihalan dengan kesalahan-kesalahan keselamatan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya membincangkan perkara yang cukup mudah sekali. Janganlah hendaknya kita ambil masa yang begitu panjang, bahkan kita banyak berbahas tentang perkara-perkara yang remeh yang kadang-kadang tidak ada hubung-kait dengan perundangan asal.

Jadi justeru itu, saya berharap semoga dengan perasaan yang terbuka, mari kita sama-sama menyokong meminda Rang Undang-undang Akta Keselamatan (Langkah- langkah Khas) Tahun 2012. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tiga orang. Saya dimaklumkan Yang Berhormat Menteri akan menjawab, menggulung jawapan pada jam 2.30 petang nanti. Kita ada lebih kurang 59 minit dan memadailah 15 minit seorang selepas ini. Seperti yang selalu dimaklumkan kepada Ahli-ahli, pindaan yang melibatkan pindaan akta induk, ia cuma melibatkan perbahasan pada pindaan yang disebutkan. Dalam rang undang-undang ini, kita tahu bahawa pindaan yang disebutkan adalah pindaan terhadap seksyen 6 dan juga seksyen 30, yang akta induk itu tidak perlu dibahas. Itu memang termasuk dalam Klausa 36(1). Terima kasih.

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Bayan Baru, kemudian - sudah jadi empat. Kalau empat orang, 12 minit seorang, ya. 12 minit seorang. Yang Berhormat Sepang.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang untuk turut sama berbahas tentang pindaan ini.

Pertamanya saya ingin menyatakan bahawa kita perlu memahami bahawa apa dia itu undang-undang. Kalau kita study dari segi jurisprudence undang-undang itu ada yang ditafsirkan sebagai ‘law conferring instruments’. Sebagai satu alat pemberi kuasa. Akan tetapi ada juga yang menyatakan bahawa undang-undang itu sendiri adalah sebagai alat mengekang kuasa. Oleh sebab itulah, kalau kita lihat adanya peruntukan perlembagaan

final • 12:02 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

yang dalam negara kita sendiri, dalam perlembagaan ada fasal tertentu mengenai hak asasi manusia.

Saya ingin mengatakan bahawa SOSMA ini kalau kita hendak bandingkanlah dengan PCA, sudah tentulah saya mengatakan bahawa SOSMA lebih baik kerana paling kurang SOSMA ini masih lagi memberikan ruang kepada mereka-mereka yang ditahan ini untuk dibicarakan di mahkamah. Dari segitu itu, kalau secara kita bercakap dari segi relatif.

Akan tetapi saya percaya, apabila kita khususnya daripada Pakatan Rakyat yang ini bangun untuk berbahas, kita ingin turut serta untuk memberikan input-input kepada pihak kerajaan bagi membolehkan sesuatu akta yang ingin dipindakah atau ingin dibuat ini, ia makin bertambah baik. Maknanya, apabila kita bersuara ini, kita mahu satu penambahbaikan.

Tidak salah apabila kita memberikan pandangan-pandangan ini, sebab khususnya apabila kita ada pengalaman-pengalaman yang kita boleh kongsikan.

Saya melihat akta ini memang mempunyai beberapa peruntukan yang saya rasa perlu dikaji semula. Saya rasa saya tidak perlulah lagi hendak ulang balik bahawa kita semua bersama dari segi tidak suka jenayah. Mustahil bagi kami Pakatan Rakyat ini untuk apabila kita berbahas ini digunakan contohnya, premis bahawa kami ini seolah-olah menyokong penjenayah, tidak. Saya sudah panjangkan dalam PCA dahulu bagaimana prinsip-prinsip yang diterima pakai secara universal dan diperkuatkan lagi dalam undang- undang Islam itu sendiri. Pada PCA yang lepas, saya telah mengemukakan buku Just Laws yang ditulis oleh seorang Queen Counsel, Helena Kennedy, yang menceritakan bagaimana tentang undang-undang terrorism, undang-undang yang bersifat preventif, undang-undang yang membolehkan perbicaraan-perbicaraan yang - dengan izin ignore, beberapa peruntukan dalam Akta Keterangan.

Saya ingin juga nyatakan bahawa, hari ini saya bawa satu kitablah. Innayatul Quran Bihukhukil Insan. Ini satu buku yang ditulis oleh Doktor Zainal Abdul Salam Abu Faq, yang kata-kata pendahuluan - oleh Mufti Mesir tadi, Ahli Jemaah. Jadi, kita melihat bahawa apabila kita bercakap tentang soal hak asasi manusia ini, kita jangan lupa, Islam lebih dahulu, lebih ke depan dari segi mengiklankan dan mengumumkan tentang hak asasi manusia ini.

Kalau kita lihat dalam Hajjatul Wida, iaitu haji yang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana Rasulullah telah menyampaikan satu khutbah iaitu yang dipanggil khutbah Hajjatul Wida. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam khutbah tersebut?

Rasulullah menyatakan bahawa, [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] Dia menyatakan bahawa, “Manusia sesungguhnya, darah manusia, harta mereka”. Ini adalah satu perkara yang dihormati.

[Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] bermaksud “Seperti mana mulianya hari ini, iaitu hari haji itu dan juga seperti mana mulianya bulan ini”.

Jadi ini satu - kalau kita baca khutbah ini, ramai. Ia bukan sahaja daripada kalangan sarjana-sarjana Islam, sarjana-sarjana bukan Islam menyatakan bahawa, ini adalah - khutbah ini mengandungi prinsip-prinsip human rights. Menyatakan bahawa nyawa manusia ini ada dignity dianya. Manusia ini ada dia punya harga diri. [Membaca sepotong ayat al- Quran], “Allah memuliakan Bani Adam”. Sebab itulah, apabila kita membuat undang-undang ini, kita jangan lupa prinsip- prinsip ini. Antara - saya terpaksa tekankan balik bahawa kenapakah apabila kita bercakap tentang presumption innocence sebagai contoh. Ini bukan satu yang direka sehari. Saya hendak quote apa yang dikatakan oleh dalam buku yang saya hujah tadi. [Membaca sepotong ayat di dalam bahasa Arab], Apa dia kata? Dia kata bahawa, “Prinsip ini adalah prinsip yang diikrarkan, yang dipertegaskan dalam sistem jenayah yang terbaru yang menyatakan bahawa manusia ini asalnya tidak bersalah”. Free daripada kesalahan. Oleh sebab itulah - kerana apa?

[Membaca sepotong ayat di dalam bahasa Al-Quran] . Apa dia kata? Dia kata bahawa, jenayah ini hakikatnya, apabila kita melakukan jenayah, ini adalah satu perbuatan yang pelik. ‘Syaz’, satu benda yang menyimpang daripada amalan biasa.

Maknanya manusia ini asalnya tidak melakukan jenayah. Maknanya kalau kamu kata dia melakukan jenayah, ini satu benda yang pelik. Oleh sebab itulah, Islam ada satu prinsip. Anggap tidak bersalah dan prinsip ini berkait dengan satu prinsip yang lain, dia kata, [Membaca sepotong ayat di dalam bahasa Arab] , kaedah ini dia bercantum. Dia terikat dengan satu kaedah yang lain”.

[Membaca sepotong ayat di dalam bahasa Arab] , iaitu sesuatu kepastian tidak boleh dibatalkan dengan keraguan. Maknanya apa?

Maknanya, kalau kamu mengatakan orang ini bersalah, kita kena buktikan sampai peringkat yakin. Oleh sebab itu dalam Islam, bagi kesalahan hudud sebagai contoh, Dia punya –

final • 12:02 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

dipanggil standard of proof itu very high, iaitu sampai peringkat al-Yaqin. [Membaca sepotong ayat di dalam bahasa Arab].

final • 12:02 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini semua kaedah yang kalau kita belajar undang-undang Islam, kita akan dapat merasa lagi kenapakah undang-undang Islam begitu mengambil berat tentang hak-hak ‘al- muttaham’ iaitu orang-orang yang dituduh. Jangan kita ingat apabila kita bercakap ini seolah-olah kami bercakap ini, oh! Ini ambil prinsip Barat, tidak. Kita ambil daripada perundangan Islam sendiri. Apa dia kata?

[Membaca sepotong hadis] Kaedah ini adalah kaedah yang asli, syarie, ikut syarak. Azzim, yang hebat [Membaca sepotong hadis] Ini satu kaedah yang tetap. Ia berkaitan dengan semua perkara...

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab itulah, apabila SOSMA ini kalau kita perhatikan...

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat, bagi laluan.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ada beberapa perkara yang dilihat dalam SOSMA ini, dia tidak menghormati prinsip-prinsip ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat. Tiga minit lagi, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tiga minit lagi?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okeylah, beri 60 saat.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya amat terpegun melihat hujah Yang Berhormat tentang prinsip keadilan dalam Islam terutamanya dengan betapa pentingnya kaedah ditekankan. Setujukah Yang Berhormat bahawa akta ini terutamanya klausa yang ingin menggubal seksyen 6, SOSMA tidak berpandukan prinsip ketegasan kaedah? Ini kerana memang tiada langsung garis panduan yang diberikan bagi memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memintas komunikasi ataupun seksyen 62 ini untuk memaksa pembekal perkhidmatan komunikasi untuk memberikan maklumat dan yang paling penting lagi seksyen 24 SOSMA membenarkan ataupun menidakkan sebarang pertanyaan atau persoalan ke atas kaedah polis ataupun kerajaan mendapatkan maklumat ke atas si tertuduh.

Jadi memang langsung tidak ada kawalan ke atas kuasa yang diberikan kepada kerajaan untuk mendapatkan maklumat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, terima kasih. Saya terpaksa benarkan satu sahaja. Mungkin kalau masa panjang saya memang suka ada soalan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan, cuma saya hendak tambah lagi bahawa kalau kita lihat kepada SOSMA ini, antaranya orang yang ditahan ini apabila the moment dia ditahan, dia akan ditahan walaupun mahkamah memutuskan dia tidak bersalah pun, dia terus akan ditahan. Saya hendak beri contoh. Pertamanya ditahan tanpa waran, satu.

Keduanya, bila ditahan tidak boleh bail. Dalam undang-undang ada dua. Dia ada panggil bailable offence, non bailable. Non bailable masih boleh lagi dapat bail. Akan tetapi ini bukan non bailable, ini unbailable. Makna, tidak boleh langsung dapat bail. Habis tidak boleh dapat bail, bail makna ada jaminan, bermakna kita sudah anggap dia seolah-olah bersalah. Sebab itulah undang-undang ini ada berkaitan dengan jaminan. Jaminan ini untuk secure the attendance, memastikan dia hadir dalam mahkamah. Akan tetapi kalau kita sudah simpan dia, seolah-olah kita merasakan dia sudah bersalah.

Apa yang lebih teruk lagi, bila dia dibicarakan didapati tidak bersalah. Pendakwa raya sementara hendak fail notis rayuan, masih lagi boleh dapatkan perintah mahkamah untuk dia ditahan. Apa yang lebih malang lagi, kalau kita lihat dalam peruntukan SOSMA ini, bila pendakwa raya membuat permohonan, mahkamah kena beri. Ini apa ini?

Maknanya, kalau you buat permohonan mahkamah mesti beri, baik tidak payah buat

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

permohonan dan tidak perlu serahkan pada pihak orang yang kena tahan. Selepas itu bila dia fail rayuan pula, dia boleh lagi buat permohonan. Permohonan itu pula pun mahkamah kena beri juga.

Selepas itu kalau Mahkamah Rayuan memutuskan pendakwa raya punya rayuan kalah, pun dia boleh buat permohonan untuk lagi ditahan. Sampailah Mahkamah Persekutuan. Maknanya, kalau sekiranya dia menang sekalipun, dengan izin, dia tidak merasai fruits of the judgment. Ini Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Gerik, ini tidak payah hendak cakap pada orang lain. Kita cakap orang-orang kampung pun orang kata ini zalim. Zalim ini jangan main-main [Berucap dalam bahasa Arab] Bermaksud, janganlah kamu- cenderung pun tidak boleh.

Sebab itu, Hajaj Yusuf Al-Thaqafi, seorang gabenor yang zalim, bila jubah dia koyak, ulama kata, jangan jahit baju orang yang zalim ini sebab kalau kamu jahit baju orang yang zalim, kamu menyokong kezaliman. Maknanya...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejap, ya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya rasa, banyak yang kita perlu ubah dan saya hendak sentuh sikit. Minta maaf Yang Berhormat, beri seminit dua minit sahaja. Kalau kita lihat dalam undang-undang ini juga, dia membenarkan pihak pendakwa menyembunyikan maklumat-maklumat apa yang dipanggil intelligence maklumat. Saya hendak berkongsi di sini tentang- dan yang lebih malang lagi apabila dia kemukakan satu permohonan untuk tidak mahu share maklumat intelligence ini kepada pihak orang yang kena tuduh dan sekiranya mahkamah memutuskan setuju dengan pendakwa raya, dalam undang-undang kata tidak boleh rayu. Makna keputusan hakim itu dianggap benar, tidak boleh rayu. Baca akta ini, baru kita boleh bercakap dengan ada fakta.

Saya hendak cerita tentang apa yang dinyatakan oleh seorang Sir Peter Hart, a former ambassador. Dalam satu tulisan dia Guardian, berkaitan dengan Intelligence Gathering pada 2 Oktober 2003. Dia kata apa, “The whole system of intelligence gathering is all too often prone to producing inadequate, unreliable and distorted assessments often at considerable cost. It is very rally, is intelligence material subject to the same scrutiny, verification and testing as information government receive from other sources.” Hatta, MI6 Report, mengatakan kebanyakan sources claim to be reliable more often been paid. Makna orang yang beri sumber ini kebanyakan yang beri kata maklumat- maklumat rahsia ini, mereka ini been paid subsequently and incentive to do so. Maknanya, ini dia maklumat ini banyak yang tidak betul. During the squad arm to Iraq inquiry 1996, Foreign Secretary di England, dia bercakap tentang intelligence report. Many look at first side to be important and interesting and significant and then, when we check the intelligence, they are not even stroke in the wind. They are conflating in the wind. Lord Hart mengatakan, there is nothing practically truthful about the report simply because it is a secret one. People sometime get excited because report is secret and they think that they for it have some particular validity. It is not always, so in my experience. Ini semua orang-orang yang terlibat dengan Intelligence Gathering. Mereka menyatakan bahawa intelligence ini banyak yang tidak betul. Jadi undang-undang ini, dia membenarkan maklumat-maklumat intelligence ini tidak langsung ditest oleh mahkamah. It cannot be tested through mahkamah. Jadi bagaimanakah kita hendak menyatakan undang-undang ini selaras dengan hak asasi manusia?

Sebab itu jangan kita ingat, saya hendak tutup ucapan saya ini dengan apa yang dikatakan oleh Sayidina Umar. Saidina Umar dalam zaman dia apabila seorang anak gabenor, Muhammad, anak Ibn Al-Ash, dia memukul seorang rakyat biasa, Khibti, dia telah memukul, sama memukul dan sama membanggakan dia punya pangkat dia, “Ana Ibnu al- akramin’ atau ‘Aku anak orang yang mulia’. Aku anak Tan Sri lah maknanya. Aku ada Porsche, aku ada rumah best-best. Selepas itu Saidina Umar terima laporan, Saidina Umar panggil Ibn Al-Ash, panggil anak dia. Dia kata macam manakah kamu boleh suka-suka pukul orang? [Berucap dalam bahasa Arab] Bermaksud, sejak bila kamu diberi lesen untuk memperhambakan sesama

final • 12:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan bebas? Ucapan Saidina Umar 1400 tahun dahulu diabadikan dalam preamble atau recital, Perlembagaan Amerika Syarikat. Man is born free. Jadi kita patut berbangga. Sebab itu kita jangan sesekali menggunakan kuasa kita untuk buat undang-undang tidak menghormati hak asasi manusia, karamatul insan iaitu nilai kemanusiaan, tidak menghormati ini. Kalau kita buat begitu, jawablah di akhirat nanti. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya bahas tentang isu rang undang-undang yang dibangkitkan. Saya melihat semua cadangan-cadangan rang undang-undang ini dan saya dapati bahawa ada kekeliruan dan saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sebab saya nampak sekarang kita menganggap SOSMA ini- tujuan SOSMA adalah untuk anti terrorism, pengganas yang bersenjata dan sebagainya yang mempunyai group yang cukup besar dan mengancam keselamatan negara.

final • 12:19 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dahulu kita ada komunis tetapi sekarang, Kerajaan Malaysia menganggap bahawa geng 04 kah 08 kah atau parti-parti crime atau orang yang menembak di, rompakan bank dan sebagainya menjadi terrorist. Ini bukan. Mereka adalah geng atau criminal yang biasa.

Kita mempunyai akta dan undang-undang yang mencukupi untuk menahan mereka dan menyiasat. Akan tetapi, sekarang saya nampak kita memberi di sini terutamanya amendment of section 6. Ia memberi kuasa yang begitu besar kepada perkhidmatan komunikasi. Di sini dia kata menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan tertentu yang diterima atau dihantar atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu.

Maksudnya semua telco services, internet service provider (ISP) dan juga semua hi-tech company dia perlu menyimpan semua maklumat. Apabila kerajaan rasa dia perlu maklumat tersebut, dia mempunyai kuasa untuk ambil dan siasat. Tidak kira bila. Bila-bila sahaja. Saya hendak ambil satu contoh dan iktibar daripada Amerika Syarikat. Baru-baru ini kita dapati Edwards Snowden. Edwards Snowden di bawah Anti-Terrorism Act di Amerika Syarikat, dia memberi kuasa kepada National Security Agency (NSA) untuk mengambil maklumat daripada spying dan sebagainya.

Akan tetapi, saya nampak bahawa NSA telah go over the board. They are spying on every American dan juga di seluruh dunia termasuk Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini. Semua email, gmail, yahoo mail, hotmail, apa-apa macam mail sekarang, NSA mempunyai rekod. Program itu dipanggil PRISM. Seorang pekerja di dalam NSA dia rasa ada masalah kerana semua privacy information telah diambil oleh Kerajaan Amerika Syarikat, maka dia mendedahkan program PRISM ini kepada seluruh dunia. Kita tahu bahawa semua negara maju termasuk Britain kah, Germany dan sebagainya, protes. Dia protes kerana segala maklumat termasuk National Security, National OS yang classified information. Sekarang, Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk memanggil Google, katakan serah semua maklumat daripada gmail dan juga memberi kuasa kepada Yahoo.

Minta yahoo bagi maklumat. Yahoo terpaksa bagi.

Jadi, ini menjadi masalah di mana kalau kita bagi kuasa yang begitu besar, terlalu besar kepada agensi kerajaan maka semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini, kita punya privasi pun diserah dan mungkin akan disalahgunakan. Kita tidak tahu. Jadi, saya rasa kalau kita hendak bagi kuasa yang begitu besar kepada kerajaan, kalau boleh kita limit, hadkannya kepada anti-terrorism activity. Bukan kepada seperti yang di sini seksyen 6, memberi segala kuasa. Dia patutnya fokus kepada anti-terrorism. Sekarang, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ini anti-terrorism atau kepada semua?...

final • 12:20 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Pasir Mas

Anti rakyat.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Atau anti rakyat seperti, Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih. Jadi, ini isu yang besar dan saya hendak minta kita sokong daripada Pakatan Rakyat. Menteri harus jawab sejak SOSMA diwartakan, berapa kes digunakan, berapa kes telah dipakai mengikut SOSMA? Berapa orang ditahan, berapa orang didakwa, berapa arahan untuk minta maxis kah, celcom kah serah maklumat kepada kerajaan? Atau berapa rakyat yang dimonitor oleh Kerajaan Malaysia mengikut SOSMA, mengikut Undang- undang SOSMA di sini?

Saya pun hairan. Ada beberapa email yang Kerajaan Malaysia monitor? Berapa telefon yang ditape? Berapa spying dalam aktiviti-aktiviti terrorist di Malaysia, berapa pertubuhan dimonitor? Tapping, wayar tape dia punya hand phone kah, dia punya pejabatkah, dia punya pusat dan sebagainya? Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri jawab kepada kita supaya kita yakin bahawa oh SOSMA ini efektif. Bolehlah kita sokong sebab dia memang buat kerja dengan betul. Saya okey, saya boleh sokong penuh kalau Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa ini adalah sesuatu yang cukup betul dan ia berkesan. Bukan sahaja cakap sahaja tetapi kena bagi bukti dan kita boleh sokong.

Akan tetapi saya takut adalah penyalahgunaan kuasa sehingga Yang Berhormat Menteri sendiri pun tidak tahu. Kita tahu dalam semua agensi seperti di Amerika, Menteri mereka kadang-kadang tidak tahu sehingga satu skandal terbongkar. Jadi, di sini saya rasa apabila kita memberi kuasa kepada sesuatu agensi, kita kena berhati-hati sebab kita tahu bahawa power corrupt absolutely. Kita tidak tahu bahawa satu agensi mungkin satu hari ada seorang yang mempunyai gila kuasa yang hendak kontrol dan mengugut kerajaan. Kita tidak tahu dan dia menggunakan isu ini, dia menggunakan kuasa ini monitor Menteri punya email, kita tidak tahu. Monitor tab, Menteri punya hand phone, kita tidak tahu.

Jadi, masalah yang kita hadapi sekarang sebenarnya di Malaysia adalah cyber crime. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, kita Malaysia sekarang... Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 12:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit sahaja. Baru-baru ini kita ada konflik atau pertelingkahan diplomatik di antara negara Jerman dan Amerika Syarikat di mana Perdana Menteri Germany telah dapati bahawa hand phone dia telah ditape oleh pihak Amerika Syarikat. Ini pada pandangan Yang Berhormat Bayan Baru, adakah kemungkinan ini akan berlaku di mana Menteri-menteri kita ditape termasuk kalau pegawai kita menjadi perisik untuk kuasa asing? Ada kemungkinan maklumat ini boleh terjatuh di tangan kuasa asing?

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Itulah kekhuatiran kita semua apabila kita memberi kuasa kepada satu agensi yang begitu besar dan kita telah tengok bahawa Germany seperti Yang Berhormat Batu cakap telah protes kepada Amerika Syarikat kerana sehingga Canselor Germany atau Perdana Menteri Germany pun pernah kena tape. Ini diplomatic disaster, dan ini adalah sesuatu yang tidak patut. Malaysia, saya pun khuatirlah. Sekarang, kalau kata Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang kita ditape, itu mungkin biasalah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

Boleh habiskan.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mungkin biasa. Saya difahamkan...

final • 12:20 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya hendak bagi contoh, dahulu saya kerja di Pejabat Dato’ Seri Anwar di Permatang Pauh. Kita tahu hari-hari ada satu van datang ke pejabat dia. Dia akan ambil gambarkah atau servis telefon. Saya tidak tahu siapalah? Akan tetapi nampak hairan sangatlah, tiap-tiap hari.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tak apa. Sekarang masalah Malaysia yang kita hadapi adalah cyber crime dan saya baca berita hari ini kata, RM1.1 bilion kerugian rakyat Malaysia kerana ada scam seperti kata scam hantar kata you dapat RM100 juta pound melalui Facebook, melalui e- mel. Hari-hari kita dapat scam dan fraud, telefon kata, kerana you punya bank telah difreeze, perlu hantar wang untuk unfreeze dan sebagainya. Ini masalah yang kita hadapi, dan saya rasa polis harus fokus tenaga kerja terhadap scams tersebut. Ini kerana setiap tahun RM1.1 bilion wang mengalir ke luar negeri dan ini adalah wang rakyat Malaysia,

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

RM1.1 bilion, dan kita perlu more effective policing. Kalau kita tumpukan perhatian kita terhadap small crime, jenayah-jenayah seperti berikut, itu lebih baik daripada kita memberi kuasa yang begitu besar di bawah SOSMA...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh habiskanlah Yang Berhormat ya.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Last point. Saya baru-baru ini baca Human Rights Report daripada Human Rights Watch, dan kita dapati bahawa enam bulan kebelakangan ini sebenarnya rekod hak asasi manusia di Malaysia telah menjunam disebabkan ada pelbagai undang-undang yang telah diluluskan seperti PCA, Evidence Act 114A, Peaceful Assembly Act dan sebagainya. Jadi menyebabkan martabat Malaysia di dunia turun. Sebenarnya Malaysia patut ke depan selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa kita akan memansuhkan ISA, dan pelbagai akta, dan saya sokong. Kami begitu takut, kami kata, “Oh buat ini baguslah, nanti kita akan kalah teruk dalam pilihan raya.” Akan tetapi rupa-rupanya selepas pilihan raya, Kerajaan Malaysia telah back track, telah tukar balik...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ada tiga orang nak berbahas selepas ini Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tapi tadi Yang Berhormat Sepang dapat 20 minit, saya pun harap boleh dapatlah.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak sama tadi.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tiga minit lagi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak apalah Yang Berhormat, you can finish until 1 o’clock but I cannot call anybody after that.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tiga minit. Jadi saya rasa pandangan Kerajaan Malaysia terutama semalam Yang Berhormat Tanjung Karang terhadap hak asasi manusia terlalu sempit. Sebenarnya Malaysia mempunyai masalah hak asasi manusia yang luas termasuk nombor satu, freedom of assembly atau hak untuk berkumpul.

Kedua, child’s right to educations seperti ramai terutamanya di Sabah dan Sarawak, orang-orang bumiputera tidak mempunyai peluang untuk pergi ke sekolah kerana stateless, mereka tidak mempunyai IC. Ini isu-isu hak asasi manusia yang perlu kita perjuangkan termasuk refugee Rohingya. Orang-orang Islam daripada Myanmar ditindas, datang ke Malaysia tidak mempunyai status refugee, dan juga ada free and fair election, satu pilihan raya yang bersih dan adil.

Inilah isu-isu hak asasi manusia yang Malaysia patut rectify di UPR atau Universal Periodic Review di Geneva. Inilah isu-isu yang kita perjuangkan sebagai hak orang Malaysia, hak asasi manusia di Malaysia, dan saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh tegurlah kepada Yang Berhormat Tanjung Karang kerana pemahaman Yang Berhormat Tanjung Karang terhadap hak asasi manusia itu terlalu sempit...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan dengan ini saya harap Malaysia, bolehlah bersama-sama, dan Menteri boleh jawab soalan-soalan yang saya tujukan tadi, itu sahaja.

Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu.

final • 12:30 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas sedikit sebanyak.

Sebelum saya meneruskan, ingin saya mengatakan bahawa pindaan hari ini adalah mengenai pemasukan Chapter VIB dan juga IIIA. Rata-rata saya tengok apa yang dibincangkan, dibahaskan berkenaan dengan SOSMA yang telah diluluskan. Kalau kita lihat

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

sebelum ini dah dimasukkan di bawah Chapter VI, Kesalahan-kesalahan Terhadap Negara dan telah diluluskan dan juga kesalahan-kesalahan bawah Chapter VIA.

Jadi SOSMA ini sebenarnya hanyalah sebagai satu undang-undang berbentuk prosedur. Jadi kita perlu masukkan kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan mengancam keselamatan negara. Chapter VIB kebanyakannya adalah berkenaan dengan penjenayah terancang, dan juga pengganas yang difikirkan mengancam negara sahaja perlu dimasukkan daripada masa ke semasa.

Jadi saya tidak tahulah ya apa sebenarnya di sebalik penentangan kepada kemasukan Chapter VIB dan juga IIIA. Adakah kita fikirkan bahawa bila dimasukkan kedua- dua chapter ini, kita memikirkan bahawa semua orang akan ditangkap, semua orang akan dituduh. Kita perlu lihat kerana- ataupun ada sebab lain yang kita katakan sesetengah mereka dibiayai oleh kumpulan-kumpulan ini. Kita kena pastikan kerana kalau kita lihat berapa banyak undang-undang yang kita tahu...

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tak payah putar belitlah, kalau hendak bercakap terus terang, okey?

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Setiu ini sudah membuktikan bagaimana undang-undang ini boleh disalahgunakan, iaitu dengan sewenang-wenangnya dah dituduh bahawa kita ini adalah pihak yang disokong oleh organized crime dan apabila kita dituduh dengan sebegitu rupa, terus diambil tindakan, kita nak bela diri macam mana, sedangkan di bawah SOSMA, ianya tidak menentukan satu proses pengadilan yang baik dan inilah bahayanya. Bukan kita kata bahawa ianya semua akan dituduh tetapi boleh dituduh, boleh disalahgunakan. Dengan sewenang-wenangnya Yang Berhormat Setiu dah tuduh dah mungkin ada orang dalam Parlimen ini yang dibiayai oleh organized crime. Kalau sekiranya dituduh di bawah undang-undang SOSMA itu, macam mana kita nak bela diri? Ini yang masalahnya.

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dengan izin, this is the whole point of the debate bahawa undang-undang yang sebegini tidak menjamin keadilan dan sekiranya seseorang itu dituduh di bawah SOSMA, walaupun tak ada bukti, dia tidak akan dibawa ke mahkamah, dia akan ditahan dan ditahan dan ditahan, dan tidak ada keadilan...

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

This is the problem. Terima kasih.

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ha inilah yang satu lagi ini, dimanipulasikan apa yang saya beritahu.

Saya nak beritahu bahawa bukan semua undang-undang dibuat untuk menghukum atau menangkap. Maksud saya begitu. Maknanya kerisauan di pihak sana itu, adakah kerana setengah-setengah organized crime punya group ini memberi apa-apa yang perlulah ya, membiayai maksud saya

final • 12:34 PM

[Dewan riuh]

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ha itu yang maksud saya, membiayai.

Kalau ya ataupun tidak- maksud saya. Adakah kerana mereka-mereka ini membiayai, jadi ketakutan timbul di sebelah sana. Itu maksud saya. Tengok, dia putar belitkan apa yang saya beritahu. Ini yang masalah....

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak bagi lagi Yang Berhormat?

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Shah Alam saya nak beritahu bahawa, soalan saya, adakah kerana pihak Yang Berhormat Shah Alam takut kerana pihak Yang Berhormat Shah Alam ataupun orang lain dibiayai? Itu soalan saya, bukan saya nak katakan bahawa makna ada undang-undang disalah gunakan...

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey, baik.

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Okey, saya bagi contoh.

Undang-undang yang sedia ada yang tak pernah kita lihat digunakan. Okey, kita tengok bawah seksyen 1, Chapter 11 Kanun Keseksaan, “Kesalahan-kesalahan Terhadap Keadilan Awam”, seksyen 202. Kalau kita lihat 202 ini, saya tak payah baca semua. Dia kata lebih kurang, “Sesiapa sahaja yang mengetahui ataupun mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku atau sedang berlaku...”

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Atau tak berlaku?

final • 12:34 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

No. Ini salah. Saya belum habis baca. Ini sudah tidak ikut undang-undang-undang. Dengan niat untuk meninggalkan, memberi apa-apa information. Bermakna kalau kita tahu sesuatu kesalahan berlaku, makna kita kena report kepada majistret. That offence has legally bound to give information to the magistrate.

Berapa banyak kes yang sebegini berlaku? Contoh saya bagi. Apa yang berlaku dekat Bersih. Bersih berapa itu hari? Bersih 3.0, Bersih 2.0? Kereta polis diterbalikkan.

Siapa yang ada dekat sana? Apa yang berlaku? Adakah tindakan diambil di bawah seksyen 202, kesalahan berlaku? Khianat dan sebagainya. Apa tindakan yang telah diambil, kerana kesalahan ini tidak memberi maklumat kepada majistret. Lodge the complaint to the magistrate. Itu maksud saya.

Bermakna di sini pun kalau tidak ada berlaku kesalahan, kita tidak perlu takut.

Perkara yang hendak dibuat, ditangkap, hendak menjaga keselamatan negara, itu sahaja dan tidak lebih daripada itu. Tidak akan salah guna, sebab kalau salah guna seksyen 202 boleh salah guna.

[Disampuk] Kerajaan tidak salah guna seksyen 202 pun. Pernah kita lihat? Yang Berhormat Batu pernah dituduh bawah seksyen 202? Yang Berhormat Shah Alam pernah dituduh seksyen 202? Perhimpunan haram dan sebagainya. Kesalahan kita tahu berlaku kesalahan, pernah kita tuduh?

[Disampuk] Tidak pernah. Itu yang berlaku.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ramai yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Jangan putar belit.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak ada putar belit punya.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya cerita pasal kesalahan yang ada seksyen, tetapi tidak ada tuduhan dibuat, tidak ada tangkapan dibuat. Itu saya hendak terangkan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Yang memikirkan bahawa kesalahan itu kecil dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Setiu.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi laluan?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Bagi Shah Alam juga. Dia suka Shah Alam walaupun macam marah Shah Alam tetapi dia suka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak cuba faham hujah Yang Berhormat Setiu ini. Hujahnya, jangan risau kerana walaupun ada banyak undang-undang-undang seperti mana seksyen 202 tetapi tidak pakai. Lalu maknanya dia minta kita lulus pindaan pada undang-undang SOSMA ini, kerana ianya tidak akan dipakai. Apa punya hujah macam itu?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

SOSMA sudah lulus Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini saya rasa tidak penting.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini sebagai contoh mana-mana pindaan itu.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pindaan, SOSMA sudah lulus.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sekarang ini masalahnya...

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Hujahnya, logiknya sebegitu rupa tidak boleh pakai.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini tafsiran Yang Berhormat Shah Alam saya rasa tidak betul, tafsiran Yang Berhormat Shah Alam tidak betul.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Kita luluskan pindaan ini kerana memang tidak akan dipakai. I mean biarlah hujah itu mantap.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ini kerana kita melihat keganasan yang berlaku sekarang. Berlaku keganasan dan juga jenayah terancang. Jadi kita perlu ada undang-undang-undang.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, betul ada undang-undang- undang. Undang-undang memang ada.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya beri contoh bahawa bukan semua orang ditangkap.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Undang-undang memang sudah ada, tetapi kita kena tentukan undang-undang itu adil.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu....

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sudahlah, okey Yang Berhormat Shah Alam saya pun hendak habiskan...

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu, boleh singkat sahaja? Sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

...Masa tidak sempat.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat , cukuplah. Biarkan Yang Berhormat Setiu untuk habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya ingin dapat pendapat dari Yang Berhormat Setiu. Andaikan ada keadaan macam ini. Ada sebuah NGO dijemput untuk menyertai Bersih bersama-sama.

Wakil NGO itu menyertai perjumpaan ini dan ketahui ada satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan, yang dalam pandangan kerajaan mengancam keselamatan. Akan tetapi NGO itu selepas menghadiri mesyuarat, tidak menyertai demonstrasi itu.

Kemudian dia pun tidak buat laporan kepada polis, sungguhpun mengetahui ada ancaman untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran. Adakah keadaan ini diguna pakai untuk klausa ini?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Batu, seksyen 202 ini tidak dimasukkan di bawah SOSMA pun okey. Seksyen 202 kesalahan biasa bawah Kanun Keseksaan. Saya jelaskan bahawa kerajaan boleh ambil tindakan, tetapi memikirkan baiknya kerajaan ini tidak ambil tindakan, kerana kalau kita ambil tindakan dikatakan ambil tindakan terhadap orang-orang politik, pembangkang ini, kita tidak ambil. Itu jawapan saya.

Sudah faham? Okey? Boleh faham Yang Berhormat Batu?

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat Batu.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Boleh diambil, tetapi tidak ambil.

Baiklah kerajaan.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Kita yang penting sekarang pindaan kepada jenayah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu, duduklah Yang Berhormat. Faham jenayah terancang, fahamkan.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita sebut bukan kerajaan untuk sekarang. Undang-undang ini untuk kerajaan yang akan datang. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Faham! Jenayah terancang, Faham!

final • 12:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Padang Besar ini, minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Besar bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar

Yang Berhormat, saya berpendapat di sini apabila kita lihat soalan daripada Yang Berhormat Batu itu, bahawa mereka ini lebih tertumpu kepada demonstrasi dan saya berpendapatlah saya hendak tengok betul atau tidak betullah. Oleh kerana mereka ini bercita-cita untuk membuat demonstrasi dan menghadiri demonstrasi. Kalau bukan mereka pun jadi wakil-wakil rakyat pembangkang ini, mungkinlah kawan-kawan yang mereka suruh pergi demonstrasi. Jadi kita lihat mereka membangkang dan tidak bersetuju tentang SOSMA ini adalah salah satu sebabnya, mereka ini adalah menyertai demonstrasi. Jadi betullah itu. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Atau hendak sekat demonstrasi?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu sudah habis masa Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Tidak, yang saya cuba terangkan adalah kalau ada kes-kes yang mengancam keselamatan negara, kita perlu masukkan bawah SOSMA, itu sahaja dan tidak lebih daripada itu. Saya bagi tadi contoh sahaja. Contoh mengatakan bahawa kalaulah kita hendak katakan semua hendak salah guna kuasa, yang ini pun boleh salah guna kuasa seksyen 202. Itu saya hendak bandingkan, itu sahaja.

Okey dan saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan yang dikatakan tidak ada budi bicara mahkamah ini. Kalau seksyen masuk tidak ada budi bicara mahkamah. Saya ingin merujuk kepada seksyen 293. Walaupun kita tidak ada yang sudah dinyatakan mandatory punishment, yang saya hendak nyatakan bahawa seksyen 173 kepada pesalah muda, memang tidak ada budi bicara. Seksyen 294 pun tidak ada budi bicara, tetapi pendekatan yang kita ada adalah kepada seksyen 293(1)(e) khidmat masyarakat masih ada budi bicara mahkamah.

Maknanya kalau berlaku kesalahan di bawah SOSMA sekarang ini masih mahkamah menggunakan seksyen 293. Itu berkenaan dengan pesalah-pesalah muda.

Kemudian dengan IIIA, saya hendak sentuh sedikit. Kita lihat bahawa terdapat banyak tahanan-tahanan ISA terdahulu yang terlibat dengan penyeludupan migran dan juga didapati terlibat dengan entiti keganasan di negara-negara luar. Daripada 48 orang daripada kajian yang ditahan di bawah ISA dahulu dari tahun 2009 hingga 2011, seramai 28 orang adalah ketua sindiket dan 11 orang mempunyai kaitan dengan militan seperti LTTE - lapan orang, JI - dua orang dan seorang ahli di Iraq.

Jadi kita masukkan Chapter IIIA adalah bagi menyekat perkembangan kegiatan yang mempunyai elemen-elemen militan, subversif, jenayah termasuk penyeludupan senjata api dan juga dadah. Juga untuk mengelakkan bahawa negara dari menjadi transit

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

untuk tempat perlindungan kepada pengganas-pengganas antarabangsa. Kemudian pula fokus kita kepada tekong dan ketua-ketua sindiket yang sukar didakwa di mahkamah, disebabkan mangsa penyeludupan tidak berani untuk memberikan kenyataan di mahkamah.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Setiu...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit...

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Saya sudah habis. Setakat itu sahajalah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu sudah habiskan. Yang Berhormat Batu duduk.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh, sedikit sahaja?

final • 12:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Sudah habis. Benda yang sama jugalah, pusing-pusing benda yang sama juga.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis. Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 12:40 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri beberapa persoalan berkaitan dengan pindaan ini. Pertamanya kita hendak cuba memahami apakah pendirian kerajaan ataupun strategi kerajaan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan negara.

final • 12:49 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sebab hal-hal berkaitan dengan keselamatan ini telah diperjelaskan dan diperincikan secara teratur di dalam akta yang lebih dikenali sebagai SOSMA ini. Biarlah ianya bertujuan untuk maksud keselamatan. Dalam hal ini saya fikir keselamatan itu ada kaitannya dengan perkembangan terrorism yang berlaku ketika mana undang-undang ini dibahaskan dan ia bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara yang lain.

Saya ingin ingatkan kata-kata Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB, yang mana dalam hal-hal berkaitan dengan terrorism ini beliau pernah mengingatkan bahawa dalam bahasa Inggeris kalau dibenarkan Tuan Yang di-Pertua. “Our responses to terrorism, as well as our efforts to thwart it and prevent it should uphold the human rights that terrorists aim to destroy. Respect for human rights, fundamental freedoms and the rule of law are essential tools in the effort to combat terrorism, not to be sacrificed at the time of tension”. Dalam hal ini saya ingin mulakan dengan itu kerana saya lihat ada kecenderungan untuk satu undang-undang itu digubal dengan tidak memberikan keseimbangan antara keperluan keselamatan dan juga hak-hak asasi manusia apatah lagi dalam hal-hal berkaitan fundamental freedom.

Dalam hal ini misalnya, kalau kita hendak masukkan Jadual Pertama ini, ini bahaya kerana Jadual Pertama yang berkaitan kesalahan keselamatan ini tidak ada satu pun yang berkaitan terus dengan hal-hal keselamatan negara. Ini kerana kalau kita mengambil pendekatan sebegitu, ini akan menggalakkan pasukan keselamatan kita bertindak dalam suasana yang malas. Sepatutnya kita perkasakan mereka dengan tindakan-tindakan, peralatan-peralatan dan sumber-sumber yang lebih kuat untuk memastikan agar keselamatan negara, hal yang berkaitan dengan jenayah ini dapat dihalang.

Akan tetapi dalam hal ini kita letakkan Jadual Pertama ini, kesalahan di bawah Bab VI, Bab VIA, Bab VIB, anggota kumpulan pengganas jenayah terancang Akta Antipemerdagangan Orang. Ini berlaku daily atau secara harian. Pengganas ini tidak mengganas setiap hari. Ada ketikanya dia akan mengganas. Dalam hal ini ada undang-

final • 12:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

undang yang melaksanakan hal-hal berkaitan pencegahan dan mesti tidak boleh kita campur dengan hal-hal yang berkaitan dengan jenayah setiap hari. Jenayah setiap hari ini pastilah ada laluannya, prosesnya. Oleh sebab itulah kita ada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan pelbagai lagi undang-undang. Ini sebenarnya untuk memastikan agar kegiatan jenayah ini dihalang.

Oleh sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa rasionalnya meletakkan jadual-jadual ini? Mungkin selepas ini akan buat pindaan pula jadual lain.

Mungkin tidak boleh adakan demonstrasi besar-besaran. Masuk dalam Jadual Kesalahan Keselamatan. It doesn’t make sense. Ia tidak boleh membina satu masyarakat yang maju kalau setiap perilaku kita dikawal dengan satu undang-undang yang bersifat represif.

Silakan Yang Berhormat Batu.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Tadi dalam pengakuan Yang Berhormat Setiu, target sekarang SOSMA ini lebih daripada terrorist. Terrorist ini adalah manusia atau kumpulan yang mengancam keselamatan dengan senjata, dengan cara keganasan. Akan tetapi keselamatan tidak didefinisikan atau ditafsirkan dengan longgar termasuk tekong, ah long.

Apa yang diakui oleh Yang Berhormat Setiu ialah kita shift target atau sasaran kita daripada terrorist yang bersenjata kepada satu kumpulan penjenayah yang sangat luas.

Bukankah ini sudah dilute tujuan ini? Kita juga rasa kalau kita untuk mengorbankan sedikit fundamental freedom untuk memerangi kumpulan terrorist ini, kita setuju. Akan tetapi dengan jenayah biasa termasuk tekong kita terpaksa mengorbankan satu perkara yang sangat fundamental iaitu kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Adakah ini telah bercanggah dengan tujuan kita mengadakan SOSMA?

final • 12:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu yang berkaitan dengan memperluaskan lagi penggunaan SOSMA ini yang pada saya tidak relevan. Ini kerana kita baru sahaja meluluskan Prevention of Crime Act (POCA) atau Akta Pencegahan Jenayah. Kemudian sekarang ini kita hendak masukkan atau perketatkan lagi SOSMA ini.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah mereka menilai pengalaman negara-negara maju? Saya ambil contoh misalnya ada satu kajian berkaitan dengan rethinking preventive detention from a comparative perspective, dengan izin,. Rupa-rupanya bukan sekadar Malaysia sahaja ada preventive detention tetapi negara-negara yang lain juga ada. Akan tetapi apa dia saving clause atau pun safe guarding clause nya, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua?

Negara seperti Brazil, Columbia, Denmark, France, Germany, Italy, Norway, Greece, Ireland, Spain, Turkey dan juga United Kingdom, mereka ini telah berperang dengan keganasan ini lama sebelum Amerika lakukan selepas 11 September. Misalnya United Kingdom terpaksa deal dengan IRA berapa lama? France dalam Peperangan Algeria misalnya. Itali, Greece dan semua ini mereka lakukan dan di sana ada juga preventive detention tetapi meets the requirement. Maknanya ikut requirement seperti yang diminta oleh rule of law dan juga terikat dengan Convention Hak Asasi Manusia.

Jadi ada negara-negara yang lakukan tetapi dia terikat. Dia ikut betul-betul skema hak-hak asasi manusia. Saya ingin cadangkan Yang Berhormat Menteri mengkaji semula perkara ini dan kita ikut pengalaman negara-negara maju ini. Dalam masa mereka melakukan satu tindakan menghalang keganasan dengan senjata, mereka juga sebenarnya ada pendekatan terikat dengan Convention on Human Rights dan sebagainya.

Jadi saya fikir itu dua perkara yang ingin saya tanyakan. Saya beri laluan kepada rakan-rakan untuk berbahas. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tanjong.

final • 12:50 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahas rang undang-undang ini.

final • 12:56 PM

Tuan Ng Wei Aik - Tanjong

Saya rasa ini adalah satu isu besar yang mana jenayah terancang dan keganasan terancang tidak diberi satu definisi yang ketara, di mana rang undang-undang ini cuba menyamai kedua-dua konsep ini. Saya tidak faham mengapa pihak Menteri tidak mendapat input daripada Pusat Serantau Asia Tenggara bagi mencegah keganasan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur sejak tahun 2003. Dengan pengalaman mereka, saya rasa pihak Pusat Serantau Asia Tenggara ini dapat memberi input yang bernas supaya keganasan dapat dirujuk kepada ancaman atau penggunaan keganasan yang bersistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Penggunaan pendekatan yang bersifat ganas seperti suicide bombing dan biasanya sasaran adalah terhadap kerajaan atau sebuah negara.

Jadi, memang tujuan jenayah terancang adalah untuk mendapat kekayaan atau wang manakala keganasan terancang adalah untuk mendapat kuasa dan kuasa ini adalah untuk mendapat kuasa dari segi politik, keagamaan atau memperjuangkan ideologi-ideologi tertentu. Jadi ini juga dapat dijelaskan oleh mukadimah Akta SOSMA yang berbunyi seperti berikut, “Bahawasanya tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu.” Ini adalah keyword di mana Akta SOSMA memang ‘diperundangkan’ untuk membanteras keganasan terancang dan bukannya jenayah terancang.

Jadi, saya tidak menyokong supaya definisi jenayah terancang ini diperluaskan supaya ia dapat dibanteras melalui pendekatan-pendekatan ala anti terrorism. Ini seolah- olah merupakan double jeopardy terhadap mereka yang ditangkap dan boleh diambil tindakan di bawah rang undang-undang ini. Saya juga tidak bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Jadual Pertama yang cuba memasukkan kesalahan-kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sebagai satu kesalahan keselamatan baru di bawah rang undang-undang tersebut atas sebab double jeopardy yang sama. Jikalau seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, yang mana beliau telah memetik contoh LTTE. LTTE menggunakan negara kita sebagai transit point untuk merekrut atau menjalankan aktiviti yang mempunyai elemen militari Saya rasa ini bukan satu sebab yang utama supaya Akta SOSMA dapat merangkumi kesalahan-kesalahan yang boleh diambil di bawah [Akta 670] ini. Jikalau mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan atau pemerdagangan orang, jikalau ini bersifat militari, maka ia boleh terus diambil tindakan di bawah Akta SOSMA dan tidak seharusnya diperluaskan untuk dirangkumi di bawah Akta SOSMA ini. Seperti insiden yang berlaku di Lahad Datu awal tahun ini, mereka yang bersifat militari terus didakwa di bawah Akta SOSMA dan bukannya mereka didakwa di bawah [Akta 670] pada masa yang sama diambil tindakan yang sama di bawah [Akta 670] ini. Jadi dengan kata-kata ini saya mohon membantah.

final • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pukul 2.30 petang nanti Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

final • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013. Tuan Yang di-Pertua, perbahasan rang undang-undang ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada Ahli- ahli Parlimen. Ramai yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan telah menimbulkan pelbagai isu kepada kerajaan.

Pada petang ini saya akan menerangkan satu persatu isu-isu yang menjadi kemusykilan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Ahli-ahli memberi saya peluang untuk membuat jawapan dan saya juga memohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut peraturan. Kalau saya belum memberi ruang dan peluang, saya minta tidak boleh mencelah. Sebabnya Tuan Yang di-pertua persoalannya banyak. Saya cukup yakin Ahli-ahli Yang Berhormat cukup yakin ingin mendengar jawapan saya. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila. Yang Berhormat Shah Alam dengar.

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Isu yang pertama...

final • 2:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak dengar, boleh ulangi?

[Ketawa]

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mengenai Bab VIB yang dimasukkan ke dalam rang undang-undang ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Asas kenapa Bab VIB di masuk ke dalam SOSMA, jawapan saya ialah pada masa ini terdapat sebanyak 49 kumpulan jenayah terancam yang beroperasi di seluruh Malaysia yang punyai anggota melebihi 43 orang melakukan jenayah kekerasan, bunuh, 440 kes kumpulan jenayah terancang hingga tahun 2013. Kecederaan terhadap orang awam lebih 6,000 kes pada tahun 2012. Jenayah terhadap harta awam dan persendirian 123,719 pada tahun 2012 yang melibatkan kerugian lebih daripada RM1 bilion.

Ini merupakan satu asas yang kukuh dan melepasi tahap yang ditetapkan dalam mukadimah SOSMA iaitu keterangan bahawa telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang-orang di dalam dan di luar Malaysia. Satu, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang-orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu. Jadi kita telah memenuhi syarat itu Tuan Yang di-Pertua.

Aktiviti jenayah terancang telah menyebabkan masyarakat merasa takut akan keganasan itu dan mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan negara dan harta benda. Statistik yang amat besar ini merupakan kes nyata yang telah melibatkan harta yang amat banyak di kalangan warganegara Malaysia. kumpulan jenayah terancang selalunya beroperasi dengan luas dan mempunyai rangkaian di seluruh negara. Sebagai contohnya kumpulan Geng 08, Geng 04, Geng Tiga Line, Geng Wahki, Geng Seow San Ong mempunyai rangkaian hampir di seluruh negara.

Kumpulan 08 sendiri mempunyai rangkaian hingga ke luar negara. Mereka bukanlah penjenayah setempat dan kumpulan mereka mempunyai rangkaian- rangkaiannya. Kumpulan 08 Ipoh dan 08 Simpang Pulai. Di Sabah- Otai, Atap beroperasi di Sabah. Di Sarawak iaitu Sibuti, Krokok beroperasi di Sarawak sahaja. Di seluruh negara kita mempunyai kumpulan 08, 04, Satu Hati, Tiga Line, Double Seven, Geng 36, Geng 3821, Geng Wahki mempunyai rangkaian seluruh negara.

Peringkat negeri Otai dan Atap di Sabah, Sibuti, Krokok Sarawak. Aktiviti mereka ialah pengedaran dadah, peras ugut, kutipan wang perlindungan dan merekrut anak-anak muda menjadi ahli kumpulan jenayah. Apabila berlakunya pergaduhan merebut kawasan operasi dan pengedaran dadah yang berlaku di tempat terbuka seperti yang berlaku di dalam kes-kes berikut. Pertama, Ayer Hitam report 2327/13 bertarikh 20 Julai 2013, pergaduhan antara Geng 08 dengan Geng 04 di Paya Tabung, Georgetown Pulau Pinang di mana Geng 04 bersenjata parang dan pistol telah menembak mati ahli Geng 08.

Kedua ialah Bestari Jaya report 2080/13 bertarikh 29 Julai 2013 pergaduhan antara Geng 21 Kuala Selangor dengan kumpulan Geng 36 Bestari Jaya. Geng 21 menggunakan pistol dan melepaskan tembakan. Mangsa Geng 36 cedera. Manakala yang ketiga, Kubang Semam report 1811/13 bertarikh 29 Julai 2013 pergaduhan antara Geng 04

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

dengan Geng 36 di Kulim. Geng 36 telah melepaskan tembakan dan mangsa daripada Geng 04 cedera. Fakta yang dinyatakan jelas membuktikan bahawa ancaman yang dibawa oleh kumpulan jenayah terancang adalah benar dan nyata dan bukanlah khayalan kerajaan semata-mata. Rakyat menyaksikannya di depan mata mereka sendiri. Kumpulan jenayah terancang ini tidak akan berhenti kegiatan mereka kerana aktiviti jenayah mendapat pulangan yang besar dengan cara yang cepat dan mudah.

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Aktiviti mereka akan berterusan sepanjang zaman dan ancaman itu adalah satu ancaman yang kekal.

Isu kedua mengenai Bab IIIA, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang dimasukkan dalam SOSMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Bagaimanakah Bab III, ATIPSOM dimasuk ke dalam SOSMA?

Bolehkah mencegah penyeludupan migrant dan jenayah? Jawapan yang diberi di sini ialah dengan memasukkan Bab III, ATIPSOM 2007 ke dalam SOSMA, jenayah penyeludupan migrant dapat dicegah, seterusnya membanteraskan jenayah ini. ATIPSOM berjaya menangkap ahli sindiket menyeludup migrant dan mangsa mengambil di bawah undang- undang lain seperti Akta Imigresen, Akta Pasport dan sebagainya.

Statistik menunjukkan tahun 2011 dan juga 2013 sehingga Ogos seramai 151 orang ditangkap di bawah ATIPSOM dan dari jumlah itu seramai 148 adalah tekong ikan bilis, orang kecil. Keadaan ini sukar untuk membanteras jenayah penyeludupan migrant apabila sukar mendapat keterangan langsung untuk menyabitkan kesalahan kedua sindiket yang memainkan peranan utama dan bekerja behind the scene, di belakang tabir.

Dengan peruntukan SOSMA, ketua sindiket ini boleh disabit kesalahan dan dapat mencegah jenayah penyeludupan migrant. Selain itu elemen latin itu juga dapat dikekang statistik tangkapan ISA menunjukkan daripada seramai 48 orang ditangkap kerana penyeludupan migrant dan hanya seramai lapan orang terlibat dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), dua orang Jemaah Islamiah (JI) dan seorang Permis De Brigade di Iraq. Namun sekiranya ATIPSOM dimasukkan ke dalam SOSMA, lebih ramai lagi elemen militan dapat dikenal pasti dan ditangkap. Dengan membanteras jenayah penyeludupannya, turut akan mencegah jenayah-jenayah lain seperti aktiviti penyeludupan, subversif, penyeludupan dadah dan senjata api. Sementara itu dapat mengelakkan negara daripada menjadi transit ataupun tempat perlindungan kepada pengganas antarabangsa.

Isu SOSMA tidak mempunyai safeguard yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. SOSMA tidak mempunyai safeguard adalah tidak betul, Yang Berhormat Beruas.

Lindungan jaminan seperti berikut - Melalui peruntukan seksyen 4(3), “tidak seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.” Ini membawa maksud perlindungan kepada penglibatan dalam aktiviti sah di sisi undang-undang melalui satu kenyataan pendapatan mengambil tindakan yang dibuat menurut rukun satu parti politik yang ada.

Masa berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 355] yang dibuktikan melalui:

(i) keanggotaan satu sumbangkan kepada parti itu;

(ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

(ii) penyataan pendapat yang ditunjuk kepada mana-mana kerajaan dalam persekutuan; atau

(iii) pengambilan tindakan yang ditunjuk terhadap mana-mana kerajaan di dalam persekutuan.

(iv) Permusuhan kuasa Menteri dalam negeri untuk menahan tanpa bicara mana-mana individu. Seksyen 4 akta ini...

final • 2:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Minta penjelasan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Biar saya habiskan yang 4 dahulu.

Selepas itu Yang Berhormat. Pemansuhan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu. Seksyen 4 akta ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan di bawah seksyen ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang. Polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dalam kesalahan keselamatan. Ya, sila.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Beruas.

final • 2:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menanya Yang Berhormat Menteri, memang dalam SOSMA ada satu peruntukan menyatakan atas isu politik tidak boleh ditahan. Akan tetapi dengan dimasukkan Bab VIA, Kanun Keseksaan ini di bawah seksyen 13(b) yang saya hujahkan semalam, ia terlalu luas.

Maksudnya di bawah Penal Code, kalau seseorang itu demi agama dia, demi political cause or belief boleh menjadi satu kesalahan dan di bawah Penal Code dimasukkan di bawah jadual SOSMA, SOSMA terpakai kepada mereka di bawah Penal Code ini.

Maksudnya memang dalam SOSMA kata, politician tidak boleh ditahan di bawah SOSMA tetapi sekarang kita masukkan mereka yang ada niat untuk menyebarkan fahaman politik boleh ditahan. Ianya bercanggah. Adakah niatnya untuk meluaskan? Kalau di bawah SOSMA kata tidak boleh tangkap ahli politik tetapi di bawah Penal Code sekarang dikatakan SOSMA boleh dipakai.

Adakah kerajaan akan gunakan cara ini menangkap ahli-ahli politik di bawah Penal Code sungguhpun SOSMA - so jadi macam bercanggah? So if you can get the two - sebab itu kita mengubah undang-undang, kita tidak boleh menyebabkan kekeliruan. Kita perlu jelas. So, I would like to see how we can reconcile that two provisions. Sebenarnya, peruntukan di bawah Bab VIA ini, lebih luas daripada peruntukan di bawah SOSMA yang asal, seksyen tadi Yang Berhormat baca.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya ada sedikit kekeliruan dalam persoalan penggunaan SOSMA Yang Berhormat.

SOSMA sebenarnya bukanlah undang-undang Penal Law Yang Berhormat, sebenarnya.

SOSMA adalah procedural law, undang-undang procedure. Makna dia, kesalahan tidak diletakkan SOSMA itu sendiri. Hanya dua jenis kesalahan diletakkan di bawah SOSMA iaitu soalan-soalan orang yang memakai AMD. Kalau dia merosak AMD, dia boleh dituduh di bawah SOSMA. Satu lagi ialah kesalahan mendedahkan maklumat ataupun information berhubung dengan saksi-saksi. Ini kalau didapati berlaku, boleh dituduh di bawah undang- undang SOSMA itu sendiri.

Akan tetapi apabila Penal Code ini dimasukkan di bawah schedule SOSMA, apa yang berlaku ialah prosedur di bawah CPC tidak digunakan, boleh menggunakan prosedur di bawah SOSMA. Jadi dalam keadaan sedemikian, bukan soalan substantive law dia Yang Berhormat tetapi soalan procedural law. Jadi procedure SOSMA itu, mudah sahaja penyelidikan IP akan dibuka apabila tertuduh dibuat. IP akan dibuat ataupun investigation paper akan dibuka dan penyelidikan itu dibawa dan - macam penyelidikan biasa juga Yang Berhormat.

Hanya yang beza dia, macam the treatment of witness dia. Itu pun boleh juga semasa itu ditangkap, hanya pegawai penyelidik boleh menangguhkan selama beberapa jam sebelum orang yang dituduh itu dibenar berjumpa dengan peguam, dibenar berjumpa dengan keluarganya. Jadi dalam soal sedemikian, tidak ada perbezaannya sebenarnya.

Perbezaan substantif tidak ada, hanya prosedur sahaja berbeza. Ketiganya, apabila dia dituduh dan meminta bill dan sebagainya membolehkan Yang Berhormat dan selepas itu atas hakim pula apabila telah dituduh nanti. Jadi, proses seseorang tertuduh di bawah SOSMA ini sama dengan yang dibawa menerusi CPC juga sebab ia bukan substantive law Yang Berhormat, tuduh dia masih di bawah Panel Code.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi makna dia, safeguard dia sendiri memang sudah ada dalam Penal Code itu, dalam CPC itu memang sudah ada Yang Berhormat. Jadi, dia tidak ada hubung kait langsung dengan soalan yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat. Saya faham apa yang kata Yang Berhormat itu. Yang Berhormat kata, dia boleh dituduh oleh kerana ini tidak ada

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

dengan orang politik tetapi dalam itu ada aktiviti-aktiviti politik juga yang dijalankan di bawah Penal Code, seksyen yang Yang Berhormat cakap tadi dan bolehkah dia dikena. Akan tetapi hukumannya, kalau dia sabit bersalah, akan juga dihukum di bawah Penal Code. So, macam mana kalau tidak ada SOSMA pun, dia boleh juga dituduh mengikut prosedur CPC.

Jadi, prosedurnya hanya mungkin saksi boleh berinteraksi atau cross examination itu cara lain. Prosedur-prosedur tertentu dalam mahkamah dan penyelidikan.

Jadi, dengan keadaan sedemikian Yang Berhormat, saya cukup yakin proses dan pemantauan investigation paper (IP) itu masih disalur kepada DPP, kepada AG, dia akan menilai dan apabila didapati si anu ada cukup bukti dan saksinya, baru dia dituduh, Yang Berhormat. Jadi, saya tidak melihat bagaimana ia boleh menjadi satu kebimbangan kepada Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Beruas.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Jadi, saya hendak dapat penjelasan daripada Menteri. I stand corrected kalau saya tersilap daripada berkata panjangan saya berkenaan dengan cara undang-undang ini akan terpakai. Dengan hormatnya ingin saya katakan bahawa SOSMA ini, ia melampaui CPC atau Kanun Acara Jenayah. Sebab itu kerajaan memperkenalkan SOSMA. SOSMA ini diperkenalkan untuk menidakkan hak asasi rakyat yang dijamin, hak kebebasan rakyat yang dijamin di bawah perlembagaan. Sebab itu memang saya setuju SOSMA ini pun satu akta prosedur yang pada hemat saya akan kita kata overwrite the provision of the CPC.

Maksudnya, di bawah SOSMA kita boleh tangkap tanpa waran dan juga keterangan-keterangan yang biasanya tidak boleh diterima di bawah Akta Keterangan, boleh diterima. Di bawah CPC ada prosedur-prosedurnya, ia akan semua tidak terpakai.

Sebab itu di bawah Chapter VIA, Kanun Keseksaan ada dinyatakan terrorism. Apa itu terrorist? Takrifannya begitu luas sekali dan juga dinyatakan di sana, kalau sesiapa to promulgate political beliefs or religious beliefs to champing a cause pun boleh menjadi satu kesalahan di bawah Chapter VIA ini.

Pada kebiasaannya, di bawah undang-undang biasa, di bawah CPC, kita boleh mempertahankan kalau ada fitnah, ada bukti-bukti ataupun keterangan palsu, kita boleh menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Keterangan untuk mahkamah menolak keterangan-keterangan palsu. Akan tetapi di bawah SOSMA ini, mahkamah tidak boleh menolak kalaupun keterangan-keterangan itu palsu kerana tidak boleh dicabar di bawah SOSMA.

Jadi, kalau kita bandingkan, kita biar mansuhkan satu persatu, kita, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, maksud saya SOSMA ini overwrite CPC. Saya tidak tahu, itu sebenarnya dari fahaman saya sebagai peguam dan itulah sebabnya kerajaan hendak menggunakan undang-undang prosedur darurat ini di bawah perkara 149, Perlembagaan Persekutuan. Adakah ini kedudukannya? Bagi saya, itulah kedudukannya, CPC overwritten by SOSMA.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya Yang Berhormat, apabila satu-satu kesalahan dijangka ataupun dianggap telah berlaku, laporan dibuat, penyelidikan sebagai biasa juga dijalan Yang Berhormat.

Bagaimana tidak ada SOSMA dan tidak ada itu, memang siasatan biasa akan dilaksanakan juga. Akan tetapi kalau didapati bahawa ada saksi-saksi yang mungkin tidak mahu namanya terdedah, diketahui oleh orang, barulah menggunakan provision di bawah SOSMA kalau undang-undang itu jatuh di bawah schedule, jadual SOSMA.

Jadi maknanya, adalah second step ataupun peringkat yang kedua pandangan daripada polis untuk mempertahankan supaya kes boleh diselidik, supaya saksi tidak rasa takut dan pihak–pihak lain akan membukti dan membantu polis dalam siasatan tidak berasa bimbang dan takut. Itu sahaja tujuan SOSMA Yang Berhormat, tidak ada tujuan lain.

Tujuannya adalah untuk memprotect orang yang melapor, memprotectkan orang yang menjadi saksi dan tidak ada tujuan lain.

Jadi Yang Berhormat, saya cukup yakin bahawa apabila undang-undang ini dilaksana nanti, itulah proses akan digunakan tetapi kalau tidak ada elemen-elemen yang saya sebut tadi berlaku, polis akan sentiasa menggunakan CPC juga Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya bagi contoh, kalau boleh dapat penjelasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Katakan seseorang itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di bawah Bab VIA. Kebiasaannya kalau satu kes itu kalau bukan kes bunuh ataupun kes yang boleh mendatangkan hukuman yang sangat berat, 20 tahun ataupun kes bunuh, biasanya mahkamah akan membenarkan jaminan diberikan kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan atau disabitkan atas satu kesalahan.

Akan tetapi kalau Bab VIA ini dimasukkan di bawah SOSMA ini, di bawah SOSMA, mahkamah tidak boleh memberikan apa-apa jenis jaminan. Kalau didakwa sahaja di mahkamah, mahkamah mesti memerintahkan beliau dipenjarakan atau ditahan dan di bawah SOSMA, seseorang itu mesti di bawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Di bawah CPC, kalau kes itu bukan berat sangat, di bawah bidang kuasa Majistret, beliau boleh didakwa di bawah Mahkamah Majistret. Akan tetapi kalau kita masukkan jadual ini ke dalam SOSMA ini, ini bermaksud, hukuman yang tidak begitu berat pun mesti dibawa ke Mahkamah Tinggi. Pada masa sekarang, di bawah CPC atau kes jenayah biasa, Kanun Keseksaan, hanya kes-kes yang hukum mati yang terus dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Jadi, maksud saya ini ialah kes-kes yang pada kebiasaannya mereka tidak akan ditahan dan dipenjarakan sehingga di bukti kesalahan yang dilakukan seseorang itu. Akan tetapi kalau kita masukkan bab ini di bawah SOSMA, ini bermaksud orang ini akan ditahan mungkin sampai 10 tahun, yang telah saya nyatakan semalam, kerana masa perbicaraan di Mahkamah Tinggi beliau mesti ditahan atau dipenjarakan. Kalaupun Mahkamah Tinggi mengatakan orang ini tidak bersalah, mahkamah tidak boleh membebaskan beliau. Kalau pihak pendakwa raya ingin merayu dan memohon kepada mahkamah supaya orang itu terus ditahan.

Kalaupun selepas rayuan Mahkamah Rayuan, ini mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun lagi, Mahkamah Rayuan mendapati orang ini tidak bersalah juga. Beliau kalau ada lagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Orang ini masih mesti ditahan di bawah CPC, Kanun Tatacara Jenayah yang biasa, kalau mahkamah pertama kali membuat keputusan seseorang itu tidak bersalah, orang itu mesti dibebaskan. Apatah lagi pada peringkat rayuan, mahkamah kata tidak bersalah, mesti dibebaskan.

Jadi, maksud saya ini, kebimbangan yang saya utarakan sebenar ialah SOSMA ini menidakkan hak orang yang tidak bersalah pun. Mahkamah kata tidak bersalah pun masih mesti ditahan atau dipenjarakan. Kalau boleh kita hendak dapatkan satu kepastian dalam isu ini supaya orang yang tidak bersalah ini dengan tidak adil, terus dipenjarakan.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya melihat ada 2 perkara kebimbangan yang dihadapi oleh Yang Berhormat. Yang pertama, apabila seseorang itu ditangkap, proses dia sama Yang Berhormat. Telah ditangkap dengan bukti yang nyata, telus dan sebagainya, selepas itu dia dituduh di mahkamah.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Apabila dia dituduh di mahkamah pihak DPP boleh meminta kepada mahkamah supaya orang ini disimpan dalam penjara. Hakim pula tidak ada hak untuk mengatakan, “Oh! Tidak payah”, itu kebimbangan Yang Berhormat. Jadi apa berlaku, apabila pembicaraan kali kedua, rayuan kali kedua ini memakan masa yang panjang. Jadi orang ini akan disimpan dalam penjara ataupun tempat penahanan dengan begitu rupa tidak diberi kebebasan keluar sana. Jadi kebiasaannya kalau di bawah CPC dia boleh meminta bill dengan syarat dia available offence atas budi bicara hakim menilai sama ada dia boleh dilepas ataupun tidak.

Akan tetapi di sini Yang Berhormat, kita kena menerima hakikat bahawa tujuan SOSMA ini ialah untuk kes-kes yang tertentu Yang Berhormat, jenis kes-kes yang tertentu.

Ini yang mana ada ancaman bukan daripada yang ditahan sahaja Yang Berhormat, ancaman kepada semua pihak.

Ataupun orang yang dituduh itu, boleh mengancam orang di luar dan orang di luar itu boleh mengancam yang dituduh, jadi dua cara. Yang Berhormat juga terpaksa menerima hakikat kita tidak boleh mengatakan sistem ini perfect Yang Berhormat. Akan tetapi kita cuba melihat macam mana DPP atau pihak Peguam Negara mengendalikan kes itu

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

seberapa cepat yang boleh dan tidak menahankan orang itu lama sangat dalam penjara.

Saya faham keraguan Yang Berhormat itu saya faham dan ada possibility berlaku. Itu saya setuju. Ada saya setuju ada possibility berlaku. Akan tetapi, itu if you really don’t believe in humanity anymore Yang Berhormat. Jadi kalau you gunakan ada lagi kepercayaan sedikit kepada sistem ini, saya cukup yakin Yang Berhormat boleh terima.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua saya mohon satu daripada pihak kerajaan kalau boleh untuk memastikan kesalah guna kuasa tidak berlaku. Ialah kalau boleh pihak kerajaan meminda Bab VIA Kanun Keseksaan, supaya ia dihadkan takrif terrorist ini tidak begitu luas. Kita hadkan kepada terrorist sebenar-benarnya supaya negara kita is a rule of law, rule of man. Kalau dia bagi pihak pendakwa rasa saya hendak dakwa dia di bawah Bab VIA hendak gunakan SOSMA ini, saja suka-suka, saya dakwa di mahkamah dia akan dikurung atau dipenjarakan lebih kurang 10 tahun. Kalau saya rasa saya hendak bagi peluang, saya tidak dakwa dia di bawah SOSMA. Maksud saya ini, kita semua kita mesti adil kepada semua rakyat. Kalau boleh, saya akan setuju dengan SOSMA kalau Bab VIA ini kita takrif semula dengan lebih ketat siapa dia terrorist ini.

Supaya orang yang tidak bersalah, orang yang bukan terrorist sebenar tidak akan dikurung bertahun-tahun tanpa sebab. Itulah harap kalau boleh saya dapat pandangan kerajaan.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Lepas ini saya ya? Okey, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Satu lagi Yang Berhormat, bahawa kes Yang Berhormat refer itu iaitu kalau seseorang itu telah dituduh, persoalannya adakah yang dituduh itu melakukan kesalahan keselamatannya kepada negara. Kalau kes itu bukan di bawah undang-undang yang melakukan kesalahan keselamatan, bahawa dia tidak terkena dengan SOSMA ini Yang Berhormat. Satu lagi yang kedua ialah, seorang yang berumur di bawah 18 tahun, seorang perempuan atau seorang yang sakit atau seorang yang uzur. Ini juga dimaafkan ataupun boleh dimaafkan oleh pihak undang-undang dan tidak perlu menerima apa Yang Berhormat bimbangkan sangat itu tadi. Ini kerana perbicaraan yang begitu panjang yang boleh menyimpan orang itu, akhirnya nanti selepas perbicaraan dia didapati tidak bersalah. Ini yang kebimbangan Yang Berhormat sebut.

Akan tetapi tadi Yang Berhormat, yang kedua menyebutkan kenapa tidak diubah sahaja ini, ubahkan, tarikan undang-undang ini . Jadi Yang Berhormat patutnya daripada awal lagi Yang Berhormat bagi notis, mungkin kita boleh fikirkan. Sekarang sudah terlambat Yang Berhormat. Sebab prosedur peraturan Dewan itu tidak boleh meminda benda yang ada dalam Dewan Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Pindaan hendaklah dibuat kepada Kanun Keseksaan bukan SOSMA? Ini kerana bill di depan kita adalah bill SOSMA yang saya khuatir ialah Kanun Keseksaan Bab VIA ini terlalu luas.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Sudah habis Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Menteri. Saya rasa Menteri bersetuju bahawa SOSMA ini adalah satu undang-undang yang memang banyak bercanggah dengan perlembagaan.

Sebab itulah dalam seksyen, ini dalam beberapa seksyen dalam SOSMA ini secara jelas menyatakan walaupun contohnya seksyen 5(3) walaupun bercanggah dengan artikel 5, seksyen 6(6) walaupun bertentangan dengan artikel 5, seksyen 7(9), walaupun bertentangan dengan artikel 9, “freedom of movement” lepas itu seksyen 30. Malahan juga bercanggah dengan seksyen 51A, seksyen beberapa peruntukan lain dalam Evidence Act.

Jadi persoalan saya yang saya very particular dua perkara Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya berkaitan dengan tidak ada bail ini di bawah seksyen 13(1). Kalau kita lihat, tidak ada bail ini masalahnya adalah kita tolak terus prinsip presumption of innocence ini. Saya boleh terima kalau sekiranya bail ini dia masih boleh diletak non bailable, tetapi subjek daripada mahkamah sendiri boleh tengok satu-satu keslah, case by case basis.

final • 3:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi kalau kita buat satu macam sweeping macam itu, bermakna semua tidak boleh bail. Tentang tadi dikatakan bahawa wanita dan sebagainya itu dalam kes-kes biasa pun memang begitu keadaannya. Sebab itulah dalam kes Altantuya pun Razak Baginda dapat bail. Jadi ini kita faham, tetapi mengadakan peruntukan tidak boleh langsung bail ini bagi saya ia satu yang draconian dan drastik, satu.

Keduanya seksyen 30 ini saya rasa saya difahamkan bahawa Menteri juga ada background undang-undang. Bahawa kalau kita lihat ayat dalam seksyen 30 itu jelas.

Saya tidak tahu dekat mana macam mana kita hendak justify ini bukan ketidakadilan.

Pertamanya, dia sudah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi pendakwa raya boleh buat permohonan secara oral, pending a notice of appeal. Lepas itu yang best saya bacakan kalau bacakan betapa draconiannya. Seksyen 30(2), “Upon application by the public prosecutor under subsection (1), the court shall remand the accused in prison pending the filing of the notice of appeal.” Maknanya the court ini mahkamah tidak ada langsung budi bicara. Ada permohonan mesti wajib lepaskan, mesti wajib remand. Lepas itu seksyen 30(3) pula “When the public prosecutor…” yang jadi subject matter dalam pindaan ini. “When the public prosecutor files a notice of appeal against the acquittal, the public prosecutor may apply to the trial court for an order to commit the accused remanded…”. “...Pending the disposal of appeal”. Lepas tu (4) kata, “Upon application by the public prosecutor under subsection (3), the court shall commit the accused to prison...” Lagi sekali tidak ada mahkamah diikat tangan. Selalunya apabila kita buat permohonan, saya rasa sepatutnya buatlah satu macam kaveat sedikit. Makna kalau hendak buat permohonan pun permohonan itu by motion, diserahkan kepada orang yang dibebaskan ini untuk fail afidavit, lepas itu barulah hujah dan mahkamah putuskan barulah nampak di situ ada keadilan.

Ini tidak, dibenarkan DPP buat suruh buat lepas itu mahkamah mesti bagi. Kalau begitu kenapa dinamakan permohonan. Itu lebih baik kita katakan arahan, bukan permohonan. Jadi apa guna orang bebas sekalipun mahkamah masih lagi boleh remand dia. Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh setuju dengan saya ini, seksyen macam begini tidak boleh justifylah benda ini satu yang adil, setuju tidak?

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang mengamati hujah Yang Berhormat, bahawa apabila seseorang telah dituduh di mahkamah dan selepas itu di bebas oleh mahkamah, berlandaskan mungkin pandangan mahkamah pada ketika itu tidak mencukupi untuk memunasabahkan tuduhan-tuduhan tersebut. Jadi orang itu dilepas dan apabila DPP membuat permohonan untuk buat rayuan ke atas rayuan tersebut dan pada ketika itu juga dia boleh memohon pada mahkamah dan mahkamah tidak boleh memberi bail kepada dia. Mesti ditahan dalam tahanan penjara ataupun polis. Jadi dalam keadaan yang sedemikian Yang Berhormat, memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat.

Persoalannya sebab ada sebab-sebab yang tertentu yang mana dalam kes-kes keselamatan bahawa kita tidak boleh semudah itu melepas orang yang berlandaskan teknikal defensive sahaja. Mungkin daripada sudut teknikal, actually mungkin telah berlaku kesalahan.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - Santubong

Jadi dalam keadaan sedemikian, berhaklah pihak pendakwa raya menahan orang itu. Kalau dilepas, dia mungkin lari ke negara lain ataupun dia pindah ke negara lain. Jadi dalam keadaan tuduhan itu, apa rayuan kita buat pun tidak akan dapat dilaksanakan.

Akhirnya, keadilan...

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, pasal peraturan ini saya tahu, cukup tahu Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey, depan, depan.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Maknanya, keadilan tidak akan dapat dilaksanakan oleh sebab mahkamah, the first instance membebaskan orang ini padahal mungkin DPP berpendapat bahawa ada bukti-bukti yang cukup yang boleh

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

membuat rayuan ke mahkamah. Jadi dalam keadaan sedemikian, kalau bukti-bukti memang dia dapat tidak mencukupi, kalau DPP atau Attorney General memikirkan bahawa tidak ada bukti-bukti sahih didapati di dalam kes-kes itu dan tidak membuat rayuan, kes habis macam itu sahajalah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Persoalannya, bila seseorang itu sudah bebas setelah kes dibicarakan, all the evidences have been presented dengan izin.

Bermakna mahkamah telah mengkaji keseluruhan evidences. Saya boleh bersetuju, maknanya DPP ataupun pendakwa raya boleh memohon untuk orang itu direman. Akan tetapi sekurang-kurangnya adalah satu prosedur buat permohonan secara bertulis.

Selepas itu pihak yang hendak dijadikan mangsa ini untuk ditahan setelah mahkamah putuskan bersalah mestilah diberi ruang untuk rebut. Mungkin juga DPP hanya memberikan alasan-alasan flimsy sahaja.

Oleh sebab itulah, harus ada permohonan yang proper dengan afidavit.

Contohnya, kalau dia ini flight risk, sebagai contoh, flight risk. Maknanya, selepas dibebaskan dia mungkin keluar negara. Takkanlah polis ini tidak boleh buat pengawasan?

Maknanya, saya rasa ada mekanisme lain yang kita boleh buat ataupun yang saya betul- betul concern Yang Berhormat Menteri, macam manakah bila DPP buat permohonan sahaja, mahkamah mesti bagi? Saya tidak dapat hendak rationalize macam mana satu permohonan yang dibuat, mesti mahkamah bagi? Apa tujuan permohonan itu kalau mahkamah memang kena bagi? Takkanlah tak ada langsung orang yang kena tuduh ini setelah didapati tidak bersalah, tidak boleh hendak rebut point daripada DPP ini? Selepas itu bila Mahkamah Rayuan katakan menang lagi kali kedua, pun dia boleh buat permohonan dan mahkamah mesti bagi juga.

Apa ini? Takkanlah kita terlampau prejudis sangat orang yang sudah didapati tidak bersalah oleh mahkamah, sampai dia menang pun kita masih hendak masukkan dia juga.

Saya rasa ini mana-mana orang pun tak boleh terima Yang Berhormat Menteri. saya minta tolonglah. Saya tahu, memang tak mungkin hendak dapat pinda waktu ini, tetapi saya minta kaji baliklah. Tolonglah kaji balik.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat...

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, sebelum menjawab boleh saya...

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk, duduk dahulu Yang Berhormat. Sedikit sahaja ini Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Perkara yang sama dengan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau yang sama tak payah tanya lagi Yang Berhormat. Peraturan dah kata.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Akan tetapi berbeza sedikit.

Boleh?

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau beza sedikit duduk dulu.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap lagi ya? Sekejap lagi ya?

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Duduk dulu. Ya, saya boleh bersimpati dengan apa yang dilihat oleh Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat kata, bolehlah kaji semula. Yang Berhormat kita sentiasa mengkaji semula dan kita pun berbincang banyak persoalan-persoalan ini, satu persatu ia kita bincangkan di antara AG dan sebagainya. Kita menilai, ada sebab-sebab yang tertentu kenapa seksyen ini diperkenalkan. Jadi dalam keadaan sedemikian...

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau kaji, boleh tak panggil kami yang daripada...

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jangan cross the bridge before you reach it, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat kata kaji semula, insya- Allah. Kita akan lihat semula selepas ini Yang Berhormat. Jadi, ini bukan mengatakan

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

bahawa undang-undang ini salah dibawa ke Parlimen Yang Berhormat. Yang kita berpandangan dengan asas dan sebab kita sendiri, itulah kenapa kita bubuh peraturan ini.

Jadi, okey terima kasih Yang Berhormat. Yang Beruas...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya dah janji. Jangan suruh saya mungkir janji Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana begitu profesional dalam mengendalikan perkara ini, memberi ruang. Saya agak berminat untuk meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri sendiri tadi, yang mana mengatakan bahawa kalau seseorang tertuduh itu yang di reman ini dilepaskan oleh mahkamah, oleh hakim, yang arif hakim ini. Atas dasar teknikal, jadi sepatutnya diberi peluang untuk direman semula, pending the disposal of appeal.

Jadi, saya dalam suasana negara kita telah 56 tahun merdeka, kita bercakap mengenai independence of judiciary, kebebasan kehakiman. Adakah Yang Berhormat tidak merasakan dengan adanya peruntukan seumpama ini, ia ibarat mengikat tangan hakim.

Hakim yang telah tengok keterangan yang ada di depan dia dengan segala keterangan daripada kedua-dua belah pihak, dia buat keputusan membebaskan orang yang dituduh ini.

Akan tetapi pada masa yang sama atas permohonan daripada pendakwa raya, dia tidak boleh membebaskan pula orang yang telah dibebaskan ini. Ini adalah ibarat, satu keadaan, tangan hakim ini diikat walaupun ada kebebasan kehakiman itu sendiri. Saya minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tak perlu jelas lagi dah. Sudah banyak bincang dengan Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat daripada Sepang, saya sebut cerita yang sama sebenarnya. Betullah Yang Berhormat itu, ini cerita yang sama, hanya ditanya dengan cara-cara yang lain. Jadi saya tak perlulah. Saya sudah bagi jaminan tadi, kita kaji ya Yang Berhormat. Kita kaji.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya pun hendak puji Yang Berhormat Menteri kerana memang profesional. Boleh tentang kaji semula? Satu point sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang saya puji cara Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jangan mengampu sangat Yang Berhormat.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan mengampu. Inilah cara, kalau semua Menteri boleh dengar juga pandangan kita, pertimbangkan, itulah cara kita yang kita di pembangkang pun sokong. Inilah Yang Berhormat Menteri yang memang baik dan itulah cara kita hendak berparlimen.

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mengenai kajian semula, kalau saya boleh mohon dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membuat satu keputusan agar kalau ada isu-isu yang hendak dipertimbangkan, kita jangan luluskan dahulu, kemudian timbangkan semula. Ini kerana apa yang berlaku semalam, yang mana telah diluluskan pindaan kepada Kanun Keseksaan seksyen 203A, disclosure of information. Kemudian Yang Berhormat Menteri mengumumkan di luar, hendak dipertimbangkan semula. Itu tidak mencerminkan sesuatu yang baik dan akan memberi perasaan yang tidak sedap kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang sudah luluskan kemudian hendak pinda.

Jadi kalau boleh, to avoid embarrassment kita mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri booking. Okey, kita tangguhkan bill ini, buat satu kajian semula, datang balik dengan semua peruntukan yang akan menjaga rakyat tidak bersalah. Kita akan terus sokong juga. Itulah harapan saya, jangan kita mohon semua Ahli Parlimen Barisan Nasional luluskan, kemudian kaji semula. It will leave a very bitter and bad taste. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya orang jadi peguam ini pandai bercakap semuanya Yang Berhormat. Dia nampak, dengar manislah suaranya.

[Ketawa] Sebenarnya sedikit sahaja Yang Berhormat cakap itu. Kaji semula, itu sahaja.

Yang dia mahu, sekarang buat. Yang Berhormat sebenarnya macam ini Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya hendak jawab soalan ini sebenarnya tetapi apabila sampai saya menjawab Yang Berhormat Lembah Pantai itu nanti. Ini kerana Yang Berhormat Lembah Pantai mencadangkan semalam tiap-tiap rang undang-undang, khususnya undang-undang yang tertentu mesti direfer kepada Committee of Parliament supaya dibincang secara cross the political line dan mendapat pandangan daripada semua pihak. Saya akan jawab itu Yang Berhormat. Akan tetapi buat kali ini, saya terus Tuan Yang di-Pertua. Kalau tak, nanti tak habis Yang Berhormat.

Hari ini hendak pulang pukul 5.30 petang juga.

[Disampuk] Ini sambung yang saya berucap tadi, setengah tergendala Yang Berhormat. Perlu ditekankan di sini bahawa kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata. Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah fasal ini boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi maksud penyiasatan. Walau bagaimanapun, polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Selanjutnya jika polis berpendapat bahawa penahanan lanjut tidak diperlukan selepas 24 jam atau bila-bila masa selepas itu, maka orang itu bolehlah dilepas tapi boleh dipasang dengan peranti pengawasan bagi maksud penyiasatan bagi satu tempoh masa yang lebih baki tempoh tahanan yang dibenarkan. Mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Ringkasnya kuasa semakan kehakiman di kembali sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat ya, saya, yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. Berkaitan itu ini ditegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan menghormati apa pun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Dalam erti kata lain seorang yang telah dilepas tidak akan ditahan semula atas siasatan kesalahan yang sama. Ketiga, ialah sunset clause bagi tempoh tahanan. Ini berbangkit dengan safeguard tadi Tuan Yang di-Pertua bagi tempoh tahanan 28 hari. Hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika apabila semakan dibuat satu ketetapan dilulus oleh kedua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuasa peruntukan tersebut. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi bahawa kita perlu yakin kepada sistem tetapi Yang Berhormat Menteri keyakinan ini perlu datang hanya akan timbul atau datang jika undang-undang yang digubal ini menghormati rule of law dan hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dari situlah datangnya keyakinan.

Sebelum ini pun janji telah diberi di Dewan Rakyat bahawa sesuatu undang-undang itu tidak akan disalah gunakan dan adalah untuk kebaikan negara.

Umpamanya semasa ISA 1960 digubal, dibentangkan tetapi akhirnya kita tahu apa yang berlaku Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Nibong Tebal semua ditangkap di bawah ISA sebagai contoh. Jadi clarification yang saya minta di sini adalah Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum Rang Undang-undang ini dibentangkan, hanya kesalahan yang amat serius iaitu terrorism dan offences terhadap Yang di-Pertuan Agong di bawah Bab VI dan Bab VIA dimasukkan di bawah peruntukan yang serius iaitu SOSMA.

Sekarang tidak boleh dinafikan kesalahan-kesalahan jenayah biasa iaitu organized crime juga akan dibawa masuk jika rang undang-undang ini diluluskan. Penjelasan yang saya minta adalah dua. Yang pertama adalah bukankah Yang Berhormat Timbalan Menteri cara untuk kita mencegah ataupun membanteras organized crime ini adalah dengan mempertingkatkan kebolehan dan efficiency PDRM dan badan-badan penguat kuasa.

Kedua yang saya hendak minta adalah mengapa di seluruh dunia termasuk negara-negara yang lebih maju daripada kita dan negara-negara yang kurang maju daripada kita mereka dapat membanteras jenayah seperti ini organized crime tanpa menggunakan undang- undang yang luar biasa dan melanggari rules of law seperti SOSMA. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

sebenarnya saya ada bab-bab yang saya hendak jawab soalan Yang Berhormat itu, soalan kebebasan, soalan di bawah artikel 8, 10 dan sebagainya. Jadi sebenarnya alasan kenapa undang-undang ini diletak bab ini, bab kesalahan-kesalahan berkenaan dengan di bawah CPC ini, Penal Code ini kita letakkan di bawah SOSMA, kesalahan-kesalahan terhadap negara Yang Berhormat. Istilah terhadap negara itu. Jadi semua kesalahan-kesalahan di dalam bab-bab itu ialah tertumpu kepada negara dan itulah kenapa justifikasi yang kita buat untuk meletakkan di bawah sebagai schedule dalam perundangan SOSMA ini.

Yang Berhormat, saya akan sambungkan jawapan saya berhubung dengan hak asasi dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih. Saya faham bahawa undang-undang yang luar biasa ini dan tidak menghormati hak asasi manusia ini hendak diluluskan atas alasan keselamatan negara. Dulu keselamatan negara itu ditakrifkan terancam apabila ada terrorist ataupun subversif. Sekarang ini organized crime, perdagangan manusia. Kalau hendak hujah keselamatan negara, saya rasa rasuah pun boleh dikatakan mengancam keselamatan negara. NFC boleh dikatakan mengancam keselamatan negara bila negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Jual dadah boleh ditakrifkan. Kalau hendak sewenang-wenangnya semua kesalahan, semua jenis jenayah, semua jenis tindakan boleh kita katakan ianya mengancam keselamatan negara dan dengan cara itu memudahkan pihak polis tidak payah hendak cari bukti, tangkap dakwa bawah SOSMA.

Ini macam apa yang telah berlaku pada zaman Omar Mokhtar, penjajah Itali.

Hendak jaga dia tangkap semua rakyat kerana apa, kerana rakyat semua menentang pemerintahan penjajah. Dengan cara itu selesai semua masalah jenayah. Tidak ada jenayah kerana semua dalam penjara. Tidak adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Kita ni kerajaan, kita bukan penjajah. Kita kena hormat rakyat kita. Ini yang bezanya kerajaan oleh rakyat, rakyat sendiri bukan penjajah. Kalau kita ini sebagai kerajaan penjajah, kita telah klasifikasikan rakyat jelata ini dia sebagai sub human.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, jangan panjang-panjang.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Maksud kita boleh tahan orang tanpa kita hormati hak dia. Ini pasal ini hak asasi ini. Apabila tidak dibawa untuk bicara dan mahkamah dapati tidak bersalah, masih boleh tahan lagi dan sebagainya. Saya tidak boleh terima pentakrifan yang sewenang-wenangnya terhadap organized crime, terhadap perdagangan manusia dan sebagainya. Ini semua sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Ini kerana kalau kita benarkan begitu dengan mudah kita boleh letakkan semua kesalahan dan apabila kita lakukan begitu maka akhirnya tidak ada lagi dengan izin the rule of law. Kerajaan sendiri kena hormat undang-undang.

Kerajaan sendiri kena hormat hak rakyat. Jangan main tangkap, tidak ada bukti, bicara dan sebagainya. Ini saya rasa kerajaan seolah-olah memberikan signal tidak percaya pada polis...

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Tidak percaya kepada mahkamah.

Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya kita pusing-pusing, sana jugalah dia kembali. Pusing-pusing sana jugalah kita kembali. Jadi saya cukup yakin Yang Berhormat sudah dengar kawan-kawan tadi bercakap. Memang di sanalah persoalannya, kalau kita letak undang-undang di bawah artikel 149 hak asasi seseorang itu telah diubah. Tidak ada lagi. Tetapi dalam masa yang sama, apabila SOSMA ini telah

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

dibentangkan di Dewan ini, kita bagi masih, banyak masa hak dia berjumpa dengan peguam, berjumpa dengan keluarga dan boleh dibebas, boleh meminta habeas corpus dan sebagainya. Semua ini masih kita beri.

Jadi di mana letaknya kehilangan hak mereka ini. Hanya yang kita, memang saya berterima kasih dengan Yang Berhormat daripada Sepang menyebut berhubung dengan sudah dibebas mahkamah, ditahan. Saya bersimpati Yang Berhormat. Saya bersimpati.

Saya menerima, itulah sebab saya beri jaminan tadi. Jadi yang ini Yang Berhormat kembali kepada cerita asal. Kita kena juga melihat keselamatan negara itu sendiri. Kalau kita mengikut nisbah yang ada pada saya ada tadi, yang telah saya bacakan 43,000 ahli kongsi gelap di seluruh negara ini yang kita hendak tangani masalah dia dan kita lupa bahawa ini juga dikatakan, itu alasan-alasan kerajaan.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hak asasi yang 28 juta itu macam mana? Hak asasi orang yang hendak cari nafkah, kehidupan yang baik itu macam mana? Yang Berhormat bangkitkan ada satu lagi, dia kata kenapa tidak oleh Yang Berhormat daripada Padang Serai. Kenapa tidak polis diperlengkapkan, dilatih dengan secukupnya, diberi pengajian, latihan dan sebagainya dengan secukupnya. Ini is ongoing process, Yang Berhormat. Kita sebenarnya - pada masa sekarang kita telah, dua, tiga minggu lepas kita menandatangani kerjasama dengan Hope Police Canada yang mana pihak polis Kanada akan memberi input.

Ia bukan sahaja daripada sudut kelengkapan tetapi juga daripada sudut latihan dan sebagainya. Jadi, perkara ini masih ada kita jalankan Yang Berhormat. Dalam masa yang sama, dalam KDN itu sendiri telah memohon sumber kewangan daripada pihak kerajaan supaya polis itu diberi kelengkapan yang mencukupi sebagaimana yang telah disarankan oleh suruhanjaya dahulu tetapi dibuat secara berperingkat-peringkat Yang Berhormat kerana kosnya kepada kerajaan adalah besar.

Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, semua yang disarankan oleh Yang Berhormat itu kita ambil tindakan sebenarnya. Jadi, Yang Berhormat biarkan saya bacakan habis cerita ini lagi. Keempat ialah seksyen 5, memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen 4, polis yang menjalankan siasatan hendaklah memberitahu waris kadim atau next of kin orang yang ditangkap dan ditahan itu segera mungkin mengenai penangkapan dan penahanannya. Pihak polis juga hendaklah memenuhi hak mengguami atau right of attorney, orang yang ditahan itu tidak lewat daripada 48 jam.

Lindungan jaminan kelima dalam jangka masa yang tidak lebih daripada tamatnya tempoh tahanan. Pegawai polis yang menjalankan siasatan perlu menghantar kertas siasatan kepada pendakwa raya di mana beliau hendaklah membuat keputusan sama ada mendakwa tertuduh di mahkamah atau membebaskannya. Ini bererti tidak akan ada tahanan selepas tempoh 28 hari. Lindungan jaminan ke enam ialah apabila akta ini berkuat kuasa.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini dari semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan akan mengemukakan syor untuk penambahbaikannya.

Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja oleh agensi berkenaan tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya saya hendak tanya...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dalam peringkat ini kalau dapat bertanya, Yang Berhormat ya.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ya, ya. Ini ada dalam kawasan saya, saya terima satu kes seorang yang telah ditahan selama 30 hari, lepas itu dia dibebaskan.

Selepas 30 hari, polis keluarkan surat yang bertajuk, “Kepada siapa yang berkenaan”.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Dalam surat itu kata, ini adalah untuk mengesahkan bahawa si polan bin si polan ini setelah ditahan dan disiasat, didapati tidak lagi bersalah. Tidak ada bukti yang boleh menyabitkan kesalahan.

Nombor dua, pihak majikan boleh ambil dia balik bekerja. Lebih kurang begitulah.

Selepas itu yang ketiga, kita minta maaf atas apa-apa kesukaran dan masalah yang terhasil oleh kerana tindakan kita. Ini surat daripada polis. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Bila seorang itu ditahan 30 hari, dalam kes ini jadi 28 hari. Dia punya kehidupan dia, sudah jadi tunggang terbalik. Kehidupan keluarga dia dan kerjaya dia. Ini bila kita buat satu undang-undang yang tidak menjaminkan layanan dan hak kepada orang yang tertuduh ini. Dia ditahan oleh kerana dia disyaki. Saya hendak tanya, boleh tidak dalam kes seperti ini untuk kita hendak jamin supaya kuasa ini tidak disalahgunakan? Sekiranya didapati tidak bersalah, dibebaskan, dia boleh saman balik kerajaan. Supaya dengan cara itu, kuasa ini tidak akan disalahgunakan atau pun digunakan dengan sewenang-wenangnya.

Ini kerana bila saya baca surat itu, bagi sayalah, pathetic. Boleh minta maaf, macam tidak ada bendalah. Minta maaf atas gangguan yang kami telah lakukan. Kemudian, boleh beritahu pada majikan kamu boleh reemploy, boleh ambil dia balik. 30 hari ditahan.

Majikan mana hendak ambil balik? Majikan mana mahu? Cause impact kepada kehidupan dia. So boleh atau tidak dalam kes yang macam ini untuk menjamin bahawa kuasa itu tidak disalahgunakan, dia diberi hak untuk menyaman pihak kerajaan dan dibayar ganti rugi atas salah tangkap dan salah tuduhan yang dilakukan. Bagaimana? Adakah ianya dibenarkan atau pun pihak kerajaan dan pihak polis dilindungi?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dua perkara Yang Berhormat bangkitkan, ya. Satu perkara ialah jaminan. Tidak ada sebuah negara pun Yang Berhormat boleh beri jaminan perkara Yang Berhormat minta itu. Akan tetapi percayalah, kerajaan tidak berhasrat untuk menganiayai mana-mana pihak Yang Berhormat. Pihak-pihak pendakwa raya, pihak polis tidak akan mengambil tindakan yang melampaui batas, sedemikian rupa. Jadi, soalan jaminan Yang Berhormat, apa jaminan kita ialah supaya semua pihak polis dan peguam negara memainkan peranan yang baik. Itu kita boleh beri jaminan tetapi jaminan tidak berlaku perkara begini. Ini kita dalam dunia manusia Yang Berhormat, saya belum habis Yang Berhormat. Kita tidak boleh beri jaminan sedemikian.

Tidak ada sebuah negara pun boleh beri jaminan sedemikian.

Akan tetapi Yang Berhormat, yang satu lagi, kedua Yang Berhormat kata hendak saman. Saya ingat banyak peguam sebelah sini dia semua setuju. Kalau hendak ambil tindakan guaman terhadap mana-mana pihak kerajaan itu, tidak ada halangan sebenarnya, Yang Berhormat. Tidak perlu ada jaminan saya pun, tidak perlu ada guarantee saya pun boleh saman kerajaan dan untuk mendapat ganti rugi daripada kerajaan itu memang dia wujud dalam undang-undang kita, Yang Berhormat. Jadi, dia tidak perlu jaminan daripada saya di dalam Dewan ini.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak ingatkanlah pada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap dan jawab kepada orang yang pernah ditahan di bawah ISA. Lalu hendak katakan beri jaminan, tidak akan disalah guna dan sebagainya. Minta maaflah, you’re talking to the wrong person lah ya? Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan itu kepada seorang yang mangsa salah guna kuasa yang mana Ketua Pemuda UMNO bergaduh dengan Ketua Pemuda MCA, kami yang ditahan di bawah Ops Lalang. Lalu hendak kata, undang-undang ini percayalah, kerajaan tidak akan salah guna, minta maaf. Saya tidak percaya. Itulah sebabnya kita berbahas. Kita hendak buat undang-undang untuk menentukan bahawa tidak mungkin berlaku salah guna kuasa.

Itulah sebabnya kita hendak perlindungan kepada orang yang dituduh dapat pembelaan. Kalau didapati tidak bersalah di dalam mahkamah, dibebaskan. Tidak boleh dengan sewenang-wenangnya kena reman lagi dan sebagainya. Inilah persoalannya.

Itulah sebabnya kita berbahas kerana kita hendak merangka undang-undang yang menjamin keadilan itu akan berlaku. Dalam soal hendak tentukan tidak berlakunya salah guna kuasa, sebaik-baiknya soal pampasan atas salah guna atau pun orang yang ditahan selama 30 hari atau pun 28 hari, akhirnya didapati tidak bersalah.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Sepatutnya immediately dia dibayar dengan pampasan kerana sudah didapati tidak bersalah. Tidak ada bukti tetapi sudah tahan selama 28 hari atau pun ditahan selama 30 hari. This is the only way to ensure dengan izin, undang-undang itu tidak akan disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Kalau tidak ada implikasi, kita tangkap, kita tahan, simpan 20 harikah, 28 harikah atau 30 harikah. Selepas itu, tidak ada apa-apa kesan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sedikit?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya melihat bahawa masalah keyakinan ini memang pembangkang ini mostly Yang Berhormat Shah Alam ini memang dia tidak ada keyakinan langsung dengan apa juga undang-undang yang kita buat. Akan tetapi apa yang kita lihat bahawa setiap yang ditahan itu bermakna dia disyaki. Apabila disiasat, bermakna dia tidak salah, maka dibebaskanlah.

Jadi, saya rasa soal keyakinan, kalau Yang Berhormat Shah Alam tidak ada keyakinan, bermakna tidak perlulah ada undang-undang. Jadi, saya rasa kerajaan teruskanlah undang-undang yang ada ini untuk kepentingan rakyat. Apa yang penting rakyat di bawah ada keyakinan bahawa kerajaan tidak menganiaya mana-mana pihak. Itu sahaja.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebenarnya Yang Berhormat, sedikit sebanyaknya telah dijawab oleh Yang Berhormat Kinabatanganlah, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Tidak dapat dinafikan bahawa saya juga bersimpati Yang Berhormat tetapi saya bercakap kepada orang yang betul Yang Berhormat, sebab mesej saya ialah kepada semua. Jadi, makna dia, saya tidak mengetahui Yang Berhormat pernah ditangkap dan sebagainya tetapi mesej saya ataupun apa yang saya sebutkan di sini ialah kepada semua. Persoalan undang-undang lagi yang membolehkan pihak kerajaan memberi ganti rugi juga berlandaskan undang-undang, Yang Berhormat. Jadi, undang-undang bahawa tiap-tiap seorang yang memikirkan dirinya agree by tindakan kerajaan boleh mengambil tindakan kepada kerajaan.

Janganlah tunggu duit macam jatuh daripada langit, Yang Berhormat. Jadi, isu mengenai teks bahasa Inggeris tidak selaras dengan teks bahasa kebangsaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Jawapannya, to prison, tidak perlu diterjemahkan kerana perkataan memenjarakan (to prison) telah merangkumi commit the accused to prison. Isu substantif berkenaan seksyen 30 tidak boleh disentuh kerana ianya hanya pindaan bagi menyelaraskan teks bahasa kebangsaan sahaja. Isu mengenai intelligence information yang tidak boleh disoal balas di mahkamah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, undang-undang tidak membenarkan maklumat sulit intelligence information disoal balas di mahkamah, bukanlah melanggar hak asasi manusia, Yang Berhormat.

Di bawah SOSMA, terdapat peruntukan mengenai perlindungan maklumat sensitif.

Maksudnya, maklumat sensitif adalah apa dokumen, maklumat dan bahan yang berhubung dengan Jemaah Menteri, majlis kerajaan negeri, yang menyentuh kedaulatan keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa sama ada diklasifikasikan atau tidak sebagai rahsia besar, rahsia sulit dan terhad untuk mendapatkan perlindungan maklumat sensitif daripada didedahkan. Pendakwa raya perlu memohon kepada mahkamah. Mahkamah akan melihat maklumat sensitif tersebut dan mengarahkan pendakwa raya menyediakan pernyataan yang mengatakan maklumat itu adalah sensitif atau ringkasnya maklumat sensitif itu diberi kepada tertuduh.

Peguam tertuduh boleh melihat maklumat sensitif dan mengemukakan hujah bantahan menerima masuk ringkasan dan maklumat sensitif tersebut. Pendakwa raya boleh mengemukakan hujah mempertahankan rebuttal. Setelah itu, mahkamah akan membuat keputusan sama ada permohonan pendakwa raya akan diterima atau ditolak. Jika ditolak, mahkamah akan membenarkan maklumat sensitif dizahirkan kepada tertuduh. Jadi, dia beginilah Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Menteri, saya rasa Menteri baca tak habis itu. Dalam seksyen 8(8)...

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk. Saya, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta izinlah.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya dahulu, Yang Berhormat. Saya dengar hujah Yang Berhormat berhubung dengan intelligence gathering tadi, saya perhati dan mendengar intelligence gathering. Ulasan-ulasan pihak-pihak mengatakan intelligence gathering ini adalah tidak betul, tidak tepat dan pelbagai lagi. Jadi, ada dalam Hansard lah perkataan-perkataan Yang Berhormat gunakan itu menunjukkan bahawa intelligence gathering ini tidak betullah. Jadi, kata Yang Berhormat tak boleh diguna pakai sebagai landasan. Itu yang the gist of your penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekejap, sekejap, lima minit.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tak Yang Berhormat, dia memang macam itu Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya nak tambah sikit apa yang menteri...

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau tak, tak hilang cerita saya ini Yang Berhormat. Saya akan bagi, saya akan bagi Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Saya sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Itu pun sama Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

What apply to A, apply to B juga Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Sikit sahaja, pasal intelligence ... tak bagi juga?

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, selepas itu Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Okey.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi tetapi selepas ini.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sepang dahulu, lepas itu Yang Berhormat. Dalam konteks polis kita Yang Berhormat, saya mengetahui sendirilah soalan intelligence gathering ini. Saya dapati pada tahun- saya agihkan masa- masa tertentu. Pada tahun 60-an hingga tahun 70-an Yang Berhormat, special branch kita mempunyai rekod yang boleh dikatakan yang terbaik di dunia Yang Berhormat, dalam soal intelligence gathering. Jadi, art and science of intelligence gathering ini masih ada kepada polis-polis kita yang ada sekarang ini.

Walaupun kita telah menurun apabila berlakunya tidak ada darurat secara fizikal lagi Yang Berhormat, apabila special branch kita di stood down, jadi intelligence gathering ini, art of collecting intelligent ini masih ada pada kita tetapi walaupun tidak diperketat. Jadi, dalam keadaan sedemikian, saya menafikan bahawa kebolehan pihak polis kita mencari intelligence information dan sebagainya, saya cukup yakin Yang Berhormat, sebab pengalaman sendiri. Tidak pernah satu kali saya masuk dalam hutan Yang Berhormat, saya empat tahun setengah dalam hutan, tidak satu kali pun apabila special branch kata, ini A class information, saya tidak bertembak dengan komunis, tak satu kali.

Bila dia kata A class information, itu mesti ada sama ada orang saya mati ataupun orang dia mati ataupun dua-dua mati. Itu saya tahu. Jadi maknanya, tak boleh dikatakan across the boardlah information itu. Kita memang mengetahui pula, umpamanya information berhubung dengan apa diberi kepada Presiden Amerika, kita dimaklumkan mengatakan Saddam Hussein ada weapons on mass destruction. Ini bohong, sebenarnya tak ada. Ha, mungkin jenis information ini Yang Berhormat baca dan salin, ulasan pihak-pihak yang tadi.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat Sepang dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Apabila saya quote, antaranya tadi Lord Holme yang berkaitan dengan squad arms to Iraq enquiry itu. Maknanya, mereka-mereka ini adalah orang yang terlibat dalam antaranya intelligence gathering inilah. Ini maknanya, kalau mereka-mereka ini yang saya rasa lebih sofistikated, mereka negara lebih maju.

Sudah tentulah saya rasa- saya tak tahulah kalau melainkan menteri mengatakan Malaysia punya polis ini lebih hebat daripada MI6 ini. Bermakna, kalau itulah kebolehan polis-polis kita, patut banyaklah kita dapat selesaikan masalah. Akan tetapi yang saya concern ialah pasal dalam peruntukan itu juga mengatakan sebarang keputusan mahkamah itu walaupun tadi peguam dibenarkan challenge tapi di seksyen 8(8) itu dia mengatakan sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dirayu.

Bermakna, kita telah mengatakan kita tak boleh merayu ini, sebarang keputusan mahkamah itu adalah betul. Macam manakah satu keputusan mahkamah yang tidak dibenarkan untuk discrutinize oleh higher authority, dalam kes ini, mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah yang buat keputusan itu, bagaimanakah keputusan itu kita boleh kata satu keputusan yang muktamad betul? Saya mintalah supaya kerajaan juga mengkaji supaya peruntukan 8(8) itu mungkin boleh dibuang ke dan sebagainya, sebab rayuan ini bagi saya as a matter of rights. Maknanya, bukan satu yang diadakan untuk suka-suka sebab apa-apa kes pun mesti ada satu peruntukan mengenai rayuan. Oleh kerana rayuan ini untuk kita membenarkan mahkamah yang di atas meneliti keputusan yang dibuat. Sebab kita ada rayu ini sedangkan evidence masuk, mungkin dia akan memprejudiskan pihak yang terlibat.

Itu yang saya maksudkan itu.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat katakan tadi in the 60’s and 70’s, dengan izin, we had one of the best police force around the region. Saya akur, saya setuju hingga Tuan Yang di-Pertua, pada tahun berapa saya tak ingat, kita mampu, our military dengan police intelligence, mampu membawa balik seorang ketua komunis nama Musa Ahmad yang berada di Beijing. Kita dapat bawa balik sini dengan authority dengan pihak berkuasa China tidak menyedari. Sampai bawa Musa Ahmad dari Beijing datang balik ke Malaysia.

final • 3:40 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Memang saya percaya itu adalah satu perkara yang tidak dapat kita nafikan. Akan tetapi yang akhir-akhir ini Yang Berhormat ‘lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang’.

Yang Berhormat tengok kalau sekiranya our intelligence masih seperti yang dahulu, masakan 200 orang Sulu dengan senjata berat, senjata ringan masuk dalam negara dengan begitu mudah. Itu sahaja yang saya hendak pertikaian. Bukan saya hendak kata - our concerns. Bukan kita hendak katakan bahawa our police, military intelligence is useless.

Tidak, saya pertahankan we had at one time very good but mengapa pada peringkat hari ini 200 orang Sulu datang dengan senjata berat kita tidak sedar. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, cantik soalan Yang Berhormat. Cantik tetapi Yang Berhormat tidak sedar...

final • 3:50 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Cantik macam orangnya juga.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Information yang diterima berhubung dengan orang Sulu itu telah diterima oleh pegawai polis Yang Berhormat. Setelah diterima oleh pegawai polis dan pegawai polis ini telah dituduh di mahkamah sekarang, orang yang pertama dituduh di bawah SOSMA ini Yang Berhormat.

Jadi Yang Berhormat, kita tahu tetapi malang sekali pegawai polis yang menerima information ini tidak memberitahu kepada chain of command to the top Yang Berhormat.

Maknanya masih baik Yang Berhormat, masih baik. Hanya ini satu tadi, yang telah ditangkap dan dicaj di mahkamah, menjadi orang pertama dicaj di bawah SOSMA. Jadi Yang Berhormat yakinilah saya apabila masuk ke dalam KDN, pertama perkara yang saya bangkit dengan polis ialah soalan upgrading polis punya intelligence gathering ability dan

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

proses flittering intelligence yang di gather itu Yang Berhormat, kerana saya berkeyakinan penuh dengan kebolehan kita dalam sudut ini.

Jadi Yang Berhormat saya ucap terima kasihlah supaya adalah sedikit benda yang saya sebut yang kita sudah ambil tindakan dan kita mengetahui bahawa perkara itu berlaku sepatutnya dalam masa yang sama polis atasan, komander boleh dapat maklumat tetapi malang terhenti di tempat tersebut.

Isu mengenai pemintasan taping di bawah SOSMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, pemintasan taping di bawah SOSMA. Jadi terdapat peruntukan di bawah SOSMA iaitu seksyen 6 SOSMA membenarkan pegawai polis untuk membuat pintasan komunikasi dengan kebenaran pendakwa raya. Subseksyen (3) ini hanya membenarkan pintasan komunikasi dibuat oleh pegawai polis berpangkat tidaklah daripada Penguasa Polis tanpa kebenaran pendakwa raya, dalam hal mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk berfikir panjang. Jika seseorang pegawai polis telah bertindak di bawah seksyen 6(3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pendakwa raya mengenai tindakan itu dan sesudah itu dia hendaklah disifatkan telah bertindak di bawah kebenaran pendakwa raya.

Ketujuh, isu mengenai pendirian kerajaan mengenai keselamatan negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil. SOSMA tidak ...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru. Sila.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat saya hendak tanya. Dalam ucapan saya ada beberapa isu yang saya bangkitkan termasuk berapa kes yang telah didakwa di bawah SOSMA, berapa kes yang sedang dimonitor oleh SOSMA termasuk wire taping, berapa arahan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk mendapatkan maklumat daripada telco-telco di Malaysia seperti Celcom kah, Maxis kah? Bolehkah Menteri bagi satu statistik? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya bincang dengan pegawai-pegawai saya, berhubung dengan soalan Yang Berhormat yang saya katakan very free size, persoalan yang khusus dan spesifik. Saya kata saya hendak jawapan. Akan tetapi dalam keadaan yang hanya sejam dua Yang Berhormat, perhubungan kita dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya bukan polis sendiri buat. Pihak ini yang bantu kita buat Yang Berhormat.

Jadi kerjasama dari dua kementerian itu untuk membuat perkara ini sebagaimana syarat ditentukan di bawah undang-undang ini tadi. Jadi dalam keadaan sedemikian saya tidak ada mempunyai figures sama ada kita ada buat ataupun tidak. Akan tetapi apabila saya masuk ke dalam KDN tidak berapa lama dahulu iaitu tidak sampai pun empat bulan saya bertanya dengan Ketua Polis Negara, semasa melawat operation centre ataupun information centre mereka. Saya bertanya adakah tidak kita membuat pemantauan kepada sesiapa? Jawapannya banyak sangat benda kalau kita hendak pantau semua orang.

Jadi tidak benarlah cerita-cerita yang mengatakan setiap orang termasuk Menteri- Menteri, pembangkang ada dipantau oleh pihak polis dan ditaping oleh pihak polis mengikut apa yang dimaklumkan kepada saya oleh Ketua Polis Negara. Ini maklumat dalaman yang saya beritahu dengan Yang Berhormat. Sebenarnya tidak ada Yang Berhormat melainkan mungkin polis akan buat jikalau ada kompelin ataupun dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan ini mengatakan si anu dan si anu dan mungkin secara khusus, secara spesifik akan diambil tindakan sedemikian.

final • 3:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Menteri. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan. Adakah dalam pihak polis mempunyai sesuatu kriteria atau panduan dalam kategori mana seseorang itu boleh diadakan perisikan dengan taping, dengan semua ini. Saya harap kita boleh sekurang-kurangnya develop satu guideline yang sangat ketat, supaya keperibadian kita tidak dicerobohi. Orang-orang yang betul-betul merupakan ancaman kepada keselamatan itu subject to the taping. Itu kita ingin tahu sama ada itu telah dibuat atau sedang dilakukan atau cadangan untuk dilakukan.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sama Yang Berhormat. Soalan ini, undang-undang ini baru diluluskan Yang Berhormat. Jadi oleh kerana kalau kita lihat

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

pengalaman kita dari dahulu, apabila undang-undang sudah diluluskan dalam kedua-dua Dewan, selepas itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, selepas itu kita gazet kan undang-undang baru kita mengambil tindakan. Jadi belum sampai ke peringkat yang mana polis mengaturkan strategi dan rangka. Tetapi yakinlah Yang Berhormat kita akan buat garis panduan yang baik untuk polis supaya polis apabila berhubung dengan pendakwa raya, berhubung dengan meminta kebenaran umpamanya, dia mesti mempunyai guideline atau SOP atau standard operating procedure mereka sendiri. Jadi...

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, sedikit lagi. Tentang statistik yang Menteri tadi katakan bolehkah saya minta jasa baik Menteri kalau sudah dapat statistik- statistik itu bagi jawapan bertulis kepada saya? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan bagi Yang Berhormat kalau sudah dapat Yang Berhormat. Oleh sebab tidak berapa lama dahulu ada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sini bertanya berhubung dengan seorang gadis kalau tidak salah saya, yang membuat satu pertuduhan dalam blog. Selepas itu persoalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu dalam Dewan. Saya melihat sendiri jawapan diberi adalah tidak itu. Jadi apabila saya bertanya dan saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Tuaran datang berjumpa saya di pejabat dan kita bincang soalan itu.

Masalahnya Yang Berhormat apabila service provider itu daripada luar negara ataupun alamat orang itu di luar negara, walaupun dia macam dia buat mesej dan blog itu macam di dalam negara kita sendiri kerana benda ini boleh melintas sempadan dengan tidak diketahui. Jadi itu salah satu masalah kita untuk hendak memberi nama dan kita juga berhati-hati Yang Berhormat. Ini supaya kita pasti yang orang kita dedah walaupun dalam Dewan Rakyat, orang yang kita dedah dalam Dewan Rakyat itu orang yang benar-benar telah melakukannya. Oleh kerana kita tidak boleh Yang Berhormat, mengiakan di sini kita ada kebebasan, sudah ada kekebalan, kita mendedahkan maklumat yang mungkin belum pasti dan tepat. Jadi saya jamin dengan Yang Berhormat saya akan bagi maklumat bertulis kalau didapati maklumat-maklumat Yang Berhormat tanya tadi. Jadi kembali saya kepada keselamatan jawapan SOSMA tidak memperuntukkan kesalahan seperti dalam akta lain.

Keselamatan negara dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

SOSMA tidak mempunyai peruntukan kesalahan seperti dalam akta lain Contohnya Kanun Keseksaan. Jenis kesalahan hanya diletakkan dalam bentuk jadual kepada SOSMA. Dalam hal ini oleh sebab itu, hanya Parlimen sahaja yang boleh meletakkan apa jenis kesalahan yang boleh dimasukkan ke dalam jadual tersebut. Apabila terdapat keperluan mendesak yang mengancam keselamatan negara, maka kerajaan akan mengkategorikan kesalahan tersebut yang difikirkan sebagai kesalahan keselamatan di bawah Jadual Pertama SOSMA. Kerajaan perlu memberi justifikasi kenapa sesuatu kesalahan itu hendak dikategorikan sebagai kesalahan keselamatan sebagai contoh dalam hal ini iaitu kesalahan di bawah Antipemerdagangan Orang 2007.

Lapan isu mengenai jumlah orang yang dituduh di bawah SOSMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sejak SOSMA dikuatkuasakan seramai 34 orang telah dituduh di mahkamah.

Pertamanya, kes melibatkan Ops Daulat yang dituduh di bawah Bab VI kesalahan terhadap negara, di bawah Bab VIA berkaitan keganasan dan Kanun Keseksaan. Keduanya, tiga kes melibatkan kes militan di bawah Bab VIA berkaitan dengan keganasan dan Kanun Keseksaan. Satu kes Ops Daulat telah dijatuhkan hukum iaitu melibatkan PP against Koperal Hassan Basri di bawah seksyen 130 Kanun Keseksaan.

final • 4:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ini yang saya sebutkan tadi yang telah dituduh dan didapati bersalah Yang Berhormat. Sedikit Yang Berhormat. Isu mengenai sama ada SOSMA merupakan satu Akta Antikeganasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru juga. Akta SOSMA memperuntukkan kesalahan keselamatan

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

yang dinyatakan di bawah Jadual Pertama di mana ketika ini Jadual Pertama memperuntukkan kesalahan keselamatan di bawah Bab VI iaitu kesalahan terhadap negara dan Bab VIA, kesalahan berkaitan keganasan. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Jadual Pertama, yang mana di antara hujah saya semasa perbahasan tadi ialah soal kenapa kerajaan tidak confine atau pun tidak hadkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ini untuk tujuan keganasan bersenjata bagi memastikan keamanan dan kestabilan negara? Ini kerana kalau kita buka akta ini kepada kesalahan-kesalahan yang lain, bahayanya ialah kita seolah-olah tidak meletakkan kepercayaan kepada pasukan polis untuk menyiasat kes jenayah harian ini.

Ini kerana pada, saya kalau semuanya dibuat secara tertutup, kita tidak tunjukkan kepada rakyat bahawa kesalahan-kesalahan tertentu ini adalah satu kesalahan yang besar dan berat. Biarkan mereka dibicarakan di hadapan mahkamah dan juga di kalangan rakyat.

Biar rakyat tahu bahawa undang-undang ini atau kesalahan ini adalah kesalahan yang besar, serius dan bukan digunakan pendekatan tangkap mereka, simpan untuk 30 hari dan siasat.

Pada saya mungkin tindakan ini boleh digunakan untuk mereka yang bersenjata, terrorist dan sebagainya. Itu pun pada saya tidak tepat kalau ini jalan penyelesaiannya sebab saya lihat misalnya pengalaman dengan negara maju. Amerika misalnya buat Patriot Act ketika selepas terrorism, selepas mereka diserang 11 September dan sebagainya. Bila mereka diserang mereka buat Patriot Act dan akhirnya menyebabkan Republikan kalah dalam pilihan raya. Tengok seperti mana Tony Blair sama juga, Akta Terrorism. Kalah juga dalam pilihan raya. Maknanya mood rakyat di seluruh negara ini tidak lagi terikat kepada soal perkara ini mesti disorok di bawah karpet.

Saya bimbang kalau kita buka jadual ini dia akan jadi satu Pandora box. Kita buka satu kotak yang mana besok kalau kita tidak mampu hendak tangani sesuatu kesalahan jenayah kita pinda lagi, letak lagi di bawah Jadual Pertama atau Jadual Kedua kesalahan keselamatan. Masuk lagi pelbagai kesalahan keselamatan. Jadi, maknanya kita meletakkan keyakinan. Kita tidak reinforce, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kekuatan pasukan keselamatan kita.

Pada saya kerajaan mesti ada perbezaan antara kesalahan yang datang sekali- skala, misalnya kesalahan bersenjata dan juga kesalahan sehari-hari atau daily crime.

Kesalahan hari-hari ini perlu ditangani dengan cara adanya Undang-undang Kanun Keseksaan, adanya Kanun Tatacara Jenayah dan sebagainya. Ini maksud saya dan minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri supaya kita dapat memahami apa dia rasional, apakah tidak mampu kita hendak tangani kesalahan ini? Saya takut jadi catch all provision, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya bukan semua, apa Yang Berhormat sebut itu adalah secara tidak meneliti.

Banyak lagi kesalahan-kesalahan di bawah Penal Code yang tidak ada di bawah SOSMA.

Hanya kes di bawah 130 tadi sampai 130ZC. Itu sahaja yang diletakkan di bawah Jadual.

Yang lain itu tidak Yang Berhormat.

Jadi, tidak semua kes dalam Penal Code ini dimasukkan di bawah SOSMA. Dalam keadaan sedemikian adalah tidak tepat menyatakan bahawa kes-kes kecil macam bermacam-macam kesalahan yang mendatangkan kecederaan, kesakitan kepada orang di bawah Penal Code itu diletakkan di bawah SOSMA.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi, saya cukup yakin kerajaan akan berhati-hati untuk menambahkan kesalahan-kesalahan di bawah Jadual itu Yang Berhormat. Jadi kalau pun kerajaan membuat pada satu ketika nanti, Yang Berhormat ingatkanlah, awal-awal lagi bagi amendment. Ini adalah proses perundangan kita sendiri yang kita kena akur dan kena terima.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berbalik kepada jawapan Yang Berhormat

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Timbalan Menteri tadi, di mana disebutkan bahawa untuk kes di Sabah ada seorang anggota polis yang dituduh dan didapati bersalah.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kita tahu bahawa masalah di Sabah tersebut itu bukan masalah yang kecil, yang mana kita difahamkan lebih daripada 200 orang yang masuk ke dalam negara kita dengan bersenjata.

Membawa bukan senjata kecil Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi senjata yang cukup besar. Senjata yang memang telah digunakan, yang telah pun membawa kepada kematian dan sebagainya. Tidakkah itu membawa satu persoalan kepada kita? Hanya seorang anggota polis yang dikatakan tidak melaksanakan tugas untuk perkara tersebut.

Di sini kita sebut berkenaan dengan intelligence. Berkenaan dengan satu yang cukup besar, 200. Lebih kurang yang kita lihat semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini.

Tidak mungkin seorang pihak polis sahaja yang seharusnya mengambil berat atau in charge of intelligence berkenaan dengan perkara ini?

Jadi saya hendak tahu, adakah siasatan yang dibuat itu memang siasat secara mendalam dan rapi sehingga kita membawa ke mahkamah? Satu anggota polis dan kita kata ya, ini adalah jawapannya. Orang ini yang ada maklumat tetapi tidak berikan kepada kita walhal ramai sangat yang datang. In fact, it was almost a national disaster dan ramai yang meninggal. Adakah orang lain juga disiasat, pihak polis lain disiasat? Adakah satu siasatan yang menyeluruh diadakan untuk memastikan apa yang sebenarnya berlaku?

Perkara kedua yang dibangkit dan saya rasa penting kepada kita semua adalah intelligence yang wujud. Was it sufficient? Adakah ianya memadai untuk memastikan bahawa keadaan sedemikian tidak akan berlaku lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menghargai soalan Yang Berhormat. Akan tetapi saya juga berharap Yang Berhormat boleh menerima apa yang saya jelaskan di sini. Ini daripada pengalaman saya sendiri Yang Berhormat. Soalan pegawai diletakan di bawah special branch ini. Kadang-kadang dia act in isolation Yang Berhormat.

Saya pernah mengetahui di Sarawak berlaku tiga pegawai yang menghantarkan surat-surat layang berhubung dengan pertelingkahan di antara dua kelompok orang Melayu. Saya sebut dua kelompok orang Melayu. Tiga tahun perkara ini tidak diketahui pada hal tiga pegawai ini duduk dalam satu bilik sebabnya sudah dibuat sedemikian rupa.

Pegawai special branch ini tidak akan reveal mana-mana maklumat yang dia dapat kepada orang-orang lain. Dia laporkan biasanya direct kepada orang atasan, dia mesti ada reporting officer dia sendiri. Kalau dia tidak repot kepada pegawai ini, tidak ada siapa yang mengetahui. Itu cara-cara special branch Yang Berhormat. Itulah kenapa kadang-kadang kita dapati bahawa kita sendiri. Saya pernah, betul-betul punya Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya kata di Bandar Sibu, di mana saya buat operasi dan sebagainya police field force dulu di bandar sibu orang polis mati kena bunuh bahkan special branch itu mati kena tembak tengah bandar. bila di tanya special branch pun mengetahui perkara ini bakal berlaku dan mungkin berlaku. Akan tetapi kenapa pula pegawai-pegawai polis, di police station, pegawai polis yang beroperasi sebagai police field force tidak mengetahui maklumat sedemikian. Jadi masalahnya, the secrecy amongst them yang mengehadkan penyebaran maklumat ini kepada banyak orang...

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, saya belum habis lagi Yang Berhormat ya, terima kasih. Jadi dalam keadaan cara mereka mengendalikan tugas, akhirnya apabila terdedah sahaja barulah kita mengetahui bahawa perkara itu berlaku. Jadi itu lah terms of reference tiap-tiap Special Branch yang melakukan tugas, satu. Kedua...

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mencelah sedikit ya.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu, tunggu Yang Berhormat saya belum habis lagi, nanti saya terlupa. Kedua berhubung dengan soalan ’penembusan di perbatasan’ Sebenarnya kita tidak mempunyai pemantauan umpamanya, radar sistem, mempunyai satellite monitoring system. Di antara perairan yang mana yang dekat sekali 20 minit sahaja naik bot daripada Selatan Filipina sampai ke Sabah. Jadi dalam keadaan yang sedemikian macamlah berlaku juga seperti saya sebut tadi Special Branch pada zaman 1960-an, 1970-an dan pertengahan 1980-an memang top class. Akan tetapi malang sekali yang daripada Kalimantan 1,000 lebih masuk ke batasan Sarawak tidak boleh diketahui juga sebabnya dia hanya menyeberang sempadan tanpa benteng, tanpa pagar dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat adalah hampir dikatakan memang satu masalah besar tetapi selepas insiden di Lahad Datu barulah kita tercari-cari sistem yang boleh memantau ini.

Bahkan di border Mexico dengan Amerika juga Yang Berhormat, polis menghadapi masalah penembusan itu tidak dapat walaupun pemantauan pihak polis begitu ketat dan begitu sofistikated sekali bahkan coast guard itu membuat jalan masih dapat juga direntas oleh pihak-pihak pengedar dadah sampai ke Florida. Jadi itulah masalah fizikal yang dihadapi oleh negara-negara yang mempunyai sempadan sedemikian.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sorry saya. Saya menghargai, saya dengar banyak jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi pengalaman, memang saya menghargai. Akan tetapi persoalan saya spesifik kepada insiden berlaku di Sabah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu sama ada atau pun tidak ada siasatan yang mendalam, apabila kita ada undang-undang seperti SOSMA dan sebagainya seperti mana saya dengar dalam Dewan ini tujuan undang-undang tersebut adalah untuk kita boleh dapat gather information, more information and whoever is responsible, dalam keadaan sedemikian.

Jadi keadaan ini memang berlainan dengan keadaan yang biasa kerana ramai sangat senapang, senjata api yang ramai sangat. Jadi bila kita sebagai kerajaan kita hanya ambil tindakan terhadap satu orang. Nampaknya seolah-olah kita tidak serius, nampaknya seolah-olah ada perkara-perkara di sebalik ini yang tidak kita timbulkan, kita sorokkan. So, saya hendak tahu keadaan di mana rakyat memikirkan bahawa keadaan itu pelik di mana 200 lebih ada perang seolah-olah perang ramai sangat yang mati selepas itu kita ada satu orang yang ditangkap dan didapati bersalah. Jadi soalan saya adakah satu siasatan menyeluruh diadakan untuk kita just for clarification Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara yang sama saya hendak tanya sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya nampak sekarang seorang berpangkat koperal sahaja di tangkap dan didakwa. Walaupun dia Special Branch mungkin dia sudah dapat information tetapi dia tidak mengikut Menteri adalah tidak pass kepada higher up tetapi saya rasa macam ini. Isu ini chain of command.

Dia sudah dapat information kalau seorang Special Branch yang well trained dia akan terus pass kepada higher up.

Jadi ini isu saya hendak tanya itu sebab saya sokong Yang Berhormat Puchong kata internal investigation kena dijalankan sebab sekarang masalahnya bukan tidak ada undang-undang, kita sudah banyak undang-undang tetapi isunya adalah dalam kita punya institusi polis, sekarang dia mempunyai masalah yang tidak dapat. Dulu kita top in the world atau regional, top but now sudah jatuh prestasinya. Ini perlulah kita perbaiki, jadi saya kurang faham kenapa hanya seorang sahaja koperal sahaja disiasat? Yang lain di mana mereka? I am sure there is somebody else. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri panjang lagi Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya just hendak sambung sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, benda yang sama. Saya hargai contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tapi Yang Berhormat Timbalan Menteri bila kita bezakan situasi

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Mexico, Amerika dengan situasi yang berlaku di Sabah saya rasa tidak pernah saya membaca kecuali boleh dibuktikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah di Mexico 200 orang dengan senjata begitu masuk ke Amerika Syarikat dan bunuh orang Amerika Syarikat?

So saya rasa contoh yang diberikan tadi dengan situasi di Sabah ini tidak sama.

Sini kita bukan kata seorang, dua orang menyeludup, sini satu geng dan ramai orang yang mati di Sabah. So, saya memang bersependapat dengan dua Yang Berhormat tadi, saya rasa penjelasan itu seolah-olah beri alasan sahaja bukan satu pendekatan yang betul-betul menunjukkan sikap komprehensif dan sikap agresif kementerian untuk menangani masalah sebegini. Beri penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sebenarnya Yang Berhormat itulah saya sebut tadi, apabila saya masuk ke dalam kementerian ini soalan yang pertama yang saya sebut ialah soalan intelligence Yang Berhormat. Jadi kita tidak boleh mengambil remeh soalan intelligence ini. Ini kerana soalan berlaku di Lahad Datu itu ialah soalan benda yang di luar jangka keadaannya Yang Berhormat, yang unik, tidak disangka-sangka berlaku. Bahawa kalau kita lihat juga keadaan suasana di kawasan tersebut iaitu traffic with dua negara tersebut berdekatan yang begitu frequent sekali. Jadi maknanya Yang Berhormat orang boleh datang ke situ mungkin menggunakan dua, tiga bot sekali sekala bukan menjadi satu pandangan masalah menghairankan, dia kerap berlaku, tiap-tiap masa berlaku.

Jadi dalam keadaan sedemikian dahulunya tidak pernah pun berlaku hingganya Sultan Jamalul Kiram itu menawan Sabah. Jadi itu perkara unik yang saya sebut Yang Berhormat. Walaupun saya menggunakan contoh sofistikated mana pun kita punya kawalan di sempadan yang terbuka luas macam sungai dan kuala, kita tidak boleh juga memantau sepanjang masa Yang Berhormat. Amerika begitu canggih sekali boleh ditembusi juga Yang Berhormat. Bawa kapal besar-besar sampai ke Florida, sampai Miami, ini adalah laporan dalam CNN Yang Berhormat. Jadi jangan Yang Berhormat mengambil remeh tindakan kerajaan.

final • 4:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Selepas itu memang kita melihat kenapa kita tubuhkan Exco oleh sebab untuk pemantauan terperinci, tindakan terperinci.

Jadi itu Yang Berhormat saya tidak mahu layan lagi perkara ini Yang Berhormat kerana dia di luar undang-undang ini Yang Berhormat. saya layan oleh sebab saya suka juga kena tanya...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, panjang lagi Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, saya ada satu, dua persoalan yang agak penting saya jawab iaitu berhubung dengan penaksiran di bawah undang- undang ini. Semalam masa berbincang, bahas, Yang Berhormat daripada Padang Serai mengatakan apabila kita melihat undang-undang kita akan menginterpretasikan undang- undang berlandaskan apa yang kita lihat dalam the four corner of the act. Jadi makna dia interpretasi dia akan melihat daripada sudut kata bahasa, daripada sudut rangkaian kata dan mungkin juga apakah benda-benda lain terlibat sebagai konsep untuk menginterpretasikan undang-undang. Jadi Yang Berhormat juga bangkit dalam masa yang sama membangkit jaminan tidak dapat diterima oleh sebab undang-undang ini tidak digunakan untuk kes-kes lain tetapi untuk kes keselamatan saja. Maknanya Yang Berhormat menerima hakikat kalau kes ini diguna kepada hal-hal keselamatan dan tidak menerima kalau SOSMA ini diguna untuk kes-kes yang di luar keselamatan.

Jadi berhubung dengan interpretasi ini Yang Berhormat, sebenarnya kita mencukupi Yang Berhormat soalan undang-undang-undang, menginterpretasikan undang- undang ini, soalan pertamanya ialah kita kena melihat keadaan environment sebelum kita menginterpretasikan statut.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Jadi yang kedua, apakah kesannya? Kenapa undang-undang ini dibawa ke Parlimen untuk diluluskan? Oleh kerana dorongan daripada keadaan itu, undang-undang ini dibawa oleh kerajaan dan undang-undang itu untuk menangani situasi tersebut. Jadi, jaminan yang kita beri dalam Parlimen kata Yang Berhormat, dahulu pun ISA diberi jaminan

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

juga, tetapi tidak pakai. Selepas itu, diguna kepada pihak orang politik juga bukan hal-hal keselamatan, BERSIH, Yang Berhormat. Jadi saya hendak bangkit sedikitlah, panjang cerita sedikit Yang Berhormat menjawab ini. oleh sebab - kalau kita lihat apabila ISA dahulu diluluskan dan dibawa ke Parlimen, ada jaminan-jaminan tertentu, apabila cabaran dibuat di Parlimen untuk mempertingkatkan bahawa ada jaminan-jaminan tersebut yang undang-undang ini tidak pakai kepada kes-kes yang tersebut. Akan tetapi jaminan itu tidak boleh didapati dan tidak boleh diselidiki. Oleh kerana interpretasi undang-undang, Yang Berhormat sebut ialah which is the four corner of this [the act] . Akan tetapi pada tahun 1990, saya cukup yakin Yang Berhormat tahu ada kes yang dikatakan Pepper vs Hart yang diluluskan oleh House of Lord di England yang mana kita boleh mengetahui the intention of Parliament to pass a law dengan melihat ke belakang, apakah janji-janji kerajaan, apakah janji-janji Menteri berhubung dengan undang- undang tersebut. Janji-janji itu dahulunya sebelum kes Pepper vs Hart ini dihakimkan di House of Lord, kita tidak boleh menyelidiki berlandaskan iaitu mahkamah tidak boleh inflict the right privilege of Parliament dengan melihat Hansard. Walaupun Lord Denning memberi garis panduan macam mana boleh kita mengambil Hansard itu diguna pakai sebagai menunaikan janji-janji itu kepada masyarakat. Akan tetapi apabila kes ini dibawa, jadi janji- janji itu tidak dapat dikenalkan kepada hakim. Persuade hakim bahawa janji-janji Menteri, janji-janji kerajaan semasa ISA itu dipakai.

Jadi itu zaman yang telah lalu Yang Berhormat. Apabila Pepper vs Hart diluluskan, iaitu pada tahun 1990, dan seiringan dengan itu kita punya Akta Tafsiran juga dipinda untuk menerima Pepper vs Hart iaitu bahawa apabila tiap-tiap Menteri membuat perjanjian dalam satu undang-undang yang tidak masuk dalam Hansard, pihak peguam, pihak hakim boleh membaca Hansard dan mendedahkan bahawa inilah janji kementerian. Jadi tafsiran undang-undang bukan sahaja berlandaskan within the four corners of the act tetapi juga melihat the environment of the act, why it was passed dan kedua, melihat apakah diberitahu, penjelasan diberi oleh pihak Menteri semasa membentangkan undang-undang tersebut.

Jadi Yang Berhormat, saya merasa sudah cukup panjang jawapan saya. Jadi apa- apa soalan yang tidak dijawab, saya mohon memberi jawapan bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalahnya dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa.]

final • 4:20 PM

[Dewan bersidang dalam Jawatankuasa.]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.]

final • 4:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 4 - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Mahu?... Saya melihat tadi itu daripada sana sampai sini, tidak ada orang bangun Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Baik, ada lagi yang hendak bangun?

Baiklah, dua orang bangun. Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Temerloh.

Selepas itu Menteri boleh menjawab. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk terus kepada fasal 4, rang undang-undang ini yang di bawah III, selepas itu membawa Bab VIB ke bawah naungan SOSMA. Jika kita lihat kepada undang- undang di bawah VIB, dan kita lihat kepada integrity undang-undang ini sekarang yang akan dimasukkan di bawah SOSMA. Bab VIB adalah mengenai organized criminal group.

Setelah pindaan kepada Kanun Keseksaan dua hari yang lepas, juga seksyen-seksyen 130X sehingga seksyen 130Z(c) juga dimasukkan di bawah Bab VIB. Ini bermakna, kesemua kesalahan daripada seksyen 130V sehingga seksyen 130Z(c) adalah sekarang kesalahan-kesalahan security ataupun kesalahan-kesalahan yang melibatkan keselamatan negara.

Ia tidak ada apa-apa dispute mengenai itu kerana undang-undang SOSMA ini adalah di bawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan keselamatan negara. Akan tetapi kalau kita lihat kepada kesalahan-kesalahan yang sekarang ingin pihak kerajaan masukkan di bawah security offence ini, seksyen 130V dengan izin, “Whoever is a member of an organized criminal group shall be punish within presentment for a term which may extend to five years”. Apakah kesalahan yang sekarang didefinisikan atau ditakrifkan oleh pihak penggubal undang-undang dan pihak kerajaan sebagai kesalahan yang melibatkan security ataupun kesalahan yang menggugat keselamatan negara. Kesalahan ini adalah menjadi ahli organized criminal group. Itu sahaja. Bermakna orang ini tidak perlu melakukan apa-apa kesalahan lain, tidak perlu lakukan apa-apa perbuatan seperti membunuh, menyerang, mencuri atau arm robbery atau apa-apa.

Tidak ada apa-apa act of serious, tidak ada apa-apa tindakan positif yang dibuat.

Hanya kesalahan yang dijadikan jenayah adalah menjadi ahli satu organized criminal group.

Soalannya yang kita perlu teliti pada peringkat jawatankuasa ini adalah ini, adakah sesuatu yang rasional bagi Dewan yang mulia ini menjadikan sebagai keselamatan yang menggugat negara kesalahan menjadi ahli organized criminal group sahaja. Bagaimanakah itu menjadi sesuatu yang menggugat keselamatan negara? Ia adalah satu kesalahan yang biasa dan kalau dilihat daripada sudut kesalahan biasa pun tidak masuk akal, Tuan Pengerusi. Ini kerana apa? Apa kesalahan dia? Menjadi ahli itu sahaja. Ia tidak ada apa-apa selain daripada itu dan kesalahan seperti ini tidak ada perbuatan apa-apa yang lain. Sekarang pula dijadikan kesalahan keselamatan. Dahulu pun sudah tidak betul mengadakan Bab 130V ini. Sekarang diterukkan lagi, dijadikan kesalahan keselamatan dan sebab itu saya timbulkan persoalan ini, adakah rasional bagi Dewan yang mulia ini meluluskan satu undang-undang yang akan menjadikan kesalahan seperti kesalahan sekuriti? Ia tidak masuk akal.

Tuan Pengerusi, kalau kita tengok seksyen 130W, existing an organized criminal group. Membantu dan kita pun tidak tahu apa makna existing ini. Di dalam jurisprudence jenayah, kita tidak pernah dengar pun. Apa kesalahan existing itu, apa makna? Ia bukan abutment. Di bawah seksyen 107, Kanun Acara Jenayah ada abutment dan ada konspirasi.

Apa itu existing, mana takrifannya? Ini pun menjadi kesalahan keselamatan.

final • 4:25 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Bagaimana kita hendak mempertahankan undang-undang seperti ini. Satu interpretasi yang begitu ekstrem, begitu tidak rasional, satu undang-undang yang tidak bermakna langsung, bahasa keselamatan negara kita. Takrifan keselamatan, ungkapan keselamatan negara. Ungkapan itu, bahasa itu pun telah di interpretasi dengan cara yang begitu tidak masuk akal, tidak rasional.

Jika kita meluluskan undang-undang seperti ini apa maknanya? Apakah imej Dewan Rakyat kalau kita terus meluluskan undang-undang yang digubal seperti ini. Kalau kita tengok seterusnya, 130X dan 130Y - whoever without reasonable excuse consorts. Ini apa? Maknanya, kita sudah timbulkan semasa perbahasan. Consorts itu bermakna bergaul, bergaul dengan seorang yang menjadi ahli kepada organized criminal group, sekarang menjadi kesalahan-kesalahan keselamatan. Ini lebih teruk daripada 130V.

final • 4:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Sekurang-kurangnya, 130V - whoever is a member of an organized criminal group, yang ini, whoever consorts with the member of an organized criminal groups.

Bergaul, maknanya duduk semeja, minum teh tarik, dah kira bergaul sudah. Mana takrifan? Saya minta supaya di dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, memberi jawapan apa makna consorts ini, mana takrifannya? Di bawah undang-undang mana, di bawah kes law mana? Mana takrifannya? Tidak ada. Bergaul, bergaul menjadi kesalahan keselamatan. Jika di peringkat Jawatankuasa, kita membenarkan undang-undang ini ataupun fasal 4 ini, menjadi sebahagian daripada rang undang-undang ini. Sebab itu kita kata, rang undang-undang dua dengan tiga tidak pernah ada masalah, empat ini dan apa lagi.

130ZA - whoever participates, mengambil bahagian. Apa maknanya? Di bawah jurisprudence jenayah, kita pun tidak pernah dengar. Participate is now a crime. What is participate? Is it abatement, is it instigation? Where, mana dia? Mana dia takrifannya?

Participate? Mana takrifan consorts? Tiba-tiba kesalahan-kesalahan baru yang kita tidak pernah dengar di bawa masuk, di letakkan di bawah Kanun Keseksaan dan dijadikan pula kesalahan keselamatan.

Tuan Yang di-Pertua, kesalahan keselamatan bukan sesuatu yang kecil, bukan sesuatu yang remeh.

final • 4:30 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai, yang dimaksudkan dengan consorts ataupun bergaul tadi. Adakah ini bermaksud kalau katakan ada perhubungan kekeluargaan ataupun majlis keluarga atau majlis kenduri dan sebagainya, dihadiri oleh salah seorang organized ataupun gengster ataupun penjenayah besar. Adakah ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Kalau kata, dia datang bergaul, duduk minum, makan dan sebagainya, mungkin waktu perayaan. Apakah ini juga boleh ditakrifkan sebagai satu kesalahan. Termasuk ibu, ayah, datuk, nenek dia, semua sekali. Itu yang pertama.

Yang kedua ialah setuju atau tidak Yang Berhormat Padang Serai bahawa terdapat satu kekeliruan di peringkat kerajaan, memasukkan kesalahan-kesalahan yang boleh diselesaikan di peringkat Kanun Keseksaan semata-mata tetapi dimasukkan di dalam akta yang bertujuan untuk memastikan bahawa negara dilindungi oleh penjenayah- penjenayah bersenjata. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih. Memang kalau kita membaca kepada perkataan-perkataan di bawah Seksyen 130Y, kalau di dalam menghadiri kenduri di mana boleh terdapat atau dianjurkan atau terdapat members of organized criminal groups, memang ia boleh menjadi satu kesalahan di bawah 130Y.

Interpretasinya jelas, perkataannya jelas. Maksud sesuatu akta itu, maksud sesuatu seksyen itu, perlu kita cari daripada membaca perkataan itu sama seperti hakim akan melakukan apabila kes itu berada di dalam mahkamah dan itu maksudnya.

Oleh sebab itu kita kata bahawa seksyen ini langsung tidak masuk akal tetapi isunya, ia telah diluluskan. Akan tetapi sekarang seksyen seperti ini dijadikan pula kesalahan keselamatan. Point yang kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil tadi iaitu itulah kesemua kesalahan ini sekarang dimasukkan sebagai security offense. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ia akan berhenti di sini? Ini adalah pembukaan flood gate.

Jika pada peringkat Jawatankuasa kita benarkan fasal 4 ini menjadi sebahagian daripada undang-undang ini, di mana kita akan berhenti? When does it stop? Adakah selepas ini Akta Hasutan akan dijadikan sebagai security offense. Jika tahun hadapan Bersih hendak menjalankan perhimpunan aman besar-besaran, adakah terus kerajaan akan membawa satu pindaan mengatakan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman sekarang adalah di bawa di bawah SOSMA sebagai security offense? Where does it stop?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat membangkitkan satu isu yang cukup penting. Tuan Pengerusi, kita lihat dalam beberapa ketika ini terdapat banyak rang undang-

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

undang yang dibawa ke Parlimen, di mana kita bangkitkan masalah-masalah dengan rang undang-undang tersebut. Kita kelihatan seolah-olah rang undang-undang ini disegerakan dan oleh itu terdapat banyak masalah dengan definition, skop, ambit dan sebagainya.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita di dalam pembangkang, membangkitkan isu-isu ini. Di dalam Dewan yang mulia ini kita lihat semua ini ditolak begitu sahaja. Apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah supaya semua bill- bill yang dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini diluluskan. Akan tetapi yang pelik Tuan Yang di-Pertua, adalah selepas bill-bill ini diluluskan, kita dengar daripada menteri- menteri yang berkaitan bahawa ya, memang selepas ianya diluluskan mereka setuju bahawa bill-bill tersebut itu memang perlu dipinda lagi supaya ianya dapat, dengan izin, too tighten. Ini spesifik.

Misalnya PCA, beberapa hari selepas undang-undang itu diluluskan, Menteri Dalam Negeri adakan sidang akhbar dan katakan setuju. Kita kena bawa pindaan. Kalau setuju ada masalah, kenapa pula kita hendak disegerakan melalui Dewan yang mulia ini.

Tidak cukup disitu Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini beberapa hari yang lalu dengan Seksyen 203A, Kanun Keseksaan. Information, kita bangkitkan masalah yang sama, kita katakan bahawa memang terdapat masalah kerana too broad. Tidak ada definition. Tidak ada kita tahu skop dan sebagainya. Di dalam Dewan yang mulia ini memang tidak dihiraukan langsung Tuan Yang di-Pertua tetapi digunakan Dewan atau dipersalahkan Dewan ini untuk meluluskan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita luluskan, selepas itu kita dengar.

Semalam ada juga diberi satu sidang akhbar oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan, dia kata ya, setuju bahawa perlu untuk kita pinda semula. Masalahnya Tuan Pengerusi adalah bila bill-bill ini diluluskan ianya menjadi undang-undang. Mahkamah dan sebagainya perlu mengguna pakainya. So, sampai bila kita hendak tunggu untuk ada pindaan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai, bukankah lebih baik kita jangan segerakan bill-bill ini kerana ianya melibatkan isu-isu kebebasan bergerak orang itu, freedom. Ianya berlandaskan kepada isu-isu hukuman yang boleh dibawa terhadap orang.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Lebih baik kita kaji dengan mendalam, kita ambil masa, kita buat kajian dan kita kemukakan satu bill yang memang lengkap. Itu yang kita lihat sebagai pengamal undang-undang, this is a major problem. So, is this an abuse of the Dewan? Saya hendak minta kepada Yang Berhormat Padang Serai dan apakah pandangan Yang Berhormat Padang Serai? Kita datang ke Dewan ini semua kita tahu, bill- bill yang dikemukakan, yang disegerakan, memang tidak lengkap, ada masalah dan sebagainya tetapi terus disegerakan, diluluskan, selepas itu pula dikatakan perlu dipindakan. Apakah pandangan Yang Berhormat Padang Serai berkenaan dengan ini?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Padang Serai boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Pengerusi, isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puchong itu, apabila kita menimbulkan isu-isu ini, jawapan yang kita dapat daripada Menteri berkenaan yang membawa rang undang-undang adalah biasanya kita akan kaji semula, kita akan bincang semula dan sebagainya ataupun bagilah peluang untuk rang undang-undang ini digunakan dahulu selepas itu kita tengok macam mana.

Tuan Pengerusi, sebenarnya jawapan yang patut diberi adalah, kita menarik balik rang undang-undang ini untuk menggubal semula.

[Tepuk] Itulah yang sepatutnya. Bukan jawapan-jawapan yang seperti ini. Tadi saya menyebut mengenai 130ZA dengan 130Y dan 130ZA.

final • 4:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Di mana jika pada peringkat Jawatankuasa kita membenarkannya masuk ke dalam naungan SOSMA ia membawa kepada satu keadaan yang dengan izin Tuan Pengerusi keadaan yang amat ridiculous. Amat ridiculous apabila ceritanya keluar selepas ini bahawa Dewan ini meluluskan consorting dengan organized criminal group sebagai security issue bagi negara. Bagaimana kita hendak justify? Kalau kita lihat kepada - bagaimana Tuan

final • 4:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Pengerusi dengan kes bunuh? Menjadi sebahagian daripada organized criminal group ini adalah security offence. Bunuh dan apa lagi serial killing ini semua tidak menjadi security issue bagi negara, tetapi menjadi member ini adalah security issue. Apakah logiknya, apakah rasionalnya tidak ada langsung. Kita tanya berkali-kali, tidak dapat jawapan.

Jawapan yang diberi tidak menjawab soalan kita.

Kalau saya terus melihat apakah dia ini proof presumption. Kalau kita lihat di dalam Kanun Keseksaan yang baru diluluskan itu ada presumption. “Unless the contradict proof a person shall be presumed to be member an organized criminal group where such person can be identifed that belonging to the organized criminal group.” Maknanya bagi tertuduh di bawah seksyen ini dia kena double whammy. Maknanya yang pertama di bawah Kanun Keseksaan sudah ada presumption yang sedang operate terhadap beliau. Iaitu terus menerus presumption bahawa beliau adalah ahli organized criminal group. Lepas itu ditarik masuk kepada SOSMA. Di bawah SOSMA dia kena lagi. Tidak ada jaminan, perbicaraan in camera, tidak boleh cross examine dengan cara yang sempurna dan sebagainya, berbagai- bagai.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Maknanya seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga lagi begitu teruk dalam kes seperti ini.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai tadi Menteri mengatakan bahawa SOSMA ini adalah procedural law yang kita pun boleh bersetuju. Akan tetapi dimasukkan kesalahan-kesalahan dalam substantive law iaitu Kanun Keseksaan yang tadi telah dibincangkan dalam beberapa bahagian dalam Penal Code.

Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Padang Serai setuju tidak dengan saya bahawa kedua-dua sama ada substantive law itu iaitu pindaan yang telah dibuat ke atas Kanun Keseksaan seperti harboring, consorting dan sebagainya dan juga dalam SOSMA itu sendiri. Kalau kita lihat undang-undang ini secara substantial dia tidak menjadikan mahkamah ini sebagai rubber stamp sahaja.

Sebagai contoh kalau untuk kesalahan di bawah Seksyen 130Y, consorting makna dia di situ ada kesalahan yang bersifat minimum sentence yang mahkamah tidak ada pilihan terpaksa kenakan hukum. Dalam SOSMA tadi, di mana tidak boleh bail dan kemudiannya apabila ada rayuan pendakwa boleh membuat permohonan dan mahkamah mesti benarkan. Lepas kepada rayuan pun boleh lagi tahan, lepas menang dekat Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Rayuan masih boleh lagi ditahan dan mahkamah mesti beri luluskan permohonan itu. Setuju dengan saya bahawa peranan mahkamah dalam kedua-dua undang-undang ini hanya sebagai rubber stamp kepada pihak eksekutif. In other word the court has become an appendage of the executive. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Trendnya Tuan Pengerusi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sepang adalah merampas hak ataupun merampas kuasa daripada badan kehakiman dan memberinya kepada badan eksekutif. Ini adalah sesuatu yang telah lama dipraktikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan ini adalah sesuatu yang tidak betul. Di sini kalau kita lihat kepada peruntukan SOSMA seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang, memang budi bicara mahkamah sebagai contoh untuk memberi jaminan dirampas daripada mahkamah.

Budi bicara mahkamah untuk menjalankan perbicaraan menurut Kanun Acara Jenayah diambil daripada mahkamah dan sebagainya. Ini adalah berbahaya, kerana bermakna pengalaman dan pemerhatian ataupun di bawah sistem apabila mahkamah diberi budi bicara yang mencukupi. Bermakna ada seorang yang bebas iaitu hakim yang meneliti perkara itu supaya tidak ada keadilan.

Apabila kita ambil kuasa itu daripada hakim dan mahkamah, kita beri kepada polis dan pendakwa maka ia tidak seimbang lagi dan ketidakadilan boleh berlaku. Di dalam mana-mana sistem perundangan jenayah yang bertamadun, prinsip utama yang mesti kita ingat adalah orang yang tidak bersalah, tidak boleh disabitkan kesalahan dan dihukum. Itu adalah satu dosa yang amat besar, apabila kita meluluskan undang-undang yang boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah didapati bersalah. Dosa yang besar Tuan Pengerusi. Akhir sekali...

final • 4:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh mencelah? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak tanya Padang Serai, kalau kita luluskan pindaan yang dicadangkan, ini bermaksud sesiapa pun rakyat Malaysia ataupun sesiapa pun di Malaysia yang membeli sesuatu harta pun, bila-bila boleh ditangkap dan masuk ditahan dan dipenjarakan mungkin seperti yang saya katakan mungkin sampai 10 tahun. Ini kerana kalau di sini dinyatakan sesiapa yang membeli satu harta terrorist property. Itu untuk dibuktikan di mahkamah.

Jadi kalau sahaja ada dakwaan bahawa mana-mana antara kita yang dalam pindaan yang dicadangkan dan di bawah Bab VIA ini termasuk pengarah dan juga setiausaha syarikat. Mana-mana syarikat pun beli sahaja harta, boleh ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA dan kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk buktikan bahawa harta itu harta terrorist.

Ini bermaksud adakah Yang Berhormat Padang Serai dengan izin, anybody who buys a property in Malaysia can be detained after 10 years in a day his innocently buys a normal property. Asal sahaja ada tuduhan, seorang itu membeli harta terrorist property iaitu proceed for the Commission of the Terrorist Act. Itu akan ditentukan oleh mahkamah sama ada harta itu adalah terrorist property atau tidak. Untuk penentuan itu di bawah SOSMA kita tunggu 10 tahun. Jadi inilah bahayanya kalau kita lulus undang-undang sebegitu luas, semua orang Malaysia boleh ditangkap dan ditahan. Tidak kira sungguhpun dia beli harta yang memang bukan terrorist property. Setuju tidak?

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya boleh habiskan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Undang-undang seperti ini SOSMA dan mana-mana undang-undang yang mencabul atau bercanggah dengan hak asasi inilah kesannya. Kesan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain yang berhujah. Kita hendak pastikan bahawa sistem undang-undang kita terutamanya Kanun Keseksaan dan semua undang-undang lain menepati keperluan hak asasi. SOSMA jelasnya adalah untuk keadaan yang amat luar biasa seperti dijanjikan apabila undang-undang ini digubal.

Apakah tindakan yang kita sedang buat di dalam peringkat Jawatankuasa ini? Kita diminta di peringkat Jawatankuasa untuk bersetuju supaya kesalahan di bawah Bab VIA, Bab VIB dan sebagainya dimasukkan di bawah SOSMA. Kesannya adalah seperti yang saya huraikan. Oleh itu saya menyeru Dewan ini supaya memutuskan supaya fasal IV tidak menjadi sebahagian daripada rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Seorang pembahas dan dua pencelah berhubung dengan Jadual SOSMA yang kita bentangkan di Dewan ini.

final • 4:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang pertama, soalan seksyen-seksyen yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, 130X sampai ke 130ZC itu dan satu lagi yang berhubung dengan hal consorting Yang Berhormat bangkitkan, bahkan ini dibangkit dalam masa dua hari, berulang-ulang. Daripada hari pembentangan rang undang-undang ini, sepatutnya saya tak perlu menjawab tetapi saya akan menjawab Yang Berhormat, saya akan menjawab.

Pertamanya ialah, tiap-tiap seseorang yang ditangkap di bawah sesuatu kesalahan jenayah yang mana yang pertama perlu dilihat ialah sama ada dia mempunyai motif, intention ataupun mens rea dalam menentukan telah berlakunya jenayah di bawah seksyen tersebut.

Kedua, memanglah the fact that dia ada consorting dengan seseorang, mengetahui bahawa dia consorting dengan seseorang itu dan sebab-sebab yang tertentu, maka dalam keadaan sedemikian, undang-undang ini tidak sebenarnya menarik balik, menarik apa-apa syarat sebelum seseorang itu boleh dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah ini. Kalau didapati sedemikian, maka polis akan membuka...

final • 4:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya belum habis lagi Yang Berhormat. Polis akan membuka satu kertas siasatan. Apabila kertas siasatan ini

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

dibuat, siasatan itu juga akan menerusi proses yang sama iaitu penapisan daripada tiap- tiap peringkat polis itu sendiri dan tiap-tiap peringkat Attorney General, sama ada dia sampai sudah mencukupi evidence. Ada atau tidak dia mencukupi apa yang dikatakan tadi iaitu intention dia melibatkan diri dengan kumpulan jenayah dan sebagainya. Jadi, ini perlu diambil perhatian bahawa bukan secara meletakkan ini di bawah jadual ini, semua syarat itu hilang begitu sahaja. Yang kedua Yang Berhormat, berhubung dengan sama ada ini membukakan satu floodgate. Yang Berhormat, kerajaan bertanggung jawab kepada negara ini. Jadi kalau kita lihat fakta yang awal saya sebutkan tadi, anggota-anggota kongsi gelap dan badan pertubuhan gengster dan penjenayah ini di seluruh Malaysia sudah mencapai 43,000 orang. Itu yang pertama. Kedua, dia hampir ke seluruh negara, di tiap-tiap bandar. Dahulu apabila kita berhadapan dengan komunis Yang Berhormat, daripada 1948 ke 1960 dan daripada tahun 1989 kepada tahun 1989 dan tahun 1962 hingga ke tahun 1990 di Sarawak, kita menghadapi tak sampai pun sebanyak itu Yang Berhormat.

Akan tetapi keadaannya, mereka juga mampu mendapat senjata-senjata pada ketika itu. Akan tetapi sekarang dia mampu lagi mendapat senjata-senjatanya yang jauh lebih canggih. Jadi dalam keadaan sedemikian, kerajaan yang bertanggung jawab perlu mengambil satu tindakan walaupun kalau dilihat daripada sudut apa Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa mungkin terdahulu daripada ini menyebut sebagai draconian law yang kita hendak luluskan di Dewan ini.

Akan tetapi kepentingan masyarakat seluruh Malaysia itu juga diambil kira sebelum kita menuduh kerajaan membentangkan undang-undang yang dikatakan tidak layak dibawa di sini dan mendatangkan nama buruk kepada Parlimen ini. Akan tetapi Parlimen ini juga bertanggungjawab untuk masyarakat 28 juta di luar sana, untuk keselamatan mereka, kebimbangan mereka dan ketakutan mereka. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, kita tidak boleh mengehadkan walaupun saya tidak janji ia akan menjadi satu floodgate. Kerajaan berhak dalam situasi-situasi yang tertentu meletakkan mana-mana seksyen undang-undang ataupun undang-undang yang perlu untuk menangani masalah semasa sebagaimana yang kita hadapi sekarang. Kalau kumpulan ini mati kawan, berani berarak secara terbuka, zaman mafia di Amerika pun, tahun 1920, 1930, Yang Berhormat.

Tidak ada pun berbuat demikian. Dia menyorok, dia tidak seberani itu. Jadi, dalam keadaan sedemikian, kalau kita biar ia akan berterusan. Nescaya saya cukup yakin Yang Berhormat, bahawa keselamatan negara ini memang boleh tergugat.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh sedikit? Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Selama kita membahaskan di dalam semua rang undang-undang ini, kita telah atau rakyat Malaysia telah diberi gambaran seolah-olah kebanyakan jenayah ini dilakukan oleh sebab kongsi gelap atau kumpulan gengster mafia ini. Padahal polis pun sudah senaraikan 49 kumpulan yang dianggap sebagai kongsi gelap. Kita ingin dapat maklumat secara lebih terperinci, berapakah nisbah jenayah yang dilakukan? Sebenarnya dilakukan oleh 49 kumpulan ini dan adakah kita ada bukti yang kukuh bahawa kebanyakan ancaman jenayah keselamatan ini datang daripada kongsi gelap?

Saya agak mengesyaki maklumat seperti itu sebab kebanyakan yang kita lihat macam pecah rumah, ragut, rogol dan yang lebih bahayanya bukan datang dari kongsi gelap seperti Tiga Line, 36 dan pelbagai geng yang dinamakan, yang kita boleh identify mana ofis mereka, di mana mereka beroperasi. Akan tetapi yang sebenarnya lebih teruk lagi adalah kumpulan yang tidak terancang atau tidak tersusun. Mereka serang dengan kumpulan yang kecil, mereka mungkin tidak organized, mereka tidak ada geng. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh bagi kita secara konkrit, berapa banyak percentage yang sebenarnya dilakukan oleh kongsi gelap? Kalau boleh setiap organization yang menjadikan mereka disenaraihitamkan. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kita dalam peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat ya. Fasal-fasal 1 hingga 4, yang spesifik. Yang Berhormat Beruas.

final • 4:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya nyatakan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan geng-geng berarak menunjukkan kekuatan. Inilah keadaan yang kita sedang hadapi tetapi itu berlaku kerana polis tidak bertindak. Apabila Ops Cantas dilaksanakan, kita sudah tahu semua kumpulan gengster ini sudah pun menghilangkan diri. Kita sudah dapat laporan ramai yang hendak mengeluarkan tattoo, ramai yang lari sampai ke Thailand untuk sembunyi. Mereka ketakutan sekarang hanya polis bertindak, itu sudah mencukupi. Tanpa undang-undang ini, kita pun sudah tahu polis memang berkeupayaan untuk mengatasi gengster-gengster ini.

Soalan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa niat atau mens rea seseorang itu akan dipertimbangkan oleh pihak polis atau pegawai penyiasat.

Sungguhpun tanpa undang-undang yang sedia ada ini, kita pun tahu ada kes-kes di mana seseorang itu dengan izin, is framed dengan dadah atau dengan senjata api. Kalau adanya undang-undang ini, kalaupun seorang dengan izin, frame the person, letak sahaja pistol dekat rumah dia, dia akan ditangkap. Mens rea benda itu, adakah pistol kepunyaan seseorang itu hanya boleh dibuktikan di mahkamah? Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa mens rea ini hanya dapat dibuktikan di mahkamah. Seperti yang saya katakan, sementara untuk membuktikan bahawa pistol itu bukan kepunyaan orang itu, dia akan dipenjarakan sampai 10 tahun tanpa sebab.

Oleh sebab itu, undang-undang biasa memberi kebebasan untuk mendapat peguam dan boleh dijamin ataupun mahkamah ada budi bicara. Apa yang menjadi masalah kita ini, mahkamah tidak ada budi bicara. Kalaupun dari segi pandangan mahkamah, orang ini memang tidak bersalah, ada seseorang yang mengkhianati dia, mahkamah tidak boleh membuat keputusan yang adil kepada orang yang kita kata frame oleh enemy ataupun musuh dia. So, we are worried about sementara membuktikan mens rea itu. Bertahun- tahun beliau akan dipenjarakan.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat dua perkara yang dibangkit, satu fakta figures maklumat berhubung dengan berapa banyak ahli ini terlibat dalam jenayah dan apa jenayah yang telah dibuat oleh pihak-pihak ini. Itu ditanya oleh Yang Berhormat Batu. Figures ini tidak ada pada tangan saya Yang Berhormat. Tetapi soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat dari Beruas. Ini yang mengulang cerita tadi lagi Yang Berhormat dan satu lagi Yang Berhormat kata di frame. Kalau benda macam itu kita bangkit, the hard political question Yang Berhormat dibangkit di sini Yang Berhormat, one milion and one perkara boleh dibangkit sedemikian rupa.

Maknanya tidak ada semua manusia ini boleh dipercayai lagi Yang Berhormat.

Jadi dalam keadaan sedemikian, menjauhi dirilah daripada assumption yang berlaku...

final • 5:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sekarang pun boleh berlaku apa lagi kes...

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Keterlaluan Yang Berhormat. Yang Berhormat saya memberi ruang Yang Berhormat tapi jangan keterlaluan. Ini keterlaluan.

Jadi kita menganggapkan pihak kerajaan membuat semata-mata untuk menganiayakan masyarakat. Percayalah pada satu ketika nanti Yang Berhormat akan berterima kasih juga kepada undang-undang ini yang akan menyelamatkan negara. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

[****Fasal-fasal 1 hingga 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 5:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENJARA (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dalam memastikan Akta Pencegah Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diperkasakan seperti mana yang telah dibentangkan pada sesi yang lalu. Beberapa pindaan selari terhadap sepuluh undang-undang lain turut dibuat termasuk Akta Penjara 1995 [Akta 537] . Pada masa ini seksyen 71, Akta Penjara 1995 hanya membenarkan tahanan reman dan tahanan sabitan ditahankan tidak lebih daripada satu bulan di lokap balai polis dan juga bangunan mahkamah.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan orang-orang yang direman di bawah Akta Pencegah Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 boleh ditahan di lokap balai polis ataupun di bangunan mahkamah tidak melebihi 60 hari. Maka pindaan ke atas Akta 537 adalah perlu.

Rang Undang-undang memperuntukkan pindaan seperti berikut:

Meminda seksyen 7 untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk memberi pada Menteri kuasa menetapkan lokap di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat bagi pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 seperti mana yang dinyatakan dalam fasal 2.” Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini akan membolehkan pihak polis menahan orang- orang yang di reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 selama tidak melebihi 60 hari di balai polis ataupun di bangunan mahkamah bagi siasatan dan menjalankan enquiry. Sehubungan dengan itu, pindaan ini juga akan dapat memudahkan proses siasatan, enquiry orang yang ditahan untuk menghubungi keluarga dan peguam pilihannya di satu tempat yang sama di samping untuk memastikan keselamatan orang yang ditahan tersebut terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:04 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim

Saya mohon menyokong.

final • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penjara 1995 dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Saya ingin ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa rang undang-undang ini adalah pindaan kepada Akta ibu. Maka itu perkara 36(1) terpakai dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat.

36(1), perbahasan adalah ditumpukan kepada perkara-perkara yang dipinda sahaja, bukan menyentuh tentang Akta ibu. Lebih kurang begitu Yang Berhormat . Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh.

final • 5:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi ucapan saya tidak akan panjang kerana tidak sempat tulis. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita tengah membahas pindaan terhadap Akta Penjara. Di sini kalau kita lihat tentang jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri pagi tadi bahawa secara purata kerajaan menggunakan RM655.96 juta dibelanjakan untuk menguruskan seluruh penjara dan penghuni. Sekarang kita lihat kerana adanya Akta Pencegahan Jenayah jadi 18,000 lebih orang telah pun ditahan. Jadi terpaksalah kerajaan hendak mewartakan balai polis, bangunan mahkamah dan mungkin satu hari nanti kalau lebih lagi Parlimen pun kena diwartakan, jadi tempat untuk mereka untuk soal siasat.

final • 5:07 PM

[Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau tidak ada idea duduklah Yang Berhormat Seputeh. Kalau tidak ada hendak cakap duduklah.

final • 5:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sekurang-kurangnya sini yang peguam itu ada tahu apakah keadaan dan sebelah sini tidak ada ramai Ahli Parlimen yang ada pengalaman. Walaupun saya ada pengalaman satu hari sahaja tapi cukup untuk membuka mata saya. Di sini itu sebabnya semua di sini tidak berani cakaplah. Tuan Yang di-Pertua, bila saya berada ditahan 24 jam dalam lokap dan saya dengar banyak cerita oleh yang mereka yang berada dalam lokap tentang cerita macam mana mereka bayar polis untuk dapat ini, dapat itu, dapat satu layanan agak khas untuk makanan dan juga sebagainya.

Dan ini semua cerita bagi peguam semua tahulah. Bagi aktivis mereka juga tahu.

final • 5:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sini, sekarang saya lihat yang balai polis dan bangunan mahkamah, dijadikan lokap untuk mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah. Jadi, saya hendak tanya, adakah kerajaan akan mengehadkan berapa orang inmates yang boleh diletakkan, dimasukkan dalam satu cell. Saya rasa ini penting kerana yang ditahan itu kalau mereka adalah anggota kongsi gelap, mereka yang ganas, mereka yang jahat dan sebagainya.

Mungkin terdapat juga tahanan warga asing dan sebagainya. Kalau kita semua, 20 orang ke 30 orang dalam satu cell, dalam keadaan yang terlalu sesak tentu akan gaduh.

So bila keadaan ini berlaku, mungkin kadang-kadang ia akan- jadi kita katakan out of hands yang polis tidak dapat menangani keadaan waktu itu. Jadi, saya rasa adalah perlu bagi kerajaan juga menetapkan berapa orang atau kalau kita boleh gunakan perkataan banduan dalam satu unit cell. Saya rasa ini penting kerana kadang-kadang saya lihat satu cell boleh masuk 20 orang. Tidur pun susah, hanya mungkin dapat berdiri atau pun duduk.

Duduk pun susah juga. Saya rasa ini basic condition yang saya juga rasa haruslah ditetapkan kerana apa Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi, ia adalah untuk mereka yang di reman tidak lebih daripada 60 hari dan juga bagi siasatan sahaja.

Ini kerana kadang-kadang lokap polis yang sedia ada itu memang terlalu sesak keadaannya. Saya juga hendak tanya, apakah mereka yang ditahan itu dibenarkan dilawat oleh ahli keluarga, peguam dan sebagainya atau mereka dalam 60 hari atau berapa hari dalam tahanan itu begitu sahaja? Jadi, saya rasa pihak kerajaan juga harus memberitahu kita. Selain itu, apa yang saya juga hendak bangkitkan adakah mereka dibenarkan bahan bacaan? Kalau semua orang yang mungkin beremosi, yang jahat dan juga sebagainya semua masuk dalam, saya rasa kalau mereka tidak diberi apa-apa bahan bacaan memang susahlah. Susah apa? Mereka buat bisinglah, gaduhlah. Jadi, ini adalah apa yang berlaku.

Saya masih ingat bila saya ditahan 24 jam dalam lokap itu, saya hendak minta pensel tidak beri, minta buku tidak beri dan semua tidak beri. Saya rasa kalau kita hendak tenangkan mereka, adalah baik bagi mereka untuk bacaan. Mungkin surat khabarkah, magazinekah, kitabkah atau sebagainya. Saya rasa ini adalah satu cara bagi mereka yang tidak dibuktikan salah, mereka haruslah dilayan, diberikan hak asasi manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak tahu kalau yang mereka ini ditahan begitu lama dalam cell, dalam lokap atau pun bangunan mahkamah, adakah mereka yang dalam persatuan kebajikan atau pun mungkin ustaz atau pun guru agama dibenarkan masuk supaya mereka ada orang yang boleh memberi kaunseling kepada mereka? Saya rasa ini adalah juga penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan soalan lagi kerana pagi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak benar betul-betul jawab. Kenapakah kita sebagai wakil rakyat tidak dibenarkan melawat banduan di dalam penjara? Kalau kita lihat keadaan penjara di negara lain, sebenarnya ada kajian yang menunjukkan kalau banduan dibenarkan, mengadakan hubungan yang lebih kerap dengan ahli keluarga, ini akan membantu mereka untuk bertaubat dan balik ke pangkal jalan kerana hubungan keluarga itu akan menjadikan mereka lebih berikhtiar untuk berbuat baik selepas itu. Itu sebabnya, kita haruslah menggalakkan sebenarnya ahli keluarga adakan hubungan lebih rapat dan boleh berjumpa dengan ahli keluarga dengan lebih kerap.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di sini kita lihat di penjara di Malaysia, kalau ahli keluarga hendak jumpa dengan banduan haruslah melalui peguam mereka dan kena tulis secara rasmi kepada pihak penjara, baru dapat melawat mereka. Dalam kes...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu dalam kes reman. Kes di penjara tidak melalui peguam, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, betul. Saya hanya tanya kita sebagai wakil rakyat macam Tuan Yang di-Pertuakah, kalau ada kawan dalam penjara, haruslah kita diberi kebenaran, bukan? Kalau Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang tulis surat kepada Ketua Pengarah Penjara pun ditolak dan tulis kepada Menteri tidak dijawab, jadi saya rasa ini menjadikan pihak penjara ini tidak ada perikemanusiaan terhadap mereka dalam penjara. Mereka dalam penjara sudah pun begitu susah hati, sudah begitu lonely kita kata, dalamnya. Kalau ada kawan memberi galakan kepada mereka dan menziarahi mereka, saya rasa ini adalah satu bentuk atau cara yang mana kita boleh memberi kelegaan hati kepada mereka.

Saya hendak minta pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri boleh tolong beri kelonggaran supaya Yang Berhormat Bagan selaku Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, dia dapat dibenarkan untuk melawat Uthayakumar yang kini dalam penjara.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya lihat laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas dadah dan jenayah pada tahun 2005 hingga 2006. Kalau mengikut laporan itu, pihak Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka gagal memberi data yang asas tentang nisbah banduan yang terbabit dengan penagihan dadah, HIV, AIDS, tuberkulosis dan penyakit mental. Manakala negara- negara lain di dunia ini mereka nampaknya ada data, statistik seperti ini dan dapat memberi maklumat seperti ini kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan lebih baik.

Saya dapat maklumat ini daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP) yang mana yang menyeru pihak Kementerian Kesihatan dan juga pihak penjara supaya mereka boleh juga memerhatikan, menjaga kesihatan banduan di dalam penjara kita. Kita juga baca terdapatnya banduan yang pihak penjara itu tidak mengambil berat tentang keadaan kesihatan mereka. Ada juga yang mati kerana kurang diberi perhatian dari segi perubatan.

Jadi, semua ini kalau 50, 60 orang masuk dalam satu cell dalam bangunan mahkamah, balai polis yang diwartakan ini, saya rasa mungkin penyakit dan sebagainya, ia akan merebak di kalangan tahanan yang belum dibuktikan salah itu. Jadi, apakah pihak kementerian atau pun pihak penjara akan mengambil perhatian dalam isu ini? Jadi, saya hanya cakap pada setakat ini dan saya mohon jawapan daripada pihak Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ada rang undang-undang yang di hadapan kami di mana diminta supaya kuasa diberikan kepada Menteri untuk melalui warta untuk menetapkan lokap di mana balai polis atau bangunan mahkamah sebagai tempat untuk menjaga orang yang dikatakan dikurung, direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menimbangkan satu pindaan sedemikian, saya rasa isu yang kita kena bangkitkan juga adalah isu berkaitan dengan keselamatan seseorang banduan semasa beliau ditahan. Ada banyak kes Tuan Yang di-Pertua di negara ini di mana kita lihat banduan-banduan dalam penjara itu menerima banyak kecederaan apabila mereka dipukul, dibelasah dan juga layanan yang diberikan kepada mereka adalah memang tidak memuaskan.

final • 5:18 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, kita masih ingat lagi kes Kugan. Dalam mana kes tersebut itu terdapat bukti yang cukup jelas bagaimana beliau dibelasah oleh anggota polis sehingga beliau meninggal dunia. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, adalah kita memberi melalui undang-undang ini kuasa kepada pihak polis untuk menahan orang. Apabila beliau ditahan, beliau ini adalah di bawah jagaan sepenuh pihak polis. Saya telah pun bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini banyak kali berkaitan dengan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa tahanan di dalam lokap-lokap ini adalah selamat. Walaupun saya diberitahu bahawa memang ada CCTV dan sebagainya yang dimasukkan untuk melihat ataupun memastikan keselamatan mereka tetapi saya difahamkan bahawa sehingga sekarang memang tidak dilaksanakan.

Kita masih lagi melihat kes-kes di mana terdapat orang yang dibelasah, yang dipukul tetapi masalahnya apabila orang ini keluar dan mereka membuat aduan.

Sesetengah tidak keluar hidup Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi yang hidup, apabila mereka keluar, mereka beritahu apa yang berlaku. Akan tetapi oleh kerana mereka di situ, di bawah tahanan dan jagaan pihak polis, memang apa yang dinyatakan oleh mereka diketepikan. Pihak polis menafikan ada mengadakan ataupun membawa kecederaan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat kepada setengah fakta kes walaupun ada penafian, walaupun dikatakan tidak ada dikenakan sebarang pukulan ataupun kekerasan semasa tahanan. Akan tetapi kita lihat kepada kecederaan yang ada.

Kecederaan pada badan mereka, yang setengah-setengah mereka yang meninggal dunia.

Apabila kita lihat kepada mayat mereka, banyak kita lihat kecederaan, luka, lebam. Kes Karuna Nithi dan sebagainya, yang di bawa ke sini, ke Dewan yang mulia ini juga, di mana kita minta untuk adakan second post mortem dan sebagainya.

Jadi soalan saya, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan apabila datang ke Parlimen dan membentangkan rang undang-undang ini, meminta kepada Dewan supaya meluluskan, memberikan lebih lokap di balai polis atau di mahkamah.

Apakah tindakan oleh syor yang diberikan oleh kerajaan bahawa memang lokap-lokap ini adalah selamat. Tuan Yang di-Pertua, ada seperti mana kita hujah atau kita bahas seluruh hari ini, ada banyak keadaan di mana seseorang itu ditahan untuk siasatan. Kalau beliau telah ditahan untuk siasatan, beliau tidak dibuktikan bersalah lagi. Ada banyak kes di mana seseorang itu disiasat dan selepas disiasat didapati bahawa beliau tidak ada sebarang kesalahan, innocent dan beliau dibebaskan. Akan tetapi masalah dia, sebab semasa beliau ditahan di situ, beliau dipukul, kekerasan digunakan dan sebagainya. Kita lihat bagaimana Ketua Polis Negara ini Tuan Yang di-Pertua, memalukan untuk saya sebutkan di sini tetapi perlu disebutkan.

Dalam kes Kugan, pencarian dibuat oleh mahkamah bahawa Ketua Polis Negara sendiri memang ada terlibat. Apakah kita sebagai Ahli Parlimen, adakah kita membiarkan begitu sahaja. Tidakkah di dalam Dewan yang mulia ini menimbulkan perasaan berkaitan dengan bab mengapa perkara-perkara ini masih berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit berapa kali. Lima tahun, bangkitkan isu ini tapi masih berlaku. Apakah jaminan yang akan diberikan oleh menteri kepada semua Ahli Parlimen hari ini yang diminta untuk menyokong bill ini. Apakah jaminan yang diberikan kepada kita bahawa daripada sekarang memang ada pengesyoran diberikan bahawa tidak ada sebarang orang didera, dipukul, dibunuh semasa ditahan. Tuan Yang di-Pertua, kita bila berbincang isu ini, kerap kali fikiran kita memikirkan berkaitan dengan hardened criminal, gengster-gengster dan sebagainya.

Orang yang kita katakan hardened criminals tetapi Tuan Yang di-Pertua, ini juga berlaku kepada orang biasa.

Ini berlaku kepada pemimpin-pemimpin, ahli-ahli politik. Apabila dimasukkan ke dalam penjara, beliau juga dikenakan tindakan. Yang lagi teruk Tuan Yang di-Pertua iaitu apabila aduan dibuat, dia dibawa balik ke penjara, lagi banyak beliau didera kerana buat aduan. Adakah kita akan terus menerima ini tanpa mengambil tindakan? Tuan Yang di- Pertua, hari ini ada satu surat. Surat ini ditulis oleh seorang banduan. Ditulis kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Saya baca apa yang terkandung di sini untuk membawa balik maksud dalam ucapan saya ini dan dikatakan a letter from prison Tuan Yang di-Pertua, to PM and Home Minister. Surat ini dapat kita lihat sekarang di The Malaysian Insider dan saya baca. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, surat ini dalam bahasa Inggeris, saya minta izin. Tuan Yang di-Pertua,

final • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

“I have and am being tortured with mala fide at the most feared and dreaded closed isolation lock-up (tutup) of Kajang Prison all in for 27 days and to continue indefinitely. I am locked-up under solitary confinement alone, 24 hours a day not seeing sunlight or fresh air (in a) dimly lit cell and [with] just one set of prison pants and shirt in an empty lock-up. Also denied reading and writing materials…” Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Seputeh tadi betul*.

“…and even warm water to drink. Drinking the contaminated tap water caused me to fall ill. Also denied the 15 minutes weekly phone calls to lawyers and family, denied the monthly family visit and lawyers’ visit.

I am denied even a toothbrush, toothpaste, bathing and washing soap, towel, blanket, pillow and even the ½ inch foam mattress to sleep on the cement floor that he otherwise gets.

I am forced to sleep on the bare cold cement floor despite also suffering from arthritis, forced to drink rice porridge using a dipper

(gayong). I and hundreds, if not thousands of other prisoners use/have used to wash their backsides.

My sole shirt and pants remain unwashed (even with plain water) for days, as it will take days to dry with the very small only one feet x 1½ feet ventilation grille.”* Tuan Yang di-Pertua. Apa ini, apa ini?

*“Upon returning from Court. I was locked up for 8 days in a dirty, dark, hot and stuffy 10 feet x 10 feet "quarantine" lock-up at the death row with another open squatting toilet bowl and bath area of 2 feet x 10 feet with no bathroom privacy even during early morning long calls together with five other dangerous and violent criminals.” “As a diabetic patient of 17 years, I am still given sweet white bread for breakfast, lunch and dinner. On the three prison doctors’ written note, I was given a plastic chair because of my prolapsed disk backbone pain.

But this is the third time it is being taken away despite my legs getting swollen and toes numb as a result of sitting on the floor and my complaints of severe pain ignored. Despite the prison authorities been given three of my specialist medical reports (since 2009), I was refused to be taken for treatment (by appointment) on August 1, 2013 with HUKM consultant neurosurgeon Prof Dr Shanmugarajah despite our solicitors letter enclosing the appointment card.* Ini penting Tuan Yang di-Pertua, ada yang beliau sebut di sini, this is an important, *“For complaining about the above and other prison conditions and abuse of other prisoners, I have been scolded with the words "kurang ajar" (ill mannered) by certain DSP and "you are a bloody prisoner" by certain other person and repeatedly shouted at.

After almost 4 months being treated with at least some semblance of a security prisoner, the prison authorities are now with mala-fide forcing me to squat in line in muster (roll call) with other dangerous and violent criminals.*

final • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Earlier I was allowed to remain Tuan Speaker, in my cell for the other three musters. Despite my four pages appeal letter to the Prison Director, not only has there been no positive action taken. But this latest torture Tuan Yang di-Pertua of 27 days (plus 8 days quarantine) in the most feared and dreaded isolation cell, for citing my

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

safety and not wanting to muster with the other dangerous and violent criminals. I hereby appeal…” Saya bawa Tuan Yang di-Pertua his appeal to Parliament today.

“I hereby appeal that:-

*(i) I, an ex-ISA detainee, is forthwith transferred to the hospital wing in view of my illnesses as this wing being the safest place in prison or at the very least the security wing, as I have also represented victims as their lawyer, whose perpetrators, three are in the death row and scores more gangsters in the very same prison. Previous murder attempt and live bullet sent to me and made known to directors and prison officers. Why this racial injustice when previously Malay and Chinese political leaders like Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Mat Sabu, Mathias Chang and Anwar Ibrahim had been detained at the safer hospital wing;

(ii) forthwith send me to HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) appointment;

(iii) stop the above and all prison torture and abuses of all other prisoners; and

(iv) If not the Prime Minister, the Home Minister to urgently visit me in the prison to know the first-hand truth.* Tuan Yang di-Pertua, ini adalah surat yang ditulis oleh P. Uthayakumar. P.

Uthayakumar yang disabitkan oleh kesalahan, bukan kesalahan berat Tuan Yang di-Pertua.

Kesalahan di bawah Akta Hasutan, kesalahan yang tidak melibatkan kekerasan, kesalahan di mana beliau untuk apa yang beliau percaya, a fight that he believing.

final • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat boleh mencelah sedikit?

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

A lawyer by profession. All detent and purposes Tuan Yang di-Pertua political leaders whose brothers happens to be a Deputy Minister. Tuan Yang di-Pertua, adakah ini tindakan yang berlaku di dalam penjara dan adakah ini apa yang kita harus membaca dan terus datang ke Dewan yang mulia ini, dan biar sama sekali. Yang Berhormat Taiping silakan.

final • 5:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya berasa amat bersimpati dan terkejut. Saya ingat ini adalah petikan daripada banduan dari Guantanamo Island kah, ataupun Robben Island di South Afrika, tetapi rupanya ia berlaku di tanah air kita.

Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat, Malaysia adalah the seating members, committee members of the International Human Right Committee di Bangsa-Bangsa Bersatu. Akan tetapi apa yang berlaku di depan mata kita jelas tidak mencerminkan status tanah air kita sebagai pembela hak asasi manusia khususnya the torture happens in the prison. Apakah pandangan Yang Berhormat adakah apa yang berlaku ini setaraf dengan kedudukan Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa International Human Right Committee. Pandangan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Taiping.

Bukan itu sahaja. Setuju itu satu perkara yang cukup penting. Akan tetapi bagaimana dengan peranan kita semua di sini sebagai Ahli Parlimen, di mana kita menerima secara terbuka satu surat sedemikian dan pada hari ini kita membahaskan satu undang-undang berkaitan dengan penjara, lokap. Adakah kita seperti mana saya sebut tadi, adakah kita harus membiarkan sahaja, mengetepikan aduan ini? Ini ditulis oleh seorang peguam.

Bagi pihak semua banduan di situ, mampu kah kita sebagai Ahli Parlimen seharusnya meminta supaya kemungkinan Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini supaya memastikan tidak ada penyalahgunaan, tidak ada kekerasan digunakan, tidak

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

ada sesiapa dilayan seperti mana dinyatakan dalam surat ini. Saya hendak tahu kenapa permintaan untuk kami, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk jumpa dengan...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Puchong cuma saya hendak dapat tahu Yang Berhormat Puchong mewakili penama yang disebut tadi dalam kes?

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak ya?

Untuk rekod. Okey sila terus.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Dia diwakili oleh Peguam M.

Manoharan Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak tahu kenapa permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang langsung tidak dijawab? Saya rasa Tuan Yang di-Pertua bahawa kita semua sudah dengar berkenaan dengan perkara ini cukup lama. Tidak perlu pergi jauh Tuan Yang di-Pertua. Saya juga tahu pengalaman yang dilalui oleh tahanan-tahanan ISA pada tahun 1987, Ops Lalang. Saya sendiri sudah lihat, bukan saya ditahan masa itu, tetapi Yang Berhormat Bukit Gelugor ditahan, Yang Berhormat Gelang Patah ditahan, Yang Berhormat Bagan ditahan, Yang Berhormat Shah Alam pun ditahan. Kita sudah lihat bagaimana keadaan-keadaan mereka.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Melaka bangun.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong. Saya salah seorang yang ditahan pada tahun 1987 selama 34 hari.

Empat hari saya ada di dalam bilik tahanan yang dikatakan untuk ISA, tetapi 29 hari saya ditahan dilokap. Layanan seperti apa yang dinyatakan dalam surat aduan itu memang sama.

Sebelum itu saya hendak tanya Yang Berhormat Puchong, bolehkah seorang ISA ditahan dan di sel di dalam lokap untuk sama dengan pesalah OKT-OKT yang lain iaitu jenayah yang lain. Akan tetapi saya tanpa sebarang dibawa ke mahkamah, saya ditahan tanpa bicara, tetapi dalam keadaan yang sama dengan penjenayah-penjenayah yang lain.

Oleh sebab itu saya hendak tanya bukankah sudah sampai masa kita hendak betul-betul memandang berat tentang keadaan dalam penjara dan layanan yang sepatutnya diberi kepada semua OKT. Saya setuju dengan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Taiping.

Sekarang kita perkatakan human rights, kita salah satu negara yang menandatangani dengan human rights antarabangsa, tetapi dalam negara kita masih keadaan begini.

Pagi ini kita dengar tentang makanan untuk sehari RM7. Saya diberitahu oleh anggota semasa saya ditahan dikatakan sungguhpun RM7 sehari, tetapi barang yang sebenar mereka hantar tidak sampai RM3.50 kerana mereka kena banyak potongan atau sumbangan perlu diberi kepada lain. Oleh sebab itu saya minta kongsi pandangan dengan Yang Berhormat Puchong tentang... Saya 100%, saya percaya dan setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong iaitu sudah sampai masa kita kena buat satu pendirian sebagai seorang Ahli Parlimen yang pernah dapat layanan sebegini. Sampai hari ini saya masih sakit tulang belakang kerana tidur di atas lantai. Oleh sebab itu saya minta pandangan, saya setuju apa yang patut kita buat di Dewan yang mulia ini, atau kementerian atau pihak kerajaan, apa patut kita buat untuk membetulkan keadaan ini.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.

Saya kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, saya juga masukkan apa Yang Berhormat Kota Melaka sebutkan dalam ucapan saya. Saya harap bahawa Timbalan Menteri dapat memberikan satu jawapan kepada perkara ini, kerana ini berlaku, lazim berlaku.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Nasib baik hari ini kita ada satu forum untuk bincangkan tetapi selepas daripada ini ianya dilupakan begitu sahaja. Ini tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua, terlalu banyak telah

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

berlaku. Jangan kita nanti ada kematian lagi sebelum kita bertindak. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 5:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Puchong, sedar kah Yang Berhormat Puchong, selain daripada masalah seperti ini ada juga masalah seperti banduan menubuhkan satu kumpulan di dalam penjara dan mereka menjadi samseng dalam penjara, memukul dan mencederakan banduan-banduan lain. Saya mendapat satu maklumat yang saya rasa maklumat itu adalah maklumat yang betul dari Penjara Tapah.

Beberapa bulan yang lepas, beberapa orang banduan telah memukul beberapa banduan lain sehingga mereka cedera dan dimasukkan ke hospital. Apabila perkara ini dilaporkan kepada pihak yang berkuasa dalam penjara, tidak ada apa-apa tindakan diambil malah perkara ini dibiarkan berterusan. Mereka tidak ada ruangan lain. Mereka tidak tahu apa hendak dilakukan dan mereka hidup dalam keadaan ketakutan. Sedar kah Yang Berhormat, perkara seperti ini juga berlaku dalam penjara-penjara kita? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Memang perkara ini berlaku. Saya sedar. Saya sendiri ada menerima banyak aduan berkenaan dengan perkara ini.

Actually Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada penjara seperti pusat tahanan di Simpang Renggam yang dahulunya dijadikan satu tempat di mana ramai daripada mereka-mereka yang dikatakan penjenayah berat, mereka ditahan di situ tetapi juga mereka ditahan bersama-sama dengan orang yang baru dikatakan melakukan kesalahan. Jadi, itu juga menjadi satu masalah di mana kita seperti mana saya sebutkan tadi bila kita berbahas berkenaan dengan hendak benarkan kementerian atau Menteri untuk menambahkan bilangan lokap-lokap dan sebagainya, saya rasa kita juga perlu prihatin kepada isu-isu sekeliling yang lain. Isu keselamatan, isu layanan.

Saya bersimpati dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka.

Saya tahu, masa itu saya ada. Saya lihat, saya tengok bagaimana keadaan banyak daripada mereka, teruk sekali. Saya gembira Yang Berhormat Kota Melaka ada berkongsi dengan kita. Saya nampak hari ini apabila Yang Berhormat Kota Melaka bercakap berkenaan dengan insiden itu, masih kita nampak kesakitan. Saya rasa pada masa itu Yang Berhormat Kota Melaka, beritahu kalau saya silap, bila aduan dibuat pun langsung tidak dihiraukan. Langsung tidak ada siapa yang ambil pengetahuan kerana ada unsur-unsur politik yang terlibat.

Bila aduan dibuat Tuan Yang di-Pertua, lagi teruk layanan yang diberikan. Ini masalahnya. Jadi apakah yang akan kita buat? Bila rang undang-undang sebegini, yang ada di situ yang hendak gelak ketawa, masih belum kena lagi Yang Berhormat Lenggong.

Belum kena lagi ya?

[Disampuk] Sudah kena? Belum? Yang Berhormat Baling saya tidak tahulah. Akan tetapi ini serius. Kemungkinan kalau suatu hari berlaku kepada kamu, apakah yang kita selaku Ahli Parlimen kena buat? Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan saya satu jawapan, pertamanya isu berkenaan dengan spesifiknya P. Uthayakumar.

Keduanya, isu berkenaan dengan keselamatan yang saya sudah bangkitkan banyak kali, yang mana saya minta berkaitan dengan CCTV dan juga apakah tindakan lain yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa lokap-lokap ini selamat?

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beri satu contoh untuk maklumat Yang Berhormat Lenggong. Saya beri satu contoh. Di Putra Heights, seorang gadis berumur 17 tahun dirogol dalam balai polis. Kawasan saya. We want to laugh. Tidak serius. Rogol pukul 6 pagi. Perempuan Melayu. Apa kesalahannya? Tidak ada. Dia dalam perjalanan balik dengan kawan lelaki yang bawa motor, dia di belakang. Ditahan kedua-dua mereka, dibawa ke balai. Kawan lelaki itu disoal di bilik satu. Dia pula dibawa ke bilik nombor dua dan di situ dia dirogol. Apabila dibawa perkara ini baru sahaja dia dituduh pesalah tersebut. Ini bukan bahan ketawa. Minta maaflah Yang Berhormat Lenggong. Saya kenal tetapi saya hendak – this is something serious.

[Disampuk] Kita kena serius. Apakah tindakan yang telah diambil?

Semasa dahulu apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, dia baik.

Saya tahu, saya jumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia bersetuju dengan

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

saya tetapi dia tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini sekaranglah. Dia beritahu kepada saya, “Yes, we have to do something.” Saya rasa apa yang dia sebut itu memang saya boleh terima bahawa dia ada niat yang murni untuk membuat perubahan. Dia kata “Okay, we will have CCTV, all lock-up.” Akan tetapi sehingga sekarang tidak ada. Bagaimana dengan yang baru ini? Adakah kita akan benarkan mereka semudah ini? Gazet tempat- tempat dalam mahkamah atau dalam balai polis untuk menjadi lokap begitu sahaja tanpa tidak ada sebarang kenyataan lain berkenaan dengan apa yang seharusnya dibuat. Apakah itu lokap yang dicadangkan? Keadaan-keadaannya. Bagaimana? Ringkas!

Saya minta semua di sini. Saya memang tidak menyatakan Tuan Yang di-Pertua bahawa semua balai memang mempunyai kekurangan. Saya ada pergi misalnya ke Balai Polis USJ dan sebagainya. There are new police stations with new standard. Akan tetapi saya rasa apabila kita berbincang berkenaan dengan hal ini, menjadi tugas kita semua di sini untuk pastikan bahawa aduan-aduan yang kita dengar itu tidak diperlekehkan tetapi diambil serius. Kita di sini juga meminta, kalau juga tidak menekan kementerian supaya ambil serius hal ini dan supaya ianya diperbetulkan.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi penjelasan kepada saya dalam masa jawapan beliau. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam ucapan ini. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kinabatangan, sila.

final • 5:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian iaitu kita melihat bagaimana penjara-penjara di seluruh dunia. Penjara ini kalau kita bicara, kalau di kampung-kampung dia takut dengar tetapi hari ini apa yang penting pada saya iaitu bagaimana pengurusan penjara itu sendiri.

Di negara kita ini, penjara kita memang salah satu tempat yang popular. Mungkin popular di seluruh dunia disebabkan isu-isu tertentu. Apa yang penting pada saya, bagaimana kebajikan warga penjara itu sendiri, pegawai-pegawai penjara itu sendiri, pekerja-pekerja penjara itu sendiri. Mereka bekerja siang dan malam, 24 jam. Cuma mungkin bertukar ganti. Pegawai-pegawai kakitangan penjara ini pun seolah-olah mereka dalam penjara sebab mereka bekerja dalam satu kotak. Penjara itu sendiri, tidak boleh keluar, makan di situ, minum di situ, semuanya di situ. Akan tetapi kita tidak melihat akan kebajikan mereka. Gaji, bonus, elaun mereka. Kadang-kadang saya terjumpa dengan rakan-rakan, keluarga yang bekerja di situ. Mereka bercerita bagaimana experience yang mereka lalui. Bagaimana penderitaan. Ada yang trauma, macam-macam.

Jadi, ini perlu kita lihat iaitu sistem pemenjaraan itu sendiri. Di negara-negara Amerika, Eropah saya melihat bahawa mereka yang dijatuhkan hukum satu tahun ke bawah tidaklah perlu melalui proses penjara iaitu sistem parol. Mereka membuat salah dan mereka harus kembali kepada masyarakat. Dilatih untuk kembali ke masyarakat tetapi di negara kita tidak kira berapa tahun kah, sumbat dalam penjara. Dia yang salah ringan pun, dia boleh bergaul dengan yang orang penjara seumur hidup pun ada. Jadi daripada mereka menjadi jenayah ringan, mereka sudah belajar untuk melatih diri mereka untuk menjadi jenayah berat pula. Jadi sudah tidak nampak ada satu sifat kemuliaan di situ. Yang ada parol di negara kita ini iaitu mereka-mereka yang hukuman sudah hampir habis satu tahun.

Dia tengok track record dia baik, maka itu yang ada parol.

final • 5:47 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi terbalik sikit. Itu pun baik juga, cuma pada saya yang penting di sini iaitu permulaannya. Kenapa kita tidak menerbitkan satu akta undang-undang biar Jabatan Peguam Negara melihat bahawa penjara ini bukan hanya semata-mata untuk memenjarakan tetapi untuk mengembalikan masyarakat itu sendiri ke pangkuan masyarakat. Mereka sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan dan mereka harus kembali ke pangkal jalan. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga kita membiayai wang ringgit yang banyak sama ada dari luar negara kah, macam-macam kah seharusnya

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

mereka yang datang daripada negara luar dihantar balik ke penjara mereka. Kenapa mahu penjarakan di negara kita? Kenapa kita tidak cetuskan undang-undang yang sedemikian?

Walaupun dia didapati bersalah di sini tetapi dengan adanya undang-undang, mungkin mereka akan dipenjarakan di negara mereka dan bukannya di negara kita.

Jadi ini barulah menampakkan bahawa kita ada kewajaran. Saya kembali kepada soal kakitangan penjara itu sendiri. Saya ingin meminta pihak kerajaan bukan sahaja hanya mengkaji undang-undang ini tetapi mencetuskan satu era yang baru kepada kakitangan penjara, memberikan mereka imbuhan yang lebih baik seperti anggota polis juga. Ini kerana akhirnya apa juga yang berlaku di luar sana, semua pesalah ini akan kembali ke penjara.

Setelah proses mahkamah dan polis, endingnya masuk penjara. Bermakna di situlah, semua segala-galanya iaitu sama ada yang didakwa ini, di putuskan salah ini orang jahat kah atau tidak kah tetapi apabila diputuskan mahkamah dia kena masuk penjara, maka penjaralah dia.

Dalam pada masa yang sama kita juga masih berada dalam sistem undang- undang yang lapuk. Saya pernah terbaca, mungkin Yang Berhormat Puchong boleh mencadangkan sesuatu iaitu penjara mencuri sedikit barang di supermarket kena tiga bulan, bayangkan. Sedangkan kesalahan itu mungkin boleh digantikan dengan satu kesalahan dengan satu undang-undang, mungkin dia di rehab, dipulihkan supaya dia tidak mencuri, akan tetapi ubatnya penjara, walaupun tiga bulan sudah kenalah. Masyarakat kita ini apabila kita sudah masuk penjara, tanggapan orang luar itu sudah terlampau teruk. Dia kata sudah keluar, ‘’Oh itu jaga kamu, masuk penjara sudah itu.” Dia punya persepsi itu. Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya saya masih ingat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dahulu, apabila kita mengkaji Kanun Keseksaan.

Kita letak satu fasal bagi jenayah yang agak kecil kita letak community service, khidmat masyarakat. Jadi minta mereka pergi cuci longkang ke? Pungut sampah ke sebagai gantian untuk masuk dalam penjara. Jadi bagi jenayah kecil, sebenarnya kita haruslah menggunakan lebih beri hukuman community service untuk dijadikan gantian daripada pemenjaraan. Apakah pandangan Yang Berhormat? Sebenarnya kita lihat di negara-negara lain kerana ekonomi meleset dan mereka sudah cuba cari jalan untuk memberi pembebasan awal kepada banduan-banduan kita. Akan tetapi di Malaysia walaupun ekonomi tidak baik, kita terima lebih banyak lagi masuk dalam penjara untuk mencegah jenayah. Jadi ini akan menjadi satu beban yang sangat besar kepada pihak kerajaan, bersetujukah Yang Berhormat?

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya jarang-jarang setuju dengan Yang Berhormat Seputeh ini. Akan tetapi petang ini saya bersetuju dengan dia.

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh?

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada lagi? Belum saya jawab [Ketawa]

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Baik-baik. Saya nampak Yang Berhormat Kinabatangan ini begitulah secara amnya seorang yang baik, memang banyak yang kita setuju cuma duduk di parti dan tempat yang salah [Ketawa] Tadi baru saja- beberapa hari yang lalu kita baru, semalam dan tadi kita baru meluluskan satu undang- undang yang letak seseorang yang menyertai kenduri, gengster boleh masuk penjara, orang yang hanya sebagai ahli kepada satu kumpulan yang dianggap sebagai jenayah dia kena masuk dua tahun.

Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Kinabatangan cadangkan yang curi jeans, yang curi kecil-kecil ini, kita biarlah dan jangan masukkan di penjara. Saya tidak tahu [Ketawa] macam mana Yang Berhormat Kinabatangan boleh cadangkan kepada Menteri untuk buatlah konsisten sedikit, janganlah kita terlalu keras sangat. Termasuk ada orang- orang yang dia join Tiga Line bukan kerana hendak buat jenayah kerana mungkin hendak ikut bersilat, hendak berkawan dengan sebab dia terpengaruh. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sebetulnya Yang Berhormat Batu, semua itu persepsi. Saya tidak nampak, kalau mungkin dia akan ditahan dan disiasat

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

kalau dia tidak terlibat, saya rasa tidak ada untungnya polis menyumbat dia ke penjara. Ini kerana polis pun manusia juga. Kalau dia Islam, qisas ini ada. Kalau dia buat undang- undang itu untuk kepuasan diri dia tanpa menilai manusia itu betul-betul bersalah atau pun tidak. Saya rasa satu hari pun dia akan kena buat juga. Jadi manusia ini, kita ada qisas dalam dunia ini, bukan suka hati kita menyumbat dia ke penjara.

Jadi saya melihat bahawa itu cuma persepsi, jangan bimbang sebetulnya. Sesiapa yang di luar pun jangan bimbang, kalau ada geng-geng pun asal tidak ada niat jahat untuk melakukan sesuatu kita boleh berkumpul, berbincang sebetulnya. Jadi jangan twist isu itulah Yang Berhormat Batu [Ketawa] Sebetulnya kita ingin menyumbang sesuatu. Saya ini bukan seorang yang pakar tetapi saya melihat rungutan orang ramai iaitu betapa negara kita ini hendak menuju negara maju tetapi undang-undang itu yang kita ada yang lapuk itu pun masih di simpan.

Sedangkan negara-negara luar yang membangun tidak ada undang-undang sedemikian. Dia ada community service atau pun kerja kebajikan masyarakat. Jadi penjara itu tidaklah menjadi sasaran. Asal salah sikit di hukum masuk penjara. Undang-undang itu sendiri ada di situ. Alangkah baiknya undang-undang itu di review. Berapa banyak pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara, takkan tidak ada pegawai dia terfikir langsung ke arah bagaimana cetusan baru untuk tuntutan yang baru? Kita telah meluluskan akta kumpulan geng gengsterisme macam-macam. Akan tetapi akta lapuk ini kita harus lihat, sebab kita tidak mahu ketinggalan dengan negara-negara membangun yang lain.

Di samping kita mengekang kegiatan jahat secara berkumpulan...

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Saya di luar tadi meneliti perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya terpanggil kerana di sebelah sana memang ramai orang yang bertauliah, peguam yang bertauliah semua. Jadi, kita jangan tengok persepsi seolah-olah pegawai keselamatan kita, pihak polis kita tidak sedar dengan Artikel 33, Geneva Convention, di mana kita tidak boleh sama sekali di katakan untuk menyeksa orang yang tidak bersalah. Jadi saya rasa kita ada standard operating procedure, di mana kesedaran itu memang wujud yang kita hormati sebagi satu daripada anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jadi itu Yang Berhormat bahawa saya itu sengaja tidak sedar bahawa negara kita ini memang patuh kepada undang-undang antarabangsa.

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan, kita ada SOP. Sebab apabila ada anggota polis yang menyalahgunakan kuasa, saya rasa mereka juga perlu di hadapkan ke mahkamah, di hadapkan kepada undang-undang sebab mereka menyalahgunakan kuasa. Dalam kepolisian ini ramai memang manusia, beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu. Jadi saya tidak dapat menafikan mungkin ada seorang dua yang terlepas pandang seperti yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, meminta jaminan, memang tidak ada jaminan. Di mana-mana negara pun memang tidak boleh memberi jaminan bahawa tidak ada kesilapan yang berlaku. Akan tetapi pegawai yang silap, bermakna dia tanggung risiko lah.

Di situ kita ada undang-undang untuk menentukan mana-mana pegawai yang menyalahgunakan kuasa dia, maka dia akan berhadapan dengan tindakan-tindakan susulan daripada pihak penguat kuasa dia sendiri. Apa yang penting pada saya kita ingin melihat negara kita ini membangun dalam bentuk bidang pembangunan, masyarakat dan undang-undang juga disertakan.

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, saya mahu minta pihak Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk mengadakan undang-undang yang mendraf undang-undang. Tengoklah undang-undang kita yang sudah lapuk ini sebab kasihan saya. Ramai orang yang tidak mampu seperti juga khidmat bantuan guaman. Di semenanjung ini mungkin ia berleluasa, tetapi di Sabah khususnya di Sandakan. Apa yang jadi sasaran, wakil rakyat sebab tidak ada ibu bapa ini tidak mampu mengupah peguam. Jadi peguam di sana walaupun tidak popular seperti Yang Berhormat Puchong, tetapi ada jugalah dan kena juga dibayar.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Saya faham, Yang Berhormat Puchong itu mahal.

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Puchong dia luar biasa, sebab itu dia mahal. Jadi, orang hebat memanglah bayarannya banyak. Macam yang lain-lain tidak hebat, bayarannya ada juga tetapi tidak banyaklah. Yang Berhormat Shah Alam dia bukan peguam, kepakarannya lain sedikit. Dia putar alam [Ketawa] Jadi kalau boleh kita kajilah undang-undang yang sedia ada yang mengambil satu botol Colgate, harga RM.20. Kena tiga bulan, sengsara masyarakat kita.

Jadi, rasa saya, masanya sudah sampai. Peredaran zaman ini perlu kita rombak bersama dengan undang-undang yang sedia ada dan kaji juga keadaan kewujudan penjara kita. Walaupun mereka ini bersalah, ada segelintir masyarakat beranggapan orang salah, biarlah dia salah. Siapa suruh dia buat salah? Akan tetapi mungkin bukan itu yang dia mahu, tetapi ada dorongan-dorongan waktu mungkin yang dia terpaksa melakukan. Saya percaya setiap kita manusia ini, dalam diri kita ada sekeping daging yang mempunyai nilai yang baik iaitu hati kita. Justeru itu, kita gunakan kembali kepada kemanusiaan itu sendiri...

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Kita tidak mahu dengan sewenang-wenangnya menyumbat mana-mana pihak ke dalam penjara. Kita tengok penjara kita airnya- saya dapat rungutan juga. Ada penjara kita air paipnya jalan keluar macam air milo dia kata, Yang Berhormat. Tolong cakap di Dewan Rakyat. Saya tidak mahu cakap mana satu penjara, tetapi ada, iaitu air diberi minum dari paip yang bukan air bersih. Jadi ini bermakna kita telah menganiaya kemanusiaan itu sendiri. Ia bukan mungkin penjara itu mahu begitu tetapi pembekalan air itu sudah begitu. Jadi harus dilihat juga situasi penjara kita, keadaan pegawai-pegawai penjara kita, kedudukan dia sebab mereka ini pun dalam keadaan penjara itu, tidak boleh keluar seolah-olah mereka ini jadi orang penjara. Sedangkan mereka mengawal orang di penjara.

Jadi harus kondusif juga keadaan-keadaan pegawai-pegawai kita dilihat. Jangan polis kita boleh naikkan gaji dan askar dengan elaun dia. Pegawai-pegawai penjara juga harus kita libatkan sama dengan kenaikan-kenaikan yang sebegini...

final • 6:00 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 6:00 PM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sedarkah Yang Berhormat Kinabatangan bahawa kedudukan pegawai-pegawai penjara kita walaupun setaraf pangkatnya dengan pegawai polis, contoh sarjan dengan sarjan. Gaji yang diterima oleh sarjan di Jabatan Penjara tidak sama dengan gaji yang diterima oleh sarjan polis. Jadi adakah ini harus juga dilihat agar kebajikan orang-orang yang seperti Yang Berhormat katakan tadi, berada dalam keadaan itu diangkatkan taraf mereka. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, ini soal yang bagus sebetulnya. Itulah sebetulnya inti pati ucapan saya itu. Ia harus dilihat daripada semua sudut iaitu sama-sama ranking dengan inspektor tetapi inspektor polis, gaji dia lebih tinggi inspektor di penjara. Jadi ini tidak adil. P. Ramlee bilang. “Itu tidak adil!”. Kalau kerajaan ini betul-betul mencari keadilan di situlah. Sebab akhirnya, apa yang dilakukan orang-orang jahat ini dia akan masuk di penjara. Bermakna akan ada orang yang mengawasi mereka.

Justeru itu, harus juga dilihat dinaikkanlah elaun mereka, gaji mereka dan pendapatan mereka.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kinabatangan, malam Jumaat ini.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan menyuarakan pasal penjara. Akan tetapi dia tidak tentu berkenaan keadaan penjara itu sendiri. Ini kerana kita sudah suarakan di dalam

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Dewan yang mulia ini dahulu bahawa betul kita tahu ini- kita menahan orang yang salah.

Akan tetapi kita mahu juga penjara-penjara ini dilengkapi dengan bilik yang selesa. Kita tidak mahu satu bilik penjara 15 ke 20 orang tinggal. Ia tidak ada ruang untuk beribadah.

Jadi apa macam kita mahu ubah mereka, kalau mereka ini tidak dapat beribadah?

Jadi kita mencadangkan mungkin Yang Berhormat Kinabatangan, keadaan penjara itu sendiri harus dilihat ia sesuai untuk orang dalam penjara. Kalau tidak sesuai, mungkin mereka beranggapan, lain kali buat lagi. Kita mahu mungkin kerajaan membina penjara bilik-bilik tempat mereka itu tinggal sesuai tempat mereka mandi, tempat mereka membuat ibadah. Bererti kalau tidak ada tempat yang sesuai, kita masukkan mereka, saya tidak cerita pasal agama apa, Islamkan atau Kristiankah, tempat-tempat mereka bertaubat.

Akan tetapi ini tidak ada. Kita sudah suarakan. Jadi saya mintalah kalau mungkin Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju bahawa setiap penjara di mana kawasan-kawasan Parlimen ini, kita melibatkan diri untuk tengok keadaan-keadaan yang selesa supaya mereka ini dapat bertaubat dan dapat pulih seperti manusia biasa. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kalabakan dan masuk dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya pun terlihat jam memang sebetulnya perlu kita bersiap-siap sebab malam ini malam Jumaat.

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, jadi kita balik memang kena punyalah.

final • 6:00 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Rumah mana satu?

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi saya rumuskan, keseluruhannya supaya kita melihat undang-undang penjara ini dari semua sudut dan perbetulkan dengan segenap inci yang boleh kita perbetulkan. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed - Pulai

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Sibuti, mahu berucap? Tidak. Belakang sekali, Yang Berhormat Bakri. Selepas Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Batu, dan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bakri. Pagi tadi, sewaktu menjawab soalan dari Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa sistem penjara kita mempunyai sistem penjara antara yang terbaik di dunia sehinggakan terdapat 10 negara yang belajar daripada sistem parol dan ‘current prisoner system’ kita. Soalan saya, berapakah jumlah banduan yang benar-benar tidak melakukan jenayah lagi setelah dibebaskan, didenda dan banduan yang kembali melakukan jenayah setelah dibebaskan dan dipenjarakan semula? Sekian terima kasih.

final • 6:07 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat petang dan salam reformasi. Mesti ada punya. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya...

final • 6:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, abang Yang Berhormat Baling sudah balik.

final • 6:08 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Anne...

final • 6:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, anne.

Panggil anne masuk dalam. Sila, sila.

final • 6:08 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau dia ada, dia akan cakap mana dia menjelajah seluruh dunia. Akan tetapi tidak apa, biar dia pergi menjelajah seluruh dunia.

final • 6:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, sila.

final • 6:08 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey, terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya Tuan Yang di-Pertua untuk membahaskan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 yang membawa...

final • 6:08 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim

[Masuk ke dalam Dewan]

final • 6:08 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Oh! Yang Berhormat sudah masuk [Ketawa] yang bermaksud membawa Akta Penjara 1995 yang akan dipinda bagi memperuntukkan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk meletakan lokap di mana- mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 melalui pemberitahuan dalam warta.

final • 6:08 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Mengikut fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 7, [Akta 537] untuk memasukkan subseksyen baru (1A) untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan lokap dan mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah sebagai tempat bagi pengurungan orang yang direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. Persoalannya saya Tuan Yang di-Pertua di sini, sekiranya pindaan yang dinyatakan telah diluluskan di mana mana- mana lokap, di mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah boleh ditetapkan sebagai tempat pengurungan bagi orang yang direman di bawah akta ini, apakah kejadian kematian dalam tahanan akan menjadi bertambah serius? Bagaimana keselamatan orang yang di reman dapat dijamin?

Saya ingin memberikan statistik mengikut senarai SUARAM di dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, telah pun berlaku 8 kes kematian di bawah penyeliaan polis. Saya ingin bacakan tarikh, nama, umur dan tempat tinggal secara terperinci: Pada 14 Januari 2013, Chang Chin Te umur 30 tahun di USJ 18; 23 Januari 2013, Sugumaran 39 tahun, Batu 14 Cheras; 1 Februari 2013, Mohd Ropi 43 tahun, Temerloh; 10 Mac 2013, M. Ragu 47 tahun, Kampar; 17 Mac 2013, nama tidak diketahui, berumur 55 tahun, Seri Alam, Johor; 21 Mei 2013, N. Dharmendra 32 tahun, IPK KL; 27 Mei 2013, James Ramesh 40 tahun, IPK Penang; dan 1 Jun 2013, P. Karuna Nithi 42 tahun, IPD Tampin.

Ini pula ditambah dengan dalam tempoh bulan 9 hingga bulan 12 tahun ini. Tiga kematian dalam tahanan telah berlaku dan yang paling dahsyat Tuan Yang di-Pertua, dalam balai polis yang sama iaitu Balai Polis Dang Wangi. Tiga individu tersebut adalah K.

Nagarajan 32 tahun, Chandran Perumalu 43 tahun, dan Wong Tip Ping 51 tahun, mengalami nasib yang sama di balai polis yang sama. Sekarang kita sedang mengulas dan membahaskan satu undang-undang yang boleh membawa mana-mana balai polis dan mana-mana mahkamah dijadikan tempat sebagai lokap.

Kita ada satu isu yang serius yang telah dibawa oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah Pakatan Rakyat sekian lama, tentang kematian di dalam lokap. Ini bukan isu baru, ini adalah isu lama, bertahun-tahun tetapi saya tidak nampak Kerajaan Barisan Nasional serius untuk menangani masalah ini tetapi sebaliknya hendak menambahkan lagi lokap. So, saya rasa mekanisme ataupun penekanan perlu diberikan terlebih dahulu untuk memberi keselamatan dan jaminan bahawa banduan-banduan ini

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

adalah terselamat di dalam lokap. Selagi yang itu tidak dijamin, selagi itu tidak diberikan keutamaan, saya rasa pindaan kepada rang undang-undang ini akan lagi disalahgunakan, akan lagi dimanipulasikan, akan lagi bertambahnya ramai banduan yang akan mati di dalam lokap...

final • 6:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

So, wujud satu isu...

final • 6:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Yang Berhormat Kapar, minta laluan Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, silakan.

final • 6:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih. Setuju tidak Yang Berhormat Kapar dengan saya, di sebalik faktor-faktor infra, pemakanan dan apa yang disajikan di dalam lokap, kejadian kematian dan kesan-kesan penyakit seperti strok dan sebagainya, mungkin juga disebabkan kesihatan asal banduan-banduan ini. Perkara seperti banduan-banduan ini, mereka bukanlah orang-orang yang berdisiplin yang menjaga kesihatan.

Jadi, sepatutnya sebelum dimasukkan ke dalam penjara, sepatutnya diadakan pemeriksaan yang menyeluruh. Ini kerana saya percaya ramai di antara mereka tidak tahu ada darah tinggi, tidak peduli dia ada kencing manis dan tidak pernah peduli dengan kesihatan jantungnya. Jadi, apabila berada di dalam keadaan tertekan, mungkin kejadian- kejadian seperti serangan jantung, strok dan sebagainya akan terjadi dan ini boleh menyebabkan kematian.

Seperkara lagi, banduan-banduan mempunyai sikap yang negatif pada awalnya lagi. Ada di antaranya yang memang tidak menerima nasihat tentang kesihatan walaupun diberi penerangan, diberi ubat, ada di antaranya tidak mahu makan ubat. Ada di antaranya yang memerlukan suntikan setiap hari, tidak mahu mengambil suntikan. Dengan sikap yang begini, malah ada yang mempunyai suicidal attempt, dengan izin. Memang masuk dia sudah kita lihat banyak yang menggantung dirinya di dalam penjara.

Jadi, setuju tidak Yang Berhormat Kapar dengan saya bahawa di sebalik faktor- faktor infra, pemakanan yang disajikan atau mungkin penderaan yang dikatakan, faktor- faktor ini juga memainkan peranan yang penting kenapa terjadinya kematian dan sebagainya. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya terima pendapat itu, ini yang saya katakan tadi bukan satu sebab mengapa orang mati dalam lokap. Penderaan dari pihak polis untuk mendapatkan kenyataan daripada mereka adalah satu sebab, saya setuju. Itu pun sepatutnya tidak boleh berlaku di negara yang demokrasi sebegini. Yang dari sudut makanan dan sebagainya, penderaan dan sebagainya, itu yang saya kata secara majmuk, secara meluas.

Saya ingin menekankan satu lagi isu yang saya terlibat baru-baru ini, tentang salah satu kes banduan yang meninggal dunia dalam lokap. Saya tidak hendak masuk secara mendalam kepada individu tersebut, saya just hendak sentuh fakta sahaja. Individu ini disebabkan penderaan di dalam lokap, meninggal dunia kerana tidak diberikan perubatan ketika dia memerlukan.

Sebagai seorang doktor, saya hendak Yang Berhormat Bagan Serai tadi memahami. Kalau orang tersebut berada di luar lokap, dia mempunyai kebebasan diri untuk pergi berjumpa doktor, pergi mengambil ubat dan mendapatkan rawatan. Apabila dia dikurung di dalam lokap, orang yang sepatutnya mengambil berat tentang kesihatan beliau adalah pegawai-pegawai lokap, orang yang berada di samping beliau.

So, di sini saya mengehendaki semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, ada perbezaan dengan kita yang berada di sini dengan mangsa di dalam ataupun banduan di dalam lokap. Kita ada peluang, kita ada ruang, kita ada kuasa hari ini pergi ke mana-mana untuk mendapatkan rawatan. Sesiapa yang berada di dalam lokap, dia tidak ada ruang tersebut, dia tidak ada kuasa tersebut. Ini perbezaannya.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Makanan dan sebagainya, memang betul, kita jangan sajikan mereka dengan makanan yang boleh membawa isu-isu kesihatan dan sebagainya. So, penderaan, makanan, ruang yang tidak ada untuk mereka mendapatkan rawatan yang sempurna, semua ini yang mengakibatkan ramai yang mati di dalam lokap. Saya balik kepada isu yang saya tekankan tadi, selagi isu-isu sebegini tidak dibaiki, saya rasa tidak sepatutnya kita beri Kementerian Dalam Negeri kuasa untuk menjadikan mana-mana balai polis, mana-mana mahkamah sebagai satu tempat penjara untuk banduan pada masa yang akan datang.

Saya juga ingin tekankan dekat sini, perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh dilucutkan nyawanya atau kebebasan dirinya, saya tekankan di sini, kebebasan dirinya kecuali melalui proses undang-undang. Perkara 3 dan 5 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 turut masing-masing menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak terhadap nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. Tidak sesiapapun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim dan tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

Justeru, apakah Menteri Dalam Negeri dapat menjamin bahawa tiada mana-mana orang tahanan yang dikurung di lokap mana-mana balai polis dan bangunan mahkamah yang ditetapkan oleh beliau sebagai lokap tidak akan menganiaya dan mendera mana- mana mangsa. Itu yang kita perlukan jaminan daripada beliau. Jaminan yang konkrit daripada beliau.

Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, ini website www.prison.gov.my. Ini adalah website rasmi Institusi Penjara Malaysia. Kalau kita masuk sahaja sekarang pun boleh masuk walaupun kita ada internet yang paling lemah, berbanding di Bangsar. Tidak apalah, kita masuk, boleh masuk. Semua boleh masuk, Yang Berhormat-Yang Berhormat semua boleh masuk.

final • 6:10 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Buka sahaja dia ada piagam pelanggan dan di bawah piagam pelanggan ini dia tulis dekat sini untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua. “Kami berjanji...” ada perkataan ini, undertaking. “Kami berjanji untuk menyediakan tempat kurungan yang selamat dan layanan yang berperikemanusiaan kepada banduan berlandaskan peruntukan undang-undang.” Ini bukan saya ambil atau saya petik daripada mana-mana. Ini website www.prison.gov.my, Institusi Penjara Malaysia. Sudah ada dekat sana janji mereka. Di bawah pula mereka bersambung, kami juga berjanji, ada empat point, kami juga berjanji:

(i) memastikan banduan menerima program pemulihan yang bersesuaian;

(ii) menjamin semua aduan dan rayuan banduan mendapat pertimbangan yang bersesuaian;

(iii) menyediakan panduan yang lengkap dan mudah difahami bagi tujuan perjumpaan keluarga dengan banduan; dan

(iv) menyediakan tempat menunggu dan tempat perjumpaan yang selamat dan selesa.

Adakah piagam pelanggan ini akan dituruti? Saya rasa menurut hujah-hujah Yang Berhormat Puchong tadi, kita nampak keempat-empat janji ini dan janji utama itu telah ‘diperkosakan’ dan dihinakan dan tidak dilaksanakan di Malaysia. Sebagai contoh banduan yang telah menulis...

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, mengantuk hendak bercakap sedikit boleh?

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Sekejap, sekejap. Boleh?

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya mengantuk hendak bercakap sedikit boleh tidak?

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya habiskan dahulu. Saya dapati tadi ada seorang banduan yang telah menulis sepucuk surat sampai kepada Perdana Menteri, sepatutnya isu ini tidak boleh berlaku. Dia sepatutnya ditangani dengan adanya janji-janji ini, piagam ini sepatutnya selesai isu ini, bukan sampai kepada Perdana Menteri. Itu yang saya ingin tekankan. Silakan Yang Berhormat Lenggong.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir tidak adillah kalau ada satu dua kes kita gambarkan bahawa itulah keseluruhannya, yang berlaku di penjara kita. Hakikatnya kalau kita bandingkan kedudukan penjara kita dengan banyak penjara lain, kita lebih baik. Apa yang disebut dalam piagam pelanggan saya fikir ia dilaksanakan. Mungkin satu dua kes sahaja Yang Berhormat.

Janganlah satu dua kes berlaku, kita tunjukkan itulah imej yang berlaku pada penjara kita, ini tidak adil. Dari segi program latihan, dari segi prasarana dari segala-galanya, saya fikir kita lebih baik. Barangkali ada satu dua tidak baik, itu boleh diperbaiki, tetapi tidak adil kalau Yang Berhormat sebut bahawa apa yang berlaku itu semuanya berlaku begitu.

Mana mungkin dalam penjara, kita tidak ada tempat bertemu untuk keluarga bertemu dengan pesalah, ada. Mungkin boleh ditambah baik, itu pun satu dua, tetapi kalau Yang Berhormat sebut tadi samalah macam Yang Berhormat Puchong tadi. Yang Berhormat Puchong tadi. Yang Berhormat Puchong tadi sentuh saya, tengok orang lain tetapi dia sebut nama saya, dia berminat tersebut nama saya. Sebenarnya satu dua kes yang berlaku tidak boleh kita gambarkan itulah secara keseluruhannya, tidak adil Yang Berhormat. Yang Berhormat Ahli Parlimen, profesional sedikit Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat ya. Itu sahajalah hendak hilang mengantuk Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Dia sahaja hendak punch card hari ini. Silakan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hanya hendak baca satu laporan yang disiarkan dalam The Malaysian Today pada tahun lepas iaitu seorang banduan Mohd. Adnan Razali dia mati dalam bulan Jun 2010, kerana masalah kidney, kidney problem. Di mana selepas Penjara Kajang menafikan dia untuk melawat hospital kerana masalah kesihatan. Lepas itu ahli keluarga Mohd. Adnan Razali membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara. Ini adalah satu bukti di mana keluar dalam surat khabar. Jangan kata ini yalah memang satu kes sini, satu kes sana. Akan tetapi kalau kita sambung sekali kalau kita buat satu survey, satu interview mungkin banyak lagi kes yang mungkin Yang Berhormat boleh lawat dan melihat keadaan sebenar.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kapar boleh, minta celah sedikit? Boleh ya, boleh, tidak boleh?

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Hendak berdebat dengan saya kah dengan Yang Berhormat Seputeh?

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dua-dua sekali, dua-dua sekali.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini terpulang kepada Yang Berhormat Kapar. Kalau Yang Berhormat Kapar benarkan.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Saya benarkan.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kapar itu saya sebutkan tadi, maknanya satu kes sahaja. Kalaulah penjara itu mengamalkan amalan yang sama, tentu semua akan menjadi macam itu. Itu sahaja kes sahaja. Jadi kalau yang disebut tadi menyebabkan semua, mungkin semua akan berlaku. Saya terfikir bahawa itu kes-kes yang boleh diperbaiki. Tidak boleh kita katakan bahawa bila kes macam itu semua begitu keadaannya. Itu tidak betul Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Lenggong, boleh you beritahu berapa kes baru hendak ...

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini salah peraturan ini mana boleh celah pada saya, minta dekat dialah.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini tidak boleh ini.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Okey saya sambung baliklah ya, terima kasih Yang Berhormat Lenggong.

final • 6:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Kapar berapa kes...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Gulung, gulung, gulung.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ada dua lagi point. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong dengan Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak jawab Yang Berhormat Lenggong dahulu dia kata satu dua kes, tetapi ingat Yang Berhormat Lenggong, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Walaupun satu dua kes kita kena tunjukkan keprihatinan itu penting. Apakah emosi ini adalah emosi yang sama, jika saudara mara beliau yang meninggal dunia di dalam lokap? Adakah anak-anak beliau esok-esok berlaku benda yang sama? Saya berdiri dekat sini walaupun seorang dua orang yang meninggal dunia, saya sedang mengutamakan prinsip keadilan dan kebenaran. Bukan sahaja untuk Pakatan Rakyat termasuk anak-anak Barisan Nasional itu yang penting. Itu yang perlu kita tegaskan dekat sini.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bangun. Ini seorang lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Semua sebelah sini... Tidak apa silakan.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kapar saya cuma hendak tanya pendapat Yang Berhormat Kapar. Betul, satu, dua, tiga dan empat. Akan tetapi kita kena ambil bandingan berapa ribu banduan yang ada, kalau kita bandingkan dengan kes yang berlaku. Cuma kita semua setuju bahawa apa sahaja sistem yang ada, dia tidak akan jadi perfect, dia tidak akan jadi tidak ada kes langsung terutamanya pula yang bekerja ini juga manusia. Apa yang pentingnya kita kena terima hakikat bahawa kes yang ada itu is an isolated case yang it has to be address. Akan tetapi janganlah bagi gambaran bahawa macam tadi, Yang Berhormat Taiping kata kita ini dalam keadaan penjara kita ini macam Penjara Guantanamo, kerana satu dua kes ataupun satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu saya ingin tekankan lagi sekali, ini bukan isu, sebenarnya dia sudah macam faham apa yang saya hendak bawa selepas ini. Itu yang cantik itu. Dia kata bilangan banduan yang banyak. Saya terima isu tersebut bilangan banduan yang banyak. Saya hendak bacakan satu teks ini, lepas itu berfikirlah sendiri Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu wajibkah insan ini dihantar ke penjara. Insan ini bernama Mohd. Zubir Kasim, seorang bekas tentera berumur 32 tahun dari Padang Serai, Kedah.

Saya tahu mengapa sekarang Padang Serai mengutamakan prinsip kebenaran dan keadilan.

Tuan Yang di-Pertua pada 17 November 2012, dia mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold. Dia dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan. Ketika alasan apabila ditanya mengapa dia curi susu jenama Anlene Gold, bekas tentera Mohd. Zubir Kasim ini menyatakan bahawa dia tidak sanggup melihat anaknya yang berumur sembilan tahun lapar. So dia curi benda ini untuk tujuan menjual, untuk menyuapkan anak tersebut. Come on Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, be realistic. Ini adalah isu di mana tidak perlu dipenjarakan. Kita ada banyak kes, yang kita masukkan mereka dalam penjara, kes macam ini? So di sinilah kita memerlukan ruang yang banyak. Macam Yang Berhormat Seputeh kata satu lokap 20 orang.

Kita kena meneliti kes demi kes. Kes macam ini saya tidak dapat pungut ingatan saya, I can’t recall this event actually. Saya difahamkan, saya pernah baca ini bukan difahamkan, saya pernah baca benda ini di Indonesia situasi hampir sama. Seorang ibu telah mencuri susu tepung dan hakim itu setelah menjatuhkan hukuman bayaran, dia bagi fine.

final • 6:20 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Secara kebetulan, dia kata fine itu dia akan bayar sendiri kerana pada dasarnya susu tepung pun tak ada duit nak beli. Macam mana hendak bayar fine? Oleh sebab itu, hakim itu sendiri membayar fine dan mengatakan jangan curi selepas ini. So, prinsip kemanusiaan telah diutamakan. Kalau prinsip kemanusiaan diutamakan dan sebagainya, saya rasa penjara kita tak penuhlah. Saya balik kepada rumusan saya. Saya memerlukan konsep penjara ini...

final • 6:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat Kapar, minta celah sedikit.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Peminat ramai ya? Ya, dipersilakan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lepas ini gulung ya.

final • 6:30 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik cerita berkenaan dengan kes yang curi kerana tak makan. Saya hendak mengingatkan ada satu kisah berlaku pada zaman Sayidina Umar apabila ada seorang yang mencuri. Apabila dia mencuri tadi, dihadapkan kepada Sayidina Umar. Apabila Sayidina Umar tanya dia, “Berapa gaji yang kamu dapat?” Maka si pencuri itu beritahu, gaji yang tak sepatutnya dia dapat. Sayidina Umar kata kepada tuan yang dicuri barang tadi, “Kalau sekali lagi kamu datang mengadu kerana pekerja kamu mencuri darinya, bukan tangan dia yang aku potong, tangan kamu yang aku potong.” Itu menunjukkan tentang prinsipnya ialah soal keadilan dan juga soal pembelaan tuan.

final • 6:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Hebat itu. Itu yang sebenarnya menambah baik apa yang saya hendak ceritakan tadi dengan contoh yang kukuh dan contoh yang betul-betul memberi kesedaran kepada Kerajaan Barisan Nasional ini.

Sebelum mengutamakan dan mengutarakan sesuatu undang-undang sebegini, pastikan nilai-nilai murni yang lain diambil perhatian, diambil sebelum situasi sebegini wujud. Tuan Yang di-Pertua, saya merumuskan selagi lokap-lokap kita tidak sempurna, tidak memberi jaminan kepada banduan-banduan dan memberi satu kesempurnaan dan keselamatan kepada mereka, saya rasa saya menolak undang-undang ini dan undang-undang ini perlu dikaji secara terperinci. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam reformasi.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kota Melaka, lima minit ya?

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Tadi Yang Berhormat Kalabakan saya ingat telah kemukakan satu soalan dan perhatian yang paling baik, satu question iaitu penjara kita, apakah tujuan utamanya? Adakah ia hanya untuk kurungkan banduan atau OKT ini dan menjalankan hukuman mahkamah atau dia hanya satu tempat untuk torture atau menakutkan orang yang salah ini, OKT ini supaya dia tidak melakukan lagi.

Saya ingin bawa satu experience, pengalaman saya sendiri. Oleh sebab itu pada masa saya ditahan pada tahun 1987, saya ada buat pertanyaan dengan IO saya. “Mengapa keadaan ini sebegitu teruk?” Dia cakap, “You expect this is hotel?” Dia cakap. “You ingat ini hotel kah supaya you suka datang.” We want to make sure that they will not come back for the second time.” Itu yang saya dapat jawapan dari IO saya pada masa itu. Dia cakap kemudahan lokap ini tidak boleh kita banding dengan kemudahan bilik-bilik yang luar. Dia cakap, mesti satu keadaan yang teruk supaya mereka enggan hendak masuk lagi. Itu cara untuk siapa?

Saya pada masa itu seorang mangsa ISA. Saya tidak anggap saya seorang pesalah. Saya tidak buat apa-apa jenayah. Akan tetapi apa yang dia beritahu kepada saya iaitu lokap ini ialah untuk menakutkan. Oleh sebab itu dia katakan keadaan itu memang begini. Lokap ini tahun 1987, selepas 26 tahun saya tidak tahu keadaan lokap di Alor

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Gajah, yang itu saya tinggal sana hampir 30 hari. Bangunan Balai Polis Alor Gajah memang sudah bangunan baru, canggih.

Kemudahan saya nampak sudah bertambah baik tetapi saya tidak pasti keadaan dalam lokap itu bagaimana. Adakah ia masih sama dengan tahun 1987, semasa saya ditahan di lokap itu? Adakah ia sama dengan bangunan di luar, pemandangan yang begitu baru, yang lebih canggih? Oleh sebab itu saya hendak tanya, kalau dapat jawapan dari Yang Berhormat Menteri, konsep penjara atau lokap ini. What is the main purpose? Adakah ini hanya mengehadkan kebebasan seseorang yang dikatakan ditahan sebagai suspek?

Kerana itu lokap, bukan penjara.

Seseorang suspek, belum jatuh hukum lagi. Adakah layanan sebegini sepatutnya terhadap mereka? Kalau mereka sampai 30 hari, tadi ada Yang Berhormat lain yang menyatakan kalau 30 hari ia dibebaskan kerana tidak salah, langsung tidak salah. Tiada bukti yang kata dia salah tetapi 30 hari, sebulan, dalam lokap dengan layanan sebegini.

Bolehkah dia buat tuntutan terhadap kerajaan atau terhadap kementerian? Itu satu soalan yang saya hendak ingat tadi, dua Yang Berhormat, satu Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat dari Kinabatangan. Saya ingat ini satu persoalan yang kita perlu tahu.

Saya ingat ia juga ditanyakan oleh orang awam. What is the main motive dengan lokap ini? Is it to reshape dia punya movement or this is a place where we want to apply, torture mereka. So that they will not come back. They are not even dihukum lagi, belum lagi hukuman dibuat. Tahun 1987..., sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Lokap yang saya tinggal satu bulan itu iaitu dikatakan isolated, hanya seorang banduan sahaja. Five by ten, tidur dan mandi di sana, buang air besar, buang air kecil pun di sana juga.

The squatting bowl sepatutnya putih tetapi hitam. Langsung tiada apa-apa lain selain daripada sekeping sabun yang diberi kepada saya. Satu lubang, saya ingat four by four di atas untuk ventilation. Cukup panas, tidak boleh pakai baju, seluar pendek. Kalau bagi saya pakai baju, saya pun tidak pakai kerana berpeluh, always sweat. Saya tanya mengapa keadaan sebegini? Dia cakap “This is the way, we have to treat them so that they will not come back.” Akan tetapi saya kata, “Saya bukan, I am not even convinced that I did anything wrong. Mengapa saya dapat layanan begini?” Oleh sebab itu tadi semasa Yang Berhormat Puchong, adakah OKT- kalau dikatakan ISA, mungkin ada akta-akta baru, dapat layanan seperti yang mungkin disyaki perompak, perogol. Kita dapat layanan yang sama. Exactly the same, bukan makanan yang sama tetapi kemudahan itu adalah sama. Kalau kita katakan negara Malaysia ini kita ke arah negara maju, saya tidak pernah lawat. Saya... sekarang, tidak pernah lawat penjara atau lokap-lokap di lain-lain negeri. Saya tak tahu negara maju, dia punya lokap bagaimana? Akan tetapi kalau katakan dengan filem yang saya dapat lihat, keadaan itu memang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan lokap-lokap dan penjara di negara kita.

Oleh sebab itu saya ingin kongsi sedikit, bukankah kita pernah kaji semula? Kita meluluskan beberapa akta, undang-undang baru. Nampaknya kesannya ialah kita akan bawa lebih lagi orang atau banduan masuk ke penjara, masuk ke lokap.

final • 6:32 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Iaitu kalau lokap ini kerana ada akta yang it’s going to be detention without priority seperti yang kita dapat layanan seperti itu. Pada masa saya ditahan, saya dapat high fever. Malam saya dapat high fever. Saya minta dua Panadol dari guard atau anggota polis pada masa itu. Dia kata, sorry, minta maaflah, saya kena dapat kelulusan dari IO. IO itu akan datang esok hari pukul 10. Saya kena tunggu hampir 20 jam sebab malam pukul 8 lebih saya dapat high fever. Saya terpaksa gunakan air itu siramkan kepala saya non stop. Dapat cool down myself. Adakah tidak ada sebarang garis panduan atau something proper guide, bagaimanakah menguruskan tahanan lokap atau penjara?

I think we have to do something, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita kena study. Saya minta kelulusan di lokap di Alor Gajah, saya hendak pergi melawat selepas 26 tahun. Tempat yang saya tinggal itu, adakah ia sudah sekarang ditambah baik atau keadaan sama. Kalau kita nampak di luar begitu canggih bangunan baru, adakah di dalam sama juga. It is what we are going to do. Adakah keadaan ini kena buat, adakah ini sepatutnya tidak buat terhadap banduan-banduan atau orang yang belum dijatuhkan hukum. I think ini tidak adillah, ini memang tidak adil.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 6:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, saya jemput Yang Berhormat Kulai.

final • 6:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang untuk mengambil bahagian untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Penjara. Saya rasa beberapa isu yang saya hendak sentuh di sini. Saya rasa kita perlu meminda Akta Penjara ini kerana kita telah dalam Parlimen ini telah meluluskan satu akta, kita meminda Akta Pencegahan Jenayah pada sidang yang lalu dan oleh sebab itu sekarang perlulah buat pindaan terhadap Akta Penjara ini juga tetapi saya rasa soal asasnya adalah apa itu tujuan untuk kita membuat pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah. Oleh begitu kita sekarang perlulah buat pindaan kepada Akta Penjara.

Saya rasa kalau kita cakap, kita buat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah kerana kita hendak membanteras jenayah tetapi kita semua tahu pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah ini adalah untuk membanteras jenayah terancang tetapi setakat ini apa yang berlaku di masyarakat kita, apa yang menakutkan kita kebanyakannya bukanlah kes-kes jenayah terancang. Saya hendak memberi beberapa contoh. Beberapa wakil rakyat sendiri pun sudah menjadi mangsa jenayah. Seperti beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Seremban, tingkap keretanya dipecahkan kerana beliau terlupa untuk membawa laptop bersama dengan beliau. Oleh sebab itu, tingkap keretanya dipecahkan dan juga pada Isnin yang lalu seorang ADUN Bukit Gasing di negeri Selangor apabila beliau bersarapan pagi di kedai kopi, secara tiba-tiba iPadnya dirompak juga.

Jadi saya hendak tanya kes-kes sebegini adakah ini adalah di kategori sebagai jenayah terancang juga. Bukan itu sahaja, bukan wakil rakyat yang menjadi mangsa tetapi juga wartawan, seorang wartawan dari Malaysiakini, rumah beliau di Petaling Jaya semalam pun kena rompak dan kerugian beliau adalah sebanyak RM9,000. Ini berlaku pada waktu siang dan kebelakangan ini satu kes yang amat menyakitkan hati kita adalah pembunuhan gadis yang baru berumur 15 tahun, namanya Ng Yuk Tim. Beliau dibunuh dan disumbatkan ke dalam beg pakaian pada Selasa yang lalu juga.

Jadi saya rasa kes-kes sebegitu berlaku tetapi kebanyakan kes sebegini memanglah bukan jenayah terancang. Saya rasa seperti pembunuhan ini, Ng Yuk Tim, beliau dibunuh oleh seorang lelaki yang dia kenal melalui internet, melalui permainan Cosplay. Jadi ini adalah secara tiba-tiba. Bukanlah satu jenayah yang terancang tetapi kes sebegini yang amat menyakitkan hati kita, yang amat membuat kita rasa keselamatan kita ataupun keselamatan anak-anak kita, kawan-kawan kita, ahli keluarga kita tidak terjamin.

Jadi soal saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah selain daripada kita buat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah, kita sekarang buat pindaan terhadap Akta Penjara. Apa lagi yang kita ataupun Kementerian Dalam Negeri akan buat, boleh buat, sudah buat untuk pastikan bahawa kes-kes sebegini tidak akan berulang ataupun kes-kes sebegini akan semakin menurun. Ini pertama.

Kedua sekarang kita dalam pindaan yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan tahanan lokap di mana-mana balai polis dan juga bangunan mahkamah tetapi saya hendak tanya di sini selepas Menteri itu menetapkan lokap di mana- mana balai polis dan bangunan mahkamah, sama ada CCTV akan dipasangkan di sana juga.

Sekarang kalau menurut satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, 316 lokap dan 50 bilik soal siasat dilengkapi dengan CCTV. Jadi saya hendak tanya boleh tidak kita dapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa untuk lokap yang diwujudkan di balai polis dan juga bangunan mahkamah ini ke kesemuanya akan dilengkapi dengan CCTV. Ini kerana kita saya rasa hak asasi untuk orang yang kena tahan ini perlulah dijamin juga. Kalau kita

final • 6:42 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

merujuk kepada Laporan Tahunan SUHAKAM pada tahun 2012 ini. Di sana dia cakap ada sebanyak sembilan orang yang buat aduan dengan mereka bahawa semasa mereka dibawa balik ke balai polis, mereka menghadapi police brutality, dengan izin.

Antara sembilan orang ini, salah seorang adalah seorang wanita dan beliau cakap bahawa beliau kena pukul di balai polis dan beliau cakap bahawa anggota polis mengguna force ataupun pukul beliau supaya boleh dapat confession of their wrong doing, dengan izin. Jadi saya hendak tanya di sini apakah langkah-langkah untuk kita memastikan bahawa pihak-pihak polis ataupun anggota polis tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka. Saya rasa itu adalah penting. Kita tidak boleh sejak sidang yang lepas sampailah hari ini kita diminta untuk memberi kuasa yang lebih berleluasa kepada pihak polis tetapi sebaliknya kita tidak nampak apa-apa safeguard, dengan izin, ataupun apa-apa langkah yang diambil oleh pihak polis untuk menjamin hak asasi manusia.

Selain daripada itu saya rasa sekarang kita di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

Kita boleh menahan seseorang selama 60 hari. Saya rasa itu akan membawa implikasi kewangan kepada kerajaan kita kerana setakat tahun ini sudah ada dua kes di mana pihak polis, kerajaan kita diarah untuk membayar pampasan kepada seseorang individu kerana pihak polis telah salah menggunakan kuasa, telah salah tahan mereka. Seperti semalam Mahkamah Tinggi Temerloh mengarahkan polis dan Kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak FELDA iaitu Encik Mazlan Alimin dan hakim buat keputusan ini kerana beliau mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes FELDA, Lembah Klau, Raub Pahang. Jadi oleh sebab itu, Kerajaan Malaysia diperintahkan untuk membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am...

final • 6:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulai, Akta Penjara, ya.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya, saya tahu tetapi saya rasa di bawah Akta Penjara ini kita memberi kuasa untuk pihak polis untuk memenjarakan seseorang. Ada kemungkinan bahawa seseorang itu kalau tidak salah diletakkan dalam penjara, kerajaan kita perlulah bayar pampasan. Jadi, sebab itu saya bawa kes-kes ini kerana kes-kes sebegini tahun ini sudah ada dua kes dalam pengetahuan sayalah. Mungkin ada yang lebih.

Satu kes, Kerajaan Malaysia diperintahkan untuk membayar sebanyak RM370,000. Selain daripada itu, pada bulan ini juga, kerajaan kita masuk satu perjanjian dengan yang kita panggil, enam orang aktivis daripada PSM...

final • 6:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kulai, minta laluan Yang Berhormat Kulai. Penjelasan.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sekejap, sekejap. Biar saya habiskan perkara ini, okey.

final • 6:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Melalutlah.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Di mana, kerajaan kita setuju untuk membayar RM200,000 kepada enam orang aktivis daripada parti PSM ini kerana kerajaan sendiri pun tahu mereka sudah membuat kesalah menahan enam orang ini. Jadi saya rasa, kita perlulah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa sekarang kita ada safeguard atau pun ada cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa pihak polis tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka. Ya.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 6:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Kulai sedar atau tidak, sekarang ini bahawa kita telah ada sebenarnya undang- undang Akta Penjara 1995 di mana seksyen 7 menetapkan bahawa kuasa diberi kepada Menteri untuk meletakkan lokap di mana balai polis dan juga bangunan mahkamah selama lebih kurang 30 hari. Pindaan yang kita bincang sekarang, yang kita bahaskan sekarang adalah pindaan untuk memasukkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegah Jenayah. Lain-lain adalah di bawah akta-akta lain, kesalahan-kesalahan lain. Kenapa kita cerita tentang benda-benda lain yang tidak perlu?

final • 6:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Maknanya sekarang di bawah Akta Pencegahan Jenayah mungkin sehingga sampai- lebih sedikit tambahan. Itu sahaja. Kenapa kita suka bercerita, cerita benda-benda yang bukan-bukan?

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Betullah. Kalau dahulunya salah tahan...

final • 6:50 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Maksud saya dahulu sudah ada 30 hari, tambahan sedikit sahaja.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ini floor saya. Saya hanya ada 5 minit. Kalau berminat bahas, nantilah saya rasa.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulai.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Soalan asal sekarang adalah kita memberi kuasa yang lebih besar kepada pihak polis. Jadi, kalaulah kerajaan kita atau anggota polis kita menyalahgunakan kuasa mereka, maksudnya kerajaan kita perlulah membayar pampasan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya membawa isu-isu ini.

Saya hanya hendak menegaskan di sini, kalau kita hendak memberikan kuasa yang lebih besar kepada anggota polis, kita perlu ada safeguard yang lebih kuat juga. Itu adalah paling penting. Kalau tidak, di sebelah tangan kita teruslah meningkatkan, memberi kuasa yang lebih berleluasa kepada pihak anggota polis. Akan tetapi tidak ada safeguard yang lebih mencukupi ataupun safeguard yang lebih lengkap untuk rakyat jelata. Ini bermaksud bahawa ada implikasi terhadap hak asasi manusia akan dicabuli dan juga implikasi terhadap status kewangan...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sudah 12 minit.

final • 6:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Okey. Jadi saya harap bahawa inilah- saya rasa saya mintalah satu penjelasan atau pun pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita boleh bersama-sama bekerjasama untuk membanteras jenayah.

Sekian sahaja. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, Yang Berhormat Batu.

final • 6:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya turut ingin membahaskan dalam perkara ini. Saya sebenarnya hendak tumpu balik kepada isu pindaan akta ini...

final • 6:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, itu yang saya mahukan.

final • 6:54 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini kerana apa yang dipinda ialah memberi kuasa kepada Menteri untuk mewartakan mana-mana balai dan bangunan mahkamah sebagai tempat lokap untuk PCA. Saya juga sambung dari Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kalabakan. Mereka memang berniat baik, berhati baik dan berniat untuk membela rakyat. Akan tetapi saya agak ini ada kekeliruan sedikit kerana masalah kita bukan penjara.

Masalah yang kita bahaskan ialah reman. Di dalam negara kita agak unik. Ada tiga peringkat tahanan ini. Pertama ialah lokap di mana orang yang ditahan sebab disiasat, orang-orang OKT yang belum lagi disabitkan kesalahan. Mereka disimpan dalam lokap dan juga ada orang-orang yang disimpan dalam penjara di mana sedangkan perbicaraan berlaku dan juga orang yang sudah jatuh hukuman. Satu lagi kategori yang dahulu kita ada iaitu ISA di mana kem tahanan kita simpankan mereka.

final • 6:54 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Setakat ini dan pengalaman saya, saya boleh dikatakan experience saya. Saya masuk lokap, saya pernah masuk penjara. Saya juga masuk ISA dan kem tahanan. Saya juga ditahan di PRC semasa soal siasat ISA. Apa yang peliknya iaitu reman adalah apa yang kita bahas hari ini ialah reman ini sepatutnya bagi orang yang belum disabitkan salah dan masih di bawah siasatan. Akan tetapi dalam pengalaman kita, kondisi yang paling teruk adalah dalam keadaan lokap. Dalam penjara lebih selesa kerana jangka yang disimpan itu panjang dan diurus oleh satu tim, satu pasukan yang sangat profesional, yang lebih profesional daripada semasa di lokap.

Kalau kita kata kezaliman ISA ini tetapi kalau kita sudah sampai ke kem, selalu kita kata itu syurgalah. Hanya yang bermasalah ini dalam masa 60 hari siasatan itu yang mengatakan keadaan yang paling menyeksa sekali. Itulah sebab saya hendak tumpu balik kepada isu ini. Bila kita perluas kuasa Menteri untuk membenarkan lokap ini di mana-mana balai polis atau mahkamah bermaksud di bawah Akta Pencegahan Jenayah, mereka boleh disimpan 60 hari. Kini lokap kita yang sedia ada hanya biasanya untuk dua minggu. Ada kala sebulan tetapi tidak ada undang-undang yang membenarkan seseorang banduan, seseorang OKT itu ditahan lebih daripada dua minggu.

Oleh itu, saya ingin mempersoalkan kebijaksanaan kita, sama ada wajar bila seseorang itu akan ditahan sepanjang 60 hari di simpan dalam lokap di mana-mana yang diwartakan. Ini kerana setahu kita, banyak di antara lokap kita belum mencapai standard yang diperlukan. Kita pun ada undang-undang yang baik. Sejak tahun 1953 kita ada Ordinan Penjara di mana lock-up rules yang ditentukan pada zaman penjajah British itu sangat detail. Ada isu medical officer, makanan, berapa lama kita dapat cahaya matahari.

Semua itu sudah ditentukan dalam lock-up rules. Akan tetapi dalam pengalaman kita, lokap ini tidak pernah laksanakan. Kita pun tidak salahkan sesiapa di mana saya rasa bila kita sebut kebajikan, kebajikan ini adalah dua pihak. Kebajikan pegawai polis, pegawai penjara atau pegawai yang jaga lokap dan juga kebajikan kepada OKT.

Masalah sekarang ini, kebajikan OKT kalau kita ikut lock-up rules, memang baik.

Akan tetapi banyak secara fizikal tidak mungkin selain daripada penjara yang betul-betul dibuat atau balai polis yang mempunyai facilities yang baik, kebanyakan balai yang kecil tidak mempunyai facilities begitu. Ia tidak boleh effuse semua lock-up rules yang telah kita letakkan. Saya khuatir bila seseorang itu ditahan 60 hari. Apa yang kita harus ingat 60 hari ini adalah untuk orang yang belum bersalah. Mereka diletakkan dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak. Itulah sebab, pegawai penjara kita dalam keadaan sangat tertekan.

final • 6:54 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

OKT ini bukan tahu undang-undang. Bila mereka ditangkap sahaja, mereka merepek sahaja, kata saya tidak bersalah, sampai pegawai pun tension. Dia nak ceritakan kenapa mereka harus dibebaskan. Bila mereka tidak tahu mereka dibebaskan, ada kala dia provoke, jadi problem. Ini menjadikan lokap yang sempit, yang kecil ini, ada kala pegawai kita bertindak kelewatan. Ini kerana apabila kita nak simpan 20 orang, 30 orang dalam satu tempat dan bila tidak cukup dan pegawai dia dua tiga orang, escort pun tidak cukup dan dia jadi tension. Itulah sebab saya ambil pendekatan, saya tidak salahkan pegawai tetapi saya kata kalau kita membenarkan undang-undang ini dilakukan, saya khuatir bila undang- undang Akta Pencegahan Jenayah ini dilaksanakan dengan full swing, ramai akan kita simpan di merata tempat. Ini kerana saya nampak, undang-undang ini yang kita pinda tidak mensyaratkan hanya tempat yang boleh fulfill, boleh memuaskan syarat-syarat lock-up rules ini dijadikan dan diwartakan.

Saya harap kalau betul kita luluskan undang-undang itu pun, kita harap ada peraturan atau ada keputusan daripada Kabinet untuk pastikan menteri tidak mengambil sebarang tempat untuk diisytiharkan sebagai lokap. Ini sangat penting kalau kita ingin menjamin bahawa tempat-tempat itu munasabah. Saya tidak mahu sebut selesa sebab memang sungguhpun orang yang tidak berdosa itu, tidak bersalah itu, harus diberi keselesaan tetapi kita sekurang-kurangnya munasabah dan mereka tidak rasa tertekan.

Sedikit lagi, saya juga ingin sebut dalam keadaan yang sedia ada, rekod-rekod dalam lokap ini. Kalau di dalam penjara atau di balas polis yang mempunyai facility yang baik, ia mempunyai catatan lokap yang baik dan juga ada peraturan. Kita masuk lokap, kita tahu.

Berus gigi pun dipotong, hanya tinggal kepala sahaja sebab kita tidak mahu membenarkan orang mencederakan diri atau membunuh diri.

final • 7:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Memang ada prosedur begitu tetapi masalahnya kalau kita lihat, kematian kebanyakan berlaku di lokap, jarang-jarang dalam penjara. Hampir tidak ada dalam kem tahanan ISA, hanya sekali sahaja dalam sejarah Malaysia ini, seorang sahaja yang menggantung diri. Ini kembali kepada keadaan yang kita membenarkan mana-mana tempat ini diisytiharkan sebagai lokap yang saya harap kita timbang semula kerana untuk 60 hari, itu satu tempoh yang sangat panjang. Saya sendiri pun pernah ditahan selama 60 hari, cukup seksa dan cukup susah kita menghadapinya. Sungguhpun dalam peraturan kita mengatakan kita berhak untuk dapat gunting rambut, kita berhak untuk mandi dua kali sehari, kita berhak untuk dirawat oleh pegawai kesihatan bila-bila masa sahaja dan berhak dilawati oleh keluarga tetapi saya tidak boleh salahkan balai atau polis untuk melaksanakan.

Mereka tidak dapat kerana keadaan yang kita memberi dan mewartakan tempat yang sebenarnya tidak mempunyai facility. Oleh itu, saya mohon menolak pindaan ini kalau tidak ada mensyaratkan bahawa tempat itu sesuai untuk simpanan panjang. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Padang Serai. Bolehlah sepuluh ke lima belas minit, Yang Berhormat ya.

final • 7:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan rang undang-undang ini iaitu pindaan kepada Akta Penjara 1995, saya kagum bahawa selepas bertahun-tahun peguam, Majlis Peguam, masyarakat sivil, NGO-NGO yang terlibat di dalam membela keluarga dan mangsa tahanan yang mati dalam tahanan ini walaupun bertahun-tahun perkara ini telah berlaku dan banyak isu ditimbulkan oleh mereka yang cuba menghalang berterusannya mati dalam tahanan, walaupun itu tanpa mengambil apa-apa safeguard ataupun kawalan ataupun tindakan, kerajaan membawa satu lagi undang-undang untuk mewartakan lokap dan tempat tahanan bagi undang-undang baru, PCA.

Seolah-olah isu-isu yang ditimbulkan bertahun-tahun ini tidak didengar. Dengan izin, fallen on deaf ears. Apakah isu-isunya? Isu yang begitu serius, dengan izin, structural flaws ataupun kekurangan struktur di dalam sistem. Di mana seseorang suspek ditangkap, direman, disimpan. Apakah safeguardnya? Langsung tidak ada yang mencukupi dan walaupun ditimbulkan, tiada tindakan. Saya ambil contoh kes yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong tadi iaitu kes Kugan. Di mana di dalam kes itu saya sendiri adalah peguam bagi mangsa ataupun keluarga mangsa di dalam kes itu. Di mana saya menjalankan kes itu pro bono, secara percuma. Saya membaca lock-up diary di dalam kes Kugan. Beliau ditangkap 14 Januari dan mati diseksa 20 Januari. Tiap-tiap hari lock-up diary bacaannya apa dia? 14 Januari, OYDS di dalam keadaan sihat. 15 Januari, OYDS dalam keadaan sihat. Tiap-tiap hari entry di dalam lock-up diary adalah OYDS ataupun orang yang di suspek itu adalah di dalam keadaan yang sihat. Akan tetapi kita tahu hari ini bahawa Kugan dipukul dan diseksa daripada 14 Januari 2009 sampai mati diseksa 20 Januari 2009.

Bagaimana di dalam lock-up diary ini tidak ada? Bermakna apa? Bermakna, ini contoh yang terbaik mengapa saya kata safeguard untuk memastikan seorang tahanan itu adalah selamat di dalam lokap, tidak ada lagi. Pegawai polis yang menjaga lokap sendiri tidak memasukkan fakta yang benar di dalam lock-up diary dan apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan selepas kes Kugan? Apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan atas fakta bahawa di dalam lock-up diary itu yang menyatakan beliau adalah sihat tetapi beliau diseksa. Apa tindakan? Tidak ada tindakan. Tuan Yang di-Pertua, tidak ada tindakan.

Tidak ada tindakan sampai hari ini. Itu satu kes baru. Bagaimana? Bagaimana keselamatan mereka yang ditangkap dan dimasukkan di dalam lokap? Ini isu nyawa manusia, Tuan Yang di-Pertua.

Sebab itu saya memandang perkara ini amat serius dan undang-undang PCA ini bukan undang-undang biasa, ia adalah sama seperti ISA. Ditangkap 60 hari reman, lepas itu dua tahun detention. Peluang untuk abuse of power, peluang untuk tahanan didera adalah amat-amat besar dan apakah tindakan? Maknanya, di dalam kes-kes jenayah biasa seperti Kugan, Dharmendran dan sebagainya, perkara seperti ini berlaku. Apa lagi apabila

final • 7:04 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

dibenarkan tahan 60 hari. Kes-kes yang kita tahu seperti Karuna Nithi dan sebagainya di bawah Kanun Acara Jenayah, maksimum 14 hari, ini 60 hari. Kalau dalam 14 hari Kugan boleh dibelasah sampai mati, apakah yang boleh berlaku di dalam tempoh 60 hari di bawah PCA jika tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa. Perubahan yang serius yang radikal dibawa di dalam rejim menjaga suspek atau tahanan semasa di dalam tahanan polis.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan perkara yang remeh. Saya nampak badan Kugan, saya antara orang pertama yang masuk ke dalam rumah mayat, tempat mayat bersama dengan keluarga. Sampai hari ini saya boleh dengar teriakan keluarga dan ibu Kugan.

Mungkin Yang Berhormat Menteri tak dengar, saya dengar, saya ada di sana. Sejak itu, saya masih terpaksa dengar tangisan ibu Kugan. Kita ingat ada seorang mati dalam tahanan, habis sahaja. Ada Yang Berhormat kata isolated case dan sebagainya, tidak.

Benda itu akan merosakkan hidup keluarga mereka selama-lamanya. Bukan satu victim.

final • 7:04 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Bukan orang yang mati dalam tahanan, yang mati kesakitan dan kesengsaraan, tidak apa itu satu. Keluarganya macam mana? Bagaimana kita hendak selesaikan perkara ini? Tuan Yang di-Pertua kalau apa yang saya kata tidak jelas, saya hendak beritahu bagaimana, apakah perasaan orang yang diseksa di dalam tahanan? Begitu teruk, siapa pun tidak patut melalui perkara itu. Oleh sebab itu kita kata, apabila hendak bawa lagi undang-undang seperti ini, pastikan bahawa perubahan dibawa, janji-janji akan membawa perubahan, setiap kali ada mati dalam tahanan yang menjadi kes profil tinggi janji dibuat oleh pihak kerajaan bahawa tindakan akan diambil.

Ya selepas kes Kugan janji, selepas kes Dhamendran, baru-baru ini janji. Selepas kes Aminul Rashid Hamzah itu kes tembak, tetapi janji juga dibuat. Akan tetapi tidak pernah dikotakan janji-janji tersebut. Sekarang sebab itu kita membantah undang-undang ini. Jika perlu, yang kita minta sekarang jangan luluskan pindaan ini dan bawa perubahan- perubahan yang saya akan perinci sekarang sebelum pindaan ini diluluskan, sehingga itu operasi PCA itu perlu digantung. Tidak boleh dibenarkan rang undang-undang ini diluluskan.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Padang Serai, sedikit. Ya, sedikit maaf saya lupa hendak sebut juga. Dalam undang-undang sekarang, seperti yang saya sebut tadi, dia hanya lokap dua minggu. Dalam ISA di masa kita ada 60 hari pun, secara informal ada peraturan bahawa seseorang itu tidak akan ditahan lebih daripada 30 hari dan dia akan dipindahkan ke tempat lain. Oleh sebab itulah dalam undang- undang yang sedia ada, ada check and balance Yang Berhormat Padang Serai di mana seseorang itu tidak boleh harap semua ini ...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sudah berucap tadi, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit. Di mana dia apabila dipindahkan mungkin dengan itu dia akan elakkan abused a power ini. Akan tetapi dengan 60 hari pada pandangan Yang Berhormat Padang Serai sama ada 60 hari tanpa berputus- putus dengan tahanan ini, boleh merangsang lebih banyak abuse yang berlaku.

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ya sebab itu apabila kita lihat point penting oleh Yang Berhormat Batu kalau kita lihat seksyen 71 yang lama itu, “it shall be lawful by the Minister to appointed a lock-up to remanded of sentence not exceeding ones month” tetapi sekarang perubahan yang dibawa adalah di bawah rang undang-undang ini di bawah PCA, maknanya 60 hari.

Jadi soalnya adakah kita boleh membenarkan seseorang itu ditahan di bawah satu lokap untuk tempoh 60 hari? Oleh sebab itu, apabila undang-undang seperti ini diluluskan, perlu kita lihat kepada keperluan. Ini bukan penjara, 2 bulan 60 hari di dalam lokap jenis apa? How small, how big? What it a specification of lock-up? Tidak ada apa-apa detil, apa pun tidak diberi oleh pihak kerajaan atau Menteri, tetapi terus membawa satu pindaan yang satu perenggan, enam ayat. Pindaan enam ayat mengenai bagaimana tahanan-tahanan di bawah PCA akan dikendalikan, bagi satu undang-undang yang begitu serius yang membenarkan, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan seseorang itu ditahan 60 hari.

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Saya balik kepada isu yang saya sebut tadi. Saya kata bahawa mungkin masalah Yang Berhormat Menteri dan semua tahu ada kematian dalam lokap. Bukan isolated kes seperti saya dengar tadi, tetapi beratus-ratus over the years. Itu beratus-ratus old the years yang mati, yang tidak mati? Tuan Yang di-Pertua, yang dipukul, tetapi mati berapa? Siapa tahu ? Kita tidak tahu. Akan tetapi peguam seperti kita yang mengendalikan kes-kes jenayah, setiap kali ada yang datang dengan kes jenayah kebanyakannya dipukul. Satu taktik favorite adalah dipukul di tapak kaki. Mana-mana peguam jenayah akan beritahu pukul di tapak kaki kenapa? Oleh kerana tidak ada bekas.

Kita tahu taktik-taktik. Maknanya apa? A custodial abused itu adalah regular, adalah serious problem dan ia masih berterusan. Saya harap pihak kerajaan dan Yang Berhormat Menteri jangan pula seolah-olah tidak mahu mendengar, tidak mahu ambil tahu dan asyik terus membela sahaja. Asyik terus membela polis atau asyik terus membela pihak polis yang membuat kesalahan itu tanpa melihat adakah asas atau basis bagi apa yang dinyatakan oleh mereka yang dipukul dan diseksa.

Oleh sebab itu masalahnya selalu membela, tidak mengambil tindakan untuk menghentikan masalah deraan di dalam tahanan polis ini. Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri dan pihak atasan, Dewan ini hanya melihat statistik, mati dalam tahanan. Akan tetapi apakah makna statistik? Di dalam kes Kugan, beliau dipukul, dipukul, dipukul dan dipukul sehingga apa berlaku? Menurut laporan pakar patologi, badan Kugan, sel-selnya mula pecah dan masuk ke dalam kidneynya kerana dipukul begitu teruk sehingga sel-selnya pecah dan masuk ke dalam kidneynya. Kidneynya fail dan beliau mati dengan sengsara. Umur 20 tahun. Acute rhabdomyolysis. This is the reality. Saya hendak beritahu realiti apa yang berlaku. Ini dia hendak tengok realitinya lagi. Ini adalah gambar post-mortem Kugan [Menunjukkan gambar post-mortem berkaitan] Tengok, apa yang berlaku kepada seorang manusia.

Saya minta Dewan yang mulia ini, sebelum meluluskan undang-undang ini tengok gambar-gambar mayat Kugan selepas post-mortem, tengok bekas-bekas. Ini yang berlaku kepada seorang manusia. Cuba tengok sendiri saya minta.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

Tidak nampak.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, ini masih di dalam pindaan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Tidak nampak? Ini [Mengangkat sebuah buku]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya sama ada perbahasan ini masih dalam pindaan ?

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya mendengar Yang Berhormat hujah-hujah banyak drama juga. Jadi saya akan menjawab berhubung dengan rang undang-undang ini sahaja nanti, akhirnya.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya tumpukan perbahasan kepada pindaan Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya memang relevan kepada pindaan ini kerana apakah hujahan yang kita bawa? Hujahannya simple sahaja. Sebelum kerajaan membawa pindaan ini, perlu atasi masalah yang membawa kepada keselamatan tahanan tergugat di dalam lokap-lokap. Oleh sebab itu kematian dalam tahanan...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kes Kugan itu Yang Berhormat, sudah selesai di mahkamah tidak?

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Kes Kugan ini adalah dalam peringkat rayuan, tetapi saya tidak sentuh mengenai detil mahkamah. Saya tidak sentuh detil.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya baik.

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Hanya apa yang adalah public knowledge keluar dalam surat khabar. Jadi sebab saya menunjukkan gambar itu Tuan Yang di-Pertua adalah supaya kita sedar bahawa perkara ini amat serius dan bukan statistik sahaja. Ini manusia, manusia yang boleh rasa kesakitan, manusia yang mahu terus hidup, manusia yang tidak mahu mati, manusia yang mempunyai rakan, yang mempunyai keluarga, yang mempunyai anak, mempunyai ibu, yang mempunyai abang dan adik.

Kes Dhamendran, di mana saya juga peguam bagi keluarga dan saya juga buat secara percuma. Di dalam kes Dhamendran, mati- kedua-dua telinga di klip, di stapler dan dipukul seluruh badan.

final • 7:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Cakap ikut butiran sahajalah.

final • 7:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Padang Serai, minta laluan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Setiu bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

final • 7:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Ya klasifikasi?

final • 7:10 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya, minta penjelasan. Apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Padang Serai sekarang ini, kes Kugan kah, Dhamendran kah, ini berlaku dalam masa tempoh reman, dalam berapa hari?

[Disampuk] Okey 14 hari.

Bermakna seolah-olah macam Yang Berhormat Padang Serai membuat satu anggapan kalau kita tahan lebih lama, akan lebih ramai lagi mati atau macam itu, macam mana? Itu saya hendak tahu, anggapan?

Sekarang berbentuk anggapan bahawa akan berlaku, sekiranya tahanan lebih lama 60 hari. Bukan kepada semua kes. Kes tahanan bawah PCA sahaja. Ya lah betul, sekarang ini cerita sekarang bawa cerita Kugan, cerita siapa kah masalah berlaku dalam masa 14 hari. Jadi maksud kalau 60 hari tambah, anggapannya akan mati lebih ramai, kah macam mana? Itu anggapan bukan. Kita buat satu andaian, andaian mengatakan bahawa kalau tahan lama akan lebih ramai yang mati.

final • 7:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya lah...

final • 7:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Ya lah apa? Sekarang tidak berlaku pun. Sekarang yang berlaku ini, yang dia bawa cerita sekarang berlaku dalam masa 14 hari. Itu sahaja. Bukannya berlaku dalam masa 60 hari. Belum dipinda lagi pun. Baru bill [Disampuk] Ingat tadi, itu yang masalah sekarang. Ingatan dengan andaian. Andaian salah!

Kalau andaian betul tidak mengapa. Kalau berlaku dalam masa 14 hari bermakna akan ramai lagi mati kalau ditahan sehingga 60 hari. Kena ingat bahawa PCA yang 14 hari ditahan kali pertama untuk siasatan polis tetapi selepas itu tahanan adalah untuk pihak penyiasatan. Faham atau tidak sekarang ini? Kalau PCA...

[Disampuk] Polis lain!

Penyiasatan lain. Dia ada tiga pihak.

Selepas polis, ada satu badan penyiasat. Selepas badan penyiasat pergi kepada board. Tiga peringkat. Bermaknanya yang pertama itu polis siasat. Keduanya baru pihak badan penyiasat tadi. Tiga, baru pergi kepada board, dan board yang tentukan untuk ditahan atau pun tidak.

final • 7:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh.

Tidak payah menyampuk.

final • 7:20 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Itu soalan saya. Itu sahaja, okey?

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih. Dengan izin, Yang Berhormat has completely missed the point. Tidak jadi hal ia adalah tempoh yang pendek ataupun tempoh yang panjang. Pendek atau panjang, tidak boleh dibenarkan apa- apa deraan berlaku semasa tahanan dalam lokap. That is the point. Apa yang saya sebut

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

adalah jika dalam tempoh 14 hari pun boleh berlaku macam ini, kalau tempoh 60 hari lagi teruk! Itu adalah apa yang saya hujahkan. Bukan seperti itu.

Saya sedang sebut tadi mengenai Dharmendran dan saya hendak sebut bahawa- saya sebut tadi pasal keluarga. Yang Berhormat Menteri tidak jumpa bayi dia yang berumur satu tahun. Dia kahwin anak satu. Sekarang bayi itu tidak ada ayah untuk seumur hidupnya.

It will grow up without the father. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Masuk reman terus kena stapler di telinga, pukul seluruh badan, mati! Isteri dia balu. Siapa hendak ceritakan kepada anak itu? Adakah Yang Berhormat Menteri akan cerita apa berlaku kepada ayahnya? Adakah negara ini akan cerita kepada dia? Siapa hendak ambil tanggungjawab? Kita semua bertanggungjawab untuk perkara-perkara seperti ini.

Jika tidak ada perubahan dibawa, benda ini akan berlaku. Sebab apa yang saya kata andaian dan sebagainya dinyatakan oleh Yang Berhormat. Apa andaian? Bertahun- tahun perkara ini berlaku. Bertahun-tahun kita kompelin mengenainya. Bertahun-tahun tiada tindakan diambil. Tahun 2004, saya menjalankan kes Francis Udaiyapan, sampai hari ini tidak ada jawapan mengenai kes itu.

Berapa kes? Anuar Sharif, Ho Kwai See, Kugan, Dharmendran, Karuna Nithi, beratus kes. Apa isolated? Bukan isolated phenomenon. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di dalam kes Karuna Nithi yang baru-baru ini, 50 bekas pukulan daripada laporan post- mortem. Tidak ada apa-apa tindakan pendakwaan yang dilakukan sebaliknya pihak polis rekomen inkues. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab soalan ini mengapa di dalam kes Karuna Nithi walau pun ada laporan pakar hospital kerajaan, 50 lebih bekas kesan luka tidak ada sesiapa didakwa tetapi dirujuk kepada inkues. Apa lagi inkues? Post- mortem kata 50 bekas pukulan. Siapa yang pukul? Dia berada dalam tahanan polis.

Mengapa tiada tindakan?

final • 7:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti dengan dekat hujah yang disampaikan dan contoh-contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Padang Serai itu adalah contoh-contoh yang pada saya harus diberikan perhatian yang tegas oleh kerajaan.

Cuma saya hendak minta penjelasan, adakah daripada pelbagai kes yang dikendalikan oleh Yang Berhormat Padang Serai terutamanya dengan kematian di dalam lokap itu, boleh atau tidak diberikan kategori? Berapa ramai yang ketua penjenayah atau penjenayah tegar? Yang mana menjadi kebimbangan saya ialah dan saya juga hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Serai dengan adanya peruntukan ini iaitu, “Mana-mana balai polis dan mahkamah sebagai tempat bagi pengurungan orang yang direman...” Yang hendak direman ini adalah ketua-ketua penjenayah. Apakah ketua penjenayah ini hendak dihukum dengan tindakan sendiri? Misalnya kes Yang Berhormat Padang Serai kendalikan iaitu kes stapler telinga. Ini mungkin hendak stapler mulut atau tangan, yang mana membenarkan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan kepada mereka yang mungkin ditangkap atas alasan beliau sebagai ketua penjenayah?

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, bolehlah gulung Yang Berhormat. Masuk 20 minit.

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Jika kita lihat di dalam tiga kes yang saya sebut Kugan, Karuna Nithi dan Dharmendran, yang mana ketiga-tiga kes ini saya peguamnya dan saya mengendalikannya secara percuma. Ketiga-tiga kes ini, mereka tidak mempunyai apa-apa rekod. Bukannya penjenayah, Karuna Nithi adalah seorang engineer. Tidak ada apa-apa tetapi masuk lokap, ini yang berlaku dan kita tidak dapat menjawabnya. Jadi sebab itu kita kata ada beberapa perkara yang perlu dilakukan pihak kerajaan sebelum rakyat atau pun mereka yang di suspek melakukan kesalahan boleh selamat di dalam lokap-lokap kita.

Saya bagi contoh, selepas kes Kugan, pihak berkuasa keluarkan dalam semua surat khabar mengatakan, “Kita sekarang akan menjalankan sistem CCTV untuk memastikan keselamatan suspek.” Itu kes Kugan tahun 2009.

Kes Dharmendran tahun 2013, hanya pada bulan April kalau tidak silap saya.

Selepas kes Dharmendran menjadi isu yang besar, publisiti yang buruk bagi pihak kerajaan

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

dan pihak penguat kuasa, terus mereka mengeluarkan kenyataan sekarang kita akan buat CCTV. Eh! Apa jadi sistem CCTV selepas kes Kugan itu? Tiap-tiap kali ada kes profil tinggi, kenyataan sama dikeluarkan, “Kita akan buat sistem CCTV.” Akan tetapi tidak ada apa.

Maknanya kekurangan itu adalah amat besar. Sistem CCTV pun hendak laksanakan pun tidak boleh. Saya tahu selepas kes Dharmendran, jelas keterangan bahawa kebanyakan CCTV ada yang dipasang tetapi CCTV tidak berfungsi. Maknanya kerajaan tidak memandang berat, tidak memandang serius masalah kematian dalam tahanan ini. Seperti yang saya akan ulang dan ulang sekali lagi, ini melibatkan nyawa manusia dan jumlah...

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong bangun Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh. Yang Berhormat Padang Serai, kita juga jangan lupa bahawa adanya satu Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan dalam tahun 90-an di mana isu yang sama berkaitan dengan keselamatan dalam lokap dibangkitkan. Di situ juga, I think this is where the involving a Chinese national, had forced to do squat in the lock-up. Di situ banyak rekomendasi dikemukakan oleh RCI tersebut tetapi kita lihat bahawa memang tidak ada sebarang tindakan diambil berkaitan atau berhubung dengan rekomendasi atau cadangan- cadangan yang dikemukakan. Ini lagi menunjukkan bahawa sebenarnya kerajaan tidak berhasrat atau tidak mementingkan sebarang usaha untuk mempertingkatkan keselamatan dalam lokap-lokap untuk memastikan bahawa masalah-masalah ini tidak akan berlaku pada masa hadapan.

Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Serai sama ada atau pun tidak, ini juga menunjukkan bahawa apabila wujudnya rang undang-undang sedemikian di hadapan kita di Dewan yang mulia hari ini, maka isu-isu ini harus dijawab oleh kementerian sebelum kementerian boleh meminta semua Ahli Parlimen di sini memberikan sokongan. Kalau tidak kita datang kembali. Every time we come here it is the same thing, minta sokongan lulus rang undang-undang tetapi sebenarnya apa yang perlu diperbetulkan, dipertingkatkan keselamatan dan sebagainya tidak dibuat langsung. Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Padang Serai.

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, jika recommendation RCI tersebut dilaksanakan sepenuhnya sejak ia dibuat dalam tahun 2005 kalau tidak silap saya. Jika ia dilaksanakan secara penuh, kita tidak ada masalah untuk bersetuju dengan rang undang- undang ini.

final • 7:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Itulah perubahan-perubahan dan terima kasih kerana Yang Berhormat Puchong mengingati saya kepada perkara itu. Itulah recommendation yang jelas, yang dibuat oleh RCI, yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Tidak laksanakan RCI lepas itu datang balik ke Dewan Rakyat minta luluskan rang undang-undang ini, mana boleh Tuan Pengerusi. Saya kata perubahan-perubahan yang penting apabila kenapa ada pihak penguat kuasa di dalam PDRM dan mereka yang rasa boleh terus mendera kerana mereka rasa kalau apabila mereka melakukan sesuatu yang salah akan dibela oleh pegawai atasan mereka sendiri.

Kes Dharmendran apabila cerita keluar beliau telah mati dalam tahanan, Ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah keluar kenyataan- died of breathing difficulties tetapi kita tahu sekarang di pukul teruk dan telinga di stapler. Mengapa terus cepat membela? Ini yang saya kata, structural flaws, kes Kugan pun sama. IGP pada masa ini sendiri menyatakan Kugan minum air dan collapse. Akan tetapi itu kita tahu itu tidak benar.

Saya sudah tunjuk gambar apa yang berlaku kepada Kugan. Bermakna ini masalah dia iaitu tidak ada satu badan bebas yang dapat menyiasat salah laku pihak polis. Takkanlah kalau pihak polis di tuduh melakukan perkara dera dan membunuh di dalam tahanan takkanlah pihak polis sendiri hendak siasat, itu yang berlaku sekarang. Sebab itu kita kata IPCMC.

Di mana-mana negara di UK IPCC ada. Kita minta IPCMC, badan bebas yang mempunyai kuasa untuk menyiasat salah laku polis, tidak ada. Jadi masalah kita apa? Kes mati dalam tahanan polis, kita boleh pergi dan lapor kepada siapa? Kepada polis. Selepas itu kita hendak lapor pun, pegawai atasan sudah datang dan membela pegawai polis yang melakukan perkara tersebut seperti dalam kes Dharmendran, seperti di dalam kes Kugan

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

dan sebagainya. Ini masalahnya dan obstacle dia kebanyakan keluarga orang yang mati dalam tahanan itu miskin, hendak minta second post-mortem pun, itu pun ada halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Pihak polis minta supaya pergi dan dapat perintah mahkamah dan sebagainya, keluarga tidak juga dapat membayar pun untuk laporan itu.

Dalam kes Kugan, Yang Berhormat Puchong membayar kos laporan post-mortem saya ingat lagi, RM2,000 lebih, bukan murah. Orang miskin boleh bayar kah tidak? Maknanya tidak ada sistem.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong orang kayalah kalau begitu.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tidak ada safeguard ya.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau begitu Yang Berhormat Puchong orang kayalah.

final • 7:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Malaysian.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Prihatin, orang prihatin. Itu yang berlaku dan saya hendak sebut lagi structural flaws, tidak ada complaint mechanisms, corrupt pihak polis atasan, kesusahan keluarga untuk mendapat keadilan dan setiap kali kes seperti ini berlaku, kes kematian dalam tahanan, keluarga terpaksa berjuang, berjuang untuk mendapat keadilan Tuan Yang di-Pertua, terpaksa pergi buat sidang media, terpaksa buat demonstrasi perhimpunan aman, terpaksa hantar memorandum, terpaksa lawan mengapa kerajaan tidak dapat memberi keadilan terus?

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, point dan masa sudah habis.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ini nyawa manusia. Sikit lagi...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cuma Yang Berhormat ini bagi contoh-contoh yang kalau banyak ya.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ya, saya akan gulung, sedikit lagi, sedikit lagi saya akan gulung. Keadaan di dalam lokap juga perlu diperbaiki, ini telah disebut saya tidak akan mengulangi tetapi saya juga ingat masa saya di reman di Penjara Pudu lama, saya nampak di dalam satu lokap saiz tempat duduk Tuan Yang di- Pertua dan bahagian belakangnya tujuh, lapan orang mungkin sembilan, sepuluh orang semua di dalam dekat sana. Adakah perubahan di bawa untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku? Yang paling penting, kita perlu ingati adalah bahawa rejim undang-undang ini adalah lain, 60 hari seolah-olah ISA undang-undang lama hanya membenarkan untuk satu bulan.

Jadi bagaimana tanpa apa-apa reform, tanpa apa-apa pembaikan sistem pada masa sekarang, kerajaan berani untuk tampil ke hadapan bawa undang-undang atau pun pindaan seperti ini dan mengharapkan kita akan menerima tanpa membantah. Saya hendak habiskan dengan menyatakan perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita meminta supaya perubahan ini dibuat ia juga baik untuk pihak kerajaan, baik untuk KDN, baik untuk PDRM, baik untuk imej polis. Ini kerana anggota-anggota polis yang melakukan perkara seperti ini sebenarnya memburukkan imej polis dan kerajaan. Jadi sebab itu kita kata kalau kita ada sistem, kalau kita ada safeguard untuk menghalang perkara seperti ini berlaku, bukankah baik untuk pihak kerajaan sendiri. Bukankah baik untuk pihak polis sendiri?

Bukankah baik untuk imej mereka.

Jadi saya tidak faham dan saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan penjelasan mengapa sampai ke hari ini tidak berani melaksanakan IPCMC.

Adakah takut kepada kepimpinan polis seperti IGP dan sebagainya? Mengapa kerajaan yang pada satu masa hendak melaksanakan IPCMC selepas itu kita diberitahu pihak polis membantah dan tidak dilaksanakan. Apakah kerajaan tidak ada political will untuk menyelesaikan perkara ini dan mengadakan IPCMC.

Jadi saya minta dalam gulungan saya agar kerajaan menarik balik rang undang- undang, sekarang boleh lagi. Menarik balik rang undang-undang dengan segera melaksanakan recommendations of RCI iaitu Royal Commission of Inquiry termasuk untuk

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

melaksanakan IPCMC dan pada masa yang sama operasi PCA jangan digazetkan dan jangan dibawa masuk untuk operasi sehingga perkara ini diselesaikan. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh jawab yang berkenaan sahajalah Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya ada dua, tiga perkara yang penting yang perlu juga dijawab Yang Berhormat, sebab letih juga Ahli-ahli Yang Berhormat membahaskan, membawa dokumen, membawa macam-macam lagi ke Dewan untuk berdrama. Akan tetapi saya bersifat...

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Jangan sebut drama Yang Berhormat, jangan. Ini...

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya...

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ini - jikalau ibu Kugan, saya rasa tidak berdrama.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak ganggu Yang Berhormat berhujah.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Jangan, jangan cerita drama.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk.

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Beritahu ibu Kugan itu drama. Ibu Kugan...

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya jenis gentleman Yang Berhormat. Saya cukup...

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Kalau gentleman, jangan kata “drama”...

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak arrest…

final • 7:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

...Ataupun beritahu pada ibu Kugan, esok saya bawa.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya tidak arrest private voice. Jadi saya melihat kalau kita bercakap secara baik, orang pun mendengar elok juga. Kadang- kadang kita menggunakan nada dan cara yang tidak elok, jadi orang pun tidak sedap hendak mendengar. Padahal di dalam Dewan ini Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua beritahu bahawa dalam Dewan ini kita bukan personal Yang Berhormat, itulah kenapa sistem Parlimen kita, speaker bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Secara prinsipnya daripada Tuan Yang di-Pertua, pergi kepada address oleh orang yang bercakap. Dia bukan personal. Akan tetapi apabila merujuk kepada Menteri, kita secara macam Menteri sudahlah macam yang bersalah.

Jadi Yang Berhormat, saya tidak membuat satu apology ya. Saya baru masuk ke kementerian ini empat bulan. Saya juga sudah melawat police station yang mempunyai lokap. Saya tahu dan menerima hakikat bahawa banyak police station yang mempunyai lokap yang tidak mencukupi. Akan tetapi dalam masa yang sama, jenayah juga meningkat.

Jadi hasilnya ialah orang akan disimpan dalam sel-sel yang lebih crowded daripada sepatutnya. Saya menerima hakikat Yang Berhormat. Sebab itulah saya pergi ke Kelantan, Sarawak, Sabah untuk bertanya perkara ini mengenai perkara inilah Yang Berhormat.

Sebabnya saya pernah menduduki dalam police station dan melihat lokap itu kadang- kadang cukup besar untuk satu orang sahaja.

Akan tetapi sekarang ini, kita lihat oleh sebab masyarakat semakin ramai selepas itu penjenayah pun semakin banyak akhirnya lokap kita tidak mencukupi. Akan tetapi kita juga memang menerima hakikat bahawa selama ini pembinaan bangunan-bangunan baru untuk polis di seluruh negara belum lagi mencukupi. Ini memang diterima hakikat apabila suruhanjaya untuk kebaikan polis dibuat, ia juga melihat perkara ini dan membuat rekomendasi kepada pihak kerajaan.

final • 7:30 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Akan tetapi apa yang berlaku apabila saranan ini telah dibuat, tindakan telah diambil oleh pihak kerajaan. Saya tidak mempunyai fakta berapa buah rumah yang telah dibina, diberi kontrak kepada syarikat-syarikat pada tahun 2010 dan 2011. Ada segelintir, hampir 35% kegagalan kontraktor-kontraktor untuk membina kemudahan-kemudahan yang dikehendaki oleh polis sebagaimana disarankan oleh Suruhanjaya Pembaikan Perjalanan Polis itu. Jadi inilah constraint yang kita hadapi Yang Berhormat. Kita tahu bahawa kita berusaha untuk memberi kemudahan-kemudahan asas ini. Jadi, ini sebagai mukadimah sayalah Yang Berhormat.

Jadi saya terus menjawab persoalan Yang Berhormat Puchong. Ini saya tidak berhasrat hendak menambah selain daripada membaca surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional). Apabila saya dimaklumkan berhubung dengan kompelin ini, Uthayakumar membuat kompelin, saya dimaklumkan oleh pihak yang tertentu. Pada 19 hari bulan, saya terus menghantar SMS kepada Ketua Pengarah dan bertanya apa telah berlaku. Saya mahu laporan diberikan kepada saya. Saya hendak mengetahui apa yang berlaku di sebalik tembok penjara itu. Jadi, SMS saya itu tidak banyak sangat. Tidak cukup. Ini semua jawapan.

Jadi saya bacalah surat ini. Untuk makluman umumlah ini, saya baca merujuk kepada surat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat ke Menteri Dalam Negeri. Ini bermakna surat itu tidak dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Surat tidak dihantar kepada sayalah.

Banduan Uthayakumar a/l Ponnusamy berkaitan perkara di atas, kompelin ini.

seperti mana dimaklumkan, Uthayakumar a/l Ponnusamy pada 5 Jun 2013 mula menjalani hukuman penjara 30 bulan di Penjara Kajang setelah disabit bersalah di bawah Penjara di bawah seksyen 41A, Akta Hasutan 1948. Jika tidak ada arahan-arahan lain atau perintah, penama boleh dibebaskan pada 5 Februari 2015. Jadi Yang Berhormat, fakta di dalam ini nanti saya akan baca. Akan tetapi jangan tanya kepada saya mengulas sebab saya tidak tahu sebalik daripada apa yang dimaklumkan di sini.

*“Dimaklumkan semenjak menjalani hukuman di Penjara Kajang, mulai 5 Ogos 2013, banduan di atas terutamanya melalui isteri telah membangkitkan beberapa isu berhubung kemudahan rawatan, penempatan, bilik gelap dan pemeriksaan yang didapati jauh dari kebenaran. Walau bagaimanapun, demi kepentingan pengurusan penjara, berasaskan aduan dan permohonan yang dikemukakan melalui surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara telah menjalankan siasatan dan hasil daripada siasatan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:

(i) penempatan secara closed - isolation lock-up dibekalkan sehelai pakaian sahaja dan tidak diberi kemudahan yang sewajarnya. Banduan berkenaan sememangnya diasingkan bagi tujuan siasatan dan proses tindakan tatatertib kerana ingkar perintah. Walau bagaimanapun, ia bukan di bilik gelap kerana tidak ada bilik gelap di Penjara Kajang atau mana- mana penjara di Malaysia. Bilik di mana banduan berkenaan ditempatkan ketika ini sama seperti yang diduduki oleh banduan lain. Begitu juga kemudahan asas seperti selimut, tilam, peralatan kebersihan serta kemudahan makanan dan minuman beliau adalah sama seperti yang diterima oleh banduan-banduan lain. Oleh itu adalah tidak benar banduan berkenaan dipaksa tidur di atas lantai tanpa tilam dan selimut.

Begitu juga tempoh banduan di tempat di bilik asing hanya 13 hari untuk siasatan, dua kes ingkar perintah. Begitu juga berhubung dengan kemudahan perjumpaan rekod menunjukkan pada 17 Oktober masih dalam tempoh pengasingan. Banduan berkenaan telah menemui keraninya*

final • 7:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

*pada sebelah pagi dan peguam M. Manoharan, dari M.

Manoharan & Co pada sebelah petangnya;

(ii) makanan pesakit diabetes. Banduan ketika ini tidak dibekalkan nasi sebaliknya roti dan sayur-sayuran, lain-lain yang bersesuaian berasaskan nasihat doktor. Rawatan dan ubat untuk penyakit banduan tersebut diberikan secara berterusan melalui doktor panel penjara termasuk di Klinik Kesihatan Kerajaan di luar penjara. Kaedah pemakanan dan rawatan yang sama juga diberi kepada beberapa banduan yang lain yang menghidapi penyakit diabetes;

(iii) rawatan lanjut untuk seseorang banduan ditentukan dan dilaksanakan di hospital kerajaan dan oleh Pegawai Perubatan kerajaan. Oleh itu, berasaskan rekod perubatan berhubung sakit belakang kes banduan telah dirujuk ke Hospital Kajang sebagai hospital terdekat dan perkara yang turut dibincangkan bersama dengan Dato****'*** *Dr Jeyaindran Tan Sri Dr Sinnadurai, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan Kementerian Kesihatan, yang bersetuju dengan tindakan yang diambil Hospital Kajang seterusnya membuat temu janji untuk MRI di Hospital Ampang. MRI bagi banduan berkenaan telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2013 di Hospital Ampang dan temu janji susulan berhubung perkara ini akan dibuat di Hospital Kajang pada 7 November 2013. Oleh itu, berhubung masalah sakit belakang tersebut, tindakan untuk memberikan rawatan sewajarnya pada banduan telah diberikan;

(iv) penggunaan perkataan kurang wajar terhadap banduan.

Maklum, menjadi kesukaran dan tekanan kepada kakitangan dalam mengendalikan banduan berkenaan. Segala penjelasan berhubung peraturan serta perkara lain sukar diterima atau langsung tidak diterima. Malah isteri penama pernah menyatakan kepada Pegawai Penjara bahawa suaminya bukan seorang banduan. Walaupun menghadapi situasi tegang semasa mengendalikan banduan berkenaan, Pegawai Penjara sentiasa diingat agar tidak bertindak menggunakan kekerasan atau perkataan kurang wajar; dan

(v) diarahkan duduk mencangkung ketika kiraan jumlah banduan, master enroll call. Semasa kiraan jumlah banduan pada waktu pagi, memadai banduan berkenaan keluar dari bilik dan tidak perlu duduk mencangkung bersama banduan lain. Secara tidak langsung, Pegawai Penjara yang bertugas akan mengetahui keadaan diri seseorang banduan dan keperluan mereka. Banduan berkenaan enggan berbuat demikian walaupun telah diarah beberapa kali.

Manakala berhubung dengan beberapa rayuan yang dikemukakan dalam surat tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:

(i) rayuan didapati di hospital penjara. Hospital Penjara, hospital wing- menunjukkan sick bay di klinik penjara. Semasa diterima masuk ke Penjara Kajang, subjek telah ditempatkan di sick bay klinik penjara untuk perhatian dan rawatan lanjutan berasaskan rekod banduan yang mempunyai masalah diabetes. Walau bagaimanapun, setelah dikira dua minggu tempatkan di Klinik Penjara, banduan mengadu untuk keluar dari tempat tersebut kerana khuatir akan menerima jangkitan penyakit dari banduan lain. Sehubungan dengan itu, banduan pemeriksaan serta rawatan kesihatan untuk subjek masih diteruskan. Subjek di tempat dalam sel perseorangan serta tidak bercampur dengan banduan-banduan lain di blok penempatan berkenaan;*

final • 7:40 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

*(ii) Seterusnya, rawatan lanjutan untuk sakit belakang banduan telah diambil dan akan diteruskan di Hospital Ampang dan juga Hospital Kajang. Oleh itu, keperluan untuk rawatan di HUKM sahaja adalah tidak wajar;

(iii) seterusnya lagi, menghentikan semua penderaan terhadap banduan adalah digesa ditegaskan tiada penderaan dilakukan terhadap banduan dan penggunaan kekerasan atau penderaan bukan Dasar Jabatan Penjara. Sekiranya perkara ini berlaku, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab termasuk Pegawai Penjara mahupun banduan lain.

Dimaklumkan juga, pada 13 Ogos 2013, jam 9 pagi, Pesuruhjaya SUHAKAM James Deva Nayagam serta Encik Simon Karunagaram dan Encik Shahizat bin Sulaiman dari SUHAKAM telah dibenarkan melawat dan menemui banduan berkenaan berasaskan aduan yang mereka terima. Jabatan penjara juga terbuka kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk datang dan memeriksa pengurusan tahap banduan berkenaan mahupun banduan lain...*

final • 7:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

*“Kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat oleh isteri banduan berkenaan perkara di atas telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Akhbar The Star, 20 Oktober 2013, halaman 8. Bersama-sama ini disertakan salinan surat berkenaan serta salinan keratan akhbar The Star untuk makluman selanjutnya.”* Jadi Yang Berhormat, mengikut surat ini saya tidak ada maklumat-maklumat tambahan, Nampaknya tindakan-tindakan perubatan yang diberi, layanan yang diberi telah mencukupi untuk banduan ini Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kalabakan bangun Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Puchong.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua- sila, sila.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, ini Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tuduhan-tuduhan, bukan penggulungan untuk amendment untuk kita punya akta ini. Jadi, kalau tuduhan kita layan, bererti kita sampai 3 pagi pun tiada selesai. Jadi, kita minta supaya penggulungan ini akta sahaja, bukan untuk tuduhan-tuduhan yang dilempar...

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana bangkitkan jawapan itulah. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, pertamanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila dapat tahu berkenaan dengan isu keadaan lokap di balai-balai polis dan sebagainya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada membuat lawatan untuk memeriksa dan untuk mengenal pasti fakta supaya dapat diambil tindakan sekiranya fakta itu benar.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Di dalam keadaan aduan ini, kita lihat bahawa ada aduan dan sekarang ada jawapan daripada kementerian, aduan yang dibuat itu adalah aduan yang dibuat terhadap penjara. Jadi, isu yang berbangkit di sini, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sudi untuk lawat ke lokap di balai polis, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga membuat lawatan ke penjara untuk memeriksa perkara-perkara ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh melihat kepada sel dan sebagainya. Ini bukan untuk banduan ini sahaja. Saya sedar dan saya lihat niat Yang Berhormat Timbalan Menteri and I think we can look into it. Maka, kemungkinan kita juga dapat lihat sama ada benar atau tidak dan juga kalau ada kebenaran kemungkinan kita boleh membuat cadangan bagaimana kita hendak atasi masalah tersebut. So, saya hendak minta kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada boleh ataupun tidak, seperti mana diminta oleh banduan tersebut dan ini adalah aduan daripada beliau. Sekiranya boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada sendiri atau membenarkan Ahli-ahli Parlimen lain, kemungkinan permohonan dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk juga melawat beliau untuk mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara-perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya pun jawab ringkas sahaja soalan itu Yang Berhormat. Jawapan saya, saya telah melawat tiga penjara semenjak dalam masa empat bulan. Oleh kerana constraint of time, dengan izin, Yang Berhormat.

Saya melawat tiga penjara dan ketiga-tiga penjara yang saya lawati saya berjumpa dengan banyak penghuni penjara dan saya dapati tidak adalah terima kompelin. Itu masalahnya.

Kita melihat tempat mereka tidur dan sebagainya, kita juga dapati bahawa penjara kita mencukupi daripada sudut kelengkapan dan sebagainya.

Jadi, saya cukup yakin pihak penjara akan mengekalkan standard-standard yang telah mereka gunakan ini. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada perkara lain berhubung dengan penjara ini. Selaras dengan Akta Penjara ini, sebenarnya telah disemak dan ia didapati selaras dengan United Nations Standard Minimum Rules yang digunakan. The system pengendalian penjara itu juga telah didapati mencukupi. Itulah kenapa saya pada pagi tadi menyebut 10 buah negara telah melawat prison kita untuk melihat daripada sudut penempatan penghuni penjara dengan correctional reform untuk membaik pulih orang banduan dan tindakan untuk melatih mereka semasa hendak keluar termasuk persekolahan...

final • 7:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat. Juga kita masih jalankan dan ada tadi membangkitkan soalan keagamaan dan spiritual. Ini digalakkan Yang Berhormat dan saya berjumpa yang mana dalam penjara itu ada pengajian pelajaran sudut agama Islam dan juga Kristian. Bahkan saya ada berjumpa dengan satu kelompok yang mengamalkan dengan Buddha dan sebagainya itu.

Jadi, saya lihat daripada sudut keagamaan dan spiritual ini juga di jalan oleh pihak penjara untuk membaik pulih mereka ini, Yang Berhormat. Jadi, memang banyak lagi perkara yang patut kita buat dan mahu kita buat. Menteri dan saya sendiri telah memberi arahan kepada Ketua Pengarah Penjara supaya tindakan berterusan untuk membesarkan lingkupan ataupun lingkungan masyarakat penjara itu yang boleh kita bantu dalam sudut apabila mereka keluar daripada penjara itu nanti, menyesuaikan mereka sendiri dalam masyarakat yang keseluruhannya. Ya, Yang Berhormat. Saya ini panjang sangat cerita hal penjara Yang Berhormat. Sebenarnya, cerita kita ini hal lokap.

final • 7:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Ya, saya ingin penjelasan berkaitan dengan lokap tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan soal penjara dan mungkin juga lokap yang mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. So, saya percaya dalam hal ini Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada United Nations Standard Minimum Rules- for the treatment of prisoners. Cuma saya hendak minta penjelasan, apakah di dalam pindaan yang kita sedang bahaskan ini pihak kementerian ataupun kerajaan mengambil kira beberapa aspek penting dalam United Nations Standard Minimum Rules ini.

Pertama iaitu tahanan yang belum dibicarakan mesti dibenarkan lawatan keluarga.

Kedua, adakah ia mengikut Artikel 10 dalam United Nations Standard Minimum Rules ini iaitu disediakan tempat tidur dan dia punya tempat tinggal itu mestilah mematuhi hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya dan termasuk hal kebersihan. Apakah

final • 7:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

perkara-perkara ini diteliti ataupun akan diambil kira sewaktu Menteri mewartakan mana- mana balai dan bangunan mahkamah untuk dijadikan sebagai tempat kurungan orang yang direman. Terima kasih...

final • 7:50 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ya.

final • 7:50 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan juga boleh sedikit.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat. Kalau berkaitan tidak payah tanya Yang Berhormat. Saya hendak jawab soalan ini. Inilah yang saya sebut tadi, standard yang kita laksanakan di penjara adalah sama dengan standard yang dikehendaki di United Nations Standard Minimum Rules. Itu yang kita sebutkan tadi, yang saya sebutkan tadi.

Itu juga yang saya pastikan apabila saya pergi melawat penjara-penjara. Apa yang saya belum buat ialah melawat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, berjumpa dengan orang ini. Itu sahaja yang tidak ada buat dan banyak lagi penjara yang lain saya bakal lawat tetapi oleh kerana masa constraint of time, my work schedule dan berbagai lagi, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak membolehkan saya untuk melawat macam Aladdin dengan tongkat saktinya.

final • 7:50 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang bangunan mahkamah, mana-mana balai polis. Bangunan mahkamah ini saya ingat tidak ada, tidak mengikut standard United Nations Standard Minimum Rules.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, pindaan yang kita ada di sini ialah existing lock-up, existing tempat menyimpan orang-orang ditahan. Akan tetapi dalam kita punya peraturan sekarang adalah 30 hari sahaja dan lokap yang samalah yang kita hendak isytiharkan untuk menyimpan orang lebih daripada 30 hari. Simpan 60 hari, makna kemudahan yang asal yang ada di sini diguna untuk di bawah peraturan undang-undang yang kita bakal kita luluskan ini. Jadi, tidak ada benda lain sebenarnya Yang Berhormat, itu sahaja.

Jadi maknanya, kemudahan-kemudahan yang telah mencukupi dianggap mencukupi, ini akan kita isytiharkan, yang Menteri hendak isytiharkan, kalau undang- undang diluluskan nanti, insya-Allah. Jadi Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang isu lokap ini, cuma concern saya, kalau kita lihat dalam kaedah Islam, dia ada bezakan orang yang dituduh di lokap ini pada tiga golongan. Satu, orang yang asal dilihat baik, cuma dituduh dengan kes tertentu. Dua, orang yang tidak diketahui keadaan sebenar dia, dan yang ketiga, orang yang ada rekod-rekod jenayah lepas dan sebagainya.

Jadi, sejauh mana di dalam perkiraan lokap ini mengambil kira kedudukan tiga golongan ini. Sebagai satu usaha kita untuk memastikan bahawa konsep karamatul insan, hak kemuliaan manusia itu dapat kita berikan kepada orang yang berhak.

final • 7:50 PM

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Pada masa yang sama kalau disebut tadi tentang PBB tadi, saya ada satu saya lihat ketetapan PBB pada 10 Disember 1984. Ini yang menyatakan bahawa sebarang tindakan yang membawa kepada kesakitan yang amat sangat yang bersifat fizikal atau mental dilakukan secara sengaja, dengan niat mendapatkan maklumat atau pengakuan terhadap kes yang disyaki dia terlibat dengannya mestilah ditolak. Sejauh mana kita boleh implement yang ini dalam pindaan yang kita buat pada hari ini? Terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sebenarnya saya bukanlah pakar dalam undang-undang Islam Yang Berhormat. Jadi kalau ada kelemahan saya daripada sudut itu saya minta maaflah, tidak boleh saya jawab. Akan tetapi hakikatnya, orang ditahan dalam lokap ini bukan orang yang didapati bersalah, belum

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

bersalah Yang Berhormat. Makna dia hakikatnya juga tidak ada perbezaan mana satu ‘A’ dengan ‘B’ itu tempat dia. Walau bagaimanapun, perbezaan di antara lelaki dan perempuan, orang yang ada anak di tempat-tempat yang tertentu.

Saya umpamanya melawat di lokap Police Station Bintulu umpamanya. Saya dapati seorang banduan yang mempunyai anak. Jadi saya kata, “Mana letak ibu dengan anak ini?” Dia orang kata, “Memang berkeliaran di sini sahaja.” Tidak masuk dalam lokap pun di luar, di luar lokap. Jadi police woman yang menjaga dia itu duduk bersama dengan dialah melayan dia macam, tidak tahulah tidak ada beza dengan ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kalabakan dengan Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Orang menjaga dengan orang yang kena jaga duduk tempat yang sama. Jadi saya dapati bahawa police station ini juga perlu ditambahkan tempat-tempat yang sesuai. Jadi ini dalam pertimbangan.

Jadi biar balik kepada hal lokap ini. Ada juga kita menyebut soalan reform yang disebut, banyak Yang Berhormat menyebut menyatakan janji-janji yang kita hendak penuhi mengikut saranan Suruhanjaya Pembaikan Polis dahulu. Memang kita telah menjalankan perkara ini Yang Berhormat. Telah saya sebutkan tadi, daripada 100 lebih projek yang kita laksanakan, ada 50 lebih projek yang masih tergendala oleh kerana syarikat-syarikat akhirnya tidak dapat melaksanakan projek. Kita sekarang dalam proses untuk melihat dan mungkin tender proses semula syarikat-syarikat ini. Jadi ini untuk memperbanyakkan lagi tempat-tempat dan penyimpanan untuk polis dan akhirnya memberi kemudahan yang terbaik, yang boleh kita laksanakan untuk orang tahanan.

Akan tetapi saya balik kepada Yang Berhormat dari Padang Serai berhubung dengan kes Damendaran a/l Narayan....

final • 8:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, just very short. Yang Berhormat Menteri terima kasih kerana menjawab isu itu. Yang Berhormat Menteri saya hendak tahu adakah polisi kerajaan untuk menjadikan ianya mandatori untuk semua lokap di balai polis dan juga di mahkamah untuk ada rakaman CCTV, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat itu memperingatkan saya itu. Sebabnya apabila kita masuk dalam kementerian ini empat bulan lepas, mesyuarat yang pertama saya masih ingat, mesyuarat yang pertama yang di pengerusi oleh Menteri Dalam Negeri. Menteri mahu kata lokap yang kita janji yang untuk dibina ini kena bina. CCTV yang kita hendak pasang itu kita kena pasang, tetapi proses kerajaan Yang Berhormat, tidak boleh direct award, ada proses melihatkan. Tidak mahulah sistem CCTV kita yang murah, yang tidak mendatangkan hasil kepada kita apa kita hendak laksana...

final • 8:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dari segi is mandatory yang diperlukan sebagai untuk semua lokap.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya memang tujuan kita memang memandatorikan tiap-tiap lokap itu diberi dengan CCTV dan tempat-tempat kawalan yang tertentu. Akan tetapi proses untuk mendapat sumber kewangan di- kalau ada bajet ini nanti ada orang meminta tolong sokong bajet Kementerian Dalam Negeri itu sebab banyak untuk kebaikan masyarakat. Jadi pindah saya kepada yang dibangkit Yang Berhormat Padang Serai. Tekak saya pun sudah itu Yang Berhormat, batuk. Kes Damendran. Untuk makluman Yang Berhormat seramai empat orang pegawai anggota polis telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes ini masih dalam perbicaraan. Jadi nama-nama sini tidak perlulah kalau melainkan Yang Berhormat mahu nama ada semua ini. Pegawai kanan pun ada, pegawai bawahan pun ada, empat orang semuanya dituduh. Tidak ada maksimum sudah itu seksyen 302 itu kita tertuduh.

Kes Kugan ini sebagaimana Yang Berhormat mungkin sedia maklum. Anggota polis telah dituduh di bawah seksyen 330 dan seksyen 31 Kanun Keseksaan. Berhubung dengan itu tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Jadi Yang Berhormat maknanya daripada kes-kes ini, ternyata kita tidak mengambil ringan hal keadaan dalam penjara ataupun dalam lokap. Adalah tidak tepat mengatakan kita berdiam diri apabila mendengar. Kita bersimpati dengan keluarga ini. Saya juga bersimpati sebagaimana Yang Berhormat Padang Serai, berhubung dengan kematian yang sepatutnya tidak berlaku terhadap orang ini. Inilah musibah yang telah kita kenakan kepada pihak yang berkenaan.

Hukuman-hukuman ini bakal- kes-kes ini bakal didengar, yang satu sudah didapati bersalah yang tinggal satu lagi untuk empat yang lain.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi ini fasal penjara dan lokap tidak ada ini. Jadi Yang Berhormat yang lain itu soalan penjara dan sebagainya itu saya...

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Soalan saya dalam lokap. Saya bawa isu...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah soal itu Yang Berhormat mereka sudah catat sudah soalan itu.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itulah...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidakkan hendak soal lagi Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hanya lokap, tetapi nampaknya belum jawab pada Batu. Apa yang saya khuatir ini ialah kebanyakan lokap yang kita sediakan, yang sedia ada ini kebanyakan untuk jangka pendek dua minggu dan kesesakannya memang sangat serius. Bila kita bolehkan lokap-lokap ini boleh isytiharkan untuk sehingga 60 hari. Kekhuatiran kita ialah adakah kapasiti ini boleh membenarkan.

Seperti yang saya sebut dalam ucapan saya ialah abuses yang paling banyak berlaku ialah dalam tempoh tahanan di reman ini. Itu yang kita khuatir, bila kita membenarkan 60 hari.

Bila facility tidak upgrade, apa akan terjadi?

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya memang proses ini kita laksanakan Yang Berhormat. Apabila Menteri mengenal pasti lokap-lokap yang untuk diisytiharkan di bawah kanun ini, nanti kita akan mempertingkatkan juga dia punya standard requirement dia. Kita juga cuba melihat sama ada ruang-ruang bilik yang mencukupi ataupun tidak untuk contingency kalau ada berlakunya penahanan yang bertambah. Dalam keadaan sedemikian jangan bimbang Yang Berhormat, kita sama-sama memikirkan semua perkara ini.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit sahaja, sedikit, sedikit.

Dalam praktis yang lama kita lihat termasuk orang yang ditahan ini selepas dua minggu polis biasanya tidak di rekomen untuk berterusan dalam satu lokap yang sama, di bawah tahanan ISA pun sama. Selepas 30 hari yang ditahan di bawah ISA sebenarnya dipindah ke satu lagi tempat reman yang berbeza. Ini juga bukan sahaja untuk elakkan abuse, ia juga mengawal supaya rasuah, supaya perkara yang tidak diingini berlaku. Saya ingin tahu sama ada perkara ini boleh disyaratkan dalam keadaan yang sama, sebab Akta Pencegahan Jenayah ini mengambil masa sepanjang 60 hari. Kalau boleh ia juga di pecah- pecahkan supaya tidak ada lokap yang sama untuk simpan mereka sepanjang 60 hari.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya mengambil perhatian saranan Yang Berhormat. Sebabnya ialah dipindah selepas 30 hari itu, oleh kerana terpaksa dipindah sebab lokap kita hanya menyimpan 30 hari, sebab itu dipindah.

final • 8:00 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi, sekarang Yang Berhormat memikirkan dalam keadaan kita boleh menyimpan 60 hari pun Yang Berhormat kata, pindahkan juga dia ke tempat yang lain, mengelakkan perkara Yang Berhormat sebut tadi. Saya ambil perhatian Yang Berhormat dan terima kasih. Lokap yang kita hendak wartakan ini nanti, Yang Berhormat daripada... tadi bertanya.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 8:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Akan kita dikemaskinikan dan memenuhi piawaian-piawaian antarabangsa khususnya United Nations Standard Minimum Rules ini Yang Berhormat. Jadi maknanya, tiap-tiap lokap yang kita akan isytiharkan di samping memperbaiki semua kemudahan, lokap ini mesti diupgrade dan diberi kesesuaian untuk sama dengan standard yang dikehendaki oleh United Nations.

final • 8:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Ini kerana kalau kita hendak jadikan lokap polis dan juga mahkamah sebagai tempat tahanan, kalau ikut pandangan Yang Berhormat Menteri dia akan ikut minimum standard. Okey, saya pegang janji itu sebab pengalaman saya di lokap, ia tidak ikut langsung minimum standard. Saya pernah duduk lokap di Melaka Tengah, reformasi dan sebagainya. Minimum standard itu langsung,

final • 8:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

malah hendak sembahyang pun bermasalah. Jadi saya harap, sementara kita hendak ke arah negara maju dan sebagainya, kita juga hendak pastikan jenayah itu dihapuskan.

Paling tidak pun, ada nilai kemanusiaan dalam kita mengurus hal berkaitan dengan mereka yang ditahan ini. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat, kita ambil perhatian dan saya menyambut baik saranan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang membahaskan rang undang-undang itu tadi. Saya banyak ini, kalau saya hendak jawab semua soalan ini, saya ingat pukul 10 pun tak boleh habis Yang Berhormat. Jadi, sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua dan saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih [Tepuk]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan rang undang-undang di nombor 3 hingga 11 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini akan disambung semula pada hari Rabu, 4 Disember 2013, selepas selesai perbahasan Belanjawan 2014.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4 petang, hari Jumaat, 25 Oktober 2013 [Tepuk]

final • 8:10 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.15 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026