Oct212013

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “10 Oktober 2013” Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013; 2. Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013; 3. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013; 4. Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Yang ikhlas, t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Raimi Unggi - Tenom

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tahniah kepada Yang Berhormat menang terutama kepada ketiga-tiga Naib Presiden dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

[Tepuk] Insya-Allah parti akan bertambah kuat lagi.

final • 10:00 AM

1. Datuk Raimi Unggi [Tenom] minta Perdana Menteri menyatakan limpahan peluang dan ruang yang bakal diberikan kepada Bumiputera Sabah yang mana agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera telah diumumkan YAB. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan lima fokus utama pemerkasaan ekonomi bumiputera pada 14 September 2013 iaitu bulan lepas. Melalui strategi berkenaan kerajaan yakin akan membantu pembangunan sosioekonomi bumiputera termasuk di Sabah.

Terdapat lima strategi utama seperti berikut:-

(i) ‘Mendayung’ modal insan bumiputera, memberi tumpuan bagi memperkukuhkan kapasiti dan capability masyarakat bumiputera di seluruh negara termasuklah di negeri Sabah melalui peningkatan, pencapaian pendidikan dan juga latihan.

Ini akan meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan masyarakat bumiputera untuk memperoleh jawatan dan pendapatan yang lebih tinggi terutamanya dalam sektor swasta. Oleh itu peranan institusi latihan kemahiran seperti Giat Mara, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan diperkukuhkan. Jadi Program Pengajian Lepasan Ijazah, Program Latihan Semula dan Program Peneraju Profesion juga akan diperluaskan termasuklah di negeri Sabah;

(ii) memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan pegangan dan penguasaan berkesan bumiputera dalam sektor korporat.

Untuk itu kita ada banyak agensi seperti PNB, Ekuinas, PUNB dan juga Mara yang akan memperkukuhkan aktiviti mereka dan akan membantu kaum bumiputera menguasai lebih banyak ekuiti syarikat baru dan sedia ada dengan lebih cepat.

Dalam konteks pemilikan ekuiti secara menyeluruh di negeri Sabah kita mempunyai seramai 830,000 ahli yang mempunyai Akaun Skim Amanah Saham Bumiputera dengan unit pelaburan berjumlah 11.03 bilion unit;

(iii) memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan bumiputera dan bermatlamat untuk meningkatkan lagi pegangan aset bukan kewangan oleh masyarakat bumiputera. Ini akan dicapai dengan memperkukuhkan lagi peranan institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Mara dan juga UDA Holdings. Agensi-agensi ini akan membangunkan lebih banyak lagi hartanah termasuklah premis perniagaan untuk ditawarkan dan dimiliki oleh kaum bumiputera. Ini bukan sahaja dalam konteks pemilikan tetapi juga penyediaan untuk disewa. Sebagai contoh Mara telah pun menyediakan sebanyak 388 premis perniagaan di negeri Sabah dengan

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

keluasan sebanyak 280,356 kaki persegi dengan kos sebanyak RM51.7 juta;

(iv) untuk memperhebatkan lagi keusahawanan dan peluang perniagaan bumiputera yang bertujuan untuk memastikan penglibatan lebih ramai lagi usahawan bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan dalam aktiviti ekonomi. Sekali gus ia akan memperkasakan lagi komuniti ekonomi bumiputera termasuklah di Sabah. Selain daripada itu banyak sumbangan usahawan bumiputera di peringkat mikro, kecil dan sederhana akan diperkasakan melalui aktiviti-aktiviti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN), Mara dan juga PNB.

Sebagai contoh sejak AIM ditubuhkan pada tahun 1997, AIM telah memberikan pinjaman kepada 61,927 peminjam di negeri Sabah yang melibatkan pinjaman sebanyak RM1.058 bilion. TEKUN untuk tahun ini sahaja telah memberikan pinjaman berjumlah RM33.7 juta kepada 3,191 usahawan.

Jadi banyaklah program yang akan dilaksanakan; dan

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

(v) untuk memantapkan lagi ekosistem penyampaian perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Sebab itulah kita menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera dengan sokongan TERAJU dan Unit Pembangunan Bumiputera yang akan ditempatkan di pelbagai kementerian untuk merancang dan membangunkan lagi penglibatan bumiputera pada sektor yang berpotensi dan juga mempunyai nilai tambah yang tinggi pada masa hadapan.

Jadi, liputan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera ini terutamanya di kawasan yang kurang maju tetapi berpotensi besar termasuklah di negeri Sabah akan dapat diperluaskan.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan dan saya melihat kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat Sabah bumiputera amat jelas dengan adanya lima prinsip Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin buat soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua iaitu pertama berkenaan dengan Unit Agenda Bumiputera (TERAJU), Tuan Yang di-Pertua.

Saya memohon supaya pihak TERAJU ini supaya kerap kali dapat turun padang terutama kepada kawasan-kawasan luar bandar dan tidak hanya menanti di pejabat semata-mata sahaja. Kita ingin mengetahui juga setakat manakah peranan TERAJU ini dalam aspek untuk memacu dan juga menyelaras agenda bumiputera sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi Negara terutamanya di negeri Sabah.

Saya juga ingin bertanya berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi yang mana Tuan Yang di-Pertua harus didengari dengan jelas untuk memastikan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif sistem penyampaian yang boleh diperkemas bagi mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan juga konstruktif.

Jadi saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah kewujudan unit-Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian? Jadi, saya mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Dalam konteks TERAJU memang kita telah menubuhkan sebuah pejabat TERAJU di Kota Kinabalu dan kita panggil ia Teraju@Koridor dan memang khususnya untuk memantau dan melaksanakan program-program TERAJU di negeri Sabah. Jadi yang kita sarankan kepada pegawai tersebut ialah jangan duduk sahaja di Kota Kinabalu, tetapi kena pergi kepada bandar-bandar yang lain. Insya-Allah kita akan tekankan lagi kepada mereka.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Dari segi kewujudan Unit Pembangunan Bumiputera di pelbagai kementerian, ini memang akan dilaksanakan. Jadi, setiap kementerian sedang melantik pegawai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menerajui unit ini. Jadi intentionnya dengan izin, niatnya ialah supaya seorang yang senior, dengan izin dipertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti Unit Pembangunan Bumiputera tersebut dan bekerjasama dengan TERAJU dan juga Majlis Ekonomi Bumiputera. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini dalam wawancara dengan majalah The Edge telah mengakui bahawa kegagalan DEB sebelum ini akibat keengganan pihak swasta membuka peluang kepada bumiputera.

Persoalan saya pada pagi ini ialah, apakah kerajaan telah meneliti sebab-sebab pihak swasta enggan membuka peluang kepada bumiputera untuk memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan sebagai rakan kongsi. Yang kedua, Yang Berhormat juga telah menyatakan sebentar tadi bahawa salah satu agensi yang terlibat untuk membantu meningkatkan pegangan ekuiti di kalangan bumiputera ialah Ekuinas.

Persoalan saya pada pagi ini ialah apakah Yang Berhormat bersedia untuk berkongsi dalam Dewan ini masalah yang dihadapi oleh Ekuinas baru-baru ini di mana kegagalan Ekuinas untuk mengambil alih sebuah syarikat hartanah di Singapura yang turut melibatkan bekas Menteri Kewangan sebelum ini dan menyebabkan Ekuinas kehilangan hampir RM400 juta. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat dari Gombak. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang saya katakan ialah bukannya kegagalan tetapi kurang pencapaian tahap ekuiti korporat bumiputera sejak NEP ditubuhkan. Jadi, kalau kita ikutkan pada tahun 1970 semasa dasar ekonomi baru ditubuhkan ialah kadar korporat ekuiti pada tahap 2.4%.

Jadi sehingga tahun 2011, ia telah meningkat kepada 23.5%. Ini merupakan pencapaian 10 kali ganda. Memang masih belum mencapai sasaran 30% dan antara sebab-sebab utama ialah beban untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ini telah diletakkan hanya kepada sektor awam iaitu kerajaan. Akan tetapi kalau kita lihatkan dalam konteks employment, dengan izin dan dalam konteks saiz ekonomi public sector, ia adalah lebih kecil berbanding dengan sektor swasta. Sebagai contoh, sektor awam memberikan peluang pekerjaan kepada 1.5 juta rakyat dan ini cuma 11% daripada jumlah guna tenaga kerja yang ada di Malaysia ini. Dalam sektor ekonomi pula, dalam konteks RM947 bilion saiz ekonomi kita untuk tahun 2012, sektor awam menyumbang hanya 42%. Ini termasuklah semua aktiviti GLC seperti Petronas.

Jadi apa yang saya hendak katakan, kalau macam Dasar procurement dengan izin, 30% itu dibuat oleh kerajaan sahaja yang mana sumbangan ekonomi kerajaan kepada negara adalah cuma 42%. Memang sukar untuk kita mencapai target 30% tersebut. Sebab itulah saya menyeru kepada sektor swasta untuk memainkan peranan mereka untuk menjayakan dasar ini sebab ini bukannya dasar kerajaan dan bumiputera semata-mata, malah ini merupakan dasar negara dalam konteks kita mencapai sasaran kita menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi yang inclusive dan juga yang mampan.

Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Gombak tentang Ekuinas, sebenarnya apa yang dikatakan itu adalah tidak benar. Jadi Ekuinas mempunyai satu program outsource di mana antara syarikat pengurusan dana yang telah dilantik dalam program outsource ini ialah sebuah syarikat yang berkaitan dengan Asiasons Ini merupakan syarikat yang memang berdaya maju dalam bidang pengurusan dana private equity, dengan izin dan setelah menjalani proses pemilihan mereka telah berjaya.

Jadi, dana yang telah diberikan kepada mereka ini akan dilaburkan kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju yang memenuhi kriteria Ekuinas dan Ekuinas mempunyai seorang wakil yang duduk dalam Jawatankuasa Pelaburan ini. Jadi, syarikat ini belum lagi membuat apa-apa pelaburan. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak tadi adalah tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan pendekatan kerajaan untuk memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan berkaitan ulang kajian bahagian-bahagian pilihan raya dan sejauh mana kesediaan bagi merundingkan persempadanan semula dengan pihak pembangkang.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan oleh sebab saya hendak jawab pasal SPR, saya berterima kasih dan ucap tahniah kepada kawan-kawan yang telah berjaya dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Saya pasti UMNO mempunyai pasukan yang cukup mantap untuk terus berada di Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 44 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Reezal Merican (Kepala Batas), soalan nombor 60 daripada Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang (Gelang Patah) yang dikemukakan pada hari ini dan soalan daripada Yang Berhormat Tuan Ooi Chuan Aun

(Jelutong) pada 22 Oktober 2013 kerana ia menyentuh isu yang sama.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri yang terakhir bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah ialah pada 21 Mac 2003. Sehubungan dengannya, tempoh lat lapan (8) tahun seperti yang ditetapkan di bawah perkara 113(2), perenggan (ii), Perlembagaan Persekutuan sepatutnya berakhir pada 21 Mac 2011. Tarikh bermulanya kajian semula itu akan dikira dari tarikh tersiarnya notis yang akan diwartakan menurut seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Namun pada pertengahan tahun 2011, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan berdasarkan perkara 113(2), perenggan (i), Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah dimulakan secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum Ke–13.

Bagi Negeri Sarawak, kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya yang terakhir ialah pada 10 Jun 2005 dan berdasarkan peruntukan perkara 113(2), perenggan

(ii), Perlembagaan Persekutuan, urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri Sarawak hanya boleh dilaksanakan selepas 10 Jun 2013, iaitu selepas cukup tempoh lat lapan (8) tahun selepas siapnya urusan kajian semula persempadanan sebelum ini.

Dalam melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri pada kali ini, SPR telah membuat keputusan untuk menjalankan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya secara serentak bagi semua Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Urusan kajian semula ini hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun dari tarikh bermulanya kajian semula tersebut.

Perkara 113(10), Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa tarikh siapnya sesuatu kajian semula di bawah fasal (2) atau fasal (3A) ialah tarikh laporan dikemukakan kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Jadual Ketiga Belas dan notis mengenai tarikh itu hendaklah disiarkan dalam warta oleh SPR.

Perkara yang diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya adalah berdasarkan kepada penetapan dan prinsip yang diperuntukkan di bawah Jadual Ketiga Belas , Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh perlembagaan, prinsip-prinsip persempadanan adalah seperti berikut:

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

(i) Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri.

(ii) Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian.

(iii) Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap kawasan pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan.

(iv) Mengekalkan perhubungan masyarakat tempatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan kajian semula persempadanan masih di peringkat persiapan awal. Walau bagaimanapun, SPR akan menyiarkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam warta dan juga dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam bahagian pilihan raya itu apabila SPR memutuskan untuk memulakan kajian semula persempadanan.

Mengikut peruntukan seksyen 4, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas , Perlembagaan Persekutuan, jika SPR telah memutuskan untuk membuat syor di bawah fasal (2), perkara 113, berhubung dengan mana-mana bahagian pilihan raya, SPR akan memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. SPR seterusnya menyiarkan dalam warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam bahagian pilihan raya itu suatu notis yang menyatakan antara lain kesan syor SPR tersebut dan representasi mengenai syor tersebut boleh dibuat kepada SPR dalam tempoh satu bulan selepas penyiaran notis itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan keperluan untuk mengadakan rundingan bagi melaksanakan kajian semula persempadanan dengan mana-mana parti politik. Walau bagaimanapun, berdasarkan Bahagian II, Jadual Ketiga Belas , Perlembagaan Persekutuan, terdapat ruang untuk memberi cadangan atau membuat bantahan ke atas syor yang dicadangkan oleh SPR semasa tempoh pameran cadangan Kajian Semula Persempadanan dibuat. Pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk memberi cadangan atau membuat bantahan ke atas syor yang dicadangkan tersebut adalah kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh dalam syor tersebut atau sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih yang namanya ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan yang akan datang, SPR telah mengemukakan permohonan sebanyak RM7.1 juta kepada Kementerian Kewangan melalui peruntukan Bajet 2014.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan panjang lebar tentang komitmen SPR dalam isu persempadanan semula mengikut perkara 113(2). Berdasarkan pengalaman kita dengan SPR dan usul yang dikemukakan oleh Parliamentary Select Commitee yang tidak dipatuhi oleh pihak SPR sebahagian besarnya, selain daripada bantahan Bersih dan selepas pilihan raya. Ada kebimbangan tentang kewibawaan SPR dalam mengendalikan tugas besar dalam isu persempadanan.

Saya ucap terima kasih kepada Menteri kerana bagi penjelasan tentang skop cadangan yang mahu dikemukakan oleh SPR. Namun, saya ingin tekankan bahawa sebelum ini dilanjutkan, hal-hal yang dibangkitkan dan bantahan tentang kewibawaan dan

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh

prestasi SPR harus diambil kira kerana seandainya SPR diminta teruskan dengan tanggungjawab walaupun ada bantahan tentang keupayaan, kebebasan dan kewibawaan mereka, ini akan menimbulkan persepsi yang negatif terhadap mereka. Itulah maka, diusulkan dua perkara. Pertama, tentang pengubahsuaian SPR dan keanggotaan pimpinan kanannya dan kedua, tentang keperluan mengadakan rundingan bersama semua parti-parti utama dalam negara kita selain dari proses yang diadakan.

Menteri menyebut tentang ruang- peruntukan perlembagaan tidak menetapkan tetapi kita juga tahu kewujudan SPR itu, keabsahannya itu terikat dengan keyakinan rakyat kepada keupayaan SPR. Maka, oleh yang demikian saya ingin menekankan dan mengusulkan supaya Yang Berhormat Menteri mengambil kira keperluan mengadakan rundingan yang menyeluruh setelah kedudukan dan kewibawaan SPR itu diperbaiki.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini segala tuduhan yang dibuat oleh pelbagai pihak tidak dapat diputuskan dengan khusus dalam petisyen pilihan raya. Perlembagaan menetapkan bahawa kalau kita tidak berpuas hati dengan apa sekalipun, kita kena buat petisyen dan petisyen pilihan raya telah kita buat dan mahkamah telah buat keputusan. Berhubung dengan di antaranya ialah berhubung dengan dakwat kekal, blackout dan sebagainya. Kita tidak dapat buktikan dengan secara khusus. Kita membincangkan dengan secara umum, ya.

Jadi, pada pandangan kerajaan berdasarkan perlembagaan, keanggotaan SPR ada cara-caranya untuk mereka itu diberhentikan ataupun dilantik. Ada caranya. Jadi, apa yang telah diputuskan oleh perlembagaan kita kena patuhi. Kalau kita tidak patuhi apa yang ada dalam perlembagaan, maka kita akan menghadapi masalah sebab negara ini ada undang-undang yang menguasai kita.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Jadi, itu sebab saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa SPR itu kewibawaan mereka, kepimpinan mereka boleh dipertikaikan. Kalau kita hendak pertikai, kita kena bagi secara khusus tentang apa yang kita hendak pertikaikan dan apa yang kurang berhubung dengan SPR. Kita telah bawa benda ini, sudah berbincang dengan cara terbuka pada masa yang lepas dan kita dapati SPR masih mampu dan berwibawa untuk meneruskan pilihan raya dan dalam masa yang sama untuk meneruskan persempadanan kerana lat tempoh bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan juga Sabah sudah tamat pada tahun 2011 dan lat tempoh bagi Sarawak pada tahun 2013. Bermakna kita boleh buat kajian sekali gus di antara Sarawak, Sabah dan juga negeri Persekutuan pada kali ini.

Saya tahu Yang Berhormat telah menyebut tentang Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Pembaikan Proses Pilihan Raya yang dilantik untuk mengkaji perkara- perkara berikutan dengan proses pilihan raya. Sebahagian besar daripada cadangan tersebut hampir dua per tiga diikuti oleh SPR termasuklah dakwat kekal. Selepas itu, kita mempertikaikan dakwat kekal sebagaimana yang telah kita sebut. Akan tetapi sekurang- kurangnya SPR, mereka bebas untuk menerima atau pun tidak menerima cadangan yang dibuat.

Kalau sekiranya kita memikirkan bahawa perlu ada satu Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan persempadanan, kita harus buat cadangan dan kita kena bincang dan terima di sini. Jadi pada pandangan saya Ahli Yang Berhormat, kita kena bagi kepercayaan kepada SPR untuk meneruskan persempadanan semula dan selepas itu kita keluarkan warta. Selepas itu akan dibawa ke Dewan Rakyat dan separuh daripada Ahli Dewan harus bersetuju dengan persempadanan tersebut sebelum ianya dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudian, proses berikutnya ialah pindaan kepada perkara 46, Perlembagaan Persekutuan di mana itu memerlukan dua per tiga majoriti daripada Ahli Dewan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Saya tidak mempertikaikan kewibawaan SPR kerana mereka menjalan tugas dengan baik dalam pilihan raya yang lalu. Akan tetapi persoalan yang saya mahu kemukakan, persempadanan baru ini bolehkah dipertimbangkan, kawasan-kawasan

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

luar bandar ini mesti diberi keutamaan. Misalan di Kalabakan, kita ada 50,000 lebih pengundi. Kawasan begitu besar. Jadi, saya mahu bertanya sama ada kerajaan mahu mempertimbangkan supaya kerusi-kerusi Parlimen Negeri di luar bandar ini diberi keutamaan. Kalau dalam bandar tidak apa. Kalau 1,000 pun tidak apa. Dia punya logistik ada, tetapi luar bandar ini saya mahu tanya kalau kerajaan bersedia untuk terima cadangan.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi bahawa prinsip persempadanan adalah mengambil kira perkara-perkara yang telah saya sebutkan. Empat perkara tadi iaitu jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap kawasan. Akan tetapi sekiranya terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar dan lain-lain lagi serta luas pilihan raya, maka luas pilihan raya itu patut dikaji semula. Jadi, semua ini akan diambil kira dan kita tahu bahawa benda ini akan dibawa ke Parlimen, draf itu dibawa ke Parlimen dan Ahli Parlimen, separuh mesti bersetuju dengan draf tersebut. Selepas itu dibawa ke Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong setuju, kita bawa ke sini semula untuk pinda perkara 46 iaitu anggota Dewan ini harus ditambah.

Kita kena ingat bahawa pada tahun 2001, ini pindaan terakhir dibuat pada 2001 yang lepas, pengundi kita ialah 9.9 juta. Kemudian, pada pilihan raya yang ketiga belas baru-baru ini daftar pemilih untuk PRU ke-13 baru-baru ini, daftar pemilih kita ialah 13.2 juta. Jadi, perbezaan yang cukup ketara di mana pindaan yang dibuat, dimulakan pada tahun 2001 itu, pemilihnya sudah berbeza begitu besar. Jadi, pemilih PRU ke-14 ini lagi besar. Sebenarnya, ahli-ahli Dewan tidak ada pilihan. Walaupun disebut 2/3, Ahli-ahli Dewan tidak ada pilihan untuk memilih penambahan kepada Ahli-ahli Dewan.

Kalau tidak, kita akan berlaku kejam dan tidak adil kepada rakyat yang mana rakyat hanya ada 222 orang Ahli berdasarkan kepada kajian 2001 dan sekarang kita ada 13.2 untuk PRU ke-13. Pertambahan pada PRU ke-14 ini, kalau kita masih lagi pegang pada 222, kita akan berlaku tidak adil kepada rakyat yang memerlukan pertambahan Ahli Dewan. Jadi, soal-soal Yang Berhormat sebut tadi pasal luar bandar dan sebagainya memang termasuk prinsip-prinsip yang dipegang oleh SPR sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu dalam menentukan persempadanan semula.

final • 10:30 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Indera Mahkota.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Apa dia Yang Berhormat?

final • 10:30 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Boleh saya bertanya?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak soalan tambahan?

Tidak payah cakap. Sila Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Your view sana Tuan Yang di- Pertua, tidak nampak.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:30 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri. Dia kata kali yang terakhir kajian persempadanan semula adalah dilakukan pada bulan Mac tahun 2003. Betulkah? Betul ya. Mengikut perlembagaan kita, kajian persempadanan semula mesti dilakukan antara 8 ke 10 tahun. Betulkah itu? Kalau betul, sekarang sudah 2013 bulan Oktober. Maknanya SPR gagal dalam tempoh masa 8 tahun ke 10 tahun membuat kajian persempadanan semula. Yang Berhormat katakan tadi kita ada perlembagaan, kita mesti akur pada perlembagaan. Perlembagaan kata lapan tahun ke sepuluh tahun, tetapi tidak dilakukan. Adakah ini membayangkan betapa efisiennya SPR itu? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, kajian dibuat pada tahun 2001 sebab kajian mesti dibuat dua tahun. Diluluskan pada 2003. Lat tempohnya habis

final • 10:30 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

pada 2011, tetapi 2011 masa itu kita sedang sibuk menghadapi pilihan raya. SPR telah buat keputusan bahawa kita akan buat kajian selepas PRU ke-13.

final • 10:30 AM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, yang mana besar? Yang mana besar, SPR atau pun perlembagaan?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tadi Yang Berhormat sendiri kata perlembagaan kita ...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh mencelah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, ini perlembagaan. Saya sudah baca semalam pukul dua pagi dia sebut lat tempoh lapan tahun, dia tidak sebut 10 tahun. Dengan izin, never mention 10 tahun. Cuma, kajian itu mesti dibuat dalam masa dua tahun. Bererti kalau kita buat kajian pada tahun depan, awal tahun depan, makna kata pada tahun 2015 kita kena siapkan dan kita kena bawa ke depan ini. Kita setuju draft itu akan disetujui oleh separuh dari Ahli Dewan yang sangat tidak ada masalah tetapi bila kita hendak pinda perkara 46, perlembagaan kita kena dapat 2/3, 2/3 pun saya percaya Ahli-ahli Parlimen akan menyokongnya. Kalau ahli pembangkang tidak sokong, mereka akan dihukum oleh rakyat kerana gagal untuk...

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Syok sendirilah.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Shahidan bin Kassim

Gagal untuk hasrat rakyat yang mahu wakil- wakil Parlimen itu ditambah, kita tidak menyokong. Jadi, SPR akan meneruskan kajian persempadanan ini. Dalam perlembagaan Yang Berhormat, tidak disebut 8 sehingga 10 tahun. Dia sebut di situ dia kata lat lapan tahun, tempoh lapan tahun itu mesti siap, lepas itu kajian dibuat. Bila kajian hendak dibuat terpulang kepada SPR. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan kerja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global

(GSIAC) termasuk melawat pejabat Twitter, Google dan Facebook dalam usaha berterusan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dengan meningkatkan kemampuan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Jasin dan Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri telah pun membuat lawatan kerja ke San Francisco, Amerika Syarikat pada 23 September dan ada dua program utama. Pertamanya ialah mempengerusikan mesyuarat GSIAC iaitu Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global dan yang keduanya ialah beberapa acara sampingan.

Dalam konteks mesyuarat GSIAC ini, hasil perbincangan mesyuarat telah menyentuh lima perkara.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

(i) pembangunan inisiatif bagi penerapan budaya inovasi sebagai perkara innovate or die, dengan izin bagi syarikat usahawan tempatan;

(ii) keperluan syarikat tempatan terlibat dan melabur dalam bidang bukan tradisi dan berasaskan teknologi dan inovasi;

(iii) penerapan budaya berani untuk gagal ataupun dare to fail bagi usahawan yang berasaskan teknologi Malaysia di mana

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

kegagalan tidak didenda kerana inovasi adalah digalakkan seperti mana yang dipraktikkan Silicon Valley;

(iv) keperluan untuk meningkatkan lagi tenaga lebih mahir melalui peningkatan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris bagi penyediaan tenaga mahir yang mampu menggunakan teknologi; dan

(v) keperluan untuk meningkatkan lagi bilangan saintis data bagi keperluan pembangunan pusat pengurusan data di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat juga telah bersetuju untuk mengambil empat tindakan susulan ialah supaya Malaysia menyertai Initiative Global STEM Tele Council and Alliances dengan izin. STEM ini Sciences Technology, Engineering and Mathematics. Ini ditaja oleh pihak Akademik Sains New York dan SISCO. Di bawah inisiatif ini Malaysia berpeluang memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar dan saintis muda, untuk menjalinkan kerjasama dan interaksi dengan rakan sebaya bagi pertukaran minat, maklumat dan pengetahuan melalui rangkaian sosial daripada pelbagai negara dan bandar.

Di antara negara dan bandar-bandar yang akan turut serta ialah Australia, Afrika Selatan, United Kingdom, Netherlands dan beberapa negara di Afrika dan kota-kota New York, Barcelona, Sydney, Melbourne dan juga Jeddah.

Yang keduanya tindakan susulan ialah supaya Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama The Sackler Institute for Nutrition Science menyertai secara aktif inisiatif global bagi menangani masalah nutrisi ataupun nutrition dengan izin.

Di bawah inisiatif ini pihak Sackler akan membantu Malaysia melalui khidmat nasihat teknikal khususnya dalam pelaksanaan sebuah projek perintis My Bff. My Bff ini bukan my best friend forever tetapi my body is fit and fabulous dengan izin. Ini merupakan satu program intervensi untuk mengurangkan body mass index dengan izin dan tahap lebih berat dan juga obesiti di kalangan rakyat Malaysia.

Yang ketiga ialah di mana Akademi Sains New York bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempertingkatkan program pembangunan guru khususnya bagi pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Yang keempat ialah di mana Akademi Sains New York bekerjasama dengan menyediakan perkhidmatan nasihat dalam memperkukuhkan tadbir urus pengurusan sains negara dan public research asset dengan izin.

Itu mesyuarat GISC Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa program sampingan yang telah diadakan. Ada lima sebenarnya iaitu:-

(i) Program High Level Green Forum 2013. Ini merupakan anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

(KeTTHA) dan juga MiGHT bertemakan Green Future. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada pakar dan pihak yang berkepentingan dalam bidang teknologi hijau telah pun menghadiri mesyuarat tersebut;

(ii) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyampaikan ucaptama dalam majlis yang dihoskan oleh Club Commonwealth California dan dihadiri oleh seramai 200 orang tetamu, yang terdiri daripada ahli-ahli kelab dan juga ahli-ahli peniaga tempatan;

(iii) lawatan ke Twitter, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya di Twitter antara lainnya telah melibatkan taklimat mengenai kesan media sosial ke atas perkhidmatan kerajaan. Media sosial dan analisis data serta

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

mengenai program Twitter dan Keusahawanan Sosial ataupun Social Entrepreneurship, dengan izin;

(iv) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengadakan perbincangan tertutup dengan Mark Zuckerberg daripada Facebook, di mana telah membincangkan inisiatif internet drops off oleh Facebook yang bertujuan untuk memudahkan akses internet kepada lima bilion pengguna di dunia dan perbincangan lanjut akan diadakan untuk meneroka peluang pelaburan dalam program internet drops off ini; dan

(v) lawatan ke Google Incorporated di mana ini melibatkan inisiatif MDeC untuk melonjakkan Malaysia dalam inovasi big data analytic dan the internet of thinks, dengan izin. Akademi Google Web telah melatih dan mengiktiraf seramai 42 orang pensyarah dan lebih daripada 300 pelajar Malaysia dalam bidang Advance Web Technology. Seramai 15 pelajar daripada Malaysia daripada lapan institusi pengajian tinggi telah pun dilantik sebagai Duta Pelajar Google. Penglibatan Google dalam Projek 1BestariNet juga akan turut merealisasikan penggunaan Chrome books dan juga Google Apps dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadi Tuan Yang di-Pertua lawatan dan program GSIC tersebut telah pun memberikan banyak perspektif baru dalam beberapa aspek strategik dalam bidang pembangunan teknologi hijau, pengkomersialan, inovasi dan juga keusahawanan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan yang sentiasa berusaha untuk meneroka bidang-bidang baru bagi mempercepatkan pencapaian kita selaras dengan sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Salah satu usaha untuk kita meningkatkan GNI negara adalah untuk meningkatkan lagi peruntukan kepada R&D terutama dalam bidang sains dan juga inovasi.

Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, sejak tahun 2009 hingga 2013 dalam nilai ringgit dan juga peratusan kepada GDP, berbanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, US dan juga Germany.

Seterusnya negara kita memerlukan lebih ramai lagi saintis-saintis digital supaya dapat memacu ekonomi baru dalam dunia digital pada masa kini. Jadi soalan saya, apakah bentuk galakan dan bantuan daripada pihak kerajaan, yang akan kita berikan kepada mereka-mereka yang telah gagal pada kali pertama, kerana berani mencuba dan menghadapi salah satu keadaan sehingga mereka boleh terus berjaya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan soalan itu adalah spesifik tentang angka, jadi saya tidak ada maklumat tersebut sekarang ini. Jadi kami akan berikan jawapan secara bertulis.

Berkenaan dengan soalan kedua tentang Program Saintis Digital dan untuk memberikan peluang kedua, kita hendak berikan penekanan di sini bahawa Dare to Fail Programme ini adalah di mana kita memberikan peluang kedua untuk mereka yang gagal kerana sebab-sebab yang di luar jangkaan bukan sebab-sebab maknanya salah guna dan sebagainya. Jadi program ini akan diperincikan lagi dan kita akan berikan maklumat lanjut kemudian. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menunggu-nunggu juga jawapan dan penjelasan Yang Berhormat kerana menerusi lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke San Francisco selesai daripada Mesyuarat Majlis Penasihat Sains Inovasi Global (GSIAC), beliau telah mewujudkan satu usaha sama bersama dengan sebuah

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

syarikat Jepun Asian Energy Investment yang mewujudkan dana pelaburan bernilai RM318 juta, untuk mempromosikan teknologi hijau. Disebut juga, pelaburan ini merupakan pelaburan ketiga yang datang selepas di New York City, Amerika mewujudkan bank hijau mereka sendiri bernilai RM3.18 bilion dan Australia bernilai RM6 bilion setahun. Maksudnya Malaysia ini dilihat sebagai membawa satu inisiatif baru.

Persoalan saya, dalam dana ini yang bernilai RM318 juta kerajaan telah memilih untuk mewujudkan satu syarikat pengurusan dana berpangkalan di Malaysia, namanya Putra Eco Ventures Incorporated untuk menyalurkan pelaburan dan menawarkan perkhidmatan, perundingan perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan khusus yang merupakan SME dalam teknologi hijau.

final • 10:40 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Soalan saya, kalau di Australia, mereka telah mewujudkan satu badan berkanun, mendapat kelulusan Parlimen untuk memantau penggunaan dana besar dalam memastikan ia berjaya dalam promosi teknologi hijau. Kenapakah kerajaan memilih untuk mewujudkan syarikat sebegini tanpa perlu melalui Parlimen atau apakah lagi mekanisme yang ada untuk memantau keberkesanan syarikat yang akan mengguna pakai sekitar USD100 juta. Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini juga yang amat spesifik kepada beberapa dana yang telah disebutkan. Jadi saya tidak ada angka...

final • 10:50 AM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai

Saya hanya rujuk. Dia termasuk dana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Altogether, dengan izin.

Minta ...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Ya, jadi dalam konteks dana teknologi hijau yang disebutkan tadi, secara amnya adalah di mana memang kerajaan biasanya bekerjasama dengan mereka yang mempunyai kepakaran untuk melabur dalam bidang-bidang teknologi hijau ini. Jadi untuk maklumat yang lebih spesifik, nanti saya akan berikan secara bertulis dan mendapatkan maklumat daripada kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar nanti.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menghadiri Global Science and Innovation Advisory Council. Salah satu yang dilaporkan dalam United Nation Public Administration Program, dalam menjadi pemangkin ataupun enabling factor kepada untuk mencapai keberkesanan dalam inovasi dan sains adalah bidang IT. IT dan juga bidang digital. Maka sebab itulah bertepatan dengan lawatan pergi ke Twitter, Google dan Facebook. Namun, ada satu dua perkara yang merunsingkan saya iaitu dalam pelaksanaan IT ataupun yang menjadi pemangkin, enabling factor ini terutamanya dalam pelaksanaan e-Government, UN Public Administration Program telah melaporkan bahawa Malaysia telah turun daripada nombor 32 dalam e-Government ranking kepada 40 pada tahun 2012 manakala Waseda University in Japan melaporkan bahawa kedudukan kita berada pada 24. Antara perkara yang dikatakan penyebab utama kepada penurunan ranking tersebut adalah ketiadaan atau ketidakwujudan jawatan ataupun agensi yang berfungsi seperti Chief Information Officer ataupun Government CIO. Banyak berlaku di negara-negara seperti Finland, Singapore, United State of America dan juga UK yang berada antara ranking yang teratas. Dalam laporan ini juga mengatakan ini adalah antara yang menyebabkan banyak maklumat sama ada kita hendak menarik investment dari segi sains dan inovasi dan memberi maklumat yang betul dapat dilaksanakan. Jadi persoalan saya apakah dalam kita hendak mencapai inovasi dan sains yang dihasratkan oleh kerajaan ini, kita juga perlu melihat enabling factor tadi. Apakah kerajaan bercadang hendak mewujudkan government CIO seperti mana Singapore, Korea,

final • 10:50 AM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Finland yang berada dalam top ranking sepuluh seperti mana yang dilaporkan oleh United Nation Public Administration Program. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini merupakan satu cadangan yang bakal dikaji oleh kerajaan.

Memang banyak pendekatan yang boleh dilaksanakan berdasarkan kepada aktiviti dan juga pengalaman daripada luar negara. Dalam konteks organization, sekarang ini memang ada pelbagai agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui bidang sains, teknologi dan IT ini. Kita akan kaji dan akan umumkan kemudian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah dan jenis pelaburan oleh FELDA dalam perniagaan seperti perhotelan di London yang tidak berkaitan dengan aktiviti teras perladangan komoditi setiap tahun sejak 2000. Nyatakan prestasi kewangan pelaburan dan sama ada perolehan cukup untuk membiayai kos capex/pelaburan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, FELDA adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah serta membantu meningkatkan taraf sosial ekonomi peneroka. FELDA telah melaksanakan pelbagai aktiviti ekonomi yang berdaya saing bagi memastikan projek pembangunan tanah dan keperluan peneroka dapat dipenuhi. Aktiviti pelaburan FELDA telah diambil alih oleh Perbadanan Khidmat Korporat (PKK) yang ditubuhkan pada 24 April 1988 bagi membolehkan FELDA memberi tumpuan sepenuhnya ke atas tanggungjawab pembangunan tanah dan peneroka.

FELDA juga telah menyerahkan sebanyak 51% daripada kepentingan FELDA di dalam PKK kepada Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) pada tahun 1995.

Bagi memberi peluang kepada peneroka dan kakitangan menikmati pulangan pelaburan secara langsung hasil daripada peningkatan prestasi PKK, pada 6 September 1955, FELDA Holdings Sdn. Bhd. (FHSB) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 bagi mengambil alih fungsi dan aset bersih PKK yang dibubarkan dan seterusnya ditukarkan menjadi sebuah syarikat awam iaitu FELDA Holdings Berhad (FHB) pada 3 Oktober 2003. FHB berperanan mengawasi, menyelaras serta menilai semula operasi dan pencapaian syarikat-syarikat di bawah Kumpulan FELDA bagi memastikan pulangan pendapatan yang optimum.

Pada tahun 2012 pula, FELDA telah berjaya menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia di mana melalui FELDA Aset Holdings Company Berhad, FELDA memegang 39% ekuiti. Kedua-dua syarikat FHB dan FGV adalah berperanan sebagai syarikat-syarikat pelaburan bagi FELDA dalam aktiviti-aktiviti teras perladangan dan bukan teras sama ada di dalam atau di luar negara. Justeru, selepas penyenaraian FGV ini, FELDA kini mempunyai sebanyak tujuh buah syarikat subsidiari.

Dari jumlah ini, sebanyak tiga buah syarikat yang tidak terlibat di dalam aktiviti teras perladangan iaitu FELDA Global Ventures Middle East Sdn. Bhd., Grand Borneo Hotel Sdn.

Bhd. dan FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd.

(FIC) adalah berperanan sebagai sebuah syarikat pelaburan induk bagi FELDA untuk menyusun kesemua syarikat subsidiari dan bersekutu yang dimiliki oleh FELDA. FIC akan melaksanakan aktiviti pelaburan strategik bagi pihak FELDA dengan modal berbayar permulaan sebanyak RM500 juta.

Berikutan daripada itu, FELDA telah menubuhkan sebuah syarikat pegangan pelaburan pada 2 Julai 2013 dengan menggunakan nama Capital Protocol Sdn. Bhd.

memandangkan penggunaan perkataan ‘investment’ sebagai nama syarikat mengambil masa kerana memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Proses penukaran nama syarikat CPSB kepada FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. sedang

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

dilaksanakan. Setakat ini kesemua pelaburan yang dibuat oleh anak-anak syarikat FELDA dan syarikat-syarikat pelaburan FELDA dipantau rapat bagi memastikan pulangan yang diharapkan terhasil dan sukacita dimaklumkan bahawa kesemuanya adalah memberangsangkan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab apakah kos dan pulangan khususnya dari aspek ‘in ternary’ of return yang akan diperoleh daripada pelaburan dalam hotel-hotel.

Adakah ia memadai untuk membayar capex ataupun kos pembelian yang terbabit khususnya dalam aspek pelaburan dalam aktiviti bukan teras atau non-core activity ini.

Adakah ia juga mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah bebas dalam FELDA Global Ventures Berhad ini kerana seperti yang saya dimaklumkan, independent director memainkan peranan penting. Adakah mereka bersetuju tentang cadangan sedemikian?

Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan cadangan oleh FELDA Global Ventures Berhad untuk membeli baki saham-saham yang dipegang dalam FELDA Holdings oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF) sebanyak RM2.2 bilion. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan apakah rasional pembelian tersebut kerana kalau pembelian ini dibuat, sejauh manakah ia akan memberikan keuntungan kepada 113,000 peneroka.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di mana FELDA Global Ventures Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka menawarkan RM2.2 bilion untuk membeli baki-baki saham yang masih tidak dipegang oleh mereka kerana pulangan dividen sebanyak 15% atau 16% ini agak tinggi. Sekiranya dijual, apakah jenis pelaburan yang boleh dibuat oleh KPF dengan RM2.2 bilion ini yang boleh mendatangkan pulangan yang lebih tinggi daripada 15% atau 16% dividen yang sekarang ini dinikmati oleh 113,000 peneroka. Bukankah tawaran ini harus ditolak supaya para peneroka dapat kekal dengan dividen 15% atau 16% yang diperolehi sekarang. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

Saya sedaya upaya tadi ingin cuba memberi jawapan tentang persoalan yang dibangkitkan. Sebenarnya pelaburan FELDA bukan kita tak boleh bagi daripada segi capex pelaburan, sebab FELDA ini saya cerita tadi dia satu agensi kerajaan yang menubuhkan begitu banyak, saya cuba cerita satu-satu tadi. Dia tak boleh satu syarikat terus beli, tidak dan nak beritahu yang pelaburan contoh, hotel di London bukan dibeli oleh FGV tetapi dibeli oleh FIC yang saya beritahu tadi dan sudah tentu keputusan itu dibuat mengikut kepada keputusan mesyuarat. Jadi tak timbul soal pembelian itu perlu mendapat minoriti shareholders FGV. Sebab itu saya nak beritahu, boleh jadi kelas pengajaran tentang FELDA. FELDA ini terlalu besar Yang Amat Berhormat tapi nak beritahu tak timbul soal mendapat keputusan the minority shareholders dengan izin, sebab bukan dibeli oleh FGV, itu yang pertama.

Juga nak beritahu juga, Alhamdulillah jumlah kos pembelian hotel atau service apartment itu pada nilai 98 juta pound kalau dibuat nilaian hari ini, dia sekitar 115 juta pound. Atas kertas, ya kita dah boleh sebab kawasan itu setelah kita buat kajian boleh menguntungkan. Itu tak cerita tentang perniagaan yang menghasilkan 90% occupancy rate dengan izin, kadar sewaan. Maknanya pelaburan itu disebabkan satu keupayaan FELDA melalui anak syarikatnya. Nombor dua, peluang yang ada. Jadi kalau nak kira untung, memang akan menguntungkan. Sebab itu saya tak boleh jawab adakah pelaburan itu boleh mendatangkan hasil ataupun capex itu memadai sebab FELDA satu agensi yang sangat besar dan merupakan satu agensi yang pada saya tidak segan untuk kita katakan sangat berjaya. Jadi, tentang koperasi. Sebenarnya koperasi FELDA ini merupakan koperasi yang terbaik. Ini kebetulan cerita ini semua yang baik ini, bukan saya ada-adakan. Pergi semak.

Koperasi FELDA ini adalah koperasi yang terbaik daripada segi hasil pengagihan dan sebagainya termasuk pengendaliannya. Kita akan pastikan apa juga yang dibangkitkan Yang Berhormat itu akan mendapatkan faedah yang paling baik kepada FGV ataupun

final • 11:00 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

kepada ahli-ahli koperasi. Saya buat jaminan di sini bahawa kita sangat teliti kerana FELDA bukan hak mana-mana pihak tetapi ia adalah kebanggaan negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah, saya ingin mengetahui kalau kita lihat daripada strategi yang telah kita dengar daripada Yang Berhormat punya penerangan tadi iaitu FELDA daripada aktiviti teras kepada yang bukan teras. Saya lihat aktiviti bukan teras ini slowly going to be begitu besar contributionnya kepada FELDA. Contohnya tiga setengah tahun yang lepas, FELDA membeli kilang gula kemudian hotel dan baru-baru ini saya dengar bahawa FELDA juga akan terlibat dalam industri pembinaan dan juga perumahan.

Adakah dalam jangka masa panjang, FELDA akan cuba membawa organisasi ini menjadi salah satu daripada organisasi seperti Sime Darby?

Kalau itu, saya merasakan bahawa kita kena lihat terlampau banyak sangat agensi kerajaan ini yang menjalankan aktiviti yang sama. Daripada mula, berasaskan teras seperti perladangan tetapi akhirnya apabila mereka mempunyai wang yang begitu banyak dan kesemua mereka ini compete di antara satu sama lain. Minta penjelasan.

final • 11:00 AM

Dato' Razali bin Ibrahim

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Titiwangsa. Ahli Yang Berhormat seorang ahli korporat yang baik dan saya rasa soalan itu soalan yang sangat baik. Nombor satu, prinsipnya memang kita ingin menjadikan FELDA sebuah organisasi yang besar tetapi tidak semestinya bersaing dengan Sime Darby tetapi ada saya rasa Yang Berhormat setuju dengan izin, we cannot put everything in one basket. Harga kelapa sawit tidak boleh kita harapkan untuk menyediakan kewangan yang kukuh bagi masa-masa akan datang.

Kalau kita tengok, sewaktu penubuhan FELDA, dia terpaksa melihat kepada kelapa sawit dan getah. Saya rasa Yang Berhormat juga setuju untuk kita perlahan-lahan beralih kepada industri perladangan kelapa sawit. Walaupun masih lagi ada di setengah- setengah kawasan 317 itu yang masih menanam pokok getah. Akan tetapi nak beritahu bahawa seperti Tabung Haji kalau saya ambil contoh, dapat menyediakan RM93.3 juta subsidi kepada jemaah haji tahun ini bukan dengan duit caruman jemaah yang diletakkan dalam Tabung Haji tetapi hasil subsidi RM5,700 itu kepada jemaah yang pertama itu yang jumlah keseluruhan RM93.3 juta itu adalah datang daripada hasil keuntungan.

Saya boleh gariskan dan kita boleh baca. Jumlah perbelanjaan CSR termasuk perumahan-perumahan generasi kedua Yayasan Felda dalam memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat dalam negara adalah perkara yang dapat kita jana daripada aktiviti- aktiviti non core. Akan tetapi saya nak beritahu Yang Berhormat, kita beri jaminan supaya seboleh-boleh kita tidak akan bersaing dan menyempitkan peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia yang sedang kita bina. Jadi saya rasa pandangan Yang Berhormat itu perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan FELDA supaya nanti tidak timbul bahawa FELDA hanya memikirkan tentang keuntungan tanpa melihat kepada pembangunan usahawan dalam negara. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

5. Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejak Januari hingga September 2013 berapa banyak kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara khususnya di sekolah-sekolah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Tanah Merah. Nampaknya beliau amat prihatin dengan masalah semasa iaitu keracunan makanan di sekolah-sekolah dan juga di kawasan awam. Tuan Yang di-Pertua, sejak Januari hingga September 2013, sebanyak 397 kejadian berlaku di seluruh Malaysia melibatkan 9,777 kes mangsa yang mengalami cirit birit. Kalau dibahagi-bahagikan lagi, kalau kita lihat di sekolah jumlah semua sekali adalah 214 kejadian iaitu 157 kejadian berlaku di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. 7 kes di bawah kelolaan MARA, 45 kes di bawah sekolah swasta, 4 kes di

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

bawah kerajaan negeri dan 1 kes di bawah sekolah ataupun institusi di bawah Kementerian Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih. Soalan saya ini memanglah soalan yang menyentuh soal hidup mati, keracunan makanan. Jadi apakah kementerian mengenal pasti apakah punca sebenarnya yang menyebabkan keracunan makanan berlaku dan dalam waktu yang sama, saya merasakan kementerian harus ada satu petugas khas untuk menjalankan pemeriksaan secara berkala ataupun secara tetap di seluruh negara. Jadi apakah Kementerian Kesihatan bercadang menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menjalankan pemeriksaan secara tetap di seluruh negara terhadap kedai-kedai dan juga pusat-pusat makanan. Ini termasuklah sudah tentulah kantin sekolah, kantin yang terdapat di kilang-kilang, pusat makanan, penyedia makanan dan juga gerai makan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, punca melibatkan makanan ini banyak Tuan Yang di-Pertua. Terutama sekali ialah tentang bahan mentah yang tercemar dan pencemaran antara pengendali makanan iaitu tangan mereka dan juga peralatan yang digunakan. Kemudian juga yang dianggap melibatkan keracunan ialah kerana tempoh penyimpanan makanan ataupun holding time lebih daripada empat jam. Dia letak di luar empat jam lebih dan ini menyebabkan kuman boleh membiak.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ketiga, tempatnya, tentang pengendali makanan yang tidak terlatih dan proses memasak itu sendiri Tuan Yang di-Pertua. Ada yang masak tidak cukup masak dan dibiarkan. Jadi ini juga boleh membiakkan kuman. Tentang langkah-langkah untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes-kes keracunan ini, memang pihak kementerian ada aktiviti memantau bangunan dan premis. Memang kita buat rutin check-up Tuan Yang di- Pertua, pergi setiap sekolah dan juga premis-premis kantin yang lain, diperiksa tempat mereka, melihat tentang kebersihan. Kalau berlaku keracunan di tempat itu memang sampel akan diambil. Mengadakan kursus latihan pengendalian makanan dan juga suntikan anti typhoid. Suntikan anti typhoid perlu disuntik setiap tiga tahun sekali dan boleh diambil di klinik-klinik kesihatan, di klinik swasta dan juga di PBT. Cuma bayar RM20 sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Pengendali makanan ini diberi latihan dan mereka boleh mendapatkan latihan di 156 sekolah yang telah pun diiktiraf oleh kementerian. Maknanya, bayar RM50, berkursus tiga jam dan akhirnya dia akan dapat certificate. Ini perlu untuk mengendalikan makanan.

Seterusnya pengambilan sampel, Tuan Yang di-Pertua. Ini juga dibuat berkala dan juga apabila berlaku keracunan memang akan diambil terus.

Diadakan juga program pemeriksaan sendiri ataupun kendiri di kantin dan dapur.

Ini kita latih pengendali-pengendali kantin itu dan mereka boleh buat laporan berkala. Ini di bawah kelolaan dan pengawasan Pusat Kesihatan Daerah, PPD dan juga Kementerian Pendidikan sendiri. Selain daripada itu, kita juga adakan pameran dan promosi di sekolah dan di tempat awam. Kita adakan promosi, contohnya Kempen Lihat, Hidu dan Rasa, Kempen Skuad Germ Buster dan kempen pendaftaran MoH clicks. Ini untuk Kelab Laman Interaktif Keselamatan Makanan dan juga taklimat keselamatan dan kebersihan makanan dijalankan berterusan. Pihak kementerian juga bercadang untuk mengadakan program awareness campaign kepada kampung-kampung juga, dengan izin. Bermakna, kita kumpulkan orang kampung melalui JKK masing-masing dan beri taklimat tentang perkara ini dan ini yang akan dilakukan tidak lama lagi Tuan Yang di-Pertua.

Diadakan juga akan Kempen Anugerah Kantin Bersih, setiap tahun dijalankan dan apabila pemeriksaan dijalankan, pemarkahan diberi dan kalau didapati kurang daripada 30% mereka akan diberi amaran dan kalau masih lagi tidak bersih akan ditutup kantin ataupun apa juga premis yang terlibat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan pihak sekolah selalu jarang memantau atau menyediakan makanan di kantin sama ada bersih atau tidak dan ini menyebabkan pengendalian kantin dibuat sambil lewa sahaja. Makanan

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

disediakan tidak bermutu. Saya ingin tanya, adakah dan sejauh mana kementerian merinyu kesihatan, melakukan satu pemeriksaan di kantin-kantin sekolah? Adakah ini dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa ini tidak berlaku lagi di sekolah-sekolah? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, tadi dalam jawapan tambahan saya sudah sebut tentang langkah-langkah yang telah pun dijalankan oleh Kementerian Kesihatan bersama dengan pihak Kementerian Pendidikan dan PBT tentang kawalan penyediaan makanan di sekolah-sekolah dan untuk makluman juga, pihak kementerian sudah menyediakan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Yang Sihat, ada semuanya.

[Mengangkat buku panduan] Ini kena ikut, jika tidak ikut kita ambil tindakan.

Bukan ini sahaja, kantin dan juga pelbagai premis ada garis panduan yang macam ini, yang telah kita keluarkan.

Jadi tidak timbul masalah pengawalan cuma kita hendak tekankan hari ini mengenai dengan awareness campaign yang saya sebutkan tadi. Maknanya, kita hendak supaya lebih ramai orang mengetahui tentang cara-cara menyediakan makanan yang bersih dan sihat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

6. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perbelanjaan tahunan bagi pembangunan sukan negara antara 2008 dan 2012 terutamanya dalam sukan bola sepak serta senarai insentif dan program bagi memupuk para atlet/pemain bola sepak baru dan kos yang dibelanjakan.

final • 11:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian melalui Majlis Sukan Negara telah memberi bantuan kepada 46 buah persatuan sukan kebangsaan dari tahun 2008 hingga 2012 seperti berikut:

TahunJumlah Bantuan (RM juta)
200853.700
200931.160
201056.800
201139.200
201244.245
Jumlah Keseluruhan225.102

Perbelanjaan tersebut disalurkan bagi pelaksanaan Program Latihan Atlet yang telah dirancang dan dipersetujui bersama persatuan sukan dan jurulatih khususnya dalam persediaan ke arah Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik.

Tugas untuk membangunkan sukan bola sepak adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Malaysia ataupun FAM.

Walau bagaimanapun kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan banyak membantu dalam aspek kewangan dalam meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh persatuan. Sejak tahun 2000 lagi Majlis Sukan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 setiap tahun bagi persiapan Skuad Bola Sepak Senior Kebangsaan manakala sebanyak RM5 juta telah pun disalurkan bagi membiayai Skuad Harimau Muda A dan B dari tahun 2005 hingga 2009. Di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang telah dilaksanakan bermula tahun 2010, telah membelanjakan sebanyak RM12.3 juta dari tahun 2010 hingga September 2013. Jumlah ini termasuklah perbelanjaan pusat-pusat

final • 11:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Tuan Khairy Jamaluddin

latihan, kejurulatihan, penyertaan pertandingan dalam dan luar negara, pendedahan latihan dalam dan luar negara, program pembinaan serta bantuan peralatan bola sepak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat sekarang merasakan bahawa pembangunan bola sepak ini telah menarik begitu ramai anak-anak muda dibandingkan dengan apa yang kita dapati sekarang iaitu anak-anak muda kita lebih kenal pemain- pemain bola sepak dari Premier League daripada pemain bola sepak di Malaysia. Adakah perancangan yang membawa semula kekuatan bola sepak kita seperti pada zaman 10 tahun yang dahulu? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Khairy Jamaluddin

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan minat terhadap sukan bola sepak tanah air. Sukacita saya maklumkan bahawa minat rakyat kita terutamanya peminat sukan bola sepak terhadap pasukan dan juga pemain tanah air telah meningkat dalam tempoh masa dua tiga tahun yang lepas. Ini adalah hasil usaha daripada beberapa individu dan juga negeri-negeri yang telah banyak melabur untuk membangunkan pasukan negeri mereka dan juga kelab-kelab.

Antaranya dalam Dewan ini, Yang Berhormat Ketereh sebagai Presiden kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan banyak menunjukkan kepimpinan yang perlu dicontohi dalam membangunkan pasukan negeri Kelantan dan juga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Johor baru-baru ini yang telah memberi pengkhususan kepada pembangunan bola sepak terutamanya dalam bentuk pasukan Johor Darul Takzim.

Ini telah menyebabkan stadium mereka dibanjiri setiap minggu bukan hanya pada waktu perlawanan akhir piala-piala tempatan tetapi setiap minggu stadium mereka dibanjiri.

Mengikut apa yang saya dimaklumkan oleh pihak Astro sendiri, ada perlawanan bola sepak tempatan yang mendapat viewer ship yang lebih daripada perlawanan-perlawanan bola sepak daripada Barclays Premier League.

final • 11:10 AM

Tuan Khairy Jamaluddin

Ini adalah petanda baik bahawa peminat bola sepak tempatan memberi tumpuan yang lebih kepada perlawanan tempatan berbanding dengan apa yang mereka dapat melihat dalam Astro contohnya daripada England dan sebagainya. Namun yang demikian soalan Yang Berhormat itu penting sebab kalau kita lihat dari segi ranking kita, masih lagi jauh ketinggalan. Masih lagi 160 dan apabila kita cakap soal hendak kembalikan zaman kegemilangan yang ada pada zaman contohnya Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan sebagainya, ini adalah menjadi satu keutamaan bukan hanya Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) tetapi juga Kementerian Belia dan Sukan. Oleh yang demikian itulah sebab saya baru-baru ini telah mengumumkan pelantikan saudara Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Sukan Bola Sepak Negara di mana beliau ada pengalaman luas sebagai jurulatih pasukan junior di Bayern Munich di negara Jerman.

Beliau telah setuju untuk memulakan tugas sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara pada bulan November tahun ini. Di tangan saya ada draf Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara tahun 2014-2020 yang akan kita umumkan dan lancarkan dalam masa yang terdekat yang akan melihat lebih daripada 10,000 pemain- pemain remaja daripada umur 7 tahun hingga 17 tahun dilatih dan dimasukkan di dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara ini di seluruh negara. Kita akan pastikan bahawa kita dapat cungkil bakat-bakat yang terbaik dan tidak ada mana-mana bakat yang terpendam yang tidak dibawa masuk ke dalam pembangunan arus perdana. Insya-Allah matlamat kita adalah untuk memastikan bahawa menjelang Piala Dunia Remaja pada tahun 2019 kita akan dapat layak pasukan remaja kita ke Piala Dunia Remaja tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu memberangsangkan terutamanya pembangunan bola sepak negara.

final • 11:20 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin mendapat beberapa penjelasan mengenai program yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kalau kita perhatikan semasa pembentangan Bajet 2013, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang lalu telah memberi suatu harapan atau pun jaminan bahawa dalam rangka untuk memperkembangkan pembangunan sukan khususnya bola sepak ini, beberapa insentif akan diberikan oleh kerajaan. Antaranya ialah pengurangan cukai untuk peralatan dan perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Itu antara satunya.

Keduanya, dijanjikan kepada mereka terutamanya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke klinik-klinik bola sepak dan sebagainya yang dikenakan kos atau pun fi yang tertentu, mereka mungkin akan mendapat rebat bagi cukai pendapatan. Begitu juga syarikat swasta yang membuat penajaan atau sponsorship kepada persatuan-persatuan bola sepak dan pasukan-pasukan bola sepak, mereka juga akan diberikan rebat cukai daripada pendapatan mereka setiap tahun.

Jadi saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana langkah-langkah ini dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan hasrat pembangunan bola sepak yang melibatkan semua peringkat masyarakat dan juga agensi- agensi dapat dilaksanakan? Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Khairy Jamaluddin

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa permintaan ini sebenarnya sudah diajukan kepada pihak Perbendaharaan atau pun Kementerian Kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan juga Majlis Olimpik Malaysia semenjak tahun lepas. Kita serahkan kepada Kementerian Kewangan sebab ini melibatkan insentif fiskal yang ada kesan kepada kedudukan fiskal negara. Ini kerana apabila kita cakap soal potongan cukai dan juga rebat, ia sudah pasti akan memberi kesan kepada pendapatan kerajaan.

Namun yang demikian, pada sesi perundingan belanjawan tahun ini juga saya telah kemukakan cadangan yang sama seperti mana yang telah dicadangkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan bahawa kita harus menggalakkan contohnya sukan bola sepak atau pun mana-mana sukan dengan memberi potongan rebat atau insentif fiskal untuk peralatan sukan. Kita harap bahawa pandangan peminat-peminat dan pencinta sukan di negara kita yang minta supaya perkara itu dipertimbangkan oleh Perbendaharaan dapat dimasukkan dalam belanjawan. Akan tetapi saya tidak pasti sebab itu adalah bidang tugas Kementerian Kewangan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Kewangan menyatakan penarafan “Fitch Rating” ke atas pengurusan kewangan Kerajaan Malaysia yang telah mencatatkan peningkatan 53 peratus daripada KDNK defisit telah menjejaskan pelaburan kewangan antarabangsa. Apakah unjuran “Financial Charges” yang perlu dibayar dan berapakah unjuran tunai untuk melunaskan komitmen kerajaan setiap tahun? Apakah sumber baru kerajaan tanpa menerbitkan instrumen pinjaman baru?

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Kangsar bersama-sama dengan pertanyaan Yang Berhormat Ahli Parlimen Silam yang dijadualkan pada 24 Oktober 2013, Yang Berhormat Ahli Parlimen Bagan pada 28 Oktober 2013 dan Yang Berhormat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada 21 November 2013 memandangkan keempat-empat soalan tersebut menyentuh perkara dan isu yang hampir sama.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan institusi kewangan dan pelabur akan merujuk kepada agensi penarafan antarabangsa seperti Standard & Poor’s, Moody’s Investors Service dan Fitch Rating bagi menilai kebolehpercayaan kredit atau pun dengan izin, credit worthiness sesebuah negara untuk membayar semula pinjaman mengikut jadual. Sungguhpun demikian kita perlu memahami

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

bahawa Fitch Rating masih mengekalkan penarafan semasa hutang berdaulat negara pada tahap A bagi hutang dalam ringgit dan A- bagi mata wang asing berdasarkan laporan tahunan mereka pada 31 Julai 2013.

Fitch Rating hanya mengubah prospek penarafan dari stabil ke negatif dan antara faktor yang diberi perhatian oleh mereka adalah defisit fiskal negara yang berterusan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah dan sedang mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara agar penarafan tidak diturunkan pada masa hadapan. Kerajaan telah lama komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras 3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang pada tahun 2020.

Selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, paras defisit kepada KDNK telah berjaya dikurangkan daripada 6.7% pada tahun 2009 kepada 4.5% pada tahun 2012. Bagi tahun 2013, kerajaan akan memastikan paras defisit terus turun kepada 4% kepada KDNK. Selain itu kerajaan juga komited untuk memastikan paras hutang sebagai peratusan KDNK tidak melebihi 55% dan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil. Komitmen tersebut adalah perlu bagi memastikan kemampuan dan fiskal jangka panjang negara. Salah satu daripada langkah utama untuk mencapai sasaran fiskal jangka sederhana dan panjang tersebut adalah merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan. Sehubungan dengan itu rasionalisasi subsidi merupakan salah satu langkah awal bagi memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan produktif.

Langkah pengurangan subsidi bahan api pada 3 September 2013 yang lalu telah diterima secara positif oleh pelabur, penganalisis ekonomi dan agensi penarafan antarabangsa. Langkah itu juga telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap komitmen kerajaan dalam menangani defisit fiskal dan peningkatan hutang. Ini dapat dilihat melalui pengukuhan ringgit berbanding US Dolar di mana ringgit telah mengukuh 0.7% kepada RM3.2615 pada 3 September 2013 berbanding RM3.2835 pada 2 September 2013 dan mencatat paras tertinggi dalam masa tiga minggu.

Selain itu keyakinan pelabur juga ditunjukkan oleh Indeks FBM KLCI meningkat daripada 1,717 mata pada 2 September 2013 kepada 1,724 mata pada 3 September 2013.

Selain itu kerajaan juga telah memulakan proses pelaksanaan atau Outcome Based Budgeting (OBB) dengan izin, bagi memastikan perbelanjaan yang berhemat dan efektif.

Pada masa ini, tiga kementerian terlibat dalam pelaksanaan OBB iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan. Pada masa hadapan, OBB akan dilaksanakan di setiap kementerian dan jabatan kerajaan. Sebagai usaha untuk memperkukuhkan kewangan kerajaan dan memastikan kemapanan fiskal jangka masa panjang, Jawatankuasa Dasar Fiskal dengan izin, Fiscal Policy Committee (FPC) telah ditubuhkan pada 18 Jun 2013 yang lalu.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

FPC merupakan jawatankuasa utama bagi Pengurusan Fiskal Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara peranan utama FPC adalah meluluskan strategi fiskal yang ke sederhana dan panjang bagi mencapai sasaran fiskal tersebut. Dari segi pengawalan perbelanjaan, strategi akan merangkumi langkah- langkah penjimatan kos berdasarkan dengan izin, value for money, menambah baik mekanisme sasaran bagi memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar serta mengutamakan perbelanjaan ke atas program dan aktiviti yang produktif dan memberi kesan pengganda yang tinggi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan adalah menambah baik pentadbiran cukai supaya lebih cekap dalam pungutan cukai, meningkatkan penggunaan e- filing dan kemudahan untuk membayar cukai termasuk pembayaran cukai secara atas talian, meningkatkan pematuhan cukai termasuk melalui penguatkuasaan dan pengauditan cukai yang lebih baik, memastikan sistem percukaian menyokong perubahan struktur ekonomi dan corak perniagaan dan memperteguh asas-asas ekonomi makro negara.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa rating-rating agensi ini dengan izin, Fitch Rating, Standard & Poor’s, Moody’s dan rating agensi Malaysia dibelakangi oleh pemodal- pemodal kewangan antarabangsa dan terlibat dalam pasaran yang terbuka. Kita pun berasa hairan bagaimana Amerika Syarikat yang hutangnya melebihi USD16 trilion dengan hampir kepada 100% KDNK hutangnya masih mendapat rating yang baik. Jadi soalan tambahan saya adalah adakah kerajaan atau pun mana-mana agensi membuat analisa terhadap rating yang negatif dan bagaimana kita dapat menangkis rating yang negatif ini?

Ini kerana kita tahu bahawa terdapat kemungkinan rating ini tidak tepat, berniat buruk dan mempunyai strategi-strategi yang khusus dan juga timing-timing pelaksanaan atau pun penarafannya yang merugikan negara kita. Sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Kerajaan Amerika Syarikat sebahagiannya ditutup, ya. Namun, mereka masih lagi mendapat penarafan AA+ stable daripada SNP, daripada Moody’s AAA-, daripada Fitch Rating AAA-. Malaysia daripada SNP A stable, Moody’s AAA stable, Fitch Rating A-. Itu untuk souvereign local currency, long term rating tetapi untuk souvereign foreign currency long term rating, Malaysia masih lagi A- stable, AAA stable, A-. Akan tetapi United State, lihat lebih baik daripada kita walaupun sebahagian negaranya ditutup kerana masalah yang kita semua sedia maklum.

Kalau kita banding dengan rating negara-negara lain, China kebanyakannya positif, India negatif, Indonesia negatif dan B, B-. China A stable, India B-, Jepun A-, Korea A stable dan Thailand A-. Kemudian, Singapore A stable, Philippine B, Vietnam B, Spain B, Portugal B, Greece C dan Itali B. Jadi kita menganalisa rating ini dan Kementerian Kewangan terutamanya sentiasa menganalisa rating ini dan menjawab supaya rating kita sentiasa baik. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua[Datuk Ronald Kiandee]

Ya, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2014 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat, 25 Oktober 2013, jam 4.00 petang.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2013 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di- Pertua, kegiatan kumpulan jenayah terancang yang semakin berleluasa semenjak kebelakangan ini telah menimbulkan kegusaran masyarakat. Ia tidak dapat dinafikan bahawa terdapat peningkatan kadar jenayah di seluruh negara terutama sekali jenayah yang melibatkan senjata api. Kejadian jenayah ini dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap yang menjadi semakin berani hingga menconteng dinding Balai Polis.

Selain itu, terdapat juga penjenayah yang menjadi pembunuh upahan. Masyarakat kini tidak lagi merasa selamat untuk berada di tempat awam susulan daripada beberapa serangan ke atas anggota kumpulan jenayah terancang yang dilakukan oleh anggota kumpulan bersaing. Persaingan dan pembunuhan yang berlaku di tempat awam mengejutkan masyarakat. Kerajaan sememangnya mengambil berat dan memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota jenayah terancang ini melalui kerangka perundangan yang komprehensif yang meliputi bukan sahaja pindaan kepada Kanun Keseksaan tetapi juga pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah, Akta Keterangan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Bahan- bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Loteri 1952 dan Akta Pertaruhan Pool 1967.

Pindaan yang komprehensif ini akan menyediakan satu ekosistem yang mantap bagi menangani kumpulan jenayah terancang. Pindaan kepada kanun keseksaan ini meliputi beberapa perkara iaitu memperkukuhkan Kanun Keseksaan dengan kesalahan baru yang disasarkan pada kumpulan jenayah terancang. Menambah kesalahan dalam Bab VI iaitu kesalahan terhadap negara dan dalam Bab VIA iaitu kesalahan berhubung dengan keganasan.

Peruntukan berkenaan kesalahan seksual dan perbuatan keganasan oleh pasangan yang meliputi beberapa kesalahan baru dan juga menaikkan penalti dengan kesalahan sedia ada. Menaikkan penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan khianat dan kesalahan baru mengenai vandalisme. Pindaan khusus berkenaan kumpulan jenayah terancang ialah seksyen baru 130X, 130Y, 130Z, 130ZA, 130ZB dan 130ZC yang dimasukkan dalam Bab VIB untuk mewujudkan penambahan kesalahan seperti melindungi, bergaul, merekrut atau mengambil bahagian dalam kumpulan jenayah terancang serta menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang.

Kesalahan-kesalahan baru ini diwujudkan bagi menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menangani jenayah terancang. Sebelum ini, kita harus menunggu mereka melakukan kesalahan seperti membunuh, mengugut dan sebagainya barulah kita boleh mengambil tindakan. Dengan adanya pindaan ini sebagai contohnya, penglibatan melalui pergaulan sahaja merupakan satu kesalahan dengan sendirinya tanpa perlu menunggukan kesalahan lain dilakukan. Seksyen 130ZC pula memperuntukkan secara khusus penalti sekiranya kumpulan jenayah terancang atau mana-mana anggota kumpulan jenayah terancang disabitkan dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain penaltinya akan digandakan berasaskan penalti maksimum yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut dan juga boleh dikenakan sebatan.

Bab VIB juga dijadikan kesalahan keselamatan melalui pindaan kepada jadual kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Seksyen 107 juga

final • 11:35 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

telah dipinda dengan memasukkan huraian dan misalan baru berhubung dengan seseorang yang mendalangi sesuatu kesalahan. Dengan adanya huraian ini, maka adalah lebih jelas untuk mengaitkan mana-mana ketua jenayah terancang sebagai pensubahat yang hanya bertindak sebagai perancang atau dalang kepada sesuatu kesalahan salah. Kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang amat sukar untuk dikaitkan dengan dalangnya sebelum ini.

Seksyen baru 411A juga telah dimasukkan iaitu kesalahan baru menerima faedah yang diperoleh daripada aktiviti jenayah kumpulan jenayah terancang yang membawa penalti pemenjaraan bagi tempoh sehingga enam tahun.

final • 11:35 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Peruntukan ini dimasukkan kerana ramai pihak sebelum ini mengaut keuntungan dengan memberikan perlindungan atau menyokong aktiviti jenayah kumpulan jenayah terancang tersebut.

Seksyen 130V juga telah dipinda bagi menaikkan hukuman daripada maksimum 5 tahun penjara kepada 20 tahun penjara dan memasukkan anggapan berhubung menjadi ahli kepada kumpulan anggota jenayah terancang. Pindaan selari juga telah dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah berkenaan laporan pakar bagi membuktikan anggapan tersebut iaitu seksyen 399B baru.

Pindaan kepada Bab VI pula memasukkan seksyen baru 121E untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan spesifik berhubung dengan penggunaan tidak wajar lambang kebangsaan dan bendera negara asing. Kebelakangan ini, perbuatan menghina lambang kebangsaan terutamanya Jalur Gemilang semakin menjadi-jadi. Sebagai contohnya, berlaku kejadian yang mana Jalur Gemilang dengan sengaja dikibarkan secara terbalik, dipijak, dibakar dan mengibarkan bendera lain yang seolah-olah mewakili Jalur Gemilang.

Baru-baru ini terdapat kes pada malam Ambang Merdeka 2013, terdapat sekumpulan orang yang telah mengibarkan bendera Sang Saka dan menyatakan ia sebagai bendera Malaysia. Walaupun kejadian-kejadian tersebut telah menjatuhkan maruah dan menghina negara tetapi tiada tindakan undang-undang dapat diambil kerana tiada peruntukan kesalahan mengenainya. Amat sedih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan memandang tegas perkara ini dan telah memasukkannya ke dalam yang Bab VI merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012.

Bab VIA juga telah dipinda dengan memasukkan seksyen baru 130QA bagi mengadakan peruntukan bagi kesalahan baru menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan. Pengalaman getir serangan pengganas di Lahad Datu telah mendedahkan rantaian cara para pengganas beroperasi dan kaedah suapan merupakan satu cara yang digunakan oleh pengganas untuk menjayakan misi mereka.

Mereka yang menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan akan dihukum mati jika perbuatan keganasan tersebut menyebabkan kematian dan dalam kes yang lain akan dihukum tidak kurang daripada 7 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kerajaan amat memandang serius berkenaan perbuatan mendedahkan maklumat oleh mereka yang memperoleh maklumat ketika menjalankan tanggungjawab atau melaksanakan fungsi mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga mereka yang menerima maklumat tersebut dan mendedahkannya kepada orang lain.

Sehubungan dengan itu, satu seksyen baru 203A telah dimasukkan bagi memperuntukkan suatu kesalahan baru iaitu mendedahkan maklumat yang membawa penalti denda tidak lebih daripada RM1 juta ataupun pemenjaraan bagi tempoh sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Kerajaan juga bercadang meminda seksyen 223 bagi memasukkan subseksyen

(2) yang baru bagi menggandakan hukuman sekiranya perbuatan tersebut dibuat bagi memudahkan atau membolehkan apa-apa perbuatan keganasan atau aktiviti jenayah terancang. Pindaan ini penting bagi mengelakkan kejadian yang berlaku di Mahkamah

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Sesyen Jalan Duta yang mana seorang banduan telah berjaya melepaskan diri dengan membuka gari dan memanjat pagar mahkamah ketika pihak polis membawa para tahanan ke mahkamah. Di Seremban pula, tiga orang pegawai polis telah dituduh atas tuduhan kecuaian sehingga menyebabkan tahanan kes dadah terlepas.

Beberapa peruntukan berkenaan kecederaan juga telah dipinda bagi memantapkannya. Antaranya ialah pindaan kepada perenggan 320(h) untuk menurunkan batas 20 hari yang ditetapkan bagi menentukan kecederaan parah kepada 10 hari. Pindaan ini seiring dengan perkembangan teknologi perubatan masa kini. Pindaan lain pula ialah berkenaan kecederaan yang disebabkan oleh senjata terjadual yang ditetapkan di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dua seksyen telah dipinda iaitu seksyen 324 dan seksyen 326 untuk memasukkan jenis kecederaan baru ini. Penalti di bawah seksyen 324 juga telah ditingkatkan kepada 10 tahun. Kedua-dua pindaan tersebut bertujuan untuk meliputi kecederaan yang selalunya dilakukan oleh kumpulan jenayah terancang apabila berlakunya pergaduhan sesama mereka. Walau bagaimanapun, pindaan tersebut bersifat umum dan tidak dihadkan kepada kumpulan jenayah terancang sahaja.

Kerajaan amat memandang serius perbuatan keganasan yang dilakukan oleh pasangan yang berkahwin terhadap pasangannya. Dua seksyen baru telah dimasukkan bagi meningkatkan penalti yang lebih tinggi sekiranya kecederaan dilakukan oleh pasangan atau sekiranya kekerasan jenayah dilakukan oleh pasangan. Seksyen baru 326A berkenaan kecederaan telah menetapkan bahawa pasangan yang disabitkan di bawah seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325, seksyen 326, seksyen 334 atau seksyen 335 akan dihukum dengan pemenjaraan selama dua kali ganda tempoh hukuman maksimum yang ditetapkan di bawah seksyen yang mana dia disabitkan.

Manakala seksyen 352A berkenaan kekerasan jenayah telah menetapkan bahawa pasangan yang disabitkan akan dihukum dengan pemenjaraan sehingga enam bulan dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua peruntukan yang dicadangkan ini meliputi kedua-dua pasangan iaitu suami dan isteri. Baru- baru ini terdapat banyak kes yang mana isteri memukul suami. Sebagai contohnya, kes yang berlaku di Mahkamah Syariah Putrajaya iaitu ketika proses sulh sedang dijalankan, isteri telah mencederakan suaminya. Pindaan ini diharapkan dapat melindungi pasangan yang dianiaya daripada terus menanggung kesengsaraan mereka. Kita prihatin juga kepada orang lelaki. Ini bukan sahaja kepada wanita.

Kerajaan memandang berat kesalahan rogol yang dilakukan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini. Sebelum wujudnya kesalahan ini, mereka melakukan perbuatan rogol sebelum ini didakwa secara berasingan di bawah seksyen 376, Kanun Keseksaan, manakala ahli kumpulan yang berada di tempat kejadian dan hanya membantu perbuatan rogol tersebut akan didakwa sebagai pensubahat kepada perbuatan rogol tersebut. Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa terdapatnya perbuatan rogol oleh perogol dan juga perlu membuktikan perbuatan subahat oleh pensubahat tersebut. Bagi mengatasi perkara tersebut, satu kesalahan baru berkenaan rogol secara berkumpulan telah diwujudkan.

Berdasarkan huraian kepada seksyen tersebut, rogol secara berkumpulan boleh dilakukan oleh seorang atau dua orang sahaja manakala mereka yang lain memainkan peranan memegang mangsa bagi membolehkan mangsa dirogol. Berdasarkan huraian tersebut, kesemua mereka akan dituduh di bawah seksyen baru 375B yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun.

Dengan adanya peruntukan baru ini, ia memudahkan pihak pendakwaan untuk membuktikan perbuatan rogol secara berkumpulan terhadap semua ahli kumpulan walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak melakukan perbuatan rogol memandangkan adanya penggunaan niat bersama. Hukuman di bawah peruntukan ini juga lebih tinggi daripada hukuman di bawah seksyen 376 memandangkan perbuatan rogol secara berkumpulan adalah lebih keji daripada perbuatan merogol secara bersendirian.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Subseksyen 376(2) juga telah dipinda bagi memasukkan empat hal keadaan yang memberatkan, yang baru berhubungan dengan hukuman bagi rogol dan juga dengan menaikkan hukuman minimum daripada 5 tahun kepada 10 tahun.

■1150 Hal keadaan yang baru tersebut mengambil kira keadaan semasa dan impak kejadian kepada mangsa rogol. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 376B iaitu sumbang mahram, 377CA rogol menggunakan objek, 377E menghasut kanak-kanak melakukan perubatan kelucahan yang melampau juga telah dinaikkan bagi membuktikan keseriusan kerajaan memerangi jenayah seksual yang keji ini. Had minimum hukuman telah dimasukkan dalam ketiga-tiga seksyen tersebut bagi mengelakkan hukuman yang ringan diberikan. Kerajaan juga mengambil serius jenayah khianat yang dilakukan sejak kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, peruntukan berkenaan dengan khianat telah dikaji semula oleh kerajaan.

Melalui rang undang-undang ini, kerajaan mencadangkan untuk menaikkan hukuman bagi seksyen 426, 427, 428, 430 dan 435 Kanun Keseksaan. Seksyen 429 dicadangkan dimansuhkan manakala seksyen 430A dan 436 telah diperluaskan skopnya.

Peruntukan akhir yang dimasukkan oleh kerajaan ialah berkenaan vandalisme, kejadian menampal, mengecat, menconteng harta awam dan harta persendirian sangat berleluasa dewasa ini. Peruntukan seksyen 425 iaitu khianat sedia ada sukar digunakan kerana di dalam kejadian vandalisme, harta berkenaan tidak berubah rupa, bentuk atau kedudukan, mengurangkan harga atau kegunaannya.

Kejadian bertambah teruk ketika PRU ke-13 yang lalu di mana terlalu banyak kes yang melibatkan khianat berlaku. Dengan adanya peruntukan baru ini, kesalahan vandalisme merupakan kesalahan yang tersendiri dan tidak lagi menumpang kepada peruntukan khianat.

Rang undang-undang ini telah disediakan dengan teliti oleh kerajaan dengan mengambil kira semua aspek yang perlu dibanteras dalam memerangi jenayah terancang.

Tidak kurang juga isu berkenaan jenayah seksual dan keganasan rumah tangga yang semakin menular dalam masyarakat dan menjadi barah kepada generasi yang akan datang.

Kerajaan amat berkeyakinan bahawa dengan adanya peruntukan baru yang dicadangkan ini akan membuka lembaran dalam perundangan negara dan mampu mengatasi dengan izin lakuna yang wujud selama ini. Kerajaan mencadangkan agar Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini untuk diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 terdiri daripada 33 fasal seperti yang berikut:

Fasal 1 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tajuk ringkas akta yang dicadangkan ini; Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 52A dan 52B ke dalam Akta 574. Seksyen 52A mentakrifkan ungkapan kesalahan tidak berat sebagai suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan bagi tempoh tidak lebih daripada 10 tahun. Sementara seksyen 52B memindahkan takrif sedia ada, kesalahan berat dari seksyen 130U, Akta 574; Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 75A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi pemenjaraan mandatori tidak kurang daripada dua kali ganda tempoh yang lebih panjang, yang dikenakan terdahulu bagi pesalah berulang yang melakukan kesalahan berat; Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 170, Akta 574 untuk memasukkan huraian dan misalan baru berhubungan dengan seseorang yang mendalangi sesuatu kesalahan;

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 121E ke dalam Bab VI, Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan spesifik berhubung dengan penggunaan tidak wajar lambang kebangsaan dan bendera negara asing; Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 130QA ke dalam Bab VIA Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan baru menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan keganasan; Fasal 7 bertujuan untuk memotong takrif dengan izin, serious offence dalam seksyen 130U; Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 130v Akta 574 dengan menaikkan hukuman daripada maksimum lima tahun penjara kepada 20 tahun penjara dan memasukkan peruntukan anggapan; Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 130X, 130Y, 130Z, 130ZA, 130ZB dan 130ZC ke dalam Bab VIB Akta 574 untuk mewujudkan kesalahan tambahan seperti melindungi, bergaul, merekrut atau mengambil bahagian dalam kumpulan jenayah terancang serta menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang. Penalti juga digandakan melalui seksyen 130ZC; Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 176, Akta 574 untuk menaikkan penalti jika ia berkaitan dengan kesalahan di bawah Bab VIB kepada pemenjaraan bagi tempoh sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya; Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 203A ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan bagi sesuatu kesalahan baru iaitu mendedahkan maklumat yang membawa penalti denda tidak lebih daripada RM1 juta atau pemenjaraan bagi tempoh sehingga satu tahun atau kedua-duanya; Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 223, Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi penalti berganda sekiranya kesalahan dilakukan untuk memudahkan atau membolehkan apa-apa perbuatan keganasan atau aktiviti jenayah terancang; Fasal 13 bertujuan untuk meminda perenggan 320(h) Akta 574 untuk menurunkan batas 20 hari yang ditetapkan bagi menentukan kecederaan parah kepada 10 hari; Fasal 14 bertujuan untuk meminda misalan dalam seksyen 322 untuk menurunkan batas 20 hari yang ditetapkan bagi menentukan kecederaan parah kepada 10 hari; Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 324 untuk memasukkan kecederaan yang dimasukkan disebabkan oleh penggunaan senjata terjadual yang ditetapkan di bawah Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Akta 357 dan meningkatkan penalti daripada tiga tahun kepada 10 tahun; Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 326 untuk memasukkan kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan senjata terjadual yang ditetapkan di bawah Akta Bahan- bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Akta 537; Fasal 17 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 326A ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan hukuman bagi pasangan yang menyebabkan kecederaan; Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 352A ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan hukuman bagi penggunaan kekerasan jenayah oleh pasangan; Fasal 19 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 375B ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan bagi kesalahan baru rogol secara berkumpulan yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun; Fasal 20 bertujuan untuk meminda subseksyen 376(2) Akta 574 dengan memasukkan hal keadaan yang memberatkan yang baru berhubung dengan hukuman rogol dan juga dengan menaikkan hukuman minimum daripada lima tahun kepada 10 tahun; Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 376B, Akta 574 untuk menaikkan hukuman bagi sumbang mahram daripada tempoh pemenjaraan, tidak kurang daripada

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun kepada tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun;

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 377CA Akta 574 untuk menaikkan hukuman bagi rogol yang menggunakan objek daripada tempoh pemenjaraan sehingga 20 tahun kepada tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun.

Fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 377E Akta 574 untuk menaikkan hukuman bagi menghasut kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan yang melampau daripada tempoh pemenjaraan sehingga 5 tahun kepada tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun.

Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 411A ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan bagi kesalahan baru menerima kaedah yang diperoleh daripada aktiviti jenayah kumpulan jenayah terancang yang membawa penalti pemenjaraan bagi tempoh 6 tahun.

Fasal 25 bertujuan untuk meminda seksyen 426 untuk menaikkan penalti bagi khianat.

Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 427 untuk menaikkan penalti bagi khianat.

Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 428 untuk menaikkan penalti bagi khianat.

Fasal 28 bertujuan untuk memotong seksyen 429.

Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 430 untuk menaikkan penalti bagi khianat.

Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 430A untuk memperluaskan skop seksyen itu.

Fasal 31 bertujuan untuk meminda seksyen 435 untuk menaikkan penalti bagi khianat.

Fasal 32 bertujuan untuk meminda seksyen 436 untuk memperluaskan skop seksyen itu.

Fasal yang terakhir adalah fasal 33 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 440A ke dalam Akta 574 yang memperuntukkan bagi kesalahan baru vandalisme yang membawa penalti pemenjaraan bagi tempoh sehingga 3 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, langkah untuk meminda Kanun Keseksaan adalah bagi memelihara keselamatan dan keamanan negara Malaysia yang dicintai ini. Para penjenayah tidak akan diizinkan bermaharajalela di bumi Malaysia yang tercinta. Pindaan yang komprehensif ini berupaya membanteras jenayah terancang hingga ke akar umbinya sekiranya langkah tegas diambil oleh pihak polis.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Saya menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tak ada perbahasan? Sila Padang Serai.

final • 12:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang membawa kesan yang amat serius dan perlu diberi penelitian yang amat rapi. Saya telah meneliti rang undang-undang ini dan mendapati bahawa ada banyak isu yang timbul yang tidak mungkin pihak kerajaan gagal mengambil kira apabila membawa rang undang- undang ini ke Dewan ini. Antara isu-isu utama secara prinsip yang timbul daripada rang undang-undang ini adalah isu hukuman ataupun dengan izin, mandatory sentences yang terdapat di seluruh rang undang-undang ini.

Adakah ini sesuatu yang baik bagi sistem perundangan jenayah kita? Isu di mana hukumannya nampak tidak setimpal ataupun dengan izin, disproportionate juga di seluruh rang undang-undang ini. Pembuatan kesalahan-kesalahan baru yang sebelum ini tidak pernah ada di dalam sistem perundangan jenayah kita yang mungkin tidak sesuai pada pandangan saya dan saya akan berhujah seterusnya. Mencipta atau membuat kategori- kategori jenayah dan hukuman yang tidak begitu dengan izin, logical. Juga nampaknya ada peruntukan yang berpotensi menyekat aktiviti politik yang legitimate ataupun yang sah.

Paling serius yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua adalah peruntukan yang membawa kepada secrecy ataupun rahsia, seolah-olah OSA di dalam sistem perundangan kita, iaitu klausa 11 yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Ini adalah antara isu-isu yang ingin saya sentuh semasa perbahasan saya pada pagi ini mengenai rang undang-undang ini. Saya ingin bermula dengan isu hukuman mandatori ataupun hukuman minima yang telah dikemukakan di dalam rang undang- undang ini. Jika kita perhatikan rang undang-undang ini, hampir kesemua hukuman telah dikenakan hukuman minimum mandatori dan sehingga satu maksima. Hukuman maksima tidak menjadi masalah.

Kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, klausa 3, klausa 5, fasal 6, Fasal 8, fasal 9, fasal 19, fasal 21, fasal 22, fasal 23, fasal 26, fasal 29, kesemuanya mempunyai hukuman minimum mandatori dan di dalam kes-kes di mana peruntukan itu atau kesalahan itu sebelum ini tidak mempunyai hukuman mandatori, ia telah dipinda supaya ada hukuman mandatori. Soalnya adakah ini sesuatu yang akan berguna ataupun efektif di dalam mencegah jenayah. Hujahan saya di sini adalah tidak.

Ia tidak akan efektif dan ini adalah pengalaman di bidang kuasa lain di mana trend terhadap hukuman mandatori minimum ini telah mula dihentikan dan trendnya sekarang adalah untuk memberi badan kehakiman, hakim-hakim yang setiap hari duduk di dalam mahkamah-mahkamah jenayah yang dapat melihat apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira apabila sesuatu sentence ataupun hukuman diberikan oleh mahkamah. Apakah masalah dengan hukuman minimum mandatori ini?

Tuan Yang di-Pertua, tujuan kita seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Tujuan utama kita adalah untuk menghalang dan untuk mencegah jenayah daripada berlaku dan untuk tujuan ini kita menyokong sepenuh-penuhnya di barisan Pakatan Rakyat. Kita menyokongnya tetapi adakah hukuman mandatori minimum ini akan membantu kita mencapai tujuan itu. Saya menghujahkan tidak kerana hukuman minimum ini adalah seolah-olah orang yang membuat sesuatu kesalahan itu memikir dan menimbang kesemua faktor-faktor sebelum melakukan kesalahan.

Sebenarnya tidak. Kita tahu bahawa mereka yang melakukan kesalahan ini walaupun hukuman itu adalah serius, mereka akan terus melakukan juga kerana terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira apabila seseorang individu membuat keputusan untuk membuat kesalahan itu atau tidak. Tidak bermakna sebelum seseorang individu itu melakukan kesalahan, beliau akan mengambil Kanun Keseksaan dan membaca dan dia akan check tengok adakah ia hukuman minimum mandatori atau tidak.

final • 12:04 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Itu tidak berlaku in the real world dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya juga lihat perbahasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Tidak ada apa-

final • 12:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

apa bukti empirical evidence yang menyokong yang menunjukkan bahawa hukuman mandatori minimum ini akan mengurangkan jenayah. Tidak ada sebarang keterangan seperti itu yang kita tahu dan tidak ada apa-apa study ataupun keterangan juga dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi apabila berhujah sebentar tadi.

Benda-benda lain yang menjadi masalah adalah apabila kita menghantar - kesan rang undang-undang ini jika ia diluluskan adalah ramai lagi individu yang melakukan kesalahan akan dihantar ke penjara kerana ada hukuman minimum. Hukuman minimum bermakna jika disabit kesalahan, terus ke penjara. Tidak ada apa-apa bidang kuasa ataupun discretion pada tangan hakim. Ini bermakna lebih lagi ramai orang termasuk mereka yang merupakan first offender ataupun pesalah pertama akan dihantar terus ke penjara tanpa apa-apa peluang untuk berubah ataupun tanpa menggunakan budi bicara mahkamah. Ini bermakna akan ada lebih ramai ke penjara, bilangan penjara kita akan bertambah dan ini akan membawa kepada masalah-masalah yang lain.

Umpamanya juga apabila seorang first offender, pesalah pertama membuat satu kesalahan. Hakim ingin memberi peluang melihat kepada backgroundnya, melihat kepada keadaan atau circumstances dalam mana kesalahan dilakukan, melihat kepada family background pesalah. Mungkin hakim mahu menggunakan budi bicara untuk mengurangkan sentence atau memberi satu sentence yang sesuai dalam kes itu. Akan tetapi tangan hakim terikat, tidak boleh berbuat demikian sebab ada sentence minimum. Apa yang berlaku?

Pesalah pertama itu akan dihantar ke penjara. Kita semua tahu bahawa antara satu kesan utama menghantar orang ke penjara adalah kesan criminogenic. Criminogenic bermakna penjara itu seolah-olah menjadi satu sekolah jenayah. School of crime, dengan izin. Ini adalah satu faktor yang diterima dan diketahui oleh semua orang.

Jadi bukankah kita dengan menyebabkan adanya hukuman minimum mandatori ini menyebabkan ramai lagi orang yang menjadi pesalah pertama tidak berubah tetapi menjadi pesalah yang lebih hard core, yang lebih serius selepas dihantar ke penjara. Kerana apa?

Ini kerana tidak ada peluang yang diberi kepada pesalah tersebut. Ini adalah satu faktor yang saya harap pihak kerajaan mengambil kira dengan serius apabila membawa hukuman-hukuman minimum seperti ini.

Kita juga tahu bahawa apabila seseorang yang telah dihantar ke penjara terutamanya kalau dihantar dalam tempoh yang panjang ada peruntukan di sini, hukuman minimum 5 tahun ada, 10 tahun pun ada. Ia juga membawa kepada sesuatu stigma kepada orang yang masuk ke penjara tidak dapat apa-apa kerja apabila keluar dan ini dimulakan satu cycle yang kemudiannya akan mungkin tersebar kepada keluarga dan anak-anak pesalah itu yang juga akan menerima akibat daripada ayah ataupun ahli keluarga yang dihantar ke penjara.

Jadi ini semua faktor-faktor. Apabila kita ambil faktor-faktor ini, jika peruntukan seperti itu boleh mencegah jenayah, kita boleh sokong. Akan tetapi bukan sahaja tidak ada bukti yang boleh mencegah jenayah, tetapi ia membawa kepada kesan-kesan buruk yang lain seperti yang saya terangkan sebentar tadi.

Kita juga lihat bahawa bidang kuasa ini akhirnya daripada kita memberi budi bicara kepada hakim, tiba-tiba budi bicara itu kita ambil dan kita beri kepada pendakwa kerana adalah keputusan pendakwa, absolute right keputusan pendakwa di bawah undang-undang kita untuk pendakwa membuat keputusan di bawah seksyen mana seseorang itu akan didakwa. Bermakna apabila pendakwa memilih untuk mendakwa di bawah sesuatu seksyen dengan bukti-bukti yang mencukupi, orang itu akan terus dihantar ke penjara jika disabit kesalahan selama dua tahun atau lima tahun dan sebagainya. Jadi kuasa itu alih dari hakim kepada pendakwa. Ini bukan sesuatu development dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang sihat bagi sistem perundangan jenayah negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, apakah kos yang akan timbul daripada sistem seperti ini? Ini bermakna lebih ramai yang akan dihantar ke penjara dan juga kos di dalam penjara terpulang kepada panjangnya sentence dan berapa ramai orang yang akan dihantar ke penjara. Bermakna kos makanan untuk menampung pesalah di dalam penjara akan meningkat kerana dengan undang-undang seperti ini, pastinya lebih ramai orang yang akan masuk penjara. Bermakna lebih banyak lagi penjara yang akan dibina.

final • 12:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Satu lagi kesan yang amat buruk dan ini kita tahu sebagai peguam yang menjalankan kes-kes jenayah. Apabila ada hukuman minimum, apakah kesannya mengenai perjalanan mahkamah dan juga backlog mahkamah? Tuan Yang di-Pertua, apabila adanya hukuman minimum, kesemua pesalah tidak akan rela lagi untuk mengaku bersalah ataupun plead guilty. Kalau kita pergi duduk di dalam Mahkamah Rendah Jenayah kita, di mana the bulk ataupun kebanyakan daripada kes-kes jenayah kita didengari di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen. Mahkamah Tinggi hanya kes-kes kapital yang serius, case capital punishment dan sebagainya. Kalau kita lihat banyak kes di mana ada pre bargaining dan ada pengakuan bersalah oleh pesalah dan ini akan mengurangkan masa yang diambil untuk memproses kes. Ini mengurangkan backlog kes, ia menyelamatkan masa mahkamah dan itu penting.

Masa mahkamah adalah begitu precious dan mengaku bersalah akan menyelamatkan masa mahkamah. Semua ini tidak akan berlaku jika ada undang-undang minimum ini. Bermakna apa? Kos kita akan meningkat lagi. Bermakna kita mungkin perlu lebih lagi hakim, lebih lagi mahkamah kerana kalau satu kes itu berjalan Tuan Yang di- Pertua, berapa lama? Ada kes jenayah yang mudah pun mungkin akan berterusan untuk hari bicara sahaja. Mungkin tujuh, lapan hari kerana ada pemeriksaan utama, pemeriksaan balas, tarikh hujahan, mungkin ada permohonan-permohonan yang difailkan oleh peguam bela bagi tertuduh dan sebagainya yang boleh difailkan di bawah undang-undang. Masa begitu banyak untuk satu kes sahaja. Ada kes yang dibicarakan sehingga 20 hari tetapi kes yang kecil di peringkat Mahkamah Majistret.

Jadi, di manakah kita akan cari masa untuk menjalankan kes-kes seperti ini? Di manakah kita akan mencari hakim-hakim untuk mendengar kes-kes ini jika trend seperti ini iaitu hukuman minimum ini diteruskan oleh pihak kerajaan? Ini bukan kali pertama. Selama ini pun saya lihat ada trend undang-undang yang dibawa oleh pihak kerajaan, semuanya ada konsep hukuman mandatori minimum ini.

Tuan Yang di-Pertua, hujah saya adalah cara terbaik untuk mencegah jenayah adalah untuk memastikan mana-mana pesalah potensi akan tahu bahawa jika dia melakukan kesalahan akan pasti dijumpai, ditangkap dan disabitkan kesalahan.

final • 12:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ini bermakna cara terbaik kita mencegah jenayah adalah dengan memastikan bahawa kita memberi lebih lagi resource, training dan menaikkan prestasi pihak Polis Diraja Malaysia. Hal ini kerana mereka yang menjalankan siasatan, mereka yang membuat tangkapan dan mereka yang akan membawa ataupun merujuk kes itu kepada pihak pendakwa supaya pihak pendakwa boleh membawa tuduhan yang sesuai di mahkamah.

Jadi, itu adalah amat penting.

Fokusnya sepatutnya adalah dengan izin, better policing dan juga pendakwaan yang lebih rapi. Pendakwaan yang lebih rapi boleh memastikan bahawa pesalah tidak terlepas dan akan disabit kesalahan apabila dituduh di mahkamah. Inilah cara-caranya saya ingin syorkan kepada Yang Berhormat Menteri. Inilah cara-cara yang terbaik untuk kita mencegah jenayah. Tidak ada apa-apa bukti bahawa hukuman yang lebih berat, hukuman mandatori dan sebagainya akan mengurangkan jenayah. Ini jelas. Saya ingin memberi pendapat ini kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu hukuman mandatori ini di mana saya telah menyentuh semua klausa-klausa di dalam rang undang-undang ini, untuk menyelamatkan masa dengan tidak menurut klausa demi klausa. Itu di dalam peringkat jawatankuasa. Akan tetapi, secara keseluruhannya saya meminta supaya pihak kerajaan reconsider ataupun menimbang semula hukuman-hukuman mandatori minimum seperti ini.

Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai beberapa klausa di mana- saya bermula dengan klausa yang amat penting iaitu klausa 11 iaitu “disclosure of information”. Tuan Yang di-Pertua, klausa ini adalah membawa satu ancaman yang amat serius terhadap hak rakyat untuk mendapat maklumat. Ini kerana cara klausa baru ataupun seksyen baru 203A di bawah klausa 11 ini telah ditulis ataupun telah dirangka adalah bahawa, “Mana-mana public servant atau sesiapa yang akan mengeluarkan ataupun

final • 12:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

disclose maklumat kepada sesiapa, akan melakukan satu kesalahan jenayah dan boleh dipenjarakan”.

Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada satu sistem baru secrecy di dalam cara kerajaan ditadbir, di dalam cara dengan mana penjawat awam ataupun civil servant melakukan tugas mereka. Hal ini kerana seksyen begitu luas, bahawa ia boleh tertangkap apa-apa tindakan yang memberi maklumat kepada orang awam boleh tertangkap dibawa seksyen 203A. Ia seolah-olah OSA 1972 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972 di mana di bawah OSA juga terdapat sekatan di atas maklumat yang diberi ataupun yang boleh didedahkan.

Akan tetapi, bezanya ini. Di bawah OSA 1972, ada proses certification. Maknanya, bukan semua maklumat menjadi maklumat rahsia ataupun maklumat yang disekat ataupun maklumat yang boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil. Bukan. Di bawah OSA, Yang Berhormat Menteri ataupun seorang yang dilantik oleh Menteri membuat keputusan dan akan certify, mengiktiraf bahawa sesuatu maklumat itu adalah rahsia. Hanya maklumat- maklumat itu jika dibebaskan menjadi satu kesalahan jenayah.

Masalah di bawah seksyen 203 ini adalah tidak ada apa-apa batasan. Tiada batasan bagi seksyen 203A ini. Maknanya tidak ada apa-apa maklumat yang boleh di didedahkan oleh mana-mana penjawat awam. Saya tidak tahu adakah ini sebenarnya tujuan ataupun niat kerajaan apabila membawa seksyen 203A ini kerana tidak jelas apakah keperluan tiba-tiba seksyen seperti ini dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan. Jika kita lihat Kanun Keseksaan sendiri, seksyen 203A baru ini adalah untuk dimasukkan di antara 203 lama dan 204. Kesemua ini adalah di bawah Bab XI, Kanun Keseksaan iaitu dengan izin, “false evidence and offences against public justice”. Jika dilihat kepada kesemua seksyen-seksyen di sini, seksyen ini adalah langsung tidak relevan kepada Bab XI. Ia seolah-olah 203A ini telah tiba-tiba dimasukkan sahaja di sana untuk mungkin tujuan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya meminta pihak kerajaan supaya dengan benar-benar mengkaji semula provision ini iaitu seksyen 203A kerana ia mempunyai potensi yang amat besar untuk disalahgunakan ataupun digunakan dengan cara yang salah. Ia juga akan menyebabkan satu dengan izin, will of secrecy turun di atas pentadbiran awam di negara kita dan itu adalah sesuatu yang tidak sesuai di dalam negara demokrasi seperti negara kita. Saya ulangi, rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada pihak penjawat awam, pihak kerajaan dan sebagainya. Sebaliknya ini adalah atas prinsip, sebaliknya yang sepatutnya kerajaan membawa adalah Akta Kebebasan Maklumat ataupun Freedom of Information Act. Trendnya demokrasi-demokrasi yang matang adalah terhadap dengan izin, free flow of information dan bukannya terhadap secrecy. Jadi, saya percaya bahawa seksyen ini perlu, adalah amat penting seksyen ini ditarik balik, fasal ini diarik balik sepenuhnya kerana ia membawa impak yang begitu serius.

Saya rasa sejak OSA 1972, tidak ada apa-apa peruntukan yang boleh membawa kesan yang begitu besar selain daripada 203A baru yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang meneruskan kepada saya menyatakan apabila saya bermula bahawa atas prinsip beberapa isu yang saya sebut. Satu lagi on principal kita mempunyai masalah adalah membuat kesalahan-kesalahan baru yang tidak perlu dan boleh membawa kesan yang begitu luas dan mungkin tidak memberi manfaat kepada negara. Klausa 5 iaitu seksyen 121E yang baru mengenai bendera. Tuan Yang di- Pertua, kita menolak apa-apa percubaan oleh mana-mana pihak untuk menghina ataupun membuat apa-apa yang menghina bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Kita tolak sama sekali.

Pada masa yang sama, adalah hujahan saya bahawa kita tidak boleh setelah merdeka 54 tahun, kita tidak boleh hanya ataupun kita tidak boleh bergantung ke atas undang-undang dan hukuman untuk mencipta rasa cinta kepada negara dan cinta kepada bendera kita. Saya rasa itu adalah satu pendekatan yang tidak baik dan ia juga adalah satu pendekatan yang tidak efektif dalam hujahan saya.

final • 12:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ini kerana kita tidak boleh paksa cara untuk rakyat mencintai negara dan bendera adalah lain. Ini adalah sesuatu yang perlu dipupuk pada rakyat dari semasa di bangku sekolah, daripada kecil. Jika ada masalah yang timbul pada hari ini kita perlu review balik ataupun lihat balik apakah masalahnya. Mengapa ada pihak yang berbuat demikian? Akan tetapi untuk mengenakan hukuman dan saya lihat sekali lagi, saya telah berhujah lagi mengenai isu hukuman mandatori, kita lihat sekali lagi seksyen 121E baru-baru ini hukuman dengan izin, “For a term of not less than five years...” Tidak kurang daripada lima tahun dan juga “Whoever mutilates, defaces, physically defiles, burns, maintains on the floor or ground…” Maknanya, bendera di lantai pun masuk penjara lima tahun.

Jadi, kesemua ini menunjukkan bahawa seksyen ini adalah terlalu keras dan juga ia mungkin dengan izin, counter productive. Jauh daripada menyebabkan rakyat mencintai bendera tetapi ia akan memulakan satu rasa tidak puas hati kerana mereka dipaksa untuk mencintai bendera. Kita tidak boleh melakukan apa-apa paksaan. Apakah masalahnya, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Kebanyakan rakyat negara ini, majoriti menghormati bendera, cintakan pada negara, tidak ada masalah.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya sedikit tentang 121E ini. “…or flag of a foreign nation...” Bermakna bukan bendera kita sahaja tetapi kalaulah seseorang itu memijak katalah bendera Israel misalnya. Adakah undang-undang yang sama, yang ini akan menyebabkan dua tahun penjara? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih kepada Yang Berhormat tadi. Itu adalah satu isu yang amat penting. Ya, memang di bawah 121E ini menghina bendera kita ataupun mana-mana bendera negara asing pun, adalah hukuman yang sama. Adalah susah untuk kita memahami apakah rasional pihak kerajaan untuk memasukkan satu peruntukan seperti ini. Mengapa pula kerana menghina bendera, bukan kita menyokong menghina bendera negara lain tetapi mengapa pula kalau menghina bendera negara lain, hukuman tidak kurang daripada lima tahun, sama seperti mereka yang menghina bendera negara?

Oleh sebab itu, saya kata semasa saya memulakan perbahasan saya, adalah beberapa strand ataupun prinsip yang kita lihat tidak betul dalam rang undang-undang ini dan antaranya ialah illogicality. Adalah seolah-olah rang undang-undang ini tidak difikirkan dengan betul dan tidak dirangka dengan betul, mengambil kira kesemua keadaan dan fakta dalam membawa rang undang-undang ini kerana sebarang pindaan kepada Kanun Keseksaan mesti mempunyai kesan yang begitu besar. Ini kerana ia adalah mengenai hukuman dan apabila ia tidak dibuat dengan cara yang lebih teliti, masalah-masalah yang serius akan timbul. Akan tetapi ini sesuatu yang akan kita timbulkan mungkin dalam peringkat jawatankuasa jika rang undang-undang ini tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan..

final • 12:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Jasin bangun.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Tadi apabila Yang Berhormat berbahas tentang seksyen 121E, iaitu pindaan baru Akta 574 ini, ia menyebutkan claiming that any other flag, other than the Malaysian state flag as our national flag is an offense.

Serendah-rendahnya lima tahun dan setinggi-tingginya 15 tahun dan akan didenda juga.

Selepas itu dikata juga claiming your own flag and claiming it is Malaysian or Selangor state flag is an offense under this section. Saya hendak tanya Yang Berhormat, semasa kita buat

final • 12:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

sambutan kemerdekaan yang lalu, ada kumpulan yang mengibarkan bendera selain daripada Jalur Gemilang dan mendakwa inilah bendera negara yang baru, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih. Itu juga adalah sebab yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri apabila berbahas ataupun mengemukakan rang undang-undang ini pada pagi tadi. Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi adalah 121E(2), saya belum sampai lagi kepada 121E(2) tetapi saya akan jawab soalan tersebut.

Seperti saya kata tadi, yang pertama sekali isu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri juga adalah mengibarkan bendera Sang Saka Malaya. Soalnya apakah tujuannya?

Seperti saya kata daripada permulaannya, kita menyokong dan kita menolak apa-apa percubaan untuk undermine ataupun menghina Jalur Gemilang. No apologies on that. Tidak ada apa-apa kompromi atas isu itu tetapi yang kita soal, adakah perlu kesalahan ini dijadikan kesalahan jenayah? Apakah itu adalah pendekatan terbaik untuk memastikan rakyat mencintai Jalur Gemilang? Itu adalah persoalannya, bukan perbuatan tersebut.

Kedua, isu black flag Sang Saka Malaya dan sebagainya, kita perlu juga jelas...

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam bangun. Sila.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sebenarnya saya pun hendak – mungkin Yang Berhormat Padang Serai hendak sebut point yang sama bila masuk point kedua, itu yang saya tidak mencelah ya, iaitu peristiwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya itu ada tujuan dan ada sebabnya.

Ianya merupakan satu bendera yang pernah diguna di dalam sejarah negara kita apabila rakyat bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan. Tujuan mereka-mereka yang mengibarkan bendera itu adalah untuk hendak ingatkan rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan itu telah diperjuangkan oleh ramai golongan.

Oleh kerana itu sambutan Hari Kemerdekaan, tidak patut dijadikan sambutan hari UMNO dan Barisan Nasional.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ianya merupakan, eh! Marahkah? *Allahu Akbar.

[Ketawa]* Maka ianya merupakan satu usaha untuk mendidik rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh semua pihak dan ianya bukan satu tindakan jenayah. Mungkin ianya dianggap sebagai jenayah bagi pihak UMNO, Barisan Nasional yang hendak jadikan Hari Kemerdekaan hari UMNO dan Barisan Nasional.

Akan tetapi bagi rakyat Malaysia, kita dapat jelas memahami ianya tidak ada kena- mengena dengan jenayah dan agak tidak wajar, malahan cukup zalim sekiranya dengan mengibarkan bendera yang ada peranan dalam sejarah negara Malaysia kita, kita dipenjarakan selama lima tahun.

final • 12:30 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Cukuplah, Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah. Mislead...

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Apakah pandangan Yang Berhormat Padang Serai, apabila dikatakan undang-undang ini digubal dengan atas perasaan emosi dan marah terhadap usaha untuk mengingatkan kembali perjuangan yang telah dibawa oleh golongan-golongan yang selain daripada UMNO Barisan Nasional. Atas emosi itulah undang-undang ini digubal dan apabila undang-undang digubal atas perasaan dan emosi, sudah pasti ianya tidak menjamin keadilan. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Ya, sebab itu peranan sejarah yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam itu penting. Kita tidak mahu undang-undang seperti ini membawa kepada satu keadaan di mana sejarah negara kita terdapat percubaan dengan izin, untuk suppress sejarah negara kita. Bendera itu juga adalah sebahagian daripada sejarah negara kita dan kita perlu waswas apabila ada isu seperti ini kerana adalah penting untuk semua lapisan

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

negara daripada pihak intelektual, rakyat biasa, penuntut dan sebagainya untuk engaged, dengan izin, engaged sepenuh-penuhnya dengan sejarah negara kita.

final • 12:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Itu adalah sebahagian daripada dengan izin, development ataupun pembesaran negara kita sejak merdeka. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, negara kita sedang berubah, sedang evolve seperti juga mana-mana negara yang lain. Kita perlu pastikan ada satu atmosfera ataupun ada satu klimaks di mana kesemua rakyat dapat berbincang mengenai sejarah negara, mengenai apakah aliran negara, apakah masa depan negara secara terbuka. Tanpa takut kepada undang-undang seperti ini yang jika mungkin kalau sekumpulan penuntut yang membaca mengenai sejarah yang menghargai seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam perjuangan kumpulan-kumpulan seperti...

final • 12:40 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Minta laluan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 12:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Perjuangan kumpulan- kumpulan seperti ini, adakah kita akan terus menjenayahkan perbuatan itu tanpa tahu apakah tujuan mereka, apakah argument yang mereka bawa sewenang-wenangnya menjenayahkan perkara itu. Adakah itu pendekatan yang terbaik? Itu soalan yang kita tanya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila.

final • 12:40 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Padang Serai sedarkah kita bahawa untuk membentuk sebuah negara yang mana rakyatnya bersatu hati apatah lagi kita di negara kita yang berbilang kaum.

Maknanya kita mesti bersetuju dan akur tentang keputusan secara majoriti dan secara sejarahnya pun tepat sekali apabila kita menggunakan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi kita. Jalur Gemilang bukan dibentuk sesuka hati tetapi dia mempunyai roh dan semangat dan juga penjelasan-penjelasan yang begitu mendalam tentang ketamadunan dan kenegaraan kita di Malaysia ini. Kita juga mengambil kira semua faktor-faktor sejarah yang berkaitan.

Namun begitu bendera yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan apa nama tadi adalah bendera yang telah pun ditolak. Bendera itu tidak ada kena mengena, tidak ada kaitan dengan kemajuan negara Malaysia kita. Jadi dalam hal ini kalau kita katakan tadi Yang Berhormat Padang Serai katakan kita perlu keterbukaan, kita perlu berikan hak semua. Habis macam mana kalau semua orang memperkenalkan dan cuba mempromosikan bendera masing-masing? Sekarang ini beribu-ribu jenis bendera ada di dalam negara kita. Bendera-bendera yang mewakili gengster pun ada, bendera yang mewakili persatuan pun ada, bendera yang mewakili macam-macam ada. Kalau benda ini tidak dibentuk dan tidak dijuruskan tidak diterima satu bendera secara kolektif maka apa akan jadi kepada negara Malaysia.

Rakyat dan generasi yang kita kata tadi Yang Berhormat Padang Serai kata kalau kita hendak bentuk rakyat ini supaya tidak banyak melakukan kesalahan jenayah dan sebagainya maka perlu kepada pendidikan. Akan tetapi bagaimana kalau kita hendak didik sedangkan dalam hal bendera pun kita tidak dapat memberikan satu pandangan yang satu kepada rakyat kita dan tafsiran datang macam-macam jadi akhirnya itu kegagalan. Kalau kita gagal mempertahankan Jalur Gemilang, orang akan mempersalahkan kepada kerajaan juga.

Jadi dalam hal ini bila kita pertahankan Jalur Gemilang orang kata ada bendera lain pula yang perlu dipakai. Jadi apakah ini merupakan satu perkara atau fenomena yang kita hendak biarkan atau kita hendak atasi dan kita bendung. Maka sewajarnya peraturan menghormati bendera dan hukuman yang dikenakan terhadapnya adalah satu perkara yang amat wajar. Kita perlu bersatu hati bahawa bendera yang kita pakai adalah Jalur Gemilang.

final • 12:40 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Sekarang senaraikan apa salah Jalur Gemilang sehingga kita menolak Jalur Gemilang. Apakah tafsiran-tafsiran yang ada dalam maksud Jalur Gemilang itu tidak betul?

Jadi kesemua persoalan ini perlu dijawab. Kalau jawapannya itu adalah jelas bahawa Jalur Gemilang itu adalah satu-satunya bendera yang kita kena pakai. Maka kita kena berlapang dada, kita kena terima bahawa itulah bendera yang kita dukung dalam negara kita dan kita sebagai rakyat yang taat kepada negara. Kita berbeza pendapat dari segi politik itu tidak ada masalah, kita berbeza pandangan itu biasa tetapi kita tidak boleh berbeza bendera.

Terima kasih [Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi saya rasa premisnya tidak betul. Yang Berhormat menyatakan tadi jangan tolak Jalur Gemilang. Tidak ada sesiapa yang menyatakan bahawa Jalur Gemilang perlu ditolak, tidak ada sesiapa menyatakan kita menolak, siapa-siapa menolak ataupun kita menyokong percubaan untuk menolak bendera negara, tidak ada. Soalnya hanya adalah mengenai sejarah negara, mengenai membenarkan perbincangan mengenai sejarah negara.

Di dalam kes-kes mereka yang mengibarkan bendera ini pun bukan bermakna mereka menolak, bukan bermakna mereka menolak. Akan tetapi ia merupakan satu dengan izin engagement dengan sejarah negara kita. Jadi untuk menginterpretasikannya sebagai apa-apa percubaan untuk mengibarkan satu bendera adalah menolak Jalur Gemilang itu, itu adalah satu kenyataan yang timbul daripada premis dan fakta yang tidak betul. Sebab itu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi perkara ini telah diemosikan.

Peruntukan ini adalah seolah-olah satu reaksi yang emosi terhadap beberapa perkara yang mungkin berlaku sebelum ini. Ini pada pandangan saya bukan serius apa salahnya penuntut-penuntut kita memikirkan mengenai masa yang lampau sejarah negara kita. Ini satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, adalah kita...

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bukan apa mungkin kita kena ambil kira bahawa pelajar-pelajar ini mahasiswa yang muda dia baru dapat tahu sejarah yang sebenar yang selama ini sejarah yang sebenar itu dipendamkan. Selama ini orang pun tidak kenal yang sang saka Malaya itu ada lalu dia baru dapat tahu maklumat yang baru. “Eh! Dahulu bukan UMNO yang perjuangkan kemerdekaan.” [Tepuk] Lalu bila dia dapat tahu benda yang baru ini, dia hendak dedahkan kepada masyarakat dan dia bangga bahawa ramai daripada rakyat Malaya yang telah berani ke depan turun ke jalan, jalan raya menentang Kerajaan Penjajah British. Ianya merupakan satu perjuangan yang begitu membanggakan dan ada simbol-simbol perjuangan yang telah mereka baru kenali.

Apabila mereka baru dapat maklumat ini maka itulah yang mendatangkan semangat untuk hendak dizahirkan maklumat yang baru ini kepada masyarakat. Saya rasa ini punca masalah dia ialah kerana sejarah itu dan fakta sejarah ini telah pun disembunyikan. Lalu orang yang dok marah sekarang ini oleh kerana keluar bendera sang saka Malaya dan sebagainya adalah orang-orang yang hendak menutup sejarah yang sebenar. Ini kerana mereka hendak memberikan gambaran bahawa mereka sahajalah yang memperjuangkan kemerdekaan itu. Maka saya rasa orang-orang yang seperti ini pun sepatutnya dikenakan tindakan jenayah juga kerana menutup sejarah sebenar. Kesalahan mereka jauh lebih besar daripada kesalahan mengibarkan bendera yang ada sejarah dan ada peranannya dalam perjuangan untuk kemerdekaan. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebab itu kita semakin bimbang bahawa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam seolah-olah ada percubaan untuk mempropagandakan sejarah oleh pihak kerajaan. Setiap kali ada isu yang timbul daripada sejarah kita ada percubaan untuk mengkritik perkara itu, menjenayahkan isu itu dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang tidak wajar di dalam negara yang demokratik. Kita bukan negara seperti Korea Utara

final • 12:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

ataupun Rusia di bawah Stalin. Kita tidak boleh membenarkan sejarah dipropagandakan dan biarkan perbincangan yang terbuka mengenai sejarah negara kita.

Satu perkara yang saya hendak sebut jawab kepada Yang Berhormat tadi ialah bahawa mengapa Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita begitu tidak confident? Mengapa seolah-olah kita begitu tidak confident dengan institusi-institusi kita seperti Jalur Gemilang dan sebagainya. Sehinggakan apabila sedikit perkara berlaku terus membawa rang undang-undang dan menjenayahkan perkara tersebut. Mengapa selepas 54 tahun kita masih tidak mencapai tahap confidence, dengan izin, di dalam negara kita institusi-institusi negara kita. Di mana apakah yang menunjukkan kita ada keyakinan di dalam negara kita dan institusi negara kita adalah kesediaan kita untuk menerima kritikan, kesediaan kita untuk menerima pandangan yang berbeza. Itulah petanda bahawa kita yakin di dalam negara Malaysia ini, yakin dengan bendera kita, yakin dengan institusi-institusi kita.

final • 12:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Keyakinan itu saya rasa kekurangan. Melihat daripada rang undang-undang seperti ini yang dibawa oleh pihak kerajaan, saya rasa keyakinan ini amat kekurangan.

Seolah-olah terlalu sensitif..

final • 12:50 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Silam bangun.

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terlalu sensitif kepada..., ya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Silam.

final • 12:50 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Tuan Yang di-Pertua, bersetujukah Yang Berhormat Padang Serai dengan saya bahawa premis yang paling baik untuk menentukan apakah niat seseorang itu adalah mahkamah. Apabila dia menggunakan bendera selain daripada Jalur Gemilang, dia akan dihadapkan ke mahkamah dan mahkamah yang menentukan apakah niatnya melakukan sesuatu? Bersetujukah dengan saya Yang berhormat Padang Serai?

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru bangun.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap sahaja. Yang Berhormat Padang Serai, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan satu poin yang cukup penting iaitu confident. Akan tetapi sekarang, masalahnya adalah UMNO Barisan nasional, mereka tidak mempunyai confident yang accommodative, sebab negara kita telah menjadi pelbagai. Ada pelbagai suara, ada pelbagai sejarah yang telah timbul, yang sengaja ditutup oleh UMNO Barisan Nasional selama ini. Maka sekarang haruslah menjelaskan sejarah yang sebenar di negara Malaysia. Akan tetapi sekarang cara UMNO Barisan Nasional adalah criminalised everything. Semuanya menjadi haram. Diharamkan sehinggakan mengibarkan Bendera Sang Saka pun diharamkan.

Maka adakah ini menjadi international joke, kalau anak muda mengibarkan Sang Saka terus ditahan dan dimasukkan penjara selama lima tahun. Jadi kalau ada 20 orang anak muda, mereka ingin cari kebenaran, kibarkan bendera, dipenjarakan lima tahun.

Sejumlah 20 orang kali lima tahun, 100 tahun di dalam penjara. Jadi it can become an international joke. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

International joke?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya..

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Padang Serai, sikit? Ni Kuala Kangsar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak membawa kepada satu pengalaman dunia majulah sekarang ini diuar-uarkan oleh pihak pembangkang, terbuka adakah kita tidak yakin? Cuba kita lihat simbol bendera lambang- lambang Nazi, Fasisme, adakah ini secara terbuka diterima oleh masyarakat negara Barat, kerajaan Barat?

[Tepuk] Sila bagi pandangan kepada perkara-perkara yang telah dibuat.

Kalau kita lihat, sedikit simbol Nazi di Eropah terus ditutup dan terus dihukum [Tepuk]

final • 12:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Padang Serai, saya cuma ingin pendapat Yang Berhormat Padang Serai kerana di dalam pindaan ini juga dimasukkan bahawa sesiapa yang phisically defiles, maknanya termasuk di dalam ini gunting dan sebagainya. Sekarang menjadi trend apabila kononnya untuk menunjukkan kasih sayang, cinta kepada negara, maka bendera-bendera kita dijadikan baju. Baju ini kita duduk atas dia, kita potong dia dan sebagainya. Saya sendiri dari lama memerhatikan perkara ini. Ini satu perkara yang saya rasa negara lain saya tengok tidak pernah buat tetapi orang negara kita potong bendera buat baju. Kononnya menunjukkan kecintaan. Apa pendapat?

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang memberi pandangan tadi. Saya cuba jawab setiap satu bermula dengan Yang Berhormat Kota Raja.

Itulah sebabnya saya kata daripada permulaan perbahasan bahawa, peruntukan- peruntukan ini adalah terlalu luas sehingga keadaan di mana pakai sebagai t-shirt dan duduk atasnya pun boleh menjadikan satu kesalahan jenayah sehingga hukuman minimum lima tahun. Soalan yang dibangkitkan tadi di mana Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa, biarlah mahkamah yang memutuskan. Yang Berhormat itu tidak betul kerana kita di Dewan Rakyat, Parlimenlah yang perlu memutuskan apakah itu yang menjadi jenayah.

Tugas mahkamah hanya untuk menginterpretasikan undang-undang yang diluluskan oleh kita di Parlimen. Tugas mahkamah bukannya untuk membuat keputusan, apakah itu jenayah. Jadi itu perbezaan besar di sana.

Hari ini kita yang perlu pastikan, adakah kita hendak menjenayahkan perkara seperti ini ataupun tidak. Itu sahaja. Tidak ada kena mengena dengan mahkamah.

Mahkamah, tugasnya menginterpretasikan dan menjatuhkan hukuman ataupun melepaskan pesalah jika tidak mencukupi bukti.

Begitu juga Yang Berhormat tadi menimbulkan isu simbol Nazi. Memang benar di Germany saya rasa ia masih diharamkan tetapi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, adalah jauh berbeza membandingkan lambang Nazi yang menyebabkan mala petaka yang paling besar di sejarah dunia...

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Akan tetapi itu sebahagian daripada sejarah perjuangan. Sebahagian besar daripada sejarah perjuangan Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Dengan lambang Sang Saka Malaya, ini adalah jauh berbeza, jauh berbeza. Itu adalah satu kes yang unik.

Tuan Yang di-Pertua, isu..

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai..

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya pun hendak masuklah pasal kisah Nazi, Nazi ini pun menarik juga. Saya pun hairan macam mana dia samakan Sang Saka Malaya dengan lambang Nazi

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka hendak mempertahankan satu undang-undang yang jelas tidak ada asas yang kukuh. Kalau semualah bendera hendak disamakan dengan bendera Nazi, saya rasa itu satu tindakan yang agak melampau. Yang kedua, setahu saya, di banyak negara di Eropah, ada golongan-golongan yang right-wing politics, parti right-wings yang seperti lebih kurang macam PERKASA dan sebagainya, dan ‘perkosa’ ini...

[Ketawa] Dia pun bawa juga lambang-lambang Nazi dan sebagainya, tidak ada masalah...

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

...Ianya tidak merupakan satu perkara yang selama...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Kangsar..

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Macam ini Yang Berhormat Shah Alam..

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuala Kangsar, ini peraturan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Ini tak boleh mencelah...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan pencelahan atas mencelah tak boleh. Dah tak boleh. Kena tanya Yang Berhormat Padang Serai, ini floor Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Jadi tak ada pula saya dapati bahawa orang yang bawa bendera Nazi ini akan dipenjarakan lima tahun di United Kingdom dan sebagainya. Malahan kadang kala orang itu pakai sebagai menjadi sebagai bahan lawak, lawak jenaka. May be it’s..., dengan izin, consider as dark humour tetapi ia merupakan satu tindakan yang - kerana masyarakat sudah menolak Nazi ini, kebanyakan daripada mereka. Akan tetapi untuk hendak katakan bendera Nazi itulah sebagai dalil ataupun alasan untuk kita hendak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, mengambil mana-mana bendera selain daripada Jalur Gemilang itu adalah satu hujah yang tidak tepat. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Padang Serai, lama lagi?

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Padang Serai, boleh? Mohon sikit sahaja lagi berkaitan Nazi tadi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:50 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Itu apa..?

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bagi Lenggong sikit.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sikit sahaja.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Lenggong.

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Boleh? Tadi Yang Berhormat Padang Serai sebut kenapa sudah lebih daripada 50 tahun kita masih gagal untuk tingkatkan rasa cinta kepada negara, cinta kepada lambang negara. Sebenarnya kita tidak gagal. Memang kita berjaya tingkatkan rasa cinta kita kepada negara. Akan tetapi usaha tersebut hari ini nampaknya ada halangan apabila timbul orang-orang macam Yang Berhormat Shah Alam ini. Timbul orang-orang macam Yang Berhormat Padang Serai dan sebagainya yang memutar-belitkan sejarah, yang menimbulkan sesuatu yang tidak betul. Ini menyebabkan keadaan menjadi keliru. Generasi baru menjadi keliru. Oleh sebab itu kita perlu ada undang-undang.

Dahulu tidak perlu kerana tidak ada orang macam Yang Berhormat Shah Alam [Tepuk] Akan tetapi kalau ada manusia macam Yang Berhormat Shah Alam, ini yang menjadi masalah. Sebab itu perlu ada undang-undang. Kalau 10 tahun, 20 tahun dahulu ada orang macam Yang Berhormat Shah Alam, 10 tahun dahulu dah kita buat undang- undang ini. Sebab dulu tak ada. Ini masalahnya [Tepuk] Sebab itu sekalian, saya menyokong undang-undang ini. Kena ada! Kalau tidak ada undang-undang ini, ramai orang macam Yang Berhormat Shah Alam ini ada, maka dia akan menghuru-harakan negara. Mana boleh kita timbulkan sesuatu yang tidak betul?

Apakah betul dia kata bahawa kenapa sambutan Merdeka hanya disambut oleh orang- orang UMNO? PAS nak buat pun, sambutlah. Kalau DAP hendak sambut merdeka, sambutlah tetapi sambut dengan cara yang betul. Jangan sambut dengan cara yang tidak betul. Kemerdekaan negara ini hak kita bersama. Apa yang menjadi masalah kepada kita apabila memutar-belitkan isu, menimbulkan perkara-perkara yang salah. Oleh sebab itu Yang Berhormat Padang Serai, sokong tak pandangan saya, perlunya ada undang-undang ini kerana kita ada orang-orang macam Yang Berhormat Shah Alam ini yang terlalu ramai menyebabkan perlu ada undang-undang ini [Ketawa] [Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tuduhan yang dibuat terhadap Yang Berhormat Shah Alam ini tidak ada asas fakta.

Apabila Yang Berhormat Shah Alam berhujah tadi, dia berlandaskan satu hujah yang rasional dan sebenarnya beliau meminta supaya sejarah tidak diputar-belitkan. Jangan mempropagandakan sejarah.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Lenggong mengakui bahawa sudah ramai dah orang-orang...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Shah Alam, kita sambung pukul 2.30 petang ya.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Okey, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan kita pada jam 2.30 petang ini.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Padang Serai untuk meneruskan perbahasan.

final • 2:32 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum berhenti tadi saya sedang berhujah mengenai isu iaitu klausa 5 mengenai isu bendera, dan sebenarnya saya hampir menghabiskan hujahan tersebut.

Yang saya ingin tekankan sekali lagi mengenai fasal ini adalah bahawa jangan pula kita membawa undang-undang seperti ini seolah-olah menyebabkan satu seige mentality di kalangan rakyat. Seolah-olah kita begitu di bawah ancaman daripada serangan idea-idea. Kita sebagai suatu negara, sepatutnya yakin dan jangan rasa terancam atas adanya idea-idea yang berbeza di kalangan rakyat, kerana itu adalah hallmark ataupun adalah petanda satu demokrasi yang baik di mana kita berani menghadapi idea-idea yang berbeza dan rakyat sama sekali dengan mengadakan discourse...

final • 2:32 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 2:32 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

...Bersama mencapai satu keputusan apa yang terbaik sekali.

final • 2:32 PM

Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan Yang Berhormat Padang Serai.

Sebelum berhenti tadi, saya sedang menjawab ucapan daripada Yang Berhormat Lenggong berhubung dengan persoalan mengapa undang-undang yang sebegini rupa perlu diluluskan oleh Parlimen kita. Di mana kesalahan yang dilihat dalam persoalan layanan terhadap Jalur Gemilang perlu dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan Yang Berhormat Lenggong telah menyebut, itu adalah atas sebab dan semakin ramai orang yang seperti Yang Berhormat Shah Alam, dan bagi dia, oleh kerana sudah semakin ramai orang seperti Yang Berhormat Shah Alam, maka undang-undang yang tegas perlu diluluskan.

Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong kerana mengakui bahawa fahaman dan pandangan seperti mana yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan juga Shah Alam semakin mendapat tempat di dalam masyarakat, dan ini merupakan trend pemikiran yang kritis, yang ingin tahu tentang sejarah dan kebenaran di sebalik sejarah, dan tidak lagi ramai seperti Yang Berhormat Lenggong yang ‘pak turut’- terima dan telan bulat-bulat. Pengakuan yang seperti ini adalah amat dihargai, dan mungkin inilah di antara sebab mengapa di dalam pilihan raya yang lepas, pihak Barisan Nasional hanya mendapat 47% daripada undi popular.

Namun demikian, usaha untuk menghalang budaya dan cara berfikiran yang bebas dan lebih kritis ini tidak wajar ditangani melalui undang-undang tanpa usaha untuk memahami, kenapa ada tindakan-tindakan yang seperti mana yang telah berlaku berhubung dengan Sang Saka Malaya dan sebagainya. Dan seperti mana yang telah disebutkan tadi, tindakan untuk memilih pendekatan menggunakan undang-undang dan pemaksaan ini, dengan sendirinya merupakan satu pengakuan bahawa tidak ada kekuatan penghujahan bagi pihak kerajaan, dalam soal hendak mewujudkan satu suasana di mana rakyat rasa bangga dengan kerakyatan Malaysia, dan rasa bangga dengan bendera Jalur Gemilang.

Bagi pandangan Yang Berhormat Padang Serai, adakah pendekatan paksa ini, dan hendak takutkan orang sehingga orang terpaksa sayang dan hormat Jalur Gemilang?

Adakah ini kaedah yang terbaik ataupun pendekatan untuk menzahirkan kehebatan negara dan pentadbiran good governance di dalam kerajaan, menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara disegani dan dihormati. Itu merupakan kaedah dan pendekatan yang lebih bermakna yang akan menghasilkan perasaan kasih dan hormat terhadap Jalur Gemilang.

Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 2:32 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam, kita sebagai sebuah negara terutamanya rakyat negara ini, kita perlu mengingati bahawa jangan pula kita semakin hari semakin takut kepada apa yang dikatakan sebagai the matched and the mixed of ideas. Dan ini sesuatu yang penting kerana jika senantiasa perkara seperti ini dibuat, dan ia juga berkaitan dengan apa yang dilakukan terhadap penuntut-penuntut universiti kita.

final • 2:32 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Penuntut-penuntut universiti kita pun dijadikan seperti ini, akta-akta seperti UUCA digunakan, mereka dijadikan seolah-olah seperti budak sekolah, masih di bangku sekolah dan ini semua membantut perkembangan pemikiran dan membantu perkembangan satu generasi muda negara ini yang dapat compete dengan seluruh dunia- Timur dan Barat.

Apabila timbulnya isu mengenai the matched of ideas dalam usaha mengengage dengan, bukan saja idea-idea dalam negeri tetapi di luar negeri juga.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak akhirnya tekankan atas isu ini dan saya rasa secara prinsip ini lah masalah...

final • 2:32 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Pertama sekali saya hendak dapatkan sedikit penjelasan.

Apakah pendapat Yang Berhormat Padang Serai, kenapa kerajaan tiba-tiba mahu membuat sedikit pindaan dan memasukkan satu seksyen baru berkaitan dengan perkara ini?

Pertama sekali, adakah insiden yang berlaku iaitu mengibarkan Sang Saka Malaya oleh anak-anak muda itu yang menjadi punca kepada kemasukan satu perkara atau pun undang-undang baru atau pun mungkin ada sebab-sebab lain? Ini kerana kalau itu satu- satunya perkara yang menyebabkan kerajaan mahu memasukkan satu perkara baru dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan, maka saya rasa ini adalah tidak wajar sebab mungkin anak-anak muda kita pada hari itu tidak mempunyai apa-apa motif atau pun niat jahat. Mereka hanya hendak memperingatkan rakyat Malaysia berkaitan dengan sejarah perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Mereka hendak beritahu kepada rakyat Malaysia apa yang berlaku sebelum kemerdekaan. Mereka hendak ingatkan kepada rakyat Malaysia mengenai AMCAJA. Mereka ingin ingatkan kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan Putra.

Mungkin juga ramai di antara rakyat Malaysia sudah lupa tentang perjuangan Doktor Burhanuddin al-Helmy dan juga Ibrahim bin Haji Yaacob dan juga ramai pejuang- pejuang yang telah memperjuangkan kemerdekaan sebelum wujudnya UMNO, sebelum wujudnya MCA dan sebelum wujudnya MIC. Sekarang, mereka mahu memberitahu kepada rakyat bahawa mungkin tidak ada kena mengena UMNO, MCA, MIC dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan tuntutan kemerdekaan yang sebenar yang sudah dilakukan. Ini kerana saya juga tidak pernah lihat atau tidak pernah terbaca di mana-mana, ada pemimpin-pemimpin UMNO atau MCA atau MIC yang telah dibunuh atau dizalimi...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

...Okey, dalam proses perjuangan itu. Mungkin inilah yang mereka hendak ingatkan kepada rakyat dan bukan mempunyai satu motif atau pun agenda yang besar untuk menukar Jalur Gemilang. Itu pandangan saya. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 2:40 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat. Semasa Yang Berhormat Menteri mengemukakan rang undang-undang ini dalam perbahasannya, saya percaya Yang Berhormat Menteri dengan jelas merujuk kepada insiden bendera Sang Saka Malaya dikibarkan. Itulah sebabnya saya rasa undang- undang ini adalah seperti knee-jerk reaction. Ia terus membawa rang undang-undang disebabkan satu insiden itu.

Saya rasa Yang Berhormat Batu Gajah tadi telah menimbulkan satu perkara yang amat penting apabila Yang Berhormat menyebut mengenai apakah motif mereka? Kalau kita memperhatikan seksyen baru 121E(2) ini, Tuan Yang di-Pertua langsung tidak ada, apa yang dikatakan mens rea di dalam 121E(2) ini iaitu langsung tidak ada elemen intention atau pun niat atau motif untuk melakukan sesuatu yang menggulingkan kerajaan atau menukar jalur gemilang atau seperti itu. Tidak ada. Hanya setakat sesiapa yang menggunakannya, menjadi subjek kepada satu pendakwaan dan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun.

Ini amat serius Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada elemen mens rea langsung di dalam 121E(2) ini seolah-olah satu kesalahan strict, dengan izin, strict liability. Itu sekali lagi

final • 2:40 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

menimbulkan isu dan menunjukkan bahawa 121E(2) ini memang perlu dikaji semula dengan amat serius.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Padang Serai.

Saya ingat kita tidak ada masalah untuk mempertahankan kedaulatan dan kedudukan yang dihormati dalam bendera negara kita. Akan tetapi, undang-undang ini sebenarnya tidak menyentuh sahaja bendera negara kita tetapi termasuk negara lain, termasuk negara asing dan dia ingin dapat pandangan. Dari segi bila dia tidak sebut dalam konteks, Saya ambil contoh kalau ada masalah, kalau kita mempunyai pertelingkahan dengan negara jiran kita.

Kalau anak-anak muda kita, katalah pijak bendera negara jiran, adakah ini akan diguna pakai? Kita juga ingin tahu kalau dalam keadaan katakanlah Amerika Syarikat serang Iran, atau Syria di mana mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka melakukan sesuatu terhadap simbol negara Amerika Syarikat, adakah polis kita terpaksa ambil tindakan terhadap mereka?

Katalah kita tidak setuju bila Israel serang negara jirannya Jordankah atau Lebanon. Katalah ada pemuda kita termasuk pemuda UMNO bakar bendera Israel, di sini tidak kata hanya negara yang diiktiraf oleh Malaysia. Dia kata negara asing. Adakah bendera negara Israel juga dilindungi oleh undang-undang ini? Saya ingat kita khuatir bila undang-undang ini diluluskan, kita pula menjadi bahan lucu yang diketawakan oleh dunia kerana kita mengambil tindakan...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu itu sudah ditanya oleh seseorang dan telah dijawab dan diberi pandangan oleh Yang Berhormat Padang Serai.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

So, saya khuatir perkara ini akan menjadikan kita tersekat dengan sebuah undang-undang yang sebenarnya menindas.

final • 2:40 PM

Dato' Kamarudin bin Jaafar - Tumpat

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Padang Serai. Bakar atau pun melakukan sesuatu terhadap bendera asing ini. Apa yang akan anehnya ialah kalau negara asing tersebut sendiri tidak ada undang-undang yang mengatakan suatu jenayah untuk membakar atau pun merosakkan bendera negara itu. Jadi, kecualilah kita yakin semua negara dalam dunia ini semuanya ada undang-undang yang mana mencacatkan, merosakkan dan membakar bendera adalah suatu jenayah. Itu baru sesuai kita buat undang-undang seperti itu atau pun kita ada suatu proviso dengan izin, bahawa jika negara ‘A’ ada undang-undang yang mana adalah jenayah untuk membakar bendera mereka, maka jika kita di Malaysia ini membakar bendera mereka, ia juga jenayah. Itu adalah logik sedikit.

Akan tetapi, kalau kita sekadar mengatakan bendera asing semuanya. Walaupun kita bukan hendak menyarankannya dan sebagainya tetapi cukup aneh kalau negara asing tersebut sendiri tidak ada pun undang-undang yang mengatakan buatlah apa terhadap bendera mereka itu merupakan jenayah. Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 2:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Batu dan Tumpat. Kedua-dua point yang ditimbulkan oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi iaitu satu, mengenai adakah bendera asing akan juga dijenayahkan jika dihina dan juga soal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi menunjukkan bahawa bagi saya, bila kita dengar jelas ada sesuatu yang tidak logik di dalam fasal 121E.

Ini menunjukkan bahawa falsafah di sebalik rang undang-undang ini atau pun seksyen yang kita bincang sekarang, falsafah di belakangnya adalah kabur.

Apabila falsafahnya kabur, maka draftingnya, perkataannya dan isinya juga akan tidak seimbang, kabur dan tidak logik. Seolah-olah, against common sense, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Itu saya rasa masalahnya- mengapa? Ini kerana klausa atau pun fasal 5 ini timbul sebagai satu knee-jerk reaction oleh pihak kerajaan. Itulah sebabnya kita melihat begitu banyak perkara di dalam fasal ini yang tidak masuk akal jika kita telitinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini penting. Kita tahu ramai yang begitu berdialog dengan masa silam kita, our own past, dengan izin, adalah antara mereka yang muda,

final • 2:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

penuntut, orang dewasa yang muda dan sebagainya. Mereka yang paling berdialog dengan masa silam kita, apa kedudukan mereka dalam negara dan apa masa depan kita?

final • 2:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Ini adalah sesuatu yang perlu diberi sokongan ataupun diberi encouragement, dengan izin, dan bukan pula dijenayahkan. Kita tahu bahawa jika kita tidak memahami masa silam kita, masa yang telah lalu, kita tidak memahami kedudukan negara pada masa ini dan kita tidak memahami apa boleh berlaku pada satu masa kelak. Kata penulis sejarah yang terkemuka, Edward Gibbons yang menulis “The Decline and Fall of The Roman Empire”, beliau menyatakan bahawa mereka yang tidak memahami masa silam, sejarah mereka, tidak akan memahami apa yang berlaku pada hari ini. Ini sesuatu yang penting.

Sebab itu kita minta supaya kerajaan menimbang semula, terutama klausa ini, kerana janganlah kita berbuat sesuatu yang sebenarnya membawa pemahaman sejarah itu...

final • 2:50 PM

Tuan Ignatius Dorrel Leiking - Penampang

Yang Berhormat Padang Serai, boleh minta pencelahan sekejap?

final • 2:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

...Kepada bidang politik ataupun mempropagandakannya... Ya.

final • 2:50 PM

Tuan Ignatius Dorrel Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Padang Serai. Berkenaan dengan pindaan yang dibawa di sini, boleh saya sebut, dengan izin, “Whoever uses recognizes or promote the use of any flags that purports, including the state flag’.” Now in Sabah, we are very familiar with this flag [Menunjukkan bendera lama negeri Sabah] This is the old North Borneo flag and a lot of Sabahan still uses this as a remembrance, or at least our history, kami punya sejarah. So, adakah ini juga termasuk dalam pindaan ini dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Kalau membaca kepada seksyen ini, ya, memang semua termasuk di dalam fasal ini dan itu boleh menyebabkan satu ketidakadilan dan masalah seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Penampang tadi.

Jadi, sebelum saya habiskan pada fasal ini, sekali lagi saya minta supaya pihak kerajaan teliti semula, fasal ini tidak diperlukan. Akhirnya, itu isu dia. Adakah kita perlukan fasal ini untuk kebaikan dan kesejahteraan negara kita, saya hujah, langsung tidak. Ia akan menjadi satu beban baru. Ia akan menjadi satu beban baru untuk kita semua angkut bersama termasuk orang muda, termasuk rakyat negara ini yang setiap kali isu seperti ini, isu sejarah dan sebagainya timbul, hendak pula takut kepada seksyen 121E, Kanun Keseksaan.

Daripada klausa fasal 5, ingin saya ke fasal 8 Tuan Yang di-Pertua. Ini penting yang juga isu prinsip mengenai fasal 8 adalah ia membawa sekali lagi sesuatu yang saya rasa telah banyak kali kita kata janganlah kita membawa presumption ke dalam undang- undang jenayah kita. Apabila kita membawa presumption kepada undang-undang jenayah kita, ia menterbalikkan beban membukti atau burden of proof daripada prosecutor ataupun pendakwa kepada orang tertuduh. Ini adalah satu trend yang merbahaya kerana akhirnya pihak pendakwa mempunyai resource yang banyak, mempunyai kuasa kerajaan, mempunyai staf yang banyak, mempunyai bantuan PDRM bagi melakukan siasatan.

Manakala orang tertuduh adalah seorang.

Sekali lagi jangan kita lupa, orang tertuduh bukannya orang salah. Orang tertuduh, hanya orang tertuduh. Mungkin pesalah, mungkin tidak. Mungkin dia memang melakukan perkara itu, mungkin dia adalah langsung tidak bersalah - innocent, dan ini sesuatu yang kita perlu jangan lupa apabila kita berbahas bahawa setiap orang yang ditangkap bukan bermakna dia bersalah.

Jika kita benarkan satu keadaan berlaku di negara kita di mana undang-undang dan saya lihat daripada perbahasan sebelum ini, PCA pun sama juga, seolah-olah rang undang-undang berkaitan dengan sistem perundangan jenayah kita, seolah-olah premisnya adalah yang ditangkap itu bersalah, tidak. Jika kita jelas mengenai premis itu, kita tidak

final • 2:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

akan membuat apa-apa kesilapan apabila kita mempertimbangkan di Dewan yang mulia ini.

Apakah bagus, apakah baik, apakah efektif untuk meluluskan apa-apa rang undang-undang yang berkaitan dengan undang-undang jenayah.

Jadi, sekali lagi saya minta secara prinsip, jangan kita bawa apa-apa presumption.

Kalau kita lihat presumption yang dinyatakan pada klausa fasal 8(2)(a) ini, dengan izin, “Until the contrary is proved, a person shall be presumed to be a member of an organized criminal group, where such person can be identified as belonging to an organized criminal group.” Itu perkataannya. Bermakna Tuan Yang di-Pertua, apakah kalau apa-apa pun boleh digunakan. Mungkin jika seorang ada tatu, atas asas tatu tersebut mungkin pihak pendakwa akan kata dia ini adalah sebahagian daripada organized criminal group. Apakah itu logikal dan meletakkan beban ke atas tertuduh pula untuk mematahkan hujah itu.

Dengan pastinya keadaan seperti ini akan berlaku jika ada undang-undang seperti ini yang membawa presumption dan kalau kita lihat presumption ini begitu luas. Apa-apa pun boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang mengidentifikasikan seorang tertuduh sebagai ahli daripada organized criminal group. Yang satu lagi pun sama juga- “Such a person is found with a schedule weapon.” Tuan Yang di-Pertua, bukan bermakna setiap orang yang ditangkap dengan senjata adalah sebahagian daripada organized criminal group. Itu tidak logik langsung tetapi presumption ini pun dimasukkan. Jadi, saya minta supaya kerajaan pertimbangkan semula dan fasal 8 ini ditarik balik ataupun dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada klausa 10 ini penting. Klausa 10 adalah satu pindaan kepada seksyen 176, Kanun Keseksaan. Sekali lagi secara prinsip kita tidak bersetuju dengan pindaan kepada 176 ini kerana ia menaikkan hukuman daripada enam bulan kepada tujuh tahun bagi sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 176 di mana ia melibatkan kesalahan di bawah Chapter VIB.

Tuan Yang di-Pertua, Chapter VIB adalah sekali lagi mengenai organized crime.

Bermakna, kalau kita teliti ,176 itu adalah mengenai kesalahan tidak memberi maklumat kepada penjawat awam oleh seorang yang sepatutnya menurut undang-undang memberi maklumat. Di dalam kes-kes Chapter VIB itu iaitu yang melibatkan organized crime, hukuman dinaikkan kepada tujuh tahun daripada enam bulan. Masalahnya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah knee-jerk reaction kepada keadaan yang dipercayai berlaku mengenai organized crime dan sebagainya. Ia juga tidak logik kerana bermakna jika seseorang tidak memberi maklumat mengenai pembunuhan, mengenai jenayah yang amat berat seperti pembunuhan dan sebagainya, rogol dan kes-kes seperti itu, hukumannya enam bulan.

Akan tetapi dalam kes yang sama, jika ia berkaitan dengan organized crime, hukuman naik kepada tujuh tahun, jelas. In relation to offences under Chapter VIB iaitu organized crime with imprisonment for a term, which may extend to seven years of a fine, or both. Jadi, ini menyebabkan satu keadaan yang begitu aneh di mana seolah-olah kesalahan membunuh adalah lebih remeh daripada kesalahan organized criminal group ini.

final • 2:50 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Apabila kita membawa perubahan seperti ini yang tidak selari dengan fahaman undang-undang jenayah seperti yang kita fahami sehingga kini, yang tidak konsisten dengan peruntukan-peruntukan lain. Maka ia jelas akan memberi kesan yang buruk dan impak yang buruk pada jangka panjang dan akan menyebabkan ketidakadilan yang besar kepada individu-individu yang terlibat. Jangan kita lupa juga mengenai fasal 8, Perlembagaan Persekutuan iaitu kesamaan semua orang di bawah perlembagaan dan undang-undang.

Apabila kita di dalam kes organized criminal group ini, hukumannya tujuh tahun, tetapi di dalam kes yang lain itu enam bulan dan sebagainya. Maka ia juga akan bercanggah dengan fasal 8. Kerajaan dalam membawa apa-apa rang undang-undang atau apa-apa fasal, perlu peka kepada isu ini supaya janganlah kita di Dewan yang mulia ini, meluluskan apa-apa undang-undang, yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan

final • 3:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Persekutuan. Kadang-kadang ada secara tersilap kerana pandangan ataupun interpretasi undang-undang itu memang boleh berbeza antara hakim juga.

Ada banyak kes di mana mungkin undang-undang diluluskan secara tidak sengaja, ia bercanggah dengan pendapat hakim mengenai apakah perlembagaan. Akan tetapi apabila kes-kes yang begitu jelas, kalau kita luluskan memang tidak menurut Perlembagaan. Mengapa perlu kita luluskan? Itu adalah isu yang timbul daripada fasal 10 rang undang-undang yang juga perlu dipertimbangkan sekali lagi.

Fasal 17. Fasal 17 adalah mengenai menyebabkan serangan oleh suami ke atas isteri, isteri ke atas suami dan sebagainya, di mana penaltinya ditinggikan. Akan tetapi isu yang saya rasa timbul, secara isu prinsip adalah ini, masalahnya selalunya bukan isu penalti. Apa yang dibuat, apa yang dikatakan isu domestic violence dengan izin. Isunya adalah bahawa pihak penguat kuasa sendiri tidak begitu sensitif, peka, tidak memandang serius keadaan-keadaan di mana si isteri dipukul oleh suami, diserang oleh suami dan sebagainya. Kita semua ada mempunyai pengalaman. Sebagai seorang peguam, saya pun ada pengalaman. Kompelin yang terbesar daripada isteri, abuse wife, isteri yang didera adalah bila pergi ke balai polis atau mana-mana tempat lain, kompelin mereka tidak dilihat sebagai serius, akan tetapi diremehkan dan di perkecilkan. Pihak penguat kuasa akan beritahu tidak apalah pergi bincang dengan suami dan sebagainya.

Ini menjadi masalah, Tuan Yang di-Pertua. Bukan isu penalti, tetapi isu penguatkuasaan. Isu ini telah pun ditimbulkan bertahun-tahun, terutamanya oleh NGO- NGO seperti awam dan sebagainya, yang telah berjuang untuk menghentikan gejala penderaan isteri ini. Akan tetapi sehingga sekarang kita tidak nampak apa-apa perubahan di dalam approach ini. Jadi saya menyeru kerajaan supaya pada masa yang sama menaikkan hukuman ini dan janganlah abaikan isu bidang kuasa ataupun penguatkuasaan.

Ini kerana walaupun kita menaikkan berpuluh kali penalti, kalau tidak ada penguatkuasaan, masih tidak akan menyelamatkan wanita-wanita yang didera oleh suami mereka atau sebaliknya. Ini sesuatu yang penting, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan kepada klausa 33, saya hendak menyentuh sedikit kepada klausa 27 dan 28, iaitu mengenai isu animal welfare ataupun kebajikan haiwan. Ia boleh dilihat sebagai isu kebajikan haiwan kerana pindaan kepada seksyen 427, akan membuang isu harga. Iaitu sebelum itu adalah kesalahan untuk membunuh atau mendera apa-apa haiwan yang nilainya adalah RM5- RM5 itu dibuang dan juga penaltinya dinaikkan daripada dua tahun sehingga tiga tahun.

Tuan Yang di-Pertua, kali ini saya dapat menyatakan bahawa untuk kali pertama, saya menyokong pindaan yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada seksyen ini. Oleh kerana pindaan ini untuk kali pertama akan mengiktiraf di dalam Kanun Keseksaan kita bahawa haiwan itu bukannya sesuatu unit ekonomik, tetapi adalah satu dengan izin, sentient being, di mana haiwan pun tidak boleh didera, dipukul atau disakiti. Pindaan ini sebenarnya kita sudah lama meminta pindaan seperti itu, yang mengeluarkan daripada kanun keseksaan.

Konsep bahawa haiwan itu adalah hanya satu unit ekonomik dan seolah-olah ia bukannya sesuatu makhluk yang boleh merasakan kesakitan dan sebagainya. Jadi pindaan di dalam klausa 27 dan 28 ini saya rasa kita boleh sokong perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, klausa 33 dan ini penting. Klausa 33 amat penting kerana jika kita lihat ia membawa satu kesalahan baru iaitu vandalisme. Jika kita lihat seksyen 440B dan seksyen 440C, ia merupakan satu kesalahan yang baru yang tidak pernah kita lihat di dalam undang-undang kita sebelum ini. Ia amat serius kerana dengan seksyen ini, sesiapa yang meletakkan poster, yang meletakkan bunting, yang meletakkan bendera, banner ataupun apa-apa di bangunan kerajaan, ataupun bangunan swasta atau peribadi, akan melakukan satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu peruntukan yang kita tidak boleh terima dan perlu ditolak sama sekali. Ini kerana ia akan mempunyai satu kesan yang amat besar ke atas bukan sahaja rakyat biasa, tetapi ke atas aktiviti politik yang legitimate di negara kita, iaitu penggunaan poster, banner dan sebagainya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat adalah sesuatu yang dengan izin, integral ataupun sesuatu yang selari dengan

final • 3:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

sistem demokrasi yang kita mempraktikkan. Kita tidak boleh tutup semua seolah-olah negara kita seperti Korea Utara di mana semuanya dikawal. Kalau kita lihat kepada perubahan yang dibawa di sini, sebenarnya apabila Menteri mengemukakan rang undang- undang ini, beliau juga ada membuat rujukan kepada pilihan raya umum yang telah berlangsung.

Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada motif politik di belakang rang undang-undang ini ataupun fasal 33 ini. Kalau kita lihat keadaan di negara pada masa ini, bagaimana pihak kerajaan menyampaikan mesej kepada rakyat, bagaimana kita di pihak pembangkang dan juga masyarakat sivil berdialog dengan rakyat dan menyampaikan maklumat, apakah cara? Pihak kerajaan mudah sahaja. Surat khabar utama, mainstream media, televisyen, radio, semuanya adalah dikontrol dan dimonopoli oleh pihak kerajaan dan pihak parti pemerintah iaitu parti Barisan Nasional.

final • 3:00 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Walaupun RTM dipunyai oleh rakyat dan ditadbir menggunakan dana rakyat, tetapi ia digunakan seolah-olah hanya untuk memberi maklumat mengenai aktiviti parti-parti politik Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Kita telah berkali-kali berkata ini adalah sesuatu yang amat salah. Sebenarnya ia adalah penyalahgunaan kuasa dan dana rakyat, kerana tidak boleh kita mengambil, pihak kerajaan, pihak Barisan Nasional mengambil RTM dan menggunakan seolah-olah ia adalah suara mereka.

Sama juga dengan radio, saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua membaca di dalam Hansard tahun 1960-an. Pada masa itu Ahli Parlimen daripada Pembangkang iaitu D.R Seenivasagam dalam tahun 1960, membuat ucapan yang sama di Dewan yang sama ini bertanyakan mengapa Radio Malaysia, pembangkang langsung tidak diberikan suara.

Soalan yang sama ditanya dalam tahun 1960, soalan yang sama kita masih tanya sekarang tahun 2013. Sudah 50 tahun tidak ada apa-apa yang berubah dan itulah masalahnya. Masalah yang serius dan banyak kali kita dah minta supaya ada perubahan dalam control of information oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi apa yang berlaku? Saya juga sebut tadi mengenai mainstream media iaitu tidak ada lesen surat khabar harian diberikan kepada pihak pembangkang. Apa yang diberi itu News Straits Times, Utusan Malaysia, STAR dan sebagainya. Tidak ada sesiapa yang berani mengkritik kerajaan, dibenarkan menjalankan surat khabar harian. Bermakna apa? apabila kerajaan kontrol semua cara-cara memberikan maklumat ini, pada masa yang sama, cara-cara yang masih tertinggal kepada kita dan juga masyarakat sivil seperti menggunakan poster, banner, banting dan sebagainya pun seolah-olah hendak dijenayahkan. Ini sesuatu yang amat serius, Tuan Yang di-Pertua kerana ini menggugat demokrasi negara kita...

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Saya nak tanya Yang Berhormat Padang Serai, sekarang dengan undang-undang ini diluluskan adakah benar bahawa pada asalnya kuasa di tangan PBT ini telah menjadi kuasa oleh polis. Ia telah diangkat daripada PBT kepada polis. Satu vandalisme, masalah yang agak remeh menjadikan ia menjadi isu yang diharamkan, begitu besar. Mungkin polis sekarang kata oh, sebab ada Geng 08, Geng 04 yang spray dekat sini, spray dekat polis.

Itu saya rasa sesuatu yang boleh dipantau dan diambil tindakan. Akan tetapi sekarang ia menggunakan alasan ini dan menjadikan pemusatan kuasa, semuanya di tangan polis. Apa pendapat daripada Yang Berhormat Padang Serai?

final • 3:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sebenarnya memang sesuatu yang amat aneh. Bidang kuasa bagi perkara-perkara seperti ini seperti poster, banner, bunting dan sebagainya yang dinaikkan tanpa kebenaran, adalah jelasnya isu bagi local council ataupun PBT. Jika ada apa-apa percanggahan, Undang-undang Kecil DBKL sebagai contoh, maka tindakan saman biasa boleh dikeluarkan, ia tidak menjadi satu kesalahan jenayah. Ia hanya seperti saman trafik dan sebagainya, hanya adalah kes saman. Akan tetapi mengapakah dan apakah sebabnya sesuatu perkara yang berpuluh tahun hanyalah isu local council, tiba-tiba dijadikan satu jenayah besar sehingga boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun.

final • 3:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Hanya satu sahaja yang rasional ataupun alasan yang kita dengar daripada Yang Berhormat Menteri semasa mengemukakan rang undang-undang, iaitu bahawa isu organize crime dan geng-geng dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, jika disebabkan isu geng dan sebagainya, satu perubahan yang begitu besar seperti ini di bawa, ia adalah seolah-olah cuba membunuh nyamuk dengan tukul yang besar. You are using big hammer to kill a mosquito, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi, adakah pihak kerajaan apabila membawa pindaan yang begitu serius seperti ini, mengambil kira bahawa negara ini adalah negara demokrasi, mengambil kira fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk menyuarakan pendapat. Hak untuk menyuarakan pendapat di bawah fasal 10 Tuan Yang di-Pertua, adalah merangkumi hak untuk menyampaikan maklumat.

Ini kerana di mana-mana negara demokrasi tidak boleh ada hak untuk menyuarakan pendapat, tetapi tidak ada hak untuk memberi maklumat. Kedua-duanya adalah sama dan kedua-duanya adalah hak yang telah bergabung. Jadi, rang undang- undang seperti ini soalnya saya adalah sekali lagi, adakah ia mengambil kira fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak rakyat untuk menerima dan memberi maklumat.

Maknanya perubahan seperti ini mungkin tidak menurut Perlembagaan Persekutuan dan juga ia menunjukkan satu spirit, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Perubahan-perubahan seperti menunjukkan satu spirit yang tidak selari, yang tidak selari dengan sistem demokrasi yang kita amalkan.

Kita juga selalu melihat seolah-olah dalam rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan, seolah-olah fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai hak asas rakyat selalunya dilupakan, selalunya tidak di fikir, tidak diingati oleh pihak kerajaan apabila menggubal undang-undang.

Perasaan yang kita dapat adalah seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional melihat fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak asasi dan hak asas rakyat, seolah-olah kerajaan melihat fasal-fasal itu seperti satu musuh, satu ancaman kepada pemerintahan mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua inilah satu attitude yang perlu diubah pada pihak Kerajaan Barisan Nasional dan seperti saya surcaj dalam hujahan saya mengenai seluruh rang undang-undang itu, itulah isu yang amat penting...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 3:10 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Boleh bagi laluan?

final • 3:10 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Ya, ya.

final • 3:10 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Saya nak tanya Yang Berhormat Padang Serai, dengan izin, taking all these into consideration dengan apa yang hendak dibawa oleh kerajaan hari ini, pindaan ini kepada akta-akta yang tertentu dengan izin, we are going boleh kah Yang Berhormat setuju dengan saya kalau kita katakan, we are going to be ‘a police state’. Adakah itu sebenarnya dan kalau itu sebenarnya, let it be warned, that. If you rule by the sword, you’ll die by the sword. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, satu isu yang amat penting. Adakah kita pergi ke arah police state memandangkan pindaan-pindaan yang terdapat di dalam Rang Undang-undang Pindaan Kanun Keseksaan ini. Saya bersetuju sebenarnya sebab dalam permulaan perbahasan saya pun, saya telah membawa kepada perhatian Dewan ini perubahan yang begitu serius iaitu seksyen 203 yang baru, fasal 11 di mana ia adalah seolah-olah satu OSA baru, tetapi OSA yang lebih luas, lebih besar dan lebih serius daripada OSA 1972 yang masih kekal.

Kalau kita baca fasal 11 sekali dengan kita baca fasal 440 mengenai vandalisme yang akan memberi kesan ke atas aktiviti politik yang sah, dan kalau kita baca ia juga bersama dengan fasal-fasal yang berkaitan dengan bendera dan sebagainya, kita dapat lihat bahawa kesimpulannya begitu jelas. Kesimpulannya adalah seolah-olah pihak Kerajaan Barisan Nasional hendak mendiamkan suara rakyat dan mereka yang berhujah dan berjuang dan menimbulkan isu-isu bagi pihak rakyat.

final • 3:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Itu adalah kesimpulan yang saya dapat lihat seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada isu-isu yang telah saya timbulkan di dalam hujahan saya, saya menggulung dengan menyatakan bahawa yang pertama sekali cara legislation, cara menggubal undang-undang secara knee- jerk reaction ini, secara mempunyai motif-motif yang sempit. Motif-motif yang jangka pendek semata-mata kerana ia konsisten dengan aspirasi ataupun memberi manfaat kepada pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, ini perlu ditolak.

Apabila menggubal undang-undang terutamanya undang-undang begitu penting, meminda Kanun Keseksaan tidak boleh kita mengambil kira kebaikan Kerajaan Barisan Nasional dan pemimpinnya sahaja. Kita perlu mengambil kira keperluan dan manfaat, kebaikan bagi seluruh rakyat negara ini dan rang undang-undang seperti ini meminda Penal Code dengan perubahan yang begitu besar, kita perlu fikir secara betul dan mendalam apakah impak yang akan memberi dari banyak segi? Daripada isu sentencing, isu perlembagaan, hak bersuara, isu kebebasan dan daripada isu membantut fikiran generasi muda dan sebagainya.

Setiap pindaan yang penting seperti ini Tuan Yang di-Pertua, mempunyai ripple effect, dengan izin. Mempunyai kesan ke atas banyak lagi aspek yang kita hanya akan dapat lihat dengan jelas selepas undang-undang ini dilangsungkan dan dipraktikkan tetapi kita dapat lihat sekarang, apakah kesan-kesan buruk yang akan timbul daripada undang- undang ini.

Rang undang-undang ini pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, telah dibawa secara tergopoh, telah dibawa disebabkan motif-motif politik yang sempit dan bukannya untuk kebaikan rakyat ini. Oleh itu saya meminta supaya pihak kerajaan menimbang semula kebanyakan daripada fasal-fasal ini dan juga membuat keputusan untuk menghantar rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan. Rang undang-undang seperti ini yang begitu penting dan mempunyai impak undang-undang dalam sistem perundangan jenayah yang begitu luas perlu diteliti secara terperinci oleh Jawatankuasa Pilihan seperti yang dilakukan dalam tahun-tahun sebelum ini, apabila ada pindaan Kanun Keseksaan sebelum ini.

Feedback dan pandangan daripada pihak-pihak yang kita panggil stakeholders seperti Bar Council, group lain dan seperti rakyat biasa perlu diambil pada peringkat Jawatankuasa Pilihan. Perlu diteliti, perlu dibuat secara cermat dan perlu dibuat secara komprehensif dengan pertimbangan yang sepenuhnya dan tanpa motif apa-apa yang lain.

Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menggulung, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:20 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan tiada siapa yang bangun tadi.

final • 3:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau tidak ada siapa bangun, saya minta Menteri jawab sahaja.

final • 3:24 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang di depan kami adalah untuk meminda Kanun Keseksaan. Ada beberapa fasal dalam rang undang-undang ini, 33 yang ada tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah ini, apa yang saya lihat dalam rang undang-undang ini dalam versi Bahasa Malaysia. Apa yang dimaksudkan, apa yang dipinda kepada Kanun Keseksaan semua dalam bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua, 56 tahun semenjak kemerdekaan, di mana ada Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana Jabatan Peguam Negara khasnya seksyen yang menyelidik undang- undang.

final • 3:24 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam satu kes Tuan Yang di-Pertua Tun Dr. Mahathir Mohamad lawan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Satu kes sivil di mana dalam rayuan itu memorandum rayuan adalah dalam bahasa Inggeris tidak diterima oleh Mahkamah Persekutuan sebab kerana bahasa Inggeris bukan bahasa yang boleh digunakan. Apa yang digunakan sekarang dan apa yang perlu digunakan adalah bahasa Malaysia tetapi saya hairan hari ini Tuan Yang di-Pertua semua fasal yang memasuki dalam Kanun Keseksaan dalam rang undang-undang ini adalah dalam bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan ulangi apa yang ada dinyatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Padang Serai tadi. Luas penghujahan beliau dan saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Padang Serai tetapi Tuan Yang di-Pertua adalah dua fasal yang penting dalam rang undang-undang di depan kami.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua di muka surat 8 versi Bahasa Malaysia rang undang-undang.

Seksyen baru 326A, kanun dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 326, seksyen yang berikut dan adalah dalam bahasa Inggeris, tidak ada terjemah dalam Bahasa Malaysia. Saya baca apa yang ada dalam bahasa Inggeris. “Punishment for causing hurt by spouse. Whoever during the subsistence of valid marriage, causes hurt to his spouse and commits an offence under section 323, 324, 325, 326, 334 and 335 shall be punished within imprisonment for a term of twice as long as the maximum term for which he would have been liable on conviction for that offence under the relevant section”. Seksyen baru 325A, kanun dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 352 seksyen yang berikut, “Punishment for using criminal force by spouse. Whoever during the subsistence of valid marriage assaults of uses criminal force on his spouse shall be punished with imprisonment for a term which may extend to six months, or with fine which may extend to two thousand ringgit, or with both.” Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dua seksyen ini yang akan di- selepas rang undang-undang ini diluluskan, dimasukkan dalam Kanun Keseksaan.

final • 3:24 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua di Seberang Perai, Pulau Pinang ada ditayangkan di YouTube seorang yang bernama Mohammad Affandi Ismail, pegawai kerajaan yang ditempatkan di Jabatan Veterinar Jerantut. Insiden ini berlaku Tuan Yang di- Pertua di Hospital KPJ Seberang Perai. Apa yang ditunjukkan dalam YouTube adalah perbuatan kejam yang dilakukan oleh Mohammad Affandi Ismail ke atas isteri beliau. Dia memukul dan mendera isterinya di dalam lif dan di dalam lif pada masa itu Tuan Yang di- Pertua, adalah dua orang anak kecil pasangan ini.

Apa yang saya lihat ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Mohammad Affandi Ismail telah dituduh di mahkamah. Maka di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan satu interim protection order telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret untuk menentukan sehingga kes ini didengar di mahkamah bahawa Mohammad Affandi Ismail tidak mendera atau memukul isterinya.

Tuan Yang di-Pertua, bukan pegawai kerajaan seperti Mohammad Affandi Ismail sahaja yang mendera, memukul isterinya di mana satu interim protection order dikeluarkan di Pulau Pinang, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan had kepada orang bawahan malahan orang atasan termasuk peguam. Di Pulau Pinang, seorang peguam bernama Ranjit Singh Dhillon yang dikatakan menjadi pengerusi kepada satu jawatankuasa di bawah Bar Committee di Pulau Pinang. Jawatankuasa untuk menjaga jenayah. Ranjit Singh Dhillon ini Tuan Yang di-Pertua, telah memukul dan mendera isterinya sehingga cracked her jaw, dengan izin. Orang ini ada hentam Majlis Peguam, hentam pembangkang khasnya. Celaka ini ada motif untuk dapat hadiah daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat seksyen 326A dan perkataan yang digunakan dalam seksyen 326A ini adalah dalam bahasa Inggeris “Whoever causes hurt to his spouse”. Perkataan “his spouse” itu mengenai seorang lelaki sahaja. “His” refers to a male person. Kenapa Tuan Yang di-Pertua, isteri tidak dimasukkan dalam seksyen ini? Apa

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

yang harus diadakan Tuan Yang di-Pertua ialah “Whoever causes hurt to his or her spouse”. Ada ramai Tuan Yang di-Pertua, isteri yang ganas [Ketawa] Tidak boleh dinafikan.

Satu tuju kepada Tuan Yang di-Pertua satu laporan dalam internet. “Wife, 89, beats husband, 88, to death” dan ini berlaku pada 3 Januari tahun ini di Amerika.

Meet Lulu Bach. It was indeed a tough holiday season for the 89-year-old Nebraska woman who had repeated blows to the head of her husband with a fireplace poker may have resulted in his death. Stanley Bach, a retired orthopedic surgeon one year his wife's junior, called a rescue squad last Monday after the alleged bludgeoning, telling responders that Lulu had been beating him for months. The former doctor died in a hospital two days later. Lulu Bach, possibly suffering from dementia or Alzheimer's disease, was charged with first-degree assault and use of a weapon to commit a felony. Omaha prosecutors are waiting for results of an autopsy on Dr. Bach before deciding on a possible change in the charges against his widow” Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada Menteri yang bertanggungjawab untuk meminda seksyen 326A dan 325A untuk memasukkan, “Whoever causes hurt or uses criminal force to his or her spouse commits an offence” di bawah kedua-dua seksyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana rakan saya dari Padang Serai telah dalam lebih kurang satu jam setengah memberi pandangannya kepada semua 33 fasal dalam rang undang-undang ini, saya tidak berhasrat untuk mengulangi apa yang dikatakan olehnya.

Akan tetapi saya menyokong sepenuhnya apa yang dikatakan olehnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pengerang.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin merujuk kepada fasal-fasal. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, saya melihat perlu banyak lagi perbincangan dilakukan terhadap pindaan-pindaan yang dicadangkan. Ini pandangan Barisan Nasional. Jadi saya rasa Yang Berhormat Padang Serai tidak bolehlah cakap macam Barisan Nasional ini tidak ada langsung akal untuk mewujudkan pembetulan terhadap undang-undang.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada pindaan kepada seksyen 107 yang mana saya bercakap bahasa Inggeris dengan izin, “Explanation 3 - whoever masterminds the doing of an act is said to command the doing or that act” . Jadi soalannya sekarang, akan kita berhadapan dengan masalah iaitu berkenaan dengan membuktikan mastermind. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang melakukan jenayah kita mesti menyentuh bukan sahaja perbuatan tetapi juga niat. Dalam bahasa undang-undang iaitu actus reus dan juga mens rea. Dalam perkara ini apabila bercakap tentang mastermind, saya tengok agak begitu luas. Jadi keluasan ini akan mewujudkan kelonggaran yang mana akan menyebabkan ramai penjenayah boleh dilepaskan disebabkan bukti yang tidak begitu kukuh.

final • 3:38 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kemudian, di bawah seksyen yang barunya seksyen 121E. Ini berkenaan dengan bendera. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana mempunyai kepekaan untuk dihukum kepada mereka yang tidak menghormati bendera negara kita.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh kepada bentuk hukuman yang dikenakan di bawah seksyen 121E dengan izin, dikatakan dalam perenggan ayat tiga ke bawah itu, “Shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than fifteen years, and shall also be liable to fine..”. Jadi maknanya mereka yang didapati bersalah yang melakukan kesalahan dari segi bendera - bukannya saya tidak menghormati niat kerajaan untuk menghukum mereka tetapi menghukumkan melalui hukuman “shall” itu makna tidak ada pilihan ya, Tuan Yang di-Pertua. Hukuman iaitu penjara. Penjara yang dikenakan, “...not less than five years,” iaitu tidak kurang daripada

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

lima tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun. Manalah tahu budak-budak ini yang kepala tengah senget itu bawa bendera, tahulah budak-budak, dengan nakal, dengan tidak berfikir, macam mana masukkan dia dalam penjara yang mana, masuk penjara dengan hard core criminals, dengan izin, pembunuh, perogol, macam-macam, gengsterisme dan sebagainya.

Jadi budak-budak ini tidak fasal-fasal menjadi mangsa. Esok keluar penjara lagi jahat. Jadi bagi saya benda ini kita kena fikir [Tepuk] Sebelum saya duduk saya hendak sebut satu point, saya minta dengan izin Menteri, letaklah mandatori kaunseling kepada budak-budak ini, kepala itu senget, ajarlah dia sedikit [Tepuk] Biarlah dia tahu Negaraku, biarlah dia hormat.

Akan tetapi budak-budak ini - bukan kata orang tua atau budak-budak, tidak kisahlah, kalau dia tergamak hendak bakar bendera dan sebagainya, maknanya ini kategori tidak siuman. Ini bukan kategori jahat. Ini betul-betul nakal dan tidak siuman. Jadi saya mintalah Menteri tolonglah buat pindaan, kemudian dalam jawatankuasa, bagi mandatori kaunseling, bagi dia peluang, cakap baik-baik, basuh kepala dia dengan kelapa kah.

Selepas itu kalau dia ada 10 atau 20 kali bakar itu bolehlah kita fikir dan sebagainya bentuk hukuman... Saya benarkan sahabat saya.

final • 3:40 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang. Bersetujukah Yang Berhormat Pengerang dengan saya bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan-perbuatan berhubung dengan bendera ini ialah sebab mereka dihasut oleh pembangkang?

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

[Ketawa] Macam mana saya hendak jawab? Benda ini semua kepada - hendak tunjuk ini kalau ada bukti kita bawa dia pergi mahkamah, ya

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya hendak cakap susah fasal cakap bab undang- undang. Akan tetapi secara umumnya selalunya bau-bau itu adalah, tetapi hendak bukti itu susah, bau sahaja. Jadi saya tidak tahu hendak cakap macam mana

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Bau kalau niat tidak jahat, busuk pun wangi, betul atau tidak? Jadi niat jahat dengan busuk, busuk kena ada wangi. Betul-betul, ada niat. Boleh saya sambung?

Jadi saya pun sebutlah. Jadi bentuk hukuman ini, saya tahu kita marah, kita pantang tetapi kadang-kadang ini kita kena fikirlah dalam keadaan yang waras. Kalau dia keadaan pembunuhkah, dia buat macam-macam jenayah sudah 10 ke 20 kali kira ‘bapak penjenayah’, itu saya terimalah. Akan tetapi ini saya mintalah Menteri ya, kita kena betul- betul kaji dan kita kena fikir baik-baik.

Kemudian, di bawah seksyen 130QA yang mana di sebut tentang, “Accepting gratification to facilitate or enable terrorist acts 130QA. Whoever accept gratification…” Jadi saya dalam bab ini kita ada akta. Akta Rasuah MACC Malaysia kita punya akta, komisen kita. Jadi dalam perkara ini saya rasa kita kena tengok definisi ‘gratification” itu, adakah kita mendefinisikan di bawah akta MACC atau pun ada tahap definisi “gratification” yang berlainan bila kita tersebut dalam kes-kes terrorist dan sebagainya.

Saya tahu mungkin MACC itu bercakap tentang perlakuan rasuah tetapi dalam aspek ini saya tidak tahu yang terrorist ini penjenayah pun boleh mempunyai perlakuan rasuah sesama mereka. Apa yang saya tahu mereka jahat, jahat betul tetapi rasuah. Jadi aspek gratification dan sebagainya.

Kemudian, seksyen 130v yang mana disebut berkenaan dengan, *“130v (2) Until the contrary is proved, a person shall be presumed to be a member of an organized criminal group where-

(a) such person can be identified as belonging to an organized criminal group; or

(b) such person is found with a scheduled weapon as specified under the Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act…”*

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jadi dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, yang 130v(2)(a) ini such a person can be identified as belonging. Jadi macam mana kita hendak bukti, ya.., can be identified as belonging?

Jadi bentuknya pun, dalam aspek hendak menuduh pun identified as belonging.

Jadi kalau dia ada jadual, dia boleh terangkan secara spesifik macam mana yang boleh disebutkan identified as belonging. Jadi bagi saya agak senang sebab Undang-undang Jenayah Kanun Keseksaan Tuan Yang di-pertua, ia tidak boleh undang-undang itu macam orang baca pun faham tidak faham. Sebab yang kita takut banyak yang tangkap boleh lepas. Kalau peguam dia hebat-hebat, habislah lepas. Jadi buang masa kerajaan sahajalah, fasal kita buang masa polis sahaja. Bila kita hendak adakan siasatan dan sebagainya, macam mana proses pembuktian dia? Jadi tidak spesifik dalam aspek ini.

Kemudian seterusnya, seksyen 130x, 130y, 130z, 130za, 130zb, dan 130zc. Ini berkenaan dengan ayat dia. Saya sebut atas sahaja Tuan Yang di-Pertua, “...harbouring member of an organized criminal group; Consorting with an organized criminal group; Recruiting persons to be members of an organized criminal group..” Jadi benda ini semua kalau kita tengok jenis hukuman dia iaitu “shall be punish”, kemudian “shall”, semua yang tiga-tiga ini kalau kita tengok ini 130X, 130Y, 130Z perkataan “shall” itu maknanya tidak ada pilihan. Ya, kita terima disebabkan oleh jenis jenayah.

Akan tetapi dalam aspek ini sekali lagi yang saya hendak timbulkan kepada Menteri berkenaan dengan macam mana yang kita - hendak tengok ya yang seksyen 130X, “Whoever harbours, or prevents, hinders or interferes with the arrest of a member of an organized criminal group...” Manalah tahu datuk dia, nenek dia, makcik dia ialah sayang anak lelaki yang kena tangkap, menangis-nangis polis tangkap, menangis-nangis tarik polis punya seluar katakanlah. Tidak mungkinlah kita hendak masukkan dia dalam penjara?

Mana emak tidak sayang anak? Mana datuk tidak sayang cucu? Ini anak hendak sayang emak ini kurang, emak sayang anak banyak.

Jadi dalam aspek ini, whoever harbours or prevent interferences. Macam mana kalau bekas suami ke macam mana lari rumah isterikah atau bekas isteri fasal sayang kepada anak, dia paksa isteri dia atau bekas isteri dia sembunyikan dia. Dia paksa suruh beli sarapan pagi nasi lemak, tengah hari beli lauk, malam beli makan malam, budak itu pergi beli, isteri atau ex-wife pergi beli. Macam mana kita hendak tentukan tidak adanya keadaan yang dari segi perbuatan itu ada, tetapi niat itu tidak ada. Maknanya mens rea itu tidak ada. Itu saya kata, masuk mahkamah, peguam dia hebat, memang lepas.

Jadi dalam perkara ini, seksyen 130X, seksyen 130Y, dan seksyen 130Z, saya berharaplah Menteri boleh lihat kalau diwujudkan secara lebih spesifik, lebih ketat.

Kemudian, saya hendak sebut juga bawah seksyen 130ZB dan seksyen130ZC, ini semua dalam organize crime. Jadi umumnya, ucapan saya ini bahas saya ini lebih kepada dasar.

Dasar kita tidak mahu menggalak, dasar kita untuk menahan. Memang niat kita betul, tetapi macam mana kita hendak wujudkan keadaan yang begitu spesifik supaya bila orang lihat undang-undang, dia tahu dia tidak boleh buat. Kalau tidak kita akan berhadapan dengan banyak mangsa-mangsa yang tidak berdosa.

Kemudian, saya hendak sebut pada seksyen 203A, disclosure of information. Saya hendak sebut ini fasal saya agak confuse, dengan izin, berkenaan dengan whistleblower.

Jadi macam mana bila bab ini sudah jadi, “Whoever discloses any information or matter which has been obtained by him in the performance of his duties or the exercise of his functions under any written law...”, bla, bla, bla, isunya ialah whistleblower itu macam mana? Saya tidak mahu wujudnya keadaan overlapping, dengan izin, dalam perkara ini.

Kemudian kita tengok pula pada seksyen 326A. Saya dengar cakap Yang Berhormat Gelugor mengenai isteri yang boleh cederakan suami, “Punishment for causing hurt by spouse”. Jadi kalau kita tengok seksyen baru 326A, bila di sebut saya hendak timbulkan perkara ini ialah kenapa selalunya - saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa selalunya bila kita sebut kepada seksyen keganasan, seksyen 326A.

Contohnya, “Whoever, during the subsistence of a valid marriage, causes hurt to his spouse

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

and commits an offence…” Betul, saya terima. Akan tetapi benda ini memang wujud di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jadi maknanya, kalau kita tengoklah apabila bercakap tentang “causing hurt by spouse”, kita ada Akta Keganasan Rumah Tangga. Akan tetapi dalam aspek ini saya rasa, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, ialah mewujudkan satu expansion, dengan izin, tidak hanya limit dalam Kanun Jenayah ini, tidak hanya limit kepada suami isteri tetapi buka kepada semua hubungan. Sama ada bekas suami, bekas isteri, suami isteri, anak, bapa, adik-beradik. Macam-macam boleh berlaku sebab apabila bercakap tentang “causing hurt by spouse” itu, ia dalam keadaan anggapan kita dalam keluarga itu selalu selamat.

Akan tetapi kadang-kadang, banyak juga kes orang tua yang sudah tua, yang tidak boleh jalan, anak tuntut minta duit pencen, anak minta hendakkan harta faraid kah macam- macam, dia paksa, tidak beri minum, tidak beri makan, dia seksa orang tua. Jadi, benda ini yang kita kena expand supaya jangan limit hanya kepada suami isteri.

Kalau kita tengoklah dalam perkara ini iaitu di bawah seksyen 326A, kemudian di bawah seksyen 352A yang seterusnya, “Punishment for using criminal force by spouse”.

Akan tetapi saya sebut dahulu seksyen 326A. Dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, dalam banyak kes, shall be punished, katanya, “...Shall be punished with imprisonment for a term of twice as long as the maximum term for which he will have been liable on conviction for that offence under the relevant section”. Cuba Tuan Yang di-Pertua bayangkan, anak, mak, suami isteri, adanya hukuman “shall”, maknanya hakim itu sudah, tangan sudah kunci sudah, “Shall be punished”. Dia hendak lapor bapa dia, dia hendak lapor suami dia, dia hendak lapor isteri dia, dia hendak lapor anak dia, dia lapor, polis bertindak, habis. “Shall” masuk penjara. Tidak akanlah dia hendak lapor kalau orang yang dia sayang itu masuk penjara. Itu sebab saya tidak kahwin.

Senang!

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak hendak gaduh.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tidak, tidak. Kalau tidak, mengantuk, mengantuk. Saya minta maaf. Mengantuk, mengantuk.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada gaduhlah Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tidak. Ini, ini saya hendak beritahu [Sambil menunjukkan sekeping kertas] Tak kanlah Tuan Yang di-Pertua hendak ajak saya kahwin selepas ini [Ketawa] Saya baca. Tuan Yang di-Pertua, saya baca ya?

[Disampuk] Can I read this? “Why do some men use violence against women and how we can prevent it?”. Ini men and women. Macam mana kalau kita tengok dalam keluarga, struktur keluarga, ini yang menjadi masalahnya. You have to expand, kita kena mempunyai pemikiran terbuka bahawa jenayah boleh berlaku bukan hanya kepada suami isteri. Ya, kita tahu kerajaan adanya Akta Keganasan Rumahtangga, kita tahu dan kita terima. Akan tetapi Penal Code ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ialah undang-undang yang paling tinggi apabila cakap tentang jenayah.

Jadi, dalam aspek inilah, saya minta hukuman itu kita kurangkan sedikit, jangan terus masuk penjara. Betullah kita berkobar-kobar hendak membela tetapi saya hendak mencadangkan mandatory rehabilitative counseling. Masuklah kaunseling Tuan Yang di- Pertua, bukalah skru kepala itu sedikit. Kadang-kadang dia pukul ini, dia seksa, dia tekan itu sebab dia sudah under pressure. Gaji tidak naik, macam kita wakil rakyat gaji tidak naik, gaji sedikit betul atau tidak? Kita tidak marahlah tetapi kita gaji tidak naik, kita sabar, orang beri kita makanlah, wakil rakyat.

Yang lain-lain itu, bawa lori, jadi guru, profesional balik rumah, mereka kata Tuan Yang di-Pertua, kajian, saya tidak tahu kajian mana tetapi diberitahu, setiap kali hendak

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

raya, hendak Tahun Baru Cina, termasuk Deepavali, selalu kes jenayah rumah tangga.

Kena pukul sahaja masa itulah minta karpet, minta langsir, minta sofa, tidak kah kena sepak? Orang tengah penat dan sebagainya. Jadi, dalam senario kes ini, maksudnya Tuan Yang di-Pertua, saya pohonlah, dengan izin, kita kena letak mandatory rehabilitative counseling.

Ketiganya, kita juga kena beri hakim itu discretion, budi bicara dalam kes keluarga.

Pasal tidak semestinya bila wujud keganasan itu disebabkan dia memang ganas tetapi mungkin ada keadaan yang menyebabkan dia ganas tetapi yang lebih penting, kita hendakkan laporan dibuat. Akan tetapi kalau adanya kaunseling...

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

...Dan adanya budi bicara hakim untuk membenarkan kata putus daripada segi hukuman, kemungkinan laporan yang banyak akan dimasukkan di balai polis.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Pengerang, boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Hendak cakap lagi?... Ini tidak ada RAPID punya cerita…

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Okey. Silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya hendak bertanya dengan Pengerang lah, kalau kita lihat kepada seksyen 326A dan juga seksyen 352A, tadi Pengerang mengatakan bahawa pertamanya kesalahan ini mandatori dan perlu proof mens rea dengan actus reus, dua elemen dalam kes jenayah. Setuju atau tidak dengan saya Pengerang, bahawa seksyen 326A ini, bagi sayalah, ia adalah satu kesalahan dipanggil strict liability? Yang Berhormat Pengerang sebagai seorang peguam memahami bahawa strict liability ini tidak perlu pun hendak membuktikan mens rea. Sebab ayat, “Whoever, during the subsistence of valid marriage, causes hurt..”, ia tidak ada perkataan “voluntarily”. Perkataan ‘dengan sengaja’ tidak ada di situ. Jadi, bermakna di satu kesalahan yang dipanggil strict liability. Kalau ada perkataan “voluntarily”, barulah kita boleh katakan ia adalah satu kesalahan yang ada perlukan mens rea. Jadi, saya minta supaya adakah Pengerang bersetuju dengan saya sepatutnya ditambah perkataan “voluntarily” itu supaya kita tidak mahu nanti kadang-kadang ia boleh disalahgunakan. Ini kerana apalagi apabila sesetengah yang melibatkan agama dan sebagainya, kadang-kadang ada unsur-unsur kita lihat takut, dikhuatirilah disalahgunakan ini. Kita kena faham juga apabila sekiranya seseorang itu dipenjarakan, kalau katakan tidak berlakunya perceraian dan sebagainya, suami dia juga masuk penjara dan ini akan menyebabkan ada masalah-masalah lain yang timbul. Saya bukan tidak bersetuju dengan seksyen ini tetapi ia punya wording itu ia membuka ke arah itu. Itu yang pertama.

Keduanya, tentang cadangan daripada Pengerang bahawa perlu diluaskan kepada ahli keluarga yang lain, anak dan sebagainya. Bersetuju atau tidak dengan saya bahawa kita tidak perlu mengadakan benda itu kerana apabila dia tidak, dengan izin, it is not covered by this section, automatically seksyen-seksyen lain yang ada dalam Penal Code itu boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan ahli keluarga yang lain?

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih ‘Yang Berhormat Kuantan’ ya. ‘Kuantan’ cakap itu ada betulnya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sepang.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Eh! Yang Berhormat Sepang. Minta maaf. Itu Yang Berhormat Kuantan sahabat saya. Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kuantan Barisan Nasional.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Pasal apabila Yang Berhormat Sepang cakap itu, saya macam pening-pening sedikit. Pasal Yang Berhormat Sepang suka cakap pasal RAPID, tapi sekarang dia cakap pasal jenayah, saya tengah terperanjat. Tidak mengapa, saya jawab.

Jadi, soalannya ialah sebenarnya Yang Berhormat Sepang dalam isu ini, saya tidak sebut tentang the act of causing hurt by spouse ataupun the Act of 352A, “Punishment for using criminal force by spouse.” Saya tidak cakap kepada spouse. Kita tahu perbuatan itu berlaku. Ya, Yang Berhormat Sepang bercakap tentang niat, betul! Mens rea itu memang mesti ada, itu aspek jenayah. Hendak katakan strict liability pun dalam kes jenayah sedemikian, jenayah keluarga strict liablity, strict liability apa? Sudah pergi balai dengan bengkak-bengkak kena terajang, memanglah strict liablity. Akan tetapi isu yang saya timbulkan Tuan Yang di-Pertua itu ialah dua fasa.

Satunya, saya bercakap tentang apabila hendak mengenakan hukuman oleh mahkamah.

Saya minta mahkamah mempunyai kebebasan untuk mewujudkan budi bicara. Kalau kita katakan mahkamah diikatkan tangan dalam jenayah sedemikian, tidak akan banyak beri laporan. Itu sebenarnya fasa satu yang saya bercakap. Keduanya itu yang macam Yang Berhormat Sepang timbulkan, berkenaan keluarga. Kita tahu apabila bercakap tentang Akta Keganasan Rumahtangga, ia bercakap tentang keganasan rumah tangga dan kita menganggap rumah tangga itu melibatkan keluarga juga selain daripada suami isteri. Akan tetapi dalam Akta 362A, seksyen 362A, seksyen 352A, terang-terang dia bercakap *spouse.

Spouse* itu dalam bahasa Melayu ialah suami dan isteri. Maknanya, dalam perkara ini ia tidak merangkumi keadaan yang berlaku.

Jadi, kita ada Akta Keganasan Rumahtangga, kemudian kita ada Akta Kanun Jenayah. Dalam aspek ini, terdapatnya satu overlapping. Itu sebabnya tadi siang saya sudah berjumpa dengan Tan Sri Peguam Negara dan saya telah bercakap dengan beliau tentang perkara ini. Alhamdulillah, beliau setuju bahawa perlunya satu perbincangan yang lebih mendalam supaya kemungkinan Akta Keganasan Rumahtangga itu dinaikkan darjat dan tarafnya supaya sehebat dengan Akta Jenayah dan juga dilihat dalam aspek tentang definisi pelaksanaan, siasatan dan sebagainya dalam kes-kes jenayah keluarga.

Jadi, dengan izin biar saya sambung ini, seksyen 375B, ini gang rape ini.

Maknanya, Melayu ini cakap– saya hendak cakap pun segan, Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini. Akan tetapi apabila bercakap tentang gang rape ini, berkenaan dengan explanation, dengan izin, “When women is raped by one or more in a group or persons acting in furtherance of their common intention, each of the person shall be deemed to have committed gang rape within the meaning of this section”. Jadi, saya rasa perkara ini Tuan Yang di-Pertua, hendak dibuktikan macam mana? Sebab perkataan acting in furtherance of their common intention. Maknanya, bila rogol ramai-ramai itu, dia merogolkah ataupun dia duduk di pintukah, dia main SMSkah, dia ambil gambarkah, dia telefonkah? Apa yang sebenarnya dilihat sebagai furtherance of their common intention- pegang tangankah? Dia tidak melaksanakan tetapi dia pegang tangan. Tidak melaksanakan tetapi dia pegang kaki.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jadi, isu ini yang mungkin akan wujud selepas dalam mahkamah. Jadi dalam perkara ini, saya berharap Yang Berhormat Menteri akan melihat dan merujuk kembali. Ya, kita tahu niat, dasar dan polisi kita bahawa kita tidak menggalakkan, kita menerima ini sebagai satu jenayah, kejahatan. Jadi sekarang ini kita kena mengetatkan sedikit penerangan kita supaya apabila kita sebut tentang undang-undang it is very specific, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi senanglah kita tahu, kalau tidak budak-budak ini beramai-ramai ini naik basikal, naik motor. Kadang-kadang dia rasa, “Eh aku tidak buat, aku

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

tidak salah”. Akan tetapi dia berdiri dekat situ. Jadi benda ini yang kita kena berikan mereka penerangan dan juga kefahaman.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, antara akhir-akhir isu yang saya hendak bawa berkenaan dengan seksyen 375B yang disebutkan oleh rang undang-undang ini. Saya hendak meminta, yang mana saya sebut juga bahawa diwujudkan satu klausa, satu tambahan...

final • 4:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Minta penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Bila kita bercakap tentang jenayah pencabulan, rogol.

final • 4:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Minta penjelasan, sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Serdang, sila.

final • 4:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat tentang gang rape ini, explanation diberikan adalah di mana seorang perempuan dirogol oleh sekumpulan orang. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa gang rape ini boleh berlaku kepada seorang lelaki dan sama ada ini patut dimasukkan ke dalam akta ini.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Serdang peguam?

final • 4:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Bukan.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Sebenarnya Yang Berhormat Serdang, the act of rape ialah penetration. Lelaki penetrate perempuan, perempuan tidak boleh penetrate lelaki. Kecuali perempuan itu ada sesuatu yang lelaki tidak ada. I have to explain you the law. That is the law, the reading.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dr. Ong Kian Ming - Serdang

Bukan. Saya kata, lelaki itu kena rogol.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Mana lelaki boleh kena rogol Yang Berhormat Serdang. Penetration is man to women, not women to man unless you are not a man...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Pengerang...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

And you telling me that a women can rape you. I do not know but saya minta izin. Saya kena terangkan definisi the rape - rogol, selalunya lelaki sebab definisi penetration. Saya minta maaf, saya tidak ada pengalaman, saya belum kahwin. Akan tetapi ini undang-undang, saya kena cakap. Saya kena cakap ini, Menteri ada, saya kena cakap. Jadi maknanya dalam perkara ini...

final • 4:00 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Kalau lelaki rogol lelaki macam mana itu?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Itu boleh, hah! Itu boleh because penetration ada, lelaki dengan lelaki can penetrate. You must …

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Dengan izin, saya rasa sahabat-sahabat kena tunjuk what is the act of penetrationlah. Saya tidak boleh penetrate, you can penetrate. So you have to show him, I cannot show him, dengan izin. Saya bercakap sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Pengerang, isu yang sama.

Saya hendak tanya...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mana satu ini?

final • 4:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

[Menyampuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mana satu? Yang Berhormat Pengerang, mana satu bagi laluan?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya sayang Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi dahulu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Langkawi, kemudian Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:00 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan definisi yang mengatakan rape itu ada penetration. Ini kerana suatu ketika dahulu saya pernah membaca lelaki dirogol kerana dia diikat di tiang dan dia dirogol. Jadi kes macam mana...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Langkawi, lelaki rogol itu macam mana? Yang Berhormat Langkawi boleh tidak terangkan kepada Tuan Yang di-Pertua, proses lelaki itu dirogol oleh perempuan? Saya tidak faham Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Bayan Baru. Ini anak-anak pelajar kita, ramai di dalam Dewan ini. Saya mengalu-alukan pelajar-pelajar kita dalam Dewan. Orang-orang muda. Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Pengerang. Kalau seseorang itu walaupun ICnya lelaki, tetapi dia telah bertukar jantina. Masalahnya kalau seseorang Mak Nyah itu dirogol, bagaimana definisi ini?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Mak Nyah itu Yang Berhormat Bayan Baru, tengok sama ada potong ke tidak potong. Saya tidak tahu. Akan tetapi potong ke tidak potong, isunya kalau dia adapun benda itu ‘Negara ku’ boleh, jadi saya tidak boleh cakap, budak-budak sekolah ada. It can rise up and can perform therefore they can be rape. The issues here Yang Berhormat Bayang Baru is penetration. Can it penetrate or not.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Of course penetrated. Akan tetapi dalam definisi IC, dia masih lelaki. So apa ...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

No, Yang Berhormat Bayan Baru. Definisi lelaki is not IC, is what you have down there. If the thing can rise and he can do it, then it is penetration. Saya hendak jawab macam mana?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bayan Baru tidak apalah, pergi buat lain. Ini niaya Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Salah faham.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Nombor enam.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Maksud saya Yang Berhormat Pengerang...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Adalah...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya hendak cakap, ada budak-budak di belakang. We have coffee and I explain to you. I cannot tell them there because budak-budak, tidak akan saya terangkan...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita bahas undang-undang...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

I cannot used that word...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

We have to do the right thing to discuss.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

I will answer you, but I will do it with the coffee. I am not...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

We have define the law. Kita kena...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

If I talk about the law, I have explained what the law is and kids are there and I am not going do it.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

No, not because...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

I will not tell you. I will take you for hi tea ...

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, kita minta...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Macam mana saya hendak cakap dengan budak-budak benda itu.

final • 4:00 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya bawa you pergi kantin, saya cakap, mari.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Selepas ini kita minum.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Menyampuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bayan Baru, ini bukan dialog, ini perbahasan. Sila.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bayan Baru, saya terangkan tetapi saya tidak boleh tunjuk penetration. Saya hendak habis ini Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak habis.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kuantan bangun.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kuantan, pasal baranglah, barang okey.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pengerang. Ini kerana di dalam Kanun Keseksaan ini, seksyen 375 dalam definisi “rape”. Di sini disebut, “A man is said to commit "rape" who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions”. Jadi dia bagi against her will, without her consent, with her consent..., jadi dalam definisi “rape” 375 ini Yang Berhormat Pengerang, disebut lelaki merogol wanita. Jadi saya kira kalau persoalan-persoalan ini ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tadi, dia tidak masuk dalam definisi Kanun Keseksaan 375 ini Yang Berhormat Pengerang. Mohon Yang Berhormat Pengerang perjelaskan.

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Betullah Yang Berhormat Kuantan cakap. Isu di sini Yang Berhormat Kuantan, bukan isu lelaki rogol wanita. Isunya yang banyak kita sebutkan sekarang ini ialah rogol berlaku pun dalam hubungan suami dan isteri.

Jadi dalam perkara ini, walaupun seksyen yang bercakap rogol itu has any exception kepada lelaki, suami dan isteri. Jadi dalam keadaan yang berlaku dengan adanya keganasan rumah tangga, kita perlu melihat dalam keadaan pentakrifan yang lebih luas bukan sahaja the act, maknanya definisi rogol tetapi lebih kepada mewujudkan pelaksanaan keganasan seksual yang secara menyeluruh supaya kalau dapat diwujudkan dalam definisi itu, ia begitu meluas dan dapat membantu.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jadi akhir sekali, saya hendak sebut tentang isu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja isu yang berlaku ini apabila bercakap tentang rogol iaitu apa yang berlaku. Akan tetapi lebih kepada menyeluruh iaitu apabila mereka tidak menggunakan apa-apa yang perlu digunakan, tetapi menggunakan barang contohnya any object that is used, mungkin bukan definisi rogol yang saya sebut tadi tetapi lebih kepada mewujudkan body pass dan juga oral penetration or sex organ. Macam-macam definisi. It is very…, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, begitu luas sekarang yang berlaku, dengan video dan sebagainya, macam-macam boleh berlaku.

Jadi perkara ini saya harap Yang Berhormat Menteri, boleh mengkaji secara menyeluruh kerana kita berada pada tahun 2013, banyak keadaan yang berubah. Anak- anak kecil sekalipun sudah mula peka kepada banyak isu. Jadi saya berharapkan, saya harap undang-undang ini kalau boleh ditarik balik, diwujudkan semula supaya kita dapat mewujudkan undang-undang jenayah yang betul-betul menyeluruh dan memelihara masyarakat kita secara umum. Dengan itu, Yang Berhormat Pengerang berbahas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Seputeh

final • 4:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sebelah sana again Yang Berhormat Pengerang sahaja yang berbahas.

final • 4:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila teruskan.

final • 4:08 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang lain semua sudah puas berbahas di Perhimpunan UMNOkah? Tuan Yang di-Pertua

final • 4:08 PM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini tidak pentinglah, hendak menang.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat undang-undang ini sebenarnya bagi saya sebagai seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas yang mengkaji Penal Code dan Criminal Procedure Code. Saya berasa agak kecewa apabila saya melihat semua perkara fasal yang kami pernah bincang dengan panjang lebar dalam beberapa penggal Parlimen yang lalu dan saya lihat semuanya berpatah balik. Semuanya ditukar, back to square one kita kata.

Saya masih ingat apabila Parlimen kita pada tahun 2004, apabila Parlimen menubuhkan Parliament Select Committee mengkaji semula khususnya berkenaan dengan pasal Penal Code yang berkenaan dengan rogol. Kita telah menjelajah ke seluruh negara dan telah mendengar banyak pandangan daripada peguam khususnya peguam jenayah dan juga NGO di seluruh negara. Kami sudah membuat banyak - kami juga pernah pergi ke New Zealand dan juga Australia berbincang dengan Ahli Parlimen di mana di Parlimen Australia dan New Zealand, mereka ada jawatankuasa yang khas yang selalu mengkaji undang-undang berkenaan dengan undang-undang jenayah itu.

final • 4:08 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Banyak perbincangan telah dilakukan. Khususnya saya nak menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, terhadap pindaan seksyen 376B, berkenaan dengan insane yang mana ia menggantikan, ”not less than six years”, kepada “not less than ten years” dan juga pindaan seksyen 377CA, rogol dengan gunakan objek, yang mana kita nak batalkan minimum sentences, tetapi kita kekalkan maximum sentences.

Sekarang saya lihat ia telah letak balik “not less than five years”- five years minimum sentence. Begitu juga dengan seksyen 377E, inciting a chance to an act or grow of an indecency…, dan sebagainya.

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, bila kami dalam Parliament Select Committee, saya salah seorang anggota yang saya satu-satu juga dari parti pembangkang waktu itu. Kami sebenarnya sudah rasa selepas perbincangan dengan Bar Council, NGO dan sebagainya, kami rasa yang hakim kerajaan lantik itu semua orang bijak dan kita haruslah bagi mereka ruang dalam membuat keputusan dengan melihat keadaan sesuatu kes itu.

Kita tidak harus ikat tangan mereka dengan adanya minimum sentence. Banyak kes jenayah khususnya dengan jenayah berkenaan dengan rogol. Akan tetapi saya rasa kecewa kerana semua rang undang-undang sekarang di Parlimen ini semua kita patah balik. Jadi apa gunanya kita guna satu setengah tahun, buat banyak laporan bersama dengan peguam daripada AG Chamber dan sebagainya dan juga staf Parlimen kita ini.

Jadi semua back to square one tanpa ada perbincangan, dan saya juga rasa kecewa dengan Parlimen sekarang ini, yang mana kita ada ramai Ahli Parlimen khususnya di sebelah sini Pakatan Rakyat, ada peguam yang handal, yang selalu dipuji-puji oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Hari itu kita dengar dia banyak puji peguam-peguam di sebelah sini. Kenapa kita tak ada perbincangan? Kenapa kita tidak adakan satu Parliament Select Committee untuk meneliti semua pindaan yang dibentangkan dalam rang undang-undang ini.

Ini supaya kita ada satu persetujuan dan persefahaman supaya kita boleh adakan undang-undang yang lebih lengkap. Macam Women and Peace Caucus. kita juga sudah bentangkan pandangan bersama dengan NGO, tetapi saya rasa kecewalah yang AG Chamber ini dan juga pihak Parlimen tidak panggil kami untuk adakan perbincangan lebih lanjut untuk meneliti undang-undang, cadangan dan pandangan yang berkaitan dengan wanita, yang dekat pada wanita, yang kita bincangkan itu. Akan tetapi rang undang-undang ini dibentangkan begitu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat - saya juga agak tertarik dengan fasal tentang seksyen baru 411A yang mana, “receiving benefit derived from criminal activities of organized criminal group”. Sebenarnya kalau ada fasal macam ini bahaya.

Kadang-kadang kita tidak tahu orang yang beri derma kepada sesuatu organisasi macam sekolah, NGO dan sebagainya. Penderma ini daripada organized criminal group ataupun tidak. Sangat susah, kalau ada penjenayah kerana dia nak bertaubat, dia nak bagi duit kepada sekolah atau organisasi agama, adakah kita akan tolak kerana kamu ini pesalah, kamu ini criminal, jadi tidak dapat badan kebajikan terima derma.

Saya rasa fasal seperti ini ia akan senang disalahgunakan oleh pihak kerajaan. Di sini saya nak mintalah pihak kerajaan supaya berhati-hati bila kita keluarkan kenyataan, keluarkan undang-undang macam ini yang berkenaan dengan fasal ini. Oleh kerana impak dan kesannya mungkin besar dan akan selalunya menjadikan sesuatu organisasi dalam keadaan, mungkin mereka didakwa kerana mereka tidak tahu siapakah penderma sebenarnya.

Di sini saya juga nak tanya tentang vandalisme dalam seksyen baru 440A. Saya lihat tentang vandalisme ini, kita lihat banyak di papan jalan khususnya di Kuala Lumpur banyak sticker Ah long ditampal di sana sini. Kita memang ada undang-undang yang menyekat aktiviti Ah Long iaitu peminjam wang yang tidak sah. Banyak nombor telefon semua ada dekat situ. Mereka sudah kaburkan papan tanda jalan kita ini, membuatkan ramai orang kita tak dapat cari jalan kerana semua sudah jadi kotor.

Akan tetapi kita lihat ada banyak nombor telefon. Mana ada polis ambil tindakan?

Tak ada walaupun kita ada undang-undang yang mengharamkan aktiviti peminjam wang secara tidak sah ini, semuanya tidak ada ambil tindakan. Jadi adanya vandalisme macam ini di bawah Penal Code ini, saya nak tanya adakah polis akan jadi begitu peka terhadap vandalisme yang dilakukan oleh papan tanda jalan di Kuala Lumpur, khususnya. Adakah ini tindakan akan diambil? Ini kerana kita ada undang-undang yang lain, tetapi tidak ada tindakan diambil oleh pihak polis.

Akhirnya, saya hanya nak minta pihak kerajaan apabila apa-apa pindaan undang- undang yang serius seperti ini dibentangkan, haruslah kita ada pendengaran. Ada satu macam kita balikkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Parlimen kita ini, yang mana

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

kita ada satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang ambil pandangan dan juga suara daripada orang ramai. Ini supaya kita boleh keluarkan apa-apa bentuk pindaan yang lebih bijak dan bukan hanya kerana kita ada Menteri yang nak tunjukkan kuasanya kerana ada pemilihan dalam UMNO. Wah, semua undang-undang ketat dikeluarkan. Kita lihat kita ada banyak undang-undang ketat di Malaysia seperti undang-undang gantung sampai mati bagi mereka yang mengedar dadah.

Akan tetapi adakah undang-undang yang begitu ketat ini telah pun kurangkan kadar pengedaran dadah di Malaysia? Kita lihat statistik, adakah undang-undang ketat ini membantu? Ini kerana selalunya orang yang melakukan kesalahan, pada waktu mereka melakukan kesalahan itu, mereka tak ingat ada undang-undang macam ini khususnya jenayah rogol. Pada waktu itu mereka tidak tahu undang-undang ini adalah begitu ketat.

Pada waktu itu mereka tidak tahu khususnya bagi remaja yang adakan hubungan seks yang mana bercanggah, merupakan satu kesalahan dalam Penal Code ini. Akan tetapi kalau kita tidak ada undang-undang ketat, ia tidak dapat mengurangkan kadar jenayah.

Kadang-kadang dalam kes seperti incest macam seksyen 376B dalam pindaan ini, kita bagi minimum 10 tahun.

Kalau kita tidak ada hukuman yang begitu ketat, yang pihak mangsa, ia tidak akan berani untuk keluar membuat laporan, kerana yang melakukan jenayah itu mungkin bapa dia atau mungkin uncle dia. Mereka takut kalau keluar dan pihak bapa ataupun mereka yang rapat dengan keluarga itu, pihak mangsa itu akan dikutuk oleh keluarganya, kerana ada hubungan darah yang rapat itu. Jadi selalu bila kita ada undang-undang yang ketat macam ini, ia mungkin tidak akan membantu mengurangkan berlakunya jenayah. Ia hanya menggalakkan pihak yang menjadi mangsa itu tidak keluar melaporkan kes jenayah seperti ini. Jadi saya hanya nak minta pihak kerajaan ambil perhatian dan juga kajian semua laporan yang telah dibuat oleh bekas Parliament Select Committee itu, sebelum buat apa- apa lagi pindaan Penal Code dan juga CPC. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya ada terima senarai tetapi tidak ada yang bangun. Minta Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang saya lihat pada hari ini.

Pembentangan pindaan Akta Pencegahan jenayah ini lebih banyak merujuk kepada soal penambahan kadar hukuman, khasnya kepada tempoh pemenjaraan untuk dilihat sebagai proses pencegahan jenayah yang berkesan.

final • 4:19 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Seolah-olahnya seperti makin lama tempoh pemenjaraan itu, maka makin selesailah jenayah yang berlaku dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nafikan elemen pemenjaraan ini adalah merupakan satu uqubah ataupun dengan izin, satu pembalasan yang setimpal atas kesalahan. Namun malangnya, jika sekiranya kita hanya terhenti di atas pemenjaraan ataupun menambah kadar tempoh pemenjaraan dengan maksud untuk penyeksaan ke atas mangsa ataupun penjenayah maka ini tidak akan menyelesaikan jenayah dalam negara kita. Saya lihat begini, orientasi penjara kalau melihat pandangan Islam, dia bukan terhenti sekadar untuk hukuman tetapi apa yang paling penting ialah untuk melahirkan keinsafan, melahirkan kesedaran, melahirkan penyesalan ataupun dalam perkataan lain ialah taubat [Berucap dalam bahasa Arab] Taubat itu ialah penyesalan.

Akan tetapi apa yang berlaku setakat ini kita lihat, mereka yang keluar dari penjara kadang-kadang menjadi lebih mahir daripada sebelumnya untuk melakukan jenayah.

Seolah-olah mereka mendapat kursus intensif pula untuk melakukan jenayah dalam penjara yang mereka telah ditahan dan kerana ini kita melihat proses pemenjaraan ini tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Sebagai contoh, saya lihat elemen-

final • 4:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

elemen yang penting dalam sistem pemenjaraan yang ditawarkan oleh Islam ini ialah pertama, soal pemulihan spiritual dengan memberikan ruang beribadat kepada tahanan- tahanan di penjara.

Begitu juga dengan soal pembelajaran untuk dia meningkatkan ilmu kefahaman berkait dengan agamanya supaya dia menjadi lebih bermoral, lebih berakhlak sebelum daripada dia menyertai ataupun memasuki penjara. Sebagai contoh, dalam sejarah kita lihat seorang imam iaitu Imam Samsuddin. Dia ini adalah ulama besar dalam Mazhab Hanafi yang pernah dipenjarakan kerana menentang pemerintah. Dia telah ditahan dan dipenjarakan, dia telah diberikan hak pembelajaran yang baik. Akhirnya dia telah mampu untuk mengarah 15 jilid kitab dan buku yang begitu tebal semasa dalam penjara. Ini satu contoh bagaimana hak pembelajaran itu dinikmati dalam baik dan akhirnya dia boleh membentuk pemikiran dan suasana hidup yang sihat. Termasuk juga dengan faktor keselamatan sehingga tidak berlakulah kematian di dalam lokap dan juga perkara-perkara yang membahayakan keselamatannya.

Demikian juga dengan soal kesihatan, soal pemakanan dan juga soal kebajikan, soal kebersihan hatta soal kalau dia dipenjarakan dalam tempoh yang begitu lama, dia diberikan hak untuk bersama dengan isterinya dan anaknya pada waktu-waktu yang tertentu. Akan tetapi ini tidak berlaku dalam negara kita. Sebagai contoh saya lihat hatta kita hendak temukan tahanan-tahanan dalam penjara bersama dengan keluarga mereka di musim-musim perayaan terutamanya, supaya boleh balik melihat anaknya ataupun keluarganya sangat sukar dan hampir sukar untuk kita temui dalam sistem penjara dalam negara kita. Jadi, saya harap ini dapat diberikan perhatian kerana kalau kita hendak lahirkan pencegahan jenayah itu, dia bukan berhenti setakat menambah hukum dan juga menambah tempoh pemenjaraan tetapi bagaimana kesan penjara itu apabila kita laksanakannya ke atas penjenayah, itu yang pertama.

Kedua, saya hendak sebut pencegahan jenayah ini asasnya ialah bukan pada berat dan ringannya bentuk hukuman tetapi ialah bagi keberkesanan hukuman itu.

Oleh sebab itu dalam al-Quran menyebut [Berucap dalam bahasa Arab] Bermaksud ialah balasan yang setimpal dengan apa kesalahan yang dilakukan dalam masa yang sama dia ada sistem tegah dan kawal daripada Allah SWT. Wallahu `azizun hakim dan Allah SWT itu ialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah. Ertinya, dalam kita hendak menentukan pencegahan jenayah ini bukan terhenti di atas hukuman tetapi bermula sebelum daripada itu.

Bagaimana proses untuk menyediakan satu persekitaran ataupun pemurnian environment, dengan izin, iklim sosial yang baik supaya masyarakat dalam keadaan patuh kepada syariat. Paling penting ialah undang-undang yang kita hendak buat, undang- undang yang kita hendak buat juga adalah undang-undang yang ada syariah compliance ataupun patuh kepada syariat yang ditentukan oleh Allah SWT.

Bukan sahaja kita hendak dalam sistem perbankan sahaja mesti ada syariah compliance. Bukan sahaja dalam produk-produk makanan sahaja syariah compliance ini tetapi dalam menentukan sesuatu akta, sesuatu hukum, mestilah juga mempunyai standard patuh syariat yang mesti difikirkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak kementerian kerana ini bersesuaian dengan apa yang disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran [Berucap dalam bahasa Arab] “Apakah hukuman jahiliah itu yang lebih baik, yang kamu dambakan, yang kamu cari, yang kamu mahu laksanakan?” Siapa lagi yang lagi baik hukumannya selain daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Tuhan yang maha mencipta bagi orang yang yakin kepada Allah SWT.

Jadi, saya cadangkan dalam melaksanakan pindaan akta ini ataupun mana-mana enakmen selepas daripada ini, boleh pihak kerajaan melantik panel yang pakar, bukan sahaja lawyer, bukan sahaja hakim, bukan sahaja ahli politik pihak kerajaan, tetapi juga panel terdiri daripada kalangan pakar-pakar syariah ataupun pakar undang-undang Islam.

Tidak cukup yang ada dalam negara kita, tidak ada dalam negara kita, boleh diimport dari luar supaya mereka boleh memberikan pandangan, supaya dapat diselarikan elemen- elemen pelaksanaan undang-undang itu menepati apa yang dikehendaki oleh Allah. Ini

final • 4:20 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

kerana saya lihat apabila suatu undang-undang yang kita laksanakan itu tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Tuhan yang Maha Mencipta, mungkin kita ada aspek [Berucap dalam bahasa Arab] Ada aspek balasan kepada penjenayah terhadap jenayah yang mereka lakukan.

Akan tetapi kita tidak ada aspek [Berucap dalam bahasa Arab] Campur tangan daripada Allah, campur tangan daripada Tuhan yang mencipta manusia, yang sudah tentu Allah yang Maha Mengetahui atas apa yang berlaku kepada umat manusia di atas muka bumi ini. Untuk membuka dan menutup pintu hati manusia supaya mereka tidak melakukan jenayah dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan mungkar dan maksiat.

Jadi, ini adalah perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan supaya dilihat undang-undang yang kita laksanakan, akta-akta yang kita hendak luluskan ini adalah satu undang-undang akta yang betul-betul merangkumi semua aspek. Bukan sahaja mengikat fizikal supaya tidak bergerak tetapi spiritualnya, akhirnya dia menyesal, dia insaf dan dia bertaubat kepada Allah SWT. Barulah tidak timbul isu sebagaimana contoh sebelum daripada ini, kebimbangan kita apabila dimansuhkan EO ataupun Ordinan Darurat ini. Kita bimbang selepas oleh jenayah semakin berleluasa. Pada saya, kalau itu maksudnya, ertinya EO kita selama ini gagal. Undang-undang pemenjaraan kita, tahanan yang kita buat selama ini gagal dan padanlah dimansuhkan. Tidak perlu kita hendak ulang balik dengan mencari undang-undang dan juga sistem yang hampir serupa, dengan mengembalikan semula elemen-elemen EO dan ISA dimansuhkan.

Ini kerana kalau kita kata kerana sebab kita mansuhkan undang-undang itu menyebabkan penjenayah berleluasa, ertinya mereka yang bebas dari penjara sebelum daripada ini tidak insaf. Soalnya, kenapa orang yang dibebaskan daripada penjara tiba-tiba mereka tidak insaf? Walaupun mereka telah melalui proses pemenjaraan yang begitu lama, lima enam tahun, lapan tahun dan 10 tahun. Apa yang tidak kena dengan proses pemenjaraan ataupun sistem pemenjaraan negara kita?

Oleh sebab itulah saya mencadangkan tadi supaya ditekankan pada beberapa elemen ini, yang paling penting selain dari memenjarakan fizikalnya supaya dia tidak lagi mampu untuk melakukan jenayah tetapi akhirnya dia akan insaf apabila dia keluar daripada penjara. Dia menjadi seorang Muslim kalau dia seorang yang beragama Islam ataupun dia menjadi seorang yang bermoral, yang patuh kepada undang-undang kalau dia bukan non Muslim untuk mengikut agamanya dan juga lunas-lunas yang baik, yang akhirnya akan menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya. Jadi, pihak kerajaan tidak boleh sekadar untuk table undang-undang...

final • 4:20 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Bharu bangun. Sila.

final • 4:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Temerloh. Tadi Yang Berhormat Temerloh telah membincangkan bagaimana cadangan kepada pindaan Kanun Keseksaan ini. Pada pandangan beliau mungkin tidak akan memberikan kesan yang mendalam ke arah kita menangani masalah jenayah terutamanya jenayah rogol dan juga kesalahan seksual yang lain-lain.

final • 4:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya hendak tanya Yang Berhormat Temerloh, jika Yang Berhormat masih ingat pada tahun 1993, di negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan dengan sokongan sebulat suara telah meluluskan satu enakmen yang dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan tahun 1993 dan juga Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2002 telah meluluskan undang-undang yang lebih kurang sama di mana enakmen ini berkaitan dengan kesalahan-kesalahan seksual termasuk zina dan juga kalau dalam Kanun Keseksaan ini disebut rogol dan sebagainya. Hukuman ataupun punishment di bawah enakmen-enakmen ini adalah berdasarkan kepada undang-undang Islam.

final • 4:30 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Temerloh, adakah Yang Berhormat merasakan bahawa elemen-elemen Islamic law ataupun undang-undang Islam- yang kita tahu undang-undang Islam ini diturunkan oleh Tuhan, oleh Allah, ada dalam Al-Quran dan sebagainya perlu diberikan satu peluang untuk dijadikan reference, dijadikan rujukan.

Kalaupun tidak diadopt sepenuhnya pun, dijadikan rujukan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi dalam Islam, undang-undang jenayah dan hukuman adalah lebih kepada pencegahan dan pencegahan itu daripada Tuhan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita jadikan ini juga sebagai satu reference kepada pindaan akta ini? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Pastinya kita terpaksa dan mesti bersetuju dengan pelaksanaan syariat Islam ini. Ini kerana pada saya ia adalah merupakan satu yang perlu terlebih dahulu diberikan peluang untuk melihat bagaimana keberkesanannya menangani soal jenayah yang berlaku dalam negara kita. Mungkin ada sesetengah pihak yang meraguinya ataupun tertanya-tanya apakah undang-undang ini boleh mengatasi jenayah dan boleh menyelesaikan jenayah.

Persoalan di hadapan kita ialah pastinya undang-undang yang ada yang kita laksanakan sekian lama, sejak negara kita merdeka juga tidak pernah selesai dan tidak pernah boleh menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku dalam negara kita. Maka, kalau begitu kenapa tidak kita memberi peluang kepada satu lagi alternatif yang boleh kita lihat keberkesanannya. Apatah lagi apa yang saya sebutkan tadi apabila ianya mengandungi soal roh, spiritual dalam pelaksanaan undang-undang. Kita tidak mahu undang-undang itu undang-undang yang kering, undang-undang yang hanya tangkap, ikat tangan, penjara, kurung tetapi adalah undang-undang ataupun pelaksanaan yang boleh mendidik jiwa manusia supaya mereka tidak lagi kembali untuk melakukan jenayah dan mereka kenal erti dosa dan erti pahala.

Saya merujuk sebagai contoh dalam kisah yang pernah berlaku pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Pernah satu ketika apabila seorang pesalah yang telah disabitkan ataupun dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan pembunuhan dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman qisas atau bunuh balas. Akan tetapi, jenayah ini ataupun mereka yang dituduh melakukan jenayah ini telah minta izin daripada Sayidina Umar sebagai Amirul Mukminin pada waktu itu untuk pulang terlebih dahulu menunaikan beberapa amanah yang masih belum ditunaikan. Peringkat awal Amirul Mukminin tidak membenarkan kerana ini akan memberi peluang kepada tertuduh melarikan diri daripada pelaksanaan undang-undang iaitu undang-undang qisas atau bunuh balas.

Tiga kali dia buat permohonan untuk beliau pulang memberikan peluang menunaikan amanah yang tergendala. Pada waktu itu, akhirnya Sayidina Umar beritahu boleh dengan syarat jika sekiranya ada orang yang bersedia untuk menjamin. Waktu itu datanglah Abu Dzar Al-Ghifari r.a. menawarkan diri untuk menjadi penjamin kepada sahabat yang didakwa telah melakukan pembunuhan ini. Lalu oleh kerana ada mereka yang bersedia untuk menjamin, Sayidina Umar membenarkan dia pergi, pulang. Beberapa hari kemudian waktu hari hendak dijatuhkan hukuman, tiba-tiba yang tadinya telah mempunyai peluang untuk melarikan diri daripada hukuman bunuh balas ini, datang semula menghadap Sayidina Umar r.a. setelah dia selesai menunaikan amanah.

Ditanya kepadanya kenapa kamu bersedia datang semula untuk berhadapan dengan Amirul Mukiminin sedangkan kamu berpeluang untuk melarikan diri? Dia menyebut bahawa benar dia boleh lari di atas muka bumi tetapi bagaimana dia hendak lari daripada Allah SWT? Mahu tidak mahu dia akan berdepan juga dengan Allah SWT. Kesimpulan para alim ulama ambil daripada kisah ini ialah pelaksanaan syariat Islam itu ia bukan sekadar untuk menahan, memenjarakan dan menangkap tetapi apa yang paling penting ialah dia menghidupkan hati untuk tunduk dan patuh kepada pelaksanaan undang-undang. Akhirnya, dia datang menyerah diri untuk dilaksanakan hukuman ke atas dirinya.

Jadi perkara-perkara seperti ini ia boleh berlaku dalam keadaan kita melaksanakan syariat itu. Selagi mana kita tidak melaksanakannya, maka sukar untuk kita melihat apakah elemen-elemen itu boleh berlaku. Sebagai contoh yang kedua saya hendak lihat, kerajaan juga mestilah bekerjasama memberi laluan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang bersedia untuk melaksanakannya dengan memberikan apa jua prasarana ataupun

final • 4:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

mungkin pindaan-pindaan undang-undang tertentu bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakannya. Kalau tidak boleh kita hendak laksanakan keseluruhannya pun, paling tidak dalam perkara-perkara pencegahan terlebih awal, pendidikan. Oleh sebab Islam ini ia bukan soal punishment itu sahaja. Itu yang terakhir. Itu yang terakhir. Saya tidaklah sangat mengajak kita berfikir soal hukuman itu terlebih dahulu sebab hukuman itu hanya kepada mereka yang telah tidak mampu dididik oleh agama ataupun moral ataupun tidak boleh dididik dengan undang-undang, barulah kita jatuhkan hukuman.

Akan tetapi, sebelum daripada itu, proses pelaksanaan, proses pencegahan, proses pendidikan, proses pembinaan undang-undang itu sendiri mestilah terlebih dahulu membina sebuah masyarakat yang baik. Pada hari ini kita tengok sebagai contoh dalam masyarakat kita. Iklim sosialnya tidak dikawal dengan baik. Seolah-olah kita bermain-main dengan isu jenayah. Satu sudut kita hendak tangani jenayah dengan kita kerahkan polis, kita buat undang-undang yang ketat tetapi dalam satu keadaan, satu sudut yang sama, seperti kita menyuburkan persekitaran yang boleh melahirkan aktiviti-aktiviti jenayah. Ini adalah perkara yang perlu difikirkan.

Kita tidak mahu nanti seolah-olah kita berpura-pura sebenarnya. Satu keadaan kita hendak tutup, satu keadaan yang lain kita memang membuka ruang. Sebagai contoh saya tunjuk kalau di Pahang lah, di Kuantan di persekitaran Bandar Kuantan yang melingkari Masjid Negeri Kuantan, tidak kurang daripada 20 buah kelab malam yang beroperasi sampai jam 1 ke 2 pagi. Masjid ada sebuah. Untuk mendidik rakyat, yang hendak memberi ilmu kepada rakyat melalui khutbah, melalui majlis-majlis ilmu dalam masjid, itulah satu- satunya masjid yang berperanan di tengah-tengah Bandar Kuantan.

Di sekelilingnya lebih daripada 20 buah kelab malam yang berdaftar, yang beroperasi sampai jam 2 pagi. Masjid kena kunci. Pukul 9.30 kena kunci. Kuliah-kuliah pun diperketat kawalannya. Tidak semua orang boleh buat kuliah. Tidak boleh semua orang boleh menyampaikan ucapan walaupun dia mungkin graduan daripada Jordan, daripada Mesir dan seumpamanya. Ada kawalan-kawalan yang tertentu. Kemudian hendak berkhutbah mestilah ada tauliah, ada apa. saya tidak nafi. Itu penting supaya pengajaran agama itu dikawal dengan baik.

Akan tetapi, persoalan kita adalah tidak seimbang. Tidak seimbang. Soal pendidikan ilmu kepada masyarakat dan juga penciptaan persekitaran, iklim sosial itu supaya jenayah itu dapat dikawal dengan baik tidak seimbang dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kalau kelab malam sudah tentulah kita maklum dengan pil ekstasinya, dengan araknya dengan dadahnya yang akhirnya sudah tentulah akan berlaku- yang terbaru saya pergi menghadiri sebuah rumah rakyat kita, masyarakat kita di Temerloh. Masyarakat Tionghoa di Temerloh yang baru rumahnya dimasuki pencuri, dimasuki perompak.

Saya tanya dia bagaimana perkara ini boleh berlaku. Belum sempat dijawab oleh tuan rumah, jirannya datang berkerumun. Dia kata macam mana perkara ini tidak berlaku.

Rumah itu berada di DUN Mentakab, hampir dengan bandar Mentakab. Dia kata macam mana tidak berlaku. Di bandar Mentakab ini sahaja ada 66 pusat judi, 66 buah pusat judi yang beroperasi.

final • 4:30 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Judi ini ertinya mereka akan perlukan wang, mereka akan perlukan kemampuan untuk berjudi dalam bentuk material yang banyak. Akhirnya, tidak ada wang merompak dan mencuri. Itu diakui sendiri oleh masyarakat setempat dan ini menunjukkan bahawa kita - kemudian kita menyediakan polis untuk ronda di persekitaran taman dan seumpamanya.

Sudah tentulah saya kira ini perbuatan atau pun keadaan yang tidak seimbang.

Jadi saya harap kerajaan dapat memberikan perhatian yang serius. Kalau benar kita hendak cegah jenayah, hendak jadikan negara kita negara yang aman, yang sejahtera bukan hanya terhenti pada penambahan kadar tempoh pemenjaraan tetapi juga mestilah bermula daripada pencegahan juga pengawalan, pendidikan dan seterusnya sudah pastilah dia akan bermula daripada pemimpin. Kalau pemimpin jugalah pemimpin yang patuh syariah, maka saya fikir insya-Allah, rakyat juga akan menjadi rakyat yang patuh syariah

final • 4:40 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

dan akhirnya semua elemen-elemen yang membantu pencegahan jenayah ini juga akan berkesan dalam negara kita, insya-Allah.

Jadi, saya rasa itulah cadangan saya kepada pihak kementerian khasnya kepada kerajaan amnya untuk diberikan perhatian. Semoga negara kita bebas daripada jenayah yang telah mengganggu ketenteraman dan juga keselesaan rakyat dalam negara kita.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Minta maaf. Tahniah Yang Berhormat Datuk Bung. Sila, sila. Selepas ini, ya.

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana benarkan saya juga mengambil bahagian dalam hujahan berkenaan dengan bill ataupun akta untuk meminda Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Dewan kepada seksyen baru kepada seksyen 203 yang dicadangkan di mana dinyatakan peruntukan baru untuk disclosure of information. Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat kepada seksyen 203 yang asal. Jelas kelihatan apa yang termaktub di situ adalah information ataupun maklumat khususnya kepada jenayah. Saya baca, “Whoever knowing or having reason to believe that an offence has been committed,”. Jadi ianya jelas kepada “offence has been committed gives any information respecting that offence which he knows or believes to be false, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years, or with fine, or with both”. Jadi kita lihat bahawa jelas seksyen 203 yang asal membuat rujukan kepada keadaan di mana seseorang itu dan dia tahu berkenaan dengan satu atau berlakunya satu kesalahan dan beliau memberi keterangan yang salah, maka itu menjadi satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman terhadapnya. Kita berbalik sekarang kepada subseksyen 11, akta yang ada di hadapan kita. A new section 203A, that is suggested. Ini

final • 4:41 PM

apa yang dinyatakan Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya baca

  • “Disclosure of information” “Section 203A. (1) Whoever discloses any information or matter which has been obtained by him in the performance of his duties or the exercise of his functions under any written law shall be punished with fine of not more than one million ringgit, or with imprisonment for a term which may extend to one year, or with both.” Tuan Yang di-Pertua, saya lihat kepada cara dalam mana seksyen ini digubal.

Apa yang dinyatakan di sini, “Whoever discloses any information”. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan discloses any information and whoever? Ianya general. Apa yang dimaksudkan dengan “whoever”? Whoever discloses any information. Any information atau maklumat. Apa – any information, what else or matter which has been obtained by him in their performance of his duties. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen. Kalau saya dapat satu jawapan daripada Menteri yang dikatakan adalah, “Obtained by me in the performance of my duties”. Saya keluar daripada Dewan ini dan saya adakan satu sesi sidang akhbar dan menyatakan apakah maklumat yang saya dapat di situ, ianya satu kesalahan. Kalau kita ikut undang-undang ini - kerana tidak ada definisi. What it is meant by whoever? Does it include us? Who does not include? Adakah ianya hanya setakat pegawai kerajaan?

final • 4:41 PM

apa yang dinyatakan Tuan Yang di-Pertua, dengan izin saya baca

This is a very serious matter Tuan Yang di-Pertua kerana kita sebagai Ahli Parlimen, kita sebagai rakyat we need to know. Information. Adakah perkataan information ini diberi definisi? Apakah yang dimaksudkan oleh information? Adakah ianya hanya information yang dihadkan atau ianya information generally? Anything whatsoever obtained in the performance of his duties or the exercise of his functions under any written law? Jadi sekarang lagi, apakah maksud itu? Apakah yang dimaksudkan oleh, “or the exercise of his functionws under any written law shall be punished with fine.... and so on”. Jadi saya hendak tanya kepada Menteri, apakah tujuan seksyen ini? Kenapa kita ada satu seksyen yang menyatakan bahawa kita tidak boleh disclose information yang kita dapat in the performance of our duties or in the exercise of his functions under any written law? Jadi ini adalah satu perkara yang cukup penting Tuan Yang di-Pertua kerana kalau saya lihat, kalau kita sebagai Ahli Parlimen, kita datang ke Parlimen, bila kita draf bill undang-undang kita kena serius. Bila kita pergi ke mahkamah hakim pula tanya kita, kenapa Ahli-ahli Parlimen bila bill rang undang-undang ini dikemukakan di Parlimen kita luluskan undang-undang yang sedemikian? Bila hadir ataupun undang-undang ini dibawa ke mahkamah pula, hakim pula tidak tahu. Dia pun tidak tahu apakah luasnya? What is the scope? Apakah tujuan seksyen ini?

Apakah tujuan seksyen ini ialah untuk memberikan kepada Peguam Negara kuasa yang tidak terhad? Anything whatsoever. Kalau dia lihat seorang Ahli Parlimen atau ahli politik ataupun seorang rakyat berbicara atau berbahas berkenaan dengan satu isu di mana beliau kata saya ada maklumat, adakah ianya bermaksud bahawa kalau Peguam Negara hendak, baru Peguam Negara tidak suka apa yang dikatakan dia itu, dia boleh bawa tindakan, dia boleh ambil tindakan di bawah seksyen ini.

final • 4:41 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Silakan Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 4:41 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Mengenai fasal ini, saya ingin tanya Yang Berhormat dari Puchong sama ada fasa yang baru ini seksyen yang baru ini meliputi satu situasi di mana Kabinet Menteri, Menteri selepas Mesyuarat Kabinet iaitu in the performance of his duties. Bila mereka buat satu keputusan dalam Cabinet Ministry in the performance of their duties. Selepas itu, Perdana Menteri mengumumkan keputusan Kabinet itu. Adakah situasi ini diliputi dalam - oleh seksyen yang baru ini kerana Cabinet Meeting adalah performance of his duties? Keputusan yang dibuat dalam kabinet adalah satu informasi yang diobtained. Obtained by him in the performance of his duties. Selepas itu, dia mengumumkan keputusan ini. Disclose the information or matter or the decision, Cabinet’s decision is a matter, is a information yang dia dapati which has been obtained by him in the performance of his duties of the exercise of his function as a Minister. Adakah ia tertakluk dalam seksyen yang baru ini?

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Ya, jawapan kepada soalan itu cukup jelas. Ya, kalau kita lihat, kalau kita baca dengan izin, Tuan Yang di-Pertua “On a plain reading”. Maka cukup jelas bahawa apa keadaan atau situasi yang diungkit, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tersebut itu termasuk ke dalam lingkungan seksyen 203A(1) yang baru.

Akan tetapi kalau saya boleh bawa kepada perhatian Yang Berhormat Bandar Kuching, if you look - kalau kita lihat kepada subseksyen (2) pula, bukan sahaja penama yang disclose information tetapi keseluruhan Kabinet yang tahu berkenaan dengan discloser itu, mereka juga lakukan kesalahan, ya. So ini kita lihat Tuan Yang di-Pertua dengan izin, satu peruntukan yang jauh terlalu luas. With due respect kepada kerajaan, ianya membolehkan satu keadaan di mana kuasa di bawah seksyen ini disalahgunakan.

final • 4:41 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita dahulunya ada banyak rintihan yang kita bangkitkan berkenaan dengan undang-undang yang menyekatkan information atau maklumat daripada diterima oleh public ialah seperti akta-akta sebagai OSA dan sebagainya di mana kita memang menentang. Akan tetapi akta-akta tersebut itu restricted kerana ianya terpakai kepada keadaan-keadaan tertentu seperti mana disebut di situ, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:41 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi kita lihat sekarang bahawa kita ada undang-undang ini yang jauh lebih luas. Di mana sesiapa pun yang ada sebarang maklumat yang diperolehi sebagai seorang yang menjalankan ataupun semasa menjalankan tugas. Bila dikemukakan maklumat ini kepada pihak ketiga, maka ini menjadi satu kesalahan. Jadi pada saya, saya minta kepada Timbalan Menteri yang ada di sini supaya kita kalau boleh menjawab, memberikan maklumat yang lebih kepada Dewan yang mulia ini. Apakah luasnya, apakah sebab, what is the purpose behind this provision? What kind of situations does it apply to? Kenapa tidak disebut secara jelas apa yang dimaksudkan?

Kita boleh menggubalkan peruntukan spesifik di mana kita katakan untuk maksud seksyen 203A information tersebut di situ bermakna perkara-perkara yang kita list out, whoever yang kita sebut di situ. Orang yang mana seksyen ini terpakai, we list out dan sebagainya. Akan tetapi kalau saya lihat kalau kita meluluskan undang-undang seperti mana ianya sedia ada, maka saya dengan segala hormatnya saya berpendapat bahawa seksyen ini jelas terlalu luas dan memang boleh disalahgunakan dalam masa yang akan datang.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila Yang Berhormat Subang.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong, peruntukan ini memang dengan terang-terang nampak bukan sahaja terlalu luas, terlalu kabur dan umum. Saya pun ada masalah untuk mengetahui apakah tujuannya atau hasrat yang peruntukan ini dikemukakan oleh Menteri. Kita nampak perkataan yang digunakan dalam pindaan ini, seksyen baru ini, 203A ini menggunakan bahasa yang terlalu luas, exercise performance, office duties, exercise of his functions under any written law, dengan izin. Bermaksud, macam-macam perkara dan kakitangan kerajaan dan ramai orang yang mungkin bekerja di bawah badan-badan berkanun pun mungkin terperangkap, orang yang bekerja di pihak berkuasa tempatan, macam-macam.

Jadi, bagi saya itu pun merupakan persoalan.

Bagi saya, negara kita patut kalau kita betul-betul hendak buat transformasi yang bermakna, saya gunakan istilah transformasi sebab itu yang biasa digunakan di sana juga.

Kalau kita betul-betul hendak bawa perubahan, kita patut pergi ke arah keterbukaan.

Undang-undang yang patut digubal adalah undang-undang yang membawa akses yang lebih baik untuk dapat maklumat, bukan undang-undang macam ini. Seperti Yang Berhormat Puchong sebut tadi dan inilah penjelasan yang saya minta daripada Yang Berhormat Puchong. Kalau kita banding dengan Akta Rahsia Rasmi yang ada, sana kita nampak walaupun kita kritik akta itu dan kita anggap akta itu memang sudah pun patut dipinda ataupun dimansuhkan. Di sana ada apa-apa maklumat yang dianggap sulit itu di mana kalau kita dedahkan itu adalah terlalu spesifik, disenaraikan dan sebagainya. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Puchong. Apakah pandangan tentang perbezaan yang jelas dengan peruntukan yang sangat ketara, sangat luas, sangat umum, sangat kabur ini berbanding dengan Akta Rahsia Rasmi.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya cukup setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang sebentar tadi. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bila kita ada satu undang-undang, saya rasa tujuan kita menggubal undang-undang adalah untuk memberitahu sekumpulan itu, mereka itu. Bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah jenayah, supaya mereka tidak lakukan sebarang kesalahan, mereka tidak lakukan perkara

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

tersebut dengan jelas. So, we normally make laws where we state obviously, dengan izin, what the purpose of the law is? Jadi, orang tahu bahawa dia ini tidak boleh bertindak dalam sesuatu keadaan supaya dia tidak melanggar undang-undang.

Akan tetapi keadaan sekarang di mana kita ada satu undang-undang di hadapan kita di mana kita tidak tahu, sebenarnya siapa pun tidak tahu. Siapa sebenarnya undang- undang ini- who does this apply to? Whoever discloses any information or any matter that has been obtain by him in the performance of his duties. Ini langsung tidak masuk akal.

Apakah kesalahan, siapa, apakah maklumat, we need to know. Saya cukup setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang. Sebenarnya, dalam masa sekarang di mana kita lihat bahawa maklumat itu sedia, kita dapat perolehi, internet dan sebagainya.

Apa yang kita hendak wujudkan adalah satu suasana di mana lebih mudah untuk rakyat mendapat maklumat. Mendapat maklumat berkenaan dengan perkara-perkara supaya perkara atau isu-isu dapat diselesaikan.

So, what we are trying to do seperti di Selangor itu, kita tidak cuba untuk gubal undang-undang di mana kita sudah freedom of information. This is what kita dalam Pakatan Rakyat, kita sebut is for us to move forward. Akan tetapi kita lihat Kerajaan Barisan Nasional bila membentangkan undang-undang sedemikian, dengan izin, with due respect Tuan Yang di-Pertua. This is a law which takes us ten steps backwards. Ini kerana sekarang kita memang tidak boleh cakap langsung, tidak boleh sebut apa-apa. Saya tidak boleh bincang dengan sesiapa, saya tidak boleh bincang dengan Ahli Parlimen Sepang, tidak boleh cakap apa-apa. Jumpa di luar dengan Yang Berhormat Kinabatangan, tidak boleh sebut apa-apa information, nanti kita ini salah.

Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri, bila jawab kepada perkara ini kita kena pandang serius. This is a very serious matter kerana ini adalah satu perkara yang membawa kepada sabitan jenayah iaitu membawa kepada hukuman denda dan ianya juga membawa kepada hukuman pemenjaraan. Jadi, kita perlu lihat serius kepada undang- undang ini kalaulah sebenarnya kita hendak luluskan, kita kena bagi tahu kepada rakyat, umum. Sebenarnya terhadap siapa undang-undang ini terpakai?

Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya merujuk kepada seksyen 326A yang baru iaitu di seksyen 17. Di mana disebut di situ, ‘punishment for causing hurt by spouse’. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya soalan yang dibangkitkan adalah apa yang dimaksudkan dengan ‘hurt’ di sini. Apa yang disebut adalah, ‘whoever during the subsistence of a valid marriage, causes hurt to his spouse and commit an offence under section 323, section 324, section 325, section 326, section 334 or section 335. So, whoever causes hurt during the subsistence of a valid marriage. Bagaimana keadaan Tuan Yang di- Pertua, apabila sesuatu pasangan tersebut itu baru bercerai ataupun dalam proses penceraian. Di mana masa dia, usually, terdapat banyak masalah? Adakah seksyen ini terpakai kepada mereka? Itu satu.

Nombor dua, apakah yang dimaksudkan dengan ‘hurt’ ini? Adakah kita di sini sebut ‘hurt’ seperti mana dalam takrifan undang-undang, fizikal ‘hurt’, ‘harm’? Ataupun adakah ianya juga terpakai kepada keadaan yang melibatkan tekanan emosi, ‘emotional hurt’? Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini saya dapat maklumat dan saya ada laporan polis yang dibuat di sini dan ini melibatkan isteri kepada seorang VVIP yang mungkin saya namakan nanti. Akan tetapi apa yang berlaku adalah mereka dalam proses penceraian Tuan Yang di-Pertua. Semasa dalam proses penceraian tersebut memang ada satu perjanjian berkenaan dengan cara dalam mana anak-anak mereka akan dijaga. Apa berlaku adalah kita lihat bahawa kerap kali isteri ataupun the wife apabila beliau hendak melaksanakan hak-hak beliau di bawah perjanjian tersebut.

Misalnya, ambil anak-anak tersebut daripada sekolah, bawa ke rumah dia dan sebagainya, dia dapat tekanan daripada suami beliau. Sehingga suami beliau hantar orang untuk menggunakan kekerasan terhadap beliau. Banyak laporan polis dibuat. Saya boleh berikan laporan-laporan polis ini kepada Menteri. Akan tetapi polis menyatakan bahawa mereka tidak boleh buat apa-apa. Mereka katakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini adalah satu masalah domestik. Dia kata, ’Okey, family issue, kita tidak boleh buat apa-apa’. Akan

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

tetapi kita lihat bagaimana keadaan digunakan untuk menekan wanita tersebut sehingga beliau tidak tahu hendak buat apa-apa, doesn’t know what to do? Jadi, saya hendak tanya, soalan yang kita bangkitkan, kalau kita ada satu undang- undang di mana kita ada punishment for causing hurt by spouse dan sebagainya.

Bukankah kita juga hendak satu keadaan tersebut seperti mana saya sebut tadi digunakan.

Dalam kes yang melibatkan VVIP ini saya juga hendak tanya. Saya hendak tanya kenapa pihak polis dalam kes-kes sebegini tidak ambil tindakan? Saya akan majukan salinan laporan polis ini kepada Timbalan Menteri untuk mendapat penjelasan secara spesifik berkenaan dengan isu-isu ini.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi saya juga rasa, satu perkara yang kita perlu lihatkan juga di sini adalah bagaimana polis atau sistem perundangan dapat enforce. Enforce undang-undang yang kita sebagai Ahli Parlimen, sebagai Dewan Rakyat meluluskan. Ini kerana Tuan Yang di- Pertua, kalau kita melihat kepada seksyen 352A pula. Yakni dikaitkan, punishment for using criminal force by spouse. Section 326A, punishment for causing hurt by spouse. Section 352A, punishment for using criminal force by spouse. Apakah perbezaan dia?

Kedua-dua seksyen ini, what is the different in this two sections? Itu satu lagi persoalan dia yang ingin saya bangkitkan dan kita berbalik sekarang kepada seksyen 326A.

Saya rasa ini adalah satu perkara yang penting yang berkaitan dengan punishment. Ini adalah apa yang dinyatakan, “whoever during the subsistence of the marriage causes hurt to his spouse and commission offence under section 323, 324, 325, 326, 334 or 335...” dan ini penting. “Shall be punished…” Tuan Yang di-Pertua, “...with imprisonment… mandatory”. Ini dibawa oleh Yang Berhormat Pengerang tadi and I will take it from there a little but this is different point. Shall be punished with imprisonment mandatory for a term of twice as long as the maximum term for which he would had been liable on conviction for that offence under the relevance section.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 326 misalnya. Maximum sentence on convictions that he would be liable to is 20 years. Kalau melihat kepada apa yang ditulis di sini Tuan Yang di-Pertua, shall be punished with imprisonment for a term of twice as long as the maximum. Jadi mandatori 40 tahun. Is this what we want to do? Adakah ini apa yang sebenarnya hasrat dalam bill ini atau pun adakah ia sepatutnya membaca. *We have given double of what the court will punish him.

That means in the other words,* mahkamah membuat keputusan sekiranya in first offence he will give three years, maka oleh kerana ini di bawah seksyen 326A, it’s supposed to be double. Kalau sudah begitu, saya rasa apa disebut di sini jelas is wrong. Kalau kita lihat, baca *a literal reading, shall be punished with imprisonment for a term of twice, mandatory shall be punished. Terms of imprisonment of twice as long as the maximum.

Twice is long as the maximum* Tuan Yang di-Pertua. Not twice is long as the punishment for which he would be liable. Itu maksud saya. You have put the words maximum di situ. So saya rasa kita kena berhati-hati. Saya hendak tahu adakah ini satu perkara apa yang sebenarnya kita, what it is been intended in this particular section. Tuan Yang di-Pertua, saya kemudiannya membawa sebagai penggulungan kepada amendment to section 376 of the act di mana kita ada seksyen 20(c) khususnya saya bawa perhatian kepada (i). Di situ disebut, “When he knows that he is afflicted with the Human Immuno-Deficiency Virus (HIV)/Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) or any other sexually transmissible disease and the virus or disease is or may be transmitted to the woman;” Di sini kita juga lihat. Saya faham kita baca kes-kes di luar negara, terdapat kes-kes di mana ada orang yang tahu beliau ini ada HIV ataupun ada AIDS ataupun ada apa-apa sexually transmissible disease dan beliau secara voluntary mengadakan hubungan seks dengan ataupun rape, beliau ada rogol seseorang wanita tersebut.

Akan tetapi persoalan yang berbangkit adalah ini, adakah ianya tidak juga termasuk kepada satu keadaan di mana ada voluntary sexual intercourse di mana seseorang itu tahu beliau ada AIDS, ada HIV dan pasangan beliau itu memang tidak tahu beliau ada HIV, ada AIDS tetapi mereka ada hubungan seks secara voluntary. Akan tetapi

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

perempuan itu tidak tahu, tetapi lelaki itu tahu. Akan tetapi selepas daripada itu, perempuan itu pun mendapat penyakit tersebut. So bukankah ini satu keadaan yang seharusnya lebih besar too also include a situation which is not rape, not a 376 situation. Something that goes beyond. So saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi satu penjelasan berkenaan dengan perkara-perkara tersebut yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahaja yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Sila.

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri di sini sebagai wakil rakyat, bukan sebagai seorang peguam. Akan tetapi saya melihat bahawa mungkin hasrat baik kerajaan itu memang ada, tetapi hasrat baik sahaja tidak memadai. Akta ini saya rasa bukan satu akta yang baik untuk kita terima pakai.

final • 5:09 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Wah!

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kerana walaupun saya bukan - ini bukan soal menang. Ini soal logik akal.

final • 5:09 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimah sudah...

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching bangun.

final • 5:09 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, ya, mukadimah sudah ada point untuk minta penjelasan.

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:09 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan. Yang Berhormat dari Kinabatangan adalah Yang Berhormat kedua daripada Barisan Nasional yang mengatakan bahawa akta ini iaitu rang undang-undang ini tidak memadai dan tidak baik.

Yang Berhormat dari Pengerang tadi pun menyeru supaya rang undang-undang ini ditarik balik. Kalau itulah, nampaknya ada sebulat suara di antara sana dengan sini supaya akta ini ditarik balik. Maka, tidak perlu kita buang masa. Pentadbiran harusnya tarik balik atau kalau mereka tidak mahu tarik balik, sudikah, akankah Yang Berhormat dari Kinabatangan pada masa undi, kita tolakkan rang undang-undang ini untuk menunjukkan memanglah Yang Berhormat daripada Kinabatangan ini buat serupa cakap. Bikin cakap, buat serupa cakapkah?

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cakap serupa bikinkah?

final • 5:09 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Cakap serupa buat, apalah.

[Ketawa]

final • 5:09 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini orang Malaysiakah, orang mana ini?

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Bandar Kuching, sebetulnya, walaupun saya baru menelaah undang-undang ini, saya akan sampai ke situ sebetulnya. Saya baca teliti satu demi satu. Saya bukan macam Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong ini hebat. Akan tetapi walaupun saya telaah sedikit demi sedikit, saya nampak memang tidak baik Tuan Yang di-Pertua. Undang-undang ini

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

seolah-olah menjadikan negara kita sebagai negara penjara.

[Tepuk] Jadi, kalau rakan saya sudah mengusulkan supaya ditarik balik, saya Kinabatangan mengusulkan supaya tarik baliklah akta ini sebelum kita undi.

final • 5:09 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Wah, bagus, bagus!

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak guna kita undi sebab saya pun tidak akan mengundi kalau begini.

final • 5:09 PM

Seorang Ahli

Undi tolak.

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya akan undi untuk tolak Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:09 PM

Beberapa Ahli

[Tepuk]

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kerana rakyat saya tidak suka ini. Susah, rakyat di kampung mana tahu undang-undang. Dia pasang poster di kedai macam mana, dia bawa pisau macam mana, tiba-tiba kena lima tahun penjara. Ini tidak adil. Ini bukan satu akta yang perlu kita sokong...

final • 5:09 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Lepas pemilihan UMNO, semua berubah. Hebat!

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kinabatangan, selepas itu bolehlah. Mahu ambil borang PASkah?

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak, kalau akta ini bagus, kita sokong. Akan tetapi dia tidak baik, buat apa disokong? Bukan, kita bukan, saya bukan macam pembangkang, ikut sahaja. Apa bos cakap ikut sahaja.

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Kinabatangan, hendak borang PASkah? Boleh bagi ini?

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak ada. Saya, pendirian saya tetap jelas dan tegas. Oleh sebab itu rakyat suka saya. Ini Yang Berhormat Menteri ada di sini. Saya minta Yang Berhormat Menteri tarik baliklah akta ini.

final • 5:09 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini akta membunuh inspirasi rakyat. Tidak ada keuntungan untuk rakyat langsung. Ini akta saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tidak meneliti. Pihak AG yang, pegawai AG rasa saya memandai-mandai untuk membunuh kerajaan yang sedia ada.

final • 5:09 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Yang Berhormat, laluan.

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak boleh. Saya tidak menyokong akta ini dan tarik balik.

final • 5:09 PM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis?

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kinabatangan, sudah habiskah?

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sudah habis, sudah habis.

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak boleh sudah? Sikit. Boleh tanyalah, boleh tanya.

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mesej saya clear. Saya tidak sokong akta ini dan tidak perlu dibahas.

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kinabatangan sudah habis. Siapa hendak berucap lagi?

final • 5:09 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

List ada pada saya ini tak pakailah di sini. Okeylah Yang Berhormat Sepang.

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih...

final • 5:09 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Bandar Kuching, apa kawan you hendak bahas lagi? Akta ini suruh tariklah, tidak payah bahas. You cakap buang masa sahaja.

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak sokong, hendak sokong Yang Berhormat Kinabatangan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan jugalah yang nampaknya pertama kali dia menunjukkan satu sifat gentleman dia dan rasional dia.

[Tepuk] Kita boleh bersetujulah dengan Yang Berhormat Kinabatangan dalam hal ini. Saya hanya ingin memfokuskan kepada beberapa isu sahaja.

Pertamanya, kalau kita lihat kepada pindaan yang dicadangkan dalam Kanun Keseksaan ini, nampaknya kerajaan ingin mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas beberapa kesalahan jenayah.

final • 5:09 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Beberapa seksyen telah saya teliti mempunyai peruntukan yang dipanggil minimum sentence iaitu antaranya seksyen 121E, seksyen 130, seksyen 130QA, seksyen 130Y, seksyen 375A, seksyen 377CA, seksyen 376B, seksyen 377E, seksyen 427, seksyen 430. Kesemua peruntukan yang saya rujuk ini Tuan Yang di-Pertua, ia mempunyai apa yang dipanggil minimum sentence. Sedangkan minimum sentence ini adalah satu kesalahan yang sebenarnya apa yang dipanggil menghilangkan budi bicara mahkamah, sebab dia bersifat mandatori.

Sebab itulah apabila kesalahan-kesalahan ini kita letakkan minimum sentence, bermakna apa yang dipanggil maxim, justice must be tempered with mercy itu, makna keadilan ini juga mestilah ditempered ya, ditampung juga ada rasa belas kasihan.

Tuan Yang di-Pertua kalau dalam - saya hendak cerita sikitlah, dalam perundangan Islam, kalau kesalahan-kesalahan mandatori ini adalah kesalahan-kesalahan yang betul-betul berat dan sebab itu dalam mandatori ini hanya terpakai dalam kesalahan hudud. Hudud ini dia orang panggil..

[Bercakap dalam bahasa Arab] Maknanya hukumannya berat sebab apa? Kesalahan-kesalahan hudud ini tidak banyak. Ia hanya kesalahan-kesalahan yang memang serius. Contohnya zina, kesalahan melibatkan hukum potong tangan, hukum mencuri. Dia sikit.

Sebab dalam kes yang melibatkan mandatori ini memang hakim. Akan tetapi kesalahan-kesalahan yang termasuk dipanggil takzir ini, ia memang memberi ruang budi bicara hakim yang amat luas. Kerana apa diletakkan kesalahan takzir ini banyak, sebab mereka yang melakukan kesalahan ini bermotifkan pelbagai. Apabila kita meletakkan mandatory sentence ini, kita seolah-olah menjadikan semua orang yang melakukan kesalahan ini dengan seolah-olah dengan satu tujuan yang sama.

Apatah lagi, lebih teruk lagi dalam cadangan yang dipinda ini mempunyai satu peruntukan yang telah pun dibahaskan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Puchong tadi, dengan izin criminalizing, satu perbuatan yang sebenarnya tidak seharusnya salah, iaitu apabila kita berkongsi maklumat. Dengan tidak ada elemen jenayah pun dijadikan satu kesalahan. Sepatutnya dalam keadaan kerajaan baru-baru ini meluluskan apa yang

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

dipanggil pindaan ke atas Akta Profesion Guaman dengan kita membenarkan peguam- peguam asing untuk praktis di negara kita. Ini adalah satu liberalisasi dalam perundangan.

Maknanya kita membuka ruang. Sepatutnya dalam information ini, kita patut- saya setuju dengan Yang Berhormat Puchong, kita tidak harus buat u-turn. Kita patut makin ke depan dalam keadaan langit terbuka, dalam dunia internet ini, apabila kita buat satu undang-undang yang lebih malang lagi, hanya dengan disclose maklumat, boleh dikenakan satu tindakan, boleh dipenjarakan dan denda pula sampai ke satu juta. Bayangkan kalau undang-undang ini dibawa ke mahkamah, saya akan rasa seperti mana kami, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Padang Serai, setiap kali kami pergi mahkamah apabila kita mempertikaikan rang undang-undang yang di mana client-client kita dibawa ke mahkamah, hakim akan mengatakan kalau you tidak puas hati, bawa ke Parlimen, bersoal di Parlimen.

Bila kita bercakap dalam Parlimen ini, ini yang kita nampak. Sebab itulah kami menggunakan sedikit pengalaman kami, ilmu yang ada pada kami ini untuk berkongsi untuk kebaikan semua. Oleh sebab kita tidak mahu apabila undang-undang ini dibuat, kerana react dalam perkara-perkara tertentu. Saya percaya kerana kita marah ada orang gunakan bendera ataupun ada orang yang pijak gambar-gambar tertentu, kita pun terus marah, terus buat undang-undang. Makna undang-undang ini hasil daripada reaksi marah (angry reaction). Ini bukan cara sebuah kerajaan memerintah.

Kita hendak buat undang-undang ini mesti kerana ada keperluan yang betul-betul mendesak, setelah semua jalan untuk kita selesaikan masalah itu tidak dapat, barulah kita gunakan guaman, gunakan undang-undang. Bukan apabila ada satu peristiwa kita rasa, ini patut. Untuk takutkan orang, kita buat undang-undang. Bukan cara begitu. Ada cara lain lagi. Cara pendidikan, cara ini. Jadi kita jangan tutup segala pintu-pintu lain.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan, apabila kita buat undang- undang, kita makin banyakkan lagi undang-undang yang criminalizing dengan izin, masyarakat, sebenarnya kita memberi satu imej yang baik kepada kerajaan, kepada negara kita. Bermakna orang di negara kita ini, negara yang seolah-olah banyak penjenayah, sedangkan boleh dibahaskan, adakah mereka-mereka yang hendak dihukum ini betul-betul seorang penjenayah.

Sebab itulah, sepatutnya saya cakap tadi sepatutnya kita makin ke depan.

Sepatutnya kita berfikir macam mana hendak buat Freedom of Information Act. Bacalah dalam Wikipedia.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Puchong bangun. Yang Berhormat Puchong bangun.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi, isu berkenaan adanya atau wujudnya hukuman mandatori. Saya minta penjelasan atau pandangan daripada Yang Berhormat Sepang. Sebagai seorang pengamal undang-undang khususnya dalam undang-undang jenayah, apabila wujudnya satu kes di hadapan hakim, di mana ada fakta-fakta yang tertentu. Adakah hukuman mandatori tersebut itu, iaitu sesuatu hakim dalam isu memberikan penyelesaian kepada kes tersebut dari segi hukuman, ataupun adakah ia mengakibatkan tugas hakim tersebut itu lebih sukar untuk dilaksanakan Yang Berhormat Sepang.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih. Jawapan kepada soalan itu ialah ia menyukarkan lagi kerja hakim, sebab kita tahu sebelum hakim jatuhkan hukuman, hakim akan beri peluang kepada tertuduh ataupun juga kepada orang yang bersalah melalui peguamnya atau melalui dirinya sendiri untuk meminta dipanggil untuk dipanggil mitigation. Hakim akan mengambil kira rayuan mitigasi itu. Rayuan mitigasi ini yang akan menentukan, yang akan memberi input-input yang diberikan dalam mitigasi itu akan digunakan oleh hakim untuk menjatuhkan hukum.

Tapi apabila ada hukuman mandatori, tidak guna lagi mitigasi. Kalau ada mitigasi pun hakim terhad. Contohnya kalau kita kata hukuman paling rendah lima tahun. Walaupun

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

dia mungkin hanya melakukan kesalahan kali pertama, mungkin tidak ada rekod jenayah, tetapi oleh kerana dia telah pun terikat dengan minimum sentence, maka dia terpaksa, hakim tidak ada pilihan. Hakim akan kenakan juga paling kurang lima tahun. Inilah yang kita tidak mahu. Sebab saya kata tadi mereka yang melakukan jenayah ini mereka dimotivasikan oleh pelbagai kerana mungkin kemiskinan.

Sebab itu dalam Islam, kalau kata ada pun hukuman mencuri potong tangan.

Zaman Sayidina Umar apabila berlakunya kemarau, berlakunya keadaan maja’ah, keadaan yang betul-betul orang lapar, dia tangguhkan hukuman itu. Sebab apa, sebab ada sebab.

Maknanya mens rea itu tidak ada. Dipanggil guilty consciousness, guilty mind tidak ada.

Sebab melakukan jenayah itu tidak ada. Oleh sebab itulah kita merasakan bahawa kerajaan jangan senang-senang hendak buat minimum sentence ini. Sebab kita sudah ada. Kalau hendak pun dalam kes-kes yang betul-betul exceptional. Dalam kes yang betul kita rasa perlu setelah kerajaan buat satu kajian dan malangnya dalam penjelasan yang diberikan dalam akta ini, kita hanya menyaksikan dua tiga paragraph saja. Tidak diterangkan kenapa, apa asasnya. Apakah philosophynya? Apakah dasarnya kenapa ia perlu dibuat?

Jadi kita khuatir kalau kita terus buat begini bermakna kita seolah-olah menjadikan satu benda yang asalnya memang tidak pun, it’s a not a really criminal. Tapi bila kita jadikan ini, kita criminalizing sesuatu yang tidak sepatutnya kita buat.

Sebab itulah saya menyeru supaya kerajaan kaji balik, kalau boleh bukan kaji lagi, tarik balik. Bukan kita kata kerajaan tidak boleh meminda undang-undang, ada setengah- setengah memang perlu dipinda, dikenakan hukuman yang lebih berat lagi, itu tidak ada masalah tetapi bila kita letak minimum sentences kepada banyak sangat kesalahan kita memberikan satu mesej yang tidak baik kepada masyarakat dalam negara kita dan juga masyarakat di luar seolah-olah di negara kita banyak sangat jenayah.

final • 5:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sebab itulah saya menyeru supaya kerajaan ambil juga. Kalau tidak hendak ambil suara kita pun, ambillah suara Yang Berhormat Kinabatangan. Anggaplah Yang Berhormat Kinabatangan itu suara kita juga. Mungkin juga selepas ini saya bercadang hendak bagi dia borang PAS sebab nampak dia bercakap macam orang PAS dah. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Rang Undang- undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013. Saya ingin melanjutkan daripada apa Yang Berhormat Puchong sebutkan tadi mengenai fasal 203A yang begitu luas. Kalau kita meneliti atau membaca apa-apa yang diadakan dalam fasal itu, ia bukan sahaja meliputi pegawai-pegawai kakitangan sahaja tetapi ia juga akan melibatkan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua sendiri akan dikenakan oleh seksyen baru ini.

Ini kerana kalau ada satu permintaan daripada pentadbiran untuk memanggil isu notice of meeting, notis mesyuarat Parlimen, Tuan Yang di-Pertua harus mengeluarkan notis untuk memberitahu semua orang. Dari mana Tuan Yang di-Pertua ambil informasi ini? Information obtained by him in the performance of his duties as a Speaker in the exercise of his function under any written law. You get the information that, there must be a meeting to be held, you issue the notice which mean you have disclosed the information of the date of meeting. Kalau kita baca benar-benar akta ini, Tuan Yang di-Pertua akan dihukum salah kerana telah disclose information of meeting. Kalau ada pertanyaan bahawa apakah kadar jenayah negara kita, Menteri Dalam Negeri harus membuat kenyataan mengenai kadar jenayah, dari mana dia perolehi informasi mengenai kadar jenayah. He obtained it in the performance of his duties as a

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Home Minister. Sekiranya dia disclose the information, he is guilty under the act. Segala informasi mengenai keuntungan Petronas, keuntungan statutory body, Laporan Audit Negara, semua itu adalah information obtained by a person in a performance of his duties or the exercise of his function under any written law. So as long as he discloses the information, he is found guilty under this act, under this section. Inilah kesan yang terlalu luas yang diadakan oleh fasal itu.

Oleh itu, saya rasa rang undang-undang ini bersama dengan rang undang-undang prevention of crime itu adalah telah dibentangkan dalam Dewan ini kerana untuk menunjukkan kehebatan Menteri Dalam Negeri semasa UMNO’s election sahaja. Rang undang-undang ini dibentangkan tergesa-gesa sahaja dan ada muslihat, ada konspirasi.

Di samping fasal yang saya sebut fasal 11, saya jemput kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada pentafsiran yang lain, boleh kita bincangkan sekarang. Akan tetapi nampaknya dari pihak sana tidak ada langsung apa-apa pentafsiran yang lain kecualinya sesiapa yang disclose information which has been obtained by him in the performance of his duties, akan disalahkan.

final • 5:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Bandar Kuching, minta laluan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 5:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuching. Saya hendak dapat komen daripada Yang Berhormat Kuching mengenai seksyen Yang Berhormat sebutkan tadi iaitu 203A mengenai disclosure of information ini. Tadi Yang Berhormat beri contoh Tuan Yang di-Pertua sendiri atau pun Menteri Dalam Negeri atau pun siapa sahaja yang disclose information yang diperolehi dalam masa dia menjalankan tugas.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuching. Seorang lecturer, pensyarah, dia hendak menyampaikan lecturenya, dia kena membaca, dia kena study, dia kena buat research mengenai satu-satu perkara, satu-satu information. Kemudian, dia dapat information itu, dia hendak laksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang pensyarah. Bagaimana mungkin dia menyampaikan informasi yang diperolehi itu dan adakah kalau dibuat begitu, contravene atau pun bercanggah dengan peruntukan akta ini dan didapati bersalah? Minta penjelasan, terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Dengan izin, there is no other definition, interpretation that I can think of, except that he is guilty. Except the lecturer is guilty of giving his lecture, based on information that he has obtained in the course of his duties, in the performance of his duties. Saya haraplah dengan contoh-contoh yang kita bangkitkan dalam Dewan ini, ia telah sent a strong message kepada pentadbiran bahawa rang undang-undang ini memang mempunyai banyak tempat yang harus diubahsuai, diperbaiki sebelum ia diluluskan dalam Dewan ini. Sehinggakan ada dua orang, hanya dua orang Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional yang berbahas dalam Dewan ini hari ini. Kedua-dua mereka pun tolak rang undang-undang ini.

[Tepuk] What more we need to say? What more we need to say? Menteri yang bentangkan itu pun tidak ada di sini sudah. Menteri itu lari sudah. Hendak cari bantuan.

Saya hendak merujuk kepada fasal 33 dan juga hendak menunjukkan bagaimana, how ridiculous fasal ini? Katanya, satu contoh seorang penjaja di market, pada masa Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia, dia hendak affix a flag, affix our Jalur Gemilang di tiang di mana stor dia terletak, dia terpaksa meminta kelulusan daripada council tetapi mana mereka tahu itu adalah keperluan undang-undang. Mereka berasa patriotik, mereka mempamerkan bendera negara kita. Dan mereka juga akan dianggap sebagai satu kesalahan, satu jenayah yang boleh dihukum up to three years. Untuk banyak persatuan termasuk parti-parti politik yang menganjurkan satu majlis makan malam, biasanya kita ada tunjukkan bendera kita, ada tunjukkan sign untuk

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

menyenangkan peserta-peserta yang hendak ambil bahagian dalam majlis makan dan tindakan itu juga– oh, Menteri balik sudah.

[Disampuk] Ada, ada, baik. Tindakan itu juga akan dianggap sebagai satu pelanggaran undang-undang yang akan dihukum tiga tahun, up to three years. Tuan Yang di-Pertua, biasanya kalau keluarga ada orang mati, mereka akan tunjukkan, pamerkan tempat di mana the place for relative to pay last respect, di mana di tempat itu mereka akan mendirikan papan-papan untuk direct where is the decease place. Ini pun akan dianggap salah dalam undang-undang ini.

Oleh itu, kesimpulan saya adalah undang-undang ini telah dibentangkan untuk menunjukkan kehebatan Menteri Dalam Negeri. Sekarang UMNO’s election pun sudah selesai. Tariklah balik undang-undang ini, tidak payah lagi tunjuk kehebatannya. Apa yang kita benar-benar bimbang, khuatir atau perlu ambil perhatian adalah keselamatan negara kita. Keselamatan negara kita tidak akan dijamin dengan hukuman yang lebih berat.

Sebaliknya...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bandar Kuching, panjang lagi?

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ada 10 minit, 15 minit, 20 minit.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

15 minit kah 20 minit?

final • 5:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Esok sambung 20 minit.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Yang Berhormat, kita sambung persidangan kita pada jam 10 pagi hari esok.

final • 5:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026