Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan pihak Imigresen Malaysia dalam prosedur pengambilan pekerja asing dari negara sumber serta apakah prosedur terkini berkenaan pengambilan pekerja asing dari negara sumber.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini bersifat teknikal dan ia panjang sedikit. Izinkan saya membaca jawapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi permohonan pengambilan pekerja asing tidak mahir hendaklah dibuat di pusat kelulusan setempat ataupun OSC - Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri.
Syarat permohonan pengambilan pekerja asing tidak mahir adalah permohonan dibenarkan bagi lima sektor utama iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, pertanian, perdagangan dan had umur kemasukan 18 hingga ke 45 tahun dan negara sumber yang dibenarkan sahaja. Bagi sektor perkhidmatan, hanya dibenarkan subsektor pembersihan dan pencucian, tukang masak, pulau peranginan, spa, refleksologi, pekerja hotel dan kedai-kedai sahaja.
Permohonan akan dipohon oleh majikan dan dipertimbang oleh panel temu duga yang terdiri daripada pegawai-pegawai agensi kawal selia mengikut sektor setelah semua dokumen diperlukan lengkap. Antara dokumen yang wajib diperlukan adalah perakuan job clearing system ataupun (JAS) yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, lesen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), laporan daripada Jabatan Pertanian, geran tanah, kontrak kerja dan kelayakan mengikut sektor.
Tuan Yang di-Pertua, majikan boleh hadir secara walk in untuk temu duga Yang Berhormat. Kelulusan akan diberi pada hari yang sama. Majikan yang telah mendapat kelulusan hendaklah membuat bayaran levi tahun pertama, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing di Kementerian Dalam Negeri setelah mendapat kelulusan.
Bagi permohonan pengambilan pekerja asing untuk sektor pengawal keselamatan, majikan memohon dan permohonan akan diproses oleh Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri. Syarat permohonan pengambilan pekerja asing bagi pengawal keselamatan adalah terdiri daripada warganegara Nepal sahaja. Had umur kemasukan adalah 25 hingga 43 tahun dan merupakan bekas tentera.
Bayaran levi bagi pengawal keselamatan dibayar di Jabatan Imigresen Malaysia.
Permohonan yang diluluskan oleh Pusat Kelulusan OSC, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing. Permohonan pengawal keselamatan dan kelulusan oleh Bahagian
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri akan diuruskan oleh majikan seterusnya di Jabatan Imigresen. Jabatan Imigresen Malaysia akan memproses visa rujukan berdasarkan biodata pekerja asing yang dikemukakan oleh pihak majikan. Visa dengan rujukan yang diperoleh ini adalah bagi urusan pemprosesan visa pekerja di pejabat attaché imigresen di setiap negara sumber.
Seterusnya, pekerja yang dibawa masuk ke Malaysia perlulah pas lawatan kerja sementara ataupun PLKS di Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan diberi tempoh 30 hari untuk menguruskan dokumen berkaitan dengan PLKS termasuk pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan PLKS seperti mana prosedur semasa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sektor yang dinyatakan tadi adalah merupakan sektor formal. Bagi permohonan pengambilan pembantu rumah, prosedur adalah berbeza sedikit di mana urusan permohonan adalah terus kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Memandangkan ianya adalah sektor domestik. Permohonan ini akan diurus oleh agensi pekerja swasta ataupun APS yang berdaftar. Syarat permohonan pengambilan pembantu rumah adalah majikan mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 bagi pembantu pertama dan RM10,000 bagi pembantu rumah yang kedua.
Had umur kemasukan 21 hingga 45 tahun dan negara sumber yang dibenarkan.
Agensi Pekerja Swasta akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk memproses visa dengan rujukan serta membayar levi. Agensi pekerja swasta juga diberi tempoh selama 30 hari untuk menguruskan dokumen berkaitan dengan PLKS ini termasuk pemeriksaan kesihatan FOMEMA. PLKS akan dikeluarkan seperti mana prosedur semasa. Terima kasih.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap jawapan kepada soalan saya tadi. Pekerja asing dibawa masuk pada dasarnya adalah untuk memenuhi keperluan 3D iaitu kerja-kerja dirty, dangerous, daunty dengan izin, iaitu yang kotor, merbahaya dan renyah atau remeh temeh.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Walaupun demikian, pekerja asing kini tidak lagi ke 3D tetapi telah menceroboh memasuki kerja-kerja yang bersih dan tidak berbahaya seperti di restoran ataupun rangkaian kedai serba guna. Mereka merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan khususnya mereka yang sedang menunggu keputusan peperiksaan atau cuti belajar.
Adakah KDN bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengetatkan lagi dasar pengambilan pekerja asing ini dalam usaha membanteras perkara ini? Kita tidak mahu kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Sekali gus memastikan kadar jenayah yang berpunca dari pekerja asing tidak terus meningkat.
Perkara yang kedua yang perlu diberi perhatian ialah kadar levi yang pelbagai yang dikenakan mengikut sektor iaitu pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Ini sebenarnya banyak mendatangkan masalah kerana pekerja asing ini asalnya masuk negara kita ke sektor yang murah kadar levinya bagi menjimatkan kos iaitu sektor pertanian yang mana levinya paling rendah, hanya RM410. Akan tetapi sebenarnya bekerja di sektor perkhidmatan restoran, kedai mamak, cleaner dengan izin, kategori levinya paling tinggi iaitu RM1,850.
Akibat daripada kedudukan ini, hasil negara berkurangan. Mereka yang melaksanakan tugas berpeluang untuk memanipulasi keadaan dan pasti terdedah dengan gejala rasuah. Tidakkah KDN berhasrat untuk mengenakan satu kadar levi sahaja sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara Timur Tengah seperti Abu Dhabi ataupun Emirate Arab Bersatu di mana mereka menggunakan satu levi sahaja tidak kira apa jua sektor pekerja asing bekerja bagi membendung masalah ini, termasuklah menimbang untuk mengutip levi ini upfront untuk lima tahun bagi meningkatkan hasil negara dan mengurangkan penggantungan negara kita kepada pekerja asing. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ini nampak tahu sangat dalam bidang ini. Macam sudah terang lagi bersuluh itu. Yang Berhormat ada
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
beberapa soalan Yang Berhormat bangkit tadi. Pertamanya ialah penghijrahan pekerja daripada satu sektor kepada satu sektor yang lain yang mana levinya berasingan nilai.
Sebagaimana Yang Berhormat telah sebut, saya juga ada rekod di sini menunjukkan bahawa levi untuk pertanian ialah RM410, levi untuk pembuatan adalah RM1,250 dan levi untuk perkhidmatan ialah RM1,850. Kadang-kadang mereka yang bekerja sebagaimana Yang Berhormat istilahkan sebagai dirty, dangerous and difficult ini berhijrah kepada satu sektor yang mana levinya lebih tinggi, maknanya kita kerugian daripada segi perkhidmatan levi itu Tuan Yang di-Pertua.
Jadi dalam keadaan sedemikian, pihak kementerian membuat banyak operasi ataupun serbuan kepada tempat-tempat pekerja dan tempat-tempat di mana pekerja asing ini ditumpu, dijumpai ataupun bekerja. Kita telah membuat satu operasi yang disebut sebagai Operasi Sayang di pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ini Operasi Sayang Yang Berhormat sebab rumah urut itu. Satu lagi Operasi Dandan bagi kedai gunting rambut dan salon. Mengikut sektor juga nama ini. Operasi Kutip bagi gelandangan dan Operasi Sapu bagi rumah setinggan. Satu lagi Operasi Minyak bagi stesen minyak dan Ops Pintu bagi pembantu rumah.
Jadi operasi ini banyak kita jalani pada tahun 2013 dan selama itu 744 orang yang terlibat melibatkan 426 orang lelaki dan 318 orang perempuan. Tangkapan ini dibuat berdasarkan kesalahan penyalahgunaan pas disabit di bawah seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/1963. Inilah penghijrahan daripada satu sektor kepada satu sektor yang lain disebut Yang Berhormat tadi. Maknanya jabatan kerajaan, imigresen, polis dan sebagainya ada membuat penguatkuasaan kepada undang-undang supaya mengelak mereka ini berhijrah daripada satu sektor ke satu sektor yang lain.
Kementerian ini bersama dengan Kementerian Sumber Manusia Yang Berhormat, soalan yang kedua itu tadi Yang Berhormat soalan mengenakan satu levi sahaja. Saya pun amat tertarik dengan cadangan Yang Berhormat itu mengikut apa yang diamalkan di Timur Tengah dan sebagainya. Banyak negara menggunakan satu levi supaya penghijrahan ini dapat dibendung. Mengenakan satu levi ini masih lagi dalam kajian pihak kementerian bersama dengan pihak agensi-agensi kawal selia yang lain untuk menentukan levi,kita boleh ditentu dan apakah nilai levi yang akan bakal ditetapkan. Akan tetapi kerajaan memang ada membuat kajian Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang cukup mantap pada pagi ini. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan mengenai pendatang-pendatang ataupun pekerja-pekerja asing ini apabila mereka berada di dalam negara kita yang juga disentuh sedikit oleh Yang Berhormat Tanah Merah tadi, ada di kalangan mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah dalam negara kita ini. Pecah rumah, rompak dan sebagainya.
Apabila mereka ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, ada di kalangan mereka sebahagian besarnya yang membuat aduan terutamanya apabila mereka menggunakan peguam. Peguam mengambil arahan untuk misalnya membuat mitigasi, kalau mereka hendak mengaku salah mereka membuat mitigasi. Apa yang diberitahu oleh mereka yang melakukan jenayah ini ialah puncanya adalah kerana majikan tidak membayar gaji kepada mereka atau majikan cuba cari jalan tolak hutang dan sebagainya sehingga tidak membayar gaji menyebabkan mereka ini kadang-kadang terpaksa melakukan jenayah ini.
Jadi persoalan saya, di peringkat kerajaan, di peringkat kementerian adakah satu saluran untuk misalnya aduan dibuat oleh pekerja-pekerja asing ini apabila mereka merasai ataupun menghadapi tekanan daripada majikan. Kedua, adakah terdapat satu pemantauan daripada pihak kementerian terhadap majikan-majikan yang menggaji pekerja asing ini yang melakukan tindakan-tindakan yang seumpama ini. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan ini juga amat relevan dan memang ada asas-asas yang tertentu Yang Berhormat.
Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat kerana membangkit perkara ini. Oleh kerana pada tahun 2005 dahulu, apabila kerajaan mewujudkan satu sistem apa yang syarikat- syarikat outsourcing yang mana syarikat-syarikat outsourcing ini telah mengambil pekerja
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
daripada luar negara dan pekerja-pekerja ini diserahkan kepada pihak majikan-majikan tertentu dalam beberapa sektor.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah apabila ada perubahan ataupun habis pekerjaan dalam sektor-sektor tertentu, orang ini kembali kepada outsourcing company. Dalam keadaan sedemikian, orang ini tidak dapat gaji dan sebagainya. Apabila dia bekerja dengan majikan yang diserah itu dengan gajinya tidak dibayar majikan, jadi ini juga outsourcing company pada ketika itu pada tahun 2005 dan tahun 2011 itu adalah sebagai majikan kepada pekerja ini.
Akan tetapi dalam masa yang sama, kalau dilaporkan bahawa ia juga bukan yang mengajikan ini, yang menggaji ini ialah majikan sebenar kepada pekerja ini. Jadi, dua-dua ada nampaknya boleh menggelakkan daripada melaksanakan tanggungjawab mereka kepada pekerja-pekerja asing ini.
Jadi oleh kerana perkara ini berlaku, kerajaan telah menamatkan sistem outsourcing ini Tuan Yang di-Pertua. Sekarang kita menggunakan sistem G2G supaya pekerja ini terus kepada majikan dan majikan itu akan terus dipertanggungjawabkan untuk diberi gaji dan kemudahan yang tertentu. Makna dia, sistem dahulu yang kita dapati mengikut apa yang kita lihat adalah kurang tepat, ada yang boleh dieksploitasi oleh pihak- pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab dan kita telah tamatkan sistem itu.
Kerajaan mengetahui dan telah mengambil tindakan dan insya-Allah pada masa- masa akan datang majikan yang sendiri sebenarnya ini yang akan dipertanggungjawabkan soalan gaji, kemudahan, kesihatan dan sebagainya kepada pihak ini termasuk insurans Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Timbalan Menteri tadi ada yang saya setuju, ada yang saya tidak setuju. Kita nampak bahawa di dalam negara kita ini pengambilan pekerja- pekerja asing tidak terkawal sama sekali, ini kerana Kementerian Dalam Negeri tidak tahu berapa banyak pekerja asing yang kita perlu. Yang tahu mungkin Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri lulus sahaja. Ada jawatankuasa yang saya tahu tapi mereka tidak tahu. Contohnya di Sabah kerana kita membayar levi di Sabah, ada peladang- peladang besar mereka tidak mahu membayar levi, mereka hanya menggunakan pekerja yang haram dan tidak berdaftar. Dengan berbuat demikian mereka mendapat untung berlipat ganda.
Persoalan saya di sini, adakah kementerian membuat kawalan kepada syarikat- syarikat yang mengambil pekerja ini dengan tidak berdaftar. Saya tidak nampak ada di Sabah. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kalau saya hendak jawab cara Parlimen England Yang Berhormat, dia jawab ada. Jawapan dia ada tetapi kita ini Parlimen Malaysia, kita banyak bercerita yang lebar. Yang Berhormat sebenarnya perbincangan di antara Kementerian KDN, Kementerian Sumber Manusia berterusan Yang Berhormat, dalam soalan ini dan berkuat kuasa menjalankan tugas dan meluluskan keputusan. Lagipun dalam OSC itu sendiri, semua badan kementerian- kementerian, wakilnya duduk bersama masa kelulusan dibuat, temu duga di buat. Semua agensi kerajaan, kementerian-kementerian diwakili. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita tidak boleh melambakkan semua kepada satu agensi sahaja yang tidak buat kerja Yang Berhormat.
Sebenarnya yang berlebihan dilihat oleh Yang Berhormat itu berkemungkinan, mungkin Yang Berhormat ya, majikan itu mengambil pekerja yang tidak berdaftar dengan kementerian dan akhirnya yang berdaftar itu tidak dapat kerja. Akan tetapi kita tidak pasti Yang Berhormat yang mana satu yang betul, adakah pendatang asing yang tidak berdaftar atau pendatang asing yang PATI ini. Kita tidak tahu sebab kita tidak check satu persatu selain daripada polis, imigresen itu sahaja yang membuat check. Mengikut apa yang saya sebutkan tadi, iaitu kita membuat raid dan sebagainya membuat penguasaan di syarikat-syarikat di badan-badan di tempat majikan ini telah kita
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
buat. Kita dapati ini tidak berlaku Yang Berhormat, permohonan itu masih berterusan. Itu menunjukkan bahawa keperluan kepada majikan-majikan itu masih banyak. Jadi kita tidak melihat di mana letaknya yang pekerja ini tidak mendapat kerja di tempat-tempat yang mereka meminta pekerjaan tambahan yang berlebihan Yang Berhormat sebut tadi. Terima kasih.
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah hasil daripada 'Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit' yang dirangka oleh kerajaan selaras dengan mandat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangani beban penyakit kronik tidak berjangkit.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Yang Berhormat Kemang bertanya tentang Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit atau pun NCD. Penyakit tidak berjangkit adalah seperti kencing manis, darah tinggi, kardiovaskular, strok, kanser dan juga COAD (Chronic Obstructive Airway Disease) seperti asma dan lain- lain penyakit yang kena mengena dengan paru-paru.
Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit atau pun National Strategic Plan for Non-communicable Diseases telah pun dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada bulan Disember 2010. Satu jawatankuasa peringkat Kabinet telah ditubuhkan yang terdiri daripada 10 kementerian. Jawatankuasa-jawatankuasa ini telah pun mengadakan mesyuaratnya. Objektif utama adalah mengurangkan beban penyakit NCD di Malaysia ini dan indikator utama yang telah digunakan ialah penyakit kencing manis dan obesiti. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, tumpuan kempen adalah berkenaan dengan diet, nutrition, exercise dan juga kempen tidak merokok, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dengan soalannya ini, jawapannya begitu pendek. Ini kerana masalah yang saya bangkitkan ini adalah masalah yang besar mengakibatkan jutaan rakyat yang menghidapi penyakit NCD ini. 2.6 juta diabetes, 5.1 juta hipertensi, 6.2 juta hypochlorite lemania, 2.5 juta obesiti dan jumlahnya belasan juta. Ramai dalam Dewan ini termasuk dalam angka statistik. Jadi kita hendakkan satu jawapan yang boleh memberi masa depan yang baik kerana mengikut Tinjauan Kesihatan Mobiliti Kebangsaan tahun 2006 dilakukan sekali lagi tahun 2011, risiko NCD meningkat pada kadar yang membimbangkan.
Jadi soalan saya ialah yang semua ingin tahu apakah tindakan drastik kerajaan dengan adanya satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para Menteri untuk mengatasi perkara, masalah ini. Yang pertamanya proaktifnya dari segi kempen, sekarang ini belum nampak sangat kesan kempen dan yang kedua ialah memperuntukkan dana yang cukup untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua memanglah pelbagai kempen telah di jalankan oleh kementerian. Ini berbeza dengan penyakit berjangkit ini memang mudah kita mencegah melalui pelbagai cara. Akan tetapi penyakit yang tidak berjangkit ini kencing manis, darah tinggi dan sebagainya memang satu perkara yang amat susah kita hendak kurangkan. Namun kerajaan dan kementerian memang mengadakan pelbagai program, antaranya kita bekerjasama dengan pelbagai kementerian dalam hal berkempen ini.
Antaranya kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran, menerbitkan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat pada Januari 2012. Bekerjasama dengan Kementerian Perumahan untuk menyelaras larangan penjualan makanan dan minuman yang tidak sihat di luar pagar sekolah. Pada peringkat akar umbi, insya-Allah kita akan bekerjasama dengan pihak Kemas dan rukun tetangga dan juga Kementerian Belia untuk mengadakan pelbagai aktiviti.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, memang kita mengadakan juga program seribu langkah sehari, program di bawah MySihat. Semuanya adalah awareness kempen Yang Berhormat. Jadi memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang statistiknya memang amat menakutkan. Saya pun ada statistik yang sama, memang amat menakutkan.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Di kalangan masyarakat kita, ada mereka yang tahu ada penyakit kencing manis, ada penyakit darah tinggi tetapi ada juga yang tidak tahu. Apabila diperiksa didapati contohnya kencing manis, dia kata dia tidak ada, dia tidak tahu dia ada kencing manis, bila diperiksa ada RBS dan blood sugar misalnya lebih daripada 7. Jadi, masyarakat kita masih tidak tahu dan dia ingat dia sihat tetapi bila dicheck dia tidak sihat ataupun ada perkara- perkara, faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit yang saya sebut tadi. Jadi kempen ini berterusan dan melibatkan semua masyarakat dan juga di tempat kerja dan di sekolah.
Peruntukan yang diberi melalui MySihat memang banyak lebih daripada RM10 bilion setahun dan MySihat adalah satu badan yang ditubuhkan di bawah akta dan program MySihat ini adalah satu badan yang menyokong usul dan bekerjasama dengan NGO yang ada kaitan dengan kesihatan. Jadi mereka memberi sokongan kewangan kepada NGO- NGO tersebut Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang singkat.
Saya melihat dari soalan asal itu apakah hasil. Akan tetapi, jawapan tadi saya tidak dengar kesan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh pihak kementerian terhadap mengatasi atau menangani masalah-masalah penyakit tidak berjangkit ini. Kita mahu tahu statistik. Statistik yang kita dengar semakin bertambah. Jadi, saya juga mahu tahu, Dewan mahu tahu, kos perbelanjaan yang digunakan oleh kementerian untuk kempen menangani masalah ini melalui NGO dan kementerian masing-masing. Kita sedar banyak pendekatan yang diambil oleh pihak kementerian termasuk jalan kaki 10,000 langkah. Jadi, apakah hasil keberkesanannya itu dibandingkan dengan perbelanjaan oleh kementerian?
Akhir sekali soalan, berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk menghantar pesakit-pesakit dari Sabah ke Kuala Lumpur kerana di Sabah kekurangan pakar? Itu yang selalu dipersoalkan oleh rakyat Malaysia di negeri Sabah.
Yang Berhormat semua di sana menjadi sasaran untuk membantu kos tambang. Jadi, adakah kementerian sedar bahawa yang sengsara ini sasaran daripada hasil ini adalah Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menanggung perbelanjaan ke Kuala Lumpur?
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Terima kasih Yang Berhormat. Kempen yang kita jalankan sekarang ini, ia ada dalam jangka masa lima tahun mulai tahun 2010 sehingga tahun 2014. Jadi, kita sudah buat survey sudah memang nampak ada peningkatan, bukan menurun, peningkatan. Mungkin oleh kerana masalah kita ini sudah jadi masyarakat yang affluent yang kurang aktiviti, buat kerja tidak mahu berjalan, jadi sedentary.
Jadi awareness campaign Tuan Yang di-Pertua, ia memanglah memakan masa dan ubah budaya masyarakat Malaysia kepada lebih aktiviti sihat memang memakan masa yang panjang. Akan tetapi, kita tidak kecewa. Kita akan teruskan melalui pelbagai cara yang saya sebutkan tadi, melalui kerjasama dengan kementerian-kementerian, kerjasama dengan badan-badan NGO, kerjasama dengan badan-badan sekolah-sekolah dan sebagainya. Jadi, masing-masing agensi mengeluarkan kedudukan masing-masing. Yang saya tahu cuma yang MySihat yang telah dikeluarkan lebih 10 juta setahun.
Soalan Yang Berhormat tentang kos menghantar pesakit daripada Sabah ke Kuala Lumpur. Ini saya perlu notis. Tidak ada maklumat, ya?
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengikut data tahun 2010, penyakit diabetic, hypertension, obesity, Malaysia mencatat tertinggi dalam kalangan negara ASEAN. Bagi penyakit kencing manis, diabetic control kita adalah setara dengan negara Bangladesh iaitu bacaan HbA1c ialah 8.6%. Soalan saya, di sebalik pelan strategik yang ada, Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit ini nampaknya kita masih
Dr. Izani bin Husin - Pengkalan Chepa
gagal untuk mengawal penyakit diabetic.. Soalan saya, apakah punca-punca kegagalan kempen kita ataupun kegagalan kita untuk mengawal penyakit kencing manis di Malaysia?
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, ini ada kena-mengena dengan cara hidup kita yang saya sebutkan tadi. Cara hidup kita memang sekarang ini the tendency hari ini ialah untuk kita kurang exercise. Kalau dahulu tidak banyak hiburan yang lain. Kita banyak exercise. Hari ini kurang. Jadi, kita memang menggalakkan aktiviti-aktiviti yang berupa exercise, macam yang saya sebutkan tadi 10,000 langkah sehari, berbasikal.
Ada kementerian-kementerian yang telah pun menggalakkan pekerja masing-masing untuk berbasikal sama ada pergi kerja ataupun berbasikal selepas bekerja. Ada kementerian yang sudah mengadakan gim untuk pekerja mereka masing-masing untuk exercise. Jadi, kerja ini sebenarnya adalah menyeluruh, bukan hanya kementerian yang patut buat kerja ini tetapi seluruh masyarakat. Kita hendak salahkan kerajaan, hendak salahkan kementerian sahaja, tidak bolehlah kerana seluruh masyarakat terlibat. Kalau ikut statistiknya macam yang disebutkan tadi memanglah amat mengecewakan kerana sebenarnya meningkat sedikitlah, meningkat 2%, 3%. Akan tetapi, insya-Allah kita akan usahakan terus untuk mengurangkan NCD ini Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) berapakah bilangan pelabur, jumlah pelaburan, jumlah pekerjaan diwujudkan sehingga kini di Kulim Hi-Tech Park
(KHTP); dan
(b) berapakah jumlah pelaburan tambahan di kalangan pekilang sedia ada di KHTP sehingga kini dan bera[akah jumlah pelabur dan jumlah pelaburan terlibat yang telah menutup operasi
(sekiranya ada) di KHTP.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Taman Teknologi Tinggi Kulim ataupun Kulim Hi-Tech Park adalah suatu kawasan perindustrian teknologi tinggi di Kulim, Kedah. Ia dibuka secara rasminya pada tahun 1996. Ia dibangunkan oleh Kulim Technology Park Corporations Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Kulim Hi-Tech Park ini menempatkan syarikat-syarikat ataupun projek-projek strategik dan berimpak tinggi yang melibatkan teknologi baru dan baru muncul serta pemindahan teknologi baru kepada syarikat-syarikat dan rakyat tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, taman ini mempunyai keluasan seluas 1,853 ekar dan dibangunkan melalui empat fasa. Fasa pertama melibatkan 523 ekar, fasa kedua 512 ekar, fasa ketiga 412 ekar dan fasa keempat 406 ekar. Untuk membangunkan taman ini, Kerajaan Pusat telah membelanjakan sebanyak kira-kira hampir RM800 juta. Pertama, geran yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat berjumlah RM449.1 juta, kedua ialah pinjaman oleh Kerajaan Pusat kepada Kulim Hi-Tech sebanyak RM326.92 juta.
Kebanyakan daripada peruntukan ini ialah untuk membeli tanah dan juga kerja-kerja infrastruktur di Kulim.
Mengenai bahagian kedua soalan Yang Berhormat Jerlun, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini terdapat 78 buah syarikat. Ada besar, ada yang kecil, ada yang multinasional companies, ada yang PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana). 78 buah syarikat ini melibatkan pelaburan berjumlah RM30 bilion sehingga bulan Mac tahun ini dan bilangan pekerjaan yang diwujudkan di sini ialah kira-kira 24,000, satu angka yang besar. Oleh itu, Taman Teknologi Tinggi Kulim ini adalah satu kawasan perindustrian tinggi yang paling berjaya di negara kita.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, pelabur-pelabur yang sedia ada di Kulim ini telah menambah pelaburan sebanyak RM7.7 bilion setakat ini. Mengikut keterangan yang kita ketahui, tidak ada sebuah pun syarikat yang telah menutup operasinya setakat ini di Kulim Hi-Tech Park sebaliknya permintaan untuk taman ini adalah tinggi sekali. Terima kasih.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Cuma soalan tambahan saya adalah bagaimanakah kerajaan melihat trend kemasukan FDI di sektor strategik Hi-Tech ini? Apakah perancangan kerajaan sama ada hendak memperluaskan lagi kawasan KHTP (Kulim Hi-Tech Park) ini kerana saya difahamkan kini terdapat satu lagi kawasan Hi-Tech Park dibuka di Senai, di Johor. Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, kemasukan pelaburan asing dalam bidang high tech begitu membanggakan. Ini merupakan satu pendekatan yang telah diambil akhir-akhir ini iaitu untuk mengurangkan pergantungan kepada low value added activities, kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada nilai tambah yang rendah kepada negara. Sebaliknya tumpuan kita ialah untuk memajukan sektor yang mempunyai teknologi tinggi termasuklah umpamanya dalam bidang aeroangkasa. Malaysia sudah mampu bukan sahaja untuk membuat komponen-komponen kapal terbang dan juga untuk menjalankan kerja-kerja maintenance and repair, tetapi juga syarikat-syarikat Malaysia juga telah mampu untuk membuat penyelidikan dan juga design ataupun reka bentuk beberapa komponen kapal terbang.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Ini adalah antara kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita. Soalan kedua Yang Berhormat Jerlun berkaitan dengan perancangan kita pada masa hadapan, di negara kita ada beberapa buah lagi taman hi-tech. Antaranya ialah di Ipoh, yang belum lagi menunjukkan kejayaan, di Perak. Kedua, di Senai. Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi yang paling berjaya ialah di Kulim.
Pada masa ini cuma empat fasa yang telah dibangunkan, melibatkan 1,853 ekar.
Kita ada perancangan ataupun kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk tambah lagi 2,450 ekar menjadikannya 4,300 ekar. Ini menunjukkan keyakinan tinggi kerajaan negeri sekarang ini di Kedah tentang prospek industri teknologi tinggi ini dan pada hujung bulan ini saya akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi membincangkan masa depan Kulim Hi-Tech Park ini. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan untuk Menteri ialah core business Kulim Hi-Tech ini ialah menyediakan tapak dan prasarana untuk pelabur-pelabur hi-tech untuk masuk ke Kulim Hi-Tech tetapi keadaan tanah makin sedikit. Apakah Kulim Hi-Tech bercadang untuk juga diversify program- program supaya pergantungan kepada pelabur-pelabur asing ini akan menurun dan ia juga mempunyai cara lain bagaimana boleh memajukan Kulim Hi-Tech ini sendiri tanpa bergantung hanya kepada penyediaan dan menjual tanah-tanah kepada pelabur-pelabur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Pihak yang melabur ialah syarikat. Pihak yang menyediakan infrastruktur ialah Kulim Hi-Tech Park ataupun pihak berkuasa iaitu Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.. Itu tugas memang dia. Dia tak melabur. Jadi betullah Yang Berhormat. Jadi Kulim Hi-Tech Park atau Kulim Technology Park Corporation
(KTPC) yang sediakan infrastruktur. Pihak yang melabur syarikat-syarikat. Syarikat ini ada yang besar, ada yang kecil. Antara paling besar ialah syarikat Panasonic umpamanya. Ada kira-kira 3,000 orang pekerja, syarikat ini terlibat dalam bidang solar, photovoltaic wafers, silicone wafers. Ini antara syarikat Jepun yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park.
Kebanyakan mereka dalam bidang electrical dan elektronik. Ada juga syarikat-syarikat tempatan yang melabur di sana umpamanya Syarikat Teknologi Logam cuma mempunyai 25 orang pekerja, Weiss System Malaysia seramai 43 orang pekerja. Jadi, walaupun kebanyakan syarikat di sana merupakan syarikat besar, ada juga syarikat-syarikat kecil.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini tumpuan utama ialah pada sektor electrical dan electronic. Memanglah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan di Kulim Hi-Tech Park ini.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Antara bidang-bidang yang sedang diterokai ialah bidang biotech. Ini akan dibincangkan dengan kerajaan negeri dan kita rasa kemungkinan untuk kawasan yang dipelbagaikan itu tetap ada, khususnya dengan adanya tanahlah. Masih ada lagi tanah. Perancangannya ialah 2,450 ekar. Bermaknanya sekarang empat fasa, kerajaan negeri berhasrat untuk tambah lagi enam fasa. Jadi, kawasan ini kita jangka jika mengikuti perancangannya akan berkembang lebih dua kali ganda daripada apa yang ada sekarang ini dan ini memerlukan kita pelbagaikan sektor industri yang terlibat di kawasan ini.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada MITI kerana lima tahun ini telah berjaya menghilangkan pelbagai keresahan daripada pelabur-pelabur di Kulim Hi- Tech ini setelah Kedah diuruskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat hari itu. Kedua, saya nak minta tolong Yang Berhormat Menteri, misal kata MITI telah berjaya membawa pelaburan yang cukup besar. Cuma masalah Kulim ini ialah ramai expatriate ini masih lagi tinggal di Pulau Pinang kerana kemudahan Kulim itu masih lagi di tahap yang rendah seperti hospital.
Kedua, masih lagi belum dapat jalan four lane yang akan connect North-South Highway kepada Kulim Hi-Tech.
Jadi infrastruktur ini amat penting. Satu, untuk memastikan expatriate yang datang ini tinggal di Kulim. Kedua, untuk melebarkan pemasaran pekerjaan kepada orang-orang sekeliling. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, memanglah ramai daripada expatriate dengan izin yang bekerja di Kulim Hi-Tech tinggal di Pulau Pinang. Ini adalah kerana kemudahan-kemudahan perumahan yang kurang menggalakkan di sekitar. Mungkin Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu boleh membantu. Apa yang ada hari ini cuma perumahan untuk pekerja dan untuk eksekutif pertengahan tetapi untuk CEO, kebanyakan mereka berulang-alik daripada Pulau Pinang. Jadi, kita akan bincang dengan Kerajaan Negeri Kedah, bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang baik dan menggalakkan CEO-CEO ini tinggal di Kulim. Ini kerana nak berulang-alik ini sejam lebih walaupun ada highway. Kita ada BKE. Jadi, kalau kata empat lorong sudah ada dan sebagainya, Yang Berhormat sedia maklum ya. Jadi, Yang Berhormat minta mungkin nak empat lorongkan semuanya. Sekarang ini sebahagian daripada BKE itu sudah pun empat lorong. Mungkin nak tambah lagilah.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Hendak betulkan sedikit Menteri, yang empat lorong sekarang ini, ia dari BKE melalui ke Butterworth. Ini maksudnya daripada Bandar Baharu, North-South Highway, dia connect terus ke Kulim Hi-Tech.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat lebih faham kerana Yang Berhormat di sana. Saya terimalah pandangan Yang Berhormat ya. Terima kasih banyak.
4. Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah kejayaan dari segi kehasilan (output) penyelidikan dan pembangunan
(R&D) yang dikatakan mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion di institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik seperti nanoteknologi, automotif, bioteknologi dan aeroangkasa.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Nibong Tebal atas soalan yang berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan IPT. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2013, sektor pengajian tinggi telah diperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau R&D, dengan izin di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program penyelidikan berimpak tinggi iaitu yang pertama program universiti penyelidikan atau research university, dengan izin iaitu RM500 juta untuk lima buah research university, dengan izin.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Kedua, Central Lab Management dengan izin atau CLM untuk RM80 juta yang memfokuskan dalam biang strategik seperti nano technology, automotive, biotechnology dan aeroangkasa.
Ketiga adalah berkaitan dengan program Research Acculturation Collaborative Effort (RACE) dengan izin dan program ini ada bekerjasama dengan penyelidikan di antara research university, dengan izin dan IPT lain.
Sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program-program penyelidikan fundamental dengan izin di bawah Skim Geran Penyelidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Malaysia (KPM) iaitu Skim Geram Penyelidikan Fundamental, Skim Geran Penyelidikan Exploratory, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang yang diperuntukkan kepada penyelidik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil output atau kehasilan dan impak program penyelidikan di bawah KPM meliputi penghasilan modal insan berpengetahuan tinggi dan penerbitan dalam jurnal-jurnal di peringkat dalam negara dan antarabangsa.
Penghasilan harta intelek, produk untuk dikomersialkan, jaringan kolaborasi dengan industri-industri tempatan dan luar negara serta peningkatan ranking IPT negara di peringkat global.
Timbalan Menteri Pendidikan - Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Hasil daripada penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang teknologi nano, automotif, bioteknologi dan aeroangkasa masih sedang diusahakan melalui Program Central Lab Management (CLM), dengan izin yang bertindak sebagai platform dengan izin untuk merapatkan kerjasama di antara kumpulan penyelidik daripada IPT dengan industri supaya dapat mempertingkatkan keupayaan tempatan iaitu dari segi local capability dan capacity, dengan izin untuk kelestarian negara.
Sehubungan dengan itu, kelestarian pembangunan negara dapat dimantapkan menjelang tahun 2020 melalui kerjasama yang dijalinkan bersama dengan industri kecil dan sederhana IKS yang menjalankan aktiviti R&D. Terima kasih.
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita difahamkan ada 20 buah IPTA ataupun universiti awam di seluruh Malaysia yang diklasifikasikan kepada tiga kategori seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Satu penyelidikan institusi tersebut seperti UM, USM dan lain-lain yang berfokus kategori nombor dua dan yang ketiga komprehensif. Ini jelas menunjukkan ada visi yang baik oleh kerajaan. Akan tetapi malangnya catatan prestasi di IPTA Malaysia berbanding dengan lain-lain universiti, malah di peringkat Asia pun masih lagi tercorot. Baik di dalam bidang pengajian dan juga R&D dengan izin. Contohnya seperti satu laporan yang dikeluarkan oleh Times Higher Education World University, volume 2010 iaitu di Asia, Top 100 University. Di Malaysia hanya UKM yang dapat mencatat nombor 87 kalau dibandingkan dengan universiti-universiti yang lain.
Top 10 ataupun ke-10 adalah teratas universiti sama ada di China, Hong Kong, Singapura dan saya tidak mahu sebut senarai itu.
Soalannya Tuan Yang di-Pertua, jadi untuk meredakan kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia sama ada di pihak ibu bapa, pelajar sendiri, siswazah sendiri dan lain-lain pihak yang berkenaan dan berkepentingan. Adakah tidak pihak kementerian, satu pangkalan data ataupun database yang merangkumi maklumat-maklumat graduan-graduan lepasan universiti di sepanjang mungkin dua tahun yang lepas yang dapat masuk pasaran kerjaya. Di samping kelemahan-kelemahan R&D yang disebutkan tadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan kalau ada database itu, dalam bidang apa yang boleh mereka dapat kerjaya yang baik sama ada sains ataupun bukan sains serta langkah- langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memperbaiki keadaan ataupun persepsi ini. Terima kasih.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang berkaitan dengan kualiti IPT. Di sini saya hendak menyampaikan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat bahawa ini juga sudah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia yang kedua, Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh bahawa
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
sememangnya IPT mengadakan satu pelan pembangunan strategik untuk mempertingkatkan status IPTA dan IPTS. Pada masa yang sama, marilah kita memberikan fokus tentang kejayaan-kejayaan IPTA dan janganlah kita hanya mencari kelemahan- kelemahannya.
Dengan mewujudkan pelan pembangunan IPT atau pelan pembangunan strategik untuk IPT memang sudah mencatat langkah-langkah strategik untuk mempertingkatkan status IPTA dan memang Kementerian Pendidikan Malaysia sedar tentang kelemahan kita dan apa yang sangat penting adalah di mana kementerian berusaha untuk memperbaiki sistem dan di sini saya hendak sampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini bahawa kita juga mempunyai IPTA yang telah merekodkan kebanggaan di mana dari segi kadar pertumbuhan penerbitan The Growth of Journals Publication. Nampaknya kita sudah merekodkan satu rekod yang tertinggi di dunia daripada tahun 2007 hingga tahun 2013 dan kita menggalakkan Singapura dan Thailand juga.
Selain daripada itu sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ada membaca surat khabar pada 10 Julai di NST, sudah terdapat satu laporan yang berkaitan dengan kejayaan Universiti Malaysia Pahang di mana universiti ini sudah memperoleh empat pingat emas dari segi Invention and New Product Exposition Impact di USA dengan izin. Saya akan memberikan information yang berkaitan dengan kejayaan di sini iaitu di mana Dr. Hadi Manaf dari Fakulti Teknologi sudah memenangi pingat emas dengan inovasi yang berkaitan dengan Ammonia Alarm System. Professor Dr Jose Rajan juga mendapat pingat emas dengan inovasi yang berkaitan dengan ‘Clean Energy Storage Device From Oil Palm Waste’ dengan izin Encik Muhammad Najib Razali yang berkaitan dengan Treatment Process Turn Oil Palm Waste Into Industrial Products, dengan izin dan Profesor Jusni Mohamad Zaini ada kemukakan atau mencipta Software to Identify The Type of Timber Found in the Country, dengan izin.
Ini merupakan kebanggaan kita di mana saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat memberi penghargaan juga. Selain daripada itu, impak yang berkaitan dengan contoh produk yang dicommercializedkan pada tahun 2012 ada berkaitan dengan bio pro diesel fuel. Selain daripada itu, Puan Mariani Binti Abdul Hamdi daripada Universiti Teknologi Malaysia yang telah menghasilkan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil yang mana setahu saya sudah hit the market dengan kejayaan.
Selain daripada itu juga hasil daripada penyelidikan berimpak tinggi di dalam bidang nano technology, automotif atau bioteknologi, kita juga dapat banyak produk yang sudah di commercialize kan. Saya bagi contoh dari segi nano technology potential –ini sekali lagi...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Panjang meleleh-leleh tapi tidak menjawab soalan...
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Beritahu bahawa saya tidak menjawab soalan, saya hendak menunjukkan kehebatan IPTA di mana kata Yang Berhormat tidak mahu...
[Tepuk]
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Boleh laluan?
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Kejayaan atau kebanggaan negara kita. Terima kasih...
[Dewan riuh]
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di samping penerangan terperinci yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Nibong Tebal...
Dato’ Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat sudah bertanya soalan, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pun menjawab. Walaupun tidak memuaskan hati setiap Yang Berhormat, saya tidak boleh membenarkan untuk bertanya dua kali. Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita merujuk kepada ranking di peringkat Asia memanglah perlu ada usaha yang lebih gigih untuk meletakkan tahap dan kedudukan universiti kita pada tahap yang membanggakan. Peruntukan yang diberikan untuk R&D ini memang banyak, pertama apakah kementerian mempunyai anggapan bahawa dengan jumlah peruntukan yang ada ini mampu untuk melonjakkan kedudukan universiti kita atau apakah langkah-langkah selanjutnya yang dibuat atau kementerian berpuas hati ini pendekatan dan kaedah yang kita buat. Apakah kementerian juga mempunyai strategi lain bagi membolehkan kedudukan dan pencapaian universiti kita ini berada pada tahap yang boleh kita banggakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan. Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion. Ini sudah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia adalah serius tentang pembangunan pendidikan dan pembangunan. Seperti yang saya sudah jawab dan beritahu bahawa penyelidikan sedang dijalankan dan akan dijalankan.
Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan penilaian atau pemantauan juga apabila penyelidikan dan pembangunan dapat dijalankan. Inilah merupakan salah satu cara di mana apabila kita mengadakan pemantauan dan penilaian kita boleh mempertingkatkan bidang ini. Apa yang sangat penting di sini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengamalkan konsep kaizen di mana apabila kita sudah mengesan kelemahan-kelemahan Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan ambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan atau isu-isu yang sudah diperoleh. Sekian, terima kasih dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, minta izin.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya benarkan Yang Berhormat Taiping tetapi jangan menimbulkan - Hari ini mood saya bagus, dengar.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dengan penuh hormat dan takzimnya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Menara gading merupakan satu institusi yang cukup penting. Ia bukan sahaja untuk sebagai pemangkin pertumbuhan pembangunan ekonomi negara, malahan ia merupakan satu sumber inspirasi dan hasil produk untuk menerajui pembangunan negara. Saya hendak tanya kepada Timbalan Menteri, RM1 bilion telah pun diperuntukkan. Setakat mananya di mana R&D di menara gading dapat membekalkan ataupun mendorong tanah air kita untuk menghasilkan produk- produk jenama antarabangsa dan juga daripada segi sains dan teknologi untuk mendorong negara kita terus membangun.
Kedua, kita tahu antara sebab mengapa IPTA dan IPTS kedudukan kita ketinggalan di persada antarabangsa adalah kerana terdapat kelemahan atau kepincangan dari segi kampus autonomi dan akademi freedom di kampus-kampus domestik kita. Apakah langkah-langkah kerajaan dan kementerian untuk memastikan di mana kampus universiti dibebaskan daripada kawalan ketat? Senat dilantik bukan sahaja oleh Menteri tetapi sepatutnya oleh ahli-ahli akademik sendiri supaya kampus kita mempunyai akademik freedom...
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dengar dahulu. Bulan Ramadhan, sabar menunggu. Apakah rancangan kementerian supaya memastikan kesilapan yang berlaku tidak berulang lagi tiap-tiap tahun? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih Yang Berhormat dan jawapan saya adalah begitu ringkas di mana katalah langkah-langkah sudah diambilkan secara serius.
[Dewan riuh]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Apa ini?
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini jawapan yang paling tidak lulus.
[Dewan riuh]
Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua pun ketawa tahu?
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih. Saya ketawa bukan apa-apa.
5. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bentuk pemantauan yang dilakukan oleh kementerian, dalam memantau NGO- NGO yang mendapat bantuan dana antarabangsa dalam melakukan aktiviti mereka di Malaysia.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat berapa bentuk pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas pertubuhan bukan kerajaan ataupun Non-Government Organization (NGO). Antaranya ialah dengan membuat semakan ke atas penyata tahunan dan mengandungi laporan aktiviti pertubuhan, laporan kewangan, minit mesyuarat, minit mesyuarat agung dan senarai ahli jawatankuasa yang dipilih bagi tahun semasa. Dalam hal ini penyata tahunan hendaklah dihantar kepada pendaftar pertubuhan dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung diadakan atau sekiranya tidak mesyuarat agung diadakan dalam tempoh 60 hari setelah berakhir tahun kalendar. Perkara ini selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 14 Akta Pertubuhan 1996. Kegagalan untuk menghantar penyata kewangan akan mengakibatkan tindakan seperti pembatalan pendaftaran pertubuhan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai penambahbaikan pemantauan mulai bulan Januari 2012, tatacara baru mengemukakan penyata tahunan melalui format Borang 9 telah dilaksanakan. Ini telah kita mulakan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tatacara baru ini menyatakan dengan jelas maklumat yang perlu di lengkap oleh setiap pertubuhan termasuk parti politik mengenai sumber kewangan dari ataupun luar negara iaitu maklumat penerima, penderma, sumber dan jumlah dana yang diterima dalam ringgit Malaysia oleh pertubuhan berkenaan.
Selain daripada itu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia turut bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti Bank Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengenal pasti NGO dan individu-individu yang disyaki menerima dana atau sumbangan dari luar negara melalui transaksi kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab banyak perkara. Namun, masih terdapat beberapa persoalan yang bermain dalam pemikiran rakyat yang sehingga hari ini belum lagi terjawab tentang pengaliran dana-dana asing yang memasuki negara yang ada kalanya dilihat sebagai invisible dengan izin interference of domestic affairs. Saya bercakap begini kerana benda ini pernah dibangkit dalam Dewan yang mulia ini sejak tahun lalu lagi.
Ia dibangkitkan tentang pengaliran dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan seperti SUARAM, National Endowment for Democracy (NED). Hari ini pun kita dengar lagi tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan yang mengatakan ada dana-dana asing yang masuk dan membiayai program-program yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan siasah, parti-parti politik. Ia dakwaan daripada Tunku Aziz yang mengatakan Bersih dibiayai oleh dana asing dan yang terbaru pendedahan oleh Jusuf Kalla dalam temu bual bersama dengan Merdeka Online. Saya hendak tanya jawapan secara jujur daripada pihak kementerian, apakah siasatan dibuat terhadap dakwaan yang dibuat oleh Jusuf Kalla? Ia dakwaan yang agak serius yang membabitkan dana asing. Ia bukan hanya aspek pembiayaan program-program sahaja malahan aspek keselamatan termasuk isu Lahad Datu yang disebut dalam temu bual secara explicit bahawa dana datang daripada Filipina, datang daripada United States
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
of America, datang daripada Turkey. Ini merupakan suatu perkara yang benar-benar serius dan apatah lagi juga dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang merupakan pemimpin- pemimpin daripada kalangan parti pertubuhan siasah. Saya bercakap benda yang menjurus kepada soalan.
[Disampuk] Sabar, sabar. Saya bertanya bahawa adakah di pihak KDN melakukan siasatan ini? Ini untuk kepentingan awam, kita dengar. Ia untuk kepentingan awam. Apakah KDN ada lakukan siasatan kerana ini benda penting? Kalau tidak ia boleh menjadi fitnah yang besar. Oleh sebab itu saya hendak membersihkan kepada orang supaya tidak terpalit dengan fitnah. Kalau benar, maka perlu ada pendedahan kepada awam kerana ini membabitkan soal keselamatan. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menjawab secara ikhlas Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap jawapan ikhlas saya ini diterima dengan secara ikhlas juga. Sebenarnya Yang Berhormat menyentuh soalan SUARAM.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]
Pihak Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab kepada ROS. Kepada NGO yang berdaftar dengan ROS. Kalau NGO itu disebut namanya tetapi tidak berdaftar seperti SUARAM tidak berdaftar dengan ROS, maka kita boleh membuat penyiasatan bahkan kita telah membuat siasatan. Akan tetapi oleh kerana dia tidak berdaftar dengan KDN, maka siasatan ke atas ROS ini telah ditamatkan. Akhirnya, kita juga mengetahui semasa penyiasatan dilakukan bahawa SUARAM ini adalah juga sebuah syarikat sebenarnya iaitu Suara Inisiatif Sdn. Bhd. Itu nama lainnya. Jadi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. ini bukan di bawah ROS tetapi di bawah SSM. Jadi, dengan keadaan sedemikian, SSM ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jadi, dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, saya berharap Yang Berhormat tanyalah dengan kementerian itu. Saya tidak mempunyai maklumat berhubung dengannya, Yang Berhormat.
Perkara-perkara lain yang Yang Berhormat bangkitkan tadi masih dalam penglihatan kementerian dan insya-Allah kalau ada perkembangan yang baru, mungkin kita akan dedahkan kalau Yang Berhormat bertanya pada masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya berdasarkan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengelak untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Kepala Batas yang sepatutnya dijawab kalau betul ikhlas. Ini kerana kebetulan Jusuf Kalla di rumah saya malam tadi.
Beliau memberi penjelasan dan telah saya keluarkan dalam media tetapi tidak dilapor di media Malaysia kerana bila fitnah dia lapor.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Bila kita jelaskan, tidak dibetulkan. Dengar? Kalau hendak bangun, saya beri peluang. Ini kerana Pak Jusuf Kalla sebut begini. Saya baca apa yang dia sebut. Dia minta Yang Berhormat Menteri jelaskan, supaya jangan fitnah nanti dibiarkan. Dia sebut siasatan tetapi bila siasatan itu betulkan keadaan dan fitnah, tidak akan disiarkan. Ini saya harap sahabat saya Yang Berhormat Menteri dapat lebih ikhlas dalam hal ini. Pertama, kata Pak Jusuf Kalla. “Tulisan di Berita Harian itu tidak benar, tidak datang dari saya tetapi saya tolak. Saya akan bantah”. Kemudian, selepas itu dia minta saya keluarkan kenyataan ini yang saya sudah keluarkan.
“Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan. Insya-Allah saya serahkan kepada Pak Anwar untuk ambil tindakan susulan yang wajar”. Maka, saya telah putuskan untuk saman Berita Harian kerana fitnah jahat ini.
[Tepuk] Jadi penjelasan yang saya pohon dengan...
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
...Dengan penjelasan yang telah dibuat, Tuan Yang di-Pertua. Dengan kenyataan terbuka di media, dengan kenyataan Pak Jusuf Kalla. Mengapa Kementerian Dalam Negeri terpaksa menunggu berbulan untuk
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
memberi penjelasan kepada soalan yang mudah daripada Yang Berhormat Kepala Batas yang sengaja hendak korek. Dia ingat dia ada isu, isu itu terbatal dengan sendirinya.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk dulu, duduk dulu. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sengaja tadi panggil Yang Berhormat Permatang Pauh bukan kerana penjelasan. Dia berdiri untuk soalan tambahan. Secara kebetulan soalan tambahan pertama saya bagi sama Yang Berhormat Kepala Batas. Jadi, soalan kedua saya bagi sama pembangkang. Secara kebetulan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebenarnya pada mulanya saya mahu kasi sama Yang Berhormat Padang Serai tetapi apabila dia tidak mahu berdiri, itu sebab kita kasi sama Yang Berhormat Permatang Pauh kerana konvensinya, dia harus didahulukan. Itu penjelasan dia. Bukan ada apa-apa. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya juga ikhlas, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tahu kalau saya buat jawapan yang salah di sini, saya boleh dirujuk kepada jawatankuasa, Tuan Yang di-Pertua. Jawatankuasa 36(12). Jadi, saya hendak mengelak daripada rujukan ini. Jadi, secara ikhlas saya kata saya tidak ada butiran jawapan. Kalau tidak ada butiran jawapan. Lagipun soalan ini berhubung dengan kementerian-kementerian lain dan agensi lain, bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menyiasat soalan transaksi wang yang menjurus sempadan, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, saya minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ini kerana saya tidak boleh menjawab apa yang saya tidak ada. Jadi, biarlah saya sebut siasatan kerajaan itu mungkin memakan masa, Tuan Yang di-Pertua. Jadi Yang Berhormat Permatang Pauh, kalau hendak saman, itu cerita lain kerana jawapan daripada saya, apa yang saya tidak ada, saya tidak mahu bagi. What I don’t have, I can’t give you. Very sorry. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sebenarnya tadi, sebenarnya saya hendak mencelah untuk mengatakan bahawa kalau soal-soal mengenai dengan hubung kait negara-negara jiran ataupun negara yang ada hubungan diplomatik dengan kita, secara konvensinya saya tidak benarkan. Akan tetapi saya cuma tidak mahu ganggu Yang Berhormat Kepala Batas sebab yang menjawab ini adalah mantan Timbalan Speaker.
Sama ada dia menjawab atau tidak, terpulang kepada beliau. Jadi, saya ingatkan kembali.
Kalau persoalan-persoalan itu macam mana difikirkan perlu pun. Kalau ada hubung kait dengan negara-negara yang kita ada hubungan diplomatik, tolong kemukakan soalan secara berhemah. Jangan secara explicit. Terima kasih. Ada lagi soalan tambahan?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi satu soalan tambahan untuk soalan. Saya terpaksa kasi sama Barisan Nasional. Sila, Yang Berhormat Lenggong.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya tahu tetapi itu convention kita. Itu convention kita. Bergilir-gilir. Kalau saya langgar convention, terpaksa saya berulang alik lagilah kepada convention. Sila, Yang Berhormat Lenggong. Sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Janganlah marah Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apalah kita tunggu penjelasan daripada Jusuf Kalla. Baru sah kenyataan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana isu yang dibangkitkan ini adalah isu nasional, keselamatan dan kita juga bimbang kemasukan wang ini kalaupun tidak masuk melalui yang ditanya, mungkin dalam bentuk lain dan juga kepada NGO-NGO lain. Di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri, saya hendak tahu apa kaedah yang dibuat dan setakat ini apakah ada bukti bahawa wang tersebut memang masuk dan sebagainya. Saya
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
hendak tanya soalan itu sahaja. Bab jawapan Jusuf Kalla kita tunggu. Biar Jusuf Kalla jawab.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, kadang- kadang kita ini pandai main cakap sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Perkataan itu pusing kiri kanan, jawapannya sama. Minta maaflah Yang Berhormat. Kita ini sama sendirilah.
Sebenarnya jawapan saya masih sama. Yang memantau soal kewangan ini daripada satu negara ke satu negara lain memang tidak ada pada kita, kementerian. Bank Negara dan sebagainya yang memantau. Jadi, kena tanyalah, meminta kepada yang ada, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Jadi, dengan keadaan yang sedemikian, saya tidak boleh menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bachok atas pertanyaan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bachok, masalah hakisan pantai di seluruh negara termasuk pantai di negeri Kelantan sentiasa dipantau oleh kerajaan sepanjang masa. Di dalam keadaan di mana kemudahan awam dan harta benda awam terancam, kerajaan telah mengambil tindakan pelindungan mencegah hakisan dengan membina struktur-struktur kawalan hakisan pantai seperti struktur lapis lindung batu, struktur groyne, dengan izin, dan lain-lain kaedah yang sesuai. Sejak tahun 2003, sebanyak enam kerja perlindungan hakisan pantai bernilai RM13.7 juta telah dilaksanakan di negeri Kelantan sementara dua lagi projek pengawalan hakisan pantai dengan anggaran kos RM20.6 juta akan mula dilaksanakan pada tahun 2013 ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Sementara itu, bagi mengawal hakisan tebing sungai di Kelantan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah memfokuskan masalah hakisan tebing sungai di Sungai Golok semenjak Rancangan Malaysia Keenam sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM46.77 juta untuk projek penstabilan tebing Sungai Golok sepanjang 61.2 kilometer. Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh, JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM100 juta bagi menjalankan projek penstabilan tebing Sungai Golok fasa 2 untuk tahun 2013 hingga 2015 iaitu tambahan kepada peruntukan yang telah diterima RM20 juta untuk tahun 2011 hingga 2012.
Kerajaan sentiasa akan memantau masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh negara dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan kewangan semasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, Kelantan ada 75.5 kilometer kawasan pantai dan 53.5 kilometer terlibat dengan hakisan terutama di kawasan Pengkalan Chepa, Bachok dan juga Kota Bharu sehingga satu kampung hilang daripada peta iaitu Kampung Sabak. Barangkali ini kerana kecuaian pihak yang bertanggungjawab untuk menangani persoalan berkaitan dengan hakisan. Soalan saya juga Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kementerian telah ada perancangan yang strategik untuk menangani hakisan disebabkan banjir kerana kita tahu permasalahan besar hakisan ini adalah berpunca daripada banjir. Kalau ada, adakah termasuk bayaran pampasan kepada harta benda awam dan harta benda penduduk yang terlibat terutama bagi program penambahbaikan kawasan pantai untuk kekalkan daya tarikan kepada pelancong. Sekian.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan ini kerana Yang Berhormat menyebut perkara yang sememangnya amat penting
Dato' Dr. James Dawos Mamit
di negara kita. Negara kita begitu juga dengan dunia ini telah pun dilanda dengan perubahan iklim dan pemanasan global. Jadi disebabkan itu, di pantai, saya sebut di pantai dahulu. Di negara kita, sea level rise ataupun ketinggian air laut sekarang ialah 32 milimeter. Dengan ketinggian ini menyebabkan breaker wave height yang breaker wave height ini memang ombak inilah yang menyebabkan hakisan pantai di negara kita.
Untuk soalan Yang Berhormat tentang hakisan sungai disebabkan banjir. Memang betul, hakisan sungai disebabkan banjir kerana sungai kita bukannya lurus seperti itu tetapi melencong dan bengkok, ada tanjung dan sebagainya. Oleh itu, pengairan berputar ataupun spiral flow semasa banjir ini ialah yang boleh menyebabkan hakisan di tebing sungai berlaku. Apabila kerajaan membina groin ataupun gabion dan sebagainya, maka ada lagi banjir yang datang nanti, ianya beralih pula ke tanjung yang lain ataupun ke tempat-tempat yang lain semasa banjir. Kekerapan banjir disebabkan kekerapan hujan kerana dunia sudah pun dilanda perubahan iklim. Untuk pampasan jika harta hilang ataupun rosak dan sebagainya, ini di bawah tanggungjawab MKN (Majlis Keselamatan Negara) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekian.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak bertanyakan berkenaan dengan rancangan untuk mengawal hakisan tebing sungai. Berapakah peruntukan yang telah diberikan khususnya kepada JPS untuk kawasan Seberang Perai Utara. Ini kerana saya ada satu masalah di kawasan saya iaitu di kawasan Lubuk Meriam di mana ada satu sungai itu kawasan tebing sungainya telah pun terhakis dengan begitu teruk dan boleh menyebabkan keruntuhan rumah, mungkin tiga empat buah rumah dalam sedikit masa lagi. Bila dirujuk kepada JPS, JPS mengemukakan bahawa peruntukan untuk membaiki tebing itu terlalu mahal, jadi tidak ada peruntukan. Sedangkan perkara ini telah pun diajukan sejak beberapa tahun yang lalu. Jadi kalau boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan tentang keadaan ini. Terima kasih.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tentang hakisan. Saya juga semacam Yang Berhormat, kalau hakisan berlaku memang kita susah lebih-lebih lagi kalau rumah nanti yang runtuh, rumah di tebing sungai.
Oleh itu, JPS sememangnya sentiasa memohon peruntukan jika diperlukan kalaulah insiden seperti ini. Oleh itu, JPS negeri sentiasa memantau dan JPS negerilah yang bertanggungjawab untuk memohon kepada kementerian supaya kementerian boleh terus menghantar permohonan ini untuk kelulusan EPU (Economy Planning Unit). Jika ianya diluluskan, kita akan terus buat kerana apa yang penting adalah untuk menjaga hakisan ini agar ianya tidak menyebabkan kerosakan harta benda awam termasuk harta benda persendirian semacam itu. Terima kasih.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu hakisan pantai ini juga melibatkan di kawasan saya di Parlimen Kuala Nerus.
Saya lihat ada dua cara penyelesaian dibuat oleh kerajaan. Satu menggunakan tambakan yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi satu lagi cara yang kurang kita ambil sedangkan diguna pakai oleh banyak negara luar yang hebat iaitu menggunakan pasir pantai sebagai tambakan. Kalau kita gunakan tambakan batu, ia menyebabkan pantai yang cantik seperti tempat saya di Tok Jembal itu hilang keaslian pantainya kerana ia adalah aset pelancongan. Akan tetapi menggunakan pantai seperti yang berlaku kita lihat di Australia sebagai contoh, Miami Beach menggunakan pasir yang cantik daripada Brisbane dan juga satu lagi beach di Adelaide menggunakan tanah daripada gurun Australia hingga memberi ruang pekerjaan industri mengangkut pasir di Australia menjadi industri yang paling antara yang terkaya di dunia.
Jadi persoalan saya ialah sejauh mana kerajaan cuba melihat penyelesaian yang lebih baik daripada apa yang kita gunakan dalam masa yang sama kita lihat kos ataupun tender yang dikeluarkan untuk projek hakisan pantai ini untuk tambakan. Sebagai contoh di Terengganu, dikeluarkan hanya pada 15 April 2013 sedangkan isu ini telah berlaku sejak tahun 2009 lagi. Ertinya berlaku kelewatan pada pihak kerajaan menangani isu ini di samping menggunakan kos yang sangat mahal yang menurut kajiannya tidak memberikan kesan yang besar kepada cara menangani isu hakisan pantai tadi. Terima kasih.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Nerus. Hakisan pantai ada dua jenis yang berlaku sebab kawasan pantai sememangnya sudah didefinisikan sebagai kawasan di tepi laut. Satu, tebing. Jika tidak ada pasir pantai di situ, maknanya itu hanya tebing dan tebing pun boleh dihakis oleh breaker wave yang tinggi yang saya sebutkan tadi. Kedua adalah hakisan pantai yang berpasir. Hakisan pantai biasanya berlaku di waktu breaker wave yang tinggi tadi tetapi selepas itu air pasang surut, maka air pasang ini sebab ianya kuat, breaker wave yang tinggi membawa pasir lari ke laut.
Dato' Dr. James Dawos Mamit
Oleh itu jika dibuat pasir ataupun pantai dengan lebih baik lagi, kita menggunakan pasirlah yang kita namakan rehabilitation. Pantai-pantai ini yang perlu rehabilitation, selepas itu kita cari pasir daripada tempat lain dan masukkan di situ. Sekiranya tapak itu sememangnya satu destinasi pelancongan, itu semestinya dipercepatkan. Di seluruh negara sudah ada projek seperti ini termasuk di Port Dickson. Akan tetapi yang buat ini kerana ia adalah tarikan pelancong, maka Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab untuk buat rehabilitation seperti ini seperti di Port Dickson. Di mana saya dulu sebagai Timbalan Menteri Pelancongan telah pun melawat dan memberi nasihat bagaimanakah untuk buat ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 17 Julai 2013.” Tuan Yang di-Pertua, ada majlis berbuka puasa yang diimamkan oleh Dr. Asri Zainal Abidin. Dijemput hadir supaya kita kurang sikit tension.
Tuan Yang di-Pertua
Yang ayat penghabisan itu bukan termasuk dalam usul ya Yang Berhormat Menteri. Sila, siapa yang sokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas satu perkara yang serius iaitu usul yang telah saya kemukakan pada 12 Julai iaitu untuk supaya Dewan ini merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia disebabkan melanggar Peruntukan 36(12) di dalam jawapan bertulis beliau kepada Dewan iaitu bahawa RTM ataupun Jabatan Penyiaran Malaysia sememangnya tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak. Saya meminta supaya memandangkan isu ini adalah isu privilege, Tuan Yang di- Pertua mempertimbangkan dan memberi masa ataupun precedence untuk usul ini dibahas.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sebab tadi apabila sesi soal jawab sedang berjalan, saya sibuk kadang-kadang baca on precedence semua mengenai dengan privilege di bawah 36(12). Ini kerana yang sering kali sekarang ini disalahtafsirkan ialah ungkapan-ungkapan yang unparliamentarily. Kadang-kadang ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bawa untuk breach of privilege. This is a lot of different. Jadi sekarang ini saya sedang mempertimbangkan hujah Yang Berhormat dan feedback yang saya hendak tunggu sekarang ini daripada kementerian yang berkenaan.
Apabila saya timbang kedua-dua belah pihak, baru saya buat ruling. You don’t have to worry. We still have on Thursday. Terima kasih, sila.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” [15 Julai 2013]
Tuan Yang di-Pertua
15 minit saya difahamkan telah dihadkan Yang Berhormat Tuaran. Selepas Yang Berhormat Tuaran 15 minit, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut membahaskan Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan (2012) 2013 iaitu membenarkan lebih RM12 bilion dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
untuk perbelanjaan tambahan yang melibatkan lebih 20 buah kementerian, jabatan dan agensi untuk mengurus dan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berminat untuk berbahas dalam soal persoalan yang di bawa oleh Yang Berhormat Gombak semalam mempersoalkan kenapa perbekalan tambahan ini dibuat. Sebab bagi saya perbekalan tambahan seperti ini adalah satu lumrah dalam mana-mana bajet ataupun perbelanjaan sebab setiap perbelanjaan seharusnya ada perbelanjaan luar jangka.
Apa yang saya ingin bahaskan di sini ialah soal transformasi dalam sistem penyampaian kerajaan yang sememangnya sudah kita buat komitmen daripada pihak kerajaan iaitu di mana yang tidak baik kita perbaiki dan di mana yang tidak disenangi oleh rakyat, kita berusaha untuk terus mentransformasikan supaya rakyat lebih senang dan gembira dengan selesa dengan keadaan. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan dalam sistem penyampaian.
Pertamanya dalam pelaksanaan pembinaan bangunan-bangunan sekolah baru.
Saya difahamkan di negeri Sabah bahawa banyak bangunan pembinaan sekolah baru ini yang dalam keadaan projek sakit ataupun projek lewat. Dalam lain perkataan, sudah sekian lama dimulakan tetapi belum siap-siap dan ini termasuk tiga buah sekolah di kawasan saya di Tuaran iaitu SMK Kinabalu, SMK Pekan Telipok dan SK Telipok.
Saya berada di Dewan yang mulia ini pada ketika itu apabila saya telah mendesak dan meminta supaya SMK Nabalu dibina sehinggakan Timbalan Menteri pada ketika itu Yang Berhormat Tanjong Karang telah menerima cabaran itu dan bersama-sama kami ke lapangan dan melihat tapak dan akhirnya kerajaan telah bersetuju dan sehingga pada hari ini saya sudah kembali ke Dewan ini dan masih lagi tidak siap-siap malah diberhentikan pembinaan sekolah ini. Saya juga difahamkan pada ketika itu saya tidak ada di Dewan ini, mantan Timbalan Menteri Pendidikan telah ke tapak itu, saya juga berada di sana dan beliau telah membuat janji yang kalau bangunan itu, pembinaan ini ataupun tender telah dikeluarkan beberapa bulan, dia mengatakan potong tangan saya dan sebagainya.
Akan tetapi akhirnya pada hari ini, rakyat mempersoalkan dan mangsanya kita sebagai bagi wakil rakyat seolah-olah kita yang tidak menjalankan tugas. Apa yang saya ingin mempersoalkan di sini ialah dari segi standard operating procedure dalam meluluskan satu-satu permohonan projek. Apakah standard operating procedure dalam meluluskan projek ini telah ditepati, telah diikuti? Contohnya pada hari ini, pembinaan bangunan ini telah dihentikan kerana tiba-tiba pihak pemaju, pihak kontraktor telah diminta untuk membuat kajian ataupun menyerahkan Laporan EIA, membuat balik satu soil investigation dan sementara waktu dihentikan pembinaan kerja-kerja membina bangunan.
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta pihak kerajaan supaya mengkaji semula soal standard operating procedure dalam meluluskan satu-satu projek ini supaya EIA itu hendaklah dibuat sebelum struktur design satu-satu bangunan itu dibuat sebab syarat- syarat kelulusan projek itu boleh dimuatkan dalam design satu-satu bangunan sebagai satu mitigating measures dalam menangani mana-mana keadaan tapak bangunan. Dalam hal ini juga saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, pihak kementerian, berapakah lagi projek-projek yang dalam keadaan sakit di negeri Sabah dan yang lewat.
Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang sedang diambil dan akan diambil untuk memastikan supaya semua projek ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin beralih ke satu tajuk lagi dalam Kementerian Pelajaran melibatkan Kementerian Pendidikan...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Silakan.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setuju tak Yang Berhormat Tuaran, pokok punca masalah semua ini projek lewat adalah dua. Satu, kronisme. Yang kedua tiada polisi tender terbuka oleh kerajaan. Setuju tidak?
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Itu pandangan Yang Berhormat dan satu andaian.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Itu pandangan Yang Berhormat ya. Tidak ada bukti yang mengatakan ini soal kroni ataupun soal sama ada tender atau tidak. Saya tidak tahu bagaimana projek ini diluluskan, sama ada menggunakan tender ataupun dibuat secara runding terus. Saya tidak ada fakta dalam soal itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan beralih lagi kepada satu tajuk lagi iaitu dalam hal penempatan guru-guru. Dalam hal ini, sudah sekian lama guru-guru daripada Semenanjung telah diberi insentif untuk berkhidmat di negeri Sabah kerana kekurangan guru yang berkelulusan graduan di negeri Sabah. Untuk ini, pihak kerajaan telah memberi elaun perumahan wilayah kepada guru-guru daripada Semenanjung iaitu bagi bukan siswazah dan berkhidmat di dalam bandar, elaun sebanyak RM830 dan bagi yang berkhidmat di luar bandar, sebanyak RM730. Bagi yang siswazah pula dan berkhidmat di bandar, sebanyak RM930 dan yang berkhidmat di luar bandar sebanyak RM830.
Manakala, guru-guru daripada Sabah yang bertugas di Semenanjung dan di Sarawak pula kadarnya ialah yang bukan siswazah cumalah RM180 dan yang siswazah RM250 dan bagi mereka yang berada dalam gred atas DG44, kadarnya ialah RM400 ke atas. Keadaan ini telah membuatkan satu perasaan yang kurang senang di kalangan guru- guru di negeri Sabah. Kenapakah perbezaan kadar elaun perumahan tersebut? Kita faham bahawa, perhatikan dahulu insentif telah diberikan kepada guru-guru daripada Semenanjung tetapi berikutan dan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini yang mengatakan bahawa selepas ini graduan daripada institut daripada IPG tidak akan lagi diberi penempatan secara automatik sebab guru-guru yang dilatih di IPG sudah pun lebih daripada yang diperlukan.
Tuan Chuan Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Tuaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Batu bangun.
Tuan Chuan Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, boleh celah sikit.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Tuan Chuan Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih, saya ingin dapat pandangan dari Yang Berhormat Tuaran sama ada betulkah kita masih kekurangan guru tempatan dari Sabah? Tidakkah selepas kita merdeka sekian lama, bolehkah kita bagi priority supaya kita bagi target pada satu tahap yang tertentu Sabah dapat self-sustained dalam perbekalan guru?
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Sebenarnya saya telah mendapat permohonan ataupun minta sokongan daripada ramai graduan daripada Sabah termasuklah graduan dalam Bachelor Pendidikan daripada universiti swasta seperti UNITAR yang meminta ditempatkan. Dengan lain perkataan, sebenarnya di negeri Sabah saya amat yakin kita juga mempunyai graduan yang mencukupi. Suatu ketika dahulu mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah mengatakan yang guru-guru, orang-orang Sabah tidak berminat dalam bidang pendidikan dan waktu itu saya bukan di Dewan yang mulia tetapi saya telah mencabar beliau. Saya mengatakan bahawa sendiri boleh membantu untuk menjemput anak-anak muda Sabah untuk datang temu duga jika sekiranya ada temu duga terbuka. Temu duga terbuka telah dibuat di beberapa daerah di Tenom, Nabawan, Sipitang, Telupid, Kudat dan sebagainya dan beribu-ribu yang telah hadir, untuk datang. Akhirnya yang diambil hanyalah sedikit. Ini membuktikan bahawa sebenarnya kita mencukupi dan andai ada yang mengatakan anak-anak muda Sabah tidak berminat menjadi guru adalah tidak benar ya.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Apa yang saya ingin nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah oleh kerana hari ini sudah mencukupi dan tidak lagi automatik dari segi penempatan guru-guru yang lulusan IPG, saya ingin mencadangkan supaya selaraskanlah. Biarlah elaun perumahan wilayah dijadikan 1Malaysia. Maknanya yang dari Sabah datang ke sini elaun sama, yang dari Semenanjung ke Sabah biar sama. Tidak perlu dibeza-bezakan lagi ya.
Seterusnya saya ingin pindah ke satu tajuk lagi iaitu dalam hal pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Etnik. Kita semua maklum bahawa dalam bahasa etnik ini ada tiga bahasa yang kerajaan dalam sistem persekolahan Malaysia iaitu bahasa Semai, bahasa Iban dan bahasa Kadazan-Dusun.
Saya ingin tahu selama ini berapakah sebenarnya perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan mengendalikan ketiga-tiga bahasa ini. Dalam pembelajaran bahasa Kadazan-Dusun, prestasinya begitu menggalakkan. Sudah dua tahun diperkenalkan di peringkat SPM dan dalam masa dua tahun yang lepas, prestasi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini di peringkat SPM adalah begitu baik iaitu semuanya di atas 90%. Begitu juga di peringkat PMR, prestasi begitu baik dari segi pencapaian peperiksaan semuanya pun atas 90%.
Malang sekali pada hari ini walaupun ramai yang berminat dari segi guru-guru, dari segi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini, tetapi oleh kerana kekurangan guru yang terlatih dan oleh kerana bahasa ini diajar di luar masa mengajar iaitu di mana di sekolah rendah hanya 60 minit saja diperuntukkan dan di peringkat sekolah menengah hanya 90 minit. Maka, guru-guru yang walaupun begitu bersemangat mengajar mata pelajaran ini tetapi bilangan yang mengambil mata pelajaran ini masih lagi sedikit dan perlu...
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Tuaran boleh mencelah sekejap.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh, boleh. Silakan, silakan.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Parlimen Tuaran. Berkenaan dengan bahasa Kadazan-Dusun di sekolah, adakah ia mengelirukan kanak-kanak kita kerana dia adalah bukan dengan izin the usual lingua franca bagi orang Kadazan, Dusun dan juga Murut. Bolehkah Ahli Parlimen Tuaran mencadangkan kepada kerajaan untuk kemas kini dan membuat balik subjek ini where, dengan izin anak-anak murid kita ada peluang untuk belajar dalam bahasa Kadazan, Dusun dan juga Murut? Kedua, Ahli Parlimen Tuaran berkenaan dengan sekolah di Penampang tolong sokong bahawa sekolah menengah di pendalaman Moyog dibuat secepat mungkin.
Terima kasih.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan yang kedua itu Yang Berhormat punya tanggungjawablah kan. Sebab itu kawasan Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Bukan saya bertanggungjawab. Hari itu saya sendiri mendengar Yang Berhormat Penampang telah meminta supaya dilaksanakan apa yang telah diumpan oleh pihak kerajaan. Itu terpulang kepada dialah untuk terus memintalah. Apa yang tarik balik pula. Bukan saya tidak menyokong, itu tanggungjawab dia meneruskan. Saya ini pun cuma wakil rakyat seperti Yang Berhormat. Saya mewakili Tuaran Yang Berhormat mewakili Penampang. Tiada hal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Tuaran gulung ya.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Dalam hal pembelajaran bahasa Kadazan- Dusun, saya ada beberapa cadangan di sini tetapi saya ingin beri pembetulan pada Yang Berhormat Penampang bahawa kita tidak boleh longgokkan Kadazan-Dusun dan Murut ini.
Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Penampang, bahasa Murut juga sudah mula ada projek untuk dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar dalam sistem persekolahan Malaysia. Itu satu.
Apa yang diajar sekarang ialah satu bahasa yang dinamakan bahasa Kadazan- Dusun. Bahasa Kadazan-Dusun ini adalah satu bahasa yang diadunkan daripada pelbagai
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
etnik di negeri Sabah, daripada Tuaran, daripada Ranau, daripada Kudat, Keningau dan sebagainya dan dia masih di dalam proses diperkaya dari segi tatabahasa dan sebagainya.
Apa yang saya ingin mencadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah yang pertamanya supaya agihan guru ini ditambah dari segi latihan.
Kita ada latihan guru-guru di UPSI, Tanjung Malim dan juga tiga IPG di negeri Sabah tetapi daripada segi pengambilan guru-guru latihan, belum mencukupi. Saya difahamkan di IPG Kent di kawasan saya, di Tuaran hanya 20 orang dalam setahun dan perlu ditambah. Begitu juga dalam peningkatan kepada profesionalisme guru-guru yang terlibat sebab ramai daripada guru-guru yang terlibat ini adalah guru-guru yang mengajar dengan semangat tetapi tidak ada latihan termasuklah juga peningkatan daripada segi bidang-bidang kemahiran dalam penggubalan dokumen standard, penghasilan bahan bantu mengajar serta daripada segi kita pedagogi bahasa itu sendiri. Seterusnya daripada segi tambahan peruntukan khas untuk penghasilan bahan bantu mengajar. Pada masa ini, bahan-bahan mengajar yang digunakan oleh guru-guru ini adalah hasil daripada inisiatif mereka sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Saya mohon supaya kesemua bahasa etnik ini sama ada bahasa Kadazan-Dusun, Semai dan juga bahasa Iban ini diberi peruntukan khas daripada segi peningkatannya.
Sama ada daripada segi bilangan guru-gurunya, pengajarannya, penghasilan lebih banyak buku-buku ilmiah termasuklah dalam hal-hal terjemahan. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, khusus dalam hal bahasa Kadazan-Dusun ini, saya mohon supaya pihak kerajaan dan saya ingin bertanya di masa akan datang ini adakah bahasa ini mahu diperluaskan di sekolah-sekolah yang banyak permintaan termasuklah di kawasan Labuan dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, boleh saya satu poin lagi Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Dalam hal ini, untuk mentransformasikan lagi Jabatan Perkhidmatan Awam, Tuan Yang di-Pertua, banyak yang telah diperkatakan supaya kita pelbagaikan, daripada segi keanggotaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang sekarang ini dilihat sebagai tidak mewakili semua suku kaum dan sebagainya.
Saya ingin mencadangkan supaya dalam recruitment di perkhidmatan awam supaya jawatankuasa ataupun panel penemu duga itu hendaklah dianggotai oleh lebih daripada satu suku kaum sama ada daripada segi recruitment mahupun daripada segi kenaikan pangkat. Ini untuk memastikan supaya soal perwakilan, ethnicity itu dapat diambil kira dan dalam hal ini juga, saya ingin mencadangkan supaya perwakilan daripada Sabah dan Sarawak itu dimasukkan dalam panel supaya kita dapat memastikan adanya kepelbagaian di perkhidmatan awam. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk membahaskan usul peruntukan tambahan yang dikemukakan tetapi mengambil kira beberapa pertimbangan dasar yang harus kita teliti. Perbekalan Tambahan 2012, RM28.5 bilion, mengurus dan juga pembangunan dan kalau kita tidak dapat unjuran perubahan kepada statistik bagi hasil terimaan balik pinjaman dan KDNK, nisbah defisit melonjak ke paras 49%. Ini bermakna unjuran tiap tahun dan ini telah kita keluarkan dan sebut saban kali dalam belanjawan dan juga belanjawan tambahan. Unjuran itu selalu jauh lari daripada angka yang disebut oleh Menteri Kewangan tatkala pembentangan dan yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat dari Pekan ialah kemerosotan dalam usaha pengukuhan fiskal berbanding 2011 sama ada daripada segi peratusan kepada KDNK 4.9 berbanding 4.8 atau jumlahnya RM46.5 bilion berbanding RM42.5 bilion.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Momentum pertumbuhan ekonomi juga diakui menurun kerana kadar pertumbuhan suram 4.1% maka unjuran Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang disebut dalam basis dasar BN tentu akan menghadapi masalah kerana KDNK 2013-2014 pasti akan jauh rendah daripada sasaran 6%. Menteri di Jabatan Perdana Menteri umpamanya menekankan dalam jawapan rambang di Parlimen dan kita harus juga memberi teguran kerana jawapan-jawapan itu terutama daripada sudut angka dan kewangan tidak boleh dibuat sambil lewa bahawa kita boleh jangka sekian peratus ataupun mampan. Ini kerana kemapanan itu sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini, itu lumrah diterima oleh Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi tidak pernah berbeza iaitu untuk ekonomi Malaysia itu mapan, harus mencapai target 7%.
Tidak semuanya boleh disalahkan kepada kerajaan kalau tidak capai tetapi untuk Menteri memberi gambaran bahawa pencapaian yang lebih rendah itu akan menjadikan ekonomi mapan, itu tentulah kenyataan tidak benar. Masalah yang saya nak tekankan di sini ialah unjuran mengurangkan defisit nisbah kepada KDNK ke paras bawah 3% yang menjadi target. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selama ini menjanjikan di Dewan bahawa menjelang 2015 tetap akan dipertahankan defisit ke paras 3% tetapi angka menunjukkan ia jauh dan melanggar jaminan tersebut. Ini sebagaimana kita tekankan berkaitan dengan tata kelola governance Kerajaan Persekutuan kerana kalau kita lihat objektif belanjawan tidak boleh lari untuk menyediakan kerangka telus supaya semua pihak mampu meneliti kewangan sektor awam, memantau operasi dan transaksi kerajaan dan tentunya membuat penilaian dan penyemakan prestasi kerajaan sebelumnya.
Kemudian, memastikan urus tadbir, pertanggungjawaban atau accountability dengan mekanisme kawalan yang ketat. Ketiga, kalau ingin menjamin matlamat belanjawan tercapai dan tidak tersasar daripada belanjawan lebihan yang disebut sebelum ini. Saya akui seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran dan lain-lain bahawa belanjawan tambahan itu ada kalanya diperlukan tetapi saya tidak fikir belanjawan tambahan itu menjadi suatu kebiasaan lazim penambahan tiap suku tahun sehinggakan unjuran itu nyata meleset.
Ada kalanya diperlukan tetapi pengalaman saya melihat dalam belanjawan sejak 2008 ternyata ia menjadi amalan. Kalau kita luluskan bulan November, kita boleh pasti bahawa angka itu tidak akan tepat kerana semua unjuran akan berubah dalam suku tahun yang pertama. Diusulkan perbelanjaan untuk SPR, ini disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebelum ini dan saya percaya akan ditekankan cuma saya nak mengambil kesempatan untuk menekankan bahawa walaupun jumlah pertambahan belanjawan untuk SPR itu begitu tinggi tetapi prestasi SPR itu tentu tidak memuaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat dari BN sering mencabar kita kerana selain daripada dakwat kekal, tidak ada isu lain yang dibangkitkan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak ada isu pengundi hantu, tidak ada isu pengundi asing, tidak benar. Mereka baca Utusan dan tonton TV3 tetapi kalau dia dengar dan teliti petisyen dikemukakan, banyak kes yang dibawa yang melibatkan pengundi asing atau pengundi hantu termasuk yang dibawa oleh Yang Berhormat Libaran. Petisyen Libaran khusus wujudnya pengundi- pengundi yang bukan menjadi warganegara dalam senarai. Ini juga dikaitkan dengan kenyataan yang dibuat sebelumnya. Ada beberapa petisyen lain yang menyebutkan cara soal bahawa tidak pernah berlaku blackout, lampu padam semasa pengiraan undi. Bukan sahaja sekali, sekali yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebab itu saya usulkan Yang Berhormat Menteri dalam jawapan-jawapan ini lebih serius dan tidak lucu sepenuhnya. Oleh kerana kalau tengok teliti soal serius, soal serius ini kalau kelucuan tidak dapat menjawab.
Umpamanya di Baram power failure dari 7.45 malam 5 Mei, 45 minit ini termasuk di Kelias di Beaufort. Ini dijelaskan dengan teliti dan dibawa untuk pertimbangan mahkamah tentu mahkamah memutuskan. Saya hanya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa apa yang didakwa oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tatkala membahaskan isu Suruhanjaya Pilihan Raya. Seolah-olah tidak ada asas lain daripada dakwat kekal, itu tidak benar, itu saya ingin betulkan. Umpamanya dalam kes lain Tapah
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
yang juga menjadi kes mahkamah. Sekadar memaklumkan untuk pertimbangan Menteri supaya jawapan itu lebih jelas kerana ini menunjukkan kelemahan dan kecuaian. Malah salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mempertahankan bentuk penipuan ini. Ini kerana dalam kes yang khusus ini dibawa bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap tidak pada ketika yang dibenarkan.
Kemudian isu penipuan apabila bilangan undi melebihi bilangan kertas undi ini keluarkan. Kertas undi Segamat umpamanya, Yang Berhormat Balik Pulau maaf. Kertas undi 700 keseluruhan kertas undi diterima oleh pegawai pengurus. Bilangan yang ada 424, Borang 14 sebut 556. Jadi walaupun ini dikatakan satu yang terkecuali tetapi banyak sangat exceptions to the rule walaupun tidak dilapor begitu rupa. Di Machang hal yang sama berlaku jumlah kertas undi yang patut berada di peti undi 667 dalam gazet pilihan raya 552. Akan tetapi saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat telah senaraikan antara salah satunya. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyebutkan bahawa sebagai contoh untuk DUN Nusajaya yang ditandingi Naib Presiden PAS Tuan Salahuddin Haji Ayub. Kertas undi beliau berada di DUN Mahkota, kertas undi itu berada di DUN Mahkota dan telah dibuat laporan polis. Ada kertas undi untuk Tuan Salahuddin Haji Ayub juga berada di Selayang dan telah ada laporan polis. Bagaimanakah kertas undi begini boleh berada di tempat lain?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Ini memang keistimewaan SPR bukan sahaja pengundi hantu, kertas pun hantu. Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya jawab dalam keterangan itu agak lebih bertanggungjawab. Dia tidak hanya mengatakan ini pembangkang atau Pakatan Rakyat hipokrit. Ini bukan kerja Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya dia kalau hendak jawab itu biar orang politik UMNOkah, Barisan Nasional jawab kita faham kalau perbalahan politik begitu rupa. Akan tetapi kalau Suruhanjaya Pilihan Raya, dia mesti tertakluk kepada peraturan. Dia tidak boleh jawab dengan satu sikap dan pandangan begitu memihak. Ini yang menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Pertamanya penipuan berlaku, keduanya cara dia kendali.
Walaupun saya akui Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi ada membuat kenyataan yang bertanggungjawab bila soal dakwat kekal berbanding dengan Timbalan dia. Dalam perbahasan belanjawan dalam isu yang lain, kita juga bangkitkan dalam perbahasan awal yang tidak sentuh dan dijawab dengan memuaskan. Saya bimbang kalau tradisi ini berlaku Parlimen tidak dapat maklumat yang tepat. Saya bagi contoh untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri dalam kes Bank Pembangunan. Bila Bank Pembangunan meluluskan RM500 juta kepada Tan Sri Kenneth Eswaran itu memang limit pinjaman yang boleh diluluskan oleh Bank Pembangunan. Jawapan Menteri mengikut peraturan semua sesuai, elok.
Persoalan saya ialah semua orang termasuk di Kementerian Kewangan dan Bank Pembangunan tahu bahawa Bank Pembangunan itu tidak di tubuh sebagai bank komersial biasa. Tujuannya juga ialah menjana pertumbuhan, memberi peluang kepada usahawan- usahawan baru terutama bumiputera. Saya hendak tanya sebab jawapan yang lebih ikhlas dan tepat oleh Menteri sepatutnya ialah mengapa RM500 juta boleh diluluskan begitu rupa dengan mudah kepada seorang usahawan yang bernama Tan Sri Kenneth Eswaran yang kaya tetapi tidak boleh diluluskan kepada usahawan sederhana atau kecil termasuk bumiputera.
Apakah rasional Bank Pembangunan di bawah pemantauan Kementerian Kewangan? Menteri Kewangan kata masing-masing bank ada lembaga, masing-masing bank ada jawatankuasa pelaburannya tidak boleh kita campur. Itu bukan jawapan Menteri.
Sebab itu Bank Bumiputera dahulu begitu jawapannya. Tugas kementerian terutama Menteri ialah memastikan bank yang di bawah pengawasan Menteri itu tunduk kepada kerangka, dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan dipantau oleh Menteri. Jadi oleh yang demikian untuk menjawab mengatakan ada board maka tidak akan berlaku kepada Perwaja kalau jawapan begitu. Liability RM11 bilion kerugian MAS, tanggungan yang disebut oleh
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
MAS RM11 bilion akhirnya yang membayar kerajaan. Dengan kerugian MAS yang disebut oleh MAS sendiri yang akhirnya menyaman Tan Sri Tajudin Ramli tetapi bila dibawa ke mahkamah disaman oleh Tan Sri Tajudin, apa yang berlaku? Kerajaan terpaksa bayar.
Tan Sri Tajudin mendapat RM589 juta.
Jadi untuk Menteri mengatakan ini tanggungjawab lembaga dengan menafikan kenyataan bahawa tanggungjawab akhirnya ialah kepada Menteri dan kementerian bertanggungjawab. Jadi sepatutnya bagi penjelasan dan tuntut Bank Pembangunan menjelaskan mengapa permohonan ratusan atau ribuan bumiputera diketepikan? Apa rasional memilih satu bidang yang tentunya bukan strategik, sudah ada banyak channel di televisyen orang yang ada modal mampu menjalankan aktiviti perniagaan mereka masing- masing.
Akan tetapi mengapa memilih untuk mendukung pelaburan yang sedemikian? Ini saya bagi satu contoh sebagai akhir Tuan Yang di-Pertua untuk menjelaskan supaya saya fikir untuk perbahasan harus lebih bertanggungjawab. Saya merayu bukan sahaja kawan- kawan daripada Pakatan tetapi juga sebelah sana bahawa kita boleh berbeza pendapat tetapi jawapan harus tegas dan tepat.
Sebab itu tadi saya bangkitkan soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas yang dijawab oleh Menteri Dalam Negeri dalam hal yang sudah jelas. Boleh Yang Berhormat Lenggong boleh permainkan tidak jadi masalah itu politik picisan peringkat rendah, saya tidak ulas.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Akan tetapi yang nyata di sini ialah, apa yang nyata? Nyata ada fitnah disebarkan oleh media. Ini kita bahaskan juga peruntukan tambahan lebih daripada kementerian berkenaan. Kemudian dinafikan sendiri empat surat ditulis kepada Berita Harian nafi. Saya tidak keluarkan kenyataan. Tidak benar kenyataan itu.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kepala Batas bangun.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Sekejap. Kemudian dinafikan tidak ada penafian itu sehinggakan saya sebut tadi malam tadi, dia datang, dia kata Pak Anwar teruskan, saya bantu kalau mengambil keputusan untuk menyaman Berita Harian.
Ya semalam di rumah saya di Segambut.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tidak ada niat jahat untuk bertanya soalan atau membangkitkan perasaan berang Yang Berhormat Permatang Pauh cuma saya keluar tadi saya buat sedikit check dengan Berita Harian. Saya tanya sebab saya dapat daripada Merdeka Online tapi apabila disebut dalam Dewan yang mulia ini Berita Harian maka saya keluar. Saya tanya apakah ada terima nota bantahan yang dikatakan empat itu. Dicheck sampilah ke pejabat legal department, tidak ada satu pun nota bantahan yang diterima [Tepuk] Tanpa ada rasa syak, saya cuma hendak tanya the authenticity of yang dimaklumkan semalam ketika berada di rumah Yang Berhormat Permatang Pauh. Apakah itu satu kebenaran ataupun satu perkara yang masih lagi dianggap belum diceritakan secara sebenar. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Tidak ada masalah Yang Berhormat Kepala Batas dia tanya saya jawab. Ini text dari Jusuf Kalla, JK.
JK di zaman dulu dipanggil Jusuf Kalla. Text dia kepada saya dan semalam dia datang. Ini text awal. Text ini dikeluarkan apabila saya beritahu kepada Pak Jusuf Kalla. Dengar, kalau tidak boleh ulang di luar... Siapa yang jerit? Bangun, bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak mengapa Yang Berhormat, sila teruskan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Itu fesyen jerit dari belakang, dia tidak berani ke depan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dia tidak faham Peraturan Mesyuarat 41.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Bukan, ini soal kita boleh berbeza pendapat Tuan Yang di-Pertua tapi ini kenyataan yang dikaitkan, kita terima wang dari Filipina, Turkey, Thailand, Indonesia, Amerika - Israel itu akaun lagi. Jadi saya kata okey kalau begitu siapa yang kata? Jusuf Kalla. Dia jawab ada tulisan Azhari di Berita Harian, itu tidak benar. Ini JK- Jusuf Kalla. “Dia datang minta undang wartawan Malaysia saya tolak. Tulisan itu tidak benar Pak Anwar, saya akan bantah.” Baik dia belum bantah.
Jadi apabila saya hendak ambil keputusan untuk buat kenyataan sidang media di sini, dia bawa. Ini dia keluarkan, “Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan”. Ini text dari Jusuf Kalla. Saudara tidak apa kalau hendak pertikai tapi semalam dia bagi laluan kepada saya, dia kata Pak Anwar teruskan, saya bantu sebab itu fitnah...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya dua orang yang bangun. Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak, jadi kalau soal Berita Harian nafi tidak nafi tidak apa. Biar Berita Harian boleh jawab di mahkamah kerana ini bukan kali pertama. You hendak beritahu tapi Yang Berhormat Kepala Batas pun tahulah, dia pun..., Kepala Batas, dia tahulah. Berapa puluh kali dah kena, berapa puluh kali, tidak habis-habis lagi. Minta bukti, tidak payah. Lepas dua minggu, tutup. Selepas itu bawa kes lain. Kes account National Bank of Israel, National Bank of Israel, tuduhan pertama itu kepada mantan Perdana Menteri Tuan Mahathir...
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Itu isu lain dah tu.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Kemudian Straits Times buat kajian. Kata Straits Times, “There is no such institution called National Bank of Israel”. Itu 1999, tahun 2013 keluar balik Yang Berhormat Simpang Renggam, parti itu nak mati, terpaksa dia bagi backup sedikit...
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Just to survive, kemudian ulang, “Anwar ada RM300 juta.” Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pelik jugalah. Dahulu saya ada RM3 bilion turun sampai RM300 juta saja tinggal tetapi politik boleh, tapi apabila ada kenyataan-kenyataan begitu, saya bagi penjelasan fairlah, dituduh saya ambil RM3 bilion ataupun RM300 juta di National Bank of Israel. So saya punya kenyataan, ada tak bank itu?
Tidak ada. Ada tidak tuduhan itu? Tidak ada. Ada tidak WikiLeaks reports? Tidak ada. Ada tidak keluar dalam media? Tidak keluar. Kemudian bukan setakat itu, ada juga yang tukang tilik, ya, ya ada. Ini yang saya rasa saya minta kita manfaatkan waktu debat fakta, bukan debat fitnah...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berdiri untuk menghormati Ketua Pembangkang. Memang seorang yang kita hormat dari dulu pun, soal kredibiliti beliau itu seolah-olah ramai yang mempertikaikan kredibiliti Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya baru terima text, daripada soal Jusuf Kalla itu tidak ada kaitan dengan ini. Soal penglibatan politik di negeri Sabah yang mana
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
seorang daripada Ahli Barisan Nasional telah terkeliru dengan janji-janji Yang Berhormat Permatang Pauh.
Pada 22 Jun 2012, beliau Yang Berhormat Permatang Pauh telah berjanji satu perjanjian ditandatangani bahawa Yang Berhormat Gombak disuruh, diarah untuk mengatur calon-calon PKR di dalam kawasan KDM di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, ini orang yang hantar ini orang dalaman. Tiba-tiba pada 24 jam sebelum penamaan calon, calon- calon yang disenaraikan oleh APS itu di rumah tiba-tiba ditukar dengan calon-calon yang tidak dipersetujui.
Tunggulah Yang Berhormat Gombak. Ini soal kredibiliti yang dari Jusuf Kalla itu.
Dengarlah dahulu. Jadi ini kah, tunggu, tunggu. Ini text saya terima ini, ini soalan dia Yang Berhormat Gombak. Cakap kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini ada kena- mengena dengan Yang Berhormat Gombak. Ya jadi kenapa itu...?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Putatan, ringkaskan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Ya jadi kenapa ditukarkan soal ini dipersoalkan kredibiliti Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Putatan kerana ambil berat tentang calon-calon Keadilan, terima kasih. Soal ini belanjawan tambahan Permatang Pauh mengenai calon PKR untuk APS, isunya apa dia? Maknanya ada tukar pengundian. Saya hendak tanya, Yang Berhormat pun tahu tidak adakah dalam UMNO pertukaran calon sebelum pilihan raya? Ada, Yang Berhormat Arau pun tahu. Tapi soalnya itu kalau bangkitkan dengan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, biar saya settle dengan dialah apa dia masalah dia. Kalau betul yang dibangkitkan. Mungkin benar, saya tidak nafikan. Bagi saya itu none issue. Ada dicadangkan, orang mencadangkan calon kalau kita dapat rekod ada masalah kita tukar.
Kalau Yang Berhormat Putatan hendak bagi cadangan lain kah, bagi cadangan awal sebelum pilihan raya. Baik Yang Berhormat Kepala Batas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kepala Batas, kita balik kepada perbelanjaan tambahan. Ada? Tidak mahu. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Okey terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan tadi peringkat akhir tadi bahawa dalam perbahasan, kita boleh berbeza pendapat tapi kalau hal-hal yang nyata, kita kena bagi ruang. Bulan Ramadhan pun hendak maki hamun tidak ada gunalah kalau macam itu teruskan.
Akan tetapi yang saya minta tadi, yang saya ulang sedikit ialah tentang cara kita kendalikan persoalan yang dibangkitkan di Parlimen terutama isu-isu yang kita anggap serius soal defisit ataupun soal belanjawan tambahan atau kelulusan yang saya sebut yang tidak dijawab oleh Menteri sama sekali sama ada Tan Sri Kenneth Eswaran RM500 juta.
Jadi Bank Pembangunan, kalau yang daripada CIMB saya tidak kisah. Itu keputusan CIMB sebagai private commercial bank, ini Bank Pembangunan, bank yang ditubuhkan khusus dengan tugas menjana pertumbuhan bidang-bidang yang belum diputuskan dan juga yang memberi pertimbangan kepada usahawan bumiputera.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Kemudian soal Securities Commission, kelulusan awal, sukuk untuk Tan Sri Syed Mokhtar dan ketiga, soal Tan Sri Ananda Krishnan mendapat keistimewaan dalam cari gali minyak Persisiran Pantai Sarawak. Hal-hal itu ada kaitan dengan cara kita kendali dan tangani ekonomi negara kita dan belanjawan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kenapa Yang Berhormat Seputeh? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut membahaskan bajet tambahan iaitu tahun 2013. Saya ingin menyentuh soal serius. Saya setuju kita boleh berbalah tetapi dalam soal-soal serius kita kena ada persetujuan.
Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan cerita bagaimana Alvin dan Vivian dalam Facebook mereka telah memuat turun hujah selamat menyambut bulan Ramadhan dengan menjamu selera sup babi tulang atau bak kut teh dengan sijil halal. Saya hairan kenapa mutakhir ini perilaku remaja-remaja dalam negara kita begitu liar. Mereka seolah-olah tidak ada penghormatan. Bagi saya soal perkauman dan agama ini bukan lagi soal toleransi tetapi soal penghormatan, penerimaan. Maka, saya pun melihat hari demi hari ramai pemimpin dari suku Tionghoa yang memang mengutuk tindakan ini. Saya bertanya kepada kementerian dan saya serta rakyat Malaysia meminta supaya Alvin dan Vivian ini didakwa dan ditangkap serta-merta, jangan dibebaskan dan dipenjarakan.
Kebimbangan saya mungkin gejala seumpama ini lahir daripada selepas PRU.
Mungkin ini adalah – saya bukan menuduh tetapi mungkin inilah tajaan-tajaan DAP sebetulnya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tarik balik itu. Tarik balik!
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini sangkaan jahat!
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Itu adalah satu tuduhan.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tunggu dulu.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, tarik balik! Ini sangkaan jahat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Rileks dulu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Minta dia tarik balik.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Dia penyokong MCA.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya cakap berkemungkinan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Itu dua orang bukan waras, dia tidak masuk akal.
Apa kena mengena dengan DAP?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
This is my floor. You duduk dahulu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Akan tetapi tidak boleh buat sangkaan jahat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Peraturan mesyuarat!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Ini memalukan orang Sabah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Kinabatangan, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Seputeh sila.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Peraturan Mesyuarat 36(6). “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain”. Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan saya sebut mana-mana MP. Saya sebut parti in general.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak boleh general.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ada 38 Ahli Parlimen DAP dalam Dewan ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bukan cakap Ahli-ahli Parlimen DAP. Mungkin DAP. Mungkin.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sila duduk. Semua Yang Berhormat sila duduk.
Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua sudah banyak kali ulang supaya perkataan-perkataan yang dikeluarkan kita berhati-hati. Tadi pun saya dengar perkataan UMNO tetapi saya sengaja tidak ambil peduli. Jadi, seelok-eloknya selepas ini semua wakil rakyat ambillah perhatian mengeluarkan perkataan secara sopan dan berhati-hati. Jadi, sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, kalau kemungkinan itu ada.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, satu ruling kita minta dia tarik balik sekurang-kurangnya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini merupakan satu kegagalan dalam era politik negara kita. Ekoran daripada itu saya menggesa pihak-pihak yang berwajib dakwa serta-merta dua orang individu ini. Ini kerana saya membaca portal di negara luar. Ada individu yang menghina agama dipenjarakan satu tahun atau tiga tahun.
Ini pada saya merupakan satu cetusan yang tidak baik. Couple ini dahulu telah memuat turunkan pula – dahulu satu ketika, video seks mereka berdua di Singapura. Hari ini di negara ini pula. Saya bimbang mungkin Bandar Kuching pun ada terlibat.
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bimbang...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sangkaan jahat.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Ini menunjukkan seorang Ahli Parlimen di sini. Ini memang sangkaan jahat. Tarik balik!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bimbang...
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat Bandar Kuching?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan berhati-hatilah ya.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tarik balik!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bimbang, kalau tidak ada, okeylah itu.
[Ketawa]
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
You bimbang apa?
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Apa yang dia bimbang?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tarik balik! Tuan Yang di-Pertua, I am giving a piece of my mind.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar
Jangan marah Yang Berhormat Kuching.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, selesaikan dahulu peraturan mesyuarat itu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Yang Berhormat Ketereh punya ruang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan bahawa Yang Berhormat Bandar Kuching terlibat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, dia pun bohongkah?
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Orang bohong banyak senang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bimbang kalau Yang Berhormat Bandar Kuching ada menonton. Kalau tidak ada, bermakna kebimbangan saya tidak adalah.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tidak perlu you bimbang. Tuan Yang di-Pertua, satu ruling. Sama ada dia hendak tarik balik sangkaan jahat itu atau...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak buat. Hujah saya – boleh dengar Yang Berhormat Bandar Kuching?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bandar Kuching, duduk dahulu.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Adakah Yang Berhormat terlibat dengan video seks itu?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hujah saya, kebimbangan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bandar Kuching sila duduk. Saya sebut sila duduk. Yang Berhormat Kinabatangan. Nampaknya dua-dua ini sudah mengeluarkan perkataan di antara satu sama lain. Eloklah kita berubah kepada tajuk yang lain.
Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching
Tidak ada apa-apa ruling?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bagi peluang kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau saya buat ruling, Yang Berhormat Bandar Kuching pun kena juga mengeluarkan perkataan yang sama.
Sila Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, kembali kepada isu yang serius pada bulan Ramadhan yang berkat ini. Isu yang berbangkit daripada perlakuan saudara Alvin dan Vivian ini saya fikir menjadi concern bukan sahaja kepada pihak di sebelah sini. Seharusnya juga menjadi concern di pihak pembangkang. Saya percaya bagi pemimpin-pemimpin politik yang waras tentunya tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang sedemikian.
Apakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju kalau saya katakan seharusnya kita semua mengambil tanggungjawab dan memandang serius kepada perkara yang seperti ini kerana kesannya adalah sangat buruk kepada negara pada masa yang akan datang.
Saudara Alvin yang beralamat di No. 6, Jalan Kenanga, Bandar Sri Damansara dan saudari Vivian yang beralamat di No. 12, Jalan Lembah 4, Taman Desa Jaya, kita tidak tahu apa latar belakang mereka.
Akan tetapi apakah mungkin situasi ini berlaku rentetan daripada suasana tertentu yang pernah wujud dalam negara kita. Misalnya, kadang kala kesalahan datang daripada sebahagian daripada umat Islam sendiri. Misalnya, apabila ada umat Islam memberikan gelaran kepada orang bukan Islam, gelaran-gelaran atau nama-nama panglima besar Islam diberikan kepada orang bukan Islam. Ataupun ada juga berlaku kadang kala kita membawa orang bukan Islam ke masjid, ke mimbar, tanpa menghormati kepada institusi Islam atau berlaku juga kadang kala kita membiarkan orang bukan Islam membaca ayat-ayat al-Quran tanpa mengikut tertib tentang al-Quran.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Apa yang saya hendak sebutkan adalah perilaku-perilaku kita sendiri di kalangan umat Islam kadangkala menjadikan generasi muda gagal untuk menghormati Islam. Jadi saya fikir kita harus lihat perkara ini secara menyeluruh, bukan secara parti. Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus kita bendung bersama kerana ia adalah buruk untuk negara dan masa depan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Dari awal-awal lagi mukadimah saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita boleh berbalah tetapi dalam soal serius, soal agama, kita harus ada persetujuan antara semua pihak. Saya setuju sebab kalau tidak ada tindakan tegas, bagaimana pula esok hari orang Melayu pula mengutuk agama bangsa lain, mengutuk agama Kristian, mengutuk agama Hindu dan sebagainya. Maka, akan timbul ketegangan agama dan negara ini mungkin akan menjadi sebuah negara yang tidak selamat. Ini bukan contoh. Alvin dan Vivian ini bukan satu contoh yang baik kepada remaja masa depan negara kita.
Mereka ini perlu dihukum dengan seberat-beratnya di atas tingkah laku yang mereka ambil. Saya mahu minta pihak polis kalau boleh tahan mereka di lokap tiga malam.
Biar mereka rasa bagaimana penderitaan dia. Tiga malam cukup, lepas itu dakwa mereka di mahkamah. Ya, sila.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Permatang Pauh atau Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Permatang Pauh, sila.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Untuk isu ini, saya ingat biar kita jelas. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan walaupun tindakannya itu tentulah ikut proses, undang-undang. Akan tetapi saya percayakan Pakatan Rakyat seperti mana yang disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP tegas, kita tidak boleh izinkan dalam negara kita mana-mana pihak sengaja bangun menghina agama Islam seperti mana dilakukan oleh Alvin dan Vivian atau pun mana-mana pihak untuk menghina apa-apa kepercayaan agama lain sekalipun.
Jadi, ini pendirian kita yang agak tegas yang kita laksanakan. Akan tetapi untuk khusus dalam menyokong pendirian Yang Berhormat Kinabatangan, saya tidak fikir kita patut lengahkan supaya siasatan segera dan tindakan diambil sebagai satu pengajaran undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita bersatu dalam soal-soal sebegini. Satu lagi isu Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia terkilan dengan duta Vatican City iaitu Joseph Marino. Juga dalam soal agama Islam, dia harus peka negara ini negara berdaulat. Dia tiba-tiba campur tangan untuk menggesa supaya penggunaan kalimah Allah itu. Saya mahu minta kerajaan bertanya kepada dia, adakah dia juga akan berjumpa dengan pope dia di Itali supaya pope ini juga menyuruh seluruh umat Kristian seluruh dunia menggunakan kalimah Allah.
Mungkin dia tidak, cuma dia mengambil kesempatan di atas ketegangan agama di sini dan dia mahu minta sesuatu. Seharusnya bukan kerja dia. Saya mahu minta kerajaan mengambil tindakan yang tegas. Usir dia lari daripada negara ini sebab kita tidak memerlukan dia berada di sini. Dia memecahbelahkan perpaduan agama, bangsa kita.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan, minta penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak ada masa Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat ada baca laporan asalkah ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa ini Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang disiarkan dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kinabatangan tidak beri laluan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Duduk Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Yang asal.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak menuduh tetapi mungkin Yang Berhormat Seputeh yang ada berkomunikasi dengan Joseph Marino.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ha, tengok mungkin.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mungkin.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Semua ini mungkin, dia buat khayalan, buat sangkaan jahat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab dia defend. Saya cakap usir...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Satu lagi sangkaan jahat. Kita minta dia tarik baliklah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Usir dia daripada negara ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, saya tanya Yang Berhormat, ada baca laporan yang asal tidak?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak beri ruang kepada Yang Berhormat. Tunggulah giliran Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sudah kesuntukan masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung Yang Berhormat Kinabatangan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You cakap kosong. Apa yang dia cuba bentangkan selama ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung, gulung.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Semua ini, satu perkara berkaitan dengan bajet pun tidak ada.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya lah. Jadi saya rasa Tuan Yang di- Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Haruslah hentikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh, saya sudah beritahu sila duduk dan Yang Berhormat Kinabatangan sila gulung.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, saya akan menggulung supaya Yang Berhormat Seputeh dan yang lain-lain ini kita boleh lipat-lipat Yang Berhormat [Ketawa] Semalam..., saya tersentuh sedikit perbahasan daripada Gombak yang menyentuh tentang budget surplus, budget deficit. Selepas pilihan raya, saya mengikut perkembangan Yang Berhormat Gombak. Dia telah membuat PC di kawasan dia, dan dia pernah menyebut bahawa, rakyat Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar seperti lame duck yang tidak bermaya, lesu, dan tidak tahu mengembangkan ekonomi Selangor. Akan tetapi semalam hujah dia pula berputar 360 darjah. Dia kata Menteri Besar telah berjaya mengangkat ekonomi Selangor. Jadi di mana mula-mula dia kata tidak layak menjadi Menteri Besar sebab walaupun ekonomi dia surplus, memang surplus sebab dia tidak tahu menggunakan wang ringgit dia. Dia suka simpan di akaun dia supaya nampak dia tahu mengurus ekonomi...
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya gulunglah ini tetapi penggulungan saya memakan masa sedikit sebab saya pakai steam roll yang berat sedikit.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, dia bukan pakai masa, dia membazir masa.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, sila, sila.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Tidak. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Kinabatangan sebelum gulung. Semalam saya rasa kita semua dengar ceramah ekonomi daripada profesor kangkung Gombak semalam. Jadi, dalam ceramah...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kalau Tuan Yang di-Pertua layan bahasa macam ini, you are not ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tarik balik, tarik balik. Dia sudah tarik balik, dia sudah minta maaf, tarik balik.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Minta maaf.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Please.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Gombak semalam ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Fasal ini kena bezalah antara kita berbual di kedai kopi dengan di Parlimen ya [Tepuk]
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Dia hanya layak duduk di kedai kopi macam ini.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Saya melawak, saya melawak. Minta maaf. So apa pun semalam dalam ceramah Yang Berhormat Gombak semalam itu, saya rasa kita semua ini banyak terpegun termasuklah sahabat baru saya Yang Berhormat Lumut ini. Dia pun bangun, tergedik-gedik bangun, merasakan apa yang
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
digambarkan oleh Yang Berhormat Gombak tadi itu... Tergedik-gedik faham? Kelam kabutlah, itu tidak kisah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Ya, ringkaskan. Macam kata esok negara hendak bankrupt. Jadi persoalan kita ini, kita hendak percaya Yang Berhormat Gombakkah Tuan Yang di-Pertua rasa, kita hendak percaya Standard and Poor’s rating ini? Mana kita hendak percaya atau pun World Bank Report. Tuan Yang di- Pertua rasa mana patut kita percaya?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Setelah apa...
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Kalau kita hendak percaya ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu, tidak boleh tanya saya. Nanti tunggu Yang Berhormat Menteri menjawab ya.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Kinabatangan, saya cuma hendak beritahu hari ini keadaan ekonomi kita kalau mengikut Yang Berhormat Gombak esok hendak bankrupt sudah ini. Kalau mengikut Standard and Poor’s rating ‘A-‘ berbanding dengan Indonesia ‘BB’, berbanding dengan Thailand ‘BBB’.
Kalau pula daripada bon kita ini, 10 years government bond, rate kita hanya 3.4% compare Indonesia 5.46%. World Bank focus...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Seminit sahaja... 5.1.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Elok gunakan masa Yang Berhormat untuk berbahas.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu
Government bank 5.3%.
Apa yang saya hendak beritahu, saya hendak ajak Yang Berhormat Kinabatangan berfikir.
Kadangkala perbahasan daripada pembangkang ini dia boleh gambarkan macam keadaan ini cukup kelam kabut hanya untuk menunjukkan bahawa kerajaan itu tidak baik. Jadi saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Permatang Pauh kata tadi, tokoh lama, tokoh hebat.
Kita boleh berbeza pendapat tetapi tidaklah boleh kita menggambarkan dengan niat berbohong. Itu sahaja, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Gulung ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mahu memasukkan hujah Yang Berhormat itu selaku hujah saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab saya juga dimaklumkan bahawa pertengahan enam bulan pertama ini ekonomi negara kita melonjak naik. Ini bermakna bukan kita yang ramal, ramalan daripada World Bank, daripada peramal-peramal seluruh dunia meramalkan negara kita ekonomi lonjakan ekonomi dia nampak meningkat. Ini bermakna apabila pakar ekonomi telah memberi endorsement kepada kekuatan ekonomi negara kita maka itulah sebetulnya yang kita harus guna pakai.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga tidak ketinggalan untuk menegur sedikit iaitu saya bukan ingin memberi persetujuan tetapi rakyat juga sebetulnya ingin tahu.
Apa sebenarnya berlaku dengan peminjaman Bank Pembangunan sehingga angka RM500 juta? Sedangkan makcik saya pakcik saya di kampung meminjam RM5,000 pun payah benar.
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi kita, relakslah kita inilah wakil rakyat Barisan Nasional yang ada
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
kualiti.
[Ketawa] Bukan macam sana jadi tukang angguk. Suruh duduk, duduk, suruh diam, diam. Kita di sini kita ada pendirian kita mana yang perlu kita tegur kita tegur, kita mencari keadilan. Jadi kalau pakcik makcik kita meminjam RM50,000 pun payah ini pula RM500 juta lump sum dapat terus. Saya rasa ada masalah di bank tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau boleh minta siasatan segera supaya kita mendapat kebenaran, cerita yang sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya cukup 15 minit. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk bagi laluan kepada saya untuk turut membahaskan peruntukan tambahan yang kedua bagi 2012 ini. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua bahawa setiap belanjawan ataupun peruntukan tambahan yang kita buat mesti diukur dengan satu tahap bagaimana pengurusan pentadbiran yang baik, yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri. Ini juga ada kaitan dengan proses membuat keputusan yang dibuat di peringkat eksekutif di peringkat Kabinet. Untuk memastikan bahawa wang yang kita peruntukan itu di belanja dengan penuh dengan ketelitian walaupun benda-benda yang kecil itu tetapi bagi saya bahawa satu perkara yang boleh memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang ada di peringkat kerajaan.
Saya hendak bawa satu contoh di sini ya. Bagaimana kita melihat bahawa bila kita buat belanjawan, kemudian peruntukan tambahan yang kita berikan sepatutnya dia mencerminkan gambaran daripada atas, daripada eksekutif, daripada Kabinet sendiri.
Dalam proses untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelbagai perkara. Ini sebab mereka juga adalah menerima peruntukan daripada belanjawan yang dibentangkan di dalam Dewan Parlimen termasuk juga di dalam peruntukan-peruntukan tambahan.
Umpama contoh saya lihat bahawa kecelaruan di kalangan anggota-anggota Kabinet.
Dalam isu Akta Hasutan umpamanya walaupun telah pun disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum daripada ini sebelum daripada satu keputusan semula yang dibuat baru-baru ini.
Bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan akan dihapuskan. Akan tetapi ada Anggota Kabinet yang lain Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa dia mesti Akta Hasutan mesti dipertahankan. Sehingga menimbulkan kenyataan daripada Yang Berhormat Padang Rengas yang juga Menteri Pelancongan mengatakan bahawa dia sudah pun menjadi satu keputusan bahawa Akta Hasutan akan dihapuskan. Jadi bermakna bahawa akan dihapuskan bukan dipinda akan dihapuskan, akan dimansuhkan dan dibuat satu akta yang baru. Jadi menunjukkan bagi saya bahawa kecekapan dalam menangani keputusan-keputusan Kabinet itu menunjukkan bahawa ada kelemahan di kalangan anggota-anggota Kabinet.
Kedua saya hendak tunjuk bahawa bagaimana sesuatu keputusan itu tidak diteliti untuk hendak dibawa ke dalam Parlimen, tidak diteliti. Sehingga menyebabkan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan terpaksa ditarik balik.
Saya katakan bahawa ini satu kos dia membabitkan kos kewangan yang saya tidak tahulah bagaimana Jabatan Peguam Negara terpaksa buat itu buat ini dan sebagainya, kemudian cetakan kertas. Walaupun ini kecil, walaupun ini kecil tetapi bagi saya bahawa tiba-tiba bila ditarik balik dengan ada alasan-alasan yang mengatakan bahawa sudah cukup dengan akta yang ada. Jadi saya katakan bahawa Kabinet, bagaimana Kabinet boleh mengizinkan perkara ini keluar untuk dibawa kepada Parlimen sedangkan tidak diteliti kononnya sudah ada undang-undang yang sudah pun mencukupi untuk perkara-perkara yang tertentu.
Sehingga ada percanggahan apabila di bantah sendiri oleh Yang Berhormat Padang Rengas selaku Menteri Pelancongan. Menteri Pelancongan sendiri membantah rang undang-undang ini kerana beliau menyebut bahawa sudah ada keputusan Kabinet sebelum ini yang sangat bertentangan daripada cadangan yang dibawa, yang terkandung
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
dalam rang undang-undang lalu Menteri mengumumkan penarikan balik. Jadi bagi saya bahawa ini menunjukkan Kabinet tidak efficient dalam hendak melihat sesuatu perkara untuk hendak dibawa ke Parlimen.
Satu, benda yang menunjukkan percanggahan di kalangan anggota Kabinet, yang keduanya bagi saya bahawa satu benda merugikan. Kalau dari segi kos kewangan, implikasi kewangan ini duit rakyat. Kita boleh bentang satu benda yang tidak ada ketentuan, tidak ada satu kepastian. Bagi saya bahawa satu benda yang cukup memalukan apabila rang undang-undang ini terpaksa ditarik balik bukan kerana malu ditarik balik tetapi kerana hendak menunjukkan bahawa ketidakcekapan anggota Kabinet dalam hendak membuat keputusan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Pokok Sena sedikit sahaja. Saya pun nampak kecelaruan yang ada dalam urusan membuat keputusan kebelakangan ini amat parah. Adakah ini berkaitan Yang Berhormat Pokok Sena dengan ketiadaan pemimpin utama kita dalam senario politik pada hari ini? Kita pun hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pimpinan utama kita, Perdana Menteri kita. Terima kasih.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua soalan lebih kurang sama kalau diizinkan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tidak tahu di mana dia sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila- sila.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat bawa satu contoh yang kata Yang Berhormat kecil benda itu iaitu penarikan balik pindaan undang-undang agama itu. Itu Yang Berhormat kata kecil tetapi Yang Berhormat sedar tidak satu lagi IPCMC, diwujudkan satu badan Royal Commission Inquiry (RCI) dengan izin.
Diadakan mesyuarat lebih kurang tiga tahun dipengerusikan oleh orang yang cukup cekap bekas hakim yang sangat dihormati. Akan tetapi setelah tiga tahun kaji punya kaji punya kaji banyak belanja wang dilantik pula oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiba-tiba keputusan itu ditolak. Macam mana pandangan Yang Berhormat?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Itu satu contoh lagi ya menunjukkan bahawa kita berbelanja dengan satu peruntukan kewangan yang besar tiba-tiba kita tidak hendak guna pakai cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Royal Commission. Bagi saya bahawa ini satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Satu duit yang keduanya penghinaan kepada Yang di- Pertuan Agong bila kita menolak Suruhanjaya Diraja yang telah pun dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi bagi saya bahawa apa yang disebut oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Kuala Krai itu kita pun tidak tahulah duduk di mana, wallahualam.
Mungkinlah puasa, dia puasa, puasa dia tidak boleh hendak keluar rumah sangat. Baik tetapi isunya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Kinabatangan peraturan mesyuarat mana?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk dahulu. 35(1) Yang Berhormat Pokok Sena berhujah pusing kiri pusing kanan seharusnya menghadap Tuan Yang di-Pertua*.
[Ketawa]*
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini dia bulan-bulan puasa ini dia memang kacau dia tidak makan macam itulah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada isu ini soal efficiency, soal kecekapan maknanya soal pentadbiran di peringkat kerajaan. Kalau di peringkat Kabinet macam ini rupa punya bentuk bawa-bawa undang-
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
undang tidak diteliti dengan terlebih dahulu jadi saya sangat-sangat persoal lah. Macam mana kalau Menteri boleh kata, “Oh! Tidak. Sudah cukuplah dengan undang-undang yang sedia ada”. Eh kalau sudah cukup fasal apa bawa hal ini? Buang masa kita buang duit ini walaupun nampak kertas sahaja tetapi berapa banyak yang kita terpaksa keluar, sudah berapa banyak perbelanjaan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Untuk mesyuarat untuk buat itulah buat inilah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini semua kos. Jadi, oleh sebab itu saya melihat bahawa ini menunjukkan bagaimana pentadbiran kita harus diperbaiki dan isu di peringkat Kabinet ini sendiri menunjukkan satu kelemahan yang sangat ketara.
Ketiganya ialah berkaitan dengan soal perbelanjaan pilihan raya. Satu peruntukan yang besar yang kita mengharapkan akan mendapat satu hasil pilihan raya yang pengurusan perjalanan pilihan raya yang baik. Akan tetapi, nampaknya kita lihat bahawa isu dakwat ini masih lagi diperkatakan. Isu dakwat merupakan isu yang fundamental dalam hendak menentukan, dalam hendak memastikan pilihan raya bersih dalam satu-satu perjalanan pilihan raya. Akan tetapi, kalau sudah isu dakwat yang kekal yang sudah tidak kekal lagi ini, bagaimana untuk hendak memastikan pilihan raya itu merupakan satu pilihan raya yang bersih?
Jadi, hari ini SPR pula kata “Oh, pilihan raya kecil ini kita akan gunakan dakwat yang lebih pekat yang kandungannya yang lebih – kandungannya apa nama?
[Menyampuk] silver itu akan jadi lebih. Jadi, maknanya betullah dakwat yang dulu itu dakwat yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa pewarna makanan. Letak pen celup. Lain kali Yang Berhormat daripada Arau saya hendak cadang pilihan raya tidak payah pakai dakwat, pakai buah keriang.
[Ketawa] Buah keriang, tahu buah keriang? Yang Berhormat Arau tahu buah keriang. Bangkit, bangkitlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
[Bangun] Tidak perlu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak perlulah Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap, sekejap. Saya hendak habiskan sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Pokok Sena. Nakal juga Yang Berhormat Pokok Sena ini.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidaklah. Oleh sebab saya tengok dia bangkit. Dia asyik ketagih hendak jadi backbencher ini.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia asyik tengok Yang Berhormat Kinabatangan asyik ini, dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Arau saya minta cadang pakai buah keriang. Keriang ‘dot’ ataupun keriang lada. Buah keriang ini, kalau pakai buah keriang ini jangan tunjuk jari sudah lepas ini. Jelan. Nganga mulut.
Nganga, lepas itu tengok lidah tidak ada hitam atau apa. Ambil sebiji, bubuh, kulum satu saat. Lepas kulum jelan balik, hitam, baru beri kertas undi.
[Ketawa] Buah keriang itu hendak sebut kepada Yang Berhormat, buah keriang itu saya ingat lebih tahan lama dia punya warna dia daripada dakwat kekal yang tidak kekal. [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Merapu apa Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya?
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Naib Presiden merapu ini.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Merapu apa? Tanya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Dia tahulah buah keriang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak. Hendak menunjukkan bagi saya bahawa satu benda yang sangat-sangat memalukan apabila isu dakwat kekal...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Bagilah idea munasabah sikit.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini terus menjadi persoalan yang sangat hangat diperkatakan. Jadi sebab itu...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
[Bangun]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya cuma hendak kata sebelum ini Pengerusi SPR dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, beliau mengatakan bahawa tidak boleh meningkatkan tahap silver nitrate itu kerana menjejaskan kesihatan, akan menyebabkan kanser. Sekarang pula hendak ditingkatkan pula. Apakah sekarang ini tidak akan menjejaskan kesihatan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini saya katakan bahawa satu tindakan yang bercelaru dalam SPR sendiri dan juga Yang Berhormat Menteri sendiri kata hendak tambah dia punya bahan itu. Saya pun tidak tahu bahawa sama ada mereka mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan ataupun tidak. Oleh sebab sebelum ini mereka kata daripada Kementerian Kesihatan dan dinafi oleh Menteri Kesihatan. Jadi, ini satu benda yang menunjukkan bahawa kecelaruan dalam SPR dan juga kerajaan dalam menghadapi isu dakwat ini untuk menunjukkan bahawa memang betul dakwaan yang mengatakan bahawa ada satu proses penipuan dalam isu dakwat ini.
Kedua, dalam isu pilihan raya ini Tuan Yang di-Pertua, bila perbelanjaan yang begitu banyak, yang begitu besar lalu pihak SPR ada membuat kenyataan-kenyataan punca dia, dia kata ialah kerana kelewatan pilihan raya itu diadakan. Jadi, itu yang menyebabkan mereka terpaksa berbelanja, buat kursus kemudian sudah habis satu tempoh pilihan raya tidak jadi lagi, bubar Parlimen tidak lagi, jadi kena kursus lagi.
Oleh sebab itu, saya hendak mencadangkan kepada Parlimen ini seperti mana yang telah diputuskan oleh PSC bahawa cadangan yang diputuskan oleh PSC sebelum ini iaitu cadangan untuk Perdana Menteri membubarkan Parlimen iaitu sekurang-kurangnya setahun. Empat tahun. Tempoh paling tidaknya empat tahun. Maknanya, setahun sebelum tamat tempoh yang ini maknanya perlu boleh bubar.
Akan tetapi, oleh kerana di dalam perlembagaan kuasa pembubaran Parlimen itu adalah budi bicara Perdana Menteri maka bagi saya bahawa sepatutnya kerajaan boleh datang ke sini membawa satu pindaan perlembagaan supaya diikat budi bicara Perdana Menteri itu dengan keputusan yang telah dibuat oleh PSC baru-baru ini. Ini supaya kita jadikan ia sebagai satu yang bersifat perundangan untuk memastikan supaya tidak berlaku lagi kelewatan tempoh pilihan raya sampai sudah melebihi daripada tempoh asal dan sebagainya seperti mana yang berlaku sebelum ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Pokok Sena, minta laluan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Bukti Gantang. Yang Berhormat Pokok Sena ada dua minit lagi.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Pokok Sena, peruntukan tambahan untuk SPR ini RM60 juta. Persoalannya kenapa masih lagi dikenakan setiap bantahan daripada pengundi yang tidak puas hati terhadap daftar pemilih induk dikenakan RM10 seorang. Ini seolah-olah menyempitkan demokrasi.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, itu satu cadangan yang sangat baik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Sepatutnya kerajaan memansuhkan satu peruntukan bila kita hendak membuat bantahan daftar pemilih itu hendak kena bayar RM10. Satu benda yang sangat tidak wajar untuk dikekalkan.
Satu lagi yang berkaitan dengan pilihan raya juga ialah petisyen pilihan raya. Saya hendak sebut walaupun ini tidak berkaitan dengan SPR tetapi berkaitan dengan soal yang lain. Akan tetapi, petisyen pilihan raya apabila kita hendak serah petisyen itu dia mesti diserahkan kepada orang yang kita hendak petisyen. Jadi, orang ini kadang-kadang dia mengambil kesempatan hendak lari.
Jadi, sepatutnya undang-undang ini mesti bagi saya bahawa dibatalkan maknanya cukup untuk kita file petisyen itu boleh berlaku. Tidak semestinya untuk diserahkan kepada orang yang kita hendak petisyen. Oleh sebab bagi saya bahawa memanglah kalau orang yang hendak petisyen itu akan cuba hendak cari jalan untuk dia hendak lari daripada dan sebagainya.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Yang Berhormat Pokok Sena. Minta laluan.
Yang Berhormat Jerlun.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, satu saat sahaja. Satu saat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena dalam tajuk peningkatan peruntukan yang diminta untuk SPR ini sebenarnya peruntukan asal hanyalah RM14.5 juta. Kalau RM14.5 juta yang diluluskan dalam bajet asal hendak dibuat untuk 222 kawasan, itu tidak kira lagi DUN-DUN yang terlibat 500 hingga 600 DUN maka sudah tentulah tidak cukup.
Jadi, bila diminta RM60 juta pada saya satu Parlimen lebih kurang 335,000 yang melibatkan ribuan petugas PDM dan sebagainya. Pada saya ianya adalah wajar. Jadi, tidak ada hal. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih. Satu berkaitan dengan kita beli dakwat itu pun sudah dakwat yang common spanar, Itu pun belanja tidak betul juga.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Keduanya, saya sudah sebut tadi bahawa kenyataan SPR mengatakan bahawa peruntukan yang begitu besar itu kerana pilihan raya diadakan lewat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Setengah saat Yang Berhormat Pokok Sena. Setengah saat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oleh sebab itu perbelanjaannya tinggi. Oleh sebab itu, saya cadangkan supaya dipinda perlembagaan untuk masukkan supaya kuasa budi bicara Perdana Menteri itu diikat dengan keputusan yang telah pun dibuat oleh PSC sebelum ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong bangun.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Saya ada satu isu lagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
10 saat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, seterusnya Tuan Yang di- Pertua ialah yang berkaitan dengan AES. Saya hendak dapat satu penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu apabila jawapan yang diberikan kepada rakan saya daripada Sepang bahawa berkaitan dengan AES ini sehingga 11 Jun sebanyak 673,339 saman kesalahan AES telah dikeluarkan oleh jabatan AES. Sehingga 15 Mei 2003 kerajaan telah membayar fee perkhidmatan kontrak service fee kepada syarikat penyelia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758. Bayaran ini dibuat berpandukan kepada perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Bagi saya bahawa dia macam tidak sepadan dengan jumlah saman yang telah dikeluarkan, 673,339. Kalau dikali dengan RM16 kalau mengikut model kewangan yang telah pun dipersetujui antara pihak kerajaan dengan syarikat pengendali ini dia tidak sampai RM13 juta.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hendak habis sudah ini.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, jadi tidak sampailah RM13 juta. Jadi, mana lagi RM3 juta. Duit daripada mana dia ambil?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Pokok Sena, satu lagi. Satu minit.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, apa perjanjian yang telah pun dibuat antara pihak kerajaan dengan syarikat ini? Keduanya berkaitan dengan AES.
Kalau mengikut kaedah-kaedah pengangkutan jalan kesalahan dirakam melalui kamera dia berkuat kuasa kaedah ini pada 23 September 2012.
Akan tetapi yang saya hairannya apabila kaedah ini memerlukan bahawa kamera yang hendak dipasang itu mesti diuji. Dia mesti diuji. Lulus ujian itu baru boleh pasang.
Akan tetapi malangnya kamera yang diuji itu pada 21 September 2012. Ini sijil ujian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, habiskan ayat itu.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
.. Yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sijil ujian kepada kamera ini 21 September 2012. Waktu itu kaedah ini tidak wujud lagi. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa semua saman itu perlu ditarik balik dan semua saman yang dibayar, kompaun yang dibayar mesti dikembalikan kepada orang-orang yang telah didenda.
[Tepuk] Oleh sebab dia bertentangan dengan kaedah. Kaedah tidak wujud, kamera itu sudah diuji kaji kemudian kamera itu dipasang. Bermakna bahawa kamera itu tidak valid.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, pukul 1.01 petang Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu – kita sambung...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak, tidak sambung.
[Ketawa]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak sambung?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak sambung, tidak sambung.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oh, begitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dewan sambung 2.30 petang.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oh, bukan saya sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Jadi Ahli- ahli Yang Berhormat...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya harap pihak kerajaan untuk mengambil perhatian untuk kembalikan wang saman yang telah pun dibayar oleh orang-orang yang kena saman itu balik kepada lama. Ini kerana kamera ini tidak sah kewujudannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita tangguhkan mesyuarat kita sehingga pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ada yang hendak membahas? Yang Berhormat Jasin.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Bukan Yang Berhormat Jelebu kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh lambai-lambai, Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 (2013). Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini adalah sebanyak RM12.17 bilion. Daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan, yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan tahun 2012.
Saya faham bahawa boleh wujud keadaan sebegini kerana peruntukan tambahan yang dipohon ini sebenarnya adalah berpatutan. Sebagai contoh, jumlah sebanyak RM36 juta diperlukan oleh JPA untuk menampung kenaikan tajaan pelajar di Australia dan di Jepun akibat daripada kenaikan kadar mata wang asing. Hal ini adalah di luar jangka.
Keduanya, tambahan sebanyak RM277.2 juta diperlukan oleh ICU kerana membiayai projek-projek kecil yang diperlukan oleh rakyat sebab Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin terhadap tuntutan rakyat selaras dengan prinsip ‘Rakyat Didahulukan’. Ketiga, ini adalah agak sukar sedikit untuk saya memahami kerana peruntukkan sebanyak RM300 juta untuk membayar penyelenggaraan sistem ICT dan lain-lain. Jadi, soalan saya kepada pihak kerajaan, bagaimanakah ia boleh berlaku? Sedangkan ia sudah sepatutnya kita bajet ataupun masukkan dalam bajet tahunan. Di sini, isu kecekapan menyediakan bajet tadi adalah bajet pertama. Isu kedua adalah isu daripada kesan bajet yang kita tentukan ke atas defisit fiskal kita. Anggaran defisit fiskal kita sebanyak 4.5% pada tahun 2012 semasa kita membentangkan bajet. Ini adalah berdasarkan anggaran bajet asal iaitu sebanyak RM261.8 bilion dan hasil sebanyak RM207.2 bilion serta nilai GDP sebanyak RM941.2 bilion.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Sebahagian daripada perbelanjaan telah pun bertambah sebanyak RM13.2 bilion ialah meliputi daripada peruntukkan tambahan pertama dan juga kedua. RM13.2 bilion ataupun meningkat 5 peratus. Jadi, soalan saya pada pihak kerajaan, apakah kesannya ke atas defisit fiskal kita? Ini kerana fiskal kita yang telah kita unjurkan ialah sebanyak 4.5%.
Pada tahun ini kita mencadangkan dan mengunjurkan sebanyak 4%. Ini sangat penting supaya kita dapat memastikan matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju ini berpendapatan tinggi tahun 2020 akan tercapai.
Tuan Yang di-Pertua, semalam banyak perkara yang dibangkitkan oleh pihak kawan-kawan sebelah terutamanya perkara yang ada hubung kait dengan hutang.
Sebenarnya hutang ini Tuan Yang di-pertua, terjadi di mana-mana, di semua negara, baik di negara maju ataupun dunia ketiga. Hutang kita ini adalah hutang yang manageable yang kita mempunyai kemampuan untuk membayar. Ada Yang Berhormat menyebut semasa Ketua Pembangkang jadi Menteri Kewangan pada tahun tersebut, hutang kita hanya RM70 bilion, itu betullah itu. Selepas 16 tahun not only been overtaken by event, dengan izin tetapi setahun demi setahun pembangunan terus berlaku.
Jadi, sepatutnyalah kita berhutang tetapi kita berhutang kerana ada sebab dan kerana pembangunan. Ini kerana dalam belanjawan kita ada dua belanjawan, belanjawan yang pertama adalah belanjawan mengurus, yang keduanya belanjawan pembangunan.
Apa juga hal-hal pengurusan tentang gaji kah atau emolumen adalah mengurus dan itu tidak boleh kita pinjam. Jadi, dakwaan apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Gombak semalam adalah satu dakwaan yang cukup keterlaluan. “Kita meminjam untuk bayar gaji,” sebenarnya negara kita Malaysia tidak pernah meminjam untuk bayar gaji. Akan tetapi pernah sebuah negeri yang ditadbirkan oleh pembangkang terpaksa pinjam untuk bayar gaji kerana bayar gaji ini adalah perkara yang cukup mustahak sekali.
Untuk makluman, kita sebut di sini kerana dalam belanjawan tahun 2012 hasil kita sebanyak RM207.2 bilion, itu hasil kita. Perbelanjaan mengurus kita sebanyak RM202.6 bilion. Jadi, di situ kita ada surplus lebihan belanja kita. Kita bukan lebihan belanja tetapi duit kita terlebih sebanyak RM4.6 bilion. Jadi bermakna ia dipanggil current account surplus. Selepas itu pembangunan kita berjumlah RM46.7 bilion. Kalau kita campur dengan RM13.2 bilion yang kita buat untuk perbelanjaan tambahan untuk peringkat pertama dan kedua, maknanya perbelanjaan terlebih kita belanja sebanyak RM60 bilion, itu yang kita terlebih.
Jadi maknanya, overall defisit kita adalah sebanyak 4.5% sahaja. Oleh itu janganlah kita besar-besarkan perkara ini seolah-olah kita bagi satu gambaran bahawa seolah-olah negara kita bukan sahaja mempunyai hutang yang besar, kita tidak ada mempunyai kemampuan untuk bayar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Katil bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Okey, sila. Saya bagi sedikit sahaja masa kerana saya tidak cukup masa.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, cuma saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Jasin setelah mendengar data-data yang dibentangkan tadi. Setuju atau tidak dengan pandangan bahawa daripada keseluruhan perbelanjaan ini sebanyak 80% belanjawan itu adalah khusus untuk pengurusan manakala hanya 20% sahaja diperuntukkan untuk pembangunan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Jasin kalau saya cadangkan bahawa peratusan ini sewajar kita terbalikkan supaya menjadi 50/50 untuk pembangunan dan juga pengurusan secara seimbang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu pun bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Jadi Yang Berhormat, tidak apa, tidak apa. Kemudian. Saya jawab, saya jawab.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit sahaja. Sama. Point yang sama. Sedikit sahaja.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Sebenarnya kita menguruskan sebuah negara. Kita bukan menguruskan sebuah perniagaan kerana pengurusan ini adalah penting. Kalau tidak kita tidak boleh mentadbir negara kita. Pembangunan pula adalah merupakan satu perkara yang dimestikan kerana kalau tidak, rakyat akan memberontak, rakyat akan marah. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang sentiasa memberikan kepuasan atas apa juga keperluan oleh rakyat. Sedikit sahaja Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit sahaja. Saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Jasin, trend ini adakah sihat? Pada tahun 90-an, bajet untuk pembangunan adalah 60% daripada keseluruhan bajet. Kini, kita sudah semakin kurang sehingga hanya 20% untuk pembangunan yang lain untuk pengurusan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Okey, terima kasih daripada Yang Berhormat Batu. Apa pun kita boleh mengambil kiralah. Apa pun saya hendak sebut, saya belum habis tentang hutang tadi. Ini kerana semalam disebutkan bertalu-talu, kita diserang bertalu-talu. Saya tidak boleh jawab pasal saya tidak ada figure yang tepat.
Sekarang saya ada figure yang tepat di tangan saya. Hendak membuktikan bahawa kita sebenarnya mempunyai kemampuan untuk berhutang bukan sahaja kita boleh membayar, kita ada sebab kita berhutang. Hutang untuk pembangunan adalah semata-mata untuk membangunkan negara.
Jumlah hutang kita betul disebut oleh Yang Berhormat Pandan semalam dia sebut, kita kata RM500 bilion hutang. Betullah hutang kita RM500 bilion tetapi kita kena tahu hutang itu daripada mana. Apakah komponen hutang tersebut? Komponen hutang ada tiga.
Pertama, hutang daripada swasta, hutang daripada Kerajaan Persekutuan dan yang ketiga hutang daripada PABK. Bukan semuanya daripada kerajaan. Jadi, daripada RM500 bilion tadi, ada hutang dalam negeri, ada hutang di luar negeri. Kalau hendak, saya boleh bentangkan dia punya satu-persatu...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Dalam masa yang sama, kita mempunyai result...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Penjelasan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Sebanyak RM438 bilion pada bulan Mei yang lalu. Kalau Tuan Yang di-Pertua beri saya tambahan, saya boleh beri.
Setakat ini, saya tidak dapat beri kerana saya tidak cukup masa ini. Banyak benda saya hendak terangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, hendak beri laluan atau tidak beri laluan Yang Berhormat?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Tidak beri.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Dalam negara Tuan Yang di- Pertua, hutang kita ...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Okey, ini bos saya lama...
[Disampuk]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum daripada hutang tadi Yang Berhormat ada sentuh tentang rasa terkilan Yang Berhormat tentang soal defisit. Adakah Yang Berhormat sedar, Yang Berhormat Gombak membuat tuduhan bahawasanya defisit ini telah tidak diuruskan dengan baik sejak Yang Berhormat Pekan mengambil alih Kementerian
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kewangan? Adakah Yang Berhormat sedar bahawasanya sejak Yang Berhormat Pekan mengambil alih Kementerian Kewangan, tahap defisit belanjawan telah diuruskan dengan teratur dan dikurangkan secara berperingkat dan terbukti setakat ini ianya berada pada landasan yang betul?
Pada tahun 2009 misalnya, defisit pada tahap 66%. Tahun 2010 dikurangkan kepada 5.6%, tahun 2011 4.8%, tahun 2012, 4.5%, tahun 2013 jangkaan 4% dan jangkaan pada tahun 2015 pada tahap 3%. Ini bermakna, kerajaan mempunyai kesedaran serta keupayaan menguruskan defisit kepada satu kedudukan yang cukup terkawal di bawah Yang Berhormat Pekan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Ini bos lama saya. Saya terpaksa berilah ya. Memang cukup tepatlah itu kerana bukan sahaja unjuran bahkan kita telah buktikan bahawa apa yang kita unjurkan dapat kita bukti dicapai. Saya hendak sebut di sini tentang hutang kerana banyak hutang yang disebut-sebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hutang kita pada ketika ini adalah pada tahap sebanyak 53.7% daripada GDP kita. Siling kita Tuan Yang di-Pertua adalah 55%. Bahkan saya hendak sebut di sini, Singapura, hutang negaranya sekarang 110%. Di Jepun, melebihi 200%. Jadi, janganlah hendaknya kita membuat tuduhan yang melulu seolah-olah kita tidak ada mempunyai kemampuan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Penjelasan Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya boleh beri sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Silakan Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Jasin supaya kita jangan terlalu mengambil jalan mudah membuat perbandingan mengenai kemampuan dan kedudukan kewangan sesebuah negara. Ini kerana Singapura mempunyai aset dan prestasi ekonomi yang berlainan. Jepun pun mempunyai aset dan prestasi ekonomi berlainan. Oleh sebab itu pada kadar 110% daripada KDNK di Singapura bukanlah satu masalah sedangkan kepada kita, Dewan ini sendiri telah meletakkan garis atasnya 55% kerana itulah yang difikirkan tahap hutang yang paling tinggi yang kerajaan boleh tanggung pada kadar 54%...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Pandan, terima kasih.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Hanya 1%. Itu sudah terlalu tinggi.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Masing-masing ada mempunyai persepsi mereka. Akan tetapi apa pun saya sebut, supaya kita dapat satu gambaran...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Bukanlah kerajaan kita satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Bahkan kita telah membuktikan bahawa...
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Yang Berhormat Jasin, hendak minta sedikit masa.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Rating kita di antara yang paling terbaik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar. Saya melihat Yang Berhormat. Sebentar.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya minta maaf sebab tidak dapat beri lagilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya tidak ada masa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Titiwangsa?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Okey, ya.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Jasin, boleh atau tidak saya berkongsi dengan Yang Berhormat Jasin. Kalau kita lihat di mana-mana negara maju bahawa setiap kali peningkatan sesuatu negara itu daripada segi kedudukan ekonomi, maka kita tidak boleh lari berdepan dengan pinjaman. Apa yang kita hendak lihat seperti mana Yang Berhormat Pandan sebut tadi adalah comparatively kita hendak lihat bahawa pinjaman ini bersesuaian dengan perkembangan dengan ekonomi kita. Saya hendak beri contoh satu figure ini. sewaktu di Amerika, before Reagan punya rejim, Kerajaan Amerika mempunyai hutang state sebanyak satu trilion. Kemudian apabila Ronald Reagan punya time 2.9 trilion. Kemudian George H. W. Bush four trilion. This four trillion increase apabila sampai Bill Clinton 5.6 trilion. Kemudian daripada 5.6 trilion, ia increase sewaktu George W.
Bush...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
10.6 trilion. Kemudian, Barrack Obama, is 16.3 trilion.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu tidak boleh bangun.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Apa yang saya hendak sebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh bangun Yang Berhormat Batu.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Apa yang saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Jasin ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mencelah, mencelah.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Setiap perkembangan ekonomi ini, ia memerlukan sokongan kewangan untuk kita membangunkan negara. Kita tidak boleh melihat hutang secara isolation daripada perkembangan-perkembangan lain.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Titiwangsa, sebenarnya cukup tepat sekali.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Bos, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ketereh ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Saya hendak menyambung daripada apa Yang Berhormat Titiwangsa sebutkan tadi. Yang Berhormat menjadi masalah tentang apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gombak ialah kerana Yang Berhormat Gombak mengambil angka pada dua titik masa yang berbeza tanpa melihat kepada parameter yang juga turut berubah.
Sememangnya hutang negara 15 tahun dahulu dilihat lebih kecil berbanding dengan sekarang. Akan tetapi hutang negara sekarang adalah berasaskan kepada
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
keupayaan negara, bergantung kepada tahap KDNK kita. Keduanya juga adalah hutang bagi memastikan pelaburan sektor awam ataupun public sector spending yang kadangkala diperlukan untuk melonjakkan ekonomi terutama dalam suasana ekonomi yang bergerak ataupun tumbuh secara perlahan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Seperti mana kita tahu sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri dahulu, waktu itu ekonomi adalah dalam keadaan yang cukup mudah, keadaan yang tidak mencabar secara globalnya. Sekarang ini Yang Berhormat Pekan mengambil alih dalam suasana ekonomi global yang begitu suram. Akan tetapi kawalan terhadap tahap pinjaman negara pada masa ini adalah dalam keadaan yang sama sekali tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh Yang Berhormat Gombak.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Jasin, sedikit Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa tidak banyak Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Okey.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jasin tadi yang pertama sebut tentang scholarship untuk kadar peningkatan. Saya hendak tahu dalam tambahan ini, yang mana satu item yang boleh disifatkan sebagai menjadi perangsang kemajuan ekonomi?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat, kalau kita baca daripada Hansard yang telah diberi oleh pihak kerajaan ini telah cukup untuk kita betul-betul memahami kerana disebut di sini.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Belanjawan tambahan adalah untuk keperluan mana-mana yang tidak diperuntukkan atau tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2012.
Kita tahu selain daripada peruntukan-peruntukan tambahan luar jangka, jangan lupa pada tahun lepas kita telah bayar salary adjustment, dengan izin kepada pekerja- pekerja kita. Ini penting. Jadi ini perkara yang tidak kita bajet dan tidak jangka akan berlaku.
Jadi seharusnyalah RM13.2 bilion pertama dan kedua ini adalah satu perkara semata-mata bukan sahaja untuk merangsang pembangunan bahkan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan hutang ini kita mempunyai kemampuan – Hanya yang terakhir saya tengok Tuan Yang di-Pertua sudah signal saya berapa kali sudah. Hutang ini adalah berasaskan kepada kemampuan kita. Rakyat tidak perlu gusar kerana mereka bukan menjadi penjamin dan yang bayarnya adalah kerajaan. Kita buat pinjaman ini untuk pembangunan.
Kalau orang baru kahwin pun nak beli rumah, tak beli cash. Kena beli hutang juga tetapi apabila bank nak pinjamkan pada kita, dilihat tentang kemampuan kita. Jadi hendaknya kita persoalkan lagi bahkan sebagai rakyat yang sentiasa cintakan kepada pembangunan, kita mahu melihat supaya bukan sahaja kita daripada pihak parti BN bahkan pembangkang juga mempunyai tugas yang sama untuk sama-sama menyumbang tenaga supaya kita dapat menyokong dan kita mahu kalau boleh kita dapat meningkat nama dan imej negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sabar menunggu saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sarikei.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas di Dewan Parlimen yang mulia ini.
Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang penting di kawasan Parlimen saya. Isu-isu ini perlu mendapat perhatian dan tindakan Kerajaan Pusat untuk memastikan diberi peruntukan secukupnya untuk menaik taraf projek-projek tersebut.
Pertama, pembinaan jalan raya dari Sarikei ke Tanjong Manis. Pembinaan satu jalan raya dari bandar Sarikei ke Tanjong Manis adalah sangat penting untuk pembangunan ekonomi di bahagian Sarikei. Ini terdapat satu jalan raya yang telah siap dibina dari bandar Sibu ke Tanjong Manis. Oleh sebab tiada satu jalan raya menghubungi bandar Sarikei ke Tanjong Manis, maka semua penduduk kampung Tanjong Manis dan kampung-kampung yang berhampiran pergi bandar Sibu. Keadaan sedemikian telah mempengaruhi peniaga- peniaga di bandar Sarikei. Mereka sudah mengalami kemerosotan perniagaan yang begitu ketara sejak jalan raya Sibu ke Tanjong Manis siap dibina.
Dalam jawapan bertulis daripada Menteri Kerja Raya yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat memang ada cadangan membina jalan Sarikei-Tanjong Manis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan kos sebanyak RM400 juta. Oleh sebab itu, saya ingin tanya bilakah Kerajaan Pusat akan memulakan projek tersebut? Saya dengan hati yang ikhlas menyeru Kerajaan Pusat supaya cepat membina jalan tersebut dengan segera demi kepentingan peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk di bandar Sarikei dan Bintangor.
Kedua, masalah-masalah petani di Sarikei dan Bintangor. Kebanyakan penduduk di kawasan Parlimen Sarikei merupakan petani yang menanam sayur-sayuran, buah- buahan, getah dan lada. Terdapat segelintir penduduk di kawasan Sarikei dan Bintangor menceburi dalam bidang menanam kelapa sawit. Masalah-masalah yang terbesar sekali yang mereka hadapi adalah harga komoditi tersebut tidak stabil dan selalu mengalami harga jualan yang rendah sekali. Pendapatan petani-petani sangat rendah dan mereka mengalami kesusahan untuk menanggung kehidupan ahli-ahli keluarga.
Oleh yang demikian, saya menyeru Kerajaan Pusat mengambil langkah-langkah yang positif untuk membantu petani-petani yang mengalami kesusahan dengan memberikan subsidi-subsidi yang relevan kepada mereka supaya dapat mengurangkan bebanan dalam bidang pertanian mereka. Untuk pengetahuan Dewan ini, harga baja, racun serangga, racun rumput dan sebagainya adalah cukup tinggi sehingga petani-petani tidak mampu membeli barang-barang tersebut. Sekiranya Kerajaan Pusat prihatin terhadap kehidupan petani-petani ini, maka tindakan untuk mengurangkan harga barang tersebut adalah cukup penting.
Ketiga, masalah jalan raya yang kerap berlaku kemalangan. Terdapat beberapa kawasan jalan raya yang kerap berlaku kemalangan yang selalu membawa maut pengguna-pengguna jalan raya. Satu kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya yang serius adalah jalan raya berhampiran dengan Taman Rekreasi Sebangkoi, Sarikei.
Kawasan tersebut sering berlaku kemalangan jalan raya yang membawa maut. Hampir setiap hari kelihatan kereta ambulans menuju ke kawasan tersebut untuk membawa orang yang cedera dalam kemalangan jalan raya ke Hospital Sarikei. Ramai orang berpendapat bahawa kawasan ini kerap berlaku kemalangan adalah disebabkan keadaan jalan raya yang tidak berkualiti dan mundur.
Jalan raya tersebut terlalu bengkang-bengkok dan garisan tidak jelas, ketiadaan lampu jalan raya yang dipasang, permukaan jalan raya yang berlubang dan sebagainya.
Keadaan jalan raya yang sedemikian cukup membuktikan bahawa kemalangan jalan raya berlaku berpunca dari masalah-masalah jalan raya tersebut. Oleh yang demikian, saya menyeru Kerajaan Pusat mengambil langkah-langkah dengan segera untuk membaik pulih dan menaik taraf bagi kawasan-kawasan jalan raya yang kerap berlaku kemalangan.
Kerajaan Pusat perlu memberi peruntukan yang secukupnya untuk menaik taraf jalan raya tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang besar ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah tentang kes-kes jenayah yang sering berlaku di kawasan Parlimen
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
saya. Kes-kes jenayah seperti pecah rumah, curi kereta, merompak wang wanita semasa dalam kereta, pecah masuk kedai dan sebagainya kerap berlaku di Sarikei dan Bintangor.
Kami berasa cukup kesal kerana pihak polis tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani kes-kes jenayah yang telah berlaku. Kadang-kala pihak polis enggan mengambil tindakan selepas mangsa-mangsa kes jenayah membuat laporan polis. Rakyat perasaan kecewa kerana pihak polis selalu memandang ringan atas kes-kes jenayah yang telah dibuat laporan polis. Oleh yang demikian saya sebagai wakil rakyat ingin menyeru kerajaan pusat mengambil tindakan yang keras untuk menangani masalah-masalah jenayah di kawasan Parlimen saya dengan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, dengan segala hormatnya saya ingin membangkitkan satu isu lagi yang agak pending di kawasan Parlimen saya berkenaan dengan perkhidmatan perubatan. Di Daerah Meradong, Bintangor terdapat satu klinik kesihatan yang kecil sahaja.
Walaupun dalam jawapan bertulis Menteri Kesihatan memaklumkan kepada saya bahawa Klinik Kesihatan Bintangor mempunyai tiga orang pegawai perubatan. Akan tetapi keadaan sebenarnya ialah klinik kesihatan tersebut tidak kelihatan ada tiga orang pegawai perubatan.
Mengikut orang ramai hanya mempunyai seorang pegawai perubatan. Manakala yang lain hanya penolong-penolong pegawai perubatan. Keadaan sebegini tentu menimbulkan banyak masalah kepada pesakit-pesakit di Daerah Meradong dan kawasan– kawasan yang berhampiran dengan daerah Meradong. Pesakit-pesakit kadang-kala menghadapi masalah seperti tiada total yang dapat memberi rawatan kepada mereka. Kes- kes yang serius terpaksa dihantar ke hospital besar yang agak jauh dari Bintangor.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Di samping itu, klinik di Bintangor tidak mempunyai ambulans yang mencukupi.
Apabila kemalangan jalan raya berlaku, tidak ada ambulans daripada klinik Bintangor yang dapat memberikan perkhidmatan untuk menghantar orang yang cedera ke hospital Sarikei atau Sibu. Taraf perkhidmatan yang rendah di klinik kesihatan di Bintangor telah menimbulkan reaksi yang tidak senang hati di kalangan penduduk di Daerah Bintangor.
Justeru itu, saya dengan hati yang ikhlas ingin merayu kepada Kementerian Kesihatan untuk menaiktarafkan Klinik Kesihatan Bintangor dengan secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
Kerajaan Pusat mesti memberikan peruntukan yang secukupnya untuk projek menaiktarafkan klinik tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan tambahan yang ada di hadapan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan penyampaian saya dengan mengimbau kata-kata pujangga ataupun bijaksana dahulu iaitu “Pemikiran kita ini tidak sesaujana, akal tidak datang sekali dan pemikiran tidak datang serentak”. Dengan premis itu, saya percaya kita semua bersetuju bahawa belanjawan merupakan sesuatu yang dibentuk dan dibuat berdasarkan anggaran. Jadi, anggaran belanjawan itu dengan premis yang saya nyatakan tadi iaitu pemikiran tidak datang serentak, akal tidak datang sekali, tentulah ia bukan merupakan instrumen yang apabila dicipta, dibuat terus sempurna dan tidak punya kecacatan dan kekurangan.
Jadi, oleh sebab itu kita tahu bahawa belanjawan ini dibuat dengan beberapa keperluan yang mahu dicapai oleh kerajaan pada ketika ia dibentangkan. Ia tentunya berbeza-beza penumpuan yang hendak diberikan, bukannya sama sepanjang tahun kecuali perkara-perkara perbelanjaan tetap itu. Jadi, oleh sebab itu hala tuju diambil kira dan keperluan untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan yang penting pada tahun semasa itu diambil kira.
Jadi, oleh sebab itu semua itu dibuat berasaskan kepada faktor andaian-andaian tertentu bagaimana perkara ini boleh dicapai. Antara andaiannya ialah faktor-faktor lain tetap, jadi ini biasa digunakan oleh pakar-pakar ekonomi dalam membuat andaian. Sebab
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
itulah apabila berlakunya sesuatu perubahan ekonomi dunia, keadaan kewangan dunia dan ia boleh menjejaskan unjuran-unjuran awal yang dibuat oleh kerajaan. Sebab itu belanjawan tambahan yang dibentangkan di hadapan kita hari ini merupakan pengisian kepada kekurangan dan ketidaksempurnaan itu, maka kita berdepan dengan soal bajet ataupun belanjawan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua,...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tunggu dahulu, saya tidak sampai ke hujung lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat Shah Alam cukup minat dengan saya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan, penjelasan...
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya pun tidak tahu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Penjelasan ringkas.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sekejap, nanti saya bagi Yang Berhormat Shah Alam. Nanti saya selesaikan sekejap. Jadi, dia bukan hendak tanya sangat itu, dia hendak kacau saya sahaja itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak ada niat jahat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tarik baliklah, niat jahat itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada niat jahat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya benarkan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Bersangka buruk itu.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya bagi Yang Berhormat Shah Alam. Jadi, belanjawan dibawa kepada kita untuk memenuhi beberapa kekurangan belanjawan yang disebabkan oleh perubahan-perubahan andaian yang tidak tepat seperti mana yang dijangkakan daripada awal. Belanjawan tambahan bukan merupakan sesuatu yang asing. Ia biasa dilakukan. Cuma di dalam penyampaian pembangkang kadang-kadang mereka cuba memberi gambaran yang tidak betul. Seolah-olah belanjawan tambahan ini merupakan sesuatu yang dicipta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tujuan dan kepentingannya, ini niat jahat. Akan tetapi ini sebenarnya amalan biasa. Pada tahun 1993, sebanyak RM9.4 bilion belanjawan tambahan dikemukakan, siapa Menteri Kewangan ketika itu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sekejap-sekejap. Nanti saya bagi, saya selesaikan dahulu agenda. Kalau tidak nanti sesat disebabkan mengambil di tengah jalan. Jadi, saya lengkapkan ayat saya dahulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tahun 1993, RM9.4 bilion belanjawan tambahan dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini. Tahun 1994, RM14.8 bilion dikemukakan, belanjawan tambahan. Tahun 1995, RM14 bilion belanjawan tambahan
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
diminta di dalam Dewan yang mulia ini. Ketika itu siapa Menteri Kewangan? Yang Berhormat Shah Alam boleh jawab? Jadi, ini masalah – saya bagi Yang Berhormat Shah Alam tetapi saya habiskan ini dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Dia minta saya jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tak, tak dia minta saya jawab.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismai - Jelebu
Tak, saya minta nanti kemudian jawab.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tak, bukan tadi minta saya jawab?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Kemudian jawab, saya habiskan ini dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tadi kan suruh saya jawab.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya bagilah lepas ini, bukan sekarang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Okey, okey alright.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi, belanjawan tambahan ini dikemukakan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan dan kekurangan-kekurangan yang tidak terjangkau oleh pemikiran semasa kita menciptanya pada belanjawan asal dahulu.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini bukan perkara asing. Akan tetapi apabila dikatakan belanjawan tambahan ini digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tujuan dan kepentingan politik, itu tidak betul. Apa yang betulnya digunakan untuk kepentingan negara dan rakyat di negara ini dalam konteks kita memberikan dan menyampaikan rakyat diutamakan.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya bagi Yang Berhormat Shah Alam lah dahulu, dia galak sangat bangun tetapi jangan lama lah Yang Berhormat Shah Alam, sedikit sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya pun bukan hendak berucap. Karang saya berucap apabila giliran saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu yang agak jerebu hari ini. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Itu pun tidak ada niat jahat, saya tahu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada niat jahat, hakikat. Agak jerebu persepsi dan hujahnya. Kita tidak menafikan bahawa bajet tambahan ini merupakan satu perkara yang boleh diamalkan dan kiranya ia tidak boleh diamalkan sudah pasti ia akan ditolak awal-awal. Akan tetapi untuk mengatakan bahawa bajet tambahan itu merupakan satu perkara biasa yang tidak perlu kita bahas dan tidak perlu kita persoalkan adalah satu kenyataan yang terlalu longgar. Kita mengakui bahawa ia merupakan satu perkara biasa, lebih lagi di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Saya sudah duduk di dalam Dewan ini sudah lima tahun dan tiap-tiap tahun kadang kala dua kali, kadang kala ada pernah sampai tiga kali. Ini menunjukkan bahawa anggaran yang asal yang dibuat itu tidak tepat dan jauh lari daripada apa yang sebenarnya.
Apabila dikatakan bahawa tambahan adalah disebabkan oleh perubahan- perubahan yang berlaku di dunia, seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu di dalam ucapan, saya mintalah dijelaskan apakah perubahan-perubahan dunia yang telah berlaku yang menyebabkan bahawa bajet tambahan ini perlu diadakan. Ini Yang
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Berhormat Jelebu sudah sebut ia disebabkan oleh perubahan-perubahan dunia, harap diperjelaskan perubahan apa dan mengapa ada andaian-andaian. Sedangkan jumlah besar dalam soal bajet ini adalah emolumen, gaji. Bagaimana ia merupakan satu perkara yang tidak boleh dianggarkan terlebih dahulu. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Jelebu, sila perjelaskan. Terima kasih.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih abang Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, jadi persoalannya ketika Yang Berhormat Gombak berucap, dia mempersoalkan bajet tambahan ini dibuat, itu puncanya.
Sedangkan bajet tambahan ini biasa tetapi diputar seolah-olah ia menjadi alat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, itu persoalannya.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Sebenarnya tidak. Ia merupakan biasa untuk kepentingan pentadbiran negara dan rakyat. Itu isunya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
[Bangun]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi dia pusing ke situ. Soal mungkin Yang Berhormat Shah Alam tidak berapa jelas, soal manusia ini iaitu akal dia tidak datang sekali.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Waktu kita buat itu kita tidak boleh fikir semua. Jadi pemikiran tidak datang serentak. Jadi melalui masa apabila tambahan- tambahan baru dan keadaan persekitarannya berubah, makanya memerlukan perubahan- perubahan dan tambahan. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ramai yang bangun Yang Berhormat. Hendak beri jalan?
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Kuala Kedah.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tidak apalah, ia tidak selesai kepada persoalan-persoalan saya. Sampaikan hujah saya dahulu. Point yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi duduklah dahulu, duduklah.
Nanti selepas ini apa boleh berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak, itu kerja Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Hah! Kerja Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Jadi duduk dahulu, jadi saya sampaikan. Jadi di antara perkara-perkara yang tidak masuk dalam perkiraan kita misalnya. Saya baru dapat jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri.
[Disampuk] Kementerian Dalam Negeri menyatakan sehingga Mei 2013, sebanyak 24 aktiviti yang menjurus kepada bantahan pilihan raya dilakukan. Ini merupakan kos yang pada asalnya tidak termasuk dalam bajet. Oleh sebab itu kita bawa dalam ini dan ini sebagai contoh. Ada banyak. Saya tidak mahu sebut satu persatu sebab itu bukan tajuk yang hendak dibincang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini bajet tahun 2012 lah tuan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini perkara yang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ini bukan bajet tahun ini. Ini bajet tahun 2012. Ini tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya. Ini sebagai tambahan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ini sebagai contoh bagaimana perkara-perkara yang tidak terfikir dan di luar daripada yang dijadualkan, sampai waktunya perlu ditambah oleh kerajaan. Inilah sebabnya bajet dan belanjawan ini dikemukakan kepada kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Batu bangun lagi Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Jelebu, sedikit sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri jalanlah itu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Jelebu sedikit.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Tadi kata hendak beri, Yang Berhormat Jelebu, boleh ya?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Saya habiskan sedikit sahaja lagi.
Tidak apalah saya hendak masuk tajuk soal - Yang Berhormat Labis dahulu. Terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Sebenarnya kita faham kenapa budget supplementary ini diadakan. Akan tetapi apa yang paling penting apabila budget supplementary diadakan, ia melihat terdapat peningkatan pendapatan baru dilaksanakan. Oleh itu kalau kita lihat dari segi setiap kali anggaran defisit dengan defisit yang sebenarnya, kerajaan dapat memastikan bahawa defisit yang ingin dicapai itu melebihi atau boleh dikatakan meet expectation. Sebagai contoh dalam tahun 2010, walaupun terdapat supplementary budget, expected deficit pada masa itu adalah 5.6%. Akan tetapi walaupun diambil kira supplementary budget, expected deficit masih boleh dikatakan lebih memuaskan iaitu 5.4%. Maka budget supplementary yang kita lihat kebanyakan adalah berdasarkan subsidi. Maka ia adalah perlu untuk memastikan kita mengurangkan kos kehidupan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, boleh sedikit sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Okey, sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya seolah-olah Menteri sudah jawab sebelum kita dengar. Saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat Jelebu.
Pertama sekali tadi mengikut hujah Yang Berhormat bahawa kita tidak boleh jangka, sama ada ini bermaksud Yang Berhormat Jelebu fikir Yang Berhormat Pekan tidak ada pemikiran yang cukup jauh untuk menjangkakan perkara-perkara ini berlaku.
[Tepuk] Kalau ini pemimpin Yang Berhormat Jelebu, lebih baik Yang Berhormat Jelebu duduk atas sana.
Perkara yang kedua ialah kalau...
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
[Bangun]
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Satu soalankah? Ini sudah dua.
[Ketawa]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Apa yang tadi Yang Berhormat Jelebu sebut katakan ini adalah perkara yang kita adjust sebab ada peningkatan pendapatan. Akan tetapi peningkatan pendapatan tidak diketahui semasa berbelanja sebab apa yang kita belanja sudah dibelanjakan. Kita baru tahu peningkatan itu selepas dibelanjakan. Adakah ini bermaksud pemimpin Yang Berhormat Pekan ini sudah ada pandangan yang lebih jauh? Dia tahu pendapatan boleh meningkat. Apakah pandangan Yang Berhormat Jelebu?
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Kawan daripada Setiawangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Yang Berhormat Jelebu, bolehkah saya cadangkan bahawa pandangan Yang Berhormat Jelebu tadi ialah maksud bajet tambahan ini ialah contoh, di antara RM12 bilion yang telah kita bincangkan ini, terdapat 30% adalah subsidi gas cecair dan diesel, petrol dan bahan tunai juga termasuk dalam bajet tambahan ini. Sudah tentu ia agak sukar untuk kerajaan membuat bajet tambahan secara spesifik dan ini bergantung kepada perkembangan ekonomi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Jelebu, tadi kata hendak beri. Boleh ya?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua - Nanti dahulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Nanti banyak sangat soalan itu, saya pun sudah hilang punca.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak apa. Yang Berhormat Jelebu bukan Menteri, tidak perlu jawab pun.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh ya Yang Berhormat Jelebu, sedikit sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Ya, sedikit sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu, kalau kita lihat kepada sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan meminta supaya RM12 juta untuk Program Hari Belia 2012. Saya sempat melihat kepada Akta Prosedur Kewangan, apabila kita menggunakan wang di luar jangka ini, ia ada kaedahnya. Antaranya, mestilah program yang hendak dibuat itu program yang begitu urgent. Ayat digunakan adalah ayat urgent dan juga - Jadi saya hairanlah bagaimana – Yang Berhormat Jelebu boleh setuju dengan saya atau tidak, macam mana program sebanyak RM12 juta lebih antaranya perbelanjaan untuk panggil artis k-pop sahaja RM2.4 juta, kanopi dan khemah sampai RM1 juta lebih dibelanjakan. Jadi adakah program-program seperti ini program urgent? Program yang betul-betul atau semata-mata untuk pilihan raya? Jadi ini perkara yang kita telah membazir wang ini.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi, cukuplah itu Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi, sepatutnya kita gunakan wang daripada...
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tadi kata sekejap sahaja, esok saya tidak mahu beri lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sedikit, sedikit sahaja.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Ini janji tidak ditepati ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap, sekejap sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi, Yang Berhormat Sepang macam Belanda dapat tanah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ringkaskanlah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Apabila kita guna wang daripada tabung luar jangka itu, sepatutnya wang yang betul-betul diperlukan oleh rakyat dan sebagainya. Ia bukan wang semata-mata untuk mendapat faedah politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat cukup ya.
Yang Berhormat Jelebu masa sudah habis Yang Berhormat, boleh gulung.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Terima kasih. Jadi mudah sahaja bercakap ini, orang lain yang banyak bercakap. Tidak beri nanti kata tidak sporting.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tidak, minta sedikit Yang Berhormat Jelebu, sedikit sahaja.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Tidak, tidak. Cukup, cukup.
Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor
Tidak, hendak tanya fasal k-pop itu. K-pop itu duit siapa? Duit sendirikah atau duit siapa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya jadi Menterilah, saya jadi Menteri. Saya jawab.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Yang Berhormat ini salah maklumat sebenarnya.
[Ketawa] Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi itu perbelanjaan itu dibuat oleh swasta. Jadi inilah sangkaan-sangkaan dalam ucapan dan hujah kita yang kadang-kadang tidak memberi manfaat tetapi lebih kepada soal kepentingan-kepentingan sokongan dan politik masing-masing. Kita bercakap soal kepentingan negara dan kepentingan orang ramai. Jadi oleh kerana itu macam yang dibangkit oleh Yang Berhormat Batu, yang itu bolehlah. Bukan mengatakan Yang Berhormat Pekan tidak bijak dan tidak dapat menjangka tetapi sudah tentu premis yang awal saya nyatakan tadi itu, kita berfikir ini tidak boleh terfikir dan terjangkau oleh kita semua perkara dengan tepat untuk masa depan.
Itu asas dia.
Jadi oleh kerana itu, bukan kata Yang Berhormat Pekan tidak dapat menjangka.
Jangkaan dia itu mungkin pendapatan sebanyak ini tetapi in the realitynya tidak sampai tahap itu. Jangkaan perbelanjaan kita banyak ini tetapi bila dengan keadaan-keadaan di luar daripada apa yang kita jangka, maka perbelanjaan kita meningkat. Jadi oleh kerana itu dibawa di dalam Dewan ini untuk membuat tambahan, tetapi kalau sekiranya dibawa ini dengan tujuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Untuk niat tertentu, kepentingan politik dan bukan kepentingan rakyat dan negara, saya sendiri pun tidak bersetuju. Akan tetapi ini dibuat untuk kepentingan rakyat dan negara.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi Yang Berhormat Gombak saya fikir tidak apalah, saya tidak ada masa lagi. Nanti mencelahlah di tempat yang lain. Jadi, minta maaflah Yang Berhormat Gombak. Jadi saya tidak ada masa. Tuan Yang di-Pertua pun sudah beritahu masa saya sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Saya minta gulung dahulu Yang Berhormat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi saya ada satu perkara sahaja lagi untuk pergulungan ini Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan dengan hutang negara. Kita memang bimbang apabila disebut masalah hutang kepada negara ini. Akan tetapi hutang negara kita adalah hutang yang masih lagi di dalam kawalan. Sejarahnya ataupun prinsipnya dalam membuat hutang ini, Standard and Poor’s memberi rating yang tinggi kepada negara kita.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
Jadi sebab itu banyak pemilik dana asing dan tempatan memang bersedia untuk memberikan hutang kepada negara ini. Ini kerana ratingnya bagus, sebab rekod negara ini daripada sejak merdeka tidak pernah gagal sekalipun membayar hutang dan obligasinya.
[Tepuk] Ini merupakan rekod baik. Sebagai penguasa dana, mereka tidak sanggup untuk beri kepada orang ataupun negara ataupun organisasi yang dijangka tidak boleh bayar.
Akan tetapi negara kita mampu. Oleh sebab itulah hutang-hutang yang dibuat ini bukan
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
tujuan untuk membayar hutang yang ada tetapi dipinjam untuk keperluan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara kita ini. Ini sangat penting bagi menyokong pertumbuhan. Oleh sebab itu negara kita sentiasa beroleh pertumbuhan dari segi KDNK pada tahap positif sejak daripada dulu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir faham bahasa tangan yang ditunjukkan kepada saya itu. Jadi saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini untuk dipersetujukan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan kali ini. Dalam mana-mana organisasi, belanjawan atau peruntukan tambahan ini akhirnya akan beralih kepada persoalan yang paling mudah iaitu kegagalan merancang perbelanjaan ataupun mendapatkan nilai yang terbaik sehingga perbelanjaan yang terakhir itu menjadi lebih mahal daripada anggaran awal. Oleh sebab itu dalam konteks belanjawan kali ini, kita boleh memantau dari segi kenaikan belanja perbekalan berbanding dengan belanja pembangunan dari tahun 2002 sehingga tahun 2012.
Tahun 2002 iaitu lebih kurang sepuluh tahun lepas, jumlah belanja mengurus kerajaan hanyalah RM49 bilion. Ini termasuklah perkhidmatan, pembelian aset berkenaan tetap dan segala belanja lain-lain kecuali gaji. Tahun 2012 yang kita bincangkan sekarang.
Belanja perbekalan yang serupa telah mencecah RM130 bilion iaitu tiga kali ganda. Kalau diukur dari segi peratusannya, dengan izin compound annual growth rate sebanyak 10% tiap-tiap tahun daripada tahun 2002 sampai tahun 2012 iaitu satu angka yang cukup tinggi pada dasar kewangannya.
Oleh sebab itu kita saban tahun berdepan dengan sesi yang sama iaitu untuk membincangkan masalah belanja yang berlebihan dan meluluskan belanjawan tambahan.
Sejak Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak pernah gagal untuk membentangkan paling kurang dua kali belanjawan tambahan tiap-tiap tahun. Tahun 2009, RM21 bilion. Kemudian tahun ini, kalau yang sekarang ini diluluskan akan meningkat mencecah RM28 bilion belanjawan tambahan bagi tahun 2012.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah tata kelola yang telah disebut oleh Yang Berhormat Gombak semalam, satu lagi sebab utama kenapa belanjawan terus meningkat mengatasi peruntukan yang telah diluluskan awalnya adalah kerana kaedah perolehan kerajaan itu yang digunakan tidak mendapatkan nilai yang terbaik untuk rakyat.
Saya bagi contoh. Pertama, kaedahnya ialah rundingan terus tanpa kontrak terbuka.
Saban tahun, tiap-tiap tahun makin banyak kontrak yang dirundingkan secara terus dan perolehan-perolehan negara dianugerahkan oleh kerajaan termasuklah yang melibatkan kontrak pembinaan, kontrak pertahanan, keselamatan dan lain-lain perbekalan yang lain.
Kita tahu kalau tanpa kontrak yang terbuka dan apabila rundingan dibuat secara terus, sudah tentu kosnya lebih tinggi dan tidak tertakluk kepada harga pasaran. Bukan sahaja kosnya tinggi tetapi banyak juga keadaannya apabila mutu perkhidmatan atau barangan yang didapatkan itu tidaklah memuaskan dan merugikan wang rakyat.
Contoh yang paling baik yang juga tersenarai dalam senarai belanja-belanja yang kita diminta luluskan kali ini adalah mengenai rundingan terus perbekalan barang-barang pilihan raya termasuklah baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal. Sehingga ke hari ini, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Arau ya, sehingga ke hari ini kita masih menunggu jawapan SPR siapa sebenarnya pembekal dakwat kekal ini? Bukan sahaja mahal tetapi tidak boleh pakai. Oleh kerana SPR dan Menteri telah jawab dan tidak bersedia untuk berterus terang, maka saya mohon Menteri dalam sesi penggulungan nanti untuk mengesahkan maklumat mengenai pembekal dakwat kekal yang telah dimaklumkan dan disiasat oleh kami.
Mengikut maklumat, ini rakan-rakan daripada Barisan Nasional pun berminat untuk dengar. Mengikut maklumat dalaman yang diberikan oleh SPR sendiri, Menteri ya, kontrak- kontrak pembekalan dakwat, t-shirt dan topi telah dirundingkan secara terus dengan
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
syarikat-syarikat yang dikawal oleh seorang niagawan yang bernama Mohamed Salleh bin Mohamed Alli. Namanya Mohamed Salleh ejaannya M.O.H.A.M.E.D – Mohamed, Salleh – S.A.L.L.E.H bin Mohamed Alli, nombor kad pengenalan 671112-66-5021, 66 itu Singapura.
Oleh sebab itu saya sebut Singapura, 66 itu kad pengenalan yang asalnya daripada Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan Mohamed Salleh yang terlibat di dalam rundingan terus ini termasuklah satu syarikat asasnya yang bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn. Bhd. Saya ulang dalam Dewan, Integrated Challenger Malaysia Sdn. Bhd. Oleh sebab itu dulu saya minta supaya SPR sebut sebelum kita dedahkan kerana akhirnya bila keluar, dia akan mendatangkan dan mengundang pelbagai persepsi yang tidak baik. Bukankah mudah kalau Menteri cakap awal-awal.
Selain daripada Integrated Challenger Malaysia Sdn. Bhd., ada dua lagi syarikat yang masuk rundingan terus yang dikawal oleh Mohamed Salleh ini dengan menggunakan nama pekerja-pekerja beliau termasuklah seorang kerani akuan syarikat beliau yang bernama Norsiah Yusoff. Nombor kad pengenalan 731002-71-5026 yang juga ahli pengarah kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh bin Mohamed Alli ini.
Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh banyak terlibat dengan kontrak-kontrak perbekalan kerajaan bukan sahaja dakwat kekal malah beliau pernah juga mendapat kontrak terutamanya juga daripada Kementerian Pertahanan melalui syarikatnya satu lagi yang bernama Allisons Corporation Sdn. Bhd. Maknanya, Mohamed Salleh bin Mohamed Alli ini adalah seorang pakar. Dia pakar rundingan terus dengan kerajaan.
Dakwat dia dapat, pertahanan dia dapat, general trading kerajaan pun semua dia dapat. Ini kerana ialah dia diberitakan rapat dengan pimpinan-pimpinan kerajaan termasuklah juga dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.
Oleh sebab itu saya faham bila – Yang Berhormat Kinabatangan ada? Tidak ada.
Saya faham bila Yang Berhormat Kinabatangan bangun dan merungut semalam bila dia kata ketua-ketua bahagian UMNO minta projek tidak dapat. Memang tidak dapat sebab dia tidak pakar dalam bab-bab rundingan ini, yang dapat hanyalah pakar rundingan terus macam saudara Mohamed Salleh bin Mohamed Alli ini. Oleh sebab itu nanti masa Menteri menggulung, saya minta Menteri menjelaskan apa yang kerajaan akan buat untuk mengurangkan kaedah rundingan terus ini yang memalukan kerajaan dan merugikan wang rakyat.
Apa pula tindakan yang diambil terhadap pakar-pakar rundingan terus seperti Mohamed Salleh bin Mohamed Alli yang kalau rakan-rakan dalam Dewan siasat latar belakang kereta apa, rumah apa, begitu mewah keadaannya. Apakah status siasatan SPRM sekarang terhadap pembelian dakwat, t-shirt dan juga topi seperti mana yang termasuk di dalam senarai belanja tambahan SPR kali ini. Baik, ada celahan?
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Pandan, saya suka bila Yang Berhormat Pandan sebut benda-benda dengan didukung dan disokong oleh fakta. Cuma saya tertanya-tanya bila disebut berulang kali nama Salleh dan dikaitkan dengan mendapat perolehan melalui secara rundingan terus, saya hendak tanya di mana salahnya? What is a crime over there?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Itu satu, nanti dulu. Pertama, soal rundingan terus adalah perkara yang bukan menjadi amalan sekarang. Rundingan terus juga menjadi amalan daripada kepimpinan-kepimpinan terdahulu termasuk sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Saya tanya in a good faith Yang Berhormat Pandan ya, saya suka bila Yang Berhormat sebut perkara itu.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik Yang Berhormat Kepala Batas.
Saya faham dan saya ada banyak lagi, jadi saya jawab terus ya. Salah kalau rundingan terus itu dibuat untuk perbekalan barang-barang yang boleh disediakan dan dibekalkan oleh banyak peniaga yang boleh mendapatkan nilai dan harga terbaik.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Termasuk Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Ya, kasihan Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan pun ada hak untuk bersaing kalau syarikatnya boleh membekalkan dakwat yang lebih baik dan lebih kekal contohnya.
Kecualilah rundingan terus ini amalannya pernah dibuat dan saya dulu semasa di sektor korporat pun biasa buat rundingan terus kecuali di dalam kontrak-kontrak yang kepakaran tertentu ataupun ada nilai strategik pemindahan teknologi tertentu yang dirundingkan oleh kerajaan semestinya bukan untuk membekalkan dakwat kekal yang satu dunia boleh dapatkan. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya pun hendak tambah. Dari segi kesalahan itu ialah apabila dirunding terus dan dibeli dengan harga jauh lebih tinggi daripada pasaran atas sebab kepentingan-kepentingan politik dan diberikan pula barang yang kualitinya terbukti dah rosak, tidak betul, tidak tepat dan apabila dah terdedah tidak mahu pula mengambil tindakan kepada pembekal itu dan ingin merahsiakan lagi nama syarikat yang terlibat. Nampak sangat ada banyak yang tidak betul.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya setuju 200%.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Yang Berhormat, boleh saya celah sedikit?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Saya hendak tambah komen dari Yang Berhormat Shah Alam. Dulu Auditor General bagi satu report, kerajaan beli satu laptop, satu laptop berharga RM42,000. Apa laptop ini?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya setuju dengan pendapat yang ditanya oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Wangsa Maju. Kita di dalam Dewan dan juga ingatan saya kepada Menteri Yang Berhormat Arau, kita memang menanggung beban yang berat kerana kita kena jawab dengan Allah SWT kemudian.
Maknanya, kita tidak boleh benarkan wang rakyat dibelanjakan untuk barang-barang yang menipu harta rakyat seperti ini. Itu sebab kenapa rundingan terus tidak boleh kecualilah seperti yang saya sebut keadaan-keadaan tertentu.
Saya hendak teruskan kepada perkara kedua kerana masa kurang mengizinkan.
Tadi saya sebut kaedah perolehan pertama rundingan terus. Ini yang menyebabkan banyak wang negara ketirisan sehingga kita selalu kembali kepada belanjawan tambahan. Kaedah perolehan kedua yang agak baru dan menggusarkan ialah apa yang dipanggil projek-projek penswastaan melalui kaedah Public Finance Initiative (PFI) yang banyak dilakukan bagi projek-projek infrastruktur melalui, sorry, Public Finance Initiative (PFI) terutamanya melalui konsep dengan izin Build List Transfer (BLT). Sekarang ini banyak universiti, balai polis, semua digunakan melalui konsep BLT ini.
Saya pernah bawa sebelum ini, Yang Berhormat Pasir Salak tidak ada, kalau tidak dia marah ini. Saya pernah bawa sebelum ini bagaimana syarikat yang dikuasai oleh Yang Berhormat Pasir Salak mendapat kontrak BLT untuk membina UiTM cawangan Tapah pada harga yang akan menyebabkan UiTM terpaksa menanggung sewaan tahunan yang cukup tinggi tiap-tiap tahun. Saya hendak maklumkan kepada Dewan, terkini sudah ada enam kampus cawangan UiTM yang dianugerahkan secara kontrak PFI yang sekarang ini sedang dibina. Pasir Gudang, Seremban 3, Jasin, Kota Samarahan, Tapah dan Puncak Alam.
Selepas ini, kerajaan bercadang untuk menganugerahkan enam lagi pembinaan UiTM melalui konsep PFI ini. Apa yang tidak betul sebelum ada yang tanya apa yang salahnya dengan PFI. Saya hendak perincikan kewangan berkenaan PFI.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh sebut PFI tetapi jangan rujuk mana-mana Ahli kerana batasan terhadap Perkara 36(9) ya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Baik, selepas ini tidak ada. Kalau ikut PFI, perjanjian untuk pembinaan UiTM cawangan Tapah. UiTM terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM57 juta setahun bagi tempoh masa konsesi 23 tahun. Maknanya, ada
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
enam kampus yang sedang dibina di bawah konsep perjanjian tersebut. Kalau satu kampus RM57 juta, enam kampus tiap-tiap tahun, UiTM kena tanggung RM360 juta bagi tempoh konsesi 23 tahun. RM57 juta kali enam, RM360 juta setahun kali 23 tahun untuk membina enam kampus cawangan UiTM, rakyat terpaksa menanggung selepas ini jumlah RM8.3 bilion.
Sedangkan kalau kita pakai kaedah dulu, JKR menjadi pengurus projek, kepakaran mengurus projek itu di JKR, dibuka tender, cari tender yang terbaik, menteri sendiri mengakui bahawa satu kampus cawangan UiTM yang dianugerahkan di bawah PFI ini, satu kampusnya, kosnya hanyalah RM400 juta. Jadi, RM400 juta kali enam, sepatutnya RM2.4 bilion Tuan Yang di-Pertua, akhirnya kita terpaksa menanggung untuk tempoh yang panjang, RM8.3 bilion, empat kali ganda lebih mahal harganya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja saya hendak tanya pada Yang Berhormat Pandan. Tidakkah menghairankan Yang Berhormat Pandan, dalam keadaan ada projek-projek - PFI, PFI, PFI tetapi akhirnya bajet tetap defisit, tambah lagi ada supplementary budget sedangkan semua dah diprivate funded dan sebagainya.
Mengapa benda begini berlaku?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh jawab, kemudian gulung Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pandan mengenai bagaimana projek- projek kerajaan diswastakan ini. Yang lebih menghairankan saya Yang Berhormat Pandan, apabila sebagai contoh AES yang sepatutnya ini mestilah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kerajaan sebab kita tidak boleh menswastakan dari segi pelaksanaan undang-undang ini. Apabila kita menswastakan AES ini, bermakna kita telah melibatkan pihak swasta ini untuk mendapat keuntungan daripada hasil saman yang dibayar oleh rakyat. Sepatutnya apabila saman dibayar oleh rakyat kepada pihak kerajaan, kerajaan akan menggunakan wang saman itu untuk dikembalikan kepada rakyat balik dalam projek-projek pembangunan.
Akan tetapi, sekarang apabila dibayar wang AES ini, saman ini, sebahagiannya akan pergi kepada syarikat swasta dan syarikat swasta tidak dipertanggungjawabkan untuk memulangkan manfaat wang itu kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini berlakunya satu kebocoran.
Jadi, saya hairan kenapakah perkara basic begini pun kerajaan langgar, dah teruk sangat tidak ada duit ini?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Okey Yang Berhormat Sepang, terima kasih Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pandan, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya perlu menjawab yang dibawa oleh Yang Berhormat Shah Alam. Jadi, sebab itu saya benar-benar gusar kalau lebih banyak projek PFI dianugerahkan kerana walaupun sekarang kerajaan mengatakan ia tidak melibatkan modal kerajaan tetapi sebenarnya kita membayar sewaan tahunan dengan komitmen yang cukup panjang. Jadi, sebab itu kalau kita perincikan belanjawan kita tiap- tiap tahun, tiap-tiap tahun jumlah kenaan tetap, bayaran back fixed charges dengan izin semakin hari semakin meningkat, tahun-tahun makin meningkat kerana sewaan-sewaan sebeginilah yang akan dimasukkan sebagai belanjawan kenaan tetap yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.
Saya gulung Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu saya gusar, kalau ambil contoh UiTM. Dalam tempoh sepuluh tahun dari sekarang, sudah tentu tanggungan yang mahal ini menjadi beban. Apabila kerajaan tidak mempunyai sumber yang baik pada masa-masa
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
akan datang, maka UiTM terpaksa menanggung beban itu yang bermakna ia kena naikkan yuran kepada pelajar. Itu yang telah berlaku di projek-projek BLT yang telah dimulakan sebelum ini termasuklah juga projek-projek konsesi lebuh raya contohnya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Jadi, 10 tahun dari sekarang, kalau perkara ini berlarutan, yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Baik pelajar-pelajar di UiTM, rakyat biasa dan anak-anak Melayu bumiputera di UiTM inilah yang sekarang ini UMNO mengaku mempertahankan, yang 10 tahun dari sekarang...
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Celah sedikit Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terpaksa menanggung beban kerana projek-projek yang kita berikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Saya kena gulung, masa sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Sedikitlah, Yang saya tahu UiTM ini tidak naik...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Jadi, tak apa, tak apa...
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Yang naik itu KUIN di Kedah. Terima kasih.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Jerlun, dulu saya dah bagi banyak. Tak apa, thank you, lain kali ya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menggulung dengan menyatakan bahawa selagi kaedah-kaedah perolehan negara kita tidak perbaiki, selagi rundingan terus berlarutan, selagi projek-projek PFI dan konsesi swasta ini tidak dibuat dengan telus dan diperbetulkan, selagi itulah Dewan yang mulia ini akan terus menjadi rubber stamp. Hanya untuk meluluskan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah pun dibelanjakan seperti yang dibentangkan sekarang. Dengan itu saya mohon pertimbangan Dewan untuk mengambil kira hujah-hujah itu. Saya tamatkan dan sekian terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pengerang.
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada kerajaan atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013. Bila saya dengar tadi Yang Berhormat Pandan berbahas, terperanjat juga saya dengar cara Yang Berhormat Pandan bercakap, macamlah orang budak-budak Melayu di UiTM semua merana. Saya rasa apa Yang Berhormat Pandan cakap itu tidaklah begitu tepat.
[Tepuk] Akan tetapi itulah cara Yang Berhormat Pandan selalunya, memanipulasikan maklumat yang dia dapat. Akan tetapi tidak mengapa, saya sebagai wakil rakyat di Pengerang ingin menyatakan beberapa perkara dalam bajet tambahan. Pertama sekali, dalam isu bercakap tentang transformasi ekonomi. Saya bila tengok kepada bajet tambahan ini...
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Temerloh bangun, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Eh! Belum mula lagi bang.
Boleh saya buka sedikit mukadimah? Nanti saya jemput orang Temerloh. Okey, terima kasih. Jadi, bila saya tengok pada transformasi ekonomi, kita tengok kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara kementerian-kementerian yang boleh dilihat mempunyai penambahan bajet yang tinggi. Saya melihat dalam aspek ini
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
penekanan kepada apa yang disebut sebagai menampung kos operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang, yang mana Parlimen Pengerang ini di bawah Daerah Kota Tinggi. Tiga Parlimen iaitu Kota Tinggi, Pengerang dan juga Tenggara.
Kita mempunyai satu sahaja pegawai kebajikan daerah. Jadi, kalau kita tengoklah jumlah rakyat dalam ketiga-tiga kawasan Parlimen iaitu Kota Tinggi, Tenggara dan juga Pengerang, kita bandingkan dengan satu pegawai kebajikan yang bertugas. Dia hendak mengendalikan lebih kurang kiraan 300,000 rakyat yang ada dalam isu-isu kebajikan, kemiskinan, campur, tolak dan sebagainya. Saya tengok memang tidak mencukupilah.
Berapa banyak pun kerajaan meletakkan duit di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam isu-isu kebajikan, isu kemiskinan dan sebagainya, memang tidak mencukupi.
Dengan itu saya ingin mencadangkan kepada kementerian, mungkin kita boleh mengujudkan satu pasukan sukarelawan daripada parlimen-parlimen yang terlibat supaya dapat membantu kementerian dalam isu-isu membantu. Isu-isu berhadapan dengan mencari mereka-mereka yang terlibat dalam isu kebajikan dan juga isu kemiskinan. Kalau kita tengok dalam aspek ini, kemungkinan bila bercakap tentang bajet tambahan, kekurangan sukarelawan ini selalunya tidak payahlah kita hendak beri gaji dan sebagainya.
Akan tetapi sekurang-kurangnya kita bantu dari segi elaun dan sebagainya dapat mengurangkan beban kepada kerajaan dan pada masa yang sama dapat membantu masyarakat dalam kawasan-kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sila Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya hendak merujuk kepada mukadimah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi, menyentuh tentang ucapan daripada sahabat saya Yang Berhormat Pandan yang dikatakan tidak betul, kenyataannya dan tidak tepat. Boleh saya tahu apakah fakta yang dikemukakan ataupun kenyataannya yang tidak betul dan tidak tepat itu? Ini kerana kita tidak boleh terima kalau tidak tepat.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Bagi saya Yang Berhormat Temerloh, mengatakan bahawa pelajar-pelajar UiTM lah yang akan merana disebabkan oleh projek-projek dalam rundingan terus itu, bagi saya tidak begitu betul. Kalau kita tengok, sahabat saya Yang Berhormat Jerlun tadi, dia tengah hendak terangkan sesuatu fakta.
Akan tetapi disebabkan tidak cukup masa. Itu sebab bagi saya kalau kita hendak bercakap dari segi politik pun, kita jangan terlampau ghairah hendak menunjukkan seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional ini kerajaan yang zalim, kerajaan yang tidak meletakkan...
Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan
Minta sedikit.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Kerajaan yang tidak meletakkan kebajikan kepada rakyat dan sebagainya. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat Pengerang.
Saya pun terpanggil hujah daripada Yang Berhormat Pandan dan rata-rata ada orang mendakwa Yang Berhormat Pandan ini sebagai whistleblower. Akan tetapi saya menganggap dia *trumpet blower.
[Ketawa]* Ha! Dia besar-besarkan isu yang kecil. Hari mutakhir ini, saya nampak ramai remaja dan pelajar kita pula hendak memasuki UiTM tetapi tempat tidak ada. Dia kata merana. Jadi di mana yang betul? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Inilah masalah dengan Yang Berhormat Pandan. Bila dia bercakap mungkin dia sudah keluar universiti, bolehlah dia bercakap begitu. Akan tetapi ramai lagi anak-anak kita di luar sana yang memerlukan proses kemasukan kepada pengajian tinggi dan kita tengok memang betul Yang Berhormat Kinabatangan. Selalunya UiTM ini menjadi antara universiti yang dituntut oleh kebanyakan mereka. Kalau kita tengok isu-isu kampus UiTM ini memang tidak mencukupi.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Berkenaan dengan isu kementerian, saya hendak bercakap tentang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Sebagai bekas Menteri Pelancongan, saya terpandanglah daripada isu belanjawan
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
tambahan ini dan sebagainya. Memang banyak strategi yang kerajaan akan wujudkan untuk menggalakkan pelancongan. Akan tetapi antara pendekatan yang paling serius di sini, kita mesti menentukan bila pelancong masuk ke dalam negara kita, kita mesti membezakan sama ada mereka adalah pelancong atau mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) ataupun pendatang asing dengan izin. Ini berlaku kerana kadang-kadang bila kita tengok kemasukan pelancong, kalau kita tengok dalam kad imigresen Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang kita mungkin tengok dia akan katakan dia masuk sebagai pelancong. Akan tetapi selepas itu dia akan duduk dan tinggal sebagai pekerja yang sah ataupun tidak sah.
Jadi dalam aspek ini, perlu satu pendekatan yang lebih realistik. Kemungkinan kerjasama antara Jabatan Imigresen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam aspek ini. Akan tetapi tambahan juga dalam isu pekerja-pekerja asing ini, saya kadang-kadang ini agak terperanjatlah. Kalau saya pergi ke negara Jepun, kita tengok restoran Jepun di Jepun, Tokyo dan Osaka...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Boleh saya habiskan cerita Jepun ini? Kalau kita tengok di bandar-bandar, kalau dia jual makanan Jepun, dia buat tempura, sushi dan sebagainya, kalau kita tengok belakang kaunter itu semuanya memang orang Jepun. Dengan pakaiannya, dengan cara dia masak dan sebagainya itu, kita rasa inilah kata orang makanan Jepun yang boleh dilihat sebagai asli. Akan tetapi kadang- kadang dekat Malaysia ini, kita tengok hendak makan makanan Jepun, buat sushi, teppanyaki ini, banyaknya bulu tangan dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Orang apa itu Yang Berhormat?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Tengok punya tengok, bukannya orang Jepun. Saya bukan apa, bukan hendak tengok bulu dia atau apa tetapi kadang-kadang takut juga saya hendak makan sushi takut bulu itu terjatuh dekat nasi dan sebagainya. Ini kerana pendatang asing digunakan untuk bekerja dalam perkhidmatan tersebut. Bukan saya kata salah. Kadang-kadang majikan ini sebagai tuan punya premis business ini, dia hendakkan keuntungan.
Akan tetapi kalau aspek pelancongan, saya hendak beri penekanan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dalam industri pelancongan, kita hendak menggalakkan pekerja-pekerja pelancongan, kita mesti meletakkan penekanan kepada rakyat tempatan. Contohnya dalam industri di negeri Melaka, Terengganu, Kelantan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang bangun Yang Berhormat.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Silakan Yang Berhormat Kota Bharu kemudian Yang Berhormat Subang.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih adik kah? Yang Berhormat Pengerang, adinda. Tadi Yang Berhormat sebut mengenai pelancongan dan Yang Berhormat sendiri pernah menjadi Menteri Pelancongan Malaysia. Setahu saya pelancong ini dia ada dua jenis. Satunya pelancong domestik, satunya pelancong antarabangsa. Tak apalah, yang mana-mana pun adalah pelancong kepada negara kita. Akan tetapi saya hendak dapat komen daripada Yang Berhormat, satu ketika dahulu, adalah satu negeri di sebelah selatan tanah air kita ini, Chief Minister dia bagi arahan kepada mana-mana pegawai di negeri tersebut tidak boleh melawat ataupun mengadakan apa-apa program di sebuah negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.
Tegasnya di Kelantan. Ini arahan sehingga tak boleh pegawai-pegawai hendak pergi, hendak buat kursus, hendak membuat lawatan sambil belajar pun tak boleh.
Jadi ini juga menyebabkan menjejaskan dari aspek pelancongan. Jadi, saya hendak dapat penjelasanlah daripada Yang Berhormat. Adakah wajar tindakan seumpama
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
ini, sebuah negeri di Malaysia ini menyekat pelancong untuk pergi ke sebuah negeri lain di Malaysia ini, dari aspek pelancongan? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya tertarik tadi oleh komen Yang Berhormat tentang pelancong-pelancong yang datang tapi sebenarnya bukan pelancong tapi datang untuk tujuan bekerja. Saya difahamkan ini berkaitan dengan fenomena yang sama tapi khusus kepada Bangladesh sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya diberi maklumat bahawa sekarang, kini ya, setiap hari sekurang-kurang 1,500 pelawat atau pelancong datang setiap hari memakai lima flight setiap hari daripada Bangladesh ke Malaysia.
Jumlah ini akan menambah apabila Malindo Air akan bermula flight pada Ogos tahun ini, AirAsia akan mula September ini dan meningkat mungkin lebih 2,000. Bermaksud hampir 600,000 pelancong datang ke Malaysia atas nama pelancongan dari sebuah negara yang nampaknya agak miskinlah, ya. So, macam mana semua orang ini, 600,000 orang ini boleh dapat visa tourist. Dia memohon dia dapat sah tourist visa daripada embassy kita ataupun bukan Suruhanjaya kita di Dhaka, High Commission kita dan dapat kebenaran untuk masuk negara kita sebagai tourist. Ini ialah saya dapat maklumat dan bagi saya ada keraguan tentang yang berlaku dalam atasan imigrasilah yang bertugas di sana.
Saya minta pandangan Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Pengerang minta laluan. Sikit. Terima kasih. Satu kategori pelancong yang datang ke Malaysia khususnya daripada Bangladesh, Pakistan dan India adalah pelancong peniaga. Mereka datang ke Malaysia dan berniaga dengan bawa barang-barang yang dijual oleh peniaga-peniaga Malaysia dan menjadi persaingan besar untuk peniaga-peniaga Malaysia sampai beberapa orang ataupun satu kumpulan yang besar terpaksa tutup kedai. Pada hari ini, mereka telah mengadakan satu protes simbolik yang besar-besaran untuk mendapat perhatian kerajaan supaya pelancongan seperti ini diberhentikan serta-merta. Oleh kerana kehilangan pasaran dan juga kehilangan keuntungan. Saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah kerajaan harus buat khususnya Kementerian Pelancongan termasuk dengan kerajaan tempatan untuk mengambil masalah ini sebagai serius dan juga untuk menghalang pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia supaya tidak bersaing dan hapuskan business-business Malaysia. Terima kasih.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Subang. Seperti yang saya katakan tadi, isunya ialah bila pelancong ataupun pekerja asing masuk Malaysia, borang imigresen yang mereka tandatangan itu, kadang-kadang tidak membezakan antara pelancong ataupun pekerja. Tidak banyak yang datang mengaku mereka pekerja, selalu mengatakan mereka pelancong. Kemudian lepas jadi pelancong, walaupun visa dia, berapa hari, visa tourist itu akan bertambah dan menjadi pendatang asing tanpa izin.
Inilah sebenarnya yang bagi saya kalau kita tengok perbezaan Malaysia dengan negara-negara lain ialah sejauh manakah kita lebih serius untuk menjaga ekonomi kita supaya dipelopori oleh orang tempatan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Klang, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Subang, yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu itu biar saya sentuh secara menyeluruh. Saya melihat aspek yang satu itu ialah apa yang dilihat kepada proses kemasukan.
Keduanya ialah proses penguat kuasa. Penguat kuasa yang saya hendak sebut ini kalau dekat Klang itu mungkin di Little India yang di Klang itu. Macam-macam orang yang ada. Kadang-kadang kita tidak tahu sama ada orang Malaysia kah tidak. Sebab kita ini sejarah pelbagai kaum.
Tapi saya tahu di Kuala Lumpur, tiap-tiap hujung minggu hari Ahad kita ada tempat untuk semua golongan-golongan Nepalese, kita ada tempat untuk semua golongan- golongan Filipina, golongan-golongan Bangla, golongan-golongan Pakistan, mereka akan berkumpul sebagai satu keluarga. Yang perlu kita persoal, sejauh mana kerajaan ataupun pihak berkuasa hendak menguatkuasakan isu ini. Tapi berbalik kepada isu saya yang saya
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
sebut tadi, saya tengok kepada pekerja asing yang sah. Yang diambil oleh syarikat-syarikat, perniagaan yang berkenaan dengan pelancongan.
Saya hendak cadang kepada kerajaan terutama sekali kepada Kementerian Pelancongan, tentukan pekerja-pekerja adalah pekerja tempatan. Tidakkanlah kita hendak orang asing yang bekerja dengan kita disebabkan kita hendak bayar gaji murah. Dia hendak bercakap tentang sejarah Melaka. Dia hendak bercakap tentang Johor Lama. Dia hendak bercerita tentang Negara-negara Selat dengan kemasukan British, perang dunia kedua. Mana dia tahu sejarah kita. Jadi saya berharaplah bahawa Kementerian Pelancongan mesti menentukan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan mesti meletakkan keutamaan kepada rakyat Malaysia sebagai pekerja mereka.
Sama ada yang bawa van pelancong ataupun mereka yang menjadi jurubahasa ataupun mereka berkhidmat dengan industri front desk dengan izin. Saya hendak cakap ini hotel-hotel di Kuala Lumpur ini Tuan Yang di-Pertua, penuh dengan pekerja asing.
Contohnya yang saya sebut bila kita makan makanan yang tertentu itu, yang masak dan yang bawa waiter itu dengan izin bawa-bawa itu banyaknya orang luar.
Bukan saya menghina orang luar Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau orang tempatan boleh kenapa mesti kita beri kepada orang luar. Jadi dalam aspek ini kemungkinan kalau kerajaan tidak boleh wujudkan penguat kuasa yang begitu serius, mungkin kita kena ada undang-undang yang menentukan bahawa majikan mesti meletakkan keutamaan kepada orang tempatan. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, generasi muda, kelulusan universiti ataupun Tingkatan Lima lebih kurang 400,000 setahun. Ramai yang tidak dapat pekerjaan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Pengerang minta.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Perkara ini berlaku disebabkan bahawa majikan banyak sangat hendak mendapat keuntungan. Kalau dia lantik orang tempatan, dia kena bayar EPF, dia kena bayar SOCSO, dia tidak hendak bayar, maka dia letaklah galakannya melantik dan menggajikan orang luar.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Minta laluan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Kejap ya, kejap, kejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Bukit Gantang ya.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Saya hendak jawab Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu kalau beginilah adanya Ketua Menteri mana-mana negeri yang berkata sedemikian saya rasa Yang Berhormat Kota Bharu kenalah tulis surat ya kepada individu tersebut bahawa memang pelancongan domestik akan terganggu kalau ada dasar sedemikian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Sebab yang disebut tentang pelancongan ini dua Tuan Yang di-Pertua, pelancongan domestik juga pelancongan antarabangsa. Silakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey terima kasih. Yang Berhormat Pengerang ini pernah menjadi Menteri Pelancongan. Pada 2 April 2008, Menteri Pelancongan pada masa itu mengumumkan kementeriannya membatalkan semua memorandum persefahaman dengan negeri-negeri Pakatan. Sehubungan dengan itu satu Jawatankuasa diwujudkan di bawah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pengerang, dalam keadaan sekarang ini daripada Menteri Pelancongan ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menganaktirikan negeri- negeri Pakatan. Setuju tidak dengan saya? Maknanya Menteri Pelancongan ini lebih bersikap terbuka daripada Menteri Pelancongan yang dululah, yang pernah Yang Berhormat Pengerang pegang. Itu yang satu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Keduanya, Yang Berhormat Pengerang bercakap tentang memberi peluang kepada rakyat tempatan. Okey, saya lencong sikitlah. Sepatutnya kita juga memberi peluang kepada para pengundi-pengundi untuk mengundi majikan mesti berikan hak untuk mengundi. Jadi kalau sekiranya Kuala Besut ini diadakan pilihan raya hari bekerja ini, bukankah ini sekali gus kita telah menafikan hak rakyat untuk mengundi mereka kerana dibuat hari yang menyusahkan mereka.
[Dewan riuh]
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat, Sepang tanya dua soalan satu relevan, satu tidak relevan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Pengerang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Yang relevan itu pasal memorandum yang Menteri pada tahun 2008 itu, saya hendak jawab tidak bolehlah, saya tidak jadi Menteri lagi. Tetapi bagi saya...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Pengerang minta laluan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Sekejap biar saya jawab.
Biar saya jawablah, bulan puasa.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Sikit, sikit saja, sambungan.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Biar saya jawab, sabar ya.
Sabar, sabar. Saya hendak layan satu-satu, tidak boleh layan serentak. Tidak ada kepakaran layan serentak. Okey. Dalam isu ini saya hendak sebut pasal memorandum ini.
Kalau pun ada saya rasa memang sepatutnya tidak berlaku dikeluarkan arahan tetapi tidak dapat dinafikan suka tidak suka, pelancong dia keluar, datang ke negara kita, suka tidak suka semua hendak lari ke Pulau Pinang. Kalau macam mana pun hendak kata kerajaan menghalang, saya rasa tidak betul sebab ramai yang memang akan melancong pergi ke Pulau Pinang, pergi ke Melaka, pergi kepada negeri-negeri yang memang ada galakan pelancongan. Jadi isu ini saya hendak jawab, bukannya adanya arahan kerajaan yang dapat menghalang tetapi lebih kepada produk pelancongan yang dikeluarkan oleh negeri tersebut.
Kalau negeri tersebut kreatif dalam mengeluarkan produk-produk pelancongan, saya yakin pelancong akan pergi ke negeri-negeri tersebut. Berkenaan dengan isu tadi, pekerja asing tadi.
Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang.
Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang
Saya hendak sebut tadi tentang gaji minimum sekarang RM900 walaupun pada pekerja asing. Jadi saya haraplah Kementerian Pelancongan akan lebih peka kepada isu ini supaya rakyat tempatan diberikan keutamaan dari segi pekerjaan. Silakan.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bukit Gantang dulu. Yang Berhormat Bukit Gantang dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Oleh kerana banyak dikemukakan berkenaan dengan pekerja-pekerja asing yang bekerja di industri hotel, masakan dan sebagainya. Persoalan dia, kenapa keadaan ini berlaku?
Adakah ianya mempunyai kaitan dengan pemimpin-pemimpin tertentu yang telah berniaga
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
peniaga-peniaga asing itu sebagai pendapatan mereka sehingga keadaan jadi sedemikian rupa? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pengerang boleh jawab kemudian, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit, sedikit sahaja.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Saya jawab Yang Berhormat Bukit Gantang dahulu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit, sedikit. Sama sahaja.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Oh! Yang Berhormat Batu ini keras betul. Saya jawab Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sama, sama poin.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Sebenarnya kebenaran saya bukannya Yang Berhormat Batu. Bagi saya jawab dahulu Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dalam isu ini Yang Berhormat Bukit Gantang nak cakap begini, saya nak jawab satu sahaja Yang Berhormat Bukit Gantang. Bila you cakap berkenaan pembantu rumah, nak katakan lebih kurang 90% daripada rakyat Malaysia, pembantu rumah diletakkan orang luar.
Masalah ini saya dengar isu pembantu rumah mungkin kerana orang tempatan tak hendak bekerja sebagai pembantu rumah. Akan tetapi dalam isu pekerja asing ini, dalam industri perhotelan yang saya sebut industri pelancongan, kita mesti meletakkan satu ketetapan bahawa jangan kerana gaji minimum. Perlu menjadi tanggungjawab dan sifat patriotik mereka dalam industri pelancongan meletakkan pekerja-pekerja adalah orang tempatan. Ini bagi saya adalah satu semangat yang perlu mereka letak pada diri mereka. Silakan Yang Berhormat Batu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sedikit, sedikit. Saya nak dapat pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya dalam undang-undang, sektor food and beverage and hotel tidak dibenarkan orang asing untuk bekerja. Akan tetapi secara terus terang kita tengok mana-mana hotel ramai pekerja asing. Adakah ini masalah penguatkuasaan atau sikap rakyat Malaysia?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Batu, saya nak jawab isu itu susah sebab kadang dalam perkara ini kadang-kadang mereka yang meletakkan pekerja asing itu seperti saya kata awal tadi kerana keuntungan. Kalau nak cakap mengenai penguat kuasa, kita sendiri tahu pekerja asing dalam negara kita berkumpul hari-hari di mana.
Kita kalau nak hantar penguat kuasa nak tangkap, senang sahaja Tuan Yang di- Pertua. Senang nak tangkap tetapi dalam isu ini, saya nak buat kesimpulan dalam isu pelancongan menyeluruh satu dunia, suka tak suka tak boleh lari daripada kedatangan pekerja asing tanpa izin dan dengan izin. Di dunia ini, bukan nak cakap di Malaysia sahaja tetapi di negara Eropah dan sebagainya memang adanya satu pendekatan, pengambilan pekerja-pekerja asing sebagai strategi ekonomi mereka. Akan tetapi dalam isu ini mungkin menjadi mukadimah negara yang memimpin sama ada kerajaan BN ataupun mana-mana kerajaan dalam mana-mana negara memberikan penentuan utama dalam isu ini.
Bagi saya, saya berharap, kita tak boleh paksa tetapi mewujudkan semangat patriotik dalam setiap mereka di dalam industri pelancongan supaya meletakkan keutamaan kepada pekerja tempatan. Saya nak tambah pula poin saya yang kedua ialah berkenaan dengan isu berkenaan Kementerian Asas Tani di mana penambahan kewangan itu dalam kewujudan Program Khas Rumah Nelayan. Sebagai Ahli Parlimen dalam kawasan Pengerang, berhadapan dengan isu nelayan, saya ingin menyatakan bahawa perlu penekanan tentang pembinaan Program Khas Rumah Nelayan ini menjadi satu perjuangan kerajaan Barisan Nasional. Dalam isu ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak menimbulkan isu kenapa kadang-kadang dalam pembinaan atau naik taraf rumah itu kita perlu kepada
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
agensi-agensi lain contohnya dalam isu ini, LKIM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam Program Khas Rumah Nelayan.
Kenapa tak boleh tanggungjawab tersebut diberikan hanya kepada satu agensi untuk menaik taraf ataupun membina rumah untuk mereka yang kurang upaya seperti nelayan dan sebagainya kepada satu agensi sebagai contoh SPNB. SPNB itu kalau kita tengok adalah satu agensi yang diwujudkan khas untuk perumahan. Itu sebabnya saya menimbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang sebabnya agensi-agensi berlainan yang bertanggungjawab dalam isu-isu yang berlainan, maka kadang-kadang penekanan daripada segi tuntutan itu berbeza.
Contohnya dalam isu rumah nelayan ini, banyak orang kata rumah nelayan ini kiraannya berbeza tetapi bagi saya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti menentukan walaupun mereka bekerja nelayankah tidak bekerja nelayan dan sebagainya, kalau mereka memerlukan perumahan, ini mesti menjadi kerajaan yang zero toleransi kepada mereka yang tidak ada rumah. Ini perlu menjadi tanggungjawab kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung. Ya, sila gulung.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang
Dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menggulung dengan menyatakan dalam perkara ini, belanjawan yang kita lihat ini kalau kita dengar perbahasan daripada pembangkang, dia selalu berkata bahawa kononnya kerajaan tak tahu kira, kerajaan pun salah kira, tambah kira dan sebagainya.
Kesimpulan saya sebelum saya akhiri bahawa di mana-mana dunia, di mana- mana negara, memang perbelanjaan itu akan ditambah disebabkan perubahan yang berlaku dan bagi negara kita ini, kementerian kita yang kita tengok ini memang hala tuju ke hadapan itu perubahan itu perlu dilakukan. Dengan itu, saya sebagai Ahli Parlimen mewakili Pengerang, tiada bantahan dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2012) 2013. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dijemput Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Semalam kita dah putuskan pukul empat petang untuk Yang Berhormat Menteri menjawab. Semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, boleh membuat celahan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2012 di Dewan yang mulia ini. Kerajaan sangat menghargai akan cadangan, pandangan dan teguran yang telah diberi terhadap beberapa perkara yang dibentangkan dalam rang undang-undang tersebut. Terdapat pelbagai isu yang menyentuh dasar kerajaan yang telah dibangkitkan. Saya akan menjawab dan memberi penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan bagi menyentuh perbekalan tambahan yang dibentangkan ini.
Bagi isu-isu khusus seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan lain-lain isu tempatan, ia akan diberi perhatian oleh rakan-rakan saya semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa. Suka saya maklumkan bahawa perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya akan diberi bagi menangani perkara-perkara yang telah dinyatakan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini ialah Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Pengerang dengan celahan-celahan daripada ramai antaranya Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Lumut kemudiannya Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Jelebu dan banyak lagi celahan-celahan yang telah diambil perhatian oleh pihak kementerian.
Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak RM12.171 bilion ini pecahan- pecahannya ialah subsidi bahan petroleum. Ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Jelebu. Subsidi petroleum sahaja RM3.3 bilion daripada RM12 bilion yang kita bincang. Kemudian, peruntukan emolumen dan bayaran khas prestasi ataupun bonus satu setengah bulan gaji, itu RM5 bilion.
Kemudian ada sedikit kos operasi utiliti dan penyelenggaraan RM7.5 juta seterusnya pindahan hasil ke Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM2.375 bilion itu, itu adalah untuk kegunaan pembangunan dan satu lagi ialah pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka, RM1.322 bilion dan tanggungan yang mesti dibayar RM536.4 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak menyatakan memohon penjelasan mengenai kedudukan defisit negara. Paras defisit pada 4.7% daripada KDNK, sebenarnya adalah sasaran Bajet 2012 yang asal. Sasaran 4.7% tersebut telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011. Bagi tahun 2012, paras defisit telah mencatat bukan 4.7% tetapi turun 4.5% daripada KDNK seperti yang telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012. Paras defisit 4.5% KDNK tersebut telah mengambil kira kesemua perbelanjaan tambahan yang kita ceritakan sehari daripada sejak semalam ini.
Perbelanjaan tambahan 2012 telah dapat dibiayai oleh kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi berbanding anggaran Bajet 2012. Oleh itu, anggaran Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan bahawa 4.9% sebenarnya bajet defisit adalah tidak benar.
Hasil bagi tahun 2012 berjumlah RM207.9 bilion iaitu 11% lebih tinggi berbanding anggaran asal. Hasil yang lebih tinggi tersebut adalah disebabkan terutamanya oleh kutipan hasil berkaitan petroleum yang lebih besar berikutan harga sebenar minyak mentah yang lebih tinggi daripada anggaran asal USD119 kepada USD110 pada anggaran asal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, ini kes Bank Pembangunan. Bagi menjawab Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Bank Pembangunan telah ditubuhkan untuk memberi pinjaman kepada sektor-sektor yang telah dikenal pasti oleh kerajaan iaitu industri maritim, teknologi, oil and gas serta projek infrastruktur kerajaan – teknologi.
Ia juga untuk memastikan supaya projek-projek kerajaan dapat dilaksanakan pada kos yang berpatutan. Pinjaman yang diberikan adalah kepada projek-projek dalam sektor- sektor tertentu dan bukan kepada individu-individu atau golongan-golongan tertentu.
Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman korporat dan terbuka pada semua peminjam korporat dan bukan khusus untuk usahawan bumiputera sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat, semasa penstrukturan semula Bank Pembangunan pada tahun 2008, pinjaman kepada usahawan kecil dan sederhana telah dipisahkan daripada Bank Pembangunan dan dipertanggungjawabkan kepada SME Bank.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Bank Pembangunan adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang merupakan sebuah institusi kewangan pembangunan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Ia dikawal selia dengan ketat oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan bank-bank ini melaksanakan objektifnya di samping memastikan keberlangsungan syarikat. Oleh itu tidak timbul isu yang mengatakan kerajaan tidak mengawal selia bank-bank kerajaan dengan baik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam beberapa perkara yang berkaitan operasi syarikat sebagai mematuhi good corporate governance, dengan izin, ahli lembaga pengarah mempunyai tanggungjawab bagi memastikan bank diurus dengan baik. Kerajaan sebagai pemegang saham tidak seharusnya campur tangan dalam hal ehwal operasi dan pengurusan syarikat. Oleh sebab itu setiap ahli lembaga pengarah bank-bank perlu melalui verifikasi fit and proper, dengan izin, oleh Bank Negara Malaysia sebelum boleh dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bank.
Pinjaman yang diberikan kepada ABN, Tan Sri Kenneth Eswaran adalah di bawah pembiayaan kepada bidang teknologi yang dibenarkan di bawah objektif penubuhannya.
Jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan oleh Bank Pembangunan ialah RM25.2 bilion termasuk pinjaman kepada 202 syarikat bumiputera dan 140 syarikat bukan bumiputera.
Bagi tahun 2013 sehingga 30 Jun 2013, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman sebanyak RM1.05 bilion berbanding sasaran tahun 2013 RM3 bilion. Had kelulusan pinjaman komersial bagi Bank Pembangunan ialah RM500 juta. Walau bagaimanapun Lembaga Pengarah mempunyai kuasa untuk meluluskan pinjaman melebihi RM500 juta sehingga 25% daripada dana pemegang saham.
Selain pinjaman kepada ABN berjumlah RM450 juta, bukan RM500 juta. Bank Pembangunan pernah meluluskan pinjaman komersial seperti berikut:
(i) Pelabuhan Tanjung Pelepas – RM2.09 bilion;
(ii) KL – Kuala Selangor Sdn. Bhd., LATAR Expressway – RM740 juta; dan
(iii) SKVE Holdings Sdn. Bhd. – RM1 bilion; Mengenai isu yang dibangkitkan iaitu mengenai Tan Sri Datuk Kenneth Eswaran a/l M. Kanagaratnam untuk membiayai Asean Broadcasting Network Malaysia Sdn. Bhd.
(ABN). Pinjaman berjumlah RM450 juta, ekuiti RM192 juta, kos projek RM642 juta, debt to equity, dengan izin, 70:30, pinjaman selama tujuh tahun, kadar faedah 7.8%. Jumlah yang telah dikeluarkan baru RM50 juta. Untuk mengeluarkan RM150 juta lagi syarikat hendaklah melaksanakan 855,000 buah rumah yang mempunyai apa yang disebut sebagai cable network yang dilaksanakan oleh Asian Broadcasting Network ini.
Sehingga RM450 juta itu rumah yang perlu memiliki perkara yang berkaitan yang dijual oleh Asian Broadcasting Network ini hendaklah berjumlah 1,575,000 buah rumah, baru dilepaskan RM450 juta itu. Pinjaman ini diluluskan oleh Jawatankuasa Kredit Kumpulan (Group Credit Committee) pada 18 Mei 2012 berdasarkan kepada tiga syarat:
(i) penilai dalaman melaksanakannya termasuk aspek kredit dan teknikal oleh juru perunding Frost & Sullivan;
(ii) lantikan independent checking engineer, dengan izin, (ICE) untuk mengesahkan kesahihan kos projek; dan
(iii) jaminan aset RM1 bilion oleh Tan Sri Kenneth Eswaran.
Saya kira itu yang ingin saya nyatakan tentang apa yang ditimbulkan mula- mulanya oleh Yang Berhormat Pandan dan sebagai rumusan pada perkara yang juga ditimbulkan juga oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan juga oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Segala kadar faedah adalah kadar komersial dan pinjaman ini adalah pinjaman komersial dan bukan pinjaman yang dijamin oleh kerajaan.
Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan tentang defisit 3% pada 2015. Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sebentar tadi disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa untuk pinjaman ini, maka ada jaminan aset yang telah diletakkan oleh pihak yang membuat pinjaman itu yang bernilai sebanyak RM1 bilion. Jenis aset apakah yang telah diletakkan sebagai jaminan? Adakah ianya merupakan jenis aset yang nilainya boleh fluctuate dan pada satu ketika nilai itu mungkin akan turun kurang daripada RM1 bilion itu.
Adakah aset ini diletakkan sebagai sekuriti daripada peringkat mulanya tandatangan perjanjian itu ataupun ditambah apabila pinjaman itu ditambah. Ini kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sekarang ini hanya RM50 juta sahaja yang diluluskan dan RM400 juta yang lain akan hanya dilepaskan setelah dipasangkan cable networking kepada 850,000 buah rumah. Maka, sejauh manakah aset yang digunakan sebagai sekuriti itu mempunyai satu nilai yang tidak akan terjejas ataupun tidak akan merosot mengikut pasaran dan sebagainya. Jenis aset, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ada senarainya di tangan saya ini. Kita boleh bagi pada Yang Berhormat Shah Alam selepas ini. Akan tetapi di antaranya ialah wang tunai di tangan, wang tunai dalam bank, quoted and unquoted shares, selepas itu landed properties dan juga harta-harta yang lain.
Kembali kepada Yang Berhormat Permatang Pauh bertanya tentang defisit 3% pada 2015. Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya dan memastikan kemapanan fiskal terus diberi keutamaan. Selaras dengan usaha konsolidasi fiskal tahap defisit sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar telah berjaya dikurangkan daripada 6.7% pada tahun 2009 kepada 4.5% pada tahun 2012.
Pada tahun 2013, tahun ini kerajaan akan memastikan tahap defisit fiskal terus menurun kepada 4.0% kepada KDNK. Bagi jangka masa sederhana, kerajaan akan berusaha untuk mencapai tahap defisit 3.0% pada KDNK pada tahun 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Sebagai usaha untuk memperkukuhkan kewangan kerajaan dan memastikan kemapanan fiskal dalam jangka masa sederhana dan panjang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee) semasa Majlis Konsultasi Bajet 2014 pada 18 Jun 2013 yang lalu.
Jawatankuasa tersebut merupakan jawatankuasa utama bagi pengurusan fiskal negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh beberapa orang Menteri serta ketua-ketua jabatan yang terpilih. Antara peranan utama Jawatankuasa Dasar Fiskal adalah meluluskan strategi fiskal jangka masa sederhana dan panjang bagi mencapai sasaran fiskal seperti tahap defisit dan hutang kerajaan yang lebih rendah dari tahun ke tahun. Seterusnya, mencapai sasaran bajet berimbang pada tahun 2020.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Mohon celahan Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sila.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Speaker. Saya mengamati yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang Jawatankuasa Dasar Fiskal untuk mengawal hutang negara. Saya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kebanyakan daripada perbelanjaan negara kita untuk off-budget items, dengan izin, termasuklah projek MRT yang kini dikatakan akan menelan sehingga RM40 bilion. Walau pada awal disebut akan dibiayai menerusi swasta, sekarang menerusi terbitan bon kerajaan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Jadi tentunya apabila diambil kira semua off budget item ini, kontinjen liabiliti ataupun hutang luar jangka yang ditanggung oleh kerajaan akan mengakibatkan defisit sampai 69% daripada KDNK iaitu melanggar had siling yang ditetapkan oleh kerajaan
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
sendiri sedangkan kita tidak ambil kira hutang luar jangka dalam pengiraan hutang kerajaan. Adakah Jawatankuasa Fiskal ini akan memastikan dan memaksa senarai semua contingent liability off-budget item MRTnya, kebanyakan perbelanjaan prasarana dan sebagainya itu dimasukkan, dijelaskan dan direncanakan bagaimana untuk menyelesaikan maslah hutang yang tidak adil kalau kita hanya lihat kepada hutang kerajaan sambil ignore atau tidak mengenal pasti hutang yang diakibatkan oleh contingent liability. Saya ingin menambah satu sahaja Yang Berhormat Menteri, maaf tidak dapat bahas tadi. Pertambahan dilihat tahun 2008 hanya 9% daripada KDNK contingent liability ini. Naik 2012, dia naik sampai 15% daripada KDNK. Jadi kalau Yang Berhormat sebut hutang kerajaan sekarang ini hanyalah 53.7% daripada KDNK, tambah kontinjen liabiliti, naik 69%. Jadi saya hendak kepastian tentang bidang tugas Jawatankuasa Fiskal ini.
Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Tentunya bidang tugas jawatankuasa ini akan melihat segala-galanya. Bukan hanya hutang yang biasa tetapi juga contingent liabilities yang disebut oleh Yang Berhormat. Kalau mengenai projek MRT itu, projek itu kita perlu laksanakan. Panjangnya 51 kilometer di bawah terowong 10 kilometer dan yang penting ia boleh membawa setengah juta orang pada setiap hari apabila projek itu dilaksanakan dan ia boleh membantu mengatasi pelbagai masalah dalam negara kita. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita akan ambil ingatan dan segala-galanya itu kita akan masukkan dalam perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Sedikit saja, tambahan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkait dengan MRT, Yang Berhormat penting kerana MRT ini merupakan satu perbelanjaan yang tidak akan mendatangkan pulangan kepada kerajaan. Setakat ini apabila kita invest, kita labur, membelanjakan sejumlah besar dana kerajaan menerusi terbitan bon, tidak ada pulangan kerana ia akan juga disubsidikan menerusi harga tiket yang murah. Jangan kita lupa. Kalau harga tiket meningkat RM10 satu pusingan pun, tidak mungkin mendatangkan pulangan. Jadi saya haraplah Yang Berhormat tolonglah ambil serius kerana kalau tidak, kita akan merana nanti dari segi hutang daripada kadar KDNK. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya senyum pun tidak, sebab itu saya serius dan banyak perkara yang kerajaan belanja ini memang tidak ada pulangan pun kepada - tidak ada pulangan pun. Contohnya, RM33,000 juta setahun untuk belanja subsidi.
Itu adalah belanja hangus tetapi kita hendak membantu rakyat, kita belanja juga.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dari segi kawalan perbelanjaan mengenai fiscal target ataupun sasaran fiskal untuk kita mencapai sasaran bajet berimbang pada tahun 2020...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bagan bangun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sekejap, saya habiskan yang ini. Dari segi pengawalan perbelanjaan, strategi tersebut akan merangkumi langkah-langkah penjimatan kos sebagaimana yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, contohnya Yang Berhormat Pandan. Berdasarkan value for money, menambah baik targeting mechanism bagi pemberian bantuan kewangan pada kumpulan sasar, contohnya BR1M serta mengutamakan perbelanjaan ke atas program dan aktiviti yang produktif dan memberi kesan berganda yang tinggi. Kita juga bagi meningkatkan hasil pula, bukan hanya kita ingin mengurangkan hutang tetapi ingin meningkatkan hasil, strategi menambah baik pentadbiran cukai contohnya, meningkatkan pematuhan cukai melalui penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan asas cukai akan diberi keutamaan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Di samping itu, kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal yang berupaya mencergaskan lagi aktiviti ekonomi agar dapat menyumbang kepada peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Bagan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hanya hendak berbalik kepada itu kuasa fiskal tadi kerana berkaitan dengan itu bon yang dikeluarkan oleh 1MDB. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan jumlah sebenarnya bon yang dikeluarkan. Ini kerana ia adalah satu bon yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia, khususnya dalam aspek year dengan izin, yang telah dinyatakan kerana sungguhpun ia diterbitkan oleh Goldman Sachs tetapi ia adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini sedikit sebanyak pun akan menambah liabiliti luar jangka atau contingent liability yang akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jumlah bon 1MDB kita akan jawab secara bertulis. Saya tidak ada segala-galanya di hadapan saya Yang Berhormat Bagan. Saya harap Yang Berhormat Bagan, Ahli Yang Berhormat yang lain memahami tentang perkara itu. Saya ingin meneruskan tentang garis panduan fiskal berhemat. Ada lima...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Senyumlah sedikit, jangan serius sangat. Ini saya hendak sentuh sedikit tentang apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri iaitu usaha untuk menambahkan pendapatan dan hasil dan digunakan istilah meluaskan asa cukai. Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apabila disebutkan hendak dirombak balik sistem cukai, hendak meluaskan asa cukai. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini? Adakah ia merujuk kepada pelaksanaan GST yang telah sekian lama ada atas meja tetapi akhirnya ditunda?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sekejap. Menteri, tentang isu 1MDB.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bayan Baru. Menteri beri laluan? Sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tentang Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun telah dalam penjelasan kepada tentang isu 1MDB. Dia kata dalam Malaysia, banyak security firm tidak mampu atau bank-bank tidak mampu memasarkan bon di pasaran bon. Jadi terpaksa 1MDB memberi bon kepada projek itu kepada Goldman Sachs. Saya hendak minta Menteri jelaskan, betulkah isu ini betul sebab saya rasa Malaysia mempunyai kepakaran, bank kita semuanya hebat-hebat seperti Maybank, RHB ataupun CIMB. Semuanya mempunyai kepakaran dan experiences memasarkan bon. Kenapakah kita tidak memberi bon 1MDB kepada sekuriti firm yang saya sebut tadi dan terpaksa kita bagi kepada Goldman Sachs dan ini pun bukan rocket science sebab kalau kita bagi kepada Goldman Sachs, ini duit adalah kepada company di luar Malaysia. Baik kita menyokong kita punya bank-bank di Malaysia, Maybank, RHB dan sebagainya. Minta Menteri beri penjelasan.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya celah sedikit mengenai contingent liability.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Boleh saya jawab dulu Yang Berhormat?
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Okey.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mengenai bon. Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Yang Berhormat Bagan. 1MDB menerbitkan dua bon yang dijamin oleh investment company IPIC, Kerajaan Abu Dhabi. IPIC mencadangkan dijamin oleh International Petroleum. IPIC mencadangkan Goldman Sachs sebagai trusted banked dan underwriter
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
bon dan 1MDB menolak financing raising risk dan bon yang diterbitkan pada Mac 2013 oleh syarikat subsidiary diberi jaminan korporat 1MDB dan pelantikan itu adalah berdasarkan keupayaan syarikat menerbitkan bon pada kuantiti yang besar. Itu jawapan pada saat dan ketika ini.
Untuk menjawab Yang Berhormat Shah Alam, mengenai meluaskan asa cukai. Ya kita sedang mengkaji dengan teliti mengenai pelaksanaan GST dan ia belum lagi diumumkan. Kalau kita ingin melaksanakan, rakyat perlu memahami apakah itu GST dan apakah kebaikan GST.
Saya ingin meneruskan mengenai garis panduan fiskal berhemat.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Boleh saya...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada lima perkara, ini panjang lagi. Ada lima perkara tentang garis panduan fiskal berhemat ini. Kita mempunyai fiskal guideline yang mempunyai target yang kita tidak boleh tidak capai.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
(i) sasaran defisit 3% pada tahun 2015;
(ii) had hutang kerajaan mestilah lebih rendah daripada 55% iaitu hadnya daripada GDP;
(iii) bayaran khidmat hutang hendaklah kurang daripada 15% daripada hasil yang kita kutip. Sekarang ini ialah 9.4%, belum lagi 15%;
(iv) hutang luar negara hendaklah kurang daripada 10% daripada GDP. Sekarang ini hutang luar negara ialah RM17 bilion dan itu hanya 3% daripada keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.
97% daripada hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak 5%, RM2 bilion itu adalah hutang dalam negara;
(v) perbelanjaan mengurus mesti dibiayai oleh hasil dan bukannya daripada hutang; dan
(vi) pinjaman hanyalah untuk projek pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, sukacita ingin saya memaklumkan bahawa bajet defisit...
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak mengapalah Yang Berhormat. Lain kalilah. Saya hendak meneruskan. Ada banyak lagi perkara-perkara yang hendak dinyatakan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak bagi laluan.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Tentang topik kontinjen liabiliti.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sudah lepas tadi. Sudah lama lepas. Sudah melangkaui beberapa orang yang lain.
Saya ingin memaklumkan bahawa bajet defisit negara kita dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia pada tahun 2013 cadangan kita, anggaran kita 4% dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India – 8.3%, Pakistan – 7%, United Kingdom – 7%, Ireland – 8.3%, Amerika Syarikat – 6.5% dan Jepun – 9.8%. Kemudian mengenai purata hutang kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Gombak bangun. Ya sila.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
tadi yang menyatakan hasrat kementerian untuk mengurangkan kadar hutang negara pada tahun 2015 ini. Persoalan saya apakah jaminan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sasaran ini boleh dicapai sedangkan dalam tempoh 16 tahun berturut-turut seperti yang telah saya nyatakan dalam perbahasan semalam, Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan komitmen untuk menurunkan hutang negara. Malahan hutang negara terus melonjak semenjak 16 tahun yang lalu.
Sebagai contoh kalau saya boleh berikan fakta dan angka yang lebih tepat bagi tujuan membantu Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada tahun 1992 ketika Yang Berhormat Permatang Pauh diberikan amanah selaku Menteri Kewangan, hutang negara pada ketika itu RM97 bilion dan pada tahun 1997 sebelum beliau dipecat hutang negara menurun kepada RM89 bilion sahaja. Akan tetapi apabila pentadbiran negara khususnya Kementerian Kewangan diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998, hutang negara meningkat kepada RM103 bilion. Pada tahun 2004 meningkat kepada RM217 bilion. Pada tahun 2010 hutang negara meningkat kepada RM407 bilion. Pada tahun 2011 hutang negara terus meningkat kepada RM456 bilion.
Maka persoalan saya kalau Kerajaan Persekutuan gagal mengurangkan hutang negara selama 16 tahun berturut-turut dan mengamalkan belanjawan defisit, apakah jaminan kementerian bahawa hutang negara boleh diturunkan dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah kementerian bagi mengurangkan hutang negara dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa antara tahun 1999 hingga tahun 2008 yakni selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dipecat, purata hutang negara pada KDNK ialah 40.6%. Semasa zaman Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan daripada tahun 1990 sehingga tahun 1998, purata hutang negara kepada KDNK ialah 53.6%. Ini adalah angka yang tidak boleh menipu. Angka-angka ini adalah angka-angka yang tercatat dan direkodkan. Dari tahun 2009 hingga tahun 2013, angka yang terkini ialah 51.5% daripada GDP. Disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi.
Kalau kita banding dengan negara-negara lain, 51.5% daripada GDP – kita punya had ialah 55%. Amerika Syarikat – 72.5% tahun 2012. Greece kita tidak perlu sebut sebab sudah bankrap. Kalau kita hendak tahu Greece – 166.8% daripada GDP.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan Timbalan Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sabar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Boleh ya, selepas ini ya.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ireland -116.8% daripada KDNK. Jepun - 214.3% daripada KDNK, Filipina, lebih kurang kita. Kita 51.5% dan Filipina 51.4%. Portugal pun negara ini menghadapi masalah 123.6%, Singapura – jiran, 103.8%, Sepanyol – 86.1%, United Kingdom 90% daripada KDNK. Ya, Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada angka yang disebut oleh Timbalan Menteri mengenai kadar hutang kepada KDNK sepanjang Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri itu mengelirukan dan tidak memberi gambaran yang tepat kerana memberi angka purata. Lebih baik kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan perincian mengikut tahun dari 1990, 1991, 1992 sehingga ke 1997 kerana Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan mengambil alih selepas negara mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kerajaan pada ketika itu, Tun Daim Zainudin, Menteri Kewangan terpaksa mengambil pinjaman yang tinggi.
Kemudian diturunkan sehinggalah apabila pada tahun 1998 menjadi lebih rendah.
Jangan pakai angka purata, pakai angka mengikut tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada dua yang bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Yang Berhormat Kepala Batas.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Masa Tun Dr. Mahathir pun kita purata.
Tahun 1999, tahun 2008 Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah – 40.6%. Semasa Yang Berhormat Pekan pun kita ambil purata, tahun 2009 hingga tahun 2013. Ini adalah angka-angka purata dan begitu juga adalah adil untuk kita memuratakan juga Yang Berhormat Permatang Pauh ini, tahun 1991 hingga tahun 1998 – 53.6%.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Maknanya buat yang purata itu memang ada sebablah kerana tidak hendak tunjuk tahun demi tahun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ahli-ahli Yang Berhormat, satu perkara lagi yang saya ingin kongsi sebab saya melihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru bangun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Rakan-rakan pihak pembangkang ini terlalu amat menyanjung. Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu
Saya cuma hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri. Apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1992 sampai tahun 1997, the growth rate was 9% - average. Cuma tahun 1998 baru ada krisis. Tidak ada krisis semasa Yang Berhormat Permatang Pauh ambil alih daripada Tun Daim. Hakikatnya tidak mungkin dalam tahun pertama Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan semua sudah jadi perfect. Dia mestilah inherit satu sistem yang sudah pun baik. Ini satu pembetulan yang saya hendak bagi tahu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru. Saya juga ingin menyatakan bahawa semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan – tahun 1991 hingga tahun 1998, harga minyak pada ketika itu ialah USD20 hingga USD40 per barrel. Akan tetapi sekarang ini harganya USD90 ke USD100 per barrel. Jadi amat berbeza. Sebagaimana Yang Berhormat Ketereh maksudkan tadi, Ketereh ada memaklumkan bagaimana kita ini perlu menilai dari segi masa, dan pada saat dan ketika itu...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tiga orang yang bangun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada tahun 1990-an ketika Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, jumlah penjawat awam lebih kurang satu juta sahaja. Sekarang ini jumlah penjawat awam ialah 1.46 juta orang. Sila Yang Berhormat Ketereh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Ketereh, sila.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau saya katakan banyak misinterpretation tentang angka dan sebagainya diberikan oleh Yang Berhormat Gombak walau pun beliau mendakwa beliau ada bersama Yang Berhormat Permatang Pauh ketika itu. Banyak salah tafsir ini kerana waktu itu Yang Berhormat Gombak hanya menjaga appointment kepada Menteri Kewangan.
[Ketawa]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya juga ingin berkongsi kepada Yang Berhormat Ketereh. Pada saat dan ketika itu saya di office yang sama dengan Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli
Menyampuk
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cuma berbezanya Yang Berhormat Ketereh ialah beliau menjaga appointment. Saya adalah Setiausaha Sulit Kanan pada Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Mustapa Mohamed. Beliau Setiausaha Sulit kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Beliau menjaga appointment, saya menjaga segala fail-fail negara. Itu bedanya.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Ketawa]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Gombak, sila Yang Berhormat Gombak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Bila saya memberikan angka-angka ini, saya bukan petik daripada awang-awangan. Ini angka yang saya peroleh daripada Bank Negara. Kedua, memang benarlah salah satu tugas saya untuk mengatur temu janji tetapi saya tidaklah curi wang rakyat miskin.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Jangan kita lupa ada satu peristiwa di mana kereta kena gari, pemimpin tidak digari.
[Tepuk] Saya tidak curi wang rakyat, saya tidak lakukan rasuah.
Duduk Yang Berhormat Ketereh. Nanti dahulu, jangan...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Ini menarik ini*.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak sebut siapa. Orang yang makan cili dia terasa pedas.
[Tepuk]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Sekarang orang yang tengah pedas yang tengah bercakap ini.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Kalau makan cili dia terasa pedas lah.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kerana kena pedas, tiba-tiba jadi emosional.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, kereta kena gari.
Orang boleh naik pangkat jadi Tan Sri. Apa punya sistem ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya kira elok kita beralih kepada perbahasan kita.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Berbalik pada perbahasan, saya hendak bagi angka lah, saya hendak bagi statistik kerana berbalik pada perbahasan.
Itulah, lain kali jangan curi duit rakyat. Baik, sebab itu...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, ini satu statement yang kurang ajar Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Saya tidak kata apa pun, saya tidak kata apa pun. Jangan terasa.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Ya, memang terasa, memang terasa.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Mengapa terasa? Mengapa terasa?
Mengapa terasa?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Kalau hendak buat insinuation janganlah...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ketereh, bukan cara macam ini. Ini floor Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri memberi laluan pada Yang Berhormat Gombak. Jadi, tidak ada peraturan Yang Berhormat Ketereh boleh mencelah semasa Yang Berhormat Gombak mencelah Yang Berhormat Menteri. Okey.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak ulang balik lanjutan daripada sahabat saya...
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Boleh cepat sedikit Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Boleh cepat sedikit? Hendak buka puasa.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Gombak, silakan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Pontian ini memang buka puasa awal daripada orang lain. Baik, lanjutan daripada sahabat saya...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jalan jem sebab MRT belum siap.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Lanjutan daripada sahabat saya Yang Berhormat Pandan tadi meminta Yang Berhormat Menteri beri angka yang tepat dan bukan memberikan pukul rata begitu sahaja. Oleh sebab itu sebelum Yang Berhormat Pandan bangun, saya sudah beri secara spesifik. Tahun 1992 ketika kita ambil alih hanya RM97 bilion. Kalau hendak ikut peratusan di bawah pentadbiran Yang Berhormat Permatang Pauh dari segi peratusan lebihan belanjawan, tahun 1992 berlaku defisit 0.8%. Akan tetapi, beliau berjaya meningkatkan kepada 0.2% belanjawan lebihan pada tahun 1993. Meningkat pada tahun 1994 pada 2.3%. Ini angka yang tidak boleh kita nafikan tetapi apa yang berlaku pada tahun 1998 -1.8%. Tahun 1999 -3.2%. Tahun 2000 -5.5%.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ini di bawah pentadbiran selepas 1998. Jadi, Yang Berhormat Menteri saya harap beri angka yang tidak boleh mengelirukan Dewan. Kenyataan ini harus dirakamkan dalam Dewan Rakyat bahawa pengurusan Yang Berhormat Permatang Pauh sudah tentu lebih baik dan berhemah daripada apa yang kita saksikan hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya juga ada angka-angka Bank Negara Yang Berhormat Gombak. Angka-angka Bank Negara, tebal bukan main.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada dua Ahli Yang Berhormat yang bangun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita bukan hanya bercakap kosong tetapi sebagai menjawab Yang Berhormat Gombak dan kawan-kawan pembangkang yang lain terutama Yang Berhormat Pandan dan juga Yang Berhormat Shah Alam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Titiwangsa duduk dahulu.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Banyak kita dipukul pada ketika ini, semalam dan hari ini mengenai tata kelola. Perkataan Yang Berhormat Pandan, perkataan Yang Berhormat Permatang Pauh, perkataan dan istilah Yang Berhormat Gombak tata kelola.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ingin menyatakan di sini satu kenyataan yang memeranjatkan. Saya juga terperanjat sebenarnya. Saya harap ini diambil ingatan dan kita ingat sampai bila-bila supaya tidak berulang lagi. Semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan mengenai Bajet Tambahan yang kita laksanakan pada hari ini. Sebelum itu kita cerita tahun 2009 Yang Berhormat Pekan dua kali kita adakan perbelanjaan tambahan.
Tahun 2010 dua kali, tahun 2011 dua kali, tahun 2012 dua kali.
Mari kita lihat tata kelola Yang Berhormat Permatang Pauh. Adakah lebih hebat daripada Yang Berhormat Pekan atau pun Yang Berhormat Permatang Pauh lebih teruk daripada Yang Berhormat Pekan? Kita sama-sama membacakannya mengikut tahun sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Pandan dan juga Yang Berhormat Gombak. Angkanya ada di sini, angka tidak berbohong dan ini adalah catatan dan lakaran sejarah yang sama-sama kita dengar.
Pada tahun 1991, empat kali bajet tambahan sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh. Empat kali bajet tambahan. Tahun 1992 empat kali, tahun 1993 empat kali, tahun 1994 empat kali, tahun 1995 empat kali, tahun 1996 tiga kali, tahun 1997 empat kali, tahun 1998 dua kali dan dipecat.
[Ketawa] Dalam masa lapan tahun, 29 kali bajet tambahan.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Salah setiausaha sulitkah itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ketereh, sila Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan Yang Berhormat Gombak semalam dan terus dipertahankan pada hari ini bahawasanya tata kelola di zaman Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan bagus berbanding dengan sekarang. Banyak yang menyerang soal tender runding dan sebagainya.
Waktu itu kedua-dua Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Menteri juga berada di kementerian. Saya juga berada dalam Kabinet. Adakah Yang Berhormat Menteri perasan pada waktu itu banyak sekali amalan-amalan tata kelola yang dilakukan termasuk memperkayakan anak-anak buah dalam pejabat kementerian itu sendiri? Pegawai- pegawai, setiausaha sulit dan sebagainya menjadi instant millionaires. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar waktu itu yang mana tidak lagi wujud sekarang ini amalan memberikan saham-saham yang distrukturkan semula kepada kroni-kroni dan anak-anak buah?
Adakah Yang Berhormat Menteri juga sedar pada waktu itu dan saya percaya ada dalam pengetahuan pegawai-pegawai yang berada di pintu-pintu Yang Berhormat Menteri bagaimana amalan sampai ke peringkat memberi gaji-gaji. Kelmarin disindir kononnya Yang Berhormat Pekan memberikan direct nego dan sebagainya kepada ketua bahagian.
Waktu itu adakah Yang Berhormat Menteri perasan bahawasanya ada beberapa penjawat- penjawat politik diberikan gaji mengikut pintu belakang? Bukan sahaja kepada penjawat- penjawat politik dalam rangka hendak merampas kuasa daripada pimpinan waktu itu, hatta isteri kepada pegawai pun ada dibayar gaji. Mungkin pegawai itu pun ada dekat sini.
Menteri dia pun turut terima gaji.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.
Banyak kali Yang Berhormat Ketereh tanyakan adakah saya sedar ataupun tidak sedar.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya perasan sebenarnya sama ada saya sedar ataupun tidak sedar tapi saya perasan, kerana pada tahun 1994/1995 saya berada di pejabat itu, pejabat yang sama pada tahun 1994/1995. Seterusnya saya meneruskan jawatan juga ketika Yang Berhormat Jeli pada ketika itu menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Kewangan Kedua. Saya menjadi Setiausaha Politik kepada Yang
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Berhormat Jeli, Menteri Kewangan Kedua dan juga Menteri Pembangunan Usahawan, dan saya pun sedar dan tahu cerita-cerita yang dibawa oleh Yang Berhormat Ketereh itu.
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh kerana mengingatkan sejarah lama...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Kota Tinggi, sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mencelah. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu tidak pada tahun 1997/1998 bila berlaku kegawatan ekonomi maka Yang Berhormat Permatang Pauhlah yang mencadangkan kita menerima pakai resipi IMF yang telah menaikkan interest rate, dan mengurangkan kadar pembayaran daripada enam bulan kepada tiga bulan hingga menyebabkan beribu-ribu small medium industry terkubur mati tapi dapat diselamatkan oleh mantan Perdana Menteri ketika itu yang memperkenalkan capital control, dan sehingga hari ini kita telah berjaya menyelamatkan negara kita. Itulah saya harap dapat dijelaskan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Tepuk]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Menarik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi itu, dan kalaulah ia boleh dijadikan sebahagian daripada jawapan saya ini alangkah eloknya.
[Ketawa]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah boleh ambil sebahagian jawapan daripada Backbencher?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Kota Tinggi itu amat tepat sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Batu dan...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak dapat pengesahan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dahulu backbencher sekarang sudah jadi Timbalan Menteri. Kalau betul Yang Berhormat Permatang Pauh waktu itu korup, ada banyak skandal tentang rasuah, dan di tangan kerajaan ada SPRM, ada polis, ada Bank Negara, maka apa yang telah dilakukan selama 15 tahun ini, dan kenapa tidak ada tindakan? Saya tidak pernah dalam UMNO atau Barisan Nasional. Saya ingin tahu apa pendirian dari kerajaan dengan bukti-bukti ini ada di tangan, kenapa tidak ambil tindakan?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tambah sedikit apa yang dikata oleh Yang Berhormat Batu tadi.
Apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri mendedahkan tentang kononnya Yang Berhormat Permatang Pauh dibandingkan dengan Menteri Kewangan sekarang, dan sebagainya, tidakkah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa, apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, ketika itu yang memerintah still lagi Kerajaan Barisan Nasional.
Jadi makna semua keputusan adalah keputusan kolektif, Kabinet ini. Ini menunjukkan bahawa, jika sekiranya Yang Berhormat Permatang Pauh gagal, kerana dia berhadapan dengan Menteri-Menteri yang memang tidak boleh membantu beliau, sebab itulah beliau lari daripada...
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebab itulah, dia sedar bahawa kalau dia terus berada dalam Barisan Nasional, dia tidak mewujudkan satu suasana kondusif untuk membantu rakyat, untuk menjana
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
pendapatan yang baik kepada negara. Sebab itulah dia tinggalkan awal-awal lagi Barisan Nasional. Ini menunjukkan Barisan Nasional gagal.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Sebenarnya dia bukan tinggal awal-awal. Dia disabitkan atas kesalahan salah guna kuasa.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini bukan boleh hanya disalahkan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey, bertenang, bertenang!
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Langkawi.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Langkawi, kawan boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Langkawi.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi kita tengok Yang Berhormat Gombak memberikan figures yang mantap dan kita pasti figure ini memang figure yang tepat. Akan tetapi apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan saya, sebenarnya ekonomi kita berkembang daripada tahun 1990-an sampai ke 2000 sekarang sudah 2013, tiap-tiap tahun ekonomi kita berkembang dan pada masa yang sama apabila ekonomi kita berkembang KDNK kita juga turut meningkat dan naik, dan apabila kita mengambil figure, sudah tentulah hutang-hutang akan turut naik.
Yang penting ialah apabila hutang itu dibahagi dengan KDNK ianya kurang daripada 55% seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita.
Maksudnya di sini bahawa kuantum yang digambarkan oleh Yang Berhormat Gombak itu tidak menggambarkan yang sebenarnya. Yang sebenarnya ialah peratus yang patut kita gambarkan. Betul tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Betul, dan sebab itu saya memberikan peratus tadi. Peratus KDNK, hutang KDNK dibandingkan dengan KDNK pada ketika Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, saya berikan peratus bukan angka, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak.
Saya ingin terus memberikan jawapan-jawapan, kalau tidak kita tidak ada kesudahan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli - Pandan
[Bangun]
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Tuaran mengenai SOP meluluskan projek kita ambil ingatan.
Kemudian Yang Berhormat Kinabatangan mengenai penghinaan agama. Kita juga rasa gundah, dan akan ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada dua yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pandan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Minta mereka duduk. Cukuplah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Ya, tidak dibenarkan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya bukan tidak bagi peluang, saya sudah bagi peluang. Bukan saya takut untuk berhadapan dengan mereka ini. Saya hanya takut pada Allah Taala...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Sila.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Dengan mereka ini langsung saya tidak takut walau seinci pun.
[Tepuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, kita pun tidak takut dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga. Ini bukan soal takut tidak takut ini soal fakta...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sudah banyak kali saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam. Duduklah, duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
...Dan cara statistik dikemukakan.
Boleh saya dapat penjelasan?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cukuplah, cukup. Yang Berhormat Kinabatangan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Kalau tidak takut berilah laluan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Kinabatangan menyebut tentang Alvin dan Vivian. Saya sendiri melihat perkara itu di internet, dan ia adalah amat mendukacitakan dan Tan Sri Ghani Patail pada hari ini menyebut bahawa mereka boleh didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Akta Hasutan.
Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana pula dengan Ibrahim Ali yang hendak bakar bible? Tidak ada pendakwaankah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tadi Yang Berhormat Pokok Sena, mana Yang Berhormat Pokok Sena? Yang Berhormat Pokok Sena ingin mencadangkan agar buah keriang digunakan, letak bawah lidah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu antara cadangan yang paling kelakar yang Dewan ini pernah dengar, seumur hidup Dewan ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Jasin telah menceritakan tentang hutang negara...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maksudnya, maksudnya...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Sarikei pula bercakap tentang pembangunan daripada jalan Sarikei ke Tanjong Manis, kita ambil perhatian...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maksudnya dakwat kekal itu kelakar.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Dan untuk harga komoditi dan sebagainya kita juga ambil perhatian apa juga cadangan daripada Yang Berhormat Sarikei.
Yang Berhormat Jelebu, terima kasih kerana memberi penjelasan.
Yang Berhormat Pandan menyebut mengenai rundingan terus. Rundingan terus bukan kaedah perolehan biasa, dan adalah pengecualian daripada proses tender dan sebut harga. Sekarang ini semakin sedikit kita mengamalkan rundingan terus. Rundingan terus hanya akan dipertimbangkan dalam keadaan keperluan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada point of order. Ya Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Peraturan berapa?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Peraturan berapa, peraturan berapa?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Peraturan 36(12). Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua saya ingin merujuk Yang Berhormat Kinabatangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau menyelewengkan Dewan, mengelirukan Dewan dan menuduh yang sex bloggers’ itu adalah ditaja oleh DAP...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Betul, ini serius.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini tidak ada kena-mengena dengan DAP, tiba-tiba kami diheret masuk, kerana dia mahu masuk TV.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Mungkin, mungkin.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia mahu burukkan nama DAP dalam berita RTM, TV3 dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat Seputeh sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Seputeh sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Sila duduk.
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kinabatangan pagi tadi saya sudah buat ruling.
Saya kata sudah selesai masalah ini. Saya anggap sudah selesai. Sebab Yang Berhormat Bandar Kuching pun sudah bersetuju. Sila....
Yang Berhormat Bandar Kuching, dia diminta tarik balik dia ada tuduh juga Yang Berhormat Kinabatangan, dan sama-sama duduk tanda setuju. Saya anggap isu ini selesai.
Jadi Yang Berhormat Seputeh...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya sebetulnya kalau, dia tengok statement saya, berkemungkinan. Kalau tidak ada kemungkinannya, tidak adalah. Itu sahaja. Apa masalahnya?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini mengelirukan Dewan, dan hendak burukkan nama baik parti.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang PAS pula ikut, apa fasal?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ini sah sangka jahat. Penjelasannya makin jelas. Niat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
PAS pun terlibatkah ini?
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Itulah yang mengelirukan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terlibat samakah ini? Ada kemungkinan mereka juga terlibat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kita membela yang hak. Jangan main- main dalam Dewan..
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Astaghfirullahaladzim.
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menyampuk]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat-Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini semua Yang Berhormat. Yang Berhormat!
Yang Berhormat!...
[Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bercakap tanpa pembesar suara]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said
Setiausaha.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudahlah Yang Berhormat! Sudahlah! Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kinabatangan sudah. Yang Berhormat Seputeh sudah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini terlibat juga. Oh! Kesian.
Saya ingatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudahlah, sudahlah. Saya sudah keputusan. Sila, sila. Yang Berhormat Menteri sila. Lain duduk, yang lain duduk. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Seputeh duduk. Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya nak tahu apa ruling dia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Saya tidak menganggap itu mengelirukan Dewan. Okey bawah 36(12). Sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan tadi...
Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas
Tiada siaran langsung. Tiada siaran langsung sekarang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dia ingat DAP sahaja yang terlibat.
Orang Islam juga terlibat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu, saya sudah beritahu tadi saya sudah buat keputusan. Sila, sila Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan, ini baru sahaja disebut 30 saat yang lalu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
New one, new one, yang baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Sila Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ingin menjawab Yang Berhormat Pandan. Rundingan terus bukan kaedah perolehan biasa dan adalah pengecualian daripada proses tender dan sebut harga. Rundingan terus hanya dipertimbangkan dalam keadaan keperluan mendesak bagi maksud penyeragaman satu punca bekalan perkhidmatan, pembuat pemegang francais, melibatkan program strategik, melibatkan perolehan keselamatan dan kontrak dengan syarikat pembuat bumiputera. Rundingan terus bukan sahaja faktor yang menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerana faktor lain seperti kesegeraan keperluan dan juga kenaikan harga barang dan juga bahan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Pandan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam kes PRU-13, terdapat item-item yang diperlukan yang terpaksa diperoleh secara tempatan bagi seluruh kawasan pusat daerah mengundi dan ia dibekalkan oleh pembekal kontraktor di kawasan berkenaan atau berdekatan. Ini tergolong dalam kategori keperluan segera. Di samping itu, keperluan sedia ada juga perlu ditambah. Kerajaan akan mengambil tindakan supaya agensi membuat perancangan perolehan bagi memastikan supaya rundingan terus dapat dikurangkan. Hal- hal lain yang disebut oleh Yang Berhormat Pandan akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arau.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan saya ingin sebut di sini bahawa ekonomi negara dalam keadaan yang amat baik sekarang ini. Kadar pengangguran terkini amat rendah dalam lingkungan guna tenaga penuh ataupun 3%. Kadar inflasi kekal rendah pada 1.6% pada lima bulan pertama tahun ini. Kalau kita melihat kadar-kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam dunia sebagai contoh tahun 2012 Singapura 1.3%, Korea Selatan 2%, India 5.2%, Amerika Syarikat 2.2%, Jepun 2.0%, United Kingdom -0.1%, kawasan Euro -0.5% dan alhamdulillah syukur pada tahun 2011 Malaysia 5.1% dan pada tahun 2012 - 5.6%. Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima ratus tiga belas juta empat ratus enam puluh sembilan ribu lima ratus enam puluh ringgit (RM513,469,560) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2012 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2012 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2013 dan yang*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Minta Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang berjumlah tidak lebih daripada RM12,171,171,358 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan kedua 2012 bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.6, B.7, B.11, B.12, B.13, B.21, B.24, B.29, B.30, B.31, B.32, B.41, B.42, B.43, B.45, B.46, B.47, B.48 dan B.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM513,469,560 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2012...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat...
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bagi Maksud-maksud Pembangunan...
Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Shah Alam. Di peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ya ini sebelum masuk kepada peringkat Jawatankuasa ini berhubung dengan...
Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini sudah masuk dalam peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
36, Peraturan Mesyuarat...
Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sudah pada peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat Shah Alam. Sila duduk.
Tuan Pengerusi - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2012 bagi Maksud-maksud P.10, P.21, P.22, P.27, P.45, P.49 dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas perintah 17 tahun 2013 dan kertas perintah 18 tahun 2013 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2012 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2012 telah pun dibentangkan terdahulu.
Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini adalah juga diberi dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai kertas perintah 17A tahun 2013 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2012 dan kertas perintah 18A tahun 2013 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2012. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Pertama, Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.4, B.6 dan B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita hadkan masa perbahasan kita 10 minit dan oleh sebab P.6 hanya token sahaja tidak perlu dibahas. Ya, P.6. Jadi 10 minit sahaja setiap Ahli dibenarkan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai B.4.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai. Sila.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Pilihan raya yang diberikan sejumlah wang ada di dalam penyata ini. Kita sudah tahu bahawa peruntukan yang diberikan kepada SPR ini dalam tahun 2012 adalah tahun yang tidak ada pilihan raya. Jadi bagaimanapun disebut bahawa tahun 2012 dijangka ada pilihan raya, maka perbelanjaan dibuat termasuk untuk latihan dan sebagainya. Akan tetapi, jumlah asalnya pun sudah menelan ratusan juta, maka tambahan 60 ini saya rasa perlukan pendetilan. Satu lagi yang saya nak bangkitkan di sini isu dakwat kekal.
Seorang Ahli
Balik-balik ink.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Walaupun dibeli sebelum pilihan raya tetapi ianya telah diputuskan lebih awal. Saya mendapat satu brosur daripada SPR yang menerangkan mengenai dakwat kekal ini. Cantik brosur itu dan saya perolehnya semasa satu program yang dibuat di pejabat SPR di Putrajaya. Komen daripada Kementerian Kesihatan ianya selamat. Komen daripada Kementerian ataupun daripada Jabatan Perdana Menteri, ianya harus digunakan, tidak bersalahan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Akan tetapi ada dua lagi kementerian yang memberikan komen yang menunjukkan ia selamat digunakan. Akan tetapi akhirnya dakwat yang dikatakan kekal itu tidak kekal.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan ataupun pegawai kerajaan, seorang mejar dalam tentera udara kerana mereka ini mengundi awal, lebih awal daripada kita yang mengundi pada pilihan raya umum. Tujuannya ialah untuk memaklumkan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal itu tidak kekal. Akan tetapi malangnya bukan sekadar laporan beliau tidak diambil tindakan, malah beliau telah dipanggil serta dirujuk dan dibuat pertuduhan di Mahkamah Tentera agaknya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kuala Krai merujuk kepada B berapa?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
B.6 maaf B.4...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
B.4.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, dan dikenakan tuduhan. Antaranya kerana membuat laporan polis dan mengajak kawan-kawannya untuk membuat laporan polis dan juga memberikan komen tentang arahan perpindahan 24 jam. Saya rasa ini tidak adil bagi seorang pegawai yang mengambil tanggungjawab sivik dia untuk mendedahkan satu kepincangan yang penting dalam satu pilihan raya. Kita sudah dengar bahawa ada pihak yang mengemukakan saman terhadap SPR bagi membatalkan keputusan pilihan raya hanya kerana isu dakwat kekal. Jadi itu tentunya suatu perkara besar yang patut diambil tindakan terhadap laporan tersebut dan bukannya tindakan terhadap pegawai yang
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
membuat pendedahan ini yang akhirnya mengesahkan bahawa berlaku kepincangan dalam dakwat kekal.
Tuan Pengerusi, kita B.4, B.6 dan B.7.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi, saya setakat B.4 dahulu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya ingin penjelasan, tadi saya bangun untuk peraturan mesyuarat akan tetapi diberitahu ia di peringkat Jawatankuasa. Maka adakah di bawah peringkat Jawatankuasa ini, peraturan mesyuarat tidak boleh digunakan?
Saya hendak merujuk kepada P.M.36(4) – “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat penyataan yang sexiest”. Saya hendak merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Kinabatangan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya harap...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Shah Alam, eloklah kita tunggu di peringkat Majlis ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya harapnya, saya habiskan dahulu Tuan Pengerusi. Ini kerana penggunaan perkataan kafir laknat itu adalah satu perkataan yang kita sebagai umat Islam pun kita tidak senang mendengarnya kerana kita sebagai orang Islam, kita mengharapkan kebaikan untuk semua termasuklah orang-orang yang bukan Islam. Apabila kita mengeluarkan kenyataan kafir laknat ini, ia merupakan satu kenyataan yang cukup berat kerana kita laknat, laknat Tuhan, laknat Allah. Ia tidak sepatutnya ditimbulkan. Saya mengharapkan bahawa Tuan Pengerusi boleh mengawal perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini supaya perkataan-perkataan yang seperti itu tidak digunakan lagi. Yang Berhormat Kinabatangan ini pun duduk di sebelah dengan Yang Berhormat Bintulu. Kalau hendak menggunakan perkataan kafir laknat kepada semua yang bukan Islam...
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Sebagai contoh, ia bukan satu perkara yang baik. Saya harap bahawa Tuan Pengerusi boleh menasihatkan Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Supaya jangan menggunakan istilah- istilah yang seperti itu. Baik...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya akan putuskan di peringkat Majlis ya. Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat. Saya membangkitkan peraturan mesyuarat yang sama, saya menyokong itu, saya minta satu ruling daripada...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, saya akan membuat keputusan di peringkat Majlis.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tuan Pengerusi, kita check Hansard, kita semak Hansard.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tunggulah Hansard esok, tengok apa ada.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Hansard kalau tiada....
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa ini tidak boleh faham- fahamkah? Ini Yang Berhormat Shah Alam pun kalau...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Semua orang dengarlah, saya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan, duduklah Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Subang, duduk, duduk, duduk. Elok kita teruskan perbahasan kita.
Seorang Ahli
Tidak payah hendak membohong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingat kita jangan membazirkan masa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
...Tumpukan kepada yang ini. saya hendak...
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Kinabatangan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Pengerusi apa ini?
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Bohong lagi di Dewan ini. Pembohong yang besar.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Pengerusi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mahu apa? Apa masalah you?
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, ini Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Shah Alam duduk, duduk.
[Menggunakan tukul]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lenggong sila.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Jarang Tuan Pengerusi menggunakan tukul, hari ini guna tukul.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk Maksud B.7, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
...Jabatan Perkhidmatan Awam. Pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila saya membaca di dalam tweet yang beliau sebut tadi bahawa masalah 18,000 para pelajar yang tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA akan dibincangkan di dalam Kabinet. Saya harap ini memberikan kelegaan kepada rakyat.
Berkaitan dengan Maksud B.7 ini, kita tahu.
[Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, silakan Yang Berhormat Lenggong.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kita tahu bahawa...
[Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Kita tahu pendidikan penting dan ia merupakan pelaburan yang baik kepada negara. Oleh sebab itu dengan jumlah yang diperuntukkan ini, saya fikir dan cadangkan kepada pihak kerajaan untuk memikirkan semula supaya ia ditambah kerana ia dapat memberikan peluang kepada ramai para pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke mana-mana institusi. Saya percaya dan berharap kerajaan memikirkan kalau kita fikir bahawa menghantar pelajar-pelajar kita ke negara-negara Eropah misalnya melibatkan perbelanjaan yang tinggi, barangkali dalam kursus yang sama boleh ditukar ke negara lain misalnya di Indonesia atau negara-negara yang kurang kos pendidikan ini.
Begitu juga, saya meminta penjelasan daripada Menteri, kalau tidak dapat lisan mungkin boleh diberikan secara bertulis untuk menyenaraikan negara-negara yang kita hantar pelajar mengikut keutamaan dan bidang kursus yang dimaksudkan supaya kita dapat melihat. Selain daripada itu juga saya berharap supaya pihak kerajaan mengkaji supaya dapat menambahkan peruntukan bagi membolehkan anak-anak kita dapat melanjutkan pelajaran. Terima kasih itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih. Tuan Pengerusi, sebelum saya teruskan, saya hendak tahu kita bahas B.4, B.6, B.7 atau ...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
B.4, B.6 dan B.7.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, tadi keliru kerana kita mendengar B.6 dan B.7.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila, sila.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Pertama sekali, saya ringkas sahaja. Pertama sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan perbelanjaan untuk SPR ini adalah untuk tahun 2012. Ini juga bermaksud 2013, apabila kita mengadakan pilihan raya,
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
adakah perbelanjaan tambahan atau tidak? Kalau ada maksudnya SPR memang mengambil perbelanjaan yang sangat besar. Kalau kita bandingkan setakat ini, sudah 933% lebih tinggi daripada anggaran yang ada. Sekarang kalau 2013, ada perbelanjaan lagi dan kita perlu tambah lagi dalam bajet tambahan yang akan datang, ini satu perkara yang SPR harus jawab. Kenapa perbelanjaan untuk PRU-13 ini memakan perbelanjaan yang begitu besar sekali?
Isu kedua saya adalah Maksud 35000 – SPAD, Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Saya ingin dapat penjelasan sebab kerajaan telah mengumumkan sebelum pilihan raya bahawa teksi sekarang ini akan mendapatkan lesen secara langsung, tidak lagi melalui agensi. Saya ingin tahu berapa lesen teksi yang telah dikeluarkan terhadap individu dan berapa lagi peratusan yang masih lagi dipegang oleh syarikat?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Nisbah itu sampai bila kita akan mencapai satu matlamat supaya semua pemandu teksi ini memegang lesen individu. Akhir sekali, dalam isu biasiswa saya juga baca tweet Perdana Menteri, saya ingin dapatkan penjelasan. Kalau setiap kali selepas pengumuman Perdana Menteri kena ambil tindakan untuk betulkan nama-nama yang tercicir. Ini bermaksudnya jangkaan atau budgeting yang tidak cekap. Adakah kaedah yang baru boleh kita susun supaya murid-murid yang layak ini tidak rasa kecewa kerana tercicir atau ketinggalan diberi biasiswa? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan B.6 – Jabatan Perdana Menteri yang mana telah menyentuh berkait rapat dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah JPM melibatkan projek-projek kecil dan juga projek-projek yang lain. Saya lihat Tuan Pengerusi, ianya melibatkan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan juga Projek Infrastruktur Asas (PIAS) bagi negeri Sabah. Yang mana saya melihat Tuan Pengerusi bahawa projek- projek ini yang telah dilaksanakan pada hemat saya tidaklah begitu agresif dan juga kadangkala telah lambat untuk disiapkan. Kejutan projek-projek kecil tersebut perlu juga mempunyai daya saing yang tinggi Tuan Pengerusi, agar rakyat dapat merasai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Pada masa yang sama tidak mengetepikan aspek kualiti projek tersebut.
Tuan Pengerusi, saya juga telah difahamkan pada tahun ini, sejumlah RM130 juta telah diperuntukkan untuk PIA dan juga PIAS bagi negeri Sabah. Jadi, apabila peruntukan sudah disediakan, maka sepatutnya peruntukan tersebut sepatutnya dapat memberi keselesaan dan dapat menyediakan kemudahan kepada rakyat Sabah, khususnya di kawasan saya Tuan Pengerusi, yang saya lihat di bawah projek PIA dan PIAS ini saya ingin memohon supaya pihak kementerian dapat menambah setiap peruntukan yang telah disediakan ke kawasan-kawasan Parlimen, khususnya bagi negeri Sabah. Peruntukan ini yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan satu tanda positif negara yang sedang berkembang maju dan juga menggambarkan bahawa negara mampu mentadbir urus kewangan dengan baik dan juga berhemah. Cuma saya ingin tekankan sekali lagi Tuan Pengerusi bahawa projek PIA dan PIAS ini mestilah mampu dilihat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat demi keselesaan dan juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya cuma menyentuh sedikit sahaja. Berkaitan dengan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Butiran berapa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
B.6.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
B.6?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ya. Sebanyak RM62 juta...
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Butiran?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Butiran ‘2’. Sebanyak RM62 juta diperuntukkan untuk beberapa agensi. Cuma saya ingin minta penjelasan berkaitan dengan Biro Tatanegara ini. Terdapat banyak dinyatakan tentang Biro Tatanegara ini. Antaranya program-program yang dianjurkan itu lebih – dalam banyak keadaan digunakan sebagai majlis untuk menghentam pemimpin-pemimpin tertentu. Ini bukan perkara yang menjadi rahsia lagi dan kadangkala isu-isu perkauman sering dipermainkan dalam majlis-majlis Biro Tatanegara ini. Jadi, kita hairan dalam keadaan Perdana Menteri mengatakan tentang 1Malaysia ini, kita masih ada lagi Biro Tatanegara ini yang bukan untuk mewujudkan ataupun mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam negara kita. Akan tetapi digunakan sebagai alat politik untuk menakut-nakutkan, mewujudkan satu keadaan di mana sekiranya...
Sebab saya bercakap ini atas pengalaman pernah menghadiri program Biro Tatanegara. Difitnah banyak pemimpin-pemimpin daripada PAS, DAP dan sebagainya.
[Disampuk] Jadi kalau wang sebanyak ini digunakan antaranya untuk memperuntukkan kepada badan seperti ini yang kita tahu tidak memberikan nilai tambah kepada isu perpaduan ini. Jadi, saya merasa hairan kenapakah Biro Tatanegara ini seharusnya dibenarkan untuk terus beroperasi? Sekiranya Biro Tatanegara ini ingin terus beroperasi, saya minta supaya dilakukan satu pembaharuan. Supaya kita harap bukan sahaja pemimpin-pemimpin kerajaan dibenarkan, kita harap dibenarkan juga pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Rakyat ini untuk diberikan satu slotkah untuk mereka ini juga sebagai pemimpin negara yang perlu memberi input kepada peserta-peserta.
Ini supaya kita tidak mahu Biro Tatanegara ini mewujudkan suasana takut di kalangan rakyat dengan fitnah-fitnah yang tidak berasas. Kononnya sebagai contoh, saya hendak beri contoh antara isu yang dimainkan kalau sekiranya DAP dengan MCA menang banyak kerusi, ia akan menyebabkan Cina perintah negara ini. Sedangkan bagaimanakah MCA dengan DAP boleh menang banyak kerusi sedangkan di tempat MCA bertanding di situlah DAP juga bertanding. Jadi, macam mana dua-dua menang? Ini tidak masuk akal.
Akan tetapi apa yang berlaku dalam Biro Tatanegara ini, ia memainkan sentimen semata-mata. Ia tidak memainkan dan tidak menyatakan fakta, lebih kepada sentimen dan emosi. Ia mengusik emosi rakyat supaya kita ini menjadi selalu prejudis kepada bangsa- bangsa tertentu. Saya harap dengan adanya 1Malaysia ini, kalau kita serius hendak membentuk perpaduan kaum, kita janganlah meneruskan program-program seperti ini. Ini kerana kita tidak mahu wang rakyat yang begitu banyak dibelanjakan semata-mata untuk mewujudkan perpecahan dan bukan untuk mengukuhkan perpaduan.
Sedangkan Islam mengajar kepada kita, [Membaca sepotong ayat al-Quran]
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Eh! Baca al-Quran janganlah kacau, dengarlah ayat al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Ini adalah prinsip asas bahawa Allah menjadikan perbezaan kaum ini bukan untuk kita bergaduh, untuk kita kenal mengenal, untuk kita makin mengukuhkan perpaduan”. Akan tetapi malangnya Biro Tatanegara menjadi alat yang berkesan untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat negara ini. Saya harap supaya peruntukan mengenai Biro Tatanegara sekiranya ia tidak berubah, kita mestilah hapuskan sekali lebih baik. Kalau tidak pun kita minta supaya satu pembaharuan dibuat supaya pengukuhan perpaduan agar kaum ini dapat digunakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas perkara Maksud B.7 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya memang sokong di mana peruntukan RM49.3 juta untuk penajaan baru kepada 600 pelajar lepasan matrikulasi, asasi atau STPM ke IPTS bagi sesi kemasukan September 2012. Saya masih ingat lagi pada ketika itu disebabkan ada 3,536 mendapat markah penuh CGPA, maka dengan kebijaksanaan yang ada dan ucapkan terima kasih kepada mantan Menteri Dato’ Seri Khalid Nordin. Perkara ini telah dibawa dan dirunding dalam Kabinet dan ia dapat persetujuan dan pada hari ini kita kena beri peruntukan tambahan RM49.3 juta.
Langkah ini dapat menyelesaikan masalah brain drain seperti mana yang pernah saya cakapkan semalam. Perkara ini patut kita lihat dan itu satu mekanisme untuk selesaikan kekusutan yang ada termasuk apa yang berlaku pada hari ini. Sebab itu saya kata kita kena sokong dan mekanisme ini patut kita mantapkan. Saya merayu kepada Menteri dan kepada semua Ahli Jemaah Menteri. Pada tahun ini berlaku juga perkara yang sama dan mekanisme yang sama sepatutnya juga diguna pakai. Ini kerana tidak kira asasi sains ataupun matrikulasi ataupun STPM, kalau mereka mendapat markah penuh saya rasa memang wajarlah mereka ini diberi pertimbangan khas untuk memasuki universiti termasuk menghantar mereka kepada IPTS. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah di bawah JPA, kita sedar bahawa mereka memantau kursus-kursus apa yang mereka boleh mohon.
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Pada tahun lalu bila kita beri ‘Beseri’ kepada pelajar, 1,609 orang, yang menerima 1,200 lebih. Mereka yang mendapat kerana 9A+ dalam SPM dan mereka berdepan dengan satu situasi di bawah JPA sekarang iaitu mereka tidak ditawarkan kursus perubatan oleh Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Apa yang jadi masalah ialah mereka kalau hendak memohon dentistry dengan ‘aims’ dan tempat pun sudah tidak ada. Ini seolah-olah peruntukan ada, biasiswa telah disediakan tetapi tidak ada universiti yang boleh menyediakan tempat. Itu menjadi masalah.
[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi saya membawa perkara ini supaya kerajaan tengok balik keadaan ini kerana ‘Beseri’ adalah satu perkara yang sangat baik. Kita berikan hadiah kepada semua yang mendapat keputusan yang baik tetapi apabila berlakunya kepincangan ini, saya rasa kita kena memantau dan melihat bagaimana kita hendak selesaikan masalah. Maka saya mengesyorkan pada tahun ini kita merayu kepada Jemaah Menteri juga.
Perkara yang sama, kalau kita boleh belanjakan RM49.3 juta untuk selesaikan 600 yang ada. Setakat ini saya baru berjumpa ada 55 kes macam itu dan mungkin ada lagi yang akan datang selepas ini. Kalau ia dapat kita wujudkan satu mekanisme, saya yakin pelajar- pelajar ini akan berterima kasih kepada Malaysia dan apa yang penting ialah kita tidak mahu pelajar-pelajar ini ke negara lain untuk belajar. Ini kerana mereka memang dapat 4.0 dalam matrikulasi, asasi dan juga dalam STPM dan tidak wajar kalau tidak diberi peluang untuk belajar di sini.
Jadi saya rasa saya sokong tetapi tahun ini ia perlu dimantapkan dan saya juga beri sedikit pandangan saya kepada JPA. Setiap kali JPA paparkan senarai itu, kadangkala ada masalah. Saya hendak beri satu contoh. Dia beri 10 universiti yang mereka boleh pilih di bawah ‘Beseri’, tetapi 10 universiti itu tidak boleh dibuka pada foreigner. Bermaksud kenapa hendak bagi 10 universiti? Jadi tahun lalu, mereka buat dan paparkan senarai ini.
Dia cuma kata mana-mana kursus yang diterima yang telah diiktiraf oleh JPA, tiba-tiba keluar pula senarai universiti ini dan akhirnya mereka dapati yang ini tidak termasuk.
Bermaksud mereka ini – universiti di luar negara ini dia tidak beri peluang kepada orang- orang luar daripada negara asal mereka.
Jadi saya rasa JPA kena lebih berhati-hati. Kalau tidak, perkara ini ada serupa tidak ada. Ini kerana senarai cuma untuk wayang sahaja. Jadi saya rasa ini adalah satu perkara yang akan berlaku dan sedang berlaku. Ia akan menjadi satu masalah kepada
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
pelajar dan ada beberapa orang pelajar telah berdepan dengan situasi ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua item sahaja.
Satu, Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya rasa PRU ke-13 sudah berlalu tetapi masih ada banyak masalah teknikal yang saya tidak tahu sama ada SPR kita memang mampu selesaikan secepat mungkin. Seperti semasa PRU ke-13, saya rasa ramai petugas- petugas di tempat mengundi, mereka tidak terima arahan yang cukup tepat. Saya sendiri di Kulai, sepatutnya setiap orang calon Parlimen dan juga untuk DUN, mereka berhak untuk menghantar satu orang untuk menjadi ejen tempat mengundi.
Akan tetapi saya tidak tahu mengapa untuk tempat mengundi di Kulai pada mulanya informasi yang saya terima, arahan yang saya terima daripada petugas di tempat mengundi adalah Pakatan Rakyat walaupun kami ada calon untuk Parlimen dan juga calon untuk DUN, tetapi kami hanya berhak untuk hantar satu orang untuk menjadi ejen tempat mengundi. Sepatutnya calon Parlimen dan calon ADUN, sepatutnya mereka hantar ejen tempat mengundi mereka secara masing-masing. Maksudnya Pakatan Rakyat sepatutnya ada dua orang ejen di setiap bilik darjah.
Akan tetapi saya tidak tahu mengapa pada sesi pagi itu, arahan yang kami terima di kawasan Kulai adalah Pakatan Rakyat hanya diizinkan dan dibenarkan untuk menghantar satu ejen tempat mengundi. Jadi saya harap bahawa masalah teknikal seperti ini tidak berulang lagi dan saya harap bahawa SPR mengambil perhatian untuk memastikan bahawa petugas-petugas yang dihantar oleh mereka menerima maklumat yang cukup tepat.
Saya rasa isu teknikal kedua yang saya temui semasa PRU ke-13 adalah ada orang walaupun mereka belum mengundi lagi, walaupun tangan mereka, jari mereka memang tidak ada dakwat kekal tetapi apabila mereka pergi ke tempat mengundi, mereka dimaklumkan bahawa nombor IC itu telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi. Kalau kita semak tangan mereka, jari mereka memang tidak ada dakwat kekal itu. Jadi saya harap ini adalah satu isu yang perlulah juga diatasi secepat mungkin kerana walaupun PRU ke-14 mungkin jauh lagi, kita ada sekurang-kurangnya tiga tahun lagi tetapi kita tidak tahu bila pilihan raya kecil akan berlaku walaupun saya harap ia tidak akan berlaku.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya rasa ini adalah masalah teknikal yang SPR sepatutnya atasi secepat mungkin.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Lumut bangun.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid - Lumut
Yang Berhormat Kulai, saya ingin menambah kesan daripada kekeliruan atau kejahatan dakwat yang tidak kekal ini. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, seorang sahabat kita, seorang mejar tentera udara telah dihukum oleh kerana membuat laporan polis dakwat yang dikatakan kekal tetapi tidak kekal. Apakah hukuman yang telah dikenakan kepada beliau? Beliau sekarang didakwa dengan tujuh tuduhan.
Tujuh tuduhan oleh Brigedier Jeneral Sabri, Tentera Udara Diraja Malaysia dan elaun penerbangannya sebanyak RM4,000 ditahan. Inilah kezaliman yang dibuat oleh orang- orang yang menyokong tanpa usul periksa. Oleh itu, kita minta di dalam Dewan ini supaya menasihatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak mengambil tindakan yang tidak munasabah. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya masukkan ucapannya dalam ucapan saya. Saya bergerak ke Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap, beri sedikit. Saya juga ingin memberi maklumat kepada Yang Berhormat Kulai bahawa sekarang pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional kata tidak ada pengundi hantu dan sebagainya. Semuanya okey, semuanya rakyat Malaysia yang mengundi. Itu salah. Ini kerana saya ada seorang kawan, dia dari DUN Machap. Mengundi di DUN Machap di Parlimen Alor Gajah. Dia bergegas dari Singapura balik ke Malaysia untuk mengundi. Dia bekerja di sana. Akan tetapi apabila dia sampai ke tempat mengundi, dia mengundi pada pukul 10 tetapi SPR memberitahu bahawa dia tidak boleh mengundi. Dia tanya mengapa. Ini kerana tempatnya telah diundi oleh orang lain. Ini berlaku, rakyat Malaysia. Jadi dia terpaksa membuat laporan dan sebagainya. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Kulai bahawa ini benar-benar berlaku.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya setuju bahawa perkara ini memang berlaku. Bukan sahaja berlaku di Penang tetapi juga di kawasan saya. Pada hari mengundi itu, sekurang-kurangnya saya temui tiga aduan yang sebegini. Jadi saya harap bahawa isu ini bolehlah diatasi secepat mungkin.
Jadi saya masuk ke Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri, Butiran 030000 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Saya rasa kita mewujudkan unit ini untuk melaksanakan projek kecil dan saya rasa ini adalah inisiatif yang cukup baik. Akan tetapi yang sama penting juga adalah kita mesti memastikan bahawa projek yang dijalankan oleh ICU ini memang boleh diguna pakai kerana di kawasan Kulai, Jabatan Perdana Menteri menggunakan peruntukan sebanyak RM1.4 juta untuk membina sebuah pondok polis di Bukit Permai dan dua unit rumah kediaman.
Saya rasa di sini saya bukan hendak sentuh isu kos yang begitu tinggi iaitu RM1.4 juta untuk membina satu pondok polis dan juga dua unit rumah kediaman. Akan tetapi masalah di sini adalah walaupun projek ini dijalankan atau dimulakan pada 2 Ogos 2006 dan diserahkan kepada PDRM pada 26 Januari 2010 tetapi sampai sekarang Tuan Pengerusi, unit rumah kediaman di sana masih belum digunakan. Masih tidak boleh digunakan kerana ada masalah dengan sambungan elektrik.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Sudah tiga tahun setengah projek ini diserahkan kepada PDRM tetapi rumah itu tidak boleh diduduki kerana ada sedikit masalah sambungan elektrik. I quote ini adalah dari jawapan Perdana Menteri yang bertarikh hari ini. Jadi saya rasa buat apa kita membelanjakan RM1.4 juta untuk membina pondok polis dan juga dua unit rumah kediaman tetapi selepas lima tahun sampai sekarang rumah itu masih tidak boleh diduduki oleh anggota polis. Jadi saya harap bahawa kita boleh dapat satu jawapan yang munasabah daripada Menteri yang akan jawab sebentar lagi. Kita harap bahawa duit orang ramai, duit warga Malaysia ini akan digunakan secara bijaksana. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Secara ringkas sahaja saya ingin bangkitkan perkara berkaitan dengan B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saya sambung sedikit daripada perbahasan yang dimulakan oleh rakan saya daripada Batu tentang perbelanjaan yang diminta sekarang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya perhatikan bahawa Kementerian Kewangan, saya anggap selepas perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya telah peruntukkan RM45 juta untuk perbelanjaan pada tahun 2012. Pada masa itu sudah jelas jumlah ini tentu telah ditetapkan pada akhir 2011 pada masa kita tahu sudah tentu ada pilihan raya, kemungkinan besar pilihan raya itu akan dijalankan pada 2012.
Jadi anggaran dibuat, anggaran RM45 juta dianggap sebagai munasabah dan diletakkan. Akan tetapi selepas itu, 2012 kita ada permohonan melalui perbekalan tambahan untuk jumlah RM360 juta. Jadi bermaksud RM405 juta sekarang telah dibelanjakan dalam 2012. Sekarang kita ada permintaan untuk tambahan RM60 juta lagi, bermaksud perbelanjaan secara keseluruhan sudah mencecah RM461 juta, ini tidak masuk lagi perbelanjaan untuk PRU-13 yang berlaku pada bulan April, Mei tahun ini. Pembubaran pada 3 April sampai kempen.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong bangun.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Subang, boleh mencelah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Biar saya habis point dulu dan boleh, saya akan bagi. Jadi soalan saya kepada Menteri yang akan menjawab adalah perbelanjaan besar ini, RM461 juta dalam tahun 2012 di mana tiada pilihan raya. Apakah perbelanjaan itu digunakan? Saya telah dengar dalam ucapan sebelum ini, latihan disebut dan sebagainya, latihan untuk kakitangan SPR dan sebagainya tetapi kalau diambil kira itu pun, itu tidak masuk akal untuk menampung RM461 juta, satu jumlah yang sangat besar.
Kalau saya ambil 200 ribu kakitangan SPR dan kira belanja itu, ribuan dibelanjakan untuk melatih seorang, itu tidak munasabah dan tidak masuk akal. Jadi Menteri perlu, memandangkan jumlah yang besar ini, cadangan saya dan permintaan saya kepada Menteri ialah untuk memberi satu breakdown dengan izin, yang detail, terperinci, macam mana RM461 juta ini dibelanjakan. Kalau tidak ini akan membangkitkan banyak soalan, apakah sebenarnya, ke manakah duit ini pergi dan sebagainya.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Subang kerana memberi laluan. Saya rasa kita tidak akan keberatan untuk bersetuju supaya peruntukan tambahan diberi kepada SPR, saya bincang tentang B.4. Akan tetapi kalaulah peruntukan yang tertentu diberikan buat kali ini RM60 juta, kalau diberi tetapi kita tidak dapat balasan dari segi prestasi, efficiency yang setimpal. Saya hendak kutip dari apa yang diberikan kepada saya dalam bentuk jawapan secara bertulis daripada Yang Berhormat Arau. Saya tanya berdasarkan gejala-gejala politik kewangan semasa PRU-13 dan RM60 juta itu ialah untuk PRU-13. Jadi kerana terdapatnya gejala-gejala politik kewangan, begitu banyak duit dituangkan di semua kawasan pilihan raya.
Jadi saya hendak tanya sekarang keputusan sudah pun digazetkan, sudah dua bulan sesudah itu dan saya tanya soalan saya ialah setakat ini kalau kita berdasarkan penyata belanja pilihan raya mengikut Borang B, subseksyen 23(1) di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kita sudah tahu berapa di antara 222 kawasan Parlimen itu pembiayaan oleh setiap calon sama ada Barisan Nasional ataupun yang lain sudah tentu kita dapat angka-angka tersebut.
Akan tetapi jawapan yang diberi ialah SPR tidak mempunyai maklumat mengenai perbelanjaan yang ditanggung oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu. Walau bagaimanapun, dia juga akur bahawa perbelanjaan maksimum itu ialah RM200 ribu untuk Parlimen dan RM100 ribu untuk calon Dewan. Kalaulah SPR dok minta peruntukan tambahan RM60 juta begitu tetapi efficiency nya tidak dapat, walaupun dua bulan dah tamat pilihan raya, statistik mengenai perbelanjaan menurut subseksyen itu tidak dapat. Macam mana kita hendak restu Yang Berhormat Subang?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, saya setuju dan saya minta dimasukkan dalam ucapan saya juga. Sudah tentu memang seperti Yang Berhormat Jelutong sebut, angka-angka perbelanjaan memang sudah ada sebagai rekod, penyata sudah difailkan oleh semua calon ataupun hampir semua calon sebab calon tahu kalau mereka tidak failkan, itu akan menjejaskan kemungkinan mereka bertanding lagi dalam PRU-14. Akan tetapi memang ada persoalan besar kalau SPR tidak boleh jawab soalan mudah itu pun, itu membangkitkan isu tentang efficiency atau keberkesanan mereka.
Saya balik kepada point utama saya Tuan Pengerusi iaitu jumlah yang begitu besar, RM461 juta perbelanjaan oleh SPR dalam satu tahun di mana tidak berlaku pilihan raya umum. Jadi bermaksud adakah SPR akan tuntut lebih RM400 juta lagi pada tahun ini, 2013 untuk perbelanjaan yang telah digunakan untuk menjalankan PRU-13 dalam bulan April dan Mei. Kalau digabungkan semua ini, hampir RM1 bilion untuk menjalankan pilihan raya umum. Memang bagi saya itu sudah sampai ke jumlah yang jauh dan dengan jelas tidak munasabah lagi.
Jadi saya ulang sekali lagi, Parlimen ini perlu satu breakdown, dengan izin yang terperinci untuk jumlah RM461 juta ini yang dikatakan dibelanjakan untuk kerja-kerja
Tuan R. Sivarasa - Subang
ataupun belanja SPR yang sebenarnya dalam 2012 supaya orang awam atau public atau rakyat Malaysia boleh tengok secara detail, secara transparent, secara telus kita boleh nampak mana duit ini dibelanjakan dan untuk apa.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Minta laluan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih kepada sahabat saya daripada Subang. Saya ingin mendapat penjelasan atau pandangan daripada Yang Berhormat Subang. Dengan besarnya permintaan kepada perbelanjaan tambahan kepada SPR khususnya untuk mengendalikan PRU-13 baru-baru ini, terdapat kemungkinan disebabkan oleh perbelanjaan yang besar ini ada diperuntukkan oleh kerajaan. Ada kemungkinan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk melakukan penipuan ataupun melakukan satu penyelewengan.
Sebagai contohnya baru-baru ini seorang pegawai yang bertugas di bawah SPR telah dituduh di mahkamah kerana menggunakan ataupun telah melakukan penipuan dari segi penyewaan kenderaan dan sebagainya. Adakah ini mungkin berpunca daripada adanya peruntukan dan menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan untuk menyelewengkan peruntukan yang ada itu. Minta penjelasan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu itu memang munasabah dan saya masukkan dalam ucapan saya. Bagi saya itulah juga akan jadi persoalan besar sekiranya kerajaan tidak dapat bagi satu penjelasan terperinci, satu akaun terperinci untuk perbelanjaan RM461 juta ini. Itu akan mengundang satu tindak balas di mana mungkin perlu siasatan jenayah, criminal investigation, dengan izin mungkin dengan pihak SPRM atau pihak polis untuk menyiasat macam mana RM461 juta ini dibelanjakan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itu tentang B.4. Saya alih sekarang kepada B.7 dan secara ringkas saya ingin minta daripada Menteri yang berkenaan bolehkah Jabatan Perdana Menteri mempertimbangkan dan memutuskan supaya sistem pemilihan pelajar-pelajar ini semua dibuat secara telus? Kita sudah nampak baru-baru ini kontroversi yang besar tentang pemberian tempat-tempat di kolej-kolej. Ada ramai pelajar-pelajar yang dapat CGPA yang penuh 4.0 dan sebagainya dan tidak dapat tempat.
Saya pun dapat maklumat bahawa ada Timbalan Menteri pun dalam yang tidak tahu secara terperinci details, ataupun maklumat penuh. Saya rasa sudah sampai masa, masalah ini perlu ditangani secara telus. Sistem macam mana pemberian tempat-tempat ini, apa kriteria dan pendekatannya semua mesti dibuat secara telus supaya tidak boleh orang mempertikaikan kenapa pelajar A dapat, walaupun dia ada kurang gred dan ada pelajar yang lain yang dapat gred yang lebih baik tidak dapat tempat yang dia mohon dan sebagainya.
Jadi, cadangan saya dan saya meminta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri ialah bolehkah Jabatan Perdana Menteri memberi pengesahan atau jaminan supaya sistem sekarang dijalankan telus dan rakyat dapat memerhatikan proses ini secara terperinci dan tidak ada persoalan besar ataupun tuduhan-tuduhan ini dipolitikkan atau dibuat secara pilih kasihkah, diberi kepada kawan-kawan atau keluarga dan sebagainya.
Itulah caranya untuk mengatasi persepsi buruk atau sangkaan buruk dalam proses ini. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena sudah berucap tadi kan Yang Berhormat Pokok Sena? Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh sekali lagi B.4 dan saya minta Yang Berhormat Menteri refer balik kepada perbahasan dasar saya tadi. Ada perkara-perkara yang saya tanya perlu diperjelaskan tentang untuk petisyen RM10 bagi membantah daftar pemilih dan juga tentang soal hendak memasukkan keputusan yang dibuat oleh PSC untuk menentukan tempoh pilihan raya itu untuk supaya mengikat budi bicara Perdana Menteri untuk membuat pindaan perlembagaan.
Yang kedua berkaitan dengan isu dakwat kekal. Tadi rakan saya daripada Lumut telah pun membangkitkan berkaitan dengan seorang Mejar TUDM sedang menghadapi pertuduhan di peringkat dalaman tentera ekoran daripada kenyataan beliau kepada akhbar tentang isu dakwat kekal di waktu pengundian awal yang dibuat oleh beliau dan isteri yang didapati dakwat itu tidak kekal. Saya percaya beliau membuat kenyataan dan membuat report polis dan membuat kenyataan pada media itu adalah kerana itu adalah hak beliau dan beliau telah pun merasai bagaimana beliau telah ditipu oleh SPR apabila didapati dakwat yang sepatutnya kekal tiba-tiba tidak kekal.
Jadi sebab itu, ekoran daripada kesalahan besar SPR ini telah menyebabkan Mejar Zaidi ini telah pun diambil tindakan dengan satu pertuduhan. Seperti disebut tadi tujuh pertuduhan. Akan tetapi, apa yang saya hendak diminta di sini bahawa pertuduhan yang berlaku kepada Mejar Zaidi itu ialah kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh pihak SPR. Jadi, saya hendak minta penjelasan, kalau tidak kerana dakwat kekal itu tidak berlaku kesalahan di peringkat SPR ini, saya percaya Mejar Zaidi tidak akan membuat apa- apa report polis ataupun kenyataan akhbar. Maka, tidak timbullah tindakan, tuduhan, dakwaan yang bakal dibuat nanti terhadap beliau.
Jadi adakah pihak kerajaan, SPR akan memohon maaf kepada beliau? Itu satu.
Saya minta SPR perlu memohon maaf kepada beliau. SPR seharusnya menyediakan khidmat guaman. Kerajaan seharusnya menyediakan khidmat guaman untuk beliau di dalam perbicaraan di Marshal Court nanti.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jelutong bangun Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap, sekejap. Saya tak habis lagi. Ini sangat penting. Bagi saya bahawa ini satu khianat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, peringkat Jawatankuasa. Soal mahkamah itu tidak masuk dalam ini.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak, ini bukan soal mahkamah. Saya katakan dia akan dituduh. Jadi, sudah tentu dia akan mengambil khidmat guaman. Adakah kerajaan ataupun SPR bersedia untuk membiayai kos khidmat guaman?
Ini assurance sebab bagi saya bahawa ekoran daripada kesalahan yang dilakukan oleh SPR, maka penganiayaan telah berlaku kepada Mejar Zaidi. Dia punya penerbangan, dia punya elaun penerbangan sudah dihentikan dan sebagainya sehingga dia diambil tindakan pertuduhan seperti ini.
Adakah saya hendak minta pihak kerajaan, SPR hendak merayu kepada Kementerian Pertahanan supaya mengarah Panglima Tentera supaya menarik balik tuduhan terhadap Mejar Zaidi? Ini kerana bukan kesilapan dia, bukan kesalahan dia.
Kesalahan ini adalah kesalahan SPR. SPR sudah mengaku itu satu kesalahannya. Jadi, tidak sepatutnya tindakan dibuat terhadap Mejar Zaidi. Ya...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Mengenai dakwat kekal.
[Dewan riuh]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Dakwat kekal, setahu kita semasa PRU-12, ada uar-uar supaya dakwat kekal digunakan untuk kali yang pertama dan sebilangan lebih kurang RM7 juta kalau tidak silap saya telah dipergunakan untuk membiayai dakwat kekal. Akan tetapi, pada saat-saat terakhir, dakwat kekal itu dikeluarkan dan tidak diguna pakai semasa PRU-12. Soalan saya begini Yang Berhormat Pokok Sena. Sama ada bekalan dakwat kekal semasa PRU-12 itu dihapus kira
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
ataupun dikitar semula sehingga pada PRU ke-13 itu ia jadi tak kekal. Jadi, saya minta juga ada penjelasan mengenai itu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini isu yang sangat menarik yang saya fikir bahawa menjadi sebahagian daripada ucapan saya yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan. Ini kerana pilihan raya yang ke-12 kita telah menghabiskan sebanyak RM7 juta, maka sekarang kita habis lagi duit dan tidak mendapat seperti mana yang kita kehendaki, sesuatu yang terbaik. Jadi, ini satu isu yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan. Ringkas.
Tuan Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ringkas sahaja. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Pokok Sena. Saya merasakan bahawa tindakan Mejar Zaidi itu merupakan satu tindakan yang penuh bertanggungjawab melaporkan satu penyelewengan dan tidak patut dia dikenakan apa-apa tindakan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, sebab itu saya katakan bahawa tidak sepatutnya dia diambil apa-apa tindakan. Oleh sebab itu saya minta bahawa kerajaan perlu tarik balik. Tarik balik sebab dia buat kerana itu adalah hak dia. Itu adalah hak dia.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Stampin bangun Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, sekali lagi saya minta pihak kerajaan...
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Satu minit. Saya ada...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Satu second..
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih ya Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu cadangan bagi..
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, pada peringkat ini Tuan Yang di-Pertua dipanggil sebagai Pengerusi.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Ya, Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Pada peringkat Jawatankuasa bila cokmar diturunkan, yang duduk di sini panggil Pengerusi. Untuk makluman sahaja ya.
Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih ya. Terima kasih bagi laluan. Saya ada satu cadangan bagi Menteri Pertahanan bahawa bagi mejar itu. Bagi dia anugerah kerana dia berani mempertahankan kedaulatan negara kita. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, saya sangat setuju cadangan Yang Berhormat Stampin. Itu satu cadangan yang baik. Sepatutnya inilah Mejar Zaidi ini sebagai pahlawan. Dia mempertahankan maruah negara, imej negara. Bahkan dia mendedahkan satu penyelewengan yang dilakukan oleh SPR. Jadi sepatutnya dia diisytihar, diberikan pingat. Kalau tidak pun diberikan pingat yang besar tetapi pingat yang sewajarnya kepada beliau.
B.6 – Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada kalau tak silap saya TV Al-Hijrah. Saya hendak minta penjelasan tentang status TV Al-Hijrah. Apa statusnya? Ia ini statusnya sebagai sebuah syarikat ataupun dia ditadbir oleh satu Lembaga dan sebagainya sebab saya pun asyik terfikirlah TV ini sudah tentulah ia diuruskan secara korporat, secara syarikat seperti mana TV-TV yang lain Media Prima dan sebagainya dan mereka mendapat pulangan keuntungan yang begitu lumayan daripada pengiklanan dan sebagainya. Jadi, kita hendak minta juga apa statusnya ini?
Saya hendak minta juga berapa banyak pulangan yang dia sudah dapat dari segi pengiklanan-pengiklanan yang dibuat di dalam TV Al-Hijrah ini?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, sehingga menyebabkan kita terpaksa lagi membiayai RM15 juta dalam peruntukan yang kedua ini. Saya minta statusnya dan siapa yang bertanggungjawab dari segi lembaga dan sebagainya dan ini sangat penting untuk diberitahu kepada kami di Dewan ini.
Terakhir sekali Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diperuntukkan sebanyak RM20 juta. Saya hendak dapatkan penjelasan tentang kedudukan permit teksi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batu tadi, yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan juga pihak kerajaan sendiri. Mengatakan bahawa akan diperuntukkan sejumlah permit individu kepada individu- individu yang dipilih kerana bagi Perdana Menteri, dia tidak mahu nanti pemandu terus menjadi hamba syarikat. Tidak terus mahu menjadi hamba syarikat.
Saya sangat bersetuju atas isu ini. Akan tetapi saya hendak minta penjelasan berapa jumlah, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu tadi yang telah pun diberikan dan berapa lagi baki yang masih belum diberikan? Apakah syarat-syarat pemberian permit individu ini? Ini kerana saya di datangi oleh pemandu-pemandu teksi ini, di beritahu bahawa bila kita hendak ambil permit individu yang kita dapat, permit itu atas kita tetapi diletakkan syarat kita kena beli kereta yang telah ditentukan, Exora. Kereta itu mesti dibeli melalui SPAD. Jadi, saya hendak tanya, adakah SPAD pula hendak jadi syarikat teksi baru ini? Dikatakan bahawa syaratnya mesti tujuh tahun, perjanjian tujuh tahun. Selepas tujuh tahun, barulah kereta itu boleh jadi hak milik pemandu tadi.
Jadi, seolah-olah macam operasi seperti biasa yang dikendalikan oleh syarikat- syarikat teksi yang ada iaitu sewa beli. Bagi saya, bahawa akhirnya mereka tidak bebaslah lagi daripada hendak merasai permit itu milik individu. Saya difahamkan bahawa mereka kena bayar lebih kurang RM40 hingga RM50. Macam syarikat-syarikat teksi biasa. Jadi, apa makna diberikan permit individu tetapi mereka terpaksa terikat dengan satu operasi yang dilakukan seperti ini.
Bagi saya, ini adalah sesuatu yang tidak wajar yang bagi saya bahawa kalau kita berikan permit individu, okey. Berilah permit individu dan soal pembelian kereta, terserahlah kereta jenis apa yang dia hendak pakai, dia hendak bawa teksi, kita serahlah kepada pemandu itu sendiri. Jangan kita letakkan, *“Oh! Mesti syaratnya Exora, beli melalui SPAD.
SPAD yang akan mengurus melalui 1MDB dan sebagainya.”* Ini satu benda yang saya kata bahawa akhirnya mengikat mereka itu menjadi hamba syarikat. Sekian, terima kasih. Buah keriang, tolong jawab. Sudah sebut buah keriang.
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Maksud B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM49,300,000 bagi penajaan baru kepada 600 pelajar lepasan Matrikulasi Asasi STPM ke IPTS bagi sesi kemasukan September 2012.
Saya ingin meminta penjelasan, apakah garis panduan dan syarat-syarat tertentu untuk kelulusan penajaan baru? Saya difahamkan bahawa pada pilihan raya kecil di Sibu pada tahun 2010, dalam satu sesi close door dialog dengan izin, Perdana Menteri telah berjanji untuk memberi biasiswa RM1 juta kepada seorang pengundi Sibu di RH Hotel. Saya berharap kelulusan tersebut bukan diberi hanya apabila ada pilihan raya kecil sahaja dalam satu konsep ‘I help you, you help me’.
Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengadakan satu sistem yang lebih telus supaya lebih banyak pelajar cemerlang dapat melanjutkan pelajaran tanpa halangan masalah kewangan? Adakah kerajaan bercadang untuk memberi perbelanjaan percuma ke tahap universiti untuk memajukan negara memandangkan generasi muda
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
merupakan generasi masa depan yang membawa perubahan kepada negara tercinta kita Malaysia? Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi saya peluang memberi sedikit komen tentang perkara B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR). Tuan Pengerusi, lepas 5 Mei, PRU ke-13, saya ada peluang jumpa satu pihak polis di shopping centre di Kuala Lumpur. Dia lebih kurang 45 tahun dan komen dia jelas dari pihak polis, “Dato’ saya sudah bantu banyak election, PRU ke-13 ini yang paling kotor.” Ini komen dari polis. Di kawasan Wangsa Maju, hari undi awal ialah 30 April.
Di Wangsa Maju ada undi awal lebih kurang 3,200 undi. Pada hari itu, lebih kurang pukul 8, wakil saya Encik Hamdi telefon saya. “Dr. Tan, sila datang balai polis Wangsa Maju sebab undi awal itu hampir tiba dari tujuh saluran.” So, saya datang dan nasib baik datang sebab lebih kurang pukul 9.15 malam, seorang wakil saya bernama Encik Ganapati nampak di luar kawalan selamat. Di luar lokap itu ada satu kotak yang macam koyak-koyak seperti supermarket di atas satu filing cabinet.
Akan tetapi kita pergi semak, di dalam kotak itu ada undi yang belum dipakai 1,100. Nombor satu calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Shafie. Nombor dua calon Keadilan iaitu Dr. Tan Kee Kwong. Siapa salah, siapa tipu? Di PRU ke-13, kita panggil election CIMB ialah undi Cambodia, Indonesia, Myanmar, Bangla.
[Dewan riuh]
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Hari itu pukul 3 petang itu di JDM, Sekolah Cina Lee Rubber atau Nan Yik. Saya nampak dengan mata saya sendiri, Bangla datang dengan bodyguard. Sekarang ada standard, Bangla datang dengan bodyguard.
[Dewan riuh]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Minta maaf sebab saya ada sepuluh minit. Saya sudah tunggu tiga hari hendak berucap. Minta maaf. Saya sebagai calon jadi JP iaitu jaga pintu.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Tipu saja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Tidak bagi.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Report lah kalau betul.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Sebab apa, saya duduk satu jam di hadapan pintu utama sekolah itu dan cadangan saya ialah jelas kepada SPR, ialah tidak mahu lagi kategori undi awal termasuk isteri dan suami.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis
Tidak bagi ini.
Dato' Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju
Kedua, kalau hendak kekalkan status undi awal ini, undi awal patutnya kira sama hari yang buang undi. Ketiga, tentang banyak komen mengenai dakwat kekal ini. Negara India sudah guna dakwat kekal ini sudah hampir 30 tahun. Tidak ada masalah. Tuan-tuan dan uan-puan dan sekarang di kawasan Kapar, Yang Berhormat Kapar ada di sini. Lebih kurang 150,000 undi. Kawasan Serdang hampir 130,000 undi dan juga peliknya negeri Sarawak ada 31 kerusi Ahli Parlimen. Kalau you cakap adil, patutnya Selangor patut tambah 10 kerusi Ahli Parlimen dan juga Wilayah Persekutuan dari 11 tambah lagi 9.
Tuan-tuan dan puan-puan, komen ini ialah walaupun tadi Ahli Yang Berhormat Batu cakap semak, satu butiran yang besar iaitu hampir RM1 bilion tetapi SPR gagal dalam tugasnya. Sepatutnya pengerusi dan timbalan pengerusi letak jawatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Parit Sulong mana ada pasir...
[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga seperti Yang Berhormat Pokok Sena, sebab itulah Yang Berhormat Pokok Sena kira sama-samalah kita ini tapi belum sehati sejiwa lagi. Ini bagi Maksud B.6 Butiran 391400 iaitu peruntukan one-off TV Al-Hijrah. Saya cuma nak tahu daripada kementerian, apakah status TV ini. Jadinya sekiranya ada iklan, berapa jumlah yang telah diperoleh daripada iklan-iklan tersebut.
Jadinya saya juga nak tahu siapakah yang duduk di peringkat pengurusan TV Al- Hijrah ini. Adakah mereka ini daripada orang yang profesional dan ada latar belakang di dalam bidang media elektronik. Saya nak tahu daripada pihak kementerian apakah perbezaan di antara konsep antara TV Al-Hijrah ini dengan TV-TV yang ada sekarang ini dan bagaimana pula pendekatan yang di bawah oleh TV Al-Hijrah ini. Seterusnya saya nak tanya kepada kementerian bagaimana pula dengan sambutan daripada penonton?
Sudah semestinya mesti ada rating. Jadinya, apakah rating TV Al-Hijrah ini sekiranya ianya ada dibuat dan adakah ianya boleh ditonton oleh rakyat di seluruh Malaysia. Akhirnya Tuan Pengerusi, saya nak tahu, saya minta juga kementerian ini untuk menyatakan peratusan rancangan-rancangan yang disiarkan di dalam TV Al-Hijrah ini.
Jadinya berapa peratus di dalam bidang agamanya, berapa peratus dalam forumnya, berapa peratus dalam hiburan dan lain-lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, ringkas sahaja. Saya ingin merujuk kepada Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri.
Sebanyak RM26,930 juta untuk menampung perbelanjaan operasi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan saya ingin tahu sedikit maklumat tentang PR1MA ini. Setakat sejauh manakah kejayaannya, setakat ini berapa permohonan dan berapakah kelulusan yang telah dibuat untuk membantu rakyat dapat perumahan.
Setakat ini apa masalah utama yang kita hadapi untuk melaksanakan Perumahan Rakyat 1Malaysia terutama di bandar, di mana kita tahu di bandar-bandar kita mengalami masalah kekurangan tanah dan saya juga nak tahu tentang pinjaman. Adakah bank-bank memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan Perumahan Rakyat 1Malaysia ini. Saya juga perlu tahu, mengapa Perumahan Rakyat 1Malaysia ini terletak di Jabatan Perdana Menteri dan tidak letak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana kita nampak ada masalah koordinasi.
Kalau rakyat tanya, kita nak minta rumah atau kita menghadapi masalah untuk beli rumah, selalu kita merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi selalu ada masalah Kementerian Perumahan dan Tempatan suruh rakyat merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa jabatan ini perlu dikoordinasi diletakkan semula di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya rasa itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Empat orang sahaja selepas itu Menteri akan jawab. Saya akan panggil Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Gopeng...
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Gantang, Kota Melaka selepas itu...
Seorang Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang itu tak masuk dah itu, belakang sana. Okey.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya nak bangkitkan seperti mana ramai yang telah bangkitkan SPR, Butiran 010100 kerana ada peruntukan RM60 juta khususnya RM450,000 untuk emolumen dan seterusnya untuk perkhidmatan dan bekalan. Saya ada bangkitkan beberapa perkara yang spesifik berkenaan dengan keputusan SPR. Pertama berkenaan dengan urusan undi pos.
Di bawah undi pos, ada Borang II di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya 2003 Undi Pos Akta Pilihan Raya 1958. Penerima undi pos perlu catatkan nombor siri kertas undi dan identiti mereka di dalam Borang II tersebut. Jadi apabila pengundi pos ini buang undi, pasti undi mereka tidak lagi sulit. Ini bermakna pengundi pos yang terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan khususnya pegawai polis, tentera dan petugas-petugas SPR telah kehilangan hak mereka untuk undi secara sulit. Saya harap Menteri boleh perbetulkan perkara ini.
Kedua, berkenaan dengan dakwat kekal. Memang banyak sudah disebut dan kita tahu di India khususnya telah laksanakan dakwat kekal sejak tahun 1962, 50 tahunlah.
Setahu saya, konsentrasi untuk silver nitrate itu digunakan adalah di kadar 10% hingga 18% dan bukan 1% seperti mana yang digunakan oleh SPR. Saya telah buat sedikit sebanyak kajian berkenaan dengan kos dan pernah cuba sendiri dan dakwat kekal yang saya perolehi, 5% silver nitrate ini kekal sampai hari ini, 16 hari selepas saya celup jari saya di sini 16 hari. Kos yang saya bayar untuk 50cc satu botol boleh digunakan oleh 500 pengundi, kos itu lebih kurang RM13.
Kalau saya buat jangkaan kos keseluruhan untuk 13 juta pengundi di seluruh Malaysia, kos keseluruhan tidak melebihi RM350,000. Di dalam satu jawapan yang saya dapati daripada menteri berkenaan dengan kos untuk membeli dakwat kekal, kos yang digunakan RM7.1 juta keseluruhan. Apabila saya tanya siapakah pembekal dia, jawapannya tak boleh dibekalkan atas keselamatan. Keselamatan siapa? Keselamatan pembekalkah, keselamatan SPRkah, keselamatan Menteri yang berkenaan? Jadi saya mohon jawapan daripada Menteri.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Gopeng, celah sikit.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Bukit Katil.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng kerana berikan laluan. Saya nak tanya Yang Berhormat Gopeng, tadi dibangkitkan berkaitan dengan direct nego dalam membekalkan dakwat kekal. Apakah Yang Berhormat Gopeng merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah perbelanjaan. Hal yang berkaitan dengan direct nego dalam SPR ini apabila ditanya, berulang kali syarikat manakah yang dapat tetapi nampaknya terdapat keengganan di pihak kerajaan khususnya yang menjaga SPR untuk memberitahu syarikat mana. Apakah ada kaedah-kaedah yang mungkin tidak diikuti selaras dengan kaedah yang dibekalkan atau dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Kalau betul kaedah lantikan ini menyalahi prosedur Kementerian Kewangan, apakah Yang Berhormat Gopeng setuju tindakan yang tegas perlu diambil terhadap SPR khususnya Ahli-ahli dan urus setia yang tertinggi.
Ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi tentang kandungan, saya tertarik dengan kandungan silver nitrate. Kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Kecil Kuala Besut. Setuju tidak kalau tidak ada pembekal pun, saya cadang kalau setuju Yang Berhormat Gopeng bekalkan sendiri dakwat kekal ini dengan kandungan silver nitrate yang telah diuji oleh Yang Berhormat Gopeng kepada SPR untuk digunakan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Terima kasih.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Gopeng, tajuk sama.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Okey Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Saya tertarik betullah pasal harga murah ini, memang tertarik tetapi saya nak tanya Yang Berhormat Gopeng. Kalaulah Yang Berhormat Gopeng maksudkan itu diambil kira kos pengangkutan, diambil kira kos keselamatan dan kos-kos yang lain, agaknya berapa?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Boleh, boleh saya jawab. Kos yang saya sebutkan tadi including deliver to the house. Kalau tak percaya, boleh. Biarlah saya uruskan untuk PRK Kuala Besut...
[Tepuk]
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Seterusnya berkenaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya juga. Saya pernah tanya soalan berkenaan dengan kriteria untuk melantik pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya semasa PRU Ke-13. Jawapan yang saya terima antara ada enam kriteria antaranya satu daripada enam kriteria itu adalah mereka yang dilantik sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak memegang jawatan atau bergiat secara aktif dalam mana-mana parti politik. Betul memang itu sepatutnya menjadi kriteria. Akan tetapi saya hendak bagi beberapa contoh yang spesifik yang saya kenal pasti semasa PRU Ke-13 khususnya di Parlimen Gopeng, Parlimen saya sendiri.
Pertama, UPU Kampung Pulai kawasan Parlimen Gopeng. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, nama dia, Abdul Latif bin Mohamad Wahi, nombor I/C 511012-08-6249.
Beliau adalah AJK Cawangan UMNO Kampung Pulai dan Ketua Kampung lantikan untuk Kampung Pulai.
Kedua di UPU Kampung Sengat. Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Mohamad Amin bin Amran. Nombor I/C 710313-08-5639, dan beliau adalah AJK Cawangan UMNO Kampung Sengat.
Ketiga di UPU Kampung Teka Baru. Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, Encik Zaidi bin Shara. Nombor I/C 630519-08-6389, dan beliau adalah Naib Ketua Cawangan UMNO Pengkalan Baru di kawasan UPU Teka Baru.
Jadi bagaimana kita boleh harapkan pengundi-pengundi kampung untuk mengundi secara bebas apabila mereka nampak ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO di kawasan setempat itu.
Jadi seterusnya Yang Berhormat Kulai ada bangkit...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, terima kasih Tuan Pengerusi. Satu lagi isu Suruhanjaya Pilihan Raya yang saya minta, Yang Berhormat Gopeng komen juga adalah tentang perbelanjaan bukan sahaja daripada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi perbelanjaan oleh kerajaan sebelum pilihan raya yang memberi BR1M, BREM, BRAM dan juga memberi pelbagai jenis, you help me I help you punya bantuan.
Saya dapati adalah daripada seorang researcher, daripada tahun 2009, yang leading up to the election sebanyak RM58 bilion telah diberi kepada untuk tujuan pilihan raya. Ini adalah satu angka yang terlalu besar, cukup besar kerana membebankan perbendaharaan negara dan dia berbentuk, you help me I help you. Ini kita boleh nampak dengan begitu terang sekali di Sibu, di Pilihan Raya Kecil Sibu dan ia berunsur rasuah.
Suruhanjaya Pilihan Raya kenapa tidak ambil tindakan terhadap ini...?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat. Ringkaskan ya. Habiskan Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Saya habiskan. Last sekali perkara ni. Saya tadi dengar daripada...
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Yang Berhormat Gopeng, kalau boleh izinkan saya...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tidak ada masa, tidak ada masa.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Penting Yang Berhormat Gopeng daripada Yang Berhormat Lumut Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Lumut.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Duduk]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid - Lumut
Saya minta Yang Berhormat Gopeng sampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya buat siasatan apa yang telah berlaku di Parlimen Lumut pada 2 April, hari Khamis. Apabila saya terserempak dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pasukannya, sedang memunggah kotak-kotak kertas undi baru sebanyak 74,000 kertas undi baru dibawa keluar daripada lokap untuk dibawa ke Dewan Merdeka Manjung. Ini merupakan satu langkah atau tindakan yang di luar program.
Pengarah atau pengurus pilihan raya yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang terdiri daripada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Manjung sehingga ke peringkat bawah pun merupakan ahli-ahli ataupun pegawai daripada Majlis Perbandaran Manjung yang menguruskan kotak-kotak tersebut.
Ini merupakan satu tindakan di luar program, dan saya telah mengarahkan supaya semua kotak-kotak tersebut dimasukkan ke dalam lokap balik. Kita hendak dapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, mengapa tindakan itu dibuat? Oleh kerana sepatutnya mengikut program, kertas undi tersebut akan dikeluarkan daripada lokap pada 3 hari bulan, pada hari Jumaat. Mereka ada 24 jam untuk melakukan sesuatu pada kertas undi baru tersebut. Oleh itu saya minta Yang Berhormat Gopeng untuk minta penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Gulung sebab tadi Yang Berhormat Kulai ada bangkitkan soal pengurusan oleh KTM semasa hari pengundian. Memang banyak perkara yang luar biasa berlaku bukan setakat senarai pasca yang tidak dibenarkan. Berkenaan dengan sama ada satu pascakah, dua pascakah untuk dua calon sama ada cop ke atas kertas undi pun ada setengah tempat pun tidak dilakukan dan sebagainya. Ini merupakan perkara-perkara yang tidak seharusnya berlaku. Tidakkah Suruhanjaya Pilihan Raya ada dua perkara: pertama, standard operating procedure (SOP) dengan izin, untuk KTM mengikutinya, ataupun frequently asked questions (FAQ) maksudnya apabila hadapi soalan-soalan bagaimana ada jawapan yang standard, supaya mereka tahu bagaimana mereka hendak atasi masalah tersebut.
Sepatutnya ada SOP dan FAQ dipamerkan secara terbuka dan tidak diberikan KTM untuk buat keputusan sewenang-wenangnya. Jadi saya harap ini beberapa perkara Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya akan ubah keputusan saya tadi untuk memanggil semua kerana Yang Berhormat berucap lebih daripada sepuluh minit dan tidak berhenti. Saya ingin panggil Yang Berhormat Kota Melaka, lepas itu Menteri menjawab. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi saya harap sebab sudah janji, tadi kata empat orang, jadi bagilah empat orang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak saya rasa boleh bertolak ansur, Menteri pun boleh jawab esok.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak cukup masa Yang Berhormat cukuplah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh ambil masa jawab esok sediakan jawapan yang lebih complete.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat. Kita jangan buat Dewan ini macam Mahkamah Rayuan Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak akan tidak boleh merayu kepada Tuan Pengerusi. Kalau tidak kepada Tuan Pengerusi pada siapa lagi saya hendak merayu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya kalau baik berlaku sini Yang Berhormat diam, yang lebih masa itu diam.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak sebab sudah janji, kata esok boleh jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hendak kalut mana.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak usah kalutlah hari ini, jawab esok pun tidak apa.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payahlah. Tidak payah merayulah Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
Seorang lima minit bolehlah.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Satu perkara sahaja iaitu saya ingin merujuk kepada B.4 - Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kita sedia maklum selepas Parlimen dibubarkan, maka akta atau Election Offence Ordinance akan berkuat kuasa iaitu mengatasi akta-akta yang lain. Sering kali saya diberitahu oleh pihak berkuasa, jika Parlimen sudah bubar pilihan raya akan berlaku dan kita pun akan Election Actlah.
Tuan Pengerusi, saya ingin tanya tentang cagaran iaitu deposit oleh seorang calon. Kita semua sedia maklum untuk Parlimen RM10,000 dan untuk bahan kempen RM5,000 dan untuk DUN RM5,000 dan RM3,000 ini semua orang pun tahu. Akan tetapi saya ingin tanya Suruhanjaya Pilihan Raya Yang Berhormat Menteri daripada Arau iaitu adakah pihak berkuasa tempatan atau semua pentadbir pihak berkuasa tempatan selaras dengan kebenaran dari Suruhanjaya Pilihan Raya?
Berapakah bayaran permit yang perlu calon bayar kepada local government iaitu kerajaan tempatan? Ini kerana saya difahamkan, banyak berlainan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan tempatan. Seperti di Melaka, permit yang setiap calon kena bayar RM2,000, processing RM50, tetapi permit RM2,000. Kita perlu bayar lagi tambahan RM5,000 sebagai cagaran untuk bahan kempen juga, katakan iklan. Saya difahamkan dari negeri-negeri yang lain tiada sebegini. Sehubungan dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri jika dapat jelaskan semasa menjawab, adakah ini dibenarkan? Mereka berpandukan undang-undang yang mana?...
[Disampuk] Ya, sila.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkit satu perkara yang telah berlaku di Klang semasa hari pilihan raya. Di mana satu bas yang disyaki membawa pengundi hantu mengandungi lebih
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
kurang 18 orang hingga 20 orang Bangladesh, Indonesia, telah ditangkap oleh orang ramai dan dibawa pada Balai Polis Pandamaran.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya panggil SPR pada masa itu untuk datang ke Balai Polis Pandamaran untuk mengesahkan bahawa adakah mereka sebenarnya pengundi ataupun mereka adalah pekerja asing. Jawapan yang saya dapat daripada SPR itu kagum, shocking actually. Ini kerana dia kata, apabila saya kata please come and verify kepada kita, adakah mereka pengundi ataupun tidak, itu sahaja. Mereka mengatakan kepada saya bahawa sekarang sudah pukul 5, masa kerja mereka sudah habis. Inikah cara untuk mengendalikan satu pilihan raya yang bersih.
Kedua, saya hendak tanya. Apabila saya masuk ke dalam bas, saya check, periksa, ada seorang warganegara asing yang memang ada dakwat di jari dia. So, adakah pilihan raya yang telah lalu ini sebenarnya pilihan raya yang bersih dan oleh kerana itu, adakah kita mesti minta SPR meletak jawatan. Minta pandangan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih. Sungguhpun pencerahan ini tidak berkaitan dengan apa yang saya bangkit kerana saya ingat Yang Berhormat Klang ini kerana tidak ada peluang untuk berucap, mengambil bahagian dalam perbahasan, saya masukkan ia perbahasan oleh dia supaya dapat dijelaskan oleh Menteri.
Saya cuba tanya beberapa negeri Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dan dapat jawapan yang amat berlainan. Hanya RM50 untuk proses permit, tidak RM150 sahaja tetapi mengapa di negeri Melaka bukan hanya permit perlukan RM2,000, processing RM50 tetapi kena lagi tambahan RM5,000 untuk cagaran. Bukankah ini satu ulangan saya terfikir kerana SPR, kita sudah bayar RM5,000 sebagai bahan kempen. Kita perlu lagi bayar jumlah yang sama untuk kerajaan tempatan. Bukan hanya untuk calon Parlimen, untuk calon DUN pun sama. Oleh sebab itu saya minta satu jawapan atau satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kindee
Sila Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kindee
Cukuplah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya untuk menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri bagi Perkara B.6 - Biro Tatanegara. Walaupun Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara tersebut tidak ada dalam Dewan. Jadi, izinkan saya beritahu, perbelanjaan itu adalah untuk kita melaksanakan sebanyak 947 Program Transformasi Negara dan Seminar Gagasan 1Malaysia yang melibatkan kehadiran hampir 223,000 peserta. Antara lain perkara yang dimuatkan dalam program tersebut adalah untuk memberi kefahaman konsep Gagasan 1Malaysia kepada golongan sasaran tadi. Meningkatkan semangat patriotisme dan kenegaraan, serta memupuk nilai-nilai murni dan nilai-nilai aspirasi yang merupakan teras dalam Gagasan 1Malaysia.
Tuan Pengerusi, ada banyak perkara yang kita ambil maklum dalam kursus-kursus yang dianjurkan termasuk mendapatkan maklum balas daripada para peserta. Justeru itu, saya rasa tidak berapa sesuai untuk Yang Berhormat Sepang mengatakan bahawa BTN menggunakan kursus itu untuk menghentam pemimpin-pemimpin. Saya tidak tahu program mana yang dia hadir, program mana yang dia rujuk. Namun begitu tanpa bukti adalah tidak wajar.
Mungkin zaman Yang Berhormat Sepang menghadirkan diri dalam kursus-kursus tertentu, itu pengalaman beliau. Saya boleh nyatakan, saya tidak ada aduan tentang ada penggunaan mengatakan bahawa kursus itu digunakan untuk membangkitkan rasa takut, mengatakan bahawa kalau MCA/DAP menang, negara ini akan ditadbir oleh Cina, tidak
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Razali bin Ibrahim
pernah dengar? Saya pernah dengar seorang saja pemimpin PAS cakap benda itu, Yang Berhormat Sepang tadi.
Dalam kursus kita tidak ada. Jadi, perkara ini tidak sewajarnya dibangkitkan sehingga orang melihat seolah-olah BTN ini digunakan untuk melebarkan semangat perkauman di kalangan rakyat. Kalau ada bukti saya harap dikemukakan dan kita akan ambil perkara itu secara serius. Ini kerana apa yang sebenarnya perlu dijalankan oleh Biro Tatanegara adalah untuk memupuk semangat kenegaraan, semangat kasih dan sayang kepada negara yang sama.
Saya percaya semua rakyat negara ini sayangkan Malaysia. Cuma kadang- kadang cara kita sayang itu tidak sama. Malahan tadi saya baru tunjuk kepada Yang Berhormat Pontian, naik satu banner, ”Kami sayang negara tapi benci kepada kerajaan”.
Masalahnya dinaikkan di luar negara. Di luar, dia tidak tahu Barisan Nasional atau apa juga, dia tahu negara. Memburukkan negara walaupun ditujukan kepada kerajaan, walaupun tidak sepatutnya, memberi kesan sebenarnya kepada negara kita dan yang cakap ini sayangkan negara juga. Oleh sebab itu menutup terus Biro Tatanegara saya rasa tidaklah merupakan satu keputusan yang bijak.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
[Bangun]
Dato' Razali bin Ibrahim
Kedua, sekejap. Disebut juga. Sekejap, saya bagi.
Disebut juga tentang sepatutnya Biro Tatanegara menjalankan program-program perpaduan. Ini pun ada satu juga perkara yang tidak berapa tepat. Memang betul menjadi dasar, matlamat Biro Tatanegara yang kedua, ketiga dan keempat untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan juga memupuk perpaduan. Akan tetapi kita ada Jabatan Perpaduan untuk buat perkara tersebut. Biro Tatanegara, kita lebih memberi tumpuan kepada tentang menanam semangat kenegaraan, tata negara dan patriotisme. Sila.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih rakan saya timbalan menteri. Saya tidak pastilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang. Akan tetapi di dalam pilihan raya baru-baru ini, saya tidak pasti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang itu Biro Tatanegara dan sebagainya. Apa yang berlaku dalam pilihan raya di kawasan saya, saya ditentang oleh bekas ‘setpol’ Perdana Menteri, orang kuat Perdana Menteri yang Biro Tatanegara ini duduk bawah Perdana Menteri. Akan tetapi pasal pokok itu besar, depa hendak tebang payah, ditebang pun tidak boleh, tidak boleh hendak reban.
Akan tetapi apa yang berlaku, guru-guru dipanggil ke sebuah hotel. Ibu bapa dipanggil ke sekolah di dalam kawasan saya kemudian dibrainwash seperti mana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang. Sama ada ia dilakukan oleh BTN ataupun tidak, wallahu‘alam. Akan tetapi unsur-unsur seperti mana yang disebut itu telah dimaklumkan kepada saya bahawa memang berlaku unsur-unsur yang cuba untuk menimbulkan ketakutan, kerisauan dengan persepsi yang buruk terhadap masyarakat bukan Islam dan sebagainya, memang ini berlaku.
Jadi, bagi saya bahawa tidak wajar digunakan semasa pilihan raya dipanggil guru- guru dan guru-guru ini tidak ada alasan, tidak boleh tidak pergi sebab direkodkan, kena pergi. Ada guru perempuan menangis seolah-olah macam percaya sungguh, ini berlaku sungguh, selepas pilihan raya ini, habislah boleh kepada Cina dah. Jadi, ini berlaku, ini real berlaku dalam pilihan raya. Saya boleh tahu group itu sewa rumah di mana di dalam kawasan Pokok Sena, satu floor Hotel Holiday Villa ditempah oleh kumpulan calon daripada Barisan Nasional, duduk di situ. Ini semua yang berlaku dalam kawasan saya.
Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh
Sama, satu topik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya begini, jika sekiranya benar ada bukti dan kami boleh bawa bukti dan kemukakan kepada pihak Menteri, apakah langkah dan tindakan yang akan diambil terhadap BTN ini. Ini kerana saya percaya bukti itu ada, cuma mungkin dalam sidang hari ini kita tidak membawanya.
Dato' Razali bin Ibrahim
Tiga perkara. Pertama, brainwash. Secara peribadi memang kita tidak patut brainwash kepada orang secara salah. Kalau hendak kira brainwash, ada banyak. Dalam tweet pun ada brainwash. Orang pandai pun percaya juga Bangla 40,000 orang, brainwash lah itu. Semua percaya. Apa yang penting itu bukan BTN
Dato' Razali bin Ibrahim
buat. Pertama, saya setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena kalau...
[Dismapuk] Tidak, saya tidak tahu siapa cakap pasal Bangla...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bukan BTN tapi Barisan Nasional. Saya sebut Barisan Nasional, yang dibuat itu melalui Jabatan Pelajaran Negeri, Daerah dan sebagainya itu.
Dato' Razali bin Ibrahim
Nanti sekejap, saya jawab pasal brainwash, sekejaplah.
You tanya tadi saya duduk, Yang Berhormat Pokok Sena, dengar dengan teliti, dengan taat, sabar. Bulan puasa. Ini baru saya cakap brainwash. Dalam ceramah-ceramah pun ada banyak brainwash, itu bukan BTN. Pasal pasti sekolah-sekolah kita pun ada juga brainwash. Kedua, pasal dipanggil guru waktu pilihan raya di Pokok Sena. Saya tidak tahu guru-guru ini undi siapa. Kalau berlaku pun itu atas calon itu, bukan BTN.
Saya bangkit tadi saya beritahu Tuan Pengerusi, saya hendak menggulung atau menjawab bagi pihak BTN atau Biro Tatanegara. Maafkan saya perkara itu semua tidak ada dibuat oleh BTN. Kemudian masuk dekat Yang Berhormat Temerloh, dia tanya kalau ada bukti, bagi. Sebenarnya, bukti ini sebelum cakap patut bagi. Jangan kita bangkit, bagi satu persepsi kepada yang mendengar seolah-olah BTN itu sebegitu rupa. Oleh sebab itu saya jawab kepada Yang Berhormat Sepang.
Dato' Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat Temerloh bagus, tidak ada, tanya bila boleh bagi. Bagi. Kita ada undang-undang dalam negara. Banyak peraturan boleh ambil. Kalau ada penghasut atau menghasut salah dari segi menghasut pun waktu dalam kursus pun ada bukti. Kita boleh ambil tindakan, tidak ada masalah. Jadi soalan itu tadi kalau ada bukti boleh atau tidak dikemukakan? Jawapannya, boleh.
Jadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, satu perkara sahaja yang dibangkitkan mengenai Biro Tata Negara...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Boleh minta penjelasan sedikit sahaja on the issue of brainwash. I’ll make it very short. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa kita kena bezakan bila kita sebut brain wash ini. Kalau saya tulis dalam Twitter, saya tulis dalam Facebook, saya beri ceramah, itu bukan brain wash sebab orang datang secara sukarela. Dia baca of their own free will sama ada dia percaya atau tidak, dia yang buat keputusan. Akan tetapi apabila BTN guna kuasa kerajaan, kuasa perintah, arahkan orang datang untuk program. Kena duduk di sana dua atau tiga hari, satu minggu, terpaksa. Tidak boleh balik sebab kalau balik ada isu dengan karier mereka. Itu lain. Itulah maksudnya dengan brainwash. Bezanya besar dengan program BTN dan program ceramah pembangkang, that is the fundamental difference. Itu yang saya rasa perlu dijawab. Itu maksudnya brainwash. BTN disalahgunakan untuk brainwash because they use the force of the state. Terima kasih.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Boleh mencelah?
Dato’ Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat Subang ini. Sekejap.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Boleh mencelah?
Dato’ Razali bin Ibrahim
Okey, okey.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Saya hendak tanya tadi masa sebut mengenai SPR, Yang Berhormat Subang ada cakap 400 juta lebih tetapi itu mungkin jadi satu bilion. Jadi ini mengelirukan. Ini bukan brainwash?
Tuan R. Sivarasa - Subang
This is what I mean. This is the understanding of the problem. Ini yang langsung tidak faham. Saya pun tidak tahu macam mana hendak jawab.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi
Itu sebabnya niat kena jelas. Kita hendak menjelaskan dalam the good faith tetapi sekarang 400 juta, terus jadi satu bilion. Ini satu yang mengelirukan. Terima kasih.
Tuan R. Sivarasa - Subang
I don’t even know how to answer you because you have no comprehension of the problem, dengan izin.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat jangan suka sangat. Semalam pun waktu saya gulung pun begitu juga. Saya beritahu pertama tentang brainwash. Yang Berhormat Pokok Senalah, gatal pergi bangkit mengenai brainwash kenapa? Saya cuma jawab brainwash.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Takkan yang itu pun gatal macam itu. Allah...
[Ketawa] Takkan itu gatal?
Dato’ Razali bin Ibrahim
Kita sudah mula panjangkan cerita lain pula. Dia sebut mengenai brainwash. Saya beri definisi itu. Ada banyak cara brainwash Yang Berhormat.
Yang Berhormat beralih pula dengan mengatakan bahawa itu lain sebab itu bukan pakai duit rakyat dan sebagainya. Bukan agensi kerajaan, tidak ada paksaan, orang itu datang tengok. Itu cerita lain. Saya juga sudah menjawab. Biro Tatanegara tidak brainwash orang.
Kita beritahu tentang sejarah, kita beritahu tentang kenegaraan. Kalau ada yang tidak betul, kita kaji.
Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Sepang beritahu tadi dia kata kalau tidak mahu tutup pun, ubah dari segi pendekatan. Mungkin kita akan lakukan tetapi jangan kita kata bahawa brainwash itu berlaku hanya di Biro Tata Negara. Ini kerana brainwash ini berlaku dalam banyak perkara. Saya hendak beritahu, kalau saya dipaksa pergi BTN, kena brainwash. Kalau saya, tidak suka, saya tidak suka juga. Ini bukan soal suka atau tidak. Ini soal tanggungjawab kita menubuhkan Biro Tata Negara untuk memberitahu rakyat bahawa semangat sayangkan negara dalam konteks yang tepat perlu kita laksanakan dan tidak ada sebab untuk kita tutup Biro Tatanegara selain mencari jalan yang lebih baik untuk dilaksanakan.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Yang Berhormat Menteri, Sibuti.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Sila Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada menghadiri tiga kali Biro Tatanegara membuat program. Program ini diadakan supaya kita benar-benar mengkaji apa itu Rukun Negara sebab kebanyakan kita kadang-kadang pun lupa lima perkara Rukun Negara itu. Saya menyokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya rasa seronok bila ada juga rupanya ramai Ahli Yang Berhormat sebelah sini yang tidak bangun sahaja, dan dia tahu kepentingan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kalabakan bangun Yang Berhormat.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Yang Berhormat, perkara yang kita – sekejap sahaja.
Perkara yang disebut tadi sangat mustahak termasuk kecewanya saya, kami semua dan kita semua bila tengok ada anak muda yang sudah mengibarkan bendera selain daripada Jalur Gemilang. Ini antara perkara yang kita perlu tengok. Salah manakah Jalur Gemilang, sehingga dikibarkan bendera baru untuk negara kita. Umpamanya hendak menukar lagu Negaraku pada kita menyambut hari kemerdekaan, hari kebangsaan dan juga menterbalikkan bendera. Ini perlu kita lihat secara lebih matang merentasi batas politik. Sila Yang Berhormat Kalabakan. Terakhir ya.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang sebenarnya dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi bukan Biro Tata Negara, dia katakan Barisan Nasional. Jadi itu memang biasa sebab di kawasan saya, guru-guru yang kebanyakannya penyokong PAS tarik bendera, brainwash ibu bapa. Itu biasalah dalam politik. Inilah yang dikatakan brainwash. Kita tidak pun soal. Kita tidak mahu soal mereka kerana ini sama-sama buat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Pakatan buat, PAS buat, kita mungkin ada juga buat tetapi itu tidak bolehlah direkodkan sebagai kita ini orang jahat. Ini pandangan saya.
Dato’ Razali bin Ibrahim
Saya setuju ini. Apa yang penting BN tidak guna BTN untuk buat perkara yang BN buat. Betul atau salah itu parti politik. PAS pun buat, PKR pun buat tetapi BTN tidak buat yang itu. BTN kerja dia untuk buat perkara-perkara yang berkaitan dengan kenegaraan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon menggulung tentang BTN bahawa perkara itu dibuat dan kita telah pun mendapat maklum balas daripada semua yang terlibat.
Seperti biasa, borang penilaian peserta akan diedarkan dan saya tidak bercadang untuk membaca, tetapi alhamdulillah maklum balas daripada peserta mengenai gagasan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat difahami dengan baik. Mereka sebagai penggerak masyarakat akan balik ke kawasan masing-masing untuk menjayakan transformasi ini supaya semua lapisan rakyat dapat memahami apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Arau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allah berfirman dalam al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud antaranya, kita tidak boleh buruk sangka dan mengintai keburukan orang.
Jadi saya dengar perbahasan hari ini banyak perkara yang merupakan buruk sangka yang ditimbulkan oleh banyak pihak. Kalau buruk sangka itu dilemparkan dalam bentuk pertanyaan, kita boleh jawab. Akan tetapi ianya sudah menjadi hukuman. Dihukum begitu rupa dalam persangkaan buruk yang mereka bawa. Saya berdoa kepada Allah SWT...
[Membaca sepotong doa] Saya tujukan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada PAS dan juga Barisan Nasional, bahawa kita hendak buat apa pun, kita jangan lupa kita tidak boleh lari daripada perkara pokok, bahawa kita di bawah landasan yang ditentukan oleh al-Quran dan hadis.
Kita mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap pada hari ini iaitu Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Klang yang telah berucap berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri.
Pertamanya, saya hendak terangkan berhubung dengan dakwat kekal. Saya tengok cara penghujahan yang dibuat berhubung dengan dakwat kekal ini, kita melupakan benda asas pilihan raya. Kita kena ingat, ini kita hendak beritahu bahawa sepanjang sahabat kita daripada Permatang Pauh, ini Yang Berhormat Gombak. [Menoleh ke tempat duduk YB Gombak] Yang Berhormat Gombak sudah balik. Yang Berhormat Gombak menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri (1982-1983). Bertanding Ketua UMNO (1982-1986), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian pada tahun
(1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998) dan juga Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).
Yang Berhormat Permatang Pauh melalui proses pilihan raya ini. Proses pilihan raya yang menggunakan kad pengenalan dan ia berjalan dengan tidak ada masalah sehinggalah di Parlimen ini kita tubuhkan jawatankuasa untuk pembaikan pilihan raya.
Jawatankuasa ini yang mencadangkan supaya diperkenalkan dakwat kekal. Jadi bila kita perkenalkan dakwat kekal, orang lupa bahawa yang penting itu ialah IC. Kalau ada dakwat kekal, kita pergi tunjuk ini dakwat kekal, macam ini saya pergi Terengganu, saya tidak boleh mengundi pada 25 hari bulan. Kalau kita tunjuk, kita tidak boleh mengundi. Kita kena ada kad pengenalan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ini adalah perkara asas yang harus ada untuk pilihan raya. Jadi, dakwat kekal bukan segala-galanya. Jadi, cara pembangkang...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Subang bangun Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Walau bagaimanapun, saya bersetuju. PAS sebenarnya sudah menyokong pilihan raya. Yang Berhormat Pokok Sena pula tidak sokong pasal apa? Jadi, PAS sendiri telah menyatakan bahawa mereka menerima dan reda dengan keputusan pilihan raya, malah Yang Berhormat Marang walaupun dia tidak mari, dia menyebut bahawa kenapa hendak suruh orang berhenti? Nanti tidak dapat pencen. Ini kenyataan dia yang saya akan ulang...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah secara ringkas sahaja. Seminit.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Akan tetapi saya tidak habis jawab lagi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Secara ringkas. Saya faham, kita faham dan terima secara prinsip apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu pilihan raya itu berdasarkan pada kad I/C, kad pengenalan, betul. Bergantung kepada daftar undi, daftar pemilih. Itu kita faham tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri, kita ingat semula kenapa isu dakwat kekal ini dibangkitkan sebab ada keraguan besar tentang integriti daftar undi. Itu masalahnya. Ini diterima oleh Jawatankuasa Pilihan juga di Parlimen, keraguan dalam daftar undi.
Kita sudah kemukakan bukti macam mana ada ribuan, puluhan I/C yang bertindih.
Ada bertindih dalam senarai awal, senarai utama dan sebagainya
[Dewan riuh]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Sebab masalah orang boleh undi lebih daripada satu kali. Isu dakwat kekal ditimbulkan dan disetujui. Itu asasnya. So, tidak payah kita balik pada isu I/C. Ada keraguan tentang I/C dan Royal Commission, suruhanjaya di Sabah sudah mengesahkan perkara ini, dan lebih lagi melalui saksi. Itu kita kena faham. Jadi, kita tidak boleh lari daripada cerita ini, balik-balik isu I/C sekali lagi! Tidak boleh. Saya minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Batu, saya ini orang baik tahu.
Saya akan bagi seorang-seorang. No problem ya.
Jadi, kita jawab Yang Berhormat Subang, Tuan Sivarasa. Jadi, saya suka sebut Yang Berhormat Subang. Jadi Yang Berhormat, ini saya sudah jawab masa saya gulung tempoh hari, saya sudah jawab dengan terperinci berhubung dengan isu 40,000 orang lebih, kita sudah jawab bahawa pangkalan data daripada Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa tidak ada percanggahan berhubung dengan daftar pemilih yang dipertikaikan. Ini saya sudah jawab dengan detail, dan boleh kita tengok Hansard tentang jawapan tersebut.
Jadi, sekali lagi saya sebutkan bahawa, dalam Peraturan Pilihan Raya tidak dibenarkan seorang mengundi dua kali. Itu confirm. Kalau Yang Berhormat ada satu pun, saya hendak beritahu pertama, kita kena buat petisyen termasuklah tadi Yang Berhormat yang menyebut bahawa, “You help me, I help you” itu. Kita tahu bahawa Peraturan Pilihan Raya, Bahagian 3, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyebutkan dengan terang bahawa, perbuatan rasuah - sebelum, semasa dan selepas sesuatu pilihan raya, kita kena buat. Akan tetapi sekarang ini..., kita kena buat dalam tempoh itu.
Sekarang ini kita menceritakan sesuatu yang kita tidak ikut peraturan bahawa dalam tempoh kita buat petisyen itu, kita telah buat petisyen. Kita pi buat petisyen bawah pokok, di Padang Merbok, kita buat di merata-rata, petisyen pilihan raya. Kita sudah tahu bahawa ada satu kes di Kota Bharu menunjukkan bahawa pembangkang kalah. Tidak apa lah, kita tidak ada apalah. Jadi, termasuk juga kes blackout Yang Berhormat sebutkan tadi.
Tidak ada laporan. Cuma yang satu kita tahu yang berlaku di Seri Serdang. Itu pun tidak direport tetapi kita dapat maklumat sebab pengerusi peti undi itu memaklumkan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tidak lama, tetapi kawasan itu 16,000 majoriti PAS menang. Jadi, kalau sekiranya blackout itu kita anggap sebagai satu kesalahan, jadi PAS kena berhenti, bagi kepada Barisan Nasional.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri. Sekejap.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Kita kena ingat bahawa bila kita sebut blackout, ini blackout seluruh negara hanya berdasarkan kepada fitnah yang berleluasa.
Yang Berhormat Temerloh, saya hendak beritahu. Yang Berhormat duduk di belah sana, kalau Yang Berhormat boleh ke sini, kita join sama, pun cantik. Ini persepsi fitnah yang dibawa oleh kawan-kawan kita ini cukup berat. Malah Yang Berhormat kata kalau SPR tidak tipu, saya masih ingat, saya ingat kenyataan kawan-kawan ini. Kalau SPR tidak tipu, mungkin kita menang banyak lagi. Kami dok rasa kami patut menang banyak lagi sebab perkhidmatan yang terbaik, yang cemerlang yang pernah kita buat ialah dalam PRU ini.
Sebelum PRU itu, pemerintah lima tahun itulah pemerintah yang cukup cemerlang dari segi Malaysia yang mana kita lihat perubahan yang cukup luar biasa. Saya Ahli Parlimen di antara yang terlama. Patah balik Yang Berhormat Kinabatangan kata, dahulu kerusi kami tidak dapat macam ini. Kerusi kami version lain. Itu dok ada Dewan lama.
Sekarang kerusi duduk seorang-seorang. Jadi, ini menunjukkan bahawa perubahan- perubahan dari segi pembangunan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi dari segi yang lain kita nampak berjalan dengan begitu hebat. Semua ini ialah kita hendak tunjukkan bahawa kejayaan Kerajaan Barisan Nasional. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional dapat lebih daripada 2/3 majoriti.
Akan tetapi oleh kerana rakyat telah dibawa dengan cerita-cerita yang tidak betul, cerita-cerita yang membentuk prestasi, cerita hantu dan sebagainya ini, akhirnya rakyat percaya. Benda yang buruk Yang Berhormat Batu kalau diulang berkali-kali, orang kata baik tetapi benda yang baik didiamkan, jadi tidak baik. Orang yang cantik kalau dia duduk dalam kampung, di mana-mana, jauh-jauh, orang tidak kenal. Akan tetapi kalau dia mari sini, jadi pramugari kah, dan sebagainya, orang kenal, sebagai contoh.
Yang Berhormat Batu kalau duduk di mana-mana kita tidak kenal dia. Akan tetapi sebab dia pandai berlawan dengan polis sedikit dan sebagainya, kita kenal.
[Ketawa] Jadi, semua ini menunjukkan bahawa prestasi...
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tadi Yang Berhormat Pokok Sena bangun dahulu. Tidak apa, bagi Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Kita sudah dalam Peringkat Jawatankuasa. Sebenarnya kita tidak minat lagi isu-isu yang dasar ini. Yang kita hendak tahu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, dah diingatkan dari tadi Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Secara spesifik dari Menteri siapa pembekalnya? Adakah pembekalnya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
So, kita tidak minatlah kalau dakwat ini kekal, kita menang tiga Kerusi lagi, 30 Kerusi lagi.
Kita bukan isu ini. Isu itu ialah dimanahkan SPR untuk beli dakwat kekal. Akhirnya ia tidak kekal. Jadi, kita hendak tanyalah, kalau tidak kekal pun kita menang kalau tidak kekal pun Barisan Nasional kalah. Itu bukan kisah jawatankuasa. Jawatankuasa ingin tahu siapa ini...
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Sudah, saya faham. Ini introduction kepada perkara-perkara Yang Berhormat timbulkan. Buah kerianglah... Tengok dia balik dah.
[Ketawa]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak, kita bawa isu yang sangat spesifik.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ya, jadi saya akan jawab spesifik sekarang ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, okey.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang pertama ialah Yang Berhormat Subang.
Tidak, Yang Berhormat cakap pasal dakwat kekal hendak ganti dengan buah keriang.
Yang Berhormat tahu apa buah keriang? Saya telah jawab.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya tahu, memang tahu.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Buah keriang itu warnanya macam...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bergurau sedikit, dia buat light relieve sedikit.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tidak bukan. Saya pun hendak relaks sedikit lah. Okey Yang Berhormat Subang, dakwat ...
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Ya, okey-okey, terima kasih. Terima kasih, pi tukar baju ya. Yang Berhormat Subang, saya hendak beritahu lagi sekali bahawa dakwat kekal bukan segala-galanya. Kalau Yang Berhormat hendak suruh SPR berhenti, hendak suruh kerajaan berhenti dan sebagainya, bukan di atas dasar dakwat kekal. Tidak betul!.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, kita tidak sebut tentang SPR...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya minta maaf.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Kita minta satu sahaja.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Dalam perbahasan tadi saya tidak sebut dakwat kekal.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Letak jawatan dalam peringkat jawatankuasa pun.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Jadi, biar saya menjawab Yang Berhormat Subang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ramai yang timbulkan dakwat kekal Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Yang Berhormat Batu jangan kacau Yang Berhormat Subang. Kesian dekat dia. Dia tanya soalan saya jawab sebab saya orang baik.
Jadi, orang tanya soalan saya jawab. Sekarang mari dakwat kekal. Okey, dakwat kekal.
Saya terpaksa hafal yang ini kerana kawan-kawan punya hal.
Yang pertama silver nitrate 1%, pewarna. Yang Berhormat Pokok Sena ini dia tidak faham kenapa kita letak warna. Silver nitrate tidak ada warna. Kalau kita calit di tangan dia tidak nampak apa, dia tidak ada warna. Macam kita bubuh air dekat tangan, tidak nampak apa, nampak macam basah. Jadi, dibubuh pewarna 60%, 60% pewarna organik dipanggil. Kemudian, 10% pelarut dan 29% pelembap. Jadi, ini adalah campuran dalam dakwat kekal untuk membolehkan kita gunakan dakwat kekal.
Saya tahu Yang Berhormat sebut boleh supply RM300,000, saya hendak cabar tidak mahu. Akan tetapi esok kita boleh lah tetapi saya hendak beritahu bahawa Yang Berhormat ambil dakwat apa-apa pun, kita terpaksa menggunakan pewarna yang diterima oleh majoriti masyarakat Islam di negara ini bahawa kita tidak boleh terima yang lain daripada itu. Itu sebab bila JAKIM kata harus kita sudah tunjuk kepada JAKIM. Ini dia kandungan dia. JAKIM kata harus. Yang Berhormat Menteri kata harus.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, boleh ini.
Saya ...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung esok Yang Berhormat.
Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Tepat sekali Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Batu boleh tanya soalan esok ya, boleh sambung soalan esok ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, okey.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Satu yang saya nampak apabila wakil rakyat bangun untuk mencelah dia akan signal sedikit-sedikit. Akan tetapi sebenarnya lima, enam minit pencelahan.
[****Majlis Mesyuarat bersidang semula****] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 17 Julai 2013.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam]