Jul092013

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membendung kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini yang menyebabkan berlakunya kerisauan di kalangan rakyat tempatan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Setiu yang mengemukakan pertanyaan nombor satu pada hari ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha membanteras pendatang asing tanpa izin ataupun PATI merupakan satu usaha berterusan daripada pihak kerajaan. Dalam hal ini kementerian telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif bagi membendung kebanjiran PATI ke negara kita. Kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Tanpa Izin (JKPATI) telah memutuskan satu makmal pengurusan warganegara asing diadakan sebagai pendekatan holistik bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah atau isu berkaitan warga asing di Malaysia termasuk PATI.

Makmal telah berlangsung pada 3 Mac 2010 sehingga 23 April 2010. Ini melibatkan 35 orang pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi termasuk wakil daripada negeri Sarawak serta lebih daripada 60 perwakilan daripada pelbagai organisasi, persatuan, dewan peniaga dan kedutaan. Daripada 50 cadangan yang dihasilkan, 48 cadangan telah dipersetujui oleh jawatankuasa tersebut.

Di samping pelaksanaan program penyelesaian menyeluruh mengenai pendatang asing tanpa izin iaitu PATI atau Program 6P sebagai usaha kerajaan untuk menetapkan pengurusan warga asing dalam negara, langkah-langkah lain adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan dari semasa ke semasa serta berterusan dan berkesan;

(ii) menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959, Akta Pasport 1966 dan Peraturan- peraturan Imigresen 1963;

(iii) membuat penaziran ke premis-premis yang terdapat warganegara asing seperti premis majikan yang mengaji pekerja asing, institusi yang mengambil pekerja antarabangsa, kawasan pasar dan pasar borong serta kawasan kediaman rakyat tempatan;

(iv) memperkenalkan National Enforcement Registration System yang melibatkan pengambilan biometrik cap jari pelawat asing di pintu masuk udara, darat dan laut sebelum mereka memasuki

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Malaysia. Cap jari ini akan direkodkan serta disimpan dan dibuat penandaan sekali gus membantu agenda menangani jenayah rentas sempadan khususnya pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia;

(v) memperketat kawalan pemeriksaan di pintu-pintu masuk sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi;

(vi) mengadakan engagement dengan pihak kedutaan dengan memberi keutamaan kepada negara-negara sumber serta memasukan pelbagai bahan perbincangan di dalam mesyuarat kerjasama atau semasa lawatan pemimpin negara-negara berkenaan;

(vii) menasihatkan pelawat-pelawat asing ke negara ini agar mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka, return ticket. Di samping, menasihatkan mereka agar mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara sepanjang masa mereka berada di negara ini;

(viii) memperingatkan pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara iaitu kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan dan kemasukan PATI. Ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(APMM); dan

(ix) menetapkan usaha-usaha perisikan pemantauan, penguatkuasaan bagi mendekatkan penyeludupan manusia di sempadan darat negara. Ia dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Pasukan Gerakan Am.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan warganegara asing di negara ini tidak hanya menjadi tanggungjawab satu pihak sahaja tetapi sebaliknya melibatkan peranan sebagai agensi dan pihak termasuk rakyat negara ini sendiri. Semua rakyat Malaysia perlu turut serta dalam membanteras kehadiran PATI dengan tidak memberikan perlindungan kepada mereka atau menyewa premis atau harta benda kepada PATI atau menggaji PATI.

Tidak boleh dinafikan terdapat rakyat kita sendiri menjadi culprit yang melakukan sesuatu berlandaskan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Ini kita dapat lihat daripada jumlah majikan yang ditangkap sepanjang tempoh penguatkuasaan bermula pada 23 Mei 2013 hingga 13 Jun 2013.

Daripada 330 operasi yang dijalankan di seluruh negara dalam tempoh tersebut, seramai 7,032 orang telah diperiksa di mana 2,179 orang PATI serta 25 orang majikan telah ditangkap.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebagai rakyat Malaysia sendiri bersubahat dengan parti adalah sukar bagi agensi penguat kuasa untuk menyekat kemasukan atau mengurangkan keberadaan parti di dalam negara ini. Namun begitu usaha berterusan dan gigih akan terus dilaksanakan oleh kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat negara ini tidak dimudaratkan oleh keberadaan warga negara asing di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya agak risau dengan kebanjiran parti di Pasar Besar Borong Selayang. Apakah tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut? Ini kerana kalau kita lihat di Kelantan sebelum ini dibanjiri oleh orang Kemboja. Kalau di pasar yang sekarang ini sudah dirobohkan, majoritinya semua adalah daripada Kemboja. Mereka juga majoriti dalam berniaga pasar malam terutama dalam menjual kain dan sebagainya. Begitu juga di Chow Kit dan sebagainya kita lihat, adakah perkara ini akan berlaku di Selayang pula selepas ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kementerian telah membuat banyak operasi di Selayang. Ini melibatkan gerakan polis, imigresen dan pihak-pihak yang lain boleh membantu pihak penguatkuasaan

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

kerajaan yang di bawah kementerian ini. Sepanjang operasi yang disebut Operasi Kutip

(Ops Kutip) dijalankan pada 8 hingga 19 Jun 2013 mendapat pemeriksaan tidak kurang daripada 153 orang telah diperiksa. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, 50 orang PATI telah ditangkap.

Pecahannya adalah seperti berikut:

Pendatang Tanpa Izin (PATI)Bilangan (orang)
Myanmar31
Indonesia10
India4
Nepal2
Bangladesh2
Thailand1
Kemboja1
Jumlah50

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri daripada Myanmar, Menteri Kebajikan Myanmar dan juga Menteri Luar Negeri Myanmar berhubung dengan Pasar Borong Selayang yang dikatakan telah dibanjiri oleh pihak rakyat Myanmar. Akan tetapi, apa yang kita sarankan kepada mereka supaya mendokumenkan pihak-pihak ini supaya mereka boleh dihantar balik, kita hantar mereka balik ke negara mereka.

Dalam masa pemeriksaan kita dapati bahawa ada segelintir daripada masyarakat ini mempunyai kad UNHCR yang di bawah kawalan pihak United Nations. Akan tetapi, malang sekali penempatan semula mereka ini kepada negara ketiga adalah amat lambat sedikit. Jadi dalam keadaan sedemikian kita akan bertanggungjawab kepada mereka ini kerana berada di negara kita. Dalam soalan ini juga, saya juga berbincang dengan Ambassador Myanmar supaya documentation ini dapat dipercepatkan.

Ini juga kita dapati bahawa mereka semasa membuat documentation ini secara selective apa sahaja mereka yang mahu itu sahajalah dibagi dokumen dan dihantar balik ke negara mereka. Kebanyakan rakyat ini masih mahu berterusan duduk di Malaysia dan bekerja di Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Di antara masalah utama dalam penyelesaian pendatang asing terutama di depoh-depoh tahanan adalah masalah bahasa. Ramai di kalangan pegawai-pegawai yang bertugas mengalami masalah tidak memahami bahasa pendatang asing yang menyebabkan masalah perhubungan.

Saya ingin bertanya sejauh manakah latihan yang telah diberi kepada pegawai- pegawai untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan pendatang asing? Begitu juga saya ingin tahu berapa jumlah terkini yang berdaftar pendatang asing ada di negara kita dan anggaran yang tidak berdaftar? Berapakah daripada 48 cadangan yang telah disetujui dalam makmal untuk penyelesaian pendatang asing ini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan setakat ini?

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah. Sebenarnya di dalam peraturan itu satu soalan sahaja Tuan Yang di-Pertua. Dia tanya tiga tetapi dalam masa yang sama saya cuba jawablah ketiga-tiga itu. Bekas Speaker dulu tahu Yang Berhormat. Oleh sebab kedatangan pendatang asing ini Yang Berhormat dia nama pendatang asing yang tidak berdaftar Yang Berhormat. Jadi dengan keadaan sedemikian kita tidak mendaftar kedatangannya. Oleh sebab operasi yang dijalankan oleh kerajaan, pada tahun lepas ia kita rekod berjumlah 1,303,126 orang pendatang asing ini berada di Malaysia sekarang.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mereka ini telah dilaksanakan di bawah Program 6P iaitu sebahagian – Program 6P ini Yang Berhormat dia mempunyai tujuan-tujuannya yang tertentu. P1 pendaftaran, siapa yang didaftar kita daftarkan. Manakala yang satu lagi pemutihan yang ada bekerja boleh diberi kerja yang akan diberi kerja di negara kita Yang Berhormat. Satu lagi pengampunan. Kalau dia perlu diampunkan dan patut diampunkan mengikut nilai-nilai kerajaan diberi pengampunan. Begitu juga pemantauan yang kita buat di premis-premis sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi.

Satu lagi penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini sebagaimana yang kita lihat dalam kaca TV menangkap orang, menghantar orang dan dihantar ke depoh-depoh yang tertentu.

Akan tetapi, depot-depot ini sekarang sudah dibanjiri masyarakat asing Yang Berhormat.

Pecahan dalam depot kita pun sudah hampir semua depot kita hendak hampir penuh sudah. Jadi kalau kita tangkap lagi buat operasi lagi hingga tiada tempat lagi di negara ini depot-depot kita sini untuk hendak simpan...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau kita tangkap semua pendatang asing di negara kita Yang Berhormat, hendak cari depot tempat simpan tidak ada tempat lagi Yang Berhormat, 1.3 juta Yang Berhormat. Jadi dalam keadaan yang sedemikian kerajaan mestilah melihat Program 6P ini dilaksanakan.

Lain diamlah Yang Berhormat, yang lain itu diamlah. Itu Yang Berhormat bertanya tadi mengangguk itu sudah setuju itu. Dia sudah bersetuju itu. Selepas itu yang lain itu adalah untuk diusirkan Yang Berhormat, pengusiran. ‘P’ yang akhir ialah pengusiran.

Jadi yang pengusiran ini Yang Berhormat, kita kena kerjasama dengan negara- negara sumber. Negara-negara sumber ini, perlu memberi dokumen kepada mereka ini.

Kalau dokumen ini slow Yang Berhormat, slowlah kita mengusir mereka daripada negara kita. Ini belum habis cerita sudah bising. Dengarlah dulu, belum habis cerita lagi dah bising.

final • 10:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Pengalaman Timbalan Speaker jawapan kena ringkas.

final • 10:10 AM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta soalan tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

[Bangun]

final • 10:10 AM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, pertama persoalan yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi depoh-depoh tahanan tidak ada sudah, habis penuh.

Bererti jangan buat kawalanlah.

[Tepuk] Itu jawapan mungkin bukan saya sahaja yang marah, seluruh Dewan pun marah.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, kita semua bertanggungjawab untuk membantu kerajaan mengenai pendatang tanpa izin, tetapi kita nampak bahawa penguatkuasaan yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi segala navy, marin, maritime dan lain-lain, mungkin ini tidak cukup, kawalan tidak cukup.

Kalau di Sabah sahaja lautan begitu luas.

Saya nampak di Kuala Lumpur, di mana kita pergi di tempat membeli belah banyak ini pendatang tanpa izin dari Afrika dari mana-mana. Mereka ini tidak dibanteras, tidak ada penguatkuasaan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, biasanya dulu pendatang tanpa izin datang dengan pas masuk universiti. Kemudian mereka tidak masuk dan berkeliaran di bandar-bandar di Kuala Lumpur ini. Kenapa kita tidak buat sistem menyekat mereka sewaktu masuk betul kah mereka ada dapat entry di universiti atau tidak? Ini persoalannya Tuan Yang di-pertua, pengawalan kepada border, imigresen di mana juga di tempat-tempat di Sandakan, di

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Lahad Datu orang senang masuk, jadi apa macam kerajaan boleh membanteras ini semua kalau penguatkuasaan tidak ketat.

Jadi kita minta kalau sekiranya depoh penahanan kurang, kerajaan banyak wang untuk buat depoh-depoh baru di Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kuala Lumpur di mana kita boleh buat. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk belanja membuat depoh-depoh banyak atau kita buka sahaja kepada pekerja-pekerja asing untuk berkeliaran di dalam bandar kita. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai 12 depoh, satu di Juru, di Pulau Pinang, Langkap, di Perak, Semenyih, KLIA, Lenggeng,

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua itu bukan yang saya tanya.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak, tidak itu saya hendak beritahu Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

12 depoh ini...

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya dengar Yang Berhormat punya soalan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan

Tidak cukup!

Bikin lah lagi 40 kalau boleh. 12 tidak cukup.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat saya boleh dengar Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh dengar saya juga.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri duduk sekejap. Ahli yang berhormat, saya ingatkan kembali bahawa dalam sesi soal jawab apabila ada soalan tambahan, soal la. Kerana soalan tambahan means eliciting information from ministries bukan giving information. Saya dapati tadi Kalabakan panjang mukadimah, baru juga Menteri menjawab satu dua perkataan, sudah disanggah. Jadi kalau mukadimah panjang, kalau di sini pun ada mukadimah juga tidak berapa panjang, tidak apalah. Silakan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua memang biasalah mukadimah panjang-panjang itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita mempunyai 12 depoh tahanan yang saya sebut tadi termasuklah di Melaka, di Ajil, di Simunjan, Bekenu, Bukit Jalil, 12 depoh maksimum. Kapasiti depoh kita adalah 8,250. Depoh di Tanah Merah Kelantan, di Pekan Nanas, di Umbo, di Lenggeng, di KLIA dan di Semenyih sudah penuh, Yang Berhormat.

Persoalan Yang Berhormat yang kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk membuat depoh lagi? Itu soalan yang belum dijawab ini. Balik kepada yang itu - Mengikut peraturan Tuan Yang di-Pertua, kalau di India tidak boleh itu, lepas bercakap keluar - Jadi kerajaan tengah memikirkan, merancang apakah yang boleh dibuat kalau depot-depot ini semua sudah dipenuhi oleh tahanan-tahanan daripada PATI ini supaya kita boleh menangani PATI secara holistik dan menyimpan pihak-pihak yang datang secara haram.

Lagi satu saya hendak jawab sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua minta maaf, yang datang secara haram. Bukan dia secara haram sebagaimana Yang Berhormat daripada Kalabakan sebut. Ada yang datang bersekolah di sini sebenarnya dia datang sekejap lepas itu tidak bersekolah. Dia juga diklasifikasikan sebagai pendatang haram. Ada yang bekerja sini sudah tamat pekerjaan dia, dia tidak mahu balik kerana dia dapati Malaysia ini mewah, senang, semuanya elok, semuanya baik, kita sahaja yang sebut nama Malaysia ini tidak baik. Akan tetapi mereka mengatakan Malaysia ini is heaven for a lot of them. Jadi dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, kenapa mereka tidak mahu balik? Bila mereka tidak mahu balik, akhirnya diklasifikasikan sebagai pendatang asing.

Sebenarnya kebanyakan mereka ini memang datang secara halal, tetapi sebahagian memanglah ada pendatang asing yang secara haram. Umpamanya masyarakat Myanmar yang datang, bila dia sampai sahaja satu tempat, dia tebuk lubang perahu dia supaya

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

karam, dia lihat sama ada dia selamat atau tidak. Kalau kita tidak selamat, kita jahat di mata dunia, kalau kita selamat itu tarikan pada mereka. Jadi dalam keadaan demikian kita telah ditempatkan di satu tempat yang serba salah, humanitarian approachkah ataupun undang- undang approachkah yang kita hendak buat. Itu pun kita telah diklasifikasikan oleh pihak, kritik mereka sebagai...

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, jawapan Menteri itu hanya buat kajian, bahawa mereka yang datang ini katakan Malaysia heaven? Mana dapat maklumat?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Putatan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ini kerana dia datang sini untuk cari makan. Dia jual obor-obor.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Putatan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Dia jual dadah, dia buat masalah banyak-banyak, masalah di kawasan kita. Bukan heaven.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ini, soalankah ini?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya ingatkan kembali Peraturan Mesyuarat 37, menyatakan bahawa jangan ganggu Ahli Yang Berhormat sedang berhujah kecuali ada alasan, jangan ganggu. Apabila ganggu mengganggu Mesyuarat. Sila.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang kita ini tidak melayankan pendatang asing di negara kita. Padahal kita telah membuat human approach kepada semua masalah-masalah ini. Jadi mana satu dipilih, undang-undang kah? Atau human approachkah? Akan tetapi oleh sebab kita bersifat humanitarian di Malaysia ini, kita gunakan humanitarian approach. Soalan itu tadi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua mengikut nisbah yang ada pada kita 1% sahaja kesalahan jenayah yang berlaku di Malaysia adalah dilakukan oleh pihak pendatang dan 99% dilakukan oleh orang tempatan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:20 AM

2. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (high speed train) di antara Singapura dan Malaysia. Apakah landasan kereta api tersebut akan melalui ke semua bandar besar di Semenanjung Malaysia dan apakah projek ini akan diberikan melalui tender terbuka.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan yang menanyakan soalan dari Seputeh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini projek kereta api berkelajuan tinggi ini masih di peringkat kajian daya maju iaitu feasibilities study. Sukacita kita maklumkan bahawa kajian ini merangkumi penilaian terperinci aspek-aspek teknikal dan kejuruteraan. Kos, kewangan dan operasi serta manfaat sosioekonomi yang telah pun selesai dijalankan dan kini berada di fasa akhir penyediaan laporannya. Jadi kita jangkakan laporan ini muktamad pada penghujung bulan Julai ini. Secara umum koridor yang dikenal pasti untuk projek ini akan melalui semua negeri di antara Kuala Lumpur dan Singapura iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Akhirnya berhubung dengan pemilihan tender bagi projek ini kelak, saya percaya kerajaan akan menimbangkan mekanisme terbaik mengikut prosedur, tatacara dan garis panduan pembelian kerajaan yang sedia ada, sebab itu adalah portfolio di bawah MOF.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hairan Menteri Pengangkutan tidak jawab soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu negara kita ada landasan berkembar, double tracking dan saya hendak tahu sama ada negara kita ini mampu menampung satu lagi projek kereta api berkelajuan tinggi. Adakah ini projek bentuk penswastaan ataupun ini adalah satu projek di bawah kerajaan? Adakah juga ia di bawah KTM? Ini soalan saya.

final • 10:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kalau kita pilih satu laluan atau pun route yang berlainan daripada landasan yang sedia ada ini, jadi ia akan mengambil kos yang lebih tinggi. Jadi adakah kalau selepas kita adanya yang kereta api berkelajuan tinggi ini ia akan menjejaskan KTM yang sedia ada sekarang kerana kita tahu negara kita sudah belanja RM20 bilion untuk membuat landasan berkembar. Jadi saya rasa apa yang dijawab oleh Menteri tadi seolah-olah tidak ada jawapan dan kita tahu high speed train ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri sejak tahun 2010. Jadi bolehkan Yang Berhormat Menteri memberi sedikit maklumat yang lebih terperinci daripada apa yang diberi tadi?

final • 10:20 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, kalau kata tidak ada jawapan, saya tidak berdiri menjawab tadi kan? Itu soalan yang dijawab tadi. Tapi soalan seterusnya mengenai dengan izin, sharing of the track itu, itu kita cuba meminimumkan sebanyak- banyaknya.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Kita berkongsi, kalau kita ada di sini, ini adalah projek yang kita kongsikan daripada segi treknya, kita cuba meminimumkan kos. Ada yang kita gunakan yang rapid transport system itu, yang mana kita sharing dengan route nya itu. Itu dalam peringkat kajian lagi. Jadi, tadi menanyakan soalan mengenai sama ada projek ia kerajaan ataupun swasta. Sebenarnya dijalankan oleh SPAD dan mengapa Menteri Pengangkutan tidak menjawab? Sebab ini adalah satu projek yang di initiate kan oleh PEMANDU di bawah program Economic Transformation Programme. Jadi sebab itu ia di bawah Perdana Menteri, yang mana di dalam detail yang ditanya tadi, yang terperinci, memang sudah di dalam kajian kita.

Kita tidak dapat mengeluarkan semua cerita yang telah dinyatakan dalam kajian kerana kita perlu persetujuan dari Singapura juga sebab ini adalah projek bukan hanya dijalankan oleh Malaysia. Ini satu projek kerjasama dengan Kerajaan Singapura. Jadi, apa yang terperinci mengenai railway dia, sama ada kita mampu atau tidak mampu, itu bergantung lagi pada persetujuan Singapura nanti. Kita akan bertanggungjawab kepada bahagian yang mana kita yang bertanggungjawab, di bahagian negara kita sendiri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ternampak Yang Berhormat Putatan dahulu. Dalam fikiran saya tadi, saya tidak mahu panggil pasal terlalu banyak cakap. Akan tetapi tidak mengapa. Yang Berhormat Putatan, silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soal yang...

[Disampuk] Yang Berhormat Seputeh ini. Soal landasan ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat sharing dengan apa yang ada pada sekarang, ini bukan dianggap sebagai high speed train sudah. Saya rasa anggaran itu walaupun mengurangkan perbelanjaan, ini tidak bermaksud kita bertambah baik. Jadi adakah pihak kementerian, pihak SPAD melihat perkara ini supaya kita juga ada kebolehan seperti mana yang diadakan di Taiwan dan di negara China bahawa kita berpakat dengan Kerajaan Singapura yang mana pihak swasta akan menerajui projek seperti ini.

Soalan yang seterusnya, berapakah anggaran yang dianggap sebagai economical dan berapa anggaran yang dianggap sebagai berstatus kepada negara maju pada tahun 2020? Ini patut SPAD sudah tahu. Jangan masih dalam kajian, belum lagi berunding dengan Singapura, apakah ini? Pengumuman itu sudah dibuat lama sudah.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Putatan tadi. Mengenai sharing tadi lagi, kalau saya hendak sentuh di sini, rapid transport system itu ada ia punya alignment sendiri. High speed rail itu, satu lagi alignmentnya ada kalanya macam di peringkat Kuala Lumpur ini, Greater Klang Valley ini, kita akan menggunakan apa yang ada, selepas itu – Itu satu perkara yang lebih teknikal yang saya hendak nyatakan di sini.

Akan tetapi memang sudah ada dalam kajian yang mana ada tempatnya supaya kita meminimumkan kos daripada segi acquisition of land, dengan izin bagi mengurangkan kos untuk kita, to acquire the land. Selepas itu kita akan menggunakan alignment yang sendiri yang mana sedang dan memang sudah ada dalam kajian. Seperti mana yang dikatakan tadi, semuanya telah disediakan dan akan muktamad, bukan bermakna ia masih lagi dijalankan kerana ia sudah disediakan, sudah disiapkan, tinggal akan dimuktamadkan

final • 10:30 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

pada bulan Julai ini, bermakna semua persediaannya sudah dilakukan. Tinggal kalau kita hendak mengeluarkan maklumat-maklumat dalam laporan sedia ada, Singapura belum mengetahuinya. Itu adalah agak tidak adil bagi Singapura. Jadi, itu juga tidak adil bagi kerajaan.

Kalau mengenai kosnya pula, kos itu belum dapat ditentukan di sini. Tidak boleh diumumkan lagi kerana semuanya telah dibuat, disediakan di dalam penyediaan laporan tersebut. Jadi, sekali lagi saya ulang di sini, kalau kita dedahkan di sini, maka ia tidak adil bagi negara yang mana kita akan berkongsi dengan Singapura. Itu telah mendahului, it is too premature, dengan izin untuk mengeluarkan maklumat yang terperinci begitu. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan tadi walaupun disebut bahawa ini adalah merupakan projek kerajaan tetapi masih belum jelas daripada segi konsep pelaksanaannya. Ini disebabkan kalau kami baca daripada media Yang Berhormat, seolah- olah macam pelaksanaannya ialah konsep penswastaan.

Jadi isunya, persoalannya yang saya hendak tanya ialah, apakah kerajaan telah mengkaji negara-negara mana yang melaksanakan pelaksanaan kereta api laju ini berteraskan kepada konsep penswastaan? Ini disebabkan kalau kita tengok di negara- negara maju, negara-negara Barat seperti UK, Perancis dan juga Jerman, akhirnya kerajaan ambil alih. Kerajaan terpaksa mengambil alih. Apakah ini juga akan berulang di negara kita seperti mana kita terpaksa mengambil alih LRT dan LRT Putra dalam beberapa tahun dahulu, RM3, RM4 bilion. Kita terpaksa bayar kepada syarikat ini. Jadi, ini saya minta penjelasan dan apakah jaminan kerajaan bahawa kereta api laju ini akan menjadi public transport yang menjamin tambangnya yang agak munasabah, mampu oleh semua orang?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Sebenarnya memang betul kajian telah dilakukan. Jadi, kita melihat kepada dua sudut, daripada sama ada kalau menggunakan concessionaire, selepas itu pihak manakah lagi yang akan menguruskan daripada segi operasinya. Semua faktor-faktor tersebut sudah dipertimbangkan. Untuk saya hendak mengatakan kerajaan akan melakukannya ataupun pihak swasta akan melaksanakannya juga merupakan maklumat yang terlalu awal untuk saya dedahkan di sini. Semuanya menjadikan opsyen sebagai cadangan dalam laporan-laporan yang disediakan.

Jadi, itu sahaja yang boleh saya commit di sini Yang Berhormat kerana kalau saya commit terlalu detail, mungkin semasa ia dilaksanakan, keadaan mungkin berbeza. Untuk menyelamatkan keadaan daripada segi memberikan maklumat yang lebih tepat, saya rasa Yang Berhormat perlu bersabar melihat keadaannya nanti, sudah pasti ia akan diumumkan, siapa-siapa yang akan melakukannya sama ada kerajaan ataupun pihak swasta. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Tuan Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kementerian bagi meningkatkan kekerapan penerbangan dan menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan mendarat di Labuan bagi memenuhi permintaan dan meningkatkan sektor pelancongan di Labuan kerana Labuan mempunyai sebuah lapangan terbang yang besar serta moden. Malangnya, jumlah penerbangan masih kurang menyebabkan kadar penggunaannya masih di bawah kapasiti.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan serta makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan negara atau asing juga untuk menyediakan dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan penerbangan ke Labuan. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyediakan dan meningkatkan kekerapan perkhidmatan penerbangan tersebut, adalah merupakan keputusan komersial ataupun commercial decision dengan izin, syarikat-syarikat penerbangan tersebut yang ditentukan berdasarkan kepada commercial viability sesuatu laluan.

Pada masa ini, kerajaan mengambil beberapa langkah pendekatan bagi meningkatkan kekerapan penerbangan dan menggalakkan lebih banyak syarikat

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

penerbangan mendarat di Labuan. Bagi memenuhi permintaan dan meningkatkan sektor pelancongan, langkah-langkah telah diambil. Pertama, rundingan dua hala ataupun bilateral air agreement dengan negara-negara asing pada setiap tahun diwujudkan untuk meningkatkan hak-hak trafik penerbangan di antara Malaysia dengan negara-negara tersebut.

Sebagai contoh, pada bulan Jun yang lepas, pihak kementerian telah mengadakan rundingan udara dengan Kerajaan United Kingdom, di London yang mana telah termeterai diwujudkan dasar langit terbuka di antara Malaysia dan United Kingdom. Ini membawa makna syarikat penerbangan dari United Kingdom boleh terbang dan mendarat di mana- mana destinasi di Malaysia termasuk Labuan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Seterusnya langkah yang lain iaitu memasukkan Labuan sebagai salah satu destinasi yang diliberalisasikan di bawah ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of Passenger Air Services. Di bawah perjanjian ini telah ditandatangani dan diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun ini dan syarikat-syarikat penerbangan daripada negara-negara ASEAN dibenarkan untuk mengadakan penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN tanpa had kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat.

Seterusnya pihak kerajaan juga telah menurunkan passenger service charge daripada RM65 kepada RM26 untuk penumpang-penumpang antarabangsa di semua lapangan terbang secondary termasuk lapangan terbang di Labuan. Seterusnya pihak MAB juga menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan daripada luar negara yang beroperasi ke mana-mana lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Labuan dengan airlines incentive programmed. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Soalan tambahan saya menyentuh dua perkara Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lapangan Terbang Labuan juga digunakan untuk membawa barang-barang peralatan minyak dan gas dari luar negara di mana pesawat besar kapal kargo Antonov selalu mendarat. Adakah pihak kementerian setuju untuk menaik taraf Lapangan Terbang Labuan dengan menambah terminal kargo yang sesuai untuk minyak dan gas. Sekarang kita cuma mempunyai terminal penumpang.

Kedua, untuk bantu pelancongan adakah pihak kementerian setuju satu atau dua international flight dengan izin, yang terbang ke Kota Kinabalu atau Kuching dari negara- negara seperti Japan, Korea dan China singgah atau transit di Labuan. Ada value added kepada ekonomi negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua untuk Lapangan Terbang Labuan pada ketika ini masih under utilize. Mengenai kargo pada masa ini juga belum ada perancangan untuk meningkatkan keperluan kargo. Soalan yang kedua mengenai international flight. Seperti yang disebutkan pada awal tadi bahawa ianya semua bergantung kepada keputusan komersial daripada syarikat penerbangan yang mana pada dasarnya pihak kerajaan telah membuka kepada sistem dasar langit terbuka seperti yang saya sebutkan tadi malah penerbangan daripada United Kingdom juga dibenarkan untuk mendarat di Labuan. Pada bulan depan kerajaan juga akan mengadakan rundingan udara dengan Australia bagi meningkatkan hak-hak trafik untuk kedua-dua negara yang mana juga Labuan akan dimasukkan sebagai destinasi untuk penerbangan daripada Australia.

final • 10:40 AM

Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya masih ingat ladi dalam Dewan ini juga satu masa dulu Menteri Pengangkutan pernah mengatakan bahawa oleh kerana kedudukan Labuan yang amat istimewa kerana ia mempunyai status of offshore financial centre. Menteri waktu itu mengatakan kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengubah kedudukan Labuan dan akan memastikan ada international flight masuk dan ini akan dilakukan dengan serta merta.

Jadi adakah jawapan Menteri ini agak bercanggah bahawa kerajaan tidak akan mengadakan gerakan ini supaya akhirnya Labuan itu menjadi suatu yang menarik untuk pelabur-pelabur masuk, kerana dia tidak payah lagi hendak kena naik flight, terus sahaja direct flight. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua, mengenai usaha untuk meningkatkan Labuan sebagai destinasi utama, pada dasarnya telah dilakukan dan sebagai contoh penerbangan MAS yang pada sebelum tahun 2012 hanya mempunyai tujuh kali

final • 10:40 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Labuan dan kali ini daripada tahun 2012 telah ditingkatkan kepada 14 kali.

Seterusnya pihak MAB telah mewujudkan satu airlines incentive yang mana untuk di Labuan, kepada syarikat-syarikat yang baru untuk terbang ke Labuan akan diberi insentif RM10 setiap passenger. Untuk keseluruhan Malaysia Airport Berhad (MAB) telah membelanjakan dalam insentif ini RM216 million keseluruhan termasuk Labuan sebagai destinasi yang telah ditentukan. Untuk international flight seperti yang saya sebutkan tadi, memang kita sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat daripada luar untuk terus boleh terbang ke Labuan dengan Dasar Langit Terbuka ini.

final • 10:40 AM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan di Labuan MASwings telah mengurangkan frekuensi flightnya ke Labuan sama ada daripada Kota Kinabalu ataupun daripada Kuala Lumpur dan ini saya difahamkan ada yang diberhentikan. Jadi adakah ini benar? Sekiranya ini berlaku tidakkah ini mengganggu pelancong dan juga pelabur? Apakah langkah-langkah yang kerajaan buat untuk menangani masalah ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi

Tuan Yang di-Pertua mengenai penerbangan MASwings memang pada bulan April dan Mei terdapat pembatalan penerbangan kerana terdapat pemberhentian juruterbang di MASwings. Ini ekoran daripada pewujudan satu airlines baru, penerbangan baru yang mana terdapat pemindahan juruterbang daripada MASwings. Saya difahamkan lebih kurang 27 juruterbang MASwings telah berhenti berpindah ke tempat lain. Sekarang pihak MASwings sedang melatih juruterbang yang baru untuk menggantikan juruterbang yang berpindah dan ianya mengambil masa.

Dijangka dalam bulan Julai, hujung bulan Julai penerbangan MASwings khususnya di Sabah dan Sarawak akan kembali pulih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan usaha-usaha kementerian secara terperinci bagi menangani masalah mengenai dakwaan harga barang basah yang naik secara mendadak setiap hari dan membebankan rakyat biasa.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, kerajaan mengambil beberapa tindakan untuk mengawal keadaan supaya harga barang- barang basah tidak melambung naik, sentiasa berlaku terus-terusan naik kerana ianya membebankan pengguna. Kita amat sedar akan perkara ini. Jadi dengan sebab itu beberapa langkah telah diambil. Satu daripadanya ialah apa yang diambil oleh pihak FAMA.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Pihak FAMA mengambil tindakan membina pasar tani untuk membolehkan bekalan hasil-hasil pertanian itu dibawa terus ke pasar tani dan memastikan harganya adalah harga yang berpatutan. Pada masa ini, kita ada 508 buah pasar tani dan dalam perancangan kita akan menambah pasar tani ini menjadi 1,000 buah dalam tempoh tujuh tahun yang akan datang ini berperingkat-peringkat.

Di samping pasar tani, FAMA juga mengadakan pasar nelayan iaitu hasil tangkapan ikan oleh nelayan-nelayan dipasarkan di tempat di mana ikan-ikan ini dinaikkan.

Pengguna-pengguna, pembeli-pembeli boleh membeli terus daripada nelayan-nelayan ini di pasar nelayan. Pada masa ini kita ada 36 buah pasar nelayan dan insya-Allah dengan perancangan dan tindakan FAMA seterusnya, kita akan mengadakan 100 buah pasar nelayan dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Kita juga ada satu lagi pasar yang dinamakan PAKAR. PAKAR ini ialah pasar komuniti dan pasar karavan. Pasar komuniti iaitu lebih kurang pasar tani juga tetapi ia mempunyai struktur yang tetap. Ada bumbung, ada strukturnya yang tetap di mana petani- petani dan nelayan-nelayan boleh menjual hasil tangkapan ikan dan pengeluaran hasil pertanian mereka. Pada masa ini kita ada lapan buah pasar PAKAR yang disebutkan itu dan ini akan ditambahkan lagi menjadi 50 buah pasar PAKAR.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, FAMA juga mewujudkan Agrobazar Kedai Rakyat. Pada masa ini kita ada 203 buah dan ini akan ditambah menjadi 500 buah pasar. Seterusnya, kita ada apa yang dipanggil GBBS (gerai buah-buahan segar). Pada masa ini kita ada 350 buah gerai buah-buahan segar.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kapar, mengapakah kerajaan mewujudkan pasar-pasar ini? Tujuannya ialah untuk mengelakkan daripada orang tengah mengambil keuntungan yang besar dalam kegiatan pemasaran. Kita mahu melihat bahawa masalah orang tengah yang mengambil harga yang tinggi ini kepada pembeli-pembeli kita akan hapuskan. Dengan sebab itu kita menggalakkan nelayan-nelayan dan petani-petani memasarkan sendiri hasil tangkapan dan pertanian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kerajaan juga melalui LKIM mengambil tindakan untuk meningkatkan pengeluaran perikanan. Pada masa ini, perikanan kita menghasilkan lebih kurang 1.4 million metric tan setahun. Akan tetapi daripada jumlah ini boleh dikatakan 90% adalah tangkapan ikan laut manakala ikan yang dibela dalam sangkar ternakan ataupun akuakultur ini hanya 10% sahaja. Ini menjadi satu masalah di mana didapati harga ikan laut dengan ikan air tawar ini ia 50% jauh bezanya. Dengan sebab itu, kerajaan pada hari ini ingin menggalakkan ataupun kita mahu melihat bahawa penangkapan ikan daripada ikan air tawar ini ditambah menjadi 50 ke 50% nisbahnya.

Dengan itu, kita akan dapat mencapai dua matlamat.

Pertamanya meningkatkan hasil pengeluaran ikan yang lebih terjamin kerana kalau menangkap ikan di laut, kita tidak menentu dengan cuaca dan sebagainya. Manakala ikan yang dibela di dalam sangkar, ia tidak tertakluk kepada instability ataupun risiko, cuaca dan pelbagai risiko lagi. Selain daripada itu, harganya juga adalah rendah.

Jadi, kita mempunyai dua matlamat. Dapat menghasilkan tangkapan ikan, pada masa yang sama kita boleh memberikan harga yang lebih rendah kepada pembeli.

Fahamkah tidak itu?

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Ya.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Kalau faham, terima kasih banyak.

final • 10:50 AM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya terima jawapan tadi. Tidak dinafikan juga bahawa harga barang basah ini naik mendadak tanpa dikawal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai contoh, ayam RM8.50 sudah jadi RM9 sekilo. Ikan bawal RM18, sekarang menjadi RM22 sekilo. Ikan kembung RM12 menjadi RM18 sekilo.

Bagaimana dan apakah komitmen kerajaan termasuk kementerian membantu masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam yang perlu bersahur dan berbuka puasa dengan mengawal harga barang basah sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya bulan perayaan ini secara positif dan praktikal? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Terima kasihlah kerana simpati kepada kita yang hendak berpuasa bulan Ramadan ini. Tuan Yang di-Pertua, jawapannya senang sahaja. Kita akan membuka ruang supaya menambahkan perbekalannya. Kalau tidak cukup perbekalan daripada tempatan, kita sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian, kita akan membuka permit untuk import ayam-ayam ini daripada luar negara seperti daripada Thailand, Australia dan beberapa buah negeri yang lain.

Kita menghadapi masalah kenaikan harga ini bukan sahaja perbekalan tetapi market manipulation, market distortion, dengan izin. Ini memerlukan kawalan supaya penyangak-penyangak yang mengambil untung besar ini sebenarnya perlu kita awasi dan ambil tindakan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Saya daripada kampung. Jawapan Yang Berhormat tentang FAMA itu terlalu ideal, seolah-olahnya FAMA bergerak setiap daerah, setiap kampung jual barangan kampung. Yang Berhormat semak dahululah, buat kerja di bawah. Saya tidak pernah tengok di Pendang ada pasar tani FAMA yang jual barang murah. Pertamanya, benarkah jawapan Yang Berhormat itu bahawa FAMA memainkan peranan memasarkan barangan kampung kepada masyarakat tempatan?

final • 10:50 AM

Dato’ Wira Othman bin Abdul - Pendang

Kedua, untuk menjamin harga yang murah, apakah FAMA sanggup membeli cili RM18 satu kilo, jual kepada rakyat dengan RM6 sekilo? Apakah mampu FAMA melaksanakan?

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak suara tinggi saya boleh lebih tinggi lagi.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tidak ada masalah. But, dengan izin, I am sitting here, a different place. See? Janganlah Yang Berhormat bersangka buruk terhadap FAMA. You can see, dengan izin, what FAMA is doing. This is not story telling Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Ya, kita tengok tidak mungkin kita hendak ada pasar tani di seluruh negara dalam satu masa? What can you do overnight?

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Can you do? Anybody can do?

final • 10:50 AM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

FAMA sudah bertahun.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Ya, ya. Kita buat, saya sudah sebut angka. Angkanya tadi saya sebut Tuan Yang di-Pertua, kita ada 500 buah pasar tani.

Dengan izin, this is actual.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Yang Berhormat tanya tadi adakah FAMA mempunyai pasar tani sebagaimana yang saya sebutkan. Ada? Five zero eight and we have a plan dengan izin, kita ada perancangan yang konkrit dan benar untuk membina 1,000 buah lagi. Kita ada dan ini bukannya satu cerita yang direka-reka. Kalau Yang Berhormat hendak tengok, datang ke pejabat FAMA, kita tengok perancangan 1,000 buah lagi ini. Ya, Yang Berhormat jangan hendak tunjuk pandai semata-mata Yang Berhormat dahulu veteran. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh soalan tambahan untuk Kelana Jaya, belakang sini.

final • 11:00 AM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya kepada Menteri berkenaan dengan subsidi yang diberikan kepada nelayan RM200 setiap bulan tetapi masalahnya yang dapatnya ialah tauke-tauke bot, tidak kepada nelayan. Satu.

Keduanya ialah berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pendang juga. Selalu Menteri menjawab peranan LKIM, FAMA dan sebagainya. Realiti yang berlaku di kampung apabila kita berjumpa dengan pihak FAMA berkenaan dengan soal misal katakan mereka menghadapi masalah untuk memasarkan serai, puyuh dan sebagainya. Apabila petani buat, tiba-tiba apabila mereka hendak jual kepada pihak FAMA, FAMA kata kami tidak boleh beli banyak. Akhirnya inilah yang berlaku. Oleh sebab itu kita harapkan pak Menteri bercakap supaya turun juga ke medan.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin nothing is perfect. Mungkin ada berlaku satu dua kes yang macam itu, kita tidak nafikan tetapinya ia bukan satu dasar FAMA yang mengeksploitasi ataupun mempermainkan petani-petani atau nelayan. This is not our policy. Kalau berlaku satu, dua, kita perbetulkan.

Saya ada dapat tahu satu dua perkara, saya betulkan perkara ini tetapi menjadi dasar FAMA, kita menjamin harga yang telah dipersetujui di antara para petani, nelayan dan FAMA dalam satu kontrak yang dipanggil contract farming. Jadi tidak ada masalah. Kalau Yang Berhormat ada masalah seperti itu, bawa kepada kita, kita perbetulkan. FAMA tidak berniat untuk menindas petani-petani. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk melaksanakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) atau RTC Mini di kawasan Parlimen Sibuti khususnya di Bekenu kerana kawasan ini mempunyai potensi untuk dibangunkan serta aktiviti pertanian dan industri kelapa sawit sangat rancak di kawasan tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Datuk Alexander Nanta Linggi

mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Sibuti dalam perkara ini.

Sememangnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai perancangan untuk melaksanakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di negeri Sarawak pada tahun 2013 ini.

Selaras dengan cadangan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak, KKLW telah bersetuju dengan lokasi RTC Sarawak iaitu bangunan Pasar Baru Bekenu Miri yang terletak di bawah Parlimen Sibuti. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kementerian peneraju RTC yang lain telah pun mengadakan lawatan ke lokasi ini pada 15 Jun 2013.

Hasil lawatan mendapati lokasi ini berpotensi untuk dimajukan sebagai RTC dan menjadi Pusat Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan, One Stop Multi Service Centre bagi menempatkan pelbagai agensi kerajaan yang boleh memberi perkhidmatan dengan lebih cekap dan cepat kepada rakyat di kawasan ini. Sehubungan itu juga, pelaksanaan inisiatif- inisiatif RTC di kawasan ini dilihat mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan menjanakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak telah diminta mengemukakan anggaran keperluan kos pengisian agensi kerajaan dan kos baik pulih kepada pihak KKLW untuk penelitian lanjut. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasihlah kerana telah bersedia untuk memberi peluang kepada Parlimen Sibuti mengadakan RTC di kawasan itu. Kami mengharap benar bahawa RTC ini akan benar-benar menjadi kenyataan selewat-lewatnya pada Januari 2014 nanti. Ini kerana dengan adanya RTC ini dapat meningkatkan ekonomi orang-orang tempatan disebabkan Bekenu adalah berdekatan dengan SCORE yang ada di Samalaju dan juga bandar raya peranginan di Miri. Memang harap benarlah RTC ini menjadi kenyataan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan tambahan, tarikh permulaan operasi RTC Bekenu ini kita mengharap sangatlah kepada maklum balas daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak seperti telah saya telah sebutkan tadi untuk kita mendapat apa yang telah diminta iaitu untuk KPLB Sarawak mengemukakan dengan secepat mungkin kos-kos yang diperlukan supaya operasi RTC ini boleh dimulakan dan kita sama-sama berharap ia boleh dimulakan dengan secepat mungkin juga. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya memang bersetuju dengan satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk membangunkan penduduk luar bandar. Akan tetapi kalau dilihat kepada pemilihan lokasi pelaksanaan RTC ini, ia banyak memberi kelebihan kepada penduduk di pinggir bandar yang sememangnya mendapat access dengan kemudahan yang berada di bandar.

Ertinya penduduk yang berada di kawasan pedalaman masih jauh ketinggalan dan sukar untuk mendapat kemudahan yang berada di RTC. Jadi saya tertarik untuk mendapat penjelasan mengenai salah satu daripada inisiatif RTC ini, mengadakan kerjasama dengan pihak universiti di mana sejak RTC dibangunkan sejak tahun 2011 sehingga sekarang dan juga empat buah sudah direalisasikan, apakah hasil kerjasama dengan universiti itu yang diperoleh dalam membangunkan penduduk di luar bandar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Untuk menjawab soalan tambahan itu, kerjasama dengan universiti untuk kita lebih mengetahui secara mendalam apa kesan nanti untuk kita mencapai matlamat ataupun objektif sebenarnya RTC ini. Buat masa sekarang kita masih dalam hendak mengumpul maklumat-maklumat dan memahaminya untuk menambahbaikkan inisiatif ini dalam program RTC kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak nafikan bahawa Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) boleh memainkan peranan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Saya difahamkan pihak kementerian juga mewujudkan Mini RTC iaitu menggunakan kemudahan di Pusat Info Desa.

final • 11:00 AM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apakah kedudukannya setakat ini dan perancangan kementerian untuk memperluaskan lagi? Kalau pun tidak meletakkan ke seluruh perkhidmatan tetapi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang penting yang dapat diberi dan dilaksanakan.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk mini RTC ini memang extension daripada RTC. Kita sedia menerima dari mana-mana pihak untuk kalau di inginkan mini RTC ini diwujudkan.

Untuk maklumat kepada Yang Berhormat, RTC kita sudah ada empat sekarang.

Jadi kita ada RTC Perak yang telah mula beroperasi 18 Februari 2012 dan jumlah pengunjung setakat Jun tahun ini – 218,610 orang. Kita itu boleh dikatakan telah berjayalah dan satu lagi RTC Kelantan, beroperasi pada 4 Mei 2012. Jumlah pengunjung setakat 2013 – 455,554 pengunjung dan RTC Melaka mula beroperasi pada 10 November 2012. Jumlah pengunjung setakat Jun 2013 – 27,419 orang. RTC Pahang mula beroperasi pada 1 Mac 2013. Jumlah pengunjung setakat Jun 2013 – 5,546.

Kalau kita melihat ini, sudah tentunya kita boleh mengatakan RTC adalah satu program agak berjaya. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan bilakah kemudahan UniFi akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat daripada Kubang Kerian. Pihak kerajaan sentiasa berlaku adil dan saksama dalam pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Dalam konteks penyediaan perkhidmatan internet, kementerian ini tidak pernah mengabaikan negeri Kelantan meski pun ia ditadbirkan oleh pihak pembangkang. Justeru itu rancangan dan pembangunan yang menyeluruh telah dirancang dan dilaksanakan dengan secara berperingkat dalam penyediaan perkhidmatan internet di seluruh negara.

Penyediaan perkhidmatan internet di seluruh negara telah dirancang di bawah inisiatif jalur lebar negara yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2010. Di bawah inisiatif ini, terdapat dua kategori pelaksanaan yang telah ditetapkan iaitu jalur lebar kelajuan tinggi ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, high speed broadband yang merujuk kepada perkhidmatan internet di kawasan ekonomi berimpak tinggi. Manakala yang keduanya iaitu jalur lebar populasi biasa ataupun DBGP yang merujuk kepada perkhidmatan internet di kawasan pinggir bandar dan di luar bandar.

Pada masa ini peluasan liputan perkhidmatan UniFi iaitu satu perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Program HSBB oleh pihak Telekom Malaysia melalui jalur lebar fiber optic untuk negeri Kelantan telah dimulakan secara berfasa dengan penyediaan sambungan teras IP atau pun dengan izin IP Box yang telah siap dipasang. Seterusnya kerja menaik taraf ibu sawat di Kota Bharu untuk peringkat pertama bagi negeri Kelantan sedang dirancang dan dijangka akan bermula pada hujung 2013. Penaiktarafan ibu sawat ini akan membolehkan perkhidmatan UniFi ditawarkan di negeri Kelantan.

Namun demikian, perkhidmatan jalur lebar talian tetap ataupun ADSL ataupun Streamyx biasanya telah pun disediakan di kawasan-kawasan utama di negeri Kelantan.

Perkhidmatan ini dapat menawarkan perkhidmatan internet di antara kelajuan empat megabit per second sehingga lapan megabit per second, dengan izin bergantung kepada lokasi pelanggan dari ibu sawat.

Manakala bagi kawasan-kawasan pendalaman dan luar bandar, projek-projek di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu Program USP, dengan izin seperti Pusat Internet 1Malaysia, Kampung Tanpa Wayar dan juga pembinaan-pembinaan menara telah dan akan terus dibina bagi kesejahteraan rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khususnya bagi capaian internet. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Timbalan Menteri. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah yang disebut oleh pihak kerajaan bahawa...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tarik mike itu lebih dekat.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian

Dengan jawapan diberikan sebentar tadi. Tidak dengar? Terima kasih. Tidak minum lagi. Terima kasih kepada pihak kerajaan dan saya ingin tanya adakah dengan jawapan yang telah diberikan itu menggambarkan bahawa pemasangan UniFi ini telah agak lewat daripada jadual yang sepatutnya, dan dengan pertukaran daripada kabel biasa kepada fiber optic yang digunakan untuk UniFi yang kosnya adalah lebih murah, adakah menggambarkan bahawa pihak kerajaan selepas ini akan dapat menyediakan khidmat jalur lebar ini dengan charge yang lebih rendah pada masyarakat khususnya di luar bandar? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat soalan tambahan. Seperti yang saya maklumkan tadi, proses penyediaan perkhidmatan UniFi ini adalah secara berfasa. Pertamanya ia bergantung kepada kesediaan port, dengan izin iaitu sambungan dan ianya juga melibatkan kos yang tinggi untuk pemasangan. Suka saya berkongsi bahawa untuk di kawasan bandar sekiranya untuk satu-satu saluran ataupun port dengan izin dianggarkan kosnya adalah lebih kurang di antara RM2,000 hingga RM3,000 dan bergantung juga kepada permintaan yang ada di kawasan bandar tersebut. Manakala untuk kawasan luar bandar sekiranya ada permintaan kosnya adalah dianggarkan di antara RM8,000 hingga RM10,000.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan pada awalan tadi, walaupun kita ada perancangan untuk perkhidmatan UniFi tetapi kita masih ada perkhidmatan seperti Streamyx dan di mana makluman yang saya dapati bahawa untuk negeri Kelantan sehingga Mei tahun ini kita telah mengenal pasti lebih kurang 200 pelanggan yang telah melanggan Streamyx dengan kadar kelajuan iaitu lapan megabit per second. So, harganya pun dianggarkan di antara yang termurah yang telah ditawarkan iaitu di antara kalau kita tengok 512 kilobyte per second ya dengan izin, tawarannya adalah RM38. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan tiga perkara. Pertama, bilakah UniFi akan dilaksanakan di Pulau Langkawi? Nombor dua, gangguan komunikasi internet dan telefon di Langkawi sangat teruk sekarang ini kerana kabel yang lama dan juga kecurian. Kalau dua tahun dulu hanya 20 hingga 30 laporan sehari tetapi hari ini saya dimaklumkan 600 laporan sehari, yang tertinggi sekali dalam negara.

Oleh itu saya memohon bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian bagi mengurangkan gangguan ini kerana internet merupakan satu aktiviti yang sangat terpenting bagi pelancong bukan sahaja pelancong dalam negara malah pelancong luar negara yang menggunakan internet sebagai sumber pendapatan negara? Saya dimaklumkan oleh pelancong daripada luar negara. Kalau api tidak apa tidak apa, air tidak ada tidak apa tapi internet tidak boleh.

Ketiga, saya mohon bertanya...

final • 11:10 AM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Langkawi ada ayaq.

final • 11:10 AM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

...Di Pulau Langkawi ini kita ada masalah jajahan dari signal. Thailand telah menjajah Langkawi dengan signal mereka. Ini merupakan satu masalah kepada pelancong kerana kawan saya apabila dia datang ke Langkawi dan berada di belah utara, dia bagi tahu kepada isterinya hendak main golf dekat Langkawi, tiba-tiba apabila isterinya telefon dia, jawapan yang dapat miscall dalam bahasa Thailand. Jadi isteri dia tanya, abang kata hendak pergi ke Langkawi tapi ini kenapa pergi ke Thailand. Jadi masalah daripada pelancong ini. Jadi saya memohon supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat melakukan sesuatu ke atas signal ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, walaupun soalan tadi itu mustahak tetapi saya fikir soalan asal adalah mengenai internet di Kelantan. Ini Langkawi di Kedah. Jadi kalau Yang Berhormat ingin menjawab, boleh. Kalau tidak jawab pun okey juga, tidak mengapa.

final • 11:20 AM

Dato' Jailani bin Johari

Tidak mengapa Yang Berhormat. Saya akan menjawab kerana dia rakan pairing saya. Saya akan cuba menjawab Yang Berhormat. Akan tetapi tiga soalan Yang Berhormat.

Pertamanya mengenai bilakah UniFi akan dilaksanakan di Langkawi. Sebenarnya Yang Berhormat..

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau bukan rakan, tidak jawablah ya?

final • 11:20 AM

Dato' Jailani bin Johari

Jawab juga. Saya akan jawab. Sebenarnya apabila kita bercakap tentang UniFi dia ada dua. Pertamanya di kawasan yang berimpak tinggi dan keduanya di kawasan pelabuhan. Jadi setakat ini perancangan untuk Langkawi telah direncanakan tetapi dia ikut berskala. Jadi kita mulakan dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya. Insya-Allah kita akan masuk seperti yang saya maklumkan tadi.

Keduanya tentang gangguan komunikasi internet. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita bukan hanya ada satu pemberi perkhidmatan iaitu Telekom tetapi selain daripada Telekom kita ada pemberi perkhidmatan yang lain iaitu DiGi, Celcom, Maxis dan sebagainya. Kita ada juga perkhidmatan yang disediakan oleh pihak suruhanjaya seperti yang saya maklumkan tadi Kampung Tanpa Wayar, Perkhidmatan CBC dan sebagainya di mana pelancong boleh juga menggunakannya kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma.

Ketiganya mengenai dengan gangguan. Sebenarnya bukan hanya berlaku di sebelah utara tetapi ada juga berlaku di sebelah selatan. Akan tetapi pihak kerajaan melalui pihak Suruhanjaya Komunikasi biasanya akan mengadakan satu mesyuarat koordinasi atau dipanggil dengan izin, border coordination meeting di mana kita akan seragamkan isu-isu ini Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan soal perbandingan pakej harga dengan mutu kualiti perkhidmatan yang sering dipertikaikan iaitu kelajuan.

Saya difahamkan salah satu sebab kenapa pakej UniFi harganya lebih tinggi adalah kerana TM terpaksa menanggung belanja infrastruktur yang besar sehingga RM12 bilion. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, tidakkah kerajaan bercadang untuk menanggung kos pelaburan itu dan seterusnya membuka backbone infrastructure dengan izin, fiber-optic itu kepada lebih banyak pengusaha-pengusaha dan operator? Ini supaya lebih banyak persaingan dari segi khidmat yang ditawarkan yang harapnya boleh menurunkan harga kepada pengguna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato' Jailani bin Johari

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Soalan tersebut ada dua bahagian. Pertamanya, sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah lebih kurang RM11 bilion di mana RM2 bilion telah ditanggung oleh pihak kerajaan dan selebihnya ditanggung oleh pihak Telekom Malaysia.

Jadi tidak timbul masalah semuanya ditanggung oleh pihak Telekom Malaysia.

Soalan yang kedua sama ada pihak kerajaan ingin memberi peluang. Sebenarnya selain daripada Program HSBB, pihak kerajaan telah memberi peluang di bawah program BBGP yang telah saya maklumkan tadi di mana kita telah memberi peluang sama rata kepada pemberi perkhidmatan lain seperti DiGi, Celcom dan sebagainya untuk bermain sama dalam pasaran internet. Ini kerana tujuan asasnya adalah memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kadar internet yang bagus dengan pakej yang murah. Sekian.

final • 11:20 AM

7. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) adakah pihak kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci mengenai masalah banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan Kampung Bharu dan Dato' Keramat walaupun berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk pembangunan Terowong SMART; dan

final • 11:20 AM

(b) sekiranya ia berlaku kerana masalah perangkap sampah melebihi had di sungai-sungai, apakah pelan jangka masa panjang yang akan dilaksanakan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bagi mengatasi masalah ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian Klang River Basin Environmental Improvement and Flood Mitigation Project, dengan izin, yang merangkumi keseluruhan Lembangan Sungai Klang telah disiapkan pada tahun 2003. Walau bagaimana pun kajian tersebut tidak memperincikan tentang masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan Kampung Baru dan Dato’ Keramat.

Masalah banjir kilat sekitar Kampung Bharu, Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh keupayaan pam di rumah pam Kampung Baru yang terhad serta masalah sampah yang sering terperangkap di saluran-saluran utama. Bagi masalah banjir di Dato’ Keramat pula adalah berpunca daripada masalah saliran tempatan iaitu local drainage yang mana terletak di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Projek Terowong SMART tidak berkaitan dengan masalah banjir di Kampung Baru dan Dato’ Keramat kerana projek tersebut merupakan untuk pengurangan masalah banjir di pusat bandar Kuala Lumpur akibat daripada limpahan Sungai Klang terutama sekali di Jambatan Tun Abdul Razak dan kawasan sekitar.

Berhubung dengan isu masalah perangkap sampah, pemerhatian JPS mendapati tiada berlaku masalah perangkap sampah melebihi had di sungai-sungai utama di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh, kerajaan telah membelanjakan hampir RM490 juta untuk menyelesaikan masalah banjir di Lembah Klang. Jadi, kawasan Kampung Baru dan Dato’ Keramat ini adalah merupakan kawasan yang sangat kritikal. Setiap kali apabila hujan turun selama satu atau dua jam, inilah dua kawasan yang mana Kuala Lumpur akan menghadapi banjir kilat.

Persoalan saya ialah adakah kerja-kerja yang dikendalikan oleh pihak JPS ini melibatkan pertindihan kerja dengan pihak DBKL untuk mengatasi masalah limpahan air sungai yang mengalir ke longkang-longkang kecil dan besar yang tidak ada penjagaan secara bersekala dalam kawasan-kawasan tersebut yang menyebabkan keseluruhan kawasan Dato’ Keramat dan Kampung Baru banjir apabila hujan melebihi satu atau dua jam?

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya amat prihatin dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa disebabkan banjir di Kampung Baru dan juga di Dato’ Keramat.

Kawasan ini kalau kita mengkaji dan melihat lokasi daripada peta, sebenarnya Kampung Baru ini adalah satu kawasan yang agak rendah. Ianya lebih rendah lagi daripada Sungai Kelang atau pun dari tebingnya. Oleh itu apabila ada hujan ianya mesti banjir juga di Kampung Baru kerana ianya rendah lagi daripada paras air Sungai Kelang. Oleh yang demikian yang penting adalah untuk menggantikan pam lama. Pam lama ini sudah berusia 15 tahun yang agak uzur keadaannya sekarang. Itu sahaja satu penyelesaian yang perlu dibuat di situ. Kalau ada hujan dalam satu jam dan volum air hujan itu kurang lebih 50 milimeter dalam satu jam, memang tempat itu banjir sebab itu adalah kawasan rendah.

Jadi, ganti pam ini dengan pam baru. Kita akan mengusahakannya supaya dapat menyelesaikan masalah banjir di situ. Walau pun ada cara-cara lain lagi seperti untuk membina takungan air banjir ataupun flood retention basin tetapi di kawasan di mana densiti pembangunan sememangnya sudah tinggi, maka itu adalah satu kesulitan juga.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan

final • 11:31 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 10 Julai 2013.”

final • 11:31 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:31 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menjemput semua untuk solat Isyak dan juga solat sunat terawih selepas habis Dewan nanti, moreh akan disediakan.

final • 11:31 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas”.

[8 Julai 2013]

final • 11:31 AM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:31 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 11:31 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kelmarin saya sudah kemukakan satu usul berkembar iaitu tentang satu projek cadangan

final • 11:31 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

membina ILaj Home enam tingkat di atas cerun bukit. Ini memenuhi tiga syarat iaitu perkara tertentu dan kepentingan orang ramai dan dikehendaki segera.

Walaupun dalam jawapan tadi Tuan Yang di-Pertua, dikatakan DBKL Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat menangguhkan aktiviti dan kerja-kerja di tapak itu, akan tetapi JKR dilaporkan tidak mengikut arahan dari DBKL. Kerja-kerja dan aktiviti terus dijalankan walaupun arahan diberi kepada Kerajaan Tempatan DBKL. Saya berharap Yang Berhormat Menteri JKR mengarahkan JKR Wilayah Persekutuan menghentikan aktiviti- aktiviti dan kerja-kerja serta-merta untuk keselamatan orang ramai di sekitar tapak itu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman usul di bawah 18(1) apabila saya tolak dalam kamar peraturan mesyuarat juga mengatakan bahawa saya tidak boleh mengkaji semula keputusan itu dalam Majlis.

Kedua, apabila Tuan Yang di-Pertua menolak usul di bawah 18(1) secara konvensyennya Tuan Yang di-Pertua tidak perlu untuk memberi alasan kenapa ditolak.

Akan tetapi oleh sebab itu telah menjadi budaya kita di Malaysian Parliament di mana perlu juga saya beri penjelasan, sebagai respons kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu, apabila saya meneliti notis Yang Berhormat beri kepada saya dan fakta-fakta yang disebut dalam notis tersebut, saya dapati bahawa usul Yang Berhormat tidaklah perlu untuk dibawa di bawah 18(1).

Oleh sebab maklum balas yang saya dapati daripada pihak-pihak yang berwajib seperti DBKL telah membuat tindakan seperti Yang Berhormat ingin bincangkan dalam mesyuarat iaitu kerja-kerja di tapak telah dibatalkan. Jadi maknanya, maksud usul Yang Berhormat ialah untuk projek tersebut tidak diteruskan. Pihak yang berwajib telah membuat keputusan seperti begitu. Maka saya buat keputusan supaya tidak payahlah usul itu dibaca dalam Majlis. Sila.

final • 11:31 AM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di atas perkara usul saya di bawah Peraturan Mesyuarat 43 iaitu bahawa ruling Timbalan Yang di-Pertua bahawa kes Kugan tidak boleh dirujuk disebabkan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 36(2) iaitu sub judice itu ditimbang semula dan dikaji oleh Dewan. Saya percaya bahawa memandangkan ia adalah usul di bawah 43, ia perlu diberi keutamaan kerana ia adalah challenge terhadap ruling Tuan Yang di-Pertua dan perlu dibahaskan dan perlu diberi keutamaan di atas urusan kerajaan. Jadi saya minta supaya ia boleh dibahaskan.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Sebagai respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi, juga telah menjadi budaya Parlimen Malaysia sejak daripada dahulu lagi apabila ada usul seperti begini termasuk usul yang challenging Tuan Yang di-Pertua punya ruling, usul tersebut cuma dikasi masuk dalam Order Paper dan peraturan mesyuarat kita mengatakan bahawa agenda kerajaan diutamakan. Jadi dalam hal ini, tindakan kita adalah serupa Yang Berhormat. Usul Yang Berhormat telah juga dimasukkan dalam Order Paper. Terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara sahaja. Jika itu pendirian ketetapan Tuan Yang di-Pertua, bermakna Peraturan 43 tidak akan bermakna. Bermakna kita di Dewan tidak boleh mencabar ruling Tuan Yang di- Pertua dengan membuat appeal kepada Dewan menggunakan Peraturan Mesyuarat 43.

Tidak mungkin kita boleh berjaya membuat challenge seperti itu dan saya percaya pasti ada sebab mengapa Peraturan Mesyuarat 43 ada di dalam buku peraturan dan saya percaya sepatutnya diberi keutamaan. Kalau tidak, tidak bermakna Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat..

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu Yang Berhormat Sepang. Nanti Yang Berhormat Sepang, saya cakap lagi. Yang Berhormat, perkara Yang Berhormat bangkitkan itu bukan Yang Berhormat sahaja yang pernah bangkitkan sebelum ini. Ini penggal kedua saya duduk di sini Yang Berhormat, bagi diri saya penggal kedua bagi saya.

Sebelum ini pun Tuan Yang di-Pertua yang terdahulu daripada saya telah pun membuat keputusan seperti begitu.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali daripada Yang Berhormat Gelang Patah sekarang, yang dulu di Ipoh Timur, sering kali bangkit pasal peraturan mesyuarat yang sama yang Yang Berhormat bangkitkan iaitu kalau tidak juga dibenarkan untuk bahas usul seperti begini, apa maksud Peraturan Mesyuarat 43. Akan tetapi dalam hal ini, Peraturan Mesyuarat 15 juga menyatakan bahawa urusan kerajaan perlu diutamakan daripada urusan-urusan lain.

Jadi dalam hal ini, bercanggah apa yang dihujah oleh Yang Berhormat dengan Peraturan Mesyuarat 15. Jadi apabila ditimbangkan begitu, oleh sebab kerajaan memerintah, urusan kerajaan harus didahulukan daripada urusan-urusan lain.

Begitu juga dengan usul-usul di bawah peraturan mesyuarat lain daripada backbencher ataupun daripada barisan pembangkang. Ada aturan-aturan tertentu, ia dikemudiankan berbanding dengan usul yang dibawa oleh Menteri-menteri. Itu sahaja Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

final • 11:31 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, senyap. Ini peraturan mesyuarat Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap pada permulaan pelantikan bahawa Tuan Yang di- Pertua ingin membuat satu perubahan. Saya rasa walaupun kita ada peraturan mesyuarat, tetapi saya rasa Tuan Yang di-Pertua ada inherent power, kuasa sedia ada untuk mengendalikan mesyuarat ini dengan adil. Persoalannya, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai ini satu isu yang saya rasa isu yang penting kerana pengertian sub judice itu tidak didefinisikan dengan betul. Sepatutnya apabila dibangkitkan bahawa satu- satu benda tidak boleh dibangkitkan kerana sub judice, pengertian sub judice itu mesti difahami dengan betul. Dalam kes ini, saya mendapati bahawa definisi sub judice yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua itu adalah tidak betul kerana...

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Sepang..

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa yang dibangkitkan... sekejap.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa yang dibangkitkan... [Dewan riuh]

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, boleh Yang Berhormat senyap?

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ialah belum ada rayuan yang dibuat secara spesifik. Bermakna isu itu masih lagi boleh dibahaskan.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Sepang, terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya rasa kita perlu membuat..

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Sepang, sudah. Saya faham.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua tidak boleh membuat keputusan yang salah.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Keputusan yang salah apabila keputusan yang tidak betul.

final • 11:31 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat! Ahli Yang Berhormat. Ahi Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya menghormati Tuan Yang di- Pertua, saya minta kepada Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan yang betul. Itu sahaja.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru, sebelum Parlimen Ketiga Belas, sebelum Parlimen Kedua Belas, ramai peguam terkemuka yang telah dipilih menjadi anggota Parlimen Malaysia. Dan termasuk juga saya yang duduk di atas ini adalah peguam pada suatu ketika dahulu.

Pengertian sub judice ataupun pengertian lain-lain istilah yang kita gunakan di Parlimen Yang Berhormat, bukan sama dengan pengertian sub judice yang digunakan di mahkamah.

final • 11:31 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mana boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat, nanti dulu Yang Berhormat, saya belum selesai Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Buku Yang Berhormat baca itu adalah buku yang juga saya baca tetapi setiap Parlimen mempunyai cara yang berbeza berbanding dengan parlimen-parlimen lain. Jadi, dalam hal ini apabila kita mengatakan bahawa dalam soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai adalah sub judice kerana itu adalah keputusan kita, keputusan kita adalah muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat 42, 43.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, muktamad kalau sekiranya keputusan itu betul. Kalau keputusan tidak betul, ia tidak diterima, tidak muktamad. Apabila kita memberi definisi sub judice tidak betul, tidak timbul keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Muktamad hanya diikut kalau keputusan itu betul.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sepang.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua tidak ada hak untuk membuat keputusan yang salah.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, sebelum ini bukan sahaja Yang Berhormat yang pernah bertengkar dengan saya begini, ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lebih senior daripada Yang Berhormat cakap begitu tetapi keputusan kita adalah sama, tidak berganjak Yang Berhormat.

Mengenai dengan soal ubah, waktu selepas angkat sumpah saya kata ubah, saya berubah tetapi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain termasuk Yang Berhormat Sepang sendiri, termasuk Yang Berhormat Padang Serai sendiri, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain perlu tunjukkan sikap ubah. Banyak perkara secara peribadi saya hendak untuk pinda dalam peraturan mesyuarat tetapi ada jawatankuasa yang tertentu, dalam jawatankuasa-jawatankuasa itu nanti apabila dilantik Ahli-ahli. Mungkin saya lantik Yang Berhormat seorang daripada jawatankuasa untuk mengubah peraturan mesyuarat dan duduk di situ.

Jadi, jangan pada ketika ini, apabila peraturan mesyuarat yang sedia ada, itulah peraturan mesyuarat, itulah tafsiran saya menurut peraturan mesyuarat. Jangan Yang Berhormat bawa saya bertengkar dengan soal-soal begini.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan. Apa definisi sub judice berdasarkan tafsiran Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan. Apa yang dimaksudkan sub judice pengertian dalam Parlimen ini sebab kalau berbeza dengan apa yang pengertian universal, kita perlu tahu. Bagi saya pengertian sub judice ini adalah pengertian yang universal tanpa mengira Parlimen atau mahkamah.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa pengertian sub judice menurut Parlimen, sila jelaskan Tuan Yang di-Pertua supaya kami faham. Kami hendak belajar juga.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah Yang Berhormat, duduklah. Yang Berhormat Sepang hendak belajar ini ada perkataan-perkataan di belakang itu sinis kerana pengertian

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

sub judice nya adalah berbeza dengan pengertian kita di Parlimen. Ini kerana pengertian saya di Parlimen, sub judice maknanya apabila kes itu kalau kita bincang di sini akan menjejaskan kes tersebut.

Yang Berhormat sendiri sedia maklum, apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah, mereka akan berhujah sewenang-wenang tidak mengikut peraturan mesyuarat. Jadi, ada nanti Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan saya mengatakan siapa, apabila membincangkan isu-isu seperti sub judice yang sensitif, ada mereka akan berhujah boleh jadi apa yang dihujahkan itu akan membawa pengertian yang lain di luar sana apabila ditulis oleh press, akan menjejaskan kes-kes dalam mahkamah. Itu sebab mengapa kita tidak benarkan kerana Parlimen Malaysia bukan macam House of Common, itu pengertian saya dalam soal sub judice begini, apabila perkara itu sudah dalam mahkamah.

Jadi, pengertian Yang Berhormat mungkin adalah pengertian yang lebih advance lagi. Jangan bawa pengertian Yang Berhormat yang lebih advance lagi itu kepada demokrasi matang kepada Parlimen Malaysia.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Apabila saya membuat penilaian sendiri Yang Berhormat bila duduk di sini, saya mohon maaf, bukan semua Ahli- ahli Yang Berhormat ikut peraturan mesyuarat tetapi sering kali membangkitkan peraturan mesyuarat. Jadi, saya sarankan mulai daripada sekarang ini, selepas saya berhujah ini, kita pegang kepada peraturan mesyuarat dan kita tengok langkah-langkah kita nanti. Kita ubah semua.

final • 11:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya menghormati Tuan Yang di- Pertua, saya menghormati, terima kasih. Cuma saya rasa Tuan Yang di-Pertua, inilah peranan Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan perbahasan itu dapat dikawal, bukan dengan tolak terus kerana sub judice. Itu saya, saya menghormati Tuan Yang di-Pertua dan saya menghormati.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau menghormati Yang Berhormat, mulai dari sekarang hormatilah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang lain, hormati apa yang Tuan Yang di-Pertua katakan, setiap petua ataupun ruling yang kita buat, kita menimbang semua. Saya tidak buat keputusan sewenang-wenang kerana saya sedar, saya tahu apa yang saya buat di atas sini semua orang dapat maklum secara instant. Bukan sahaja masyarakat Malaysia tetapi masyarakat luar negara juga perhatikan kita. Jadi, saya tidak mahu bahawa keputusan-keputusan saya boleh dipertikaikan seolah-olah saya tidak tahu langsung apa yang saya buat Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya difahamkan bahawa yang menyambung perbahasan iaitu menggulung iaitu daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sila.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung penggulungan ini dengan menyentuh Projek Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia atau RAPID di Pengerang. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kulai mengenai dialog bersama penduduk oleh Syarikat Kuo Kuang bagi projek RAPID di Pengerang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kehadiran orang awam ke dialog awam adalah bergantung pada kesedaran, kesediaan dan inisiatif orang awam untuk mendengar taklimat daripada penggerak projek dan perunding EIA. Notification dialog awam kepada penduduk sekitar pada lazimnya diberi sebelum dialog awam dijalankan. Dialog awam dikehendaki di dalam prosedur Detail Environmental Impact Assessment ataupun DEIA bertujuan untuk membentangkan penemuan kajian DEIA termasuk ramalan kesan alam sekitar, langkah-langkah kawalan yang dicadangkan, sosioekonomi dan persepsi penduduk sekitar.

Mengenai permohonan Yang Berhormat Kulai supaya diadakan semula dialog bersama penduduk selepas Laporan EIA siap. Jabatan Alam Sekitar mengesyorkan supaya

final • 11:45 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit

permohonan ini dibuat terus kepada penggerak projek iaitu Kuo Kuang Petrochemical Technology Company Ltd. dan Daya Eco Techno Sdn. Bhd. selaku perunding EIA bagi projek tersebut. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:45 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan, mohon penjelasan Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:45 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuantan, hendak bagi?

final • 11:45 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Termasuk Yang Berhormat Bakri.

final • 11:45 AM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Silakan.

final • 11:45 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan rundingan dengan orang awam, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa perlu orang awam sendiri memohon untuk membuat rundingan dengan syarikat berkenaan? Bukankah syarat dalam detail EIA bahawa public consultation dengan izin itu merupakan syarat. Kalau sebelum ini public consultation itu dibuat secara main-main dengan memanggil JKKK ataupun...

final • 11:45 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri duduk.

final • 11:45 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

...Tok Empat ataupun wakil UMNO di cawangan tersebut. Public consultation seharusnya dilihat oleh kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagai satu proses yang harus melibatkan rakyat dan orang awam keseluruhan. Kenapa perlu orang awam pergi minta pula syarikat buat public consultation? Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri beri penjelasan, terima kasih.

final • 11:45 AM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuantan atas soalan itu. Public consultation sudah pun dibuat kerana ianya mesti mengikuti prosedur DEIA, detail EIA, itu sudah pun dibuat tetapi ada kemungkinan tidak begitu ramai orang yang hadir, orang-orang tempatan. Yang Berhormat Kulai minta diadakan sekali lagi, yang kedua tetapi yang pertama adalah di bawah prosedur, prosedur DEIA. Jadi, semasa itu kalau orang tempatan tidak begitu ramai hadir ke dialog tersebut, maka jika mahu dialog kedua, siapa yang mencadangkan untuk dialog kedua, dialah yang berhubung terus dengan penggerak projek dan dengan konsultan EIA, macam itu. Ini adalah prosedur.

final • 11:45 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Penjelasan sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Memang telah dilakukan mengikut prosedur. Akan tetapi seperti yang saya katakan, selalunya orang awam tidak dilibatkan secara menyeluruh. Itu yang Yang Berhormat Kulai tidak berapa puas hati itu.

Sama juga di Kuantan dalam projek Lynas. Public consultation perlu dilakukan oleh Lynas. Itu adalah antara cadangan oleh panel IAEA. Akan tetapi apabila dipanggil, hanya dipanggil JKK, hanya dipanggil ketua cawangan UMNO. Itu yang kita maksudkan ia tidak meluas dan tidak menyeluruh. Jadi sebab itulah kami, wakil-wakil rakyat melihat bahawa proses itu walaupun ia sebahagian daripada prosedur, tidak dilaksanakan dengan telus, dengan cara menggunakan best practice. Itu yang dimaksudkan.

Jadi apabila diminta lakukan semula, saya rasa tidak adil sekiranya disuruh pula kami ataupun rakyat iaitu orang ramai buat sendiri. Whereas, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, whereas dia tidak dilaksanakan dengan cara yang terbaik with due diligence. Ini yang dimaksudkan. Pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya sudah menjelaskan. Ini adalah prosedur EIA. Yang dijemput JKK ataupun UMNO, itu saya tidak tahu. Ini adalah agenda politik di sini. Saya pun tidak tahu itu. Akan tetapi kalau mengikut prosedur EIA, itulah yang Jabatan Alam Sekitar buat. Dia ada notis. Semuanya notis itu di dalam media untuk dialog seperti itu. Bukan hanya untuk projek-projek ini tetapi untuk DEIA dan lain-lain juga. Jadi rakyat

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

harus tahu tanggungjawab mereka. Kalaulah ada dialog seperti ini, silalah datang supaya boleh dengar.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang kita mahu ialah pengawalan kualiti alam sekitar di negara kita. Itulah sebabnya prosedur EIA sebegini di dalam peraturan EIA. Untuk DEIA mesti ada dialog. Akan tetapi kalau mahu dialog yang kedua, siapa yang mencadangkan itu dipohonlah daripada pengarah projek. Itu boleh dibuat. Nanti Jabatan Alam Sekitar juga akan datang ke sana untuk menyaksikan apakah dialog yang berlaku.

Semuanya mengikut prosedur.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Wangsa Maju bangun, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar. Yang Berhormat hendak bagi jalan?

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Siapa? Yang Berhormat Wangsa Maju lagi?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Bakri di belakang.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Termasuk Bakri.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pihak kerajaan. Ini mengenai topik public consultation dan ini mengenai river of life project yang melibatkan Sungai Gombak sejauh 10.7 kilometer. Saya dengar peruntukan besar ialah korek Sungai Gombak ialah peruntukan sebanyak RM4 bilion dan terpaksa lantik konsultan daripada Amerika Syarikat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perkara ini ada dibangkitkan atau tidak? Sungai Gombak.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

No, ini mengenai proses sebab penduduk di sana, Kampung Puah Seberang walaupun ini tanah...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada dibangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

...Rizab Melayu, dia tidak puas hati.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Oleh sebab pampasan yang diberikan walaupun tanah rizab Melayu hanya satu low cost flat DBKL dan wang tunai RM1,000.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada Bakri mengenai isu Kuo Kuang.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Wangsa Maju, kenapa tidak tanya soalan ini tadi semasa sesi soal jawab? Ini keluar daripada apa yang saya bentangkan sekarang. Ini adalah penggulungan. Ada peluang ataupun tidak ada peluang, itu adalah...

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. Tan Kee Kwong - Wangsa Maju

Saya berdiri tetapi tidak diberi peluang. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

...Daripada Tuan Yang di-Pertua. Kalau...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bakri bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi Yang Berhormat Bakri?

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Apa dia?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri bangun di belakang.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bakri.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bakri itu kawasan Parlimen, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Itu kawasan Parlimen Bakri.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi?

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Okey, silakan.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi peluang dan Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengapa kita masih menerima kehadiran Syarikat Kuo Kuang di kawasan Pengerang, Johor walaupun jelas Kuo Kuang ini telah ditolak oleh Kerajaan Taiwan sendiri. Adakah kerajaan sedar akan kewujudan kajian penilaian risiko pencemaran udara berdekatan dengan Kompas Petrokimia 2008 oleh Pusat Pengajian Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan yang menjadi...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jangan berucap, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Tanda asas penolakan tersebut. Kedua, sekiranya kementerian mempunyai kajian saintifik yang menafikan kajian Universiti Nasional Taiwan kerajaan patut memberikan laporan kajian tersebut kepada rakyat umum setidak-tidaknya dipamer di laman sesawang kementerian. Akhir sekali...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Apakah perancangan kementerian sekiranya terjadi kemalangan industri yang melibatkan kesihatan awam. Adakah pihak kerajaan atau industri...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Memberikan pampasan setimpal selain daripada menyediakan kemudahan lawatan pemulihan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya tegur, Yang Berhormat. Ini kerana ramai peguam-peguam. Nanti dia kata Tuan Yang di-Pertua tidak ikut peraturan mesyuarat macam tadi. Perkara baru tidak boleh dibawa dalam penggulungan begini Yang Berhormat ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Bakri tentang tiga pertanyaan tadi. Kenapa Syarikat Kuo Kuang melabur di situ. Pertamanya kawasan itu adalah diwartakan sebagai kawasan oil and gas hub. Sebagai kawasan oil and gas hub, mana-mana syarikat dalam dunia yang ingin melabur di situ pun boleh juga melabur di situ.

Untuk syarikat ini, Syarikat Kuo Kuang daripada Taiwan, sebenarnya ia ingin membuat refinery ini di satu kawasan. Akan tetapi satu kawasan yang kecil di mana dolphin terdapat di situ. Maka Kerajaan Taiwan tidak membenarkan kerana Kerajaan Taiwan sememangnya membuat pemeliharaan ataupun preservation of dolphins di tempat itu.

Tidak dibenarkan. Oleh itu Syarikat Kuo Kuang masuk ke dalam negara kita.

Sebagai oil and gas hub, Petronas pun ada di situ untuk refinery. Petronas dan petrochemical plant ini, sememangnya lebih besar lagi daripada Syarikat Kuo Kuang. Akan tetapi untuk pelaburan daripada luar negara kerana menjana ekonomi kita, kerajaan sememangnya menerima tentang pelaburan itu.

Untuk yang kedua yang Yang Berhormat Bakri bertanya tentang laporan EIA ini.

Laporan EIA ini sebenarnya dipamerkan di banyak tempat. Dipamerkan di Majlis Daerah Kota Tinggi, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor - Polis Diraja Malaysia, di Kompleks...

Pantai Timur, di Balai Polis Pengerang, di Perpustakaan Awam Bandar Penawar, di

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor, di Perpustakaan Negara Malaysia, di Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan di semua pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Jika ada permohonan daripada Kerajaan Taiwan ataupun daripada National University Taiwan yang mahukan laporan ini, mereka sila mohon kepada Jabatan Alam Sekitar. Sudah tentu some copies can be delivered to them, dengan izin untuk penilaian.

Untuk pertanyaan seterusnya iaitu yang ketiga, kalau ada apa-apa berlaku seperti accident dan sebagainya di situ, ini adalah tanggungjawab syarikat untuk memberi pampasan kepada orang-orang tempatan yang terkena accident itu nanti ataupun pencemaran. Yang disebut adalah pencemaran udara. Ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawa pencemaran udara ini mesti mengikut piawaian negara kita yang lebih stringent lagi daripada piawaian antarabangsa, Yang Berhormat Bakri.

final • 11:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Saya meneruskan dengan perkara yang berkaitan dengan pengambilan tanah di Kuala Nerus. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kuala Nerus mengenai kes pengambilan tanah di Kuala Nerus yang tidak mengikut prosedur di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Suka saya maklumkan bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 13(2) mengatakan bahawa apa-apa harta yang dilucutkan daripada mana- mana orang hendaklah diberi pampasan yang mencukupi. Dalam hal pengambilan tanah, amaun pampasan yang diputuskan oleh pentadbir tanah ditentukan berasaskan Jadual Pertama dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 yang mengambil kira pelbagai faktor.

Antara faktor penentuan pampasan adalah berdasarkan harga pasaran tanah semasa.

Isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kuala Nerus merupakan pengambilan tanah tapak projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Manir ke Jeram Tok Kong ke Bukit Guntung, Mukim Manir Kuala Terengganu. Pengambilan tanah tersebut juga telah diuruskan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan menggunakan peruntukan kerajaan negeri dan telah dipersetujui oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Oleh itu, urusan pengambilan tanah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, adalah sesuai jika isu ini dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, tanah rizab Melayu. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Gantang mengenai baki tanah rizab Melayu terkini, ingin saya maklumkan di sini bahawa jumlah keluasan rizab Melayu setakat ini ialah 4.36 juta hektar.

Jumlah keluasan ini merangkumi semua negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai undang-undang rizab Melayu. Isu pembatalan rizab Melayu dan penggantian semula adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Seterusnya Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Yang Berhormat, minta celah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang bangun Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Apa dia?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang bangun.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Bukit Gantang, silakan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya berkenaan dengan berapa jumlah yang telah diganti semula tanah rizab Melayu yang telah pun bertukar kepada tanah bebas.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Bukit Gantang, ini adalah soalan spesifik. Saya akan beri jawapan bertulis kerana ini adalah berkaitan dengan statistik, Yang Berhormat Bukit Gantang. Jawapan bertulis.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Parit Buntar bangun.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sebelah sini, sini, sini. Kawalan, kawalan.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Taiping, ada kena-mengenakah dengan rizab Melayu?

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit, sedikit. Eh, saya anak Malaysia. Semua berkenaan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Taiping, sila, sila.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Saya cuma hendak merujuk kepada keputusan Majlis Tanah Negara pada tahun 2003 yang telah pun meliberalisasikan Dasar Tanah Rizab Melayu yang membenarkannya dipajak untuk tempoh 60 tahun. Akan tetapi sehingga kini keputusan masih tergantung tidak dilaksanakan. Apakah pendirian dan perkembangan terkini dasar sedemikian yang telah pun berlarutan lebih 10 tahun. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Parit Buntar hendak tambah Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Depan ini, depan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ada masalah speckah Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Kawan lama. Fasal saya memerhatikan soalan yang diajukan tentang penggantian rizab Melayu ini sering kali dijawab oleh pihak kerajaan bahawa ia adalah merupakan kuasa kerajaan negeri. Soalan saya untuk diberi penjelasan dalam hal ini ialah sejauh mana Kerajaan Pusat mengawal, menyelia, memastikan bahawa berlaku penggantian kerana menurut undang-undang, menurut perlembagaan, setiap tanah rizab Melayu yang diambil mesti diganti.

Jadi, apa mekanismenya? Kita tidak boleh kata bagi kepada kerajaan negeri, biar dia selesai. Jadi, saya rasa itu tidak berlaku dan ini yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Banyak tanah rizab Melayu semakin mengecil kerana tidak ada penggantian dan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mohon penjelasan.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih atas pertanyaan kedua-dua Yang Berhormat itu tadi. Walaupun Kerajaan Persekutuan menyeliakan pengambilan tanah ini oleh kerajaan negeri tetapi kalau kerajaan negeri ada cara-cara tersendiri untuk membuat pengambilan tanah ini, maka itu juga yang mereka lakukan. Jadi, penyeliaan oleh Kerajaan Persekutuan sememangnya boleh terus dijalankan tetapi ini kepada keangkuhan kerajaan negeri. Kalau mereka bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan, maka mereka seharusnya buat. Kalau tidak, ianya mengambil masa yang begitu lama seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Taiping tadi. Jadi, ini tentang pengambilan tanah rizab Melayu.

final • 12:00 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Seterusnya...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 12:00 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Boleh? Dalam isu yang sama.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Isu yang sama lagi? Kalau soalan yang sama?

final • 12:00 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Bukan soalan yang samalah, soalan lainlah.

final • 12:00 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Soalan lain yang dengan rizab Melayu ini yang sudah diambil?

final • 12:00 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dalam tahun 1995 atau 1996, ketika itu saya duduk sebelah sana. Saya menjawab soalan kawasan simpanan Melayu pada tahun itu masih terkawal. Ertinya, apa yang diperuntukkan awal-awal semasa merdeka tidak ada banyak beza dengan keadaan ketika itu. Akan tetapi saya tengok selepas beberapa tahun ini, 10 hingga 15 tahun ini, boleh tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat pecahan. Beri kepada kita melalui jawapan bertulis atau apa jua cara. Negeri-negeri manakah yang banyak mengabaikan peruntukan ini. Satu.

Yang kedua, bila ia berlaku? Saya tidak perlukan jawapan sekarang tapi boleh tidak kementerian bagi saya, nombor satu negeri mana yang banyak menyeleweng dan bila ianya berlaku. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja berkenaan dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan saya mengapa keputusan National Land Council yang telah pun dibuat sejak tahun 2003 tidak dilaksanakan. Apakah sebabnya? Jika buat keputusan, tidak mahu laksanakan, indah khabar dari rupa, janganlah adakan mesyuarat dan buat keputusan. Itulah sebabnya kita hendak tanya. National Land Council sebagai the highest coordinating body of the National Land Policy sudah buat keputusan tapi kementerian sehingga hari ini tidak laksanakan untuk memberikan kebenaran pajakan tanah rizab Melayu. Apakah sebabnya dan mengapa tidak dibuat? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Ini National Land Committee ini, ianya berkaitan dengan polisilah, dasar. Kalau dasar sudah tidak begitu efisien lagi, maka boleh juga dibuat pindaan dan ditukar. Lepas itu, kalau kerajaan negeri tidak pernah mengikut dasar National Land Committee ini, maka...

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Timbalan Menteri, keputusan itu tidak pernah dipinda. Dia dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tetapi sehingga ke hari ini tidak dilaksanakan. Tolonglah jawab. Jangan orang tanya lain tetapi jawab lain.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Saya jawablah ini, saya akan jawab. Ini kerana ianya belum lagi dilaksanakan atau tidak dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan hanya supervise sahaja apa yang mereka buat, itu sahaja. Kalau tidak betul, beri pandangan dan cadangan. Mana boleh Kerajaan Persekutuan mengambil tanah kalau itu kepunyaan kerajaan negeri. Jadi mana boleh Kerajaan Persekutuan memberi instruction kepada kerajaan negeri kerana itu tanah kerajaan negeri.

final • 12:10 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri...

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Yang sepuluh tahun pun, yang selama ini pun masih dibincangkan juga. Jadi bukannya senang untuk mendapat sesuatu dengan secepat mungkin. Kalau saya kata saya tidak hendak beri duit kepada Yang Berhormat Taiping, macam mana? Sepuluh tahun, dua puluh tahun pun kalau tidak ada duit, saya tidak hendak beri juga. Macam itulah. Ini perkara yang berlaku di mana-mana. Jadi...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri rujuk balik tugas dan tanggungjawab National Land Council bukan National Land Committee dan kedudukan dia, kekuatan dia, undang-undang yang ada pada dia, peraturan yang ada pada dia bukan hanya untuk supervise, no please, untuk makluman ya. I was....

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Untuk polisi jugalah Yang Berhormat. Saya sudah kata tadi National Land Council ini yang bermesyuarat. Jadi untuk mengkaji apa yang telah berlaku dan seterusnya membuat dasar macam mana tanah-tanah di mana-manakah boleh diguna pakai. Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjawab.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Timbalan Menteri, sedikit.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Indera Mahkota, sudahlah, cukuplah.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit-sedikit.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalanlah.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Berkenaan dengan National Land Council, keputusan Timbalan Menteri tadi.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Soalan lagi, sudah berapa banyak kali bertanya.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bukan tadi kata National Land Council hanya untuk buat dasar dan ini tanah adalah...

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Untuk Yang Berhormat Indera Mahkota, saya akan bagi jawapan bertulis.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Akan tetapi apabila dahulu Kerajaan Perak hendak bagi geran kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru di Perak, National Land Council kata tidak boleh. Apakah pendirian kerajaan sekarang? Sini boleh, sana tidak boleh tetapi isu yang sama. What is the bidang kuasa atau jurisdiction of National Land Council sekarang?

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Bila National Land Council kata boleh ataupun tidak boleh? Siapa punya tanah itu?

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bukan. Sekarang ini, saya tadi kata mengapakah kerajaan sehingga hari ini tidak laksanakan keputusan National Land Council mengenai dengan pajakan tanah rizab Melayu? Tadi Timbalan Menteri jawab oleh kerana National Land Council hanya sebagai badan penasihat untuk menyelaraskan dasar kerajaan dan tidak ada bidang kuasa. Akan tetapi apabila pada masa yang sama iaitu pada 2008, Kerajaan Negeri Perak ingin melaksanakan dasar geran kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru di negeri ini tetapi National Land Council kata tidak boleh sebab itu negeri Perak tidak dapat memberikan geran kekal. Sini kata boleh, sana kata tidak boleh.

Sini kata ada kuasa, sana kata tidak ada.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Di manakah konsistensi pendirian Kerajaan Persekutuan? Inilah persoalannya.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Siapa punya tanah itu? Sepatutnya kalau tanah itu kepunyaan kerajaan negeri, itu hak kerajaan negerilah yang membuat apa-apa yang terus dipersetujui.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tidak apalah, Timbalan Menteri tidak faham tidak apalah. Saya maafkan.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Saya faham pertanyaan Yang Berhormat. Yang Berhormat, di Sarawak, National Land Council tidak ada peranan apa-apa. Kalau tanah yang perlu diguna pakai untuk apa-apa projek, itu adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sarawak. Saya bukannya orang Perak tetapi mungkin Perak Man lah, kalau Perak Man sudah berjuta-juta tahun Yang Berhormat.

[Ketawa] Jadi soalan Yang Berhormat Indera Mahkota itu tadi saya akan beri jawapan yang bertulislah Yang Berhormat. Ada dua Yang Berhormat tadi ada soalan yang bertulis.

Okey, biar saya teruskan untuk ini, sistem tebatan banjir di Kota Samarahan. Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Samarahan mengenai sistem tebatan banjir di Kota Samarahan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak telah disiapkan pada Disember 2010 oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Pelan Induk Saliran Mesra Alam ini berfungsi sebagai asas dalam membuat sebarang bentuk perancangan dan pembangunan di dalam kawasan tersebut di mana Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS telah mengenal pasti kawasan berisiko banjir sama ada banjir kilat ataupun banjir monsun dan memberikan cadangan penyelesaian mengikut keutamaan kawasan kritikal sama ada dalam bentuk struktur atau bukan struktur

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

untuk digunakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan pembangunan di bandar tersebut dijalankan secara mesra alam dan bersepadu.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat? Sudah satu jam lebih sudah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Saya ingat kalau tidak ada banyak soalan tambahan, 15 minit pun boleh habis.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ha, habiskanlah 15 minit Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Ini banyak soalan tambahan. Berdasarkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam tersebut, anggaran kos untuk kerja-kerja ukur, reka bentuk terperinci, pengambilan balik tanah dan pembinaan perparitan dalaman dan kolam takungan banjir bagi fasa dua yang mengandungi kawasan enam iaitu Batu Kitang, kawasan tujuh iaitu Jalan Kuching-Serian, kawasan empat iaitu Sungai Kuap dan kawasan sebelas iaitu Kota Samarahan yang mana keseluruhannya memerlukan kos sebanyak RM584 juta dan projek-projek ini akan terus dijalankan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir di Sri Serdang. Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan isu mengenai banjir di Sri Serdang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan Sri Serdang yang dikenal pasti sering dilanda banjir kilat adalah di kawasan SK Sembilan, Jalan Puyuh, Seri Kembangan, Taman Serdang Jaya, Taman Serdang, Taman Kembang Sari, Taman Sri Serdang, Stesen Komuter Serdang dan kawasan sekitar Lebuhraya Besraya.

Punca banjir kilat adalah disebabkan oleh sistem perparitan dalaman di kawasan Sri Serdang yang tidak dapat mengalirkan air keluar ke Sungai Puyuh kerana paras air Sungai Puyuh yang tinggi ataupun back flow disebabkan hujan lebat melebihi tiga jam.

Kementerian ini telah menjalankan kajian pelan induk saliran untuk bandar Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor untuk mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir secara menyeluruh ataupun total solution di kawasan Sri Serdang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi masalah banjir kilat yang disebabkan oleh sistem saliran dalaman di kawasan perbandaran adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan ataupun PBT manakala bagi masalah banjir yang disebabkan sistem sungai utama akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Samarahan bangun.

final • 12:10 PM

Dato Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Kota Samarahan bangun? Dia tanya soalan untuk Serdangkah? Silakan Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 12:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Penjelasan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak mendapat sedikit penjelasan berkaitan dengan tebatan banjir di Kota Samarahan tadi.

final • 12:10 PM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Setakat ini seperti yang dijawab tadi telah memaklumkan bahawa perancangan untuk tebatan banjir telah pun dimulakan pada 2010 lagi. Namun begitu kita hendak tahulah kedudukan pada masa ini status pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan. Ada yang menyentuh berkaitan takungan air di Endap dan juga beberapa kawasan di Kota Samarahan. Memandangkan sebelum ini kita telah banyak bertanya isu-isu berkaitan dengan penambahbaikan ini tetapi sampai sekarang kita tidak tahu status sebenar pelaksanaan program ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Samarahan. Apa yang telah siap adalah satu kajian terperinci pada bulan Disember tahun 2010. Sekarang adalah baru pelaksanaan. Pihak JPS Sarawak akan melaksanakan reka bentuk sekarang, reka bentuk terperinci ataupun detail design, mesti dibuat. Kalau detail design tidak dibuat macam manakah kita untuk melaksanakan projek ini.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Seterusnya, Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan kerja-kerja pembinaan sistem saliran mesra alam Kota Samarahan yang akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada peruntukan yang ada. Kalau peruntukan tidak ada sekarang, kita pohon daripada EPU yang sebanyak RM584 juta ini.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Ini adalah satu masalahnya sebenarnya, masalah yang besar di Kelantan. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ketereh mengenai status cadangan pembinaan bagi takungan atau rancangan pengairan di Sungai Kelantan. Suka saya maklumkan bahawa JPS telah melaksanakan Kelantan River Flood Mitigation Plan Feasibility Study pada tahun 2000. Antara skop kerjanya yang dicadangkan dalam kajian tersebut yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Pembinaan Empangan Nenggiri. Betulkah sebutan saya itu?

Empangan Nenggiri;

(ii) Pembinaan Empangan Lebir; dan

(iii) Pembinaan ban di kedua-dua belah tebing sungai Kelantan di mana sebahagian daripadanya telah disiapkan pada tahun 2013.

Manakala bagi skop kerja yang lain pihak kementerian akan melaksanakannya secara berperingkat tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan. Pembinaan empangan tersebut akan berfungsi sebagai takungan air. Ini seterusnya dapat mengurangkan masalah aras air di Sungai Kelantan yang cetek terutama...

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

...Apabila tiba musim kemarau.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Bharu bangun Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Yang Berhormat Kota Bharu, Oh! Ya Yang Berhormat Kota Bharu. Silakan.

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan khususnya berhubung dengan projek-projek JPS di negeri Kelantan. Pertamanya saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat, projek yang dikatakan akan dilaksanakan iaitu Empangan Nenggiri dan juga Empangan Lebir yang terletak di Hulu Kelantan iaitu di Gua Musang. Bilakah ianya akan dilaksanakan? Adakah ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat ini ataupun bila?

Keduanya saya juga hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengenai projek membina tebing sungai Kelantan di Kota Bharu kebetulan di kawasan saya. Bolehkah Yang Berhormat memberikan satu pencerahan bahawa projek yang dilaksanakan oleh JPS jaraknya adalah lebih pendek daripada satu projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu di Dataran Sirih yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mempunyai usaha sama dengan kerajaan negeri. Apa yang dibina oleh JPS jaraknya pendek tetapi kosnya melebihi daripada dua kali ganda projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang sekarang ini telah dibina dengan pembangunan termasuklah bangunan pasar raya Tesco dan sebagainya di Lembah Sirih atau Dataran Sirih. Kosnya lebih rendah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan strukturnya adalah lebih baik berbanding yang dilaksanakan oleh JPS. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu atas pandangan Yang Berhormat Kota Bharu tentang projek tebatan banjir itu. Itu hanya satu penilaian kadang-kadang kalau kita melihat sesuatu kita kata “Oh! Itu lebih baik daripada apa yang dia buat.” Itu sahaja. Jadi kos projek yang dibuat untuk tebing Sungai Kelantan itu yang dijangka siap pada bulan Julai tahun 2013 dengan kos RM267 juta. Ini telah memberi manfaat kepada seramai lebih kurang 700,000 orang. Ini adalah di Kota Bharu.

Jadi pengurangan kawasan banjir daripada 713 hektar daripada 324 hektar di bandar Kota Bharu itu adalah mungkin satu achievement jugalah. Akan tetapi untuk menyelesaikan masalah secara total ini kena membina dua empangan itu.

Kedua-dua empangan itu adalah di dalam fasa yang berlainan di fasa dua, di fasa tiga dan seterusnya. Apabila ianya diluluskan nanti oleh EPU peruntukan diluluskan, maka

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

itulah pembinaan yang akan dibuat. Permohonan ini sudah dibuat untuk tahun 2015. Jadi kita mengharapkan bahawa peruntukan akan dapat diberilah untuk dua empangan itu supaya tebatan banjir di sungai Kelantan ini diselesaikan secara menyeluruh ataupun total achievement.

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Maksud Yang Berhormat? Saya hendak dapat penjelasan. Maknanya dua-dua empangan ini tidak akan dimulakan pembinaannya sebelum 2015? Begitu?

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Sebelum pembinaan empangan itu memang memerlukan kos yang tinggilah. Ia akan dilaksanakan apabila peruntukan ini diluluskan pada fasa yang akan datang sebab kita sudah memohon...

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tidak maksud saya Yang Berhormat kata 2015 dipohon...

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Peruntukan untuk tahun 2015.

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tahun 2015 dipohon dan saya ingin mendapat penjelasan, maknanya sebelum tahun 2015 tidak akan dibinakan dimulakan pembinaan. Pada tahun 2015 pun belum tahu akan diluluskan atau tidak. Adakah begitu?

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Kalau kita sudah pohon kita akan terus menyokong projek ini supaya kita dapat peruntukan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Ini yang...

final • 12:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat dalam kedudukan boleh memberikan keyakinan kepada Dewan ini sama ada perancangan daripada kementerian Yang Berhormat akan diluluskan atau tidak. Berapa peratus kemungkinan ia akan dijayakan pada tarikh Yang Berhormat sebut sendiri?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kalau panjang lagi Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis sudah hampir lebih 100 minit Yang Berhormat gunakan untuk mengulang.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Tidak itu saya sudah menjawab dan yang terakhir Yang Berhormat adalah berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Merbok mengenai isu pencerobohan hutan bakau di Sungai Merbok yang mencemarkan dan memberikan kesan kepada nelayan.

final • 12:20 PM

Dato' Dr. James Dawos Mamit

Ingin saya memaklumkan bahawa pembukaan kawasan hutan bakau di Merbok yang bertujuan untuk industri akuakultur, ternakan udang adalah di bawah projek akuakultur swasta melibatkan kawasan hutan bakau tanah kerajaan negeri di Bukit Meriam. Kawasan yang dikenal pasti adalah di luar kawasan Hutan Simpan Kekal Merbok. Pembangunan melibatkan kawasan tanah kerajaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Perkara ini perlu dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri kerana isu ini merupakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

final • 12:30 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbincangan Usul Titah Diraja dan khususnya bagi Ahli Yang Berhormat dari Langkawi, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tasik Gelugor, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sandakan yang telah menyentuh mengenai bidang kuasa Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dalam sesi perbahasan

final • 12:31 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

tersebut. Sehubungan itu saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan berhubung dengan perkara-perkara dan isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Langkawi, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Titiwangsa dalam perbahasaannya telah menyentuh berkenaan dengan subsidi Petronas kepada Independent Power Producer (IPP) sebanyak yang disentuh RM8 bilion. IPP yang menyalurkan kos yang dikatakan tinggi kepada TNB hanya adalah unsur a Fuel Cost Pass Through (FCPT) dalam perjanjian serta kenaikan tarif elektrik oleh TNB untuk mengekalkan keuntungan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah menyalurkan sebarang bantuan kewangan atau pun pemberian kepada subsidi gas kepada IPP bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan berlebihan. Pihak IPP adalah neutral daripada sebarang kesan kenaikan atau penurunan harga, gas atau bahan api. Subsidi gas yang dimaksudkan tersebut adalah sebenarnya jumlah hasil yang dilepaskan oleh pihak Petronas selaras dengan keputusan kerajaan untuk menetapkan harga gas yang lebih rendah dari harga pasaran kepada sektor penjanaan elektrik yang akhirnya menyebabkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, buat masa ini harga gas untuk penjanaan elektrik yang ditetapkan oleh kerajaan adalah pada kadar RM13.70 bagi setiap MMBtu dan harga ini adalah harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu dalam lingkungan RM40 bagi setiap MMBtu. Oleh itu, rakyat dapat menikmati kadar elektrik yang lebih rendah. Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga pada masa akan datang, sudah tentulah semakan semula tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana gas merupakan bahan api utama yang digunakan dalam penjanaan elektrik.

Sebarang perubahan harga bahan api akan disalurkan kepada TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos tersebut kepada pengguna melalui prinsip Fuel Cost Pass Through. Ini bermakna kenaikan tarif elektrik yang dilaksanakan bagi menampung kenaikan kos bahan api bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada pihak TNB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tarif elektrik...

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri bangun Yang Berhormat.

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Belakang sekali, kedudukan sudah berubah. Di belakang sekali.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Oh! Hujung, jauh di sana.

Saya habiskan satu lagi.

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey, terima kasih.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Sebab kalau...

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Yang Berhormat Menteri memberi peluang. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi belakang pun Tuan Yang di-Pertua nampak Yang Berhormat. Tidak ada masalah.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, dia punya rambut itu senang hendak kenal.

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kebanyakan tidak nampak, menganaktirikan di belakang.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tarif elektrik pula meningkat apabila IPP diperkenalkan. Ini adalah kerana pihak TNB perlu membayar balik pelaburan yang telah dibuat oleh IPP yang menjana tenaga elektrik bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik walaupun kadar tarif elektrik telah mula meningkat berikutan penglibatan IPP dalam industri pembekalan elektrik dan juga ekoran daripada keputusan kerajaan untuk merealisasikan subsidi tenaga. Ia adalah untuk menjamin keselamatan daya harap sistem pembekalan elektrik di Semenanjung. Ya, Yang Berhormat Bakri.

final • 12:31 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri memberi peluang kepada Bakri dan Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada Bakri menanya soalan kepada Menteri. Di sini saya hendak tanya mengapa terdapat pertindihan dalam mengawal selenggara tiang bekalan elektrik? Tiang besi diselenggara oleh pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan. Manakala tiang konkrit diselenggarakan oleh TNB.

Mengapa tidak diserahkan kepada TNB memandangkan TNB merupakan pembekal tenaga elektrik dan agensi yang profesional serta mempunyai tenaga kerja mahir dalam bidang ini.

Dalam sistem tenaga solar, bateri diperlukan untuk menyimpan tenaga elektrik yang dijana. Adakah mekanisme kerajaan untuk mengumpul semula bateri-bateri ini dan di manakah tapak pemprosesan bateri-bateri lama dan sudah tidak boleh diguna pakai?

Apakah garis panduan yang diguna pakai berhubung perkara ini? Sekian, terima kasih.

Minta penjelasan.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tajuk Yang Berhormat Bakri jauh sekali daripada perkara IPP yang sedang saya bincangkan.

final • 12:31 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 12:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Namun, nanti saya kembali kepada perkara tersebutlah. Ini hal pengurusan. Kalau di Sabah itu semua stock and barrel di bawah SESB. Kalau di Sarawak pun begitu. Semenanjung nampaknya ada perbezaan jika itu adalah untuk semua kawasan. Kayu di bawah pejabat daerah atau pun pihak berkuasa tempatan dan besi pula di bawah TNB. Nanti saya minta penjelasan dari pegawai dan saya kembali kepada Yang Berhormat Bakri.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 12:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

IPP.

final • 12:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Batu, IPPkah ini?

final • 12:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

IPP.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Batu.

final • 12:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri sebut kerajaan tidak memberi sebarang subsidi kepada IPP dan juga membenarkan bahan-bahan bakar ini ditentukan oleh harga pasaran. Saya ingin tahu secara khususnya dengan perjanjian IPP dan TNB tidak diketahui umum. Kita ingin tahu apakah faedah atau insentif yang kerajaan beri kepada IPP. Secara tidak langsung ini juga merupakan beban kepada pembayar cukai.

Saya rasa subsidi kepada IPP ini harus dilihat dari segi sama ada competitive pricing atau tidak supaya kita boleh ketahui sama ada IPP ini membekalkan elektrik kepada TNB dengan kadar yang lebih rendah daripada TNB sendiri menjanakan. Setahu kami dan selama ini kerana sudah banyak perbahasan TNB merasakan ini yang menyebabkan TNB tidak boleh menjanakan elektrik dengan lebih murah. Ini akhirnya akan dialihkan kepada consumers.

final • 12:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akhir sekali saya juga ingin dapat penjelasan bila Yang Berhormat Menteri kata kalau kadar tarif ini akan di adjust ikut bahan mentah, bahan api pasaran apakah ini akan menjamin pihak pengguna ini dapatkan kadar yang lebih rendah dan bagaimana mekanisme adjustment ini akan berlaku.

final • 12:40 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Kepada Yang Berhormat Batu apa yang telah saya perjelaskan tadi itu adalah sebenarnya keadaan yang sebenar dari segi cost pass-through. Sebab apa-apa perubahan kepada harga gas di peringkat penggunaan yang ditetapkan oleh pihak Petronas itu, sememangnya adjustment itu jika

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

dipersetujui oleh kerajaan dia dipasskan kepada pihak TNB, okey dan pihak TNB sememangnya akan berbincang dengan pihak kerajaan setakat mana kos tersebut itu akan ditanggung oleh pihak TNB ataupun dipass kepada consumer.

Pengertian sebelum ini adalah seolah-olah subsidi itu adalah kepada IPP. Hanya IPP mendapat faedah daripada kadar belian tenaga yang dia keluarkan seperti mana dalam perjanjian tersebut. Jadi dia semata-mata mendapat keuntungan lebihan dan seterusnya kerana ini telah ditetapkan lebih awal dalam PPA setiap MPT ataupun syarikat penjana tersebut dan dalam sistem...

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tunggu sekejap saya habiskan dahulu. Dalam metodologi kita pada saat ini dia lebih secara kompetitif khususnya second or third generation IPP itu kita ambil kira bukan sahaja kos penjanaan tetapi return to capital yang realistik bukan sebenar harga itu atas rundingan sahaja semata-mata untuk capital recovery dan seterusnya.

Itulah dari segi perbincangan untuk first generation IPP semua ini yang hampir luput ia adalah sebagai cara competitive bidding dan dengan itu harga-harga itu lebih murah daripada harga yang pada masa ditetapkan dalam first generation di mana I think pada waktu itu Ketua Pembangkang pun Menteri Kewangan dan terlibat sama dalam proses tersebut. So, kita selepas itu saya nyatakan tadi lebih sistematik, lebih realistik dari segi return to capital, dengan izin dan seterusnya. So, begitulah sebenarnya.

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Jadi dari segi - tunggu dahulu, faedah yang dapat ini disalurkan kepada TNB jumlah yang berapa harusnya di pass kepada pihak consumer ataupun seterusnya adalah atas perbincangan dengan pihak kerajaan untuk memastikan beban pengguna itu diambil kira dan seterusnya. Jadi tidak sewenang-wenangnya seperti mana kita katakan sebenarnya kerajaan memberi subsidi kepada pengguna setia tenaga di negara kita ini. Misalnya bagi sistem itu di mana bagi semua pengguna elektrik di Semenanjung khususnya menggunakan tenaga elektrik bersamaan dengan 92 kilowatt sebulan atau kurang dikecualikan untuk membayar bil di bawah rebate RM20. Kita tanggung hampir RM150 juta satu tahun untuk pengguna- pengguna di bawah kategori ini.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Enam orang yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya berikan kepada Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahas seperti biasa. Okeylah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, yang lain minta duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Kasi dahulu siapa yang ada bahas, nanti Yang Berhormat Sandakan kemudian.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri bila kita kata subsidi diberikan kepada IPP kita tidak kata bahawa ianya ada masuk dalam perjanjian konsesi IPP. Akan tetapi oleh kerana IPP ditawarkan dengan kadar yang cukup tinggi subsidi sebenarnya telah menampung keuntungan kepada pihak IPP. Saya setuju bahawa untuk generasi-generasi IPP yang kemudian memang harga telah pun menurun.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ini adalah soalan saya, dalam penawaran konsesi IPP yang terbaru ini kepada Tenaga Nasional, Genting Sanyen dan lain-lain, saya minta sama ada Yang Berhormat Menteri boleh berikan penjelasan apakah perbezaan antara harga yang telah pun ditawarkan kepada IPP yang baru ini dengan IPP yang sebelum ini, second generation dan juga first generation. Sama ada kos kepada TNB telah pun menurun akibat sistem bidding yang baru yang telah pun dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Itu soalan satu, soalan dua yang berkaitan, pihak suruhanjaya telah pun menawarkan konsesi baru kepada pihak TNB dengan kadar 34.7 sen setiap kilowatt/hour baru-baru ini tetapi pada masa yang sama menawarkan konsesi ataupun melanjutkan konsesi kepada IPP yang lama di mana ia punya capital investment sudah pun luput lebih kurang luput tetapi telah dipanjangkan tetapi dengan harga yang lebih tinggi kepada Genting Sanyen dan juga Segari dengan kadar 35.3 sen dan 36.3 sen.

So, saya hendak minta tahu apakah logik di mana Tenaga Nasional hendak bina loji yang terbaru tetapi dapat memberikan kos tenaga yang lebih murah kepada Tenaga Nasional, elektrik yang lebih murah kepada Tenaga Nasional, manakala yang sudah sedia ada capital investment sudah buat dapat kontrak untuk menjual tenaga elektrik dengan harga yang lebih mahal. Macam logik tidak berapa betul.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sebenarnya yang sudah luput lebih murah yang baru lebih mahal. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri saya ada related punya question sedikit sahaja. Saya hendak tanya adakah extension kepada Genting Sanyen itu related dengan penjualan Genting Sanyen kepada 1Malaysia Development?

Apakah rasional Kerajaan Persekutuan membiarkan 1Malaysia Development Corporation untuk membeli Genting Sanyen? Itu soalan saya dan adakah PPA akan dilanjutkan kepada Genting Sanyen dan 1Malaysia Development Corporation? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat berkaitan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Semuanya berkaitan, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain 1Malaysia Development Berhad, selain daripada telah pun membelanjakan kalau tidak silap saya RM1.9 bilion untuk membeli Genting Sanyen Power Plant dan kini baru-baru ini telah dilaporkan 1Malaysia Development Berhad akan membeli lagi Jimah Power Plant dengan harga RM1.2 bilion. Apakah rasionalnya keputusan kerajaan? Adakah 1MDB ini kini akan dijadikan pakar penjana elektrik negara. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Apa-apa yang berkaitan dengan Genting Sanyen semua itu, itu adalah between willing buyer willing seller dan itu di bawah kawalan pihak kita. Apa-apa anggapan itu yang dikemukakan tadi oleh pihak awam harus dikemukakan kepada pihak mereka. Kita sebagai pengawal...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Kita sebagai pengawal hanya memastikan supaya perundangan dan matlamat-matlamat perundangan yang ada stability, supply, production yang efficient, dan juga kos yang munasabah itu yang di bawah kuasa kita. Akan tetapi syarikat yang hendak bergabung-gabung itu adalah within entities and basis willing buyer willing seller.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Menteri adakah Yang Berhormat Menteri sendiri setuju kerana objektif penubuhan 1MDB bukan untuk membeli power plant dan adakah setuju pembelian besar-besaran ini kini menyebabkan wang rakyat RM3 bilion lebih adalah satu bail out untuk kroni, setuju tidak?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tidaklah, saya rasa perkara itu adalah dalam bidang business decision oleh pihak entiti tersebut. Apabila dia membuat decisions begitu dia akan mengambil kira kepentingan rakyat juga...

final • 12:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Akan tetapi kita tidak boleh mengehadkan apa sektor yang mereka boleh masuk dan apa yang tidak boleh masuk.

Saya mahu teruskan Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Menyampuk] ...Sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Selepas...

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit sahaja Yang Berhormat. Tadi saya nampak...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...TNB juga entiti kerajaan, dianaktirikan berbanding dengan 1MDB seperti Yang Berhormat Petaling Jaya Utara utarakan tadi.

Sekarang kerajaan membayar lebih rendah kepada TNB yang sepatutnya penjana elektrik.

Akan tetapi sekarang bayaran kepada Genting Sanyen, 1MDB itu jauh lebih tinggi dan sebenarnya dia sudah mencapai tarikh luput. Jadi, itu persoalan kita...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Adakah itu satu bail out dan adakah kontrak PPA akan dilanjutkan kepada Genting Sanyen, 1MDB.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Seperti mana yang saya katakan tadi dari segi keputusan kerajaan untuk menyambung ataupun tidak. Bagi generasi pertama IPP semua ini, ia melalui satu proses yang cukup ketat dan seperti yang saya katakan tadi open biding. Jawatankuasa mengambil kira efficiency sesuatu IPP itu dan sememangnya dari segi capital recovery sebab mungkin ada kos yang mereka telah tambah dari segi kapasiti sebelum itu dan seterusnya. Akan tetapi I assure you that dalam pendekatan yang terkini adalah begitu sistematik, profesional dan supaya money worth untuk setiap proses yang dijalankan.

Sememangnya kita tidak boleh mengatakan bahawa sememangnya yang dahulu lebih mahal ataupun lebih murah berbanding dengan yang baru.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

I mean technology sudah pun maju ke hadapan, efficiency sudah meningkat. Jadi, recovery of capital dalam generasi kedua dan ketiga semua ini sememangnya lebih cepat berbanding dengan sebelumnya.

Okey, nanti kembali kemudianlah...

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya habiskan dahulu...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Di blok Barisan Nasional pun ada yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Sebahagian.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Langkawi bangun.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 12:50 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menjana tenaga elektrik...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya sudah jawab tadi...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Tertakluk kepada teknologi, tertakluk kepada efficiency level dan seterusnya.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:50 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

Yang Berhormat Menteri, kuasa untuk menjanakan tenaga elektrik...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Merbok.

final • 12:50 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

...Oleh pihak TNB mahupun IPP...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Merbok dahulu lah.

final • 12:50 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

...Adakah pihak Yang Berhormat Menteri tahu...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, yang lain duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Prof. Dr. Ismail bin Daut - Merbok

...Berlakunya banyak kehilangan tenaga semasa penjanaan tenaga, semasa pemindahan tenaga dan semasa penggunaan tenaga.

Adakah pihak kementerian telah mengarahkan untuk membuat kajian dan berapa peratus kah kehilangan yang sebenarnya berlaku? Ini kerana faktor ini memberikan kerugian kepada kerajaan dan menaikkan tarif elektrik kepada rakyat. Sekian.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkilli

Okey, sebenarnya kebanyakannya ini lari daripada topik yang sedia ada tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat Merbok. Kita mengambil perhatian kepada perkara-perkara tersebut dan loses ataupun kehilangan...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Ketirisan seperti itu...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Kasi chance Sabah lah.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tunggu Yang Berhormat Sandakan, nanti ada seksyen Sandakan. Baru bangkitkan nanti, tolong duduk. Terima kasih, saya jawab dahulu.

Memang ada, akan tetapi jumlah itu tidaklah begitu besar kerana penjanaan kuasa ini melibatkan tiga bahagian. Dari segi generation, transmission dan distribution dan kebanyakan di peringkat distribution atau pengagihan itulah masalah kecurian, kayu jatuh, putus dan seterusnya. Akan tetapi loses seperti ini tidak juga begitu meningkat kecuali di negeri Sabah.

Saya mengatakan negeri Sabah, saya pun sedih kes kecuriannya hebat sedikit daripada di tempat-tempat lain khususnya kawasan setinggan. Di mana orang asing kebanyakannya tinggal di situ. Mereka melaporkan kepada saya, potong pada pukul 10 pagi tetapi pada pukul empat pagi sudah disambung balik. So, chance seterusnya tetapi kita akan terus meningkatkan usaha supaya dapat mengurangkan ketirisan melalui kecurian. Akan tetapi saya katakan kurang daripada satu percent dan usaha kita memastikan supaya ia akan terus dalam kadar terendah. Yang Berhormat Langkawi bekas engineer, okeylah.

final • 12:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Lanjutan daripada apa Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada Dewan sebentar tadi iaitu subsidi Petronas RM8 bilion itu dipass kepada IPP dan IPP bagi kepada Tenaga Nasional dan akhirnya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang lain itu duduk Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

...Tenaga Nasional kepada masyarakat. Apakah boleh saya menyatakan di sini bahawa sesungguhnya tuduhan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab bahawa RM8 bilion subsidi oleh Petronas itu diberikan kepada IPP adalah tidak benar dan sesungguhnya RM8 bilion itu adalah kegunaan untuk menurunkan tarif. Adakah benar Yang Berhormat Menteri?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya telah pun menjelaskannya tadi bahawa melalui fuel cost pass-through untuk sistem itu. Apa-apa perubahan dari segi kos bahan tersebut sebenarnya nilai pelepasan ataupun income forgone oleh pihak Petronas dari segi gas sahaja pun adalah RM18 bilion bukannya RM8 bilion sahaja. Kerana inilah seperti yang saya katakan tadi bahawa rakyat boleh menikmati harga yang munasabah. Apa-apa perubahan daripada perjanjian dari segi PPA itu seperti yang saya katakan tadi ditanggung oleh pihak TNB, apabila berbincang dengan pihak kerajaan dan kita akan memutuskan berapa sebenarnya yang kita pass kepada consumer. Dengan hanya mengatakan energy world wide tidak ada yang menurun, semuanya adalah meningkat. Akan tetapi apa yang penting ia meningkat dengan kadar yang munasabah, sesuai dengan pertumbuhan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk menanggungnya. Seperti yang kita buat, subsidi kepada rakyat hampir RM150 juta setahun sekadar untuk memastikan mereka yang berpendapatan rendah sentiasa terjamin dari segi hidup yang selesa dengan rebat yang diberikan. Seperti mana saya sebutkan tadi.

Sebenarnya Lifeline Band ini juga di bawah 200 kilometer per kilowatt untuk sebulan, kadar hanya 21.8 sen seunit berbanding dengan consumers yang biasa. Jadi, begitulah. Yang Berhormat Sandakan tunggu dahulu, ada Yang Berhormat Sandakan sini...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kelana Jaya minta...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Cukup dahulu...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

... Yang Berhormat Menteri, boleh tidak?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Nanti kembali.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat,

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Ada perkara apa lagi?

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya sudah tunggu lama...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh macam ini.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

...Belum lagi beri.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Yang Berhormat Sandakan, tidak boleh macam ini.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Untuk makluman Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

...Saya hendak tanya tentang rizab margin, boleh tidak?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu, nanti saya beri peluang. Kebanyakan IPP generasi pertama seperti yang saya katakan tadi, akan tamat tempoh kontraknya dalam dua, tiga tahun ini sudah pun dibangkitkan. Sebarang lanjutan tempoh kontrak dan pembangunan penjanaan baru akan dilakukan melalui proses pembidaan competitive as I has said, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Melalui penelitian yang menyeluruh oleh KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan MyPower Cooperation, pembidaan secara kompetitif ini akan memberi lebih faedah kepada negara melalui penambahbaikan persaingan sedia ada di peringkat penjanaan. Ini seterusnya membolehkan tarif elektrik yang lebih kompetitif diperoleh berbanding dengan sekarang. Menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam projek-projek penjanaan di Malaysia serta mengoptimumkan struktur kapital projek tersebut...

final • 12:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ketiga, memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing serta mengadakan kerjasama dengan luar bagi membolehkan amalan terbaik industri dapat diperoleh. Mendedahkan syarikat tempatan kepada teknologi-teknologi luar yang lebih baik untuk diguna pakai dan seterusnya dibangunkan di Malaysia.

Kelima, membangunkan modal insan di Malaysia, yang mana kepakaran syarikat luar akan dibawa masuk.

Keenam, membangunkan penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D di peringkat tempatan, yang mana ketika ini kebanyakan komponen utama bagi stesen penjanaan seperti turbin di import sepenuhnya dari luar negara.

Ketujuh, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat untuk bekerja dalam syarikat berstatus antarabangsa dan seterusnya mendapatkan pengalaman berkaitan untuk diguna pakai di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sungai Siput di dalam perbahasannya telah membangkitkan mengenai penggunaan biomass dalam sisa kelapa sawit untuk menjana tenaga elektrik...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Perlu dinyatakan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Boleh sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Bahawa kerajaan memang mengambil serius mengenai penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu TBB untuk renewal energy, dengan izin, bagi tujuan penjanaan tenaga eklektik.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sambung petang Yang Berhormat. Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sila Yang Berhormat Menteri sambung. Berapa lama lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 2:30 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Masa 20 minit, setengah jam Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) mekanisme Feed-in Tariff (FiT) telah dilancarkan pada 1 Disember 2011. Mekanisme ini membolehkan tenaga elektrik daripada sumber TBB seperti biomass

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

dan sisa kelapa sawit dijual kepada syarikat utiliti pada suatu harga yang ditetapkan.

Sehingga kini sebanyak 50 megawatt atau 50% daripada jumlah keseluruhan kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu (TBB) adalah daripada sumber biomass.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Sandakan dan Tuaran dalam perbahasan telah menyentuh berkaitan masalah bekalan elektrik di Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan amat peka berhubung masalah gangguan bekalan elektrik dan ketidakcukupan bekalan elektrik yang dihadapi oleh pengguna- pengguna di Sabah.

Secara umumnya kejadian gangguan bekalan elektrik di Sabah adalah disebabkan tiga punca utama seperti berikut:

(i) kekosongan penjanaan elektrik yang berdaya harap untuk menampung permintaan tenaga elektrik yang meningkat disebabkan perancangan projek penjanaan yang telah dibuat sebelum ini tidak dapat diteruskan;

(ii) jaringan penghantaran dan pembahagian elektrik yang masih belum kukuh menyebabkan lucutan beban atau emergency load sharing, dengan izin, kadangkala terpaksa di lakukan; dan

(iii) kes kecurian elektrik yang kerap menyumbang kepada insiden gangguan bekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Tawau dan Sandakan.

final • 2:32 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Pada masa ini, Pantai Timur Sabah bergantung pada stesen-stesen jana kuasa diesel bagi membekalkan bekalan elektrik based load, dengan izin. Sabah [Disampuk] Beri saya habis dulu. Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) masih menggunakan loji jana kuasa diesel yang sudah lama iaitu telah berusia lebih daripada 20 tahun yang menjadikan kos pengeluaran semakin tinggi dan daya boleh harap stesen tersebut semakin menurun. Ini telah menjejaskan. Saya harap bekalan elektrik...

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, ada dua yang bangun Yang Berhormat Menteri.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Beri saya habis dulu Setelah menjelaskan bekalan elektrik terutamanya di Pantai Timur Sabah. Oleh yang demikian, pembinaan stesen jana kuasa yang baru amatlah penting bagi meningkatkan daya harap pembekalan elektrik di Pantai Timur Sabah serta mengelakkan berlakunya gangguan bekalan elektrik kepada penduduk-penduduk negeri Sabah pada masa akan datang. Okey Yang Berhormat Sandakan.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kelana Jaya. Yang Berhormat Sandakan dulu.

final • 2:32 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini kalilah kita ada Yang Berhormat Menteri dari Sabah menjaga ini elektrik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya ini Yang Berhormat Menteri tentang kecurian elektrik ini. Jadi ini pun salah satu faktalah mengganggu ini elektrik di Sabah.

Jadi saya mahu tahu, Yang Berhormat Menteri ada satu undang-undang, ada syarat pakai mana boleh menjaga pencurian elektrik ini tidak di lakukan oleh PTI. Saya dapat tahu dari ini seorang pengurus SESB, dia bilang ini kecurian PTI ini, elektrik ini, tidak boleh buat apa-apa sebab PTI tidak ada dokumentasi untuk menghukum. Jadi saya mahu tanya ini Yang Berhormat Menteri, apa langkah yang Menteri berkenaan mahu beri bagi menjaga atau menghentikan sahaja jenayah sebegitu. Saya fikir ini sebegitu. Itu soalan satu saya.

Lagi satu saya mungkin Yang Berhormat Menteri pun tahulah, sekarang Sabah masih berada ini power sharing setiap hari. Jadi khususnya di Sandakan, hari-hari kita mesti menghadapi ini kesukaran. Jadi saya mahu tahu IPP yang kita mengadakan di Sabah sebanyak yang dijana by IPP. IPP pun kita sudah dapat tahu dia ada banyak manfaat daripada kerajaan. Dia ada ini capital return, dia ada diesel punya subsidi, dia punya boleh menjual dia punya tarif yang lebih tinggi, lebih mahal. Akan tetapi, saya nampak yang ITP

final • 2:32 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

dia tidak ada satu tanggungjawab mengadakan memberi yang tarif yang sudah janjilah. Jadi sekarang Sabah masalah yang pentingnya sebab kita tidak ada akses.

Bermakna setiap IPP mesti mahu memberi cukup apa yang dijanjikan dalam IPP perjanjian itu. Akan tetapi, saya kita dapat tahu one after another yang IPP ini sebenarnya rosak itu dia punya generating set. Akan tetapi, selepas kerosakan ini bermakna IPP tidak boleh memberi cukup bekalan elektrik kepada rakyat tetapi IPP ini tidak perlu bertanggungjawab. Ini bagaimana? Saya harap kementerian ini mesti mahu memantau situasi yang tidak wajar ini. IPP dapat untung tetapi dia tidak beri cukup powernya kerana ini dinikmati...

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Ya, ringkaskan.

final • 2:32 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Satu lagi yang saya mahu tahu kementerian ini di Sabah. Saya didapati tahu laporan ini dapat dari menteri lalu mahu mencukupi Sabah punya bekalan elektrik mahu sampai tahun 2015. Jadi sekarang setiap hari Sabah, Sandakan tidak ada karan, tidak ada power. Setiap hari *blackout.

What is…,* apa langkah yang cepat sekali, sekerapnya boleh memberi bantuan kepada ini, memberi power elektrik kepada Sabah ini. Kita tidak boleh menunggu sampai tahun 2015, baru ada cukup bekalan elektrik. Saya fikir ini pun sudah, Yang Berhormat Menteri pun sudah pun kena juga ini bukan Mentakab yang punya, ini sudah lama, 10 tahun Sabah pun begitu. Kita tidak tahu apa macam ini akta yang sedia ada.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan di atas keprihatinan perkara ini dan sememangnya perkara yang dibangkitkan ini adalah sesuatu yang begitu lama disuarakan. Namun saya boleh beritahu dari segi keseluruhan, maka amat sukar juga untuk menunjuk tangan kepada siapa yang bersalah ataupun bertanggungjawab. Dalam saat ini saya maklumkan pada Dewan yang mulia ini, memang installed capacity bagi negeri Sabah 1,276 megawatt dan dependable kapasiti sekadar 1,169 megawatt.

Kebanyakan ini sebetulnya the actually capacity maybe sekadar about 900 megawatt dan peak demand averaging pada 2012 ialah 829. So, margin kita memang kecil kalau semua mengikut dependable capacity dan tidak ada IPP yang kita rehatkan kerana scheduled maintenance, margin pun less than 10%. Itulah the normal circumstances. Ini kerana scheduled maintenance, kita perlu rehatkan macam hari ini di Labuan dan baru sahaja selesai di Sandakan. Maka, the margin itu adalah tidak mencukupi...

[Disampuk] Tunggu dulu...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Kelana Jaya.

final • 2:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Kita katakan, kenapa Kerajaan Persekutuan memberi 300 megawatt coal tujuh tahun dulu tetapi pihak awam, pihak NGO menentang. Akhirnya, tujuh tahun baru selesai dan dipindahkan menjadi satu ditempatkan di Lahad Datu dengan menggunakan LNG. Saat ini saya mengumumkan, perundingan belum selesai kerana PPA purchase agreement antara pemaju dan SESB belum pun ditandatangani. Pada masa yang sama dalam keadaan waktu itu kerajaan membantu dan meluluskan dua IPP baru. Satu adalah 100 SPR di Kimanis dan satu lagi iaitu 200 megawatt. So, 300. Mereka akan siap pada bulan Mac, bulan April. Jadi, sebelum sampaikan di situ, memang pass sahaja, ngam-ngam sahaja kalau kata bilang orang Sabah. Kalau ada trip, kalau ada scheduled maintenances maka, load shading takes place.

Memang kita mahu berhabis-habislah mencari penyelesaian ke atas ini. Satu ialah meningkatkan penjanaan (generation level), improving the transmissions side supaya penyaluran itu daripada generators atau generation yang ada. Ketiga itu sememanglah peringkat pembahagian (distribution). Memang saya katakan tadi, I think based on the data, almost more than two percent is a loses, antaranya adalah kecurian. Dari segi kecurian, ini kita semua pihak hendaklah memainkan peranan untuk menyelesaikan ini.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Satu adalah pihak berkuasa tempatan di mana setinggan-setinggan ini ada dan di situlah yang harusnya enforcement itu dijalankan. Kecurian kerana orang mencuri, kalau orang tidak kasi lapor, bagaimana juga mahu ambil tindakan? Bila kita ambil tindakan, ada juga laporan daripada kita punya pihak bahawa ia potong pukul sepuluh, pukul empat sudah pasang balik. Jadi, ini tidak boleh selesai oleh SESB, tidak boleh selesai oleh pihak berkuasa tempatan. Harus ini adalah memerlukan kerjasama semua pihak, pihak keselamatan, pihak pengerusi, pihak masyarakat dan barulah kita boleh menyelesaikannya ke tahap yang memuaskan.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada empat yang bangun, Yang Berhormat Kelana Jaya, Kapar...

final • 2:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Kelana Jaya dahulu, tapi Kelana Jaya jauh.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu Yang Berhormat Menteri?

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Mengenai Sabah.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Sandakan.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Saya mahu tanya satu dulu.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Menteri, Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Tentang itu, tentang kecurian itu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, saya kena tanya, minta kebenaran Yang Berhormat Menteri yang mana satu.

Yang Berhormat tidak boleh terus sahaja. Yang mana satu Yang Berhormat Menteri?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Petaling Jaya Utara.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Petaling Jaya Utara, sila. Yang lain duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kami dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri panjang lebar. Perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sebenarnya telah dibangkitkan di sebelah sini. Yang Berhormat Menteri hanya memberitahu, apakah masalah yang sedia ada. Yang Berhormat Menteri macam tidak ada penyelesaian untuk masalah elektrik yang ada di Sabah dan sikit di Sarawak juga sekarang. Masalah ini bukan masalah yang baru terbangkit, masalah ini sudah berlaku selama 10 tahun, 15 tahun ke belakangan ini. Apakah sebabnya tidak ada peruntukan atau pun tidak ada fokus yang terperinci untuk menyelesaikan masalah yang rumit di Sabah sekarang? Akibat tidak ada elektrik yang konsisten di Sabah, mereka pun tidak dapat menarik pelaburan yang mencukupi untuk membangun negeri di Sabah. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Menteri, tadi Menteri menimbulkan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, saya jawab dulu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri hendak jawab dulu. Duduk dahulu.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Sebenarnya saya katakan tadi banyak sudah juga mitigasi yang telah kita laksanakan. Untuk makluman, kabotaj keseluruhan 54 megawatt mulai kelmarin, dua-dua sudah pun boleh berfungsi bagi kawasan Tawau di situ. Banyak juga upgrading yang telah kita juga jalankan dalam tempoh dua tahun ini. Bukan kita kasi biar sahaja begitu. Hanya penyelesaian jangka panjang ini memerlukan perancangan dan juga pembinaan penjanaan yang lebih besar. Antaranya saat ini, kita mahu selesaikan cepat-cepat mengenai dengan IPP yang baru itu, yang menggunakan LNG. Kalau itu dapat di jalankan, maka 300 mega empat tahun dari sekarang. Satu lagi yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri adalah satu mini dam di Hulu Padas yang akan memberi kita 180 megawatt.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Jadi, dengan semua ini, beyond 2017 ini harus kita boleh menyelesaikan. Peranan kita ialah kita mahu supaya dalam lima tahun ini kita boleh membina penjanaan yang mencukupi untuk sepuluh tahun yang akan datang. Oleh itu perancangan-perancangan kita memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kerajaan Pusat sedia untuk mendengar dan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan semua pihak untuk menyelesaikan ini. Pada masa yang sama, saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, setiap tahun Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan menggunakan hampir RM560 juta untuk subsidi diesel. So, kita bercadang untuk retire some of the inefficient machines ini dan menggalakkan renewable energy dari segi biomass, dari segi solar dan seterusnya.

Bukanlah bilang kita tengok sahaja dan tidak ada buat. Banyak sebenarnya mitigasi yang telah kita melakukan. Itulah iaitu jumlah minit interruption bagi setiap pengguna satu tahun.

Dalam dua tahun ini kita telah dapat kurangkan daripada 700, dengan sasaran pada tahun ini 450. Saya telah katakan, publicly bahawa kita berharap dalam tempoh dua tahun, we can have that further. Dengan tambahan penjanaan dan improving transmission, pada masa yang sama, improving pembahagian termasuk mengurangkan kecurian-kecurian yang kecil ini. Okey.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada enam orang yang bangun Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Kelana Jaya dulu, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kelana Jaya dulu, yang lain duduk.

final • 2:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Tadi Menteri cakap, Sabah itu ada 10 peratus reserve margin betul atau tidak ya? Saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekejap, sekejap, sekejap. Ini Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya minta yang lain duduklah dahulu.

[Disampuk] Ya Yang Berhormat Putatan, kawan baik saya. Ya, silakan Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi Menteri timbulkan bahawa Sabah itu ada 10% reserve margin. Saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah energy reserve margin, dengan izin, apakah energy reserve margin nasional sekarang, dan apakah langkah-langkah untuk menurunkan reserve margin negara? Mengikut sistem power purchasing agreement dengan IPP, kerajaan perlu bayar sama ada IPP janakuasa atau tidak. Oleh itu, kalau TNB dan kerajaan betul-betul hendak jaga fiskal kewangan dan kurangkan subsidi, reserve margin ini patut diturunkan kepada tahap 25% dan bukannya pada satu tahap 40% pada tahun 2010. Jadi, apakah langkah-langkah Menteri akan buat untuk memastikan reserve margin itu berpatutan? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya sudah selesai hal tenaga bagi Semenanjung tadi. Yang Berhormat baca daripada kertas sahaja. Harus tanya pada masa yang sesuai. Reserve margin Semenanjung, yes, it is about 30+% until 40%...

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Memang ini pandangan sebahagian mengatakan begitu tinggi tetapi bagi kita, ini adalah kerana banyak juga keperluan-keperluan yang tiba-tiba dan seterusnya. Kita memastikan supaya margin itu healthy sentiasa. Jadi Semenanjung saya miscalculated at that level that we believe sustainability and security dan juga risk cost to consumer dan mengurangkan SAIDI pada saat ini. It is below 70 minutes bagi setiap pengguna satu tahun. That is the figure yang cukup bagus.

Okey, saya mahu fokus kepada Sabah sebab...

final • 2:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Silakan Yang Berhormat Silam.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita fokus kepada masalah Sabahlah. Ini masalah Sabah dibawa cerita benda lain.

Jadi Yang Berhormat Menteri, soal penjanaan elektrik yang disebutkan tadi. Ini soal base load, kita tidak boleh, memang kita tidak boleh depend on the diesel fire generators. Kita kena gunakan fuel yang mampan seperti gas dan arang batu dan sebagainya.

Yang Berhormat Menteri juga sudah menyatakan bahawa satu ketika dahulu sudah pun ada keputusan untuk membina jana kuasa di Lahad Datu, menggunakan arang batu. Selepas itu ada ia punya bantahan-bantahan daripada kumpulan-kumpulan environmentalist dipindahkan ke Sandakan, balik lagi ke Lahad Datu dan sebagainya. Apa yang saya mahu tanya di sini, setelah dibuat keputusan untuk menggunakan gas. Yang gas ini pun ada masalah daripada segi kos dan sebagainya. It is not sustainable, it is not economical, it is not financially viable dan sebagainya. Sebenarnya apakah dasar di sini sebab jika sekiranya kita tidak fokus kepada soal dasar, agensi-agensi yang terlibat seperti pembekal-pembekal bahan mentah seperti Petronas dan sebagainya, kita tidak dapat selesaikan masalah ini Yang Berhormat.

Jadi persoalan di sini ialah bagaimanakah kita selesaikan masalah ini dari segi menentukan supaya penjanaan elektrik itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan sama ada gas atau arang batu. Dalam hal ini, arang batu yang sudah ditolak oleh kerajaan negeri, apakah pihak kementerian mahu membincangkan balik, melihat balik penggunaan arang batu ini untuk menjanakan elektrik.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, saya sambung daripada Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Sambung, sambung.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini betul- betul sambung?

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Ya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Memang kawan baik.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Hanya Yang Berhormat Ipoh Barat tidak kawan baik.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ya.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri, pada beberapa penggal yang lalu, kita sudah cakap ini berulang-ulang dengan mantan Menteri dahulu yang jaga kementerian yang sama. Ada juga pernah beliau apabila melawat di Sabah yang menyatakan beliau sanggup undur, saya tidak kata “resign”, undur daripada

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan

tugas Menteri jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah elektrik di Sabah. Jadi sekarang tahniahlah Menteri, Menteri yang baik ini. Menteri yang boleh lepaskan masalah-masalah ini.

Jadi apabila saya melihat, saya mendengar, menggambarkan jawapan Menteri tadi, seolah-olah semua bermasalah. Walaupun SAIDI di Sabah ini ada kurang sedikit tetapi pengalaman rakyat Malaysia masih mengeluh. Rintihan itu masih kuat, rentetan itu masih isu yang sama. Jadi saya mintalah, apa yang dasar, ini sambung dasar kerajaan yang betul-betul boleh meyakinkan rakyat di negeri Sabah. Itu yang kita mahu tahu. Dasar betul- betul, yang bukan cubaan punya, yang betul-betul.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Beri saya peluang lagi.

Satu soalan yang sama mengenai hal ini.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, cukup, cukup.

final • 2:50 PM

Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada dua Yang Berhormat yang bangun. Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Sandakan. Isu yang sama?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab dahulu yang dua tadi. Yang Berhormat duduk.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ini yang penting.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Sila, sila.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya hendak jawab dahulu yang dua tadi. Sebenarnya bagi Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Putatan, saya cukup sedar tekanan-tekanan yang telah pun disentuh tadi. Seperti mana yang saya katakan, dalam langkah-langkah yang telah diambil setakat ini, daripada segi memang mitigasi langkah jangka pendek dan jangka sederhana dan jangka panjang. Jangka sederhana saya kena – berbanding jangka pendek dan sederhana, saya katakan tadi termasuk membeli balik sebahagian itu penjana-penjana yang dimiliki oleh SESB dan memperbaiki transmission supaya kita dapat salurkan daripada kawasan-kawasan khususnya Pantai Barat misalnya ke Pantai Timur dan seterusnya.

Jadi bagi jangka panjang, actually saya berharap betul bahawa dalam tempoh 12 bulan ini. Ini kerana 300 mega akan mulai available pada awal tahun depan. Hanya transmission yang sedang kita usahakan pada saat ini. Seterusnya saya katakan tadi jangka panjang dengan cadangan Ampangan dan seterusnya di Ulu Pedas, ia lebih membawa kita sampai tahun 2017/2018. Sememangnya banyak lagi struktur langkah yang saya katakan tadi ialah untuk meretirekan, kasi pencen ini penjana-penjana diesel fire yang dimiliki oleh SESB sebahagian juga daripada IPP yang sudah tua dan ini dalam perancangan kita. Jadi keseluruhannya semuanya ini hanya pada saat ini, the margin yang saya katakan tadi tetapi dengan 54 mega yang keluar dari Tawau harus itu membantu kita mengurangkan shading. Kalau ada schedule maintenance, memang negatif. Kenapa begitu? Tidak mencukupi.

Jadi itulah kalau kita katakan bahawa apabila lagi, ini kalilah, cakap-cakap ini kali tetapi sudah kali-kali, tiada juga. Akan tetapi ini kalilah, kita cuba urus. Kita mahu by within the next three-four years, we can rancang straight forward bahawa dalam sepuluh tahun akan datang, power-power kita mencukupi.

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

Boleh beri laluan kepada Sarawak?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Perlu kerjasama daripada semua pihak.

final • 2:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Antara gas dan arang tadi dikatakan [Disampuk] Daripada...

final • 2:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Tuaran.

Sememangnya inilah...

final • 2:50 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Penjelasan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya katakan tadi penyelesaian yang telah dicapai itu supaya diganti itu arang batu fire punya lojing dengan LNG, until hari ini, pihak pemaju belum lagi menandatangani perjanjian PPA, kerana kita nampaknya perlu semak balik daripada segi costing dan seterusnya. Namun pihak kementerian akan mencari penyelesaian dalam tempoh, saya kata paling lama ini, 60 hari mesti mahu cari penyelesaian mengenai perkara ini.

Daripada segi arang, actually bagi saya, I am a scientist dan arang today punya *fire is one of the most efficient and it’s environmental friendly. You can forget about smoke.

You can visit some of the world best* loji, and you will be surprised. Hanya if I may concern, maybe is about digging the arang from the land. Other than that, if you look at it, go through the process, the emission and so forth, it’s almost zero. You can see in the other country...

final • 2:50 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Akan tetapi kerana ada public opinion was such, we oblige and we decided that it’s all be replaced by L&G. So, begitulah.

final • 2:50 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat ada yang menyatakan yang takut, arang batu itu diambil daripada Maliau Basin akan tetapi Maliau Basin ini sudah dua kali dia punya protection. Arang batu yang digunakan yang akan diimport bukannya diambil daripada perut bumi Sabah. Jadi barangkali ini sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua. Pihak sebelah sana yang hari ini semua pun memberi tekanan kepada kerajaan akan tetapi mereka juga yang membantah dahulu dan menggunakan itu sebagai politik...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Seperti ini Wong Tak lah.

Not to mention is that, dialah hero nanti.

final • 3:00 PM

Datuk Madius bin Tangau - Tuaran

Dialah itu. Dialah itu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Selepas itu dia pindah pergi sebelah Lynas di sana.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Selepas itu pakai topi...

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Sandakan, soalan satu lagi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...So clearly political all the way, you know...

final • 3:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri penjelasan.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

So, that power and energy we should not politicize.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu sini, Sarawak.

final • 3:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Hulu Langat, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini ramai yang berdiri ini. Yang mana hendak?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, saya habis dulu nanti ada ruang, ada.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Akan tetapi saya mana boleh dengar lagi.

final • 3:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Penjelasan mengenai yang tadi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ini yang engineer ini Hulu Langat ini, kita nak...

final • 3:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Saya belum cakap lagi Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Akan tetapi bila saya hendak berdiri pakai itu punya expertise, pakai Yang Berhormat punya expertise, Lynas takut-takut juga.

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat sudah perli saya pula.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya habiskan. Saya akan kembali lagi, okey.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila duduk, sila duduk.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, jadi Tuan Yang di- Pertua saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah-langkah mitigasi jangka pendek yang telah diambil sebelum ini bagi negeri Sabah seperti penempatan jana kuasa saya akan terangkan, mudah alih dengan kapasiti sebanyak 80 megawatt keseluruhan rehabilitasi dan senggaraan stesen-stesen jana kuasa di selama milik Sabah Electricity Board. Kalau diperhatikan telah memperlihatkan hasil yang agak baik walaupun saya katakan tadi kita perlu teruskan usaha tersebut.

Ini dapat dibuktikan melalui pengurangan catatan seperti saya katakan System Average Interruption Duration Index, SAIDI di Sandakan. Hampir 70% kepada sekadar 825 minit pelanggan setahun pada 2010 berbanding 5,000 pada dua tahun sebelumnya itu dan juga 638 minit pelanggan setahun bagi tahun 2011 dan 796 indeksnya bagi negeri Sabah keseluruhan pada tahun 2012.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Langkawi juga turut membangkitkan mengenai isu bekalan air oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Perlu saya perjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa berdasarkan kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mengenai sumber air mentah, kawasan tadahan dan lembangan sungai adalah di bawah kerajaan negeri. Berhubungan dengan itu memandangkan perkara ini melibatkan isu sumber air antara negeri iaitu negeri Pulau Pinang dan Kedah, sewajarnya kedua-dua negeri berbincang dan bermuafakat sehingga mencapai persetujuan yang sama.

Seperti yang kita sedia maklum isu caj air di antara negeri Kedah dan negeri Pulau Pinang ini menjadi perbincangan hangat berikutan kedua-dua kerajaan negeri tidak mempunyai asas yang sama dalam tuntutan tersebut. Kerajaan Negeri Kedah membuat tuntutan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar caj air mentah atas justifikasi bahawa Sungai Muda yang menjadi sumber utama bekalan air mentah negeri Pulau Pinang telah dijaga kawasan tadahannya sehingga ke hulu sungai tersebut yang terletak di negeri Kedah dengan baik.

Ringkasannya negeri Kedah telah memberi perlindungan yang baik ke atas kawasan tadahan Sungai Muda dan wajar diberi balasan melalui pembayaran caj air mentah. Tuntutan ini telah dibuat sejak negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lagi.., while they are on the same boat. Jadi tiada yang bound. Oleh itu saya berpandangan, wajar Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersikap terbuka dan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan tuntutan ini dan pihak KeTTHA sebagai pengawal, menjaga soal pengawalan, dan soal perundangan mengenai dengan bekalan air, boleh menjadi orang tengah jika diperlukan untuk berbincang bersama.

Sebaik sahaja ada cadangan penyelesaian di antara kedua-dua pihak saya syorkan supaya perkara ini dapat dibawa dan diputuskan oleh Majlis Sumber Air Negara yang diurusetiakan bersama oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Majlis Sumber Air Negara ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, Menteri Kabinet serta agensi-agensi yang berkenaan.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang telah membangkitkan mengenai menaiktarafkan loji bekalan air di Kampung Asap, Bakun, Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di bawah rolling plan ketiga dan kesepuluh, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta untuk melaksanakan projek menaik taraf sistem bekalan air di Kampung Asap, Bakun, Sarawak.

Projek ini akan dilaksanakan dalam dua peringkat fasa iaitu fasa 1 adalah pembinaan muka sawat baru menggunakan teknologi riverbank built traction lengkap dengan sistem paip, pump serta peralatan electrical dan mechanical yang diperlukan. Ia dijangka siap pada bulan September 2013...

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Kampar bangun Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Di samping itu pula melibatkan kerja-kerja membaik pulih loji sedia ada yang dijangka siap pada Oktober 2015.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kampar.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tidak ada kena mengena.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu, Sibu sini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, beri keutamaan kepada mereka yang berbahas.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Mana Sibu? Sibu jauh bukan Hulu Rajang [Ketawa] Okey kasi chance lah.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Sibu.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi cakap pasal itu Bakun Dam. Baru-baru ini di Sarawak kami mengalami satu blackout yang besar. Seluruh Sarawak mengalami satu blackout iaitu pada 27 Jun. Jadi saya mahu penjelasan dari Menteri, mengapa walaupun di Sarawak kami ada Bakun Dam yang membekalkan elektrik yang begitu banyak kepada Sarawak akan tetapi kami masih mengalami satu blackout yang begitu besar. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan mengapa?

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ini isu keluar dari tajuk yang sedang diulaskan.

[Ketawa] [Disampuk]

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri ada di sini. Boleh jawab.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya cakap, saya mahu bicara tentang air di sini. Anyway mengenai perkara itu, siasatan sedang dijalankan dari segi masalah transmission. Tunggulah keluar laporan tersebut. Itu tidak disengajakan.

Pihak negeri Sarawak sedang meneliti apa masalah transmission yang telah pun terjadi.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Satu penjelasan lagi. Sejak bermulanya Bakun Dam berfungsi di Sarawak, kami sentiasa mengalami blackout di daerah-daerah tertentu. Jadi berulang-alik di daerah-daerah di Sarawak. Jadi...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Cukuplah, cukuplah.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

...Dulunya sebelum Bakun, kami hanya ada 1,000 megawatt electricity.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ini kerana kamu mana ada pada masa itu.

final • 3:00 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Akan tetapi selepas Bakun Dam berfungsi kami ada 2,400 yang berlebihan tetapi masih mengalami blackout yang sentiasa itu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, nanti kita berbincang di luarlah.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, cukuplah Yang Berhormat Menteri. Tidak benarkan. Sila duduk.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Cukuplah mengenai pencapaian semasa bagi isu bekalan air negeri Sabah dan bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat negeri Sabah memiliki sebanyak 301,751 akaun pengguna air yang berdaftar sehingga tahun 2013. Terdapat sebanyak 55 buah loji rawatan air di sekitar negeri Sabah dan peratusan liputan bekalan air di kawasan bandar adalah 99% tetapi di luar bandar boleh dikatakan kira-kira 75%. Dengan itu usaha perlu lagi dilaksanakan dan pada masa ini jumlah purata pengeluaran air terawat...

[Ahli Yang Berhormat Sandakan masih berdiri] Sila duduk, nanti penat.

Air terawat adalah 1,190 juta liter sehari. Jumlah ini tidak mampu menampung permintaan bekalan air terawat semasa iaitu sebanyak 1,095 juta liter sehari. Sehubungan itu di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tujuh buah projek perancangan bekalan air Sabah dan kawasan-kawasan tersebut merangkumi daerah Kota Kinabalu, Tawau, Beaufort, Keningau, Semporna dan Kundasang. Kota Marudu pun belum masuk lagi. Jumlah keseluruhan kos projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,078,850 ertinya RM1.078 bilion termasuk bagi menangani kadar air tidak berhasil ataupun non-revenue water dan kadar air tidak berhasil di Sabah adalah sebanyak 50%.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh mengenai bekalan air di negeri Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan dengan segera isu air Selangor demi untuk menjaga kebajikan...

final • 3:00 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Yang Berhormat Menteri, jangan fikir air dahulu. Itu bekalan elektrik belum lagi.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Di negeri Selangor...

Cukuplah itu!...

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

final • 3:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Ya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Dan Putrajaya terutamanya dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan. Walau bagaimanapun, kedudukan rizab bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini berada pada tahap yang membimbangkan iaitu kurang daripada 1%. Bahkan bulan lalu 0.26. Jadi ini masalah bukan Sandakan sahaja, ini masalah sini pun. Kawasan pakatan pun banyak masalah juga. See! Apa yang penting kita mahu mencari jalan...

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang penting kita mahu cari jalan.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Labuan mencelah.

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang penting konsesi yang ditawarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Labuan celah Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tunggu dahulu, tunggu dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Siapa punya Puncak Niaga?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Berbanding dengan...

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Sebelum Selangor, Labuan celah Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Rizab bekalan air yang selesa pada tahap 10% ataupun 15% yang seperti mana yang disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Bagi meredakan tekanan terhadap permintaan bekalan air yang semakin meningkat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan program- program mitigasi yang dapat meningkat sedikit kapasiti bekalan air di negeri Selangor, wilayah Persekutuan dan juga Putrajaya.

Namun begitu, penyelesaian jangka masa panjang bagi mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah melalui pelaksanaan skim bekalan air dari Pahang ke Selangor yang merangkumi dua komponen iaitu:

(i) projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor; dan

(ii) projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan telah pun memulakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah ini dan sekali gus menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Saya amat berharap agar perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ini akan mencapai satu kata pakat...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Mohon mencelah.

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ada dua yang bangun.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Yang akan mendapat isu air Selangor dalam masa terdekat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Ampang, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya, untuk makluman Dewan ini, pihak...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, tidak benarkan. Duduk dahulu.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Air tidak cukup, kena jawab.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...MB, Menteri Besar telah pun menulis surat kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri telah pun menjawab dan saya pun sudah berjumpa dengan beliau sekali untuk mencari jalan penyelesaian, yang akan memanfaatkan semua pihak. I think it’s time to set aside politics and look at the interest of the peoples...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Betul Yang Berhormat Menteri, saya setuju set aside politic, betul.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Akan tetapi pemimpin- pemimpin dari negeri Selangor...

final • 3:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Setuju, saya pun setuju,

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Saya sangat setuju.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Dari negeri Selangor mesti juga ikhlas untuk mencari penyelesaian. Saya yakin kita boleh mencari penyelesaian yang win-win situation bukan sahaja untuk rakyat, negeri...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduklah dahulu.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Wilayah Persekutuan tetapi lebih penting...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey, faham itu. Yang Berhormat Menteri, saya faham.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

...Bagi juga operators yang ada di situ. Bukan Selangor...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey, okey. Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ampang.

final • 3:10 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Mana satu Yang Berhormat?

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

PJ, Selangor.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Labuan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Itu bukan Selangor. Itu apa itu?

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Wilayah Persekutuan.

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Itu jauh.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Bagi Selangor. Bagi Selangor, kan?

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Wilayah Persekutuan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Wilayah Persekutuan?

Wilayah Persekutuan. Ya.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Mana itu..., Labuan?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Labuan. Sila.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Itu masalah air Selangor, tidak ada Labuan.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

...Terima kasih.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Selangor, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Labuan walaupun...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Menteri, salah direction.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Labuan walaupun Wilayah Persekutuan tetapi mendapat bekalan air daripada Sabah melalui paip di bawah laut. Baru-baru ini, Labuan

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

mengalami keputusan air selama seminggu. Jadi, apakah perancangan kementerian untuk memastikan ianya tidak berlaku lagi? Seminggu itu memang agak lamalah Yang Berhormat Menteri dan Labuan adalah sebuah tempat yang penting.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tidak apa Yang Berhormat Menteri, sama-sama Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Terima kasih.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Sama isu Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, dan waktu itu satu pam besar di sebelah Kuala Penyu, sebelah Beaufort telah pun rosak. Oleh kerana itu, saya pun telah mengarah untuk memulihkan secepat mungkin kerana parts ada lewat. Sebenarnya siap dalam tempoh dua hari lebih, tetapi untuk pressure ia akan kembali pulih memakan masa yang lama. Jadi, inilah Labuan itu cantik pulaunya, tetapi sumber airnya tidak ada.

Ada pun sedikit-sedikit sahaja untuk orang kampung. Akan tetapi, kita akan membuat mitigasilah supaya keadaan seperti begitu dapat kita kurangkan.

final • 3:10 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Harap kita ada pam yang lebih reliable dan spare pump yang juga reliable.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey, balik ke Selangor Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, satu sana.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sila.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Petaling Jaya Utara.

final • 3:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua soalan sahaja. Nombor satu isu mengenai penyelesaian penstrukturan air di negeri Selangor antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor telah pun dibincangkan dengan lama.

Kedua-dua pihak sudah lama kata tengah bincang, tengah bincang, tengah bincang. Saya hendak tahu sama ada buat masa ini adakah pendirian daripada pihak Kerajaan Pusat telah berubah daripada pendirian sebelum pilihan raya? Adakah Kerajaan Pusat lebih inclined untuk memberikan tekanan kepada pihak konsesi air untuk melepaskan konsesi mereka dan memulangkan konsesi mereka kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor? Ini kerana pada akhirnya kalau Kerajaan Pusat tidak berikan tekanan kepada pihak konsesi air, mereka akan teruskan ataupun terus memegang hak mereka dalam konsesi mereka dan penyelesaian tidak akan dicapai. Itu nombor satu.

Nombor dua, saya minta sama ada Kerajaan Pusat melihat bahawa pihak konsesi nampak macam ada perubahan, macam penstrukturan akan berlaku. Mereka macam mengambil langkah untuk mengeluarkan wang daripada syarikat mereka. Kita dapat lihat daripada bonus yang telah pun diterima oleh Tan Sri Rozali, Pengerusi kepada Puncak Niaga – bonus RM33.4 juta dikeluarkan daripada syarikat yang diberikan konsesi air untuk rakyat di Wilayah Persekutuan dan juga di Selangor. Adakah perkara ini akan disiasat dan apakah tindakan yang boleh dibuat oleh pihak SPAN? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey Yang Berhormat Menteri. Sambung Selangor sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Ampang.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Boleh ya. Bolehlah? Ampang punya isu air banyak sangat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ini wilayah, ini wilayah!

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Boleh. Sambung. Mana pula Wilayah? Ampang, Selangor.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, lastlah, last.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, last.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Kawasan yang effected by the water problem.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, sila-sila.

final • 3:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya pun orang wilayah, saya pun hendak cakap juga.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi masalah penstrukturan dan sebagainya itu perkara yang harus ditangani. Akan tetapi, perkara isu semasa yang mana penduduk Ampang khususnya Gombak dan Pandan, kita mengalami masalah gangguan air ya.

Jawapannya sama. Pump house lima pump, satu trip tidak boleh, and on and on the same issue, the same jawapan yang kita dapat, dengan izin. Jadi, kita hendak tanya kenapa daripada pihak Yang Berhormat Menteri tidak adakah satu sistem monitoring yang lebih canggih atau support system yang lebih advance, bersesuaian dengan kita mengatakan kita negara maju?

Jadi, kalau setiap kali water failure, kata sebab pump house tidak boleh berfungsi kerana air lebih daripada 220 liter tidak boleh dipam di pump house Wangsa Maju itu. Jadi, kita hendak masalah ini selesai kerana sudah berpanjangan daripada Januari sampai sekarang di Ampang khususnya masih lagi terganggu bekalan air. Jadi, kita minta Yang Berhormat Menteri membuat satu perancangan jangka pendek, memastikan bahawa sebelum penstrukturankah, sebelum apakah yang hendak dibuat, pastikan bahawa air tidak terganggu untuk penduduk di Ampang khususnya. Walaupun pada pilihan raya dahulu memang jadi isu di situ, tetapi alhamdulillah rakyat faham dia kata kerajaan Federal sabotaj...

final • 3:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Saya tidak mahulah cakap macam itu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ringkaskan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

So, saya harap Yang Berhormat Menteri melihatkan perkara ini lebih serius.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya jawab dahulu nanti baru...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sekejap Yang Berhormat Titiwangsa sekejap. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri hendak bagi celahan, kah?... Tidak lagi? Jawab dahulu ya.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Soal keseluruhannya bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini saya sudah tekankan awal-awal tadi. It’s a question of margin. Sebanyak 0.2% sahaja. Kalau schedule maintenance SPAN pun kita tutup, memang lori keluar untuk pergi menghantar air, apatah lagi kalau double pump. Sebab schedule maintenance tidak boleh dilakukan untuk juga mengurangkan apa ini gangguan. Jadi, kita perlu selesaikan Langat 2.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Untuk makluman saya katakan tadi air di Selangor, sumbernya tidak mencukupi untuk kegunaan. Perlu ambil dari luar. Itu projek penyaluran tunnel dari Pahang sudah 80% hendak siap. Harus trial time sudah mahu dilakukan sebelum hujung tahun. Kita belum lagi membina water treatment plant. Ini kerana negeri Selangor tidak mahu keluarkan Development Order untuk melakukan itu. Jadi, kalau begitu it’s like “chicken and egg”, you see.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

So penyelesaian pada kali ini, kita sedia melihat Kerajaan Pusat terbuka untuk membincangkan penyelesaian-penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. At the same time, cadangan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Pusat sebelum ini berasaskan kepada kita mesti hormati satu perundangan yang sedia ada...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Celah sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Kedua, jika negeri Selangor membincangkan hendak mengambil alih dan willing buyer, willing seller must operate. So inilah isu-isu yang sedang kita kemas-kini dan...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Menteri, isunya bukan masalah air tidak cukup. Isunya adalah failure of the pump house.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Duduk dahulu. Selepas itu saya melihat ada keterbukaan dari segi Kerajaan Negeri Selangor untuk duduk bersama dan pihak kementerian dengan pendirian dan pendekatan baru mahu facilitated perkara ini tapi dengan syarat Langat 2 mesti jalan. Kalau tidak, tidak akan mencukupi.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tiga Ahli Yang Berhormat bangun Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Okey, dari segi pam, saya sudah jawab tadi. Mengenai dengan bonus itu di luar bidang kita tapi itu Puncak adalah fundamental business company, they have a board directors and shareholders. They are the one to decide on that. Puncak di sana saja...

final • 3:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun] [Menyampuk]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Seputeh, tidak boleh macam itu.

final • 3:20 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Mereka mempunyai konsesi daripada pihak kerajaan. Kerajaan ada golden share dalam Puncak Niaga. Adakah perkara ini akan...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Kerajaan ada peranan yang kecil sahaja di dalam itu. So di luar bidang kita.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Mike memang sudah ditutup. Ini Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalaulah tidak beri kerjasama, semua nak berhujah, yang mana satu hendak didengar. Jadi minta Yang Berhormat jawab dahulu. Yang Berhormat Menteri berikan laluan, baru boleh mencelah. Ini mana, Yang Berhormat Titiwangsa? Yang Berhormat duduk dahulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, Jelebu ini Yang Berhormat Menteri. Lepas ini Jelebu.

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat masalah air ini macam Yang Berhormat Ampang sebut tadi, Ampang ada problem, Pandan ada problem. Bukan sahaja Ampang dan Pandan, the entire Kuala Lumpur termasuk saya punya kawasan pun ada masalah.

Kadang-kadang kita pun kena ambil bawa air naik atas flat, hendak kena tolong orang ramai.

Jadi masalahnya sekarang ini Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu masalah yang kita cerita pasal Langat 2 ini, apa isu sebenarnya Langat 2 ini? Kalau Kerajaan Negeri Selangor ataupun kawasan-kawasan dalam Selangor ini juga menghadapi masalah yang sama, saya tidak nampak kalau dua-dua pihak mempunyai masalah yang sama, kenapa kita masih bertelagah soal kelulusan. Itu soalnya pertama.

Nombor dua saya tidak nampak kalau persetujuan daripada Kerajaan Pusat untuk melabur, untuk mewujudkan Langat 2 ini dengan kos perbelanjaan sahaja dianggarkan hampir melebihi RM600 juta. Jadi saya tidak nampak di mana isunya yang sebenarnya dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk menidakkan proses pembangunan kawasan rawatan air ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Saya telah sentuh perkara tadi bahawa it’s all done to the local margin, okay. Memang dulu kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu keluarkan development order untuk membolehkan kita untuk memulakan projek treatment plan di situ, walaupun tanah kita sendiri ada di bawah SPAN tetapi itu pun ada halangan. Namun seperti saya katakan tadi, ini antara yang telah mulai kita bincang secara holistik dan kita sedia untuk mencari penyelesaian. In the meantime, Kerajaan Pusat telah meneruskan beberapa projek-projek mitigasi untuk membaiki dan sampailah berjuta, begitu banyak sekali penyelesaian jangka pendek ialah untuk misalnya reinforce pump house dan projek ini adalah macam reinforcement pump house dan berbagai-bagai lagi yang berkaitan untuk jangka pendek tapi jangka panjang tidak boleh lari...

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Yang Berhormat Menteri, reinforcement pump house ini berapa banyak percentage yang boleh meningkatkan supply air tersebut?

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Actually memang tidak banyak.

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

So kalau tidak banyak, saya nampak kalau kita tidak wujudkan pusat rawatan air yang baru ...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ya, Langat 2.

final • 3:20 PM

Datuk Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya nampak dalam masa empat, lima tahun ini, kita masih berdepan masalah yang sama.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Bukan saja lima tahun Yang Berhormat, dua tahun dari sekarang minus two, estimate. Serius, 450 projek investors coming in to Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur and Selangor tertangguh kerana tidak ada air. So this is very serious matter. Saya mohon kerjasama daripada pihak kerajaan negeri.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Titiwangsa, dengar penjelasan Menteri dahulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Yang Berhormat Gombaklah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya sila Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Menteri sudah ambil masa hampir satu jam setengah.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Satu sahaja soalan Menteri.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila Yang Berhormat Gombak.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri, saya ingin memohon penjelasan. Kementerian sering kali menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia dan komited untuk menyelesaikan masalah industri penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri Selangor. Namun dua hari yang lalu, ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, saya berbincang dengan pegawai di UPEN, mereka masih lagi menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk segera duduk berbincang di antara negeri dan juga Pusat bagi mencari jalan penyelesaian. Sudah lebih dua bulan pilihan raya berlangsung tetapi belum ada satu pertemuan secara rasmi di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Jadi di mana kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini, itu yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Menteri sering kali menyatakan isu sebenarnya ialah kelewatan pembinaan Langat 2. Saya tidak menolak keperluan untuk membina Langat 2, tetapi persoalan yang saya ingin pohon penjelasan ialah apakah itu satu-satunya solution dalam menangani masalah ini sedangkan kita sedia maklum masalah NRW itu juga satu masalah yang serius. Hampir 40% masalah NRW tidak ditangani. Dalam kontrak perjanjian di antara Kerajaan Pusat dengan SYABAS, salah satu syarat yang diletakkan ialah pihak SYABAS perlu menggantikan paip-paip yang sudah rosak dan menyelesaikan masalah NRW.

Akan tetapi apa yang kita dapati ialah peruntukan yang begitu besar untuk menangani masalah NRW termasuk menggantikan paip-paip ini telah digunakan untuk membeli kenderaan pengurusan SYABAS, bonus, ubah suai pejabat. Mengapa Kerajaan Pusat masih lagi lunak dan bermanja dengan SYABAS dan mengetepikan kepentingan rakyat termasuk rakyat negeri Selangor. Kepentingan Langat 2 boleh kita bincang dan kita teruskan tetapi apa langkah Kerajaan Pusat untuk menangani masalah NRW yang menelan kehilangan ratusan juta ringgit setiap tahun. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri pasal Menteri...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Untuk...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran Honorable Madam Lindiwe Maseko Kasolo, Speaker of Gauteng Provincial Legislature of the South Africa dan delegasi. Semoga kehadiran delegasi ini akan mengukuhkan lagi hubungan di antara Parlimen Malaysia dan Gauteng Provincial Legislature. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta.

Sedikit saya tambah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Welcome Excellency.

Cukup, cukup.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak bagi laluan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Tuan Yang di-Pertua sudah cakap.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pasal air ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Menteri tidak bagi laluan. Sekejap saja.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pasal isu air di kawasan flat, penting ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, Yang Berhormat pagi tadi menghujahkan peraturan mesyuarat. Saya ingat faham, hormati peraturan mesyuarat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Isu air ini penting.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Cukup, cukup!

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Selepas ini bagi, sekejap.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Nanti harus kita kerja keras daripada cakap-cakap saja. So kesungguhan harus tidak boleh dipersoalkan. Sebenarnya dalam dua bulan, enam minggu ini pun perbincangan-perbincangan saya dengan pihak kementerian telah dimulakan, dengan operator-operator dan juga secara informal, dengan kepimpinan negeri. Jadi saya sedang menunggu final feedback daripada Yang Berhormat- Yang Berhormat untuk perbincangan secara rasmi untuk kedua-dua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Saya berharap dalam tempoh terdekat, kita boleh effect itu, sebab nampaknya ada ruang yang baik untuk memulakan perkara-perkara perbincangan.

Akan tetapi saya mahu katakan mengenai non revenue water (NRW) semua ini, ingat juga tahu. Kerajaan Negeri Selangor juga hutang RM2.7 juta kepada SYABAS, dan bukan saja itu, ini empat operasi ya, dia hutang kepada SYABAS RM3.7 bilion, you know. Negeri RM2.7 bilion. So, the problem is not a simple as what we, politician talk about. We have to go down to earth dan bincang…

final • 3:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kerajaan Negeri Selangor tidak ada hutang kepada SYABAS.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ada.

final • 3:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak ada.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini, Petaling Jaya Utara.

final • 3:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

SYABAS kata hendak naikkan tarif tetapi kita tidak setuju dengan kenaikan tarif. Itu tidak boleh dikira hutang

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat, berapa kali saya tegur Yang Berhormat, peraturan ini.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Anyway, saya rasa...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu

Beri laluan pada Jelebu sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bagi laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Bahawa sebagaimana saya katakan tadi berkaitan masalah air di Selangor, kita mahu mencari satu ruang baru untuk menyelesaikan ini. Kita berharap bahawa dari pihak Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan sikap sederhana kerana kita melihat bahawa ada ruang untuk mencari penyelesaian secara mutlak mengenai perkara ini dan menjamin supaya supply bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dapat kita selesaikan dalam masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Ada perkara-perkara yang lain lagi saya mahu bincang iaitu mengenai dengan tenaga hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui tetapi tidak apalah, nanti kita boleh bincang kemudian. Ahli-ahli Yang

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Berhormat yang telah membahaskan ini boleh datang ke kementerian dan minta taklimat yang khas daripada pihak kami.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, jawab bertulis Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Apa punya jawapan ini. Inilah tempatnya jawab ini.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Sekian terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Dipersilakan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

final • 3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, sila.

final • 3:32 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bachok yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling telah menyarankan supaya harga lantai getah asli ditetapkan untuk menjaga kepentingan golongan yang bergantung pada penanaman ini. Untuk makluman Yang Berhormat, harga getah di Malaysia ditentukan oleh pasaran global yang dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan dunia.

Sehingga kini kerajaan belum bercadang untuk menggunakan harga lantai bagi mengawal harga getah kerana ia mempunyai implikasi kewangan yang besar.

Bagaimanapun kerajaan amat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh golongan yang bergantung kepada tanaman getah yang mengalami turun naik harga. Oleh yang demikian kerajaan telah mengambil pendekatan seberapa yang boleh untuk distabilkan harga getah.

Di peringkat global, Malaysia telah menjalin kerjasama berterusan dengan dua buah negara pengeluar getah asli utama dunia iaitu Thailand dan Indonesia. Di bawah International Tripartite Rubber Council atau ITRC, dengan izin. Tujuannya adalah untuk mengambil tindakan yang boleh menstabilkan harga getah dunia. Ini melibatkan pelaksanaan dua mekanisme pengukuhan harga getah seperti berikut:

Pertama, dengan izin, kita menetapkan Agreed Export Tonnage Scheme singkatnya AETS untuk mengawal eksport getah melalui kuota. Skim ini telah dilaksanakan pada akhir tahun 2012, yang mana ketiga-tiga negara ITRC telah bersetuju untuk mengurangkan eksport sebanyak 300,000 tan getah asli. Nampaknya ia telah memberi hasil dari pelaksanaan AETS dalam tempoh enam bulan mulai dari 1 Oktober 2012 hingga 31 Mac 2013. Purata harga getah asli gred SMR 20 telah meningkat dari RM7.99 sekilogram pada Ogos 2012 ke paras RM9.26 sekilogram pada bulan Februari 2013.

Bagaimanapun kerajaan mengambil berat tentang kejatuhan harga getah pada masa ini.

Saya akan berbincang dengan rakan sejawat saya di negara-negara ITRC untuk menimbang semula pelaksanaan AETS sekali lagi dalam tempoh yang terdekat.

Kedua, untuk melaksanakan supply management scheme iaitu satu langkah jangka panjang untuk mengimbangi permintaan dan penawaran dunia bagi memastikan satu paras harga yang menguntungkan. Ketiga-tiga negara ITRC akan mengawal bekalan getah asli di dunia menerusi program tanaman semula getah, program tanaman baru getah yang terancang. Bagi Malaysia di bawah Programme National Key Economic Area, pencapaian program tanaman semula getah pada tahun 2012 sebanyak 36,470 hektar manakala sasaran bagi tahun 2013 dijangka berjumlah 37,282 hektar.

final • 3:32 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Selain daripada itu, tindakan juga diambil untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil sekarang pada tahap 1.5 tan setiap hektar setahun kepada 2 tan hektar setahun pada tahun 2020. Ini bertujuan untuk menjamin pendapatan pekebun kecil getah dapat dipertingkatkan. Antara langkah-langkah yang diambil ialah melalui penghasilan klon yang berhasil tinggi, amalan pertanian yang baik oleh pekebun kecil dan memperkukuhkan aktiviti pemindahan teknologi. Yang Berhormat Sibuti membangkitkan isu penurunan harga sawit...

final • 3:32 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong bangun. Sila Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:32 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kejatuhan harga komoditi getah dan juga kelapa sawit memberi kesan besar kerana hampir seluruh rakyat terlibat dengan perkara ini. Saya hendak tanya jangkaan kerajaan dan kementerian bila masa agaknya yang membolehkan kita menaikkan balik harga kepada tahap yang sebelum ini cukup melegakan rakyat. Jangkaan dari kementerian dengan usaha-usaha yang dibuat tadi. Kita tetap bercadang untuk letakkan harga lantai itu tetapi usaha yang sedang dibuat ini, bila agaknya boleh menstabilkan keadaan kerana hari ini rakyat agak tertekan sedikit dengan isu kenaikan harga barang dan sebagainya. Pandangan Menteri.

final • 3:32 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kita juga prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil tetapi kita tidak boleh berjanji untuk memberi jaminan bahawa pada masa bila kita dapat naikkan paras harga getah ini. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha lebih-lebih lagi ketiga-tiga negara yang menjadi ahli ITRC ini, supaya kita akan mengambil langkah yang sesuai.

final • 3:32 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:32 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Yang pertama, kita akan mengadakan mesyuarat dan merancang satu program. Kita juga berharap negara-negara lain khasnya Vietnam dapat bekerjasama dengan kita kerana kalau empat negara ini bersatu kita mengawal lebih 80% pengeluaran getah di dunia.

final • 3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Taiping.

final • 3:32 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kebelakangan ini harga komoditi bukan sahaja kelapa sawit, getah pun mengalami kemerosotan harga. Apabila harga melambung tinggi, kerajaan mengenakan windfall tax kepada pekebun kecil kerana khuatir pekebun kecil untung terlalu banyak. Akan tetapi sekarang, apabila 2 juta pekebun kecil mengalami kesulitan akibat kejatuhan menjunam harga komoditi di pasaran dunia, apakah langkah-langkah proaktif dan berkesan yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan supaya kebajikan pekebun- pekebun kecil ini tidak terjejas? Setakat ini berapa berkesannya rancangan yang telah pun dilaksanakan oleh kementerian? Seramai 2 juta pekebun kecil menunggu jawapan Menteri hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:32 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pekebun kecil yang terlibat dalam industri komoditi kita bukan 2 juta tetapi 700,000. Kedua, mengenai apakah usaha-usaha untuk menjamin kebajikan pekebun-pekebun kecil, ini adalah di bawah kementerian lain. Kementerian saya adalah bertanggungjawab untuk menstabilkan harga komoditi lada, kelapa sawit dan getah. Itu tugas utama kita.

final • 3:32 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Harga sawit sudah jatuh daripada 700 kepada 420. Macam mana stabil?

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Itu cerita lain tetapi harga sawit bukan 400 sekarang. Yang Berhormat semak betul-betul. Harga sawit dua ribu..

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

FFB.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat kena memberitahu dengan tepat. Nanti Yang Berhormat membohongkan Dewan ini.

final • 3:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bukan CPO tetapi FFB.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, masih lagi berkaitan dengan perkara yang sama.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Masih berkaitan dengan perkara yang sama.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau nelayan menghadapi masalah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh memberi insentif sebanyak RM200 misalnya. Baru-baru ini melalui RISDA, kerajaan juga memberi RM500 sebagai usaha untuk membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi.

Apakah usaha lain yang sedang dibuat sekarang? Ini kerana didapati juga bukan semua layak mendapat RM500 itu dan ketika ini pun masih lagi belum selesai kesemuanya.

Apa yang saya hendak tekankan di sini apakah kerajaan ada bercadang untuk mengguna pakai kaedah-kaedah yang kerajaan bagi kepada nelayan dan sebagainya untuk hendak diberi kepada pekebun kecil bagi membantu meringankan bebanan?

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Saya ingin menekankan sekali lagi isu itu adalah bukan di bawah tanggungjawab kementerian saya.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kementerian saya adalah bertanggungjawab kepada menstabilkan harga komoditi dan membangunkan produk-produk hiliran dan industri yang berkaitan dengan produk-produk komoditi. Jadi itulah sebabnya isu-isu ini kadang-kadang dibincangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak bertanya kepada saya lagi.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, kita boleh guna pendekatan Blue Ocean Strategy yang biasa kerajaan buat.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kita boleh bincang.

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Maknanya bincang di kementerian.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Memang kita ada membincangkan bagaimana kita boleh bekerjasama di antara kementerian-kementerian berkenaan. Bagaimana kita dapat tentukan bahawa para petani kita khasnya pekebun-pekebun kecil suatu hari nanti dapat meningkatkan dan menstabilkan pendapatan mereka. Ini kita boleh gunakan Blue Ocean Strategy. Kementerian ada memberi bantuan tanaman semula, tanaman baru dan kita boleh bekerjasama dengan dua kementerian tadi. Kita mencari jalan bagaimana kita dapat membantu mereka ini supaya pada tahun 2020 nanti mereka dapat juga meningkatkan pendapatan yang lebih stabil.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, ini mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi mengenai harga sawit. Secara amnya 85% hingga 90% daripada pengeluaran minyak kelapa sawit tempatan adalah untuk pasaran eksport. Dengan itu kadar ekonomi dunia amat mempengaruhi permintaan dalam minyak sawit khususnya kadar pertumbuhan ekonomi di kalangan negara-negara pengeksport seperti China, India... Sejak suku tahun ketiga 2012 pertumbuhan ekonomi negara

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

berkenaan telah perlahan dan ini telah secara tidak langsung menjejaskan permintaan dan harga minyak sawit mentah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang mengambil berat isu ini. Dengan demikian beberapa usaha telah pun diambil untuk memperkukuhkan harga dalam meningkatkan daya saing industri sawit.

Pertamanya, kita menstrukturkan semula duti eksport ke atas minyak sawit mentah bagi meningkatkan daya saing industri sawit Malaysia iaitu dengan mengurangkan kadar duti eksport daripada 23% kepada di antara 4.5% hingga 8% bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah mulai 1 Januari 2013.

Keduanya..

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Beruas bangun.

final • 3:40 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai harga yang ditetapkan sering kali didapati pengilang- pengilang kelapa sawit memaksa pekebun-pekebun kecil menjual buah-buah kelapa sawit mereka, FFB mereka dengan harga lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.

FFB kadang-kadang kita dapati rakyat berdemonstrasi di Telok Intan, Changkat Jering. Banyak tempat di mana harga sebenar FFB kalau ikut pasaran CPO, biasanya kita beri 19% atau 20% daripada harga CPO. Harganya RM440 tetapi kadang-kadang dia menekan harga sampai kurang RM100. Maksudnya satu tan CPO harga dikurangkan sampai RM400 dan dikatakan minyak tidak dapat keluar daripada kilang. Lain-lain sebab dikatakan kos yang ditampung kerana terpaksa simpan minyak yang telah diproses dan macam-macam lagi.

Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pengilang-pengilang ini tidak mengambil kesempatan untuk menindas rakyat ini? Itu soalan yang pertama. Keduanya, kenapa kementerian Yang Berhormat Menteri tidak menjaga kementerian dengan baik tetapi main politik pula sehinggakan pekebun-pekebun kecil yang meminta untuk membuat tanaman semula borang-borang yang diakui ataupun yang ditandatangani oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat dikatakan tidak boleh diterima. Adakah Yang Berhormat Menteri arahkan atau ada Little Napoleon dalam kementerian? Mereka atau sesiapa yang beri arahan ini mesti dipecat! Kalau Yang Berhormat Menteri yang arahkan, Yang Berhormat Menteri mesti dipecat. Setuju atau tidak?

[Tepuk] Jadi saya hendak dapatkan penjelasan sehingga hari ini borang-borang tersebut masih belum diterima. Pada hemat saya, signature ataupun pengesahan daripada Yang Berhormat tidak perlu. Ini red tape yang tidak perlu. Betul? Yang Berhormat Menteri, kalau kementerian mendapati sesuatu tanah itu harus ditanam semula haruslah permohonan mereka diluluskan tanpa menyusahkan pekebun-pekebun kecil untuk mendapatkan signature Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan berkenaan. Harap dapat penjelasan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat sangat marah ya? Terima kasih Yang Berhormat. Kedua-dua perkara ini adalah perkara baru Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk menetapkan harga.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Nanti saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Ini perkara baru. Kalau tidak nanti semua kita timbulkan semua perkara baru dan perbincangan kita pada hari ini tidak akan selesai.

Mengenai permohonan-permohonan tadi bukan semua permohonan dapat diluluskan. Kita ada satu had dan setiap tahun ada bajet. Oleh itu ada permohonan yang dapat diluluskan dan ada yang tidak diluluskan. Jadi kalau permohonan dari kawasan Yang Berhormat tidak dapat diluluskan, minta Yang Berhormat sabarlah.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini bukan jawapan. Adakah arahan bahawa tandatangan Ahli Parlimen atau wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak boleh diterima atau akan ditolak jika kita yang menandatangani bahagian pengakuan yang diperlukan di bawah borang berkenaan? Tentu Yang Berhormat Menteri tahu adakah arahan tersebut diberikan.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Mungkin komputer itu tidak dapat baca signature Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita ada cop rasmi. Ada cop rasmi. Adakah atau tidak?

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Okey, kita ambil maklum.

final • 3:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau tidak ada nanti saya balik saya marah pegawai yang tolak semua itu.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kita akan siasat itu semua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru bangun. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sila.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak bertanya pendapat Yang Berhormat Menteri apa yang Yang Berhormat Beruas kata tadi, mana masalah yang lebih besar antara Ahli Parlimen yang tidak boleh sign atau pun ada sekumpulan orang yang sanggup berkawan dengan Senator di luar negara yang sebenarnya menentang penjualan palm oil di Australia ini. Mana yang lebih baik? Terima kasih.

Senator itu namanya Dick Nick Xenopon, kawan sahabat-sahabat kita.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Kalau macam itu tidak layak untuk memohon bantuan-bantuan kelapa sawit dari Kerajaan Barisan Nasional.

Terima kasih Yang Berhormat. Langkah yang kedua adalah kita melaksanakan Program B5 iaitu biodiesel di seluruh Semenanjung Malaysia pada akhir tahun ini. Program B5 ini dijangka diperluaskan ke seluruh negara sebelum 1 Julai 2014. Langkah ini dijangka akan dapat membolehkan penggunaan 500 ribu tan setahun minyak sawit. Ini diharapkan akan menyumbang kepada pengurangan stok minyak sawit tempatan dan seterusnya mengukuhkan harga produk sawit. Kerajaan juga sekarang sedang merancang untuk mempertingkatkan penggunaan bio bahan api kepada program B.10.

final • 3:40 PM

Dato Sri Douglas Uggah Embas

Yang ketiga, menerokai pasaran baru dan memperkukuhkan pasaran sedia ada antaranya melalui promosi dan penganjuran, dengan izin, Palm Oil Trade and Seminars di negara-negara yang berpotensi. Pada tahun 2012, sebanyak lima POTS ataupun Palm Oil Trade and Seminars telah diadakan. Pada tahun ini ada dua dan kita akan mengadakan empat lagi pada tahun ini juga.

Yang keempat, mempergiatkan lagi aktiviti produk, penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk-produk baru, Antara produk-produk berasaskan sawit terbaru yang berjaya dihasilkan adalah seperti minyak masak Novelin, vitamin E, palm based mozzarella cheese, dengan izin, dan santan kelapa sawit. Dengan produk-produk ini kita berharap dapat menambah nilai minyak sawit dan meningkatkan penggunaannya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok telah membangkitkan isu tanaman ganti kepada tembakau dan menyarankan agar tanaman gantian ini memberi manfaat kepada rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan memang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka ini. Bagi membantu mereka, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di bawah kementerian telah pun menyediakan beberapa program berkaitan dengan aktiviti ekonomi alternatif. Kementerian ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Program-program ini merupakan pengalihan untuk golongan tersebut menceburkan diri dalam sektor ekonomi pertanian.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri. Sebelum ke tembakau itu...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kelana Jaya, saya mahu tanya...

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Sudah pergi ke tembakau. Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kelana Jaya, saya mahu tanya dulu, Yang Berhormat Menteri bagi laluan kah tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Okey, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi laluan?

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Kita sudah dalam isu tembakau.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tidak benarkan, sila duduk.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, di antara aktiviti ekonomi yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) LKTN telah memperkenalkan tanaman kenaf sebagai tanaman alternatif terutama kepada bekas penanam tembakau. Sehingga Jun 2013, seluas 637.7 hektar tanaman kenaf telah dilaksanakan dengan melibatkan 603 orang penanam;

(ii) LKTN telah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyediakan bantuan kepada bekas penanam tembakau untuk melibatkan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan keusahawanan. Kerajaan telah memperuntukkan...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan bangun.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Sebanyak RM3.4 juta bagi tempoh 2010 hingga 2013 untuk membantu bekas penanam tembakau bagi melibatkan diri dalam aktiviti integrasi tanaman, ternakan dan memproses makanan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Sejauh mana kesan yang dihadapi oleh petani-petani yang satu ketika dahulu mereka ini bergantung tanaman dengan tembakau tetapi oleh sebab tembakau ini merupakan satu tanaman yang kurang galakan dan diganti dengan kenaf. Jadi, soalan saya, sejauh mana kejayaan kenaf ini dalam membantu petani-petani ini dulu dan kesan impak ekonomi kepada penanam-penanam tembakau itu sendiri. Apakah mereka telah berjaya dibantu oleh kerajaan dan kementerian untuk mempertingkatkan pendapatan mereka? Ini selaras dengan tujuan matlamat negara kita menuju negara maju, bermakna negara maju ini tidak ada yang ketinggalan. Bukan hanya kumpulan-kumpulan profesional yang menerima limpah negara berpendapatan tinggi tetapi ini juga kita kena ambil kira. Ini kerana tidak ada makna kita menuju negara maju kalau ada kumpulan-kumpulan tertentu yang terpinggir dan terpencil daripada menikmati nikmat negara maju itu sendiri. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Memang inilah matlamat dan visi kerajaan bahawa pekebun-pekebun kecil di negara kita akan diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka. Supaya mereka pada tahun 2020 nanti tidak ketinggalan dan jurang pendapatan tidak begitu luas sekali.

Jadi, dengan itu memang kita merancang beberapa program untuk mereka ini.

Tadi kita telah memberitahu bahawa kita telah pun memperkenalkan satu tanaman kenaf tetapi nampaknya kenaf ini hanya menarik minat 600 orang bekas penanam tembakau.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Mengikut rekod kita ada lebih 25,000 mereka ini yang terlibat dalam industri tembakau.

Cuma 600 yang mengambil bahagian dalam tanaman kenaf. Yang lain, mereka ini adalah mengambil bahagian dalam berbagai-bagai aktiviti ekonomi seperti tanaman kontan, ternakan, tanaman sawit, tanaman getah. Jadi, nampaknya mereka pun bersama-sama dapat berkecimpung dalam program-program pertanian yang di mana kerjasama oleh kementerian saya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Itulah harapan kita bahawa mereka juga tidak ketinggalan dalam pembangunan dan peningkatan pendapatan mereka. Jadi, di samping itu juga, bekas penanam tembakau turut dibantu seperti saya sebut tadi seperti dengan tanaman kelapa sawit, getah dan koko.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah beberapa perkara yang telah disentuh kepada kementerian saya pada...

final • 3:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi nak tanya.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.

final • 3:50 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Kota Tinggi nak tanya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk memastikan, ini berbalik kepada kelapa sawit tadi, bercadang untuk satu ketika kita punya akses kapasiti sampai tiga juta. Itu sebab harganya turun. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan facilitation supaya kapasiti boleh diurus di peringkat luar negeri di samping menggalakkan syarikat-syarikat kita mengadakan ‘instolasi bunkering’ (unstallation) di luar negeri. Di samping itu bukan sahaja sebagai pusat pengedaran juga dapat menstabilkan harga dan merupakan konduit untuk mengalirkan simpanan yang banyak dalam negara. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berapa faham soalan tadi. Akan tetapi dari segi stoknya, jumlah stok minyak sawit Malaysia adalah satu faktor yang boleh mempengaruhi harga-harga minyak kelapa sawit. Oleh itu negara kita berusaha untuk menentukan bahawa stok kita kurang daripada dua juta tan pada satu masa. Sekarang ia telah pun turun kepada 1.7 juta tan. Jadi, dengan adanya pengurangan stok ini kita berharap ia dapat menaikkan harga minyak sawit kerana ia dipengaruhi oleh faktor permintaan dan penawaran barang. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Habis Yang Berhormat Menteri?

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Habis ya?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dah, dah habis.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey, satu lagi ya. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri kasi.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, satu soalan.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Douglas Uggah Embas

Hal apa itu?

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mengenai Sarawak.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Chen - Kelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, saya mahu tanya soalan tentang...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tiada kaitan ya. Ini benarkan kah tak?

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu Yang Berhormat Menteri, boleh, boleh minta penjelasan?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini, ini Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Habis sudah!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Mokhtar bin Radin - Kinabatangan

Tutup kedai, tutup Kuching!

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sudah habis?

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kelapa sawit tanam semula, tanam semula.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, Bandar Kuching, Yang Berhormat Menteri tak benarkan. Saya jemput Kementerian Dalam Negeri. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan. Sebelum itu izinkan saya untuk turut sama menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Baginda Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkenaan dengan kementerian ini.

Seramai 24 orang Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dari 26 Jun hingga 4 Julai lalu menyentuh berkenaan dengan KDN.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Bandar Kuching telah menyentuh berkenaan kerjasama polis dan orang awam dalam bersama-sama menangani jenayah serta langkah mengubah persepsi buruk terhadap pasukan polis. Dalam usaha mengurangkan kadar jenayah, PDRM telah melaksanakan beberapa program yang melibatkan masyarakat secara langsung. Di antaranya ialah community policing. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan termasuk dialog bersama persatuan penduduk, pameran, sukaneka dan mesyuarat bersama masyarakat setempat.

final • 3:58 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Aktiviti dialog bersama persatuan penduduk merupakan satu kaedah yang sesuai bagi PDRM dalam mendapatkan maklumat tentang kejadian jenayah serta maklum balas daripada masyarakat berhubung keberkesanan rondaan yang telah dijalankan oleh PDRM di kawasan mereka. Di samping itu, PDRM telah juga menggalakkan kerjasama di antara polis dengan orang awam dengan mengadakan mesyuarat-mesyuarat berkala bagi membincangkan permasalahan yang masyarakat setempat hadapi terutamanya masalah peningkatan kejadian jenayah. Melalui Community Policing, PDRM telah berjaya mewujudkan satu saluran untuk menggalakkan kerjasama dengan masyarakat dalam menangani masalah isu keselamatan dan juga kejadian-kejadian jenayah.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dalam menangani masalah kejadian jenayah, PDRM telah mewujudkan satu unit rondaan yang baru iaitu Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan secara rasminya pada 19 Disember 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan melibatkan 1,000 buah motosikal. URB bertujuan untuk bertindak secara cepat ke atas sesuatu kejadian jenayah dan juga berperanan stop and talk dengan masyarakat. Melalui aktiviti ini, PDRM boleh mewujudkan satu bentuk kerjasama dengan masyarakat dalam memperoleh maklumat untuk menangani masalah jenayah.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah membangkitkan tentang statistik jenayah indeks...

final • 4:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat sila duduk sekejap, saya hendak melayan sahabat saya dari Petaling Jaya Utara. Beliau telah membangkitkan tentang statistik jenayah indeks dan jenayah bukan indeks yang dikatakan turun kerana kebanyakan jenayah yang berlaku dikategorikan bukan indeks. Perkara ini turut disentuh oleh Yang Berhormat Bandar Kuching yang mana menyatakan PDRM memanipulasikan statistik kadar jenayah ini. Saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa siasatan PDRM merangkumi dua kategori jenayah sahaja iaitu jenayah indeks dan jenayah bukan indeks.

Di bawah jenayah indeks, ia dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Jenis kesalahan di bawah jenayah kekerasan adalah seperti bunuh, rogol, samun bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api, samun tanpa senjata api dan mencederakan. Bagi jenis kesalahan di bawah jenayah harta benda pula ianya merangkumi curi, curi motokar, curi motosikal, curi van, lori, jentera berat, curi ragut dan pecah rumah curi. Manakala jenayah bukan indeks adalah jenayah selain daripada 13 jenis kesalahan jenayah indeks yang saya sebutkan tadi. Ini meliputi kesalahan-kesalahan jenayah di bawah akta-akta seperti Akta Kesalahan Kecil, Akta Imigresen, Akta Polis, Akta Hiburan, Akta Dadah Berbahaya, enakmen dan ordinan negeri serta banyak lagi.

Dakwaan yang mengatakan pihak polis memanipulasikan statistik jenayah adalah tidak benar sama sekali kerana menjana statistik ini adalah menggunakan sistem berkomputer melalui Police Reporting System (PRS) yang mana pengadu sendiri boleh menyemak status laporan mereka. Statistik jenayah yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah secara berkomputer, generated dan ianya sangat sukar bagi mana-mana pihak membuat perubahan dalam laporan tersebut. Oleh yang demikian, saya menyangkal sama sekali dakwaan bahawa pihak PDRM memanipulasikan statistik jenayah. Yang Berhormat Kepong...

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Su Keong Siong - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat, komputer itu seperti mesin yang lain, boleh dimanipulasi juga. Ini yang pertama.

Kedua, walaupun ada rondaan 1,000 motosikal dan sebagainya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa kadang kala jenayah ini berlaku di depan balai polis sahaja. Di Taman Botani Perdana, Lake Garden itu, Bukit Aman di atas sahaja, boleh tengok tetapi kegiatan jenayah pun berlaku juga seolah-olah penjenayah itu tidak menghiraukan Bukit Aman ataupun balai polis. Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana kita boleh membaiki imej seumpama ini?

final • 4:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Kepong. Memang tidak dapat dinafikan kejadian-kejadian jenayah berlaku di mana-mana. Namun apa yang dilakukan oleh pihak polis ialah dengan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah, ini satu jabatan baru yang bertujuan untuk engage, dengan izin, masyarakat. Selain daripada Community Policing, kita ada PVR, kita ada RakanCop, kita ada beberapa badan NGO lain yang bersama-sama dengan kita. Namun kejadian-kejadian jenayah yang dilakukan, saya ingin memberitahu di Dewan yang mulia ini adalah diakibatkan oleh penghapusan Ordinan Darurat di mana 2,600 lebih penjenayah-penjenayah berat dan penjenayah-penjenayah yang berorganisasi, berstruktur dilepaskan daripada Simpang Renggam dan sekarang ini berada di dalam masyarakat.

Dalam keadaan ini, saya fikir Ahli-ahli Yang Berhormat di sana harus juga prihatin dan bersama-sama dengan kami. Ini kerana kalau hanya polis sahaja yang memberikan dan meletakkan usaha tanpa ada kerjasama daripada semua pihak termasuk rakan-rakan di sana, saya fikir polis akan menghadapi permasalahan. Oleh sebab yang demikian, walaupun Yang Berhormat menyebut bahawa Bukit Aman di belakang dan di depannya kejadian jenayah. Maka ini bukanlah satu alasan kerana jenayah berlaku di mana-mana dengan syarat masyarakat harus bertindak bersama-sama dengan polis dan jangan hanya membebankan polis untuk mengambil tindakan pencegahan jenayah. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri hari ini macam teragak-agak sedikit, tidak smooth seperti biasa. Yang Berhormat Menteri, mengenai index crime dan non-crime index, jenayah bukan indeks. Saya rasa perkara ini mengapa kita kata ada manipulasi, kerana ada insiden- insiden jenayah yang telah pun diklasifikasikan sebagai jenayah bukan indeks. Seperti kalau kita katakan pecah rumah, pecah rumah kalau masuk kita dapat curi barang, dikira index crime. Akan tetapi kalau pecah rumah, keluar tangan kosong ataupun tidak berjaya pecah rumah, ada pecah tetapi tidak berjaya masuk, itu dikira jenayah bukan indeks.

Kes ragut seperti apa yang dikatakan oleh IGP sendiri. Kes ragut, kalau ada ragut, terdapat pisau dalam kocek, itu menjadi satu kes bukan jenayah. So dalam perkara-perkara ini ada grey area di mana pihak polis telah pun mengagihkan kes-kes ini, mengklasifikasikan kes-kes ini kepada jenayah bukan indeks. Kita boleh lihat daripada statistik, dari 2007 hingga 2011, memang benar jenayah indeks turun 25%, itu satu pencapaian yang dikatakan baik. Akan tetapi pada masa yang sama, jenayah bukan indeks meningkat sebanyak 69%. Perkara ini tidak dibangkitkan di dalam media ke mana-mana, kita dapat cari melalui alternative way, dari ucapan-ucapan daripada IGP. So kita lihat dari segi itu memang ada keraguan ke atas indeks yang telah diterbitkan oleh pihak kementerian dan juga pihak polis.

Kedua mengenai EO. Kita lihat dari segi EO, bila indeks jenayah yang paling tinggi sekali adalah pada tahun 2008 / 2009 yang meningkat mendadak daripada tahun 2004 sebanyak 40%, meningkat banyak masa itu. Masa itu ada EO tetapi masih meningkat dengan tinggi, dapat pick lebih kurang 220,000 indeks jenayah. Sekarang sudah turun, kerajaan kata indeks tahun lalu 2012 turun 7.6%, EO telah pun dibatalkan selama satu tahun, indeks jenayah turun. So macam tidak ada konsistensi di mana dikatakan jenayah menurun tetapi sekarang kita hendak salahkan EO pula kepada isu jenayah yang kita lihat ada berlaku sekarang.

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So, saya rasa pihak kerajaan, pihak IGP, pihak polis buat masa ini masih tidak dapat memberikan bukti yang kukuh bahawa memang kes jenayah yang berlaku sekarang adalah akibat EO dibatalkan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mempunyai statistik yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Jumlah jenayah bukan indeks pada tahun 2007 sebagaimana yang disebutkan ialah sebanyak 42,742. Pada tahun 2008, meningkat kepada 59,359 dan ini meningkat sebanyak 38.9%. Kalau kita lihat statistik yang lain, pada tahun 2010 contohnya, jumlah jenayah bukan indeks berada pada tahap 75,324. Pada tahun 2011, walaupun sedikit menurun sebanyak 72,106 kes, penurunan itu hanya sebanyak 4.3%. Akan tetapi pada tahun 2012, biarpun jenayah itu turun menjadi 69,870, ia menurun sebanyak hanya 3.1%. Di dalam perkara itu, EO adalah merupakan satu indicator bahawa penjenayah ini telah menjadikan platform untuk mereka bergerak sebenarnya.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mereka sekarang ini bergaduh sesama sendiri untuk merebut wilayah-wilayah jagaan mereka.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi di dalam perkara ini, saya fikir Yang Berhormat, apa yang sedang berlaku ialah sesuatu yang harus dapat kerjasama daripada orang ramai. Jangan pertikai tentang soal indeks sahaja tetapi tentang apa yang berlaku di bawah sana.

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal ini, saya fikir jangan kita berbahas hanya soal perangkaan tetapi berbahas tentang bagaimanakah langkah-langkah pencegahan harus dilakukan.

final • 4:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya setuju, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam keadaan ini, penurunan itu ada kemungkinan kerana langkah-langkah pencegahan dilakukan oleh masyarakat keseluruhannya dan saya fikir Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun ada memohon supaya PGR diwujudkan di antaranya. Kita akan bincang. Sila.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ada laporan menyatakan. Ini laporan daripada – result daripada luar negara yang menyatakan bahawa negara kita ini tahap keselamatan dia di atas level dua iaitu dalam ketakutan. Dia menyebut Malaysia – Kuala Lumpur tetapi dia tidak pula menyebut negara seperti di Afrika, di negara-negara yang ada mati tiap-tiap hari dibunuh. Jadi pada saya, laporan itu terlalu berat sebelah dan adakah kementerian mengetahui tentang laporan ini sebab ia merupakan laporan yang cuba memburuk- burukkan negara kita dari segi tahap keselamatannya.

Seterusnya, Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa lonjakan penjenayah di negara ini adalah disebabkan Akta Ordinan Darurat itu telah kita bubarkan. Jadi justeru itu langkah-langkah pencegahan yang terperinci rasa saya perlu dilakukan. Apakah Yang Berhormat juga mungkin berpendapat dengan adanya pula cadangan untuk membubarkan Akta Hasutan, mungkin penjenayah-penjenayah, penghasut-penghasut yang cuba menghancurkan...

final • 4:10 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Menyampuk]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tengok, apabila saya sebut penjenayah dan penghasut, macam dia terasa.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu Perdana Menteri tidak ada.

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau begini, Yang Berhormat yang bising ini merupakan penjenayah dan penghasut. This is my floor. Floor saya belum habis. Bising sangat apa pasal? Yang Berhormat berdiri apa pasal? Tunggu dulu. Menteri belum bagi. Dia bagi saya.

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk dulu. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan bukan kepada Yang Berhormat. Kalau yang di sana sebagai penghasut terasa, apa mahu buatlah? Siapa makan lada, dia terasa pedaslah. Bermakna pihak polis perlu menilai siapa-siapa mereka ini. Mungkin mereka ini antara penghasut yang terbesar dalam negara kita yang boleh mewujudkan suasana tegang dan apa langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan penghasut-penghasut ini tidak berleluasa dalam negara kita.

final • 4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

EO, EO, EO.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Mohon laluan. Mungkin boleh jawab sekali.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan jawab sebentar lagi.

final • 4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Hendak tambah EO. EO Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan – saya akan beri. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu adalah merupakan laporan yang menentukan kategorinya mengikut cita rasa responden yang berstruktur. Ertinya kriteria survey itu dibuat mengikut cita rasa mereka. Akan tetapi tidak pernah ada aspek-aspek yang positif diambil kira mengikut acuan kita walaupun pihak polis telah mengadakan beberapa langkah.

final • 4:10 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Langkah-langkah positif itu telah menyebabkan penurunan indeks tetapi masih juga disebut bahawa polis tidak bersiap siaga sepenuhnya. Di dalam perkara ini, saya bersetuju juga dengan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mungkin ada unsur-unsur yang negatif yang datang daripada sana untuk membuatkan laporan yang...

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Mencelah sikit, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bukan daripada sana. Daripada luarlah maksud saya.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat begini. Soal jenayah sebagaimana disebut tadi dari segi indeks, satu hal. Ia sangat merisaukan dan membimbangkan rakyat dalam negara kita. Akan tetapi perkara yang besar dilihat pada hari ini adalah soal penguatkuasaan dan kekurangan anggota untuk mengawal berlakunya pertumbuhan indeks jenayah dalam negara kita.

Sebagai contoh, saya ambil Ramadhan tahun lepas di kawasan Maran yang melibatkan FELDA Jengka dan seumpamanya. Apabila berlaku peningkatan jenayah yang sangat ketara dalam tempoh satu bulan, lebih daripada sepuluh hingga 15 pecah rumah berlaku. Apabila kita buat report ke balai polis, jawapannya adalah kerana kami kekurangan anggota untuk bertindak. Tidak mampu untuk bertindak ke atas jenayah yang berlaku. Mutakhir ini pun kita lihat banyak berlaku kes tembak menembak dalam negara kita.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya melihat ini adalah punca besar iaitu kekurangan anggota untuk bertindak. Akan tetapi yang peliknya, dalam ceramah-ceramah politik pembangkang, ramai pula polis datang mengepung dan juga mengawal ceramah tersebut. Jadi saya cadangkan beginilah supaya selepas daripada ini, kurangkan SB-SB politik tetapi banyakkan anggota-anggota rondaan untuk menyelamatkan jenayah negara kita.

final • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Berkaitan, berkaitan. Soalan yang berkaitan, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Temerloh, jangan cuba pusingkan isu sebenarnya. Apa yang setuju itu saya setuju iaitu kurang anggota tetapi yang ceramah-ceramah itu lain bidangnya. Jenis macam Yang Berhormat itu memang kita sudah lama monitor. Hendak tengok menghasut atau tidak menghasut.

Kalau baik, kita tidak ada buat apa-apa. Setakat ini baiklah.

final • 4:10 PM

Tuan Nasrudin bin Hassan - Temerloh

Itu realitinya sekarang.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Realitinya sebab menghasut? Okey, duduk dulu.

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Lenggong.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila.

final • 4:10 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Hakikatnya isu keselamatan jenayah ini adalah isu bersama. Maknanya pihak kerajaan ataupun pembangkang mesti meletakkan agenda untuk mengatasi masalah ini secara bersama. Tidak ada soal politik dan sebagainya. Kadang-kadang kita ada isu-isu dan kes-kes terpencil sahaja. Kita jadikan itulah masalah sebenar yang berlaku dalam Kementerian Dalam Negeri misalnya. Sebab itu saya fikir langkah-langkah yang telah dibuat oleh kerajaan, oleh Kementerian Dalam Negeri misalnya menambahkan anggota melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Itu antara langkah-langkah yang baik. Cumanya Yang Berhormat Menteri, tadi saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri sebut berkaitan dengan Akta Darurat tadi. Itu juga antara punca yang menyebabkan kadar jenayah semakin berleluasa apabila kita membebaskan beberapa tahanan yang dulunya mengancam keselamatan negara.

Saya hendak tanya pandangan kerajaan. Apakah kerana itu masalahnya, apakah ada cadangan untuk melihat semula akta-akta ini, memperkukuhkan apa yang ada ataupun apakah kaedah yang terbaik? Jika tidak ada akta ini, mungkin ia menyusahkan untuk kita mengambil tindakan dan sebagainya.

final • 4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Berkaitan itu. Akta Darurat.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Strategi...

final • 4:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Berkaitan. Soalan yang berkaitan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sekejap dulu, sekejap dulu. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, kita bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat untuk mengadakan rondaan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia di kawasan hot spot, dengan izin.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Hasilnya kita dapati bahawa kadar jenayah telah menurun di kawasan-kawasan berkenaan dan saya fikir langkah-langkah yang harus dilakukan ialah dengan kerjasama pihak berkuasa umpamanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mencadangkan supaya MPJ mengadakan PVR untuk bersama dengan kita dan juga polis bantuan.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu satu cadangan yang baik tetapi saya akan jawab apabila tiba masanya. Saya merasakan bahawa dalam soal jenayah ini tidak ada soal pembangkang atau soal kerajaan sahaja. Ini adalah soal bersama semua.

Saya fikir pembangkang juga mahu supaya kadar jenayah diturunkan. Kami lebih-lebih lagi.

Oleh yang demikian pada hemat saya apa yang perlu diberikan ialah kerjasama daripada semua pihak.

final • 4:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, lama sudah saya berdiri ini.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 4:20 PM

Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa kenaikan ataupun kedudukan jenayah sama ada jenayah indeks ataupun bukan indeks dalam negara kita ini salah satu daripada aspek yang menyumbang ke arah ini adalah kerana penjenayah yang menjalani hukuman kemudian mengulangi kegiatan jenayah mereka. Kalau kita tengok di mahkamah kadang-kadang ada tertuduh yang apabila hendak dihukum kita tengok ten previous conviction, twenty previous conviction dan sebagainya.

Jadi saya rasa ini mungkin juga disebabkan oleh polisi ataupun dasar yang dibuat oleh kementerian khususnya polis yang sepatutnya mengambil langkah untuk memulihkan seseorang penjenayah apabila dia dihukum mungkin tidak berkesan. Sebagai contohnya mungkin ini disebabkan oleh teknik interogasi (interrogation) yang dibuat oleh pihak polis dalam kes-kes jenayah ini kadang-kadang bukan memberikan keinsafan kepada penjenayah tetapi turut menyumbang kepada mereka itu lebih memberontak. Sebagai contoh kalau kes ataupun perkara di bawah seksyen 113 Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) iaitu caution statement. Saya boleh katakan kalau Yang Berhormat Menteri boleh tanya ramai peguam di sini dan juga sebelah sana boleh dikatakan 95% kenyataan beramaran ataupun caution statement yang diambil oleh pihak polis daripada tertuduh dalam lokap tahanan polis 95% ditolak oleh mahkamah atas alasan interogasi yang dilakukan itu mungkin mempunyai unsur ugutan, paksaan, pujukan dan sebagainya.

Jadi saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana pihak KDN khususnya polis mengadakan teknik untuk ke arah memulihkan penjenayah ini supaya mereka tidak mengulangi kegiatan jenayah mereka. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, ada dua aspek.

Satu ialah aspek penjenayah yang ditahan menjalani hukuman yang melakukan jenayah semula. Oleh yang demikian, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa langkah-langkah correctional telah dimulakan dan langkah-langkah ini telah dapat mengurangkan kejadian penjenayahan berulang.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ambil contoh umpamanya sewaktu saya menjadi Menteri Pertahanan bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri ketika itu. Kami telah menubuhkan lima pusat pemulihan tahanan di lima buah kem tentera dan kita mengambil dua kategori OKT (orang yang kena tahan) banduan-banduan ini yang kita panggil sebagai inmate. Satu mereka yang mempunyai baki tahanannya kurang daripada tiga tahun. Yang kedua, mereka yang dihukum kurang daripada tiga tahun. Langkah-langkah correctional inilah yang menyebabkan mereka yang keluar dalam masyarakat 100% tidak mengulangi kesalahan mereka dan tidak masuk ke penjara. Ini langkah yang pertama.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Soal interogasi walaupun Yang Berhormat Kota Bharu yang sama-sama naik motosikal dengan saya menyatakan 95% ditolak oleh mahkamah. Langkah-langkah interogasi ini mempunyai SOP tertentu dan SOP ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak polis untuk mendapat maklumat. Yang Berhormat perlu sedar bahawa mereka yang disyaki melakukan kesalahan itu mempunyai rekod sebelum itu atau telah diikuti sekian lama oleh pihak polis JSJ khususnya atau mereka ditangkap di depan khalayak atau di depan pihak polis sendiri. Oleh sebab itu apabila mereka ditahan pengakuan tidak diperolehi oleh mereka. Oleh sebab itu jangan hanya melihat dalam aspek undang-undang sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Yang Berhormat, interogasi sedikit.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Lihat dari segi aspek bagaimana masyarakat harus diberikan keutamaan untuk dipertahankan bukan mempertahankan jenayah.

final • 4:20 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi dalam perkara itu saya fikir...

final • 4:20 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, sebagai sahabat lama ini Indera Mahkota.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri masa.

final • 4:20 PM

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Indera Mahkota boleh tidak?

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan beri masa. Sila duduk dahulu. Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah bahawa kes-kes jenayah indeks pada tahun 1912 umpamanya sebanyak yang telah saya sebutkan tadi memperlihatkan bahawa kes-kes berkenaan didakwa dan mana-mana kes yang mempunyai pembuktian yang diperolehi daripada interrogation process, dengan izin tadi telah dapat berjaya diselesaikan.

Sila.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, bukankah sebenarnya isu jenayah ini tidak perlu kita tahan sesiapa tanpa bicara untuk menyelesaikannya. Apa yang kita perlu adalah better policing dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Better policing itu sahaja yang diperlukan dan apakah tidak ada negara di dunia ini yang menangani masalah jenayah tanpa menggunakan tahanan tanpa bicara? Banyak negara. Di seluruh negara tidak guna preventive detention tetapi masih boleh handle masalah jenayah.

Jadi saya rasa alasan bahawa disebabkan EO dimansuhkan jenayah naik adalah alasan yang begitu lemah dan menunjukkan kegagalan Kementerian Dalam Negeri sendiri [Tepuk] dan juga saya hendak tambah bahawa undang-undang EO ini disalahgunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk Barisan Nasional menangkap enam aktivitis PSM termasuk Yang Berhormat Sungai Siput. Jadi undang-undang seperti ini adalah berbahaya jika dibenarkan ia berada di tangan Kerajaan Barisan Nasional. Jadi saya bertanya jika Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa memang boleh menangani masalah ini tanpa EO dan undang-undang seperti ini tidak patut dibawa balik kerana ia akan merosakkan imej negara kita dan membahayakan hak asasi dan kebebasan setiap rakyat negara ini.

final • 4:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tambahan Yang Berhormat Menteri berkenaan EO.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Gopeng, Gopeng sini.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, soal tahan tanpa bicara ini adalah sesuatu yang harus kita fikirkan kerana saya amat bersetuju tidak ada tahanan tanpa bicara. Akan tetapi yang kita perlukan ialah roh kepada EO itu. Jangan khuatir. Kalau Yang Berhormat Padang Serai tidak buat kesalahan saya tidak akan arahkan polis tanpa bicara.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Janganlah jawab macam itu.

final • 4:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Yang Berhormat Sungai Siput ditangkap, Yang Berhormat Sungai Siput ditangkap bawah EO.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Menteri jangan jawab macam itu. Every time jawab macam itu. Ini bukan cara taraf Menteri jawab macam itu.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

The spirit of the law, dengan izin harus dilihat bahawa dalam perkara ini better policing memang saya bersetuju tetapi harus ada kerjasama daripada orang ramai dan di dalam hal-hal yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana Yang Berhormat Seputeh pernah menyarankan kepada saya. Dia menulis surat kepada saya. Ini seorang Ahli Yang Berhormat yang cukup baik menulis surat kepada saya untuk mengadakan dialog, menjemput polis bekerjasama dengan mereka. Begitu adalah satu cadangan yang baik dan ini patut dicontohi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara lain.

final • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila, sila saya bagi Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 4:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Gelang Patah

Yang Berhormat Menteri ada kata dua hari

final • 4:20 PM

dahulu bahawa ini Yang Berhormat Menteri sendiri kata

“We were pressured to abolish the Internal Security Act (ISA) and EO. Look at what has happened after that, the crime rate increased and organised and petty criminals came out of the woodwork“ Akan tetapi untuk empat tahun ini bukan pendirian kementerian atau pihak polis untuk empat tahun pendirian kementerian dan polis ialah bahawa kadar jenayah ada turun.

final • 4:20 PM

dahulu bahawa ini Yang Berhormat Menteri sendiri kata

Tapi nampaknya dalam bulan Julai adalah satu pertukaran bahawa kadar jenayah ada meningkat dan ini persepsi orang ramai bahawa kadar jenayah turun. Bukankah benar bahawa apa sebenarnya ialah ada peningkatan kadar jenayah dan fear of crime tetapi ini ditolak oleh kerana pihak kementerian dan pihak polis kata itu adalah masalah perception. Dalam bajet tahun lalu ada RM300 juta diperuntukkan untuk melawan perception ini.

Adakah ini bererti bahawa peruntukan RM300 juta itu semuanya sia-sia dan sebenarnya apa yang betul ialah bahawa kadar jenayah makin meningkat. Bolehkah kita dapat maklumat-maklumat yang terkini, yang terbaru dan memuaskan. Yang Berhormat Menteri kata bahawa kadar jenayah adalah meningkat. Kita perlu ada maklumat-maklumat yang baru oleh kerana semua maklumat nampaknya palsu.

final • 4:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Gopeng sini, tambahan. Tajuk sama, berkaitan.

final • 4:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Klang.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan EO ini. Saya rasa apabila kita lihat daripada segi jenayah ada dua aspek, pencegahan dan enforcement. Dalam aspek ini kalau alasan Yang Berhormat Menteri apabila EO mansuhkan dan jenayah meningkat, ini tidak meyakinkan kita bahawa polis mampu menjaga keselamatan kita.

Saya ada beberapa cadangan. Yang pertama, kita sudah tahu kalau mengikut Yang Berhormat Menteri, mereka yang ditahan di bawah EO ini adalah bakal-bakal penjenayah, bukankah kita boleh gunakan tracking device misalannya untuk bakal penjenayah sedemikian supaya polis dapat mengawasi mereka 24 jam, tujuh hari seminggu. Kedua, dari segi kapasiti untuk siasatan misalannya kalau kita lihat di negara- negara luar, mereka ada gunakan DNA, ada gunakan cap jari, ada guna gambar untuk kenal pasti penjenayah dan di Malaysia kita ada database yang lengkap untuk seluruh rakyat Malaysia dalam IC. Di Jabatan Pendaftaran Negara, cap jari ada, muka, gambar semua pun ada. Tidakkah pihak polis ada database tersebut dan ada software tersebut untuk kenal pasti identiti mereka yang terlibat apabila sesuatu jenayah itu berlaku. Jadi ini beberapa cadangan saya, sekian.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah tentang soal menangani persepsi, ini adalah sesuatu tindakan positif yang sedang dilakukan oleh pihak polis sebenarnya. Saya harus menerima hakikat bahawa kadar jenayah ini turun naik. Pada bulan Julai, kadar jenayah memang jelas naik dan persepsi kenaikan jenayah ini adalah suatu perkara yang telah kita lakukan melalui tindakan-tindakan yang terbaik. Apa yang telah saya lakukan ialah setiap laporan yang dibuat oleh orang ramai kepada pihak polis hendaklah dilakukan siasatan 100%. Jangan pernah menyembunyikan sebarang laporan itu untuk tidak dilakukan siasatan kecuali yang no further action, dengan izin.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi adalah satu cadangan yang pada hemat saya telah dan sedang dilakukan oleh pihak PDRM iaitu tracking device, ICT, siasatan dan database. Memang ini ada pada pihak PDRM dan saya fikir Yang Berhormat mengikuti apa yang sedang dilakukan oleh pihak polis. Saya fikir ini adalah suatu langkah proaktif yang baik yang telah dan sedang dilakukan.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya persilakan Yang Berhormat Puchong.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, ada dua perkara ingin saya bangkitkan. Pertama, Yang Berhormat Menteri memulakan dengan menyatakan bahawa dari repeal of the EO telah menyebabkan jenayah meningkat. Saya nak tahu adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai asas untuk menyatakan sedemikian. Daripada mana datangnya kenyataan tersebut walaupun kita lihat bahawa statistik menunjukkan sebaliknya, bahawa sebenarnya kadar itu lebih tinggi sebelum EO itu dimansuhkan. Where is the basis of saying this? Nombor dua, berkenaan dengan kenyataan itu juga saya rasa Yang Berhormat Menteri juga setuju dengan saya bahawa satu masalah yang kita hadapi sekarang adalah bukan sahaja isu jenayah tetapi lebih penting apabila tidak ada tindakan diambil oleh pihak polis untuk kes-kes yang dilaporkan. Kes-kes yang berat, kes-kes yang serious crime seperti kes-kes ugutan bunuh, seperti kes-kes percubaan bunuh dan sebagainya. Rakyat membuat laporan polis tetapi tidak ada tindakan diambil, in fact the tindakan yang diambil adalah sebaliknya di mana orang yang dilaporkan dalam laporan polis tersebut itu tidak diambil tindakan tetapi diberi kenaikan pangkat. Bukan sahaja kenaikan pangkat tetapi dinaikkan kepada kerusi yang paling berkuasa daripada segi polis. And that is none other than you mister Minister.

Satu laporan polis dibuat terhadap kamu di mana di dalam laporan polis tersebut itu jelas dinyatakan, very-very serious dinyatakan di situ kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 307, seksyen 506 di mana terdapat asas. Laporan ini dibuat yang dibuat oleh Ahmad Fazli. Saya nak tahu kenapa tiada tindakan diambil berkenaan dengan laporan polis tersebut.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan mahkamah.

final • 4:30 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

This is not court.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

*This is not court, you are not a lawyer sir, you are a Member of Parliament, then act like a Member of Parliament.

Don’t act as a lawyer.*

final • 4:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara baru.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya hendak Menteri sekarang jawab kenapa Menteri tidak diambil tindakan dan bagaimana Menteri boleh menjadi Menteri.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ini bukan mahkamah. Ini Member of Parliament, brother.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, tak payah jawab.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ini perkara sudah masuk mahkamah, mana boleh cerita lagi.

final • 4:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Perkara baru, perkara baru.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

You are not a lawyer.

final • 4:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa bangkit perkara baru?

Janganlah bangkit perkara baru.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, kalau macam ini saya tidak boleh bertanya soalan.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Don’t act as a lawyer, this is not a court. Ini Parlimen.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak boleh tanya soalan ini?

final • 4:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini perkara baru.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ini Parlimen, ini bukan mahkamah.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa saya diganggu?

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu. Yang Berhormat Puchong, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain duduk. Yang Berhormat Sepang, duduk.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Duduklah, Menteri pun tak takut.

final • 4:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Menteri boleh jawab.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ini Parlimen, ini nak angkat balik.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh tak Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu sekejap? Duduk. Yang Berhormat Menteri, duduk dulu.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Kalau nak jadi lawyer, pergi mahkamah.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu. Saya ada terbaca dalam buku-buku persidangan Parlimen termasuk perkataan reflecting, sangkaan jahat, hujah-hujah yang menuduh. Saya dengar. Kalau tidak ada bantahan daripada sebelah, saya biarkan, that’s

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

my style. Akan tetapi apabila hujah mengatakan bahawa Menteri sendiri dilaporkan kepada polis dan tidak diambil tindakan dan sedemikiannya, if that’s not a reflection towards the Minister or Ahli Yang Berhormat yang bertugas, I don’t know what is. See? That’s why I confuse. Jadi dalam hal-hal sebegini, kalau boleh Yang Berhormat Puchong bahas dengan cara baik bukan cara dengan menuduh Menteri sedemikian dan sedemikiannya. Saya tidak membela kepada sesiapa-sesiapa pun but take note of the peraturan mesyuarat, adab decorum dan macam-macam.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya faham.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ajar dia jadi Ahli Parlimen, jangan jadi lawyer.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya faham Tuan Yang di-Pertua tetapi masalah dia dan ini bukan personal tetapi...

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Come on.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Siapa itu?

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini bukan personal. Saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, this is not personal tetapi persoalan dia bagaimana kita nak tanya soalan itu kalau Menteri sendiri yang ada laporan polis tersebut duduk di sini tetapi tidak ada tindakan. Bagaimana nak tanya soalan itu secara politely tanpa menamakan Menteri tersebut?

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Apakah setiap tuduhan itu betul?

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dulu.

final • 4:30 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Duduk, duduk dulu.

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

37, 37. Duduk.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

You not a judge.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tak Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu? Ahli Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Itu you pegang.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Biar mahkamah tentukan, mana dia ada hak nak buat keputusan, dia bukan judge.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli-ahli Yang Berhormat. Menteri yang duduk sana pun dia duduk dengar dengan penuh berhemah. Ahli- ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong, kalau soalan itu saya benarkan lagi macam mana Yang Berhormat Puchong tahu laporan polis dibuat terhadap Menteri kalau itu tuduhan tidak ada tindakan yang dibuat?

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Dia buruk sangka.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bermakna mungkin ada sekarang ini penyiasatan terhadap Menteri pun.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Betul Tuan Yang di-Pertua, betul. Itu yang menjadi sebab atas mana yang saya bangkitkan.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi macam mana Yang Berhormat bertanya dengan begitu sedangkan orang yang ditanya ini adalah ada interest. Macam mana dia boleh menjawab?

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That is the problem, Tuan Yang di-Pertua, that is the reason. So how do we do it and this is why Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sebab atas mana saya sebut bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Dalam Negeri apabila wujudnya laporan terhadap beliau.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Itu kuasa Perdana Menteri bukan you.

final • 4:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Puchong ingat ini mahkamahkah? Ini bukan mahkamah, ini Dewan Rakyat.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12).

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat! Bolehkah Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat Puchong duduk dahulu.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Puchong layak kah hendak jadi Ahli Parlimen?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau mahkamah lainlah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli-Ahli Yang Berhormat. Duduk dahulu.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Puchong tidak layak jadi Ahli Parlimen.

final • 4:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Ipoh Barat, ajar dia macam mana hendak jadi wakil rakyat.

final • 4:40 PM

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12).

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 37.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya tahu. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Walaupun saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Puchong itu, sekarang ini itu sistem kita. Menteri boleh memegang jawatan pada masa yang sama laporan-laporan seperti begitu boleh dibuat. Akan tetapi...

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Menyampuk]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Puchong. Kalau pun Yang Berhormat Puchong bertanya dengan soal-soal begitu, saya rasa banyak bahasa-bahasa yang boleh digunakan sambil kita senyum. Saya dengar ada perkara berlaku begini, betulkah ini, pernahkah berlaku? Selain daripada terus menuduh kepada Menteri yang berkenaan. Ada laporan polis dibuat begini lepas itu tiada tindakan.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat boleh? Peraturan mesyuarat.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa itu tidak elok.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh saya jawab Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Suruh Yang Berhormat Puchong jadi judge, jadi lawyer. Dia jadi peguam, dia jadi hakim.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua itu menjadi sebab.

Can you please sit down?

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Dia jadi polis, jadi peguam, jadi hakim. Jadi polis, jadi peguam, jadi hakim dan buat keputusan sendiri.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What is your problem? What is your problem? I said sit down! Saya tidak mahu layan orang ini, siapa dia?

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Hei! Ini undang-undang ada, mana you boleh tuduh.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya menjelaskan.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Ini pondan, pondan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, I will allow, can you re-phrase that kind of talk. I am sure the Minister will answer you. Minister akan jawab tetapi tanya dengan cara yang lebih baik daripada itu.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Siapa ini? Ini orang siapa? What is your interest? Apa masalah you?

final • 4:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Point of order, point of order!

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu

But mana you boleh jatuhkan hukuman.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Siapa you mahu jatuhkan hukuman Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tidak apa Ahli Yang Berhormat, sila-sila.

final • 4:40 PM

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu

Peraturan Mesyuarat 37, semua kena duduk.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Dia hendak jadi lawyer, tidak hendak jadi Ahli Parlimen.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Point of order.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan saya, saya bangkitkan hal ini. Apabila saya bangkitkan hal ini, saya rasa Menteri sudah tahu bahawa saya akan bangkitkan dari segi soalan. Saya rasa jelas, kita sebagai Ahli Parlimen apabila terdapat...

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Kita benarkan sekali dia bercakap tidak semestinya betul.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau saya pun boleh mahu mendengar, janganlah campur hal, saya sendiri mahu mendengar macam mana.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada siapa-siapa lagi?

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat, Yang Berhormat harus juga faham dan mengerti, yang mana apabila Menteri nampak you berdiri, dia kasi laluan.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya setuju.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bermakna dia terbuka juga tetapi jangan buat hujah yang saya sendiri yang duduk pun, telinga saya, saya tidak rasa... apatah lagi Menteri yang berkenaan. Itu maksud saya, mesti ada decorum yang tertentu.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila isu ini dibangkitkan, Menteri tersebut seharusnya tidak jawab. Saya tidak mahu Menteri tersebut jawab. Kalau boleh Timbalan Menteri ada dalam Dewan, beliau yang seharusnya jawab.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

I say.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What is problem with you all? Can you keep quiet! Tuan Yang di-Pertua, apabila ada keadaan sedemikian lebih elok kalau Menteri tersebut tidak jawab kerana *it involves him, it is better if the answer comes...

[Disampuk] I say...*

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh...

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bully gang, Barisan Nasional. All of you…

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, boleh kita kasi peluang dahulu kepada Menteri untuk respond? Sudah lama Yang Berhormat bercakap, isu itu telah difahami.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

Duduk, duduk!

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Puchong, sila duduk dahulu. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Puchong ada kepentingan peribadi.

[Tepuk] Ini kerana Yang Berhormat Puchong menjadi peguam bela kepada orang itu.

[Tepuk]

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Apa hak Yang Berhormat Puchong bercakap, ada kepentingan peribadi.

final • 4:40 PM

Tuan N. Surendran a/l K. Nagarajan - Padang Serai

Jawab dahulu soalan Yang Berhormat Puchong, jawab soalan Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apalah!

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu tidak ada kena mengena, walau saya membela dia ataupun tidak.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Point of order.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ini floor saya.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, you explain the assault. Jawab kepada tuduhan terhadap kamu. You explain, explain the assault.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua inilah masalah, Yang Berhormat Menteri tidak bersih.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jangan lari daripada persoalan, answer the question. Adakah kamu ugut dia? Answer the question.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Beliau sepatutnya merasa...

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kamu Yang Berhormat Puchong...

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Answer the question, you tell me.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kamu Yang Berhormat Puchong.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang di belakang sana, duduk dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Biar Menteri jawab dan Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Sepang, jangan dahulu...

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Boleh tidak Ahli Yang Berhormat duduk dahulu, biar saya bercakap dahulu lepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat pertimbangkan. Kalaulah umpamanya apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puchong itu lahir daripada perasaan yang benar-benar untuk membuat kebaikan. Apa salahnya dia berhujah seperti begini, “Bolehkah Yang Berhormat menjawab persoalan-persoalan yang saya bangkitkan sedangkan ada begini.” Saya rasa Menteri tidak

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

akan offended. Jadi perkara yang seperti begitu boleh lagi dijawab oleh Menteri yang lain.

Akan tetapi apabila kita buat tuduhan begitu melulu terpaksa ada reaksi seperti begitu bermakna ada personal interest. Jadi sebab ini saya tidak mahu kadang-kadang kalau berbahas control sedikit, exercise sedikit decorum, bukan untuk personal agenda masing- masing.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Saya faham tetapi saya hendak beliau jawab, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya faham, saya ambil daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Silakan.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Okey, sila yang belakang sana itu tolong duduk dahulu Yang Berhormat. You will have your chance.

final • 4:40 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, adakah soalan yang dikemukakan oleh*...

[Disampuk]* Diamlah! Nampak? Macam mana hendak cakap.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tidak Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Ahli- ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu, duduk dahulu.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Peraturan mesyuarat.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebenarnya boleh mengatakan kepada Yang Berhormat Puchong tarik balik kerana itu adalah sangkaan jahat walau apa pun dia sebut. Akan tetapi oleh kerana saya nampak Menteri tenang, dia menjawab dengan baik lepas itu dia kasi laluan kepada Yang Berhormat Puchong saya take it positively. Jadi, apabila Yang Berhormat tanya begitu, kita tahu isu yang sebenar, Menteri boleh bertanggungjawab jawab tetapi apabila dia jawab, dia kata you have an interest. Jadi, bermakna di sini dua-dua pun dia kata ada interest.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau Yang Berhormat Sepang campur hal lagi tidaklah selesai isu ini.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya hendak bagi *ruling...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

Duduklah Yang Berhormat Sepang.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Persoalannya, apa yang dibangkitkan oleh*...

[Disampuk]* Dengarlah dahulu! Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong bukan sangkaan jahat, ini satu fakta. Beliau meminta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua saya minta satu ruling, adakah fakta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puchong...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Begini Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Berhak dijawab oleh Menteri atau tidak sebab beliau adalah dalam keadaan menjadi orang yang dituduh itu.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Begini Yang Berhormat, begini Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya minta satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, adakah beliau patut menjawab soalan itu.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila duduk, begini Yang Berhormat. Kadang-kadang Yang Berhormat dalam Parlimen ini saya fahamlah dengan peguam-peguam, you are very articulate on meaning. Sangkaan jahat dalam konteks Parlimen ialah bagi saya kerana saya yang bagi definisi bagi setiap apa yang dihujah. Apabila wakil rakyat yang berkenaan, Yang Berhormat Puchong bertanya macam mana Menteri boleh menjawab sedangkan laporan polis dibuat kepada dia tidak ada tindakan. Dia Menteri Dalam Negeri, sangkaan jahat di dalam sana menurut takrifan saya ialah polis tidak berani untuk siasat yang berkenaan kerana beliau Menteri Dalam Negeri.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat, nanti dahulu Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Aturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sedangkan di mana Yang Berhormat Puchong tahu bahawa tidak ada siasatan. Haruskah polis menjawab bahawa ada siasatan sekarang kepada Menteri yang berkenaan. Kalau pun ada, itu sangkaan jahat dia di dalam. Jadi, itu adalah tafsiran saya, jadi tugas kita ialah bukan takrifan itu betul, ini yang betul. Tugas saya ialah supaya persidangan dapat berjalan, itu sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Baik Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

You understand?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Menteri, adakah tindakan diambil terhadap beliau dan kalau tidak ada kenapa?

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

It is unfair. Yang Berhormat, soalan itu adalah tidak adil untuk Menteri, macam mana Menteri boleh jawab sama ada tindakan diambil terhadap beliau atau tidak. Mungkin beliau tidak tahu pun ada penyiasatan.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah Yang Berhormat, isu sudah kita selesai.

Yang di belakang sana tidak apa, tidak apa Menteri sila jawab. Mana yang relevan jawab, lepas itu beralih kepada point lain.

final • 4:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:40 PM

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Menteri, lama sudah berdiri Menteri.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebentar, sebentar sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong daripada Hansard ini ialah ada laporan polis yang dibangkitkan sekali lagi, laporan polis yang dibuat pada tahun 2006. Waktu itu saya bukan Menteri Dalam Negeri. Pada masa itu menjadi Timbalan Menteri, saya betul Timbalan Menteri. “Apa yang berlaku di situ Tuan Yang di-Pertua, laporan polis itu jelas menyatakan bahawa beliau dipukul. Bukan sahaja dipukul akan tetapi kalau kita baca Tuan Yang di-Pertua, maklumat dalam laporan polis tersebut sangat mengerikan. Maklumat itu menyatakan beliau dipukul, memang diberikan deskripsi. Detail description about the assault.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selepas daripada itu, ada juga dikatakan bahawa beliau diugut akan dimasukkan dalam guni, akan ditanam dan sebagainya. Ini jelas menjadi perkara-perkara yang menjadi jenayah. Kenapa tidak dikenakan tindakan? Saya hendak tahu daripada Jabatan Perdana

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Menteri. Bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi Menteri tersebut sekarang dinaikkan pangkat menjadi Menteri Dalam Negeri. Jadi, bagaimana kita dapat, how do we have confident Tuan Yang di-Pertua? The system di mana ada satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri.” Oleh kerana kamu adalah peguam bela yang ada kepentingan membela orang itu...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kamu menggunakan Dewan yang mulia ini untuk melakukan tuduhan.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You hendak jawab.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kes ini bukan kes jenayah..

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akan tetapi adalah kes sivil. Kamu ada kepentingan untuk membawa kes itu...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Makna dia..

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, this is my floor.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order.

final • 4:50 PM

Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Bagi Menteri jawab dahulu. Duduklah.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, duduk. Duduklah.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua buat ruling tadi.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, this is my floor.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You want to answer?

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

No, no. This is my floor. Just sit down.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, do you want to answer?

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hendak jawab, tidak hendak jawab.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

If I can listen to you, you must listen to me.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I will.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dengan izin.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Mana boleh Menteri menjerit-jerit ini.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Do you want to answer the question? If you want to answer the question I will...

final • 4:50 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Duduk Yang Berhormat Puchong.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Tidak boleh pekik-pekik. Menteri tidak boleh pekik.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat ...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila, sila. Kalau tidak biadab macam itu kan bagus.

final • 4:50 PM

Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Menteri. Ahli Yang Berhormat Menteri duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Sana duduk lah Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kalau Yang Berhormat Puchong tidak biadab macam itu kan bagus.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No problem. Please, answer the question. Sila, sila jawab, jawab.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey, okey. Sit down, sit down.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagus, bagus. Jawab, saya hendak dengar. Jawab.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kes ini adalah kes sivil.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan kes sivil.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kes sivil. Jadi, dalam perkara ini...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jangan gunakan Dewan yang mulia ini.

Kita jumpa di mahkamah.

final • 4:50 PM

Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading

Betul.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita jumpa di mahkamah.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Soalan saya, apa berlaku kepada laporan polis? Kenapa tidak ada tindakan polis.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh jadi kes sivil kenapa tidak ada tindakan polis?

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim Bandar Baharu

Peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Why no police action? Kenapa?

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau hendak pukul, kalau ada ugutan, ugutan mesti...Hendak tanam dalam guni.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Listen to me, listen to me, listen to me, listen to me.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Point of order.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak ada tindakan polis?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

Enough.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, antara character dia dan character saya, dia lebih hebat kaki pukul daripada saya.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ini satu jawapan bersangka jahat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tidak, boleh tidak. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat ...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat duduk dahulu, duduk dahulu.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Point of order.

final • 4:50 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Kenyataan Menteri tidak berasas. Dia tidak boleh kata Yang Berhormat Puchong itu kaki pukul. Tidak ada asas.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Saya boleh respond kepada ...

final • 4:50 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Dia kena tarik balik.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi yang berdiri belakang sana, yang mengangkat peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

[Bangun]

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Peraturan mesyuarat, duduk lah.

final • 4:50 PM

Tuan Shabudin bin Yahaya - Tasek Gelugor

Peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Duduklah, ini peraturan mesyuarat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi peraturan mesyuarat kepada...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Sudah lama saya berdiri. Sudah setengah jam.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

35(6).

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Point of order, point of order.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepala Batas dahulu. Dia berdiri awal. Sila, sila.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ya, 35(6).

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua untuk buat ruling kepada perkara 35(6), Seseorang ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada dalamnya faedah yang tepat bagi dirinya selain daripada perkara-perkara mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian jika tidak diterangkan sebanyak mana faedah bagi dirinya dalam perkara itu.”

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua untuk buat ruling.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, sama.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada peguam bela.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Yang Berhormat Puchong tidak layak bercakap sebab dia ada kepentingan kewangan.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila, sila.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Malu lah.

final • 4:50 PM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Yang Berhormat Sepang menyibuk sahaja.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Declare lah berapa you punya interest? Berapa you punya elaun...

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Tanjong Karang, malu lah. Duduk lah.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Gaji berapa? Legal fee berapa?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mana?

final • 4:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Declare lah berapa kena bayar?

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Yang Berhormat Puchong kena declare berapa faedah dia terima daripada anak guam dia.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Puchong sudah.

final • 4:50 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Berapa fee dia dapat?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just kalau boleh. Tuan Yang di-Pertua, I’m not going to push it.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah mendengar cukup lama.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat sudah.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa lah, tidak apa lah. Sudah.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Point of order.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, menteri saya dengar Yang Berhormat Menteri sudah dapat menjawab. Saya pun puas hati dapat mendengar kedua- dua belah pihak. Boleh Menteri teruskan di lembar.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat yang lain tolong duduk.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, just on 36(12).

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

36(12). Just a short one Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Tanjong Piai...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tadi ada yang saya sebutkan di sana.

Tidak apa, tidak payah. Let it go please.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya setuju. Hanya setakat ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri kalau boleh point of order.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order, point of order.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kita jumpa di mahkamah lah.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Point of order mana? Nombor berapa?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

36(12). Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak ada masalah hendak dengar jawapan daripada Menteri. Menteri di sini memang...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Piai juga turut bertanya sama ada ...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tunggu, tunggu. Saya...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Duduk, duduk...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat Puchong. I think it is enough already.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

[Menyampuk]

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dinyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua. Just ...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Warga asing. Saya ingin menjelaskan ...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, *just give me a minute.

I’m not going to push it.*

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bahawa berdasarkan statistik jenayah indeks pada tahun 2012 sebanyak 1,575 kes...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I won’t to push it.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

No. Yang Berhormat Puchong duduk, duduk. Yang Berhormat Puchong duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Atau 1% berbanding dengan jumlah keseluruhan 153,669 kes jenayah indeks.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua..

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berdasarkan perangkaan statistik ini, jelas menunjukkan bahawa jumlah jenayah yang dikeluarkan oleh warga asing adalah dalam jumlah yang kecil.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, menteri. Boleh duduk Yang Berhormat Menteri. Listen. Yang lain duduk dahulu. Yang Berhormat Puchong.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sorry, sorry.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

See. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan point of order, saya terpaksa respond kepada point of order. Kadang-kadang walaupun dalam pendapat peribadi saya bahawa terpaksa saya buat ruling kadang-kadang saya sengaja tidak buat ruling. Oleh kerana saya mengharapkan bahawa apabila ketenangan sudah balik, jadi kita dapat bermesyuarat. Akan tetapi Yang Berhormat Puchong, kalau Yang Berhormat Puchong push terpaksa saya buat ruling. Jadi, Menteri dengan cara baik, dia pun jawab. You agresif, dia pun tunjuk agresif jugalah.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Hanya setakat ini Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi...

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri menyatakan saya kaki pukul.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Dah la, duduk lah.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

See. Okey duduk.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Ini floor Menteri, floor Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kepada saya Tuan Yang di-Pertua. *No, no.

Hold on, hold on.*

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong duduk dahulu duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kepada saya Tuan Yang di-Pertua. Kalau Menteri ini jantan ...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Reezal Merican - Kepala Batas

Yang Berhormat Puchong duduk, Yang Berhormat Puchong duduk, Yang Berhormat Puchong duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau berani, you repeat this outside Parliament and I will sue you in court.

final • 4:50 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Declare dahulu berapa banyak.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat,

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

... berapa banyak? Declare.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Ini pembohong punya Ahli Parlimen.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Cakap lah peraturan mesyuarat berapa?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah lah Yang Berhormat Subang.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Omar - Tanjong Karang

Menipu Dewan.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sudah. Yang Berhormat Menteri, sekarang teruskan kepada bab lain. Saya tidak mahu lagi ada gangguan. Kalau ada gangguan saya suruh rehat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Point of order. Tuan Yang di-Pertua, saya masih...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa lagi point of order.

final • 4:50 PM

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan - Padang Serai

Point of order Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, point of order saya adalah ini. Kenyataan yang... [Dewan riuh] Menteri kena duduk, Menteri kena duduk.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, yang dia orang kacau ini pasal apa? Point of order, Menteri kena duduk. Duduk dahulu, dengar. Asyik-asyik kononnya..

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Order, order, order. Duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang lain duduk dahulu. Isu sudah selesai, jangan lagi dipanjangkan. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan. Siapa yang berdiri on any point of order it all. Kalau *abusing point of order, I will ask you to much. You try me.

[Tepuk]* Ada lagi? Sudah lah, kita menghabiskan banyak masa pasal soal ini. Yang lain apabila berjawab-jawab terkeluar yang tidak patut untuk dikeluar. Sila.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Kuala Selangor telah membangkitkan mengenai isu judi haram yang berleluasa dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak PDRM.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak PDRM bagi pembanterasan kes perjudian di seluruh negara adalah dengan membuat pemeriksaan dan serbuan terhadap tempat-tempat yang disyaki yang menjalankan aktiviti perjudian sama ada judi berkomputer, judi di rumah terbuka atau judi haram.

Statistik serbuan dan tangkapan terhadap pemain dan penganjur judi haram bagi tahun 2011 adalah sebanyak 24,505 serbuan

final • 4:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tangkapan sebanyak 14,594 orang telah dibuat. Bagi tahun 2012 sebanyak 35,520 serbuan telah dibuat dan tangkapan seramai 20,220 orang pemain dan penganjur telah dilakukan.

final • 4:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan, judi haram boleh?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya hendak habiskan ayat, boleh?

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab itu saya ada bahaskan dalam perbahasan saya.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya hendak habiskan ayat sedikit boleh? Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada serbuan dan operasi yang dilakukan pada tahun 2012, sebanyak 5,530 kes telah dituduh di mahkamah dan sebanyak 9,635 kes masih lagi di dalam siasatan. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebetulnya ada menyentuh soal judi haram ini, Tuan Yang di-Pertua. Sebab di Sabah, Kota Kinabalu, Sandakan kecuali daerah Kinabatangan sebab saya tidak benarkan.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi di lain-lain daerah Yang Berhormat Menteri, judi-judi jenis berkomputer ini tumbuh seperti cendawan tumbuh lepas hujan dan yang malangnya operator-operatornya melibatkan nama baik polis. Dia kata ini polis punya.

Saya marah sebab saya kata polis bukan macam ini. Untuk membuktikan polis tidak terlibat, saya minta Yang Berhormat Menteri mengarahkan polis dari mana, kalau Sandakan tidak boleh, Kota Kinabalu tidak boleh, arahkan polis dari Bukit Aman. Tutup mesin-mesin judi haram di Kota Kinabalu, di Sandakan dan daerah-daerah lain yang tidak

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

berlesen beroperasi secara haram melibatkan murid sekolah, tumbuh seperti cendawan, membuktikan polis tidak terlibat. Saya bagi tempoh satu minggu polis ambil tindakan.

final • 5:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

[Bangun] Yang Berhormat Kinabatangan, Penampang juga begitu.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun] Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama, perkara yang sama.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, minta laluan, judi komputer. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai judi berkomputer ini saya lihat, setujukah Yang Berhormat Menteri sebab apabila serbuan dibuat, komputer dirampas tetapi beberapa hari selepas itu buka semula. Saya telah sebut di dalam Parlimen ini Yang Berhormat Menteri, bahawa ia disebabkan bekalan elektrik dan air tidak dipotong dan untuk mengarahkan pemotongan ini hanya boleh datang daripada pihak polis, pihak PBT tidak berhak memotong.

Jadi, persoalan saya kenapa bekalan elektrik tidak dipotong kerana komputer tidak dapat berfungsi kalau tidak ada elektrik. Tuan punya premis sendiri, kenapa tidak boleh disabitkan dengan bersubahat dengan kes ini. Kalau ini kita tidak dapat lakukan, sampai bila-bila polis tidak akan dapat membanteras judi komputer ini.

final • 5:00 PM

Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, boleh saya hendak mencelah Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun] Tambah sedikit.

final • 5:00 PM

Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menjawab dahulu selepas itu saya bagi peluang kepada kawan-kawan. Saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kinabatangan dan kami telah menubuhkan special squad daripada Bukit Aman yang turun terus ke bawah untuk menentukan pembanterasan judi ini. Tuan Yang di-Pertua, semua judi ini adalah haram. Dalam Islam, semua judi haram. Dalam perkara ini tentu juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara setuju.

final • 5:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Setuju, hendak tahu bagaimana hendak contact jawatankuasa tersebut.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tidak boleh provoke sedikit sahaja, dia nak bangun. Duduk, duduk. Dalam perkara ini saya ingin menyebutkan beberapa langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tentang pemotongan api dan air. Ini kerana soal api dan air itu adalah soal kerajaan tempatan dan kami telah mengambil tindakan untuk bekerjasama dengan pihak PBT bahawa special squad ini akan turun ke bawah termasuk memotong api dan air serta mengambil tindakan segera.

[Tepuk] Di samping itu juga kami

final • 5:00 PM

telah mengadakan beberapa langkah Yang Berhormat

(i) mengenal pasti individu dan sindiket-sindiket yang terlibat dalam kegiatan perjudian berinternet dan mendakwa mereka di bawah undang-undang yang berkaitan serta mengkaji kemungkinan mengambil tindakan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram atau AMLA 2003;

(ii) membuat permohonan pada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan pemotongan- ini cara tadi, pemotongan bekalan elektrik dan menutup premis yang degil bagi mengelakkan mereka bagi mengulangi kesalahan yang sama; dan

(iii) meningkatkan serbuan secara berterusan dengan kerjasama lain-lain agensi termasuk SPRM serta pihak berkuasa tempatan dengan usaha bersungguh-sungguh termasuk menghantar skuad khas daripada Bukit Aman.

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, saya hendak mencelah sedikit fasal tadi mengenai utiliti.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun] Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya mengikuti kes ini daripada awal- awal, saya bawa di Parlimen ini mengenai Akta Elektrik. PBT bila kita mengatakan mengapa mereka tidak potong elektrik, mereka kata hanya ini boleh dilakukan oleh polis yang berpangkat tertentu. Saya bawa di Parlimen ini minta Akta Elektrik itu diubah supaya permohonan semula elektrik itu adalah dengan persetujuan PBT tetapi saya tidak nampak kenapa PBT perlu bersetuju. PBT sekarang mengatakan bahawa kami boleh bekerjasama, polis yang akan mengarahkan, yang mana satu ini Yang Berhormat Menteri?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Di dalam peraturan, PBT kena bersetuju tetapi kalau Yang Berhormat dan kita semua setuju, berikan kuasa kepada polis sepenuhnya, kita akan lakukan 100% pembanterasan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun] Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun] Lenggong...

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri, yang mana satu Yang Berhormat Menteri?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini mesin kuda ini ataupun judi haram ini masalahnya kita di Bintulu sudah banyak mesyuarat sudah ada, keputusan sudah ada termasuk tadi Yang Berhormat Menteri disebut potong elektrik, potong air. Di sini saya ada maklumat sedikit bagi Yang Berhormat Menteri. Masalah agensi-agensi terlibat itu bila kita dalam mesyuarat, PDRM ada sedikit negatif. Kita pun ada persoalkan, polis pun boleh guna Money Laundering Act tetapi polis terlibat di dalam mesyuarat, dia tidak begitu favor menggunakan Money Laundering Act.

Masalah sekarang, rakyat hendak soal, ini mesin kuda memang dalam masa ke semasa banyak tangkapan tetapi lepas tangkapan, ini numbers of outlet, dengan izin, bukan di kurang, bertambah. Masalah ini macam mana kita ada satu rancangan, memang kita sekarang Yang Berhormat Menteri kata ada tubuhkan satu special squad. Kita bila boleh melaksanakan di kawasan masing-masing terlibat dalam mesin kuda. Macam mana kita boleh rancangkan dihapuskan, satu tarikh, berapa lama kita boleh dihapuskan. Kita boleh buat satu komitmen kepada rakyat. Minta penjelasan sedikit. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri Lenggong ya.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, isu judi haram ini ia menular sampai ke luar bandar dan masalah kepada kita ialah ia melibatkan pelajar sekolah. Kalau kawasan saya termasuk di Gerik sekali, kita telah beberapa kali di peringkat daerah mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu ini. Akan tetapi antara isu utama yang disebut ialah polis kata dia tidak ada kuasa penuh, Majlis Daerah pun sama.

Jadi, bolehkah pihak polis dan pihak–pihak yang berkaitan untuk mengkaji menurunkan kuasa kepada polis di peringkat daerah dan sebagainya, kalau pegawai- pegawai yang tidak ada ditempatkan, untuk diselesaikan secara bersungguh-sungguh. Ini kerana saya faham kalau Bukit Aman turun, cukup bagus tetapi apakah berkemampuan untuk pergi ke semua tempat. Ini isu dia. Jadi, bolehkah tidak di samping kita turun, sebagaimana kata Yang Berhormat Menteri tadi, kita bersama dan sedikit kuasa diturunkan di peringkat Majlis Daerah Tempatan dan juga polis untuk menyelesaikan isu ini.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun] Isu yang sama Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun] Pendek sahaja.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh bagi chance dahulu Yang Berhormat Menteri untuk jawab atau mahu dengar lagi?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua kerana Yang Berhormat Kuantan adalah sahabat lama dan dia bahas.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana beri laluan, terima kasih. Di Kuantan, dilaporkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Kuantan bahawa ada 300 outlet, dengan izin, yang beroperasi, yang melibatkan judi internet ini. Setiap kali ada serbuan, berlaku seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat lain katakan. Ia berulang semula, tutup beberapa hari, dia berulang semula, dia buka balik.

Baru-baru ini saya terima aduan yang lebih teruk daripada itu Yang Berhormat Menteri di mana apabila pengadu itu pula yang beri maklumat itu mendapat ugutan. Ada ugutan, ada dalang yang mengugut pula. Jadi, apabila PBT hendak buat serbuan, ada dalang lain. Apabila polis hendak buat serbuan, ada juga tukang beri maklumat. Jadi, tidak jumpa kadang-kadang itu, pergi dekat situ tidak jumpa. Tidak ada sudah mesin-mesin itu.

Jadi Yang Berhormat Menteri, ini saya lihat ada loophole in the law, ada loophole in the law.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Jadi, persoalan saya kalau ada special squad dari Bukit Aman pun, adakah mampu kita banteras perkara ini habis-habisan kerana ini melibatkan anak-anak kita? Yang rosak adakah anak-anak kita, yang bukan sahaja orang muda kadang-kadang orang tua pun ada. Dapat gaji habis berjudi.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan

Isteri di rumah tunggu, tidak ada beras dan mereka habis duit di situ. Memang ini satu gejala sosial yang mesti kita lawan habis-habisan bersama. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Isu yang sama Yang Berhormat Menteri. You tengok semua pihak sekarang bercakap tentang judi haram. Kalau dahulu, kita ada EO.

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita ada akta – baru saya cakap, sudah cakap macam ini. Baru kita cakap, kita ada EO, kita ada RR. Akta yang paling ampuh sekali untuk kita mengekang judi haram ini. Kenapa ada pihak yang takut? Kalau boleh kita kembalikan semula EO dan RR ini.

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Apakah pendapat Yang Berhormat Menteri?

final • 5:10 PM

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil

Masalah EO disalahgunakan.

final • 5:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita kata jangan takut.

Kembalikan semula EO dan RR kerana kepentingan awam, bukan untuk kepentingan peribadi. Apa kita takut? Kalau kita tidak ada melakukan kesalahan, jangan takut. Ya atau tidak?

final • 5:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan pendek sahaja. Kita sokong atas segala tindakan untuk menghapuskan gejala judi dalam masyarakat kita terutamanya judi internet yang haram. Apakah cara masyarakat awam ataupun rakan-rakan yang ada di sini untuk melaporkan kedai-kedai yang memang ada kes-kes sebegitu? Ini disebabkan kalau kita beri kepada pihak polis tempatan, mungkin ada percanggahan. So, is there a contact of mechanism to activate skuad khas yang ada?

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu baru cadangan yang baik macam Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin juga. Saya fikir beginilah...

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu cadangan juga.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Beruas, beri saya jawab dahulu.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, okey.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebab masa. Masa kami pun hendak solat terawih juga selepas ini.

[Disampuk] Kalau tidak masuk Maghrib, selepas itu kita solat isyak, terawih. Yang Berhormat Beruas tidak perlu solat terawih. Saya ingin menyebutkan bahawa apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi memang benar. Saya fikir dalam perkara ini tidak ada pihak di sini atau pihak di sana. Soal judi kita mesti sama- sama membanteras. Itulah sebabnya special squad ini tidak akan memaklumkan kepada IPK atau IPD tetapi terus ke tempat berkenaan supaya maklumat-maklumat awal sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuantan itu tidak akan berlaku. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, berikan sokongan kepada PDRM untuk membanteras semua kegiatan judi.

[Tepuk]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan atas special squad.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya fikir kerana masa telah...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Special squad itu.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebut tadi ada special squad yang boleh buat serbuan.

Akan tetapi, mengikut apa yang kita tahu sekarang, di Bintulu ada 200, 300 kedai internet cafe yang beroperasi sebagai pusat judi. Di Kuching juga ada di 300, 400 kedai.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Berapa special squad yang boleh menangani perkara ini? Berapa orang pegawai akan dilantik untuk membuat serbuan, tangkapan yang begitu banyak? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan satu penjelasan?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Itu tidak perlu beritahu saya. Kalau tahu saya sudah pergi.

[Ketawa] .

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Senang tahu mana itu ada lampu merah, ada lampu hijau.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini lampu merah lampu hijau ini.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk menyenangkan Menteri menjawab, Yang Berhormat Bintulu sama dengan Yang Berhormat Bandar Kuching boleh keluar sekejap, sembang- sembang di luar.

[Ketawa] Masih panas teh tarik di luar itu. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, memang special squad tidak mencukupi. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Bandar Kuching dapat memberikan maklumat kepada saya, saya utamakan Bandar Kuching dan Bintulu dahulu untuk kita banteras dan tempat-tempat lain.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Perak juga banyak, ratusan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dan Kuantan.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, satu point sahaja.

Ratusan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, elok saya teruskan kerana saya kasihan kepada sahabat saya dari Kemaman, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Yang Berhormat Kluang menyatakan status sama ada siasatan PDRM berkaitan dengan kes kematian Tar Bee Lin pada 26 Mei 2013 yang didakwa telah diragut pada 23 Mei 2013 di Johor Bahru. Saya ingin menyebutkan bahawa kes ini telah berlaku pada 23 hari bulan dan laporan telah dibuat oleh orang awam memaklumkan terdapat seorang wanita dalam keadaan tidak sedar terbaring di atas jalan raya berkemungkinan telah diragut. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah. Tiada keterangan dapat direkodkan daripada mangsa kerana beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga beliau meninggal dunia pada 26 Mei 2013. Tiada saksi awam menampilkan diri untuk memberikan maklumat dan pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan oleh pihak polis.

Yang Berhormat Klang pula turut bertanya berkenaan status kematian Pua Bee Chun yang terkena tembakan pihak polis di Jalan Bendahara, Taman Sentosa Klang tahun ini dan mendakwa pihak polis bertindak untuk menembak sesuka hati atau trigger- happy.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin menegaskan bahawa pihak polis tidak sewenang-wenangnya - saya ulangi, tidak sewenang-wenangnya melepaskan tembakan dalam menjalankan tugas.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

PDRM sentiasa mengingatkan semua anggotanya agar mengambil langkah-langkah keselamatan diri dan juga limitasi kuasa semasa menggunakan senjata api berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara.

Berkaitan dengan kes Pua Bee Chun yang ditembak mati oleh polis pada 18 Januari 2013, pihak polis telah mengejar sebuah kenderaan yang disyaki dicuri. Dalam kejadian kejar-mengejar tersebut, pihak polis telah bertindak mengikut peraturan berkaitan.

Amaran telah diberikan kepada pemandu kereta terbabit, namun telah diingkari. Pihak polis telah melepaskan tembakan dan terkena si mati, Puan Pua Bee Chun yang menaiki kereta tersebut. Pihak polis mendapati kereta tersebut dipandu oleh teman lelaki wanita terbabit dan siasatan awal mendapati kereta tersebut telah dilaporkan dicuri. Kertas siasatan telah dibuka dan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dan mengarahkan supaya teman lelaki wanita terbabit dituduh di mahkamah atas tuduhan-tuduhan yang saya akan berikan secara bertulis.

Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Bukit Katil...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Saya Yang Berhormat Klang ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan isu ini sebab tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan polis adakan SOP (standard operating procedure). Akan tetapi dalam kes ini, Puan Pua Bee Chun itu telah dibunuh oleh polis pada bulan 18 Januari 2013 dan sehingga ke hari ini, orang yang bunuh itu iaitu seorang anggota polis belum dikenal pasti. Saya telah menulis kepada polis dan polis telah mengatakan secara awam bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai attempted murder. Selepas saya menulis kepada CPO Selangor, CPO Selangor tulis balik kepada saya dengan mengatakan bahawa dalam kata lain dia kata, “This is none of your business”. Itu yang dia tulis kepada saya. Saya tulis balik kepada dia mengatakan bahawa the police are responsible for that murder of a lady, 22 years old woman yang ada dua orang anak.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa teman lelaki itu sebenarnya dia bukan ada perkaitan boyfriend or girlfriend, tidak. Itu adalah pemandu lain. Therefore, to suggest that she was having a relationship with this man is not acceptable even by the police. Yang Berhormat Menteri, soal di sini ialah mengapa selepas enam bulan, standard operating procedure polis tidak bekerja, sampai ke hari ini belum kenal pasti siapa yang bunuh. Walhal orang yang bunuh itu ada dua orang. Seorang yang tembak, seorang yang memandu kereta. So, what is taking the police so long? Six months to identify. Ini adalah sebab saya fikir oleh kerana polis begitu lambat mengatasi masalah ini, maka keyakinan orang ramai terhadap polis kurang. Oleh kerana itu saya minta Yang Berhormat Menteri arahkan CPO Selangor untuk mengatasi isu ini dalam seminggu sebab enam bulan itu terlalu lama. Minta penjelasan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, beberapa tindakan telah dilakukan dan saya akan buat laporan secara bertulis mengenai perkara ini kerana...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jawapan ini agak panjang kerana melibatkan beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan dan juga Akta Senjata Api. Saya akan ...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin minta kepada Yang Berhormat Menteri bahawa polis sekarang menyiasat saya oleh kerana kes ini sebagai...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan maklumkan secara bertulis kerana ini ...

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Criminal defamation against the police

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kes yang spesifik Tuan Yang di-Pertua, saya akan maklumkan secara bertulis.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan kenapa polis menyiasat saya.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Bukit Katil mengutarakan isu mengenai kematian dalam tahanan dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Saya ingin menjelaskan bahawa persoalan ini telah saya jawab dalam Dewan yang mulia ini pada 26 Jun yang lalu dan saya ingin mengulanginya sekali lagi bahawa dalam aspek pengurusan tahanan di lokap polis, peraturan yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Lokap 1958, Perintah Tetap Ketua Polis Negara, Perintah Tetap Ketua Polis Daerah. Walau bagaimanapun, ekoran daripada kejadian kematian dalam tahanan yang berlaku kebelakangan ini, pihak kerajaan telah mengkaji semula peraturan-peraturan ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi menjawab isu mengenai mengapa Independent Police Complaints and Misconduct Commission atau IPCMC yang...

final • 5:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri penjelasan sedikit. Jawapan kepada saya tadi itu.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Ditolak, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan telah membuat keputusan...

final • 5:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Jawapan kepada saya, biar saya...

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Untuk menolak IPCMC setelah pertimbangan yang serius dan teliti dibuat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Kerajaan mendapati IPCMC yang dicadangkan sebahagian daripadanya tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan konsep keadilan dan melibatkan pertindihan kuasa yang telah diberikan kepada agensi-agensi tersebut. Sebagai contoh salah laku rasuah sewajarnya disiasat oleh SPRM dan tidak perlu oleh IPCMC menjalankan siasatan yang sama.

Selain daripada itu, kerajaan juga berpandangan sekiranya satu badan pemantau hendak ditubuhkan bidang kuasanya sepatutnya tidak terhad kepada PDRM sahaja tetapi semua agensi yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Oleh yang demikian, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) sebagai badan yang memiliki kuasa dan keupayaan untuk memantau salah laku semua pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan. Saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi masa kepada pihak SIAP untuk menunjukkan keupayaan yang sebenarnya.

Yang Berhormat Gelang Patah telah meminta penjelasan mengenai penahanan...

final • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Penganjuran Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman. Untuk makluman Dewan yang mulia, ini kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan mana-mana pihak dan dalam hubungan ini Akta Perhimpunan Aman... Duduk sekejap nanti saya beritahu.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Akta Perhimpunan Aman 2012 telah digubal atas semangat untuk memberikan kebebasan sivil kepada rakyat tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan kepentingan untuk memelihara keselamatan negara.

Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan ada hadnya. Sekiranya disalahgunakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada boleh diambil terhadap mereka. Jika syarat yang ditetapkan dipenuhi, pihak penganjur boleh menganjurkan perhimpunan tanpa apa-apa halangan.

final • 5:20 PM

Tuan N. Surendran a/l K.Nagarajan - Padang Serai

Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Penjelasan.

final • 5:20 PM

Tuan Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil

Mohon laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya hendak beri pada Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri walaupun pendirian kerajaan adalah untuk tidak menubuhkan IPCMC akan tetapi dari apa yang kita lihat kebelakangan ini dari enam bulan ini, kematian di lokap tidak berkurangan. Saya juga telah semasa berbahas mengatakan ada satu kes di mana kematian di lokap di Kampar di mana dia telah dikatakan telah dihentam oleh pihak polis sehingga dia mati di lokap. Perkara sedemikian saya rasa hanya dapat dielakkan jika ada satu badan yang bebas, yang luar dari kawalan mana-mana agensi.

Kawal selia yang sedia ada, integrity commission itu adalah untuk merangkumi 18 agensi dan kita perlukan satu badan yang bebas yang boleh menyiasat kes-kes terhadap polis sendiri dan ini akan membawa lebih perhatian dan memberi lebih confident kepada bukan sahaja pihak polis tetapi juga kepada pihak rakyat.

final • 5:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri tajuk yang sama, sedikit sahaja. Tajuk yang sama, kematian dalam lokap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan kes kematian Karuna Nithi di Balai Polis Tampin pada 1 Jun. Hari ini saya dapat sesalinan laporan bedah siasat dengan jelas menunjukkan secara nyata beliau dipukul dan ada hampir enam puluh tanda kecederaan pada badan beliau yang dilakukan oleh dengan izin, blunt object. Itulah perkataan yang digunakan oleh pakar bedah siasat. Laporan ini diberi pada 14 Jun akan tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan dari segi tangkapan ataupun pendakwaan pegawai- pegawai polis yang bertanggungjawab untuk penahanan beliau.

Ini bukan kes yang pertama. Kita ada kes Kugan, kita ada kes Dharmendra, kita ada ini kes dan dalam tiga-tiga kes ada paten yang sama di mana bila kejadian berlaku dan diketahui oleh pihak awam terus pegawai polis, saya tidak boleh sebut namalah akan tetapi ini secara umum memberitahu pada awam, polis tidak buat apa-apa salah dan tidak buat apa-apa terhadap tahanan. Dalam kes ini juga. Akan tetapi bukti yang dikemukakan dalam mahkamah ataupun dalam laporan kes ini macam laporan bedah siasat menunjukkan sebaliknya.

Sebab itu banyak kali kita sudah utarakan keperluan satu badan bebas untuk menyiasat secara berkesan. Badan yang disebut SIAP itu memang sudah wujud tiga tahun akan tetapi kita tahu secara in reality, hakikatnya tidak berkesan. Sudah tiga tahun lebih.

So, kita ulang sekali lagi, kerajaan harus mempertimbangkan semula sekali lagi peranan agensi ini dan memberi satu komitmen yang jelas bahawa kita perlu satu badan yang bebas, berwibawa yang boleh siasat kes-kes macam ini dan pastikan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke mahkamah.

Kita tidak sebut semua. Ini adalah sebahagian kecil bad apples lah dalam PDRM.

Akan tetapi mereka mencemarkan imej secara keseluruhan.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya faham, saya faham. Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:20 PM

Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota

Sikit, sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Bagi Indera Mahkota, sini, sini sebelah kiri. Sini, sini. Saya tahu saya orang kecil susah hendak nampak akan tetapi... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyingkap kembalilah zaman gemilang kita dahulu bahawasanya polis Malaysia ataupun Malaya satu ketika dulu merupakan polis yang paling hebat dan dihormati oleh Nusantara ini. Malahan kita dikatakan memiliki pasukan yang one of the most efficient around the region, dengan izin. Boleh atau tidak kita kembalikan keadaan yang sedemikian?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ingat satu peristiwa di mana seorang komunis di China iaitu Musa, polis kita cukup cekap sampai boleh bawa balik seorang tokoh komunis daripada China ke Malaya ketika itu dengan begitu mudah. Cara kita mengatasi masalah komunisme dalam negara kita, saya kira polis kita telah bertindak dengan begitu cemerlang.

Boleh tidak kita kembalikan balik nostalgia ataupun keadaan yang begitu sudah lama. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, saya bukan hendak tuduh. Menteri kaji. Satu, apakah profesionalisme dengan izin, Tuan Yang di-Pertua the police force have gone up, go down or stabilize. Saya berpendapat ada satu-satu perkara yang tidak menyenangi dari segi profesionalisme polis, yang kedua efficiency dia dan yang ketiga integritinya. Jadi oleh itu saya kira saya bersetujulah dengan pandangan supaya IPCMC diwujudkan kembali kerana yang menzahirkan IPCMC adalah satu tribunal yang di tubuh oleh kerajaan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sudah mengkaji tiga tahun. Tentu sudah kaji semua aspek, tiba-tiba kerajaan kata dia ada satu badan yang baru iaitu SIAP yang dirasakan elok dia jagakan semua.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon secara serius sebab kita hendak kembalikan balik imej polis dan seperti mana yang kita dapati di masa silam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab persoalan-persoalan Yang Berhormat Ipoh Barat, Subang dan Indera Mahkota tadi. Saya fikir SIAP adalah juga sebuah badan bebas yang dianggotai oleh berbagai pihak.

Agensi kerajaan yang boleh menganggotai hanya SPRM sahaja. Ertinya SIAP adalah sebuah badan bebas dan insya-Allah di bawah dua orang Menteri baru di JPM yang dilantik, kedua-dua mereka akan menambahkan pegawai-pegawai penguat kuasa dan menambahkan bidang yang selama ini telah di akta di dalam SIAP berkenaan.

Manakala tindakan-tindakan proaktif untuk mengadakan Mahkamah Koroner bagi tiap-tiap negeri sedang disiapkan. Saya harap apa yang diperkatakan oleh Subang itu sesuatu yang saya akan ambil perhatian sepenuhnya kerana secara rasmi saya katakan jika ia dilakukan di luar daripada SOP, maka pegawai atau anggota berkenaan pasti akan diambil tindakan undang-undang. Saya tidak akan pernah berkompromi dengan mana- mana individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Manakala Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan tentang soal profesionalisme dan integriti. Ahli Yang Berhormat, inilah yang sedang dilakukan sekarang.

Walaupun tanpa cadangan daripada Yang Berhormat, ini yang sedang berjalan dan kami mempunyai penghormatan yang tinggi atas kebolehan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang baru*.

[Tepuk]*

final • 5:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Jelebu di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan soal pembinaan balai-balai polis yang agak ketinggalan. Ini akan saya jawab secara bertulis.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Begitu juga perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Tanjong Piai mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur yang mahu dibangkitkan. Begitu juga Yang

final • 5:30 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Berhormat Ampang telah membangkitkan tentang beberapa permasalahan yang telah disebutkan lebih awal tadi. Selanjutnya Yang Berhormat Gelang Patah telah membangkitkan tentang soal-soal...

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Imigresen dan juga pekerja asing.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, sorry. Saya ada bangkitkan satu kes spesifik yang...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri sudah beritahu jawapan bertulis.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya merasakan bahawa...

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tidak, tidak. Ini bukan. Ini kes spesifik yang iaitu siasatan kes K. Murugan. Siasatan tentang kes pembunuhan.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Perkara-perkara yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya akan memberikan jawapan- jawapan secara terperinci, secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan termasuklah kes-kes AADK dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Pandan dan juga kes-kes berkaitan dengan hal-hal kawalan penerbitan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan juga Yang Berhormat Puchong...

final • 5:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Polis bantuan...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Mengenai perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, kes spesifik yang dibangkit dalam ini kes penting ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih banyak-banyak.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kes pembunuhan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya jemput Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Ucapan Diraja.

Terdapat 12 orang Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan kementerian kami iaitu Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Parit Sulong.

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Pada keseluruhannya saya boleh kumpulkan soalan-soalan atau perkara yang ditimbulkan kepada empat perkara penting. Pertama berkaitan dengan pelaksanaan program Get

final • 5:31 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Malaysian Business Online daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Yang kedua mengenai strategi komunikasi baru kerajaan serta hal-hal yang berkaitan dengan akses kepada media dan laporan Parlimen. Ketiga mengenai penyalahgunaan internet dan media sosial dan yang keempat penerimaan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, program Get Malaysian Business Online (GMBO) adalah inisiatif kerajaan yang dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2013. Ia bertujuan untuk membantu usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan dalam talian. Di mana mereka yang memohon akan mendapat geran sebanyak RM1,000 untuk memulakan perniagaan mereka yang dikaitkan dengan penggunaan internet dan sebagainya.

Sehingga akhir bulan Jun tahun 2013, seramai 952 usahawan wanita telah mendapat geran tersebut. Sebenarnya terdapat banyak lagi bantuan-bantuan yang telah dibuat oleh pihak kementerian kerana didapati program-program begini sudah banyak memberikan manfaat di kalangan pengguna telah meningkatkan pendapatan mereka 10% hingga 20%. Malah ada juga program-program khusus seperti yang dikaitkan dengan membantu mereka untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan transaksi seperti e-Dagang dan sebagainya.

Ada beberapa contoh yang menggembirakan misalnya Puan Kabilah Hassan pengusaha rumpai laut di Kunak, Sabah telah menggandakan pendapatan perniagaan daripada RM450 sebulan kepada RM20,000 sebulan sehingga berjaya menembusi pasaran Korea dan Jepun. Encik Zaidi Awang dan Puan Hajah Bashah Saidin pengusaha bantal kelambu di Sik, Kedah telah berjaya meningkatkan jualan bantal kelambunya daripada 100 biji sebulan kepada 10,000 biji sebulan dengan purata pendapatan sejumlah RM80,000.

final • 5:31 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 5:31 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini antara perkara-perkara yang kita katakan dapat membantu usahawan dan orang-orang yang terpinggir dalam menjalankan kerja- kerja perniagaan mereka dengan menggunakan kemudahan-kemudahan internet dan sebagainya. Silakan, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:31 PM

Timbalan Yang di Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:31 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa sekarang ini yang telah mendapatkan manfaat daripada GMBO itu tidak pun sampai 1,000 orang dan sasarannya adalah jauh lebih daripada itu.

Adakah pihak kementerian ada membuat satu kajian kenapa tidak ramai daripada usahawan-usahawan wanita ini terutamanya yang mendapat benefit ataupun manfaat daripada program GMBO ini? Ini kerana saya terdengar banyak maklum balas yang diberikan oleh usahawan-usahawan wanita yang mengatakan bahawa program GMBO ini terlalu simple ataupun terlalu mudah sedangkan yang utama dalam kita hendak menjalankan urus niaga perniagaan atas talian ini adalah kemudahan e-mel. Itu pun tidak disediakan di dalam program GMBO. Jadinya, adakah kementerian akan mengkaji semula dan menambah baik dengan apa program GMBO ini? Itu hendak minta pendapat daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:31 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan, di atas minat beliau untuk membela dan memperjuangkan peniaga-peniaga kecil dan sebagainya. Sebenarnya sehingga sekarang ini kita tidak ada had dari segi jumlah mereka yang boleh menerima. Cumanya, saya dimaklumkan bahawa banyak pemohon mereka memohon dengan tidak mengikut beberapa peraturan yang dianggap mudah. Misalnya mereka dikehendaki untuk menulis 400 patah perkataan mengenai pelan perniagaan mereka atau business plan mereka. Itu ramai yang tidak boleh tulis dalam soal itu.

Jadi, kalau tidak ada asas untuk diberikan, maka sudah tentu susah untuk pihak kementerian untuk meluluskannya. Ada pemohon-pemohon yang tidak boleh untuk meletakkan memberi akaun mereka. Ada nama syarikat yang didaftarkan lain tetapi nama orang lain yang diberikan akaun mereka dan sebagainya. Jadi, ini perkara yang kita tidak mahu ada penyalahgunaan di mana mereka ingin dapat wang RM1,000 secara percuma tanpa ada persiapan asas yang perlu mereka lakukan. Akan tetapi, namun begitu sekiranya

final • 5:31 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

ada kes-kes tertentu yang melibatkan kawasan Yang Berhormat misalnya atau kawasan- kawasan yang lain memerlukan bantuan ini, kami sedia untuk membantunya.

final • 5:31 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat, saya hendak sambung balik, tanya balik. Terima kasih tadi atas apa Yang Berhormat Menteri nyatakan.

Saya juga dimaklumkan bahawa RM1,000 ini adalah digunakan untuk kita mula-mula hendak buka website itu. Akan tetapi, kebanyakan peniaga yang memasuki perniagaan atas talian ini dia sudah ada website itu.

Apa yang diutarakan kepada saya oleh rakan-rakan usahawan atas talian ini adalah boleh ataupun mungkin pihak Yang Berhormat boleh panjangkan kepada kemudahan-kemudahan lain sebab dia sudah ada website itu. Dimaklumkan bahawa penyediaan website itu sangat mudah dan sesetengahnya kata tetapi kelengkapan- kelengkapan untuk menambah baik ataupun meninggikan pasaran itulah yang lebih mahal daripada hendak membuka website tersebut.

Jadinya bolehkah macam mereka bagi contoh kepada saya mungkin penggunaan kamera yang sesuai ataupun cara mengambil gambar dan penambahan e-mel? Saya dimaklumkan bahawa ada juga syarikat swasta yang menawarkan dengan penambahan kalau tidak silap saya RM27 untuk ada tambah-tambah yang lain. Mungkin pihak Yang Berhormat boleh masukkan, rangkumkan semua sekali di dalam permulaan RM1,000 itu dan memberi peluang kepada mereka yang lain.

Mungkin cara iklan GMBO ini juga sebab GMBO ini yang pentingnya memang pasaran kita agak luas Yang Berhormat, tetapi dari segi iklan kita dekat Malaysia ini kita agak jauh ke belakang. Kalau kita hendak pasarkan melalui sebab kita bersaing. Kita punya pasaran ini sangat luas. Itu apa pandangan Yang Berhormat sebelum Tuan Yang di-Pertua hendak berhentikan saya, baik saya berhenti sendiri. Terima kasih.

final • 5:31 PM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua..

final • 5:31 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, tadi pun Yang Berhormat Parit Sulong tidak minta kebenaran pun.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya. Dia ada permit yang lain kah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebahagian daripada apa yang diutarakan adalah merupakan cadangan. Saya kira ada perkara yang perlu kita lihat secara kes kepada kes yang tertentu. Konsepnya RM1,000 sebulan ini adalah merupakan permulaan bagi mereka untuk dididik bagaimana kalau dia ada perniagaan dan perniagaan itu boleh diperluaskan menggunakan internet dan sebagainya.

Akan tetapi sehingga sekarang bukanlah menjadi satu polisi kerajaan dia hendak beli kamera, dia hendak beli server, dia hendak belia apa yang lebih besar lagi, segala- galanya ditanggung oleh kerajaan tetapi sekurang-kurangnya ini adalah merupakan satu program celik komputer, celik online. Seseorang itu boleh mengembangkan business mereka itu secara online dan ini adalah merupakan program untuk mendidik dan saya kira beberapa pandangan itu kita akan ambil perhatian.

Perkara yang kedua yang saya sebutkan tadi, ini adalah perkara umum yang saya boleh rangkumkan sekali ialah tentang strategi komunikasi kerajaan dan juga perkara- perkara yang berkaitan dengan access kepada media dan juga termasuk persoalan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat tentang laporan sidang Parlimen dan sebagainya.

Apakah kita perlu ada satu channel khas ataupun saluran khas televisyen sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara yang tertentu dalam soal ini.

Untuk pengetahuan yang bertanya misalnya, pada keseluruhannya dalam sistem media kita, kita telah menuju ke arah yang lebih liberal saya katakan di sini, beberapa perkara yang berkaitan soal undang-undang, mesin cetak dan sebagainya, soal untuk setiap akhbar misalnya mesti memperbaharui lesen setiap tahun itu sudah ditiadakan. Ini antara perkara yang kita rasakan tetapi yang lain itu kita terpulang kepada polisi editorial media-media yang berkenaan.

Berkaitan dengan media kerajaan misalnya RTM itu sendiri, saya sendiri insya- Allah akan mengambil langkah bagaimana untuk menjadikan RTM sebagai sebuah media

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

yang lebih terbuka dan menuju proses yang dianggap lebih moden. Misalnya kami sedang berusaha untuk mempunyai saluran berita yang tersendiri dan saluran berita ini tidak semestinya dikatakan baik kalau wajah pemimpin kerajaan digantikan dengan wajah pembangkang dan sebagainya, tidak semestinya itu. Akan tetapi lebih kepada tentang soal rakyat itu sendiri, perlukan banyak breaking news ataupun pemberitaan yang bersifat real time. Apa yang berlaku pada hari itu adalah hari itu.

Sebagai contoh langkah pertama yang kita buat yang paling mudah ialah menyiarkan sidang Parlimen ini. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mulai sesi kali ini, kita telah menyiarkan secara langsung sidang Parlimen ini pada waktu pagi, waktu soal jawab daripada jam 10 hingga jam 11.30 habis, semuanya disiarkan dan tidak ada sebarang kuota mengatakan hanya sejam setengah itu, sejam untuk kerajaan, setengah jam untuk pembangkang tidak ada. Kalau orang kerajaan ataupun Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional yang banyak bertanya, banyaklah keluar tetapi kalau yang bercakap itu banyak daripada rakan-rakan Yang Berhormat daripada pembangkang disiarkan, tidak ada editing, tidak ada apa dan sebagainya.

final • 5:40 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

[Bangun]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Gerik bangun.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya habiskan Yang Berhormat. Selepas itu semua prosiding ini kalau kita tahu, saya sudah maklumkan, semuanya diupload melalui sistem IPTV kerana kita telah mewujudkan satu lagi saluran khas RTM tetapi tidak menggunakan TV biasa tetapi menggunakan sistem online ataupun internet, web streaming dinamakan RTM Parlimen. RTM Parlimen ini boleh diakses daripada mana-mana.

Misalnya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita boleh melihat ataupun mengikuti perkembangan, perbincangan kita melalui Ipad kita ataupun smart phone kita daripada mana-mana dan ini merupakan suatu pendekatan baru yang dipersetujui oleh rakan-rakan daripada Kabinet, rakan-rakan daripada Yang Berhormat Barisan Nasional dan sebagainya, menganggap ini adalah merupakan suatu permulaan. Kalau sampai malam, sampai malamlah dapat ditonton oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Beritahulah saya hendak bercakap, Yang Berhormat Sungai Petani saya hendak bercakap pukul 6.30 sekejap lagi, beritahulah Yang Berhormat pada orang kawasan, beritahu. Sila tonton RTM Parlimen yang boleh diakses melalui RTM mobile atau pun ada lagi yang lebih stable, yang saya rasakan yang juga stable, kalau tidak boleh di situ kerana IPTV ada hadnya dari segi berapa ramai orang yang melayarinya. Misalnya melalui download aplikasi 1Malaysia TV yang di dalamnya ada antara content termasuklah RTM Parlimen ini. Jadi ini adalah merupakan suatu perkara yang sepatutnya kita sama-sama menyambut baik tentang perkara ini. Sila.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Gerik, sila.

final • 5:40 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gerik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana telah menyiarkan secara langsung soalan lisan daripada pukul 10 sampai pukul 11.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Pukul 11.30.

final • 5:40 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Ya sampai pukul 11.30, dua kali berubah.

Kemudian ada pula TV Parlimen. Cumanya, adakah kementerian bercadang untuk buat ads kepada persidangan kita? Kadang-kadang kami pun hendak tengok juga yang lepas-lepas bercakap itu supaya boleh kita tengok semula ataupun mungkin pihak RTM telah pun buat perkara tersebut. Jadi ini saya menanyakan kepada pihak Menteri. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Kita tidak umum secara besar-besaran kerana saya menganggap tempoh ia bermula pada minggu lepas. Segala-galanya, segala sidang Parlimen ini disiarkan secara langsung kerana kita juga untuk melihat beberapa aspek yang berkaitan dengan soal teknikal, ada masalah di peringkat awal dan tetapi alhamdulillah segala-galanya dapat berjalan dengan baik. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat perhatikan, ada tiga atau empat kemera di sini, ia adalah merupakan petugas-petugas untuk membuat kerja menyiarkan bagi kita. Selalunya orang hendak rujuk kepada apa yang berlaku dalam

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Parlimen, tunggu Hansard dua hari yang lepas tetapi sekarang ini boleh dilihat secara live dan ini akan membantu kita.

Insya-Allah satu peringkat lagi kita akan membuat archive misalnya setiap setengah jam ia akan disimpan. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat kalau rasa apa yang telah aku bercakap sebulan yang lalu sila rujuk dan sebagainya.

final • 5:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Lenggong bangun.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gerik adalah sesuatu yang sedang diusahakan. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Bintulu?

final • 5:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apa pun saya hendak ucapkan tahniah atas pembaharuan yang dibuat oleh kementerian dalam usaha untuk memperlihatkan realiti dan perkara sebenar. Ini suatu perkara yang baik. Setidak-tidaknya kita boleh membendung pihak-pihak tertentu yang membuat manipulasi atas kepentingan tertentu.

Saya cuma hendak tanya di sini dari segi liputan. Apakah sudah sampai tahap berapa peratus? Adakah 100%? Kemudian dari segi rating. Apabila pembaharuan dibuat, berapa rating yang kementerian lihat sekarang, adakah meningkat atau bagaimana? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Alhamdulillah setakat ini apabila kita mulakan misalnya pada hari pertama angkat sumpah kita siarkan secara langsung sebab pada waktu itu mungkin ramai orang yang tidak percaya, Ahli Yang Berhormat pembangkang angkat sumpah. Sebelum itu dia tidak iktiraf keputusan pilihan raya. Pada hari itu sahaja rating melalui yang disiarkan secara langsung dalam TV pada waktu itu lebih daripada 1.8 juta orang menontonnya.

Jadi sehingga sekarang, setiap hari hanya sehari yang saya monitor, pantau tentang soal ini yang di bawah daripada 1 juta dan setiap hari antara jam 10 hingga jam 11.30 rupanya terutama sekali rakan-rakan di luar bandar dan sebagainya menganggap ini adalah satu program yang serius, mereka tunggu di rumah, mereka pergi ke kedai kopi, mereka berkongsi dengan kawan dia untuk melihat apa yang diperbahaskan dan dibincang dalam Parlimen ini.

Jadi keseluruhannya setakat ini kita dapati bahawa rating penonton termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah melebihi sejuta orang yang menonton. Ini adalah satu perkembangan yang baik, yang kita rasakan adalah suatu yang jarang berlaku sebelum ini. Ini bermakna apa yang kita perbahaskan di sini adalah merupakan sesuatu yang sangat diminati oleh rakyat.

final • 5:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya berterima kasih, setakat ini dua orang daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional ucap tahniah kepada RTM. Saya rasa pembangkang, dia minat tentang perkara ini dan ia anggap bahawa ini tidak cukup. Jadi, saya rasa sekurang-kurangnya rakan-rakan daripada Barisan Nasional cukup menyokong tentang soal keterbukaan yang dibuat oleh kerajaan dalam soal yang berkaitan dengan liputan dalam Parlimen.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Lenggong

final • 5:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dia bukan soal tidak minat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apabila kerajaan melakukan peningkatan pembaharuan ini, ia membolehkan kerajaan menunjukkan perkara yang benar. Selama ini kadang-kadang apa yang kita sebut, saya pun baru-baru ini terkena Yang Berhormat, apabila ada cabaran daripada Yang Berhormat Permatang Pauh pada saya untuk berdiri. Saya berdiri tetapi gambar saya berdiri tidak ada, hanya ditunjukkan gambar dia mencabar saya.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:50 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Akan tetapi apabila ada siaran begini misalnya maka ia membolehkan rakyat melihat perkara sebenar. Itu saya ucapkan tahniah. Cuma saya hendak tengok tadi dari segi liputan, apakah ia sudah menyeluruh atau bagaimana?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, tahniah juga Yang Berhormat Lenggong ini. Second term ini hebat orangnya.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua soalan berkaitan dengan liputan. Kalau liputan yang pukul 10.00 hingga 11.30 itu dapat ditonton.

Siapa yang dapat tonton RTM dalam televisyen biasa itu dapat menontonnya. Selainnya, yang selanjutnya melalui sistem IPTV ataupun Internet Protocol TV. Ia adalah bergantung kepada accessibility ataupun access kepada broadband, orang boleh menontonnya.

Maknanya kalau di tempat itu ada broadband ataupun 3G misalnya, 4G lebih lagi. Kalau menggunakan GPRS pun boleh, ianya boleh ditonton di mana-mana. Sebenarnya mengikut monitoring kami bahawa ianya turut ditonton oleh penonton daripada Amerika, daripada England, daripada Jepun dan kita dapat IP address mereka bahawa ianya telah meningkat naik, yang mana masyarakat ingin mengetahui tentang apa yang berlaku di Parlimen kita, bukan sahaja di dalam negara kita tetapi di seluruh dunia sekarang. Jadi, kalau liputannya menyeluruh di mana terdapatnya kemudahan broadband dalam negara kita. Jadi, saya kira ini adalah beberapa perkara yang sepatutnya...

final • 5:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Hendak mencelah, boleh?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri benarkan?

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sila, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:50 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Bukan, ini hendak respond daripada Yang Berhormat Menteri tadi, saya hendak ucapkan tahniah jugalah. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa daripada IP kita dapat tahu yang mereka ini adalah daripada luar negara. Jadinya, sudah tentu ada satu analisa oleh pihak kementerian. Boleh tidak kongsi dengan kita daripada manakah, negara manakah yang paling ramai berminat untuk menonton terutamanya sesi Parlimen ini? Apakah komen-komen yang telah berikan pada pembaharuan yang dibuat oleh RTM ini? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Insya-Allah pada Yang Berhormat yang berminat saya akan beri, yang sana mungkin tidak berminat, tidak perlu diberi.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Gerik bangun lagi.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Kalau minat bagi tahulah.

[Ketawa]

final • 5:50 PM

Dato' Hasbullah bin Osman - Gerik

Hendak celah Yang Berhormat Menteri. Di kawasan saya ada kawasan Orang Asli. Baru-baru ini, dua tahun sudah Celcom telah masuk ke RPS Kemar mendapat line Celcom tetapi line untuk jenis ini, yang kita kata internet, jalur lebar ini kurang memuaskan. Apakah langkah-langkah untuk memastikan Orang Asli sendiri dapat juga kemudahan perkara seperti ini. Sekurang-kurangnya mereka tidak dibohongi oleh pihak-pihak tertentu, menjanjikan benda yang bukan-bukan, tanah boleh jual apa semua. Sekurang-kurangnya bila dengar perbahasan, perbincangan kita di peringkat Parlimen ini, kemudahan internet tadi boleh memberi kebaikan kepada mereka yang berada betul-betul di luar bandar. Minta komen Menteri. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ada satu program khas untuk Orang Asli yang telah dikendalikan oleh kementerian sejak dahulu lagi dan bukan saya hendak claim kredit zaman saya sahaja iaitu membantu menyediakan kemudahan memiliki Astro melalui

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

program NJOI namanya, untuk mereka menikmati sekurang-kurangnya ada beberapa saluran yang khusus. Kalau Yang Berhormat ada Orang Asli di kawasan mereka, kita boleh berikan set decoder, set-up box nya dan juga televisyen untuk mereka mendapat akses kepada televisyen yang asas dalam negara kita kerana kos untuk membina menara transmisi baru berdasarkan pada sistem yang sekarang itu adalah lebih besar untuk menjadikan liputan itu menyeluruh.

Tentang program broadband juga, kita ada beberapa program lain seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti, kita ada Program Kampung Tanpa Wayar dan sebagainya. Namun begitu, kita rasakan walaupun kita boleh berbangga bahawa dari segi penembusan broadband dalam negara kita adalah antara yang terbaik dalam dunia, antara yang terbaik di rantau ini tetapi bagi kita meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan broadband atau jalur lebar ini sehingga ke seluruh pelosok negara. Insya-Allah, kita akan kembangkan perkara ini. Soalan lain yang banyak ditanya...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bakri bangun.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Yang Berhormat Bakri.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Menteri dan Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bakri tanya soalan kepada Menteri. Di sini saya hendak tanya.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Soalan daripada siapa itu?

final • 5:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kepada...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bakri buat sendiri?

final • 5:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ya.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila.

final • 5:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Di sini saya hendak tanya, saya merujuk kepada jawapan mengenai liputan 3G di luar bandar, Bukit Naning, Bakri. Menurut jawapan yang diberikan sehingga kini tidak ada liputan 3G di kawasan tersebut. Hanyalah 2G dan GPRS.

3G merupakan keperluan minimum dalam kegunaan internet. Kerajaan belum menyatakan di Bukit Naning tidak mempunyai EDGE dan GPRS tetapi apakah kelajuan internet boleh dicapai? Ibarat rakyat minta gantian faber optik tetapi kerajaan kata kita masih boleh guna 54k dial up network. Adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di kawasan luar bandar seperti Bukit Naning, Bakri. Jika tidak, mengapa? Sekian, terima kasih. Minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun. Sila.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi kita soal tentang WiFi ataupun broadband. Masalah di Bintulu ini, ada banyak tempat signal broadband yang tidak baik, WiFi lagi teruk. Penduduk- penduduk di kawasan Bintulu ini bertanya, banyak kali sudah janji daripada Telekom ataupun daripada kementerian ada bahas. Dalam perbahasan, jawapannya ada di bawah rancangan tetapi kita luar bandar sudah habis, rancangan belum nampak lagi untuk naik tarafkan lagi the efficiency dengan izin untuk WiFi sama broadband. Soalannya, adakah betul-betul daripada kementerian membuat kajian tentang rancangan untuk menaik taraf broadband dan WiFi di kawasan Bintulu.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu dan juga...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Lipis bangun. Hendak jawab sekali?

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini cerita tidak cukup broadband?

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

Ini berkait, berkait sebenarnya.

Oleh sebab itu saya bangun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga seperti rakan-

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad - Lipis

rakan lain mohon penjelasan daripada Menteri mengenai status Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang melibatkan pembinaan menara komunikasi 3G di kawasan luar bandar.

Contohnya di Lipis sendiri. Sepatutnya pada Jun 2013 kita telah menerima 20 menara baru tetapi sehingga kini belum terlaksana. Jadi, soalan saya bilakah giliran pihak kementerian akan melaksanakan pembinaan tersebut?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, terima kasih Yang Berhormat Lipis.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Bintulu, dan juga Yang Berhormat Bakri di atas soalan yang dikemukakan. Saya rasa semua ini adalah merupakan atas topik yang sama iaitu berkaitan dengan soalan liputan yang lebih menyeluruh. Kita sedar bahawa kita perlu mengembangkan soal kemudahan broadband atau jalur lebar ini secara berperingkat-peringkat dan ia mesti akhirnya, liputannya mesti menyeluruh ke seluruh negara.

final • 5:50 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sekarang ini bukan soal ianya sampai sahaja tetapi ianya mesti mendapat sekurangnya speed atau pun kelajuan yang tertentu. Kalau tidak silap saya mengikut istilah ITU, broadband dunia itu kalau 256K sahaja dia panggil broadband. Bagi kita sekarang tidak ada orang hendak pakai. Kalau 1.0 megabait pun orang tidak berapa sedap menggunakannya. Sekurang-kurangnya perlukan 2.0 megabait. Ini yang kita buat di peringkat program-program Kampung Tanpa Wayar ataupun Pusat Jalur Lebar Komuniti yang kita adakan sekarang ini.

Akan tetapi kita mesti memahami ada beberapa perkara yang berkaitan dengan soal model yang kita gunakan. Sekarang ini model yang kita gunakan masih mengharapkan syarikat-syarikat telco yang membuat usaha untuk melebarkannya. Kerajaan hanya sebahagian daripadanya. Sudah tentulah syarikat telco ini ia akan mengembangkan soal roll out kepada jalur lebar ini sekiranya mereka melihat dari segi untung, rugi dan sebagainya.

Oleh sebab itu dimulakan di tempat-tempat yang penggunanya ramai kerana mereka cepat mendapat pulangan. Apabila mereka mendapat pulangan cepat mereka menggunakan soal keuntungan yang mereka peroleh itu untuk berkembang ke tempat lain.

Jadi sebab itu kita katakan tempat-tempat lain perlu bersabar dalam soal ini.

Akan tetapi model yang kedua yang perlu dilihat sekarang ini ialah peranan yang sama mesti diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan ataupun kerajaan-kerajaan negeri.

Misalnya dalam negara kita belum ada lagi suatu dasar misalnya usaha untuk memberikan kemudahan broadband ini datang dari bawah, daripada kerajaan negeri itu sendiri. Ini melibatkan soal dasar mereka, perancangan mereka dan kemudahan yang diberikan.

Setakat ini kalau dikatakan perlu fiber-optic. Maka diharapkan Telekom ataupun Time.com misalnya untuk korek lubang, buat ducting, menyediakan fiber-optic untuk menyalurkan kemudahan broadband dan sebagainya.

Ada negara yang kerja menyediakan infrastruktur asas itu datangnya daripada kerajaan tempatan mereka sebab kerajaan tempatan sepatutnya menjadi lebih proaktif kerana mereka patut memberitahu kepada dunia bahawa datanglah melabur ke tempat kami, datanglah melancong ke tempat kami, datanglah untuk datang ke sini. Antara yang menjadikan bandar kami, negeri kami dianggap lebih kompetitif daripada negeri atau bandar lain ialah kami berbangga kerana kelajuan broadband kami 10 megabits kalau dibandingkan dengan bandar sebelah di tempat lain.

Jadi oleh sebab itu kalau kita lihat tidak banyak bandar-bandar dan negara kita ini daripada awal lagi dari segi perancangannya mereka sediakan dari segi saluran untuk TNB.

Saluran untuk elektrik, air dan sebagainya tetapi mereka belum menjadikan soal memberikan akses kepada broadband sebagai salah satu daripada infrastruktur asas.

Menjadikan setiap taman perumahan ini dia punya kemudahan. Bagaimana untuk membina ducting kepada kemasukan fiber-optic dan sebagainya.

Ini belum ada lagi dan ini menyebabkan segala-galanya soal kos itu terpaksa ditanggung oleh pihak telco. Jadi pihak telco sudah tentu akan memikirkan mana yang dia dapat untung dahulu dan sebagainya.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Namun begitu sebagaimana yang kita beritahu bahawa kerajaan menggunakan melalui dana yang ada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita untuk membantu memberi akses kepada kampung-kampung melalui program Kampung Tanpa Wayar iaitu menyediakan hot spot yang tertentu sekurang-kurangnya walaupun speednya belum boleh untuk kita download atau muat turun filem dan sebagainya. Sekurang- kurangnya mereka ingin membuat Facebook atau pun menghantar email dan sebagainya sudah memadai di peringkat tersebut.

Akan tetapi insya-Allah akhirnya kita percaya sekarang ini kita berbangga dari segi penembusan kita lebih kurang 60% hingga 70% penduduk kita. Kita akan menuju kepada satu tahap baru di mana angkanya akan lebih tinggi lagi selepas ini.

Jadi menyentuh tentang soal ini, beberapa soalan yang dikemukakan juga adalah berkaitan dengan soal sosial media. Apakah dasar kerajaan mengenai sosial media?

Bagaimana perkara-perkara yang dikaitkan dengan soal penyalahgunaan sosial media dan sebagainya. Perkara ini perlu kita lihat dalam perspektif yang luas. Sosial media adalah merupakan suatu fenomena baru yang mungkin ramai di antara kita tidak rasakan sesuatu yang..

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru sekejap. Boleh celah?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Mengikut kajian internet penetration di kawasan-kawasan luar bandar memang cukup kurang sebab target kerajaan pada tahun 2010 untuk Sabah adalah 20.4% dan Sarawak 25.3%. Akan tetapi yang dicapai Sabah hanya 16.4% dan Sarawak hanya 21.6%. So there’s more to be done.

Ini adalah masalah yang kalau negara hendak maju ke satu tahap, kita perlukan internet dan kita perlu invest dalam infrastruktur-infrastruktur seperti internet dan broadband dan sebagainya. Kalau Korea boleh buat sampai 96%, mengapa Malaysia tidak boleh?

Sedangkan Malaysia cukup kaya especially Sabah dan Sarawak kita ada natural resources yang begitu banyak.

Akan tetapi saya rasa priority kerajaan adalah misplaced priority. Kita membina bangunan yang 118 tingkat. Kita hendak beli kapal selam yang tidak boleh tenggelam tetapi duit ini kalau kita lay out the fiber-optic dan sebagainya, kita sebenarnya boleh capai. Ini adalah suatu infrastruktur investment yang cukup penting pada pendapat saya. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Walau bagaimanapun, kita kena akui bahawa penetration ataupun penembusan kita lebih daripada 60%. 60% atau 70% adalah suatu yang bukan sahaja boleh dibanggakan malah mendapat pujian dunia antarabangsa. Kita antara 26 negara yang dianggap terbaik dalam dunia dalam hal penembusan ini.

Kita kena akui. Sudah tentu kita kata kita masih tidak cukup. Singapura 100%.

Korea hampir 100%. Kita tahu bahawa itu model yang baik. Akan tetapi Korea penduduknya kalau dalam bahasa istilah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “they are very urbanized”. Penduduknya berpusat kepada lebih kurang enam bandar-bandar besar di sana. Mudah untuk melakukannya.

Di bandar-bandar besar ada backbone fiber-optic dan dia boleh sambung dengan copper naik bangunannya yang tinggi. Mereka duduk di rumah-rumah pangsa yang tinggi.

Lebih mudah. Singapura lebih mudah. Ada atau tidak negara seperti kita yang dipisahkan oleh Laut China Selatan beribu batu jauhnya? Untuk menghantarnya kita perlu menyediakan kabel dasar laut. Apa yang ada sekarang cukup dan insya-Allah akan ditambah lagi.

Sekali pergi sampai ke Kuching, kabel dasar laut pergi ke Kota Kinabalu dan datang kembali paling kurang kosnya RM300 atau RM400 juta. Buat satu tidak cukup kerana bimbang kalau kabel ini terputus, kapal langgar atau lempar sauh dan sauhnya masuk ke dalam dan terputus. Ini menyebabkan Sabah dan Sarawak akan menjadi pulau yang terputus. Maka perlu ada backup. Ini memerlukan RM300 atau RM400 juta lagi.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Jadi ini antara perkara yang kita rasakan constraint yang terpaksa kita hadapi.

Jangan samakan Singapura kenapa semua ada? Jangan samakan. Singapura itu berbeza dengan Malaysia.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Penjelasan.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Jadi kita katakan bahawa Kuala Lumpur sahaja misalnya. Jadi kalau kita bandingkan misalnya hanya Pulau Pinang. Apakah seluruh Pulau Pinang belum ada? Tidak boleh dikatakan peranan kerajaan sahaja. Oleh sebab itu kita katakan kalau kita pergi ke Amerika misalnya setiap bandar di sana, dia jual bon bagaimana untuk dapatkan peruntukan atau mendapatkan fund supaya kami membina infrastruktur-infrastruktur ini agar kawasan kami menjadi kompetitif dari tempat lain.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini tak semestinya mengatakan, “Oh, ini salah Kerajaan Pusat”. Sehingga sekarang kita katakan kita boleh bangga dari segi penetrasi dalam broadband di negara kita kalau dibandingkan dengan tempat lain.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan yang panjang. Akan tetapi saya nampak adalah kelemahan dasar kita.

Dasar kita hanya memberi Telekom Malaysia layout the backbone. Itu masalahnya. Kalau kita liberalise, bagi competition, bagi company lain seperti Maxiskah, Celcomkah atau Yeskah, semuanya boleh berlumba-lumba melayout dia punya backbone. Maka, mereka tak perlu semuanya pergi sewa satu backbone dengan Telekom. Masalahnya adalah Telekom ia tidak invest into the backbone. Ia hanya satu company sahaja. Jadi, kalau kita liberalise the market, maka company lain boleh buat dan kita tidak perlu bergantung pada satu backbone sahaja. Kalau TM punya backbone tak boleh, sudah penuh, telco lain boleh sewa daripada Maxis, boleh sewa daripada Celcom, tak jadi masalah. I think this is a policy issue. Market control, monopoli oleh Telekom menyebabkan kita semuanya menjadi mangsa. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua sekalian, kita jadi mangsa terutamanya Sabah dan Sarawak, okey? Less than 20% Sabah dan Sarawak. Saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak kena sokong kita, sokong saya dalam isu ini sebab polisi salah...

final • 6:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Minta laluan.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Monopoli kepada Telekom.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ini floor Yang Berhormat Menteri ini. Ya, sila.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sila sikit, Kota Kinabalu.

final • 6:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi itu. Yang sebenarnya, Sabah dan Sarawak kena ketinggalan. Macam 1Malaysia, Sabah bukan 1Malaysia. Ia ketinggalan sahaja. Jadi, harap Yang Berhormat Menteri betul-betul ambil tindakan yang keras supaya kami boleh selaras dengan Semenanjunglah, okey? Kami Sabah, orang bukan tinggal di hutan. Kami pun ramai tinggal di bandar. Akan tetapi kenapa pula Sabah dan Sarawak kita kena macam jaga baik-baik oleh menteri-menteri selama 50 tahun begitu. Sila ambil penjelasan.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ya, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Bagitahu apa yang tindakan akan diambil di Sabah untuk Sabah. Okey?

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Jangan kata...

final • 6:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Gopeng bangun.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sila Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, sila Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tahniah kepada Menteri baru, cara baru, perubahan baru. Harap ke arah yang lebih baik, khususnya dalam urusan RTM dan sebagainya. Ini soal broadband ini, saya rasa khususnya apabila kerajaan putuskan untuk kurniakan lesen-lesen 4G kepada lapan syarikat swasta.

Saya rasa itu walaupun bukan Menteri sekarang yang buat tetapi saya rasa ini sepatutnya dikaji semula. Apabila lesen-lesen tersebut diberikan kepada lapan syarikat secara percuma dan antaranya ada syarikat yang tidak berpengalaman dalam urusan multimedia, urusan telecommunication. Khususnya syarikat yang dipunyai Tan Sri Syed Mokhtar, tidak ada pengalaman langsung pun dapat lesen 4G. Akhirnya, kita lihat apabila ada persaingan antara lapan syarikat tersebut, mereka berebut-rebut untuk adakan perkhidmatan 4G di kawasan-kawasan seperti Lembah Klang, seperti Pulau Pinang. Akan tetapi kawasan-kawasan yang tidak ada economic return, dengan izin, ketinggalan.

Khususnya di Sabah, Sarawak, mahupun Ipoh pun sama. Walaupun di kawasan saya, setiap kali apabila perkhidmatan yang baru dikemukakan, yang pertama, Lembah Klang, yang kedua Pulau Pinang. Selepas itu apabila kawasan Johor Bahru dipenuhi, lepas itu baru sampai ke Ipoh. Ini masalah apabila kita berikan lesen-lesen tersebut kepada syarikat-syarikat yang keupayaan ragu. Jadi, mereka terpaksa ‘take the low lying fruit’, dengan izin.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 6:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi, ini yang menjadi masalah, sekian.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Ada lagi? Yang Berhormat Stampin.

final • 6:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Ya, Stampin.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Stampin.

final • 6:10 PM

Tuan Julian Tan Kok Ping - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, bagaimana jika ada usaha daripada kementerian untuk memastikan kualiti yang diberi oleh telco dalam kes ini Telekom. Ini kerana terdapat banyak complaints daripada pengguna supaya pengguna boleh mendapat pakej yang mereka subscribe, dengan izin. Ini kerana minta pengesahan, kalau tak salah saya ini bukan isu kelajuan tetapi bandwidth yang diberikan oleh telco dan dalam kes ini Telekom.

Jika apabila pengguna ini membeli, contohnya apabila mereka membeli pakej 1 megabyte ataupun 2 megabyte, banyak kali sebenarnya mereka tidak mendapat kelajuan tersebut dari segi consistencynya. Ini ketara terutamanya di kawasan di mana terdapatnya banyak pengguna, contohnya kawasan di mana terdapat ramai pelajar. Jadi, soalan saya, perlukah jika ada, kementerian jika adanya dasar di mana untuk memastikan bahawa broadband yang diprovide, yang diberikan oleh telco ini boleh memenuhi ataupun capai apa yang mereka tercatat dalam pakej yang mereka berikan, tercatat dalam pakej mereka. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Okey, terima kasih. Saya cuba jawab, nanti kalau banyak sangat terlupa pula. Tadi apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Bayan Baru dengan Yang Berhormat Gopeng nampak bercanggahan sedikit walaupun duduk sebelah-menyebelah. Satu pihak marah kenapa ada monopoli Telekom sahaja. Ada pula kata, marah kenapa terlalu liberalise. Banyak sangat lesen diberikan kepada semua orang, bercanggah. Akan tetapi saya perlu betulkan. Sebenarnya tidak ada monopoli. Salah kalau dikatakan lesen hanya diberikan kepada Telekom. Ia ada Fiber.com, ia ada Time.com yang menjalankan. Akan tetapi saya tanya, siapa yang hendak invest? Program Telekom ialah sebanyak lebih daripada RM11.5 bilion untuk memasang fiber optic seluruh negara dan pulangannya belum tahu dapat diambil dalam masa yang terdekat. Ini bukan kecil. Banyak orang menganggap bahawa ini adalah merupakan business yang tidak menguntungkan tetapi tidak semestinya memerlukan satu pelaburan yang besar. Sehingga sekarang, Telekom ada programnya, ia sanggup berani ke depan.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Mungkin ada beberapa perkara dan tradisi kerana Telekom ialah merupakan syarikat yang bermula jabatan kerajaan. Ia sudah khusus ataupun specialise dalam fixed line daripada dahulu lagi sehingga sekarang. Ia tidak venture lagi untuk membuat wireless dan sebagainya. Jadi, dalam mana-mana dalam dunia pun, kita tahu bahawa pergilah ke negara lain, semua isu yang berkaitan dengan coverage 3G, misalnya untuk mendapat internet tidak semudah. Misalnya, India terlalu liberalise dan kerajaan kawal supaya keuntungan tidak besar. Akhirnya, syarikat yang ada, misalnya Bharti, syarikat Telekom yang besar di India. Betul, cajnya murah, antara yang paling murah. Akan tetapi bila sekarang ini dari segi teknologi kadang-kadang lepas dua, tiga tahun ia ada perkara baru.

Dulu dia buat 2G. 2G hendak melabur kepada 3G, ia memerlukan kos lebih kurang RM5 bilion.

Kalau syarikat itu dikawal, jangan ambil keuntungan yang besar, ia tidak ada wang untuk tujuan dikatakan capital expenditure (CAPEX) untuk naik kepada 3G. Baru 3G beberapa tahun, sekarang ini timbul 4G pula. Ia kena bina ia punya, bukan menara tetapi transmisi baru dan sebagainya. Kosnya mungkin RM5 bilion - RM6 bilion lagi. Siapa yang berani? Oleh sebab itu kadang-kadang, ada syarikat-syarikat ia berani pada waktu 3G baru datang, ia buat wireless dan sebagainya. Akhirnya, mereka tak mampu untuk bertanding.

Siapa yang hendak tanggung kerugian? Oleh sebab itu kalau orang kata betul, kerajaan memanglah kalau boleh sehulu-hulu rumah panjang atau sehulu-hulu kampung sayalah, kalau boleh semuanya hendak di fiber optic. Boleh cakap, siapa yang hendak bina?

Hendak bina, kita ambil resources yang tertentu. Orang ini, yang ini hendak free, sekolah hendak free, semua hendak free, fiber optic hendak free dan kita ajar bahawa naik sikit barang marah. Yang ini pun hendak free tetapi siapa yang akan menanggung semua ini?

Jadi, ini adalah merupakan perkara yang kadangkala kita perlu muhasabah...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Gopeng bangun.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sebab saya katakan tadi, minta maaf, saya beritahu tadi, misalnya di India.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sekarang ini tidak ada keuntungan, dia hendak naik 3G berapa tempat sahaja.

Antara negara yang dianggap maju melahirkan ramai tokoh-tokoh IT tetapi dari segi 3G mereka, jangan cakap 4G, 3G mereka dianggap antara yang ke terbelakang kalau berbanding dengan Malaysia dan sebagainya. Jadi ini juga perkara yang perlu kita fahami dan menuntut kesabaran kita untuk mereka berkembang dalam masa yang terdekat.

final • 6:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.

final • 6:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang mana satu Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Gopeng atau Yang Berhormat Kota Tinggi?

final • 6:20 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sila Yang Berhormat Kota Tinggi dulu.

final • 6:20 PM

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid - Kota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya dalam penyediaan Program Jalur Lebar Luar Bandar ini, high speed broadband dengan izin, adakah statistik penglibatan syarikat- syarikat tempatan bumiputera yang terlibat dalam penyertaan jalur lebar HSBB ini. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Soalan itu agak spesifik, saya akan menyediakannya. Silakan Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Isu yang saya bangkitkan adalah berkenaan dengan lesen 4G dan berlainan dengan high speed broadband yang diberikan kepada Telekom. Ini dua-dua

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

projek yang berlainan. Apa yang saya pertikaikan lesen 4G khususnya ialah lesen ini diberikan kepada lapan syarikat secara percuma. Kalau kita lihat di negara-negara asing, kebanyakan apabila lesen tersebut diberikan ada bidaan terbuka, syarikat-syarikat akan kemukakan bidaan dan siapa bidaan tinggi, dia dapat dan bukannya diberikan secara percuma. Apabila bidaan terbuka diuruskan, ini bermakna syarikat yang ada keupayaan dari segi teknikal, dari segi kedudukan kewangan yang akan berani untuk buat bidaan tersebut. Akan tetapi kalau kita lihat hari ini misalannya, syarikat yang dipunyai Tan Sri Syed Mokhtar, tidak ada pengalaman dan beliau pun tidak minat untuk adakan perkhidmatan 4G persendirian. Beliau akan, setahu saya akan kerjasama dengan satu syarikat lain yang mempunyai 4G ini. Jadi apa guna berikan lesen tersebut kepada Tan Sri Syed Mokhtar secara percuma dalam hal ini.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, ringkaskan.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi ini isu pokoknya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

final • 6:20 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tidak banyak kalau ramai yang tidak bertanya, nanti zaman sekarang dikatakan menyekat kebebasan bersuara pula.

Itu kita beritahu tadi tentang soal lesen. Sebenarnya isu lesen 4G ini ialah kita tidak boleh sekat. Misalnya syarikat itu sudah merupakan player, misalnya wireless seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. Dulunya teknologi 2G, sekarang timbul 3G, kemudiannya 4G dan sebagainya, kita kata oh tidak boleh mereka berkembang. Akhirnya orang tidak pakai sudah yang lama dan sebagainya. Ada syarikat-syarikat yang baru kita benarkan, pemain-pemain baru. Ini termasuk yang disebutkan seperti REDtone, dulu ada WiMAX, satu ketika dahulu P1, kita berikan dan setengahnya kita menggalakkan mereka mempunyai kolaborasi dengan syarikat-syarikat lain. Ini kerana kita tahu bahawa untuk mengembangkan satu-satu teknologi baru, sekarang baru kita cakap 4G, orang sudah bercakap 5G sudah sekarang ini, kosnya tinggi, memerlukan penglibatan orang ramai.

Ada mengatakan bahawa modelnya kita kena buat bidding, option, siapa bayar kerajaan banyak. Ada banyak negara yang buat begini tetapi tidak semestinya berjaya.

India misalnya sebab bila bidding banyak, siapa yang bayar banyak, orang yang kaya sahaja dapat. Akhirnya misalnya Vodafone di United Kingdom dan sebagainya berhadapan dengan masalah kerana sebahagian besar daripada keuntungan yang mereka dapat itu terpaksa bayar bidding ataupun apa yang disebutkan bayaran kepada kerajaan kerana mereka menawarkan bayaran yang paling banyak. Sekarang mereka bermasalah. Di Eropah banyak syarikat yang menggunakan model ini bermasalah. Jadi tidak ada satu, kita nyatakan bahawa secara percuma menjadikan kos mereka rendah. Bila kos mereka rendah, mereka dapat menggunakan keuntungan mereka untuk membuat roll out yang lebih besar, pergi berkembang di tempat lain dan sebagainya. Jadi ini adalah merupakan model yang setakat ini kita merasakan menjadikan Malaysia antara negara yang cepat dari segi pengembangan jalur lebar dan juga 3G dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Gopeng.

final • 6:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini khusus berkenaan dengan bidaan 4G itu. Saya cuma hendak ingatkan berkenaan dengan apabila lesen 3G diberikan pada masa dulu, TIME dotCom diberikan lesen, semasa itu Digi tidak diberikan lesen 3G, akhir sekali Digi terpaksa bayar TIME dotCom untuk dapat 3G lesen untuk perkhidmatan 3G. Jadi siapa yang untung? Akhirnya TIME dotCom yang untung, yang rugi kerajaan kerana berikan lesen 3G secara percuma kepada TIME dotCom masa itu. Jadi ini adalah antara aspek yang kita harus kaji. Bukan semua kita hendak bidaan itu, bidaan bukan setakat kedudukan kewangan tetapi bidaan juga technical expertise dengan izin, dengan business plan dengan izin dan sebagainya. Jadi apabila bidaan dibuat, ada satu jawatankuasa yang boleh nilai mana satu syarikat yang paling layak untuk dapatkan lesen 4G tersebut. Jadi masalah sekarang ini, lesen 3G dan 4G ini dikurniakan sebagai hadiah kepada mereka yang tertentu. Ini yang menjadi masalah. Sekian.

final • 6:20 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tidak benar. Setakat ini yang mengemukakan permohonan lesen dan sebagainya mereka juga mesti submit ataupun menghantar

final • 6:20 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

business plan, keupayaan kewangan mereka dan mereka juga menggunakan kepakaran- kepakaran yang tertentu. Ada yang gagal dalam negara kita walaupun diberi lesen kerana saya sebutkan tadi bahawa perkembangan teknologi adalah terlalu pantas sekarang ini.

Kita bercakap hendak lesen 4G, dalam masa saya rasa dua tiga tahun, orang sudah bercakap 5G pada waktu tersebut. Jadi kalau kita katakan bahawa kita mengharapkan bahawa satu-satu syarikat ini nampak berjaya sekarang ini, ia mesti berjaya di masa akan datang, tidak ada guaranty. Kalau kita lihat satu ketika dahulu semua orang menganggap bahawa telefon yang terbaik ialah Nokia misalnya. Sekarang ini orang tidak pakai sudah, bukan saya hendak mengatakan, tiba-tiba Samsung, tiba-tiba iPhone dan sebagainya. Perubahan begitu pantas sekali. Cumanya saya hendak betulkan sedikit tentang Digi tidak dapat 3G. Sebenarnya menurut maklumat saya, 3G tidak pernah masuk bidaan ataupun permohonan untuk Digi untuk mendapatkan 4G sebagaimana yang - ini maklumat yang saya perolehi. Jadi sebab itu kemudiannya dia membuat keputusan untuk membeli lesen tersebut daripada TIME dotCom. Sebenarnya TIME dotCom pula dikenakan denda oleh kerajaan kerana mereka menjual lesen tersebut kepada syarikat lain dalam soal ini.

Lain-lain yang disebutkan tentang soal media sosial, kita sedar bahawa media sosial adalah satu perkara yang baru. Dasar kerajaan sekarang ini ialah memberi kebebasan berdasarkan kepada bill of guarantee sewaktu kita menandatangani tentang soal pembangunan MSC (Multimedia Super Corridor) dahulu. Namun begitu, ada banyak undang-undang yang ada dalam negara kita, sama ada undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia, terdapat undang-undang lain yang sememangnya boleh dipakai sekiranya berlaku penyalahgunaan dalam media sosial dan sebagainya. Ini adalah merupakan satu perkara yang telah pun ada dari segi undang-undang dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Lenggong bangun.

final • 6:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan perkara berkaitan dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta rang jaminan MSC yang mana sewaktu ketika dahulu tidak ada tapisan yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan pelaburan dan sebagainya. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, nampaknya kajian itu mungkin, perubahan itu mungkin tidak akan dibuat. Akan tetapi saya fikir perlu ada pengukuhan kepada beberapa rang undang-undang yang lain supaya dalam waktu kita memberi jaminan kepada perkara ini tetapi undang- undang yang lain, akta-akta yang lain mestilah dikukuhkan supaya kebebasan yang diberi oleh kerajaan itu tidak disalahgunakan.

Saya hendak bangkitkan satu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu, dia suruh saya bercakap tetapi dia lari ke sana Yang Berhormat Menteri. Ini soal cyber trooper ini. Hari ini begitu banyak cyber trooper yang banyaknya mengeluarkan fitnah.

final • 6:20 PM

Dato' Noraini bin Ahmad - Parit Sulong

Terasa. Baru cakap sahaja sudah terasa.

final • 6:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Baru cakap sudah terasa.

Fitnah dan menggambarkan perkara-perkara yang langsung tidak betul dan tidak sahih daripada fakta yang sebenar. Sebab itu saya berkongsi apa yang Yang Berhormat Bintulu fikirkan ini. Apakah perlu kalau kementerian membentuk satu jawatankuasa khas untuk melihat secara detail perkara ini? Bagi kita, dalam waktu kita memberi kebebasan tetapi kebertanggungjawaban kepada rakyat itu mesti ada dalam soal ini. Mungkinkah kementerian mahu mengkaji untuk mewujudkan satu mahkamah khas misalnya jika ada isu- isu yang hendak dibincangkan dan dibicarakan berkaitan dengan perkara ini. Saya harap supaya isu yang berkaitan Red Bean Army itu benar-benar disiasat untuk kepentingan masyarakat umum. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah kerana memberi pengiktirafan kepada soal bagaimana kita mengendalikan media sosial pada hari ini. Banyak soal kawalan sudah ada dalam pelbagai undang-undang. Kalau fitnah, ada

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Akta Fitnah. Kalau hasut, ada Akta Hasutan. Kalau yang berkaitan dengan orang yang menyalahgunakan akaun dan sebagainya, ada Akta Syarikat, Akta Perbankan dan institusi kewangan. Ada Kanun Keseksaan. Media sosial ini macam orang di kedai kopi. Di kedai kopi, hari-hari orang buat fitnah. Ada hari orang berkongsi maklumat, data dan sebagainya.

Akan tetapi kali ini, media sosial ini dia lebih terbuka. Semua orang tahu. Dia masuk Facebook. Negara kita adalah antara negara yang mempunyai akaun Facebook yang terbesar dalam dunia dari segi peratusan. Ia boleh bersebar dengan luas sekali.

Sehingga sekarang, jangan kata tidak ada tindakan yang dibuat. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, saya difahamkan lebih daripada 6,000 site yang telah ditutup kerana melanggar. Walaupun kita kata ada kebebasan, kebebasan tidak boleh melanggar undang-undang yang ada dalam negara kita. Pasal pornografi. Pasal soal yang boleh mencetuskan rasa benci kepada agama. Ada lebih 6,000 yang telah pun diambil tindakan dalam soal ini. Akan tetapi sudah tentu akta ini ada had yang tersendiri. Hal yang lain kita boleh ambil tindakan membantu pihak polis membuat penyiasatan dan sebagainya.

Kita serahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan.

Soal Red Bean Army, cyber trooper dan sebagainya, ada perkara yang bagi saya bersifat benda itu real, ada perkara yang saya rasakan adalah sebahagian daripada uar-uar yang memberi gambaran seolah-olah ia adalah kumpulan yang ramai. Saya difahamkan bahawa Red Bean Army ini adalah nama yang digelar, jolokan di kalangan – penyokong- penyokong pembangkang pun bukan bersatu. Ada group yang sokong itu, ada group sokong ini. Sesama mereka saling menuduh dan memberikan label kepada antara mereka.

Fitnah bersebar. Saya tahu bahawa pihak kerajaan banyak difitnah.

Pembohongan, cerita pasal ada 40,000 orang Bangladesh datang tetapi apabila disuruh buat petisyen, sampai sekarang tidak ada. Ramai orang yang tertipu di sana sampai sanggup berbaring dalam jerebu. Akan tetapi pemimpin mereka akhirnya mengiktiraf keputusan pilihan raya yang ada sekarang. Jadi ini adalah perkara-perkara yang mereka membuat propaganda dan mereka percaya kepada propaganda mereka. Sebenarnya, fitnah yang dibuat bukan sahaja kita rasakan bahawa apa yang disebut cyber trooper yang dikatakan menyokong kerajaan, menyokong pembangkang memfitnah tetapi di kalangan mereka sendiri, banyak video-video yang dikeluarkan saya percaya adalah di kalangan mereka sendiri untuk mempertikaikan keupayaan antara satu sama lain.

Jadi soal ini antara perkara yang kita perhatikan. Kalau ada aduan tentang soal penyalahgunaan dan sebagainya, insya-Allah saya akan minta supaya tindakan diambil.

final • 6:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, kebimbangan kita ialah apabila generasi muda misalnya. Saya cukup menyokong apabila langkah kerajaan memberikan Netbook 1Malaysia kepada para pelajar tanpa fahaman politik pun yang kerajaan berikan kepada mereka. Yang menjadi masalah kepada kita ialah kita tidak boleh sekat perkara-perkara masuk ke dalam netbook yang mereka miliki. Sebab itu perlu ada tanggungjawab kepada rakyat supaya kebebasan ini digunakan dengan cara yang betul. Apakah kementerian mungkin ada cadangan untuk membincangkan dengan Kementerian Pendidikan misalnya untuk melihat supaya kurikulum di sekolah misalnya mesti mendidik para pelajar supaya mereka menjadi pengguna media sosial yang baik?

Kepada rakan-rakan kita yang memang telah silap, itu sudah susah hendak melentur buluh. Sudah jadi keras ini payah, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi anak- anak ini. Supaya generasi yang akan datang ini dengan jumlah pengguna yang begitu banyak pada hari ini, dia boleh menjejaskan masa depan negara. Kita nyaris-nyaris apabila perkara ini disalahgunakan. Jadi apakah kementerian memikirkan kalau rang undang- undang tidak ada tetapi mendidik anak-anak kita ini. Mungkin berbincang dengan kementerian berkaitan misalnya.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Saya cukup percaya akhirnya dalam dunia sekarang ini yang begitu terbuka, sekatan amat sukar. Kita boleh sekat pada hari ini, esok datang lagi yang lain. Dulu boleh kawal SMS. Ramai orang menggunakan akuan palsu dan sebagainya. SMS untuk membuat fitnah dan sebagainya. Kemudian kerajaan boleh minta supaya setiap sim card mesti didaftarkan. Akan tetapi kemudian timbul pula Blackberry yang menggunakan web base. Kemudian datang pula Whatsapp. Datang beribu lagi sistem sosial media yang baru dan sebagainya.

final • 6:30 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya setuju. Sebab itu di bawah SKMM dia ada satu program dia kata ‘Klik Dengan Bijak’. Kita mendidik mereka itu supaya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Misalnya kadang-kadang kita perlu didik ibu bapa pula.

Misalnya dia tahu kalau dia setting awal-awal internet ini, dia beritahu pilihan perlukan ada filter ataupun tidak. Perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak yang masih kecil. Akan tetapi berapa ramai parent ataupun ibu bapa yang tahu mula-mula hendak buat setting itu supaya ada filternya. Jadi kita kena didik juga. Kadang-kadang anak itu yang didik bapanya pula kerana anak kita lebih savvy atau lebih tahu tentang penggunaan internet ataupun tidak.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sila.

final • 6:30 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak beri beberapa komen tentang media sosial kerana saya juga melihat beberapa aspek positif media sosial. Misalannya di kawasan saya di Kuala Kedah, nelayan saya dapati dapat menggunakan media sosial untuk mendapatkan tempat terbaik untuk menurunkan hasil tangkapan dan harga yang terbaik. Jadi itu antara benda yang positif. Akan tetapi malangnya ialah kita tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggunakan media sosial ini supaya satu media yang berkesan untuk sampaikan maklumat dan digunakan oleh nelayan misalannya.

Contohnya di India, saya difahamkan ada beberapa tempat di India, maklumat tentang ombak, angin dan lain-lain lagi diberikan dengan baik walaupun capaiannya tidak begitu luas. Jadi itu aspek positifnya.

Berkenaan dengan aspek negatif, dengan izin saya mahu sebut bahawa it works for both ways. Kalau kementerian juga menggunakan media untuk menyebarkan benda- benda yang tidak dipastikan, yang juga berunsur fitnah, maka akhirnya rakyat yang akan menilai. Jadi saya rasa elok kita kekalkan sekarang. Akhirnya rakyat akan tahu apa yang fitnah dan apa yang betul. Both ways. Dua-dua belah pihak. Cabarannya ialah untuk kedua-dua belah pihak mengekalkan integriti dan kebenaran dalam apa yang disebutnya.

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmd bin Haji Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri, daripada Jasin, Yang Berhormat Menteri. Sedikit.

final • 6:30 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya jawab. Terima kasihlah. Mungkin Yang Berhormat Kuala Kedah lambat datang tadi. Saya sudah beritahu senarai apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong sebentar tadi tentang apa yang kerajaan bantu menggunakan internet dan sebagainya untuk membantu pengusaha, nelayan, orang kampung dan sebagainya. Ada yang pendapatan mereka meningkat daripada RM450 sebulan kepada RM20,000 sebulan melalui program pendidikan yang kita buat.

Sebab itu kita katakan bahawa ada beberapa orang yang tidak gembira kerana media sosial menyebabkan banyak perkara mudah tersebar. Kalau kita tengok baru-baru ini perkara yang dianggap urusan peribadi atau private mereka tersebar dengan luas. Dia rasa marah sangat kepada media sosial. Akan tetapi saya setuju bahawa it can work both ways. Kita mesti lebih bertanggungjawab. Dulu orang menganggap bila orang kata seseorang pemimpin itu keluar internet, disuntik dengan HIV virus. Ramai orang percaya.

Dikatakan kena racun arsenik. Orang percaya. Dikatakan ada 40,000 orang Bangladesh datang. Dia buat pula movie ataupun lagu ‘Banglasia’ dan sebagainya. Ada orang percaya. Akan tetapi akhirnya orang menyedari bahawa memfitnah itu adalah kawan- kawan daripada pembangkang. Akhirnya orang tahu semuanya. Dipersilakan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jasin.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Nampaknya sekarang telah jadi satu budaya kita orang Malaysia suka fitnah, suka menyebarkan pembohongan, menyalahgunakan fakta sehingga menyebabkan kerajaan kita sebenarnya banyak dipersalahkan dan sedikit- sebanyak telah menjejaskan prestasi Barisan Nasional dalam pilihan raya yang lepas.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Pembohongan ini Yang Berhormat Menteri dilakukan apabila selepas 48 jam sekiranya tidak dijawab orang akan terima bulat-bulat sebagai satu perkara yang benar.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri baru-baru, ini Yang Berbahagia Tan Sri KSN telah mengumumkan bahawa semua jabatan kerajaan serta kementerian mesti ada satu task force untuk menjawab semua pembohongan, semua fitnah, semua bidaah daripada parti-parti pembangkang ini supaya kita dapat terangkan perkara sebenar.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri setakat manakah keberkesanan yang telah dijalankan oleh kementerian dan juga jabatan-jabatan yang berkaitan kerana pembohongan ini cukup berleluasa. Ini kerana kita takut kita akan ditipu daya oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang telah jadikan pembohongan, fitnah dan penyalahgunaan fakta ini sebagai satu budaya orang Malaysia.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Jasin.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin

Kita hendak kalau boleh kementerian benar-benar dapat menjalankan kerjanya dengan lebih berkesan lagi. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Menteri, bukan niat Tuan Yang di-Pertua hendak menyekat kebebasan tetapi kita ada 13 lagi kementerian.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih. Saya rasa cukup yang tadi itu.

Saya setuju bahawa kerajaan sedar cuma saya rasa kita tidak gundah-gulana dari segi keputusan pilihan raya baru-baru ini dan kita meletakkan segala-galanya pada internet.

Kalau kita lihat tentang propaganda yang dimainkan saya lihat bahawa semua orang disuruh berkumpul dekat masjid-masjid Putrajaya hendak ambil kerajaan. Orang bersungguh-sungguh sudah waktu itu tapi tidak jadi. Ertinya masih kita anggap bahawa rakyat kita rasional dan tahu apa yang benar apa yang tidak benar. Kalau tidak macam mana Kedah yang dipimpin oleh pembangkang boleh kembali kepada Barisan Nasional dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Jadi dalam soal ini saya percaya bahawa ada perkara yang bersifat content lawan content. Kalau mereka cuba buat sesuatu yang tidak benar kita kena terangkan. Misalnya tentang isu saya sebutkan berkali-kali yang ini yang ketiga saya sebutkan soal ada orang yang betul-betul percaya termasuk orang balik daripada Australia. Dia ini profesor, dia doktor dan sebagainya dia kata betul-betul tentang ada 40,000 orang daripada Bangladesh datang. Akan tetapi lama-kelamaan bila dia tengok bahawa apabila petisyen pilihan raya yang dikemukakan kalau kata betul ada blackout di mana? Betul berlaku orang Bangladesh digunakan diberi IC dan sebagainya kita beritahu di mana? Tidak ada satu petisyen pun yang dikemukakan dalam soal ini.

final • 6:40 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini menunjukkan bahawa itu adalah kata orang kalau sekali dia berbohong, dua kali berbohong lama-lama rakyat akan menolaknya.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 6:40 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.

Saya gembira untuk menjawab segala-galanya tapi saya juga memahami bahawa rakan- rakan kita yang lain...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Masih banyak bertanya. Okey, sekali.

final • 6:40 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Last satu.

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Last dua Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Lenggong sudah banyak.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Lepas Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Setiawangsa dan harap Yang Berhormat Menteri gulung.

final • 6:40 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah dahulu.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 6:40 PM

Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa

Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah TV1 dan TV2 bukan lagi the station of choice. Apakah langkah-langkah yang dilakukan kementerian untuk mengembalikan generasi-generasi muda ‘Y’ ini especially kepada medium ini. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 6:40 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Azizi - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf saya hendak ulang mengenai isu Facebook. Ini kerana memang fitnah-fitnah yang dilemparkan cukup boleh menggugat ketenteraman, boleh menyebabkan hubungan antara kaum juga terjejas. Contohnya saya tengok saya rasa sudah ada laporan polis. Contohnya Facebook Sally Yen yang menghina agama Islam, yang menghina Rasulullah. Saya tengok dalam Facebook masih ada lagi.

Jadi itu yang kadang-kadang saya terfikir mungkin ada kelemahan dan sebagainya. Isu tentang Red Bean memang orang tidak percaya tapi sebelum orang tidak percaya itu macam isu di mana kumpulan Red Bean ini menyebarkan 40,000 orang waktu pilihan raya yang menyebabkan orang yang berkulit gelap seolah-olah dituduh mereka ini pengundi-pengundi hantu. Minta maaf pengundi gelaplah.

[Ketawa] Jadi maksud saya sebelum tidak percaya itu mereka percaya dahulu. Macam contoh juga blackout. Kita tahu tidak ada blackout tetapi kesannya telah berlaku sebab itu kita tengok ada perhimpunan semua kerana isu blackout. Padahal blackout kita tahu tidak ada. Hanya di Serdang sahaja blackout tetapi digambarkan blackout merata-rata tempat.

Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, saya sama juga cuma saya rasa kadangkala kegagalan kita menjawab tohmahan ini dalam masa yang cepat akhirnya membawa cerita-cerita ini nampak macam benar dan apabila sudah ada pelbagai perbincangan baru kerajaan masuk untuk menjawab dia sudah after thought ini nampak macam kita defend. Jadi mungkin sebagai Menteri yang bertanggungjawab macam Yang Berhormat Setiawangsa kata tadi TV1, TV2 ini dia macam sudah out of list dengan cara dia, dengan news dia yang nampak kadang-kadang over.

Benda yang sedikit diperbesarkan sehingga rakyat sudah tidak percaya TV1, TV2 dan ditambah lagi dengan gerakan daripada pembangkang yang cuba mengelakkan rakyat untuk percaya TV1 dan TV2. Jadi, mungkin penjenamaan kesungguhan kita untuk bercakap benar walaupun kadangkala benda-benda itu nampak pahit. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya minta Yang Berhormat Menteri gulung.

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sedikit sahaja.

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sedikit sahaja. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila, sila Yang Berhormat Kota Raja.

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju bahawa sekiranya ada unsur fitnah

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

dibuktikan fitnah kita ambil tindakan. Kita ada undang-undang yang mencukupi saya kira SKMM.

Cuma saya hendak tanya di sini satu lagi media mungkin bukan media maya yang berkali-kali di saman di dalam mahkamah dan kalah berkali-kali kena bayar Utusan Malaysia. Tidak ada pula di sini menyebut-nyebut tentang Utusan Malaysia. Jadi bila kita bercakap mengenai keadilan lets be fair dengan izin. Kita mesti adil. Kalau Harakah pun menabur fitnah katanya samanlah, samanlah. Itulah kita ada benchmark dia.

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak larat hendak saman, semuanya fitnah berita itu.

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi oleh kerana sedap sahaja cakap berapa orang facebooker’s yang telah disaman yang diambil. Utusan sudah terbukti di dalam mahkamah bahawa dia telah menabur fitnah.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 6:40 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat, Harakah pun telah disaman.

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Harakah itu tukar buat akhbar fitnah boleh?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih. Ya Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya harap sabar. Kita tunggu tahun depan pula kita boleh berbahas macam ini. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah tadi mengenai Facebook...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, kita jumpa di Besut.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Banyak fitnah dan sebagainya.

Sebahagiannya telah saya jawab sebelum Yang Berhormat masuk tadi. Yang Berhormat masuk tadi kita katakan bahawa banyak perkara akhirnya kita percaya bahawa masa akan mengubat. Misalnya dahulu ada orang kata bahawa kalau kalah pilihan raya dia sanggup berundur diri hendak jadi profesor.

[Disampuk] Adalah yang katakan. Ini keluar semua sebab yang membantunya kerana dalam YouTube itu boleh kita lihat. Once, something online it will be online forever. Dia akan remain in online. Semua orang boleh. Kalau boleh kita tayang. Orang kata kalau kalah pilihan raya saya akan jadi profesor, jadi profesor.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Sudahlah cukuplah sudah habis masa ini.

Misalnya. Saya tidak sebut siapa-siapa. Jangan kecil hati. Jangan begitu. Misalnya.

final • 6:40 PM

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan

Apa kaitan perkara ini dengan Yang Berhormat Menteri bawakan ini?

final • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Ini keluar.

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Sandakan, contohlah Yang Berhormat Sandakan.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Dalam Facebook keluar, dalam YouTube keluar.

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Alamak Yang Berhormat Sandakan, contohlah.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Hati ada panaskah? Ada hati panaskah?

Jadi zaman sekarang kita tenang dan sekarang ini ditonton oleh beribu-ribu orang.

final • 6:40 PM

Tuan Nogeh anak Gumbek - Mas Gading

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya hendak ulang lagi ada orang perkara ini boleh tengok dalam YouTube pernah berjanji bahawa kalau kalah pilihan raya tidak boleh membentuk kerajaan saya akan bersara jadi profesor dekat France.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Dan sebagainya. Ini kita boleh tengok.

Rakyat akan menilai...

final • 6:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Siapa itu? Siapa itu?

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

...Dan kita katakan bahawa sebab itu sekarang ini bila sebut blackout, Black 505 saya boleh isytiharkan sudah berkubur apabila mereka mengangkat sumpah dan telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia mereka telah membohongi rakyat.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada kes lagi, ada kes di mahkamah. Belum lagi habis.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Cukup, cukup, cukup.

final • 6:40 PM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya berterima kasih Yang Berhormat Kota Raja kata Utusan difitnah dan sebagainya, kalah dalam court. Sekurang-kurangnya mereka yakin kepada sistem mahkamah kita, mereka percaya dan yakin kepada sistem mahkamah kita. Kalau percaya, kenapa buat Black 505? Kalau tak setuju, mana yang tak betul, bawa petisyen pergi mahkamah tetapi berapa ramai rakyat ditipu? Berapa kali perhimpunan dibuat? Bagaimana rakyat disuruh untuk berbaring di tengah jerebu yang berbahaya pada waktu itu kerana untuk melepaskan geram mereka yang hendak sangat berada di Putrajaya tetapi tak dapat di Putrajaya. Jadi saya rasa terima kasihlah, sekurang-kurangnya duduk dalam ini kita berbahas, kita berbincang.

Tadi tentang TV1 dan TV2, insya-Allah saya akan beri jaminan banyak program, banyak pendekatan baru dan sebagai permulaan seperti mana yang saya beritahu kita dah ada channel baru, RTM Parlimen yang sekarang ini boleh disaksikan melalui RTM bukan sahaja TV, boleh disaksikan melalui iPad, melalui smart phone bahawa sekarang ini apa yang kita bicarakan adalah terbuka dan saya difahamkan daripada segi ratingnya adalah cukup tinggi. Orang nak tahu apa yang berlaku dalam Parlimen, inilah melalui RTM, insya- Allah dapat kita lihat semuanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Kesihatan dan kalau boleh hari ini kita habiskan sampai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya ingat Kementerian Kesihatan tak lama ya? 45 minit, boleh?

final • 6:50 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Okey, saya cuba.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Okey, terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dan telah pun menyentuh hal-hal Kementerian Kesihatan. Antara perkara yang telah pun dibicarakan ialah tentang pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit dan penyampaian perkhidmatan kesihatan, tentang isu pembangunan dan naik taraf fasilitet kesihatan dan juga dasar-dasar dan polisi kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Tasek Gelugor, dari Sabak Bernam, Kuala Kedah dan Bagan Serai telah membangkitkan isu berkenaan dengan pengamalan diet, bersenam dan juga aktiviti fizikal yang ada kaitan dengan non-communicable disease ataupun penyakit yang tak berjangkit. Jadi Kementerian Kesihatan telah pun menggalakkan masyarakat untuk bersenam tak kira di mana sama ada di pejabat ataupun di rumah ataupun di mana-mana sahaja.

Contohnya seperti di Kementerian Kesihatan, kita dah ada gym atau gimnasium dan kita menggalakkan kakitangan kita untuk bersenam selepas bekerja dan contoh lagi

final • 6:51 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

tentang meminjam basikal. Kementerian juga ada memberi pinjaman basikal untuk kakitangan berbasikal. Contoh ini telah pun diikuti oleh Perbadanan Putrajaya dan juga oleh Kementerian Kesihatan. Aktiviti lain lagi adalah termasuk 10,000 langkah, jadi setiap hari digalakkan kita berjalan 10,000 langkah. Ini adalah sebenarnya awareness campaign yang dijalankan dan ini nampaknya telah pun dituruti oleh pelbagai pihak.

Kemudian Kementerian Kesihatan juga mengadakan program healthy workplace, for healthy workforce, yang menggalakkan masyarakat membudayakan amalan hidup sihat khususnya di tempat kerja dan program ini adalah di bawah seliaan Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar dan Unit Penyakit Tidak Berjangkit.

Tuan Yang di-Pertua, usaha murni ini haruslah diikuti oleh jabatan-jabatan lain dan sektor swasta juga dilihat mempunyai program menggalakkan amalan cara hidup sihat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti kecergasan secara besar-besaran seperti AVON Walk, KFC Walk For Hunger, Nestle World Walking Day dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengukuhkan lagi program pencegahan penyakit NCD ataupun penyakit yang tidak berjangkit, pada tahun 2010 Jemaah Menteri telah meluluskan Program Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit ataupun National Strategic Plan for Non-Communicable Disease ataupun NSP-NCD. Melalui program ini, kerajaan telah merancang untuk melaksanakan beberapa polisi bagi mewujudkan persekitaran hidup yang menyokong pemakanan yang sihat, hidup yang aktif dan bebas asap rokok bagi mencegah penyakit NCD. Juga diadakan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan pada 2006 hingga 2015 untuk menggariskan strategik untuk menggalakkan pemakanan sihat dan hidup cergas bagi mencegah penyakit NCD.

Selainnya, Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula melalui kempen Cara Hidup Sihat dan pelaksanaan Makan Secara Sihat yang dilaksanakan secara berterusan. Juga kempen khusus yang menyasarkan pengusaha hotel, restoran dan kantin.

final • 6:51 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kota Raja bangun.

final • 6:51 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Boleh saya mencelah?

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 6:51 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri telah menyebut tentang pendidikan kesihatan. Memang kita tahu bukan mudah untuk kita mengubah sikap rakyat kita. Namun kebetulan dua malam yang lepas saya berada di Hospital Selayang dan ada tayangan daripada MedikTV kerana saya telah meninggalkan hospital agak lama tapi saya amat excited dengan program yang ditunjukkan di MedikTV. Sebab saya jarang melihat TV, saya ingat dia ada dalam saluran kita, rupanya MedikTV ini hanya untuk pelawat-pelawat di hospital dan tidak ditunjukkan di dalam siaran televisyen kita.

Saya tengok program-program pendidikannya bagus dan boleh kata dua jam saya di situ, ada lima atau enam subject matter yang diberi. Apa kata kalau program-program ini juga dimasukkan, kita patut ada satu saluran MedikTV untuk tontonan awam. Mungkin diubahsuai sedikit kerana ia ditaja oleh syarikat-syarikat farmasi dan sebagainya tetapi visual education atau pendidikan visual adalah lebih berkesan daripada mendengar ceramah. Ini sebagai tambahanlah kerana terdetik di hati saya semasa saya melihatnya dan saya kata this is a wonderful education program, dengan izin tetapi tak ada di dalam saluran TV untuk awam. Terima kasih.

final • 6:51 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih, itu satu cadangan yang baik. Saya ingat Kementerian Kesihatan boleh berbincang dengan pihak ‘Kementerian Penerangan’ dalam hal ini supaya dapat membolehkan menayang segala aktiviti di...

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.

final • 6:51 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Menteri ada bagi laluan tak untuk Yang Berhormat Kuala Kedah?

final • 6:51 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sila.

final • 6:51 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak memberi beberapa komen. Pertamanya ialah kerana banyak kajian menunjukkan bahawa faktor terbesar yang menyebabkan jadi penyakit yang disebut non-communicable diseases ialah makanan bukannya kurang exercise dan ini terbukti daripada banyak kajian dan banyak contoh yang kita lihat.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini ada dalam ucapan Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya ingat Yang Berhormat Menteri akan jawab ini.

final • 6:51 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Ya, saya sebut sikit lagi dan saya jelaskan.

Jadi, disebut bahawa kita memberikan penekanan kepada pemakanan itu sesuatu yang baik. Cumanya saya melihat jawapan-jawapan yang diberi kepada saya dalam soalan bertulis membuatkan saya berpandangan bahawa assumption, dengan izin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan itu lari daripada sains yang terkini ataupun good sciences tentang lemak tepu misalannya. Diketahui sekarang bahawa lemak tepu yang baik itu menolong mencegah obesiti, diabetes dan lain-lain lagi tetapi yang digunakan sebagai guideline oleh Kementerian Kesihatan ialah kita mengatakan lemak tepu tidak baik sedangkan lemak tepu yang baik seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak sapi dan lain-lain lagi itu perlu ditekankan dan banyak benda-benda lain. Saya rasa itu ada sedikit kekeliruan dan sedikit kekangan kerana guideline yang digunakan itu tidak berdasarkan sains terkini dan terbukti dengan pelbagai kajian sains di seluruh dunia.

Terima kasih.

final • 6:51 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Memanglah masalah kesihatan NCD ini dia terlibat semua sekali bukan hanya makanan tetapi juga exercise dan pelbagai aktiviti cara hidup kita yang tak sihat. Ini semua kena kita address bukan dekat makanan sahaja. Memang soalan tentang minyak tepu itu ada jawapan dia dalam soalan, saya ingat esok kot.

final • 6:51 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 6:51 PM

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga menggalakkan supaya...

final • 6:51 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Penjelasan, Bagan Serai.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 6:51 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan daripada banyak-banyak program tentang kesihatan yang telah dirancang dan telah dijalankan, apakah kesan-kesannya kepada status NCD di Malaysia setakat ini.

final • 6:51 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan seterusnya untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 7:00 PM

Mesyuarat] Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, kesannya belum dapat kelihatan jelas lagi tetapi kita akan terus berusaha. Ini kerana bila negara ini sudah progress dan meningkat maju, penduduk Malaysia ini semakin lama semakin malas, dia bekerja dan cara hidup sedentary, tidak mahu bergerak, makan banyak dan makan enam kali satu hari.

Kemudian, hendak pergi shopping, dia hendak letak kereta depan kedai itu dan tidak mahu berjalan. Jadi, banyak faktor yang terlibat. We are fighting an uphill battle Tuan Yang di- Pertua. Ini ada kempen, tidak ada kempen saya ingat lagi teruk lagi. Memang, kalau kita lihat perangkaan obesiti, jumlah obesiti semakin meningkat, double. Jumlah kencing manis

final • 7:00 PM

Mesyuarat] Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

pun meningkat. Jadi, belum nampak lagi kesan daripada kita berkempen begitu meluas.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua hal, saya telah bangkitkan semasa perbahasan. Itu adalah terus kepada Menteri berkenaan, saya tidak tahu adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab perkara tersebut kerana itu adalah spesifik, yang mana saya ada tanya mengenai special implementation task force, yang mana beliau adalah pengerusinya. Adakah Yang Berhormat ditugaskan untuk menjawab? Itu soalan saya. Mungkin kata polisi-polisi adakah berkaitan dengan itu. Kedua, mengenai Crimea University, yang mana ia telah tidak lagi diiktiraf sejak tahun 2005.

Bila Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum itu Menteri Sumber Manusia telah membuat recommend lebih kurang dalam tiga tahun dahulu kepada Kabinet dan juga kepada kerajaan. Mengatakan bahawa ada asas-asas yang tertentu untuk mengiktiraf universiti tersebut. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab kedua-dua soalan atau ia terpulang kepada Menteri yang tidak datang hari ini? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi adalah...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Yang Berhormat Ipoh Barat adalah perkara spesifik yang perlu saya notice Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah bangun di belakang.

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, minta maaf. Boleh saya dapat jawapan bertulis mengenai ini?

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Boleh.

final • 7:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini adalah kerana dalam perbahasan saya ada bangkitkan perkara tersebut. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga telah menggalakkan pengusaha hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan juga caterer makanan untuk melaksanakan program-program yang berbentuk sihat dalam hal penyediaan makanan mereka. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan lagi aktiviti pencegahan penyakit NCD yang sedia ada, pada tahun ini Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) supaya pengetahuan tentang makanan sihat ini dapat dihebahkan dengan lebih meluas lagi kepada masyarakat.

Kementerian Kesihatan akan bekerjasama juga dengan Kementerian Belia dan Sukan supaya boleh menggiatkan lagi aktiviti fizikal di kalangan rakyat semua.

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Yang Berhormat Kuala Kedah lagi.

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya cuma hendak menekankan lagi bahawa apa yang dimaksudkan makanan sihat itu perlu diperbetulkan dahulu. Apa yang sihat ikut sains terkini ialah yang seimbang omeganya, tiga dan enam. Masalah sekarang ialah moden terlebih omega enam.

Kemudian, kita perlu jelaskan bahaya makanan proses dan perlu galakkan rakyat kembali kepada makanan tradisional kerana makanan tradisional telah seimbang omeganya. Tidak lagi yang disebut makanan seimbang ada serat dan ada karbohidrat ada protein tetapi terpenting sekali ialah seimbang omeganya.

Kemudian, bahaya gula putih dan tepung putih, beras putih dan lain-lain lagi itu perlu dijelaskan. Kalau itu betul saya rasa kita boleh capai matlamatnya, kalau tidak betul

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

kita mungkin akan tersasar. Saya ingin menyebut sedikit pendapat saintis-saintis ulung bahawa...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat bertanya kah ataupun membuat satu ceramah ya.

final • 7:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Akan sampai pertanyaannya. Apa yang kita lakukan sekarang bukanlah pencegahan tetapi pengesanan awal. Sedangkan kalau kita betulkan faktor nutrisinya maka kita boleh capai pencegahan yang sebenar iaitu orang sihat, tidak terkena diabetes, obesiti dan lain-lain lagi. Salah satu faktor terpenting ke arah itu ialah membetulkan salah faham terhadap lemak, zat lemak dan mengharamkan penggunaan lemak trans kerana ia salah satu faktor penting dalam penyakit NCD tadi terutama penyakit kardiovaskular. Jadi, saya mengesyorkan supaya Kementerian Kesihatan memandang serius usaha untuk mengharamkan lemak trans kerana itu satu perkara yang boleh kita lakukan, yang merupakan salah satu faktor risiko yang boleh kita modify. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Yang Berhormat Kuala Kedah begitu analytic sekali, orang muda. Dia hendak semuanya disegerakan, diharamkan. Akan tetapi bila kita ini, orang yang berumur sedikit, kita pandang lebih luas lagilah. Kita cuba hendak ubah habit, cara hidup kita ini, makan masa yang panjang. Kita sudah hidup lama, orang Melayu contohnya dia duduk bawah pokok kelapa.

Semua makanan masuk dengan minyak kelapa, segala-galanya. Jadi, hendak ubah itu memang susah sedikit, memang lambat Tuan Yang di-Pertua, bukan tidak boleh ubah tetapi mungkin lambat. Jadi kita perlu...

final • 7:00 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Kelapa itu healthy.

final • 7:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Bagi laluan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Awareness kempen, ini tidak baik dan itu tidak baik and then lama-lama kita terapkan cara hidup ini dan akhirnya dia akan berubah Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi Yang Berhormat Bagan Serai Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sekali lagi, Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya - Balik Pulau

Ada lagi?

final • 7:00 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Sedikit sahaja, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya makin bimbang bila dengar Yang Berhormat Menteri bagi tahu rakyat Malaysia banyak yang sudah malas senaman. Makin bimbang lagi bila saya dengar Yang Berhormat Kuala Kedah bagi tahu senaman sudah tidak berapa penting, yang saya rasa saya tidak setujulah. Lebih membimbangkan saya sekarang ini, pada suasana sekarang ini, kita umat Islam khususnya akan menyambut puasa esok.

Sekarang ini sudah riuh, kiri kanan semua, pasar Ramadhan dan sebagainya, orang sudah lupa diri, hendak makan macam mana. Jadi, dalam suasana kita hendak beribadah, saya dapatilah selama ini banyak juga orang yang jatuh sakit pada bulan puasa.

Jadi, apakah langkah kerajaan yang lebih short coming lah maknanya dengan izin, langkah yang terdekat ini untuk menasihati rakyat Malaysia supaya berhati-hati sangat tentang pemakanannya di bulan puasa ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam bulan puasa ada kawan-kawan kita yang makin bertambah gemuk dia makan double. Bila buka puasa semua dia makan, ini amalan kitalah. Jadi, amalan ini memang susah kita hendak hapuskan. Kerajaan memang sentiasa menasihatkan apa hendak makan, makan sedikit dahulu lepas itu sembahyang, lepas itu baru makan pula, jangan sekali gus makan dan

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

sebagainya. Jadi, semua ini sebenarnya adalah disiplin diri sendirilah. Kalau kerajaan hendak maklumkan semuanya memang susah. Disiplin diri sangat penting, jadi sifat kesederhanaan kena ada Tuan Yang di-Pertua. Maknanya, makan jangan berlebih-lebihan, semua sederhana tetapi exercise kena lebih.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kalabakan mohon untuk melihat semula fungsi dalam pengendalian Klinik 1Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Klinik 1Malaysia ialah untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan primer iaitu penyakit ringan dan prosedur ringan yang dapat disediakan oleh penolong pegawai perubatan dan jururawat masyarakat untuk miskin dalam bandar. Hari ini kita sudah ada 230 Klinik 1Malaysia di seluruh Malaysia dan target kita tahun ini tambah lagi 20 jadi 250 untuk tahun ini.

Di Klinik 1Malaysia ini, cuma setakat ini ada hanya 22 klinik yang ada pegawai perubatan, yang lain masih lagi di bawah kelolaan penolong pegawai perubatan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Minta laluan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng bangun Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya.

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenan dengan Klinik 1Malaysia ini, memang saya alu- alukan apabila ada doktor yang ditempatkan di Klinik 1Malaysia.

final • 7:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Cuma, apakah rancangan oleh kementerian? Setakat mana penempatan doktor ini akan dilaksanakan untuk kesemua 230 Klinik 1Malaysia ini.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini jumlah pegawai perubahan belum mencukupi. Walau bagaimanapun, ini kita dapati bahawa sudah ramai keluaran doktor-doktor baru. Macam tahun lepas kita ada 3,700 doktor baru yang masuk menjadi houseman dan akhirnya mereka akan menjadi MO.

Ini semua boleh ditempatkan di Klinik-klinik 1Malaysia dan juga di hospital-hospital yang lain yang masih lagi mempunyai kekosongan pegawai-pegawai perubatan. Maknanya dalam masa yang terdekat saya yakin kita boleh selesaikan masalah Klinik 1Malaysia yang tidak mempunyai pegawai perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, ...

final • 7:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Minta izin yang Timbalan Menteri.

Mencelah sedikit. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya mengenai Klinik 1Malaysia. Banyak aduan yang kita terima bahawa kebanyakan ubat, preskripsi kan tidak ada dan pesakit perlu membelinya sendiri. Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Soalan mereka ialah maknanya dengan izin tidak serve the purpose. Walaupun ada Klinik 1Malaysia, tetapi bila pergi ubat tidak ada. Kena pergi dekat luar juga.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, mungkin isolated cases saya yakin maknanya pergi time itu mungkin tidak ada tetapi laporan ini tidak meluas. Saya pun tidak tahu, tidak dengar lagi ada kes-kes di mana klinik tidak ada ubat dan kena beli sendiri.

Sebenarnya di Malaysia, bayar RM1, jumpa doktor dan dapat ubat. Jadi, tidak pernah kita suruh orang beli ubat sendiri. Tidak apa, kalau ada kes yang begini, beritahu dan kita boleh siasat dan kita perbetulkan keadaan.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan pemeriksaan awal screening di klinik yang dibuat di tempat yang terbuka. Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya membantu pihak doktor yang dalam bilik itu.

Screening yang dibuat di luar bilik, ambil blood pressure, ambil pulse, ambil berat badan

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

dan sebagainya tujuannya untuk membantu. Bukan benda sulit. Cuma ambil blood pressure, ambil pulse ambil weight, ambil berat badan dan sebagainya. Bukan benda yang sulit. Dia tidak tanya apa sakit dan sebagainya.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Minta laluan Yang Berhormat.

Boleh? Sedikit, 1Malaysia.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya, ya.

final • 7:10 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan Klinik 1Malaysia, saya hendak tahu apakah dasar atau polisi tebaran Klinik 1Malaysia ini? Yang saya faham tujuan utama ialah untuk mengurangkan bebanan klinik-klinik di bandar atau pun di pinggiran bandar untuk memudahkan orang- orang di sekeliling mendapat rawatan ringan dengan cepat.

Akan tetapi saya juga lihat ada juga di sesetengah tempat Klinik 1Malaysia berada di kawasan luar bandar. Jadi, saya tidak tahu apakah dasar atau polisi yang begini. Kalau polisinya Klinik 1Malaysia juga ada di kawasan luar bandar, mungkin Bagan Serai pun hendak juga lah Klinik 1Malaysia. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, di luar bandar kita sudah ada dah klinik kesihatan, klinik desa, klinik ibu dan anak sudah ada dah. Jadi, Klinik 1Malaysia ini dibuat di pinggir bandar, dalam bandar untuk mengatasi masalah kemiskinan dalam bandar ini dan juga untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerajaan. Itu dasarnya.

Jadi, mungkin pada masa depan kalau ada keperluan boleh dipertimbangkan Klinik 1Malaysia di luar bandar, di kawasan yang belum ada klinik-klinik kerajaan yang lain.

Jadi...

final • 7:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya?

final • 7:10 PM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Tidak. Sedikit, penjelasan.

Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu merujuk kepada klinik Parlimen yang agak kecil dan kemudahannya tidak lengkap. Itu maksudnya. Kenapa cepat pihak Parlimen mahu minta supaya dipindahkan di sini sedangkan kemudahan tidak cukup. Itu maksudnya dan tempatnya juga terasing. Agak sukar, hanya orang-orang tertentu sahaja tahu bahawa klinik sudah berpindah ke sini. Itu maksudnya. Kalau boleh dapat penjelasan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Klinik itu di bidang kuasa Menteri Parlimen kita.

Baik kita rujuk kepada beliau supaya beliau dapat buat pembetulan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu, masalah mesin radioterapi yang ada satu sahaja di Sabah.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di negeri Sabah kita ada dua mesin radioterapi iaitu satu di Hospital Queen Elizabeth II dan juga di Hospital Wanita dan Kanak-kanak. Memang peringkat awal satu yang beroperasi. Satu lagi di Queen Elizabeth Hospital baru repair, baru siap dan sudah boleh beroperasi semula. Jadi, maknanya sudah cukup, sudah ada dua.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Minta laluan.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tetapi itu yang sebetulnya satu kerana satu itu sudah terlampau tua, sudah lama, lebih sepuluh tahun, sudah tidak boleh pakai. Jadi, sebenarnya mesin itu yang tidak boleh guna di Semenanjung dihantar ke Sabah. Ya, begitu. Kami orang Sabah bukan second hand. Genset pun second hand. Jadi, saya harap kementerian sebetul-betulnya bukan hanya dua mesin. Satu mesin sudah terlampau tua. Jadi, kami minta yang tambahan. Jadi, berapakah mesin yang kena tambah untuk Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, mesin yang tua tadi sudah pun dibaiki semula, di baik pulih. Jadi, boleh digunakan sekarang. Walau bagaimanapun,

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi mesin Linac untuk Hospital Likas. Dia ada satu bilik kosong lagi dan kita akan beli yang baru. Yang ada sekarang di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas itu yang baru. Hendak tambah satu lagi. Ia ambil masa sedikit lah. Kos dia lebih kurang RM35 juta satu mesin.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Penduduk di Sabah lebih daripada 3 juta. Jadi, kalau di Selangor hanya 5 juta, 6 juta ada 20 mesin. Kenapa pula hanya dua mesin? Mana cukup ini.

Jadi, saya mahu bertanya Yang Berhormat Menteri bilakah tambahan mesin lagi?

Sekurang-kurangnya mahu ada 6 atau 10 mesin. Akan tetapi kalau tidak boleh bagi 10, bagilah - Jangan hanya di Kota Kinabalu. Sandakan, Tawau perlu mahu ada satu kerana orang Sabah sana pun orang miskin. Pengangkutan itu pun mahal kalau pakai kapal terbang. Dia orang susah mahu pergi, jadi tunggu mati sahaja. Jadi saya harap jangan hanya untuk Kota Kinabalu tetapi untuk Tawau, Sandakan ataupun pedalaman...

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

Beluran.

final • 7:10 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Beluran, Sandakan dan juga Keningau. Kita perlu kerana banyak orang tidak ada kebolehan untuk bayar tambang dia orang boleh assessable right or not? Dengan izin. Jadi, harap dalam tempoh bajet yang akan datang saya harap kesihatan boleh betul-betul menolong Sabah.

Saya harap Menteri yang baru bolehlah dapat menolong orang Sabah yang sebetulnya mengenai kesihatan. Ubat pun tidak cukup kerana ada lebih 1 juta lebih pendatang asing tanpa izin yang doktor pun terpaksa beri ubat kepada mereka.

Ini kerana kalau tidak beri ubat pada mereka, mereka mahu lawan sama dia. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil langkah-langkah dan tanggungjawab kepada keselamatan untuk doktor-doktor di Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita beli dahulu yang saya sebutkan tadi satu lagi mesin Linac untuk hospital-hospital di Likas itu dan lepas itu kita fikir yang lain. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu kerana prihatin tentang masalah-masalah kanser ini. Tentang ubat nanti saya jawab kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu juga bercakap tentang jumlah doktor yang tidak mencukupi. Jumlah pakar dan jumlah doktor. Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Dewan ini, sekarang ini kita sudah tambah jumlah doktor kalau dibandingkan dengan tahun 2008 dan sekarang, tahun 2008 jumlah pakar hanya 77 orang di Sabah.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Sekarang telah pun meningkat kepada 203 orang pakar di Sabah. Jumlah doktor biasa di Sabah 2008 - 659, sekarang sudah jadi 1,544. Ini bermakna sudah bertambah banyak tetapi masih lagi belum penuh lagi pengisiannya, kita akan isilah secepat mungkin.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini doktor masalah doktor, saya minta satu, berapakah pecahan bilangan doktor pakar di seluruh hospital kerajaan di negeri Sabah dan berapakah jumlah doktor yang meletak jawatan setiap tahun? Apakah sebab mereka meletak jawatan serta apakah mekanisme yang kerajaan telah dan sedang usahakan untuk membawa pulang doktor-doktor pakar yang berkhidmat di luar negara terutama di Singapore?

Jadi, mintalah satu pecahan, ada berapa orang doktor pakar, apa yang speciality doktor pakar itu, kerana saya diberitahu kita kurang specialist on heart, heart specialist di Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut tadi bahawa jumlah pakar telah pun bertambah, jumlah doktor biasa telah pun bertambah tetapi pengisiannya belum cukup lagilah. Setakat ini doktor pakar yang telah diisi ialah

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

82%, bermakna ada lagi yang belum cukup dan untuk pakar doktor biasa 70% peratus sudah diisi, hendak tambah lagilah.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga melantik doktor on contract basis. Sama ada mereka yang sudah pencen kemudian kita ambil balik on contract, sekarang ini kita ada 140 yang on contract. Antaranya 39 orang adalah pakar, yang lain semua doktor biasa dan memang ada program latihan, nanti ada dalam jawapan tentang latihan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat?

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Berkenaan dengan kekurangan doktor pakar. Saya punya pandangan, melihat skim yang ditawarkan oleh kerajaan terhadap doktor pakar ini kadang-kadang memang agak menyedihkan. Sebab itu sepatutnya dari segi skim doktor ini mesti letak dengan skim yang berlainan kerana mereka mengaji kita tengok.

Kami sebagai social science mungkin dalam empat tahun kita telah pun grad kemudian doktor terpaksa mengaji enam tahun. Dia belajar pula memang tidak peduli dunia dengan orang. Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri hari ini bekas seorang doktor dan kita tahu belajar doktor ini susah. Sebab itu kerajaan mesti memikirkan skim doktor ini mesti diletakkan dengan skim yang berlainan. Mesti diberikan gaji yang baik kerana mereka merupakan orang yang belajarnya agak susah dan penumpuannya agak teruk sedangkan skim yang diberi kepada mereka, kalau saya sendiri pun kalau sudah habis kontrak, saya akan berhenti untuk pergi ke swasta dan sebagainya.

Sebab itu kita tengok juga di kalangan pelajar-pelajar kita yang berada di Ireland, di Australia, New Zealand, yang mereka habis belajar mereka tidak hendak balik. Ini kerana mereka fikir walaupun mereka boleh bayar biasiswa yang mereka pinjam dalam masa setahun, dua tahun mereka boleh bayar beratus ribu kemudian mereka puas hati. Sebab itu saya rasakan kementerian perlu memikirkan skim doktor ini mesti diletakkan skim yang berlainan dengan penjawat awam yang lain. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang pandangan itu adalah baik. Setakat ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tangga gaji doktor lebih baik daripada dahulu, lebih baik. Semasa saya menjadi houseman dahulu RM850.00 gaji saya. Kemudian naik jadi MO, RM1,320.00 sekarang ini houseman tangga gred 41, bila jadi MO gred 44. Bila sudah kerja lapan tahun dapat gred 54, selepas itu kalau dia pakar, dia terus dapat jadi JUSA Khas dan seterusnyalah sampai C, sampai A, sampai Turus pun ada.

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Memang cadangan ini masih lagi belum mencukupilah saya kira tetapi...

final • 7:20 PM

Tuan Idris bin Haji Ahmad - Bukit Gantang

Fasal RM850 itu fasal waktu itu kereta brand new baru RM11,000. Waktu saya lecturer dahulu pun tahun 1989, gaji tidak sampai RM1,000 tetapi kereta brand new dapat RM18,000, kita tidak boleh ukuran macam itu. Sebab itu hari ini kita tahu hendak beli MyVi pun RM50,000.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Memang saya faham sangatlah. Memang doktor ini dia belajar sampai enam tahun orang lain tiga tahun, empat tahun sudah graduate, memanglah. Akan tetapi kerajaan cubalah dalam kemampuan kita cuba untuk memberi banyak, pelbagai insentiflah termasuk juga training incentive dan sebagainya.

Mereka yang daripada Semenanjung pergi ke Sabah pun ada insentif yang istimewa bagi mereka, allowance dan sebagainya.

final • 7:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

[Bangun]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sik bangun, Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Dahulu tidak ada allowance untuk on-call sekarang sudah ada. Doktor yang bekerja overtime di klinik yang kita panggil locum yang bekerja selepas masa waktu, dibayar RM80 sejam dan sebagainya.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sik dahulu. Bagi Yang Berhormat Sik dahulu.

final • 7:20 PM

Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. By profesion I’m a doctor. Saya rasa okeylah dengan cadangan Parlimen, maknanya ia memahami macam mana seorang medical student jadi houseman, selepas itu jadi MO, selepas itu jadi specialist, but we ourselves turned to be politician.

Walau macam mana pun Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya satu perkara yang menjadi isu sekarang ini iaitu masalah jururawat. Kita melihat banyak kolej-kolej swasta yang ada latihan jururawat dan saya nampak sekarang production jururawat lebih daripada demand. Saya tengok banyak yang jururawat-jururawat daripada kolej-kolej swasta yang bila grad tidak ada kerja. Banyak tahun tunggu kerja tidak dapat kerja tetapi saya lihat Kementerian Kesihatan ada kolej jururawatnya sendiri. KPJ Johor ada kolej jururawatnya sendiri tetapi kolej-kolej yang lain yang tidak ada hospital mempunyai masalah ini dan kita rasa kasihan dengan jururawat-jururawat yang sudah grad dua, tiga tahun tetapi tidak ada kerja.

Soalan saya ialah adakah Kementerian Kesihatan ada satu sistem ataupun ada satu cadangan untuk accommodate graduate-graduate jururawat daripada kolej-kolej swasta ini. Supaya mereka ini dapat kerja dan kita masa depan kita rancang supaya kita bagi jururawat-jururawat, kolej jururawat, latihan jururawat ini supaya kita lihat future demand of jururawat dalam negara kita supaya tidak ada kelebihan jururawat-jururawat dan mereka ini grad tanpa ada pekerjaan. Sekian.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik pun doktor juga. Ramai sebenarnya doktor dalam Dewan ini. Jadi, memang masalah jururawat latihan yang di luar daripada kementerian ini, kementerian dia ada skim latihan yang sendiri kemudian di pihak swasta ada latihan mereka sendiri. Jadi, dia tidak begitu matching.

Jadi, masalah yang dihadapi sekarang saya rasa ada lebih kurang 20,000 orang jururawat yang dilatih di luar yang tidak tahu hendak pergi ke mana lagi. Jadi, belum ada lagi keputusan tentang bagaimana hendak serapkan mereka masuk kepada kerajaan kerana latihan berlainan sedikit daripada kementerian. Jadi, ini perlu diteliti, saya beri jaminan bahawa kita akan teliti perkara ini dengan secara mendalam. Tuan Yang di-Pertua, balik kepada...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Kawan bangun Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Dekat sini Yang Berhormat.

Minta penjelasan, saya hendak membangkitkan dua isu di sini. Satu mengenai Hospital Seberang Jaya, minggu lepas ada satu kes kemalangan yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya di mana mesin CT scannya telah dijangkiti virus yang dipercayai mungkin dari komputer yang lain dan masa untuk calliberate CT scan itu mengambil masa lima jam. Dia ada satu sahaja.

Jadi, semua kes kecederaan yang memerlukan CT scan terpaksa sama ada pit stop di Seberang Jaya atau dihantar ke Hospital Pulau Pinang yang pada masa itu saya difahamkan juga jambatan jammed ada banyak accident pada hari itu.

final • 7:20 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Isu kedua yang saya ingin bangkitkan mengenai peningkatan harga ubat berjenama yang seakan-akan kenaikan tol. Harga ubat berjenama sangat mahal di pasaran sekarang. Contoh cardiprin yang berintikan aspirin berharga RM9 bagi setiap 28 biji. Di Amerika Syarikat ianya boleh dibeli dengan USD7 untuk 100 biji. Satu biji multivitamin berharga RM1.50 di sini, tetapi di India boleh dibeli dengan harga 14 sen sahaja. Adakah budaya kapitalis yang kian merebak memonopoli pasaran ubatan membantu hospital swasta terus bermaharajalela. Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua serta Yang Berhormat Seberang Jaya, saya sudah melawat, sudah pergi tengok dia punya build up dia, bed occupancy 110%. Maknanya amat sesak dan hospital ini sebenarnya menjadi referral hospital kepada kawasan sekeliling termasuklah sehingga Sungai Petani, sehingga Parit Buntar dan sebagainya, memang sesak. Saya diberitahu bahawa alat-alat peralatan memang sudah lama dan perlu diupgrade ataupun diganti. Jadi kita sedang uruskan.

final • 7:30 PM

Puan P. Kasthuriraani A/P Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan juga di Pulau Pinang sehingga 31 Mac ini jawapan dari Kementerian Kesihatan terdapat seramai 178 pegawai perubatan pakar, 138 orang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang, 33 orang di Hospital Seberang Jaya dan tujuh orang di Hospital Bukit Mertajam.

Jadi saya difahamkan based on this, dengan izin, Kepala Batas, Balik Pulau dan Sungai Bakap tiada doktor yang berpangkat kepakaran. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, yang dua hospital itu, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya adalah hospital yang berpakar, yang lain cuma visiting pakar atau pakar yang melawat. Jadi makna pakar akan melawat sebulan sekali ataupun dua bulan sekali, dia pergi melawat. Ini adalah amalan yang dibuat dan memang ada perancangan untuk hendak upgrade Balik Pulau dan lain-lain hospital. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tentang hal harga ubat, ini di luar kawalan kementerian. Saya hendak patah balik kepada ...

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

[Bangun]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kapar bangun, Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Terima kasih. Pendek sahaja.

Saya ada dua soalan sebenarnya Timbalan Menteri. Pertama sekali adalah tentang Kapar, kita tidak ada hospital sendiri. Rakyat dekat sana terlalu ramai. Saya difahamkan kita ada hampir 500,000 sekarang. Saya difahamkan ada hajat di peringkat awal perancangan hendak bina tetapi tanpa had masa diberitahu. So kalau boleh saya minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan memberikan kami tempoh masa, you know berapa lama kita akan ada hospital di Kapar dengan sendiri.

Soalan kedua saya, ini ada kena-mengena dengan hospital kerajaan di zon tengah meliputi kawasan Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn. Bhd. Tempoh kontrak mereka sudah begitu lama, hampir 16 tahun sekarang. Sepatutnya cukup memberi kepakaran kepada syarikat tersebut menguruskan hal ehwal berkaitan keperluan serta permintaan pihak hospital. Namun begitu, sejak kebelakangan ini ...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat. Ini perkara baru Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Ya, itu yang saya minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, perkara baru boleh tulis surat kepada Menteri juga.

final • 7:30 PM

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy - Kapar

Rungutan serta jumlah aduan oleh pihak hospital terhadap syarikat tersebut semakin meningkat. Apakah justifikasi serta kerelevanan pihak kontrak perkhidmatan tersebut disambung walaupun terdapat secara terlampau banyak kelemahan. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang Yang Berhormat Kapar ini adalah soalan spesifik yang saya perlu notis untuk jawab. Kedua tentang maintenance ini you know, kita bagi kepada tiga zon, utara, tengah dan selatan dan mereka ini sudah hampir...

final • 7:30 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat, minta sedikit boleh?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya, sedikit lagi ini. Hampir-hampir habis ataupun ada yang habis dia punya tempoh dan sedang direview dan sekarang ini di peringkat tahun demi tahun akan direview dan kalau didapati memang mereka tidak perform, mungkin akan diganti dengan orang lain.

final • 7:30 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya ada bangkitkan semasa dalam perbahasan di mana isu di tempat saya di Tanah Merah di mana Tanah Merah merupakan bandar yang kira kedua terbesar di Kelantan selepas Kota Baharu di mana hospital kami tidak punyai kelengkapan yang kurang. Contohnya hendak buat pembedahan apendiks pun tidak ada peralatan, terpaksa dihantar ke Kota Baharu dan kami tidak ada CT scan, tempat lokasi hospital sedia ada sekarang atas bukit, tidak ada parking yang sesuai. Jadi saya mengharapkan, saya masih menunggu sebenarnya dibangkitkan hal Hospital Tanah Merah, tetapi tidak disentuh.

Jadi saya mohon Hospital Tanah Merah ini dapat diambil perhatian kerana keadaan memang agak kritikal sekarang ini kerana kita mempunyai serba kekurangan dari segi kemudahan-kemudahan asas. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

[Bangun]

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Hospital Tanah Merah ada jawapan kemudian.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan bangun pula Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Rozman bin Isli - Labuan

Sedikit saja Yang Berhormat Menteri. Labuan ini tempat yang agak moden, population dekat 100,000 dan banyak ekspatriat, industrialize dan pusat pesisir luar bandar kewangan tetapi hospitalnya CT scan pun tidak ada Yang Berhormat Menteri dan banyak lagi tetapi saya sebut satu itu sahajalah. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih. Labuan ini satu pulau. Ya saya berterima kasihlah di atas peringatan itu dan insya-Allah kita akan ambil perhatian dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sambung lagilah tentang Kota Kinabalu tadi tentang graduan baru, pegawai perubatan graduan baru. Di Sabah, pengisian sudah jadi 73% kalau banding dengan 53% pada tahun 2010. Tahun lepas sehingga bulan Mei sudah meningkat sampai tahun ini dan meningkat 72% pengisian graduan-graduan baru, makna houseman. Saya sebut tadi ...

final • 7:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri, boleh saya mencelah mengenai houseman, mengenai doktor pelatih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya sekejap lagi. Untuk Sabah, pegawai yang bertugas orang Semenanjung yang pergi ke Sabah, mereka mendapat berbagai-bagai insentif ditawarkan sebagai insentif misalnya bayaran insentif wilayah, bayaran insentif elaun perumahan wilayah, elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan dan juga merit kalau dia bertugas di sana, dia akan diberi markah lebih apabila beliau hendak pergi melanjutkan pelajaran. Ya.

final • 7:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Menteri menyebut mengenai houseman, doktor pelatih. Memang saya diberitahu bahawa jumlah doktor pelatih di sana agak ramai.

Saya kurang pasti jumlahnya tetapi apa yang dapat dari maklumat yang diberi ialah nisbah doktor pelatih dengan doktor pakar adalah terlalu besar. Kebimbangan kita ialah apabila doktor-doktor pelatih ini tidak mendapat panduan yang baik daripada specialist.

Akhirnya kita tidak akan dapat menghasilkan doktor what we call, a safe doctors, dengan izin. Jadi perkara ini pernah saya timbulkan tetapi Menteri Kesihatan dulu selalu jawab kata cukup, cukup. Jadi sebenarnya berakah nisbah antara doktor pelatih dengan doktor pakar di sana. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini doktor pelatih memang ramai berbanding dengan dulu, memang cukup ramai. Saya pernah berjumpa dengan satu kumpulan pakar-pakar ortopedik di Pulau Pinang baru-baru ini.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ini satu rungutan yang telah dibangkitkan oleh mereka bahawa hendak melatih houseman ini dia sebenarnya voluntary. Dia tidak ada insentif. Jadi mereka kumpulan doktor pakar ini kata memberitahu saya patut bahawa mereka diberi insentif untuk melatih, diberi elaun dan sebagainya. Ini satu perkara yang patut dilihat dan juga maksudnya dari segi nisbah pun patut dilihat jugalah. Kalau ramai sangat pun memang tidak boleh belajar apa pun. Sepatutnya lagi sikit lagi bagus nisbahnya.

final • 7:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ini adalah satu pengakuan yang jujur kerana sebelum ini bila saya membangkitkan perkara ini ya dalam sesi Parlimen yang lepas, Menteri sentiasa menafikan bahawa tidak berlaku ketidakcukupan doktor-doktor pakar ini. Ini mungkin kerana hospital kita dibanjiri oleh graduan-graduan daripada universiti-universiti atau pelatih-pelatih perubatan dari luar negara dan juga penubuhan fakulti-fakulti perubatan yang tidak mempunyai hospitalnya sendiri. Sehingga kini saya diberitahu di Sarawak, UNIMAS, universiti di Sarawak yang ada fakulti perubatan pun tidak ada hospital sendiri. Bagaimana satu hospital? Saya tahu ini bukan kesalahan Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan menjadi, orang kata, penerima graduan-graduan ini.

Jadi saya ingat pihak Kementerian Kesihatan perlu, terjadi perkara ini semasa saya menjadi pensyarah UKM. Kita mempunyai tekanan yang kuat untuk meluluskan doktor-doktor tetapi kita mengatakan bahawa, sekiranya kita tidak yakin untuk menghantar ibu dan bapa kepada seorang graduan, maka they are not a safe doctors, dengan izin. Apa kata lagi seorang houseman yang tidak dapat supervision ataupun bimbingan yang rapi daripada doktor pakar. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pencapaian atau tahap latihan yang diterima oleh pelatih kita, houseman kita di luar negara ataupun dalam negara berbeza. Ada universiti yang memang top, tip top ataupun very good. Ada yang cukup lemah. Sehingga ada graduan yang balik daripada luar negara dilatih di sana dan balik sini sistemnya berlainan. Terminologi berlainan akhirnya dia tidak faham dan menjadi stress kepada mereka.

Seeloknya Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak latih doktor, seeloknya kalau hendak buat teori, buat pre-clinical. Buat di luar negara tidak apa tapi praktikal elok buat di sini, di Malaysia, kerana ada berbeza dari segi penyakit. Contohnya kalau di England, dia kata di sana ada penyakit hodgkin lebih banyak. Jadi dilatih tentang hodgkin. Di sini kita ada penyakit tuberkulosis. Jadi kalau kita latih di sini, kita akan latih doktor kita mengenai tuberkulosis lebih daripada hodgkin sangat kurang di sini. Jadi adalah lebih baik kalau kita melatih doktor kita di luar. Kalau hendak buat pre-clinical buat di luar negara tapi praktikal seelok-eloknya buat di Malaysia. Terminologinya memang sama, terminologi yang kita pakai, di luar negara dan di sini sama, jadi senang. Bila dilatih, mereka senang faham. Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bagan Serai bangun Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Minta laluan Timbalan Menteri.

Sekali lagi. Ringkas.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Panjang lagi Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri panjang lagi?

final • 7:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua soalan yang ringkas. Pertamanya didapati sekarang ini di Malaysia, denggi is on the rise, dengan izin. Dengar kata penyakit denggi ramai yang kena jangkitan, ada yang sudah mati. Apakah status keadaan denggi di Malaysia sekarang ini dan apakah langkah-langkah terdekat yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan?

Soalan yang kedua, di Parlimen Bagan Serai sekarang ini mula diwujudkan satu hospital tetapi saya difahamkan hospital yang tidak sampai dua ratus katil ini, tidak ada perkhidmatan doktor pakar yang mana pada pendapat saya, kalau tidak ada ditempatkan doktor pakar permanent, maknanya keadaannya akan jadi sama macam Hospital Parit Buntar yang ada sekarang ini. Kebanyakan pesakit-pesakit yang kritikal ataupun walaupun apendiks terpaksa dihantar ke Taiping ataupun Seberang Jaya memakan masa lebih

final • 7:40 PM

Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai

kurang satu jam dan ada juga pesakit-pesakit di tengah jalan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Jadi adanya hospital yang diluluskan sedang dalam pembinaan bagus tetapi alangkah baiknya kalau kita dapat tempatkan permanent specialist, doktor pakar di hospital di Parlimen Bagan Serai yang akan datang. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, saya melihat terlalu banyak isu yang baru dibangkitkan untuk Yang Berhormat. Itu boleh jawab secara bertulis. Mana-mana isu jawab secara bertulis saja.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Itu cadangan.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bakri.

final • 7:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Timbalan Menteri, belakang sekali kasi peluang.

Timbalan Menteri di belakang sini. Di sini, nampak. Timbalan Menteri.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cakap Yang Berhormat, bolehlah. Berjalan boleh cakap.

final • 7:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Timbalan Menteri dan Tuan Yang di- Pertua kasi peluang kepada Bakri. Di sini saya hendak tanya satu isu tentang apabila indeks pencemaran udara mencecah paras bahaya. Mengapa kementerian hanya memberikan topeng biasa bukannya N95? Topeng biasa hanya berupa menghalang cecair bukannya partikel halus. Apabila ditanya kepada pegawai kesihatan kementerian, beliau menyatakan sekiranya ada memakai topeng biasa sudah cukup. Inikah pandangan sebagai seorang pegawai kesihatan? Adakah kementerian mempunyai garis panduan bagi menentukan penggunaan topeng N95 apabila indeks pencemaran udara mencecah paras tertentu yang mengikut amalan standard antarabangsa? Minta penjelasan.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya semasa jerebu baru ini, haze baru ini, masing-masing bagi topeng. Kementerian Kesihatan bagi, jabatan-jabatan lain bagi, semua bagi. Jadi kita tak tahu siapa yang punya topeng ini tetapi memanglah standard itu adalah Yang Berhormat sebut tadi – N95. Itu yang standard. Jadi kita tidak tahu siapa sumber daripada mana yang bagi. Walau bagaimanapun masing-masing cuba hendak mengatasi, cuba hendak bantu, kita bagilah. Tidak apa, kita terima. Akan tetapi yang standardnya memang betullah yang N95.

Tuan Yang di-Pertua, Sibuti. Sibuti mahu menyatakan bahawa...

final • 7:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua minta laluan, Kota Kinabalu.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat bagi Menteri jawab dulu Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mahu tanya kerana ada yang soalan belum kasi jawapan kerana dalam...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Menteri belum habis jawab. Banyak belum jawab itu.

final • 7:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Ini kerana setiap tahun hospital-hospital di Sabah kekurangan ubat-ubatan. Tiada jawapan.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Belum sampai Yang Berhormat. Tak sampai lagi jawapan itu.

final • 7:40 PM

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy - Kota Kinabalu

Adakah kerajaan memberi tambahan bajet untuk mengatasi masalah ini dan juga ada hutang oleh pendatang tanpa izin, RM20 juta? Apa langkah-langkah kementerian akan ambil? Kena jawab dua isu ini.

Minta tolong ya.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ada jawapan di belakang.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau tidak sempat Yang Berhormat, hampir satu jam, saya minta untuk dijawab secara bertulis.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh jawab secara bertulis Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya

Ya?... Baik. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu kesihatan, yang belum sempat jawab saya akan jawab melalui jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jemput Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

final • 7:40 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan ke Atas Titah Diraja dan telah menyentuh pelbagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 18 ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja pada sesi kali ini. Sesungguhnya kementerian menghargai segala pandangan, teguran dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan isu mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran padi.

final • 7:49 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan pesawah. Di antara inisiatif yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

(i) pengurusan sawah secara berpusat melalui pelaksanaan projek di bawah NKEA;

(ii) menggalakkan amalan pertanian baik atau pun good agriculture practice (GAP);

(iii) menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan variety padi yang baru seperti MR253, MR263 dan MR269; dan

(iv) mempergiatkan penggunaan automasi seperti transplanter dan raw-cedure. Yang Berhormat Sabak Bernam juga telah membangkitkan isu berkenaan padi hibrid. Untuk makluman Yang Berhormat, variety padi hibrid mula ditanam di negara China dan kini telah ditanam di India, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Pada masa ini kementerian belum bercadang mengiktiraf variety luar negara seperti SZ1 dan HS98 untuk ditanam di Malaysia. Setiap variety yang hendak di isytihar mesti melalui beberapa peringkat ujian wajib seperti ujian peningkatan hasil dan ujian ke rintangan terhadap penyakit dan serangga utama. Selepas itu barulah variety tersebut boleh diisytiharkan kepada petani. Syarikat RB Biotech Sdn. Bhd. telah dilantik oleh kementerian untuk melaksanakan projek percubaan pengeluaran padi hibrid bagi tahun 2011 dan 2012.

Satu variety padi baru hibrid yang diberi nama “Siraj” telah mula diperkenalkan pada 1 Jun 2011 dan penilaian prestasi padi Siraj mendapati peningkatan hasil adalah hanya sekitar 1 tan hingga 1.5 tan metrik per hektar berbanding penggunaan benih padi inbred variety MR219 atau MR220 sedangkan kosnya jauh lebih tinggi. Oleh itu ianya masih belum sesuai untuk dikomersialkan.

Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Jerlun telah membangkitkan isu berkenaan benih padi baru dan berkualiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelidikan dan pembangunan terhadap variety padi sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. Variety padi iaitu MR269 telah diperkenalkan bagi menggantikan variety semasa iaitu MR219 yang telah digunakan lebih dari sepuluh tahun dan mudah diserang penyakit.

Kajian juga sedang dijalankan bagi memperkenalkan variety padi aerob yang boleh ditanam di kawasan yang tidak perlukan air bertakung dan hanya memerlukan penggunaan air yang minimum secara semburan seperti tanaman sayur. Penggunaan variety-variety baru ini

final • 7:50 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan pengeluaran padi negara malah dapat meningkatkan pendapatan para pesawah itu sendiri.

Yang Berhormat Ketereh telah mengesyorkan penukaran sistem pumping di Tali Air Kemubu kepada sistem graviti. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada dasarnya memberikan keutamaan kepada sistem pengairan secara graviti jika ianya bersesuaian dari segi teknikal dan kewangan. Antara kriteria yang dipertimbangkan semasa pembinaan baraj untuk tujuan pengairan adalah kesesuaian tapak, kuantiti air dan kos pembinaan. Berdasarkan penilaian awal pembinaan baraj di Sungai Kelantan tidak sesuai untuk dilaksanakan untuk faktor-faktor berikut:

(i) pembinaan baraj merintangi Sungai Kelantan untuk meninggikan air sungai ke paras sawah di Kemubu akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah di sepanjang Sungai Kelantan dan anak-anak sungai di sebelah hulu baraj;

(ii) jika baraj dibina jauh ke hulu masalah akan timbul bagi membina laluan tali air baru dari baraj ke kawasan Kemubu; dan

(iii) kos pembinaan baraj merintangi Sungai Kelantan memerlukan peruntukan melebihi RM300 juta.

final • 7:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Walau bagaimanapun, bagi mengatasi paras air sungai yang rendah ini projek pembinaan sebuah empangan dasar berserta dua pintu air berjumlah RM40 juta akan dijalankan pada penghujung tahun ini dan dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan keterangan yang pertama kalilah saya dengar dalam Dewan ini di mana nampaknya seolah-olah kerajaan telah pun membuat kajian yang mendalam sehinggakan kerajaan membuat rumusan bahawasanya pembinaan baraj ini tidak sesuai seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Antara sebabnya ialah kerana masalah sebahagian hulu sungai yang mungkin tenggelam, pembinaannya mungkin terlalu jauh ke hulu dan menyebabkan kos pembinaan kira-kira RM300 juta. Adakah kerajaan sedar bahawasanya RM300 juta ini adalah satu angka yang sangat kecil berbanding dengan faktor-faktor berikut:

(i) sistem pumping yang kita gunakan sekarang melibatkan perbelanjaan kos elektrik RM10 juta setahun. Bermakna dalam tempoh setahun kosnya boleh sampai RM100 juta; dan

(ii) RM300 juta itu terlalu kecil berbanding dengan setiap musim apabila kawasan-kawasan ini gagal ditanam. Kerugian secara langsung dan tidak langsung bagi satu musim sudah pun mencecah RM100 juta kerugian. Kerugian secara langsung dalam satu musim melebihi RM100 juta.

Apalah sangat RM300 juta yang boleh kita dapatkan semula dari hasil penanaman yang mungkin hanya dalam masa dua atau tiga tahun.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita tengok lembangan sungai-sungai di beberapa buah negara termasuk di Pakistan, India dan beberapa buah negara yang mempunyai masalah yang sama, mereka membina baraj dan tidak pun menimbulkan masalah banjir kerana sungai-sungai cabang daripada sungai di hulu itu boleh dibina gate dan kaedah-kaedah kawalan.

Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Menteri siapakah mengemukakan laporan teknikal yang menyatakan pembinaan baraj ini satu yang tidak viable dan sesuatu yang menyebabkan banjir?

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat, daripada kajian yang dibuat oleh pihak teknikal, apabila baraj ini dibina air yang akan dinaikkan adalah setinggi lima meter. Ini bermakna 15 kaki tingginya. Ianya akan menenggelamkan kawasan-kawasan di

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

sekitar baraj itu dibina. Jadi seperti yang kita tahu di Kelantan, Yang Berhormat lebih arif daripada saya, saya percaya. Di sepanjang Sungai Kelantan semuanya dipenuhi oleh kawasan-kawasan penempatan penduduk dan sebagainya. Jadi dengan ketinggian 15 kaki air sungai yang terpaksa dinaikkan sepanjang masa, ini bermakna banyaklah kawasan- kawasan perkampungan yang akan ditenggelami air walaupun bukan suatu kawasan banjir pun. Kawasan tidak banjir waktu hari biasa pun air sungai yang dinaikkan akan tetap di dalam peringkat 15 kaki tinggi.

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi itu masalah pertama yang dihadapi. Akan tetapi tentang elektrik 10 juta setahun dan sebagainya, saya akan bangkitkan perkara itu. Mungkin perkara ini tidak ada dalam pertimbangan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita akan lihat kita akan bincang di peringkat kementerian dan sebagainyalah.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang Berhormat Menteri, masalah kekurangan air dalam kawasan jelapang padi kedua terbesar negara ini bukan berlaku dalam masa dua, tiga tahun ke belakang. Sepanjang lima tahun saya jadi Pengerusi KADA, saya gagal menyelesaikan masalah ini. Kalau untuk tempoh lima tahun yang akan datang juga kerajaan masih gagal mengatasi masalah ini, saya menganggapkan juga saya gagal sebagai Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat gagal dan kerajaan gagal menyelesaikan masalah ini.

Sedangkan kita tahu masalah ini terlalu mendesak. Pada sedang masa kita bersidang ini pun, keseluruhan kawasan di Kemubu sudah pun hampir tiga bulan tidak mendapat air dan bayangkan berapa ribu petani yang menyalahkan KADA kerana mereka tidak faham masalah kita. Jadi untuk memberikan jawapan bahawasanya sistem ini tidak boleh ditukar, adalah juga bermakna kita akan kekalkan sistem pumping.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin highlightkan di sini, daripada jawapan Yang Berhormat Menteri menyatakan, di akhir tahun ini kita akan membelanjakan RM40 juta untuk membina rubber dam dan dua empangan. Saya harap Yang Berhormat Menteri memahami bahawasanya itu hanyalah untuk menyelesaikan masalah di satu rumah pam sahaja, sedangkan sistem di KADA itu melibatkan tiga rumah pam dalam kawasan di sebelah kiri dan kanan Sungai Kelantan.

Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengaturkan satu lawatan supaya saya boleh hos lawatan Yang Berhormat Menteri untuk saya membawa Yang Berhormat Menteri tengok keadaan sebenar on the ground. Saya juga tidak yakin bahawasanya dengan menaikkan 15 kaki, kalau kita naikkan lapan atau 10 kilometer daripada empangan Kemubu dengan menaikkan air sebanyak 15 kaki, kawasan-kawasan sekitar banjir. Saya kata ada reservation tentang laporan yang sedemikian.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 8:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, ada boleh tambahan? Kuala Kangsar.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh dahulu Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga pihak Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan juga kepada daripada Yang Berhormat Ketereh. Masalah KADA ini akhir-akhir ini saja yang menghadapi masalah yang banyak dikompelin oleh orang. Sebelum ini dalam jangka masa 10 tahun dahulu, tidak dihadapi masalah yang sebegini.

Saya mendengar juga bahawa memang cadangan yang dicadangkan oleh jabatan dan juga dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah cadangan yang terbaik yang saya dengar daripada bawah. Maknanya usaha yang dilakukan oleh KADA setakat ini ialah banyak tidak berjaya, itu sudah termaklum dan banyak sebab-sebab yang lain yang menyebabkan kegagalan ini sebenarnya. Bukan hanya pam itu sahaja tetapi penjagaan saluran dan sebagainya juga menjadi masalah oleh KADA. Tumpuan KADA pun kadang- kadang ke perkara-perkara yang lain dan tidak kepada menjaga saluran air ini. Inilah banyak rungutan yang disuarakan oleh rakyat di bawah. Saya juga dengar daripada

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

beberapa pegawai KADA sendiri, mengatakan bahawa cara yang terbaik ialah dengan pam itu sendiri.

Dengan usaha yang dilakukan ini boleh menyelesaikan bekalan air ke sawah. Jadi saya menyokong apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan tidak yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ketereh. Kalau Yang Berhormat Ketereh ada pun tidak tahu cadangan itu dibuat oleh siapa? Siapakah pakarnya, konsultan yang mencadangkan baraj ini. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang Berhormat Menteri, boleh saya jawab? Sebab dia sebut tentang cadangan saya.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sila.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Saya harap kalau Yang Berhormat Menteri melawat Kelantan, kita cuba jemput sikit wakil rakyat Pasir Puteh untuk hadir sama. Sebab nampak sangat dia tak tahu apa-apa pun tentang KADA.

Kebetulannya kawasannya sebahagian besarnya luar kawasan KADAlah.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya dulu jaga pertanian di Kelantan.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tak boleh macam itu. Saya tahu juga tentang pertanian...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mencelah atas mencelah tidak boleh Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Ya, Yang Berhormat tahu. Yang Berhormat bercakap pun macam orang tak tahu sahaja.

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Bukan Ketereh sahaja yang tahu.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Hendak beri pandangan, biarlah pandangan yang ada asas. Sebab itu saya katakan...

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dia hanya sokong cadangan Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sebab itu saya katakan tentang cadangan ataupun laporan teknikal tadi sebab ada sedikit kesamaran. Sebab jawapan yang diberi tentang pembinaan rubber dam untuk 40 juta itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah kawasan yang dapat air daripada rumah pam Kemubu. Sistem di Kelantan, dua rumah pam untuk kawasan di sebelah Pasir Mas dan Tumpat. Sementara yang terbesarnya adalah rumah pam Kemubu bagi kawasan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Ia dua masalah yang berasingan.

Saya hendak tegaskan adalah sangat dangkal pendapat daripada Yang Berhormat Pasir Puteh menyatakan masalah ini baru setahun dua ini. Saya tidak tahu apa kerja dia buat sebagai Exco di Kelantan. Masalah ini pun dia tak tahu. Masalah kekurangan air ini berlaku sejak daripada awal tahun 2000 lagi dan masalah...

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa - Parit Buntar

Ini Dewan Undangan Negeri Kelantankah?

final • 8:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Dan masalah ini kita sedang menghadapi adalah kerana masalah-masalah yang telah diterangkan oleh Timbalan Menteri baru-baru ini. Inilah masalahnya kalau kita ada wakil rakyat yang duduk sebagai kerajaan tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab.

[Tepuk]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Boleh saya jawab sedikit?

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kangsar, Kuala Kangsar bangun.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Boleh saya sambung?

final • 8:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Yang Berhormat Menteri, boleh Kuala Kangsar beri tambahan.

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit Yang Berhormat Menteri untuk menambah..

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak sekejap, hendak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?

final • 8:00 PM

Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Sikit sahaja.

final • 8:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Kuala Kangsar.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ingat saya bagi ke...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kuala Kangsar ya.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

...Kuala Kangsar sebab kalau saya bagi ke Pasir Puteh kan, nanti Ketereh jawab lagi. Jadi saya jadi speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan apa.

[Ketawa]

final • 8:00 PM

Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin mahu menyentuh tentang potensi kebanjiran jikalau adanya empangan. Akan tetapi saya ingin menambah tentang potensi sampingan lain yang boleh dijanakan seperti menjanakan hidro elektrik.

Jikalau adanya empangan, boleh kita menjayakan skim perikanan apabila adanya empangan dan juga kita boleh mengadakan kolam ataupun tasik rekreasi jikalau adanya empangan ini untuk menambah nilai daripada cadangan jikalau sesuai dengan tuntutan teknikalnya. Jadi saya rasa mungkin pendekatan untuk membiayai projek ini mungkin melalui pihak swasta yang mana boleh bersama-sama membina dan dapat hasil daripada penjanaan elektrik hidro itu. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Yang Berhormat Menteri, minta sikit penjelasan. Parit, parit.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Parit, kecil sahaja parit. Ini fasal sungai ini.

Okey.

final • 8:00 PM

Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan - Parit

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak membawa kepada tempat saya. Saya ada 3,160 hektar tanah bendang sawah yang pendapatannya purata antara empat hingga tujuh tan bagi satu ekar. Saya pernah dulu mencadangkan kepada Kementerian Pertanian oleh sebab kita dekat dengan Pengairan Kerian/Sungai Manik. Jadi saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dalam usaha untuk menambahkan hasil pendapatan pesawah di Parlimen Parit, saya cadangkan supaya semua bendang di kawasan Parit itu dimasukkan ke dalam Skim Pengairan Kerian/Sungai Manik. Minta pandangan.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, dari segi baraj tadi, banyak cadangan tadi. Jadi cadangan itu kita boleh kemukakan kepada jabatan. Kita akan kemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliranlah kerana baraj itu di bawah bidang kuasa JPS. Cuma saya hendak sebutkan baraj bukan satu-satunya solution ataupun penyelesaian kepada isu ini.

Bukanlah isu ini tidak boleh diselesaikan terus. Bermakna petani, pesawah di Kelantan masalah pengairan itu tidak boleh diselesaikan terus kalau tiba musim kemarau dan sebagainya yang menyebabkan intake itu tidak boleh pam air dan sebagainya. Kerana seperti saya sebut tadi, kita akan bina empangan dasar iaitu kita akan bina di Rumah Pam Kasa dan Rumah Pam Lemal di kawasan Pasir Mas yang dijangka dapat memberi kemudahan pengairan untuk kawasan tanaman padi seluas 10,467 hektar.

final • 8:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selain daripada itu, pemasangan cerucuk besi merintangi Sungai Kelantan berhampiran Rumah Pam Kemubu dijangka dapat memberi kemudahan untuk kawasan tanaman padi seluas 18,983 hektar. Projek ini telah mencapai 95% pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Julai ini. Jadi, ada penyelesaiannya kepada kes yang dihadapi ini.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham benar tentang adanya projek cerucuk bagi Rumah Pam Kemubu. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan penyiasatan rapi tentang bagaimana projek ini dijalankan menyebabkan tertangguh begitu lama dan sampai sekarang ini pun tertangguh agak lama kerana masalah-masalah tertentu.

Saya secara peribadi berpendapat pembinaan cerucuk ini tidak akan dapat bertahan lama kerana aliran sungai yang deras, kayu-kayu balak yang terlepas daripada hulu sungai akan merosakkannya dalam masa-masa tertentu. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan perhatian yang khusus selain daripada jawapan-jawapan yang diberikan oleh pegawai dan pihak KADA, saya harap kementerian mengambil langkah- langkah tertentu memeriksa pelaksanaan projek ini.

final • 8:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan ambil pandangan, saya akan check dengan cara yang lebih detail. Saya juga difahamkan bahawa memang betul apa Yang Berhormat kata itu, dari segi gangguan dan sebagainya memang banyak. Saya difahamkan balak-balak yang turun daripada hulu pun banyak mengganggu dari segi kerja dan sebagainya, itu yang menyebabkan tergendala juga kerja- kerja cerucuk dan sebagainya. Jadi, kerajaan negeri pun kita minta bantu jugalah supaya mengurangkan aktiviti pembalakan haram di sebelah hulu dan sebagainya.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Boleh saya tambah sedikit?

final • 8:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, tambah.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya menyokong Yang Berhormat Ketereh tentang projek ini berlarutan terlalu lama. Memang terlalu banyak sebab yang menyebabkan tergendala di sana sini. Isu ini akhir-akhir ini, dulu sudah dibuat, lama sudah dahulu cerucuk ini dan memang berjaya untuk menyebabkan pam itu dapat berfungsi dan mengangkat air ke saluran tali air. Akan tetapi akhir-akhir ini apabila kontraktor- kontraktor, mungkin kontraktor ini tidak cekap atau pemilihan kontraktor yang tidak cekap menyebabkan mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik, menyebabkan gagal untuk mengikut spesifikasi yang betul, menyebabkan kegagalan pada sistem ini. Saya tidak tahulah siapa yang memilih tetapi saya percaya ini pihak KADA yang memilih, yang mengawasi pun pihak KADA, engineer KADA dan mereka lebih tahu, sepatutnya Pengerusi KADA lebih tahu.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

[Bangun]

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Saya bukan daripada KADA.

Kita di kerajaan negeri, kita meminta untuk bersama-sama dalam jawatankuasa KADA untuk bekerjasama dan mengetahui masalah-masalah ini tetapi kita dianaktirikan, tidak dipanggil dan tidak dibenarkan untuk bersama-sama bekerjasama dengan KADA. Yang tidak patut berlaku dalam federalism ini. Jadi, permintaan Yang Berhormat Menteri tadi untuk kerajaan negeri bekerjasama saya cukup sokong supaya boleh membantu KADA dan juga bekerjasama untuk memastikan projek ini berjalan dengan baik. Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya berhubung dengan kerajaan negeri dan membuat permohonan yang sepatutnya, insya-Allah. Saya percaya kerajaan negeri bila-bila masa sahaja boleh bersedia untuk membantu, insya-Allah.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Yang Berhormat Menteri, tentang isu soal kerajaan negeri jadi anak tiri ini, saya hendak jelaskan.

Sebenarnya mereka jadi anak tiri sebab mereka memilih untuk menjadi pak tiri. [Dewan riuh]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan bising Yang Berhormat, yang lain minta diam.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Kerajaan Negeri Kelantan sendiri memilih untuk menjadi bapa tiri, bukan soal siapa yang dijadikan anak tiri. Saya hendak jelaskan dalam sistem di KADA, Pengerusi KADA tidak terlibat dalam soal pilih siapa-siapa, kita pengerusi kepada jemaah lembaga. Akan tetapi walau apa sekalipun, apabila sesuatu projek dilaksanakan kemudian ada berlaku kegagalan, adalah menjadi tanggungjawab kita, kegagalan sama ada kerana lambat dan sebagainya, kita mesti menyemak balik. Kita adalah satu kerajaan yang terbuka, kita tidak perlu bersembunyi apa-apa supaya kita dapat belajar untuk masa-masa yang akan datang. Saya fikir kementerian berhak untuk mendapatkan maklumat bagaimana projek itu boleh berlaku kelambatan dan sebagainya dan saya rasa adalah tidak salah.

Seterusnya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawasanya masalah yang begini rumit terpaksa memikirkan soal paras dan sebagainya ini, adalah Kerajaan Pusat terpaksa memperbaiki masalah yang ditimbulkan oleh orang lain. Antaranya ialah yang menyebabkan paras sungai menjadi rendah dan below 4.5 meter ini adalah kerana kerakusan kerajaan negeri memberikan hampir 300 lesen untuk mengeluarkan pasir di kawasan-kawasan rumah pam KADA.

Kerajaan negeri hanya memperoleh tidak sampai RM1 juta daripada lesen-lesen pasir yang mereka keluarkan di sekeliling rumah pam KADA...

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri tidak ada di sini.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Sedangkan KADA terpaksa kerugian beratus-ratus juta.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sudah ada ruling bahawa pihak yang tidak ada di sini tidak boleh...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Tidak boleh mencelah, Yang Berhormat salah masuk, tidak boleh mencelah.

final • 8:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Ketereh, tanah-tanah banyak.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Apa dia ini?

final • 8:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Dia banyak tanah di Kelantan.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tali air pun tidak pernah tengok, hendak cakap apa?

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, sudah ada satu ruling bahawa...

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Bukan Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Beruas banyak tanah.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak boleh masuk ketika ini, Yang Berhormat Ketereh sedang mencelah Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak boleh dibawa masuk.

final • 8:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, antara yang dapat tanah ini adalah Yang Berhormat daripada Beruas. [Dewan riuh] Mungkin dia juga yang terlibat menebang balak ini, dia dapat tanah di Kelantan Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini fitnah, ini fitnah!

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini tidak boleh, ini point of order…

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak boleh, cukuplah.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini fitnah, fitnah betul.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ingat kita...

final • 8:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Beruas...

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya sudah cabar, kalau kita ada tanah...

Kerajaan Negeri Kelantan, kita bagi free, tunjukkan sahaja, bohong sangat.

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah, Yang Berhormat cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Boleh tambah sedikit?

final • 8:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, kita pindah ke isu lain ya.

final • 8:10 PM

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh

Tentang pasir tadi, bolehkah saya tambah sedikit?

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah jawablah Yang Berhormat, Dewan Undangan Negeri Kelantan boleh jawab Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kita pindah isu lain. Jadi saya jawab yang parit tadi. Parit tadi, bangkitkan tentang untuk cadangan supaya kawasan Parit dibangunkan di bawah IADA Kerian, kita akan kaji dari segi kesesuaiannya, dari segi lokasi dan peruntukan.

Yang Berhormat Jerlun, ada ya? Membangkitkan isu mengenai sistem perparitan di MADA serta cadangan penurapan semula ban di kawasan MADA dengan kerjasama KKLW, ICU dan NCIA. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui MADA sentiasa berusaha merancang bagi meningkatkan kepadatan sistem pengairan di kawasan Muda menjadi 30 meter per hektar berbanding 18 meter hektar pada masa ini supaya hasil pengeluaran padi dapat ditingkatkan. Kepadatan infrastruktur pada tahap 30 meter per hektar ini adalah bersesuaian dengan kajian yang telah dijalankan. Sejak MADA ditubuhkan sehingga kini, keluasan kawasan yang mempunyai kepadatan 30 meter per hektar hanya meliputi kawasan seluas 34,989 hektar iaitu melibatkan 44 blok pengairan iaitu 25% daripada jumlah keseluruhan. Keseluruhan kawasan Muda merangkumi 172 blok pengairan.

MADA telah melaksanakan projek NKEA, EPP10, penskalaan dan pengukuhan produktiviti tanaman padi di kawasan Muda. Di bawah EPP10, pembangunan infrastruktur merupakan komponen utama, yang mana hampir RM2.2 bilion diperuntukkan. Di bawah projek ini, MADA akan memberi tumpuan kepada pembangunan baki 128 blok yang masih belum dibangunkan dengan kemudahan sistem... yang mempunyai kepadatan 30 meter per hektar. Pelaksanaan projek ini telah bermula pada tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2020.

final • 8:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Melalui pelaksanaan projek ini, keseluruhan kawasan Muda seluas 96,558 hektar akan dibangunkan dengan kemudahan sistem tersia. Pada masa yang sama, kepadatan infrastruktur dapat ditingkatkan menjadi 30 meter per hektar bagi keseluruhan kawasan Muda.

Berhubung dengan pelaksanaan menaik taraf penurapan semula ban bagi memperlengkapkan rangkaian jalan ladang di kawasan Muda, MADA sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak lain dalam usaha ini. Dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun 2011, MADA telah mengadakan kerjasama dengan Northern Corridor Implementation Authority iaitu menurap tar jalan ladang iaitu pembangunan jalan premix di kawasan Muda.

Kerjasama ini melibatkan sepanjang 355 kilometer jalan ladang MADA iaitu 16.3% daripada jumlah keseluruhan jalan ladang MADA iaitu 2,056 kilometer. Melalui usaha ini, 9,000 buah keluarga tani mendapat manfaat daripada kemudahan jalan premix sebagai akses input dan output di peringkat ladang dan kegiatan sosial masyarakat setempat.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan isu mengenai pemulihan tanah jerlus di kawasan MADA. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian akan isu tanah jerlus di kawasan Muda. Ia ekoran daripada peningkatan perluasan tanah jerlus di kawasan yang berpotensi menjadi tanah jerlus dari musim ke musim. Di bawah RMK ke-10, rolling plan kedua, tahun 2013, sebanyak RM3.77 juta diluluskan untuk pelaksanaan projek pemulihan tanah jerlus di kawasan Muda.

Kini, projek tersebut masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini. Dengan adanya projek ini akan mampu memulihkan seluas 1,000 hektar kawasan tanah jerlus. Walau bagaimanapun, akibat penurunan hujan yang tidak menentu pada hujung tahun 2012 menyebabkan berlaku peningkatan keluasan tanah jerlus seluas 2,853 hektar dan 5,254 hektar kawasan berisiko tanah jerlus. Jumlah keseluruhan sehingga Disember 2012 adalah 8,107 hektar yang melibatkan 4,600 orang peladang.

Faktor lain yang dikenal pasti menyebabkan tanah jerlus adalah pengubahsuaian kapasiti muatan jentuai dan jentera pertanian melebihi sebelas tan serta kepadatan sistem saliran yang rendah iaitu sebelas meter per hektar. Bagi menangani masalah ini, pihak MADA memerlukan peruntukan keseluruhan sebanyak RM64.68 juta termasuk penukaran subsidi bantuan kerajaan sejumlah RM35.93 juta. Pihak MADA telah diluluskan dan diperakukan peruntukan sebanyak RM17.89 juta untuk pelaksanaan tahun 2013 hingga tahun 2015. Peruntukan yang sedia ada tidak mencukupi untuk memulihkan kawasan tanah jerlus secara menyeluruh. Maka sejumlah peruntukan tambahan diperlukan sebanyak RM10.86 juta bagi tujuan tersebut.

Tanpa sebarang tindakan pemulihan, kawasan tanah jerlus seluas 8,107 hektar, ia akan menjejaskan pengeluaran hasil padi di kawasan berkenaan sebanyak 81,070 metrik tan setahun dengan nilai kehilangan pendapatan peladang sebanyak RM105.2 juta...

final • 8:20 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

[Bangun] Yang Berhormat Machang telah membangkitkan isu berkenaan masalah pengairan di kawasan padi di Machang.

final • 8:20 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 8:20 PM

Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan. Walau bagaimanapun, saya berharaplah supaya masalah tanah jerlus ini diselesaikan secepat mungkin. Daripada apa yang saya tahu, kita telah membuat kajian dahulu dan saya sekarang ini hanya di peringkat pelaksanaan di mana inisiatif yang kita bagi kepada petani-petani dalam bentuk baja dan sebagainya diubah menjadi wang ringgit untuk mereka berhenti selama dua musim untuk membolehkan kerja-kerja pemulihan ini dibuat.

Ini kerana kalau kita tengok daripada kerugian satu musim adalah lebih kurang hingga RM50 juta dan setahun lebih kurang RM100 juta. Jadi kalau kita melengah- lengahkan ini, ia akan menjejaskan pendapatan petani di kawasan MADA. Di Kubang Pasu sahaja kita ada lebih dua ribu hektar yang terlibat.

Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada kakitangan MADA yang telah bekerja bertungkus-lumus bagi menjayakan usaha untuk memulihkan bendang jerlus ini. Walau bagaimanapun kita harap tindakan dibuat supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani dengan segera dan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih. Insya-Allah kita akan usahakan dengan cepat.

Yang Berhormat Machang telah membangkitkan isu berkenaan masalah pengairan di kawasan padi di Machang. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah memohon peruntukan sebanyak RM15 juta dalam rolling plan Keempat, RMKe-10 bagi melaksanakan projek menaik taraf skim pengairan di Daerah Machang, Kelantan.

Siling projek yang dipohon pada tahun 2015 adalah sebanyak RM1.85 juta manakala baki sebanyak RM13.15 juta akan dipohon sebagai projek sambungan dalam RMK Ke-11 pada tahun 2016. Antara skop projek yang akan dijalankan adalah kerja-kerja reka bentuk, kerja

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

ukur tanah dan kerja penyiasatan tanah bagi pembinaan headwork untuk pengumpulan sumber air pengairan dan paip sepanjang 10 kilometer untuk tujuan penghantaran air ke sawah bagi membolehkan tanaman padi sebanyak dua kali setahun.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga telah membangkitkan isu mengenai baja organik. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menggalakkan penggunaan baja organik...

final • 8:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Esok..., untuk makluman, esok ya? Untuk makluman Yang Berhormat Lenggong.

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Yang Berhormat Lenggong.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya, Yang Berhormat Lenggong? Kerajaan menggalakkan...

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tidak, saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri buat jawapan bertulis pun tidak apa. Buat jawapan bertulis sahaja, Yang Berhormat Menteri. Kita pun banyak kementerian lagi.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya tidak ada masalah. Saya ada lebih kurang 15 pages lagi.

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Kalau hendak bertulis pun saya boleh bagi bertulis.

Hendak esok pun boleh esok. Esok?

final • 8:20 PM

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Semua bertulis.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Macam mana, Parlimen?

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Baru one quarter.

final • 8:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Tidak apa, jawab Yang Berhormat Ampang dululah.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabi bin Yaakob

Jawab Yang Berhormat Ampang dulu? Yang Berhormat Ampang mana ada bangkitkan.

final • 8:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Ada, bangkitkan NFC, ada.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ada bangkitkan?

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ampang di tengah bandar, ada bangkitkan pertaniankah?

final • 8:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Ada, NFC.

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Kalau tidak mahu bertulis, esok sambung.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Mana ada.

final • 8:20 PM

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang

Ada.

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tinggal satu minit sahaja ini.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya kena check. Dalam ini tidak ada.

final • 8:20 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, kita sambung esoklah Yang Berhormat Menteri kalau tidak mahu bertulis. Sambung esoklah. Yang Berhormat Seputeh pun sudah hendak balik. Dia bukan Tarawih.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat, boleh sambung esok, Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey, sambung.

final • 8:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Seputeh pun hendak balik. Dia bukan Tarawih.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah cukup Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey sambung esok.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa akan diadakan sembahyang tarawih di Dewan Bankuet Parlimen selepas ini, Yang Berhormat. Bolehlah datang. Yang hendak hadir itu boleh hadir.

Semua dijemput hadir dan makan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 10 Julai 2013.

final • 8:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026