Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan kerana order paper ini, soalan-soalan ini siapa yang mengatur? Sebab saya nampak ada yang belum naik sama sekali dan ada dua tiga kali. Yang Berhormat Bung Moktar, dia sudah dapat dua hari dulu nombor satu, sekarang nombor tiga. Jadi, saya mahu penjelasan juga, sebab kita pun ada menghantar juga soalan-soalan seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pertanyaan serupa ini pernah diajukan beberapa kali pada waktu Parlimen Kedua Belas. Jadi, kita di Parlimen ini cuba dengan sedaya upaya untuk mengangkat mana-mana soalan yang kita fikir perlu disenaraikan yang terdahulu mengikut isu- isu yang kita nampak yang perlu dijawab oleh Menteri-menteri. Tidak ada sama sekali pilih kasih siapa yang naik dan siapa yang tidak.
Saya terima teguran itu dengan positif. Akan tetapi kadang-kadang kita pun rasa juga sakitnya seolah-olah kita pilih kasih mana Ahli Parlimen yang kita senaraikan tetapi kita akan ambil makluman dari semasa ke semasa. Insya-Allah Yang Berhormat Kalabakan akan dapat juga suatu hari nanti. Pada hari ini satu, pada hari esok nombor tiga dan seterusnya. Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, boleh buat ‘klarifikasi’ sedikit? Saya terpanggil. Saya sebetulnya pun tidak mahu soalan saya naik terus. Akan tetapi saya tidak tahulah mungkin soalan saya ini ada class sikit.
[Ketawa] Kementerian fikir, Yang Berhormat Menteri fikir hendak jawab soalan saya, jadi mungkin itu yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali saya suruh minta Setiausaha untuk tempatkan Yang Berhormat Kalabakan sebelah jauh sikit, selepas itu Yang Berhormat Kinabatangan sebelah...
[Ketawa] Sila, Yang Berhormat Ketereh.
1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan langkah jangka panjang yang dicadangkan oleh kerajaan bagi memastikan bekalan air ke sawah padi di kawasan Rancangan Pengairan Kemubu (KADA) tidak akan terjejas akibat ‘pumping system’ yang sentiasa gagal berfungsi kerana paras air Sungai Kelantan sering berada di bawah paras yang diperlukan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh, Tan Sri Datuk Seri Panglima. Saya ucap terima kasih di atas pertanyaan yang telah pun dikemukakan.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil kira bahawa projek jangka panjang untuk menaik taraf pengairan di kawasan pertanian Kemubu dan juga di Pasir Mas serta Lemal yang melibatkan kawasan pertanian begitu besar, seluas 29,450 hektar itu. Untuk jangka pendeknya tidak menjejaskan pengairan untuk kawasan-kawasan pertanian ini.
Jadi, langkah yang diambil oleh jabatan ialah untuk meneruskan pembinaan cerucuk-cerucuk besi di kawasan Kemubu untuk membantu menaikkan air daripada Sungai Kelantan supaya dapat dipam masuk ke pump house (rumah pam) yang ada itu dan daripada situ dapat disalirkan kepada petak- petak sawah.
Selain daripada itu pihak jabatan juga akan menaik taraf projek itu dengan pembinaan dua buah pintu air yang mana sebelum ini tidak termasuk dalam projek pembinaan cerucuk besi yang dilakukan oleh KADA sebelum ini. Pada masa ini pembinaan cerucuk-cerucuk besi itu telah pun – mungkin Yang Berhormat pun sedia maklum, telah pun hampir 90% lebih siap dan tidak lama lagi dijangkakan akan siap dan juga dengan pembinaan dua pintu air yang saya sebutkan tadi.
Selain itu bagi kawasan pertanian ataupun pengairan di Pasir Mas dan Lemal, kerajaan bercadang untuk membina apa yang dipanggil empangan dasar yang berketinggian dua meter untuk dibina. Dengan itu, maka kita akan wujudkan dua pintu air dan juga satu navigation lock bagi memastikan level air sungai itu dapat ditingkatkan supaya pam-pam dapat mengepam masuk air ke dalam kawasan sawah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Jadi untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa projek ini dalam proses tender, tender exercise sedang berlaku dan dijangkakan kalau tidak ada apa-apa masalah tendering exercise ini dengan izin, kita akan memulakan kerja untuk membina baru empangan besar di Pasir Mas ini dengan estimated projek kos dengan izin sebanyak RM40 juta.
Kerisauan Yang Berhormat buat tempoh masa kita hendak melaksanakan projek ini takut air tidak cukup masuk ke sawah-sawah itu kita akan memastikan bahawa pam-pam yang digunakan mencukupi. Kita akan tambah dengan floating pumps, dua buah floating pumps yang besar yang akan floating di sungai Kelantan bagi meningkatkan air untuk dimasukkan ke rumah-rumah pam dan seterusnya ke petak-petak sawah.
Jadi insya-Allah dengan tindakan yang sedemikian, kita akan memastikan masalah pengairan tidak jadi masalah besar kepada petani-petani, terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berpuas hati dengan jawapan pihak kerajaan kerana kerajaan tidak menjawab soalan saya.
Soalan saya, saya bertanyakan tentang langkah jangka panjang berhubung dengan apa yang sebutkan di situ di mana sistem pengairan Kemubu masih menggunakan sistem pumping. Kesemua jawapan Timbalan Menteri tadi hanya menerangkan bahawasanya sistem pumping dikekalkan, tinggal lagi Menteri menyebutkan tentang pembinaan cerucuk, pembinaan pintu air, pembinaan semuanya mengekalkan sistem yang ada.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Ia juga bukan satu penyelesaian jangka panjang, adakah pihak kerajaan sedar bahawasanya oleh kerana pertanian telah menjadi satu daripada cabang bidang keberhasilan utama negara dan aspek pengeluaran padi adalah sebahagian daripada NKEA yang penting? Adakah kerajaan sedar bahawasanya setiap kali musim terganggu kerana sistem ini tidak dapat berfungsi, misalnya dalam musim pertama tahun 2012, petani kehilangan atau kerugian sejumlah RM107 juta dan ini berlaku hampir setiap tahun.
Oleh sebab itu saya bertanya kepada kerajaan apakah langkah jangka panjang untuk menukarkan daripada sistem pumping ini kepada satu sistem lain termasuk sistem seperti mana digunakan di MADA iaitu sistem graviti yang memerlukan kerajaan membina satu baraj takungan supaya air itu dapat dialirkan dan keseluruhan sistem jelapang padi kedua terbesar negara ini dapat diperbaiki untuk tempoh 40 hingga 50 tahun. Itu soalan saya, saya minta penjelasan lanjut.
Adakah kerajaan mempunyai rancangan ke arah pendekatan yang lebih komprehensif seperti yang saya sebutkan tadi?
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih Yang Berhormat, saya menyedari cadangan ataupun idea yang hendak dikemukakan oleh Yang Berhormat Ketereh dalam perkara ini iaitu kalau boleh mahu satu projek yang lebih besar, lebih komprehensif dan memastikan bahawa ia benar-benar dapat menyelesaikan masalah pengairan. Kerajaan telah pun menerima cadangan ini untuk membina satu baraj atau empangan yang lebih besar untuk tujuan ini.
Cadangan ini telah dilihat, ianya memerlukan peruntukan kewangan sebanyak- mula-mula dikatakan RM100 juta tetapi apabila dibuat kajian oleh pegawai-pegawai, didapati mungkin memerlukan lebih kurang RM300 juta. Walau bagaimanapun, itu mungkin bukan satu masalah kerana kita lebih mementingkan nasib petani-petani. Akan tetapi apa yang sedang dilakukan ialah cadangan ini, proposal ini terpaksa dikemukakan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana JPS adalah dalam bidang kuasa mereka ke atas sungai-sungai.
Kita telah mengemukakan kepada JPS dan mengharapkan JPS akan memberi maklum balas di atas feasibility ataupun dari segi liabiliti rancangan pengairan yang lebih besar sebagaimana yang diharapkan atau dihasratkan oleh Yang Berhormat itu. Selain itu daripada itu, juga saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, kita boleh ada projek yang lebih besar begitu tetapi masalah di Sungai Kelantan ini iaitu adanya pembalakan yang berleluasa dan juga adanya pengorekan pasir yang tidak terkawal oleh pihak-pihak tertentu yang tidak dikawal oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Ini menyebabkan berlakunya mendapan-mendapan di sungai-sungai di sana. Jadi ini bila sebut isu ini, orang sebelah sana tidak berapa suka hendak dengar but this is my bullet dengan izin.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Bullet ini bullet yang boleh ditepis dengan jentikan sahaja. Saya sudah mendengar isu masalah air pengepaman air ke sawah ini, hari ini kali yang ketiga. Pertama, apabila Pengerusi KADA sendiri membangkitkan mengenai sungai yang dikorek pasirnya tidak terkawal kira-kira empat, lima bulan yang lalu. Kali kedua semasa ucapan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Ketereh di Dewan ini pada minggu yang lalu dan hari ini kali yang ketiga.
Saya rasa ada wajarnya saranan beliau itu kerana kalau betul kerugian RM107 juta semusim, kalau kos membina empangan itu RM300 juta, ertinya tiga musim punya kehilangan sahaja itu dan tidaklah besar. Cuma saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, masalah pam ini kalau dikendalikan dengan baik, pam yang baik, kualiti yang baik, procurement dibuat secara baik, sudah pasti ianya boleh berfungsi. Masalah pengorekan pasir kalau dalam mana pun, water finds its own level, dia akan naik paras itu dan tidak akan menjadi rendah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Saya dimaklumkan pump, saya tidak pasti pump mana mungkin floating pump yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, pembeliannya diragui dan telah ada maklumat yang katanya disampaikan kepada SPRM, saya hendak minta penjelasan sama ada betul atau tidak? Ini kerana pembeliannya tidak mengikut prosedur, diprocure dulu baru dia buat proses tendering dan sama ada cadangan pembelian pam ini datang dari KADA atau daripada kementerian sendiri bukan daripada KADA? Itu saya hendak minta penjelasan.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tunjuk daripada Google, [Menunjukkan dokumen yang berkenaan] mendapan dari Sungai Kelantan akibat daripada pembalakan dan pengorekan pasir yang berleluasa tidak terkawal. Hendak tepis macam mana? Hendak tepis macam mana? Jadi ini masalahnya. Tidak mengaku!
Jadi kalau kita hendak menjaga kepentingan petani, kita jagalah serta kawallah masalah ini, aktiviti ini daripada berleluasa. Kerajaan buat macam mana pun projek itu kalau sekiranya aktiviti ini terus-terusan berlaku dan tidak terkawal, sistem yang kita akan wujudkan tidak akan membantu dan kosnya bukan menjadi masalah daripada segi kos tetapi the effectiveness atau keberkesanannya bergantung bukan sahaja dalam bentuk sistem.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ia juga bergantung kepada pengaruh dan kesan daripada faktor-faktor lain seperti yang saya katakan tadi pengaliran air di Sungai Kelantan itu yang juga berkesan ataupun terkesan oleh aktiviti yang saya sebutkan tadi. Jadi janganlah cuba, terus-terusan ada denial syndrome, tidak habis-habis denial syndrome. Ini cerita complaint hal SPR ini, bincanglah hal petani, lebih baik.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Jadi berkenaan dengan tender, itu jawapanlah. Berkenaan dengan tender, pihak pembangkang selalu apabila tender, “Oh there is something wrong”, dengan izin. Ada itulah, ada inilah. Dahulu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan beri tender begitu saja, kontraktor wibawa konon.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Ini orang kata side issue lah tetapi ada juga relevannya kerana dia membangkitkan soal tendering. Takkanlah soal pam ini, hendak tender pam pun bukannya untung banyak sangat. Takkanlah hendak buat cara seperti mana yang ada prasangka di pihak Yang Berhormat tadi. Tidak betul itu.
Jadi yang penting di sini sekarang ialah kita bersetuju iaitu kita hendak membela nasib petani dan kerajaan sedia untuk mempertimbangkan satu rancangan yang lebih besar dan hebat untuk tujuan ini. Akan tetapi kita tidak bolehlah membuat semberono sahaja. Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak boleh buat semberono. Kita buat kajian betul-betul dahulu. Benda ini kita buat mesti ada pertimbangan ekonomik bukan pertimbangan kesusasteraan atau kebudayaan, kah? Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan 22 minit Tuan Yang di-Pertua. Lebih baik Yang Berhormat Timbalan Menteri fokus kepada jawapan yang tepat dan berfakta.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri perasan bahawasanya soalan yang datang daripada Yang Berhormat Kuala Krai itu adalah satu bayangan yang dia tidak faham tentang sistem rumah pam di Kemubu. Dia terbayangkan baru dibeli lima tahun, enam tahun yang dahulu dan apa yang dia bayangkan itu sebagai pam yang dibeli daripada semasa ke semasa.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
...Tidak pakai floating pump, KADA tidak pakai floating pump.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya bangkitkan dan sudah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini ialah system pumping yang mana pam itu hampir separuh besarnya daripada bangunan Parlimen, rumah pam. Bukan pam yang– oleh sebab Yang Berhormat Kuala Krai kata, water finds its own level dia mengandaikan pam itu boleh mengikut level air.
Walau bagaimanapun, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju jika saya mencadangkan bawa Ahli-ahli Parlimen seperti ini yang kurang pengetahuan pergi tengok site supaya dia boleh bercakap dengan lebih relevan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Kuala Kangsar
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tidak perlu jawab Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
Saya hendak minta izin sedikit sahaja, boleh? Betullah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi, ia mempunyai pump house dengan pamnya yang sudah sedia ada. Bagi Kemubu ada tujuh pam dan juga di Pasir Mas ada 12 buah, itu pump house, ada pamnya.
Apabila saya menyebut floating pump ini adalah sebagai tambahan, if necessary, dengan izin. Akan tetapi sekarang ini, kita sudah ada pump house yang besar, dengan pam-pam yang banyak di dalamnya untuk mengepam air dan juga menyalurkan air kepada petak-petak sawah. Faham? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Hendak buat apa kalau dah cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Ahli Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ini semua menghabiskan duit kerajaan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
25 minit berlalu baru kita menyelesaikan soalan nombor satu. Sering kali saya mengingatkan bahawa jangan menghabiskan masa.
Tadi Yang Berhormat Ketereh, saya benarkan tidak apa. 10 tahun lebih Yang Berhormat tidak berada di Parlimen. Mungkin peraturan mesyuarat dia sudah terlupa iaitu you cannot have two bites on one cake. Sudah pun soalan, dia ada soalan tambahan, ada lagi tambahan-tambahan. Itu tidak mengapa, sebagai ingatan kepada semua. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat.
2. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah atau tindakan yang telah diambil oleh kementerian tersebut terhadap tapak pelupusan sisa toksik, Pusat Kualiti Alam di Bukit Nanas, Negeri Sembilan yang dipercayai akan menjejaskan kesihatan penduduk sekitar serta menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah di atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, pelupusan buangan terjadual adalah tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ia disenaraikan di dalam peraturan ini disebabkan buangan-buangan terjadual adalah buangan-buangan yang toksik. Ia perlu dilupuskan. Jika tidak dilupuskan, dibuang di belakang rumah kita, dibuang di tepi jalan dan dibuang di mana-mana sahaja, maka kita sebagai rakyat Malaysia akan terkena penyakit dan keracunan.
Oleh itu, premis Kualiti Alam Sdn Bhd ataupun KASB yang telah dibina pada tahun 1995 telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penguatkuasaan ke premis ini dijalankan secara berterusan setiap hari, minggu dan bulan oleh kakitangan Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan agar standard ataupun piawaian yang sedia ada, syarat-syarat lesen mesti dipatuhi oleh KASB.
Selain daripada itu pihak KASB juga melaksanakan program pengawasan kualiti alam sekitar yang merangkumi pemantauan, perlepasan kualiti udara dari cerobong. Ini amat penting. Pengawasan udara ambien di beberapa lokasi di sekitar premis termasuk Kampung FELDA Sendayan dan Kampung Jimah Lama.
Pengawasan bunyi juga dijalankan. Nanti ada bunyi bising orang tidak boleh tidur pada waktu malam ataupun waktu siang. Ini dibuat di sempadan premis.
Pengawasan air bawah tanah diperlukan juga kerana kita tidak mahu air bawah tanah tercemar. Pengawasan hidupan sungai berhampiran. Ini kalau ada bahan beracun masuk ke dalam sungai, mana ada ikan lagi. Lagipun kalau kita memancing dan memakan ikan tersebut, isi ikan sudah beracun, apa akan terjadi?
Ini adalah penting. Pengawasan air larian permukaan ataupun surface run off. Data-data pengawasan yang dicerap menunjukkan bahawa operasi KASB mematuhi semua syarat lesen yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang masalah pencemaran alam sekitar serta tidak menjejaskan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan penduduk yang berhampiran.
Jabatan Alam Sekitar akan terus memantau rapi operasi premis ini dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas jika didapati pihak KASB tidak mematuhi syarat lesen dan menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar termasuk memberhentikan operasi premis sehingga tindakan sewajarnya diambil.
Sekian terima kasih.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Apa yang saya sedia maklum, projek tempat pelupusan sisa-sisa toksik ini diadakan ketika masa Negeri Sembilan masih lagi fixed deposit bagi Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini kita masih boleh terima aduan daripada penduduk khususnya penduduk daripada FELDA Sendayan bahawa masih ramai daripada mereka mengadu pencemaran udara berlaku. Ada daripada mereka menghidapi asma dan penyakit kulit. Bagi pandangan rakyat jelata di situ, pimpinan tertinggi yang menyokong ataupun meluluskan projek tersebut haruslah memimpin melalui teladan, yang mana pimpinan ini haruslah tinggal berdekatan
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
dengan tapak tersebut untuk memberi keyakinan kepada penduduk projek di situ.
Soalan penduduk sekarang bilakah projek tapak pelupusan sisa toksik ini dapat dihentikan?
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Yang Berhormat Rasah, terima kasihlah atas soalan ini dan atas pandangan Yang Berhormat Rasah. Yang saya mahu bukan hanya Yang Berhormat Rasah sahaja, saya mahu rakan-rakan di sini mengerti dan mengetahui apa yang perlu dibuat. Kenapa kita semestinya memberhentikan projek ini ataupun ini adalah tapak pelupusan sisa-sisa beracun?
Sisa-sisa toksik, sisa-sisa berjadual...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Ya.
Seorang Ahli
Duduk dahulu, dengar dahulu. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Duduk dahulu, dengarlah penjelasan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tidak, sekarang soalan saya...
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Duduk dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu Tuan Yang di-Pertua boleh beritahu Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Mengapa Negeri Sembilan dipilih untuk mengadakan...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
...Tapak pelupusan toksik ini? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah!
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, duduk sekejap. Duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri duduk sekejap.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, pagi-pagi ini tarik nafas dahulu. Tarik nafas, tenang. Jangan gunakan masa ini untuk helah berbahas.
Soalan-soalan, means tanya eliciting information not giving information. Ambil perhatian. Tolong saya. Kesihatan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak terjejas, kesihatan saya terjejas. Saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat enjoying yourself, saya tidak. Tolong saya. Ahli-ahli Yang Berhormat ramai, saya cuma seorang. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Rasah tadi, beliau minta bilakah projek ini dihentikan? Kalau kita hentikan projek ini, di mana kita akan melupuskan sisa-sisa
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
berjadual ataupun sisa-sisa toksik? Saya mula tadi dengan mengatakan bolehkah kita buang ini di tepi jalan, di dalam sungai di mana-mana?
Seorang Ahli
Putrajaya.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Sisa-sisa toksik? Aduan daripada orang tadi adalah penyakit kulit, penyakit asma. Penyakit kulit sememangnya berlaku di mana-mana, walaupun tidak ada tapak pelupusan sampah.
[Dewan riuh]
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Berlaku di mana-mana. Kalau penyakit kulit tidak berlaku, manakan ada dermatologist? Penyakit kulit berlaku. Semuanya kena. Dengar dahulu.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu hasrat penduduk tempatan di situ, di mana Kerajaan Barisan Nasional harus dengar suara rakyat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Ini bukan perbahasan, saya hendak beri maklumat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Bukanlah kata penyakit kulit, asma itu bukan disebabkan oleh kilang tersebut!
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih!
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Okey, Yang Berhormat Rasah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Rasah. Pernahkah...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih! Ahli Yang Berhormat, terima kasih.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
...Yang Berhormat Rasah buat perkara seperti ini? Pernahkah Yang Berhormat Rasah membuat design seperti ini?
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan tinggal di situ, cakap senang sahaja.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Dengar dahulu. Apa yang keluar daripada cerobong itu bukannya asap. Ini mesti mahu tahu. Itu adalah wap. Warna putih. Kalau asap, warna gelap, warna hitam yang mengandungi karbon.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Sini ada satu laporan surat khabar di mana penduduk mengadu hujan pun berwarna kuning Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Ini adalah wap. Fahamlah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Duduk Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Penyakit kulit bukannya hanya daripada situ.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Orang lain pun dapat penyakit kulit walaupun jauh daripada situ.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Saya cuma mohon kerajaan boleh memantau dan pastikan kilang tersebut ditutup.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah!
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Ini kalau ditutup, tempat pelupusan sisa- sisa toksik tidak boleh dibuat lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah, duduk Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Okey, saya duduk Tuan Yang di-Pertua.
Tarik nafas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Mana boleh. Untuk makluman Yang Berhormat, saya buat design satu di Kuching. Kampung yang berhampiran adalah 500 kilometer. Itu yang saya buat juga kerana saya tahu apakah bahan-bahan yang tercemar, yang dikeluarkan.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tapak tersebut...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Rasah, duduk!
Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Bukannya daripada percakapan sahaja, macam dia.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tapak tersebut dekat dengan Felda Sendayan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, sudahlah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Rasah, sudah.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Soalan tambahan.
3. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sekiranya tindakan sewajarnya telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa yang berbaur hasutan dan fitnah yang melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu gugat kestabilan politik negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Dato' Jailani bin Johari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada soalan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pasir Mas pada 8 Julai 2013. Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Tanjong Piai pada 10 Julai 2013, Yang Berhormat Lipis pada 11 Julai 2013 dan Yang Berhormat Mersing pada 18 Julai 2013 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan media sosial dan penyalahgunaan internet.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato' Jailani bin Johari
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian ini melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan media sosial dan penyalahgunaan internet. Ini adalah kerana Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu- satunya undang-undang yang terpakai dalam menangani penyalahgunaan media sosial dan internet.
Antara undang-undang lain yang terpakai adalah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan juga Kanun Keseksaan. Tindakan-tindakan yang digunakan bagi menangani masalah ini adalah dengan mengenal pasti jenis kesalahan siber yang
Dato' Jailani bin Johari
telah dilakukan, mengenal pasti suspek untuk dibuat siasatan dan seterusnya pendakwaan. Di samping itu, peruntukan di bawah seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia menghendaki pemegang lesen untuk membantu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis negara juga bagi mengekang blog-blog yang berbaur fitnah.
Untuk makluman Yang Berhormat semua, sepanjang tempoh 2008 hingga 2013, pihak suruhanjaya telah menyekat lebih kurang 6,640 laman web yang melanggar akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta undang-undang bertulis negara yang lain yang melibatkan kesalahan seperti laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan lain-lain. Bagi tahun ini setakat Jun, sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi. Ini termasuklah kes-kes di mana media sosial dan blog digunakan untuk menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi Sultan dan Raja.
Untuk makluman Yang Berhormat semua, di Malaysia kerajaan tidak mengawal aliran maklumat di internet kerana pendirian dan jaminan kerajaan menerusi MSC Bill of Guarantees dengan izin dan peruntukan seksyen 3, klausa 3 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia bahawa tidak ada penapisan internet.
Walau bagaimanapun, pendirian tersebut bukanlah jaminan bahawa kebebasan mutlak diberi kepada pengguna untuk menyalahgunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Apakah kementerian sedar bahawa mutakhir ini begitu berleluasa blog-blog media sosial sama ada Facebook, Twitter dan sebagainya, mengunjurkan bahasa-bahasa berbentuk hasutan, fitnah dan sebagainya. Sebagai contoh iaitu...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Kalau saya berdiri, banyak betul semut yang pandai bersuara Tuan Yang di-Pertua. Mungkin ini belum minum. Kalau belum minum, keluar dahulu. Minum dahulu. Kalau lapar, saya belanja.
[Ketawa] Contohnya dalam Facebook Hew Kuan Yau, orang kuat DAP. Dia ada petikannya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia kata, “Apa takut? Kalau ada apa-apa, kita boleh guna CPO”. CPO itu boleh membunuh orang.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi ini bukan itu sahaja, berleluasa. Seperti juga apa ini blok Red Bean Army DAP denied. Akan tetapi...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha! Tengok. Kalau sebut Red Bean Army, DAP sudah macam kena cekik, macam kepanasan. Jikalau bukan DAP punya, diam-diamlah. Berdiri, sokong dengan kita supaya kerajaan ambil tindakan. Jadi soalan saya, apakah kerajaan akan mengambil tindakan segera terhadap blok-blok yang ditaja seperti Red Bean Army oleh DAP ini tetapi dia tidak ‘akur’, dengan serta-merta dan bawa ke mahkamah untuk diadili? Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Untuk makluman Yang Berhormat semua, sebenarnya pihak SKMM bukanlah satu-satunya agensi penguat kuasa bagi kesalahan yang menggunakan platform
Dato’ Jailani bin Johari
dengan izin media baru. Contohnya, kes mengenai Islam dan juga beberapa contoh yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat. Ini kerana ada beberapa perkara biasanya pihak suruhanjaya akan bekerjasama dengan pihak polis kerana ada peruntukan spesifik di bawah kanun keseksaan.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, di pihak suruhanjaya, tindakan yang biasa dilakukan ialah kita mengadakan satu program yang sering saya uar- uarkan yang mana pihak suruhanjaya mengambil tindakan proaktif untuk mendidik pengguna internet supaya menggunakannya secara positif serta mengamalkan pengawal selia kendiri. Jadi dia telah melaksanakan satu program...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, ini Red Bean Army dia tidak positif. Dia negatif terus.
Dato’ Jailani bin Johari
Betul, betul Yang Berhormat. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, untuk kes Red Bean Army sebenarnya kita tidak tahu siapa sebenarnya Red Bean Army itu...
[Dewan riuh]
Dato’ Jailani bin Johari
Akan tetapi, kita dimaklumkan bahawa ia telah dikeluarkan oleh pihak sebelah sana.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Kinabatangan, dengar. Tidak tahu siapa, jangan salah tuduh.
Dato’ Jailani bin Johari
Jadi sebenarnya, kalau sekarang ini perkara tersebut masih dalam tindakan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat semua, sekiranya sesuatu kes ini dilaksanakan, proses penyiasatan akan mengambil masa. Kita tahu, setiap teknologinya berubah setiap masa. Dalam hal ini, pihak suruhanjaya sedang mengenal pasti sedang kita bercakap ini teknologi baru yang timbul. Jadi biarlah pihak yang berkaitan iaitu pihak polis macam saya maklumkan tadi pihak polis, pihak suruhanjaya, bekerjasama. Biar mereka melaksanakan tindakan penyiasatan dan hasil tindakan siasatan akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan yang ringkas sahaja. Kita rasa segala yang telah pun dituduh oleh yang sebelah sana mengenai Red Bean Army ini semuanya tidak langsung berasaskan fakta dan kita ada pelbagai jenis fitnah-fitnah yang telah pun dilontar kepada yang sebelah sini terutamanya DAP...
[Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Apakah pendirian MCMC mengenai isu di mana bukan sahaja fitnah dikatakan daripada sini ke sana, daripada sebelah sana juga mykmu.net, papagomo dan lain-lain yang mana mereka melontarkan fitnah-fitnah yang langsung tidak berasas. Saya ingin mendapat tahu juga kita pernah melaporkan beberapa isu berkenaan dengan fitnah-fitnah yang cukup serius kepada pemimpin-pemimpin yang ada di sini termasuk yang mana anak Yang Berhormat Bagan telah pun difitnah melakukan kesalahan di sekolah ke atas seorang anak perempuan yang langsung tidak benar. Di mana perempuan itu merupakan satu chess champion dari Hong Kong yang duduk di Amerika Syarikat. Perkara ini telah pun dilaporkan lebih daripada satu tahun. Kita tidak mendapat sebarang jawab langsung daripada pihak kementerian. Minta penjelasan.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pihak kementerian tidak pernah membezakan apa-apa aduan sama ada dari sebelah sana ataupun dari sebelah sini. Seperti yang saya maklumkan, setiap aduan yang diterima akan disemak dan biasanya untuk makluman Yang Berhormat, misalannya kalau ada terdapat aduan berkaitan dengan akaun Twitter yang palsu. Jadi apa yang diperlukan oleh pihak kementerian atau melalui suruhanjaya ialah kita perlukan pertamanya daripada segi petikan URLnya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya, daripada segi print screen, dengan izin yang mana kalau kita dapat maklumat-maklumat tersebut lebih memudahkan. Ini kerana terdapat kes-
Dato’ Jailani bin Johari
kes yang mana kita dapat aduan tetapi pengadu tidak bagi secara keseluruhan.
Maksud saya print screen, dengan izin yang mana kalau perlu kita tahu, gambarnya di situ. Janganlah apabila kita kata, kita dapat aduan mengatakan terdapat gambar-gambar kita, gambar bogel dan sebagainya tetapi sebenarnya kita hendak tahu URL. Jadi boleh memudahkan kita untuk kementerian atau pihak suruhanjaya mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Untuk kes Bagan, kita ada serahkan laporan begitu tebal dua inci semua print screen ada daripada blog- blog seperti papagomo dan lain-lain tetapi langsung tidak ada tindakan daripada pihak kerajaan...
[Dewan riuh]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad - Langkawi
[Bangun]
Dato’ Jailani bin Johari
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan satu.
Dato’ Jailani bin Johari
Boleh.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, satu lagi saya benarkan.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Okey saya, pertama ...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Putatan sila.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Siapa yang ganggu - Oh!
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara soal multimedia sudah lama kita timbulkan. Masalah-masalah yang seolah-olah sukar dikawal. Semasa kita menubuhkan MSC, memang kita tidak ada penapisan. Itu betul, kita setuju. Jadi apa yang berlaku sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, kita telah pun menerima beberapa aduan. Yang kena ambil tindakan adalah 29. Kalau saya tidak silap, Menteri menyatakan bahawa SKMM itu tidak ada kuasa untuk menyaman.
SKMM, betul? SKMM tiada kuasa untuk mendakwa.
Jadi siapa yang sebenarnya boleh mendakwa? Kalau kita mengharapkan akta-akta yang sedia ada sekarang, sampai bila kita boleh memantau dan menyaman orang-orang yang selalu membuat hasutan di dalam laman-laman web ini, Dato Menteri. Adakah kementerian mewujudkan satu undang-undang yang spesifik, akta yang spesifik yang mengaitkan jenayah siber ini ataupun mewujudkan satu tribunal mengatasi masalah-masalah yang kita hadapi pada masa sekarang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Jailani bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya juga mengambil peluang ini Tuan Yang di- Pertua untuk memaklumkan, kalau mengikut data yang kita ada, jumlah pengguna Facebook seluruh dunia adalah lebih kurang dalam 1 bilion yang mana Malaysia pengguna Facebook adalah sejumlah 13 juta dengan izin. Di mana komposisinya ialah pengguna lelaki adalah lebih kurang 56.9% yang mana kita semua di sini dan segelintirnya oleh wanita iaitu 43.1%.
Jadi kita nampak dengan adanya kemajuan multimedia ini, banyak orang menggunakan Facebook. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, mengenai sama ada undang-undang sedia ada ini, sebenarnya undang-undang sedia ada ini sudah mencukupi. Apa yang saya telah maklumkan di dalam jawapan sebelum- sebelum ini juga, pihak kementerian dan pihak suruhanjaya sentiasa
Dato’ Jailani bin Johari
mengemaskinikan peruntukan yang sedia ada yang mana peruntukan yang sedia ada kalau misalannya daripada segi peruntukan kesalahan sekiranya amaun yang hendak dilaksanakan adalah rendah, kita perlu kaji semula.
Jadi untuk cadangan sama ada perlu kita mengeluarkan satu undang- undang baru, pada pandangan saya tidak perlu. Misalannya Yang Berhormat, kalau kita lihat untuk kesalahan yang lebih berat seperti kesalahan mengancam negara. Biasanya ia telah diletakkan di bawah Kanun Keseksaan. Jadi apa yang perlu ialah daripada segi penggunaan internet itu sendiri. Itu yang saya cuba tekankan bahawa apabila kita menggunakan internet kita perlu lebih berhemah kerana internet ini adalah satu dunia tanpa sempadan. Itu yang saya cuba tekankan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh. Sabak Bernam.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Soalan no. 4, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Minta maaf, minta maaf. Terlampau– otak kurang oksigen pagi ini.
[Ketawa]
4. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan ‘exit’ MEX di Seri Kembangan termasuk jumlah kos projek ini, kadar tol yang akan dikenakan dan tarikh projek ini dijangka disiapkan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa kalau saya benarkan tadi itu pun boleh.
Kuasa saya.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Itulah kalau kita silap, kita minta maaf. Bukan macam Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silap pun tidak minta maaf.
Sila.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan sememangnya amat prihatin dan mengambil berat tentang masalah kesulitan jalan keluar masuk yang dialami oleh penduduk di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Ini termasuklah cadangan untuk menghubungkan Jalan Putra Permai iaitu jalan negeri B16 dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya ataupun lebih dikenali sebagai MEX.
Sehubungan itu Jemaah Menteri pada bulan April 2012 yang lalu telah bersetuju untuk membina sebuah persimpangan bertingkat yang baru bagi menghubungkan kawasan Seri Kembangan dengan Lebuhraya MEX. Anggaran keseluruhan kos projek ini adalah sebanyak RM90 juta termasuklah RM20 juta kos untuk tujuan pengambilan balik tanah. Jangkaan tempoh siap projek ini ialah selama 24 bulan.
Pada masa kini proses pengambilan balik tanah yang terlibat sedang dalam peringkat perbicaraan di pejabat tanah. Berdasarkan perancangan cadangan pembinaan persimpangan bertingkat yang baru ini dijangka akan dimulakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah tersebut diselesaikan, iaitu selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2013.
Walau bagaimanapun, pihak konsesi telah mengambil inisiatif untuk memulakan kerja-kerja pembersihan tapak di tanah milik kerajaan sementara menunggu keseluruhan proses pengambilan tanah milik persendirian diselesaikan.
Manakala mengenai kadar tol pula, ia akan diumumkan setelah projek persimpangan bertingkat ini disiapkan kelak. Sekian, terima kasih.
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Soalan tambahan saya, saya dimaklumkan bahawa kadar tol yang dicadangkan adalah RM2.20 untuk interchange ini, dengan izin dan ini tidak termasuk tol RM1.50 yang mesti dibayar lebih untuk pergi ke Kuala Lumpur sekarang. Ini bermakna bahawa kerajaan akan memberikan peruntukan sebanyak RM90 juta ini kepada pemegang konsesi iaitu Maju. Akan tetapi mereka akan boleh caj lebih tol kepada penduduk dan juga pengundi di sana, di kawasan saya di Serdang.
Adakah ini satu lagi contoh di mana Kerajaan Barisan Nasional mahu memberi satu ajaran kepada penduduk di Seri Serdang dan juga di Seri Kembangan yang telah menyokong Pakatan Rakyat dengan begitu kuat pada masa PRU ke-13. Mungkin juga bahkan mahu menghukum semua penduduk di Selangor yang menyokong Pakatan Rakyat dengan begitu kuat seperti tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Melaka terhadap peniaga di Jonker Street, dengan izin di Melaka.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Inilah contoh tuduhan melulu pihak pembangkang yang saya kira sangat-sangat mendukacitakan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya projek ini sebelum saya menjawab kepada persoalan Yang Berhormat, Yang Berhormat Serdang seharusnya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin MCA kerana merekalah yang memperjuangkan exit express link ini sebenarnya. Bukan Yang Berhormat ataupun rakan-rakan Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Dr. Ong Kian Ming - Serdang
Itu memang, itu memang fitnah. Tidak betul. Tidak betul langsung.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Seperti yang kita ketahui pembinaan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini akan dapat mengatasi masalah penduduk Seri Kembangan itu sendiri. Persimpangan ini akan menyediakan satu laluan yang lebih pendek di antara Kuala Lumpur dan Seri kembangan yang turut memberikan penjimatan bukan sahaja dari segi jarak malah yang paling penting adalah masa perjalanan Yang Berhormat.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi jumlah RM20 juta itu adalah mengenai isu tanah untuk mengambil pengambilan tanah dan sementara jumlah RM70 juta itu adalah kos yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Syarikat Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) selaku syarikat konsesi kepada lebuh raya ini. Mereka akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan operasi dan penyelenggaraan bagi pelaksanaan pembinaan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini.
Implikasi kewangan kepada kerajaan hanya dari segi kos pengambilan tanah yang dianggarkan sebanyak RM20 juta tersebut yang telah saya nyatakan lebih awal semasa jawapan saya. Oleh daripada itulah Yang Berhormat apabila kita melihat kepada pembayaran tol yang telah di sebutkan oleh Yang Berhormat iaitu RM2.20, saya telah menjawab mengatakan perkara ini akan diumumkan oleh pihak kerajaan sejurus sahaja pelaksanaan projek ini dapat dimuktamadkan iaitu tempohnya adalah sebanyak 24 bulan.
Saya ingin menjawab Yang Berhormat dengan menyatakan bahawa cadangan tersebut mungkin ini apabila siap sahaja perancangan tersebut ini tertakluk kepada pihak kerajaan. Manalah kita tahu Kerajaan Barisan Nasional ini adalah kerajaan yang prihatin. Mungkin jumlah RM2.20 itu akan dikurangkan Yang Berhormat. Perkara ini belum lagi dimuktamadkan. Setelah siap projek ini ianya akan diumumkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak tegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang tetap bela rakyat walaupun di negeri kerajaan ataupun di negeri pembangkang.
Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah dasar kerajaan tentang cadangan atau permohonan pembinaan jalan keluar masuk atau persimpangan bertingkat yang baru di lebuh raya yang telah pun sedia beroperasi? Sebagai contohnya, Lebuhraya LATAR di mana jalan susur ke Kundang baru diluluskan pada tahun lepas iaitu selepas Lebuhraya LATAR siap keseluruhannya pada tahun 2010.
Adakah kerajaan iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedar terdapat pembeli perumahan yang tertipu dengan brochure yang disediakan oleh pihak pemaju perumahan yang menjanjikan exit keluar masuk ke lebuh raya sedangkan ia tidak ada dalam perancangan LLM. Soalan saya, siapakah pihak yang sepatutnya menanggung kos pembinaan sesuatu jalan keluar masuk atau persimpangan baru ini? Adakah pihak pemaju atau kerajaan? Mohon penjelasan.
Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Selangor dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam soal ini kerajaan akan sentiasa melihat kepada keperluan sebenar, pelaksanaan jalan keluar ataupun masuk ataupun persimpangan bertingkat terutama sekali dari segi kos dan juga tanah yang diperlukan untuk sesuatu projek tersebut.
Saya berpendapat Yang Berhormat Kuala Selangor, pembeli seharusnya meneliti dan juga merujuk terlebih dahulu kepada pihak LLM iaitu pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia yang merupakan badan kawal selia bagi semua lebuh raya yang ada di negara kita sebelum bercadang untuk membeli rumah-rumah di kawasan–kawasan perumahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, mana-mana jalan ataupun persimpangan sekiranya melibatkan apa-apa sahaja kebocoran trafik di lebuh raya sedia ada maka ia akan mempunyai kesan bukan sahaja kepada aliran tunai syarikat konsesi lebuh raya. Dalam soal ini Tuan Yang di- Pertua, kerajaan akan mengkaji serta meneliti keperluan pembinaan jalan masuk atau persimpangan jalan bertingkat itu bersama-sama dengan syarikat konsesi sama ada ada keperluan tertentu ke arah itu kerana setiap pembangunan akan mempunyai implikasi yang berbeza. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat saya nak tanya soalan ini berkenaan dengan Lebuhraya MEX, bila pihak LLM datang berjumpa dengan Menteri Besar dan juga exco membentangkan selain daripada cadangan pembinaan MEX ini dan juga beberapa lebuh raya yang lain di Selangor? Kami menghendaki LLM bagi satu jangkaan tempoh yang mana syarikat itu akan dapat balik keuntungan yang diunjurkan olehnya dan menghentikan pengutipan tol selepas itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi saya hendak tahu sama ada kementerian mempunyai dasar seperti ini supaya syarikat tol itu tidak akan mengutip tol selama-lamanya tanpa berhenti dan menerima cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat Seputeh, terima kasih di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak bercadang untuk memberikan syarikat konsesi hak untuk mewujudkan tol selama- lamanya Yang Berhormat. Tidak ada satu pun konsesi kita yang mengemukakan seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
Sebenarnya Yang Berhormat, dari segi tol ini kita mempunyai had-had tertentu yang termaktub dalam perjanjian syarikat konsesi. Untuk maksimum adalah 33 tahun.
Seorang Ahli
Tol khabar angin.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Sebenarnya memang ada exit policy dengan internal rate return seperti yang telah dinyatakan. Akan tetapi ini adalah bergantung kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pun pihak konsesi. Terima kasih Yang Berhormat.
5. Tuan Haji Mohd. Fasiah bin Haji Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah bagi memastikan negara tidak mudah dicerobohi oleh anasir luar seperti yang dilakukan oleh tentera Kesultanan Sulu dan apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kota Tinggi pada 10 Julai 2013 dan 16 Julai 2013 kerana kesemuanya ada kaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak akan sama sekali bertolak ansur di dalam hal keselamatan negara dan sentiasa memberikan keutamaan untuk melakukan apa sahaja yang wajar demi kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia keseluruhannya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah mengiktiraf penceroboh yang telah menggugat kedaulatan negara di Lahad Datu sebagai tentera Kesultanan Sulu. Oleh yang demikian, penggunaan istilah tentera Kesultanan Sulu adalah tidak wajar digunakan dan mereka adalah bersifat penceroboh.
Insiden pencerobohan pengganas Sulu sesungguhnya telah mencemar kedaulatan negara dan memberi kesan terhadap keselamatan negara di mana dua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia telah gugur sebagai pejuang dan perwira negara. Ops Daulat telah melibatkan seramai 5,610 anggota ATM serta atur gerak aset-aset ATM yang menanggung kos perbelanjaan sebanyak RM84.9 juta dari peruntukan Kementerian Pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam mengukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
(i) menubuhkan kawasan keselamatan khas di Pantai Timur Sabah atau dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 yang berpusat di Lahad Datu yang melibatkan 10 daerah iaitu dari Kudat hinggalah ke Tawau bagi mengawal selia kawasan pesisir pantai yang melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia di sepanjang pesisiran pantai 1,400 kilometer;
(ii) kerajaan setakat ini telah membuat keputusan untuk menambah lima batalion pasukan keselamatan yang terdiri daripada ATM dan juga PDRM di kawasan tanggungjawab bagi menentukan serta menjamin keselamatan Timur Negeri Sabah;
(iii) mengambil langkah-langkah memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan di kawasan daratan dan sempadan maritim melalui rondaan, peningkatan intelligent surveillance dan recognizance dengan izin;
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
(iv) menunjukkan kehadiran, show of presence melibatkan aset-aset kapital ATM di pesisir pantai dan perairan Timur Sabah, memberi tumpuan meliputi aspek meningkatkan kawalan perairan menggunakan teknologi yang terkini; dan
(v) melaksanakan konsep pertahanan menyeluruh yang menekankan bahawa tanggungjawab keselamatan negara tidak hanya dipikul oleh pasukan keselamatan tetapi juga adalah merupakan tanggungjawab semua di mana masyarakat boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan kita. Pendekatan ini akan diharapkan memupuk semangat patriotism dan cintakan negara di kalangan rakyat serta meningkatkan keyakinan keselamatan.
Dengan apa yang telah dilakukan dan apa yang telah dirancang, rakyat tidak perlu bimbang dan rakyat tidak perlu dibimbangkan terhadap tahap keselamatan mereka terutama keselamatan perairan negara. Insya-Allah.
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan sebentar tadi. Ops Daulat yang telah dilancarkan pada 5 Mac 2013 susulan pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan telah ditamatkan pada 29 Jun 2013 yang lalu, serentak dengan itu tanggungjawab melindungi kawasan terbabit diambil alih oleh pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Selepas Ops Daulat ditamatkan, apakah perancangan ke hadapan ATM terutamanya di Eastern Sabah Security Zone atau pun ESSZONE bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara? Apakah peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah merupakan sandiwara kerajaan? Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Jauh sekali sandiwara di mana 72 orang pengganas telah ditembak mati, lima orang pengganas cedera, 10 orang ahli anggota kita sendiri terkorban.
Perancangan kita apabila Ops Daulat diserahkan kepada ESSCOM pada hari Sabtu lepas, tidak bermakna bahawa tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia akan diberhentikan. Walaupun Ops Daulat ditukar nama ke Operasi Sanggah dan dikawal selia oleh ESSCOM, pihak kita akan meneruskan Operasi Pasir, Operasi Maritim, Operasi Perisikan Angkatan Tentera Malaysia di kawasan yang dipertanggungjawabkan.
Kegiatan perang saraf dan gerak saraf akan diteruskan. Beberapa pemindahan aset kepada ESSCOM untuk meneruskan operasi daratan telah pun dirancang. Tambahan lima batalion pasukan keselamatan yang terdiri daripada ATM dan PDRM telah pun ditetapkan, memperoleh beberapa peralatan baru yang sesuai dengan operasi dan kawasan Pantai Timur Sabah dan memperkukuhkan struktur organisasi agar lebih anjal kepada situasi ancaman semasa.
Selepas struktur ESSCOM dan 10 daerah, 1,400 kilometer pantai yang dikawal selia ini diserahkan kepada ESSCOM adalah tujuan dan keputusan kita untuk membentangkan pula perancangan ESSCOM yang melibatkan semua pihak berkepentingan kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri di mana pendekatan yang melibatkan kesemua pihak, kerajaan negeri, pihak Polis Diraja Malaysia, angkatan tentera, orang awam dan juga pihak risikan akan difikirkan bersama mendapat mandat daripada pihak tertinggi negara.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menghargai bila diakui bahawa ini merupakan tragedi yang memangsakan perwira negara kita.
Saya rujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri, dua kali disebut bahawa kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat serangan di Lahad Datu. Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri yang pada 16 Februari 2013, seminggu selepas serangan ataupun pencerobohan sebelum serangan seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia milik UMNO, menyatakan hasil perisikan mendapati bahawa kumpulan penceroboh bersenjata api yang menceroboh masuk Pantai Tanduo bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan.
Saya juga rujuk tweet Yang Berhormat Menteri dua hari selepasnya iaitu pada 18 Februari, “Fact most of the intruders, dengan izin, old or malnourished, wear sarongs or slippers”. Pada hari yang sama, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa mereka ini penceroboh yang membunuh perwira negara, rakyat Malaysia bukannya pengganas. Senator Australia, Nick Xenophon pula ditahan dan telah dihantar pulang kerana Kementerian Dalam Negeri merasakan beliau musuh negara. Saya dan beberapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga dihalang daripada masuk ke Sabah sementara pengganas-pengganas ini dibenarkan dan diambil masa 25 hari sebelum apa-apa tindakan diambil. Soalan saya, pertama iaitu di bawah kapasiti Yang Berhormat Menteri sekarang iaitu Menteri Pertahanan, adakah Yang Berhormat bersedia untuk memberhentikan tindakan mempolitikkan keselamatan negara justeru bersedia mengumumkan bilakah Kabinet RCI (Suruhanjaya Diraja) akan diwujudkan untuk menyiasat insiden Lahad Datu, kelemahan, post mortem dan sebagainya bukan mengadakan RCI untuk menyiasat Tentera Kacang Merah. Mohon jawapan, terima kasih.
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Saya tak pernah mempolitikkan situasi di Lahad Datu. Orang yang mempolitikkan ialah orang yang tuduh ia sandiwara. Yang Berhormat sendiri nak tengok dalam keadaan yang begitu terdesak pada ketika itu dan perjalanan kita daripada awal lagi ialah untuk memastikan keamanan, keselamatan negeri Sabah dan kedaulatan maruah negara dan bangsa kita terjamin. Itu merupakan keutamaan kita. Dalam hal ini, memang secara peribadi saya mahukan perkara ini didedahkan dalang di belakang apa yang berlaku. Siapa yang terlibat dan kalau sekiranya RCI merupakan kaedah yang terbaik, sememangnya secara peribadi saya mahukan ianya dilaksanakan. Akan tetapi seperti apa yang saya sebutkan tadi bahawa ianya melibatkan beberapa pihak berkepentingan. Bukan sahaja pihak ATM tetapi pihak polis dan juga pihak awam, pihak kerajaan negeri. Di sini di mana di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), kita telah pun menahan 169 individu. Di bawah akta-akta lain, 443 individu pun telah pun ditahan mengikut peraturan dan akta-akta baru keselamatan yang telah pun digubal dan diluluskan oleh Dewan ini.
Maka, siasatan terhadap mereka ini, maklumat yang kita terima, siasatan susulan sedang dilaksanakan. Mungkin juga mereka yang telah pun dibicarakan, perkara-perkara yang diminta oleh Yang Berhormat dari Lembah Pantai tadi mungkin subjudis. Tak kira apa pandangan dan harapan saya tetapi daripada segi undang-undang dan bagaimana ia boleh menjejaskan siasatan susulan, itu penting kerana kita tidak mahu mempolitikkan perkara ini. Kalau betul-betul kita mahu memahami apa sebenarnya berlaku dan kalau sekiranya apa yang dilakukan hari itu baru diserahkan kepada ESSCOM, hanya tiga hari iaitu pada Sabtu lepas. Maka, dalam masa yang terdekat ini, insya-Allah dengan persetujuan pihak-pihak yang bertanggungjawab, the truth will be there and those who died did not die in vain. Terima kasih.
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Semasa pencerobohan di Lahad Datu, pelbagai khabar angin telah didengar di
Datuk Madius bin Tangau - Tuaran
seluruh negeri Sabah tentang kemungkinan komuniti-komuniti Filipina yang tinggal di pelbagai daerah di seluruh negeri Sabah telah disebarkan dengan begitu meluas dan mengakibatkan satu perasaan ketakutan di kalangan penduduk negeri Sabah. Mereka dalam khabar angin ini mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh penceroboh ini adalah satu tindakan ketenteraan untuk melaksanakan tuntutan ke atas negeri Sabah. Sekali lagi satu perasaan ketakutan, kekhuatiran di kalangan penduduk Sabah. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pertahanan melihat penempatan-penempatan yang sedia ada seperti di Pulau Gaya, seperti di Berungun, di Telipuk, seperti di Kinarut malah hampir 200 penempatan-penempatan yang adanya komuniti Filipina ini. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa atau melihat setiap komuniti ini adalah satu ancaman keselamatan kepada negeri Sabah, satu.
Yang kedua, soalan saya ialah ESSCOM ini di Pantai Timur dengan menganggap bahawa musuh itu datang daripada luar, daripada Filipina. Apakah juga kerajaan melihat bahawa musuh itu sudah berada di dalam negeri Sabah sudah sekian lama. Kalau sudah musuh berada di dalam negeri Sabah, saya mahu bertanya apakah langkah-langkah untuk memastikan bahawa musuh yang sudah di dalam negeri Sabah ini dapat ditangani dengan baik. Terima kasih.
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Saya dan pihak ATM dan saya percaya pihak ESSCOM juga sedar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tuaran tadi dan tiga aspek akan dan telah pun kita ambil kira.
Pertamanya, penyebaran berita-berita palsu yang boleh menakutkan rakyat Sabah. Dalam konteks itu, kaedah-kaedah yang ada kaitan dengan sosial media, dengan SMS perlu kita tanganinya melalui saluran yang telah ditetapkan.
Komunikasi dan CyWar/CyOps merupakan satu aspek yang ditekankan dalam struktur baru ESSCOM ini. Perkara kedua, satu perkara yang di mana mungkin lain daripada cara-cara pendekatan di negara-negara lain ialah bagaimana kita menggunakan orang awam, rakyat sendiri sebagai mata dan telinga dan mereka yang boleh meredakan keadaan di akar umbi.
Ini kita lakukan semasa darurat, ini kita lakukan semasa berdepan dengan insiden-insiden yang tidak diingini sebelum ini. Tiang seri yang ketiga di bawah ESSCOM iaitu melibatkan orang awam dalam gerakan ini merupakan kaedah yang terbaik untuk meyakinkan rakyat Sabah yang kadangkalanya dalam ketakutan melihat perkara-perkara ini sebagai sesuatu yang benar. Akan tetapi akhirnya bila kita kaji selidik, ianya merupakan satu yang tidak ada asas langsung pada masa dan ketika itu.
Perkara ketiga ialah pemindahan kampung-kampung air yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dari Tuaran. Ini memerlukan pertamanya, kesedaran bahawa bukan semua rakyat Filipina atau mereka yang berketurunan Filipina atau Suluk menyokong dan merupakan sebahagian daripada segelintir mereka yang menceroboh di Sabah. Ini kita kena ambil tahu dan kita perlu prihatin supaya mereka yang juga bersama-sama dengan kita, contohnya Kontinjen Polis Sabah yang setahu saya 50% daripada keturunan Suluk yang mengejar dan membunuh penceroboh tadi, ia perlu diambil kira. Yang keduanya, nak memindah kampung-kampung air tadi memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri dan kita telah pun mendapat keputusan Jemaah Menteri untuk kerajaan negeri membantu.
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Insya-Allah apa yang kita harapkan tadi dengan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat apa yang dibangkitkan tadi akan dapat kita tangani dengan keadaan menang-menang. Insya-Allah.
6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sama ada wujud perancangan untuk memanggil semula panel antarabangsa International Atomic Energy Agency
(IAEA) ke Kuantan untuk mengkaji kesan (impact) pemprosesan loji Lynas di Gebeng, ke atas alam sekitar setelah ia mula beroperasi menggunakan lesen sementara TOL.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya berhasrat untuk menjemput semula panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bagi menilai pelaksanaan saranan yang telah dibuat kepada kerajaan Malaysia berikutan hasil dari lawatan misi panel pakar bebas antarabangsa pada 29 Mei hingga 3 Jun 2011. Bagi tujuan di atas, kerajaan perlu menentukan masa yang sesuai dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan sebaiknya penilaian oleh IAEA dilakukan apabila semua maklumat dan data pemantauan yang dilaksanakan oleh Lynas telah bersedia.
Kemungkinan lawatan pakar antarabangsa ini akan dapat dilakukan pada penghujung tahun 2014 apabila tempoh temporary operating license tamat.
Sekian.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya di mana bahagian kedua soalan saya di mana saya mengatakan di situ perlu dibuat kajian atau pun impak pemprosesan ke atas alam sekitar. Ini kerana setakat ini Lynas mahu pun kerajaan tidak pernah bercakap berkenaan dengan impak loji Lynas dan sisa radio aktif ke atas alam sekitar. Yang hanya diuar-uarkan di media dan seterusnya ialah berkenaan dengan radiasi.
Yang Berhormat Menteri, Laporan IAEA yang pertama mengatakan bahawa ianya hanya mencukupi untuk fasa TOL dan tidak mencukupi untuk fasa pelesenan yang seterusnya. Itu yang di antara laporannya di sini. Antara dalam laporan ini juga menyatakan bahawa perlu diwujudkan satu tapak pelupusan sisa radio aktif yang kekal atau pun permanent disposal facility. Antara syarat yang dikeluarkan oleh kementerian Yang Berhormat Menteri juga mengatakan bahawa dalam masa sepuluh bulan, TOL dikeluarkan mesti dikenal pasti satu tapak untuk permanent disposal facility atau pun tapak pelupusan sisa radio aktif yang kekal.
Tarikh itu sudah melepasi sepuluh bulan. Tarikh dikeluarkan lesen TOL ialah 3 September 2012 dan sepuluh bulan ialah 2 Julai 2013. Dua hari yang lepas Lynas tidak pun mengenal pasti tapak untuk PDF. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adakah kementerian serius di dalam memantau, regulate dan memastikan keselamatan awam, memastikan kesan terhadap alam sekitar itu terjaga ataupun ini semua main wayang? Yang Berhormat Menteri saya harap jawab dengan serius kerana ini adalah kepentingan awam. Terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Okey, terima kasih di atas soalan tambahan tadi dari Yang Berhormat Kuantan. Nampaknya isu Lynas ini adalah topik yang digemari oleh beliau. Kalau saya lihat dari soalan-soalan yang lalu, sudah banyak perkara yang telah disoalkan dan juga dijawab. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang pertama bukan kita tidak serius. Sebetulnya apabila kita melakukan penilaian dimulai dengan alam sekitar ini, kita mempunyai agensi- agensi tertentu seperti DOE yang mempunyai kepakaran untuk merawat itu. Jadi tidak perlulah kita tunggu pakar antarabangsa untuk menolong kita membuat penilaian IAEA kerana DOE pun sudah cukup. Di negara kita ini ada pakar-pakar tertentu dimulai dengan alam sekitar dan khususnya...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri misleading Dewan sebab dia ada tiga sisa. Dia ada three way streams. WLP di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Dua lagi di bawah DOE. Tolong jangan mislead Dewan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Jangan susah Yang Berhormat. Saya faham apa Yang Berhormat mentionkan tadi - WLP atau pun lain-lain. Jadi apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa kita memerlukan panel pakar daripada antarabangsa untuk membuat penilaian mengenai DOE, saya fikir itu tidak betullah.
Keduanya, kita juga mempunyai Lembaga Pelesenan Atom untuk menilai perkara-perkara yang ada kaitan dengan radio logikal. Jadi saya rasa ini sudah lengkap. Mereka juga mempunyai kepakaran untuk merawatkan ini semua Yang Berhormat. Mengenai dengan soalan kedua itu yang ada kaitan dengan pelupusan tetap atau PDF mengenai sisa yang dikeluarkan oleh Lynas ini, sukacita saya memberitahu Yang Berhormat Kuantan bahawa pada 2 Julai, pihak Lynas telah pun mengemukakan cadangan dan pelan untuk PDF ini. Mereka sudah mengemukakan cadangan ini dan ini di peringkat perhatian oleh pegawai-pegawai daripada AELB sama ada pelan yang diberikan itu sudah lengkap atau pun kita masih lagi memerlukan butiran-butiran yang lain. Jadi kalau tidak lengkap kita panggil Lynas untuk memberi butiran yang kita perlukan.
Sebetulnya time frame yang kita beri itu dipatuhi oleh Lynas. Dia telah mengemukakan itu pada 2 Julai iaitu dua hari yang lalu Yang Berhormat. Sekian.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
[Bangun]
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Lynas ini dalam kawasan saya Tuan Yang di-Pertua boleh saya tanya sedikit? Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi kepada Barisan Nasional dahulu.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Masalahnya saya ingat Yang Berhormat di sini ingin tahu supaya kementerian memberi lebih banyak maklumat, lebih telus dari segi memberitahu perkembangan dari segi projek ini. Ini kerana projek Lynas boleh dikatakan mempunyai perhatian dan juga ingin diketahui oleh orang ramai.
Sebagai contoh mengenai tapak pelupusan secara permanent itu sama ada akan dibina, bila dibina dan sekiranya belum dibina sama ada TOL ini masih kekal atau lesen yang sebenarnya akan dikeluarkan? Ini semua ingin diketahui oleh orang ramai. Maka saya berharap dari segi pihak kementerian ada atau tidak cadangan untuk memastikan orang ramai boleh mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan projek ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya penerangan mengenai Lynas ini yang terkini sudah pun kita post dalam website.
Juga kalau kita pergi ke Lynas, di depan pintunya itu kita juga ada keterangan- keterangan di sana. Juga di IPK Kuantan. Walau macam mana pun saya ingin katakan di sini bahawa untuk permanent disposal facility ini adalah merupakan salah satu syarat yang kita letak apabila kita mengeluarkan TOL kepada Lynas.
Kalau sekiranya mereka gagal untuk mematuhi syarat ini maka pihak berkuasa boleh yang pertama menggantungkan TOL itu. Keduanya ialah pihak berkuasa boleh membatalkan lesen itu.
Jadi itulah sebetulnya tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan dan kita serius sebetulnya. Bukan main-main. Bukan main wayang. Jadi itulah sebetulnya perkara yang saya ingin nyatakan di Dewan ini Tuan Yang di-Pertua.
Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri. Memang kerajaan beri jaminan 100%, 120% selamat, don’t worry tiada masalah kepada kesihatan seperti mana kerajaan dahulu juga memberi jaminan di Bukit Merah.
Akan tetapi 20 tahun kemudian datangnya masalah.
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Sekarang saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua. Saya harap jangan disembunyikan di mana yang dirancang hendak diadakan PDF itu? Yang pertama. Yang kedua, PDF itu kalau tidak silap saya mengikut persetujuan ataupun syarat lesen TOL itu hendaklah disediakan pada dalam tempoh masa 10 bulan. Ini bukan baru hendak beri cadangan. Kalau cadang pun di mana tempatnya? Terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Okey terima kasih di atas soalan tambahan tadi itu. Okey, sepatutnya berhubung dengan kesihatan ini, perkara ini sepertinya melibatkan beberapa kementerian bukan sahaja MOSTI. Akan tetapi juga Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jadi di dalam pada itu, kita juga telah mengkaji kesemua perkara ini di mana kita ingin menyatakan kepada umum bahawa radioaktif daripada sisa yang dikeluarkan itu adalah di bawah paras yang dibenarkan iaitu di bawah satu Becquerel mengikut standard antarabangsa, penilaian antarabangsa, Soal pelupusan PDF tadi itu, memang kita telah kenal pasti beberapa tempat. Akan tetapi saya tidak boleh umumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ini belum dimuktamadkan. Kita akan beri perkara ini apabila kita muktamadkan di mana tempatnya. Jadi pada ketika ini saya belum boleh umum oleh sebab terdapat beberapa tempat yang telah dikenal pasti...
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Atau belum lagi dipastikan?
Datuk Dr. Ewon Ebin
Belum dimuktamadkan.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Kalau empat tempat, lima tempat, senaraikan, apa tempat itu?
Datuk Dr. Ewon Ebin
Nanti kita umumkan, sabar sahaja Yang Berhormat. Kita akan umumkan nanti.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, ini nyawa manusia. Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, dahulukan rakyat di kawasan saya.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Memang itu yang kita lakukan. Tiada manusia yang mahu mati.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman - Indera Mahkota
Tidak apa.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Kita mahukan supaya semua orang kita ini selamat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini pasal masalah soal serius yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi. Muka saya ini bengis, serius lagi kalau bercakap. Itu pun tiada ada juga yang dengar. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Jadi sebelum ke agenda seterusnya, ada satu pertanyaan yang saya ingin kemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada kebiasaannya Khamis, tidak ada masa yang kita lanjutkan. Itu sudah menjadi kebiasaan kita di Parlimen ini. Akan tetapi, ada permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dilanjutkan masa sehingga jam 6.30 petang ataupun jam 7.00 malam. Akan tetapi ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang daripada Sabah, Sarawak daripada jauh mahu balik ke kawasan masing-masing. Jadi saya tidak boleh mengambil pendapat daripada satu pihak. Jadi saya akan amalkan ketelusan. Siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu lanjutkan sehingga pukul 6.30 petang ataupun jam 7.30 malam, sila saya mahu tengok, berdiri. Yang mahu lanjutan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila, duduk, duduk, duduk. Ya, duduk, duduk. Ya, sudah. Saya nampak, saya nampak Yang Berhormat. Duduk, duduk.
Ya, ya, duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Dua per tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya, duduk. Kalaulah setiap persidangan ada majoriti dua per tiga, alangkah baiknya.
[Ketawa] Soalan kedua, walaupun kita lanjutkan sehingga masa yang dipersetujui tadi, tidak semua akan dapat berhujah.
Jadi saya cadangkan nanti, apabila saya diganti oleh Timbalan supaya masa itu kita hadkan lagi daripada 15 minit yang ada sekarang, mungkin 5 minit seorang ataupun 10 minit. Ahli-ahli Yang Berhormat, demokrasi tidak menjamin bahawa semua akan berbahagia. Ada sahaja yang menaruh perasaan termasuk yang berkuasa.
Okey, jadi sekarang ini oleh sebab kita setuju kepada pukul 7.30 malam, saya tidak juga berkuasa itu, terpaksa saya memanggil seorang Menteri boleh buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 8 Julai 2013.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Razali bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menyokong.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Dia Menteri Yang Berhormat. Dia cuma menjawab. Kalau boleh Menteri tidak mahu menjawab. Saya pun kalau boleh
Tuan Yang di-Pertua
tidak saya mahu duduk di sini kalau Yang Berhormat mahu bersidang sendirian.
[Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya telah menyampaikan satu surat secara rasmi kepada Tuan Yang di-Pertua semalam mengenai tujuan saya untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) supaya Yang Berhormat Simpang Renggam dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan memberikan dokumentasi-dokumentasi untuk mendukung rayuan saya. Saya minta Tuan Yang di-Pertua memberi satu ketetapan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Betul saya ada terima satu surat.
Yang Berhormat Simpang Renggam saya nampak ada di sini. Jadi kalau Yang Berhormat Simpang Renggam menarik balik apa yang dia sebut dalam Dewan yang menjadi isu sekarang ini, maka isu itu akan selesai begitu sahaja. Yang Berhormat Simpang Renggam, saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Apa reaksi kepada tuduhan tadi?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya memberi sedikit penjelasan tentang hujah saya pada tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat pembangkang sekarang cuba mahu mengalihkan fokus saya. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau meneliti hujah saya, saya sebenarnya berhujah tentang isu keselamatan negara kerana ada petanda-petanda yang menunjukkan bahawa ada kuasa daripada luar negara yang cuba campur tangan dalam politik Malaysia.
Saya bagi contoh, saya bangkitkan isu SUARAM yang menggunakan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. menjalankan kegiatannya. Kedua Tuan Yang di- Pertua, saya menyentuh juga tentang temu ramah bapa Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia, yang dibuat oleh Merdeka Online. Beliau cukup yakin ada kuasa ketiga daripada luar negara yang campur tangan dalam politik Malaysia.
Dan juga saya menyebut maklumat-maklumat yang tersebar dalam internet bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai 20 akaun overseas yang mana sembilan daripada 20 itu berada di Israel National Bank.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Simpang Renggam, tak payah cerita itulah.
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ini telah bukti salah. Bukti yang dibagi semuanya salah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Duduk dan tarik balik sahajalah.
[Dewan riuh]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, saya...
[Dewan riuh]
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dengar, dengar, dengar. Dengar dahulu, dengar dahulu, dengar dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu, duduk.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Shahidan bin Kassim
Duduk Zuraida duduk, duduk.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Ini satu isu yang cukup penting, cukup serius sebab ada hubung kait dengan Lahad Datu, tentang kedaulatan negara. Saya akan mohon maaf sekiranya kerajaan setelah penyiasatan dan dapat membuktikan tidak ada kuasa daripada luar negara.
[Tepuk] Akan tetapi, sekiranya terbukti ada orang yang tersabit kesalahan itu hendaklah di...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Khianat negara!
[Tepuk] Saya tidak akan menarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Simpang Renggam, ini pasal WikiLeaks.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Dan saya tidak akan tarik balik Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan menarik balik.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
WikiLeaks, cuba jawab WikiLeaks. Answer the point!
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Saya sebenarnya dalam perbahasan Yang Berhormat Batu sudah tanya saya sama ada ia ada dalam WikiLeaks. Saya menjawab, kecuali Yang Berhormat tidak melayari internet, saya tidak boleh cakap apa. Akan tetapi semuanya ada dalam internet.
[Tepuk] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan menarik balik.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Batu ada, Yang Berhormat Batu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk-duduk Yang Berhormat Batu, biar saya sebut. Saya janji bahawa saya akan tanya Yang Berhormat Simpang Renggam tetapi oleh kerana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi pada masa yang sesuai. Yang Berhormat, dalam soal breach of privilege, saya tidak boleh menentukan apa hukuman yang setimpal ataupun apa. Dalam soal-soal begitu, kalau ada mohon maaf unconditional, bermakna kita terima, isu selesai. Akan tetapi apabila saya dengar Yang Berhormat Simpang Renggam tadi, dia tidak mohon maaf pun. Jadi, apa yang saya terima notis daripada Yang Berhormat Jelutong, saya akan teliti, selepas itu saya akan buat tindakan yang sewajarnya.
[Tepuk]
Tuan Ooi Chuan Aun - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang arif.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payahlah Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tambah sedikit sahaja kerana ini isu yang saya bangkit juga.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payahlah Yang Berhormat Batu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Shahidan bin Kassim
Cukuplah, cukuplah.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payah, tidak payah. Sila teruskan.
Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas”. [3
Julai 2013] Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Katil, saya difahamkan ada beberapa minit lagi, sila.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
10 minit ya.
Tuan Yang di-Pertua
Nota di depan saya ada tiga minit, *plus minus.
[Ketawa]*
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Bincang di luar Dewan, 10 minit.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah ulas panjang lebar mengenai kecurangan pilihan raya dan cadangan-cadangan penambahbaikan. Kita maklum, isu yang ingin saya bawa ialah berkaitan dengan hutang isi rumah rakyat Malaysia yang media hari ini telah mendedahkan bahawa telah mencecah angka RM800 bilion ataupun 89.2% Keluaran Dalam Negara Kasar. Jumlah ini terus meningkat daripada sekitar 77% pada tahun 2009. Golongan muda kini berdepan dengan persekitaran hutang yang tidak kecil dan lambat laun bakal menghimpit dan sekali gus membelenggu corak kehidupan masyarakat pada masa akan datang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) **mempengerusikan Mesyuarat****] Daripada pinjaman pendidikan, pembelian kenderaan, malah nikah kahwin, pemilikan rumah serta pembiayaan anak dan keluarga, petunjuk-petunjuk ekonomi yang dibentangkan belum cukup untuk menjawab persoalan-persoalan sebenar di lapangan. Daripada angka pelaburan, pertumbuhan, peningkatan indeks saham yang dibentangkan, berapa ramaikah rakyat berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan berjaya dikurangkan. Soalan ini wajar ditanya kerana sebelum pilihan raya yang lalu kita terdengar ada janji bahawa jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bilangan penerimanya ditambah.
Saya percaya formula politik yang mengukur kejayaan ekonomi negara dengan angka penerima bantuan mesti dialih kepada formula ekonomi yang mengukur kejayaan dasar dengan mengangkat kedudukan penerima bantuan ke status di mana mereka tidak lagi bergantung pada bantuan. Dalam erti kata yang lain, jika apa yang ingin dibuat ialah menambah jumlah bantuan dan bilangan penerima, dasar yang dibuat sebenarnya tidak berkesan bahkan gagal. Saya mahu menekankan bahawa 40% isi rumah terendah ini paling tinggi tahap pendidikannya ialah Sijil Pelajaran Malaysia dan jumlah terbesar mencecah 52.3% tidak mempunyai sijil pelajaran. Separuh daripada mereka ini adalah golongan miskin bandar dan separuh lagi adalah penduduk desa. Jumlah 40% yang mewakili sembilan juta penduduk ini mesti dilihat melangkau angka pasif.
Misalnya penurunan kemiskinan kepada 1.7% tahun yang lalu. Saya bimbang keselesaan dengan petunjuk angka umum ini boleh mengabaikan realiti sebenar keperitan hidup dengan pendapatan sedemikian pada kadar isu rumah yang ada boleh membinasakan. Saya berharap tumpuan besar akan diberikan kepada sektor pendidikan di mana tidak wajar masih ada sekolah yang tidak lengkap kemudahan infrastruktur asas. Saya mohon Menteri Pendidikan membentangkan data terkini berkaitan kemudahan asas di sekolah-sekolah seluruh negara dan rancangan serta tindakan untuk ditangani.
Selain daripada itu, saya ingin mengambil perhatian Dewan kepada dasar- dasar sosial tentang golongan kurang upaya, warga emas dan pesakit kronik misalnya jantung. Mesti diperkemaskan agar akses bagi kemudahan perubatan dapat diberikan kepada yang paling memerlukannya. Khusus buat golongan orang kelainan upaya ini ataupun OKU. Di kawasan Bukit Katil ini misalnya, ada satu tempat namanya Kampungku Sayang. Di sana ada satu yang dipanggil sebagai Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk golongan kurang upaya. Bila kita teliti fasiliti ataupun tempat ini, amat daif dan malah kebajikan mereka yang menjaga tempat itu pun saya fikir dikesampingkan.
Misalnya, mereka yang berada di situ, yang bertugas di situ kebanyakan dianggap sukarelawan dan tidak tetap dari segi gaji dan sebagainya. Saya ingin mengusulkan kepada kerajaan agar satu blueprint kebajikan dibentuk, mengambil kira aspek aliran dan manfaat subsidi, fungsi zakat dan keselesaan sosial yang memberikan perhatian khusus untuk membantu golongan miskin, OKU, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim piatu.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan ini, baru-baru ini Menteri Dalam Negeri menjawab tentang masalah kematian di dalam tahanan. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada laporan kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu berkenaan penahanan sembarangan 2010. United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010 dengan izin, yang melawat penjara dan pusat tahanan Malaysia, melaporkan pada tahun 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa. Saya
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
ingin tegaskan bahawa kematian dalam tahanan tidak harus dilihat dalam perspektif angka. Satu kematian dalam tahanan wajar dianggap terlalu banyak kerana nyawa seorang manusia tidak boleh dikembalikan.
Selain soal kematian dalam tahanan, kita tahu ada sejumlah kes lain bersabit tingkah laku anggota polis yang menjadi perbualan umum. Sehubungan itu saya minta dan mencadangkan agar satu reformasi menyeluruh dapat dilakukan dan ini hanya boleh dilakukan dengan cadangan mewujudkan IPCMC dengan fakta bahawa IPCMC merupakan sebahagian daripada 125 cadangan penambahbaikan pasukan polis yang telah dilakukan melalui Suruhanjaya Diraja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Katil, sila gulung.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menganjurkan satu lawatan kerja, membawa Ahli-ahli Parlimen melihat dan menilai bagaimana kedudukan penjara dan juga lokap. Saya ingin cadangkan supaya satu reformasi lokap dapat dijalankan agar prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ dapat dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas sedikit tentang apa yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri mengenai pendamaian nasional. Saya ingin lihat bahawa pendamaian nasional ini wajar dilihat dalam kerangka negara. Justeru, yang perlu dikembangkan ialah selain daripada kita mengakui terdapat kecurangan pilihan raya yang mesti dibersihkan.
Akan tetapi dalam masa yang sama kalau kita lihat daripada kerangka nasional, kekuatan negara kita ialah kekuatan budaya. Kekuatan budaya inilah yang menyebabkan bagaimana negara kita sekarang ini dilihat sebagai sebuah tempat pelancongan kerana mereka melihat soal keragaman budaya, bahasa dan juga agama.
Cuma masalah yang paling utama ialah saya ingin tanya dan cadangkan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, apakah kebudayaan dan kekuatan budaya di dalam negara kita ini hanya dilihat dalam bentuk program semata-mata?
Program melawat, program pelancongan dan tidak tertumpu pada pemahaman tentang budaya sesuatu kaum kerana itulah kekuatan kita. Ini boleh sahaja dilakukan, misalnya di Amerika ada program American Full Bright Scholor, di Japan ada program Japan Foundation, malah di UK ada Britsih Council. Di Malaysia ini tidak ada satu brand kita walaupun kita sering diungkapkan dengan brand ‘Malaysia Truly Asia’ yang lebih besar tetapi tidak ada program-program upaya kebudayaan yang boleh dilakukan. Saya cadangkan supaya satu institut, boleh sahaja kita namakan sebagai Tun Perak Institut diwujudkan dan menggunakan kekuatan budaya ini, melakukan diplomasi agar negara kita ini terus berada di persada antarabangsa.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tutup bahawa saya berasa sedikit kesal kerana Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang baru terus menerus tidak menganggap dan meletakkan budaya ini pada tahap yang sepatutnya, misalnya Jonker Walk ditutup. Bukan sekadar itu, Jonker Walk ini kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi, tahu, itu bukan sekadar tempat orang berniaga tetapi adalah tempat kebudayaan. Selain itu yang ditutup juga Bazar Taman Cempaka, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan dan Syawal kerana di situlah segala macam produk kebudayaan Melayu dapat dibeli ataupun dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat dan sebagainya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Jasin bangun.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin - Bukit Katil
Sila, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Selepas ini gulung, habis masa ya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Bukit Katil, saya hanya hendak sentuh sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat daripada Bukit Katil tadi sebut tentang Jonker Walk. Yang Berhormat, saya terlibat secara langsung, Jonker Walk tidak pernah wujud, yang ada Jonker Street. Jonker Walk ini kita wujudkan kerana satu ketika dulu Jonker Street ini adalah satu kawasan yang tertinggal, yang terbiar. Kawasan ini kotor kerana perumahan tersebut tidak diduduki dan didiami oleh penghuni- penghuninya, rumah tinggal.
Akan tetapi sekarang, tiba-tiba kawasan itu cukup vibrant dan harganya naik empat hingga sepuluh kali ganda kerana usaha daripada kerajaan negeri yang bukan sahaja mencantikkan, mempromosikan, mahu menjadikan tempat itu sebagai ikon pelancongan, sebagai satu daripada produk pelancongan.
Sebenarnya apa yang telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak, tidak ada apa pun.
Jonker Walk ini sebenarnya telah dipolitikkan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Matlamat kerajaan negeri yang telah bertanggungjawab untuk mempromosikan dan melonjakkan nama Jonker Street sebagai Jonker Walk ini yang memberikan keuntungan hanya kepada satu pihak sahaja. Kita sedar tetapi kerana itu produk pelancongan bukan ada niat kita untuk menutup terus. Bahkan apa yang kita buat sekarang, kita hendak buat kajian kerana Jonker Walk ini telah menyumbang kepada kesesakan yang cukup kronik dalam negeri Melaka.
Janganlah hendaknya mana-mana pihak mempolitikkan tentang Jonker Walk ini kerana itu semuanya usaha kerajaan negeri...
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
...Yang telah mempromosi, mengayakan satu pihak sahaja. Kita tidak pernah tutup bahkan kita buat kajian.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Okeylah, saya faham lah Yang Berhormat Jasin. Saya fahamlah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Saya harap ini jangan ditimbulkan lagi lah kerana seolah-olah ada pihak yang menyalahkan kerajaan negeri tidak pernah pun berterima kasih. Usaha yang telah dibuat oleh kerajaan yang selama ini bukan sahaja menjadikan negeri Melaka sebagai pusat pelancongan bahkan mengayakan satu pihak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Ya, baik.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Memang apa yang dibuat dahulu baik. Cuma sekarang dia tidak jadi Jonker Walk, dia jadi Jonker Drive sebab orang boleh drive thru. Saya tidak timbulkan soal kecil seperti itu. Apa yang saya hendak bangkitkan ialah apabila kita telah wujudkan pusat-pusat kebudayaan ini, biarlah dikekalkan. Kenapa harus ditukar?
13 tahun yang lalu kerajaan negeri bangunkan Jonker Street kepada Jonker Walk. Kemudian bangunkan juga pasar Ramadhan sehingga masuk dalam diari pelancongan tetapi kenapa ini harus ditutup? Itu persoalannya. Biarlah kalau hendak kembang, kembangkan supaya kita punya kebudayaan ini jangan tertumpu kepada soal-soal yang kecil. Sasterawan Negara kita ramai, kenapa tidak dikembangkan?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Yang Berhormat, betulkan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Jasin, tidak apa Yang Berhormat Jasin. Masa sudah tidak cukup ini.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah - Jasin
Kita tidak pernah berniat untuk tutup. Tidak pernah tutup pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Bukit Katil boleh berhenti sekarang.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Saya hendak ulas satu lagi. Akhirnya, saya hendak angkatkan ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini daripada petang semalam akhirnya ini.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin - Bukit Katil
Ya lah, ini betul-betul akhir Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tutup dengan marilah kita hayati ayat al-Quran surah al-Hujurat [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai manusia, kita menciptakan kamu lelaki, perempuan dan jadikan berbangsa, berpuak ini untuk kita berkenal-kenalan”. Itu kekuatan yang saya sebut soal budaya tadi. Ini sebenarnya menjadi asas kepada kekuatan kita. Jadi, saya mohon agar Kementerian Pelancongan dapat mengangkat tema budaya ini supaya ia dapat disemarakkan untuk kepentingan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Setiawangsa. Kalau boleh sampai pukul satu Yang Berhormat Setiawangsa. Eh! Sampai pukul 12.00 tengah hari. Minta maaf, 12.00 tengah hari, 12.00 tengah hari.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya izin yang begitu lama untuk Menjunjung Kasih di atas Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Jun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Hari ini Tuan Yang di-Pertua dengan Timbalan Yang di-Pertua kurang oksigen.
[Ketawa]
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Ucapan terima kasih juga kepada pengundi Setiawangsa yang memberi keyakinan kepada saya untuk menjadi Ahli Parlimen di situ. Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memutuskan untuk menawarkan sebanyak 45,358 unit PPR. Pada tahun 2009, sebanyak 38,853 borang-borang tawaran telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, daripada 45,000 itu 38,000 telah ditawarkan, 6,505 tidak layak kerana sebab-sebab tertentu.
Daripada 38,853 yang ditawarkan itu, hanya 13,110 iaitu 33.7% sahaja yang telah membeli semenjak tempoh empat tahun yang lepas. Ini bermakna, 63.3 yang ditawarkan untuk membeli rumah PPR itu masih belum memberi jawapan.
Persoalan saya ialah kenapa ini berlaku? Kebimbangan saya ialah kemungkinan mereka yang tinggal dalam sistem PPR ini kerana umur mereka yang tua, mempunyai gaji yang kecil ataupun mempunyai anak yang ramai, mungkin yang mempunyai masalah untuk membeli rumah ini.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Wilayah apakah pelan yang dibuat sepanjang empat tahun ini untuk membolehkan mereka ini membeli rumah-
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
rumah yang telah ditawarkan? Saya juga difahamkan pinjaman yang telah dibuat melalui Yayasan Wilayah masih belum dapat dijalankan kerana ada beberapa perkara-perkara baru, syarat-syarat baru yang telah diletakkan kepada Yayasan Wilayah untuk mengeluarkan wang ini kepada peminjam-peminjam. Itu juga saya ingin dapatkan kepastian daripada Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saya ingin mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggunakan kaedah di mana yang lebih ramai dapat membeli dengan membuat sistem jual beli yang mana ia lebih ramai mereka yang dapat membeli. Saya harap, saya dilibatkan secara langsung untuk menilai semula kaedah ini supaya lebih ramai dapat memiliki rumah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan supaya tanah-tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang masih ada ataupun yang telah dijual ataupun tanah-tanah yang dipunyai oleh agensi-agensi kerajaan di dalam Wilayah Persekutuan ini dibekukan untuk sementara untuk melihat semula apakah yang boleh dilakukan untuk membina rumah-rumah mampu milik ini. Tanah-tanah yang telah dijual, tanah-tanah yang telah diswastakan terutamanya di dalam kawasan Parlimen saya yang masih belum mendapat development order dihentikan supaya kerajaan dapat melihat semula sama ada dapat dibeli tanah ini untuk merangka semula pembinaan rumah mampu milik ini.
Bagi maksud tersebut, saya ingin menyarankan supaya kerajaan mentakrifkan semula takrifan kepada rumah mampu milik ini. Saya difahamkan bagi maksud rumah mampu milik ini, harganya ialah RM300,000. Mana mungkin seperti statistik yang saya beritahu ini 63% iaitu 22,000 yang memohon yang ditawarkan masih belum menerima tawaran ini. Ini berkemungkinan mereka juga tidak mampu untuk membeli rumah walaupun pada harga yang murah. Oleh yang sedemikian, takrifan kepada RM300,000 rumah mampu milik ini harus dikaji supaya ia lebih mencerminkan kebolehan anak-anak bandar terutamanya yang baru kahwin ini membeli rumah.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini terdapat 35,000 pemohon yang masih memohon untuk menduduki sistem rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini masih belum dapat rumah. Oleh hal yang demikian, saya sekali lagi menekankan bahawa apa juga lagi tanah yang tinggal di Wilayah Persekutuan ini, hendaklah dikaji semula tentang penggunaannya. Ini akan jadi relevannya apabila saya ingin mengatakan tentang GST.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 193 negara. 160 daripada 193 negara ini telah bersetuju untuk menjalankan GST ini. Negara-negara jiran kita seperti Singapore, Philippine, Thailand dan Indonesia telah menjalankan GST ini. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa sistem GST ini adalah agak transparent. Mungkin cara kerajaan untuk meng implement, dengan izin akan menjadi satu perkara yang harus kita kaji baik dengan pembangkang, baik dengan pemerintah supaya apabila kita implement nanti, ia tidak membebankan rakyat.
Seperti yang saya difahamkan, unjuran tahun 2015 sekiranya GST ini dilakukan maka akan ada lebihan sebanyak RM6 bilion sekiranya sistem yang sama seperti sales and service tax yang dipakai tetapi sekiranya ditukar kepada 2015 GST ini akan ada lebihan sebanyak RM6 bilion. Saya ingin mencadangkan supaya lebihan daripada GST ini hendaklah digunakan bagi maksud mengangkat martabat anak-anak miskin, orang-orang miskin terutama di bandar melalui dilakukan pembinaan rumah-rumah murah ini, melakukan program-program yang dapat meningkatkan taraf kehidupan orang-orang miskin dan berpendapatan rendah.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Sekiranya para pembangkang atau mereka yang merasa takut mungkin lebihan daripada GST ini akan digunakan ke tempat lain, maka saya menyarankan supaya diadakan tabung khas untuk diletakkan lebihan daripada peningkatan keefisienan, kecekapan mengutip tax ini daripada GST ini dapat diletakkan di tabung ini untuk membantu orang-orang berpendapatan rendah.
Akhir sekali, bagi masalah keselamatan dalam negara ini sudah menjadi satu topik yang besar. Siapa lagi yang belum dirompak? Rakyat biasa, orang tua, budak-budak, pekedai, ATM machine, ADUN, Ahli Parlimen, Menteri, kerabat diraja, semua telah pun mendapat masalah daripada ini...
[Tepuk] Saya ingin mencadangkan supaya pengambilan polis yang berkualiti diambil dengan kadar segera. Mereka ini penuh untuk menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat.
Rakyat mesti berasa selamat di dalam negara ini. Penurunan indeks jenayah dipaparkan sebagai menurun mestilah menunjukkan relatif sebenar kerana realitinya rakyat tidak merasa selamat dan sesuatu mesti dilakukan dengan segera.
Sementara kita cukup rasa berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia tetapi banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bersama rakyat dan polis bekerjasama membanteras jenayah ini.
Dato' Ahmad Fauzi Zahari - Setiawangsa
Kepada pihak pembangkang dan pemerintah, suhu politik dalam negara ini harus diturunkan. Sementara Akta Perhimpunan ini membenarkan kita melakukan perhimpunan. Akan tetapi untuk masa negara sekarang ini dalam keadaan begini, saya memohon supaya dapat dikurangkan perhimpunan- perhimpunan ini dan tenaga polis, kuasa polis dapat kita uruskan kepada mereka untuk memerangi jenayah yang lebih penting sekarang ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bagi pihak tentera, bagi saya juga disebabkan ada ancaman luar baik ancaman daripada dalam bagi pihak tentera, saya ingin menyarankan supaya jawatan-jawatan kosong dalam tentera, kenaikan pangkat dalam tentera disegerakan. Keselamatan alat-alat tentera dinaikkan supaya mereka dapat menjaga kedaulatan negara. Saya dengan ini mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Cukup tepat dengan masa. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu. 10 minit, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merafakkan sembah menjunjung kasih atas ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya merujuk Titah Tuanku di mana telah dinyatakan Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat – yang pentingnya dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi tumpuan kepada warisan hidup kita yang semakin pupus yang merupakan sumber ekonomi rakyat tempatan khususnya yang sedang berlaku di Kuala Terengganu. Terengganu pernah dipanggil sebagai The Cradle of Malay Civilization, dengan izin oleh Allahyarham Tan Sri Mubin Sheppard dalam bukunya bertajuk Taman Indera.
Pada hari ini dan baru-baru ini pada tahun 2012, seluruh Kampung Ladang Tok Pelam di kawasan Kuala Terengganu, sebuah kampung tradisi
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Melayu telah diroboh dan diranapkan untuk membina sebuah jalan raya. Yang sangat menyedihkan, rumah-rumah tradisional Terengganu memang direka bentuk secara pasang siap, mudah dipindah yang membolehkan mereka dipindah dan diselamatkan. Tiada usaha dibuat untuk dipindah oleh kerajaan atau muzium dan rumah-rumah itu telah hilang dan musnah begitu sahaja.
Kampung ini amatlah unik dan istimewa kerana mempunyai perkara seperti berikut:
(i) bangunan-bangunan lama tradisional;
(ii) merupakan satu daripada kampung unik yang ada kraf tangan tradisi yang merupakan sumber pendapatan rakyat utama; dan
(iii) suasana perkampungan Melayu yang asli. Ia merupakan kampung contoh yang asli dan merupakan warisan hidup di mana kraf Terengganu didapati. Di situ terdapat pembuat tembaga, keris, emas, batik, perak dan songket.
Kalau kita lihat dari Sabah sehingga ke Perlis, tidak akan dapat satu kampung yang mempunyai begitu banyak handicraft seperti yang disebutkan.
Negeri-negeri lain sudah tentu mahu mendirikan sebuah kampung yang telah semula jadi berada di Terengganu.
Industri warisan hidup ini merupakan sumber ekonomi asal dan kebanggaan orang tempatan. Kehilangan tiga aset besar ini berlaku dan berapa warisan ini tidaklah dapat dikembalikan lagi. Mata pencarian secara tradisi ini perlulah kita kekalkan. Sekarang ini apabila mereka telah dipindahkan, penduduk- penduduk itu telah diletakkan di dalam flat-flat yang kecil dan tiada lagi ruang sesuai untuk membuat tembaga, batik dan sebagainya. Dari itu, punca pencapaian atau punca pendapatan mereka yang asal sudah tiada lagi.
Dalam masa yang sama, struktur keluarga tradisional Islam yang mempunyai seluruh keluarga iaitu nenek, anak, cucu dan sebagainya telah dipisahkan dan di situlah letak jatuhnya atau hilangnya kualiti keluarga Melayu dan Islam. Di sini juga telah pernah terjadi atau timbul beberapa usahawan-usahawan yang berjaya seperti Atikah Songket, Keluarga Wan Ismail dan Noor Arfa Batik yang telah mengharumkan nama usahawan-usahawan Melayu.
Kenapakah pihak kerajaan tidak memelihara keadaan sebegini supaya menggalakkan lagi banyak usahawan Melayu bangun dan bangkit melalui usaha mereka sendiri? Adakah pejuang Melayu hanya mengejar kebendaan dan sudah lupa warisan bangsa? Apakah sebenarnya polisi kerajaan tentang warisan?
Siapakah yang akan mengambil alih peranan ‘Kementerian Warisan’ yang hari ini sudah tiada lagi.
Belum reda kita memikirkan tentang apa yang berlaku di ladang, Pasar Payang yang merupakan ikon nombor satu di Terengganu pula hendak dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Pasar ini merupakan pasar ketiga yang paling popular di Asia. Nombor satu adalah Pasar Air Bangkok. Pelawat daripada Kuala Lumpur, Singapura dan Eropah berkunjung dan menjadi tempat dilawati secara wajib. Pasar terbesar di pusat bandar menempatkan seramai- ramainya peniaga-peniaga Melayu khususnya.
Pada tahun 2007, Kementerian Pelancongan telah mengadakan satu peruntukan untuk membaik pulih dan ubah suai semasa itu di bawah Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Akan tetapi pada tahun 2012 pula, Menteri Besar sekarang ini, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Said telah mengarahkan untuk pasar ini dirobohkan di atas sebab-sebab untuk mendirikan hotel lima bintang, flat mewah dan pasar raya. Ini tidaklah menepati kehendak untuk memelihara orang- orang Melayu yang berniaga di situ.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Dalam waktu yang sama, ia akan merosakkan jalinan tiga institusi yang penting iaitu masjid, istana dan pasar. Masjid adalah tempat agama Islam, istana merupakan tapak kesultanan dan pasar pula tempat rakyat. Di situlah letaknya satu institusi yang berjalinan begitu rapat yang sangat unik. Itulah maksud saya.
Perlulah warisan ini dihidupkan secara yang telah ada selama ini.
Saya ingin menyentuh sedikit dengan apa yang telah kita bincangkan baru ini tentang minyak dan gas yang menjadi sumber utama Malaysia dan Terengganu dan Petronas memainkan peranan utama dalam industri ini. Seperti di dalam kenyataan badan antarabangsa iaitu Revenue Watch dari segi transparensi, pengurusan sumber natural resource pada 8 Mei 2013, Malaysia di tempat ke-34 daripada 58 iaitu lagi bawah daripada Filipina, Indonesia, Ghana, Tanzania dan Gabon.
Walaupun Petronas disenarai dalam senarai ke-12 Forbes, 900 sebagai syarikat yang beruntung, tetapi di manakah duit-duit tersebut telah pergi? Di manakah berlaku kekurangan pembahagian duit-duit ini sehinggakan Terengganu, Sabah dan Sarawak merupakan di antara negeri-negeri yang termiskin di Malaysia ini. Adakah ini merupakan di antara salah satu sebabnya Tan Sri Hassan Marican telah berpindah daripada Malaysia ke Singapura.
Royalti minyak yang telah ditandatangani dengan Terengganu dan Kelantan telah tiada lagi dan telah ditarik balik. Sehingga hari ini, rakyat Terengganu khususnya tidak tahu terma atau syarat-syarat apa yang telah dipersetujui di dalam penarikan balik royalti tersebut. Apabila ditanya kepada Menteri Besar Terengganu, jawapannya, “royaltikah, ihsankah, dana khaskah, peduli apa? Asalkan dapat pitih atau duit cukuplah”. Akan tetapi itu merupakan sikap yang tidak sihat.
Satu, ayat Al-Quran ada berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang menyatakan apabila kamu berjanji, hendaklah kamu memenuhi janji kamu itu dengan sepenuhnya. Di mana maksudnya roh perjanjian itu mestilah kita tepati.
Hari ini, Terengganu masih di antara negeri termiskin. Soalannya, apakah syarat atau persefahaman yang dipersetujui di antara Kerajaan Malaysia dengan Terengganu atas bayaran ihsan penarikan balik royalti ini?
Akhir sekali, saya juga ingin merujuk kepada kedudukan Norway sebagai negeri yang paling baik dari segi pengurusan resourcenya. Dia mempunyai petroleum fund yang berjumlah RM2,158 bilion dan ini merupakan satu tabung warisan. Akan tetapi di Terengganu, tabung warisan yang telah diwujudkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar, Menteri Besar Terengganu pada tahun 70-an hingga 80-an dahulu telah tiada lagi dan telah dikosongkan. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Malaysia untuk menghadapi masa depan tanpa minyak dan gas?
Saya merujuk kepada Titah Tuanku juga tentang penekanan terhadap nilai accountability, integriti dan pematuhan undang-undang tadbir urus yang baik.
Menjelang 2020, kita bukan hanya mencapai pembangunan fizikal negara maju tetapi kita perlulah bercadang untuk memiliki modal insan yang tinggi.
Pada masa ini, negara-negara Afrika memandang Malaysia sebagai contoh. Akan tetapi sedihnya, negara Afrika bina stadium dengan selamat sementara Malaysia bina stadium, runtuh bumbungnya bukan sekali tetapi dua kali. Apakah yang telah kita belajar daripada peristiwa tersebut?
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Malahan masalah runtuhan berlaku dengan meluas di Malaysia terlibat juga pejabat-pejabat, masjid, jambatan dan lebuh raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung.
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah - Kuala Terengganu
Ya. Apa yang paling sedih tentang tragedi Stadium Terengganu. Tragedi ini berulang, pada 2009 bumbung utama runtuh. Siasatan mendapati kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB sebagai sepatutnya dan siasatan mendapati kontraktor kurang pengalaman.
Pada tahun 2010, Berita Harian melaporkan RM50 juta barang kelengkapan electrical dan sebagainya telah dicuri di bawah jagaan sekuriti 24 jam. Pada tahun 2013 bumbung kedua pula stadium yang sama telah runtuh sekali lagi dan siasatan mendapati sekali lagi kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB dan kontraktor ini juga kurang berpengalaman. Hampir lima orang telah maut tetapi alhamdulillah telah selamat. Soalnya, apakah yang telah kita pelajari daripada isu-isu tersebut?
Inilah yang perlu dijawab oleh kerajaan dan juga Jabatan Kerja Raya supaya pihak-pihak profesional diberi peranan yang sepatutnya dan tidak adakah arahan ataupun garis panduan khusus berikutan tragedi-tragedi yang berlaku sekarang ini? Saya percaya jika kepercayaan yang sepatutnya diberi kepada profesional mungkin TalentCorp yang telah ditubuhkan untuk menarik balik profesional-profesional daripada luar negara untuk pulang ke Malaysia akan lebih ramai pulang ke negara kita ini. Akan tetapi dengan keadaan yang sedemikian rupa, tidak adalah kepercayaan untuk profesional ini untuk pulang dengan tidak ada tempat untuk mereka menjalankan kerja mereka dengan baik.
Akhir sekali, saya ingin rumuskan bahawasanya Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong amatlah tepat tentang konsep akauntabiliti dan transparensi untuk kesejahteraan rakyat amatlah penting dalam pentadbiran sesebuah negara dan itulah harapan sebagai rakyat Malaysia. Saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mohon menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sila Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.
Pertamanya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi saya ruang dan kesempatan ini untuk menyertai perbahasan ke atas Titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Majlis Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, pepatah Melayu ada berkata, “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Pepatah ini amat menepati apa yang hendak saya bahaskan dalam Ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Hulu Rajang berserta rakan-rakan seperjuangan Ahli-ahli Yang Berhormat biarpun dari pembangkang dan Barisan Nasional yang lain sesungguhnya merasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyampaikan suara rakyat yang perlu diberikan pertimbangan dan perhatian demi kesejahteraan rakyat, bangsa dan tanah air yang tercinta ini.
Tidak lupa juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kerana telah memberi bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi bot karam di Daerah Belaga baru-baru ini. Khasnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat prihatin ke atas kepayahan yang telah kami lalui sepanjang menjalankan operasi
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
mencari dan menyelamat. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih saya panjangkan kepada semua agensi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak serta orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang bukan setakat turun padang tetapi beliau turut menyingsingkan lengan baju beliau, roll up his slip, dengan izin ketika bersama-sama kami meninjau operasi mencari dan menyelamat. Begitu juga kami amat berterima kasih ke atas kehadiran beberapa Menteri serta Timbalan Menteri Persekutuan dan Kabinet Negeri Sarawak. Ciri-ciri kepimpinan begini yang amat memberi perangsang dan semangat kepada kami di Hulu Rajang khasnya di Daerah Belaga segala bentuk bantuan kerajaan akan sentiasa kami alu-alukan dan hargai.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya seluas negeri Pahang. Hak untuk saya beri ucapan dari 30 minit, 20 minit, 15 minit, ini baru sepuluh minit. Kalau hendak pergi ke kawasan saya Tuan Yang di-Pertua satu hari setengah baru sampai di kawasan. Jadi lain kali berilah masa lebih longgar sedikit.
Oleh kerana masa diberi amat terhad izinkan saya mengutarakan permintaan dan suara hati rakyat di kawasan Hulu Rajang di Dewan yang mulia ini. Pertama, saya mohon kepada kementerian yang berkenaan. Saya minta tiga jalan baru iaitu jalan raya dari Pekan Belaga ke Bandar Kapit sejauh 150 kilometer. Pembinaan jalan ini mesti dipercepatkan agar tragedi bot karam di Giam Bungan tidak berulang lagi.
Kedua, jalan raya dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat di kawasan Baleh Kanan sejauh 37 kilometer juga hendaklah dibina dengan kadar segera untuk memberi kemudahan kepada penduduk rumah panjang di kawasan Baleh.
Ketiga, jalan raya dari Rumah Panjang Juntan ke Rumah Panjang Bengau di Sungai Sut, kawasan Baleh sejauh 13 kilometer hendaklah dibina untuk melengkapkan jaringan jalan raya Sungai Sut Hulu dan Sungai Sut Hilir yang akan memberi kemudahan kepada penduduk Rumah Panjang di kawasan saya di Hulu Rajang dan juga Tuan Yang di-Pertua membaik pulih dua jalan iaitu Jalan Bintulu ke Bakun ke penempatan semula Sungai Asap. Masalah kerosakan bagi jalan sepanjang Jalan Bintulu ke Bakun, penempatan semula Sungai Asap amatlah kritikal ketika ini. Keadaan jalan raya ini yang rosak dan penuh dengan lubang di merata-rata tempat sudah pasti mengundang bahaya dan inilah berpunca daripada tindakan lori-lori besar yang membawa balak dan kebanyakan lori-lori tersebut tidak mempunyai permit dan cukai jalan.
Jadi saya minta kementerian dan agensi kerajaan supaya mengambil tindakan. Kemalangan sering berlaku dan yang mana ada kalanya mengorbankan jiwa. Ini telah mendatangkan trauma kepada pengguna jalan tersebut namun mereka tidak ada pilihan lain ingin pergi ke Bintulu dan sebagainya. Jalan itulah satu-satunya Tuan Yang di-Pertua perhubungan yang sedia ada. Jalan raya Bukit Jayong, Daerah Belaga keadaan jalan raya ini amat berbahaya. Keadaan kerosakan jalan raya ini adalah berpunca serupa dengan jalan raya ke Sungai Asap. Saya mohon kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan segera supaya penduduk-penduduk di kawasan Belaga dapat menggunakan jalan itu dengan selamat.
Menaik taraf jeti bot ekspres bahagian Kapit dan bahagian Belaga. Ini amat perlu kerana ketika waktu perayaan superti Gawai, Krismas, Hari Raya dan sebagainya. Kedua-dua jeti tersebut tidak dapat menampung bilangan penumpang yang ramai. Ini boleh mendatangkan masalah dan perlu diberi perhatian dengan segera oleh pihak berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, kesihatan adalah penting bagi setiap manusia.
Menaik taraf Hospital Belaga dan Hospital Kapit dan menyediakan doktor pakar.
Selaku wakil rakyat di kawasan Hulu Rajang, memohon hospital bahagian Kapit
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
dan Hospital Belaga diperbesarkan lagi dan dinaikkan taraf dengan kelengkapan perubatan yang canggih. Ini kerana pada masa kini, wad tidak mencukupi bagi menampung bilangan pesakit yang bertambah setiap hari.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Selain dari itu saya mohon bilangan doktor pakar, doktor bedah dan doktor biasa ditambah dari hanya seorang doktor pakar yang sedia ada ke jumlah yang mencukupi. Perkara ini amat penting kerana apabila berlaku masalah kesihatan yang kritikal pihak hospital terpaksa menghantar pesakit Tuan Yang di-Pertua, ke bandar Sibu menggunakan pengangkutan air. Bot ekspres di antara 6.45 pagi hingga 3.15 petang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan ya.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ringkaskan.
Tuan Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Naik taraf kemudahan loji air bersih di Kampung Sungai Asap patut diberi keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon juga kepada kementerian supaya membina pusat pembangunan luar bandar dan Daerah Belaga di kawasan Baleh. Ini penting agar pelepasan sekolah menengah yang tidak mendapat tempat institut pengajian tinggi dapat menerima latihan kemahiran tanpa perlu pergi ke tempat jauh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit semasa PRU. Pada PRU ke-13 yang lepas, merisik juga turut berlaku. Namun demikian risikan pihak tertentu telah ditolak secara sopan dan majoriti rakyat. Yang Berhormat rakan seperjuangan saya, Ahli Parlimen kawasan Kapit tentu dapat menceritakan risikan hampa tersebut sebab beliau adalah individu pertama di pedalaman Rajang yang mengalaminya.
Apa saya ingin utarakan di Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, diayah politik negatif yang dibawa oleh kedua-dua calon semasa berkempen amatlah tidak baik kesannya buat rakyat di kawasan Hulu Rajang. Tindakan kedua-dua calon tersebut cuma menanam kebencian di hati rakyat dan menabur hasutan dan fitnah yang tidak berasas. Mereka cuba menidakkan pembangunan yang sedang dan telah dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional, Tuan Yang di-Pertua. Contohnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun dilabel sebagai tidak membawa faedah kepada rakyat di pedalaman. Perkara yang baik harus kita hargai. Perbuatan yang mengelirukan rakyat dengan politik negatif harus kita hentikan demi menjamin kesejahteraan perpaduan dan kemakmuran negara kita yang dikecapi sekarang. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Silakan Yang Berhormat Lanang, juga 10 minit ya.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Isu pertama yang saya ingin bangkitkan ialah tentang isu keselamatan di Sibu, Sarawak dan juga di Malaysia. Kes-kes jenayah seperti curi kereta, ragut, rompak, pecah rumah, pecah cermin kereta semakin meningkat dan ini amat membimbangkan semua
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
dan saya yakin itu bukanlah persepsi sahaja. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu, Sibu telah digelar sebagai cowboy town. Di Sibu semakin banyak kes-kes pembunuhan berlaku beberapa tahun ini. Sebagai contoh, dua tahun yang lepas tiga orang maut ditikam oleh warga Indonesia semasa makan malam di sebuah rumah di Jalan Chew Khun.
Pada tahun lepas pula ahli perniagaan ditembak mati semasa ingin pergi membeli peti besi di Jalan Bako dan seorang isteri peniaga balak mati ditembak di luar kafe. Pada tahun ini pula kes tembak mati seorang ahli perniagaan di Jalan Aman dan seorang warganegara Indonesia pula ditembak mati pada bulan yang sama. Berapakah kes-kes pembunuhan yang telah disiasat lengkap dan diselesaikan oleh pihak polis dan penjenayah dikenakan hukuman di mahkamah?
Kes rogol yang semakin bertambah di Sarawak juga semakin membimbangkan ibu bapa dan masyarakat. Pada bulan Mac ini seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun mendakwa dirogol oleh dua lelaki secara bergilir-gilir. Sehingga sekarang kes ini belum diselesaikan. Bapa mangsa masih mengadu kepada saya bahawa kes ini telah ditangguh selama berapa bulan dan dia berasa amat kecewa.
Walaupun Ketua Polis Sibu menyatakan sehingga kini keadaan keselamatan di bandar Sibu terus berada pada tahap selamat akan tetapi rakyat Sibu tidak berasa selamat atau aman. Ketua Polis Daerah Sibu menyatakan bahawa statistik secara purata dua kes dilaporkan sehari dan paling banyak sembilan pada tahun lepas. Akan tetapi saya rasa statistik itu tidak begitu tepat kerana masih banyak rakyat yang tidak membuat laporan polis. Salah satu alasan mereka tidak membuat laporan kerana mereka tidak ada keyakinan terhadap pihak polis untuk menyelesaikan masalah mereka dan ia hanya membuangkan masa mereka sahaja.
Jadi, statistik yang diumumkan saya rasa bukanlah statistik kes jenayah yang turun tetapi statistik pelaporan kes yang turun. Ini adalah imej yang tidak baik terhadap pihak polis, bagaimanakah kerajaan dapat meningkatkan kecekapan polis untuk memberi balik keyakinan kepada rakyat. Tambahan pula di Sibu, di balai polis masih kekurangan polis yang berkaum Cina. Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, banyak penduduk di Sibu masih tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa Iban. Jadi, mereka tidak dapat membuat laporan sebaliknya. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengarahkan lebih banyak anggota polis yang fasih berucap dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris di Sibu dan Sarawak untuk mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Sibu juga mengaku bahawa anggota polis masih lagi kekurangan iaitu nisbah satu anggota polis bagi setiap 480 orang.
Bandar Sibu yang mempunyai lebih 200,000 penduduk sentiasa ditingkatkan kawalan keselamatannya di mana pihak polis diperkuat dengan kehadiran anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam rondaan harian anti jenayah. Banyak penduduk di Sibu amat khuatir terhadap kecekapan dan kelayakan anggota RELA yang semakin banyak di Sibu. Adakah kursus dan latihan yang diberi kepada mereka mencukupi untuk membantu membanteras jenayah? Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan bilangan anggota polis di Sibu dan di Sarawak untuk menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat? Saya berharap Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri dapat mengambil berat terhadap keselamatan rakyat dan bukan hanya menitikberatkan tingkah laku pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.
Isu seterusnya ialah isu cyber gambling atau dikenali sebagai isu mesin kuda di Sibu dan juga di Sarawak. Isu ini juga menjadi masalah yang semakin serius di Sibu dan di Sarawak. Saya difahamkan bahawa terdapat lebih kurang 102 kedai mesin kuda di Bintulu dan tidak ada laporan yang menunjukkan bahawa masalah tersebut telah diselesaikan di Bintulu atau di mana-mana kawasan di
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Sarawak. Walaupun Yang Berhormat Bintulu telah mengisytiharkan perang ke atas isu mesin kuda. Tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kedai telah ditangkap dan ditutup tetapi kedai baru asyik dibuka secara berleluasa. Saya yakin bahawa masalah ini juga bukanlah persepsi sahaja. Banyak penduduk juga mempersoalkan sama ada operator mesin kuda mendapat perlindungan daripada pihak polis. Soalan ini saya harap Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri dapat menyiasat dan memberi satu penjelasan ataupun jawapan.
Selain itu saya juga menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk kaum Iban. Dia amat susah hati kerana isteri dan anaknya mencuri wangnya untuk berjudi di kedai mesin kuda. Jadi, ini menunjukkan isu mesin kuda bukan sahaja membawa kesan buruk kepada satu dua kaum sahaja tetapi kepada semua kaum di Sarawak dan di Malaysia. Saya berharap Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia dapat menyelesaikan isu mesin kuda dengan segera. Ini kerana rakyat percaya peningkatan kes jenayah adalah kesan daripada mesin kuda juga.
Isu ketiga adalah tentang bantuan kebajikan. Secara umumnya dasar kebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia kepada warganya adalah baik biarpun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Kita tidak dapat menafikan bahawa kerajaan juga sudah lama mengadakan Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat, bantuan pinjaman kepada peniaga kecil, biasiswa belajar ke universiti dan sebagainya. Namun di sebalik semua dasar berkebajikan itu mengapa masih ramai golongan masyarakat yang hidup melarat dan terpinggir? Antara golongan terbesar yang jadi dominan dalam kategori ini adalah mereka yang ditimpa nasib malang seperti kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).
Kerajaan memainkan peranan memberi bantuan kepada kebajikan kepada mereka yang layak. Akan tetapi persoalan yang timbul ialah adakah bantuan kebajikan yang diberi itu cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan mereka?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Apa lagi bagi mereka yang benar-benar tidak mampu untuk bekerja terutama orang-orang tua yang tidak berkeluarga. Kata orang, duit tidak pernah cukup tetapi bagaimana pula dengan bantuan kebajikan yang tidak pernah cukup malah berada di bawah paras kemiskinan tegar atau pendapatan garis kemiskinan
(PGK). Walaupun PGK 2007 telah digantikan kepada PGK 2012 iaitu pendapatan keluarga di bawah PGK semasa di Semenanjung RM760, di Sarawak RM910 dan di Sabah RM1,050 layak memohon bantuan kebajikan.
Persoalannya, adakah bantuan kebajikan yang diperoleh itu mampu melepasi tahap PGK semasa? Pada tahun ini, bulan Jun Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak Yang Berhormat Dato’ Hajah Fatimah Abdullah telah mengumumkan kenaikan kadar Skim Bantuan Am iaitu minimum RM60 sebulan sekarang dinaikkan ke RM150 sebulan. Kadar maksimum RM250 adalah dikekalkan. Kenaikan ini berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.
Adakah Kerajaan Persekutuan juga akan menaikkan Skim Bantuan Am dan bantuan-bantuan lain? Adalah diketahui bahawa banyak lagi orang yang memerlukan bantuan kebajikan belum dapat bantuan tersebut terutamanya ibu tunggal dan OKU. Saya berasa amat sedih hati apabila mendapati banyak lagi ibu tunggal yang perlu menjaga anak kecil dan perlu bekerja untuk menanggung kehidupan keluarga. Saya memohon kerajaan untuk membina pusat jagaan kanak-kanak terutama untuk ibu tunggal dan wanita yang ingin bekerja.
Ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam ekonomi, politik dan juga sosial. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal tua yang berumur 70- an yang mempunyai seorang anak tetapi anaknya telah meninggalkannya. Dia
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
mempunyai kanser dada dan sekarang tidak dapat bekerja lagi. Bantuan kebajikan yang diberikan kepadanya adalah sebanyak RM60 sebulan sahaja iaitu lebih kurang RM2 sehari. Cukupkah seorang yang tidak mampu bekerja dengan bantuan kewangan RM60 sahaja?
Beberapa Ahli
Tidak cukup, tidak cukup.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Ini adalah salah satu daripada kisah benar yang berlaku di kawasan saya. Saya percaya nasib yang menimpa keluarga ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Lanang, ringkas, gulung.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Okey. Saya juga berharap kerajaan dapat menunaikan janji-janji yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada ibu-ibu tunggal pada 19 April 2013 sehari sebelum penamaan calon PRU- Ke13 iaitu yang mana lebih 800,000 ibu tunggal yang berdaftar akan menerima Kad Diskaun 1Malaysia yang menawarkan diskaun antara 5% hingga 50% bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan terpilih.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mempertimbangkan skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar bagi manfaat golongan itu yang membabitkan sumbangan premium RM12 setiap seorang dengan peruntukan RM12 juta setahun. Saya harap bahawa Perdana Menteri akan menunaikan janji beliau memandangkan beliau selalu melaung-laungkan Rakyat Didahulukan dan Janji Ditepati.
Akhir sekali saya ingin menyentuh isu kaum Iban yang kebanyakannya ialah penyokong kuat Barisan Nasional. Di kawasan Iban, masih banyak rumah yang tiada bekalan air, elektrik atau jalan raya yang sempurna. Tahukah, sedarkah kerajaan bahawa masih banyak kaum Iban, penduduk Iban yang meminta keranda atau duit untuk pengebumian apabila ada sesiapa yang meninggal dunia di kampung mereka, di rumah panjang mereka?
Jadi, saya bercadang Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim-skim seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mana kerajaan memberi Skim Khairat Kematian sebanyak RM2,500 kepada warga emasnya. Saya berharap kerajaan lebih mengambil berat terhadap kaum Iban memandangkan kebanyakan mereka adalah penyokong kuat Barisan Nasional.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Ya Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak nota yang dihantar kepada saya dan ada yang telah membeli tiket kapal terbang balik kawasan. Jadi persila, jemput Yang Berhormat Limbang. Minta maaf pada kawan-kawan yang lain. Insya- Allah dapat giliran.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi dapat saya berada di Dewan yang mulia ini dan berpeluang untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita baru sahaja berhadapan dengan masalah jerebu. Apakah yang disebabkan oleh fenomena cuaca atau disebabkan
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
oleh tangan manusia atau memang kerja Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya.
Jerebu tetap ada, jerebu cuaca ada kaedah dan mekanisme mengatasinya tetap dan ia bersifat datang dan pergi berbanding dengan satu lagi jerebu yang amat berbahaya sifatnya iaitu jerebu politik. Pemikiran dan minda manusia yang diselubungi oleh nafsu dan emosi yang keterlaluan meracuni pemikiran rakyat yang akan memudaratkan nilai-nilai murni, menggugat keharmonian dan sekali gus akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Tuan Yang di-Pertua, justeru kerana itu marilah kita menghayati Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengingatkan kesemua kita agar jangan melakukan perkara yang boleh memusnahkan negara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menegaskan sesebuah negara musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan tidak harus melupakan nasib rakyat di luar bandar dan di kawasan pedalaman yang masih dahagakan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab ke arah mengakseskan rakyat dengan kemudahan-kemudahan asas perlulah dipertingkatkan dan menyeru agar agensi-agensi kerajaan yang terlibat lebih fokus kepada pembelaan dan kesejahteraan rakyat sesuai dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini bertepatan dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9 Mei 2010. Antara lain berkata:
*“Penjawat awam tidak boleh takut mahupun bimbang untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan.
Perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat perlu pantas, cepat, cekap dan efisien”.* Kita sering mendengar rintihan rakyat berhubung dengan kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan komited dan telah banyak menyediakan kemudahan dan bantuan kepada golongan petani, penternak, pekebun kecil, para nelayan, usahawan kecil dan sederhana untuk mempertingkatkan pendapatan mereka. Menerusi Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020 yang diperkenalkan, kerajaan berusaha untuk memastikan harga bekalan asas makanan terjamin dan terjangkau. Rakyat di luar bandar dan di kawasan pedalaman terbukti setia kepada kerajaan yang boleh membawa transformasi luar bandar.
Justeru itu patut dan wajiblah kerajaan melipat-gandakan lagi kemudahan dan bantuan kepada mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ini bermacam-macam bantuan telah disalurkan kepada rakyat khususnya untuk meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sekali gus untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, menaiktarafkan infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi terus diambil kira. Pembangunan infrastruktur juga akan membuka bidang pertumbuhan baru yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat. Bagi manfaat komuniti luar bandar, kerajaan telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu talian komunikasi di kawasan pedalaman dan di luar bandar.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada kawasan saya Parlimen Limbang. Pertamanya saya agak risau tentang kononnya judi siber yang berleluasa. Rata-rata dari kawasan lain saya dengar pun sama juga. Jadi di Limbang saya menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kecurian- kecurian yang meningkat. Kedai warung pun kena curi, kedai makan pun kena curi, beras di kedai makan pun kena curi dan kononnya semuanya ada berkaitan dengan pusat-pusat judi siber yang meningkat. Pengunjung-pengunjung pusat- pusat judi siber ini adalah difahamkan kepada saya dari berbagai-bagai lapisan iaitu penuntut sekolah, anak-anak muda, buruh, kakitangan kerajaan dan sebagainya. Saya mintalah perkara ini disiasat kesahihannya jika benar. Saya meminta tindakan drastik yang berterusan dan berkesan diambil. Saya tidak menafikan dan saya mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang dibuat setakat ini oleh pihak berkuasa.
Di samping itu juga saya meminta agar kononnya cerita pengedaran syabu yang di Limbang berleluasa supaya ia dipantau, diambil tindakan yang berterusan dan juga saya tidak menafikan dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang dibuat selama ini.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Keduanya ialah tentang pembangunan di kawasan saya Tuan Yang di- Pertua. Selama ini saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Selama lima tahun saya berada di Dewan ini banyak pembangunan dibuat di luar bandar Limbang. Tapi ada satu, dua tempat bekalan air paling kritikal saya minta iaitu daripada Simpang Ukong menuju ke Pekan Medamit kerana ia adalah sub district supaya dipercepatkan untuk dibina. Dianggarkan oleh JKR hanyalah RM11 juta sahaja.
Keduanya ialah jalan luar bandar yang dulunya telah diadakan fasa pertama dan kedua, yang pertama sudah siap, Jalan Meritam ke Bong Abai sudah siap. Fasa kedua dalam pembinaan tetapi sedikit terbengkalai. Jadi saya minta ianya dipercepatkan supaya peringkat fasa ketiga diteruskan dalam rolling plan yang seterusnya. Keduanya ialah Jalan Bawang Ubur – Ukong - Mentawai fasa satu sudah hampir siap dibina, saya minta kerajaan meneruskan atau membina fasa kedua. Ketiganya ialah Jalan Ipai-Pendam. Fasa pertama sudah siap dan saya minta ianya diteruskan dalam rolling seterusnya.
Satu lagi ialah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan supaya minor specialist clinic diwujudkan di Limbang dan saya ingin tahu bila ianya akan dilaksanakan sebab saya difahamkan oleh DMO supaya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Satu lagi ialah tentang pendidikan. Saya meminta kepada kerajaan apalah kiranya saya difahamkan MRSM baru akan dibuat di Sarawak. Apalah salahnya kalau ianya dapat dibina di Parlimen Limbang dan juga sebuah kolej komuniti di Parlimen Limbang sebagaimana telah diumum penggal yang lepas satu kolej komuniti di setiap Parlimen.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah banyak membina PBR, rumah rakyat termiskin dan RMR, Rumah Mesra di Limbang. Akan tetapi yang belum ada pada masa ini ialah sebuah pun belum ada iaitu membina rumah mampu milik. Jadi saya minta kepada kerajaan untuk mewujudkan rumah mampu milik di Limbang juga.
Jadi yang terakhir iaitu sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak RM10 juta untuk dredging kuala Sungai Limbang, ianya terlambat sedikit sebab Kuala Limbang itu dipunyai oleh Brunei. Jadi mereka telah meminta untuk diadakan EIA report. Jadi saya harap EIA report dapat dipercepatkan dan selepas itu barulah kerja-kerja dredging untuk Sungai Limbang dapat dilaksanakan. Jadi saya minta supaya dipercepatkan sebab saya risau dalam masa lima tahun ini
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
mungkin kampung-kampung di tebing sungai ini apabila air pasang besar akan banjir disebabkan oleh sungai semakin cetek.
Jadi last not least, dengan izin, saya ingin membangkitkan satu perkara yang disuarakan oleh penuntut-penuntut dalam bidang teknologi. Saya meminta kepada kerajaan supaya Malaysian Board of Technologists diwujudkan secara sendiri dan bukannya diletakkan di bawah mana-mana lembaga yang ada. Ini adalah untuk memperkasakan program teknologi kejuruteraan yang kini ditawarkan oleh MTUN iaitu Malaysian Technical University Network serta UniKL.
Saya difahamkan program teknologi kejuruteraan di bawah MTUN ini juga menyediakan laluan kepada kelulusan politeknik dan juga kolej vokasional serta kolej kemahiran lain bagi menyediakan tenaga kerja mahir untuk industri negara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan selamat, negara tetap akan melakukan apa sahaja, insya-Allah. Usaha kerajaan ke arah itu berhasil dengan penurunan memberangsangkan dalam keseluruhan indeks jenayah jalanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Ya, insya-Allah.
Namun kita menyedari bahawa banyak lagi perlu dilakukan termasuk meningkatkan lagi rondaan komuniti untuk memastikan keluarga, kediaman dan keadaan jalan raya negara kita terjamin dan selamat. Insiden pencerobohan bersenjata di Sabah baru-baru ini menggemparkan semua rakyat di Malaysia yang kini menyedari bahawa keamanan dan keselamatan yang kita nikmati sekian lama tidak boleh dipandang mudah. Kita haruslah memberi penghormatan kepada anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban nyawa mereka untuk negara.
Serentak dengan itu kita bertegas dan serius untuk mengukuhkan lagi kawalan sempadan negara. Dengan itu marilah kita semua bersama-sama meneruskan pembangunan negara dan memacu menjadi negara maju baik di bandar mahupun di luar bandar.
Untuk mengakhiri saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di negara Malaysia yang tercinta. Sekian, saya menyokong.
Timbalan Yang diPertua[Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]
Terima kasih Limbang . Silakan Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli berhormat yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Selepas ini Labis ya, sedia.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dari tamadun Yunani ke tamadun Mesopotamia, dari Kota Babylon ke Kota Melaka. Tamadun-tamadun dan kota- kota yang berjaya mempunyai ciri-ciri tertentu, pertemuan pelbagai budaya dan warisan, keterbukaan dan pentadbiran yang adil. Sejarah menjadi saksi dan kita menjadi saksi kepada pertemuan pelbagai budaya dan tamadun di negara ini.
Kesultanan Melaka dan juga Pelabuhan Pulau Pinang yang menjadi pelabuhan terulung pada abad ke-15 dan ke-19 adalah contoh terbaik bahawa pertemuan pelbagai tamadun dan budaya membawa kemakmuran kepada negara.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Apabila Bandar Melaka dan Georgetown diisytiharkan sebagai Bandar Warisan UNESCO. UNESCO menyifatkan bandar-bandar ini dengan izin the influences of Asia and Europe have endowed the towns with a specific multicultural heritage that is both tangible and intangible.
Dari segi tangible atau zahirnya kita mempunyai seni bina bangunan yang mendapat pengaruh daripada pelbagai etnik dan budaya. Dari segi intangible atau yang tidak nyata, budaya di Melaka dan di Georgetown diperkaya dengan pengaruh budaya Melayu, Islam, Cina, India, Siam, Barat dan lain-lain lagi dari zaman dahulu sehingga sekarang. Sukacita ingin saya menarik perhatian Ahli Dewan sekalian kepada satu petikan daripada penulis terkenal William Somerset dengan izin Tuan Yang di-Pertua ia berkata; “Then it seemed to me that in these countries of the East, the most impressive, the most awe-inspiring monument of antiquity is neither temple, nor citadel, nor great wall, but man”. Penulis terkenal ini pernah singgah di Tanah Melayu ini ternyata merumuskan dengan baik sekali.
Kita menghargai peninggalan sejarah yang ada di kawasan bandar-bandar warisan akan tetapi mata tajam Somerset cukup mengenal kekayaan sebenar negeri bertuah ini iaitu penduduknya berbilang kaum dan budaya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hidup dalam keadaan pelbagai budaya adalah norma hidup kita, budaya majmuk adalah cara hidup kita dan ini bukanlah sesuatu yang asing dengan kita. Kepelbagaian bukanlah fahaman yang diimport dari Barat semata-mata. Kesatuan dalam kepelbagaian itu atau unity in diversity adalah warisan kita.
Ahli-ahli Yang Berhormat tidak kira dari Barisan Nasional atau pakatan, kita harus menolak anasir-anasir yang sentiasa memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan sentimen perkauman dan agama. Kita harus mempertahankan keharmonian dan kepelbagaian negara kita bersama-sama.
Tuan Yang di-Pertua, Bloomberg News pada 9 Mei 2013, empat hari selepas pilihan raya, telah membongkar satu skandal oleh 1Malaysia Development Berhad. Pada 19 Mac, 1MDB telah menjual bon sebanyak RM9 bilion. Bon ini diberikan kepada Goldman Sachs pada kadar yang lebih rendah daripada nilai sebenar. Jualan ini dilakukan dengan tergesa-gesa dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, seolah-olah UMNO-Barisan Nasional takut kalah dalam PRU ke-13.
Penjualan bon ini tidak dinilai oleh agensi penarafan padahal penilaian oleh agensi adalah satu prosedur standard sebelum bon dipasarkan. Goldman Sachs membeli bon tersebut pada harga 91 cent USD dari 1Malaysian Development Berhad tetapi selepas Goldman Sachs mendapat penarafan untuk bon tersebut, mereka menjualnya pada USD1.02. Ekoran daripada tindakan tergesa-gesa 1MDB dan Kerajaan Malaysia, Goldman Sachs telah merai keuntungan besar sebanyak RM600 juta. Sebenarnya sepanjang tahun lepas Goldman Sachs telah meraih keuntungan sejumlah RM1 bilion daripada 1MDB dalam beberapa penjualan bon yang lain.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini keuntungan yang sangat besar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat BR1M 2.0 hanya berjumlah RM3 bilion sahaja. Government sector telah mengaut keuntungan separuh daripada itu. Kerajaan Malaysia telah lama mengeluarkan bon. Kementerian Kewangan patut tahu tentang prosedur dan kaedah mendapatkan rating sebelum dipasarkan.
Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh buat kesilapan yang begitu besar. Maka saya minta Menteri Kewangan jelaskan, siapakah yang memberi surat sokongan untuk meluluskan bon 1MDB pada Mac 2013. Apakah rasional
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
kerajaan tergesa-gesa meluluskan jualan bon ini tanpa dinilai oleh rating agencies? Adakah jualan dibuat secara direct negotiation? Mengapakah ia tidak buka tender kepada trading house yang lain seperti Maybank, CIMB, Citibank, HSBC dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, pilihan raya ke-13 adalah pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Di Pulau Pinang ada satu NGO bernama Kelab 1Malaysia. Secara terus terang membeli undi semasa kempen pilihan raya.
Bagaimana mereka melakukan? Pada mulanya mereka menganjurkan Majlis Makan Malam 1Malaysia dengan segala logo dan lambang Barisan Nasional.
Mereka juga membuka kaunter di merata tempat di seluruh negeri Pulau Pinang.
Mereka mengajak pengundi-pengundi berdaftar dengan mereka.
Selepas mengisi borang mereka terus diberi RM200. Kemudian mereka diberikan satu voucher dan diberitahu jika UMNO Barisan Nasional menang, mereka akan dapat RM200 lagi. Semasa PRU ke-13 ribuan yang berdaftar dengan mereka. Sejurus selepas PRU mereka mula memberi duit. Mereka membuka kaunter di tiga tempat. Di Lorong Helang, Bayan Baru, di Tanjung Bungah dan di Pulau Betong, Balik Pulau. Ratusan pengundi beratur untuk mendapatkan duit. Ini adalah statewide concerted effort yang memerlukan perancangan yang rapi, logistik yang lengkap, memerlukan kakitangan yang ramai dan memakan belanja yang besar.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis pada 10 Mei tetapi polis memberitahu kita kena buat laporan kepada SPR. Kami pun lapor kepada SPR pada hari yang sama, akan tetapi SPR kata kita kena merujuk kepada MACC. Kita minta pihak berkuasa siasat Akta Kesalahan Pilihan Raya, seksyen 10(a) akan tetapi selepas dua bulan kita masih belum terima apa-apa maklum balas. Saya ingin tanya Perdana Menteri, siapakah sebenar di belakang Kelab 1Malaysia? Mengapa mereka boleh secara terus-terang menggunakan logo 1Malaysia dan Barisan Nasional?
Saya juga ingin tanya Menteri Dalam Negeri, SPR dan MACC, apakah status siasatan terkini terhadap kes ini? Ada apa-apa tangkapan? Ada siapa-siapa didakwa di mahkamah? Mengapa siasatan begitu lama? Berapa lama lagi siasatan perlu dijalankan?
Tuan Yang di-Pertua, pada 6 Jun 2013 satu seksyen susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh semasa pembinaan. Tanjakan tersebut berukuran lebih kurang 40 meter dari ketinggian 50 meter. Kejadian itu menyebabkan seorang mangsa bernama Tajuddin Zainal Abidin mati. Ini adalah kejadian kemalangan tapak pembinaan yang paling serius di dalam sejarah Malaysia dan berlaku di kawasan saya, Bayan Baru.
Kita haruslah kaji semula prosedur dan SOP pembinaan jambatan terutamanya sejak akhir-akhir ini banyak pembinaan seperti MRT di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, LRT extension dan pembinaan jambatan sedang dijalankan di Malaysia. Saya ingin menyeru Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya menubuhkan Independent Technical Investigation Committee dengan sepenuh kuasa penyiasat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Ya, sampai pukul 1.00, kan Tuan Yang di-Pertua? Untuk membuat siasatan tragedi ini secara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sampai pukul 12.55 tengah hari.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, saya gulung. Jadi, saya hendak minta Menteri Kerja Raya, adakah Kerajaan Pusat telah menubuhkan
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jawatankuasa Siasatan? Bila mereka akan mula jalankan tugas? Apakah hasil penyiasatan? Bilakah ia akan diumumkan kepada rakyat? Saya juga dimaklumkan kontraktor yang bertanggungjawab jika dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan di bawah OSHA, penalti kontraktor hanya sebanyak RM50,000 sahaja ataupun penjara tidak lebih dua tahun.
Saya rasa penalti sedemikian adalah terlalu ringan dan cadangkan kaji semula penalti tersebut. Satu lagi adalah kita perlu juga siasat kepada kontraktor.
Adakah kontraktor yang diamanahkan kerja-kerja mereka disubkan kepada kontraktor yang tidak berupaya menjalankan tugas.
Akhir sekali, adalah tentang Tuna Port di Batu Maung. Kita tahu ia tergendala sejak tahun 2007. Kontrak diberi kepada Tuna Port. Konsep Tuna Port sebenarnya baik cuma cara pelaksanaan itu terdedah kepada penyelewengan.
Malaysian International Tuna Port (MITP) di Batu Maung adalah usaha sama di antara LKIM dan Bindforce Sdn. Bhd. MITP mendapat surat sokongan, selalunya surat sokongan mendapatkan bon sebanyak RM240 juta, RM10 juta kurang daripada NFC. Akan tetapi Malaysian Rating Corporation telah menurunkan taraf MITP kerana kurang berupaya mengendalikan projek. Akhirnya projek ini tergendala dan wang RM240 juta lesap.
Saya ingin bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, apakah perkembangan terkini tentang MITP? Siapakah yang bertanggungjawab menandatangani surat sokongan? Apakah tindakan terhadap pihak yang berkenaan? Berapakah jumlah wang yang kerajaan terpaksa keluarkan untuk membayar balik bon yang dipinjam oleh MITP. Apakah masa depan Tuna Port di Batu Maung? Adakah Tuna Port akan terus beroperasi dengan pemilikan yang baru? Dengan kata-kata ini saya mengucapkan terima kasih. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dijemput Yang Berhormat Labis.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagaimana yang kita tahu, pelbagai kritikan telah dilemparkan mengenai pilihan raya ke-13. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya apabila saya menjadi pemerhati dan kajian saya untuk pilihan raya di United Kingdom sebagai perbandingan.
Untuk proses mendaftar pengundi, di United Kingdom tidak ada pendaftaran secara automatik. Pendaftaran untuk menjadi pengundi kebanyakan dilakukan melalui proses di mana borang dihantar ke rumah dan pengundi sendiri mengisi borang dihantar balik. Jika ingin undi secara pos, pengundi cuma perlu mendaftar dan kertas undi akan dikirimkan ke alamat mereka. Untuk mengambil kertas undi pada masa membuang undi mengundi tidak perlu memberi sebarang identifikasi kecuali diminta.
Dalam pilihan raya 2010 di United Kingdom terdapat beberapa isu, sebagai contoh kertas undi tidak mencukupi, tempat mengundi tutup hampir 30 minit lebih lewat daripada masa yang ditetapkan. Terdapat juga satu kes di mana seorang budak berumur 14 tahun dapat mengundi. Terdapat juga isu di mana ramai pengundi yang berdaftar di alamat yang sama. Ada juga mereka yang juga tidak dapat undi kerana tempat pengundi perlu ditutup pada masa yang ditetapkan.
Ditambah pula apabila keputusan diumumkan kewujudan hung parliament, di mana akhirnya perlu campuran di antara pihak Konservatif dengan Liberal Demokrat. Pokoknya, walaupun masalah timbul tiada rally, tiada isu untuk
Datuk Chua Tee Yong - Labis
mengungkit dan tiada pihak sengaja membuat atmosphere supaya rakyat tidak puas hati dengan kerajaan. Malah sama seperti Malaysia, cara menentukan kemenangan bukan mengikut undi popular tetapi first-past-the-post system.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Speaker boleh minta laluan sedikit?
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Selain itu, di Amerika Syarikat pada tahun 2000 walaupun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang bangun.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You bangkitkan, jadi kita tanyalah.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Walaupun Al Gore menang undi popular tetapi disebabkan sistem mereka adalah mengikut electro college yang menang adalah George W. Bush. Di mana terdapat juga isu besar mengenai pengiraan undi di Florida yang akhirnya melibatkan mahkamah di mana keputusan adalah 5/4 memihak kepada Bush. Apa yang kita harus ambil sebagai contoh adalah sikap dan reaksi Al Gore yang menerima kekalahan mengikut sistem pilihan raya negara beliau dan tidak meneruskan usaha untuk memburukkan imej negara.
Sama seperti di Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional juga telah kalah di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan juga menang secara majoriti tipis di Terengganu. Pihak BN menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat juga telah membentuk kerajaan di negeri masing-masing. Malah mengikut kajian Datuk Dr. Syed Salim, di negeri Selangor, Barisan Nasional menang undi popular 33% tetapi hanya dapat kerusi sebanyak 21%. Manakala Pakatan menang 65% undi tetapi mendapat 78 kerusi.
Maka saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat di sini ingat bahawa apabila Parlimen ke-12 dibubarkan kita bertanding melalui sistem first-past-the-post untuk menentukan kemenangan, tiada sesiapa yang mengatakan kita bertanding mengguna cara undi pupular.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Labis, kita sambung pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Labis.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa isu mengenai perumahan dan hutang isi rumah di negara kita. Berdasarkan kepada kajian syarikat perunding hartanah dunia Knight Frank CNBC telah meletakkan Malaysia di tangga kesembilan dari sepuluh negara yang mempunyai pasaran hartanah paling panas.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Sebenarnya, apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan spekulasi dan cooling measures yang akan dilaksanakan dan diimplementasikan? Ini kerana negara-negara seperti Singapura telah memperkenalkan anggaran tujuh pusingan langkah-langkah bagi menyejukkan permintaan dalam pasaran hartanah yang meliputi menaikkan bayaran pendahuluan, menaikkan duti setem ke atas cukai hartanah dan juga untuk kediaman mewah, cukai hartanah juga ditingkatkan secara berperingkat.
Ini penting kerana disebabkan harga hartanah yang meningkat, maka hutang isi rumah juga telah meningkat daripada RM465 bilion di tahun 2008 dan diramalkan mencecah RM754 bilion iaitu purata peningkatan 12.3% dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Ini adalah peningkatan sebanyak 62% dalam lima tahun.
Walaupun peningkatan hutang isi rumah bukan fenomena khusus di negara kita sahaja tetapi jika dilihat dari sudut nisbah bayaran balik hutang dan nisbah hutang isi rumah kepada nisbah pendapatan boleh guna, maka ia perlu perhatian kerajaan dan juga langkah-langkah susulan.
Menurut AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) Bank Negara Malaysia, secara umumnya nisbah bayaran balik hutang pada 30% boleh diterima iaitu satu per tiga daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk bayaran hutang pokok dan faedah. Walau bagaimanapun, nisbah bayaran balik hutang isi rumah Malaysia adalah 39.1% pada tahun 2006 dan telah meningkat sehingga pada tahun 2010 sebanyak 47.8%.
Nisbah hutang isi rumah kepada nisbah pendapatan boleh guna atau disposable income untuk Malaysia juga adalah antara yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 140.4%. Ia lebih tinggi daripada Singapura sebanyak 105%, USA sebanyak 123% dan Thailand sebanyak 52%. Ini bermakna, pinjaman yang diambil oleh setiap isi rumah di Malaysia adalah secara puratanya 1.4 kali melebihi pendapatan isi rumah.
Implikasinya adalah rakyat Malaysia dibebani dengan pinjaman berbagai- bagai termasuklah terutamanya perumahan kerana harga rumah yang semakin meningkat serta juga disebabkan oleh aktiviti spekulasi perumahan. Bank-bank dan institusi kewangan yang lain juga telah menggalakkan pinjaman dengan menawarkan bayaran pendahuluan yang rendah. Sementara itu, pemaju pula menyediakan insentif pemasaran dalam bentuk membayar kos transaksi tertentu dan juga kadar faedah. Akan tetapi kita sedia maklum, jikalau kadar bunga negara kita ditingkatkan, maka mungkin orang ramai yang tidak dapat membayar pinjaman atau faedah mereka.
Maka, untuk menangani isu perumahan ini, saya difahamkan Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk membina satu juta unit rumah mampu milik di seluruh negara dalam masa lima tahun yang akan datang. Ini adalah satu langkah yang pragmatik untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berhajat untuk membeli rumah.
Ini cara kita untuk menangani masalah rakyat kita dan tidak sekadar berjanji mulut. Kita kotakan janji. Saya harap kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga boleh mencontohi langkah Kerajaan Persekutuan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ini bermakna, apabila terdapat janji untuk membina satu juta unit rumah mampu milik di seluruh negara, bermakna secara puratanya Kerajaan Persekutuan perlu membina 200 ribu unit atau 548 unit setiap hari bagi mencapai sasaran satu juta unit seperti yang dijanjikan. Ini bukanlah satu tugas yang mudah dan saya amat berharap agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pembinaan rumah mampu milik ini perlu memberi sumber tenaga
Datuk Chua Tee Yong - Labis
manusia yang mencukupi bagi merancang dan memantau projek pembinaan yang dijalankan agar rumah-rumah atau kondo-kondo tersebut dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan serta mutunya terjamin.
Selain itu, kita juga perlu ada satu mekanisme yang rapi untuk mengelakkan unsur spekulasi dalam kalangan penjual dan pembeli rumah mampu milik ini. Untuk ini, saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian, setakat ini berapa ramaikah pembeli yang sudah berdaftar untuk membeli rumah mampu milik ini dan bilangan unit rumah yang hendak dibina di setiap negeri bagi lima tahun akan datang? Apakah bentuk penglibatan dan kerjasama kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek rumah mampu milik ini?
Selain itu, penjawat awam juga menghadapi masalah memiliki rumah yang mana CUEPACS sendiri mengumumkan bahawa 60% penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 ke bawah tidak mampu membeli rumah.
Bagaimana kerajaan ingin menangani isu tersebut kerana mereka juga tidak mampu beli rumah PR1MA?
Tuan Yang di-Pertua, kadar kenaikan harga hartanah adalah tertinggi terutamanya di negeri Johor, Pulau Pinang, Selangor, Sabah serta Wilayah Persekutuan. Untuk itu, saya berharap, kementerian yang berkenaan juga perlu mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga ini. Selain daripada kenaikan kos pembinaan, saya cadangkan kajian dibuat untuk melihat sama ada terdapat perubahan daripada segi polisi kerajaan negeri yang turut menyumbang kepada peningkatan kos kepada pemaju. Sebagai contoh, mungkin cukai-cukai yang baru telah diadakan dan dilaksanakan. Jika kos pembinaan bertambah, maka tentulah pemaju akan mengalirkan kos berkenaan untuk dipikul oleh pembeli.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu jenayah semakin berleluasa. Penjenayah semakin ganas, kejam dan macam tidak takut kepada polis serta penguat kuasa.
Malah melakukan perompakan dalam hari siang di tempat umum dan juga di tempat makan. Maka adalah penting untuk kerajaan memerangi jenayah dengan lebih agresif tetapi ia tidak harus berhenti di tahap itu sahaja. Kita harus melihat apa puncanya masalah jenayah bertambah. Kita perlu mengkaji apakah punca masalahnya sama ada terdapat perjudian yang berleluasa, masalah dadah, pengangguran, masalah keluarga pecah dan sebagainya. Malah dalam akhbar ada yang mendedahkan juga bahawa senjata api senang diperoleh. Kajian menyeluruh perlu dijalankan dan kerajaan harus menangani isu jenayah dan juga puncanya untuk meyakinkan rakyat terhadap keadaan keselamatan di negara kita.
Datuk Chua Tee Yong - Labis
Tuan Yang di-Pertua, mengenai kawasan saya. Saya berharap Kementerian Pelancongan dapat meneruskan usaha untuk memberi peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur pelancongan di Labis. Bagi tempat air panas dan pelebaran jalan ke kawasan air panas, infrastruktur air terjun dan jalan pintu masuk ke taman negara. Walaupun pada penggal yang terdahulu terdapat amaun yang diberikan tetapi ia masih tidak mencukupi.
Selain daripada itu, baru-baru ini Segamat Inland Port juga telah mula diuruskan. Saya berharap kementerian yang berkenaan dapat menolong menjayakan projek ini dengan menarik lebih banyak pelaburan supaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan Parlimen Labis.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai kuasa untuk membuat pilihan sama ada untuk menyokong mana- mana parti. Maka untuk memastikan sesebuah parti terus dapat mentadbir dan kekal, kita harus sentiasa berusaha untuk mendapat sokongan rakyat. Walaupun menurut Tan Sri Dato’ Dr. Michael Yeoh, CEO ASLI bahawa Barisan Nasional kalah 96% kerusi di mana komposisi pengundi Cina adalah 40% ke atas, yang
Datuk Chua Tee Yong - Labis
penting adalah kita harus melihat bagaimana kita dapat meyakinkan semula rakyat untuk menyokong kerajaan.
Menyingkirkan atau membalas dendam tidak akan membuahkan hasil dan tentu tidak akan dapat menjamin kemenangan pada PRU ke-14. Saya yakin kita tidak akan berputus asa dan kita akan sentiasa berusaha supaya kita boleh mentadbir semula di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Maka, kita jangan menyalahkan mereka yang tidak menyokong kita. Ini kerana kerja kita adalah untuk meyakinkan semula rakyat supaya mengundi Barisan Nasional untuk memastikan Barisan Nasional kekal sebagai pilihan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tanjong.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang, Tanjong buat pertama kalinya menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya meraih 51% undi popular walaupun Barisan Nasional yang hanya meraih 47% undi popular tetapi akhirnya dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.
Maka Kerajaan Persekutuan yang dibentuk oleh Barisan Nasional hanyalah kerajaan minoriti yang tidak popular di kalangan rakyat.
Sebagai kerajaan minoriti, Barisan Nasional tidak boleh dengan sesuka hati menafikan suara ataupun pandangan yang diluahkan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Anjakan paradigma adalah perlu supaya Barisan Nasional tidak lagi menggunakan pendekatan lama untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
Pendamaian nasional seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri amatlah dialu-alukan. Akan tetapi saya berasa amat hairan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa jika kita hendak national reconciliation, terimalah keputusan PRU ke-13 dahulu.
Jikalau kita ingin menjayakan pendamaian nasional, maka Barisan Nasional perlulah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat supaya kepentingan- kepentingan rakyat dapat dipertahankan tanpa mengambil kira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik mereka. Saya berasa hairan apabila difahamkan selepas PRU ke-13 ini, peruntukan untuk 89 kawasan Parlimen yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di mana peruntukan kawasan-kawasan ini telah dikurangkan dan tidak setimpal dengan peruntukan yang diperolehi oleh kawasan-kawasan Parlimen di bawah Barisan Nasional. Di semenanjung, kawasan-kawasan Pakatan Rakyat hanya mendapat RM0.3 juta. Manakala di Sabah dan Sarawak pula mendapat RM0.5 juta. Akan tetapi bagi Barisan Nasional mendapat RM1 juta dan RM1.5 juta masing-masing.
Oleh itu saya berasa amat hairan kerana ini seolah-olah kawasan- kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat telah dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang menyokong Pakatan Rakyat. Jadi saya menyahut seruan daripada Yang Berhormat Labis tadi agar mereka yang menyokong Pakatan Rakyat tidak akan mendapat layanan yang tidak setimpal dengan Barisan Nasional.
Saya rasa untuk mencapai matlamat pendamaian nasional, usaha-usaha yang murni seperti berikut harus diambil. Pertama, dasar-dasar dan undang- undang Kerajaan Persekutuan perlulah adil dan saksama terhadap rakyat yang berbilang kaum dan agama. Di mana kepentingan-kepentingan golongan minoriti juga dapat dipertahankan.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Kedua, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, perlulah berunding bagi pelaksanaan projek-projek yang berkepentingan rakyat. Ketiga, tindakan undang-undang juga diambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta mengapi-apikan sentimen perkauman termasuk Utusan Malaysia, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Mohd Noor Abdullah dan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.
Keempat, kos pembinaan sekolah-sekolah serta premis-premis sekolah baru termasuk SKJ(C). SKJ(T), SMJK dan sekolah mubaligh perlulah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan pengiktirafan sijil UEC perlulah dilakukan dengan segera.
Kelima, kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dalam aspek pengangkutan awam dan perumahan termasuk perkhidmatan teksi dan feri khususnya di negeri Pulau Pinang dapat diturunkan atau dikongsi bersama dengan kerajaan negeri.
Keenam dan juga terakhir pilihan raya kerajaan tempatan dipulihkan supaya sistem demokrasi kita dapat diperkasakan dan persempadanan semula bahagian- bahagian pilihan raya perlulah dilakukan secara rundingan bersama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. Saya berasa kesal hanya satu permohonan daripada 101 permohonan yang dikemukakan diluluskan bagi negeri Pulau Pinang iaitu untuk projek perumahan Taman Emas di Sungai Batu, Teluk Kumbar.
Negeri Pulau Pinang mempunyai projek kemajuan berstrata yang ketiga terbanyak selepas negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Namun mengapa satu projek sahaja yang diluluskan setakat ini? Bagaimanakah dengan negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kemajuan berstrata yang lebih rendah? Saya ingin memohon statistik permohonan dan kelulusan TP1M bagi setiap negeri untuk membuktikan bahawa tidak berlaku ketidakadilan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat Perdana Menteri dalam ucapannya pada Bajet 2013 yang mengumumkan hanya 70 unit daripada 20,454 unit rumah mampu milik yang akan dibina di negeri Pulau Pinang. Apabila pilihan raya menjelang, Barisan Nasional mula membuat janji supaya sejuta rumah mampu milik akan dibina dalam masa lima tahun yang akan datang termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia dengan kerjasama sektor swasta.
Sekarang dengan Barisan Nasional terus memerintah di peringkat persekutuan walaupun tidak berjaya menawan semula negeri Pulau Pinang, adakah janji-janji yang telah dibuat seperti pembinaan 9,999 unit rumah mampu milik di sekitar Padang Tembak akan ditepati?
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan tertuduh bagi kes pembunuhan Chee Gaik Yap yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Saya ingin menggesa supaya Peguam Negara dan pihak polis dapat mengkaji penghakiman kes ini supaya rayuan dapat dikemukakan bagi pihak keluarga si mati dengan segera. Tertuduh hanya didakwa di atas pertuduhan membunuh dan bukannya kesalahan merogol sehingga akhirnya dapat dibebaskan atas alasan kekurangan bukti yang kukuh.
Memandangkan keluarga si mati menyatakan hasrat supaya rayuan dapat dikemukakan oleh Peguam Negara dan setakat ini terdapat 170 repot polis yang telah dibuat dan diterima oleh IPD Kuala Muda dan juga ada lebih 30,000 tandatangan yang dikutip daripada kalangan awam, maka Peguam Negara harus mengarahkan supaya siasatan selanjutnya dapat dilakukan oleh polis supaya
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
bukti-bukti baru dapat diperolehi bagi memastikan hukuman yang setimpal dapat dijatuhkan ke atas tertuduh tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu pembelian enam littoral combat ships atau second generation patrol vessels oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan kos RM9 bilion.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Ini bercanggahan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini yang menyebut kos terlibat hanyalah RM6 bilion. Kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada Disember 2011 untuk disiapkan pada tahun 2017. Secara kebetulan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) telah merekodkan kerugian sebelum cukai RM112.3 juta pada tahun 2012 walaupun keuntungan sebelum cukai setahun sebelum itu adalah RM18.5 juta.
Menurut BHIC, keuntungan terjejas adalah disebabkan oleh kenaikan kos dan pembinaan kapal-kapal komersial. Namun demikian, BHIC yakin bahawa keuntungan dapat diperolehi semula dengan kontrak-kontrak LCS yang telah diberikan. Menurut Amerika Syarikat, kos terkini untuk pembinaan sebuah littoral combat ships adalah USD440 juta atau bersamaan dengan RM1.36 juta. Kenapa BHIC di Malaysia pula diberi harga tawaran yang lebih tinggi iaitu RM1.5 juta untuk sebuah LCS? Adakah kontrak-kontrak kepada BHIC telah diberikan dengan kos yang lebih tinggi bagi tujuan membantu Boustead untuk menanggung kerugiannya?
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu yang akhir. Pada 13 Jun 2013, runtuhan menara konkrit dari Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang telah menghempap dan menyebabkan dua orang maut. Terdapat beberapa kereta yang mengalami kerosakan tetapi syarikat-syarikat insurans enggan memberi pampasan kepada tuan punya kereta terbabit. Saya ingin memohon bantuan Bank Negara supaya pampasan insurans dapat dibayar oleh syarikat insurans kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanyakan JKP Sdn Bhd yang merupakan pemilik Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang dan sebuah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Adakah Kementerian Kewangan sanggup mengarahkan JKP untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya serta memberi pampasan kepada mereka yang terbabit? JKP Sdn Bhd tidak boleh meleraikan tanggungjawabnya ke atas insiden tersebut atas sebab pihaknya bersikap cuai dengan tidak melakukan pemeriksaan ke atas keselamatan dan juga kestabilan struktur-struktur Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang.
Saya berasa amat kesal apabila difahamkan Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang dimulakan kerja-kerja pembinaan sebelum pelan bangunan diluluskan dan sijil menduduki telah dikeluarkan dalam empat hari selepas kelulusan pelan bangunan pindaan. Lebih-lebih lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Ng Wei Aik - Tanjong
Akhir. Lebih-lebih lagi Bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang tersebut dibina atas tanah wakaf yang tidak harus diperdagangkan tetapi keseluruhan bangunan tersebut telah dijual kepada JKP Sdn Bhd. Jadi, dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
[Bangun]
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansor - Silam
[Bangun]
Tuan Khoo Soo Seang - Tebrau
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya dalam membahaskan usul menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin melafazkan kesyukuran juga dan berterima kasih kerana kita lihat ucapan pembangkang rata-ratanya menerima keputusan pilihan raya di mana Barisan Nasional telah menang dari segi undang-undang dan perlembagaan.
Kita juga tahu ada juga dari kalangan pembangkang yang tidak terima dan mempertikaikan isi Titah Ucapan tersebut di mana ianya tidak memenuhi selera pembangkang. Saya juga mengakui Barisan Nasional tidak dapat 51% seperti mana pembangkang dakwa. Ini adalah kerana kita lihat, kita akui kerana pemimpin pembangkang adalah mereka yang berkebolehan dan popular.
Jadi pelakon boleh, jadi penyanyi boleh dan video boleh. Ini macam pelakon popularlah. Kembar seiras pun banyak. Jadi, dalam filem-filem – Jadi macam itulah apabila kita tengok internet gambar seiras itu ramai orang minat, bukan? Jadi, sebab itulah mereka mendapat undi popular. Kita juga lihat bahawa pembangkang ini pandai menipu dan memanipulasi. Pandai menipu. Tidak apa, kita tengokkan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tipu, memanipulasi dan memainkan isu perkauman.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Padang Besar menghina rakyat yang mengundi. Dikatakan mereka mengundi ini tidak betul seperti hendak jadi popular.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai sebelah sini, Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa, tidak apa.
Dengar dahulu. Sekejap lagi saya beritahu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Oh! Sorry. Minta maaf, Yang Berhormat Padang Besar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kadang-kadang orang pembangkang ini dan juga - saya akui ini, hendak beri kredit dekat pembangkang ini. Saya akui juga Pembangkang ini dari segi demonstrasi jalanan pun menang, hebat. Kita menang pilihan raya, dia menang demonstrasi jalan raya. Hebat!
Seorang Ahli
Betul.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi, kita lihat apa yang kita akui ini. Jadi selepas ini...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi jangan menghina pengundilah, itu yang kita hendak hormati.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudahlah.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kita lihat di sesetengah tempat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dia tidak beri jalan Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
...kita lihat demonstrasi.
Walau bagaimanapun, pembangkang mendakwa popular. Sebanyak 5 juta lebih pengundi menyokong mereka. Akan tetapi kita lihat walaupun dapat sambutan, hanya 10,000 ke 20,000 pengundi tidak menggambarkan populariti mereka. Cuma kita lihat tempat di Padang Merbok sahaja yang kurang orang sedikit. Sebab apa?
Sebab pada masa itu jerebu. Jadi, pembangkang ini takut jerebu daripada polis pula, bukan?
Jadi Yang Berhormat sekalian, kita mengakui. Akan tetapi selepas ini kita mintalah kalau bolehlah kita akui Barisan Nasional menang, kita akui populariti pembangkang janganlah buat demonstrasi lagi. Ini kerana saya lihat di sini apabila Yang Berhormat pembangkang melihat hendak menjaga ekonomi, turun harga kereta dan isu pekerja-pekerja. Jadi kalaulah ada demonstrasi ini kita lihat bahawa pelabur takut hendak datang. Takut, saya tidak apa. Tadi orang kata hendak datang, traffic jam dan orang hendak cari makan susah kerana ada demonstrasi.
Akan tetapi saya ini, di kawasan Padang Besar kita melakukan program-program ekonomi dan cari pelabur. Apabila ada demonstrasi, maka pelabur-pelabur takut hendak datang.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi, kesianlah kepada rakyat negeri-negeri yang berpeluang berusaha untuk memperkukuh ekonominya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kalaulah pelabur datang, yang dapat kerja itu juga penyokong pembangkang pun dapat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi, kerajaan kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Pelabur tidak terjejas dan juga pengunjung-pengunjung ke Malaysia pun sedikit.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya hendak sentuh sedikit tentang undi populariti ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi ini mana fakta? Mesti beri fakta yang betul.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tadi pun kita tengok tidak habis-habis...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Padang Besar.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerajaan kata tidak terjejas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa, duduk, duduk. Ini floor saya. Sekejap lagi, sekejap lagi saya beri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Padang Besar.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita dalam debat mesti cakap yang benar dan betul mengikut statistik dan fakta-fakta.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Okey, okey.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Padang Besar, kena jaga standard Yang Berhormat Padang Besar.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri kata tidak terjejas.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dahulu Ahli Parlimennya cukup hebat, cemerlang. Ini Yang Berhormat nampak macam merapu sahaja.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa, tidak apa.
[Ketawa]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kena jaga standard.
Dahulu, Yang Berhormat Padang Besar ini Pengerusi PAC. Dia berbahas dengan cukup tertib.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa, kita beri...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kena jaga standard.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa, saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak apa. Okey, Yang Berhormat Seputeh sebab saya hormat dia. Sebab dalam dunia ini saya hormat dua pemimpin. Satu Benazir Bhutto, satu Teresa Kok. Benazir Bhutto sudah mati tinggal Teresa Kok sahajakan? Saya sokong. Okey, terima kasih.
[Ketawa] Silakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh! Yang Berhormat, orang baru ya. Baru masuk cakap-cakap, semua around the world, tidak ada point, tidak ada isi. Salin sana, sini punya. Soalan saya, kita lihat Hong Kong yang dapat paling banyak pelaburan asing. Pada minggu lepas, mereka baru ada satu demonstrasi yang begitu banyak orang menghadiri. Kita lihat di Thailand, mereka berdemonstrasi beberapa bulan pun, tetapi kalau kita membandingkan pelaburan yang masuk ke Thailand dengan Malaysia, kita dapati pelaburan asing yang masuk ke Thailand, Hong Kong dan banyak negara maju ini, yang ada banyak demonstrasi ini jauh lebih banyak daripada Malaysia.
Jadi, jangan salahkan kita adakan “sokonglah pilihan raya yang bersih, adil dan bebas”.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya minta kalau boleh jangan ada demonstrasi. Kalau hendak buat juga tidak tahulah. Sebab kita sudah sama-sama akui ini. Saya ingin menyentuh sedikit tentang undi popular ini sebab tiap-tiap kali ucapan, pembangkang sentiasa menimbulkan undi popular. Ini kerana kalaulah saya tidak sentuh jadi kita takut pengundi-pengundi rakyat di kawasan saya terpengaruh. Jadi, saya hendak sebut sedikitlah sebab apa? Sudah 12 kali pilihan raya, kita tidak pernah pertikai pun undi popular ini. Ia bukan baru, sekarang sahaja baru hendak pertikai. Jadi, sekarang ini saya hendak minta, kalaulah kadang-kadang orang undi pembangkang ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sedikit?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kalau itu jadi actor.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan aktor.
[Ketawa] Kita ini wakil rakyat. Yang Berhormat, sedarkah pembangkang ini meroyan?
Apabila sudah kalah tidak boleh memerintah, dia hendak cetuskan pula popular vote? Popular ini Barisan yang menanglah. Itulah kerusi dia, 133 - 89. Mana ada istilah macam ini. Yang Berhormat Seputeh menang banyak sebab pengundi dia banyak, itu sahaja. Kalau dia bertanding kawasan saya, mungkin hilang deposit Yang Berhormat Seputeh ini.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Besar tiga minit lagi tinggal Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Alamak. Okey, Yang Berhormat. Pertama sekali, kadang-kadang orang mengundi pembangkang ini bukan untuk jadi kerajaan, ini kerana hendak undi suruh jadi pembangkang. Akan tetapi saya perlu disebut di sini tentang penipuan dan isu-isu perkauman hendak dapat undi popular untuk apa? Untuk apa hendak bangga kalau hendak mainkan isu perkauman, menipu? Okey contohnya, isu undi Bangladesh 40,000.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Mana ada! Ramai terpengaruh, mana ada. Saya pun nasib baik orang kawasan kenal, kalau tidak saya pun jadi calon Bangladesh.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kita sebut 40 pengundi yang boleh diragui, bukan Bangladesh. Cakap betul, jangan cakap fitnah di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ini ayat Al-Quran mana ini, nak dalil ni? Okey PAS, ayat Al-Quran mana ini nak dalil ini? 40,000 undi. Isu Lahad Datu, saya mahu cakap sikit sahaja lagi.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Do your research, get your facts straight first.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak mengapa. Isu Lahad Datu, ramai yang mengatakan bahawa isu Lahad Datu ini sandiwara.
Pemimpin cakap sandiwara, ini apa ini? Tidak menipu? Sandiwara, tadi pembangkang bercakap, saya tengok ada isu-isu pembangkang bercakap tentang hendak...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Siapa cakap sandiwara? Sebut itu ulang di luar. Siapa cakap, ulang di luar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak mengapa, sandiwara...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Gombak marah apa pasal?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Sabar, sabar, sandiwara! Kita ini lihat kesian kepada anggota polis keluarga terkorban, ibu,
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
anak-anak kehilangan bapa dia, isteri kehilangan suami. Akan tetapi apabila kita terdengar pembangkang isu apa? Seolah-olah semua anggota polis ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sandiwara.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jahat-jahat, sandiwara.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Senang sahaja, ulang di luar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah, tidak boleh bagi laluan macam itu Yang Berhormat, tidak boleh. Tidak boleh macam itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Akan tetapi apabila bercakap isu penjenayah di dalam lokap yang mati sorang, kononnya bising. Ini polis sudah buat seolah-olah UMNO sudah bunuh seorang penjenayah di dalam lokap, polis sudah bunuh, menipu pengundi!
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Inilah yang berlaku!
Padahal kita sudah bagi tahu kalau siapa polis yang buat prosedur yang salah, kita dakwa. Saya hendak sentuh sedikitlah, masa sikit sahaja lagi. Tentang 60,000 pengundi hantu di Sabah. Ini saya hendak teranglah ini tidak mengapalah. Tuan- tuan kata menipu 60,000 pengundi Sabah mengundi Barisan Nasional. Tuan-tuan, pengundi – Ahli Dewan Yang Berhormat, pengundi Sabah 60,000 masa UMNO tiada lagi. Belum ada UMNO exercise untuk buat pendaftaran IC. Masa itu Tun Mustapha yang ada pada sekitar tahun 1990 bersama dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Masa itu, okey.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat, saya terpanggil. Kelmarin wakil DAP Kota Kinabalu, dia menyebut pengundi hantu di Kinabatangan.
Seorang Ahli
Ya, betul.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini Yang Berhormat, memang penipu! Dia ingat ini Dewan Undangan Negeri, saya Yang Berhormat, setujukah dengan saya, Yang Berhormat ini mungkin pendatang tanpa izin sebab dia tidak fasih berbahasa Melayu dan lagi, di Kinabatangan itu tiada pengundi hantu yang tidak ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Pendatang tanpa izin, yang ada pekerja asing.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Setujukah Yang Berhormat bahawa pengundi di Sabah hantu itu memang tidak wujud! Seperti pembangkang dakwa.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
You were not here yesterday Yang Berhormat. That was exactly what Yang Berhormat Kota Kinabalu said, ya.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Semasa pilihan raya Yang Berhormat, kita tengok ada penambahan pengundi. Penambahan pengundi...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Isu ini menipu, isu ini menipu!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
You know what Yang Berhormat Kota Kinabalu cakap semalam dengan Yang Berhormat Kinabatangan. You check the Hansard.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tiap-tiap kawasan ada orang pindah pengundi, tiap-tiap kawasan. Kita tidak pertikai pun!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
You check the Hansard, what Yang Berhormat Kota Kinabalu said about Yang Berhormat Kinabatangan yesterday.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya hendak terang 60,000 ini kerana apa, kerana pertuduhan ini sebab apa pada masa itu ada keluarga kaum Sulu di Kampung Air, minta IC, tempat nelayan minta IC.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Kebanyakannya di antaranya keturunan Bugis dan Sulu. Pada masa itu, Tun Dato’ Mustapha minta bahawa diberi IC kepada mereka ini. Ini belum UMNO masuk Sabah lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Permatang Pauh bangun, Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Belum, masa itu USNO. Selepas itu apabila kata pengundi hantu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya kena bagi dulu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana saya sebut tentang kenyataan 60,000 itu, ini bukan cerita lama. Ini kenyataan Tan Sri Aziz Pengerusi SPR, tahun lalu 2012. Dubious voters dalam list, hang fahamkah... ‘hang’ pulak, Yang Berhormat bacakah. Minta maaf, minta maaf, tarik balik.
[Ketawa] Yang Berhormat, bukan ini cerita lama pendaftaran lama, ini pendaftaran dia kata yang sudah masuk dalam senarai yang ada sekarang berdasarkan kepada kemasukan baru dalam senarai ini. Ini kenyataan Tan Sri Aziz Pengerusi SPR.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya tidak tahulah tetapi...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak tahu inilah saya bagi tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak mengapa ini saya hendak terangkan. Saya tahu yang dirujukkan itu adalah orang yang ada IC tetapi pendaftaran baru dibuat. Mungkin dia buat di tempat lain untuk daftar pengundi baru tetapi saya hendak bagi tahu, 60,000 siapa yang dok pi tengok bahawa mereka ini undi Barisan Nasional. Tuduhan tidak betul. Kalau mereka mengundi, kalau Barisan hendak jaga 60,000 seorang-seorang suruh undi Barisan Nasional tidak benar. Tidak ada orang boleh buat eh! Tidak ada, tidak apa, saya hendak teruskan sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya hendak sentuh sedikit tentang perkauman ini. Saya hendak tengok ini dekat Pulau Pinang ini.
Program Heritage Celebration tentang national unity dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga council bandar raya Pulau Pinang ini. Dianjurkan, tengok ini, tidak ada pun bahasa Malaysia, tidak ada. Yang ada bahasa Cina dan bahasa orang putih tetapi warisan Pulau Pinang. Kononnya national unity. Saya tengok DAP bercakap, national unity, selepas itu tengok...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Adakah sasaran buku itu adalah untuk orang asing? Kalau untuk pelancong Cina...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, tidak boleh macam ini Yang Berhormat tidak boleh.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Masa tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh, saya minta bantuan Yang Berhormat, jangan mencelah macam ini Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ini saya hendak bagi tahu tulis ini ‘heritage’, ‘g’ ini macam wau ada titik tiga, ini menghina ini tulisan jawi.
Menghina tulisan jawi, ini maknanya ini national unity Pulau Pinang. Selepas itu saya hendak bagi tahu, Pulau Pinang cipta tentang perkauman. Tidak ada pun sekolah hindu yang dibuat di Pulau Pinang, tidak ada! Hindu tukang bising sahaja di Pulau Pinang, Tamil! Okey, tidak mengapa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa habis Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Isu perkauman. Jadi, saya hendak sentuh sedikitlah, saya masa tidak ada ini, saya hendak sentuh sedikit tentang Dato’ Najib. Yang Berhormat daripada pembangkang kata, Dato’ Najib mengeluarkan kenyataan, “apa lagi Cina mahu?”.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pekan, Pekan. Yang Berhormat Pekan.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Pekan, Pekan. ‘Apa lagi Cina mahu?’ Jadi, saya hendak bagi tahu, Dato’ Najib sebut itu kerana- sorry, Pekan. Yang Berhormat Pekan sebut itu mengatakan bahawa dia sudah bagi macam-macam. Datang pujuk dia minta peruntukan dan sebagainya, jadi dia bagi.
Kita hendak sokong, berjuta-juta minta untuk sekolah Cina, dia bagi. Apa yang tidak bagi tetapi selepas itu kena tipu. Dia kata macam itu sebab dia kena tipu! Dia kena tipu, kata hendak undi tetapi tidak undi. Akan tetapi sekarang ini orang Melayu bertanya, apa Cina mahu?
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Ini orang Melayu tanya ini, apa Cina mahu?
Pertama sekali jadi wakil rakyat boleh, jadi Ketua Menteri boleh, semua boleh, Speaker boleh. Apa tidak istimewa?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail - Jelebu
[Bangun]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
1 sampai 10 kaya orang Cina, apa lagi Cina mahu? Orang Melayu tanya. Tentang national unity ini, apa pertikai sebab kalau dapat 90% undi Cina, maknanya ada sesuatu yang dibuat seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kalabakan, Red Bean Army kah, apa army, saya tidak peduli! Akan tetapi ada isu yang mengatakan tersebut. Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa apa pun, kita hendaklah faham. Dalam membina national unity ini ataupun perpaduan kaum ini
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
yang pertama sekali kita kena erti bahawa Melayu itu tuan. Melayu itu tuan, bukan saya tuan. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong itu adalah tuan. Tidak payahlah, mungkinlah DAP hendak buat republik, lain cerita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bolehlah, cukup Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Akan tetapi yang pertama sekali saya hendak nyatakan, sebab itu kita sebut Yang di-Pertuan Agong.
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi kena respect, kena hormat. Kita kongsi, no equal rights.
Tidak ada lagi seorang raja Cina, tidak ada! 9 Raja Melayu sahaja. Tidak ada lagi satu raja Cina, equal rights, no equal rights!
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Okey, Tuan Yang di-Pertua, sikit saya hendak sentuh kawasan Padang Besar. Pertama sekali, sudah habis sudah, saya hendak sebut kawasan Padang Besar sedikit. Padang Besar ini kita mintalah kawasan yang kurang maju ini, kawasan-kawasan yang menyokong Barisan Nasional dan kurang maju ini saya mintalah kalau boleh kita bagilah sedikit peruntukan geran tambahan oleh Kerajaan Pusat. Saya minta Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan MITI, sebab Padang Besar kita mencadangkan di Perlis ada satu kawasan bebas cukai.
Kita mintalah tumpuan dibagi untuk kita dapat kelulusan kawasan tersebut.
Keduanya adalah projek perumahan. 30 tahun di kawasan di Titi Tinggi, tidak ada perumahan rakyat miskin.
[Dewan riuh]
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Tidak ada projek perumahan.
Jadi, kita mintalah selepas ini, ini Padang Besar. Kalau boleh diwujudkan Program Perumahan Rakyat.
Ketiga, masa sudah hendak habis sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang lain diam Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Yang lain diamlah.
Tolonglah, ini untuk Padang Besar kan.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Sudah 30 tahun sudah, tidak maju-maju lagi. Masalah itu.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Terima kasih. Yang ini kita minta. Kalau boleh satu lagi, kita pun sudah memohon hospital tetapi peruntukan telah ditarik balik. Jadi, kita mintalah selepas ini Kementerian Kesihatan memberi keutamaanlah sebab projek telah lulus dan Padang Besar memerlukan satu hospital.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Jadi, saya ucap terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Besar, boleh Yang Berhormat.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin - Padang Besar
Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bachok.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Bismillahi Rahmani Rahim, [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil dalam perbahasan Titah Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada kali ini. Sebagai ahli yang baru dalam
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Dewan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih (jazakumullah khairul jaza) terutamanya kepada pengundi saya yang memilih saya di Parlimen Bachok.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan bicara dengan memetik beberapa ayat Allah SWT sebagai gambaran intisari ucapan saya [Berucap dalam bahasa Arab] yang kedua ayat Allah SWT.
[Berucap dalam bahasa Arab] Pertama, Allah sebut dalam al-Quran bahawa sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk yang sangat benar, yang sangat betul dan al-Quran juga memberi khabar gembira kepada orang-orang yang mengerjakan amal yang soleh bahawa mereka akan diberi ganjaran pahala yang sangat besar. Ayat yang kedua Allah sebut sebagai peringatan kepada kita meletakkan taraf memberi inzar dan juga peringatan menegur pemerintah ini sebahagian daripadanya sebagai setaraf dengan jihad fisabilillah.
Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya hendak sebutkan ialah, [Berucap dalam bahasa Arab] merupakan pengisian yang perlu dijadikan bahan utama dalam kita meneruskan agenda dakwah kepada seluruh umat ini. Inzar membawa maksud memberi peringatan, “thabshir” khabar gembira dan inilah Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad SAW. Maka saya mengambil kesempatan untuk menyertai perbahasan pada kali ini bukan untuk bergaduh dengan sesiapa tetapi sebagai menyumbang kepada apa yang disebutkan tadi.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya sepanjang berada dalam Dewan ini ialah apa yang disebut oleh Perdana Menteri sebagai national reconciliation dalam bahasa Arabnya disebut.
[Berucap dalam bahasa Arab] Kalau boleh dicadangkan kepada Perdana Menteri sebab Perdana Menteri semakin berminat mengguna istilah-istilah seperti wasatiyyah. Maka [Berucap dalam bahasa Arab] lebih hampir kepada apa yang cuba untuk dibawakan barangkali pada tanggapan saya oleh Yang Berhormat Pekan. Dalam kitab [Berucap dalam bahasa Arab] karangan allal al-Fasi dia meletakkan beberapa asas yang penting kepada national reconciliation ini. Pertama yang disebut, [Berucap dalam bahasa Arab] menegakkan keadilan dan memperakui keadilan tersebut. Kedua [Berucap dalam bahasa Arab] memberikan hak kepada mereka yang hak. Ketiga [Berucap dalam bahasa Arab], yang ketiga ialah mengurus tadbir permasalahan dan persoalan yang berkaitan kebajikan rakyat atau pun apa yang kita sebut sebagai good governance, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua maka atas asas beberapa isu yang saya ingin kemukakan, ketengahkan. Pertama beberapa dasar yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada sesi yang lepas. Antaranya ialah pemansuhan akta ISA tetapi dari segi tindakan masih lagi ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Maka, saya hendak memperingatkan pada diri saya dan kepada seluruh Ahli Dewan ini, kepada apa yang di sebut oleh Nabi SAW... [Berucap dalam bahasa Arab] “Prinsip Islam ini untuk kita menyabitkan salah kepada seseorang itu mestilah kita kemukakan bukti dan bawa kepada pendakwaan. Yang dituduh mesti berhak untuk membela diri dia“. Kalau tidak kita berangkali yang menjadi orang yang mengisytiharkan sesuatu perkara secara retorik dan ini sangat ditegaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW, [Berucap dalam bahasa Arab] peringatan seperti ini bukan sahaja kepada sebelah sana juga dan kepada siapa sahaja. Apa yang di sebut oleh Nabi SAW tidaklah seseorang yang diberi amanah memimpin itu ke rakyatnya kalangan orang-orang Muslim. Mereka menipu dan Allah SWT akan mengharamkan mereka daripada memasuki syurga juga peringatan Nabi SAW.
[Berucap dalam bahasa Arab] Dua golongan yang Nabi kata, ini adalah ahli neraka yang aku tidak pernah lihat dia di zamanku.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Di antaranya disebut, [Berucap dalam bahasa Arab] ada di kalangan manusia di akhir zaman ini diberi kuasa pemerintahan. Mereka umpama memegang cemeti memukul dan mengenakan rakyat sendiri tanpa ada peluang pembelaan. Ini disebut oleh Nabi SAW. Kemudian yang kedua Tuan Yang di- Pertua, saya juga mengambil menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, certain satu trend yang tidak baik dalam permainan politik negara kita, sebarang fitnah melalui media alternative seperti memuatkan video-video dan gambar-gambar lucah yang boleh dilihat dan ditonton oleh sesiapa sahaja lapisan masyarakat. Kadangkala ditonton oleh anak-anak kita yang malang lagi di kala kempen pilihan raya baru ini terbukti ada tayangan ini dibuat ketika pembahagian wang BR1M. Bayangkan ditonton oleh semua, ini adalah merupakan tindakan yang sangat bertentangan etika moral dan juga Islam.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sekalipun orang itu dituduh dengan pelbagai tuduhan maka Islam meletakkan satu prinsip untuk mempertahankan golongan yang dituduh ini. Akan tetapi sayangnya malangnya dalam negara kita tidak melaksanakan hukum Islam secara sepenuhnya. Sedangkan Islam meletakkan qazaf sebagai salah satu mekanisme perundangan untuk mempertahankan orang yang dituduh. Allah sebut dalam al-Quran [membaca sepotong ayat al-Quran] :
“Orang yang menuduh seseorang itu, melakukan perbuatan zina, melakukan perbuatan seakan-akan tersebut, kemudian gagal mengemukakan saksi yang di tegak yang disebut, yang dikehendaki oleh Islam, maka ia perlu dihukum dengan 80 rotan”. Ini pernah berlaku pertuduhan kepada sahabat Nabi, ini bukan perkara baru, tuduhan kepada sahabat Nabi, Mughirah bin Syu'bah. Kemudian yang menuduh tadi gagal mengemukakan bukti lalu Khalifah Umar mengambil pendekatan menghukum orang yang menuduh tadi ketiga-tiga saksi dengan 80 rotan. Ini sebagai peringatan, Tuan Yang di-Pertua, isu perkauman semalam saya sempat menonton televisyen dan melihat Yang Berhormat Pekan sekali lagi menyebut ketika di wawancara oleh BBC tentang tsunami Cina, saya kurang selesa dengan sebutan- sebutan seperti ini kerana sangat bertentangan dengan juga prinsip Islam. Tok Guru mentadbir Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz mentadbir Kelantan, kemudian di saat dia bersara, kaum-kaum Tionghoa mendahuluinya dalam meraikan persaraannya dengan majlis ‘Jasamu Dikenang’. Lalu Tok Guru tanya apa jasa saya kepada kaum Tionghoa ini, kepada non-muslim ini dengan izin. Lalu dikatakan kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru ialah Tok Guru berjaya membuka dan membawa satu pendekatan dakwah berteraskan kepada apa yang disebut oleh Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai manusia kamu dijadikan daripada satu orang sahaja Adam a.s”. Kita daripada satu mengapa kita dipisahkan dengan agenda-agenda perkauman dengan label-label perkauman seperti ini sangat tidak tepat sebagai national reconcialition. Kemudian Yang di-Pertua yang keempat isu yang saya juga ingin ketengahkan ialah yang berkaitan royalti dan pendaratan petroleum di negeri Kelantan. Nampak jelas dan terang pihak kerajaan berselindung di sebalik kuasa sementara yang diberikan oleh Allah SWT. Nampak jelas dan terang, lebih RM10 billion lebih tunggakan royalti tidak diberikan kepada Kelantan dan juga penafian hak pendaratan gas dan petroleum di perairan Kelantan. Sedangkan dari segi geografi pernah tahun 2005 didaratkan ke Songkhla, Thailand.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Kalau kata anda membela Melayu, mana Melayu yang dibela di Songkhla Thailand? Tuan Yang di-Pertua, kemudian juga saya difahamkan pendaratan minyak daripada Blok PM301 dan PM325B hendak dilarikan ke Terengganu,
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
sedangkan jarak di antara Pantai Bachok, kawasan yang saya wakili 150 kilometer daripada telaga tersebut hendak dibandingkan dengan Kerteh di Kemaman yang 300 kilometer lebih. Kalau kita lihat kepada perbandingan ini sudah kita nampak bahawa separuh daripada kos dapat dijimatkan kalau sekiranya minyak didaratkan di perairan Kelantan.
Lebih malang lagi apabila kita berjuang melalui Solidariti Anak Bachok untuk royalti dan pendaratan minyak di Bachok, ada sindiran-sindiran sinis daripada yang berkenaan. Mereka mengatakan pusat tidak pernah bercadang untuk mendaratkan minyak di Bachok dan sebagainya. Lebih membimbangkan kita apa yang dinafikan ini melalui media, melalui ucapan-ucapan pemimpin ini, ia telah sampai ke tahap menderhaka kepada apa yang pernah diucapkan dan dititahkan oleh Sultan Muhammad ke-V dalam Pembukaan Persidangan Kedua Belas Sidang DUN Kelantan yang telah menyediakan tapak dan zon perindustrian petroleum di Pantai Bachok seluas 200 ekar.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Akhirnya saya hendak sebutkan tentang apa yang saya terima maklumat tentang pertukaran guru selepas pilihan raya. Ada ditukarkan, ada yang dicadangkan untuk ditukarkan. Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian adakah benar pertukaran ini berdasarkan kepada alasan-alasan politik.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Kalau sekiranya yang ini tidak benar, minta kementerian memberi jaminan bahawa ia tidak akan berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary - Bachok
Sudah hendak habis sudah.
Nanti kita jumpa luar. Kita jumpa di Bukit Marak, di rumah Yang Berhormat. Yang Berhormat pun sudah lama tidak balik.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Ketereh itu hendak tanya gambar dia tabal Rajakah ini?
[Sambil menunjukkan sehelai kertas]
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary - Bachok
Itu masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sekian Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Sedikit sahaja yang berkaitan dengan kebajikan kawasan saya, pembinaan hospital di Bachok. Di musim pilihan raya dimulakan dengan pecah tanah, letak dua lori tanah kemudian pecahkan tanah tersebut, letak label ini Hospital Bachok, sampai sekarang kerja- kerja pembinaan tidak dibuat. Jadi saya meminta kepada pihak kementerian supaya mempercepatkan.
Kemudian isu seterusnya ialah berkaitan dengan tanaman ganti kepada tembakau yang menjadi sumber pendapatan utama sebelum ini kepada rakyat yang tinggal di persisiran pantai khususnya di kawasan Bachok perlu diganti dengan tanaman yang boleh mendatangkan income dan juga hasil yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Kemudian saya juga sebagaimana Yang Berhormat Ketereh mendesak supaya segerakan pembinaan lebuh raya dan jangan lagi musim perayaan ini diistilahkan lebuh raya yang ada itu sebagai lebuh raya maut kerana kerap kali berlaku kemalangan maut. Kalau kita hendak berpolitik sekalipun, jangan sampai tahap memperjudikan nyawa rakyat kita sendiri.
Kemudian sedikit lagi masa Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut sebagai...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ramai hendak berucap Yang Berhormat. Sedikit, sedikit sudah masuk empat minit.
Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary - Bachok
Saya simpulkan. Walaupun ucapan yang agak berbeza daripada sebelah sini dan sebelah sana, tetapi saya hendak menyeru kepada kita semua sebagaimana prinsip yang pernah disebut oleh Imam Hassan al-Banna dalam national reconciliation ini ataupun *musallah wataniah.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Kita boleh bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati untuk hak dan kebajikan rakyat. Kita Ahli-ahli Dewan ini di sebelah sini dan di sebelah sana, kita bertolak ansur dengan perkara yang tidak boleh kita sepakati. Kalau semua kita boleh hidup dalam suasana seperti ini, saya yakin dan percaya pada penggal kali ini akan membawa satu kebajikan yang lebih hebat kepada rakyat, insya-Allah. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia. Saya hormati Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang diberikan kepada Baling untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya memulakan bahas saya ini, saya pohonlah, saya orang baru, 10 minit yang diberikan saya harap rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tidak payah ganggu saya dahululah. Selepas ini kita kira lainlah.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah dipilih pada Mesyuarat pada 25 hari bulan yang lalu. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat pengundi P.016, Parlimen Baling yang telah sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang mulia ini. Insya-Allah saya akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang bersandarkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Janji Ditepati. Insya-Allah. Saya juga panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dalam persidangan kali ini dapat berbahas, berhujah secara telus, ikhlas untuk kita membincangkan masa depan hala tuju negara.
Secara keseluruhannya, Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Tuanku dilihat begitu holistik dengan izin, sekali gus melambangkan keprihatinan Baginda Tuanku terhadap rakyat dan negara menjadi tanggungjawab semua untuk bersama-sama memikul dan menjunjung amanat tersebut bagi memantapkan lagi negara. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Tuanku ada juga melahirkan rasa syukur kerana PRU-13 dapat dilaksanakan dengan aman. Baginda turut melahirkan penghargaan atas peranan yang dimainkan oleh semua pihak terutama sekali SPR, pasukan keselamatan serta anggota-anggota perkhidmatan awam kerana berjaya pastikan pilihan raya umum berjalan dengan lancar.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Suka saya ingatkan diri saya dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar tidak lagi mempolitikkan isu pilihan raya ini dengan membangkitkan pelbagai perkara-perkara yang tidak munasabah dan ayuh marilah kita terus pandang ke hadapan demi rakyat yang tercinta. Apa yang penting, majoriti rakyat telah memilih Barisan Nasional bagi menerajui negara untuk tempoh lima tahun. Justeru dengan itu, ayuh marilah kita laksanakan tanggungjawab kita, lima tahun akan datang kita berjumpa di medan yang sama. Insya-Allah. Dalam surah Yasin dalam ayat, [Berucap dalam bahasa Arab] “Kata Allah jadi, maka jadilah ia.” Sudah 56 tahun Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah. Jadi hormatilah keputusan tersebut. Apa pun hujah dan alasan, rakyat telah membuat keputusan. Bersama ayuh mari kita menggembleng tenaga, seluruh usaha tenaga bagi memajukan negara agar dapat wariskan kepada generasi akan datang. Popular atau tidak popular tidak penting, word sahaja.
Tertarik juga dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang begitu bangga di atas kejayaan Kerajaan Barisan Nasional mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.7% melalui Program Transformasi Luar Bandar. Malah berjaya mencapai sasaran awal Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi mengurangkan kadar kemiskinan rakyat kepada 2% secara keseluruhannya.
Faktor Kerajaan BN itu telah berjaya membuktikan pencapaian dan menawan hati rakyat khususnya di luar bandar.
Saya datang daripada Baling, kawasan luar bandar. Oleh itu saya juga ingin memohon mencadangkan khususnya kepada kementerian yang terlibat untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada kawasan luar bandar khususnya sektor pertanian sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak kerajaan terhadap sokongan yang telah diberikan rakyat di luar bandar. Secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurangan sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010 iaitu daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar penanam getah semula.
Jadi saya memohon cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan harga siling bagi getah asli memandangkan Baling, Sik, Padang Terap, rakan-rakan yang bersekitaran kami semua, hasil rakyat kami adalah tidak lain dan tidak bukan daripada getah asli.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Harga lantai.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Harga lantai. Betul, harga lantai. Maaf, terima kasih.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, saya nak mohon kepada kementerian yang berkenaan, kalau boleh kita letakkan satu harga. Kalau dahulu kita boleh meletakkan RM3.80 sama dengan USD1, tak boleh turun, tak boleh naik. Harga paling rendah adalah RM3.80. Saya mencadangkan kalau kementerian yang berkenaan boleh dapat fikir-fikirkan kerana kasihan kepada kami di kawasan luar bandar yang bersandarkan cari makan melalui getah.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat tertarik dengan Titah Ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh isu program kesukarelawan dan kemanusiaan di kalangan para pelajar di IPTA melalui pelancaran Pelan Hala Tuju 2020. Tertarik dan menyokong penuh pendekatan ini yang mana selari dengan perjuangan dan pendekatan yang dibawa selama ini iaitu kesukarelawan dan kemanusiaan dalam dan luar negara.
Ini adalah satu nilai dan amalan yang murni dalam hal dan keadaan tertentu dianggap suci. Setiap yang terlibat dalam kerja dan program kesukarelawan sama ada individu atau berkumpulan, sistematik ataupun tidak, sumbangan besar ataupun kecil, ia kerja dan program yang perlu digembleng
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
semua pihak tanpa mengira latar belakang, fahaman politik, kedudukan etnik kaum dan sebagainya. Kesukarelawan ini perlu dilihat dalam pelbagai konsep, sudut dan perspektif. Ini melangkaui batas agama, latar belakang dan perbezaan darjat. Masih ada segelintir yang merasakan ia gerakan politik semata-mata.
Contoh, kajian tentang kesukarelawan yang telah saya dan rakan-rakan lakukan seperti beberapa buah negara antaranya Brazil, Perancis, Jerman, Ireland, Jepun dan Australia. Ini semua negara-negara yang telah saya pergi buat misi bantuan kemanusiaan.
Saya bagi satu contoh di negara Australia apabila inland tsunami berlaku di Brisbane. Kami sampai dan kami datang membawa bantuan dari negara Malaysia yang mewakili 28 juta rakyat tidak sama sekali kita mewakili mana-mana parti. Kita datang atas nama Malaysia. Saya amat kagum dan terkejut apabila saya melihat mereka boleh menggerakkan seluruh pelajar universiti tempatan di seluruh negara malah mereka memberikan cuti selama empat hari dan menghantar pelajar-pelajar untuk melakukan kerja-kerja kesukarelawan dan kemanusiaan ini.
Jadi itu telah menjadi satu contoh teladan yang amat baik. Dalam negara kita jua pernah berlaku banjir waktu di negeri Kedah, waktu itu bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Di negeri Selangor, Gombak dan Ampang. Saya telah pergi di Hulu Langat, Kuala Langat belum tetapi Hulu Langat dah iaitu di tempat banjir, yang mana kita telah pergi memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, latar belakang waima hatta fahaman politik.
Jadi, ini telah nyata jelas terbukti ramai rakan telah berhujah berkaitan dengan 1Malaysia, ‘Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan sebagainya. Ini semua telah direalitikan dan telah dilaksanakan.
Contohnya, waktu pada pemerintahan sahabat-sahabat PAS memerintah negeri Kedah, banjir besar telah berlaku di negeri Kedah dan di Perlis. Kita di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri telah turun ke padang. Waktu itu saya ingat beliau sakit demam campak tetapi boleh turun ke bawah untuk memberikan tilam, bantal, dapur, makanan kepada lebih 30,000 keluarga yang telah mendapat manfaat. Ini jelas, nyata terbukti apa yang dinyatakan kita kotakan, walk the talk, dengan izin. Jadi, saya harap apa yang saya nyatakan di sini, saya nak menjemput semua Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini, kita ketepikan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis masa, Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kita ketepikan fahaman politik kita. Ya, silakan. Kacau juga.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih sahabat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Ampanglah, apa Yang Berhormat Putatan pula?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Baling soal keberkesanan slogan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Ditepati’. Banyak yang kita telah senaraikan yang membuktikan bahawa sambutan daripada rakyat jelata kita amat baik sekali. Akan tetapi apakah kekangan yang cuba menggegarkan hasrat murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terutama sekali dalam isu-isu sensitif yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya memecahbelahkan perpaduan negara ini.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Ampang duduk sekejap, saya tak bagi laluan. Biar saya selesaikan isu ini.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Sama isu, isu sama.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak apa, saya tak habis lagi. Saya orang baru. Inilah kali pertama suara saya masuk dalam Hansard ini.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Orang baru tak apalah tetapi saya nak tambah sedikitlah. Bolehlah, ini pasal kesukarelawan, kesukarelawan.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tak apa, tak apa. Yang Berhormat Ampang patut tambah masa, saya datang bagi bantuan tilam, makanan, terima kasih pun tak bagi tahu, sekarang baru nak cakap. Tak apa, terima kasih. Sila duduk.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Pasal sukarelawan ini, saya nak sebutlah. Yang tadi sebut Ampang, sukarelawan. Cuma saya nak sebutlah kenapa tak boleh bagi laluan? Saya nak puji datang Ampang, terima kasih.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Cuma saya nak bagi tahu di sini. Tuan Yang di-Pertua, saya orang baru Tuan Yang di-Pertua. Suruh Yang Berhormat Ampang ajar kita cara baik. Minta Tuan Yang di-Pertua tolong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi jalan Yang Berhormat, dia tak bagi jalan.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Saya nak cakap terima kasih, apa salahnya. Tak nak kah cakap terima kasih, Yang Berhormat Baling?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tak bagi jalanlah, Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Kalau Yang Berhormat Ampang tak berterima kasih kepada saya, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Ampang. Saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat Putatan dalam soalan Yang Berhormat Putatan tadi, kita ada kekuatan, ada kelemahan. Jadi, kita ketepikan kelemahan kita demi kita melaksanakan kerja-kerja amal jariah ini. Kita patut lakukan demi kemanusiaan.
Jadi saya mintalah tak perlu mana-mana pihak mempolitikkan. Kalau saya nak berhujah, dua jam tak cukup Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, cukup.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, saya nak bagi tahu mengenai kes Lahad Datu. Hari kedua kami dah sampai membawa bantal, tilam, makanan dan sebagainya tetapi ada belah sana mengatakan ini satu sandiwara.
Bagaimana sakit hati saya yang berdepan dengan peluru juga dalam negara.
[Disampuk] Tak payah kita sebut, kita semua sedia maklum tetapi apa yang saya katakan, hari ini ayuhlah kita ketepikan pandangan berbeza, fahaman politik demi rakyat. Saya amat yakin dan percaya apa yang dibuat oleh rakan-rakan sebelah sana, pembangkang kita ini sama. Niat kita untuk membela rakyat, untuk membantu rakyat, menolong rakyat.
Jadi, hari ini rakyat dah membuat satu keputusan. Kita akur dengan keputusan itu. Ayuh! Kita gembleng tenaga maka kita lakukan yang terbaik.
[Tepuk] Demi perpaduan, demi kemanusiaan. Kita jangan fikir peribadi,
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
kemanusiaan. Jadi kerana itulah saya tidak pernah fikir Ampang itu, walaupun PKR yang memerintah, saya pergi bagi tilam, bagi bantal, bagi makanan sampai 3 pagi. sama juga di Hulu Langat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Bolehlah, dah cakap mengenai Ampang itu, saya nak cakap terima kasih.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Hulu Langat itu bila banjir, tak ada orang, kami tunggu situ selamatkan. Sama juga di Gombak, Yang Berhormat Gombak itu teh tarik pun tidak pernah belanja saya. Sama juga di Pokok Sena.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Bolehlah nak cakap terima kasih sedikit. Bolehlah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Baling, saya nak cakap terima kasih ini Yang Berhormat Baling.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi Yang Berhormat. Dia tengah rancak itu, tak bagi.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Pokok Sena pun saya dah pergi. Jadi, saya dah pergi merata. Apa yang saya nak beritahu di sini supaya kita buang yang keruh, kita ketepikan pandangan politik. Kita tak usah main politik dalam konteks kita melakukan kerja-kerja yang bersandarkan hablum minnallah, hablum minannas. Hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan sama- sama manusia, kita jangan politikkan. Inilah pandangan saya sebagai seorang wakil rakyat yang hulu, datang dari Baling tetapi hati, jiwa, semangat bersandarkan hablum minnallah, hablum minannas. Jadi sekali lagi saya harap kita dapat melakukannya dan saya menyeru semua rakan, 222 Ahli Parlimen yang ada di sini, ayuh kita ketepikan pandangan peribadi. Kita laksanakan, kita kasihan kepada adik-adik di atas itu. Mereka ini akan menjadi pelapis dalam negara kita, kita bantu mereka. Contohnya kes-kes juvana yang ada di seluruh negara, ayuh kita ambil adik-adik ini dan beri peluang kedua kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kita jadi mentor dan mentee sebagai Ahli Parlimen. Jadi, sekali lagi saya menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya berharap serta menyeru, ayuh, mari kita ketepikan pandangan-pandangan peribadi ataupun pandangan- pandangan politik walaupun fahaman kita berbeza. Ayuh, dalam konteks semangat kesukarelawan, semangat kemanusiaan, kita lakukan bersama. Satu hati, ‘Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan: Janji Ditepati’ yang dibawa dan diusulkan oleh Yang Berhormat Pekan. Kita sokong sebulat suara. Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sandakan.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya berucap atas Usul
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya amatlah bangga kerana diamanahkan oleh rakyat Sandakan sebagai wakil mereka di Dewan yang mulia ini. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan sedikit Sandakan. Tentu ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini belum kenal lagi Sandakan. Sandakan merupakan bandar yang kedua terbesar di Sabah pada tahun 1960 ke 70-an.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Sandakan begitu maju mungkin lebih maju dari Kota Kinabalu dan juga lebih maju dari banyak bandar di Semenanjung. Sandakan juga dikira sebagai Little Hong Kong oleh kerana keistimewaan dan kemajuannya. Malangnya, akibat daripada pemimpin dan pentadbiran yang lemah dan tidak cekap, Sandakan hari ini sudah menjadi Little Philippines. Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja tidak menghalang pendatang-pendatang tanpa izin daripada memasuki Sabah malah menggalakkan mereka datang ke Sabah dengan menawarkan kad pengenalan kepada mereka dengan rendah.
Di perenggan 19 Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh masalah kemiskinan rakyat di seluruh negara. Sebenarnya, kadar kemiskinan di Sabah adalah jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri di Semenanjung dan di seluruh negara. Mengikut statistik kerajaan, kadar kemiskinan di Sabah pada tahun 2012 adalah 8.1%, paling tinggi di Malaysia dan jauh lebih tinggi daripada kadar keseluruhan Malaysia iaitu 1.7%. Akan tetapi, Kerajaan Barisan Nasional nampaknya tidak berani sebut tentang masalah ini.
Di Sabah, bukan sahaja pendapatan purata sangat rendah tetapi pengagihan pendapatan juga sangat tidak seimbang. Gini coefficient yang membayangkan ketidaksamaan pendapatan atau kekayaan dalam negeri bagi Sabah adalah paling tinggi dari seluruh negara. Ini menunjukkan jurang perbezaan pendapatan atau kekayaan yang sangat ketara di antara orang kaya dan orang miskin di Sabah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Sabah bukan sahaja ada purata pendapatan yang paling rendah, jurang perbezaan pendapatan yang sangat ketara, kadar kemiskinan yang paling tinggi tetapi lebih malangnya lagi harga barang di Sabah juga lebih mahal dibandingkan dengan Semenanjung.
Namun, pada 27 Jun di Dewan yang mulia ini, jawapan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II, beliau langsung tidak menyatakan sama ada GST yang sedang ditimbangkan oleh kerajaan akan ditunda atau dikecualikan di Sabah memandangkan Sabah mengalami kadar kemiskinan yang paling tinggi di seluruh negara. Kalau GST dilaksanakan di seluruh Malaysia, keadaan di Sabah adalah seperti sudah jatuh balik ditimpa tangga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tangga Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Sudahlah pendapatan rendah, ramai orang miskin, harga barang tinggi malah rakyat Sabah mungkin terpaksa menanggung GST yang lebih tinggi. Oleh itu, saya dengan ini minta supaya Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa GST tidak akan dilaksanakan di Sabah sehingga harga barang dan pendapatan purata rakyat di Sabah mencapai tahap yang sama dengan Semenanjung.
Walaupun selama ini Sandakan mempunyai banyak sumber dan potensi ekonomi tetapi 51 tahun selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan ekonomi dan sosial. Contohnya tanah- tanah kami banyak ditanam kelapa sawit tetapi perindustrian kelapa sawit downstream di Sabah baru sahaja ditimbang. Selain daripada itu, Sabah juga kaya dengan sumber petroleum tetapi perindustrian petroleum downstream baru sahaja dicadangkan. Ini diperoleh sebab Pakatan Rakyat sentiasa membangkitkan isu-isu
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
ini dan akibatnya, Kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengikut permintaan rakyat.
Namun demikian, perkembangan-perkembangan tersebut adalah lewat.
Oleh sebab kelewatan, Kerajaan Barisan Nasional mampu memberi perhatian ke atas perindustrian ini, ekonomi Sabah sudah menjadi semakin merosot dan merudum. Malaysia sudah merdeka selama 50 tahun tetapi selama ini, Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan rakyat Sabah. Kerajaan Barisan Nasional memang menganggap Sabah sebagai simpanan tetap atau fixed deposit mereka. Inilah kesan-kesan buruk di bawah pentadbiran Barisan Nasional selama ini. Selama 50 tahun, kerajaan masih tidak mampu membangunkan infrastruktur asas di Sabah khususnya di Sandakan dan telah gagal mempertahankan kesucian hak-hak rakyat Sandakan dan rakyat Sabah secara am. Akibatnya, sangat susah bagi Sandakan untuk menarik pelaburan-pelaburan untuk membangunkan ekonomi Sandakan sama ada pelaburan asing atau tempatan.
Saya hanya sebut tiga masalah besar yang sedang dihadapi rakyat Sandakan iaitu bekalan elektrik, jalan raya dan pendatang-pendatang tanpa izin.
Tuan Yang di-Pertua, bekalan elektrik di Sabah dimonopoli oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad. Akan tetapi, oleh kerana bekalan elektrik yang selalu terganggu khususnya di Pantai Timur dan di Sandakan, SESB sudah menjadikan ‘Sabah everyday sure blackout’ ...
[Ketawa] Hampir setiap hari selama 20 tahun bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah terganggu. Rakyat Sandakan hairan mengapa elektrik simpanan di Semenanjung ataupun excess capacity adalah lebih 40% tetapi di Sabah excess capacity adalah hampir kosong.
Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sendiri pun mengakui bahawa gangguan bekalan elektrik di Sabah adalah disebabkan oleh reserve margin yang tipis. Saya hairan mengapa reserve margin di Sabah boleh menjadi begitu rendah sedangkan Sabah kaya dengan sumber-sumber tenaga seperti petroleum dan gas semula jadi yang boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Kalaulah Kerajaan Barisan Nasional ada membuat rancangan yang sempurna sejak awal lagi, mustahil keadaan ini boleh berlaku di Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Kasi sedikit masa lah Tuan Yang di-Pertua. Orang yang baru.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Semua baru. Yang Berhormat Penampang baru. Yang Berhormat Nibong Tebal baru.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Tenaga elektrik adalah keperluan asas bagi semua rakyat dan juga aktiviti ekonomi dan perdagangan. Langkah-langkah yang kononnya diambil oleh kementerian yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam jawapan beliau kepada saya, langsung tidak efektif. Langkah-langkah tersebut bukannya perkara yang baru.
Mereka telah pun dijanjikan oleh bekas Menteri sejak beberapa tahun yang lalu tetapi gangguan-gangguan bekalan elektrik masih begitu teruk di Sandakan.
Rakyat Sandakan masih sengsara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya mahu sebut adalah jalan raya.
Selain daripada bekalan elektrik, sistem jalan raya yang lengkap dan cekap juga sangat penting untuk pembangunan ekonomi sesuatu negara. Akan tetapi, sampai sekarang pun tidak mendapat sebarang lebuh raya ataupun highway untuk menghubungkan bandar-bandar besar di Sabah. Jalan-jalan yang sedia ada pun sangat buruk dan tidak sesuai untuk dipakai.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Saya menjemput Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk datang melawat Sandakan dan melihat keadaan jalan raya kami.
Janganlah naik kapal terbang cuba mengikut. Kita akan mengiringi Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Menteri Kerja Raya. [Dewan riuh] Minta maaf. Cubalah naik kereta dari Kota Kinabalu ke Sandakan, Tanduo dan janganlah hanya mengikut jalan protokol sahaja. Jadi itu tidak boleh nampak keadaan jalan raya itu begitu buruk.
Satu contoh yang ingin saya beritahu ialah kerajaan ini tidak mengambil berat projek-projek menaik taraf jalan raya di Sandakan. Contohnya projek menaik taraf jalan Rabuk dari Batu 8 ke Batu 16. Tarikh siap kerajaan yang asal adalah pada April 2012 tetapi sekarang ditunda pula ke April 2015. Pasti tarikh ini tidak akan ditunda lagi? Satu lagi contoh berkenaan projek yang ..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Sikit lagi. Jalan raya Libaran bypass Batu 16 ke Batu 30 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 ini, kita diberitahu tender akan dikeluarkan pada September ini. Kita harap ini satu jalan raya yang sudah kita di Sandakan rakyatnya yang sudah tunggu lama boleh dirancang dengan cekap dan cepat dan dimestikan boleh dirancang dalam tempoh yang dimestikan. Ada lagi satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Bagi orang lain pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat, cukuplah.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Okey, jadi di sini, gulungnya saya di sini dengan ini saya mengusulkanlah supaya Kerajaan Persekutuan ingat bahawa Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 sebenarnya merupakan satu rakan kongsi yang setaraf ataupun eco partner dengan Malaya dan Sarawak dan bukan semata-mata sebagai salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia. Jadi harap di sini..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Barisan Nasional mestilah memberi lebih perhatian dan menjaga Sabah dengan serius. Jadi sebab masa ini, saya banyak lagi mahu bentang tidak boleh..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Lain kali boleh Yang Berhormat.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh - Sandakan
Jadi, sekian terima kasih. Lain kalilah. Apa boleh buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih banyak kerana telah
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Saya hanya ingin menyentuh tentang satu perkara yang agak penting yang telah disebutkan iaitu berkenaan dengan keselamatan negara. Baru-baru in saya telah hadir dalam satu perjumpaan iaitu NGO-NGO yang bersangkut-paut dengan masalah dadah yang ada di negara kita ini bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri. Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa lebih daripada 46% banduan yang ditahan di penjara-penjara adalah penagih dadah.
Ekoran daripada itu, saya ingin menarik perhatian kepada Dewan berkenaan dengan perkara-perkara yang berlaku di akhir-akhir ini, kalau kita tengok rampasan dadah yang masuk ke negara kita yang dibuat oleh PDRM dengan Kastam Diraja Malaysia begitu besar sekali kuantitinya. Jumlahnya besar dan kekerapannya pun kerap berlaku terutama sekali kadang-kadang yang mendukacitakan kita, ialah melalui airport international yang kita paling banggakan iaitu KLIA.
Saya telah biasa dimaklumkan oleh pihak polis, boleh katakan hari-hari masalah penyeludupan dadah yang berlaku di KLIA itu. Jadi ini adakah ini menunjukkan bahawa jumlah penagihan dadah di negara kita ini bertambah sekarang ini? Bertambah serius. Sejak saya, ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya dapati bahawa statistik pada ketika itu sudah berada di lingkungan lebih kurang 300,000 penagih dadah di negara kita ini.
Saya percaya sekarang ini daripada apa yang kita lihat, saya percaya jumlah itu sudah melebihi dan ia amat membimbangkan. Kalau kita daripada segi ukuran antarabangsa, kalau kita merasa setiap orang penagih dadah, kita seorang dan tiga, empat lagi ialah penagih. Iaitu bererti kalau kita kata statistik sekarang 340,000 kali empat, sudah ada 1.63 juta penagih dadah di negara kita ini.
Sejumlah 1.63 juta ialah 4.8% daripada rakyat kita ini adalah penagih dadah.
Ini adalah satu masalah yang perlu dilihat oleh kerajaan dengan serius kerana pada tahun 2004 kerajaan Kabinet telah menubuhkan Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah di peringkat kebangsaan, negeri, daerah bagi menghapuskan dadah iaitu supaya kita mencapai matlamat sifar dadah pada tahun 2015.
Dari apa yang saya dapati bahawa majlis-majlis ini yang ada daripada ke peringkat kebangsaan sehingga negeri dan daerah, kebanyakannya tidak berfungsi, tidak mengadakan mesyuarat. Ada yang dipengerusikan oleh Menteri Besar tetapi pada tiap-tiap tahun tidak mengadakan mesyuarat. Ini..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Penjelasan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ya, sila.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli - Pandan
Yang Berhormat Kubang Pasu berpengalaman sebagai seorang di dalam Kabinet dalam soal-soal begini dan kita berkongsi minat yang sama. Penjelasan sebolehnya daripada Yang Berhormat Kubang Pasu pada pendapat Yang Berhormat Kubang Pasu, kenapakah selepas berpuluh-puluh tahun berbagai-bagai dasar dan tindakan diambil, tetapi nampaknya masalah ini masih berleluasa dan pengedaran makin meningkat setiap tahun. Di manakah salahnya?
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Pertama sekali saya ingin menarik perhatian kerana perkara ini ialah perkara yang saya rasa sebagai Yang Dipertua PEMADAM. Saya sekarang ini Yang Dipertua PEMADAM.
Kadang-kadang kita tengok PEMADAM Kebangsaan, kita pada tiap-tiap tahun kita hanya menerima RM2 juta untuk mengendalikan seluruh PEMADAM kita di
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
peringkat daerah. Kita ada 162 daerah tetapi kita hanya ada peruntukan sebanyak RM2 juta.
Ini perkara yang saya hendak highlightkan di sinilah. Maknanya perhatian kurang diberikan kepada ini. Saya tidak tahu di mana salahnya, di mana sebabnya? Oleh sebab itu pada kali ini, oleh sebab saya sebagai backbencher sekarang ini, saya ingin bercakap berkenaan perkara ini. Dulu saya di sebelah sana susah sikit.
Akan tetapi perkara ini adalah satu perkara yang agak serius yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, bukan sahaja di negeri-negeri yang di bawah Barisan Nasional, begitu juga negeri-negeri yang di bawah Pakatan Rakyat. Oleh kerana ada juga negeri-negeri yang ada di bawah Pakatan Rakyat, Menteri Besar tidak pernah bermesyuarat berhubung dengan perkara ini. Jadi dalam soal ini, kita tidak hendak salahkan siapa-siapa.
Jadi pada hari ini, saya minta mulai daripada hari ini, perhatian diberi kepada masalah dadah ini. Jadi oleh sebab itu, saya berharaplah kepada kerajaan terutama sekali kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita supaya melihat perkara ini dengan lebih serius lagi dan juga kepada semua pihak dan juga kepada KSN umpamanya supaya meletakkan tugas dan tanggungjawab pegawai- pegawai daerah iaitu agenda membanteras dadah ini sebagai satu agenda yang penting untuk kita sama-sama memerangi masalah dadah ini.
Selain daripada itu juga berkenaan dengan penguatkuasaan. Kita hairan kenapa KLIA ini menjadi tempat yang begitu mendapat perhatian kepada penyeludupan dadah ini? Kita tengok hari-hari, saban hari boleh dikatakan rampasan yang dapat bersama juga dalam kuantiti yang besar dan juga dengan jumlah kadang-kadang bernilai ratusan juta.
Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Adakah ini menunjukkan bahawa di negara kita ini, keselamatan kita atau mungkin cara penguatkuasaan kita agak lemah, sebab itu airport kita menjadi sasaran. Jadi adakah pengedaran dadah di negara kita ini begitu berleluasa sehinggakan menyebabkan kita mendapat supply begitu banyak dari negara- negara luar? Akan tetapi ada pihak daripada pihak penguat kuasa mengatakan bahawa negara kita ini digunakan sebagai negara transit untuk membekalkan dadah ke peringkat negeri-negeri di dalam Asia Tenggara ini. Akan tetapi walau bagaimanapun daripada apa yang kita lihat, bukti yang ternyata ialah berkenaan dengan rampasan dadah itu dapat ketika ia di seludup masuk ke dalam negara ini.
Ia bukan kerana apabila ia diseludup keluar daripada negara. Ini yang menjadi persoalan kepada kita sekarang ini.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Mohon laluan Yang Berhormat.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ya.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kanda saya daripada Kubang Pasu yang pernah menjadi Yang Dipertua PEMADAM, saya Pengerusi PEMADAM Kelantan. Yang Berhormat Kubang Pasu tadi ada menyebut mungkin daripada pengalaman beliau sebagai Yang Dipertua PEMADAM. Beliau mengatakan bahawa langkah atau tindakan memerangi penyalahgunaan dadah ini perlu diberi atau mendapat sokongan dan juga komitmen daripada semua pihak sama ada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, NGO dan seumpamanya. Seolah-olah daripada kenyataan Yang Berhormat Kubang Pasu itu, setakat ini tugas memerangi penyalahgunaan dadah ini tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada sama ada kementerian atau agensi yang lain.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sebagai contohnya, saya hendak tanya Yang Berhormat Kubang Pasu adakah bersetuju dengan saya bahawa salah satu daripada punca meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah ini kerana di samping kita cuba membanteras penyalahgunaan dadah ini, di sebalah sana ada tindakan yang mungkin membuka lebih banyak medan untuk berlakunya penyalahgunaan dadah, umpamanya outlet hiburan yang melibatkan dadah dan sebagainya yang semakin banyak? Yang Berhormat memerangi dadah tetapi di pihak sebelah sana membuka tempat- tempat yang mungkin membiakkan dadah ini. Minta penjelasan, terima kasih.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju juga dengan Yang Berhormat tetapi sebenarnya penggunaan dadah ini bukan sahaja di tempat-tempat hiburan. Ia digunakan oleh semua pihak. terutama sekali kalau kita tengok daripada jenayah yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah. Mereka ini kebanyakan adalah peragut, pecah rumah dan sebagainya. Mereka menggunakan dadah untuk tujuan itu. Dadah ini bukan sahaja digunakan di pusat-pusat hiburan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat. Itu ada tetapi digunakan oleh anak-anak kelasi daripada bot-bot nelayan. Umpamanya yang keluar berhari-hari ke laut dan sebagainya. Jadi maknanya penggunaan dadah ini di merata-rata. Oleh sebab itu kita minta supaya kerajaan memberi tumpuan terutama sekali kepada NGO seperti PEMADAM ini.
Kita hendak supaya kali ini peruntukan diberi lebih kepada PEMADAM untuk kita memberi pengajaran.
PEMADAM, memang kerja kita ialah untuk memberi kesedaran, prevention kepada rakyat di negara kita ini berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. Aktiviti-aktiviti kita berkisar di sekolah, universiti dan sebagainya. Jadi sebab itu, saya pada hari ini memohon kepada pihak kerajaan supaya diberi perhatian kepada peruntukan untuk NGO-NGO yang terlibat dengan usaha membanteras dadah di negara kita ini. Selain daripada itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila habiskan Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Sekejap sahaja?
Beberapa Ahli
Baru tahu.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
10 minit itu.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ya, lima minit lagi. Selain daripada itu juga ialah berkenaan dengan akta kita. Pertama sekali, saya di Kubang Pasu. Di utara, Kubang Pasu dan juga di Kedah. Kita menghadapi masalah tentang daun ketum ini. Daun ketum ini saya rasa ia patut dikaji semula supaya ianya, Akta Penyalahgunaan Daun Ketum ini, memproses, menjual air ketum dan sebagainya dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Ini kerana baru-baru ini saya telah menghadiri satu perasmian, dijemput untuk merasmikan PIBG di sebuah sekolah di kawasan saya. Jadi dalam ucapan Pengerusi PIBG itu, dia mengatakan bahawa tandas sekolah sudah rosak. Tandas rosak kerana sumbat, selalunya tandas perempuan tetapi tandas lelaki. Apabila dibaiki, didapati di dalam tandas itu ada plastik-plastik yang digunakan oleh pelajar-pelajar lelaki untuk membawa daun ketum dan dibuang ke dalam tandas.
Apabila disiasat didapati bahawa sebahagian daripada pelajar-pelajar ini telah ketagihan air ketum ini. Apabila jumpa dengan ibu bapa, ibu bapa mengatakan kalau mereka ini tidak kena daun ketum, tidak minum air ketum, mereka tidak boleh datang ke sekolah. Ini adalah satu perkara yang amat serius dan saya rasa perlu diberi perhatian. Jadi itu berkenaan dengan daun ketum ini.
Selain daripada itu juga, berkenaan dengan kawasan saya ialah di Kubang Pasu ini iaitu yang mengingatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Oleh kerana kementerian ini dua-dua orang baru, saya hendak
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
membangkitkan dengan isu kritikal iaitu berkenaan dengan bendang atau tanah jerlus yang menyebabkan kerugian besar kerana petani-petani di dalam kawasan MADA. Di dalam kawasan MADA, terlibat 8,170 hektar tanah yang terlibat dengan tanah jerlus ini dengan kerugiannya satu musim RM37 juta iaitu kalau kata di Kedah ini kita ada dua musim, setahun kita rugi RM74 juta. Jadi sekarang ini pemulihan fasal saya di kementerian, benda ini telah di peringkat pelaksanaan.
Jadi saya haraplah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya meneruskan dan ini disegerakan pemulihan tanah-tanah jerlus ini.
Selain daripada itu juga ialah berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ICP iaitu permit yang dikeluarkan kepada kereta-kereta pelancong.
International Circulation Permit (ICP) iaitu kepada kereta-kereta pelancong terutama sekali van-van dari Siam. Jadi van-van dari Siam ini masuk ke Malaysia membawa pelancong. Sepatutnya mereka membawa pelancong tetapi mereka telah membawa passengers, mengutip penumpang-penumpang yang berada di dalam kawasan-kawasan di sekitar sempadan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ini check masa Yang Berhormat Sandakan, punctual balik... Ketawa]
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
Ini menyebabkan kerugian kepada pemandu-pemandu teksi di kawasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum - Kubang Pasu
...Sempadan yang ada lebih kurang sebanyak 300 orang lebih. Jadi kita harap kepada Kementerian Pengangkutan untuk memberi perhatian berkenaan dengan salah guna ICP oleh kenderaan-kenderaan daripada Thailand ke negara kita ini. Jadi terima kasih, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab masa yang diperuntukkan adalah singkat, 10 minit sahaja, saya pergi terus kepada perbahasan saya. Saya ingin mula dengan kandungan ucapan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua selepas pelantikan beliau pada hari Isnin minggu lepas. Beliau buat ucapan di mana beliau sentuh perkara perubahan dalam institusi ini, institusi Parlimen sendiri dan buat seruan untuk marilah kita sama-sama ubah. Saya petik daripada semangat itu dan saya ingin sebut di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa sudah sampai masanya, in fact hampir sudah terlewat tetapi penting kita semua bersama-sama mempertimbangkan isu reformasi sistem di dalam Parlimen kita sendiri.
Kita boleh lihat sekarang macam mana Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang ada sepuluh minit sahaja untuk berucap. Ada banyak cadangan bernas yang diberi tentang dasar-dasar penting, kebanyakan daripada Pembangkang, ada juga daripada Barisan Nasional tetapi ini memang tidak cukup. Ia tidak sesuai untuk cadangan penting ini dihalusi dan sesuai dengan satu Parlimen moden. Sebab apa ini berlaku? Sebab saya nampak Parlimen kita belum bersama dengan Parlimen-parlimen lain yang sudah menjadi Parlimen moden sebab mereka sudah beralih kepada sistem berjawatan kuasa ataupun dengan izin a committee based system.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Indonesian Parliament, Parlimen Indonesia, mereka sudah ke depan kalau dibandingkan dengan kita. Mereka ada 12 jawatankuasa atau pun yang dinamakan komisi. Parlimen Filipina sama, Thailand pun sama, Parlimen di Australia, Kanada, mana-mana yang berpunca daripada sistem *Westminster.
So*, cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, dalam penggal ini, ini harus dipertimbangkan dengan serius. Kita mesti tubuhkan sistem berjawatan kuasa supaya banyak cadangan-cadangan ini, banyak rang undang-undang yang penting kita boleh bincang secara detail, secara halus, dihalusi dengan baik, secara terbaik, demi kebaikan negara. Inilah tanggungjawab kita bersama atau pun collective responsibility, dengan izin, sebagai Ahli Parlimen.
Saya ingin cadangkan bahawa - Yang Berhormat Arau tidak ada tetapi mungkin dia boleh dengar ini dan dengan rakan-rakan lain dalam Kabinet, mempertimbangkan bahawa kita tubuhkan satu jawatankuasa pilihan khusus untuk mengkaji keperluan untuk menstrukturkan Parlimen kita secepat mungkin.
[Tepuk] Kita bagi tempoh tiga sehingga enam bulan untuk buat kajian ini dan laporkan balik kepada Dewan yang mulia ini. We have to move on, we have to became a modern Parliament, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. So, banyak Parlimen lain sudah nampak masalah ini yang kita ada, tidak cukup masa. Banyak hendak bercakap tentang masalah kawasan, masalah dasar-dasar tetapi masa tidak cukup.
Parlimen moden yang lain, contohnya Australia, Kanada juga Westminster, mereka telah tubuhkan satu Kamar yang kedua, dengan izin, like a second Chamber dengan tujuan untuk bagi masa yang lebih untuk anggota- anggota dalam Dewan mereka untuk berhujah, menjelaskan masalah dan isu, mendapat respond daripada kerajaan dan sebagainya. So, cadangan itu pun saya nampak Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masa.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ringkas ya, sebab kita ada 10 minit sahaja.
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Setengah minit sahaja. Tentang jawatankuasa pilihan itu, saya amat menyokongnya sebab saya nampak Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang bukan Menteri, yang bukan Timbalan Menteri yang backbenchers ini nampaknya sibuk berebut-rebut hendak menjadi pengerusi-pengerusi GLC-GLC. Walhal yang lebih penting lagi, yang tidak Menteri, yang tidak Timbalan Menteri ialah tumpu tumpuan mereka kepada kerja dalam Parlimen atau kerja Parlimen yang kita boleh agih-agihkan ialah kalau ada jawatankuasa-jawatankuasa pilihan. Setuju tidak Yang Berhormat Subang?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tadi Yang Berhormat Tumpat bukan?
Dato' Kamarudin bin Jaffar - Tumpat
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Tumpat itu. Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya juga sebab betul dalam parlimen-parlimen moden yang lain, pengerusi-pengerusi jawatankuasa ini baik daripada kerajaan atau pun pembangkang memainkan peranan penting dalam Parlimen. So, selain daripada itu perubahan lain yang kita mesti lakukan Tuan Yang di-Pertua adalah tentang soalan kita atau pun our question procedure. Parlimen memainkan peranan check and balance, dengan izin, terhadap exactly. Itu jelas dan peranan itu mesti dimainkan bukan sahaja oleh pembangkang juga oleh backbenchers. Macam mana kita mainkan peranan check and balance itu adalah melalui sistem committee. Ini sangat penting.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Committee system ini macam contohnya di Indonesia, committee akan menyelia setiap kementerian-kementerian penting. Ini juga di Australia, Kanada. Every ministry, dengan izin, is monitored by important Parliament Committee. This is a standing committee, permanent, bukan sementara. Dia akan panggil kakitangan bila ada masalah, ada isu. Dia akan soal mereka. Dengan cara itu baru Parlimen boleh main peranan sebagai an effective check and balance on the Executive. Ini satu yang mesti dibuat bersama dengan backbenchers dan pembangkang.
Kedua, prosedur soalan kita memang sudah kuno, it is backward. Mesti ditukar. Sebab apa? Soalan kita mengikut standing order kita sekarang mesti dimasukkan dua minggu sebelum mesyuarat. Kalau mesyuarat kita panjang macam bulan Oktober, bila sampai akhir sesi, soalan sudah jadi basi. It’s out of date. Tidak relevan lagi. Kalau saya bandingkan dengan sistem di New Zealand, Ahli Parlimen di sana pagi boleh masuk soalan, petang Menteri wajib jawab. Itu sistem dia. Barulah itu Parlimen yang boleh memainkan peranan sebagai check and balance. Di Westminster pun walaupun itu Parlimen yang lama, mereka pun sudah berubah. Sekarang, tempoh mereka untuk masuk soalan tiga hari sahaja. So, saya boleh masuk soalan hari ini dan Menteri wajib jawab pada hari Isnin. Baru saya nampak Tuan Yang di-Pertua, itulah sistem. Dengan itu Parlimen kita boleh beralih daripada sistem sekarang yang tidak berkesan yang saya nampak kepada satu sistem yang lebih berkesan yang akan membawa kita kepada tahap parlimen- parlimen moden yang betul-betul demokratik di dalam dunia ini. So, inilah antara aspek yang perlu dikaji oleh jawatankuasa pilihan ini. Saya harap ini boleh disokong oleh anggota-anggota daripada Barisan Nasional juga sebab ini adalah demi kebaikan kita semua.
Banyak complaint tadi tiada masa untuk berucap. I agree, setuju. You have a lot of issues to raise. Kita kena bincang secara halus, lebih detail, but we don’t have the time. So, we have to change the system. Satu aspek lagi Tuan Yang di-Pertua ialah tentang resources atau sumber yang kita bagi kepada Ahli Parlimen. Dalam Dewan ini kita ada ramai yang berpendidikan tinggi, yang berbakat. Akan tetapi adakah mereka diberi sumber, adequate resources, dengan izin, untuk kerja mereka. Parlimen, hampir semua, Indonesia, Philippines, Australia, semua Parlimen bagi kepada Ahli Parlimen mereka research resources staff khususnya. Kita juga dikatakan adalah constituency MP’s. Kita ada tanggungjawab kepada pengundi kita di kawasan. So, kita mesti tubuhkan service centres dan staffs dan sebagainya.
Akan tetapi di Malaysia malangnya kita tidak diberikan sumber-sumber itu.
Kita diberi gaji tetapi gaji adalah untuk keperluan peribadi dan keluarga. So, saya ingin cadangkan kali ini kita mesti...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
[Bangun]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Silakan Yang Berhormat Seremban.
Ringkas ya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sebab saya tidak sempat untuk berucap, saya hendak tumpang sedikit.
Sedarkah Yang Berhormat Subang bahawa bukan sahaja sumber kita tidak diberikan tetapi peruntukan untuk kawasan Parlimen pun ada diskriminasi sekarang. Jawapan kepada soalan saya semalam mengatakan kalau di Semenanjung ada 80 kawasan Parlimen hanya diperuntukkan RM300,000 tetapi ada 85 kawasan lagi diperuntukkan RM1 juta. Ini tally dengan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Semenanjung. Sembilan kawasan di Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM500,000 setahun dan 48, RM1.5 juta. Ini menunjukkan ada diskriminasi, ada perbezaan peruntukan di antara kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sehingga tahap itu. Bukan sahaja kita tidak
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
progress, tidak ada national reconciliation tetapi sekarang inilah retaliation ke atas kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya setuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh Yang Berhormat Seremban. In fact, point itu pun saya hendak bangkit.
Ini peruntukan pada kawasan dan memang penting secara prinsip yang adil adalah peruntukan yang sama kepada semua kawasan. Mungkin lebih sedikit kepada kawasan pedalaman yang memerlukan lebih dana daripada lain. Akan tetapi secara prinsip patut diagihkan secara adil, equally. Baik sama ada Ahli Parlimen adalah daripada kerajaan atau pun Pembangkang. We cannot discriminate, dengan izin ,Tuan Yang di-Pertua. So, amalan itu yang sekarang dilakukan mesti diberhentikan.
Saya rasa Pakatan Rakyat pun boleh beri aku janji bahawa kalau Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional sanggup melakukan di peringkat Parlimen di Selangor, Pulau Pinang dan di Kelantan, kerajaan negeri pun akan pastikan peruntukan kepada DUN-DUN di buat secara adil dan sama juga. Kita boleh bagi aku janji. Jadi, saya minta itu dipertimbangkan.
Saya sudah buat perkiraan Tuan Yang di-Pertua. Staff untuk service centre, perbelanjaan semua dengan research. Kalau kita agihkan, kita peruntukkan RM25,000 satu bulan untuk setiap Ahli Parlimen. Jumlahnya satu tahun RM66 juta sahaja. Apakah jumlah itu kalau dibandingkan dengan belanja RM15 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri. Inilah institusi yang terpenting dalam negara. RM100 juta pun kita tidak boleh beri peruntukan kah? Macam mana dengan peruntukan untuk pejabat. Parlimen di Indonesia, setiap Ahli Parlimen ada staff, ada pejabat sendiri. Indonesia boleh buat. Cambodia bagi dua staff pada setiap Ahli Parlimen. Macam mana dengan Parlimen kita?
Seorang Ahli
Malaysia boleh.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Malaysia boleh, ya. So, inilah tajuk-tajuk Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan jawatankuasa pilihan ini patut bincang dan kita patut selesaikan. Saya alih dengan sedikit lagi sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Saya pergi kepada isu pilihan raya sebab selalu kita ada dengar, kita mesti terima result. Saya hendak cakap dengan tegas kini, kita tidak boleh terima result selagi kita tahu hakikat perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13.
Macam mana dakwat kekal digagalkan secara sengaja. Anggota SPR tahu, mereka yang buat undang-undang, mereka yang beli dakwat kekal, mereka yang janjikan dakwat kekal akan kekal tujuh hari.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Akan ada 4% sampai 6% silver nitrate. Mereka tahu semua ini. Mereka bertanggungjawab dan dengan sengaja mereka gagalkan dakwat kekal yang mereka tahu adalah untuk menghalang pengundian yang diragui ataupun multiple voting. Kita tahu. Pengerusi SPR mengakui ada 66,000 pendaftaran pengundi yang diragui. Dia tahu. Pengumuman 40,000 tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar. Yang Berhormat Padang Besar sebut salah.
Kenyataan oleh Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat adalah 40,000 pengundi yang diragui yang dibawa daripada Sabah. Bukan 40,000 Bangladeshi. Itu you tukar cakap kita dan you ulang. Itu salah. It is all and cheap debating trick. Kita sebut itu kerana 40,000 pengundi yang diragui.
Jadi akses kepada media tidak ada. Dua hari dulu Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri di London berkata pilihan raya di Malaysia adalah free and fair, dengan izin. Mana ada pilihan raya yang free apabila pembangkang tidak boleh masuk seminit pun dalam national television. Mana ada pilihan raya yang adil?
[Disampuk]
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi, Menteri, kalau kita sudah dapat 51% undi popular, bayangkan kalau kita dapat akses sepuluh minit setiap malam. Mana Barisan Nasional sekarang?
Sudah masuk dalam kawasan sini. Betul?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat ya.
Seorang Ahli
Gulung, gulung.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi Tuan Yang di-Pertua, reformasi pada sistem pilihan raya pun kita mesti lakukan. Kalau negara ini akan ambil tempat yang sewajarnya dalam golongan negara-negara yang betul-betul boleh dikatakan demokratik, kita mesti ubah sistem pilihan raya. It is quite basic. Akses kepada media yang adil mesti dilakukan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Kemaman kata Kerajaan Barisan Nasional sanggup buat siaran langsung untuk masa perkiraan undi untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Besut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab dan kata siaran langsung untuk masa perkiraan undi tidak relevan langsung. Tidak relevan. Apa yang relevan adalah setiap hari, tempoh kempen, bagi Pakatan Rakyat selama 15 minit dalam prime time national television. Itulah relevan.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Itulah relevan. Akhirnya Tuan Yang di- Pertua, ada dua isu yang penting. Saya sebut dengan ringkas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya cuma ingin katakan bahawa tadi dekat sana bising-bising kata saya tidak tegur Yang Berhormat Kubang Pasu. Akan tetapi Yang Berhormat sebenarnya sudah terlajak lima minit.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Two minutes. One minute sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebab itu saya katakan. Itulah kadang-kadang kita bercakap benda yang kita tidak sedar Yang Berhormat ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Saya just minta ringkas. I appreciate that. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam ada satu serbuan yang dibuat dalam majlis tayangan filem di dewan perhimpunan Cina yang tayangkan filem bertajuk No Fly Zone. Ini adalah filem tentang apa yang genocide ataupun jenayah perang yang dilakukan pada Mei 2009 oleh Kerajaan Sri Lanka yang telah membunuh secara zalim 40,000 sampai 70,000 orang Tamil di Sri Lanka.
Civilians murdered in cold blood. Ini mesti ditayangkan semalam tetapi ada serbuan daripada pihak polis dan daripada menteri-menteri yang berkenaan untuk menghalang. Itu atas desakan daripada Kerajaan Sri Lanka. Saya kesal. Macam mana kerajaan kita boleh tunduk kepada desakan daripada kerajaan itu. Saya minta Menteri menjawab macam mana itu berlaku dan memberi aku janji bahawa ini tidak akan berulang sekali lagi.
Last issue.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kes pembunuhan K. Murugan, twenty second...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Six minutes out now.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Just 20 seconds. Saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri...
Beberapa Ahli
Duduk! Duduk!
Tuan R. Sivarasa - Subang
Tidak. It is important one. Ini pembunuhan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskanlah Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Twenty seconds, twenty seconds.
Pembunuhan kes Encik K. Murugan dalam masa kempen di Tapah. Ini berkaitan dengan pilihan raya juga. Ada pembunuhan yang kejam kepada pembantu calon Pakatan Rakyat di Tapah. Siasatan dibuat oleh polis. K. Murugan ini ada dibuktikan telah menerima ugutan sebelum dia dibunuh. Dia di bunuh pada awal Mei. Akan tetapi siasatan dibuat oleh pihak polis dan kita dapati hanya 19 saksi daripada Pakatan Rakyat dipanggil untuk siasatan dan tiada seorang pun daripada Barisan Nasional. Sampai sekarang tidak ada keputusan. Saya minta Menteri Dalam Negeri tolong jawab apakah status siasatan itu dan bila orang yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu akan di bawa ke keadilan? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf ambil masa yang lebih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah terlajak tujuh minit. Saya boleh maafkan ya. Yang Berhormat Machang.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi kesempatan kepada saya pertama kali untuk turut serta dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ketiga Belas pada hari ini. Kesempatan yang ringkas ini, saya hendak ucapkan terima kasih terutama kepada pengundi-pengundi di kawasan saya, Machang kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berada di sini mewakili suara orang-orang Machang.
Ada dua, tiga perkara yang saya hendak sentuh di sini tetapi yang pertama, terlebih dahulu saya hendak perbetulkan sedikit oleh kekanda saya daripada Tumpat bahawasanya kami BNBBC ini berebut-rebut hendak menjadi chairman GLC. Sebenarnya sepanjang dua minggu saya bersahabat, berkawan dengan rakan BNBBC ini, setiap kali perjumpaan, minum kopi, minum teh dan minum air kosong, tidak ada pun dengar. Tidak ada. Kawan-kawan saya tidak ada pun “Aku kalau boleh jadi ini, aku hendak ini”. Tidak ada pun. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, yang kami bincangkan ialah bagaimana hendak mengekalkan 133 kerusi dan menambah kerusi dengan membantu rakan-rakan kita bagi memastikan Barisan Nasional akan dapat kerusi yang lebih untuk Pilihan Raya Umum Keempat Belas.
[Tepuk] Di sini juga, saya berasa terpanggil sebab melibatkan negeri saya berkenaan dengan sahabat saya daripada Bachok soal pendaratan gas di Songkhla dan Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, soal isu ini. Kawasan ini sebenarnya adalah kawasan Joint Development Area (JDA), dengan izin yang dimiliki 50% oleh negara kita – pertindihan dan 50% oleh Thailand. Soal ini sebenarnya tidak harus dipertikaikan kerana soal mendapatkan hak pendaratan di Songkhla ini sebenarnya kebetulannya syarikat daripada Thailand yang telah berjaya memenangi tender terbuka. Jadi oleh kerana fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh syarikat daripada Thailand ini di Songkhla, maka gas ini sudah tentulah akan didaratkan di Songkhla. Begitulah juga dengan pendaratan di Terengganu.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Ketereh bangun, Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Yang Berhormat Ketereh? Kena bagilah. Akan tetapi jangan lamalah kalau boleh, Yang Berhormat Ketereh. Kesian saya. Silakan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Machang. Apakah Yang Berhormat Machang setuju kalau saya katakan bahawa kita harus maafkan Yang Berhormat Bachok kerana dia baru dan dia juga banyak tidak tahu tentang royalti ini. Di Kelantan itu ada orang yang jadi hero royalti pun telah pun disingkirkan oleh parti mereka. Tidak ada tempat lagi sudah. Dia menyebabkan banyak orang keliru. Pendaratan gas di Songkhla itu adalah daripada Joint Development Authority yang tendernya dimenangi oleh syarikat Thailand kerana mereka membida lebih tinggi daripada Petronas kerana loji Petronas pada waktu itu diberi alasan gas mempunyai higher carbon contents yang kos memprosesnya tinggi. Jadi Petronas mengalah kepada syarikat Thailand dan dia bukan milik Kelantan dan milik Malaysia sahaja. Jadi syarikat itu mendaratkannya untuk fasa pertamanya di Songkhla.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Begitu juga Yang Berhormat Bachok mungkin belum cukup makluman barangkali pendaratan gas yang ditemui di sebelah perairan Kelantan dipilih untuk mendarat ke Terengganu kerana pelaburan awal (capital expenditure) untuk pusat pemprosesan itu nilainya berbilion dan ia telah pun wujud di Terengganu, maka dibawa ke Terengganu. Bukan atas semangat hendak mendiskriminasikan Kelantan. Jadi setujukah Yang Berhormat kalau kita maafkanlah sahabat kita Yang Berhormat Bachok ini?
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Sebenarnya, sekejap...
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary - Bachok
[Bangun]
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Sekejap Yang Berhormat Bachok.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ada dua yang bangun, Yang Berhormat Kota Bharu dengan Yang Berhormat Bachok.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Sekejap, sekejap. Masa tidak banyak. Saya satu tajuk saya beri satu laluan. Lepas ini saya ada dua tiga tajuk lagi boleh mencelah. Saya beri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tidak benarkan, duduk ya. Yang Berhormat Bachok duduk.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Minta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, tolong nasihatkan supaya duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
[Ketawa]
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Saya amat bersetuju.
Masukkan dalam ucapan saya. Sebenarnya itulah yang saya hendak perjelaskan tetapi Yang Berhormat Ketereh sudah jelaskan demi memendekkan masa saya yang semakin pendek ini, jadi tidak perlulah saya ulas panjang. Yang Berhormat Bachok, untuk maklumat Yang Berhormat Ketereh kawan saya juga dan memang sama-sama baru dengan saya. Mungkin beberapa perkara Yang Berhormat Bachok sebut tadi pun saya juga ada yang tidak tahu perkara tersebut. Sekejap Yang Berhormat Bachok. Saya hendak pergi kepada benda lain.
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary - Bachok
Rakan kena beri pada rakan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tidak, saya tadi pun tidak usik Yang Berhormat Bachok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dari segi masa Yang Berhormat Bachok, ya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertualah orang yang memahami perkara ini sebenarnya.
Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary - Bachok
Sebab dia sebut secara khusus tentang saya. So, saya hendak minta penjelasan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Yang Berhormat Ketereh sudah ini. Okey, selepas ini Yang Berhormat Bachok. Kita selesai di kedai kopi dekat luar boleh? Sama orang kampung.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebut di sini ialah berkenaan dengan bola sepak kerana saya yakin bola ini adalah satu sukan yang diminati oleh hampir keseluruhan rakyat dalam negara kita. Saya juga yakin Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini pun bolehlah kalau saya katakan 90% yang meminati bola. Sehubungan dengan itu saya hendak ucap tahniah kepada Kelantan dan Yang Berhormat Ketereh juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan kerana mengekalkan Piala FA untuk tahun 2013. Harap Piala Malaysia pun boleh dapat insya-Allah.
[Tepuk] Dalam soal bola sepak ini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat kedudukan ranking negara kita di peringkat dunia berada pada tahap 159 pada Jun 2013 yang dikeluarkan oleh FIFA dan juga ranking Malaysia di kalangan negara-negara Asia berada di kedudukan yang ke 31 daripada 46 buah negara. Kekal 31 dan di rantau ini kita yang kelima berada di belakang Vietnam, belakang Thailand, belakang Filipina dan juga Myanmar. Kalau kita ikut rekod yang lepas Tuan Yang di-Pertua, kita dengan Filipina ini pada tahun 1962 saya tidak lahir lagi waktu itu, kita pernah membelasah Filipina ini dengan 15-1. Pendek kata yang datang bermain dengan kita itu kita boleh beri bawa balik seorang sebiji gol.
Akan tetapi hari ini mutakhir ini, apa yang paling mendukacitakan ialah mutu bola sepak negara kita semakin hari semakin merudum dan di dalam soal ini juga saya ingin menyentuh tentang pembangunan bola sepak. Kita tahu ini adalah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Malaysia tetapi apabila ianya menjadi suatu sukan yang diminati dan digemari oleh seluruh rakyat dalam negara ini, maka saya terpanggil untuk membawa perkara ini di Dewan yang mulia pada hari ini. Saya
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
ingin bertanya kepada Suruhanjaya Sukan, apakah Suruhanjaya Sukan melihat beberapa perkara yang telah berlaku di dalam FAM ini terutamanya tentang undang-undang dan peraturan yang terdapat di dalam FAM ini? Contohnya perkara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Machang, masa sudah cukup.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Alamak! Tidak apalah saya tinggal bola dahululah. Banyak lagi hendak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak apa habiskan ayat itu. Tergantung pula dia.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, artikel 88 yang saya hendak sebut di sini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
artikel 88 ini sebenarnya kita hendak minta Suruhanjaya Sukan cuba melihat secara mendalam seolah-olah FAM ini tidak boleh ditegur. Kalau kita hendak jadikan bola sepak ini maju dan terus berjaya seperti masa-masa yang lepas kita mesti boleh ditegur dan ianya kalau hendak dikirakan bercanggah dengan...
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Machang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, Yang Berhormat Kota Bharu orang kuat bola.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Ya, sedikit fasal bola saya beri dia fasal bola tetapi jangan lama.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Cuma kalau panjang nanti Yang Berhormat Kota Bharu berucap kena pendeklah.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, ya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Ambil masa Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, sedikit sahaja. Yang Berhormat Machang sebut artikel 88 di dalam statut FAM. Itu saya rasa, mungkin dan bukan dalam statut lain.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
FAM statut.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya hendak tanya Yang Berhormat Machang adakah Yang Berhormat tahu bahawa statut FAM, undang- undang tubuh FAM itu adalah undang-undang yang diluluskan dan dibenarkan untuk dikuatkuasakan oleh FIFA sendiri? FIFA yang luluskan artikel ini termasuk semua artikel yang ada di dalam statut FAM. Adakah Yang Berhormat sedar perkara ini?
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Yang saya hendak sebut soalnya demi kepentingan bola sepak negara, artikel 88 ini sepatutnya dihapuskan di dalam FAM. Tidak mungkinlah sampai hendak bersuara sedikit pun tidak boleh. Orang itu kena gantung, orang ini kena gantung yang mana pandangan dan juga suara yang dikeluarkan ini adalah untuk kebaikan persatuan itu sendiri bagi membolehkan
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
sukan bola sepak ini berada pada satu tahap sebagaimana yang pernah kita kecapi satu ketika dahulu. Kita pernah layak ke Olimpik tapi sekarang ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
...Usahkan di peringkat Olimpik...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Gulung, gulung. Cukup bola sepak itu.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mesti sentuh sedikit soal kawasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya,
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Kawasan Machang ini adalah ditakrifkan sebagai kawasan luar bandar yang mana rata-rata penduduk dan masyarakat mencari rezeki daripada segi bidang pertanian seperti menoreh getah, berkebun dan juga menanam padi.
Di dalam soal ini saya ingin menyentuh tentang penanaman padi di kawasan Machang. Buat masa ini terdapat kawasan tanaman padi seluas 6,246 ekar iaitu 2,466 ekar bagi tanaman sekali setahun dan 3,780 ekar bagi tanaman padi dua kali setahun yang melibatkan 1,308 orang petani yang juga melibatkan PPK Machang dan juga PPK Pulai Chondong.
Tuan Yang di-Pertua, masalah utama peningkatan hasilnya ialah kerana pengairan yang tidak mencukupi. Oleh sebab yang demikian, saya ingin meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melihat bahawasanya sumber-sumber air yang barangkali boleh kita perolehi daripada jiran iaitu KADA untuk disalirkan ke kawasan-kawasan pertanian padi di Machang. Saya juga menyokong Yang Berhormat Ketereh bahawasanya sistem pam yang digunakan oleh Kemubu sudah tidak sesuai dan juga ditukar kepada sistem graviti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, ya.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Oleh sebab yang demikian Tuan Yang di-Pertua, bagi saya masalah ini adalah satu masalah yang penting untuk kawasan saya.
Kedua, saya hendak sentuhnya ialah berkenaan dengan pendidikan. Di Machang terdapat satu IPTA UiTM ada di Machang. Kampus Kelantan cawangan Machang dan buat masa ini pelajar-pelajarnya terdiri daripada lebih kurang 7,000 orang pelajar di kampus Machang. Masalah yang dihadapi oleh mereka ini ialah 2,500 pelajar tinggal di luar dari kampus kerana tidak ada asrama yang mencukupi. Jadi saya memohon dengan Kementerian Pendidikan untuk melihat perkara ini. Di samping itu saya juga memohon agar dibuat beberapa penambahan fakulti baru dan juga tanah yang terbiar di sekitar 350 ekar lagi yang berbaki itu boleh dibangunkan dengan asrama-asrama.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi berkenaan dengan pendidikan juga. Yang Berhormat Kota Bharu kacau minta masa dia sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini sudah lebih lima minit.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Satu sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Sekolah Menengah Bukit Tiu yang
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan, pengambilan tanah sudah dibuat.
Saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar menyegerakan pembinaan sekolah tersebut. Ini kerana Machang tiga tahun berturut-turut SPM dan juga PMR mendapat tempat yang pertama antara PPD di seluruh negeri Kelantan.
Saya mencadangkan agar Sekolah Menengah Bukit Tiu sekiranya dibangunkan, bolehlah dijadikan sebagai sekolah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Ikut senarai saya ini ada 19 orang lagi yang hendak berucap. Barisan Nasional 11, Pakatan Rakyat 8, maknanya 19 orang. Kalau 10 minit, 190 minit. Kita ada 180 minit, jadi harap semua wakil Yang Berhormat berikan kerjasama. Kalau boleh tujuh minit, lapan minit jangan ambil extra masa lima minit. Ramai lagi kawan yang tidak dapat berucap, jadi kita simpatilah dengan kawan-kawan kita yang lain ya. Sila Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong ini lapan minit sahaja, dia biasa. Sudah lama dengan dia. Sila.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Saya wakil Jelutong bangun untuk berbahas Titah Baginda Yang di- Pertuan Agong bagi Penggal Pertama, Dewan Rakyat Ketiga Belas. Oleh kerana kesuntukan masa, saya hanya akan menyentuh satu perkara sahaja iaitu mengenai Petroleum Development Act 1974 (PDA) di bawah tajuk Petronas untuk siapa? Dalam perbahasan wakil DAP dari Raub semalam ada disebut jasa-jasa baik Pak Ungku Gua Musang ketika dan sesudah PDA diluluskan di Parlimen ini.
Lantas Petronas ditubuhkan sejak tahun 1976 untuk mengaut hasil-hasil alam yang Tuhan kurniakan khusus untuk generasi-generasi akan datang.
Namun, setelah 37 tahun kebelakangan, kurnia Tuhan dalam bentuk minyak dan gas nampaknya telah lebih diguna untuk menjamin kesinambungan hayat satu-satu parti politik. Petronas bukan untuk Melayu, bukan untuk bumiputera Sarawak dan Sabah, bukan untuk Cina, India atau Orang Asli, bukan, bukan, bukan! Petronas hanya membuka buku akaunnya depan Pengerusi UMNO. Petronas hanya untuk UMNO, PDA sudah terpesong dan melencong.
Oleh sebab itu dalam laporan The 2013 Resource Governance Index yang mengkaji dan menyukat mutu dan prestasi tadbir urus 58 negara penghasil minyak, gas dan galian di seluruh dunia, Malaysia terletak di darjat yang bawah.
Nombor 34 daripada 58.
Juara dalam laporan The 2013 Resources Governance Index ialah negara Norway. Malah Timor-Leste satu negara muda yang baru merdeka daripada jajahan Indonesia pada tahun 2006, kedudukannya adalah nombor 13 daripada 58. Timor-Leste jauh lebih elok daripada kita Malaysia. Saya ingin menyatakan dalam Dewan ini bagaimana Malaysia begitu mundur kedudukannya dalam index tadbir urus sumber alam yang berkenaan. Agar kita tidak termakan sumpah sumber alam atau dengan izin, the resources curse. Di mana negara-negara yang kaya, rakyat yang miskin dan berbalah. Bagi yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.
The 2013 Resources Governance Index merupakan satu kajian tahunan yang dikelolakan oleh The Revenue Watch Institute. Meskipun ianya bukan satu kajian yang terulung namun ia merupakan satu kajian yang tunggal terdapat di dunia buat masa ini. Maka kita gunakannya sebagai satu pengukur bagi menyukat prestasi tadbir urus bidang the extractive industry dengan izin. Sehinggalah muncul satu model yang lebih menyeluruh suatu hari nanti. Kedudukan dalam index ini ditentukan menerusi tujuh natijah yang besar iaitu:
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
(i) satu penetapan institusi dan undang-undang;
(ii) bagaimana hasil minyak di lapor;
(iii) perlindungan tadbir urus dan kawalan kualiti;
(iv) faktor-faktor persekitaran yang mendukung tadbir urus yang baik;
(v) prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan;
(vi) tabung sumber alam atau the Natural Resources Fund untuk generasi akan datang; dan
(vii) laporan pemindahan sub nasional yang komprehensif.
Dalam Laporan The 2013 Resources Governance Index, beginilah skor ataupun pencapaian Malaysia berbanding Norway dan Timor-Leste. Kalau dari segi ranking keseluruhannya, daripada 100 mata, Norway mencapai 98. Dari segi Timor-Leste keseluruhan 100 mata, Timor-Leste mencapai 68, manakala Malaysia daripada 100 mata kita mencapai 46, failed. Dari segi rangking di antara 58 negara yang dinilai, Norway tempat pertama, Timor-Leste nombor 13, Malaysia nombor 34.
Malaysia merupakan pengeksport gas asli cecair yang ketiga terbesar di dunia pada tahun 2010. Sektor petroleum menjana 14% pendapatan kerajaan serta 10% KDNK dan 20% nilai eksport pada tahun 2011.
Dari segi natijah-natijah yang saya sebutkan tadi, bagi sektor Institutional and Legal Setting. Natijah yang pertama, Malaysia mencapai 39 mata daripada 100 mata bagi natijah tersebut, duduk di tangga ke-49 daripada 58 negara yang dipantau dan disukat. Bermaksud, walaupun 37 tahun sesudah Petroleum Development Act, kerangka legislative kita masih lemah. The PDA 1974 memberikan kuasa eksklusif kepada Petronas untuk mengurus sektor petroleum dan gas dengan berpandukan satu dasar yang agak luas dengan izin, broad policy guidance. Petronaslah regulator, Petronaslah pemberi lesen berdasarkan beberapa syarat bukan teknikal seperti penglibatan pihak berkepentingan tertentu.
Malah Petronaslah pemain langsung dalam industri minyak dan gas.
Oleh sebab sebagai regulator, Petronas mengutip semua bentuk bayaran daripada para pelesen termasuk cukai. Sebahagian hasil tersebut diguna untuk menampung perbelanjaan Petronas akan tetapi hasil-hasil tersebut tidak pernah dimasukkan ke dalam perhitungan Perbendaharaan. Ringkasnya, Malaysia tidak ada sebarang regulator yang berkecuali, the independent regulator dalam sektor ini. Sememangnya tiada juga sebarang undang-undang kebebasan maklumat di Malaysia dan Akta Rahsia Rasmi turut menyekat sebarang pendedahan atas alasan keselamatan negara.
Kedua, natijah Reporting Practices. Pengamalan membuat laporan tentang hasil Petroleum. Malaysia skor 45 daripada 100 mata serta mencapai tangga ke-32 daripada 58 negara. Ini adalah kerana negara kita jarang ataupun tidak langsung menerbitkan maklumat mengenai kontrak atau subsidi-subsidi yang berlandaskan tabung dana sumber asli.
Contohnya, aspek-aspek penting dalam prosedur pelesenan seperti peraturan-peraturan lelong oil-fields and gas-fields, syarat-syarat kelayakan pembida tidak diterbitkan secara telus. Beginilah cara tadbir urus Petronas apabila pasaran minyak dan gas berkeliaran dengan berita bahawa dengan secara senyap sepi Syarikat Pexco Sarawak, Sarawak NV yang dikaitkan dengan Kumpulan Usaha Tegas yang lagi dikaitkan dengan Tan Sri T. Ananda Krishnan telah diberi lesen konsesi dalam bentuk empat Production Sharing Contract ataupun PSC di sebelah Wilayah Barat Pelantar Central Luconia yang seluas 20,000 square kilometer dengan bekalan gas dijangka sebanyak 35 trillion cubic feet.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya dua minit lagi.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya minta Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan sama ada angkara pemberian konsesi pada Pexco, Usaha Tegas Tan Sri T. Ananda Krishnan itu, sama ada ia salah ataupun tidak benar. Saya akan lompat oleh kerana kesuntukan masa dan juga untuk mematuhi perintah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Saya masuk ke natijah yang seterusnya, yang paling penting bagi saya iaitu tentang penubuhan tabung sumber alam. Petronas mendirikan National Trust Fund pada tahun 1988 iaitu 12 tahun setelah Petronas beroperasi dan kini berusia 29 tahun. Sebesar mana dana dalam tabung ini pada masa kini tidak jelas. Saya pohon Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dapat memberi penjelasan yang setimpal dengan secepat mungkin.
Cacat celanya bagi hemat saya ialah tabung tersebut diuruskan oleh Bank Negara. Namun, kuasa penetapan dasar adalah dalam tangan Kementerian Kewangan juga di bawah Jabatan Perdana Menteri secara merangkap. Dalam laporan-laporan Kementerian Kewangan, tiada sebarang maklumat diberi mengenai peratusan pendapatan yang Petronas harus carumkan ke dalam tabung sumber asli tersebut. Sepanjang 30 tahun lebih yang lalu kenapa Petronas begitu tidak telus. Maka, dengarlah jeritan rakyat. Petronas untuk siapa? Transformasi ‘Ini kalilah!’, patik menjunjung kasih Baginda.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Yang Berhormat Labuan, saya tadi Yang Berhormat Setiu ada hantar nota kata hendak pergi ke airport.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sebenarnya Pakatan Rakyat bukannya 8 tetapi 33 lagi belum berucap. Jadi 33, 11, 44. Kalau boleh lima minit?
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
Tujuh minit Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Lima minit. Okey bagi Yang Berhormat Labuan dahulu, selepas itu Yang Berhormat Setiu. Selepas pembangkang,Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Labuan tujuh minit. Tujuh minit ini, campur extra time, 10 minit. Kalau 10 minit, extra time, 15 minit.
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
Baik Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang diberikan kepada Yang Berhormat Labuan untuk membahaskan dan menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, perpaduan dan keharmonian pelbagai etnik dan agama yang ada di negara kita merupakan satu keistimewaan yang jarang wujud di negara-negara majmuk yang lain. Maka ia seharusnya terus dipelihara dengan rasa penuh tanggungjawab oleh semua pihak.
Semua pihak yang memang lumrahnya ada kelemahan masing-masing.
Apa yang penting di sini, kita semua mesti terus memperbaiki kelemahan. Di pihak kerajaan, memang pun itu sedang berlaku, continuous improvement, dengan izin.
Tahniah kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang agak muda tetapi mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan. Sebagai contoh, laporan
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
menjalankan perniagaan edisi 2013 Bank Dunia telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling berdaya saing daripada 185 negara.
Kedudukan ini meletakkan negara kita mengatasi negara-negara maju seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland. Malaysia berada di kedudukan keempat di dunia dalam kategori melindungi pelabur dan di tempat pertama seiring dengan Afrika Selatan dan United Kingdom dalam kategori kemudahan mendapatkan pinjaman dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, masih luas lagi ruang untuk penambahbaikan. Jadi semua pihak terutamanya eksekutif mesti melihat program transformasi nasional yang sedang dilaksanakan pada masa ini sebagai peluang untuk membuat perubahan yang besar dan radikal untuk kita menepati keperluan semasa. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? ‘Ini kalilah!’.
Dalam hal politik, continuous improvement juga sedang berlaku. Yang memerintah mempunyai tanggungjawab dan pembangkang juga kena menjadi pembangkang yang bertanggungjawab. Ia amat penting sebab kedua-dua pihak mempunyai peranan yang penting dalam nation building ini dengan izin.
Cantik bendang sawah padi, Dapat dilihat berbatu-batu, Walaupun kita berlainan parti, Hal negara mesti bersatu.
Marilah kita sama-sama ketepikan politik kepartian demi perpaduan nasional dan kepentingan negara. Tuan Yang di-Pertua, salah satu kunci yang menyumbang kepada perpaduan nasional kita selama ini adalah kontrak sosial yang dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan. Kontrak sosial ini mesti diteruskan dan dipelihara.
Biarlah ia akan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional dan kesedaran tentang pentingnya perpaduan, toleransi dan yang paling utama, hubungan kukuh di antara sesama etnik di Malaysia.
Ini termasuklah melaksanakan dengan baik dasar untuk memastikan golongan berpendapatan rendah semuanya mendapat pembelaan tanpa mengira kaum. Salah satu contoh Tuan Yang di-Pertua, masih ramai lepasan SPM yang tidak mampu mencapai kelayakan minimum yang diperlukan sama ada untuk universiti awam ataupun swasta. Pada masa yang sama, ada di antara mereka ini terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah yang tidak mampu membiayai yuran dan perbelanjaan yang dikenakan oleh universiti.
Bagi orang Melayu dan bumiputera lain, Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah institusi pilihan memandangkan ia bersedia mengambil mereka yang kurang berkelayakan dan hanya mengenakan yuran yang minimum supaya anak- anak Melayu dan bumiputera yang tertinggal di belakang. Namun, kita juga maklum bahawa bukan sahaja mereka terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera lain yang miskin dan tidak mencapai kelayakan minimum kebanyakan IPT. Orang Cina dan orang India juga ramai yang masih berada di kelompok ini, kurang mempunyai ruang untuk meneruskan impian mereka.
Oleh yang demikian, bagi memberi peluang kepada semua lepasan sekolah yang kurang mampu dan tidak mencapai kelayakan kemasukan minimum ke universiti sedia ada, sebuah institusi pengajian tinggi khas untuk tujuan ini harus ditubuhkan agar mereka ini dapat meneruskan pengajian mereka di peringkat diploma dan ijazah tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan mereka.
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Labuan sedia untuk menyediakan tapak untuk tujuan ini Tuan Yang di-Pertua.
Sudah sebut Labuan, saya ingin meneruskan cerita mengenai Labuan Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan selama 30 tahun, pembangunan di Labuan bergerak dengan rancak menyambung pembangunan yang dibawa sebelum itu oleh Keraja an Negeri Sabah. Sekarang, Labuan merupakan sebuah aset ekonomi utama negara. Perangkaan menunjukkan Labuan menghasilkan KDNK per kapita lebih RM27,000 yang kedua tertinggi selepas Kuala Lumpur. Labuan juga merupakan sebuah hab minyak dan gas yang sedang berkembang maju termasuk kilang metanol keempat terbesar di dunia di samping mempunyai beberapa kemudahan awam yang moden. Pada masa yang sama, ia terletak di rantau Teluk Brunei yang merangkumi beberapa daerah di selatan Sabah dan utara Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya ringkaskan.
Tuan Rozman bin Isli - Labuan
Jadi Labuan sebenarnya bersedia untuk menjadi pusat pembangunan serantau, regional urban centre dengan izin selain berfungsi sebagai hab pembandaran Labuan juga boleh bertindak sebagai pelabuhan untuk keseluruhan rantau yang dimaksudkan. Begitu juga dengan airport yang sudah ada, memang cukup besar untuk memberi perkhidmatan untuk rantau yang merangkumi selatan Sabah dan utara Sarawak.
Kalau kita lihat peta Sabah, selain dari Kota Kinabalu, memang Labuanlah yang di sebelah selatan yang boleh menjadi bandar pelabuhan untuk memberi servis kepada rantau itu. Bagi merealisasikan visi ini, maka Labuan perlu dihubungkan ke Tanah Besar Sabah dengan jambatan, Tuan Yang di-Pertua.
Kawasan-kawasan lain di rantau itu yang disebutkan tadi akan mendapat rangsangan yang kuat untuk membangun dengan lebih cepat seperti mana yang terjadi kepada kawasan-kawasan sekitar sebuah pusat bandar utama yang lain.
Saya berharap ia akan menjadi realiti, sooner rather than later dengan izin. Kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat ini terutamanya yang sudah lama tidak datang ke Labuan, jemputlah datang. Saya bersedia menerima kedatangan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari sebelah sana ataupun sebelah sini. Bawa investor lagi baik. Dengan itu Labuan mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Labuan. Kota Bharu sila.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
*Bismillahi Rahmani Raahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang telah memberi titah semasa perasmian baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus kepada beberapa point yang saya ingin supaya dimasukkan di dalam catatan Dewan ini. Pertama, saya ingin menjawab ataupun memberi penjelasan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi iaitu yang dikatakan pendaratan gas dan juga minyak dipindahkan ke Songkhla kerana keputusan tender.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin menyatakan bahawa pada tahun 1994 atau tahun 1995 satu perjanjian telah diadakan di antara sebuah syarikat milik UMNO ataupun milik sebelah sana iaitu KUB. KUB mengadakan satu perjanjian dengan satu buah syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan yang bernama KELOIL. Di mana usaha sama ini untuk mendaratkan gas dan minyak di Pantai Bachok. Akan tetapi disebabkan oleh satu political decision yang telah dibuat, maka ianya tidak jadi didaratkan di Bachok, dipindahkan ke Songkhla iaitu di Thailand.
Apabila ditanya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan pada masa itu kepada Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu yang menjadi saksi kepada perjanjian ini. Ini kata-kata hikmat yang terkenal Dr. Mahathir, “Saya ini tidak apa, tapi budak-budak saya di Kelantan ini tidak bagi”. Itu saya tidak tahu apa maksudnya.
Boleh jadilah Tuan Yang di-Pertua sebagaimana pandangan dan pendirian Yang Berhormat Ketereh kelmarin, ini kakanda saya daripada Ketereh.
Bila kita sebut bab jalan raya dia kata Kelantan buat di Kuala Krai kerana Kuala Krai dimenangi oleh PAS. Di Machang oleh kerana BN menang, BN buat. Itu mungkin pendekatan yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir, budak-budak dia di Kelantan.
Keduanya Yang Berhormat Jeli, semasa menjadi ADUN di Kelantan penggal 2004, beliau sendiri dalam Dewan ada dalam Hansard mengatakan bahawa, “Saya sendiri..”, itu kata Yang Berhormat Jeli, “...turut menyekat projek datang ke Kelantan semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir.” Dia kata itu semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Mungkin ini maksud Tun Dr. Mahathir, budak- budak dia di Kelantan ada masalah sikit.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai sebuah universiti swasta yang ada di Malaysia ini. Ini untuk Kementerian Pendidikan, yang bernama United Nations University (UNU) yang mana ia mempunyai satu cawangan di Malaysia ini iaitu International Institute for Global Health (IIGH). Di mana Kerajaan Malaysia saya difahamkan sudah membelanjakan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan IIGH di mana dengan persefahamannya, Pengarah IIGH ini mestilah seorang rakyat Malaysia.
Akan tetapi saya difahamkan bahawa rakyat Malaysia yang menjadi pengarah sekarang ini sudah tamat tempoh kontraknya, diura-urakan seorang rakyat Australia akan dilantik menjadi pengarah kepada IIGH ini. Saya mohon Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya mengguna pakai dengan izin, conquer pandangan rakan-rakan saya daripada Pakatan Rakyat mengenai pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang tidak telus, ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Saya mengguna pakai hanya untuk hari ini bangun untuk memasukkan di dalam rekod ucapan saya satu poll, satu undian yang dibuat di dalam malaysian.msn.com yang mana soalannya berbunyi dengan izin, “Opposition leaders are calling for the resignation of the Election Commission Chief over indelible ink. Should they resign or not?” Keputusan polling sehingga pagi tadi menunjukkan bahawa yang bersetuju dengan saranan ini adalah 84% dengan 6,807 penyokong. Manakala yang tidak bersetuju 16%, 1,261 undi setakat pukul 7 pagi tadi sehingga sekarang ini tidak tahu.
Keempat Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan meminjam kata- kata Yang Berhormat Baling tadi, sahabat saya Yang Berhormat Baling yang mengatakan bahawa selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini terutamanya kita perlu mengambil sikap walk the talk, melaksanakan apa yang kita cakap terutamanya kepada pihak kerajaan.
Oleh sebab itu, saya ingin menyeru berdasarkan peruntukan di bawah perlembagaan sendiri, Kerajaan Pusat mesti berperanan sebagai sebuah Kerajaan
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Persekutuan, bukan sebagai sebuah Kerajaan Pembangkang di negeri yang diperintah oleh parti bukan Barisan Nasional. Tegasnya Kelantan, Selangor dan juga Pulau Pinang.
Jangan Kerajaan Pusat bertindak seolah-olah mereka ini sebagai kerajaan pembangkang yang mengadakan atau mengambil peranan untuk dengan izin mengenakan tindakan yang seolah-olah mendera kerajaan negeri-negeri yang diperintah bukan Barisan Nasional.
Saya terpaksa mengambil contoh negeri Kelantan sebagai negeri klasik.
Contoh klasik kerana Kelantan diperintah oleh bukan Barisan Nasional sejak dari tahun 1990 lagi. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan saya percaya Menteri Besar Selangor dan juga di Pulau Pinang, Ketua Menteri tidak dilantik menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri walaupun dia Menteri Besar. Negeri-negeri lain semua Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Akan tetapi di tiga negeri ini, tidak Menteri Besar menjadi Pengerusi Keselamatan Negeri.
Kedua, apabila Kelantan diperintah oleh parti yang bukan Barisan Nasional, Kerajaan Pusat menubuhkan satu jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan yang mana semua peruntukan Kerajaan Pusat dibawa ke negeri Kelantan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketereh RM300 juta lebih itu, semua kepada JPP ini, Jabatan Pembangunan Persekutuan. Bukan Kerajaan Negeri. Yang buat keputusannya JPP, yang mana mereka ini diterajui oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Ini jelas, ini adalah satu open secret kepada semua orang walaupun ianya diluluskan oleh JPP, yang membuat keputusannya, Ketua UMNO bahagian di Kelantan.
Ketiga saya ingin menarik perhatian...
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Sebentar. Minta laluan.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sekejap Yang Berhormat Ketereh. Lepas habis ini saya bagi. Satu projek yang tidak pernah dilaksanakan di Kelantan ialah rumah awam kos rendah (RAKR). Sejak tahun 1990 sehingga sekarang ini, saya dua penggal menjadi Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, saya minta tadi ada Menteri Kerajaan Tempatan di sini, tidak pernah ada dan baru-baru ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat saya hendak habis ini. Baru-baru ini sebelum pilihan raya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang duduk dulu.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya pun kesian juga kepada Yang Amat Berhormat Pekan, telah digunakan oleh calon Barisan Nasional di Kota Bharu, heret Yang Amat Berhormat Pekan ini pergi ke Kota Bharu umumkan Projek PR1MA di Kota Bharu. Seribu unit yang mana dikatakan hendak dibina atas tanah 4 ekar untuk seribu unit, tidak cukup dan sebagainya, dikata.
Ini saya hendak minta penjelasan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, dikatakan kalau menang Barisan Nasional di Kelantan, rumah PR1MA akan dibuat seribu unit, harga kos pembinaannya RM160,000 diberikan subsidi RM 125,000, harganya RM35,000 sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dua minit lagi.
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Silakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Ketereh atau Yang Berhormat Sepang?
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Sepang dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sekejap saja. Saya hendak tanya kepada Kota Bharu. Pendedahan yang diberikan, maknanya memang kerajaan benarkan didiskriminasikan. Akan tetapi kenapa agaknya rakyat Kelantan masih lagi tidak berselera juga hendak menyokong BN dalam keadaan begitu? Sepatutnya bila mereka sudah buat begitu, mereka lagi kuatlah. Akan tetapi kalahkan juga semasa di pilihan raya. Kenapa agaknya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya
Dato' Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jawapannya senang sahaja Yang Berhormat. Orang Kelantan dia tidak beri muka kepada orang yang zalim.
Sebaliknya dia beri muka kepada orang adil. Sila Yang Berhormat Ketereh.
Timbalan Yang diPertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila Ketereh. Seminit lagi ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sahabat saya daripada Kota Bharu buat penjelasan apabila dia menyebut tentang angka RM381 juta peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan disebutnya sebentar tadi dalam Dewan yang mulia bahawasanya wang itu diberikan kepada JPP.
Saya minta nantinya begitu juga Kementerian Kewangan buat penjelasan sebab dalam rekod pemberian RM381 juta bagi tahun 2012 di bawah 13 tajuk iaitu peruntukan-peruntukan diletakkan di bawah perlembagaan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa - Ketereh
Semuanya dibayar secara terus kepada kerajaan negeri di bawah State Consolidated Fund dan tidak melalui JBP, that is old record. Kalau pembetulan minta tarik balik.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Itu biarlah Kementerian Kewangan jelaskan tetapi yang jelasnya JPP di Kelantan adalah jabatan yang menerima peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk pembangunan di Kelantan. Saya hendak sebutkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sejak daripada tahun 1990 Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah menolak apa-apa permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek persekutuan. Akan tetapi, baru-baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang kebetulan telah bersara, menjelaskan bahawa sepanjang 22 tahun Kelantan di bawah kerajaan sekarang ini, walaupun diluluskan tanah untuk pembangunan projek persekutuan sebanyak 118 projek persekutuan tidak dilaksanakan walaupun tanah telah diambil.
Saya boleh minta penjelasan juga daripada jabatan atau kementerian- kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Akhirnya saya tidak menyatakan ini secara semberono. Saya ingin mencatatkan di dalam Dewan ini satu mungkin kredit kepada seorang Menteri yang baru dilantik. Apabila dia baru dilantik baru-baru ini sebagai Menteri Pelancongan, antara kenyataan beliau yang pertamanya ialah beliau akan memberikan layanan yang sama dari sudut pelancongan kepada semua negeri-negeri di Malaysia termasuklah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam 1Parlimen. Hari ini adalah merupakan hari yang amat bersejarah kepada saya kerana sebelum ini saya bertugas, berkhidmat selama lebih kurang 27 tahun sebagai penjawat awam di mana saya tidak pernah didedahkan atau berhadapan dengan suasana seperti pada hari ini. Suasana sebelum ini agak tenang, tetapi di sini sebagaimana kita tahu agak tegang dan juga panas setiap hari semasa persidangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Belum beberapa panas lagi.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Tidak panas, belum panas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Baru mula.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, sebagaimana yang kita maklum bahawa negara kita telah memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Gombak balik lagi, nanti dia panas dia lagi hebat daripada kita.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya. Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita memperkasa dan memartabatkan Parlimen Malaysia kita yang kita sayangi. Saya ingin mengingatkan diri saya dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa kita telah pun bersumpah untuk jujur menunaikan kewajipan sebagai Ahli Dewan, menumpahkan taat setia sebenar-benar negara memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaan bukan sahaja di dalam Dewan ini tetapi juga di luar Dewan.
Sungguh tinggi nilai sumpah taat setia yang kita buat, yang telah kita lafazkan begitulah juga tanggungjawab sebagai Ahli Dewan yang mulia ini memberi impak kepada demokrasi. Jadi kehadiran seramai 222 orang Ahli Dewan Rakyat ke Dewan yang mulia ini adalah hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga Belas yang telah berlangsung pada 5 Mei yang lalu. Jadi pilihan raya ini dianggap “mother of election”, dengan izin. Namun Allah telah mentakdirkan bahawa Barisan Nasional telah memenangi 133 kerusi sebagaimana yang kita tahu berbanding dengan Pembangkang yang memenangi hanya 89 kerusi. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak.
Tuanku dalam Titah Baginda menyuruh semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Ketiga Belas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, pegawai-pegawai, kakitangannya
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
dan ejen-ejen pilihan raya yang telah bekerja keras, bertanggungjawab dan adil serta amanah bagi menjayakan Pilihan Raya Umum Ketiga Belas bagi menegakkan proses demokrasi. SPR walaupun menghadapi pelbagai cemuhan dan tohmahan oleh pihak-pihak tertentu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tetapi pada saya pihak SPR telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin mengikut perkara 113 dan perkara 114, Perlembagaan Persekutuan.
Janganlah kita sengaja mencanangkan kes-kes yang terpencil isolated cases, dengan izin. Seolah-olah seluruh proses pilihan raya itu adalah tidak betul.
Memang mudah kita mencari kesalahan orang lain tanpa mencerminkan diri kita sendiri. Cubalah cermin diri kita sendiri jangan salahkan orang lain. Begitulah saranan saya. Keputusan PRU ke-13 ini adalah pilihan rakyat. Jadi Barisan Nasional turut juga berasa kecewa sebab sebagaimana pembangkang, walaupun begitu pihak kita tidak berbuat apa-apa. Pihak pembangkang tidak berpuas hati kerana gagal menawan negara melalui sistem pilihan raya. Namun hakikatnya Allah lebih menyayangi Malaysia.
Berkat doa mungkin rakyat pada setiap kali Jumaat di setiap masjid di seluruh negara, Malaysia terselamat dari jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya. Kekalahan ini menyebabkan pembangkang terdesak untuk mengadakan pelbagai perhimpunan dengan membelakangkan undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2011. Malah terdapat pemimpin-pemimpin telah tidak bertanggungjawab membiarkan pengikut masing-masing membawa anak-anak kecil ke perhimpunan tersebut. Dengan membiarkan kanak-kanak menghadiri perhimpunan tersebut, mengambil risiko yang memungkinkan anak-anak tercedera dan sebagainya atau sengaja mahu menjadikan anak ini sebagai human shield, dengan izin.
Ada suara mengatakan, salahkah ada bertanyalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tiga minit lagi.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Salahkah perhimpunan aman diadakan? Ia tidak salah kalau mengikut lunas undang-undang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ya, Yang Berhormat Setiu boleh beri laluan? Dia ini kawan lama saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya pun minta tempoh hari, saya tidak dapat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kawan lama ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Sekolah tidak sekolah tidak kira. Sekarang ini saya minta daripada Yang Berhormat Gombak, dia tidak beri. Saya tiga minit lagi, saya ada 10 helai tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang dia tidak beri laluan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kawan lama ini. Bolehlah Yang Berhormat Setiu.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya cuba habislah dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ada benda yang kena penjelasan ini.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Pembangkang perlu sedar rakyat tidak mudah tertipu dan tidak akan menggadaikan keamanan dan keselamatan negara demi untuk mencapai cita-cita politik dan angan-angan kosong individu tersebut. Demonstrasi jalanan jelas tidak menguntungkan rakyat seperti mana yang berlaku di Iraq yang kita tahu di Libya, Mesir dan juga di Turki.
Saya banyak lagi sebenarnya tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sentuh kawasan Yang Berhormat.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Saya kena pilih, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kawasan saya di Setiu ini kalau mungkin ramai yang tidak tahu. Selepas Kuala Terengganu dalam 50 kilometer akan jumpa Setiu.
Seorang Ahli
Besutlah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Besut sebelum selepas Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak mengapa, tidak mengapa. Jangan dilayan.
Seorang Ahli
Tidak ada maknalah.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Okey, di kawasan saya iaitu Setiu setakat ini belum ada bangunan Persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Layan Yang Berhormat Seputeh sampai tengah malam.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, sebagai Pusat Pentadbiran Daerah Setiu. Kebanyakan pejabat kerajaan ini berselerak. Jadi agak susahlah kedai-kedai terpaksa menyewa kedai dan juga pejabat-pejabat yang usang. Jadi rakyat susahlah hendak pergi, berurusan dan mereka juga tidak selesa apabila berada dalam bangunan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Kemudian, Daerah Setiu juga berisiko tinggi dengan berlakunya banjir setiap tahun. Jadi pernah berlaku tiga kali banjir di dalam satu tahun. Bagi mengelakkan kemusnahan kawasan dan kegiatan ekonomi, jadi saya memohon supaya projek untuk tebatan banjir perlu disegerakan. Satu lagi kita memerlukan pusat pengajian tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya gulung ya. Pengajian tinggi last.
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Setiu
Ya, pengajian tinggi dan juga kolej komuniti dan sebagainya, kerana kolej di Setiu tidak pernah ada walaupun di daerah lain telah, dibina pusat-pusat pengajian tinggi dan juga kolej komuniti. Jadi akhir kata saya memohon untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih. Sila Kuantan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, di atas peluang untuk membahaskan Titah Diraja. Dalam masa sepuluh minit ini saya ada empat perkara yang saya ingin sampaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua yang pertama berkenaan dengan pilihan raya yang bebas dan adil. Pilihan raya yang bebas dan adil saya ingin bercakap dari sudut holistik. Bagaimana satu pilihan raya itu menjadi bebas dan adil? Ada beberapa faktor-faktor kritikal, antaranya ialah sistem itu sendiri. Dan sistem pilihan raya kita, kita semua akui mengikuti sistem Westminster . Akan tetapi kita ada sedikit, di mana kita ada pertukaran, kita tukar, kita adjust sikit di mana kita masukkan gerrymandering, malapportionment dan sebagainya yang membuatkan ia kurang bebas dan kurang adil di situ.
Kemudian untuk menjadikan pilihan raya itu bebas dan adil, kita memerlukan daftar pemilih yang bersih.
Kita memerlukan media yang bersih, media yang bebas, media yang adil.
Kalau negara-negara yang maju yang mengamalkan demokrasi, mereka akan diberi masa yang sama sampai ke minitnya pun di kira kalau untuk pembangkang dan juga untuk kerajaan. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil juga peranan caretaker government, bagaimana caretaker government itu tidak boleh salah kuasa, buat announcement sewaktu selepas bubar Parlimen. Tidak boleh guna media untuk mengumumkan berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan sebab kerajaan sudah tidak ada.
Ini juga menyumbang (contribute) atau menyumbang kepada satu pilihan raya yang bebas dan adil. Kita juga lihat kepada perjalanan pilihan raya, bagaimana SPR itu mesti empowered dengan izin, diperdayakan, diberi kuasa supaya mereka boleh tangkap kalau ada sesiapa yang beli undi contohnya.
Sekarang SPR tiada kuasa, jadi pilihan raya yang bebas dan adil, nanti saya hendak mintak Menteri lihat dari sudut holistik, sebab kalau ia bebas dan adil maka 51% sokongan kepada Pakatan Rakyat itu akan diterjemahkan kepada kerusi. Itu poin yang saya ingin bercakap berkenaan dengan holistik.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Minta maaf saya tiada masa, sepuluh minit saya ada banyak poin hendak cakap. Saya rasa Kinabatangan kalau cakap pun tidak ada poin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya. Sudah register nama itu.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menjurus kepada satu garis panduan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi. Ini dikeluarkan oleh pihak SPR beberapa hari sebelum hari mengundi diberi kepada pegawai-pegawai kami tanpa diberikan taklimat.
Dalam tatacara ini membolehkan, saya baca:
“Bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran boleh ketua tempat mengundi membuat keputusan untuk membuka sampul khas yang mengandungi buku daftar pemilih, extra copy”. Ini yang boleh dan telah pun menyebabkan kekeliruan di dalam saluran.
Jadi maksudnya ada extra copy daftar pemilih dalam saluran. Jadi inilah antara
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
punca, faktor yang menyebabkan pengundi di Kuantan yang bernama Fadhli bin Khaharruddin mengundi dua kali. Dia membuat laporan polis di atas perkara tersebut. Maaf Tuan Pengerusi, dia tidak undi dua kali, dia dapat kertas undi dua kali tetapi dia tidak buang kertas undi yang kedua tetapi dia buat laporan polis.
Untuk membuktikan bahawa sudahlah dakwat tidak kekal kemudian ada garis panduan ini yang membolehkan saluran dalam saluran dan membolehkan undi dua kali. Tuan Yang di-Pertua saya minta nanti Menteri juga ulas berkenaan dengan perkara tersebut.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Kuantan boleh beri laluan?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Minta maaf.
Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Isu yang fahami itu tadilah, hendak tahulah tetapi saya difahamkan SPR...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat Tanah Merah...
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kalau tidak ambil masa saya beri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, okey, okey.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kalau tidak ambil masa saya, saya bagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, tak apa. Sila, sila terus.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bapa dia punya masa percuma, percuma.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Perkara yang kedua saya ingin sampaikan tentu sekali perkara Lynas. Sememangnya Ahli Yang Berhormat tunggu isu ini.
Saya lihat ada percanggahan. Percanggahan dari segi pendirian kementerian dan kerajaan berkenaan waste disposal ataupun bagaimana pelupusan sisa buangan toksik dan radio aktif daripada kilang Lynas. Saya rujuk kepada kenyataan media bertarikh 8 Septemeber 2012 oleh AELB MOSTI, AELB di mana ketua eksekutif secretary AELB mengatakan bahawa wajib untuk Lynas mengeluarkan sisa radio aktif keluar daripada Malaysia. Dalam kenyataan media ini, saya bacakan dengan izin:
“In conclusion the issue of removal of residue being non binding for Lynas, does not arise. It is legally binding and AELB will enforce it”.
Ini yang pertama, jadi maksudnya AELB dan MOSTI kata kena keluarkan sisa, keluarkan daripada Malaysia. Dalam kenyataan ini AELB kata Lynas sudah bagi surat undertaking janji keluarkan daripada Malaysia. Kemudian antara syarat TOL pula kata, kena kenal pasti permanent disposal facility (PDF) dengan izin ataupun tapak pelupusan sisa radio aktif itu, tapak yang kekal dalam masa sepuluh bulan.
Selepas sepuluh bulan tiada bunyi kita buat kenyataan selepas sepuluh bulan, hari ini tup-tup, ada pula, bila kita minta, di mana? Tidak beritahu. Tuan Yang di-Pertua, tapak pelupusan kekal maksudnya tinggal di Malaysia, bawa ke luar negara maksudnya keluar negara, dua perkara yang berbeza. Kemudian timbul pula lagi satu laporan daripada Lynas yang mengatakan kemungkinan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
hendak recycle, hendak kitar semula, hendak buat baja, hendak buat jalan, hendak buat board. Ini kitar semula pula. Ada tiga perkara yang berbeza yang berkenaan dengan sisa radio aktif ini. Rakyat, Malaysia dan rakyat Kuantan khususnya perlu tahu apa sebenarnya yang kerajaan hendak? Atau apa sebenarnya yang kerajaan sudah pakat dengan Lynas? Tiga ini sudah kontradiksi kalau hendak buang, buang, kalau hendak simpan, simpan, kalau hendak kitar, kitar. Kalau yang hendak kitar semula, kitar semula, jadi ia tidak boleh tiga-tiga.
Dia kena salah satu. Ini kita, saya akan minta juga Menteri memberi penjelasan nanti ya. Ini kerana setiap kali dalam Dewan ini Menteri cuba mengelak, taici dan sebagainya ya, di luar Dewan lagi lah. jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak - Ada berapa minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Lagi tiga minit.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Okey, saya hendak bawa isu yang ada kaitan dengan negeri saya dan negeri Tuan Yang di-Pertua juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Berkenaan dengan lori yang bawa had muatan lebih. Ini kerana negeri Pahang ini negeri yang memang terkenal dengan negeri bijih, yang ada lombong banyak dan bawa bijih.
Jadi banyak aduan saya dengar hari itu Lipis juga saya rasa bercakap berkenaan dengan lori-lori yang bawa bijih besi daripada lombong-lombong menyebabkan lubang di jalan. Saya hendak bercakap dari aspek saman, sebab lori-lori ini selalunya disaman kerana lebih had muatan.
Tuan Yang di-Pertua, kita ada masalah dari segi SOP, kita ada masalah dari segi SOP dan saya minta Menteri lihat perkara ini betul-betul sebab kalau tiada penimbang di lombong jadi macam mana kita tahu berat yang dibawa oleh lori tersebut. Kalau lori 25 tan, dulunya mereka janji, pemandu lori ini janji dengan JPJ, dulu ya, dulu JPJ. Dia kata level okey, lepas. Akan tetapi kalau bawa bijih besi, berat dan bijih besi yang basah lagi berat. Jadi lori 25 tan ini boleh bawa muatan 60 tan dan kemudian mereka disaman.
Mereka datang berjumpa saya dan tidak berpuas hati kerana mereka kata kenapa mereka disaman? Sedangkan mereka telah disaman oleh JPJ. Akan tetapi saya berkata, saya pun tidak bersetuju mereka bawa berat-berat sebab rosakkan jalan, bahaya, kalau accident, rakyat orang ramai juga datang bahaya. Jadi maksudnya tiada SOP dan kemudian mereka bercerita pula berkenaan dengan SPAD yang mengambil alih JPJ. Peranan JPJ ini, kerjanya hendak menyaman dan ada sekali, ada satu laporan polis juga di mana SPAD menggunakan senjata untuk menahan lori-lori ini. Sedangkan yang saya tahu Tuan Yang di-Pertua, SPAD tidak boleh guna senjata. Mereka tidak boleh guna senjata api tetapi mereka guna senjata api untuk menahan lori-lori ini. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya penyewa lori itu yang bertanggungjawab. Penyewa lori itulah mesti bertanggungjawab supaya apabila mereka menyewa lori untuk bawa muatan, mereka pastikan tidak melebihi muatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kalau apa-apa, merekalah yang perlu bayar saman, bukan driver lori. Jadi, ini saya rasa perkara yang utama harus kita lihat adalah dari segi SOP.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh - Kuantan
Last. Saya pohon Tuan Yang di-Pertua, masalah di Kuantan. Begitu banyak masalah jenayah, masalah siber kafe yang laksanakan, jalankan aktiviti judi haram yang banyak juga diceritakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain. Apabila laporan dibuat, aduan dibuat dan serbuan dibuat, apabila polis sampai sudah tidak ada aktiviti itu. Ini seolah-olah ada dalangnya. Ini minta sangat Menteri Dalam Negeri lihat kepada perkara ini sebab ini merosakkan generasi masa hadapan.
Akhir sekali, pohon ada hospital baru untuk Kuantan sebab Kuantan ini sudah overload. Orang Kuala Krau pun datang juga ke Kuantan, orang Kemaman pun datang Kuantan, orang Bentong datang ke Kuantan, orang Pekan pun datang ke Kuantan. Jadi, hospital Kuantan itu sudah overload. Kita perlu lihat peruntukan untuk hospital, parking pun tidak cukup. Selepas itu parking kalau salah kena saman. Jadi, pohon diletakkan, dimaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri lihat kepada masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Yang Berhormat Sik.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama-tama sekali saya merafak junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan bagi negeri saya, yang sudi mencemar duli, bertitah dalam Dewan ini pada 25 Jun 2013.
Saya juga bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi Sik memilih calon Barisan Nasional dan memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional dengan memberi undi popular di Parlimen Sik sebanyak enam kali ganda majoriti biasa.
Oleh sebab masa untuk setiap Ahli Parlimen bercakap adalah terhad, maka saya akan sentuh sedikit satu sahaja isu nasional iaitu isu jenayah. Selepas ini saya akan terus menyentuh isu Parlimen Sik yang saya lihat kawasan Parlimen Sik adalah satu kawasan yang mundur berbanding dengan Parlimen yang lain.
Saya Ahli Parlimen baru, Ahli-ahli sekalian mohon jangan mencelah sangat sebab takut masa tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya sila.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Isu jenayah. Mengikut New Straits Times keluaran 25 Jun 2013 pula. Mengikut kajian, USM menyatakan bahawa jenayah barat telah meningkat apabila lebih kurang dekat 2,000 penjenayah dibebaskan di bawah apabila ISA dibebaskan. Mereka ini bertaburan di seluruh pelosok negara membentuk territory dan menyeludup senjata api dari Thailand serta melakukan jenayah berat. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti merencanakan satu bentuk undang-undang pencegahan bagi mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mulakan dengan isu yang paling penting sekali bagi kawasan saya. Sik adalah merupakan sebuah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah yang mana meliputi 17.35% keseluruhan negeri Kedah.
Daerah Sik mempunyai keluasan 1,635 kilometer iaitu lebih besar daripada negeri Perlis tetapi negeri Perlis mempunyai tiga Parlimen dan Sik hanya satu Parlimen.
Sik adalah merupakan satu daerah yang paling lambat membangun. Selepas pukul 9 malam sahaja Sik sudah gelap gelita. Oleh sebab itu penduduk Sik ramai.
Antara sebab-sebab pembangunan yang terlalu perlahan adalah disebabkan oleh
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
pekan Sik merupakan pekan di hujung jalan. Enam, lima. Minta maaf, enam sekali dengan mak.
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membangunkan bandar sempadan bersama di antara Sik dan Thailand. Ini kerana seperti beberapa daerah lain di utara Kedah, Sik juga adalah merupakan sebuah daerah yang bersempadan dengan Thailand. Malah jarak dari pekan Sik ke sempadan Thailand hanyalah lebih kurang 50 kilometer sahaja. Jika kita lihat daerah-daerah lain di Kedah yang bersempadan dengan Thailand, semuanya mempunyai bandar sempadan. Faktor ini adalah merupakan pemangkin kemajuan daerah-daerah tersebut. Akan tetapi malangnya selama ini Sik telah tercicir dari faedah ini kerana kita mengabaikan satu faktor yang penting iaitu faktor geografi yang boleh membangunkan Parlimen Sik.
Dengan adanya satu jalan atau lebuh raya yang menghubungkan Pekan Sik dengan dunia luar melalui bandar sempadan di utara dan Pulau Pinang di selatan, maka pembangunan Daerah Sik akan menjadi lebih cepat dan pesat.
Dengan terbinanya bandar sempadan ini juga secara tidak langsung akan terbina satu jajaran hubungan darat antara Laut China Selatan dan Selat Melaka merentasi tengah-tengah utara Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka. Pelabur- pelabur dan ahli-ahli perniagaan serta institusi yang lain akan mula mempunyai keyakinan untuk mula melabur dan membangunkan institusi mereka di Sik dengan adanya perancangan kemudahan-kemudahan tersebut dan adanya perancangan masa hadapan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini beberapa agensi kerajaan yang penting untuk memacu pembangunan di Daerah Sik masih lagi berkongsi dengan daerah-daerah yang berjiran. Contohnya, saya meminta perhatian daripada Kementerian Pendidikan. Pejabat pendidikan daerah masih menumpang Daerah Baling. Saya juga meminta perhatian daripada Kementerian Kerja Raya, JKR masih menumpang daerah Kuala Muda. Saya cadangkan supaya kementerian dapat memisahkan kedua-dua pejabat pentadbiran tersebut khusus untuk daerah Sik sahaja. Terutamanya JKR yang mana sudah tentu akan memberi kesan pembangunan yang lebih mampan bagi Daerah Sik.
Dari segi institusi-institusi perbankan juga, didapati Sik terlalu terkebelakang jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Kedah. Satu- satunya bank perdagangan yang ada di Sik adalah Public Bank. Ini akan menyulitkan pelabur dan pengusaha untuk melabur di Sik. Saya harap dengan adanya perancangan kemudahan infrastruktur yang lebih baik akan menarik minat lebih banyak institusi perbankan yang lain untuk membuka cawangan di Sik bagi memberi kemudahan kepada pelabur dan peniaga untuk melabur di Sik.
Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu saya ingin sentuh berkenaan dengan bidang pendidikan. Saya harap Kementerian Pendidikan mengambil perhatian.
Saya ingin mencadangkan agar pusat pengajian seperti cawangan-cawangan IPTA, cawangan UiTM atau sebuah pusat induk universiti dibina di Sik. Buat masa ini Ahli-ahli sekalian, tidak ada satu pun pusat pengajian tinggi di Sik berbanding Parlimen lain di Kedah yang sudah banyak dibina pusat-pusat pengajian tinggi.
Saya juga hendak mencadangkan agar sekolah berasrama penuh atau MRSM dibina di Sik. Justeru, setakat ini tidak ada sebuah pun sekolah berasrama penuh di Sik. Dari segi pendidikan, [Disampuk] sekolah agama, bukan sekolah asrama penuh.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Sik, minta laluan boleh? Kota Bharu.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Kota Bharu minta maaf. Masa tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Dia tidak beri Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Yang Berhormat Kota Bharu anak saudara saya. Dia bukan orang Kelantan, dia orang Sik...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Okey.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Dari segi pendidikan juga, saya suka menyentuh tentang pendidikan agama. Selepas ini, ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Itu pun Yang Berhormat Kota Bharu nak minta Yang Berhormat Sik tolong isytiharkan.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sik mempunyai sejarah perkembangan agama. Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Berasaskan sistem pondok dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tinggal dua minit sahaja.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
...Antara yang terkenal di Malaysia sejak berabad lamanya. Ramai cendekiawan agama dan alim ulama yang lahir dari sistem pendidikan agama di Sik termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Osman, sekadar menyebut nama. Juga ada seorang yang terkenal, ulama Nusantara di Sik iaitu great-grandfather Yang Berhormat Kota Bharu, berasal dari Sik...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Sistem pendidikan agama di Sik masih berteraskan sistem tradisi iaitu pondok. Saya cadangkan agar sistem ini dapat diintegrasikan dan dikembangkan merangkumi semua pondok-pondok di daerah Sik secara lebih sistematik bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat pengajian tinggi. Dengan ini, kita dapat menyelia dan memantau supaya ia tidak diresapi dengan elemen-elemen yang tidak diingini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, anak saudara bangun ini.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh mencelah sedikit?
Hendak tolong bapa saudara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Saya ada sejarah tersendiri dengan Yang Berhormat Sik, dan saya ingin menyokong saranan Yang Berhormat Sik itu. Cumanya saya hendak bertanya sedikit, tadi Yang Berhormat menyarankan institusi pengajian seumpama MRSM dan sebagainya dibuat di Sik, tidakkah Yang Berhormat rasa perlu untuk meminta apabila diwujudkan MRSM umpamanya, kuotanya mestilah anak Sik. Jangan nanti buat di Sik, yang ramai datang ini daripada Kota Bharu, daripada Ketereh gapo semua di Sik, tidak ada manfaat kepada orang Sik. Minta penjelasan.
Dato’ Othman bin Aziz - Jerlun
Jerlun.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Insya-Allah, kita ambil majoriti anak Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Kalau Yang Berhormat Kota Bharu minta anak buah dia, jangan benarkan.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, kena beri masa banyak sedikit. Jadi, tadi apabila saya sebut berkenaan dengan elemen- elemen yang tidak diingini, perlu saya sebutkan di sini bahawa saya tidak bermaksud dari segi ideologi politik. Saya tidak mengatakan sekarang ada ideologi yang tidak sihat meresapi sistem pengajian pondok tetapi kita perlu mengawasi dan mengambil tindakan lebih awal untuk menghalang suatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, Daerah Sik merupakan satu daerah yang mempunyai muka bumi yang menarik dan cantik. Saya cadangkan kepada kerajaan dan saya minta kepada Kementerian Pelancongan untuk memperkasakan bidang agro-tourism yang sedang di jalankan di Sik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Oh, gulung? Ada banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dari segi keselamatan,...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ini Yang Berhormat Kota Bharu tolong sediakan ya?
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Bukan, saya sendiri. Dengan adanya pembangunan yang komprehensif yang melibatkan sempadan, ini juga dapat memberi kesan baik terhadap keselamatan negara. Seperti yang kita ketahui, tiada siapa menjangkakan pencerobohan berlaku di Lahad Datu. Sik juga sebagai sebuah daerah sempadan mempunyai kemungkinan akan berlaku perkara-perkara seperti ini. Jadi sebagai usaha untuk mengekang dan bersedia untuk mengelak perkara buruk seperti ini berlaku, maka kita perlu memajukan sempadan. Jadi, pembangunan sempadan ini akan dapat mengawal dan melindungi keselamatan negara daripada pencerobohan. Saya juga mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan satu badan seperti ESSCOM yang ditubuhkan di Sabah di kawasan sempadan ini yang boleh memberi kebaikan bukan sahaja di Sik tetapi juga kesemua Parlimen yang bersempadan dengan Thailand.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan masalah penduduk Siam yang merupakan minoriti di Sik tetapi dalam bilangan yang banyak. Mereka ini perlu juga diberi perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dengan ini Yang Berhormat Sik menyokong. Terima kasih.
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, kita ada tujuh tahun lagi untuk mencapai negara maju pada 2020.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tekan minyak balik ya?
Dato’ Mansor bin Haji Abd. Rahman - Sik
Nak habis dah. Oleh yang demikian, saya menaruh penuh harapan agar kerajaan memasukkan Sik ke dalam satu pelan yang khas untuk mempercepatkan, to accelerate the development dalam mencapai Wawasan 2020. Semoga Sik menjadi maju seperti parlimen- parlimen yang lain di Malaysia tujuh tahun lagi. Sekian, terima kasih saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Hulu Langat tak nampak dalam Dewan ya? Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. [Berucap dalam bahasa Arab] Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan titah yang telah dititahkan kepada kita semua, saya memahami bahawa apa yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah untuk sama-sama kita memahami dan ucapan itu ditujukan kepada semua kita sama ada daripada pihak Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional yang saya menganggap kita dalam Parlimen dan juga di luar Parlimen adalah mempunyai hak yang sama dan tidak ada yang lebih daripada satu yang lain.
Oleh sebab itu, saya juga ingin menarik perhatian supaya perkara ini boleh bukan sahaja didengari tetapi boleh diamalkan khususnya dalam pelaksanaan dan tindakan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan selepas daripada ini. Saya juga ingin memohon supaya apa yang dihasratkan oleh Tuanku untuk semua kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Saya yang berada di negeri Kelantan sangat merasai perkara ini yang selama 23 tahun berada di bawah PAS ataupun Pakatan Rakyat selepas daripada itu, apa yang telah diamalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang akan saya sebutkan sekejap lagi dalam masa yang ringkas ini.
Cuma dalam menghormati keputusan rakyat ini saya merasakan bahawa orang yang biasa kalah macam kami akan lebih mudah untuk menerima keputusannya daripada orang yang biasanya menang tapi tiba-tiba kalah. Dia akan mengambil tindakan-tindakan yang kadang-kadang tidak wajar dan sangat membimbangkan. Dalam proses penerimaan sistem demokrasi ini, saya mengambil kesempatan yang ringkas ini untuk melahirkan rasa kecewa dan merakamkan kecaman dengan apa yang berlaku di negeri Mesir yang telah berlaku satu rampasan kuasa yang telah dibuat oleh pihak tentera terhadap presiden yang dipilih dengan sah oleh rakyat dan diiktiraf dalam sistem demokrasi yang telah lama ditunggu oleh masyarakat Mesir. Saya juga merasakan perkara itu patut dibuat kenyataan yang sama oleh pihak Parlimen dan juga pihak Kerajaan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mengatakan perkara yang berkaitan dengan kedaulatan undang-undang yang saya kata akan sebutkan tadi bahawa kita tidak ada perbezaan di bawah undang-undang ini. Saya kadang-kadang merasa pelik dengan apa yang telah diucapkan oleh beberapa rakan kita daripada pihak BN misalnya apabila diperkatakan berkaitan dengan perhimpunan aman dan juga demonstrasi. Seolah-olah yang melakukan perhimpunan aman ataupun demonstrasi ini hanya di pihak PR sedangkan pihak BN dan juga UMNO biasa melakukan demonstrasi dan juga perhimpunan aman ini tetapi tidak pernah pun dikecam dan tidak pernah pun diambil apa-apa tindakan. Sepatutnya kalau demonstrasi itu tidak boleh, semuanya tidak boleh tetapi kenapa di pihak PR sahaja yang dikatakan mengancam keselamatan negara? Adakah kerana demonstrasi itu berjaya? Perhimpunan itu dihadiri oleh ribuan ataupun ratusan ribu manusia dan yang dibuat oleh pihak BN tidak mendapat sambutan, tiba-tiba kita
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
yang mendapat sambutan ini dikira mengancam keselamatan dan terkeluar daripada lunas undang-undang yang ada di Malaysia ini.
Begitulah juga apabila diperkatakan berkaitan dengan penghormatan dan juga penghinaan terhadap Tuanku ataupun Raja-Raja yang ada di Malaysia ini.
Apabila mendengar apa yang diucapkan oleh rakan-rakan kita daripada pihak BN seolah-olah mereka sangat suci daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai penderhakaan kepada pihak raja ataupun sultan yang ada di Malaysia ini. Seolah-olah hanya pihak PR sahaja yang apabila bercakap, apabila melakukan sesuatu, mereka derhaka kepada raja, sedangkan sejarah membuktikan kepada kita betapa banyak tindakan-tindakan yang dibuat oleh pemuka-pemuka BN dan UMNO yang sebenarnya bukan sahaja menghina bahkan boleh dimasukkan ke dalam tahap penderhakaan yang keras terhadap Raja-Raja dan juga kesultanan yang ada di Malaysia ini.
Jadi saya mengharapkan perkara itu dapat kita fahami dan kita melahirkan taat setia kita kepada pihak Tuanku Agong dan Sultan dan juga kesultanan yang ada di Malaysia ini dan kita mengharapkan perkara yang sudah berlaku itu tidak akan diulangi dan tidak lagi diberikan kecaman dan juga tuduhan-tuduhan yang melulu kepada sebelah pihak sedangkan kita juga telah melakukan perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang ringkas ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan, atas asas menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat memilih kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan secara khususnya, untuk memansuhkan terus Jabatan Pembangunan Persekutuan yang telah dibuat di Kelantan selama ini. Apa yang saya rasa, walaupun di sana boleh jadi ada alasan- alasan yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan tetapi sedikit sebanyak dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah mengganggu perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang telah dipilih sah oleh rakyat.
Misalnya apa yang boleh saya katakan, apa perlu pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan melantik penghulu dan juga ketua-ketua kampung yang baru sedangkan kita di Kelantan sudah ada ketua kampung dan penghulu yang dilantik secara sah oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan sahaja kalau kita nak sebut membazirkan wang kepada sesuatu yang tidak diperlukan dan sepatutnya wang yang ada itu boleh disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Begitulah juga dengan apa yang telah disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Bachok berkaitan dengan royalti. Saya tidak faham kenapa ada rakyat Kelantan yang begitu beria-ria cuba menafikan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat di negerinya sendiri bahkan kadang-kadang begitu bangga untuk menghalang peruntukan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan.
Kalau betul royalti itu tidak diterima ataupun tidak boleh dirasai oleh rakyat Kelantan, kenapa Kerajaan Persekutuan membayar wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan sekarang ini telah memakan jumlah lebih daripada RM100 juta. Apakah makna wang ihsan yang diberikan kalau Kelantan..
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat boleh minta penjelasan? Pasal royalti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Yang Berhormat Tanah Merah.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi saya satu jam, saya bagi laluan.
Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Pendek sahaja. Kita sudah ada jawatankuasa khas. Boleh Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Tidak mengapa Yang Berhormat Tanah Merah, tidak dibenarkan.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Kita boleh bincang di luar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Sila gulung ya.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Satu sahaja. Saya hendak sebut. Kenapa boleh dibayar wang ihsan? Itu adalah menunjukkan bahawa negeri Kelantan dan rakyat Kelantan sebenarnya berhak untuk menikmati hasil daripada royalti ataupun hasil minyak yang ada di perairan negeri Kelantan.
Dua perkara yang saya hendak sebut, yang akhir Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ringkaskan.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Pertamanya, saya bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat Ketereh berkaitan dengan pembinaan stadium. Saya merasakan Kelantan adalah satu- satunya negeri yang belum ada stadium yang telah dibina oleh pihak Kerajaan Pusat. Yang ada itu telah dibina oleh kerajaan negeri semenjak tahun 1978 dan sampai ke hari ini alhamdulillah tidak pernah runtuh walaupun sekali. Stadium itu telah memberikan jasa yang sangat banyak walaupun diremehkan dan diperlekehkan. Akan tetapi saya merasakan padang yang ada di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebenarnya lebih baik daripada apa yang ada di Bukit Jalil, yang dipunyai oleh pihak FAM.
Jadi, saya menyokong kalau pihak Kerajaan Persekutuan membina stadium-stadium yang lain sebagaimana janji yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat daripada Pekan selaku Perdana Menteri. Setiap kali datang ke Kelantan mesti janji yang akan dikemukakan ialah untuk dibina stadium. Begitulah juga dengan airport atau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang saya merasakan perlu dinaiktarafkan, bukan sahaja dipanjangkan landasannya tetapi dinaiktarafkan sebagai lapangan terbang antarabangsa yang sekarang ini menyaksikan setiap hari hampir 58 penerbangan pergi dan balik beberapa syarikat penerbangan yang ada di Kelantan. Kalau boleh, sekarang sudah menjadi separa antarabangsa, sudah ada penerbangan daripada Kota Bharu ke Singapura.
Apa kata kalau lebih baik, dibukakan menjadi lapangan terbang antarabangsa secara sepenuhnya, misalnya untuk penerbangan-penerbangan ke Bangkok dan China. Bermakna rakyat di Pantai Timur tidak perlu lagi datang ke Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah - Kubang Kerian
Akhir sekali, untuk permintaan sebagai Ahli Parlimen, kalau boleh saya ingin memohon kepada pihak Menteri yang menjaga Parlimen ini supaya dinaiktarafkan sedikit penggunaan internet yang ada di dalam Dewan. Ini adalah kerana saya check tadi, walaupun saya difahamkan di Kuala Lumpur ini kelajuan yang sepatutnya boleh dicapai adalah 20 megabyte per second. Akan tetapi di Dewan ini 0.5 pun tidak dapat.
Saya minta supaya dipertingkatkan untuk kemudahan kita semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Yang Berhormat Silam.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Silam untuk menyokong Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tumpukan semua masa yang singkat ini untuk menyatakan masalah-masalah yang dihadapi di kawasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Parlimen Silam mempunyai keluasan 8,225 kilometer persegi iaitu besar sedikit daripada negeri Selangor dan kecil sedikit daripada negeri Kedah. Dengan menaiki kenderaan dari hujung ke hujung kawasan Silam akan mengambil masa lima jam. Oleh yang demikian, apabila SPR menjalankan kajian persempadanan kawasan pilihan raya, saya merayu agar pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi kepada P.118 Silam. Eloklah kalau Parlimen Silam boleh dibahagi menjadi dua kawasan Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan Silam yang mempunyai lebih 300,000 orang penduduk dikurniakan dengan kawasan tanah yang subur dan amat sesuai untuk ditanam dengan kelapa sawit. Hampir satu juta ekar tanah di kawasan ini telah ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat-syarikat perladangan gergasi seperti Sime Darby, IOI, FELDA Global dan lain-lain. Kerajaan Negeri Sabah telah juga mengambil kesempatan dengan kelebihan-kelebihan yang ada di kawasan ini untuk membina sebuah taman perindustrian hiliran kelapa sawit atau yang lebih dikenali iaitu Palm Oil Industrial Cluster (POIC). Pada awalnya hanya dua fasa sahaja iaitu 1,500 ekar tetapi oleh sebab permintaan daripada para pelabur amat memberangsangkan maka Kerajaan Negeri Sabah telah menambah fasa tiga dengan keluasan 3,000 ekar. Kerajaan Negeri Sabah dengan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membina prasarana di kawasan POIC ini.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan permintaan POIC untuk membina sebuah lagi jeti iaitu jeti kontena yang berharga lebih RM450 juta untuk membina sebuah jeti di POIC. Dua buah jeti yang telah beroperasi ialah jeti untuk baja dan jeti untuk cecair iaitu liquid jetty. Tuan Yang di-Pertua, kawasan Parlimen Silam khasnya Daerah Lahad Datu mengalami pembangunan yang amat pesat. Akhir-akhir ini harga tanah melambung tinggi dan dengan pertambahan penduduk yang amat mendadak, kemudahan-kemudahan yang sedia ada telah tidak dapat menampung permintaan dan keperluan penduduk di kawasan ini. Sebagai contoh, bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan-kemudahan pengangkutan, kemudahan untuk belia beriadah dan lain-lain telah tidak mencukupi. Masalah ketiadaan atau kekurangan bekalan air di kawasan Parlimen Silam adalah menyeluruh. Kekurangan bekalan air di Daerah Lahad Datu adalah dalam tahap kritikal dan memerlukan tindakan segera untuk mengatasinya.
Keperluan air semasa Daerah Lahad Datu ialah 74.8 juta liter sehari, sedangkan bekalan air dari dua buah loji penapis air yang beroperasi sekarang ini hanya mampu membekalkan 56 juta liter air sehari. Oleh sebab itu ada beberapa kawasan di daerah Lahad Datu yang mana bekalan air perlu dicatu. Untuk
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
mengatasi masalah bekalan air di Daerah Lahad Datu, Jabatan Air Negeri Sabah telah mencadangkan dua tindakan yang perlu diambil.
Pertamanya, ialah tindakan jangka pendek iaitu untuk membina projek Emergency Water Supply Scheme iaitu EWSS yang bernilai lebih kurang RM50 juta. Projek EWSS ini dijangkakan akan dapat menyelesaikan masalah bekalan air di Lahad Datu hingga tahun 2016 sementara menunggu skim bekalan air jangka panjang dapat dilaksanakan. Untuk menyelesaikan bagi jangka panjang, perlu dibina sebuah loji penapis air baru yang mampu membekalkan 75 juta liter air sehari. Loji penapis air baru yang kosnya dianggarkan sebanyak RM250 juta ini akan mampu menampung keperluan bekalan air di Daerah Lahad Datu sehingga tahun 2027. Memandangkan penyelesaian masalah bekalan air ini telah dijadikan janji Pilihan Raya Umum Ketiga Belas, saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar kedua-dua permintaan ini dapat diluluskan dengan segera.
Pada keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, bekalan elektrik di Sabah bermasalah dan tidak mencukupi. Sekiranya tiada tindakan konkrit diambil menjelang tahun 2015, maka Pantai Timur Sabah akan bakal menghadapi kegelapan selepas tahun itu. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah meluluskan pembinaan jana kuasa elektrik 300 megawatt di fasa 3 POIC Lahad Datu atas usaha sama antara Petronas dan Tenaga Nasional Berhad yang menggunakan gas LNG sebagai pembakar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mensyaratkan agar jana kuasa elektrik ini dapat beroperasi dan membekalkan elektrik ke seluruh Pantai Timur Sabah selewat-lewatnya tahun 2015.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, dua minit lagi.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
My God! Petronas telah memulakan pembinaan Re-gasification terminalnya dan telah membelanjakan lebih RM40 juta. Namun, saya amat terkilan kerana TNB belum lagi memulakan pembinaan jana kuasa elektriknya. Sekiranya TNB tidak memulakan pembinaannya sekarang, sudah pasti jana kuasa elektrik berkenaan tidak akan siap menjelang tahun 2015. Saya merayu kepada TNB untuk memulakan pembinaan jana kuasa elektrik ini dengan segera.
Lahad Datu terletak di kawasan yang jauh dari bandar-bandar utama. Kota Kinabalu adalah tujuh jam dengan kereta dari Lahad Datu manakala Sandakan tiga jam dan Tawau adalah dua setengah jam. Rakyat Lahad Datu dan kawasan- kawasan sekitarnya telah lama menderita daripada ketiadaan lapangan terbang baru yang boleh menampung pendaratan pesawat-pesawat lebih besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320 yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia dan yang terbaru Malindo Air.
Syarikat MASwings iaitu anak syarikat Malaysia Airlines diwujudkan untuk memberi kemudahan pengangkutan udara di kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, MASwings telah mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan. Bagi tiket sehala dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, MASwings mengenakan tambang RM214 seorang sedangkan AirAsia mengenakan tambang murah serendah RM87 dari Tawau ke Kuala Lumpur.
Sekarang ini masalah yang dihadapi bukan hanya harga tiket yang mahal tetapi kekurangan penerbangan yang ditawarkan. Sebelum ini, MASwings menawarkan lima penerbangan sehari ke Lahad Datu dan menambah penerbangan pada masa-masa perayaan. Akan tetapi pada akhir-akhir ini, MASwings mengurangkan penerbangannya pada tiga penerbangan sehari dan itu pun sering kali dibatalkan. Pada tahun 2012...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
...Kajian kemungkinan pembinaan lapangan terbang baru di Daerah Lahad Datu memutuskan bahawa pembinaan lapangan terbang itu adalah economically viable tetapi financially not viable, dengan izin. Akan tetapi, pembangunan infrastruktur tidak bergantung pada permintaan semata-mata. Jika prinsip sedemikian digunakan dalam menjustifikasikan pembangunan infrastruktur di Sabah, maka pembangunannya akan memakan masa dan pertumbuhan akan terjejas. Untuk membina infrastruktur seperti airport, bila tempohnya tiba kelak, bilamana permintaan sudah mencukupi, tentunya akan memakan kos yang lebih tinggi. Kos pengambilan tanah sahaja akan jauh lebih tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Selaku wakil rakyat..
sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. selaku wakil rakyat di kawasan berkenaan, saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar meluluskan permohonan untuk membina sebuah lapangan terbang Lahad Datu yang baru. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih. Silakan.
Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur - Silam
Saya pohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Siapa sokong? Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menjunjung kasih terhadap Titah Ucapan Seri Paduka Baginda dalam merasmikan Dewan kita yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, setelah Yang Berhormat Simpang Renggam mengeluarkan kenyataan dalam Dewan ini bahawa terdapat akaun-akaun yang tersimpan nun jauh bukan sahaja di beberapa negara Eropah tetapi juga di Israel, maka kita membuat search tentang apa yang beliau laporan bahawa beliau laporkan, beliau dapat maklumat daripada WikiLeaks. Search yang kita lakukan selama dua hari, dua malam tidak jumpa.
Oleh sebab itu kita bawa usul supaya Yang Berhormat Simpang Renggam tarik balik dan nampaknya Yang Berhormat Simpang Renggam juga tidak berbuat demikian. Saya hendak minta Yang Berhormat Simpang Renggam untuk ulang ayat tersebut di luar kerana jangan dilindungi oleh kekebalan di sini sebab kita rasa ini suatu yang serius diucapkan oleh seseorang Ahli Parlimen di Parlimen.
Kedua, Yang Berhormat Simpang Renggam juga menyebut bahawa dengan memetik apa yang tersiar oleh akhbar kononnya Jusuf Kalla yang menyebut tingkah laku Ketua Pembangkang yang beria-ia sangat kononnya untuk menjadi Perdana Menteri. Kita juga menghubungi pejabat Jusuf Kalla dan di tangan saya ada jawapan daripada Jusuf Kalla yang menyatakan bahawa dia tidak pernah ditemu duga. Malah dia telah pun menghantar empat pucuk surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan. Oleh sebab itu, sekali lagi saya hendak sebut di sini bahawa on record kita minta supaya mungkin Menteri yang bertanggungjawab tentang penerbitan menyiasat sama ada betul-betul temu duga
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
tersebut dilakukan ataupun ini satu fitnah yang besar terhadap Ahli Parlimen yang juga Ketua Pembangkang dalam Parlimen ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak berganjak ke situ. Kenapa Himpunan Blackout 505 kita adakan? Rata-rata kita mendapat rungutan daripada rakyat yang telah menjadi pengundi. Malah di tempat saya, apabila pegawai- pegawai dan anggota tentera mengundi, mereka bawa sabun Axion dan basuh depan saya. Dia tengok, “Dato’, keluar semua”. Jadi sebagai pemimpin, apa yang kita buat? Adakah kita duduk diam ataupun kita bawa ke petisyen atau kita buat apa? Kita kena jelaskan kepada rakyat bahawa SPR telah melakukan kesalahan, satu rukun kepada akta. Seperti rukun sembahyanglah, kalau kita tidak baca al- Fatihah.
Oleh sebab itu dalam Dewan ini juga, kita tubuhkan Select Committee.
Ahli-ahli Select Committee terdiri daripada BN dan juga Pakatan Rakyat. Mereka telah pun bukan sahaja menjelajah ke seluruh negara, malah ke luar negara untuk melihat bagaimanakah proses dakwat kekal yang sepatutnya kekal ini berlaku.
Kita bentang dalam Parlimen ini. Di antara perkara yang kita setuju ialah supaya harus ada satu proses untuk mencalit jari pengundi. Tujuannya ialah untuk tidak berlaku penipuan, tujuannya.
Saya rasa dalam kes ini, Yang Amat Berhormat Pekan juga tidak boleh dipersalahkan kerana bila dia beri tanggungjawab kepada SPR, dengan peruntukan yang besar, sepatutnya SPR, Pengerusi dan seluruh ahli panel mengambil tanggungjawab tersebut. Ambil tanggungjawab tersebut. Jangan berdolak-dalik kami tidak akan berhenti. Oleh sebab itu bila SPR menjawab secara amat negatif, kita tidak ada pilihan lain untuk turun ke bawah menceritakan kepada rakyat bahawa lihat SPR main game. SPR telah terlibat dalam politik.
Sepatutnya sebagai orang yang diamanahkan oleh Seri Paduka Agong dilantik sebagai ahli panel harus menjadi orang di tengah dan Parlimen memberikan hak dan kuasa untuk mereka untuk tadbirkan simple dakwat yang kekal. Akan tetapi tidak dilakukan. Oleh sebab itu kita jelajah 14 tempat, 14 kawasan dan kemuncaknya ialah di Padang Merbok, bukan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak ada langsung niat kita untuk menjatuhkan kerajaan. Ini kerana kita semua yakin bahawa untuk maju ke hadapan, untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita tidak boleh ke jalan raya menjatuhkan kerajaan secara anarki.
Tidak! Oleh sebab itu, berkali-kali Pakatan Rakyat sebut kita akan terus memilih pilihan raya. Akan tetapi, kita juga harus menegur dan mengambil tindakan terhadap SPR yang amat tidak efisien dan bagi kita telah pun berlaku curang.
Oleh sebab itu tuntutan Black 505 simple sahaja. Apakah tuntutan kita?
Kita tidak pernah letakkan dalam tuntutan kita bahawa kerajaan letak jawatan.
Tidak! Kita kata SPR, Pengerusinya letak jawatan, Timbalan Pengerusi dia letak jawatan dan lima ahli panel yang lain harus bertanggung jawab dan letak jawatan.
Itu sahaja tuntutan kita. Kedua, kalau ada kawasan-kawasan yang kita rasakan diragui, kita buat pilihan raya semula. Kalau dia ada persempadanan semula dilakukan oleh SPR, hentikan dahulu. Ini kerana kita kata, kalau sekiranya SPR sudah letak jawatan, kita minta supaya SPR yang baru ditubuhkan dengan persetujuan semua pihak. Pihak kerajaan, pihak Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang ada interest dalam ini. Itu sahaja yang kita minta.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Akan tetapi nampaknya SPR langsung tidak ambil tindakan dan kononnya mereka tidak boleh dipecat. Memang mereka tidak boleh dipecat kerana mereka dilindungi oleh akta. Akan tetapi sebagai orang yang bertanggungjawab, jangan alihkan pandangan ini kepada kerajaan. Sepatutnya mereka orang yang bertanggungjawab dan resign dengan penuh hemah dan bergaya, itu yang kita minta.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, saya bergerak ke tempat saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, lagi tiga minit.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di Sungai Petani ada dua isu yang besar, sementara pada tahun 2020 Insya-Allah akan ada 550,000 penduduk, half of million. Saya tengok dua perkara yang saya hendak sebut Tuan Pengerusi, pertama ialah seperti juga yang berlaku di Sibu, Putatan dan lain-lain tempat, mesin-mesin kuda ini tumbuh bukan sebagai cendawan, saya ingat macam lalang dah. Jadi walaupun kita minta, kita bincang dengan PBT tetapi nampaknya sindiket ini terlalu luas, terlalu besar untuk dihandle oleh PBT. Oleh sebab itu saya minta Menteri Dalam Negeri melihat ini bukan sebagai piecemeal Ini dilihat sebagai isu yang besar untuk kita selamatkan anak- anak muda kita.
Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya kawasan yang urban dan sub urban ini. Pertama, anak-anak Melayu yang terlibat dalam mesin kuda ini daripada pagi sampai malam. Saya tidak tahu sekolah dia pergi atau tidak pergi. Kedua, air ketum. Seperti Yang Berhormat Sik kata, banyak air ketum di Kedah. Ketiga, lumba haram, sampai polis pun give up. Ini anak Melayu, berapa jumlahnya? 94%. Saya tidak jumpa lagi seorang anak Cina ataupun anak India yang bersama-sama dengan puak-puak yang race ini. Tidak jumpa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Kedua ialah tentang PUSPAKOM. Saya rasa waktunya telah tiba daripada PUSPAKOM memonopoli urusan untuk melihat lori-lori ini. Saya rasa masanya telah tiba, kita ikutlah contoh di negara lain. Seperti di Great Britain Tuan Yang di-Pertua. Di Britain, ia akan gazetkan, dia akan kenal pasti kedai-kedai ataupun bengkel-bengkel yang besar.
Bengkel-bengkel ini uruskan dengan kelulusan pihak MOT, Ministry of Transport.
Akan tetapi di Malaysia ini, saya tengok di Sungai Petani, orang beratur selepas Subuh. Lorinya, lepas itu kadang-kadang PUSPAKOM pula failkan mereka ini bukan kerana enjin, brek, kerana cat. Jadi mereka datang mengadu kepada saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, gulung.
Dato' Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi sebab itu saya rasa kementerian harus melihat bahawa ini ialah sementara ada pihak yang akan mendapat keuntungan daripada PUSPAKOM ini tetapi saya rasa adalah tiba masanya untuk kerajaan melihat supaya memberikan kemudahan kepada rakyat.
Terima kasih, saya akur dengan perintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya menjunjung kasih serta merafak sembah atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data dan fakta yang dikumpul dan dianalisis bagi memahami permasalahan sebenar dalam isu pemilikan rumah oleh generasi muda atau keluarga muda terutama di kawasan bandar-bandar utama,
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
izinkan saya untuk membentangkan keadaan atau fenomena sebenar berkaitan dengan isu ini yang menjadi bebanan kepada generasi muda. Fokus utama perbahasan saya akan memberi tumpuan kepada analisis di Lembah Klang yang dilihat sebagai kawasan paling kritikal dalam isu ini terutamanya pekerja berijazah.
Isu pertama berdasarkan data dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, terdapat seramai 118,000 warga kota yang memohon untuk mendapatkan rumah di bawah projek perumahan rakyat termiskin. Namun jumlah rumah yang ada hanya 3,500 unit. Dari senarai panjang ini, angka permohonan yang membabitkan golongan profesional bergaji melebihi RM2,500 juga adalah yang besar sedangkan syarat permohonan rumah PPRT adalah bagi pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Persoalannya mengapa berlaku senario golongan berpendapatan melebihi RM2,500 ini turut merasa terhimpit dan menjadi pemohon kepada perumahan PPRT.
Jawapannya Tuan Yang di-Pertua ialah kerana mereka tidak berkemampuan untuk membeli rumah sendiri dan dengan gaji RM2,500 sebulan dan mereka juga sukar memperolehi rumah kos rendah. Namun isu yang lebih mendesak ialah ketidakupayaan generasi muda untuk memiliki rumah walaupun sudah bekerja antara lima hingga lapan tahun.
Bagi golongan bergaji RM4,000 sebulan, setelah bekerja antara lima hingga lapan tahun, data dan fakta membuktikan bahawa mereka masih tidak mampu membeli rumah kos sederhana rendah pada sekitar harga RM200,000 atau rumah sederhana menengah sekitar harga RM300,000. Mengapa keadaan ini berlaku? Saya secara terperinci akan membentangkan sedikit data dan fakta yang menunjukkan realiti kewangan pekerja muda dalam kelas profesional dengan membandingkan keadaan amalan semasa yang membabitkan proses pembelian rumah dan situasi berkaitan dengan kewangan mereka.
Dalam satu analisis yang dijalankan terhadap 20 pekerja sebuah syarikat milikan kerajaan, didapati bayaran gaji yang ditawarkan kepada siswazah yang baru memasuki pasaran kerja ialah sebanyak RM2,250. Dalam sektor yang sama, terdapat juga syarikat lain yang menawarkan sehingga RM2,500 sebulan.
Selain graduan baru yang menamatkan pengajian, analisis ini juga ditumpukan kepada lingkungan pekerja profesional di syarikat ini yang memiliki pengalaman kerja antara satu hingga tiga tahun. Secara purata, kenaikan gaji tahunan mereka ialah antara 5% hingga 7% setahun. Merujuk kepada sampel ini, izinkan saya untuk menerangkan mengenai kos sara hidup kumpulan sampel kajian ini yang berpusat di Lembah Klang.
Dalam hal yang berkaitan dengan sewa rumah, secara purata didapati di Shah Alam rumah tiga bilik disewa dengan harga RM800. Di persekitaran Kampung Kerinchi, sewa rumah tiga bilik ialah sekitar RM1,000. Di Bandar Tun Razak pula, sewa apartmen tiga bilik dicatatkan sekitar RM1,250. Kebiasaannya setiap rumah ini disewa secara berkongsi dengan tiga orang bagi sebuah rumah.
Justeru perbelanjaan sewa bulanan rumah di sekitar Lembah Kelang ialah antara RM275 hingga RM400 bagi setiap seorang. Memandangkan sebahagian besar pekerjaan profesional di sektor swasta pada masa kini memerlukan kenderaan, malah untuk lebih strategik dan produktif dari segi tenaga dan fikiran, kebanyakan pekerja beranggapan kenderaan bukan lagi keperluan untuk gaya hidup, sebaliknya sebagai keperluan asas dalam meningkatkan produktiviti profesional.
Analisis selanjutnya akan memaparkan perbelanjaan bulanan ansuran kereta berdasarkan harga pasaran semasa. Bagi sebuah kereta Perodua Viva, perbelanjaan bulanan ansuran kereta ialah RM450 sebulan. Bagi sebuah Proton Saga pula, bayaran ansuran bulanan ialah RM480 sebulan manakala bagi Perodua MyVi pula, bayaran ansuran bulanan ialah sekitar RM580 sebulan.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Kemampuan yang rendah dalam pemilikan rumah sendiri ini adalah ekoran harga rumah yang tinggi dan disebabkan oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan kos hidup di Lembah Klang. Hujah serta pandangan saya mengenai pembentangan ini ialah supaya data dan fakta kewangan semasa setiap amalan industri perumahan, perbankan, KWSP dan khidmat guaman pembelian rumah dianalisa dan diberikan perhatian.
Saya perjelaskan di sini kerana ada beberapa senario yang berkaitan dengan isu ini. Senario yang pertama ialah bagi seorang pekerja berijazah yang berpendapatan bersih, setelah ditolak caruman KWSP dan SOCSO pada sekitar RM3,000 yang biasanya berada dalam sektor pekerjaan antara tiga hingga lima tahun, keupayaan mereka untuk memiliki rumah dalam tempoh ini sangat sukar.
Bagi rumah kos sederhana rendah yang kini berada di sekitar RM200,000 bererti kos bayaran muka sebanyak 10% yang diamalkan industri hari ini menjadi satu beban yang berat. Walaupun KWSP membenarkan caruman 10% daripada akaun dua digunakan untuk pembiayaan bayaran muka sebanyak 10% ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini kerana kos sederhana rendah memerlukan bayaran muka sebanyak RM20,000 dan ini termasuk tiga lagi kos yang harus ditanggung mengikut amalan industri pada masa kini yang meliputi:
(i) kos guaman dengan pemaju;
(ii) kos guaman dengan bank; dan
(iii) kos insurans MRTA.
Tuan Yang di-Pertua, mengapa keadaan ini terjadi? Pertama, berdasarkan caruman 10% pekerja dan 11% majikan, jumlah caruman setahun berada di sekitar RM8,000 dan didarab pada tahun maksimum iaitu lima tahun, jumlahnya adalah RM40,000. Maka 10% bagi bayaran muka untuk rumah berharga RM200,000 adalah RM20,000 dan jumlah ini sekadar cukup dengan jumlah akaun dua KWSP iaitu RM20,000.
Kedua, namun kos guaman RM15,000 masih menjadi bebanan. Sekiranya amalan ini dikekalkan, maka secara data dan fakta kita harus menerima hakikat berdasarkan persekitaran hidup sekarang, 70% pekerja berijazah yang memulakan kerjaya dengan gaji RM2,500 tidak akan mampu memiliki rumah walaupun telah berkhidmat selama lima tahun.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bagi pekerja bergaji RM4,000 sebulan dan hanya memiliki RM20,000 dalam akaun dua KWSP dan setelah lima tahun bekerja.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Bayaran 10% sebagai bayaran muka pembelian rumah dilupuskan. Ini bererti wang KWSP boleh digunakan bagi menanggung kos guaman. Harus saya ingatkan selepas lima tahun bekerja, ini bermakna pekerja berijazah ini sudah berusia antara 20 hingga 30 tahun. Biasanya mereka adalah keluarga muda yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup sebagai ketua keluarga.
Walaupun sekiranya keluarga muda ini kedua-duanya bekerja, adalah masih tidak adil untuk mereka mengeluarkan biaya akaun kedua KWSP secara bersama.
Analisis ini melibatkan harga rumah sekitar RM200,000.
Namun, jika dilihat daripada pengiklanan projek perumahan masa kini di sekitar Lembah Klang, kita boleh lihat secara purata harga rumah teres dua tingkat sekarang menelan belanja sekitar RM350,000 hingga RM500,000. Kebiasaannya, rumah kos sederhana rendah yang berharga RM200,000, Tuan Yang di-Pertua malah hingga ke rumah kos sederhana menengah yang berharga sekitar RM300,000, pembeliannya dimonopoli oleh golongan berpendapatan tinggi.
Monopoli ini berlaku atas dua faktor utama iaitu:
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
(i) menyewakan hartanah secara bulanan dengan bayaran yang lebih tinggi daripada ansuran bulanan bank; dan
(ii) menyimpan hartanah untuk dijual semula sebagai satu pelaburan dengan harga melebihi sekali ganda selepas lima tahun.
Sekiranya gejala monopoli pembelian hartanah bagi rumah kos sederhana rendah dan menengah ini tidak dikawal, kita harus menerima hakikat bahawa golongan muda berusia 30 hingga 35 tahun di negara ini yang bergaji bersih sekitar RM3,200 hingga RM4,000 tidak akan berupaya memiliki rumah pada usia 35 tahun selepas tujuh hingga 10 tahun bekerja. Begitu juga peluang pekerja muda bergaji RM7,000 sebulan juga tipis untuk memiliki rumah sederhana tinggi berharga sekitar RM300,000.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar kerajaan menyasarkan golongan ini sebagai kumpulan pembeli. Sasaran untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, desakan atau arahan perlu diberikan kepada sektor pemaju untuk mengutamakan pembeli rumah pertama yang bergaji RM5,000 ke bawah untuk rumah sederhana rendah dan pekerja bergaji RM7,000 diberikan keutamaan untuk memiliki rumah sederhana tinggi. Saya juga mencadangkan supaya bayaran 10% sebagai bayaran muka dilupuskan dan KWSP membenarkan pengeluaran akaun 2 bagi menampung kos guaman.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Kuala Selangor alhamdulillah, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada harapan baru rakyat Kuala Selangor kepada saya dan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, sila gulung.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Parlimen Kuala Selangor merupakan Parlimen yang sangat luas. Di sini saya mohon untuk mengangkat suara rakyat Kuala Selangor agar dapat dibantu serta dipertimbangkan oleh kerajaan melalui kementerian-kementerian berkaitan.
Pertama, saya mohon agar kerajaan mempercepatkan serta memaklumkan perkembangan pembinaan Hospital UiTM Puncak Alam.
Kedua, saya mohon kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat dapat menyediakan perkhidmatan bas awam dari Berjuntai Bestari, Ijok, Bandar Kuala Selangor hingga ke bandar Tanjong Karang kerana ramai belia-belia tidak dapat bekerja, serta ramai ibu-ibu terpaksa melahirkan anak di rumah, serta kaum bapa tidak dapat bekerja disebabkan masalah pengangkutan awam.
Ketiga, saya mohon agar kerajaan menyediakan Program Pembinaan Rumah Mampu Milik, PR1MA dan SPNB untuk membantu pemilikan rumah di dalam Parlimen Kuala Selangor.
Keempat, bagi mengimbangi tahap akademik anak-anak muda di Parlimen Kuala Selangor yang tidak dapat memasuki IPTA dan ingin menggerakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat, saya amat berharap agar kerajaan dapat mewujudkan kolej komuniti dan politeknik di bawah Kementerian Pendidikan di dalam Parlimen Kuala Selangor. Bagi golongan pendidik pula, mereka minta saya bertanyakan bilakah bermulanya Kompleks Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri awal tahun ini semasa berkunjung ke Kuala Selangor. Mengenai rintihan guru pula, mereka minta agar infrastruktur sekolah-sekolah dalam Parlimen Kuala Selangor dapat dibaik pulih kerana banyak sekolah atapnya bocor serta keadaan tandas yang sangat daif.
Kelima, kes-kes kemalangan maut yang semakin meningkat di dalam Parlimen Kuala Selangor melibatkan ramai penunggang motosikal disebabkan
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
aliran trafik yang sangat meningkat dan saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan, mewujudkan pembahagi jalan sepanjang Jalan Kapar-Bandar Kuala Selangor serta pelebaran jalan kepada dua lorong bermula Pekan Ijok hingga ke Pekan Asam Jawa.
Akhir sekali sejarah Selangor bermula di Bukit Melawati yang mana Bukit Melawati makam ketiga-tiga Sultan Selangor yang awal berada di sana. Kuala Selangor juga mempunyai sungai yang kelip-kelipnya menjadi tarikan pelancong dan pengkaji serta taman alamnya merupakan kawasan hutan asli yang sangat memerlukan perhatian dan promosi. Adalah amat diharapkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 agar dapat dimasukkan dalam kalendar serta promosi serta memohon agar penaiktarafan di samping permohonan agar homestay 1Malaysia dapat diwujudkan di kawasan ini.
Hasil tinjauan saya juga, saya amat prihatin tentang keresahan penduduk dalam Parlimen Kuala Selangor mengenai masalah keselamatan mereka. Saya amat mengharapkan agar Unit Rondaan Motosikal dapat disegerakan serta ditambah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusannya saya melihat penambahan rumah urut serta pusat judi semakin meningkat di negeri Selangor terutamanya dalam Parlimen Kuala Selangor dan sangat membimbangkan serta boleh menyebabkan masalah gejala sosial di kalangan generasi muda. Antara istilah anak muda kongsikan dengan saya ialah istilah B2B, pingpong setelah mereka berkunjung ke rumah urut ini. Saya mohon agar kerajaan meneliti bagaimanakah untuk mengurangkan serta menangani masalah ini daripada tidak merebak. Saya tidak mahu suatu hari nanti Kuala Selangor atau negeri Selangor terkenal dengan perlambakan rumah urut serta rumah judi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim - Kuala Selangor
Saya ucapkan terima kasih. Akhir kata sekali lagi saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke- 13. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, kita ada lagi 29 dalam senarai. Jadi, sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di P.130 Parlimen Rasah yang telah memberi mandat kepada saya untuk mewakili suara mereka di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu perkara yang amat rakyat bimbang ketika masa ini adalah kes jenayah semakin meningkat. Walaupun statistik yang dikemukakan oleh PDRM menunjukkan adanya penurunan kadar jenayah tetapi apa yang kita lihat setiap hari di surat khabar, kes-kes jenayah semakin meningkat. Jenayah bukan sahaja berlaku di rumah rakyat jelata tetapi di rumah Ahli Parlimen, rumah Menteri pun menjadi mangsa. Kerajaan Barisan Nasional sering tegaskan slogan 1Malaysia. Ada Bantuan Rakyat 1Malaysia, ada Kedai 1Malaysia. Sekarang, jenayah pun jadi 1Malaysia.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, bagi isu kes jenayah ini saya ingin memohon supaya pihak kerajaan, PDRM harus memandang serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan yang segera untuk memerangi jenayah agar rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selamat.
Tuan Yang di-Pertua, selepas PRU ke-13, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah pun mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati serta merosokkan keharmonian masyarakat Malaysia. Sebagai contoh Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang telah pun menyarankan kerajaan menghapuskan sistem persekolahan vernakular bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat. Contoh yang kedua kenyataan oleh Datuk Mohd Noor, bekas hakim mahkamah rayuan yang memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya bersiap sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu selepas PRU Ke-13.
Jadi, di sini saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa apakah pendirian beliau dan juga pendirian Kerajaan Barisan Nasional terhadap kenyataan ini. Kita sedia maklum banyak laporan polis telah pun dibuat tetapi nampaknya sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis.
Sebenarnya, pihak kerajaan yang bertanggungjawab haruslah berusaha untuk memupuk semangat patriotik dan kerjasama di antara satu sama lain. Akan tetapi sebelum ini saya telah menerima banyak aduan daripada penjawat awam bahawa kursus-kursus yang dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN) yang tidak transparent dan cuba menyebarkan maklumat yang berunsur perkauman dan merosakkan hubungan baik di antara kaum. Saya pernah terima aduan bahawa di mana pensyarah atau pun speaker bagi Program Biro Tatanegara ini mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.
Untuk menghentikan perkara ini terus berlaku, saya di sini ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan Kursus BTN untuk kepentingan politik. Setiap kursus yang dijalankan oleh BTN haruslah dirakam untuk tujuan pemantauan pihak kerajaan dan pastikanlah kursus-kursus yang dijalankan oleh BTN ini benar- benar bertujuan untuk memupuk semangat patriotik.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan Rasah, sebenarnya bukan sahaja kawasan Rasah tetapi di seluruh Malaysia. Kawasan kampung, kawasan rumah pangsa dan juga kawasan kampung baru memang sering menghadapi berbagai- bagai masalah seperti kebersihan dan juga kemudahan asas. Ramai yang saya dapat daripada aduan penduduk bahawa banyak perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan oleh pihak kerajaan tempatan tetapi tidak diselesaikan dengan efisien.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya rasa masalah ini bukan sahaja berlaku di kawasan saya tetapi juga di seluruh negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan haruslah memandang serius terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk dan cuba menyelesaikan masalah penduduk dan jangan cuma menuding jari kepada pihak pemaju. Khususnya bagi isu-isu yang dihadapi oleh penduduk yang tinggal di rumah pangsa ataupun penduduk untuk menyelesaikan masalah setempat. Pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif untuk memastikan nasib penduduk ataupun nasib rakyat kita terbela.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Selain daripada itu, peruntukan yang diluluskan kepada kawasan kampung, kawasan kampung baru dan sebagainya haruslah mengikut keperluan dan janganlah pihak kerajaan meluluskan peruntukan untuk membuat projek yang tidak diperlukan oleh penduduk.
Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab guru dan warga didik adalah mendidik anak-anak kita. Segala projek ataupun pelan daripada pihak kerajaan untuk menambah nilai warga pendidik adalah amat dialu-alukan. Saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan agar membenarkan guru-guru kami melaksanakan tugas harian mereka tanpa melibatkan warga guru untuk program- program politik Kerajaan Barisan Nasional. Tidak kira pada waktu pejabat ataupun waktu cuti. Janganlah kita sering mewajibkan guru kita untuk menghadiri program Barisan Nasional ataupun ceramah Barisan Nasional sehingga menyebabkan kerja-kerja mereka terganggu. Sebagai contoh, pada 16 April, pada masa itu, Parlimen telah pun dibubarkan. Lebih kurang 4,000 orang guru telah pun diwajibkan untuk menghadiri satu perjumpaan khas dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di SJK(C) Fung Jui l Johor Bahru. Sepatutnya pihak kerajaan harus memberi lebih ruang kepada guru-guru kita untuk mendidik anak- anak kita tetapi bukanlah untuk politik Barisan Nasional.
Selepas itu saya juga mendapat jawapan daripada Menteri Pendidikan bahawa perjumpaan tersebut yang berada di Johor Bahru sebenarnya bukan ceramah politik tetapi menjelaskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Akan tetapi apa yang saya terima daripada warga guru adalah pada perjumpaan tersebut, nama Yang Berhormat Permatang Pauh telah pun beberapa kali disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri seolah-olah Yang Berhormat Permatang Pauh akan membawa Pakatan Rakyat masuk ke Putrajaya tidak lama lagi.
Jadi, di sini Tuan Yang di-Pertua, rakyat yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah haruslah diberi perhatian dan juga bantuan. Bantuan Rakyat 1Malaysia telah diberi sebanyak dua kali, dua tahun tetapi saya ingin komen sedikit mengenai cara pengendalian proses pemberian BR1M itu. Ia haruslah dikaji semula. Ini kerana apa yang saya perhatikan, penerima BR1M diwajibkan menghadiri majlis pemberian BR1M dan juga diwajibkan untuk menunggu orang VIP untuk berucap sebelum menerima baucar BR1M.
Cuba bayangkan, penerima BR1M ini kebanyakan mereka perlu bekerja.
Mereka terpaksa mengambil cuti setengah hari ataupun cuti sehari untuk menerima baucar tersebut. Selain daripada itu, warga emas dan OKU turut mengadu bahawa mereka terpaksa menunggu lama untuk menerima baucar BR1M ketika menghadiri majlis pemberian baucar. Jadi, janganlah mewajibkan penerima tunggu lama untuk menerima baucar. Kalau boleh kita sebenarnya boleh cuba masuk ke akaun dan menyenangkan semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah pun diberikan sebanyak dua tahun berturut-turut tetapi kerusi Parlimen Pakatan Rakyat di sini bertambah. Ini telah pun menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin matang.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, pemuda merupakan pemimpin kepada masa hadapan negara kita. Adalah amat penting khususnya bagi pihak kerajaan memastikan pendidikan bagi anak-anak kita di setiap peringkat mampu menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran ketika memasuki arena pekerjaan. Apa yang saya perhatikan, pada masa kini cuma IPTS yang aktif memberi keterangan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Sebenarnya, institusi pengajian tinggi awam juga haruslah mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam perkara ini agar pelajar di negara kita mampu mengenali IPTA-IPTA di negara kita dengan lebih mendalam, mengenai latar
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
belakang serta kursus-kursus yang ditawarkan dan juga peluang pekerjaan selepas kerja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan, Yang Berhormat.
Tuan Teo Kok Seong - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Kami daripada Pakatan Rakyat, kami tidak akan bertanya kepada mereka yang telah menolak kita. Apa yang kamu mahu tetapi kami dari Pakatan Rakyat akan lakukan segala yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, macam mana pun disusun baik, cuma enam orang sahaja yang boleh berucap selepas ini. Dijemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus kepada kawasan sahaja sebab masa singkat. Terlebih dahulu saya berterima kasih kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dilantik semula sebagai Speaker.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melantik beberapa orang Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada negeri Sarawak menjadi Menteri-menteri penuh dan Timbalan-timbalan Menteri di mana kita mendapatkan bahawa projek jalan raya yang kita harapkan sebab Menteri itu adalah dari Sarawak. Terutama sekali Jalan Pan Borneo yang kita harapkan akan memberi besar dari segi ekonomi serta pertumbuhan dalam kehidupan masyarakat bandar dan di luar bandar apabila jalan raya itu nanti dapat dilaksanakan. Kita juga merasa jalan raya itu jika dibuat akan membawa bandar Sibu, Bintulu dan Miri merupakan salah satu laluan utama bagi kawasan pembangunan SCORE bagi kawasan tengah dan utara Sarawak. Sesungguhnya kawasan Parlimen Sibuti akan mendapat limpahan ekonomi daripada pembinaan lebuh raya tersebut.
Untuk modal insan dalam pendidikan, saya ingin menekankan bahawa untuk mendapat keputusan yang baik daripada sekolah-sekolah luar bandar ini, perlunya pentadbiran yang baik semula daripada pejabat-pejabat pendidikan daerah. Dengan keadaan dan ruang pejabat yang selesa, saya merasakan pegawai-pegawai dalam pejabat itu akan mendapat minda yang terbuka dan bersemangat tinggi untuk bekerja. Oleh sebab itu kita mempunyai pejabat pendidikan yang telah usang dan beberapa bilik tidak dapat diguna pakai.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Oleh sebab itulah kita memohon kepada Kementerian Pendidikan agar blok-blok baru dibuat di kawasan Sibuti. Saya berharap Kementerian Pendidikan mendapat perhatian untuk membaik pulih asrama-asrama guru dan juga kelas- kelas di mana bangunannya telah lama dan usang untuk kita mencapai harapan kita bahawa modal insan itu nanti menjadi pemimpin-pemimpin mengganti tempat kita di masa hadapan.
Saya tidak lupa pesan ibu bapa sekolah luar bandar Miri di kawasan Sibuti agar anak-anak mereka mendapat dewan sekolah baru untuk mereka membuat persembahan dan juga membuat perhimpunan terutama sekali seperti Sekolah Sungai Saih, Sekolah Bungai dan Sekolah Kelapa Sawit 2 dan Sekolah Selanyau yang mendapat keputusan baik dalam apa juga keputusan mata pelajaran mereka.
Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti
Tuan Yang di-Pertua, kesihatan adalah merupakan komponen yang penting dalam kehidupan kita seharian dalam pentas politik pada hari ini mereka mengatakan bahawa di luar bandar ini keperluannya adalah sangat baik jika kesihatan kita semua dilihat dan dijaga oleh doktor-doktor, nurses, kelengkapan- kelengkapan dan juga ubat-ubatan sebab di luar bandar kita melihat kebanyakan doktor hanya satu orang dalam satu klinik. Ubat-ubatan juga kadang-kadang rakyat menunggu untuk mendapat ubat itu minggu hadapan sedangkan jika ubat- ubat seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya jika tunggu lama mereka akan merana.
Bagi kawasan Parlimen Sibuti, keperluan Pegawai Perubatan Gred 41 di Klinik Desa Bekenu dan juga di Niah kita perlu penambahan. Doktor-doktor itu akan merawat tidak kurang daripada 50,000 hingga 60,000 rakyat di kawasan itu.
Oleh sebab itu kita memohon Menteri Kesihatan yang pernah melawat kawasan kita dahulu berjanji tetapi sekarang dia tidak ada lagi dalam Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa membuang banyak ucapan saya sebab masa terlalu singkat. Di pilihan raya yang lepas pihak-pihak yang melawan kita mengatakan lihatlah kerajaan sekarang harga sawit turun daripada RM600 sehingga RM200. Macam mana hendak cari makan? Oleh sebab itu saya mengharapkan bahawa ambillah berat mengenai harga sawit ini yang merudum daripada RM600 kepada RM500 sekarang hampir-hampir RM280 sahaja satu tan.
Saya juga di kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua banyak lagi yang hendak saya katakan. Sekarang saya hendak membawa sedikit berkaitan dengan belia. Belia luar bandar berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melantik pemuda belia yang sangat cergas dan aktif menjadi Menteri Belia dan Sukan. Kita mengharapkan bukan hanya pasukan bola sepak kita ternama, kita juga hendak melihat bahawa belia kita dalam olahraga dan yang lain-lain juga akan menjadi satu kebanggaan negara Malaysia ini di dalam persada sukan. Diharapkan Menteri yang berkenaan dapat menjadi ikon kepada belia kita di Malaysia ini.
Untuk mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua saya hendak beri peluang sahabat saya di sebelah kanan saya ini supaya dapat diberi peluang juga saya mengharapkan bahawa kita semua di sini yang hadir, yang telah dipilih oleh rakyat baik di sebelah sana dan sebelah sini marilah kita bekerjasama bersatu padu untuk memaju to go forward to see the development Malaysia ini, dengan izin, menjadi kenyataan, pembangunan dan pembangunan insan kita menjadi rakyat yang terbilang di Malaysia.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Penampang.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sekali lagi. Kepada semua Ahli Dewan tahniah kerana kamu juga dipilih pada pilihan raya umum ketiga belas. Saya akan pendekkan apa yang ditulis kerana masa dan saya akan bermula, dengan izin, bercakap dengan bahasa Kadazan.
[Berucap dalam bahasa Kadazan] “KOTOTHUADAN AUU GIGINA” Kepada semua rakyat di Penampang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Translate Yang Berhormat.
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
“KOTOTHUADAN AUU GIGINA” ertinya terima kasih kepada semua orang di Penampang kerana telah memberikan saya peluang untuk mewakili mereka dalam Parlimen Penggal Ketiga Belas ini.
Saya ingin bermula bahawa walaupun saya seorang Ahli Parlimen bagi Malaysia saya berasal dari Sabah, dan saya ada satu moral obligation, dengan izin, untuk menegaskan kepada semua Ahli Parlimen yang dihormati di Dewan yang mulia ini bahawa Sabah ialah rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.
Jangan ada yang mempertikaikan perkara ini ataupun mengubah fakta sejarah.
Kami rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah seperti mana rakan kongsi yang masih ada yakni Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah menubuhkan dan mengisytiharkan kelahiran Malaysia pada 16 September tahun 1963.
Dari itu saya amat bertuah kerana bersama dengan kamu dalam Parlimen Penggal Ketiga Belas ini dalam ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia.
Dengan ini saya mahukan peringatan yang berterusan ditekankan melalui mata pelajaran Sejarah yang diajar kepada murid-murid di sekolah untuk menyatakan dengan betul fakta sejarah di mana Malaysia tidak pernah wujud sehinggalah bekas rakan kongsi kita iaitu Singapura dan rakan kongsi yang masih ada iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung.
Ketika kita menghampiri ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia saya merasa sedih kerana terdapat beberapa siri kejadian dalam garis masa Malaysia sebagai sebuah negara sehinggalah ke hari ini yang telah memperlihatkan bagaimana Sabah telah kehilangan kedaulatannya sebagai sebuah rakan kongsi dalam Malaysia. Perkara utama ialah isu pendatang tanpa izin yang sudah disebut banyak kali di Dewan ini. This is a serious problem, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan kami harap kerajaan akan membuat a solution once and for all, dengan izin.
Berkenaan dengan pencerobohan di Tanduo. Kita semua tahu ceritanya dan kita sudah baca dalam surat khabar dan dalam internet portal. Kita menghormati dan berterima kasih kepada wira-wira negara yang terkorban dalam pencerobohan itu dan kami tabik kepada keluarga mereka dan memberikan penghormatan dari Penampang. Yang kami tidak setuju adalah seperti mana yang sudah diulas, pengganas-pengganas yang juga terkorban dalam pencerobohan itu telah dikebumikan di tanah Sabah. We cannot accept that Tuan Yang di-Pertua. That is not right, dengan izin.
Seterusnya saya akan berucap sedikit mengenai satu hal di Sabah yang telah dibawa tahun ini iaitu berkenaan dengan kes “Amalilio”. Kami ingin mempersoalkan kerajaan, apakah sudah ada result, dengan izin, terhadap siasatan berkenaan dengan syarikat-syarikat yang “Amanlilio” ataupun Mohd Kamil Saidi ini, apakah keputusan siasatan berkenaan dengan “Amanlilio” dan wang-wang yang dia simpan di Malaysia?
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
We hope, dengan izin kerajaan akan membuat satu pengumuman berkenaan dengan investment seorang “Amanlilio yang telah menipu orang di Filipina, terima kasih.
Now I’m going to move lagi sebab masa singkat. Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan pada ulang tahun ke-50 ini sebagai solution kepada Malaysia, kerajaan harus membuat perkara yang betul dengan melaksanakan apa yang kami dari kaum Kadazan kenali sebagai ‘iito sunduvan’ Malaysia ataupun dalam bahasa Melayu kembalikan semula semangat pembentukan Malaysia.
Dengan melaksanakan berikut, saya mengulangi selesaikan masalah Projek IC dengan mengembalikan kedaulatan Sabah dengan menyerahkan kembali untuk
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
pentadbiran Sabah jabatan-jabatan seperti imigresen, pendaftaran dan juga hak untuk memberi IC yang baru kepada orang-orang tulen Sabah.
Kita mesti bekerjasama untuk menamatkan pengambilalihan secara pintu belakang oleh pendatang tanpa izin yang telah menjadi warga negara baru di Sabah. Kes-kes dan bukti-bukti yang didedahkan dalam RCI Sabah only proves that there is something wrong, dengan izin.
Kami juga ingin mendokong kerajaan untuk mendokong 20 perkara atau dengan izin 20 points seperti mana yang telah dijanjikan oleh Barisan Nasional di dalam manifesto Barisan Nasional Sabah dalam pilihan raya ketiga belas ini. Ini akan menjadi inti pati utama dalam ulang tahun ke-50 penubuhan Malaysia.
Ketiga memberi tekanan kepada Kerajaan Filipina untuk menggugurkan tuntutan terhadap negeri Sabah, once and for all dengan izin. Memastikan proses Borneonisasi dilaksanakan kesemua Jabatan Persekutuan di Sabah, menangguhkan proses persempadanan semula sehinggalah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mendapat apa yang kita ingini iaitu satu pertiga antara Sabah, Sarawak dan Peninsular Malaysia.
Kajian juga semula kepada royalti minyak dilaksanakan oleh kerajaan dan Petronas sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia. Sabah memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada Malaysia tetapi kita mesti tidak lupa bahawa minyak dan gas yang dikeluarkan dari Sabah datangnya dari tanah dan bumi Sabah. Saya mencadangkan royalti minyak dan gas kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas di Malaysia dinaikkan daripada 5% kepada 20% selari dengan cadangan parti Pakatan Rakyat. Percayalah saya Tuan Yang di-Pertua cadangan seumpama ini akan menerima sokongan menyeluruh dari rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama kajian semula mengenai royalti minyak ini mesti disertai dengan pelantikan rakyat Sabah yang berkelayakan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Petronas. Dengan izin, all positions that we should as the owner of this mineral extracted truly deserve as a trustee of the people of Sabah.
Ketujuh, ini dekat dengan hati orang Penampang. Hentikan projek Empangan Kaiduan yang melibatkan Daerah Penampang. Projek pembinaan empangan yang dikenali sebagai Empangan Kaiduan ini bakal dibina di kawasan Daerah Papar dan Penampang tidak diterima oleh rakyat Penampang. Projek ini sukar diketahui statusnya hangat diperkatakan oleh rakyat yang bakal terjejas dengan pembinaannya. Kami tidak mengetahui status projek ini secara terperinci tetapi saya mewakili ribuan masyarakat di Penampang dan juga di Papar yang bakal terjejas dengan pembinaan empangan ini, mengingatkan kerajaan supaya tidak menghampakan rakyat dengan meneruskan projek pembinaan empangan yang tidak diterima oleh mereka, Kelapan Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang sudah dikatakan awal, pusat cyber haram. Ini sudah mencapai situasi yang serius di Sabah terlebih lagi di Penampang. Kami minta Menteri Dalam Negeri untuk direct dengan izin, polis- polis untuk menutup cyber yang illegal ini.
Kesembilan memberikan Sabah peluang untuk menentukan kandungan televisyennya dan peluang sama rata kepada artis dan penghibur dari Sabah.
Kesepuluh, saya mahu habiskan Tuan Yang di-Pertua. Kebebasan beragama haruslah diperkukuhkan dan tiada agama lain boleh menekan agama yang lain.
Penggulungan saya minta maaf kalau tidak teratur Tuan Yang di-Pertua kerana saya ingin mengulas dengan secepat mungkin supaya rakan-rakan lain boleh habiskan ulasan mereka. Penggulungan saya adalah kami baru sahaja merayakan Pesta Kaamatan di Sabah dan kami gembira perayaan tersebut
Tuan Ignatius Dorell Leiking - Penampang
berlangsung tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Akan tetapi saya berasa sedih kerana perayaan tersebut hanya disambut oleh kami di Sabah kerana Tadau Kaamatan adalah cuti umum di Sabah. Malang Tadau Kaamatan hanya dikenali sebagai perayaan nasional sahaja di Semenanjung Malaysia.
Kali ini dan saya sebut lagi pada ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia saya cadang kepada kerajaan dan Dewan ini dan dengan izin to give the long outstanding recognition to the people of Sabah as the equal partners seperti berikut, kembalikanlah autonomi Sabah, iktiraf pengorbanan dan jasa seorang wira daripada Penampang dengan izin 'Tongitiagak’ ataupun the late ataupun mendiang Datuk Peter J. Mojuntin seorang anak Kadazan yang telah menyokong dengan rakan-rakan beliau dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Juga yang telah terkorban dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 dengan menarik balik pengharaman buku bertajuk The Golden Son of Kadazan yang telah ditulis oleh Bernard Sta Maria. Mengumumkan penaikan taraf sambutan Pesta Kaamatan di Sabah daripada perayaan nasional kepada satu cuti umum nasional.
Akhirnya saya harap bahawa Kerajaan Malaysia ataupun Ahli daripada Pekan sebagai Perdana Menteri akan melaksanakan janji dia untuk membina sekolah menengah di pedalaman Moyog. Dari itu dengan izin lagi I hope that they will not sekat ataupun dia orang tidak akan sekat pembangunan Daerah Penampang dan kerusi-kerusi DUN di Penampang termasuk kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ahli-ahli Parlimen dan DUN Pakatan Rakyat. Sekian terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua saya mohon.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kangar.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya dapat juga, terima kasih. Pertamanya saya ingin ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Rasa tertekan Yang Berhormat ya.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Merafak sembah menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kesudian baginda mencemar duli merasmikan Dewan Rakyat Penggal Pertama, Kali Ketiga Belas baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, hanya dua perkara sahaja iaitu pertama berkaitan dengan isu-isu sempadan Malaysia-Thailand. Keduanya berkenaan dengan pembangunan di Kangar khasnya dan di Perlis amnya.
Tuan Yang di-Pertua sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa berikutan Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909. jarak sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand adalah dianggarkan sejauh 646 kilometer. Dari jumlah tersebut 551 kilometer adalah sempadan darat dan selebihnya 95 kilometer adalah sempadan mengikut aliran utama Sungai Golok.
Masalah penyeludupan senjata, dadah, beras bersubsidi, minyak subsidi dan lain-lain, pengaliran keluar wang hasil negara secara haram, masalah penjenayah yang lari dan penularan budaya songsang seperti seks amat-amat ketara dewasa ini. Permasalahan ini telah membawa masuk penyakit-penyakit yang berjangkit seperti AIDS, hepatitis dan lain-lain. Walaupun kerajaan telah merancang Border Economic Transformation Programme melalui Koridor Utara tetapi hal-hal keselamatan menjadi perkara utama sebelum pengimarahan ekonomi sempadan dapat dijalankan.
Pada waktu ini briged sempadan dengan kekuatan lebih daripada 5,000 orang mengawal sempadan sepanjang Bukit Batu Putih dari Kuala Perlis ke
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Pengkalan Kubor di Kelantan. Dalam keadaan muka bumi yang terbatas ketirisan sentiasa berlaku.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya rasakan pemodenan aset ketenteraan yang canggih seperti penggunaan UAV atau Unmanned Aerial Vehicle, dengan izin, adalah menjadi keperluan. Saya ingin nyatakan di sini bahawa kerajaan tidak perlu berbelanja banyak untuk aset-aset seperti ini.
Kementerian Pertahanan cuma perlu lebih kreatif dalam perolehannya. Saya dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis ada mempunyai teknologi serta prototaip UAV ini yang boleh dibangunkan sebagai satu aset dan seterusnya sebagai satu produk berprestasi dan berimpak tinggi kepada negara.
Dengan itu, kita akan mempunyai aset pertahanan hasil teknologi dalam negara yang selalunya menjadi isu sensitif dalam pertahanan sesebuah negara, sekali gus dapat mengiktiraf peranan penyelidik-penyelidik di kalangan anak bangsa kita kerana mereka inilah hasil daripada pelaburan kita yang sekian lama.
Untuk tujuan ini, saya ingin mencadangkan satu badan pengawasan ala-ala ESSCOM tetapi lebih bersifat menyeluruh. Badan pengawasan ini hendaklah diberi tanggungjawab merancang keselamatan dan pembangunan sosial ekonomi di kawasan sempadan tersebut supaya border ekonomi dapat kita praktikkan di sana.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan itu saya juga merasakan kita perlu bersedia sekiranya ada satu tindakan drastik dilakukan oleh Kerajaan Thailand untuk memotong Segenting Kra bagi memendekkan perjalanan kapal- kapal dagang daripada Timur ke Barat dan sebaliknya. Sekiranya perkara ini berlaku maka perjalanan kargo melalui darat akan menjadi lebih efisien melalui sempadan-sempadan ini untuk ke Selatan tanah air mahupun ke negara Singapura. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah pembangunan keselamatan dan ekonomi sempadan ini mestilah diberi satu penekanan yang konsisten dan berterusan sehingga ia dapat memberi satu kesan yang besar kepada keadaan sosioekonomi negeri-negeri yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ini berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri Perlis. Bagi Kuala Perlis, ia merupakan satu pintu utama bagi pelancong-pelancong untuk ke Pulau Langkawi. Akan tetapi sedihnya Kuala Perlis hanya menjadi transit point, hanya untuk pelancong parking dan juga ke tandas kemudian terus ke Langkawi.
Di sini satu strategi yang menyeluruh diperlukan. Kementerian- kementerian terlibat seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kerja Raya perlu menjalankan satu pembangunan terancang bagi kawasan Kuala Perlis iaitu Kuala Perlis strategic development plan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun pada dua hari yang lepas, RTC merupakan satu ikon pembangunan baru yang saya rasakan amat sesuai dibangunkan di kawasan Kuala Perlis.
Pembangun RTC ini boleh dijalankan secara integrated development iaitu secara bersekali dengan Jeti Kuala Perlis. Bangunan parkir bertingkat, hotel bertaraf sekurang-kurangnya empat bintang serta kawasan perniagaan berpusat bagi hasil-hasil negeri serta promosi makanan laut segar yang berkualiti tinggi.
Bangunan parkir bertingkat di Kuala Perlis pada masa ini menjadi satu keperluan yang mendesak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh gulung.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Pada masa ini tidak ada satu kawasan parking pun yang tersusun di Kuala Perlis cuma pada masa cuti, kenderaan berselerak dipark di sekitar Kuala Perlis. Termasuk di bawah pokok, di tepi bangunan dan sebagainya yang mana ia mendatangkan satu situasi yang tidak selamat kepada kenderaan-kenderaan pelancong.
Jadi, apabila pelancong ke Langkawi, walaupun mereka bersantai berehat tetapi di dalam kepala mereka masih teringat kereta-kereta mereka yang di parking di bawah pokok, apa akan jadi. Saya juga ingin menyatakan yang Kuala Perlis juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai satu pelabuhan yang paling Utara di Semenanjung Malaysia. Kuala Perlis boleh menjadi point of first entry bagi negara untuk kapal-kapal dagang daripada Barat. Saya rasakan sekiranya Kuala Perlis dapat dibangunkan sebagai sebuah bandar pelabuhan spin-off economic benefit, dengan izin, akan dapat dirasakan bukan sahaja di Perlis malah hingga ke Kedah, Perak Utara dan juga Kelantan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin untuk compliment pembangunan Kuala Perlis, saya rasakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan harus dan saya rasakan sudah sampai ke tahap wajib untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi sebagai kawasan pelancongan di dalam negeri Perlis. Bukan hanya menjadi tempat untuk pelancong-pelancong berhenti sahaja tetapi dapat menjadi satu tarikan pelancong di dalam dan di luar negeri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh habiskan Yang Berhormat. Ambil yang bahagian akhir.
Ir. Shaharuddin bin Ismail - Kangar
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sedikit sahaja lagi. Oleh yang demikian, saya rasakan satu pelan yang komprehensif mesti dirangka dan dijalankan bagi memastikan negeri Perlis akan dapat bersama-sama negeri lain, bergerak ke hadapan menuju negeri maju selaras dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal enam tahun lebih sahaja lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Kangar mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada 13 orang. Ikut masa tambahan yang saya boleh buat, kita cuma ada 40 minit, 13 orang 40 minit.
Berapa Yang Berhormat Seputeh?
[Disampuk] Empat minit seorang. Empat minit pun tidak boleh.
Beberapa Ahli
Tiga minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tiga minit seorang.
Saya cuma boleh extend sampai 15 minit. So, 7.30 plus 15 minute, 7.45. Tiga minit seorang. Okeylah, tiga minit tidak boleh, jadi lima minit. Mana-mana yang tidak dapat berucap itu boleh mencelah masa Menteri menjawab nanti. Okey, jadi sebagai Ahli Parlimen yang baru, itulah cabarannya untuk berucap meminta untuk dapatkan slot ini tidak senang. Ya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Apa pasal Lenggong pula yang salah?
[Ketawa]
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tak mahu pembukaan, saya akan terus kepada ucapan saya. Saya dari Bukit Mertajam Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuanku atas keprihatinan Baginda terhadap anak muda dan wanita kerana Baginda telah menyentuh tentang hal ehwal kedua
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
golongan ini dalam Titah Diraja. Akan tetapi saya ingin meluahkan kesedihan anak muda kerana malangnya keprihatinan Baginda terhadap anak muda mungkin tidak dikongsi oleh kerajaan.
Kebelakangan ini kita sering dengar Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet menguar-uarkan betapa kadar pengangguran negara kita amat rendah iaitu antara 3% hingga 4%. Dua, tiga hari lepas juga Senator Menteri juga mengatakan memetik ahli ekonomi Keynes mengatakan bahawa, jika kadar pengangguran negara berada di bawah 4% maka kita mempunyai guna tenaga penuh. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa walaupun pada masa kini kadar pengangguran pada amnya rendah namun kualiti penggajian menjadi persoalan.
Statistik kerajaan menunjukkan bahawa 40% isi rumah mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan dan 60% isi rumah mempunyai pendapatan purata kurang daripada RM3,000 sebulan dan kita belum bincang lagi tentang keadaan kerja, suasana tempat kerja. Dalam kata lain ini fenomena under employment. Saya rasa kita tidak ada data untuk menghadapi masalah under unemployment ini. Kita tidak perlu terlalu gembira tentang keadaan ada kerja tetapi gajinya rendah, keadaan kerja yang teruk dan sebagainya. Saya hendak minta Menteri memberikan data untuk gejala under unemployment secara amnya dan untuk anak muda dan wanita khususnya. Saya juga ingin hendak mengemukakan bahawa walaupun kadar pengangguran secara amnya rendah tetapi kadar pengangguran anak muda tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kita dapat daripada kajian ataupun satu laporan bersama oleh United Nations dan EPU pada tahun 2010 menunjukkan bahawa kadar pengangguran anak muda berumur daripada 15 tahun hingga 24 tahun ialah 12% manakala kadar pengangguran anak muda 20 tahun hingga 24 tahun ialah 10%.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Dalam kata lain, anak muda lepasan sekolah, tidak kira sekolah menengah ataupun IPT, tidak mendapat kerja. Jawapan Menteri kepada Yang Berhormat Bukit Gantang di Dewan yang mulia ini pada 26 Jun juga menunjukkan bahawa seramai 75, 800 orang siswazah yang menganggur. Jadi kita ada masalah serius pengangguran anak muda. Saya kira ini salah satu faktornya adalah sistem pendidikan dan saya tidak akan membincangkan sistem pendidikan sebab Yang Berhormat Bukit Bendera telah membicarakan kepincangan- kepincangan dalam sistem pendidikan negara kita. Akan tetapi yang pentingnya, kerajaan perlu ubah konsep pendidikan. Tidak kiralah ayatnya meritokrasikah, tindakan affirmative kah, masalahnya jika kerajaan berjaya menyumbat semua anak muda ke universiti, tetapi ijazahnya tiada nilai, sifar nilai, tidak dapat bersaing, tidak dapat kerja, apa gunanya Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang hal ehwal dan hak wanita. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Batang Lupar yang telah diangkat menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akan tetapi saya juga hendak ambil peluang ini untuk mengingatkan beliau bahawa di depan beliau ada banyak kerja. Beliau terpaksa mengejar masa yang telah terbuang semasa pentadbiran tiga mantan Menteri yang lalu termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada penggal yang lepas.
Saya di sini ingin menggariskan sepuluh perkara saya kira genting...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat. Sepuluh itu panjang.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Okey,
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
(i) kita masih belum lagi memenuhi saranan CEDAW iaitu 30% wanita di peringkat pembuat keputusan;
(ii) pendakwaan dan penyiasatan kes rogol amat menyulitkan;
(iii) daftar nama pesalah jenayah seksual yang dijanjikan sejak 2010 masih belum terlaksana;
(iv) status pelaksanaan saranan Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan tentang Penderaan Seksual Wanita Penan di Sarawak, apa statusnya?;
(v) pindaan ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 terutamanya untuk mempermudah proses permohonan dan seterusnya penguatkuasaan Interim Protection Order
(IPO);
(vi) Akta Gangguan Seksual yang telah diperjuangkan sejak 2001 masih belum dibentangkan;
(vii) larangan perkahwinan kanak-kanak belum terlaksana dan statistik kes rogol bawah umur semakin membimbangkan;
(viii) penyertaan wanita dalam pasaran kerja tidak meningkat dan kita tidak nampak strategi yang jelas untuk mencapai sasaran 55% menjelang tahun 2015;...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ada lagi Yang Berhormat?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Dua lagi.
(ix) tiada pelaksanaan bajet responsif secara menyeluruh walaupun projek perintisnya telah selesai pada tahun 2003; dan
(x) saya rasa 51% pengundi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Jadi bermakna mereka setuju dengan manifesto yang ditawarkan.
Jadi saya di sini ingin memohon kerajaan terutamanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menasihatkan Perdana Menteri melaksanakan dasar caruman sosial wanita RM600 setahun. Saya rasa ini saja yang saya mampu ucapkan dalam masa singkat ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Calon Puteri, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk sama-sama berbahas bagi Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di kesempatan ini, saya ingin menyentuh tentang peranan wanita dalam kemajuan negara khususnya wanita muda. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi. Daripada keseluruhan guna tenaga, 8.4% sahaja wanita yang berada dalam sektor profesional. Angka ini tidak konsisten dengan jumlah graduan wanita yang keluar daripada universiti. Antara sebab peratusan yang rendah di peringkat tinggi adalah kerana wanita muda ini perlu memilih untuk membesarkan anak-anak hingga cukup usia. Hendak ambil amah pun mahal sekarang ini, RM8,000.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi bila mereka ingin kembali kepada profesion, didapati mereka sukar untuk kembali dalam arena pekerjaan kerana faktor usia walaupun mereka telah terlebih kelayakan. Antara muda dan bertenaga berbanding dengan calon yang sudah lama meninggalkan alam pekerjaan, yang mana satu pilihan majikan?
‘Tepuk Dada Tanya Selera’. Setelah mengenal pasti masalah kekurangan wanita dalam sektor pekerjaan, saya juga mencadangkan beberapa strategi untuk dipertimbangkan oleh kementerian dan juga majikan.
Pertama, pusat asuhan kanak-kanak yang berumur bawah tiga tahun hendaklah ditaja oleh majikan yang terletak di dalam bangunan yang sama. Ini akan memudahkan pekerja terutamanya golongan ibu baru untuk mengawasi atau menyusukan dan sebagainya apabila anak berada dalam bangunan yang sama dan ini juga mengurangkan kerisauan bagi pasangan ibu bapa yang baru.
Kedua, pasangan yang hendak berkahwin perlulah menghadiri kelas-kelas perancangan keluarga sebelum sijil perkahwinan dikeluarkan agar pasangan ini sedar bahawa tanggungjawab dan perbelanjaan bagi membesarkan anak dan keluarga, bukan sewenang-wenangnya hendak berkahwin.
Ketiga, kebanyakan suri rumah yang mempunyai ijazah memilih untuk mencari pekerjaan di bawah kelayakan mereka seperti bekerja di sektor perkhidmatan dan pekerja jualan kedai dan pasar yang merupakan peratus terbesar bagi pekerja wanita.
Pihak majikan hendaklah memberi kebebasan sekiranya mereka hendak bekerja di rumah dan mengekalkan hubungan dengan wanita yang berhenti bekerja kerana mereka mungkin akan kembali selepas dua, tiga tahun kemudian.
Hal ini boleh dicapai sebagaimana kita ambil contoh, Shell International adalah salah satu contoh syarikat yang telah memberi komitmen untuk mengekal dan meningkatkan bilangan pekerja wanita dengan membantu mereka untuk mencapai keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Sekurang-kurangnya objektif Shell ialah untuk memastikan wanita sekurang-kurangnya 20% memegang jawatan senior executive. Kalau Shell boleh, mengapa tidak Petronas.
Cuti bersalin. Sektor swasta juga harus mengikuti langkah kerajaan yang memberikan cuti selama 90 hari untuk pekerja wanita yang bersalin. Seterusnya saya ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan program pengarah wanita yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 yang mana setakat 31 Mei 2013, seramai 364 wanita yang telah menyertainya. Daripada 364 wanita yang telah menyertainya, berapa ramai yang telah diserapkan sebagai pengarah di dalam GLC?.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan belia merupakan penduduk yang paling ramai di negara dewasa ini. Antara masalah belia adalah isu kebankrapan. Daripada tahun 2012, 11,134 hingga Julai tahun 2013, 5,091 belia diisytiharkan bankrap. Jadi mereka ada yang terganggu emosi dan juga kurang keyakinan diri dan hilang punca kehidupan. Walaupun adanya wujud AKPK, saya suka mencadangkan supaya pihak kerajaan memberikan kelonggaran membenarkan golongan belia muflis ini agar mendapat pinjaman sekurang-kurangnya tidak melebihi RM20,000 terutama sekali kepada mereka yang muflis disebabkan oleh faktor menjadi penjamin atau kes salah guna identiti yang banyak berlaku. Impaknya kita akan melihat golongan belia yang muflis ini akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk kembali bangun meneruskan kehidupan. Saya juga..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Okey, mohon daripada Parlimen Masjid Tanah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KBS yang telah membantu pembangunan belia dalam bidang sukan. Masjid
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tanah melahirkan ramai atlet negara antara Shukor Adan; Mohd Asri Ninggal; Baharudin Yatim, main hoki; Ramli Hashim, basikal; Nofa, pemain bola jaring kebangsaan; dan terkini Mohd Afi Hairan iaitu sinar baru dalam sukan basikal negara. Oleh yang demikian, apa lagi saya hendak minta, Parlimen Masjid Tanah memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan satu stadium mini yang lengkap dengan kemudahan sukan agar dapat dimanfaatkan oleh anak muda dan menyuntik semangat agar mereka sama-sama terlibat dalam pembangunan atlet negara.
Kedua isu rumah mesra rakyat SPNB yang terbengkalai di Parlimen Masjid Tanah yang telah dimohon oleh rakyat yang kurang mampu dan juga diminta oleh kontraktor ‘Kelas F’ agar pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat menyelesaikan kemelut ini. Ketiga, mohon Kementerian Pelajaran agar dapat melalui lawatan Timbalan Menteri Pelajaran pada awal tahun ini iaitu Dr. Puad Zarkashi pada awal tahun ini dapat membaik pulih bangunan asrama pelajar di Matrikulasi Londang yang menggunakan material pasang siap hinggakan berlumut dan menjejaskan Matrikulasi Londang itu sendiri.
Anak zirafah anak sotong, Yang Berhormat Masjid Tanah mohon sokong.
Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Yang Berhormat Nibong Tebal.
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam sesi pembukaan Parlimen Ketiga Belas ini walaupun sekarang ini berada di penghujung masa perbahasan sesi dalam Dewan bagi hari ini. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong telah bertitah pada kita semua untuk menerima keputusan Pilihan Raya ke-13 yang lalu dan Perdana Menteri juga telah mengajak kita untuk mara ke depan dalam usaha untuk membina negara Malaysia yang kita cintai ini. Namun, dalam kerangka besar yang disebut oleh beliau sebagai national reconciliation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan beliau juga menyatakan premis utama ke arah pendamaian nasional ialah bahawa pihak pembangkang mestilah menerima keputusan pilihan raya yang lepas.
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Persoalannya di sini ialah Tuan Yang di-Pertua, premis itulah yang menjadi titik pertelingkahan ataupun perkara pokok utama penghujahan di antara Pembangkang dan juga pihak kerajaan yang mana premis yang diminta oleh Perdana Menteri itu menjadi punca persengketaan ataupun hujah yang berbeza.
Justeru dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan untuk kita mara ke depan dengan saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pekan itu supaya kita perlu mencari satu titik pertemuan untuk kita memberi ruang mengkaji semula proses pilihan raya khususnya peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Kita boleh memberi contoh khusus kepada dua perkara yang dipertikaikan. Pertama, tentang penggunaan dakwat kekal. Kedua ialah tentang daftar pemilih. Ini merupakan dua perkara penting sebagai titik permulaan bermesyuarat dan kajian dalam usaha kita untuk menuju ke depan seperti mana yang disarankan oleh PM.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan Tuan Yang di-Pertua, supaya SPR ini kita kaji semula kedudukan dan peranannya. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua bahawa SPR diwujudkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal pilihan raya di Malaysia dalam tiga aspek utama.
Pertama ialah untuk menguruskan daftar pemilih dan menyemak semula daftar pemilih. Kedua untuk mengendalikan pilihan raya di Dewan Rakyat, dewan negeri dan juga pilihan raya kecil. Ketiga ialah untuk mengkaji persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya dengan melibatkan bidang kuasa pejabat tanah, pejabat daerah dan juga pihak berkuasa tempatan. Perkara-perkara ini telah pun banyak dibincangkan sama ada sebelum dan juga pasca Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Saya tidak mahu terus berbincang kesemua aspek dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana masalah kekangan masa. Jadi saya nak fokus tentang kerja-kerja persempadanan semula dan ingin sarankan supaya kerja-kerja persempadanan semula ini dipertanggungjawabkan kepada suatu jawatankuasa bebas daripada pesanan SPR kini.
Maknanya di sini saranan saya ialah kita wujud sebuah suruhanjaya persempadanan semula yang bebas untuk menjalankan kerja-kerja persempadanan semula yang dijadualkan akan diadakan dalam bulan November ini. Dan SPR baru maksud saya di sini ialah SPR selepas perubahan untuk mengendalikan urusan pilihan raya sahaja iaitu pilihan raya di peringkat Parlimen, DUN dan juga pilihan raya kecil. Untuk pendaftaran pemilih dan juga penyemakan pemilih, kita serahkan tanggungjawab ini kepada pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
Pembahagian tugas ini Tuan Yang di-Pertua khususnya seperti menjalankan persempadanan semula ini bukan perkara terasing. Ianya telah pun menjadi amalan di kebanyakan negara sama ada di United Kingdom, New Zealand, Australia, Kanada dan juga banyak negara Afrika dan juga negara- negara membangun.
Itulah saranan saya supaya kita memberi perhatian kepada kerja-kerja persempadanan semula ini dengan menitikberatkan kepada beberapa kriteria penting persempadanan semula seperti pertama perlu dikaji kembali Akta Pilihan Raya yang terbabit dan kedua sempadan daerah bahagian pilihan raya yang sedia ada. Ketiganya ialah kepentingan perhubungan. Keempat ialah tentang kemudahan perhubungan dan juga komunikasi. Kelima, ciri-ciri topografi serta unjuran variasi penduduk dan pengundi termasuk jangkaan pengurangan ataupun peningkatan saiz penduduk dalam jangka masa tertentu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berikan saya sedikit masa lagi. Saya tidak mahu pergi dengan detail dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya nak bangkitkan di sini, dalam kerangka kita menyemak semula ini, makna dalam kerangka besar untuk membuat satu reformasi proses politik di dalam negara kita ini.
Reformasi politik ini perlu kerana kita dapati ada korelasi atau faktor kebergantungan yang cukup penting antara pendemokrasian dengan kemajuan
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
negara ataupun kemajuan ekonomi sesebuah negara. Ini cukup ketara kalau kita perhatikan penyelesaian di banyak negara Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin memetik satu kajian yang dapatan kajian membezakan pencapaian pendapatan negara-negara berkenaan berdasarkan kepada peratus pendapatan negara Amerika Syarikat ataupun income in GDP per capita, Tuan Yang di-Pertua. Perbandingan kajian yang dirujukkan melibatkan negara-negara Taiwan, Korea Selatan dengan Malaysia. Umpamany dalam tahun 1963, peratusnya pencapaian Taiwan 12.6%, Korea 10.7%, Malaysia pula mencatat 13.6%. Jelas Malaysia melebihi Taiwan dan mengatasi Korea. Kemudian tahun 1996 didapati Taiwan telah melonjak kepada 55.7% dan Korea 44.9% dan Malaysia melonjak juga tapi ketinggalan di bawah Korea dan juga Taiwan iaitu 30.7%...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Akan tetapi dalam tahun 2007, peningkatan yang dicatat oleh Malaysia jauh ke belakang daripada Taiwan dan Korea. Umpamanya tahun 1963 sebanyak 13.6%, tahun 1996 sebanyak 30.7%, tahun 2007 sebanyak 31.9%. Jadi lembap, peningkatan yang cukup lembap malah boleh dikatakan stagnant growth dengan izin berbanding dengan pencapaian Taiwan dan Korea yang didapati cukup ketara pertambahannya.
Dalam aspek ini kita dapati keterbukaan di Taiwan dan juga di Korea, makna proses pendemokrasian mereka ada menunjukkan penambahbaikan.
Malah di negara-negara yang terdekat dengan kita seperti Thailand dan juga Indonesia turut memaparkan keterbukaan atau alami reformasi politik Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, saya tertarik tadi, malah dalam bola sepak pun kita tertinggal. Kalau banding dulu Korea cukup takut kepada Malaysia di sekitar tahun 60-an ke 70-an tetapi sekarang ini sebut nama Malaysia dalam bola sepak, dia senyum sahaja, tak merasa bimbang langsung.
Bukan bola sepak yang saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua. Ada kolokasi yang cukup rapat di antara proses pendemokrasian dengan kemajuan ekonomi tetapi jelas seperti dialami kebanyakan negara-negara di dunia. Justeru itu saya nak mengajak Dewan yang mulia ini untuk kita mengkaji semula proses pendemokrasian ini. Kita nak bawa reformasi politik ini supaya negara kita boleh maju ke depan memulihkan kembali maruah negara seperti yang semua kita idamkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Mansor bin Othman - Nibong Tebal
Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sesingkat ini, itu sahaja dapat disampaikan. Terima kasih di atas ruang yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya nak ucapkan takziah di atas Kerajaan Indonesia di atas kejadian gempa bumi yang sedang melanda. Saya nak sambung Tuan Yang di- Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh baru- baru ini tentang projek Sentuhan Kasih FELDA.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Projek ini yang berkonsepkan mini FELDA bukan sahaja bertujuan untuk memberi rumah malah turut menjalankan projek pertanian bersepadu yang berobjektif:
(i) menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk generasi baru FELDA;
(ii) memberi pekerjaan dan jaminan pendapatan tetap serta pembangunan usahawan melalui aktiviti pertanian dan industri asas tani; dan
(iii) membentuk satu komuniti yang harmoni dan berinovasi dengan kemudahan asas yang moden dan sempurna; dan
(iv) memperkasa generasi baru FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek Perumahan Pinta; dan
(v) sebagai pemangkin kepada hasrat FELDA untuk menjadi gedung makanan negara.
Sebuah projek hanya melibatkan pembinaan 100 unit rumah bagi satu kawasan dan projek ini adalah mirip seperti kemasukan peneroka FELDA pada 50 tahun yang lalu. Cuma kali ini jumlah peserta adalah di kalangan generasi baru FELDA yang tinggal di tanah rancangan. Kesan daripada projek ini Tuan Yang di- Pertua, ia bukan hanya memberi kebaikan kepada 100 orang peserta itu sahaja tetapi ia berpotensi untuk membantu dalam pembangunan ekonomi masyarakat sekeliling.
Oleh yang demikian, sebagai salah seorang generasi baru, saya ingin mencadangkan agar projek seumpama ini diperbanyakkan dan diperluaskan lagi ke seluruh tanah rancangan FELDA secara berperingkat. Dengan ini, lebih ramai orang-orang muda dalam tanah rancangan akan mendapat manfaat daripada projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, golongan belia mewakili 46% daripada penduduk negara. Belia yang hendak dibentuk adalah belia yang berpotensi dan beraspirasi. Oleh yang demikian, ada dua ruang yang diberikan kepada belia untuk menyuarakan pandangan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan juga Parlimen Belia.
Fungsi MPBN adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubung dengan pembangunan belia yang bertindak sebagai badan perunding dan penasihat kepada pertubuhan belia.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
MPBN ini sebenarnya adalah medan yang memberi peluang kepada pemimpin belia selaku wakil daripada pertubuhan masing-masing untuk meluahkan apa juga permasalahan mereka terus kepada ketua-ketua jabatan atau wakil-wakil kementerian yang hadir. Ia juga membuka ruang kepada mereka untuk berdialog, berdebat, malahan boleh mendapat cadangan penambahan aktiviti menerusi peruntukan daripada jabatan atau kementerian terbabit. Saya mintalah mana-mana Yang Berhormat yang berhujah sebelum ini yang saya lihat tidak faham tentang perkara ini, kalau belum pernah menganggotai mana-mana persekutuan atau pertubuhan belia janganlah terus memberikan gambaran negatif berdasarkan laporan yang tidak tetapi.
Akan tetapi bolehlah dialu-alukan untuk bersama dengan kami dahulu dan melihat apakah MPBN menjalankan fungsinya. Saya menolak persepsi bahawa pemimpin belia itu ramainya daripada orang yang terlibat dalam politik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, hampir 70% pemimpin belia hari ini bukanlah di
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
kalangan orang politik bahkan pemimpin tertinggi dalam Majlis Belia Malaysia langsung tiada latar belakang politik. Saya pun bermula sebagai pemimpin belia sebelum mula menceburi bidang politik.
Begitu juga dengan tuduhan liar mengatakan Dasar Belia yang ada kini dilihat tidak Islamik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, Program Rakan Muda Masjid, Tilawah al-Quran, Karnival Kesenian Islam dan bermacam-macam lagi program-program yang saya lihat lebih Islamik telah dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan belia baik di peringkat cawangan, peringkat negeri dan juga di peringkat kebangsaan. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada makmal Transformasi Pembangunan Pertubuhan Belia pada tahun 2010, salah satu inisiatif tersebut adalah mewujudkan Parlimen Belia yang menjadi platform bagi menyuarakan suara belia yang berbeza daripada kaedah pelaksanaan Majlis Perundingan Belia.
Jika MPBN memberi tumpuan kepada golongan belia berpersatuan, Parlimen belia pula memberi peluang kepada 80% belia yang bukan Ahli Persatuan Belia bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. Selain daripada itu Parlimen Belia berperanan melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara pada masa kini.
Peranan dan fungsi Parlimen Belia sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di negara- negara luar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Setelah dilancarkan pada 29 Oktober, Rakan Muda pula dilihat sebagai salah satu usaha pembentukan identiti generasi muda yang baik, penting dalam menjamin pencapaian wawasan murni negara. Oleh sebab itulah saya sentuh berkenaan dengan Rakan Muda dan juga Parlimen Belia di MPBN ini sebab beberapa kali disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat sekalian.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi kepada kawasan. Saya ingin menyentuh dua perkara berkaitan dengan Parlimen Sekijang ini Tuan Yang di- Pertua. Saya sudah dapat jawapan tadi daripada Yang Berhormat Menteri. Cuma saya mengharapkan isu berkaitan dengan tebatan banjir dalam kawasan Parlimen Sekijang ini memang amat serius. Oleh kerana kita sudah dekat dengan bulan November dan Disember ini, kalau isu ini gagal diselesaikan dengan baik oleh pihak JPS, saya khuatir perkara ini akan menjadi satu permasalahan yang besar kepada Parlimen Sekijang.
Kedua, adalah isu berkaitan dengan jalan Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat jalan protokol dalam Parlimen Sekijang dan juga dalam Daerah Segamat iaitu ada tiga Parlimen iaitu Segamat, Sekijang dan juga Labis. Kalau jalan protokol ini tidak dapat diselesaikan juga dalam tempoh yang diminta oleh rakyat dalam Parlimen Sekijang, saya juga khuatir apabila pembesaran dan juga penyelenggaraan itu gagal diselesaikan dengan segera. Maka keadaan jalan-jalan terutamanya jalan protokol ini yang dilihat semakin kritikal dari segi pelaksanaan dan penyelenggaraannya dan juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Anuar bin Abd. Manap - Sekijang
Saya juga ingin mencadangkan agar pihak JKR dapat memberikan peruntukan tambahan kepada pihak JKR daerah terutamanya dalam Daerah Segamat untuk menyelesaikan hal berkaitan dengan jalan ini. Sekian, terima kasih dan Sekijang mohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cuma dua orang sahaja. Lima minit seorang. Saya panggil Yang Berhormat Pasir Puteh selepas itu Yang Berhormat Batu Gajah. Selepas itu habis. Yang Berhormat Pasir Puteh, ya.
Bukan Yang Berhormat Seputeh tetapi Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah...
[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan tahniah kerana dilantik semula untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua. Saya insya-Allah secara ringkas.
[Disampuk] Kita alhamdulillah telah datang ke sini dan telah pun mendengar ucapan daripada ramai Ahli-ahli Parlimen dan secara ringkasnya insya-Allah kita sebagai orang baru, mempelajari sedikit sebanyak tata susila atau cara-cara untuk kita berbahas di sini. Alhamdulillah, kita cuba untuk berlaku adil di sini. Cuba untuk memberikan pendapat-pendapat yang munasabah dan berpatutan untuk membantu kerajaan, insya-Allah di dalam mentadbir negara kita ini., insya-Allah.
Alhamdulillah kita menyokong sistem demokrasi dan kita berpegang dengan demokrasi yang telus dan adil. Kita harap insya-Allah cadangan yang diberikan oleh semua pihak akan memperbaiki lagi institusi demokrasi yang kita ada ini. Kita berada dalam keadaan yang alhamdulillah tenang dan kita boleh berbincang serta kita boleh bermuhasabah antara kita. Ini insya-Allah boleh membantu khususnya pihak kerajaan untuk membuat keputusan-keputusan yang terbaik demi rakyat, demi negara kita untuk anak cucu kita juga, insya-Allah.
Dalam SPR insya-Allah kita sudah pun mendengar betapa banyak kepincangan yang ada. Pilihan raya yang lepas ada baiknya, ada tempat-tempat yang telus dan ada yang perlu diperbaiki. Bagi saya masalah yang paling besar sekali ialah politik wang. Saya tidak tahulah orang lain tetapi bagi saya ramai pengundi-pengundi kita dibeli. Bukan sahaja dibeli tetapi mereka terpaksa bersumpah dengan nama al-Quran, dengan agama dan ada sekarang ini sumpah taklik juga iaitu sumpah di mana mereka terpaksa menceraikan isteri mereka demi untuk memaksa dan menakut-nakutkan pengundi supaya mengundi sesuatu pihak. Ini adalah suatu yang bagi saya sudah melampau. Dengan harga RM200 ke RM300, manusia yang daif dan lemah apakah tindakan mereka? Mereka mengikut sahajalah.
Begitulah kita dengar dalam al-Quran, inilah perangai Firaun. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Perangai Firaun ialah menakut-nakutkan dan menghinakan kaumnya, memperlekeh-lekehkan kaumnya. Maka mereka mentaati Firaun. Ini adalah suatu bentuk kejahatan, kezaliman di dalam sistem yang ada yang mana kita harus membanterasnya. Bagaimana? Saya tidak tahulah. Itu terserah kepada SPR.
Bukan itu sahaja, kita tahu juga bahawa banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Itu saya serahkan kepada pihak SPR untuk memperbaikinya. Saya ingin membawa beberapa masalah di tempat saya. Oleh kerana masa sempit saya terus kepada masalah di tempat saya. Di Kelantan khususnya, memang kita dengar banyak kita dianaktirikan, dilambatkan. Segala projek-projek kita dilambatkan hatta peruntukan sendiri juga dilambatkan. Sebenarnya di Kelantan ini 47% adalah pengundi UMNO, pengundi Barisan Nasional. Hanya 52% sahaja yang kalau di tempat saya 51%, 52% sahaja yang mengundi pakatan. Jadi, oleh sebab itu janganlah menganiayai penyokong-penyokong sendiri. Di sini juga kita ada wakil-wakil UMNO seperti Ketereh dan sebagainya. Mereka teraniaya juga, kalau peruntukan-peruntukan ini tidak sampai ke Kelantan dan mereka ini sebenarnya bukan orang lain, orang Melayu juga. Sama dengan UMNO itu sendiri
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
yang kita tahu adalah perjuangan nasionalis Melayu yang memperjuangkan hak Melayu. Akan tetapi ramai di antara orang Melayu sendiri yang telah dianaktirikan.
Saya memohon dan merayu kepada pihak kerajaan janganlah dianaktirikan kita di Kelantan atau di mana-mana tempat di Malaysia yang mana kita adalah rakyat Malaysia. Kita semua membayar cukai. Kita semua bertanggungjawab untuk membangunkan negeri kita dan negara kita ini supaya mencapai tahap yang mana kita boleh menandingi insya-Allah Korea, Jepun. Kita berkeupayaan. Kita bukan lemah dan kita bukan kurang. Orang Melayu bukan lemah dan bukan kurang. Orang Kadazan bukan lemah, dan bukan kurang tetapi kita perlu diberikan peluang, diberikan sokongan oleh pihak kerajaan untuk mengembangkan diri kita, membangunkan diri kita. Insya-Allah dengan pendidikan yang dikatakan hebat yang kita hendak buat ini, saya percaya kita boleh capai ke tahap itu tetapi kita jangan menganaktirikan sesiapa dan jangan dipolitikkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh gulung Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Jangan dipolitikkan sistem pendidikan atau apa-apa pemberian hatta pemberian baja atau pemberian apa sahaja. Di tempat saya berlaku. Baja pun hendak dipolitikkan, masya-Allah.
Petani yang sudah kekurangan air. Petani yang tidak boleh menghidupkan bendang mereka itu sendiri. Ya Allah, masya-Allah. Sedangkan itu pun hendak dipolitikkan. Baja tidak diberi kepada golongan-golongan yang kuat menyokong pembangkang.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Ini adalah penganiayaan kezaliman yang kita harap insya-Allah tidak akan berulang dengan kerajaan yang baru ini insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Akhir sekali untuk Pasir Puteh. Minta sedikit peluang untuk Pasir Puteh. Pasir Puteh, kita ada satu tempat yang dinamakan Tok Bali. Ia adalah suatu tempat yang kita harap akan membangun dengan pesat. Ia ada satu port di sana, namanya Port Tok Bali. Ia adalah suatu yang kita sudah minta lama dah untuk port ini tetapi tidak diberi-beri.
Hanya baru-baru ini diluluskan menjadi supply base. Kita harap dipercepatkan menjadi port dan kita harap pembangunan di Tok Bali dan di Pasir Puteh akan dipesatkan. Bukan itu sahaja, ke tempat ini sekarang ini jalan-jalannya cukup teruk kerana lori-lori yang besar yang membawa bijih daripada semua tempat di Kelantan, di Pahang datang ke Tok Bali untuk dihantar ke negara luar. Akan tetapi jalan-jalan kita rosak dan perlu diperbaiki.
Sudah ada satu jalan yang dikatakan bypass di antara Pasir Puteh dengan Tok Bali, jalan ini sudah 10 tahun dibuat tetapi tidak siap-siap. Tidak tahulah masalah apa? Kita berharap insya-Allah percepatkan pembinaan. Sudahkan cepat, hanya 18 kilometer sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad - Pasir Puteh
Kita harap insya- Allah dapat disiapkan dengan secepat mungkin dan diperbaiki jalan protokol ke Tok Bali sekarang ini supaya insya-Allah jalan ini akan menjadi selesa untuk pembangunan yang seterusnya di sana. Terima kasih Tuan dan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang, ada masa empat minit Yang Berhormat. Eh, bukan, Yang Berhormat Batu Gajah. Maaf ya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Sebagai pembahas terakhir, ingin saya tegaskan di sini kerajaan harus membuat pendirian yang jelas mengenai isu sekolah-sekolah vernakular di negara kita. Rakyat mempunyai hak perlembagaan untuk menghantar anak ke sekolah pilihan mereka. Akan tetapi baru-baru ini ramai yang berani tampil ke hadapan membangkitkan persoalan mengenai status sekolah-sekolah vernakular. Sehubungan dengan itu, pelbagai helah telah dibuat secara bijak untuk mempersoalkan status sekolah-sekolah vernakular. Masalah untuk mencapai perpaduan nasional juga dihubungkaitkan dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 27 Jun 2013 perkara ini juga telah ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sabak Bernam yang direkodkan dalam Hansard adalah seperti berikut, *“Berhubung dengan pendidikan, saya ingin menyentuh pandangan Prof.
Dr. Teo Kok Seong iaitu Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) di Universiti Kebangsaan yang menyarankan bahawa sistem persekolahan satu aliran sewajarnya diperkenalkan bagi membentuk perpaduan selain mewujudkan interaksi berbilang kaum terutama generasi muda negara ini.
Sistem pendidikan satu aliran adalah penting bagi membentuk acuan kepada jati diri dan sekali gus mencapai aspirasi nasional.”* Dalam hubungan ini, tokoh politik Tan Sri Abdul Rahman Arsyad yang merupakan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara menyarankan agar kerajaan menghapuskan sistem persekolahan vernakular bagi memperkukuhkan perpaduan nasional di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum di negara ini. Apabila saya minta penjelasan sama ada Yang Berhormat Sabak Bernam berpendapat bahawa semua sekolah Tamil dan Cina di negara ini ditutup, beliau menjawab “tidak”.
Tuan Yang di-Pertua, persoalannya ialah bagaimana sekolah sealiran akan diwujudkan tanpa menutup sekolah-sekolah Tamil dan Cina. Jelas sekali ada niat tertentu yang disembunyikan oleh kerajaan tetapi tidak berani untuk dibawa ke permukaan secara terang-terangan.
Apabila saya menekan Yang Berhormat Sabak Bernam lagi untuk mengaku sama ada beliau mempunyai maksud tersirat, beliau enggan menjawab dan beralih kepada isu yang lain. Saya berpendapat kerajaan sudah pun mempunyai niat tertentu terhadap sekolah-sekolah vernakular di negara ini pada masa hadapan. Kini kerajaan menggunakan beberapa pendekatan untuk menguji penerimaan orang ramai berhubung dengan perkara yang dibangkitkan.
Di sini saya mengingatkan Dewan yang mulia bahawa isu yang dibangkitkan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan perasaan bermusuh- musuhan di antara kaum di negara kita. In juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Hasutan 1984. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kuota untuk masyarakat India bagi mengikuti kursus di kolej matrikulasi milik kerajaan ditambah sebanyak 1,000 tempat bagi bermula sesi 2012 dan 2013.
Pengumuman ini dibuat oleh beliau di dalam satu program di Kapar.
Akan tetapi apa yang kita lihat setakat ini ialah hanya lebih kurang 800 tempat sahaja telah dipenuhi. Banyak tempat yang masih kosong. Kenapa tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan masalah ini? Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa ada satu kriteria yang diperkenalkan iaitu mempunyai merit point untuk pelajar-
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
pelajar India iaitu 93.8%. Akan tetapi apabila janji yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari itu iaitu 1,500 tempat diperuntukkan kepada pelajar-pelajar India tidak disentuh langsung berkaitan dengan merit point ini.
Akan tetapi dari mana datangnya merit point ini tiba-tiba? Jadi, saya minta pihak Kementerian Pendidikan untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Itu sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah 105 orang yang sempat untuk berbahas bagi usul ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 8 Julai 2013.
[Tepuk]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam]