Nov052012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani masalah penipuan ijazah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai sistem MyMohes bagi IPTA dan sistem IFMS bagi IPTS untuk memperkemaskan proses penyaluran data dan maklumat kepada KPT bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan.

Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah dan diploma masing-masing. Bank data terperinci bagi penerima ijazah dan diploma wujud di peringkat IPTA dan IPTS yang berkenaan. Kaedah ini adalah selaras dengan pemberian autonomi dan kebebasan kepada IPT dalam mengendalikan urusan operasi institusi. Oleh itu kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan bank data terperinci penerima ijazah dan diploma secara individu atau bagi setiap individu secara berpusat pada ketika ini.

Sungguhpun demikian bagi mana-mana majikan, sama ada agensi kerajaan ataupun swasta, Ahli-ahli Parlimen, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah dan diploma yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, boleh mengajukannya kepada IPT berkenaan pada bila-bila masa yang sesuai.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat terperinci setiap individu, maknanya setiap pelajar ataupun setiap graduan itu di peringkat IPT masing-masing. Akan tetapi di peringkat kami di KPT, kami ada pangkalan data dari segi keseluruhan pengurusan pentadbiran dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada My Star online, 9 Ogos 2012. Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah dan sijil palsu setiap minggu. Manakala sebuah lagi firma penyiasatan penipuan mendapati 10 peratus hingga 15 peratus permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu. Sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti- universiti yang tidak wujud di luar negara. Mungkin Yang Berhormat sebut universiti dalam negara. Kita juga bercakap tentang universiti di luar negara.

final • 10:00 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pengenalan khas untuk lepasan IPT dan ia boleh dibuat secara berperingkat bermula dengan doktor falsafah untuk mengurangkan penipuan pemakaian kelulusan di semua peringkat terutama doktor falsafah ini dengan panggilan ‘Dr.’ kerana ia boleh mencemarkan imej kepakaran dan ilmu dalam negara kita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas soalan tambahan itu tadi. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kes-kes itu bukan datang daripada IPT yang di bawah budi bicara dan pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi. Ada misalnya sebelum ini kes yang melibatkan nama sebuah IPTA, ijazahnya dijual oleh pihak tertentu di pasaran dan KPT sendiri membuat laporan kepada pihak polis dan kes ini dalam siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil. Kita mempunyai beberapa undang-undang lain yang bukan di bawah budi bicara ataupun pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi sebab ini adalah kes-kes penipuan sama seperti kes-kes penipuan yang lain yang terdapat di pasaran.

Dari segi amalan keselamatan, kebanyakan IPT ada amalan-amalan keselamatan ketika mereka mengeluarkan sijil ataupun diploma atau ijazah untuk memastikan ketulenan sijil diploma ataupun ijazah yang mereka keluarkan. Contohnya ialah mereka menggunakan dengan izin, watermark pada kertas yang dikeluarkan itu dan juga nombor siri pada kertas itu.

final • 10:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Itu adalah amalan-amalan keselamatan yang diambil sendiri tindakannya oleh IPT- IPT yang berkaitan. Akan tetapi, untuk kita mempunyai seperti yang saya jawab awal tadi, untuk kita mempunyai suatu sistem yang begitu dengan izin, centralized, saya fikir ini belum sampai masanya. Orang awam kita selalu nasihatkan supaya memastikan ketulenan sijil itu ataupun ijazah yang dikeluarkan itu. Sebabnya memang kita tahu ada kemungkinan penipuan itu berlaku. Akan tetapi, itu di luar daripada kawalan kami di kementerian dan seperti saya katakan tadi, ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada pesalah- pesalah tersebut. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian, berapakah kes setakat ini yang telah dapat dikesan yang membabitkan penipuan dan apakah tindakan undang-undang yang telah diambil sama ada yang melibatkan sijil, diploma ataupun ijazah ataupun sampai ke peringkat PhD dalam negara kita?

final • 10:10 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang 20 IPTA, 61 IPTS bertaraf universiti dan universiti kolej dan kolej-kolej swasta yang bukan bertaraf kolej universiti ataupun universiti itu, setakat ini belum ada kes penipuan ijazah. Yang ada ialah kes penipuan iklan ketika mereka mengiklankan kursus yang mana kursus itu tidak wujud. Setakat ini, ada dua kes yang begitu. Kebanyakan kes yang lain itu, ia bukan dalam konteks ijazah ataupun kursus per se, dengan izin. Masalah-masalah premis dan sebagainya.

Kalau yang berlaku penipuan itu, lazimnya itu memang dilakukan oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana kolej ataupun universiti atau kolej universiti yang berdaftar dengan kita. Itu yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kami boleh lakukan jika kami mendapat aduan, kami juga membuat aduan kepada pihak polis. Saya faham di luar sana ada pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan penipuan seperti mana-mana penipuan lain yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah kerajaan ingin menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah bagi membantu para penoreh getah dan kenapakah bantuan kewangan hanya diberikan kepada golongan nelayan sahaja atas alasan musim tengkujuh, sepatutnya para peneroka dan penoreh juga diberi subsidi yang sama.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah.

Ini adalah memandangkan harga getah ditentukan oleh beberapa faktor termasuk penawaran serta permintaan pasaran dan kadar pertumbuhan ekonomi dunia khususnya di negara-negara pengimport utama getah. Di samping itu, penetapan harga minimum juga akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau harga getah agar ia tidak menjejaskan pendapatan pengusaha tanaman getah terutamanya pekebun kecil. Pada masa ini, walaupun trend harga getah turun naik, ianya masih berada di tahap yang memberangsangkan. Sehingga Ogos 2012, pekebun kecil yang memiliki purata keluasan kebun 2.3 hektar dianggarkan mampu meraih purata pendapatan melebihi RM2,400 sebulan. Tahap ini masih merupakan satu paras pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan harga getah, Malaysia bersama- sama dengan lain-lain negara pengeluar utama getah dunia iaitu Thailand dan Indonesia sentiasa membuat pemantauan terhadap trend harga getah semasa dunia di bawah rangka kerjasama International Tripartite Rubber Council (ITRC). Ketiga-tiga negara pengeluar utama getah ini akan mengadakan rundingan dan mengambil langkah-langkah proaktif sekiranya harga getah berada di paras yang membimbangkan. Ini termasuk melaksanakan mekanisme kawalan eksport secara kolektif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara.

Walaupun demikian, kerajaan akan meneruskan usaha-usaha pemantauan dan sentiasa mengkaji bantuan-bantuan yang boleh dilaksanakan sekiranya harga getah jatuh ke paras yang memberi kesan negatif kepada pendapatan pekebun kecil, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak kementerian. Saya bercakap bagi rakyat di Parlimen Tanah Merah iaitu terutamanya di Kampung Bukit Mas, Air Naga, Kampung Batang Bergedip dan lain-lain lagi.

Majoriti mereka adalah penoreh getah. Di dalam Bajet 2013, tidak disebut secara khusus di mana kerajaan ingin membantu nasib pekebun getah sebagaimana subsidi ataupun pemberian bantuan. Di dalam bajet hanya menyebut Perdana Menteri hanya mengemukakan insentif kepada nelayan, penanam padi dan penanam kelapa sawit.

Namun, golongan pekebun getah bagi saya, dilupakan. Penoreh getah ini merupakan golongan yang agak ramai jikalau hendak dibandingkan dengan nelayan dan sebagainya.

Akan tetapi, saya melihat kerajaan tidak memberi tumpuan yang khusus kepada golongan yang ramai ini tetapi banyak melepaskan kepada pihak RISDA sahaja untuk menguruskan mereka.

Di sini, saya cadangkan kepada kerajaan mewujudkan satu tambatan harga kalau boleh. Dahulu pernah kita buat kepada RM5 paling murah. Akan tetapi, boleh juga dicadangkan membuat tambatan harga maksima untuk kerajaan. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu tabung bantuan khas kepada pekebun waktu musim tengkujuh. Ini kerana seperti mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi, RM2,000 tetapi penoreh ini sebenarnya terpaksa membahagi dua dengan tauke dengan penoreh hasil tersebut. Dalam setahun ini, hampir lima bulan hanya dapat menoreh. Jadi, saya merayulah sekali lagi kepada kerajaan supaya perkara ini dikaji balik. Mewujudkan juga sebagaimana dahulu pernah kita buat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah, cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Akhir sekalilah, saya ingin maklumat daripada pihak kementerian. Tadi soalan saya pun Yang Berhormat Menteri tidak jawab tadi. Saya tanya berapakah bantuan kepada nelayan- dia tidak sebut tadi, soalan tadi. Jadi, saya hendak secara bertulis kepada berapakah bantuan yang subsidi yang diberikan kepada golongan pekebun getah dan juga nelayan, peladang sawit untuk saya buat rujukan. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, masalah Yang Berhormat ini adalah hendak membandingkan daripada satu industri yang berbeza dengan industri yang lain daripada kementerian saya. Saya hendak beritahu contohnya penoreh getah ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanah Merah, bukan semuanya rakyat Malaysia. Manakala nelayan yang kita bantu adalah daripada golongan semuanya rakyat Malaysia- pertama.

Beza ya Yang Berhormat? Keduanya, saya hendak jelaskan bahawa saya tidak sebut berapakah bantuan kepada nelayan kerana soalan itu silap alamat. Bukan alamat kepada kementerian saya. Jadi saya ingat Yang Berhormat mungkin hanya hendak membandingkan bantuan, hendak tanya bantuan kepada tanaman getah.

final • 10:10 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Jadi saya hendak jelaskan secara in directnya bantuan yang kita berikan kepada pekebun-pekebun kecil tanaman getah ini, saya hendak Yang Berhormat balik kampung tolong jelaskan kepada semua mereka yang Yang Berhormat tanya kepada saya tadi.

Kutipan ses selama 20 tahun kita buat di Semenanjung ini hanya berjumlah RM5,000 satu hektar. Itu secara averagenya Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi bantuan hari ini yang kita berikan kepada penoreh getah yang hendak tanam semula, di Semenanjung sahaja RM9,200 satu hektar, sudah melebihi RM4,000 satu hektar bantuan yang kita berikan kepada mereka. Kalau di Sabah RM14,000 satu hektar. Di Sarawak pula, RM13,500 satu hektar. Manakala kutipan ses untuk Sabah, Sarawak ini sebagai contoh Kerajaan Pusat tidak pernah pun mengutip ses tanam semula di Sabah Sarawak tetapi kita berikan bantuan. Ini menunjukkan bahawa ada bantuan yang kita berikan.

Bukan tidak ada bantuan, ada bantuan yang kita berikan. Cuma kalau hendak kita tanya pasal apa nelayan kita beri, nelayan ini kedudukan mereka terumbang ambing kerana kalau dalam waktu yang musim tengkujuh sebagai contoh mereka tidak boleh hendak pergi ke laut, hendak menjadi nelayan yang boleh membawa ikan-ikan balik ke pantai dan sebagainya, maka tidak ada pendapatan kepada mereka. Maka sebab itu Kerajaan Pusat yang benar-benar prihatin, yang benar-benar tahu bagaimana hendak membantu rakyatnya memikirkan tanggungjawab kita untuk membantu nelayan yang begitu susah kehidupan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejauh mana Akta Penstabilan Harga Getah 1975 dapat menampung penurunan harga getah yang sedang berlaku pada hari ini, satu.

Kedua, sejauh mana ataupun sebanyak mana stok getah yang diperlukan bagi mengelak penurunan harga getah. Apakah akta ini Akta 1975 akan terus terpakai apabila Perjanjian Bebas AFTA akan dilaksanakan pada tahun 2015. Akhir Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kementerian menangani ‘orang tengah’ yang mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh keringat dan air mata pekebun- pekebun kecil getah ini dalam soal jual beli getah di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Pertama saya hendak jawab tentang penstabilan harga getah. Apa yang kita buat sekarang ini oleh kerana negara kita adalah merupakan salah satu negara pengeluar getah yang utama di dunia. Pertamanya, negara Thailand, kedua, Indonesia dan ketiga barulah Malaysia, kita tidak boleh buat bersendirian. Maka sebab itu kita adakan satu rangka kerjasama di antara tiga negara ini yang kita panggil International Tripartite Rubber Council (ITRC).

Kita bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Pada minggu hadapan sebagai contoh, kementerian saya melalui- dan juga Thailand dan Indonesia akan bertemu sekali lagi hendak membincangkan bagaimana hendak menentukan stok yang ada di tiga-tiga negara ini boleh kita kurangkan kerana kedudukan harga seperti Yang Berhormat juga maklum adalah berdasarkan kepada supply and demand.

final • 10:20 AM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Kalau supply terlampau tinggi maka ini menyebabkan harga menurun maka sebab itu kita terpaksa hendak cari kaedah-kaedah baru mungkin menekankan dari segi hendak tanam semula. Jadi dapat kita kurangkan supply getah dalam dunia hari ini. Itu satu yang kita buat bukan hanya mengikut akta yang Yang Berhormat katakan tadi tetapi adalah untuk kerjasama di antara tiga buah negara ini.

Keduanya tentang menangani masalah orang tengah yang dihadapi oleh pekebun- pekebun kecil. Saya hendak menjelaskan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Kos pengeluaran getah ini kita buat kajian adalah di antara RM1 hingga RM1.50.

Ini adalah kos pengeluaran sehinggalah getah itu diproses dikeluarkan daripada ladang sehinggalah diproses kosnya lebih kurang begitulah. Kadang-kadang ia naik, kadang- kadang turun di antara RM1.20 sehingga RM1.50. Yang kita buat dalam kajian kita processing cost sahaja hanyalah 80 sen, yang 70 sen tadilah orang tengah, yang 70 sen itu. Jadi ia ada elemen-elemen sini yang menyebabkan dia kata kos ini terpaksa pekebun kecil kalau bayar kepada orang tengah kena bayar kepada dia. Dia kata kos transportation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Dia kata replacement cost untuk equipment yang mereka ada kos untuk mereka simpan juga kos untuk menentukan supaya faktor, risk elemen yang ada untuk mereka orang tengah ini kadang-kadang harga turun naik jadi dia masukkan juga di situ. Yang penting kepada mereka, mereka tetap mendapat keuntungan lebih kurang 20 sen ke 30 sen satu kilo.

Ini semua pekebun kecil faham, maka sebab itu yang kita hendak buat adalah menubuhkan koperasi atau bersama dengan semua cluster dalam satu kumpulan di antara pekebun-pekebun kecil supaya mereka boleh terus jual kepada processing atau processor dan tidak melalui orang tengah. Maka ini keuntungan boleh kita bantu mereka kalau mereka hendak menganjurkan satu kumpulan cluster melalui koperasi-koperasi inilah yang kita anjurkan untuk mereka tubuh di kampung-kampung di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk membina satu Sekolah Vokasional di Parlimen Hulu Selangor; sekiranya ada, bila agaknya ia akan dibina dan sekiranya tidak, mengapa tidak boleh.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan tujuh buah sekolah menengah vokasional di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Semua sekolah tersebut akan dinaik taraf kepada kolej vokasional (KV) pada tahun 2013 bagi memberi manfaat kepada murid-murid yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang vokasional hingga ke peringkat diploma ataupun DBM.

Semua sekolah tersebut menyediakan kemudahan asrama terutama kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh. Sekolah menengah vokasional yang berdekatan dengan Parlimen Hulu Selangor ialah SMT Gombak, SMB Setapak, SMB (ERT) Setapak, dan SMB Slim River, Perak. Semua sekolah ini akan dinaik taraf menjadi sekolah kolej vokasional pada tahun 2013. Oleh itu kebanyakan pelajar daripada Hulu Selangor ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut dengan penyediaan kemudahan asrama.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum ada perancangan untuk membina kolej vokasional di Parlimen Hulu Selangor kerana kapasiti yang ada masih mencukupi untuk keseluruhan pelajar di negeri Selangor. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, KPM sedang menyiapkan empat lagi sekolah menengah vokasional iaitu satu di Hulu Terengganu, kedua Pagoh, ketiga di Tanjung Piai, Johor dan yang keempat di Pekan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri untuk memberi jawapan.

final • 10:30 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Walaupun kecewa, tetapi saya rasa bila sampai masanya, kementerian akan memberi pertimbangan yang sewajarnya supaya Hulu Selangor juga akan ada sebuah sekolah vokasional ataupun teknikal, memandangkan kita buat masa ini ada 16 buah sekolah menengah dan satu universiti swasta bakal dibina.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memberi pengiktirafan bahawa apabila Barisan Nasional mengambil alih negeri Selangor maka kemungkinan besar satu IPTA juga akan dibina. Kita mengalu-alukan keputusan tersebut. Apa yang hilang dalam masa interaksi itu ialah keperluan sebuah sekolah menengah vokasional. Saya harap kementerian dapat memberi pertimbangan.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah buat masa ini kita dapati bahawa di dalam sistem pendidikan negara 70 peratus diberi keutamaan kepada bidang akademik dan 30 peratus sahaja diberi pengkhususan kepada teknikal ataupun vokasional. Di negara-negara maju, ia sebenarnya 70 peratus teknikal dan 30 peratus bidang akademik. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan kita juga selari dengan negara- negara maju ini yang mana kita beri perhatian yang lebih kepada bidang teknikal dan vokasional lebih daripada akademik.

Satu lagi Timbalan Menteri, saya juga ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana baru-baru ini telah meluluskan sebuah sekolah Tamil, SJK(T) Serendah dan saya ingin tahu sekiranya ada apa-apa maklumat terkini dalam proses pembinaan SJK(T) Serendah ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai perkara yang pertama, untuk maklumat Yang Berhormat, kita di Kementerian Pelajaran Malaysia bersedia untuk mempertimbangkan semula jika sekiranya ada keperluan mengenai dengan penubuhan satu lagi kolej vokasional di kawasan Hulu Selangor, khususnya. Perkara ini kita boleh pertimbangkan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

Mengenai dengan isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu sebenarnya apabila kita melakukan transformasi pendidikan vokasional, sememangnya kita telah menyediakan satu pelan iaitu di mana program vokasional kita pada masa akan datang yang sekarang ini sudah pun bermula dengan Program Rintis di 15 buah sekolah vokasional. Kita tumpukan 70 peratus dalam bidang teknikal dan kemahiran dan hanya 30 peratus sahaja dalam bidang akademik khususnya untuk mereka belajar bahasa seperti bahasa Inggeris dan sebagainya.

Oleh kerana itulah semua keluaran kolej vokasional kita ini nanti mereka akan menerima diploma ataupun DVM ataupun Diploma Vokasional Malaysia yang diiktiraf oleh JPK ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai Sijil Kemahiran Tahap 4 iaitu diploma kita ini akan setaraf dengan SKM Tahap 4. Ini bermakna bahawa DVM ini ataupun diploma kita ini disatukan. Maksudnya ada cop daripada JPK dan sebagainya dalam diploma tersebut yang diiktiraf sebagai SKM Tahap 4.

Dalam transformasi ini kita sebenarnya, pelajar-pelajar ini seperti mana yang kita maklum bahawa 71 daripada 78 sekolah menengah vokasional di negara kita ini akan ditukar status menjadi kolej vokasional pada tahun hadapan dan selebihnya iaitu tujuh lagi akan ditukar status pada tahun 2014. Untuk makluman dalam Dewan ini juga bahawa ada satu sekolah menengah harian juga akan dinaikkan taraf menjadi kolej vokasional iaitu Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Sekolah harian ini juga akan menjadi kolej vokasional.

Di dalam kita melakukan transformasi ini, kita juga telah memperkenalkan banyak kursus-kursus baru seperti penyenggaraan pesawat mekatronik, bioteknologi, teknologi marin, insurans, perbankan, teknologi makmal perubatan, teknologi pemprosesan kayu dan kemasan. Jadi ini antara kejayaan yang paling nyata apabila kita melakukan transformasi pendidikan VOTEKS di negara kita ini.

Kita harap maksudnya kalau tahun 2012 kita akan menyediakan pelajar seramai 3,221 orang, 2013 akan meningkat pada 19, 380 dan pada tahun 2015 menjadi 24,600 orang. Jadi ini bertujuan untuk membantu usaha untuk melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi.

final • 10:30 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Mengenai dengan soalan sampingan Yang Berhormat, untuk makluman bahawa SJK(T) Serendah ini kita masukkan dalam Pakej Rancangan Khas dan akan ditender pada bulan November 2012 ini. Semuanya sudah selesai termasuk dari segi tanah dan ini adalah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional amat menepati janji... [Disampuk] Dalam melaksanakan pendidikan di negara kita ini... [Tepuk] Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapakah jumlah Saman Postal (Notis Pol. 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Jerai yang telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saman postal yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jerai sebenarnya adalah satu notis yang dikeluarkan oleh PDRM melalui borang notis yang dikenali sebagai Borang Pol. 170A kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tujuan notis Pol. 170A ini dikeluarkan adalah bagi memperoleh maklumat mengenai identiti dan alamat pemandu yang telah dikesan melakukan sesuatu kesalahan trafik. Bagi pemilik berkaitan yang gagal memberi maklum balas terhadap notis Pol 170A tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik kenderaan berkenaan akan dikenakan saman kerana telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan jumlah notis Pol. 170A yang telah dikeluarkan oleh PDRM sepanjang tempoh Ops Selamat dijalankan mulai dari 12 hingga 26 Ogos 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, sebanyak 180,062 notis Pol. 170A telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan di atas pelbagai kesalahan trafik. Tuan Yang di-Pertua dalam tempoh Ops Selamat ini juga selain daripada tindakan mengeluarkan notis Pol. 170A kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan trafik, PDRM juga telah mengeluarkan saman secara bersemuka dan serta merta melalui Borang Pol 257 kepada 61,191 pesalah jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan tindakan saman yang dilaksanakan oleh PDRM, susulan daripada notis Pol. 170A, dan notis Pol. 257 yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemandu agar lebih berhati-hati semasa memandu dengan mempunyai perception of being caught, dengan izin. Melalui usaha-usaha yang dijalankan ini pihak PDRM yakin dan percaya tahap kesedaran masyarakat telah dapat dipertingkatkan yang mana ianya memberi impak dalam jangka panjang, mengurangkan kemalangan jalan raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Sebanyak 186,000 lebih notis ataupun saman ekor yang dikeluarkan sepanjang kempen tersebut. Cuma soalan tambahan saya, berapakah jumlah respons daripada pesalah ini yang menerima kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan oleh pihak polis seramai dari jumlah 186,000 itu. Kemudian yang keduanya, apakah jenis kamera yang digunakan oleh pihak PDRM?

final • 10:30 AM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Saya ada gambar ini, notis yang dikeluarkan saman ini apakah sama dengan AES- apa jenis kamera? Ketiganya, apakah kementerian bercadang hendak mansuhkan sistem ini setelah mana wujudnya AES yang lebih kejam dan lagi zalim ini? Mohon jawapan.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan jumlah kes daripada 180,026 kes, sebanyak 52,362 kes telah dapat diselesaikan. Sehubungan dengan kamera yang digunakan adalah kamera elektronik yang merupakan berbentuk mobil yang boleh memancarkan untuk mendapatkan gambar kenderaan yang melakukan kesalahan. Bakal menggunakan pendekatan baru melalui AES bahawa pendekatan cara sekarang yang telah digunakan oleh polis masih lagi dilaksanakan oleh kerana pendekatan yang baru itu merupakan akan dilaksanakan oleh JPJ.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Hal ini oleh kerana dari segi kes-kes jalan raya yang banyak berlaku, jadi agensi- agensi yang berkaitan yang melaksanakan berkaitan dengan pemantauan kesalahan- kesalahan jalan raya, melaksanakan tugas masing-masing. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk terus kepada soalan asal iaitu tentang saman ekor khusus dalam Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sejauh mana keberkesanan Ops Selamat tersebut, sebab kalau kita ukur Ops Selamat tersebut dari sudut jumlah saman yang dikutip saya rasa gagal. Ini kerana tujuan kita ialah untuk memastikan bahawa pembawa ataupun pemandu kenderaan- sebenarnya mereka sama taraf untuk makluman Yang Berhormat Jerai, sama taraf dengan orang yang membawa senjata. Kalau salah bawa senjata dia boleh bunuh orang, samalah kalau kita bawa kenderaan.

Jadi soalan saya ialah pertamanya, sama ada wujud signifikan dari segi mengurangkan kemalangan jalan raya? Adakah kementerian ada usaha untuk sebenarnya lebih mengurangkan kelajuan pemandu membawa kenderaan dengan menampakkan ataupun dengan memberikan notis yang jelas kepada pemandu-pemandu, notis semasa memandulah bukannya notis saman, supaya mereka nampak polis, nampak JPJ, nampak apa-apa di hadapan mereka yang berkaitan dengan Ops Selamat, mereka akan memandu berhati-hati, barulah boleh mengurangkan keselamatan kemalangan menjurus kepada keselamatan jalan raya berbanding dengan matlamat saman, kutip duit dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, soalan pokok untuk menggunakan kamera elektronik untuk memantau kelajuan seseorang pemandu adalah untuk memastikan bahawa pemandu sentiasa berhati-hati di dalam memandu supaya dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Malahan berkaitan dengan Ops Selamat yang dilaksanakan baru-baru ini yang mana merupakan konsep baru yang mana berbeza daripada Ops Sikap yang telah dilaksanakan sebelum ini, didapati Ops Selamat ini lebih kurang kemalangan berlaku semasa Ops Selamat dilaksanakan baru-baru ini. Malahan saya telah pun menjawab soalan ini dalam sesi soal jawab dalam dua, tiga minggu yang lepas.

Berkaitan untuk memastikan supaya ada kesedaran pihak pemandu semasa memandu semasa dalam Ops Selamat selain daripada kegunaan kamera untuk mengawal had laju yang dilakukan oleh pihak pemandu, bahawa pihak polis juga telah mewujudkan keberadaan polis di mana-mana di jalan raya ataupun omnipresence supaya mereka berhati-hati apabila dengan keberadaan polis ini. Mereka mempunyai persepsi have been caught. Jadi oleh kerana itulah mereka akan berhati-hati dalam memandu kenderaan mereka. Itulah konsep yang telah dijalankan dan sebab itulah pada Ops Selamat yang lepas didapati kemalangan jalan raya berkurangan dibandingkan dengan Ops Sikap yang lalu.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon soalan tambahan, ini soalan yang sangat penting. Orang ramai sangat marah dengan pelaksanaan AES dan sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan meneruskan juga dengan kamera oleh PDRM.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Dua agensi melaksanakan penguatkuasaan trafik di lebuh raya Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa sangat penting.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya pohon dan saya rayu. Saya rayu...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kedua-dua Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dia punya Ops Selamat telah berjaya mengurangkan kemalangan tetapi Kementerian Pengangkutan bertegas lagi mahu meneruskan pelaksanaan AES.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini ada dua kameralah di lebuh raya, ada AES punya kamera dan PDRM punya kamera.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pun penting juga ini.

final • 10:40 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Soalan saya pun sangat penting.

Jadi silalah duduk Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 10:40 AM

5. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sejauh manakah kementerian memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor yang baru berdaftar dengan CIDB untuk mendapat kontrak-kontrak kerajaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sebagai mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, semua urusan berkaitan perolehan kerajaan dibuat dengan berdasarkan amalan tadbir urus terbaik atau dengan izin, good governance practices dan perlu mematuhi prinsip-prinsip perolehan kerajaan. Sebagai contoh, perolehan secara tender akan dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi peraturan dan surat pekeliling yang berkuat kuasa. Untuk perolehan kerja yang dibuat melalui proses tender, kontraktor terlibat perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau dengan izin, CIDB.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, CIDB tidak pernah mengabaikan potensi dan kebolehan kontraktor-kontraktor yang baru menceburkan diri dalam industri pembinaan di negara ini. Sehubungan itu, pelbagai latihan kemahiran dan akreditasi telah dirangka oleh CIDB untuk memastikan tahap kompetensi golongan ini. Antaranya dengan menggalakkan kontraktor-kontraktor baru ini untuk menjalani latihan kemahiran yang disediakan oleh CIDB melalui Program Pembangunan Personel Binaan.

Latihan tersebut diadakan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan pusat-pusat latihan bertauliah yang dilantik oleh CIDB. Ini termasuk mewajibkan semua kontraktor khususnya kelas rendah untuk mengikuti Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan atau dengan izin, Continues Contractor Development sebagai syarat untuk memperbaharui lesen masing-masing. Program CCD ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010 di mana ia bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap profesionalisme para kontraktor terlibat.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Di samping itu, CIDB juga dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah membangunkan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor atau dikenali sebagai SCORE iaitu sebagai kaedah penarafan kontraktor di kelas masing-masing.

Menerusi program SCORE ini, CIDB akan dapat mengenal pasti kelemahan kontraktor dan seterusnya merangka program yang bersesuaian untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka. Ini akan dapat merapatkan jurang kompetensi di kalangan syarikat- syarikat kontraktor yang berdaftar, terutamanya dalam kalangan syarikat kontraktor yang baru menceburkan diri di industri pembinaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau dahulu pendaftaran ini dibuat melalui PKK, Pendaftaran Kontraktor ini. Kini dibuat melalui CIDB.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi kalau dahulu PKK daripada pakai kelasnya ikut abjad: ‘F’, ‘E’, sampai ‘A’ lah.

Jadi, apakah kelas yang ada persamaannya dengan kelas yang diwujudkan oleh PKK dahulu?

Bagi kelas yang paling bawah, saya difahamkan dipanggil Gred G1 sepatutnya itu kelas untuk kontraktor berlatih. Maknanya apabila mereka masuk untuk menjadi kontraktor, mereka mula di situ, dan mungkin akan naik satu kelas, demi satu kelas sehinggalah ke kelas yang paling tinggi. Jadi, kadang-kadang terdapat juga kontraktor yang sudah 20 tahun, 30 tahun masih duduk di kelas yang paling rendah, tidak mahu meningkat kelas dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kementerian agar kelas yang paling bawah itu menjadi kelas untuk latihan sahaja dan berapakah jangka masa mereka ini untuk dapat meningkat ataupun diberi peluang meningkat ke kelas yang berikutnya dan sebagainya? Ini kerana kadang-kadang mereka ini suka duduk di situ sebab dapat projek pakai undi atau, dan sebagainya.

Seterusnya, sejauh manakah peluang diberi untuk pendatang-pendatang baru, pemain-pemain baru, atau new player, dengan izin, untuk menyertai bidang kontraktor ini.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sebenarnya kita tahu dalam pendaftaran kontraktor dahulu bersama dengan pihak PKK dan CIDB dan di PKK digunakan ‘A’ sampai ‘F’, di mana ‘F’ yang terendah dan di CIDB itu ada G1 sehingga G7, di mana G1 adalah yang paling rendah. Sekarang kita telah pun ada juga membekukan pendaftaran baru selama dua tahun setengah yang lepas, iaitu pada Surat Pekeliling Perbendaharaan, 15 Oktober 2012, yang mana kita akan mendaftarkan semua kontraktor di bawah sistem IROC atau satu registration of contractors..

Sampai hari ini, saya hendak beritahu sedikit latar belakang kepada Yang Berhormat Lipis, sampai hari ini kita ada 64,000 lebih kontraktor bergred. Gred yang tertinggi juga ada lebih 4,000 kontraktor. Dan kita buat semakan supaya..., ramai kita tahu kontraktor khususnya yang dikelaskan gred ‘F’ atau paling rendah ini, ada juga tidak aktif dan kita perlu membuat semakan ke atas mereka, dan check. Kalau dia tidak aktif, kita tidak akan mendaftarkan mereka. Kita memang beri peluang kepada pihak kontraktor yang terendah ini, yang mana mereka dan juga yang termasuk kontraktor yang baru, supaya mereka ada peluang dalam mengikuti projek-projek yang di bawah kerajaan.

Baru-baru ini atas inisiatif Yang Berhormat Menteri sendiri, telah pun kita membuka kerja-kerja berskala di dalam program penyelenggaraan jalan. Baru-baru ini di Kedah, kita berikan- buka kepada pihak kontraktor tempatan dengan cabut undi. Ini termasuk kontraktor baru, juga boleh masuk. Setiap kontrak memang kita selalunya dalam penilaian, memang kita ada beri weightage tetapi kali ini kita terus kepada membuka undi kepada semua kontraktor, sub-kontraktor ini supaya mereka akan terlibat.

Saya ingin juga beritahu, supaya kita tahu yang industri pembinaan akan menyumbang banyak kepada pembangunan ekonomi negara. Ia akan sampai 15.5 peratus kepada KDNK pada tahun ini. Ini memang banyak peluang, banyak projek yang kita boleh dapat tetapi projek kerajaan bukan banyak, lebih kurang suku sahaja yang di bawah kerajaan. Yang di luarnya adalah projek-projek swasta.

Kita berikan latihan kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan kementerian, supaya mereka boleh terlibat dalam projek kerajaan dan juga dalam projek swasta. Saya hendak beri satu contoh, sekarang oil and gas industry, di Sabah, di Sipitang perlukan banyak pekerja yang berkemahiran. Dan lain-lain projek, seperti double trackingnya di KLIA 2, dan lain-lain juga. Yang ini semua kita perlu ada pekerja terlatih. Dan daripada CIDB, kita ada enam buah pusat Akademi Binaan Malaysia yang mana di utara - Kedah; di timur - Terengganu; di tengah, kita ada di Kuala Lumpur; dan di selatan kita ada di Johor Bahru.

Sabah dan Sarawak masing-masing ada satu, di mana kita telahpun melatih lebih 180,000 pekerja untuk terlibat dalam kontraktor, atau dalam pembinaan.

Saya sendiri tahu bahawa ramai mereka telahpun mendapat pekerjaan yang baik seperti welding, kimpalan yang mana Sarawak, ABM telahpun melatih beberapa orang.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Mereka pergi ke luar negara, kerana tidak ada kerja di sini, pergi ke Europe, pergi ke Australia, dan Timur Tengah, mereka dapat pekerjaan seperti underwater welding ini, mereka boleh dapat gaji hampir RM20,000 sebulan.

Dengan peluang sekarang yang ada di bawah Petronas oil and gas, kita telahpun berunding dengan pihak CIDB, dengan pihak Petronas supaya kita berikan latihan teknikal yang mana diperlukan. Saya harap jugalah, kita masih perlu banyak pekerja mahir di negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk menggalakkan belia-belia kita lepasan sekolah, yang tidak berminat dalam akademik lagi, mereka boleh digalakkan masuk ke Akademi Binaan Malaysia (ABM), supaya mereka juga dapat terlibat dalam bidang kerja ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun ada license CIDB tetapi dalam sepuluh tahun, satu kontrak pun saya tidak dapat... [Beberapa Ahli ketawa] Ini Sebab semua kontrak sudah dinegotiate di ‘belakang pintu’...

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Haaa....!

final • 11:00 AM

Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu

Okey, saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehlah memberi lebih kontrak Persekutuan kepada kontraktor dari Sabah. Sebab sekarang mereka betul-betul berharap mencari kerja. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya sudah mengatakan, projek kerajaan bukan banyak. Peluang-peluang ada di luar. Kita masuk tender dalam kerajaan, kita perlu compete dengan sesama kita, dan kita memberikan penilaian dari segi kewangan, teknikal dan semua sudut untuk diberikan pertimbangan, dan saya mencadangkan Yang Berhormat Kota Kinabalu untuk mencari peluang di luar..., banyak, no problem. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah hasil siasatan terhadap dakwaan awam wujudnya 78 peratus penduduk sekitar Bukit Koman yang mengalami pelbagai simptom penyakit kulit disebabkan oleh penggunaan bahan kimia sianida dalam perlombongan emas di Bukit Koman, Raub Pahang.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pertemuan di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pihak BCAC iaitu Ban Cyanide Action Committee pada 12 Julai 2012 yang lalu, selepas isu ini dibangkitkan semula, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah meminta BCAC menjelaskan kaedah kaji selidik yang mereka lakukan sehingga kadar masalah kesihatan yang dilaporkan setinggi 78 peratus. Jelas kaedah yang digunakan adalah tersangat umum, dengan menanyakan masalah kesihatan yang dialami responden tanpa tempoh masa dan pemilihan responden yang tidak rawak, menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan mempersoalkan kadar tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut secara telus, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak BCAC telah bersetuju untuk menjalankan kajian secara bersama menggunakan kaedah kajian epidemiologi yang saintifik dengan menubuhkan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar- pakar yang dipilih sendiri oleh pihak BCAC. Pasukan penyelidik bersama ini sepatutnya membangunkan metodologi dan menjalankan kajian, menganalisa dan merumuskan pertemuan kajian secara bersama dan Kementerian Kesihatan telah memberikan komitmen bagi membiayai kos sepenuhnya kajian tersebut, termasuk tuntutan perjalanan dalam negara, tempat tinggal dan elaun makan bagi pakar yang dilantik oleh BCAC. Oleh itu tidak timbul isu Kementerian Kesihatan Malaysia tidak telus, dan tidak mahu menyiasat masalah ini secara serius seperti yang diadukan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini setelah hampir empat bulan, pihak BCAC masih gagal mengemukakan pakar-pakar mereka bagi menyertai pasukan penyelidik tersebut dan menyebabkan kajian tersebut masih tertangguh dan belum dilakukan.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan kajian bagi mencari jawapan kepada isu berkenaan. Malah pihak Kementerian Kesihatan juga telah menghantar kepada BCAC kerangka kajian yang akan dijalankan dan berharap BCAC dapat mengemukakan penyelidikan mereka secepat mungkin. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memohon Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO membantu melalui bantuan teknikal bagi memastikan kajian tersebut benar- benar saintifik dan mematuhi standard antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya amat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, di mana seolah-olah kesemua kesalahan ini ditanggung oleh BCAC ini tetapi Kementerian Kesihatan tidak mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Mengikut maklumat yang saya dapat Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Kesihatan telahpun menjalankan dengan sulit, mengadakan medical camp pada Ogos, tiga medical camp dan dua medical camp telahpun dijalankan dan ini dikendalikan oleh IKU iaitu Institut Kesihatan Umum, yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan.

Di mana mereka telahpun menjalankan siasatan, daripada 300 pesakit kulit yang dikompelin oleh BCAC ini, mereka telahpun mengambil 59 kes untuk diuji. Selepas itu, mereka dapat mengesan 24 daripada 59 kes ini ada tanda positif, iaitu tanda-tanda sakit kulit. So, saya rasa angka yang begitu tinggi - 24 daripada 59 peratus ini terdapat 41 peratus ada kesan positif. So, dengan adanya tanda-tanda, angka yang begitu tinggi, mengapa Kementerian Kesihatan tidak mengambil langkah segera untuk mengambil tindakan yang sepenuhnya.

Soalan saya, adakah Kementerian Kesihatan akan melarang untuk menggunakan cyanide di dalam lombong emas ini kalau statistik menunjukkan ia amat tinggi dan menjejaskan kesihatan penduduk di sekitar Bukit Koman dan juga di sekelilingnya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di atas soalan tambahan.

Saya sebenarnya juga terkejut dengan pertanyaan yang dikemukakan mengatakan bahawa, mengapa kementerian secara sulit melaksanakan kem kesihatan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagaimana kita hendak menyulitkan kem kesihatan. Kem kesihatan ini dibuat di tempat yang terbuka dan tindakan-tindakan kita juga tidak pernah tidak dimaklumkan kepada masyarakat dan pihak BCAC sendiri. Saya ingin menyatakan di sini bahawa, ini adalah sebahagian langkah-langkah kita. Langkah-langkah awal untuk menangani masalah kesihatan sekiranya ada, di Kampung Bukit Koman.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang benar kita melaksanakan aktiviti ini.

Malah pertama kali kita mengadakan klinik bas bergerak yang telah diadakan pada 7 Ogos 2012, diikuti dengan dua kem kesihatan iaitu pada 11 hingga 12 Ogos 2012, dan 1 September 2012. Kem-kes tersebut telah dijalankan oleh pakar kulit, pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan anggota paramedik yang lain Yang Berhormat, yang telah ditempatkan. Ini adalah langkah-langkah awal sebelum kita melihat kepada langkah yang seterusnya.

Apa yang sewajarnya Yang Berhormat lakukan adalah untuk menasihatkan pihak BCAC. Persetujuan telah diadakan di antara kedua-dua pihak. Malah Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan di sini, kita telah berhubung dengan pihak BCAC, memandangkan kita masih sehingga sekarang, setelah empat bulan Yang Berhormat, tidak mendapat apa- apa maklum balas, kita juga telah mengambil tindakan menyerahkan senarai pakar-pakar swasta di negara kita yang boleh membantu pihak BCAC.

Dan seperti yang dijelaskan dalam jawapan saya, Kementerian Kesihatan bersedia untuk membiayai segala kos yang terlibat termasuklah kos makan, kos perjalanan dan sebagainya.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Di manakah silapnya lagi kementerian di dalam soal ini? Kerana kita Yang Berhormat, perkara yang utama di peringkat kementerian adalah, bukan soal isu politik tetapi isu keselamatan dan juga kesihatan rakyat terutama sekali di Kampung Bukit Koman.

Kita tidak mahu memberikan satu perspektif kepada rakyat bahawa mereka dalam keadaan tidak selamat Yang Berhormat. Apabila kita tidak mempunyai bukti-bukti yang sahih, fakta- fakta yang benar, yang menyokong ke arah itu.

final • 11:00 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Kesihatan rakyat adalah lebih penting kepada Kementerian Kesihatan berbanding masalah ataupun mendapatkan keuntungan politik, Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa menekankan bahawa aspek kesihatan itu adalah yang utama, bukan soal politik. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah bila kita melihat bahawa aktiviti perlombongan emas dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang kita tahu bahawa mungkin faktor perlombongan berlaku di atas pulangan ekonomi yang diperoleh. Jadi apakah inisiatif kementerian untuk memastikan kalau pun misalnya perlombongan itu dibuat dan mendatangkan hasil ataupun pendapatan kepada penduduk tempatan, adakah inisiatif diambil kementerian untuk memastikan bahawa ada suatu institusi ataupun badan yang memastikan keselamatan ataupun kesejahteraan semua pihak dapat diambil kira bagi memastikan tidak wujud sebarang perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ataupun keselamatan masyarakat setempat? Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Silam di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Memang benar Yang Berhormat, dalam apa saja tindakan sekalipun, keutamaan kita dalam memastikan keselamatan dan kerana kesihatan rakyat sentiasa terjaga.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, beberapa kajian telah dilaksanakan sebelum ini terutama sekali dalam kes Bukit Koman tetapi tidak ada fakta konklusif yang menyatakan bahawa masalah-masalah kesihatan yang berlaku adalah disebabkan oleh keracunan cyanide. Oleh daripada itulah kementerian mengambil pendekatan bahawa kita wajar melaksanakan dan melibatkan pihak yang berkenaan iaitu pihak BCAC di dalam menjalankan kajian ini. Itu adalah perkara yang paling utama.

Kementerian bersedia untuk menjalankan pemeriksaan ataupun kajian untuk memastikan bahawa keracunan cyanide tidak merupakan satu cause ataupun satu faktor yang telah menyebabkan apa yang berlaku di Bukit Koman. Ini kerana masalah kesihatan ini Yang Berhormat, contoh saya ingin kemukakan supaya perkara ini lebih jelas. Apabila kita melakukan apa-apa saja kajian, perkara yang paling utama kita perlu pastikan bahawa kajian tersebut mestilah berdasarkan kepada fakta dan kajian itu juga perlu menunjukkan sebab utama terjadinya permasalahan masalah kesihatan adalah disebabkan oleh sumber tertentu. Namun apa yang terjadi, kelemahan yang kita dapati di dalam kajian BCAC yang dilaksanakan pada tahun 2012 yang telah menunjukkan 78 peratus terhasil seperti mengalami masalah sakit kulit, dalam soal ini Yang Berhormat, perkara atau random survey itu telah dijalankan dengan mengemukakan soalan mengenai gejala kesihatan yang terlalu umum tanpa merujuk kepada had masa tertentu. Setiap orang yang akan mengalami gejala yang ditanya sepanjang tempoh hayatnya seolah-olah perkara itu berlaku sepanjang hayat.

Seperti contoh, hari ini saya akan bertanya kepada Yang Berhormat, siapakah di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini pernah mengalami masalah sakit kepala.

Saya tidak tentukan tempoh hadnya. Sudah tentu hampir semua Ahli Yang Berhormat akan mengalami masalah sakit kepala dalam sekali atau lebih daripada kadar umur mereka.

Begitu juga apabila saya tanya dalam tempoh tertentu, contohnya dua minggu lepas, mungkin jawapan berbeza yang saya akan dapati. Jadi inilah yang telah berlaku dalam kajian BCAC yang telah dilaksanakan pada tahun 2012 kerana tidak ada tempoh had masa telah ditetapkan, Tuan Yang di-Pertua.

Perkara kedua, kelemahan yang telah kita kenal pasti adalah responden tidak dipilih secara rawak. Siapa yang dia jumpa semua tanya, tidak semesti orang itu datang daripada Kampung Bukit Koman sendiri.

final • 11:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Jadi oleh kerana itulah kementerian persoalkan mengenai 78 peratus yang dikatakan. Oleh itu, kita mengambil langkah untuk melaksanakan kajian bersama dengan melibatkan pihak BCAC, pakar-pakar daripada pihak BCAC dan juga Kementerian Kesihatan. Perkara yang sama juga kita laksanakan di mana kita berhubung dengan pihak WHO supaya WHO juga terlibat di dalam mengendalikan isu ini. Kita boleh mendapatkan expert atau bantuan teknikal untuk memastikan bahawa kajian ini benar saintifik dan mematuhi standard antarabangsa.

Sekali lagi saya tekankan, masalah kesihatan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan kementerian. Oleh daripada itu, kita akan melakukan apa sahaja tindakan untuk memastikan bahawa perkara ini tidak dikompromikan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Datuk Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, langkah kerajaan bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna di Hentian Putra sebagai stesen bas ekspres ke Pantai Timur.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dungun, pada masa ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk mengekalkan fungsi dan keselesaan Hentian Putra seperti penyelenggaraan pendingin udara, menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan, serta penyelenggaraan surau dan tandas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ada sebarang perancangan untuk menaik taraf hentian bas ini kerana pada masa yang akan datang terminal bas untuk Koridor Pantai Timur akan beroperasi di Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak yang sedang dalam pembinaan oleh Kementerian Pengangkutan. Walau bagaimanapun, pada masa hadapan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merancang untuk menjadikan terminal bas antara bandar jarak dekat seperti dari Kuala Selangor, Kuala Kubu Baru dan Sungai Buloh.

Bagi tujuan keselamatan pengguna, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menempatkan pengawal keselamatan swasta sepanjang masa operasi berjalan. Untuk meningkatkan kemudahan penggunaan Hentian Putra, satu rangkaian penjalan kaki berbumbung telah pun disiapkan menghubungkan Hentian Putra dengan Stesen LRT Putra, PWTC dan Stesen Komuter Putra. Dengan adanya rangkaian penjalan kaki berbumbung ini, ia akan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam oleh orang ramai untuk ke Hentian Putra. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan sebentar tadi. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana nantinya akan ada satu terminal baru di Gombak. Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak buat ini? Sementara dapat yang baru Tuan Yang di-Pertua, inilah satu-satunya terminal hentian bas yang ada untuk ke Pantai Timur, yang sudah usianya hampir 30 tahun. Baguslah itu kalau hendak buat yang baru. Akan tetapi masa kini, saya juga berkesempatan duduk di stesen bas ini menunggu rakan orang kampung datang ke stesen bas ini, ada rungutan yang tikus-tikus ini bila malamnya menjadi medan hilai ketawa, besar-besar, menjadi tidak selera hendak makan. Pemandu teksi merungut ada kumpulan-kumpulan yang mengutip cukai walaupun nilainya 50 sen, dan apabila musim perayaan itu kita sedia maklum.

Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah di masa kini sebelum yang terbaru dibuat, segala masalah yang disebut tadi dapat diuruskan terutama sekali tikus-tikus ini? Kucing tengok pun tidak selera, apa lagi manusia. Kebetulan stesen ini terlampau dekat dengan PWTC, The Mall dan hotel yang berdekatan. Saya harap ini dapat dibuat dalam langkah yang bersegera untuk sungutan-sungutan lain yang akan diberitahu oleh penumpang-penumpang. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun adalah memang benar, saya sendiri setuju dengan keadaan yang sebenar. Kadang-kadang kita risau sama ada kucing atau tikus kerana tikus hampir sama saiz dengan kucing. Ada juga kadang-kadang kita pelik populasi tikus lebih banyak daripada populasi warga Kuala Lumpur.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Pelbagai tindakan sedang dan akan diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur khususnya Jabatan Kesihatan untuk memastikan perkara ini diatasi sehingga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memperkenalkan insentif kepada mereka yang membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menangkap tikus di seluruh Wilayah Persekutuan.

final • 11:10 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Walau bagaimanapun, semua program ini akan berjaya hanya kita dapat bantuan dan kerjasama daripada warga kota khususnya peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur.

Memang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil pelbagai tindakan tetapi kita masih memerlukan bantuan daripada peniaga-peniaga khususnya peniaga-peniaga warung di seluruh Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan meneruskan usaha untuk mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga berminat untuk tahu perancangan ataupun sumbangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk mengatasi masalah kesesakan terutamanya pada musim perayaan. Kita tahu apabila menjelang perayaan, tidak lama lagi Deepavali, kita tengok di laluan keluar kepada Kuala Lumpur memang menjadi teramat teruk kesesakan luar biasa.

Jadi adakah dengan Terminal Bersepadu Gombak ini untuk laluan ke Pantai Timur dijangka boleh menyelesaikan masalah berbanding dengan kementerian Yang Berhormat menumpukan kepada banyak untuk sistem berteknologi seperti Integrated Transport Information System (ITIS) berbanding dengan dari sudut fizikalnya iaitu laluan. Saya fikir ITIS ini tidak banyak membantu untuk menyelesaikan masalah pemandu atau pengguna kenderaan untuk keluar daripada ibu kota ke laluan terutamanya ke luar bandar atau ke Pantai Timur secara tepatnya.

Jadi selain daripada Terminal Bersepadu Gombak ada atau tidak kementerian Yang Berhormat berbincang dengan barangkali lembaga lebuh raya ataupun pihak MTD kaedah macam mana untuk menyelesaikan masalah utama yang luar biasa kesesakan menjelang musim perayaan dan sudah tentu ini mendatangkan banyak masalah terutama kemalangan dan gangguan kepada emosi, kepada penghuni bandar yang keluar bandar kerana mereka ini sebahagian besarnya merupakan penduduk asalnya di luar bandar terutamanya di Pantai Timur yang akan pulang pada musim perayaan. Ini mendatangkan masalah yang cukup luar biasa di saat ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Tuan Yang di-Pertua, kesesakan lalu lintas dalam musim perayaan telah pun menjadi satu gaya hidup ibu kota di seluruh dunia. Mana-mana ibu kota bertaraf antarabangsa ataupun tidak, kesesakan lalu lintas dalam musim perayaan ini memang menjadi satu perkara hidup tetapi seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, ITIS ini tidak dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas 100 peratus. Akan tetapi sedikit sebanyak ia akan membantu untuk mengurangkan supaya pengguna jalan raya mengelak laluan-laluan untuk mengatasi kesesakan.

Kedua mengenai jalan-jalan keluar daripada ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah dan sedang mengadakan pelbagai perbincangan dengan semua pihak terlibat khususnya pihak SPAD dan juga Kementerian Pengangkutan dan pelbagai langkah sedang diambil dan telah pun diambil di mana baru-baru ini musim perayaan Hari Raya Aidilfitri memang kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan iaitu mengurangkan kesesakan lalu lintas telah menjadi realiti di mana tahun ini kita sempat mengurangkan jika banding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun masih perlu mengambil pelbagai langkah positif supaya kita sama- sama boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam musim perayaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

8. Dato’ Saifuddin Nasution Ismail [Machang] minta Menteri Kewangan menyatakan, status terkini rancangan Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan Bank Islam Mega (Mega Islamic Bank).

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, istilah Bank Islam Mega yang sering diguna pakai oleh umum merujuk kepada pengumuman Bank Negara Malaysia pada tahun 2009.

Mengenai pengeluaran lesen kepada Bank Islam yang mempunyai jumlah modal berbayar sekurang-kurangnya USD1 bilion sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang diperkenalkan bagi meliberalisasikan sektor kewangan negara. Pemohon bagi lesen Bank Islam Mega perlu melalui proses untuk memenuhi kesemua keperluan atau kriteria termasuk penyediaan maklumat yang diperlukan untuk berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983. Bank Negara Malaysia hanya akan membuat penilaian setelah pemohon memenuhi semua keperluan yang ditetapkan sekiranya penilaian permohonan didapati memuaskan.

Bank Negara Malaysia akan mencadangkan kepada Menteri Kewangan untuk kelulusan dan pengeluaran lesen tersebut. Sekian.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan ringkas itu.

Soalan tambahan saya ialah pada status hari ini daripada jawapan tadi Bank Negara belum mengeluarkan sebarang lesen. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri lanjutkan lagi kerana pengumuman ini juga dibuat oleh Bank Negara. Bolehkah diberitahu pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan lesen yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara untuk menjalankan operasi Bank Islam Mega ini. Sudah tentu ada pihak yang berminat dalam rekod Bank Negara dan apakah benar jika sekiranya setelah lesen untuk mengoperasi Bank Islam Mega ini dikeluarkan oleh Bank Negara, beberapa entiti tempatan diperlukan untuk membuatkan suntikan modal permulaan khususnya Petronas dan Kumpulan Wang Amanah Pencen atau Wang Amanah Persaraan? Apakah maklumat ini sahih dan benar?

final • 11:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Machang. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini di Malaysia terdapat 16 Bank Islam. Antaranya sepuluh buah Bank Islam Domestik dan enam buah Bank Islam milik asing yang diperbadankan di Malaysia dan juga lima buah Bank Islam Antarabangsa telah beroperasi.

Bank Domestik ialah Bank Affin Islamic Bank Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad, Am Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad. Bank Islam asing iaitu Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad, Asian Finance Bank Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, Kuwait Finance House Malaysia Berhad, OCBC Al-Amin Malaysia Berhad, Standard Chartered Saadiq Malaysian Berhad. Bank Islam Antarabangsa ialah Al-Rajhi Banking dan Islamic Corporation, Deutsche Bank AG, Iraq Bank BSC, PT Bank Syariah, Muamalat Indonesia (TPK), Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad.

Yang Berhormat, mengenai nama yang telah memohon, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini ada dua permohonan. Saya tidak dapat memberi maklumat kepada Yang Berhormat sebab kita tidak mahu mereka yang tidak dapat selagi kecil hati.

Kita hendak buat penilaian yang betul dan kita akan memberi lesennya sekiranya mereka memenuhi syarat-syaratnya. Isu mengenai entiti Petronas atau Amanah Pencen itu isu yang berbeza dan saya tidak akan jawab.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Malaysia harus dipuji sebagai pengasas dan peneraju utama penubuhan Bank Islam peringkat global. Idea untuk kita menubuhkan Bank Islam secara mega ini telah bermula sejak tahun 2010. Setelah dua tahun bermula idea ini, apakah sebenarnya keperluan untuk kita menubuhkan Bank Islam Mega ini?

final • 11:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ini kerana kita dapat lihat, kita mahu melihat supaya adakah ada keperluan untuk menubuhkan satu hab kewangan Islam antarabangsa di Malaysia dan sejauh manakah ianya semakin mendesak?

final • 11:30 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Apakah sebenarnya kekuatan ataupun kelemahan ataupun cabaran-cabaran yang lain kita hadapi sebelum kita- sehingga kini kita tidak dapat menubuhkan lagi Bank Islam Mega ini? Keduanya, kita dapat lihat banyak bank terkemuka dari negara kita yang telah pun menanam modal ataupun beroperasi di luar negara. Adakah bank ini telah juga selain daripada menjalankan sistem bank konvensional, mempromosikan juga Bank Islam Antarabangsa? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah aset perbankan Islam pada 30 Jun 2012 adalah RM417.9 bilion atau 23.1 peratus dari jumlah keseluruhan aset perbankan di Malaysia. Kita ada satu sasaran iaitu pada tahun 2020 dijangka menjangkau 40 peratus dari jumlah aset perbankan di Malaysia. Dari segi isu Yang Berhormat kata prestasi kita memang kita nampak dari segi pengeluaran sukuk. Untuk pengeluaran sukuk di Malaysia pada sepuluh bulan pertama tahun 2012 tahun ini RM265 bilion atau 74.8 peratus daripada pengeluaran sukuk global berjumlah RM354 bilion. Ini menunjukkan kita memang mencapai prestasi yang baik, kita mesti beri satu tepukanlah kepada mereka yang jaga perbankan Islam ini... [Tepuk] Sekian.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Anggaran Pembangunan 2013 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 11:32 AM

Jawatankuasa] Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya ada peraturan mesyuarat.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, peraturan berapa Yang Berhormat?

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih. Saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1). Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan usul ini untuk dibahas di Dewan Rakyat. Usul saya adalah berkenaan kegagalan kerajaan mengenal pasti mengesan kewujudan satu blog nama Tauhid.net.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Apa keputusan Speaker Yang Berhormat?

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Apa yang telah diputuskan oleh Speaker melalui usul ini?

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini adalah blog rasmi kumpulan militan al-Qaeda tetapi Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul saya dengan alasan perkara ini adalah dalam siasatan pihak agensi penguatkuasaan.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tuan Pengerusi, ya.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Itulah keputusan yang dibuat oleh Speaker. Saya tidak ada yang hendak diubah, mengubah lagi keputusan itu dan tidak ada yang hendak saya tambah mengenai keputusan itu Yang Berhormat. Jadi apa-apa yang telah diputuskan....

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jadi macam mana saya hendak rayu? Saya tidak puas hati dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak apalah Yang Berhormat.

Soal tidak puas hati tidak berbangkit pada ketika ini kerana kita ada peraturan mesyuarat untuk mengurus soal tidak puas hati. Yang Berhormat boleh kemukakan.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini nasional isu, pengganas di Malaysia fizikal ada di sini, website dia pun ada di sini. Yang Berhormat Sembrong seolah-olah mengatakan terrorist boleh in and out to Malaysia.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tidak ada keterbatasan Yang Berhormat untuk membawa isu ini pada peringkat jawatankuasa di kementerian-kementerian yang tertentu.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Jadi macam Dewan Rakyat membenarkan selamat datang terrorist ke Malaysia.

final • 11:32 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak. Dia bukan soal isu. Usul itu telah ditolak dalam kamar sebab itu saya tidak membenarkan Yang Berhormat untuk membawa isu itu pada peringkat ini kerana ianya telah ditolak dalam kamar.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, terima kasih. Saya akan cuba sekali lagi, terima kasih.

final • 11:32 AM
B.48 [Jadual] - P.48 [Anggaran Pembangunan 2013] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa. Kementerian amat menghargai segala pandangan, saranan, cadangan, keprihatinan dan teguran membina Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara berkaitan yang telah pun dibangkitkan.

Pihak kementerian memberi perhatian serius dan akan mengambil tindakan ke atas semua input yang telah pun diberikan. Pada keseluruhannya di bawah Kepala B.48 peruntukan operasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berjumlah RM1,800,2,479,000 telah diperuntukkan. Manakala di bawah Kepala P.48 peruntukan pembangunan kementerian adalah sejumlah RM48,700,000 telah diperuntukkan bagi tahun 2013.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan isu tentang tiada penilaian outcome iaitu tidak mempunyai rekod untuk penilaian. Kedua ialah 63 peratus daripada kes-kes yang diberi tanpa mengikut prosedur.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini tujuan pemberian bantuan adalah untuk memenuhi keperluan asas kehidupan bagi mengurangkan beban hidup keluarga yang kurang berkemampuan. Penemuan audit memfokuskan kepada tiga skim utama iaitu Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan Bantuan Kanak-kanak (BKK).

Berdasarkan saranan Laporan Audit Negara, kajian penilaian outcome telah pun dimulakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada bulan Ogos 2012 untuk melihat keberkesanan pemberian bantuan kebajikan itu sama ada menepati kumpulan sasar yang ditetapkan.

Penilaian ini turut melihatkan sejauh manakah pemberian bantuan dapat mengurangkan kesulitan hidup yang dialami oleh kumpulan sasar.

Tuan Pengerusi, pengendalian bantuan juga dibuat mengikut prosedur kualiti utama 17 di bawah MS ISO 9001, 2008. Berdasarkan maklum balas Laporan Audit Negara, kelulusan diberikan kepada kes yang layak cuma padanan skim tidak menepati salah satu kriteria yang ditetapkan.

Yang Berhormat Batu Gajah juga turut membangkitkan isu tentang cadangan untuk pegawai CARI diserap ke dalam jawatan tetap. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 543 orang pegawai CARI yang kini sedang membantu JKM. Walau bagaimanapun, cadangan untuk diserap ke perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa SPA.

final • 11:36 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Heng Seai Kie

Yang Berhormat Parit Sulong turut membangkitkan isu iaitu apakah...

final • 11:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Ya, silakan.

final • 11:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya ingin tanya sama ada pihak kementerian akan meneliti semula bagaimana untuk mempercepatkan proses kes permohonan iaitu proses siasatan dan makluman keputusan bantuan kebajikan kepada pemohonnya sebab Laporan Audit ada membuat teguran dan saya rasa teguran itu bukan kali pertama. Laporan Audit 2009 juga membuat teguran yang sama. Semasa perbahasan saya ada bangkitkan salah satu sebab adalah kekurangan kakitangan dan pegawai. Yang Berhormat ada kata ada pegawai CARI seramai 543 orang. Saya berpendapat bahawa perlu ditambah lagi pegawai sebab Projek CARI ini diadakan semula tetapi tahun sebelum ini di mana tiada Projek CARI juga, kakitangan juga dibebankan.

Jadi, mungkin pihak kementerian boleh berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meringankan beban pegawai. Begitu juga pegawai kontrak, bukan sahaja pegawai CARI yang saya bangkitkan, pegawai kontrak yang telah bekerja di bawah Jabatan Kebajikan yang lebih dari empat tahun. Mereka tiada job security dengan izin, sebab setiap tahun mesti menunggu keputusan daripada pihak kementerian sama ada melanjutkan atau tidak kontrak mereka.

Mungkin pegawai kontrak boleh diserap, boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan perkara ini? Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah atas soalan itu.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi mempercepatkan kes permohonan termasuklah proses pembayarannya, kini JKM telah mewajibkan agar semua penerima bantuan JKM membuka akaun bank supaya bayaran bagi bantuan JKM boleh dikreditkan terus melalui akaun bank mereka. Kini, untuk makluman Dewan yang mulia ini, lebih 60 peratus daripada penerima bantuan JKM telah pun membuka akaun bank mereka. Kita berharap pada satu hari nanti, kita dapat mencapai tahap 100 peratus.

final • 11:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Lipis, di belakang.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Ya, silakan.

final • 11:40 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih. Tuan Pengerusi, ini berkaitan dengan penerima-penerima bantuan JKM yang dikreditkan terus ke dalam bank dan mereka membuka akaun. Akan tetapi di kawasan saya di Lipis, banknya hanya ada di bandar Lipis, ada tempat di kawasan itu lebih daripada 130km jauhnya penerima dan ada juga tempat-tempat di mana laluan bas berhenti-henti ini tidak ada. Jadi, kalau mereka ini terpaksa mengambil bantuan JKM ini di bank dan mereka menggunakan perkhidmatan mungkin kereta sapu sebab teksi pun tidak ada, jarang-jarang. Jadi kadang-kadang duit bantuan itu sebahagiannya dah habis untuk membiayai tambang untuk ke bandar itu. Jadi apakah langkah-langkah pihak kementerian boleh buat untuk mengatasi perkara ini. Terima kasih.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Untuk kawasan pedalaman di mana tiada perkhidmatan perbankan disediakan, kementerian ini kini dalam rundingan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar Pos Malaysia dapat menyediakan perkhidmatan pos bergerak ke kawasan-kawasan yang berkenaan.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi iaitu tentang beban kerja bagi kakitangan pegawai JKM, saya mengucapkan terima kasih...

final • 11:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Silakan.

final • 11:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat terutama berkaitan dengan di awal tadi, peruntukan pembangunan untuk Kementerian Wanita yang kita lihat jauh mencorot tiga kali ganda daripada peruntukan yang telah diberi kepada Kementerian Wanita untuk pembangunan daripada tahun sebelumnya. Saya ingin tanya, kenapakah perkara ini berlaku, apakah program-program yang telah dilaksanakan di bawah Kementerian Wanita sudah mencapai matlamatnya sehingga peruntukan pembangunan itu dikurangkan sehingga tiga kali ganda lebih sedikit daripada peruntukan setahun sebelum ini?

Kedua ialah tentang berkaitan dengan tenaga pegawai yang berkhidmat di bawah Jabatan Kebajikan terutama pegawai pemantau di DUN-DUN. Kalau dalam kawasan saya, di setiap DUN hanya ada seorang pegawai pemantau yang mana sudah tentulah bidang tugas dengan tenaga yang ada sangat tidak mencukupi. Jadi sejauh mana kementerian ini berusaha untuk menangani supaya golongan-golongan ini terutama yang berhak mendapat bantuan ini tidak tercicir sebab bukan semata-mata pegawai yang mendapat projek Cari, mendapat maklumat tentang ini tetapi betul-betul mereka yang menerima ini sampai mencapai matlamat sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak kementerian. Jadi minta penjelasan.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang atas soalan tambahannya. Tentang peruntukan, kenapakah peruntukan itu dikurangkan, saya akan terangkan bahagian ini bila sampai ke bahagian Yang Berhormat Rantau Panjang nanti.

Berkenaan dengan bilangan kakitangan JKM yang juga telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Sememangnya bagi pihak kementerian, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap kementerian ini.

Sememangnya untuk makluman Dewan yang mulia ini, kalaulah kita mengikut nisbah yang ditetapkan oleh dengan izin, United Nations, nisbah pekerja sosial iaitu bagi seorang pegawai JKM terhadap kumpulan client nya ialah 1:35. Akan tetapi kalau mengikut Laporan Audit Negara, pada masa kini nisbah bagi pegawai JKM dengan client yang perlu dijaganya ialah 1:350 orang.

Jadi, ini bermaksud beban kerja bagi setiap pegawai JKM kita adalah sepuluh kali ganda lebih daripada piawaian antarabangsa. Oleh kerana itu, saya mohon kepada semua Ahli Yang Berhormat dan juga masyarakat kita agar atas menyedari tentang beban kerja yang berat ini agar lebih bertimbang rasa, sekiranya proses permohonan itu dilewatkan ataupun dilambatkan kadang-kadang. Jadi, sehubungan dengan cadangan yang dikemukakan tadi, sebenarnya kementerian telah pun membuat permohonan untuk menambah bilangan pegawai JKM kepada kementerian yang berkenaan. Kita kini sedang menunggu keputusan yang dibuat oleh kementerian tersebut.

final • 11:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, hari ini kita ada tiga kementerian. Jadi saya harap Yang Berhormat, kalau jawab perkara yang ringkas seperti berapa nombor, bagi nombor berapa, macam itu sahaja, tidak payah ulas panjang lebar. Yang Berhormat yang lain itu, kalau tidak berbangkit dalam jawapan itu, tidak payahlah tanya. Sila Yang Berhormat.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan isu tentang apakah peranan kementerian dalam menjayakan program dengan izin, Get Malaysian Business Online. Untuk makluman Yang Berhormat, program Get Malaysian Business Online telah dirangka bagi membantu 50,000 orang usahawan kecil terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara dalam talian dengan geran sebanyak RM1,000 melalui peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu SKMM.

final • 11:40 PM

Datuk Heng Seai Kie

Yang Berhormat juga tanya apakah jaminan geran GMBO iaitu Get Malaysian Business Online diberikan kepada usahawan wanita dan berapakah jumlah usahawan wanita yang telah menerima bantuan serta adakah kementerian akan melaksanakan kajian keberkesanan program GMBO ini.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui jabatan Pembangunan Wanita akan bekerjasama dengan SKMM bagi mengenal pasti usahawan wanita yang berpotensi untuk memajukan perniagaan online melalui Get Malaysian Business Online ini. Yang Berhormat juga bertanya tentang pengisian projek Cari. Jadi, salah satu inisiatif melalui outreach programme yang dilaksanakan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima perkhidmatan JKM.

Selain itu Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya tentang berapakah nisbah pegawai JKM dan kes serta bilakah jumlah pegawai akan bertambah kerana pegawai yang menyiasat kes adalah pegawai yang juga menguruskan bencana alam. Jadi untuk itu saya telah pun memberikan keterangan tadi. Yang Berhormat Kota Raja telah bertanya tentang penyediaan ruang khas bagi pusat jagaan kanak-kanak di bangunan dan kompleks perniagaan baru.

Kementerian mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat dan kementerian ini akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha untuk menyediakan ruang khas untuk dijadikan sebagai pusat jagaan kanak-kanak terutamanya di bangunan dan kompleks perniagaan yang baru dibina.

Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja ialah elaun kepada OKU secara automatik dan juga yang ketiga, kenapa perlu mohon semula. Untuk makluman Dewan yang mulia ini skim EPC iaitu Elaun Pekerja Cacat adalah disediakan kepada OKU yang bekerja sebagai galakan untuk terus bekerja dan ia tidak sesuai diberikan secara automatik. Tujuan utama proses kaji semula dijalankan setiap enam bulan adalah untuk mengetahui status sosial ekonomi terkini dan perkembangan klien secara menyeluruh melalui pendekatan pekerja sosial agar tindakan susulan boleh diambil.

Yang Berhormat Kota Raja juga telah mencadangkan agar kerajaan dapat mewajibkan pendaftaran OKU. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan menggalakkan...

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bandar Kuching bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Kuching bangun.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sini, sini.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Boleh saya teruskan jawapan saya, Tuan Pengerusi?

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dia tidak bagi laluan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Satu soalan sahaja.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Tidak, kerana tadi Tuan Pengerusi telah pun memberikan teguran, saya mesti akur kepada...

final • 11:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Itu masa yang dihabiskan untuk buat excuses sudah jawab sudah. Kenapa...

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Kerajaan menggalakkan OKU tetapi pada masa ini pendaftaran OKU adalah secara rela. Bukan semua OKU yang mahu berdaftar sebagai OKU dan mewajibkan mereka untuk berdaftar adalah melanggari hak-hak asasi manusia.

Seterusnya Yang Berhormat Kota Raja juga bertanya tentang 1 peratus peluang pekerjaan OKU di sektor awam.

Tuan Pengerusi, berdasarkan rekod perkhidmatan awam sehingga Disember 2011 seramai 1,686 orang OKU iaitu 0.1 peratus daripada bilangan perjawatan dalam sektor awam telah diambil berkhidmat di pelbagai kementerian ataupun jabatan dan juga agensi...

final • 11:50 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Berhubung dengan pengisian OKU di kementerian sebanyak 1.19 peratus iaitu 98 orang pegawai dan kakitangan daripada 8,243 orang daripada jumlah keseluruhan perjawatan di kementerian.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Untuk makluman, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010 adalah di bawah bidang kuasa dan pemantauan JPA. Yang Berhormat juga turut bertanya tentang accessibility OKU. Tuan Pengerusi...

final • 11:50 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta penjelasan sedikit mengenai pendaftaran OKU tadi. Laju saya..., cuma saya faham bahawa haknya untuk tidak mendaftar tetapi untuk tujuan perancangan data ini amat perlu ya? Bank data kita perlu, misalnya kalau anak-anak itu dilahirkan dia ada kecacatan bagaimana kita hendak merancang sekolahnya, keperluannya sekiranya tidak ada. Saya fikir tidak ada masalah. Cuma daftar, tidak semestinya dia memohon bantuan tetapi ini adalah untuk tujuan data. Seperti macam kita ada mesti mendaftar sebagai kalau kita mendaftarkan ibu tunggal dan sebagainya, I’m talking about statistic. Thank you.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di bawah kementerian kita mempunyai kempen pendaftaran OKU untuk menggalakkan pendaftaran OKU ini. Untuk makluman Yang Berhormat bukan semua kecacatan itu dapat dikesan semasa kelahiran. Oleh itu bagi pihak kementerian, kita melalui agensi iaitu di bawah JKM dan program-program yang diadakan sempena kempen pendaftaran OKU digalakkan agar semua kanak-kanak ataupun warga OKU di negara ini didaftarkan.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Yang Berhormat Kota Raja juga turut menyentuh tentang accessibility OKU. Isu accessibility merentasi pelbagai agensi. Di antara agensi tersebut adalah Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa tempatan iaitu PBT. Kementerian sebagai focal point untuk isu accessibility melalui majlis kebangsaan bagi OKU. Bagi hukuman bagi orang yang menggunakan parking OKU, tindakan diambil oleh PBT masing-masing di bawah Undang-undang Kecil PBT tersebut. Manakala untuk tandas OKU pula, setakat ini tidak ada apa-apa tindakan yang boleh diambil.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bukit Mertajam telah menyentuh kedudukan Malaysia dalam Global Gender Get Index tahun 2012. Laporan Global Gender Get Index 2012 melaporkan Malaysia merupakan negara yang kedua terbaik dari segi kesaksamaan gaji. Walaupun kedudukan Malaysia dalam laporan itu telah menurun daripada tempat 97 pada tahun 2011 kepada tempat ke-100 pada tahun 2012.

Namun, skor Malaysia telah meningkat daripada 0.653 pada tahun 2011 kepada 0.654 pada tahun 2012. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, mengikut laporan tersebut, sebab utama penurunan kedudukan Malaysia adalah kerana penurunan nisbah jantina antara wanita dan lelaki. Bagi tahun 2011, nisbah wanita kepada lelaki adalah 0.94 manakala bagi tahun 2012, nisbahnya telah menurun kepada 0.93. Penurunan ini sebenarnya adalah berpunca daripada jumlah kelahiran bayi perempuan yang telah pun berkurangan pada tahun 2012 ini.

final • 11:50 AM

Datuk Heng Seai Kie

Untuk makluman semua, selain Malaysia, Jepun juga mengalami masalah yang sama. Oleh itu, Jepun kini terletak pada kedudukan 101 selepas Malaysia.

Tuan Pengerusi, empat indicator yang mengukur Indeks Jurang Gender adalah penyertaan dan peluang ekonomi, pencapaian dalam pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan politik, malahan skor Malaysia dalam penyertaan dan peluang ekonomi telah meningkat daripada 0.594 kepada 0.599. Skor dalam pemerkasaan pendidikan meningkat daripada 0.052 kepada 0.053 dan tiada perubahan dalam politik.

Yang Berhormat Bukit Mertajam juga turut bertanya tentang berapa banyak pusat penjagaan kanak-kanak yang dicadangkan diwujudkan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Menteri kementerian ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah taska yang didaftarkan oleh JKM pada tahun 2010 adalah sebanyak 483 buah. Semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Menteri kementerian ini jumlah taska yang didaftarkan oleh JKM telah pun meningkat kepada 819 buah pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak 69.57 peratus berbanding dengan tahun 2010. Sehingga September 2012 telah meningkat kepada 1,284 buah iaitu peningkatan sebanyak 56.78 peratus berbanding dengan tahun 2011.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

Dalam Bajet 2013 pula, kementerian menyasarkan sebanyak 1,000 buah taska baru lagi akan diwujudkan dengan peruntukan geran pelancaran untuk penubuhan taska sebanyak RM10,000 bagi sebuah taska dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Yang Berhormat Bukit Mertajam turut menyentuh tentang isu hanya 3 peratus pengasuh taska mendapat latihan khusus asas asuhan kanak-kanak dan bagaimana kementerian menjamin kualiti penjagaan kanak-kanak di taska ini dapat dikawal. Untuk makluman Yang Berhormat, pendidikan prasekolah yang dimaksudkan itu adalah tadika di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan yang kedua ialah yang dimaksudkan 3 peratus itu adalah guru tadika yang merujuk kepada bilangan yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah pendidikan awal kanak-kanak yang bukan merupakan syarat asas untuk mengajar di tadika.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pendidikan taska yang terletak di bawah bidang kuasa kementerian ini, setiap pengasuh adalah diwajibkan hadir dan lulus kursus asas asuhan kanak-kanak dalam tempoh satu tahun bekerja di taska. Ini adalah untuk menentukan kanak-kanak yang dihantar ke taska mendapat asuhan awal dan penjagaan yang berkualiti serta mematuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh JKM.

Menurut rekod JKM di taska berdaftar terdapat seramai 54.98 peratus orang pengasuh yang terlatih yang telah mendapat latihan khusus iaitu KAAK.

Untuk makluman Yang Berhormat juga dari tahun 2005 sehingga tahun 2011 seramai 14,630 orang pengasuh dan pengusaha telah dilatih dengan kursus KAAK. Bagi tahun 2012 pula JKM telah menyasarkan seramai 5,000 orang pengasuh dan pengusaha mendapat latihan khusus ini. Daripada jumlah ini sehingga Oktober 2012 seramai 3,110 orang pengasuh dan pengusaha telah pun dilatih di bawah kursus ini. Untuk tahun 2012 sebanyak RM3 juta telah pun diperuntukkan oleh PEMANDU iaitu di bawah NKEA bagi memberikan insentif KAAK 1Malaysia kepada semua pengasuh dan pengusaha taska yang berminat untuk mengikuti kursus ini.

Di samping itu, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Mertajam JKM dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran telah pun membangunkan dengan izin, National Occupational Scheme Skill Standard (NOSS) bagi perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak. Melalui NOSS ini satu standard latihan terkini dalam bidang pengasuhan kanak-kanak yang setaraf dengan piawaian antarabangsa akan disiapkan menjelang hujung tahun ini demi menghasilkan pengasuhan yang berketerampilan.

Yang Berhormat Bukit Mertajam juga bertanya mengapakah jumlah belanja...

final • 12:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

...Pembangunan di bawah kementerian bagi tahun 2013 yang hanya berjumlah RM49 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan pembangunan untuk kementerian ini bagi tahun 2013 adalah lebih kecil berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya disebabkan fokus tahun hadapan adalah lebih terarah kepada pelaksanaan projek-projek sambungan dan bayaran muktamad sahaja berdasarkan prinsip belanja secara berhemah.

Dalam hal ini sebanyak 47 projek dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tahun 2011 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM191.2 juta. Daripada jumlah tersebut, 27 projek berjaya disiapkan. Manakala baki 20 projek sambungan dibawa ke tahun 2012. Bagi tahun 2012...

final • 12:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

Minta maaf Yang Berhormat. Saya habiskan.

final • 12:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Nanti jawab bertulis sahaja.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

Terdapat 25 projek dilaksanakan termasuk 20 projek sambungan dari tahun 2011. Jumlah peruntukan yang diterima bagi tahun ini adalah RM157.8 juta.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

Pada tahun 2013 kementerian akan melaksanakan 14 projek yang terdiri daripada sembilan projek sambungan dan lima projek baru dengan peruntukan sebanyak RM49 juta.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuantan telah bertanya tentang iaitu apakah usaha untuk merapatkan jurang antara gender yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan kenapa ia hanya memberi fokus kepada aktiviti Rumah Nur dan aktiviti Majlis Perwakilan Wanita dan Keluarga. Yang Berhormat juga menyentuh tentang iaitu aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Wanita dan Keluarga ini lebih menjurus kepada platform oleh parti politik.

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga telah ditubuhkan berikutan dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 1 April tahun 2002.

keahlian majlis ini melibatkan wakil daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan

(NGO), pertubuhan politik serta individu-individu yang boleh menyumbang kepada pembangunan wanita dan keluarga. Majlis ini bertanggungjawab membantu menggembleng kaum wanita setempat untuk menyertai program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri supaya program yang dilaksanakan mendapat kerjasama dan sokongan yang padu.

final • 12:00 PM

Datuk Heng Seai Kie

Majlis ini juga membantu menyelaras aktiviti antara PPWN dengan kerajaan negeri, pejabat daerah serta pemimpin tempatan. Di samping itu, majlis ini juga terlibat dalam menggembleng pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama bagi melaksanakan program dan aktiviti yang dikenal pasti...

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Untuk memastikan majlis dapat memenuhi tanggungjawabnya, pengerusi majlis dilantik daripada kalangan anggota mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengenai pembangunan wanita dan keluarga.

Majlis juga merupakan satu mekanisme penting kepada kumpulan sasar kementerian dalam pelaksanaan program-program outreach.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Semenjak penubuhannya pada tahun 2002, majlis telah berjaya melaksanakan berbagai-bagai program pembangunan wanita dan keluarga di peringkat negeri dan kawasan Parlimen. Berhubung dengan aktiviti Rumah Nur, Tuan Pengerusi...

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum ke Rumah Nur, majlis dahulu. Berkenaan dengan majlis. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya ia betul-betul platform untuk membangunkan wanita, kenapa di empat negeri Pakatan Rakyat, Majlis Pembangunan Negeri, wanita tidak langsung bekerjasama dengan Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Harap beri penjelasan.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Itu hanyalah dakwaan yang tidak berasas.

final • 12:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dakwaan itu adalah kebenaran.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tuan Pengerusi, Rumah Nur secara umumnya...

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kebenaran. Kalau tidak boleh jawab, cakap tidak boleh jawab.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan mislead Dewan. Timbalan Perdana Menteri jangan mislead Dewan. Timbalan Menteri jangan mislead Dewan. Ini adalah kebenaran.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

...Merupakan Pejabat Pembangunan Wanita di peringkat negeri. Di samping itu, terdapat juga Dewan Nur yang digunakan sebagai menjalankan program dan aktiviti.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan mislead Dewan... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kita tahu apa yang berlaku dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya...

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Pada masa ini terdapat 17 buah Dewan Nur di seluruh negara.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tidak tahu, cakap tidak tahulah.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Walau bagaimanapun, tidak semua negeri mempunyai Dewan Nur. Dewan Nur merupakan satu facility yang tersedia bagi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri melaksanakan program-programnya. Dengan adanya Dewan Nur yang boleh menampung seramai di antara 30 orang hingga 250 orang dalam satu-satu masa, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos melaksanakan program-program di peringkat negeri ke arah perbelanjaan yang berhemah.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Kementerian menggalakkan program-program yang dijalankan di Dewan Nur dan PPWN dengan kerjasama majlis, sentiasa mengadakan program seperti program mengimarahkan Rumah Nur yang bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian berserta jabatan kepada kumpulan sasar. Lazimnya, program yang dilaksanakan di Dewan Nur berkaitan dengan program pengupayaan ekonomi melalui latihan kemahiran, pembangunan kapasiti wanita dan program kesejahteraan emosi dan lain-lain program yang difikirkan bermanfaat kepada golongan wanita. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tangga Batu telah mencadangkan agar satu model baru...

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ada soalan-soalan lain berkenaan dengan GRB, berkenaan dengan Gender Focal Point. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawab, kita panggil Yang Amat Berhormat Menteri lah ke sini untuk jawab.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

...Dibangunkan untuk Sekolah Tunas Bakti dan Rumah Seri Kenangan.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri langsung buat tidak tahu. Saya tahu Dewan tidak memaksa Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri takut, tidak boleh jawab, lebih baik kita panggil Yang Amat Berhormat Menteri sahaja jawab.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Kementerian ini sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada penghuni-penghuni yang ditempatkan...

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri seolah-olah pekak, tuli, tidak dengar apa-apa.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya!... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terus cakap. Kita bahas, penat kita tunggu sampai petang. Kita bercakap dan bertanya soalan berkenaan yang penting tentang negara dan tentang wanita.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

...Di institusi dan pembangunan projek baru...

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini mungkin peluang lastlah untuk menjawab.

Jadi, jawablah baik-baik.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri langsung tidak mahu jawab.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tinggallah kenangan yang baik.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tuan Pengerusi, saya hanya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan pada...

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Memang. GRB!

final • 12:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya bangkitkan berkenaan Gender Focal Point, saya membangkitkan tentang...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk dulu, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita tidak tahu sama ada jawapan ataupun tidak Yang Berhormat sebab dia belum habis lagi. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis, baru kita tahu ada atau tidak dia jawab.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Pengerusi...

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah mendirikan institusi yang moden...

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau mengikut- biarkan dia jawab. Jadi kalau Bukit Mertajam atau Yang Berhormat Kuantan punya, jawablah sekali.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

...Dengan kemudahan yang serba lengkap seperti rumah seni.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau tidak boleh jawab, tidak mahu jawab, jadi beritahu... [Dewan riuh] Terus-terang cakap. Kita tidak payah tunggu di sini.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan marah.

Dia punya tempoh tinggal sepuluh hari.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tuan Pengerusi, saya memohon agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk duduk dan dengar penjelasan daripada kementerian.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dia tinggalkan kenangan yang baik di Dewan ini. Bukan dengan cara yang macam ini.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Semasa soalan itu ditujukan, saya telah pun memberikan perhatian dan mencatatkan semua soalan. Sekarang, berikanlah peluang untuk kementerian menjawab dahulu. Janganlah mencelah sebelum saya habis menjawab. Itu adalah sekurang-kurangnya satu penghormatan yang harus diberikan kepada Dewan yang mulia ini.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penghormatan ialah the earn, ya. Respect is to earn. It is not diberi dan bukan kepada Dewan ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri perlulah.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Yang Berhormat Bukit Mertajam, it applies to you also.

Excuse me.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, sama-sama. Where is our answer for GRB?

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tuan Pengerusi, boleh saya sambung?

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Ataupun saya mohon jawapan secara bertulis untuk semua. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Suka Yang Berhormat Timbalan Menterilah.

Sukalah!... [Ketawa] Sudah merajuk, sudah merajuk. Mahu merajuk, merajuk di rumahlah.

Jangan di Dewan ini.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Yang Berhormat Bukit Mertajam, hujah Yang Berhormat itu telah menidakkan kewibawaan seorang wakil rakyat wanita untuk menjawab di Dewan yang mulia ini.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

That is your opinion, your own opinion.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah siap kah?

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudahlah, Yang Berhormat. Sudah-sudahlah.

final • 12:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Adakah...

final • 12:10 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tunggu sampai habis sebelum kata jawab atau tidak. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis. Saya hendak kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab berkenaan dengan Gender Focal Point. Kenapa Gender Focal Point tidak berfungsi?

final • 12:10 PM

Datuk Heng Saei Kie

Tadi saya sanggup hendak jawab, asyik mencelah!

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Semua duduk, Yang Berhormat. Semua duduk, Yang Berhormat.

Saya bersikap adil, Yang Berhormat. Saya dengar dan saya duduk di sini. Kalau semasa Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, semua orang bercakap, siapa hendak menjawab siapa yang soal, Yang Berhormat. Jadi persoalannya, kita kena dengar.

Sebenarnya Yang Berhormat, peraturan Parlimen tidak ada hak untuk bercakap kepada sesiapa melainkan orang bercakap itu sahaja, Yang Berhormat. Itu sahaja peraturan yang sebenar. Di sini kita banyak orang kata lupakan sahaja peraturan-peraturan yang kita anuti ini. Kita biarkan orang mencelah sebegitu rupa. Kita kata alu-aluan kadang-kadang dia.

Kalau di negara-negara membangun macam New Zealand, Australia, memang tidak ada pencelahan. Memang tidak ada pencelahan, Yang Berhormat. Dia menjawab apa yang sudah disoal. Itu sahaja. Jadi selepas itu belum habis pun jawapan, kita sudah kata tidak ada jawapan. Jadi macam mana kita tahu?

Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata semua jawab bertulis, Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, saya tidak ada pilihan lain.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya rasa kasi laluanlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk teruskan jawapan. Kita hendak dengar. Ini kerana kalau kita hendak tunggu jawapan bertulis pun, tidak dapat. Kita tunggu. Tidak apa. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab. Kita dengar sampai habis. Beri penjelasan.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dia sudah kata jawab bertulis. Saya pun tidak ada arahan, Yang Berhormat. Itu keputusan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, jawapan bertulis selalu tidak ada.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, satulah.

Kalau ada janji untuk beri jawapan bertulis, tolong bagi Yang Berhormat ya. Walau sependek mana pun, Yang Berhormat. Bagi jawapan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,802,479,000 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Wang sebanyak RM1,802,479,000 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM48,700,000 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM48,700,000 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

final • 12:10 PM
Maksud B.23 [Jadual] – Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan 2013] –

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:10 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Saya hendak terus bercakap mengenai dua perkara Yang Berhormat.

Terus kepada Butiran 080000 di bawah tajuk Pengairan dan Saliran. Ini bagi maksud Rancangan Tebatan dan Pencegahan Banjir. Jadinya saya hendak memohon kepada kementerian untuk memberi lebih perhatian kepada kejadian banjir di kawasan Parlimen Parit Sulong sekarang yang melibatkan 278 keluarga dan juga 1,033 orang sama ada daripada banjir kilat, banjir temenung atau pun banjir yang berlaku ketika tiba musim.

Pendek kata banjir ini begitu familiar, dengan izin, dengan kawasan Parlimen Parit Sulong.

Memang saya maklum banyak usaha yang dilakukan oleh JPS. Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih. Namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Jadinya saya terus merujuk kepada perkara 15000 iaitu Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri iaitu anggarannya adalah sebanyak RM17 juta. Jadinya daripada jumlah ini saya hendak tahu, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Parit Sulung?

Adakah ada peningkatan daripada anggaran yang diberikan pada tahun lepas?

Ini kerana pada saya ianya perlu dinaikkan memandangkan banyak kerja-kerja untuk menyelenggara berkala yang boleh untuk dinaiktarafkan dan dilakukan lebih kerap.

Saya dimaklumkan bahawa pihak JPS melakukan kerja-kerja penyelenggaraan biasa sebanyak tiga hingga empat kali setahun, tetapi hanya pemotongan rumput-rumput dan tidak melibatkan pembuangan keladak dan juga pasir yang menyebabkan parit dan longkang menjadi cetek dan tersumbat. Justeru itu, saya memohon agar pihak kementerian untuk memberi satu peruntukan khusus untuk pembuangan keladak dan juga pasir di dalam parit ini bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Parlimen Parit Sulong.

Saya juga ingin mencadangkan agar satu pasukan pemantau diwujudkan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual yang tetap dan bukannya hanya apabila berlakunya banjir sahaja. Dalam kajian banjir yang terbaru ini, saya dapati juga kejadian banjir ini adalah juga berpunca daripada ketidakupayaan parit lama dan juga culvert yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan seperti laluan air. Ini kerana setengah daripadanya tersangat lama. Ada banyak yang tersumbat dan rosak yang menyebabkan pengairan air tersekat dan menyumbang kepada kejadian banjir.

final • 12:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Di Johor pun banjir kuat ya?

final • 12:20 PM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Justeru itu, saya ingin memohon agar pihak kementerian untuk memberi satu peruntukan khusus ataupun one-off bagi menukar semua culverts ini dengan kadar yang lebih segera. Untuk jangka masa panjang, selain daripada pemantauan berterusan adalah dipohon agar pendalaman sungai simpang kiri disegerakan agar kes kejadian banjir ini dapat dikurangkan. Terima kasih banyak-banyak.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Machang.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya juga hendak rakamkan terima kasih di atas kehadiran sendiri Yang Berhormat sendiri untuk mendengar perbahasan daripada rakan-rakan Ahli Parlimen. Ada dua perkara. Seperti juga Yang Berhormat Parit sulung, saya mulakan dengan Butiran 080000 – Pengairan dan Saliran. Ada 16 empangan di bawah kendalian Jabatan Parit dan Saliran.

Ada tiga perkara berkaitan dengan isu empangan ini Yang Berhormat Menteri.

Pertama ialah saya difahamkan yang bila empangan ini di buat di suatu negeri, ia melibatkan pengambilan tanah dan Kerajaan Pusat telah pun membayar semua sekali pampasan untuk maksud pembinaan empangan daripada tahun 1906 hinggalah tahun 2004. Akan tetapi masih terdapat beberapa empangan di negara kita ini yang belum diserahkan hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Saya ingin tahu kenapa keadaan itu berlaku padahal pampasan telah pun diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kementerian.

Kedua ialah mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, empangan ini adalah satu kawasan larangan, kawasan sensitif. Ia juga merupakan kawasan keselamatan sebab kita anggap ini sebagai aset strategik negara. Bukan sahaja fungsi kawalan banjir tetapi juga fungsi membekalkan air. Walau bagaimanapun, biarpun empangan ini termasuk dalam kawasan larangan, tetapi rekodnya adalah cuma dua sahaja empangan yang telah diwartakan setakat ini iaitu Bukit Merah dan juga Timah Tasoh, yang lain itu walaupun dibina daripada awal tahun 1900 lagi belum diwartakan. Saya ingin tahu, apakah punca kelewatan mewartakan empangan di negara kita sebagai kawasan larangan? Mendedahkan kawasan strategik empangan ini kepada pencerobohan akibat daripada tidak diwartakan boleh sahaja mengundang padah.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa ketika semakan oleh Jabatan Audit didapati bahawa Pelan Tindakan Kecemasan

(EAP) yakni latihan kecemasan belum pernah dijalankan ke atas empangan-empangan di negara kita. Kita cuba untuk mengelakkan seperti pepatah menyebut, ‘sudah terhantuk baru tengadah’. Biarpun belum pernah ada malapetaka dahsyat yang berlaku dalam negara kita, tetapi itu bukanlah satu excuse untuk latihan kecemasan berkala di adakan. Apa lagi kerana aspek penyelenggaraan atau maintenance ini yang memerlukan kepada satu manual operasi atau pun SOP yang jelas masih lagi menyaksikan banyak kekurangan. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Menteri tentu sahaja berada pada posisi yang terbaik untuk membantu menjelaskan kita mengenai kedudukan perkara ini.

Rupanya dalam aspek penyelenggaraan empangan ini juga difahamkan tiada badan kawal selia di peringkat kementerian khusus untuk memantau dan mengawal pengurusan. Walaupun saya faham setelah saya meneliti butiran perbelanjaan dalam kementerian ini, perbelanjaan modal itu memang EPU keluarkan waktu hendak buat empangan. Akan tetapi penyelenggaraan itu adalah di bawah perbelanjaan kementerian dan angka itu memang kecil dan tidak mencukupi. Bagaimana kementerian mengimbangkan kedua-dua keadaan ini?

Perkara kedua dalam ucapan saya Tuan Pengerusi ialah Butiran 050000 – Perhutanan. Di peringkat kerajaan negeri, hasil hutan atau pun pembalakan ini memang sumber pendapatan kerajaan negeri kerana percukaian yang lain atau hasil negara yang lain itu adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Jadi walau bagaimanapun, kita faham Majlis Perhutanan Negara telah menetapkan kuota tahunan, had untuk balak yang dibenarkan untuk ditebang. Isunya ialah setelah kawasan hutan simpan itu diberikan izin tebang, dimasukkan dalam kuota tebangan, isunya adalah kawasan peratusan hutan yang diganti itu sebenarnya agak menakutkan, kadar peratusannya kecil.

final • 12:23 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Misalnya baru-baru ini bila Parti Keadilan membuat semakan ke atas kes yang berlaku di hutan Jeram Padang di Negeri Sembilan apabila kerajaan negeri melalui pewartaan nombor 1933, 11 Mac 2004 yang melupuskan atau membatalkan status hutan simpan tetap yang telah pun diwartakan sejak 30 Ogos 1918. Hutan simpan tetap diwartakan sebab itu dianggap sebagai kawasan sensitif alam sekitar. Pertama.

Itu tahun 1918. Tahun 2004 kerajaan negeri membatalkan, kemudian pembalakan dimulakan. Apabila pembalakan dimulakan, ia bercanggah dengan beberapa akta lain. Akta Perancangan Bandar dan Desa, seksyen 18(1), yang disebut Akta 172.

final • 12:23 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Ia menyebut dengan jelas, tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut perancangan tempatan. Kita semak perancangan tempatan atau disebut Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-2020 yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan, disebut sebagai zon pengekalan, zon tidak sesuai untuk pembangunan dan zon kawasan sensitif alam sekitar secara jelas. Biar pun ada akta yang jelas yang tidak membolehkan suatu proses membatalkan pewartaan hutan simpan tetapi itu berlaku dan jumlah itu 4,800 hektar keluasan sebulan yang dibenarkan tebangan. Akan tetapi yang digantikan semula itu adalah sangat kecil.

Jadi saya ingin tahu, mengikut bidang kuasa yang ada pada kementerian, apabila berlakunya keadaan-keadaan seperti ini, setakat mana sebenarnya proses melaksanakan keperluan undang-undang bagi mengawal supaya kawasan hutan simpan yang telah dibatalkan status, kemudian dibuka pada pembalakan, kemudiannya diganti dengan rizab hutan yang lain? Ini menjadi isu bukan sahaja dalam negara. Saya baca surat khabar pagi ini, Menteri Luar kita yang berada di Australia juga terpaksa menjelaskan kepada rakan sejawatnya. Walaupun jaminan yang diberi adalah setiap inci hutan yang kita berikan izin tebang, kita ganti pula dengan kawasan keluasan yang sama walaupun bukan penanaman hutan tetapi penanaman sawit dan sebagainya. Bila buka ladang sawit, itu pun timbul masalah lain. Setelah sekian tempoh, sawit ini 25 tahun tempoh pengeluaran hasil, kadang- kadang dibuka pula menjadi zon industri. Akibatnya kawasan hutan semakin pupus.

Oleh sebab itu bila saya semak dalam buku bank data Jabatan Perangkaan, melihat dari segi kawasan hutan yang melitupi muka bumi suatu negeri dinisbahkan dengan saiz negeri, ya, saya datang dari kawasan Machang, Kelantan. Memang dalam buku Jabatan Perangkaan itu, Kelantan itu kawasan muka bumi yang masih dilitupi hutan nisbah dengan keluasan saiz negeri, itu masih tinggi, melebihi 50 peratus mengikut buku bank data Jabatan Perangkaan. Akan tetapi itu bukan isunya.

Isunya adalah bagaimana menggunakan peruntukan yang ada, yang saya petik tadi beberapa akta, yang dalam jurisdiction, bidang kuasa kementerian bagi memastikan isu penebangan hutan yang tidak digantikan dengan rizab yang keluasannya bagi menjamin pengekalan yang lebih lestari pada generasi akan datang. Jadi dua perkara, soal empangan dan soal penggantian hutan simpan tetap yang dibatalkan oleh pihak negeri, kemudiannya kelihatannya kementerian tidak mempunyai kuasa walaupun ada di dalam peruntukan Perlembagaan bagi menjamin ia tidak berterusan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:30 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 130000 – Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kementerian tentang wujudnya peluang pembangunan industri herba di negara ini. Kita pada masa ini banyak bahan-bahan ubat herba kita import dari negeri China dan kadang-kadang harga itu begitu tinggi dan banyak perbelanjaan dibelanjakan dalam hal ini.

final • 12:33 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Oleh kerana rawatan dan perubatan tradisional memang merupakan satu amalan yang begitu meluas dan juga mendapat sambutan yang begitu meluas di masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya nak tahu adakah sebarang rancangan difikirkan ataupun dirancangkan oleh kementerian untuk menerokai atau membantu rakyat tempatan menerokai peluang membangunkan industri herba di negara kita? Misalnya dengan membekalkan tanah. Kita kekurangan tanah. Mungkin peminat-peminat, pengusaha- pengusaha, peneroka industri herba ini memerlukan tanah. Adakah kerajaan bercadang membekalkan tanah kepada mereka supaya menggalakkan dan memberi facility kepada mereka supaya industri ini boleh dibangunkan?

Di samping usaha kerajaan menyerapkan rawatan dan perubatan tradisional ke dalam sistem perbuatan barat yang kita sedang amalkan, saya rasa usaha perlu diadakan untuk memastikan rancangan menyerapkan rawatan dan perubatan tradisional kepada hospital kita benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan benar-benar mencapai tujuannya untuk melengkapkan sistem perubatan dan rawatan di negara kita. Saya harap kerajaan melalui kementerian mengadakan rancangan dan bekalkan tanah supaya perindustrian herba itu boleh dibangunkan. Itu satu cadangan sahaja. Terima kasih.

final • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:33 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang terdapat di dalam B.23 dan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pertamanya saya ingin bertanyakan kepada kementerian satu jumlah yang agak besar di bawah P.23, Butiran 02304 – Bayaran Khas Pengambilan Balik Tanah sebanyak RM1 bilion. Saya ingin tahu daripada kementerian, untuk program besar yang manakah jumlah ini dibelanjakan? Sama ada ia melibatkan pembinaan infrastruktur yang besar seperti lebuh raya? Kalau ya, lebuh raya yang mana? Saya bangkitkan ini kerana berkaitan dengan satu projek yang telah diluluskan oleh kementerian ini beberapa Rancangan Malaysia yang lalu iaitu Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu yang telah pun diluluskan dan sebahagian daripada proses pengambilan balik tanah pun telah dimulakan. Adakah jumlah RM1 bilion ini termasuk di dalam program tersebut?

Keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai pengairan dan saliran di bawah P.23, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Saya ingin bertanya mengenai proses pengambilan pasir di sungai-sungai kerana beberapa minggu yang lalu, Pengerusi KADA di Kelantan ada membuat andaian bahawa antara punca kekurangan air yang dapat dibawa masuk ke dalam tanah-tanah di bawah KADA ini ialah pengambilan pasir di sungai. Ertinya, bila pasir ini dikorek, sungai menjadi lebih dalam. Jadi bila lebih dalam itu, menjadi masalah pula kepada KADA. Saya tak nampak perkara tersebut kerana sedalam mana pun sungai kita dikorek, air yang datang daripada hulu akan sentiasa memenuhkan sungai tersebut kerana ia ada paras yang akan dicapai dan airnya akan mencapai paras tersebut.

Jadi bagaimana boleh didakwa oleh Pengerusi KADA bahawa dengan pengambilan pasir, pengorekan dan mendalamkan sungai ini boleh menimbulkan masalah kepada masalah saliran. Jadi saya ingin bertanya bagaimana kaedah kawalan tebatan banjir? Adakah dengan mendalamkan sungai yang mana nanti akan timbul pula masalah pengairan seperti yang didakwa oleh Pengerusi KADA tadi?

Jadi Tuan Pengerusi, itu dua perkara yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

final • 12:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Silam.

final • 12:37 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya sama untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Saya terus pergi ke Butiran 15000 – kerja-kerja kecil JPS pelbagai negeri. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang kerja-kerja kecil JPS peringkat pelbagai negeri – peruntukan untuk negeri Sabah dan mohon supaya untuk peruntukan negeri Sabah supaya kementerian mengambil perhatian untuk dapat memperbaiki segala kerosakan terutamanya JPS di kawasan di bandar-bandar di Parlimen Silam di daerah Kunak. Yang mana dekat dengan SJK Pai Seng yang beberapa bulan yang lepas mengalami banjir kilat. Saya dapati saliran dekat sana belum lagi diperbaiki sehingga sekarang ini dan mohon supaya kementerian dapat mengambil perhatian dalam perkara ini.

Seterusnya, Butiran 15100 – mencegah hakisan pantai. Saya ingin bertanya juga pihak kementerian sebab saya telah pun memohon kementerian untuk projek membaik pulih dan memasang tebatan banjir, pantai di kawasan Nala dan sekitar berhampiran DUN Tunku. Sehingga sekarang ini, saya dapati belum lagi ada tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian ataupun jabatan yang berkaitan sebab saya dapati dari semasa ke semasa perkara ini semakin berleluasa dari segi hakisannya dan berbahaya juga terutamanya kalau musim tengkujuh dan berombak. Ini sebab kita dapati kawasan tersebut Tuan Pengerusi, terdedah kepada pukulan ombak daripada laut.

Seterusnya, Tuan Pengerusi menyentuh Butiran 15300 – mengorek kuala-kuala sungai terutamanya di kuala Sungai Segama dan di sambungan Sungai Pancuran di Bandar Lahad Datu. Saya dapati keadaannya semakin cetek dan kita berharap supaya kementerian dapat memastikan untuk membuat korekan di kawasan sungai-sungai tersebut untuk mengelakkan banjir.

Ini sebab berkaitan dengan Butiran 16500 – rancangan-rancangan mencegah banjir di negeri Sabah. Ini sebab saya dapati sehingga sekarang ini sebelum ini pun saya sebenarnya minta dengan kementerian supaya terutamanya di kawasan Sungai Sepagaya dan Sungai Segama yang selalu dilanda banjir kerana dari segi tebingannya belum lagi ada satu tindakan yang konkrit dan bersepadu dari segi mencegah. Walaupun memang kita tahu tidak boleh mencegah secara seratus peratus untuk banjir yang berlaku, tetapi sekurang-kurangnya kalau ada inisiatif ataupun rancangan kementerian dalam memperbaiki dan merancang untuk bagaimana kajian dibuat terutamanya di Sungai Segama dan Sungai Sepagaya bagi mengelakkan berlakunya hakisan yang meluas yang boleh menjejaskan persekitaran perumahan di kawasan-kawasan tersebut.

Jadi, saya berharap sangat Tuan Pengerusi supaya perkara ini diambil perhatian dan pada masa yang sama juga supaya adakah kementerian mengambil inisiatif rancangan untuk mengkaji parit dan saliran terutamanya bukan hanya di negeri Sabah, tetapi di seluruh negara terutamanya di kawasan-kawasan yang sudah lama dari segi tempat saliran air dan tempat laluan air yang belum dibuat kajian sudah mengambil masa yang agak lama.

Jadi, saya berharap supaya kementerian mengambil inisiatif dan memastikan supaya di masa akan datang, kalau boleh wujudkan satu langkah perancangan kajian secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengkaji sistem perparitan dan saliran terutamanya di kawasan-kawasan bandar-bandar utama yang telah lama dari segi parit dan salirannya belum lagi diperbaiki ataupun diperbesarkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:40 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas di bawah kepala B.23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Merujuk kepada Butiran 060200 dan 060300 di bawah tajuk penilaian alam sekitar dan pengawasan serta penguatkuasaan.

final • 12:45 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Pengerusi, di bawah penilaian alam sekitar, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Environmental Impact Assessment (EIA) juga Detail EIA. Penjelasan di dalam konteks kilang Lynas ataupun LAMP, satu detail EIA tidak dilaksanakan ke atas kilang Lynas sebelum dikeluarkan Temporary Operating License

(TOL). Sedangkan pada tahun 2011 bulan Julai, peraturan undang-undang mewajibkan aktiviti seperti kilang Lynas ini untuk menjalani detail EIA sebelum diluluskan lesen. Maka dalam soalan saya berkenaan dengan detail EIA ini, Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa tidak perlu diadakan detail EIA kerana telah lulus EIA pada tahun 2008. Maksudnya tidak, it is superseded. Dia tidak retrospektif, tidak boleh di backdated.

Tuan Pengerusi, EIA tidak sama dengan detail EIA. Apabila kita melihat kepada satu projek sebesar kilang Lynas ini, maka aspek-aspek dalam detail EIA yang tidak dibuat di dalam EIA sewaktu diluluskan EIA tersebut, perlu diteliti semula. Contohnya, Health Impact Assessment yang teliti, yang mendalam perlu dilakukan. Saya tanya pakar Health Impact Assessment Tuan Pengerusi, dia kata Health Impact Assessment tidak dilakukan secara detail. Malah, di dalam laporan ataupun nasihat kepada PSC ialah supaya diadakan satu Health Impact Assessment yang detail di dalam meluluskan kilang LAMP. Jadi, saya hendak tanya nanti pada Yang Berhormat Menteri kenapa Detail EIA tidak dilaksanakan?

Kedua, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Detail EIA yang wajib ke atas projek Rapid Pengerang. Saya difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan ini yang menjawab bahawa Detail EIA sudah pun diluluskan pada 23 Julai 2012 ke atas projek Rapid. Sedangkan ada juga maklumat yang saya terima mengatakan ianya lulus pada bulan Ogos 2012.

Apa pun, saya ingin bertanya apakah perkara-perkara yang telah diambil kira di dalam meluluskan Detail EIA? Ini kerana saya difahamkan round pertama apabila Detail EIA ini diketengahkan, ianya tidak lulus. Kemudian, ada beberapa perkara yang harus diteliti dan di submit semula. Kemudian, saya dapati ianya diluluskan. Boleh tidak saya mohon nanti Yang Berhormat Menteri jelaskan apa dia yang telah diluluskan kemudian itu?

Apa dia aspek-aspek ataupun pendetailan kepada yang harus ditambah oleh projek itu untuk mendapatkan kelulusan Detail EIA.

Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan pengawasan dan penguatkuasaan – 060300 di mana objektifnya ialah mencegah, mengawal, mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar melalui aktiviti pengawasan, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan efektif. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan lombong emas di Raub yang menggunakan sianida, cyanide di dalam proses yang rata-rata banyak complaint yang kita terima berkenaan dengan penduduk di kawasan Bukit Koman di Raub yang menghadapi sakit kulit. Menderita Tuan Pengerusi.

Saya pergi tengok dan saya lihat bagaimana mereka menderita sakit kulit. Ada yang menderita dari masalah pernafasan dan sebagainya. Bagaimana pengawasan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kementerian ataupun Jabatan Alam Sekitar di dalam memastikan bahawa tidak berlaku pencemaran dan tidak memudaratkan kepada penduduk-penduduk di Bukit Koman ya berkenaan dengan lombong emas di Raub.

final • 12:45 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kedua, berkenaan dengan lombong bijih besi di Pahang. Di dalam Laporan Audit Negeri Pahang, dilaporkan bahawa lombong bijih besi di Pahang khususnya di Bukit Ibam memberi kadar pencemarannya yang amat tinggi sehinggakan pada pendapat Jabatan Audit saya bacakan. Pendapat Jabatan Audit, “Kesan aktiviti perlombongan kepada penduduk berhampiran lokasi perlombongan adalah serius”. Maksudnya ada impak kesihatan, ada impak kepada alam sekitar, ada impak kepada penduduk. Bagaimana sehinggakan ada lombong yang jaraknya hanya 50 meter daripada rumah?

Bagaimana penguatkuasaan dari segi meluluskan lombong-lombong ini?

Penguatkuasaan dari segi mengawal alam sekitar, mengawal supaya kesan habuk, kesan debu dan sebagainya tidak meninggalkan kesan yang negatif terhadap kesihatan. Itu yang kedua Tuan Pengerusi. Ketiga, berkenaan dengan penguatkuasaan juga. Saya ingin bertanya kepada kementerian, Jabatan Alam Sekitar juga berkenaan dengan waste management, toxic and hazardous waste management.

final • 12:50 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Di dalam kilang Lynas ada tiga waste trim dengan izin, three waste trim. Dua daripada waste trim tersebut ialah diregulated ataupun dikawal selia oleh Kementerian Alam Sekitar. Satu, yang bersifat radioaktif dikawal selia oleh MOSTI, AELB. Dua, di bawah Kementerian Alam Sekitar. Di dalam bahas saya di peringkat dasar, Menteri menjawab bahawa peraturan pengurusan sisa buangan radioaktif mengizinkan dilution of radioactive waste, dengan izin. Maka radioaktif waste di dalam saluran yang ketiga the third waste trim di mana bacaannya ialah 6.2 becquerel per gram akan didilute sehingga menjadikan radio aktivitinya kurang daripada 1 becquerel per gram.

Mengikut menteri, ini adalah sesuatu perkara yang biasa dilakukan. Okey, soalan saya kepada Kementerian Alam Sekitar. Apabila ianya jatuh kepada bawah 1 becquerel per gram, maka ianya tidak lagi diklasifikasikan sebagai radioaktif waste ataupun sisa buangan bersifat radioaktif. Akan tetapi saya juga tahu bahawa ianya terklasifikasi sebagai sisa buangan toksik dan hazardous yang harus dikawal selia oleh Kementerian Alam Sekitar.

Saya juga daripada dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Lynas dapat tahu bahawa waste itu akan dicommercializekan, akan dikitar semula untuk menjadi bahan-bahan yang boleh dijual.

Soalan saya kepada Kementerian Alam Sekitar. Bagaimana program, proses apa yang akan dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar di dalam memastikan bahawa sisa buangan itu walaupun tidak diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif tetapi tetap mengandungi bahan-bahan radioaktif yang jumlahnya sama dari segi total volumenya, sama. Akan tetapi dari segi radio aktivitinya kurang oleh kerana sudah melalui proses dilution. Jadi, bagaimana hendak commercialize sesuatu yang hazardous toxic ini apa dia proses dan apa dia jaminan kementerian bahawa bahan-bahan yang dijual nanti tidak memudaratkan pula kepada pengguna-pengguna, consumer?

Bukankah ini sesuatu yang boleh kita elakkan? Bukankah seharusnya kita memikirkan bagaimana hendak elakkan daripada menanggung beban menguruskan sisa radioaktif ini? Mengapa kita harus cari pula jalan bagaimana hendak immobilize the radioactive element ataupun the radio nuclide tidak hendak bagi ia gerak, tidak hendak bagi ia merata-rata? Kalau buat jalan, nanti kalau jalan itu pecah ia tidak membahayakan orang awam. Mengapa kita harus tanggung beban ini, Tuan Pengerusi?

Ini yang saya tidak faham ya? Mengapa di suatu ketika kita kata kita hendak hantar balik Australia...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 12:50 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Akan tetapi di suatu ketika, kita benarkan mereka dilute...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Dan mereka hendak commercialize. Jadi pohon kementerian nanti beritahu, jelaskan apa dia penguatkuasaan, kawal selia dalam memastikan bahawa sisa itu sebelum- bagaimana hendak diuruskan kerana jumlahnya begitu besar dan kalau didilutekan lagi enam kali ganda lagi besar jumlahnya. Sama ada adakah kita menerima sisa buangan yang toksik itu untuk dicommercializekan dan dijadikan gypsum dan sebagainya? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Setiu.

final • 12:50 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Ada dua perkara yang saya...

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya memberi peluang Yang Berhormat bercakap melihat apa yang saya lihat di sini, Yang Berhormat Setiu jarang-jarang bercakap kena bagi peluanglah. Tidak payah...

final • 12:55 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Setiu.

final • 12:55 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Ada dua, tiga perkara yang saya hendak bangkitkan yang pertama di bawah Kepala B. 070000 – Program Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Saya memohon kepada kementerian supaya mengambil tindakan yang segera. Pertamanya berlaku gangguan daripada gajah liar kepada tanaman-tanaman terutamanya kelapa sawit dan juga kawasan kampung yang melibatkan di Daerah Setiu, Daerah Besut dan juga Hulu Terengganu.

Kitaran gajah ini kadang-kadang dua kali setahun, kadang-kadang dua tahun sekali tetapi boleh banyak memusnahkan harta benda dan juga keselamatan penduduk.

Jadi harapan saya supaya Jabatan PERHILITAN mengambil tindakan yang segera jika mendapat aduan kerana saya difahamkan aduan yang telah dibuat mengenai gajah liar ini tindakan lambat diambil yang menyebabkan kerosakan berlaku banyak perkara. Kedua Tuan Pengerusi ialah Program Pengairan dan Saliran di bawah Kepala 13900, Kepala 15100 terutamanya kawalan isyarat bahaya banjir.

Kawasan Daerah Setiu merupakan daerah rendah yang tiap-tiap tahun menghadapi banjir. Jadi, saya berharap sangat kepada kementerian supaya memperhebatkan amaran banjir kerana kadang-kadang banjir berlaku melalui air hujan yang turun di hulu yang tidak disedari oleh kawasan penduduk di kawasan pantai. Perkara yang seterusnya ialah hakisan pantai. Suka saya maklumkan bahawa di sepanjang Pantai Besut, Setiu dan juga sampai ke Kuala Terengganu hakisannya berlaku sangat hebat.

Tindakan yang diambil agak perlahan dan kesannya ialah sangat besar kepada tanah di tepi pantai dan juga akan memberi kesan kepada penutupan muara yang boleh menyebabkan terutamanya nelayan yang tidak dapat keluar masuk. Kedua, boleh menyebabkan banjir cepat kerana tiada aliran dari hulu ke laut.

Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah mengenai Taman Laut iaitu Kepala 17100. Terdapat 13 pulau di Terengganu yang telah digazet di bawah Taman Laut. Saya memohon supaya pihak kementerian bukan sahaja menggazetkan Taman Laut tetapi juga terus memelihara Taman Laut daripada pencerobohan terutamanya pukat-pukat tunda daripada nelayan luar negara dan juga terus menambahkan hasil bukannya hendak membiarkan tiada satu kaedah bagi menghidupkan hidupan laut untuk menambahkan hasil kepada laut dan juga nelayan.

Yang kita maklum bahawa pukat-pukat tunda ini banyak merosakkan hidupan laut dan juga tukun-tukun tiruan. Selain daripada itu, saya memohon supaya penjagaan Taman Laut ini dibuat bersekali dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Oleh sebab APMM di bawah JPM, saya memohon kepada pihak kementerian...

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Setiu lagi panjang Yang Berhormat?

final • 12:55 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Sedikit sahaja.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada lima minit, jam sudah pukul 1, Yang Berhormat.

final • 12:55 PM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Tidak apa duduk. Jadi saya sambung sedikit lagi. Saya memohon kepada kementerian supaya APMM ini diletakkan stesennya di Pulau Redang bagi membolehkan penguatkuasaan dan pertolongan daripada nelayan dapat diberi segera. Jadi masalahnya ialah beberapa laporan yang telah dibuat tetapi tindakannya terlalu lambat dan perlahan. Sekian.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapa Yang Berhormat. Belum lagi Tan Sri duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa]

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sambung tengah hari.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:55 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada sesi pagi ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, sepuluh minit. Sila.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 060000, di mana di kawasan Parlimen Gombak, ada Ahli Parlimen di sini, Batu Caves merupakan satu kawasan yang cukup sensitif di mana seratus lebih spesies haiwan dan di antara spesies haiwan di kawasan ini saya baca bahawa ada di antara haiwan itu yang unik yang tidak terdapat di kawasan lain. Saya mahu tahu berapa banyak spesies seperti ini dan jumlah jenis haiwan yang ada di kawasan bukit bukau ini yang pada hari ini menjadi satu tempat yang begitu banyak pertikaian berlaku.

Juga saya merujuk kepada pembangunan yang dicadangkan dan diluluskan.

Rakyat tidak kisah apa yang berlaku semalam tetapi mereka kisah apa akan berlaku hari ini dan esok. Ada pihak-pihak yang mahu mempolitikkan isu kondo, pembinaan kondo yang menjejaskan dengan begitu teruk kawasan alam sekitar di situ dan juga membahayakan bukit ini yang menjadi satu aset kepada negara ini. Walaupun kita tahu bahawa Ahli Parlimen kawasan itu seorang yang memang tidak begitu prihatin dan juga bekerjasama dengan mereka yang anti Hindu, cukup baik dan erat bersama-sama seorang anti Hindu.

Akan tetapi yang penting bukan kuil yang ada di situ tetapi bukit itu yang perlu diselamatkan walau apa pun. Mungkin Ahli Parlimen itu tidak sedar, jadi saya harap kementerian memberi satu petunjuk yang baik kepada negara ini bagaimana caranya menyelamatkan bukit ini yang begitu berharga, yang tidak ternilai harganya sehinggakan seluruh dunia mereka datang ke sini kerana bukit itu tetapi kita memang sudah tidak melihat kepentingannya sehingga berlaku sesuatu seperti ini.

Penilaian impak juga dikatakan tidak ada apabila penilaian impak alam sekitar juga dikatakan tidak ada apabila projek ini diluluskan. Sekiranya betul, kenapakah kementerian yang ada, pejabat yang berhampiran di situ. Di kawasan itu juga ada pejabat Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, kenapa mereka overlook ini.

Saya harap kecuaian kerajaan negeri hari ini yang memberi pelbagai alasan. Saya baru baca ada satu cerita keluar, dia kata di tunjuk kepada ahli-ahli majlis dan sebagainya yang penting who is the government of the day? Kenapa mereka membahayakan bukit ini?

Kenapa mereka harta negara ini? Kita tahu bahawa Ahli Parlimen kawasan dan juga rakan beliau, mereka ini musuh negara yang sebenar, bukan sahaja mereka mempolitikkan politik, bukan sahaja mereka membunuh politik hari ini tetapi mereka mahu merosakkan alam sekitar kita yang membawa berpusu-pusu dan jutaan orang-orang asing ke negara ini.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Satu lagi saya merujuk sekali lagi, saya telah banyak kali bawa di dalam Dewan ini tentang banjir di Padang Serai sehinggakan apabila saya bawa topik banjir di Padang Serai ini, ia menjadi persoalan di dalam internet. Ada yang mentertawakan, ada yang sengaja hanya kerana politik mereka tulis di dalam blog macam-macam. Hakikat sebenarnya kalau tidak turun ke kawasan itu mereka tidak akan tahu.

Akan tetapi mereka mahu berpolitik melalui internet dan apa sebenarnya untuk perhatian pegawai-pegawai kementerian apa sebenarnya impak terhadap peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai di kawasan di tengah-tengah pekan Padang Serai. Kalau mendung mereka akan cepat-cepat naikkan barang-barang di dalam kedai. Kedai bukan satu, dua, tiga barang, malah puluhan ataupun ratusan ataupun ribuan. Sehinggakan beberapa kedai yang saya lawat beberapa hari ini- setiap hari saya kena pergi kerana sekarang ini musim hujan. Mereka menggunakan batu bata dan juga tiang-tiang untuk menaikkan keseluruhan tempat mereka menyimpan barang di lantai. Kalau turun ke situ baru tahu kenapa banjir di tengah-tengah pekan Padang Serai.

Mungkin pekannya kecil macam ‘pekan koboi’ sahaja tetapi ini adalah satu kawasan yang bersambung dengan satu sungai yang membawa aliran. Mungkin pekan ini oleh kerana pengaliran sungai yang tidak terurus dengan baik ataupun tidak dijaga ataupun tidak dimonitor, pasir-pasir sudah naik. Jadi kalau tidak turun tidak tahu. Saya telah beberapa kali bangkitkan ini dan juga bila saya duduk di sini tadi penghulu di kawasan itu telefon saya.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Penghulu kata JPS telefon saya, Jabatan Alam Sekitar telefon saya, mereka mahu tahu di mana? Kalau kementerian atau pegawai mahu, mereka boleh hubungi saya terus.

Saya lepas ini saya akan balik juga. Pukul 5, pukul 6 saya sudah ada di kawasan. Pukul 7, saya boleh bawa pergi tunjuk dan tengok. Mari kita halusi perkara ini. Ini bukan satu perkara yang berlaku satu minggu, dua minggu, satu bulan, dua bulan. This is a something going on for a very long time and these people have been complaining, complaining sehinggakan Jabatan Alam Sekitar tolak kepada majlis, majlis tolak sana, tolak sini, orang main bola sahaja. Seharusnya ada perkongsian ataupun persefahaman di antara Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain kementerian untuk menangani masalah ini kerana mungkin ini adalah satu masalah yang wujud kerana alam sekitar dan kerana lain-lain perkara juga.

Satu lagi di Taman Damai, saya sudah banyak kali ungkit, saya sudah bawa sendiri kompelin saya kepada kementerian. Saya beri di pejabat sini, saya hantar, di belakang Taman Damai itu memang ada satu Indah Water tetapi saya kena berterima kasihlah kepada pegawai atau siapa Indah Water punya ini, Datuk Kadir yang boleh turun ke Padang Serai. Dia tunggu sebelah Indah Water dan bawa pegawai dia, beri penerangan kepada saya. Very responsible man, very, very responsible. Bukan macam Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Permatang Pauh, very irresponsible.

Jadi saya harap sebelah dengan takungan Indah Water ini, seluruh kawasan itu menjadi macam lebih kurang macam paya dan tahulah sebelah dengan perumahan. Kalau ada satu tempat macam paya menjadi takungan, membawa masalah alam sekitar yang teruk, kesemua kebanyakan 90 peratus daripada kesemua rumah. Dalam satu deret, mungkin 40 rumah ataupun 30 lebih rumah, 90 peratus rumah-rumah itu semua kosong dan mereka sudah keluar dari situ. Saya bukan minta digantikan rumah baru tetapi saya mintalah pakar-pakar daripada Jabatan Alam Sekitar, mereka boleh menjadi bertanggungjawab, turun sekali bincang cara mengatasi masalah itu. Sehingga mereka yang meninggalkan rumah-rumah itu, ada seorang pula dia bela ayam Belanda di dalam rumah itu. Ayam Belanda satu rumah mungkin 100 ekor lebih. Pergi sana bunyi dia macam Yang Berhormat Gombak..., klok, klok, klok, klok!... [Membuat bunyi ayam jantan] Saya harap kementerian... [Disampuk] Apa itu? Yang Berhormat Kota Melaka. Sayang sangatkah sama Gombak? Tadi dalam Parlimen pun tidak pakai bajulah...

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Mahu hormat apa?

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Padang Serai, masa Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi, saya harap pihak kementerian cari satu jalan. Ini satu kementerian yang cukup responsif. Memang mereka very responsive. Bukan hari ini, apabila saya menjadi Ahli Parlimen tahun 2008, saya menghampiri mereka. Menterinya cukup menyokong aktiviti dan juga rakyat di kawasan saya, sehingga membantu- lapan orang penuntut daripada kawasan pergi ke Norway untuk menerima anugerah daripada Bangsa-Bangsa Bersatu.

Saya ucap syabas dan terima kasih tertinggi sekali kepada Menteri yang sendiri membantu penuntut-penuntut ini. Akan tetapi pada masa yang sama pegawai-pegawai mesti memainkan peranan supaya kerja Menteri yang cukup prihatin ini akan lebih ringan.

Jadi saya bukan mahu bodek atau apa tetapi ini hakikat sebenar. Mereka melakukan kerja dengan baik dan mungkin satu, dua pegawai saya harap mereka akan membantu menyelesaikan masalah ini yang saya lihat sudah empat tahun berlarutan.

Saya juga Tuan Pengerusi, mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan semua yang memberikan saya peluang dan harap tiga isu yang saya bawa ini kalau nanti saya tidak ada kerana lepas ini akan bergegas balik ke kawasan mahu melihat orang.

Saya tahu mendung ini, bolehlah saya tolong mereka angkat barang dan simpan di atas sedikit. Saya akan balik kawasan, kalau tidak jawab tolong bagi secara bertulis supaya saya boleh continue this effort to help this people. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh beberapa butiran di sini yang hendak saya rangkumkan kerana ianya berkaitan di antara satu sama lain. Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri.

Kedua ialah Butiran 15100, 15300, 15400 dan yang lain itu akan saya sentuh nanti kerana yang ini adalah berkaitan di antara satu sama yang lain.

Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian sama ada kementerian mempunyai perancangan yang sedia ada ataupun kalau belum saya hendak mohon di sini kerana selama ini apa yang kementerian lakukan kita amat menghargainya? Saya hendak mengambil peluang ini ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri sendiri kerana Menteri sentiasa turun ke kawasan dan sentiasa bertanya mengenai perkara yang dialami kita di kawasan. Akan tetapi di sini seperti biasa kita tahu bahawa keadaan dari segi perparitan di kawasan-kawasan memang masih banyak diperlukan. Ada di antara kawasan yang belum digali, belum ada perparitan sehingga ianya dijangka. Itulah yang menjadi alasan untuk sehingga berlakunya banjir.

Maka dengan itu saya merasakan kalau pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak Ahli Parlimen ataupun wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan maka kita boleh berkongsi ataupun boleh memberikan maklumat kerana sentiasa turun ke padang.

Dari situ kita dapat maklumat daripada rakyat akan keperluan mereka. Mereka memohon agar digali supaya adanya parit, supaya air dapat mengalir. Jadi situ juga kita memohon agar kawasan yang terlibat misalnya di kawasan saya di Parlimen Batang Sadong khususnya di kawasan Gedung, di kawasan Ensengei dan juga di Pekan Simunjan.

Berlakunya hakisan termasuk kampung yang saya rasa Menteri sendiri sudah mengetahuinya iaitu Kampung Saging di kawasan Simunjan.

Jadi di bawah Butiran 15100, saya mohon agar mungkin peluang ini untuk Menteri sendiri mendapatkan maklumat ini untuk memohon lebih banyak lagi peruntukan untuk melakukan kerja-kerja untuk mencegah hakisan pantai. Kerana di kawasan kita memang benak terlalu deras sehingga mengakibatkan hakisan begitu pantas sekali. Baru-baru ini di Kampung Saging ianya masih lagi tengah berlaku hakisan sehingga kita telah turun ke kawasan untuk memohon lagi peruntukan agar dibina, disusun peraturan semula pelaksanaan tugas mencegah hakisan dari berlaku dengan lebih teruk.

Di bawah Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai untuk mengelak dari berlakunya banjir. Ini juga saya hendak jelaskan di sini sebenarnya sudah ada peruntukan.

final • 2:45 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Akan tetapi saya rasa ianya masih tidak mencukupi untuk membantu kita untuk mendalami lagi pengorekan di terusan yang tengah dilakukan kerana saya rasa Menteri juga menyedari perkara ini kerana kita telah membawa perkara ini kepada pihak kementerian agar pemantauan dari segi penggalian itu sentiasa dibuat supaya penggalian itu dibuat seperti mana yang diperlukan iaitu supaya sedalam-dalamnya, ianya bagi mengelakkan banjir dari berlaku di kawasan lain. Jadi, kita perlu penggalian di kawasan terusan di Kampung Lubok Samsu itu dilakukan dengan lebih berkesan.

final • 2:45 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi, Butiran 15400 iaitu Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam. Di sini saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada penduduk di kawasan Sadong Jaya yang mana di kawasan Kampung Semera. Kampung itu sendiri mengusahakan telah membawa inisiatif ini kepada saya, membawa cadangan agar mereka dapat dibantu untuk menggali- mereka menyebut sungai tetapi saya rasa itu adalah satu perparitan yang besar sekali kerana apabila air surut ataupun kering, memang tidak ada air langsung di situ. Jadi, saya mengharapkan agar kementerian boleh membantu kita untuk memberi peruntukan untuk membantu masyarakat kampung untuk mengendalikan sendiri program-program seperti ini.

Saya rasa apa yang telah dilakukan oleh penduduk di kawasan Kampung Semera boleh dijadikan contoh kepada kampung-kampung yang berdekatan kerana mereka mengusahakan sendiri gotong-royong dan juga pembuangan sampah yang mana berlakunya sampah yang tidak dipungut dengan cara yang teratur. Akan tetapi oleh kerana atas inisiatif mereka, jadi saya bersama dengan orang kampung berbincang dengan majlis daerah untuk membekalkan mereka tong sampah seperti mana yang mereka perlukan.

Sehingga ke hari ini, memang ini menjadi satu percakapan yang menjadi contoh kepada kampung-kampung lain. Jadi, saya hendak mengambil peluang ini untuk memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk membantu, memberi kita lebih banyak peruntukan agar kita dapat melibatkan orang kampung untuk menjadikan sungai mereka seperti mana yang berlaku di Kampung Semera ini, sungai dijadikan tempat untuk memancing dan juga untuk berekreasi.

Di bawah 167000 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya hendak kaitkan dengan kampung-kampung yang saya sentuh tadi iaitu Kampung Ensungai, Kampung Gedong dan Pekan Simunjan kerana kalau kita tidak mohon di sini, mungkin ia agak lambat untuk mendapatkan apa yang diperlukan ataupun dipinta oleh orang kampung kerana hakisan begitu kuat sekali berlaku di situ. Saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian akan perkara ini supaya dapat kita memulakan kerja-kerja di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kampung-kampung yang saya nyatakan tadi.

Akhir sekali Butiran 060200 iaitu Pendidikan dan Penilaian Alam Sekitar. Saya rasa program pendidikan amat penting sekali, amat diperlukan sekali untuk murid-murid sekolah dan juga orang kampung. Saya mengharapkan kementerian dapat meningkatkan lagi apa yang telah dilakukan selama ini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Akan tetapi ia tidak mencukupi kerana biasanya apabila pihak sekolah, pihak kampung melakukan aktiviti untuk mendidik masyarakat daripada segi alam sekitar ini, kita sebagai Ahli Parlimen banyak membantu. Jadi kalau boleh kita mengharapkan agar pihak kementerian boleh membantu untuk menambahkan lagi daripada segi peruntukan untuk memberi pendidikan seperti ini agar kita dapat meluaskan lagi kawasan-kawasan yang boleh kita capai untuk pendidikan dan penilaian alma sekitar.

Jadi dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian yang selama ini telah membantu kita dalam mengatasi masalah-masalah alam sekitar ini. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada Parlimen Balik Pulau untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat ini. Saya ingin berbahas terutama sekali mengenai isu Butiran 070000 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Yang Berhormat Menteri, satu ketika Parlimen Balik Pulau dikejutkan dengan satu berita tertangkapnya Anson Wong ataupun ‘Raja Cicak’ yang mana dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab terlibat dalam sindiket dunia mengenai haiwan-haiwan rare species ini.

Lebih daripada itu Yang Berhormat Menteri yang ingin saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana saya tahu beliau didapati bersalah di peringkat awal, rayuan, terlepas. Akan tetapi persoalannya ialah adakah itu sahaja usaha jabatan kementerian ataupun pihak yang bertanggungjawab terhadap menangani isu yang sebesar itu. Ini kerana Anson Wong terlepas tetapi yang lebih penting pada pandangan saya ialah saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, ini bukan satu gerak kerja jenayah biasa.

Ia merupakan satu gerak kerja jenayah sindiket, syndicated crime.

Persoalannya kita mahu penjelasan Dewan ini, bagaimana isu penyeludupan haiwan-haiwan yang terpelihara ini dapat diselesaikan dengan hanya sebegitu sahaja.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh berikan satu penjelasan yang lebih lagi, apakah sebenarnya cerita Anson Wong ini. Ini kerana bagi saya kita mahu bagaimana beliau– ya, kebetulan ada kebun, dusun di Telok Bahang, dekat Titi Kerawang, dikatakan juga diwujudkan macam mini zoo kononnya ketika itu macam mini zoo. Akan tetapi persoalan saya- ya, mungkin kita di Pulau Pinang tidak mempunyai kepakaran mengenai zoo. Saya difahamkan ketika mana operasi itu dibuat, kepakaran dari Zoo Melaka diambil. Akan tetapi persoalannya ialah bagaimana isu yang sebesar itu sekarang ini sudah tidak dibincangkan, tetapi sebenarnya isu itu amat besar di peringkat antarabangsa. Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskannya.

Saya difahamkan, beliau dilepaskan pun atas isu technicalities dan isu yang saya difahamkan ialah kononnya hukuman yang dikenakan kepada beliau itu, melebihi daripada prinsip undang-undang yang sepatutnya. Jadi persoalan saya itu, adakah isunya isu undang-undang atau isu kecuaian, kelemahan pendakwaan daripada– ya, mungkin kalau bersifat di peringkat jabatan ataupun di peringkat Peguam Negara sendiri. Bagi saya isu itu sepatutnya mesti telah diperhalusi, perlu dikaji sebelum ia dibawa sebegitu rupa dan kalah sebegitu rupa. Memalukan. Bagi saya memalukanlah atas sebab technicalities.

Tidak salah saya, kalau saya ingat isu itu saya baca surat khabar kononnya hukuman yang dikenakan itu melebihi, it is exorbitant. Jadi peguam perayu, peguam yang sama mewakili kes-kes yang lain- saya kenal lain dia. Dia pun bawa kes Anson Wong.

Mungkin kes itu agak lumayan. Jadi persoalan saya ialah bukan itu isunya ialah yang penting kita mahu isu aspek penguatkuasaan itu ditekankan adalah tahu disebabkan oleh kelemahan jabatan atau Peguam Negara. Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskannya.

Kedua Yang Berhormat Menteri, atas isu yang sama. Kebetulan, ketika di Rom, saya melihat rupanya Sandokan- Sandokan inilah kalau dalam bahasa literaturenya Sandokanlah tetapi dalam bahasa kita ini ialah harimau belang itu. Merupakan satu spesies yang amat popular hatta di Itali itu, imej Sandokan itulah antaranya imej permulaan untuk orang mengenali Malaysia. Kebetulan ada anak Pulau Pinang, namanya Peter HS. Lim, seorang yang belajar di Fine Arts School di Rom itu, menjadi orang yang hebat di sana, mempromosikan Sandokan ini. Jadi saya melihat ada perkara-perkara yang kepunyaan PERHILITAN, mempunyai potensi besar daripada segi aspek pelancongan, aspek seni dan sebagainya. Saya rasa itu juga perlu mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah yang dilakukan untuk mengetengahkan lagi Sandokan yang merupakan milik kita di sini.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, sedikit mengenai aspek- di sini dikatakan 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai.

Yang Berhormat Menteri, kebetulan di Parlimen Balik Pulau terutama daripada segi di kawasan Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh dan sebagainya itu dimaklumkan kepada saya ialah antara kawasan hutan bakau antara yang paling terbaik.

final • 2:53 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, apakah yang berlaku di lapangan?

Gerak kerja ada yang secara haram saya boleh katakan, secara yang tidak dikawal. Pembukaan kolam-kolam udang yang telah merosakkan hasil tangkapan nelayan di Parlimen Balik Pulau secara langsung. Jadi Yang Berhormat Menteri, di dalam usaha menangani penanaman pokok bakau ini, ia juga perlu dilihat mengapa pokok-pokok bakau ini kurang? Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini Yang Berhormat perlu merujuk ini kepada kementerian lain juga. Di Parlimen Balik Pulau, di Kampung Kuala Jalan Baru secara khusus. Tanah PERDA, PERDA ini ialah tanah Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah kawal selia Yang Berhormat Tasek Gelugor, dibenarkan dibuka kolam-kolam udang ini sehingga pokok-pokok bakau banyak dipotong, ditebang dan laporan penduduk telah buat banyak kali. NGO semua sudah datang.

Juga Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat mempunyai ruang untuk masuk secara lebih tegas kerana air yang digunakan untuk ternakan udang tersebut telah menyebabkan keracunan kepada ikan-ikan di kuala terutamanya yang telah mengikut pandangan para nelayan, ia telah memberi akibat langsung kepada hasil tangkapan nelayan-nelayan di situ.

final • 2:53 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu menggunakan kuasa di bawah akta, saya tahu di bawah Akta Alam Sekitar itu kuasanya amat kuat dan malah seingat saya dahulu Yang Berhormat Kepala Batas cuba membawa EIA Report juga kepada untuk aspek pembangunan perumahan. Katanya tidak boleh kalau EIA Report tidak ada untuk satu perumahan untuk yang saiz tertentu.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin menarik perhatian di Parlimen Balik Pulau. Kebetulan Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian Dewan ialah, saya dimaklumkan bahawa taman negara yang pertama di bawah akta ialah Taman Negara Teluk Bahang. Mungkin ramai yang ingat Endau-Rompin tetapi sebenarnya Taman Negara Teluk Bahang di dalam Parlimen Balik Pulau. Yang Berhormat, ingin saya katakan di sini bahawa di situ terdapat satu perkara yang amat strategik dan cantik iaitu di mana terdapat satu tasik yang bercantumnya air masin dan air tawar, dan di situ terbentuknya satu spesies haiwan kura-kura yang amat unik yang dikatakan hanya wujud di Parlimen Balik Pulau.

Jadi soalan saya, dengan kekuatan tarikan pelancongan...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Hendak tunjuk gambar?

Gambar tidak bawa, Yang Berhormat Menteri. Mungkin dalam menjawab, Yang Berhormat Menteri boleh tunjukkan gambar, boleh Yang Berhormat Menteri? Hendak menjawab nanti hubungi pegawai bawa keluar gambar, saya tidak bawa, bagi kawan-kawan di sini tengok.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya melihat perkara-perkara ini sebenarnya satu perkara yang amat bagus dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana saya dimaklumkan ada chalet-chalet yang bagus dibina di dalam taman negara tersebut. Akan tetapi saya rasa lebih baik ia dipromosikan dengan lebih kuat lagi. Mungkin itu ada kaitan dengan aspek pelancongan. Akan tetapi hari ini saya melihat dengan nada yang ditunjukkan pada hari itu oleh Yang Berhormat Mambong, saya ingat lagi jawapan dia, dengan ecotourism dan sebagainya, itu ada kaitan dengan nature, ada kaitan dengan alam sekitar.

Jadi adalah molek kalau Kementerian Alam Sekitar dan juga Yang Berhormat Mambong rakan saya ini, yang amat bersungguh-sungguh ini dapat bekerjasama. Ini kerana Yang Berhormat Menteri, pelancongan di Parlimen Balik Pulau ini mengenai alam sekitar, mengenai taman negara, mengenai kampung nelayan, mengenai titi kerawang dan banyak lagi.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Seterusnya Yang Berhormat Menteri untuk point yang ketiga. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada apa yang saya juga dimaklumkan wujudnya pokok kerdas. Pokok kerdas ini di dalam bahasa kita mungkin dipanggil pokok gaharu.

Betul tidak?... [Disampuk] Betul, bukan? Kerdas. Ada orang cakap dalam bahasa ini tetapi pokoknya ialah pokok itu wujud di Parlimen Balik Pulau dan katanya ia mempunyai potensi yang besar untuk diangkat dari segi aspek komersialnya. Saya rasa Yang Berhormat Menteri melalui jabatan mungkin boleh memberikan penjelasan, sejauh mana potensi pokok kerdas ini.

Seterusnya yang ingin saya beritahu Yang Berhormat Menteri, ini Yang Berhormat Menteri tolong pantau, mungkin tolong bantu Kementerian Dalam Negeri. Di Balik Pulau ini masalah air ketum ini kuat sangat. Air ketum, satu pokok yang istimewa dan banyak di Perlis. Saya ada berbincang dengan Yang Berhormat Arau, banyak. Jadi membuat ketum ini Yang Berhormat Menteri, memang pokok ketum... [Disampuk] Daun pokok ketum. Yang Berhormat Menteri kena tanya ini, Yang Berhormat Arau pandai, tanya Yang Berhormat Arau.

Pokok ketum ini Yang Berhormat Menteri, secara tradisinya nelayan-nelayan menggunakan sehelai, dua helai, saya berjumpa dan berinteraksi dengan mereka, ya lah kadang-kadang untuk perubatan herba. Akan tetapi persoalannya ini ialah banyak disalahgunakan. Ramai pandai dia masuk macam-macam ubatan-ubatan saintifik ini dan sehinggakan wujud isu penyalahgunaan dan yang paling Yang Berhormat Menteri, yang saya perlukan Yang Berhormat Menteri campur tangan ialah ia telah merosakkan warga belia di Parlimen Balik Pulau.

Jadi isunya di sini Yang Berhormat Menteri, kalau ia punya potensi perubatan, punya potensi komersial, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melihat bagaimana ia daripada disalahgunakan tetapi dijadikan produk terkawal dan ia boleh memanfaatkan negara daripada menjadi mudarat kepada negara. Itu Menteri mungkin boleh check dengan kawan-kawan.

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, ini saya mohon Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri pun maklum, Parlimen Balik Pulau di antara kawasan yang terkena musibah tsunami suatu ketika. Satu keluarga saya ingat, seorang pemandu itu anaknya empat orang mati di Pantai Pasir Panjang. Lebih daripada itu Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini, jarang berlaku seingat sayalah daripada saya kecil sehingga sekarang, tiba-tiba baru ini ada lagi musibah puting beliung mengakibatkan 20 buah rumah habis tercabut bumbung semuanya. Perkara-perkara yang saya rasa agak kurang kita dengar ataupun mungkin tidak pernah di Parlimen Balik Pulau.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, dengan berlatar belakangkan satu musibah tsunami yang amat digeruni dan baru-baru ini musibah yang sebegini, apa perancangan kementerian terutama sekali dengan izin, disaster management ataupun kita panggil disaster alert system dan sebagainya? Itu persoalan saya. Ini kerana ketika mana tsunami berlaku, saya ingat lagi, Dewan, media masing-masing berbincang mengenai alert system dan sebagainya, tetapi saya rasa perkara itu perlu dibincangkan semula dan perlu dijelaskan di Dewan ini apa perancangan kementerian terutama kawasan-kawasan yang kita tidak punya pengalaman mengenai bencana-bencana alam yang sebegini. Saya rasa kita juga perlu dilatih dan diberi tunjuk ajar bagaimana kita perlu menguruskan masyarakat.

Jadi atas dasar itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan untuk kepentingan warga Parlimen Balik Pulau dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Parlimen Balik Pulau. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 3:00 PM

`Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Pengerusi, saya dengan rakan- rakan lain ingin membincangkan mengenai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

final • 3:06 PM

`Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh - Kalabakan

Jadi kita nampak dalam buku Anggaran Perbelanjaan ini, kita nampak dalam senarai-senarai ini, negeri Sabah untuk mencegah banjir ini tidak sampai RM1 juta peruntukan diberi. Butiran 16500, RM679,000 sahaja. Jadi kita nampak lain-lain tempat ini beratus juta ada. Jadi saya minta kalau boleh Menteri meneliti kerana saya percaya mungkin daripada peruntukan-peruntukan di kepala-kepala yang lain itu boleh diberi kepada negeri Sabah.

Ini kerana di negeri Sabah ini, selain daripada keseluruhan negeri Sabah, di Kalabakan, satu Kampung Pasir Putih, Tuan Pengerusi, setiap tahun apabila ada banjir, maka Kampung Pasir Putih ini tenggelam. Jadi banyak belanja untuk membaik pulih rumah, banyak belanja untuk memberi nafkah kepada penduduk-penduduk yang kehilangan rumah pun ada. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri cukup baik, kalau perkara-perkara kecil itu kita minta dia bagi, tapi ini bukannya perkara kecil, ini terpaksa saya bawa ke Dewan kerana perkara ini besar. Ia memakan belanja berjuta-juta ringgit untuk membesarkan sungai yang ada untuk menyalurkan ke laut supaya tiap-tiap tahun kita tidak lagi mengalami banjir.

Tuan Pengerusi, di Tawau jika sekiranya hujan tiga hari tidak berhenti, saya sendiri tidak boleh tidur kerana saya fikir Kampung Pasir Putih memang tenggelam. Apabila ia tenggelam, kita terpaksa minta tentera, bomba dan pihak hospital untuk standby kerana kita perlu menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan orang-orang tua yang ada di Pasir Putih.

Tuan Pengerusi, saya tidak ada sentuh tentang yang lain, mungkin di kawasan-kawasan lain banyak Ahli-ahli Parlimen boleh menegur, tapi saya minta Menteri khusus untuk Kalabakan, Kampung Pasir Putih sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 3:06 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Rasah.

final • 3:06 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara yang hendak dibangkitkan berkenaan dengan Butiran 060000 – Alam Sekitar. Saya hendak ambil peluang ini untuk membangkitkan satu isu berkenaan dengan isu Pusat Kualiti Alam di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

final • 3:09 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Pusat kualiti alam ini yang merupakan satu pusat pengurusan sisa toksik telah pun beroperasi di Negeri Sembilan di Bukit Nanas sejak tahun 1996. Walaupun pada ketika itu sebelum kilang ini dibuka, mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat setempat dan juga penduduk-penduduk Negeri Sembilan. Akan tetapi kilang ini telah beroperasi sejak tahun 1996 dan jawapan yang saya terima daripada Dewan Undangan Negeri Sembilan mengatakan bahawa sebelum kilang ini dibuka, pelbagai Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) telah dilakukan sejak pada tahun 1995 dan beberapa kajian telah pun dilaksanakan dan pusat kualiti alam itu telah beroperasi semenjak itu.

Pada tahun lepas, pusat kualiti alam ini memproses 109,956 tan metrik sisa buangan daripada industri. Cuma saya hendak tahu daripada pihak kementerian ialah kerana maklumat yang saya peroleh bahawa pusat kualiti alam ini mempunyai satu perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia. Tempoh perjanjian konsesi ini akan berakhir 28 Februari 2015 iaitu kira-kira dua tahun daripada sekarang. Saya hendak tanya status kilang ini selepas tahun 2015 sama ada pihak kementerian akan meneruskan perjanjian konsesi ini ataupun membatalkan konsesi dan meminta kilang ini dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai.

Ini kerana saya bagi pihak penduduk di kawasan tersebut terutamanya penduduk- penduduk yang di sekitar termasuk penduduk-penduduk di FELDA Sendayan mereka telah mengadu kepada saya bahawa semenjak kilang ini dibuka, pelbagai masalah kesihatan serta isu-isu pencemaran berlaku di kawasan sekeliling. Saya menyeru kepada pihak kementerian supaya mengkaji untuk tidak meneruskan lagi pusat kualiti alam ini di kawasan tersebut.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Ini kerana alasannya ialah lokasi tersebut kalau pada tahun 1995 mungkin lokasi itu adalah di satu tempat yang terpencil, tidak ramai penduduk di sekeliling dan sebagainya, tidak ada banyak pembangunan. Akan tetapi selepas 20 tahun, kawasan ini merupakan satu pusat pembangunan, bukan lagi satu kawasan yang terpencil.

Di Negeri Sembilan memang kawasan ini telah dikenal pasti sebagai satu pusat pembangunan baru di mana Bandar Baru Sendayan sedang dibangunkan di kawasan tersebut termasuklah pangkalan udara TUDM daripada Sungai Besi pun akan dipindahkan ke kawasan tersebut di Bandar Baru Sendayan. Saya merasakan lokasi tersebut sudah tidak sesuai kerana dengan pembangunan yang rancak ini, tentunya lebih ramai penduduk ataupun penghuni akan menduduki kawasan tersebut. Ini tentunya akan menjejaskan kualiti alam sekitar di kawasan tersebut dan menjejaskan kesihatan penduduk ataupun orang- orang yang bekerja di kawasan-kawasan di sekelilingnya.

Jadi saya berharap pihak kementerian boleh memberikan satu status sama ada kilang ini dapat dipindahkan ke satu kawasan yang lebih terpencil, lebih sesuai dan tidak lagi disambung selepas 2015. Ini kerana saya rasa kalau perancangan itu dibuat sekarang, ada dua tahun lagi sebelum konsesi itu tamat, saya rasa ini akan memberikan keadilan kepada pihak pengurusan pusat tersebut juga supaya ada satu tempoh cukup untuk mereka mengkaji dan merancang supaya dapat memindahkan operasinya di kawasan yang lebih sesuai di tempat lain, itu yang pertama.

Kedua berkenaan dengan Butiran 16700 – Rancangan Tambatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Masalah banjir kilat juga merupakan masalah yang sering membelenggu beberapa tempat di Negeri Sembilan termasuk di kawasan Lukut dan baru-baru ini di Gemencheh, banyak kawasan yang selalu menghadapi masalah banjir kilat. Saya harap pihak kementerian dapat memberikan satu senarai kepada saya projek-projek tambatan banjir yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada tahun 2013 melalui peruntukan ini yang ada RM390 juta. Walaupun saya bersetuju bahawa RM390 juta ini tidak banyak sangat kalau kita mengambil kira bahawa banyak tempat atau banyak negeri yang memerlukan peruntukan ini untuk menyelesaikan masalah banjir. Saya harap pihak kementerian boleh memberikan satu jawapan bertulis.

final • 3:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak minta sedikit penjelasan juga kerana saya rasa susah hendak dapat peluang untuk berucap. Saya juga hendak minta satu senarai daripada Yang Berhormat Menteri tentang rancangan kementerian ini untuk mengatasi banjir kilat di Kajang dan Sri Serdang. Saya rasa pada tahun 2008, memang kementerian ini sudah membelanjakan, saya tidak pasti kosnya berapa tinggi tetapi ada satu kajian tentang Sungai Kuyoh. Jadi saya hendak minta peluang untuk minta satu penjelasan daripada kementerian, apa itu kajian daripada Sungai Kuyoh, ada apa-apa rancangan untuk menaiktarafkan sungai itu supaya saya rasa banjir kilat yang sudah lama berlaku di Kajang, Sri Serdang, Serdang Lama, Batu 11 Cheras ini boleh diatasi. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Serdang, saya harap soalan daripada Yang Berhormat Serdang dapat juga di jawab bersama. Saya juga ada satu soalan spesifik iaitu saya harap juga pihak kementerian dapat memberikan sedikit perhatian kepada masalah banjir kilat terutamanya di jajaran Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan dengan tol Serdang dan Tol UPM. Ini kerana saya rasa sudah dua atau tiga kali banjir kilat berlaku, satu lebuh raya terjejas. Baru-baru ini dua bulan lepas pada bulan September yang paling teruk sekali apabila jajaran itu dibanjiri air. Semua kereta dari Kuala Lumpur menghala ke Selatan tersangkut di sepanjang sebelum Plaza Tol Sungai Besi itu.

Saya harap itu dapat diberikan sedikit penjelasan juga bagaimana pihak kementerian dapat mengatasi masalah tersebut dengan jabatan-jabatan yang berkaitan.

Saya harap senarai yang saya minta tadi dapat diberikan supaya kita dapat memaklumkan kepada rakyat bahawa apakah projek-projek tambatan banjir yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang.

final • 3:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya bercakap sedikit. Seiring dengan Butiran 080000 – Pengairan dan Saliran dan berkaitan dengan Butiran 080100 dan Butiran 080200. Sebagaimana yang kita sedia maklum sekarang ini musim hujan tetapi kali ini Tuan Pengerusi, kalau di Semenanjung nampaknya hujan lebih kepada sebelah Barat. Sudah pun sekian tiga,empat minggu yang lalu di kawasan saya sudah mula banjir dan saya perhati hujan pada kali ini antara 60 hingga 80 km, agak besar juga kuantitinya. Kalau dahulu hujan dalam tempoh seminggu selesai tetapi sekarang tiga,empat hari dalam seminggu kemudian berhenti, selepas itu sambung lagi sampailah lebih kurang empat minggu dan lebih kepada nampaknya monsun Barat dan bukan Timur. Biasa dahulu hujung tahun monsun timur, nampaknya seolah-olah dipandang sebagai monsun Barat.

Pada masa yang sama Tuan Pengerusi, berlaku juga ribut Sandy di Amerika.

Beberapa lagi malapetaka dalam bentuk ribut dan lain-lain, banjir dan sebagainya termasuklah ribut salji di Eropah. Ini seolah-olah petanda jelas tentang perubahan cuaca Tuan Pengerusi yang sangat signifikan. Saya tidak yakin ini adalah disebabkan hanya kerana perubahan-perubahan suhu, global warming, saya rasa tidak, tetapi banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang kepada perubahan cuaca bukan hanya kerana global warming atau pemanasan global.

Ini sebab saya tengok lain macam, di Malaysia pun lain macam, nampak luar biasa. Di Eropah ribut salji, di Amerika ribut Sandy- nama pun perempuan. Itu pun satu bab juga. Jadi luar biasa Tuan Pengerusi. Jadi saya hendak bertanya kepada kementerian bagaimana pihak kementerian melihat ini sebagai satu mungkin fenomena baru? Apakah kajian-kajian yang sesuai dengan perubahan cuaca terkini seperti hujan, ribut Sandy, hujan lebat dan lain-lain termasuklah ribut salji di Eropah dan sebagainya terutama perkara- perkara yang berkaitan dengannya?

final • 3:38 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Merujuk kepada suasana dalam negara kita sendiri, seperti saya sebutkan tadi di kawasan saya di Johor. Kelmarin, saya diberitahu di Perak dan sepanjang perjalanan saya dari Selatan ke Kuala Lumpur, sebenarnya hujan lebih kurang di sepanjang lebuh raya.

Bukan sahaja, maksud saya tadi Lebuhraya Utara-Selatan, bukan sahaja minggu ini malahan beberapa minggu yang lepas. Seolah-olah ada petunjuk bahawa akan berlaku, ini seolah-olah Tuan Pengerusi, seolah-olah akan berlaku banjir yang luar biasa. Tidak semestinya besar. Luar biasa maksudnya mungkin banjir yang berpanjangan. Ia tidak besar. Berpanjangan maksudnya ia tidak berarus kuat, tidak tinggi, tidak dalam tetapi berpanjangan dan sudah tentu akan menjejaskan segala aktiviti manusia termasuk bercucuk tanam dan sebagainya.

Jadi Tuan Pengerusi saya hendak tanya, pertamanya, apakah kajian secara terperinci supaya sesuai dengan persiapan di dalam negara kita untuk berdepan dengan situasi ini. Misalnya apakah JPS boleh mengkaji tentang ramalan banjir yang sebenar pada tahun ini kerana mungkin berbeza dengan rekod-rekod yang lepas, kerana ini sangat luar biasa. Kalau ramalan itu boleh dijadikan satu panduan, mungkin kita boleh membuat persediaan yang rapi terhadap membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir dalam semua aspek bukan sahaja pindah-randah, bukan sahaja berpindah ke pusat pemindahan, makanan, pakaian, selimut dan sebagainya. Akan tetapi juga yang berkaitan dengan mungkin persiapan-persiapan yang lain kerana tempohnya panjang. Susah saya hendak sebut di sini tetapi saya boleh bayangkan sesuatu yang agak luar biasa.

Tuan Pengerusi, begitu juga sama ada JPS boleh melihat tentang kesan kepada laluan air yang mungkin berubah bukan sahaja di permukaan bumi malahan di dalam tanah itu sendiri. Di dalam tanah kita sedia maklum ada laluan air sama ada besar ataupun kecil.

Akan tetapi oleh kerana perubahan cuaca luar biasa, hujan luar biasa mungkin pertamanya, saiz laluan tanah akan membesar dan tidak mustahil laluan tersebut akan berubah hala, berubah alignment daripada satu tempat ke satu tempat dan sudah tentu akan menjejaskan struktur muka bumi terutamanya yang melibatkan cerun-cerun yang sedia ada termasuk juga cerun-cerun yang kita bina sendiri terutamanya cerun jalan raya, lebuh raya dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya bertanya bagaimana JPS melihat ini sebagai satu perkara yang perlu dikaji.

Keduanya Tuan Pengerusi, berkaitan juga dengan air sama ada hidraulik ataupun hidrologi, saya lihat akhir-akhir ini Tuan Pengerusi, kebanyakanlah termasuk di kawasan saya, para jurutera perunding yang membuat ataupun yang merekabentuk pelan laluan air, pelan saliran air ke atas projek-projek perumahan ataupun projek-projek pembangunan yang akan dibina akhirnya maksud saya gagal dan menjejaskan Tuan Pengerusi, menjejaskan kawasan sekeliling.

Saya ambil contoh yang paling Tuan Pengerusi di tempat sayalah, di Ledang, ada pembangunan taman perumahan, Taman Mega Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Taman Industri di Tangkak dan sebagainya tetapi kesannya ialah kampung sebelah, ini contoh, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mengambil ini sebagai satu contoh. Kampung Anjung Batu Dalam tidak pernah banjir, tiba-tiba banjir. Bukan air daripada Gunung Ledang, tidak. Bukan air daripada Sungai Tangkak di sebelah hulu tidak, tetapi air tempatan. Air daripada kawasan projek baru taman perumahan masuk dalam satu saliran yang tidak besar saiznya, medium size, melambak, melimpah-limpah di kawasan kampung. Bukan sahaja banjir air Tuan Pengerusi, banjir lumpur. Bukan sahaja di situ malahan di tepi-tepi jalan JKR dan sebagainya.

Saya fikir Tuan Pengerusi, ini adalah kegagalan jurutera-jurutera perunding yang berdaftar dengan JPS sebab jurutera-jurutera perunding ini berdaftar dengan JPS.

Berdaftar dengan Lembaga Jurutera tetapi mereka adalah pelanggan kepada JPS.

Kebanyakan pelan pembangunan Tuan Pengerusi, yang dimajukan oleh jurutera perunding kepada PBT, Majlis Daerah Tangkak misalnya, akan dimajukan kepada JPS untuk dinilai sama ada boleh lulus atau tidak? Akan tetapi kesannya Tuan Pengerusi ialah banjir yang melibatkan kampung sebelah.

Fenomena ini, perkara ini bukan berlaku di Tangkak sahaja. Bukan berlaku di tempat saya sebutkan tadi seperti di Taman Mega, Taman Anjung Batu dan sebagainya, tidak. Berlaku juga di tempat-tempat lain seolah-olah pelan saliran air ataupun pelan hidraulik dan lain-lain yang berkaitan yang dimajukan oleh perunding yang diiktiraf oleh JPS ini hanya satu syarat untuk dimajukan kepada majlis daerah misalnya ataupun majlis perbandaran dan lain-lain tetapi tidak ada kesan yang signifikan untuk memastikan bahawa tidak berlaku banjir lumpur dan lain-lain seperti yang saya sebutkan tadi. Maknanya biarlah kalau boleh Tuan Pengerusi, saya memohon kepada pihak kementerian untuk memastikan bahawa JPS memantau perkara ini.

Mungkin kepada JPS ini adalah kerja majlis daerah tetapi saya mintalah supaya JPS lebih tegas di dalam ulasannya kepada semua pelan yang dimajukan kepada mereka walaupun dengan sokongan daripada perunding-perunding jurutera ini sebagaimana yang diminta oleh pihak majlis. Maknanya JPS mesti tegas kerana kesannya ialah yang banjir ini bukan sahaja kawasan PBT tetapi kawasan luar PBT. Bila kita merujuk kepada PBT mereka kata, “Ini luar PBT, minta JPS supaya melakukan sesuatu misalnya membesarkan parit ataupun sungai yang sedia ada, bina saliran baru dan sebagainya”. Akan tetapi kenapa hanya membuat cadangan tersebut setelah berlaku banjir kilat di kampung-kampung dan sebagainya? Itu maksud saya Tuan Pengerusi.

Jadi saya mohon benarlah supaya perkara ini diteliti. Saya meminta supaya JPS mestilah lebih tegas dengan segala permintaan yang dimajukan oleh pihak majlis daerah ataupun PBT lain supaya kesan daripada pembangunan atas bumi seperti pembangunan taman perumahan dan lain-lain tidak menjejaskan malapetaka ataupun kesusahan dalam bentuk banjir, air dan lumpur kepada kawasan-kawasan sekeliling, berdekatan dengannya.

Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin bahas bawah Maksud Bekalan B.23 dan Maksud Pembangunan P.23, berkaitan antara keduanya.

final • 3:28 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Pengerusi, dalam masa kurang daripada dua minggu, kawasan saya sudah tiga kali banjir. Ini menyebabkan kemarahan yang amat sangat di antara penduduk dan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Ledang dan lain-lain Yang Berhormat, semuanya, patennya, coraknya adalah sama. Adalah hujan yang sekejap lebat dan kemudian air yang lambat surut.

Kawasan saya disalirkan ataupun saliran air masuk ketiga sungai, Sungai Aur, Sungai Rasau dan juga Sungai Pandama. Apa yang berlaku Tuan Pengerusi adalah sama seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi. Di mana pembangunan yang begitu pesat di kawasan saya menyebabkan bahawa setiap kali banjir yang menerima akibatnya adalah kawasan-kawasan perkampungan lama, penempatan lama, kampung- kampung tradisi yang lama. Sementara itu ada beberapa kawasan baru juga, taman-taman yang juga lebih dahsyat lagi bukan sahaja dimasuki air daripada depan dan belakang rumah tetapi air daripada saluran najis juga keluar.

final • 3:28 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Inilah yang menyebabkan kira rakyat agak marah kerana mereka sudah berulang kali dan mereka banyak membuat aduan-aduan. Daripada tinjauan saya Tuan Pengerusi saya lihat di antara sebab selain daripada pembangunan yang begitu pesat, saya lihat bahawa kelemahan pada JPS ialah pembersihan saliran-saliran tidak berkala, tidak dilakukan dengan konsisten dan kemudian tidak dipantau dengan baik.

Oleh kerana saliran parit, sungai dan sebagainya dia ada di bawah tiga kementerian ataupun tiga jabatan, JKR parit-parit di sepanjang Jalan Persekutuan, PBT dan juga JPS. Setiap kali saya ini masa mula-mula dahulu memang tidak berapa memahami saliran ini apabila kita memanggil JPS, JPS kata PBT, bila kita panggil PBT, PBT kata JKR.

Sehinggakan satu saluran itu ada bahagian-bahagiannya jadi masing-masing menyelenggara bahagian mereka kalau mereka selenggara. Kalau mereka tidak selenggara, makna dia misalnya kalau ada JPS di tengah PBT pula JPS tidak buat banjir juga, sekiranya JKR tidak buat banjir juga.

Jadi di mana penyelarasan di antara ketiga-tiga jabatan ini? Kalaulah tidak boleh JPS melakukannya sendiri PBT kata ya kita boleh selenggara tetapi kita tidak dapat bajetnya. Kalau boleh saya minta tolong supaya perkara ini boleh diselaraskan oleh ketiga- tiga jabatan ini. Mungkin oleh kerana banjir ini sudah menjadi satu fenomena baru di negara kita terutamanya di bandar-bandar, mungkin kita perlu hanya satu jawatankuasa bertindak atau satu kementerian sahaja yang diamanahkan untuk menjaga hal banjir ini iaitu JPS, tidak kiralah di mana banjir itu berlaku.

Kedua saya lihat bahawa pembersihan bukan setakat tidak membuang rumput rampai kadang-kadang kami jumpa di dalam saliran batang-batang kelapa sawit, pokok pun ada. Ini menunjukkan bahawa pembersihan tidak dilakukan pada kadar yang lama, lama tidak buat. Selepas itu masalah di dalam pembersihan. Kalau kita bawa kita kata jengkaut dan sebagainya masalah kabel-kabel yang berserabut di dalam saluran-saluran parit dan sebagainya. Jadi tidak mudah untuk membersihkan dan paip-paip kabel ini termasuklah paip air, SYABAS, utiliti dan sebagainya menjadi perangkap-perangkap kepada sampah sarap, tiap-tiap kali sampah sarap akan menimbun di kabel-kabel ini dan pembersihan menjadi begitu sukar.

Satu perkara lagi ialah reka bentuk. Kalau kita lihat reka bentuk yang ada sekarang parit bertemu dengan sungai 90 darjah. Jadi apabila aliran laju di sungai maka air dalam parit tidak boleh masuk dalam sungai menyebabkan backlog kepada taman dan air daripada taman tidak boleh turun ke sungai. Jadi perkara-perkara ini adalah kena mengena dengan design, reka bentuk parit-parit JPS dan dalam pemantauan kita bersama dengan jurutera-jurutera. Maka jurutera daripada PBT mengatakan ini JPS punya inilah, sepatutnya tidak boleh buat begini, tidak tanya kita dahulu dan sebagainya. Jadi the blame game goes on dan kita tidak tahu bagaimana penyelesaiannya.

Seterusnya adalah penyenggaraan kunci air. Pada salah satu peristiwa banjir di tempat saya, tiga kunci air, dua daripada kunci air tidak dapat dibuka kerana apa, kerana patah dia punya liver dia patah.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi rakyat yang menanggung ini semua. Jadi saya pun tidak faham orang-orang yang diberi amanah ini, tidak melakukan, tidak menjalankan amanahnya dengan baik.

Penderitaan rakyat, rakyat sumpah lagi ada. Jadi adakah kita sebagai pemegang- pemegang amanah ini cuai di dalam tanggungjawab kita dan kita di marah pam-pam air, bila hujan hendak turun dengan lebat, lambat meletakkan pam-pam air di tempat-tempat yang strategik. Mungkin kunci kepada semua masalah yang kita hadapi ini ialah peruntukan.

Peruntukan tidak mencukupi dan saya tengok di bawah 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar semakin banyak berlaku banjir di negara kita menurun pula peruntukannya daripada RM516 juta hampir RM517 juta kepada RM360 juta.

Sedangkan ini adalah satu perkara yang sangat kritikal kepada rakyat dan kerajaan menurunkan hampir RM200 juta daripada bajet ini. Jadi bagaimanakah kita hendak salahkan JPS, pegawai-pegawai, jurutera-jurutera untuk melakukan kerja? Mereka ini kadang-kadang kasihan, bila kita telefon kadang takut hendak angkat telefon. Kerana apa? Ini kerana jawapan hendak menjawab kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dengan rakyat ini susah. Jadi janganlah kita hanya orang kata membuat program yang begitu ataupun projek-projek yang begitu indah. Saya agak terkilanlah Permata kita boleh tambah lagi RM100 juta, projek-projek yang tidak langsung orang akta secara langsung mengenai kehidupan rakyat. Ini banjir tiga hari tidak boleh kerja lagi. Walaupun kalau kita kata kalaulah banjir itu besar seperti yang berlaku di New York sekarang, Oh! Ini bencana alam kita hendak buat macam mana, takdir.

Akan tetapi bila banjir yang sedikit, ini naik sekaki, naik dua kaki akan berlaku kerosakan barang-barang, almari, televisyen, peti sejuk dan sebagainya. Kerugian yang kerajaan tidak rasakan tetapi rakyat merasa. BR1M RM500, BR1M 2 kita hendak bagi RM500 in akan hanya habis untuk beli peti sejuk yang baru. Di manakah pelan jangka masa panjang untuk setiap kawasan? Saya hendak tahu kawasan saya telah terima banyak mana dan apa dibuat dengan kewangan itu?

Adakah hanya setakat cuci dan membersih parit-parti sahaja ataupun ada lagi projek-projek tebatan yang akan dilakukan? Kerajaan Negeri Selangor telah memberi RM5 juta dan memang akan dilakukan beberapa projek tetapi projek semua mengambil masa kerana pengiraan-pengiraan teknikal, rakyat tidak sabar. Hari ini banjir dia hendak kalau boleh esok mesti turun airnya, kalau tidak dia akan cari salah. Masa itu kita kena makilah dan saya pun jadi span, absorb semua yang rakyat maki pergi tahan telinga sahaja.

Jadi akhirnya kadang-kadang Tuan Pengerusi kita yang disalahkan sedangkan perancangan parit, pembangunan itu berlaku lebih daripada lima tahun dahulu. Jadi mungkin JPS juga perlu melihat bersama dengan KPKT, kawasan saya ialah kawasan tanah gambut. Bukan sahaja rumah dimasuki banjir tetapi rumah juga sekarang sudah mendap. Mendap turun dan ini salah satu sebab air daripada tandas keluar. Bukan sahaja air masuk daripada parit, daripada luar rumah tetapi air juga masuk daripada tandas.

Kita perlu memantau developer pemaju-pemaju kita yang agak sambil lewa membuat perparitan di kawasan-kawasan perumahan. Ada yang hanya seperti parit di rumah kampung, saya pun tidak tahu macam mana boleh diluluskan oleh PBT atau pihak- pihak yang berkuasa yang bertanggungjawab. Rakyat pun- inilah yang menyebabkan rakyat membuat andaian bahawa adakah berlaku rasuah? Siapakah yang meluluskan pelan?

Rakyat bertanya, “Ini siapa yang meluluskan parit yang besar ini?” Ditunjuk kepada kita siapa yang luluskan, siapa yang menjadi ketua perancang dan sebagainya...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Masa Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi inilah di antara perkara- perkara yang telah dibawa sebenarnya oleh sahabat-sahabat. Akan tetapi saya ada satu isu di sini Butiran 16700 - Yang Berhormat Rantau Panjang meminta supaya bertanya kepada kementerian. Kenapa tidak dibina benteng di Sungai Golok sedangkan di sebelah Thailand sudah buat benteng? Jadi bila banjir air tidak melimpah, paras air Sungai Golok naik air tidak melimpah ke belah Thailand tetapi melimpah di sebelah Kelantan, di sebelah negara kita dan rakyat hilang punca ekonomi mereka. Kadang-kadang sampai dua bulan semasa musim tengkujuh. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Putatan.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:39 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat untuk membolehkan ramai yang boleh bercakap kalau boleh fokus satu, dua isu sahaja bagi peluang sama kawan lain yang hendak bercakap. Sila Yang Berhormat Putatan.

final • 3:39 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi sudah dua minit hilang.

final • 3:39 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya juga rasa berbahagia kerana dapat berbahas bagi Maksud B.23, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bajet secara total RM2.9 bilion. Terima kasih kepada Menteri kerana bagi Maksud B.23 Butiran 030300 – Kadaster dan pemetaan yang telah dilaksanakan bagi Sabah dan Sarawak itu amat baik sekali terutama sekali pengukuran kepada tanah-tanah adat, tanah-tanah native di negeri Sabah dan Sarawak.

Terima kasih, dengan jumlah yang begitu banyak. Walau bagaimanapun, saya rasa kalau pihak Menteri pada tahun akan datang akan menyalurkan lagi peruntukan kerana penyukatan tanah-tanah native, tanah adat di negeri Sarawak itu belum lagi mencukupi. Kalau boleh tambah, tambahlah terutama sekali dengan kawalan-kawalan di luar bandar, di pelosok yang jauh dari kawasan bandar memerlukan banyak kawalan dan ini menyenangkan pengukuran tanah-tanah adat dan tanah-tanah, terutama sekali masyarakat Penan yang mana terlibat dengan empangan supaya mereka ini dapat diselesaikan.

Bagi Maksud 090000 – Taman Laut. Baru-baru ini ada rancangan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan membelanjakan begitu banyak peruntukan untuk menerokai tanaman rumpai laut iaitu seaweeds farming di Semporna.

Adakah pihak kementerian dapat memantau jika kawasan yang dicadangkan itu sesuai kerana fenomena global sekarang ini, pemutihan atas karang-karang atau bleaching of coral, dengan izin, tidak terlibat dengan rancangan pertanian di negeri Sabah. Saya rasa dengan membelanjakan begitu banyak duit, kalau sekiranya rancangan kementerian itu untuk memperluaskan lagi pemulihan rumpai laut di negeri Sabah. Itu yang baru diumumkan oleh Menteri semalam.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 130000 – Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mana kita melihat pantai-pantai di negara kita ini banyak yang terhakis. Bagi Maksud ini, FRIM telah membuat satu kajian untuk penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang bersesuaian di pantai-pantai terutamanya di kawasan Putatan. Yang Berhormat Menteri sudah melihat apa yang berlaku, kita melihat kawasan pantai Putatan itu, banyak rumah yang di tepi pantai-pantai itu telah rosak akibat daripada hakisan laut terutama sekali orang-orang miskin yang tinggal di tepi laut. Kita telah membelanjakan dengan peruntukan daripada pihak kementerian untuk membina gabion. Kalau FRIM dapat melihat perkara ini supaya bakau-bakau yang sudah dihakis oleh lautan ini supaya dapat ditanam balik, kalau boleh. Minta kajian dijalankan jika boleh dipulihkan kawasan pantai-pantai ini.

Saya ingin juga sekali lagi merujuk kepada Butiran 10804 – Project Heart of Borneo (HoB) Negeri Sabah dengan perbelanjaan RM4.9 juta. Saya ingin tanya pihak kementerian, apakah jenis projek yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian kerana ini adalah satu-satunya projek yang significant dan menjadi heritage kepada negara kita.

Sebagai satu petanda yang mana kita akan melibatkan dan memperkasakan satu destinasi pelancongan di Borneo ini yang mana terdapat spesies-spesies bukan sahaja dalam flora dan fauna tetapi dengan budaya dan stail-stail orang-orang tempatan di situ. Kalau boleh memperhebatkan lagi iklan-iklan di mana harta Borneo ini mungkin menjadi satu tarikan kepada pelancong-pelancong. Kalau dilihat peruntukan yang diberi oleh pihak kementerian ini, apa jenis projek yang dilaksanakan?

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Adakah kementerian sendiri juga melibatkan kerajaan negeri dan berapa jumlah kewangan yang diberi oleh kerajaan negeri dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang boleh membantu usaha dan program yang murni oleh pihak kementerian ini?

Akhir sekali saya ingin juga menyentuh soal Pengairan dan Saliran bagi Maksud B.23, Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri dengan RM17 juta sahaja.

Saya rasa ini tidak mencukupi Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diperbanyakkan pada tahun depan kerana ini masalah masyarakat.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana dapat juga saya diberi peruntukan untuk mengatasi masalah banjir yang rumit sekali, yang selalunya sungai- sungai dan parit-parit kita ini tidak terpelihara dan sekarang sedang dibersihkan, yang tidak pernah dibersihkan semenjak saya dilahirkan... [Dewan riuh] Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kawasan Tuan Pengerusi juga diberi sebab saya rasa kawasan Tuan Pengerusi juga banyak banjir dengan parit-parit dan sebagainya tidak dipelihara. Masyarakat di Putatan ini berterima kasih Yang Berhormat Menteri, ia baik sekali.

Walaupun Yang Berhormat Kalabakan menyentuh soal rancangan tebatan banjir di Sabah, RTB itu hanya RM679 juta. Saya mengharapkan pihak kementerian dengan peruntukan yang lain, yang RTB sebanyak RM390 juta itu dapat disalurkan ke negeri Sabah, separuh daripada itu. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih.

Saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 3:40 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak sentuh beberapa perkara sahaja. Pertamanya, melihat kepada keadaan dunia sekarang, global warming. Makanya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjadi begitu penting kerana saya kira kementerian harus lipat gandakan usaha-usaha untuk membantu pemerintah dan kerajaan, memberi nasihat apakah yang sedang berlaku. Dunia sedang menyaksikan kehancuran global ini. Jadi, saya kira di samping hal-hal yang berkaitan dengan soal-soal pentadbiran tetapi juga soal besar seperti alam sekitar menjadi begitu penting sekali.

Untuk itu Tuan Pengerusi, saya hendak bawa Menteri kepada satu isu yang agak besar iaitu di bawah Butiran 050000 – Perhutanan yang juga sekali gus dengan Butiran 060000 – Alam Sekitar, khususnya Butiran 060300 – Pengawasan dan Penguatkuasaan.

Akhir-akhir ini di kawasan pokok-pokok bakau khususnya pokok-pokok bakau yang ditakrifkan sebagai Hutan Simpan Kekal Merbok dan juga tempat-tempat lain yang menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tetapi juga mengekalkan alam sekitar.

Kerajaan-kerajaan negeri amat tertarik untuk membangunkan kawasan-kawasan ini untuk tujuan perikanan, untuk tujuan pertanian dan sebagainya. Akan tetapi saya kira kementerian harus ada suatu dasar yang jelas malah memberikan nasihat-nasihat kepada kerajaan-kerajaan negeri walaupun tanah di bawah kerajaan negeri tetapi mengganggu- gugat dan juga menebang serta membangunkan kawasan di mana bakau ini berada akan membawa malapetaka kepada alam kita.

Sebagai contohnya di kawasan saya Tuan Pengerusi, bagaimana hutan ini semenjak tahun 1986, 1987 dan 1988 lagi, di kawasan Hutan Bakau Bukit Berangan, Kota Kuala Muda di kawasan saya. Hampir 1,000 hektar kononnya untuk tujuan pertanian, untuk tujuan penternakan ikan dan udang diceroboh dan ditinggalkan begitu keadaannya.

Jadi apa juga alasannya Tuan Pengerusi, saya kira kementerian harus mempunyai sikap sekiranya ianya akan membencanakan alam sekitar kita. Saya kira kementerian harus masuk campur dan mengatakan walaupun ini hak negeri, tetapi oleh sebab kadang-kadang hutan itu dianggap sebagai hutan simpanan kekal maka kementerian mesti mengambil tindakan tegas untuk mengatakan mungkin kawasan lain, bolehkah membangunkan ataupun negeri membangunkan sebagai kawasan pertanian tetapi kawasan-kawasan hutan kekal khususnya yang melibatkan bakau mesti tidak diusik.

final • 3:47 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Kedua Tuan Pengerusi, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kementerian khususnya di bawah 080000 – Pengairan dan Saliran di mana projek tebatan banjir di kawasan Kuala Muda memang berjalan rancak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan malah akhir-akhir ini banjir telah pun dapat dipertahankan dan air berjalan dengan elok.

Lazimnya bulan Oktober, bulan November dan bulan Disember ini bulan-bulan yang akan memberikan kita mimpi ngeri, tetapi alhamdulillah dewasa ini masalah banjir telah pun hampir selesai.

Namun begitu, ada sedikit dua masalah-masalah kecil yang ingin saya bangkitkan di sini di mana sedikit pampasan-pampasan kepada nelayan-nelayan tepi laut yang belum selesai khususnya di kawasan Kuala Muda. Saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya kalau lihat bagaimana masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan secara segera kerana mereka juga memberikan kerjasama secukupnya kepada kementerian apabila melakukan penambakan dan juga projek-projek di kawasan ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Tenom.

final • 3:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut ingin membahas dalam peringkat Jawatankuasa dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Cuma saya ingin menyentuh dua perkara Tuan Pengerusi, berkenaan dengan hal kawasan saya Tuan Pengerusi iaitu berkenaan dengan 15300 dan juga 15400 yang mana kawasan saya adalah juga merupakan satu kawasan yang mudah dilimpahi air apabila musim hujan yang tidak berhenti-henti yang mana saya lihat Tuan Pengerusi, di kawasan saya terdapat dua buah sungai yang utama iaitu Sungai Pangkalan dan juga Sungai Padas yang mana setiap tahun terutama pada hujung-hujung tahun seperti bulan November dan juga bulan Disember, kadang-kadang bulan Januari sering kali mengalami masalah banjir.

Cuma yang saya ingin sentuh di sini Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian ke atas kedua-dua buah sungai ini yang mana saya lihat ancaman yang sedang dihadapi oleh sungai-sungai ini, dua sungai ini iaitu kedalaman sungai ini telah mula cetek. Adakah ini disebabkan oleh berlakunya pembalakan ataupun hakisan tanah yang berleluasa di sebelah hulu kawasan saya ataupun adakah akibat disebabkan oleh empangan hidro yang di mana di tempat saya ada empangan hidro, yang mana menjana sumber tenaga elektrik ke kawasan-kawasan di Kota Kinabalu, di Beaufort, di Keningau.

Ini juga telah menjadi ancaman apabila sungai telah cetek, jadi aliran sungai- sungai ini akan cepat dan berlakulah ancaman-ancaman kepada runtuhan tanah. Setakat ini Tuan Pengerusi di tempat saya, saya rasa masih lagi belum dapat diatasi walaupun aliran sungai ini telah diluruskan seperti di Kampung Pantongan Sapong yang masih lagi mengalami masalah tanah runtuh yang mengakibatkan kampung tersebut terpaksa dalam jangka masa yang panjang, terpaksa kerajaan melihat supaya penduduk kampung ini diberi penempatan semula disebabkan tanah-tanah mereka semakin lama semakin mengecil.

Ini saya rasa pihak kementerian harus lihat kajian dibuat kepada kedua-dua sungai ini pada masa akan datang. Ini kerana keperluan bagi saya, saya lihat bahawa apabila sungai ini terlalu cetek, sudah tentu juga ini akan mengakibatkan ekosistem dalam air sungai tersebut di mana kita lihat sumber air ini bukan sahaja sebagai sumber minuman ataupun sumber untuk menjana kuasa, tetapi saya lihat kalau di kawasan saya di kuala sungai ini satu kuala yang besar mungkin menjadikan sebagai salah satu tempat pelancongan juga dan boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti-aktiviti sukan.

Jadi saya melihat bahawa Tuan Pengerusi, ini perlu diberi perhatian apabila lihat sepertimana yang saya nyatakan tadi ancaman kedalaman sungai semakin cetek mengakibatkan banyak kawasan kampung yang terlibat dengan tanah runtuh.

final • 3:52 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Begitu juga dengan ini Tuan Pengerusi iaitu berkenaan dengan satu lagi iaitu berkenaan dengan rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir. Pada tahun sudah pun saya lihat, beberapa kali saya sudah mengemukakan kepada kementerian supaya memastikan alat bahaya banjir ini alat kawalan dan isyarat bahaya banjir ini perlu dibuat dilakukan maintenance. Kita tidak pasti kerana kejadian-kejadian banjir ini tidak pasti bila dia berlaku. Ini menyebabkan kesukaran kepada pihak penduduk setempat seperti mana berlaku pada tahun-tahun sudah saya nyatakan di Kampung Saga, apabila berlaku banjir, air semakin naik tidak ada isyarat yang dikeluarkan daripada pusat isyarat yang telah dibina di kampung tersebut. Saya rasa di tempat saya ada beberapa tempat yang telah dikenal pasti untuk menjadi isyarat supaya kita tahu keadaan paras air itu berlaku. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 3:52 PM

Tuan Pengerusi

Sila yang dekat sini. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 3:52 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 080000 – Pengairan dan Saliran dan juga 060300 – berkenaan dengan Pengawasan dan Penguatkuasaan.

Saya ingin merujuk kepada Sungai Klang berhampiran dengan kawasan saya di Petaling Jaya Selatan iaitu di sebelah PJS 3 dengan PJS 4 di mana selama ini ada ramai pengusaha kedai besi buruk. Mereka occupied kawasan ini untuk buat business mereka di sana sudah lama, tetapi tiada tindakan diambil di mana mereka menguasai kawasan itu sebagai tempat untuk buat besi buruk walaupun kata ini merupakan satu kilang kitar semula. Akan tetapi apa yang saya lihat, terdapat kebakaran berlaku pada waktu malam kerana benda-benda yang terbuang itu mereka bakar sahaja dan ada yang dibuang terus ke sungai. So, ini menyebabkan pencemaran yang amat serius di kawasan sekitar PJS 3 iaitu Taman Sri Manja dan juga di PJS 4 itu di Taman Medan.

So, saya haraplah kementerian dapat membuat sesuatu dari segi pengawasan dan juga penguatkuasaan, kena tegas sedikit di mana sekarang ini saya nampak banyak lagi kawasan yang akan dikuasai oleh orang-orang tertentu yang mana mereka ada hubungan kait dengan local people, so mereka senang untuk mendapat kawasan untuk menjalankan business perniagaan besi buruk di kawasan itu.

Isu yang kedua tentang pembuangan sampah di tepi Sungai Klang, juga di kawasan yang sama di mana tempat-tempat di sepanjang sungai di kawasan PJS 3, PJS 4 ini, sekarang ini banyak kontraktor dari luar ini mereka hanya buang tempat sampah di tepi sungai. Semasa kita merujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kata di tepi sungai ini hak di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. So, saya berharaplah JPS ini dapat ambil tindakan segera kerana tempat-tempat ini sudah kotor, air dicemari dan bau busuk sangat di sekitar kawasan PJS 3. Last sekali tentang kandang lembu ini, ternakan lembu di tepi sungai.

final • 3:57 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Di mana di kawasan Petaling Jaya Selatan ini ada satu tempat yang saya rasa sudah lama ada satu pengusaha kandang lembu di tepi Sungai Klang iaitu terletak di kawasan PJS 3 dan PJS 4. Walaupun saya rasa sebelum itu JPS ada buat sesuatu tindakan tetapi pengusaha masih menjalankan aktiviti ini. Bukan saya hendak membantah, tetapi sebab lembu-lembu ini mereka tidak jaga. Sampai malam lembu dibiarkan berkeliaran di sekitar PJS 3 dan PJS 4. So, saya rasa suasana yang tidak menyenangkan di mana kuantiti lembu yang diternak itu terlalu banyak di tepi sungai. Tanah itu saya rasa di bawah kawalan JPS, bukan MBPJ atau Pejabat Daerah Petaling. So, saya haraplah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat ambil tindakan untuk tiga perkara yang saya bangkitkan di sini. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Lipis.

final • 4:00 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bagi B.23 dan P.23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini, saya ada beberapa butiran yang hendak dibincangkan. Pertama sekali ialah Butiran 040200 – Operasi Mineral dan Geosains bersekali dengan Butiran 10900 – Mineral Perindustrian Semenanjung Malaysia.

Tuan Pengerusi, kalau kita melihat ‘beg’ emas di Semenanjung Malaysia ini, ada empat. Ia daripada utara ke selatan. Dalam Malaysia ini kalau kita lihat, ada empat lombong emas. Satu terletak di Raub, Pahang, keduanya di Penjom juga Pahang, ketiganya di Selinsing, Pahang dan keempatnya di Sokor, Kelantan. Jadi ada empat lombong emas.

Dua daripadanya terletak dalam Daerah Lipis dan saya bersyukur dengan adanya lombong emas di Lipis ini, penduduk dapat kerja di lombong tersebut dan ramai jugalah yang datang daripada luar negeri dan luar negara yang datang ke Lipis untuk bekerja dan sebagainya di Lipis iaitu di Lombong Emas Penjom dan di Lombong Emas Selinsing.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian dan pengusaha lombong ini kerana mereka benar-benar menjaga kualiti alam sekitar di lombong tersebut dan saya tidak pernah dengar tentang sebarang pencemaran daripada kedua-dua lombong iaitu lombong Penjom dan lombong emas. Lombong Penjom sekarang diberi kepada J Resources. Diambil alih oleh J Resources. Saya benar-benar mengucapkan ribuan terima kasih kerana mereka...

final • 4:01 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

...Menjaga alam sekitar dan sebagainya. Ya, sila.

final • 4:01 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Pengerusi, just a rough curiosity. Hendak tanya Yang Berhormat sedikit, lombong Selinsing dan lombong Penjom berapa dia punya produktiviti dari segi pengeluarannya? Ada berapa kilogram seharikah kalau dalam pengetahuan Yang Berhormat boleh maklumkan kepada Dewan?

Sebab nampak gaya bunyinya macam banyak itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Pada saya yang saya dimaklumkan saya pun tidak tahu berapa kilogram dan sebagainya tapi pengeluarannya memang banyak sebab lombong Penjom ini merupakan lombong emas open cast dengan izin, yang terbesar di Asia Tenggara.

final • 4:01 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sebanyak 10 kilo ada sehari?

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya tidak tahu, berjuta-jutalah mungkin, sebab saya tidak dimaklumkan dan saya pun tidak ada share dalam lombong- lombong ini. Walau bagaimanapun, pada saya ia telah memberi pendapatan, kerja dan sebagainya kepada penduduk. Ramai yang bekerja di situ dan ramai yang dapat mencari makan di situ.

Saya selalu juga pergi ke kampung-kampung sekitar di kawasan kedua-dua lombong ini sebenarnya kerana terletak dalam kawasan saya. Tidak adalah pula mereka ini mengatakan mereka ini kena kudis gatalkah, sakit macam-macam dan sebagainya di tangan atau di lengan. Akan tetapi saya nampak kebanyakan perempuan di Lipis ini kalau di tangan itu gelang emas adalah banyak. Tidak tahulah penyakit ini di Raub tadi kata ada penyakit gatal tangan dan sebagainya, tapi saya rasa Raub ini pun laluan saya ke Lipis dan saya selalu makan di Bukit Koman dan sebagainya, tidak adalah pula saya ternampak sakit tangan ini. Tidak tahulah penyakit ini mungkin direka cipta di Kuantan dan dibawa ke Raub.

Lipis belum ada lagi penyakit yang direka cipta ini.

Jadi, di samping emas, kita ada satu lagi lombong iaitu lombong bijih besi.

Lombong bijih besi ini memang ada masalah sedikit. Memang banyak di Lipis ini.

Pertamanya dari segi cara mereka mengeluarkan bijih besi itu dan juga tempat stok simpanan. Itu ada masalah sedikit. Berlaku pencemaran dan berlaku juga pencemaran terhadap sungai-sungai yang ada di sana itu dan juga jalan raya. Oleh kerana mereka bawa mungkin bijih besi ini harganya murah sedikit, jadi mereka bawa by ton.

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi menyebabkan jalan raya juga rosak. Jadi saya minta pihak Jabatan Alam Sekitar memberi perhatian kepada lombong-lombong bijih besi ini agar mereka dapat mematuhi segala peraturan alam sekitar yang ada di sana. Jadi itu yang pertama.

Yang keduanya, saya hendak bawa pula kepada Butiran 13500 – Pemulihan Empangan, Butiran 150400 – Alam Sekitar, dan juga Butiran 150600 – Pengairan dan Saliran. Saya dimaklumkan bahawa akan dibina sebuah empangan yang agak besar juga di dalam Daerah Lipis ini yang berdekatan antara Lipis dengan Cameron Highlands. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat memaklumkan kepada Dewan ini tentang status pembinaan tersebut dan apakah kajian-kajian yang berkaitan dengan impak kepada alam sekitar dan juga kepada ekologi iaitu pembangunan manusia sendiri, mungkin ada penempatan-penempatan penduduk dan juga tentang haiwan yang ada di sana.

Bagaimana sekiranya empangan ini dibuat, apakah kesan itu dan adakah ia memberi manfaat yang lebih? Jadi saya berharap empangan yang dibina ini biarlah ia memberi manfaat terutamanya kepada penduduk tempatan di Lipis. Mungkin dari segi electricity dan juga dari segi air kalau ada.

Yang berikutnya ialah mengenai dengan Butiran 070100 – Konservasi di bawah tajuk Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Yang ini pun agak penting juga bagi saya kerana di Lipis ini banyak juga pokok kelapa sawit dan juga dibangunkan dengan ladang getah dan sebagainya, tapi kesannya, mungkin laluan habitat dan sebagainya telah menjadi tertutup ataupun kawasan biasanya padang ragut mereka ataupun kawasan mereka mencari makan telah bertukar corak. Jadi kesannya kadang- kadang banyak juga gajah terutamanya yang masuk ladang dan kadang-kadang sampai ke rumah orang. Akan tetapi bagi PERHILITAN, kadang-kadang mereka hanya menghalau sahaja gajah-gajah ini dan gajah-gajah ini balik ke kawasan mungkin kawasan rayauan mereka yang dahulu.

Begitu juga dengan pembinaan lebuh raya ECER daripada Gua Musang ke Kuala Pilah yang sekarang ini sedang dibina, sudah pastilah lebuh raya tadi akan menghalang binatang dan juga manusia daripada berhubung. Maknanya direntasi oleh lebuh raya ini tadi.

final • 4:01 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi saya minta laluan-laluan di jalan raya ini dibuat. Ini bagi membolehkan binatang dan juga manusia. Kadang-kadang kampung terbelah dua dan sebagainya menyebabkan putus hubungan. Lorong-lorong di bawah lebuh raya tersebut dibuat agar membolehkan para penduduk dan juga binatang ini tidak merayau pula ke tempat lain. Jadi itu yang paling mustahak.

Berikutnya adalah dari segi FRIM, B. 08510 – Pembangunan Penyelidikan Sumber, Pengurusan dan Hasil. Ini mengenai dengan pokok-pokok. Di Pahang ini di kawasan Parlimen saya memang banyak hutan dan hutan ini ada yang telah ditebang kerana hasil kepada negeri. Apa yang penting ialah pokok-pokok ini kalau boleh diganti semula dan kalau boleh terus dengan spesies yang asalnya atau natural spesies yang ada di situ. Jadi saya berharap pihak FRIM dapat membuat kajian apakah natural species yang ada di tempat-tempat tersebut dapat ditanam semula kerana ada di antara spesies-spesies ini sebenarnya merupakan juga pokok yang berbuah dan buahnya memang secara warisannya digemari dan dimakan oleh penduduk dan sebagainya.

Sebagai contoh dulu saya pernah mengatakan bahawa pokok kepayang. Buah kepayang ini dapat dimakan, rasanya sedap dan juga ia boleh dijadikan minyak masak.

Keduanya pokok keladan. Buah keladan ini kalau dimakan dengan sambal tempoyak, memang rasanya sedap. Mungkin buah kerdas atau pokok kerdas. Jadi pokok-pokok ini merupakan pokok-pokok yang besar. Dia boleh menjadi balak dan kalau orang tidak kenal, dia akan tebang menjadikan kayu balak dan sebagainya. Jadi kalau boleh pihak FRIM membuat kajian mengenai perkara ini dan dapat ditanam semula dengan pokok-pokok tersebut. Kalau boleh, ada yang boleh dibuat ladang supaya kita dapat mengeluarkan hasil untuk makanan dan sebagainya.

Jadi, saya rasa setakat itu dahulu. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bakri.

final • 4:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Bakri. Saya merujuk kepada B.23, butiran 060300 – DEIA. Saya minta Yang Berhormat Menteri senaraikan seluruh nama ahli yang terlibat dan diberi panel dalam laporan DEIA Selain itu, adakah laporan review panel ini telah dipamerkan kepada orang awam? Jika ya, bila? Jika tidak, mengapa? Berkaitan dengan isu ini, saya minta Yang Berhormat Menteri membekalkan satu salinan laporan kepada saya.

Saya beralih ke Butiran 060300 di bawah B.23 mengenai bil yang tidak dikenal pasti di pesisiran Sungai Kapar, Pengerang, Daerah Kota Tinggi, negeri Johor. Adakah kementerian sudah menjalankan penyiasatan dan apakah keputusan punca pencemaran ini? Adakah taklimat kemas kini dan penjelasan telah diberi kepada orang kampung di tempat tersebut. Kalau tidak, mengapa?

Saya merujuk ke Butiran 010300. Adalah difahamkan garis panduan kualiti udara Malaysia meliputi PM sepuluh tetapi tidak menyambut tentang PM 2.5. Ahli Parlimen Cameron Highlands menyatakan bahawa garis panduan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan NAS digunakan sebagai garis panduan bagi PM 2.5 di Malaysia.

Namun, garis panduan bukan penguatkuasaan. Jika sesebuah kilang menghasilkan pencemaran udara yang melebihi piawaian tersebut di atas, bagaimana kerajaan mengambil tindakan sekiranya tiada pengulangan yang berkaitan?

Ketiga-tiga pusat penapisan minyak tersebar di dunia iaitu New York dan Singapura mempunyai piawaian kawalan udara yang paling tinggi. Amerika Syarikat telah menggunakan Kesatuan oleh PA juga mengadakan pindaan pengulangan relative 2008-50- EC untuk pengawal kualiti udara. Singapura baru-baru ini telah mengumumkan bermula pada 24 Ogos 2012, Kerajaan Singapura akan menerbitkan indeks pencemaran udara termasuk kandungan PM 2.5 di dalam udara.

Kini Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat penapisan minyak yang terbesar di Asia Pasifik. Perusahaan petrol kimia merupakan salah satu punca terbesar dalam penghasilan PM 2.5. Persoalan di sini ialah jika kerajaan tidak peduli dan tiada rancangan untuk mengadakan pengulangan seperti di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat ataupun terbitan indeks kualiti udara kepada rakyat secara harian seperti Singapura, bagaimana menjadikan pusat penapisan minyak yang terbesar di Asia Pasifik. Saya perlu mengingatkan kerajaan bahawa pengindustrian peringkat dunia mana piawaian yang paling dekat diimplikasi dan penguatkuasaan dan pengurusan kawalan yang paling baik.

Maka saya minta kerajaan jelaskan bilakah pindaan index Environmental Quality Act Regulations 1978 dan index Environmental Quality [Act 1974] Malaysia akan diadakan supaya piawaian dan kawalan PM 2.5 boleh diwujudkan dalam pengulangan di negara kita.

Sekian, terima kasih.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:13 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkit dan bangun untuk menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tahniah Yang Berhormat Menteri bersama-sama dengan kita pada petang ini. Menyokong memang menyokong tetapi cuma beberapa pertanyaan atau persoalan atau cadangan-cadangan untuk menambah baik lagi kementerian yang memang baik ini termasuk menterinya.

Pertama saya hendak bercakap tiga perkara sahaja Tuan Pengerusi. Tiga perkara sahaja, tidak banyak. Satu, berkaitan dengan P.23, 13500 - Pemulihan Empangan, 15000 - Kerja-kerja Kecil JPS dan juga ‘prihilitan’...

final • 4:18 PM

Seorang Ahli

PERHILITAN.

final • 4:18 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya. Lemah betul saya tentang ini. Yang Berhormat Seputeh, apa Yang Berhormat Seputeh?

final • 4:18 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

PERHILITAN!

final • 4:18 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

PERHILITAN. Ya, okey.

final • 4:18 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Empangan Tuan Pengerusi, setahu saya sekurang-kurangnya dua fungsinya iaitu boleh digunakan untuk takungan bagi air minuman, itu satu. Kedua, sebagai cara untuk mengawal banjir. Di daerah saya Tuan Pengerusi, daerah saya ini Daerah Batu Pahat yang juga berjiran dengan Daerah Kluang yang juga berjiran dengan Daerah Segamat. Dia ada dua empangan Tuan Pengerusi. Empangan Bekok antara Batu Pahat dan Segamat.

Empangan Sembrong antara Batu Pahat dan juga Kluang. Ianya wujud kerana dahulu ada satu rancangan Johor Barat. Puluhan tahun umurnya atau usia empangan ini.

Saya tidak tahu bagaimana pengurusannya? Sama ada pernah digali, dikorek dan diapa-apakanlah Tuan Pengerusi atas dua perkara tadi minuman dan juga untuk mengawal banjir. Dahulu, kita ada cadangan. Saya pernah memberi cadangan di sini kerana mendapat buah butir daripada pegawai-pegawai JPS. Dia minta kalau boleh dibuat empangan lagi. Nilainya memang tinggi tetapi kerana dua fungsi yang penting ini Tuan Pengerusi, kalau boleh agaknya pandangan ini dibuat kajian oleh kementerian. Jadi, mudah-mudahan fungsi dua perkara itu benar-benar dapat memberi faedah kepada penduduk-penduduk. Batu Pahat ini penduduknya hampir lebih kurang 500,000, setengah juta.

Batu Pahat ini ada empat Parlimen. Parlimen Batu Pahat, Parlimen Parit Sulong, Parlimen Ayer Hitam, Parlimen Sri Gading yang dekat lebih kurang 500,000 penduduk ini.

Jadi kalau dapat cadangan ini dijadikan agaknya sebagai apalah yang patut dibuat. Kalau pun patut dia menjadi perkara yang boleh agaknya untuk menentukan banjir. Sekarang ini banjir Tuan Pengerusi. Kawasan saya sudah empat pusat pemindahan banjir dibuka. Tidak hairanlah sebenarnya banjir ini Yang Berhormat Seputeh. Tidak hairanlah, jangan marahlah banjir.

New York pun banjir Tuan Pengerusi, Amerika Syarikat pun banjir, bukan? Semua negara di dunia ini pun banjirlah. Itu bukan salah Barisan Nasional. Banjir ini sudah suratan takdir. Akan tetapi kita patut mengatasinya Tuan Pengerusi. Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, seperti mana-mana yang saya katakan dan semua orang maklum satu dunia banjir Tuan Pengerusi. Soal kerja-kerja perparitan ini Tuan Pengerusi, macam banjir yang saya lawat semalam Tuan Pengerusi, dia ada kaitan dengan perparitan. Kalau perparitan itu diluruskan, dibesarkan, didalamkan mungkin tidak timbul banjir.

Saya sendiri melihat dan pergi tengok parit di satu kampung di Kampung Sengkuang itu kerana disebabkan parit yang tidak lurus, yang tidak besar, yang tidak dalam, banjir. Hari ini Tuan Pengerusi rata-ratalah, saya tidak tahulah. Rata-rata penduduk di kampung-kampung Tuan Pengerusi rumahnya, rumah bawah. Jadi apabila saya tanya kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat, siapa yang digelar mangsa banjir? Jadi apabila pegawai itu semalam bercakap dengan saya, dia kata mangsa banjir ini atau orang yang diistilahkan sebagai mangsa banjir ini ialah orang yang apabila dapurnya dinaiki air.

Kemudian, tandasnya sudah tidak berfungsi kerana semua tandas pun di bawah, dapurnya pun di bawah, rumahnya di bawah. Dia tidak dapat tidur di rumah itu kecuali atas katillah.

Akan tetapi sudah barang tentu payahlah untuk tidur di atas katil kalau air di dapur kita tidak ada, tidak dapat kita gunakan, tandas tidak dapat hendak digunakan. Maka, orang ini layak berpindah dan disebut sebagai mangsa banjir. Kalau itu istilahnya Tuan Pengerusi, saya rasa puluhan ribu orang akan terlibat. Sebabnya kerana kadang-kadang perparitan.

Saya tidak tahu Tuan Pengerusi, macam ini perparitan itu jumlahnya RM17 juta pelbagai negeri. RM17 juta pelbagai negeri maknanya seluruh negara. Kawasan saya sahaja Tuan Pengerusi ada 286 buah kampung Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau satu kampung terpaksa membelanjakan sekian-sekian, sekian-sekian, sekian-sekian saya ingat Daerah Batu Pahat sahajalah RM17 juta ini. Saya dengar tadi Yang Berhormat Parit Sulong pun merungut atau pun menceritakan tentang parit ini.

Apa perancangan JPS dan kementerian untuk mengatasi banjir disebabkan perparitan? Ini terang perparitan Tuan Pengerusi. Ya, hujan yang lebat, hujan yang berterusan itu salah satu puncanyalah. Akan tetapi kalau agaknya air boleh mengalir dengan laju ke sungai dan kuala-kuala sungai, sungai-sungai sudah didalamkan, airnya akan deras mengalir ke laut. Kalau pun agaknya terpaksa berpindah, mungkin agaknya tidaklah makan masa yang panjang. Dua, tiga hari air pun surut.

Dalam tahun 2006 Tuan Pengerusi untuk makluman, ada kawasan saya terpaksa dia tinggal di pusat pemindahan banjir 45 hari Tuan Pengerusi, sebulan setengah. Inilah ke rumah bawah dan air lambat mengalir akibatnya satu bulan setengah. Bayangkan Tuan Pengerusi, bayangkan kalau orang pindah ke pusat pemindahan satu bulan setengah Tuan Pengerusi, pening kepala dia Tuan Pengerusi. Saya pun ada kesian dua tiga pasangan pengantin baru Tuan Pengerusi. Allah! bayangkan betapa penyeksaan mereka Tuan Pengerusi. Jadi, saya haraplah apakah memang disengajakan peruntukan RM17 juta ini atau mungkin ada sumber-sumber lain yang saya tidak terbaca agaknya berkaitan dengan hendak membesarkan, mendalamkan, membersihkan sungai-sungai atau parit-parit yang ada di seluruh negara?

Saya tidak faham kenapa RM17 juta ini atau mungkin Yang Berhormat Menteri tahu ada lagi sumber lain agaknya yang tidak terbaca oleh saya. Akan tetapi kalau RM17 juta sahaja jelas dan terang ikut perkiraan saya, wang ini tidak akan cukup untuk kita belanjakan tahun 2013 dan akan berulanglah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesusahan orang ramai kerana apakan daya rumahnya memang di peringkat rumah-rumah di bawah. Jadi itulah dua perkara yang berkait dengan itu.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ketiga ini soal PERHILITAN. Betul Tuan Pengerusi, bahasa saya? Kalau tidak betul pun Tuan Pengerusi faham, syukur alhamdulillahlah. Maknanya betullah itu. Orang kompelin kepada saya Tuan Pengerusi. Kera sudah masuk ke bandar. Sudah masuk ke pekan. Ini cerita betul. Sudah masuk ke kampung, sudah masuk ke bandar. Sudah masuk ke pekan-pekan Tuan Pengerusi. Saya tanya pegawai PERHILITAN, kebetulan Batu Pahat ini, dia punya pegawai PERHILITAN di Kluang. Ada dua orang sahaja pegawai Tuan Pengerusi. Saya tanya macam mana nak mengatasi masalah rungutan orang ramai, kerunsingan orang ramai, kesusahan orang ramai kerana kera masuk ini, masuk ke dapur Tuan Pengerusi. Tak bersisa makanan di dapur dan tak bersisa. Tak tahu Yang Berhormat Menteri faham, tak bersisa.

final • 4:30 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Sri Gading, Sri Gading. Boleh tumpang sedikit mengenai kera tadi, boleh? Terima kasih kepada Sri Gading dan terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan kera ini, apa yang kita perhatikan di pekan ataupun di kampung itu sudah menjadi satu masalah yang begitu besar sekali. Jadi apa yang saya harapkan bagi kami di Bagan Serai itu, kami buat perangkap-perangkap dan perangkap-perangkap tadi alhamdulillah. Kadang itu pokok durian banyak buahnya. Kita dapati yang buah itu memang tak merasalah kalau ikut-ikutkan, itu memang petani-petani kata “Oh, aku banyak pokok. Kali ini rezeki Tuhan bagi.” Rupanya rezeki setakat rezeki mata tengok sahaja Tuan Pengerusi. Apa langkah yang kita nak lakukan supaya masalah kera ini dimusnahkanlah ataupun kita eksport sahajalah sebagaimana yang pernah saya cadangkan pada tempoh hari. Terima kasih Sri Gading.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Benar apa yang dipadahkan Bagan Serai ini tadi. Nah, aku setuju sangat itu, dengan izin. Gurauan... [Ketawa] Tuan Pengerusi faham saya punya bahasa? Bahasa Banjar.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Faham, faham Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Alhamdulillah. Inilah juga gambaran yang sebenarnya dirasai oleh ramai. Cuma kita di Parlimen ini berpeluang untuk menzahirkan masalah ini. Jadi apabila saya tanya pegawai ini, dia kata tak cukup pegawai, satu.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kedua, “Nak buat macam mana Datuk. Tangkap nak dibawa ke mana? Ditembak, rasa zalim.” Jadi perkara ini agaknya, ialah kita mengadu pada mereka dan mereka pun tak ada keupayaan. Tak tahu apa agaknya pendekatan yang boleh diambil oleh kementerian dalam mengatasi masalah kera yang masuk di kampung. Memanglah tak bersisalah buah- buahan dan tanam-tanaman. Kesian orang kampung Tuan Pengerusi.

Jadi saya haraplah ada satu penyelesaian yang lebih kukuh oleh pihak kementerian melihat perkara ini supaya tidak mendatangkan kerugian pada orang-orang kampung dan tidak merunsingkan mereka. Nak tinggalkan rumah pun sudah takut. Bukan takut pencuri. Siang-siang dia masuk ke rumah. Sudah jadi masalah. Masalah yang dihadapi oleh orang kampung kita yang memang sampai runsing mereka. Saya harap ada tindakan daripada Yang Berhormat Menteri. Macam mana pendekatan yang boleh menyelesaikan masalah ini daripada ditanggung oleh orang-orang kampung. Tuan Pengerusi, dengan sukacita saya menyokong.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Sudah ramai yang berucap Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ramailah.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Seramai 22 orang sudah berucap.

Saya bagi Indera Mahkota. Selepas itu Labuan. Menteri bolehlah menjawab selepas Labuan.

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Sebenarnya satu sahaja.

Kalau boleh – sebab saya ada satu. Orang lain boleh tambah dua isu.

final • 4:34 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya akan tambah satu lagi isu.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya Indera Mahkota.

final • 4:34 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, terima kasih. Saya berkenaan dengan empangan. Tadi rakan Sri Gading ada menyebut tentang isu yang berkaitan, bersabit dengan empangan. Semakan saya di P.23 memang ada satu tajuk khusus berkenaan dengan pemulihan empangan. Jadi saya nak bertanya oleh kerana semakan saya ada dalam Laporan Audit ini agak menonjol, agak significant juga kerana laporan ini menyebut bahawa asas kepada perkara yang perlu diperbaiki tentang pengurusan keselamatan empangan yang ada agak munasabah untuk kita bincangkan di peringkat jawatankuasa.

Pertama disebut bahawa kesemua empangan yang ada dalam negara kita didapati mengabaikan aspek keselamatan dari segi penguatkuasaan. Maksudnya kalau di sini disebut didapati empangan yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi di Sembrong, di Empangan Bekok dan juga Macak didapati tiada langsung pengawal keselamatan. Barangkali dia takut agaknya letak satu pengawal di situ. Duduk situ dia takut, dia lari. Jadi Laporan Audit ini menyebut teguran ini adalah tiada kawalan keselamatan.

Kalau empangan itu untuk tujuan takungan air dan juga untuk pembekalan air bersih atau untuk minuman, dengan tiadanya kawalan keselamatan, banyak apa perkara pun boleh berlaku. Sehinggakan takungan air pun orang campak mayat manusia apatah lagi empangan. Jadi asas kepada teguran audit yang disebut berkenaan dengan aspek keselamatan empangan ini ada baiknya beri penjelasan kenapa perkara ini boleh berlaku dan ini dibawa secara khusus dalam teguran Audit.

Juga perkara yang sama dalam empangan ini, saya pun tidak faham dikatakan daripada siasatan 12 empangan yang diteliti atau disemak, hanya satu sahaja empangan yang diwartakan. Maksudnya selebihnya empangan itu tidak ada pewartaan sebagai kawasan rizab takungan. Ini juga adalah laporan yang dikeluarkan dalam teguran audit.

Bermakna selama ini tidak ada pewartaan kawasan takungan. Mungkin perkara ini agak- bolehlah sedikit Yang Berhormat.

final • 4:34 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Indera Mahkota. Memang saya pun nak cakap tentang empangan juga tetapi apabila tak ada peluang saya nak sentuh sedikit tentang di Kedah ini. Kita ada banyak empangan sebenarnya. Saya sudah berkali-kali bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan Empangan Beris dan juga Empangan Nok ini tetapi tidak mendapat jawapan yang positif. Apabila kita tanya di sini, dia kata tanya negeri. Apabila tanya negeri, negeri kata tanya di kementerian.

Jadi saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian, apakah sebenarnya status Empangan Nok yang nak dibuat sebab kita sudah ada Empangan Muda, Empangan Pedu, Empangan Ahning, Empangan Beris semuanya menggunakan kawasan tanah yang agak luaslah. Saya nak dapat kepastian daripada pihak kementerian tentang Empangan Nok yang dikatakan untuk menyalurkan saliran daripada Empangan Beris ke Empangan Nok dan juga ke sawah. Apakah ia akan terjadi ataupun tidak terjadi? Terima kasih Indera Mahkota.

final • 4:34 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya juga dalam satu perkara yang sama berkenaan empangan ini, saya dapati ini juga teguran audit atau penemuan audit, dikatakan setakat hari ini, masalah pembayaran pampasan untuk tanah yang diambil untuk tujuan pengurusan empangan. Dikatakan 16 empangan yang diuruskan oleh JPS, lima empangan yang tidak menyelesaikan masalah pembayaran pampasan.

Ada satu status terkini yang ada Yang Berhormat Menteri. Sehingga kini dikatakan maklumat bagi 14 empangan telah pun diperoleh kecuali dalam bentuk aspek pembayaran pampasan. Kalau diperhatikan memang ada di bawah P.23 ini, bayaran khas pengambilan balik tanah. Saya pun tak tahu, barangkali termasuk untuk kawasan-kawasan empangan barangkali. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri barangkali agak cerah juga mata saya bila tengok peruntukan untuk pengambilan tanah ini sampai RM1 bilion. Maknanya daripada 2.9 itu, RM1 bilion kementerian Yang Berhormat memang peruntukan untuk tujuan pengambilan tanah. Jadi, dengan RM1 bilion peruntukan untuk bayaran khas pengambilan tanah ini, takkanlah tak boleh uruskan berkenaan dengan pewartaan, penjagaan keselamatan empangan-empangan untuk bekalan air dan sebagainya.

Saya rasa ini aspek yang perlu kepada tumpuan dan saya yakin Laporan Audit ini Yang Berhormat Menteri juga teliti. Saya cuma merujuk kepada laporan yang ada pada kandungan laporan ini sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Labuan.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua isu sahaja Tuan Pengerusi iaitu Butiran 15100 mengenai Mencegah Hakisan Pantai.

Seperti mana yang kita lihat dalam peruntukan untuk pencegahan hakisan pantai cuma ada dalam RM31 juta sahaja untuk seluruh Malaysia.

Jadi, saya rasa sudah tentu perkara ini tidak akan mencukupi kalau kita lihat dengan masalah-masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Saya ingin membahaskan tentang masalah hakisan pantai di kawasan saya di Wilayah Persekutuan Labuan, di mana di kawasan bahagian barat Wilayah Persekutuan Labuan iaitu yang berhadapan dengan Laut China Selatan, hakisan pantai cukup kritikal.

Apa yang saya harapkan adalah kementerian sebaik-baiknya memberikan peruntukan agar pantai-pantai yang terhakis di Wilayah Persekutuan Labuan ini dapat kita selesaikan masalahnya. Ini kerana seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Labuan adakah sebuah pulau yang terdedah dengan hakisan. Jadi, oleh itu saya juga mencadangkan agar protection atau breakwater protection ini dengan izin, kita gunakan dengan menggunakan groyne-breakwater. Di mana dengan menggunakan konsep groyne ini, dengan izin, bahawa ia cukup terkenal di Australia. Di mana di Australia kalau kita lihat cara mereka untuk mengatasi hakisan pantai, cukup hebat.

final • 4:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Jadi, tidak salah kita menggunakan teknologi tersebut dan pernah digunakan di Labuan. Bahawa sampai sekarang kawasan yang menggunakan konsep groyne- breakwater ini cukup baik. Sehingga hari ini, pantai yang terhakis itu dapat diatasi. Jadi, kita harapkan kementerian dapat mengkaji semula konsep breakwater yang digunakan.

Memang kita ada Labuan Blocks tetapi kadang kala Labuan Blocks juga tidak semua kawasan pantai bersesuaian untuk kita gunakan. Jadi, kita mengharapkan kementerian dapat melihat kembali tentang konsep ataupun cara-cara untuk membuat protection hakisan pantai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedua adalah mengenai taman-taman laut, di mana tiga pulau telah pun diwartakan sebagai taman-taman laut di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan juga Pulau Rusukan Besar. Dengan adanya pengisytiharan sebagai taman-taman laut, masalahnya adalah nelayan-nelayan kecil yang dari datuk nenek mereka dahulu memancing ikan atau menjalankan kegiatan penangkapan ikan di kawasan tersebut, sekarang sudah terhalang. Jadi, kelihatannya baru-baru ini kita ada perbincangan dengan persatuan nelayan dan juga pejabat taman-taman laut di Labuan.

Jadi, sampai sekarang masalah itu tidak dapat diatasi kerana persatuan nelayan ataupun ahli-ahli mereka cukup marah terutamanya nelayan-nelayan kecil, nelayan-nelayan pantai yang tidak dapat menangkap ikan di kawasan tersebut. Sehinggakan kalau mereka masuk ke kawasan tersebut, mereka telah pun dihalau oleh petugas-petugas taman-taman laut dan juga APMM di mana apabila mereka menghalau ini terlalu kasar caranya. Jadi, saya rasa perkara ini harus kita atasi kerana ini melibatkan rakyat ataupun nelayan-nelayan kecil yang mencari makan di kawasan-kawasan pantai. Kita minta tolong cari penyelesaian apakah cara yang terbaik untuk berunding dengan nelayan-nelayan tersebut supaya mereka juga masih boleh menangkap ikan di kawasan tersebut.

Mungkin kita bagi tempoh beberapa bulan untuk kawasan penangkapan ikan dan mungkin sebahagiannya digunakan waktu untuk pembiakan ikan terutamanya musim tengkujuh. Mungkin mereka juga tidak dapat pergi jauh ke laut. Jadi, mereka biasanya cuma menangkap ikan di kawasan-kawasan pesisir pantai. Ini kerana di Labuan ini kalau kita lihat, tiga batu nautika keluar sudah kawasan Brunei water dan juga kawasan tempat- tempat lain.

Ini kerana kalau kita lihat secara keseluruhan sempadan untuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terlalu kecil. Jadi, kita harapkan kementerian dapat melihat sekali lagi masalah- masalah nelayan kecil untuk masuk kawasan-kawasan pulau taman-taman laut ini, dipertimbangkan untuk mereka menangkap ikan di sana. Itu sahaja Tuan Pengerusi, saya juga turut menyokong. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk berbincang mengenai kementerian saya. Petang ini saya mendengar banyak cadangan dan aduan mengenai beberapa isu di bawah kementerian saya.

Sebahagian darinya adalah cadangan-cadangan dan sebahagian dari itulah adalah aduan dan saya cuba menjawab seberapa yang boleh. Pertama, saya jawab di sini adalah mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kuantan. Beliau bertanya kenapa EIA untuk projek LAMP tidak disediakan sebelum TOL diluluskan. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Pengerusi, perkara ini telah pun kita jawab beberapa kali dalam Dewan.

Bagi kita, perkara itu telah pun- kita tidak ada perkara tambahan dikemukakan.

Maka, saya rasa memadailah jawapan-jawapan yang telah kita beri. Mengenai apakah jaminan kementerian bahawa untuk memastikan program proses pengurusan yang sisa tadi hendak diproses kepada komersial.

final • 4:45 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Saya ingin memberitahu di sini bahawa kementerian melalui JAS akan memastikan Laporan EIA dikenakan sebelum pembinaan kilang didirikan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling.

Mengenai perkara Laporan EIA Rapid Pengerang, ia telah pun diluluskan pada 27 Ogos 2012. Perkara yang dikaji adalah merangkumi isu-isu kritikal seperti geologi, geotechnical, kerja tanah, kualiti udara, kualiti air, bau, analisa, risiko, bunyi bising dan gegaran hidraulik bagi sea water intake dan outfull pipeline, kesihatan awam, traffic di darat dan laut serta sosioekonomi.

JAS sedang meneruskan penguatkuasaan dan penguasaan kualiti alam sekitar untuk meletakkan alat-alat, maaf ya? Ini mengenai isu di Bukit Koman di mana telah pun didakwa bahawa ada bukti-bukti ianya memudaratkan kesihatan penduduk-penduduk yang berkaitan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat dari Lipis tadi yang mengatakan bahawa kawasan beliau tidak ada kejadian tersebut. Memang kita telah pun mengadakan beberapa perbincangan dan kita telah diberitahu oleh Jabatan Perubatan Pahang bahawa tidak ada bukti bahawa sianida dari Bukit Koman ini menyebabkan penyakit-penyakit kulit.

Bagaimanapun, JAS sedang dan akan terus meneruskan penguatkuasaan dan pengawasan kualiti alam sekitar dan telah pun meletakkan alat-alat pengawasan di beberapa stesen strategik di kawasan kilang dan sekitar Bukit Koman. Bagaimana penguat kuasa terhadap lombong bijih besi di Bukit Ibam, Pahang dapat mengawal pencemaran kawasan tersebut? JMG dan JAS juga akan terus memastikan bahawa semua standard yang ditentukan mestilah dipatuhi.

final • 4:45 PM

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ini penting untuk menentukan ianya tidak akan memudaratkan alam sekitar di kawasan tersebut. Yang Berhormat Padang Serai bertanya mengenai sama ada EIA dikenakan untuk projek kondominium di Batu Caves. Ingin saya memaklumkan projek ini bukan di bawah TBT yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan demikian, kajian EIA tidak perlu di bawah peruntukan undang-undang.

final • 4:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Mohon tambahan Yang Berhormat Menteri. Sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mohon maaf kerana tidak sempat tadi menambah tetapi saya mohon kalau boleh Yang Berhormat ambil maklum satu projek di kawasan Lembah Pantai melibatkan Amona Group of Companies sekitar mungkin satu-satunya green lung, dengan izin, yang masih wujud di Kuala Lumpur.

Memandangkan bulan ini bulan monsun dengan hujan yang agak lebat, saya minta dan bertanya adakah kementerian sudah melakukan Environmental Impact Assessment di kawasan berkenaan, di kawasan hijau kerana banjir lumpur berlaku di kawasan Kampung Pasir Baru dan menyebabkan air dari parit saliran berdekatan tidak mampu menampung jumlah air hujan dan air yang melimpah ke kawasan persekitaran.

Saya bukan harapkan jawapan serta-merta, tetapi harap dapat diambil oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah perkara baru. Kita akan kemukakan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Balik Pulau bertanya mengenai kawalan aktiviti ternakan kolam udang menggunakan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Projek-projek akuakultur berasaskan penggunaan tanah berserta dengan pembersihan hutan paya laut meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih adalah merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling. Laporan EIA perlu disediakan dan kemukakan kepada JAS untuk penilaian.

Yang Berhormat Rasah ada bertanya apakah status kualiti Alam Flora Sdn. Bhd. di Bukit Nanas sama ada ianya akan disambung? Untuk makluman Yang Berhormat, kuasa untuk menyambung projek ini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan saya tidak dapat menjawab perkara ini bagi pihak Jabatan Perdana Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun mungkin ini bidang kuasa untuk meluluskan ataupun menyambung lesen itu bukan terletak di bawah kementerian Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Akan tetapi saya rasa kementerian Yang Berhormat ada tanggungjawab sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar. Sepatutnya satu kajian perlu dilaksanakan sama ada lokasi tersebut sekarang sudah tidak sesuai untuk meneruskan operasi tersebut. Ini kerana seperti yang saya kata tadi, di sekeliling kawasan itu sekarang di Bukit Nanas itu telah menjadi satu kawasan pembangunan baru termasuk beribu-ribu rumah akan dibina di sana, ada kawasan perindustrian moden akan dibina di sana dan juga termasuk ini pangkalan TUDM pun akan dipindahkan ke sana.

Jadi sudah tentunya pusat kualiti alam ini yang menguruskan sisa-sisa toksik sudah tentunya tidak sesuai lagi. Jadi sepatutnya pihak kementerian ataupun Jabatan Alam Sekitar mengambil satu langkah proaktif untuk membuat kajian. Kalau tidak sesuai, berikan satu laporan untuk supaya pihak Jabatan Perdana Menteri boleh membuat satu keputusan untuk tidak meneruskan lesen itu. Kita tidak mahu dalam satu situasi apabila sudah sampai tamat tempohnya, ia diteruskan lagi. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kajian telah sedang dijalankan. Kita akan menyampainya kepada jabatan berkenaan dan di situlah perkara itu akan di bincang. Kita tidak dapat membuat memberitahu kepada Dewan sebelum ianya dibincangkan dengan sehalus-halusnya.

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi bertanya mengenai penguatkuasaan dan pengawasan kawalan ke atas tempat-tempat pengumpulan besi-besi buruk di Petaling Jaya...

final • 4:50 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Tuan Pengerusi, sikit lagi. Sorry. Tadi saya juga ada tanya satu soalan berkenaan projek-projek tambatan banjir. Itu kalau boleh diberikan jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Sistem saya adalah saya akan menjawab topik-by-topik, jabatan-by-jabatan. Jadi nanti ada satu jawapan untuk projek tambatan banjir kerana ramai yang bercakap pasal projek tambatan banjir. Jawapan itu bagi menangani pencemaran yang berpunca daripada tempat-tempat pengumpulan besi-besi buruk ini, JAS telah boleh mengambil tindakan terhadap pencemaran disebabkan pembaharuan terbuka atau buangan berjadual. Bagaimanapun, pencemaran air dari tempat-tempat ini memerlukan kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan kerana tempat-tempat ini tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana kawasan-kawasan air yang digunakan. Ini juga adalah perlu tindakan dari pihak berkuasa tempatan untuk menentukan bahawa sisa-sisa besi ini tidak dibuang sembarangan.

Yang Berhormat Bakri bertanya pihak panel penguasa DEIA dari pakar pengulas individu adalah seperti berikut, Professor Dr. Marzuki. Saya mohon kemukakan dengan bertulis kepada Yang Berhormat, boleh ya? Mengenai bila Laporan DEIA boleh dipamerkan. Ini pun kita sudah sampai kepada Yang Berhormat tempoh hari. Keempat, adakah taklimat dan pengulas telah beri kepada orang kampung di sungai Kampung Pengerang. Laporan penyiasatan telah pun disediakan mengenai cadangan untuk taklimat dan penjelasan akan dimaklumkan kepada pengadu di kawasan tersebut.

Mengenai mengapa kementerian tidak menggunakan PM2.5 bagi menilai kualiti udara seperti yang dilaksanakan di Singapore dan Amerika Syarikat. Kementerian saya memang menyedari bahawa PM2.5 adalah lebih baik dalam penilaian baik kualiti udara berbanding dengan RMKe-10. Untuk ini, Jabatan Alam Sekitar sedang merancang untuk memperoleh peralatan PM2.5 yang digunakan dalam pengawasan kualiti udara pada masa- masa yang akan datang.

Tadi Yang Berhormat dari Batang Sadong ada memohon kementerian untuk menambahkan beberapa bantuan untuk pendidikan kesedaran alam sekitar. Memang kementerian menyedari betapa pentingnya kita untuk menyedari rakyat umum khasnya kepada belia-belia, kepada pelajar-pelajar mengenai betapa pentingnya kita semua memelihara memulihara alam sekitar. Oleh itu, pelbagai program telah dijalankan dan kita mengakui bahawa peruntukan memang terhad tetapi inilah keadaannya kita dari semasa ke semasa perlu menjalankan program mengikut apa yang diperuntukkan oleh pihak dari central agency.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Bagaimanapun, kita akan mengemukakan rayuan kepada pihak agensi kalau sama ada kita dapat mempergiatkan lagi usaha-usaha untuk menjalankan program- program kesedaran alam sekitar ini.

Yang Berhormat Setiu tadi telah pun menyentuh mengenai gangguan gajah liar di Setiu dan di Hulu Terengganu.

Selepas itu Yang Berhormat dari Sri Gading pun menyentuh mengenai masalah kera dan satu perkara yang ditimbulkan adalah bahawa pegawai-pegawai di Jabatan PERHILITAN adalah terhad dan menghadapi masalah untuk dapat menguatkuasakan undang-undang kerana jumlahnya tidak cukup. Ke arah ini, sukacita saya memaklumkan di sini bahawa beberapa minggu yang lepas, Kabinet telah meluluskan satu program untuk kita menambahbaikkan dan menambah jumlah pegawai di Jabatan PERHILITAN di negara ini.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ini adalah satu program pengukuhan kerana kita pun sedar bahawa isu-isu yang di bawah bidang kuasa PERHILITAN semakin hari semakin banyak. Khasnya apabila undang- undang konservasi 2010 telah diluluskan dan kita perlu menguatkuasakannya dengan lebih tegas, maka kita memerlukan ramai lagi pegawai.

Begitu juga kita sekarang menghadapi banyak masalah. Konflik di antara manusia dengan binatang, sama ada di antara gajah dengan manusia, di antara kera dengan manusia. Oleh yang demikian, maka ini memerlukan ramai lagi pegawai-pegawai dan dengan kita dapat diluluskan program pengukuhan nanti, kita berharap lebih ramai lagi pegawai-pegawai PERHILITAN dapat menjalankan tugas untuk menentukan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Bagi gangguan gajah liar di Setiu di Hulu Terengganu, ingin saya memaklumkan bahawa pada tahun 2012, sebanyak empat ekor gajah liar telah dipindah di kawasan Setiu dan tiga ekor dari Hulu Terengganu. Pada tahun 2013, pihak kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM75,000 bagi Program Tangkap-Pindah Gajah di negeri Terengganu.

Tambah pula, dengan ini juga, kita menambahkan program ini melibatkan pembinaan pagar elektrik di kawasan pinggiran hutan bagi menghalang gajah liar dari memasuki kawasan kampung. Pada tahun ini, sepanjang 17.5 kilometer pagar elektrik sedang dibina merentasi kawasan Kampung Kuala ‘Imbu’ hingga Kampung Tok Lawit di kawasan Hulu Terengganu yang menelan belanja sebanyak RM770,000. Projek ini dijangka siap pada Disember 2012.Pada tahun 2013, pihak kementerian akan membina pagar elektrik sepanjang 15 kilometer di kawasan Hulu Terengganu dengan kos sebanyak RM660,000 dan juga di kawasan Pelong dengan anggaran kos RM2 juta.

Pihak kementerian memandang berat mengenai sebarang aduan gangguan gajah.

Pihak kementerian memohon agar penduduk kampung sama-sama menyalur terus aduan kepada pihak Jabatan PERHILITAN bagi tindakan segera. Jabatan PERHILITAN Terengganu mempunyai Unit Kawalan Gajah yang akan menangani isu ini dalam masa yang sama mempunyai satu Unit Tangkapan Gajah yang terlatih. Jabatan PERHILITAN akan berusaha meningkatkan kesegeraan dan menyelesaikan sebarang aduan gangguan gajah liar di Terengganu.

Yang Berhormat Balik Pulau menyentuh mengenai kes Anson Wong yang tertangkap dan dibicara atas kesalahan menyeludup hidupan liar dan lepas itu beliau diberikan hukuman yang lebih rendah. Pihak kementerian memang sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk menentukan perdagangan hidupan liar secara haram ini dapat kita kawal. Maka baru-baru ini kita telah pun meluluskan undang-undang untuk memberikan hukuman lebih berat.

Bagi kes Anson Wong, mahkamah telah membuat keputusan dan kita juga kena akur kepada apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita akan luntur dari segi komitmen kita untuk menentukan...

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Tunggu sekejap ya. Untuk melenturkan bahawa kegiatan-kegiatan illegal wildlife trafficking ini dapat dikawal.

Oleh itu kita kerjasama dengan pihak antarabangsa, dengan rakan-rakan ASEAN dan setakat ini nampaknya adalah begitu berhasil. Bagi Anson Wong dan keluarga, kita telah pun menamatkan semua lesen yang ada kaitan dengan mereka ini.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Pengerusi, saya hanya bangun kerana ada tadi Yang Berhormat Menteri yang dihormati ini telah menyatakan tentang Anson Wong.

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, Anson Wong berasal daripada Pulau Pinang dan di mana kegiatannya adalah di Pulau Pinang. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebelum pentadbiran Yang Berhormat Menteri dan juga sebelum pentadbiran kerajaan saya.

Akan tetapi yang kita dapat maklumat ini dan ini adalah sangat penting Tuan Pengerusi, kerana kegiatan Anson Wong boleh berlaku kerana ada bersubahat secara dalaman sehingga kegiatan-kegiatan seperti ini dibenarkan berlaku. Seperti Yang Berhormat Menteri tahu, ia menjadikan satu kes antarabangsa yang terkenal di dunia sehingga nama Malaysia naik kerana Anson Wong. Ini bukanlah sesuatu yang kita harus rasa bangga.

Akan tetapi masalahnya ialah yang pertama– hanya dua perkara yang saya hendak tanya. Pertama adakah Yang Berhormat Menteri atau pihak kementerian secara dalaman telah membuat satu siasatan yang menyeluruh untuk memastikan mereka yang terlibat ini diambil tindakan dan juga tidak akan berlaku kegiatan seperti ini? Ini kerana memang beliau telah mendapat semua lesen yang boleh diperolehi, ini yang pertama.

Kedua, masih ada hidupan-hidupan liar milikan Anson Wong dan apakah tindakan yang diambil untuk menampung hidupan-hidupan liar ini? Ini kerana seperti yang sedia maklum, bahawa pihak kementerian ada rancangan untuk suatu perkarangan untuk menyimpan binatang-binatang liar seperti harimau di Teluk Bahang di Pulau Pinang. Akan tetapi kerana masalahnya ialah dari segi keselamatan amatlah kurang sekali sehingga kerajaan negeri telah memberikan nasihat dan tentulah diterima bahawa ia tidak harus dibenarkan kerana tidak selamat dan kalau pengunjung datang mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Akan tetapi memandangkan perbelanjaan telah dibuat, bolehkah pihak kementerian memberikan peruntukan-peruntukan supaya perkarangan ini dapat diperbaiki supaya memenuhi taraf antarabangsa? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Menteri, saya ada tanya tiga soalan tetapi Menteri belum jawab dua soalan. Lagi soalan tentang mengenai buih yang tidak dikenal pasti di persiiran Sungai Kapar, Pengerang. Adakah Menteri akan jawab? Lagi satu, Menteri tadi cakap hendak kasi senarai nama sahaja. Adakah kasi satu salinan laporan tentang laporan review panel RAPID ini?

final • 5:00 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Soalan yang saya tidak jawab, kita akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat ya.

Mengenai soalan dari Yang Berhormat Bagan, memang I think semua kita membaca dalam akhbar bahawa Anson Wong brings a bad name to Malaysia dan kita pun sedar bahawa berbagai-bagai tuduhan telah pun dibuat. Lepas insiden itu, standard operating procedure Jabatan PERHILITAN pun diubah supaya peluang-peluang untuk menjalankan kegiatan yang sama dapat kita kawal. Itu yang pertama.

Kedua, kita juga sedar bahawa ada tuduhan bahawa pegawai-pegawai PERHILITAN ada terlibat mengenai operasi Anson Wong. Kita buat siasatan tetapi malangnya bukan senang untuk membuat siasatan tertentu. Kita minta kalau Yang Amat Berhormat ada bukti yang boleh membantu, sila kemukakan kepada kita. Dalam masa yang sama, kita juga mengubah bagi cara kita meletakkan seseorang pegawai di sesuatu tempat.

Masalahnya kadang-kadang apabila seseorang pegawai diletakkan terlalu lama di suatu tempat, then familiarity become a problem, dengan izin. Oleh yang demikian, maka kita telah menentukan di mana yang dapat selepas tiga tahun, seseorang pegawai itu perlu kita pindah.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Douglas Uggah Embas

Bagi kementerian, bagi Kerajaan Barisan Nasional, kita memang mengambil berat bahawa ada penyelewengan dan kita menentukan bahawa pegawai-pegawai kita mempunyai integriti yang tinggi.

Perkara kedua saya akan bagi bertulis kepada Yang Berhormat kerana ini perkara baru tadi.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi datang untuk memberikan jawapan Tuan Pengerusi kerana ini jarang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri-menteri lain. Saya rasa saya hendak ucapkan syabas. Saya rasa dari pihak Pakatan Rakyat kita memang menghargai kesudian dan perasaan penuh tanggungjawab Yang Berhormat Menteri yang datang sendiri. Saya hanya hendak minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh rujuk kepada satu buku Lizard King berkaitan aktiviti-aktiviti orang yang sebut. Ini kerana yang itu sudah lepas yang kita rasa bimbang ialah mereka yang terlibat adakah mereka dilepaskan begitu sahaja. Itu sahaja terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas menghargai saya di sini menjawab tetapi ingin saya memaklumkan juga ramai Menteri di barisan ini datang menjawab kerana Yang Berhormat jarang datang ke Parlimen, mungkin tidak sedar atas ramai Ahli Jemaah Menteri datang menjawab. Ya, saya sudah membaca buku Lizard King.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu Menteri Pengangkutan tidak datang... [Ketawa]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Saya sudah membaca buku Lizard King. Kita pun nampak, bagaimana operasi dia dan bagaimana pihak kuasa dari Amerika Syarikat menangkap beliau. Itulah sebab kita telah mengubah standard operating procedure kita kerana kita telah menyedari bahawa satu cara dia dapat menjalankan kegiatan sedemikian adalah kelemahan dalam sistem standard operating procedure kita untuk mengendalikan kes-kes illegal wildlife trafficking ini. Yang Berhormat Balik Pulau bertanya mengenai Taman Negara Pulau Pinang...

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri sebelum masuk taman negara, berkenaan Wong ini, kebetulan tadi saya di atas dengan Duta Amerika... [Ketawa] dia datang melawat. Saya dengan Menteri Parlimen. Jadi bila kita berbincang juga isu Anson Wong ini kerana dia pun di Amerika pun dia buat salah banyak juga. Akan tetapi cara penyelesaian di sini ini seolah-olah nampak sebegitu sahaja dan habis begitu sahaja. Padahal pada pandangan di sana pun ialah merupakan satu sindiket besarlah untuk membawa dan dia dikatakan ditangkap red handed dengan binatang semua ini.

Jadi Yang Berhormat Menteri tolong yakinkan Dewan sebenarnya isunya apa, adakah kita di sini dari segi perundangan tidak cukup ketat ataupun dari segi penguatkuasaan ataupun sebenarnya kita perlukan lagi, saya tidak keberatan kalau Yang Berhormat Menteri secara terbuka kata kita perlukan lagi apa-apa sistem sokongan support system untuk jabatan kerana saya rasa isu itu telah memalukan negara ke tahap yang saya rasa sepatutnya dapat dielakkanlah. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Kedua ialah saya difahamkan dia menang di mahkamah rayuan itu ialah isu technicality.

Saya cuma ingin tahu apa perkembangan selanjutnya?

final • 5:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri minta maaf. Boleh tak alih tajuk daripada perkara yang panjang ini tentang Anson Wong tadi sebab saya rasa MP-MP ini lebih bersedia untuk mendengar persiapan JPS menghadapi fenomena cuaca yang sangat luar biasa sekarang ini. Minta maaf.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat saya rasa tidak perlu kita melanjutkan perbincangan di sini. Mahkamah telah membuat keputusan. Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan kita tidak bersedia untuk menghina mahkamah di sini.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, saya tidak suruh Menteri hina mahkamah.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tidak ada soalan di Parlimen can amount to contempt of court. I am sorry to say that is wrong okay. Saya tidak salah menyantuni itu kawan saya. Jawapan itu saya tidak boleh terima. Soalan saya apa keputusan, kalau hendak rayu lanjut, rayulah. Kita tidak boleh cakap, kita tidak menghina mahkamah. In what way can you explain macam mana soalan saya hina mahkamah? Kita tidak menghina mahkamah saya tanya soalan, itu ikut peraturan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Okey kalau tidak menghina. Akan tetapi...

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya tanya apa tindakan kementerian selanjutnya hendak merayu lagikah apakah saya tidak tahu? Itu soalan saya.

Ini kata menghina mahkamah itu salah itu. Mana boleh Menteri cakap macam itu, tarik balik.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Bagi saya, saya sudah beritahu kita menghormati keputusan mahkamah. Saya rasa situ sahajalah jawapan saya Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Balik Pulau juga mengenai Taman Negara Pulau Pinang telah digazet pada 2003 di bawah kawasan Hutan Simpan Pantai Aceh ke satu tasik unik iaitu tasik di mana pertembungan air masin dan air tawar. Saya fikir ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Yang Amat Berhormat ada di sini. Jadi, minta kemukakan kepada Dewan di Pulau Pinang.

Mohon penjelasan mengenai isu harimau belang. Yalah harimau belang kita adalah satu simbol negara dan untuk maklumat Yang Berhormat kita mempunyai satu program National Tiger Conservation Plan di mana kita akan menambahkan sekarang kira- kira 300 ekor harimau. Kita berharap by 2020 ataupun 2030 dapat kita tambah sehingga 1,000 which is very challenging because apa yang diperlukan ialah 5.8 hektar kawasan tanah.

Mengenai cadangan jalanan Gua Musang ke Kuala Pilah menghalang luas laluan hidupan liar. Kementerian Sumber Asli telah pun membina tiga biodiversiti untuk kemudahan tersebut dengan belanja RM82.3 juta. Ini adalah aset terpenting.

Mengenai masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Labuan, penguat kuasa JLPM dan LPPM mengenai aktiviti menangkap ikan. Kita akan mengenai tindakan mengenai perkara inilah Yang Berhormat.

Satu isu yang hangat di bincang pada hari ini ialah banjir. Akan tetapi saya ingin menyokong pandangan Yang Berhormat Sri Gading kita tidak boleh menyalahkan Kerajaan BN mengenai banjir ini kerana kita pun sedar bahawa banjir berlaku di beberapa tempat di seluruh dunia. It is an international phenomenon. History event ataupun kejadian lampau ini telah pun kita saksikan dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini dan saintis pun telah menyatakan ianya disebabkan perubahan iklim. Bagi negara kita percaya kepada perubahan iklim dan kadang-kadang, oleh itu kita telah mengatur berbagai-bagai dasar untuk menentukan bahawa negara mampu untuk menghadapi ataupun bersedia untuk menghadapi impak perubahan iklim ini.

Antara program-program yang kita jalankan adalah, kita pun telah berbincang sekarang untuk mengatur satu, untuk meneliti secara terperinci impak perubahan iklim, sama ada mengenai jumlah hujan yang jatuh ataupun di negara kita. Oleh yang demikian, maka kita juga menentukan apakan tindakan-tindakan adaptasi yang harus kita ambil kerana seperti mana yang disebutkan tadi kita mempunyai beberapa empangan. Satu masalah-masalah yang kita hadapi adalah banjir dan sebagainya. Jadi setakat sekarang kita telah pun melaksanakan adaptasi misalnya pelaksanaan projek-projek RTB di seluruh negara seberapa yang dapat oleh kerajaan.

Tambahan itu pula kita telah menjalankan mitigasi supaya kita juga bersama-sama dengan negara-negara dunia lain untuk mengurangkan CO² oleh itu Perdana Menteri kita sudah pun memberitahu dunia bahawa kita akan mengurangkan 40 peratus carbon intensity. So compare to GDP by 2020. Kita sedang pun menjalankannya.

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang rancangan RTB ini.

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Cuma apabila bajet untuk RTB ini dikurangkan daripada RM516 juta, RM517 juta, hingga ke RM360 juta. Ini adalah pengurangan yang amat signifikan Yang Berhormat Menteri. Jadi, bagaimana kalau projek-projek RTB ini hendak dilakukan dalam keadaan banjir yang ada sekarang?

final • 5:10 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Saya akan sampai ke isu bajet nanti.

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

RTB.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ya. Okey, di negara kita ada beberapa sebab banjir ini berlaku. Pertama adalah sungai yang cetek dan sebab itu, apabila hujan turun, ianya tidak mampu untuk mengalirkan air keluar. Ini disebabkan pelbagai isu pembangunan, pertambahan penduduk dan sebagainya. Begitu juga penduduk-penduduk kita sudah bertambah dan kita menghadapi masalah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi, parit kita tersumbat dan tidak mampu juga mengalirkan air dan sebagainya, beberapa masalah yang dihadapi kerana sampah pun dibuang ke sungai, longkang dan sebagainya. Inilah beberapa masalah yang kita hadapi.

Ditambah pula dengan hujan yang cukup lebat. Kalau kita mengikut rekod kita pada 7 Mac, hujan turun begitu lebat di Kuala Lumpur sehingga sampai 300 milimeter dalam empat jam. Di negara kita averagenya adalah kira-kira 4,000 milimeter dan kalau satu hari jatuh hujan lebat dengan sebegitu rupa jadi kita dapat memahami bahawa itulah satu masalah yang dihadapi. Kita juga melihat bagaimana negara US juga terpaksa tunduk kepada the fairy of the weather.

Untuk makluman Dewan ini juga, tanggungjawab untuk menjaga ataupun menentukan masalah ini dapat dikurangkan bukan hanya terletak di bahu Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi ianya juga terletak di bahu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, JKR dan sebagainya. Jadi, bagi jangka panjang, untuk menyelesaikan masalah ini, kita melaksanakan rancangan tebatan banjir. Tadi banyak soalan yang dikemukakan, permohonan-permohonan dikemukakan dan saya tidak akan menjawab setiap permohonan tadi. Saya akan beri secara bertulis.

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Memang kita nampak peruntukan yang ada seperti yang telah dibaca tetapi untuk makluman Yang Berhormat semua, itulah projek untuk projek-projek baru dan telah dijalankan juga projek-projek sedang berjalan. Untuk makluman semua, rolling plan pertama 2011 ada 50 buah projek yang menelan belanja RM1.1 bilion. Rolling plan kedua, ada 38 buah projek yang menelan belanja RM0.88 bilion.

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

...Dan tiga buah projek rangsangan khas 2012-2014 menelan belanja RM1.02 bilion yang akan menyaksikan kita melaksanakan tiga buah projek. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita meneliti daripada angka- angka yang saya sebutkan tadi, selain daripada DE yang kita dapatkan daripada central agency, kita juga ada mengatur satu rancangan khas untuk membolehkan kita melaksanakan lebih banyak lagi projek. Sekarang Kabinet telah pun meminta kementerian untuk memikirkan bagaimana kita dapat menentukan bahawa banyak lagi projek ini dapat dijalankan kerana dari anggaran kita, untuk total solution kita memerlukan tidak kurang daripada RM40 bilion.

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ini berasaskan kepada kajian yang dibuat pada tahun 2003 di mana lebih 2,900 kilometer persegi kawasan di negara kita ditenggelami oleh banjir. Kawasan ini bertambah selepas kejadian banjir pada tahun 2006.

Inilah diextend masalah banjir yang dihadapi oleh kita. Jadi kalau kita mengharapkan kerajaan untuk menyelesaikan banjir ini untuk satu tahun atau dua tahun ini, ini satu...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan?

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, beri Yang Berhormat Jelutong dahulu.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Penjelasan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ya, ya. Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Perkara ini pernah saya bangkitkan dalam Dewan ini dalam lingkungan tahun 2008, tahun 2009 tetapi jawapannya masih belum diperoleh. Saya merasa cemas kerana peruntukan untuk rancangan tebatan banjir itu telah dikurangkan daripada RM900 juta kepada RM390 juta untuk tahun hadapan. Ini disebabkan kita telah bahaskan dalam Dewan ini bahawa rancangan tebatan banjir bagi Sungai Pinang di kawasan Parlimen Jelutong telah pun diambil kira peruntukannya semasa Rancangan Malaysia Kesembilan. Oleh kerana terdapat masalah pemindahan setinggan-setinggan di tebing-tebing sungai itu, jadi ianya dibawa anjak ke hadapan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Jadi saya hendak tanya sama ada dalam peruntukan RM390 juta untuk bajet tahun hadapan itu, adakah ianya melibatkan RM150 juta yang telah dijanjikan dan pernah diperuntukkan dalam masa RMKe-9 itu akan digunakan, dimobilisasikan semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh itu ataupun khusus lagi pada tahun hadapan? Ini kerana kita pun sudah sampai ke penghujung tempoh Dewan yang ke-12 kali ini. Jadi saya harapkanlah kalau Yang Berhormat Menteri dapat memberi satu yang khusus. Kalau bukan secara lisan pun, dalam secara bertulis. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, saya boleh sambung sedikit?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Saya beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana saya tidak ada masa untuk menjawab setiap permohonan tadi kerana saya mula menjawab panjang perkara ini akan saya bincang. Itu sebab saya menjawab dengan secara umum untuk memberitahu arah tuju pelaksanaan projek RTB ini. Kita harus faham juga...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Negara kita perlu menjalankan berbagai- bagai projek yang lain. Oleh sebab itu, kementerian telah pun dimohon untuk menimbang dan mencadangkan kepada kerajaan bagaimanakah langkah-langkah yang dapat diambil termasuk seperti mana kita laksanakan pada tahun 2012 kepada tahun 2014 ada satu projek rangsangan khas yang mana kita membelanjakan RM1.02 bilion.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan. Saya rasa ada isu...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Kalau permohonan projek...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tidak, tidak. Ini bukan untuk projek tetapi saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri punca-punca banjir. Satu daripada isu yang telah dibangkitkan ialah sungai-sungai kita adalah cetek.

Oleh kerana itu, overflow water. Akan tetapi yang saya fikir lebih penting sekali ialah kurang perancangan. Kurang perancangan, satu dan yang kedua ialah tidak ada coordination di antara agensi-agensi kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya, JPS dan juga kerajaan tempatan. Tidak ada langsung coordination.

Oleh kerana itu Yang Berhormat Menteri, pada 30 Mac 2012 iaitu enam bulan yang lalu, 60 peratus daripada Parlimen Klang ataupun Daerah Klang ditenggelami air.

Juga minggu lalu, beberapa buah kampung di kawasan saya telah ditenggelami air misalnya di Kampung Perajurit, 90 peratus daripada kampung telah ditenggelami air, Kampung Nelayan dan juga Kampung...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Pengerusi, saya memohon maaf. Kalau kita bincang spesifik...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Supaya untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah membuat satu dana. Question spesifik ialah...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Kerana masa kita terhad.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Untuk membincangkan dana sebanyak RM50 million serta-merta untuk mitigasi isu banjir ini iaitu saya cadang kepada pihak kementerian supaya memberikan RM50 million kepada Kerajaan Selangor ataupun JPS supaya mengatasi isu banjir di Klang. Ini disebabkan banyak isu yang berlaku dan tahun lalu tidak ada peruntukan daripada JPS. Saya percaya hanya RM1. 5 million diberikan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Pengerusi, kalau kita- setiap Yang Berhormat untuk bincang pasal details itu, masa ini tidak akan cukup. Kita ambil maklum kepada pandangan Yang Berhormat tetapi saya hairan mengapa Yang Berhormat tidak mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan negeri? Ini kerana kerajaan negeri juga bertanggungjawab atas masalah...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sebab kerajaan negeri telah diberikan RM5 juta tetapi Kerajaan Persekutuan tidak memberikannya. Itu masalahnya. Oleh kerana itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberikan RM50 million serta- merta untuk menangani masalah ini... [Dewan riuh]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Kena tunggulah [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan. Saya juga bersimpati dengan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Kawasan saya pun ada banjir. Jadi saya tahu perasaan tetapi Yang Berhormat juga mesti faham, di Klang ada banyak masalah khasnya kepada pihak berkuasa tempatan, kerana kebanyakan masalah-masalah itu berkaitan parit dan sampah-sampah yang menyebabkan parit itu block dan sebab itu apabila hujan lebat turun, air susah untuk mengalir. Jadi saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat, kita perlu memperketatkan lagi koordinasi di antara semua pihak.

Oleh itu kita telah pun melaksanakan, telah pun mainstreaming isu climate change di dalam perancangan pembangunan kita untuk menentukan bahawa ia akan diambil kira oleh semua pihak. Begitu juga dengan pihak berkuasa tempatan apabila mereka meluluskan pelan-pelan, JPS pun ada dan kita sentiasa memberi nasihat mengenai garis panduan yang diberi. Jadi saya berharap semua pihak akan memerhatikan semua ini.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Jadi untuk...

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Isu berkaitan dengan Klang itu.

Sebenarnya JPS mengatakan mereka tidak ada wang, tidak ada peruntukan.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Pengerusi, saya tidak dapat melayan – kalau macam melayan Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

...Then I got to entertain semua yang lain.

final • 5:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Menteri, sedikit-sedikit.

Isu...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Ini bukan mohon projek ya.

final • 5:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bukan, bukan, nothing, basic. Isunya sekarang ini kebanyakan PBT, minta maaf. Saya perhati kebanyakan PBT, mereka tidak menghormati atau menerima komen, ulasan daripada JPS. Jadi bagaimana Yang Berhormat Menteri, JPS boleh meyakinkan PBT supaya PBT mestilah mendengar hujah pakar, JPS pakar tetapi PBT tidak mengiktiraf kepakaran JPS, ini isu yang utama. Apakah kaedahnya supaya PBT ini mesti menghormati kepakaran JPS.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Tuan Pengerusi, kita memang sedar masalah ini. Oleh yang demikian maka kementerian sekarang telah pun menimbang, apakah kuasa- kuasa di dalam jabatan khasnya Jabatan Alam Sekitar yang boleh kita guna di dalam Jabatan pengairan dan Saliran, ia tidak ada undang-undang yang kita boleh gunakan.

Kerana kita melihat kalau hanya garis panduan, jadi pihak berkuasa yang meluluskan sesuatu pelan itu dia boleh mengikut atau dia tidak mengikut. Maknanya bukan wajib untuk dia mengikut peraturan itu. Maka oleh yang demikian di dalam JPS tidak ada peruntukan undang-undang, legal instrument yang kita dapat gunakan, oleh yang demikian kita sekarang mengkaji menggunakan legal instrument dalam Jabatan Alam Sekitar, Environment Quality Act, di mana kita berharap kita dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini.

Untuk preparation atau persiapan bagi banjir. Sememangnya ada satu jawatankuasa di peringkat nasional yang akan menyelaraskan semua aktiviti dan bagi Jabatan Pengairan dan Saliran, yang paling penting adalah kita menentukan segala amaran-amaran, telemetri sistem dan di seluruh negara dapat berfungsi dengan cepat dan tepat agar dapat membantu.

Ke arah ini, saya memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, jika sekiranya ada di kawasan masing-masing sistem amaran banjir ini tidak berfungsi tolong beritahu dengan JPS dengan secepat mungkin supaya ia diperbaiki sebelum banjir melanda.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sedang mengkaji ataupun telah mendapat- sekarang pilot project untuk menggunakan sistem amaran banjir yang mungkin akan memberitahu kita bahawa banjir mungkin akan berlaku, mungkin boleh memberikan earlier warning system. Sekarang hanya memberitahu warning system dalam tempoh dua, tiga jam ataupun enam jam tetapi sistem yang kita amalkan nanti mungkin dapat memberikan kita amaran dalam dua, tiga hari.

Satu perkara yang juga tadi dibincangkan dengan teliti mengenai banjir tadi.

Kesemua soalan-soalan ini kita akan jawab secara bertulis Tuan Pengerusi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan isu masing-masing.

Ada beberapa Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai isu empangan.

Ini penting kerana baru-baru ini kita ada mesyuarat Majlis Sumber Air Negara di mana isu empangan ini adalah di dalam perbincangan. Kita sedar bahawa ada keperluan untuk menyeragamkan aktiviti-aktiviti untuk mengawal empangan-empangan ini. Ini kerana empangan ini mempunyai beberapa fungsi dan jabatan yang bertanggungjawab kepada empangan-empangan ini juga mengikut fungsi yang dimainkan. Di antara fungsi-fungsi sebahagian daripada empangan digunakan untuk projek tebatan banjir seperti Batu pond dan ada juga digunakan untuk kelab mitigation dan irrigation Bukit Merah dan seperti di Timah Tasoh digunakan tiga fungsi untuk bekalan air, untuk irrigation dan flood mitigation.

Jadi di dalam keadaan sedemikian maka kita perlu mengatur satu standard operating procedure supaya empangan-empangan itu akan lebih berkesan menjalankan fungsi masing-masing. Kita memang sedar di atas aduan daripada Auditor General, oleh yang demikian maka kita juga membangunkan emergency response plan bagi tiga buah empangan sekarang iaitu Empangan Padang Saga, Bukit Merah dan Beris dan bagi jabatan masih lagi dalam proses membangunkan dokumen ini bagi empangan-empangan yang lain.

Satu lab bersama PEMANDU yang sekarang sedang berjalan dengan pemilik- pemilik empangan dan operator empangan bagi mewujudkan satu badan kawal selia diadakan. Lab ini adalah bermula 29 Oktober hingga 9 November.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Dan selepas perbincangan ini, kita berharap satu pendekatan yang lebih berkesan diadakan kerana sememangnya oleh sebab climate change dan sebagainya, hujan yang lebat, keselamatan empangan ini adalah satu perkara yang harus dicari penyelesaiannya.

Yang Berhormat Tebrau tadi mencadangkan supaya galakan diberikan kepada penduduk setempat termasuk pemberian tanah, menggalakkan mereka menceburi industri herba tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian penyelidikan mengenai potensi herba telah mula dijalankan oleh FRIM mulai tahun 2002. Kajian-kajian ini adalah untuk mengenal pasti tumbuhan herba yang berpotensi untuk dijadikan produk farmaseutikal dan kosmetiseutikal. Sehingga kini lebih 50 spesies telah dikaji sehingga sekarang. Hasil kajian telah dipindahkan kepada pihak industri berkenaan di negara ini.

FRIM juga telah melatih 10 peserta usahawan pembuatan produk herba melalui program FRIM – MTDC Siswazah Bio-usahawan dan pusat FRIM – MTDC Inkubator, syarikat yang mendapat khidmat nasihat FRIM ialah sebanyak 50 setahun. Buat masa kini kementerian belum lagi mempunyai cadangan untuk memberikan tanah kepada orang awam bagi menceburi bidang ini.

Yang Berhormat Putatan memohon FRIM menjalankan kajian penanaman bakau di pantai Sabah yang semakin terhakis. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian tentang penanaman bakau secara inovatif telah dijalankan di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini teknik penanaman secara inovatif yang dinamakan comp-pillow dan comp-mat telah pun mula dilaksanakan dengan struktur pemecah ombak. Satu kawasan perintis telah diwujudkan di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam Selangor dan ini berpotensi diketengahkan ke lain-lain kawasan pantai termasuk di kawasan Yang Berhormat. Nanti kita akan bincang ya mengenai masalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Lipis pula tadi, kajian dipohon menjalankan untuk menanam semula pokok-pokok asal digunakan dalam penanaman semula. Kajian telah dijalankan dan untuk mengetahui pokok-pokok asal.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Salah satu syarat projek-projek penanaman semula dengan menggunakan spesies jenis semula jadi, syarat ini telah pun mula dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Hutan sejak 60-an. Digesa kajian tentang pokok, buah-buahan, hutan yang boleh dinamakan, oleh binatang dan manusia. Kajian telah dijalankan, buat masa ini sejumlah 32 jenis pokok telah disenaraikan sebagai spesies perlindungan dan tidak dibenarkan ditebang semasa pembalakan. Keputusan ini diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Perhutanan Negara 2006.

Bagi menjawab Yang Berhormat Machang tadi, mengenai aktiviti pembalakan dan hutan simpanan kekal dan catuan tebangan tahunan. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan hutan simpanan kekal di negara ini diurus secara mampan melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan. Bagi memastikan SFM dijalankan secara berkesan, pihak kerajaan telah menetapkan catuan tebangan tahunan bagi kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpan kekal sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara. CTT ini disediakan setiap rancangan penggunaan lima tahun. CTT ditetapkan bertujuan untuk memastikan perancangan pengurusan hutan yang teratur serta berkesan bagi mengimbangi kadar pengubah hasilan dan dengan kemasukan dan pengeluaran dalam hutan simpan kekal. Pematuhan CTT bagi setiap negeri sentiasa dipantau oleh kerajaan melalui MTN.

Untuk makluman Yang Berhormat mengenai isu penggantian kawasan hutan simpan kekal yang dibatalkan oleh kerajaan negeri, pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kerajaan negeri untuk mewarta keluar kawasan hutan simpan kekal. Di samping itu pihak kerajaan juga setakat ini tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengawal pengeluaran hutan simpan kekal di negeri-negeri. Isu pewartaan keluar dan penggantian hutan simpan kekal juga berlaku bukan hanya di Negeri Sembilan tetapi juga berlaku di negeri-negeri seperti di Kelantan. Walau bagaimanapun pihak kerajaan akan sentiasa memerhati kawasan liputan hutan negara yang mencukupi serta kepentingan hutan kepada pembangunan lestari bagi menjamin sumber balak yang mencukupi untuk tujuan pembangunan sosioekonomi.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

Yang Berhormat Balik Pulau tadi mengenai pokok karas, pokok karas yang boleh menghasilkan resin, penanaman secara perladangan mula dijalankan dan tidak timbul masalah untuk menanamnya.

Yang Berhormat Sungai Petani membangkitkan isu pembukaan kawasan hutan bakau. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan yang dimaksudkan pada asalnya kawasan status Hutan Simpan Kekal Merbok pada Mac 2012 seluas 938 hektar daripada kawasan hutan simpan kekal tersebut telah disyor keluar kerana terdapat pertindihan keluasan keluar pada 1989. Setakat ini kementerian tidak ada dasar atau undang-undang untuk mengawal pewartaan tersebut.

Mengenai soalan Yang Berhormat Putatan, apakah projek aktiviti Heart of Borneo.

Projek Heart of Borneo adalah satu kerjasama antara tiga negara iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia. Pesanan inisiatif ini Tuan Pengerusi, di Sabah melibatkan semua jabatan dan agensi berkaitan dan diterajui oleh Jabatan Hutan Sabah. Aktiviti dan projek yang akan dilaksanakan ialah penyediaan pelan pengurusan konservasi atau conservation management secara bersepadu, ekspedisi saintifik secara baseline survey dengan izin.

Pengurusan dan pemantauan hidupan liar di kawasan Heart of Borneo, pembangunan modal insan, penganjuran seminar dan bengkel. Tuan Pengerusi, bagi inisiatif, it should be dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Antaranya melalui penganjuran seminar peringkat antarabangsa, pendidikan alam sekitar melalui sekolah-sekolah dan kerjasama dengan agensi yang bertanggungjawab mempromosi pelancongan di peringkat negeri.

Yang Berhormat Kuala Krai tadi bertanya mengenai peruntukan RM1 bilion yang diperuntukkan khas untuk pengambilan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat semua, ini adalah satu tajuk baru kerana satu masalah yang kita hadapi ialah kadang-kadang masalah peruntukan mengenai pengambilan tanah yang diperlukan oleh kerajaan dalam kita melaksanakan projek-projek awam kerajaan. Maka peruntukan ini disediakan untuk membolehkan segala pengurusan pembayaran perolehan dan pengurusan tanah dapat diselesaikan dengan segera.

Antara isu-isu yang dialami sebelum ini adalah sebab kekurangan peruntukan yang dihadapi oleh kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menyebabkan pembayaran lewat dibayar. Dengan peruntukan yang pertama kali ini, projek-projek pembangunan di masa hadapan dapat diselesaikan dengan segera. Untuk makluman Yang Berhormat, projek lebuh raya Kuala Krai yang dimaksudkan sebelum ini tidak termasuk di dalam butiran tersebut. Sudah habis ya.

Tuan Pengerusi, ini sahajalah perkara-perkara yang kementerian jawab untuk petang ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas pandangan dan sumbangan yang telah dikemukakan kepada kementerian dan apa-apa juga soalan yang tidak dijawab, kita akan menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,032,505,000 untuk Maksud B.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,032,505,000 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,898,894,800 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,898,894,800 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013]

final • 5:40 PM
Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2013] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Arau.

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian kepada Butiran 010200 – Dasar ICT dan Butiran 010300 berhubung dengan dasar dan juga Perkhidmatan Sains.

Tuan Pengerusi, kita menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab pihak kementerian adalah begitu besar, cuma di sini saya ingin memberi cadangan kepada pihak kementerian berhubung beberapa perkara yang dianggap kita perlu perbetulkan iaitu tugas dan tanggungjawab kementerian sekarang ini apabila kita lihat kita berhadapan dengan satu keadaan di mana dunia sekarang menghasilkan teknologi dan juga inovasi yang cukup jelas. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita melihat seolah-olah peranan kita agak ketinggalan jauh ke belakang.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi penjelasan oleh pihak kementerian berhubung dengan teknologi terkini misalnya yang dicadangkan untuk dilaksanakan di negara kita walaupun saya sedar kita ada komiti, jawatankuasa dan lain-lain yang terdiri daripada para pakar atau saintis ataupun ada di kalangan majlis profesor sekalipun. Namun begitu, sehingga kini ada beberapa perkara yang perlu diberi penjelasan oleh pihak kementerian kita tidak dapat laksanakan supaya setiap satu perkara yang kita hendak laksanakan mendapat penjelasan yang secukupnya terutamanya melibatkan perkara- perkara yang kita anggap ia menjadi sesuatu yang kegunaan ramai misalnya. Kita ambil contoh di peringkat awal iaitu teknologi incinerator.

final • 5:47 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Teknologi incinerator ini telah digunakan di beberapa negara yang maju contohnya di Jepun, Taiwan dan juga Finland serta beberapa negara Eropah. Akan tetapi sebaiknya kita membuat demonstrasi tentang teknologi ini. Banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan menyebabkan teknologi yang cukup baik ini dan malah kalau kita jalankan teknologi incinerator ini, kita lihat kita dapat menjual tenaga sekali pun. Malah, beberapa perkara yang dianggap advance misalnya yang melibatkan dalam menghasilkan power energy yang melibatkan incinerator misalnya di Taiwan contoh. Di bawah adalah tempat pemprosesan incinerator, tetapi di bahagian tingkat atas bangunan digunakan untuk dibuat restoran, revolving restaurant yang berpusing-pusing, dapat kita melihat keseluruhan bandar raya Taipei dan sebagainya. Ini tidak berlaku di mana kita perlu memberi penjelasan yang cukup jelas.

Kemudian tentang automated enforcement system misalnya. Ia melibatkan juga soal teknologi. Jadi yang menimbulkan masalah di sini, soal kefahaman. Saya sedar bahawa ramai rakan sama ada di sebelah kerajaan dan pembangkang telah membangkitkan isu AES ini dengan cukup jelas. Akan tetapi, kita lihat ia telah digunakan di lebih 90 buah negara yang kita rasa ia merupakan di antara satu tujuan dan peranan penting untuk kita mengurangkan kadar kemalangan kerana average road fatality yang berlaku di negara kita ini yang melibatkan kematian adalah sekitar 17.7 peratus.

Jadi untuk kita mengukuhkan kefahaman, kita perlu memberikan penjelasan yang secukupnya. Jadi di sinilah peranan para saintis dan juga jawatankuasa yang kita tubuhkan di peringkat kementerian untuk kita memperjelaskan kepada rakyat bahawa dalam keadaan ini, ini adalah merupakan gadget yang cukup canggih, yang melibatkan teknologi robotik dan digunakan di beberapa negara yang sebenarnya boleh kita laksanakan. Akan tetapi being politicize, telah dipolitikkan, maka kita jadi apa yang kita hendak laksanakannya di negara kita ini ia menjadi isu-isu politik yang sukar untuk diimplementasikan.

final • 5:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Begitu juga dengan soal nuklear, reaktor juga menjadi bahan politik. Kemudiannya isu rare earth Lynas misalnya juga menjadi isu politik dan banyak negara contohnya di China misalnya, rektum nuklear ini hampir 40 buah loji di China, empat di Taiwan. Akan tetapi mereka dapat melaksanakan dengan sebaik mungkin hasil daripada penjelasan yang jelas yang mereka telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pemerintah di negara mereka.

Saya ambil contoh Tuan Pengerusi, tentang satu akademik yang ditubuhkan di Taiwan iaitu kita kenali sebagai academia cynical yang dikuasai, diketuai oleh seorang Profesor yang bernama Profesor Lee Yuan Tseh yang telah memenangi Novel Laureate dalam bidang chemistry. Jadi, bagaimana badan academia cynical ini menjadi badan yang cukup berprestij? Apabila mereka merangkumi pakar-pakar di bidang saintis, saya tidak mengatakan kita tidak ada pakar yang mencukupi. Kita ada saintis yang cukup baik tetapi harus juga dilibatkan bukan setakat tokoh-tokoh akademik. Mereka yang terlibat dengan field, dengan keadaan sebenar, yang mereka tahu menyelesaikan masalah, ini yang seharusnya dijadikan sinergi yang lebih berkesan untuk kita melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan perkembangan baru.

Kemudian teknologi photonic misalnya. Ini di antara perkara-perkara yang menjadi perhatian sehinggakan badan academia cynical ini menjadi penasihat kepada pemerintah ataupun Presiden di negara Taiwan. Jadi, tidak bolehkah perkara ini untuk kita lihat sebagai satu keadaan teknologi yang base economy, yang mereka akan memberi nasihat kepada perdana menteri dan pemerintah kita di mana unit ini akan memberi pandangan perkara- perkara yang kita anggap teknologi yang cukup mantap untuk kita laksanakan dengan kadar yang segera.

Jadi dalam hal ini saya minta untuk kita berjaya, untuk kita menjadi negara high income ekonomi, perkara-perkara ini harus dijadikan perhatian. Ini kerana contoh Taiwan adalah contoh yang terbaik, penduduknya sama dengan kita. Luas kawasannya adalah setengah daripada negeri Sabah tetapi per capita incomenya tiga kali ganda daripada negara kita. Bagaimana mereka cepat untuk mereka mengejar perkembangan teknologi terkini.

Jadi saya mohon pihak kementerian untuk memperjelaskan perkara-perkara ini supaya kita pastikan bahawa walaupun kita tidak ketinggalan, kita telah memenangi gold medal, pelajar-pelajar kita berjaya mengetengahkan inovasi terkini tetapi tidak dapat dipatenkan. Mungkin hanya setakat gold medal itu sahaja dan mungkin universiti mendapat pengiktirafan sebagai universiti APEC dan lain-lain tetapi hasilnya, akhirnya benda-benda ini hanya satu kajian yang sebenarnya tidak boleh dipermantapkan dan tidak boleh dikomersialkan.

Jadi inilah perkara-perkara yang saya minta kementerian memberi satu pandangan dan juga tindakan-tindakan yang lebih jelas. Jadi selain daripada itu, peranan pakar-pakar sains dan teknologi kita ini kita akan dedahkan dalam bentuk mempromosikan sama ada di dalam dan di luar negara sehingga kita tidak mahu ada persepsi buruk yang cuba dibuat bahawa teknologi ini tidak mantap ataupun bila kita cuba hendak buat satu teknologi seperti solar energy biodiesel misalnya. Solar energy, teknologinya belum mantap. Sales after purchased, misalnya, kita tidak dapat satu keadaan yang kalau ada pun mahal. Kita laksanakan dan mungkin ada dilaksanakan tidak merujuk kepada MOSTI dan sebagainya.

Akan tetapi apabila akhirnya untuk maintenance, kita lihat perkara ini terbiar begitu sahaja terutamanya kita mengambil satu langkah drastik untuk kita menyelesaikan masalah elektrik di luar bandar.

Akan tetapi kita akhirnya, perkara itu menjadi ‘gajah putih’ hanya berfungsi beberapa tahun dan akhirnya ia tidak dapat digunakan lagi. Biodiesel ini satu masa dahulu misalnya, kita lihat source yang kita hendak kemukakan. Contohnya kita cuba menggunakan teknologi buat jatropha misalnya. Jatropha yang dihasilkan di negara kita, kita tahu contentnya 90 peratus air, 10 peratus sahaja minyak.

Jadi sebab itu GLC’s ia memilih untuk kita bagi kepada orang kampung, orang kampung yang sudah potong pokok kelapa sawit, yang sudah tebang getah dan sebagainya. Apabila melihat jatropha ini sebagai hasil yang boleh memberi pendapatan yang melebihi daripada hasil tanaman komoditi, mereka tebang.

final • 5:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Akan tetapi akhirnya tidak ada tempat pemprosesan, tidak ada kilang yang terlibat.

Maka inilah perkara-perkara yang saya minta pihak kementerian memandang jauh ke hadapan supaya kita pastikan bahawa kita mencapai sasaran menjadi negara yang maju dan negara yang mencapai standard high income economy seperti mana yang berada di landasan yang kita inginkan. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:50 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membincangkan beberapa butiran. Pertama, 010300 – Perkhidmatan Sains yang melibatkan RM116.3 juta.

Saya ingin mendapat penjelasan kerana sebelum ini memang saya tidak mendapat maklumat langsung iaitu mengenai TAPMOSTI@Community yang daripada Laporan Audit saya melihat ada peruntukan RM150,000 untuk Parlimen, RM50,000 untuk DUN Semenanjung dan RM100,000 untuk DUN Sabah.

Di antara itu bila saya menyemak Laporan Audit, ada beberapa projek umpamanya set enjin sangkut inovasi, pakej peralatan dan latihan herbaponik, projek penghasilan minyak kelapa dara, projek k-Masjid.

Jadi, ada dua perkara. Pertama, dalam Laporan Audit itu mengatakan bahawa projek ini agak kurang berjaya disebabkan oleh tidak ada kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen. Jadi saya ingin penjelasan daripada kementerian, adakah semua Ahli Parlimen dimaklumkan perkara ini ataupun hanya selektif sahaja ataupun tidak ada penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kedua, saya ingin mendapat penjelasan adakah ini merupakan sebahagian daripada projek inovasi yang dibincangkan yang diberi peruntukan dalam Bajet tahun 2012 dahulu?

Perkara kedua Butiran 030000 – Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi. Merujuk kepada Agensi Nuklear Malaysia iaitu Butiran 030100 yang peruntukannya agak besar iaitu RM68.8 juta.

final • 5:57 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah proposal ataupun perancangan R&D daripada Agensi Nuklear Malaysia ini? Ini kerana saya kira mungkin satu R&D yang lebih advance dilaksanakan menggunakan nuklear sebagai satu tool penyelidikan. Juga, apakah bidang-bidang R&D yang telah pun berjaya dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia dan yang dapat dilaksanakan dalam industri? Yang terakhir, adakah Agensi Nuklear Malaysia ini menumpu kepada hanya ionizes iaitu sinar mengions, ataupun telah pun berkembang kepada non ionizes, bukan mengion seperti UV, IR dan mikro?

Perkara yang ketiga di bawah Kepala P.30 iaitu Butiran 00605 – Bahagian Bioteknologi Kebangsaan iaitu BIOTEK, kerana peruntukannya agak besar juga iaitu RM56.5 juta. Adakah satu kompleks baru BIOTEK sebagaimana Institut Genom Malaysia akan dibina ataupun untuk menambahkan kemudahan ataupun peralatan di Institut Genom? Saya mendapat penjelasan daripada Menteri dahulu bahawa Institut Genom telah pun menjalankan kajian mengenai jujukan DNA dan juga penghasilan vaksin. Apakah perkembangan terkini yang dihasilkan dalam BIOTEK ini? Terutama mungkin mengikut perkembangan semasa, banyak lagi penyakit-penyakit ataupun vaksin-vaksin baru yang perlu dihasilkan ataupun benih-benih baru tanaman yang perlu dihasilkan oleh negara kita.

Merujuk kepada Butiran 00800 iaitu R&D berjumlah RM230 juta, di sini saya juga ingin mendapatkan penjelasan adakah ada institusi R&D lain yang akan dibina atau hanya menguatkan institusi R&D yang sedia ada?

Terakhir iaitu Butiran 01200 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Saya memang berminat untuk melihat perkembangan aktiviti ANGKASA ini, umpamanya adakah kita ada perancangan untuk menghantar angkasawan kedua?

final • 6:00 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Dan yang penting juga, kita pernah bincang dan pernah dibentangkan di Parlimen mengenai kajian-kajian yang dibuat oleh team ANGKASA ini dan apakah hasil-hasilnya boleh dilaksanakan di alam ataupun di Malaysia ini?... [Disampuk] Di atas muka bumi ini.

Jadi itulah sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau.

final • 6:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak bangkitkan beberapa isu secara spesifik mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Satu butiran sahaja iaitu butiran di bawah Maksud Pembangunan 30, Butiran 00605 – Bahagian Bioteknologi Kebangsaan.

Saya bangkitkan dua perkara. Pertamanya adalah pelaburan untuk bioteknologi bagi tahun ini. Jadi soalan saya, saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri, sasaran kita bagi tahun ini untuk pelaburan bioteknologi. Sasaran pelaburan dalam bidang bioteknologi dipecahkan mengikut approve investment ataupun pelaburan yang sudah di lulus dan realized investment ataupun pelaburan yang secara konkrit sudah materialized dengan izin.

Dengan itu saya ingin juga minta penjelasan daripada Timbalan Menteri, apakah sebab perbezaan antara approve dan realize investment dalam bidang bioteknologi?

Apakah ini kerana pertindihan dari segi bidang tugas BiotechCorp dengan agensi-agensi pelaburan yang lain? Juga bagaimana kita dapat memastikan bahawa realize investment ini dapat kita tingkatkan?

Secara khusus juga dalam hal ini, saya ingin bangkitkan soal realize investment sama ada sudah melepasi KPI bagi tahun ini? Sekiranya sudah melepasi KPI bagi tahun ini, saya ingin minta penjelasan daripada Timbalan Menteri apakah ini disebabkan pelaburan yang datang daripada Gevo dan juga Darden yang telah diumumkan oleh Menteri?

Sekiranya pelaburan melalui Gevo dan Darden ini telah menyumbang kepada pelepasan KPI dari segi pelaburan dalam biotech, saya ingin minta penjelasan daripada Timbalan Menteri sama ada Gevo dan Darden ini sebenarnya bukan ada dalam perancangan BiotechCorp? Dia ibarat bulan jatuh atas riba. Sebenarnya saya difahamkan bahawa these were not investment that were pursued by BiotechCorp, dengan izin, tetapi sebenarnya datang daripada agensi yang lain yang diberi kepada BiotechCorp disebabkan ada komponen biotech.

Kalau itu benar, maka kalau kita tolak pelaburan daripada kedua-dua syarikat tersebut, apakah perancangan buat waktu ini untuk BiotechCorp dari segi penarikan pelaburan itu? Apakah statusnya, kalau sekiranya betul bahawa Gevo dan Darden ini sebenarnya bukanlah hasil perancangan daripada BiotechCorp tetapi dia datang, saya istilahkan sebagai outlier, not plan, not accidental either dengan izin, tetapi satu pelaburan yang datang melalui agensi yang lain.

Kedua Tuan Pengerusi, di bawah biotech juga adalah mengenai satu pembangunan yang dibuat di Iskandar Malaysia iaitu bernama Bio-XCell. Bio-XCell ini adalah syarikat subsidiari kepada BiotechCorp dan dalam dia punya website menyatakan bahawa dengan izin, “Bio-XCell, is a custom-built biotechnology park and ecosystem in Iskandar Malaysia. The site benefits from its location in the heart of Asia’s booming biotech hub”. Antara lain juga menyatakan bahawa ia di incorporated pada 30 Oktober 2009 dan Bio-XCell is expected to welcome it’s first tenant in 2012 iaitu tahun ini. Kita sudah sampai bulan November tahun 2012.

Jadi soalan saya, saya difahamkan bahawa Bio-XCell ini dia ada dua jenis model untuk penawaran kepada pelabur. Yang pertamanya adalah build and lease agreement selama 15 tahun. Apabila ada satu agreements, perjanjian dengan syarikat, maka kerajaan ataupun Bio-XCell, agensi kerajaan akan membina premis tersebut dan lease premis tersebut kepada syarikat yang berkenaan.

final • 6:03 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya ada beberapa soalan. Pertamanya, berapa banyak yang telah belanjakan oleh Bio-XCell, BiotechCorp, hatta kerajaan dalam projek Bio-XCell ini? Bilakah kita anggarkan kita dapat pulangan daripada projek tersebut? ini disebabkan saya difahamkan bahawa ada delay, ada satu delay dalam pelaksanaan projek ini. Tadi saya baca daripada laman web Bio-XCell menyatakan bahawa tenants patut ada pada tahun ini. Saya difahamkan bahawa tidak akan berlaku. Saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri.

Begitu juga model yang kedua, satu build dan sell, satu lagi adalah Bio-XCell sendiri buat standard shell dan jual standard premises kepada syarikat-syarikat yang hendak masuk. Saya difahamkan ada dalam empat premis yang telah dibuat sedemikian, tetapi tidak ada siapa-siapa yang masuk untuk mengambil premis tersebut.

final • 6:03 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Jadi saya minta penjelasan apakah itu benar atau tidak? Dalam Bio-XCell juga, hal isu Bio-XCell , saya difahamkan bahawa ada Utility Supply Agreement dengan clients yang telah ditandatangani oleh Bio-XCell dan juga syarikat-syarikat yang datang untuk melabur.

Saya ingin minta penjelasan sekiranya ada penalti, LED, sekiranya ada delay dalam persiapan premis-premis dan juga utilities yang telah dijanjikan oleh Bio-XCell dalam perjanjian tersebut. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta penjelasan disebabkan biotech ini adalah satu industri yang penting bagi kita. Saya cuma penjelasan supaya kita dapat pastikan bahawa segala perancangan dan pembangunan dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja. Saya ingin merujuk kepada Butiran 01000 – Lembaga pelesenan Tenaga Atom

(LPTA).

Tuan Pengerusi, sebelum ini pada sesi mesyuarat yang lalu, saya pernah tanya Dewan yang mulia ini berkenaan kerja-kerja pelupusan sisa bahan tercemar yang ditinggalkan oleh kilang Asian Rare Earth Bukit Merah tersebut. Pada ketika itu dimaklumkan bahawa bahan tercemar tersebut sedang dalam proses dipindahkan dari long term storage facility ke struktur khas engineer cell kedua di mana sebelum sisa ini dilupuskan, ia akan dirawat dan kerja-kerja ini mengambil masa tiga tahun. Saya hendak tahu perkembangan kerja-kerja tersebut.

Saya juga ingin tahu kapasiti, dengan izin Tuan Pengerusi, kapasiti dalam struktur khas ini di mana bahan-bahan tercemar Asian Rare Earth ini akan disimpan 300 tahun.

Saya hendak tahu kapasitinya dan berapakah keluasan yang telah diisi setakat ini, kemampuannya untuk mengisi bahan sisa tercemar tersebut? Kapasitinya boleh diisi berapa banyak dan berapa banyak telah diisi dan akan dipenuhi? Bahan tercemar itu dari Asian Rare Earth itu akan mengambil berapa keluasan atau kapasiti dalam struktur khas engineer cell kedua tersebut untuk simpanan 300 tahun tersebut?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu di bawah lembaga ini, ada diperuntukkan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 yang lembaga mengeluarkan lesen untuk aktiviti- aktiviti melibatkan tenaga atom, bahan radioaktif dan bahan nuklear. Saya hendak tahu setakat ini berapa lesen yang telah dikeluarkan yang masih sah?

Sejauh mana pematuhan syarat-syarat lesen oleh pihak-pihak yang memohon lesen tersebut? Sama ada pihak kementerian boleh memaklumkan statistik sejak lima tahun mungkin, kalau boleh atau jika tidak beri secara bertulis. Syarat-syarat lesen yang dikeluarkan tersebut, ada berapa kes di mana lesen terpaksa dibatalkan atau digantung kerana kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen tersebut. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi, saya harap jawapan yang teliti diberi berkenaan yang saya bangkitkan, kapasiti long term storage dan struktur khas tapak pelupusan bahan tercemar Asian Rare Earth tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya ingin juga turut membahaskan atas Maksud B.30 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diperuntukkan jumlah yang tidak begitu banyak. Walau bagaimanapun sekali lagi saya ucapkan kerana insentif-insentif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ini amat baik sekali.

Terutama sekali atas Butiran 060300 iaitu Insentif Galakan Syarikat Pelabur ICT di Malaysia Super Corridor (MSC) yang berjumlah RM33 juta. Tuan Pengerusi, seingat saya Malaysia Super Corridor ini telah wujud begitu lama dan saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, apakah pelabur-pelabur daripada dalam atau luar yang telah melabur di dalam Malaysia Super Corridor ini yang mana kita seakan-akan menjadikan kawasan ini sebagai silikon valley bagi negara kita. Jadi berapakah jumlah pelabur dan jumlah wang yang telah dilaburkan? Betul atau tidak separuh daripada pelabur-pelabur ini sudah pun berhenti beroperasi di kawasan itu? Apakah sebab-sebab kenapa syarikat- syarikat ini lari, itu satu?

Keduanya, apa inisiatif pihak kementerian supaya bekerjasama dengan kementerian yang lain terutama sekali MITI untuk menjemput ataupun memperkasakan pelaburan daripada negara-negara luar ke Malaysia?

Dalam Pembangunan iaitu Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia dan Multimedia Koridor yang saya sebutkan tadi. Seterusnya iaitu Butiran 02100 – Commercialization of R&D fund (CRDF) diperuntukkan RM100 juta. Saya ucap tahniah kepada Menteri kerana dari Sabah dan Timbalan Menteri dari Sarawak.

Apakah yang dilihat di dalam bajet ini seolah-olah semua pembangunan ini berpusat di Semenanjung. Minta maaf, saya bukan parokial tetapi oleh kerana Menteri kedua-duanya dari Sabah dan Sarawak, adakah perancangan pihak kementerian untuk mengadakan atau mewujudkan sekurang-kurangnya projek-projek yang berskala sederhana yang diadakan di Sarawak ataupun di Sabah. Kalau ada, apa dia dan berapa pelaburan yang telah diunjurkan kepada Sabah dan Sarawak? Itu belum kita tahu.

Walaupun kecil kalau ada, minta senaraikan supaya pelabur-pelabur tempatan mungkin dari Sabah dan Sarawak dapat mengambil bahagian dalam apa jua projek dari pihak kementerian terutama sekali orang-orang muda yang baru graduate yang berpengetahuan dalam soal saintifik dan inovasi.

Kalau kita melihat Sabah dan Sarawak ini, mungkin seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi, soal dalam bidang herba. Adakah bidang herba ini diperkasakan, membuat satu R&D yang mana pada masa dahulu mantan Perdana Menteri ada mencadangkan supaya Sabah ini membuat satu herba hub di Ranau. Apakah kesudahannya yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri itu? Juga bukan sahaja dalam bidang herba tetapi dalam Sabah dan Sarawak ini sedang membangun dalam bidang pertanian. Apabila kita membuat pertanian ataupun perladangan, kita memerlukan banyak perbelanjaan mengimport fertilizer, baja-baja ataupun pesticide bahan-bahan kimia ini dan kebanyakan bahan-bahan ini diimport. Adakah pihak kementerian melihat perkara ini dapat membuat satu hab specifically, khusus kepada market di dalam kedua-dua negeri ini. Selain itu juga vaksin-vaksin yang baru yang boleh dilaksanakan oleh dua universiti di Sabah iaitu Universiti Sabah dan UNIMAS di Sarawak. Kalau ada, apa dia? Kalau tiada, kenapa?

Sekian, saya mohon menyokong Tuan Pengerusi, ringkas, very ringkas.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Limbang, selepas itu Yang Berhormat Ledang. Selepas Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.

final • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi yang telah memberi kesempatan kepada saya di peringkat Jawatankuasa ini.

Pertamanya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan Jabatan Standard Malaysia dan juga SIRIM Berhad ini di mana kalau sebelum ini kita lihat barang- barang elektrik dicop dengan SIRIM tetapi apakah pula peranan Jabatan Standard Malaysia dalam menentukan standard barang-barang elektrik ataupun perkakasan yang kita gunakan seharian di rumah ini? Perbezaan di antara dua jabatan ataupun dua jenis kita kata cop yang diletakkan di barang-barang elektrik.

Kedua Jabatan Kimia. Saya ingin bertanya khusus kepada kimia forensik iaitu berhubung dengan kes-kes yang melibatkan pembunuhan, kemalangan ataupun kes-kes yang melibatkan medikolegal kerana Jabatan Kimia juga terlibat dengan kes-kes makanan yang mengawal racun-racun yang terdapat di dalam makanan di mana mereka ini memerlukan tindakan segera dan juga ketepatan terhadap kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Ini.

Berapakah jumlah makmal-makmal kimia ini sebenarnya yang menjalankan kimia forensik ini? Ini kerana apabila kita mempunyai kes medikolegal agak lambat keputusan yang kita perolehi kerana apabila kita bertanya mereka mengatakan hantar ke makmal kimia forensik di Petaling Jaya. Apakah tidak boleh kita ada makmal-makmal kimia forensik yang lebih banyak untuk mendapat keputusan yang lebih cepat?

Kemudian Butiran 0606 – Kajian Sains dan Teknologi. Saya memang agak berminat dengan kenderaan ataupun kereta ini. Saya telah beberapa kali bertanya kepada pihak kementerian tentang kereta menggunakan biodiesel dan juga enjin menggunakan hidrogen yang dihydrolyzed daripada air. Kita boleh memuat turun teknik-teknik ini daripada internet. Apabila saya melihat kepada apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Amerika Syarikat menggunakan minyak yang telah digunakan di restoran fried chicken, ayam goreng segera ini. Dikatakan mereka menggunakan lebih kurang 3 trilion liter setahun tetapi kereta itu bau ayam gorenglah, ya. Asap dia itu bau ayam goreng.

Kita mungkin boleh menggunakan sedikit sebanyak teknologi ini untuk menggunakan minyak-minyak yang dibuang oleh restoran makanan segera ini untuk kita mungkin teknologi yang diperbaiki. Kita mempunyai banyak IPTA dan juga IPTS yang boleh menjalankan kajian ini. Dan juga kalau tidak silap saya UTM telah mengadakan kenderaan menggunakan enjin hidrogen. Digerakkan oleh gas hidrogen yang dihydrolyzed daripada penggunaan air. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.

Dahulu pun Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah menjawab dalam kajian, dalam kajian. Saya hendak tahu setakat mana kajian yang telah dijalankan setakat ini.

Kemudian dan seterusnya tentang biotech. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan, mantan Perdana Menteri Kepala Batas dahulu telah melancarkan vaccine valley di Negeri Sembilan. Dia mengatakan vaksin yang akan kita keluarkan itu adalah vaksin yang halal. Setakat ini, bagaimanakah ataupun apakah status vaccine valley tersebut? Bilakah agaknya vaksin-vaksin ini dapat kita gunakan di dalam masyarakat ataupun dalam negara kita?

Akhir sekali Tuan Pengerusi adalah Butiran 01200 iaitu tentang ANGKASA. Saya tertarik apabila melihat laporan daripada akhbar Utusan Malaysia. Sebenarnya saya tidak pernah baca pun tetapi hari ini terbaca ada satu laporan berhubung dengan penghantaran benih-benih kajian. Kita mengadakan kerjasama dengan Institut Angkasa Lepas Jepun, JAKSA menghantar benih-benih tanaman. Dikatakan Malaysia telah memilih dua jenis, diberi pilihan dua jenis benih iaitu cili dan juga betik tetapi oleh kerana cili ini dia lebih kecil, mempunyai 1,000 biji untuk 100 gram, jadi kita menghantar benih cili ke ISS dan tujuannya adalah untuk melihat bagaimana bentuk perubahan protein di dalam benih cili tersebut. Ini kerana ISS ini mempunyai graviti 0.000001 berbanding dengan sepuluh di atas bumi.

Jadi benih cili tersebut dengan kerjasama angkasa lepas Jepun telah dibawa dan apakah tujuan sebenarnya selain daripada untuk melihat perubahan hablur protein tersebut, apakah ianya bersesuaian untuk kita gunakan di atas muka bumi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi ini?

final • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Ini kerana kalau mungkin sel-sel kanser yang kita hantar bersama dengan angkasawan kita ke ISS itu mungkin kita boleh menggunakan chamber yang -0 graviti.

Akan tetapi kalau benih ini kita hendak tanam atas bumi yang 0 graviti mungkin tidak praktikallah. Jadi apakah sebenarnya tujuan kita bekerjasama untuk menghantar benih tersebut ke ISS tersebut? Itulah sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Limbang.

Sebelum Menteri menjawab bolehlah Yang Berhormat Gombak.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ada spesifiklah regarding iaitu Agensi Nuklear Malaysia bekal item Butiran 030100.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini adalah berkaitan dengan Projek Penanaman Vanila yang dikelolakan oleh Agensi Nuklear di Limbang. Jadi pada masa ini program itu awalnya adalah satu projek komuniti kerjasama daripada penduduk setempat dan the whole scope of the project itu ialah sampai satu cycle sampai marketing dan sebagainyalah.

Jadi pada masa ini projek itu telah kira berjaya. Pada masa ini telah pun menghasilkan buah-buah vanila dan sebagainya dan tempoh hari Yang Berhormat Menteri pun ada datang dan ingin hendak expand projek tersebut untuk menambahnya, meluaskan lagi. Jadi sekarang ini ialah persoalan saya dan juga komuniti yang involved dalam projek ini ialah tentang kelangsungan projek ini sebab sekarang walaupun memang ada guidancelah daripada Agensi Nuklear tetapi bagaimana? Apakah kelangsungan projek ini mungkin seperti marketingnya, collection centrenya? Bagaimana nasib projek ini sebab ia begitu berhasillah. Begitu boleh dikatakan berjaya. Jadi bagaimana kelangsungannya? Jadi inilah yang saya ingin hendak tahulah tentang projek ini. Terima kasih.

final • 6:26 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang.

final • 6:26 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja iaitu berkaitan dengan beberapa tajuk iaitu berkaitan dengan R&D iaitu Pembangunan 00800, Pembangunan 02100 dan lain-lain yang berkaitan dengan R&D.

Sebab saya hendak kaitkan dengan peruntukan R&D adalah lima universiti penyelidikan seperti UKM, UM, UPM dan sebagainya RM600 juta. Saya fikir itulah salah satu fungsi peruntukan itu diadakan. Cuma saya hendak tanya, bagaimana MOSTI mengendalikan bukan soal penyalur tetapi memantau tentang perkembangan R&D tersebut khususnya dari segi penyelarasan seperti ada pertindihan antara satu sama lain khususnya dengan agensi- agensi lain seperti MARDI, FRIM dan juga Technology Park Malaysia dan lain-lain.

Tuan Pengerusi saya menerima beberapa- bukan aduan tetapi keluhan daripada beberapa pensyarah universiti. Mereka mengatakan bahawa peruntukan R&D tersebut tidak cukup. Saya ingin menyarankan kepada mereka bahawa mungkin mereka boleh fokus satu, dua projek sahaja instead of, dengan izin, memikirkan banyak projek ataupun banyak penyelidikan supaya hasilnya ada impak. Maknanya, mungkin satu universiti kaji satu atau dua projek. Kemudian universiti lain kalau UKM bioteknologi, mungkin UM boleh bidang lain, UTM terkenal dengan inovasi kenderaan atau kereta solar dan sebagainya.

Maksud saya ialah bagaimana MOSTI boleh memandu semua universiti ini walaupun universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tetapi banyak peruntukan yang disalurkan daripada MOSTI.

final • 6:27 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

MOSTI boleh memandu universiti supaya akhirnya hasil R&D memberi kesan yang besar kepada negara dan setiap universiti ada peranan masing-masing-masing. Jadi tujuan saya ialah MOSTI boleh memandu mereka supaya akhirnya universiti dapat menghasilkan sesuatu R&D yang memberikan impak yang besar kepada inovasi dan produktiviti negara.

final • 6:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Mungkin juga boleh dikenakan KPI ke atas semua universiti berkenaan. Jadi saya lebih menjurus kepada pertanyaan iaitu bagaimana MOSTI boleh berperanan dengan lebih berkesan di dalam memandu universiti supaya mereka lebih memberikan penekanan impak terhadap R&D tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya terlebih dahulu untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Daripada Arau sehinggalah ke Sabah yang telah mengambil bahagian.

Yang Berhormat Arau membangkitkan berkaitan dengan beberapa perkara iaitu cadangan-cadangan dan pemerhatian beliau bagaimana MOSTI boleh memainkan peranan dan penglibatan untuk memastikan bahawa segala teknologi yang hendak diguna pakai ataupun untuk kerajaan mengenal pasti teknologi yang diguna pakai di Malaysia boleh memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat kita dan apa yang digusarkan oleh beliau ialah berkaitan dengan beberapa perkara. Pertama, di antara kenyataan dan juga persepsi di mana teknologi tidak dapat diaplikasikan di negara kita disebabkan persepsi, disebabkan pembawaan politik yang akhirnya mengaburkan kebaikan teknologi yang ingin dibawa.

Yang kedua ialah berkaitan dengan setakat mana kita dapat membawa Award Winning Innovation, dengan izin, pada peringkat pengkomersialan. Jadi untuk itu saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa memang kita sedar beberapa perkara yang sedang berlaku di peringkat negara kita di mana kalau kita melihat yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi amalan di peringkat negara-negara lain sehinggakan Akademi Sains, mereka menjadi penasihat kepada kerajaan.

Untuk makluman, sememangnya kita juga memang ada Akademi Sains Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan banyak mereka memainkan peranan untuk memberi khidmat nasihat kepada kerajaan melalui beberapa laporan yang mereka jalankan termasuklah kajian masa depan untuk tenaga, air, kesihatan, pertanian dan juga biodiversiti. Ini diselaraskan dalam program apa yang dikatakan Program Mega Sains yang sedang dipelopori oleh Akademi Sains Malaysia.

Dalam konteks Malaysia juga sebenarnya di bawah kementerian kita, kita ada menubuhkan unit yang dikatakan penasihat sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana urus setia ini disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di mana di bawah sekretariat penasihat sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, MIGHT ataupun satu badan khusus dijadikan sekretariat untuk membantu memastikan bahawa segala penyelidikan yang diperlukan akan disokong kepada penasihat sains Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga yang merupakan penasihat sains kepada Kerajaan Malaysia. Jadi itu yang kita laksanakan.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa untuk Award Winning Innovation yang telah mendapat gold di peringkat antarabangsa dan sebagainya. Apa yang kita lakukan ingin saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang ini sedang berlangsung apa yang dikatakan World Innovation Forum sehingga sepanjang minggu ini dan dalam World Innovation Forum ini kita juga pamerkan melalui exhibition yang diadakan bukan sahaja exhibition untuk penemuan inovasi yang tertinggi sekalipun malahan juga inovasi di peringkat akar umbi di mana dibawa di sini untuk bukan sahaja diberi anugerah malah dipertontonkan supaya industri players.

final • 6:31 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Dan dengan ini peringkat antarabangsa dapat melihat, apakah yang telah dilakukan, setakat mana yang kita lakukan dan dengan ini kita mengharapkan akan ada business matching di antara pihak industri dan juga pihak researchers innovators di Malaysia ini.

Jadi untuk itu, saya menerima baik saranan yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Arau termasuk jugalah berkaitan dengan incinerator, AES dan insya-Allah kita akan cuba melibatkan Akademi Sains Malaysia di samping peranan yang telah dimainkan oleh Majlis Profesor Negara untuk kita libatkan bersama bagaimana mereka boleh memainkan peranan. Akan tetapi ini terserahlah kepada kementerian sama ada untuk mengguna khidmat mereka ataupun tidak. Dari segi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kita memang bersedia untuk bersama-sama dalam memberi penjelasan yang sepenuhnya kepada rakyat keseluruhan tentang kebaikan teknologi yang telah dibawa dan apakah kebaikan yang boleh disampaikan kepada rakyat kita.

Contohnya berkaitan dengan AES dalam kita menangani kemalangan jalan raya untuk kita mengurus berkaitan dengan perundangan ianya memerlukan teknologi dan tidak mencukupi kalau ada undang-undang tapi undang-undang akan hanya berkesan kalau kita dapat membuktikan dan bukti ini hanya akan dapat dibuktikan kalau kita mempunyai disokong bukan sahaja oleh sumber manusianya tetapi mesti disokong oleh teknologi yang canggih yang dapat membuktikan berlakunya kesalahan yang tidak dapat dibantah di mahkamah melalui teknologi yang telah dikemukakan. Jadi itulah saya kira harapan yang ingin kita capai secara bersama.

Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Langat menyentuh banyak perkara. Saya tahu memang minat beliau dalam bidang sains teknologi. Pertamanya berkaitan dengan TAP MOSTI.

Untuk makluman Yang Berhormat, TAP MOSTI ataupun Technology Application Program. TAP itu singkatan daripada perkataan Technology Application Program oleh MOSTI untuk komuniti. Ianya dilaksanakan bila semua agensi di bawah MOSTI dapat mengenal pasti apakah research and development ataupun hasilan daripada penyelidikan dan pembangunan yang dibuat oleh komuniti ataupun institut ataupun industri kita yang boleh diguna pakai ataupun diaplikasikan kepada masyarakat kita.

Jadi hasil daripada penyelidikan yang mereka buat maka kita mengenal pasti lebih kurang 24 ataupun 25 teknologi yang telah dihasilkan oleh masyarakat untuk dibawa kepada masyarakat kita kembali sebagai pilot project dan tempat-tempat yang dipilih ialah tempat yang berada sama ada jauh di luar bandar ataupun tempat-tempat yang memerlukan untuk kita mengadakan awareness program sebenarnya. Sebab itu tempat yang kita pergi adalah tempat-tempat yang jauh sama ada di luar bandar di Sabah dan Sarawak juga di tanah Semenanjung ini tempat luar bandar. Di sini kita bekerjasama dengan pemimpin setempat. Ahli-ahli Parlimen ataupun ADUN menjadi penyelaras.

Menjadi badan penasihat untuk menyelaras komuniti yang telah dilantik yang telah dipilih melalui proses yang telah dijalankan.

Sebagai projek rintis memang sudah pasti ada kelemahan yang kita temui dan daripada kelemahan inilah adalah salah satu daripada proses inovasi sebab inovasi kita memang patutnya meraikan kegagalan ataupun kelemahan. Dengan meraikan kegagalan dan kelemahan itulah kita mengharapkan kita akan dapat memperbaiki segala kelemahan dan memperbaiki segala proses yang dilakukan. Sebab itu kita telah melaporkan kepada Jabatan Audit hasil daripada kelemahan yang telah ditemui telah pun kita brainstormkan di kementerian dan kita akan mencari jalan bagaimana untuk kita memperbaiki segala program yang telah dijalankan.

Untuk program ini sebenarnya taklimat telah diadakan sepanjang tahun 2009 dan 2010 untuk setiap zon di zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur di Sabah dan Sarawak. Untuk zon utara dahulu, taklimat kita adakan di Kedah, di zon tengah di Melaka, di zon selatan di Johor, zon timur di Terengganu, di Sabah kita buat di Kota Kinabalu dan di Sarawak di Kuching telah buat taklimat dan dari situ kita memproses segala permohonan hasil daripada taklimat tersebut.

final • 6:31 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Maka untuk itulah saya kira ada projek yang begitu berjaya. Sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Limbang tadi, salah satu projek MOSTI yang dijalankan bekerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia, mereka telah berjaya menghasilkan malahan hasilan mereka amat baik. Salah satu pencapaian- K-Masjid, ada yang berjaya, ada yang mungkin kurang berjaya. Akhirnya penemuan yang kita kesan ialah ia bergantung kepada pimpinan setempat. Kalau pimpinan setempat itu aktif dan proaktif, insya-Allah projek ini akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Itu dari segi MOSTI. Berkaitan dengan nuklear, untuk satu lagi peruntukan sebanyak RM56 juta yang dipersoalkan, ia bukan sebenarnya untuk membuat bangunan.

Peruntukan sebanyak RM56 juta kepada Institut Genom Malaysia sebenarnya untuk melaksanakan kajian berkaitan dengan genomic dan proteomics. Hasil daripada kajian ini nanti iaitu kajian cohort untuk kita mendapat data asas daripada DNA semua kumpulan etnik di Malaysia. Hasil awal yang kita dapati, data asas kesihatan menunjukkan 46.7 peratus dengan darah tinggi, 16.5 peratus iaitu diabetes, 76 peratus obesiti dan 75.9 peratus berkaitan dengan kolesterol. Maknanya ada hubung kait kumpulan etnik dengan penyakit-penyakit yang saya katakan tadi.

Begitu juga cohort untuk kita membangunkan bank bagi mengkaji kaitan gaya hidup dan genetik. Seterusnya Institut Genom juga terlibat dengan R&D berkaitan dengan komparatif genomic dan genetik, struktural biologi, recombinant expression system dan metabolic engineering.

Berkaitan dengan Agensi Nuklear Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Sememangnya mereka sedang mengembangkan kepada banyak penggunaan yang lain termasuk non-ionizing radiation, penggunaan eddy current dalam ujian tanpa musnah untuk industri minyak dan gas dan pelbagai lagi. Sebenarnya Yang Berhormat, pencapaian yang diperoleh oleh Agensi Nuklear Malaysia agak membanggakan. Walaupun dengan peruntukan yang terhad mereka telah menghasilkan lebih kurang 16 paten R&D dan daripada 16 paten tersebut, satu iaitu bio gel telah pun pergi ke pasaran. Di ambil oleh industri untuk dipasarkan. Sebenarnya hasilan itu sudah pun berada di pasaran untuk tujuan pemulihan bagi kes pembedahan di mana bio gel tersebut digunakan.

Satu lagi ialah sama ada kerajaan akan menghantar angkasawan kedua ke angkasa. Sepertimana banyak kali dijawab dalam Dewan yang mulia ini, memang keputusan dasar kita masih berhasrat untuk menghantar angkasawan kedua tetapi tertakluk kepada satu keupayaan kewangan negara dari segi susunan keutamaannya. Seterusnya, bagaimana kita hendak menghantar. Dari segi mekanisme untuk menghantar. Kalau dulu kita menghantar dengan tempoh yang agak pendek dengan membawa bahan-bahan uji kaji untuk diuji di angkasa sepertimana juga yang ditanya tadi. Kita akan melihat secara detail bagaimana kita hendak menghantar dan bekerjasama dengan badan-badan dan negara yang mana. Ini tertakluk sepertimana yang saya katakan tadi dengan keupayaan dari segi kewangan negara.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, boleh saya mencelah di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sila, sila.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Berapa sebenarnya belanja untuk menghantar seorang angkasawan? Kesian angkasawan kedua ini. Dia sudah berlatih, sudah apa. Dr. Faiz itu sudah berlatih. Duit punya pasal dia tidak jadi. Berapa sebenarnya? Kalau boleh saya tanggung, saya tanggunglah... [Ketawa]

final • 6:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Kosnya tidak menentu. Kalau kita melihat kepada program angkasawan pertama dahulu, ia berasaskan kepada set off program iaitu bila kita membeli Sukhoi, maka Kerajaan Rusia menawarkan. Jadi ia tidak menentu tetapi sudah pasti saya kira kosnya begitu besar.

Memakan ratusan juta. Kalau kita rangkumkan keseluruhan, termasuklah program-program kajian yang kita hendak buat. Untuk menghantar ke angkasa, memang mahal.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Kalau kita hendak menghantar, sebab itu kita katakan tadi kalau kita hendak menghantar, kita kena perhalusi. Adakah kita menghantar dalam konsep yang sama kita buat dahulu ataupun adakah kita akan menghantar untuk jangka yang panjang supaya research finding, sebenarnya kalau mengikut yang lain-lain pergi, enam bulan berada di ISS, baru mereka turun kembali untuk membawa. Akan tetapi inilah yang kita memperincikan dan kita pertimbangkan. Harapan kita memang untuk menghantar. Cuma bergantung kepada keupayaan negara dan keutamaan yang ditentukan oleh negara kita pada masa ini.

Berkaitan dengan kajian-kajian yang dibuat, sepertimana juga dipersoalkan oleh Yang Berhormat Pendang, kita sudah melaporkan dahulu. Semua hasil kajian sudah pun dibentangkan di Parlimen. Ada yang sudah dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi, yang ada potensi untuk ke pasaran akan dibangunkan dan kita masih terus bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam research untuk memastikan bahawa research finding itu akan dikembangkan ke tahap yang setinggi mungkin. Soalan apa hubung kait research terutamanya berkaitan dengan cili padi. Cili, bukan cili padi. Benih cili yang di bawa ke angkasa. Mengapa perlu dibawa ke atas sana dan apa hasilannya. Saya kira jawapan ini saya sudah jawab dalam soalan Parlimen yang lepas sehinggakan Tuan Pengerusi pun sudah membantu saya dalam menjawab soalan tersebut. Jadi bolehlah baca Hansard berkaitan dengan jawapan terperinci berkaitan dengan hasilan yang kita bawa di atas.

Berkaitan dengan cili, apa perlunya dibawa tetapi memadai saya katakan apa yang dibawa ke atas untuk dibuat kajian mestilah ada asasnya dan ada kepentingannya untuk kita di dunia ini. Ini kerana kebanyakan kalau kita melihat kepada hasilan yang ada sekarang ini sebenarnya hasilan daripada teknologi yang dibangunkan di angkasa.

Mengapa kita ada handphone contohnya. Sebab tidak mungkin dapat digunakan telefon yang banyak wayar di angkasa sebab mereka tidak dapat mengawal. Akhirnya dapatlah idea untuk mencipta handphone yang tidak ada wayar. Tanpa wayar dan sebagainya.

Banyak sebenarnya kalau kita kaji hasilan daripada kajian di angkasa itu digunakan di dunia ini. Banyak hubung kaitnya. Oleh sebab itu teknologi yang kita dapat sekarang ini sebenarnya hasilan daripada kajian-kajian di peringkat angkasa lepas.

Jadi saya harap Yang Berhormat Hulu Langat berpuas hati dengan apa yang saya katakan. Saya boleh sampaikan nanti perincian hasilan daripada produk-produk ataupun kajian yang dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk saya panjangkan kepada Yang Berhormat. Seterusnya ialah daripada Yang Berhormat Rembau. Soalan yang begitu...

final • 6:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat. Adakah Agensi Atom kita juga turut memantau radionuclide yang dihasilkan daripada ujian bawah tanah. Lebih daripada 147 ujian bawah tanah yang dibuat, nuklear di kepulauan Pasifik. Kita juga difahamkan ia terlibat dengan gangguan kepada ekosistem marin di laut. Jadi, dalam hal ini, adakah Agensi Nuklear kita juga turut membuat kajian terperinci berhubung perkara ini untuk melihat kesan kepada negara kita? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Itu mungkin persoalan yang baru. Saya tidak ada maklumat yang lengkap berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan. Akan tetapi secara umum apa yang boleh saya katakan ialah bahawa di Malaysia ini kita mempunyai sistem untuk memastikan pemantauan alam sekitar kita dari segi radiasi akan dapat dikesan secara real-time, dengan izin, oleh Agensi LPTA. Kita ada center untuk mengesan sama ada radiasi disebabkan oleh alam sekitar kita ataupun oleh proses kegiatan tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di sepanjang perairan ataupun kejiranan kita pun, kita akan dapat mengesan berlaku kebocoran ataupun berlaku pencemaran radiasi.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Ini dapat dikesan sebenarnya. Kalau ada trigger, maka kita akan mengambil tindakan dan dapat zoom in di mana berlakunya pencemaran tersebut. Itu yang dapat saya jawab. Apa yang spesifik yang ditanya tadi, saya akan bekalkan insya-Allah secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Untuk Yang Berhormat Rembau, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan dua syarikat tadi Darden dan juga Givo. Untuk makluman berkaitan dengan biotek, kita sebenarnya sudah pun membuat pendekatan baru seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia selaku pengerusi kepada Biotechnology Implementation Council Committee, maka kita sebenarnya ada satu majlis pelaksana berkaitan dengan bioteknologi.

Minggu lepas kita sudah bermesyuarat. Jawatankuasa ini pun sudah ditukar nama.

Bukan lagi bioteknologi tetapi ditukar kepada bioekonomi sebab arah tuju kita, hala tuju baru kita ialah bukan sahaja memfokuskan kepada bioteknologi tetapi kita kena melihat lebih besar lagi iaitu dalam konteks bioekonomi. Syarikat yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang benar sebab bila kita hendak tubuhkan bioekonomi, kita telah pergi kepada satu proses dikatakan makmal.

We went through all the process, dengan izin, selama enam minggu di mana semua kementerian termasuk industri, termasuk akademia terlibat untuk membekalkan kepada kita apakah kegiatan dari segi bioekonomi yang berlaku di Malaysia. Apa yang ada dan sebagainya. Salah satunya ialah apa yang dikatakan tadi Darden dan Givo ini yang dipilih daripada hasil yang kita lakukan iaitu melalui bioekonomi yang dikatakan trigger project yang ingin kita bawa bersama.

Sekarang ini kita memberi tumpuan kepada bidang perindustrian, pertanian dan juga penjagaan kesihatan merupakan core business yang akan dilakukan. Diharapkan dengan 10 EPP itu nanti bila ianya dilaksanakan, maka ianya akan diserahkan kepada kementerian berkaitan untuk menentukan atau pun menggerakkan semua yang telah kita namakan tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat Rembau juga dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang mulia, untuk bioekonomi yang saya katakan tadi 20 projek trigger akan dilaksanakan di Malaysia dengan sumbangan GNI dianggarkan untuk 2020, sasaran kita ialah RM3.6 bilion dengan pelaburan dianggarkan RM10 bilion. Diharapkan kita akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada 16,300 pekerja mahir menjelang 2020.

Berkaitan dengan persoalan mengenai Bio-XCell, saya tidak dapat menjawab secara detail sebab soalan itu agak spesifik. Saya perlu untuk mendapat taklimat khusus berkaitan dengan soalan spesifik ini dan insya-Allah kalau diizinkan untuk saya memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat ingin penjelasan?

final • 6:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sudah selesai Yang Berhormat Timbalan Menteri semua yang saya tanya tadi atau ada lagi?

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Setakat ini itu sahaja maklumat yang saya ada.

final • 6:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Perbezaan antara pru investment dengan realize investment bagi tahun ini.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Untuk tahun ini, saya dimaklumkan bahawa sasaran pelaburan pada tahun 2012 ialah RM1.24 bilion, yang telah dicapai ialah RM1.205 bilion. Setakat 30 September, jumlah pelaburan ialah RM5.082 bilion melebihi sasaran 2012. Lebihan ini disebabkan sumbangan pelaburan juga oleh Gevo iaitu RM1.96 bilion dan Darden RM1.92 bilion. Bila menyebut berkaitan dengan Darden ini, saya hendak respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi sama ada, ada tidak dibawa pelaburan ke Sabah? Darden ini akan melabur di Sabah sebenarnya berkaitan membawa pelaburan sejumlah RM1.92 bilion di Sabah. Cuma bukan di Putatanlah saya kira. Pelaburan-pelaburan ini sebenarnya sedang dilaksanakan. Saya mengharapkan Yang Berhormat berpuas hati.

Yang Berhormat Pendang membangkitkan beberapa perkara. Pertama jumlah makmal forensik di Jabatan Kimia. Untuk makluman, kita ada 13 makmal cawangan:

(i) ibu pejabat;

(ii) Ipoh;

(iii) Pulau Pinang;

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

(iv) Alor Setar;

(v) Kota Bharu;

(vi) Kuala Terengganu;

(vii) Kuantan;

(viii) Melaka;

(ix) Johor Bharu;

(x) Kuching;

(xi) Sibu;

(xii) Bintulu; dan

(xiii) Kota Kinabalu.

Makmal yang menjalankan analisa forensik DNA ialah seperti berikut:

(i) Petaling Jaya;

(ii) Kuching;

(iii) Pulau Pinang; dan

(iv) Johor Bharu.

Sama ada berkaitan dengan ketepatan analisis, ingin saya maklumkan bahawa ketepatan analisis melalui amalan pengurusan kualiti yang diiktiraf sebenarnya oleh ASC Lab, America Society of Crime Laboratory dan juga ISO 17025. Semua makmal kita diakreditasikan di bawah ISO. Berkaitan dengan keputusan yang lambat, sebab ianya melibatkan analisis DNA. Analis DNA ini ada empat makmal sahaja di mana dengan jumlah empat makmal DNA, sudah pasti dengan specimen yang begitu banyak memang mungkin kita tidak dapat untuk mencapai apa yang dihasratkan oleh pihak industri.

Namun, kita bercadang untuk menambahkan lagi dua lagi makmal forensik.

Satunya di Sabah insya-Allah pada 2013 ini. Kota Kinabalu juga akan mempunyai makmal yang ada kemampuan untuk menjalankan analisa DNA. Ya Yang Berhormat Putatan.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya membawa beberapa perkara walaupun ringkas, soal apa yang berlaku di kawasan MSC sekarang, kerana dahulu kita anggap kawasan itu dijadikan sebagai silicon valley. Saya minta penjelasan berapa jumlah pelaburan daripada luar dan dalam negeri di kawasan tersebut dan berapa yang gagal untuk meneruskan pelaburan atau pun operasi di kawasan tersebut. Itu belum diperjelaskan oleh pihak kementerian.

Adakah pihak kementerian membawa satu projek yang berskala sederhana ataupun kalau boleh lebih tinggi oleh kerana kedua-dua menteri ini dari Sabah dan Sarawak. Apa yang dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri dahulu, Tun Dr. Mahathir soal herba di Sabah dan Sarawak.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih. Saya belum selesai untuk menjawab. Tadi kebetulan saya menyentuh berkaitan dengan syarikat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau iaitu Darden. Selepas ini saya akan menjawab. Ada, maklumat itu ada di sini. Saya belum habis lagi menjawab soalan Yang Berhormat Pendang.

Jadi satu lagi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang ialah apa bezanya Jabatan Standard dan juga SIRIM? Apa peranan yang dimainkan oleh Jabatan Standard dan apa peranan yang dimainkan oleh SIRIM. Untuk makluman, Jabatan Standard ialah sebuah agensi yang di bawah ISO untuk mengawal selia semua agensi atau pun badan-badan akreditasi yang ada di Malaysia, memastikan bahawa mereka akan mematuhi segala standard atau pun yang telah dibangunkan. Mereka memainkan peranan untuk membangunkan standard. Manakala SIRIM pula adalah satu agensi merupakan badan akreditasi yang mengesahkan atau pun yang akan membuat audit, yang akan memberi persijilan. Itu sebenarnya peranan yang dimainkan.

final • 6:50 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Jadi Jabatan Standard hanya membangunkan standard dan mereka mengawal selia badan akreditasi itu tadi. Manakala badan akreditasilah yang akan turun untuk menjalankan proses. Cuma, Jabatan Standard akan membuat audit memastikan bahawa badan akreditasi ini bila menjalankan tanggungjawab mereka, mereka menjalankan tanggungjawab mereka mengikut apa yang telah diberi kuasa kepada mereka oleh Jabatan Standard iaitu standard yang telah diputus atau ditetapkan. Di samping itu juga, SIRIM memainkan peranan untuk menyediakan perkhidmatan product certification dan testing bagi penyediaan produk ataupun menguji serta meluluskan terutamanya barangan elektrik berdasarkan standard yang diluluskan oleh Jabatan Standard.

Yang Berhormat Pendang juga membangkitkan berkaitan dengan penghasilan vaksin halal. Sepertimana yang kita sedia maklum, untuk membangunkan sesuatu produk sama ada vaksin ataupun research and development ini, ia memakan masa terutamanya melibatkan proses vaksin ataupun yang melibatkan perubatan sebab banyak proses yang perlu dilalui dan program ataupun pembangunan ini masih lagi berjalan dengan rancaknya.

Untuk menjawab Yang Berhormat Putatan, pertamanya berkaitan dengan pelaburan ke MSC Malaysia. Nilai pelaburan yang diluluskan ke MSC Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak RM2.513 bilion iaitu 63 peratus DDI dan 37 peratus adalah FDI. Dari tahun 1997 hingga 2011, nilai pelaburan yang diluluskan, kumulatifnya adalah berjumlah RM32.79 bilion. Manakala syarikat tempatan kalau kita nak bandingkan syarikat tempatan dengan syarikat antarabangsa yang berstatus MSC Malaysia, daripada 2,954 syarikat yang diberi status MSC Malaysia, milikan tempatan ialah sebanyak 2,220, manakala milikan asing adalah sebanyak 651 dan milikan perkongsian 50-50 ialah 83.

Manakala inisiatif untuk menggalakkan pelaburan asing adalah seperti berikut:

(i) untuk menyempurnakan pendekatan yang targeted approach dalam menarik syarikat antarabangsa tertentu untuk melabur di Malaysia;

(ii) menganjurkan pameran dan persidangan antarabangsa; dan

(iii) bekerjasama dengan MITI dan agensinya seperti MIDA dan juga MATRADE dalam menarik pelaburan asing.

Selain daripada itu, ada juga insentif-insentif kewangan yang ditawarkan melalui MDEC dan juga oleh Kerajaan Malaysia termasuklah The 10 Bill of Guarantees yang telah disediakan.

Berkaitan dengan pelaburan sama ada, ada atau tidak ia ke Sabah, ia bergantung banyak kepada kemahuan investors itu sendiri. Mereka akan ditawarkan banyak pilihan dan mereka akan memilih daripada tawaran yang dibuat dan mereka membuat analisa dari segi viability, tempat, lokasi mereka nak bertempat. Sebab itu yang ada tadi berkaitan dengan bio-teknologi iaitu Darden memang akan melabur di Sabah dan juga kita sudah membangunkan berkaitan dengan seaweed. Sabah merupakan industri yang begitu berjaya dalam seaweed.

Baru tadi dalam Bio Malaysia di mana disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, pertukaran dokumen di antara fisheries dan juga BiotechCorp untuk pertukaran pelaburan syarikat di Sabah berkaitan dengan seaweed development yang boleh membawa hasilan berjumlah sehingga RM1 bilion. Ini yang dilakukan termasuklah kalau kita melihat kepada MCMC advertisement bagaimana masyarakat di Sabah sekarang ini menggunakan teknologi ICT dapat menghasilkan. Itu sebenarnya kes yang benar. Memang dibuktikan bahawa mereka mendapat pendapatan memasarkan produk mereka menggunakan ICT, mereka dapat menambahkan pendapatan. Itu adalah satu bukti yang nyata yang telah diusahakan oleh kerajaan kita.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Menteri. Jumlah yang dibagi yang melabur di kawasan MSC ini, saya ada tanya berapa yang gagal atau berapa yang berhenti beroperasi dan sebab-sebabnya. Itu satu.

final • 7:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Keduanya, soal aktiviti kementerian di Sabah dan Sarawak ini memang ada, saya tidak nafikan itu. Akan tetapi apa yang saya katakan tadi, untuk memusatkan apa yang dicadangkan yang mana kebanyakan dalam butiran ini adalah berpusat di Semenanjung.

Seolah-olah tetapi pusat-pusat R&D ataupun pusat-pusat kementerian diwujudkan di Sabah dan Sarawak. Itu maksud saya.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sememangnya kita ada mencadangkan, untuk MSC status company, setakat ini belum dapat ditubuhkan sebab kriterianya amat ketat.

Misalnya kalau kita nak tubuhkan cyber centre, kalau cyber city lagi besar. Cyber centre memerlukan beberapa perkara. Salah satunya bangunan itu mesti ada dual cable. Satu untuk back up. Kalau berlaku putus talian bekalan elektrik, mereka mesti ada genset sendiri. Pelaburan ini tak banyak syarikat yang mampu untuk membuat sebab kosnya begitu mahal. Itu salah satu contoh.

Sudah pasti dari segi hubungan telekomunikasi semua diperlukan dan sebab itu apa yang kita lakukan, misal kata disebabkan kemampuan yang ada di Sabah dan Sarawak, kita bekerjasama. Misal kata kita sudah tubuhkan excellent centre di Universiti Malaysia Sabah dan juga di UNIMAS di Sarawak untuk dijadikan excellent centre untuk kita bangunkan dulu kerjasama di antara universiti dengan entrepreneur yang ada di Sabah dan Sarawak untuk dibangunkan. Diharapkan bila mereka sudah maju dan berkeupayaan, barulah kita akan tubuhkan MSC centre itu di negeri Sabah dan juga di Sarawak, sebab belum ada badan yang sanggup untuk melabur dari segi bangunan yang boleh diisytiharkan sebagai cyber centre. Jadi usaha berterusan ini memang kita laksanakan.

Satu lagi, Yang Berhormat Putatan ada bangkitkan berkaitan dengan cyber security, berkaitan dengan Butiran 01600, adakah bersifat nasional? Sebagaimana yang saya katakan tadi, untuk proses yang sama, kita bekerjasama dengan pelbagai pihak. Ia memang berbentuk nasional. Kita tidak memikirkan hanya satu negeri tetapi bila kita bercakap tentang keselamatan alam siber dan pembangunan sama ada ICT dan keseluruhannya, kita memikirkan dari sudut nasional.

Seterusnya ialah daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Sudah balikkah? Ada?

Yang Berhormat Batu Gajah, topik yang paling diminati sudah tentu berkaitan dengan Bukit Merah. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri saya dulu menjawab, kita sendiri pergi ke lapangan, Yang Berhormat Menteri sendiri sudah pun pergi ke lapangan untuk melihat kerja-kerja yang telah dibuat. Disebabkan soalan itu agak spesifik dan memerlukan banyak technical details, saya mohon izin daripada Yang Berhormat kalau dapat saya jawab secara bertulis supaya ia lebih tepat. Maklumat yang tepat disampaikan kepada Yang Berhormat dan insya-Allah kita akan sampaikan kepada Yang Berhormat laporan berkaitan dengan Asian Rare Earth ini secara bertulis. Berikan tempoh untuk saya.

Seterusnya Yang Berhormat Ledang tanya bagaimana MOSTI boleh memainkan peranan berkesan bagi mengelakkan berlaku pertindihan di antara agensi-agensi dan juga peruntukan yang telah disalurkan kepada universiti yang tidak cukup. Untuk makluman, sekarang ini untuk Rancangan Malaysia Ke-10, R&D geran ditadbirkan untuk universiti, basic research yang berkaitan dengan perkara-perkara asas diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Ini kerana tujuannya ialah untuk memberi research itu kepada researchers di peringkat universiti untuk membuat research untuk mereka lulus dalam bidang yang mereka lakukan. Manakala MOSTI pula diberi amanah untuk mentadbir urus dana berkaitan hingga ke peringkat pre-commercialization (pra-pengkomersialan). Itu tanggungjawab kita.

Maknanya kalau sudah ada basic research, maka mereka boleh mohon kepada MOSTI untuk membuat applied research.

Kita sebenarnya sudah tubuhkan di bawah Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia, ditubuhkan Jawatankuasa Pelaburan bagi menyelaras R&D untuk semua kementerian dan juga institusi penyelidikan. Jadi, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI sendiri dan dianggotai oleh agensi pusat termasuk MOF, EPU serta kementerian, jabatan yang terlibat dengan research and development.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Usaha juga sedang dibuat untuk membangunkan KPI bagi research and development yang akan dibiayai. Untuk makluman, di bawah ini juga kita sudah tubuhkan apa yang dikatakan National Science Research Council (NSRC) iaitu Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan yang dipengerusikan di bawah penasihat kepada sains Perdana Menteri. Di bawah ini mereka sudah memberi keutamaan. Untuk National Research, keutamaannya ialah:

(i) biodiversity;

(ii) cyber security;

(iii) energy security;

(iv) environment & climate charge;

(v) food security;

(vi) meidcal & healthcare;

(vii) plantation crops & commodities;

(viii) transport & urbanisation; and

(ix) water security; Akan tetapi sekali ini, kita akan beri termasuk juga penyelidikan dalam bidang sosial sains. Jadi, ini yang kita lakukan untuk makluman Yang Berhormat dan saya kira diharapkan dengan adanya penubuhan NSRC dan juga Jawatankuasa Pelaburan, kita akan dapat mengelakkan dari segi pertindihan. Dengan ini, usaha untuk penambahbaikan akan terus kita laksanakan. Saya kira yang terakhir ialah daripada Yang Berhormat Limbanglah untuk saya- mungkin harapanlah bukan keluhan daripada Yang Berhormat Limbang untuk memastikan bahawa dana asas yang telah diberikan untuk pembangunan kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia untuk pembangunan vanila yang begitu berjaya itu akan sampai kepada kejayaan lebih besar termasuklah dari segi pasarannya, dari segi sokongan teknikalnya. Dengan erti kata lain, mesti ada sokongan yang berterusan.

Insya-Allah, apa Yang Berhormat suarakan akan kita ambil maklum dan kita akan mencari jalan bagaimana kita dapat meneruskan program ini dan untuk mencari kaedah yang terbaik- kalau dapat untuk mencari daripada pihak industri untuk mengambil dan mendorong terutamanya dari segi konteks pemasaran produk yang telah dihasilkan. Itu insya-Allah kita akan usahakan dan Agensi Nuklear Malaysia insya-Allah akan bersama dengan Yang Berhormat untuk memastikan kejayaan program ini.

Untuk itu, saya kira Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, memberi pandangan, cadangan dan juga saranan menunjukkan minat mereka dalam bidang sains, teknologi dan inovasi ini. Kami mengambil baik akan segala saranan dan insya-Allah akan terus memberi yang terbaik supaya negara kita akan dapat mencapai kepada kejayaan yang lebih besar melalui sains, teknologi dan inovasi. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada soalan tadi tetapi tidak jadi tanya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM792,412,000 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM792,412,000 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM852,555,300 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Wang sebanyak RM852,555,300 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 7:10 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 6 November 2012.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.16 malam.]

final • 7:10 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026