Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah kes-kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan yang mana pihak pekerja yang dibuang kerja gagal mendapat pampasan atau kembali ke pekerjaan asal serta kemudiannya ditolak daripada dirujuk ke Mahkamah Perusahaan bagi sepuluh tahun ke belakang. Apakah asas bagi penolakan kes-kes sebegini?
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Rembau yang tanya satu soalan yang mempunyai satu implikasi yang besar tentang pekerja di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab tujuan yang sebenar soalan ini dan semangat soalan ini walaupun ada sedikit perubahan di dalam soalan kerana soalan diasaskan kepada fakta- fakta yang sedikit berbeza.
Kalau kita kaji soalan ini ada dua isu yang berlainan yang telah dibangkit. Satu ialah tentang pekerja yang dibuang kerja dan gagal mendapat pampasan. Nombor dua ialah kes yang ditolak dari dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk dikembalikan balik ke pekerjaan asal mereka. Bagi menjawab isu yang pertama iaitu pembayaran pampasan, apabila seseorang pekerja diberhentikan oleh majikan, oleh mana-mana sebab yang tertentu kerana majikan mungkin menghadapi beberapa keadaan di mana mereka memerlukan untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja atau buat penstrukturan balik kepada kegunaan tenaga kerja di dalam tempat kerja itu.
Berasaskan kepada sebab-sebab ini, majikan membuat keputusan untuk menamatkan seseorang pekerja. Ini ialah hak majikan dan ini ada jelas di dalam Akta Kerja.
Akan tetapi, sesama mereka buat sedemikian, mereka wajib untuk membuat pemberhentian itu mengikut segala syarat yang ada termaktub di dalam Akta Kerja. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk membuat bayaran pampasan kepada pekerja mengikut peraturan- peraturan yang telah disediakan di bawah Akta Kerja. Di dalam keadaan di mana seseorang pekerja tidak mendapat bayaran pampasan ini, mereka akan membuat aduan kepada Jabatan Buruh. Jabatan Buruh akan membuat siasatan kepada perkara ini dan selepas disiasat, Jabatan Buruh akan mengeluarkan satu perintah untuk memerlukan majikan ini membuat bayaran.
Kalau majikan tidak buat bayaran pampasan mengikut perintah yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, pekerja mempunyai hak untuk membawa isu ini kepada Mahkamah Majistret untuk menguatkuasakan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Buruh. Pada masa yang sama, Jabatan Buruh pun mempunyai kuasa untuk mendakwa majikan ini di mahkamah kerana tidak mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh.
Asas kepada aduan yang dibuat ini, majistret di Magistrate Court boleh membuat keputusan melalui perintah beliau untuk menguatkuasakan ini. Terdapat beberapa keadaan yang boleh digunakan termasuk judgment debtor summons atau gunakan wret seizure dan sales untuk mengambil aset-aset yang ada di bawah milik majikan dan dijual untuk diberi pampasan balik. Ini ialah semua yang akan dibuat oleh mahkamah.
Mahkamah pun akan mempunyai kuasa melalui Akta Kerja untuk mengenakan denda ke atas majikan ini kerana tidak mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Buruh. Di dalam keadaan di mana bayaran pampasan itu ialah di luar kemampuan majikan, maka beliau akan dibawa ke Insolvency Department supaya diiktiraf sebagai seorang bankrap dan itu akan mengikut proses yang tertentu. Itu ialah untuk mereka yang tidak mendapat pampasan.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Isu yang kedua yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Rembau ialah tentang tuntutan yang dibuat oleh salah seorang pekerja untuk dikembalikan kepada pekerja asal. Tuntutan ini dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Apabila mereka failkan kes ini, biasanya di pejabat negeri, pegawai di Jabatan Perhubungan Perusahaan akan membuat siasatan kepada kes. Selepas itu mereka akan adakan rundingan damai untuk bantu kedua-dua pihak iaitu pihak pekerja dan majikan untuk menghasilkan satu penyelesaian kepada isu ini.
Apabila usaha untuk menyelesaikan isu ini gagal, selepas itu Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan panel pakar yang kita telah lantik secara pentadbiran di Jabatan Perhubungan Perusahaan, mereka akan mengumpulkan segala maklumat dan segala evidence cara macam mana penamatan pekerjaan ini setelah dibuat dan memberi.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Nasihat kepada Menteri sama ada adakah wajar kes ini dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan ataupun tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan? Selepas itu Menteri membuat keputusan. Daripada tahun 2001 sampai tahun 2011, daripada 31,714 kes yang dibawa kepada Menteri, 10,016 kes tidak dirujuk, yang lain semua telah dirujuk.
Banyak yang asas sebab-sebab mengapa pihak JPP dan Menteri membuat keputusan untuk tidak merujuk sesuatu kes kepada Mahkamah Perusahaan. Pertama, mungkin perhentian pekerjaan itu ialah diasaskan kepada tindak laku yang salah oleh pihak pekerja dan ini telah dibuktikan. Contohnya, ada kes pencurian. Kalau sudah dibuktikan, majikan mempunyai hak untuk menamatkan pekerja itu.
Kedua ialah kadang-kadang majikan sudah tutup kedai. Sudah gulung tikar. Tidak ada pekerjaan lagi. So, di dalam keadaan ini kita tidak boleh balik ke kerja asalnya kerana tidak ada kerja untuk diberi kepada mereka. Ketiga ialah di mana pekerja diberi peluang tetapi pekerja itu enggan balik ke kerja tetapi beliau mahu tuntutan pampasan. Oleh sebab tujuan di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan kuasa ialah untuk reinstatement sahaja dan bukan daripada segi pampasan.
Pampasan ini kadang-kadang dibincang di dalam rundingan damai sebagai concilitory effort. Akan tetapi dari segi undang-undang, kuasa ialah untuk membuat satu keputusan itu sahaja iaitu reinstatement or no reinstatement. Oleh itu kalau pekerja itu diberi peluang pekerjaan tetapi dia mahu pampasan dan kadang-kadang pampasan yang dimohon itu lebih daripada apa yang telah diberi oleh majikan dan kadang-kadang kes ini tidak boleh dirujuk kepada mahkamah.
Ada kadang-kala pekerja sudah berhentikan kerja secara suka rela tetapi on second thought, dia mahu kembali balik bekerja itu tetapi ini tidak boleh. Oleh sebab ini, kes ini tidak boleh dirujuk atau ada kes-kes di mana pekerja sudah sampai ke umur persaraan dan lepas itu beliau mahu terus bekerja. Ini pun tidak dapat dirujuk. Kadang-kadang mereka ada kontrak dan tempoh kontrak itu sudah tamat. Oleh sebab itu mereka telah ditamatkan pekerjaan. Ini pun tidak dapat dirujuk Inilah beberapa daripada sebab-sebab dan sebab-sebab yang lain yang menjadi punca mengapa sesuatu kes itu tidak dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Walaupun sedemikian kalau pihak pekerja atau pihak majikan tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Menteri di dalam proses untuk merujuk ini, mereka boleh membuat judicial review kepada Mahkamah Tinggi ke atas keputusan Menteri. Kalau mahkamah berpendapat bahawa apa yang diputus oleh pihak Menteri ini tidak betul, isu ini akan dikaji balik lagi sekali. Inilah secara ringkas jawapan kepada kedua-dua isu yang telah dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang sedang lihat kepada proses-proses ini, untuk mempertingkatkannya dan mengatasi apa-apa kelemahan yang mungkin ada di dalam sistem itu pada masa sekarang. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, sebelum saya mengajukan soalan susulan saya. Saya ingin mengalu-alukan mahasiswa daripada Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia yang bersama dengan kita.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan tadi. Seperti mana yang kita maklum, pekerja yang diberhentikan di Malaysia tidak mendapat laluan terus kepada Mahkamah Perusahaan seperti mana yang disahkan oleh Menteri. Di mana mereka hendaklah melalui dua proses terdahulu iaitu rundingan damai yang dikendalikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan dan selepas itu tapisan Menteri sendiri.
Berdasarkan statistik yang diberikan tadi iaitu satu pertiga daripada kes yang dirujuk kepada Menteri tidak pergi kepada Mahkamah Perusahaan. Kita dimaklumkan bahawa banyak kes yang diketepikan melalui tapisan Menteri. Ada yang ada sebab yang kukuh, ada yang ada sebab yang tidak berapa kukuh. Kita juga lihat ada kes-kes mahkamah yang mempertikaikan pelaksanaan budi bicara, discretionary power Menteri ini.
Saya rujuk kepada kes Minister of Labor Malaysia versus National Union of Journalist Malaysia pada 12 Oktober 1989, di mana Supreme Court telah memberi pandangan bahawa discretionary power ini dipertikaikan. Soalan saya kepada Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri berikan jumlah kes-kes yang masih lagi dipertimbangkan oleh Menteri untuk dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Apakah kerajaan bersedia untuk memberi laluan pintas kepada pihak-pihak yang bertelagah untuk ke Mahkamah Perusahaan tanpa melalui pihak Menteri? Maknanya, ketua pengarah sendiri boleh memutuskan untuk membawa atau tidak, setelah mengambil kira pencapaian proses rundingan damai tanpa melalui discretionary power yang telah dipertikaikan oleh mahkamah sendiri? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
...Butiran yang tepat, saya akan bagi secara bertulis. Secara kasar lebih kurang 2,500 kes yang ada dikendalikan pada masa sekarang.
Selepas sudah selesai rundingan damai, akan dibawa melalui proses saya telah jelaskan tadi untuk dibuat keputusan.
Seperti yang saya telah terangkan tadi, sekarang kita di dalam proses untuk lihat balik proses ini. Walaupun isu ini adakah sesuai supaya Menteri mempunyai kuasa untuk buat keputusan dalam hal ini. Adakah wajar tiap-tiap kes dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan supaya dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan atau seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Rembau tadi bahawa ketua pengarah boleh diberi kuasa untuk dibuat keputusan. Cadangan-cadangan ini sedang kita ambil kira dan ada sesi perbincangan dengan stakeholders iaitu pihak majikan dan pihak wakil-wakil pekerja untuk menghasilkan suatu sistem yang boleh digunakan untuk jangka masa hadapan dan yang boleh diterima oleh semua pihak. Ini dengan tujuan untuk mengurangkan jangka masa yang diambil pada masa sekarang, daripada kes di bawa kepada JPP di peringkat negeri dan sampai diselesaikan daripada pihak Mahkamah Perusahaan. Kita mempunyai KPI dengan harapan boleh diselesaikan dalam satu tahun.
Akan tetapi memang ada cabaran-cabaran untuk mencapai KPI ini. Oleh itu kita sedang lihat proses ini. Kalau semua pihak bersetuju bahawa inilah proses yang paling sesuai daripada pihak kementerian, kita mempunyai satu sikap yang terbuka. Ini kerana pada akhirnya, ini ialah satu social issue, social justice. Ini mesti dibuat melalui satu persetujuan yang dicapai di antara perbincangan di antara pihak pekerja dan pihak majikan.
Kalau mereka putus, ini adalah cara yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan mempunyai sikap yang terbuka untuk melaksanakan cara macam itu.
Selepas mendapat pandangan daripada semua pihak, kita akan membuat sesuatu keputusan tentang proses baru yang boleh diwujudkan untuk menghadapi masalah ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Menteri, tekun saya mendengar dan inilah ulasan yang diberikan atas soalan daripada Rembau risaukan kepada matlamat akhir kepada penolakan isu kes-kes di mahkamah. Merujuk kepada beberapa kes yang telah dilalui, sebagai contohnya apabila merujuk kepada Menteri di bawah seksyen 20(3), bila difailkan di bawah seksyen 20, Unfair Dismissal di bawah Akta Perusahaan 1967. Menteri, kebanyakan isu-isu telah pun menolak, sebagai contoh Royal Selangor Golf Club berlawan dengan Club Employers Union.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Walaupun dia berlanggar seksyen 17 dan seksyen 32, namun Menteri tolak juga dan terpaksa diheret di Mahkamah Tinggi yang memerlukan belanja yang begitu banyak.
Isunya sekarang ialah tidak boleh bersandar penuh kepada domestic enquiry yang dikendalikan oleh majikan. Menteri, kapasiti di bawah 20.3 akan memberikan kuasa untuk dirujuk. Akan tetapi dalam masa yang sama Menteri, soalan saya, soalan pokok saya ialah apakah tidak kesudian Menteri, sekali lagi saya ulang, seksyen 30 yang memberikan tempoh ataupun had pampasan 24 bulan itu dikaji semula.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Kuasa yang diberikan kepada JPP seperti mana di Filipina diberikan terus kepada JPP. JPP berkuasa di bawah Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Perusahaan terus merujuk ke mahkamah, tak perlu gunakan kuasa 20.3. Apakah Menteri perlu mengkaji semula akta ini? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat daripada soalan ini tadi. Halangan untuk merujuk secara terus ialah kapasiti di dalam Mahkamah Perusahaan untuk ditangani dan mengendalikan kes-kes ini. Kalau tiap-tiap tahun kita menerima lebih daripada 4,000 kes yang akan datang ke JPP, kalau kes-kes semua ini dirujuk secara terus dan dengan harapan bahawa Mahkamah Perusahaan boleh membuat keputusan di dalam satu jangka masa yang pendek. Kalau kes-kes yang dirujuk kepada itu terlampau banyak, kita memerlukan satu Mahkamah Perusahaan mungkin dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada apa yang sedia ada dan bilangan jawatan yang paling banyak untuk memastikan bahawa kita boleh terus– peranan Mahkamah Perusahaan pada masa itu akan menjalankan tugas sebagai investigator, conciliator dan menjadi punca yang akan membuat keputusan.
Oleh itu tanggungjawab itu besar kepada Mahkamah Perusahaan. Oleh itu di dalam proses yang kita adakan iaitu perbincangan yang ada pada masa sekarang. Kita sedang lihat kepada semua aspek ini dan macam mana satu proses masih ada di dalam JPP dan lepas itu ada proses di dalam Mahkamah Perusahaan dengan tujuan supaya ini memberikan keadilan kepada semua pihak. Pada masa yang sama ia boleh memendekkan kerana untuk jawab soalan berkenaan dengan hak 24 bulan yang telah dikenakan pada masa sekarang dan penyelesaian kepada isu ini Yang Berhormat sudah bangkitkan isu ini banyak kali di dalam Dewan ini. Penyelesaian kepada isu ini ialah untuk memastikan bahawa kes-kes diselesaikan dalam 24 bulan. Kalau kes-kes boleh diselesaikan dalam 24 bulan, hak yang telah ditetapkan untuk pampasan 24 bulan ini memang wajar dan memang adil.
Itulah sebab mengapa kita di dalam proses untuk memastikan bahawa masa itu yang paling mustahak iaitu kita tidak mahu kes-kes dibawa untuk jangka masa tiga tahun, empat tahun, lima tahun dan segala isu yang menyebabkan kes-kes ini berlanjutan tempohnya, kita boleh mengatasi melalui perubahan yang kita akan lakukan kepada proses-proses yang tersedia ada. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Minta satu soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Ini mungkin berlainan dari soalan asal tetapi mengenai pekerja-pekerja asing. Kerajaan kita mengenakan levi kepada semua pekerja asing yang terdaftar. Akan tetapi di Sabah, majoriti pekerja asing ini tidak berdaftar kerana kalau berdaftar majikan tidak mampu untuk membayar levi. Jadi, mereka ini bekerja di dalam ladang-ladang, hanya diberi makan, belum tahu gaji dibayar atau tidak. Ini sebab kalau mereka ini bising tidak dapat gaji mereka kata jangan bising kerana kalau ini tidak terdaftar.
Jadi bolehkah mungkin kementerian kalau cukup kakitangan saya percaya kakitangan kementerian pun tidak cukup di sebelah Sabah, bolehkah kementerian mengarahkan supaya semua pemilik-pemilik ladang dipastikan mereka ini mengambil buruh yang terdaftar. Kalau tidak walaupun mereka ini datang daripada Indonesia, mereka teraniaya kerana mereka diberi makan, diberi minum. Bila sampai masanya mereka mahu berhenti gaji pun tidak dibayar.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Jadi mereka kata tiada tempat mengadu di mana. Tidak terdaftar. Tidak ada levi.
Jadi apa tindakan kementerian, khas untuk pekerja-pekerja asing ini.
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesedaran tentang isu pekerja asing bukan sahaja di Semenanjung. Saya tahu ini adalah satu isu yang besar di Sabah. Kerajaan telah mengadakan program apa yang ada di Semenanjung iaitu program 6P dan di Sabah sebagai Program 5P. Tujuan mengadakan program ini ialah untuk menjawab dan mengatasi isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan tadi. Iaitu kerana kalau seseorang pekerja itu pekerja tak rasmi memang mereka didedah kepada pelbagai jenis cabaran dan ancaman seperti yang telah diberi kerana untuk mendapat perlindungan daripada segi sistem perundangan ini. Walaupun kadang-kadang kita tolong juga mereka yang tidak rasmi seperti tak dibayar gaji dan sebagainya, tetapi mereka sendiri pun Tuan Yang di-Pertua kadang-kadang takut tampil ke hadapan kerana sudah jadi seorang yang tidak sah ini, takut mungkin tindakan akan dibawa undang-undang terhadap mereka.
So, jawapan kepada itu ialah mereka mesti mendaftar. Ini yang telah dibuat melalui kempen besar-besaran di mana kita sedang membuka ruang untuk semua orang yang tak rasmi ini tolonglah mari datang, daftar dan selepas itu melalui satu proses yang sangat senang, kita boleh bantu majikan itu untuk memutihkan mereka supaya mereka boleh menjadi pekerja yang rasmi. Kalau mereka sudah jadi pekerja yang rasmi, isu-isu tak bayar gaji dan isu-isu yang semua itu boleh diselesaikan. Saya berharap semua orang termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh bantu di dalam proses ini dengan nasihatkan majikan supaya mereka tampil ke hadapan dan daftar pekerja-pekerja mereka. Walaupun mereka tak rasmi pada masa sekarang dengan peluang yang diberi oleh kerajaan, mereka mendapat peluang untuk merasmikan mereka. Terima kasih.
2. Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah usaha kerajaan untuk memastikan projek pembangunan Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang kini hidup segan mati tidak mahu dan sejauh manakah limpahan manfaat langsung projek Iskandar Malaysia itu kepada rakyat berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Soalan beliau mengatakan bahawa projek Pembangunan Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek MSC yang hidup segan tetapi mati tak mahu. Saya nak mengatakan di sini bahawa itu adalah satu tohmahan dan tanggapan yang salah kerana MSC juga merupakan sebuah syarikat yang amat berjaya.
Dengan nada sebegitu, izinkan saya menjawab secara penuh soalan yang diajukan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dan dalam memastikan projek pembangunan Iskandar Malaysia menepati visi sebuah metropolitan antarabangsa. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut; Pertama, dengan menubuhkan agensi penyelaras pembangunan wilayah Iskandar Malaysia iaitu pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar atau ERDA. ERDA telah ditubuhkan melalui Akta 664, diluluskan oleh Parlimen di Parlimen pada tahun 2007 sebagai badan penyelaras dan pemantau pelaksanaan projek, pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Pengerusi bersama ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Ini sebegitu untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar peringkat persekutuan dan negeri supaya projek-projek terlaksana secara berkesan. Di samping itu, sebuah jawatankuasa meluluskan dan melaksanakan AIC diwujudkan di bawah Akta 664 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor bagi membolehkan pemantauan projek dilaksanakan dengan lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, langkah kedua adalah mewujudkan Pelan Komprehensif Pembangunan Iskandar Malaysia dengan izin, Comprehensive Development Plan 2006- 2025 sebagai panduan pelaksanaan pembangunan Iskandar Malaysia. Pelan komprehensif pembangunan Iskandar Malaysia merupakan dokumen panduan, pembangunan koridor wilayah tersebut. Ia merangkumi dasar dan strategi pembangunan Iskandar Malaysia ke arah pencapaian supaya matlamat metropolis bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2025.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Perincian pelaksanaan dasar dilaksanakan melalui penyediaan pelan induk pembangunan atau blueprint yang merangkumi inisiatif dan program-program pelaksanaan sehingga tahun 2025.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Langkah ketiga ialah pemantauan projek secara berkala mengikut program, dilaksanakan dengan kerjasama agensi pelaksanaan dan pihak berkuasa tempatan Iskandar Malaysia. Penilaian dijalankan melalui pencapaian sasaran pelaburan masuk ke Iskandar Malaysia serta perlaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan pembangunan sosial yang dirangka bagi menyokong pembangunan di wilayah tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2012, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM95.5 bilion sejak penubuhannya.
Sejumlah RM41 bilion atau 43 peratus daripada komitmen tersebut telah direalisasikan dengan beberapa projek utama dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan tempatan mewakili 62 peratus daripada jumlah komitmen pelaburan bernilai RM58.95 bilion.
Manakala selebihnya pelaburan langsung asing FDI. Beberapa projek telah dilancarkan termasuk Taman Tema Legoland Malaysia, Johor Premium Outlet (JPO) di Kulai, Projek EduCity, Pinewood Iskandar Malaysia Studios turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi wilayah yang bertaraf antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, tahap dan kadar pembangunan di Iskandar Malaysia akan memberi kesan yang ketara kepada penduduk setempat. Dalam hal ini, usaha pembangunan telah dirancang untuk memastikan penduduk tempatan khususnya golongan yang berpendapatan rendah meraih faedah dan manfaat daripada pertumbuhan Iskandar Malaysia. Rangka pembangunan sosial yang menyeluruh dan sistematik telah digubal meliputi modal insan, keterangkuman ekonomi dan sosial, pembangunan spatial dan perumahan serta isu keselamatan dan keamanan bagi memastikan faedah dapat dinikmati oleh penduduk tempatan. Peningkatan perbelanjaan pelaburan di Iskandar Malaysia telah menjana aktiviti ekonomi yang lebih rancak dan seterusnya meningkatkan permintaan bagi pekerja.
Sehingga akhir Jun 2012, hampir 54,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor ekonomi yang disasarkan. Sektor Elektrik&Elektronik (E&E) mencatat bilangan peluang pekerjaan tertinggi seramai 20,037, diikuti oleh pendidikan 5,910, riadah dan pelancongan 3,965 serta pemprosesan agro dan makanan 3,872. Selain daripada itu, bilangan pekerja yang diwujudkan turut akan melipat ganda, selaras dengan beberapa projek pemangkin utama yang dijangka mula beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang seperti Pinewood Iskandar Malaysia Studios, MSC Cyberport City dan Urban and Resort Wellness. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi dan bersesuaian dengan visi metropolitan antarabangsa itu, saya ingin bertanya adakah syarikat-syarikat contohnya multimedia ataupun telekomunikasi antarabangsa seperti Sony Ericsson, Nokia ataupun Motorola menjadikan Iskandar Malaysia sebagai apa yang dikatakan regional headquarters ataupun technical marketing support centre? Sejauh manakah ini kita boleh compete dengan Singapura dalam menggamit pelaburan mereka ke dalam negara kita sebab visinya besar?
Kemudian saya juga ingin bertanya, adakah airport kita, Senai dan juga PTP mampu menggamit operasi kargo kita? Yakni kita buat itu dalam skala yang besar dan kemudian soalan terakhir saya adalah, adakah dengan pelaburan yang telah masuk itu, berapakah jumlah pekerja tempatan yang terlibat dalam bidang pengurusan dan profesional? Bukan sekadar tukang sapu ataupun angkat sampah sahaja tetapi dalam bidang yang saya rasakan penting untuk saya tahu tentang KPI yang telah diperoleh selama ini. Terima kasih.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga lapisan soalan yang diajukan. Pertama, MSC yang terlibat dalam digitalization, ya seperti Nokia dan Sony Ericsson. Sebenarnya ada lima ‘modul’ di dalam Iskandar Malaysia. Lima itu macam Johor City Centre. Kedua itu adalah Nusajaya dan ketiga adalah Western Gate Development, keempat ialah Eastern Gate Development dengan Senai dan Skudai. Maka, kalau kita lihat fokus kepada Iskandar Malaysia memang ada tertera dalam akta yang diluluskan dahulu.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Fokusnya akan melibatkan lima atau enam fokus utama. Pertama adalah financial, kewangan. Ia akan dijadikan pusat kewangan kerana Singapura merupakan pusat kewangan. Maka limpahannya akan dapat kita tarik ataupun kita boleh menarik dengan lebih ramai syarikat-syarikat antarabangsa yang terlibat dalam financial khususnya Islamic finance. Ini kerana kos kita murah dan juga kita sekarang ada TalentCorp untuk membenarkan ramai pakar-pakar dengan harapan bahawa ianya dapat membantu modal insan Malaysia.
Kedua, pendidikan. Kalau kita lihat pendidikan, kita berjaya sungguh. Pertama, kita sudah ada EduCity di mana ada Newcastle University, Southampton University, Marlborough University, Reading University, Netherlands Maritime Institute dan juga kita ada International School sekarang, Trust School, Excelsior Raffles dengan Raffles Singapore. Dengan adanya ramai yang sekarang masuk. Fokus kedua, fokus ketiga adalah logistik. Itu sebabnya kita ada tiga pelabuhan. Pelabuhan yang akan dimajukan. Tanjong Pelepas, Johor Port dengan Tanjung Langsat yang akan dimajukan. Saya kaitkan dengan airport. Airport itu saya akui bahawa perlu di naik tarafkan ke peringkat yang lebih besar supaya ketepuan ekonomi yang bakal akan maju dapat diisikan. Healthcare dan tourism juga kita berjaya di situ.
Akhir sekali ICT dan creative industry. Maka fokus kita di sini bukannya E&E.
Walaupun ada Elektrik&Elektronik (E&E) tetapi fokusnya enam yang utama tadi. Akan tetapi kalau adanya minat daripada minta daripada pihak-pihak ini, kita akan- tetapi dia lebih banyak kepada Northern Corridor (NCIA). Dia banyak kepada sana kerana ekosistem elektronik telah maju di situ sejak tahun 70-an. Maka mereka senang hendak letakkan itu, AMD, Acer, dan Intel memang sudah ada di Pulau Pinang. Mereka rasakan di situ lebih sesuai ekosistem mereka. Itu yang pertama. Kedua, dari segi jumlah pekerjaan yang akan diisikan di peringkat atasan pengurusan. Oleh kerana saya tidak ada data di sini, mungkin saya boleh bekalkan kepada Yang Berhormat mengenai hal ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana projek tersebut yang nampak memang berjaya dengan cemerlang. Cuma saya hendak tanya, apakah impak-impak kepada Projek Iskandar Malaysia dengan tertubuhnya Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Parlimen Pengerang dari segi kaitan impak dan sebagainya? Kedua, adakah betul Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut soalan asal ini bahawa Multimedia Super Corridor (MSC) ini hidup segan mati tidak mahu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian? Sekian, terima kasih.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Baik, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat tadi. Pembangunan Iskandar Malaysia adalah sebelah barat.
Sebelah timurnya adalah pembangunan RAPID, Pengerang. Keduanya adalah fokus berbeza. Kalau saya katakan tadi enam sektor yang difokuskan sebelah barat itu iaitu Iskandar Malaysia, maka sebelah timur pula fokus kepada petrokimia. Maka, hab petrokimia ini akan berpotensi menjana RM120 bilion pelaburan. RM120 bilion yang akan letakkan Malaysia di persada dunia dalam industri gas dan petroleum. Petronas kini terletak pada tahap ketiga di dunia dalam industri petroleum kerana visi pemimpin yang dahulu. Baik, itu satu yang betul. So, kita ada dua konsep yang berbeza kerana strategik Johor ini begitu cantik sekali kedudukannya, anugerah Tuhan. Maka kita kena membuat sesuatu untuk membawanya ke persada peringkat yang tinggi. So, we will become the best player dengan izin.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
MSC pula, tohmahan MSC dikatakan sebagai white elephant seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak setuju langsung dengan tohmahan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi kerana MSC dimulakan pada tahun 1997. Bayangkan, sekarang dia punya jumlah syarikat MSC sebanyak 2,954 buah di peringkat yang tinggi. Jumlah syarikat keseluruhannya adalah lebih 4,000 buah. Jumlah pekerjaan yang dapat dijanakan ialah 120,000 orang dan hanya 11,000 daripada luar negara. Katakanlah tidak ada macam ini dalam dunia alaf digital ini, kita akan jadi hamba kepada dunia luar yang akan jadi raja.
Maka Tuan Yang di-Pertua, saya rasa janganlah kita menaburkan benih-benih ketaksaan, kesangsian, kewaswasan, keraguan, kemusykilan dan mengelirukan bawah.
Pembangunan tetap datang, orang miskin tidak akan selama-lama miskin. Kita kena majukan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, sejauh manakah sambutan Skim Belia Niaga yang dilancarkan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia dan apakah sumbangan yang diberikan terhadap sektor pembangunan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Gan Ping Sieu
Tuan Yang di- Pertua, Skim Belia Niaga adalah salah satu skim di bawah Skim Tabung Ekonomi Belia
(STEB) di mana skim ini telah dilancarkan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia. Sejak dilancarkan pada tahun 2006 sehingga dibekukan pada tahun 2010, Skim Belia Niaga yang diuruskan dengan kerjasama Bank Rakyat ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana sebanyak RM32.91 juta telah disalurkan melibatkan seramai 926 belia yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Menurut hasil kajian impak pelaksanaan Skim Tabung Ekonomi Belia ini yang telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) yang merangkumi Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani, telah menyatakan kejayaan Skim STEB ini di mana sekurang-kurangnya 60 peratus sehingga 70 peratus peminjam STEB masih lagi menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti permotoran, sukan, pertanian, kecantikan dan sebagainya, di mana secara tidak langsung sedikit sebanyak ia telah menyumbang kepada sektor pembangunan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kajian juga mendapati dengan bantuan kewangan ini, lebih daripada 50 peratus responden adalah usahawan belia dari luar bandar. Ini menunjukkan skim ini menggalakkan belia luar bandar dan juga yang berkemahiran untuk menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan sendiri selain memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia lain di sekitar kawasan mereka. Sekian.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak dapat mengimbangi menerima kenyataan satu yang berjaya tetapi kita terpaksa hentikan. Sedangkan dalam tuntutan masyarakat belia hari ini termasuk adik-adik kita daripada Universiti Teknologi Malaysia yang hadir pada hari ini, mereka dianjurkan supaya apabila bergraduasi nanti bukan hanya menerima ataupun menunggu tawaran-tawaran kerja daripada jabatan dan agensi kerajaan, bahkan mereka dianjurkan supaya menghayati konsep keusahawanan iaitu menukarkan masalah kepada peluang dan mencapai hasrat kerajaan untuk membina peratusan guna tenaga yang tinggi sekali gus menyumbang kepada kekurangan angka statistik pengangguran negara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya dengar pencapaian yang baik oleh kumpulan- kumpulan belia peniaga ini. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, of all those success stories Yang Berhormat sebut sebentar tadi, satu, mengapa skim ini diberhentikan? Susah hendak jawab itu. Bagus, pencapaian bagus, belia bayar balik bagus, kegiatan pertanian bagus, kegiatan belia ekonomi bagus, mengapa kita berhentikan?
Yang kedua, semalam kita ada satu program Oxford Excellence Centre beribu pejabat di negara kita telah menganjurkan satu program menggalakkan belia bukan dari Malaysia tetapi dari negara luar, dari negara Oman untuk menyertai bidang keusahawanan dan memberitahu kepada kumpulan-kumpulan ini bahawa perkongsian perniagaan yang akan menjadikan bidang perniagaan sebagai pilihan utama bagi kumpulan belia di negara itu. Jadi ia membayangkan seolah-olah di negara kita, kumpulan belia ataupun dasar kerajaan mengundur tetapi memberi peluang kepada orang negara luar pula melihat rupa- rupanya kita mempunyai skim-skim penggalakan, dasar-dasar kerajaan menggalakkan belia ke arah mengenal pasti potensi dan menyumbang kepada produktiviti negara. Jadi apa penjelasan Yang Berhormat tentang kemelut ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gan Ping Sieu
Terima kasih atas soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Berkaitan dengan soalan pertama iaitu apa sebabnya kalau kita katakan satu skim itu agaknya menggalakkan, agaknya memuaskan dan sementara itu kita tidak meneruskan, Tuan Yang di-Pertua, skim STEB ini telah dibekukan buat sementara ini kerana masih belum dicairkan lagi, kerana Kementerian Belia dan Sukan memandangkan skim ini- skim belia ini sebenarnya bukan core business kepada KBS. Core business bagi KBS adalah dalam bidang kepimpinan, kesukarelawan dan juga kemahiran. Akan tetapi saya faham juga, boleh dikatakan sebagai extension, lanjutan daripada kemahiran ataupun kepimpinan adalah dalam bidang keusahawanan.
Tuan Gan Ping Sieu
Akan tetapi memandangkan juga di antara skim-skim yang sedia ada sekarang ini, banyaknya telah ditawarkan oleh kementerian-kementerian lain. Misalannya di bawah MOA, ada skim TEKUN, di bawah KKLW adanya Skim MARA dan juga Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, di bawah MITI ada INSKEN, di bawah SME ada Usahawan Siswazah. Ini menunjukkan bahawa di antara agensi-agensi kerajaan yang sedia ada ini dah banyak tawarkan skim-skim. Ada satu pandangan daripadanya ialah sebab ini bukan core business di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Walaupun dia melibatkan sukan, saya faham, tetapi sama ada Kementerian Belia dan Sukan seharusnya menjadi lead agency satu agensi utama untuk menjalankan atau mengadakan atau meneruskan dana ini.
Selain daripada itu, walaupun boleh dikatakan skim ini begitu menggalakkan tetapi dari segi pengutipan daripada MPL, kita mendapati lebih kurang 20 peratus daripada keseluruhan dana ini adalah merupakan akaun-akuan MPL. Kementerian Belia dan Sukan memerlukan kepakaran dan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan lain misalannya Skim Belia Tani ini, kami memerlukan kepakaran bukan sahaja daripada Bank Rakyat dari segi pengurusan kewangan tetapi kami juga memerlukan semasa evaluation, penilaian permohonan-permohonan, kami memerlukan bantuan kepakaran daripada agensi misalannya agensi daripada Kementerian Pertanian. Oleh sebab itulah inilah di antara beberapa sebab skim ini tidak diteruskan lagi. Walau bagaimanapun, pengajian akan diteruskan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru sekejap tadi saya dengar antara punca masalah ini kerana NPL. Itu pun satu daripada lima yang dikatakan antara punca kerana kenapa skim ini antara salah satu puncalah kenapa skim ini tidak diteruskan. Semakan saya Tuan Yang di-Pertua, dua agensi ataupun bank utama yang memastikan program ini berjalan ataupun diserahkan kepada kedua agensi itu iaitu Agrobank dan juga Bank Rakyat.
Semakan saya juga mendapati bahawa kedua-dua bank ini telah diberi amanah oleh kerajaan untuk menjana domestik consumption iaitu menggalakkan pertumbuhan penggunaan domestik ataupun dalam negeri. Dalam masa yang sama, kedua-dua bank ini telah membuat keputusan ataupun kementerian mengarahkan kedua-dua bank ini berhentikan skim ini. Pada saya, nampak percanggahan yang sangat besar dan saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada atau tidak sehingga hari ini dilakukan semakan ataupun laporan terperinci yang dikeluarkan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia sebelum daripada program ini diberhentikan? Oleh kerana majlis yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini, setakat ini berapa kali atau ada atau tidak langsung Majlis Penggalakan Ekonomi Belia pernah mengeluarkan laporan yang menyebabkan program ini diberhentikan buat sementara? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Gan Ping Sieu
Terima kasih soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebenarnya mungkin dalam penjelasan saya sebentar tadi tidak menekankan bahawa dana skim STEB ini merupakan satu dana pusingan, revolving dana. Buat sementara ini, ia tiada dana yang baru yang masuk dalam skim ini. Jadi buat sementara ini, dia tidak dapat diteruskan dari segi- sebab buat masa ini masih dalam peringkat untuk mengumpul balik wang yang telah dikeluarkan. Setakat ini, sejumlah RM17 juta diterima, manakala dalam NPL yang kita mengalami adalah lebih kurang RM9.5 juta yang NPL tunggakan melebihi empat bulan.
Walaupun kita dengar seolah-olah macam amaun itu besar tetapi kalau memandangkan sebab skim-skim ini biasanya bagi usahawan yang belia ini atau bagi usahawan yang baru, ini merupakan skim mikro kredit. Kalau kita membandingkan dengan skim-skim mikro kredit bukan sahaja di negara kita atau pun kita ambil dan study di mana- mana negara lain pun, mereka menghadapi masalah yang sama. Oleh sebab itu adalah mustahak bagi kementerian mengadakan kursus-kursus tambahan untuk dari segi pengurusan kewangan ataupun meningkatkan lagi prestasi perniagaan bagi setiap belia sedia ada. Sekian.
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, rasional Malaysia menyokong tindakan OIC menggantung keahlian Syria dalam OIC ekoran krisis yang melanda negara tersebut.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, izinkanlah saya untuk menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Kuala Krai ini bersekali dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Tumpat bertarikh 22 November 2012 kerana ia menyentuh mengenai isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat di atas pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sesungguhnya sangat peka dan prihatin terhadap krisis dan keganasan yang berlanjutan di Syria di mana ia telah mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan yang tinggi di negara tersebut. Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih daripada 30 ribu orang awam telah terkorban di Syria semenjak berlakunya konflik di negara tersebut sejak bulan Mac 2011 tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi isu konflik di Syria, Malaysia menyatakan pendiriannya melalui landasan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan dalam hal ini Malaysia telah menyokong keputusan OIC untuk menggantung keahlian Syria di dalam organisasi tersebut iaitu OIC semasa Sesi Keempat Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam yang diadakan pada 14 dan 15 Ogos di Arab Saudi.
Keputusan ini adalah sebagai tindakan simbolik untuk menghantar mesej yang jelas kepada Syria mengenai keperluannya untuk mengambil langkah-langkah menghentikan pergaduhan dan persengketaan di antara mereka dan seterusnya mencari penyelesaian secara aman kepada krisis di negara tersebut.
Selain itu, semasa sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia yang diadakan di Geneva bagi membincangkan situasi Syria pada 1 Jun 2012, Malaysia telah menyatakan sokongan pada resolusi yang dicadangkan serta membuat kenyataan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam pihak yang bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai di Syria.
Malaysia turut membuat sokongan padu agar Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa ke Syria atau Commissions of Enquiry untuk menjalankan siasatan secara bebas dan berkecuali mengenai pencabulan hak asasi manusia di negara tersebut supaya mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan di Syria dibawa ke muka pengadilan.
Sokongan Malaysia terhadap resolusi ini merupakan kali keempat dilakukan di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga telah dan akan terus memainkan peranannya bersama-sama dengan negara-negara anggota PBB secara bertanggungjawab untuk menamatkan keganasan dan mengembalikan keamanan di Syria berlandaskan prinsip- prinsip asas dan piagam PBB yang menghormati kedaulatan dan integriti negara Syria.
Sehubungan itu, Malaysia telah menyokong kesemua resolusi-resolusi PBB yang selaras dengan pendirian kita serta usaha-usaha pelaksanaan pelan damai bagi menghentikan keganasan dan membolehkan perundingan secara aman diadakan di antara semua pihak yang bertelagah di Syria.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menyokong pelan damai yang sedang diusahakan oleh Lakhdar Brahimi iaitu utusan khas PBB Liga Arab baru yang dilantik pada 17 Ogos 2012 dalam mencari penyelesaian kepada konflik di Syria ini.
Malaysia yakin pelantikan Lakhdar Brahimi yang berpengalaman luas di dalam bidang diplomasi dapat membantu mencari penyelesaian secara aman kepada krisis di Syria.
Terdahulu Malaysia turut menyokong pelan damai enam perkara (six point plan) yang diusahakan oleh Kofi Annan iaitu mantan Utusan Khas PBB Liga Arab.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam persengketaan di Syria memberhentikan segera semua keganasan dan pencabulan hak asasi manusia. Kita berharap usaha ini akan dapat menghalang berlakunya peperangan saudara yang sudah tentu akan mengakibatkan kematian, kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih dahsyat lagi. Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan mengenai tindakan yang telah dibuat. Yang Berhormat Kuala Krai selalunya bertanya tentang pembangunan Kuala Krai. Kata Yang Berhormat Pokok Sena, hari ini international sedikit. Bukan hendak meninggalkan Kuala Krai tetapi hendak mengajak orang Kuala Krai bersama-sama menghayati isu international... [Ketawa] [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan yang ikhlas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu pengakuan yang agak mengecewakan kita apabila Kerajaan Malaysia mengambil tindakan bersama-sama dengan OIC- ini atas sebutan Yang Berhormat Timbalan Menteri- merupakan satu tindakan simbolik, melainkan saya silap dengar. Tindakan simbolik.
OIC ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu organisasi bona fide, sah. Ada ahli, ada peraturan, ada peranan. Mana boleh sebuah organisasi mengambil peranan simbolik...
[Disampuk] Isunya kita abdicate, dengan izin tanggungjawab kita, OIC yang mewakili negara umat Islam. Kita boleh bantu dengan engagement, dengan menemukan pihak-pihak yang bertelagah. Ini kita serah kepada PBB.
Saya tidak bertanya tentang isu PBB ataupun Human Rights Council PBB itu, tetapi OIC, apakah peranan kita? Kita menyerahkan ini kepada pihak lain sedangkan kita sebagai umat Islam, negara Islam, boleh menemukan, boleh masuk, boleh hantar relieve.
Sekarang ini apabila kita sudah menggantung Syria, bagaimana kita hendak engage?
Bagaimana kita hendak masuk hantar relieve? Bagaimana kita hendak berbincang. Saya rasa ini satu kelemahan kita dan saya menganggap sokongan Malaysia ini tidak mengambil kira masalah negara umat Islam yang lain. Jadi, yang UN kah, yang badan-badan lain itu, itu masing-masing. Kita ada peluang. Ertinya kita kehilangan satu peluang untuk menyelesaikan masalah dalam sebuah negara yang lain.
Kemudian kita pula mencadangkan supaya United Nations ambil tindakan yang lebih keras. Buat apa? Sedangkan kita ada tanggungjawab yang kita boleh buat, serahkan kepada pihak lain... [Disampuk] Kalau macam ini, saya mencadangkan supaya OIC ini kita disband sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Beri kepada UN sahaja.
Ini satu isu negara-negara sesama kita. Bukan kita hendak campur urusan. Ini ahli, ahli OIC... [Dewan riuh] [Disampuk] Tidak ada tulang belakang, ini multilateralism punya urusan diplomatik yang kita boleh buat, kita abscond. Jadi saya hendak minta penjelasan, adakah kita, Malaysia telah serius berbincang dalam hal ini dan turut sama pula mencadangkan atau hanya menyokong kerana tindakan simbolik ini, bagi saya amat memalukan seluruh umat Islam di dunia. Minta penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih.
Kebetulan Yang Berhormat Kuala Krai dalam soalannya, sebelumnya, dalam mukadimahnya telah menyebut, kalau sebelum ini Yang Berhormat biasanya menyebut tentang kampung, tentang kawasan, jadi mungkin saya- I just joke a bit. Syria adalah lebih kurang bunyinya macam Serian, kawasan saya Serian... [Ketawa] Jadi tentang menjawab kepada soalan simbolik, apakah peranan OIC, sama ada kita hendak membubarkan OIC dan sebagainya, jawapannya tidak. Saya menegaskan di sini bahawa kita tidak perlu, kita tidak perlu membubarkan OIC.
Seperti mana yang saya telah nyatakan tadi, resolusi adalah kita membuat tindakan simbolik. Simbolik bererti untuk menghantar mesej dahulu, untuk menghantar mesej-mesej yang jelas kepada Syria mengenai keperluan untuk mengambil langkah- langkah supaya pergaduhan atau persengketaan itu boleh tamat. Selepas itu, kalau ia masih berterusan, mungkin OIC akan bersidang semula.
Jadi, persoalan untuk membubarkan OIC itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua, tidak timbul sama sekali. Harus dimaklumkan walaupun saya bukan orang Islam, harus dimaklumkan bahawa Malaysia adalah hanya sebahagian daripada berpuluh negara yang menjadi ahli kepada OIC. We are just one of the many countries which are in OIC. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Kebanyakan negara-negara Islam sekarang ini banyak yang telah hancur akibat daripada pergolakan sesama sendiri.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Soalan saya, adakah OIC dan negara kita khususnya, mempunyai pendapat ataupun kesimpulan bahawa kejatuhan negara-negara Islam seperti Iraq, Tunisia, Libya dan juga Syria ini, ada campur tangan daripada pihak luar terutamanya Amerika dan juga Yahudi.
Saya mohon jawapan atau adakah kerana kesedaran rakyat tersebut dan bagaimana untuk kementerian ini mengekang supaya keselamatan di dalam negara kita terus terjamin, jangan ada campur tangan daripada pihak luar menyebabkan kita bergolak sesama sendiri dan akhirnya negara kita akan runtuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama yang saya dapat tangkap ialah sama ada negara-negara kuasa besar luar ada campur tangan dengan konflik-konflik yang berlaku khususnya di Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai Arab Spring. Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Luar Negeri, we are not in position. Kita tidak berani menyatakan bahawa pihak luar negara campur tangan dalam pergaduhan atau pergolakan yang berlaku di negara-negara khususnya di Timur Tengah.
Tentang soalan yang kedua, sama ada ia akan mungkin juga berlaku di negara ini, saya berpendapat bahawa dengan rakyat Malaysia walaupun kita berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama dan sebagainya tetapi saya nampak lebih-lebih lagi baru-baru ini selepas BERSIH 3.0 dilakukan, saya nampak lebih ramai lagi rakyat Malaysia sedar bahawa apa jua demonstrasi jalanan dan sebagainya tidak akan membawa kebaikan kepada negara kita yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah terdapat peningkatan dalam kes-kes jenayah di Malaysia dan jika ya apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak kementerian untuk memastikan rakyat Malaysia sedar akan langkah-langkah berjaga-jaga yang harus dan dapat mereka lakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian berlakunya jenayah-jenayah seperti kes ragut, kecurian kenderaan, rogol dan sebagainya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang. Sebelum saya menjawab, saya ingin memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Lanang, nombor 32 pada hari ini; soalan Yang Berhormat Kota Tinggi pada 23 Oktober; dan soalan nombor 12, Yang Berhormat Shah Alam, nombor 32.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, statistik PDRM menunjukkan jenayah indeks yang telah direkodkan oleh PDRM pada tahun 2009 bagi seluruh negara adalah 29817 kes. Jumlah ini telah menurun kepada 177,520 kes pada tahun 2010, iaitu pengurangan sebanyak 32,297 kes atau 15.4 peratus.
Jumlah ini terus menurun pada tahun 2011 kepada 157,891 kes iaitu pengurangan sebanyak 19,629 kes atau 11.1 peratus. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2012, sebanyak 111,313 kes telah direkodkan dan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, jumlah jenayah indeks adalah sebanyak 112,348 kes dan ini menunjukkan kadar jenayah indeks telah menurun sebanyak 1135 kes berbanding tahun lepas iaitu penurunan sebanyak 9.8 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun angka-angka jenayah ini menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun, kementerian mengambil perhatian serius untuk mengurangkan lagi kejadian ini, di mana pelbagai usaha dan tindakan diambil oleh PDRM melalui inisiatif NKRA bagi mengurangkan jenayah. Di antaranya adalah melaksanakan konsep omnipresence iaitu menjalankan aktiviti Feet-On-Street, Stop and Talk dan High Profile Policing. Ketiga-tiga aktiviti ini adalah melibatkan keberadaan di mana-mana anggota beruniform terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia sebagai lead agency dan disertai oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam, pasukan sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan yang menjalankan tugas rondaan, khususnya di kawasan-kawasan hot spot dan kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat perniagaan, kawasan perhentian bas, teksi dan juga komuter, di pusat-pusat beli-belah, sekolah-sekolah dan di kawasan-kawasan perumahan melalui pelbagai jenis rondaan sama ada rondaan kereta atau mobile patrol vehicle, rondaan bermotosikal dan rondaan berjalan kaki.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu inisiatif- inisiatif lain seperti high profiling policy di mana pegawai-pegawai kanan polis di semua peringkat akan turun padang secara berkala bertemu dengan orang ramai, talk and taught iaitu inisiatif yang berkehendakkan semua anggota polis yang menjalankan tugas-tugas rondaan sama ada berjalan kaki, bermotosikal mahupun berkereta supaya berhenti untuk bertemu dengan orang ramai mengikut kesesuaian masa dan tempat untuk mendapatkan maklumat serta mengetahui masalah mereka khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal kepolisan dan jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya nyatakan tadi selain daripada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan jenayah dan memastikan ianya lebih berkesan lagi, pihak PDRM dalam kempen-kempen mengurangkan jenayah sentiasa memberikan kesedaran kepada rakyat tentang langkah-langkah berjaga-jaga yang harus mereka lakukan contohnya bagi mengelakkan jenayah ragut, penunggang motosikal diingatkan untuk tidak meletakkan beg tangan ataupun barang berharga di dalam raga motosikal. Manakala bagi pejalan kaki, mereka dinasihatkan agar berjalan kaki secara melawan arus, mengelakkan bersendirian di tempat-tempat sunyi dan gelap dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran.
Bagi mengelakkan kecurian kenderaan pula, orang ramai diingatkan supaya tidak lupa mengunci kenderaan, memasang kunci keselamatan tambahan dan tidak meletakkan kenderaan di tempat sunyi dan gelap. Seterusnya bagi mengelakkan kejadian rogol, kerajaan telah memberikan kesedaran kepada wanita berkaitan dengan menjaga keselamatan diri mereka dengan mengadakan engagement dengan badan-badan bukan kerajaan dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan keselamatan wanita, mengadakan ceramah di mana sesi simulasi serta lakon laku dibuat bagi menunjukkan kaedah-kaedah praktikal sebagai asas mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh wanita dalam keadaan sekiranya mereka diancam oleh perlakuan jenayah seperti rogol. Kaum wanita juga diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang tidak dikenali.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus melipat gandakan komitmen dan usaha untuk meningkatkan bagi tahap keselamatan di negara ini bagi memastikan rakyat terus dapat hidup dalam negara yang aman dan harmoni. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, daripada data-data yang diberikan jelas menunjukkan dan tidak dapat dinafikan indeks jenayah di negara ini telah menunjukkan penurunan sejak NKRA bagi mengurangkan jenayah dilaksanakan. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah meyakinkan Dewan ini bahawa negara kita ini selamat, jauh selamat daripada persepsi rakyat. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebabnya rakyat masih lagi mempunyai persepsi seolah-olah kes-kes jenayah di negara kita masih lagi berleluasa. Mohon penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang. Apa yang saya ingin nyatakan bahawa kita tidak menafikan memang benar yang mana jika kita lihat hari ini, masih ada segelintir daripada masyarakat yang mempunyai persepsi seolah-olah negara kita ini tidak selamat kerana keadaan jenayah berlaku secara meluas di dalam negara kita.
Akan tetapi apa yang saya ingin tegaskan di sini Yang Berhormat Hulu Rajang dan juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai usaha dan pendekatan bagi mengurangkan jenayah di negara ini. Usaha-usaha dan inisiatif yang telah diambil berjaya mengurangkan jenayah dan ini terbukti apabila Institute for Economic and Peace iaitu sebuah badan bebas antarabangsa yang berpusat di Sydney, Australia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak telah membuat kajian dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat dan meletakkan Malaysia di tangga ke-20 berbanding dengan negara-negara lain yang sebanyak 163 negara yang tersenarai dalam Global Peace Index, badan tersebut.
Namun begitu, saya berpandangan persepsi negatif ini timbul daripada pihak-pihak yang tertentu seperti media dan terkeluar daripada pihak pembangkang di sebelah sana yang sentiasa menguar-uarkan dan memainkan isu-isu jenayah secara berterusan untuk memburukkan imej kerajaan dengan menunjukkan seolah-olah negara ini tidak selamat sehinggakan mengelirukan rakyat dengan persepsi kononnya negara ini tidak selamat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Jadi saya yakin dan saya memohon supaya rakan-rakan kita juga dan pihak-pihak yang lain supaya bersama-sama dalam usaha memastikan bahawa apa yang realitinya, kita tidak boleh melakukan dalam negara kita iaitu sifar jenayah. Jadi apa yang lebih penting kita perlulah bersama-sama untuk memastikan keadaan keselamatan negara yang begitu baik dapat kita laksanakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah satu jawapan yang tidak boleh diterima oleh sesiapapun di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, persepsi dan keadaan on the ground sangat serius. Baru-baru ini satu survey menunjukkan lebih daripada 60 peratus rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka dalam satu situasi yang serius di mana kekurangan pihak polis untuk mengambil tindakan bagi mengelak keganasan dan crime rate dalam perkara ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, pada Khamis dahulu satu round table conference mengenai gengsterisme telah diadakan di Parlimen ini dan semua finalis yang datang bersependapat bahawa bukan sahaja element crime telah naik facts dan figures yang diberi oleh polis tidak boleh dipercaya dan semua pihak polis dalam sistem denial dan kita tahu Menteri punya rumah, Timbalan Menteri punya rumah, ex-IGP punya rumah, Ahli Parlimen punya rumah, kawan-kawan kita sudah banyak curi, rogol dan sebagainya dan perkara ini sangat dirisaukan oleh rakyat.
Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua kalau saya hendak kata berapa kecurian dekat rumah saya it’s unbelievable. Ramai antara kawan saya ingin duduk di gated community kerana keadaan di mana pihak polis tidak dapat memberikan satu confident kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pada kebelakangan ini dalam 20 tahun ini, salah satu di antara faktor yang menyebabkan lebih crime rate di dalam negara adalah pihak polis sendiri. Selain daripada penyiasatan dan sebagainya, if we see of our leg mana mereka tinggal?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Ipoh Barat sudah keterlaluanlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ramai di antara mereka tinggal di kuarters di mana balai dibina. They are save, they are very save. Rakyat tidak save. Dahulu tidak ada Tuan Yang di-Pertua, dahulu mereka duduk di taman-taman, di rumah-rumah, di lain-lain tempat, di mana pihak polis sendiri tahu keadaan on the ground sekarang tidak, sekarang ramai di antara mereka duduk di kuarters-kuarters di balai sana sendiri. They are save, others are not save dan memberi angka-angka yang saya rasa satu angka ramai di antara rakyat di Malaysia tidak ingin, tidak buat report dan sebagainya.
Ini kerana pihak polis tidak mengambil tindakan tidak memberi satu assurance...
[Dewan riuh] Jadi soalan saya berkaitan adalah semua yang telah dijalankan community policing dan sebagainya kenapa lagi ramai masyarakat Malaysia rasa the fear of crime sangat teruk di negara ini, dan apakah tindakan yang boleh diambil supaya membanteras perkara ini termasuk gengsterisme di negara ini?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Tengoklah cara Yang Berhormat Ipoh Barat menguar-uarkan bahawa negara ini tidak selamat kerana apa yang kita lihat bahawa badan international telah mengiktiraf negara kita ini, ini tidak ada pengaruh mana-mana pihak yang mengiktiraf bahawa negara kita ini selamat dan meletakkan tahap negara kita di tangga yang ke-20 berbanding daripada 163 negara di dalam GPI indeks badan bebas itu.
Jadi kalau badan bebas daripada international, antarabangsa mengatakan bahawa negara kita tidak selamat jadi bagaimana timbul perkara ini tidak lain dan tidak bukan apa yang kita telah tengok bahawa di antara media dan juga termasuk pembangkang yang menguar-uarkan ini yang mana mengatakan negara kita tidak selamat. Jadi sehinggakan dia mengatakan bahawa kita membuat manipulasi berkaitan dengan angka-angkat yang kita bagi. Ini kerana apa yang kita hari ini dalam melaksanakan, merekodkan berkaitan dengan data-data kita mempunyai rekod melalui online, melalui PRS yang mana apabila report dibuat di mana ianya tidak boleh dimanipulasi data-data yang dibuat itu. Jadi apa yang diuar-uarkan oleh pembangkang ini adalah satu mendapatkan political gain Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan John Fernandez [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan selaras dengan keputusan yang diputuskan oleh bekas Lord President, Yang Ariff Tun Salleh Abbas di dalam kes Che Omar bin Che Soh vs Pendakwaraya (1988) 2 MLJ di muka surat 55(sc), adakah Malaysia kini masih lagi merupakan sebuah negara sekular.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, mengikut sejarah, negara Malaysia telah ditubuhkan berasaskan kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
Fasal (1), Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan kedudukan ini diperkukuhkan dengan adanya peruntukan-peruntukan yang lain yang menjaminnya. Sebagai contoh antara lain:
(a) Fasal (4) Perkara 11 – ini berkenaan dengan penyekatan, pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan penganut agama Islam oleh Undang-undang Negeri atau Persekutuan.
(b) Fasal (2) Perkara 12 – berkenaan dengan hak pendidikan di mana sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa- apa perbelanjaan yang perlu;
(c) Fasal (1A) Perkara 121 – berkenaan dengan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah;
(d) Butiran 1 Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang antaranya termasuk hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam dan mengawal perkembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang-orang yang menganut agama Islam; dan
(e) Ikrar Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.
Ini contoh-contoh yang menunjukkan bahawa Islam itu mempunyai kedudukan di dalam perlembagaan negara kita. Kedudukan ini berbeza dengan negara-negara sekular lain seperti Amerika Syarikat, India dan Turki yang secara jelas memperuntukkan bahawa negara itu adalah negara sekular di dalam perlembagaan mereka. Suatu negara sekular tidak mengenal pasti sesuatu agama sebagai agama rasmi tetapi rakyatnya dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka masing-masing. Agama mereka adalah terpisah dan merupakan amalan peribadi seseorang. Dalam Perlembagaan Persekutuan perkataan sekular ini langsung tidak disebut di mana-mana bahagian perlembagaan.
Kedudukan Islam yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain turut diiktiraf dalam kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah Tertinggi Negara. Dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain, tahun [2007] 4 MLJ 585 Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairus iaitu Ketua Hakim Negara pada ketika itu telah merujuk kepada kes Che Omar bin Che Soh lawan Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55 yang mengiktirafkan bahawa Islam itu bukan sahaja satu himpunan dogma-dogma dan ritual- ritual tetapi ianya adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.
Kerajaan menyedari bahawa dalam kes Che Omar bin Che Soh, Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytiharkan negara ini ialah negara sekular.
Akan tetapi apa yang diputuskan ialah undang-undang sekular terus terpakai. Jadi Malaysia berdasarkan perkara 162 Perlembagaan Persekutuan. Sungguhpun begitu didapati bahawa di bawah perkara 162, Perlembagaan Persekutuan perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada undang-undang yang digubal sebelum hari merdeka ialah undang-undang yang sedia ada, bukannya undang-undang sekular. Dia menyebut tentang undang-undang yang sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi berdasarkan kes Che Omar bin Che Soh peruntukan undang-undang serta penjelasan di atas adalah jelas bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan sebagai sebuah negara sekular.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan daripada Menteri tetapi kita nampaknya ada sedikit contradiction yang besar di mana jikalau kita baca apa yang dikatakan oleh tiga-tiga Perdana Menteri kita. Allahyarham Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama dan Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri yang ketiga.
Tuan John Fernandez - Seremban
Tiga-tiga Perdana Menteri katakan walaupun kita akui Artikel 3, Perlembagaan Malaysia, agama Islam ialah agama rasmi is undisputed tetapi tiga-tiga Perdana Menteri katakan Malaysia ialah sebuah negara sekular. Kita pun ambil kira our system, legal system ialah is based on English common law. Oleh sebab ada dua situasi, bolehkah Menteri berikan penjelasan dua-dua contradiction ini? Terima kasih Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya tidak dapat hendak mengesahkan kesahihan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Seremban berkenaan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh ketiga-tiga Perdana Menteri. Saya tidak dapat hendak mengesahkan. Jadi, kalau saya menjawab pun mungkin ia menjawab atas tanggapan sahaja, bukan atas satu perkara yang fakta.
Keduanya, tidak syak lagi seperti mana saya bagi penjelasan, sekali lagi saya hendak sebut iaitu bahawa berdasarkan kes Che Omar bin Che Isa, ini kes mahkamah.
Mahkamah ini selalu memutuskan, ia menginterpretasikan tentang undang-undang kita, tentang Perlembagaan kita. Berdasarkan kepada kes ini, peruntukan undang-undang serta penjelasan di atas memang jelas. Saya hendak sebut lagi bahawa Malaysia tidak pernah, tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular. Ini yang kenyataan saya menjawab di Parlimen dan bukan satu penipuan tetapi kenyataan ini berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah saya bentangkan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul 12(1), Menteri. Sila usul di bawah 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan Anggaran Pembangunan 2013 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama ] [Majlis Bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Sila Menteri Kewangan kemukakan semua anggaran perbelanjaan semua kementerian.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Pengerusi, saya ingin mohon mencadangkan supaya wang sejumlah lebih daripada RM162,142,197 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2013 bagi maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.13, B.20 hingga B.25, B.27 hingga B.32, B.40 hingga B.43, B.45 hingga B.49, B.60 dab B.62. Untuk kementerian dan jabatan berkenaan dijadikan Jadual. Wang sejumlah tidak lebih daripada RM49,749,999 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2013 bagi maksud- maksud Pembangunan P.7, P.10, P.13, P.20 hingga P.25, P.27 hingga P.32. P.41 hingga P.43, P.45 hingga P.49, P/60, P.62 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 8, tahun 2012, dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2013 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2013 telah pun dibentangkan. Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 8 2012 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 2012. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum saya memanggil untuk perbahasan, saya membuat satu pengumuman. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima empat pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) daripada Yang Berhormat Serdang pada 16 Oktober 2012, Selasa, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pada 17 Oktober 2012, Rabu dan dua daripada Yang Berhormat Pokok Sena pada 18 Oktober 2012, Khamis.
Tuan Pengerusi
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi dipertimbangkan suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk kemukakan di bawa di dalam Dewan usul tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat. Pertama, menyatakan dengan jelas perkara yang hendak dikurangkan tersebut. Kedua, memberikan alasan bagi pengurangan tersebut dan ketiga, memberikan suatu justifikasi yang terperinci bagi alasan pengurangan tersebut.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada keperluan yang saya nyatakan tadi, usul daripada Yang Berhormat tidak dapat dipertimbangkan untuk dikemukakan dalam Dewan.
Ini juga adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 57(4)(b) iaitu Tuan Yang di-Pertua boleh menolak atau Tuan Yang di-Pertua boleh tidak menyampaikan kepada Majlis kalau sekiranya Tuan Yang di-Pertua memikirkan bahawa perkara yang dibawa adalah sia-sia ataupun dalam bahasa Inggerisnya, frivolous. Ini yang mana perkara ini pernah saya bangkitkan secara mendalam pada sesi 14 November 2012. Dalam aspek ini makna sia-sia yang dimaksudkan adalah mensia-siakan masa, membangkitkan suatu isu yang telah dijawab beberapa kali dalam peringkat Dasar dan dijawab semula dalam peringkat Jawatankuasa.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, saya telah bertemu dengan Yang Berhormat Ipoh Timur pada sesi Mesyuarat yang lalu di dalam Ante Chamber. Dalam pertemuan tersebut beliau telah bersetuju supaya Ahli-ahli Pembangkang tidak mengemukakan Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi tujuan memotong emolumen.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Peraturan mesyuarat Tuan Pengerusi, oleh kerana yang pertama, nama saya ada disebut. Sebenarnya, benar saya ada perbincangan dengan Tuan Pengerusi pada sesi yang lalu dan kita ada bincang mengenai peraturan mesyuarat mengenai memotong gaji seseorang dalam pentadbiran supaya ada check and balance.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kita ada bincang mengenai kemungkinan untuk mengurangkan dan mengehadkan penggunaan fasal ini tetapi tidak ada keputusan-keputusan yang dibuat dan saya tidak ada sesiapa yang ada kuasa untuk membuat keputusan untuk mengehadkan privileges dan kuasa Ahli-ahli Parlimen. Mungkin ada salah faham. Apa yang saya ada menyebut bahawa kita mempersetujui untuk adakan satu perbincangan mengenai peruntukan ini khasnya dari segi untuk pendemokrasian peraturan-peraturan mesyuarat. Sebenarnya itu cadangan saya yang kerap kali dibuat di Parlimen bahawa kita sepatutnya ada satu conference mengenai peraturan-peraturan mesyuarat di mana Ahli-ahli Parlimen khasnya dari pembangkang yang boleh membantu untuk menentukan business of the House. Ini berlaku di Parlimen-parlimen yang lain pada opposition business day. Itu dari segi keseluruhannya dan bukan satu keputusan yang dibuat di mana saya kata bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak kemukakan Peraturan Mesyuarat 66(9).
Sebenarnya Tuan Pengerusi ada menyebut mengenai Peraturan Mesyuarat 57(4) di mana Tuan Pengerusi berkata bahawa ada kuasa bagi Tuan Pengerusi untuk menolak apa-apa usul jikalau:
(a) would make the clause or schedule unintelligible or ungrammatical;
(b) is frivolous; or
(c) amounts to a proposal to omit the whole substances of a clause for the purpose of inserting other provisions.
Itulah antara sebabnya kenapa kita perlu adakan satu perbincangan sama ada mengenai peruntukan khas ini memotong gaji atau mengenai keseluruhannya. Saya rasa tidak adil atau tidak tepat bahawa saya ada membuat persetujuan sekali gus menafikan hak-hak Ahli-ahli Parlimen termasuk Ahli-ahli Parlimen pihak kerajaan untuk memotong gaji.
Saya harap ini boleh diperbetulkan.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Pengerusi
Saya telah memikirkan hal ini begitu lama dan telah membuat penyelidikan yang terperinci berhubung dengan Peraturan Mesyuarat 66(9). Peraturan Mesyuarat 66(9) seperti mana yang kita sedia maklum ialah peraturan mesyuarat yang membenarkan mana- mana ahli untuk minta supaya sesuatu perbelanjaan di bawah sesuatu kepala itu dipotong.
Akan tetapi malangnya di negara kita ini di Parlimen Malaysia, peruntukan Peraturan Mesyuarat 66(9) cuma digunakan dalam satu aspek sahaja iaitu memotong emolumen menteri dan tidak daripada itu.
Jadi ekoran dari penyelidikan yang saya buat ialah tidak ada mana-mana mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti kita yang meminta memotong gaji menteri. Ini kerana alasannya ialah kalau berbuat demikian ianya bertentangan dengan question of privilege iaitu seorang Menteri apabila usul itu dibawa sememangnya alasan- alasan yang digunakan ialah mengaibkan, memperkecil-kecilkan, reflecting dan sedemikiannya. Keduanya, alasan-alasan yang akan dibuat dan dalam pengalaman kita yang selalunya dibuat ialah alasan-alasan yang telah pun disebut pada peringkat dasar.
Jadi bagi pengamatan saya, apabila saya membenarkan itu saya cuma membenarkan bahawa we are giving Ahli-ahli Yang Berhormat two bites for one cake yang mana itu tidak dibenarkan. Saya tidak bermaksud bahawa Peraturan Mesyuarat 66(9) itu dimansuhkan. Maksud saya ialah biarlah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu tidak disalahgunakan iaitu kalau di India, the biggest democracy in the world, dia membenarkan cut motion.
Cut motion ada tiga iaitu economy cut, di mana seseorang ahli tidak bersetuju dengan dasar kewangan yang dibentangkan secara keseluruhannya. Keduanya, dia mengatakan bahawa grievance cut specific iaitu di bawah satu kepala specific issue yang dibangkitkan. Satu lagi economy cut tetapi bagi kita, kita gunakan token cut iaitu menolak gaji menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seandainya saya benarkan, seandainya ia dibahas, seandainya ia diterima oleh Majlis, satu soal undang-undang akan timbul iaitu gaji merupakan sebagai hak seseorang. Ini bermakna seseorang menteri itu mempunyai hak kepada gaji dan tidak boleh diambil oleh Majlis. Apabila ini semua diambil kira, saya rasa tidak elok bagi kita untuk memanjangkan precedent ini dan saya setuju apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa banyak lagi peraturan-peraturan mesyuarat kita yang perlu dikemas kini. Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan itu.
Sekarang ini pun saya sedang mempengerusikan Jawatankuasa Peraturan- peraturan Mesyuarat Dewan yang mengemas kini peraturan mesyuarat. Saya minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat beri kerjasama kepada saya mengenai dengan soal ini. Saya tidak memberhentikan Ahli-ahli Yang Berhormat mengeluarkan umpamanya dalam isu emolumen iaitu di bawah Kod 10000. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berdiri sewaktu membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa. Boleh berdiri membangkitkan isu mengenai dengan apa sahaja isu mengenai dengan soal menteri tetapi harus diambil kira Peraturan Mesyuarat 36(6) iaitu jangan keluarkan sangkaan jahat.
Saya tidak memberhentikan Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas dalam soal aspek emolumen tetapi janganlah kemukakan usul semata-mata di bawah itu kerana saya berpendapat ianya bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 57(4). Ada lagi satu yang sering kali mengganggu pemikiran saya iaitu kalau di England, di India, Parlimen tidak sama sekali membenarkan usul diketengahkan kalau ianya ada elemen, if I use the precious word, if it is tainted in a spirit of mockery. Jadi bagi saya, pengertian saya untuk menolak gaji menteri RM10 atau pun pegawai-pegawai, I am sorry to say this but interpretasi saya, it is tainted in the spirit of mockery because alasan-alasan yang digunakan tidak lari daripada apa yang telah dibangkitkan dalam peringkat jawatankuasa.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Pengerusi.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pasal membabitkan isu saya hari ini.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Sila, sila.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya dengar dengan penuh teliti apa yang diberikan penghujahan oleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi tetapi adakah itu bermakna bahawa Tuan Pengerusi juga mentafsir bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh Speaker atau pengerusi-pengerusi mesyuarat yang lalu adalah merupakan satu kesalahan? Suatu yang sangat bertentangan dengan penghujahan yang diberikan oleh Tuan Pengerusi tadi sebab saya pernah mengemukakan usul ini pada sesi Parlimen 1999 dan tidak perlu pun memberikan apa-apa alasan. Alasan itu hanya dibawa semasa saya dibenarkan untuk berbahas dan tidak pula Speaker pada waktu itu mengatakan bahawa seperti mana yang dihujahkan oleh Tuan Pengerusi tadi.
Jadi saya rasa bahawa kita tidak boleh mengambil sesuatu pentafsiran itu lari daripada apa yang telah terkandung yang diberikan oleh seksyen yang dimaksudkan iaitu Peraturan Mesyuarat 66(9). Soal kalau hendak rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 57 yang dimaksudkan tadi itu, itu terpulang kepada Tuan Pengerusi tetapi saya membincangkan persoalan Peraturan Mesyuarat 66(9). Saya fikir bahawa usul saya yang disebut ini ialah bahawa perbelanjaan hendaklah diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10 bagi maksud Bekalan 6, Jabatan Perdana Menteri, Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum sebanyak RM10.
Saya fikir bahawa tidak ada apa-apa yang salah dari segi usul saya untuk hendak ditolak oleh Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dan saya telah memenuhi perkara tersebut.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit.
Tuan Pengerusi
Saya respons kepada Ahli Yang Berhormat Pokok Sena kerana usul Yang Berhormat Pokok Sena adalah untuk usul yang saya buat, saya tolak. Ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat baca kepada ruling saya pada sesi yang lalu iaitu pada bulan November. Yang Berhormat Ipoh Timur ada berdiri memberi alasan seperti alasan Yang Berhormat. Pada ketika itu saya menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan untuk menolak gaji daripada Kementerian MOSTI, saya menolak dan saya beri alasan-alasan yang terperinci dan saya jemput Ahli Yang Berhormat untuk baca alasan- alasan itu.
Untuk respons secara direct kepada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat iaitu sebelum ini ketetapan telah dibuat bahawa usul di bawah 66(9) menolak gaji Menteri, emolumen tidak patut beri alasan dan itu sebagai precedent, seolah-olah Yang Berhormat mengatakan bahawa apa yang dibuat itu kalaupun dalam pandangan Tuan Speaker yang berikutnya tidak betul, tidak boleh sama sekali diubah. Kalau itulah pendirian Yang Berhormat, banyak perkara yang kita ubah sebelum ini pun umpamanya praktis Dewan Rakyat ialah soalan-soalan itu tidak payah bergilir-gilir. Sebelum ini belum pernah dibuat Yang Berhormat.
Bermakna selepas Barisan Nasional, mesti sedemikiannya, itu telah kita ubah untuk kebaikan. Jadi bermakna, saya juga berkuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 99 iaitu daripada semasa ke semasa, Tuan Speaker boleh review, kaji mengenai dengan kebaikan peraturan mesyuarat dan saya benar-benar berpendirian bahawa 66(9) tidaklah bermaksud seperti Yang Berhormat semua buat iaitu menggunakan 66(9) semata-mata untuk menolak gaji Menteri. Itu boleh digunakan atas sebab-sebab lain. Umpamanya, kalau yang tidak dipersetujui adalah apa yang berlaku dalam Kementerian Dalam Negeri, tolak mana-mana di bawah kepala mana yang dirasakan sesuai. Tidak semestinya bahawa gaji Menteri secara khusus dan saya ulang balik dan saya tidak memberhentikan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berhujah waktu Mesyuarat Jawatankuasa dengan kod 10000 – Emolumen. Boleh lagi bercakap tetapi bukan melalui usul khas di bawah 66(9).
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju dengan penghujahan alasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa bukan semata-mata tetapi ia salah satu yang dibolehkan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bukan semata-mata peruntukan itu hanya diperuntukkan untuk memotong gaji Menteri tetapi ia dibolehkan untuk memotong gaji Menteri. Tafsiran yang dibuat oleh Tuan Pengerusi bahawa perlu alasan, sepatutnya Tuan Pengerusi kena maklumkan kami daripada awal bahawa perlu diberikan tafsiran, perlu diberikan penjelasan, alasan kenapa usul itu kami bawa. Sekarang Tuan Pengerusi tidak bagi. Hari ini apabila sudah tolak...
Tuan Pengerusi
Boleh, itu sebab kenapa Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apabila tolak usul baru Tuan Pengerusi maklumkan kepada kami bahawa ini tafsiran baru Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya telah...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini tafsiran baru Tuan Pengerusi, tidak adillah kepada saya... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Saya telah buat keputusan tahun lalu lagi. Bermakna kalau Yang Berhormat tidak tahu, you got to take notice from Hansard report.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya tidak tahu ada satu alasan yang diberikan oleh Tuan Pengerusi mengatakan bahawa perlu kepada penjelasan, perlu kepada alasan terhadap satu usul untuk memotong peruntukan.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Itu sebab ada juga peraturan mesyuarat mengatakan bahawa Peraturan Mesyuarat 43, apa pun keputusan adalah muktamad. Saya tahu Yang Berhormat tidak bersetuju tetapi mesti ada pengakhir kepada polemik ini iaitu saya telah mengambil keputusan. Jadi, terpaksa Yang Berhormat akur dengan keputusan saya walaupun Yang Berhormat tidak senang hati.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi, adakah bermakna selepas ini kalau saya mengemukakan satu lagi usul untuk kementerian lain dengan memberikan alasan, Tuan Yang di-Pertua kan membenarkan?
Tuan Pengerusi
Saya akan timbangkan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(4) Yang Berhormat. Kalau apa yang dikatakan Yang Berhormat bahawa setiap usul di bawah 66(9) itu adalah automatik, tidak ada discretionary power Tuan Yang di-Pertua, kenapa disimpan 57(4)? Ini kerana the Speaker dalam soal ini sama ada membenarkan atau tidak adalah discretionary power of the Speaker. Mana-mana Parlimen pun Yang Berhormat ada macam ini. Kalau tidak, kita tidak boleh habis bermesyuarat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Ini tidak adil.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Pengerusi, discretion kena diguna dengan tidak menyalahgunakan spirit yang ada dalam standing order. Ini penting jadi...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Betul.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, you duduk dahulu. Saya respons pada ayat pertama Yang Berhormat, duduk dahulu. Okey, you mengatakan bahawa not in the spirit of abusing discretion. My question to you is, are you not abusing that 66(9)?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
No.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya jawab. Saya hendak jawab.
Tuan Pengerusi
Okey, nanti dahulu. Yang Berhormat Batu Gajah jangan campur, Yang Berhormat Serdang jangan campur. Suara Yang Berhormat Serdang macam Yang Berhormat Batu Gajah sebab itu saya fikir Yang Berhormat Batu Gajah. You see, kalau Yang Berhormat mempunyai tanggapan kepada saya begitu, saya pun juga mempunyai tanggapan yang begitu tetapi bezanya Yang Berhormat ialah saya duduk di sini. Saya menginterpretasikan peraturan mesyuarat dengan cara baik. Saya tidak berniat tidak baik Yang Berhormat. You can hentam Menteri sehabis-habis pada soal dasar, sesi pertanyaan setiap pagi. Sometime I never control, boleh tetapi jangan gunakan 66(9) secara khusus menolak gaji Menteri. I never come across any Parliament that used that. Emolument never, cut motions ada but not on emolument.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Boleh? Tuan Yang di-Pertua tadi tanya saya sama ada saya telah pun menyalahgunakan klausa 66(9)... [Dewan riuh] untuk hendak potong emolumen bagi Menteri. Dalam klausa 66(9), kita tidak perlu berikan satu alasan dan Tuan Pengerusi sendiri kata kita kena berikan alasan. Oleh sebab itu motion ini ditolak tetapi pada masa yang sama klausa 57(4), Tuan Yang di-Pertua kata alasan kita akan bagi itu frivolous. So, Tuan Pengerusi is going ahead of us, the cart before the horse.
Tuan Pengerusi
Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat, I understand your argument. Yang Berhormat, we can’t argue the whole day. Can you sit down first? I can understand your argument.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
But...
Tuan Pengerusi
I will give you another logic.
Seorang Ahli
Duduklah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You cannot say that my argument is frivolous sebelum Tuan Yang di-Pertua mendengar apa yang kita akan cadangkan dalam Parlimen... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Duduk, duduk dahulu. I will give you another logic Yang Berhormat. Duduk dahulu.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Betul. Saya pun belum bentangkan usul saya lagi... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Our alasan belum diberikan lagi, Tuan Yang di-Pertua sudah kata kita frivolous.
Tuan Pengerusi
Bolehkah Yang Berhormat duduk dahulu? Yang Berhormat, okey duduk dahulu. I will give you another logic, 36(12) menyeleweng Dewan. 36(12) menunjukkan ada syarat-syarat. Ia tidak disebut dalam peraturan mesyuarat, kita tahu ada syarat seperti dengan 57(4). Syaratnya in order to commit the person yang menyeleweng ialah:
(i) fakta diselewengkan;
(ii) apabila fakta didapati telah diselewengkan, tidak ada pembetulan yang dibuat; dan
(iii) ada intention.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi fakta belum dikemukakan dalam Dewan, macam mana Tuan Yang di-Pertua buat keputusan kita mensia-siakan masa Dewan?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Untuk usul itu diterima sebelum, mesti fakta diberi kepada Tuan Pengerusi supaya sama ada usul itu dikasi masuk dalam order paper atau tidak kerana apabila sudah dikasi masuk dalam Order Paper bermakna sudah usul itu diterima.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Usul sudah dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat tetapi Tuan Pengerusi kata alasan itu tidak diberi tetapi Tuan Pengerusi kata alasan itu tidak boleh diterima. You are predicting...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Betul.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, bolehkah tidak Yang Berhormat baca kepada saya 57(4), you read to me.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Pengerusi, saya hendak cakap ini memang tidak adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh biar, boleh?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi tadi cakap perkara-perkara...
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya baca Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat Serdang duduk dahulu. Biar Ahli Yang Berhormat seorang dahulu bercakap. Bolehkah?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tuan Yang di-Pertua, saya baca, “Pengerusi boleh enggan mengemukakan sesuatu pindaan itu kepada Mesyuarat jika pada fikirannya pindaan itu
(a) akan menjadi fasal atau jadual yang hendak dipinda itu tidak terang maknanya atau salah jalan bahasanya...” Perkara ini tidak berbangkit. Boleh setuju.
“(b) sia-sia.” Kalau sia-sia kena timbangkan apakah alasan yang dibangkitkan dalam cadangan kita dahulu. Tuan Yang di-Pertua sendiri kata kita belum bangkitkan alasan.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Macam mana buat keputusan bahawa ianya sia-sia?
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, 57 itu ada tertera sebelah kiri nota iaitu “aturan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis yang menimbangkan rang undang- undang” instead kita menimbangkan bajet. “Pengerusi boleh enggan mengemukakan sesuatu pindaan itu kepada Mesyuarat jika pada fikirannya...” Enggan untuk mengemukakan. Kalau Setiausaha sudah simpan dalam Order Paper, bermakna dibentangkan bermakna I already allowed. Itu sebab apabila Ahli Yang Berhormat beri saya notis, saya terima, saya baca Yang Berhormat punya surat kepada saya. [Disampuk] Ahli Yang Berhormat, ini hal serius iaitu hal mengenai dengan soal peraturan mesyuarat.
Jangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain masuk campur.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat tulis surat kepada saya... [Membaca petikan] “Dengan segala hormatnya saya ingin membentangkan satu usul mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9) seperti berikut:
“Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10 daripada Maksud Bekalan B.25 Kod 10000 – Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak RM10.”” Jadi kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tidak perlu bagi alasan, cuma bagi notis...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Seperti apa yang tertakluk dalam P.M.66(9).
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Ya lah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
P.M.66(9) dengan jelas kata hanya perlu kata apa perkara, tidak perlu beri alasan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, begitu juga dengan Peraturan Mesyuarat 36(12), tidak ada diperincikan sana tiga syarat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tan Sri, usul sebelum ini saya kemukakan potong gaji pun tidak pernah minta alasan... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, sudah! Saya sudah buat keputusan mengenai perkara ini cukup panjang lebar.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tahun 2008...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tan Sri, sebelum ini tahun 2007 saya kemukakan usul potong gaji bawah P.M.66(9), tidak perlu bagi alasan. Ini sangat jelas dalam Peraturan 66(9).
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tan Sri, buang masa sahaja ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Hanya Tan Sri sahaja yang mempengerusikan memberikan tafsiran sedemikian.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, baca P.M.66(9) bersama dengan P.M.57(4).
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Mengapa sebelum ini tidak perlu? Hanya apabila Tan Sri mempengerusikan hanya memerlukan alasan.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, sebelum ini pun banyak perkara-perkara yang tidak perlu.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Speaker yang tunggal di seluruh dunia yang impose condition ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tahun 2007 tidak perlu.
Tuan Yang di-Pertua
Bolehkah Ahli Yang Berhormat duduk dahulu?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tan Sri, ia sangat jelas tidak perlu alasan.
Tuan Pengerusi
Duduk dahulu. Beginilah Ahli Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Hanya perlu dua hari notis.
Tuan Pengerusi
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
What is this, Tan Sri?
Tuan Pengerusi
Beginilah Ahli Yang Berhormat. Duduk dahulu. Menurut Peraturan Mesyuarat 43, kuasa speaker adalah muktamad. So, you go to respect that. Pun demikian, come back to me. Seperti mana saya sebut dahulu pada bulan November kepada Yang Berhormat Ipoh Barat, I told Yang Berhormat Ipoh Barat, come back to me, give me a precedent on authority in any Parliament in the world that practice democracy like ours.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
We told about peraturan dalam Dewan di Malaysia ini, Dewan Parlimen yang ini... [Dewan riuh] Peraturan tidak dipinda lagi.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, janganlah campur Yang Berhormat.
Come back to me bahawa cut motion involves gaji Menteri. If you can convince me an authority, I might change my mind.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
The Standing Order doesn’t disallow for that.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Betul, dan saya hendak bangkitkan di sini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
This is an abuse.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tan Sri cakap alasan-alasan pun sudah dibangkitkan semasa perbahasan peringkat dasar. Akan tetapi sebagai hakikat, semasa perbahasan saya dalam peringkat dasar, saya pun tidak sentuh Kementerian Pelajaran.
Jadi bagaimana Tan Sri boleh cakap bahawa alasan-alasan yang saya guna adalah telah dibangkitkan semasa di peringkat dasar? Jadi alasan yang diberikan oleh Tan Sri itu tidak masuk akal... [Dewan riuh] Tan Sri tidak boleh secara tiba-tiba hendak melindungi menteri- menteri di sebelah sana dan impose keputusan macam itu. Itu tidak adil, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Tidak apalah Yang Berhormat, tidak masuk akal Yang Berhormat tidak apalah tetapi saya telah membuat keputusan...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Memang saya tidak pernah sentuh Kementerian Pelajaran ..
Tuan Pengerusi
...Iaitu keputusan di bawah Peraturan Mesyuarat 43 dalam kamar...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
...Dalam perbahasaan di peringkat dasar. Tidak boleh guna macam itu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ini jelas menunjukkan Tan Sri menggunakan Peraturan 44 untuk kepentingan kerajaan sahaja.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jangan melindungi menteri-menteri di sebelah sana sahaja, Tan Sri.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tan Sri...
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya sudah buat keputusan bahawa keputusan itu adalah begitu dan saya berjanji bahawa kita akan kemaskinikan lagi peraturan mesyuarat pada masa akan datang.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kemas kini, lepas itu baru buat keputusan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Peraturan mesyuarat pun belum dipindakan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jangan buat keputusan lepas itu kemas kini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Selagi mana ada peruntukan dalam peraturan mesyuarat, selagi mana belum dipinda...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Belum pinda ini. Ini terpakai
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, satu persatu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Maka selagi itulah boleh digunakan.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, satu persatu. Boleh saya dengar satu persatu?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau Tan Sri hendak pinda, saya tidak ada masalah, pindalah tetapi selagi ia belum dipinda, ia ada dalam peruntukan, maka kita gunalah.
Tuan Pengerusi
Sila, sila.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi, memandangkan bahawa inilah parliamentary practice untuk lebih daripada 50 tahun, perkara berkenaan keputusan muktamad Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau ada apa-apa pindaan, langkah yang bijak ialah untuk merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Bolehkah Tuan Pengerusi menimbang semula supaya sehingga ada keputusan atau kajian dibuat oleh Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat yang terdiri daripada semua Ahli Parlimen dari dua-dua pihak dan dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua, kita mengikuti amalan yang biasa, oleh kerana itu adalah parliamentary convention Malaysia untuk 50 tahun?
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tan Sri, boleh minta pandangan Tan Sri?
Tuan Pengerusi
Sila.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Saya minta maaf Tan Sri...
[Disampuk] Dengarlah sedikit. Kita ada orang kampung lagi, Tan Sri. Saya hendak tanya P.M.66(9) ini, Tan Sri. Ia tidak mengehakkan kepada pembangkang sahaja, tetapi sesiapa sahaja ahli. Dan pemotongan ini boleh berlaku kepada sesiapa. Akan tetapi kita ini Tan Sri, kita ini baik, kita hendak bincang yang baik-baik, tak hendak buang masa. Jadi saya minta, gunalah fikiran sedikit. Orang kampung ramai lagi yang hendak buat kerja.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam rulling saya pada bulan November yang lalu, saya ada sebut, saya kata setiap peraturan mesyuarat itu mesti diambil kira dalam semua aspek. Kalau ianya menjurus kepada interpretasi di mana ianya tidak adil kalau digunakan oleh sesuatu pihak, bermakna peraturan mesyuarat itu tidak betul.
Tuan Pengerusi
Dalam hal ini saya setuju atas apa yang disebut oleh Yang Berhormat, iaitu kalau ada di antara Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional menggunakan Peraturan Mesyuarat 66(9) menolak gaji umpamanya Yang Berhormat Ipoh Baratlah, bermakna kalau itu secara automatik, bukankah saya dinampak macam saya bodoh? Another words, I interpret the Peraturan Mesyuarat tidak betul di mana I allow an abuse of Peraturan Mesyuarat 66(9) to be used by the majority.
Itu sebab saya benar-benar berat hati menggunakan P.M.66(9) kerana P.M.66(9) itu boleh digunakan dengan hal lain seperti menolak mana-mana pun peruntukan di bawah mana-mana kepala tetapi bukan gaji menteri atau allowances, kerana dia ada implikasi banyak. Itu sebab kenapa saya buat. Saya bukan buat sewenang-wenangnya, Yang Berhormat. Saya keberatan untuk buat. Jadi tolonglah. Bermakna saya sudah buat keputusan seperti begitu, sesiapa Ahli Yang Berhormat yang mahu buat usul di buat P.M.66(9), boleh, go in difference way, but not in emolumen atau gaji menteri. Please.
P.M.66(9) is still there.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Sila.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya rujuk kepada Maksud Bekalan 3, Jabatan Audit Negara, Butiran 010000 – Pengurusan Korporat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan selain daripada mencela prestasi negeri-negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, mengulangi semalam bahawa negara boleh hancur sekiranya Pakatan mengambil alih pentadbiran negara, ekonomi boleh lumpuh dan saham boleh jatuh... [Disampuk] Saya hendak rujuk Laporan Ketua Audit Negara yang saya pastinya belum dibaca oleh Menteri Kewangan. Kalau dia baca, dia tidak akan jadi celupar macam itu... [Disampuk] Pertamanya, Pulau Pinang mencatat prestasi terbaik dalam negara dengan hasil meningkat 47 peratus... [Tepuk] [Disampuk] Sabah yang kaya dengan sumber asli mencatat prestasi yang amat membimbangkan. Penurunan mendadak...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Minta maaf Yang Berhormat. Saya hadir juga parlimen-parlimen lain Yang Berhormat. Saya juga dengar orang buat bising, tetapi tidak payahlah suara yang begitu tinggi sampai Speaker pun terperanjat, Yang Berhormat. Gunakan budi bicara, kebaikan, sopan santun kita, Yang Berhormat. Biarlah kita dengar Yang Berhormat Permatang Pauh cakap dahulu. Sila Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi saya rujuk kepada Sabah yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara. Penurunan mendadak surplus negeri dari RM730 juta pada tahun 2010 kepada RM4 juta pada tahun 2011 walaupun perbelanjaan negeri meningkat.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi, baki wang tunai Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember RM61 juta.
Kelantan yang dianggap relatif lebih miskin tidak ada sumber balak dan tidak diberikan royalti mencatat baki wang tunai Kerajaan Negeri Kelantan lebih tinggi daripada Sabah iaitu RM123 juta. Kedah, RM193 juta dan Selangor RM309 juta.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kesemua keempat-empat negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mencatatkan hasil revenue terus meningkat berbanding dengan tahun seterusnya. Selangor dan Kedah meningkat 4 peratus, Kelantan 13 peratus, Pulau Pinang 47 peratus.
Sembilan buah negeri di bawah pentadbiran BN, enam negeri meningkat hasil, tiga negeri mencatat hasil merosot. Perlis 16 peratus susut, Johor 18 peratus susut dan Melaka rekod kemerosotan yang paling tinggi dalam negara 24 peratus.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat. Saya sudah beritahu sekali, saya bukan beritahu dengan Barisan Nasional Yang Berhormat. Saya beritahu semua. Tidak payahlah sokong-sokong, tidak payahlah macam itu. Saya hendak dengar juga Yang Berhormat Permatang Pauh punya ucapan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jadi, ini sebagai gambaran tentang apa yang berlaku, yang bercanggah dengan dakwaan dan tohmahan Menteri Kewangan yang nampaknya begitu desperate semalam dalam Konvensyen MCA.
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion kepada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada tahun 2007. Angka- angka ini diperoleh dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, untuk diketepikan begitu sahaja adalah tidak munasabah kerana ada kaitan dengan beban rakyat. Hutang isi rumah pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK dan keadaan paling tinggi masih lagi di zaman Yang Berhormat Pekan sebagai Menteri Kewangan.
Rakan-rakan saya, saya percaya akan memberikan angka-angka yang lebih tetapi saya rumuskan setakat itu sahaja menunjukkan angka-angka yang diberikan oleh Ketua Audit Negara. Akan tetapi tidak sentuh umpamanya satu masalah yang besar yang kita bangkitkan berulang kali di sini iaitu laporan Global Financial Integrity Illicit Financial Flows From Developing Countries Over the Decade Ending 2009, dengan izin, iaitu angka USD338 bilion yang masih belum dijawab dengan memuaskan oleh kerajaan seolah-olah ada satu muslihat melindungi penjenayah yang mencuri dan merompak dari negara ini.
Kita juga diberikan dalam senarai oleh Ketua Audit Negara hasil perbelanjaan defisit Akaun Hasil Disatukan mengikut negeri. Wang tunai, saya sudah bacakan tadi. Hasil juga disebut ada perubahan yang membanggakan dari sudut prestasi negeri-negeri. Kalau di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah secara keseluruhan Ketua Audit Negara menganggap lebih baik dan memuaskan, tetapi untuk negeri Sabah, prestasinya menurun.
Saya percaya prestasi BN pun akan menurun, parah dalam pilihan raya berdasarkan laporan Ketua Bank Negara...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat, penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya hendak sentuh...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ada satu lagi perkara yang sangat mengejutkan dalam buku laporan ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang iaitu Ketua Audit Negara menyebut bahawa daripada 301 jabatan dan kementerian yang diaudit, mendapati 70 peratus daripada department ini atau pun kementerian ini masih melakukan kesilapan dan tidak mengikut prosedur kewangan. Perkara ini dilaporkan dalam muka surat 100.
Saya rasa sudah tentu Menteri Kewangan pun tidak baca laporan ini. Saya rasa beliau mungkin terkejut besar kalau membaca laporan ini yang dikatakan dalam pengauditan secara mengejut yang dibuat kepada 301 kementerian dan jabatan, hasilnya begitu teruk sekali Yang Berhormat. Saya hendak tanya, apakah implikasi daripada penemuan ini kepada peraturan atau pun cara kita menguruskan kewangan melalui kementerian atau jabatan-jabatan di seluruh negara? Yang Berhormat, terima kasih.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau kita teliti Laporan Ketua Audit Negara tahun demi tahun, ada beberapa teguran kalau mengikut pengalaman kami harus diambil berat dan ada jawatankuasa yang memantau. Akan tetapi nampaknya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat, keadaan ini lebih parah dari tahun ke tahun yang hanya disebut hanyalah tentang cara umum menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat sebagai orang-orang yang tidak mampu menguruskan ekonomi dengan baik.
Ada yang aneh di kalangan rakyat iaitu Selangor yang mencatat lebihan atau pun surplus RM2.2 bilion itu memang tidak pandai diurus oleh Menteri Besarnya. Ketua Menteri Pulau Pinang gagal sebab lebihannya hanya RM2 bilion. Menteri Kewangan sekarang paling berjaya dalam sejarah kerana hutang RM500 bilion, defisit. Jadi ini yang janggalnya Tuan Pengerusi kerana angka dan data yang disebut tentang surplus itu bukan perkembangan yang memang ada dalam pentadbiran dahulu. Perubahan ini hanya berlaku setelah empat tahun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Oleh sebab itu saya ingin menegur tegas kesilapan besar Menteri Kewangan bila dia menyerang Pakatan Rakyat tanpa merujuk Laporan Ketua Audit Negara malah Laporan Kementerian Kewangan itu sendiri. Apa yang paling kuat tentulah dari segi prestasi yang saya bacakan tadi termasuk surplus atau pun lebihan oleh negeri-negeri ini. Siapa boleh nafikan prestasi satu negeri yang boleh mencatat lebihan RM2 bilion dalam masa yang sama menjunamnya, membengkaknya defisit di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional terutama Menteri Kewangan yang ada sekarang.
Saya sekarang ingin merujuk kepada prestasi dan Maksud Bekalan 4 - SPR. B.
010000 – Urusan Pilihan Raya. Kita diminta meluluskan peruntukan RM400 juta untuk PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Untuk PRU 12, RM203 juta diperuntukkan. Maknanya dua kali ganda. Pecahan data mengikut negeri yang disampaikan kepada Ahli-ahli Parlimen kepada PSC menunjukkan daftar yang diberikan itu tidak lengkap.
Umpamanya daftar PSC pengundi bagi negeri Sarawak hanya 14,928 orang. Akan tetapi statistik yang sebenar ialah 102,424 orang. Jadi kalau begini keadaannya, data yang diberikan oleh Ahli Parlimen juga masih lemah. Saya harap dapat diperbaiki tetapi belum ada petanda, contoh yang jelas yang menunjukkan daftar pemilih bagi negeri Sarawak itu telah diperbaiki.
Apa yang lebih parah lagi Tuan Pengerusi ialah audit terhadap kelayakan pemilih.
Saya di sini dari segi kajian komputer membuktikan 282,086 nama pemilih yang tarikh permohonannya itu janggal. Apa maksud saya? Tiada tarikh pemohon, 4,700. Tidak mengejutkan sangat. Kelulusan kepada 367 orang kepada pengundi sebelum tarikh lahir.
Saya akan beri contohnya. Umpamanya nombor kad pengenalan 7908 dari Parit Buntar.
Tarikh lahir 23 Ogos 1979, tarikh pohon 15 Januari 1950. Ini rekod. Ini hantu puaka betul- betul ini.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Seramai 282 orang diluluskan pada hari lahir. Nur Khalida dari Serdang, lahir pada 26 Oktober 1982 dan permohonan pun pada hari yang sama. Dia lahir dan terus dapat mengundi. Ini hebat. Sebelum umur persekolahan, maksudnya sebelum umur enam tahun, dia diberi kad mengundi. Mohd. Najib daripada Temerloh. Daripada Temerloh, lahir pada 18 Ogos 1979, berumur sebelas tahun, diluluskan hak mengundi pada 16 Mei 1991. Ini Yang Berhormat Temerloh boleh check.
Umur persekolahan menengah 1,049 orang. Contoh, Rusiati dari Kinabatangan.
Lahir pada 19 Februari 1978, permohonan menjadi pengundi pada 27 November 1992.
Umur antara 17 tahun hingga 20 tahun, seramai 12,000 orang. Contohnya di Bayan Baru.
Lahir pada 28 Januari 1986, permohonan pada 14 Januari 2006. Begitulah sampai 20 tahun setengah sampai 21 tahun, 186,000 orang. Jadi jumlah kejanggalan tarikh berdasarkan angka-angka yang diberikan, Yang Berhormat Sri Gading seramai 282,086 orang yang harus dibetulkan.
Saya sudah sediakan bukti ini dan akan diedarkan untuk perhatian SPR supaya penipuan ataupun hal-hal sedemikian itu tidak boleh diteruskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta salinankah, Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta sedikit penjelasan, Yang Berhormat Permatang Pauh. Dari mana dapat rujukan itu dapat?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apakah ada pegangan yang sahih?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini adalah rujukan daripada senarai komputer yang diserahkan oleh SPR kepada anggota PSC tempoh hari. Jadi kita buat analisa, dan ini berdasarkan angka dan kita rujuk terus kepada senarai yang diberikan oleh SPR. Jadi SPR patut perbaiki. Tidak mahu cakap banyak, betulkan dahulu.
Yang kedua, isu yang besar ialah audit terhadap nombor rumah dan alamat pemilih. Ini juga serius. Sama ada keperluan dalam senarai SPR ialah nombor rumah dan alamat pemilih. Akan tetapi menurut SPR, pendaftaran sebelum 16 Julai 2002, alamat penuh tidak dicatat. SPR jawab, dia kata senarai lama, jadi kita pindahkan. Akan tetapi itu tahun 2002. Sekarang tahun 2012. Apabila SPR menjalankan rombakan dan penggabungan locality secara besar-besaran, keadaan lebih parah daripada dahulu.
Contohnya, nombor rumah yang ada ialah 7.9 juta. Alamat penuh yang lengkap, yang memuaskan, 4.7 juta pemilih tetapi yang tiada alamat penuh seramai 3.2 juta. Sama ada alamat hilang, locality dirombak atau digabung. Yang tiada pecahan data audit nombor rumah dan alamat penuh - 3.6 juta, yang perlu dikemas kini rekod ialah 1.6 juta, yang sukar dijejak, yang perlu dikemas kini ialah 2 juta. Pilihan raya mungkin bulan depan, mungkin Januari. Keadaan masih seperti ini dan saya bimbang kalau nanti perjalanan pilihan raya ini penuh dengan cara penipuan kerana rekod-rekod ini tidak ada jelas sampai sekarang.
Contohnya, contoh yang paling terkenal tentulah contoh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sudah ada nombor 17, Jalan 16/2, Seksyen 16. Kemudian, SPR pinda alamatnya menjadi Rumah Kakitangan Universiti, Kawasan Universiti. Entah berapa ratus rumah di situ, dia pakai kompleks sebegitu. Akan tetapi dibetulkan setelah Tan Sri Khalid protes dan dibetulkan.
Akan tetapi bagaimana tentang kes-kes puluhan ribu lain dan saya senaraikan ikut kawasan Parlimen satu per satu dan yang menariknya ialah paling parah yang sengaja dibuat operasi begitu, di Selangor, yang melibatkan ratusan ribu alamat. Contoh, Nawi Daud. Alamat tidak ada. Dulu ada juga alamat semasa tahun 2008, disebut Jalan 6, 5/5B, Seksyen 16. Lebih jelas. Jalan ada walaupun nombor rumah tidak ada. Sekarang diubah oleh SPR. Diletak Seksyen 6, Shah Alam. Puluh ribu rumah ada di Seksyen 6, Shah Alam.
Apa tujuan kononnya atas nama kemas kini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?
Saya ada puluhan contoh dan saya tidak akan baca semuanya. Namun memadai saya bagi satu lagi contoh. Ini juga di Shah Alam kerana paling ketara ialah di Selangor.
Alamatnya, Ardy, kad pengenalan Parlimen Shah Alam, DUN Batu Tiga, daerah mengundi Rimba Jaya, locality ialah Jalan Lengkuas, Jalan Rimba Jaya, Muhibah ke Rupiah. Jadi locality dia ada empat jalan. Ini saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, bukan maksudnya satu contoh janggal. Ini yang kita sebut ini puluh ribu. Saya akan sertakan senarai yang lengkap yang menunjukkan rombakan dan penggabungan locality yang menimbulkan kekeliruan setelah 2002, ada MyKad.
Akan tetapi kalau kita lihat umpamanya DPI Induk 2007, 94,000 locality. DPI semasa memang diturunkan menjadi 79,000. Apa maksud perubahan locality ialah maknanya digabungkan daripada satu tempat menjadi lebih luas dan penggabungan ini menyulitkan kita menyemak dari mana pengundi.
Puchong umpamanya. Jumlah pemilih ada 596, di campur Apartmen Sri Pinang, Permata Sari, Sri Jati, Sri Camelia, Hiasan Puteri, Sri Dahlia, Semarak, satu locality tanpa alamat. Jadi kalau hendak cari Minah bin Janggal, hendak kena cari daripada enam flat yang berkenaan. Pandan. Jalan Pandan, Pandan Jaya. Berapa jumlah pengundi? 2,554 orang tanpa alamat yang jelas.
Ada juga yang umpamanya 2,371 orang pengundi di Shah Alam yang namanya Seksyen 11. Ahmad bin Salleh, Seksyen 11. Sew Lin, Seksyen 11. Jadi tentunya bukan maksud untuk membolehkan kita menyemak. Saya juga senaraikan di sini yang detail tentang kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat. Kalau Langkawi hanya satu.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jerlun, ada tiga tetapi kalau Jeli, ada dua. Perbezaan. Maknanya insignificantlah.
Biasa. Orang tidak boleh persoalkan. 30, 11, 20, Kuantan dan lain-lain tetapi kalau di Selangor, dari dua, tiga, lapan ini semua. Di Ampang, Selangor, 488. Hulu Langat - 1,073, Serdang - 1,661, Kelana Jaya - 1,188, Shah Alam - 1,305. Apa kebijaksanaan dan kewarasan tindakan ini saya tidak faham. Dia menyulitkan kawasan locality sehingga mustahil kita boleh mencari nama pengundi.
Kalau inilah kerja SPR menjelang pilihan raya ini, saya suka untuk meyakini, ketelusan dan keupayaan SPR menjalankan pilihan raya yang bebas. Kita ada MyKad, mustahil alasan SPR mengatakan tidak mampu kita berikan alamat. Akan tetapi ini angka terakhir yang kita peroleh dari senarai yang dikemukakan oleh SPR kepada anggota PSC.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Walaupun diberi jaminan oleh jawatankuasa, diuar-uarkan oleh kerajaan bahawa tindakan diambil, inilah bukti tindakan yang diambil setakat ini dan saya pohon perhatian dengan Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, terima kasih diberikan peluang. Saya hendak menyentuh B.7 – RM10,000, RM20,000, RM30,000, RM40,000, RM50,000 dan jumlah peruntukan itu RM2 bilion lebih, emolumen. Soal Perkhidmatan dan Bekalan, Pemberian dan Kenaan Bayaran dan perbelanjaan- perbelanjaan yang lain. Saya hendak bercakap satu mauduk sahaja yang berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan, kesamarataan Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Anggota Polis Diraja Malaysia.
Pihak pasukan Polis Diraja Malaysia memohon kepada JPA agar diberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan juga anggota-anggota beruniform yang lain. Permohonan ini telah pun didengar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu memberi ucapan dalam ucapan semasa pembentangan Bajet 2013.
Saya petik sedikit ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Kepada warga PDRM, saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian tentang beberapa perkara berkaitan dengan gaji dan kebajikan yang wujud. Kerajaan telah pun mengarahkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam agar mengkaji secara menyeluruh untuk dilakukan bagi menambah baik laluan kerjaya bagi warga PDRM. Kajian dan segala cadangan yang dibuat hendaklah dirunding dengan stakeholders dan hendaklah diselesaikan dalam masa secepat mungkin”.
Tuan Pengerusi, saya ambil contoh...
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Pengerusi, saya teringat sebentar apabila Yang Berhormat Sri Gading membicarakan soal penggajian kepolisan. Bersetuju kah Yang Berhormat Sri Gading dengan saya bahawa ahli anggota penjara juga jangan dilupakan. Mengikut statistik yang kita terima, penggajian di kalangan anggota penjara adalah yang terendah dalam unit beruniform. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Sri Gading, sekiranya jika ini juga diambil serius kerana anggota penjara juga memainkan peranan yang besar untuk menjaga mereka yang dalam deskripsi ataupun spesifikasi mereka dan mereka ini jangan dipinggirkan kerana mereka juga seharusnya mendapat arus kenaikan gaji yang sepatutnya diterima oleh seluruh anggota PDRM. Apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading? Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh saya sambung, isu yang lebih kurang sama. Yang Berhormat Sri Gading, saya pun terpanggil. Sebetulnya saya sehaluan dengan rakan saya iaitu sememangnya saya pun merasakan bahawa anggota daripada penjara ini memang terpinggir tentang untung nasib mereka. Jadi apakah rakan saya, Yang Berhormat Sri Gading membawa hasrat iaitu warga penjara supaya kedudukan mereka juga harus dikaji, untung nasib gaji dan elaun mereka yang menjaga di penjara dan mereka ini beribu-ribu orang tetapi JPA langsung tidak melihat akan kewujudan mereka ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bolehkah Yang Berhormat memperjelaskan, mengapa JPA ini mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat kajian?
Saya tidak tahu mengapa mereka mahu ambil masa yang lama dan apa yang mereka buat? Adakah anggota pegawai-pegawai di JPA ini tidak mencukupi ataupun di JPA ini malas-malas orangnya?... [Ketawa] Ya, tidak pandai berfikir untuk mempercepatkan bagaimana proses kepentingan sesuatu agensi kerajaan itu, minta pandangan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bersetuju dengan pandangan kedua-dua Ahli Yang Berhormat tentang kakitangan penjara. Mereka sepatutnya diberikan keadilan yang wajar, adil dan saksama. Anggota penjara ini macam dia kena penjaralah, kalau dia 30 tahun berkhidmat macam dia kena penjara 30 tahun, sebab dia duduk dalam itu.
Jadi JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam haruslah melihat dan berlaku adillah kepada mereka. Cuma dalam ucapan saya ini, tak tahu kawan-kawan yang lain boleh mengkhususkan pula tentang penjara, warden-warden penjara ini dan saya berharap ada suara-suara yang akan bersuara. Cuma saya hendak khusus kan kepada polis ini. Mereka merasa tidak adil kalau dibuat perbandingan dengan kelulusan yang sama, diploma, pihak polis maksimumnya kalau jawatan daripada inspektor sehingga superintenden, yang akan memakan masa antara lapan hingga 15 tahun, gaji akhirnya RM7,096. Ini perbandingan sahaja. Akan tetapi jawatan yang sama bagi perkhidmatan SPRM lah katakan, kita bukan sakit hati dengan SPRM, tidak. Ini sebagai perbandingan, RM7,100. Dia...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itu besar daripada gaji Ahli Parlimen Yang Berhormat, RM7,000 itu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya lah, ya lah. Jadi soal keadilan kepada mereka supaya polis yang bekerja tujuh hari seminggu, 365 hari setahun, kerja 24 jam sehari semalam, berilah keadilan kepada mereka supaya mereka bersemangat. Saya tidak tahu JPA, kenapa memandang rendah kepada perkhidmatan polis ini? Saya pun tak faham, kenapa dia memandang rendah kepada polis kerana seolah-olah Suruhanjaya Perkhidmatan Penambahbaikan Polis itu pun tidak diambil endah oleh pihak JPA.
Jadi, saya tak tahu Tuan Pengerusi, bagaimana pandangan JPA. Akan tetapi Alhamdulillahlah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dalam bajet yang lepas telah memberi tekanan supaya mereka diberikan keadilan. Saya ambil contoh Tuan Pengerusi, kawasan pendalaman di Sarawak. Di situ ada klinik, di mana di pagar yang sama ada sekolah dan di pagar yang sama juga terdapat pondok polis, anggota polis, dalam kawasan yang sama, berkongsi tadahan air. Pihak sekolah, pihak klinik, Jabatan kesihatan, Jabatan Pelajaran mendapat imbuhan kesusahan antara RM500 hingga RM1,000 tetapi anggota polis yang sama di sebelah ini tidak dapat satu sen pun elaun kesusahan, ini jelas
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Terang, bagaimana...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Sri Gading, Telok Intan.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan Tuan Pengerusi. Saya menyambut baik mengenai keprihatinan Yang Berhormat Sri Gading terhadap anggota polis.
Kita juga dapati bukan sahaja anggota polis tetapi penjawat awam di TUDM, TLDM, dan Tentera Darat Diraja Malaysia di mana saya telah bangkitkan hal ini. Gaji mereka RM1,700 lebih kurang. Selepas semua potongan, gaji yang diambil ke rumah, take home pay RM200 lebih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi ini juga adalah satu polisi oleh kerajaan yang membebankan anggota-anggota seperti ini di mana mereka terpaksa ambil RM200-RM300 ke rumah, polis pun sama juga.
Jadi kita kena ada sistem di mana potongan gaji mereka tidak boleh melebihi satu per tiga daripada gaji pokok mereka. Jika Yang Berhormat Sri Gading betul-betul prihatin terhadap polis, bagaimana pula dengan Ahli-ahli Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak menerima peruntukan untuk kawasan-kawasan sedangkan mereka dipilih oleh rakyat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Speaker pun diam sahaja. Speaker, kita ini semua di bawah Speaker tetapi Speaker pun tidak buat apa-apa.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Sri Gading?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Pandangan saya...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ahli Parlimen yang dilantik tidak ada peruntukan. Jadi polis boleh buat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Perhatian. Ahli Parlimen, kawan-kawan sendiri di Dewan ini. Bolehkah Yang Berhormat Sri Gading cadang kepada kerajaan untuk beri semua keadilan kepada semua Ahli Parlimen supaya dapat peruntukan sebab kes ini telah pergi ke mahkamah sekarang. Mengapa mahkamah kena buat keputusan mengenai hal-hal kita?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Okey, Yang Berhormat Telok Intan. Negeri yang diperintah oleh pembangkang pun oleh kerajaan pembangkang pun tidak beri kepada anggota Barisan Nasional.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Kerajaan Persekutuan kena beri dahululah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, jadi kalau kita hendak salah menyalah tetapi maknanya pihak pembangkang pun yang menentang negeri-negeri pun tidak betul, tidak juga adil. Soal gaji, Ketua Pembangang sendiri hendak tolak gaji elaun Ahli Parlimen, hendak jadi hero konon untuk beri rakyat, “Oh! Dialah yang tidak menipu”. Jadi, Ketua Pembangkang sendiri tolak jadi apabila Ketua Pembangkang tolak, semua Ahli Parlimen tidak dapatlah. Esok ada Ahli Pembangkang yang bersara, gaji dia punya persaraan kecillah. Hendak popular sahaja, inilah kesannya.
Tuan Pengerusi, saya hendak beri contoh lagi, ya. Lulusan diploma di peringkat yang itu, gajinya RM4,480 di anggota kerajaan, gajinya RM5,730 kelulusan yang sama. Di SPRM, gajinya RM6,121, tengok? Antara tiga perkhidmatan, antara polis, pihak perkhidmatan awam yang biasa dan pihak SPRM. Ini bukan pula polis marah kepada dua- dua pasukan ini, tidak. Cuma, sebagai perbandingan. Polis memohon keadilan JPA, tolonglah! Tolonglah berlaku adil kepada mereka yang berjumlah 117,000 yang usianya hari ini 205 tahun yang berjasa kepada rakyat dan negara, berilah. Kalau kita tengok negara- negara yang lain, gaji anggota polis ini, dia lebih tinggi daripada perkhidmatan- perkhidmatan yang lain kerana pengiktirafan mereka kepada polis. Jadi, kenapa kita sudahlah tidak berlaku adil, malahan kadang-kadang kebajikannya tidak kita berikan keadilan yang sebenarnya. Saya haraplah JPA tukarlah sikap, tukarlah fikiran, dan tukarlah pendekatan supaya...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Sri Gading.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Sri Gading. Saya mahu minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Sri Gading setuju atau tidak JPA sepatutnya diasingkan seberapa anggota uniformnya? Contohnya macam Yang Berhormat Sri Gading kata polis ataupun jururawat, doctors sama itu guru-guru diasingkan. Janganlah ikut JPA punya skim. Kategori lain daripada JPA punya scale. Setuju atau tidak sekiranya ini?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bersetuju. Itulah yang diminta oleh pihak anggota polis supaya saraan dan perkhidmatan mereka ini dikhususkan tidak bercampur dengan lain-lain perkhidmatan. Jadi kalau boleh apa yang diminta oleh Yang Berhormat Bintulu ini menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hormat kepada Yang Berhormat Sri Gading kerana membawa isu ini. Ini kerana isu ini, isu yang telah banyak kali kita sebut sebenarnya tetapi nampaknya agak lambat tindakan oleh JPA dan juga agensi-agensi yang harus melaksanakan peranan mereka. Setujukah Yang Berhormat Sri Gading kalau saya cadangkan, sementara kalau kita hendak kaji gaji, kadang-kadang proses dia terlalu panjang memakan bertahun-tahun lamanya. Setujukah Yang Berhormat Sri Gading kalau kita lihat ada di mana elaun-elaun khas harus diberikan sementara hendak tunggu yang lain itu tetapi kerajaan boleh buat tindakan serta-merta tanpa pergi suruhanjaya cukup dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh sama ada kabinet atau pun suruhanjaya agar elaun-elaun tertentu diberikan kepada mereka?
Sementara hendak tunggu hendak review gajilah, itulah, dan inilah, immediately, boleh berikan kepada mereka supaya mereka tidak tertunggu. Apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, saya setuju sangat. Sementara hendak tunggu kajian demi kajian memang makan masa. Akan tetapi saya suka hendak mengingatkan JPA. Jadi sementara lama itu, kalau boleh jangan lamalah. Kalau lama sangat inilah pula, JPA ambil peluang pula untuk melengah-lengahkan...
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Yang Berhormat Sri Gading, Silam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tak Yang Berhormat Sri Gading, sekejap? Apa agak-agaknya JPA ini terlampau lambat ini? Bertahun. Empat, lima tahun baru dia boleh selesai. Kalau JPA tidak pandai kerja, kita cadangkan kementerian di Jabatan Perdana Menteri ganti semua struktur JPA itu. Kita cari orang yang betul-betul ada komitmen hendak melihat menyelesaikan masalah. Semua orang cakap di bawah JPA ini macam tidak tahu hendak buat apa. Dia makan duit gaji kerajaan – rakyat tetapi kerja tidak ada. Dia macam buta hati. Buta hati pegawai-pegawai di JPA ini hendak melihat masalah yang dihadapi oleh negara.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Yang Berhormat Sri Gading, Silam.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia, dia, dia...
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sekejap.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Okey.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ada juga orang mengesyaki bahawa antara anggota JPA ini memandang serong kepada pihak polis. Ada dendam. Ini ada sangkaan-sangkaan seperti itu yang diterbitkan oleh setengah-setengah pihak.
Maknanya orang JAP ini ada sesuatu perasaan yang lain. Oleh sebab itu, sebut polis sahaja, dia - hah! Itu.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sri Gading. Tentang polis ini, kalau kita – terutamanya di negeri Sabah ambil supaya mudah faham dari segi kebertanggungjawaban ini. Macam daerah Lahad Datu, dia daerah yang sangat besar sekarang ini, dan ketua polis daerahnya pun terpaksa menjaga sampai ke daerah Tunku dan Tambisan dan pandangan Yang Berhormat Sri Gading ataupun cadangkan kepada kerajaan untuk kenaikan pangkat ataupun jawatan penggredan dan sebagainya termasuk pembayaran elaun sini supaya dapat diperimbangkan dan dipermudahkan dari segi yalah, tanpa menjejaskan dari segi tatacara dari segi peraturan untuk naik pangkat ini supaya diperluaskan dia punya peranan dan tanggungjawab serta kewajiban mereka.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat Silam. Saya amat bersetuju. Ucapan Yang Berhormat Silam itu masuklah menjadi sebahagian daripada ucapan sayalah, senang. Sebagai contoh, OSPD gajinya lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah. Allah, pengetua jaga sebuah sekolah, OSPD jaga sebuah daerah. Jadi, keadilan jelas di situ bahawa mereka tidak mendapat layanan yang saksama daripada JPA.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, kenapa JPA sanggup bersikap kejam kepada pihak polis yang berjasa 205 tahun lamanya. Kenapa, kenapa dan mengapa? Jadi diharaplah dan patut Yang Berhormat Sungai petani kita takut lambat.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini saya suka hendak mengingatkan, apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kajian dan segala cadangan yang dibuat hendaklah merunding semua stakeholders dan hendaklah diselesaikan dalam masa secepat mungkin. Maknanya, ini arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi jangan berlengah-lengah, tolonglah ambil tindakan segera supaya pihak Polis Diraja kita mendapat layanan yang saksama dan adil untuk setara dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Pengerusi, berhubung dengan ketidakadilan yang dilakukan kepada gaji yang kita dapati bahawa bukan setakat polis dan juga penjara. Akan tetapi begitu juga dengan guru dan pengetua di sekolah. Kalau kita perhatikan pengetua di sekolah, dia mempunyai graduate di sekolah itu lebih kurang dalam puluhan orang juga tetapi bagi DO di pejabat daerah, berapa kerat sahaja malah mereka ini dianaktirikan dengan gaji yang ada. Saya pernah mengalami perkara tersebut. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Sri Gading, boleh tambah sedikit?
Saya hendak tanya Yang Berhormat Sri Gading bersabit dengan gaji polis ini. Tadi kita menegur JPA sebab JPA yang bertanggungjawab. Kalau saya cadangkan sebagaimana saya sebutkan dalam ucapan perbahasan, gaji polis ini biar ditentukan oleh suruhanjaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.
Jadi, biar suruhanjaya ini menentukan gaji polis, diserah terus ke Kabinet dan Kabinet buat keputusan. Kenapa hendak diserahkan kepada JPA, sebab memang kita tahu disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, kalau ada pun kenaikan gaji atau pangkat di kalangan anggota polis tetapi grednya tidak naik, sebab itulah timbul masalah protokol. Di mana Ketua Polis Negeri duduk di bawah JUSA ‘C’ dalam perkhidmatan PTD. Jadi, memang timbul ketidakseronokan apabila melihat kepada kedudukan grading. Jadi, kita serah kepada Suruhanjaya Diraja Polis menentukan gaji, sama juga dengan tentera. Jadi, tidak payah dirujuk kepada JPA, terus kepada Kabinet. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading, boleh habis sebelum pukul 1?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh. Saya amat setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas ini memang pejuang, dia tidak peduli apa, dia memang pejuang kepada rakyat, ini spesies manusia yang terakhir. Jadi saya setuju, biarlah Perkhidmatan Polis dengan gaji yang disediakan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan, misalannya. Bermakna, polis berdikari sendiri, tidak payah lagi di bawah JPA.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Satu lagi saya minta Yang Berhormat Sri Gading, membela untung nasib guru- guru. Guru-guru dari Semenanjung Tuan Pengerusi, datang ke Sabah mendapat elaun rumah RM800 tetapi guru-guru di Sabah, contohnya guru dari Sandakan, berkhidmat di Pensiangan, elaun rumahnya RM180. Bayangkan, jauh bezanya. Jadi sampai hari ini, JPA tidak mengkaji kedudukan ini. Itu sebab saya lihat JPA ini hilang akal, hilang fokus. Cuba tolong kaji untung nasib guru-guru di Sabah, jauh bezanya. Elaun rumah RM180, hendak tinggal di Pensiangan, hendak sewa rumah, mana ada orang sewa RM180, sewa RM700.
Jadi, minta Yang Berhormat Sri Gading maklumkan kepada JPA, mereka kena adil sebab kalau mereka orang Islam, akhirnya mereka juga dihitung akan perbuatan mereka.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, betul. JPA harus faham, Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, mereka ialah wakil rakyat menyuarakan hasrat dan kehendak rakyat. Jangan JPA memandang sepi apa yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, termasuklah yang telah pun dikatakan oleh rakan saya sebentar tadi dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Berlaku adillah JPA, kalau ya pun, duit ini pun bukan dia punya, dia cuma memegang amanah. Berlaku adillah kepada semua pihak. Begitulah sama ada dia guru, sama ada dia tentera, sama ada dia polis, sama ada SPRM, sama ada yang jaga penjara ini.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Sri Gading. Saya rasa begitu kagum dengan Yang Berhormat Sri Gading kerana turut menguar-uarkan agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat kerana apabila Pakatan Rakyat sentuh sahaja berkaitan dengan guru, cepat-cepatlah tolong bantu guru. Bila kita sentuh polis, cepat-cepatlah membantu polis.
Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading kerana inilah perjuangan Pakatan Rakyat yang sedang dinanti-nantikan, baru disuarakan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Apa pandangan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ucapan ini tidak boleh masuk sebahagian dari ucapan saya, di luar ucapan saya... [Ketawa] Tengok, Yang Berhormat Kuala Kedah dah main politik sebenarnya. Ini kita serius, serius kita membicarakan masalah gaji, kebajikan anggota Polis Diraja kita yang berjasa kepada negara selama 205 tahun.
Jadi, dengan ini Tuan Pengerusi, saya harap perkara ini mendapat perhatian JPA dan jangan sekali-kali JPA membuat alasan. Alasan, alasan, alasan! Kita dah muak dengar gaji polis ini dah lebih daripada 15 tahun tergantung-gantung, berbahaya Tuan Pengerusi kalau benda yang tergantung-gantung ini tidak ada penyudahan. Jadi, saya harap benda ini dapat diselesaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Pengerusi, yang pertama saya mahu sebut mengenai Maksud Bekalan 6, Jabatan Perdana Menteri, khasnya jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tadi bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular yang menjawab soalan Ahli Parlimen daripada Seremban. Yang Berhormat Menteri kata bahawa perkataan sekular tidak wujud dalam Perlembagaan. Akan tetapi apa yang beliau tertinggal ialah perkataan sekular adalah wujud dalam dokumen-dokumen Constitutional yang dibuat untuk Perlembagaan kita. Sungguhpun apabila menjawab Yang Berhormat daripada Seremban bahawa dia tidak boleh pasti sama ada Perdana Menteri yang pertama dan khasnya ketiga, adalah mengumumkan bahawa Malaysia sebuah negara sekular. Dia kata dia tidak pasti tetapi di sini saya boleh memberi dokumen-dokumen atau bukti-bukti untuk beliau check. Saya rasa sangat hairan kenapa Yang Berhormat sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri tidak tahu.
Pertama ialah bahawa dalam 8 Februari 1983, apabila Allahyarham Tunku Abdul Rahman meraikan hari jadi ke-80, ada satu jamuan raksasa yang dihadiri oleh semua pemimpin Barisan Nasional termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang.
Ada di muka depan The Star yang diberi tajuk, tajuknya ialah 9 Februari 1983, “The Tunku turns 80, don’t make Malaysia an Islamic state”. Itu yang pertama.
Kedua ialah dua minggu kemudian, Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn yang memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dan ini pun keluar dalam The Star, 13 Februari 1983 dan tajuknya ialah “Hussein says no to Islamic state too”. Itulah dua-dua bukti.
Ketiga ialah Reed Commission yang sangat jelas kata bahawa, Reed Commission 1997, paragraph 169 yang sangat jelas kata bahawa- Constitution for Malaysia bahawa ialah sebuah negara sekular.
Keempat, Cobbold Commission mengenai penubuhan Persekutuan Malaysia di mana sangat jelas di mana dua anggota Kerajaan Malaysia, masa itu Tan Sri Ghazali Shafie dan Wong Pau Nie ada untuk menjamin rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kedudukan yang akan diadakan di Malaysia, bererti bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Ini semua dalam dokumen-dokumen Perlembagaan dan kenapa sekarang Yang Berhormat Menteri kata bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Macam Tunku kata bahawa, “Malaysia was set-up as a secular state, Islam as the official religion and this was enshrined in the Constitution which must be respected and adhered to”. Itulah keadaan yang sebenarnya. Kita secular state tetapi dengan Islam agama Persekutuan, itu perkara yang pertama.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sambung petang.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis ditangguhkan hingga 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa.]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, pada peringkat Jawatankuasa lazimnya kita berbahas untuk had masa 10 minit. Tidak apalah, selepas ini 10 minit dan saya ingin maklumkan bahawa jika ramai yang ingin berucap kita akan hadkan masa sehingga jam 5 petang sebelum Menteri menjawab untuk kementerian ini. Masa 10 minit Yang Berhormat ya? Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, semalam apa yang berlaku dalam conference MCA yang menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional yang mereka tidak menghargai betapa penting mengenai perpaduan negara dan sangat jelas bahawa ada satu muafakat yang dicapai antara pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA bahawa mereka boleh masing-masing menggunakan fitnah dan dusta untuk menakutkan pengundi-pengundi untuk MCA, pengundi-pengundi orang Cina, untuk UMNO, pengundi-pengundi orang Melayu supaya mereka boleh mempertahankan kuasa dalam PRU-13.
Sebagai contoh semalam kita dengar Presiden MCA berkata bahawa DAP berjaya untuk meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Itu satu lagi penipuan besar. Sebenarnya itu pembohongan.
Kita tidak pernah cakap begitu oleh kerana pendirian DAP mengenai hudud itu sangat jelas.
Akan tetapi pembohongan ini dikeluarkan khasnya apabila Presiden MCA kata bahawa negara amal hudud antara paling korup. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO bersetuju?
Sebenarnya kalau kita ikut Index Transparency International dalam 17 tahun ini yang menunjukkan bahawa dahulu apabila pada mulanya tahun 1996 Malaysia mendahului negara-negara OIC dalam ranking Transparency International CPI tetapi sekarang kita sudah kalah kepada enam negara OIC. Dahulu tahun 1996 Malaysia menduduki tangga 26.
Kita mendahului Jordan di tahap 30, Turki tahap 33, Egypt 41 - kita 26.
Sekarang 2011 Malaysia sudah jatuh ke tempat 60, Qatar menduduki tempat 22, UAE 28, Bahrain 46, Oman 50, Kuwait 54, Jordan 56, Saudi Arabia 57. Apa sebabnya? Apa sebabnya Malaysia lebih korup bukan sahaja lepas 17 tahun, selepas tiga tahun setengah pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi juga lebih korup berbanding dengan negara-negara OIC. Kita perlukan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri khasnya apabila beliau baru-baru ini ada mempengerusikan satu taklimat oleh Jeffrey Sachs mengenai tiada akauntabiliti khasnya laundered funds.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sebelum saya sebut mengenai laundered funds RM40 juta di Hong Kong, di sini saya mahu sebut mengenai satu perkara iaitu di mana Yang Berhormat Menteri pada minggu lalu ada menyebut mengenai RM40 juta wang yang di seludup daripada Hong Kong bukan untuk Ketua Menteri Sabah tetapi untuk UMNO Sabah. Kita ada lagi satu kes mengenai RM40 juta iaitu kes Rahim Tamby Chik. Oleh kerana saya ada bangkit hal ini dalam Parlimen tahun lalu dan saya ada tanya mengenai kes ini sama ada Peguam Negara mempunyai kuasa untuk indemnify kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan politik.
Oleh kerana dalam kes ini kita dapati bahawa mengikut Pengarah CID yang menyiasat laporan yang dibuat oleh Yang Berhormat daripada Permatang Pauh mengenai kes Rahim Tamby Chik di mana masa itu ACA ada kumpul cukup bukti bahawa ada prima facie kes beliau ada melakukan kesalahan oleh kerana ada RM40 juta wang dan saham bernilai RM40 juta. Akhirnya oleh kerana beliau bersetuju untuk meletak jawatan daripada semua kedudukan politik, beliau dilepaskan dan tidak didakwa.
Saya ada bangkitkan hal ini dalam Dewan yang mulia ini tahun lalu sama ada Peguam Negara berhak lepaskan wang rakyat RM40 juta sebegitu mudah untuk Rahim Tamby Chik menikmati tanpa sebarang tindakan. Adakah ini sesuatu yang adil kepada rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperoleh harta sedemikian banyak menerusi salah guna kuasa dan rasuah.
Saya mahu tanya masa itu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan beliau kata bahawa Peguam Negara tidak ada kuasa untuk indemnify sesiapa yang ada kelakuan jenayah tetapi dia meminta masa untuk siasat supaya boleh jawab mengenai khasnya tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Dato’ Mat Zain bahawa Rahim Tamby Chik tidak didakwa oleh kerana beliau sudah bersetuju untuk resign daripada semua jawatan politik. Akan tetapi saya mahu tahu apa yang berlaku kepada RM40 juta itu? What has happen that RM40 million kekayaan, sama ada ia ada dikembalikan kepada Rahim Tamby Chik atau sama ada ia ada menjadi satu derma kepada UMNO Melaka, sama ada ia ada diconfiscated oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Saya harap Yang Berhormat Menteri nanti boleh memberi jawapan. Akan tetapi mengenai kes RM40 juta yang di seludup daripada Hong Kong empat tahun dahulu Robert Chia timber trader Sabah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kita mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa jawapan sudah beri dalam Parlimen mengenai kes ini sama ada itu smuggle money atau launder money.
Mana ada? Mana ada itu jawapan. Apa yang kita diberitahu dalam jawapan bertulis ialah bahawa tidak ada unsur-undur korupsi oleh kerana wang itu bukan untuk kegunaan sendiri Datuk Sri Musa Aman tetapi untuk UMNO Sabah.
Ada dua soalan di sini, yang pertama ialah adakah amaun itu ialah antara transaksi korupsi digunakan untuk corruption? Kita mahu tahu, adakah kes ini sudah tutup?
Yang saya dapati bahawa kes ini belum ditutup. Saya harap Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri boleh memberi satu jawapan yang jelas oleh kerana mengikut sumber saya bahawa SPRM masih siasat kes ini. Adakah ini benar? Adakah SPRM buat pengumuman bahawa kes itu ditutup? Sungguhpun Peguam Negara mahu tutup perkara ini, mungkin.
Soalan kedua ialah wang itu sebanyak RM40 juta. Adakah wang itu dirty money?
Wang yang kotor oleh kerana ia dari punca-punca kickback timber lodging di Sabah? Kita mendapati bahawa SPRM sudah pernah berkata bahawa mereka akan siasat atas apa-apa maklumat yang ada mengenai rasuah. Kita tahu dalam internet ada banyak maklumat- maklumat yang diberi mengenai akaun-akuan di luar negara. UBS Switzerland digunakan, Hong Kong Shanghai Bank- Singapura, digunakan di Hong Kong, di Singapura, di mana wang kickback timber berpuluh-puluh juta USD ada digunakan, boleh diperiksa, boleh di trace masuk akaun, digunakan untuk keluarga Ketua Menteri Sabah. Adakah ini disiasat oleh SPRM dan kenapa Malaysia SPRM enggan memberi kerjasama kepada ICAC dalam siasatan ini?
ICAC Hong Kong yang ada meminta Mutual Assistance in the Criminal Matter Act
(MACMA) daripada Hong Kong ke Switzerland untuk siasat mengenai akaun-akaun di Switzerland yang melibatkan Ketua Menteri Sabah. Saya mahu tahu kenapa. Kenapa SPRM atau authority Malaysia tidak meminta kerjasama daripada pihak Switzerland kalau authority Malaysia kalau Kerajaan Malaysia jujur dan ikhlas mahu siasat dalam perkara ini.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini kerana sampai sekarang, tidak ada dan pihak berkuasa dalam Switzerland ada kata bahawa mereka rela bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia kalau ada lah satu permohonan dibuat untuk memberi bantuan, untuk check akaun-akaun yang ada dalam Switzerland.
Ini menunjukkan bahawa tidak ada tulus dan tidak ada keikhlasan dalam usaha untuk membanteras rasuah dan sebab itu kita melihat keadaan yang begitu buruk mengenai tahap rasuah di negara kita. Lagi satu perkara yang saya mahu bangkit ialah khasnya yang terkandung dalam surat terbuka yang ada dibuat oleh Datuk Mat Zain khasnya dalam bulan lalu. Surat tersebut ialah mengenai salah guna kuasa, mengenai penyelewengan yang melibatkan bukan sahaja IGP yang dahulu tetapi bekas Perdana Menteri.
Di sini dengan cepat saya mahu petik apa yang dalam surat terbuka ini oleh kerana surat mustahak ialah khasnya mengenai kes salah guna kuasa terhadap Tun Mahathir. Melihat daripada kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir berkaitan kes salah guna kuasa terhadap beliau yang terbit daripada keterangan Datuk Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah BPR berkaitan serbuan BPR ke pejabat bekas Ketua Pengarah EPU, Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaiman. Nampaknya seolah-olah Tun Dr. Mahathir yakin atau telah diyakinkan untuk mempercayai bahawa siasatan kes berkenaan terhadap beliau telah ditutup.
Paling jelas ialah kenyataan Tun Mahathir sendiri dalam A Doctor In The House:
The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad, page 695 bersamaan dengan bab 53, muka surat 825 dalam Doktor Umum. “Sepertimana yang kita sedia maklum, saya ialah Datuk Zain yang bertanggungjawab menyelia sepenuhnya penyiasatan kes terhadap mantan Perdana Menteri itu ketika bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Saya menarik perhatian kepada kenyataan rasmi kedua-dua, Gani Patail Peguam Negara dan Musa Hassan ketika itu masih Ketua Polis Negara pada 9 April 2008 yang dilaporkan antaranya akhbar NST dan The Star. Kedua-duanya, Gani dan Musa saling sah mengesahkan bahawa kertas siasatan kes salah guna kuasa terhadap Tun Dr. Mahathir itu telah diteliti dan ditutup oleh Allahyarham Mokhtar Abdullah Peguam Negara ketika itu pada sekitar bulan Februari 2000.
Berpandukan kepada kenyataan mereka berdua itu, saya menyatakan bahawa siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir dalam kes salah guna kuasa itu tidak boleh dianggap telah ditutup, sebaliknya masih terbuka. Mana mungkin kertas siasatan tersebut diteliti dan ditutup pada Februari 2000 sedangkan Shafie Yahya hanya memberi keterangan di mahkamah pada 12 Jun 2000 dan laporan polis dibuat terhadap Tun Dr. Mahathir bersabit Tun H.S. Lee report 14752/2000 pada 13 Jun 2000. Kertas siasatan KLIP pula dibuka pada 13 Jun 2000 manakala laporan-laporan awam terhadap Tun Mahathir yang diambil kira dalam kertas siasatan tersebut ialah yang dibuat pada 22 Julai 2000 oleh seorang peniaga dari Kota Tinggi, Johor. Kertas siasatan itu pula hanya dikemukakan kepada Peguam Negara pada pertengahan bulan November 2000.
Polis Kuala Lumpur pula telah mencadangkan siasatan itu ditangguhkan setakat itu dahulu untuk menunggu keterangan baru ataupun apabila Shafie Yahya sendiri membuat laporan polis mengenainya dan mengemukakan keterangan tambahan.
Berdasarkan kepada urutan peristiwa di atas, jelas bahawa bukan Gani Patail dan Musa Hassan berpakat untuk memperdayakan Tun Dr. Mahathir, malahan telah menipu rakyat berkaitan dengan status penyiasatan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa terhadap Perdana Menteri Malaysia ketika itu.” Lebih mengharukan, mereka berdua sanggup menolak beban kepada orang yang telah meninggal dunia untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Inilah apa yang mustahak bahawa kes ini perlulah dibuka semula dan saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri sama ada kerajaan bersetuju bahawa kes-kes macam ini, penyelewengan yang menunjukkan bahawa Peguam Negara sendiri pun ada melakukan, bersabit dengan kes-kes jenayah, sama ada satu tribunal judicial boleh ditubuhkan supaya kepercayaan orang ramai terhadap keutuhan, kebebasan profesionalisme peguam terutama Peguam Negara boleh dipulihkan. Ini kerana kalau tidak tentulah kita tidak boleh dapat kepercayaan orang ramai terhadap apa-apa transformasi kerajaan yang dilaung- laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak banyak bercakap Tuan Pengerusi, cuma saya ingin melihat kepada B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sebanyak RM251 juta untuk mengurus. Isu yang dibawa, saya mendengar dengan teliti tadi yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur mengenai beberapa insiden rasuah kononnya yang dikatakan oleh beliau begitu teruk rasuah di Malaysia ini. Saya mengambil pandangan beginilah Tuan Pengerusi. Pertamanya, Yang Berhormat Ipoh Timur ini dia tahu bahawa Corruption Perception Index ini adalah satu indeks yang dikaji mengikut persepsi masyarakat sesuatu tempat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dalam hal itu, amat penting untuk beliau sentiasa membuka mulut untuk bercakap tentang corruption walaupun corruption tidak ada kerana apabila beliau bercakap tentang korupsi, setiap orang dalam surat khabar, di dalam blog dan berbagai-bagai tohmahan yang dibuat, pandangan masyarakat terhadap corruption di negara ini akan ditafsirkan dalam bentuk nombor CPI tersebut. Oleh sebab itu saya katakan Tuan Pengerusi, beliau tidak mahu melihat indeks yang lain, indeks-indeks lain yang merupakan lebih baik daripada CPI.
Kenapa beliau setiap kali mengatakan tentang CPI? Oleh kerana ini adalah senjata politik yang utama untuk beliau.
Saya pernah mengkaji Tuan Pengerusi, saya juga mengkaji. Ada tahun-tahun di mana Yang Berhormat Ipoh Timur tidak berada di dalam Parlimen ini dan menggunakan imunitinya di dalam Parlimen ini dan tidak bercakap tentang rasuah, sebenarnya CPI kita dalam keadaan yang baik. Akan tetapi apabila beliau berada kembali di dalam Parlimen bercakap dengan menyalahgunakan imuniti yang diberi kepada beliau, sentiasa membuka mulut, itu sebabnya CPI kita tidak begitu memberangsangkan.
Oleh sebab itu CPI ini Tuan Pengerusi, kita baru dengar dua minggu yang lepas dalam satu persidangan antarabangsa mengenai rasuah, United Nations pun mengatakan CPI ini bukan lagi satu indeks yang sesuai diguna pakai sekarang ini kerana ia diguna oleh semua orang terutamanya orang-orang politik untuk menyerang parti lawan. Ini bukan kita yang kata, ini pegawai-pegawai yang menggunakan CPI ini dan melihat bagaimana CPI ini dapat membantu negara-negara lain. Mereka sudah buat kajian. CPI ini walaupun kita ambil sebagai satu indeks, dia tidak boleh berdiri atas dirinya sendiri. Ia mesti dikolaborasikan dengan usaha kerajaan yang lain, indeks-indeks yang lain.
Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur saya faham, dia hanya mahu menceritakan tentang CPI kerana itulah sahaja senjatanya. Apa yang dibuat oleh SPRM tidak mahu diiktiraf. Apa yang dikatakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap usaha kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini untuk menghapuskan rasuah tidak boleh dipakai langsung oleh beliau. Ini politik. Ini sebabnya saya katakan ini politik.
Dia sebut tentang isu insiden duit RM40 juta yang melibatkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. It is very clear bahawa duit itu adalah untuk political funding. It is very clear dikatakan political funding. Saya hendak beritahu Tuan Pengerusi, tidak betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa MACC mendesak ICAC untuk menggugurkan atau mempengaruhi ICAC dalam penyiasatan mereka.
Kita tahu ICAC pernah pergi ke Sabah. Pegawai-pegawai ICAC daripada Hong Kong turun ke negeri Sabah dua tahun menyiasat kes ini. Mereka turun ke negeri Sabah, mereka berjumpa dengan pemimpin-pemimpin politik negeri Sabah termasuk juga Ketua Menteri Sabah dan menyiasat. Tidak ada seorang pun yang meminta ICAC Hong Kong untuk tidak menyiasat. That is a fact. Itu sebabnya Yang Berhormat Ipoh Timur hanya menggunakan isu ini hanya untuk politik. Pegawai-pegawai UMNO Sabah disiasat oleh pegawai-pegawai ICAC. Tidak pernah MACC atau SPRM kata, “Oh, tidak boleh datang.” Mereka datang dan menyiasat sedalam-dalamnya. Apabila ada bukti-bukti yang nyata yang menyatakan ini adalah political funding, maka ICAC kata, “Okay, it is a political funding.” Itu sebabnya dalam artikel saya, saya katakan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Timur ini masalahnya dia tutup mata sebelah. Kawan beliau- ada dalam artikel saya.
Parti beliau ada RM3.5 juta ibu pejabat di Pulau Pinang. Dalam dua tahun dapat spanking new, brand new multi million ringgit. Kalau saya tanya, saya tanya kepada Twitter...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hendak bertanya Yang Berhormat?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Mengangguk]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Satu soalan sahaja. Saya dengar dan saya baca artikel daripada Yang Berhormat Kota Belud yang diterbitkan dalam MalaysiaKini. Saya ada satu soalan sahaja. Mengapa wang ini masuk ke dalam Sabah dengan wang asing, wang Singapura yang berasal daripada Swiss Bank melalui Hong Kong? Mengapa ada keadaan sebegini? Is this foreign funding for UMNO?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, inilah masalahnya.
Yang Berhormat selalu mendengar MalaysiaKini, TMI, Malaysia Chronicles dan juga Yang Berhormat Ipoh timur. Tidak ada smuggling yang berlaku, Yang Berhormat. There is no physical cash. Duduk sekejap. There is no physical cash. Saya ulang sekali lagi. Tidak ada penyeludupan wang ringgit secara fizikal, Tuan Pengerusi. Malah, Michael Chia itu sendiri tidak pernah ditangkap di lapangan terbang.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Singapore Dollar- bukan Singapore Dollar?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekejap, sekejap. Tidak pernah ditangkap di lapangan terbang. Tidak pernah membawa beg banyak dengan jutaan ringgit di dalam beg tersebut hendak di seludup bawa ke negeri Sabah. Ini adalah permainan imaginasi Yang Berhormat Ipoh Timur. It is never happened. Saya ulang sekali lagi. Tidak pernah terjadi Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong dengan wang, duit berjuta-juta ringgit di dalam beg seperti yang selalu dikatakan oleh kawan-kawan kita dari pihak pembangkang. Tidak pernah terjadi. Malah, individu bernama Michael Chia ini pun tidak didakwa oleh ICAC. This is a fact.
Now, if you say kalau mengatakan duit itu dalam Singapore dollar atau apa semua, itu tidak betul. It is not right. Dia masuk ke dalam akaun UMNO Sabah, that is the fact. Kita tidak nafikan wang itu masuk dalam akaun UMNO Sabah. We are transparent about that. It is okay. Akan tetapi yang kita tidak mahu mengatakan ialah cerita-cerita daripada Yang Berhormat Ipoh Timur yang mengatakan ini adalah rasuah, dibawa di dalam beg, di dalam airport, ini tidak betul. Itu cuma imaginasi liar beliau.
Oleh sebab itu saya katakan kalau beliau betul-betul mahu membantu kita dalam isu political funding ini, dia tanyalah kepada Pakatan Rakyat, kepada Keadilan. I asked specifically di dalam artikel saya bagaimana Keadilan boleh menjalankan operasi mereka dengan ada cabang dalam, kalau tidak pun 220 Parliamentary Seats. We want to know. If you want to be transparent, be open.
Saya tahu, saya baca banyak Hansard, Tuan Pengerusi. Setiap kali Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri dahulu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, apa yang tidak dikatakan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh?
Rasuah, salah guna kuasa. Akan tetapi masuk sahaja sebelah sana, diam. What kind of integrity you have, dengan izin? What? Pernah tanya apakah selepas itu Yang Berhormat Permatang Pauh sudah bersih semuanya? It is a laughable matter dengan izin. So, itu yang saya katakan tadi, sebabnya adalah untuk politik. Saya faham.
Rakyat mesti faham ini bahawa apa yang keluar dari cerita-cerita mengenai RM40 juta ini adalah lebih kepada politik. ICAC, saya sendiri tahu bahawa dengan secara faktanya bahawa ICAC Hong Kong menyiasat kes ini sampai mereka ke Sabah. Semua pegawai- pegawai dia, dokumen dicheck. Semuanya dalam keadaan teratur, Tuan Pengerusi. Jadi saya minta Yang Berhormat supaya faham bahawa ini adalah permainan politik terutamanya daripada Yang Berhormat Ipoh Timur yang tidak mempunyai integriti dan kredibiliti dalam soal tuduhan rasuah ini kerana dahulu sebelah sana itu dituduh, sekarang ini dipeluk dalam keadaan... Sila Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya hendak tanya kalau benar seperti apa yang Yang Berhormat Kota Belud katakan tadi bahawa langsung tidak ada transaksi dari luar negeri, Michael Chia tidak ditangkap di Hong Kong, tiada wang tunai diterima, apa sebabnya ICAC Hong Kong terlibat dalam kes ini kalau wang terus masuk ke dalam bank akaun Sabah, kalau tidak melalui Hong Kong?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat. Yang Berhormat mungkin sudah lupa. Akan tetapi saya tengok Yang Berhormat ini masih muda. Jangan buat macam Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat PJ Utara. Yang Berhormat mesti ingat, ICAC menyiasat isu ini kerana Ketua Pemuda PKR pergi ke Hong Kong membuat aduan. Dia datang bawa dokumen pergi ke Hong Kong, buat press conferences, walau itu pun salah sebenarnya Tuan Pengerusi, membuat aduan terhadap Yang Amat Berhormat Tan Sri Musa Aman di Hong Kong dengan mengatakan duit ini duit rasuah.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kemudian ICAC sebagai agensi yang menyiasat seperti juga SPRM, apabila ada aduan, dia menyiasat. Dia menyiasat bermula daripada aduan yang dibuat oleh Shamsul.
Minta maaf bukan saya hendak kata dia pendek. Itu definisilah, yang rendah-rendah, sorry.
Dia bermula daripada itu. Dia datang ke situ, dia pergi ke Hong Kong, dia hempas fail depan ICAC, dia kata rasuah. The Chief Minister of Sabah is rasuah. That how it is started Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya katakan ini semua permainan politik, tetapi orang Sabah faham bagaimana caranya.
You know Tuan Pengerusi, kita baru-baru ini minggu lepas, hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah mengumumkan Belanjawan Kerajaan Negeri Sabah yang tertinggi dalam sejarah RM4.08 bilion. Hendak campurkan Selangor dengan Pulau Pinang, combine pun tak boleh lawan negeri Sabah. You know, tak boleh lawan. Dengan duit yang ada, dengan duit reserve kita tak boleh lawan. Itulah saya katakan tadi. Apabila ini digunakan hanya untuk mainan politik, sedap didengar tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai seorang yang grant all politicians (GOP). Yang Berhormat Pasir Salak pula. Okey.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Tadi pagi kita dengar Ketua Pembangkang sebut Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak duit. Baki surplus bilion-bilion tetapi kenapa pula bajet dia sedikit dibandingkan dengan Sabah? Sabah boleh ada state budget yang begitu besar. Dia simpan duit untuk apa itu?... [Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sambung. Yang Berhormat Kota Belud, sama juga saya dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Tadi Ketua Pembangkang ada sebut hal Kelantan. Dia kata pendapatan Kelantan lebih baik daripada Sabah. Saya pun nak terkencing tadi... [Ketawa] Macam mana dia kira saya pun tak tahulah. Mungkin pendapatan yang tinggi itu yang dimaksudkan yang menyebabkan rakyat Kelantan beratus-ribu berhijrah keluar Kelantan ataupun banyak masalah terbengkalai. Saya tak tahulah ukuran peningkatan pendapatan sebuah negeri ataupun kesejahteraan rakyat itu yang patut diambil kira. Sekian, terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, ini dua orang pakar ekonomi Barisan Nasional yang mahu, yang kita faham dapat merasai denyut nadi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Pasir Mas Bebas. Masih Bebas Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Oh ya minta maaf. Dia BEBAS tetapi dia sayang pada Barisan. Mereka ini lebih faham tentang teori ekonomi dan perasaan rakyat. Mereka tahu. Tuan Pengerusi, saya sangat bersetuju. Kalau cakap tentang Pulau Pinang ini, ini subjek metal saya yang paling saya sukalah. Saya beritahu Tuan Pengerusi just untuk ini. Sebenarnya bajet negeri Pulau Pinang ini untuk dua tahun yang pertama, tahun 2008-2009-2010, sebenarnya mereka banyak jual tanah, conversion tanah.
Itu sebabnya salah satu punca income untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. It’s a fact. Boleh tengok, kita buat kajian. Kerajaan Pulau Pinang kebanyakannya, sumbernya adalah dengan menjual tanah dan juga conversion ratelah. Bukannya kehebatan ‘Guanomics’, Yang Amat Berhormat Bagan punya economy theory. Dia kira hutang pun dia tak tahu. Kerajaan Persekutuan ambil hutang itu dengan ikhlas. Ambil hutang Kerajaan Pulau Pinang RM600 juta dia katakan, “Oh, itu saya punya kepandaian”. Ini teori sebegini tak boleh pakai.
Jadi Tuan Pengerusi, cuma satu sahaja yang saya ingin terakhirlah tentang ICAC ini. Saya melihat dan mendengar bagaimana rakan-rakan di dalam Parlimen ini sentiasa – terutamanya pembangkang.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dulu mengatakan, “Oh, ICAC ini adalah satu agensi yang harus kita hormati”, “Hong Kong is the best”, “Kenapa kita tidak ikut Hong Kong?”, “Kenapa Malaysia, SPRM tidak mempelajari cara Hong Kong menangani isu ataupun membuat investigation?” Hari ini ICAC dengan terma dan juga cara metodologi penyiasatan mereka telah melepaskan dan juga telah membuktikan bahawa tidak ada kes rasuah di dalam isu RM40 juta yang masuk ke dalam UMNO Sabah. Kenapa hari ini pula pihak di sebelah sana tidak mengiktiraf keputusan ICAC? Jawabnya senang Tuan Pengerusi, politik 24 jam. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas dulu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk pertamanya urusan Parlimen 010000 di bawah 030100, secara ringkas. Sekarang ini bangunan baru sedang dibuat renovation untuk penambahbaikan. Cuma cadangan saya kalau boleh Tuan Pengerusi, hendak cadangkan pada pihak kerajaan, pos kawalan keselamatan di luar sekarang sempena dengan perubahan yang dibuat pada bangunan asal supaya dipindah, dianjak ke depan iaitu di cabang selekoh, tidak tempat sekarang.
Ini kerana akhir-akhir ini saya tengok sudah menjadi budaya sudah. Setiap kali Parlimen, ada kumpulan-kumpulan menunjuk perasaan. Tidak menjadi salah, sekarang ini kerajaan terbuka. Akan tetapi saya tengok gangguan dan mungkin timbul masalah dari segi keselamatan. Jadi di atas jejambat itu, kalau dianjaknya pos keselamatan itu di tempat di depan cabang yang saya sebutkan tadi, jadi mungkin dapat dikawal dan kalau mereka hendak berhimpun, mereka boleh berhimpun di Padang Merbok ataupun di Lake Garden supaya tidak berhimpun di tepi jalan. Jadi, elok sangat kalau boleh pos keselamatan itu dipindah, dibawa ke depan supaya kosong laluan. Ia tidak ada gangguan jalan hendak masuk ke Parlimen.
Perkara seterusnya Tuan Pengerusi, saya nak merujuk kepada Jabatan Audit, 020400 - Pengauditan Akaun Kerajaan Negeri. Tadi Kota Belud sudah respons pada apa yang saya bangkit sedikit hal Kelantan sebab disebut oleh Ketua Pembangkang apabila beliau merujuk kepada Ketua Audit Negara. Tuan Pengerusi, dalam Laporan Audit yang mungkin Ketua Pembangkang tak baca sebagaimana dia tuduh Perdana Menteri tak baca Laporan Audit. Itu tuduhan dia dengan mengatakan bila Perdana Menteri menyebut kalau Pakatan Rakyat memerintah boleh jadi bankrap. Dia kata tak baca Laporan Audit sehingga dia kata Perdana Menteri ini mulut celopar. Mungkin pandangan saya kalau nak sebut celopar, Ketua Pembangkang lagi celoparnya, 10 kali ganda celoparnya kalau ikut rekodnya. Saya menyatakan demikian sebab dalam Laporan Audit disebut dua tiga agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembangunan Lembah Sirih, saya hendak minta nanti dijawab. Pembangunan Lembah Sirih yang di mana perjanjian di antara pemaju dengan kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak mendapat imbuhan yang sepatutnya yang diserah tanah 400 ekar, diambil tanah-tanah petani, dibayar pampasan setakat RM5,000. Menangis air mata setengah- setengah petani di bawah kawasan Lembah Sirih. Kemudian sekarang ini sudah diturun kepada 200 ekar lebih, tetapi imbuhan kepada kerajaan negeri tidak seberapa. Pihak kerajaan negeri sendiri pernah melantik juruaudit bebas untuk membuat kajian dan mendapatkan laporan. Bila pihak Jabatan Audit Negara minta Laporan Audit bebas ini, tetapi mereka tidak serah. Mereka sembunyi laporan tersebut.
Bagaimana bila sebuah kerajaan negeri yang bercakap soal ketelusan, good governance, apatah lagi atas prinsip-prinsip Islam tetapi cara mengurus dan pentadbiran negeri banyak lintang pukang sehingga hasil negeri turut terjejas. Ini tidak dibesarkan. Maka bila mereka tak dapat duit, mereka besarkan isu-isu lain. Akan tetapi perkara ini yang saya lihat begitu lumayannya, begitu berharganya tanah yang begitu cantik di bawah Jambatan Sultan Yahya yang dikatakan pembuangan Lembah Sirih ini. Begitu juga cerita ladang rakyat. Juga ditegur oleh pihak Audit Negara tetapi tak disebut oleh Ketua Pembangkang.
Dia sebut sedikit-sedikit sahaja yang kiranya ada kelemahan tetapi masalah pembangunan ladang rakyat, ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan Tuan Pengerusi. Saya hendak minta komen daripada Yang Berhormat Pasir Mas satu perkara.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
FELCRA telah menyerahkan balik tanah ladang kelapa sawit seluas 10,000 ekar kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana mereka tidak memberi nama peserta-peserta dalam rancangan itu sehingga berpuluh-puluh tahun dan menggunakan alasan bahawa tak ada peserta, tolong beri balik tanah itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya menandatangani perjanjian tahun 2010. Sebanyak 10,000 ekar bernilai RM300 juta dibangunkan oleh FELCRA, serah balik dengan percuma. Saya hendak tanya, tanah itu mana perginya? Satu. Keduanya, dia menghasilkan setiap tahun hasil berpuluh- puluh juta daripada ladang yang bernilai RM300 juta ini. Mana pergi hasil puluh-puluh juta itu? Dia beri kepada rakyat ataupun masuk ke mana.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mungkin Yang Berhormat tahu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itulah yang saya bangkitkan. Maknanya Yang Berhormat Pasir Salak pun tahu maklumat. Jadi, contohnya ladang rakyat, saya hendak beritahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Betul! Itu yang ditegur oleh Ketua Audit Negara.
Tanah rakyat yang diterokai begitu lama diambil tanah-tanah ini, diserah kepada ladang rakyat, maka dicagar kepada syarikat-syarikat tertentu termasuk syarikat bukan bumiputera.
Saya bukan anti syarikat bumiputera, tidak. Akan tetapi saya hendak ikut Perlembagaan. Saya hendak sebut contoh supaya Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, saya ada maklumat. Saya hendak sebut sebahagian daripada maklumat yang saya dapat, sehingga tanah-tanah ini yang bertaraf rizab Melayu. Walaupun dia kata tidak bertukar tangan tetapi tempoh perjanjian sampai 50-60 tahun. Ini saya hendak sebut Tuan Pengerusi. “Berikut adalah tanah simpanan Melayu mempunyai kelulusan lebih kurang 3,000 ekar, sebahagian daripada setitik air dalam lautan. Lot PT4503, HSD1093, Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, Kelantan; Lot PT4985, HSD988, Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, Kelantan; Lot PT4986, HSD989, Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, Kelantan; dan Lot PT4987 HSD990, Mukim Ulu Nenggiri, Gua Musang, Kelantan”.
Tanah tersebut dimiliki oleh syarikat Telimon Sendirian Berhad dan anak-anak syarikatnya, 100 peratus bukan Melayu. Saya ada maklumat dan ada carian mengenai syarikat tersebut. Saya boleh tunjuk maklumat-maklumat ini. Ini tak disebut oleh Ketua Pembangkang. Banyak lagi perkara-perkara lain, ada maklumat-maklumat ini yang saya difahamkan perkara-perkara ini telah dihantar kepada Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, kepada mereka-mereka yang berkenaan. Panjanglah, saya tidak mahu habiskan masa, cuma saya hendak sebut contoh, bahawa ini fakta.
Jadi saya hendak minta Ketua Audit Negara supaya Kerajaan Pusat walaupun urusan-urusan ini, kerajaan negeri tetapi dari segi pengauditannya ada kuasa Ketua Audit Negara supaya mendedahkan perkara ini dengan lebih- selain daripada apa yang telah pun disebut dalam audit oleh Ketua Audit Negara dan ini disembunyikan. Kalau- bukan saya hendak pertahankan kerajaan, tidak. Akan tetapi bila timbul masalah di kalangan Kerajaan Pusat, ada sedikit sahaja, macam hendak runtuh langit ini dibuatnya.
Hah! Ini- jadi, biarlah imbang seperti kata Yang Berhormat Kota Belud tadi, kita telus. Kita bukan memihak kepada mana-mana. We just want the fact, we just want the truth. Janganlah segala-galanya tak baik. Sebab ini kenyataan. Itu baru ladang rakyat, cerita pembangunan Lembah Sireh. Lain-lain banyak lagi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak tanya sedikit.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Selangor macam mana pula, Selangor?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Selangor lagi...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cuba cerita sedikit.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Semalam saya hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perkasa Negeri Selangor. Dekat 1,500 orang saya dengar rungutan mereka macam-macam. Saya tak nak- boleh saya hendak senaraikanlah tetapi ada setengah-setengah itu sensitif, kalau sebutkan jadi benda lain. Jadi, Tuan Pengerusi...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Makna, indah khabar dari rupalah. Indah khabar dari rupa, bukan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan Yang Berhormat Pasir Mas.
Ini fasal Selangor, bukan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Indah khabar dari rupalah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Wakil Kelantan tak ada.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Selangor ada, kita boleh jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam... [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Beri laluan? Beri laluan. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Pasir Mas kerana sanggup hendak bawa isu-isu Kerajaan Negeri Selangor ke dalam Dewan Rakyat. Saya rasa memang terlalu amat diperlu untuk lakukan oleh kerana wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional dalam Dewan Undangan Negeri Selangor diam membisu. Dia ada 20, ya bukan satu atau dua.
Sepatutnya, semua isu-isu fasal negeri Selangor ini bawalah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Apa bawa dalam Dewan Rakyat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ketua Pembangkang...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kami sebagai kerajaan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Ketua Pembangkang yang bawa, Ketua Pembangkang yang bawa!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Kalau disiapkan soalan dalam Dewan, seperti mana persoalan-persoalan yang kita kemukakan kepada Kerajaan Pusat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat....
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...In advance kita siapkan.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dan bolehlah jawab. Kalau dekat sini hendak tanya kita manalah kita hendak jawab sekarang secara khusus. Gunakanlah Dewan Undangan Negeri... [Disampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ketua Pembangkang yang bawa...
Datuk Ismail Kasim - Arau
Ini mana ada soalan ini? Tidak ada soalan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Shah Alam cukup.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Ini membebel namanya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Fasal negeri Kelantan, kenapa tidak timbulkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan hendak cakap fasal Selangor. Apa?
ADUN-ADUN Barisan Nasional semua bisukah?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Eh! Saya tanya, saya tanya. Kenapa?
Kenapa dalam Dewan Rakyat hendak buat bising?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini soal Ketua Pembangkang, menyembunyikan perkara-perkara buruk negeri di bawah jajahan dia dan ini yang sedang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Negeri bukan bawah jajahan Pasir Mas.
Kelantan bukan bawah jajahan Pasir Mas.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dewan Undangan Negeri ada bukan, Kelantan? Kenapa wakil rakyat Barisan Nasional tak nak cakap? Membisu?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sini hendak tunjuk hero...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Siapa kata tidak bercakap Yang Berhormat? Saya baca Hansard Dewan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dalam keadaan kita tahu kita tak ada dan tak bersedia untuk hendak jawab kerana semua maklumat tidak ada. Cubalah beri soalan in advance macam kita beri kepada Perdana Menteri.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita boleh jawab semua.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau hendak bahaslah fasal Selangor dan Kelantan...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Nanti sekejap.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dalam Dewan Rakyat kita bersedia.
Akan tetapi beri soalan in advance.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey, terima kasih.
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Yang Berhormat Pasir Mas, Tanah Merah sedikit.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas, sudah habis masa Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih. Saya hendak jawab Yang Berhormat Shah Alam dahulu. Pertama, pihak pembangkang pun kadang-kadang bangkit juga isu-isu di peringkat negeri. Sama juga.
Kedua pula, Yang Berhormat pun orang Johor. Saya orang Pasir Mas, Kelantan tetapi isteri saya orang Selangor... [Ketawa] Sebab itu saya bangkit juga cerita Selangor ini.
Jadi... Tengok, bangun semula... [Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sikit sahaja. Saya hendak maklumkanlah kepada wakil rakyat daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Bila Kerajaan Negeri Selangor bentangkan bajet negeri Selangor, Ketua Pembangkang hilang, lesap.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Tak bahas! Cukup berbeza dengan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Bila dibentangkan bajet untuk Kerajaan Pusat, kita tak cukup masa hendak bahas.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi wakil rakyat daripada Barisan Nasional, Ketua Pembangkangnya kita bentang bajet, lesap. Tengok, duduk dekat kafeteria tengah minum kopi. Kerana apa? Tak mampu hendak bahas.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Sampai terpaksa Yang Berhormat Pasir Mas...
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Bagi pihak...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Bagi pihak isterinya yang orang Selangor hendak bahas dalam Dewan Rakyat.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta maaflah. Suruhlah isteri bertanding dekat Selangor.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Boleh, dia boleh cakap dalam Dewan Undangan Negeri, barulah kita hujah. Ini bukan tempatnyalah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat bukan tak tahu...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Hendak buat sensasi, tidak payahlah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau betul-betul ada fakta, kemukakan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas boleh habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya sudah beri....
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya sudah beri peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam Tuan Pengerusi dan kita dengar Yang Berhormat Shah Alam bercakap tadi. Itu retorik politik... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Retorik politik. Kita sebagai anggota Dewan Rakyat, tak kira di mana kita berada kita bercakap soal benda yang fakta, benda yang benar. Siapa yang rasa panas ini apa fasal?
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Melenting ini apa fasal? Yang panas punggung apa fasal!
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ini Yang Berhormat Tanah Merah pun hendak bercakap, kita bangun nak bagi, ini hendak bercakap apa Yang Berhormat Tanah Merah?
Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah
Hal Kelantan, hal Kelantan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Duduk dahulu, nanti dahulu. Saya hendak selesai dahulu. Saya beri, tak ada hal. Saya tak ada masalah. Duduk dahulu! Tak ada masalah.
Saya hendak selesai bab Selangor ini. Jangan ambil kesempatan, hendak gunakan bola tanggung, hendak libas sana, hendak libas sini semata-mata retorik. Kita bercakap soal fakta, soal kenyataan. Memang Selangor banyak masalah. Selangor ada berbagai-bagai isu yang juga ada kena mengena dengan kaitan dengan seluruh rakyat Malaysia. Itu yang kita bangkitkan. Soal di Selangor, Selangorlah. Yang Berhormat kata wakil rakyat Selangor tak bercakap, tak itu dan ini. Mana kita tahu, saya pun tak hadir. Hah!
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau tak tahu, jangan cakap! Kalau tidak tahu jangan cakap! Inilah masalahnya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dengar ini! Tengok Yang Berhormat! Duduk!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tak tahu tetapi hendak cakap.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Saya tak beri laluan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini masalah dia.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya sudah beri laluan. Ini saya tengah bercakap dia bangun. Saya rasa Yang Berhormat Shah Alam ini sakit, mungkin... [Ketawa] Hah! Bangun lagi itu... [Ketawa] Tengok!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau sakit lagu ini, kalau sihat tak tahulah macam mana. Apa jadi... [Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya relaks sahaja. Saya orang hendak cakap apa pun saya diam. Saya tidak ganggu. Ini memang betul penyakit.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
If you are sick, if you need some help to send you and check akal ini, boleh saya bantu... [Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebab memang saya tengok Yang Berhormat Shah Alam lama sudah sakit ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kenapa? Orang yang sakit dia kenallah siapa sakit. Betul tidak?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kamu sudah lama sakit?... [Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tengok!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskanlah Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi semua orang boleh tengok termasuk tetamu- tetamu di atas pun boleh tengok, melenting. Bila sebut melenting, sebut melenting. Orang melenting ini orang yang sakit... [Ketawa] Orang sakit. So I’m very feel sorry for you brother.
Jadi apabila disentuh tentang Selangor terus melenting hendak defense, bagilah orang bercakap. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam pilihan raya ini nanti tentu rakyat Selangor akan sokong Pakatan Rakyat. So you don’t have to worry about that. So tidak worry apa kejap bangun pula... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas masa sudah habis.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Why are we worried? We are waiting for election.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bubarkanlah Parlimen.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Worried.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bubarkanlah Parlimen, we are not worried, we’re waiting... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas habiskan Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sudah beruban dah menanti. Janggut sudah beruban.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dok tunggu pilihan raya. Tidak berlaku- laku pun.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Bila-bila pun boleh.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Tunggu apa? Saya membaca kenyataan baru- baru ini apabila ada ura-ura hendak bubar Dewan Rakyat, oh Selangor tak nak buat bubar, hendak buat berasingan. Itu menunjukkan Selangor takut.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas, saya minta habiskan Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia, fasal dia hendak berdialog dengan saya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payahlah Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Selangor takut... [Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia cakap dia hendak saya jawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia teringin saya jawab. Cara dia...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Ya habiskan Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey, saya rasa saya sudah bagi banyak peluang.
Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam, saya pun hendak sambung ucapan saya ini. But anyway just feel good, cool, patient, more articulate...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Then we will more respected, dengan izin, kepada Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih. Tuan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sudah habis masa lah Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 050400 - Darul Quran. Dahulu dalam sesi yang lalu saya sudah bertanya dan saya ada mendengar jawatankuasa telah ditubuhkan dan sudah ada recommendation di mana Darul Quran ini akan dinaikkan taraf untuk diwujudkan sebagai satu universiti yang dinamakan Universiti Darul Quran, seperti apa yang ada di Madinah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak tanya kedudukannya sekarang dan apakah kemajuannya dan bilakah Darul Quran ini akan dinaikkan statusnya sebagai sebuah Universiti Darul Quran di negara kita ini. Sebab sudah banyak universiti, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Selain daripada itu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat sudah habis masa Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Aik? Berapa minit?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sepuluh minit Yang Berhormat. Sudah lama dah habis.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Allah. Ini okey. Yang Berhormat Shah Alam lah karut ini... [Ketawa] Ini Tuan Pengerusi, masa kecederaan sedikit sahaja Tuan Pengerusi, masa kecederaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masa kecederaan pun sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Selepas ini bila Yang Berhormat Shah Alam bercakap, Tuan Pengerusi potong lima minit. Saya ambil masa Yang Berhormat Shah Alam lima minit... [Ketawa] Ganti. Perkara yang penting saya hendak sebutkan di sini Tuan Pengerusi ialah mengenai masalah JAKIM, berhubung masalah kutipan zakat di bawah Majlis Agama Islam. Hal ini berlaku di Selangor tetapi sebelum Barisan Nasional lagi lah, di mana zakat dikutip oleh lembaga zakat. Di Wilayah Persekutuan, saya difahamkan zakat dikutip oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh Majlis Islam Agama Wilayah. Kenapa tidak diwujudkan Lembaga Zakat Wilayah Persekutuan daripada diserahkan kepada syarikat tersebut?
Tuan Pengerusi, akhir sekali saya hendak mencadangkan agar kutipan zakat sekarang ini dibenarkan untuk dikutip oleh bank-bank dengan membuat pembayaran di kaunter bank, hasilnya banyak maka bank dibayar komisen. Saya hendak mencadangkan, kenapa tidak kutipan zakat ini diserahkan kepada amir-amir masjid seperti kita mengutip fitrah dan hasil kutipan zakat ini nanti adalah sedikit imbuhan dari segi seperti mana mereka bayar kepada bank dan wang ini untuk pembangunan masjid, untuk tambah gaji imam...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Tambah gaji timbalan imam, bilal dan macam- macam kemajuan, tidak sedikit sedang duit ini dimanfaatkan kepada pihak bank.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi elok kalau boleh diserah kepada masjid- masjid bagi mengutip zakat-zakat ini. Faham tak Yang Berhormat Shah Alam? Dengar orang bercakap ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Inilah cadangan-cadangan saya, masa saya rugi ini sebab telah diganggu tadi. Ada cadangan-cadangan bernas. Jadi betul-betul pembangkang ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Membuang masa. Sekian, terima kasih sebab masa sudah cukup.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat saya maklumkan tadi bahawa perbahasan pada peringkat Jawatankuasa terhad kepada 10 minit dan saya juga telah maklumkan bahawa saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab pada jam 5 petang nanti. Seharusnya jam 2.30 petang hingga 5 petang, 15 Ahli Parlimen boleh berucap. Akan tetapi kita sudah termakan masa yang banyak dan saya berharap selepas ini kita akan patuh kepada had masa Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya takkan masa yang panjang Tuan Pengerusi. Saya akur dengan masa yang telah ditetapkan oleh pihak Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Butiran 010000 - Pentadbiran iaitu berhubung dengan Pengurusan Psikologi dan juga Khidmat Pengurusan.
Tuan Pengerusi, dalam hal kita hendak melihat sedikit perubahan kepada anggota pentadbiran awam ini, kita seharusnya memberikan kursus-kursus yang lebih terbuka terutamanya di peringkat internasional untuk memberikan pendedahan baru kepada mereka. Dalam hal ini, kita akan dapat melihat potensi diri kepada setiap pegawai kerajaan sama ada pegawai tadbir diplomatik dan lain-lain akan dapat ditingkatkan dengan lebih cekap dan berkesan.
Justeru kerana itu Tuan Pengerusi, saya mencadangkan kerana kita tidak mahu soal psikologi ini tidak terhad tentang soal yang melibatkannya tetapi kita tidak mahu mereka demotivated, sebab dahulu kita pernah ramai pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi. Itu mereka belajar di Institut Pengurusan Asia di Makati. Kita pernah menghantar untuk latihan-latihan sabbatical di Oxford University dan banyak universiti ternama yang terlibat dalam pengurusan di dunia ini.
Akan tetapi bila mereka pulang ke tanah air, mereka telah mempamerkan satu sistem pengurusan dan keterbukaan fikiran yang cukup berbeza. Walaupun kita cuba membuat cross fertilization, dengan izin Tuan Pengerusi, tetapi ia bukan bermakna because kita dapat di situ akan ada keadaan di mana membolehkan pegawai-pegawai kerajaan mereka mendapat absorb budaya korporat dalam pentadbiran mereka.
Jadi saya mohon bertanya kepada pihak kerajaan, setakat ini ada atau tidak ada kerajaan merancang untuk memperuntukkan sejumlah peruntukan tertentu untuk memastikan bahawa kita dapat meningkatkan pengurusan psikologi yang lebih berkesan dalam khidmat pengurusan di dalam perkhidmatan awam di negara kita. Terutamanya penekanan apabila kita melihat kos yang agak mahal Tuan Pengerusi, kita boleh adakan dengan membawa penceramah-penceramah dari universiti ternama ini untuk mendapat kaedah-kaedah ataupun metodologi yang terkini untuk mereka berkhidmat dengan lebih berkesan. Kerana dalam keadaan sekarang di mana kita berhadapan dengan dunia global ini, sudah tentu kita mahukan pegawai-pegawai kerajaan yang cukup cekap dalam mentadbir dan mereka mempamerkan good governance yang cukup berkesan dalam memastikan kita mencapai kejayaan yang telah kita rancang kan.
Satu lagi ialah Maksud Bekalan, Pembangunan 7 iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini iaitu untuk menyerapkan mereka-mereka yang berkelulusan diploma kejururawatan, nursing diploma ini ke dalam perkhidmatan awam. Saya ingin bertanya kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, setakat ini berapakah jumlah kolej swasta yang telah diberi pengiktirafan oleh kerajaan dan setakat ini apakah 26,000 jangkaan penyerapan yang akan dibuat oleh pihak JPA atas cadangan Kementerian Kesihatan kepada JPA ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin. Jadi kita perlukan jawapan daripada pihak kementerian berhubung perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun tidak lama sebab akan terus menyentuh kepada maksud Bekalan B.6. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010000 – Pentadbiran. Saya ingin menyentuh bahawa tidak ada di dalam satu jabatan atau satu agensi di dalam pentadbiran terutama mengenai gejala sosial sebagai satu perkara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Biasanya masalah gejala sosial adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat dan mantan Menteri Wanita telah beberapa kali menyebut bahawa persoalan ini bukanlah persoalan Kementerian Pembangunan Wanita semata-mata tetapi adalah across the board.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi masalah seperti buang bayi, kelahiran anak luar nikah mencecah 270 ribu, dadah, rempit dan sekarang isu LGBT adalah sebenarnya isu nasional. Bila dalam masa kita bercakap mengenai transformasi ekonomi negara, kita lupa tentang transformasi modal insan kita. Jadi saya hendak sebut di sini bahawa tidak ada satu jabatan yang serius tentang perkara ini dan ia harus dipengerusikan ataupun duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana inilah yang akan menunjukkan keseriusannya.
Saya tidak ada masa banyak hendak sebut di sini tetapi makna dia kita bercakap mengenai maqasid syariah, kita perlu memelihara keturunan, nyawa serta akal tetapi sampai hari ini kita tidak ada satu program secara holistik. Kenapa tidak kita juga ada satu jabatan seperti adanya misalnya Serantau Felda, Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(PERMATA) yang perkara ini menunjukkan kepentingannya. Jadi saya harap ini dapat diambil perhatian kerana tidak ada jabatan ataupun kementerian lain yang boleh menyelaras perkara menangani gejala sosial yang semakin meningkat di dalam negara kita.
Kedua, saya ingin menyentuh perkara 010500 mengenai PERMATA. Di sini saya melihat bahawa ada peningkatan di dalam peruntukan untuk emolumen. Persoalannya, satu juta peningkatan dan saya ingin tahu berapa banyak pusat PERMATA baru dibangunkan? Apa yang saya lihat adalah pusat-pusat PERMATA, taska-taska PERMATA ini biasanya bergandingan dengan tadika kemas, jadi kenapa peningkatan sebegitu besar serta berapa ramai, jumlah petugas ataupun kakitangan Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (PERMATA) ini?
Saya hendak membangkitkan kenapa perlu kita ada beberapa kementerian yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak ini? Kita ada di bawah Jabatan Perpaduan, kita juga ada di bawah KEMAS, jadi kita ada beberapa jabatan yang terlibat dan sama ada ini adalah satu perkara yang kos efektif kepada negara kita. Saya ingin bertanya pernahkah audit dilakukan terhadap PERMATA semenjak ianya ditubuhkan?
Saya ingin menyentuh tentang Butiran 050000 – JAKIM. Saya lihat perkara 050300 Pembangunan Insan telah turun bajetnya daripada RM26,323,800 kepada RM10,906,000, makna ia pengurangan hampir RM13 juta untuk pembangunan insan. Jadi dalam perkara ini, persoalannya sekarang ini, kenapa ada penurunan sehingga emolumen daripada RM11 juta tahun 2013 tinggal kosong? Jadi saya ingin penjelasan adakah tidak ada pekerjakah atau bagaimana?
Selepas itu baru-baru ini dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa terdapat sekarang ini krisis murtad yang dikatakan begitu meruncing pernah Mufti Negeri Perak membangkitkan ratusan ribu orang Melayu Islam telah menjadi murtad. Jadi apakah kewajaran peruntukan untuk pembangunan insan ini menurun sebegitu signifikan? Ia adalah satu kontradiksi, adakah kita Jabatan Pembangunan Insan ini ataupun Hal Pembangunan Insan ini atau JAKIM secara umum sudah menjadi begitu efisien sehinggakan peruntukan dia diturun sehingga RM10 juta untuk tahun 2013?
Saya juga hendak menyentuh masih lagi Butiran 050200 mengenai Dasar. Saya ingin bertanya mengenai status penyelarasan penyeragaman undang-undang Islam, sejauh mana yang telah dapat diselaraskan antara negeri-negeri dan berapa peratus pencapaian kita? Apakah yang telah berjaya diselaraskan? Adakah undang-undang keluarga, pelaksanaan berbagai-bagai di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah? Saya juga ingin bertanya apakah dasar kerajaan mengenai isu yang saya sebut tadi iaitu LGBT?
Bagaimana kerajaan hendak mengatasi masalah ini kerana baru-baru ini kita dengar ada kes di Negeri Sembilan di mana mereka telah dihalang untuk tidak boleh cross dressing ataupun tidak boleh pakai pakaian wanita dan sebagainya.
Cuma masalahnya sekarang ini, apakah statistik LGBT ini di negara kita? Apabila kita uar-uarkan, seolah-olah ia menjadi satu isu yang besar tetapi kita tidak ada statistik dan bagaimana kita hendak menangani masalah ini? Saya ada menonton satu rencana daripada di TV Alhijrah, satu pendekatan JAKIM yang sangat bagus di mana kumpulan yang kita panggil mak nyah yang berpakaian laki suka berpakaian perempuan, mereka di bawa untuk ada satu proses pemulihan. Akan tetapi semasa proses pemulihan itu mereka tidak dipaksa untuk menukar pakaian mereka. Jadi pendekatan sebegini ialah untuk membawa mereka balik ke jalan atau ke pangkuan masyarakat ke jalan yang diredai Allah ini perlu dipergiatkan.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi itulah sebab kita hendak tahu apakah perancangan seterusnya, adakah isu LGBT ini hanya untuk dipolitikkan, cuba menuduh mana-mana pihak yang kononnya menyokong LGBT pada hal kita sendiri tidak dengar apakah pendirian kerajaan, bagaimana kerajaan hendak menanganinya? Bagaimana kerajaan hendak mencegah? Ini kerana ini semua perlu duduk di bawah dasar untuk memberi maklumat kepada kita- saya minta data sebab adakah dia seperti fenomena tip of the iceberg, ketulan ais yang kita hanya nampak hanya di hujung di belah atas di bawahnya adalah satu permasalahan yang lebih besar.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tenggara.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
Saya suka cara Tuan Pengerusi sebut Tenggara. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya cuma ada satu perkara saja perkara yang saya hendak bangkitkan yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 08500 – Perumahan Polis Diraja Malaysia. Saya mohonlah kepada pihak kerajaan supaya dua balai polis dekat kawasan saya ini iaitu Balai Polis Batu Ampat dan Balai Polis Bukit Besar. Saya mohon supaya dapat di bina balai polis baru kerana kedua-dua balai polis ini memberikan perkhidmatan kepada- setiap satu balai itu kepada lebih 20 ribu rakyat yang ada di kawasan persekitaran.
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, balai polis ini pun dah lama, sudah uzur dah dari zaman papan dulu ini. Jadi kita minta buat yang barulah balai polis ini supaya dua balai polis ini dapat di bina baru dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih kondusif kepada rakyat dalam menjamin keselamatan negara. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, kuarters anggota polis yang ada dalam kawasan balai polis yang berkenaan. Saya minta kepada pihak Menteri supaya kuarters-kuarters polis ini dapat juga dibina, bagi kuarters baru dan kuarters yang lama ini dirobohkan, binalah kuarters baru.
Saya minta masukkanlah Balai Polis Batu Ampat dan juga Balai Polis Bukit Besar ini dalam perancangan untuk tahun depan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuantan.
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri Kepala B.6, saya ingin merujuk kepada JAKIM, Butiran 050200 berkaitan dengan Dasar.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya berkenaan dengan, bilakah Akta Makanan Halal akan diketengahkan atau diperkenalkan. Ini kerana setakat ini kita tidak ada Akta Makanan Halal dalam negara kita. Kita mewajibkan daging yang diimport mesti halal tetapi daging yang disembelih di Malaysia dan dijual di pasar Tuan Pengerusi, tidak ada akta yang mengatakan mesti daging itu halal.
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Jadi, perlu satu penjelasan daripada pihak JAKIM bagaimana untuk memastikan bahawa halalan toyyiban ini dilaksanakan dalam konteks sepenuhnya di dalam negara kita.
Begitu juga dengan halal certified kitchen. Halal certified kitchen ada 680 permohonan Tuan Pengerusi tetapi yang diluluskan hanya ada 366 hotel dan resort yang ada halal certified kitchen. Maksudnya, walaupun mereka kata mereka guna daging halal tetapi mereka tidak semestinya halal certified kitchen. Jadi, apabila kita sebagai orang Islam, kita hendak tahu bahawa ianya halal certified kitchen.
Saya hendak bercerita bahawa ada hotel yang memohon untuk mendapatkan certification tetapi apabila dibuat audit, didapati bahawa menggunakan alkohol. Maka, tidak mendapat halal certified kitchen itu. Jadi Tuan Pengerusi, isu ini merupakan isu yang sensitif di negara kita yang mana majoritinya umat Islam. Kita hendak kalau boleh, pergi ke mana-mana hotel ataupun resort dan restoran dan tahu bahawa kalau dagingnya pun halal, it is a halal kitchen. Bukan setakat daging halal tetapi kitchen itu juga halal. Certified halal.
Jadi, saya pohon penjelasan daripada JAKIM berkenaan dengan perkara tersebut.
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Lagi satu di bawah Bekalan kepala B.6 juga ialah berkenaan dengan Jabatan Statistik ataupun Jabatan Perangkaan. Butiran 200400 – Perangkaan Statistik. Saya ingin bertanya kepada Jabatan Statistik sama ada peruntukan telah diberikan untuk Jabatan Statistik melaksanakan atau mendapatkan pengumpulan data dalam bentuk sex- disaggregated data. Ini disebabkan dalam pengetahuan saya, tahun lepas, apabila ditanya berkenaan dengan sex-disaggregated data ini, Jabatan Statistik ataupun Jabatan Perangkaan kata masih belum lagi dapat peruntukan untuk membeli satu software yang baru dan merombak metodologi pengambilan data. Ini kerana sex-disaggregated data ini Tuan Pengerusi, amat penting di dalam kita melaksanakan gender responsive budget. Kita negara Malaysia antara negara yang gagal melaksanakan gender responsive budget. Kita sudah bentangkan, hantar memorandum kepada Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan terima memorandum tetapi masih lagi gagal melaksanakan gender responsive budget.
Antara sebab kita gagal ialah kerana kita tidak ada sex-disaggregated data.
Pengumpulan data tidak membantu di dalam kita analisa data yang ada itu yang boleh kita dapat tahu bagaimana kita hendak laksanakan GRB (bajet peka gender). Jadi, pohon penjelasan daripada Menteri sama ada sudah pun diberikan peruntukan untuk disaggregate data kemudian, untuk beli software baru supaya metodologi pengumpulan data itu dapat kita perbaiki dan kita dapat maklumat yang kita perlukan. Kalau langkah yang pertama ini kita gagal, kita akan gagal sampai bila-bila untuk melaksanakan gender responsive budget
(GRB), dengan izin Tuan Pengerusi.
Perkara yang ketiga, di bawah kepala B.1 Butiran 100000 – Emolumen Parlimen.
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri sama ada kita akan memberi peruntukan untuk menambahbaikkan Parlimen daripada aspek mengadakan jawatankuasa-jawatankuasa.
Apabila kita mewakili negara, contohnya kita ke AIPA. Setiap negara dalam ASEAN ada jawatankuasa, datang dengan jawatankuasa mereka, dengan staf-staf research mereka, dengan usul-usul yang siap sedia. Akan tetapi kita Parlimen Malaysia tidak ada jawatankuasa. Tidak ada research. Kita mengharapkan pegawai-pegawai daripada kementerian, pegawai-pegawai daripada Wisma Putra, pegawai-pegawai daripada, contohnya kalau kita hendak bercakap tentang isu wanita, usul wanita. Kita terpaksa panggil wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi mereka tidak boleh mengikut kita. Mereka tidak boleh mengikut kita ke persidangan dan di sana kita tidak ada langsung bantuan.
Sekretariat kita cukup banyak kerja. Mereka hendak menjaga logistik, mereka hendak menjaga kebajikan kami, tidak ada yang menjaga berkenaan dengan input, Tuan Pengerusi. Penting sangat untuk kita mewujudkan jawatankuasa sebab kita tidak seharusnya berbahas di peringkat Jawatankuasa di dalam Dewan yang sebegini. Parlimen- parlimen yang hendak bergerak ke arah world class Parliament haruslah menubuhkan jawatankuasa dan memberikan peruntukan untuk jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk supaya kita dapat bahas, bincang dengan lebih mendalam di peringkat jawatankuasa dan ada staf-staf research dan staf yang membantu jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.
Perkara yang keempat, di bawah kepala B.4 Butiran 010300 iaitu SPR di bawah teknologi maklumat. Saya hanya mahu bertanya berkenaan dengan satu data, sejumlah 376 pengundi Lembah Pantai yang dipindahkan dari Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Balai Polis Travers. Pada satu ketika tahun lepas, kita mempertikaikan kenapa Pusat Tahanan Bukit Jalil yang kedudukannya di luar kawasan Parlimen Lembah Pantai tetapi mengundi, sebagai pengundi P.121 Lembah Pantai. Apabila kita persoalkan, maka nama-nama itu ditarik balik. Sekarang ini nama-nama itu dipindahkan pula, dipindahkan semula dalam suku ketiga tahun 2012 ini sekali lagi ke dalam Parlimen Lembah Pantai. Kita hendak tahu sama ada memang betul-betul perpindahan itu berlaku ataupun berlaku on paper untuk menambah undi pos di Parlimen Lembah Pantai. Adakah itu yang berlaku ataupun sebaliknya? Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang menjawab nanti. Terima kasih.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Lembah Pantai hendak mencelah Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis. Terima kasih, sudah habis Yang Berhormat... [Ketawa] Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hanya ada satu perkara sahaja yang saya hendak nyatakan di sini. Saya merujuk pada Butiran 040500 – Pengurusan Bencana Negara. Apa yang saya hendak nyatakan di sini ialah apabila berlaku banjir di Sarawak, ramai di kalangan mereka apabila waktu banjir tersebut mempunyai kekangan daripada segi tempat pemindahan banjir. Jadi, tidak digalakkan sangat untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir untuk memastikan ia mencukupi untuk orang-orang yang tidak mempunyai saudara-mara yang mempunyai rumah-rumah yang dua tingkat ataupun ada juga yang diminta untuk berpindah ke rumah mereka di tingkat atas.
Akan tetapi apa masalah yang kita hadapi ialah apabila mereka berpindah, mereka diberikan RM500 wang untuk membantu meringankan beban mereka. Jadi, mereka yang tidak berpindah ini tidak mendapat apa-apa sedangkan kesulitan itu sama-sama dihadapi oleh mereka. Saya mengharapkan agar perkara ini diambil kira supaya mereka diberi pertimbangan untuk mendapat jumlah wang yang sama sebagai membantu mereka meringankan beban. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Melaka. Saya hendak berikan kepada wanita tetapi sudah ramai sangat wanita. Yang lelaki pun nanti mengatakan gender bias. Kita beri kepada Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa iaitu dalam B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, saya juga ingin terus pada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan juga mengkritik dan merakamkan ketidakpuasan hati tentang prestasi atau tanggungjawab SPR. Tuan Pengerusi, memang kita menunggu selepas beberapa tuntutan daripada BERSIH dan juga daripada Select Committee yang ditubuhkan dalam Parlimen ini untuk beberapa juga tuntutan supaya SPR dapat mengemaskinikan bukan hanya buku daftar dan juga beberapa keperluan oleh kumpulan BERSIH dan juga Select Committee.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya nampak beberapa finding Tuan Pengerusi, yang dikatakan SPR masih gagal terutama kelemahan mereka dalam menyiasat pengundi atau pemilih-pemilih ragu yang didaftarkan oleh agensi-agensi kerajaan. Memang kita masih tidak tahu apakah agensi kerajaan yang dimaksudkan dalam kod mereka. Terdapat 59 pengundi baru daftar pada tahun 2011 tanpa nombor rumah, nama jalan, dengan kad pengenalan atau IC dengan kod 71 iaitu bukan lahir di Malaysia. Pengundi-pengundi ini didaftar oleh agensi kerajaan dan bukan SPR. Mengikut rekod ini, di Kampung Melayu Majidee dalam kawasan Parlimen Johor Bahru. Sama juga ada terdapat 46 pengundi baru yang ragu juga daftar pada tahun 2011 di Kampung Sri Gombak dalam kawasan Parlimen Gombak. Adakah benar agensi kerajaan yang daftar mereka ini ialah JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas?
Saya juga ingin bangkitkan bahawa dalam pendapat saya bahawa SPR gagal bukan hanya gagal menyiasat pengundi-pengundi ragu ini dan kita syak kemungkinan mereka ini bukan warga Malaysia, diberikan IC secara haram untuk daftar sebagai pengundi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan kegagalan SPR untuk menyelesaikan isu jumlah pengundi yang luar biasa daftar dalam satu alamat atau dalam satu lokasi. Daripada pengesahan MIMOS, terdapat 324 alamat yang terdapat pengundi yang didaftar melebihi 100 orang dan juga 938 alamat yang mempunyai jumlah pengundi daripada 51 hingga 100. SPR gagal mengambil tindakan yang berkesan dan turun padang untuk membersihkan buku daftar pemilih.
Tuan Pengerusi, memang sudah beberapa kali dibangkitkan bukan hanya oleh Bersih dan terdapat juga daripada beberapa agensi lain bahawa terdapat pengundi yang didaftar umur mereka melebihi 100 tahun yang masih tidak ada dibersihkan dalam buku daftar pemilih. Beberapa siasatan dan finding pun telah dikemukakan kepada SPR namun masih tiada kerja yang dapat dilaporkan kepada orang awam apakah tindakan yang telah diambil oleh SPR dan apakah keputusannya. Mengikut rekod pendaftaran, nama-nama ini masih kekal ada.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, satu lagi yang ingin saya bangkit iaitu dalam ...
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, sila.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
saya nak sentuh berhubung dengan SPR ini yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Berhubung dengan kegagalan SPR untuk melakukan pindaan ataupun pembersihan, saya ada satu contoh di sini daripada apa yang telah kita kemukakan kepada SPR. Sampai dua tiga kali kita telah pergi report kepada pejabat SPR di Alor Setar tapi masih lagi tidak dibuat pindaan ataupun perubahan. Akhir sekali kita macam ugutlah. Kita nak buat report polis dan macam-macam baru dia menjalankan pindaan tersebut setelah beberapa kali kita pergi ke pejabat SPR. Contoh di sini ialah Zakaria bin Daud diberi pendaftaran sebagai Rafzah binti Muhammad Nasib.
Asalnya pengundi di Pendang tetapi diberikan tempat mengundi di Kelana Jaya, Selangor. Maknanya perubahan yang begitu jauh sekali dilakukan oleh SPR daripada seorang yang duduk di Pendang, daripada lelaki menjadi perempuan padahal nombor IC dia pun nombor IC lelaki, 5589 yang di belakang tapi diberi daftar sebagai seorang wanita.
Jadi apakah pandangan ataupun keluhan ini dapat disuarakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka kepada SPR supaya melakukan dengan lebih teliti lagilah. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang ini bukan the only case yang nyatanya, saya percaya terdapat banyak kes sebegini. Tentang gender yang telah juga dibangkitkan oleh MIROS, satu badan yang buat banyak kerja untuk menyiasat dan terdapat beratus gender dan IC yang didaftar berlainan. Kita amat khuatir mungkin pada masa membuang undi, apa akan terjadi jika pegawai atau RO di bilik buang undi ini tidak ingin membenarkan mereka membuang undi.
Tuan Pengerusi, Bekalan 7 ya?...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, sila-sila.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh Yang Berhormat. Yes, dua minit lagi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bimbang saya tak dapat floor nanti, saya tumpang floor Yang Berhormat Kota Melaka untuk membangkitkan satu dua isu berkenaan dengan SPR kerana ada dua cadangan yang telah dibuat oleh PSC yang saya nampak langsung SPR tidak memberikan apa-apa komitmen untuk melaksanakannya dan seolah-olah memberikan jawapan yang tidak tepat di antara Pengerusi SPR dengan Timbalan Pengerusi SPR. Yang pertamanya berkenaan dengan overseas voting atau membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi melalui pos pada PRU Ke-13.
Saya ada tanya soalan dalam Parlimen dan jawapan yang saya terima ialah SPR masih dalam kajian bersama-sama dengan Peguam Negara untuk meminda Peraturan- peraturan Pilihan Raya dan juga ada pindaan terhadap undang-undang untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membuang undi pada PRU yang ke-13. Namun semalam atau dua hari yang lepas, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad dalam satu forum dekat luar, beliau menyatakan bahawa SPR telah membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk menjadi pengundi pos iaitu mula bulan depan, borang 1 (form 1) dibenarkan untuk mereka memohon untuk menjadi postal voter dan borang ini dapat didownload melalui internet dan juga melalui kedutaan- kedutaan kita.
Perkara ini adalah sesuatu yang tidak tepat dengan jawapan yang diberikan kepada Parlimen dan juga oleh Pengerusi SPR pada hari ini. Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Pengerusi SPR masih kata perlu ada pindaan peraturan baru ada pindaan undang-undang. Jadi saya nak tanya pihak kerajaan, pihak Jabatan Perdana Menteri, apakah status terkini berkenaan dengan cadangan ini. Sama ada membenarkan atau tidak rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membuang undi. Saya meminta supaya diberikan prosedur itu secara terperinci kepada semua parti politik.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kalau dibenarkan, maksudnya ada mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang boleh mengundi. Ini kita sebagai parti politik kena tahu apakah prosedur dia, apakah tatacara dia, bagaimana flow dia, undi itu bagaimana dihantar balik ke Malaysia untuk dikira. Ini sesuatu yang sangat penting.
Cadangan yang kedua yang masih belum lagi dilaksanakan iaitu sepatutnya PSC memberikan tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan iaitu guideline ataupun garis panduan untuk kerajaan sementara (caretaker government) selepas Parlimen ini dibubarkan. Kita tak mahu nanti ada semasa kempen pilihan raya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri memakai pesawat-pesawat kerajaan untuk berkempen. Kita di Pakatan Rakyat pakai pesawat persendirian menjadi isu, kecoh satu negara tapi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri daripada UMNO, daripada Barisan Nasional semasa kempen tak sepatutnya mereka menggunakan jentera kerajaan, mereka menggunakan pesawat-pesawat kerajaan untuk berkempen di Sabah dan Sarawak.
Jadi saya nak tanya, apakah status tatacara ataupun garis panduan caretaker government ini? Sama ada SPR telah melaksanakannya, telah meminta pandangan- pandangan daripada parti-parti politik dan bilakah ia dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, terima kasih Yang Berhormat Rasah. Isu yang akhir yang saya ingin bangkit iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu B.7. Dalam objektif JPA ini, dikatakan salah satunya ialah “adil dan saksama dalam pertimbangan.” Tuan Pengerusi, saya juga tertarik dengan “layanan mesra kepada pelanggan” dan saya ingin bangkit satu permohonan yang telah ditolak oleh JPA dan saya amat suka hendak tahu tentang apakah sebab penolakan ini.
Tuan Pengerusi, yang saya ingin bangkit ialah seorang OKU seorang pelajar yang dapat penghargaan dari Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu Yeow Ting Fong dari Sekolah Tun Tuah, Bachang, Melaka. Seorang OKU yang dapat keputusan STPM saya ingat begitu baik iaitu dalam Pengajian Am dia dapat, semua-semua 4A. Dia dapat 4.0, Sejarah – 4.0, Ekonomi – A- iaitu 3.70, Pengajian Perniagaan – 4.0. Semasa dia membuat permohonan bersama-sama pelajar yang lain dan dia telah ditolak sebab itu saya ingin minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri oleh beri saya satu jawapan apakah sebab permohonannya ditolak. Dia punya ID ialah 7840 dan IC nya 920424-86-5019. Permohonannya ialah untuk program ijazah dalam negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 00110 di bawah tajuk PR1MA. Saya ingin bertanya kepada Menteri sama ada usaha sama di antara PR1MA dengan pihak pemaju untuk membina 30,000 unit rumah pada tahun hadapan dengan kerjasama pihak swasta. Adakah pihak PR1MA mampu untuk menanggung kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak swasta ataupun pemaju swasta kerana kalau kita lihat kepada harga yang dicadangkan iaitu di antara RM300,000 ke RM400,000 ianya jauh daripada harga di pasaran.
Harga di pasaran itu selain daripada kos ia juga mengandungi margin keuntungan bagi pemaju swasta dan tentunya pihak swasta tidak mungkin dapat melakukan ini sama ada dengan bekerjasama dengan PR1MA kalau sekiranya mereka dikehendaki menjual rumah itu pada harga yang merugikan perniagaan mereka.
Jadi, saya ingin penjelasan setakat mana dan berapa banyak pihak PR1MA akan membiayai dan istilah biasa to subsidize, dengan izin, certain cost, mungkin- cost, infrastructure costs dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita menyokong program PR1MA ini untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan juga menengah untuk memiliki rumah yang selesa di kawasan bandar-bandar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berkaitan dengan program perumahan ini saya ingin merujuk kepada Butiran 00104 di bawah tajuk Penyusunan Semula Masyarakat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah penyusunan semula masyarakat terutama sekali masyarakat luar bandar, bukan sahaja kita bercakap untuk menukar jenis pekerjaan mereka daripada pekerjaan tradisional kepada sektor pekerjaan yang moden. Dalam pada itu kita juga bercakap soal penyusunan dari segi kemudahan perumahan mereka. Di luar-luar bandar juga ramai atau memang terlalu ramai penduduk yang menghadapi masalah untuk memiliki rumah.
Walaupun pihak kerajaan ada melaksanakan program perumahan di luar bandar melalui Syarikat Perumahan Negara, di mana ianya pada keseluruhannya didapati meluluskan permohonan kepada individu-individu yang mempunyai tapak atau kawasan tapak untuk dibangunkan rumah di dalam kawasan kampung yang telah sedia ada kemudahan asasnya. Akan tetapi bagaimana dengan umpamanya mereka yang tidak ada tapak-tapak rumah ini atau tanah untuk menjadi tapak rumah ini di dalam kampung- kampung mereka? Mereka secara dengan izin saya sebutkan totally dependant on the government termasuk menyediakan tapak perumahan mereka.
Di sini Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri ataupun kerajaan negeri mempunyai tanah-tanah yang sedia untuk jadikan kampung tersusun ataupun kawasan perumahan tetapi saya berpendapat saya tidak mahulah kampung tersusun zaman ini seperti kampung tersusun zaman dahulu tahun 60-an, 70-an yang rumahnya dibina dengan tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang elok. Kalaupun tidak sama standardnya dengan kemudahan infrastruktur perumahan di kawasan bandar.
Di sini isunya ialah kos pembinaan rumah kalau dicampur dengan kos infrastruktur, kos infrastruktur biasanya sehinggakan 30 peratus ataupun 40 peratus daripada harga rumah yang dibina dan ini akan menjadikannya di luar kemampuan pihak orang kampung untuk membiayainya kalau sekiranya the full cost, dengan izin, is to be charged on them.
Jadi saya berpendapat atau ingin bertanya kepada Menteri bolehkah pihak kerajaan juga melaksanakan program perumahan di luar bandar termasuk kampung-kampung tersusun moden yang lengkap dengan infrastruktur yang setanding dengan penduduk di bandar.
Dengan membiayai ataupun to absorb the cost or part of the cost seperti mana yang kita lakukan melalui PR1MA untuk sektor di bandar.
Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya ingin menyentuh tentang perkhidmatan awam. Sepertimana yang kita tahu peruntukan yang begitu besar diperuntukkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita mempunyai perkhidmatan awam yang begitu besar, saya kira dianggotai oleh lebih daripada 1,000,000 kakitangan kerajaan di semua peringkat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Inilah tempat peluang pekerjaan kepada sebahagian besar daripada rakyat kita terutamanya orang-orang Melayu yang menghadapi masalah untuk dapat pekerjaan dalam sektor swasta, ataupun di syarikat-syarikat swasta yang mengenakan syarat yang berbagai- bagai. Akan tetapi saya ingin juga merujuk Menteri kepada perancangan pihak pembangkang dalam agenda mereka. Saya diberitahu Buku Jingga, bajet dan sebagainya tetapi saya tidak bacalah. Saya dapat laporan sahaja. Sebab saya tidak berapa berkenan sangat color jingga itu... [Ketawa] Saya diberitahu daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai iaitu mereka ingin melakukan downsizing dalam sektor perkhidmatan kerajaan.
Dia kata perkhidmatan kakitangan kerajaan ini sudah bolted, macam perut sudah buncit sangat, terlalu ramai.
Jadi saya ingin pandangan Menteri, kalau sekiranya dasar ini kita ikut, apa akan jadi? Saya difahamkan kalau downsizing sehingga sampai separuh mungkin dibuang kerja, habislah anak bangsa kita, Melayu terutamanya yang tempat bekerjanya dalam sektor awam. Tidak ada pekerjaanlah mereka ini kalau diguna pakai dasar Pakatan yang begitu diagung-agungkan sebagai satu dasar yang hebat... [Disampuk] Jadi 500,000 daripada sejuta...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, diam Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sebanyak 500,000 anak bangsa kita hilang pekerjaan. Di manakah harapan mereka yang keluar daripada universiti, maktab-maktab, pusat-pusat latihan untuk mendapat pekerjaan? Jadi saya bayangkan satu hari nanti keadaan migrasi, imigrasi akan berubah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pada hari ini orang datang ke negara kita untuk tumpang cari makan kerana masalah pekerjaan di negara mereka, masalah ekonomi negara mereka. Nampaknya kalau Pakatan memerintah, maka rakyat kita pula berhijrah ke negeri lain untuk mencari makan dan mencari pekerjaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Inilah... [Disampuk] Jadi inilah penutup ucapan saya. Terima kasih banyak... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ribuan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan cuba ringkaskan agar rakan saya boleh diberi peluang untuk bahas. Saya ingin rujuk Bekalan B.3 Butiran 020000 – Pengauditan. Saya menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Jabatan Ketua Audit Negara ini. Kerja-kerja pengauditan membolehkan kami menilai sejauh mana pihak kerajaan, kementerian menguruskan kewangan rakyatnya.
Akan tetapi yang pentingnya Tuan Pengerusi, sebelum ini pada bulan Mac yang lalu saya ada bertanya satu pertanyaan dalam Dewan yang mulia ini sama ada mana-mana pihak termasuk Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai yang dipertanggungjawabkan ke atas kegagalan mematuhi peraturan kewangan, pengurusan perolehan dengan harga yang tinggi dan dengan izin, not value for money dan sasaran yang tidak tercapai yang ditegur, yang ditemui dalam Laporan Audit 2010, pada ketika itu jawapan yang diberi adalah masih tiada mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan secara rasmi.
Saya hendak tahu sekarang, sama ada mana-mana pihak telah dipanggil oleh SPRM untuk siasatan atau mana-mana pegawai telah diambil tindakan di atas sebab-sebab yang saya nyatakan tadi yang ditemui dalam Laporan Ketua Audit Negara? Kita telah dibekalkan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 dan kita lihat kelemahan- kelemahannya berulangan. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan satu pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada ketika itu diumumkan pada tahun 2009. Apakah tindakan yang ada diambil untuk memastikan tidak berulang lagi? Tuan Pengerusi, tidak berulang lagi kelemahan pengurusan kewangan rakyat ini.
Saya bagi contoh Tuan Pengerusi di bawah Kementerian Kesihatan di mana di bawah semakan Ketua Audit Negara, pengurusan bekalan ubat dan bukan ubat. Bekalan boleh diberi sebelum pesanan dibuat berjumlah harga RM407,000. Bayaran dibuat sebelum bekalan ubat diterima berjumlah RM266,000 dan juga pemberian tidak mengikut spesifikasi.
Ini adalah antara beberapa isu yang diaudit oleh Jabatan Ketua Audit Negara. Ada banyak lagi program-program, projek-projek pembelian di bawah kementerian yang lain-lain lagi.
Juga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Tuan Pengerusi, sebelum ini Laporan Audit 2009 telah menyatakan kelemahan Jabatan Kebajikan untuk memaklumkan kepada pemohon berkenaan kelulusan atau keputusan permohonan bantuan kebajikan.
Pada masa itu Audit kata ada buat teguran di mana kelewatan itu sehingga enam hingga 1,309 hari. Kita tengok lagi Laporan Audit ini, berulang semula kelewatan pegawai Jabatan Kebajikan memaklumkan pemohon sehingga lapan hingga 910 hari.
Juga pengurusan PLKN Tuan Pengerusi. Sekarang ini perkhidmatan bas untuk mengangkut pelatih-pelatih sebelum ini adalah pembayaran mengikut berapa kali menggunakan bas. Penemuan Laporan Audit ini menyatakan bahawa sebelum ini hanya mengunapakai RM1.35 juta, sekarang mengguna pakai RM5.3 juta. Ini ke atas tujuh kem sahaja, Tuan Pengerusi. Penggunaan bas itu, anggaran puratanya untuk saya bagi contoh salah satunya ialah untuk tahun 2011, Audit ke atas tujuh kem antara penggunaannya satu hingga 18 kali sahaja untuk sebulan. Mereka membayar mengikut syarat-syarat terma kontrak itu, syarikat bas itu dibayar sebanyak satu bas RM17,000 sebulan, tidak kira guna berapa kali. Anehnya ialah untuk satu kem kena bayar RM85,000 untuk sebulan.
Tuan Pengerusi, ini amat membazirkan. Ada teguran dalam Laporan Audit mengatakan penggunaan bas tidak optimum. Ini bukan caranya menggunakan wang rakyat.
Di sana guna satu hari sahaja untuk sebulan bayar RM17,000 juga. Tuan Pengerusi, bukan cara ini mengguna wang rakyat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi saya hendak tahu apa tindakan akan diambil? Berulang-ulang kami bangkitkan, Laporan Audit berulang-ulang laporkan tetapi kita hendak tengok tindakan.
Tindakan oleh pihak kerajaan, oleh pihak kementerian, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia kata pasukan petugas masa itu dia heboh tahun 2009 kita akan siasat, ambil tindakan terhadap pegawai yang menyeleweng. Akan tetapi sekarang ini sunyi sepi. Setiap tahun berulang lagi situasi yang sama, Tuan Pengerusi.
Saya rujuk kepada B.6 Butiran 010500 – Pendidikan Awal Kanak-kanak
(PERMATA) dan juga asuhan dan didikan awal kanak-kanak sebanyak RM13 juta. Saya pernah bangkitkan perkara ini. Saya menyambut baik usaha mementingkan pendidikan awal kanak-kanak tetapi saya merayu satu kali lagi. Saya pernah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, kanak-kanak daripada keluarga yang miskin ini saya pohon mereka juga diberi peluang untuk mengikuti pendidikan awal anak-anak mereka di mana kerajaan boleh subsidikan mereka untuk belajar di taska swasta yang berhampiran dengan rumah mereka.
Insentif di bawah bajet ini hanya diberi kepada pengurus, pengusaha taska di mana mereka diberi geran pelancaran RM10,000, potongan cukai dua kali.
Akan tetapi yang penting saya rasa mungkin dari aspek galakan keluarga miskin yang punyai kanak-kanak ini boleh akses, boleh hantar mereka kepada pendidikan awal di taska berhampiran rumah mereka, kerajaan subsidi mereka untuk mengikuti pendidikan awal di taska swasta ini.
Butiran 030100 – Penyelarasan Projek Khas sebanyak RM544 juta dan Butiran 93500 – Projek Khas sebanyak RM1.892 bilion. Tidak ada makluman lain, dia hanya kata projek khas RM1.892 bilion.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya rasa kerajaan harus bertanggungjawab memaklumkan apakah tujuan peruntukan khas sebanyak RM1.892 bilion yang diperuntukkan dalam laporan bajet ini.
Saya rujuk kepada B.20000 - Jabatan Perpaduan Negara. Saya sebelum ini membangkitkan berkenaan di mana Koperasi Rukun Tetangga telah dipilih tahun ini untuk membekalkan pakaian seragam bagi tabika perpaduan. Saya telah menerima aduan dan saya telah cuba berbincang di antara koperasi dan pengilang yang membekalkan pakaian seragam tersebut untuk menyelesaikan perkara berkenaan kontrak tersebut dan perkara ini di dalam mahkamah. Saya berharap pihak kementerian boleh mengambil langkah untuk membantu menyelesaikan masalah ini agar ia tidak berlanjutan di mahkamah.
Akhirnya berkenaan B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Butiran 020000 – Perancangan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat. Sebelum ini saya pernah bangkitkan hal ini, tetapi saya tidak menerima sebarang jawapan dari pihak kementerian.
Saya ingin mengulanginya di mana isu melibatkan gaji pensyarah perubatan pelatih IPTA di mana gaji mereka tersekat DU45 berbanding dengan gaji pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mereka telah menyerahkan banyak kali memorandum dan telah dijanjikan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bahawa perkara ini sedang menunggu kelulusan pihak Kabinet. Saya hendak tahu sama ada ada satu keputusan boleh diberi agar mereka boleh diberi layanan yang sama, boleh diberi gaji yang sama sebab pensyarah perubatan pelatih ini terletak di bawah IPTA dan yang lain adalah di bawah KKM. Di KKM itu dibayar gaji yang lebih tinggi. Saya harap perhatian perkara ini dapat diberi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang. Saya ringkas sahaja. Saya terus kepada Butiran 010000 tentang Urusan Parlimen.
Sebagai Ahli Parlimen, kitalah penggubal dasar. Tugas kita cukup mencabar bahkan bukan sahaja kita terpaksa membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan.
Kita bekerja sepenuh masa, 24 jam tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini elaun kita terlalu kecil.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Jasin. Minta laluan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Tidak memadai tentang tugas dan tanggungjawab kita.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya menyokong untuk kenaikan elaun Ahli-ahli Parlimen. Cuma yang saya hendak sebut atau saya sebut sebelum ini ialah rakan kita iaitu yang membawa kereta kita, pemandu kita. Pemandu kita tiada tempat untuk mereka ini berehat. Kadang-kadang duduk di bawah pokok, duduk dalam kereta, tidak tentu tempat sembahyang, tidak tentu tempat berehat dan sebagainya. Dia cukup menjaga keselamatan kita semasa memandu kereta kita.
Saya harap Yang Berhormat Jasin dapat memasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih sahabat. Bagi saya untuk kita mengangkat martabat Ahli Parlimen yang menjadi penggubal dasar, bukan sahaja kita bertanggungjawab untuk membahaskan perkara-perkara kebajikan untuk rakyat bahkan kita juga meluluskan beberapa bil untuk kepentingan semua. Akan tetapi kebajikan kita mesti juga diambil kira. Jangan kita jadi hipokrit macam Ketua Pembangkang. Dia sudah banyak duit, dia tidak perlukan. Sahabat-sahabat saya dari Parti Pembangkang pun perlukan.
Jadi saya rasa sampai masanya untuk kerajaan berbincang semula, menstrukturkan pendapatan atau gaji serta elaun Ahli-ahli Parlimen.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya suka tadi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Pasal pencen Ahli Parlimen Yang Berhormat, yang berumur 50 tahun baru dapat. Ramai yang di bawah 40 tahun dekat sini.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya setuju Tuan Pengerusi.
Masukkan sekalilah.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Pinjaman perumahan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya cukup menyokong tadi Yang Berhormat daripada Kuantan apabila beliau menyebutkan tentang world class Parliament.
Memang kita mahu menjadikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia ini bertaraf antarabangsa. Akan tetapi kalau pendapatan kita di bawah...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Daripada Gred 52. Bukan sahaja...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Celahan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Lembah Pantai bangun Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Boleh atau tidak saya meringkaskan? Elaun Ahli Parlimen ini mengambil kira elaun Ahli-ahli Parlimen seluruh dunia, kita ambil pertengahan. Seorang Ahli Parlimen ini dibayar elaun sebanyak RM26,000 sebulan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ya. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya Yang Berhormat, saya rasa isu penggajian untuk Ahli-ahli Parlimen ini isu yang besar. Kita kalau lihat tahap bayaran bagi Ahli-ahli Parlimen itu di Malaysia lebih rendah dari counterpart atau teman-teman kita di Indonesia.
Akan tetapi saya tidak setuju bila Yang Berhormat memanggil Ketua Pembangkang itu sebagai hipokrit. Yang Berhormat jangan lupa, dalam sejarah Malaysia di kala krisis ekonomi di Malaysia kalau tidak silap saya semasa Yang Mulia Tuanku Abdul Rahman memegang jawatan Perdana Menteri.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Bila dinaikkan elaun itu di kala rakyat menghadapi masalah inflasi yang berleluasa, ada kesan yang negatif. Jadi walau saya setuju secara prinsip, tetapi di sini apa pun kita juga harus melihatnya secara komprehensif. Maksudnya kualiti Parlimen juga dapat diangkat. Saya mohon pandangan dari Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Apa pun kita tengok perkara pokok Yang Berhormat Lembah Pantai bersetuju dengan cadangan saya.
Keduanya, Tuan Pengerusi...
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
Boleh celah sedikit?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada kawal selia FELDA – Butiran 010300.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan yang berjaya mengangkat martabat para peneroka. Walau apa pun persepsi- persepsi, walau apa pun tuduhan, bantahan serta banyak cakap-cakap yang betul-betul tidak sepatutnya keluar, tetapi para peneroka sentiasa mendapat pembelaan. Kerajaan memberikan berbagai-bagai insentif kepada para peneroka. Jadi apa yang saya hendak minta di sini Tuan Pengerusi, di atas kejayaan FELDA kalau boleh bukan sahaja FELDA memberikan bantuan untuk pembaikan rumah di sekeliling kawasan-kawasan penempatan FELDA bahkan kalau boleh dipanjangkan kepada kampung-kampung yang lain.
Ini kerana dengan adanya ladang-ladang yang dimiliki oleh FELDA Plantation pada setiap negeri, jadi sepatutnyalah rakyat lain pun dapat merasakan nikmat tentang keuntungan yang dimiliki oleh FELDA Plantation. Kita ucapkan tahniah kerana sekurang- kurangnya kita telah dapat mematahkan apa jua tuduhan yang dibuat oleh pihak Pembangkang bahawa FELDA Global akan gagal. Akan tetapi ini telah terbukti apabila disenaraikan bukan sahaja mendapat premium yang tinggi, bahkan pada ketika ini kita telah merekodkan yang kedua tertinggi sekali IPO seluruh dunia... [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 421200 tentang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Maritim Malaysia adalah sebuah agensi penguatkuasaan yang banyak berjasa memberikan complement bukan sahaja kepada polis marin bahkan kepada tentera laut. Tugas mereka cukup mencabar sekali. Walaupun mereka berumur setahun jagung, mereka telah membuktikan keupayaan bukan sahaja dapat membanteras lanun-lanun bahkan melakukan banyak penangkapan penyeludup.
Jadi apa yang saya hendak cadangkan kalau boleh kerajaan mesti memikirkan supaya kita memartabatkan pasukan maritim ini. Mereka hanya dibekalkan dengan kapal- kapal yang lama iaitu kapal buruk daripada TLDM dan juga daripada agensi-agensi yang lain. Kita mahu kalau boleh kapal yang digunakan oleh APMM mestilah mempunyai dengan izin, seaworthy. Jangan ada kerosakan. Ada satu kes di sini kapal PC yang dibekalkan yang berusia sebanyak 60 tahun. Ia tidak boleh digunakan, masuk untuk direpair, bertahun-tahun sampai sekarang tidak boleh dibaiki. Kita mahu tidak ada monopoli tentang vendor ini, tentang maintenance. Ini kerana kita lihat kapal-kapal lama digunakan, cost of maintenance, dengan izin, telah melampaui satu angka yang cukup menakutkan. Jadi saya hendak cadangkan kalau boleh, kalau perlu kita membeli atau menggantikan peralatan-peralatan yang canggih dan baru supaya kita memastikan APMM kita benar-benar dimartabatkan.
Keduanya, kita tidak mahu ada monopoli yang berlaku. Kita mahu kalau boleh peluang diberikan seluas-luasnya kepada vendor-vendor yang lain untuk menjalankan maintenance dan juga pembaikan. Seterusnya peluang-peluang untuk kenaikan pangkat.
Kita dapat lihat ramai daripada kakitangan APMM adalah daripada TLDM. Mereka memang diberikan keutamaan dan diberikan peluang untuk kenaikan pangkat. Jadi bagaimana dengan kakitangan-kakitangan yang lain yang baru yang mungkin boleh menjatuhkan minat mereka untuk berkhidmat dalam APMM.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terakhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin sentuh tentang TERAJU. Pertamanya tentang soal cuff out policy yang dibuat oleh Majlis Tindakan Agenda Bumiputera ataupun MTAB yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju agar semua projek kerajaan yang melebihi RM500 juta dianggap sebagai projek mega dan kontraktor bumiputera diberikan keutamaan.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, sekurang-kurangnya apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai janji ditepati telah membuktikan bahawa dalam projek MRT, sebanyak 49 peratus daripada jumlah projek tersebut diberikan keutamaan atau diberikan kepada kontraktor bumiputera.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya juga telah dimaklumkan ada lima lagi projek atau empat lagi projek mega yang akan dilaksanakan. Jadi kita mahu melihat supaya janji juga akan terus ditepati oleh pihak kerajaan supaya kita memberikan keutamaan kepada kontraktor bumiputera.
Saya yakin, apabila kontraktor bumiputera diberikan peluang sebenarnya tidak akan merugikan kepada bangsa lain, bahkan daripada 60 peratus daripada jumlah projek adalah untuk bahan-bahan pembangunan. Sebanyak 20 peratus daripadanya adalah untuk pekerja-pekerja banyak Indonesia, Bangladesh, Myanmar yang akan dapat dan hanya mungkin 15 peratus sahaja yang akan didapati oleh kontraktor-kontraktor bumiputera. Jadi maknanya kalau bumiputera kita berikan keutamaan, kita tidak akan merugikan bangsa- bangsa lain.
Seterusnya, kita ingin melihat supaya GLC-GLC ataupun entiti-entiti kerajaan yang melaksanakan projek ini memperuntukkan sekurang-kurangnya 50 peratus nilai projek kepada kontraktor bumiputera. Apabila kita berikan kepada bumiputera, sekurang- kurangnya limpahannya dapatlah benar-benar dirasakan oleh banyak pihak.
Keduanya, pelbagai pihak juga Tuan Pengerusi merungut kerana sudah merasakan GLC ini tidak ada pun dasar yang jelas terutamanya untuk membangunkan usahawan bumiputera.
Kita mahu kalau boleh GLC ini sepatutnya harus menjelaskan dasar ini dan melihat agenda nasional dilaksanakan. Saya hendak beri contoh macam Petronas. Saya hendak menyebut perkataan ini janganlah hendaknya apabila kita berada dan bertanggungjawab tentang Petronas, kita pandang rendah kepada kontraktor bumiputera.
Saya dimaklumkan banyak daripada mereka bukan sahaja tidak berpeluang untuk mendapatkan apa-apa juga kerja tetapi banyak daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Petronas tidak ada masa untuk berjumpa mereka, kerana seharusnya mereka kena sedar, Petronas ini milik negara dan bumiputera diberikan keutamaan. Kalau kerja-kerja tidak boleh dibuat oleh orang-orang tempatan, barulah kita boleh beri kepada orang-orang luar negara. Akan tetapi kalau kerja masih lagi boleh dibuat, dilaksanakan oleh orang tempatan, seharusnya kontraktor bumiputera kita memberikan keutamaan.
Ketiganya, kita hendak lihat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Rungutan ini sudah lama kita dengar, Petronas tidak melayan bumiputera. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa kakitangan anggota Petronas ini kebanyakan terdiri daripada parti pembangkang yang menyebabkan dia against kepada dasar-dasar kerajaan.
Ini yang menyebabkan Petronas, dia bercanggah dengan dasar-dasar kerajaan kerana anggotanya banyak daripada parti pembangkang. Ini yang dikatakan oleh sesetengah pihaklah. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih sahabat. Kalau benar perkara ini berlaku, saya mencadangkan supaya dibuat satu reformasi dalam Petronas ini.
Kita mahu kalau boleh kakitangan Petronas ini diberikan satu kesedaran. Kita bukan sahaja menjalankan jawatan untuk mendapatkan pendapatan bahkan ini satu perjuangan bagi memajukan negara dan juga bangsa.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya tahu Tuan Pengerusi sudah beri signal dalam soal carve out policy untuk mega projek ini, saya hendak cadangkan supaya GLC yang memegang amanah bumiputera seperti PNB dan juga seperti Tabung Haji supaya dapat melaksanakan dasar 100 peratus kontrak untuk bumiputera. Oleh kerana kewujudan mereka atas kesedaran untuk membangunkan kaum bumiputera. Jadi seharusnya sampai masanya kalau boleh GLC Amanah Bumiputera ini dapat benar-benar menepati agenda nasional. Saya menyokong, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, secara ringkasnya B.9 iaitu 030000 halaman 162 dan 040000 iaitu halaman 162 juga dan juga 205000 iaitu 163. Tuan Pengerusi, yang penting sekalinya semasa pihak Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan saya mengenai usaha untuk mencegah rasuah. Walaupun disebutkan bahawa pihak kementerian, Jabatan Perdana Menteri adalah serius untuk mencegah rasuah tetapi kalau begitu serius kita mesti mempertimbangkan bagaimana kita boleh menambahkan efficiency kecekapan misalnya di dalam penyiasatan.
Saya dapati apabila saya buat aduan kepada pihak SPRM misalnya di kawasan saya, ada lori demi lori yang curi pasir, di kawasan kediaman tapi mungkin kerana kekurangan kakitangan pihak SPRM ada menggunakan taktik sendiri untuk menangani masalah ini. Bulan demi bulan saya terima aduan aktiviti kegiatan mencuri pasir masih berlaku. Begitu juga apabila saya terima aduan mengenai kegiatan yang tidak halal seperti membawa tanah dengan lori demi lori kepada kawasan lapang.
Ini memang di antara Laman Rimbunan dengan Taman Metropolitan Kepong yang merupakan taman yang terbesar di bawah DBKL kita. Di antara kedua-dua tempat ini ada tanah lapang dan lori demi lori dengan 10 roda itu membawa tanah melalui Laman Rimbunan, kawasan kediaman untuk menimbunkan, membuangkan tanah ini di kawasan lapang dan ini pun pihak SPRM memang mempunyai masalah kerana kakitangan tidak cukup.
Oleh sebab itulah saya sekali lagi menggunakan kesempatan ini untuk pihak Yang Berhormat sekarang Yang Berhormat Menteri sudah datang, kita hendak bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri supaya kita boleh meningkatkan keberkesanan siasatan dan pencegahan di dalam SPRM kita ini. Saya sebutkan kedua-dua perkara yang berlaku di Kepong itu dengan kecurian pasir menggunakan lori-lori secara haram untuk membuang tanah di kawasan lapang, mungkin untuk projek perumahan akan datang.
Akan tetapi semua itu tidak mengikut undang-undang-undang tetapi masih dijalankan. Oleh sebab itulah kita yang pertama saya pun ada mengulangi bahawa SPRM mesti dinaiktarafkan menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan, kedua peruntukan mesti ditambah. Yang Berhormat Menteri sudah kata dia hendak tambah, mungkin kepada RM400 juta ataupun RM500 juta setahun, mungkin. Kakitangan itu kalau kita hendak tambah kepada 5,000 orang, setiap tahun 150 ditambahkan, mungkin ambil 20 tahun. Itu pun separuh akan bersara dalam 20 tahun. Inilah masalah kita.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharap dengan saranan saya hari ini pihak Jabatan Perdana Menteri dapat mengambil perhatian yang lebih untuk bersama-sama kita mencegah rasuah di negara ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada dua perkara Tuan Pengerusi, satu ialah Perkara 120300 – Jabatan Insolvensi Malaysia. Jadi ini adalah berkaitan dengan hal kebankrapan di mana terdapat ramai di kalangan penduduk di kawasan Limbang, Lawas di mana kita memerlukan penggunaan pasport terhad yang berwarna biru. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menurunkan daripada harga RM150 kepada RM50.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah - Limbang
Masalahnya ialah tentang orang yang menghadapi bankrap ini di mana kadang- kadang ada yang disebabkan kerana menjadi penjamin, tidak boleh bayar kereta, dan bukannya disebabkan berniaga. Dahulu saya pernah menyuarakan supaya kerajaan menimbang semula tentang penyenaraian hitam pasport ini. Apa yang kita minta adalah jika sekiranya kerajaan dapat menimbang agar rakyat yang menghadapi masalah dengan Jabatan Insolvensi ini pasport terhad ini tidak disekat manakala pasport merah itu sekatlah, sebab itu adalah untuk pergi ke luar negara di mana orang boleh cabut lari.
Akan tetapi kalau yang biru ini hanyalah sekadar untuk melintasi Negara Brunei, iaitu hanya untuk tujuan suka duka dan sebagainya. Sebab ialah kadang-kadang ada suara-suara yang disuarakan di mana orang lain yang bankrap di negara ini boleh pergi mana-mana, tetapi kalau orang Libang disebabkan tidak boleh membayar kereta, menjadi penjamin dan sebagainya di mana kalau pasport biru telah disekat habislah, terpaksa menggunakan kapal terbang, macam mana hendak guna kapal terbang, tambang mahal, yang ini pun tidak boleh bayar. Jadi ini yang kita minta supaya pasport biru ini dilonggarkan, you can blacklist the red passport, the international passport but not the blue passport just for the sake of untuk melintasi negara itu sahaja untuk suka duka, itu yang pertama.
Manakala yang keduanya ialah Butiran 22000 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak. Saya selaku pengerusi, juga memohon kepada kerajaan iaitu tentang jumlah pegawai penguat kuasa. Pada masa ini di Sarawak hanya ada dua orang sahaja, oleh itu kita meminta kepada kerajaan agar menambah pegawai penguat kuasa ini supaya penguatkuasaan ke atas kenderaan perdagangan ini akan lebih berkesan lagi untuk Negeri Sarawak yang begitu luas ini, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi saya hendak menyentuh B.6 190000 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Saya ingin mendapat penjelasan tentang soal pengurusan ibadat haji ini , di mana ada kaitan sekali gus soal pengurusan soal Tabung Haji sendiri. pertama adalah pihak Menteri ada menyebut bahawa kerajaan ada memberikan subsidi kepada Jemaah Haji yang pergi menunaikan haji. Saya ingin mendapat penjelasan sama ada duit yang dibagi ini duit kerajaan ke atau duit Tabung Haji? Kerana seolah-olahnya menggambarkan bahawa ini subsidi kerajaan. Subsidi kerajaan ini bermakna bahawa duit yang asing daripada dana Tabung Haji tetapi kalau duit itu daripada Tabung Haji, saya anggap itu bukan subsidi kerana duit itu adalah duit daripada penyimpan pendeposit di dalam Tabung Haji untuk tujuannya pergi menunaikan Fardu Haji.
Jadi saya hendak meminta penjelasan daripada pihak kerajaan yang kadang- kadang, saya lihat kenyataan-kenyataan itu seolah-olah hendak menggambarkan bahawa seolah-olah kerajaan baik hati memberi subsidi kepada Jemaah Haji. Sedangkan hakikatnya, jika saya menyatakan bahawa kalau itu adalah daripada duit Tabung Haji bermakna bahawa itu adalah duit daripada Jemaah Haji yang telah menyimpan sejak sekian lama untuk tujuan mereka menunaikan fardu haji.
Kedua, saya ingin mendapat penjelasan, saya telah menyebut pada peringkat dasar Tuan Pengerusi berkaitan dengan soal gaji CEO dan sebagainya. Pihak kerajaan Menteri menjawab bahawa kenaikan itu berasaskan kepada keuntungan. Akan tetapi saya hendak katakan bahawa salah satu daripada KPI nya adalah untuk memastikan supaya jumlah jemaah haji itu mesti meningkat dan mesti ada kebijaksanaan murni tetapi apabila perundingan hanya dibuat daripada pihak Kerajaan Arab Saudi, apabila tidak bagi saya melihat bahawa okey, habis, tidak ada tambahan kerana pembangunan tetapi kita tidak ada usaha untuk pergi kepada negara-negara lain yang juga diberikan kuota tetapi tidak memenuhi kuota tersebut, di mana mereka tidak memenuhkan kuota negara mereka.
Sepatutnya rundingan harus dibuat dengan negara-negara ini bagi membolehkan peningkatan jumlah jemaah haji dengan negara kita bagi membolehkan lebih ramai yang pergi.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ketiga adalah berkaitan dengan Tabung Haji ini. Kerajaan menjawab bahawa kenaikan gaji CEO adalah berdasarkan kepada keuntungan. Saya hendak minta penjelasan apabila Tabung Haji ataupun syarikat-syarikat yang diuruskan oleh Tabung Gaji ini mengalami kerugian, apakah pihak Tabung Haji khususnya Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Menteri yang bertanggungjawab, boleh membuat satu keputusan untuk menurunkan gaji pada CEO ataupun top management di dalam Tabung Haji. Ini kerana argumentnya ialah kenaikan sehingga RM15,000 setahun itu kerana keuntungan yang diperoleh, bagi saya menggambarkan bahawa kalau rugi, tentulah kena turun.
Contohnya saya katakan bahawa di dalam tahun 2009 ataupun 2010 pernah diberitahu kepada kita bahawa, banyak syarikat-syarikat yang dilaburkan oleh Tabung Haji ini mengalami kerugian di dalam syarikat-syarikat tertentu seperti Axiata, di mana Tabung Haji kerugian sebanyak RM150 juta, Tenaga Nasional sebanyak RM150 juta, Ramunia Berhad sebanyak RM50 juta, BIMB Holdings Berhad sebanyak RM150 juta, Litian Holding Berhad sebanyak RM60 juta dan kemudian Green Packet sebanyak RM40 juta, AKN Technology, Muhibah Engineering sebanyak RM40 juta, jumlah kerugian sehingga RM530 juta.
Saya hendak katakan bahawa jika kerugian itu sehingga berjumlah RM530 juta apakah kita hendak katakan KPI, apa yang kita hendak berikan kepada top management.
Sama ada CEO nya, COO nya, CDO nya dan apa-apa lagilah UFO ke, apa lagi yang kita hendak katakan? Oh ini adalah kerana kecekapan mereka, maka gaji mereka harus dinaikkan. Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan ini, kerana kebimbangan ini pernah diluahkan oleh CEO Tabung Haji yang pertama iaitu Tan Sri Hanafiah, di mana pernah meluahkan kebimbangannya terhadap kedudukan tabung amanah iaitu Tabung Haji ini yang merupakan tabungan umat Islam yang begitu besar di dalam negara kita ini. Jadi saya minta penjelasan daripada kerajaan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh? Ringkas sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, saya dimaklumkan bahawa Tabung Haji ini ada membahagikan kumpulan wang mereka, pertama untuk tujuan pelaburan dalam negara dan satu lagi di luar negara. Walau macam mana pun kita tidak tahu berapakah peratusan tabung itu, wang yang terkumpul itu diluluskan untuk tujuan pelaburan di luar negara. Hal ini saya telah semak di dalam Laporan Tabung Haji tetapi tidak ada dinyatakan. Adakah kita perlu tekan dan desak kerajaan supaya memberikan fakta mengenai peratusan pelaburan yang dibenarkan untuk luar negara.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Pengerusi, saya minta agar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dijadikan sebahagian daripada ucapan perbahasaan saya dan saya juga ingin mengetahui dan mendapatkan penjelasan apakah kerajaan khususnya Jawatankuasa Pelaburan Tabung Haji ini telah menyemak kembali tentang bentuk pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji, kerana saya melihat bahawa mengikut maklumat yang ada dalam tahun 2010 yang saya telah semak bahawa 40 peratus pelaburan Tabung Haji itu dalam ekuiti. Sedangkan kalau kita lihat di dalam tabung-tabung amanah yang lain seperti mana dalam EPF dan sebagainya, mereka hanya mengehadkan dalam 20 peratus sahaja, itu maksimum 20 peratus sahaja tidak sampai ini kepada 40 peratus dan itu amalan bagi tabung-tabung amanah...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Benchmark yang ada. Jadi saya minta penjelasan ini daripada pihak kerajaan kerana dilihat kerugian-kerugian yang telah pun dialami.
Seterusnya ialah B.6 350000 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Saya hendak minta penjelasan kepada pihak kerajaan iaitu berkaitan dengan permit teksi yang dikeluarkan kepada individu-individu yang banyak rungutan yang mereka luahkan kepada saya bahawa bagaimana permit teksi diberikan setahun-setahun. Permit, setiap tahun kena diperbaharui. Sedangkan sebelum ini sewaktu di bawah LPKP semasa Yang Berhormat Tenggara menjadi pengerusi pada waktu itu. Pada waktu itu diberikan lima ke tujuh tahun. Maka, tempoh permit itu lima ke tujuh tahun.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Masalahnya Tuan Pengerusi apabila diberikan setahun, problem kepada pemandu teksi ini ialah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank untuk membeli teksi sebab mereka kata kamu pinjam sekarang. Kamu hanya ada setahun, macam mana kami hendak beri. Kalau kos selepas ini kamu hendak bayar dengan apa? Kalau dahulu diberikan permit itu dalam tempoh lima ke tujuh tahun. Jadi, bank percaya bahawa kamu memang ada sumber pendapatan melalui teksi ini kerana tujuh tahun kamu boleh bawa teksi. Jadi, ini rungutan yang ditimbulkan. Jadi, saya minta penjelasan. Takkan macam ini kita tubuhkan SPAD menggantikan LPKP. Gaji pengerusi SPAD RM20,000. Dahulu Pengerusi LPKP, elaun mesyuarat sahajakah apa, elaun mesyuarat berapa duit sahaja. Akan tetapi dia buat kerja bagus, saya puji dia. Dia buat kerja bagus bagi sampai lima tahun, tujuh tahun.
Sekarang bila Pengerusi SPAD, RM20,000 gaji beri setahun. Kedekut nak mampus.
Seorang Ahli
Senyum.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya puji kawan saya Yang Berhormat Tenggara. Waktu dia jadi saya difahamkan elaun mesyuarat berapa duit sahaja waktu itu. Betul tidak Yang Berhormat Tenggara elaun mesyuarat berapa duit sahaja, elaun bulanan pun berapa duit sahaja. Ini elaun pengerusi sebulan RM20,000. Tidak termasuk lagi pencen menteri. Jadi saya minta penjelasan bahawa ini untuk kebaikan kepada pemandu-pemandu teksi khususnya.
Ketiga saya hendak minta penjelasan iaitu B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 010000– Pengurusan Am. Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan.
Saya telah pun menulis surat kepada Perdana Menteri pada 16 Julai 2012 bersamaan 25 Sya’ban dan surat itu diberikan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Padang Rengas. Surat iaitu saya hendak minta penjelasan berkaitan dengan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Soalan saya juga ditolak. Soalan jawab lisan saya juga ditolak oleh Tuan Pengerusi kerana ada alasan-asalan tertentu. Saya tidak bawa surat penolakan tersebut tetapi saya katakan bahawa ini sangat penting. Sehingga sekarang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ini masih belum diganti. Dia hanya dipangku sahaja oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Isu dia ialah kenapa Tan Sri Abu Bakar ini bekas Ketua Pengarah ini ditamatkan perkhidmatannya, bukan dia berhenti dalam keadaan dia telah bersetuju menyambung perkhidmatannya untuk berjasa kepada negara untuk terus berkhidmat kepada negara. Tiba-tiba dia ditamatkan perkhidmatan dengan menggunakan beberapa perkara iaitu penamatan beliau mengikut Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Umum mengetahui bahawa Peraturan 49 tersebut ialah penamatan perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam atas kepentingan awam serta gagal tapisan keselamatan.
Saya hendak tahulah apakah kes, apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Tan Sri Abu Bakar Abdullah ini? Apakah jenayah yang dilakukan sehinggakan dia tidak melepasi tapisan keselamatan? Apakah yang dikatakan untuk kepentingan awam ini sehingga apakah mungkin kerana dia terlibat dalam satu gerakan subversif hendak meletupkan Jabatan Perdana Menterikah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menamatkan perkhidmatan beliau. Jadi, saya katakan bahawa ini sangat penting untuk diketahui supaya saya tidak mahu bahawa dalam keadaan ini pegawai-pegawai kerajaan daripada bawah sampai ke atas yang diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa ada satu pembelaan kepada mereka.
Saya difahamkan bahawa penamatan ini mengikut fasal ini, peruntukan ini saya difahamkan bahawa kalaupun dia dapat pencen dalam jumlah yang terlalu kecil bukan mengikut kadar pengiraan biasa. Jadi bagi saya bahawa ini suatu yang tidak seharusnya berlaku. Kalau atas isu SBPA saya fikir bahawa tidak seharusnya dia dikambing hitam kerana Perdana Menteri sendiri merupakan pengerusi jawatankuasa gaji di peringkat Kabinet.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Kuala Selangor.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, ...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Hulu Selangorkah Kuala Selangor?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Selangor, Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Okey.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Kuala kah Hulu?
Thank you very much Sir, Yang Berhormat Hulu Selangor. Lain kali Kuala Selangor ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, beberapa isu, pertama B.4, Butiran 030000 - Dasar Baru, Suruhanjaya Pilihanraya. Dalam Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihanraya, di antara cadangan yang telah kita tingkatkan ialah pengukuhan SPR.
Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk proses mengukuhkan SPR dari segi peningkatan sumber manusia dalam SPR ini dan juga mungkin kita harus wujudkan satu kompleks latihan, training complex untuk SPR ini dan kita harus juga memulakan proses pendidikan, hal-hal pengundi, hak-hak mengundi daripada bangku-bangku sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar-pelajar IPTA dan sebagainya, NGO-NGO untuk menghadiri latihan-latihan yang sesuai untuk mereka.
Mungkin satu training complex dapat diwujudkan dan saya rasa baru-baru ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah pun berjaya mendapatkan balik tanah yang diambil dengan zalimnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, mereka dapat kembali. Mungkin tanah ini juga dapat digunakan untuk membina satu kompleks untuk SPR.
Seterunya B.5 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Butiran 010200 – Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Saya ingin tahu tahun lalu tujuh taklimat dan pameran kerjaya telah diadakan. Di manakah taklimat dan pameran kerjaya ini diadakan dan berapa ramai telah mengambil bahagian dalam taklimat serta kerjaya ini?
Sama ada kementerian sedang bercadang untuk mengadakan taklimat dan juga pameran- pameran ini kawasan luar bandar supaya lebih ramai lagi belia-belia di kawasan luar bandar juga dapat mengambil bahagian dalam proses temu duga ini.
Butiran 010800 – Komitmen kerajaan untuk meningkatkan bilangan kakitangan awam bukan Melayu memang menjadi kenyataan. Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan. Berapa ramaikah bukan Melayu yang telah menghadiri temu duga ini secara terperinci? Berapa ramai juga telah berjaya dalam tahun lalu dan perancangan tahun akan datang?
B.6, 010500 – PERMATA. Terima kasih, di Hulu Selangor kita ada satu Permata di mana dihadiri oleh anak-anak miskin, kurang upaya dan juga mereka dari golongan sederhana dan sekolah. Saya harap lebih banyak lagi taska-taska PERMATA ini dapat diwujudkan di seluruh negara dan sama ada jabatan mempunyai cadangan untuk memberi insentif-insentif khas kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin bekerjasama dengan PERMATA untuk mewujudkan pendidikan awal kanak-kanak ini.
B.7, Butiran 030500 – Pembangunan Modal Insan. Jumlah pelajar yang telah menerima biasiswa ini berdasarkan kepada kaum sama ada lebih ramai telah menerima dan apakah perancangan kerajaan sama ada akan meningkatkan lagi bantuan-bantuan ini supaya mereka yang cemerlang dari bidang akademik dan kerjaya mereka mahupun selepas tingkatan lima atau SPTM akan mendapat biasiswa ini secara terperinci penerima- penerima dan di manakah universiti-universiti dalam negara atau pun di luar negara yang mereka telah dan sedang belajar ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silalah Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mungkin ada satu campur satu kalau sempat. Atas Maksud Bekalan 3, atas Kepala 020000, 020100 dan seterusnya. Saya merakamkan Tuan Pengerusi bahawa Perkara 106 dan Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1997 mengehendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan seluruhnya dan kemudiannya membentangkan laporan itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, kita sudah dua tahun mendapati bahawa pembentangan ini selepas daripada pembentangan bajet.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya mengangkat isu ini kerana perlu untuk kita menambah baik amalan demokrasi ataupun amalan Parliamentary kita di Dewan yang mulia ini untuk Parlimen memikirkan. Setelah dibelanjakan jutaan ringgit untuk persiapan audit ini, Tuan Pengerusi, apakah hanya begini cara kita bersambilan sahaja membahaskan isu Laporan Ketua Audit Negara ini. Kalau kita perhatikan terlalu banyak yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Antara lainnya saya perhatikan pada 25 Julai sudah siap laporan ini tetapi dibentangkan 17 hari selepas Belanjawan. Antara lain merujuk kepada pelbagai perkara- perkara yang antara lain mengaudit penyata kewangan, pematuhan, prestasi dan juga pengauditan pengurusan. Antara lain menyimpulkan bagaimana daripada 23 buah syarikat yang memperoleh keuntungan, hanya sepuluh syarikat sahaja yang membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM109 bilion. Manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu sahaja.
Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut- turut yang nyatanya akan berlaku kehilangan pendapatan bagi negara. Bila masanya kita perbahaskan perkara ini, Tuan Pengerusi? Kalau kita perhatikan, bagaimana laporan mengkritik tentang pemberian kontrak yang secara runding langsung. Antara lainnya menyebutkan tentang double tracking, Ipoh-Padang Besar. Yang dek kerana itu, asal kosnya RM12.9 bilion pada akhirnya yang telah tertunda dua kali pada tarikh tamatnya itu, berakhir dengan kos overrun yang memakan belanja sebanyak RM3.6 bilion. Banyak lagi perkara yang disebutkan, Tuan Pengerusi. Sudah sampai waktunya Laporan Ketua Audit Negara ini dikendalikan dengan segala kebertanggungjawabannya supaya dapat kita perbaiki amalan Parliamentary best practice kita ini, dan saya mahu perkara ini diberikan penjelasan...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah sedikit, Yang Berhormat?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sila kalau diizinkan Tuan Pengerusi.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, sikit sahaja Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya juga ada melihat Laporan Ketua Audit Negara, Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Cuma yang saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat.
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam masa untuk membincangkan laporan berkenaan dengan negeri-negeri tersebut. Apakah ada political will Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk juga membawa hujah Yang Berhormat tadi membahaskannya secara terperinci di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud yang saya yakin menyentuh perkara itu dengan segala kebertanggungjawabannya. Kita mahukan perkara ini berlaku secara bi-partisan, Tuan Pengerusi. Lalu kalau boleh perkara itu juga dimasukkan dalam ucapan saya sebagai satu teguran yang positif.
Tuan Pengerusi, satu lagi kalau boleh saya diizinkan menyebut satu perkara yang agak sensitif atas kepala bersabitan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam urus tadbirnya yang bersabitan dengan 050000 atas Kepala itu. Saya sekadar mahu mengingatkan Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, betapa JAKIM yang bertanggungjawab menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia dan juga menguatkan undang-undang syarak di negeri-negeri, mengawal segala- galanya yang bersabitan dengan kemaslahatan Islam di negara ini.
Saya mahu bagaimana? Apa yang disebutkan oleh Presiden MCA baru-baru ini yang membuat kenyataan jelas tentang bagaimana negara yang mengamalkan hudud adalah antara negara yang paling corrupt dan juga negara yang punya banyak jenayahnya.
Perkara itu disebutkan termasuklah yang terdahulu daripada itu, beliau menyebutkan tentang bagaimana negara akan mengalami kehilangan sebanyak 1.2 juta pekerja seandainya hudud dilaksanakan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, bukan isu hudud yang hendak saya bawa di sini tetapi bagaimana seorang pemimpin, penguasa politik Kerajaan Barisan Nasional, cukup tidak bertanggungjawab dalam menyuntik apa yang dikatakan sebagai fear mongering dan scare mongering politik menakut-nakutkan. Lebih malang daripada itu, kehadiran dalam Dewan San Choon itu pada Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini, dihadiri oleh tidak lain tidak bukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekali gus ketika beliau memuji ucapan- ucapan Presiden MCA itu, lalu inilah perkara yang sangat terkilan umat ketika menyaksikan penghinaan terhadap Islam dibuat oleh parti yang hari ini nampaknya terlalu desperate untuk mendapatkan sokongan kaumnya dan juga yang lain. Sanggup menghina Islam sedemikian dan perkara ini JAKIM dan juga Perdana Menteri harus bertanggungjawab.
Apakah UMNO semakin lemah sehinggakan MCA berani membuat serangan-serangan seperti ini. Tentunya ia cukup mengaibkan agama di negara ini kerana PM tidak pertahan Islam.
Tuan Pengerusi...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sekali lagi, Yang Berhormat Kota Belud?
Short!
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yes, very short, very short. Saya juga mendengar ucapan Presiden MCA. Akan tetapi saya tengok Yang Berhormat, ia sebenarnya qualify dia punya statement. Satu, dia tidak menghina agama Islam. Yang dia pertikaikan, kita mesti ingat constituents yang dia hendak bercakap ini adalah golongan penyokongnya iaitu di kalangan kaum Cina. Dia memberi satu pandangan bahawa negara- negara yang mungkin itu- dia menyebut pasal kerajaan bukannya pasal agama Islam. Dia tidak menghina agama Islam. Dia cuma mengatakan bahawa negara-negara yang mengamalkan, kerajaan itu. Something wrong with the government. Macam juga apa yang dikatakan kita selalu cakap di sini bahawa hudud itu mungkin versi PAS. Itu yang tidak berapa betul.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cukup kecewalah dengan usaha... Yang Berhormat Kota Belud membela Presiden MCA.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau saya tidak menegur, tidak semestinya saya benarkan Yang Berhormat bercakap panjang lebar.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Pengerusi
Tolong. Mesti ada persefahaman di sini, ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tentu. Saya cukup menghormati pandangan Tuan Pengerusi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Saya dapati ada memo ditulis di sini oleh Timbalan Pengerusi bahawa Menteri seharusnya boleh menjawab jam lima petang. Sekarang sudah jam berapa.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, sikit lagi kalau Yang Berhormat Rasah boleh, Tuan Pengerusi. Bagi 30 saat kepada dia.
Seorang Ahli
Ramai hendak cakap.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Lagipun ini peringkat Jawatankuasa.
Bukannya dasar.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Siapa, siapa lagi daripada Barisan Nasional dulu?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tenom. Selepas Yang Berhormat Tenom, seorang lagi saya bagi. Yang Berhormat Rasah. Selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Bukan, bukan. Yang Berhormat Kuala Krai. Saya sudah. Saya hanya mencelah sahaja.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya hanya mencelah sahaja. Tuan Pengerusi, saya hanya mencelah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, saya tidak ada peluang ini.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam ucapannya semalam. Saya amat terkilan dengan dakwaannya bahawa dia mengatakan bahawa dia bersetuju dengan apa yang di bawa oleh Senator Heng. Dia kata seolah-olah apa yang dikatakan oleh...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Rasah, ini mencelahkah apa?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya, mencelah. Mencelah. Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Tok Guru seolah-olah dia kata PAS menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam. Saya merasa bahawa ini adalah kenyataan yang paling biadab oleh MCA!
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling biadab dalam sejarah ini!
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya biarkan berhujah, ingat!
Jangan cetuskan seperti tadi! Jangan heretkan perkara politik di luar! Tolong! Kalau tidak, Yang Berhormat Kuala Selangor, lain kali saya tidak akan panggil Ahli Yang Berhormat yang dalam fikiran saya mencetuskan seperti apa yang berlaku. Itu hak saya. Kuasa saya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila gulung, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, saya sudah pun hampir menggulung.
Sudah landing ini tetapi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rasah itu adalah satu perspektif, satu pandangan dan satu rakaman fakta yang telah pun berlaku dan tidak boleh dinafikan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Rasah ini biadab, Tuan Pengerusi. Menuduh satu perkataan yang paling hina kepada seorang pemimpin.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, kalau boleh saya...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dia menghina Tok Guru, lagi biadab!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini isu politik sebenarnya...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Apakah Yang Berhormat Sri Gading biarkan dia menghina? Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek lagi biadab!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
DAP yang menghina. Kenapa dia tak berani kritik DAP?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, saya hendak landing ini... [Dewan riuh]
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tutup mulut, tak berani.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Memperbetulkan Chua Soi Lek ini, ini yang paling teruk sekali! Kita kecewa! Boleh duduk dalam DAP...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Cakap, you tak cakap apa pun, senyap! Banyak PAS jadi penyamun.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sudahlah PAS, dia pun standard, DAP cakap anti kepada hudud, dia tak kata apa-apa.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
DAP hina Islam lagi teruk, senyap tak cakap apa!
Tuan Pengerusi
Sudahlah Ahli Yang Berhormat Sri Gading..
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan, Tuan Pengerusi. Inilah konon oh...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuala Selangor duduk dahulu. Yang Berhormat Pokok Sena...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Oh, DAP tak apa.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Depa setujulah, Menteri duduk saja, nganga.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Pengerusi DAP ada dekat belakang, apa dia kata tentang hudud ini. Hudud PAS!
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat!
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita tak sokong hudud PAS, hudud Islam okey.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat. Cukuplah Ahli Yang Berhormat, di luar sana itu cukuplah politicking. Di cyber space cukuplah!.. [Ketawa] Di Facebook, cukuplah!
Di blog cukuplah! Jangan lagi bawa di sini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya. Tuan Pengerusi..
Tuan Pengerusi
Janganlah Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah buat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Rumusan. Rumusan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Rumus. Selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Rumus, saya landing dengan mengatakan Tuan Pengerusi, saya sebutkan ini bukan atas nada politik tapi kebertanggungjawaban dan JAKIM bertanggungjawab. Yang Berhormat Kota Beludkah, Yang Berhormat Sri Gadingkah yang mahu membela MCA itulah UMNO tetapi JAKIM mesti menegaskan pendiriannya atas satu penghinaan yang dilakukan oleh Presiden MCA Chua Soi Lek. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dan Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Tenom macam mana? Tuan Pengerusi..
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mengganggu, tidak bersikap sedemikian..
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ini Yang Berhormat Rasah punya pasallah. You punya pasallah!
Tuan Pengerusi
Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, yang boleh berhujah. Ramai!
Namun Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang membuat begini setiap hari, bukan saya. Sila Yang Berhormat menteri.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, lima minit sahaja.
Tuan Pengerusi
Sila!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, saya boleh. 50 lagi hendak tanya pun boleh, tetapi Tuan Pengerusi tak bagi tak apalah... [Dewan riuh][Tepuk]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Boleh Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri!
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tunjuk anak jantan nampak...
[Ketawa]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isu- Tuan Pengerusi tak bagi, tak boleh ya.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
No, no, point of order.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia tak boleh, tak boleh, tak boleh.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, point of order.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu percantuman locality yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi point of order.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat Permatang Pauh. Isu percantuman locality dalam sesuatu daerah mengundi yang digunakan oleh SPR untuk menentukan kawasan pendaftaran bahagian pilihan raya seseorang pemilih. Tuan Pengerusi, urusan pengemaskinian maklumat pemilih dilakukan oleh SPR bagi memastikan hanya maklumat pemilih yang sahih sahaja dikekalkan di dalam daftar pemilih SPR, yakni termasuklah mengemas kini locality pemilih dengan memperbetulkannya kepada kedudukan yang lebih tepat. Persoalan percantuman locality sebenarnya tidak menyebabkan pertukaran alamat seseorang pemilih. Malah dalam urusan ini semua maklumat pemilih seperti daerah mengundi dan pusat mengundi masih dikekalkan pada kedudukan asal, bahkan ia tidak langsung menjejaskan kedudukannya dalam sesuatu bahagian pilihan raya.
Sehubungan itu sekiranya Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai maklumat mana-mana pemilih yang kedudukannya terjejas ekoran daripada ini harap dimaklumkan kepada SPR bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh juga bangkitkan isu...
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan locality. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan locality ini, apabila berlakunya percantuman locality, maka alamat itu menjadi tidak tepat Yang Berhormat Menteri.
Isunya, ialah apabila contoh di Pandan, kita ada taman sekian-sekian. Taman Cempaka, Lorong Dua hingga Lapan, localitynya. Localitynya dia lorong dua hingga lapan.
Jadi apabila alamatnya ada rumah nombor tiga, lorong dua hingga lapan, maksudnya dia boleh lorong dua, dia boleh lorong tiga, dia boleh lorong empat, lorong lima dan sehinggalah lorong lapan. Jadi di situ, masalahnya ialah kita hendak tahu pengundi itu wujud atau tidak? Susah kita hendak cari sebab alamat itu tidak tepat dah sekarang ini. Itu masalah yang kita katakan berkenaan dengan locality ini. Percantuman locality, itu yang berlaku Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Fahamlah, sebab benda ini di atas peta, berbeza dengan apa yang ada di locality tempatan. Jadi, seperti mana saya telah sebut sebentar tadi, kalau sekiranya berlaku perkara ini, maka hendaklah perkara spesifik itu dibangkit dengan SPR supaya diperbetulkan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kita tidak kata iaitu bahawa perkara ini tidak berlaku. Akan tetapi kalau ada perkara yang berlaku, itulah tujuannya untuk kita memaklumkan kepada SPR untuk kita perbetulkan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, soal locality ini, lagi contoh di kawasan saya. Main road dia itu Parit Jalil. Akan tetapi dalam Parit Jalil itu macam-macam parit ada tetapi dipanggil locality Parit Jalil dan orang-orang ini sudah mengundi berkali-kali tidak ada masalah apa-apa. Yang Berhormat Permatang Pauh pun tahu, kalau ada masalah jumpa SPR. Akan tetapi dia hendak politikkan dalam Dewan ini untuk kepentingan politik mereka... [Dewan riuh] Itu sahaja sebenarnya! Bukan apa-apa sebenarnya. SPR pun selama ini bekerja begitu telus, boleh berbincang dengan beliau tetapi...
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Sri Gading kampung, tak sama dengan bandar.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sengaja hendak politikkan kerana ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam Dewan ini akan disebarkan.
Maknanya macam seolah-olah SPR ini bersalah. Seolah-olahnya SPR ini tidak telus, inilah tujuan Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang. Politik semata-mata Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Beberapa Ahli
Ho!... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ucapan dia sebahagian daripada jawapan sayalah... [Ketawa] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Permatang Pauh juga membangkitkan berkenaan dengan isu perpindahan kawasan pendaftaran Yang Berhormat Tan Sri Khalid bin Ibrahim.
Isu ini bukanlah merupakan isu SPR memindahkan pemilih. SPR juga telah menjelaskan isu ini secara terperinci dalam sesi penjelasan SPR bersama-sama Ahli Dewan Rakyat yang dianjurkan oleh saya dan jawapan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16 April 2012 yang lalu iaitu di sesi Dewan Rakyat yang lepas. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sesi tersebut, SPR pada tahun 2008 iaitu semasa proses pembangunan Sistem EGIS iaitu kaedah pemetaan locality secara elektronik telah mengenal pasti locality Jalan 16/2 di atas muka bumi adalah dalam bahagian pilihan raya P.121 Lembah Pantai yang menyebabkan SPR telah tersalah menetapkan kawasan pendaftaran bagi pemilih yang berada dalam locality 16/2 termasuklah Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim.
Selaras dengan peraturan 25(3), Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002, kawasan pendaftaran bagi semua pemilih yang ditetapkan dalam locality Jalan 16(2) dalam kawasan pendaftaran P.105 petaling Jaya Selatan dan N.34 Bukit Gasing telah dibetulkan dengan meletakkan di dalam kawasan pendaftaran P.121 Lembah Pantai selaras dengan kedudukannya di lapangan.
SPR telah memaklumkan kepada parti politik yang terlibat dengan kawasan pendaftaran berhubung tindakan membetulkan kawasan pendaftaran ataupun locality yang terlibat.
Yang Berhormat Permatang Pauh juga...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sedikit, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya rujuk kepada pemindahan yang berlaku yang melibatkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di mana janji SPR semasa kita bertemu dengan Pengerusi di Parlimen adalah untuk memaklumkan kepada semua pengundi yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.
Setahu saya, setakat ini masih belum dilaksanakan, di mana antara bulan Mac 2008 hingga suku ketiga 2011, Yang Berhormat Menteri, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar daripada kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen yang berbeza.
Maksudnya Pilihan Raya ke-12 dengan sekarang, pilihan tempat dan locality itu berlainan.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, jasa baik untuk memastikan makluman itu diberikan kerana setakat ini janji itu belum ditepati oleh SPR. Keduanya, Yang Berhormat kata elok kita bertemu, berbincang terus dengan SPR.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya boleh maklumkan, dalam banyak isu, SPR menangguhkan setiap pertemuan yang dipinta oleh ahli-ahli Parlimen sehinggakan Saudara Dr. Ong Kian Ming, dia merupakan penganalisis Malaysian Electoral Roll Analysis Project. Jadi beliau secara konsisten bertemu dengan SPR tetapi setelah beliau menyertai DAP, SPR telah menolak tidak mahu lagi memberikan temu janji untuk berbincang dengan MERAP ataupun NGO yang beliau wakili. Jadi, saya pohon di sini perlu ada keputusan Yang Berhormat, saya hargai. Akan tetapi kalau di lapangan tidak ditepati dengan pelaksanaan, jadi kita bercakap- cakap secara akademik sahaja. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Seperti mana yang kita semua maklum iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya adalah satu badan yang bebas, jadi apa juga masalah kita adakan perjumpaan supaya ianya dapat diatasi. Jadi, maklumat Yang Berhormat sebut itu, yang telah berlaku tidak perlu dimaklumkan kepada saya oleh mereka kerana saya bukan monitor mereka. Walau bagaimanapun, oleh kerana maklumat ini saya dapat pada hari ini, saya akan memaklumkan kepada mereka malah di sini pun ada jawapan daripada mereka iaitu pertemuan dengan Dr. Ong Kian Ming telah ditentukan pada 5 November 2012 di ibu pejabat SPR. Yang Berhormat boleh beritahu kepada dia, saya kira kalau betul, maknanya perjumpaan tidak mahu dibuat disabitkan oleh kerana beliau ahli DAP itu satu perkara yang tidak boleh diterima, bukan sahaja oleh pihak sana sebab di sini pun kita mahu supaya SPR itu adalah bebas seperti yang dikehendaki...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat Kota Belud, sekejap ya.
Saya jawab kemudian saya bagi jalan ya?
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Berkenaan dengan pemindahan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Berkenaan dengan isu keengganan SPR membekalkan alamat penuh pemilih sebagaimana alamat penuh di dalam MyKad untuk membantu parti politik mengenal pasti pemilih di lapangan, peraturan 3 dan 6, Peraturan- peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan format daftar pemilih. Format daftar pemilih mengandungi maklumat nombor siri pemilih, nombor kad pengenalan lama, nombor kad pengenalan baru, jantina, tahun lahir, nama kod locality dan nombor rumah bagi pemilih yang mempunyai maklumat nombor rumah. Bagi maksud format daftar pemilih ini, SPR hanya meletakkan nombor rumah kerana senarai pemilih ini sudah sedia disusun mengikut bahagian pilihan raya Parlimen dan bahagian pilihan raya negeri, sebagaimana yang ditetapkan mengikut peraturan 3, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Oleh yang demikian, isu keengganan SPR ini tidak timbul kerana format daftar pemilih disediakan dengan nama-nama pemilih, disusun mengikut bahagian pilihan raya Parlimen, bahagian pilihan raya negeri, daerah mengundi dan locality. Ini secara tidak langsung boleh membantu parti politik mengenal pasti pemilih di lapangan berdasarkan senarai daftar pemilih yang diperoleh daripada SPR. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sekiranya pemilih telah berpindah tetapi tidak membuat pertukaran alamat dengan SPR, akan kekal namanya dalam daftar pemilih tersebut sehingga pemohon membuat permohonan pertukaran dengan SPR. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang alamat, dalam perbahasan saya ada menyebut tentang finding iaitu 59 newly register dalam tahun 2011 yang tanpa nombor rumah, tanpa jalan dan didaftar oleh agensi kerajaan, sebab itu tidak sebutkan agensi kerajaan yang mana. Selain daripada SPR, adakah agensi kerajaan yang lain boleh daftar pemilih? Ini kerana mengikut kod 71, IC itu menunjukkan dia bukan lahir di negara Malaysia dan kita pun tidak pasti adakah dia warganegara atau dia diberikan IC hanya untuk mendaftar sebagai pemilih iaitu secara haram. Oleh sebab itu minta Menteri tolong terangkan perkara ini.
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah soalan?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya tidak makluman bersama dengan saya tetapi apa yang dibangkitkan itu dicatit. Saya tidak tahu, saya tengok di belakang ini pun ada jawapan oleh soalan Yang Berhormat Kota Melaka, kalau tidak ada di sini, kita akan beri jawapan seterusnya.
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berkenaan dengan perpindahan pengundi, oleh kerana pembetulan locality tadi, saya ada makluman apabila kita buat audit dan kita lihat berapa ramai pengundi yang pindah kawasan, keluar daripada DUN dan keluar daripada Parlimen oleh sebab pembetulan locality ini, jumlahnya lebih daripada 30,000. Setakat ini SPR belum dapat memberi penerangan kenapa perkara ini berlaku dengan cukup memuaskan. Berkenaan juga apabila dikatakan pembetulan locality menggunakan komputer ini, saya pernah menunjukkan kepada Pengerusi SPR di dalam lawatan mereka ke Parlimen berkenaan dengan peta-peta yang kita tunjuk, di mana terdapat sekelompok pengundi yang jelas-jelas letaknya di tempat lain tetapi mengundi di tempat lain bukan di border.
Kalau yang terlibat dengan pembetulan mengikut komputer itu kita ambil kira berpuluh ribu tetapi yang ada kelompok-kelompok island ini, yang ini juga merunsingkan.
Apabila saya sendiri tunjuk peta itu, contohnya pusat bekalan polis Shah Alam letaknya di Kelana Jaya dalam Parlimen Kelana Jaya tetapi mengundi di Subang.
Peta pun telah ditunjukkan kepada SPR tetapi SPR belum dapat memberi penjelasan sehingga ke hari ini. Berkenaan dengan format daftar pemilih Yang Berhormat Menteri, format daftar pemilih ada tiga field address, alamat tu ada alamat 1, alamat 2, alamat 3. Jadi, kalau locality nya Jalan Besar contohnya, maka ada nombor rumah, ada nombor lorong dan field yang ketiga harusnya taman, barulah locality Jalan Besar tetapi selalunya dalam daftar pemilih, satu field atau dua field sahaja, tidak ada lorong ataupun ada nombor rumah, ada lorong, tidak ada taman. Ada field yang pertama nombor rumah, tidak ada lorong terus locality, lorong dua hingga lapan seperti di Pandan contohnya. Jadi ini yang kita ketengahkan, yang kita rasa SPR tidak usaha sungguh-sungguh untuk memberi alamat penuh supaya kita sebagai parti politik dapat memastikan, turun padang dan memastikan rumah itu wujud.
Kalau alamat itu tidak tepat dan alamat itu tidak penuh, ketiga-tiga field tidak digunakan, macam mana kita hendak jumpa pengundi? Di kampung mungkin, kita bagi Kampung Belukar, boleh jumpa, orang kampung semua kenal tetapi di Sri Gading tidak ada masalah mungkin tetapi di bandar kita mustahil boleh jumpa kalau locality itu digabungkan.
Berkenaan dengan apa Yang Berhormat Menteri kata SPR ini badan bebas, betul. Mereka seharusnya badan bebas tetapi mereka diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat pernah memohon untuk berjumpa dengan SPR, Pengerusi SPR kata nanti dahulu, dia belum bersedia hendak jumpa dengan Pakatan Rakyat. Oleh itu kita cakap di Parlimen, Menteri kata SPR bebas, kita cakap dengan SPR, SPR kata tunggu. Jadi ke mana lagi kita hendak suarakan Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Pengerusi, dua perkara. Satu, saya mengalu-alukan usaha SPR hari itu kerana mendengar hujah dan juga ucapan daripada pihak pembangkang di Parlimen ini, mereka sendiri datang atas usaha Yang Berhormat Menteri untuk datang ke Parlimen daripada kepimpinan tertinggi, daripada Pengerusi SPR sendiri datang, timbalan dan pelbagai, yang hadir daripada pihak pembangkang hanya lima orang... [Disampuk] Mereka sendiri datang ke Parlimen ini untuk berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen tetapi lima orang yang datang. Saya masih ingat lagi, isu Tan Sri Dato’ Seri Abdul. Khalid atau Yang Berhormat Bandar Tun Razak diterangkan dengan jelas dalam perjumpaan kita. Terang dan jelas, tetapi masih lagi ditanya oleh Ketua Pembangkang, itu satu.
Keduanya, saya pernah terbaca satu, saya lupa nama organisasi tetapi kalau kawan-kawan yang teringat organisasi yang membuat satu kajian, yang telah diberikan juga laporan itu kepada Ahli Parlimen awal tahun ini. Beliau mengatakan bahawa kajian tersebut menunjukkan bahawa rumah-rumah yang tidak dapat dikenal pasti ini kebanyakannya di bandar, di Selangor dan juga di Kuala Lumpur. Antara lainnya Tuan Pengerusi ialah pembangunan terlalu pesat sehinggakan jalan dahulu wujud apabila Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan ini maju, jalan itu sudah hilang, maka dalam laporan tersebut, pengundi yang tidak dapat dikesan yang tertinggi di Malaysia ini bukan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Menyampuk] Sudah ada Yang Berhormat Kota Belud, tidak perlu Menterilah.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa ini Yang Berhormat? Have some respect lah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Betullah. Kenapa kita hendak dengar dari backbencher? Kita tunggu jawapan dari Menteri.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, have some respect lah. Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat, duduklah!
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau Yang Berhormat Kota Belud tahu, kita tidak perlulah ada Menteri.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat duduklah! This is my floor.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya kasihan kepada Menteri dari Padang Rengas.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Apa ini? Menipu sahaja kerja you. It’s my floor Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ada orang hendak ganti.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, this is my floor. You gila kah?
Tuan Pengerusi
Sudahlah Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak beritahu Yang Berhormat, dalam kajian yang dibuat Tuan Pengerusi, kawasan yang tidak dikenal pasti, pengundi yang tertinggi tidak dapat dikenal pasti ialah di kawasan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Selangor, why? Pembangunan yang pesat. Saya hendak ingatkan Tuan Pengerusi, negeri-negeri ini kebanyakan mereka yang menang. Selangor mereka menang, Kuala Lumpur mereka menang, Wilayah Persekutuan mereka menang. Yang complaint ini kenapa? Yang paling tinggi itu di kawasan Wilayah Persekutuan, untuk pengetahuan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Batu, behave yourself.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta sikit kalau boleh Yang Berhormat?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri, sedikit celahan. Tambahan sedikit sahaja.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nantilah, bagi peluang saya cakap dulu.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Okey terima kasih, saya bagi peluang.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bila-bila you bangun, I bagi. Ini I bangun, you tak bagi, tidak bolehlah. Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat Kota Belud cakap, itu kerana dia hadir pada hari itu masa SPR memberikan penjelasan, sebab itu dia boleh cakap. Jadi macam Yang Berhormat Kuantan kata bahawa SPR ini bebas tapi bila hendak berjumpa Pengerusi kata belum, macam inilah. Kalau Pengerusi kata belum, itu bermakna dia belum ada free time. Bagi dia masa, dia akan berjumpa. Kalau merasakan bahawa iaitu SPR ini rasa-rasa tidak bebas tidak beri tarikh, sebab itu saya bagi peluang suruh bangkit di sini. Bila bangkit di sini, maka segala perkara yang dibangkitkan itu saya akan maklumkan. Pegawai SPR ada di sini.
Jadi sudah tentu saya tidak dapat menjawab Yang Berhormat yang bangkit sebentar tadi. Sekali lagi saya minta kerana SPR pun pegawainya di sini beritahu berkenaan dengan 30,000 tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.
Kita mohon maklumat lanjut berhubung perkara itu yang dipindah keluar dari satu kawasan pendaftaran ke bahagian pilihan raya yang lain seperti yang didakwa.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kalau boleh setuju, minggu depan, semua ini saya kumpul, bagi pada SPR, minggu depan kita panggil balik, saya hadir sekali. Akan tetapi kalau saya hadir itu diibaratkan sebagai tidak bebas, saya takkan hadir. Itu terpulang kepada Yang Berhormat.
Tidak hadir pun saya pergi makan bagus juga. Akan tetapi saya serius, benda serius kita kena selesaikan, jangan ada sedikit perasaan tidak puas hati atau syak wasangka, mungkin mereka tidak berlaku adil kah apa. Saya mahu perkara ini diselesaikan. Ya Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat. Yang saya bangkitkan di sini, pertemuan minggu depan dengan SPR, saya harap dapat berlaku kerana kami pun hadir dalam pertemuan yang terakhir di Parlimen. Yang saya perlu sebut apa dia? Kita sebenarnya telah – 31,000 orang yang dipindah ini disahkan sendiri oleh Pengerusi. Yang saya bimbang adalah ketetapan iaitu akan dimaklumkan kepada semua pengundi. Ini dibuat pada tiga sesi lepas, maksudnya agak lama sebelum terlaksana. Saya minta di sini Yang Berhormat Menteri, bila 970 peratus kenaikan untuk peruntukan bagi SPR di mana hanya RM45.3 juta dibelanjakan untuk tahun 2012.
Untuk tahun 2013, RM461.1 juta. Walaupun dikatakan SPR ini independent tetapi tentunya Yang Berhormat Menteri boleh pastikan we get our money’s worth dengan izin daripada SPR, di mana kalau di Malaysia kita berbeza dengan SPR di India. Di India, tanggungjawab SPR untuk mengesahkan kehadiran pengundi di tempat-tempat tertentu.
Jadi kerana itu pada saya diharapkan bukan sahaja minggu depan tetapi dalam pertemuan- pertemuan sebelum ini yang saya minta pun, takkan nak tunggu Menteri baru dia bagi appointment. Dia kena bagi bila kita minta, diharapkanlah bila ada peluang. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya boleh hadir tak?
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Kena, kena Yang Berhormat, fasal Yang Berhormat Menteri kan?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey, tidak apalah. Takut nanti kata tidak bebas.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
You are the chief. Kena ada sekalilah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Insya-Allah saya hadir. Kita mahu selesai perkara ini.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti dulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, masalah pembangkang ini, diberikan penerangan pun dia tidak menerima, ajak bertengkar, ini masalahnya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apa Yang Berhormat, tidak apa.
Kalau perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan SPR, ia kena bawa ke Parlimenlah. Jadi Parlimen, kita terima dan kita selesai dengan SPR dalam pertemuan minggu depan. Tidak mahu pula nanti buat BERSIH 4, demonstrasi, tidak payahlah. Bawa ke sini dah betul tu.
Kena gigit telinga orang semua, tidak mahu, tak mahu... [Ketawa] Jadi Yang Berhormat, format tadi Yang Berhormat Kuantan sebut, format daftar pemilih. Format alamat yang dikatakan ada tiga field merupakan format alamat yang dijadikan rujukan dalam pangkalan data SPR sahaja. Manakala format bagi daftar pemilih adalah sama seperti yang dimaklumkan awal tadi iaitu hanya ada nombor rumah, locality, bahagian pilihan raya, DUN dan Parlimen. Kalau Yang Berhormat tidak puas lagi, minggu depan kita selesaikan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh Yang Berhormat, sikit?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Pasir Mas bukan dalam bandar, Pasir Mas tidak ada problem.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak apalah. Saya bangun ini kerana apa yang saya hendak maklumkan ini penting. Pertamanya saya menyambut baik langkah proaktif, kesediaan Yang Berhormat untuk mengatur perjumpaan dengan SPR, akan hadir dan sebagainya, bagus.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Perkara pokoknya Yang Berhormat, perkara-perkara yang dibangkitkan ini sudah pun dijelaskan sebelum ini. Saya bimbang semua-semua yang dibangkitkan ini sebagai satu modal untuk hendak menidakkan keputusan pilihan raya ketiga belas nanti. Ini yang penting ini, ini yang saya bimbang. Takut tidak memihak kepada pihak satu lagi, mereka katalah ini isu-isu berbangkit yang mereka sebutkan sekarang ini.
Jadi saya cadangkan, perjumpaan Yang Berhormat hendak aturkan nanti, kalau boleh dirakamkan siapa yang hadir, siapa yang terlibat, siapa yang bercakap, apa jawapan SPR. In case orang kata sediakan payung sebelum hujan sebab tengok pada lagak BERSIH 1, 2 dan 3, selepas keputusan pilihan raya, kalau ianya memihak kepada Barisan Nasional, pasti mereka akan mengungkit bahawa ini pilihan raya yang tidak telus. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, sebenarnya untuk mengelak apa Yang Berhormat dakwa itu, sebab itu saya layan ini. Kalau saya tidak layan, sah memang Menteri pun bersubahat dengan SPR untuk...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nantilah sekejap. Dekat Kolej Melayu pun tidak jambu, duduk dulu. Jadi kerana untuk hendak memastikan jangan ada perkara seperti itu, sebab kita mesti pastikan apa juga yang dibangkit mesti diberi layanan. Tidak semestinya minggu depan ini last. Ada perkara, bangkitkan. Parlimen tidak bersidang pun, kalau hendak jumpa SPR, kalau perlu saya, panggil saya, kalau perlu. Kalau tidak perlu pun tidak apa. Saya ini mudah, boleh di ketepi, boleh di ketengah tetapi selalu di atas, itu sahaja, di mana-mana.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sikit.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh saya pergi satu, lepas itu mari balik?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang ini, yang ini.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apa, balik ke belakang pun tidak apa, tidak ada masalah, tunggu.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat Permatang Pauh juga berkenaan dengan isu tarikh permohonan yang janggal. SPR meluluskan permohonan sebagai pemilih sebelum pemohon mencapai umur 21 tahun. Contoh, tiada tarikh permohonan diluluskan sebagai pemilih sebelum tarikh lahirnya, diluluskan sebagai pemilih pada tarikh lahirnya- tadi sebelum, yang ini pada. Diluluskan sebagai pemilih semasa berada di sekolah rendah dan diluluskan sebagai pemilih semasa berada di sekolah menengah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih. Dalam melaksanakan urusan ini, SPR menyemak maklumat-maklumat pemohon khususnya maklumat tarikh lahir dengan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu jabatan yang bertanggungjawab dalam urusan ini.
Oleh yang demikian, hanya pemohon yang telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemilih didaftarkan dan diperakukan sebagai pemilih yang sah.
Sehubungan dengan itu, SPR memerlukan maklumat lengkap seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh untuk siasatan lanjut dilaksanakan dan pemakluman kepada Yang Berhormat Permatang Pauh akan dibuat sebaik sahaja siasatan selesai. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam sejarah empat tahun kita bersidang, ini pertama kali Kuala Krai mencelah Yang Berhormat Menteri kerana hormat kepada senior.
Masa sekolah dahulu takut, di sini hormat... [Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Tadi dibangkitkan oleh rakan-rakan termasuk Yang Berhormat Kota Belud bahawa perkembangan di bandar ini menyebabkan yang dahulunya ada jalan jadi tidak ada jalan, bangunan dan alamat akan berubah. Premis yang saya hendak sebutkan di sini ialah alamat merupakan sebahagian daripada daftar pemilih untuk tujuan melengkapkannya.
Jadi, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah apabila alamat ini berubah, jalan dahulu tidak ada digantikan dengan bangunan sedangkan orang itu masih ada di situ tetapi tidak sama dengan daftar pemilih yang terbaru. Kami mencadangkan dahulu supaya daftar pemilih yang telah digazetkan ini boleh dilihat semula. Kalau ianya memerlukan satu pindaan kepada undang-undang, maka kita cadangkan supaya tidak seperti sekarang, daftar pemilih tidak boleh dikaji semula, tidak boleh ada review mahkamah. Akan tetapi ini dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini antara enam perkara yang ditolak oleh SPR daripada cuba dilaksanakan pada masa ini.
Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri kalau boleh kita lihat semula supaya benda-benda macam ini dapat kita selesaikan dan alamat ini dapat kita masukkan alamat yang baru melalui proses kita melihat semula daftar pemilih pada setiap masa ataupun ada masa-masa tertentu dalam masa setahun? Terima kasih. Fahamkah tidak itu?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Faham tetapi cuma Yang Berhormat cakap tadi teragak-agak tanya dekat belakang. Itu betul cakap tadi, ya?
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Betul!
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak apa, tidak apa. Apa Yang Berhormat bangkit itu termasuk Yang Berhormat kata yang enam perkara yang dikatakan telah ditolak saya ingat pada sesi yang akan datang ini itu juga boleh ditanya kepada mereka mengapa ditolak termasuk yang teragak-agak tadi sama ada betul atau tidak betul tadi.
Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Biar saya jawab. Yang Berhormat Permatang Pauh lagi. Isu nombor rumah dan alamat penuh dalam daftar pemilih. Dia kata contoh seperti berikut:
(i) 7.9 juta ada nombor rumah;
(ii) 4.7 juta ada alamat penuh;
(iii) 3.2 juta tiada alamat penuh;
(iv) 3.6 juta tiada nombor rumah;
(v) 1.6 juta alamat perlu dikemas kini; dan
(vi) 2 juta pemilih sukar dijejaki.
Sebelum 16 Julai 2002 SPR menggunakan alamat yang diberikan oleh pemohon untuk menentukan kawasan pendaftaran bahagian pilihan raya seseorang pemilih tetapi tidak menyimpan maklumat tersebut dalam pangkalan data SPR kecuali nombor rumah pemohon bagi pemohon yang mempunyai nombor rumah.
Selepas 16 Julai 2002, Peraturan 12 Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002, SPR menetapkan permohonan pendaftaran sebagai pemilih dan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi adalah berdasarkan alamat pemilih dalam kad pengenalan. Ini semenjak 16 Julai 2002 dan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, SPR menyemak maklumat alamat tersebut dan seterusnya mengguna alamat tersebut untuk menentukan kawasan pendaftaran seseorang pemohon dan dalam masa yang sama menyimpan maklumat alamat pemilih dalam pangkalan data SPR.
Oleh yang demikian, SPR mengakui terdapat sebahagian pemilih tanpa alamat penuh dalam pangkalan data SPR iaitu merujuk kepada permohonan pendaftaran sebelum 16 Julai 2002. Manakala sebahagian lagi pemilih dengan alamat penuh dalam pangkalan data SPR iaitu merujuk kepada permohonan mulai 16 Julai 2002. Walau bagaimanapun, maklumat alamat ini hanya disimpan dalam pangkalan data SPR dan tidak dinyatakan dalam daftar pemilih yang dibekalkan bagi tujuan suatu pilihan raya umum atau kecil.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
SPR berpandangan tiada keperluan untuk SPR membekalkan maklumat alamat penuh pemilih dalam daftar pemilih yang dibekalkan atau dijual oleh SPR bagi maksud pilihan raya umum atau kecil kerana SPR telah pun menetapkan kawasan pendaftaran mereka dan senarai pemilih disediakan mengikut bahagian pilihan raya masing-masing.
Perlu ditekankan juga SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengemas kini maklumat alamat pemilih dalam daftar pemilih sehinggalah pemilih sendiri memohon kepada SPR untuk mengemas kini alamat pusat mengundi mereka berdasarkan alamat mastautin terkini mereka seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan mereka sebagaimana yang ditetapkan oleh Sub Peraturan 12(2), Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002.
Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan dengan membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara selain pengundi tidak hadir mengundi melalui pos.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan sama ada oleh pengerusi atau timbalan pengerusi SPR sebenarnya tidak bercanggah. SPR pada masa ini sedang di peringkat akhir untuk memuktamadkan semua perkara yang berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan yang antara lain adalah pindaan kepada borang satu iaitu permohonan kertas undi pos dan pewartaan bagi kategori pemilih ini.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Ya, sila.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak confirm sama ada ini secara dasarnya telah membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos dalam PRU Ke-13. Itu yang pertama.
Keduanya ialah kalau ini telah diluluskan ataupun ia mengambil satu keputusan dibenarkan maka tatacara itu, prosedur itu saya rasa perlu diperjelaskan kepada parti-parti politik kerana ini melibatkan mungkin ratusan ribu pengundi baru yang undi pos itu akan dihantar balik dan kita kena tahu bagaimana proses itu berjalan supaya proses itu biar transparent dan semua parti politik yang bertanding tahu apakah mereka aspek semasa proses pengundian pada PRU Ke-13 nanti. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, dalam jawapan saya sebentar tadi, SPR pada masa ini sedang di peringkat akhir untuk muktamad. Saya percaya apabila semua perkara ini yang berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan Yang Berhormat itu dimuktamadkan sudah tentu satu pemberitahuan tentang proses itu akan diberikan kepada semua parti politik.
Yang Berhormat Kepong, dia tidak ada. Dia tanya hendak meningkatkan keberkesanan SPRM. Kerajaan disarankan supaya meningkatkan keberkesanan SPRM dengan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan serta meningkatkan jumlah peruntukan.
Okey, kerajaan kita melihat perkara ini keperluan dan peruntukan SPRM dari semasa ke semasa. Itu pun kita dapat melihat melalui pertambahan peruntukan setiap tahun. Jadi berkenaan dengan perkhidmatan yang berbeza ini satu perkara yang perlu dibincang, dibahas dan dihalusi lebih mendalam.
Yang Berhormat Pasir Mas, sekarang pergi kepada audit. Yang Berhormat Pasir Mas beliau menyarankan agar Laporan Audit perlu lebih telus. Jabatan Audit telah merancang pengauditan tahunan dengan teliti dan bebas. Begitu juga dalam mendapatkan maklumat dan penjelasan dari semua jabatan dan kementerian. Selanjutnya, semua penemuan tersebut dilaporkan dengan bebas, teliti dan telus dalam Laporan Ketua Audit Negara. Yang Berhormat Pasir Mas juga mencadangkan supaya pos kawalan dianjak ke persimpangan masuk Parlimen.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Yang Berhormat Menteri. Isu audit sudah habis atau akan jawab? Saya juga ada bangkitkan isu audit.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tidak apa. Sekarang ini Yang Berhormat sebenarnya saya silap tadi ia bukan mengikut jabatan. Dia mengikut wakil rakyat tetapi dalam saya menjawab audit itu kalau ada berkaitan bolehlah mencelah. Saya akan beri jalan. Takut nanti Yang Berhormat juga terlupa hendak bertanya. Hendak tanya?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi nanti tidak perlu. Ya, Yang Berhormat Menteri tadi saya ada bangkitkan sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada dilaporkan mengumumkan tahun 2009 penubuhan satu pasukan petugas berfungsi tinggi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat segala penemuannya dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Apa yang berlaku kepada pasukan petugas tersebut? Saya membaca Laporan Audit yang baru dibentangkan. Laporan Audit 2011 ini ada banyak perkara yang berulangan, di mana pembelian tidak mematuhi arahan perbendaharaan, peraturan kewangan, tidak mengikut spesifikasi, belian dibeli sebelum pesanan dibuat, belian dibeli dan tidak digunakan dan juga ada pembaziran.
Jadi, hendak tanya apa sudah berlaku kepada pasukan petugas yang diumumkan sebelum ini untuk menyiasat mengambil tindakan untuk memastikan tidak berulang perkara sedemikian, yang berulang semula dalam Laporan Audit ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sekali boleh Yang Berhormat? Sekali, soalan yang sama. Boleh?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sekejap, sekejap. Cuma Yang Berhormat, saya hendak tanya, maksud Yang Berhormat berulang itu apakah perkara yang dilaporkan, kemudian Jawatankuasa ini mengambil tindakan untuk membetulkan? Apakah perkara itu sekali lagi dimasukkan dalam audit yang tahun seterusnya ataupun maknanya perbuatan yang baru?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maksud saya pengurusan kewangannya bagi pembelian oleh kementerian yang berlainan untuk projek yang lain menimbulkan perkara yang sama di mana pembelian yang tidak digunakan, tidak mematuhi arahan perbendaharaan, itu kelemahan untuk mematuhi walaupun sudah ada peraturan kewangan, tetapi tidak dipatuhi berulang-ulang semula.
Bukan untuk kementerian yang sama, projek yang sama. Maksud saya adalah berulang untuk program yang berlainan. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat Menteri di mana tahun 2009, Laporan Audit Negara menyatakan bahawa Jabatan Kebajikan Negara telah lewat, tidak mematuhi piagam pelanggan untuk memalukan pemohon, tetapi nampaknya Laporan Audit ini berulang semula. Ini semua peraturan ada tetapi tidak patuhi.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini adalah aspek piagam pelanggan tetapi pembelian juga timbul masalah sedemikian. Bekalan kontrak dibeli, tetapi tidak mengikuti spesifikasi- itulah yang saya bangkitkan Yang Berhormat. Berulang-ulang, jadi orang tanya.
Ini audit sudah siasat? Buku tebal-tebal macam ini tetapi balik perkara yang sama, pembaziran, ketirisan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey saya- yang telah disediakan oleh saya ini. Saya tengok Yang Berhormat Batu Gajah ini tidak ada, jadi saya harap pegawai di belakang kalau boleh menjawab soalan yang telah dibangkit...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
...Supaya saya kalau boleh beri jawapan pada hari ini juga. Kalau tidak, disuruh oleh Yang Berhormat berhentilah. Saya minta...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, saya ada bangkit hal audit tadi.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya minta Yang Berhormat Indera Mahkota sekejap. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ini Yang Berhormat saya ada bangkit hal audit tadi. Saya ada bangkit hal audit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia bangun dahulu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dia tidak bangkit hal audit pun, saya bangkit hal audit ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang saya tidak bangkit dalam perbahasan saya sebab saya tidak ada peluang, cuma saya mencelah Ketua Pembangkang pagi tadi iaitu berkenaan dengan laporan yang kata, Yang Berhormat Menteri yang kata pemeriksaan untuk 301 jabatan dan kementerian yang dibuat oleh Pejabat Ketua Audit Negara.
Daripada 301 pejabat itu, dikatakan 210 tidak mematuhi, melakukan kesilapan serta tidak mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan. Ini dia ada di muka surat 100 ini, ringkasan Laporan Audit yang ada pada semua orang. Jadi, persoalannya yang patutnya kita tahu sekarang, perkara ini dikatakan berulang-ulang sama seperti Yang Berhormat Batu Gajah beritahu. Sebenarnya inilah dia.
Daripada 301 sampai 210 Yang Berhormat Menteri. Agak tinggilah makna, 70 peratus daripada yang dilawati, pemeriksaan yang dibuat itu sudah terbukti tidak mematuhi prosedur dan juga melanggar peraturan urusan kewangan di pejabat-pejabat yang dilawati, agak tinggilah. Jadi, saya hendak tahu jugalah mewakili kawan-kawan yang lain apa sebenarnya berlaku? Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, sama sekalilah Yang Berhormat.
Sedikit sahaja. Boleh Yang Berhormat, sedikit? Saya bangkit masa audit tadi, saya ada menyebut contohnya audit mengenai pembangunan Lembah Sireh di Kelantan. Dalam Laporan Audit ada menyebut di mana pihak kerajaan negeri melantik juruaudit bebas tetapi laporan itu bila pihak juruaudit minta, dia tidak bagi.
Jadi, persoalannya sejauh manakah kuasa Pejabat Ketua Audit Negara apabila mengaudit tiap-tiap agensi tidak kira di manalah di bawahnya, agensi kah kementerian, dia akses kepada semua maklumat. Maknanya kalau dia minta apa-apa maklumat yang dia tahu ada dengan agensi itu, kalau tidak dibagi dari segi undang-undangnya, contohnya mandatori dia mesti bagi. Dia tidak boleh menyembunyikan fakta-fakta ini.
Jadi, saya hendak tanya dalam aspek perundangan ini, sebab jelas pihak Kerajaan Kelantan menyembunyikan satu Laporan Audit bebas berkaitan dengan pembangunan Lembah Sireh yang nyata ada benda yang tidak betul. Ini yang pembangkang tidak bangkit, dia bangkit yang sebelah ini. Saya yang bangkit. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, dalam kita hendak melakukan audit, sudah tentulah segala maklumat mesti diberikan supaya satu pengauditan yang telus dan tepat dapat dilaksanakan. Akan tetapi, daripada segi apakah dendanya, hukumannya kalau tidak memberi kerjasama, itu saya kena check balik dengan Pejabat Peguam Negaralah. Akan tetapi, sememangnya akses mesti diberikan kepada pihak AG kalau mereka mahukan kepada perkara itu...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti, nanti. Yang Berhormat punya tadi itu saya tidak ada jawapan dengan saya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tidak boleh terima Yang Berhormat Menteri kata nanti kata bagi jawapan bertulis.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya kena bagilah. Kalau saya tidak ada...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sebab kita akan diminta, Dewan diminta untuk luluskan peruntukan Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
You terima tidak terima, itu Yang Berhormat punya hal.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
...Tidak ada maklumat sedemikian, kita diminta untuk setuju maklumat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sebab saya bertanggungjawab untuk memberikan jawapan yang betul.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Dan perkara yang paling asas, apa tindakan yang telah diambil?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, saya tidak ada jawapan yang betul kerana saya tidak suka menipu macam dia, di sebelah sana. Satu pertanyaan diberi, saya kena bagi jawapan yang betul. Jadi, oleh kerana itu saya mesti tunggu jawapan daripada pihak audit kerana untuk berlaku adil kepada mereka. Mereka tidak akan dapat pembelaan yang betul di sini kalau saya memberi jawapan yang mungkin tidak sebenarnya merupakan jawapan yang betul.
Okey, isu-isu audit yang berulang-ulang. Bolehlah saya jawab sekarang, sebab dia mari. Pengauditan Jabatan Audit Negara dibuat berdasarkan giliran dan sampel-sampel yang berbeza. Isu-isu dibangkitkan melibatkan entiti yang berbeza. Jadi, isu berulang tidak dapat dielakkan. Jadi, itu peringkat awal diberi. Akan tetapi, kalau nanti Yang Berhormat hendak jawapan yang lebih tepat, saya akan beri jawapan bertulis. Seperti mana saya selalu janji, kalau bagi jawapan bertulis, saya akan beri jawapan yang bertulis. Tuan Pengerusi...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hendak bagi ceramahkah hendak tanya soalan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau boleh ceramah, saya ceramahlah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ceramah tidak boleh.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi, kalau tidak boleh saya tanya soalan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ceramah tidak boleh.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Terpulang pada Yang Berhormat Menterilah. Hendak saya ceramah, saya ceramah. Kalau tak, saya tanya soalanlah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ceramah tidak boleh. Tidak boleh, itu bukan terpulang untuk saya, terpulang untuk Tuan Pengerusi. Ceramah tidak boleh. Tanya soalan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya tanya soalan... [Ketawa] Saya tertarik Tuan Pengerusi ya, dengan hujah yang dikemukakan berhubung dengan independent audit ini. Saya rasa seolah-olah Yang Berhormat Pasir Mas ini dia tidak yakin dengan kemampuan Ketua Audit Negara sendiri sehingga terpaksa hendak minta audit bebas. Adakah Ketua Audit Negara tidak mampu untuk hendak selidik semua maklumat yang telah diberikan kepadanya sampai dia terpaksa hendak tengok laporan auditor yang independent, yang swasta yang telah dilakukan?
Sekiranya, tidak boleh baca laporan ini, adakah ia bererti bahawa Ketua Audit Negara ini tidak mampu untuk cari segala penyelewengan dan sebagainya. Ini saya rasa satu hujah yang tidak boleh diterima dan saya yakin bahawa Ketua Audit Negara mampu untuk menggeledah semua maklumat dan mendedahkan kalau ada apa-apa penyelewengan.
Tidak perlu diserahkan kepadanya satu audit yang dilakukan oleh pihak swasta yang menggunakan maklumat yang sama sahaja untuk mengeluarkan satu kesimpulan.
Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang persoalan ini?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, kalau hendak berceramah beritahu, saya boleh beri masa, saya hendak pergi bilik air, buang air sebenarnya tetapi dia kata suruh jawab soalan. Saya ingat perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Dia kata apakah seorang Auditor General boleh mendapat akses kepada semua maklumat. Kalau sekiranya tidak diberikan maklumat itu, apakah tindakan yang boleh diambil? Itu yang soalan yang daripada...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak betul.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tadi tanya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Maklumat dia khusus.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tadi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia sebut secara khusus.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, dia sebut tadi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Laporan Audit yang dilakukan oleh pihak swasta.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Lalu apakah salahnya kalau tidak dapat Laporan Audit daripada pihak swasta? Sudah pasti Ketua Audit Negara mampu untuk membuat audit sendiri dan kalau ada apa-apa penyelewengan tidak akan disebut bahawa dia tidak boleh. Ini satu penghinaan kepada Ketua Audit Negara.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak semestinya ada Laporan Audit daripada pihak swasta barulah dia boleh jumpa dan...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ini ceramah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Ini semua satu usaha untuk menyembunyikan fakta.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia berceramah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Bela sikit Ketua Audit Negara.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Jadi bila saya menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Pasir Mas pun tidak mempertikaikan soalan saya, jawapan saya, maknanya saya betul lah. Dia ini baru berdiri, baru masuk sekejap ini sahaja.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dia belit banyak ini, dia belit sahaja.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya dengar soalannya secara khusus, Laporan Audit swasta, Lembah Sireh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, saya kalau...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu yang tidak diserahkan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isu dia adalah..
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu seolah-olah nak menyembunyikan fakta.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isunya dia ialah bagaimana...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak betul itu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akses..
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, Tuan Pengerusi baiklah.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Peraturan mesyuarat berbahas dalam soal mencelah ini, cuma perkara yang menimbulkan kesamaran yang dibangkitkan oleh yang sedang berhujah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Shah Alam baru masuk, dengar dan terus campur.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Itu bermakna menimbulkan perbahasan soal lain lagi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya masuk pukul 5.30 petang tadi Tuan Pengerusi. Saya dengar, saya dengar soalan dia.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Baru masuk.
Tuan Pengerusi
Tidak boleh Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat tidak membenarkan begitu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak betul. Kita tengok CCTV. Ada CCTV kita playback, tengok.
Tuan Pengerusi
Saya tahu Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Pukul berapa saya masuk tadi.
Tuan Pengerusi
Akan tetapi peraturan mesyuarat tidak membenarkan begitu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Pukul 5.30 petang selepas saya solat.
Pukul 5.30 saya masuk. Saya dengar soalan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam. Duduk.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pasir MAS, bukan soalan dia.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Menyampuk] Akan tetapi dia tidur Tuan Pengerusi. Tidur tersalah dengar fakta.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya harap Menteri bela Ketua Audit Negara, please, please.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak saya bukan. Saya hendak beritahu..
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada yang dapat disembunyikan, Kalau ada yang di sembunyi..
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isunya ialah...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Tidak dapat disembunyikan..
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
...Akses kepada maklumat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi kalau tidak diberi akses, apa yang dia punya kesalahan dia. Itu yang dijawab. Apa yang...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Khusus Laporan Audit pihak swasta.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, diam Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu sebagai contoh.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Very specific question Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, isu-isu pula kepada saya sekarang, isunya ialah berbahas ada peraturan... [Ketawa] Tidak ikut suka hati. kalau ikut suka hati, tidak kita pandai habis mengenai satu isu sahaja. Isunya saya yang menentukan sama ada dibenarkan ataupun tidak. Isunya kalau Yang Berhormat tidak pun bersetuju Peraturan Mesyuarat 43. Itu kan isu-isunya selama ini. Terima kasih. Dengan isu yang sebenar kita sudah nampak dan lihat. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, rambut dia sudah tebal. Dia perlu disekolahkan lebih banyak lagi... [Ketawa] Tuan Pengerusi ini Yang Berhormat Batu Gajah, adakah SPRM menyiasat mana-mana pegawai yang tidak mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011?
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa serius menangani isu penyelewengan yang berlaku seperti yang dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara.
Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat isu-isu yang mempunyai elemen-elemen rasuah dan salah guna kuasa.
Namun perlu dijelaskan bahawa tidak semua pendedahan dan Laporan Ketua Audit Negara tersebut adalah berkaitan dengan perlakuan jenayah. Sebaliknya terdapat pendedahan yang melibatkan kelemahan pengurusan, di mana memerlukan tindakan secara pentadbiran oleh pihak-pihak yang berkaitan.
SPRM juga memberi penekanan terhadap langkah-langkah pencegahan khususnya dalam segi memperketat sistem dan prosedur bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Yang Berhormat Batu Gajah...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Oh, sama.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Laporan Audit boleh? Terima kasih Menteri.
Saya ada tanya perkara pertama yang saya bahas tadi saya tanya Laporan Audit 2010 itu.
Apakah makna pegawai, Menteri, Timbalan Menteri yang dipanggil untuk disiasat dan diambil tindakan ekoran daripada penemuan dalam Laporan Audit 2010 tersebut?
Sekarang sudah tahun 2012. Saya, jangan Menteri kata tiada jawapan. Tadi saya telah bangkitkan perkara ini. Laporan Audit tahun lalu, tahun 2010 apakah ada tindakan yang telah diambil mana-mana pegawai? Kalau tidak ada masa itu saya rasa kurang harapan kita boleh lihat pihak kerajaan akan ambil tindakan terhadap penemuan ini dan masalah kelemahan pengurusan kewangan ini, penyelewengan dan tidak mematuhi peraturan kewangan akan berterusan. Saya hendak tahu sebelum ini ada tindakan atau tiada tindakan? Jawab, senang sahaja.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sudah jawab tapi tidak faham. Saya kata kalau SPRM ambil tindakan kalau ada elemen rasuah. Kalau tidak ada elemen rasuah dan tidak ada di laporkan mana-mana Menteri atau pegawai yang diambil tindakan makna tiadalah, itu sahaja.
Yang Berhormat Batang Sadong. Mangsa bencana yang tidak berpindah ke pusat pemindahan diberi pertimbangan untuk mendapatkan bantuan wang ihsan. Mangsa bencana yang tidak berpindah ke pusat pemindahan boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan wang ihsan dengan syarat senarai nama mangsa tersebut disahkan sebagai mangsa bencana oleh Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan pegawai daerah selaku pengerusi bencana daerah. Jadi dia pun dapat sebab dia juga mangsa. Bukan bermakna dia tidak berpindah dia bukan mangsa. Asalkan dia mendapat pengesahan daripada JKK mengatakan bahawa dia terlibat maka dia berhak untuk mendapat wang ihsan.
Yang Berhormat Kota Raja mencadangkan agar satu jabatan ditubuhkan di bawah JPM untuk menyelaraskan segala isu berkenaan gejala sosial negara. Kita mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberikan dan cadangan itu sudah tentu akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Setakat ini- Yang Berhormat menggamit hendak suruh saya pergi sana? Oh hendak tanya soalan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya apabila kita bercakap mengenai isu-isu ini Yang Berhormat, ia melibatkan terlalu banyak jabatan dan melibat banyak pendapat daripada golongan kumpulan-kumpulan Islam yang berlainan. Kalau boleh pejabat Jabatan Perdana Menteri sendiri memanggil satu Muktamar atau istilah-istilah yang kita memanggil untuk brainstorming kerana masalah gejala sosial, masalah LGBT, masalah yang sering kita lihat yang dijuarai oleh orang Melayu Islam hanya boleh kita selesaikan sekiranya kita bersependapat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sekarang ini saya ingat tidak ada usaha untuk menggembleng. Jadi to have a solution that is supported by everybody, dengan izin, we have to get everybody involved, as it is now tidak semua. Sekarang ini tidak semua pihak yang terlibat. Jadi tidak ada rasa bahawa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab bersama. Jadi saya sangat berharap kalau gejala sosial ni semakin hari semakin meningkat dan semua orang bercakap mengenainya tetapi tidak ada sesiapa pun boleh membawa satu– tidak ada cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan. Oleh kerana yang boleh melaksanakannya adalah daripada kerajaan sendiri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya memahami apa Yang Berhormat sebut berkenaan dengan perkara itu. Oleh sebab itulah dalam soal kita betul terlalu banyak jabatan-jabatan yang boleh dikatakan bertanggungjawab kepada gejala sosial ini. Belia pun ada, Kementerian Belia, Kementerian Keluarga, polis. Jadi ia berselerak di beberapa tempat.
Jadi saya rasa apa Yang Berhormat bangkitkan ini adalah satu perkara yang mesti difikirkan oleh kita, kerana gejala sosial satu perkara yang perlu diperhatikan, diaddress dengan izin oleh kita dan bukan itu sahaja tetapi mesti mengatasi gejala sosial yang berlaku. Jadi perkara ini memang dititikberatkan dan cadangan itu diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Tuan pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Timur ini mengenai SPRM. Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan isu mengenai siasatan kes dana oleh Michael Chia, kononnya siasatan masih lagi dibuat oleh SPRM dan SPRM tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada ICAC Hong Kong.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sebagaimana yang telah dijelaskan siasatan berkaitan dengan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sabah ialah siasatan bersama pihak Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2008. Pihak Jabatan Peguam Negara dan SPRM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ICAC Hong Kong sejak bermulanya siasatan sehinggalah siasatan tersebut selesai. Sebagai tambahan, pihak SPRM juga menjalankan siasatan dengan mengumpul segala keterangan dan dokumen berkaitan kes ini. Setelah siasatan disempurnakan oleh kedua-dua pihak SPRM dan ICAC Hong Kong, pihak ICAC Hong Kong mendapati bahawa elemen rasuah tidak dapat dibuktikan. Sehubungan dengan itu berdasarkan hasil siasatan tersebut, pihak ICAC Hong Kong telah menarik balik dakwaan dan mengembalikan wang yang disita itu.
Yang Berhormat juga bangkit sama ada...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Biar saya habis dulu. Sabarlah. Tutup, tutup. Itu merah lagi itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya, go ahead.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey. Juga Yang Berhormat bangkit sama ada Peguam Negara mempunyai kuasa untuk indemnify kesalahan jenayah atas keengganan mendakwa Rahim Tamby Chik atas dakwaan rasuah melibatkan wang RM40 juta kerana Rahim Tamby Chik meletak jawatan. Oleh kerana dia hendak letak jawatan maka dia tidak didakwa. Apa berlaku dengan RM40 juta itu? Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk indemnify semua pertuduhan yang dihadapi Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hanya kerana beliau telah melepaskan semua jawatan yang dipegang olehnya dengan kerajaan mahupun parti UMNO.
Budi bicara Peguam Negara dalam memulakan pendakwaan adalah berdasarkan keterangan yang dikemukakan hasil daripada siasatan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. Sekiranya terdapat keterangan mencukupi atas sebarang perlakuan jenayah, pendakwaan akan dimulakan dan begitu juga sebaliknya. Tidak dinafikan bahawa tindakan terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik telah pun diambil di mana beliau telah dituduh bagi kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970 di Mahkamah Tinggi Melaka pada 28 November 1994 dan pertuduhan di bawah subseksyen 11(1) ordinan yang sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 April 1995.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Namun begitu setelah pertuduhan-pertuduhan dikemukakan terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik terdapat perkembangan baru di mana terdapat maklumat dan keterangan yang melemahkan keterangan yang sedia ada terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik bagi kes di Mahkamah Tinggi, Melaka. Berikutan daripada itu pertuduhan-pertuduhan terhadap beliau terpaksa ditarik balik. Sementara itu kes terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bergantung ke atas keterangan dalam kes yang dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi, Melaka. Memandangkan kes di Mahkamah Tinggi Melaka ditarik balik, maka pertuduhan terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga terpaksa ditarik balik. Ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama Yang Berhormat Menteri kata bahawa selepas ICAC dan SPRM ada siasat dan bahawa ia tidak ada unsur-unsur rasuah bahawa wang itu ada dikembalikan kepada Michael Chia. Bolehkah Yang Berhormat Menteri... [Disampuk] Kepada UMNO Sabah? Akan tetapi apabila wang itu diconfiscated oleh ICAC masa itu atau dibekukan untuk tiga tahun yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, adakah benar bahawa SPRM dan pihak berkuasa Malaysia tidak meminta bantuan daripada pihak- pihak berkuasa di Switzerland mengenai akaun-akaun yang ada dilaporkan dalam internet di mana menunjukkan adalah kick back timber. Punca wang itu ialah sebahagian daripada mengikut laporan-laporan itu mungkin sebanyak USD90 juta. Kenapa tidak bantuan dimohon oleh pihak Malaysia kepada pihak Kerajaan Swiss sungguh pun ICAC Hong Kong ada buat begitu?
Kedua, tadi kita ada dengar daripada seorang Ahli Parlimen bahawa tidak benar ada duit itu didapati dibekukan dan kenapa boleh berlaku penafian ini? Apabila tadi Yang Berhormat Menteri kata bahawa selepas tiga tahun ini duit itu adalah terus masuk akaun UMNO Sabah.
Ketiga mengenai kes Rahim Tamby Chik. Apa sudah jadi kepada wang itu, RM40 juta dan saham-saham?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Pertamanya saya rasa perkara yang dibangkit dalam Bank Swiss itu adalah berkenaan dengan wang yang sama yang di beku di Hong Kong yang belum lagi di transmit ke Swiss. Jadi dia bukan USD90 million yang berbeza tetapi sebenarnya wang yang sama. Ini kerana wang di Hong Kong itu letak dalam investment account dan ada pertanyaan, saya tidak tahu detailnya tetapi cuma yang saya tahu bahawa ada pertanyaan mungkin diinvest di Swiss Bank. Jadi apabila wang itu adalah wang yang sama, setengahnya mungkin sudah pergi ke Swiss Bank, saya tidak tahu. Jadi apabila wang di Hong Kong itu dianggap bukan wang rasuah tetapi sumbangan, maka tidak berbangkit untuk mendapatkan maklumat daripada Swiss Bank kerana wang itu adalah wang yang sama. It’s not different physical money from the one that are in Hong Kong. Jadi, yang pokoknya Hong Kong.
Apabila di Hong Kong itu dianggap sebagai ditutup kes kerana bukan rasuah tetapi bukan donation. Jadi sebahagian daripada wang itu yang telah dihantar ke Swiss itu merupakan wang yang sama. Tutup sana bermakna tidak berbangkit lagi untuk mendapat maklumat yang berbeza daripada Swiss Bank. Itu saya punya fahaman tentang kes ini.
Walau bagaimanapun yang detail...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu saya tak ada detail Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya tak tahu. Tak Tahu. I don’t want to give you something I’m not sure but I will give you a written reply. Ya?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey. Oh! Rahim Tamby Chik. Rahim Tamby Chik, RM40 juta. Jadi saya tidak ada maklumat ke mana pergi RM40 juta ini. Dia cuma dikatakan telah ditarik balik kesnya berdasarkan jawapan alasan yang telah saya beri tetapi yang ini saya rasa kena tanya pada merekalah di mana RM40 juta itu.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Mike, mike.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak. Ini Rahim Tamby Chik kah Sabah ini?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ya. Tahun lalu Yang Berhormat Menteri ada kata bahawa minta masa untuk memberi jawapan sama ada wang itu menjadi donation politic kepada UMNO Melaka.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Rahim punya?
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Rahim, ya.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Harap...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Harap boleh dapat jawapan itu.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat boleh sambung sedikit tentang Michael Chia dengan izin? Dibenarkan?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri memberi ruang sedikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sudah kata jumlah RM40 juta ini mengikut semua laporan di luar negara dan dalam negara adalah dalam bentuk SGD16 juta wang tunai. Itulah yang dirampas dari Michael Chia apabila beliau ditahan di Hong Kong semasa keluar daripada Hong Kong. Jadi saya nak tanya pada Yang Berhormat Menteri. Adakah pada pendirian Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak tahu inilah hakikatnya? That is what happened, dengan izin iaitu dia pegang satu briefcase dengan SGD16 juta wang tunai sebab itu dia ditangkap pada masa itu dan siasatan bermula atas pertuduhan money smuggling atau money laundering, dengan izin. Itu persoalan yang pertama.
Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa beberapa hari sebelum tangkapan Michael Chia di Hong Kong itu, Ketua Menteri Sabah pun ada di Hong Kong dan telah meluluskan beberapa kontrak pemberian kawasan balak yang besar yang dimiliki oleh Yayasan Sabah kepada seorang usahawan Sabah yang pada masa itu dia duduk, residing, dengan izin di Hong Kong. Itulah yang berlaku.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Jadi, berdasarkan fakta ini, bukankah pendirian SPRM iaitu tidak ada unsur rasuah dalam hal ini? Bukankah ada persoalan besar tentang pendirian SPRM ini yang kita boleh nampak dengan jelasnya ada unsur-unsur rasuah. Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menteri, minta mencelah, sama juga.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, kes wang ini adalah wang yang disita dalam bank. Kes Michael Chia yang ditahan, saya tidak tahu, yang dikatakan ditahan di airport. Itu tidak ada kaitan dengan wang yang ada dalam akaun yang disita. Saya difahamkan, Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong dan ICAC tidak pernah menangkap Michael Chia, jadi tidak ada.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah kerja Pembangkang, fitnah je! Bohong je! Putar belit!
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak ada ya, Yang Berhormat. Kita bercakap tentang wang yang ada di dalam akaun. Kalaulah kata betul apa Yang Berhormat sebut tadi iaitu maknanya dia ada RM16 juta, jadi dia hendak sita macam mana dan duit itu hendak beri kepada siapa? Orang tidak tahu tetapi mengikut SPRM di sini, Michael Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong. Itu jawapan daripada SPRM dan ICAC tidak pernah menangkap Michael Chia, itu jawapannya. Jadi Tuan Pengerusi, saya ada banyak muka surat lagi, jadi boleh saya jawab bertulis. Jadi, itu sahaja dan saya akan beri jawapan yang bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Cameron Highlands.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada lima Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara dalam Butiran Belanjawan. Saya akan menjawab kepada pertama, soalan yang dibangkitkan dalam Jabatan Perpaduan iaitu Yang Berhormat Batu Gajah mengenai Butiran 210000. Beliau meminta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat menyelesaikan perselisihan di antara Koperasi Rukun Tetangga Kuala Lumpur dengan pembekal pakaian seragam Tabika Perpaduan 2012 di luar mahkamah.
Walaupun ianya tidak ada kaitan dengan butiran tetapi elok saya ceritakan kerana niat beliau baik. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengambil maklum dan akan mengambil inisiatif dengan menjadi orang tengah bagi membantu mencari penyelesaian bagi perkara ini melalui rundingan kedua-dua belah pihak supaya mengelakkan perkara ini dirujuk ke mahkamah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Batu Gajah juga telah memohon penjelasan mengenai Butiran 93500 - Unit Perancangan Ekonomi, berkaitan dengan peruntukan RM1.892 bilion untuk projek khas sebagaimana dalam butiran bajet yang dikatakan tadi. Projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah projek khas merupakan projek-projek bersifat touch point atau people centric berbentuk fizikal yang menyumbang peningkatan kepada indeks kebahagiaan rakyat, happiness index yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013. Bagi tujuan ini, ICU akan mendapat RM500 juta untuk touch point, kampung- kampung tradisional akan diberi peruntukan RM300 juta iaitu Sabah RM1 juta, Sarawak RM1 juta dan Semenanjung Malaysia RM1 juta, lain-lain RM1.092 bilion akan diperuntukkan untuk pembinaan titi, jambatan, jalan kampung dan juga untuk kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, bencana alam dan sebagainya.
Seterusnya, Yang Berhormat Kuantan telah menanyakan mengenai Butiran...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi, saya rasa something is very wrong, dengan izin, di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh memberi angka untuk RM1.2 bilion. Dia hanya memberi butiran yang am, membina titi, itu sahaja tetapi jumlah RM1.2 bilion adalah satu angka yang sangat besar. Ini mesti ada perancangan penggunaan wang rakyat, bukannya dengan satu butiran projek khas RM1.8 bilion, selepas itu membolehkan Ahli-ahli Barisan Nasional, lepas itu beri sini sana dan umumkan pemberian wang peruntukan untuk beli undi nanti. Jadi, RM1.8 bilion ini ialah nilai yang sangat besar dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata RM1.2 bilion untuk titi, jambatan, itu sahaja. Mana boleh Dewan ini diminta untuk meluluskan jumlah yang begitu besar sedemikian sahaja dengan jawapan yang sebegitu, terima kasih.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Pengerusi...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ada senarai di mana projek-projek ini? At least we can know, ada telus.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Pengerusi, tahun 2013 belum datang.
Ini adalah satu anggaran perbelanjaan, maka saya tidak mahu mengadakan kelas bahasa Melayu kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Ini kerana ini bukan sekolah Tuan Pengerusi.
Perkara kecil dan senang macam ini pun tidak faham, saya kata projek-projek touch point atau people centric berbentuk fizikal, itu anggaran. Daripada pengalaman-pengalaman tahun 2011, 2012, kita anggar untuk tahun 2013, tidak payahlah.
Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera
[Bangun]
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Yang Berhormat dari Kuantan, Butiran 200400 mengenai Jabatan Perangkaan. Ini perbelanjaan bagi pengurusan, bukan pembangunan. Adakah bajet telah diperuntukkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mengeluarkan sex disaggregate data kerana berdasarkan permohonan data yang dibuat tahun lepas. Dimaklumkan tidak dikeluarkan kerana tidak ada perisian untuk mengeluarkan data berkenaan. Yang Berhormat salah, Jabatan Perangkaan Malaysia menggunakan peruntukan sedia ada bagi mengumpul data termasuk sex disaggregate data statistics.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Yang di kumpul termasuk gender, dikeluarkan secara agregat tertakluk kepada Akta Perangkaan 1965, disemak tahun 1989. Data gender boleh diperoleh dengan memohon kepada– okey, boleh. Ada data, tolong mohon kepada Jabatan Perangkaan melalui laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia, dengan izin, www.statistics.gov.my dan juga boleh menulis surat kepada Ketua Perangkaan Negara, Jabatan Perangkaan, okey?
Puan Fuziah Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan sedikit. Ini kerana di dalam satu memorandum yang kami serahkan, yang kokus wanita serahkan kepada Menteri Kewangan dan kita mendapat input daripada Jabatan Statistik juga. Ini kerana memorandum itu diserahkan berdasarkan satu workshop di mana kita berbincang berkenaan dengan gender responsive budget ataupun bajet peka gender.
Jadi, maklum balas yang kita terima daripada Jabatan Statistik sendiri dalam workshop tersebut menyatakan bahawa tidak cukup untuk kita dapatkan sex disaggregate data yang sesuai untuk diadakan GRB. Jadi, itu saya harap dapat penjelasan yang setuntas-tuntasnya daripada Yang Berhormat Menteri. Ini kerana gender responsive budget ini tidak seharusnya menjadi terbengkalai oleh kerana first hurdle ini kita tidak boleh atasi, terima kasih.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Baik, saya ucapkan terima kasih. Saya mohon kepada Yang Berhormat Kuantan mohon secara bertulis butiran-butiran perincian yang diperlukan. Okey, terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Salak telah menyentuh Butiran 00104 mengenai pelaksanaan Program Perumahan Luar Bandar melalui SPNB dan ingin tahu kelulusan permohonan kepada individu-individu yang mempunyai kawasan tapak untuk dibangunkan di dalam kawasan kampung sedia ada, kemudahan asas. Yang Berhormat ingin tahu apakah bantuan kerajaan untuk membantu golongan masyarakat di luar bandar yang sangat mengharapkan kepada bantuan kerajaan untuk menyediakan tapak tanah untuk membangunkan perumahan mereka. Walaupun butiran ini melibatkan Kementerian Kewangan tetapi soalan ini berkaitan dengan penyusunan semula masyarakat yang lebih kepada perolehan tanah untuk tujuan-tujuan pembangunan perumahan ataupun pembelian hartanah komersial.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Akan tetapi saya juga menjawab SPNB dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perumahan kos rendah bagi mereka yang tidak memiliki tanah dengan kerjasama kerajaan negeri kerana kerajaan negeri yang menjaga hal-hal tanah untuk membina rumah-rumah berkenaan. Pembeli hendaklah mendaftar kepada SUK negeri masing-masing untuk melayakkan mereka membeli rumah mampu milik kos rendah SPNB...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Menteri.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Dalam masa yang sama kerajaan juga melaksanakan bantuan rumah bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah yang layak melalui program bantuan rumah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Sini, sini depan you. Apa pula tengok sana- sini.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Oh. Tidak nampak.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya mengenai penyusunan semula masyarakat Yang Berhormat Timbalan Menteri saya cuma hendak tahu penjelasan ada pengumuman RM100 million di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia. Apakah telah jadi kepada dana tersebut dan adakah sama untuk bajet tahun depan. Boleh berikan siapa yang sebenarnya menerima, adakah semua digunakan dan adakah dana baru akan diperuntukkan? Terima kasih.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Masyarakat India?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ya.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Baik. Walaupun ia tidak ada dalam butirannya tetapi oleh kerana niat beliau baik saya jawab jugalah. Sebenarnya RM100 juta itu, setakat ini hanya digunakan RM9 juta. RM91 juta belum digunakan oleh masyarakat India. Kenapa hal ini terjadi.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Kerana Amanah Ikhtiar Malaysia mempunyai satu syarat yang begitu ketat. Kalau ada pinjaman yang perlu dibuat, lima orang mesti ada kumpulan dan lima orang sekurang- kurangnya. Mereka mesti ada semangat setia kawan di mana setiap minggu mereka mesti datang untuk mesyuarat. Oleh kerana budaya ini belum digarap dan dicerna, maka kita perlu membudayakan masyarakat untuk ke arah keusahawanan dengan cara berkelompok.
Maka kita akan cuba. So saya minta Yang Berhormat juga bawa calon-calonlah kita bantu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Boleh bagi kelonggaran kepada syarat-syarat itu?
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Boleh, saya akan cadangkan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Pengerusi, akhir sekali Yang Berhormat daripada Jasin, okey. Ingin tahu Butiran 421900. Beliau ingin tahu komitmen kerajaan untuk memastikan penglibatan bumiputera dalam projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan dan GLC di bawah inisiatif carve-out dengan izin mencadangkan supaya kontrak-kontrak yang dilaksanakan secara carve-out diberikan sebanyak 50 peratus kepada usahawan kontraktor bumiputera. Inisiatif carve-out dengan izin telah diperkenalkan supaya penyertaan bumiputera dapat dipertingkatkan supaya pembangunan kapasiti akan turut ditingkatkan. Melalui inisiatif ini juga keupayaan syarikat-syarikat bumiputera dapat dipertingkatkan dari aspek rantaian nilai, kemampuan, localization terhadap produk dan perkhidmatan melalui kerjasama di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam pasaran.
Untuk makluman Yang Berhormat 47 peratus atau nilai benar sebanyak RM9.3 bilion daripada pakej-pakej kerja projek telah diagihkan kepada kontraktor bumiputera dari kelas ‘A’ hingga kelas ‘F’. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan JPA. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu berkenaan JPA yang saya bangkitkan.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
JPA itu bukan di bawah naungan saya.
Sepatutnya...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peringkat dasar saya bangkitkan.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Dato’ Seri Nazri akan jawab secara bertulis kerana ada yang belum dijawabnya. Beliau sudah bagi tahu tadi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peringkat dasar saya telah bangkitkan tidak ada jawab sekarang saya bangkitkan.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
So tolong berjumpa dengan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat kata Menteri yang lain pula.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dia dalam Jabatan Perdana Menteri ada pengagihan kuasa Yang Berhormat. Jadi kita kena akur dengan pengagihan kuasa Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, saya faham perkara yang sama saya telah bangkitkan masa dasar tetapi tidak terima jawapan bertulis daripada mana-mana Menteri. Itu persoalan. Saya bangkitkan semula peringkat Jawatankuasa.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, dia berjanji mengikut Menteri tadi menjawab. Saya mendengar Yang Berhormat jawab secara bertulis.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Baik, baik, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah habis? Sudah habis Yang Berhormat?
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Pengerusi sudah habis.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sudah habis dah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Belum lagi Yang Berhormat, tunggu saya... [Ketawa] Masalahnya ialah wang bahawa wang sejumlah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak tanya. Bahagian JAKIM. Bahagian hal ehwal Islam. Siapa?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dia sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak ada jawapan, hal ehwal Islam.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Siapa yang habis.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Selalunya tiga atau empat orang Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri tidak ada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak Yang Berhormat. Dia tidak ada isu berbangkit di bawah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ada saya bangkit. Tabung Haji saya bangun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya bangkit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang lain itu dijawab bertulis.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Menteri sudah janji jawab bertulis.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Menteri tadi sudah jawab. Saya dengar Yang Berhormat Menteri sudah jawab tadi Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yalah selalu Menteri tidak jawab bab-bab hal ehwal Islam.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yalah Yang Berhormat. Dia kata jawab bertulis, jawab bertulis Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau tidak ada Menteri, Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan
Tuan Pengerusi, saya juga bercakap dengan makanan halal dan langsung tidak disebut.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM82,445,000 untuk Maksud B.1; RM2,240,000 untuk Maksud B.2; RM147,534,000 untuk Maksud B.3; RM461,145,000 untuk Maksud B.4; RM49,646,000 untuk Maksud B.5; RM5,562,349,000 untuk Maksud B.6; RM2,081,973,000 untuk Maksud B.7; RM198,614,000 untuk Maksud B.8; RM251,672,000 untuk Maksud B.9 dan RM16,000,000 untuk Maksud B.40 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM82,445,000 untuk Maksud B.1; RM2,240,000 untuk Maksud B.2; RM147,534,000 untuk Maksud B.3; RM461,145,000 untuk Maksud B.4; RM49,646,000 untuk Maksud B.5; RM5,562,349,000 untuk Maksud B.6; RM2,081,973,000 untuk Maksud B.7; RM198,614,000 untuk Maksud B.8; RM251,672,000 untuk Maksud B.9 dan RM16,000,000 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM9,061,617,800 untuk Maksud P.6 dan RM48,455,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM9,061,617,800 untuk Maksud P.6 dan RM48,455,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2013] [Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguh hingga jam 10 pagi, hari Selasa, 23 Oktober 2012.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.37 petang.