Oct082012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
[Soalan No. 1 – Yang Berhormat Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) tidak hadir]

2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan, tindakan yang diambil berkaitan cadangan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya. Adakah cadangan Jawatankuasa supaya SPR bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan bukan Jabatan Perdana Menteri akan dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya hendak mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat yang telah pun kehilangan ibu yang disayangi baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya, terdapat 32 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya yang terdiri daripada 10 syor yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember 2011 dan 22 syor yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April 2012 untuk dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian syor tersebut telah pun diberi perhatian dan tindakan-tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikannya. Justeru, daripada 32 syor yang diluluskan, hanya enam syor tidak dapat dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi kerana faktor-faktor yang melibatkan hal ehwal perundangan dasar dan kos kewangan yang besar. Namun, ia tidak bererti bahawa syor- syor tersebut tidak dapat dilaksanakan sama sekali di masa hadapan.

Di antara syor-syor yang akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah seperti berikut:

(i) mengadakan peruntukan undang-undang bagi maksud penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil iaitu di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2012;

(ii) mengadakan peruntukan undang-undang bagi maksud membenarkan orang yang dipercayai oleh orang kelainan upaya membantunya dalam urusan pengundian iaitu di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya)

(Pindaan) 2012;

(iii) mengadakan peruntukan undang-undang bagi maksud menjalankan pengundian awal iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012, dan Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) 2012;

(iv) memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media;

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

(v) melaksanakan pembersihan daftar pemilih secara berterusan untuk memastikan daftar pemilih yang kemas kini dan berwibawa;

(vi) mengadakan kerjasama erat berterusan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Luar Negeri dalam urusan pendaftaran dan pembersihan daftar pemilih di samping kerjasama dengan pihak ketiga seperti MIMOS;

(vii) melaksanakan urusan pameran rang daftar pemilih tambahan selama 14 hari dan serta mengadakan peruntukan undang- undang menaikkan daripada sepuluh orang kepada 20 orang kena bantah bagi setiap pembantah;

(viii) menambah baik susun atur tempat mengundi untuk memastikan ketulusan proses pengundian dan memastikan kerahsiaan sesuatu undi;

(ix) memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon dan tempoh penarikan balik pencalonan;

(x) mengadakan peruntukan undang-undang iaitu menetapkan tempoh minimum 11 hari di antara daripada hari penamaan dengan hari pengundian; dan

(xi) memberi keutamaan pelantikan petugas pilihan raya daripada kalangan pemilih dari kawasan berkenaan dan peruntukan undang-undang sedia ada memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas yang bertugas dan mengundi dalam kawasan pendaftaran yang berbeza.

Bagi soalan berhubung dengan syor pengukuhan SPR, suruhanjaya ini bersetuju bahawa kuasa dan kebebasan mutlak SPR diperuntukkan dalam undang-undang.

Hakikatnya kerana penubuhan badan ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan umpamanya menyebut bahawa keanggotaan suruhanjaya ini hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ia hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

Justeru, secara dasarnya, SPR adalah merupakan sebuah institusi di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang bebas, adil dan saksama. Dengan melaksanakan bidang kuasanya yang telah ditetapkan mengikut Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih dan menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Oleh yang demikian, Jabatan Perdana Menteri hanya bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran harian dan pengurusan semasa SPR. Jadi, tidak berbangkitlah kita hendak. Demi pengukuhan SPR ini kita transferkan dia punya pertanggungjawabannya daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen tidak berbangkit kerana selama hari ini pun seperti saya jelaskan ia bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, SPR akan mengkaji dengan lebih lanjut syor pengukuhan tersebut untuk dilaksanakan pada masa depan.

final • 10:10 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan saya. Soalan tambahan, memandangkan Mahkamah Tinggi sudah pun menolak deklarasi bahawa BERSIH 2.0 ini sebagai persatuan haram dan menyatakan tindakan kerajaan adalah tidak rasional.

final • 10:10 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Jadi saya ingin tanya, mengapa sebabnya kerajaan melalui agensi-agensi masih mengancam individu-individu yang terbabit seperti intimidasi melalui imigresen. Mengapa perlu ambil tindakan-tindakan sedemikian terhadap pemimpin-pemimpin BERSIH ini yang telah pun menunjukkan kesediaan mereka menimbulkan kesedaran terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini, yang sepatutnya diberi penghargaan dan bukan dilayani sebagai penjenayah? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat daripada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu, untuk menghalang salah satu kumpulanlah walaupun ia tidak mendaftarkan diri sebagai persatuan. Akan tetapi kalau dia mahu memanggil dirinya atas nama apa sekali pun, itu merupakan hak dia. Maknanya, kalau pada hari inilah saya nak panggil saya ‘gengster Kuala Lumpur', Yang Berhormat tak boleh bawa saya ke mahkamah dan menghalang saya daripada memanggil diri saya sebagai ‘gengster Kuala Lumpur'. Itu hak saya. Begitulah juga kumpulan BERSIH ini. Kita tidak boleh mengatakan bahawa dia tidak berhak untuk memanggil dia Bersih. Siapa-siapa boleh panggil diri mereka apa mereka mahu. Akan tetapi itu tidak bermakna pula apabila mereka bebas untuk menamakan diri mereka apa sahaja, itu tidak bermakna mereka boleh lakukan apa sahaja mereka suka termasuk untuk melanggar undang-undang.

Jadi, kalau pemimpin-pemimpin BERSIH tadi, kalau mereka itu diambil tindakan, itu adalah kerana mereka telah melanggar undang-undang. Bukan sewenang-wenangnya kerajaan mengarah polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka semata-mata mereka memanggil diri mereka Bersih. Walaupun dia kata dia bersih tetapi dia tak ikut undang- undang sewaktu dia nak mengadakan demonstrasi. Kita ada law Yang Berhormat ya? Jadi, kalau mahu terus jadi Bersih, ikutlah undang-undang. Kalau tidak, nama Bersih itu memang tidak tepat dengan apa yang dipanggil terhadap diri mereka.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, jelas, faham dan jawapan itu tepat atas soalan.

Selama ini SPR memang sentiasa membuat berbagai ikhtiar, usaha untuk menambah baik proses pengundian dalam negara ini. Soal telus dan adil itu memang pakaian SPR selama ini. Tidak diragukan. Kalau tidak mana mungkin lima negeri terlepas daripada Barisan Nasional. Ini fakta yang telah dinikmati oleh pembangkang tetapi dia tidak mengiktiraf.

Jadi, soalan saya, imej SPR yang begitu baik, telus dan adil ini dicemarkan oleh fitnah pembohongan parti pembangkang selama ini. Apa usaha untuk membersihkan calar- balar SPR yang dibuat oleh fitnah pembangkang? Pembangkang ini seolah-olah dia takut dia akan kalah. Jadi apabila kalah, sekarang ini siang-siang dia kata, ”Oh, tak adil”. Jadi, makna kalau dia kalah nanti, seolah-olah SPR ini tidak adil. Itu yang nak difahamkan kepada rakyat sedangkan sebenarnya SPR adil, telus dan boleh dipercayai. Jadi, apa usaha untuk menambah baik imej SPR yang dicalar-balarkan oleh pembangkang termasuk oleh Gombak. Minta maaf Gombak [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebenarnya apa Yang Berhormat sebut itu jelas menunjukkan bukti sebenarnya bahawa pilihan raya di Malaysia semenjak tahun 1955 lagi telah pun dijalankan bebas dan adil. Akan tetapi kalau nak dengar jawapan kebudak-budakan Ipoh Timur, dia akan sebut itu bahawa kalau bebas dan adil, dia menang Putrajaya, sudah. Itu budak-budak yang cakap, sebab orang tua ini apabila dia sudah tua, cakap macam budak-budak. Ipoh Barat jangan perasan. Sebut Ipoh Timur.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kita semua tahu iaitu bahawa mereka pun faham juga iaitu bahawa pilihan raya kita bebas dan adil. Nasihat saya kepada suruhanjaya, tak usah pedulilah apa mereka cakap. Buat kerja yang baik yang telah dilakukan selama hari ini. Itu sahaja.

[Soalan No.3 – Yang Berhormat Dato’ Seri Ong Ka Chuan (Tanjong Malim) tidak hadir]

final • 10:10 AM

4. Prof. Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian akan meningkatkan kadar subsidi daripada RM50 bagi setiap rawatan dialisis sekarang memandangkan pesakit-pesakit yang kegagalan buah pinggang sememangnya dibebani dengan kos dialisis, kos pengangkutan serta kos rawatan lain seperti suntikan eprex yang sangat tinggi pada masa kini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi bantuan subsidi rawatan hemodialisis sejak tahun 2001. Kepada pesakit-pesakit miskin dan kurang mampu yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat-pusat dialisis NGO atas sekadar sebanyak RM50 untuk setiap rawatan dialisis.

Sehingga kini, seramai 29,937 orang pesakit telah menerima subsidi berkenaan yang berjumlah sebanyak RM208.70 juta. Di samping itu Kementerian Kesihatan juga memberikan subsidi bantuan suntikan erythropoeitin ataupun epoetin mulai 1 April 2009.

Bantuan suntikan ini diberikan kepada pesakit-pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat-pusat hemodialisis NGO dan menerima subsidi rawatan hemodialisis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bantuan suntikan ini adalah sebanyak RM30 untuk setiap suntikan iaitu 2,000 IU dan pusat hemodialisis tidak boleh mengenakan sebarang caj kepada pesakit bagi suntikan epoetin ini. Suntikan ini diberikan berdasarkan tahap hemoglobin (HB) pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan jumlah maksimum yang diluluskan adalah tiga suntikan seminggu bagi setiap pesakit.

Untuk tempoh 2009 hingga Julai 2012, jumlah bantuan suntikan erythropoeitin atau epoetin kepada pesakit dialisis adalah sebanyak RM31.30 juta. Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah pemberian bantuan subsidi rawatan dialisis sebanyak RM50 dan bantuan suntikan erythropoeitin ataupun epoetin sebanyak RM30 pada masa kini.

Memandangkan jumlah pesakit tanggungan kerajaan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Thank you. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan kepada soalan saya. Jadi, jawapan adalah bahawa kadar subsidi ini tidak akan dinaikkan memandangkan bahawa mereka yang memerlukan subsidi ini mungkin meningkat. Akan tetapi saya tidak dapat apa-apa alasan yang kukuh kenapa ini tidak akan ditingkatkan sebab ini sangat-sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia dan masalah isu dialisis ini telah meningkat tahun demi tahun. Jadi, saya pun rasa bahawa ni satu jawapan yang tidak jelaslah kenapa tidak akan ditingkatkan subsidi ini.

final • 10:10 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Yang Berhormat Batu Kawan, saya ingin menjawab persoalan yang dikemukakan dengan mengemukakan beberapa sebab termasuklah sebab utama yang telah saya sebutkan tadi iaitu penambahan pesakit daripada tahun ke tahun, Yang Berhormat.

Di Malaysia Yang Berhormat, bilangan pesakit baru kegagalan buah pinggang atau ginjal ataupun dalam bahasa Inggerisnya, end stage renal disease dianggarkan sebanyak 5,000 orang setahun Yang Berhormat. Ini penambahan pesakit setiap tahun.

Daripada segi statistik, pada tahun 2009, sejumlah 4,864 pesakit baru yang telah dikenal pasti. Pada tahun 2010, 5,153 orang dan pada tahun 2011 iaitu pada tahun lepas adalah seramai 5,201 orang, Yang Berhormat. Jadi, jumlah ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kementerian melalui Kementerian Kesihatan mempunyai pelan tindakan sama ada jangka pendek ataupun jangka panjang. Sebenarnya fokus kita adalah untuk memastikan bahawa program-program yang berkait rapat dengan gaya hidup sihat merupakan tumpuan yang seharusnya diberikan sokongan oleh semua pihak termasuklah pihak NGO, individu dan pemimpin-pemimpin politik seperti Yang Berhormat sendiri.

Antara langkah-langkah usaha kita adalah untuk menggalakkan proses saringan dalam kalangan masyarakat. Ini kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat, punca kepada penyakit buah pinggang ini atau kegagalan buah pinggang adalah berpunca daripada penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak dikawal. Ini yang berkait rapat dengan gaya hidup sihat, Yang Berhormat. Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2011, penyakit kencing manis ataupun diabetes merupakan punca kegagalan ginjal bagi 56 peratus pesakit baru, darah tinggi 60 peratus pesakit baru dan 31 peratus kes puncanya tidak diketahui. Jadi, Yang Berhormat kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa kementerian tidak melaksanakan ataupun tidak melakukan apa-apa, itu memang tidak benar Yang Berhormat ya.

Saya memberi contoh pada Bajet 2013, kerajaan telah meluluskan pembelian mesin dialisis, penambahan sebanyak 150 buah mesin dialisis untuk ditempatkan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan. Setiap tahun kerajaan membelanjakan RM140 juta. Jumlah yang dibelanjakan untuk aktiviti nephrology Yang Berhormat termasuklah pembayaran gaji. Saya tidak perlu lagi mengulangi jumlah subsidi yang telah diberikan kepada pesakit-pesakit.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kerajaan sebenarnya memberi bantuan subsidi selain daripada subsidi memberi bantuan capital grant kepada NGO yang ingin menubuhkan pusat-pusat dialisis. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bilangan NGO yang telah mendapat manfaat daripada capital grant adalah sejumlah 92 yang membawa kos sebanyak RM20,325,277.28 untuk NGO-NGO ini menubuhkan ataupun membuat pembelian mesin dialisis dan juga peralatan perubatan. Bantuan ini merupakan pembelian had maksimum sepuluh buah mesin dialisis yang mana kementerian memberikan bantuan maksimum sebanyak RM338,500 yang merupakan 50 peratus daripada jumlah pembelian sepuluh buah mesin dialisis tadi untuk penubuhan pusat dialisis NGO baru, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini telah pun menambahkan beberapa mesin dialisis di Hospital Kuala Kubu Baru.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu apakah galakan dan inisiatif kerajaan bagi menarik lebih banyak lagi sektor swasta atau badan-badan korporat dalam menyumbangkan kepada penubuhan pusat dialisis percuma di negara ini serta nyatakan apakah insentif-insentif yang boleh ditawarkan kepada badan-badan swasta ataupun badan korporat ini supaya mereka dapat membantu rakyat? Pada masa yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah kementerian dalam menggalakkan masyarakat untuk menderma organ bagi mengelakkan pesakit terus bergantung kepada hemodialisis sepanjang hayat? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor di atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, antara insentif-insentif yang ditawarkan oleh kementerian, pertamanya kepada NGO, seperti yang saya sebutkan awal tadi, merupakan capital grant yang diberikan kepada badan-badan NGO yang berminat untuk menubuhkan pusat dialisis iaitu bantuan sebanyak RM338,500 yang merupakan 50 peratus daripada jumlah pembelian sepuluh buah mesin dialisis dan peralatan-peralatan lain bagi pusat dialisis NGO yang baru. Peruntukan juga Yang Berhormat, diberikan untuk menggantikan mesin-mesin dialisis dan peralatan perubatan yang perlu diganti untuk pusat-pusat ini.

Selain daripada itu Yang Berhormat, pihak kementerian juga memberikan bantuan subsidi kepada pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di pusat-pusat NGO iaitu seperti yang saya nyatakan pada awal jawapan saya sebanyak RM50 untuk setiap rawatan Yang Berhormat dan bantuan suntikan erythropoietin ataupun epoetin sebanyak RM30.

Disebabkan oleh bantuan subsidi RM50 ini, pusat-pusat NGO tidak boleh mengenakan caj melebihi RM60 kepada pesakit mereka. Jadi, ini antara perkara-perkara ataupun insentif- insentif yang diberikan. Selain daripada itu, kita membantu Yang Berhormat, pusat-pusat yang ingin menubuhkan pusat-pusat dialisis ataupun hemodialisis dengan membantu mereka daripada segi proses penubuhan tersebut, daripada segi mendapatkan, memeriksa premis, memastikan premis itu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk menjawab persoalan kedua yang telah diberikan oleh Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, rawatan yang paling kita galakkan ataupun opsyen pemilihan pertama kepada pesakit yang selalunya kita bincangkan bersama-sama dengan pesakit adalah daripada segi pendermaan organ.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Seperti Yang Berhormat ketahui, kita di peringkat kementerian bekerjasama dengan ramai pihak termasuklah persatuan-persatuan untuk menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan supaya mereka ini menjadi pengikrar kepada penderma organ.

Bukan setakat itu sahaja Yang Berhormat, bukan sahaja sebagai pengikrar tetapi untuk memastikan mereka juga bersedia untuk membuat pendermaan sekiranya mereka sudah tidak ada lagi. Cuma Yang Berhormat, tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat kita perlu dipertingkatkan kerana jumlah pendermaan sebenarnya masih lagi berada di tahap yang begitu rendah. Jadi, kita meminta kerjasama pemimpin-pemimpin politik terutama sekali supaya dapat bersama-sama dengan pihak kementerian menjalankan program-program terutama sekali program-program kesedaran untuk memastikan masyarakat kita terdiri daripada mereka yang prihatin dan menjadikan pendermaan organ sebagai satu cara kita membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

5. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Perdana Menteri menyatakan, inisiatif di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) seperti dana Mudahcara, program TERAS dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) adalah bagi mengenal pasti syarikat- syarikat yang mempunyai potensi tinggi untuk dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui program ini juga syarikat-syarikat berpeluang untuk mendapat akses kepada pasaran dan pembiayaan.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga September 2012 sebanyak 50 syarikat telah diluluskan untuk menyertai program TERAS. Selain daripada program TERAS, TERAJU juga telah memperkenalkan dana mudah cara yang berjumlah RM2 bilion. Inisiatif ini ada bertujuan untuk menggalakkan projek-projek sektor swasta yang berimpak tinggi oleh syarikat-syarikat bumiputera. Dana ini merupakan sumbangan geran sebagai tipping point dengan izin untuk membantu syarikat bumiputera mendapatkan pinjaman komersial.

Di antara had kelayakan bagi memohon dana ini adalah kos projek RM5 juta ke atas dan dana sumbangan adalah 50 peratus dari kos projek. Setakat September 2012 sebanyak 69 permohonan telah dengan keseluruhan kos projek berjumlah RM6.57 bilion telah diterima dan sedang diproses.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari TERAS, kerajaan juga di bawah naungan TERAJU telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Yayasan TERAJU ini merupakan salah satu inisiatif di bawah hala tuju bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU yang memberi tumpuan kepada mandat bagi mengukuhkan pembinaan keupayaan dan kepakaran golongan bumiputera dalam bersaing secara kompetitif di peringkat global. Dana permulaan sebanyak RM148 juta telah berjaya di kumpul dari syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi berkaitan. Setakat ini 210 pelajar telah dipilih untuk biasiswa dari pelajar-pelajar SPM.

Memang pelajar-pelajar yang dapat kelulusan 9A+ dapat biasiswa secara automatik daripada kerajaan tetapi kita juga tahu bahawa ada di pedalaman-pedalaman, pelajar-pelajar bumiputera yang tidak dapat 9A+. Akan tetapi dapat 5A, 6A, 7A ini dalam keadaan yang begitu mencabar. Mereka tinggal di rumah-rumah yang begitu daif, ada yang perlu jalan tiga hingga empat kilometer ke sekolah, pendapatan ibu bapa yang tidak begitu tinggi. Akan tetapi dalam keadaan yang begitu mencabar pun, dalam keadaan yang begitu daif pun mereka dapat 5A, 6A, 7A. Oleh kerana mereka tidak dapat 9A+ tidak dapat scholarship secara automatik.

Jadi kita menubuhkan yayasan ini untuk kita pergi mencari pelajar-pelajar dalam keadaan itu dan kita menawarkan tempat di kolej-kolej untuk buat A level, foundation atau matriculation atau international bachelorette dan kita membiayai dengan biasiswa. Setakat ini kita sudah pilih 210 di seluruh negara, di Sabah Sarawak, Semenanjung, kita pergi mencari dan ada juga seorang Penan. Kita pergi mencari Penan di tempat dia dan kita memberi biasiswa dan juga banyak. Ini adalah satu cara untuk kita membantu mereka yang mempunyai potensi yang tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kita semua tahu TERAJU ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menerajui, memacu dan menyelaras agenda bumiputera iaitu sebahagian dari Pelan Transformasi Negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing. Soalan saya setakat mana dakwaan lebih 80 syarikat TERAS yang masih gagal memperoleh sebarang projek sejak Mei 2011, selepas mereka ini menyertai program Syarikat PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS), walaupun perkara ini sudah pun dimuktamadkan oleh Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sejauh mana dakwaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang tidak memberikan bantuan kepada pelajar vokasional dan kemahiran dan hanya semata-mata kepada pelajar pengajian tinggi sahaja selain golongan profesional bumiputera yang ingin meningkat kemahiran. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Mungkin elok saya jawab soalan kedua dahulu. Adalah memang tidak benar kita hanya memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti akademik dan bukan profesional atau bukan kemahiran. Selain dari kita membiayai 210 pelajar setakat ini untuk masuk ke A level ataupun sama dengan A level, kita juga rancangan-rancangan yang lain. Satu lagi langkah yang diambil ialah berhubung dengan kekurangan profesional bumiputera dalam bidang akauntan. Sungguhpun sejak tahun 70-an jumlah bumiputera yang memiliki kelulusan akauntan itu sudah meningkat, memang meningkat. Akan tetapi jumlah bumiputera yang bekerja, yang bertugas di syarikat-syarikat sebagai akauntan profesional itu masih rendah. Dalam objektif ini kita sudah memilih 59 mereka yang ingin menjadi professional accountant dan telah memberi pembiayaan untuk mereka.

Lebih penting lagi kita juga faham dan tahu bahawa vocational education itu penting bukan sahaja di TERAJU dari segi aspek kerajaan pun kita sedar. Oleh kerana itulah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita menjelaskan dengan begitu jelas, sebegitu terang bahawa vocational education akan menjadi satu saluran yang dianggap mainstream, bukan lagi dianggap sebagai dianaktirikan. Akademik jadi mainstream, vocational jadi step child dengan izin, tidak. Kedua-dua mainstream.

Berasaskan kepada konteks ini di mana kita sudah memasukkan vocational education sebagai mainstream, TERAJU juga telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa tumpuan mungkin tumpuan yang lebih diberikan kepada vocational education, dengan izin.

Satu dari rancangan TERAJU ialah meneraju skill, dan kita faham misalan pelajar- pelajar yang dapat skill dalam vocational sampai tahap tiga, tahap empat dapat gaji RM2,000. Kalau mereka kerja dengan pengalaman dan dapat international certification, dengan izin, gaji mereka akan naik kepada RM4,000. Kita tahu bahawa dalam juru kimpal, welder, kalau mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan boleh melakukan, boleh buat kerja undersea welding, pendapatan mereka ialah USD3,000 setiap kali mereka dive. Kita tahu dan oleh kerana itulah satu objektif penting Yayasan TERAJU ialah untuk memberi latihan dan cari mereka yang memerlukan latihan, memberi latihan dalam bidang vokasional.

Mengenai soalan yang pertama Tuan Yang di-Pertua, memang benar kita ada 150 syarikat yang kita telah sudah kenal pasti. Akan tetapi untuk memberi tiap-tiap syarikat dalam masa singkat satu projek itu adalah satu perkara yang rumit. Akan tetapi kita sudah kenal pasti dan kita akan tolong, kita akan bantu bukan semestinya dari segi memberi projek. Kebanyakan mereka memerlukan pembiayaan dana dan bukan semata-mata projek. Kita sudah wujudkan satu skim untuk membantu syarikat TERAS dengan kita bekerjasama dengan SME Bank. Oleh sebab bank-bank kadang-kadang bila syarikat minta pinjaman mereka ada syarat-syarat minta ini dan itu.

final • 10:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Akan tetapi untuk TERAS, syarikat TERAS kita meletakkan RM50 juta sebagai guarantee dan mereka, SME Bank sudah bersetuju untuk memberikan syarikat-syarikat TERAS, SME syarikat TERAS 100. Tiga kali jumlah itu sebagai working capital dan juga untuk mewujudkan satu dana RM300 juta untuk memberi pembiayaan bagi membeli aset untuk syarikat-syarikat SME TERAS.

final • 10:40 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Jadi adalah tidak benar kita tidak mengambil langkah-langkah kerana kita sudah mengambil banyak langkah tetapi mestilah memakan sedikit masa. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berasa amat bertuah pada hari ini kerana Yang Berhormat Menteri yang menjawab isu ini pula daripada Ahli Parlimen Tasik Gelugor yang mempunyai banyak pengalaman di Pulau Pinang dan kebetulan Yang Berhormat Menteri maklum di Pulau Pinang agenda bumiputera daripada awal tahun 90-an, JKP, Yayasan Bumiputera, PERDA dan sebagainya dan baru-baru ini TERAS, TERAJU, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Soalan tambahan saya adalah pada tahun 2012. Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan sebenarnya apakah masalah sebenarnya menjayakan agenda masyarakat bumiputera? Ini gambaran bumiputera- gambaran orang Balik Pulau, Tasik Gelugor.

Apakah masalah sebenar? Kerana tadi daripada jawapan tambahan tadi saya mendengar banyak alasan, susah jika 80 peratus tidak dapat ini memerlukan masa, rumit- apa yang saya dengar fakta perbetulkan saya. 1MDB baru dilaksanakan tetapi macam-macam projek telah diperoleh. Buat tender, saya difahamkan IPP di Seberang Perai baru masuk tender round pertama sudah dapat arahan bagi kepada 1MDB, itu fakta yang saya dapat daripada orang UMNO, saya tidak mahu sebutkan namanya.

Akan tetapi persoalan saya, kenapa hari ini dalam menjayakan agenda bumiputera ini kita lembik, lesu, rumit, masalah...

final • 10:40 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Longlai.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

...Akan tetapi orang Melayu, bertempiklah UMNO, hah! Orang Melayu tertinggal, tertindas tetapi kami baru empat tahun menjaga di Pulau Pinang.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Soalan saya, apakah masalah sebenarnya Yang Berhormat Menteri?

final • 10:40 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Apa yang rumit sangat ini, rumit sangat.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, masalah besar di Pulau Pinang untuk kaum Melayu adalah kerajaan tidak ada agenda Melayu. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang tidak ada agenda untuk orang Melayu langsung dan ini adalah satu masalah, tetapi Kerajaan Persekutuan memang sudah mengambil tindakan untuk membantu semua penduduk Pulau Pinang termasuk bumiputera. Misalan PERDA satu agensi yang mempunyai banyak tanah hendak mewujudkan program-program perumahan dan lain-lain tetapi tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jadi itu adalah fakta, apa lagi fakta dan...

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, tarik balik itu tidak betul, itu tidak betul tarik balik, ada tarik yang telah diluluskan untuk PERDA.

final • 10:40 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Mungkin ada satu dua luluskan tetapi banyak tidak diluluskan...

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

...Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab tarik balik.

final • 10:40 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

...Itu adalah masalah besar di Pulau Pinang untuk...

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tidak betul, tidak betul!

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Entah-entah PERDA dekat Balik Pulau tidak lalu pun.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

...Bohong.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Pengerusi, yang kaya pengerusi.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, satu soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak mengapa Yang Berhormat tunggulah. Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee.

final • 10:40 AM

6. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) anggaran kos terkini pembinaan lapangan terbang KLIA2; dan

(b) sama ada KLIA2 akan disiapkan pada April 2013 termasuk landasan kapal terbang ketiga KLIA.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, anggaran kos terkini bagi projek pembinaan lapangan terbang KLIA2 adalah sebanyak RM4 bilion berdasarkan skop sedia ada bagi kontrak-kontrak yang telah ditawarkan. Setakat 13 September 2012, status kemajuan KLIA2 adalah mendahului jadual iaitu 61.92 peratus berbanding jadual 56.9 peratus dan dijangka siap pada April 2013 berdasarkan komitmen yang telah diberikan oleh kontraktor-kontraktor pelaksana. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 10:40 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih, Yang Berhormat nantilah Yang Berhormat, Speaker...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapalah saya sudah memanggil Yang Berhormat Tangga Batu selepas ini saya bagi Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

....Speaker bijaksana Yang Berhormat, tidak apa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas jawapan, saya pun ternanti-nanti jawapan itu kerana di antara pengguna tetap KLIA kita.

Tuan Yang di-Pertua, pemerhatian daripada kepesatan kegiatan penerbangan LCCT yang dahulu kita menganggap bahawa LCCT ini sebagai satu penambahan yang tidak perlu. Banyak jari yang menuding kepada LCCT tetapi kemudian pada hari ini kita dapat melihat LCCT pula telah menjadi keperluan dan KLIA pula hanya sebagai tumpangan dan sandaran. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pembinaan cadangan KLIA2 ini selepas ini akan menggamit pembinaan sebuah lagi LCCT jika peranan yang dijangkakan untuk KLIA2 ini nanti tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu di atas soalan tersebut. Seperti mana yang kita tahu bahawa industri penerbangan di negara kita telah pun mengalami satu senario yang begitu pesat khususnya apabila wujud syarikat- syarikat penerbangan kos rendah dan juga kerancakan ekonomi di negara kita dan juga negara rantau ini.

Kita juga akan menjangkakan ianya akan lebih rancak apabila mencapai tahun 2015 iaitu merupakan open sky policy yang akan dilaksanakan bagi negara-negara ASEAN.

Oleh sebab itu kerajaan melalui Malaysian Airport Berhad telah pun mendirikan sebuah LCCT yang akan menampung 45 juta penampung setahun dan ini adalah merupakan satu jangkaan sedia ada walaupun sebenarnya apa yang kita lihat LCCT sedia ada telah pun melebihi kapasiti di mana kapasiti LCCT ialah 15 juta sedangkan LCCT pada hari ini LCCT telah pun mengendalikan 17 juta penumpang.

final • 10:40 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Oleh sebab itu terdapat keperluan untuk mewujudkan KLIA2 dan MAB menjangkakan bahawa projection bagi tahun 2020 ianya akan mencecah 31 juta penumpang untuk LCCT sahaja. Manakala KLIA 1 pada tahun 2020 ianya akan mencecah 33 juta penumpang dan sekiranya terdapat perubahan-perubahan ketara yang berlaku di dalam sektor penerbangan di negara ini mungkin kerajaan boleh menimbangkannya. Tetapi setakat ini memang upgrading yang dibuat ataupun pembinaan sebuah KLIA2 ini boleh menampung sebanyak 45 juta penumpang bagi syarikat penerbangan kos rendah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 10:40 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengumumkan bahawa kos telah pun meningkat daripada RM1.7 bilion jangkaan asal, anggaran asal kepada RM4 bilion sekarang dan pada awal tahun ini pihak MAB telah pun mengumumkan bahawa kos meningkat daripada RM1.7 bilion sehingga RM3.6 bilion sampai RM3.9 bilion dan sekarang naik kepada RM4 bilion.

So, saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah angka ini akan menjadi angka muktamad ataupun adakah akan meningkat lagi. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkata bahawa projek ini berjalan a head of schedule adalah amat mengelirukan kerana projek ini sebenarnya pada masa asalnya dijangka akan siap pada tahun 2011 dan selepas itu ditunda kepada 2012 dan sekarang dipinda lagi kepada bulan April 2013.

So, saya berharap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan jawapan yang lebih tepat mengenai isu sama ada kerja-kerja ini on time atau tidak. Soalan saya peringkat 6(b) ya, sama ada landasan kapal terbang ketiga KLIA ini akan siap bersama dengan bangunan airport itu, saya rasa tidak terjawab tadi ataupun saya tidak dengar, saya mungkin terdengar. Akan tetapi saya rasa jawapannya belum di– sama ada runway ketiga yang penting supaya syarikat-syarikat kapal terbang yang datang ke KLIA2 ini dapat menggunakan runway yang ketiga ini, siap atau tidak siap bulan April 2013.

final • 10:40 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akhir sekali saya hendak tanya, apakah sebabnya rancangan asal KLIA master plan untuk membina KLIA2 atau satu lagi terminal KLIA2 di KLIA North tidak digunakan dan tempat itu diagih ke KLIA West di mana dalam rancangan asal kata tidak sesuai untuk membina lapangan kapal terbang kerana ia merupakan mud lands atau banyak air. Jadi kita hendak tahu kenapa projek ini dipindah daripada KLIA North ke KLIA West yang menyebabkan kos asal RM1.7 bilion meningkat sampai sekarang RM4 bilion?

Dahulu sudah kata tidak boleh, konsultan kata kawasan ini tidak boleh bina airport kerana banyak air dan sekarang kita buat juga, pindah ke KLIA West dalam master plan yang baru menyebabkan kos yang meningkat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, banyak juga soalan yang dikemukakan tetapi saya akan cuba untuk menjawab sebaik yang mungkin.

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa memang pada dasarnya dan pada peringkat awalnya pada tahun 2009, kita telah pun membuat provision untuk membina airport ini dengan nilai lebih kurang RM2 bilion tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan khususnya akibat daripada projection dan juga keperluan-keperluan yang baru maka kerajaan telah membuat penambahbaikan bagi membina satu lapangan terbang yang lebih besar dan lebih baik.

Ia adalah merupakan satu terminal lapangan terbang kos rendah yang terbesar di dunia dan bagi menampung keperluan pertambahan penumpang yang semakin bertambah iaitu merupakan satu perkembangan yang drastik dalam industri penerbangan kos rendah ini. Oleh sebab itu apabila kita membuat revision kerana apabila kita membuat satu infrastruktur, ia adalah digunakan bukan untuk keperluan hari ini tetapi untuk keperluan masa hadapan dan juga dengan melihat kepada pertumbuhan-pertumbuhan yang sedang berlaku.

final • 10:50 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Oleh sebab itu, kerajaan telah pun khususnya MAB. MAB adalah merupakan syarikat kerajaan di bawah Khazanah yang bertanggungjawab untuk mengurus dan membangunkan lapangan terbang. Ianya juga adalah merupakan syarikat awam dan mereka bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan. Oleh sebab itu beberapa perundingan telah dilakukan, maka kerajaan, MAB telah pun mengambil tindakan untuk membesarkan lagi KLIA ini daripada saiz yang asal untuk memenuhi beberapa keperluan-keperluan.

Keperluan pertama ialah keperluan regulatory iaitu terdapat keperluan untuk mengadakan sekuriti yang lebih baik di lapangan terbang ini iaitu dengan mewujudkan total international passenger arrival and departure segregation. Ini adalah keperluan regulatory.

Selain daripada itu terdapat juga keperluan-keperluan daripada airlines iaitu untuk menambah kepada 45 juta passenger capacity dengan 68 contact stand dan remote stand dan juga mewujudkan fully automated baggage handling system (BHS). Kemudian mewujudkan satu lagi runway sepanjang empat kilometer dengan 22.2 kilometers separation from runway 2 untuk membolehkan juga pesawat A380 dapat mendarat dan beberapa kemudahan-kemudahan yang lain.

Oleh sebab itu saya menyatakan di sini bahawa sebenarnya specification projek ini memang telah pun bertambah dengan begitu besar sekali iaitu terminal building sepatutnya 150 ribu meter square telah pun bertambah kepada 257 ribu meter square iaitu peningkatan scope sebanyak 71.3 peratus. Aircraft stand pun telah bertambah sebanyak 60.7 peratus.

Earthworks meningkat sebanyak 130.7 peratus, runway 3 dan taxiway pavement and AGL system juga meningkat sebanyak 64.7 peratus. DCF facilities, apron control tower yang sepatutnya 77 meter telah pun dinaik taraf kepada air traffic control tower iaitu 93 meter dan ini adalah peningkatan 20.8 peratus bagi height dan navigation aids 115.4 peratus dan public infrastructure pun meningkat kepada 87.5 peratus dan 260 peratus.

Peningkatan-peningkatan ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada penumpang-penumpang dan untuk membolehkan pertumbuhan dalam industri penerbangan kos rendah ini akan dapat ditingkatkan. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa, apabila kita mewujudkan sesuatu infrastruktur ia adalah untuk keperluan bukan hari ini tetapi adalah untuk keperluan masa hadapan.

Kedua, Yang Berhormat juga ada bertanya tentang runway tadi. Runway yang dimaksudkan tadi ialah runway 3. Setakat ini Yang Berhormat, ini berdasarkan kepada komitmen yang diberikan oleh syarikat-syarikat kontraktor pelaksana. Ini adalah maklumat yang diberikan oleh MAB kepada sayalah. Jadi, kalau mereka beri saya maklumat, saya kena terima bulat-bulat kerana saya bagi pihak kerajaan. Jadi setakat ini mereka kata bahawa, mereka dapat menyiapkan mengikut jadual macam seperti mana yang saya katakan tadi, memang jadual awal itu ada tetapi ini adalah revise schedule yang telah pun diwujudkan. Oleh sebab itu kerajaan dan pihak MAB telah pun mewujudkan satu revise schedule iaitu ianya bagi sekarang ini sehingga kini, ianya adalah ahead of schedule iaitu sepatutnya jadual 56.9 peratus dan sebenar 61.92 peratus.

Memang Yang Berhormat, saya tahu banyak berminat dengan isu ini tetapi berkaitan dengan isu perpindahan daripada KLIA North kepada West ini saya tidak ada maklumat Yang Berhormat. Saya minta maaf, saya akan jawab dalam perbahasan nanti.

Saya akan ada peluang lagi untuk menjawab dengan lebih panjang tentang isu-isu ini dan kita adalah kerajaan yang telus dan kita tidak menyembunyikan apa-apa. Cuma saya kata apabila peningkatan spesifikasi itu bertambah sudah tentunya kos itu bertambah. Saya ingin nyatakan di sini bahawa ini tidak melibatkan wang peruntukan kerajaan, ia adalah merupakan peruntukan yang di gunakan oleh MAB untuk mendapatkan bon sukuk di mana ia akan dibayar oleh MAB berdasarkan kepada pendapatan MAB sendiri.

Saya ingin juga nyatakan di sini bahawa syarikat ini adalah syarikat kerajaan yang juga dimiliki oleh orang awam melalui penyenaraian, sudah tentulah ia juga di pantau oleh beberapa pihak yang lain. Saya ingin juga menyatakan di sini walaupun berlakunya revision dari segi kos ini tetapi ini tidak menjejaskan rating AAA yang telah diberikan terhadap projek ini oleh Agensi Rating Antarabangsa (RAM) yang telah memberikan pengiktirafan AAA kepada projek ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat. Soalan itu pun sudah berlebihan Yang Berhormat dan melanggar peraturan kalau kita hendak mempercepatkan dalam Dewan, patutnya satu soalan tambahan sahaja yang dibenarkan. Jadi menjawab pun boleh control perkara ini.

[Soalan No. 7 – Yang Berhormat Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] tidak hadir]

final • 10:50 AM

8. Datuk Eric E. Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, tempoh bila Jalan Tuaran Lama dari Pekan Menggatal menuju ke simpangan Jalan Sepanggar dapat dinaik taraf kerana ditinggalkan semasa kontraktor- Michael Vun Sdn.

Bhd., yang sepatutnya mengusahakan projek ini dua tahun lalu dan berapa jumlah anggaran peruntukan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Jalan Tuaran dari Inanam ke Menggatal, Sabah telah dilaksanakan oleh kontraktor Michael Construction Holding Sdn.

Bhd. Projek dengan nilai kontrak sebanyak RM15.3 juta itu telah dimulakan pada 1 Jun 2011 dan ia siap sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan iaitu pada bulan Jun 2012. Projek tersebut melibatkan skop menaik taraf jalan sedia ada kepada laluan dua lorong dua hala atau dual carriage way sepanjang hampir empat kilometer iaitu dari kilometer 10.4 hingga kilometer 14.3. Manakala jajaran dari pekan Menggatal ke persimpangan Jalan Sepanggar tidak termasuk di dalam skop projek berkenaan. Walau bagaimanapun, kementerian ini akan terus mempertingkatkan lagi aspek penyelenggaraan rutin dan berkala di laluan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya soalan saya ialah kenapa jalan daripada Menggatal itu ke simpang Jalan Sepanggar itu diketepikan walhal jalan ini juga yang perlu sangat untuk dibaik pulih? Sebenarnya kawasan ini rendah. Jadi selalunya dilanda banjir. Maka kita mintalah kepada kementerian supaya membaik pulih jalan-jalan yang saya maksud ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jalan ini memang telah pun kalau kita ikut level servicenya memang masih memuaskan. Saya tahu kenderaan yang melalui jalan ini adalah di antara 15,000 sehingga 20,000 sehari dan sebelum ini jalan ini telah pun kita baik pulih iaitu Jalan Menggatal ke Berungis dan selepas itu kita ada jalan sebahagian ini dan dari Tuaran Lama ke Sepanggar yang level jalannya masih boleh digunakan dengan baik. Kita pun tahu jalan ini di kawasan lembap, tanahnya lembap. Berkenaan ini telah pun kita menggunakan teknik-teknik yang baru seperti kita gunakan Cold-in Place Recycling dan juga geoteknologi pun digunakan kerana kita tahu tanah ini lembut. Kita akan mempertingkatkan cara penyelenggaraan jalan ini dengan rutin dan berkala jikalau ia perlu. Kalau kita lihat sehari ini, jalan ini masih boleh dikatakan keadaan yang baik. Kita akan memohon supaya ia akan dinaik taraf lagi khususnya dari segi disebutkan tadi dari Tuaran lama ke Sepanggar. Ini yang perlu kita menaik taraf.

final • 10:50 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Jalan daripada Pekan Menggatal hingga ke simpang Sepanggar. Ini jalan yang tidak pernah dibaik pulih.

final • 10:50 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, okey terima kasih. Kita tidak mahu ada dialog di sini tapi jalan ini saya kata tadi boleh digunakan lagi dengan baik dan memang ada usaha untuk kita menaik taraf kalau ianya diperlukan. Yang Berhormat boleh timbulkan dalam perbahasan dalam dasar. Sekian, terima kasih

final • 10:50 AM

9. Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang memberi lebih banyak peluang kepada bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak bekerja dengan Syarikat Petronas Nasional Berhad sebagai menyokong konsep 1Malaysia.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melantik seramai mungkin bumiputera Sabah dan Sarawak, bumiputera Islam, dan bumiputera bukan Islam bagi memegang jawatan penting bukan sahaja di Petronas tetapi juga di agensi-agensi kerajaan yang lain.

Di samping peluang pekerjaan, latihan-latihan dalam bidang teknikal juga disediakan bagi membolehkan mereka membangunkan keupayaan diri dalam bidang yang diceburi. Selain dari menubuhkan sekolah-sekolah dan universiti di Sabah dan Sarawak, kerajaan juga telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk memberi biasiswa dan latihan kepada semua bumiputera termasuk bumiputera bukan Islam di Sarawak dan Sabah untuk menceburi jawatan berpendapatan tinggi di sektor awam dan swasta. Yayasan ini menyediakan khususnya program-program seperti Peneraju Tunas Potensi, Peneraju Profesional Akauntan, dan Peneraju Skil Juru Kimpal.

Bagi latihan program Peneraju Skil Juru Kimpal, peserta di Sabah dan Sarawak termasuk dari kumpulan memang bukan Islam bumiputera Sabah dan Sarawak berpeluang mendapat pensijilan antarabangsa dalam bidang kimpalan sektor minyak yang berkaitan dengan Petronas sektor minyak dan gas sehingga membolehkan mereka mendapat pendapatan tinggi juga sehingga RM9,000 sebulan dan ke atas.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, jumlah staf dan kakitangan Petronas yang bertugas di Malaysia 25,463 dan dari jumlah ini pekerja dari Sabah dan Sarawak termasuk bumiputera, bukan bumiputera, bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam adalah 5,100. Ini menunjukkan bahawa 20 peratus dari jumlah kakitangan pekerja warga Petronas yang bertugas di Malaysia adalah dari Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai pekerja di Petronas Nasional Berhad. Contoh macam di Bintulu, kita boleh nampak ataupun rakyat pun boleh nampak ramai kakitangan daripada Petronas Nasional Berhad LNG ataupun ABF, senior management ataupun management ataupun kakitangan biasa kebanyakan boleh kira 80 peratus daripada Semenanjung, orang tempatan jarang diberi peluang. Saya mahu minta penjelasan kenapa masalah boleh jadi begini? Satu.

Kedua, ada kontrak-kontrak daripada Petronas pun sama juga. Selalu Petronas kata ini high-tech tidak boleh beri orang tempatan. Semua kontrak bagi orang luar ataupun daripada Semenanjung tetapi akhir sekali orang betul-betul kerja buat kontrak ini semua daripada orang tempatan. Kita mahu minta penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Untuk menangani isu inilah kerajaan mengambil tindakan-tindakan termasuk menubuhkan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dan juga TERAJU dan yayasan dan lain-lain untuk memastikan isu seperti ini tidak timbul untuk memberi peluang kepada anak tempatan Sabah dan Sarawak di Bintulu untuk menjawat jawatan yang tinggi. Ini kita pun sudah mula berbincang perkara ini dengan Petronas dan juga perkara berhubung dengan kontrak juga dalam banyak mesyuarat-mesyuarat Perdana Menteri kita pun telah berbincang dengan Petronas untuk memastikan bahawa sebahagian besar dari kontrak-kontrak ini disalurkan kepada anak-anak tempatan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, ini Sabah, Sabah. Minta peluang Sabah.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Lain kali jangan bagi peluang kepada orang lain Yang Berhormat ya.

final • 11:10 AM

Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, sejak Petronas ditubuhkan dan beroperasi tahun 1975 sampai sekarang, Petronas muncul sebagai antara syarikat terkemuka dunia dan dia mampu melahirkan anak-anak tempatan yang profesional untuk mengusahakan hasilkan sumber ini. Ada empat negeri pengeluar minyak di Malaysia dan negeri-negeri ini juga mengeluarkan tenaga kerja profesional anak tempatan yang bukan kepalang hebatnya. Jadi di luar sana masih ada 26 marginal field milik Petronas. Petronas telah mengumumkan akan melabur RM20 bilion untuk mengusahakan hasil marginal field ini. Setakat ini dua telah diberikan kontrak, Focus Group, Kencana, Sapura dan sebagainya.

Jadi cadangannya ialah, dan saya minta Yang Berhormat Menteri beri respons, apakah Kerajaan Pusat sedia menimbangkan untuk negeri-negeri ini menubuhkan state GLC khusus untuk mengusahakan hasil sumber hasil oil and gas daripada marginal field?

Daripada diberikan kepada syarikat tertentu yang mempunyai kepakaran tetapi kepakaran negeri juga boleh dimanfaatkan. Jadi ideanya ialah anak negeri, syarikat milik negeri pengeluar minyak, kita mulakan dahulu. Di luar sana ada 24 lagi marginal field yang belum usaha hasil. Kita tubuhkan anak syarikat negeri diusahakan oleh Tenaga bimbingan Petronas. Apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap idea ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Yang Berhormat Machang, memang ini satu isu polisi, satu isu dasar dan tidaklah mungkin saya beri satu jawapan bagi satu isu yang begitu besar, isu dasar. Akan tetapi yang penting sekali bukanlah sama ada kita menubuhkan satu syarikat atau dua syarikat atau beberapa banyak syarikat, tetapi yang penting sekali ialah kita mempunyai sumber asli yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan macam mana kita hendak optimumkan hasil ini.

Dari segi economic of scale, memang seperti Yang Berhormat Machang sendiri memberitahu, sejak tahun 1975 apabila kita menubuhkan Petronas dan tidak ada kemahiran langsung anak-anak tempatan kita, memang tidak ada kemahiran sebab begitu lama, sejak 100 tahun kemahiran ini dimiliki oleh syarikat-syarikat luar dan mereka datang menggunakan kuasa mereka untuk mendapat hasil daripada kita. Akan tetapi yang penting ialah dalam tempoh yang begitu singkat, kerajaan telah berjaya menghasilkan satu kumpulan pakar yang mempunyai kepakaran yang dianggap penting di rantau ini, satu kepakaran yang dianggap sebagai satu kepakaran yang boleh dibanggakan di seluruh dunia. Seluruh dunia menganggap bahawa Petronas adalah satu syarikat yang boleh dianggap sebagai leading international corporation dan kita memang gembira sebab kita dapat mewujudkan satu syarikat yang juga memberi peluang kepada semua, kepada bumiputera, kepada bukan bumiputera dan kita sudah ada economic of scale.

Jadi isu sama ada pada hari ini kita hendak menubuhkan dua, tiga atau empat lagi syarikat dan mengurangkan advantage economic of scale tetapi mungkin ada advantage lain, itu adalah satu isu dasar yang saya tidak dapat jawab pada pagi ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Ini penting.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Minta maaf Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Bagi peluanglah.

[Soalan No.10 – Y.B. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) tidak hadir]

final • 11:10 AM

11. Dato' Sri Ong Tee Keat [Pandan] minta Menteri Kewangan menyatakan, kemudahan-kemudahan insentif dari segi percukaian yang masih ditawarkan kepada syarikat-syarikat perkapalan tempatan. Berapakah syarikat dan jumlah kewangan yang terbabit. Tidakkah kementerian bercadang mengkaji semula ataupun memansuhkan insentif itu. Jika ya, bila. Jika tidak, mengapa.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, galakan cukai dalam bentuk pengecualian cukai sepenuhnya telah diberi kepada syarikat perkapalan Malaysia di bawah seksyen 54A, Akta Cukai Pendapatan 1967.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Objektif galakan cukai ini adalah untuk membangunkan industri perkapalan negara dan mengurangkan defisit dalam imbangan bayaran negara. Layanan pengecualian cukai pendapatan tersebut telah disediakan sejak tahun taksiran 1984 iaitu telah diberi selama 27 tahun. Kehilangan hasil daripada galakan cukai ini adalah RM437 juta bagi tahun 2011 dan telah dituntut oleh 54 syarikat perkapalan.

Galakan cukai untuk syarikat perkapalan Malaysia telah dikaji dalam Makmal Pemandu, public finance reform yang dianggotai di antaranya oleh wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Chartered Taxation Institute Malaysia (CTIM). Salah satu daripada hasil kajian tersebut adalah langkah rasionalisasi galakan cukai iaitu pengecualian cukai pendapatan daripada 100 peratus kepada 70 peratus bagi syarikat perkapalan Malaysia.

Langkah cukai ini telah diumumkan dalam Bajet 2011 dan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Namun demikian, inisiatif ini telah ditangguhkan kerana mengambil kira rayuan pihak Malaysia Shipowner’s Association atau Masa agar pelaksanaan pengurangan pengecualian cukai pendapatan daripada 100 peratus kepada 70 peratus bagi syarikat perkapalan Malaysia ditangguhkan untuk tempoh dua tahun dengan alasan keadaan ekonomi semasa telah mengakibatkan peningkatan kos operasi dan kos modal syarikat perkapalan.

Sementara itu, satu kajian lanjut secara holistik berkenaan pembangunan industri perkapalan dijalankan oleh pihak Masa dengan mengambil kira faktor-faktor serta isu berbangkit yang mempengaruhi perkembangan perniagaan perkapalan. Pihak Masa telah diminta mengemukakan laporan ini pada akhir tahun 2012 kepada pihak Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Ong Tee Keat - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Memandangkan bahawa pemberian insentif percukaian yang dimaksudkan itu telah lama wujud, kalau tidak silap saya sejak tahun 80-an sampai sekarang, apakah pihak kementerian pernah buat sebarang penilaian semula tentang keberkesanan pemberian tersebut? Pada masa yang sama, apa pula pulangan dari syarikat-syarikat perkapalan yang dimaksudkan khasnya mereka yang bermonopoli di bawah perlindungan dasar kabotaj atau carbotage policy, dengan izin, kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak? Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pandan. Untuk makluman Yang Berhormat, memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat ada asas. Memang kementerian sepertimana yang telah saya jawab tadi, kita memang tangguhkan keputusan kita sebab permintaan atau rayuan oleh pihak Malaysian Shipowner’s Association yang pada masa ini ada 54 syarikat yang menjalankan tugas perkapalan.

final • 11:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Apa yang kita tahu, isu-isu mengenai harga barang di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi kalau dibandingkan dengan Semenanjung. Isu monopoli ini kita memang akan rujuk isu ini kepada kementerian yang berkenaan, Kementerian Pengangkutan. Saya juga diberitahu ada satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji isu ini supaya kita hendak harga yang berada di Sabah dan Sarawak adalah harga yang berpatutan. Isu monopoli memang kita akan kaji atas Yang Berhormat telah sebutkan, kabotaj polisi yang memang ada isu monopoli, kita akan minta pihak PEMANDU buat kajian dalam hal ini.

Sekian.

final • 11:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, kalau dari segi penilaian kehilangan hasil RM437 juta ini agak tinggi juga.

Saya hendak tanya perkara yang ringkas, berapa peratus daripada syarikat perkapalan tempatan ini yang ada pemilikannya pihak asing, maksudnya gabungan di antara pihak tempatan dan asing. Oleh kerana layanan cukai biasanya kita beri kepada syarikat-syarikat yang berstatus pemastautin, untuk syarikat-syarikat yang tidak pemastautin, biasanya kita tidak memberi layanan cukai yang begitu baik. Soalan saya, apa alasan yang diberikan oleh syarikat-syarikat perkapalan ini sehingga kerajaan menangguhkan pelaksanaan untuk rasionalisasi semula percukaian yang seperti mana diterangkan tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kawan baik saya dari Indera Mahkota. Selalu bangkitkan soalan mengenai isu Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat tanya soalan pertama itu, saya harap Yang Berhormat boleh bangkit di perbahasan sebab itu Kementerian Pengangkutan akan jawab. Soalan yang kedua iaitu kita tangguhkan keputusan kita untuk dua tahun atas permit rayuan dan permintaan Malaysia Shipowner Association atau MASA dengan alasan iaitu keadaan ekonomi semasa telah mengakibatkan peningkatan kos operasi dan kos modal syarikat perkapalan. Sekian.

final • 11:20 AM

12. Tuan John Fernandez [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan, berkenaan dengan program yang diusahakan oleh Talent Corporation Malaysia Bhd.

(TalentCorp) iaitu Returning Expert Programme (REP), berapa ramaikah para profesional yang berjaya ditarik balik bekerja di Malaysia sejak program ini mula dilancarkan dan apakah pecahan sektor kerja yang terlibat.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Talent Corporation Bhd. ataupun TalentCorp ditubuhkan bertujuan memastikan sumber modal insan berkemahiran tinggi yang mencukupi bagi memacu Program Transformasi Ekonomi serta merealisasikan aspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju berkemahiran tinggi menjelang 2020.

Antara usaha bagi memastikan tenaga mahir yang mencukupi adalah melalui program kepulangan pakar REP iaitu Returning Expert Programme, dengan izin, memudahcara kepulangan tenaga profesional Malaysia di luar negara ke Malaysia. Mulai April tahun 2011, insentif REP telah disemak dan beberapa pemudahcara proses telah diperkenalkan. Jumlah kelulusan mulai tahun 2011 hingga bulan September tahun 2012 adalah 1,420 dan meningkat berbanding dengan 1,130 untuk tempoh hampir sepuluh tahun dari 2001 hingga 2010, hanya 1,130 tetapi dalam tempoh tidak sampai dua tahun sudah meningkat ke satu jumlah yang tinggi iaitu 1,420.

Sebahagian tenaga profesional Tuan Yang di-Pertua, yang telah kembali kini berkhidmat di sektor kewangan dan perbankan, di sektor minyak dan gas (O&G), di sektor perkhidmatan perniagaan, telekomunikasi, komunikasi dan infrastruktur, perubatan dan kesihatan dan lain-lain sektor utama.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, salah satu faktor kepada peningkatan jumlah kepulangan rakyat Malaysia adalah kerana TalentCorp kini turut agresif bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi menjayakan sesi temu seru, outreach antarabangsa. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peluang pekerjaan profesional di syarikat antarabangsa (MNC) di Malaysia, sektor swasta dan syarikat GLC yang menyumbang kepada ETP.

Antara syarikat yang telah menyertai program ini termasuk Maybank, Pricewaterhouse dan lain-lain. Melalui pelaksanaan program ini juga, jaringan perhubungan global dapat dibina bagi memanfaatkan atau liberate kepakaran dan pengetahuan untuk faedah pembangunan ekonomi tempatan serta penyediaan kepada usaha pembangunan teknologi baru dan perkembangan pengetahuan.

Tuan Yang di-Pertua, ini dibuktikan melalui jaringan perhubungan bersama beberapa pakar Malaysia yang berkhidmat di Silicone Valley yang telah terbina yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian teknologi kepada rakyat Malaysia dengan kerjasama beberapa syarikat bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC). Justeru Tuan Yang di-Pertua, TalentCorp akan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara bagi memacu tindakan bersepadu bersama kementerian-kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di bawah ETP.

Usaha ini adalah selaras dengan hasrat jangka panjang kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah hab tenaga mahir berbakat dan negara berpendapatan tinggi, insya-Allah menjelang tahun 2020. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Pertamanya ialah TalentCorp juga difahamkan melantik graduan-graduan tempatan atau local graduates untuk mengatasi kekurangan pakar-pakar.

final • 11:20 AM

Tuan John Fernandez - Seremban

Soalan saya ialah, berapa bilangan yang dapat dihasilkan. Kedua, saya sudah dengar angka-angka diberikan oleh Menteri, soalan saya yang kedua ialah saya tanya adakah apa-apa langkah yang lain diambil oleh kerajaan untuk dapat angka-angka lebih baik atau keputusan-keputusan yang lebih baik daripada yang diberikan oleh Menteri.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Terima kasih Yang Berhormat Seremban.

Memang tujuan TalentCorp ada dua, selalu kita lihat kepada satu aspek sahaja iaitu aspek membawa balik diaspora untuk berkhidmat di sini. Itu memang penting dan angka-angka menunjukkan bahawa kita telah berjaya akan terus bergiat agresif. Satu lagi objektif yang bagi saya sama penting ialah untuk memastikan bahawa talent yang kita ada, dan kita wujudkan di negara ini, tidak pergi ke negara lain dan kalau boleh kerja di sini, nurture that the local talent, dengan izin, ini juga penting.

Untuk tujuan ini, banyak juga langkah yang telah diambil. Misalnya, waktu dulu bila kerajaan menawarkan biasiswa, mereka diberi biasiswa dan kalau mereka tidak dapat kerja di pihak kerajaan, mereka dibebaskan, boleh kerja di mana-mana dan pergi cari tempat di luar negara. Akan tetapi kerajaan lihat balik isu ni dan kita lebih memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat di Malaysia. Jadi, kalau kerajaan tidak dapat menawarkan kerja kepada seorang pemegang biasiswa, kita juga membenarkan dia kerja di syarikat-syarikat lain termasuk syarikat-syarikat swasta di Malaysia supaya talent mereka dikhususkan, dapat memberi sumbangan dan bakti di negara kita. Itu juga penting dan kegiatan ini akan diteruskan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Laporan media kelmarin melaporkan bahawa TalentCorp telah pergi outreach program di Melbourne, Australia dan mendapati 99 peratus warga Malaysia profesional yang berada di negara itu sememangnya patriotik terhadap negara.

final • 11:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi pada asalnya, apakah TalentCorp ini ada mengenal pasti? Apakah push factor sebenarnya yang mengakibatkan golongan profesional Malaysia ini keluar ke luar negara? Apakah TalentCorp ada mengenal pasti? Saya rasa lebih baik kerajaan mengambil TalentCorp, meneliti semula keseluruhan polisi mengapakah mereka ini, apakah kepakaran, profesion pada awalnya keluar dari negara daripada menetap dan menyumbang kepada negara?

Jadi sekarang baru hendak mengadakan TalentCorp. Sebelum ini telah memperuntukkan geran dan selepas itu RM30 juta, sekarang ini begitu sibuk ke luar negara untuk menarik mereka masuk. Bukankah lebih baik dari awal kita menyimpan mereka? Jadi apakah TalentCorp mengenal pasti push factor dan mengubati masalah ini dari awal?

Pohon penjelasan.

final • 11:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya.

Yang Berhormat Batu Gajah tidak dengar tadi. Jawapan saya ialah kita mesti bukan sahaja memberi tumpuan untuk menarik balik, untuk memberi insentif kepada mereka dan supaya kembali bertugas di tanah air. Akan tetapi, apa yang penting ialah saya bersetuju 100 peratus dengan Yang Berhormat Batu Gajah tetapi juga penting kita memberi tumpuan dan fokus untuk menyimpan mereka yang ada. Inilah dua tujuan utama TalentCorp.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah sudah kenal pasti, what are the push factors, sudah kenal pasti atau tidak oleh TalentCorp? Itu persoalannya. Jangan kata tahu, kita tahu mesti...

final • 11:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Okey.

final • 11:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mesti menyimpan, apakah sudah mengenali apabila berjumpa dengan profesional kita di luar?

final • 11:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Okey, okey. Biar saya jawab. Memang daripada satu aspek gaji dan pendapatan yang lebih, menjadi satu faktor tarikan tetapi kita juga sedang mengkaji secara mendalam tentang perception bahawa mereka yang pergi kerja di Singapura, di negara-negara lain dapat pendapatan yang begitu berbeza dengan pendapatan yang mereka dapat di sini. Itu pun tidak benar.

final • 11:30 AM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Kadang-kadang itu perception sebab gaji mereka mungkin lebih tetapi cost of living juga lebih dan bila kita adjust, kita menyesuaikan butir-butir, angka-angka dengan mengambil, memberi tumpuan juga kepada aspek-aspek cost of living, pendapatan yang dianggap sebagai berbeza, begitu tinggi itu, mungkin juga tidak benar. Mungkin ada sedikit perbezaan tetapi kalau kita masukkan sekali faktor-faktor cost of living, perbezaan tidak begitu tinggi. Akan tetapi ini patut kita dedahkan dan memberi penjelasan kepada mereka dan inilah yang kita buat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”, dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

final • 11:33 AM

Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit

(RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh

final • 11:33 AM

dan lapan senarai tersebut. - 4 Oktober 2012] Timbalan Yang di-Pertu

Yang Berhormat Bandar Tun Razak menyambung perbahasan. Ada 30 minit Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Bismillaahir Rahmaanir Raahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan saya sekali lagi untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2013 yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga Menteri Kewangan Malaysia.

Ucapan beliau saya dapati tidak menyentuh dengan lengkap keadaan ekonomi dunia. Perkara yang saya ingin kemukakan bahawa keadaan ekonomi dunia yang kita hadapi sekarang adalah dalam keadaan yang lembap dan juga menuju keadaan meleset yang dikatakan mempunyai masalah yang berbagai-bagai dan bergantung antara satu sama lain. Dalam perkataan lain ia mempunyai sifat contingent. Jadi kalau satu negara menghadapi masalah, negara-negara lain juga menghadapi masalah yang sama.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Masalah utama yang saya ingin bangkitkan di sini adalah apakah krisis ekonomi yang kita hadapi ini dalam keadaan yang boleh dibendung? Jawapannya daripada segi faktor utama krisis ini adalah krisis pekerjaan iaitu terdapat pengangguran yang berleluasa dan diselubungi keadaan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang menurun. Sebagai contoh, negeri-negeri dalam Kesatuan Eropah seperti Sepanyol, Greek dan juga Portugal, sudah menghadapi krisis pengangguran yang melebihi 20 peratus, sekarang.

Jadi, jika penyelesaiannya tidak dapat dilaksanakan, kita mungkin akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang pernah kita alami pada tahun 2008 dan tahun 2009. Oleh itu, belanjawan ini mesti mengambil kira tentang perkara ini. Keadaan yang masih tidak nampak penyelesaian juga terdapat di negara-negara termasuk Amerika Syarikat. Kemudian, kita juga diselubungi oleh keadaan ekonomi negara-negara Asia yang menjadi pemangkin yang kita katakan menjadi pemangkin ekonomi dunia termasuk China dan India menunjukkan keadaan kelembapan ekonomi. Di samping keadaan yang berlaku iaitu terdapat pergeseran diplomatik antara China dan Jepun yang mungkin mengakibatkan satu keadaan negatif kepada ekonomi dunia. Di Amerika Syarikat pula, tidak ada perancangan ekonomi yang nyata sehingga keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2012.

Tuan Yang di-Pertua, gambaran yang saya berikan ini adalah untuk menunjukkan tentang persediaan kita jika perkara ini berlaku. Saya ingin mengambil contoh perangkaan- perangkaan yang telah kita lalui yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu yang seperti saya katakan tadi bahawa pada tahun 2008 dan tahun 2009, kita menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 2009, peratus pertumbuhan ekonomi Malaysia telah turun kepada-1.6 peratus dan ini juga memberi kesan kepada negeri-negeri termasuk negeri Selangor -1 peratus dan juga negeri-negeri seperti Johor -4 peratus, dan negeri- negeri yang lain yang melebihi -5 peratus atau -6 peratus.

final • 11:34 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Hari ini semua sudah tentulah kita lihat terdapat keadaan yang meningkat pada tahun 2010 apabila pertumbuhan ekonomi Malaysia naik kepada 7.2 peratus. Misalnya pertumbuhan ekonomi Selangor melonjak kepada 10.8 peratus dan Perak 5.7 peratus dan seterusnya.

final • 11:34 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Perkara yang hendak saya jelaskan adalah bahawa gambaran ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia tidak stabil. Oleh sebab itulah persediaan kita untuk melihat bagaimana jika berlaku apa yang tahun 2008/2009 disebut V-shape ataupun huruf V yang bermaksud ekonomi boleh menurun dan ia boleh meningkat. Akan tetapi ada kala juga jangkaan yang menyatakan bahawa bukan V tetapi dalam bentuk W. W maknanya dia boleh menurun, naik semula seperti yang saya sebutkan dan kemudian ia menurun semula.

Jadi menurun semula inilah yang perlu kita perhatikan kerana saya lihat belanjawan yang kita buat itu tidak mengambil kira persediaan-persediaan kita sebab pada 2008 dan 2009, saya nampak persediaan itu tidak tepat dan jelas sehinggakan kita terperanjat tentang kenaikan angka pertumbuhan dan sekarang kita mungkin terperanjat jika pertumbuhan angka ekonomi kita akan menurun. Hal ini saya lihat dan alhamdulillah bagi rakan-rakan dari negeri Selangor, sudah tentulah negeri Selangor telah memberikan sumbangan yang sangat positif bagi negara Malaysia iaitu walaupun negara Malaysia pertumbuhannya 5 peratus, 6 peratus, 7 peratus tetapi biasanya pertumbuhan positif Selangor lebih 200 bases point ataupun 2 peratus lebih tinggi. Jadi bererti sumbangan negeri Selangor kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia sangat tinggi iaitu antara angka yang jelas adalah sekurang-kurangnya 23 peratus daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia ini datang dari negeri Selangor.

Oleh sebab itu, negeri Selangor berpandangan bahawa adalah perlu kita mengadakan persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan supaya dasar-dasar pembangunan ekonomi itu dibuat bukan daripada approach yang biasa dilakukan iaitu bottom, daripada atas ke bawah tetapi kita juga mesti memikirkan sekarang dalam konsep daripada bawah ke atas. Ini kerana kita dapati penyelesaian pembangunan ekonomi di Malaysia ini untuk lima tahun yang mendatang tidak bergantung sepenuhnya ataupun pada dasarnya bergantung pada penglibatan pelabur-pelabur luar negara tetapi sekarang kita membawa mereka untuk penglibatan dalam negara ataupun domestic- let push. Jadi maknanya pembangunan negara Malaysia ini dibuat melalui pembangunan dalam negeri.

Saya dapati, saya mahu menengok pengalaman yang kita telah buat sejak tahun 2005 sehingga 2010, pengalaman-pengalaman yang kita lakukan daripada hasil perancangan kita dan hasil yang kita lakukan, nampaknya ia tidak menyebabkan negeri- negeri yang tidak mempunyai pertumbuhan yang besar itu tidak terus bertumbuh.

Sebaliknya cara pendekatan kita mungkin perlu dilihat lagi. Umpamanya, saya mengambil contoh negeri Kedah yang sejak dari tahun 2004 ke tahun 2010, telah menunjukkan bahawa terdapat juga pelaburan yang dibuat di Kedah tetapi ekonomi Kedah tidak terus meningkat. Terdapat penurunan dan kenaikan dan daripada segi angka, kita dapati pelaburan yang besar dibuat di Langkawi tetapi kesannya kepada negeri Kedah tidak besar daripada segi kesan keseluruhannya dan saya lihat negeri Sabah juga dalam keadaan tersebut.

Saya juga lihat daripada segi perangkaan yang saya teliti, terdapat usaha untuk menubuhkan corridor of growth. Maknanya ada ambang pertumbuhan tetapi nampaknya ia juga tidak memberi kesan positif kepada negeri-negeri ini dan akhirnya apabila kita lihat daripada segi hasil pendapatan per kapita negeri-negeri ini, kita dapati negeri Sabah, Kedah juga Kelantan telah menghadapi keadaan yang sama, sudah melebihi satu dekad.

Jadi, apakah jawapan terhadap kenyataan ini? Jadi, belanjawan kita tidak memberikan jawapan ini. Saya lihat bagaimana negeri-negeri yang lain, misalnya dalam Commonwealth sebagai contoh yang boleh dapat membangunkan negeri-negeri dalam Malaysia ini secara menyeluruh tetapi lebih equitable ataupun lebih saksama.

Salah satu daripada perkara yang saya lihat, sebagai contoh adalah usaha negara seperti Australia dan juga Kanada iaitu dalam merangka belanjawan negara, mereka menggunakan salah satu daripada usaha menentukan peruntukan itu menggunakan dengan izin, equalization formula ataupun formula kesamarataan.

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Formula ini membenarkan Kerajaan Federal atau memberikan usaha supaya Kerajaan Federal memberikan apa yang kita katakan sebagai memberikan peruntukan yang lebih daripada segi pembangunan kepada negeri-negeri yang dikatakan mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan pertumbuhan yang tidak stabil.

Jadi demikian tujuannya daripada segi itu. Jadi dengan cara itu, kita boleh dapat merancang satu negara yang menyeluruh. Walaupun saya dari Selangor dan Lembah Klang, sudah tentulah saya tidak peduli tentang hal yang berlaku di negara Malaysia tetapi yang sebenarnya walaupun negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan daripada perangkaan ini memberikan hasil hampir 40 peratus untuk negara ini tetapi kalau kita tidak membangunkan negeri-negeri yang lain dengan secara yang teratur, sudah tentulah negara Malaysia ini tidak akan sampai ke tahap yang kita mahu supaya terdapat pertumbuhan yang menyeluruh dan kedua, kita juga mendapati terdapat jurang pendapatan yang sentiasa tidak dapat kita selesaikan.

Jadi, saya nak usahakan ini supaya pihak Menteri Kewangan memikirkan cara yang kita belum lagi cuba tentang perkara ini tetapi oleh kerana rekod kita selama lebih sepuluh tahun yang saya lihat ini, tidak dapat menunjukkan ciri-ciri penyelesaian ini. Jadi kalau ciri-ciri penyelesaian ini tidak dapat, kita mesti mencari jalan supaya mengubah struktur bagaimana belanjawan negara itu dapat diketengahkan dan ditujukan kepada jawapan kita untuk masa hadapan ini kepada pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh.

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya dapati pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh dalam bentuk ekonomi domestik sangat penting untuk masa ini dalam keadaan ekonomi dunia yang saya anggap sangat lembap dan juga saya anggap sangat perlu mendapat perhatian kita, kerana sudah terdapat berpuluh negeri sekarang terutama di Kesatuan Eropah yang menghadapi masalah yang sangat besar.

Sehinggakan hari ini dan malam tadi, kita telah lihat sudah lima hari masyarakat di Sepanyol mengadakan mogok yang sangat besar dan bukan sahaja ia tidak menolong dalam pembangunan ekonomi dan ekonomi Sepanyol akan menurun yang begitu kuat sehinggakan boleh jadi akibatnya bukan sahaja merosakkan keadaan ekonomi Eropah tetapi juga ekonomi dunia.

Jadi, perkara yang saya hendak tekankan bahawa keadaan yang berlaku ini perlu mendapat perhatian dan juga perubahan dari segi struktur peruntukan itu seperti contoh, equalization formula itu merupakan salah satu usaha yang perlu kita lakukan. Saya nampak, kita terlalu fokus kepada PEMANDU yang saya nampak menumpukan pelaburan, saya setuju melaburkan pelaburan yang sangat besar di Lembah Klang tetapi pelaburan itu dibuat melalui private funding initiative ataupun melalui inisiatif swasta. Ini perlu kita ubah lagi supaya kita akan peruntukan dana-dana untuk membangunkan prasarana yang jelas sebab saya tidak hendak menunjukkan bagaimana pemikiran Pakatan Rakyat dalam hal ini.

Akan tetapi sudah jelas apabila Pakatan Rakyat dalam belanjawan alternatif yang dicadangkan menunjukkan bahawa pembangunan infrastruktur daripada Kuching ke Kota Kinabalu, semuanya itu telah menunjukkan keupayaan untuk mengubah struktur peruntukan perbelanjaan negara supaya ia akan terus menjadi pemangkin pembangunan negara ini.

Perkara kedua saya hendak bangkitkan ialah saya juga mendapati angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan bahawa negeri Selangor memberikan hasil lebih daripada RM50,000 juta. Dikatakan bahawa peruntukan untuk negeri Selangor dan boleh jadi dalam angka itu boleh saya tengok mungkin termasuk Wilayah Persekutuan melebihi RM60,000 juta. Angka ini tidak ada terperincinya dalam menentukan perkara ini.

Saya takut perkara ini sangat besar maknanya sebab saya dapati dalam pengalaman saya meninjau penggunaan perbelanjaan dalam perbelanjaan negara Malaysia ini, kita dapati ketirisan itu terlalu besar sehinggakan ketirisan 30 peratus adalah ketirisan yang biasa. Jadi, oleh sebab itu timbul isu yang kita bangkitkan yang saya setuju tentang pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pandangan Pakatan Rakyat untuk menentukan setiap perbelanjaan yang kita lakukan itu mesti berasaskan kepada value for money.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Jadi saya nampak apabila angka-angka itu tidak dijelaskan, kita tidak boleh menilai dari segi value for money. Jadi konsep transparent, konsep ketulusan itu sangat penting dalam menilai setiap ringgit yang kita gunakan untuk rakyat Malaysia. Jadi oleh sebab itu, saya berharap apabila Jabatan Perangkaan Malaysia membuat perangkaan-perangkaan ini, inilah perangkaan-perangkaan already historical.

Akan tetapi ia mempunyai tanggungjawab untuk memperincikan penggunaan- penggunaan tersebut supaya dapat dipantau dan juga diteliti oleh rakyat Malaysia dari segi penggunaan dana-dana tersebut. Ini selaras juga dengan rancangan yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat untuk membebaskan keadaan perdagangan dan perniagaan supaya ia lebih terbuka, supaya Undang-undang Anti-Trust dan Monopoli ini dapat diberikan dan diluluskan supaya terdapat apa yang dipanggil competitive sense dalam negara Malaysia ini. Dengan cara itu, kita mula menyelesaikan masalah yang kita boleh tentukan value for money.

Jadi, akhir sekali saya ingin nyatakan di Dewan ini salah satu daripada usaha untuk menentukan penumbuhan ekonomi negeri Selangor ialah kita mesti menyelesaikan perkara penyusunan semula industri air. Saya mendapati Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak memahami bahawa usaha yang dilakukan berlaku pada tahun 2006 semasa Parlimen meluluskan Undang-undang Penyusunan Semula Air.

Tujuannya ialah supaya perkara-perkara ini dapat dimiliki oleh negeri oleh sebab negeri bersifat satu usaha untuk membangunkan, tidak memberikan kepentingan utama kepada keuntungan walaupun kepentingan kepada kecekapan dan keupayaan pengurus diutamakan. Dengan cara ini, kita akan dapat menentukan harga-harga utiliti ataupun perkara-perkara asas ini dapat dibuat dengan harga yang terbaik.

Dengan cara itu, rakyat akan dapat apa yang dipanggil dalam istilah ekonomi real term ataupun pendapatan sebenar ataupun kegunaan duit sebenar itu lebih tinggi daripada pendapatan yang kasar kerana mereka telah dapat nilai yang sebenar iaitu the value for money.

Jadi, dengan tiga perkara walaupun saya rasa saya boleh berbincang perkara- perkara yang lain dan untuk menghormati rakan-rakan yang lain kerana diberikan kebenaran ini, saya berharap perkara-perkara ini dapat diulas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan supaya kita dapat merangka satu perancangan baru dalam ekonomi Malaysia. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Limbang.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 September yang lalu.

Berdirinya saya di Dewan ini dengan menggenggam semangat perjuangan pembangunan negara dan juga sebagai jentera mobilisasi bersatu bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memajukan negara sebagai tanggungjawab Ahli Parlimen bagi P.221 – Limbang di kawasan saya.

final • 11:59 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Dengan izin Allah, kukuhnya gah berdiri Barisan Nasional menyusuri masa dan suasana penuh halangan tetapi masih mampu berdiri walaupun ada cubaan anasir yang mendatang. Sesesungguhnya negara kita berada di dalam posisi pembangunan dan ekonomi yang kukuh dan telah setapak lagi maju ke hadapan apabila GTP diperkenalkan.

Ia sejajar dengan Bajet 2013 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada tempoh hari. Ini akan menjadikan negara kita lebih berdaya saing dan mampan serta mampu menyerlah di mata dunia sebagai negara yang sedang membangun rancak dengan strategi-strategi yang cukup berkesan bagi mencapai Wawasan 2020 yang mana berintikan inovasi dan kreativiti.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Bajet 2013 ini merupakan sebuah bajet yang sangat menggembirakan bagi rakyat Malaysia amnya dan rakyat kami di Limbang khasnya. Ini kerana bajet kali ini menitik beratkan semua lapisan golongan masyarakat tidak kira peringkat umur dari sekolah rendah, universiti hingga warga emas serta golongan-golongan yang memerlukan. Sebagai contoh, bagi bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang akan diberikan banyak memberikan impak yang sangat besar untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi kawasan kami terutamanya bagi kawasan penduduk di pedalaman. Ini serba sedikit dapat menggalakkan pengutamaan pendidikan serta menggalakkan pelajar untuk lebih berusaha dalam memajukan diri selari dengan pembangunan di kawasan kami.

Dengan cara ini kerajaan dapat memberikan peluang serta inisiatif kerajaan bagi membantu kemajuan pendidikan negara.

Janji kerajaan adalah sebuah janji yang menjanjikan sesuatu yang nyata dan tidak menjanjikan sesuatu yang beralam maya. Janji kerajaan adalah janji untuk rakyat dan kepada rakyat juga diberikan serta untuk rakyat juga dilaksanakan bagi memakmurkan negara serta menyejahterakan rakyat itu sendiri. Dengan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan negara sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab dan insya-Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat. Kita harus rasa bersyukur kerana pengumuman pemberian BR1M 2.0 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dilaksanakan. Ini juga salah satu lagi berita gembira sehinggakan boleh menitiskan air mata kesyukuran kepada golongan yang berpendapatan rendah terutamanya kerana ia sedikit sebanyak dapat menampal kekosongan dan kekurangan. Walau tidak banyak tetapi memberikan secebis keriangan.

Tidak lupa juga untuk golongan yang bujang juga akan mendapat peluang kerana pengorbanan mereka juga dihargai. Seperti yang kita maklum, pemberian BR1M 1.0 tempoh hari merupakan pemberian yang sangat bernilai. Bagi kami rakyat Limbang sendiri, ia telah memberikan sejuta kegembiraan kepada mereka. Ramai rakyat yang bersyukur kerana melalui pemberian tersebut, dapatlah mereka membeli segala keperluan dapur mereka dan barang keperluan yang lain. Ada yang membelanjakan duit tersebut dengan membeli barang idaman mereka dan sebagainya. Dengan cara ini mereka sentiasa ingat bahawa dengan pemberian inilah mereka memenuhi keperluan harian mereka dan mampu menampung sedikit perbelanjaan harian. Bagi kawasan kami, BR1M tempoh hari amat memberikan kesan yang sangat baik kepada ekonomi setempat. Dianggarkan lebih RM4 juta telah berlegar di sekitar pekan Limbang yang kecil dalam masa sebulan. Ia telah menggembirakan para peniaga dan juga dapat meningkatkan pendapatan mereka. Dengan bajet yang memfokuskan pengurusan serta menitik beratkan pembangunan akan melonjakkan lagi suasana ekonomi pada tahun 2013.

Dengan memberikan peluang dan ekonomi domestik juga mampu menarik minat pelabur asing kerana dengan tapak asas ekonomi yang kukuh dan teguh mampu meningkatkan kepercayaan pelabur luar untuk melabur di negara kita seperti mana yang dilaksanakan di Sarawak iaitu SCORE. Ini akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat supaya tidak bertitik noktah dan mampu meningkatkan kemampuan pendapatan dan sara hidup rakyat di samping menjanjikan peluang pekerjaan pada masa akan datang. Ini juga akan menggembirakan pelajar universiti dan pelajar-pelajar yang lain yang diberikan baucar buku yang mana telah ditambah daripada RM200 kepada RM250 dalam pembentangan Bajet 2013 tempoh hari.

Dengan cadangan menyamaratakan harga barangan bagi Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak adalah satu cadangan yang sangat menyenangkan. Ini kerana penduduk terutamanya di kawasan pedalaman dan kawasan Limbang sendiri akan mendapat faedah yang amat menggembirakan. Ini juga adalah kerana barangan yang melonjak naik disebabkan antaranya faktor kedudukan kawasan kami, Limbang, yang tersepit di antara dua daerah negara jiran yang berpendapatan tinggi serta nilai mata wang yang tinggi sedikit sebanyak memberikan impak kepada rakyat Malaysia di Limbang itu sendiri.

Walaupun Limbang ini adalah tempat- kedudukannya sendiri adalah pertemuan empat penjuru iaitu Labuan, Sabah, Sarawak dan negara Brunei Darussalam.

Pembangunan di kawasan Limbang juga telah dilaksanakan selari dengan arus pembangunan negara tanpa ketinggalan dan janji untuk rakyat juga telah pun dikotakan.

Kesukaran penduduk Limbang pergi menuju ke kawasan Temburong, negara Brunei menuju ke Lawas serta Sabah dipermudahkan tanpa perlu lagi menggunakan feri kecil.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Insya-Allah, untuk menyeberangi sungai yang begitu kecil, dengan bermulanya sudah pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan atas persetujuan kedua-dua buah negara walaupun sebelum ini telah pun digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan berbohong tetapi sekarang ini cerucuknya sedang dipaku.

Dengan memberikan keutamaan kepada pembangunan luar bandar serta memangkinkan pertumbuhan produktiviti ekonomi kawasan bandar, penyaluran air bersih ke kawasan pedalaman sedang rancak dilaksanakan selain membina kemudahan jalan raya yang lebih selesa kepada rakyat pedalaman Limbang sedang giat dilaksanakan.

Dengan wujudnya hamparan jalan yang selesa akan dapat memudahkan pembangunan dilaksanakan serta bantuan disalurkan ke kawasan luar bandar selain menyambungkan sumber elektrik ke kawasan yang dahulunya gelap di malam hari, kini terang dan mampulah rumah-rumah memasang komputer di kawasan pedalaman.

Pembangunan dan baik pulih dilaksanakan juga di rumah-rumah ibadah serta kawasan perkumpulan masyarakat sekitar Limbang bagi keselesaan penduduk yang menggunakan kemudahan yang disediakan dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan dan ibadah. Selain daripada itu, kemudahan sukan dan rekreasi bagi penduduk di kawasan Limbang juga membangun dengan rancaknya. Tidak lupa juga kepada golongan miskin dengan memperuntukkan pembinaan rumah-rumah bantuan dan baik pulih rumah juga giat dan rancak dilaksanakan di seluruh kawasan Limbang. Ini bagi menjaga kebajikan golongan ini daripada tinggal di rumah yang kurang selesa disebabkan oleh kemiskinan hidup yang dihadapi. Siapa tahu di Limbang ada lumpur berbuak dengan izin, mud springs walaupun jauh dari pergunungan.

Limbang kini giat dalam melancarkan promosi produk pelancongannya bagi menarik minat pelancong luar untuk datang ke Limbang. Selain diwujudkan kawasan tinjauan Monyet Belanda nya yang kami panggil di sana ‘bangkatan’ untuk pelancong luar.

Kawasan rekreasi seperti Bukit Hitam serta Bukit Mas mampu menjadi tumpuan. Selain daripada itu, produk promosi Limbang juga dengan aktiviti keramaian diadakan pada setiap tahun seperti Pesta Bebulang, Pesta Limbang, Pesta Berdudun, Hari Bukit Mas dan juga Uptown MARAnya. Limbang juga kini bukan sahaja terkenal dengan kegagahan kerbaunya sahaja tetapi kepakarannya penduduk Limbang dalam ukiran parang yang unit dan cantik menjadi tumpuan pelancong sehinggakan boleh mencecah ribuan ringgit bagi sebilah parang.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan demi pembangunan telah dilaksanakan dan sedang rancak dibangunkan di negara kita. Tidak lupa juga pembangunan di kawasan Limbang turut serta selari dengan arus pemodenan negara sebagai negara yang sedang membangun pada masa sekarang. Dasar-dasar serta program pembangunan telah menyerlah di mata dunia. Dengan mengikuti arus pembangunan negara ini, dengan rancaknya di Limbang, saya akan teruskan permohonan agar dilaksanakan juga dalam Rolling Plan Ketiga bagi tahun 2013 hingga tahun 2014 untuk kawasan saya Limbang tanpa ada titik noktahnya.

Pertamanya, kita sedia maklum jalan raya merupakan nadi terpenting dalam penyaluran pembangunan negara. Ia sejajar dengan keperluan bagi kawasan kami di Limbang untuk membaik pulih dan menaik taraf jalan-jalan raya yang terdapat di kawasan Limbang terutamanya di jalan-jalan raya yang selalu saya sebutkan di sini iaitu Meritam, Telahak, Buangabai, Pangkalan Rejap dan Sungai Poyan. Kita meminta supaya fasa ketiga diteruskan kerana pada masa ini fasa satu sudah pun siap, fasa 2 hampir siap dan insya- Allah kita memohon supaya fasa 3 ini diteruskan dalam Rolling Plan Ketiga.

Kita juga memerlukan permohonan jalan bagi menghubungkan kawasan Bawang Ubur, Ukong, Mendamit dan Mentawai ke kawasan bandar bagi memudahkan perhubungan untuk kawasan luar bandar ke bandar dalam fasa 2. Pada masa ini, fasa pertama sedang dalam pelaksanaan dan insya-Allah akan siap dibina awal tahun hadapan.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Untuk makluman, kawasan Mendamit dan Mentawai ini dapat menyambungkan jalan ini nanti kepada aset besar bagi Limbang iaitu aset pelancongan dunia kerana ia boleh menyambung ke kawasan Gunung Buddha, satu lagi insya-Allah akan menjadi world heritage.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Seterusnya adalah tentang projek Jiwa Murni. Jalan raya yang dipohon agar dibina adalah jalan raya yang boleh menyambungkan, menyusuri rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman yang mana melibatkan daripada kawasan-kawasan Rumah Juing, Rumah Rantau Kurra ke Rumah Stephen di Liang Datu dan ke Rumah Brian di Meruyu ke Rumah Sing di Karangan Ma kerana pada masa ini projek jalan Jiwa Murni ini fasa 1 telah pun siap dan kita memohon supaya diteruskan untuk fasa 2 ini.

Selain daripada itu, saya juga memohon agar pembangunan fasa 2 dilaksanakan bagi jalan raya yang menghubungkan kawasan Ipai ke Pendam. Kawasan ini adalah kawasan yang bersempadan dengan negara jiran pada masa ini. Ia amat tipis iaitu di antara Sungai Limbang dengan sempadan negara yang hanyalah sejauh 500 meter dan di sebelah sempadan negara jiran sudah terbinanya suatu jalan yang begitu cantik.

Kita mengharapkan supaya Jalan Ipai-Pendam ini akan dilaksanakan di sepanjang sempadan di sebelah kita kerana ia amat bermakna untuk penduduk-penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Limbang bersempadanan dengan jiran ini. Di samping itu juga dapatlah juga pada masa ini banyak penguatkuasaan. Dengan adanya jalan ini dapat membuat perondaan di sepanjang sempadan ini supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi menangani kepadatan penduduk dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, jalan raya berkembar dipohon pelaksanaannya di sepanjang 2 kilometer di kawasan bandar Limbang. Ini adalah kerana untuk menampung kenderaan yang bertambah dan insya-Allah akan banyak lagi dengan siapnya jambatan di Sungai Pandaruan itu nanti. Dinyatakan peningkatan keluar masuk dalam kawasan Limbang berlipat ganda dari jumlah pada masa kini dan dengan adanya jalan tersebut akan melancarkan laluan melintasi pekan Limbang kerana pekan Limbang ini di belakangnya adalah sebuah jajaran bukit di mana kita hanya ada satu laluan daripada negara jiran untuk pergi ke utara menuju ke Sabah.

Suka tidak suka mesti melintasi jajaran itu melintasi pekan Limbang dan tiada cara lain. Di mana pada masa ini apabila hari Rabu hinggalah hari Isnin, Limbang pada masa ini sudah mengenali dengan traffic jam sehinggakan kadang-kadang mencecah sampai 2 kilometer. Jadi, kita memohon kepada pihak kerajaan sekurang-kurangnya 1 kilometer sebelum pekan Limbang daripada Bandar Seri Begawan, arah Bandar Seri Begawan dan 1 kilometer selepas pekan Limbang menuju ke Daerah Temburung, negara jiran. Kita mahu minta supaya kawasan ini, jalan-jalan persekutuan yang ada ini dilebarkan kepada dengan izin dual carriage way. Jadi, dengan ini dapatlah juga menampung kesesakan di kawasan bandar Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum juga bekalan air bersih merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga kepada semua golongan masyarakat. Air merupakan nadi terpenting bagi kehidupan seharian umat manusia. Di Limbang ini sendiri menjanjikan sebuah kawasan yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Dengan itu penjanaan air bersih ke kawasan luar bandar sudah dan sedang rancak dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun ini.

Bagi meneruskan perjuangan pembangunan ini, bekalan air satu lagi kawasan yang diperlukan iaitu bekalan air luar bandar dari Rumah Seli di Jalan Mendamit yang menuju kepada pekan Mendamit dan juga SMK Mendamit. Kita memohon pada masa ini fasa pertama sudah siap menuju ke Rumah Seli ini. Jadi kita memohon supaya pada tahun hadapan akan diteruskan daripada Rumah Seli ini menuju ke pekan Mendamit dan juga SMK Mendamit. Ini adalah kerana kesusahan dan kesukaran bagi para pelajar SMK Mendamit sekiranya musim kemarau hanya dapat menggunakan air sungai untuk keperluan seharian.

Keadaan ini, mereka hanya mampu untuk bergantung menggunakan air hujan bagi aktiviti harian mereka berbanding di sekolah lain yang menggunakan sumber bekalan air bersih untuk keperluan seharian termasuk untuk makan dan minum. Dengan cara alternatif lain, bagi membantu masyarakat pedalaman mendapatkan sumber air bersih, kita juga memohon iaitu untuk tube well yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia supaya disediakan di rumah-rumah panjang dan juga water harvesting untuk kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di pedalaman yang tidak dapat dan belum dapat disambung dengan bekalan gred kerana ianya terlalu jauh di pedalaman.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Pada masa ini, saya juga ingin menyuarakan tentang sebuah projek ini yang telah pun dilaksanakan iaitu di Rumah Embul di Limbang. Dari hasil lawatan saya, saya ingin bertanya juga kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Projek telah pun dibina, tangki-tangki airnya sudah ada dengan stands nya semua ada. Akan tetapi saya ingin bertanya kenapa hingga pada hari ini ianya belum commissioning lagi? Saya berharap supaya projek ini diteruskan dan juga ditambah lagi untuk rumah-rumah panjang yang lain seperti Rumah Nonong, Rumah Kelati dan sebagainya.

final • 12:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi bin Habibollah - Limbang

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada sumber bekalan air bersih yang giat dan rancak dilaksanakan di kawasan luar bandar...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Limbang.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi bin Habibollah - Limbang

...Bekalan elektrik...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat .

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi bin Habibollah - Limbang

Tidak apa, saya tidak beri. Saya hendak teruskan. Saya masih ada banyak yang hendak dicakapkan lagi. Selain daripada sumber bekalan air bersih yang giat dan rancak dilaksanakan di kawasan luar bandar, bekalan elektrik juga dijangka akan lebih dipergiat untuk dibekalkan di kawasan pedalaman.

Permohonan bagi pelaksanaan bekalan elektrik luar bandar untuk kawasan seperti dari Rumah Juing ke rumah Lampung Entikong, Rumah Jempong dan kawasan di seberang Kampung Kuala Awang.

Memang pada masa ini memang sudah jauh menjalar ke luar-luar bandar tetapi ini adalah juga permohonan baru yang saya minta dan kawasan-kawasan yang saya sebut ini seperti Rumah Juing, Rumah Lumpung ini yang sebenarnya telah pun disurvey pada bulan April tahun ini. Kita mengharap ianya dapat dilaksanakan hujung tahun atau pun dalam tahun hadapan. Dengan adanya bekalan elektrik ini kelak akan dapat memudahkan rakyat di kawasan ini melaksanakan tugasan harian mereka serta dapat meringankan beban mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan pada masa ini merupakan suatu keperluan dan bukan kemahuan lagi. Ianya memainkan peranan yang sangat penting kepada perubahan taraf kehidupan sesebuah keluarga. Dengan memfokuskan kepada pendidikan akan sejajar dengan saranan kerajaan bagi menjadi lebih kreatif dan inovatif. Pelajar pada masa ini bakal menjadi pengganti kepada tonggak barisan pimpinan negara pada masa akan datang. Dengan melahirkan modal insan yang cemerlang serta berkemahiran akan menjadikan negara kita menjadi sebuah negara yang digeruni dan disegani di persada antarabangsa dengan membekalkan semangat kreatif dan inovatif di dalam jiwa mereka.

Sebagai salah satu langkah menggalakkan pembangunan pendidikan, saya memohon agar pembinaan bagi dua buah blok bangunan SMK Limbang yang baru dibangunkan. Ini adalah untuk menggantikan bangunan yang lama yang mana pada masa ini dua blok ini adalah asrama kayu. Kini telah pun dijadikan menjadi bilik darjah iaitu untuk memastikan pembelajaran adalah satu sesi di sebelah pagi sahaja. Jadi kita mohon kepada kerajaan supaya blok-blok ini diubah, dibina blok baru untuk menggunakan asrama-asrama yang telah pun diubah menjadi bilik darjah ini.

Pada masa ini SMK Limbang terpaksa menampung lebih daripada 1,300 murid.

Pertambahan penduduk Limbang memberikan sedikit impak kepada kepadatan pelajar di sekolah, di bandar mahu pun di luar bandar. Dijangkakan pada tahun 2015 dengan jumlah sekolah rendah dan menengah pada masa ini kini tidak dapat menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Dengan itu, kita memohon sebuah lagi sekolah menengah baru yang dinamakan SMK Bukit Emas supaya dibina di Limbang. Begitu juga dengan sebuah sekolah rendah yang baru. Ini adalah untuk digunakan untuk menampung lonjakan penuntut yang dijangka melonjak pada tahun 2015 yang akan datang.

Keselesaan pembelajaran serta kemudahan pembelajaran amat penting bagi proses pembelajaran dan pendidikan di sekolah di antara guru dan murid. Apa yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Limbang pada masa ini telah pun dilaksanakan tetapi mempunyai masalah iaitu yang dikenali dengan SK Limbang.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Hasbi bin Habibollah - Limbang

Pada masa ini pembinaannya 70 peratus siap dan dalam keadaan tenat. Tiada apa-apa aktiviti di tapak pembinaan sejak lawatan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan pada tiga bulan lepas. Jadi kita minta kepada kerajaan supaya memastikan sesuatu dibuat supaya menyiapkan SK Limbang ini sedangkan sekolah yang lambat pembinaannya dari itu telah pun siap seperti SK Sungai Poyan, semuanya sudah siap sekarang.

Pada masa ini, latar belakangnya SK Limbang ini anak muridnya menumpang di bangunan-bangunan lama SMK Limbang dan keadaannya pada masa ini begitu daif dan bahaya. Jadi saya juga menyeru kepada kerajaan supaya memastikan sekolah tempat mereka menumpang ini juga dapat dibaiki untuk memastikan keselamatan mereka di samping berbuat sesuatu untuk menyiapkan SK Limbang ini yang baru.

Bagi kawasan pedalaman pula iaitu SK Long Napir yang terletak jauh di pergunungan yang mana terpaksa menggunakan perahu dan jalan melalui gunung untuk sampai ke sana. Di sana pada masa ini anak murid adalah kebanyakannya daripada kaum Kelabit dan juga kaum Penan. Jadi yang menjadi crucial pada masa ini adalah asramanya iaitu khusus untuk murid-murid prasekolah sebab keadaan mereka begitu jauh. Kalau berjalan kaki satu atau dua hari daripada perkampungan mereka untuk menuju ke SK Long Napir.

Jadi anak-anak prasekolah ini pada dasarnya tidak dibenarkan duduk di asrama tetapi disebabkan keadaan mereka terlalu jauh, mereka duduk juga bersesak-sesak di asrama dengan abang dan kakak mereka. Jadi kita minta kepada kerajaan supaya membesarkan lagi asrama ini ataupun mengubah dasar ini khusus untuk kawasan-kawasan luar bandar begini yang kita tidak dapat mengikut dasar kita yang sedia ada khususnya supaya membenarkan budak-budak prasekolah ini juga untuk dibenarkan duduk di asrama.

Jadi sekali lagi saya minta supaya kerajaan melihat hal ini yakni untuk membina ataupun membesarkan asrama yang sedia ada.

Satu lagi ialah tentang SK Tanjung yang hendak dipindahkan akibat hakisan Sungai Limbang pada masa ini sangat memerlukan tindakan segera sebelum tebingnya jatuh ke Sungai Limbang. Kita khuatir dan takut perkara ini nanti menjadi isu pula. Saya tahu kerajaan sedang bertindak iaitu untuk menyediakan sementara pembinaan SK Tanjung yang baru pada masa ini iaitu untuk membina kabin sementara. Jadi kita berharaplah supaya perkara ini dapat disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, setiap masyarakat inginkan sentiasa sihat dan cergas.

Kerajaan juga telah dan sedang berusaha menjaga kebajikan rakyat Malaysia dengan menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan kesihatan dengan percuma.

Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan dan khusus kepada Kementerian Kesihatan kerana telah pun menempatkan dua orang pakar di Hospital Limbang. Satu pakar ginekologi dan satu lagi ialah bahagian pediatrik.

Jadi saya ingin hendak menyuarakan di sini iaitu tentang pakar ginekologi. Saya dapati dari laporan yang saya terima bahawa mereka ini walaupun mereka adalah ekspatriat tetapi mereka telah pun berkhidmat dengan begitu baik dan telah pun banyak menyenangkan penduduk Limbang. Kes-kes ginekologi dan pediatrik tidak perlu di hantar ke Miri lagi. Jadi saya minta pada masa ini, saat ini, pakar ginekologi ekspatriat di Limbang pada hari ini bercuti sebab belum disambung lagi. Dia telah pun memohon dalam bulan Jun pada hari itu dan sehingga hari ini iaitu tamat tempoh kontrak beliau pada 6 Oktober.

Sekarang ini, pada masa ini, saat ini, di Limbang tidak ada pakar ginekologi. Jadi kalau ada apa-apa kes ginekologi pada masa ini kena hantar balik cerita lama, hantar ke Miri lagi. Kalau ibu yang sakit ini dihantar ke Miri atau ada masalah ini, tinggallah keluarga di Limbang. Banyak lagi cerita lain. Saya difahamkan proses untuk menyambung kontrak beliau sedang dilaksanakan. Jadi saya minta dipercepatkan supaya beliau cepat-cepat balik bekerja, tidak payah mengambil cuti panjang. Ini supaya tidak ada keputusan di Limbang.

Juga saya telah pun berbincang dengan pakar pediatrik di sini dan juga Pengarah Hospital Limbang. Pada masa ini delima kita memerlukan sebuah ICU yang dipanggil Neonatal ICU untuk di Limbang ini. Selain daripada itu juga, kita di Hospital Limbang memerlukan mesin CT Scan.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi bin Habibollah - Limbang

Ini kerana pada masa ini rakyat atau pesakit-pesakit yang memerlukan servis atau khidmat ini terpaksa membayar beratus-ratus ringgit untuk pergi ke klinik private ataupun dihantar ke Miri. Saya difahamkan perkara ini telah pun diluluskan tetapi mungkin ada masalah di mana hendak menempatkannya di Limbang sebab bangunan tidak cukup. Jadi saya minta kementerian melihat perkara ini supaya mesin ini jangan disebabkan tiada tempat untuk menempatkannya, kelulusan yang awal ini ditarik balik. Saya minta supaya mesin CT Scan ini dihantar semula ke Limbang dan di samping itu kita minta kepada kerajaan supaya menyediakan sebuah blok pakar untuk menempatkan mesin CT Scan ini dan juga untuk menempatkan sebuah lagi bilik pembedahan sebagaimana dalam perbincangan saya dengan dua orang pakar tersebut dan juga Pengarah Hospital Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan senantiasa menjaga kebajikan rakyat. Itulah sebabnya slogan kerajaan dilaungkan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada empat minit lagi Yang Berhormat, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Ya?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Empat minit lagi.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Berapa minit Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Empat.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Empat. Boleh, boleh habis Tuan Yang di-Pertua. Ada dua muka lagi.

Ini sejajar dengan misi dan visi kerajaan agar rakyat hidup dengan tenang dan aman. Di kawasan Limbang pada hari ini kita memerlukan sebuah pusat dalam komuniti untuk OKU. Pusat Dalam Komuniti (PDK) pada masa ini hanyalah sebuah rumah kecil, rumah teres single storey yang disewa. Tidak ada kawasan untuk beriadah dan sebagainya.

Dengan itu saya memohon kepada kerajaan supaya melihat perkara ini iaitu untuk memberikan sejumlah peruntukan. Kalau boleh, kalau tidak boleh sewa kita beli sahaja sebuah rumah yang sudah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Limbang. Pada masa ini mereka merancang untuk menyewa rumah tersebut untuk berpindah daripada rumah kecil ini dan menyewa detached house yang sedang direnovasi untuk disewa lagi. Jadi saya mencadangkan kepada kerajaan apalah kiranya kalau boleh dibeli sahaja rumah tersebut yang sedang direnovasi ini untuk sesuai menjadi sebuah rumah PDK sebab kawasan itu bagus, ada kawasan untuk beriadah dan sebagainya untuk anak-anak yang dihantar ke pusat ini. Saya telah difahamkan kos kalaulah kerajaan membeli kawasan tersebut, rumah ini dijadikan PDK yang tetap di Limbang hanyalah bernilai RM700,000 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, pelancongan merupakan satu aset terpenting dalam sebuah kawasan atau tempat. Ini kerana kawasan pelancong dapat menarik minat pelancong domestik atau luar untuk datang berkunjung dan bercuti ke negara kita. Ianya merupakan satu kelebihan bagi sesebuah kawasan jika mempunyai pusat-pusat tarikan pelancong untuk melawat ke sana.

Dengan ini saya meminta kepada kerajaan supaya untuk membina sebuah waterfront untuk dibangunkan di sebuah kampung asli iaitu Kampung Air di seberang pekan Limbang tersebut. Permohonan berkonsepkan pelancongan dan pembinaan titian dan juga untuk memberi wajah baru sebagai tarikan pelancong di kawasan Limbang itu sendiri.

Projek ini melibatkan pembinaan titian serta kemudahan-kemudahan lain untuk membina waterfront di sepanjang Kampung Air ini yang panjangnya 1.4 km sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini walaupun pembangunan ini rancak diadakan atau dibangunkan di Limbang tetapi ada juga perkara-perkara negatif ini, tidak ketinggalan juga dan sedang membangun dengan pesatnya. Saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua adalah untuk menyuarakan hasrat, aduan rakyat, SMS, jumpa sendiri, telefon dan sebagainya. Mereka mengadu kepada saya bahawa di Limbang ini makin banyak judi siber, tumbuh macam cendawan. Pihak berkuasa tidak mengambil perkara ini dengan ringan malah mereka telah melaksanakan serbuan-serbuan serta rampasan-rampasan pusat judi siber ini, namun ianya tetap juga tumbuh.

Jadi, saya minta kepada kerajaan, Kementerian Dalam Negeri membantu agensi- agensi penguatkuasaan di Limbang untuk menghapuskan pusat-pusat judi siber ini kerana aduannya begitu kerap.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Kalau biasa orang cakap mulut yang muntah, kalau saya, telinga saya yang muntah. Tak serik-serik lagi, memang betul, saya rasa perkara ini amat serius. Kita kena lihat perkara ini kerana impaknya kepada masyarakat begitu besar. Ramai ibu bapa yang mengadu kepada saya anak-anak mereka pergi pusat-pusat judi siber dan sebagainya.

Kadang-kadang sesetengahnya itu ada mengadu kepada saya, anak-anak mengadu kepada saya, anak-anak umur 17 tahun, 20 tahun, “Yang Berhormat, bapa saya larang saya masuk judi siber.” Kenapa? “Sebab dia kata banyak, ayah dia penguat kuasa.” Bapanya cerita dengan anaknya dan anak dia sampaikan kepada saya.

Jadi ertinya, barang ini memang betul. Jadi, kita mintalah kepada kerajaan bantulah agensi-agensi penguatkuasaan di Limbang. Mungkin tidak cukup orang, tidak cukup apa-apa perkara. Jadi, kita bantulah mereka di Limbang untuk menjalankan penguatkuasaan ini dengan keras sedikit supaya judi siber ini tidak tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Jadi, itu permintaan kami rakyat Limbang.

Tuan Yang di-Pertua, menghancurkan negara boleh dalam satu saat tetapi untuk membangunkan kembali negara yang musnah mana mungkin dalam satu saat. Seperti yang kita maklum, krisis ekonomi dunia pada tahun 1997, 1998 telah memberikan kesan yang sangat buruk kepada seluruh dunia terutamanya di kawasan Asia Tenggara yang mana banyak negara telah kecundang dalam percaturan ekonomi yang telah dirancang oleh pemain mata wang.

Mana mungkin orang yang pernah menyimbah minyak tanah ke dalam rumah lawan dengan memegang mancis tiada niat untuk membakar. Apabila pernah sekali gagal, mana mungkin tidak mahu mencuba untuk membakar lagi walau berpura-pura tidak bersalah dan menunjuk baik kepada orang di dalam rumah. Apatah lagi jika menjadi teman dengan mereka, pasti akan dilihat sebagai sebulu. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Beaufort.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Saya mulakan mukadimah saya dengan menyebut sepotong ayat yang bermaksud dalam surah Al-Imran ayat 26, “Katakan ya Allah, Engkau pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki, Engkau tanggalkan dan hilangkan kerajaan daripada siapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah kebajikan, sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 28 September 2012 yang lalu. Izinkan saya dalam ucapan perbahasan ini memperkatakan sebuah mauduk yang berkaitan dengan negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, negeri Sabah adalah sebuah negeri yang luas di Malaysia.

Keluasannya sekitar 73,997 kilometer persegi. Pantainya pula memanjang sejauh 1,440 kilometer, sementara 35 peratus kawasan tanahnya adalah sesuai untuk pembangunan pertanian. Kira-kira 65 peratus pula keluasan tanahnya itu masih lagi diliputi hutan dengan hutan hujan tropika yang dimilikinya dan di antara hutan tropika yang tertua di dunia. Pada tahun 2010, negeri Sabah mempunyai penduduk berjumlah 3.2 juta yang merangkumi 11.5 peratus jumlah keseluruhan penduduk negara ini. Purata kadar pertumbuhan penduduk negeri Sabah adalah dianggarkan 0.9 peratus setahun.

Dari segi ekonomi pula, negeri Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.

Kekayaan itu datang daripada pelbagai sumber asli termasuklah sumber hutan, pertanian, khazanah biodiversiti dan juga petroleum.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Imbangan perdagangan luar negeri Sabah meningkat sehingga RM18.5 bilion pada tahun 2008 dan menurun pada kadar RM15.7 bilion pada tahun 2010. Sementara jumlah nilai eksport pula tahun yang sama adalah RM43.6 bilion dan jumlah nilai importnya ialah berjumlah RM27.9 bilion.

Namun demikian, walau apa pun petunjuk ekonomi negeri Sabah adalah baik tetapi daripada aspek lain kadar pengangguran adalah di antara tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2009 sahaja, pengangguran adalah dalam kadar 3.7 peratus dan walaupun ada penurunan pada 3.2 peratus pada tahun 2010 tetapi ia menyumbang lebih separuh daripada kadar pengangguran di Malaysia pada tahun yang sama.

Ini bermakna pertumbuhan industri di negeri Sabah adalah di antara yang paling lembap di seluruh negara malah tidak ada industri yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sebagaimana yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ini adalah bukti yang menunjukkan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional khususnya di negeri Sabah.

Oleh sebab itulah kebanyakan generasi muda dan golongan belia yang terpelajar daripada negeri Sabah terpaksa berhijrah ke negeri lain sama ada di Semenanjung Malaysia atau Singapura dan Brunei Darussalam.

Tuan Yang di-Pertua, menurut rekod yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, pekerjaan yang wujud di negeri Sabah mengikut industri pada tahun 2010 adalah 1.3 juta dan boleh dianggap sebagai jumlah yang cukup tinggi.

Malangnya sektor penyumbang pekerjaan yang paling tinggi adalah sektor pertanian, perhutanan dan perikanan yang menyumbang peluang pekerjaan sebanyak 33 peratus, perdagangan borong dan runcit 16.6 peratus, sektor pembuatan 8.1 peratus, pembinaan 7.3 peratus, pentadbiran awam dan keselamatan 6.5 peratus dan selebihnya adalah sektor pendidikan, restoran, hotel, pengangkutan dan penyampaian IT, kewangan dan insurans, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan, aktiviti kesihatan dan sosial, pelancongan dan lain-lain.

Justeru itu, jika diteliti secara terperinci, jelas sekali Kerajaan BN di peringkat negeri dan Persekutuan gagal menarik para pelabur dan gagal merancang satu pembangunan industri perkilangan yang berkesan bagi negeri Sabah yang bukan sahaja berperanan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah tetapi juga apa yang penting ialah untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih besar kepada golongan belia di negeri yang berkenaan. Sekali gus mengurangkan peratus pengangguran yang jika tidak dikawal dengan bijaksana kita khuatir ia akan mendatangkan pelbagai masalah gejala sosial yang kritikal di negeri itu dan juga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu sektor yang diberikan perhatian oleh kerajaan sebagai pembangunan negeri Sabah iaitu sektor pembuatan.

final • 12:32 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh bagi jalan tak?

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Beberapa aset perindustrian dan yang sedia ada telah dibangunkan sementara yang lainnya masih lagi dalam perancangan. Kerajaan juga melabur dalam sektor ini dalam jumlah yang besar iaitu RM5.99 bilion pada tahun 2009 tetapi kemudian turun dengan begitu drastik sehingga RM0.4 bilion pada tahun 2010.

final • 12:32 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh bagi jalan?

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Saya pohon maaflah kepada Yang Berhormat Pasir Mas, sebab saya menyebut adalah berkenaan dengan negeri Sabah, tidak ada kena-mengena dengan negeri Kelantan.

Menurut kajian Perancangan Ekonomi Negeri Sabah, masalah yang membantutkan pembangunan sektor pembuatan di negeri Sabah antaranya disebabkan isu logistik yang berkenaan dengan kekangan polisi kabotaj pada tahun 1980. Berhubung dengan kos yang tinggi memulakan industri pembuatan, persaingan yang hebat di antara pelabur dan lain-lain. Namun walaupun pelbagai alasan yang diberikan, bagi rakyat ia adalah satu petunjuk yang sangat jelas bagi kegagalan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah khususnya dalam sektor pembuatan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan BN negeri Sabah gagal membangunkan infrastrukturnya dengan ketara sekali.

final • 12:32 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Kalau kita kaji dengan teliti pada tahun 2009 hanya 7,200.91 kilometer rangkaian jalan raya yang terdapat di negeri itu yang berturap. Sementara 9,886.84 kilometer lagi adalah jalan batu kelikir dan 497.76 kilometer lagi merupakan jalan tanah merah. Ini menunjukkan rangkaian jalan raya yang terdapat di negeri ini adalah negeri yang amat daif di antara negeri yang amat daif di Malaysia. Jika kita perhatikan jalan raya yang terdapat di kawasan bandar, di luar bandar adalah yang amat teruk sekali. Sehingga menyusahkan para petani mengangkat hasil pertanian mereka ke pekan atau ke bandar yang terdekat.

Malah terdapat juga jurang perbezaan yang sangat ketara di antara rangkaian jalan raya yang berturap yang terdapat di Semenanjung Malaysia berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

Jalan berturap yang terdapat di Semenanjung Malaysia sudah mencecah atau mencapai 35,734 kilometer pada tahun 2009. Sedangkan pada tahun yang sama hanya 10,171 kilometer jalan yang berturap iaitu untuk negeri Sabah dan juga negeri Sarawak.

Jadi bila status jalan raya yang terdapat di negeri Sabah boleh menyamai piagam nasional yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di Semenanjung iaitu 80 peratus jalan berturap berbanding dengan hanya 35 peratus jalan berturap di negeri Sabah. Sementara selebihnya kira-kira 65 peratus masih lagi dalam bentuk jalan kelikir dan juga jalan tanah merah.

Tuan Yang di-Pertua, memang sukar dipercayai setelah 19 tahun Malaysia ditubuhkan dan 55 tahun negara merdeka, walaupun negeri Sabah di antara negeri yang penyumbang hasil minyak dan gas negara, menjadi penyumbang utama dalam sektor komoditi pertanian tetapi negeri Sabah adalah di antara negeri yang mempunyai rangkaian jalan raya yang buruk sekali di Malaysia.

Sukar dipercayai juga Kerajaan Barisan Nasional terus membohongi rakyat negeri Sabah dengan pelbagai janji kononnya janji ditepati. Akan tetapi apa yang jelas di sana sini di seluruh negeri Sabah siapa sahaja yang boleh melihat jalan yang berlopak, projek naik taraf yang tidak pernah selesai, tanah runtuh dan struktur jalan yang berbahaya yang tidak memuaskan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Seperti jalan raya yang menghubungkan di antara daerah Kimanis dan Keningau serta beberapa rangkaian jalan raya yang lain di negeri Sabah.

Kerajaan Barisan Nasional hanyalah menyusahkan rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar. Sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji kononnya hendak membina rangkaian jalan raya sepanjang 1,365 kilometer di kawasan luar bandar negeri Sabah. Akan tetapi tidak satu pun janji yang ditepati oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional juga cuba menghidupkan perkhidmatan kereta api negeri Sabah tetapi kereta api yang diberikan itu adalah jauh bezanya dengan kereta api yang diberikan oleh Kerajaan British dahulu. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan kereta api yang wujud sekarang tidak lebih daripada kereta api yang dibaik pulih pada zaman penjajahan dahulu. Perkhidmatan kereta api sebenarnya sudah wujud di Sabah pada zaman British lagi. Bermula daripada ‘bukau’ pada tahun 1996 landasan kereta api yang pertama mula dibina oleh sekumpulan pekerja yang diketuai oleh jurutera Inggeris. Di mana landasan pertama ialah dibina menghala ke arah utara di pekan Beaufort. Selepas itu barulah landasan yang kedua dibina menghala ke selatan iaitu pekan Weston yang sehingga kini pekan Weston ialah di antara pekan yang paling daif dan mundur di Sabah.

Selain daripada itu pada tahun 1902 sejauh 90 kilometer lagi landasan kereta api dibina daripada Beaufort ke utara iaitu Pelabuhan ‘Jesselton’ yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu. Pembinaan landasan itu dibina oleh sebuah firma yang berasal daripada Britain. Pada tahun 1903 landasan kereta api juga telah dibina daripada Beaufort ke daerah Tenom sejauh 48 kilometer dan landasan tersebut telah siap dibina pada tahun 1905.

Laluan landasan kereta api Tenom-Melalap pula telah disiapkan pada tahun 1906.

Ini sejarah terawal perkhidmatan kereta api negeri Sabah, setelah ditutup sekian lama kini dihidupkan kembali. Akan tetapi seperti kata pepatah kereta api itu seperti hidup segan mati tidak mahu. Pada minggu lepas Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima laporan daripada penduduk di antara daerah Beaufort menuju ke Batu 65 Halogilat, tiba-tiba di pertengahan jalan kereta api mati enjin. Ditanya, kenapa mati enjin? Minyak tidak ada.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Ini amat memalukan Tuan Yang di-Pertua. Sepatutnya negeri Sabah sudah mempunyai perkhidmatan kereta api yang moden malah sepatutnya lagi sudah wujud kereta api Trans Borneo yang meliputi negeri Sabah, negara Brunei Darussalam, Kalimantan dan juga Sarawak namun Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berfikir untuk memodenkan sistem pengangkutan di Kepulauan Borneo dan juga negeri Sabah khasnya.

Ini kerana negeri Sabah dan Sarawak bukanlah keutamaan mereka walaupun mendapat jolokan fix deposit atau simpanan tetap oleh Barisan Nasional. Jauh sekali daripada tersirat dalam perancangan mereka hendak menyediakan pemindahan kereta api elektrik dengan enjin elektrik trans sistem ATS yang berkelajuan tinggi seperti yang terdapat di negeri Jepun.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya masih banyak lagi perkara yang menghantui rakyat Sabah daripada segi pembangunan. Masih ramai rakyat Sabah yang seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan negara dan dinafikan akses kepada facilities dan infrastruktur oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah gagal menyediakannya. Justeru itu dengan dukacita saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, dan kepada mereka yang di luar sana dan kepada seluruh rakyat Malaysia, bahawa banyak lagi kegagalan pemerintahan Barisan Nasional termasuk gagal menyediakan bekalan elektrik kepada 23 peratus rakyat Sabah berbanding dengan hanya 5 peratus rakyat di Semenanjung Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga gagal menyediakan bekalan air bersih atau air yang sudah dirawat kepada 47.7 peratus rakyat Sabah. Terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Bagi sektor kesihatan pula kita boleh membuat perbandingan dengan jelas menurut kajian yang telah dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Sabah, Jabatan Ketua Menteri pada tahun 2006. Nisbah setiap doktor di Sabah sama dengan 2,935 orang pesakit berbanding dengan seorang doktor untuk 1,214 orang pesakit di Semenanjung Malaysia.

Namun pada tahun 2009 nisbah doktor di Sabah sama dengan 2,464 orang pesakit sedangkan nisbah di Semenanjung Malaysia seorang doktor hanyalah 927 orang pesakit sahaja.

Nisbah ini sungguh jauh berbeza dan jelas sekali di negeri Sabah masih kekurangan doktor selain daripada menghadapi masalah kekurangan facility dan perkhidmatan kawasan luar bandar. Sabah juga menghadapi masalah pusat pakar yang tidak mencukupi dan bilangan katil hospital yang tidak mencukupi. Bukti, katil yang terdapat di hospital kerajaan pada tahun 2006 iaitu sebanyak 3,590 buah dan hanya meningkat sedikit iaitu kepada 3,834 buah pada tahun 2009.

Bagi sektor pendidikan pula boleh dikatakan di negeri Sabah di antara negeri yang menghadapi masalah yang agak kritikal. Selain daripada mutu pendidikan yang lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri terdapat di Semenanjung. Negeri Sabah turut menghadapi masalah kekurangan guru yang berkualiti, dengan bilik darjah yang tidak mencukupi, bekalan air dan elektrik sekolah yang tidak mencukupi, masalah sekolah yang daif, masalah sekolah yang sering dilanda banjir.

Begitu juga negeri Sabah turut menghadapi kekurangan pusat pengajian tinggi di peringkat yang universiti dan kolej yang ketara. Walaupun ada cadangan hendak menaikkan taraf beberapa kolej yang ada ke taraf universiti kolej namun apa yang jelas Sabah masih memerlukan universiti tambahan. Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah yang tidak dapat ditampung oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga UiTM Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks membasmi kemiskinan walaupun Kerajaan Barisan Nasional cuba untuk menyembunyikan peratus sebenarnya tahap kemiskinan di Sabah. Akan tetapi kata orang, pandai-pandai mereka menyembunyikan dunia mengetahui juga. Sebabnya menurut kajian Bank Dunia pada tahun 2010 yang disiarkan dalam Malaysia Economic Monitor, kadar kemiskinan di Kelantan adalah jauh lebih baik berbanding dengan negeri Sabah. Di mana rakyat Sabah yang paling ramai dibelenggu kemiskinan adalah terdiri daripada suku-suku kaum dengan izin Tuan Yang di-Pertua Rungus, Orang Sungai dan Etnik Suluk.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Terdapat juga rakyat miskin dalam komuniti yang lain termasuklah keturunan Tionghoa di kawasan bandar. Sabah juga mencatat kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia dengan saiz isi rumah, dengan saiz rumah purata terbesar di Malaysia daripada segi lebih separa lagi kadar isi rumah di Sabah dalam keadaan kategori 40 peratus isi rumah terbawah adalah di antara yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan.

Justeru itu, sungguhpun masih ramai rakyat Sabah yang terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastrukturnya. Meskipun sudah hampir setengah abad Sabah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963, Kerajaan Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah Sabah walaupun kerajaan setiap hari mengangkut hasil negeri Sabah dan memberikan kemewahan kepada Kerajaan Persekutuan. Boleh dikatakan rakyat Sabah hanya menerima sedekah ihsan daripada Kerajaan Barisan Nasional dan tidak ikhlas dalam membangunkan rakyat Sabah. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut bahawa pendapatan Petronas pada setiap tahun lebih kurang RM20 bilion yang dikeluarkan hasil daripada negeri Sabah. Pada tahun 2010 hampir RM20 bilion dan pada tahun 2011 juga hampir RM20 bilion yang telah dikeluarkan daripada negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan oleh agensi yang ditubuhkan Kerajaan Pusat seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AZAM Niaga, AZAM Khidmat, AZAM Tani, AZAM Kerja dan pelbagai AZAM yang diberikan peruntukan besar sebanyak RM236 juta oleh Kerajaan BN, tetapi malangnya masalah kemiskinan tetap membelenggu rakyat Sabah.

Usaha membasmi masalah kemiskinan tegar oleh Kerajaan Barisan Nasional ternyata gagal. Bukan sahaja pimpinannya tidak menumpukan sepenuhnya kepada program pembasmian kemiskinan terhadap kumpulan sasar yang layak, tetapi mereka juga hanya memikirkan agenda politik dan mengharapkan semua kerja yang dilakukan dibalas dengan pangkah terhadap kertas undi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila Kerajaan Barisan Nasional memberikan ganjaran untuk memancing undi, tetapi apa yang berlaku selepas itu, harga barang keperluan asas semakin meningkat. Misalnya harga gula meningkat 20 sen serta-merta dengan alasan murah iaitu potongan subsidi sedangkan pendapatan rakyat pada keseluruhannya tidak bertambah. Jadi tidak mustahil bagi Bank Dunia mengisytiharkan negeri Sabah sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Harga barangan keperluan asas, pengangkutan, kadar sewa terus meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya ada lebih kurang lima minit, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak sensitif tentang keadaan negeri Sabah. Pertama, atas nama rakyat Sabah mewakili kawasan Parlimen Beaufort dan juga atas rakyat keseluruhannya amat dukacita dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa pendatang tanpa izin datang ke Sabah adalah tidak berbahaya dan boleh dijaga keselamatan rakyat Sabah.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke mana-mana, walaupun sekitar Kota Kinabalu dan daerah-daerah yang besar seperti Sandakan dan Tawau, kita sentiasa menerima aduan daripada rakyat bahawa mereka amat takut dengan kebanjiran pendatang tanpa izin yang ada di Sabah. Saya menyokong atas usaha kerajaan untuk membentuk RCI ditubuhkan. Akan tetapi saya menggesa kepada kerajaan supaya mempercepatkan hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh Suruhanjaya RCI yang ditubuhkan baru-baru ini. Kita mahu penyelesaian dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan bersungguh-sungguh. Jangan hanya tangkap dua-tiga orang, pulangkan dua-tiga orang, malahan yang datang beribu-ribu lagi datang ke negeri Sabah tanpa ada sekatan daripada pihak yang berkuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat dukacita dengan ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hanya menyebut lima perkara sahaja untuk negeri Sabah iaitu:

(i) jelapang padi;

(ii) diskaun feri di antara Labuan dengan Sabah;

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

(iii) mengadakan peruntukan sedikit untuk mengurangkan harga bahan ataupun harga barang daripada Semenanjung Malaysia melalui Dasar Kabotaj yang monopoli pada tahun 1980;

(iv) 57 Kedai 1Malaysia atau KR1M; dan

(v) CCTV oleh pihak berkuasa tempatan.

Saya bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, tetapi malangnya negeri Sabah tidak diberikan peruntukan khusus bagi menyelesaikan masalah-masalah terutama sekali apa yang sebutkan lebih awal lagi iaitu tentang kemiskinan, infrastruktur, bangunan-bangunan kerajaan, hospital, nisbah guru, nisbah sekolah dan sebagainya. Tidak seperti apa yang dibentangkan oleh pihak Pakatan Rakyat dalam bajet alternatif untuk tahun 2013. Dengan jelas dan nyata bahawa Kerajaan PR jika sekiranya ditakdirkan memerintah dan menakluki Putrajaya iaitu di antara yang telah disebut oleh Kerajaan PR iaitu menaikkan harga royalti minyak 20 peratus, tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan selaku Perdana Menteri langsung tidak menyebut tentang royalti minyak kepada negeri Sabah.

Kedua, membina rangkaian jalan raya di antara Sabah dan Sarawak bertaraf highway. Ini juga telah ditekankan oleh Kerajaan Pakatan jika mereka memerintah negara ini. Begitu juga kesungguhan Kerajaan Pakatan untuk menyediakan atau menubuhkan syarikat sendiri untuk menerokai minyak di setiap negeri yang mengeluarkan minyak.

Walaupun dalam- saya disebut oleh Yang Berhormat Gua Musang pada tarikh 7 Oktober 2012, PR perlu kaji Akta Tubuh Syarikat. Akan tetapi saya percaya akta ini dibuat oleh manusia, akta ini tidak dibuat oleh Allah SWT. Akta ini boleh dikaji setelah PR atau Pakatan Rakyat memerintah dan menakluki Putrajaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan ucapan saya pertamanya saya juga ingin menyebut tentang masalah banjir di kawasan saya yang mana kawasan ini adalah mendapat jolokan pekan banjir. Setiap tahun Beaufort dilanda banjir sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Belum ada penyelesaian sejak daripada Beaufort diterokai. Sehingga kini, Beaufort sudah diterokai lebih daripada 100 tahun dan tidak ada penyelesaian. Mungkin ada rakan-rakan dalam Barisan Nasional mengatakan kenapa Ahli Parlimen tidur ataupun wakil rakyat sebelum itu tidur, tetapi saya percaya, yakin wakil rakyat sebelum saya pun telah mengemukakan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah banjir. Masalah banjir bukan sahaja menghantui rakyat, tetapi juga memusnahkan segala tanaman, perniagaan dan sebagainya. Itulah pekan Beaufort, tidak ada pekan yang ada di seluruh Malaysia ini ada bertiang atau kedainya bertiang, hanya di pekan Beaufort sahaja.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengemukakan supaya kerajaan sama ada Kerajaan Barisan Nasional terus dapat memerintah ataupun tidak dan Pakatan Rakyat mengambil alih, maka keperluan rakyat Sabah perlu diberi keutamaan kerana Sabah memerlukan pendekatan dan juga keutamaan komitmen daripada Kerajaan Pusat.

Saya berharap apa pun yang kita bincang di sini bukan hanya tinggal di sini, tetapi pelaksanaannya perlu dilakukan. Bukan hanya memberikan BR1M 1Malaysia. Itu hanyalah penyelesaian buat sementara waktu dan tidak ada penyelesaian secara konkrit atau berpanjangan tentang masalah miskin tegar yang berlaku di negeri Sabah. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ini, beberapa faktor yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Satu di antara perkara adalah mengenai isu pengangguran di negara ini Tuan Yang di-Pertua. Walaupun anggaran statistik menunjukkan itu adalah kenyataan kerajaan, mengatakan bahawa pengangguran sekarang hanya 3 peratus. Ini menunjukkan dari segi ekonomi full employment, bermakna sesiapa yang ingin bekerja, rela bekerja semestinya boleh mendapat kerja.

final • 12:59 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi adakah ini keadaan yang sebenarnya on the ground. Saya dan beberapa orang telah memberitahu yang keadaan sebenarnya on the ground ini adalah berbeza di mana lingkungan pengangguran sangat tinggi. Di antara kalangan masyarakat India dikatakan lebih kurang 30 peratus yang tidak mendapat kerja, juga kepada Orang Asli dan keadaan yang sama di Sabah dan Sarawak. Statistik yang sedia ada menunjukkan bahawa ini adalah tidak benar. Kerajaan Barisan Nasional mengatakan bahawa 3 peratus adalah yang betul dan saya ingin tahu di manakah statistik ini diperoleh. Apakah anggaran- anggaran dan di manakah department yang telah memberi angka-angka ini?

Ini kerana kalau kita meneliti dengan mendalam, kalau kita lihat di negara US, sekarang pengangguran adalah 8.1 peratus, di Eropah on the average adalah lebih kurang 15 peratus-20 peratus dan keadaan yang tidak sama di negara ini sangat tidak dapat dipercayai langsung. Kalau sedemikian, kalau betul-betul itu adalah 3 peratus pengangguran yang dikatakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, maka sudah sampai masa untuk kita adakan sistem unemployment benefit iaitu seperti di...

final • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh sambung nanti sebelah petang.

final • 12:59 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya. Terima kasih.

final • 12:59 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Ipoh Barat, bersedia Yang Berhormat Dungun. Saya nampak tadi Yang Berhormat Dungun ada berdiri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat.]

final • 12:59 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pagi ini saya telah mengatakan mengenai statistik pengangguran yang tidak boleh dipercayai dan juga pengangguran di antara graduan-graduan kita di mana sangat-sangat tinggi dan satu di antara sebab yang kerap kali perkara ini dibangkitkan adalah mereka mempelajari courses atau kursus-kursus mismatch yang tidak ada kena mengena dengan mendapat kerja di pasaran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih ke satu perkara iaitu mengenai Akta Pekerja 1955 dan beberapa peruntukan-peruntukan provisi dalam Akta Pekerja ini patut diteliti dan perlu mengambil tindakan untuk seimbangkan pada masa sekarang.

Satu di antara perkara ini adalah 60J iaitu Termination Lay-off dan Retirement Benefits di mana termination benefits dan lay-off benefits yang diregulasi itu telah diluluskan pada 1980. Akan tetapi sehingga ini walaupun sudah lebih 32 tahun, tidak ada apa-apa yang dibuat mengenai perkara itu. Saya telah bangkitkan perkara ini bukan kali pertama.

Lebih 10 tahun dulu pun perkara ini dibangkitkan.

Satu di antara anomali adalah kalau kita tengok yang sedia ada, kepada pekerja- pekerja yang mendapat pendapatan kurang daripada RM3,000 di mana angka menunjukkan bahawa lebih daripada 33 peratus pekerja di negara ini mendapat pendapatan kurang dari RM700. Itulah sebab Pakatan Rakyat mengesyorkan bahawa kita perlu ada gaji minima sebanyak RM1,100 sekurang-kurangnya supaya mengatasi dan menolong pekerja-pekerja di negara kita sendiri.

Retirement benefits kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, untuk seorang yang bekerja 20 tahun kalau pendapatan dia RM1,100, selepas 20 tahun dia dilay-off mengikut apa yang dikatakan dari seksyen 60J itu, dia hanya akan dapat pampasan sebanyak RM15,000 sahaja.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima langsung dan patut kerajaan meneliti ini dan meningkatkan dan menyesuaikan kepada keadaan semasa. Juga mengenai sick leaves dan sebagainya. Banyak di antara peruntukan-peruntukan di Akta Pekerja patut diperbaharui.

Juga Akta Perusahaan di mana pelantikan pengerusi masih ada kekosongan yang tidak dilantik. Di Kuala Lumpur sendiri ada dua pengerusi dan saya difahamkan ada pelantikan yang telah dibuat dalam masa dua tahun ini sejak Menteri ini mengambil kuasa sebagai sumber manusia, pelantikannya dibuat bukan oleh beliau atau kementerian beliau tetapi telah diberi kuasa kepada Attorney General Chambers. Mereka membuat keputusan dan kebanyakan orang yang diberi keutamaan adalah orang-orang dari AG Chambers dan bukan lagi dari swasta. Apakah sebab ini? Apakah rasional walaupun dari segi undang- undang itu adalah kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat keputusan?

Saya juga difahamkan pengerusi-pengerusi yang dilantik dari swasta ini semua- dulu kita sudah complaint bahawa walaupun Pengerusi Mahkamah Perusahaan membuat keputusan mengenai security of tenure dalam negara ini, mereka sendiri tidak ada security of tenure kerana mereka hanya diberi kontrak dua tahun. Selepas ini lagi yang teruk sekarang mereka hanya diberi kontrak satu tahun. Renewal every year.

Apa sudah jadi? Ini semua sudah jadi macam tidak lagi mengambil kira keadaan mereka sendiri, Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Saya mohon agar lebih banyak Pengerusi Mahkamah Perusahaan dilantik dan juga kes-kes ini yang tertunggak di court- court tersebut dipercepatkan. Kalau di civil court sekarang kes-kes di Mahkamah Tinggi boleh diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan, mustahil kes-kes di Mahkamah Perusahaan tidak boleh dibuat sedemikian.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Batu Gajah bangun, Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mana? Oh Batu Gajah.

final • 2:32 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Ipoh Barat begitu penting tetapi Yang Berhormat rasa kecewa. Kita tengok kerusi di hadapan yang Menteri kita ada 25 orang, Timbalan Menteri ada 31 orang tetapi sekarang hanya ada seorang Timbalan Menteri dalam Dewan untuk mendengar perbahasan Ahli Parlimen berkenaan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Menteri mari. Menteri mari.

final • 2:32 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Nasib baik Yang Berhormat Menteri sudah sampai isu berkenaan sumber manusia. Akan tetapi Timbalan Menteri yang lain di mana?

Mohon penjelasan Yang Berhormat.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, ya. Terima kasih untuk meningkatkan akauntabiliti. Saya rasa itu adalah satu perkara yang kita- semasa Ketua Pembangkang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berada di Parlimen untuk mendengar hujah- hujah Ketua Pembangkang. Akan tetapi itu bila mereka mengambil kuasa saya kata gila kuasa, mabuk kuasa dan sedemikian, mereka semua lupa kewajipan mereka. Hari ini nasib baik walaupun lambat, better late than never, Menteri Sumber Manusia ada di sini. Saya harap konvensi-konvensi ILO. Di antaranya konvensi 87 mengenai Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention, itu tidak lagi diiktiraf dan Discrimination

(Employment and Occupation) Convention 1958 perlu- ini adalah fundamental isu yang berkaitan dengan pekerja-pekerja negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin petik satu perkara yang telah ditulis kepada saya iaitu mengenai kesusahan untuk mengiktiraf persatuan pekerja. Di sini saya ingin baca apa yang tertulis Tuan Yang di-Pertua dengan izin, “Even in the event all eligible voters voted and favour unions but less than 50 peratus plus one member of the number of workmen and tell to vote, the union fails in the recognition. The percentage should not base on the total number of votes cast straight but through the number of workers entitled to vote at the time union sought recognition includes any dead worker after the union has sought for recognition. Mathematically votes against the union by not being able to vote and foreign workers who have left the country and workers who have resigned after the union has sought for recognition and employees promoted after the union has sought for recognition.

The current illogical formula must be immediately rectified by amended regulation.”

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, tolong dengar, “There are many instances employers seek judicial review of the recognition and it takes as long as eight to nine years to resolve such cases not to mention the huge legal fees unions have to pay. It appears that, some of the employers did not observe the Federal Constitution Article 10C. People Union of Malaysia organized a plan in Perak February 2011. A secret ballot was conducted on 16 January 2012 to verify union membership and 75.96 peratus voted in favour of the union.

final • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

As such, there are letter dated 9 February 2012, to the Minister of Human Resources who is here in the House today, in accordance to the subsection 9(5) of the Industrial Relations Act 1945 – ordered recognition of the union.

The company filed for judicial review against the recognition after 52 days, 2nd April 2012. In that case against Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan and Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak. It will pertinent to refer the case of Minister of Home Affairs against Persatuan Aliran Kesedaran Negara 1990 when it was decided. Such application for judicial review can only be instituted against the public authority and not against the ketua pengarah or pengarah. Since they have taken ex- parte stay order, the collective agreement cannot discussed, resolve or arbitrated. The union, as stated in the letter, dated in 16 August 2012.” Yang Berhormat Menteri, saya sendiri yang terlibat dalam perkara ini, menolong kesatuan ini. Written to the Minister of Human Resources to do the necessary. And as in this case and in as many other cases, the Minister of Human Resources refuses even to acknowledge the union’s letter. Let alone to reply to the letter. The private sector employee and their families continue to loose their fundamental rights benefits because of the flaw and the existing legal legislation.

Irony, in the state’s company, foreign workers are granted schedule overtime. That is 12 hours daily whereas local workers are given over time work only if they are absolutely necessary. The union with the letter dated on 13th of July 2012 had officially reported the discrimination of local workers to the Pengarah Jabatan Kerja. But it appears that the relevant authorities are not able to do anything to this employer as it appears the Minister of Home Affairs plus the Minister of Human Resources never fail to approve the intake of foreign workers in the same plant. It would be appropriated to say “kera di hutan disusukan tetapi anak di rumah mati kelaparan”. Nasib baik bukan di Segamat.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Walaupun ini bukan perkara yang baru tetapi kita perlu satu pengiktirafan yang senang, yang jelas dan juga regulasi-regulasi di mana boleh dikatakan diabuse oleh majikan hingga saya masih ingat lebih kurang 20 tahun dahulu di mana satu turf club. Saya hairan selepas 20 tahun ramai di antara mereka telah bersara, kes itu masih di Mahkamah Rayuan. Ini patut dielak.

Bukan kita kata hak mereka untuk merayu tetapi hak itu jangan disalahgunakan. Ini saya rasa adalah perkara yang boleh diatasi dengan kebijaksanaan Menteri Sumber Manusia dan kakitangan beliau tetapi juga kalau tindakan tegas diambil, lebih ramai orang boleh menjadi anggota kesatuan pekerja dan sekali gus menolong pekerja-pekerja di negara ini.

Ini perlu kita ingati.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari perkara itu, saya ingin juga membacakan perkara mengenai NTS Arumugam Pillai iaitu satu kolej yang telah diluluskan pada tahun 1999, 17 Julai di Parlimen ini di mana Menteri pada masa itu Samy Vellu dan Timbalan Menteri Sumber Manusia pada masa itu saya sudah lupa, telah memberi satu iaitu promise di Parlimen ini. Saya telah bangkitkan beberapa kali iaitu pengambilan pekerja-pekerja dan juga lecturer NTS Arumugam Pillai sehingga sekarang masih belum diatasi dan juga anak- anak kita belajar di sana.

Ini adalah satu situasi yang unik di mana tanah ini adalah tanah warisan masyarakat India. Saya masa itu pada tahun 1999 telah bantah dan ada beberapa demonstrasi di seluruh negara untuk kerajaan tidak mengambil alih tanah tersebut. Akan tetapi, sokongan MIC dan sokongan golongan-golongan yang tidak ingin kemakmuran masyarakat India telah menolong mematikan South India Labour Fund. Saya pada masa itu telah mengatakan bahawa kita patut salurkan sebanyak RM500 juta setiap tahun ke South India Labour Fund dan menolong masyakat India. Akan tetapi, perkara ini telah diabaikan, telah dilupakan maka sebab itulah pada tahun 2008, mereka telah dipunish di pilihan raya.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya harap tindakan diambil supaya pertamanya, kita meningkatkan pelajar- pelajar India di NTS Arumugam Pillai di Nibong Tebal. Keduanya, pensyarah-pensyarah di sana dan juga administrative staff dan jangan lupa itu adalah janji yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Janji yang ditepati tetapi telah ‘dicapati.’ Capati semua, all cheat, lie, bluff... [Disampuk] Yang Berhormat- ini Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua. Mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak tahu, ini menunjukkan- ini semalam. Tengok Menteri ini gelak. Ini dia kata “Oh, Najib telah mencapai sampai habis oh!”. Wah, untuk masyarakat India. One thousand seat for matriculation. Tipu tidak ada buat. Kasi facilities in government, tipu tidak ada buat. Buat 1, 2, 3 dia kata, “Saya bagi RM80 juta, ini Lim Guan Eng apa dia buat?” Akan tetapi, dia lupa. Itu adalah kewajipan beliau. Kewajipan Kerajaan Persekutuan. Advertisement in all national Tamil paper.

You think the Indians are silly? You think the Indians don’t know? They know the truth. You can lie some people sometimes, you cannot lie all the people, all the time.

Jangan lupa. Menurut keratan ini, apa yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, apa yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan?

Apa yang dibuat oleh Menteri besar Selangor menunjukkan... [Disampuk] No, there is a different. There is a different, Federal Government and state government nombor satu.

Nombor dua, budget RM250 billion Federal Government. State budget berapa? Tidak malu kah cakap yang tidak benar? You think we don’t readkah? You think we are idiots? Kita baca, kita tahu. Akan tetapi, siapa ini advertisement? All Tamil newspapers. Pasal apa?

Pada pilihan raya ini, lebih 60 kerusi, 10 peratus majoriti menentukan adalah masyarakat India.

Tiba-tiba cinta sama masyarakat India, tiba-tiba suka sama masyarakat India. Ini 55 tahun tidak ingat sama mereka. Sekarang ini yang dinyatakan dalam surat khabar Tamil.

Saya perlu untuk beritahu pertamanya siapa yang membayar. Ini kerana saya difahamkan adalah kementerian Perdana Menteri yang- bayar dan disokong oleh MIC termasuk Timbalan Presiden MIC yang duduk di dalam ini. Semua menulis macam-macam, fitnah yang tidak betul punya. Ini apa? Ini betul? One thousand matriculation seats. Mana ada?

Sampai sekarang tidak bagi. Kata 1,000 tetapi tidak pernah bagi. Sampai sekarang 700, you yourself came to the House and said so, sedemikian. Tidak boleh. You cannot lie. Ini untuk kalau betul.

Ini yang dikatakan “saya menolong sekolah-sekolah Tamil.” That is your job. That is a Federal Government job, not state government. Dia kata “Oh, tengok Selangor. Dia hanya menolong kasi dua tiga juta untuk Tamil schools”. Lucky, we got. Present government will give. Dulu punya government? Tiada guna punya Barisan Nasional punya government. Apa dia kasi? RM10,000. That also you do... you do it. Like fools, you know?

Ini semua sudah tukar. Ini satu keadaan yang baru. It shows very clearly, Barisan Nasional is bankrupt, scared, desperate. Akan tetapi, tidak bolehlah Yang Berhormat, saya hendak kata the reading public. Masyarakat India is no more that bodoh as MIC and Barisan Nasional think... [Tepuk] We all know.

Apabila saya baca, I am a federal legislative, saya baca semua ini. Nothing to do with the state. Oh! Di Pulau Pinang dia bagi spectacles. Ini Yang Berhormat Batu Kawan dia pergi bagi di sekolah Tamil. It is not his job, he helps. Kerajaan Pakatan kasi, you apa kasi?

Curi sahaja, langsung tidak kasi! 55 tahun. Tidak malu kah semua ini disenaraikan? Semua ini in details, all. Bukan satu paper Tuan Yang di-Pertua, semua lima surat khabar. All surat khabar dia tulis.

Akan tetapi, satu jangan lupa. The Indians are also knowledgeable. Kali ini no more this goreng and all that. Goreng politik doesn’t work. Saya ada beritahu Tuan Yang di- Pertua, kita perlu ada debate dengan Presiden MIC. Di antara Ketua Pembangkang bukan Yang Berhormat Bagan Datok, dengan Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Bagan Datok, dia hendak jadi Perdana Menteri tetapi tunggulah sedikit hari... [Dewan riuh] Tunggulah, jangan cabar, sabar-sabar. Itu scorpion semua, jangan layan, tidak apa. This is part of the matured politics in this country. Akan tetapi, inilah satu, saya angkat ya. [Merujuk kepada surat khabar] Yang Berhormat Menteri mungkin boleh bagi copy kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Ini menunjukkan bahawa desperate politik.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak alih kepada alcoholism dalam negara ini. Saya rasa ini adalah perkara yang amat serius. Perlu ambil tindakan yang jangan terdesak- desak.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ambil tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan serius kerana saya difahamkan lebih kurang 30 peratus masyarakat India, keluarga mereka sangat daif, sangat susah, semua ini disebabkan bukan sahaja oleh kerana kelalaian Kerajaan Barisan Nasional tetapi juga kerana senang mendapat minuman keras di negara ini.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Berapa harga minuman keras tidak sampai RM2, RM3 di kedai-kedai ubat, di kedai-kedai runcit semua boleh diperolehi. Anak-anak mereka, saya masih ingat bila saya duduk di estet. Saya as I am talking yang saya ingat pada satu kawan saya dia sembilan umur sahaja. Dia diarahkan oleh bapa dia pergi beli two dollar alcohol. Saya baru-baru ini saya balik ke kampung I saw perempuan ini also has become alcoholic. Siapa ini? Who’s responsible other than MIC and Barisan Nasional? Mereka patut mengatasi masalah ini.

This is a let all joint forces together. Ini ada satu masalah not only I think with Indian, masyarakat India yang banyak di antaranya tetapi juga lain-lain masyarakat.

Kerajaan perlu mengkhusus, memberi, dan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini, control the selling of illicit alcohol sekurang-kurangnya control licensing dan sebagainya supaya jangan semua merata-rata masyarakat atau orang biasa boleh mengambil atau membelinya. Kalau orang British menjual todi dan sebagainya 60 tahun dahulu, kita tidak ada beza. Devide and rules is the same policy. Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, ini Suria Corporative. Apa itu Suria Corporative Tuan Yang di-Pertua? Ahli-ahli Parlimen, Menteri-Menteri, dan juga little Napoleons in Putrajaya menjadi anggota di sini mendapat juta-juta ringgit. Semua atas nama untuk menolong masyarakat India terutamanya dan wang ini disalurkan kepada Suria Corporative. Saya difahamkan oleh Jabatan Perdana Menteri, berjuta-juta ringgit semua disalahgunakan dan ini telah dilaporkan di surat khabar. Adakah betul bahawa Presiden MIC, Timbalan Presiden, Ahli-ahli Parlimen yang lain pun tahu atau menjadi anggota?

Sekurang-kurangnya tahu, menjadi anggota saya tidak tahu.

Apakah sebab kerajaan perlu menyalurkan berjuta-juta? Macam MyID dahulu juga, lebih RM400 juta disalurkan, selepas itu membuat satu kampus di Kedah, AIMST College dan sebagainya. Selepas itu sekarang lain orang claim itu adalah harta dia sendiri. This is community purpose. Kenapa Suria Corporative? Siapa yang terlibat? Adakah betul Ahli-ahli Parlimen, Menteri dan ini terlibat? Apakah tindakan kepada mereka kalau ada penyelewengan kewangan? Adakah tindakan akan diambil dan berapa banyak yang telah disalurkan? Kenapa ia dipilih, pilih kasih? I got some of the names I do not want to mention.

Kenapa dia pilih kasih? Kenapa wang ini disalurkan kepada mereka?

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Palanivel a/l K. Govindasamy sendiri mengatakan dia telah mengambil roles of the pembangkang, tiba-tiba tiga minggu dahulu dia kata, “Oh! the government is very unfair”. Look! They intake mengambil pelajar-pelajar untuk bekerja. Pelajar-pelajar yang the best brain in the country.

Mengambil kerja sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan tidak mengambil dalam lebih 20 atau 30 orang itu, seorang pun bukan dari masyarakat India. I will raise the matter in Cabinet. Apa you hendak raise? You are in the Cabinet. Either you resign honorably or tell the deputy to do to take over the MIC post, at least something different. Ini di antaranya.

Satu pun tidak ada. Peranan yang patut dimainkan oleh pembangkang dia curi, itukah? Lagi itu bukan dia punya kerja. Dia punya kerja dia tidak bikin. Ini antara perkara yang perlu masyarakat India- Yang Berhormat Bagan Datok pun mesti orang tanya sama dia. Apa ini jadi? Satu India pun semua 30 tahun dahulu masyarakat India sangat first class all and on that, sekarang satu pun tidak adakah?

Ada, tetapi pilih kasih, tidak mahu beri. Inikah hal diskriminasi yang perlu? Juga Tuan Yang di-Pertua, pembinaan enam sekolah baru. Ini kali ketiga saya bangkitkan. Saya difahamkan ada pandangan yang berbeza oleh Kementerian Pelajaran dan Perdana Menteri sendiri bila dia membuat satu pengumuman bahawa enam sekolah baru akan dibina tetapi saya difahamkan tidak ada perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan oleh kerana itu little Napoleons dan sebagainya tidak membenarkan. Menteri Pelajaran sendiri tidak setuju untuk membina sekolah-sekolah Tamil yang baru kerana itu adalah dasar Kerajaan Barisan Nasional kerana kalau boleh jangan beri satu pun. Kalau boleh kurangkan sekolah-sekolah Tamil dan Cina dan itu yang kita mahu, kita hendak tahu.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pada tahun 2006, saya ingat lagi, perkara itu telah dibangkitkan kerajaan pada masa itu mengatakan ada dasar untuk tidak membina mana-mana sekolah Cina atau sekolah Tamil. Ini adalah satu perkara yang sangat mustahak di mana itu adalah hak untuk masyarakat Cina dan India. Kalau mereka hendak menghantar anak-anak mereka. Lebih 90 peratus masyarakat Cina menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan lebih 60 peratus masyarakat India menghantar anak mereka ke sekolah Tamil in very shabby condition!

Teruk punya condition! Berapa allocation untuk setiap murid dan anak kita sangat diskriminasi. Untuk sekolah kebangsaan dekat RM45 satu bulan untuk setiap murid. Akan tetapi untuk sekolah Tamil dan Cina sangat kurang. Apakah ini polisi diskriminasi lagi wujud lebih selepas 55 tahun tidak ada apa-apa understanding untuk mengambil tindakan untuk mengatasi kerana apa pun ini adalah anak-anak kita yang patut diberi pelajaran yang terbaik di negara ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan dan pendapat Yang Berhormat. Sedarkah Yang Berhormat bahawa terdapat banyak sekolah bantuan modal khususnya sekolah-sekolah bantuan modal untuk ke sekolah Tamil ini yang ada kalanya dermawan-dermawan bagi tanah untuk bina sekolah. Contoh satu sekolah ini, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Palanisamy Kumaran di Sungai Petani. Ada dermawan bagi hingga lima ekar tanah dia, tanah orang India dia bagi. Apa yang dia minta kerajaan bagi facilities dan sedikit duit untuk bina sekolah ini, 200 murid-murid yang miskin.

Akan tetapi mereka masih memerlukan hampir satu juta kerana duit tidak cukup dan keadaan sekolah itu amat teruk. Sekarang ini sekolah lama budak-budak tidak boleh sekolah, sekolah baru hendak masuk facilities tidak cukup. Apa akan jadi nasib 200 murid- murid ini? Adakah ini sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sekarang?

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah kenyataan yang benar.. Saya pun tahu di mana situasi yang sama di mana kalau ada orang yang hendak menderma tanah dan sebagainya kita patut. Kalau perkara itu boleh sesuai dan keadaan yang membenarkan kita patut memberi galakan kepada penderma-penderma dan jangan kita lupa kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk membina sekolah tersebut.

Kalau anak-anak kita 200 murid itu sangat daif dalam keadaan banyak sekolah Tamil macam orang kata macam di kandang lembu dan sebagainya. Walaupun diketahui tetapi tidak diambil tindakan kerana Barisan Nasional dia tidak fahamlah. Dia sudah lupa. They has been talked and lesson in 2008, lagi kali ini lebih teruk saya rasa yang akan jadi.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin bangkitkan satu perkara iaitu di mana baru-baru ini semalam dan dua tiga hari dahulu pun kita ada baca dalam surat khabar iaitu get rich quick scheme gold perkara dan sebagainya. Saya ingin bangkitkan satu perkara yang berkaitan dengan itu adalah mengenai Bestino di mana lebih RM440 juta telah dilaburkan oleh pelabur-pelabur yang innocent yang tidak tahu akibat seriusnya.

Dari itu saya difahamkan walaupun tindakan sudah diambil masih ada dengan Bank Negara sebanyak RM24.2 juta. Dengan izin saya baca Tuan Yang di-Pertua, “Bank Negara must release the invested money of RM24.2 million which was seen from Syarikat Bestino and returning to the 6,764 Bestino investors. Arrange for the meeting of directors from Bestino to be held at Finance Ministry together with the action Committees SOS to assist to bring back RM438 million which is caped at HSBC Hong Kong and to be returned to all Bestino investors. Desecration power and the principles of people can solve the issue of 6,764 Bestino investors.” Nombor satu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan perkara yang baru. Saya difahamkan Bank Negara tahu mengenai perkara tersebut tetapi mengambil banyak masa baru mengambil tindakan. Sekarang baru-baru ini di Petaling Jaya dan banyak tempat di sini ribu-ribu orang juga terlibat dalam ini. Apakah tindakan Bank Negara untuk mengatasi masalah ini dan Bestino ini memandangkan wang itu ada dengan kerajaan?

Memandangkan investors itu perlukan wang tersebut, bolehkah kerajaan mencari jalan supaya mengatasi masalah tersebut dengan seberapa segera yang boleh?

Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai pengangkutan iaitu saya selalu ada kata, “We should have cheap, efficient, and reliable public transport system”.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita ada train service, bagus, dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Saya kerap kali menggunakannya tetapi saya tidak tahu, apabila saya pergi ke China, 350 batu baru 50 minit sahaja. Kita punya lebih baru daripada China, 180 batu atau 80 kilometer mengambil masa selama 2 jam 22 minit jika tidak ada traffic jammed. Kerap kali ada masalah, lambat dan sebagainya.

Pertama, kenapa kita menggunakan sistem yang lama, sistem pre-British yang diguna pakai, railway sistem ini dan juga kenapa kita tidak ada sistem seperti China ini?

Bukan bullet train, fast train yang telah diguna pakai di negara China sudah lama dan bukannya baru, sudah 15 tahun tetapi kenapa the gauge kita punya rail track sangat narrow? Apakah sebabnya ia digunakan? Juga harga fare untuk train sangat tinggi dan juga time table nya selalu sangat run-off, tidak mengikut jadual dan juga sangat lambat dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membaca satu isu yang telah di e-mel kan kepada saya baru-baru ini. Semua perkhidmatan kereta api dari Gemas ke Kuala Lipis mengalami kelewatan yang amat teruk disebabkan pihak SPAD mengurangkan kelajuannya dan alasannya adalah atas aspek keselamatan. Situasi ini amat menimbulkan banyak masalah kepada pengguna-pengguna sedangkan di KTMB sendiri mempunyai jurutera- jurutera yang berpengalaman yang boleh mengatasi masalah ini di landasan yang dapat menentukan tahap keselamatan dan kelajuan di sesebuah train. Amalan ini telah berjalan hampir 120 tahun tanpa SPAD. Selepas SPAD mari, jadi SPEED. SPEED mari, tidak boleh digunakan, dia kata. Ini the one consumer has sent to me dan saya berharap kerajaan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak bangkitkan lagi adalah berkenaan RM180 juta yang telah diagihkan untuk masyarakat India dan saya difahamkan mereka mengadakan road show yang tidak diannounce oleh bajet ini tetapi telah dikatakan oleh MIC dan Barisan Nasional bahawa kita memberikan RM180 juta di dalam ceramah- ceramahnya. Saya selalu kata untuk seluruh masyarakat India seramai dua juta orang mendapat RM180 juta tetapi untuk seorang di dalam UMNO mendapat RM150 juta, lagipun membela lembu di kondominium, tetapi tidak mengapa, itu telah berlaku.

Ini RM180 million dia membuat macam-macam condition sehingga masyarakat India tidak mendapat kelulusan loan tersebut. Ramai orang yang pergi ke kursus dan sebagainya, dengar, makan dan sebagainya, saya difahamkan lebih RM10 juta daripada RM180 juta ini telah diguna pakai oleh pegawai-pegawai untuk mempromosikan kenduri, makan dan macam-macam yang berlaku di kawasan saya sendiri di mana lebih daripada 500 orang yang pergi. Akan tetapi tolong anjurkanlah, saya pun suka sebab lebih ramai orang pergi ke sana, lagi ramai orang yang akan marah dengan you orang, anjurkannya lagi. Dari segi politik, itu okeylah tetapi orang yang menyukai MIC pun sudah lari selepas pergi ke sana kerana loan-loan ini yang sepatutnya mudah, make it easy, facilitate make it easy, as easy as possible itu pada dasarnya untuk menolong masyarakat India, kalau itu adalah betul.

Selain daripada itu adalah TEKUN, di mana baru-baru ini kerajaan telah mengatakan lebih RM50 juta akan diagihkan. Untuk TEKUN, adalah susah juga untuk mendapatkan loan-loan tersebut kerana perlu melalui satu parti politik iaitu MIC dan bukannya terus menerus, no direct. Di semua tender-tender kerajaan, direct nego tetapi loan ini tidak diberikan secara direct, dia pull indirect dan perlu melalui ahli politik.

Juga 3,200 murid yang akan di job training, kenapa hanya 3,200? Kenapa memerlukan wang sebanyak itu dan apakah target untuk mengatasi masalah ini supaya kita mempunyai win-win situation di mana bukan sahaja masyarakat India tetapi semua masyarakat di negara ini lebih-lebih lagi anak-anak kita yang masih muda dan tidak dapat, walaupun mempunyai pelajaran tetapi mismatch courses dan sebagainya, boleh mendapat kerja dan sebagainya. Terima kasih... [Bercakap dalam bahasa Tamil]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, vanakam Yang Berhormat. Yang Berhormat Dungun.

final • 3:00 PM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullaahi ta'ala wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan dan keizinan kepada saya untuk turut bersama-sama membahaskan bajet atau Rang Undang-undang Perbekalan 2013.

Saya memulakan ucapan perbahasan Bajet 2013 dengan rakaman ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang telah membentangkan bajet atau Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang menjurus memakmurkan negara, mensejahterakan rakyat dan sebagai manifestasi sebuah janji yang ditepati.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ketua pemimpin negara terdahulu, kalau boleh saya sebutkan nama supaya kita semua ini ingat pemimpin-pemimpin terdahulu. Ada orang yang tidak ingat ini, dia lupa.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah. Kena ingat ini semua saudara-saudara kita. Mereka adalah di antara pemimpin yang memainkan peranan yang besar dan tidak terhitung nilainya ke arah memacu pertumbuhan ekonomi negara, membentuk kesepaduan dan keserasian rakyat berbilang kaum dalam negara dan membawa negara Malaysia ke sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengimbas kembali sejarah lakaran kemajuan negara kita yang sangat-sangat kita cintai dan saya percaya tidak ada seorang pun rakyat di dalam negara sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain sanggup merobek-robekkan atau memusnahkan negara yang menjadi tumpah darah kelahiran kita. Jika ada, merekalah penderhaka yang tidak boleh dimaafkan!

Negara yang dinamakan Malaysia lahir dari sebuah negara yang dijajah oleh pelbagai bangsa kolonial selama hampir kurang lebih 460 tahun. Kehadiran...

final • 3:04 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Menyampuk]

final • 3:04 PM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Bising pula dia. Kehadiran mereka semata-mata untuk menghisap darah seluruh isi perut bumi negara dan menjadikan rakyat pada waktu itu miskin yang teramat miskin. Tenaga keringat diperah habis-habisan, air mata bercucuran siang dan malam, pindah randah bagaikan kaum nomad kerana ketakutan. Tidak ada sesiapa yang berani menentang. Sesiapa yang menentang akibatnya hukuman bunuh atau lain-lain hukuman yang setimpal dengannya. Ini adalah sejarah negara kita yang semestinya diingati oleh seluruh rakyat dalam negara sama ada dicatatkan dalam suratan sejarah ataupun diungkapkan melalui tok selampit atau cerita sejarah oleh datuk nenek moyang kita.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini rakyat negara sama ada lahir sebelum merdeka dan pascamerdeka merasa beruntung dan amat bertuah, dan wajarlah tangan-tangan yang suci, murni, bersih diangkat dan dibuka menadah ke langit, mendoakan Amin, Amin Ya Rabbal Alamin, bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kenikmatan, keamanan dan kemakmuran kepada seluruh warga yang berbilang kaum dan berterima kasih kepada pemimpin negara terdahulu dan kini yang tidak terbalas jasa mereka, mentransformasikan dari sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Inilah Kerajaan Barisan Nasional, sebuah kerajaan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang tidak mungkin dirombak, diubah kepada satu sistem pentadbiran yang lain kerana rakyat sudah dapat menilai kaca dan permata, sekilas ikan di air sudah mengetahui jantan dan betina. Niat jahat mereka yang tidak bertanggungjawab pun sudah dinilai oleh rakyat. Jika tidak, bagaimana mungkin 55 tahun menyambut kelahiran merdeka dengan penuh keriangan rakyat dan sambutan yang dihadiri oleh ribuan rakyat dipimpin sama-sama melaungkan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”? Di hati mereka terpahat rasa kasih dan sayang pada negara, sebuah kerajaan yang tidak ada tolak bandingnya dengan negara-negara dunia ketiga dan lain-lain sekalipun di negara maju dunia.

final • 3:04 PM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Harapan rakyat kita supaya akan terus aman makmur dan hidup dalam suasana yang lebih merealisasikan kehidupan yang sempurna hasil daripada perjuangan pemimpin kita.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2013 memperuntukkan RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. Saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kerana satu bajet yang besar sebagai pelaburan yang membawa keuntungan kepada rakyat dan negara. Daripada jumlah tersebut, jelas seperti terlupa kepada suatu kelompok yang tidak diberi perhatian walaupun sumbangannya amat signifikan iaitu para penternak yang bertanggungjawab memberi sumber protein untuk penduduk, protein yang murah kepada negara. Mereka sering menyuarakan keluhan dan rintihan bahawa harga makanan sentiasa dalam trend menaik, harga yang tinggi.

Sering kali keluhan mereka dinafikan...

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]

Yang Berhormat, mencelah sedikit.

final • 3:10 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Ya, silakan.

final • 3:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, awal tadi dalam ucapan Yang Berhormat ada Yang Berhormat mengatakan kepimpinan negara kita. Saya ingin kembali ke situ sedikit. Pada hari ini dan semalam kita mendengar satu lagi berita baik berkenaan dengan kemampuan negara kita menyelesaikan masalah bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau ini. Satu pengumuman bahawa, satu perjanjian pendamaian telah dibuat di Selatan Filipina yang menunjukkan kemampuan Malaysia. Lebih-lebih lagi kepimpinan pemimpin-pemimpin terdahulu daripada Dr. Mahathir kepada Pak Lah dan sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memberi satu harapan yang begitu baik kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan satu permasalahan ibu kepada segala masalah iaitu pendatang tanpa izin.

Setujukah Yang Berhormat kalau hari ini kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi satu kepimpinan yang jelas dalam isu ini dan memberi peluang kepada satu perdamaian dicari di Selatan Filipina dan seterusnya dapat memberikan keamanan kepada Selatan Filipina. Ini seterusnya Yang Berhormat, dapat memberi keamanan dan keselamatan kepada negeri Sabah.

Saya ingin meminta pandangan Yang Berhormat, kita setuju, kita bagi pujian kepada Presiden Filipina, Benigno Aquino kepada Ketua MILF, Al-Haj Murad Ibrahim yang dapat memberi pengertian baru kepada satu penyelesaian yang harap-harap dapat bertahan sekian lama. Jadi, hari ini saya minta penjelasan Yang Berhormat, kalau bukan kerana kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pemimpin-pemimpin kerajaan kita, mana mungkin isu di dalam masalah Selatan Filipina yang membawa kepada isu pendatang tanpa izin di Sabah itu dapat diselesaikan dengan begini baik. Saya minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud, satu pandangan dan penyataan yang kita sebenarnya memang kita lihat pemimpin kita dahulu dan sekarang banyak menyelesaikan masalah negara kita. Oleh sebab itu ramai kita tengok pendatang ataupun mereka yang datang daripada luar negara, datang ke negara kita sebab negara kita selamat. Bahkan pelabur-pelabur kita pun datang dan apabila dinyatakan tadi boleh menyelesaikan masalah di Selatan Filipina, itu sesuatu yang boleh diberi perhatian bahawa inilah pemimpin kita. Akan tetapi ada di sebelah pihak sana tidak suka kepada pemimpin kita, siapa lagi pemimpin yang boleh dijadikan pemimpin hari ini yang membawa satu kemajuan dan memberikan keselesaan hidup kepada semua rakyat di dalam negara.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud dan saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, penternak mereka yang menyuarakan keluhan rintihan bahawa harga makanan sentiasa dalam trend menaik sering kali keluhan mereka dinafikan.

Lebih lagi apabila menjelang musim perayaan dengan bentuk halangan harga siling dan penguatkuasaan. Ternakan sama ada ayam, lembu, kambing dan ikan, memerlukan makanan yang terumus yang diformulasikan dengan pelbagai ramuan bahan. Bahan utama adalah jagung dan kacang soya yang mana ia diimport atau harga yang terlalu tinggi.

final • 3:10 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Tidaklah pihak kerajaan sedar bahawa ini menyebabkan kos bagi mengeluarkan daging, ayam, daging lembu atau kambing akan meningkat.

Sebaliknya persaingan dan industri ini amat hebat, barangan import menyaingi produk tempatan, penternak negara ini nyata dipinggirkan dan mungkin dilupakan sedangkan sumbangan mereka amat-amat diperlukan terutama apabila musim-musim perayaan. Harapan penternak agar mendapat perhatian pembelaan sama ada dalam bentuk meringankan beban bahan makanan ternakan atau membantu memberikan kelegaan dengan harga daging yang lebih baik. Contohnya, bahan makanan yang utama dalam rumusan makanan ternakan adalah dedak Pan Channel Cake (PKC) keluaran kilang sawit tempatan. Sepuluh tahun lalu harga PKC adalah sekitar RM250 se tan, dan kini harga mencecah sampai harga RM700 se tan berbanding dengan harga daging yang tidak banyak meningkat. Begitulah golongan penternak yang mengeluarkan daging, mengeluarkan susu, mengeluarkan baja organik selain daripada bantuan di bidang pasaran dan juga membantu penternak memberikan harga makanan ternakan yang tidak membebankan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM358 juta bagi sektor pelancongan dalam Bajet 2013 sempena tahun melawat Malaysia pada tahun 2013 dan 2014 dengan sasaran jumlah pelancong seramai 26.8 juta. Negeri Terengganu juga akan menganjurkan Tahun Melawat Terengganu 2013. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah langkah kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Terengganu termasuklah mempromosikan barangan kraf tangan Terengganu seperti batik, songket, ukiran kayu tembaga dan wau.

Di negeri Terengganu terdapat ramai pengusaha chalet kecil-kecilan yang menguruskan 10 hingga 20 chalet sama ada di pesisir pantai mahupun di pulau-pulau.

Saya amat berharap kerajaan akan menimbangkan untuk menyediakan geran bagi membantu pengusaha-pengusaha kecil chalet di negeri Terengganu. Bagi meningkatkan lagi mutu fizikal dan kemudahan prasarana chalet-chalet berkenaan, langkah ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan chalet bukan sahaja untuk menarik pelancong domestik tetapi juga pelancong luar negara.

Dungun juga berpotensi di bidang pelancongan, Dungun mempunyai Pulau Tenggol yang mempunyai bunga-bunga karang yang cantik, bagus untuk snorkeling dan skuba. Dungun juga mempunyai Air Terjun Chemerun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ketinggiannya adalah 250 meter dari paras laut. Cengal besar yang tertua di dunia, usianya lebih daripada 1,300 tahun, ukur lilitan 16.75 meter, kira-kira 13 pemeluk. Sejarah lombong Bukit Besi, harapan rakyat Dungun supaya kerajaan dapat meletakkan juga Dungun sebagai destinasi pelancongan yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara, sekali gus akan menaikkan aset kepada negara kita.

Selain kawasan jelapang padi baru yang akan dibangunkan, saya berharap agar kerajaan turut meningkatkan pengeluaran padi dari kawasan padi sedia ada. Saya dapati banyak kawasan padi terbiar di Terengganu kerana sistem pengairan yang kurang memuaskan. Oleh itu, saya menyarankan agar kajian menyeluruh dari sistem pengairan sawah-sawah padi di Terengganu. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jumlah kawasan tanaman padi di Terengganu mengikut daerah dan langkah yang diambil bagi mampu dan membangunkan tanaman padi di negeri Terengganu. Saya ingin mencadangkan agar langkah bersepadu agensi-agensi kerajaan bagi memajukan dan memperluaskan lagi kawasan tanaman padi di Terengganu.

Semalam Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri meluluskan bajet RM1.5 juta untuk jambatan yang dibuat di bawah program Jiwa Murni dengan angkatan tentera untuk memberikan laluan yang mudah kepada petani-petani di hujung di hulu Dungun yang ada kawasan padi 50 hektar. Insya-Allah kita janjikan petani- petani ini mendapat sebahagian daripada hasil kerajaan kita membantu mereka.

Alhamdulillah, inilah Kerajaan Barisan Nasional, janji mereka adalah, “Janji Ditepati untuk rakyat”.

Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin kepada nasib nelayan dalam Bajet 2013 ini.

final • 3:10 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Antaranya adalah pemberian elaun sara hidup RM200 sebulan bagi manfaat 55 ribu nelayan di samping insentif 10 sen hingga 20 sen sekilo mendaratkan hasil tangkapan di jeti-jeti.

final • 3:10 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Kerajaan juga memperkenalkan perlindungan insurans maksimum RM100,000.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM300 juta bagi program pembangunan dan pembaikan rumah nelayan. Langkah kerajaan menyediakan peruntukan ini amatlah dihargai kerana rumah merupakan asas bagi membangunkan keluarga. Sekiranya masalah nelayan dapat diatasi, maka sebenarnya, 50 peratus masalah nelayan dapat diatasi dan para nelayan dapat menumpukan perhatian untuk mencari rezeki.

Saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah meluluskan RM10 juta untuk memperdalamkan muara Sungai Dungun. Rakyat dan nelayan mengucapkan terima kasih sekali lagi. Kerajaan mengutamakan rakyat, mengutamakan nelayan dan masalah nelayan untuk keluar masuk dapat diselesaikan. Sekali lagi janji Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat dapat diselesaikan. Sekiranya masalah nelayan dapat diatasi, maka sebenarnya, 50 peratus masalah nelayan dapat diselesaikan.

Segala usaha kerajaan kepada perlindungan nelayan membuktikan keprihatinan kerajaan kepada golongan nelayan khususnya untuk menyejahterakan rakyat dengan meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa mengambil berat golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam pembangunan negara antaranya melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dan Program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM). Dalam Bajet 2013, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion manakala 1AZAM diperuntukkan RM400 juta.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai bilangan penerima KAR1SMA mengikut kumpulan iaitu warga emas, OKU, ibu tunggal, kanak-kanak, balu polis dan tentera serta program-program kemasyarakatan dan komuniti serta jumlah pengagihannya. Program 1AZAM adalah langkah prihatin kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta meningkatkan pendapatan agar melepasi garis kemiskinan. Empat bidang 1AZAM adalah seperti berikut:

(i) AZAM Kerja;

(ii) AZAM Tani;

(iii) AZAM Niaga; dan

(iv) AZAM Khidmat.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan sejauh manakah kejayaan program 1AZAM ini khususnya bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar agar mereka dapat melepasi garis kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2013 memfokuskan agenda untuk menyejahterakan rakyat melalui pelbagai program, antaranya melalui bantuan dan insentif kepada rakyat.

Hasil kemakmuran dan ekonomi negara yang berkembang pesat dan stabil serta kemampuan kerajaan menguruskan kewangan negara secara berhemah, maka, kerajaan akan meluluskan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0 bagi isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 malah diperluaskan kepada golongan individu bujang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Langkah kerajaan ini adalah memantapkan lagi peranan kerajaan sebagai sebuah negara berkebajikan. Sudah lama sudah kerajaan kita buat kebajikan ini kepada rakyat selepas kita merdeka dan sampai sekarang ini. Jangan baru hendak mulakan kerajaan kebajikan. Kita sudah lama buat. BR1M ini akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Saya ingin menyarankan agar kerajaan dapat melaksanakan pemberian BR1M 2.0 ini lebih kemas dan cekap bagi memastikan tidak ada yang tercicir daripada program penting ini. Sesungguhnya langkah kerajaan meneruskan pemberian BR1M ini bukan sahaja membantu isi rumah dan individu bujang tetapi juga akan menggiatkan dan memantapkan ekonomi domestik negara.

final • 3:20 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Bajet 2013 juga memudahkan pencarum KWSP yang berhasrat menunaikan fardu Haji dengan membenarkan pengeluaran sehingga RM3,000 untuk menampung kos tambang haji muassasah. Dalam Bajet 2012, kerajaan telah memberikan kemudahan kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebanyak RM1,300 untuk bayaran pendaftaran haji. Seramai 51,528 pencarum telah mendapat manfaat ini. Saya ingin mencadangkan agar pencarum KWSP yang berumur 40 tahun ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan keseluruhan Akaun 2 bagi menampung tambang dan perbelanjaan menunaikan haji bagi kali yang pertama.

Berhubung dengan ibadah haji, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan tentang kuota dan bilangan sebenar jemaah haji Malaysia tahun ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan punca kelewatan jemaah haji tahun ini menerima jadual penerbangan berbanding tahun-tahun sebelumnya yang kebiasaannya pada minggu pertama bulan Syawal. Selain itu saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah punca Tabung Haji membatalkan empat penerbangan dari Kuala Terengganu ke Madinah dan Jeddah seperti yang dijadualkan sebelumnya menyebabkan hanya dua penerbangan sahaja dari Kuala Terengganu ke Tanah Suci?

Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya di Dungun ini antara kawasan Parlimen yang miskin, antara sebahagian besar parlimen-parlimen di negara kita ini.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:20 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Dia bukan tidak boleh makan, boleh makan. Dia sebut tadi tidak boleh makan. Miskin kita ini kerana negara kita menuju negara maju. Kita perlu meningkatkan pendapatan setiap individu keluarga isi rumah RM3,000 sebulan lebih daripada itu, walaupun mereka ada golongan yang kecil mendapat kurang daripada RM700 sebulan, kita hendak meningkatkannya lagi. Ini usaha kita Ahli Parlimen. Kita tidak boleh melihat kawasan kita kurang pendapatan. Sebagai sebuah negara yang menuju ke sebuah negara maju, rakyat juga mesti maju dalam usaha mereka.

Di Dungun ini ada dua kawasan; satu kawasan pedalaman. Rata-rata syarikat- syarikat yang besar menanam kelapa sawit dan mereka mendapat peluang pekerjaan sebahagiannya dan sebahagiannya tidak dapat peluang pekerjaan kerana didatangi oleh pekerja-pekerja asing. Ini sudah menjadi amalan kepada pengusaha-pengusaha ladang. Di kawasan sebahagiannya lagi ialah kawasan berdekatan dengan pantai, hampir 60,000 penduduknya dan sebahagian remaja lepasan sekolah yang tidak mempunyai peluang pekerjaan. Sesudah 55 tahun merdeka, saya melihat di Dungun ini tidak ada peluang yang baik untuk mereka.

Walaupun kementerian-kementerian memberikan peluang untuk menjadi usahawan dan sebagainya tetapi masih ada lagi peluang yang tidak diterokai oleh rakyat kerana peluang mungkin terbatas. Saya hanya nampak laut. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah memberikan RM10 juta untuk memperdalamkan muara sungai. Anak-anak nelayan yang tidak mendapat peluang belajar di pusat pengajian tinggi, anak-anak nelayan yang tidak mendapat peluang belajar yang lebih baik, mendapat tempat pekerjaan yang lebih baik, inilah pandangan mereka laut yang terbentang luas dan kebetulan kita ada harapan. Harapan untuk memberikan peluang yang baik kepada anak- anak Dungun dan belia-belia Dungun ini kerana laut terbentang luas, ada muara yang didalamkan, saya percaya pihak kerajaan boleh membantu sebahagian daripada rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan sebagai salah satu cabaran kita untuk menuju kepada negara maju.

Kalau boleh dan diberikan perhatian, berilah perhatian kepada Dungun ini dijadikan mini port dengan izin atau pelabuhan kecil kerana saya juga difahamkan ada pemilik-pemilik kapal yang berdagang sampai Vietnam, sampai China dan sebagainya bermasalah dengan parking kapal mereka di Pelabuhan Kuantan, di Pelabuhan Kemaman.

Elok dan baiklah Dungun ini juga yang terdedah, terbuka luas Laut China Selatan supaya dijadikan juga sebagai pelabuhan mini. Setidak-tidaknya Tuan Yang di-Pertua, anak Dungun dan belia Dungun mendapat peluang pekerjaan walaupun kerjanya sebagai buruh tetapi dapat peluang kerja, memberi peluang kepada mereka bersaing dengan pekerja- pekerja yang lain.

final • 3:20 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Saya percaya, pembangunan, bila ada mini port, pelabuhan kecil ini, kita tengok di Port Klang, kita tengok di Pulau Pinang, bandar-bandar ini dengan cepat, barulah investors dengan izin, pelabur-pelabur luar, pelabur-pelabur dalam akan datang ke Dungun, Terengganu untuk membina industri mereka kerana pelabuhan sudah hampir dengan mereka sebagai salah satu prasarana yang dekat yang membolehkan penghantaran import dan eksport.

final • 3:20 PM

Datuk Matulidi Jusoh - Dungun

Saya berharap dan harapan ini adalah harapan rakyat Dungun supaya dapat saya kemukakan dan berilah peluang ini untuk menjana ekonomi rakyat menjana ekonomi negeri dan negara. Insya-Allah negara kita akan terus maju dan tidak dilihat sebagai satu tentangan untuk menentang kepada pembangunan negara kita ini. Setakat itu sekian terima kasih, saya menyokong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2013.

Saya mulai dengan satu peringatan Allah SWT dalam Al-Quran daripada surah Al– Baqarah ayat 177... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud; “Bukanlah kebajikan itu menghadapkan wajah kamu ke arah Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada keluarganya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan, dan orang-orang yang meminta dan memerdekakan hamba sahaya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan orang yang menepati janji apabila dia berjanji dan orang yang sabar dalam kesempitan dalam penderitaan dan peperangan. Mereka inilah orang yang benar imannya dan mereka inilah orang-orang yang bertakwa.” Tuan Yang di-Pertua, penegasan Al-Quran ini memberi peringatan terutama kepada kita orang-orang Islam supaya setiap perancangan mestilah berpaksi kepada takwa, kepada Allah dan meletakkan keadilan dan ihsan dalam mengagihkan kekayaan.

Dalam kita berbelanja mestilah mengikut keutamaan dan tahap kemampuan. Jauhi daripada berbelanja boros dan tidak berhemah. Seharusnya golongan miskin dan anak yatim memerlukan, ini menjadi keutamaan untuk kita memberi kebajikan kepada mereka.

Dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi negara menyaksikan bagaimana bajet ini sudah masuk tahun ke-15 bajet defisit yang mana negara mengalami peningkatan hutang yang semakin meningkat. Ini adalah suatu yang sangat membimbangkan negara.

Jadi saya berharap supaya Menteri memberi penjelasan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit supaya defisit tidak berterusan dan sehingga kita menjangkau tahun ke-15 dan kalau kita lihat peningkatan hutang negara, tahun 2004 negara berhadapan dengan hutang RM242 bilion, tahun 2009 - RM363 bilion, tahun 2011 - RM456 bilion dan tahun 2012 sudah mencecah RM502 bilion. Peningkatan hutang ini sudah tentu mengakibatkan peningkatan kadar faedah, kadar bunga yang akan ditanggung oleh kerajaan. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan negara tidak terus terbelenggu dengan hutang yang sebegini banyak. Sebab kesannya kepada masa hadapan negara dan masa hadapan rakyat.

Kalau kita melihat juga bagaimana agihan oleh ‘pengkekayaan’ terutama di Wilayah Timur dan Barat di mana pengagihan kekayaan yang tidak seimbang menyebabkan golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin bertambah miskin. Begitu juga di sudut pembangunan. Pembangunan yang tidak seimbang antara Malaysia Timur dan Barat seharusnya ditangani segera oleh kerajaan. Termasuk juga sumber agihan hasil, termasuk royalti yang sepatutnya diagihkan kepada negeri yang memerlukan.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Malang sekali negara kita, kita tengok di Sabah dan Sarawak termasuk Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang mengeluarkan hasil bumi yang begitu banyak yang menyumbang kepada pendapatan negara. Walaupun Sabah negeri yang mengeluarkan hasil yang begitu kepada kerajaan, tetapi Sabah adalah negeri yang termiskin di Malaysia.

Kenapa berlaku demikian? Sepatutnya hasil bumi yang begini banyak ini dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

Saya tersentuh hati apabila mendengar banyak hujah yang dikeluarkan oleh ahli- ahli dalam Dewan ini terutama dari Sabah. Tadi kita dengar dari Limbang betapa sekolah yang begitu daif, jalan yang begitu daif, keperluan yang paling memalukan. Kalau saya menjadi rakyat Sabah apabila Perdana Menteri mengumumkan dalam bajet, 40,000 tong untuk tadahan air hujan. Apakah ini air bersih yang akan dibekalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Sabah? Mana ada air bersih apabila bumbung itu ada kekotoran.

Kalau hujan tidak turun, hendak tadah apa? Jadi apakah pembangunan, balasan terhadap begitu banyak sumber bumi yang telah dikeluarkan oleh negeri Sabah yang diberikan kepada rakyat Sabah. Begitu juga royalti...

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Rantau Panjang boleh bagi laluan?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ledang bangun Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Kepada negeri yang sepatutnya...

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Rantau Panjang boleh minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini tidak ada kena-mengena.

Begitu juga royalti...

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak berani.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Yang sepatutnya diberi kepada negeri yang mengeluarkan hasil. Kelantan adalah satu-satunya di antara negeri yang mengeluarkan petroleum. Pelbagai alasan diberikan di Dewan ini. Sebelum ini dikatakan tidak cukup tiga batu nautika, ada yang menyatakan berada di luar perairan Kelantan.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Baca balik 20 perkara.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Namun apa yang nyata di dalam fakta yang didapati bahawa sebahagian telaga berada betul-betul dalam perairan Kelantan. Namun dinafikan hak. Kenapa rakyat Kelantan dianaktirikan? Ini adalah satu rompakan terhadap hak rakyat Kelantan. Kerajaan Barisan Nasional perlu minta maaf dengan 1.5 juta rakyat Kelantan. Kami rakyat Kelantan tidak akan halal...

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Minta maaf dengan orang Semenanjung kerana Kelantan bohong orang Semenanjung.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Satu sen pun duit rakyat Kelantan dirompak tanpa diberikan hak.

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Air berkarat.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sepatutnya kalau kerajaan betul-betul mengatakan janji ditepati, janji dalam Akta Pembangunan Petroleum mesti menjadi satu realiti. Ini janji untuk memberi wang tunai kepada negeri yang mengeluarkan hasil. Sampai hari ini tidak memberikan satu sen, malah hendak bentuk jawatankuasa untuk merunding pembayaran royalti. Apa perlu? Kenapa Sabah dan Sarawak diberi royalti tanpa perundingan. Kenapa negeri Terengganu boleh royalti tanpa perundingan? Akan tetapi untuk Kelantan kenapa perlu ada jawatankuasa perundingan? Ini adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Kita rakyat Kelantan tidak teragak-agak...

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh mencelah?

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan membayar hasil royalti kepada Kelantan... [Dewan riuh]

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Penjelasan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Kita tidak akan teragak-agak untuk memfailkan ini mahkamah untuk kita membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Rantau Panjang, penjelasan.

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagi kerajaan perintah senang sahaja selesai. Ini air pun tidak selesai-selesai. Karat sokmo.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh tidak Yang Berhormat Rantau Panjang, penjelasan.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sebab ini adalah hak rakyat yang sepatutnya dihormati oleh Kerajaan Persekutuan... [Dewan riuh]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ledang, tidak bagi.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tidak bagi laluan kepada mereka Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kota Melaka marah... [Ketawa]

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan juga iaitu berkaitan dengan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita.

Mungkin di antara satu-satunya dunia, Menteri wanita adalah seorang lelaki. Jadi kita mengharapkan apabila Perdana Menteri sendiri memegang jawatan Menteri wanita, kebajikan wanita menjadi keutamaan. Akan tetapi malangnya dalam Bajet 2013 kita menyaksikan bagaimana kerajaan begitu tidak prihatin terhadap pembangunan wanita.

Peruntukan pembangunan untuk Kementerian Wanita pada tahun 2009 - RM218 juta; tahun 2010 - RM499 juta; tahun 2011 - RM187 juta; tahun 2012 - RM158 juta; tetapi untuk tahun 2013 hanya lebih kurang RM49 juta. Tiga kali ganda lebih tercorot daripada peruntukan pembangunan tahun lepas.

final • 3:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kalau peruntukan untuk pemeliharaan lembu seorang Menteri- Ketua Wanita UMNO, suaminya dapat peruntukan RM250 juta untuk satu keluarga, ini untuk wanita seluruh Malaysia, melibatkan 14 buah negeri, yang melibatkan jabatan-jabatan di bawahnya, hanya RM48 juta lebih. Apakah ini tanda yang dikatakan, “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Saya minta supaya Menteri Wanita jawab sendiri soalan dalam Dewan...

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Itu saya boleh jawab.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kalau kita melihat apabila, kita tengok di Amerika, Presiden Obama pun pegang jawatan Presiden Amerika sahaja. Ini dialah Menteri Kewangan, dialah Menteri Wanita, jadi seolah-olah dia tidak ada keyakinan...

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tengok Kelantanlah, apa jauh-jauh.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Terhadap ramai lagi MP-MP wanita UMNO yang ada dalam Dewan ini. Seolah-olah dia tidak mengiktiraf ramai lagi ada, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Tenggara, ramai lagi.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Seolah-olah dia tidak mengiktiraf kemampuan wanita UMNO sehingga dia terpaksa pegang sendiri jawatan sebagai Menteri Wanita, sedangkan banyak isu-isu wanita yang tidak selesai. Kalau kita lihat dari sudut keprihatinan terhadap pembangunan wanita.

Banyak masalah yang melibatkan kaum wanita yang belum selesai terutama yang melibatkan kebajikan, yang melibatkan soal pendidikan, pembinaan sahsiah. Kita tengok isu yang berkaitan dengan diskriminasi wanita, eksploitasi wanita, banyak undang-undang lagi yang perlu ditambahbaikkan untuk memperdayakan lagi kaum wanita. Apa lagi berkaitan dengan kebajikan suri-suri rumah.

Saya cukup prihatin apabila dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang, harga barang yang semakin mahal, kos hidup yang semakin tinggi, betapa tekanan yang dihadapi oleh suri-suri rumah apa lagi ibu-ibu tunggal. Jangan Kementerian Wanita berpuas hati hanya dengan bayaran RM300 sebulan, selesai masalah.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini bantuan kebajikan masyarakat, bukan RM300 boleh menyelesaikan masalah. Perbanyak...

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, saya kasihan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Ini isu wanita, minta maaf.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kabinet bayangkan pembangkang, PKR ambil alih, PAS tidak dapat jawatan Menteri Wanita.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi kalau kita tengok bagaimana dasar yang dibuat oleh kerajaan seharusnya prihatin tentang kebajikan wanita. Jadi sebab itulah kita dalam Pakatan Rakyat, kita mengisytiharkan caruman wanita nasional ataupun caruman wanita Malaysia untuk menunjukkan pengiktirafan kita, prihatin kita kepada sumbangan suri rumah dalam membangunkan negara dengan peruntukan RM600 setahun sebagai tabungan kepada semua suri rumah jika kita ditakdirkan memerintah Putrajaya, insya-Allah.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan, penjelasan. Inilah Menteri Wanita, bukannya Yang Berhormat Ampang. Dalam Kabinet bayangan, Yang Berhormat Ampang jadi Menteri Wanita.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi kalau kita lihat juga dari sudut dasar pendidikan, dasar pendidikan seharusnya dasar pendidikan yang mesra wanita. Kita melihat hari ini dasar pendidikan yang ada dalam negara kita banyak lagi perkara lompang yang tidak prihatin terhadap terutama kebajikan wanita. Saya mendapat rungutan daripada seorang guru, ramai guru, saya mewakili suara guru-guru wanita. Bagaimana beban tugas, sekolah-sekolah contohnya, bangunan yang tinggi, tiga tingkat, bayangkan kalau guru itu mengandung, sarat sembilan bulan, hendak naik ke tingkat tiga, macam mana, hendak naik mengajar di kelas.

Kita tengok bagaimana mereka dibebankan dengan program baru, pendidikan, Dasar PBS yang dibuat sekarang yang memerlukan guru ini supaya key in data melalui komputer untuk dihantar kepada Lembaga Peperiksaan dan ini menjadikan satu beban yang besar. Guru mengadu mereka terpaksa bangun 2, 3 pagi untuk memudahkan mereka melayari internet untuk melaksanakan tugasan mereka sebagai guru. Banyak lagi isu-isu yang membabitkan keprihatinan. Seharusnya kerajaan menilai balik dasar sistem pendidikan kita yang mesra gender, yang mesra wanita. Apatah lagi yang menyediakan pendidikan remaja.

Kita lihat hari ini antara perkara yang membimbangkan kita ialah keruntuhan institusi keluarga. Kadar penceraian sebagaimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, setiap 15 minit satu kes penceraian berlaku di Malaysia. Ini membuktikan satu lagi kegagalan dasar negara, di mana kita gagal untuk mengutuhkan institusi keluarga.

Kalau setiap 15 minit, satu kes penceraian berlaku di Malaysia, setiap Yang Berhormat berucap setengah jam, dua kes penceraian berlaku di luar sana. Apa hendak jadi pada negara kita? Yang akan jadi mangsa ialah anak-anak, yang akan jadi mangsa ialah wanita, yang akan jadi mangsa adalah golongan mereka yang memerlukan perlindungan.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan. Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, tidak adil.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi sebab itulah saya harapkan supaya kerajaan khususnya Kementerian Wanita merangka strategi urus tadbir yang lebih tersusun bagaimana untuk membela wanita.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dia tidak adil sebab semasa saya berucap, saya bagi dia floor, semasa dia berucap, dia tidak bagi saya.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini adalah bidang dan tanggungjawab di bawah Kementerian Wanita.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, masa dia berucap, dia tidak bagi Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dia tidak adil... [Ketawa]

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di- Pertua, begitu juga peluang ekonomi. Kita lihat betapa banyak peluang ekonomi yang masih lagi ada diskriminasi terutama kepada kaum wanita. Walaupun peruntukan sekian banyak diperuntukkan oleh kerajaan tetapi banyak projek besar hanya dibolot oleh kaum lelaki.

Banyak lagi peluang-peluang untuk mendapat kedudukan walaupun wanita menguasai lebih daripada 70 peratus di IPTA ataupun IPTS tetapi peluang untuk naikkan tangga gaji, peluang untuk mendapat kedudukan masih lagi ada pilih kasih. Jadi perkara ini mestilah dihapuskan. Jadi sebab itulah kita memerlukan satu dasar yang telus, satu dasar yang adil, yang prihatin dan peka terhadap wanita, yang mesra terhadap wanita supaya wanita Malaysia dijamin kebajikannya.

Begitu juga dalam pembinaan sahsiah akhlak wanita. Seharusnya menjadi tumpuan di mana kita melihat betapa pentingnya peranan wanita sebagai penggerak ataupun sebagai pembina generasi akan datang. Sepatutnya wanita Malaysia disarankan ataupun digalakkan dengan pelbagai insentif yang dibuat oleh kerajaan untuk mereka membina satu cara hidup yang patuh kepada syariat bagi orang Islam dan membendung supaya tidak berlakunya kejatuhan moral ataupun hilangnya maruah dan kehormatan wanita.

Saya ingin menegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa jangan kerajaan berbangga hanya dengan semata-mata projek mega yang bernilai jutaan ringgit. Apa erti kita hendak mencapai negara maju 2020 kalau rakyat kita mundur dari sudut akhlak dan nilai moralnya.

Apa ertinya kita berbangga kita ada peruntukan yang besar untuk hospital, kita berbangga dengan bertambahnya peruntukan untuk tambahnya bilangan penjara ataupun bilangan pusat pemulihan. Apabila bertambahnya hospital, kita kena melihat di sebalik sana ada sesuatu yang kita kena muhasabah balik bermakna rakyat kita ramai yang sakit.

Maknanya ada sesuatu yang perlu kita buat. Begitu juga kalau penjara...

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini bahas atau berucap Tuan Yang di-Pertua? Ini bahas kah berucap?

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Sudah penuh, bermakna di sana satu kegagalan kita bagaimana untuk menangani isu jenayah...

final • 3:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya bagi dia floor, dia tidak bagi. Ini tidak adil.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Sehingga kita tengok ramai rakyat terlibat dengan jenayah.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga tentang bagaimana ramainya anak luar nikah. Bermakna di sini kita gagal mendidik rakyat kita dengan akhlak yang baik dan berpegang pada agama. Saya mengambil bagaimana statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, didapati seramai 18,652 remaja yang berusia di antara 10 hingga 19 tahun, didapati hamil sepanjang tahun 2011 di mana 30 peratus mereka adalah kerana zina.

Daripada tahun 2000 hingga 2008 statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, maknanya anak ini adalah anak haram. Begitu juga kadar kelahiran anak tidak sah taraf di Malaysia, meningkat begitu mendadak. Sebagaimana purata sekarang, setiap satu bulan, 2,500 kes, setiap hari 83.3 kes, setiap 15 minit satu kelahiran anak luar nikah di Malaysia. Apa yang Kementerian Wanita buat untuk menangani isu yang ada di depan? Apakah cukup dengan bajet RM49 juta?

final • 3:40 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga dengan kes pembuangan bayi yang terdampar sepanjang lapan tahun.

Kita tengok statistik Tahun 2004 hingga 2011. Tahun 2009 sahaja 79 kes, anak bayi yang dibuang. Tahun 2010 – 91 kes; tahun 2011 – 98 kes; dan bagaimana dalam laporan yang dikeluarkan oleh JKM, tahun 2004 hingga 2009 – 16 peratus bayi terdampar di tempat pembuangan sampah. Ada yang dibakar dalam tong sampah. Jadi, kalau kita tengok melalui media, daripada bulan Mei hingga September tahun 2012 terdapat 30 kes pembuangan bayi yang dilaporkan melalui media tempatan. Ini adalah satu perkara yang sangat memalukan negara.

Jadi saya ingin penjelasan, apakah usaha yang dibuat oleh kementerian untuk menangani isu yang semakin kronik, yang ada di hadapan kita? Sebab kita melihat semakin ramai para remaja terlibat dalam pelbagai kes jenayah, ragut, gangsterism, dadah, alkohol dan sebagainya. Jenayah ini sekiranya tidak dibendung akan memberikan hasil yang sangat membimbangkan kita. Apa yang menyedihkan kita dalam majlis meraikan sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat ucapan bahawa gerakan wanita ataupun NGO tidak perlu di Malaysia kerana wanita di Malaysia telah diberi hak sejak kemerdekaan lagi.

Ini adalah satu ucapan yang menghina peranan yang dimainkan oleh NGO Wanita. Tidak semua perkara yang mampu dibuat oleh kerajaan kerana sebab kita lihat apa yang berlaku dalam negara kita, banyak NGO Wanita yang berperanan secara aktif tetapi dalam peruntukan dalam bajet ini kita tidak nampak bagaimana insentif yang diberi kepada NGO-NGO untuk membantu menangani masalah sosial ataupun kebajikan yang melibatkan wanita.

Jadi saya ingin penjelasan di sini, apakah dengan ucapan seorang Menteri Wanita sebab dia bercakap hari itu atas dasar dia Menteri Wanita. Ini adalah satu ucapan yang memalukan dengan dia mengatakan bahawa di situ wanita diberi hak mengundi. Dia seolah-olah Menteri Wanita yang ada sekarang ini tidak memahami hak yang wanita ini bukan semata-mata mengundi, bukan semata-mata yang ada diam-diam tetapkan dalam peraturan tetapi perlaksanaan, penguatkuasaan. Ini yang masih belum selesai dalam negara kita.

Sepatutnya pihak NGO dan mana-mana pihak yang ingin membantu untuk sama- sama kita mengangkat maruah dan kehormatan wanita ini diberi kerjasama oleh pihak kerajaan. Sepatutnya mereka ini diberi galakan sebab itu tidak hairanlah kalau statistik dalam perbandingan pencapaian wanita Malaysia, penglibatan wanita di Malaysia berbanding dengan 135 buah negara dari segi aspek ekonomi, wanita Malaysia berada di tangga yang ke-95. Dari aspek pelajaran berada di tangga yang ke-65, di kelangsungan hidup sosial berada di tangga yang ke-68, di segi perundangan dan politik berada di tangga yang ke-115.

Jadi saya ingin penegasan serta penjelasan daripada Menteri Wanita yang mempunyai kekuatan sebab dia juga adalah seorang Perdana Menteri. Apa usaha untuk kita meletakkan wanita Malaysia setanding dengan wanita-wanita dengan negara lain?

Tidak tercorot, sebagaimana dengan angka yang ada hari ini.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kebajikan para guru. Kita melihat hari ini betapa guru dibebankan dengan tugas yang begitu banyak terutama dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara rasmi di seluruh negara mulai Tahun 1 sekolah rendah bermula Januari 2011 menggantikan peperiksaan UPSR di Tingkatan 1 dan di sekolah menengah menggantikan PMR.

Semua guru yang mengajar Darjah 1 dan Darjah 2 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 diwajibkan untuk melaksanakan sistem PBS ini. Masalahnya sekarang ialah kita melihat apakah kerajaan memantau sejauh mana kecekapan dan keberkesanan sistem yang telah disarankan oleh kerajaan sebab murid yang dinilai berdasarkan 6 tahap atau map 6 band iaitu:

Tahap 1Tahu
Tahap 2Tahu dan faham
Tahap 3Tahu, faham dan boleh buat
Tahap 4Tahu, faham, boleh buat dengan beradab; dan
Tahap 5Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali

Ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Saya ingin penjelasan ialah bagaimana sistem ini diukur mengikut kualiti kefahaman pelajar mengikut subjek yang diajar? Bayangkan saya beri contoh pelajar Tingkatan 1 subjek syllabus yang ada 50 tajuk.

50 tajuk yang akan diajar kepada murid dan setiap subjek mesti dinilai mengikut lima tahap ini. Bayangkan berapa soalan yang cikgu kena tanya? Bayangkan kalau murid itu ada yang berada tahap 1, kalau dia tidak faham kena ulang lagi sehingga dia berada di tahap 4 atau 5. Ini memberi kesan yang cukup besar terutama dalam satu kelas ada 40 murid. Mungkin ada 5 orang berada di tahap 4, dia selesai tetapi ada lagi 30 orang ini berada tahap 1, tahap 2. Dia terpaksa mengulangi menyebabkan timbulnya tidak puas hati di kalangan murid yang sudah faham.

Jadi menyebabkan timbulnya masalah dalam sistem pelajaran dan inilah menimbulkan masalah dan saya mendapat aduan daripada guru-guru, bagaimana sehingga ada guru yang terpaksa bertindak tidak telus, tidak jujur menilai prestasi murid, membiarkan murid meniru semasa ujian supaya mereka melepasi tahap 4 dan tahap 5. Masya-Allah dan sudah tentulah perkara ini tidak memberi kesan.

Jadi sebab itulah saya minta supaya sistem baru yang dicadangkan menggantikan UPSR dan PMR ini dikaji balik. Apakah ia memberi kesan yang baik kepada murid dan guru? Apalagi guru yang di pedalaman, yang kita dimaklumkan apabila mereka hendak key- in data markah pelajar-pelajar, komputer pula hang, tidak dapat line, tidak dapat masuk line dan sebagainya. Ini memberi kesan yang cukup besar terpaksa mereka bangun 2 pagi, 3 pagi berebut hendak cari dapatkan line untuk key-in data murid sedangkan mereka juga ada tanggungjawab dengan keluarga. Mereka juga mempunyai beban tugas bukan semata- mata untuk menjaga markah peperiksaan. Jadi sudah tentulah ini akan memberi kesan kepada perkembangan kesihatan terutama para guru dan begitu juga para murid, mereka terbeban dengan setiap kali tajuk mereka akan diuji.

Jadi sebab itulah saya minta supaya Kementerian Pelajaran supaya menilai balik dasar ini supaya dibuat penambahbaikan, supaya tidak merugikan masa hadapan negara.

Kita tidak mahu punya rekod sebelum ini dasar flip-flop yang dibuat oleh kerajaan. Dasar PPSMI setelah sekian lama di laksana akhirnya balik semula, banyak isu. Saya rasa saya tidak perlu ulang dalam Dewan semua kita sudah tahu dasar flip-flop yang dibuat oleh kerajaan apabila satu dasar dibuat tidak dengan kajian yang menyeluruh dan detail yang hingga menyebabkan akhirnya kita kerugian, yang dialami dan yang ditanggung oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang keselamatan di sempadan sebab kawasan Rantau Panjang adalah kawasan yang berhadapan dengan sempadan.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Di mana kita dapati isu yang selalu saya bawa dalam Dewan ini iaitu berkaitan dan dengan pencerobohan teksi daripada negara jiran yang menjejaskan pendapatan penduduk tempatan. Berapa kali sudah kami sebut dalam Dewan, penguatkuasaan. Saya sudah jumpa Menteri sendiri, beritahu bagaimana isu ini ditangani segera. Apa guna kerajaan bagi tayar subsidi empat biji tayar tetapi ada sesetengah itu saya dapat maklumat duit RM520 tidak cukup hendak selesai empat tayar. Apa lagi hendak baiki itu dan ini? Apa erti bagi tayar kalau teksi tidak ada penumpangnya hendak naik?

Teksi tidak ada orang hendak naik. Sebab apa berlaku ini, terutama di kawasan sempadan sebab apabila teksi daripada negara jiran terus bawa penumpang, terus masuk ke dalam negara kita. Kita ada JPJ, kita ada polis, kita ada imigresen, kita ada SPAD macam-macam tetapi saya dimaklumkan mereka bagi duit lepas, bagi duit lepas, bagi duit lepas... [Dewan riuh] Ini dia ketelusan, ini dia realiti sebab saya berada di sempadan melihat dengan mata kepala sendiri.

Jadi di mana sebenarnya yang dikatakan ketelusan? Akhirnya rakyat yang merana. Persatuan pemandu teksi, pemandu kereta sewa mengadu mereka tidak mampu hendak bayar insurans kereta, tidak mampu hendak bayar sewa kenderaan, kerana apa?

Kerana pendapatan yang sangat terhad, persaingan dengan teksi daripada negara jiran.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masa dah habis Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya? Masa cukup dah?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Gulung ya? Okey.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya minta supaya kerajaan mengambil serius untuk menangani isu banjir di kawasan saya sebab sampai hari ini walaupun pelbagai janji ditaburkan, belum lagi satu tindakan yang bersungguh untuk menyelesaikan masalah banjir begitu juga masalah jalan-jalan yang rosak akibat banjir. Jadi saya harapkan supaya semua perkara yang melibatkan kepentingan rakyat diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sipitang.

final • 4:00 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengawali ucapan, izinkan saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT dan setinggi- tinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan di atas Belanjawan 2013 yang bertemakan, ”Memakmurkan Negara, Menyejahterakan Rakyat, sebuah janji ditepati”.

Salam 1Malaysia, mukadimah ucapan, setinggi penghargaan kepada kerajaan atas pembentangan satu belanjawan yang merintis haluan perjalanan masa hadapan untuk sebuah kerajaan barisan yang pastinya terus menjadi pilihan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di atas pembentangan belanjawan ini, bajet terakhir menjelang kita masuk gelanggang pilihan raya yang ketiga belas.

Mengikuti pembentangan belanjawan tempoh hari dan kemudian menganalisanya secara mendalam, saya temukan satu kesimpulan. Ia merupakan suatu belanjawan yang dipersembahkan atas nama, ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Ke arah perjalanan 1Malaysia yang seimbang, menyeluruh, adil lagi sejahtera sifatnya. Belanjawan 2013 memancarkan harapan menerangi seluruh horizon kehidupan di bawah lembayung kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Membawa bersama jalur pelangi kemakmuran, berpaksi transformasi menerusi empat tonggak yang dipasak iaitu GTP, ETP, NKA, dan RMK-10.

Saya yakin lagi optimis tiada siapa lagi rasa kecewa dan berdukacita dengan bajet ini melainkan mereka yang dangkal kewarasan, jumud fikiran atau keliru tafsiran. Kenapa tidak? Semuanya terangkum rapi di sini.

final • 4:00 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Sebuah gagasan besar menganjakkan perubahan untuk seluruh rakyat di Malaysia baik di kota besar metropolitan dan bandar raya satelit mencakar langit mahupun di kampung dan di desa terpencil, hutan belantara yang tebal berkabus atau di laut samudera yang terbentang luas.

Orang kecil orang besar, Jangan pakai seluar longgar, Bajet BN gagasan besar, Jangan lagi diputar-putar.

Kalau pakai seluar longgar, Ambil tali ikat dililit, Pembangkang kini bertambah gusar, Cuba untuk memutar belit... [Tepuk] Nyata terang menerusi bajet ini sekali lagi diperhebatkan sebuah lonjakan paradigma untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Saya yakin ia mampu terlaksana atas gandingan pimpinan bijaksana mengemudi pemerintahan negara. Tujuh tahun lagi masa berbakti sebelum sampai ke garisan matlamat. Saya percaya kita mampu memenuhi keperluan sejagat, mengisi keinginan 27 juta rakyat yang menyandarkan harapan tinggi setinggi Gunung Kinabalu kerana kita sudah membuktikan janji ditepati selama 55 tahun kemerdekaan dan 49 tahun pembentukan negara Malaysia. Lonjakan perkasa perdana yang dibina menerusi Bajet 2013 ini, umpama penawar bisa patukan si tedung kerana ia membina tamadun bangsa 1Malaysia yang sejahtera dengan satu tekad dan satu semangat yang kental lagi jitu dan padu.

Belanjawan kita ini adalah pantulan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk melakukan perubahan kepada kerajaan, kepada ekonomi negara, kepada bangsa 1Malaysia tanpa mengira latar belakang, topografi dan geopolitik. Benarlah barangkali sebagaimana diungkap oleh N. D. Lala dalam lagunya, “PM kita untuk semua...” yang di antara kata-katanya...

“PM kita untuk semua, untuk semua rakyat Malaysia, PM kita untuk semua, tak kira kaum tak kira budaya.

PM kita untuk semua, untuk semua rakyat Malaysia.

PM kita untuk semua, dahulukan rakyat 1Malaysia.” Tuan Yang di-Pertua, membelek-belek helai demi helai membaca ayat demi ayat belanjawan ini dari awal hingga ke penghujung, saya rasa kagum lagi teruja dengan angka- angka pertumbuhan jangkauan pendapatan dan unjuran pelaburan yang mampu berjaya direkodkan.

Lebih menggembirakan bagi kami di Sabah, perkhabaran gembira dibawa belanjawan ini paling utama ialah penyeimbangan kadar harga barangan pengguna yang bakal menyaksikan kadar lebih murah berbanding di waktu ini. Penyeragaman kadar harga itu yang turut menjangkau ke Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal menghapuskan jurang harga yang begitu memeritkan selama ini. Juga disebutkan mengenai pembangunan kawasan jelapang padi di Kota Belud untuk menggandakan kadar pengeluaran beras bagi menampung keperluan. Saya percaya lagi optimis usaha ini dapat melonjakkan ekonomi masyarakat tani yang bermandi peluh membanting tulang, memugar tanah untuk sebuah kehidupan.

Khusus bagi Sipitang, kawasan yang saya wakili, terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kawasan yang saya wakili akan diperkasa dengan hebat sebagai hab minyak dan gas yang pastinya jua membawa bersama limpahan kesejahteraan rakyat yang mana Sipitang daripada Papar, Kimanis, Beaufort, dan Sipitang adalah merupakan dalam program Sabah Corridor yang meletakkan hab minyak dan gas yang mana dalam belanjawan tersebut, Perdana Menteri telah meletakkan terminal minyak akan dibangunkan di kawasan Sipitang Oil Industry Park dalam jangka masa depan.

final • 4:00 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Semua tumpuan dan perhatian diberikan kepada Sabah menerusi belanjawan ini adalah simbol komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah naungan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melihat negeri Sabah melangkah lebih pantas dan cepat mengejar rentak pembangunan yang telah dikecapi di Semenanjung Malaysia. Justeru mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sabah, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan ke atas keprihatinan yang berterusan terhadap negeri kami di bawah bayu. Biarpun letaknya jauh di seberang Laut China Selatan terpisah beribu kilometer dari Putrajaya, namun Sabah tetap dekat di hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lalu kami pun merasa diri tidak lagi berada di pinggiran waktu.

Nyata jarak bukanlah penghalang dan keterpisahan bukanlah lagi alasan. Jauh di mata tapi dekat di hati. Itulah lambang pimpinan yang sejati. Nescaya perhatian dan peruntukan yang disalur itu ‘melonjakgandakasa’ bermaksud melonjak, mengganda dan memperkasa dan memperindahkan lagi jalur kemakmuran di negeri kami yang segar dan subur.

Justeru, saya tidak berapa bersetuju jika dikatakan oleh agas-agas politik bahawa negeri kami masih mundur dan kemajuan masih kabur kerana jajaran pembangunan sudah nampak seawal UMNO dan Barisan Nasional bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1991.

Dari segi pentadbiran kewangan dan pengurusan ekonomi, Sabah mencapai tahap cukup cemerlang. Saya bukan cakap temberang tapi laporan Ketua Audit Negara cukup jelas dan cukup terang.

final • 4:00 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Sepanjang 12 tahun berturut-turut tanpa waktu berselang, Sabah mencatatkan rekod terbaik dari segi prestasi dan pengurusan kewangannya... [Tepuk] Terbaru, pada 25 September 2012 yang lepas iaitu tiga hari sebelum pembentangan bajet ini, Sabah menerima pengiktirafan Ketua Audit Negara bagi tahun ke-12 berturut-turut menerusi Majlis Penyampaian Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Tahun 2011 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Semuanya berlaku di bawah rimbunan kepimpinan tunggak di negeri Sabah di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang menjadi teras kepada pembangunan di negeri Sabah. Rekod ini membuktikan peningkatan kepekaan jabatan dan agensi kerajaan di negeri terhadap tuntutan dasar tadbir urus kewangan, dan lebih penting serta utama lagi, kejayaan pengurusan cemerlang ini sekali gus menolak tanggapan negatif dan pesimistik serta tuduhan liar tidak berasas yang mengata, mempersoal dan mempertikai kecekapan kita di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, seiring harapan bajet ini, saya juga ingin mengetengahkan beberapa perkara untuk diberi perhatian dan pertimbangan kerajaan khususnya membabitkan kepentingan rakyat demi kelangsungan perjuangan mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Pertama, mewakili warga Parlimen Sipitang, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menerusi Bajet 2013 telah merealisasikan impian kami untuk melihat cadangan menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas akhirnya menjadi suatu kenyataan. Sesungguhnya projek tersebut akan dilaksanakan dalam lingkungan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang melonjakkan pembangunan Sipitang yang kini sudah pun menempatkan SAMUR, kilang baja di kawasan yang sama berharga RM4.6 bilion dalam proses pembangunan. Sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan Sipitang dan juga Kimanis sebagai koridor industri minyak dan gas di negeri Sabah. Pelaksanaan projek tersebut bermakna merancakkan lagi pembangunan untuk Sipitang dan kawasan sekitarnya menerusi lonjakan ekonomi baru aktiviti kecil dan besar, runcit dan borong.

Untuk memenuhi keperluan sebagai hab minyak dan gas, Sipitang kini memerlukan penubuhan kolej berasaskan teknikal dalam bidang berkaitan bagi memberikan latihan kemahiran khusus kepada belia tempatan untuk mengisi keperluan dan permintaan dan peluang-peluang pekerjaan pada masa depan. Oleh yang demikian, Sipitang mengharap agar pihak yang berkaitan dapat menimbangkan permintaan ini secara serius.

final • 4:10 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Seiring dengan kepesatan pembangunan yang bakal mewarnai kawasan kami, maka sekali lagi ingin menyarankan Dewan yang mulia ini agar dapat sekiranya disegerakan pelaksanaan projek naik taraf Lebuh Raya Sipitang-Kota Kinabalu menjadi lebuh raya empat lorong demi menjamin kesejahteraan pengguna, pelabur, peniaga dan pekerja. Sememangnya ketika ini telah dimulakan kerja-kerja pelaksanaan melebarkan sebahagian jalan raya ini untuk dijadikan kawasan memotong tetapi ia masih tidak memadai untuk menampung keperluan dan peningkatan trafik yang agak panjang dan berkembang dari masa ke semasa.

Keduanya, saya ingin mengambil peluang di ruang ini untuk merayu kepada kerajaan agar dapat menimbangkan juga untuk menubuhkan pembinaan kolej komuniti sebagai strategi jangka panjang membangunkan bidang pendidikan iaitu aspek yang diberikan penekanan dalam Bajet 2013 ini bagi menyaksikan sejumlah RM38.7 bilion khususnya bagi sektor pendidikan. Kita menyokong usaha yang agresif kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Justeru, kita mengharapkan agar sebahagian daripada bajet ini disediakan khusus untuk meningkatkan prasarana pendidikan di Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan luar-luar bandar demi merapatkan jurang antara tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Sambil itu kita berharap pelan pembangunan ini yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran yang perlu diberi sokongan penuh oleh kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan termasuk dalam usaha ke arah meningkatkan kualiti guru.

Kita berpendapat dan berpendirian pentingnya guru berkualiti sebagai jaminan kejayaan transformasi. Misalnya, meningkatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik yang merupakan subjek teras yang tidak boleh dipinggirkan. Demikian juga halnya dengan guru-guru J-Qaf. Ia juga perlu diambil perhatian yang serius untuk mengangkat darjat martabatnya ke arah memperkasa dalam bidang pendidikan ini.

Bagi maksud yang sama, kita juga mencadangkan supaya diwujudkan makmal berpusat yang berperanan sebagai pusat pembelajaran khususnya untuk memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar dalam pembelajaran bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah yang berselerak di kawasan luar bandar. Demi untuk menentukan pelajar dari kawasan luar bandar bagi menjamin penyampaian bahasa Inggeris secara lebih berkesan, penguasaan bahasa Inggeris juga penting dalam rangka kita mengangkasakan kemajuan tamadun bangsa.

Ketiga, saya mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan untuk menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat. Menerusi bajet ini, sejumlah RM1.9 bilion disediakan bagi membina 123,000 unit rumah pada tahun hadapan. Tidak syak lagi ia adalah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana menyasarkan rumah berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit. Ini menunjukkan betapa prihatin kerajaan kepada golongan ini.

Komitmen kerajaan ini telah merealisasikan impian rakyat ini. Kita juga berharap agar kerajaan menimbangkan untuk mengadakan program menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia ini khasnya di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dihuraikan dalam bajet ini adalah cukup realistik sifatnya dan murni pada niatnya. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia tetap menceritakan kebenaran biar pun kelat. Kita tidak pernah mendodoikan rakyat dengan dongengan lipur lara, sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan masyarakat dan rakyat.

Begitu pun, kita sedih lagi terkilan mendengar suara-suara sinis, kritikan, hentaman yang dilemparkan oleh khasnya pihak pembangkang. Pembangkang ini menuduh Barisan Nasional macam-macam. Itulah, inilah, gimiklah. Mereka kata gimik, walhal sebenarnya mereka panik. Soal royalti minyak untuk Sabah yang diputar belitkan oleh pembangkang kononnya menjanjikan 20 peratus tetapi mereka tidak sedar atau barangkali selama ini dalam buaian mimpi mereka bahawa apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat untuk Sabah selama ini jauh lebih besar daripada apa yang mereka cuba ucapkan ataupun umpankan. Mengikut kiraan simple matematik dengan izin, 20 peratus mungkin amaunnya RM4 bilion, tetapi sumbangan yang sudah diberi Kerajaan Pusat sehingga kini melebihi RM11 bilion.

final • 4:10 PM

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad - Sipitang

Inilah cara pembangkang mengelirukan rakyat, mengumpan dengan angka-angka yang boleh diputar belit dan dipusing-pusingkan... [Disampuk]

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Suka saya menegaskan di sini betapa..

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat..

final • 4:10 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

...Betapa Kerajaan Persekutuan didokongi oleh Barisan sentiasa bersikap telus dan tidak hipokrit. Ya.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Di tangan saya ini ada beberapa statistik. Setiap kali kita tunjukkan statistik, rakan-rakan kita daripada parti pembangkang, dia tidak percaya pada statistik. Akan tetapi pada masa yang sama mengeluarkan statistik-statistik daripada entah cakerawala mana, bumi sakti mana pun saya tidak tahu. Akan tetapi yang ini statistik Yang Berhormat Lembah Pantai, daripada sumber Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan.

Untuk tahun 2012, untuk membantu Yang Berhormat, saya bagi secara spesifik.

Hasil kutipan cukai di negeri Sabah, maknanya apa yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dari segi cukai untuk tahun 2012 ialah RM3.874 bilion.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi perbelanjaan di negeri Sabah, perbelanjaan mengurus dengan pemberian dan perbelanjaan pembangunan, jumlahnya sebanyak RM12.7 bilion. Itu untuk tahun 2012 sahaja. Bermakna seperti mana yang Yang Berhormat kata tadi itu, dalam lingkungan RM7 bilion sehingga RM9 bilion extra, tambahan yang Kerajaan Persekutuan belanjakan di negeri Sabah, RM7 bilion, RM8 bilion itu jauh lebih banyak daripada apa yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam 20 peratus. Jadi, di situ yang dikatakan Yang Berhormat, bahawa mereka hanya menaikkan sentimen kenegerian yang melampau, yang terlalu kental ini sehinggakan itu sahaja modal politik mereka. Banyak lagi. Kalau kita dengar semalam, seorang pemimpin DAP di Sabah mengatakan orang KadazanDusun dipinggirkan. Mana betul cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Kabinet negeri Sabah, Timbalan Ketua Menteri adalah seorang Kadazan-Dusun. Di Kerajaan Persekutuan, dua orang Menteri penuh adalah daripada bangsa KadazanDusun. Tidak betul tohmahan daripada parti pembangkang terutamanya DAP yang menaikkan semangat perkauman yang menebal di negeri Sabah dengan mengatakan bahawa kaum KadazanDusun itu akan pupus pada masa-masa yang akan datang. Ini tidak betul. Jadi, jangan hendak bakar semangat orang- orang di negeri Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Boleh masukkan dalam ucapan saya. Inilah penyakit...

Seorang Ahli Pembangkang: Air tidak ada, jalan tidak ada.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

...Penyakit pembangkang. Selalu menggunakan gimik tetapi sebenarnya mereka panik. Macam juga kalau di Beaufort, kata Kerajaan Barisan Nasional zalim, tidak ada pembangunan, Sipitang ini di sebelah dia sahaja. Sebenarnya pembangunan sangat hebat di bawah Barisan Nasional tetapi kalau keluar daripada Barisan Nasional, mungkin terbalik jadinya. Itu menjadi penyakit pembangkanglah. Ini kerana di kawasan Beaufort ini, hospital baru. Berapa puluh juta harganya. Jambatan sahaja, dua buah jambatan berharga lebih daripada RM80 juta.

Sekolah, macam-macam adalah. Pembangunan dari segi jalan raya dan bekalan air di Menumbok lebih daripada RM50 juta. Ertinya, sejak daripada Kerajaan Barisan Nasional ini, Beaufort terus membangun. Ini bukan cakap bohong sebab Sipitang sebelah sahaja...

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Apabila Sipitang menjadi hab minyak iaitu Kimanis. Daripada Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang, Beaufort akan terus melonjak dari segi pembangunan infrastruktur, pembangunan yang menyeluruh.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Hari ini boleh dilihat apabila bandar baru, pekan baru, perumahan yang terus berkembang hasil daripada pembangunan minyak dan gas yang diadakan di kawasan Koridor Sabah, Papar, Kimanis dan juga Sipitang. Secara automatik ia akan membawa kepada pembangunan yang berterusan dan memperkasakan pembangunan di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sikit sahaja tentang Beaufort ini. Ini saya dengar tadi Yang Berhormat Beaufort pagi tadi ada berucap dan mencemuh dan memfitnah kerajaan kata macam-macam. Saya minta pandangan Yang Berhormat.

Nampak macam pelik sedikit. Pakatan Rakyat ini selalu mengatakan kalau di Semenanjung inilah, kita kena cari orang baru, kita kena pemimpin baru, anak-anak muda mesti kita ketengahkan. Akan tetapi di Sabah ini nampaknya dia reverse sedikit. Dia ambil orang yang tua-tua sedikit. Yang sudah sampai hampir ke tahap expiry datenya itu. I have great respect for Yang Berhormat Beaufort tetapi kalau seorang yang masuk gelanggang untuk mengatakan dia menjadi hero pada pukul 11.59 malam, sebelum 12 tengah malam dan mengatakan itu dan ini, pada saya pemimpin seperti ini, saya ingin beritahu kepada pihak pembangkanglah. Tolaklah.

final • 4:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Menyampuk]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini saya hendak beritahu Yang Berhormat, dia baru sahaja dua tiga bulan melompat kepada Pakatan Rakyat dan mengatakan dia hendak menubuhkan satu parti baru. Berkecamuk Pakatan Rakyat di Sabah, Yang Berhormat. Cuba bagi penerangan.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud, why go so personal? Jangan go so personal.

final • 4:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Terima kasih kepada...

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak personal. Saya tidak personal, Yang Berhormat. Saya cuma katakan perjuangan. Perjuangan.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Peraturan. Peraturan. Standing order. Itu bukan- don’t go so personal. Individual.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya kata perjuangan. Kalau seseorang itu keluar daripada parti yang...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Didukung oleh beliau berpuluh-puluh tahun, dari 1959.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Hendak bahas, bahas di luarlah.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, saya tidak cakap. Yang Berhormat jangan berasa hati.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Hendak bahas tentang Beaufort, bahas di luar. Don’t go personal here.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Parti DAP lagi perkauman nombor satu.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Debate fasal polisi yang lain. Bukan pasal individual. Individual go outside and debate la.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak cakap. Yang Berhormat kena faham. Saya kata perjuangan.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Kota Belud, kita minum- minum. Kita minum.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sipitang cuma tiga minit, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap kata Barisan Nasional terbaik. Selepas itu fitnah, rasuah dan sebagainya. Pemimpin begini hanya dipakai oleh Pakatan Rakyat.

final • 4:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Kota Belud tidak confirm menanglah.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat, volume, volume.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Panik betul pembangkang, ya. Saya bercakap dari aspek mengatakan kemunduran di bawah Barisan Nasional ini sebab pemimpin pembangkang datang, dia tengok Kota Kinabalu pun sudah panik. Dia mengambil gambar-gambar yang bermasalah sahaja untuk menggambarkan betapa teruknya Sabah. Sebenarnya, Beaufort sejak Kerajaan Barisan Nasional, Sipitang, termasuk Kimanis dan Papar, saya bertanding tahun 1994 sampai sekarang ini, amat jauh pembangunannya dalam proses pembangunan di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Long Pasia, sebuah kawasan sempadan dengan Kalimantan pun mempunyai air, api dan elektrik yang dibekalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Maligan, Ulu Dole, Iburu yang kalau datang ke sana, masih jalan tanah merah. Walaupun begitu tetapi ada pembangunan yang berterusan...

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Penduduk tidak ada?

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Kalau tidak ada penduduk, tidak ada undilah.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya menegaskan di sini betapa Kerajaan Persekutuan yang didukung oleh Barisan Nasional sentiasa bersikap telus dan tidak hipokrit seperti sesetengah negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Dalam membentangkan bajet mereka supaya kelihatan cantik dan menawan biarpun dalam lingkaran kepayahan bergelut kemelut dalaman. Kita menghidangkan sesuatu yang praktikal, tidak menjanjikan bulan dan bintang dan cakerawala seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata biarpun di mana langit di junjung. Tidak seperti pembangkang. Ke hulu dan ke hilir berjanji-janji itu dan ini. Jika ditakdirkan mereka berkuasa, nauzubillah. Akan tetapi janji itu tidak pun ditunaikan. Tidak pun terlaksana di negeri-negeri yang mereka berkuasa. Inilah yang menimbulkan rasa kekecewaan rakyat sebagai mana yang sering kita dengar akhir-akhir ini.

Mendengar keluhan kesah dan kekecewaan mereka itu, saya teringat sebuah lagu Kadazan Dusun yang pernah di popularkan pada suatu ketika dahulu bertajuk Janji Tok Terang Bulan atau lebih kurang bermaksud ‘janji sewaktu terang bulan purnama’ oleh JD Ariffin yang mengungkapkan tentang kekecewaan, menyedihkan apabila suatu ikatan janji dilafazkan tidak ditunaikan. Saya tidak pandai menyanyi tetapi rangkapnya seperti berikut.

“Tetapi kini segalanya tiada sudah, hanya tinggal seperti mimpi, sakit hati ini kerana dikecewakan, kau hanya menipu saja. Saya teringatkan janji kita. Janji sewaktu terang bulan purnama. Sewaktu kita bersama, tetapi kini segalanya tiada”.

Tuan Yang di-Pertua, saya memuji kelantangan dan ketelusan yang dipaparkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam belanjawan ini kerana beliau telah membentuk corak dan mencipta acuan Malaysia, mengangkasa negara di persada dunia untuk bersaing di pentas terbuka kerana kita tidak boleh ketinggalan pada ketika dunia yang dipelopori negara kaya yang sudah tepu ekonominya, menuntut keterbukaan, menuntut revolusi, mencanangkan globalisasi dengan laungan pasaran terbuka ataupun free market, dengan izin.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Kita berharap minda rakyat kita juga tidak mudah terkulai layu dek tipu helah pembangkang kerana kita khuatir ada agenda terselindung mereka di sebalik apa yang diperjuangkan tersembunyi di sebalik awan berkabus kerana sehingga waktu ini telah ada tanda-tanda usaha mereka ke arah penubuhan seperti mana dalam kaedah-kaedah yang melibatkan pembangunan negara pada masa depan.

Kepada rakyat 1Malaysia, marilah kita bersama-sama mendukung kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai nakhoda dinamik kita yang sentiasa bingkas, bergerak tangkas dan pantas mengemudi pelayaran, mengharungi cabaran, apatah lagi dalam mendepani cabaran di gelanggang pilihan raya yang tidak lama lagi akan berlaku.

final • 4:20 PM

Datuk Sapawi Ahmad Wasali - Sipitang

Rentak dan irama kita mesti senada bersama pimpinan. Kita perlu berani dan lantang bersuara dalam mengharungi perjuangan ini. Kita patut kuat, segar bersuara dan tidak lagi boleh bersifat defensif tetapi sebaliknya kita mesti lebih ofensif kerana kita tidak mahu harapan rakyat memundar terlepas dan terhakis. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang cukup bijaksana memilih Yang Berhormat Kuala Langat untuk membahaskan Belanjawan Perbekalan 2013.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Menteri Sumber Manusia bayangan.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Bermula dengan perbahasan dari Yang Berhormat Kuala Langat, serangkap pantun diutarakan.

Ahli Parlimen berbahas dalam Dewan; Bajet menjadi agenda utama, Rakyat mengharap hujan emas di awan, Rupanya sengsara derita yang diterima... [Dewan riuh] [Tepuk] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bermula dengan isu pertama. Apa isunya dalam belanjawan yang telah pun diutarakan oleh Menteri Kewangan?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Microphone sudah hidupkah Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Ketawa] Sudah hidup dah microphone?

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Hidup?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Microphone sudah hidup.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Okey.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pasal hidup tidak hidup sama sahaja besar suaranya.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Okey. Saya slow kan volume saya Tuan Yang di-Pertua supaya semua orang lebih tawaduk dengan ucapan saya. Gaji minimum RM900 diutarakan sebelum bajet diumumkan. Dibuat pada tanggal 30 hari bulan April 2012 bila mana dituntut oleh ribuan pekerja malah jutaan mengharapkan ia disegerakan, dibuatkan implementasinya. Namun yang jelas, bajet kali ini tidak disebut langsung oleh Menteri Kewangan. Diharap-harap dapat disegerakan.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Namun yang jelas ialah kita telah pun berani meletakkan RM2 bilion untuk memastikan gaji minimum, sasaran utama, berapa nilainya; RM1,100. Sebanyak RM900 dibahaskan dan dibawa oleh pemerintah pada hari ini, dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013. Cubaan enam bulan, cubaan lagi enam bulan. Selepas itu dibawa pada Majlis Gaji Minimum Negara pada tahun 2011 untuk diberikan perbahasan syor yang baru. Akhirnya terkapai-kapailah rakyat Malaysia yang mengharapkan gaji minimum itu dilunaskan segera oleh pemerintah. Namun jangan risau wahai pekerja di luar sana, perintah bertukar, insya- Allah, RM1,100 kita akan pertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, selamat datang Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, bonus diberikan cagaran kepada semua perkhidmatan awam, sebulan setengah. Setengah bulan sebelum hari raya dan pada bulan Disember setengah bulan, bulan Januari setengah bulan.

Bonus setahun sekali tetapi yang lebih utama adalah gaji itu diberi pada bulan-bulan dan bajet yang telah pun kita utarakan ialah RM2 bilion itu diberi kenaikan maksimum 2 peratus ke 8 peratus kepada seluruh pekerja dalam negara ini untuk memastikan bahawa mereka mendapat imbuhan itu secara berterusan. Bukan mengharapkan rayuan bila datang pilihan raya baru dituntut bonus sebagai agenda utama.

Ini akan memberi kesan tidak baik kepada produktiviti perkhidmatan awam dan juga seluruh rakyat yang di bawah kementerian-kementerian yang mengharapkan bonus itu diberikan sebagai permanent ataupun ketetapan pada tiap-tiap tahun. Itu bagi saya tidak begitu menyerlah dalam mengangkat martabat pekerja. Yang penting gaji adjustment dengan izin diberikan pada tiap-tiap tahun kerana itulah yang akan membezakan pencen mereka, segala bentuk faedah-faedah yang ada di sekeliling mereka. Oleh sebab itu gaji minimum yang hendak kita utarakan ini adalah merangkumi seluruh termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya percaya dan yakin Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum ini tidak mungkin dilakukan atau dilaksanakan sehingga pada tahun 2014 kerana ruang yang diberikan oleh pemerintah, kementerian atau kerajaan itu sebenarnya berbalik kuasa kepada majikan ataupun penguasa yang dikategorikan sebagai mengendalikan pekerja itu sendiri. Ini menjelaskan ketidakadilan kerana apabila syarikat itu untung, siapakah mereka yang memberikan arahan untuk diimplementasikan gaji minimum ini.

Ini disebabkan, di dalam dasar yang telah pun dilunaskan oleh Barisan Nasional atau kerajaan pada hari ini, tidak memberikan kuasa mutlak minimum mana atau syarikat mana yang diwajibkan membayar gaji RM900 itu dan juga kepada IKS, syarikat-syarikat kecil, jangan gundah-gulana kerana mereka juga akan dibantu. Di samping rakyat diberikan gaji minimum, mereka juga akan diberi suntingan daripada tabungan khusus yang telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada hari Rabu 26 September yang lalu. Saya yakin dan percaya, syarikat-syarikat kecil ini janganlah cepat melatah ataupun menyerang tidak tentu pasal. Bacalah secara terperinci bahawa IKS juga akan diberikan perlindungan dan pekerja mereka juga akan diangkat martabat mereka.

Kedua, menghapuskan miskin tegar adalah satu agenda utama kami. Hari ini, kita tidak mendengar dalam Belanjawan Perbekalan 2013 mencerminkan bahawa untuk menghapuskan miskin tegar. Dalam pada kali ini, kita diumumkan dan kita dimaklumkan bahawa penduduk miskin keluarga berjumlah hampir sekitar 84,000 yang menanti kesan belanjawan yang dibentangkan pada 28 September yang lalu. Harapan mereka supaya kenaikan untuk diberikan kepada orang-orang miskin tegar ini diangkat kehidupan mereka sekurang-kurangnya melepasi kadar miskin tegar.

Alhamdulillah, kami telah pun mencadangkan untuk mereka yang dikategorikan miskin tegar yang jumlahnya sekitar 84,000 keluarga ini, daripada RM300 kepada RM550.

Secara automatik Tuan Yang di-Pertua, tidak akan ada iaitu mereka yang duduk dalam kelompok miskin tegar. Saya yakin dan percaya, dengan berbuat demikian, maka pencapaian untuk kita sasarkan pendapatan rakyat ataupun pekerja berpendapatan tinggi ataupun isi rumah mencecah ataupun menyasarkan RM4,000 itu, insya-Allah, akan menjadi kenyataan.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kalau keseriusan ini kita laksanakan mengikut kadar-kadar yang telah pun kita sasarkan untuk menepati pendapatan RM4,000 isi rumah, saya yakin, setelah melihat belanjawan yang telah pun dibuat pada 28 September yang lalu tidak mencerminkan bahawa penghapusan penyelesaian untuk miskin tegar itu dapat kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang saya hendak masukkan ialah pekerja asing.

Rata-rata seluruh pembahas yang saya dengar, persaingan yang begitu hebat daripada pekerja asing yang melampaui dalam pekerjaan mereka hingga melanggar Akta Kerja yang membenarkan hanya lapan jam satu hari. Mereka ini ataupun pekerja asing ini, masih berpusu-pusu datang ke dalam negara kita kerana mereka ini mendapat peluang dan ruang yang begitu luas atas dasar yang telah pun dibuat oleh pemerintah ataupun kerajaan hari ini yang tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan pekerja asing ini yang jumlahnya menggerunkan kita. Ada yang mengatakan 3.9 juta, ada mengatakan menghampiri 5 juta dan ini tidak termasuk ataupun dalam kategori mereka yang datang tanpa izin.

Mereka ini adalah penyebab kepada persaingan yang tidak sihat yang berlaku untuk anak-anak kita setelah keluar daripada pendidikan dan mereka ini terpaksalah anak- anak kita bersaing dengan pekerja-pekerja asing yang gagah perkasa yang tidak menghiraukan pelanggaran Akta Kerja itu terlaksana disebabkan oleh ingin meneruskan penghidupan mereka. Pekerja-pekerja asing ini begitu meluas dan datangnya berpusu-pusu ke negara ini. Saya percaya dan yakin, disebabkan oleh undang-undang negara ini yang memberikan ruang luas kepada mereka yang saya cerminkan dalam satu rang undang- undang yang dikatakan pindaan ke atas sub contractor labour kepada contractor labour yang mana kita izinkan mereka ini bersaing dengan anak-anak tempatan yang membolehkan anak-anak tempatan terpaksa menjadi penganggur. Ya, benar. Dalam falsafah LO, 38 peratus ke 4 peratus itu dikategorikan mereka yang tidak ada penganggur.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Namun yang jelas ialah disebabkan oleh pekerja asing inilah yang menyebabkan 38 peratus ke 40 peratus itu menjadi permasalahan besar yang dihadapi oleh keluarga- keluarga yang terpaksa berpaut kepada anak-anak mereka yang mengharapkan pekerjaan itu. Maka yang demikian, setelah kita tinjau dan perhatikan beberapa syarikat terutama sekali mereka-mereka yang dibenarkan mengambil pekerja asing dalam sektor perladangan dan juga construction, di samping pembantu rumah tangga, pekerja-pekerja asing juga telah dibenarkan bekerja di tempat perkhidmatan depan iaitu dalam hotel line atau sektor perhotelan, petrol pump dan di dalam segala macam sektor yang telah pun meluasnya pekerja asing itu berhijrah dan mendapat tempat oleh majikan-majikan tertentu.

Soalan saya ialah mengapa Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri tidak peka atau pun tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh ramai pembahas dalam Dewan ini yang mengatakan kegerunan dan ketakutan mereka bagaimana kita hendak mengatasi ataupun hendak menyelesaikan masalah pekerja asing ini yang menjadi kegerunan dan membawa banyak masalah Tuan Yang di-Pertua. Ini seperti masalah sosial, masalah yang menggerunkan, kedapatan tangkapan-tangkapan walaupun laporan diterima percentage jenayah yang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing itu agak kecil jika dibandingkan dengan kepadatan penduduk yang berjumlah 28 juta ini.

Namun yang jelas setelah laporan-laporan diketengahkan oleh akhbar utama seperti Metro yang memperlihatkan bahawa kebanyakan jenayah itu dilakukan oleh orang- orang asing. Ini persoalan yang harus digalas oleh semua pihak. Ini puncanya bagaimana...

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Kuala Kedah. Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebimbangan saya ialah pandangan Yang Berhormat Kuala Langat tadi terhadap isu pendatang tanpa izin dalam jenayah-jenayah yang bersifat crime atau jenayah-jenayah yang dilakukan dalam aspek sosial. Akan tetapi apa pandangan Yang Berhormat Kuala Langat apabila pendatang tanpa izin sekarang ini sudah memiliki kad pengenalan dan telah masuk dalam daftar pemilih, mengundi dan mereka ini telah menjadi pengundi yang sah sedangkan mereka masih lagi warganegara asing.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi jenayah ini bukan sekadar dalam aspek sosial, bukan sahaja dalam aspek ekonomi tetapi sudah merebak dalam aspek politik sehingga boleh menentukan jatuh bangunnya sesuatu kerajaan. Jadi ini bahayanya. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, saya bersetuju bahawa inilah yang kita dipaparkan dengan pelbagai berita yang begitu menakutkan sehingga ini terkesan dan memberikan satu persoalan mengapakah mereka ini diberikan hak untuk mendapatkan segala bentuk faedah-faedah yang berada dalam kategori warganegara Malaysia. Apa yang kita gusarkan ialah tidak ada dalam pendaftaran negara tetapi ada dalam pendaftaran pengundi. Ini pun persoalan yang harus kita pandang serius untuk masa depan negara. Ini menakutkan Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu berapa saya kena berhenti.

Hendak potong isu. Saya tidak tengok jam tadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lebih kurang 15 minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Masa 20 minit okey- 15 okey.

Baik, saya bersetuju dan saya mohon dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.

Apa yang jelas ialah pekerja asing ini akan menakutkan dan memberi kesan buruk kepada pekerja-pekerja tempatan. Ini tidak boleh berlaku dan saya mohon Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri memantau seserius-seriusnya, melakukan penyiasatan dan juga pemeriksaan terhadap pekerja-pekerja asing supaya mereka ini bukan menjadi dalang dan tidak akan memberi kesan buruk kepada pekerja-pekerja tempatan. Malah yang mengkhuatiri saya ialah bila mana saya dimaklumkan di dalam subcontractor labor yang ditukarkan kepada contractor labor kepada sub contractor labor itu yang telah pun dikuatkuasakan sejak tahun 1955 iaitu bilamana kita mempersetujui contractor labor, anak-anak kita akan kehilangan EPF, akan kehilangan SOCSO, akan kehilangan bonus, akan kehilangan kenaikan gaji tahunan.

Malah yang menyedihkan Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak ada faedah-faedah rawatan. Kalau dia bersalin dia dipotong gaji. Kalau dia accident atau kemalangan, dia tidak dibayar gaji. Amat malang bagi kita mempunyai negara yang makmur dengan kemewahan hidup, namun anak-anak kita dan bakal cucu-cucu kita akan menderita dan sengsara bila mana mereka keluar daripada pendidikan waima walaupun mereka memegang ijazah atau pun diploma. Yang jelas undang-undang ini amat memberi kesan buruk kepada anak-anak kita.

Tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak bila mana subcontractor labor itu ditukarkan kepada contractor labor, pada waktu itu menjahanamkan anak cucu kita dan memberikan keburukan yang maha besar pada masa depan mereka. Insya-Allah dengan nama Allah, subcontractor labor yang telah dikekalkan sejak tahun zaman British lagi kita akan rampas kembali dan mengekalkan subcontractor labor ini dan kita akan hapuskan contractor labor. Ini janji kita dalam Dewan. Maka demikian hai anak muda di luar sana, percayalah perubahan ini insya-Allah akan mengangkat martabat kamu dan memberi kesan baik kepada masa depan kamu.

Keempatnya, berita yang saya dengar baru-baru ini dalam akhbar yang telah pun diutarakan iaitu satu syarikat penerbangan murah yang akan diwujudkan yang dipanggil Malindo Air.

Saya kagum dan saya agak terusik apabila saya melihat ada persaingan yang kita gelar sebagai yang dahulunya yang begitu sombong dan bongkak. Penerbangannya digelar AirAsia yang memindahkan segala penyelarasnya terus pada negara jiran dan mengambil pembaikan enjinnya terus ke negara jiran dan tidak menambahkan kebaikan menjana ekonomi dalam negara. Malindo Air saya anggap satu cadangan yang cukup baik, menambah dan mengangkat peluang untuk anak-anak tempatan bekerja, menjadi pilot, menjadi pramugari, pramugara, bersaing hebat, memberi ruang pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih sama ada AirAsia yang penuh dengan kekejaman, yang mengenakan serba macam skim bebanan, yang dikenakan oleh AirAsia pada hari ini.

Lambat datang tidak boleh dikembalikan. Hendak tukar tarikh dikenakan tambahan, mengambil tiket di kaunter dibayar RM10, berat barang dikenakan lebihan cukai. Di semua sudut AirAsia ini mengenakan rakyat Malaysia ini bebanan yang begitu menyeksakan.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Akan tetapi hari ini saya tersenyum lebar Tuan Yang di-Pertua, ada anak Melayu yang berani ke depan dan memastikan bahawa penerbangan ini bukan lagi isu utama terutama sekali orang Sabah dan orang Sarawak. Bila mana musim perayaan berpusu- pusu mengambil tiket dan hampir separuh daripada mereka tidak boleh bersama-sama meraikannya dengan keluarga disebabkan oleh terlimitnya tiket-tiket dan mahalnya tiket- tiket yang didemandkan atau pun yang dikenakan kepada orang-orang Sabah dan Sarawak.

Alhamdulillah saya mengambil peluang ini mengucapkan syabas. Teruskan. Inilah peluang terbaik untuk bersaing dan memastikan bahawa penerbangan yang akan diwujudkan oleh Malindo Air ini insya-Allah akan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh orang-orang Sabah dan Sarawak serta mereka yang berada di Semenanjung.

Ini adalah peluang terbaik kita.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya pasti insya-Allah ruang- ruang kerja ini yang diberikan dengan persiapan yang dibuat oleh Tan Sri Ahmad Johan ini dengan kumpulan hampir 200 pakar-pakar enjin kapal terbang ini yang akan menyuntik dan menjadi pendorong utama dan meletakkan harapan tinggi iaitu dalam negara ini akan dicetuskan satu dinamakan ruang besar. Ruang lingkupnya cukup hebat untuk memastikan bahawa engineer ini datangnya dari orang-orang tempatan. Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Ahmad Johan yang berani bersaing dengan AirAsia yang memberikan saya kekuatan bahawa jangan sombong dan bongkak wahai AirAsia. Kamu ada pesaing di masa depan. Ini isyarat..

final • 4:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sahabat saya, Yang Berhormat Jasin. Tuan Yang di-Pertua bagi lima minit saya boleh bagi, kalau tidak, tidak boleh.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebelum saya pergi kepada tajuk Yang Berhormat cakap tadi, saya memang terpesona dengan ucapan Yang Berhormat tetapi janganlah hendaknya kita menjanjikan bulan dan bintang. Ini kerana apa yang saya ingin sebutkan pertama tadi Yang Berhormat ada sebut tentang minimum wage untuk pekerja-pekerja. Cantik betul bunyinya. RM1,100.

Yang telah diumumkan oleh kerajaan sebanyak RM900. Kenaikan RM200 lagi.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat, kita sekarang mempunyai 40 peratus pekerja yang berpendapatan bawah RM2,500. Bayangkan apabila peningkatan lagi RM200, tanggungan yang akan kita buat daripada perbelanjaan mengurus kerana bayar gaji. Ini adalah consumption dan bukan sahaja kerajaan yang akan menanggung bahkan apa kata swasta.

Swasta sekarang maknanya kalau kita naikkan lagi sebanyak RM1,100, bukan sahaja Malaysia tidak boleh menarik pelaburan bahkan orang yang sedia ada pun mungkin akan gulung tikar pergi ke tempat lain kos produksi akan lebih bertambah.

Keduanya, apabila Yang Berhormat sebut tadi tentang AirAsia tadi. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Sebelum itu Yang Berhormat ada sebut kerajaan ada menjanjikan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan. Yang Berhormat, kita benar-benar maklumkan betul-betul bagaimanakah pendapatan RM4,000 itu kita hendak cari, pendapatan isi rumah?

Ketiga tentang AirAsia tadi, sekarang KLIA kedua akan siap bulan April akan datang yang boleh menempatkan kapasiti sebanyak tiga kali ganda untuk LCCT, penerbangan tambang murah ini. Nampaknya AirAsia saya dengar cerita dia akan memindahkan operasinya mungkin ke Jakarta, mungkin ke Bangkok. Jadi apakah implikasi KLIA kedua nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua saya memang harapkan soalan yang nombor satu tadi itu sebab soalan itu tidak disambut oleh sebelah sana. Yang Berhormat Jasin ini memang hebat kerana dia berani.

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya hendak beritahu dengan jelas bahawa ketika hendak naikkan gaji RM460 guru KAFA yang 7,000 orang itu di Selangor, ketika itu dalam perbahasan Dewan dikatakan bankrap negeri Selangor tetapi akhirnya kita telah naikkan Tuan Yang di-Pertua RM1,300 dan ini menunjukkan bahawa kita mampu memastikan rakyat mempunyai pendapatan tinggi. Itu satu contoh.

Kedua, GLC yang dibuat oleh seluruh Kerajaan Negeri Selangor minimum wage RM1,500. Kita siapkan RM10 juta Tuan Yang di-Pertua, kita bagi. Selepas tidak cukup GLC, kita suntik daripada RM10 juta yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini satu gambaran dasarnya jelas, kita reserve RM2 bilion dan saya sudah beritahu tadi Yang Berhormat Jasin apabila saya bahas masuk awal, jangan terus masuk tanya. Saya sudah beritahu, letih saya explain dua kali. Tengok Hansard apa yang saya maklumkan tadi.

Nombor duanya, soalan kepada isu KLIA kedua ini. Pendapatan RM4,000 itu apabila kita kata penghapusan ’84,000’ untuk memastikan miskin tegar, kita dapat selesaikan dengan menaikkan 550 isi rumah satu keluarga kepada pendapatan RM1,100 itu pendorong kepada RM4,000. Janji itu ialah kita hendak memastikan. Selepas itu tengok saya punya Hansard kemudian study balik dan refer balik ketika Menteri menjawab.

Ketiga fasal AirAsia itu saya hendak beritahu...

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Yang Berhormat Kuala Langat....

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sekejap, hendak jawab dahulu ini. Kalau kita tidak jawab, tidak gentleman pula. Tuan Yang di-Pertua bagi lima minit.

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, tentang gaji minimum tadi?

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Satu lagi saya bagi Yang Berhormat Parit Buntar. Saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Jasin bahawa sebab itu saya kagum. Saya ini sudah tidak percaya dengan AirAsia ini sebab itu dia buat pembaikan kapal dia di luar negara, pejabat dia di luar negara, dia hina negara kita, dia tidak tahu dia dapat keuntungan dari mana, daripada rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya alu-alukan Malindo ayuh Malindo, sahut cabaran AirAsia, jangan kamu sombong dan bongkak. Ya, Yang Berhormat Parit Buntar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Mungkin memudahkan jawapan pada Yang Berhormat Jasin, sahabat saya. Yang kata gaji minimum itu, dia mesti difahami juga dengan usaha kita untuk mengautomasikan supaya buruh itu dikurangkan dengan memperuntukkan kepada medium sederhana ini sebanyak RM500 juta untuk automation.

Begitu juga dengan facilitation fund supaya minimum wages itu dilakukan dengan cara yang tersusun dan kita tidak banyak bergantung kepada buruh tetapi bergantung kepada teknologi. Jadi dengan itu kita mampu untuk mengenakan minimum wages.

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Parit Buntar sebab itu kita hendak kontrol pekerja asing ini supaya ia tidak menjadi penyebab kegagalan atau kesekatan kita untuk meneruskan pendapatan isi rumah RM4,000. Last sekali Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua bila tengok itu dia serius, saya faham.

Last ini saya tadi pergi minum Tuan Yang di-Pertua, satu pegawai datang, dia kata Yang Berhormat tolonglah bawa isu ini. Isunya ialah ketika isterinya dilanggar oleh kenderaan penumpang dan apabila dilanggar dia minta claim. Dia kata mengikut pegawai- pegawai insurans kata tidak boleh sebab kalau dia kenderaan awam, dia tidak ada insurans yang boleh kita claim dan terpaksa kita claim insurans kita. Saya fikir ini logik.

Jadi saya mengambil peluang ini hendak menegaskan bahawa kita tidak boleh aniaya mana-mana pihak. Kalau kita tidak bersalah, pandu itu elok-elok, cantik-cantik tiba- tiba datang belakang dia biul baghal dia, ‘pom’ dia langgar. Hancur separuh kereta kita, kita kena claim insurans kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri yang bertanggungjawab tolong tengok benda ini serius. Jangan kita aniaya rakyat yang dianiaya, akan ditekan dan ditekan.

Sudahlah fobia kena langgar, dia kena ambil insurans dia balik. Jadi untuk kementerian berkenaan, tolong perhatikan serius. Kalau undang-undang itu menekan, memberi kesan buruk kepada rakyat kita, tolonglah ada keprihatinan sedikit supaya kelompok ini dapat pembelaan seadil-adilnya.

final • 4:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sekurang-kurangnya esok dia melihat perubahan dasar yang tidak memihak mana-mana, yang bersalah dihukum. Tidak ada insurans, buatkan mereka ada insurans dan mesti bertanggungjawab, bukan kita yang kena langgar, kita yang kena bayar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh rasa terima kasih teramat-amat, terima kasih diberi ruang kepada saya. Dengan demikian saya tidak menyokong pembentangan Perbekalan 2013 ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap ribuan terima kasih kerana diberi peluang sekali lagi untuk saya terlibat dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada dua Jumaat yang lalu yang saya kira ia adalah satu penambahbaikan.

Lebih kurang setahun yang lalu kita mendengar bajet yang serupa. Di dalamnya terdapat elemen memakmurkan negara, mensejahterakan rakyat dan menepati janji. Sekali lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan membuktikan bahawa sebuah kata mesti dikotakan, sebuah janji mesti ditepati. Ia adalah menjadi tuntutan setiap kepercayaan di negara kita apabila kata-kata inilah yang menjadi pengukur kepada kewibawaan, kepada kebolehupayaan seseorang sebagai Perdana Menteri, sebagai Menteri Kewangan dan sebagai kerajaan apabila rakyat selaku penerima di penghujung meja akan menilai satu-persatu dengan kaedah yang ada di dalam pemikiran kumpulan rakyat itu.

Secara langsung Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah diingatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan bajet pada dua Jumaat yang lalu mengingatkan kita bahawa setiap yang kita lakukan ini satu hari nanti akan ditanya. Di dalam kaedah kita terpaksa menjawab apa yang kita lakukan dengan semangat menjaga hubungan Pencipta dengan manusia, dalam pada masa yang sama kita menjaga hubungan sesama manusia. Hubungan vertikal dan hubungan horizontal inilah yang akan membezakan dengan manusia lain di dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, semua pihak all spectrum menerima manfaat daripada kanak-kanak tadika kepada anak-anak sekolah, kepada anak-anak sekolah menengah dan kepada anak-anak universiti, kepada mereka yang bujang, mereka yang bekerja termasuklah pesara-pesara. Pada keesokan harinya selepas bajet ini dibentangkan tersenyum lebar sama ada mereka menerima ganjaran dalam jangka masa pendek, yang menerima ganjaran dalam masa pertengahan dan yang menerima pulangan dalam masa yang panjang.

Kesemuanya tersenyum lebar pertamanya kerana yakin dan percaya bahawa apa yang dibacakan, apa yang dibentangkan pada hari bajet tersebut akan pasti terlaksana insya-Allah kerana pada tahun 2011 apabila orang yang sama, Perdana Menteri yang sama, Menteri Kewangan yang sama membentangkan Bajet 2012.

final • 4:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hari ini mereka dapat merasakan daripada hanya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini dikenali pula sebagai BR1M 2.0. Sebutan 2.0 itu membawa maksud bahawa sesuatu yang dilakukan mestilah berkira-kira kepada decibel point yang terhampir. Saya yakin dan percaya kumpulan yang menerima BR1M yang pertama mereka yang mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000. Hari ini merasakan dapat penambahbaikan walaupun nilainya sama tetapi dalam sebuah keluarga yang sama, anak- anak yang bujang tidak ketinggalan apabila suara mereka, keluhan mereka didengari oleh kerajaan. Suatu ketika kita mendengar bahawa kumpulan ini tertinggal, kumpulan ini dialpakan. Inilah sifat kerajaan yang mendengar dengan peka, yang melihat dengan mata yang nyata, memberikan satu tindakan kepada keluhan rakyat.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak kira kumpulan, kumpulan 20 peratus ke atas, kumpulan 20 peratus ke bawah, bahkan kumpulan yang terbesar iaitu 60 peratus di bawah graf loceng itu menerima manfaat daripada belanjawan. Kesejahteraan rakyat kemakmuran negara dan sebuah janji ditepati.

final • 5:00 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Tangga Batu, boleh tambah sedikit?

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Ini orang baik ini.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Sik. Ya Yang Berhormat Sik memang baik itu sebab tidak tersenarai dalam Kabinet bayangan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

final • 5:00 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

[Ketawa] Ada juga tetapi masih rahsia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya hendak...

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 5:00 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Tangga Batu sorry. Satu benda sahaja yang saya rasa Perdana Menteri tidak nampak, tangisan daripada pelajar- pelajar sekolah agama rakyat. Kita ada 161 buah sekolah menengah agama, 1,132 sekolah rendah agama rakyat. Dalam bajet dahulu ada juga RM93 juta tetapi dalam bajet ini tidak ada langsung. Mereka menangis ini Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat?

Kalau boleh dimasukkan tahun depan supaya mereka tidak menangis lagilah. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali boleh? Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tangga Batu. Tahun lepas kita ada buat program yang sama, kita telah sasarkan kelompok yang agak samalah, sama lebih kurang kategori dia dan kita telah pun belanjakan RM2.32 bilion. Pada belanjawan ini kita hendak tambah sedikit skop dia itu, jaringan dia itu kepada golongan yang bujang.

Akibat daripada tambahan itu kita tambah peruntukan itu kepada RM3 bilion dan saya percaya akhirnya akan menjadi RM3.5 bilion. Ini kerana mungkin akan ada permintaan untuk tambah dan sebagainya.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tangga Batu, dua tahun kita telah belanja melebihi RM5 bilion. Adakah patut kita usul kepada kerajaan untuk membuat penilaian daripada RM5 bilion dalam masa dua tahun itu, setakat mana perubahan dari segi meringankan beban masyarakat, ukuran setara mana? Apakah kesan dia? Sekurang- kurangnya adalah sedikit orang kata indicator dia daripada RM5 bilion yang kita belanjakan.

Kita hendak tahu juga apa masalah dia untuk tujuan akan datang barangkali Pakatan Rakyat pun hendak buat juga, hendak tolong masyarakat, hendak tolong orang ramai.

Akan tetapi hendak tahu apakah masalah dia. Hiccupnya dia di mana? Barangkali kita boleh buat kerana kita telah belanjakan berbilion-bilion dan kita akan belanjakan setakat ini RM5 bilion lebih. Saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Tangga Batu?

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota kerana berminat dengan mukadimah yang saya bawa sebentar tadi. Apa yang saya pasti antara yang menarik kedua-dua Yang Berhormat ini ialah apabila saya menyebut tentang penambahbaikan yang berterusan. Apabila dahulu kita dengar pembentangan Bajet 2012, kita rasakan, di pihak sini rasakan ianya cukup mantap, cukup baik. Lebih-lebih lagi apabila setiap yang dijanjikan itu dikotakan. Tiba pada tahun ini kita lihat satu pembentangan yang cukup baik. Walaupun pada kali ini kita saksikan pembangunan hanya meliputi lebih kurang 25 peratus, kurang 25 peratus daripada keseluruhan jumlah RM251 bilion bajet.

Akan tetapi kita maklum bahawa di dalam perbelanjaan mengurus dan mentadbir, sejumlah RM200 bilion lebih itu adalah ke arah memberikan satu harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang benar-benar boleh mengendali dan mengurus wang dalam keadaan memastikan produk dan perkhidmatan kita sediakan itu menepati kumpulan sasaran kita. Terutamanya dalam kaedah mengenali kehendak dan keperluan kumpulan-kumpulan sasaran.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya dan berkongsi dengan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi kerajaan ini mendengar keluhan rakyat. Itu sebab bila kita melihat antara kaedah yang digunakan dalam rancangan-rancangan seperti rancangan media terbuka, Tanya Najib dan sebagainya. Jawapan-jawapan yang diberikan adalah secara telus dan secara terbuka. Jika ada teguran-teguran yang menampakkan ada ruang untuk diperbaiki di pihak kerajaan, kerajaan sentiasa bersifat terbuka.

Sebagai contoh jika peruntukan untuk pembangunan sekolah rendah dan sekolah menengah agama seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi. Saya percaya di dalam peruntukan pembangunan modal insan disebutkan secara menyeluruh, secara keseluruhannya. Termasuk pembangunan sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah rendah agama dan sebagainya termasuk di dalam itu.

Saya percaya jika ada ruang di mana kita boleh menambah baik segala yang disarankan oleh kumpulan masyarakat, kerajaan bersedia mendengar kerana ini salah satu daripada kaedah government. Pelan-pelan transformasi kerajaan yang lazim kita sebut the government-know best era is over. Zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah boleh kita lupakan. Ia telah ditelan zaman. Hari ini kerajaan terbuka, kita ditegur dan kita diajar. Kerajaan diajar untuk menjalani satu proses supaya ia menepati kehendak dan keperluan dan kita ikuti dan kita dengar hasrat serta saranan itu bersandarkan kepada fakta, bersandarkan kepada angka, tidak hanya kepada emosi ataupun hanya tujuan politik semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira dalam apa kaedah pun jika kita melakukan sesuatu itu bersandarkan kepada persepsi, bersandarkan kepada kehendak keperluan serta expectancy kumpulan sasaran, kita tidak akan salah. Kita akan melakukannya dengan tepat secara objektif, menggariskan pelan tindakan, menilai keputusan-keputusan di peringkat proses. Belum sampai lagi ke objektifnya di hujung sana, kita sudah nilai dalam proses hendak sampai ke output itu ataupun outcome keberhasilan itu. Kita telah boleh menilai sama ada kita boleh capai atau tidak. Itulah dengan lain-lain perkataan saya lihat bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada dua Jumaat yang lalu.

Adalah merupakan satu bajet pembukaan kepada kesediaan kita untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Jadi persediaan ini bukan sahaja perlu diletakkan pada tahap agensi-agensi kerajaan tetapi kepada semua peringkat termasuk pihak swasta, yang di dalam Bajet 2013 ini terdapat pelbagai insentif untuk pihak swasta bersama-sama membantu pihak kerajaan.

Ini tidak semestinya hanya digalaskan atas bahu kerajaan. Pihak swasta perlu bersama- sama dan di antara kerajaan dan swasta, NGO-NGOnya, society civil dia perlu berada dalam kedudukan bersedia untuk menerima era transformasi ini supaya apabila sampai zaman mengehendaki kita melakukan sumbangan kepada negara maju ia akan boleh berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun keghairahan kita untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju itu berada di kemuncaknya, kita tidak boleh lupa kepada beberapa perkara yang menjadi asas kepada sebuah negara itu menjadi maju. Parlimen Tangga Batu umpamanya Tuan Yang di-Pertua, adalah merupakan sebuah Parlimen yang mempunyai komposisi pengundi tentera yang amat besar. Kita lihat pengundi dan rakyat yang berkaitan dengan tentera. Kita mempunyai lebih kurang 25,000 kumpulan keluarga-keluarga yang ada kaitan dengan tentera.

Mereka ini terdiri daripada dua buah kem iaitu Kem Terendak dan Kem Sungai Udang. Kedua-dua kem ini terkenal dan mempunyai jenama mereka tersendiri apabila menggamit ramai peserta kursus dari luar negara seluruh dunia untuk datang ke Parlimen Tangga Batu yang kadang-kadang Ahli Parlimennya pun terlibat juga untuk bersama-sama memberikan penerangan, penjelasan tentang cara hidup, tata budaya, dan nilai kita di sini.

Apa yang saya ingin bawakan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah pertamanya untuk melahirkan rasa syukur kita kepada isi bajet yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada dua Jumaat yang lalu yang berkaitan dengan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera yang telah menyebut bahawa, “Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta merealisasikan visi dan hala tuju strategik Angkatan Tentera Malaysia sesuai dengan keperluan semasa, kerajaan bersetuju untuk menambah baik skim perkhidmatan ATM”. Ini adalah amat dialu-alukan.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya kira keunikan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia apabila kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah kenaikan secara time-based, anggota berpangkat prebet ke lans koperal dan anggota yang berpangkat lans koperal ke koperal dalam tempoh lapan tahun dengan memenuhi syarat prestasi ini adalah sudah dikira tiba masanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira kalau dilihat, dibandingkan dengan askar-askar kita ataupun di kampung saya di panggil soljar-soljar. Satu ketika dahulu, kerja mereka ini adalah semata-mata untuk meletakkan negara, keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara di atas segala-gala termasuk di atas jiwa dan raga mereka. Pernah satu ketika, satu slogan yang amat digemari yang...

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Disebut oleh orang- orang kampung ialah...

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya hendak bantu sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya. Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sebenarnya saya lihat bajet kita memang cukup inclusive. Bukan sahaja merentasi pembelaan kepada semua kaum, semua peringkat masyarakat, bahkan termasuk anak-anak sekolah bagi memastikan supaya rakyat kita mendapat pendidikan yang berkualiti.

Tadi ada sahabat kita ada sebut tentang bantuan kepada sekolah agama tadi, ada disebut dalam ini. Bahkan dia ada sebut, “RM400 juta akan disalurkan kepada sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada sekolah kebangsaan Cina, RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil, RM100 juta untuk sekolah mubaligh dan RM100 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan”. Jadi maknanya kerajaan itu cukup prihatin. Itulah Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Sedikit sahaja kalau boleh...

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sekejap Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Saya hendak minta Yang Berhormat Jasin tolong faham, sekolah agama rakyat itu lain. Ia tidak termasuk dalam SABK. SABK itu sekolah agama rakyat yang diambil alih oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tahu. Masalah itu memang telah lama diperbincangkan. Ada beberapa perkara pertembungan di sana yang perlu kita atasi sebelum sekolah-sekolah agama khusus ini, khas ini boleh didefinisikan atau pun dikumpulkan sebagai sekolah agama kerajaan. Saya faham itu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tentang dahulu, kita diingatkan ketika saya anak-anak, kalau kita bercita-cita hendak menjadi seorang askar atau pun seorang soljar, orang tua kata, “Hah! Engkau jangan jadi soljar, nyawa engkau dekat hujung senapang”.

Nyawa di hujung senapang, itu ingatan. Akan tetapi, apa yang ingin saya bawa di sini ialah walaupun dengan ingatan demikian, masih lagi anak-anak muda, masih lagi bekas-bekas pelajar sekolah berminat untuk menjadi askar atau pun menjadi seorang tentera.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan menyebutkan peruntukan yang besar, penglibatan sebanyak RM107 juta untuk kenaikan pangkat 78,123 anggota daripada prebet kepada lans koperal, daripada lans koperal kepada koperal, ini telah menunjukkan kesediaan kerajaan. Begitu juga dengan pembayaran sagu hati bulanan, insentif khas RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM301 juta. Ini semua adalah kesediaan kerajaan untuk mengakui bahawa anggota tentera sama ada darat, laut, dan udara ini telah menyumbang yang cukup banyak, tidak ternilai banyaknya kepada keamanan dan kemakmuran negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ingat bahawa kumpulan-kumpulan bekas-bekas tentera tanpa pencen ini atau pun dalam bahasa mereka, mereka menggelar diri mereka sebagai Bekas Tentera Tidak Berpencen (BTTB).

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Mereka ini sebenarnya diberikan tiga kumpulan Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan yang pertama ialah kumpulan di zaman darurat iaitu di antara tahun 1948 hingga tahun 1960. Kemudian, mereka yang dikenali sebagai tentera-tentera yang berkhidmat di zaman konfrontasi iaitu di antara tahun 1963 hingga tahun 1966 atau pun lebih dikenali dengan ZK.

Zaman darurat tadi dikenali dengan ZD, kemudian ZK iaitu zaman konfrontasi. Kemudian, mereka yang berkhidmat di dalam angkatan tentera dari tahun 1966 sehingga tahun 1989 iaitu kumpulan ini dikenali dengan nama kumpulan zaman ancaman komunis.

So tiga kumpulan ini Tuan Yang di-Pertua, kumpulan tentera zaman darurat, kumpulan tentera zaman konfrontasi, kumpulan tentera zaman ancaman komunis. Mereka ini hari ini menyambut baik yang diumumkan oleh kerajaan, bantuan secara one-off yang saya kira kesemua anggota tentera seramai 224,000 bekas tentera tidak berpencen ini.

Seramai 224,000 orang, kesemuanya menadah tangan menyatakan rasa syukur mereka kerana pada kali ini kerajaan mengambil kira sumbangan mereka selama mereka menyumbang tenaga, nyawa, anggota badan mereka serta keluarga-keluarga yang terlibat dengan mereka yang terkorban kerana mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya bawakan di sini ialah dalam kumpulan ini kita terlepas pandang mereka yang berkhidmat untuk Kerajaan British sebelum kemerdekaan negara. Ketika itu tidak diragui bahawa kerajaan yang memerintah adalah Kerajaan British. Namun, anggota tentera yang berkhidmat ketika itu lebih kepada mempertahankan tanah air ini, ibu pertiwi ini dalam konteks ianya sebagai sebuah tanah yang didiami oleh mereka, yang dilahirkan oleh ibu bapa mereka kepada mereka. Jadi kumpulan ini tidak ramai Tuan Yang di-Pertua. Mereka ada sejumlah lebih kurang 60,000 orang. Itu pun angka yang terkini saya perolehi lebih kurang dua tahun dahulu yang telah pun mempunyai hubungan dengan beberapa pegawai kanan tentera British. Saya percaya Yang Berhormat Jasin pun boleh conquer saya dalam perkara ini apabila mereka menyatakan yang lazimnya mereka ini akan dianggap sebagai tentera yang berkhidmat dizaman pemerintah, dizaman penjajah, dan mereka tidak diiktiraf sebagai tentera yang mengawal keselamatan dan keamanan negara kita dari ancaman komunis atau pun ancaman luar.

Jadi saya kira elok kerajaan kalau boleh mengambil kira kumpulan ini sekali gus di dalam memastikan bahawa tidak ada kumpulan tentera- bukan salah mereka Tuan Yang di- Pertua. Bukan salah mereka memilih untuk berkhidmat dengan penjajah, tetapi kehendak dan keperluan zaman itu. Di zaman itu memerlukan mereka berada di barisan hadapan untuk mempertahankan tanah air kita. Jadi elok diambil kira kumpulan ini dan mereka tidak akan menganggap diri mereka sebagai kumpulan tercicir.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, bekas-bekas tentera yang bersara tetapi telah berkhidmat dengan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi di dalam syarikat- syarikat GLC, di dalam institusi-institusi pengajian tinggi awam sebagai pegawai serta pengarah-pengarah keselamatan, mereka ini juga dikhuatiri tercicir daripada kumpulan yang bakal menerima bantuan one-off RM1,000 sebulan ini.

Jadi saya merayu kepada pihak kementerian supaya mengambil kira setiap kumpulan-kumpulan ini supaya mereka dapat merasakan yang mereka sebahagian daripada mereka yang boleh menikmati kemakmuran bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada dua Jumaat yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang cukup hangat diperbincangkan sama ada ia pra-bajet, ketika bajet dibentangkan sehinggalah kepada pasca bajet ini iaitu keperluan dan kehendak kepada perumahan mampu milik. Tuan Yang di-Pertua, bagai- bagai usul yang kita dengar sama ada yang dicadangkan oleh pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Ada antaranya yang mendabik dada mengatakan mereka telah berprestasi lebih baik dalam agenda perumahan dan sebagainya di dalam bajet-bajet alternatif yang dibentangkan oleh mereka. Apa yang pastinya Tuan Yang di-Pertua, RM1.9 bilion dalam kaedah untuk membina 123,000 unit rumah mampu milik ini adalah merupakan satu bajet perangkaan, perancangan yang cukup realistik, yang cukup measurable, yang cukup deliverable yang pada hemat saya ia adalah merupakan satu perangkaan, satu perancangan yang cukup berkira-kira berasaskan kepada kemampuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, agensi-agensi di bawahnya termasuk Perbadanan Perumahan 1Malaysia dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih penting di sini adalah kaedah kerajaan untuk mengekalkan harga-harga rumah ini supaya ia tidak terdorong oleh kegiatan-kegiatan spekulasi. Saya percaya kerunsingan kumpulan pertengahan yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan graduan yang muda, yang baru mendirikan rumah tangga, yang melihat harga-harga rumah terutamanya di bandar-bandar besar didorong oleh kegiatan spekulasi yang setengah-setengah rumah yang berkeluasan 1,200 kaki persegi boleh mencecah hingga ke setengah juta Ringgit Malaysia. Kalau nak diikutkan dari segi kehendak dan keperluan zaman ini, rumah seluas 1,200 kaki persegi yang pada kiraan teknikalnya paling tinggi harga yang boleh diletakkan adalah RM100 ke RM120 sekaki persegi tanpa furnishing yang sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, tanpa furnishing yang sempurna itu bermaksud tanpa tiles yang mahal, tanpa kemudahan-kemudahan bilik air yang mewah dan sebagainya. RM100 ke RM120 sekaki persegi ini membawa harga rumah kepada tahap RM300,000 ke RM450,000 bagi rumah yang luasnya 1,200 kaki persegi.

Tuan Yang di-Pertua, kerunsingan kumpulan sasaran pertengahan ini adalah, apabila harga rumah ini yang cukup tinggi dan mereka tidak berupaya memiliki rumah tersebut, maka mereka akan menghabiskan pendapatan bulanan mereka hanya untuk membayar sewa rumah yang akan menguntungkan pihak tuan tanah dan juga tuan rumah.

Kerajaan mendengar keluhan kumpulan pertengahan ini. Alhamdulillah, saya yakin dan percaya 123,000 unit rumah mampu milik ini mampu dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Apa yang lebih penting dari itu Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana satu polisi perlu diperkenalkan supaya pemaju-pemaju rumah mewah di high end housing developers umpamanya perlulah diberikan peringatan di dalam bentuk kawalan dan pengawasan harga oleh jabatan kerajaan, Jabatan Penilaian umpamanya, memantau, mengawasi serta mengawal harga dan memperkenalkan harga siling. Harga siling ini bagi menentukan tidak ada kegiatan sewenang-wenangnya di dalam menaikkan harga tanah dan harga rumah kepada pembeli-pembeli yang boleh mendorong...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh gulung, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Berapa lama lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit.

final • 5:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Masa 20 minit?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dua minit Tuan Yang di- Pertua, maafkan saya.

Jadi oleh kerana itu saya menyarankan, Parlimen Tangga Batu menyarankan supaya kerajaan memperkenalkan kaedah pengawalan dan pengawasan harga bagi rumah-rumah di bandar-bandar dan harga tanah di bandar-bandar.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan supaya kerajaan juga memperkenalkan satu kaedah pembayaran cukai yang mungkin dilihat sebagai tidak mesra iaitu kalau kita ada selama ini di real property gains tax yang diperkenalkan kepada mereka yang menjual rumah di dalam jangka masa lima tahun Tuan Yang di-Pertua. Mereka tidak sewenang-wenangnya boleh menjual rumah yang mereka beli dalam jangka masa lima tahun bagi mengelak kegiatan spekulasi. Saya mencadangkan supaya RPGT ini dalam jangka masa lima tahun tadi ditingkatkan kepada sepuluh tahun supaya jika mereka ingin membeli atas tujuan pelaburan untuk penjualan keuntungan masa singkat dapat dihalang dan ini akan menggembirakan banyak pihak mereka yang ingin memiliki rumah.

Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan jika ia tidak keterlaluan, kepada kumpulan orang-orang muda yang mungkin tersilap langkah di dalam kaedah pengurusan kewangan secara tidak berkesan, mereka telah disenaraikan di dalam credit tip-off, CTOS dan juga CCRIS, mereka menghadapi masalah untuk memohon pinjaman-pinjaman perumahan pada kali ini.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya mencadangkan supaya Kementerian Kewangan, Bank Negara memberikan keringanan kerana rumah ini Tuan Yang di-Pertua, tak boleh lari. Rumah ini tetap berada di sana dan rumah ini akan dijadikan sebagai collateral, sebagai gadaian ataupun sebagai cagaran. Jika pemohon atau peminjam itu lari, maka pihak bank boleh memiliki rumah tersebut untuk dilelong pada harga yang mereka kerugian.

Jadi saya mencadangkan supaya keringanan ataupun syarat CTOS dan CCRIS ini tidak dikenakan kepada mereka yang nak beli rumah. Kalau beli kereta, beli motokar atau beli komputer, ini harta boleh alih. Mereka boleh lari dengan kereta, mereka boleh lari dengan komputer, mereka boleh lari dengan perabot-perabot tetapi mereka tak boleh larikan rumah Tuan Yang di-Pertua. Jadi, berilah keringanan kepada orang-orang muda yang mungkin dulu silap pengurusan kewangan maka mereka disenaraihitamkan yang telah menjejaskan peluang mereka untuk melabur dengan kaedah yang baik. Jadi kalau boleh, ini mungkin diterima baik oleh kumpulan-kumpulan orang muda, kumpulan pertengahan yang menghadapi masalah kewangan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Skim Rumah Pertamaku adalah merupakan satu galakan kepada kumpulan pertengahan dan orang muda untuk memiliki rumah mereka sendiri. Kerajaan menambah baik dari semasa ke semasa bermula dengan RM250,000 tahap harga rumah dengan pendapatan seisi rumah RM3,000, ditingkatkan kepada RM400,000 dengan tahap pendapatan seisi rumah RM8,000. Hari ini kerajaan membentangkan belanjawan Skim Rumah Pertamaku dipertingkatkan kepada pendapatan seisi rumah minima RM10,000 dan harga rumah RM500,000. Ini adalah galakkan demi galakkan dan kita lihat ada penambahbaikan di sana.

Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan skim ini sebenarnya terletak terutamanya kepada institusi-institusi kewangan yang melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka melabur dengan lebih giat lagi. Akan tetapi malangnya, institusi-institusi kewangan, bank- bank ini memperkenalkan syarat-syarat baru yang menghalang skim ini dari berlangsung dengan jayanya.

Tuan Yang di-Pertua, adalah disarankan supaya syarikat-syarikat institusi kewangan, bank-bank ini memberi kemudahan pembelian rumah oleh kumpulan orang muda adalah merupakan satu kaedah pelaburan yang cukup baik bagi orang muda itu sendiri, bagi bank-bank dan institusi kewangan dan bagi Malaysia untuk bersedia menghadapi negara maju berpendapatan tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Bajet 2013 ini.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong.

final • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara saya ingin bangkitkan dalam ucapan saya- pertama Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan hasrat kerajaan di Malaysia untuk repeal, dengan izin, ataupun meminda undang-undang yang mana ada hukuman mandatori gantung sampai mati di Malaysia sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, kita baru-baru ini dapat membaca dalam surat khabar bahawa Singapura telah pun membawa perubahan kepada undang-undang mereka di mana di Singapura juga pada masa yang lalu kesalahan-kesalahan seperti trafficking in drugs, dengan izin, dan juga murder membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

final • 5:29 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, adalah satu pindaan telah pun dibawa di mana Parlimen Singapura telah pun meminda undang-undang tersebut di mana sekarang terdapat discretion ataupun budi bicara pada pihak mahkamah untuk menentukan sama ada dalam satu-satu kes yang tertentu, hukuman yang akan dikenakan adalah hukuman mandatori gantung sehingga mati ataupun sekarang diberi ruang di mana hakim mempunyai ruang untuk mengenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup untuk kesalahan tersebut.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini adalah penting untuk kes-kes di mana khususnya kes-kes yang melibatkan drug ‘mules’, dengan izin, di mana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa dalam kes-kes sedemikian tidak seharusnya mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku adalah ini- di Singapura apabila terdapat cadangan untuk pindaan, apa yang berlaku adalah kementerian di situ telah pun mengadakan satu moratorium di mana semua kes-kes di mana tertuduh telah pun dihukum mati, telah pun digantung hukuman tersebut sehingga ada pindaan. Apabila pindaan tersebut telah pun diluluskan di Parlimen, apa yang berlaku adalah semua kes-kes tersebut dikaji semula. Apabila dikaji semula, kes-kes itu dibawa balik ke mahkamah untuk mahkamah memutuskan sama ada hukuman yang telah pun diberikan iaitu hukuman gantung sampai mati seharusnya dikekalkan ataupun diubah kepada satu hukuman yang lebih sesuai yang selaras dengan pindaan yang dibuat.

Jadi, apa yang berlaku di situ adalah terdapat stay of execution pending. The change of laws and the reviews of sentences, dengan izin. Setelah terdapat perubahan di Singapura Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga telah pun menyeru ataupun menyatakan hasrat kita untuk juga meminda undang-undang tersebut. Saya baca daripada satu petikan daripada di Malay Mail di mana Peguam Negara kita, Tan Sri Abdul Ghani Patail menyatakan, ”Since late last year, we have been doing research and studies”, Tuan Yang di-Pertua. “One of the suggestions is that we want to allow those on death sentence in Malaysia to be resentence as well. This means those on death row would be referred back to the courts with legal representation to be resentence.” He said in response to a query following Singapore’s decision to scrap the mandatory death penalty for drug’s couriers.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting adalah ini, walaupun kita di Malaysia masih menimbangkan keperluan untuk kita meminda peruntukan undang-undang ini dan saya lihat daripada kenyataan Tan Sri Ghani Patail, memang kita di Malaysia sekarang dalam proses pertimbangkan itu. Akan tetapi persoalannya adalah ini, adakah kita juga akan membuat seperti mana dibuat oleh Singapura iaitu sementara kita mengkaji semula peruntukan tersebut dan sementara kita mengkaji semula keperluan kita untuk menghantar balik kes-kes tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk dikaji semula keputusan, adakah kita juga akan menghentikan execution?

Tuan Yang di-Pertua, saya buat kajian dan I am informed dalam tahun ini, dalam bulan Februari, satu jawapan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri di mana dinyatakan terdapat sebanyak 860 orang yang telah pun dijatuhkan hukuman mati yang masih menunggu hukuman tersebut dilaksanakan. So, we got 860 people who are on death row, dengan izin, and who are waiting execution. Persoalannya ialah kalau pejabat Peguam Negara kita telah pun menyatakan dengan cukup jelas dalam surat khabar bahawa sekiranya terdapat pindaan, semua kes ini akan dikaji semula.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta satu penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada kita juga di Malaysia akan mengumumkan bahawa kita akan menghentikan execution ataupun hukuman gantung sampai mati ini sehingga satu keputusan dibuat sama ada ataupun tidak kita hendak pinda undang-undang kita.

Sekiranya pindaan itu ada, sehingga semua kes ini dikaji semula.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak perlu menyatakan kes-kes di mana hukumannya adalah hukuman mati adalah serius. It’s irreversible, Tuan Yang di-Pertua. Di mana terdapat satu kes sebegitu kalau ya, hukuman tersebut dilaksanakan sekarang dan sekiranya kemudian ada pindaan yang membawa kepada satu keadaan di mana kita fikir bahawa sepatutnya orang tersebut tidak seharusnya digantung sehingga mati, maka pada tahap itu susah untuk kita membuat perubahan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya pohon satu jawapan daripada Perdana Menteri. Perkara ini cukup serius, 800 lebih orang yang menantikan hukuman dari segi ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah isu berkenaan dengan undang-undang yang sedia ada. Baru-baru ini kita semua baca dalam surat khabar, ada kes yang melibatkan rogol di bawah umur. Apa yang berlaku di dalam kes itu Tuan Yang di-Pertua, adalah cukup jelas. Terdapat fakta-fakta yang menunjukkan bahawa tertuduh tersebut telah pun meniduri mangsa. Akibatnya, beliau dipertuduh di bawah seksyen 376, Kanun Keseksaan.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam kanun tersebut cukup jelas dinyatakan sekiranya seseorang tersebut meniduri seseorang mangsa yang kurang daripada 16 tahun, maka hukumannya telah pun ditetapkan. So, it’s very-very clear, terdapat mandatory- minimum di situ di mana dinyatakan bahawa sekiranya keadaan tersebut, if it is underage, statutory raped, maka apa yang perlu dibuat oleh sesebuah mahkamah tersebut adalah untuk mengenakan hukuman seperti mana yang dinyatakan di situ. Ianya dinyatakan bahawa hukuman is a minimum of imprisonment of five years and maximum is 20 years.

Tuan Yang di-Pertua, undang-undang juga membenarkan supaya dalam kes-kes tertentu kuasa mahkamah digunakan untuk ikat jamin seseorang tertuduh tersebut di mana beliau boleh dilepaskan dengan jaminan bon. Dalam kes ini, memang itu telah pun berlaku.

Akibatnya, apa yang berlaku adalah terdapat a great public discussion, dengan izin, berkenaan dengan perkara ini. Akan tetapi saya rasa apa yang berbangkit di sini adalah satu isu yang cukup jelas. Kalau Parlimen telah pun menetapkan dalam satu undang- undang bahawa kita ini memandang serius satu kesalahan sedemikian dan keseriusan tersebut dapat kita ukur dengan melihat kepada jenis hukuman yang diberikan. Ianya cukup jelas Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita katakan kalau perkara ini berlaku, minimum is five years, maka saya rasa apa yang perlu adalah untuk satu mahkamah menghormati bahawa itu adalah apa yang diniatkan oleh Parlimen.

Di sini saya juga membaca apa yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Nazri Aziz di mana beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk kita membuat pindaan kepada undang-undang supaya kita dapat strict enforcement seksyen 376 di mana kalau statut tersebut, kalau undang-undang tersebut menyatakan minima, maka seharusnya ianya minimum.

Jadi, saya juga ingin meminta agar kementerian ataupun khususnya Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab persoalan itu. Adakah kita di Parlimen, kita datang ke sini dalam masa hujahan, perbahasan, kita menyatakan bahawa kita melihat secara serius perkara ini. Justeru itu, kita menyatakan hasrat kita untuk mengadakan satu hukuman yang minimum dan selepas itu apabila terdapat minimum, rang undang-undang tersebut diluluskan oleh Parlimen tetapi apabila diluluskan bila sampai ke mahkamah pula kita lihat bahawa terdapat keadaan sebaliknya di mana seseorang itu sebaliknya dibenarkan diikat jamin dan dibebaskan begitu sahaja.

Jadi, saya hendak satu kepastian sekiranya itu adalah matlamat Parlimen, saya rasa apa yang perlu kita buat ialah kita perlu pinda seksyen 376 supaya memberi ruang penuh kepada mahkamah-mahkamah untuk membuat keputusan dalam keadaan-keadaan tertentu. Akan tetapi sekiranya sebaliknya di mana Parlimen memang berhasrat dan hendak agar seseorang dalam keadaan tersebut dihukum minimum lima tahun, saya rasa sudah sampai masanya untuk Parlimen menyatakan bahawa itulah menjadi matlamatnya, itulah menjadi hasratnya. Saya rasa semua hakim di mahkamah perlu mengikut apa yang kita sebagai Ahli Parlimen di sini, apakah undang-undang yang kita luluskan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan perkara ini, ingin juga saya bangkitkan satu perkara berkenaan dengan mahkamah-mahkamah, saya lihat dalam belanjawan ini ada peruntukan dibuat untuk juga mahkamah. Kita berterima kasih untuk tindakan tersebut.

Saya lihat bahawa terdapat usaha pada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada backlog cases dan sebagainya dalam Malaysia. Kita dapat angka-angka yang menunjukkan bahawa sistem KPI yang sedia ada ini memang telah menunjukkan bahawa backlog tersebut telah pun berkurangan dalam tahun-tahun yang lalu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang berbangkit adalah ini, terdapat banyak aduan daripada ramai peguam yang menyatakan bahawa terdapat ramai hakim yang menyalahgunakan sistem ini di mana dinyatakan sebagai satu example.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terdapat satu hakim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, hakim tersebut sehingga keadaan yang mana beliau datang ke mahkamah yang mahkamah bersidang beliau kata, “This is my court. You will follow my law and you will do as I say.” Ini adalah di atas fahaman bahawa KPI memerlukan beliau untuk memastikan bahawa kes-kes dipercepatkan dan sebagainya. Akan tetapi isu berbangkit adalah, adakah ini apa yang kita sebagai Ahli-ahli Parlimen apabila kita menggubal undang-undang, adakah ini menjadi matlamat atau niat kita?

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Can a judge just come to court and say that? He does not want to follow law. “Just do as I please. This is my court, you know, you follow my law. If you are not happy, you discharge yourself. Other lawyers can take over”. Ini menjadi satu perkara yang sangat memalukan sistem kehakiman. Hakim ini nama dia Hakim Hassan.

Saya difahamkan beliau ini adalah hakim pengurus the managing judge in Johor Bahru. Saya rasa ini satu tatacara atau satu kelakuan yang bukan menambahkan nilai kepada sistem kehakiman negara kita di sebaliknya ia memalukan oleh kerana ianya menunjukkan bahawa kita dalam pada kita hendak mengurangkan backlog ini, kita sedia untuk kita - we are prepared to neglect for overlook laws and the interest of the abuse. So ini adalah satu perkara juga yang ingin saya tanyakan. Saya difahamkan bahawa perkara ini telah pun dibangkitkan dan saya hendak tahu sekiranya Jabatan Perdana Menteri akan melakukan sesuatu untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku.

Selepas Ketua Hakim Negara baru mengambil alih Tuan Yang di-Pertua di Malaysia, kita lihat bahawa beliau telah pun has become more relax, dengan izin, dalam perkara ini tetapi kita lihat bahawa tekanan yang sangat banyak masih dibawa terhadap hakim-hakim mahkamah rendah. Saya rasa ini adalah satu perkara yang seharusnya dilihat dengan serius oleh kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang dikenakan satu hukuman tanpa dibicarakan secara adil.

Tuan Yang di-Pertua, kita berbalik kepada isu jenayah. Banyak yang dikatakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkenaan dengan usaha-usaha untuk kita membanteras jenayah di negara kita. Kita memang terima kasih kerana kita dalam pembangkang juga melihat masalah jenayah ini memang satu perkara yang cukup serius di negara kita. Saya rasa bahawa kita semua perlu bersama-sama untuk kita cari jalan penyelesaian berkenaan dengan masalah ini. I think everybody will agree that this is the position. Jadi satu peringkat yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua adalah isu berkenaan dengan statistik jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa apabila Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa statistik jenayah telah pun turun. Memang kita tahu bahawa itu tidak betul walaupun kita dapat lihat daripada segi statistik yang dibekalkan oleh kementerian mungkin kita dapat lihat bahawa statistik-statistik reportable crimes telah pun turun. Akan tetapi isu yang berbangkit adalah sama ada sebenarnya kalau kita lihat daripada segi jenayah-jenayah yang ada sama ada kita lihat satu kekurangan dalam jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, satu cara dalam mana statistik jenayah ini dapat dikurangkan adalah begini. Saya beri contoh yang mana dalam satu keadaan, seseorang itu pergi ke sebuah kereta, dia pecahkan cermin kereta tersebut dan dia curi sebuah laptop di dalam kereta tersebut. Kebiasaannya kes ini dikatakan sebagai kes kecurian. Akan tetapi untuk memastikan bahawa ia tidak dimasukkan dalam statistik kecurian, untuk melihat bahawa ia seharusnya satu kesalahan yang lebih ringan, apa yang berlaku ialah ia dimasukkan ke dalam satu kesalahan yang lain iaitu kesalahan pecahkan cermin kereta.

This is how there is manipulation of the statistics.

Jadi saya di sini hendak minta kalau boleh saya minta satu penjelasan yang mendalam daripada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menunjukkan kepada kita, dalam lima tahun atau sepuluh tahun yang lalu, semua jenis kes dan fakta-faktanya dan kita hendak lihat angka-angka ini untuk kita memastikan bahawa tidak ada manipulasi di dalam angka-angka ini yang mana dinyatakan atau menjadi asas untuk kerajaan menyatakan bahawa memang benar bahawa kejadian jenayah telah pun kurang di Malaysia ini.

Satu lagi cara dalam mana kita dapat melihat kekurangan atau penurunan dalam angka jenayah Tuan Yang di-Pertua adalah sebegini- saya hendak sebut berkenaan satu kes dua atau tiga hari yang lalu iaitu satu kes yang mana terdapat aduan sebuah keluarga, ibu mereka dibunuh, dia ditikam di rumahnya, right in front of their compound. Selepas satu tahun kita lihat bahawa post mortem ataupun laporan perubatan, laporan bedah siasat tidak siap dikemukakan di mahkamah. Ini menunjukkan bahawa pihak polis memang tidak mengambil serius akan kerja mereka. Kita lihat bahawa pihak polis dalam keadaan yang mana mereka tidak mempunyai anggota ataupun tidak mempunyai enough manpower to do their works as a result of which there are delays. Delays which are completely unacceptable. Itu satu contoh.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Contoh yang lain yang saya berikan kepada Dewan yang mulia ini adalah ini. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini banyak aduan yang saya dapat yang mana pihak polis menyatakan kepada seseorang yang hadir di balai polis buat aduan, pihak polis menyatakan kepada mereka, kalau boleh pergi tangkap penjenayah tersebut yang melakukan kesalahan dan bawa ke balai polis supaya kita dapat ambil tindakan. Ini menjadi satu perkara yang cukup merunsingkan. Contohnya, satu kes di Puchong, yang mana di dalam satu kedai, sebuah keluarga juga diserang, dan mereka dicederakan dengan sangat teruk. Pengadu tersebut dipotong dengan parang di hadapan orang ramai sehingga dia menerima kecederaan yang cukup parah. Pihak polis dipanggil ke tempat tersebut pada masa tersebut, pihak polis sampai, pihak polis dapat lihat siapa yang sebenarnya melakukan jenayah tersebut.

Pihak polis tangkap mereka yang terlibat tetapi apabila balik ke balai, pihak polis membebaskan mereka. Selepas membebaskan mereka, apabila pengadu keluar dari hospital tanya pihak polis, apakah tindakan yang telah pun diambil. Jawapan daripada pihak polis, kita telah bebaskan mereka. Kalau you hendak tindakan diambil, sila pergi keluar, tangkap mereka, bawa balik ke balai dan selepas itu kita akan ambil tindakan. Ini menjadi satu keadaan yang cukup-cukup tidak masuk akal. Kesalahan yang diadukan adalah bahawa mereka telah pun dipukul, dicederakan, dibelasah dengan parang dan sebagainya tetapi pihak polis hendak kita pergi tangkap. Ini menunjukkan satu keadaan yang mana kita dapat memahami perasaan rakyat.

Ini menjadi satu contoh yang menunjukkan kenapa rakyat sekarang tidak mahu pergi ke balai polis. Kita lihat bahawa memang kalau you kata bahawa statistik berkurangan, saya di sini menyatakan bahawa ramai masyarakat, mereka tidak hendak pergi ke balai polis kerana mereka tidak ada confidence dengan pihak polis. Mereka kata kalau kita buat laporan polis pun tidak guna. Buat laporan polis kita...

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Puchong.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just one minute. Buat laporan polis kita kena tunggu, tunggu mendapat excuses and so forth, dan selepas beberapa lama perkara itu dibiarkan begitu sahaja.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Yang Berhormat Puchong, minta...

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Kota Belud dahulu.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Okey.

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya mendengar dengan tekun apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Puchong itu. Cuma saya agak khuatir sebab ada dua aspek. Satunya ialah saya tidak nafikan dan saya kira Menteri Dalam Negeri pun dan Inspector General Police pun menyatakan memang terdapat pegawai-pegawai polis yang mungkin mempunyai masalah. Jadi kita satunya ialah apabila kita menyatakan pihak polis ini terlalu general. I think to be fair to the police, they have done a good job. Cuma kalau kita hendak katakan pegawai yang mengatakan kepada anak guam Yang Berhormat tadi itu, namakan pegawai tersebut. Okey itu satu.

Kedua ialah apabila ada tuduhan yang mengatakan bahawa orang tidak lagi mahu membuat laporan polis, kita bertanya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional bertanya kepada IGP dan Deputy IGP. Kita tanya, ini tuduhan daripada pembangkang dan pihak IGP mengatakan bahawa kalau ada insiden mana-mana pihak awam yang tidak mahu ataupun takut ataupun ada tuduhan yang mengatakan mereka takut ataupun tidak mahu membuat satu laporan polis, bawa nama secara spesifik kepada beliau dan beliau akan berjumpa dengan orang-orang tersebut kerana ini adalah satu tuduhan yang agak berat. Jadi we have to be specific. Kalau Yang Berhormat ada isu-isu yang terkini, bawa ke Parlimen tidak ada masalah. Kita boleh mendengar tetapi kalau kita lihat ucapan itu terlalu general, itu akan memberikan satu sangkaan yang tidak begitu baik kepada pihak polis. Itu yang saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat untuk penjelasan.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Minta penjelasan berhubung dengan jenayah.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya jawab itu dahulu dan saya beri. Dua minit sahaja.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Ya, boleh.

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Saya setuju Yang Berhormat Kota Belud. Memang bukan semua polis yang kita kira tidak buat kerja. Saya setuju saya peguam, saya tahu saya pergi ke mahkamah.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ramai pihak polis, pegawai sedia ada itu sangat tekun, membuat kerja dengan baik so there is no problem there saya setuju, tetapi masalahnya Yang Berhormat kepada kamu, kepada kita senang untuk kita hendak mengatakan okay let’s identify one by one tetapi kepada masyarakat ramai di situ, orang yang hari-hari pergi ke balai polis dan sebagainya, are we going to them and see, okay please identify which officer and please go and see the IGP and IGP will try to help you. Adakah ini apa yang kita perlu buat, is it we are supposed to do? Everybody who is going to the balai has problem Tuan Yang di-Pertua, okay please go and see that IGP now, ini...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no there is not what I mean Yang Berhormat, maksud saya ada spesifik isu Yang Berhormat bawa tadi Puchong dia cedera parah, menggunakan parang dan sebagainya. There is a specific issue.

Pada saya dalam insiden seperti ini Yang Berhormat sepatutnya meminta anak guam tersebut menamakan pegawai balai polis yang mengatakan “Oh, you keluar balik tangkap penjenayah bawa masuk ke sini”.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Oh, sudah, itu sudah.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya lah tetapi saya mendengar ucapan Yang Berhormat, Yang Berhormat menggunakan perkataan pihak polis, pihak polis. Jadi ini memberikan tanggapan bahawa pihak polis secara keseluruhannya itu mempunyai masalah, this is where my problem with you. Saya tidak ada masalah dengan Yang Berhormat membawa isu tersebut ke dalam Dewan yang mulia ini.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat ini bukan satu kes sahaja Yang Berhormat, kalau kita hendak membawa semua nama kes, saya rasa boleh berada di sini dua, tiga jam tidak akan habis, berapa kali kita sudah cakap...

final • 5:50 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, you have five minutes.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

For the speech? Ya okey tetapi ini menjadi masalah, saya di sini sebagai- lima minit sahaja, so saya tidak ada dua hingga tiga jam, I can only give one or two examples but I think by and large kalau kita di situ kita tanya orang biasa, orang yang pergi ke balai you can ask them berapa ramai daripada orang ini mengatakan sudah membuat laporan polis berapa lama. Ini bukan satu kes sahaja Yang Berhormat Kota Belud, kes di Johor Bahru juga sama juga same thing pergi tangkap dia sendiri, sehingga orang yang diminta pergi menangkap itu dia mengatakan kepada pihak polis, “Kalau you minta saya pergi tangkap dia, saya ingat saya tidak akan bawa dia pergi ke balai, kita pergi ke sana tangkap kita akan buat apa yang kita hendak buat”, this is the problem.

So, ini menjadi masalah saya, saya di sini sebagai Ahli Parlimen, saya bangun dan meminta kepada pihak polis agar mengambil tindakan, bukan semua orang yang pergi jumpa IGP Yang Berhormat. Saya sebagai Ahli Parlimen mahu jumpa IGP pun susah, sudah berapa kali saya memberikan surat kepadanya, saya hantar memorandum pun langsung tidak ada satu jawapan pun, apa ini? Senang mahu cakap, sini di dalam Dewan senang mahu cakap pergi jumpa IGP, orang biasa hendak berjumpa IGP come onlah Yang Berhormat ya. Sila Bukit Gantang.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu bukan, that is not what I am said.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Puchong dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Puchong baru-baru ini kita mendengar rumah keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan telah dicerobohi dan beberapa barang-barang mahal telah hilang dan Ketua Polis Seremban masih lagi belum memberikan penjelasan siapakah yang bertanggungjawab.

Akan tetapi hendak menceritakan terdahulu daripada itu dua, tiga bulan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri di Slim juga telah dicerobohi. Maknanya kalau ahli-ahli politik juga, rumah mereka ini dicerobohi orang-orang biasa agak terdedah kepada jenayah yang lebih besar daripada itu.

Persoalan saya, Pakatan Rakyat kami mengadakan program ceramah setiap malam boleh dikatakan di banyak tempat dan setiap kali ceramah Pakatan Rakyat tidak kurang lima, enam anggota polis dikerahkan untuk mengambil gambar untuk liputan dan sebagainya. Adakah kemungkinan oleh sebab tugasan ini telah dialihkan untuk memberikan pemantauan kepada program Pakatan Rakyat menyebabkan terabainya dalam mengawal jenayah daripada meningkat. Saya meminta pandangan daripada Yang Berhormat Puchong. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan awal tadi jika kita lihat pada bajet, saya rasa satu perkara yang diterima oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah bahawa terdapat kekurangan tenaga dari segi police force, kekurangan pekerja, kekurangan anggota dan sebagainya, itu yang menjadi sebab mengapa sekarang ini kita dapat melihat inisiatif di mana kerajaan hendak meningkatkan pegawai RELA, pegawai-pegawai polis bantuan dan sebagainya.

Jadi kalau sebegitu memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, kalau pihak polis ini diminta untuk melaksanakan tugas-tugas seperti mana yang disebutkan tadi memang kita akan dapat melihat bahawa kebanyakan tenaga yang sedia ada di dalam PDRM sekarang yang seharusnya digunakan untuk menyiasat kes, seharusnya digunakan untuk mempertingkatkan serta menaikkan prestasi pasukan polis kita ini, memang semua tenaga tersebut diacukan kepada tempat yang bersalah. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak memerlukan untuk pihak polis datang, kita boleh merakam kita punya speech sendiri dan hantar kepada PDRM juga...

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada masalah, kita sudah biasa. Akan tetapi isu yang saya bangkitkan is a bigger issue yang berkaitan dengan apa sebenarnya yang telah pun terjadi sehingga masyarakat awam, the person on the street tiada confident langsung dalam sistem pasukan polis yang sedia ada, silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Puchong.

final • 5:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Selepas mendengar ucapan anak saya, tidak boleh dinafikan taraf, standard bagi polis adalah kurang. Bukan seperti pada masa penjajahan, ada pegawai polis yang bertanggungjawab kerana pada masa itu untuk memasuki PDRM bukannya mudah tetapi sekarang ini ada bermacam-macam syarat, akibatnya terdapat ahli-ahli dalam PDRM yang tidak mempunyai mutu. Saya ingat itu adalah apa yang perlu dilihat dengan baik untuk mendapatkan solution yang baik. Adakah Yang Berhormat Puchong bersetuju dengan saya?... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

You don’t have to agree... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada pilihan Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua saya cukup bersetuju, itu satu...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu semestinyalah Yang Berhormat, itu tanda hormat.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya betul, itu okey ya. Akan tetapi itu memang menjadi satu masalah yang kita perlu lihat secara telus. Kalau kita hendak melihat satu sistem, satu pasukan polis yang memang bermutu tinggi, saya rasa perkara yang paling asas adalah the qualification dengan izin, seseorang pegawai itu.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini juga membawa kepada isu hormat di mana kalau kita lihat jika masyarakat menghormati pihak polis, semua anggota polis, saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan bersama-sama. Jadi saya memasukkan juga ucapan ataupun soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor di dalam ucapan saya dan saya berharap kita mendapat satu jawapan daripada menteri berkenaan berhubung perkara ini. Silakan Yang Berhormat Klang.

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Tuan Yang di-Pertua, dua bulan yang lalu saya membawa satu rombongan yang diwakili oleh rukun tetangga dan juga persatuan penduduk di kawasan saya untuk berjumpa dengan OCPD Klang Selatan. Dalam perjumpaan selama lebih kurang dua jam itu, satu isu pokok yang telah dibangkitkan di dalam perbincangan semasa dialog itu berkaitan dengan ketidakpercayaan ke atas kerja-kerja polis, satu isu yang dibangkitkan oleh kebanyakan Rukun Tetangga ialah orang di kawasan mereka ataupun penghuni-penghuni di kawasan mereka takut untuk membuat laporan polis kerana mereka berfikir bahawa perhubungan di antara criminal dan juga polis terlalu close to each other- itu yang pertama.

Kedua terdapat juga tanggapan bahawa sebenarnya apabila mereka membuat laporan kepada pihak polis, polis akan menghubungi criminal mengatakan bahawa si ‘A’. Si ‘A’ telah membuat laporan kepada dengan criminal ataupun penjahat berkenaan. Ini juga apabila dikemukakan dan dibangkitkan kepada OCPD, OCPD juga tidak tahu apa yang hendak katakan dan hanya boleh mengatakan bahawa tolonglah percaya dengan pasukan polis.

So, sebenarnya tugas kita adalah untuk memperkasakan polis supaya masyarakat dapat mempercayai pihak polis tetapi tanggapan di luar tidak begitu baik terhadap pihak polis. Apakah caranya untuk bring back kepercayaan terhadap polis di mata orang ramai.

Minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Klang, saya rasa itu juga saya masukkan di dalam ucapan saya memandangkan saya tidak ada masa tetapi saya cukup bersetuju. Saya juga mendapat banyak aduan sedemikian. Ramai yang datang berjumpa saya mengatakan mereka takut oleh sebab jika mereka berjumpa pihak polis maka penjenayah tersebut akan mendapat tahu dan selepas membuat laporan polis terdapat juga penjenayah yang akan dapat menghubungi pengadu yang mengatakan bahawa pengadu sudah membuat laporan polis. I mean this is something common nowadays Yang Berhormat, whether you like it or not, it is there.

Seperti mana yang saya katakan tadi, contoh yang telah saya berikan pergaduhan di kedai makan semasa itu penjenayah tersebut menggunakan parang untuk memotong pengadu, pihak polis sampai dan menangkap mereka yang memegang parang tersebut dan bawa ke balai, kemudian melepaskan mereka. Tidak masuk akal. The police were there, this is one of the… [Disampuk] ICP Zulkarnain, if you want to know.

final • 5:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada masalah, saya akan bawa perkara ini dengan lebih mendalam, saya akan tulis surat. Kita akan bawa bila-bila. I hope that the end of the day isu begini saya akan bagi senarai kepada Yang Berhormat Kota Belud tetapi biasalah kalau kita beri pun Yang Berhormat Kota Belud tidak akan buat apa- apa.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, saya beri jaminan Yang Berhormat bahawa senarai itu akan saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa] Macam mana? Akan tetapi kalau Yang Berhormat tidak berupaya hendak menamakan, tidak bolehlah macam Yang Berhormat daripada Klang tadi.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya boleh serahkan benda itu sendiri.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apa, you want to be a messenger- office boy?

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita perlu be fairlah.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat, mungkin juga Yang Berhormat yang kelihatan sangat ghairah yang hendak sokong anti-crime ini mungkin boleh start dengan tanya Menteri untuk jawab bagaimana Ketua Menteri Sarawak mempunyai dana yang besar begitu dan tidak ada sebarang tindakan diambil di mana kita boleh dengar MACC boleh kata, “Ya, sebenarnya anak dia dapat wang yang banyak melalui projek negeri tetapi kita tidak boleh ambil tindakan kerana ada loophole dalam undang- undang”. Ya, these are the kind of things that you must start looking at also kerana ini membawa kepada confidence rakyat.

Orang yang biasa yang ambil RM20 atau RM30 dimasukkan ke dalam penjara tetapi di sini kita dapat baca government kontrak diberikan berpuluh-puluh juta sehingga beratus-ratus juta tetapi minta maaf kita tidak boleh ambil tindakan. Saya lihat Barisan Nasional, Perdana Menteri masih meneruskan...

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Puchong.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Boleh menjadikan dia sebagai Ketua Menteri lagi, kenapa ini berlaku?

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu bukan, itu pilihan orang Sarawak.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Puchong, boleh tambah Ketua Menteri Melaka.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia menang secara mutlak di Sarawak, itu sebab dia jadi Ketua Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi kita semua tahu Yang Berhormat Kota Belud, common Kota Belud, lets be very clear. Kalau sebenarnya siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Barisan Nasional perlu mendapat perkenan Perdana Menteri bukan?

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no it’s not right.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Ini politik, ini fakta. Ini apa sampai hendak gaduh buat apa? Jadi kenapa ada ramai Ahli Yang Berhormat daripada Sarawak, mana?

Nasib baik Speaker daripada Sabah okey dan ada juga daripada Sarawak.

Saya tidak mahu, I do not want to be little anybody. Tetapi malu kita lihat keadaan sedemikian. A shame when we can see dengan jelas report tersebut and all of you are keeping quiet. Inilah janji ditepati, inilah Barisan Nasional. Ya silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya Yang Berhormat Puchong tadi kata Ketua Menteri Sarawak, boleh tambah satu lagi Ketua Menteri Melaka juga. Baru-baru ini saya ingat Yang Berhormat Kota Belud pun hendak cuba bangkit ini supaya- minta satu penjelasan.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak apa, kita masukkan Ketua Menteri Melaka, Ketua Menteri Sabah juga sekali. Saya rasa semua ada, tidak habis-habis ini.

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Ada lagi dua perkara, just a point form- untuk minta jawapan. Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini terdapat masalah banjir yang cukup teruk di kawasan Parlimen di dalam kawasan DUN Sri Serdang. Saya hendak minta Kementerian Kerja Raya untuk memberi satu penjelasan berkenaan dengan apakah tindakan yang akan diambil. Saya telah pun tulis surat dan soalan itu telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri beberapa tahun yang dulu. Dia kata ada rancangan tetapi tidak ada dana yang mencukupi. Saya harap bahawa melalui bajet ini kita dapat dana yang mencukupi kerana apabila banjir wujud sangat serius kerosakan yang dikenakan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Akhirnya Tuan Speaker, saya juga hendak Kementerian Kerja Raya dan kalau boleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan kepada saya iaitu dalam empat tahun Tuan Speaker, saya di Parlimen ada membangkitkan hal berkenaan dengan tol di Puchong. Jawapan yang saya dapat sama, every time dia kata, “Kita tidak boleh membuat apa-apa kerana ada perjanjian” dan itu menjadi masalah ia. Akan tetapi baru-baru ini kita lihat Yang Berhormat Perdana Menteri sanggup membuat pengumuman berkenaan dengan EDL di Johor. Beliau mengatakan bahawa kerajaan sedia untuk beli balik.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dahulu apabila kita beri cadangan tersebut, mereka mengetawakan kita. Mereka katakan tidak boleh dan akan bankrapkan negara, the usual excuse is given, everything will bankrupt this country.

Namun apabila kita kemukakan dalam Buku Jingga pun mereka perkecilkan, memperlekehkan serta mengetawakan. Tetapi sekarang kita lihat apabila sampai masa ke masa pilihan raya, when they are desperate they can do it, it can be done. Jadi saya minta kepada Perdana Menteri, beritahu kepada saya dalam kawasan Puchong, apakah yang kita akan buat untuk mengatasi masalah ini Tuan Speaker? Jadi itulah persoalan saya yang terakhir. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Speaker kerana membenarkan saya berucap pada petang ini. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Tanjung Piai.

final • 6:00 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan peringkat dasar pembentangan Belanjawan 2013. Belanjawan 2013 yang memberikan tumpuan kepada lima fokus utama pelan inisiatif memakmurkan negara dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat semestinya membawa negara ke landasan pencapaian yang lebih tinggi untuk pengubahan status negara maju sebagai negara membangun berpendapatan sederhana tinggi kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang mendapat penyertaan semua rakyat.

Bagi pelaksanaan dan pencapaian yang lebih pantas dan berkesan, suka saya berkongsi di Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu yang saya rasa amat perlu untuk memberikan perhatian agar pencapaian kerajaan akan lebih berkesan.

Pertamanya adalah masalah peralatan serta mesin membuat pasport yang lama di Jabatan Imigresen Malaysia. Masalah tersebut telah menyebabkan usaha Jabatan Imigresen Malaysia yang memasarkan dan menyiapkan pasport Malaysia antarabangsa dalam tempoh satu jam. Ia didapati gagal untuk direalisasikan terutama di Pejabat Imigresen Kukup di kawasan Parlimen saya.

Sejak kebelakangan ini, aduan orang ramai sentiasa diterima apabila berurusan di Jabatan Imigresen Kukup, Pontian walaupun dikategorikan pejabat imigresen penerimaan dan pengeluaran yang sepatutnya dapat menyediakan pasport Malaysia antarabangsa dalam satu jam. Kami memahami gangguan sistem yang kadang-kala berlaku yang menjejaskan operasi. Keadaan itu difahami dan diterima oleh orang ramai.

Apa yang menjadi kemarahan orang awam ialah tiadanya pilihan tindakan alternatif di mana mereka tidak dilayan untuk melakukan permohonan secara manual.

Walaupun setahu saya Jabatan Imigresen Malaysia juga telah menetapkan keadaan permohonan secara manual apabila mesin membuat pasport tidak berfungsi dan tempoh masa untuk pemprosesan hanya melibatkan tiga hari waktu bekerja sahaja. Walau bagaimanapun saya dimaklumkan bahawa keadaan sebenar tidak berlaku di pejabat imigresen Kukup, Pontian, pegawai di kaunter hanya melayan pelanggan untuk menunggu sehingga sistem dan mesin pembuat pasport tersebut dikendalikan baik semula.

Bolehkah kementerian memastikan keadaan sedemikian akan dapat dielakkan bagi menunjukkan kerajaan prihatin terhadap orang ramai sekali dengan pelan transformasi Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diluluskan dan dilaksanakan berteraskan lapan konsep 1Malaysia? Akan tetapi apa yang saya difahamkan, tindakan yang dibuat oleh pegawai di Jabatan Imigresen Kukup, Pontian seolah-olah tidak selaras dengan peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian.

Integriti pegawai sangat dipertikaikan dan jika demikian keadaannya, bagaimanakah kita hendak menghebahkan kepada orang ramai bahawa kerajaan benar- benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dalam tindakan ini.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya telah membuat aduan kepada kementerian berkaitan kebelakangan ini mengenai isu tersebut, dukacita sehingga hari ini keadaan kekal sama. Justeru itu, saya ingin tahu sama ada kementerian berkenaan dapat menggantikan mesin dan peralatan pembuat pasport yang lama pada tahun 2013 bagi melancarkan proses membuat pasport khususnya di pejabat imigresen Kukup.

final • 6:05 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah isu mengenai Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kerajaan Negeri Johor khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ke atas kedua-dua pemimpin yang telah mengambil perhatian serta banyak membantu pihak saya dalam memperolehi dua lot tanah iaitu Lot 1676, dan Lot 1677 seluas 7.11 ekar di Mukim Jalan Batu, dalam kawasan Parlimen saya untuk dijadikan tapak pembinaan SKJ(C) Yu Ming 2 yang juga salah satu sekolah bantuan penuh kerajaan di kawasan Parlimen saya.

Susulan penyiapan tanah sedia ada untuk kegunaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah kegunaan kuari JPS yang tidak lagi diguna pakai dan lot tersebut telah diserahkan untuk kegunaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ming 2.

final • 6:05 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Saya juga telah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor telah mengeluarkan dokumen hak milik keluaran berkomputer bagi lot tersebut untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ming 2 kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Manakala pihak Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebagai kementerian atau Jabatan Pengguna telah diberikan salinan hak milik sementara tersebut yang dikeluarkan bertarikh 25 Jun 2012 untuk tujuan permohonan peruntukan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.

Baru-baru ini pihak sekolah telah mengemukakan permohonan untuk perpindahan sekolah di tapak baru kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya juga dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan pembinaan sekolah baru SJK(C) Yu Ming 2, anggaran kos berjumlah RM21 juta telah dikemukakan di mana RM20 juta merupakan pembinaan kos bangunan sekolah manakala RM1 juta merupakan kos pembelian perabot dan peralatan.

Oleh itu, saya memohon jasa baik Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat meluluskan kos sebanyak RM21 juta bagi tujuan pembinaan sekolah tersebut dengan kadar segera dalam bajet pada kali ini memandangkan kesesakan yang berlaku di lokasi sekolah yang sedia ada yang mana SJK(C) Yu Ming 1 dan SJK(C) Yu Ming 2 terpaksa berkongsi tapak dan bangunan yang sama di lot 37 yang hanya seluas dua ekar sejak dibina pada tahun 1964.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2012 jumlah enrolment murid sekolah melibatkan 1,400 orang murid. Kedua-dua sekolah ini juga tidak mempunyai padang untuk mata pelajaran pendidikan jasmani dan sukan sejak kewujudannya.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini juga isu kenaikan caj elektrik secara mendadak menjadi topik utama di kalangan rakyat khususnya selepas pertukaran meter baru jenis digital. Bagaimanapun kerajaan Barisan Nasional yang begitu prihatin kepada rakyat akhirnya Yang Berhormat Menteri sendiri telah bersetuju bahawa TNB akan kaji balik perkara tersebut dan rancangan untuk menukar meter lama telah diberhentikan buat masa sekarang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengambil langkah bijak dalam perkara ini.

Walau bagaimanapun, soal bagaimana sejumlah lebih daripada 1.2 juta yang telah menukar pembacaan meter lama tersebut, apakah tindakan kerajaan dalam situasi tersebut memandangkan saya yakin antara 1.2 juta yang telah menukar pembacaan meter lama tersebut adalah di kalangan yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, seperti mereka yang tinggal di projek perumahan rakyat dan rumah kos rendah. Saya difahamkan penglibatan pertukaran meter lama tersebut pada ketika itu meliputi 7.6 juta pelanggan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia tanpa mengambil kira bentuk rumah yang didiami. Saya percaya golongan yang kurang berkemampuan tersebut tidak mampu membayar sebarang kenaikan perbelanjaan termasuk caj elektrik.

Saya ingin berkongsi contoh yang berlaku di kawasan Parlimen saya sendiri, di mana golongan berpendapatan rendah merasa beban ke atas pertukaran meter baru tersebut. Contohnya seorang pengguna TNB nombor akaun pengguna 0330029631105 yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah di kawasan Parlimen saya telah menerima kesan negatif susulan pertambahan kos kehidupan harian apabila pertukaran meter baru TNB telah dibuat pada penghujung bulan April 2012. Sebelum itu mereka hanya menggunakan 303 kilowatt atau kos sebanyak RM77.31 pada bulan Februari 2012.

final • 6:10 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Pada bulan Mac 2012 pula mereka hanya menggunakan 296 kilowatt atau kos sebanyak RM75.66 sahaja. Apabila meter pembacaan baru dipasang pada penghujung April 2012 jumlah penggunaan elektrik mereka masih dalam keadaan yang normal iaitu hanya menggunakan 301 kilowatt atau kos RM78.17 sahaja.

Keadaan berubah pada bulan berikutnya di mana jumlah penggunaan elektrik telah meningkat kepada 549 kilowatt bersamaan dengan kos sebanyak RM172.73 iaitu peningkatan sebanyak 123 peratus kenaikan berbanding kadar di paras RM77.31 sebagai panduan pengiraan. Keadaan berlaku berterusan pada bulan Jun 2012 di mana penggunaan elektrik pada tahap 401 kilowatt bersamaan dengan kos sebanyak RM118.70 iaitu 53 peratus kenaikan. Pada bulan Julai 2012 keadaan adalah hampir serupa di mana kegunaan elektrik adalah pada tahap 418 kilowatt bersama dengan kos sebanyak RM125.48 iaitu kenaikan 62 peratus. Pada bulan Ogos pula kenaikan kegunaan elektrik adalah pada tahap 441 kilowatt bersamaan dengan kos sebanyak RM131.91 iaitu kenaikan 70 peratus. Pada bulan September 2012 pula kegunaan elektrik adalah pada tahap 425 kilowatt bersamaan dengan kos sebanyak RM128.32 iaitu kenaikan 65 peratus.

Jadi contoh kes yang dikemukakan terbukti pertukaran pembacaan elektrik baru telah memburukkan lagi keadaan di mana saya yakin di kalangan 4.4 juta pengguna TNB yang dikatakan tidak menghadapi kesan sampingan susulan pembaharuan tarif elektrik baru pada Jun 2011 adalah tidak tepat. Memandangkan contoh yang dinyatakan telah terbukti jelas bahawa mereka daripada pengguna di antara 201 kilowatt hingga 300 kilowatt sebulan telah meningkat kepada 300 kilowatt atau lebih daripada itu. Secara langsung mereka yang masih menghadapi masalah kekangan kewangan juga terjejas susulan pertukaran pembacaan meter baru. Ini adalah kerana penduduk-penduduk di kawasan rumah kos rendah adalah daripada golongan kurang berada dan sebahagian daripada mereka adalah penerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hakikatnya bantuan kerajaan tersebut hanya mampu digunakan untuk pembayaran caj elektrik yang tinggi.

Di Dewan yang mulia ini saya ingin tahu daripada sejumlah 1.2 juta pengguna TNB yang dikatakan telah menukar pembacaan meter baru tersebut, berapakah pula pengguna TNB di kawasan Parlimen saya yang telah terlibat dan adakah kerajaan masih meneruskan pemberian rebat elektrik RM20 untuk mereka yang menggunakan caj elektrik kurang daripada RM20 setiap bulan pada tahun 2013? Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan menerusi TNB sewajarnya membuat satu sistem keadaan tambahan kepada sedia ada untuk golongan yang berpendapatan rendah berdasarkan jenis rumah kediaman mereka. Persoalan saya juga sama ada kerajaan bercadang mengekalkan pembacaan meter lama jenis elektro mekanikal ke atas kawasan perumahan orang berpendapatan rendah termasuk isi rumah yang telah menukar pembacaan meter lama mereka bagi memastikan rebat RM20 tersebut benar-benar digunakan ke atas kekurangan pengguna elektrik dan bukan yang difikirkan oleh banyak pihak bahawa rebat RM20 itu sebenarnya untuk tujuan melindungi kos kenaikan caj elektrik susulan pertukaran meter tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah kerajaan terus memperkenalkan langkah mengurangkan kadar jenayah di mana sejumlah RM591 juta akan disediakan bagi melaksanakan langkah-langkah antaranya menambah bilangan perjawatan baru dalam Polis Diraja Malaysia. Ia akan secara tidak langsung membanteras jenayah sosial yang kian berlaku di kawasan Parlimen saya. Isu hangat permainan hiburan keluarga yang menjejaskan ketenteraman keluarga, masyarakat mahupun negara sering dijadikan topik utama rakyat termasuk di Daerah Pontian. Saya percaya tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa tetapi sejauh manakah tindakan tersebut menghasilkan impak kepada pengusaha-pengusaha yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan cepat tanpa mematuhi peraturan Lesen Hiburan Awam berikutan peningkatan gejala sosial sejak kebelakangan ini. Apakah hasil serbuan yang dilakukan selepas laporan polis yang didaftarkan oleh orang ramai? Sejauh mana tindakan yang dikenakan kerana aduan orang ramai tidak berkurang selepas membuat laporan polis.

final • 6:10 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Pengusaha lesen hiburan keluarga tersebut tetap beroperasi 24 jam sehari.

Sejauh manakah keberkesanan polis sehingga pengusaha masih memiliki peralatan dan mesin permainan hiburan berunsur judi tersebut untuk meneruskan operasi walaupun serbuan polis telah merampas permainan hiburan yang sedia ada?

final • 6:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Manakala kepada pengusaha yang dilaporkan telah melanggar syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh pihak pengusaha tempatan. Apa pula tindakan yang dikenakan sehingga tiada perniagaan haram ditutup daripada beroperasi?

Secara rasionalnya masalah tersebut telah menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat disebabkan mereka yang telah kalah dalam pertaruhan tersebut akan melakukan apa-apa sahaja. Mahupun gejala ringan seperti melibatkan kecurian, pecah rumah manakala yang serius pula melibatkan kes-kes ragut serta rompakan yang menjadi faktor memusnahkan masa hadapan anak muda, murid sekolah serta keluarga mereka. Saya mencadangkan kepada kerajaan tindakan tegas perlu diusahakan oleh Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat dan serbuan itu mestilah berkesan. Beberapa laporan telah dibuat oleh orang ramai termasuk saya sendiri tetapi dari apa yang saya maklumkan nampaknya keadaan tersebut masih kekal dan timbul tanggapan di kalangan orang ramai ada pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Baru-baru ini muncul lesen hiburan keluarga yang semakin banyak sejak kebelakangan ini. Ia jelas tidak disukai oleh penduduk khasnya di Daerah Pontian. Mereka tidak mahu melihat tempat hiburan keluarga awam berunsur judi masih diwujudkan yang menyebabkan masa depan anak mereka terus musnah begitu sahaja. Seruan masyarakat Pontian agar lesen berkenaan dibatalkan segera. Maka di dalam Dewan yang mulia ini saya memohon kementerian berkenaan membatalkan lesen hiburan sedia ada serta membekukan lesen hiburan awam di Daerah Pontian serta-merta memandangkan keadaan tidak dapat dikawal dengan baik oleh pihak berkuasa.

Tuan Yang di-Pertua, isu berikutnya adalah mengenai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 18 Mac 2012 yang lalu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah meluluskan dan menyampaikan hak milik lot kediaman kedai dan chalet yang pertama di Malaysia kepada lebih daripada 400 orang penerima di kawasan Perkampungan Laut Air Masin di Pontian merupakan penempatan di atas air.

Walaupun perkampungan tersebut telah mendapat geran tersebut, tetapi kemudahan asas masih tidak terancang sejak daripada kewujudan perkampungan lalu menimbulkan banyak kekurangan prasarana termasuklah sistem gubahan. Oleh sebab kawasan perkampungan tersebut merupakan tumpuan pelancong asing, maka sistem gubahan yang dapat menjaminkan keselesaan dan kesejahteraan penduduk tempatan mahupun pelancong asing amat diperlukan. Saya telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan difahamkan kementerian berkenaan telah bersetuju satu pelan tindakan pembangunan sistem pembetungan yang lebih menyeluruh bagi penyediaan infrastruktur kemudahan rawatan kumbahan dibangunkan.

Pihak kementerian juga telah memohon peruntukan penyediaan kajian dan tapak sistem pembetungan sistem tersebut. Oleh itu, boleh saya ambil maklum mengenai projek ini sama ada peruntukan penyediaan kajian dan tapak sistem pembetungan akan bermula pada tahun 2013. Saya juga ingin tahu selepas kajian sistem pembetungan yang komprehensif telah dihasilkan, saya memohon jasa baik agar kerajaan menyediakan peruntukan khas ke atas pemindahan sistem kumbahan tersebut memandangkan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah golongan yang kurang berada dan kebanyakan merupakan golongan nelayan.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya menerusi peruntukan Belanjawan 2013 ini, aktiviti pengawasan dan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan efektif dapat dicapai bagi menangani masalah pencemaran yang turut berlaku di kawasan Parlimen saya di mana terdapat isu kekotoran dan pencemarannya yang menjadi penghalang untuk pembangunan sedia ada. Saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan pencemaran khususnya ekoran daripada pemindahan minyak secara haram dan pembuangan minyak.

Pencemaran yang berlaku di kawasan Tanjung Piai bukan satu isu baru tetapi keadaan semakin berleluasa tanpa kawalan yang efektif walaupun pernah dibangkitkan dan dijawab oleh Menteri sendiri mengenai langkah-langkah penyelesaian masalah tersebut pada Bajet 2012 lalu. Akan tetapi nampaknya keadaan kekal dan pencemaran telah berlaku berturut- turut pada bulan Februari tahun 2012.

final • 6:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, industri pelancongan diberikan tanggungjawab yang besar untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana telah menyumbangkan hampir 12 peratus dalam KDNK negara. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2013 atau 2014, kerajaan dalam Bajet 2013 telah memperuntukkan sebanyak RM338 juta di bawah perbelanjaan pembangunan iaitu peningkatan peruntukkan sebanyak 42 peratus dengan mensasarkan seramai 26.8 juta pelancong. Saya yakin sasaran itu akan tercapai. Walau bagaimanapun, Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terkenal dengan mercu tanda terjejas akibat daripada kejadian tumpahan minyak baru-baru ini perlu diberikan perhatian untuk menangani masalah tersebut bagi membantu kerajaan mencapai jumlah sasaran pelancongan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan tersebut merupakan kawasan ekopelancongan yang mencatat 30,000 pengunjung pada tahun ini dan juga terkenal dengan tanah lembap berkepentingan antarabangsa. Pada kejadian tumpahan minyak baru-baru ini, pokok-pokok bakau di sepanjang 600 meter persisiran pantai Taman Negara turut terjejas. Di mana minyak yang melekat pada akar pokok menyebabkan ia mereput sebelum mati malah kehidupan lain seperti ikan turut menjadi mangsa. Saya ingin mencadangkan sekali lagi bahawa tindakan dan rondaan yang berkesan perlu diutamakan bagi mengelakkan aktiviti pencemaran tersebut terus berlaku sehingga menjejaskan sumber pendapatan kawasan tersebut yang terkenal dengan penglibatan penternakan ikan sangkar yang berjaya menjana ekonomi sebanyak RM25 juta sehingga RM30 juta setahun.

Saya juga ingin tahu adakah kerajaan menyediakan lebih aset untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan Parlimen saya pada Bajet 2013 bagi melancarkan lagi rondaan yang lebih berkesan.

Saya juga ingin mencadangkan supaya selain dari rondaan peralatan menghalang minyak yang tumpah di laut dari sampai ke daratan hendaklah dibekalkan kepada agensi penguatkuasaan. Saya ingin mengimbas kembali bahawa pada tahun 2008, dengan adanya sebuah kapal pencegah pencemaran minyak yang dikenali sebagai Seri Endon telah berjaya mengawal tumpahan minyak di laut hanyut ke lautan dan dari rekod menunjukkan di antara tahun 2008 hingga 2009 kawasan pantai di Tanjung Piai dan selat bebas dari pencemaran minyak. Selepas itu saya difahamkan Kapal Seri Endon telah tidak diaktifkan lagi dan pencemaran minyak ke pantai telah berlaku lagi sehinggalah sekarang dan untuk makluman Dewan yang mulia, pada tahun 2012 sahaja terdapat dua kejadian pencemaran minyak di Pesisir Pantai Tanjung Piai. Jelas bahawa dengan adanya kapal yang boleh mengawal limpahan minyak ketika ia masih di laut lepas adalah amat berkesan dalam menangani masalah pencemaran minyak di pantai. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar fungsi Kapal Seri Endon diteruskan.

Seterusnya, bolehkah saya dimaklumkan jika ada mana-mana pihak telah didakwa sebagai penyebab kejadian tumpahan minyak yang berlaku bulan Jun 2012 lalu, hasil siasatan sampah minyak di kawasan tumpahan tersebut. Adakah kerajaan bersedia untuk menempatkan pejabat Cawangan Operasi Maritim tetap di Kukup bagi membolehkan mereka bertindak segera sekiranya mendapat laporan mengenai kejadian tidak diingini.

Saya berharap pendekatan baru yang lebih berkesan antara Jabatan Alam Sekitar dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dapat dilaksanakan demi mengelakkan kawasan Parlimen saya yang mempunyai sumber pendapatan perikanan yang stabil dan tempat pelancongan menarik hilang dan pupus begitu sahaja.

final • 6:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa isu berkaitan Kementerian Kerja Raya yang ingin saya bangkitkan di mana satu laluan baru jalan exit Johor Bahru ke Pontian sejauh 26 kilometer telah dicadangkan sejak RMKe-8 yang dianggarkan kos pembinaan sebanyak RM100 juta masih belum dapat dilaksanakan.

Anggaran kos telah meningkat kepada RM145 juta sehingga kini disebabkan kelewatan pembinaan tersebut. Saya khuatir peningkatan kos yang berterusan akan menyebabkan pembinaan tersebut terus ditangguhkan sehingga menyebabkan Daerah Pontian masih tertinggal di bawah pembangunan di Wilayah Iskandar.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 6:30 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Saya ingin tahu berapakah masa yang diperlukan lagi untuk pembinaan tersebut memandangkan projek tersebut telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh. Kenderaan semakin banyak manakala jalan sedia ada tidak mampu lagi menampung. Rakyat di kawasan Parlimen saya mahu jalan alternatif untuk penggunaan jalan raya dari Pontian, Pekan Nanas ke Johor Bahru melalui persimpangan Pulai dan Gelang Patah tersebut. Oleh itu, saya ingin tahu dan ingin dapat penjelasan yang terperinci daripada kementerian berkenaan projek yang disebutkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah disediakan untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan di luar bandar dan jalan perhubungan desa. Oleh yang demikian, penekanan saya yang terakhir adalah berkaitan isu menaik taraf jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai fasa 2 di mana penaiktarafan jalan sepanjang 29 kilometer telah dirancang pada tahun 2004 lagi. Projek tersebut telah difokuskan sekali lagi pada tahun 2009 di bawah bidang keberhasilan utama negara. Oleh sebab syiling harga yang tidak mencukupi telah menyebabkan projek naik taraf tersebut hanya disiapkan sepanjang 18 kilometer sahaja menerusi projek fasa 1. Bagaimanapun, rungutan orang ramai telah kedengaran kerana mereka risau jalan yang sepatutnya dinaik taraf sekali gus akan ditangguhkan untuk masa yang agak lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, jalan raya bukan sekadar untuk menghubungkan satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia juga berperanan sebagai perangsang ke atas kegiatan pertanian serta kegiatan pelancongan yang terkenal di kawasan Parlimen saya yang kebanyakan kawasan meliputi kawasan luar bandar. Bagi membolehkan kenderaan muatan berat dan kenderaan-kenderaan lain menggunakan jalan yang lebih selesa untuk melancarkan pembangunan tersebut, penaiktarafan secara keseluruhan diperlukan dengan kadar segera.

Saya telah dimaklumkan bahawa projek fasa 2 ini tidak tersenarai dalam senarai pelaksanaan projek Rolling Plan Ketiga walaupun telah mendapatkan sokongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ingin saya tegaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa projek penyambungan fasa 2 amat diperlukan bagi membolehkan objektif utama penaiktarafan jalan tercapai secara menyeluruh.

Seandainya projek fasa dua ditangguhkan, jalan sepanjang 15 kilometer yang akan siap kelak tidak dapat digunakan sepenuhnya. Para pengguna hanya dapat menggunakan jalan bermula dengan masuk ke persimpangan Belukok dan terpaksa keluar di persimpangan Teluk Kerang iaitu 10 kilometer daripada 15 kilometer yang disiapkan tersebut. Persimpangan Teluk Kerang akan semakin sibuk susulan telah menjadi jalan penyambung ke jalan utama. Manakala jarak 5 kilometer yang telah siap menerusi fasa satu tidak dapat digunakan sepenuhnya dengan hanya untuk kegunaan harian penduduk sahaja. Maka yang demikian, ini tidak selari dengan peruntukan yang dilaburkan untuk projek fasa 1 ini.

Saya memohon penelitian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri atau UPE JPM bagi projek naik taraf fasa dua sepanjang 11 kilometer beranggaran kos sebanyak RM38 juta. Ini akan membantu setidak-tidaknya boleh tersenarai dalam projek penaiktarafan jalan dalam Bajet 2013.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, semoga perbahasan saya tadi dijadikan panduan oleh kerajaan dalam merealisasikan kerajaan bertanggungjawab dan mengutamakan kehendak dan aspirasi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan 2013. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan untuk Bajet 2013 ini dengan membaca sepotong ayat Quran dari surah Saba’, ayat 15... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

final • 6:35 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda kekuasaan Tuhan di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan juga di sebelah kiri. Kepada mereka dikatakan, makanlah oleh mu daripada rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhan-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. Negeri-mu adalah negeri yang baik dan Tuhan-mu adalah Tuhan yang maha pengampun.” Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bahas Bajet ini. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, bajet ini adalah merupakan bajet talian hayat bagi Barisan Nasional untuk berdepan dengan pilihan raya umum yang ketiga belas. Sudah setahun ataupun setahun lebih kita menunggu pilihan raya diumumkan oleh Perdana Menteri tetapi dalam demokrasi yang diamalkan dalam Malaysia, hak provokatif ataupun hak mutlak Perdana Menteri menentukan tarikh pilihan raya. Akan tetapi kita telah terlepas banyak perkara dan kita juga terpaksa berkorban banyak perkara untuk kita berdepan hanya dengan satu tarikh yang hanya menjadi kuasa Perdana Menteri untuk mengumumkan.

Ayat yang saya bacakan tadi adalah ayat yang berkaitan dengan sebuah negeri Saba’ yang cukup subur, cukup makmur tetapi akhirnya dimusnahkan oleh Allah SWT akibat daripada maksiat-maksiat yang dilakukan. Penolakan terhadap arahan-arahan daripada Tuhan menyebabkan Tuhan telah menghantar kepada mereka satu banjir besar yang telah memecahkan Empangan Maarib. Akibat daripada penyelewengan- penyelewengan yang berlaku terhadap arahan-arahan Tuhan itu, maka Allah telah menggantikan dua buah kebun yang cukup subur tadi dengan kebun yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang berbuah pahit, pohon asal dan juga sedikit daripada pohon sidr. Inilah balasan yang telah diberikan oleh Allah Taala terhadap sebuah negeri yang cukup makmur pada ketika itu.

Saya percaya perkara ini juga boleh berlaku dalam negara kita. Negeri ataupun negara kita yang cukup makmur dengan segala hasil mahsul, minyak dan segala-galanya, sekiranya tidak diuruskan dengan betul sepertimana yang dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini, sebagai contohnya bagaimana minyak ataupun hasil minyak yang cukup banyak tetapi berlaku ketirisan dan sebagainya, saya rasa tidak mustahil peristiwa ini akan berulang semula.

Bajet ini Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ialah bajet walaupun seolah-olah dikemukakan kononnya untuk golongan muda yang mewakili 40 peratus ataupun 50 peratus daripada rakyat dalam negara kita tetapi ianya bukanlah merupakan satu penyelesaian jangka panjang pada pendapat saya, terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda dalam negara kita. Walaupun mereka digula-gulakan dengan telefon pintar, digula-gulakan dengan BR1M 2.0 yang bagi RM250 kepada orang-orang tertentu tetapi maklumat yang ada dalam Dewan kita yang didedahkan oleh kawan-kawan kita menunjukkan bahawa empat daripada lima orang rakyat Malaysia akan dapat tawaran one-off yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan bahawa kita berada dalam masalah yang cukup serius. Negara kita berdepan dengan krisis di mana hanya 20 peratus orang yang paling kaya menguasai 40 peratus ekonomi.

final • 6:35 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Pada masa yang sama, 40 peratus yang lain menguasai 15 peratus kek yang masih berbaki daripada kek ekonomi di dalam negara kita. Jadi, bagi saya kalau 40 peratus mewakili golongan muda, maka bajet ini adalah bajet yang menggembirakan sementara orang-orang muda ataupun golongan belia seperti saya. Pada masa yang sama kita berdepan dengan isu-isu seumpama senarai hitam yang ada kawan kita menyebut hampir 44,000 yang kena senarai hitam dan hampir setiap hari ataupun berpuluh orang setiap hari, 40 orang tidak silap saya, yang di senarai hitamkan di bawah umur 30 tahun. Jadi, ini satu maklumat yang cukup mengejutkan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian-pemberian yang telah disebut oleh kerajaan dalam bajet ini di mana yang kita sama-sama maklum di antara lain ialah kita berkongsi apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang, 20 peratus yang paling kaya menguasai ataupun mengongsi 50 peratus kekayaan negara. Yang ini cukup satu maklumat yang harus diambil perhatian oleh kerajaan.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Seterusnya, saya ingin membahaskan yang berkaitan dengan agensi kerajaan.

Yang pertama berkaitan dengan FELCRA. Kenyataan daripada Menteri Besar Kedah baru- baru ini dalam sidang akhbar yang dibuat, hampir RM200 juta keuntungan yang melibatkan FELCRA tetapi tidak masuk ke dalam akaun Kerajaan Negeri Kedah. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian yang berkaitan. Apa gunanya pihak agensi Kerajaan Pusat berperang dengan kerajaan negeri? Sampai mesyuarat dipanggil oleh pihak Menteri Besar Kedah atau pihak Kerajaan Negeri Kedah, agensi FELCRA masih lagi belum ataupun gagal untuk hadir dalam mesyuarat yang dibuat oleh kerajaan negeri. Benarkah ada RM200 juta yang sepatutnya menjadi hak milik Kerajaan Negeri Kedah tetapi tidak sampai kepada kerajaan negeri akibat daripada keengganan daripada pihak agensi pusat untuk hadir dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh sebuah kerajaan negeri yang sah dipilih oleh rakyat?

Malah ada perjanjian-perjanjian yang dibuat kononnya ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh FELCRA yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung. Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan. Ladang ini akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil tetapi tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha ini malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 untuk kerajaan negeri, 40 untuk agensi Kerajaan Pusat tetapi tidak pernah kerajaan negeri dapat hasilnya. Ini dibangkitkan oleh Menteri Besar Kedah. Ini sebagai satu contoh kepada kita bagaimana agensi-agensi Kerajaan Pusat mungkin dalam dilema. Pegawai-pegawai buat kerja dengan baik tetapi ada arahan-arahan politik di sana yang menyebabkan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Sebagai contoh, saya bawa yang berlaku di FELCRA ataupun di kawasan Kampung Bagan, FELCRA Kampung Bagan. Ia tidak ada penempatan penduduk tetapi di sana kalau kita lihat di mana maklumat yang kita terima ada penduduk-penduduk yang menentang pengambilan tanah usaha mereka. Apa yang minta daripada kerajaan negeri, jasa baik kerajaan negeri untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha tanah ini. Ini berlaku 80-an, 90-an di Kedah, di Padang Terap sebagai contohnya.

Ada yang menentang sebab mereka sudah buat kebun. Syarat untuk mendapat tanah mereka mesti mengusaha tanah. Bila mereka usaha, dipujuk oleh pemimpin- pemimpin politik untuk diserahkan kepada agensi Kerajaan Pusat tetapi sampai masa dapat hasil, mereka tidak dapat menyertai ataupun terlibat sama dalam program tersebut. Saya bagi contoh, dalam rekod yang kita ada, peringkat awal 18 orang yang menentang pengambilan. Akhirnya, dengan janji-janji pemimpin politik mereka terpaksa serahkan tanah ataupun kebun yang mereka usahakan.

Ya lah, masa itu 80-an, 90-an bukan ada sistem yang baik hak milik seperti sekarang. Akan tetapi bila diserahkan, mereka tidak mendapat apa-apa pampasan. Tidak dapat apa-apa pampasan dan masalahnya ialah berlaku malah berlanjutan sehingga hari ini. Pengusaha-pengusaha asal, mereka hendak kacau, hendak masuk dalam ladang yang diusahakan dalam FELCRA. FELCRA pun hendak dapat untung susah, orang kampung pun tidak dapat hasil. Sampai bila akan berterusan perkara-perkara seperti ini? Sampai bila FELCRA terpaksa berdolak-dalik untuk bertemu dengan kerajaan negeri, perjelaskan di mana sebenarnya masalah yang berlaku dalam kes yang spesifik seperti mana yang saya bangkitkan tadi?

Orang kampung yang usaha di peringkat awal tidak dapat tanah, di FELCRA Kampung Selatan tidak dapat tanah. Mereka serah kerana mereka percaya kepada kerajaan yang ada yang memerintah pada ketika itu. Akan tetapi sampai masa untuk dapat hasil, hanya agensi-agensi tertentu sahaja dikatakan mendapatkan manfaat daripada pembangunan tanah-tanah ini, itu yang pertama.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan berkaitan dengan projek di bawah Kementerian Pertanian. Ada satu projek dibuat di Padang Terap, Projek Pengairan Bukit Sena. Di Padang Terap ini kita ada Empangan Pedu, Empangan Muda, hasil atau airnya mengalir di sawah-sawah ataupun di bendang-bendang di sebelah lain, di sebelah Kuala Kedah, Jerai dan sebagainya. Kami tidak dapat hasil di sana tetapi air daripada Padang Terap. Kita bangkitkan berkali-kali supaya buat satu program, projek untuk mengairi sawah-sawah di sana yang bergantung pada air hujan.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Baik, kerajaan buat, RM23 juta kosnya- RM23 juta kosnya, bila hampir diserahkan kepada kementerian dan Menteri pun sudah pergi rasmi. Pergi rasmi, ya lah kita tahulah, kita duduk di situ, duduk di Padang Terap. Bila Menteri pergi ini walaupun saya tidak dijemput, tidak apalah. Saya ini mungkin tidak ada nasib, nasib tidak baik, sekarang Pembangkang mungkin nanti saya kerajaan mungkin dipanggil kot. Menteri pun datang, semua orang bangga, ini projek yang dibuat besar di Padang Terap, RM23 juta ini besar.

Bila sampai di sana, Menteri rasmikan projek yang belum siap.

Tuan-tuan bayangkan, Tuan Yang di-Pertua, tempat air keluar dirasmikan. Paip tidak sampai lagi, tidak sambung lagi, Menteri datang masuk surat khabar. Bunyi sana projek Barisan Nasional, naik signboard sana ini UMNO, Barisan Nasional tetapi Menteri ditipu macam itu sahaja. Kami penduduk Padang Terap, bila Menteri balik baru kami tahu rupanya Menteri datang merasmikan sebuah projek yang gagal, projek yang belum siap, rasmi apa. Ini cukup memalukan. Saya fikir banyak lagi projek-projek yang dirasmikan oleh Menteri yang datang, Timbalan Menteri tetapi projek-projek ini ialah projek-projek gajah putih. Projek-projek yang tidak boleh dimanfaatkan.

Air yang dijana ataupun yang ditarik oleh enam buah enjin. Enjin pun dikatakan enjin secondhand. RM23 juta buat enjin secondhand. Dua enjin sudah rosak sebab tidak sampai ke air. Buat projek apa ini? Timbalan Menteri baru-baru ini saya ucap terima kasihlah, ada Yang Berhormat Kubang Pasu pun dia pergi tengok dan dia tegur projek ini.

Katanya hendak minta RM6 juta lagi daripada duit rakyat untuk baiki enjin, paip yang bocor di sana sini.

Penduduk-penduduk kampung bila saya bangkitkan, saya sebut dalam ceramah, saya sebut dalam Dewan ini dan saya tanya dalam soalan, saya kata ada pemimpin sebut, ‘apa ini, Yang Berhormat Padang Terap bangkitkan isu ini? Sahaja hendak kenakan kita’.

Hendak kenakan apa? Rakyat tidak dapat. Tidak sampai kepada rakyat. Kononnya daripada satu ekar dapat satu tan, hendak naik sampai 4 tan, bagus projeknya. Akan tetapi mengapa projek ini gagal diselia dengan baik? Adakah pegawai-pegawai yang pergi melihat ataupun bagi laporan yang betul kepada Menteri sampai Menteri turun buat perasmian?

Adakah konsultan yang buat kerja dengan betul? Adakah kontraktornya buat kerja dengan betul? Adakah projek-projek, seperti contoh di Padang Terap ini berlaku di tempat lain, seperti mana yang dibahaskan oleh kawan-kawan kita yang lain?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang kalau kita terpaksa mengorbankan lebih banyak duit rakyat untuk buat projek-projek yang teruk seperti ini? Sampai menjadi buah mulut orang kampung, buah mulut Padang Terap di Padang Terap. Malu saya, saya malu, Menteri malu. Mungkin Menteri datang dan kemudian balik, tidak kena dekat dia. Akan tetapi saya yang juga sebahagian daripada kerajaan merasa malu kalau kawan saya Menteri, Timbalan Menteri yang datang kemudian dimalukan sebegitu rupa. Bila dia balik baru orang tahu bahawa projek ini merupakan projek yang gagal.

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya minta supaya yang kita harapkan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Negara yang baik, negeri yang baik, mendapat keampunan Tuhan.” Ini dihayati oleh pemimpin sampailah kepada peringkat pelaksana dan di semua peringkat.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga. Saya hendak bangkitkan dalam pilihan raya kampus. Saya pun sudah lama tinggal pilihan raya kampus ini, tinggal lama sudah. Akan tetapi masih lagilah, kadang-kadang adik-adik datang sini, minta hendak buat PC dan sebagainya. Kita pun tengok bila tahun ini menjadi satu perhatian yang cukup luar biasa di pihak kerajaan dan disebut oleh banyak orang, Yang Berhormat Rembau dan sebagainya pun ada sebut. 18 kampus dikuasai oleh Pro-Aspirasi, ini mewakili kerajaan.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya rasa, pilihan raya kampus ini berilah kepada adik-adik di kampus itu buat.

Tidak perlulah hendak buat OPS 2020 sampai melibatkan Jabatan Perdana Menteri, sampai melibatkan pengurusan tertinggi daripada KPT. Tidak perlulah. Berilah. Beri ruang kepada mereka ini Tuan Yang di-Pertua. Ini tengok sekejap berpeluklah, macam-macam ini.

Buat kenyataan, kita bangga kerana pilih kerajaan, buat pengumuman. Buat pengumuman hendak masuk sana hendak tubuhkan Kelab UMNO. Pada masa yang sama, Kelas PAS, Kelab PKR tidak beri...

final • 6:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Beri.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Beri? Ha! Kalau beri tidak mengapa. Sebelum daripada ini, Kelab UMNO dibenarkan ditubuh di luar negara tetapi Kelab PAS tidak beri. Kalau beri tidak mengapalah, ini Yang Berhormat Arau ini insya-Allah.

Kalau beri, tidak mengapa. Akan tetapi kepada saya, walaupun berilah, saya rasa biarkanlah politik kampus ini ditinggalkan kepada adik-adik itu. Kenapa kita sampai hendak buat bilik gerakan? Buat bilik gerakan, dalam kertas yang dibahaskan dalam Parlimen. Buat malu sahaja sampai menunggu mereka. Itu senior officers terlibat. Allah, malu sangatlah.

Sedangkan yang terlibat anti-establishment satu ketika dahulu sekarang duduk di sebelah kerajaan pun banyak. Itu Yang Berhormat Beralah, Yang Berhormat Lenggong saya tidak tahu dia masuk universiti mana. Yang Berhormat Dungunlah kemudian Yang Berhormat Batu Pahatlah. Ini semua yang dulunya anti-establishment. Lawan, lawan. Yang Berhormat Permatang Pauh pun dulu lawan juga. Kemudian join kerajaan, kemudian lawan kerajaan balik. Yang Berhormat Tenggara mungkin.

Jadi biarlah. Kenapa kita hendak ganggu hendak kacau? Macam misal kalau kita beri contoh yang berlaku di UIA ini cukup memalukan. Pada saya, apa yang berlaku di Universiti Islam Antarabangsa yang paling memalukan. Kita sudah sebut banyak kali e- voting ini ada masalah. Kenapa tidak ikut sahaja praktis kita di luar, demokrasi dalam Malaysia, di luar kampus. Buat macam biasa. Oh! Kita ini teknologi baru, antarabangsa, last-last mampus. Buat malu sahaja...

final • 6:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Biarlah.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Biar apa? Apa yang biarnya?

Kalau kita tengok kenyataan-kenyataan yang dibuat, apa masalah dengan sistem itu? Ini memalukan. Sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa tiba-tiba gagal, terpaksa buat pilihan raya balik. Betullah SUHAKAM masuk. Saya ucap tahniah. SUHAKAM masuk kemudian buat pemantauan terhadap pilihan raya kampus yang diadakan semula tetapi bagi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa tiba-tiba sistemnya fail, sistemnya masalah. Orang yang keluar mengundi lebih ramai daripada pengundi itu sendiri. Ini apa?

final • 6:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Biarlah mereka.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya menyampaikan concern saya. Kalau boleh berlaku seperti itu di kampus, boleh berlaku di UIA, jadi kita hendak ke mana kalau lepas ini tiba-tiba kita pun nak buat e-voting juga tiba-tiba fail macam itu. Buat malu sahaja... [Disampuk]

final • 6:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sama macam pertandingan Timbalan Presiden PKRlah. Undi yang menang itu lebih banyak daripada yang datang.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tidak akan kita hendak biarkan jadi di UIA?

final • 6:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak. Saya hendak beri perbandingan.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tidak akan kita hendak biarkan perkara ini berlaku di Universiti Islam Antarabangsa. Kalau betullah, kalau berlaku masalah di tempat lain, tidak akan kita hendak beri tempat yang paling tinggi itu...

final • 6:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Kita tidak biarlah Yang Berhormat Padang Terap.

Sebab itu kita buat semula.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Kenapa tidak buat semua semula? Kita batalkan e-voting.

final • 6:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang lain tidak ada masalah, Yang Berhormat. Yang lain tidak ada masalah. UIA sahaja.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya tahu. Kalau kita buat ikut law, silap-silap...

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan berceramah di sana Yang Berhormat ya.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Okey, terima kasih. Mereka ini kacau sedikit.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Nanti kita juga tidak mengikut undang-undang Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Okey, terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua memang orang yang baik hati. Tuan Yang di-Pertua yang cukup baik hati. Mereka ini kacau Yang Berhormat Lenggong ini. Yang Berhormat Lenggong ini bukan pernah masuk Universiti Malaya. Sebab itu saya kata kalau kita hendak bagi amalan yang sama, biar sama. UM batalkan e-voting sebagai misalnya, biar. Ini tidak, dulu bukan main pertahankan. Tidak kira lagi bagaimana calon-calon yang macam duduk dalam sekolah rendah, macam pengawas budak sekolah, hendak dapat tandatangan. Kita dapat laporan dan mahasiswa juga rakyat. Minta pandangan daripada kita ini macam mana hendak dapat tandatangan pun tidak boleh. Calon-calon dibatalkan kerana benda-benda yang cukup remeh, mewakili demokrasi di luar yang bukan main lagi. Yang Berhormat Rembau buat kenyataan 18 kampus dikuasai oleh Pro-Aspirasi.

final • 6:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Biarlah mereka.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Biarlah dekat Yang Berhormat Rembau itu, bukan? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat maklumat, hendak jumpa dekan bukan main susah. Pada masa yang sama kalau sebuah universiti boleh membiarkan orang yang tidak mengikut peraturan bertanding, umur sudah lewat, umur sudah tua tidak boleh. Kalau ikut peraturan tidak boleh tetapi di Universiti Malaya, tetap dibenarkan. Biarlah Yang Berhormat Lenggong itu, sebab dia tidak pernah masuk universiti... [Ketawa] [Disampuk] Jadi saya hendak sebutkan bahawa ini melambangkan demokrasi kita di luar. Ia melambangkan pengamalan demokrasi di Malaysia. Kalau macam inilah sistemnya, bagaimana universiti kita hendak berkembang ke luar? Saya menyampaikan rasa prihatin saya. Kalau UIA boleh jadi macam itu, ini satu benda yang cukup memalukan negara kita.

Biar. Itu sebabnya sebelum daripada ini memang UMNO sudah lama tipu dah.

Saya ingat pengundi hantu pun banyak, pengundi hantu dia bawa masuk. Tempat saya di Padang Terap itu, 14 orang. Kita tanya dia, polis tangkap. “Duduk di mana? Kome duduk di mana?” Dia kata “Oh! Rumah dia di sini”. Rumah mana ada situ, bukit oi! Bukit. Maksudnya pengundi-pengundi hantu. Saya rasa ia akan berlaku dalam kampus, menjalar dalam kampus. Saya ingat pengundi-pengundi hantu kubur, jerangkung semua ada ini.

Tuan Yang di-Pertua, topik keempat yang saya hendak sebut ialah berkaitan dengan YADIM atau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini tempat lubuk orang politik yang kalah. Bertanding yang lompat, yang kalah.

Kita sudah sebut dah dulu bagaimana Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang akhirnya diletakkan di situ. Mesyuaratnya pergi tiga kali sahaja, dapat gaji, dapat elaun.

Kemudian Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir, dilantik sebagai Yang Dipertua dan saya ada surat bagaimana buat pelantikan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif YADIM dan surat ini tersebar, dalam internet pun ada. Buat pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif tanpa melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, apa ini? Biarlah, bukan?

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

Biar, biar, biar.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Kemudian YADIM ini pula sepatutnya menyelaraskan aktiviti-aktiviti NGO-NGO Islam. Panggil, dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat, kita bahaskan dalam Parlimen. Dapat peruntukan ini untuk selaraskan aktiviti belia-belia Islam tetapi sekarang panggil belia kemudian hendak menguasai. Panggil NGO, hendak menguasai NGO-NGO tersebut. Sekarang, tidak ada siapa yang hendak bekerjasama dengan YADIM. YADIM buat program macam-macam. Ke luar negara, melancong ke sana ke sini. Buat YADIMRI, YADMI, macam-macam jenis YADIM dia buat ini. Habis pengerusi YADIM yang lepas, tutup YADMI. Kemudian buat pula YADIMI luar negara, kemudian buat YADIMRI pula. Apa benda ini?

Akhirnya tidak ke mana dan yang paling menyedihkan, buat program termasuk di Lenggong. Buat program Orang Asli, program dakwah dan buat karaoke. Saya minta kerajaan siasat betul kah buat dakwah dan buat karaoke di Lenggong? Kampung Air Bah di Lenggong, betul ada Yang Berhormat Lenggong? Ada Kampung Air Bah, Lenggong?

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Saya ingat dia pun menari sekali ini. Ini apa ini? Dan di Gombak, Batu 12. Buat program dakwah ajak orang masuk Islam, menari menonggek-nonggek, apa? Saya tidak tahu sama ada K-pop juga dijemput, kumpulan K-pop ini dijemput ke tidak... [Disampuk] Kalau Yang Berhormat Lenggong saya ingat ada. Jadi saya minta siasat. Banyak kali sudah kita bangkitkan. Pelantikan pengerusi-pengerusi YADIM negeri, bayar elaun RM5000, bayar elaun kepada CEO, dapat gred 56. Saya tidak tahu ada ke gred 56? Saya tidak tahulah tetapi ada maklumat yang kita dapat ini pertama kali dalam sejarah. Gred 56, Doktor Veterinar. Saya tidak tahulah dia dakwah apa, yang menjadi CEO kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. CEO dakwah tetapi daripada veterinar. Saya tidak tahu mungkin dakwah lembu-lembu kondominium RM250 juta.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Biarlah, bukan? Biarlah, bukan? Biarlah, berjuta-juta. Jadi kita ini gaji Tuan Yang di-Pertua RM25,000 tapi dia tidak memberi kesan yang cukup baik terhadap perbelanjaan duit yang disalurkan oleh kerajaan dan pengerusi-pengerusi YADIM negeri yang dilantik, saya hendak tanya benarkah tanpa melalui ahli lembaga pemegang amanah YADIM itu sendiri. Apa fungsinya? Adakah fungsi hanya untuk kita membela politikus-politikus yang gagal? Lantik lembaga-lembaga pengarah yang fungsinya untuk menghentam pembangkang. Tak ke mana.

Jadi saya mintalah, kerana penaung kepada YADIM ini adalah merupakan Yang Berhormat Pekan sendiri, Perdana Menteri. Perdana Menteri menjadi penaung kepada YADIM, pengasas YADIM ini pak dia. Pengasas YADIM ini bekas Perdana Menteri, penaung YADIM juga Perdana Menteri. Akan tetapi YADIM, karaoke. Mungkin yang ini kot yang ditunjuk dalam Youtube yang kita dok tengok itu. Sambut malam Raya Hajikah?

Orang takbir, raya 1 Syawalkah? Orang takbir, ha jadi panjanglah itu... [Disampuk] Ha, Raya Syawal minta maaf, 1 Syawal. Orang malam itu kita takbir, malam itu kita ini - bukan?

Dan saya tahu, Yang Berhormat Arau dapat maklumat ini.

Yang Berhormat Arau ada maklumat itu. Banyak lagi maklumat yang dia ada itu.

Saya ingat saya hendak sembang dengan dia sat gi... [Ketawa] Jadi, sebab itulah bila sudah politiking, dah terlibat dengan politik, akhir sekali yang berlaku ialah kebajikan staf terabai. Malah bila saya bangkitkan tentang kes YADIM ini dalam perbahasan sebelum daripada ini, yang saya lihat ialah, yang saya dapat maklumat ialah ada yang kena fitnah, ada yang sampai kepada laporan polis. Ambillah tindakan. Kenapa perlu sampai laporan polis? Saya hendak selesaikan masalah Yayasan Dakwah Islamiah. Bukan saya hendak berpolitik dalam isu YADIM ini kerana ia dekat sangat dengan hati saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan tiga perkara berkaitan dengan Padang Terap. Pertama berkaitan dengan jalan di antara Pokok Sena dan juga Pokok Machang. Sebelum daripada yang ‘pokok sana’ itu, Gajah Mati-Langgar-Pokok Sena. Ha, itu dia tu Tuan Yang di-Pertua. Gajah Mati-Langgar-Pokok Sena semua nama tempat ini.

Mungkin dia langgar, dia mati tempat lain. Ada satu gajah putih. Jadi, banyak kali dah. Saya ucap terima kasih. Memang ada jalan dibuat antara Alor Setar ke Durian Burung. Akan tetapi di tengah-tengah itu jalan dia pergi ke mana? Jalan kuruih, dekat tengah kuruih.

Dekat depan besar, dekat ekor besar... [Ketawa] Dekat tengah itu kuruih. Apa punya jenis jalan? Jalan Kota Putra ke Alor Setar, dia kuruih tengah.

Saya dapat maklumat kata sudah ada projeknya, sudah ada peruntukannya tetapi peruntukannya hanya setakat untuk buat surface. Saya tengok jambatan, saya tanya.

Dalam mesyuarat saya tanya, kenapa jambatan ini besar tapi digunakan separuh?

Peruntukannya hilangkah, orang bawa larikah? Oh, dia kata, peruntukan ini kita bawa lari letak tempat lain Yang Berhormat sebab tempat lain ini asalnya tidak ada peruntukan. Jadi, saya minta supaya pihak kementerian yang berkaitan, pengangkutan ini ambil ini. Ini dekat dengan rumah bekas Ahli Parlimen yang lama ini.

Seterusnya penyelesaian yang saya minta, saya ada satu skim cepat kaya. Saya hendak tanyalah kepada pihak Kementerian Kewangan terutamanya. Skim cepat kaya yang berkaitan tahun 1990-an dahulu iaitu bila satu isu yang berkaitan dengan duit pelaburan dalam skim cepat kaya yang telah dirampas oleh Bank Negara dibekukan sejak tahun 1999, Akta BAFIA. Jadi penganjur skim ini telah diambil tindakan. Saya ambil ini sebab ada juga isu yang terbaru ini, pelaburan emaslah macam-macam ini yang melibatkan Kementerian Kewangan. Ramai yang terlibat ini termasuklah rakyat-rakyat yang berada di FELDA Johnson, Negeri Sembilankah ini?

final • 7:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Jadi saya hendak tanya, selepas Bank Negara sudah ambil, sudah jatuh hukum, mahkamah jatuh hukum arah Bank Negara bagi balik kepada pelabur-pelabur. Sekarang ke mana wang ini digunakan? Dia kata sudah 12 tahun duit ini dibekukan oleh Bank Negara.

Tidak ada khabar berita langsung. Pelabur-pelabur ada juga yang sudah meninggal dunia.

Jadi dia minta tanya, FELDA LB Johnson, Negeri Sembilan. Bernilai jutaan ringgit. Jadi saya hendak tanya, walaupun sudah guna khidmat peguam dan sebagainya.

Jadi saya hendak tanya prosedur Kementerian Kewangan ini macam mana? Bila sudah ambil, rampas, tahan satu pelaburan yang menyalahi Akta BAFIA dan sebagainya.

Duit ini apabila dirampas oleh Bank Negara, adakah boleh dikembalikan balik atau bagaimana?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Jadi saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya benda yang saya bangkitkan ini akan diberi perhatian dan insya-Allah saya akan bangkitkan lagi dalam kementerian yang lain.

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pandan.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahas belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Saya ambil kesempatan ini untuk menyentuh tiga, empat perkara yang saya anggap agak relevan dengan kesejahteraan masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum pembentangan belanjawan kali ini, rata-rata tempat kita kedengaran adanya wish list, dengan izin, yang disuarakan oleh rakyat di beberapa forum dan juga lembaran media. Ini tetap merupakan satu-satunya impian rakyat. Antara impian yang saya maksudkan itu termasuk perumahan mampu milik untuk rakyat. Dalam pembentangan belanjawan kali ini, perumahan rakyat merupakan satu-satunya item yang mendapat perhatian kerajaan dan seterusnya diberikan peruntukan yang begitu lumayan untuk menampung keperluan rakyat dalam bidang perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, penyediaan sumber dana yang berbilion-bilion ringgit untuk menampung keperluan perumahan rakyat merupakan satu-satunya dasar kerajaan yang tepat pada tempat dan waktunya. Pelbagai skim perumahan mampu milik yang disediakan melalui PR1MA dan SPNB dengan jelasnya menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat khasnya mereka yang berpendapatan rendah dan pertengahan serta golongan yang kurang mampu tetapi ingin sangat memiliki rumah pertama mereka.

Dalam hubungan ini ternyata sekali impian mereka dalam pemilikan rumah sendiri akan mudah menjadi kenyataan dengan adanya bantuan Kerajaan Pusat yang bersifat prihatin lagi berjiwa rakyat. Hakikat ini memadailah menyediakan mana-mana pihak, baik yang berkuasa di negeri-negeri yang tertentu, mahupun yang berimpian hendak menerajui tampuk pemerintahan pusat yang setakat ini masih lagi ghairah menabur janji baru walaupun janji-janji lapuk khasnya yang berkaitan dengan pembinaan rumah pangsa kos rendah banyaknya masih lagi tinggal janji.

Tuan Yang di-Pertua, sementara kita menghargai usaha Kerajaan Pusat dalam menangani persoalan perumahan rakyat, saya rasa terpanggil untuk mencadangkan agar skim-skim perumahan yang tengah atau bakal dilaksanakan oleh PR1MA dan SPNB itu dapat dibekalkan secara terurus dengan beberapa kemudahan seperti berikut:

(i) ruang dan kemudahan riadah yang mencukupi yang dapat dibekalkan oleh pihak pemaju;

final • 7:05 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

(ii) penyelenggaraan kemudahan awam seperti lif, tangki air, tapak parkir, serta pengecatan semula bangunan secara berkala pun perlu ditanggung dan dilaksanakan oleh PBT agar tidak membebankan badan-badan pengurusan atau persatuan penduduk yang bakal ditubuhkan kerana lazimnya ia memang lemah kedudukan kewangannya. Kita seharusnya mengambil iktibar dari penyelenggaraan buruk yang makin terserlah di kalangan rumah-rumah pangsa yang lemah pengurusannya selama ini; dan

(iii) sistem keselamatan berpengawal dan berpagar (guarded and gated community) dengan izin yang harus disediakan oleh pihak pemaju.

Cadangan sedemikian Tuan Yang di-Pertua tidaklah bermaksud untuk memanjakan rakyat. Akan tetapi sebaliknya ia berdaya memberikan penghuninya keselesaan hidup yang seterusnya akan menambah baik lagi kualiti hidup dan produktiviti kerja mereka.

final • 7:05 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Dari perspektif rakyat, mana-mana pemerintah yang peka terhadap keperluan mereka ke arah ini sudah tentu akan mudah meraih sokongan rakyat baik menjelang PRU mahupun sebaliknya. Dalam hubungan ini, Kerajaan Pusat jelas peka terhadap peranan yang dimainkan oleh persatuan penduduk dan KRT dalam usaha menjaga keselamatan kawasan perumahan. Peruntukan sebanyak RM40 juta dan RM39 juta yang akan diagihkan kepada persatuan penduduk dan KRT masing-masing dijangka akan memberi kesan yang ketara dalam usaha membanteras jenayah dan seterusnya memantapkan lagi tahap keberkesanan kepolisan masyarakat yang kini bertambah popular di kalangan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, kerajaan negeri yang tertentu seperti Selangor sebaliknya kelihatan bersikap pasif bahkan negatif terhadap ura-ura sesetengah persatuan penduduk atau jawatankuasa KRT untuk mewujudkan sistem keselamatan berpengawal dan berpagar ataupun guarded and gated security, dengan izin. Beberapa langkah halangan telah dikuatkuasakan oleh PBT seperti MPAJ dengan mengikut telunjuk kerajaan negeri melalui penggubalan undang-undang kecil barunya untuk menimbang permohonan-permohonan sistem keselamatan berpengawal dan berpagar tersebut.

Sepintas lalu, Tuan Yang di-Pertua, syarat-syarat yang tertera dalam undang- undang kecil berkenaan seperti apa yang berlaku di MPAJ adalah jauh lebih ketat berbanding dengan kehendak yang disyaratkan oleh pihak polis atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui pekelilingnya yang sepatutnya dijadikan satu piawaian kebangsaan.

Sebagai contoh, kes permohonan yang mendapat sokongan masyarakat setempat setinggi 80 peratus tidak akan diberi kelulusan oleh PBT sekiranya diutarakan oleh KRT dan bukannya oleh persatuan penduduk. Ini telah jelas memperlekehkan peranan, kedudukan dan fungsi sesebuah KRT yang sememangnya berkaitan dengan keselamatan masyarakat setempat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perspektif kawasan Parlimen Pandan, badan-badan persatuan penduduk dan KRT yang bergiat dan bersikap proaktif sememangnya banyak menyumbang ke arah yang dimaksudkan biarpun hanya bergantung kepada sumber dana yang terhad sahaja. Kini usaha kerajaan memperkasakan badan-badan itu dengan bantuan kewangan yang lumayan, saya yakin akan terus menyerlahkan lagi kegigihan masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam usaha menjurus ke arah keselamatan komuniti.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, ini tidak sekali-kali bermaksud bahawa badan-badan NGO seperti persatuan penduduk dan jawatankuasa KRT boleh mengambil alih tugas dan peranan polis. Polis tetap kita harap dapat menyusun semula strateginya dalam membanteras jenayah agar tidak sahaja indeks kejadian jenayah kelihatan berkurangan malahan persepsi rakyat tentang keselamatan juga turut bertambah positif.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Dalam pembentangan belanjawan kali ini, Unit Rondaan Bermotosikal Polis telah diumumkan dengan peruntukkan sebanyak RM20 juta. Ini memang satu petanda baik yang rakyat mengharap-harapkan. Kalaulah rondaan itu dapat dibuat secara berjadual dan berkesan.

Namun di peringkat IPD, Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan usaha kerajaan yang berkenaan tetap akan dipantau oleh rakyat mengikut kaca mata mereka. Kriteria- kriteria seperti kekerapan rondaan, penempatan anggota polis di lokasi yang berisiko tinggi dari segi kejadian jenayah serta kecekapan polis dalam memerangi jenayah terus diguna pakai sebagai salah satu tunjang penilaian prestasi polis di kalangan rakyat. Kekangan yang dihadapi polis selama ini biarpun ada, tetap akan dipertikaikan rakyat sekiranya ia terus dihubungkaitkan dengan kekurangan anggota dan kekurangan kenderaan.

Saya masih ingat adanya peruntukan besar yang berjuta-juta ringgit yang telah pun diluluskan dalam Dewan yang mulia ini tahun lalu bagi tujuan menambahkan lagi anggota polis dan bilangan kenderaan polis. Apa sudah terjadi kepada keberkesanan belanjawan yang dimaksudkan? Berapakah bilangan anggota baru polis yang telah pun direkrut bagi seluruh negara khasnya selepas lulusnya belanjawan yang berkenaan.

Berapa pula yang diagihkan kepada IPD Ampang? Inilah semuanya persoalan yang sering kali diungkit-ungkit oleh pengundi saya, rakyat yang saya wakili.

Demikian juga Tuan Yang di-Pertua, bilangan kereta peronda yang dikhususkan bagi IPD Ampang. Ini perlu juga saya mohon penjelasan dari kementerian khasnya kebelakangan ini adalah didapati bahawa bukan sahaja rondaan anggota polis jarang- jarang kelihatan malahan rondaan kereta peronda pun jarang-jarang kita nampak di dalam kawasan saya.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh mencelah sedikit? Yang Berhormat Pandan, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak kagum dengan Yang Berhormat Pandan. Masih lagi berusaha untuk membawa perkara-perkara yang baik. Saya cukup merasa kagum. Sungguh secara ikhlas.

Tidak apa, saya cuma hendak tanya pandangan Yang Berhormat sebab Yang Berhormat sebut berkenaan dengan pasukan polis untuk aspek keselamatan di kawasan Yang Berhormat. Saya hendak tanya lanjutan daripada itu. Kebelakangan ini kita tengok ada banyak masalah yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan. Ada yang mati ditembak. Kata orang mati katak kerana tidak bersedia kerana mereka ini tidak terlatih.

Saya hendak tanya lanjutan daripada itu.

Apa pandangan Yang Berhormat Pandan kalau pasukan polis kita, PDRM ini barangkali boleh memikirkan cara macam mana untuk mengambil alih pasukan ini ataupun menjadikan pasukan keselamatan ini sebagai syarikat yang berkepentingan dari segi modalnya, dari segi latihannya dan sebagainya yang berkait rapat dengan pasukan keselamatan polis itu sendiri.

Dulu dicadangkan apabila seorang polis yang bersara boleh menyertai bidang profesion pengawal keselamatan. Saya rasa ini perkara yang sangat mustahak untuk difikirkan. Malangnya dalam belanjawan ini langsung tidak dimasukkan apa-apa peruntukan walhal untuk kajian kemungkinan pun tidak dimasukkan.

Saya rasa, Yang Berhormat Pandan, sudah dua kali perkara ini disebut dalam Dewan. Kemungkinan untuk melihat dan mengkaji semula syarikat-syarikat keselamatan terutama apabila mengambil kira tentang nasib pekerja-pekerja yang menjadi pengawal keselamatan. Saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Pandan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Walaupun apa yang dibangkitkan tidak kelihatan ada sebarang hubung kait dengan apa yang saya tengah bentangkan sekarang ini, tetapi saya suka hendak jawab serba sedikit.

Pada pandangan saya, syarikat pengawal keselamatan yang disebutkan itu memang diperlukan mengemukakan semua kemudahan yang dapat ditawarkannya terlebih dahulu sebelum diberi kelulusan. Tidak akanlah syarikat pengawal keselamatan itu tidak menyediakan sebarang kemudahan khasnya dari segi latihan kepada anggotanya.

Jadi sama ada tapisan itu dibuat secara berkesan ataupun tidak, ini banyak bergantung kepada pihak polis. Saya rasa kurang tepat juga kalau kita membuat kesimpulan secara semberono bahawa semua syarikat pengawal keselamatan itu tidak memberikan latihan yang wajar kepada anggotanya.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Itu pun tidak tepat sebab ada yang mungkin orang kata below the mark dengan izin dan ada pula yang betul-betul dapat menepati kehendak-kehendak yang disyaratkan oleh pihak polis. Jadi kita tidak dapat buat kesimpulan yang menyeluruh sebegini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pendek kata, dalam setiap belanjawan, sesuatu pembelian yang memakan belanja yang besar hanya akan membawa pengertian yang positif sekiranya kita dapat menilainya dari segi keberkesanan kos dan seterusnya kita perlu juga soal sama ada pembelian kenderaan misalnya ada atau tidak dilengkapi dengan penyelenggaraan berkala.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Inilah satu-satunya kelemahan yang sentiasa kita nampak dalam sistem yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada pembangunan modal insan.

Pembangunan modal insan di peringkat IPT dan dalam bidang kemahiran tidak pernah tercicir dari mana-mana belanjawan negara selama ini. Itu cukup mustahak bagi menampung keperluan pasaran guna tenaga dalam semua bidang dari semasa ke semasa.

Ianya bagaikan nadi penggerak ekonomi negara.

Kekurangan guna tenaga kita di peringkat berijazah dan pertengahan dalam mana-mana sektor bukan sahaja mampu melumpuhkan ekonomi bidang berkenaan, malahan boleh menggagalkan segala usaha kita untuk menarik pelabur asing. Dalam hubungan ini, kebergantungan kita yang terlalu sangat kepada pekerja asing dalam banyak bidang ekonomi tetap tidak sihat buat jangka masa panjang. Ternyata sekali ianya mudah mendedahkan ekonomi negara kita kepada risiko yang bergantung bulat-bulat kepada dasar pekerja asing negara-negara pengeksport guna tenaga.

Kita perlu mengambil iktibar dari kesan-kesan yang pernah melanda kita berikutan bekunya penawaran pembantu-pembantu rumah Indonesia suatu ketika dahulu. Akibat yang sama ataupun yang lebih merunsingkan kemungkinan akan kita hadapi sekiranya pembekuan bahkan pergantungan yang sama berlaku sekarang kerana sukar hendak mencari gantian segera untuk menjalankan tugasan harian dalam pelbagai bidang ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi ironinya pada masa yang sama kita juga tidak kekurangan siswazah yang masih menganggur dan guna tenaga berijazah bahkan yang berkepakaran yang telah pun berhijrah dan berkhidmat di seberang laut. Ini makin bertambah. Anomali ini perlu kita tangani dengan cukup teliti selagi kita berusaha hendak membebaskan diri dari belenggu risiko yang dimaksudkan.

Pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan menjurus ke arah ini hendaklah tertumpu kepada dimensi-dimensi berikut. Kesemuanya ada tiga dimensi di sini iaitu:

(i) kebolehpasaran ataupun employability, dengan izin, siswazah dan graduan-graduan kita, lepasan institut kemahiran yang pelbagai patut dikaji secara menyeluruh;

(ii) sikap siswazah dan graduan kita terhadap pekerjaan;

(iii) sebab-sebab ataupun rintangan yang menggagalkan ataupun mematahkan semangat pakar-pakar kita dalam pelbagai bidang di seberang laut untuk pulang berkhidmat. Itu pun perlu juga kita kenal pastikan.

Dari pengamatan saya Tuan Yang di-Pertua, tahap kebolehpasaran siswazah dan graduan kemahiran kita banyak bergantung kepada modul pembelajaran dan sukatan pelajaran dalam IPT dan institut kemahiran kita. Selagi ianya kurang berteraskan kepada keperluan pasaran sesuatu bidang kerjaya, maka selama itulah siswazah dan graduan kita akan turut kurang bersedia untuk menampung keperluan alam kerjaya atau pun pendek kata less career ready, dengan izin. Ini sudah jelas akan menjejaskan daya saing guna tenaga muda kita dan seterusnya kebolehpasaran mereka. Untuk membendung kelemahan ini daripada terus berlaku bahkan bertambah tenat, kenapa tidak Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan penerapan elemen internship, dengan izin ataupun amali dalam modul pembelajaran bagi semua jurusan pengajian di IPT.

final • 7:20 PM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Dan berikhtiar mendapatkan tawaran peluang amali dari sektor swasta dengan menawarkan insentif percukaian yang tertentu umpamanya galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan sesebuah syarikat yang terlibat. Sebenarnya apa yang ditawarkan kepada syarikat swasta dalam Program Skim Latihan 1Malaysia mulai 1 Jun tahun ini bolehlah diguna pakai dalam konteks ini melainkan internship itu hendaklah dilangsungkan sebelum tamatnya pengajian seseorang siswa, siswi di IPT yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, buat ketika ini internship yang sedia ada agak terhad kepada kursus pengajian teknik yang tertentu sahaja. Peluang amali yang ditawarkan pun kebanyakannya dari GLC semata-mata. Tambahan pula bukan semua siswa siswi kita yang menjalani internship itu dipantau atau dikawal selia dengan rapi. Maka, ianya mudah terpesong dari tujuan asal yang berniat hendak mendedahkan siswa siswi kita kepada cabaran dan dugaan sektor kerjaya yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sedangkan latihan kemahiran tajaan kerajaan melalui beberapa agensi dan kementerian memilih melibatkan sektor swasta dengan memberi penekanan kepada amali mengikut nisbah 70 peratus perlulah diberi sanjungan yang wajar.

Ini bukan sekadar merubah wajah dan inti pati latihan kemahiran berkenaan demi kepentingan pembangunan guna tenaga negara, malahan juga berdaya mengatasi masalah lapuk dalam kekurangan tenaga pengajar yang berpengalaman yang selama ini terus mencacatkan institut kemahiran kita.

Tenaga pengajar yang tiada ataupun kurang pengalamannya dalam alam kerjaya tidak dapat tidak akan gagal ataupun sekurang-kurangnya terkekang dalam usaha menyediakan pelajar-pelajar mereka untuk berdepan dengan cabaran kerjaya. Ternyata sekali penubuhan institut-institut berkenaan bukanlah hendak menepati tujuan akademik semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan pengangguran di kalangan siswazah kita tetap perlu kita renungi bersama sebelum ianya mengganggu gugat kesejahteraan sosial kita.

Dalam pada itu, perangkaan dan pentakrifan masalah pengangguran siswazah yang sebenar hendaklah diselaraskan dan diseragamkan. Punca masalah juga perlu dikenal pasti. Apakah sikap mereka terhadap pekerjaan yang merupakan soal pokok. Sekiranya benar maka yang perlu ditangani itu tidak lain daripada minda anak-anak muda kita.

Pada hakikatnya generasi muda kita tidak kekurangan bakat sejak dahulu lagi.

Ramai di kalangan mereka khasnya elit dalam golongan ikhtisas berhijrah dan menetap di negara asing. Fenomena brain drain, dengan izin, sudah tentu merugikan negara kita.

Saya bersyukur kerana kerajaan telah pun merubah pendekatannya dalam menangani isu yang lama berlarutan ini.

Elit profesional yang berkenaan tidak lagi dilabelkan unpatriotic, dengan izin, ataupun tidak cintakan negara. Namun sebaliknya mereka sekarang ini didatangi oleh kerajaan melalui TalentCorp yang diberi tugas untuk menarik mereka peluang berkhidmat di negara sendiri. Kebelakangan ini kerap kali kita kedengaran adanya inisiatif temu seru ataupun outreach initiative anjuran TalentCorp yang menyasarkan mereka yang bertaburan di seluruh dunia. Itu satu usaha yang positif namun cukup mencabar kerana bukan mudah mencapai matlamatnya. Masalah yang terlintang di hadapan kita bukanlah kurangnya...

final • 7:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Pandan, kalau boleh sedikit.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Ong Tee Keat - Pandan

Tidak ada masa. Minta maaf ya. Bukanlah kurangnya tawaran peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ikhtisas tetapi banyak berkisar kepada jurang perbezaan gaji yang besar antara pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa.

Di samping itu, sesetengah pasangan hidup mereka yang bukan warganegara Malaysia dijangka juga akan turut menghadapi masalah pekerjaan di bumi Malaysia bila mereka pulang ke tanah air nanti. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, adalah wajar kerajaan merumuskan peraturan dan dasar yang mencukupi untuk menangani kerumitan yang sering dihadapi itu sebelum berusaha meyakinkan mereka pulang berkhidmat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya beralih kepada golongan OKU. Setiap kali bila OKU disebut-sebut dalam mana-mana percakapan ataupun forum sekalipun sudah tentu elemen kebajikan sahaja yang sentiasa menjadi tumpuan perhatian.

final • 7:20 PM

Dato' Sri Ong Tee Keat - Pandan

Sebenarnya selain daripada pengkhususan peruntukan bagi menampung keperluan badan-badan NGO yang membela nasib dan kepentingan OKU, penyediaan kemudahan awam yang mesra OKU untuk membolehkan mereka bergerak bebas seperti yang lain tetap relevan dan perlu diberi tumpuan yang wajar. Walaupun Kerajaan Pusat sememangnya peka terhadap keperluan kemudahan yang berkenaan, namun tahap kemajuan kita dalam usaha menyediakan kemudahan mesra OKU selama ini masih terdapat ruang yang besar untuk penambahbaikan. Ciri-ciri mesra OKU masih sentiasa tercicir daripada reka bentuk banyak kemudahan awam kita. Ini menyulitkan lagi pencapaian impian kita untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang yang memberikan semua warga masyarakat kita baik golongan OKU ataupun sebaliknya, accessibility, dengan izin, yang sama.

Walau pun demikian Tuan Yang di-Pertua, atlet OKU kita yang menyertai sukan Pra Olimpik London baru-baru ini telah memperlihatkan prestasi yang cukup membanggakan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan atas pencapaian atlet Pra Olimpik kita yang berjaya meraih satu pingat perak dan satu gangsa kali ini. Namun skim imbuhan dan insentif bagi mereka yang berjaya tetap perlu diberi perhatian dan keprihatinan yang wajar agar tidak jauh berbeza jumlahnya berbanding dengan atlet yang berjaya dalam sukan Olimpik.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang sedar bahawa adanya perbezaan dalam pertarungan acara sukan yang melibatkan OKU dan bukan OKU sehingga sukar untuk menyamakan kedua-duanya dalam serba serbi. Namun perlu juga kita mengambil kira tahap rintangan dan kekangan fizikal yang atlet OKU kita terpaksa atasi sebelum mereka boleh bertanding. Oleh yang demikian, saya berbesar hati sekiranya kemudahan latihan dan imbuhan latihan bagi atlet OKU dapat dipertingkatkan lagi.

Sementara itu memandangkan kerap berlakunya kerjaya atlet OKU terjejas bahkan kehilangan pekerjaan, maka saya mencadangkan agar satu skim ‘bapa angkat’ atau pun adoption scheme, dengan izin dapat kita laksanakan agar menjamin kesejahteraan kerjaya dan kehidupan mereka khasnya dalam tempoh berlatih. Skim tersebut pernah diguna pakai untuk menyarakan atlet-atlet dalam acara sukan yang tertentu satu ketika dahulu. Dalam hubungan ini, warga-warga korporat bolehlah menghulurkan bantuan kewangannya sebagai peruntukan CSR mereka masing-masing untuk menjayakan skim ‘bapa angkat’ yang saya maksudkan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja saya membahaskan belanjawan kali ini dan saya mohon menyokong.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Klang.

final • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan lebih kurang tujuh perkara dalam perbahasan saya Belanjawan 2013.

Pada pandangan saya Belanjawan 2013 telah gagal untuk menggariskan satu arah baru dalam pengurusan ekonomi atau mewujudkan kekayaan baru dalam negara atau pengagihan saksama atau equitable distribution malah Belanjawan 2013 telah gagal juga untuk menggariskan strategi untuk menangani impak kemelut Eurozone China, India terhadap ekonomi Malaysia.

Strategi Belanjawan 2013 ialah untuk meraih kemenangan untuk Barisan Nasional dalam PRU-13 dan menguatkan pegangan Presiden UMNO dalam parti. Pada pandangan saya unjuran kadar pertumbuhan 4.5 peratus hingga 5 peratus pada tahun 2013 adalah terlalu optimistik. Malaysia adalah sebuah negara terbuka dan ekonomi Malaysia terbuka.

Oleh yang demikian terlalu vulnerable kepada kejutan luar atau external shocks. Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2012/2013 mencatatkan bahawa FDI ke Malaysia telah jatuh 35 peratus dalam enam bulan pertama tahun 2012.

final • 7:33 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Malah Tabung Kewangan Antarabangsa- International Monetary Fund, dan Laporan World Economic Outlook menasihati negara-negara sedang membangun seperti Malaysia bersedia menghadapi risiko-risiko daripada kemelut ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat termasuk dengan China dan India. Satu masalah selanjutnya untuk ekonomi Malaysia adalah penurunan dalam permintaan ataupun drop in demand untuk komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Sumber-sumber industri percaya bahawa harga minyak sawit dan getah akan jatuh lebih jauh dalam bulan-bulan akan datang dan ini memberi kesan ke atas hasil negara.

Laporan Asian Development Bank yang keluar beberapa hari lalu mengatakan dengan izin, “Exports are faulted as slower global growth crimps demand for the region’s goods. Malaysia’s shipment abroad unexpectedly slipped for the first time in three months in July”. Tambahan pula ADB menjangka ekonomi Malaysia akan bertumbuh lebih kurang 6.6 peratus pada tahun 2012.

Pertumbuhan ini adalah lebih rendah daripada negara ASEAN lain seperti Indonesia – 6.3 peratus; Filipina – 5.5 peratus; Thailand – 5.2 peratus; dan Vietnam – 5.1 peratus. Jelas, Malaysia telah mula hilang daya dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Ini juga secara am menunjukkan bahawa negara-negara lain di ASEAN are better position to manage Eurozone crisis daripada Malaysia. Oleh kerana itu saya minta Menteri Kewangan untuk menggariskan rancangan untuk bukan sahaja menambah tinggikan daya persaingan ekonomi Malaysia di Rantau Asia, ASEAN dan juga Asia tetapi merangka rancangan untuk menolong sektor eksport menangani market contraction oleh kerana kemelut Eurozone.

Isu kedua yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan krisis kos hidupan yang tinggi. Semakin hari semakin tinggi harga makanan dan lain-lain keperluan isi keluarga. Mangsa krisis ini adalah keluarga-keluarga miskin termasuk kelas pertengahan. Satu cara untuk menurunkan kos hidupan khususnya di bandar-bandar ialah untuk menambah tinggikan pengeluaran makanan, menurunkan kos pengangkutan dan juga kawal atau regulate harga rumah. Harga makanan boleh diturunkan dengan menambah tinggikan pengeluaran makanan termasuk produktiviti makanan. Dalam proses ini bukan sahaja harga makanan boleh diturunkan tetapi pendapatan petani boleh ditingkatkan dan kerajaan dapat menjimatkan wang dengan mengehadkan import dari luar negara.

Belanjawan 2013 memperuntukkan sejumlah RM5.8 bilion untuk pembangunan sektor pertanian tetapi daripada jumlah tersebut hanya RM105 juta diperuntukkan untuk pengeluaran makanan. Baki yang lain sebanyak RM432 juta diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa sawit. Malaysia terlalu bergantung kepada import makanan.

Keadaan ini menyebabkan ketidakstabilan dalam harga dan bekalan makanan. Dengan cara ini kita juga import inflasi daripada luar negara. Oleh itu penekanan harus diberikan kepada jaminan makanan atau food security supaya negara kita mempunyai bekalan bahan yang cukup bagi menghadapi sebarang krisis makanan.

Saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan sejauh manakah dengan peruntukan sebanyak RM105 juta dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada makanan import khususnya beras. Dalam konteks ini saya mohon kementerian untuk memberitahu Dewan yang mulia ini mengenai langkah-langkah kerajaan untuk innovate dan membuat teknologi baru untuk meninggikan produktiviti makanan.

Tambahan pula saya mohon kementerian supaya menjalankan kajian mengenai impak pertumbuhan iklim terhadap pengeluaran makanan dan jaminan makanan atau food security. Kalau kajian ini sudah dijalankan, saya cadangkan kajian ini dikeluarkan untuk public scrutiny.

Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua adalah berkait dengan kemiskinan. Di awal 70-an kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru dan juga Rukun Negara. Matlamat kedua- dua dasar ini adalah untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inclusive.

Malah matlamat Rukun Negara ialah untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama. Akan tetapi setelah 42 tahun pengisytiharan Rukun Negara, ternyata kita masih jauh ke terbelakang dalam pencapaian matlamat Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Pada masa sekarang, 40 peratus rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di dalam belenggu kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan, poverty dan income inequality.

final • 7:33 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Hampir 12 juta rakyat tergolong dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah dan miskin dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. Jurang perbezaan antara 40 peratus isi rumah terendah dan ahli masyarakat yang lain kian meningkat. Mereka terperangkap dalam pelbagai kekurangan yang disebabkan oleh tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah, kesihatan dan nutrition yang kurang memuaskan dan kekurangan kemahiran serta pendapatan yang kurang.

Tuan Yang di-Pertua, trend income inequality yang nampak pada tahun 1990-an masih berterusan hingga hari ini. Pengagihan pendapatan ataupun income share bagi 40 peratus isi rumah terendah adalah 14.3 peratus manakala 20 peratus isi rumah tertinggi memperoleh 49.6 peratus daripada agihan pendapatan keseluruhan. Jika dikhususkan lagi, 10 peratus isi rumah tertinggi memiliki 33.1 peratus daripada agihan pendapatan keseluruhan manakala 10 peratus isi rumah terendah hanya mendapat 2 peratus sahaja.

Pada tahun 2009, 40 peratus isi rumah terendah memperoleh pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,529 manakala 20 peratus isi rumah tertinggi menerima RM10,208 sebulan.

Walaupun isi rumah terendah menikmati peningkatan pendapatan sebanyak 13.6 peratus sejak tahun 2007 tetapi impak kepada kualiti hidup golongan ini tidak meningkat oleh kerana inflasi dan lain-lain sebab.

Kebelakangan ini, harga barang khususnya item makanan yang tinggi termasuk kos pengangkutan dan kos sewa rumah yang tinggi telah menjejaskan kualiti hidup mereka.

Rakyat dalam golongan ini masih menghadapi masalah kehidupan seharian. Kita perlu segera menangani punca-punca utama kemiskinan dan meminggirkan bukan hanya terus menangani simptom-simptom masalah tersebut secara acuh tidak acuh.

Pemberian wang melalui BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan one-off dan juga langkah lain yang dicadangkan tanpa memahami punca masalah sebenar golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak akan memperbaiki taraf hidup secara berkekalan. Wang BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 akan dibelanjakan dalam satu atau dua hari dan tidak akan mengatasi masalah kemiskinan yang mengehendaki perubahan struktur.

Untuk itu, kita perlu satu dasar baru yang memberi tumpuan terhadap penyelesaian jangka panjang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Kita juga perlu memisahkan politik perkauman daripada perancangan dasar, pengagihan peruntukan melalui belanjawan dan juga institusi-institusi yang bertanggungjawab dalam pelaksanaannya. Ini penting bagi memperkasakan rakyat yang miskin dan terpinggir untuk membolehkan mereka mengatasi belenggu pelbagai kelemahan dalam sistem sosial yang memerangkap mereka.

Saya mohon kerajaan mengkaji masalah income inequality ini dan merangka satu rancangan jangka panjang supaya dapat kurangkan jurang ketidaksamarataan atau ketidaksamaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin. Apa yang jelas ialah Belanjawan 2013 tidak memberi perhatian yang cukup dan serius dalam menangani masalah jurang pendapatan di antara orang kaya dan orang miskin.

Isu keempat yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan pembinaan loji tenaga nuklear. Kerajaan telah mula memberi banyak perhatian kepada isu dan idea untuk membina loji tenaga nuklear di Malaysia. Pada tahun 2010, Malaysia Nuclear Power Corporation telah ditubuhkan untuk menjayakan pelan tenaga nuklear di Malaysia. Akta Atomic Energy Licensing juga sedang dipinda untuk memasukkan isu-isu keselamatan tenaga nuklear. Banyak seminar, dialog dan bengkel telah dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk menimbulkan kesedaran orang awam mengenai tenaga nuklear dan bagaimana ia adalah satu teknologi yang hijau, bersih dan selamat walaupun kejadian di Hiroshima telah menunjukkan kepada seluruh dunia betapa bahayanya tenaga nuklear.

Kerajaan sedang meneruskan dengan pelan pembinaan reaktor nuklear tanpa apa-apa pendengaran atau consultancy perundingan awam yang munasabah. Di samping itu, tiada maklumat yang jelas yang menunjukkan keperluan tenaga sebenar di negara ini dan kenapa tenaga nuklear diperlukan. Baru-baru ini satu badan NGO, Malaysian Coalition Against Nuclear telah mendedahkan kepada media tentang pelantikan satu syarikat yang bernama Roe and Burns dari Amerika Syarikat untuk membuat kajian kebolehlaksanaan pembinaan loji tenaga nuklear.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Laporan media juga menyatakan bahawa kemungkinan besar enam loji tenaga nuklear akan dibina dan bukan dua seperti dicadangkan oleh pihak kerajaan. Berikutan dengan ini, orang awam keliru dan ingin tahu rancangan sebenar kerajaan berkenaan dengan pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia.

Soalan saya kepada pihak Menteri ialah berapa banyak yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mentauliahkan kajian kebolehlaksanaan untuk pembinaan loji tenaga nuklear seperti yang dicadangkan dan apakah status terkini kajian tersebut? Soalan kedua adalah berapakah reaktor yang telah dicadangkan untuk dibina? Adakah dua ataupun enam atau lebih? Apakah kapasiti setiap reaktor? Soalan ketiga, teknologi nuklear negara manakah yang Kerajaan Malaysia ingin guna pakai atau beli untuk pembinaan loji nuklear ini? Daripada France ataupun dari Jepun atau dari Korea Selatan? Soalan keempat, adakah satu analisa kos dan faedah yang menyeluruh telah dilakukan tentang keperluan negara membangunkan tenaga nuklear bersama-sama dengan risiko-risiko keselamatan dan alam sekitar? Jika ya, pihak manakah yang telah melakukan kajian ini dan bolehkah kajian ini diserahkan kepada orang awam? Soalan terakhir, dalam konteks ini, adakah rundingan awam diwajibkan dalam Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear yang dijangka siap pada tahun 2013?

Isu kelima Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan perjanjian perdagangan bebas. Kerajaan Malaysia sedang berunding dua perjanjian perdagangan yang begitu penting iaitu Trans-Pacific Partnership dengan Amerika Syarikat dan 13 negara lain dan juga dengan Eropah. Kedua-dua perjanjian ini memerlukan Kerajaan Malaysia menukar undang-undang dan dasar-dasar berkait dengan intellectual property.

Implikasi pendesakan ini ialah peningkatan dalam harga ubat generik dan saya khuatir bahawa ini akan menjejaskan hak rakyat untuk akses kepada ubat generik murah yang sedia ada, for the medicine. Pada bulan Ogos tahun ini, Menteri Kesihatan setuju bahawa pattern extension dan permintaan lain Amerika Syarikat menerusi Trans-Pacific Partnership dan permintaan European Unions akan menurunkan akses kepada ubat generik. Beliau juga mengatakan bahawa firma gergasi tidak sepatutnya diberikan kuasa untuk mendisiplinkan kerajaan.

Memandangkan kenyataan Menteri Kesihatan, saya cadangkan beliau membuat satu kenyataan terbuka dalam Dewan yang mulia ini mengenai isu ini dan menggariskan dasar kementerian mengenai akses kepada affordable medicine. Soal di sini ialah bagaimanakah Kementerian Kesihatan akan melindungi hak rakyat untuk akses kepada affordable medicine memandangkan lead agencies ataupun agensi peneraju dalam perundingan Trans-Pacific Partnership dan juga EU-Malaysia adalah Kementerian MITI dan pihak MITI hingga hari ini senyap dan tidak jawab soalan ini. Saya mohon kedua-dua menteri iaitu MITI dan juga Kementerian Kesihatan membuat satu kenyataan menjelaskan soal ini.

Isu yang berkait dengan perundingan TPP dan juga EU-Malaysia adalah bab pelaburan atau investment khususnya investor-state dispute system. Implikasi investment chapter ini kepada kedaulatan negara adalah serius. Ini adalah sebab bab ini akan membuka ruang untuk firma-firma gergasi antarabangsa untuk heret Kerajaan Malaysia, bukan sahaja Kerajaan Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan tetapi juga kerajaan negeri termasuk dengan PBT ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa seperti International Centre for Settlement of Investment Disputes di Washington DC. Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa ini diberi kuasa untuk sue atau saman satu-satu kerajaan termasuklah mengkaji keputusan dan dasar kerajaan dan patut diingatkan bahawa negara-negara yang kalah dalam Mahkamah Timbang Tara ini akan dihukum dengan denda berjuta-juta atau berbilion dolar Amerika Syarikat.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Jelas bahawa TBP dan perjanjian perdagangan dengan Eropah, sesuatu kerajaan akan hilang ruang untuk membuat dasar atau policy making space tetapi suatu kerajaan boleh didisiplinkan dan ini adalah implikasi terhadap kedaulatan sesebuah negara. Dalam konteks ini saya harap MITI menggariskan dasar kerajaan mengenai investors state disputed ini. Saya pohon kepada Menteri MITI supaya declassify laporan strategik yang dibuat oleh UNDP untuk Kerajaan Malaysia mengenai persediaan dan cabaran Malaysia dalam proses perundingan perdagangan Trans-Pacific Partnership ini.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, isu keenam saya hendak bangkit adalah berkait dengan apa yang dipanggil SEED. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 2 Ogos telah mengumumkan pinjaman berjumlah RM180 juta untuk komuniti perniagaan India. Dana ini diuruskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui sekretariat khas untuk pengupayaan usahawan India dipanggil SEED. Tujuan penubuhan SEED ini ialah untuk membantu masyarakat India untuk mendapatkan dana tersebut supaya meningkatkan keadaan sosio ekonomi kaum India di Malaysia. Beberapa persatuan perniagaan baru-baru ini telah bangkit beberapa keraguan terhadap dana ini. Juga telah melontarkan beberapa soalan yang saya ingat harus dijawab oleh pihak kerajaan. Oleh itu, saya minta pihak kementerian berkenaan menjawab untuk soalan berikut:

(i) setakat ini berapa usahawan India telah berjaya mendapatkan dana daripada RM180 juta ini?

(ii) adakah dana ini merupakan peruntukan dari Kerajaan Pusat untuk membantu masyarakat India? Jika dari Kerajaan Pusat, mengapa RM130 juta dana itu perlu disediakan oleh pihak bank?

(iii) mengapakah parti MIC menjadi orang tengah bagi tujuan memproseskan dokumen bagi permohonan dana ini?

Saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Isu yang akhir sekali ialah isu ketujuh, berkait dengan sekolah-sekolah Tamil dan Cina. Satu permintaan daripada kawasan saya dan juga masyarakat am di Malaysia ialah berkait dengan penubuhan sekolah menengah Tamil. Saya ingin mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana yang cukup untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia. Ini akan membolehkan murid-murid sekolah jenis kebangsaan Tamil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat secondary dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.

Isu kedua, berkait dengan sekolah Cina, Tuan Yang di-Pertua. Berkait dengan kontroversi Sekolah Menengah Chung Hua, Kuantan yang telah menarik bantahan kuat daripada masyarakat Cina, khususnya daripada Dong Ziong. Pada 7 Oktober 2012, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan iaitu semalam, mengumumkan sekolah tersebut akan menjalankan sistem dua landasan. Iaitu mengambil dan menduduki peperiksaan SPM dan tidak ada halangan untuk duduki peperiksaan UEC. Beliau juga telah memberi dana sebanyak RM2 juta untuk sekolah ini. Akan tetapi masalah di sini Tuan Yang di-Pertua ialah ianya bercanggah dengan surat kelulusan kementerian pada bulan Ogos tahun ini. Dengan menyatakan syllabus yang boleh digunakan ialah hanya SPM dan peperiksaan lain. Apa peperiksaan lain, tidak digariskan.

Saya minta Kementerian Pelajaran mengikuti kenyataan ataupun arahan Perdana Menteri, memberi surat kelulusan baru yang mengatakan bahawa murid-murid sekolah ini boleh mengambil peperiksaan UEC dan juga SPM. Tambahan pula saya minta Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat kelulusan baru mengatakan secara jelas- jelasnya bahawa pengantar adalah bahasa Cina, syllabus dan peperiksaan UEC dibenarkan dalam sekolah tersebut. Ini adalah sebab penubuhan sebuah sekolah persendirian menengah Cina yang benar atau tulen ialah tuntutan sebulat suara masyarakat Cina di Kuantan.

Saya juga minta kerajaan untuk ulang kaji peruntukan yang diberikan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina. Pada masa sekarang sekolah kebangsaan menerima lebih kurang 94.3 peratus daripada semua peruntukan ataupun peruntukan keseluruhan. Sekolah Cina mendapat 3.1 peratus manakala sekolah Tamil mendapat 2.4 peratus. Belanjawan 2013 telah menambahkan peruntukan sebanyak 0.1 peratus sahaja untuk sekolah Cina dan juga sekolah Tamil. Ini tidak mencukupi memandangkan enrollment kedua-dua sekolah ini telah berganda dua tiga kali. Oleh kerana itu, saya minta Kementerian Pelajaran ulang kaji masalah peruntukan ini supaya pelajaran di Malaysia tidak dipolitikkan tetapi mendapat sama rataan peruntukan. Jangan kita diskriminasikan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekian terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Lenggong.

final • 7:50 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk berucap dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2013. Saya dahulukan perbahasan saya dengan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan atas pembentangan Bajet 2013.

Pada perkiraan saya begitu baik dan memenuhi kehendak rakyat di pelbagai peringkat.

Walaupun dalam keadaan ekonomi di kebanyakan negara agak lembap dan setengah negara menghadapi masalah yang begitu kritikal. Namun keupayaan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengemukakan satu bajet yang baik serta dapat menyusun pelbagai strategi dan untuk bersaing dengan banggakan kita. Sudah tentu ia merupakan satu bajet yang amat baik sekali.

Justeru itu, bagi pihak rakyat di kawasan saya di Parlimen Lenggong, saya sesungguhnya merakamkan ucapan tahniah di atas pembentangan bajet yang begitu baik sekali. Oleh kerana itulah tidak keterlaluan kalau dikatakan hampir keseluruhan masyarakat merangkumi pelbagai sektor pekerjaan dan umur memperoleh manfaat daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada petang 28 September lalu. Ini kerana ia jelas kelihatan dari sebesar-besar ahli perniagaan sehinggalah ke golongan penjaja dan peniaga kecil, mereka sama sekali tidak dilupakan. Malah golongan gelandangan pun rasa gembira kerana dibantu untuk menjalani kehidupan mereka ketika susah supaya mereka dapat berdikari dalam menghadapi kehidupan seharian mereka yang begitu terdesak.

Sebab itulah kita lihat pakar-pakar ekonomi tempatan dan juga antarabangsa secara dasarnya merumuskan dan membuat komen positif bahawa bajet yang dikemukakan ini begitu baik. Walaupun kita dengar daripada pihak sebelah sana mengemukakan pelbagai alasan dan malah menggambarkan bajet ini tidak baik begitu sekali. Kalau kita lihat dan kaji sejumlah RM51.7 bilion diperuntukkan dalam belanjawan ini untuk golongan muda. Sebab itu jika kita meneliti satu persatu inisiatif dalam Bajet 2013, tidak salah dikatakan bahawa bajet kali ini mesra rakyat, berorientasikan golongan muda.

Sudah tentu saya percaya ini merupakan persediaan kerajaan untuk mempersiapkan golongan muda yang mana mereka tentu akan menjadi waris kepada kelangsungan pembinaan negara ini.

Ini kerana kita tahu bahawa golongan ini memang mendapat manfaat yang banyak sehinggalah mereka diberi insentif. Sebab itu kita begitu jelas nampak bahawa bajet ini segar dan muda sekali. Namun demikian, tidak ketinggalan juga bajet ini sebenarnya tidak meminggirkan golongan lain termasuk jugalah golongan warga emas apabila mereka juga diberi manfaat yang begitu banyak dalam bajet ini. Justeru itu, saya harap pada generasi muda untuk terus bersama kerajaan demi kepentingan masa depan kita. Namun demikian, saya berharap terutama sekali kementerian yang mempunyai urusan langsung dengan generasi muda untuk terus memberikan tumpuan kepada usaha-usaha membina jati diri generasi muda. Terutama sekali kepada golongan muda yang berada di kawasan luar bandar.

Sudah tentulah saya ingin bertanya dalam Dewan ini, apakah perancangan- perancangan yang terbaru yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk generasi muda dalam pelbagai bidang. Kesempatan ini juga saya ambil dalam perbahasan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sedar bahawa generasi muda hari ini ialah generasi yang sudah berubah sikap, perangai, cita rasa, tingkah laku mereka. Sebab itu pendekatan yang dibuat oleh kerajaan juga mesti menepati kehendak mereka. Oleh kerana itulah kita lihat apabila kerajaan melaksanakan program 1M4U ia merupakan satu langkah bijak. Saya harap ini dimanfaatkan oleh generasi muda.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan penting untuk negara. Oleh kerana itu, kita tahu fokus diberikan dalam bajet ini juga kepada usul untuk memperkasakan pendidikan dan latihan, memperkukuhkan kebolehpasaran graduan yang keluar daripada institut pengajian tinggi. Masa depan negara terletak sebenarnya kepada pendidikan. Atas kesungguhan itulah kita lihat baru-baru ini sebelum pembentangan bajet kerajaan juga telah melancarkan pelan pendidikan yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan telah mendapat pandangan daripada pakar-pakar dan juga rakyat.

final • 7:55 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sudah tentu walaupun kita dapati berlaku pengurangan daripada segi bajet untuk pendidikan tetapi apabila kerajaan melaksanakan PPM ini dan sudah tentu ia memperlihatkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk memastikan supaya rakyat dalam negara ini mendapat pendidikan terbaik dan sudah tentu kita harap ia dapat dimanfaatkan dan menepati kehendak kita untuk memastikan supaya negara kita ini maju dalam tempoh tujuh tahun daripada sekarang.

Dalam bajet ini juga, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan kerana sekali lagi memberikan peruntukan-peruntukan yang besar untuk pembangunan fizikal sekolah dan sudah tentu ia boleh dimanfaatkan terutama sekali untuk meningkatkan kemudahan prasarana di kawasan luar bandar.

Untuk itu juga, saya mengambil kesempatan untuk pihak kerajaan memberi perhatian kepada sebuah sekolah di kawasan Parlimen saya iaitu Sekolah Kebangsaan Kenayat yang terletak di kawasan banjir dan mungkin ia boleh diperbaiki dan dinaik araf supaya masalah banjir ini tidak berlaku lagi kepada sekolah berkenaan. Termasuklah saya berharap supaya kajian dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk menjadikan Sekolah Menengah Seri Budiman di kawasan Parlimen saya di Gerik itu untuk dijadikan sekolah terpilih supaya untuk masa hadapan dapat dijadikan sekolah-sekolah umpamanya sekolah berasrama penuh.

Tuan Yang di-Pertua, di sudut lain, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana terus memberikan penekanan kepada sektor pertanian dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan.

Sudah tentu jika tumpuan diberikan kepada sektor ini ia memberikan kebaikan kepada rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar.

Dalam bajet ini, diperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga RM300 juta bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah- buahan dan sayur-sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, perwujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga melalui sektor pertanian mempersiapkan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.

Saya harap semua bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan sudah tentu isu-isu berkaitan dengan bekalan ikan misalnya yang mahal di sesetengah tempat dapat diatasi. Saya harap pasar-pasar ikan rakyat ini diwujudkan juga di kawasan-kawasan luar bandar terutama sekali di kawasan yang jauh dari kawasan pendaratan ikan.

Oleh itu, saya juga berharap kerajaan untuk melimpahkan sedikit peruntukan ini ke kawasan saya di Parlimen Lenggong dan melaksanakan projek Lenggong Agro Valley yang juga dipersetujui oleh kementerian bagi memberi tumpuan pelaksanaan kepada projek tapak kekal pengeluaran makanan negara di Bukit Sapi yang telah pun diluluskan 4,000 hektar iaitu 10,000 hektar untuk dibangunkan sebagai salah satu kawasan pengeluaran makanan negara termasuk untuk zon akuakultur, industri asas tani dan juga zon ternakan haiwan.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan merupakan satu sektor pertumbuhan ekonomi yang penting dan kita tahu ia menyumbang kepada 12 peratus KDNK negara.

Jumlah pendapatan daripada sektor pelancongan dianggarkan akan meningkat kepada RM62 bilion pada tahun ini dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013 dan 2014.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM358 juta di bawah perbelanjaan pembangunan.

Untuk meningkatkan usaha-usaha bagi peningkatan 40 peratus sasaran kehadiran pelancong kepada 26.8 juta orang pada masa akan datang.

Oleh sebab itu saya harap supaya pihak kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan prasarana dan membangunkan produk-produk pelancongan di kawasan-kawasan tertentu di negara kita terutama sekali kawasan-kawasan yang memang boleh menjadi tarikan kepada kehadiran pelancong bagi menambahkan pendapatan rakyat dan juga negara ini.

final • 8:00 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Di kawasan saya, saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga kerajaan khususnya kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah berusaha gigih sehingga akhirnya Lenggong telah pun diiktiraf sebagai Lembah Warisan Dunia oleh UNESCO baru-baru ini. Oleh kerana ia telah pun diiktiraf oleh UNESCO, maka usaha-usaha yang gigih perlu dilakukan supaya taraf ini dikekalkan kerana kawasan ini ialah kawasan yang satu-satunya ada di dunia.

Oleh sebab itu saya berharap supaya pihak kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil langkah untuk mewujudkan satu jawatankuasa bagi melihat bagaimana untuk membangunkan kawasan ini terutama sekali meningkatkan pelbagai prasarana, kemudahan penginapan, pengangkutan, promosi produk pelancongan dan sudah tentu penglibatan Kementerian Pelancongan penting dan juga kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan ini supaya Lembah Lenggong ini menjadi salah satu lagi produk pelancongan dan boleh menarik kehadiran pelancong terutama sekali dari luar negara.

Hari ini, ramai dalam kalangan kita bercakap mengenai isu perumahan kerana ia merupakan satu isu besar apabila banyak juga aduan tentang kos pembelian rumah yang semakin mahal. Golongan muda terutama sekali kepada golongan yang baru bekerja dan baru membina keluarga termasuk golongan menengah rendah dan berpendapatan sederhana mendapati agak sukar untuk membeli rumah yang ideal, yang munasabah, yang sesuai kepada mereka barangkali kerana pendapatan mereka tidak mampu untuk melakukan pembelian tersebut.

Oleh sebab itu saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana usaha yang dilakukan termasuklah perbelanjaan lebih daripada RM1.9 bilion untuk membina 123,000 buah rumah mampu milik pada masa akan datang. Saya lihat cara ini ia akan lebih mudah untuk membantu golongan muda terutama sekali kepada golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM5,000.

Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa masalah perumahan ini bukan hanya dihadapi oleh kalangan rakyat atau golongan muda yang berada di kawasan bandar tetapi juga kepada golongan muda dan rakyat di kawasan luar bandar malah ramai di antara mereka yang masih berkongsi rumah dengan keluarga walaupun mereka sudah berkeluarga. Ada yang berkongsi empat hingga lima keluarga dalam satu rumah. Ini menghadapi masalah kepada mereka dan sudah tentu kita harap program perumahan ini juga dilebarkan ke kawasan-kawasan luar bandar supaya masalah-masalah ini dapat diatasi. Saya percaya jika ini dapat kita lakukan sudah tentu golongan muda akan terus kita dapat dekati dan mereka akan terus menyayangi kerajaan kita.

Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun pihak sebelah sana mempertikaikan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan tetapi kita perlu akui bahawa lebih daripada 50 tahun kita membina negara ini dan banyak sudah pembaharuan dan kejayaan dapat kita lakukan. Kalau kita lihat daripada segi kemudahan kesihatan sudah begitu baik.

Kalau dahulu rakyat begitu susah untuk mendapat kemudahan kesihatan tetapi hari ini dengan pelbagai program kesihatan termasuk klinik-klinik desa dibuat di luar bandar dan sudah tentu ia meningkatkan kemudahan kesihatan kepada rakyat termasuklah kemudahan pendidikan, kemudahan prasarana dan sudah tentu hari ini kalau kita lihat perbandingan sebelum merdeka misalnya, miskin tegar kita dapati tahap miskin tegar rakyat ketika itu 85 peratus tetapi hari ini pada tahun 2012, kita telah turunkan kepada 5 peratus.

Ini merupakan satu kejayaan yang besar dan kejayaan ini sebenarnya dihasilkan oleh usaha gigih Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi kalau kita lihat di India misalnya, mereka lebih awal merdeka daripada kita. Mereka merdeka pada tahun 1948 tetapi hari ini taraf miskin tegar dan kehidupan rakyat masih lagi jauh susah berbanding dengan kita kerana kita lihat pendapatan mereka pun agak susah dan daif dan sudah tentulah apa yang dihasilkan oleh kita ini sebenarnya jauh lebih baik daripada kebanyakan negara.

Sebenarnya Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi sebenarnya menjadi masalah kepada rakan-rakan kita di sebelah sana yang sebenarnya semakin kelam-kabut menghadapi rakyat untuk pilihan raya yang akan datang kerana apa yang ditawarkan oleh kerajaan melalui bajet ini begitu baik dan diterima oleh rakyat. Apatah lagi mereka hari ini masing-masing dengan pelbagai isu termasuklah masih lagi tidak dapat menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan agama kerana masing- masing mempunyai pandangan dan fahaman yang begitu berbeza.

final • 8:00 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk membaca beberapa pandangan daripada bukan orang politik tetapi daripada rakan-rakan kita dalam bidang akademik dan juga pakar dalam bidang ekonomi. Misalnya Profesor daripada Fakulti Ekonomi Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Profesor Datuk Amir Baharuddin. Beliau berpendapat bahawa kita, saya hendak sebut ini kerana rata-rata rakan-rakan kita di sebelah sana bercakap bahawa bajet yang mereka bentangkan lebih baik daripada bajet kerajaan. Saya hendak menyebut apa dikatakan oleh Profesor Datuk Amir Baharuddin.

Beliau menyatakan bahawa bajet yang dibentangkan oleh pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangan. Maknanya bajet yang dibuat hari ini dibuat secara main-main sebenarnya bajet yang dahulu pun dibuat dan banyak kepincangan.

Bajet Utopia ini macam-macam main-main ditambah asas pun tidak ada hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula janji bukan-bukan, budak Tingkatan 6 pun boleh hasilkan bajet sebegini. Kalau lebih mudah ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor- nombor sahaja ini bukan caranya untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja perbincangan kerana bajet yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah bajet yang dihasilkan oleh pakar-pakar ekonomi dan cendekiawan yang bijak...

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Yang Berhormat Lenggong minta penjelasan sedikit.

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Banyak lagi, banyak lagi.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sedikit sahaja. Pendek sahaja.

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Banyak lagi, banyak lagi.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Yang dikatakan profesor tadi...

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya ambil lagi...

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sedikit sahaja.

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tidak bagi laluan. Saya ambil satu lagi, saya ambil dari ketua penyelidik. Ini saya baca daripada pandangan Profesor Universiti. So, boleh tengok pandangan. Saya ambil Ketua Penyelidik dan Perunding Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Shazali Abu Mansor pula berkata penghapusan pembiayaan pelajaran dan tol bersifat terbelakang dalam proses merangka kemajuan negara. Penghapusan memaksa kerajaan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan di samping wujud masalah seperti pengurangan tenaga kerja, pengurangan kualiti infrastruktur jalan, serta mendapat akses pendidikan tinggi. Dengan sumber negara yang terhad, kerajaan tidak mampu menampung sektor memerlukan belanja besar seperti pembinaan faktor pendidikan.

Pandangan-pandangan ini sebenarnya pandangan yang ikhlas yang benar-benar dengan tujuan untuk menjaga negara kita termasuklah saya boleh ambil lagi pandangan daripada beberapa cendekiawan lain. Kalau saya sebut di sini terlalu banyak. Apa yang penting kita lihat bahawa pandangan yang dibuat oleh ramai tokoh ini dengan jelas memberikan gambaran bahawa bajet yang dikemukakan oleh kerajaan kita Kerajaan Barisan Nasional baik. Sebenarnya bajet ini melegakan majoriti rakyat kerana pasti majoriti rakyat berpuas hati dengan bajet berkenaan. Bermula dengan kanak-kanak pra sekolah hinggalah penuntut di menara gading. Daripada nenek tua di desa, petani di sawah hinggalah nelayan di lautan. Daripada kerani di pejabat daerah hinggalah pegawai di Putrajaya, semuanya bergembira dengan bajet yang dikemukakan oleh kerajaan. Saya percaya bajet ini memberi faedah dan manfaat kepada rakyat di negara dan sudah tentu ia meletakkan kita di landasan yang betul untuk mencapai status sebuah negara maju pada masa akan datang.

Saya akhiri perbahasan saya dengan sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan dan juga Menteri Kewangan, dan saya menyokong bajet berkenaan. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sik.

final • 8:10 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana masa yang terhad saya hanya menumpukan kepada bidang pendidikan sahaja.

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya melihat soal pra sekolah. Di bawah urusan kerajaan sahaja ada lima jenis pra sekolah iaitu prasekolah di bawah Jabatan Perpaduan, prasekolah di bawah KEMAS, prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan akhir sekali prasekolah PERMATA. Dalam perbahasaan bajet dua tahun lalu, saya pernah menyebut bahawa dengan banyaknya jenis prasekolah ini menyebabkan banyak perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, dalam masa yang sama kita seolah- olah menunjukkan ada taraf yang berbeza di kalangan anak-anak kita. Prasekolah yang berbeza ini memerlukan belanja yang banyak dan pada masa yang sama menggunakan sukatan pelajaran dan juga pendekatan yang berbeza.

Jadi saya mohon Menteri Pelajaran sebagaimana yang dijanjikan dahulu bahawa prasekolah ini akan disatukan supaya ianya boleh memberi pendidikan yang sama kepada anak-anak kita walau di mana pun mereka berada. Dengan lain perkataan unsur-unsur kasta dalam prasekolah ini dapat kita lupuskan dan dalam masa yang sama kita dapat menjimatkan perbelanjaan dan dalam masa yang sama juga kita dapat selaraskan pentadbiran untuk prasekolah ini. Saya mohon untuk mendapat penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya saya hendak sebut mengenai sekolah agama rakyat. Semasa mencelah tadi saya telah timbulkan bahawa sekolah menengah rakyat atau sekolah menengah agama rakyat telah lama dipencilkan. Kita ada 161 buah sekolah menengah. Dengan penuntutnya lebih daripada 20,000. Kita ada 1,132 buah sekolah rendah agama rakyat, penuntut dia 208,505 orang. Dalam bajet terakhir ini, terutama tahun ini Perdana Menteri telah tidak langsung memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah ini.

Kita amat dukacita kerana dalam taklimat atau dalam mukadimah bajet menekankan soal janji ditepati, rakyat didahulukan, 1M4U dan lain-lain lagi. Namun dalam masa yang sama saya lihat Perdana Menteri tidak langsung melihat tangisan anak-anak sekolah agama rakyat. Oleh kerana mereka berhajat untuk mendapatkan pendidikan agama yang mereka rasa tidak terdapat di sekolah-sekolah kebangsaan, mereka ini telah dianaktirikan dan hak mereka untuk mendapat pendidikan dinafikan. Kita tidak menentang pemberian kerajaan kepada sekolah jenis Tamil, sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi kita mempersoalkan mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang sepatutnya diberikan layanan yang sama oleh kerajaan telah dinafikan hak.

Ini yang kita persoalkan dan saya rasa Perdana Menteri, Kabinet, kerajaan tidak boleh memekakkan telinga, membuta mata melihat pelajar-pelajar ini terus menangis kerana sekolah-sekolah ini bukanlah politik, sekolah-sekolah ini bukan sekolah PAS tetapi diasaskan oleh rakyat untuk mendapatkan pendidikan agama yang sempurna. Kerana bagi mereka pelajaran agama yang dibuat melalui sistem pelajaran kebangsaan tidak mencukupi untuk mendidik anak-anak mereka menjadi Muslimin atau Muslimat yang sebenar. Jadi saya minta kementerian, Perdana Menteri dapat memberi perhatian di dalam soal ini.

Perkara ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut soal rungutan guru-guru. Dalam bajet ini tidak disebut pertambahan per kapita untuk sekolah-sekolah.

Saya rasa benda ini disedari oleh semua orang termasuk rakan-rakan saya di sebelah sana. Pengetua-pengetua, guru besar telah lama merungut bahawa banyak kegiatan kokurikulum diberikan kepada mereka, banyak projek join venture diadakan dengan kementerian-kementerian lain tetapi peruntukan tidak ditambah. Keadaan ini menyebabkan di sekolah-sekolah, pentadbir-pentadbir sekolah menghadapi masalah yang paling rumit untuk melaksanakan program-program sekolah. Mereka malah tidak mampu untuk memberi atau menggantikan alat-alat bantuan mengajar. Bahan-bahan asas pentadbiran dan pengkeranian, peruntukan untuk mengadakan R&D dan latihan guru.

final • 8:14 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Peruntukan untuk melaksanakan program-program kokurikulum atau gerak kerja kurikulum dan mereka juga tidak mampu untuk melaksanakan proses PNP dalam bidang pendidikan. Jadi saya rasa oleh kerana kadar yang dibayar oleh kerajaan per kapita ini telah lama digubal, kementerian patut memikirkan satu kadar baru untuk membolehkan pendidikan berjalan secara lancar di sekolah.

Saya tidak nafikan reformasi pendidikan diumumkan baru-baru ini tetapi hakikat sebenarnya di sekolah-sekolah tidak banyak berubah. Sekolah yang berubah mungkin sekolah-sekolah di bandar ataupun sekolah-sekolah yang telah pun mempunyai kedudukan yang penting.

Saya juga merasakan bahawa oleh kerana peruntukan di sekolah ini tidak ditambah, guru-guru telah dilayan sebagaimana kakitangan kelas dua. Kita tidak nafikan ada pengumuman kenaikan pangkat guru-guru dan lain-lain tetapi tugas guru di sekolah nampak seolah-olah mereka ini kakitangan kelas dua. Kalau pegawai-pegawai kerajaan lain di bawah M41 boleh naik kapal terbang tetapi guru-guru di sekolah yang menjalankan gerak kerja kokurikulum hanya layak untuk mendapat satu tempat dalam teksi ataupun satu tempat dalam bas. Ini adalah perkara yang amat sedih bagi mereka. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak percaya, boleh tanya guru-guru di sekolah.

Baru-baru ini MOSTI melaksanakan program inovasi dengan Kementerian Pendidikan. Guru-guru yang datang ke situ iaitu diadakan di Wisma Belia hadir dengan menggunakan duit poket sendiri. Jabatan tidak mahu bayar kerana katanya ini bukan program jabatan dan belum lagi mendapat surat daripada Kementerian Pelajaran dan ditempatkan di Wisma Belia itu, cukup lekeh. Dengan biliknya yang panas, tilamnya yang lama dan lain-lain lagi yang saya rasa tidak lagi sesuai untuk pegawai-pegawai di peringkat DG41 untuk tinggal di situ. Saya harap pihak Menteri dan Timbalan Menteri dapat melihat benda ini supaya ianya dapat diatasi.

Soal yang ketiga, soal beban guru. Dalam reformasi pendidikan baru-baru ini disebut dengan jelas hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban guru. Akan tetapi saya rasa apa yang dinyatakan di dalam transformasi tersebut, dalam anjakan paradigma yang dijelaskan sebagai gelombang itu, ianya merupakan ulangan perkara lama yang tidak mungkin dapat mengurangkan beban guru. Saya merujuk kepada apa yang berlaku di sekolah. Dinyatakan bahawa untuk mengurangkan beban guru, fungsi pentadbiran guru dipindahkan ke pusat perkhidmatan terpusat ataupun guru khusus.

Ini adalah satu perkara, pengalaman kita di sekolah. Pengalaman kita di sekolah nyata perkara ini mustahil hendak dilaksanakan. Dalam perbahasan-perbahasan lalu dan juga dalam perbincangan di peringkat kementerian yang dulu-dulu ini, maksud saya bekas pegawai pendidikan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah dan memangku jawatan Pengarah beberapa bulan.

Kita hanya meminta Kementerian Pelajaran membuat peruntukan supaya beberapa orang kerani sama ada N1, N4, N17 atau N22 ditempatkan dengan lebih ramai di sekolah untuk membolehkan mereka ini melaksanakan tugas beban guru di dalam bidang pentadbiran, itu pun tidak dapat dilaksanakan. Apatah lagi hari ini kita bercadang untuk menubuhkan pusat perkhidmatan terpusat ataupun guru khusus untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran ini. Saya rasa ini bukanlah satu yang realiti dan sukar untuk dicapai.

Saya juga ingin menyebut bahawa peranan guru di dalam pentadbiran ini cukup besar. Di dalam KSSR yang baru dilaksanakan dua tahun yang lalu, kita lihat kebanyakan tugas-tugas perkeranian memasukkan data-data di dalam komputer setahun sebanyak dua atau tiga kali. Ini terpaksa dilakukan oleh guru-guru di bawah SAPS, di bawah e-pangkat, e- operasi, APDM dan semuanya memerlukan guru melibatkan diri secara langsung dalam kerja-kerja perkeranian, dalam kerja-kerja pentadbiran. Jadi tidak mungkin hal ini dapat diatasi kalaulah kerajaan hanya sekadar mengomong-omongkan, mengumumkan projek- projek yang sering kali tidak dilaksanakan. Saya harap untuk masa depan ini, kementerian dapat mengambil kepastian, mengambil tindakan supaya perkara-perkara ini iaitu masalah- masalah yang berkait dengan beban guru ini dapat dibaiki, dapat dilaksanakan.

final • 8:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Ini kerana saya bimbang beban guru yang hendak dikurangkan tadi sebenarnya dari semasa ke semasa dengan perubahan keadaan menyebabkan banyak lagi beban- beban baru timbul dan bukannya mengatasi beban yang telah sedia ada.

Perkara keempat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak timbulkan juga soal guru-guru di SABK. Tadi sekolah rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah rendah rakyat yang tidak langsung mendapat peruntukan daripada kementerian ataupun dari bajet yang baru diumumkan baru-baru ini. Sekarang saya hendak sentuh sedikit keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan. Saya akui sekolah-sekolah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan saya rasa dari segi kewangan memang kerajaan memberi wang yang cukup dan peruntukan baru pun sebagaimana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, RM100 juta diberikan sebagai tambahan. Kita tidak nafikan tetapi saya rasa kerajaan mengabaikan pentadbiran di sekolah-sekolah ini.

Bila saya teliti perkembangan yang berlaku di sekolah-sekolah ini, hanya dua benda sahaja yang kerajaan beri perhatian. Yang pertama kerajaan memastikan bahawa sistem atau kokurikulum sekolah tersebut diubah daripada sistem pendidikan agama kepada sistem pendidikan kebangsaan, itu jelas diubah.

Keduanya, kerajaan mematuhi perjanjian dengan pemilik-pemilik sekolah rakyat pada masa itu iaitu pengetua yang ada dikekalkan. Terima kasih kerana pengetua naik pangkat daripada tidak ada apa-apa jawatan menjadi pengetua DG29, orang di bawahnya DG41 semua ataupun 44 dan 48.

Apa yang berlaku, kerajaan tidak langsung memberi perhatian kepada perjalanan sekolah ini. Pengetua, guru besar diberi hak untuk melaksanakan program-program yang mereka susun, tradisi sekolah mereka menyebabkan sekolah-sekolah ini tinggal di takuk lama.

Guru-guru merasa tertekan kerana Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah tidak langsung boleh menegur pengetua-pengetua ini kerana mereka kata kami pengetua yang dilantik sepanjang hayat, tidak boleh ditegur, hak kamilah kerana sekolah ini asalnya hak kami. Jadi guru-guru yang duduk di situ merasakan diri mereka tertekan dan ada yang mendapat penyakit psiko pun. Jadi saya minta kementerian harus ingat bahawa amanah kita bukan sahaja mengambil sekolah itu tetapi amanah kita untuk memastikan bahawa sekolah-sekolah tersebut berjalan dengan lebih baik, itu yang penting.

Jadi saya minta kementerian perlu buat kajian, mereka perlu turun ke sekolah- sekolah ini bagi memastikan bahawa pelajar-pelajar tadi dapat pendidikan yang baik sebagaimana yang dicita-citakan, apabila semasa kerajaan mengambil alih sekolah-sekolah ini. Dalam masa yang sama juga, kebajikan guru di situ dijaga. Kita tidak mahu guru-guru di sini semuanya kecewa kerana pengetua di situ mementingkan dirinya.

Banyak berlaku saya tengok, complaint banyak, insya-Allah saya akan bagi surat- surat complaint ini termasuk peringkat buli yang berlaku di sekolah-sekolah tersebut kepada guru-guru yang cuba membawa perubahan. Guru-guru yang bermotivasi yang dihantar oleh kementerian ke situ tidak dapat melaksanakan kerana kekangan-kekangan pentadbiran yang tidak dijaga, tidak dikongkong oleh pihak kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Pelajaran.

final • 8:20 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Saya rasa kita perlu perhatikan walaupun ada perjanjian menyatakan bahawa guru-guru atau pengetua, pentadbir sekolah itu dikekalkan dalam tangan bekas guru besar ataupun bekas pemilik sekolah itu tetapi kita memastikan kerana yang kita hendak bukan sahaja sekolah itu menjadi kita kata lebih baik tetapi kita hendak wujud suasana pembelajaran sebagaimana yang didapati oleh murid-murid lain. Kerana apa, kalau tidak ia akan menjadi sia-sia. Kita mengambil alih, kita bagi duit tetapi kita tidak memberi perhatian kepada sekolah tersebut. Tuan Yang di-Pertua ada berapa minit lagi entah?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang lagi ucapan Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Saya ada dalam 10 minit lagi. Saya tidak tahu, masa saya banyak lagi?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Boleh Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Saya hendak habiskan sekarang.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, dekat hendak habis.

final • 8:30 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Terakhir sekali ialah- tidak habis 10 minit juga sebab hendak akhir sudah.

Mengenai reformasi pendidikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, SchoolNet sudah berjalan. Sekarang kita ada pula BestariNet. Apa yang saya hendak timbulkan soal SchoolNet itu berada di bawah SAPURA dan SAPURA belum lagi selesai dengan tugas dia. Di bawah SchoolNet ini diberi kepada- kalau maklumat yang saya dapat ini betul diberi kepada YTL. Kalau ini berlaku proses penyambungan itu tidak berlaku dan yang akan rugi ialah kementerian. Satu lagi ialah proses penyambungan teknologi tadi tidak dapat dilaksanakan dan YTL pula bukanlah asas kita katakan teknologi pendidikan sebagaimana yang dinyatakan. Saya pohonlah Menteri dapat lihat perkara ini dan dapat memberi penjelasan kepada kita.

Di bawah reformasi pendidikan juga dicadangkan sekolah-sekolah akan diberi autonomi. Sebagai bekas pentadbir sekolah dan juga pegawai di Jabatan Pendidikan saya rasa kementerian perlu berhati-hati kerana pada pandangan saya taraf sekolah-sekolah di Malaysia pada hari ini, taraf pegawai-pegawai yang ada, bukan saya hendak membantah.

Kita kata hendak beri kuasa yang lebih kepada guru kerana saya pun suka kalau guru diberi kuasa yang lebih tetapi kita lihatlah kalau persediaan tidak cukup, kita laksanakan kuasa autonomi ini mungkin ianya akan membawa huru-hara kepada pendidikan sekolah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Sekijang.

final • 8:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri saya peluang untuk sama-sama membahaskan usul bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 September yang lalu...

[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa bajet pada kali ini merupakan satu bajet yang benar-benar tepat dalam membawa aspirasi dan permasalahan yang dihadapi oleh setiap lingkungan rakyat di dalam negara ini. Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa inti pati bajet yang memakmurkan negara, menyejahterakan rakyat dan sebuah janji yang ditepati.

final • 8:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 8:33 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini memang sesuai dan kena pada temanya.

final • 8:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya cukup yakin Yang Berhormat belum habislah... [Ketawa] Sambung esoklah, Yang Berhormat.

final • 8:33 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sambung esok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:33 PM

Seorang Ahli

Penjelasan, penjelasan.

final • 8:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga esok jam 10 pagi hari Selasa, 9 Oktober 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.34 malam.

final • 8:33 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026