Oct012012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) pandangan kementerian berkaitan merosotnya semangat kejiranan yang suatu masa dahulu begitu kukuh dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa dan budaya; dan

(b) apakah langkah-langkah yang dikenal pasti oleh kementerian dalam usaha mengembalikan semangat kejiranan terutamanya di bandar-bandar besar selaras dengan konsep 1Malaysia.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jasin.

Mengikut kajian, terdapat dua faktor sosial ekonomi utama yang membawa perubahan besar kepada kekerapan dan corak perhubungan antara penghuni dan menyebabkan semangat kejiranan berkurangan iaitu:-

(i) perubahan struktur ekonomi di Malaysia dari aktiviti pertanian di kawasan desa dan perniagaan kecil di pekan ke pembuatan dalam kilang dan pelbagai jenis perkhidmatan di bandar besar; dan

(ii) proses urbanisasi yang telah menyebabkan mobiliti iaitu penghijrahan ramai penduduk dari desa ke bandar untuk menuntut ilmu atau mencari pekerjaan. Kini lebih daripada 60% penduduk Malaysia berada di kawasan bandar.

Dua faktor utama tersebut telah menyebabkan beberapa fenomena sosial yang turut menyumbang ke arah kekurangan semangat kejiranan iaitu:-

(i) bagi masyarakat bandar kini tempat kerja yang biasanya agak jauh dan terpisah dari tempat kediaman serta masa bekerja dan pergi balik yang panjang memang mengurangkan masa berada di rumah dan masa untuk bergaul dengan jiran berbanding dengan keadaan masyarakat desa yang mempunyai lebih banyak masa terluang kerana kawasan bekerja seperti kebun dan sawah padi biasanya berdekatan dengan rumah dan tambahan pula waktu atau masa bekerja pun lebih pendek atau bermusim;

(ii) institusi kekeluargaan telah beralih dari keluarga besar atau extended family kepada keluarga nuklear atau nuclear family kerana urbanisasi dan mobiliti mengakibatkan penghuni bandar terpisah dari saudara-mara yang dahulunya dapat sering bergaul rapat bersemuka sebagai jiran;

(iii) kebanyakan reka bentuk perumahan di bandar yang merupakan jenis yang berpagar atau kondominium yang bersifat terasing

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

dan mempunyai kawalan keselamatan yang ketat menjadikannya tidak mesra jiran berbanding dengan keadaan kampung atau kampung baru di mana rumah-rumah tidak berpagar dan dekat di antara satu sama lain dan memudahkan para penghuni kunjung- mengunjungi; dan

(iv) kemajuan ICT menyebabkan generasi kini lebih gemar berkomunikasi secara maya atau siber melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter dengan kawan-kawan mereka di tempat lain. Ini juga menyebabkan mereka kurang bergaul, bersemuka dengan jiran.

Justeru itu, menyedari fenomena sedemikian, kerajaan telah dan sedang menggalakkan supaya dapat dipertingkatkan lagi pergaulan bersemuka dan semangat kejiranan di kalangan masyarakat melalui Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan persatuan penduduk. Melalui pertubuhan ini aktiviti berbentuk perjumpaan dalam komuniti tempatan secara bersemuka dilaksanakan seperti aktiviti gotong-royong, hari keluarga, sambutan perayaan hari besar secara rumah terbuka, sukaneka dan sebagainya.

Sambutan memang baik dari segi penubuhan KRT dan SRS yang begitu ketara bagi tiga tahun kebelakangan ini. Dengan pertambahan sebanyak hampir 50% iaitu sudah sampai ke tahap 5,959 KRT di seluruh negara dan pertambahan sebanyak 155% iaitu 3,279 SRS yang penuh menunjukkan kesedaran masyarakat telah meningkat tentang betapa pentingnya dan perlunya untuk memupuk semangat kejiranan supaya dapat menjaga keharmonian dan mengawal keselamatan di kawasan kediaman mereka di bandar besar dan separuh bandar atau semi urban. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan yang panjang lebar tadi. Semasa membentangkan bajet baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menggariskan di antara lain beliau memberikan penekanan tentang betapa pentingnya kita mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni. Beliau menyokong peranan persatuan penduduk dalam usaha untuk kita menggalakkan mereka meronda kawasan-kawasan kejiranan. Beliau juga telah merancang untuk memberikan peruntukan ataupun geran sebanyak RM10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk yang berjumlah sebanyak 40 juta.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Dalam masa yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mempertingkatkan peranan Rukun Tetangga dalam usaha kita membantu untuk menentukan supaya kawasan perumahan supaya selamat dan juga terkawal. Beliau juga menyasarkan supaya kita dapat menubuhkan sebanyak 6,500 Rukun Tetangga menjelang tahun 2013 dan memberikan peruntukan sebanyak RM39 juta.

Jadi soalan saya, apakah sebenarnya perancangan pihak kementerian bagi menentukan supaya kita dapat memanfaatkan wang yang sebegitu banyak dalam memenuhi sasaran kerajaan dan apakah perancangan kementerian daripada sekarang menjelang tahun 2013 menyedari betapa pentingnya kejiranan yang selamat dan juga harmoni termasuk juga ICT?

Keduanya Yang Berhormat Menteri, Korea Selatan telah menjadi sebuah negara maju. Satu ketika dahulu, Korea Selatan telah meminjam konsep kejiranan dan konsep gotong-royong daripada kita yang diberikan jenama ‘Saemaul Undong’. Kita mahu kalau boleh dapat menghidupkan suasana gotong-royong dan kejiranan ini. Adakah pihak kementerian memikirkan supaya kita dapat meniru semula ‘Saemaul Undong’ ini supaya kita dapat membudayakan dalam masyarakat kita? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih. Pihak kami memang amat bersyukur kerana Rukun Tetangga dan persatuan penduduk tetap diberi perhatian dan peruntukan yang sewajarnya dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah dan akan terus menggalakkan, mendorong penubuhan lebih banyak lagi kawasan Rukun Tetangga ini di seluruh negara. Peningkatan hampir 150% dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini memang adalah bukti usaha gigih ini dan juga sambutan yang luar biasa daripada rakyat jelata.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Oleh itu, kami telah juga melaksanakan beberapa inisiatif pembaharuan dan juga penambahbaikan seperti kita sekarang ini akan memperkenalkan satu Program Sayangi Komuniti di mana penghuni di sesuatu tempat tertentu melalui Rukun Tetangga bukan sahaja menjalankan program muhibah dan sebagainya dan bukan sahaja membantu pihak polis untuk mengawal keselamatan, tetapi juga mengambil bahagian dalam penyelesaian masalah tempatan bersama dengan kerajaan tempatan atau kerajaan negeri melalui Rukun Tetangga dan melalui satu pertubuhan iaitu Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia yang telah bekerjasama dengan jabatan kita untuk menambahbaikkan keberkesanan Rukun Tetangga dan persatuan penduduk.

Yang keduanya, kami juga telah menggalakkan penggunaan ICT di kalangan Rukun Tetangga. Setakat ini lebih daripada 600 KRT mempunyai Facebook mereka sendiri untuk berhubung antara satu sama lain dan juga untuk sebagai perhubungan di antara kerajaan dengan para penduduk. Di samping itu, di Subang Jaya misalnya, telah diwujudkan satu program ‘SJ Alert’ di mana mereka menggunakan ICT untuk melaporkan dan juga memberi amaran kepada para penduduk mengenai kejadian jenayah dengan kerjasama pihak polis. Ini telah menghasilkan beberapa penangkapan yang penting untuk membantu mengurangkan jenayah di kawasan tempatan.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa Korea Selatan pada tahun 70-an telah datang ke Malaysia untuk mempelajari daripada kita konsep gotong- royong dan telah dilaksanakan di Korea Selatan. Maka mereka mengikut semangat dan juga keadaan sosial mereka sendiri agak dapat menjayakan program ini. Memang kita boleh mempelajari daripada mereka walaupun konsep gotong-royong itu sebenarnya berasal dari Malaysia, tetapi kita tidak keberatan untuk belajar daripada negara-negara lain sekiranya mereka mempunyai inovasi ataupun pendekatan yang lebih kreatif. Kita sudi untuk mempelajari. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pihak kementerian bercadang untuk menjadikan masjid atau surau sebagai pusat komuniti yang paling penting terutama di kawasan perumahan yang melibatkan ramai penduduk Muslim? Ini kerana peranan yang dimainkan oleh surau atau masjid ini sangat penting untuk membina semangat kejiranan apa lagi mereka sentiasa berjumpa lima kali sehari. Jadi apakah kerajaan bercadang untuk menjadikan masjid dan surau ini dengan peruntukan yang mencukupi untuk memupuk semangat kejiranan, kasih sayang dan bukan sahaja kita meletakkan tanggungjawab ini kepada persatuan penduduk semata-mata? Minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, sememangnya Tuan Yang di-Pertua, masjid dan surau telah dan sudah pastinya akan terus memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Islam khasnya. Oleh itu, saya memang difahamkan bahawa banyak program dan peruntukan telah diberi kepada masjid dan surau melalui Majlis Agama Islam setiap negeri dan juga melalui saluran yang lain.

Walau bagaimanapun, kalau kita menganggap dari konsep 1Malaysia persatuan penduduk, Rukun Tetangga juga dapat bersama-sama memainkan peranan yang penting untuk merapatkan perhubungan antara kaum dan antara golongan kepercayaan agama yang berlainan, maka saya tidak menganggap bahawa kedua-dua ini bercanggah. Satunya ialah di antara komuniti sendiri dan satu lagi ialah di antara komuniti yang berlainan. Itulah sebagai konsep 1Malaysia dan saya memang kagum bahawa Yang Berhormat Rantau Panjang juga nampaknya begitu menyokong konsep 1Malaysia.

final • 10:10 AM

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan statusnya di negara ini. Apakah kriteria untuk bangunan dan mutu pendidikan IPTS dan keberkesanan kawalannya termasuk sebuah kolej swasta di Vista Magna, Batu 7, Kepong.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehingga 31 Ogos 2012, terdapat sebanyak 506 buah institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah adalah bertaraf universiti, 21 buah bertaraf kolej

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

universiti, enam buah bertaraf kampus cawangan universiti luar negara dan 413 buah bertaraf kolej yang masih aktif manakala terdapat 32 buah bertaraf kolej tetapi tidak aktif.

KPT sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh IPTS dari aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan IPT, penyediaan bangunan dan kemudahan dan sebagainya. Semua IPTS yang diberi kelulusan penubuhannya akan didaftarkan bangunan atau premisnya dalam perakuan pendaftaran institusi. Pihak kami melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dan kawalan yang ketat ke atas premis- premis semua IPTS di seluruh negara termasuk kolej swasta yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kepong.

Pada tahun 2010, sebanyak 11 buah IPTS telah diambil tindakan kerana telah melakukan kesalahan berkaitan premis dan telah dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM110,000. Manakala pada tahun 2011 pula, sebanyak 26 buah IPTS telah dikenakan kompaun atas kesalahan yang berkaitan dengan premis dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM260,000. Nama kolej swasta yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat yang terletak di Vista Magna ialah Kolej Antarabangsa Mahsa Prima atau dahulunya Kolej Antarabangsa Metro Prima.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Setelah mendapat aduan daripada beberapa pihak, pihak penguat kuasa kementerian telah pun mengadakan lawatan pemeriksaan ke atas IPTS berkaitan pada 30 Julai 2012 dan mendapati bahawa pihak institusi terbabit ada menggunakan kelas-kelas tambahan yang belum berdaftar. Maksudnya ialah dari segi keseluruhan pengurusan kolej yang berkaitan, semuanya dalam keadaan yang mengikut peraturan kecuali ada beberapa kelas yang belum berdaftar dan kita anggap di bawah kepuasan pihak kami. Oleh yang demikian, kertas siasatan telah pun dihantar kepada Timbalan Pendakwaraya di peringkat Jabatan Pengajian Tinggi dan mereka dalam proses untuk menentukan sama ada akan diadakan, kemungkinan besar saya boleh sebut begitu, kemungkinan besar mereka akan dikenakan dakwaan atas kesalahan mengikut seksyen 78 Akta IPTS yang selalu kita gunakan setiap kali ada kesalahan berkaitan dengan premis seperti yang berlaku di kolej berkaitan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. ‘Hati gatal, mata digaruk’.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya teruskan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

‘Hati gatal, mata digaruk’. Di sinilah Tuan Yang di- Pertua, saya sedar pihak berkuat kuasa sudah mengambil tindakan dan ini bukan berlaku di negara ini sahaja. Di England baru-baru ini pun satu universiti swasta ditutup kerana masalah yang timbul. Adakah Yang Berhormat mempunyai kemampuan untuk mengawal semua, jumlah yang disebutkan ialah 506. Adakah kemampuan untuk mengawal semua ini termasuklah kolej yang disebutkan itu. Kita nampak ia shop lot dan bukan tempat untuk kelas pun dijadikan kelas. Jadi bolehkah Yang Berhormat menentukan bahawa semua kolej swasta terutama antarabangsa ada bangunan sendiri. Kalau tidak ada macam mana kita boleh membenarkan kerana seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mereka ini hendak ada kolej tetapi mereka daftar dengan pihak berkuat kuasa sebagai shop, sebagai kedai. Adakah Yang Berhormat ada membuat satu formula untuk mengatasi semua ini kerana ini mengejar keuntungan sahaja.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Saya tidak berapa faham pantun.

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, pantun satu rangkap.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Ini bila dah lama sangat jadi Ahli Parlimen di tempat yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu dua perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepong. Pertama ialah rumah kedai. Kita faham ada kerisauan di kalangan masyarakat tentang rumah kedai yang digunakan untuk sesebuah universiti ataupun kolej universiti.

Akan tetapi kita harus juga melihat maksud rumah kedai itu. Misalnya kalau ia sebuah kolej yang kecil menawarkan kursus-kursus yang tertentu sahaja, lazimnya rumah kedai yang biasa, maksudnya dalam satu blok katalah ada sepuluh kedai, dua tiga daripadanya digunakan, itu mungkin kita benarkan. Ini berlaku misalnya untuk beberapa kolej komuniti.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Itu IPTA pun, bukan sahaja IPTS. Akan tetapi ada juga satu blok rumah kedai yang digunakan, disewa oleh pemilik ataupun pemunya IPTS, yang itu walaupun istilahnya masih rumah kedai tetapi ia satu blok yang khusus.

Dalam persoalan ini, sebenarnya pemilik dan pemunya itu menggunakan satu blok. Jadi yang itu yang kita benarkan pada peringkat awal. Cuma bila ditambah, yang tambah itu yang kita ambil tindakan kepada mereka. Dari segi boleh atau tidak kami menjalankan pemantauan, saya rasa dan kami beri jaminan, ia boleh kita lakukan kerana kita memang ada syarat-syarat yang ketat yang kita kenakan dan semakin hari semakin kita ketatkan kepada pemilik-pemilik IPTS. Syarat-syarat ini bukanlah sesuatu yang luar biasa yang tidak boleh mereka laksanakan. Lazimnya setiap kali kita menerima aduan, kita akan bertindak dengan tegas. Seperti saya jawab pada minggu lepas, setiap tahun kita melawat sekurang-kurangnya 150 daripada IPTS yang berdaftar ini sama ada ada aduan ataupun tidak untuk memastikan perkara-perkara yang tidak diingini itu tidak berulang sekurang- kurangnya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat, kalau boleh jawab pantun‘ hati gatal, maka digaru’ itu.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya dengan Yang Berhormat Kepong, pantun kalahlah saya, menanglah dia. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya bersetuju sangat, kita menyokong sangat tindakan tegas pihak kementerian terhadap kolej-kolej swasta, universiti-universiti ini yang culas, cuai dan gagal memenuhi tuntutan syarat sebagai sebuah kolej swasta atau universiti. Saya hendak tanya antara 506 kolej swasta, universiti swasta ini, ada tidak dikenal pasti mereka ini sengaja memperdagangkan manusia kerana terdapat banyak berita ada sesetengahnya terlibat dengan wang haram, terlibat dengan dadah, pelacuran, kerja- kerja yang lain daripada belajar. Masuk atas pas pelajar, menggunakan kolej-kolej yang tertentu, dikenal pasti atau tidak? Itu satu.

Kedua, berapa ramai kalau ada angkanya boleh dijawab, pelajar-pelajar yang mendaftar ke universiti-universiti atau kolej-kolej swasta ini dan berapa setakat ini kalau ada angka. Kita risau sebenarnya di samping kita suka orang datang belajar ke negara kita tetapi kita risau kerana mereka membawa bibit-bibit yang tidak diingini. Berapa ramai daripada mereka yang telah diambil tindakan melalui undang-undang kita dan apa tindakan selanjutnya. Dihantar balik atau bagaimana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Ini beza orang lama dari Barisan Nasional dengan orang lama sebelah sana, kualiti soalan. Yang Berhormat Kepong pun senyum.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, 506 kolej ataupun IPTS yang saya sebutkan tadi itu yang tidak bertaraf universiti atau kolej universiti. Mereka ini lazimnya menawarkan kursus-kursus pada peringkat sijil ataupun pada peringkat diploma. Kalau ada pun yang lain itu adalah program-program yang bersekutu dengan universiti-universiti tempatan ataupun daripada luar negara. Sepanjang ingatan saya, tidak ada suatu yang layak dikatakan memang ia berlaku secara berleluasa berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Sri Gading tadi.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Kalau ada pun pelajar-pelajar dari kolej-kolej tersebut yang terlibat, itu adalah kes- kes yang masalah peribadi pelajar itu. Setakat ini, kita tidak dapat lihat ada trend memang ia dilakukan secara sengaja oleh sesiapa sahajalah yang terlibat dengan pengurusan ataupun hak milik IPTS yang berkaitan. Sebenarnya, jumlah yang kena itu yang dikenakan undang-undang itu walaupun saya tidak ingat angkanya dan pernah dijawab dalam Dewan ini sebelum ini tetapi ia tidaklah sebesar seperti yang dilaporkan dalam media. Itu satu yang sedikit mendukacitakan dan kita selalu minta tolong kawan-kawan media supaya jangan selalu dibesarkan sebab kes-kes yang betul-betul terlibat dengan undang-undang itu tidak begitu besar.

Ini kerana ialah ada kes di mana orang tertentu dari luar negara apabila ditahan oleh pihak polis, dia mengaku dia pelajar dan dia guna mungkin kad palsu sebagai seorang pelajar. Bila diselidik, sebenarnya dia bukan pun pelajar yang berdaftar di mana-mana kolej swasta. Jumlah pelajar di IPTS lebih kurang 50% sebab angka pelajar IPTA dengan IPTS itu hampir sama. Jadi kalau kita ada sejuta pelajar IPT, maka lebih kurang 500,000 itu di IPTA dan lebih kurang 500,000 lagi di IPTS. Agak saksama tetapi isu yang ditimbulkan oleh

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Yang Berhormat Sri Gading itu bukanlah perkara yang terlalu mendesak namun kita mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat. Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada membangkitkan satu soalan yang lebih kurang sama berkenaan dengan IPTS dan bagaimana proses screening yang dilakukan oleh pihak kementerian terhadap pelajar-pelajar dari luar khasnya dari Afrika yang sekarang ini banyak menimbulkan masalah untuk memastikan mereka ini benar-benar layak daripada segi akademik dan yang keduanya layak juga daripada segi mampu untuk membiayai pelajaran mereka di sini kerana kita tidak mahu mereka mungkin satu, dua jam di kolej, lima, enam jam lain berada di Chow Kit jual tali pinggang getah, tali pinggang kulit dan sebagainya yang menimbulkan banyak permasalahan dalam masyarakat kita dan satu lagi, saya juga ingin mendapatkan penjelasan selain daripada IPTS, soalan Yang Berhormat Kepong tadi ada menyebut tentang mutu pendidikan.

Selain daripada IPTS, saya juga ingin mendapat sedikit penjelasan tentang bagaimana keadaannya juga dengan hal yang berkaitan dengan mutu pendidikan ini termasuk juga di IPTA dan saya ingin mendapat penjelasan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan di luar sana sekarang yang melibatkan pelajar-pelajar fakulti undang- undang dan syariah di USIM yang sudah beberapa batch keluar tetapi mereka tidak diiktiraf kelayakan mereka sehingga tidak membolehkan mereka untuk praktis undang-undang dan saya difahamkan sampai kepada peringkat nak buat chambering pun tak lepas sedangkan mereka telah pun belajar di USIM yang mana ia sebuah IPTA untuk beberapa ketika dan saya rasa penganiayaan kepada mereka ini harus cepat mendapat respons daripada pihak kerajaan. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tentang screening untuk pelajar-pelajar antarabangsa, ini melibatkan juga agensi-agensi selain daripada kementerian kita dan kita sangat berterima kasih kerana pihak imigresen misalnya mengenakan undang-undang ke atas mereka dengan begitu ketat sekali dan antara langkah yang kita laksanakan sekarang ialah pelajar-pelajar ini tidak lagi dibenarkan mendapat visa on arrival. Maknanya visa itu mesti mereka secure dengan izin, dari negara asal ataupun dari luar Malaysia lagi.

Keduanya ialah kita sekarang lebih menitikberatkan pelajar-pelajar yang ditaja oleh kerajaan mereka ataupun oleh organisasi-organisasi antarabangsa sebab itu adalah satu daripada kaedah screening yang sangat berkesan. Lazimnya kalau pelajar itu pelajar ditaja, orang lain dah screen untuk kita dahulu. Memang pelajar itu pelajar yang baik dan pelajar yang kemungkinan besar tidak akan menimbulkan apa-apa masalah daripada segi undang- undang, disiplin dan sebagainya.

Ketiga ialah kita sekarang lebih memberi tumpuan kepada negara-negara yang maju untuk mendapatkan pelajar mereka sebab kita bukan sekadar hendak mengejar angka pelajar antarabangsa yang ramai tetapi juga biarlah angka itu datang dari negara- negara yang maju sebab di setengah-setengah negara maju, jumlah pelajar mereka yang datang ke negara kita sangat sedikit. Contohnya Australia, kita ada 20,000 pelajar Malaysia di sana tetapi pelajar mereka di sini saya ingat dalam tak sampai 200 orang. Jadi itu satu angka yang tidak begitu baik dan kita sedaya upaya sedang berusaha dengan kerajaan– kerajaan seperti Australia dan sebagainya untuk ada pertukaran pelajar yang lebih akrab.

Maksudnya kalaupun tidak dapat pelajar mereka belajar misalnya sepenuhnya untuk ijazah pertama di negara kita, sekurang-kurangnya mereka belajar satu semester atau dua semester sebagai proses awal meramaikan pelajar-pelajar antarabangsa dari negara- negara maju.

Kedua, soal kualiti pendidikan adalah perkara yang memang kita titik beratkan dan kita sentiasa perbaiki daripada semasa ke semasa khusus tentang persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tentang pelajar undang-undang dari sebuah IPTA itu, apa yang berlaku ialah ini bukan melibatkan MQA tetapi badan guaman, Bar Council saya fikir kalau saya tak silap dan kita telah pun pada peringkat KPT menjalankan apa yang perlu untuk berhubung dengan mereka dan melihat di mana kelemahan itu berlaku dan saya rasa perkara ini sedang diatasi dan insya-Allah pelajar-pelajar itu akan dapat meneruskan chambering mereka, praktis mereka dan sebagainya dan kita telah ambil langkah-langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Pendeknya Tuan Yang di-Pertua, dia sebenarnya dengan IPT atau IPTS apabila kita dapati mereka ada kursus yang baik, kita akan beri mereka kebenaran untuk jalankan kursus itu sebab kita tak nak hadkan talent pelajar. Dalam masa kursus itu matang, tiga atau empat tahun, sepatutnya universiti itu telah dapatkan segala akreditasi sama ada di peringkat MQA ataupun daripada badan-badan profesional. Terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kementerian akan melaksanakan projek menaik taraf hingga menjadi dual carriage Jalan Kota Kinabalu/Beaufort terus ke Sindumin.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini Yang Berhormat dari Kalabakan bersama soalan daripada Ahli Yang Berhormat Sipitang yang sepatutnya dijadualkan pada 17 Oktober 2012 ini memandangkan isu yang dibangkitkan menyentuh perkara yang sama iaitu status projek menaik taraf Jalan Persekutuan Pan Borneo dari Kota Kinabalu ke Sindumin, Sabah.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan sememangnya amat komited dan sentiasa memberikan keutamaan untuk meningkatkan kualiti rangkaian sistem jalan raya di negeri Sabah. Ini termasuklah jalan raya utama yang menghubungkan kawasan Pantai Barat Sabah iaitu dari Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang ke Sindumin iaitu di sempadan negeri Sarawak dan Sabah. Laluan tersebut merupakan antara jajaran yang sememangnya telah dikenal pasti untuk dinaikkan taraf oleh Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Kebangsaan untuk Sabah dan Sarawak atau lebih dikenali sebagai Highway Network Development Plan Fasa 2. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan kos yang tinggi iaitu dianggarkan sebanyak RM2.2 bilion. Sehubungan itu, untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM198 juta untuk tujuan melaksanakan projek menaik taraf jalan Donggongon-Papar-Mesapol iaitu pakej I kepada laluan dua lorong dua hala (dual carriage way). Projek dengan jajaran sepanjang 13.7 kilometer itu dijangka akan ditender sebelum akhir tahun ini.

final • 10:30 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Di samping itu kerajaan juga bersetuju meluluskan peruntukan untuk membina dan menaik taraf dua lagi jalan utama di Pantai Barat Sabah. Kedua-dua projek tersebut ialah cadangan menaik taraf Jalan Kepayan Fasa 1A iaitu daripada Jambatan Petagas ke Lok Kawi sepanjang enam kilometer dengan melibatkan kos sebanyak RM69.8 juta dan projek membina Jalan Sipitang – Sindumin di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) sepanjang 5.6 kilometer dengan anggaran kos RM21.8 juta. Kedua-dua projek itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan.

Dalam masa yang sama kementerian ini juga sedang giat melaksanakan lima projek kecil berimpak besar di sepanjang laluan Kota Kinabalu ke Sindumin. Projek-projek tersebut melibatkan skop pembaikan turapan jalan, membina lorong memotong, meninggikan aras jalan dan menaik taraf lokasi yang sering berlaku kemalangan atau blackspots. Projek-projek itu dijangka akan siap keseluruhannya pada akhir tahun ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, semasa lawatan Perdana Menteri ke Kimanis, beliau mengumumkan bahawa Jalan Kota Kinabalu, Sipitang dan Sindumin akan dibuat, akan dibina. Jadi, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, Jalan Pan Borneo ini, kalau tidak salah saya, rancangan dibuat 10 tahun dahulu. Apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri itu kita memang sudah tahu, kerana itulah saya bertanya hal ini kerana Perdana Menteri telah mengumumkannya. Jadi saya fikir, kerana BN ini slogannya “Janji Ditepati”, jadi saya mahu tahu jalan yang saya tanya ini bilakah mahu dimulakan, itu sahaja yang saya mahu tahu. Jawapannya, bila hendak dimulakan, itu sahaja, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Apa yang dijanjikan atau apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat memang Jalan Pan Borneo.

Apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kalabakan ini khususnya daripada Kota Kinabalu ke Sindumin. Itu adalah Jalan Pantai Barat dari Kota Kinabalu ke Sindumin – sempadan Sarawak – Sabah. Kita sedang giat menjalankan, menaik taraf dan juga beberapa projek tadi yang saya telah sebutkan. Jika kita mengikut Pan Borneo memang kita tahu ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat kerana Jalan Pan Borneo ini daripada Lundu di Sarawak ke Sabah dengan kepanjangan 1,800 kilometer. Jika hendak memperbaikinya ke standard R5 mungkin mengambil peruntukan hampir-hampir RM17 bilion. Kita akan buat secara berperingkat-peringkat, sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh tanya ini soal Pan Borneo.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak perlu berucap Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini Gombak sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Putatan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, bagi Yang Berhormat Gombak.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ini masalah – Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini Ketua Menteri Sabah ada merasmikan satu jalan baru yang bermula daripada Wisma Innoprise menuju ke Dewan Undangan Negeri Sabah sejauh 0.9 kilometer jaraknya. Ketua Pengarah JKR memaklumkan nilai bagi pembinaan jalan sejauh 0.9 kilometer ini berjumlah RM14.9 juta. Jadi, persoalan saya sementara Yang Berhormat Kalabakan membawa masalah rakyat, jalan yang tidak dibina dan berulang kali dijanjikan tetapi masih tidak dibina tetapi jalan daripada– dalam jarak yang begitu pendek untuk ke pejabat Ketua Menteri, nilainya RM15 juta, jadi bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh perjelaskan.

Kedua, dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, saya dimaklumkan oleh teman-teman Ahli Yang Berhormat daripada Sabah bahawa Perdana Menteri menyebut tentang Sabah dan Sarawak lima kali sahaja. Itu pun tidak melibatkan projek- projek yang memberi impak yang besar kepada rakyat Sabah. Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

...Kita telah menjanjikan... nanti dengar dahulu, belanjawan. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan Pakatan Rakyat...

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini soalan kah bahas ini?

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Nanti saya hendak tanya, dengar dahulu...

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Soalan itu terkeluar daripada soalan asal dan sudah menyeleweng.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini main-main, mempolitikkan.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagi soalan dulu, 11.30 bahas.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bukan politik Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini politik.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya hendak bertanya...

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini peraturan mesyuarat pun tidak tahu, timbalan presiden.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tidak, saya hendak bertanya. Perdana Menteri sentuh lima kali berhubung pembangunan Sabah, itu pun tidak ada impak yang besar.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Akan tetapi belanjawan Pakatan Rakyat berjanji hendak membina Pan Borneo Highway daripada Kuching ke Kota Kinabalu...

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Soalanlah bukan bahas, peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

...Yang ada kaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau dibina Pan Borneo Highway daripada Kuching ke Kota Kinabalu, maka selesai masalah Kalabakan.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Janji air percuma pun tidak bagi!

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Janji air percuma tidak bagi!

Naik jet mewah, air percuma tidak bagi!

final • 10:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Gombak, ini memang sudah terkeluar jauh daripada soalan yang asal, kita boleh bincang dalam bajet yang kita...

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Macam mana hendak jadi Timbalan Perdana Menteri ini?

final • 10:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

...Buat bahas dan boleh timbulkan tetapi bukannya di dalam soalan ini. Ini mengenai Jalan Kota Kinabalu ke Sindumin, saya berharap Yang Berhormat bawakan hal ini ke dalam perbahasan bajet, sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Ibrahim Ali.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang tadi soalan yang membuang masa daripada Yang Berhormat Gombak itu...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Jadi, yang kena adalah di kawasan Putatan, kawasan Papar amat penting sekali.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, ini aturan mana ni, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini Yang Berhormat Balik Pulau kah, balik pergi pulaulah.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak perlulah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Ya, buang masa lah.

final • 10:40 AM

4. Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan prestasi ekonomi negara setakat ini dan apakah peratusan perkembangan ekonomi negara

(KDNK) lebih baik daripada Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain negara ASEAN.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ekonomi Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh daripada 4.9% pada suku pertama kepada 5.4% bagi suku kedua tahun 2012. Walaupun persekitaran ekonomi global yang lemah, pertumbuhan tinggi telah dapat dicapai melalui langkah untuk menggiatkan ekonomi dalam negeri terutama usaha meningkatkan pelaburan swasta serta pertumbuhan penggunaan swasta yang mampan berikutan peningkatan pendapatan boleh guna.

Prestasi ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2012 adalah lebih baik berbanding dengan negara Singapura yang mencatat pertumbuhan 2%, Thailand yang mencatat pertumbuhan 4.2% dan Vietnam yang mencatat pertumbuhan 4.4%. Namun begitu, negara ASEAN lain yang mempunyai tahap keterbukaan sektor luar, dengan izin, degree of openess yang rendah seperti Indonesia dan Filipina berjaya mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi pada kadar 6.4% dan 5.9% di sumbang terutamanya oleh pertumbuhan kukuh ekonomi dalam negeri. Saya percaya ekonomi Malaysia mampu mencapai sasaran pertumbuhan antara 4.5% hingga 5% bagi tahun 2012 seperti yang tercatat dalam bajet. Disokong terutamanya pelaksanaan lebih giat projek pembangunan sektor awam dan swasta serta peningkatan pendapatan boleh guna rakyat berikutan beberapa insentif yang diberi oleh kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang telah diberi. Apa yang menariknya ialah kita agak ke belakang kalau dibandingkan dengan pertumbuhan ekonomi di Indonesia dengan Filipina yang dikatakan akibat daripada sokongan ekonomi domestik berbanding dengan kita berada di hadapan. Kalau dilihat dari segi angka pertumbuhan Singapura, Thailand dan Vietnam. Satu perkara yang ingin saya menarik perhatian Yang Berhormat, apakah usaha kerajaan untuk memperjelaskan, memberi pendidikan kepada rakyat supaya dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi sebab urusan ekonomi ini urusan yang agak kompleks. Ia ada kena mengena dengan peringkat global, ada kena mengena dengan pertumbuhan di peringkat domestik kesan daripada ekonomi seperti di Eropah, di Amerika dan seumpamanya.

Jadi, adakala bila pertumbuhan itu meleset ataupun kurang daripada negara lain, mereka yang tidak faham mudah mencanangkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia ini kurang daripada Indonesia contohnya ataupun Filipina. Kononnya akibat daripada ketirisan, penyalahgunaan kuasalah, rasuahlah, pemborosanlah, macam-macam keluar kata-kata yang mengelirukan ramai pihak termasuk rakyat. Oleh itu, apakah usaha kerajaan untuk memberi penjelasan supaya rakyat turut memahami kedudukan ekonomi yang sebenarnya sebab dari segi cabaran-cabaran yang kita hadapi, nampak bahawasanya negara kita sudah mencapai kerajaan yang agak luar biasa. Akan tetapi memang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, apakah pihak kerajaan bercadang untuk menubuhkan pusat penerangan ekonomi setempat supaya sepanjang masa melalui online seumpamanya boleh rakyat mendapat penjelasan kalau timbul perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ekonomi yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana cadangan yang diberi itu. Saya amat setujulah dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi iaitu putar belit dari pihak sebelah sana begitu ‘memparahkan’ kita sehingga ‘menanahkan’ perjuangan nasionalisme.

Maka, dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama, kita merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Walaupun dalam keadaan tiga tahun ini gelora ekonomi tetapi pertumbuhan kita average. Purata 5%. Percubaan yang begitu baik kerana kita bertanggungjawab. Bukan “indah khabar dari rupa, menanam tebu di tepi bibir sahaja.” Maka yang pertama, perlu diingatkan bahawa penjanaan ekonomi kita perlu di makro kan melalui pengenalan Economy Transformation Program (ETP) di mana Domestic Direct Investment (DDI) dan FDI telah dijanakan dengan begitu pesat sekali dalam tempoh dua

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

tahun dengan satu agenda pembangunan yang jitu, jelas, fokus kepada 11 sektor dan satu Greater Kuala Lumpur. Dalam bajet ini RM3 bilion diberi untuk memperkasakan ini supaya duit itu diputarkan.

Kedua, dalam koridor development supaya pengagihan itu diberi kepada semua kawasan, bukan pusat Kuala Lumpur sahaja. Kita ada utara, timur, Sabah, Sarawak dan Johor dan ini yang dibuatnya dengan begitu aktif sekali. Ketiga, rolling plan kita.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Rolling plan yang kita buat dulu, kita buat lima tahun sekali. Sekarang tiap-tiap satu tahun kita kaji balik hala tuju pelaburan ini dari segi infrastruktur, lebuh raya, jalan raya dan sebagainya. Selepas itu, untuk rakyat pula.

Rakyat di kampung dia kena putarkan duit tetapi dispin oleh pembangkang. Dia kata “kita nak beli undilah, macam-macamlah.” Bayangkan BR1M itu, kita dapat turun RM3 bilion di peringkat akar umbi. Supaya kedai runcit itu dapat duit itu. Supaya teh tarik kedai tepi kampung itu dapat duit itu, diputarkan. Mereka tak lihat ini.

Seterusnya BR1M kebajikan pelajar pula. Kita akan belanjakan RM2.6 bilion.

Bayangkan itu pergi ke satu isi rumah yang miskin. Dia dapat putarkan duit itu. So, jumlahnya lebih kurang kalau kita tengok. PR1MA RM1 bilion, baucar buku RM325 juta, rumah mampu beli RM1.9 bilion, bonus kerajaan yang kita bagi itu, duit itu sampai kepada orang yang perlu. Semuanya hampir RM10 bilion akan diputarkan di peringkat akar umbi.

Itu dia. Maka, alternatif bajet – tak payah bajet-bajet inilah. Mari sokong kita saja cerita.

Oleh kerana dukungan ini bukan untuk kita sama.

[Disampuk] Di sana pun rakyat jelata juga. Itu yang penting. Saya memang setuju bahawa kesedaran ini perlu ‘diakarumbikan’ kerana orang kampung senang terbawa-bawa dengan putar belit itu. Tipuan itu. Saya cukup ikhlaslah kerana kadang-kadang dia keliru. Di kedai kopi dia cerita dia tak tahu benda. Betul saya setuju kerana terlalu teknikal.

final • 10:50 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri keliru.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Terlalu teknikal sehingga orang bawah keliru. So, janganlah kelirukan kerana orang sana pun akan dapat BR1M. Orang sana pun akan dapat baucar buku.

[Disampuk] Ambil sahaja. Mana boleh PTPTN hutang tak ada bayar. Tol boleh free. Aduh!

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya setuju sungguh bahawa satu gerakan raksasa menyedarkan peringkat akar umbi mengenai bajet perlu diperkasakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas apabila Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan sebenarnya Indonesia, Singapura dan Filipina adalah mendahului kita dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang sekitar 6% lebih pada suku tahun pertama dan suku tahun kedua. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Kalau kita lihat apabila setiap kali berlaku kegawatan, sokongan PKS misalnya adalah di antara faktor utama dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi domestik.

Jadi, di sini selain kita melihat dari segi jangka panjang usaha kerajaan untuk melihat prestasi ekonomi yang lebih mampan terutama yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 ini, saya ingin bertanya Yang Berhormat. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan dari segi jangka panjang untuk kita melihat daya bersaing yang lebih jelas untuk kita menarik FDI supaya mereka melihat kita ini di antara yang mempunyai cara dan kaedah kita yang tersendiri dapat menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara kita? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Yang Berhormat daripada Arau, dua langkah. Baik tetapi saya balik kepada bagaimana keadaan outlook dia dengan izin, pada tahun 2010 bila kegawatan itu memang serius. Saya dengan izin ada 10 faktor.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Pertama, sharp pullback in community prices. Faktor pertama yang menjadikan kegawatan kita serius. Global financial volatility, tidak stabil. Hard landing in China, growth trade dia sampai 70% sekarang.

Deeper recession in advanced economy, Europe sovereign debt crisis, sudden capital reversal, flood inflation, food inflation, slow private investment, maaf. Consumer tightens belt. Okey, salah satu faktor ini consumer tightens belt dan slower private investments. Saya setuju melalui strategic reform initiative yang dibuat dalam new economic model. Itu sebab Perdana Menteri mengadakan satu jawatankuasa pakar untuk menasihatkan kita bagaimana menjadikan ekonomi Malaysia sebagai satu tempat di mana FDI akan masuk.

Maka, sebanyak 51 strategic reform initiative telah diperkenalkan supaya membuka ekonomi kita. Berbanding dengan Indonesia di mana RM250 million dia punya penduduk, di mana consumer dia sendiri memberi kekuatan seperti negara China dan negara India. Akan tetapi lambat laun mesti mereka menerima budaya keterbukaan kerana global – ekonomi itu akan sentiasa terikat satu sama lain. Mereka terikat dengan Free Trade Agreement (FTA) Dengan cara ini, mereka tak boleh melindungi diri mereka selama- lamanya. Dalam masa itu kita kena memperkasakan diri kita dengan pelbagai reform initiative yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Saya akui bahawa PKS merupakan induk, SMEs. Sebanyak 80% daripada penjanaan ekonomi kita adalah SMEs. Maka pelbagai program telah dibuat oleh PEMANDU khususnya, dinasihatkan kepada pelbagai agensi untuk memperkasakan SME yang menjadi induk kepada ekonomi Malaysia. Maka itulah saya balik kepada strategi reform initiative untuk membukakan lagi ekonomi, menjaga fiscal policy kita baik, financial monetary policy kita lebih ketat supaya tidak ada ketirisan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

5. Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [Mukah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang telah ditahan atas sebab penglibatan dengan jenayah pada 2011 dan 2012.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Mukah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, selaras dengan dasar semasa negara yang menggalakkan kemasukan pelancong dan juga menjadikan negara sebagai hab pendidikan serantau, negara kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga negara asing berkunjung ke negara ini sama ada bagi tujuan melancong mahupun melanjutkan pengajian asalkan mereka tidak tergolong sebagai imigran larangan atau prohibited immigrant dengan izin.

Namun demikian, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang menyalahgunakan kemudahan imigresen yang disediakan termasuklah pas pelajar. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan jumlah pelajar yang telah ditahan kerana terlibat dengan jenayah dalam tahun 2011 dan 2012, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan pada tahun 2011 sebanyak 11 kes iaitu tiga kes mendatangkan cedera, lapan kes curi yang melibatkan pelajar asing telah direkodkan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 tangkapan telah dibuat. Selain daripada kes-kes jenayah yang dinyatakan tersebut, terdapat seramai 128 pelajar asing telah ditahan bagi kesalahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan juga penyeludupan dan pengedaran. Seramai 305 orang pelajar asing pula telah ditahan bagi kesalahan yang berkaitan dengan jenayah komersial.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2012 Januari hingga Ogos, seramai 101 orang pelajar asing telah ditahan di atas kesalahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan, penyeludupan, dan pengedaran dadah manakala seramai 227 orang pelajar asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial. Sehubungan dengan ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa menguatkuasakan undang-undang dengan tegas bagi memastikan warga asing termasuk pelajar asing yang melakukan kesalahan tidak mengulangi di samping memberi pengajaran kepada mereka yang lain. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya ingin menyatakan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri yang telah berusaha membendung masalah-masalah yang terbaru di dalam masyarakat kita ini. Ingin saya bertanya, kelihatan kebelakangan ini banyak pelajar terutama pelajar-pelajar asing dari negara benua Afrika yang mana didapati telah melakukan aktiviti-aktiviti jenayah seperti penipuan black money dan juga pengedaran dadah dan lain-lain yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Persoalan saya ialah apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk mengatasi masalah ini sekarang dan juga jangka panjang? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Mukah. Ingin saya menyatakan di sini bahawa KDN sentiasa prihatin terhadap apa juga yang berlaku yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga keharmonian rakyat. Sehubungan dengan ini, KDN sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan juga secara berkala di mana Jabatan Imigresen, PDRM, RELA, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir pelajar asing yang melanggar peruntukkan undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kes-kes sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pelajar wanita tempatan sebagai keldai-keldai dadah dan juga kes-kes penipuan black money, PDRM sentiasa membuat publisiti dan juga kempen-kempen kepada pihak-pihak yang berkaitan di atas kesedaran dari semasa ke semasa bagi menyedarkan golongan-golongan ini supaya tidak terpedaya dengan pujuk rayu seperti cinta dan sebagainya dan juga dengan sokongan, dengan kemewahan yang ditawarkan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah antarabangsa ini.

Selain itu, sebelum KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meluluskan pas pelajar kepada pelajar asing, JIM memastikan pelajar tersebut bukan sahaja seorang imigran larangan sebaliknya ialah merupakan seorang pelajar yang bona fide, yang benar- benar, yang tulen dan tidak akan menyalahgunakan kedudukan pas pelajar yang diberikan itu. Justeru itu dalam mencapai matlamat ini, permohonan pelajar tersebut perlu melalui proses tapisan dan mendapatkan sokongan daripada agensi-agensi kawal selia yang terdiri daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Kementerian Pelajaran bagi pusat-pusat bahasa dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi pusat-pusat tauliah.

Di samping itu, kementerian juga dengan kerjasama agensi-agensi kawal selia sedang dalam memproses garis panduan pengambilan dan pengurusan pelajar antarabangsa. Sebagai contoh dalam meluluskan pas pelajar, sebelum mereka datang ke Malaysia, ia perlu mendapat kelulusan pas pelajar di negara asal sebelum datang ke Malaysia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi kalau tidak silap saya Yang Berhormat menyebut bahawa antara angka 2011 dengan 2012 itu menunjukkan bahawa ada peningkatan walaupun tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kata tidaklah begitu serius penglibatan pelajar-pelajar luar negara dalam kes-kes yang melibatkan kes-kes jenayah ini. Akan tetapi menunjukkan bahawa angka tadi yang ditunjukkan oleh Kementerian Dalam Negeri ada peningkatanlah daripada 2011 kepada 2012.

Baru-baru ini, saya hendak dapatkan penjelasan – dikatakan juga bahawa membabitkan pelajar-pelajar luar negara yang menjalankan kegiatan pada waktu siang dan juga malam iaitu untuk mengangkut penumpang pelancong-pelancong daripada Arab menggunakan kenderaan-kenderaan yang mereka sewa dan sebagainya dan sehingga mereka membuat ancaman ugutan kepada pemandu-pemandu teksi kita di sekitar bandar raya Kuala Lumpur ini. Ini menjadikan pemandu teksi rasa tertekan apabila kumpulan- kumpulan Arab yang dianggap sebagai ulat-ulat Arab ini mengugut, mengancam menggunakan senjata-senjata tajam dan sebagainya.

Jadi, saya melihat bahawa sepatutnya bagi saya adakah Kementerian Dalam Negeri khususnya polis seharusnya bekerjasama dengan pihak JPJ kerana bagi saya ini

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

satu kesalahan bagi kegiatan mereka ini. Ini kerana mereka mengangkut pelancong- pelancong ini tanpa ada kebenaran permit ke atas kenderaan tersebut dan sekali gus mereka pula melakukan kes-kes langkah-langkah tindakan yang boleh menyebabkan ancaman kepada masyarakat kita.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau kita melihat daripada pelajar asing yang berada di dalam negara berbanding dengan kes-kes yang dilakukan oleh pelajar asing, memang begitu sedikit sekali. Jadi, boleh dikatakan tidak begitu serius. Walau bagaimanapun, itulah tindakan-tindakan yang serius yang telah diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan bahawa keadaan ini dapat dibendung dan juga dapat diatasi.

Sehubungan dengan pelajar-pelajar yang dikatakan menjadi pemandu dan mengugut pihak passenger, jadi bagi pihak polis jika ada laporan yang dibuat, memang polis sentiasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjalankan siasatan.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Dalam kes-kes seperti ini, di mana ia memerlukan untuk tindakan yang lebih tegas di mana kerjasama di antara anggota ataupun PDRM bersama dengan JPJ sentiasa ada kerjasama untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

final • 11:10 AM

6. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pelaburan asing (FDI) sejak 2008-2012 mengikut negeri-negeri destinasi.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalaamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh. Selamat sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh 2008 hingga Julai 2012, sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan mencatatkan jumlah pelaburan asing (FDI) sebanyak RM145.3 bilion bersamaan dengan 64.3% dari keseluruhan pelaburan swasta. Negeri- negeri yang menarik pelaburan asing tertinggi adalah:-

NegeriJumlah Pelaburan (RM)
Sarawak30.3 bilion
Pulau Pinang25 bilion
Selangor23.9 bilion
Johor20.1 bilion
Kedah11.1 bilion
Melaka7.9 bilion
Negeri Sembilan7.2 bilion
Sabah6.3 bilion
Perak5.8 bilion
Terengganu4.2 bilion
Pahang2.8 bilion
Kelantan297 juta
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur196 jutaPerlis109 juta
final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Wilayah Persekutuan Labuan22.9 juta
Jumlah145.3 bilion

Jumlah pelaburan asing yang dicatatkan oleh lima negeri utama adalah sebanyak RM86.6 bilion melalui 974 projek.

final • 11:10 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Kita memang mengalu- alukan pelaburan asing kerana peluang pekerjaan yang diadakan dan juga menjana pertumbuhan ekonomi dan mungkin yang membawa teknologi. Akan tetapi kita tahu pelabur-pelabur asing ini memang datang untuk satu tujuan iaitu untuk mengaut keuntungan.

Memang apabila pelaburan asing datang ada situasi di mana mungkin membawa kesan atau kos khususnya kepada alam sekitar dan mungkin kos yang lain. Sebagai contoh misalnya kita masih ingat bencana union carbide di India sebelum ini dan Asian Rare Earth di Bukit Merah baru-baru ini. Kita juga tahu bahawa baru sahaja kita meneruskan pelaburan daripada Australia, pelaburan daripada Taiwan iaitu khususnya Lynas daripada Australia ke Gebeng Kuantan dan juga Kuokuang Petrochemical daripada Taiwan ke Pengerang, Johor.

Manakala negara asal iaitu Australia dan Taiwan masing-masing telah tolak kedua- dua pelaburan tersebut. Kenapa kerajaan meluluskan pelaburan tersebut walaupun ada kesan sampingan terhadap alam sekitar yang begitu teruk sekali? Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gopeng soalan tadi adalah sebenarnya berkisar kesan kepada alam sekitar. Kita mempunyai peraturan-peraturan yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua pemohon- pemohon ataupun pelabur-pelabur tidak kira tempatan mahupun asing di mana mereka tidak akan dibenarkan meneruskan sebarang projek sekiranya didapati tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan khususnya yang melibatkan pencemaran alam sekitar.

Suka saya nyatakan di sini bahawa masalah di India iaitu union carbide dan Asian Rare Earth di Bukit Merah itu telah berlaku puluhan tahun yang dulu di mana dari segi teknologinya memang tidak secanggih yang wujud sekarang ini dan juga peraturan- peraturan yang berkait dengan alam sekitar buat masa ini jauh lebih ketat berbanding dengan dulu.

Oleh kerana itu tidak sepatutnya dibandingkan antara apa yang berlaku antara tahun 70-an dulu dengan teknologi yang sedia ada sekarang ini. Atas sebab itu juga ingin saya nyatakan di sini bahawa Yang Berhormat tidak perlu khuatir apa-apa pelaburan yang diluluskan di negara Malaysia kita ini sudah tentu telah dinilai dengan begitu terperinci sekali oleh pihak yang berwajib supaya sebarang masalah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi tidak akan berlaku. Itu pun yang melibatkan seperti Lynas.

Mengenai pelaburan daripada Taiwan yang dinyatakan oleh beliau tadi ia pun belum lagi di peringkat kelulusan. Masih lagi di peringkat penilaian yang mana ianya jauh sekali daripada telah diluluskan oleh pihak kerajaan atau pihak MIDA. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Melihat kepada sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang ini tentang telah memperkenalkan iaitu cara untuk mempercepatkan memproses permohonan untuk pelabur-pelabur daripada luar negara untuk melabur di negara kita.

Di samping inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini adakah inisiatif lain ataupun model yang terbaru lagi untuk memastikan competitiveness negara kita untuk menarik pelabur ke Malaysia ini di masa akan datang supaya kita tidak terlalu bergantung kepada model-model yang diperkenalkan oleh pihak-pihak antarabangsa.

Di samping itu juga, saya ingin mengetahui sejauh manakah konsep untuk menarik pelabur diperluaskan di negara kita. Tidak hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang terutamanya kita melihat pertumbuhan ini di langsungkan ataupun dibuat juga dilaksanakan

final • 11:10 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

di negeri-negeri lain terutamanya di negeri Sabah. Oleh sebab kita dapati berdekatan dengan negara-negara jiran kita yang sudah tentu boleh menjana lagi pertumbuhan ekonomi negara kita di masa akan datang. Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan competitiveness negara di mata pelabur-pelabur asing mahupun tempatan. Kita dapati pendekatan yang kita telah ambil selama ini memang pun berjaya. Walaupun begitu, kerana suasana global yang begitu sengit saingannya maka kita perlulah mengambil inisiatif baru untuk terus melihatkan Malaysia ini sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik.

Atas sebab itu kita juga mempunyai beberapa pendekatan baru iaitu kita tidak lagi menarik pelaburan-pelaburan yang berintensifkan buruh. Atas sebab itu kita tidak hanya melihat kepada nilai satu-satu pelaburan itu tetapi lebih tertumpu kepada keberhasilannya ataupun manfaat dan faedah yang diberikan kepada negara khususnya kepada rakyat. Atas sebab itu, kadang-kadang walaupun nilai pelaburan yang sedang dimohon mungkin mencecah contohnya RM1 bilion tetapi kalau ianya tidak memanfaatkan secara langsung kepada rakyat, maka kadang-kadang pelaburan yang mungkin kurang nilainya contohnya RM500 juta pun bagi kita lebih menarik sekiranya tempiasnya kepada ekonomi negara itu lebih besar berbanding dengan pelaburan berjumlah RM1 bilion.

final • 11:10 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Kita juga tidak terlalu tertumpu kepada Lembah Klang sahaja. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan daripada pelaburan-pelaburan ini memerlukan bidang tanah yang besar. Atas sebab itu, negeri-negeri yang dapat menawarkan insentif yang paling menarik yang melibatkan tanah ini dan juga peluang pekerjaan ataupun bekalan sumber manusia yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan yang secukupnya, negeri seperti itulah yang akhirnya akan mendapat pelaburan yang tertinggi.

Atas sebab itu seperti yang telah saya laporkan sebentar tadi, negeri Sarawak sekarang ini mengatasi negeri-negeri lain di dalam menarik pelaburan sejak tahun 2008 hingga Julai 2012 ini.

[Tepuk] Sabah juga sebenarnya bukan calang-calang negeri, ia pun mendapat pelaburan yang agak tinggi. Sehingga Julai 2012 ini, Sabah telah mencecah RM6.3 bilion. Ini juga hasil daripada usaha kerajaan untuk mendedahkan kepada para pelabur keunikan yang ditawarkan oleh Sabah.

Atas sebab itu saya lihat bahawa usaha-usaha kita itu sebenarnya telah membuahkan hasil. Usaha-usaha ini akan diteruskan dan saya harap, setiap negeri ini akan memberikan perhatian pada modal insan sebenarnya kerana selain daripada tanah, itulah yang menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur. Sekiranya kita dapat menyediakan modal insan yang mempunyai kemahiran yang khusus kepada keperluan industri tersebut, maka negeri itu akan mendapat banyak pelaburan nanti, insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kesediaan memberi peruntukan kewangan yang besar di kawasan Libaran dan Sandakan bagi menjayakan kawasan tersebut sebagai hab pendidikan utama Pantai Timur Sabah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya hendak membetulkan sedikit. Tadi semasa saya menjawab Yang Berhormat Kepong, itu bukan pantun. Itu rupanya peribahasa. Jadi, kalau saya kata saya tidak faham pantun, betullah. Sebab ia bukan pantun. Ia peribahasa.

Tuan Yang di-Pertua, bagi penubuhan IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi berpandangan bahawa jumlah yang sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan negara. Oleh yang demikian, fokus kementerian pada masa ini adalah untuk memperkasakan IPT yang sedia ada di seluruh negeri termasuklah di Libaran dan Sandakan. Sehingga pada hari ini terdapat 11 buah institusi pengajian tinggi awam yang bertaraf universiti, politeknik dan kolej komuniti dan 25 buah IPTS yang beroperasi di Sabah. Yang universiti itu ialah Universiti Malaysia Sabah dan UiTM dengan kampus- kampus cawangannya. Kemudian kita ada politeknik dan kolej komuniti. Yang berdekatan dengan Libaran ialah Kolej Komuniti Sandakan, Politeknik Sandakan dan Sekolah Pertanian Lestari yakni kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah di Sandakan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Kita tidak ada halangan sekiranya ada mana-mana IPTS yang ingin menubuhkan kolej di Libaran ataupun Sandakan. Akan tetapi, sehingga hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Jadi, itu sahaja buat masa ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Juslie Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Pembentukan hab pendidikan Sandakan ini berkonsepkan idea penubuhan pusat pendidikan atau institusi pengajian tinggi di kawasan Pantai Timur. Saya ingin tahu memandangkan jarak antara pusat pentadbiran Putrajaya dengan Sandakan lebih kurang 1,900 kilometer. Saya ingin tahu bagaimana kementerian mengawalnya esok sekiranya bukan sahaja IPTA tetapi IPTS wujud di situ supaya kecemerlangan modal insan dapat kita laksanakan.

Keduanya, hari ini, awal tahun ini, ada dua buah IPTA iaitu UMS dan juga politeknik telah beroperasi. Berapakah bilangan enrolmen pelajar di kedua-dua buah IPTA ini, setakat ini, berbanding dengan kapasiti yang ada? Berapakah pula jumlah asrama yang boleh menampung pelajar-pelajar di kedua-dua IPTA ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk soalan yang pertama, walaupun jarak itu jauh, tetapi kita yakin bahawa pegawai-pegawai kita mampu untuk mengawal selia dan menguatkuasakan aset-aset terutamanya IPTA dan juga memantau IPTS di mana sahaja mereka berada.

Tentang soalan yang kedua itu, Politeknik Sandakan baru sahaja beroperasi di kampus tetap, sebelum ini di kampus sementara. Beroperasi di kampus tetap pada bulan November 2011 dan jumlah pelajar pada hari ini adalah lebih kurang 123 orang untuk dua buah kursus iaitu Diploma Agroteknologi dan Diploma Teknologi Akuakultur. Insya-Allah, kita akan tambah lagi jumlah pelajar ini. Kapasiti asrama ialah untuk 500 orang. Jadi memang secara mudahnya, tidak akan timbul masalah-masalah penginapan untuk mereka.

Kapasiti untuk Politeknik Sandakan lebih daripada 1,000 orang pelajar. Untuk Sekolah Pertanian Lestari, yakni cawangan UMS di Sandakan, baru beroperasi. Buat masa ini, ada lebih kurang 250 orang pelajar. Kapasitinya boleh menampung sehingga empat kali ganda lagi dengan kemudahan asrama yang mencukupi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

8. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana kajian keberkesanan penggunaan teknologi perubatan (nuklear) dalam ‘diagnosa’ dan rawatan perubatan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, Salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti teknologi perubatan nuklear sebagai satu teknologi yang penting bagi tujuan pengurusan pesakit.

Kewujudan teknologi perubatan nuklear menambah baik kemampuan diagnostik penyakit dan juga membantu menambah baik rawatan yang diperlukan oleh pesakit.

Penambahbaikan ini mungkin daripada segi pertukaran ubat-ubatan yang diperlukan ataupun pertukaran modaliti rawatan sesuai dengan penemuan diagnostik yang lebih tepat.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi ini merangkumi tiga bidang iaitu bidang klinikal, bidang radio farmasi dan bidang sains fizik. Bidang klinikal merangkumi aspek diagnostik dan aspek terapeutik. Pada masa kini, teknologi perubatan nuklear membantu dalam aspek diagnostik dengan penggunaan beberapa teknologi imbasan seperti positron emission tomography - computed tomography iaitu PET-CT scanner, gamma kamera dan pelbagai jenis pemeriksaan imbasan yang lain. Teknologi perubatan nuklear juga boleh digunakan bagi tujuan pemeriksaan jantung.

Daripada aspek terapeutik dengan penggunaan bahan-bahan radio farmaseutikal, teknologi perubatan nuklear digunakan bagi tujuan rawatan penyakit tertentu. Contohnya penggunaan Iodine-131, dengan izin bagi rawatan kanser tiroid dan penyakit thyrotoxicosis.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, bidang radio farmasi pula memainkan peranan penting daripada segi perolehan, penyediaan, kawalan mutu bahan radio farmaseutikal yang digunakan bagi tujuan diagnostik dan terapeutik. Manakala bidang sains fizik membantu daripada segi kawalan mutu peralatan scanner serta pemantauan keselamatan dan perlindungan radiasi di lokasi penyampaian teknologi berkenaan.

Langkah-langkah keselamatan termasuklah kaliberasi peralatan yang digunakan berdasarkan peruntukan Akta Pelesenan Tenaga Atom ataupun lebih dikenali sebagai Akta 304 diambil bagi mengawal tahap radiasi pancaran sinaran semasa penggunaan teknologi perubatan nuklear.

Pada masa yang sama, Program Kepastian Kualiti atau Quality Assurances Program atau lebih dikenali sebagai QAP dengan izin, dan kawalan kualiti iaitu quality control (QC) turut dilaksanakan dan dipantau secara berkala.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menggunakan teknologi perubatan nuklear dalam rawatan pesakit, Kementerian Kesihatan telah melengkapi beberapa buah hospital dengan kemudahan perubatan nuklear yang juga dikenal pasti selamat dan berkesan dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Pulau Pinang untuk zon utara; Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya untuk zon tengah; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk zon selatan; Hospital Umum Sarawak untuk zon Sarawak; dan pada masa hadapan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas akan turut menawarkan perkhidmatan perubatan nuklear dan perkhidmatan ini dijangka dapat dimulakan seawal tahun hadapan di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya bilangan kes yang menggunakan teknologi perubatan nuklear telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, sebanyak 10,712 kes dan pada tahun 2011 pula sebanyak 11,296 kes. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemeriksaan dan rawatan perubatan menggunakan teknologi perubatan nuklear amat membantu pegawai-pegawai perubatan dan pakar-pakar dalam membuat diagnosis dan disusuli dengan kaedah terapi yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan perubatan nuklear yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selaras dengan piawaian dan ketetapan antarabangsa. Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mendapat bantuan konsultasi dari International Atomic Energy Agency (IAEA) terutama bagi menjalani latihan di peringkat antarabangsa dan menjalani penyelidikan yang berkaitan.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO. 2) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2013

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.

[28 September 2012]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ingin dimaklumkan bahawa perbahasan Ketua Pembangkang dan seorang ahli daripada kerajaan akan bolehlah mengambil masa 90 minit, campur tolak, dan selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat akan diperuntukkan tidak melebihi 30 minit, plus minus. Ya, sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 11:33 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya akan cuba, walaupun dalam sejarah Parlimen ini tidak ada had untuk Ketua Pembangkang. Saya hendak alu-alukan rombongan pemimpin-pemimpin aktivis masyarakat dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling, PUSKAB...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya pun berkesempatan untuk membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada hari Jumaat yang lalu. Pendekatan pembangunan ekonomi yang berkepedulian dan mampan akan menjamin imbangan di antara pertumbuhan yang berterusan dan agihan kesejahteraan yang adil kepada rakyat.

Oleh sebab itu tumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada angka-angka pertumbuhan dan saiz ekonomi semata-mata.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pendapatan isi rumah oleh golongan berada di dalam masyarakat adalah sama penting kerana ia menjadi kayu ukur sama ada hasil dari pertumbuhan ekonomi dinikmati seadilnya oleh semua golongan dalam masyarakat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran, ayat ke-7, surah Al-Hashr...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan Rasul dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta musafir...” Ketetapan sedemikian dan saya tegaskan, “Supaya harta tidak hanya berlegar di kalangan orang- orang kaya di kalangan kamu”.

Oleh sebab itu, maka Pakatan Rakyat sejak awal menekankan bahawa perencanaan ekonomi negara perlu beralih dari mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang akhir pertama pentadbiran Pakatan Rakyat, insya-Allah.

Kenyataan tersebut diputar belitkan sehingga ada yang membuat andaian kononnya kami berjanji akan membayar imbuhan kepada rakyat agar pendapatan isi rumah setiap keluarga mencecah RM4,000.

Saya ingin tegaskan bahawa pendekatan pembangunan ekonomi yang seharusnya menekan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berkekalan dalam jangka panjang serta menjamin peningkatan pendapatan boleh guna, disposable income rakyat melalui sasaran khusus seperti berikut.

Pertama, pertumbuhan ekonomi perlu dijana oleh usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan yang terbesar di dalam ekonomi, bukannya satu dua tauke besar dan insan maha kaya yang membolot atau memonopoli sebahagian besar kegiatan ekonomi.

Kedua, pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran. Maka peluang pekerjaan yang dihasilkan mempunyai pengaruh yang besar kepada bentuk pertumbuhan yang dijana.

Ketiga, peranan kerajaan di dalam menjana ekonomi perlulah dibataskan kepada usaha mencambahkan bidang baru yang memesatkan kegiatan ekonomi strategik, bukannya terlibat sama di dalam setiap jenis kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil dan sederhana serta pengusaha lainnya seperti mana yang berlaku sekarang oleh Khazanah.

Keempat, pendidikan dan kemahiran yang melengkapkan rakyat untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus kerajaan sebagai tanggungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan pertumbuhan ekonomi.

final • 11:35 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kelima, dasar-dasar khusus yang menjamin paras gaji dan perkongsian nilai yang dijana di antara majikan syarikat dengan pekerja adalah saksama perlulah digubal dan dilaksana oleh kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

final • 11:35 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Paras pendapatan isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan dari arus pembangunan dan kesejahteraan negara. Kebajikan dan kesejahteraan golongan tertentu di dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dan perlindungan agar tidak terpinggir melalui satu sistem jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh dan bersepadu dan akhirnya kemakmuran ekonomi rakyat terbanyak yang paras pendapatannya meningkat menjamin pertumbuhan yang mampan dan berterusan bila mana mereka terus melabur kembali di dalam ekonomi negara.

Pendekatan pembangunan yang seimbang ini turut disokong oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) di dalam laporannya ‘The Trade and Development Report 2012: Policies for Inclusive and Balanced Growth’. Dengan izin, saya petik “...UNCTAD argues that rising inequality is neither a necessary condition for sound economic growth, nor its natural result. By contras, full participation of all citizens in the proceeds of the economic as a whole in indispensable for successful and sustained development.” “TDR 2012 suggests that policymakers need to apply policies to reduce income gaps, which in turn will influence overall economic and social outcomes. It shows how income distribution has been and maybe modified by proactive policies, including the use of fiscal instruments aimed at redistribution”. Ringkasnya, pendekatan ekonomi yang ghairah dengan mencatat pertumbuhan tanpa mengambil kira kesenjangan pendapatan di dalam masyarakat hingga golongan maha kaya yang dua tiga kerat membolot hasil negara tidak lagi wajar dan tidak boleh dipertahankan. Belanjawan Bajet 2013 tidak menyentuh langsung usaha meningkatkan paras pendapatan rakyat secara keseluruhannya.

Keberkesanan sesebuah kebijakan ekonomi, baik dibuat melalui belanjawan atau perancangan ekonomi berkala untuk menjana pertumbuhan dan membaiki kedudukan sosioekonomi rakyat juga tertakluk kepada unjuran yang munasabah. Berdasarkan angka dan data yang sebenar, ia kemudiannya dinilai semula setelah meneliti sama ada sasaran itu dicapai. Jika tidak, proses berangka belanjawan dan perancangan ekonomi tidak lebih dari sekadar gimik politik murahan.

Dengan merujuk kepada fakta bahawa jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan melangkaui jumlah yang diluluskan di Belanjawan 2012 sebanyak 9.4%, maknanya berbelanja lebih sebanyak RM21.6 bilion. Lari daripada unjuran yang dikemukakan. Bukan semua jumlah itu disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam atau tanggungjawab subsidi seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan kerana belanja perbekalan melebihi belanjawan diluluskan sebanyak RM1.5 bilion.

Di dalam keadaan negara berhadapan dengan defisit yang meruncing, sewajarnya kerajaan berhemah dan menunjukkan penjimatan dari proses perolehan yang telus, sebaliknya RM1.5 bilion dibelanjakan melebihi jumlah yang diluluskan. Maka jika pola perbelanjaan diperincikan dari tahun 2009 hingga 2013 iaitu sejak Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, saya khuatir bahawa keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan*.

[Tepuk]* Contoh peningkatan 2009 hingga 2013, RM8 bilion untuk bayaran khidmat hutang peningkatan 56%. Subsidi mengambil jumlah yang besar, 2009 hingga 2013 peningkatan RM17.2 bilion iaitu 85%. Bunyinya lunak untuk kebajikan rakyat, tetapi saya akan buktikan bahawa sebahagian besar subsidi tidak sampai kepada sasaran dan ada sebahagian besar subsidi sampai kepada golongan kroni dan maha kaya.

Sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan yang ketara ialah lonjakan bayaran khidmat hutang sebanyak 56% atau peningkatan RM8 bilion dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut angka Bank Negara sejak tahun 2009 hingga 2013, dalam tempoh singkat adalah RM184 bilion.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bayaran perbekalan dan perolehan yang sewajarnya mampu dikawal jika proses perolehan telus dan melalui tender terbuka melonjak RM7 bilion. Satu peningkatan kos 28% di bawah pengawasan Menteri Kewangan. Jumlah RM15 bilion bertambah sejak beliau menjadi Menteri Kewangan, jika dikawal dan dijimatkan RM15 bilion, kalau dijimat dan dikawal boleh menampung beberapa program membantu rakyat termasuk menghapuskan hutang PTPTN*.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya berikan beberapa bukti pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang akan menjelaskan bagaimana ia mampu dilaksanakan walaupun diketepikan oleh Perdana Menteri/Menteri Kewangan begitu sahaja, memperlekeh prestasi tanpa melihat kepada angka dan data.

Rekod pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi tiap-tiap tahun tergelincir dari sasaran dan ini menjadi masalah dan kesan kepada kedudukan kewangan. Unjuran yang disebut setiap tahun 6% yang disasarkan, dicapai di antara 2010 sehingga 2013. Kalau ini berlaku, kesan kepada hasil negara dari kutipan cukai tambahan dianggarkan seperti berikut iaitu dari sudut sains ekonomi diukur dengan KDNK pada harga pembeli, dari 2010 – 674.9 kepada 2013 – 780.9. Pertumbuhan ekonomi yang sebenar dicapai ialah 7%, 7.2% – 2010, 5.1% – 2011, 2012 – 4.5% dan 2013 – 5%.

Sasaran pertumbuhan ekonomi dan akhirnya tambahan hasil negara jika sasaran ekonomi dipenuhi, ini penting. Kalau sasaran ekonomi dipenuhi, hasil yang bertambah ialah RM1.2 bilion – 2011 dan RM4.5 bilion tahun 2013. Akan tetapi kita gagal mencapai sasaran pertumbuhan ini dan ini akan memberi kesan besar kepada kedudukan ekonomi, kesejahteraan negara dan defisit yang kian membengkak.

Kegagalan memacu pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar 6% bermakna di antara 2011 hingga 2013 jumlah terkumpul hasil negara dari kutipan cukai yang hilang mencecah RM8.8 bilion. Ini adalah tambahan cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan sekiranya ekonomi berkembang pada kadar 6%, bukan sekadar 4% – 5% yang dicatat sekarang. Oleh sebab itu pendekatan kerajaan untuk mengawal defisit seperti yang dilakukan oleh Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan secara berhemah dan menjana pendapatan negara, bukan sekadar berjaya mengawal defisit tetapi akan saya buktikan bagaimana mencatat lebihan yang membanggakan.

Tuan Yang di-Pertua, jika potensi ekonomi Malaysia berasaskan sumber kekayaan dan kepelbagaian masyarakat dan tenaga kerja yang ada dicapai melalui dasar yang menjurus kepada pertumbuhan dan kepedulian rakyat, Malaysia boleh dijadikan contoh kepada banyak negara di rantau dan juga di dunia. Oleh kerana ini adalah kenyataan Malaysia bermula pada garis yang sama dengan Singapura, Taiwan dan Korea Selatan.

Sekarang tentunya kita jauh ketinggalan dan agak menarik kerana sebagai negara Islam yang meningkat sekarang, Turki telah berada di hadapan.

Perbandingan dengan Korea Selatan, itu menarik kerana Korea Selatan pada tahun 70-an dilihat dari Pendapatan Negara Kasar (Growth National Income Per capita) Malaysia - USD400, Korea Selatan - USD270.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sekarang Korea Selatan USD19.7, Malaysia USD7.760. Oleh sebab itu pendekatan ekonomi kita harus dikaji semula. Apa yang menyebabkan negara yang tidak mempunyai hasil minyak boleh mengatasi dalam tempoh 30 tahun dari garis yang sama pada tahun 1980. Itu sejarah tetapi yang membimbangkan ialah risiko ditinggalkan pula oleh negara-negara yang sebelum ini berada sama ada jauh atau pun memang di belakang kita kerana mereka merancang ekonomi dengan berhemah, berjaya membanteras rasuah dan membuka peluang sama rata kepada peniaga yang berdaya maju.

Saya sebut kejayaan Turki di bawah Recep Tayyip Erdogan memberi keyakinan kepada kita bahawa dasar ekonomi dan pentadbiran yang berteraskan keadilan sosial, ketelusan, amanah, mengiktiraf bakat kebolehan setiap rakyatnya berjaya melonjakkan kemakmuran ekonomi negara dalam tempoh yang begitu singkat. Oleh sebab itu, kita juga perhatikan bahawa ini kebijakan ekonomi dan dasar ekonomi tidak berlaku dengan sendirinya tetapi berlaku dengan reformasi politik dan pentadbiran.

Buku Jingga yang diremehkan oleh Perdana Menteri sebagai yang tidak berharga adalah dokumen yang jelas menggariskan bahawa matlamat pertumbuhan ekonomi harus

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

didukung oleh proses islah politik dan pentadbiran yang menyeluruh. Saya rujuk semula kepada Turki. Tanpa hasil minyak dan gas berjaya menukar ekonomi yang menguncup pada tahun 2002 semasa beliau mengambil alih menjadikannya a new economic miracle. KDNK saiz ekonomi berkembang tiga kali ganda dalam tempoh sembilan tahun dari USD233 bilion kepada USD773 bilion 2011. Unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 berasaskan angka suku pertama meletakkan angka pertumbuhan melepasi 11% mengatasi China atau mana-mana negara maju di dunia. Ekonomi Turki tumbuh di antara 7% hingga 9% puratanya sepanjang pentadbiran beliau. Semua hutang lama langsai termasuk hutang IMF yang diwarisi oleh beliau menjelang April 2013 berjumlah EUR1 bilion telah mampu diselesaikan.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua Pakatan Rakyat yakin bahawa masalah ekonomi boleh diselesaikan dengan kaedah dan kesungguhan kita menyusun semula struktur ekonomi yang kita anggap pincang dan tidak menjurus kepada prinsip keadilan.

[Tepuk] Kepincangannya...

final • 11:50 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menyebut tentang Turki selepas berlaku islah politik kerana Yang Berhormat menyebut pada awal tadi bahawa memerlukan kepada islah politik. Jadi, bila berlaku islah politik maknanya melonjak ekonominya. Tadi pun disebut bahawa Indonesia sudah ke hadapan. Thailand pun ke hadapan, Filipina pun ke hadapan. Tadi disebut.

Padahal dahulu semua negara ini berada di belakang Malaysia. Sekarang ini mereka sudah potong.

Jadi, nampak macam hujah Yang Berhormat tadi katakan Turki bila berlaku perubahan islah politik pada 2002 sangat bertentangan dengan pendapat pemimpin- pemimpin kerajaan. Dia kata jangan tukar kerajaan. Nanti Malaysia jadi mundur. Jadi, semua negara tersebut dia tukar kerajaan tetapi dia maju.

[Tepuk] Thailand tukar kerajaan, tukar Perdana Menteri, Malaysia makan beras siam. Jadi, macam mana Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Nasihat Perdana Menteri jangan tukar kerajaan itu sama nada dengan nasihat Mubarak di Mesir*.

[Tepuk]* Ben Ali di Tunisia.

Semua pemerintah yang authoritarian atau diktator memang cukup takut dengan perubahan. Cukup ya.

Saya rujuk sekali lagi tentang kepincangan ekonomi yang berpanjangan. Ada yang menanyakan apakah kita hanya melihat kepada angka-angka yang negatif. Tidak benar.

Angka besar, kedudukan defisit itu kalau satu, dua tahun boleh dipertahankan. Kalau 14 tahun, masuk 15 tahun harus merunsingkan. Perkara yang paling buruk pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua ialah jurang pendapatan keluarga yang makin melebar. Gini coeficient di antara golongan yang maha kaya dengan golongan miskin kalau mengikut unjuran Laporan UNDP 2010 Malaysia itu di antara negara yang paling parah. Negara bukan miskin tetapi kesenjangan pendapatan yang cukup melebar di antara yang paling kaya dan paling miskin. Gini coefficient.

Gaji yang tidak meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang lembap itu berpunca dari kegagalan meluruskan struktur ekonomi. Oleh sebab itu kita harus membezakan di antara bajet yang menyenaraikan gula-gula dan pengumuman sagu hati tetapi tidak langsung punyai keberanian dan tekad politik atau kesungguhan membetulkan kelemahan asas dalam struktur ekonomi. Tidak berani menegur sektor golongan maha kaya yang punyai kepentingan dalam syarikat-syarikat besar atau IPP atau monopoli untuk membetulkan struktur. Ini pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua adalah kelemahan besar.

Keengganan kerajaan berbicara soal kepincangan struktur ekonomi negara kerana kurang tekad politik, tidak berani menyentuh keuntungan kroni yang berlebihan, monopoli syarikat keluarga serta golongan maha kaya yang bersekongkol dengan mereka. Rasuah dan penyelewengan terus menjadi musuh utama ekonomi dan kesejahteraan negara. Ada keengganan Kerajaan Barisan Nasional untuk mengangkat amalan tata kelola yang baik yang akan menyelar penyelewengan pemborosan dan melemahkan daya saing.

Anggaran kursus ketirisan oleh pelbagai pihak memberi gambaran bagaimana hutang negara dan rakyat berpunca dari amalan rasuah dan penyelewengan. Anggaran jumlah ketirisan sama ada dari sudut rasuah, pembaziran, boros, belanja yang lebih dari sepatutnya itu mencecah RM28 bilion dan ini banyak disentuh dalam Laporan Ketua Audit

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Negara 2008. Wakil-wakil Barisan Nasional banyak menafikan sekeras-kerasnya tetapi rakyat boleh menilai apabila seorang tokoh yang rapat dengan pemerintah dimaafkan hutang berjumlah RM580 juta.

Wang Projek Ternakan Lembu RM250 juta diselewengkan untuk membeli kondominium mewah [Tepuk] atau kos perolehan di Jabatan Kerajaan berkali-kali ganda lebih mahal dari harga sebenarnya. Jumlahkan semua ini setiap tahun dengan angka RM28 bilion seperti mana yang dianggarkan bukanlah angka yang jauh menyimpang. Ini masih konservatif berbanding dengan angka transparensi internasional bahawa ketirisan setiap tahun kerana tiadanya amalan telus melalui proses tender terbuka mencecah hampir RM40 bilion setahun. Ini disanggah oleh Perdana Menteri...

final • 11:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Celahan.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bila beliau menyentuh tentang PTPTN. Bila orang kampung, anak guru, anak penjaja, anak pegawai rendah berhutang untuk belajar, maka kata Perdana Menteri pembangkang tidak bertanggungjawab kerana menggalakkan rakyat supaya tidak membayar hutang. Ini akan menyebabkan ekonomi negara bankrap. Akan tetapi apabila kroni maha kaya tidak bayar hutang mereka diberi...

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita dalam Dewan ini juga mendengar sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan bajet pada Jumaat lepas dalam tajuk ini iaitu kewajipan membayar hutang. Ini kerana katanya hutang PTPTN ini bukan satu hak atau keistimewaan. Ia satu tanggungjawab.

Peringatan yang baik. Akan tetapi pada pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh, kenapakah ingatan yang baik itu hanya Perdana Menteri tujukan kepada golongan rakyat bawahan yang datang daripada kelompok pendapatan isi rumah yang rendah. Perdana Menteri juga menyebut bahawa pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 itu peratusannya sebanyak 40% daripada kadar isi rumah. Kalau ambil cut-offnya, tiga ribu pendapatan itu, angkanya sehingga 60% daripada jumlah isi rumah di negara kita.

Ertinya, jurang kaya – miskin ini sangat ketara dan golongan ini bila menghantar anak ke universiti terpaksa menanggung beban. Dia mungkin peniaga di pekan sehari. Dia mungkin pemandu teksi, pemandu lori, kakitangan kerajaan berpangkat rendah. Akan tetapi inilah sasaran yang Perdana Menteri khutbahkan kewajipan membayar hutang. Akan tetapi bila tauke besar yang bukan belajar di universiti tetapi berniaga kapal terbang dan tidak boleh bayar hutang, hutang dihapus kira. Dari sudut prinsipnya, ada percanggahan yang sangat besar seperti yang disinggung tadi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.

Bagaimana penegasan Yang Berhormat Permatang Pauh dari perkara yang saya timbulkan?

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya kaitkan dengan tidak adanya tekad politik, keberanian berdepan dengan tauke-tauke maha kaya dan hanya mampu bergegar, marah kepada rakyat yang hutangnya sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 kerana masalah pendidikan.

Saya ingin tegaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar. Mana-mana perjanjian harus ditunaikan. Al-Quran menegaskan ‘ya aiyuhallazi na’amanu aufu biluqud’. Betul. Tidak boleh kita pertikai. Janji mesti ditunaikan. Akan tetapi soal pendidikan ini, bila kalangan atau golongan berpendapatan rendah berhutang, mereka terpaksa berhutang kerana kegagalan sistem pentadbiran negara menguruskan ekonomi. Negara yang tidak mempunyai hasil dari minyak dan gas.

Saya sebutkan Turki tadi. Masih mampu memberikan pendidikan percuma. Kita dengan negara yang melimpah ranah kekayaan masih membebankan rakyat dengan isu pendidikan percuma. Sebab itu kami bertekad dan jamin, insya-Allah dengan tidak seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri. Mula disebut angka PTPTN sebanyak RM48 bilion. Setelah kita cabar fakta ini, dia turun pada hari Jumaat yang lalu, RM48 bilion turun menjadi RM30 bilion. Menteri Kewangan boleh turunkan RM10 bilion itu mudah sahaja dalam beberapa bulan. Maknanya, perkiraan itu salah besar.

Kita menetapkan bahawa jumlah yang patut dibayar, tanggungan dengan pendidikan percuma di universiti ini tidak melebihi RM6 bilion. Tidak ada sebab mengapa

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

kerajaan [Tepuk] mempunyai keupayaan ini boleh berbuat demikian seperti mana saya sebutkan tadi tentang laporan Transparency International dan juga laporan Ketua Audit Negara. Apa kaitannya dengan belanjawan? Saya akan buktikan apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri walaupun tidak diberikan liputan. Tidak Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Yang di-Pertua. Di Selangor, pengalaman kita, kos purata kontrak perolehan dikurangkan sebanyak 24%. Maknanya, penjimatan dari tender terbuka ialah 24% iaitu 24%, RM105.8 juta dari anggaran jabatan. Ini kontrak. Satu kontrak contoh.

Kalau nilai yang dibuat dahulu di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, kita boleh jimatkan projek yang lebih kurang sama dengan penjimatan sebanyak 24% berbanding dengan nilai projek sebanyak RM341 juta.

Manakala penjimatan bagi kos operasi dari pengambilalihan Alam Flora adalah RM81 juta.

[Tepuk] Jadi maknanya, kalau dari satu atau dua projek begini boleh dilakukan sedemikian, maka tidak hairanlah kalau Selangor umpamanya, mencatat lebihan, surplus dalam keadaan ekonomi negara dan Perbendaharaan Malaysia dan Menteri Kewangan menyebut tentang defisit, Selangor mencatat lebihan hampir RM2.2 bilion.

[Tepuk] Itu pun setelah ditambah projek-projek termasuk kemudahan air percuma bagi rakyat yang memberi faedah kepada 1.276 juta orang penduduk negeri Selangor. Kalau kita lihat dengan tambahan projek kebajikan ini, sepatutnya tidak ada banyak lebihan.

Tentu hal ini tidak diberi liputan kerana sistem di negara kita ini hanya memihak kepada pihak penguasa dan tidak memberikan laporan yang benar. Maka, saya terkejut bila Perdana Menteri umpamanya tidak tahu fakta ini dan boleh hanya menyerang Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat seolah-olah tidak pandai mengurus. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Khalid tidak pandai mengurus. Sebab itu lebihan sebanyak RM2.2 bilion.

[Tepuk] Menteri Kewangan sekarang pandai dan bijak mengurus. Sebab itulah hutangnya sebanyak ratusan bilion ringgit.

[Tepuk] Di Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Prai sudah bankrap pada tahun 2008 semasa Pakatan Rakyat ambil alih. Bankrap kerana defisit. Satu majlis perbandaran, defisitnya itu sebanyak RM230 juta. Setelah tiga tahun di bawah Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kita catat lebihan sebanyak RM41 juta.

[Tepuk] Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, saya boleh sebut bahawa tahap kebersihan itu jauh lebih baik daripada yang kita capai dahulu walaupun pada masa itu saya masih Menteri. Saya akui. Selain daripada itu, yang juga relevan dalam konteks perbicaraan kita ialah pertambahan beberapa projek yang harus disebutkan. Kalau ada lebihan tetapi tidak ada tambahan projek rakyat, tidak ada makna juga. Sebab itu semalam dalam lawatan dengan Menteri Besar di Negeri Selangor, saya menggesa menggunakan wang lebihan itu untuk tambah beberapa kemudahan untuk rakyat dan beliau bersetuju.

Akan tetapi di Pulau Pinang umpamanya, tengok pertambahan daripada tahun 2008 untuk memartabatkan agama Islam yang diserang oleh rakan-rakan saya yang bijaksana di sebelah sana termasuk Yang Berhormat Pasir Salak bahawa Pulau Pinang ini memang langsung tidak ambil perhatian kepada masyarakat Melayu dan Islam. Saya hendak sebut, pada tahun 2008, sebanyak RM12.5 juta peruntukkan untuk perkembangan dakwah Islam, agama, Majlis Agama, Jabatan Agama. Itu pada zaman UMNO – Barisan Nasional. Akan tetapi pada tahun 2012, angka ini bertambah menjadi RM64.03 juta.

[Tepuk] Ini dalam pengiktirafan Transparency International dan lain-lain, kita patut sebutlah juga kerana bila ada lebihan, negeri Pulau Pinang juga mencatat – bukan sahaja majlis perbandaran tetapi kerajaan negeri adalah juga mencatat lebihan.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya menyisipkan semua angka ini dalam kertas ucapan saya untuk membantu rakan-rakan bukan sahaja Pakatan Rakyat tetapi juga dari Barisan Nasional untuk berbahas dengan lebih teratur.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh tanya sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Yang Berhormat mengemukakan satu peruntukan di Pulau Pinang kepada orang Islam tetapi adakah itu sudah cukup sebagai satu bukti bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membela nasib orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang? Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Menteri yang kita tahu siapa, saya hendak tanya selain daripada itu yang seiring dengan hasrat dan aspirasi Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa pendapatan isi rumah penting. Penting! Bukan tauke-tauke besar di Pulau

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pinang, bukan pemaju-pemaju besar di Pulau Pinang tetapi orang Melayu, orang miskin, Melayu dan bukan Melayu, di mana ada pembelaannya? Saya tidak nampak! Tolong huraikan dengan detail, dengan panjang lebar untuk membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membela nasib masyarakat orang miskin dan orang Melayu. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Sebenarnya ucapan itu kritik Menteri Kewangan atau saya?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bahawa... biar saya habiskan.

Bahawa ekonomi itu menguntungkan maha kaya. Akan tetapi saya ingat saya jawab soalan itu.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan berjaya untuk membela nasib masyarakat orang Melayu dan orang miskin dan meningkatkan pendapatan isi rumah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya hendak itu. Laporannya.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Baik Yang Berhormat. Saya jawab.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh tanya soalan lain?

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya jawab yang ini dahulu.

Kebetulan ada maklumatnya. Ada beberapa projek tambahan. Saya pernah mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera. Saya hendak sebut di sini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang semasa Barisan Nasional tidak ada peruntukan yang sedemikian sama sekali. Yang ada hanya dari peruntukan Kementerian Kewangan atau Kerajaan Persekutuan yang sekarang memang dikurangkan. Itu fakta. Perumahannya, Jawatankuasa PEMANDU nya, projek-projek gerai dan pusat perniagaan bumiputera, semua Kerajaan Persekutuan.

Bezanya sekarang adalah ada langkah-langkah diambil oleh kerajaan negeri.

Pertamanya, mikro kredit. Mikro kredit itu walaupun tidak disebut bumiputera tetapi kebanyakan faedahnya kepada bumiputera termasuk beberapa Cina dan masyarakat India yang miskin. Akan tetapi yang besarnya, kalau saya sebagai anak Pulau Pinang, anak Melayu Pulau Pinang, saya tahu bahawa masalah besar orang Melayu di Pulau Pinang ialah masalah perumahan. Dalam perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, dengan mencatat lebihan dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang setuju belum pernah ada usaha kerajaan negeri sehebat ini.

Dengar. Projek perumahan rakyat, perumahan kos rendah, kos sederhana, mampu milik, itu sentiasa menjadi tanggungan Kerajaan Persekutuan. Tidak pernah dijalankan secara besar-besaran oleh kerajaan negeri. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri hanya menyediakan tapak tanah tetapi Pulau Pinang telah menyediakan RM500 juta [Tepuk] yang mampu membantu 11,596 penduduk yang majoritinya adalah Melayu. Ini kerana masalah yang saya sebut tadi masalah perumahan.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Boleh?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tambah sedikit boleh? Okey.

Yang kita dengar dan kita baca laporan, masalah perumahan di Pulau Pinang itu masih lagi menjadi satu masalah besar di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Tidak kira Melayu atau India atau Cina. Saya tidak perkauman dalam hal ini.

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masih lagi kita dengar bantahan, luahan perasaan tidak puas hati di kalangan kelompok masyarakat ini.

Jadi, bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu satu. Keduanya, Yang Berhormat sendiri sebagai Menteri Kewangan dahulu dan sebagai Timbalan Perdana Menteri, waktu itu Kerajaan Barisan Nasional telah membangunkan Pulau Pinang. Perindustrian di Pulau Pinang telah dibangunkan adalah daripada usaha semasa Kerajaan Barisan Nasional dan Yang Berhormat pun terlibat juga untuk membantu masa itu, menyumbang bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional. Apakah Yang Berhormat hendak menafikan sumbangan Yang Berhormat selaku pemimpin Kerajaan Barisan Nasional dalam membangunkan ekonomi negeri Pulau Pinang yang hari

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

ini digunakan sebagai satu platform untuk kerajaan yang ada sekarang ini, yang belum nampak lagi kejayaannya.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Dato’ boleh sambung?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak nafikan ya. Saya tidak pernah nafikan jasa khidmat pemimpin-pemimpin terdahulu.

Saya tidak pernah mengatakan bahawa tidak ada yang baik dalam pentadbiran kerajaan sekarang tetapi cuma saya tekankan bahawa kebobrokannya itu keterlaluan sehingga memaksa kita mengatakan wajarlah pemerintahan Barisan Nasional lebih 50 tahun ini diberikan kesempatan untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

[Tepuk] Baik, saya beri contoh di sini sebab apa yang disebut – saya hendak tahu ini di Pulau Pinang kerana ini menyentuh masalah. Apakah umpamanya sebaik Pakatan Rakyat ambil alih semua masalah Melayu mesti diselesaikan sekarang? Saya pemimpin Melayu Pulau Pinang Yang Berhormat dan saya tahu masalah Melayu itu ialah masalah perumahan, masalah perniagaan, peluang kesempatan sejak dulu. Oleh sebab itulah maka kita minta persetujuan kerajaan negeri pada masa itu untuk menambah peruntukan dan beberapa geran untuk kerajaan negeri tetapi ini tidak diteruskan sekarang. Projek-projek yang membantu melalui Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera berulang kali saya memberi tahu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengapa hendak hukum orang-orang Melayu Pulau Pinang kerana memilih Kerajaan Pakatan Rakyat? Maka sebab itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah umpamanya langkah pertama membasmi kemiskinan tegar.

[Tepuk] Negeri pertama yang membasmi kemiskinan tegar.

Yang Berhormat tahu kemiskinan tegar ini yang pendapatannya RM500 ke bawah ini majoritinya Melayu. Ada satu kumpulan kecil India dan sedikit jumlahnya Cina tetapi dengan serta-merta pada tahun 2009 setiap keluarga paling miskin di Pulau Pinang diberi RM600.

[Tepuk] Ini yang menjadi pendorong kepada kami dalam mengemukakan program yang sama dalam belanjawan. Kemudian ada isu-isu yang paling sukar yang dihadapi oleh rakyat miskin dan sekali lagi majoriti orang Melayu di Pulau Pinang. Oleh sebab itu diberikan tambahan RM100, RM1,000 untuk jenazah, IPTA Emas RM1,000, Anak Emas RM200. Kalau sedara kahwin dengan orang Pulau Pinang, anak lahir di Pulau Pinang dapat RM200. Ada orang yang kebetulan dua kali beranak dalam satu tahun dia dapat RM400.

[Disampuk] Tiap-tiap tahun.

final • 12:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi kalau Yang Berhormat Pasir Salak... I mean to be fair untuk concern saya tidak halang. Ada orang yang melahirkan rasa concern bagaimana nasib masa depan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Akan tetapi harus juga letakkan kesalahannya dulu dan kita harus iktiraf bahawa langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng itu tidak boleh kita nafikan. Projek yang saya khususkan, tambahan bagi manfaat orang Melayu termasuklah mikro kredit dan perumahan. Kerana beliau tanya pada saya selalunya, apa masalah paling besar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang. Saya kata pinjaman untuk perniagaan kecil dan keduanya perumahan. Tuan Yang di-Pertua tidak ada negeri, tidak ada dalam sejarah di negara ini negeri-negeri yang menyediakan wang sebanyak itu kerana perumahan rakyat ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Negeri hanya menyediakan tanah tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor hampir setengah bilion mengambil langkah mengadakan rumah mampu milik.

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Ketua Pembangkang dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta tanya kepada Ketua Pembangkang adakah ianya benar bahawa kontrak-kontrak yang ditawarkan oleh badan-badan kerajaan termasuk PBC, PBA dan juga PBT di negeri Pulau Pinang lebih daripada 70 peratus hingga 90 lebih peratus kontrak-kontrak masih ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang tidak dapat hanya kontraktor-kontraktor kroni daripada UMNO sahaja. Oleh sebab itu mereka buat bising sangat selalu tidak dapat kontrak lagi kerana kita telah pun potong orang tengah daripada kontrak-kontrak tersebut...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Itu nombor satu dan nombor dua, adakah ianya benar bahawa baru-baru ini ada pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang beli tanah daripada orang Melayu di kampung secara sekelompok dan selepas itu dalam jangka masa sampai enam bulan flip it to developer dan mendapat keuntungan sebanyak RM12 juta untuk poket dia sendiri...

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Inikah kerajaan yang kita minta daripada Pulau Pinang. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Permatang Pauh sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, saya harap agar Yang Berhormat Pasir Salak dapat mendengar kebetulan saya Ahli Parlimen mewakili hampir lebih daripada separuh pulau yang mana diduduki oleh orang Melayu, orang Melayu Balik Pulau.

Yang Berhormat Permatang Pauh saya bagi pihak Balik Pulau kita pun tidak mengandaikan akan berlakunya terbentuknya Yayasan Islam Pulau Pinang. Zaman pemerintahan Pakatan Rakyat itu berlaku yang saya tahu dahulu ada Yayasan Bumiputera tetapi masalah bumiputera Pulau Pinang pun saya ingat Yang Berhormat Permatang Pauh boleh jelaskan selanjutnya.

Yang kedua, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi itu ialah Yang Berhormat Pasir Salak, dua tokoh pimpinan UMNO Barisan Nasional, Pengarah Pilihan Raya kononnya pakar strategi pilihan raya hendak bela nasib orang Melayu. Masuk kampung-kampung terang, kampung orang Melayu kampung. Beli tanah murah hampir 30 lebih orang kampung diperdayakan agar menjual tanah dengan harga yang rendah di luar pasaran tidak sampai pun lima bulan jual kepada syarikat mana, syarikat Cina. Isunya bukan saya kata Cina itu tetapi yang diuar-uarkan kononnya kita ini tidak menjaga masyarakat Melayu saya rasa itu menjawab sebenarnya siapa yang telah mengkhianati orang Melayu Pulau Pinang. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Yang Berhormat Permatang Pauh, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu lagi celahan. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh sedar bahawa kekuatan yang boleh kita banggakan pada pentadbiran negeri pakatan khususnya dalam yang kita cakapkan sekarang Pulau Pinang adalah dari segi kekuatan urus tadbir kerajaan dan satu lagi fakta yang mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh boleh singgung juga adalah rekod sewaktu kita mengambil alih pada tahun 2008 bulan Mac. Waktu itu kita menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu sebanyak RM630 juta dan pada Disember 2011 hutang kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang cuma tinggal RM30 juta sahaja. Sebanyak RM630 juta turun jadi RM30 juta sahaja, yang pertama.

Yang kedua defisit sebanyak RM230 juta selama lapan tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional saya ambil daripada 2000 sehingga 2008 tetapi sekarang perbelanjaan kerajaan negeri itu adalah perbelanjaan surplus lebihan RM40 juta itu termasuk tiga tahun berturut-turut.

Apabila practice of good governance ini berlangsung maka dapatlah kita limpahkan kelebihan itu kepada rakyat. Waktu kita mengambil alih daripada Kerajaan Barisan Nasional, peruntukan Majlis Agama Islam untuk memartabatkan agama, ini untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat, elaun pembangunan masjid, surau, guru KAFA, para kufah dan sebagainya, waktu itu cuma RM12.5 juta. Kemudian kita diserang inilah kerajaan yang mengkhianati orang Melayu, mengkhianati orang Islam, tutup bazar Ramadhan, halau orang Melayu dan segala macam. Hari-hari selama empat tahun kita diserang melalui media perdana khususnya.

Dalam keadaan kita diserang sebagai kerajaan anti-Melayu pada tahun 2009 Majlis Agama Islam ini, menerima peruntukan RM20.5 juta, tahun 2010 sebanyak RM24.3 juta, tahun 2011 sebanyak RM33.3 juta, manakala tahun 2012 sebanyak RM64.03 juta.

Grafnya menaik mana mungkin kalau angka ini dipaparkan ke hadapan Utusan Malaysia dan TV3 propaganda Barisan Nasional bahawa kerajaan pimpinan kita di Pulau Pinang itu menganiayai orang Islam tidak masuk akal sama sekali. Angka boleh menyebut dan menceritakan segala-galanya. Inilah peluang yang saya rasa tidak boleh diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pengerusi DAP ini kata dikatakan sebagai anti-Islam oleh Yang Berhormat Bachok. Bagaimana?

final • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya sebenarnya cukup hairan dengan teguran-teguran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak kerana seolah-olah menganggap bahawa sesebuah kerajaan negeri ini dia boleh selesaikan keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi oleh penduduk-penduduk dan rakyat di negeri Pulau Pinang ini. Dia persoalkan tentang soal pendapatan seisi rumah, apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk membantu orang Melayu untuk menambahkan pendapatan seisi rumah seolah-olah ini semua adalah peranan kerajaan negeri dan di sinilah yang kita rasa bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini dia tidak mampu hendak bezakan peranan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat...

[Tepuk] . Inilah isi kandungan yang utama yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa dalam bajet yang dikemukakan oleh Dato‘ Sri Presiden selaku Menteri Kewangan dan juga merangkap Menteri Wanita mungkin kadangkala bercakap sebagai Menteri Wanita. Bajet tidak mampu menangani masalah-masalah struktural yang ada di dalam ekonomi negara, masalah-masalah asas, masalah-masalah tentang persoalan kronisme, tentang masalah ketirisan, masalah rasuah, masalah penyelewengan yang mana sekiranya semua ini dapat ditangani dan kerajaan pusat diserahkan kepada Pakatan Rakyat ini insya-Allah maka masalah-masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tentang hendak tambahkan pendapatan seisi rumah dan sebagainya akan ditangani oleh kerajaan pusat.

Tidak boleh kita letakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya menampung kekurangan yang terpaksa dihadapi hasil daripada dasar-dasar diskriminasi yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat apabila Pulau Pinang jatuh kepada Pakatan Rakyat termasuklah soal membina rumah-rumah mampu milik yang seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Bagaimana Yang Berhormat Permatang Pauh, peranan yang dimainkan oleh kerajaan pusat dalam mengatasi masalah dan bezanya dengan peranan kerajaan negeri? Saya harap...

final • 12:20 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Ketua Pembangkang, mencelah sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Permatang Pauh apa yang cuba digambarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak ialah dan rakan-rakan seperjuangannya seolah-olah Pakatan Rakyat ini khususnya di Pulau Pinang meminggirkan dan mengorbankan orang Melayu. Ini memang skrip yang dimainkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, Utusan Malaysia dan TV3. Akan tetapi apakah Yang Berhormat Permatang Pauh setuju dengan dasar dan pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat termasuk di Pulau Pinang dalam konteks perolehan, proses tender terbuka sebenarnya memberi peluang kepada ramai syarikat-syarikat bumiputera, Melayu untuk mendapat kontrak ini.

Daripada rekod yang kita dapati lebih 7% daripada proses tender terbuka akhirnya sampai ke tangan kontraktor bumiputera yang sebelum ini mereka memang tidak dapat sebab mereka tidak ada kabel politik. Dia bukan Ketua UMNO Bahagian, dia bukan Ahli Parlimen UMNO tetapi sekarang mereka bersaing dengan kemampuannya, akhirnya 70% daripada syarikat Bumiputera dianugerahkan kerja-kerja perolehan dan kontrak. Yang terbaru Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Takaful, Bank Islam daripada pusat masuk tender terbuka untuk projek Insurans di Pulau Pinang, akhirnya syarikat Takaful Malaysia dianugerahkan kontrak itu kerana ada kemampuan dan persaingan yang baik...

[Tepuk] Ini sekali lagi menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri daripada Parti DAP, dia jaga kepentingan semua rakyat Malaysia dan bukan politik perkauman yang dibawa oleh Barisan Nasional...

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

Ketua Pembangkang, celah sedikit...

[Ketawa] Saya hendak tanya Ketua Pembangkang, adakah Ketua Pembangkang sedar bahawa jumlah bajet atau jumlah Belanjawan Kerajaan Pulau Pinang hanya RM900 juta sahaja. Belanjawan Persekutuan sejumlahnya RM252 bilion iaitu bahawa Belanjawan Kerajaan Pulau Pinang tidak sampai setengah peratus jumlah Kerajaan Pusat. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya serah dengan Ketua Pembangkanglah mengagih-agihkan masa itu.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, ya, ya...

[Ketawa] Ini cuma memberi penjelasan yang sebenarnya yang dipentingkan Yang Berhormat Pasir Salak sahabat saya dia minta penjelasan. Jadi kita tolong bagi penjelasan. Tadi dia tidak terang.

Jadi penjelasan itu harap mudah-mudahan dapat merubah pemikiran dia...

[Ketawa] Dan kerana dia saya kenal memang orang yang kritikal tetapi dia memang menghormati fakta...

[Ketawa] [Tepuk] Pasal dia kawan saya sebenarnya.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara menyebut tentang kontrak dijelaskan oleh Yang Berhormat Gombak yang jelas tadi. Jadi iaitu tender terbuka pada anggapan awal itu akan memudaratkan Melayu, itu umumnya. Akan tetapi kita buktikan di Pulau Pinang dan di Selangor, sekarang di Kedah, Kelantan bahawa tender terbuka itu tidak menjejaskan.

Malah, PDC, PBE itu syarikat milik kerajaan negeri juga memutuskan melalui tender terbuka dan banyak daripada syarikat bumiputera yang layak yang dapat. Ini angka yang kita perolehi. Memang betul ada bumiputera yang tidak dapat. Ada yang biasa, yang lama, yang ada kaitan dengan Ketua Bahagian UMNO, ada sebahagian kawan-kawan saya yang lama juga tetapi tidak dapat sebab keputusan itu lebih telus.

Oleh yang demikian ia boleh menolak sanggahan kawan-kawan. Akan tetapi untuk mengatakan orang-orang yang mendabik dada kononnya pejuang-pejuang Melayu, ini yang disentuh oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi dan sebelumnya oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Orang yang diamanahkan yang kononnya diiktiraf hebat oleh Utusan Malaysia, TV3 sebagai pejuang-pejuang Melayu tulen rupa-rupanya pergi menjelajah ke kampung-kampung Melayu, menyerang tokong-tokong Cina. Kemudiannya beli tanah- tanah Melayu. Kemudian, selepas lima bulan jual kepada syarikat Cina dengan untung jutaan ringgit*...

[Tepuk]* Jadi, sebab itulah saya ingat apa yang dijelaskan tadi juga oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Shah Alam dan akhirnya Yang Berhormat Bukit Bendera point Yang Berhormat Bukit Bendera itu Tuan Yang di- Pertua, penting. Sebab yang kita sebut tadi ini, di Selangor, di Kedah. Di Kedah saya belum lagi sentuh dengan Kelantan. Ini dengan kerajaan negeri, dengan peruntukan yang cukup terbatas. Berapa jumlah perbelanjaan Belanjawan Selangor, RM1.6 bilion, Pulau Pinang RM900 juta. Akan tetapi yang dilakukan, Belanjawan RM900 juta dengan RM1.6 bilion boleh sediakan rumah kos rendah iaitu affordable housing setengah bilion ringgit. Kita boleh lihat kepincangan yang berlaku dari satu negara dengan RM252 bilion, entah tiris ke mana.

Saya ingin menambah Tuan Yang di-Pertua, hujah tadi iaitu dengan menyebut tentang apa yang berlaku di negeri-negeri Kedah dan Kelantan. Akan tetapi sebelum itu iaitu umpamanya Kedah. Kedah ini hasil tidak banyak Tuan Yang di-Pertua. Semua tertumpu kepada balak. Akan tetapi ini patut diteliti betul-betul kerana ada relevannya di Pahang, relevannya di Perak, relevannya lebih-lebih besar di Sabah dan Sarawak.

Bahawa perubahan kerajaan itu akan memberikan satu impak dampak yang besar dari pendapatan negara asalkan pengurusannya itu telus dan tidak korup. Saya bagi bukti di negeri Kedah, hasil purata balak pada zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional, ya Yang Berhormat Kalabakan. Kerana ini sangat berkaitan dengan Sabah.

Jadi, saya minta tolong Yang Berhormat Kalabakan untuk bawa kes ini ke Sabah.

Iaitu semasa pemerintahan UMNO Barisan Nasional, pendapatan purata setahun RM9 juta, hasil balak. Kawasan yang lebih kurang sama, saiz yang sama sekarang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, bawah pimpinan Ustaz Azizan di Kedah, RM9 juta tahun 2008 kepada RM80 juta pada tahun 2011...

[Tepuk] Sebabnya? Mana hilangnya tadi yang puluhan juta ini mana hilang? Hilangnya kerana diagihkan kepada kawan-kawan dan dengan pakatan tertentu dan ini yang menyebabkan kerugian yang paling besar.

Saya sentuh juga tentang Kedah sedikit. Kedah dengan keupayaan negeri yang kecil boleh membina Universiti Insaniah dengan kompleks yang cukup mahal walaupun kos dia ikut anggaran dan diterima oleh Kementerian Kewangan. Kos itu lebih setengah sahaja daripada kos kalau dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Setengah daripada harga kos

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

kendali dan kemudahan yang cukup baik dengan keupayaan negeri yang cukup terbatas melihat kepada pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan sebelumnya.

Saya hendak sentuh juga sedikit tentang Kedah, Kelantan. Mana kertas Kelantan?

Hilang pula dah...

[Sambil mencari-cari kertas berkaitan] [Disampuk] Ya, royalti penting.

Royalti memang kita sebut kemudian. Di Kelantan, semua bicara tentang bahawa Kelantan tidak boleh diurus dengan baik, negeri yang paling miskin di negara ini. Itu persepsi yang dibawa oleh media UMNO BN. Bagus, Ketua Menteri tidak ada tadi pun kita pertahan habis-habisan...

[Ketawa] Purata pertumbuhan KDNK negeri Kelantan bagi tahun 2008/2010 adalah ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor. Kelantan mencatat pertumbuhan KDNK purata bagi ketiga-tiga tahun tersebut sebanyak 4.87% manakala Kuala Lumpur menduduki tempat pertama purata 6.7% diikuti oleh Selangor 6.07%.

Kelantan juga negeri yang pertama di negara yang memberikan geran tanah kepada Orang Asli...

[Tepuk] Jadi ini ada kaitan untuk rakan-rakan kita di Sabah, Sarawak dan Pahang untuk belajar daripada pengalaman Kelantan. Ada orang yang bangkitkan soal menakutkan orang bukan Islam tetapi juga kita harus tahu bahawa Kelantan dari awal telah meluluskan tapak pembinaan kuil Hindu di Jalan Hamzah, Kota Bharu.

Kerajaan Negeri Kelantan juga, ini penting kerana soal Melayu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak jaga orang Melayu. FELCRA, FELDA ini Melayu dan Pengerusi FELCRA pun ada. Dengar baik-baik kerana geran tanah peneroka itu diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, arahan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kalau tanah itu tanah peneroka FELDA atau FELCRA, kerajaan negeri menetapkan peneroka mesti diberikan geran tanah kepada mereka dalam tempoh tiga bulan pertama.

Jadi, saya ingat susahlah kalau hendak dipertikai hujah yang berdasarkan angka lain daripada menimbulkan persepsi seperti mana yang lebih parah, paling parah dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam soal anti Melayu, anti-Islam yang diuar-uarkan.

Akan tetapi kenyataan itu adalah di sebaliknya...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Yang Berhormat Permatang Pauh, mencelah sedikit, Sabah...

[Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Beberapa hujah tadi telah diutarakan oleh Yang Berhormat mengenai dengan masalah tanah, masalah rumah, masalah air.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort

Saya ingin minta kepastian pada Yang Berhormat satu ketika dahulu masa Yang Berhormat dalam kerajaan dan selaku Timbalan Perdana Menteri, keluarga Yang Berhormat telah dianugerahkan beberapa ekar tanah di Sabah tetapi ditolak secara ikhlas oleh Yang Berhormat. Ini adalah satu ketelusan sebenarnya pemimpin seperti Yang Berhormat.

Kedua saya ingin minta sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak sedar tadi Yang Berhormat Pasir Salak telah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan rumah murah untuk orang Melayu di Pulau Pinang. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh tahu bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak ada peruntukan untuk membina PPR atau rumah kos rendah di Pulau Pinang sedangkan kerajaan negeri telah pun menyediakan tapak untuk membina rumah tersebut.

Ketiga persoalan saya Yang Berhormat ialah tentang masalah air di Selangor.

Dalam minggu-minggu yang ke belakang dan termasuklah dua hari yang lepas bahawa ada satu klip atau pun satu video ataupun satu tayangan mengatakan bahawa Selangor ini tidak ada air. Sedangkan pada hari Sabtu yang lepas kita mengadakan convention di Selangor saya pergi ke tandas airnya sebegitu kuat.

[Ketawa] Jadi adakah betul ini tiada air ataupun sebagai gimik politik Barisan Nasional? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort kerana mendapat pencerahan setelah meninggalkan, terima kasih. Beliau membangkitkan soal – ya, memang benar semasa saya Timbalan Menteri Kewangan memang telah dianugerahkan tanah balak yang agak lumayan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Saya akui tetapi saya menelefon segera kepada Tan Sri Sakaran Dandai menolak

final • 12:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

pelawaan tanah itu.

[Tepuk] Tan Sri Sakaran Dandai sebagai seorang yang agak lemah lembut dan baik dia agak sukar untuk menerima arahan saya cara telefon maka saya panggil masa itu Saudara Azmin, Yang Berhormat Gombak, saya minta maaf.

Untuk menulis secara peribadi, “Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, Yang Amat Berhormat Tan Sri Sakaran Dandai Ketua Menteri Sabah Kota Kinabalu. Saya dengan ini mengarahkan Tan Sri untuk membatalkan segera.” [Tepuk] Ini beza. Saya hendak tanya kalau boleh Menteri-Menteri UMNO dan Yang Berhormat Kota Belud dan lain-lain.

[Ketawa] Tidak, kita tanya. Saya bukan buat tuduhan.

final • 12:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tidak buat tuduhan dengar dahulu. Saya hendak tanya apakah amalan ini amalan dilaksanakan oleh semua pimpinan dan Menteri-Menteri UMNO peringkat pusat dan negeri tidak ambil saham, tidak ambil kontrak, tidak ambil lembu. Itu sekadar penjelasan.

Keduanya ditanyakan tentang rumah kos rendah Pulau Pinang. Saya jelaskan tadi sebelum Yang Berhormat Bagan sampai bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan. Ini bukan perkara kecil kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan negeri memperuntukkan jumlah yang besar untuk pembangunan rumah. Akan tetapi ini dilakukan oleh Pulau Pinang dan negeri Selangor secara besar.

Soal air di Selangor sebenarnya saya diberitahu memberi manfaat kepada lebih satu juta orang, ada beberapa masalah paip yang masih dikendalikan oleh Syabas ada masalah. Bukan sahaja di Pulau Pinang bukan sahaja di Selangor, juga di Pahang, di Negeri Sembilan, di Johor kita tahu tetapi tidak mendapat liputan. Sabah lagi parah masalah air ini, air dan elektrik tetapi tidak mendapat liputan kerana media ini media yang cukup tidak bebas, media ala Mubarak di Mesir.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa perkara yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkanglah. Saya mendengar dengan tekun juga ucapan yang diberikan walaupun kadang-kadang menggeleng kepala.

Saya ada beberapa statistik Yang Berhormat Permatang Pauh yang mungkin memerlukan penjelasan daripada Yang Berhormat. Ini kerana statistik yang saya ada ini amat berbeza dengan apa yang dicetuskan oleh Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya tentang soal negeri-negeri Pakatan Rakyat dianiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Kelantan Yang Berhormat, Kelantan yang dipuji oleh Yang Berhormat tadi Kelantan untuk pengetahuan Yang Berhormat Kerajaan Persekutuan hanya mengutip RM1.2 bilion cukai di Kelantan. Akan tetapi memberikan kepada Kelantan RM20 bilion untuk tahun daripada tahun 2008 hingga 2011.

Berapa kali banyak itu? Saya sudah kira ini tadi 15 kali lebih banyak daripada apa yang dikutip di Kelantan. Di Pulau Pinang sama juga Yang Berhormat collection by the federal government di Pulau Pinang hanya RM16 bilion kita bagi RM20 bilion. Di Kedah RM5.4 bilion tadi dikatakan Menteri Besar Kedah begitu pandai menjaga kerajaan, tidak apalah. We collected di negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan hanya mengambil mengutip RM5 bilion tetapi memberikan semula RM25.5 bilion dalam tarikh tempoh yang sama. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional menganaktirikan negeri-negeri berikut kerana hanya mengundi Pakatan Rakyat itu adalah satu pembohongan yang besar. Itu satu. Kedua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya hendak minta sedikit kalau boleh...

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Nantilah nanti Yang Berhormat Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

...YB Kota Belud gunakan perangkaan negeri Selangor pula. Jadi...

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak bagi tahu kepada Selangor.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Adakah perangkaan bagi negeri Selangor ada di tangan Yang Berormat Kota Belud?

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat tidak apa tidak apa Yang Berhormat. Saya dapat ini daripada...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat statistik ini daripada statistik department boleh you can search. No problem Yang Berhormat tidak ada masalah. Untuk pengetahuan...

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya tidak mempersoalkan tetapi...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat mohon mencelah itu patutnya dinyatakan...

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Atas keadilan...

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Steady, steady.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

You sebutlah perangkaan Selangor, berapa Selangor dapat cukai.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bagi okey saya bagi. Selangor revenue to Federal Government collected about RM56.3 billion and then federal allocation untuk negeri Selangor RM62.7 bilion. You can challenge the figure but this is the figure yang kita dapat. Bermakna RM62.7 bilion jauh lebih besar.

Okey yang keduanya tadi Yang Berhormat ada mengatakan tentang penghapusan hutang negeri Pulau Pinang. Penghapusan hutang Pulau Pinang ini Tuan Yang di-Pertua, jangan katalah ini adalah satu perkara yang dibuat, yang saya boleh katakan adalah kepintaran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Semua orang tahu bahawa sebelum Pakatan mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang hutang Pulau Pinang RM600 juta lebih. Dalam masa dua tahun turun RM30 juta. Saya setuju dari segi angka kita tabiklah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri.

Akan tetapi satu perkara yang dia tidak mahu bagi tahu kepada rakyat ialah penghapusan hutang itu adalah kerana water rational assertion di Pulau Pinang. Kalau tidak kerana Kerajaan Barisan Nasional di peringkat federal, RM600 million itu tidak akan dapat dikeluarkan daripada buku, daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini kerana RM600 million itulah telah ditukar kepada geran yang dibuat oleh, yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

[Tepuk] You should be thankful to the Prime Minister not to the Ketua Menteri. Okey last point Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Yang Berhormat Kota Belud bagi peluang sedikit.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no ini bukan floor you, no, no saya tidak ada ruang untuk memberi.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tidak, tidak saya hendak minta ruang.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak ada ruang untuk memberi.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya celah sedikit Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Kalau betul you ada fakta saya hendak berhujah dengan fakta. Saya hendak betulkan dengan fakta.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya mencelah ini Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya, saya hendak celah atas mencelah.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidakkan saya hendak bagi sekejap dahulu. Bawa bertenang, bawa bertenang, bawa bertenang.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tidak saya hendak betulkan fakta.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Nanti kalau Yang Berhormat Permatang Pauh berdiri Yang Berhormat mencelahlah.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya hendak betulkan fakta.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak saya tidak boleh bagi ruang.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau Yang Berhormat Kota Belud hendak gunakan prinsip yang sama ..

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Mengapa tidak gunakan formula dan prinsip yang sama di negeri Selangor.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua saya tidak ada kuasa memberi Yang Berhormat Gombak...

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Selangor contributed 23% kepada KDNK.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat bawa bertenang, bawa bertenang dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Akan tetapi yang kita dapat balik less than 2% ini faktanya. Kita beri 23% kepada sumbangan KDNK. Jangan ikut arahan Yang Berhormat Rembau.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tax revenue and the other federal expenditure and grant to Selangor, saya ulang lagi untuk pengetahuan Yang Berhormat Gombak kerana – itu sebab dia tak masuk dalam Exco, perlu Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi penasihat ekonomi, tetapi tidak mengapa. Selangor Yang Berhormat, mendapat collection daripada revenue, revenue collection to the Federal Government RM56.3 bilion daripada tahun 2008 hingga 2011. Total federal allocation di Selangor RM62.7 bilion. You can scrutinize this figure anywhere you like, no problem, saya boleh bagi statistik.

Poin yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, yang last, supaya boleh diminta oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini soal tentang yang mengatakan tadi ada kawan-kawan dari Pulau Pinang, sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang mengatakan bahawa peniaga atau pun kontraktor Melayu di Pulau Pinang itu tidak terpinggir. Majoriti projek-projek di Pulau Pinang itu adalah dimiliki atau dapat kepada kontraktor bumiputera.

Saya setuju, tetapi the other site of story, cerita yang sebaliknya itu tidak diberitahu. Majoriti projek-projek daripada JPA, daripada Penang Development Corporation, Jabatan Bekalan Air dan sebagainya itu adalah projek-projek yang di bawah RM200,000, kelas kontraktor, Kelas F. Kontraktor Kelas F memang dari segi undang-undang dan peraturan mesti diberi kepada bumiputera. So, you do not take that as a – yang mengatakan bahawa Pulau Pinang berjaya membela kontraktor bumiputera. You are bound by law. Under RM200,000, Kelas F...

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Then why do you say Malay is neglected? Kenapa kata Melayu dipinggirkan? Melayu tidak dipinggirkan.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak mengapa, it’s okay.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

RM200,000 ke bawah memang tidak boleh pergi kepada kontraktor bukan bumiputera.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Its a shame that you claimed credit for that.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kontraktor bumiputera dianggap macam paria sahaja, itu yang bagi RM200,000.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud tidak sebut ialah this are owner operator, bukan ‘ali baba’ seperti kontraktor UMNO...

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Permatang Pauh ada 15 minit macam itu lagi Yang Berhormat.

Jadi itulah saya sebut awal-awal lagi Yang Berhormat, intervention banyak ini...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya sambung, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bagilah Yang Berhormat Permatang Pauh ceritakan apa benda yang dia hendak ucapkan itu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, saya cuma benarkan Yang Berhormat Bagan untuk jelaskan soal Pulau Pinang dan selepas itu saya sambung.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya rasa itu tadi Yang Berhormat Kota Belud memang pandai belit-belit...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Sokong.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Seperti yang saya sebut tadi bahawa tentang kontraktor-kontraktor, kita tidak kira sama ada Kelas A, B, C, D, E, F seperti projek jalan yang paling besar yang dijalankan oleh kerajaan negeri iaitu memperluaskan Jalan Song Ban Kheng di Bukit Mertajam ini diberikan secara tender terbuka kepada seorang kontraktor Melayu. So di sini janganlah cuba mengapi-apikan sentimen perkauman. Ini memang permainan rasis UMNO, UMNO tetap rasis.

Kedua ialah tentang angka-angka sumbangan seperti yang dikongsi bersama oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, ini satu penipuan besar. Saya meminta Yang Berhormat Ketua Pembangkang kalau boleh, kita setuju kita adakan satu musyawarah dengan pihak Menteri Kewangan, kita bincang berapa banyak yang kita bayar, berapa banyak yang kita terima. Sekian terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, statistik itu betul tetapi statistic can manipulate to lie umpamanya, saya tahu.

final • 12:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya jadi Menteri Kewangan selama lapan tahun. Tidak benar kalau kita katakan jumlah pendapatan daripada Selangor itu lebih kecil daripada perbelanjaan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan. It does not make economic sense how, where are you going to spend the money, where do you get the money, minta maaf. Jadi sebenarnya saya minta dia ikut kursus kewangan sedikit lagi.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Baik. Oleh sebab itu dalam belanjawan, tradisinya apabila kita hujah, Menteri Kewangan mesti kena ada.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Tak ada telur.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ini kita ajak debat tidak berani, hendak bahas di Parlimen pun tidak sanggup.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Timbalan Menteri pun tidak ada.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, kemudian ada suruh backbencher pertahan. Dia tidak pernah duduk dalam Kabinet, dia tidak tahu apa dasar, dia baca angka ikut daripada Jabatan Statistik. Tanyalah Pegawai Kementerian Kewangan.

Minta Kementerian Kewangan hantarlah nota bagi tolong dia sedikit. Baik.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Akan tetapi saya rumuskan tadi Tuan Yang di-Pertua tentang bahawa keupayaan Kelantan dengan keupayaan pendapatan yang terbatas itu masih mampu. Kalau hendak katakan soal sumbangan Kerajaan Persekutuan, paling besar isu untuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, royalti. Royalti tidak diberikan dan di Kelantan itu dinafikan.

Terengganu apabila Yang Berhormat Marang menjadi Menteri Besar sebaik sahaja langkah pertama apa? Batalkan tol di Kuala Terengganu dilaksanakan, berikan tittle grant kepada penduduk-penduduk ratus ribu orang, cukai pintu diturunkan dan akhirnya apa yang berlaku? Dibatalkan royalti untuk negeri Terengganu. Dihukum kerana membantu rakyat tetapi kalau kontrak itu beri kepada anak pinak, diangkat dan diberi anugerah tambahan.

Jadi sebab itu saya kaitkan tadi Laporan Ketua Audit Negara dan Transparency International kerana penjimatan ini penting. Kita kata kita naikkan harga gula. Sekarang ini, hari ini ERL naik lagi 16%. Belanjawan bagi RM500 BR1M, bagi sedikit elaun tambahan, kemudian senyap-senyap naik harga barang, senyap-senyap naik harga gula dan naik harga tambang ERL umpamanya, membebankan rakyat. Oleh sebab itu pengurusan, good governance itu central dalam program. Selagi kita tidak boleh kurangkan pemborosan, tidak boleh hentikan rasuah, maka tidak boleh kita jimatkan belanja dan membantu rakyat.

Oleh sebab itu pendapatan isi rumah rakyat kekal rendah dan analisa strata pendapatan isi rumah rakyat menunjukkan golongan kaya semakin kaya dan miskin tidak meningkat pendapatan mereka. Berdasarkan Kajiselidik Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2009 (HISBAS 2009), 44.2% dari isi rumah Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM2,500. Kaji selidik yang sama menunjukkan 20% yang terkaya – dan kita tahu yang terkaya belah sana semua dan keluarga mereka dan kroni mereka yang mereka pertahankan mati-matian. Kontrak besar, IPP, monopoli gula tidak pernah disentuh sepatah pun dalam ucapan bajet Perdana Menteri. Berani hanya dengan rakyat, tidak langsung berani berdepan dengan syarikat-syarikat besar.

Jadi 20% terkaya di Malaysia yang rata-rata penyokong sebelah sana membawa pulang 50% pendapatan dan nilai ekonomi yang dijana, sedangkan golongan 40% termiskin hanya berkongsi 14% dari kek ekonomi negara. Inilah ghairah mengejar angka pertumbuhan ekonomi dan memukau rakyat dengan istilah-istilah dan program-program raksasa seperti ETP dan lain-lain.

Analisa dan perbandingan nilai ekonomi yang dijana oleh projek ETP berbanding dengan bayaran gaji kepada pekerja menunjukkan bahawa menjelang tahun 2020, pekerja akan dibayar gaji lebih rendah secara relatif kepada keuntungan syarikat. Jika sekarang nisbah gaji kepada keuntungan syarikat ialah 28%, di bawah ETP, angka ini jatuh kepada paras 21%. Ini yang sebabnya maka kita yakin dengan penerusan dasar ekonomi Barisan Nasional, kesenjangan akan terus melebar.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara dikawal, dimonopoli oleh syarikat besar yang sama ada dimiliki negara atau yang rapat dengan pimpinan atau kroni, maha kaya berkepentingan. Tumpuan kerajaan melalui insentif dan dasar banyak diberikan kepada golongan ini. Jadi daya saing sebenar ekonomi yang patut dibina dan dipupuk di kalangan perusahaan kecil dan sederhana terjejas.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi binTuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat belum habis lagi, pencelahan itu banyak. Saya boleh bagi Yang Berhormat 10 minit selepas pukul 2.30 nanti.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya akan habiskan tetapi saya tidak akan izinkan pencelahan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Pukul 1 ini saya tidak boleh tambah Yang Berhormat. Saya tidak ada kuasa di bawah peraturan itu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Maknanya saya akan habiskan tetapi saya tidak akan membenarkan pencelahan. Jadi saya pohon Tuan Yang di-Pertua benarkan saya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Pukul 2.30 petang nanti Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, maknanya di sekitar 20 minit lagi ya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sebelum kita menangguhkan Dewan Yang Berhormat, saya hendak beri penjelasan soalan peraturan sedikitlah. Pertamanya, apabila siapa yang berucap, floor dia punya Yang Berhormat. Walaupun yang mencelah itu dapat kebenaran, the floor doesn’t shift. Floor masih dekat orang yang berucap. Itulah dasarnya kenapa yang mencelah tidak boleh dicelah lagi sebab he got nothing to give to you, you got no floor to give. Jadi ini asasnya Yang Berhormat ya.

Jadi saya bagi keputusan tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ada 10 minit lagi selepas pukul 2.30 nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan kita sesi pagi ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Permatang Pauh teruskan. Saya difahamkan ada 10 minit lagi.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tadi tambah supaya saya selesaikan tanpa gangguan. Terima kasih. Saya sentuh Tuan Yang di-Pertua, dalam apa yang kita anggap ketempangan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah kerana tidak menjurus kepada membetulkan kelemahan-kelemahan struktur. Umpamanya, sejak bertahun kebelakangan ini kita bangkitkan satu masalah besar dalam ekonomi negara yang menunjukkan kekayaan negara dibolot malah dirompak dan dipindahkan. Ya, saya guna istilah rompak kerana kes yang sama Yang Berhormat Sri Gading berbangkit di India dan di India disebut The Great Indian Robbery. Kes sama iaitu berdasarkan laporan ‘Illicit Financial Flows from India’. Di sini ialah Global Financial Integrity Report yang sama tentang Illicit Financial Flows from Malaysia dan jumlahnya dari Malaysia ialah RM927 bilion dari tahun 2000 sehingga 2008. Laporan terakhir 2009 menunjukkan pengaliran dana keluar dari Malaysia tanpa rekod dan illicit funds ini ditafsirkan sama ada wang rasuah, wang penipuan, wang lari cukai yang dianggarkan RM150 bilion pada 2009.

Menteri Kewangan menjawab bahawa Bank Negara sedang kaji. Kita tanya, mana laporannya. Jawapan Timbalan Menteri selepas itu mengatakan ada jawatankuasa yang mengawal mengikut Money Services Business Act 2011 dan Anti-Money Laundering Act 2001. Soalnya penguatkuasaan. Malaysia menandatangani UN Convention Against Corruption dan dalam Artikel 14 menuntut kita memberikan penjelasan dan bertindak. Di India ada tindakan yang lebih keras dan saya tertarik menyatakan apa yang disebut oleh Supreme Court, Mahkamah Tertinggi India dalam kes ini bila dia lihat laporan penipuan ini, GFI. Di Malaysia, media tutup sama sekali. Itu sebabnya maka media bebas itu amat perlu.

RM900 bilion keluar dari negara itu tidak dianggap besar dan di India bila sampai ke mahkamah tertinggi (Supreme Court) dengan izin, it is a pure and simple theft of the national money. We are talking about mind boggling crime. We are not on the niceties of various thriftiest. Media menegur keras pihak pendakwa kerana cuba melindungi beberapa fakta.

Tuan Yang di-Pertua, apa kaitan dengan bajet yang dibentangkan ialah jumlah wang dan dana yang besar yang dipindahkan tentunya bukan guru, bukan polis biasa dan bukan rakyat biasa yang boleh pindah, bukan peneroka yang boleh pindahkan berbilion keluar. Mesti golongan atasan yang rapat dengan penguasa dan inilah sebabnya mengapa tidak ada kajian sampai sekarang. Selagi ini tidak dibetulkan, ketempangan sistem ekonomi masih berlaku, hutang membengkak dan harga barang akan meningkat.

Ketirisan berlaku menyebabkan bantuan atau insentif yang sepatutnya sampai kepada golongan atau kumpulan sasaran dicuri di tengah jalan. Jika RM5,000 diperuntukkan sebagai bantuan permulaan perniagaan, RM2,000 atau RM3,000 sampai.

Apa buktinya? Ini disuarakan oleh Malaysia Economic Report April 2012 yang dilaporkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Muka surat 29

final • 2:32 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

mengatakan berdasarkan maklumat dari kaji selidik isi rumah 2009, angka ini mengejutkan.

Betapa buruknya pelaksanaan dana yang diperuntukkan kepada rakyat miskin, tetapi bocor dicuri oleh orang tengah.

Mengikut laporan ini, Malaysia Economic Monitor, Unit Perancang Ekonomi, hanya 27% dari golongan 10% termiskin di negara ini yang mendapat bantuan walaupun kononnya kerajaan telah mengadakan pelbagai program kebajikan untuk membantu mereka. Sebanyak 27% dari 10% yang paling miskin di negara ini. Kalau ini ditemui oleh Unit Perancang Ekonomi, ia menunjukkan bahawa pengumuman yang lunak itu tidak sampai ke peringkat akar umbi kalangan yang disasarkan. Ini di antara lain kita sebut di peringkat tertinggi hubungan kroni dan golongan maha kaya dan berkepentingan menyebabkan beberapa langkah khusus untuk diambil tidak diambil. Di antara lain bukti yang saya hendak sertakan bagaimana subsidi yang tidak sepatutnya diberikan kepada golongan kaya diteruskan.

Umpamanya, baru-baru ini diumumkan 1MDB yang dibentuk oleh Kerajaan Barisan Nasional telah membeli aset IPP, jana kuasa elektrik bebas kepunyaan Ananda Krishnan dalam Tanjung seperti Pahlawan, Panglima dan Powertech dengan keseluruhan harga RM8.5 bilion. Ini nilaian yang umumnya pemerhati menyatakan terlalu tinggi.

Perjanjian pembelian tenaga PPA Pahlawan, Panglima dan Powertech tamat pada 2016, empat tahun dari sekarang nilainya sepatutnya lebih rendah. Dianggarkan oleh kebanyakan pemerhati di antara RM4 bilion sehingga RM5 bilion, tetapi kita bayar RM8.5 bilion kepada Ananda Krishnan.

Kedua, mengenai IPP. PPA generasi pertama harganya RM13.5 sen sehingga RM15.5 sen kilowatt per hour. Generasi kedua RM12.5 sen, generasi ketiga RM11.5 sen.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ini harga yang tinggi tambahan pula dengan anggaran subsidi gas RM20 bilion setahun melalui Petronas. Maknanya subsidi kepada syarikat kaya, bukan langsung dibawa. Tan Sri Khalid di Selangor, air percuma langsung kepada pengguna tidak kepada syarikat. Itu beza dia. Di Bangladesh, contoh Bangladesh penting. Harga PPA untuk bekalan pukal tenaga elektrik 10 sen per kilowatt per hour tanpa subsidi dan ini dibangunkan oleh Tenaga Nasional. Tenaga Nasional mampu bangunkan IPP di Bangladseh dengan harga 10 sen per kilowatt. Akan tetapi di sini kita dikenakan bayaran walaupun ada subsidi gas 15 sen, 13 sen, selamat. Kerajaan sedang membuka bidaan untuk 4,500 megawatt pembekalan tenaga termasuk IPP generasi pertama walaupun kos pelan telah fully amortized dengan izin.

Bekas pengerusi TNB Tan Sri Ani Arope bekas Pengerusi TNB pernah menyebut kos TNB untuk menghasilkan 8 sen sahaja. Akan tetapi keputusan EPU kerajaan pada masa itu terus kepada Genting Sanyen, TN Powertech dan YTL. Pengambilan dua tenaga penjana tenaga bebas IPP Genting Sanyen milik Genting Bhd dan Tanjong Energy Holding milik Tanjong, dua syarikat judi yang mempunyai IPP diberikan harga yang paling lumayan oleh kerajaan melalui 1MDB.

Ini satu hal yang patut diteliti mengapa diberikan exit strategy kepada Ananda dan Genting dengan begitu lumayan sehingga membebankan negara padahal ada keupayaan untuk membina IPP baru oleh TNB dengan kos yang jauh lebih murah dan oleh yang demikian kos elektrik bagi pengguna akan sendirinya jatuh. Kenapa kerajaan membenarkan pengambilalihan ini yang memberi laluan kepada jutawan kroni dengan satu keuntungan yang cukup besar dan apakah jaminan rakyat tidak akan terbeban dengan siri kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang?

Jadi kerajaan mengumumkan angka yang sekali gus sekilas pandang nampak besar tetapi sebenarnya lebih besar keuntungannya kepada syarikat-syarikat seperti mana yang saya sebutkan tadi. Pengumuman pelaburan dari segi unjuran angka. Sehingga akhir Jun 2012, kerajaan mengumumkan pelaburan sebanyak RM112 bilion di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Jumlah sebenar yang masuk dan diterjemahkan hanya RM12 bilion, lari RM100 bilion.

Saya juga sebut tentang Sabah dan Sarawak yang masih terus dipinggirkan.

Dalam pengisytiharan Kuching baru-baru ini, kita lihat bagaimana semangat kebangkitan rakyat Sarawak dan Sabah minta supaya kita hormat semangat perjanjian penubuhan dan pembentukan Malaysia. Akan tetapi sampai sekarang jurang perbezaan tahap

final • 2:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

pembangunan Sabah Sarawak dan Semenanjung masih tinggi sebab itu dalam belanjawan 2013 Pakatan Rakyat kita telah mengumumkan royalti, minyak syarikat minyak yang dibangunkan oleh negeri dan juga Pan Borneo Highway dalam kadar segera*.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, kerajaan masih bergantung kepada sektor tradisional yang cenderung kepada rangsangan terus pump priming untuk memacu ekonomi. Yang terbaru ialah pembangunan Tun Razak Exchange, nilai pembangunan mencecah RM26 bilion dan yang menarik kerajaan sanggup melupuskan pendapatan cukai yang boleh mencecah RM1 bilion. Ini satu lagi pelepasan cukai kepada syarikat kaya, tidak ada syarikat pendapatan sederhana yang akan masuk ke Tun Razak Exchange. Apa kewajaran memperuntukkan RM1 bilion untuk satu projek hartanah yang keuntungannya akan direbut oleh sebilangan kecil sahaja. Saya ingin menegur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya lebih berhati-hati memberikan insentif yang hanya menguntungkan kelompok kecil yang kaya raya.

Dorongan rangsangan dalam subsidi pelepasan cukai yang diberikan kepada projek ETP membimbangkan. Umpamanya 68% dari projek peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh projek NTP adalah peluang pekerjaan kemahiran rendah yang mengguna pakai tenaga tidak berijazah. Daripada jumlah tersebut 22% tenaga kerja tidak berkemahiran yang berkemungkinan besar diisi oleh pekerja asing. Maka tidak hairanlah apabila unjuran ETP sendiri menunjukkan bahawa 53.6% dari peluang pekerjaan yang diwujudkan di bawah ETP bergaji rendah dan tidak membantu menyelesaikan masalah pengangguran siswazah. Keadaan ini berlaku kerana di sebalik slogan mahu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, Perdana Menteri, Menteri Kewangan mengambil jalan pintas menyalurkan sumber negara ke sektor seperti hartanah demi mencapai angka pertumbuhan tersebut.

Pengumuman Belanjawan 2012 yang memperuntukkan tambahan RM400 juta dalam tempoh dua tahun melalui dana jaminan nasional berhad sekali lagi memberi subsidi kepada syarikat yang mahu menerbitkan bon membuktikan bahawa kerajaan mengutamakan syarikat besar. Bukankah tujuan pasaran bon diwujudkan untuk menemukan pelaburan dan syarikat yang berdaya saing, pemberian jaminan kerajaan yang merendahkan kos penerbitan bon kepada syarikat korporat besar tentu tidak akan memberikan pulangan yang berpatutan kepada negara dan juga kepada rakyat.

Pengumuman insentif yang terlalu murah hati termasuk pelepasan cukai sehingga sepuluh tahun kepada syarikat terlibat dengan industri penapisan minyak. Siapa yang terlibat dengan industri penapisan minyak ini? Anak-anak dan keluarga bekas Perdana Menteri. Kerajaan mengumumkan pengurangan yang pertama. Kita tahu nama-nama syarikat yang telah disebutkan di Parlimen ini. Kemudian pengurangan caj pasport kepada warga emas RM150, pasport keluar lima tahun sekali maknanya RM150 bersamaan dengan RM30 setahun atau 10 sen satu hari.

Pada anak muda kerajaan cuba menarik minat mereka kerana bagi rebat RM200 membeli telefon pintar. Harga telefon ini rata-rata RM1,000 sehingga RM1,500. Saya dimaklumkan oleh syarikat telefon kalau beli langsung dengan kemudahan yang dioffer potongan itu lebih daripada RM200. Jadi saya tidak tahu ejen mana yang memberi nasihat kepada Menteri Kewangan. Akan tetapi syarikat besar pelbagai insentif diberikan cukai.

Jadi untunglah syarikat besar kerana tidak disebut satu persatu termasuk...

final • 2:40 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang bercakap berkenaan dengan rebat RM200 untuk membeli telefon pintar. Sebenarnya anak-anak muda yang mampu beli telefon pintar ini tidak perlukan rebat tersebut. Adakah kemungkinan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa pihak Barisan Nasional cuba mendapatkan data dan membina pengkalan data supaya mereka dapat capaian kepada anak-anak muda ini membantu mereka untuk memberi gula-gula untuk pilihan raya?

final • 2:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, saya ingat mungkin ada udang besar di sebalik batu kecil. Akan tetapi saya tidak lihat dari segi sudut itu, tetapi semata-mata dari sudut faedah dan kebijaksanaan satu insentif yang diberikan yang saya masih fikir tidak akan berikan manfaat langsung selain daripada syarikat-syarikat telco berkenaan.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tentang peruntukan belanjawan, saya sentuh sedikit sahaja kerana masa tidak mengizinkan. Maka, saya akan rumuskan bahagian peruntukan belanjawan itu hanya dari sudut ini. Pertama, teguran kita bahawa tidak ada Jabatan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sampai sekarang yang meletakkan Jabatan Perdana Menteri sehingga RM14.5 bilion. Ini rekod dengan jumlah pegawai dan sebagainya dan tidak boleh tegur kerana Jabatan Perdana Menteri juga, Menterinya sama Menteri Kewangan juga. Jadi, sebab itu dalam Pakatan Rakyat, yang pertama yang dilakukan ialah untuk bahagikan tugas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, berbeza.

Keduanya, untuk membatalkan RM4 bilion serta-merta daripada peruntukan Jabatan Perdana Menteri. Ini ada kaitan kalau Yang Berhormat dengar, ada kaitan sebab peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan dikurangkan. Bayangkan masalah kita pendidikan, masalah kita mutu pendidikan, kita melahirkan anak-anak mudah yang lebih berkelayakan. Akan tetapi dari 2011 – RM6.4 bilion, 2012 – RM4.5 bilion dan peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran untuk 2013 – RM2.1 bilion. Ini dalam keadaan Menteri Pelajaran itu Timbalan Perdana Menteri, nasib.

Akan tetapi ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, fokus pembangunan dan latihan itu berkecamuk. Yang dibesarkan ialah hanya peruntukan-peruntukan yang bersifat sementara termasuk BR1M yang saya tidak akan ulas, saya percaya rakan-rakan akan ulas selepas ini. Kelemahan dalam mana-mana belanjawan ialah manakala peruntukan itu sifatnya sementara. Kalau tujuannya hendak melepaskan, bebaskan daripada kemiskinan, ini tidak berlaku. Strategi pembangunan mesti melepaskan kalangan pertamanya, miskin tegar, kemiskinan daripada belenggu kemiskinan. Akan tetapi sindrom kebergantungan, dependency syndrome ini nampak menjadi suatu dasar yang diteruskan. Jadi, sebab itu kita rasa perlu diberikan perhatian semula supaya ditekankan program pembangunan yang boleh melepaskan rakyat miskin itu daripada belenggu kemiskinan.

Kepada suri rumah, kerana belanjawan ini nampak telah meremehkan peranan wanita, ia tidak sebut sama sekali selain daripada suatu program khas untuk meminta wanita menjadi ahli-ahli lembaga syarikat. Yang ini yang dapat ketua wanita sahaja, bahagian UMNO, takkan pula masyarakat yang lain boleh mudah dapat, tidak dapat. Akan tetapi yang penting, beza dengan Belanjawan Pakatan Rakyat, kita menawarkan caruman wanita Malaysia sebagai skim caruman bermiripkan SOCSO untuk menjamin kebajikan suri rumah terutama mereka yang berpendapatan rendah.

[Tepuk] Jadi, pasangan suami isteri digalakkan menyertai skim ini secara sukarela. Caruman suami yang dibuat mengikut kemampuan akan dibantu oleh caruman kerajaan sebanyak RM600 setahun. Jadi, yang kita tekankan dalam kelemahan besar dalam belanjawan ini ialah menggunakan kaedah lama. Istilah baru seperti mana kesederhanaan, wasatiyyah ataupun dikaitkan dengan fastabikul khairat, berlumba membuat kebajikan.

Ada dalam teks Menteri Kewangan, fastabikul fasad, jangan berlumba membuat kejahatan tetapi dia tidak baca, mungkin dia rasa tidak berani baca, kasar sangat istilah itu.

Akan tetapi fastabikul khairat ini membuat kebajikan, maknanya jangan zalim, jangan curi harta orang, jangan rasuah, jangan aibkan orang, jangan tindas, itu fastabikul khairat membuat kebajikan. Kebetulan mungkin Yang Berhormat Sri Gading marah tetapi saya hendak beri contoh sebab fastabikul khairat ini dalam tiga empat bulan yang lalu saya keliling Malaysia baca ayat ini kerana bila Perdana Menteri... tanya saya bila pilihan raya, saya kata mungkin tahun ini. Dia kata apa hendak buat, saya kata hari pertama selepas kita tawan, satu hari kemudian kita turunkan harga minyak. Kemudian dia kata, saya tidak boleh buat begitu tetapi saya belajar satu daripada saudara Taib, saya kata iaitu kita akan batalkan pinjaman PTPTN, pendidikan percuma.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Gading, apa jawabnya, fastabikul khairat. Dia jawab, maknanya mari kita lumba buat kebajikan, bukan jambatan paling panjang, bangunan paling tinggi atau Tun Razak Exchange. Dia kata, kita buat kebajikan untuk rakyat, rumah rakyat, hospital rakyat, itu bezanya.

[Tepuk] Baik, ini soal perumahan sedikit, akhir Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tengok saya pun lain macam.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi sepuluh minit, bila Yang Berhormat tiada gangguan, sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ambil sepuluh minit lagi.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Itu sebab kenapa saya tengok, mungkin terlupa masa.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, ya, Tuan Yang di-Pertua sebut sepuluh minit, saya setuju. Baik, perumahan ini. Perumahan kita buat institusi baru, letak tokoh korporat besar pula jaga, dia fikir masalah keuntungan. Rumah rakyat Tuan Yang di- Pertua, tanyalah pegawai Kementerian Perumahan, tanya Bank Negara yang terlibat dan tanya Kementerian Kewangan. Kalau motifnya ada aspek keuntungan besar, tidak mungkin perumahan rakyat boleh dijalankan. Ia mesti, pendekatannya harus berbeza. Kalau setakat dua perumahan di Sungai Buloh dan Shah Alam untuk mengatasi keseluruhan masalah di Lembah Klang, tidak cukup. Kalau setakat jumlah sedikit, Pulau Pinang boleh bagi setengah bilion, Selangor boleh bagi setengah bilion dalam peruntukan yang kecil itu.

Dengan dana RM230 bilion, kita hanya sediakan RM3 bilion.

Baik, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, hendak sebut, 1997, saya bentangkan di Dewan ini peruntukan 5% dari keseluruhan belanjawan untuk perumahan rakyat. Lima belas tahun yang lalu, peruntukan perumahan rakyat sudah melepasi angka RM3 bilion dalam keadaan peruntukan yang kecil kerana masa itu dapat laporan dari EPU, Kementerian Kewangan, Kementerian Perumahan dan Bank Negara, keadaan mendesak terutama bandar dan orang Melayu. Akan tetapi peruntukan diumumkan untuk perumahan mampu milik kalau masalah perumahan menjadi masalah utama rakyat, tidak sampai 1% daripada keseluruhan belanjawan tahun ini sedangkan ini tahun 2012 dan masalah perumahan agak mendesak.

Jadi sebab itu, Pakatan umpamanya pendekatan kita berbeda. Kita mahu wujudkan perbadanan perumahan negara yang diberi kuasa, sumber kewangan dan tanggungjawab. Untuk peruntukan pertama sahaja, kita insya-Allah sediakan RM5 bilion yang lebih besar daripada peruntukan kurang dari RM2 bilion yang diumumkan setakat ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas kesediaan Ahli-ahli Yang Berhormat, Menteri Kewangan, Perdana Menteri menyindir dengan menukil kata-kata Plato, “the measure of man is what he does with power”. Plato ini adalah filsuf yang kuat menekankan soal keadilan. Plato menekankan istilah ‘decayosine’, itu istilah Greek kuno, maknanya keadilan. Dalam The Republic Buku I apabila Tresmaschus menyebut, ‘seorang yang zalim itu boleh kelihatan hebat berbanding dengan orang yang adil’, kerana kuasa, kerana kekayaan dia nampak hebat walaupun zalim, ‘sama ada dari sudut keperibadian ataupun kebijaksanaan’. Kata Tresmaschus, bukan Plato, ‘kezaliman adalah sumber kekuatan’, tangkap orang, dera orang, orang hormat, ‘ketidakadilan membawa kebahagiaan’ kerana susah orang yang lawan, bahagia bagi yang perintah.

Plato jawab, dengar baik-baik, bukan Tuan Yang di-Pertua, yang berkenaan. Plato jawab, dengan izin, “justice implies, superior character and intelligence while injustice means deficiency in both respects. Therefore just men are superior in character and intelligence and are more effective in action as injustice implies ignorance, stupidity and badness”.

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terjemahannya, sebab itu bila baca saya ingat yang bagi nukilan satu ayat itu dia tak bagi habis. Kalau dia bagi habis, saya percaya macam “fastabiqul fasad”, tak jadi baca juga. Maknanya keadilan bermakna tinggi keperibadian dan kebijaksanaan manakala ketidakadilan bermaksud kekurangan sama ada daripada sudut keperibadian mahupun kebijaksanaan. Oleh itu, seseorang yang adil jauh lebih hebat sama ada sahsiah atau kebijaksanaan serta lebih berkesan. Kezaliman adalah kejahilan, kebodohan dan kejahatan.

Jadi saya akhiri dengan mengingatkan bahawa apa pun kerja kita, akhirnya kita juga bertanggungjawab bukan sahaja di Dewan ini tetapi kepada Allah SWT. [Membaca potongan ayat Al-Quran] yang bermaksud “Sesungguhnya Allah itu kasih kepada orang yang bertawakal kepada Allah Ta’ala.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Rembau, the floor is yours. I got to be very fair in this matter, so you will have the same time.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Keputusan oleh Timbalan tadi dia kata Ketua Pembangkang 10 minit lagi ada tetapi saya bagi lebih daripada itu, lepas itu saya ditegur lagi pula. Apa ini? Tolonglah.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tan Sri, Tan Sri.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Rembau.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, peraturan mesyuarat, Tan Sri Speaker.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, sudahlah. Sudahlah Yang Berhormat Batu.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan, saya tidak ini. Isunya ini...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Rembau.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Bila kita bahas, Ketua Pembangkang bahas dengan...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Batu, sudahlah.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Ketua Pembangkang bahas dengan Menteri Kewangan bukan dengan backbenchers. Jadi, Ketua Pembangkang dalam convention...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Seingat kita, tidak pernah ada masa terhad.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, sudahlah Yang Berhormat Batu.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Betul, saya bukan nak pertikaikan tetapi saya nak buat perbandingan...

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, sudah. Kalau tidak mempertikaikan Yang Berhormat Batu, sudahlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, timing Dewan Rakyat sepanjang ingatan saya tidak ada fix.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, betul.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

From time to time kita accommodate. Seperti apa yang saya nampak di sini tadi bahawa Ketua Pembangkang ada lagi 10 minit tetapi atas budi bicara saya kerana ucapan itu lucid maka saya beri masa lebih daripada itu.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi saya hanya mempertikaikan...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kalau apa pun yang saya sebut nanti ini kepada Yang Berhormat Rembau, Ahli-ahli Yang Berhormat nanti akan berucap juga.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pertikaikan...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Batu, sudahlah Yang Berhormat Batu.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak pertikaikan kuasa Tan Sri bagi masa, hanya bandingan tidak tepat. Bandingan ucapan Ketua Pembangkang adalah balas kepada bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan, kita bahas dengan Menteri Kewangan. Tidak setanding dan tidak boleh dibandingkan dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Itulah sebab saya ingin bawa...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, bolehkah Yang Berhormat Batu duduk?

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Ini adalah convention Parlimen.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah Yang Berhormat Batu duduk, biar saya respons kepada Yang Berhormat Batu. Bolehkah?

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey. Boleh. Terima kasih.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini berbahas. Menteri Kewangan berhujah. BN Backbenchers berhak untuk berbahas. Tidak semestinya bahawa oleh kerana Ketua Pembangkang berbahas seperti begitu juga panjang dia, tidak. Ini berbahas. Kedua belah pihak ada hak untuk berbahas. Bukan bermakna apa yang dibahaskan oleh backbenchers itu semestinya pendek daripada Ketua Pembangkang. Ini berbahas Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Batu, sudahlah.

final • 3:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak pertikaikan Tuan Yang di-Pertua nak bagi masa, tidak ada masalah. Hanya bandingan itu tidak tepat dan dalam Parliament convention itu tidak...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak salah, Yang Berhormat. Tidak salah, bandingan itu tidak salah Yang Berhormat kerana selepas ini backbenchers juga akan berhujah sama pendek dengan pembangkang dan Ahli Yang Berhormat harus ingat bahawa bilangan kerajaan adalah lebih ramai daripada pembangkang pun saya persamakan. Apa yang Ahli Yang Berhormat terlampau sangat remeh ini?

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tan Sri, jangan layanlah pembangkang.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah. Yang Berhormat Subang, sudah.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, ini peraturan mesyuarat.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dalam Dewan ini hanya ada...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sila Yang Berhormat Rembau.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, peraturan mesyuarat, Tan Sri.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Kerajaan dan pembangkang.

Sekarang giliran kerajaan.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, ini peraturan mesyuarat, Tan Sri perlu dengar.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau, sila.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, peraturan mesyuarat. Tan Sri perlu hormati peraturan Dewan ini yang dilaksanakan oleh Tan Sri sendiri. Tan Sri kena hormati itu, peraturan mesyuarat. Tan Sri kena dengar peraturan mesyuarat saya. Tan Sri berhak tolak...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat terlampau sangat peraturan mesyuarat itu, apabila sudah saya buat keputusan, dengarlah.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita sudah dengar tetapi kita nak bangkitkan...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita nak bangkit satu isu, saya rasa Tan Sri kena dengar. Tan Sri boleh tolak, itu hak Tan Sri tetapi Tan Sri perlu dengar dulu. Tan Sri tadi buat dua poin. Kita tak pertikaikan hak mereka berbahas, itu bukan isu dia. Isu dia adalah, ada dua isu Tan Sri, yang kita hendak bangkitkan. Satu, Tan Sri ataupun peraturan tadi mengehadkan masa untuk Ketua Pembangkang berhujah, itu satu. Yang kedua, yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat dari Batu, Tan Sri samakan status Ketua Pembangkang dengan seorang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional. Itu adalah isu juga.

Saya nak bangkitkan ini. Satu, kita nak Dewan ini membuat amalan setaraf dengan Parlimen berperlembagaan dari negara lain. Kita gunakan Westminster sebagai contoh.

Sebab itu tradisi Dewan ini dan kita ada bukti, rakan-rakan lain boleh sahkan. Dulu, Ketua

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Pembangkang tidak dihadkan masa dia dan ini adalah selaras dengan tradisi Parlimen lain.

Kita boleh semak. Westminster, Ketua Pembangkang tidak ada dihadkan masa apabila menjawab kata Menteri Kewangan.

[Tepuk] Kanada sama juga, Australia sama juga dan itulah tradisi yang baik yang kita sudah...

final • 3:01 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dahlah botak.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kalau itu kurang ajar, tolonglah. Itulah tradisi...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apalah Yang Berhormat, tak apa, tak apa. Mereka ini Ahli Yang Berhormat, terlampau bijaksana. Terpaksa saya, terpaksa saya dengar. Apa yang disarankan terpaksa saya dengar. Ikut suka hati merekalah, tak apa. Teruskan.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik, dan saya ucapkan terima kasih kerana Tan Sri dengar sebab Tan Sri pun ada tugas, kita pun ada tugas. Jadi itulah tradisi the best practice of Parliament yang lain. Dulu kita ada ikut, sejarah itu terbukti, kita ada ikut itu tetapi kali ini kita buat perbezaan, kita mengehadkan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu pun bagi saya tidak baik. Sepatutnya dan ini disebut oleh Timbalan Speaker beberapa kali yang tadi mempengerusikan. Kita harus mengikuti tradisi yang baik daripada tempat lain dan dulu kita buat. Kenapa kita tak nak ikut sekarang? Kenapa kita hadkan masa itu? The tradition is dengan izin, is unlimited time for Opposition Leaders in all these Parliaments. Why this Parliament different? Satu lagi yang kedua, untuk...

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tan Sri, jangan layanlah ini Tan Sri.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa. Yang Berhormat-Yang Berhormat, tak apalah.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita ada lapan hari Tan Sri, kita ada lapan hari dan beratus orang nak berbahas.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apalah Yang Berhormat, tidak apa.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Okey, pembangkang dah dapat...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

Tak apa, tak apa.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dua jam Tan Sri... pun dua jam.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat, sudah.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa ini? Kita pun nak bahas juga.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa. Sila.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tan Sri, kita tidak pertikaikan kuasa kerusi Tuan Yang di-Pertua dan Speaker yang lain untuk mengehadkan masa, kuasa itu ada, Peraturan Mesyuarat 35(7), “you can limit time for speeches” tetapi tradisi untuk Ketua Pembangkang itu lain. It’s unlimited dan kita pernah amalkan dahulu tetapi sekarang sudah tukar dan ini yang menimbulkan persoalan. Yang kedua, untuk Tan Sri mungkin secara terkeluarlah, tak tahulah, ayat untuk samakan status Ketua Pembangkang dengan Ahli Parlimen lain, itu pun sudah lari daripada tradisi Parlimen. Ada jelas kalau kita ikut amalan di Parlimen lain, manakan mereka samakan Ketua Pembangkang mereka dengan Ahli Parlimen yang biasa daripada kerajaan, tak ada, tak ada langsung. Jadi kenapa...

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tan Sri, Ketua Pembangkang dah dapat keistimewaan, pembahas yang pertama. Apa lagi?

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita mahu Parlimen ini dihormati, kita mahu Parlimen ini mengikuti tradisi terbaik daripada negara-negara lain.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Parlimen kita tidak ketepikan Ketua Pembangkang sebab itu Ketua Pembangkang dijemput untuk berucap yang pertama.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita tak mahu Dewan ini diturunkan jadi macam yang tidak dihormati.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu sudah keistimewaan dia, Tan Sri.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, boleh Yang Berhormat duduk Yang Berhormat?

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Tan Sri bahawa Ketua Pembangkang juga dapat keistimewaan, bercakap terlebih dahulu.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat. Boleh duduk dahulu Yang Berhormat?

final • 3:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dua jam Tan Sri.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul] Ahli Yang Berhormat Subang.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, itu poin saya. Itu sahaja.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat Subang.

final • 3:01 PM

Seorang Ahli

[Menjerit] Duduk!

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Subang, boleh duduk Yang Berhormat Subang?

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya ikut arahan Tuan Yang di-Pertua, saya tak ikut arahan...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Subang, boleh duduk dulu?

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya akan duduk tetapi...

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Subang.

final • 3:01 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Tan Sri kena tegur siapa yang jerit tadi.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, bilangan sebelah pihak kerajaan ramai. Bukan semua dapat bercakap.

Tidak saya perseimbangkan bahawa apabila yang bercakap sini sepuluh, sana juga sepuluh. Tak ada.

final • 3:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Daripada mula lagi saya menjadi Speaker Dewan Rakyat, saya cuba yang seadil mungkin, belum pernah dibuat bahawa selepas kerajaan – pembangkang, kerajaan – pembangkang. Ahli Yang Berhormat, walaupun saya ada cakap yang mengatakan bahawa yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Rembau adalah sama masa, you just pick the small little-little remeh temeh. Saya terlampau sudah Yang Berhormat memberikan laluan yang seluas mungkin, mahu lagi?

Kalau sudah beri betis janganlah mahu paha, kalau sudah kena paha janganlah pijak kepala, I can be very straight, I can be very accommodative. You want to play the game please play the game, I don’t have any problem of that, saya tidak ada. Apabila Yang Berhormat menyebut dengan Parliamentary practice di tempat-tempat yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat, sebutlah sekali sahaja dia punya pakej bahawa it’s a Parliamentary practice apabila Speaker kata duduk maka dia duduk, sebutlah yang lain-lain, silakan Yang Berhormat Rembau, we have wasted a lot of time already.

final • 3:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum Warahmatullaahi Ta'ala Wabarakaatuh...

final • 3:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Permatang Pauh, duduklah dengar.

final • 3:11 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya nampak petang ini Tuan Yang di-Pertua tension sedikit, jadi saya buka ucapan saya

final • 3:11 PM

dengan pantun untuk Tuan Yang di-Pertua

*Bulu merak cantik berkaca, Gugur sehelai ke dalam baldi, BR1M, PR1MA, pekerja swasta, Semua golongan kerajaan payungi.

Terang bulan terang bercahaya, Cahaya memancar ke Tanjung Jati, BN junjung rakyat dan negara, Itulah dianya janji ditepati.

Ramai orang menggali perigi, Ambil buluh diikat sederap, Belanjawan pembangkang bersadur mimpi, Bahawa negara terkulai bankrap*.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang tadi yang berbahas begitu lama dan saya tertarik sekali dengan apa yang disebutkan di akhir ucapan beliau tadi, bahawa kalau sekiranya - nauzubillahi minzalik - mereka menang membentuk kerajaan Putrajaya nanti, Ketua Pembangkang kata dia hendak bahagikan tugas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Jadi pelik sekalilah pada hari ini, dia Ketua Pembangkang dia hendak membentangkan belanjawan daripada pembangkang juga, dia tidak bahagikan tugas, dia segala-galanya, tidak ada Kabinet bayangan, dia semua bayangan.

Tuan Yang di-Pertua dan juga tadi Ketua Pembangkang masih ada di dalam Dewan yang mulia ini, saya juga tertarik dengan ungkapan ataupun petikan yang dibuat tadi. Cuma hendak memperbetulkan sedikit pronunciation. ‘Plato’ bukan ‘Plato’, Plato itu daratan tinggi, tanah tinggi apabila dia bukit tidak ada cerun lagi that’s Plato, Plato adalah Ahli Falsafah daripada – ia bukan Plato, Plato ataupun Pluto.

Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Parlimen Rembau mengucapkan tahniah dan menyambut baik Belanjawan 2013 ataupun Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada hari Jumaat yang lepas.

Sebelum kita menilai belanjawan yang telah dibentangkan itu, kita harus mengakui bahawa kerajaan sesungguhnya berdepan dengan pelbagai cabaran yang meliputi keadaan ekonomi dunia yang sungguhpun akan mencatatkan prestasi yang lebih baik namun masih lagi perlahan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga serta kepentingan untuk memastikan tanggungjawab pengurusan kewangan negara yang lestari dan mampan.

Oleh sebab itu, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kita sebut bahawa Malaysia adalah sebuah oasis dalam kemelut ekonomi dunia di mana di mana-mana sahaja kita tengok, sama ada di China, Amerika Syarikat ataupun di Kesatuan Eropah mengalami kemerosotan dan juga kemelut ekonomi tetapi di Malaysia terutamanya di Malaysia kita masih lagi melihat pertumbuhan yang mampan, yang kuat, yang sustainable dan juga pengurusan kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita.

Berlandaskan sinopsis cabaran ini, saya merasakan kerajaan telah berjaya untuk memastikan segala aspek dan keperluan ditangani dengan penuh berimbang dan berhemah dan dengan berjayanya. Dalam aspek pertumbuhan ekonomi Tuan Yang di- Pertua, kerajaan dengan bermodalkan peruntukan sebanyak RM251.6 bilion dijangka akan memacu perkembangan ekonomi pada kadar 4.5% hingga 5.5% berbanding anggaran 4.5% hingga 5% bagi tahun ini. kita melihat bahawa segala langkah transformasi ekonomi kerajaan yang telah dilaksanakan sudah dan sedang membuahkan hasil tuaiannya dengan

final • 3:11 PM

dengan pantun untuk Tuan Yang di-Pertua

pencapaian pelaburan swasta sebanyak RM75.3 bilion bagi separuh pertama 2012 dan ini dijangka mencecah kepada RM148.4 bilion bagi tahun 2013.

Maksudnya di sini Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita sebut janji dan komitmen kerajaan bahawa kita hendak mengalih tanggungjawab pertumbuhan ekonomi dan penjanaan ekonomi the engine of growth dengan izin, daripada kerajaan yang membelanjakan melalui public expenditure kepada private investment ataupun pelaburan swasta telah pun berjaya melihat hasilnya bermula daripada tahun lepas dan juga tahun ini.

Malah kerajaan juga akan terus melipat gandakan lagi pelaksanaan 12 bidang utama ekonomi negara ataupun NKEA di samping pelbagai inisiatif lain seperti usaha bagi merancakkan kegiatan perusahaan kecil dan sederhana negara.

Apa yang disebutkan oleh ketua pembangkang tadi bahawa bajet ini, belanjawan ini pertumbuhan kita adalah hanya untuk golongan maha kaya dan kroni amat tidak betul sekali, saya nampak Ketua Pembangkang yang telah keluar daripada Dewan semenjak ini suka menggunakan perkataan maha kaya dan kroni semenjak dia naik private jet daripada golongan maha kaya dan kroni beliau juga.

Namun saya melihat bahawa perancangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bukan hanya untuk golongan yang ada di atas tetapi bermula daripada bawah dengan pelbagai pakej insentif untuk perusahaan kecil dan sederhana yang insya-Allah saya akan sentuh kemudian. Saya yakin dengan kebijaksanaan, kepimpinan serta kecekapan perancangan yang ditunjukkan, segala yang dirancang ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi negara di samping menjawab segala tuduhan pembangkang yang acap kali mempertikai kemampuan ekonomi negara untuk berkembang maju.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, cakupan belanjawan kali ini sangat luas, umpama pohon rimbun yang terbentang memayungi, sebut sahaja segala kelompok dan segmen masyarakat baik tua, muda, pendapatan sederhana dan rendah, di bandar dan di kampung, pelajar mahupun penjawat awam, bujang atau berkeluarga, peniaga dan pengguna, pesara baik tentera, kesemuanya bakal menikmati sentuhan dan pertimbangan daripada belanjawan Kerajaan Barisan Nasional ini.

Kerajaan kita sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bertungkus-lumus bekerja, berusaha bagi menyelesaikannya dan ini terserlah dengan segala bantuan yang diberikan seperti pelaksanaan berterusan, Bantuan Rakyat 1Malaysia ataupun BR1M 2.0, pembelaan nasib petani dan nelayan, pinjaman pengusaha bas sekolah, bonus kepada kakitangan awam, bantuan pendidikan serta pelbagai insentif lain.

Malahan isu yang saya selalu bangkitkan iaitu kajian cukai pendapatan juga diambil kira dan ini pastinya akan memberikan banyak faedah daripada segi pendapatan boleh guna untuk pekerja dan golongan pertengahan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya melihat bahawa pemberian seperti ini bukan semata-mata pemberian untuk mengumpan undi sebelum pilihan raya tetapi berasaskan kepada teori ekonomi contohnya kalau kita dituduh bahawa BR1M itu adalah umpan pilihan raya, kita lupa bahawa di Malaysia ini kita ada marginal propensity to consume yang begitu tinggi. Maksudnya apabila kita memberi pendapatan ataupun kita menampung pendapatan rakyat kita, sudah tentu dan sudah pasti ia akan memberikan kesan kepada ekonomi kita dengan kesan gandaan ataupun multiple effect. Saya buat kajian Tuan Yang di-Pertua dan saya minta pengesahan daripada pihak Kementerian Kewangan bahawa tahun lepas sahaja apabila kita memberikan BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada mereka yang layak menerima bukan hanya mereka mendapat RM500 tetapi ini secara langsung telah menyumbang 0.2% kepada pertumbuhan KDNK kita oleh kerana kemungkinan mereka belanja itu adalah tinggi sekali. Manakala aspek yang lain adalah elemen yang amat membezakan tawaran kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan segala janji manis...

final • 3:11 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, saudara daripada Ledang.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Rembau.

Tadi Yang Berhormat Rembau bercakap tentang BR1M. Yang Berhormat Rembau menyatakan BR1M adalah sebenarnya subsidi yang disasarkan kepada kumpulan ataupun

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

orang-orang yang tepat, yang betul. Maknanya yang memang memerlukan. Ia juga adalah sama dengan subsidi-subsidi lain cuma kaedah tukar. Akan tetapi ada hujah mengatakan bahawa BR1M ini adalah pancing, umpan kepada pilihan raya. Pada saya kalau selama ini ada subsidi, BR1M juga subsidi tetapi kalau orang alih isu bahawa BR1M itu adalah pancing pilihan raya, adakah itu merupakan satu hasutan pada pandangan Yang Berhormat Rembau.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya nampak bahawa pihak pembangkang amat khuatir dengan keberkesanan BR1M dari sudut penambahan pendapatan dan dari segi kita berani untuk melaksanakan BR1M buat tahun yang kedua. Mungkin mereka rasa bahawa ini adalah satu one-off tahun lepas dan tidak anggap dan tidak jangkakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melangsungkan BR1M. Jadi, macam-macam tuduhan bahawa ini rasuah, ini umpan bagi pilihan raya dan sebagainya. Bagi kita di pihak Barisan Nasional, kita tahu ini adalah satu pemberian ikhlas daripada kita sama juga seperti subsidi yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi, tidak sebut langsung daripada pembangkang bahawa subsidi itu adalah umpan pilihan raya malah Ketua Pembangkang sendiri telah memberi umpan pilihan raya yang paling jelas sekali tadi. Dia kata kalau menang, dia akan turunkan harga minyak. Itu umpan pilihan raya juga kan? Bukan kita yang umpan pilihan raya. Macam-macam dia cakap ya?

Manakala aspek yang saya nak sebutkan tadi membezakan tawaran kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan segala janji manis, janji bulan bintang, cakerawala bimasakti pembangkang ini di mana di samping kerajaan dapat memastikan kebajikan rakyat terbela, kita masih mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menguncupkan, mengurangkan beban defisit negara daripada 4.5% KDNK kepada 4% pada tahun depan.

4.5% tahun ini dikurangkan kepada 4%. Ini bezanya Kerajaan Barisan Nasional dan juga apa yang ditawarkan oleh pembangkang. Pembangkang bila dia tawarkan sesuatu, dia tak bajet habis. Dia tak buat full budgeting, full costing. Dia cuma menjanjikan tetapi dia sebenarnya tak masuk dalam bajet bayangan mereka, shadow budget mereka ataupun bajet alternatif mereka, berapa kos pembiayaan segala janji mereka.

Akan tetapi apa yang kita bentangkan di sini, dibentangkan dengan teliti sekali dengan segala angka, macam-macam buku yang kita dapat yang memperincikan bajetnya.

Bajet mereka yang dibentangkan dia amat nipis sekali, jadi tak banyak detail tetapi kita tahulah mereka tak ada angka-angka tertentu tetapi amat-amat nipis sekali. Akan tetapi langsung tidak menjawab bagaimana nak membiayai segala bentuk janji mereka daripada nak turunkan harga minyak, nak hapuskan tol, macam-macam lagilah yang saya akan sebut nanti.

Jadi ini membuktikan bahawa bukan sahaja Kerajaan Barisan Nasional mempunyai perancangan yang lestari dengan penekanan kepada peningkatan pendapatan dan pelaburan malahan ia juga mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam mengurangkan perbelanjaan ataupun defisit berbanding dengan saudagar janji di sebelah sana yang menawarkan segala-galanya tanpa langsung menyentuh peningkatan sumber ataupun hasil yang akan menampung dan membiayai janji mereka itu. Bahkan kerajaan juga akan melaksanakan proses merasionalisasikan subsidi agar lebih tertumpu kepada golongan yang layak di samping menawarkan insentif yang tepat lagi bertanggungjawab dengan pemberian diskaun kepada pembayaran PTPTN yang konsisten membayar hutang.

Ini lagi satu lagi beza antara falsafah Barisan Nasional dan falsafah pembangkang.

Pembangkang ini tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Sebab itu masalah hutang, penyelesaiannya adalah untuk menghapuskan hutang itu. Bukannya untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Bukannya untuk meningkatkan gaji.

Bukannya untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih besar lagi, menjana pekerjaan, menjana kenaikan gaji tetapi menghapuskan hutang. Satu pendekatan yang tidak sustainable langsung.

Kalau kita berdepan dengan masalah hutang PTPTN, jawapannya bukan dengan kita menghapuskan hutang tersebut tetapi jawapannya adalah untuk menumbuhkan ekonomi kita. Menjana pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi barulah kita ada keyakinan dengan perancangan kita sendiri. Akan tetapi bila tidak ada keyakinan dengan perancangan mereka sendiri, mereka tidak yakin boleh menjana pekerjaan. Mereka tidak yakin boleh mendapat gaji yang lebih tinggi, maka mereka kata untuk selesaikan masalah ini, to solve this problem not to grow economy but to solve this problem is to write off the debt.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini adalah shortcut, jalan pintas, jalan yang malas untuk menyelesaikan sebuah masalah. Saudara Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Rembau. Penjelasan Yang Berhormat Rembau mengenai PTPTN ini tepat dan acap kali saya membaca artikel yang dibuat oleh Yang Berhormat Rembau dan perdebatan, sudah tentu mematahkan hujah saudara Rafizi, Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai PTPTN ini. Akan tetapi saya mahu mendengar komen Yang Berhormat.

Saya kira Yang Berhormat Rembau apabila parti pembangkang terutamanya Yang Berhormat Permatang Pauh cuba untuk memberi menghapuskan PTPTN sudah tentu target beliau ialah pelajar-pelajar universiti kerana mereka yang akan terbabit secara langsung. Akan tetapi hari ini setelah pilihan raya kampus dibuat, kita dapati orang yang dikatakan akan mendapat manfaat daripada polisi songsang ini, menolak bulat-bulat saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Bermakna mereka pelajar- pelajar universiti yang boleh mendapat manfaat daripada dasar penghapusan PTPTN ini, menolak dasar ini secara jelas melalui pilihan raya baru-baru ini. Saya minta komen daripada Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih sahabat saya Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud. Ini masalahnya. Masalahnya di sini adalah bahawa pembangkang underestimate mahasiswa kita. Dia anggap bahawa mahasiswa kita akan telan bulat-bulat semua janji tanpa mereka semak sama ada janji itu dapat dilaksanakan ataupun tidak. Dia janji hendak hapuskan hutang PTPTN. Ini contoh, ini perbezaan. Kita bahas perbezaan apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, responsible. Kalau bayar dalam tahun pertama, dapat diskaun 20%. Responsible. We are teaching them responsibility. Kalau bayar dengan konsisten, dapat diskaun 10%. We are teaching them responsibility. We are not teaching them to run away from their loans ataupun kerajaan ambil alih daripada hutang mereka. Apa yang diajar di situ saya pun tak tahu. Hutang tak payah bayar. Saya tak tahu apa yang diajar di situ.

Akan tetapi saya nak beritahu kepada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud bahawa bila kita bentangkan kepada pelajar-pelajar universiti, kepada mahasiswa bahawa kalau dengar janji pembangkang bahawa mereka hendak hapuskan hutang PTPTN dan juga hendak bagi secara percuma pendidikan di IPTA secara percuma, kita tegaskan bila jumpa dengan mahasiswa di IPTA. Saya tegaskan bahawa there is no such thing as free lunch dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Maknanya tidak ada apa-apa dalam dunia ini yang percuma. Kalau kata percuma hari ini, akan ada satu hari nanti somebody has to pay for it. Akan ada orang yang perlu bayar apa yang kita bagi percuma pada hari ini. Jadi, saya kata kalau kita nak hapuskan PTPTN RM30 bilion, kalau kita nak membina 10 lagi IPTA menelan perbelanjaan RM20 bilion campur RM30 bilion dia punya off pack, dia punya belanjawan mengurus. Kalau kita hendak hapuskan PTPTN, kita hapuskan pinjaman MARA sekali.

Kalau tidak apa pinjaman daripada MARA, dia marah. Jadi, itu RM4 bilion. Disebut bahawa dia hendak bagi pendidikan percuma.

Rumusannya saya bagi secara sepintas lalu. Dia punya cost implication of PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma adalah RM185 bilion ataupun RM18 bilion setiap tahun. Apabila kita bentangkan kepada mahasiswa, mereka faham. Mereka faham.

final • 3:20 PM

Dato Seri Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd Jarjis - Rompin

Minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap ya Yang Berhormat Rompin.

Mereka faham. Sebab itu apabila mereka faham, tibalah ujian Yang Berhormat sebenar.

Bila kita hendak uji sama ada mereka terima atau tidak, kita tengok kepada pilihan raya kampus. Ada setengah orang kata pilihan raya kampus ini tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di luar dan sebagainya. Akan tetapi apabila Pro-M ini menang, macam- macam cerita yang keluar daripada Ahli Yang Berhormat dari pembangkang. “Pro-M menang di UKM, Pro-M menang di UIA”. Jadi, mereka kaitkan dengan sendirinya bahawa ada kaitan dengan kerajaan, dengan pembangkang.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kota Belud, untuk rekod dalam Dewan ini, dalam pilihan raya kampus baru-baru ini, daripada 20 IPTA, 18

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

telah dimenangi oleh pelajar-pelajar yang pro-aspirasi dasar kerajaan. Maksudnya apa?

Maksudnya dasar ini yang menjadi umpan besar bagi mahasiswa daripada pihak pembangkang telah gagal, failed...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Failed sama ada dari segi konsepnya, failed sama ada dari segi pengaruhnya. Failed sama ada dari segi communication nya sampai mahasiswa yang bijak pandai, golongan yang terpelajar pun sudah menolak PTPTN dan juga dasar pendidikan percuma. Sahabat saya Tuan Yang Terutama bekas daripada Rompin.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

MP Kuala Selangor ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat. Sungguh bernas sekali hujah-hujah Yang Berhormat. Tentang isu PTPTN, saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat sedar bahawa cadangan itu bukan cadangan sepenuh belah sana, hanya PKR sahaja? DAP tidak bersetuju. Ya. Betul.

[Disampuk] Lailahaillallah.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Wakil DAP.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis - Rompin

Ini lebih standard lah. Kalau dia kena sedikit, tengok macam makan cili lah. Dia rasa pedas. Pedas dia bisinglah. Saya bertanya belah sana, yang jawab belah situ buat apa.

Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat sedar sedikit sahaja bahawa cadangan ini ialah cadangan PKR, tidak terima oleh DAP. Yang itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata tidak ada satu pandangan yang sama di pihak mereka.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali, sekali. Sekali sedikit.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis - Rompin

Yang keduanya, yang terakhirnya. Cadangan Rafizi ini dengar Yang Berhormat. Ini cadangan PKR kononnya Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Pakatankah, Menteri Kewangan PKR?

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali, sekali.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak terus jawab dahulu ya.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali, sekali. Sambung, sekali.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak terus. Saya hendak jawab dahulu ya. Saya hendak jawab dahulu. My floor.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali, sekali.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jawab dahulu.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

My floor. Sit down. My floor. Sit down.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jawab dahulu.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sambung sekali.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya bagi nanti.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sambung sekali, sambung sekali.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya bagi nanti, saya bagi nanti. Saya bagi nanti. Duduk, duduk. Saya bagi nanti, saya bagi, sabar-sabar. Saya hendak jawab kakanda saya daripada Yang Berhormat Rompin ini. Saya setuju sangatlah dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rompin. Oleh sebab itu saya rasa sebenarnya hari ini saya berat sekali hendak bangkitkan satu isu ini sebab saya rasa kesian sekali dengan sahabat-sahabat kita daripada parti PAS.

Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Rompin tadi bahawa ini cadangan daripada PKR, ini Menteri Kewangan daripada PKR, parti-parti daripada Pakatan Rakyat ini dia kerja dalam silo, ia tidak melibatkan semua. Saya hendak bagi lagi satu contoh. Ini kesian sekali ya kepada Yang Berhormat Rompin ya. Saya baca ya, saya baca lah as bed time reading, saya baca yang nipis ini belanjawan alternatif ya? Saya baca belanjawan alternatif ini, Yang Berhormat Rompin tidak ada sepatah pun tentang Islam dalam

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

belanjawan alternatif.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak ada sepatah pun. Tidak ada sepatah. Mungkin Tuan Guru Yang Berhormat Marang nanti tegur sedikit lah.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak ada sepatah pun. Dalam belanjawan kita, kita sebut hendak upgrade sekolah agama, hendak industri halal, sukuk, wakaf macam-macam kita sebut, tetapi dalam ini tidak ada langsung sepatah fasal Islam pun tidak ada. Kesian betullah.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagi sedikit Kuala Selangor lah.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya tidak tahu ini belanjawan Pakatan Rakyat kah atau belanjawan DAP, saya pun tidak pastilah. Saya rasa kasihan sekali lah ya.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, sedikit, sedikit Yang Berhormat Rembau.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, tidak apa, tidak apa. Nanti, nanti kemudian.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa lah, bagilah sedikit. Sudah banyak hendak tanya itu.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagilah sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apa, tidak apa.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kata tadi hendak bagi.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Duduk dulu.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagilah.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Belum habis lagi. Duduk dulu, duduk dulu.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat. Jangan bertengkar Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat.

Kalau Yang Berhormat Rembau tidak kasi laluan, tidak apa lah. Janganlah paksa.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tadi Yang Berhormat Rembau kata dia hendak bagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia hendak bagi, dia kata...

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya tahu, saya tahu. Yang Berhormat Kuala Selangor dia rasa sensitif sebab suara dia...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa lah, saya kembali kepada PTPTN...

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Suara dia yang hendak membangun bersama itu tidak termasuk dalam belanjawan. Jadi, dia rasa sensitif lah.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...PTPTN tadi...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa lah, tidak apa lah itu. PTPTN tadi. Yang Berhormat Rembau...

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi, kita pun terkejut tadi ya. Soal apa?

Tidak apa...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, PTPTN tadi.

PTPTN, please..

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apa kemudian nanti. Banyak lagi.

banyak lagi.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

PTPTN, please?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah kedua-dua Ahli Yang Berhormat duduk dahulu?

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Banyak ruang lagi.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau duduk, duduk Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Kuala Selangor duduk dahulu.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ahli Parlimen Kota Bharu yang tiket yang minta itu saya bagi nanti. Tidak apa.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah Yang Berhormat yang sedang berdiri duduk dahulu?

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Duduk dahulu. Saya cuma fasal PTPTN ini...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau duduk dulu Yang Berhormat Rembau. Ahli-ahli Yang Berhormat, cukup kesabaran saya pada petang ini tercabar.

Sekarang saya sedang berfikir iaitu saya ubah pendirian di masa-masa akan datang, saya tidak akan benarkan lagi Ahli-ahli Yang Berhormat one to one bercakap. Bermaksud kalau satu daripada pembangkang, satu juga daripada kerajaan. Sekarang ini, saya buat ratio.

2:2:1. Oleh kerana ekoran daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Subang tadi, jadi bagi yang lain-lain Yang Berhormat yang sedang berucap, kalau panjang lagi ucapan itu Yang Berhormat Rembau dan ada rakan-rakan yang minta mencelah, kalau rasa tidak boleh buat dalam masa yang telah diberi, jangan kasi laluan.

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah pula, kalau sudah dikatakan tidak, tidak, tidak – jangan paksa. Oleh kerana, kalau saya janji, kalau saya yang mempengerusi, siapa juga yang berbuat demikian, seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Subang tadi dan Yang Berhormat Batu, saya akan halau. Sila Yang Berhormat Rembau. Ingat, ambil ingatan. Jangan lagi cabar kesabaran saya. Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Baik, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Cuma fasal PTPTN ini, saya cuma minta pandangan daripada kerajaan sebab saya amat sokong sangat – hari itu kita minta supaya PTPTN ini kita mudahkan pembayaran dan kita ada insentif yang baru, diskaun dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya sama ada diskaun ini bersikap...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Indera Mahkota berdiri. Kalau kasi laluan beritahu, kalau tidak saya suruh Yang Berhormat Indera Mahkota duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apalah, saya bagi dia.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak, tidak. Kesian, saya bagi dia.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi? Bagi, sila.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua selalu senyum, nampak lebih muda hari ini.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, jangan lagi cabar kesabaran saya.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Mood saya cukup bagus tadi tengah hari tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tidak simpati dengan orang lain.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya simpati.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau simpati, teruskan. Jangan lagi banyak cerita.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus dengan isu Yang Berhormat Rembau bagi laluan tadi berkenaan PTPTN. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Rembau, pandangan kerana Yang Berhormat Rembau banyak mengulas tentang isu PTPTN dan juga membahas apa yang dianjurkan oleh cadangan Pakatan Rakyat. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Rembau. Semasa isu PTPTN ini dibangkitkan secara besar-besaran tiga empat tahun yang

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

lalu sebaik sahaja pilihan raya 2008 dulu yang ke-12 dulu berakhir, kemudian isu ini ditimbulkan dengan begitu meluas.

Pada masa itu, ada cadangan daripada pihak kerajaan dan kebetulan di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri yang lalu Yang Amat Berhormat Kepala Batas, kebetulan ada dalam Dewan. Saya ingat pada masa itu ada cadangan untuk mengenakan tindakan atas usaha mengutip balik bayaran daripada para pelajar yang dikatakan ingkar.

Peraturan itu telah dimasukkan dan dibawa ke dalam Dewan bahawa undang-undang mengenakan, mensyaratkan bahawa kutipan itu boleh dilakukan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri. Peraturan telah dimasukkan bahawa sekiranya keingkaran berlaku, para peminjam dan juga penjamin mereka iaitu ibu bapa akan boleh dikenakan tindakan sehingga diisytiharkan muflis. Perkara itu telah pun dilaksanakan dan telah pun diterangkan oleh Pengerusi PTPTN yang ada dalam Dewan ini kalau tidak silap saya. Perkara ini telah pun dilaksanakan dan dibangkitkan beberapa statistik senarai peminjam yang gagal, menghadapi masalah untuk keluar negara dan perkara itu telah dibangkitkan.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey. Baik, baik.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang saya hendak tanya ini pandangan Yang Berhormat Rembau, adakah Yang Berhormat Rembau rasa peraturan itu telah pun ditarik balik semula lanjutan daripada Pakatan Rakyat yang membangkitkan perkara ini secara besar-besaran? Kita punya statistik yang besar di mana para pelajar yang menghadapi masalah terutama apabila mendapat tentangan daripada ibu bapa mereka sendiri telah tampil memberi maklumat kepada kita dan meminta kita membawakan isu berkenaan dengan beban PTPTN ini yang ditanggungkan oleh mereka. Adakah Yang Berhormat Rembau bersetuju bahawa perkara ini hanya terbangkit dalam masa tiga empat tahun kebelakangan ini? Oleh kerana itulah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua hari lepas memasukkan 20% diskaun itu...

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey, okey, okey. Alright, okay.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

...Sebahagian daripada usaha untuk mengambil hati para pelajar dan juga keluarga mereka selaras dengan undang-undang yang telah dibuat terdahulu dilihat terlalu membebankan pelajar dan keluarga mereka. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Rembau.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bersetujukah undang-undang terdahulu itu lebih teruk daripada apa yang ada sekarang dan cuba hendak dibawakan sekarang. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Indera Mahkota kerana mengajar kita bagaimana hendak cakap benda yang sama dua tiga kali berulang.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Yang Berhormat Rembau, sekejap ya, sekejap.

final • 3:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, kakanda. Sekejap ya, sekejap.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Untuk makluman Yang Berhormat Rembau, edisi Yang Berhormat angkat itu, itu edisi yang tidak diiktiraf. Ini edisi yang diiktiraf. Ini jadi saya akan beri – ini 77 muka surat. Buka sahaja muka surat pertama sudah ada satu ayat Al-Quran.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Ini selaras dengan perintah Allah SWT yang terkandung dalam Al-Quran surah Al- Maidah ayat lapan yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah kamu berlaku adil pada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” Jadi saya mohon supaya bentara ambil dan kemukakan kepada Yang Berhormat Rembau sekarang.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Alhamdulillah Yang Berhormat Kota Bharu, nasib baik ada sepotong ayat Al-Quran dalam belanjawan sebagai afterthought, sebab ini pun 77...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

How can it be an afterthought? We put there in the beginning.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini pun 77 muka surat. Jadi mungkin...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

It is not an afterthought.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Mungkin diselitkan setelah...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

How can it be an afterthought?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Setelah dia sedar.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh sedikit Yang Berhormat Rembau?

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Rembau, boleh beri laluan Yang Berhormat Rembau?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pasal tadi dah cabar PAS.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya tidak bagi pasal saya hendak bahas.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Beri peluanglah.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Shah Alam atau Yang Berhormat Kuala Selangor? Mana satu Yang Berhormat Rembau nak?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Menerima senaskhah buku] Terima kasih.

Saya buka.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Oh, ya, ya. Ada, ada...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ada sepotong ayat al-Quran.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta Yang Berhormat Rembau tarik balik.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi masalahnya...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Shah Alam...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta Yang Berhormat Rembau tarik balik kenyataannya yang tidak berasas...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Dan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak. Saya belum habis lagi Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kerana dia telah menuduh bahawa kita tidak ada kena mengena dengan Islam.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta dia tarik balik.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terbukti tidak benar.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap, saya hendak sambung.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau hanya tengok kepada ayat al-Quran sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak sambung Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Seluruh pemikiran itu adalah pemikiran Islamic governance.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak sambung Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sambung.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau hanya tengok kepada ayat Al-Quran sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak beritahu...

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Amalan, penghayatan...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, sudahlah. Duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak habiskan isu ini ya.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat. Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya cuma hendak clarify dalam Dewan ini... Sekejap, sekejap.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong Ahli Yang Berhormat seorang demi seorang. Kalau Yang Berhormat Sri Gading hendak mencelah, Yang Berhormat Rembau beri laluan ataupun tidak?

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagi sikit, bagi sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak..

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau?

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Rembau, ramai orang mempergunakan ayat-ayat Al-Quran...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu sebab ada kenyataan kadang-kadang mereka jual ayat Al-Quran untuk kepentingan dan keuntungan yang sedikit.

Dalam pengajaran agama kita ada menyebut, “Hendaklah kamu beriman”, “Hendaklah kamu bertakwa”, “Hendaklah kamu berlaku adil”. Kalau kita analisa seluruh apa yang disuruh oleh agama dengan ungkapan-ungkapan yang tertentu, alhamdulillah, kerajaan kita telah pun melakukannya. Telah, sedang dan insya-Allah akan melakukannya tetapi dari segi bagaimana pelaksanaan itu dijalankan.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Fatwa Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini amanah. Jadi Yang Berhormat Rembau, jangan nak layan sangat apa yang mereka perkatakan itu kerana kadang-kadang hanya cakap di mulut tapi tidak dibuat. Tanya Ketua Pembangkang apa yang diperkatakannya, apakah telah dilakukan waktu dia berkuasa. Come on man.

final • 3:40 PM

Dato’ Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Rembau, saya amat tertarik hati dengan peristiwa dalam Dewan hari ini. Jelas menunjukkan bahawa apabila pakatan pembangkang ini membentang bajetnya, ia mengikut kehendak parti masing-masing. DAP mengikut kehendak dia, PKR mengikut kehendak dia, PAS pun mengikut kehendak dia.

Jadi kalau PAS nampak tidak bersesuaian dengan PAS, dia akan ubah suai mengikut kesesuaian PAS.

Jadi ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ini adalah sebuah pakatan yang tidak dapat menjamin masa depan untuk mewujudkan satu bentuk pasukan yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat. Ini kerana dari segi pembentangan ini pun dieksploitasi mengikut kehendak parti masing-masing. Apa pandangan Yang Berhormat Rembau?

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Bajet ini, bajet Pakatan Rakyat ini, ya lah, dia kata belanjawan, kita kata bajet.

Tidak apalah. You know. Dia nipis dan kita berilah ruang untuk mereka mengatakan mereka

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

tidak mempunyai data. Akan tetapi dalam belanjawan mereka ini, saya hendak tanya Yang Berhormat Rembau, it’s all about priority Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Priority.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, sebelum panjangkan, yang dibahaskan ini bukan bajet pembangkang...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi kita tidak ada halangan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma mengingatkan sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tidak ada halangan Tuan Yang di- Pertua. Kita sokong.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

There is more interest…

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pasal bajet kita jauh lebih baik.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang cuma boleh komen pada ketika sesiapa sahaja yang bercakap ialah Speaker. Yang lain tidak boleh. Sila Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Betul Tuan Yang di-Pertua, saya setuju sangat. Memang sebetulnya hari ini sepatutnya kita membicarakan tentang belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi sebagai wakil rakyat daripada Barisan Nasional Tuan Yang di-Pertua, apabila membaca belanjawan mereka ini, ini satu manipulasi fakta. Ini harus dijelaskan. Oleh sebab itu saya minta pandangan Yang Berhormat Rembau. Oleh kerana Belanjawan mereka ini sebenarnya ialah priority. Mereka tidak bercakap tentang bagaimana sekolah agama ditubuhkan, berapa banyak yang hendak dibuat, berapa banyak peruntukan oleh JAKIM. Itu yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau. Priority bermakna peruntukan untuk kemajuan agama Islam tidak menjadi priority kepada Pakatan Rakyat dan sebab itu tidak termasuk di dalam belanjawan mereka.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Betul Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Apa yang saya bangkitkan adalah apa yang diberi oleh belanjawan Barisan Nasional. Kita sebut soal sekolah agama kita hendak beri RM100 juta. Kita hendak tubuhkan Perbadanan Wakaf. Kita hendak buat pasaran sukuk yang paling besar di dunia. Kita hendak majukan industri halal. Ini sebahagian daripada pembangunan Islam di negara kita. Akan tetapi kita buat perbandingan yang mudah, pembangkang tidak ada langsung.

Cuma yang diberi oleh Yang Berhormat Kota Bharu kepada saya ini, saya ucapkan terima kasihlah atas sepotong ayat. Itu pun saya rekod untuk Dewan ini saya hendak tutup bab ini. Itu dikepilkan, distaple, distaple...

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dia bukan dokumen asal.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Last minute kah, last minute?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Last minute dikepilkan di sini. Ini ada staple.

Dokumen exhibit satu dikepilkan PAS punya input. Distaple. Kesian, kesian PAS. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ya. Kesian. Pada masa...

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, sikit Yang Berhormat Rembau.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit, sikit.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya cuma ingin bagi pihak..

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Yang Berhormat Rembau?

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan, kepada Perdana Menteri kita kerana

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

kita betul-betul nampak bahawa belanjawan ini adalah mesra kepada orang muda. Diberi pengkhususan, diberi penekanan, diberi tumpuan, diberi fokus yang memang khusus untuk orang muda dari segi pinjaman dan diskaun PTPTN, bantuan keusahawanan, latihan, pekerjaan, perumahan, baucar buku dan sebagainya.

Rata-rata saya pergi dalam laman sosial dan sebagainya, saya melihat bahawa sambutan orang muda terhadap bajet ini cukup-cukup baik sekali. Sekali gus saya nampak bahawa dalam pilihan raya akan datang tidak ada masalah bagi Barisan Nasional menjadi pilihan bagi orang muda, insya-Allah. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini adalah satu belanjawan yang komprehensif, bertanggungjawab sehingga bukan sahaja orang muda bahkan sesiapa sahaja boleh menegaskan bahawa Belanjawan 2013 ini adalah belanjawan untuk rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan bahawa belanjawan ini – soal unjuran. Kita bukan hanya beri pada hari ini sahaja tetapi kita ataupun Kerajaan Barisan Nasional telah membentangkan satu belanjawan yang memberi penekanan kepada perubahan perekayasaan struktur ekonomi kita. Bukan hanya kita bagi BR1M pada hari ini.

Bukan hanya kita bagi baucar buku pada hari ini. Bukan hanya kita bagi bantuan awal tahun persekolahan. Akan tetapi kita juga melihat bagaimana the structure of our economy, structural change ataupun perubahan struktur itu dapat kita buat dengan cara yang tidak mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana kerajaan pada hari ini telah menyebut bahawa subsidi itu akan dirasionalkan, akan ada rasionalisasi subsidi supaya mereka yang layak terima akan menerima. Saya melihat exercise ataupun program BR1M ini adalah langkah pertama bagaimana kita hendak sampaikan subsidi kelak kepada mereka yang layak menerima. Apabila BR1M dilaksanakan dengan jayanya dua tahun, maka kita ada pengkalan maklumat ataupun database di mana kita sudah tahu siapa yang berada di bawah pendapatan RM3,000. Selepas ini mungkin tahun depan ataupun dua tahun lagi, kita boleh ambil subsidi bil ini dan kita boleh sasarkan bil subsidi itu kepada mereka yang layak terima supaya tidak lagi diberi kepada mereka yang tidak layak.

Contohnya petrol subsidi. Petrol subsidi yang disebut sebagai satu subsidi yang tidak progresif langsung yang kebanyakan yang dapat subsidi petrol ini adalah golongan atasan. Akan tetapi langsung tidak disebut oleh pembangkang, contohnya bahawa akan dirationalize subsidi petrol ini. Disebut hanya bahawa akan kurangkan harga minyak. Akan tetapi dipihak Barisan Nasional kita melihat bahawa inilah masa untuk kita menstrukturkan semula ekonomi kita termasuk juga kutipan cukai.

final • 3:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Di mana pada hari ini kita melihat bahawa terlalu banyak penekanan diberikan pada kutipan cukai secara langsung (direct taxation). Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berhijrah kepada satu rejimen ataupun rejim kutipan cukai yang berbeza.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa bajet ataupun belanjawan pada hari ini harus dibaca bersama dengan National Economic Transformation Programme (ETP) dengan pelbagai NKEA nya. Kalau kita hanya membaca belanjawan, kita tidak akan dapat menangkap segala perancangan kerajaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab itu kalau kita lihat dari segi insentif yang diberi, kalau dahulu kita beri tax holiday secara umum kepada setiap industri, kita beri pioneer status dan sebagainya.

Pada hari ini kita melihat, betul-betul melihat dari mana kita hendak melihat pertumbuhan daripada segi sectoral dan kita telah mengenal pasti contohnya, oil and gas sector. Bukan hanya penapisan tetapi generally speaking, services dalam oil and gas sebagai satu sektor yang boleh menjana nilai tambah yang melibatkan pekerjaan, yang melibatkan teknikal know-how daripada tempatan Malaysia. Itu diberi satu insentif percukaian yang agak khusus. Ini adalah transformasi pada hari ini di mana pada hari ini kita lebih targeted dari segi insentif kita.

Juga kita melihat yang paling penting – antara yang paling penting bagi saya Tuan Yang di-Pertua, adalah penjanaan pekerjaan. Kita di pihak Barisan Nasional, kita tidak membuat unjuran tanpa kita melihat impaknya pada pekerjaan. Kita tidak buat contohnya pembangkang, dia berjanji macam-macam tetapi dia tidak explain berapa banyak pekerjaan

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

akan dijana. Dia cuma kata dengan belanjawan mereka, mereka akan menjana pekerjaan.

Mereka akan melihat pada pertumbuhan ekonomi tetapi tidak ada perancangan empirikal.

How many jobs are created? Berapa ribu pekerjaan akan dijana dan sebagainya. Akan tetapi kita lebih teliti daripada itu. Apabila kita bentangkan belanjawan, apabila kita perkenalkan Economic Transformation Programme, ada secara teliti berapa banyak pekerjaan yang akan diwujudkan ataupun dijana oleh perubahan yang dibawa oleh Barisan Nasional.

Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, bagi kita untuk melihat Malaysia menjadi negara yang berpendapatan tinggi, kita telah memberi satu sasaran bahawa menjelang tahun 2020, akan menjana 3.3 juta pekerjaan baru. Daripada ini, kebanyakannya datang daripada middle income or high-income job. Tidak betul apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang tadi bahawa penjanaan pekerjaan di bahawa Program Transformasi Kerajaan ini akan menjana pekerjaan hanya untuk kumpulan bawahan sahaja. Kita akan melihat menjelang tahun 2020 dengan terlaksananya Program Transformasi Ekonomi kita, 600,000 pekerja keluar daripada pendapatan yang terendah iaitu bracket pertama, pendapatan yang sama, bersamaan dengan RM1,000 sebulan kepada pendapatan RM1,000 hingga RM4,000 hingga RM7,000. Kita akan melihat peningkatan sebanyak 64% increase, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam number of middle income earners. Jadi, tidak betul apa yang disebutkan. Beliau menyebut bahawa peningkatan ini kebanyakannya datang daripada mereka yang tidak berijazah. Itu betul. Bukan kerana kita tidak mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka yang berijazah tetapi sebab perancangan Barisan Nasional adalah untuk memastikan bahawa peluang ini tidak hanya diberikan kepada mereka yang ada ijazah. Kita hendak memastikan bahawa latihan vokasional dan teknikal iaitu pelajar-pelajar yang tercicir daripada pendidikan arus perdana dapat pendapatan yang tinggi, dapat pekerjaan yang baik. Itu adalah perubahan struktur ekonomi. Bukan kita dalam lingkungan ataupun dalam kotak yang lama. Hanya mereka yang ada ijazah sahaja kita hendak beri pekerjaan. Kita hendak mewujudkan pekerjaan untuk semua across the board supaya mereka yang hanya ada latihan vokasional dan teknikal juga dapat menikmati gaji RM4,000 atau RM5,000 atau RM6,000.

Kita mula Tuan Yang di-Pertua, dengan 1 Januari ini. Kita mula dengan langkah berani dengan kita memperkenalkan gaji minimum. Gaji minimum RM900 di Semenanjung Malaysia dan juga RM800 di Sabah dan Sarawak. Gaji minimum ini rata-rata saya pergi, saya jumpa dengan majikan, saya bertanya, “Apakah gaji minimum ini hanya akan melibatkan mereka yang pada hari ini tidak mendapat gaji seperti itu, RM900? Contohnya, operator kilang, dapat gaji RM700, RM600. Apakah hanya gaji mereka sahaja yang akan naik? Akan tetapi majikan kata kita akan melihat across the board increase. Kita akan melihat mereka yang gajinya lebih daripada RM900 pada hari ini. RM1,200. Gaji mereka pun akan naik sebab ia akan ada corresponding increase, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dengan langkah yang kita buat dan kita realistik.

Kita tidak berjanji perkara yang akan memusnahkan ekonomi kita. Sekali lagi saya buat perbandingan antara Barisan Nasional dan pembangkang. Kita buat gaji minimum ini berdasarkan kepada rundingan, berdasarkan kepada kajian. Kita tidak pluck figures daripada awang-awang Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat pada apa yang boleh memberikan satu impak yang bagus kepada pekerja. Pada masa yang sama tidak membawa kesan yang negatif pada ekonomi kita. Malah kalau pakatan pembangkang, dia kata gaji minimum kita tidak mencukupi, dia hendak mencadangkan gaji minimum RM1,100.

Memang kalau kita dengar dari segi RM1,100 satu janji yang begitu baik sekali untuk pekerja, tetapi kita tidak tahu bahawa impak kesannya kepada ekonomi apa? Kesannya kepada ekonomi. Saya ambil contoh...

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini bukan study ataupun kajian daripada kerajaan kita. Ini kajian yang dibuat oleh Bank Dunia, World Bank. World Bank telah mengatakan bahawa dengan izin, “The World Bank has examined the impact of minimum wages based on total compensation on firm operation employment foreign direct investment and foreign labour. Simulation derived for computational general equilibrium models suggest that minimum wages in Malaysia should not be higher than RM900 based on basic compensation”.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi, di sini kita nampak bahawa apa yang kita usulkan itu adalah satu perimbangan antara tuntutan daripada pekerja yang selama ini saya bersetuju dengan perjuangan Yang Berhormat Hulu Langat contohnya yang berjuang untuk gaji minimum, saya juga bersetuju, tetapi pada kadar yang tidak akan memusnahkan ekonomi kita. Kita perlu faham, whatever we do, jangan sekali-kali kita memusnahkan ekonomi negara. Itu perbezaan Barisan Nasional dan pihak sana. Kita janji perkara yang boleh membangunkan ekonomi kita tanpa negara kita muflis, tanpa syarikat-syarikat tutup kedai, gulung tikar, tanpa kilang-kilang antarabangsa tutup kedai di Malaysia pindah ke tempat lain. Ini kerana kita hendak pastikan bahawa pertumbuhan kita, penjanaan ekonomi kita mapan dan sustainable. Tuan Yang di-Pertua, saya juga...

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sedikit Kuala Langat. Kuala Langat, minta laluan.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Rancak sangat itu.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta pencelahan.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya minta maaf Yang Berhormat Kuala Langat sebab saya betul-betul tidak ada masa. Minta maaf.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta pencelahan.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Mencelah sedikit.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan apa, saya tidak ada masa.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri, Yang Berhormat Rembau tidak beri laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan apa, saya selalu beri laluan. Akan tetapi pada hari ini saya banyak sangat saya hendak sentuh. Jadi, saya minta maaf.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Gaji minimum.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya minta maaf.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Rembau, beri laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut soal unjuran. Unjuran tadi banyak dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi.

Soal masalah unjuran. Unjuran kita tidak tepat. Unjuran kita over exaggerated dan sebagainya. Saya hendak beritahu just basic unjuran kita sebab inilah fakta statistik tadi Ketua Pembangkang kata statistic can be manipulated, tetapi ucapannya daripada A to Z semua statistik. Kita tidak tahu manipulated atau tidak. Akan tetapi apa yang hendak kita bentangkan Tuan Yang di-Pertua, target kita 2011, kita letakkan daripada pelan transformasi ekonomi. Kita beri unjuran ataupun target sasaran kita RM797 bilion daripada segi Nominal Growth National Income (GNI). Akan tetapi, ia punya keputusannya, ia punya actual, figurenya Tuan Yang di-Pertua adalah RM830 bilion. Maksudnya kita melepasi unjuran tersebut, 104%. Kalau GNI per kapita 2011 Tuan Yang di-Pertua adalah 9,500. GNI per kapita 2009 adalah 6,700. Jadi ada peningkatan. Daripada segi private investment RM94 bilion kita dapat tahun lepas. Akan tetapi targetnya hanya RM83 bilion. Sepatutnya kita melepasi, kita dapat 113%.

Saya sebut ini Tuan Yang di-Pertua, sebab kita dalam unjuran kita ini, mesti berasaskan kepada realiti. Mesti kita pijak atas bumi yang nyata dan ini perbezaan Barisan Nasional dan juga pembangkang. Nasib tahun ini Tuan Yang di-Pertua, dia bentang dia punya belanjawan jadi kita boleh compare. Bukan kita hendak bahaskan soal belanjawan mereka, tetapi kita hendak compare soal siapa yang realistik. Siapa yang pijak atas bumi yang nyata dan siapa yang berkhayal dan bermimpi di siang hari apa yang tidak dapat dilaksanakan. Saya hendak beri contoh kepada Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Rakyat antara janji manis mereka, pakatan pembangkang antara janji manis mereka they so-called famous RM4,000 pendapatan. Setiap isi rumah akan dapat pendapatan RM4,000 dalam tempoh masa lima tahun mereka memerintah. Saya pernah kata dalam debat waima dalam rencana, saya pernah kata ini akan menelan perbelanjaan RM96 bilion daripada segi

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

income support, yang akan menelan perbelanjaan RM96 bilion daripada segi income support.

final • 3:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Selepas itu mereka jawab, tadi Ketua Pembangkang pun jawab. Dia kata there is misunderstanding. Ada salah faham sebab bukan kita hendak menampung perbezaan pendapatan dengan cash handout, ya betul ya? Bukan kita hendak menampung perbezaan pendapatan dengan cash handout. Contohnya kalau isi rumah itu hari ini pendapatannya RM2,000, bukannya kerajaan mereka akan beri RM2,000 lagi untuk menampung.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi mereka akan menjana pertumbuhan ekonomi, akan meningkatkan gaji supaya sampai ke tahap RM4,000 setiap isi rumah.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejaplah Yang Berhormat Kuala Selangor, belum habis lagi. I tengah syok ini.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, RM4,000. Okay, let’s kita beri benefit of the doubt. Selepas saya beri hujah ini Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya hendak menjelaskan bahawa it is impossible. Saya beri contoh, kalau kita hendak tengok pendapatan kita, isi rumah kita, naik sampai RM4,000 setiap isi rumah dalam tempoh masa lima tahun Tuan Yang di-Pertua. Saya buat dia punya calculation. Dia kena melihat kepada Compounded Annual Growth Rate (CAGR) maksudnya kadar pertumbuhan tahunan berganda. Compounded Annual Growth Rate sebanyak 21.7% dalam tempoh masa lima tahun. 21.7% Compounded Annual Growth Rate untuk mencapai RM4,000 yang disasarkan oleh pembangkang. Saya hendak beritahu kepada Dewan, tidak ada sebuah negara pun yang pernah mencapai Compounded Annual Growth Rate sebanyak 21.7%. Kita tengok negara yang paling pesat pertumbuhannya dalam dua dekad yang lepas ini, negara China.

Tidak ada negara lain yang tumbuh dengan begitu pesat melainkan negara China, Mainland China. Kita melihat China Average Lower Middle Class Disposable Income, Compounded Annual Growth Rate from 2,000 to 22,008, 10% sahaja. Thailand average house world income, 2001-2007, 6.3% Malaysia average house world income Compounded Growth Rate 3.3%, macam mana hendak cari 21.7% ini?

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua. Cukuplah itu.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kalau kita ambil target yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dalam unjuran pemandu, dalam unjuran kerajaan. Kita hendak ada Growth National Income (GNI) per capita sebanyak USD15,000 pada tahun 2020. Itu hanya melibatkan Compounded Annual Growth Rate of 6.54%. Kalau China yang tumbuh dengan 8%, 9%, dan 10% pada tahun 2000 hingga 2010, kalau mereka pun tidak dapat sampai Compounded Annual Growth Rate of more than 10%, macam mana Pakatan hendak janji hendak dapat sampai RM4,000? Oleh sebab itu saya maksudkan bahawa...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sudah...

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

This would not be satisfied dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

*This would not be satisfied, through growth.

This has to be satisfied*...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Through top up. Oleh sebab itu kita kata ini top up. Top up angka besar dia adalah RM96 billion.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Melainkan ini bukan gajilah.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cukuplah.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sebab pakatan pembangkang dia kata..

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cukuplah.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Manifesto ini bukan janji. Manifesto ini tidak perlu dilaksanakan.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi saya tidak tahu.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi ini realitinya. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rembau yang akhirnya baru memberikan laluan yang saya kira daripada awal tadi Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini mendengar pelbagai mis, bukan sahaja mis-gross, mis-representation of all our policy advocacy dan dia terus-terusan menyatakan sedemikian seolah-olah itu adalah kebenaran. Kebenaran yang diciptanya kemudian diulang-ulanginya.

Pertama tadi tentang PTPTN, dia tahu. Dia telah berdebat dengan saudara Rafizi and lost and been trash in the eyes on the nation. He was trashed and I was there. I witness it.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kedua, on this even, dengan segala para penalia pemandu with all in the billions of ringgit, masih lagi. Kalau kita hendak kata GNI per capita PEMANDU pun ada tiga. ‘The true worth… ukuran sebenarnya...pendapatan per kapita yang keluar... ‘benchmark’ sehingga hari ini, Menteri itu masih tidak dapat tetapkan lagi apa dia the trough loss. What is the GNI per capita yang sama ada bersangkutan dengan pertumbuhan 6% kah, masih lagi tidak dapat. You have this represented us of it,, that is ‘gospel true’. Itu satu perkara tidak benar and you know that very well. Itu adalah satu perkara yang tidak benar. You knew it but you sengaja ulang-ulangi perkara itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Itu sahaja hujah? Tidak apa, sit down. Itu sebab saya tidak beri laluan tadi sebab buang masa. It is a ‘gospel true’. Ada dalam Buku Jingga, dalam you punya belanjawan Pakatan, DAP ini pun ada. Semua ada yang RM4,000 itu. Oleh sebab itu saya kata...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

RM4,000 Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh sambung lagi.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sementara Yang Berhormat Rembau mencari, boleh...

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya beri kepada...

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau hendak saya sambung boleh...

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya beri kepada Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau hendak betul, saya sambung...

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau dan Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa dia RM4,000 itu sebenarnya saya boleh hujahkan tetapi not to be fair.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia sebenarnya bukan susah sangat hendak membaca Buku Jingga atau pun belanjawan ini. Nipis sangat. Hah! RM4,000 itu saya setuju kita buat kajian ini bersama kerana top up. Actually, RM93 bilion Yang Berhormat Rembau, RM93 bilion hingga RM96 bilion. Akan tetapi saya hendak bawa pandangan Yang Berhormat Rembau terhadap suatu perkara tentang unjuran tadi. Yang Berhormat berkata tentang unjuran.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, bertahun-tahun sejak tahun 2008 ini kita dengar daripada parti pembangkang terutamanya Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa Pulau Pinang, Selangor apabila Pakatan memerintah di negeri-negeri tersebut, bajet mereka balance dan dia mendabik dada bahawa inilah kehebatan Pakatan Rakyat.

Selepas itu keluar pula Belanjawan 2013 daripada Pakatan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya dua perkara Yang Berhormat Rembau yang ingin saya sentuh. Satu, mereka unjurkan bahawa growth untuk ekonomi negara kita 5.2%.

Dengan meletakkan 5.2% sebagai kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun hadapan, itu adalah satu pengiktirafan yang cukup tinggi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyediakan platform ekonomi yang terbaik untuk mereka mendapat 5.2% tahun hadapan. It is a fact. Jadi kalau mereka letak 5.2%, secara tidak langsung Yang Berhormat Permatang Pauh terpaksa makan hujah-hujah beliau bahawa kononnya ekonomi sekarang ini tidak mampan dan tidak sustainable. Keduanya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Rembau. Bertahun-tahun kita dengar defisit ini tidak baik, kita harus balancekan bajet kita dengan pendapatan dan perbelanjaan. Alih-alih Tuan Yang di-Pertua, keluar pula in 2013 Pakatan Rakyat projek bajet defisit 3.5%. Kalau benarlah hujah mereka bahawa defisit ini harus diselesaikan, the moment they become government and Putrajaya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu unjuran mereka ini tidak meletakkan 3.5% bajet defisit untuk tahun hadapan. Jadi ini cerita tidak serupa bikin Yang Berhormat Rembau. Saya minta komen sedikit

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud fahamkah defisit ini apa benda ini?

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Rembau, Jasin Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, masalah Yang Berhormat you think you are that is only one of intelligent in this Dewan. This is your problem.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You know only 1% defisit, it is RM9 bilion. You know Yang Berhormat Kota Belud?

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

This is your problem.

final • 4:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You know that very well.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya beri laluan sekejap kepada Yang Berhormat Jasin.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rembau. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sahabat saya yang membuat hujahan dengan fakta-fakta yang cukup bernas berbanding dengan Ketua Pembangkang tadi semua fakta-fakta direka-reka. Ini kerana kita jangan terperanjat bahawa mereka ini tidak berpijak di alam yang nyata kerana dia hanya penuh dengan persepsi dan juga menanamkan sifat kebencian. Sebenarnya, kita tidak perlu hendak cakap banyak-banyak. Kita telah dibekalkan macam-macam buku. Dalam buku ekonomi ini telah disebutkan berbagai-bagai dengan satu Jadual Pertama sehingga ke Jadual Empat Belas.

Ia bukan sahaja pendapatan perbelanjaan bahkan tentang isu defisit kita.

Jadi jangan hairanlah, kita tengok sekarang sehinggakan yang terakhir ini Standard & Poor telah mengesahkan bahawa keadaan kewangan kita dan pengurusan kewangan kita pada tahap double A1. Kita mesti berbangga dan kita dapat lihat ini dan mereka mengesahkan bahawa ekonomi kita diurus dengan secara cukup pragmatik dan kerajaan telah membuat segara usaha bagi memastikan supaya kerajaan kita ini berada dalam keadaan yang cukup terbaik sekali.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Jangan kita hendaknya dengar apa juga hujahan mereka sebenarnya mereka mereka-reka untuk menanam sifat-sifat kebencian kepada kerajaan. Tahniah Yang Berhormat Rembau.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua I just want to rectify...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Jasin bagi double A1 ini datang dari mana Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, Yang Berhormat tolonglah hormat sedikit Dewan ini, boleh tidak?

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, misleading the House lah.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, you are not only one here you know? Masalah Yang Berhormat ini selalu – Saya hendak bagi clarification just because Kuala Selangor tadi mengatakan dia terlalu pintar. Saya katakan – Saya hendak supaya jelas Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya katakan tadi bahawa dengan hujah mereka bahawa federal budget, bajet mesti balance. Kita dapati di dalam Bajet 2013 mereka, they expected government revenue RM197 bilion dan total expenditure RM234 bilion dengan defisit RM37 bilion. You tell me, you tell me, hendak bagi tahu sekarang?

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Let me answer this kalau you ask me.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tidak apalah dia bukan tanya you. Saya rasa defisit itu pun tidak betul Yang Berhormat Kota Belud. Dia kata defisit 35%, masih lagi defisit walaupun dia kutuk kita, defisit dia masih lagi defisit juga. Akan tetapi kalau kita ambil segala financial cost, janji-janji mereka, dia lebih daripada itu, I think the budget deficit to go more than 20%. Kita ini jadi macam Greece. Kalau kita ambil unjurannya, kita ambil unjuran sebab kita hari ini kita bagi taklimat sikitlah mengenai public accounting. Ada perbelanjaan yang *lock thin, lock thin expenses.

So* saya hendak minta pembangkang perbetulkan sikit. This is the budget of the government. Budget of the government based on the government, emolumen RM58,621,000,000. Bajet you RM56 bilion. Pencen dan gratuiti RM13.6 bilion, bajet you RM12 bilion. Bayaran khidmat hutang RM22 bilion. Ini angka yang sebenar. Bayaran khidmat hutang bajet you RM19.4 bilion. Maksudnya you ada shortfall RM6.9 bilion dari you punya kiraan, accounting. Jadi kalau tidak mahu potong gaji kakitangan awam, jadi kalau tidak hendak buang kakitangan awam daripada kerja you must revise your budget deficit yang ini daripada 3.5% to 4.1%. Lagi teruk daripada bajet defisit kita. Bajet defisit kita 4%. Oleh sebab you tidak tahu hendak kira macam mana hendak kira dari segi lock thin expenditure. Ini soal public accounting. Ini soal public accounting. Ini lock thin expenditure bukan variable. Ini bukan variable this is fix, fix chargers. Jadi, saya minta supaya buat pembetulan dalam you punya bajet ini. Letaklah lampiran, kepilkan lagi macam ayat al-Quran tadi kepilkan lagi.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Ketawa] KJ buat joke ya?

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada yang lain. Saya hendak bangkitkan soal pengurusan hutang negara. Ini disebabkan perkara sering kali dibangkitkan. Kita melihat bahawa penting untuk Dewan ini kita bahas soal hutang negara.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, hutang negara ini adalah satu perkara yang sering kali dibangkitkan dan dengan hujah bawah hutang kita tidak stable dan negara kita seolah-olah akan menjadi negara yang muflis, negara macam Greece dan sebagainya.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada kadar hutang sehingga Ogos 2012, jumlah hutang kerajaan adalah RM480 bilion. Kerajaan memastikan kadar hutang ini diurus dengan berhemah (prudent) di mana komponen hutang terbesar adalah dalam negara di mana 96% daripadanya adalah hutang dalam negara yang mana memberikan kita perlindungan daripada risiko perubahan kadar tukaran wang antarabangsa.

Kita kena clarify perkara ini Tuan Yang di-Pertua, sebab kalau hendak buat perbandingan dalam ceramah, mana-mana sahaja. Kata hutang negara kita terlalu tinggi.

Kita akan jadi macam negara Greece, sovereign default dan sebagainya. Kita kena buat perbezaan soal hutang negara ini. Hutang negara Greece 3.4 hutang mereka adalah hutang luar, hutang daripada luar negara. Hutang foreign debt. Akan tetapi kita cuma 3.8%

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

sahaja perbezaan, perbezaan. Jangan – Saya pun risau. Saya pun risau kadar hutang tetapi jangan kita over state perkara ini bahawa tidak ada fiduciary responsibility, kebertanggungjawaban dari segi pengurusan kewangan daripada pihak Barisan Nasional.

Seolah-olah hutang kita sudah menjadi satu runaway train yang tidak dapat kita kawal langsung.

Kita kena tengok bahawa perbelanjaan mengurus kita dibiayai oleh hasil pendapatan kerajaan. Hutang yang kita ambil sebahagian besar yang tidak disebut oleh pihak pembangkang yang terpaksa saya sebut bagi pihak backbenchers Barisan Nasional.

Hutang yang kita ambil adalah perbelanjaan yang produktif investment. Latihan, soal pendidikan yang ada return on investment, yang ada pendapatan pulangan kepada kita dalam jangka masa yang akan datang. Lain, kalau kita ambil hutang untuk membayar hutang.

Negara Greece contohnya di Kesatuan Eropah terpaksa mengambil hutang daripada European Central Bank semata-mata untuk membayar hutang lama. Itu beza dengan kita. Kita ambil hutang supaya kita boleh dapat buat pelaburan untuk masa depan.

That’s the basic different antara negara yang ada bermasalah dengan hutang negara seperti Malaysia di mana kita masih lagi sustainable. Pinjaman kita Tuan Yang di-Pertua hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

Kita masih lagi mematuhi sekatan meminjam di bawah undang-undang dan juga peraturan. Contohnya had kebenaran Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 – RM35 bilion, had semasa – RM17.5 bilion, dan juga Akta Perbadanan Kerajaan 1983 tidak melebihi 55% KDNK. Kita 52.4% KDNK dan lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua nisbah bayaran khidmat hutang kepada hasil. This – yang ini penting, sebab kita hendak tahu sama ada nisbah pembayaran hutang kita dengan hasil kutipan kerajaan, apakah nisbahnya?

Kalau nisbahnya terlalu tinggi, contohnya kalau 20% ataupun 30% daripada pendapatan kerajaan itu dibayar hutang, maka kita boleh melihat bahawa itu adalah satu isyarat merah (red light) warning light bahawa nisbah pembayaran kita tidak sustainable. Akan tetapi kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua prudent, international prudent dari segi nisbah debt repayment over national revenue ataupun nisbah bayaran khidmat hutang kepada hasil untuk tahun 2012 adalah 10.9%.

International acknowledges that the level is 15% adalah prudent. Kurang daripada 15% prudent, lebih daripada 15% adalah fiscally irresponsible. Jadi kalau kita tengok dari segi statistik pembayaran nisbah bayaran khidmat hutang, debt repayment divided by national revenue ataupun pendapatan negara masih lagi dalam lingkungan prudent. Kalau kita buat perbandingan dengan negara-negara yang lain Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit, Yang Berhormat Rembau...

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

...Tadi kita dengar macam- macam perbandingan. Yang Berhormat Kuala Selangor minta maaf, saya hendak habiskan.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bolehlah, sedikit sahaja, 30 second sahaja.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Peratusan hutang dengan KDNK pada tahun 2011...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Standard and Poor...

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

...Kadar kita jauh rendah, jauh rendah...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Standard and Poor rating.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tidak, tidak...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit sahaja Rembau. Standard and Poor, please if you allow. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju kalau Rembau boleh memberikan komentar mengapa dari sudut penarafan yang dibuat oleh Standard and Poor and... rating yang telah pun – Standard and Poor have already down graded us to A- bukan seperti double ‘A+’ ataupun double ‘A’ apa tadi disebutkan oleh Jasin.

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Double A1...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Double A1 katanya. Gross misrepresentation dalam Dewan ini. So, please there is a lot of concern. This morning dalam BFM, Credit Suisse dan juga Deloitte menyebutkan tentang there is no concrete efforts – Tidak ada dalam berbelanjawan konkrit steps by way apa yang dikatakan sebagai – By way of di dalam muka surat 35 apabila Menteri Kewangan berucap.

Konsolidasi fiskal. Fiscal consolidation that’s hardly any concrete measures to take account of 15 years of fiscal deficit use spent in bad time is understandable. You pump prime. But you also over spend in time. That is reckless. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Rembau, saya tambah sedikit, Jasin. Tadi mungkin ada sedikit kesilapan. Akan tetapi saya hendak tambah sedikitlah apa yang Yang Berhormat Rembau cakap tentang hutang ini. Sebenarnya dalam operating kita ada surplus tetapi bila campurkan tentang pembangunan barulah kita berhutang. Pembangunan adalah untuk tujuan pertumbuhan dan juga mendapatkan pulangan supaya bukan sahaja kita dapat memberikan kesejahteraan kepada ummah bahkan kita mahu melihat supaya negara kita terus maju. Jadi, kita hendak sebut tentang hutang ini bahkan bukan sahaja kita prudent, bahkan kita telah benar-benar dapat mengurangkan hutang pada tahun 2012 ini, kita hanya dalam 39.99. Sebelum itu adalah 42.2.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi, maknanya kerajaan telah membuat berbagai-bagai usaha bagi memastikan supaya pengurusan kewangan kita berada dalam keadaan yang terbaik. Apa pandangan Yang Berhormat Rembau?

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya hendak sambung soal hutang dan juga menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Jasin tadi mengenai penarafan atau pun rating kita di peringkat antarabangsa dengan lebih teliti. Sekejap lagi ya. Cuma yang saya hendak kata ini jelas supaya kita mendapat perbandingan antarabangsa mengenai kedudukan kewangan negara kita.

Hutang kerajaan kita memang 52.4% KDNK. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, Amerika Syarikat 68.7%, United Kingdom 81%, Jepun 200%, Jerman 83%, Itali 120%, India 52.7%, Singapura 98% dan Filipina 54.5%. Ini bukan soal over spending in good times tetapi ini adalah soal managing budget, sustainable budget deficit dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita kena memahami 10 tahun yang lepas ini, bukan seperti 10 tahun sebelum itu. Kita kena memahami iklim ekonomi dunia 10 tahun yang lepas ini adalah begitu mencabar sekali, how many global recession, how many global financial crisis? Berapa banyak bank pelaburan gergasi daripada Lehman Brothers... yang telah muflis, yang telah memusnahkan capital market, yang telah memusnahkan ekonomi dunia.

Dalam keadaan inilah di mana kita terpaksa membelanjakan counter cyclical Maksudnya kita belanja di mana kita cuba keluarkan ekonomi kita daripada recession untuk memastikan bahawa pertumbuhan itu dapat kita jaga pada taraf ataupun pada tahap yang tinggi. Sebab itu kita buat. Bukan kita buat soal tidak ada sebab kita hendak belanja, kita belanja. Bukan soal kita meningkatkan hutang negara kita disebabkan tidak ada sebab.

Kalau kita tengok daripada tahun 2000 sampailah ke hari ini, 10 tahun yang lepas, 2002 sampailah 2012 tahun ini. Kita melihat setiap tahun sudah ada satu gegaran ekonomi yang diperlukan kita...

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Meningkatkan perbelanjaan kita.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, there were two economic cycles.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Two economic cycle Yang Berhormat Rembau.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Kuala Selangor pun tahu the ramification from a economic cycle bukan satu tahun, bukan dua tahun.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Exactly. Exactly!

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ia tiga tahun. Jadi...

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu kita dapati bahawa Indonesia even Thailand, even Australia experience balance budget, surplus budget. Why not we?

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya. Indonesia is a very good comparison Yang Berhormat Kuala Selangor. Indonesia didapati penarafan mereka turun daripada BBB to BBB. Jadi, kalau itu menjadi contoh bagi Yang Berhormat Kuala Selangor, tahniah, tahniah.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

They started from a low based, they started from a low based. You know that very well.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Oh! Low based, tiba-tiba low based. Tiba- tiba low based. Tadi puji Indonesia. Bila saya keluarkan fakta low based.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

But how about the growth?

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Stop changing, stop shifting the...

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

About 6.9% growth.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Stop shifting the low... Saya hendak beritahu ini soal penarafan. Saya hendak jelaskan bahawa bila convenient kepada mereka, mereka akan keluarkan fakta tetapi kadang-kadang fakta ini tidak betul, tidak betul. Ini satu penipuan yang cukup jelas dan nyata dalam belanjawan. Saya baca verbatim. “Indeed ratings agency Fitch further downgraded our long term RM sovereign...

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

I thought not worth reading.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Debt rating to A- from A in August 2012...” Ini yang disebut. Terjemahannya adalah “agensi penarafan Fitch telah menurunkan penarafan hutang jangka masa panjang kita daripada A ke A- pada Ogos 2012.” Saya hendak tengok betul atau tidak. Saya tengok ini artikel yang keluar dalam The Edge Wednesday 1 August 2012. “Fitch Ratings maintained Malaysia’s strong sovereign ratings, at the same time warned of a possible downgrade if the country's “deteriorating” public debt ratios were not reversed. In a report on Wednesday, the international rating agency affirmed Malaysia's Long-Term Foreign and Local Currency Issuer Default Ratings (IDRs) at "A-" and "A" respectively. The outlook for both ratings is “Stable…” Maksud ‘affirmed’ ini kekalkan. Bukan menurunkan penarafan. Macam mana boleh menipu? Kalau benda yang basic pun boleh menipu betullah kata Perdana Menteri kita this budget is not worth the paper it’s printed on, penipuan.

[Tepuk] Benda yang basic, penarafan, bohong, tipu! Tuan Yang di-Pertua, nasib baik dia tidak bentangkan dalam Dewan ini. Kalau tidak mengelirukan seluruh Dewan, seluruh negara. Mengelirukan benda yang basic. Itu tidak termasuk lagi soal fiskal defisit, soal unjuran yang tadi yang saya sebutkan banyak, macam-macam yang salah. Ini perkara yang mudah. Pergi jumpa Google. Google kan sahaja. Tidak jumpa Google lagi, cari Google. Cari Google dalam itu, Fitch Ratings. Affirm, maksudnya kekalkan.

Yang Berhormat Pokok Sena tidak faham, kekalkan affirm. *Stay the same.

[Ketawa]* Saya hendak cakap soal penarafan ini. Tadi dia cakap soal penarafan. Kita tengok penarafan. Dia kata Fitch, dia kata Standard and Poor’s (S&P), macam-macam lah. Dia kata “However Fitch opined that Malaysia's political willingness to reform and strengthen its fiscal revenue base, improve budgetary flexibility and lessen the reliance on energy-linked revenues would be supportive of the ratings at their current level…” Maksudnya dia yakin, dia yakin.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia yakin bersyarat, dia yakin bersyarat.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan begitu.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Can you read it back again? Harap boleh faham bahasa...

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dia kata additionally.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Harap boleh faham bahasa yang dibaca itu.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejaplah. Saya belum habis.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia yakin bersyarat.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat Rembau duduk dahulu Yang Berhormat Rembau. Saya ingatkan lagi, kalau mencelah itu minta izin dahulu daripada yang sedang berhujah. Jangan terus berdiri, selepas itu lemparkan hujah. Tolonglah Ahli Yang Berhormat. Kalau nanti saya ambil tindakan keras, nanti buruk juga padahnya, saya juga yang kena. Sila Yang Berhormat Rembau.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

“Additionally, the successful implementation of the government's structural reform package – resulting in a rise in investments or Gross Domestic Product (GDP) growth – would be positive for the ratings...” Memang betul bersyarat tetapi dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, melihat pertumbuhan ekonomi, melihat peningkatan dari segi private investment. Jadi, syarat itu telah ditepati, syarat itu telah dicapai. Saya sebut juga S&P...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Shah Alam berdiri Yang Berhormat Rembau.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau tidak beri laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya sebut. Ini *Standard and Poor’s.

Standard and Poor’s* tidak bersyarat. Standard and Poor’s cakap secara langsung The sovereign credit rating on Malaysia reflects the country’s strong external liquidity position, its competitive middle-income economy and high savings rate.:.” “Generally pragmatic economic policy and the government afford to enhance transparency have improved Malaysia business environment. Ini Moody’s pula. Ada tiga syarikat ataupun agensi penarafan besar dunia. Moody’s, S&P and Fitch. Moody’s yang ketiga.

“The country’s financial system and strong corporate sector contribute to the country net international investment surplus. These advantages have ensured the 'finance- ability' and 'affordability' of Malaysia's large fiscal deficits and higher government debt relative to its peers…” Maksudnya kelebihan yang ada pada fundamental asas ekonomi kita membenarkan kita finance, membiayai defisit dan juga hutang kita tanpa masalah.

“The stable outlook is supported by recent trends in economic performance as well as initial gains from the government afford as structural reform…” Maksudnya, agensi penarafan Moody’s memperakui bahawa transformasi yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional inilah yang telah memberi stable outlook yang diberikan kepada kita. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Rembau, cerita tentang rating ini amat penting sebab dia adalah sebahagian daripada ekonomi ataupun Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Pada muka surat 13 Yang Berhormat Rembau, very clearly Tuan Yang di-Pertua dia kata di sini “indeed rating agency Fitch further downgraded our long term RM sovereign debt rating to A- from A in August 2012…” Ini adalah fakta yang tertulis di dalam muka surat 13 Belanjawan Pakatan Rakyat. Akan tetapi pada masa yang sama, laporan yang dibuat tadi. Ayat pertama dalam laporan The Edge yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi.

final • 4:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ayat pertama pun mengatakan “Fitch rating maintain Malaysian strong sovereign ratings but at the same time has warned a possible downgrade at the country deteriorating public debt ratio”. Akan tetapi faktanya ialah dalam unjuran, dalam dokumen di sini mengatakan bahawa Fitch telah mengurangkan atau merendahkan atau menukar downgrading.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 4:30 PM

Mesyuarat] Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

How can? Bagaimana Pakatan Rakyat mahu rakyat mempercayai dokumen belanjawan...

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa benda ini, Yang Berhormat Kota Belud? It’s so clear. It’s so clear.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya belum. Am I talking to you, Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It is so clear.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, you know if you want, you minta, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It is so clear.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, tolonglah.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It is so clear. You just have admitted it.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, I don’t think you understand the tradition of this Dewan, Yang Berhormat. No, saya hendak menjawab.

Sekejap. Sekejap sahaja, Yang Berhormat. Saya ulang lagi. Mungkin Yang Berhormat tidak faham bahasa Inggeris. Dia kata di sini dalam muka surat 13, ‘indeed, ratings agency Fitch further downgraded from our long terms sovereign debt rating to A minus’. Maknanya ada penurunan. Akan tetapi Fitch kata tidak ada penurunan. Dia cuma kata dia bagi amaran. Kalau public debt ratio tidak dikurangkan, maka akan ada masalah di depan. Akan tetapi tidak ada pengurangan atau penurunan. You have to admit. Saya minta Pakatan Rakyat, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Shah Alam terima bahawa ada satu penipuan di dalam buku belanjawan ini. Ini yang kita mahu.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud. Maaf, Yang Berhormat Rembau.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan Yang Berhormat Kota Belud punya floorlah tetapi saya punya floor. Akan tetapi tidak apa. Saya...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Rembau, relaks. Ada masa lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sebab clear. Clear. So saya hendak pergi kepada perkara lain Tuan Yang di-Pertua. Ini soal tadi disebut...

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Clarification Yang Berhormat Rembau.

Bolehkah?

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tadi disebut sedikit tentang...

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit, tidak boleh?

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tentang...

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Shah Alam ataupun Kuala Selangor?

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tadi disebut sedikit tentang federalism. Saya perlu jelas di sini seolah-olah diberi gambaran bahawa hubungan, prinsip federalism di bawah Kerajaan Barisan Nasional ini tidak dipatuhi langsung dan seolah-olah kita – very central atau central government centric tanpa kita memberi penghormatan kepada negeri- negeri. Oleh sebab itu ada umpanan daripada pembangkang hendak buat Pan Borneo Highway. Setahu saya Pan Borneo Highway ini idea daripada Barisan Nasional dan diciplak oleh pembangkang.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sebahagian daripada highway, sebahagian daripada lebuh raya ini sedang dibina.

Sahabat saya daripada Sipitang dia tahu. Dia lagi arif. Dia duduk di situ. Bukan dia datang daripada Semenanjung buat ceramah selepas itu lari. Dia memang tahu. Jadi soal federalism ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan. Tuduhan, kalau ada andaian bahawa federalism tidak dihormati ataupun keadaan politik hari ini mengundang kepada kezaliman dilaksanakan kepada negeri-negeri yang bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Ini kita perlu letak dalam konteks yang sebenar supaya rakyat memahami.

Rakyat memahami bahawa keadilan itu kita bawa kepada semua dan kita tidak menzalimi, kita tidak hukum, kita tidak punish mana-mana pihak walaupun keputusan kecenderungan pilihan politik mereka.

Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud itu saya hendak ulangi sebab ada tuduhan bahawa statistik itu tidak betul. Ketua Pembangkang dengan angkuh berkata statistik itu tidak betul. Pergi ambil daripada Kementerian Kewangan. Jadi tadi dalam break tadi saya pergi jumpa pegawai dari Kementerian Kewangan. Saya minta statistik soal perbelanjaan dan kutipan cukai Kerajaan Persekutuan di empat negeri bagi tahun 2006 hingga 2011 supaya kita faham. Ini terutama untuk contoh rakyat daripada negeri Kelantan yang menuntut royalti dan sebagainya. Ini konteks sebenar. Konteks sebenar pada tahun 2008 and 2011. Contoh, jumlah kutipan cukai di negeri Kelantan pada tahun 2008. Ini hasil kutipan cukai yang Kerajaan Persekutuan dapat daripada negeri Kelantan pada tahun 2008 adalah sebanyak RM249 juta. Kalau ikut semangat federalism, sudah sepatutnya kerajaan membelanjakan at least, sekurang-kurangnya RM249 ke negeri Kelantan proportionate dengan apa sumbangan rakyat negeri Kelantan kepada federal purse ataupun kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Akan tetapi pada tahun yang sama, ingat tadi saya sebut sebanyak RM249 juta kutipan daripada negeri Kelantan pada tahun 2008.

Belanjawan ataupun dibelanjakan perbelanjaan Kerajaan Pusat untuk negeri Kelantan pada tahun itu sahaja sebanyak RM4.3 bilion.

[Disorak] RM4.3 bilion.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Duit royalti yang tidak diberikan itu, Tuan Yang di-Pertua. Duit royalti yang dirompak itu lebih daripada itu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Rembau perlu faham.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Sudah ambil banyak, lagi beri sikit, bising pula.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bilion Ringgit Malaysia. Saya tidak halang perjuangan Yang Berhormat Kuala Krai bawa ke mahkamah royalti dan sebagainya. Cuma saya hendak tunjuk bahawa existing dengan sedia ada pun, sumbangan kita lebih banyak daripada apa yang diminta oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang dirompak jauh lebih banyak daripada yang diberi balik. Tidak usah hendak bohonglah. Jangan bohong. Data mengatakan rompakan lebih besar.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya belum habis lagi. Saya belum habis lagi.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tunjuklah, tunjuk.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Negeri Kedah – kutipan cukai Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008 adalah sebanyak RM1 bilion. Yang dibelanjakan di negeri Kedah oleh kerana negeri Kedah walaupun di bawah Kerajaan Pembangkang, kroni Pakatan Rakyat, walaupun tidak pilih Barisan Nasional tetapi oleh kerana kita masih lagi sayang, cakna kepada rakyat negeri Kedah, kita belanjakan hampir RM6 bilion, six times! Macam mana hendak kata kita zalim? Macam mana hendak kata kita zalim?

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Less given...

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Menyampuk] Kalau berani beritahulah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini syarikat kroni. Buat projek bina jalan, dia bagi ....

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Jangan hendak kelentonglah.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Dia bagi kepada siapa? Dia bagi kepada siapa? Kerajaan Persekutuan. Dia tidak bagi melalui kami. Kutip daripada rakyat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Kedah, duduk, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Bagi keuntungan kepada UMNO.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Malu depan Yang Berhormat Kepala Bataslah.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dengarlah. Dengarlah dahulu.

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Malu dekat depan bapa mertua.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, itu negeri Kedah dan negeri Kelantan. Kita faham sebab negeri Kedah dan negeri Kelantan memerlukan perbelanjaan. Akan tetapi negeri Selangor...

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Sebutkan negeri yang bagi banyak, Kerajaan Pusat beri sedikit. Cuba sebutkan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Negeri Selangor, negeri Selangor, negeri Selangor.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Mana negeri yang sumbang banyak tetapi diberi sedikit kalau ada. Contoh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Negeri Selangor ini, negeri Selangor ini.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Negeri Melakakah, negeri Sembilankah.

Contoh kalau ada.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Selangor, Selangor, Selangor. Selangor, Selangor, Selangor.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau berani, contoh. Negeri Sembilan?

Melaka? Perlis sumbang banyak mana? Pusat bagi banyak mana? Cuba tengok. Cuba kalau berani.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Hutang lagi. Sabah, Sarawak, dia sumbang banyak mana, bagi banyak mana? Jawab! Jawab!

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak, tidak. Saya tidak main dengan Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud duduk. Saya main dengan Yang Berhormat Rembau. Sorry! Sorry! Yang Berhormat Rembau. Duduk, duduk. Jangan buat malu Sabah. Duduk, Yang Berhormat Rembau.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mungkin dia buat proportionate agihan.

Emolumen Kerajaan Pusat keseluruhannya selepas itu diagih-agihkan mengikut negeri.

Pergi kepada negeri ini banyak ini, pergi kepada negeri itu banyak itu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Rembau.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey, itu Kedah dan Kelantan. Tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Krai sebab bersemangat selepas naik private jet. Memang bersemangat itu. Bersemangat. Bersemangat sejak naik private jet bersemangat ini.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yalah, Yang Berhormat Rembau naik tiap-tiap hari.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey, okey, okey. No, no, no. Selangor.

Selangor buat tahun 2008.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, masa. Tuan Yang di-Pertua, masa.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kutipan cukai untuk negeri Selangor. Ini negeri yang paling maju. Sebanyak RM13 bilion kutipan cukai daripada negeri Selangor.

Yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk negeri Selangor adalah sebanyak RM14.5 bilion.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

My point again. Berikan satu contoh negeri yang...

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Menyampuk]

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bagi contoh.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I tell you.

final • 4:30 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Adil bagi kami. Yang kaya pun kita bantu.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Mana ada negeri yang bagi lebih tetapi Pusat bagi sedikit. Contoh. Bagi contoh.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bagi contoh.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terimalah hakikat, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak ada.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terimalah hakikat bahawa Barisan Nasional tidak menganiaya Kelantan.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ertinya perbelanjaan itu adalah perbelanjaan yang wajib oleh Kerajaan Persekutuan.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bawa bertenang.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Memang wajib. Nothing doing, nothing doing.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Pulau Pinang, Pulau Pinang, Pulau Pinang.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bukan sesuatu yang – penemuan yang seperti magical oleh Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau jangan buat malulah.

final • 4:30 PM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Saya yakin Yang Berhormat Rembau telah menyalahgunakan nama Kementerian Kewangan untuk memberikan fakta-fakta yang menyeleweng. Saya rasa ia tidak boleh diterima.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat. Tadi Ketua Pembangkang minta kita pergi jumpa Kementerian Kewangan. Saya mintalah.

final • 4:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bermain dengan Yang Berhormat Rembau. Ini ada semua ini statistik daripada Kementerian Kewangan.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Okey, beri the breakdown. Give us the breakdown.

final • 4:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya minta tidak mengganggu Yang Berhormat Rembau. Please.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak beri laluan.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Memang tujuannya minta penjelasan.

Mana negeri yang banyak...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kota Belud. Duduklah Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya bagi kepada Yang Berhormat Ledang.

Selepas itu Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rembau, tadi Yang Berhormat Rembau mengambil contoh ataupun fokus kepada negeri Kelantan, fokus kepada negeri Kedah, fokus kepada negeri Selangor dan Pulau Pinang atas tajuk, atas sifat pendekatan Yang Berhormat Rembau iaitu jelas bahawa – pihak pembangkang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat menzalimi kerajaan negeri pembangkang. Itu tajuknya! Itu tajuk dia.

Bukannya kita hendak membandingkan dengan negeri lain. Itu satu.

Keduanya, Yang Berhormat Rembau, angka-angka Yang Berhormat Rembau dapat tadi ini sebenarnya datangnya dari Kementerian Kewangan. Tengah hari tadi Yang Berhormat Rembau, saya juga merujuk kepada Kementerian Kewangan. Saya tanya adakah angka-angka ini benar dan dari Kementerian Kewangan? Mereka kata betul.

Maknanya mereka menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan! Mereka mengatakan bahawa ini adalah angka-angka. Mereka menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan! Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tolong baca semua negeri. Kita hendak dengar.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Tidak payahlah!

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Apa tidak payah? Baca semua negeri.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau hendak tahu ada penindasan ataupun sebaliknya, kena banding negeri-negeri lain.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Kalau hendak tahu ada perbezaan terhadap Pulau Pinang dan juga terhadap Kelantan kena tunjuk negeri lain dapat berapa.

Barulah kita dapat buat perbandingan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau bagi Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Negeri Sembilan tidak pernah tuduh kerajaan tidak adil.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita hendak tahu Perlis dapat berapa.

Negeri Sembilan dapat berapa.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Negeri Sembilan berpuas hati. Tidak tuduh Kerajaan Persekutuan tidak adil.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Negeri Sabah tidak tuduh Kerajaan Persekutuan tidak adil kalau tidak tengok Pulau Pinang itu!

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Melaka..

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Minta duduk Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Ini hendak menjawab kata tuduhan tidak adil.

Penyelewengan itu.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Inilah kena bawa hujah yang cukup.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Kita jawab!

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini bukan... So your argument does not…

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Dengarlah!

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini hanya separuh daripada hujah.

Tunjuk negeri lain dapat berapa.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Kita hendak dengar Sabah.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, saya hendak tolong menyelesaikan masalah yang bising ini. Boleh tidak Yang Berhormat tidak payah sebut lagi statistik tadi sebab mereka ini pedih dengar cerita Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Rembau hendak tanya sedikit.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Cuma saya hendak just mengakhiri bab ini dengan Pulau Pinang. Just for the record of Pulau Pinang.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Baca semualah. Perlis, Perlis. Yang paling kecil sekali Perlis. Kalau boleh jawab itu saya salutelah.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Revenue to Federal, Penang..

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Lagi satu negeri Selatan sana nun, bawah-bawah tu..

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

RM16.7 bilion. Revenue to Federal daripada Penang dalam empat tahun, 2008 hingga tahun 2011, RM16.7 bilion. Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan termasuk membina airport baru, jambatan dan semua ialah RM20.4 bilion.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat Rembau.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bina jambatan! Bina jambatan dianggap sebagai pemberian kepada kerajaan negeri!

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak, tidak.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bagan.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bagilah. Ini orang yang punya authority hendak bercerita. Bagi, bagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Nampak sangat takut. Bagilah dekat Ketua Menteri.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Malu dekat bapak mertualah.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Bagilah. Bagilah Yang Berhormat Rembau.

Bagilah dekat Yang Berhormat Bagan.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak. selepas ini boleh berucap. Selepas ini boleh berucap.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Ketua Menteri, pelaburan Penang sudah merudum.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak payah bagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan. Ahli Yang Berhormat, semua duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Bagilah Yang Berhormat Bagan.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebab Yang Berhormat Rembau tahu statistik Yang Berhormat Rembau bagi itu menyebabkan...

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ketua Menteri naik tidak boleh explain, tidak mengapalah saya tahu.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya sudah dengar hujah selama 10 minit.

Tidak ada apa hujah daripada pembangkang pun. Buat apa hendak bagi lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mana ada hujah. Kita tanya soalan. Yang Berhormat tidak boleh jawab.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Penjelasan.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

No, no...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau tidak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bagan..

final • 4:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita cakap fakta sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Duduk, duduk.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Sombong, arrogant!

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Duduk, duduk.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak mengapa, sekejap lagi kita bawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab dia mengelirukan Dewan.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Rujuklah, rujuk.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bawa usul sekarang Yang Berhormat Indera Mahkota. Bawa, bawa!

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Baca statistik separuh-separuh. Typical lah you.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, sedikit.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kenapa ini.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya cuma hendak bagi tahu dan mengingatkan Yang Berhormat. Sebenarnya kenyataan Yang Amat Berhormat Ketua

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menteri Pulau Pinang itu dalam ceramah, dalam Youtube, dia mengatakan RM200 juta yang dia dapat tetapi itu hanya capital… Dia mungkin tidak tahu, mungkin.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Capital... Oh I see.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia tidak tahu bahawa Kementerian Persekutuan berbelanja melalui kementerian-kementerian di Pulau Pinang.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Oh bukan kepada kerajaan negeri! Oh barulah tahu! Bagi tahulah. Jangan duduk kelentong kata bagi negeri-negeri. Mati hujah Yang Berhormat Rembau. Ini ada kawan. Kawan bunuh kawan.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bunuh kawan nampak.

final • 4:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

[Menyampuk]

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Apa kata Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kota Belud buat macam itu.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat, ini penting. Ini falsafah.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, if your friend like Yang Berhormat Kota Belud, you need enemies lah.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini falsafah.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, minta senyap Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kota Belud ini beri malu Yang Berhormat Rembau depan bapa mertua. Jangan macam itu.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kota Belud, *twitting.

Start twitting now please.*

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kasihan mereka ini sebab dari tadi kena bedal. So dia tidak tahan lagi. Saya hendak bangkitkan ini soal federalisma. Begini..

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia bedal. Kita hendak jawab dia tidak beri! Apa dia! Biasalah dia sama-sama bedal. Yang Berhormat Kota Belud bedal Yang Berhormat Rembau.

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bedal sesama sendiri sedap.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bahasa orang sekarang, potong stim.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Soal federalisma dia kata bagi terus kepada kerajaan negeri. Dia kata bagi terus kepada kerajaan negeri tetapi kita tengok tadi saya dengar dengan tekun ucapan Ketua Pembangkang cakap negeri Selangor dapat surplus, reserve meningkat dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya Kerajaan Persekutuan masih lagi terpaksa keluarkan berbilion-bilion ringgit kerana apa? Kerana banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri. Janji mereka sendiri Tuan Yang di-Pertua..

final • 4:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Function federal, federal lah.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, dia bangga mengatakan bahawa reserve di negeri Selangor naik tetapi apa guna reserve di negeri Selangor naik kalau sampah pun tidak boleh kutip. Sampah pun tidak boleh kutip!

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Orang Rembau mana tahu!.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

Duduk dahulu Yang Berhormat Rembau.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam. Sudah melampau ini. Saya minta agar Yang Berhormat Rembau tidak diganggu sedemikian. Whether you like it or not tidak perlu ganggu macam itu ya.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya Tuan Yang di-Pertua tetapi maklumatnya tidak betul. Masalah sampah tidak ada. Tidak betul. Mana ada masalah sampah.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak betul nanti bahaslah. Tidak betul nanti bahas.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini cerita semua. Sudah selesai dah.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan macam you punya belanjawan.

Bulat-bulat tipu rakyat.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Ketua Pembangkang punya maklumat tadi pun tidak betul tetapi saya dengar sahaja.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini sebab memang tidak ada delivery daripada kerajaan di bawah Pakatan Pembangkang. Kalau kita tengok negeri Selangor, buat apa mendabik dada ada reserve yang tinggi kalau janji pilihan raya tidak dapat dilaksanakan. Kalau kita cakap, dia kata.. Ini saya pernah sebut tetapi saya hendak sebut dalam Dewan ini. Saya pernah sebut di luar Dewan. Dia kata hendak beri pendidikan universiti percuma tetapi janji tahun 2008 hendak bagi tadika percuma pun tidak buat di Selangor. Macam mana itu?

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mana ada janji buat tadika percuma? Ini pun penipuan.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Memberi..

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini penipuan. Tidak ada dalam manifesto pasal rakyat malahan Pakatan Rakyat tidak wujud sebelum pilihan raya. Ianya hanya diwujudkan selepas itu.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Tidak tahankah?

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua..

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Eh tidak mengapa. Tahan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau dah naik private jet ini kena ada class sikit lah. Jangan macam pasar sahaja.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ada orang cemburu pula sudah. Tidak boleh tengoklah lain sikit.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tidak perlu ada ‘kelas’ dia perlu kroni.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hendak naik jet peribadi tidak perlu ‘kelas’ perlu kroni.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Usik sedikit sudah melenting.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Usik sedikit dah melenting.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bagi sikit pada kroni sudah dapat naik jet peribadi. Betul tidak?

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Aduh, meroyan, meroyan. Hendak beri tadika percuma tidak dapat, hendak beri elaun khas untuk wanita tanpa pekerjaan tidak buat, hendak memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam Skim Perumahan Rakyat di Selangor tidak buat, baru hari ini hendak cakap soal perumahan kos rendah sebab dekat hendak pilihan raya.

Ini semua tidak buat. Mendabik dada kata reserve tinggi, tetapi janji tidak ditepati di peringkat Selangor. Akan tetapi masalahnya dia kata manifesto bukan janji. Manifesto is not a promise jadi saya tidak fahamlah manifesto ini apa benda. Manifesto ini mungkin dia sahaja-sahaja dia keluarkan macam-macam. Jadi bagi saya ini soal feudalisme kita masih lagi membiayai dan membantu rakyat di Selangor, di Kedah, di Kelantan, di Pulau Pinang kerana Kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab tidak mahu rakyat ketinggalan disebabkan pemerintahan daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, di sini ada dua perkara lagi. Minta maaf Tuan Yang di- Pertua berapa lama lagi, Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sepuluh minit.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sepuluh minit, okey. Kasihan dia, kasihan dia orang ye Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan soal fiskal prudent ya. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan sebab saya melihat value for money dari segi perbelanjaan kita sedang meningkat. Saya difahamkan bahawa sebahagian besar itu pun hampir semua projek-projek kerajaan yang sekarang ini melalui at least tender terhad.

Maksudnya kita telah kurangkan pemberian rundingan terus dan sebagainya dan ini akan melihat kutipan hasil kita meningkat. Bukan hanya kutipan hasil dari segi keberkesanan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja Malaysia tetapi dari segi value for money. Dari segi value for money kita dapat tingkatkan lagi. Namun di sini saya juga ingin memberi reality check kepada Dewan inilah. Disebabkan Pembangkang tadi Ketua Pembangkang pun kata kalau dia ini, dia boleh hapuskan rasuah, rasuah RM28 bilion setiap tahun. Dia kata ini unjuran atau figure yang dapat daripada laporan Auditor General pada 2008 tetapi sudah banyak kali kita sebut dalam Dewan dan luar Dewan. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 hatta mana-mana tahun pun tidak pernah sebut bahawa kos leakages adalah RM28 bilion. Akan tetapi masuk dalam ucapan juga, hendak mislead Dewan. Jadi kita malaslah hendak bangkit, kita malas hendak mencelah kata itu adalah misleading statement. Why can you get RM28 bilion untuk saving daripada leakages?

Saya hendak mengajar sedikit hendak beri kuliah sedikit tentang leakages, ya, leakages. Dia kata dia boleh buat penjimatan RM28 bilion. Angka itu tidak disebut langsung dalam laporan oleh Ketua Audit Negara pada tahun 2008 atau mana-mana tahun pun tetapi adalah satu extrapolation yang telah dibuat oleh surat khabar yang selepas itu telah mengaku bahawa itu adalah satu unjuran yang tidak betul. Namun kita, saya sudah tulis fasal benda ini saya hendak sebut dalam Dewan. Kita ambil bajet Belanjawan 2012. Ini supaya jelas Bajet 2012. Amaun asal RM232.8 bilion kalau kita anggap bahawa kita dapat 10% saving daripada bajet kita boleh jimat RM23 bilion tetapi bukan semua daripada RM232.8 bilion ini adalah perbelanjaan perolehan, procurement. Ada banyak yang fixed charges. Fixed charges, pembayaran tetap yang tidak ada peluang langsung untuk ketirisan. Tidak ada peluang langsung untuk rasuah. Tidak ada peluang langsung untuk leakages. Saya beri contoh daripada RM232.8 bilion, RM52 bilion adalah emolumen dalam bahasa mudah, gaji. Gaji kakitangan kerajaan, pencen dan sebagainya. RM96.5 bilion adalah fixed charges and grant termasuk capitation grant yang kita beri kepada kerajaan negeri. Jadi dalam jumlah tersebut, jumlah hampir RM150 bilion tersebut tidak boleh ada leakages. There cannot be leakages. Tinggal berapa? Tinggal RM84 bilion iaitu perolehan dalam bentuk supply and services, purchase of assets dan development expenditure. Ini yang dikatakan mungkin ada margin, mungkin ada komisen dan sebagainya - ini tuduhan.

Tuduhan RM84.3 bilion.

Kalau kita ambil penjimatan daripada ini pun 10% penjimatan ambillah negeri Selangor, 20%. We only come out with RM16 billion, savings. RM16 bilion saving yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat estimate, conservative estimate. RM100 bilion untuk janji, janji pilihan raya sahaja tidak cukup untuk membiayai. Tidak cukup untuk membiayai janji bulan bintang dan cakerawala bimasakti ini tadi. Jadi tidak cukup. Soalnya saving ini adalah satu andaian. Satu andaian bahawa ada penjimatan yang boleh dibuat.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang keduanya andaian itu salah. Bukan RM28 bilion tetapi kita kena ambil dari segi perolehan itu pun saya sebut di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengutamakan ketelusan...

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Banyak projek diberi secara tender pada hari ini ke arah penjimatan yang tinggi. Penjimatan, saya sebut saya buka tadi dengan penjimatan ya.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, student hendak tanya. Student hendak tanya lecturer boleh?

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini tidak ada ketelusan ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak bangkitkan soal...

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau you are forgotten all the benefit.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor. Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak bangkitkan dengan soal feudalisme yang ini berhubung kait dengan pendapatan. Ini menunjukkan pendapatan negara dengan hasil daripada kutipan negara.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You lecturer, you kata you hendak kuliah, kuliah you tidak jelas.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menyeleweng pada student.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak bangkitkan bagaimana kita buat unjuran kita bertanggungjawab. Bila kita buat unjuran untuk belanjawan kita bertanggungjawab. Kita tidak berjanji apa-apa yang melebihinya. Saya minta, saya minta...

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Rembau you only talked about. Persoalannya all balancing budgeting.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Speaker, his been misleading the Dewan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Misleading the Dewan, ataupun Yang Berhormat tidak suka dengar.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya hendak bertanya.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak perlu macam itu Yang Berhormat mencelah pun salah. Tidak boleh macam itu.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya kata, student hendak bertanya, student hendak bertanya lecturer.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak beri jalan, tidak beri jalan tidak bolehlah Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia hanya bercakap tentang perbelanjaan dalam pembangunan dan operation.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah, cukuplah. Aduh Speaker pun dia tidak hendak dengar.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

All the benefit budgeting...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau teruskan.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

RM150 bilion lagi.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You got no standing. Tidak boleh bercakap jika yang berucap tidak beri jalan. That’s it.

final • 4:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebab dia kata hendak beri kuliah student hendak tanya. Lain kali jangan bagi kuliah lah. Kalau tidak boleh jawab jangan bagi kuliah.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua saya mengakhiri ucapan saya dengan sekali lagi satu analisa mengenai realiti. Ini mengenai royalti minyak. Royalti minyak yang hari ini kita memahami tuntutan daripada negeri-negeri, daripada negeri Kelantan contohnya dan sebagainya tetapi harus kita fikir soal implikasi kewangannya. Implikasi kewangan kalau kita cakap soal meningkatkan royalti daripada 5% hingga 20%. Ia bukan semudah itu. Ia akan ada implikasi kepada kutipan cukai kita ini, kutipan cukai yang akan turun daripada 31% buat masa ini kepada 21%. Kutipan cukai kita akan turun dan kita juga akan melihat pulangan untuk Petronas juga akan turun.

Kalau kita ambil analisa satu tong, satu tong dia punya kos RM45, cukai dia RM17, petroleum tax RM17 dan dengan production sharing contract RM11, royalti RM10. Kalau kita naik ini akan memberi kesan kepada kita. Jadi sebelum kita membuat satu unjuran, kita perlu ada satu fokus bagaimana kita membuat satu janji. Perlu ada satu unjuran apakah impact kepada kerajaan kita.

Sebab itu saya hendak mengakhiri ucapan saya dengan mengatakan bahawa bila kita bentangkan belanjawan bukan perkara yang mudah, yang remeh. Bila kita bentangkan belanjawan mestilah ada analisa mengenai kesan kepada kutipan hasil kita dan juga perbelanjaan kita. Unjuran itu mesti tepat. Jangan kita buat janji yang tidak boleh kita tunaikan. Janji mesti ditepati. Sebab itu pada hari ini bila kita bentangkan soal bajet kita pada hari ini kita jelas bahawa ianya masih lagi akan menimbulkan defisit sebanyak 4% tetapi itu adalah unjuran yang realistik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya bagi pihak Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita atas pembentangan bajet yang bertanggungjawab, yang menyeluruh.

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang lebih penting sekali Tuan Yang di-Pertua, sebuah bajet yang memakmurkan negara, yang menyejahterakan rakyat, yang sebuah janji yang ditepati. Bukannya janji tema pembangkang, “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” tetapi sebenarnya ”Ekonomi Gayat, Negara Bankrap”.

[Ketawa] [Tepuk] Saya menyokong, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bapa mertua puas hati dah, boleh jadi Menteri selepas ini.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambi bahagian dalam Belanjawan 2013 yang gagal menangani tiga isu utama iaitu tentang...

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan, diputuskan pagi tadi, 30 minit selepas dua pembahas ini. Just to remind.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

30 minit?

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

30 minit.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oh, kalau macam ini kena laju sikitlah. Akan tetapi sebelum saya memulakan ucapan saya, saya hanya hendak rujuk dengan ringkas kepada tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi yang saya rasa tidak betul dan saya ingin

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

membetulkannya. Ini kerana kalau kita lihat jawapan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kewangan bahawa di antara tahun 2001 hingga tahun 2008, ini hanya tahun 2001 hingga tahun 2008 sahaja, Pulau Pinang menyumbangkan RM25.7 bilion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kastam. Sejumlah RM25.7 bilion, tetapi hanya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM794 juta iaitu hanya 3%.

Ini adalah jawapan rasmi daripada pihak Kementerian Kewangan. Itulah sebab tadi saya ingin menanyakan di mana beliau dapat maklumat kerana jawapan bertulis yang kita terima adalah jauh berbeza dengan jawapan yang diberikan. Ini ialah di antara tahun 2001 hingga tahun 2008.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I have an answer, Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh itu saya rasa...

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Nak beri jalan Yang Berhormat?

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Adalah perlu bahawa kita dapat maklumat yang betul.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ada jawapannya.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau kita tidak dapat maklumat yang betul, yang berlainan kerana saya rasa tidak guna untuk minta Yang Berhormat yang lain yang jawab.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, saya ada jawapan daripada Kementerian Kewangan sendiri.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kerana saya rasa kena ikut peraturan.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya minta dia duduk dahulu.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tak bagi jalan?

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Duduk dahulu, duduk dahulu.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, saya ada jawapan. Saya ada jawapan.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Duduk dahulu, duduk dahulu. Jangan belit-belit di sini. Duduk dahulu.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yalah. Saya ada jawapan. Just for the record.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Duduk dahulu, duduk dahulu. Kerana yang penting ialah kita hendak dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Bukan mereka yang – bukan Menteri tetapi hendak...

final • 5:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Belum jadi menteri lagi, kasihan.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Lagak macam Menteri. Kita tidak mahu mereka yang lagak jadi Menteri, tak guna.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ada jawapan Yang Berhormat.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita hendak dapat jawapan daripada Menteri kerana kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, tahun 2001 hingga tahun 2008, berbanding dengan apa yang diberikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan jauh berbeza. So untuk memastikan kita mendapat maklumat yang betul. Kalau kita back and force, tadi Yang Berhormat tadi bila beliau berikan ucapan, beliau tidak mahu bila saya bangun untuk memberikan laluan, jelas kerana beliau tahu saya ada maklumat sedemikian, di mana kita ada jawapan bertulis. So, kalau kita terus macam ini – tengok Selangor. Kita cakap Selangor. Selangor menyumbangkan RM2,834 juta. Ini adalah daripada pemberian, RM2.8 bilion tetapi yang mereka sumbangkan ialah RM83.5 bilion. RM83.5 bilion, terima RM2.8 bilion. Ini di antara tahun 2001 hingga tahun 2008 yang bermakna kalau daripada segi

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

peratusan yang diterima oleh Selangor, hanya 3.4%. So di sini kalau kita lihat jumlah yang diberikan oleh Kementerian Kewangan, kita tidak tahu apakah sebenarnya maklumat yang tepat kerana yang kita dapat maklumat adalah sekian begitu sahaja.

Tadi, kalau betul ada RM60 bilion dibagi kepada Selangor ataupun RM20 bilion dibagi kepada Pulau Pinang, kita tidak payah begitu susah payah ini. Mana ada? So, itu sebab lebih baik kita jangan buang masa kepada mereka yang lagak-lagak ataupun hendak tunjuk-tunjuk pandai. Tidak perlu. Biarlah kita sembang secara serius. Tadi Yang Berhormat ini pun bukan Menteri, Timbalan Menteri pun bukan. So, lebih baik kita berbincang dengan pihak Menteri Kewangan. Apakah jumlah yang sebenarnya supaya kita boleh lihat macam mana wang sumbangan yang diberikan oleh setiap negeri dapatlah diagihkan dan dapat dipulangkan secara betul. Saya rasa ini baru patut. Saya sebut dengan penuh hormat di sini kerana kita tidak mahu diberikan maklumat yang tidak tepat.

Saya harap bahawa Kementerian Kewangan, mereka berdasarkan maklumat betul. Janganlah kita main-main kerana tujuan ataupun sebab-sebab politik untuk cuba putar belitkan apa yang sebenarnya berlaku kerana ini adalah salah satu jawapan yang kita terima dan juga ada beberapa jawapan bertulis yang kita terima di mana ia jelas menunjukkan adalah tidak setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri.

Di sini tentulah sekiranya ada apa-apa projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, kita terima kasih. Kita sudah ulang banyak kali. Baik daripada Yang Berhormat dari Kepala Batas bila beliau melancarkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, ini kita terima kasih. Akan tetapi sekiranya tidak, kita kena sebut tidak. Kita tidak boleh cakap hitam jadi putih, putih jadi hitam. Kita harap biarkanlah kita berbahas dengan bernas kerana ini adalah fakta. Janganlah pergi merayau-rayau ke satu dunia, sampai ke akhirat ataupun ke neraka pun kita tidak tahu. Tidak guna macam ini. So, saya sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa yang penting adakah belanjawan kali ini ia betul-betul berjiwa rakyat atau hanya untuk kroni sahaja?

Saya telah buat satu perkiraan secara ringkas di mana saya lihat berapa banyak diberikan kepada rakyat Malaysia kalau ia benar-benar belanjawan berjiwa rakyat, dan berapakah yang baik secara langsung mahupun secara tidak langsung memberikan manfaat kepada kumpulan kroni. Mengikut pengiraan saya, kalau cakap diberikan terus kepada rakyat, baik BR1M, baik RM100 kepada pelajar-pelajar dan sebagainya, jelas yang diberikan kepada rakyat kira-kira RM4.2 bilion. Give all take RM800 million, tidak apalah, RM4.2 bilion, kita cakap mungkin kira-kira RM5 bilion. Yang dibagi kepada kroni Tuan Yang di-Pertua, saya kira di sini hampir RM11 bilion. Biar saya senaraikan satu per satu di mana datangnya jumlah sedemikian.

Yang pertama kalau kita lihat, ia dianggap sebagai belanjawan pilihan raya kerana jelas bertujuan untuk memberikan hadiah atau wang untuk membeli undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang saya rasa merupakan satu pilihan raya yang paling hangat dalam sejarah Malaysia. Sungguhpun kalau kita lihat secara luaran gambaran yang diberikan adalah bahawa betapa banyak wang telah diberikan, baik BR1M, baik itu baucar buku untuk penuntut-penuntut universiti dan sebagainya, untuk telefon bimbit pintar juga, tetapi tidak ada sebarang tindakan keras terhadap ke atas masalah utama yang dihadapi oleh Malaysia iaitu rasuah.

Tadi Yang Berhormat sebelum ini juga menyatakan, mana datangnya jumlah RM26 bilion yang kita boleh jimatkan kalau kita hapuskan rasuah. Saya rasa beliau mungkin kena rujuk kepada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana Yang Berhormat Menteri sendiri yang mengakui bahawa kalau rasuah dihapuskan, Malaysia boleh jimatkan RM26 bilion. Ini diakui oleh Yang Berhormat Menteri di hadapan kaca mata televisyen. Di hadapan radio beliau menyatakan sedemikian. So saya harap perkara ini jangan cuba cakap bahawa kita hanya float on thin air dengan izin atau kita hanya mereka-reka jumlah ini. Ini tidak direka cerita. Itu adalah diakui oleh seorang Menteri Kabinet. Sekali lagi menunjukkan bahawa beliau sebagai seorang yang bukan ahli Kabinet cuba lagak macam Menteri Kabinet.

final • 5:01 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini kalau kita lihat jumlah semua program pemberian wang RM4.2 bilion.

Program yang memihak kepada kroni-kroni hampir RM11 bilion. Pertama, RM400 juta telah diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk 1MDB. Kita tidak tahu berapa

final • 5:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

banyak wang ini telah digunakan untuk kepentingan Barisan Nasional. Pembelian aset-aset tenaga kepada Tanjong RM8.5 bilion, Genting Sanyen RM2.3 bilion. Saya rasa telah dirujuk tadi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini saya rasa adalah sesuatu yang banyak dipertikaikan. So, yang RM400 juta 1MDB jelas saya rasa menimbulkan banyak pertanyaan.

Macam mana wang ini dibelanjakan? RM582 juta untuk membayar pampasan kepada pengusaha tol di mana RM343 juta adalah bayaran biasa dan RM239 juta adalah bayaran one-off. Saya rasa ini jelas hanya memberikan manfaat ataupun satu faedah kepada pengusaha tol dan bukanlah rakyat Malaysia secara amnya. Di bawah NKRA, jenayah pun merupakan satu persoalan besar kerana sungguhpun RM600 juta telah diperuntukkan untuk memerangi jenayah tetapi daripada jumlah ini RM272.5 juta telah diperuntukkan untuk memberikan persepsi yang lebih baik tentang prestasi polis. Iaitu untuk membolehkan rakyat merasa puas hati tentang prestasi polis untuk memerangi jenayah. Ini menimbulkan persoalan Tuan Yang di-Pertua. Mengapakah wang RM272.5 juta ini tidak boleh diberikan terus kepada anggota polis? Mengapa pula perlukan belanja wang RM272 juta untuk memberikan satu presentation dengan izin atau satu packaging. Supaya rakyat boleh rasa lebih puas hati, sungguhpun mungkin bukan betul-betul selamat tetapi kerana publisiti, packaging. Oh! Rasa selamat. Saya rasa itu bukan tujuan perbelanjaan wang untuk memerangi jenayah.

Di sini saya ingin mencadangkan bahawa jumlah ini digunakan baik untuk beli motosikal, kereta ronda. Macam baru-baru ini RM20 juta untuk membeli 1,000 motosikal di mana setiap sebuah motosikal RM20 ribu. Mengapa tidak boleh tambah? Sebanyak RM272 juta untuk minta consultant market survey, iklan daripada surat khabar bahawa, *“Oh!

Malaysia selamat, Malaysia selamat”,* sungguhpun tidak selamat tetapi dalam publisiti ini di media, TV dan surat khabar semua boleh kena tipu. Saya rasa itu bukanlah sesuatu yang memberikan manfaat kepada rakyat tetapi sebaliknya ia memudaratkan keadaan yang sebenarnya.

Sebanyak RM272 juta ini kalau di bagi kepada pihak iklan, consultant, saya rasa tidak kena pada tempatnya. Pada masa yang sama, keempat, RM2.5 bilion di peruntukkan untuk PPP atau, dengan izin, public private partnership. Ini jelas hanya memberikan manfaat kepada projek-projek kroni seperti Tanjong Agas Oil and Gas and Maritime Industrial Park di Pekan. Di mana RM150 juta telah pun dibelanjakan dan RM300 juta telah pun dijanjikan untuk Gebeng, Taman Industri Gebeng di luar Kuantan. Ini saya rasa jelas RM2.5 bilion sesuatu yang amat besar. Kelima, RM386 juta telah diperuntukkan untuk menubuhkan 57 lagi KR1M ataupun Kedai-kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Kita hendak tanya, mengapa untuk membuat atau membuka satu kedai, 57 kedai perlukan RM386 juta? Itu sesuatu jumlah yang sangat besar. Adakah satu kedai perlukan kira-kira berapa?

[Disampuk] Itulah saya pun tidak percaya. Satu kedai hampir RM7 juta.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sila, sila.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi betul-betul menjawab persoalan yang panjang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, sayang dia sudah tidak ada dalam Dewan. Apa yang kata pembaziran tadi semua yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan itu membayangkan pembaziran perbelanjaan yang tidak perlu, sebab itu saya hairan Yang Berhormat Bagan, Perdana Menteri sendiri pun janji tempoh empat bulan diperlukan untuk mengemukakan laporan penyiasatan kata isu penyelewengan dan rasuah, ketirisan.

Janji empat bulan kata hendak bentang dalam Dewan kes penyiasatan 3B. Betul, Yang Berhormat Bagan tentu ingat, 3B yang dikatakan akan dibentangkan dalam Dewan hasil siasatan di mana kerajaan beria-ia kononnya hendak tutup kelemahan rasuah dan sebagainya. Akan tetapi sampai sekarang, hampas pun tidak ada.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan, apa pandangan Yang Berhormat Bagan, dalam belanjawan ini janji serupa juga katanya akan ditepati. Saya rasa diulang semula janji yang tidak mungkin ditepati sampai bila-bila. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bagan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya memang setuju dengan pandangan yang diberikan tadi oleh Yang Berhormat. Di sini saya rasa adalah jelas bahawa pihak kerajaan ingat bila dia buat satu pengumuman rakyat akan lupa, rakyat tidak lupa kerana pemimpin dan wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak akan lupa. Saya percaya sungguhpun pihak Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa untuk memerangi rasuah mereka bersedia untuk melantik 100 pegawai tambahan setiap tahun. Sehingga cukup genap 5,000 anggota untuk memerangi rasuah dan menurunkan keadaan atau menurunkan tangga kadar persepsi indeks di bawah Transparency International yang sekarang duduk tempat ke-60.

Akan tetapi selagi peristiwa-peristiwa seperti yang disebut tadi dan juga begitu banyak wang yang dibelanjakan tanpa sebarang accountability terus berlaku.

Saya rasa boleh lantik lebih 100 orang pegawai setiap tahun ataupun setiap bulan.

Jangan cakap setiap tahun, setiap bulan saya rasa pun tidak berkesan. Di sini seperti yang saya hendak berikan satu perbandingan. Dalam tahun 2012 Perdana Menteri menyatakan bahawa 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia akan ditubuhkan dengan peruntukan RM40 juta. Iaitu kira-kira untuk setiap buah kedai RM470 ribu. Itu pun kira mahallah.

RM470 ribu setiap buah kedai. Kita pun rasa mahal buka kedai RM470 ribu. Tidak apalah tetapi sekurang-kurangnya ada buka kita tengok. Akan tetapi sekarang 57 kedai KR1M untuk peruntukan RM386 juta bermakna setiap kedai RM6.7 juta. Ini kedai apa? Adakah kedai di mana akan ditawarkan barang-barang mewah? Saya rasa ini lari daripada tujuan utama KR1M ditubuhkan. Kalau kita berbanding setiap buah kedai RM6.7 juta berbanding RM470 ribu di Semenanjung Malaysia, satu peningkatan 15 kali ganda. Saya harap bahawa pihak berkenaan bolehlah memberikan penjelasan.

final • 5:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana kalau ini tidak dijelaskan dengan betul, kita bimbang mungkin wang sedemikian akan diselewengkan untuk tujuan yang tidak diingini. Ini saya rasa boleh menimbulkan banyak pertanyaan. Bukan seperti Yang Berhormat Indera Mahkota sebut sebentar tadi tetapi lebih teruk. Sekarang apa yang disebut tadi tidak diselesaikan, tidak ditangani. Sekarang jadi lebih teruk 15 kali ganda. Ini yang saya tidak faham. Adakah ini sebenarnya untuk membantu rakyat ataupun membantu kroni-kroni sahaja.

Keenam, di mana kroni dapat manfaat ialah peruntukan RM300 juta untuk penswastaan pengurusan sisa pepejal. Jelas ini hanya memanfaatkan syarikat-syarikat kroni seperti Alam Flora, Southern Waste Management, E-Idaman dan apabila perkhidmatan mereka kurang memuaskan seperti yang berlaku di Kedah, kita terima, kita ada dengar banyak aduan dibuat di negeri Kedah. Tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh kerajaan negeri kerana kesemuanya di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Oleh sebab itulah Pulau Pinang dan negeri Selangor bimbang tentang prestasi syarikat-syarikat tersebut. Itulah sebabnya Pulau Pinang dan Selangor telah membuat keputusan untuk menguruskan pengutipan sampah dan juga kerja-kerja yang berkaitan.

Saya difahamkan Perak pun tidak bersetuju kerana bimbang tentang masalah yang sama.

Itu kerana mereka takut nanti hilang kuasa di Perak tetapi kalau BN terus menang di Perak, saya rasa mereka pun akan terimalah.

Ketujuh dan terakhir, saya rasa itulah yang paling besar. Saya rasa BR1M adalah suatu usaha yang baik untuk membantu golongan miskin sekiranya ia adalah benar-benar ikhlas. Jika ianya ikhlas, saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berikan BR1M setiap tahun. Janganlah hanya diikat dengan musim pilihan raya sahaja.

Awal tahun ini bagi untuk pilihan raya, tahun depan bulan Januari bagi juga kerana menjelang pilihan raya yang akan datang. Kalau benar-benar ikhlas, saya harap bolehlah bagi setiap tahun untuk menunjukkan komitmen kepada golongan berpendapatan rendah.

Saya harap juga bahawa prosedur yang dikenakan bolehlah disemak semula supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan. Saya sebut perkara ini kerana kita ada baca surat khabar, ada seorang ‘Datuk’ daripada negeri Pahang, ‘Datuk MCA’, saya tidak mahu sebut namanya. Semua tahu namanya tetapi saya tidak mahu sebut nama dia. Mungkin Yang Berhormat Indera Kayangan tahu.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sorry, Yang Berhormat Indera Mahkota tahu.

Yang Berhormat Indera Kayangan pergi Perlis lagi, baru balik Perlis lah. Seorang ‘Datuk MCA’ begitu miskin, sampai perlu dapat BR1M RM500, betul atau tidak? Ini yang saya tidak faham. Adakah ‘Datuk MCA’ begitu miskin? Kalau macam ini mungkin kita boleh

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

kutip derma untuk bantu dia. Saya rasa semua pun sudi untuk menderma, setuju? Kita derma sama dia tetapi adakah dia begitu miskin sampai dia layak untuk dapat BR1M RM500. Sila.

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya tahu cerita ini tetapi ada satu cerita lain. Dia ini yang tukang bagi baucar BR1M. Wife dia ada beg tangan yang mahal-mahal, harga RM20,000 satu, ada koleksi 20 buah beg. Ini perbandingan antara seorang yang miskin dengan yang terlebih-lebih kaya. Ini kita tahu Yang Berhormat apabila pencuri masuk rumah dia, dia pergi buat laporan polis dia beritahu barang-barang yang hilang dan disiarkan oleh akhbar. Ini perbandingan antara pemimpin MCA di negeri Pahang, Yang Berhormat sebut tadi, ada dua karakter yang sangat berbeza.

Satu yang miskin dan satu yang terlebih kaya Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Jadi, kita lihat yang miskin dan yang teramat kaya, sama-sama pun boleh terima RM500.

So, adakah ini suatu sistem Barisan Nasional yang berjiwa rakyat di mana apabila dia hendak bantu orang miskin, yang kaya pun boleh dapat manfaat. So, saya rasa itu yang hendak dibetulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Saya sebut di sini untuk meminta bahawa kita boleh buat bayaran setiap tahun Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau pihak Kerajaan Persekutuan, untuk membina yang asalnya nama Kuala Lumpur International Financial District, kemudian ditukar nama kepada Tun Razak Exchange, insentif cukai selama 10 tahun boleh diberikan.

Saya rasa itu satu jumlah yang besar. Kalau kita lihat GDV sebanyak RM26 bilion dengan kadar cukai sebanyak 25%. Insentif ini bermakna, ini yang saya hendak dapat kepastian berapa banyak cukai yang akan kurang dikutip, adakah ini bermakna kalau kita lihat secara kasar RM26 bilion GDV, kalau insentif 10 tahun, 25% cukai, bermakna RM6.5 bilion tidak akan dikutip selama 10 tahun ini oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Kalau kita ambil kira ketujuh-tujuh perkara yang saya sebut tadi, semua akan memberikan kita jumlah sebanyak RM10.9 bilion iaitu dua kali setengah lebih besar daripada RM4.2 bilion yang diberikan oleh Belanjawan 2013 Barisan Nasional kepada rakyat biasa yang kroni dapat manfaat hampir RM11 bilion. Kepada rakyat biasa menerusi BR1M dan KR1M pun saya rasa ada masalah, di KR1M ada masalah sedikit. So, berbanding dengan RM4.2 bilion yang diberikan kepada rakyat biasa. Saya rasa ini dua kali setengah dan saya rasa kita masih tunggu Laporan Ketua Audit Negara untuk melihat apalagi pembaziran, apa lagi penyelewengan, apa lagi amalan-amalan rasuah yang tidak sihat yang akan berlaku. Saya percaya bahawa perkara sedemikian akan menimbulkan banyak persoalan tentang iltizam Kerajaan Persekutuan untuk terus memerangi rasuah.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, begini cara yang paling baik, minta baik-baik. Bukan macam tadi itu.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih. Ia bergantung kepada keadaan dan suasana Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan menyentuh tentang jangkaan kita terhadap Laporan Audit. Hari yang pertama kita berbahas Laporan Audit belum ada di depan kita. Saya tengok dalam laporan anggaran perbelanjaan ini Audit diberikan RM147 juta untuk melaksanakan tanggungjawab menyediakan laporan. Saya jangka Pejabat Ketua Audit Negara sudah tahu kita akan mula berbahas pada minggu ini. Jadi, mengapa dan tahun lepas kita ada pengalaman lewat.

Kenapa mereka tidak bersedia untuk menyediakan laporan ini sebelum sidang bermula supaya ianya dapat diletakkan di atas meja kita. Adakah pada anggapan Yang Berhormat Bagan, Jabatan Audit tidak melaksanakan tugasnya dengan rapi sehingga kita gagal mendapatkan laporan tepat pada masanya dengan RM140 juta peruntukan ini.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Arahan, arahan.

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tanggapan ini mungkin akan diberikan tetapi sebenarnya pihak Ketua Audit Negara telah siap laporannya.

Sebagai suatu contoh, untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita telah terima laporan itu lebih sebulan lepas tetapi Pulau Pinang rela mendedahkannya kepada umum. Akan tetapi kita kena hormat Konvensyen Parlimen kerana mesti dibentangkan di Dewan Undangan Negeri ataupun di Parlimen sungguhpun ia dalam tangan saya. Saya mahu mendedahkan

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

kepada orang awam tetapi kerana ia belum dibentangkan, saya tidak boleh berbuat demikian. Oleh itu...

final • 5:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Soalan saya Yang Berhormat Bagan sekali lagi, sambung sedikit, kenapa tidak dibentangkan di depan kita pada masa ini?

Waktu perbahasan. Siapa yang menghalang?

final • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu yang saya hendak jawab bahawa Ketua Audit Negara sudah siap. So, masalah bukan dengan Ketua Audit Negara. Mereka buat kerja secara profesional. Masalahnya ialah pihak kerajaan tidak mahu dedahkan dengan lebih awal.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa masalah kerajaan itu satulah tetapi masalah di Parlimen ini.

Parlimen yang sepatutnya bila audit telah siap laporannya, seharusnya dia menyerahkan kepada Tuan Yang di-Pertua Parlimen dan Parlimen yang harus meletakkan dan memberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Jadi, bagi saya bahawa kalau...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kalau naskhah itu belum ada Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Ini tidak dilaksanakan, maknanya satu yang mencemarkan nama baik institusi Parlimen dan juga Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh tuduh macam itu kalau naskhah tidak ada?

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, sebab itu saya tanya bukan saya tuduh. Saya tanya, adakah Tuan Yang di-Pertua juga boleh memberikan penjelasan di dalam perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan sebab ini menyentuh nama baik institusi Parlimen dan Tuan Yang di-Pertua. Supaya kita jelas. Kita tidak ada tanggapan buruk kepada Tuan Yang di-Pertua ataupun kepada Parlimen.

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekali, sekali.

final • 5:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebab benda itu sudah siap.

Sepatutnya kita sampai seiring, sama dengan pembentangan bajet.

final • 5:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ada bagi?

final • 5:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, sekali. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya saya juga merujuk kepada rakan-rakan yang bertugas di kementerian dan juga Jabatan Audit Negara terutamanya. Mereka juga memberi pengesahan bahawa sebenarnya setiap tahun laporan audit telah pun diselesaikan, dibentangkan dengan jayanya sekitar bulan sembilan setiap tahun. Bulan September. Ini adalah standard biasa tahun berikutnya. Jadi Yang Berhormat Bagan, saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa perkara ini memang benar telah pun dikemukakan bagi pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah diserahkan dan sekali gus nampak gaya kita juga terpaksa menyatakan pandangan kita, kita tidak menyalahkan Jabatan Audit kerana mereka telah pun melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Cuma ada satu, dua perkara yang kita tidak tahu kenapa untuk kaedah membentang dalam Dewan Parlimen ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan dengan masa yang sepatutnya. Ada rahsia tertentu barangkali Yang Berhormat Bagan boleh mengulas atau memberi pandangan dalam hal ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Saya rasa kemusykilan ini baru boleh dijawab oleh pihak berkenaan. Saya pun setuju dengan rakan-rakan saya tadi mungkin penjelasan boleh diberikan oleh pihak Tuan Yang di-Pertua tentang perkara ini dan saya rasa kita boleh dapat satu gambaran yang jelas dalam perkara ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri telah pun membuat kenyataan awam mengenai perkara ini Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya tetapi kalau boleh dengan lebih lanjut kerana ini adalah berkepentingan awam. Bila laporan siap, mengapa ia harus disimpan? Kerana

final • 5:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

selalunya kita menyatakan bahawa justice delayed is justice denied. Sama juga dengan accountability denied is accountability deprived.

So, dengan izin, saya hanya ingin sebut dua perkara. Dua perkara yang saya ingin sebut ialah satu berkaitan dengan hutang negara yang telah naik daripada 2008 sebanyak RM266 bilion kepada RM502 bilion tahun ini. Ini tidak mengambil kira contingent liabilities yang melebihi RM100 bilion. So, kalau kita campur kedua-dua sekali bermakna hutang Kerajaan Persekutuan adalah melebihi RM600 bilion atau lebih RM17,000 setiap rakyat Malaysia yang berhutang tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak. Asalkan ada MyKad, hutang RM17,000 dan itu adalah satu-satu perkara yang memang membimbangkan rakyat. Oleh itu kalau terus dengan perbelanjaan sedemikian menerusi defisit, adakah ini satu perkara yang pihak Kerajaan Persekutuan rasa selesa? Saya hendak mengingatkan Kerajaan Persekutuan, mungkin pihak kementerian atau Kerajaan Persekutuan rasa selesa tetapi rakyat tidak rasa selesa dengan peningkatan hutang yang begitu tinggi ini dan dalam perkara yang sama kita sebut tentang tujuan hutang ini naik.

Kalau tujuan hutang ini naik ialah untuk projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat saya rasa ini boleh diterima tetapi bila kita lihat yang kebanyakannya memihak kepada kroni-kroni, saya rasa ini menimbulkan banyak pertanyaan. Ini kerana kalau sebut ini adalah belanjawan bersifat berjiwa rakyat tetapi sebenarnya kalau lihat daripada jumlah lebih dua kali ganda adalah lebih memihak kepada kroni-kroni, memang indah khabar dari rupa. Oleh itu saya sekali lagi meminta bahawa jalankanlah program- program yang berjiwa rakyat seperti menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan. Ia tidak akan membebankan mana-mana pihak. Tidak akan membebankan pihak rakyat dan juga Bursa Malaysia kerana baru didengar bahawa kalau hapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan, Bursa Malaysia mungkin akan runtuh kerana ia melibatkan syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Saya tidak faham macam mana kalau hapuskan tol PLUS ada kaitan dengan Bursa Malaysia kerana PLUS sekarang bukanlah disenaraikan dalam Bursa Malaysia lagi. Dengan izin, its already taken private. Ia telahpun diswastakan. So, kalau ia bankrap pun, bukan cakap dia bankraplah tetapi sekiranya dia bankrap pun, tidak ada kesan langsung ke atas Bursa Malaysia kerana sudah delisted.

Oleh sebab itu saya harap tolong berikan gambaran yang betul. Kalau tol dihapuskan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, ia tidak ada kesan ke atas Bursa Malaysia. Mungkin ada kesan ke atas PLUS tetapi pasti ia ada satu plus point untuk 28 juta rakyat Malaysia. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kita harap bahawa marilah kita pastikan bajet berjiwa rakyat hanya boleh dilaksanakan menerusi Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tebrau

final • 5:30 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang ini untuk membahas Rang Undang- undang Perbekalan 2013 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan saya terhadap rang undang-undang ini serta menganggapnya sebagai belanjawan seimbang yang menjaga kepentingan rakyat. Kini negara kita berdiri di simpang yang amat penting sejak mulanya sejarah negara. Satu laluan iaitu laluan yang tepat menjanjikan perjalanan yang selamat dan stabil. Kita tahu mana laluan ini akan bawa kita dan pemimpin-pemimpin yang kita telah amanahkan untuk memimpin kita dalam laluan ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik lebih dari 50 tahun.

Walaupun kita menghadapi beberapa cabaran dalam laluan ini namun kita telah berjaya mengatasinya. Kita telah maju ke hadapan sebagai sebuah negara yang pelbagai budaya, agama dan bangsa, bersatu padu di bawah satu bendera. Ganjaran yang dinikmati merupakan ganjaran yang benar kerana kita telah berjaya mengatasi masalah yang benar.

Dengan usaha ini kita telah sentiasa mempunyai masa depan yang cerah sebagai sebuah negara.

Pembangkang menawarkan laluan alternatif. Pada pandangan pertama, laluan ini mungkin nampaknya lebih senang. Kita mungkin berasa diri kita berhak berehat selepas 50 tahun berjuang untuk membina sebuah negara maju. Mungkin juga laluan yang tidak

final • 5:37 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

diketahui ini mempunyai daya tarikannya dari segi pengembaraan tetapi Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menegaskan, kurang bijak laluan yang dicadangkan oleh pihak pembangkang. Dalam ucapan saya, ingin saya membahaskan perbezaan kaedah pihak pembangkang dalam enam bidang yang penting dalam pembangunan negara iaitu:

(i) pendidikan;

(ii) keselamatan;

(iii) perumahan;

(iv) pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat;

(v) kesihatan; serta

(vi) gaji minimum.

Sebagai permulaan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk kejayaan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

final • 5:37 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Sekali lagi kerajaan telah menunjukkan komitmen kepada rakyat dengan melibatkan kepakaran serta usaha dalam penyusunan pelan pembangunan dan pendirian terbuka kementerian terhadap maklum balas awam. Sementara proses ini berterusan kerajaan telah memperuntukkan RM38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran untuk pembelajaran operasi dan pembangunan pada tahun 2013. Daripada jumlah ini RM1 bilion akan disalurkan kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang akan memanfaatkan rakyat Malaysia. Tindakan ini oleh kerajaan adalah amat dialu-alukan oleh rakyat. Akan tetapi saya ingin mengambil peluang ini untuk menegaskan bahawa peruntukan ini kenalah diagihkan secara saksama. Yang terbaik adalah mengikut jumlah pelajar sebagaimana mengikut perangkaan Kementerian Pelajaran pada Julai tahun ini. Pelajar-pelajar di SJK(C) terdiri daripada 21.08% dari jumlah pelajar di negara dan pelajar-pelajar di SJK(T) terdiri daripada 3.49%.

Dengan pengagihan yang saksama barulah semua anak-anak dalam negara mempunyai peluang untuk belajar dalam bangunan yang sesuai serta selamat. Disebabkan kemerosotan persepsi keselamatan masyarakat dan peribadi, saya amat berharap bahawa sekolah-sekolah ini akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan ini untuk memasang kamera televisyen litar tertutup di lokasi yang strategik dalam kawasan mereka.

Selaras dengan pelan pembangunan dan program Kementerian Pelajaran untuk menangani lost boys phenomena, kerajaan amat menitikberatkan bidang latihan teknikal dan vokasional di mana RM3.7 bilion telah diperuntukkan.

Perkembangan penting ini datang tepat pada masanya di mana pengiktirafan semakin bertambah untuk nilai kemahiran teknikal dan vokasional dalam bidang pertumbuhan dan daya tahan ekonomi. Manakala jika kita lihat daripada bajet alternatif Pakatan, ia tidak menunjukkan penyelesaian yang praktikal. Jika kita baca bab 7 daripada pelan pembangunan pendidikan, sebelum mengulas lanjut, pelan pembangunan ini menyediakan program transformasi vokasional yang lebih menyeluruh dan sangat terperinci. Bersama-sama dengan rancangan untuk pelaksanaan berfasa dan hasil diukur, ia jauh berbeza daripada bajet alternatif yang hanya satu set perkataan bergaya.

Lebih daripada itu Pakatan Rakyat hanya memberi tumpuan kepada populisme.

memansuhkan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Adakah pembangkang benar-benar ingin menggalakkan rakyat Malaysia mengabaikan kewajipan sivik mereka, untuk membayar balik pinjaman mereka? Tidakkah Pakatan Rakyat sedar bahawa ini adalah salah dari segi moral bagi orang untuk mengelakkan hutang di mana mereka telah janji untuk tunaikan. Apatah lagi tidak ada agama yang membenarkan serta menyokong tindakan sebegini. Apakah tindakan ini akan menggambarkan untuk golongan muda ia ada tidak mengapa untuk melupakan tanggungjawab mereka?

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Tebrau...

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Kerajaan sekurang-kurangnya menggalakkan semua orang untuk memenuhi janji-janji mereka.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Tebrau.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Siapa yang akan membayar untuk pinjaman pelajar yang cemerlang jika dana dihapuskan?

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh bagi laluan?

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Jika tidak pembayar cukai.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Sekejap. Bagaimana dana pakatan pendidikan percuma program secara keseluruhannya, bagaimana ia akan membiayai subsidi yuran pendidikan swasta? Tiada ada satu perkataan Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada satu perkataan tentang mana-mana ini – dalam bajet alternatif dan Pakatan Rakyat bercakap ini sebagai perbelanjaan kerajaan. Melainkan Pakatan Rakyat boleh tumbuh wang di atas pokok. Saya percaya bahawa pembangkang akan membiarkan semua beban ditanggung oleh rakyat. Ya, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya dengar dengan tekun tadi disebut tidak ada agama yang membenarkan hutang tidak dibayar. Saya ingin mendapat pendapat daripada Yang Berhormat Tebrau, apakah hutang-hutang yang dilepaskan begitu sahaja dalam kes NFC, dalam kes MAS dan banyak lagi syarikat dan korporat yang diselamatkan dengan melepaskan hutang atas nama kita harus membantu supaya tidak runtuh ekonomi kita. Apakah ini contradictory dengan pendirian untuk pastikan hutang harus dibayar oleh PTPTN. Itu satu.

Kedua ialah, saya ingin dapat pendapat secara jujur, adakah pendidikan percuma ini merupakan satu perkara yang begitu buruk sekali sehingga kita tidak sanggup menentukan sumber negara kita digunakan untuk membantu generasi akan datang untuk mendapatkan ilmu.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Batu, saya hendak confine ke dalam hujah iaitu setiap kali kita hutang, kita mesti bayar. Itu satu nilai sejagat. Kita sama- sama kena mengakui bahawa nilai itu tidak boleh ditolak oleh sesiapa. I also want to say dengan izin “two wrongs do not make one right.” Kita jangan gunakan contoh-contoh tidak betul itu sebagai satu alasan hujah. Yang salah itu, tetap salah, yang betul itu tetap betul.

Jadi kita sama-sama bertanggungjawab untuk memberi satu contoh yang baik kepada generasi muda supaya mereka tidak mengulangi contoh-contoh yang tidak baik. itu sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Shah Alam nantilah. Benarkan saya teruskan dahulu. Ada panjang lagi...

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Sedikit sahaja soal ajaran agama ini.

saya hendak sebut...

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Sedikit ya?

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Ya. Memang betul saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebut bahawa memang kita ini diajar untuk membayar hutang dan semua agama mengajar begitu. Akan tetapi pada masa yang sama bagi pihak yang memberikan hutang, apabila dia melihat orang yang tidak mampu membayar, adalah juga merupakan satu kebajikan sekiranya hutang itu dihalalkan. Ini pun ajaran agama juga iaitu hutang yang dipaksa ke atas seseorang oleh kerana dia hendak belajar dan kerajaan sepatutnya menyediakan pendidikan. Akan tetapi oleh kerana dia tidak mampu, maka dia terpaksa mengambil hutang itu.

Maka ianya merupakan satu amalan yang baik amal soleh bagi pihak kerajaan untuk menghalalkan hutang itu. Dalam soal ini ianya tidak merupakan satu perkara yang bercanggah dalam erti kata bukan kita kata lari dari membayar hutang. Akan tetapi kita ingin menggalakkan kerajaan untuk menghalalkan hutang ataupun seperti mana yang dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri Barisan Nasional. Dia beri diskaun 20%. Akan tetapi dia beri diskaun 20% hanya sekiranya boleh bayar dengan serta-merta. Ini hanya akan menguntungkan orang yang ada duit. Orang yang tidak ada duit, dia tidak akan dapat apa- apa manfaat daripada itu kerana dia tidak mampu hendak bayar dengar segera ataupun

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

hendak bayar dalam satu tahun. Lalu ini merupakan dasar-dasar ah long ataupun ceti.

Siapa yang boleh bayar cepat dapat kurang, siapa yang tidak boleh bayar cepat dia tetap kena bayar jumlah yang ditetapkan.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Balik ke pangkal jalan.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dalam soal ajaran agama, saya hendak sebut bahawa menghalalkan hutang seseorang...

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam...

final • 5:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

...Ataupun sebahagian daripada hutang seseorang apabila kita mengkaji dia tidak mampu, dia tidak ada kerja dan sebagainya, tidak salah.

final • 5:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Okey, okey, enough.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan kita kata lari daripada hutang tetapi kita halalkan hutang.

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tidak perlulah panjang lebar.

final • 5:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Shah Alam, secara peribadi saya rasa apabila kita menunjuk teladan kepada generasi muda, kita perlu extra careful, berhati-hati. Jangan di kalangan kita yang buat silap, kita mahu betulkan kesilapan itu.

Apabila kita hendak mengajar generasi muda, itu orang yang akan datang memimpin negara ini. Segala contoh yang tidak baik perlu ditolak, itu sahaja.

final • 5:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, boleh sedikit, Yang Berhormat Kota Belud untuk respons. Saya minta pandangan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dua perkara yang saya lihat ataupun saya terdengar hujah daripada Yang Berhormat Shah Alam yang tidak masuk akal. Satu, beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Barisan Nasional, tindakan Perdana Menteri untuk memberi diskaun kepada orang yang boleh membayar hutang lebih cepat. Mana logik ini Yang Berhormat Tebrau?

Maknanya kalau kita bayar cepat, maknanya kita orang yang bertanggungjawab, kita selesaikan, langsaikan, maka kita bagi insentif. Ini diputarbelitkan kenyataan itu seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional hanya memberi diskaun kepada orang yang mampu, logik mana ini? Inilah masalah kita dengan pemikiran ekonomi daripada Yang Berhormat Shah Alam, itu satu.

Keduanya Yang Berhormat Tebrau, kita sudah katakan tadi, dari awal kita katakan soal tentang penghapusan PTPTN secara bersendirian tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah kepada kita ialah kita kaitkan dengan jumlah yang terpaksa dibelanjakan oleh janji-janji, cakerawala, Bimasakti daripada Pakatan Rakyat, you have to get everything together. The problem Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Shah Alam ini dan kawan- kawan yang lain ialah dia cuma bercerita tentang PTPTN dalam satu masa. Selepas itu tidak mahu cerita pasal benda lain. Then when you count, kalau kita kumpulkan semua, itu masalahnya, kalkulator pun tidak cukup nombor untuk punch the number untuk Bajet 2013 mereka ini. Minta pandangan.

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Okey cukup, no more laluan.

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Tebrau, ini sedikit sahaja.

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

No more, no more, saya hendak tutup isu ini Yang Berhormat Batu.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat Batu.

final • 5:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hendak tanya kalau untuk orang yang bayar setahun sebelum ini, macam mana? Dia lagi tepat untuk lebih tekun bayar, dapat diskaun kah?

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Batu, peraturan mesyuarat lah.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya setuju penuh dengan Yang Berhormat Kota Belud tentang pandangan, saya jadikan pandangannya sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kota Belud kata PTPTN okey, hapuskan PTPTN okey. Yang Berhormat Kota Belud kata hapuskan PTPTN tidak ada masalah, kita terima sudah tu, permulaan.

final • 5:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini melanggar peraturan ini, tidak betul cara ini.

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Shah Alam, saya hendak masuk ke isu yang kedua iaitu keselamatan. Mengenai isu keselamatan, saya sedar bahawa RM4.6 bilion telah diperuntukkan untuk sektor keselamatan. Daripada jumlah ini, RM591 juta akan digunakan untuk meningkatkan kehadiran dan rondaan polis dan juga infrastruktur dan peralatan, menambah sepuluh ribu ahli kepada sukarelawan polis dan memasang 496 buah CCTV pada lokasi strategik di seluruh negara. Hakikatnya keadaan ini di negara kita telah memerlukan penambahan perbelanjaan daripada pihak awam dan swasta untuk meningkatkan kadar keselamatan.

Ini merupakan akibat perkembangan perbandaran dan pembangunan yang pesat.

Kita juga patut mengakui kelemahan dalam perancangan bandar khususnya dari aspek keselamatan masyarakat. Kita juga mesti mengiktiraf kenyataan bahawa perbelanjaan terhadap keselamatan dalam negeri telah dikurangkan setelah ancaman komunis surut dan sumber kewangan itu disalurkan untuk mengembangkan ekonomi negara dan pembangunan sosial. Akibatnya, usaha keselamatan mungkin tidak mencukupi untuk populasi bandar yang telah berkembang pesat. Walaupun nisbah polis kepada penduduk mungkin rendah di luar bandar, keadaan di pusat bandar, tempat perumahan, pusat membeli-belah dan taman awam yang padat dengan penduduk adalah berbeza.

Saya menyeru kerajaan untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam menjaga keselamatan awam untuk mengurangkan kadar jenayah dengan bantuan Polis Diraja Malaysia. Saya percaya bahawa penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah akan membawa perubahan yang positif. Usaha ini akan mengukuhkan semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang menjadi asas negara dan kerajaan selama 50 tahun yang lalu ini. Sebaliknya peruntukan untuk isu keselamatan dalam belanjawan alternatif pihak pembangkang hanya merupakan sebuah manifesto politik yang bertumpu kepada pembahagian semula sumber manusia yang sedia ada pada pihak polis tanpa mempertimbangkan keperluan keselamatan yang moden. Pada pandangan pihak pembangkang, keahlian pihak polis tidak perlu ditingkatkan kerana mencukupi untuk menjaga keselamatan rakyat jelata. Nisbah polis kepada penduduk pada masa ini lebih kurang berpatutan dengan nisbah yang disyorkan oleh INTERPOL iaitu 1:250.

Tuan Yang di-Pertua, angka Pakatan Rakyat mengabaikan pertumbuhan populasi.

Bilangan polis pada masa ini mungkin memenuhi nisbah yang dicadangkan oleh INTERPOL tetapi mengekalkan nisbah ini akan memerlukan peningkatan sumber manusia sekarang. Selain itu terdapat ramai individu populis yang sering membangkitkan sentimen awam negatif terhadap pihak polis. Kekurangan rondaan polis merupakan antara sebab kadar jenayah kian meningkat. Mereka berkata pihak-pihak ini mendakwa polis tidak cekap dan mengambil rasuah. Sejak sebelum tahun 2008, terdapat pihak-pihak tertentu telah pun mulai membangkitkan politik yang berunsur kebencian dan menakutkan. Taktik yang digunakan untuk membangkitkan isu-isu keselamatan yang kini dihadapi oleh negara kita mempunyai persamaannya dengan taktik perang gerila yang digunakan pada masa kecemasan.

Pihak media juga bertanggungjawab untuk membuat laporan tentang jenayah serta isu-isu keselamatan yang lain dengan berhati-hati. Kebimbangan terhadap kadar jenayah adalah benar dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

keselamatan diri dan masyarakat yang berdekatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab sering menyebarkan khabar angin tentang jenayah untuk kepentingan sendiri, berita dan keterangan yang diedarkan melalui internet perlu diberi perhatian. Kita patut meningkatkan usaha untuk menyiasat sumber kenyataan ini agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah-langkah yang berpatutan. Tindakan yang sewajarnya dan secepat mungkin perlu diambil terhadap mereka yang mengedarkan berita palsu. Seperti perbuatan panggilan palsu kepada talian kecemasan, pengedaran berita jenayah palsu merupakan kesalahan-kesalahan serius yang patut menghadapi dakwaan kerana sengaja menghasut kebimbangan orang ramai.

Untuk sektor perumahan di bawah bajet ini, kerajaan akan memperuntukkan RM1.9 bilion untuk membekal 123 ribu rumah mampu PR1MA akan membelanjakan RM500 juta untuk membina 80 ribu rumah. Justeru PR1MA akan menggunakan RM500 juta lagi untuk bekerjasama dengan syarikat perumahan swasta untuk memberi diskaun kepada para pembeli. Harga rumah yang akan dibina ini adalah dari RM10 ribu ke RM400 ribu sebuah. Kerajaan bukan sahaja akan membina lebih banyak rumah mampu tetapi dari segi keselamatan juga dipertimbangkan.

final • 5:50 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Justeru usaha kerajaan untuk peruntukkan RM40 juta kepada lebih daripada 4,000 persatuan penghuni ataupun resident committee. Penghuni rumah tempatan untuk membanteras jenayah dan memperketat tahap keselamatan perumahan mesti dipuji.

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM39 juta untuk kegiatan Rukun Tetangga di 6,500 kawasan perumahan yang akan ditetapkan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya amat berbangga kerana kerajaan telah mengambil langkah mengukuhkan polisi dan program untuk mencetuskan sebuah masyarakat penyayang dan saksama. Bajet 2013 bukan sahaja menggariskan program dan langkah positif dalam membuka lebih peluang kepada golongan wanita termasuk kumpulan profesional, malah ia juga merupakan rancangan komprehensif dalam memantapkan usaha meninggikan taraf wanita daripada segi ekonomi, sosial di dalam dunia korporat. Untuk itu, syabas kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana keprihatinan tersebut.

Dalam konteks yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan syabas kepada pihak kementerian atas inisiatif mengukuhkan penglibatan golongan wanita dan usaha meningkatkan dengan izin, representation of women in decision making positions di sektor swasta. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polisi yang sama sedang diaplikasikan dengan berjaya dalam sektor awam dan wanita diberi peluang yang saksama untuk menjawat jawatan tinggi. Bagi mencapai tujuan tersebut dalam sektor swasta, seramai 500 orang wanita akan dilatih di bawah Program Pengarah Wanita sebagai penyediaan untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengambil kira kepentingan kebajikan golongan ibu tunggal bagi memastikan mereka mampu menampung kos kehidupan dan mempunyai keupayaan kewangan. Maka itu saya percaya Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal dan Get Malaysian Business Online akan membantu golongan wanita dalam keusahawanan serta melonjakkan perniagaan sedia ada dengan penggunaan teknologi sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya polisi dan program kerajaan amat komprehensif dan memberi pertimbangan kepada wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat. Polisi kerajaan berpaksi kepada prinsip bahawa kedudukan wanita dalam masyarakat adalah penting dan kerajaan akan memastikan golongan wanita berkeupayaan berjaya daripada segi ekonomi, kewangan dan sosial atau dalam erti kata lain dengan izin, empowering women. Kerajaan tidak memandang wanita sebagai hanya menerima bantuan kebajikan daripada mana-mana pihak seperti yang dilaungkan oleh parti pembangkang dalam bajet alternatif di mana bantuan kepada golongan wanita hanya berupa caruman tahunan daripada suami semata-mata.

Jika dibandingkan inisiatif dan program kerajaan seperti I-KIT, GMBO, 1AZAM dan sebagainya menumpu kepada meningkatkan keupayaan wanita dalam kerjaya, menggalak keusahawanan dan memulakan perniagaan dan kerja sambilan dari rumah bagi memastikan golongan wanita tidak perlu bergantung hidup kepada mana-mana pihak dan

final • 6:00 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

dapat mencapai kebebasan kewangan. Penglibatan golongan suami dalam Program Caruman Wanita Nasional yang dibentangkan oleh pihak pembangkang yang dikatakan dengan izin, comprehensive social safety net for home makers adalah secara sukarela dan hanya akan dilaksanakan jika golongan suami di negara ini bersedia untuk mencarum untuk isteri.

Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa bajet alternatif menganggap hanya golongan suami yang bekerja dan tidak mengambil kira keluarga yang mana suami tidak bekerja dan isteri yang menampung keluarga. Ini adalah contoh di mana bajet alternatif membuat andaian berciri dengan izin, gender discrimination dan tidak mendapati arus perubahan dan keadaan sosial semasa. Bajet alternatif juga menyatakan bahawa suami yang berdaftar secara sukarela dalam Program Caruman Wanita Nasional akan menyumbang sebanyak RM120 hingga RM1,200 setahun kepada tabung caruman bergantung pada pendapatan suami dan kerajaan yang dibentuk oleh parti pembangkang pula akan menyumbang sebanyak RM600 setahun tidak kira jumlah caruman suami.

Anggaran ini juga tidak tepat. Jika diteliti kos kehidupan di kawasan bandar tidak sama dengan kos kehidupan di kawasan luar bandar. Oleh demikian, jumlah caruman pihak kerajaan yang dikatakan akan dibentuk oleh pihak pembangkang tidak mengambil kira aspek penting seperti kos kehidupan, pendapatan suami dan adakah jumlah caruman adalah mencukupi bagi isteri untuk menampung keluarga sekiranya suami meninggal dunia atau pasangan tersebut bercerai. Ini kerana isteri yang tidak bekerja tidak mempunyai punca pendapatan sendiri dan mungkin tidak dapat mula kerja dalam masa yang singkat.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya, sekejap lagi. Tuan Yang di-Pertua, rancangan caruman bajet alternatif dianggar akan menelan belanja sebanyak RM3 bilion dalam tahun 2013 sahaja. Inisiatif Kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan keupayaan golongan wanita untuk mencari pendapatan sendiri dan berdikari pula tidak melibatkan belanja setinggi tersebut. Sebagai contoh, seramai 58,333 peserta Program Akhir Zaman Miskin (1AZAM) dalam tahun 2012 akan dibantu dan dilatih dengan kos sebanyak RM400 sahaja dan ia tidak terhad kepada wanita sahaja.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa dah habis. Kena sambung mungkin masa Jawatankuasalah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, lima minit lagi. Lima minit lagi. Selain daripada itu, saya juga bangga kerana kerajaan juga menurunkan bayaran pemprosesan bagi pasport bagi warga emas sebanyak 50% untuk pasport tempoh lima tahun. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil langkah positif dalam membantu golongan sasar agar tidak ada mana-mana golongan yang terpinggir dalam arus pembangunan negara dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Daripada segi kesihatan, saya juga ingin menekankan isu kekurangan perkhidmatan psikiatri di sektor kesihatan awam negara kita. Sebagai contoh, di bandar besar seperti Johor Bahru, bandar tersebut tidak mempunyai pusat kaunseling yang memenuhi keperluan populasi yang tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan lancar. Sementara itu dalam kes-kes sakit mental yang kian meningkat ini, sebahagian daripada sistem sokongan untuk kebajikan pesakit-pesakit serta ahli-ahli keluarga mereka telah diabaikan. Saya amat berharap bahawa masalah ini dapat diperbaiki dalam bajet ini.

Akhir sekali, gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, untuk topik saya yang akhir iaitu pelaksanaan gaji minimum, kerajaan akan melaksanakan hak gaji minimum sebanyak RM900 sebulan mulai 1 Januari tahun depan. Pihak pembangkang dalam bajet mereka telah mencadangkan supaya had gaji minimum diletak pada paras RM1,100. Sebelum tahap RM900 itu ditetapkan, banyak kajian selidik telah dibuat sebelum ditetapkan pada para ini. Bank Dunia mencadangkan supaya paras minimum itu tidak melebihi 40% daripada gaji purata sesebuah negara. Gaji purata kami adalah RM1,804. Jadi, untuk memperkenalkan gaji minimum pada RM800 hingga RM900, ianya adalah lebih kurang 40% daripada gaji purata kami.

final • 6:00 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tahap yang dicadangkan oleh pihak pembangkang adalah jauh lebih tinggi, lebih daripada 60% gaji purata, juga pada tahap RM900. Jumlah penganggur dijangka tidak akan

final • 6:10 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

naik, padahal jika ia dilaksanakan pada RM1,100, kadar pengangguran dijangka akan bertambah sebanyak 1.5% iaitu bersamaan 160,000 pekerja. Kerajaan Selangor juga telah mencadangkan untuk mengadakan had gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk pekerja di agensi kerajaan tetapi sehingga ke hari ini ia belum dilaksanakan. Tidak mengira had RM900 atau RM1,100, pelaksanaan gaji minimum akan menyusahkan sektor perniagaan terutamanya dengan izin SME.

Di sini saya ingin mencadangkan supaya satu moratorium selama dua tahun untuk memberi masa kepada SME untuk mengamalkan skim gaji minimum ini. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya mengakhiri ucapan saya...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dah berakhir banyak sangat dah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat...

final • 6:10 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya, saya akhiri...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat fahamlah sedikit, saya tidak mahu menggunakan kuasa saya Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan saya dengan menyokong rang undang-undang ini, sekian terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Marang.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

*Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakaatuh.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memulakan ucapan perbahasan ini dengan menyebut firman Allah Subhanahuwataala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al- Hajj, ayat 41 yang bermaksud; “Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah negeri, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, mereka menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat segala urusan.” Menunjukkan bahawa di sana ada empat konsep bagi memerintah negara untuk menjamin segala pengurusan pentadbiran kewangan dilaksanakan dengan betul dan baik dan mencapai kejayaan. Pertama ialah pembangunan insan atau pembangunan manusia, yang kedua konsep kewangan dan dasar kewangan, yang ketiga konsep Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar, yang keempat wawasan yang betul dan tepat.

Kejayaan belanjawan tidak hanya bergantung kepada duit yang dibentangkan dengan jumlah yang dibangga-banggakan sahaja dan bukan dengan projek pembangunan yang disenaraikan berjela-jela. Ia bergantung kepada manusia yang melaksanakannya dan manusia yang mengurus serta manusia yang menerima sumbangan itu, sejauh mana dapat menunaikan dengan sempurna. Duit yang diterima dan diurus dengan baik, tidak dinafikan bahawa bajet dan politik tidak dapat dipisahkan, bukan bermain politik dengan bajet, ini adalah tanggungjawab politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Bezanya kerajaan sudah memerintah 50 tahun lebih, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan 40 tahun lebih penubuhan Malaysia. Manakala pembangkang belum lagi memerintah Kerajaan Pusat, mereka memerintah kerajaan negeri, maka dilaksanakan dalam negeri. Politik mempunyai peranan yang penting di dalam membentangkan bajet kepada pembangkang dan melaksanakan kepada mereka yang telah memerintah.

Dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, kerajaan tidak boleh berlagak maha suci daripada bersifat kekurangan dan kelemahan, tidak boleh berlagak seperti tuhan, tidak ada kekurangan, tidak ada kelemahan, tidak ada ketirisan, kita jangan melekakan rakyat dengan slogan yang bertali arus satu demi satu, bermula dengan ‘Bersih, Cekap, Amanah’, ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, ‘Islam Hadhari’ dan macam-macam dan hari ini pula ‘Janji Ditepati’. Kita tidak menafikan di sana ada janji yang ditepati dan ada janji yang belum ditunaikan dan masih ada janji yang ditunaikan tetapi tidak sempurna, tidak selesai, tidak dapat dilaksanakan dengan betul, masih ada negeri-negeri, wilayah, daerah, kampung, rakyat yang ketinggalan.

Contohnya negeri Tuan Yang di-Pertua sendiri Sabah, Sarawak, Malaysia Timur.

Sarawak 40 tahun kita mencapai kemerdekaan, walaupun dijanjikan dengan pelbagai janji sejak mula mencapai kemerdekaan, ditunaikan tetapi tidak habis, bukan tidak ditunaikan, tidak sempurna. Masih ada lagi kelemahan-kelemahan yang kita kena sedar, wilayah,

final • 6:11 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

daerah, kampung yang masih terbengkalai, rakyat yang ketinggalan walaupun di sana diberikan bantuan masih ada yang ketinggalan. Projek terbengkalai tidak menepati jadual, Lebuh Raya Timur – Barat sudah berapa penggal pilihan raya masih belum selesai antara pantai timur dan pantai barat. Lebuh Raya Simpang Pulai daripada Simpang Pulai ke Gua Musang, Kuala Bera melalui Kelantan dan Terengganu dirancang sejak tahun 70-an sekarang sudah berapa tahun masih belum selesai. Itu janji dibuat bukan tidak buat tetapi tidak sempurna. Bahkan ada janji yang dibuat tetapi runtuh, stadium runtuh, buat jambatan runtuh, walaupun jumlahnya tidak besar tetapi tidak boleh dianggap, dipandang ringan dalam perkara ini.

Kerajaan perlu mengizinkan satu muhasabah yang adil dan telus, satu muhasabah yang adil dan telus banyak penyelewengan hilang cerita, cerita lama hilang timbul cerita baru, penyelewengan Bank Bumiputera beberapa tahun yang lalu, KWSP, Tabung Haji, Baitulmal, zakat dan macam-macam lagi, Petronas dikatakan ada juga. Diakhiri dengan kapal selam, pembelian senjata-senjata sky hawk, PERWAJA dibawa ke mahkamah sekejap, habis cerita, tidak tahu kisahnya, tidak tahu apakah akibat mereka yang melakukan kesalahan itu. Lebih malang lagi apabila penyelewengan ini dilindungi dengan media-media yang dibatasi, yang dihalang dengan undang-undang ISA, OSA yang tidak mengizinkan pendedahan sebagai rahsia kerajaan untuk menutup segala kesalahan ini.

Pilihan raya yang tidak menghakimkan rakyat sepatutnya rakyat boleh menjadi hakim di dalam pilihan raya untuk menentukan hukuman kepada kerajaan yang buat silap tetapi rakyat tidak boleh menjadi hakim kerana pilihan raya yang tidak telus, pilihan raya yang masih belum berjalan dengan cara yang baik, yang memuaskan mengikut amalan demokrasi yang beradab dan berakhlak.

Tanpa muhasabah yang betul, maka bajet yang dibentang akan memberikan bajet politik wang, bajet rasuah, bajet menjelang pilihan raya kerana dibentangkan hampir hendak pilihan raya di bentang, sudah tentu nawaitunya sedikit sebanyak ada pilihan raya walaupun sebanyaknya kalau sedikitnya akan menjadi sebegitu.

Saya kembali kepada asas empat perkara yang disebutkan tadi, kejayaan untuk mencapai bajet yang sempurna, pembangunan insan, dasar kewangan dengan konsep yang betul, konsep pelaksanaan, Amar Ma'ruf Nahi Munkar, wawasan yang pertama pembangunan insan, pembangunan manusia, Allah Taala memilih manusia untuk memakmurkan bumi [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ; “Dan sesungguhnya kami memuliakan manusia anak keturunan Adam, tidak diberikan kepada binatang, tidak diberikan kepada malaikat, tidak diberikan kepada makhluk yang lain, diberikan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi kepada manusia”, yang penting manusia itu perlu dibangunkan manusiawi nya, dibangunkan insannya.

final • 6:11 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Untuk membangunkan insan, mestilah mengikut acuan penciptanya, mengikut fitrah, mengikut naluri sifat semula jadi. Manusia ada jasad, ada roh dan akal. Maka pembangunan insan mestilah memenuhi ketiga-tiga aspek ini. Kegagalan dan kebuntuan berlaku apabila pembangunan insan tidak memenuhi ketiga-tiga aspek ini. Pembangunan roh, pembangunan diri dengan iman, akidah mengawal hati dan rohani. Adanya perhitungan benar dan salah, perhitungan dosa dan pahala bagi orang Islam. Di sana ada perhitungan sejagat, perhitungan manusia baik dan buruk kepada orang bukan Islam. Itu adalah aspek rohani yang perlu diberi tekanan. Sejauh mana penekanan ini berjaya dalam dasar pendidikan dan sistem pendidikan kita.

Ilmu yang memberi manfaat. Islam membahagikan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain yang wajib atas tiap-tiap orang lelaki dan tiap-tiap orang perempuan.

Kebanyakan orang mengenali fardu ain ini sembahyang lima waktu. Mereka tidak tahu termasuk fardu ain juga ialah memahami baik dan buruk, jahat dan tidak jahat, betul dan salah. Itu perlu diketahui tiap-tiap orang. Bukan sahaja ajaran Islam tetapi termasuk ajaran kemanusiaan. Ini fardu ain antara tiap-tiap orang. Perlu ditanam kepada anak-anak sejak kecil lagi dan dipanjangkan sehingga dewasa. Fardu ain dan fardu kifayah.

Fardu kifayah ini bukannya sembahyang mayat sahaja. Termasuklah setiap keperluan hidup manusia dalam bidang ekonomi, dalam bidang industri, dalam bidang segala-gala keperluan, itu fardu kifayah yang wajib ditunaikan. Fardu kifayah ini ada kaitan dengan fardu ain. Ilmu itu dikaitkan pula dengan pembangunan roh, tidak boleh dipisahkan.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Seterusnya ialah akhlak yang mulia, akhlak yang mulia ini perlu ditekan. Akhlak ini adalah perkara sejagat. Dalam masa yang sama, peranan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dikatakan bahasa jiwa bangsa untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyak dan seramai-ramainya mestilah dengan bahasa kebangsaan, dengan bahasa ibunda. Ini termaktub dalam Perlembagaan, dengan bahasa ibunda, dengan bahasa kebangsaan supaya seramai-ramai boleh diilmukan. Kemudian, untuk ke peringkat yang lebih mendalam, lebih tinggi, maka pergi ke mana-mana dunia dengan bahasa-bahasa asing.

Sejauh mana kita memperkasakan bahasa kebangsaan?

Bahasa kebangsaan semakin hari menjadi semakin hendak luntur. Kita sendiri biarkan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk mencipta istilah-istilah ilmu tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Sepatutnya bahasa kebangsaan diperkasakan tetapi tidak diperkasakan.

Di mana semua aspek ini, pembangunan roh, pembangunan ilmu dan pembangunan akhlak merupakan tanggungjawab agama. Di sinilah tiap-tiap orang Islam yang sembahyang dia sebut...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya sembahyang aku, hidup aku, mati aku, semuanya kerana Allah.” Tidak ada sekutu bagi- Nya, barulah seluruh kehidupan kita ini ada rasa tanggungjawab. Bukan sahaja tanggungjawab dalam masalah yang dinamakan ibadat, dalam masalah mentadbir negara, masalah menguruskan kewangan tidak ada tanggungjawab. Di mana acuan inilah yang melahirkan manusia zaman Umar bin Khattab RA, zaman Umar bin Abdul Aziz sebagai contoh.

Umar bin Al-Khattab, bagaimana seorang wanita penjual susu hendak tipu jualannya di waktu malam yang sunyi dan didengari oleh Khalifah Umar bin Khattab, di mana bila hendak tipu tetapi anak gadis dia kata jangan tipu. Lalu dia kata Umar tidak tahu.

Walaupun Umar tidak tahu tetapi anak dia kata, Tuhan Umar tahu. Tuhan Umar tahu.

Walaupun manusia tidak tahu, Tuhan tahu. Aspek inilah yang perlu ditanam dalam diri.

Dan Umar terus melamar gadis itu untuk dikahwinkan dengan anaknya dan melahirkan cicit Umar bin Abdul Aziz yang memerintah dengan adil dengan kemewahan yang diberkati oleh Allah.

Seterusnya konsep kewangan. Duit halal dan mesti duit berkat. Ini tanggungjawab kepada orang Islam. Kalau duit haram, tidak berkat. Kemusnahan komunisme kerana duit haram pun dirampas. Hak kebebasan merampas harta orang. Tidak ada aspek agama. Ini kemusnahan komunisme. Kemusnahan kapitalisme, tanda-tanda kemusnahan ekonomi di Greek dan lain-lain lagi hari ini ialah kerana menipu, kerana riba, kerana rasuah. Ini adalah sumber-sumber haram yang meruntuhkan ekonomi negara-negara besar dunia. Jangan kita main-main dalam masalah halal dan haram ini.

Di sini Allah SWT menyebut dalam al-Quran...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kalau sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan yang turun dari langit dan keluar dari bumi tetapi mereka membohonginya.” Di mana perkataan berkat tidak ada dalam istilah ekonomi ciptaan manusia. Yang ada dalam Islam sahaja. Ini perlu diperkenalkan.

Kemudian pengambilan hasil. Pengambilan hasil tidak menindas dan tidak digalakkan berhutang. Jangan menindas. Di sinilah disebut... [Bercakap dalam bahasa Arab] “Dan tunaikanlah zakat”. Zakat adalah satu konsep memungut hasil secara ibadat kepada orang Islam yang disebut oleh Nabi SAW...

[Bercakap dalam bahasa Arab] “Diambil daripada mereka yang berada dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan kepada keperluan negara”. Hanya dibebankan kepada mereka yang berada. Mereka yang tidak berada tidak dibebankan dengan cukai.

Inilah maka kita cadangkan tol dihapuskan. Tol dihapuskan kerana tol ini melibatkan semua rakyat termasuk kalangan-kalangan yang terlalu miskin. Ini kerana bila tol naik, begitulah juga barang lain akan naik. Oleh sebab itu kita hapuskan sebagai satu contoh di mana cukai-cukai yang membebankan rakyat miskin diturunkan. Ini tanggungjawab. Tidak menindas dan tidak digalakkan berhutang. Bukan tidak boleh hutang tetapi tidak digalakkan berhutang.

Akan tetapi sering kali kerajaan yang tidak mengamalkan sistem dan konsep Islam ini, mereka jadikan hutang sebagai satu sumber kewangan. Ini satu sikap yang salah.

Dengan sebab itu kita perlu menggunakan sumber asli yang ada dalam bumi kita. Negeri kita negeri yang kaya dengan sumber asli. Contohnya hasil petroleum, balak dan

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

sebagainya tetapi kadang-kadang kita uruskan dengan cara yang tidak betul, haram, maka tidak jadi berkat.

Contohnya royalti petroleum. Royalti petroleum ini ialah yang ada perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dalam tahun 1975. Mereka yang terlibat masih hidup lagi iaitu Yang Berhormat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat Gua Musang, Tun Rahman Yaakub, Tun Salleh Abbas. Ini yang masih hidup lagi. Orang yang hidup ini masih lagi bercerita balik, mengisahkan bagaimana hendak selesaikan masalah Kerajaan Pusat dengan Malaysia Timur. Hanya Malaysia Timur yang ada hasil minyak pada masa itu.

Lalu, mereka membuat keputusan menggubal Akta Petroleum dan diluluskan di Parlimen.

Ditubuhkan Petronas dan dibuat perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas di mana semua Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri mengadakan perjanjian dan menandatangani perjanjian itu.

Sekiranya ada hasil minyak di darat dan di laut, maka diserahkan kepada Petronas dan Petronas hendaklah menyerahkan kepada kerajaan negeri sebanyak 5% royalti. Ini perjanjian. Akan tetapi apabila kami menang di Terengganu, mereka sanggup, luluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO satu usul. Dalam Perhimpunan Agung UMNO, bukan dalam Parlimen, untuk merampas royalti Terengganu. Kemudian, dinafikan Kelantan. Ini merupakan satu tindakan zalim yang menyebabkan tidak berkat. Zalim membawa tidak berkat. Inilah yang menyebabkan berlaku macam-macam hal dalam negara kita.

Percukaian yang adil, percukaian adil saya sebut zakat tadi... [Bercakap dalam bahasa Arab] Di mana sepatutnya cukai ini dinaikkan di kalangan mereka yang berada.

Kalangan yang tidak berada kalau boleh hapus, hapuskan kecuali dalam keadaan darurat.

Kemudian mengurus duit tidak bakhil dan tidak boros. Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan orang-orang yang bijak yang Tuhan sayang ialah orang yang membelanjakan harta, mereka tidak boros dan mereka tidak bakhil dan mereka sederhana di antara keduanya.” Ini diajar oleh Islam, tidak boros dan tidak bakhil. Di mana tidak boros dan tidak bakhil, keperluan umum hendaklah diutamakan. Keperluan umum hendaklah dijaga dan dipelajari oleh kerajaan. Kadang-kadang kerajaan mengambil kesempatan daripada keperluan umum di mana di sebut dalam satu hadis Nabi bersabda...

[Membaca sepotong Hadis]

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Manusia itu bersekutu dalam tiga perkara iaitu air, api dan padang ragut. Itu zaman Nabi SAW. Zaman sekarang ini dia tambah lagi air, tenaga, kesihatan, transport, pos dan termasuklah pendidikan. Ini merupakan keperluan umum. Sepatutnya kerajaan mengendalikan keperluan umum ini, dikendalikan kepada mereka yang tidak mampu dibantu. Geran kesihatan sebagai contohnya, pernah pada zaman British dahulu, British mengamalkan negara berkebajikan (welfare state) di mana mereka memberi rawatan percuma. British pernah buat dan ada negara lain pernah buat. Rawatan percuma. Ini satu perkara yang sangat menarik sebenarnya diambil daripada Islam dan dianggap sebagai keperluan umum.

Kerajaan kata akan timbul masalah kos pula. Sekarang ini banyak hospital swasta.

Kerajaan boleh naikkan cukai daripada pihak swasta untuk tampung kekurangan ini.

Banyaklah benda yang kita boleh buat. Pengagihan. Pengagihan mesti adil. Adil untuk semua rakyat. Bukan sebahagian rakyat sahaja. Saya tidak nafi bajet yang dibentangkan kena ada pengagihannya tetapi kadang-kadang tiris. Tiris yang disedari. Banyak janji-janji hendak buat rumah. Rumah akan dibuat. Kita bimbang rumah itu kayu tidak ada kualiti.

Simen tidak cukup, besi tidak cukup kerana berlaku kontraktor yang bergilir-gilir, bertukar.

Jual, jual, jual, akhirnya rumah tidak sempurna.

Ini sudah berlaku. Sudah berlaku. Kita bimbang hal ini akan berlaku lagi. Bagi duit, tidak kena pada tempat. Bagi duit. Contohnya bagi duit kepada pegawai kerajaan. Itu bagus. Kena tempat. Naikkan gajinya. Gaji minimum. Itu kena pada tempat. Akan tetapi bagi duit kepada petani. Bagi duit kepada nelayan sebagai contohnya. Apa yang diperlukan oleh petani dan nelayan, kalau bagi duit secara one-off, habis selepas itu. Tidak selesai masalah kemiskinannya. Sepatutnya bagi petani, duit ini digunakan untuk menurunkan harga baja, menurunkan harga barang makanan, membantu dalam pasarannya.

Sepatutnya ditunaikan itu. Bahkan berlaku kadang-kadang diskriminasi. Contohnya Pantai Timur dan Pantai Barat. Di Kelantan, di Terengganu, terpaksa bawa baja daripada kilang-

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

kilang baja daripada Pantai Barat dan Selatan yang menyebabkan harga baja dan harga binatang ternakan melambung tinggi.

Ini merupakan perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan. Dengan sebab itu, sepatutnya kerajaan bantu menurunkan harga baja dan harga makanan haiwan. Begitu juga barang-barang keperluan kepada pembangunan, simen dan lain-lain bahan.

Sepatutnya kilang bukan di Pantai Barat sahaja, di Pantai Timur kena ada kilangnya. Kilang yang cukup, yang boleh menurunkan harga simen, menurunkan harga bahan-bahan ini. Ini yang menyebabkan pengusaha-pengusaha bumiputera mampus, tidak tahan kerana lepas naik, naik, naik kerana bahan ini dimonopoli oleh kalangan-kalangan yang tertentu.

Seterusnya konsep Amal Makruf dan Nahi Mungkar. Kita perlu menyedari bahawa memerintah negara dengan adil adalah Amar Makruf. Memerintah negara tidak adil adalah mungkar yang sangat besar. Di sinilah maka Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud, “Tujuh jenis manusia yang dijanjikan oleh Allah mendapat payung naungannya di Padang Mahsyar pada hari Kiamat”. Ada tujuh jenis. Pertama ialah pemerintah yang adil. Disebut pemerintah yang adil yang pertama. Selepas itu barulah pergi ke masjid, barulah berzikir dan barulah hal-hal yang lain. Ini menunjukkan bagaimana pemerintahan negara yang adil adalah perkara makruf yang besar fadilatnya kerana cabarannya besar. Bila pangkat besar, duduk tempat tinggi, nampak duit banyak, nampak macam-macam, kelabu mata, jadi keliru dan banyak cabaran hawa nafsu. Oleh kerana itulah sekiranya pemerintahan negara dilaksanakan dengan adil, dengan amanah, maka pahalanya sangat besar.

Allah meletakkan amanah memerintah negara ini adalah amanah yang terbesar, yang tidak mampu dipikul oleh langit dan bumi.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “sesungguhnya Kami (Allah) telah mempamerkan amanah kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang supaya mereka memikul amanah. Semua makhluk ini tidak bersedia, gerun dan takut. Namun manusia bersedia untuk memikulnya. Mereka yang zalim dan jahil memikulnya”. Amanah yang dimaksudkan di sini ialah amanah mengendalikan urusan negara yang diwajibkan adil untuk semua. Yang ditegaskan oleh Allah. Merupakan amanah yang besar.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah kepada orang yang ahli dapat menunaikannya dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia”. Tidak disebut Islam atau bukan Islam, tidak disebut Melayu, Cina, India. Dia sebut manusia seluruhnya hendaklah berlaku adil.

Dan Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya. Maka pemimpin yang menunaikan amanah dengan melakukan adil untuk semua, pahalanya sangat besar tetapi pemimpin yang khianat terhadap amanah, yang zalim, menyalahgunakan kuasa, menjadikan harta negara untuk dia, keluarga dia, kroni-kroni dia, ini satu khianat yang sangat besar. Allah SWT sebut, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Orang-orang yang zalim akan ketahui di mana tempat jatuh mereka pada akhirnya”. Allah SWT menjadikan pemerintahan adalah ujian kepada manusia. Allah SWT beri pemerintah yang adil, pemerintah yang zalim. Semuanya ada umurnya. Tidak diberi umur selama- lamanya. Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, Nabi Daud A.S tidak selama-lamanya. Kerajaan Nabi Muhammad SAW tidak selama-lamanya. Khalifah Umar bin Aziz dua tahun sahaja.

Kerajaan Firaun tidak selama-lamanya. Kuasa besar dunia, Hitler tidak selama-lamanya.

Empayar British tidak selama-lamanya. Tuhan jadikan ini untuk menguji manusia keseluruhannya.

Menguji pemimpin dan menguji rakyat sama-sama. Menguji pemimpin yang menunaikan amanah dan menguji rakyat yang memberikan amanah kepada pemimpin.

Maka pemerintahan yang zalim bukan sahaja dibebankan kepada pemimpin-pemimpinnya termasuklah kepada rakyat dan kakitangan yang menyokong kerajaan itu. Kita melihat banyak kegagalan berlaku dalam negara kita ini. Hendak mencegah kemungkaran- kemungkaran ini.

Bukan sahaja di peringkat atas tetapi juga peringkat bawah. Dadahnya, jenayahnya, maksiatnya, penyelewengannya berlaku. Kelemahan yang berlaku bukan sahaja kerana pembangunan insan, termasuklah kerana undang-undang yang lemah. Tidak ada kedaulatan undang-undang. Undang-undang yang tidak berkesan. Undang-undang yang tidak ada kehebatan. Penjenayah berani, penjenayah tidak gerun. Oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya kerajaan bukan sahaja menubuhkan IKIM, gunakan IKIM ini untuk menjalankan tugasnya dan memberi sumbangan kepada kerajaan untuk membuat

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

kajian supaya melihat peranan syariat Islam dalam segala aspek. Bukan sahaja aspek munakahat, aspek pusaka termasuklah aspek jenayah, aspek ekonomi, aspek undang- undang antarabangsa yang ada dalam Islam. Perlu dikaji. Barangkali kita tidak sedar di sana ada orang-orang Barat yang mengambil undang-undang antarabangsa yang ada dalam Al-Quran. Kita tidak baca Al-Quran.

Contohnya Undang-undang Suaka Politik sebagai contoh. Bila ada sebuah negeri yang zalim menindas rakyat, rakyat lari jadi pelarian ke negeri lain di mana pakar-pakar undang-undang tidak jumpa melainkan mereka membaca terjemahan Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Jika sekiranya seorang musyrikin yang bukan agama kamu datang meminta perlindungan kerana dizalimi di negerinya, maka beri perlindungan kepadanya”. Dan ucapkan kalimah, ajak dia masuk Islam. Tidak boleh paksa.

Kalau dia tidak mahu masuk Islam, tidak boleh hantar ke negeri dia balik lalu dia dibunuh.

Tidak boleh. Hantar ke negeri yang aman untuknya. Di mana ayat ini menjadi asas kepada undang-undang antarabangsa. Begitulah juga kepada undang-undang yang lain. Undang- undang jenayah qisas, hudud, ta’zir perlu dikaji. Bukan kaji hukuman tetapi kaji bagaimana proses undang-undang, proses kesaksian. Dikaji semuanya di mana undang-undang Islam adalah undang-undang yang ada roh, undang-undang yang ada aspek spiritual yang tidak ada pada undang-undang yang lain. Di sinilah menyebabkan undang-undang ini lebih mendidik di mana undang-undang Islam menggalakkan dibebaskan daripada dihukum.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Menggalakkan penyelesaian di luar mahkamah. Dengan sebab itu bila ada seorang pencuri yang mencuri, dia bawa kepada Nabi SAW. Lalu Nabi tanya adakah awak mencuri? Dia kata ya. Nabi kata katalah tidak. Katalah tidak, apa salahnya. Saya mencuri.

Walaupun mencuri kerat tangan. Katalah tidak, tiga kali setelah jika dia mencuri dia mengaku baru dipotong. Menunjukkan bahawa undang-undang ini lebih mendidik bukan untuk menjatuhkan hukuman. Sepatutnya undang-undang ini dikaji dengan sesungguh- sungguhnya. Insya-Allah dengan kita melaksanakan semua perkara tersebut kita dapat mewujudkan sebuah negara yang melahirkan masyarakat madani di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa.

Makna masyarakat madani ialah masyarakat yang bertamadun, yang bertimbang rasa. Ini makna madani. Bertamadun, berilmu, bertimbang rasa, tukar menukar di antara satu sama lain dengan konsep yang adil untuk semua...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang - Marang

Oleh kerana itu masalah masyarakat majmuk tidak timbul. Saya kira kita balik ini adil untuk semua, dapat menyelesaikan masalah. Masyarakat madani untuk antarabangsa. Tidak timbul soal hina Nabi macam berlaku hari. Hina Nabi. Amerika kata tidak ada undang-undang hendak bertindak terhadap orang yang hina Nabi. Negeri dia ada kebebasan tetapi kita baca berita dalam media bila sebuah media Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua di Barat, menyiarkan gambar, memalukan Kolonial British. Lalu diambil tindakan supaya British jangan siar. Bila giliran kolonial di British ada undang-undangnya. Bila masuk Nabi Muhamad SAW tidak ada undang-undang. Ini double standard.

Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan hendak beri peluang kepada rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 6:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 6:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah meneliti dan menganalisa secara mendalam isi-isi Belanjawan 2013 yang bertemakan ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat:

final • 6:42 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Sebuah Janji Ditepati’, saya sangat yakin yang negara kita memang dalam proses transformasi paradigma untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju dalam masa yang terdekat.

Lima fokus utama bajet ini juga memastikan yang pertubuhan negara yang holistik dan komprehensif dapat direalisasikan dan setiap genap masyarakat Malaysia akan menikmati faedah-faedah perancangan rapi Belanjawan 2013. Belanjawan tahun hadapan juga mempunyai ciri-ciri sebuah bajet yang peka terhadap suasana ekonomi sedunia yang mencabar dan merangkumi langkah-langkah yang akan memastikan daya saing negara mampu menawan kejayaan dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang jauh melebihi pertumbuhan ekonomi agregat sedunia.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas tindakan beliau memperuntukkan RM500 juta untuk River of Life Project yang akan mengindahkan Sungai Klang. Setiap tamadun agung telah bermula pada tapak yang bersebelahan sungai dan walaupun perolehan masa telah mengurangkan peranan sungai sebagai epic centre perwatakan tamadun, namun dari segi ekologi dan flora fauna peranan sungai tidak boleh dinafikan. Projek River of Life adalah contoh kepimpinan yang memahami yang penjagaan alam sekitar semula jadi adalah tanggungjawab generasi kini untuk generasi masa hadapan. Antara legasi paling berharga kita menyumbang kepada masyarakat masa hadapan adalah penjagaan dan pemeliharaan kurniaan Tuhan dalam rupa alam semula jadi seperti sungai. Saya berharap projek sebegini dapat diperluaskan ke sungai-sungai lain di negara kita yang memerlukan pada masa akan datang.

Perusahaan kecil dan sederhana diakui oleh pakar-pakar ekonomi sedunia sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi sebuah negara. Justeru itu, langkah kerajaan untuk memperuntukkan dana RM1 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS di bawah kendalian SME Bank adalah tindakan yang tepat pada masanya dan amat wajar untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara kita. Akses kepada skim ini akan memberikan warga PKS bantuan dan pertolongan kewangan untuk memperkasakan diri mereka untuk lebih giat memajukan perniagaan mereka. Sebagai ayam tambatan, sebuah ekonomi yang sihat dan vibrant, dana ini pasti akan menjadi jambatan untuk mengukuhkan dan memperluaskan peranan PKS dalam menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun ramai antara pemilik PKS mungkin tidak sedar akan kewujudan skim ini serta kriteria yang layak untuk memohon pinjaman di bawah skim ini. Saya berharap yang SME Bank serta kementerian yang relevan akan menjalankan kempen-kempen yang sewajarnya untuk meningkatkan kesedaran antara warga PKS akan kewujudan dan faedah Skim Pembangunan PKS ini.

Pelancongan merupakan antara tunggak ekonomi negara kita dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi masih boleh dimaksimumkan dan dipertingkatkan lagi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai antara flora dan fauna semula jadi yang paling unik dan indah di seluruh dunia yakni langkah kerajaan untuk menaikkan peruntukan perbelanjaan pembangunan pelancongan sebanyak 42% adalah tindakan yang bijak dan penting ke arah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

Aspirasi kerajaan dalam membangunkan pasaran pelancongan pasti akan mencapai kejayaan dan mampu menjadi penjana ekonomi yang sangat penting dan lumayan kepada negara kita. Saya ingin meminta pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan untuk menyalurkan sedikit pelaburan daripada peruntukan RM350 juta ke kawasan Hulu Selangor untuk menyediakan infrastruktur seperti hotel dan resort peranginan. Hulu Selangor adalah suatu tempat yang potensinya untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan belum direalisasikan. Saya ingin meminta pihak Kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam proses menukar Hulu Selangor menjadi tapak pelancongan yang premium.

Hulu Selangor mempunyai banyak tempat yang keindahannya memegunkan.

Terdapat hutan belantara yang sesuai untuk nature track dan hike seperti Bukit Kutu yang potensinya belum pada tahap optimum. Kolam Air Pertak adalah lagi satu tempat yang sangat indah dan mempunyai daya tarikan pelancong. Dikatakan air di dalamnya mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai kesakitan dan keaiban badan.

Kawasan sekitar Empangan Selangor juga mempunyai potensi yang hebat untuk dijadikan destinasi eco-tourism yang unggul. Ia adalah harapan saya yang pihak kerajaan menolong membangunkan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan kerana potensinya amat

final • 6:42 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

besar untuk menjadikan penjana ekonomi kepada rakyat tempatan dan industri pelancongan.

Menurut World Health Organization, antara cabaran utama yang akan dunia perlu mengatasi pada masa akan datang adalah kekurangan makanan akibat populasi dunia yang kian meningkat dan sumber makanan yang tidak meningkat pada kadar yang sama.

Cuaca yang tidak menentu juga akan membawa impak yang negatif kepada pengeluaran makanan sedunia. Krisis makanan ini sudah bermula malah baru semalam United Nations telah meminta pertolongan sebanyak USD39 juta untuk mengatasi krisis makanan di negara Lecanto di Benua Afrika. Maka langkah kerajaan untuk memperuntukkan RM5.8 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk memastikan kelestarian bekalan makanan negara kita adalah langkah yang bijak dan berpandangan jauh. Sikap bertanggungjawab kerajaan untuk memastikan yang rakyatnya tidak ditimpa krisis makanan adalah lagi satu contoh aspirasi kerajaan untuk menyediakan diri untuk pelbagai cabaran dan dugaan yang mungkin menimpa rakyat sedunia dan juga menunjukkan keutuhan dan tekad kerajaan untuk bersedia berdepan dengan masalah esok pada hari ini juga. Saya yakin peruntukan ini akan digunakan dengan baik untuk menjamin negara kita tidak akan mengalami krisis kekurangan makanan.

Para petani negara kita adalah golongan yang bekerja keras di panas terik tanpa mengenal lelah untuk memastikan yang orang lain mendapat makanan yang secukupnya dan berkhasiat. Jasa mereka tidak patut dilupakan dan kerajaan telah menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah para petani dengan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion. Peruntukan ini pasti menjadi batu loncatan untuk mengurangkan kos pengeluaran para petani dan sekali gus meningkatkan keuntungan mereka dari segi disposable income, dengan izin. Langkah kerajaan untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi untuk kemudahan perlindungan untuk 172,000 para petani adalah satu langkah yang pasti diterima dengan kesyukuran oleh para petani. Skim Azam Tani juga telah diperuntukkan sebanyak RM41 juta untuk menolong 6,730 peserta. Syabas mesti diucapkan kepada pengelola serta peserta skim ini yang telah mengecapi kejayaan yang besar dengan mengeluarkan 1,234 keluarga daripada garis kemiskinan dengan purata pendapatan meningkat di antara RM200 dan RM2,000 malah ada peserta skim ini yang telah berjaya mendapatkan pendapatan melebihi RM10,000 sebulan.

final • 6:42 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Kejayaan sebegini menunjukkan betapa berkesannya perancangan dan implementasi skim tersebut untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan warga petani.

Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi kebanggaan negara kita apabila dua daripada tiga Initial Public Offering dengan izin, IPO terbesar di dunia berlaku di pasaran tanah air kita. Felda Global Ventures Holdings dengan nilai terbitan RM10 bilion dan IHH Helthcare Berhad dengan nilai RM6.3 bilion menunjukkan betapa kuatnya keyakinan dan sentimen pasaran global terhadap produk kewangan negara kita.

Ini juga menunjukkan yang kerajaan mampu membawa pertumbuhan ekonomi serta menarik pelaburan asing walaupun ekonomi di dunia masih memudaratkan.

Perancangan yang rapi serta pelaksanaan yang efektif kerajaan telah membawa kejayaan yang bersejarah ini. Malah terdapat beberapa pakar kewangan seperti Jeremy Grant yang menulis untuk surat khabar kewangan yang termasyhur iaitu The Financial Times yang menyifatkan pertumbuhan ekonomi negara sebagai Gravity Defying Growth, dengan izin.

Kesemua data ini membawa kita kepada kesimpulan logikal yang kerajaan kita mempunyai kepakaran dan mekanisme utuh untuk melindungi serta memartabatkan ekonomi negara kita di mata dunia dan kemakmuran jangka panjang negara kita terletak pada tangan yang selamat lagi berwibawa. Kejayaan IPO ini patut dirayakan namun saya ingin membuat permintaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mencari penyelesaian dalam mekanisme untuk menolong kaum-kaum India Malaysia untuk mempertingkatkan ekuiti mereka dan bersama-sama menikmati kekayaan pertumbuhan ekonomi negara dari tahun 90-an.

Dari tahun 90-an ekuiti kaum India disasarkan mencapai pada 3% pada tahun 2010 namun apabila sasaran ini gagal dicapai, maka tahun 2020 pula menjadi sasaran baru untuk kaum India di Malaysia mencapai ekuiti 3%. Buat masa ini ekuiti India di negara ini

final • 6:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

berada di dalam lingkungan 1.2% hingga 1.4% dan saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mencari cara yang paling efisien dan efektif untuk kaum India mencapai sasaran 3% ekuiti di dalam lapan tahun akan datang. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah kerajaan menubuhkan sebuah syarikat ala Permodalan Nasional Berhad yang akan menumpukan fokus untuk memastikan sasaran tahun 2020 untuk mencapai ekuiti 3% untuk kaum India akan tercapai.

Hasrat kerajaan untuk membangunkan 20,000 projek perumahan di dalam kawasan FELDA diterima dengan hati yang terbuka oleh rakan-rakan saya dari FELDA Sungai Tinggi, FELDA Sungai Tinggi Selatan, FELDA Suharto dan FELDA Gedangsa dan saya juga harap agar Kampung Sungai Buaya yang mana merupakan satu masa dahulu di bawah skim FELDA juga diberi pertimbangan dalam skim perumahan ini.

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memperkenalkan skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah had perlindungan sehingga RM100,000. Diharap implementasi ini dapat disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri atas langkah beliau menjadikan Malaysia ke tahap hab kewangan antarabangsa melalui inisiatif Tun Razak Exchange (TRX). Sudah tiba masanya kita gunakan segala kepakaran dan sumber kita untuk menjadi sebuah hab kewangan jika negara-negara yang jauh lebih kecil boleh mencapai status ini. Tidak ada alasan munasabah dan mengapa negara kita tidak boleh bersaing dan berjaya dalam menjadi institusi kewangan serantau mahupun Asia.

Kewujudan TRX adalah satu lagi milestone dalam Economic Transformation Programme (ETP) dan juga adalah sehaluan dengan objektif negara untuk membolehkan Malaysia memerdekakan diri daripada menjadi sebuah negara yang terjerat sebagai negara berpendapatan sederhana dan melakukan transformasi paradigma ke arah menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi yang mempunyai daya saing kental yang mampu menyahut cabaran-cabaran globalisme dengan berjaya.

Dianggarkan nilai permohonan kasar projek ini adalah RM26 bilion dan akan menawarkan 40,000 peluang pekerjaan mahir dan berpengetahuan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas empati dan dorongan beliau mengekalkan peruntukan TEKUN untuk kaum India kepada RM50,000,000. Setakat ini program TEKUN telah menyalurkan sebanyak RM34.5 juta kepada kaum India dan faedahnya dinikmati oleh 4,212 usahawan India.

Sebanyak RM50,000,000 yang diperuntukkan untuk pengusaha kaum India dalam belanjawan tahun hadapan menunjukkan keseriusan kerajaan dalam membantu kaum India negara ini untuk bersama-sama mencapai kejayaan ekonomi. Langkah ini juga adalah demonstrasi laungan 1Malaysia dalam tindakan praktikal dan membuktikan tekad kerajaan kepada mereka yang meragui keikhlasan kerajaan dalam mengubah landskap ekonomi kaum India di Malaysia. Saya harap yang kerajaan akan meneruskan iktibar membaik pulihkan keadaan ekonomi kaum India dan juga mencari cara-cara lain untuk membantu kaum India negara kita untuk menaikkan tangga kejayaan ekonomi mereka.

‘Sapiante Potential Es’ dengan izin adalah bahasa Latin yang bermakna ilmu itu kuasa. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia atas kejayaan beliau mengambil inti pati diktum Latin tersebut dalam mengeluarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan tersebut adalah sangat mendalam dan adalah peta serta haluan negara kita untuk menghasilkan pelajar-pelajar bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa dan saya yakin transformasi pendidikan negara akan tercapai dengan pelaksanaan pelan ini.

Kerajaan telah menunjukkan betapa pentingnya komitmennya kepada sistem pendidikan negara dengan memperuntukkan hampir satu per lima bajet tahunan 2013 untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Kerajaan akur yang perubahan yang penting perlu diambil untuk memastikan yang generasi akan datang negara kita dilengkapi dengan software pendidikan yang setaraf dengan negara yang sudah membangun.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

final • 6:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

atas peruntukan sebanyak RM100,000,000 kepada SJK(T) Tamil dalam bajet tahun hadapan. Isu sekolah Tamil adalah satu isu yang sangat dekat kepada sanubari kaum India negara kita. Peruntukan sebanyak RM100,000,000 ini menunjukkan ketelusan dan keikhlasan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang optimum untuk semua pelajar tidak kira bangsa dan agama.

Peruntukan sebegini menunjukkan perwatakan konsep 1Malaysia yang disebut- sebut oleh pelbagai lapisan masyarakat negara kita. Ini adalah bukti kukuh yang kerajaan sedang mempraktikkan slogan 1Malaysia dan ia bukan hanya retorik politik semata-mata.

Di sini saya juga ingin meminta pihak kerajaan cuba walaupun tidak segera tetapi bermula dengan proses menukarkan kesemua sekolah separa bantuan kepada sekolah bantuan penuh.

Langkah ini akan membolehkan sekolah-sekolah tersebut mendapatkan bantuan dengan lebih mudah serta mengurangkan beban ibu bapa pelajar-pelajar sekolah separa bantuan. Lagi satu bukti kukuh keprihatinan kerajaan kepada masalah-masalah kaum India di Malaysia adalah peruntukan sebanyak RM50,000,000 untuk menolong pelajar-pelajar estet yang miskin dan tidak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka dan akibatnya tidak mendapat peluang kerajaan.

Kerajaan telah mewujudkan dana RM50,000,000 ini untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang selaras dengan permintaan pasaran. Dana ini akan memberi peluang kedua kepada belia India yang tersisir dalam pertumbuhan ekonomi arus perdana. Langkah ini juga menunjukkan kepekaan kerajaan dalam menangani menyelesaikan masalah-masalah kaum India di negara kita.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuktikan berkali-kali beliau yang memahami dan merasakan beban masalah kaum India Malaysia dan beliau telah dan akan terus menjadi penawar untuk masalah-masalah komuniti India Malaysia. Beliau konsisten telah menghulurkan bantuan dan sokongan ke arah memastikan kaum India tidak tertinggal dalam rombakan transformasi negara dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan kerajaan Malaysia atas segala inisiatif mereka untuk menyumbang kepada kecerahan masa depan kaum India di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, projek perintis bagi melaksanakan taska OKU. Enam kategori OKU, OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk terus membela mereka. Saya pasti langkah ini akan membantu memperkasakan mereka pada masa yang sama.

Saya ingin mengambil peluang ini juga untuk mengucapkan syabas kepada atlet- atlet paralimpik negara, saudara Hasihin Sanawi, Mohd Ziyad Zolkefli yang berjaya mengharumkan nama negara baru-baru ini. Kita juga tidak harus lupa atlet-atlet yang pernah menang pingat Olimpik seperti saudara Mariappan Perumal, Siow Lee Chan, ‘Chok Kon Fatt’ dan ‘Muhammad Hasidi Othman’.

final • 6:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya berharap agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan satu skim khas yang mana atlet-atlet tersebut dapat diberi satu skim pencen seumur hidup dan juga meningkatkan bantuan bulanan kepada orang-orang kelainan upaya yang kini mendapat bantuan daripada Jabatan kebajikan Masyarakat.

Hasrat kerajaan mengurangkan kadar jenayah amat ketara. Segala perancangan kerajaan saya nampak akan dapat mengurangkan kadar jenayah lebih awal daripada jangka masa yang ditetapkan. Tambahan perjawatan baru polis, penubuhan unit rondaan bermotosikal, tambahan 10,000 bilangan ahli pasukan sukarelawan polis, pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) sebanyak 490 unit di 25 pihak berkuasa tempatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semua ini akan membantu mengurangkan kadar jenayah. Malah kerajaan juga memberi pengiktirafan kepada penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman juga diberi keutamaan.

Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan, geran RM10,000 kepada persatuan penduduk mempertingkatkan peranan Rukun Tetangga, penyediaan pakaian seragam

final • 7:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

kepada hampir 300,000 anggota rela aktif dan galakan elaun modal dipercepatkan kepada syarikat membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan.

Saya berharap lebih banyak lagi syarikat akan tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Dalam aspek keselamatan juga, saya juga berharap untuk mengurangkan bilangan kemalangan di jalan raya, kementerian yang berkenaan dapat memperkenalkan satu hari khusus seperti hari pemandu berhemah. Pada hari ini, kita boleh memastikan satu kempen besar-besaran diadakan untuk gerakan mengurangkan kemalangan di jalan raya. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan di atas tindakan mereka menambah RM2 bilion kepada Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dan memanjangkan tempoh permohonan skim tersebut kepada tiga tahun iaitu sehingga 31 Disember 2015. Setakat ini, kira-kira RM800 juta telah diluluskan kepada 50 syarikat tempatan.

Skim ini mempunyai two strong effects dengan izin iaitu mensimulasikan revolusi teknologi hijau di negara kita sementara juga mencipta produk dan servis yang mampu meraih keuntungan ekonomi untuk negara. Langkah memperbesarkan peruntukan dana skim ini juga menunjukkan keazaman kerajaan untuk berada di barisan hadapan teknologi hijau yang amat penting untuk pemeliharaan jangka panjang alam sekitar kita.

Saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menelaah dengan lebih mendalam dan juga menggalakkan para usahawan untuk mengambil bahagian dalam perdagangan karbon kredit. Perdagangan kredit ini mempunyai banyak potensi untuk negara kita yang ingin mengurangkan emisi karbonnya dan juga menjadi sebuah negara yang memberikan kepentingan kepada misi menjaga alam sekitar untuk generasi-generasi akan datang.

Perdagangan karbon kredit ini juga amat penting kepada negara kita kerana kita masih menggunakan cara penjanaan tenaga yang mengeluarkan emisi karbon yang tinggi dan juga Malaysia mempunyai banyak industri yang mengeluarkan karbon yang tinggi seperti kilang pemprosesan kelapa sawit dan getah. Perdagangan karbon kredit ini adalah satu peluang yang unik untuk negara kita meraut keuntungan ekonomi dengan menjual kredit karbon kita. Pada masa yang sama, menjamin kesucian alam sekitar negara kita.

Perdagangan karbon kredit ini dipantau oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Secara ringkas, jikalau sesebuah negara, perniagaan, pengilang mempunyai kadar karbon yang tinggi misalnya 10,000 tan metrik karbon dioksida dan mereka mengambil langkah untuk menurunkannya kepada 8,000 tan metrik karbon dioksida. Melalui aplikasi tenaga hijau, maka 2,000 tan metrik karbon dioksida tersebut akan dikurangkan, boleh didagangkan sebagai sebuah komoditi di pasaran antarabangsa. Inilah masanya negara kita mula mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi sebegini yang merupakan aktiviti new economy yang mempunyai potensi yang menjadi perniagaan yang besar.

Menurut Louis Redshaw, Ketua Pasaran Perdagangan Credit Barclays, Capital Carbon, dengan izin, “Capital carbon would become the world biggest commodity and it could become the world’s biggest market overall” dengan izin. Oleh yang demikian, saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menggalakkan usahawan di negara kita untuk mencari peluang bagi mempelajari, mengambil bahagian dengan aktif dalam pasaran ini.

Saya juga mempunyai beberapa soalan untuk pihak kerajaan mengenai kesediaan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah yang mungkin menimpa negara kita akibat krisis pemanasan global. Ramai saintis bertaraf dunia telah mengeluarkan amaran keras kepada dunia yang crisis global warming ini akan membawa malapetaka yang serius kepada dunia.

Selain daripada corak cuaca yang tidak menentu serta kemarau dan banjir yang tidak diduga, tempohnya dan sumber makanan sedunia juga akan terjejas dengan ketara dan masalah-masalah sosial akan menaik dengan mendadak jika ini berlaku.

Adakah kerajaan telah membuat kajian terhadap kesahihan dan ketepatan pandangan saintis-saintis ini? Adakah kita bersedia sebagai sebuah negara untuk mengalami krisis ini. Jika ia ‘mengimpak’ kita, apakah langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang kerajaan akan mengambil untuk mengharungi krisis ini? Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya satu suruhanjaya yang terdiri daripada kesemua kementerian yang relevan ditubuhkan untuk menjawab soalan-soalan ini dan meningkatkan tahap kesediaan negara kita jikalau krisis ini melanda negara kita dengan kuat.

Program Transformasi Luar Bandar (RTC) adalah satu program berwawasan yang mampu mengubah cara hidup serta kualiti kehidupan warga luar bandar. Program ini

final • 7:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

adalah berlandaskan objektif penyediaan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga.

Buat masa ini RTC telah dimulakan di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh Kelantan. Saya ingin meminta pihak kerajaan untuk memberikan Hulu Selangor peluang untuk menjadi satu lagi kawasan yang dipilih untuk menyertai RTC. Pada pendapat saya, Hulu Selangor mempunyai demografi dan geografi yang paling ideal untuk menjadi pilihan sebagai salah satu RTC dan banyak faedah yang akan dikaut oleh rakyat Hulu Selangor sekiranya kawasan mereka terpilih untuk menyertai program RTC ini. Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor, saya ingin dengan hati yang ikhlas mempelawa kerajaan untuk memilih kami sebagai kawasan pertama di negeri Selangor untuk menyertai RTC dan mengucapkan terima kasih kerana pertimbangan kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap permintaan rakyat Hulu Selangor.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan atas langkah mereka memperuntukkan RM4.6 bilion untuk pembangunan luar bandar dan masyarakat Orang Asli. Daripada jumlah ini, RM1.2 bilion adalah untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar. Harapan saya ialah semoga dalam 441 kilometer tersebut, permintaan warga Hulu Selangor untuk menaikkan taraf 47 kilometer FT001 dari Rawang ke Tanjung Malim termasuk sekali.

Kawasan Hulu Selangor adalah sangat strategik. Pertumbuhan ekonominya sangat bergantung pada pembinaan jalan-jalan raya. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan membina satu hab pengangkutan di Hulu Selangor.

Rasional saya untuk membuat permintaan tersebut adalah saiz Hulu Selangor adalah lebih kurang 1,700 kilometer persegi dan saiz negeri Melaka adalah 1,650 kilometer persegi.

Untuk menyambung segala pelosok kawasan Hulu Selangor memerlukan satu pengangkutan yang moden dan menyeluruh. Selain ada tiga kilang pembuatan kereta, dua IPTS yang bakal diwujudkan dan empat padang golf, terdapat juga tenaga kerja dan pelajar yang memerlukan sebuah sistem pengangkutan yang cekap dan efisien. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan konsep menjadikan Hulu Selangor sebagai hab pengangkutan.

Projek perumahan untuk rakyat merupakan lagi satu program yang mengambil kira aspirasi dan perasaan rakyat khasnya dalam memiliki rumah mereka sendiri. Kenaikan had pendapatan individu daripada RM3,000 ke RM5,000 akan membolehkan lebih ramai individu menjadi layak untuk membeli, mengambil bahagian dalam Skim Rumah Pertamaku dan langkah mulia ini pasti membawa kebahagiaan kepada mereka-mereka yang bermimpi untuk membeli kediaman mereka sendiri.

Projek yang dikelolakan oleh SPNB adalah cara kerajaan dapat membantu golongan pertengahan dan bawah pertengahan untuk mempunyai rumah mereka sendiri.

Kira-kira 40,000 individu yang mendapat faedah daripada program ini. Walaupun program ini sangat wajar dan berinspirasi, akan tetapi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khasnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan prasarana lain yang penting untuk pemilik rumah juga patut diselenggarakan supaya mereka tidak sahaja membeli rumah tetapi mendapat kemudahan yang sepatutnya.

Sebagai contoh, terdapat orang yang terpaksa mengambil perjalanan 50 kilometer sampai 100 kilometer hanya untuk menjalankan istiadat pengebumian untuk keluarga mereka.

Saya cadangkan kepada pihak kerajaan supaya modul baru diteliti dan prasarana pengebumian dan tanah untuk perkuburan dimulakan berdasarkan jumlah populasi sesebuah kawasan.

Demografi seperti agama adalah kriteria yang paling penting supaya tidak ada penganut yang terpaksa mengambil perjalanan yang terlalu jauh pada masa yang penuh kesedihan. Saya ingin juga mencadangkan modul ini digunakan untuk semua kawasan perumahan yang sedia ada sekarang dan juga yang bakal dimulakan. Keputusan kerajaan untuk memberi bantuan tunai one-off sebanyak RM1,000 kepada pesara tentera tidak berpencen, berkhidmat kurang 21 tahun akan memberi manfaat kepada lebih kurang 224,000 bekas tentera.

final • 7:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ini mengesahkan bahawa kerajaan mendengar rintihan pesara-pesara tentera ini yang telah lama memohon bantuan ini. Bagi pihak rakan-rakan saya peserta-peserta

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

tentera yang telah berpencen saya ucapkan terima kasih. Saya juga berharap agar kerajaan akan membantu graduan-graduan Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) supaya mereka dapat di tempatkan sebagai guru-guru. Ini kerana saya dimaklumkan bahawa ada graduan-graduan yang masih belum menerima penempatan mereka. Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan Bajet 2013 yang berwibawa ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menekankan bahawa kita tidak hanya membuat janji manis yang tidak ditepati dan kritikan sinis yang tidak berasas, tidak boleh membawa kepimpinan yang makmur. Apabila harga gula dinaikkan dikatakan kerajaan membebankan rakyat. Jikalau BR1M diberikan kepada rakyat ini adalah bajet pilihan raya. Jika bantuan dan pertolongan dihulurkan kerajaan hanya ingin membeli sokongan tetapi apabila mereka memberi air percuma hanya untuk kebaikan rakyat. Saya pasti helah dan lelah politik pihak pembangkang tidak lagi memperdayakan rakyat umum.

Apa yang pastinya kerajaan membentangkan bajet lima tahun datang adalah terdiri dari golongan yang menepati janji.

Akhir kata dalam bahasa Tamil [Bercakap dalam bahasa Tamil] Maksudnya segala-gala pujian kepada Tuhan yang telah beri kita satu kerajaan yang stabil. Saya menyokong penuh belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau tidak ada ganggu frame kan ucapan betul-betul satu minit lebih satu minit pun tidak kurang Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mewakili rakan-rakan di Pakatan Rakyat ingin memberi sedikit pandangan berkenaan dengan belanjawan yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang berjumlah RM251 bilion. Untuk tujuan perbahasan pada kali ini kita diminta untuk membahas dan menimbangkan untuk meluluskan RM163 bilion iaitu pengeluaran dan peruntukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013. Sebagaimana yang dibentangkan dan diminta untuk kita bahaskan pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa antara perkara yang mustahak untuk kita bincangkan dan halusi iaitu bagaimana sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Sebagaimana yang diketahui umum, diulang beberapa kali yang lampau kita dalam suasana sama ada kita harus mempertimbangkan bahawa kerajaan sedia ada perlu meneruskan ataupun perlu berlapang dada untuk menimbang ada suatu kerajaan baru lain yang tidak pernah mencuba sebelum pada hari ini. Diberi mandat sekiranya rakyat bersetuju dan yakin untuk memainkan peranan sebagaimana juga yang telah dimainkan oleh kerajaan sedia ada sejak 50 tahun lebih yang lalu. Untuk pertimbangan ini saya juga mewakili rakan-rakan merasakan bahawa belanjawan ini juga belanjawan yang agak mustahak. Sebagaimana mustahaknya belanjawan yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk menghadapi pilihan raya.

Sudah tentu kami di barisan pembangkang tugas kami ialah meneliti sama ada apa yang dijanjikan atau dihidangkan kepada rakyat secara umum satu perkara yang realistik untuk dicapai. Tugas kami memang untuk memberi cadangan dan juga memberi maklum balas. Walaupun maklum balas kami dilihat sebagai kritikan dan sebagainya itu tidak menjadi masalah. Tugas kami adalah untuk memberi penilaian, membuat penilaian sebagaimana yang diharapkan oleh penyokong kita, pengundi, rakyat secara keseluruhan.

Ini kerana tanpa tugas ini maka sebuah kerajaan akan dilihat begitu berkuasa dan berkuasa penuh sebagaimana yang dikatakan oleh semua orang dan diketahui umum absolute power selalunya corrupt. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku maka beberapa perkara persoalan yang agak mustahak mesti diteliti setiap kali belanjawan ataupun bajet tahunan dibentangkan untuk diluluskan. Perkara yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya menegaskan kepada umum bahawa di antara janji-janji ataupun ikrar yang kuat dan bersungguh-sungguh telah dinyatakan beberapa tahun yang lalu. Ini yang menjadi kepercayaan hampir seluruh masyarakat dalam negara termasuk saya sendiri. Iaitu apabila kerajaan berjanji bahawa dalam tahun 2015 kita akan mempunyai sebuah masyarakat ataupun rakyat sebuah negara

final • 7:12 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

yang mempunyai pendapatan tinggi. Iaitu pendapatan yang dikatakan puratanya sekitar RM38,000. Ini menjadikan bahawa impian untuk menukar rakyat Malaysia daripada berpendapatan sederhana RM15,800 kepada RM38,000 ataupun hampir RM40,000 pendapatan per kapitanya menjadi satu harapan dan juga impian.

Saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang memegang janji ini. Mereka menunggu-nunggu bilakah tarikh sebenar impian ini boleh tercapai. Perkara ini menjadi satu stigma yang agak besar kerana pendapatan tinggi ini berhak dinikmati oleh rakyat Malaysia kerana telah sekian lama kita berada dalam tahap yang agak membimbangkan.

Saya bawakan satu analogi yang sangat mudah. Dikatakan setiap negara baru new industrial country akan mencuba untuk menstabilkan tahap pendapatan dengan cara untuk meminimumkan kenaikan dalam perbelanjaan. Dalam masa yang sama menekan supaya rakyat berjaya memperolehi peningkatan dalam pendapatan. Kenaikan 10% dalam pendapatan harus diikuti dengan kenaikan kurang daripada 5% dalam perbelanjaan. Ini adalah kaedah pengukuran yang sangat mudah dalam sesuatu negara moden yang dianggap sebagai negara yang mempunyai pra syarat untuk mencapai negara purata rakyat berpendapatan sederhana dan tinggi. Ini antara perkara yang sangat mudah ideologinya.

Walau bagaimanapun ini persoalan yang perlu dijawab oleh rakan-rakan kita yang buat masa ini memegang jawatan sebagaimana rakyat memberi mandat kepada mereka.

Pertama iaitu garis panduan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dengan begitu tegas dan kuat mengatakan pra syarat yang perlu kita capai untuk mewujudkan atau mencapai status sebagaimana yang dijanjikan itu. Pertamanya ialah kita harus mencapai pertumbuhan sebanyak 6% setahun untuk tiga tahun berturut- turut dan tidak boleh gagal. Ini memang tepat sekali kerana ukuran yang digariskan oleh UNDP dan juga yang terbaru disebut oleh pihak Bank Negara Malaysia juga menetapkan bahawa strata 6% tiga tahun berturut-turut menjadi asas tidak kira tahun kewangan apa tetapi mesti melalui satu pengalaman pertumbuhan 6% berturut-turut.

Perkara ini juga telah dinyatakan oleh negara jiran kita seperti Thailand. Di mana Thailand telah menyebut bahawa telah mengisytiharkan bahawa tahun 2010 mereka telah pun mencapai pertumbuhan 14.2%. Meskipun pada tempoh itu mereka menghadapi masalah kumpulan baju merah dan baju kuning yang sama-sama bertelagah untuk menunjukkan sokongan kepada pihak masing-masing. Dalam tempoh tersebut negara jiran kita telah mengisytiharkan bahawa pertumbuhan mereka untuk tempoh itu 14.2%. Ini kerana mereka hendak melihat pra syarat yang asas untuk ada satu tempoh yang berturut- turut mencapai pertumbuhan lebih daripada 6%. Sebagaimana yang digariskan atau disebut oleh Perdana Menteri kita.

final • 7:12 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya menyokong hasrat untuk mencapai pertumbuhan yang dikatakan 666 itu.

Saya juga menyokong dan saya berharap saya berdoa, saya kalau boleh ingin membantu, saya rasa semua rakan di Pakatan Rakyat, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat telah pun menunjukkan bukti pertumbuhan negeri masing-masing di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat semuanya mencapai pertumbuhan lebih dari 6% tetapi adakah gambaran pertumbuhan di negeri-negeri itu berjaya diterjemahkan dalam pertumbuhan di peringkat nasional? Tuan Yang di-Pertua, jawapannya buat masa ini masih belum lagi mencapai melihatkan tanda-tanda tercapainya ke angka 6%.

Dua hari lepas Bank Negara mengulangi pengisytiharan itu mengatakan kita cuba untuk mencapai pertumbuhan kepada 4.6% di hujung tahun. Walaupun hari ini ada dua rakan kita menyebut bahawa separuh penggal pertama dan separuh penggal kedua ataupun suku tahun pertama dan suku tahun kedua mencatat 5.9% dan 6.1%. Walau bagaimanapun, saya katakan pandangan daripada MIER dan juga Bank Negara tetap mengatakan bahawa kita berharap sehingga hujung tahun kita boleh mencapai dalam sekitar 4.6% ke 5% paling tinggi.

Ini juga bermakna sudah tiga tahun pengalaman saya yang saya dengar dan teliti tidak pernah ada pertumbuhan yang telah pun melepasi angka 6% sebagaimana yang disyaratkan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi sekali gus saya berharap ini adalah menjadi perkara atau tanggungjawab yang harus dipikul oleh rakan-rakan kita di sebelah kerajaan dan juga pentadbir yang telah dilantik sebagai jentera kerajaan sepatutnya ini menjadi satu tugas besar mereka, sepatutnya ditekankan perkara ini.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya dan rakan-rakan tidak membantah untuk melaksanakan BR1M kali kedua.

Sepatutnya memang kena bagi sebab janji yang dikatakan untuk mengangkat seluruh rakyat Malaysia berpendapatan tinggi jawabnya tidak terlaksana dan tidak mungkin boleh terlaksana dalam tahun ini. Saya tidak tahu untuk dua tahun akan datang dan sebagainya tetapi matlamat 2015 dikatakan negara berpendapatan tinggi nampak gaya agak sukar untuk kita capai. BR1M kedua yang bakal diberikan pada 1 Januari saya berharap tidaklah ada kerenah ataupun ada keputusan lain yang akan diberi alasan mengatakan kerajaan terpaksa untuk menangguhkan atau meneliti semula ataupun segala macam alasan. Saya rasa BR1M kedua mesti dilaksanakan dengan beberapa perkara yang sepatutnya diambil tindakan daripada sekarang.

Semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa borang-borang akan diedarkan sekali lagi bermula dalam beberapa minggu akan datang atau beberapa hari akan datang akan mula diedarkan borang untuk pemberian ataupun permohonan BR1M. Saya hendak tanya kepada kementerian yang bertanggungjawab, adakah penerima BR1M yang pertama dahulu yang berjumlah 1.92 juta isi rumah itu tidak akan menerima kali kedua atau pun mereka juga menerima BR1M untuk kali kedua. Berapakah anggaran rakyat Malaysia yang bujang yang dikatakan bujang berumur bawah dari 30 tahun yang belum berkahwin yang dijangka layak menerima BR1M ini?

Saya anggarkan dalam RM3 bilion jumlah peruntukan yang bakal kita luluskan untuk tujuan BR1M kedua sudah tentu tidak boleh menyamai dan tidak boleh mengatasi pemberian BR1M pertama yang pertambahan sahaja berjumlah lebih 37%. Tuan Yang di- Pertua, kalau kita ingat kelulusan BR1M pertama adalah bernilai RM1.8 bilion sebagaimana pembentangan belanjawan yang lalu telah dinaikkan kepada RM2.23 bilion.

Ini bermakna pertambahan kepada pemberian itu dilakukan disebabkan oleh data atau maklumat statistik yang dikumpulkan telah menunjukkan bahawa lebih jauh jumlah penerima yang sepatutnya menerima dan saya rasa itu adalah di antara sebab kerajaan mengumumkan bahawa pemberian ini dilebarkan atau dipanjangkan kepada golongan yang masih belum berkeluarga dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut bahawa ada sekelompok masyarakat yang tertinggal dalam kita memberi BR1M. Kita menentukan siapa yang berhak atau pun boleh diberi peruntukan BR1M ini, ada satu kelompok di tengah-tengah itu yang agak tertinggal. Kelompok mana Tuan Yang di-Pertua? Kelompok yang berumur lebih daripada 30 tahun, berkeluarga, mempunyai dua anak dan pendapatan combine ataupun pendapatan dicampurkan isteri dan suami yang melebihi angka RM10,000. RM10,000 atau RM5000? RM10,000 yang dikatakan berhak untuk menerima.

Golongan ini menjadi golongan yang sebenarnya bukannya golongan yang agak berkapasiti tinggi dari segi pendapatan tetapi mereka ini saya jangkakan menjadi kelompok yang paling ramai sekali tertinggal dalam proses pemberian BR1M pada kali ini. Oleh kerana mereka jadi tidak layak, mereka melebihi 30 tahun, berkeluarga, pendapatan terkumpul suami dan isteri menjadikan mereka tidak layak tetapi sebenarnya merekalah golongan yang paling ramai dalam negara kita dan mereka juga tergolong daripada golongan pengundi yang paling ramai sekali dalam negara kita.

Ini menjadikan mereka ini golongan yang nampaknya tersisih dan agak menjadi kritikal kalau benarlah BR1M ini untuk tujuan pemberian pra pilihan raya ataupun round up untuk pilihan raya saya rasa golongan ini golongan yang tertinggal ini mungkin merasa tidak berpuas hati dan agak baik juga kerana mereka sudah tentu akan melihat mereka jadi golongan yang sengaja dipinggirkan oleh kerajaan atas proses pemberian BR1M.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan bahawa dalam belanjawan yang dibentangkan beberapa hari yang lalu, beberapa perkara malah banyak perkara yang baik.

Saya tidak hendak nafikan banyak perkara yang baik, perkara yang ditawarkan maklumlah ini bajet pilihan raya. Tidak mengapalah, bajet yang disebut antara banyak yang disebut, saya suka untuk memetik komen yang mengatakan bajet untuk melutut kepada rakyat Malaysia kerana memohon undi. Bajet yang melihat rakyat Malaysia itu sebagai golongan yang tiba-tiba jadi mustahak. Dahulu tidak berapa mustahak, sekarang jadi mustahak.

Semuanya ditawarkan untuk tujuan hendak suruh rakyat jadi berterima kasih ataupun...

[Disampuk] Betullah, tanggungjawab itu.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi maknanya, saya rasa tidak salah memang kerajaan memerintah tiap-tiap tahun buat macam itu tetapi cuma tahun menjelang pilihan raya ini kena pertingkatkan lagilah. Saya cadangkan daripada hendak beri RM500, berilah RM5,000. Itulah cara yang betul untuk hendak suruh rakyat ini sokong dan rakyat ini berterima kasih dan seterusnya memberi undi. Itu baru cara yang betul-betul atau orang kata sekali dalam lima tahun, apa salahnya, berilah RM5,000. Saya pun menyokong kalau hendak beri RM5,000. Saya sokong beri RM5,000. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua satu perkara yang saya minta supaya dimasukkan dalam belanjawan pada kali ini kaedah kita merawat ketirisan, kebocoran, ketidakupayaan kita menutup pengaliran wang keluar dan juga remittent yang telah dibangkitkan banyak kali, tidak ada satu pun rawatan ataupun remedi yang disebut.

Saya dengar peruntukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Malaysia ada peruntukan ditambah sedikit yang dikatakan untuk tujuan ini dan tujuan disebut secara lalu untuk mempertingkatkan kutipan hasil, membaiki kutipan hasil yang itu berlaku tetapi Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut untuk pada petang ini satu ayat yang saya petik daripada buku ataupun majalah Times ini, cukup cantik disebut, “Diablo De Pueblo.” Dia kata, “Masalah syaitan di medan rezeki.” yang juga pernah berlaku di banyak negara Latin yang mana dikatakan ada yang meragut, yang menggelapkan, yang berusaha membantu supaya berlaku ketirisan ini digelar sebagai syaitan yang kita pun tidak tahu kecuali syaitan yang dikenali itu lainlah yang...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tidak mengapalah Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya boleh bagi Yang Berhormat 15 minit. Kalau hendak habiskan 12 minit itu boleh saya rasa.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Esok.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Hendak habiskan Yang Berhormat?

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Esok.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kalau hendak sambung esok pun boleh 12 minit, esok?

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Esok.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Ada 12 minit lagi untuk esok hari Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi Selasa, 2 Oktober 2012.

final • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada 7.31 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026