Katalog Hansard
[Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah orang yang terlibat dalam kes rogol gadis bawah umur yang telah dihukum penjara bagi sepuluh tahun yang lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan dua lagi soalan iaitu soalan nombor 27 oleh Yang Berhormat Rasah pada hari ini dan soalan nombor 17 oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 16 Oktober 2012. Memandangkan soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan isu yang sama iaitu isu kesalahan merogol gadis di bawah umur 16 tahun.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, menurut rekod Jabatan Peguam Negara sejak tahun 2007 hingga Ogos 2012, terdapat 5,976 kes yang telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di bawah kesalahan rogol yang melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun atau rogol statutori dengan izin, statutory rape. Bagi tempoh yang sama iaitu sejak tahun 2007 hingga Ogos 2012 terdapat seramai 5,119 orang yang telah dipertuduh dengan kesalahan rogol yang melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun.
Sebahagian daripada 5,119 orang yang dipertuduh itu dipertuduh di atas lebih daripada satu kesalahan menjadi jumlah kes sebanyak 5,976. Manakala daripada 5,119 orang yang dipertuduh tersebut, sejumlah 1,631 orang telah disabitkan di atas kesalahan berkenaan. Manakala sebanyak 327 orang telah dilepaskan dan dibebaskan selepas tamat perbicaraan. Sejumlah 446 orang telah dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tanya soalan ini adalah kerana rakyat merasa marah terhadap keputusan mahkamah yang membebaskan dua orang pesalah atas tuduhan rogol gadis bawah umur baru-baru ini. Seorang merupakan pemain bola boling kebangsaan dan seorang adalah juruelektrik.
Jadi soalan tambahan saya, apakah tindakan selepas ini yang akan diambil oleh kerajaan terhadap dua orang pesalah ini? Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula akta kes rogol gadis bawah umur supaya dihukum penjara secara mandatori dan tanpa mengira faktor mitigasi. Sekian terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak memperbetulkan sedikit iaitu yang kedua-dua orang yang dimaksudkan itu tidak dibebaskan. Mereka sebenarnya dihukum dan diberikan bon for good behavior. Bermakna tetap bersalah.
Soal sama ada kita mahu mengkaji semula untuk menjadikan kesalahan ini mandatori. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kesalahan itu memang mandatori. Tidak perlu menjadikan lagi kesalahan ini sebagai hukuman iaitu mandatori, dipenjarakan di antara lima dan 20 tahun. Paling kurang lima tahun, paling lama 20 tahun.
Jadi sudah tentu kita merasakan iaitu bahawa dalam kes yang pertama Noor Afizal ini sudah pun sampai kepada tahap yang tidak boleh lagi dirayu kerana dia bermula daripada Mahkamah Sesyen, rayu kepada Mahkamah Tinggi. Then, Mahkamah Tinggi rayu
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah pun membuat keputusan seperti yang kita semua sedia maklum.
Akan tetapi dalam kes yang lagi satu itu, ia bermula daripada Mahkamah Sesyen.
Sekarang ini pihak Jabatan Peguam Negara merayu kepada Mahkamah Tinggi. Kita sedang tunggu tarikh perbicaraan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam hal ini kita tidak boleh buat apa-apa komen kerana kes masih lagi berjalan.
Kita sebenarnya dari segi kesalahan ini sememangnya daripada segi undang- undangnya sudah pun ketat. Oleh itu, kesalahan ini adalah mandatori. Bermakna tidak boleh tidak. Sesiapa yang didapati bersalah mesti dihukum sekurang-kurangnya lima tahun.
Akan tetapi apa yang berlaku di sini ialah mahkamah telah menggunakan seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu Akta 593 di mana mahkamah telah menggunakan ini dan mahkamah rayuan dalam kes bowler itu sebenarnya Mahkamah Rayuan telah mengenakan bound over dengan bon.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi sebenarnya hukuman itu sekurang-kurangnya lima tahun. Bermakna kalau dalam masa lima tahun kalau sekiranya bowler itu melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang, maka dia secara automatik akan dibicarakan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya menyokong penuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi. Saya fikir ramai rakyat Malaysia terkejut ya walaupun tidak dibebaskan seperti yang dikatakan Yang Berhormat Menteri tetapi apa pun jaminan bon selama lima tahun itu tidak mencukupi.
Saya ingin bertanya di sini. Yang Berhormat Menteri sebut seksyen 294 dan saya kira tidak perlu untuk mengubah undang-undang tetapi adakah kerajaan bersedia sekurang- kurangnya untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Jatuh Hukum, Sentencing Council seperti yang ada di United Kingdom di mana semua hukuman-hukuman ini dapat diselaraskan secara lebih konsisten. Misalan untuk rogol bawah umur 13 tahun, bagi anak gadis 13 tahun, di bawah Sexual Offences Act 2003 di UK itu penalti maksimumnya adalah hukuman penjara seumur hidup. Jadi, pada saya adalah usaha utama atau objektif utama kita perkenalkan, memperketat undang-undang ini untuk memastikan gadis-gadis bawah umur akan terselamat, dilindungi. Saya mohon jawapan daripada Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, beberapa NGO dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berjumpa dengan saya dan telah menyampaikan beberapa memorandum bantahan terhadap keputusan dalam kes Noor Afizal Azizan ini. Saya telah pun menyampaikan segala memorandum bantahan itu kepada Ketua Hakim Malaysia iaitu Tun Arifin Zakaria. Dalam perjumpaan saya dengan beliau sepertimana Yang Berhormat sebut itu, kita sedang berbincang. Keputusan ini sudah tentu mesti datangnya daripada pihak mahkamah kerana kita tidak mahu mencampuri urusan mereka. Separation of powers.
Dalam peringkat awal, Ketua Hakim telah memberikan pandangan iaitu kemungkinan jawatankuasa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu boleh ditubuhkan kalau sekiranya pihak Eksekutif Kerajaan bersetuju tetapi dia cuma boleh menyelaraskan sentencing. Namun pada kes seperti kes Noor Afizal yang telah pun terlepas, kita tidak boleh revisit hukuman itu dan ia tidak boleh diperbetulkan lagi. It’s beyond us. Ini kerana dalam mahkamah ini dalam soal legal system kita dengan izin, there must be a finality.
Bahayanya kalau kita mempunyai satu jawatankuasa untuk review balik semua hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah-mahkamah, maka ini akan merupakan lagi satu tier diwujudkan dalam soal kehakiman ini di mana ada pula satu jawatankuasa yang dianggap lebih tinggi daripada mahkamah untuk mengkaji semula segala hukuman yang telah dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah. Jadi, bahayanya di situ kita tidak mahu ada lagi satu, another tier of appeal kerana itu akan menjadikan sistem rayuan kita daripada tiga menjadi empat.
Jadi, sebab itu jawatankuasa untuk review keputusan yang telah diturunkan oleh mahkamah, ia tidak boleh diwujudkan tetapi kalau jawatankuasa untuk menyelaras seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, itu mungkin kita boleh laksanakan.
2. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menambah baik sistem pengangkutan di Lembah Klang memandangkan banyak tempat di Lembah Klang tidak dilalui oleh bas, LRT dan teksi. Apakah masalah dan halangan yang dihadapi oleh kementerian dalam pelaksanaan perancangan tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh atas pertanyaan.
Kerajaan sedar tentang kehendak untuk menambah baik sistem pengangkutan awam bagi manfaat rakyat di kawasan Lembah Klang. Buat masa sekarang kerajaan sedang melaksanakan dan mengkaji 10 projek utama pengangkutan awam seperti berikut:
(i) penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dengan menambah 38 set tren daripada coach tiga gerabak kepada enam gerabak;
(ii) Mass Rapid Transit (MRT) laluan dari Sungai Buloh ke Kajang, 51 kilometer, 31 stesen dijangka siap tahun 2016;
(iii) sambungan jajaran Light Rail Transit (LRT) dari Kelana Jaya ke Putra Heights - 17 kilometer, 13 stesen dijangka siap tahun 2014;
(iv) sambungan jajaran LRT dari Sri Petaling ke Putra Heights 17.7 kilometer, 12 stesen dijangka siap 2014;
(v) Bus Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang 33 kilometer, 25 stesen dijangka siap akhir tahun 2014;
(vi) Bus Rapid Transit dari Setia Jaya ke Persiaran Subang Sunway 5.5 kilometer, 7 stesen;
(vii) MRT laluan dua di peringkat kajian dijangka 29 kilometer, 22 stesen;
(viii) MRT laluan tiga juga di peringkat kajian dijangka 36 kilometer, 24 stesen;
(ix) penambahbaikan sistem monorail dan sabungan jajaran monorail dari KL Sentral ke Happy Garden; dan
(x) kerajaan juga sedang memperbaiki sistem rangkaian bas di sepanjang koridor MRT dengan menyasarkan sebanyak 30% peningkatan dalam pembentukan jaringan tersebut sebagai feeder bus.
Di samping itu, kerajaan juga telah menjalankan satu kajian terperinci pada tahun 2011 dan kajian tersebut telah mencadangkan beberapa projek lain pengangkutan awam tambahan Lembah Klang yang wajar dilaksanakan.
(i) sambungan jajaran LRT Kelana Jaya - Klang;
(ii) sambungan jajaran monorail fasa satu Happy Garden ke Sunway;
(iii) kemungkinan Putrajaya monorail; dan
(iv) Bus Rapid Transit dari Kuala Lumpur - Ampang, Ampang - Kepong, Putrajaya - Kajang, Damansara - Kinrara, Kota Damansara - Shah Alam, Shah Alam - Putra Heights, Putra Heights - Putrajaya dan Kerinchi - Alam Damai.
Kerajaan akan menjalankan kajian feasibility terperinci terhadap empat cadangan tersebut sebelum keputusan muktamad diambil.
Antara masalah dan halangan dalam pelaksanaan perancangan tersebut ialah:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
(i) jajaran paling sesuai yang mana pengambilan paling minima tanah awam dilakukan;
(ii) bantahan sebahagian orang awam seperti isu MRT Jalan Sultan dan Taman Tun Dr. Ismail;
(iii) peruntukan kewangan untuk melaksanakan projek berkenaan; dan
(iv) pulangan ataupun keuntungan pelaburan yang lambat kepada syarikat-syarikat terlibat.
Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya tentang isu penambahbaikan sistem pengangkutan di Lembah Klang, kita sudah dengar cerita ini sejak 80-an. Akan tetapi sampai sekarang walaupun kita sudah lihat ia telah pun ditambahbaikkan, masalahnya ialah dengan perkembangan pembangunan yang pesat di kawasan Lembah Klang, apa yang kita lihat ialah di mana-mana kerajaan nak letakkan laluan LRT ataupun MRT, penduduk semua itu akan keluar membantah. Ini menjadikan sama ada kementerian ataupun pihak kerajaan negeri selalu dalam keadaan yang serba salah. Ini masalahnya.
Jadi bila saya dengar yang semua tempat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya rasa ada banyak tempat lagi di kawasan Lembah Klang masih belum dipertimbangkan untuk mengadakan sama ada laluan LRT, MRT ataupun bentuk pengangkutan awam yang lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Misalnya Putrajaya. Kita semua pergi ke Putrajaya, kita mesti memandu kereta.
Begitu juga dengan Cyberjaya. Jadi, saya lihat semua ini adalah yang township yang kerajaan ingin tubuhkan pada masa yang akan datang tetapi nampaknya tidak ada rizab LRT, MRT, semua ini ditentukan. Jadi, bila ia jadi bandar yang agak besar, jadi penduduk sana akan keluar membantah dan kerajaan akan menghadapi kesusahan. Jadi, soalan saya ialah bila kerajaan, kementerian mengadakan perancangan tentang penambahbaikan pengangkutan awam, adakah kerajaan dan juga kementerian berbincang dengan pihak PBT misalnya DBKL? Sekarang masalah ialah di kawasan Parlimen Seputeh macam Happy Garden, Kuchai Entrepreneurs Park. Semua plot ratio lima dan ke atas diadakan.
Kita lihat Mont Kiara, yang mana kita semua Ahli Parlimen UMNO yang suka duduk dekat sana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kita lihat di plot ratio lima, enam, tujuh, lapan tetapi tidak ada LRT, MRT atau apa-apa lines pengangkutan awam seperti ini ditentukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, ya. Jadi, soalan saya ialah dengan keadaan macam ini adakah pihak kementerian ada perbincangan dengan pihak PBT supaya di tempat yang mana MRT, LRT tidak ada laluan, Jadi, plot ratio dia haruslah dikurangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Haruslah dibenarkan dengan plot ratio lima dan ke atas. Eh! Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tanya semua ini berkenaan dengan Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kinabatangan duduk di Kuala Lumpur tahu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Semua duduk di Selangor juga. Jadi, saya tanya bagi pihak mereka. Jangan kacau. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh atas ceramah yang diberikan. Tentulah kita berbincang. Tentu kita berbincang dengan DBKL, dan tentu kita berbincang dengan penguasa tempatan lain. Tidak semua perbincangan itu kita beritahu Yang Berhormat Seputeh. Takkan setiap kali perbincangan kita mengadakan sidang akhbar. Berpuluh-puluh, beratus-ratus. Kemudian, kita juga mengadakan apa yang dipanggil sebagai penerangan awam dan kemudian segala perkara-perkara yang mereka boleh nyatakan melalui surat, melalui e-mel. Selain daripada apa yang saya telah sebut tadi, 10 projek utama itu, kita juga akan sedang mengadakan perkhidmatan teksi dan semua orang tahu kita ada banyak teksi di Kuala Lumpur ini.
Saya maklumkan teksi di Kuala Lumpur ini sahaja ada 34,623 buah teksi. Jumlah teksi itu cukup kepada seluruh pengguna di Lembah Klang. Tadi disebut tentang Wilayah Persekutuan Putrajaya. Putrajaya juga ada 193 buah teksi selain daripada bas. Satu lagi ialah tentang bantahan dan sebagainya itu contohnya pada malam 30 Ogos, ada kawan- kawan, saya rasa kawan-kawan Yang Berhormat Seputeh agaknya yang membantah dan kemudian berkumpul di Dataran Merdeka tetapi bantahan itu jadi lain pula. Ini yang kita tidak mahu daripada pihak pembangkang. Kerajaan yang bertanggungjawab bersedia untuk melaksanakan projek yang sebagaimana saya sebut tadi.
Seorang ahli
Ini yang nama Yang Berhormat Menteri boleh ‘cong’?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak jawab penuh?
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi yang menyatakan ada empat masalah ataupun halangan yang dihadapi oleh kementerian dalam pelaksanaan projek ini.
Jadi, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah tersebut?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pertama, dari segi masalah jajaran misalnya.
Kita mengadakan pelbagai pertemuan awam untuk memastikan paling minimum tanah awam dilakukan dan kita berjaya dalam lingkungan 70% tanah kerajaan yang digunakan dan hanya 30% tanah awam yang diambil. Kedua, dari segi bantahan seperti MRT Jalan Sultan misalnya dan juga Taman Tun Dr. Ismail juga membantah kerana kononnya bunyi bising dan berlaku gegaran. Kita telah mengadakan 20 kali perbincangan dengan penduduk yang terlibat di Jalan Sultan. Kita bukan hendak merobohkan bangunan yang dianggap bersejarah itu. Kita hanya ingin membuat tunnel di bawah bangunan itu dan Taman Tun Dr.
Ismail juga lebih kurang 20 kali perbincangan dengan penduduk awam.
Dari segi peruntukan kewangan, masalah itu kita sedang atasi dengan mengadakan PPP ataupun dengan izin Public Private Partnership ataupun Private Finance Initiative (PFI) dan kita juga mengadakan dana infra melalui Kementerian Kewangan, melalui bon kerajaan. Dari segi pulangan keuntungan pelaburan yang lambat, kita ingin memastikan syarikat-syarikat yang terlibat ini adalah syarikat-syarikat yang berkemampuan dengan melaksanakan tender-tender terbuka peringkat tempatan dan antarabangsa. Pada ketika yang sama, syarikat bumiputera juga diutamakan contohnya projek MRT. Sekurang- kurangnya 40% daripada pelaksanaan projek MRT fasa satu itu kita ingin memberikan kepada kontraktor bumiputera. Terima kasih.
3. Tengku Razaleigh Hamzah [Gua Musang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah beliau sedar harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju kepada rakyat sekitar Lembah Klang dan beberapa bandar lain meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini agar rakyat berpeluang membeli rumah dengan harga yang berpatutan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun menerima sebanyak 12 soalan lisan mengenai isu perumahan dan peningkatan harga rumah pada sesi Dewan Rakyat ini. Sehubungan itu, izinkan saya menjawab soalan-soalan tersebut secara bersekali memandangkan semua soalan ini adalah berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, baik Yang Berhormat.
Datuk Seri Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan soalan-soalan mereka yang dijadualkan untuk dijawab pada hari ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gua Musang yang telah pun mengemukakan soalan untuk hari ini dan 12 Ahli Yang Berhormat adalah terdiri daripada Yang Berhormat Parit Sulong yang dijadualkan 27 September, Yang Berhormat Kuala Selangor 2 Oktober, Yang Berhormat Kota Tinggi 3 Oktober, Yang Berhormat Tebrau 11 Oktober, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Padang Serai 15 Oktober, Yang Berhormat Pasir Salak 16 Oktober, Yang Berhormat Silam 22 Oktober, Yang Berhormat Bukit Katil 23 Oktober, Yang Berhormat Tangga Batu 1 November dan juga Yang Berhormat Kota Raja yang dijadualkan pada 8 November.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sememangnya sedar mengenai kenaikan harga rumah secara mendadak terutamanya di kawasan Lembah Klang dan beberapa bandar besar di Johor dan Pulau Pinang. Kerajaan juga telah mengenal pasti faktor-faktor yang telah pun menyumbang kepada trend peningkatan tersebut. Antara faktor yang dikenal pasti termasuk wujudnya permintaan dan penawaran pada harga yang tinggi, kos tanah yang meningkat, harga bahan binaan yang meningkat serta ketersediaan kemudahan dan perkhidmatan di satu-satu tempat. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, yang senantiasa mendahulukan rakyat, pelbagai langkah telah pun dilakukan bagi memastikan setiap rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, yang sederhana mampu memiliki rumah tinggal yang selesa.
Kerajaan telah pun – pendekatan langsung dan tidak langsung dalam menangani cabaran peningkatan harga rumah yang mendadak serta penyediaan tempat tinggal kepada seluruh rakyat Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan langsung kerajaan dalam menyediakan perumahan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah iaitu kurang dari RM2,500 sebulan adalah melalui penyediaan rumah kos rendah sama ada menerusi Program Perumahan Rakyat ataupun pembinaan oleh pemaju-pemaju swasta.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah pun menyasarkan pembinaan sebanyak 161,000 unit rumah mampu milik yang merangkumi sebanyak 78,000 unit yang akan dibina oleh kerajaan dan sebanyak 83,000 unit dibina oleh pemaju swasta.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan sendiri akan dijual dengan harga RM35,000 seunit manakala rumah-rumah yang dibina oleh pemaju swasta akan dijual dengan harga RM42,000 hingga RM50,400 seunit. Sebagai makluman tambahan kepada untuk Dewan yang mulia ini, setakat ini Kerajaan Persekutuan melalui kementerian saya telah pun membina 39,000 rumah murah di negara ini dan kita memang ada hendak bina lagi sebab target kita adalah 78,000 unit. Bagi pembinaan oleh pemaju swasta pula ialah setakat ini 10,000 unit rumah kos rendah telah siap dijual dan rumah mampu milik sebanyak 30,000 unit telah pun dibina oleh pemaju swasta.
Datuk Seri Chor Chee Heung
Tuan Yang di-Pertua, selain itu kerajaan turut menyediakan pinjaman sebanyak RM45,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun di bawah skim pinjaman perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah iaitu di antara RM750 hingga RM2,500 untuk membina rumah sendiri di atas tanah sendiri dan tanah yang dimiliki ahli keluarga terdekat. Kemudahan pinjaman ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan rakyat untuk memiliki rumah sendiri.
Bagi memastikan golongan yang berpendapatan sederhana turut berupaya memiliki rumah sendiri, kerajaan telah pun mengambil pendekatan langsung dengan menyediakan rumah mampu milik atas tanah milik kerajaan di kawasan-kawasan bandar bagi menangani faktor kos tanah yang tinggi.
Bagi tujuan ini, kerajaan melalui PR1MA Corp iaitu sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia yang berkonsepkan public private partnership dengan izin. Program ini akan memastikan golongan berpendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan di antara RM100,000 hingga RM300,000.
Datuk Seri Chor Chee Heung
Penetapan harga rumah mampu milik pada tahap RM300,000 adalah berdasarkan hasil Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2009. Laporan tersebut menunjukkan 71% daripada 28.3 juta rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar besar. Daripada jumlah tersebut, 58% isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan termasuk 44.5% yang berpendapatan RM2,500 sebulan. Dengan mengambil kira bahawa wajaran perbelanjaan bagi perumahan adalah dalam julat 20% hingga 22% sebuah isi rumah, maka tahap rumah mampu milik penduduk bandar adalah dalam julat RM100,000 hingga RM300,000.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan turut prihatin dan ingin memastikan agar tidak wujudnya kegiatan spekulasi yang keterlaluan dalam pasaran hartanah, oleh itu beberapa pendekatan tidak langsung berbentuk kawalan pasaran fiskal telah pun dilakukan.
Antaranya, mulai 1 Januari 2010, kerajaan telah pun memperkenalkan semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi mengurangkan aktiviti spekulasi yang menyebabkan kenaikan harga rumah di Malaysia. Mulai tahun 2012, kerajaan telah pun menaikkan kadar CKHT daripada 5% kepada 10% bagi harta tanah yang dilupuskan dalam tempoh kurang daripada dua tahun. Bagi harta tanah yang dilupuskan di antara tiga hingga lima tahun, kadar CKHT kekal sebanyak 5% dan tiada CKHT langsung dikenakan bagi harta tanah yang dilupuskan melebihi lima tahun. Kenaikan CKHT ini adalah merupakan langkah kerajaan mengawal kenaikan harga rumah melalui tekanan kepada aktiviti spekulator.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kerajaan melalui Bank Negara dan Kementerian Kewangan telah pun membuat kajian semula sama ada CKHT ini berkesan atau tidak, dan kemungkinan pendekatan-pendekatan yang lain secara fiskal akan diperkenalkan lagi.
Selain daripada itu, kerajaan juga telah melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan loan to value dengan izin, kepada 70% sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya. Tindakan ini akan mengurangkan keupayaan kewangan individu yang terlibat dalam aktiviti spekulator kerana mereka perlu mendahulukan 30% daripada kos harga rumah dengan wang sendiri.
Mulai tahun 2012, Bank Negara Malaysia telah menambah syarat supaya institusi kewangan tempatan perlu mengenakan syarat yang lebih ketat kepada para peminjam bagi memastikan kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman khususnya daripada pembeli-pembeli yang telah pun memiliki dua atau tiga buah rumah. Kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank juga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara dan berdasarkan kepada base lending rate atau BLR semasa. Kadar BLR boleh berubah-ubah mengikut situasi ekonomi semasa.
Seterusnya, kerajaan akan terus memantau status pergerakan harga rumah di Malaysia dan juga keberkesanan pendekatan-pendekatan langsung dan tidak langsung yang telah dilaksanakan ini. Sekiranya perlu, kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak dasar yang bersesuaian untuk mengawal harga rumah agar semua rakyat mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Saya ingin juga memberitahu kepada semua Ahli Yang Berhormat, kementerian memang mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak lagi rumah-rumah di bawah program PPR di semua negeri dan saya juga difahamkan agensi-agensi kerajaan yang lain akan mula pada tahun depan dengan menambahkan lagi bilangan-bilangan rumah mampu milik di wilayah-wilayah besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Mungkinkah kerajaan menimbang dan munasabahkah kalau diadakan satu sistem kereta api laju untuk mengangkut rakyat daripada semua tempat di negara ini ke tempat-tempat di mana mereka bekerja? Juga, mungkinkah kerajaan mengizinkan tanah-tanah milik kerajaan diguna sebagai tapak pembinaan rumah murah dan boleh dijual dengan kos berdasarkan kepada nilaian asal tanah-tanah kerajaan supaya dapat dikurangkan kos dan harga rumah?
Ketiganya, mungkinkah kerajaan mengawal bank-bank ataupun institusi kewangan supaya mengenakan hanya service fee kepada mereka yang berpendapatan rendah yang layak membeli rumah-rumah kos rendah supaya tidak menjadi beban kepada mereka dengan dikenakan bayaran faedah yang tinggi dan dikompaunkan? Terima kasih.
Datuk Seri Chor Chee Heung
Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Mulia Gua Musang. Walaupun kedua-dua soalan tambahan ini mungkin di luar kawalan kementerian sebab ia jatuh di bawah bidang kuasa kementerian-kementerian yang lain, tetapi saya ingin memberitahu Yang Berhormat Mulia iaitu kedua-dua cadangan ini memang merupakan di antara cadangan-cadangan daripada kementerian saya. Ini kerana selepas kita dapat meneliti sistem-sistem pengangkutan awam di negara-negara maju yang lain seperti negara Jepun di mana rakyat harus tinggal begitu jauh, mungkin melebih 200 batu daripada tempat kerja, tetapi oleh kerana mereka ini mempunyai sistem pengangkutan awam yang begitu efektif dan berkesan seperti ‘Shinkansen’, mereka ini dapat juga sampai ke tempat kerja pada masa yang tepat.
Oleh yang demikian, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan saya akan bawa ini juga sekali lagi kepada kementerian berkenaan supaya kita membina lebih banyak rumah-rumah mampu milik berdekatan atau hampir dengan stesen- stesen MRT ataupun kita tambah baik lagi sistem pengangkutan awam supaya ianya menjadi lebih efisien.
Datuk Seri Chor Chee Heung
Kalaulah misalnya seseorang rakyat dia ingin membeli rumah mungkin mampu milik tidak sampai RM200 ribu di Tanjung Malim ataupun di Rawang. Kalau kita mempunyai satu sistem pengangkutan yang berkesan, efektif, tidak ada masalah. Sampai tempat kerja pun dalam setengah jam sahaja yang paling panjang.
Mengenai cadangan yang kedua Ahli Yang Berhormat ialah macam mana kita dapat mengawal bank dari segi caj faedah ataupun service fee itu dapat dikurangkan untuk pembeli-pembeli rumah kos rendah. Ini juga salah satu cadangan yang baik tetapi saya rasa lebih wajar kalau kita tidak begitu mudah memberikan pinjaman kepada rakyat yang telah pun memiliki lebih daripada dua buah rumah supaya harga rumah masih dapat dikawal dalam satu peringkat. Kalau bank itu hanya hendak beri kepada sesiapa yang beli rumah, mungkin pembeli dah mempunyai tiga empat rumah dah, masih beri lagi. Ini akan membantu spekulator di dalam aktiviti mereka dari segi caj kepada rakyat yang berpendapatan rendah, cadangan yang baik dan saya akan bawa perkara ini kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan. Sekian terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga rumah dan juga hartanah khususnya di Lembah Klang dan juga bandar-bandar besar adalah aktiviti spekulasi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Antara langkah yang telah diambil ialah untuk memperkenalkan semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) pada tahun 2010.
Namun kita melihat aktiviti ini masih berterusan dan hartanah semakin tinggi harganya semakin mendadak, maka persoalan saya adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar cukai RPGT ini dalam tempoh yang lebih lama? Sekarang ini ada dua skim yang diperkenalkan, satu di antara kurang daripada dua tahun, yang satu lagi ialah di antara dua tahun hingga lima tahun. Apakah tempoh ini boleh dipertingkatkan dan kadar cukai juga boleh dipertingkatkan untuk mengekang aktiviti spekulasi ini?
Kedua, apakah langkah kerajaan untuk melihat semula harga bahan-bahan mentah binaan, khususnya besi dan juga simen yang boleh menjamin profit marginnya tidak terlalu tinggi dan membebankan kepada pembeli rumah akhirnya?
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kementerian ingin mendapatkan cadangan- cadangan baru tentang kaedah untuk membina perumahan ini, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mendengar taklimat Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan esok. Terima kasih...
[Ketawa]
Datuk Seri Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tiga soalan tambahan mengenai faktor aktiviti spekulator ini, Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara Malaysia sedang meneliti dan mengkaji sama ada kadar RPGT yang ada sekarang ini dapat mengawal ataupun membendung aktiviti spekulator atau tidak. Akan tetapi pada pendapat saya RPGT ini mungkin boleh dapat dipanjangkan lagi tetapi sama ada ianya dapat dinaikkan lagi atau tidak, saya tidak pasti.
Ini sebab saya juga di kementerian membuat kajian sendiri, didapati dua tahun kebelakangan ini memang – kalau kita hendak sebut tentang aktiviti spekulator, di mana- mana pun ada, bila-bila masa pun spekulator ada cuma mereka ini sama ada begitu
Datuk Seri Chor Chee Heung
berleluasa atau tidak. Pada pendapat saya, dua tahun kebelakangan ini nampak spekulator tidak begitu banyak sebab bank pun amat ketat dari segi memberi pinjaman, sebab kalau hendak beli rumah ketiga ini 70%, jadi spekulator ini selalunya dia minta sampai 95%.Ini adalah satu yang saya percaya Kementerian Kewangan telah pun membuat kajian sama ada mereka ini naik atau tidak, saya kena tunggu belanjawan ini.
Kedua, harga bahan-bahan binaan termasuk simen, ini mungkin satu cadangan yang baik juga macam mana kita dapat mengawal harga, tetapi jangan lupa bukan semua bahan-bahan binaan adalah dibuat di Malaysia, banyak diimport dari luar negara dan kalau diimport dari luar negara, mungkin susah kita hendak mengawal ia punya harga.
Ketiga, mengenai Belanjawan Pakatan, walaupun saya tidak sempat baca atau tidak ada peluang hendak baca, tetapi yang saya tahu Buku Jingga itu memang outlah, sebab kita dah buat kajian, kalau Buku Jingga itu diperkenalkan, memang negara kita akan jadi bankrap dalam dua tahun. So, saya pun percaya belanjawan ini tidak bernas sangatlah, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan boleh ke? Ini mustahak, bagilah ini perumahan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Minta maaf Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Saya bagi laluan...
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin - Beaufort
Bolehkah? Bagi peluanglah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dahulu dia ada peluang, buat apa hendak bagi peluang lagi.
4. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, nama tempat-tempat di kawasan Segambut yang terlibat dalam banjir kilat pada 21 Ogos 2012, puncanya dan berapa buah keluarga yang menjadi mangsa. Apakah sumbangan kerajaan yang diberikan kepada mangsa dan projek jangka panjang serta kosnya untuk menyelesaikan masalah ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Segambut, tempat-tempat di kawasan Segambut yang telah terlibat dengan banjir kilat pada 21 Ogos 2012 adalah di Segambut Tengah, Kampung Segambut Bahagia, Stesen KTM Segambut dan Segambut Dalam.
Antara punca utama banjir kilat ini adalah kelebatan hujan yang turun di luar jangka, ini dicatat melalui bacaan jumlah hujan yang diterima melalui Stesen Hujan di Taman Seri Sinar. Mengikut maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sistem tebatan banjir JPS beroperasi tetapi ia tidak dapat menampung jumlah hujan yang terlalu banyak. Biasanya kita menerima hujan dengan bacaan 25mm hingga 60mm, apabila kita dah sampai 60mm dah cukup lebat tapi pada hari tersebut, jumlah bacaan adalah 129mm di mana luar daripada jangkaan JPS dan juga pihak kementerian.
Hujan yang lebat telah menyebabkan paras Sungai Toba di sekitar Segambut Bahagia naik dan mengakibatkan sebahagian dinding parit induk di Kampung Segambut Bahagia tumbang dan air melimpah ke kawasan kampung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berkaitan dengan banjir pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, jumlah merangkumi enam kawasan dan pecahan keluarga yang terlibat adalah seperti berikut:
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan
| Kawasan | Pecahan Keluarga |
|---|---|
| Kampung Segambut Bahagia | 236 |
| Kampung Segambut Luar | 40 |
| Ladang Segambut dan Stesen Segambut | 36 |
| Kampung Masjid Segambut Dalam | 20 |
| Kampung Segambut Permai | 15 |
| Kampung Segambut Tengah | 7 |
| JUMLAH | 354 |
Dengan jumlah keseluruhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberikan peruntukan sebanyak RM300 setiap keluarga dan jumlah keseluruhan diperuntukkan untuk mangsa-mangsa banjir adalah sebanyak RM106.200.00 yang tersenarai diberi bantuan dalam bentuk tunai dan ia adalah sumbangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Segambut Bahagia, kerajaan telah pun meluluskan sebanyak RM3 juta untuk mengatasi masalah banjir kilat di Segambut Bahagia. Projek itu sedang dalam peringkat perancangan dan reka bentuk dan untuk jangka panjang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan terus melaksanakan program peningkatan sistem saliran menurut Pelan Induk Saliran dan Terusan Laluan Hujan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum soalan tambahan saya, saya hendak beritahu Timbalan Menteri, soalan saya semalam tidak dijawab, jadi saya minta jawab semula sebab saya tanya nama dengan di mana kawasan langsung tidak dijawab.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya dengar jawapan yang diberikan, saya percaya ada tiga tempat tidak betul. Pertama, bukan sahaja di Segambut Tengah Bahagia, Stesen KTM Segambut dalam berlaku banjir pada hari tersebut, di Kampung Kasipillay juga berlaku banjir. Tadi tidak disebut juga di Solaris, berdekatan dengan istana yang baru juga berlaku banjir tidak disebut. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri check semula. Kedua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata salah satu punca berlaku banjir adalah dinding di Segambut Bahagia tumbang, ini tidak betul. Tiada dinding tumbang.
Ketiga, fakta yang tidak betul. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sumbangan kerajaan sebanyak RM300 telah diberi. Saya hendak kata di sini belum diberi...
[Sorak] Oleh sebab banci belum siap, banci bilangan mangsa belum siap, macam mana telah diberi? Jadi di sini saya hendak minta kerajaan kalau boleh banci dengan teliti siapa mangsanya. Jangan bagi ada sesetengah pihak mengambil kesempatan ini untuk menerima sumbangan. Kedua, saya minta sumbangan RM300 ini boleh dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM600 sebuah keluarga. Itu sahaja, terima kasih.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, tuduhan liar daripada Ahli Parlimen Segambut yang mengatakan soalan semalam itu tidak dijawab itu tidak betul. Soalan semalam itu tidak sempat dijawab kerana masa tidak sempat, itu sahaja. Bukan tidak dijawab. Masa yang telah diperuntukkan untuk sesi jawab soalan itu tidak sempat sehingga nombor sepuluh tetapi saya akan beri jawapan secara bertulis yang sedia ada.
Kedua mengenai banjir-banjir di kawasan lain, Kasipillay, istana dan sebagainya, adalah luar daripada soalan Ahli Yang Berhormat. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat yang keluarkan soalan itu atau ada orang bantu untuk tulis soalan. Soalan berbunyi, Tuan Yang di-Pertua soalan Ahli Yang Berhormat berbunyi menyatakan nama tempat-tempat di kawasan Segambut yang banjir. Kalau Yang Berhormat minta kawasan banjir di seluruh Wilayah saya boleh bagi satu senarai...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Kasipillay, istana semua di kawasan Segambut.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Bukan, itu di kawasan Parlimen Segambut. Ahli Yang Berhormat, Parlimen Segambut dan kawasan Segambut jauh berbeza. Sila betulkan.
Kawasan lain, Parlimen lain.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ini Ahli Parlimen Segambut tanya ini.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Kawasan lain, Parlimen lain. Kalau hendak tahu seluruh Segambut, mintalah kawasan Parlimen .....
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Jangan mengelirukan Dewan.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya bukan kata dinding ini jatuh. Dinding parit induk, cuba dengar dengan teliti. Bukan dinding Segambut jatuh, dinding parit induk Kampung Segambut. Itu yang betul. Cukuplah, jangan kelirukan Dewan ini. Empat tahun sudah dengar, cukuplah kita kelirukan Dewan ini, sudah sampai masa.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai permintaan Ahli Yang Berhormat untuk menambah RM300 hingga RM600, saya sendiri bersetuju kerana ini adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat. Maka kita akan mengkaji balik sekiranya peruntukan dibenarkan, kita akan cuba berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kalau dapat dinaikkan. Senarai itu bercanggah dengan sebab kawasan itu terdiri daripada beberapa keluarga pendatang ataupun bukan warganegara. Peruntukan itu memang telah diberikan sebanyak RM106,000 tetapi pengagihan belum dibuat kerana bercanggah dengan senarai...
[Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Ini yang dikatakan kelirukan Dewan, belum bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun apabila saya melihat soalan ini, saya melihat seolah-olah Ahli Parlimen atau wakil rakyat ini tidak tahu dia bertanya kawasan Segambut yang terlibat dengan banjir.
Jadi ini satu yang saya rasa ini tikam balik pada diri dia. Jadi kalau sudah macam ini, baik tidak payah jadi wakil rakyat.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa sistem perparitan kita sememangnya kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik. Jadi banyak bukan sahaja kawasan Segambut bahkan banyak di kawasan perbandaran kita yang sistem perparitan kita kadang-kadang banyak yang tersumbat, banyak yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu daripada kementerian ini, apa agaknya planning kita untuk jangka panjang untuk kita mengurangkan banjir kilat yang berlaku di kawasan-kawasan bandar ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Tukar kerajaan sahajalah.
Habis cerita.
Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol
Jangan sombonglah.
Datuk Saravanan a/l Murugan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Saya setuju di beberapa kawasan di mana sistem perparitan itu memang tidak sesuai untuk menampung masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya musim hujan dan sebagainya. Pelbagai langkah sedang diambil oleh pihak kerajaan dan percaya dan yakin tidak lama lagi, dalam beberapa ini mungkin ada bajet tambahan untuk mengatasi masalah-masalah seperti ini.
Akan tetapi keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat jika dibandingkan Kuala Lumpur dengan negara-negara lain, contohnya baru-baru ini di Sydney, New South Wales telah banjir habis kerugian mereka adalah RM1.6 bilion. Kalau jika kita selidiki dan lihat keseluruhan di Bangkok, di Manila dan sebagainya, jika banding dengan Kuala Lumpur, banjir kita bukanlah begitu teruk jika banding dengan negara-negara ini. Dari segi kerugian pun bukan begitu besar dan cuma kita dapat keselesaan untuk rakyat tetapi dari segi kerugian memang jauh berbeza dengan negara-negara lain. Maka saya percaya, langkah-langkah positif dengan membina kolam-kolam tadahan dan sebagainya, sedang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang. Sekian, terima kasih.
5. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, langkah diambil kementerian dalam usaha mengesan kes kolej swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita di Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa membuat pemantauan ke atas IPTS yang menawarkan program pengajian dari peringkat sijil sehinggalah ke peringkat PhD. Pemantauan ini merangkumi status kursus pengajian, tarikh tamat tempoh kursus pengajian, kursus yang mencapai tahap matang dan akreditasi penuh daripada MQA dan sebaginya.
Pemantauan secara berkala ke atas IPTS dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Ekspatriat Jabatan Pengajian Tinggi di KPT dan juga Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA melalui tiga cara, iaitu:
(i) pemantauan ke atas pengiklanan penawaran kursus pengajian oleh IPTS dengan membuat semakan iklan di akhbar-akhbar utama untuk memastikan kesahihan iklan yang diterbitkan oleh IPT berkaitan. KPT telah mengeluarkan garis panduan pengiklanan IPTS yang mensyaratkan semua IPTS menyatakan kod kursus pengajian oleh MQA dan nombor rujukan kelulusan berserta tarikh kelulusan kursus di dalam iklan masing-masing.
Jika didapati terdapat IPTS yang melakukan penipuan berhubung kursus pengajian, maka mereka boleh diambil tindakan perundangan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan jika sabit kesalahan boleh di kompaun sebanyak RM50,000;
(ii) menyediakan ruang untuk orang ramai mengadu salah laku IPT termasuk perkara berkaitan pengiklanan. Aduan ini boleh disalurkan melalui e-mel, telefon, surat, hadir diri dan juga sistem pengurusan pertanyaan aduan melalui laman web MQA. Aduan ini akan diambil tindakan oleh MQA mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan; dan,
(iii) menyediakan kemudahan semakan status program pengajian yang ditawarkan oleh IPT. Semakan tersebut boleh dibuat menerusi pertanyaan terus ke pejabat MQA, e-mel dan juga semakan di portal Daftar Kelayakan Malaysia atau MQR. Terima kasih.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih saya ucapkan kepada menteri yang menjawab soalan asal saya.
Yang Berhormat, isu penipuan ini sebenarnya boleh mengancam pertumbuhan modal insan negara kita.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadi, apa lagi apabila ada IPTS yang lebih mengejar kuantiti kalau kita bandingkan tanpa mempedulikan kualiti kerana ianya berkait rapat dengan keuntungan IPTS tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa terdapat IPTS yang menawarkan program baru mengikut keperluan perniagaan dan bukan kerana keperluan negara. Jadinya, soalan tambahan saya, adakah program-program pengajian baru ini dipantau kualitinya oleh pihak MQA.
Berapakah kekerapan MQA memantau program-program ini dan adakah pihak kementerian juga bercadang untuk menubuhkan satu pusat database kebangsaan dan mengadakan ciri-ciri keselamatan terkini untuk mengelakkan kes pemalsuan ijazah ini?
Terima kasih.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara di sini.
Yang pertama ialah pemalsuan ijazah atau pun pemalsuan diploma. Sebenarnya isu ini tidak berlaku dalam IPTS seperti dalam konteks pemalsuan ijazah yang sebenar itu.
Yang ada mungkin terkeluar dalam surat khabar baru-baru ini. Itu ialah pemalsuan skrol yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan itu sedang dilakukan penyiasatan. Akan tetapi pemalsuan ijazah atau pun diploma secara sengaja oleh IPTS per
Dato’ Saifuddin bin Abdullah
se itu belum ada kes. Yang ada kes-kes ialah sekiranya IPTS itu tidak memenuhi iklan mereka. Misalnya, mereka menjanjikan sesuatu jumlah makmal atau pun kolej penginapan, ini kita telah ambil tindakan kepada mereka.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya kesalahan terbesar di kalangan IPTS ialah mengambil pelajar di bawah syarat. Ini adalah kerana mereka hendak memenuhi jumlah pelajar yang mereka hendak ambil untuk sesuatu sesi. Kalau kita buat syarat misalnya, MQA buat syarat kemasukan minimum ialah lima kredit. Diambil tiga kredit atau empat kredit dan sebagainya, itu kesilapan mereka yang paling besar.
Saya ingin beri jaminan dan pengakuan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perkara-perkara ini kita teliti dari semasa ke semasa. Soal daftar itu sebenarnya kalau saya faham maksud Yang Berhormat, kalau daftar dari segi kelulusan MQA untuk kursus-kursus ini boleh dapat dilihat terus kepada MQA. Kita boleh lihat nama kolej itu dan kursus-kursus yang ditawarkan. Akan tetapi jika ada cadangan untuk memperbaikinya lagi, kita sedia untuk menimbangkannya. Secara berkala memang pihak berkuasa sentiasa membuat lawatan kepada pihak-pihak IPTS.
Misalnya, dalam tempoh dua tahun yang lepas sehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 226 IPTS telah dilawati oleh pihak penguat kuasa, pihak audit di JPT dengan kerjasama MQA. Sama ada kita dapat aduan atau pun tidak, memang kita sentiasa melawat mereka. Pada setiap tahun kita ada target tertentu. Lebih kurang 150 IPTS akan dilawati pada setiap tahun untuk kita memastikan kualiti ini dapat kita pelihara dan tingkatkan. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soal pemalsuan ijazah ini Yang Berhormat, tidak sampai kepada sijil. Dia orang buat kad sahaja, business card. Ada yang buat business card, namanya, kemudian kelulusan PhD., Dr. Si anu, si anu, Profesor Madya dan ditambah pula Datuk, Tan Sri. Yang saya tidak jumpa Tun sahaja lagi yang memalsukan kad business card ini. Jadi, begitu juga apatah lagi di peringkat IPTS walaupun tadi Yang Berhormat jawab belum ada kes-kes. Saya sangsi sebab belum ada laporan tetapi peringkat yang berlaku di bawah.
Sekarang ini orang hendak buat duit macam-macam. Jadi, saya hendak tanya pihak kementerian Yang Berhormat, dalam soal menjaga kredibiliti kelulusan ini di semua peringkat, apakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pendidikan. Atau pun mewujudkan satu akta peraturan yang mengenakan hukuman yang paling serius kepada IPTS ataupun sesiapa sahaja yang menyalahgunakan kelulusan pada kad businessnya atau pun IPTS yang saya sebutkan tadi supaya kita menyediakan payung sebelum hujan.
Jangan sudah nasi jadi bubur, jadi orang sudah perlecehkan negara kita, boleh beli ijazah, mutu pun tiada. Orang boleh guna kad macam-macam, boleh guna nama Profesor Madya ataupun Dr. di hadapan, pada waktu itu tidak guna sudah. Jadi, maknanya patut bertindak sekarang supaya menjadi pengajaran dan kita dapat menjaga kredibiliti yang saya maksudkan tadi. Sekian, terima kasih.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, itu antara perkara yang sedang kita kaji untuk kita perketatkan. Satu cadangan yang baik dan cadangan Yang Berhormat itu sebenarnya memberikan kita panduan bahawa ini perkara yang memang sangat diperlukan. Sebahagian daripada proses itu telah pun kita laksanakan. Misalnya, apabila MQA satu ketika dahulu hanya memberikan akreditasi kepada kursus-kursus yang ditawarkan oleh kolej-kolej yang berdaftar di bawah KPT semata-mata.
Akan tetapi kini MQA juga memberikan akreditasi atau menjadi satu-satunya lembaga yang memberi akreditasi kepada kursus-kursus yang ditawarkan bukan sahaja oleh kolej yang didaftarkan di bawah KPT tetapi juga di bawah agensi-agensi yang lain.
Saya faham misalnya ada, dengan izin, grey areas. Ia bukan di bawah kita, bukan di bawah KPT. Misalnya, ada satu kes sebuah kolej yang bukan didaftarkan di bawah KPT yang menawarkan sesuatu kursus. Jadi, kita tidak boleh hendak apply sesuatu peraturan kepada mereka dan ini dalam siasatan polis.
Tentu ada cara untuk mengatasinya tetapi ini antara perkara yang sedang kita fikirkan. Saya hendak beri jaminan ini bukan soal hendak seragamkan semua benda tetapi ialah untuk memastikan tidak ada, dengan izin, loopholes yang menyebabkan orang boleh menggunakan semua kebijaksanaan mereka untuk menipu orang lain. Terima kasih.
6. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukan di bawah program 1Bestari:
(a) senaraikan sekolah-sekolah yang terlibat; dan
(b) adakah kaji selidik telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah- sekolah yang terlibat dan adakah YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di-Pertua, Projek 1Bestari Net adalah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membolehkan institusi pendidikan amnya dan murid-murid khususnya untuk mendapatkan akses kepada maklumat selain terlibat sama dalam penciptaan kandungan pendidikan.
Kontraktor yang terpilih untuk menyediakan kemudahan ini merupakan pemegang lesen serta pembekal fasiliti dan perkhidmatan rangkaian di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Antara lainnya merupakan pemegang lesen atas kesemua hak-hak sesuatu sistem untuk persekitaran pembelajaran maya dan memiliki keupayaan serta kepakaran dalam pembekalan sistem perhubungan jalur lebar.
Kontraktor tersebut juga merupakan tuan punya dan operator bagi sistem rangkaian telekomunikasi yang dikenali di bawah jenama dagangan YES iaitu rangkaian perkhidmatan internet boleh alih bercantumkan perkhidmatan suara telefoni awam atas pelantar jalur lebar 4G WiMax.
Di bawah Projek 1Bestari Net semua sekolah kerajaan iaitu sebanyak 10,019 buah akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 4mbps dan boleh ditingkatkan kepada 20mbps. Manakala sebahagian kecilnya yang merupakan sekolah luar bandar dan pedalaman akan dibekalkan dengan talian BSAT dengan kelajuan 2mbps dan boleh ditingkatkan kepada 4mbps. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan 1Bestari Net adalah berdasarkan dapatan kajian dari BCG Consultant Group dan pemantauan dari Projek School Net yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Pelaksanaan Projek 1BestariNet adalah berdasarkan kepada perkhidmatan capaian internet yang ditawarkan dan bukan bergantung kepada teknologi. Skop projek ini hanya melibatkan penyediaan infrastruktur sambungan jalur lebar berserta dengan pembekalan sistem pembelajaran maya bagi sekolah-sekolah kerajaan dan agensi-agensi lain seperti Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru. Sebarang perkhidmatan lain di luar kontrak perlu mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Keputusan kerajaan adalah dibuat berdasarkan kepada keadaan pada waktu itu dan akan memberi pertimbangan atas kepentingan awam. Sekian, terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan daripada Bakri. Soalan tambahan saya ialah adakah program ini pernah dijelaskan kepada Jawatankuasa PIBG di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan?
Kalau ya, sila senaraikan taklimat yang dijalankan termasuk tarikh taklimat dan sekolah yang terlibat. Jika tidak, mengapa?
Saya juga ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa berapakah harga yang dikutip oleh kementerian dan apakah tempoh kontrak ini dari syarikat yang terlibat dalam projek ini iaitu kumpulan Syarikat Yeoh Tiong Lay (YTL). Adakah tender secara terbuka dilaksanakan dalam projek ini? Kalau tidak, mengapa? Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Bakri kerana begitu prihatin tentang soal ini. Ingin saya memberi sedikit penerangan kepada Yang Berhormat.
Sebenarnya Projek 1Bestari Net ini adalah satu projek di mana kita hendak menyediakan satu platform untuk membolehkan pembelajaran maya atau Virtual Learning Environment.
Itu yang pertama.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Dalam konteks ini, kita melihat apa yang ada yang sebelum ini ialah SchoolNet di mana hanya 3G dan dari segi kelajuan lambat sangat. Kalau hendak membolehkan e- Learning, kelajuan itu tidak mencukupi. Oleh sebab itulah pada awal tahun ini, telah dimulakan projek ini dan setelah Majlis Ekonomi Negara membincangkan secara panjang lebar, telah mengenal pasti supaya kita memperuntukkan dalam tempoh dua setengah tahun, sebanyak RM660 juta untuk kita mengadakan capaian kepada semua sekolah iaitu lebih daripada sepuluh ribu buah sekolah.
Kalau kita lihat sebelum itu, Telekom Malaysia, mereka tidak ada telefon line ke sekolah tersebut tetapi dengan adanya infrastruktur ini, kita sediakan talian VSAT yang mana mereka juga tidak ketinggalan. Kalau di kawasan bandar, mereka boleh 4MB kepada 20MB, di kawasan-kawasan pedalaman sekurang-kurangnya daripada 2MB kepada 4MB maksimum. Jadi nampaknya kita bukan buat secara alang-alang. Kita hendak buat satu projek di mana semua sekolah itu mendapat capaian. VLE ini sangat penting. Kalau kita hendak membolehkan kandungan pendidikan itu kita salurkan, kita perlu ada hosting dari segi web, TV dan sebagainya, itu adalah penyediaan untuk proses P&P akan datang. Itu pertama.
Penerangan kepada PIBG, Yang Berhormat, apa yang kita lakukan sekarang ialah penyediaan fasiliti. Belum lagi sampai kita hendak terangkan apa dia VLE. Sekarang dari segi jalur lebar 4G yang kita sediakan dan pengumuman telah dibuat. Mungkin maksud Yang Berhormat ialah apabila kita hendak menyediakan infrastruktur, biasanya di sekolah, dia akan bina monopole ataupun menara telekomunikasi ataupun dia akan letak 1BRIS ini di atas tangki air ataupun satu lagi diletak atas bumbung. Ada tiga jenis. Ini adalah receiver yang kita kena letak. Kalau tidak letak, kita tidak akan mendapat satu coverage yang menyeluruh bagi sekolah itu.
Jadi mungkin Yang Berhormat maksudkan ialah adakah perbincangan. Kita telah meminta supaya pihak PPD dan sekolah maklumkan kepada PIBG untuk bermusyawarah dan berbincang. Kita juga telah mendapat satu kajian daripada SKMM melalui agensi yang telah dibuat. Kajiannya, berbanding dengan – Kita lihat dari segi radiasi. Radiasi yang dikeluarkan itu sama ada menjejaskan kesihatan pelajar atau tidak.
Daripada kajian yang dibuat oleh WHO ataupun kajian yang telah diseragamkan oleh SKMM mendapati paras radiasi ini 595 kali ganda lebih rendah daripada apa yang ada.
Bermaksud kalau kita berada di rumah, microwave, radiasinya lebih tinggi daripada itu. Itu ada kajian dan saya boleh tunjukkan kepada Yang Berhormat. Jadi kita meyakinkan kepada PIBG bahawa apa yang dikhuatiri sebelum ini sebenarnya tidak berlaku. Jadi ini saya menjawab seksyen yang pertama dari segi perbincangan dengan PIBG. Selepas itu kalau kita hendak laksanakan VLE, kita akan maklumkan di mana kita benarkan ibu bapa untuk mengadakan akses daripada rumah untuk berunding dan berbincang dengan guru.
Kita akan sediakan satu platform SAPS di mana mereka boleh memantau status kerja ataupun bagaimana perkembangan akademik anaknya di sekolah melalui web sahaja. Itu kemudian kita akan terangkan.
Apa Yang Berhormat tanya ialah tentang WAP. Dahulunya SchoolNet. SchoolNet Project. Setiap bulan, setiap sekolah, mereka kena bayar RM600. Akan tetapi selepas kita sediakan Yes 4G ini, kita telah membuat satu ketetapan bahawa kutipan kadar sewa dibayar oleh sekolah. Sekolah ini biasanya setiap sekolah, kerajaan atau kementerian kita bagi dana kepada sekolah melalui perbelanjaan, lain-lain perbelanjaan berkala. Memang ada peruntukan diturunkan oleh kerajaan kepada mereka. Mereka boleh gunakan dan kadar sewanya hanya RM475 sebulan. Berbanding dengan RM600, ia lebih murah. Jadi kita dapat kelajuan yang lebih tinggi tetapi dari segi kadarnya sangat rendah dan itu pun ditanggung oleh pihak sekolah.
Jadi apa Yang Berhormat tanya tentang tender, saya yakin apa yang dilakukan penilaian sebelum ia melantik siapa yang layak, kita kena melihat dari segi kompetensi syarikat itu. Kedua, dari segi daya upayanya untuk menyediakan apa yang kita hendak VLE environment. Jadi bukan semata-mata saya rasa dia buat secara terbuka, tetapi yang penting ialah pemilihan itu berdasarkan kepada banyak kriteria termasuk apa yang telah saya cakapkan tadi. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengalu-alukan langkah murni kerajaan ke arah untuk – tujuannya 1BestariNet iaitu untuk mengurangkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, biasanya perancangan kita ini baik tetapi
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
akhirnya implementasinya seperti juga lab di sekolah-sekolah. Semuanya terbengkalai.
Jadi apa jaminan iaitu 1BestariNet ini dapat direalisasikan untuk memastikan bahawa masyarakat luar bandar termasuk di kawasan saya yang jauh terpencil juga tidak tercicir daripada menikmati kemudahan-kemudahan yang ada seperti di bandar.
Ini kerana mereka juga mahu berjaya seperti pelajar-pelajar lain. Jadi apa langkah-langkah komprehensif dan juga langkah-langkah yang boleh memastikan sekolah 1Bestari ini mencapai objektifnya dan apakah mekanisme yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran antara pelajar bandar dan luar bandar bagi memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dan mencapai kejayaan seperti di bandar-bandar? Terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Memang hasrat kita ialah mengurangkan jurang digital. Oleh sebab itu saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, di bawah projek 1BestariNet ini, kalau di sesebuah sekolah, kita boleh radiasi atau coverage liputan itu boleh sampai 2.5 kilometer jejari – radius daripada sekolah. Itulah memberi manfaat kepada kawasan-kawasan atau masyarakat sekitarnya.
Itu nombor satu.
Di kawasan pedalaman, kita boleh setakat empat kilometer radius dari segi coverage kita. Jadi ini juga membantu dari segi ibu bapa kalau mereka hendak turut sama apabila kita laksanakan VLE nanti. Kita memerlukan penglibatan daripada ibu bapa juga.
Berbalik kepada soalan Yang Berhormat, memang benar. Sebelum itu dari segi maintenance culture, dengan izin, memang kita telah kurang. Komputer rosak dan sebagainya. Dari segi SchoolNet dulu tidak diutilized dengan sepenuhnya. Apa yang kita lakukan sekarang ialah kita ada satu pasukan khidmat sokongan yang mana sekarang sistem ini tidak ada. Kita ada khidmat sokongan pelbagai peringkat. Help desk setiap zon dan di peringkat project management office di kementerian. Kita akan memantau. Bukan sekadar kita menyediakan fasiliti dan kita lepas tangan. Itu dari segi anjak...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini jaminan atau pun..
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Memang ada.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cuma jawapan-jawapan untuk menyenangkan hati sahaja.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tidak. Yang Berhormat, saya boleh beri satu..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau menyenangkan hati sekolah di luar bandar saya sekolah hibrid dia supaya sekarang banyak 70 percent tidak berfungsi Yang Berhormat.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat sekejap. Yang Berhormat, sebenarnya inilah perbandingan kaedah sekarang dengan apa yang dilaksanakan di bawah 1Bestari ini.
Ada beberapa penambahbaikan ciri-ciri yang kita perlukan. Oleh sebab itu kita tekankan kalau tidak ada khidmat sokongan, apa yang kita bekalkan kalau rosak dia tidak boleh guna. Jadi kita sudah mengambil iktibar daripada pembelajaran sebelum itu dan kita kena memperbaikinya.
Terima kasih di atas komen Yang Berhormat. Hibrid ada masalah - kita mengaku kita tidak sempurna tetapi kita cuba sedaya upaya memperbaiki keadaan. Kalau perancangan 1Bestari ini dibuat lebih awal kita hendak pastikan apa yang telah diceritakan tadi, kita mengekalkan sistem secara mantap dan akhirnya ada pemantauan yang konsisten dari segi ini. Itu penting.
Apa Yang Berhormat sebutkan tadi tentang masyarakat luar bandar sama ada mereka ini ketinggalan atau tidak dari segi CPMP. Saya memberi jaminan kenapa kita hendak beri coverage kepada semua? Oleh kerana kita telah menetapkan sekurang- kurangnya kena dua hingga empat megabyte per second. Ini bermaksud kita boleh buat hosting. Kandungan yang kita hantar ke dalam sistem kita BLE – boleh. Ini tidak meminggirkan kawasan-kawasan pedalaman. Oleh sebab itu kita utamakan. Kawasan yang tidak ada Telekom Malaysia tidak masuk pun kita gunakan VSAT. Jumlah sekolahnya enam ratus lebih. Kita sudah kenal pasti dan ini dalam peringkat pelaksanaan. Saya berharap pada Jun 2014 projek ini kalau dapat perbelanjaan, berjalan dengan lancar kita dapat sempurnakan liputan seratus peratus kepada semua sekolah. Terima kasih.
7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) sejauh manakah pelaksanaan Program “Blue Ocean Strategy”
(oleh agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta belia negara ini agar mereka mengamalkan semangat kesukarelawan; dan
(b) apakah jenis-jenis program yang telah dirangka bagi Gagasan Belia “1M4U”, jumlah perbelanjaan dan impak yang diharapkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan dari Putatan.
Kerajaan menyedari belia merupakan golongan utama yang akan memacu dan mencorakkan pembangunan dan hala tuju negara di masa depan. Sehubungan dengan itu kerajaan menerusi pendekatan “Blue Ocean Strategy” dengan izin, telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi belia menyalurkan tenaga dan mengetengahkan kreativiti mereka melalui aktiviti kesukarelawan menerusi penubuhan sebuah syarikat menurut jaminan (company limited by guarantee) yang dikenali sebagai 1Malaysia For Youth
(1M4U).
Objektif penubuhan ini adalah untuk melibatkan golongan belia sebagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang bersifat kenegaraan dengan izin, nation building serta menjadi tempat bagi mereka mengetengahkan inovasi dan kreativiti mereka menerusi perancangan dan penglibatan dalam program aktiviti yang boleh menguntungkan negara dan diri mereka sendiri. Memandangkan Program 1M4U ini baru diperkenalkan, keberkesanan program ini dalam memperkasakan belia di negara ini mengamalkan semangat kesukarelawan belum dapat dinilai secara jelas.
Walau bagaimanapun sambutan belia terhadap program-program 1M4U yang dianjurkan amat menggalakkan seperti kehadiran melebihi 50,000 orang belia semasa Majlis Pelancaran 1M4U pada 15 Julai 2012 yang lalu di Taman Esplanade, KLCC dan penglibatan 15,000 belia dalam aktiviti kesukarelawan semasa sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini.
Di samping itu pelbagai program kesukarelawan 1M4U yang dijalankan secara kolaborasi dengan kementerian agensi yang digerakkan dengan inisiatif “Blue Ocean Strategy” seperti University Ambassador Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi iaitu program kesukarelawan pelajar universiti kepada masyarakat seperti memberi tuisyen Sains dan Matematik kepada pelajar sekolah dan motivasi kepada ibu bapa khususnya di luar bandar. Program My Beautiful Neighborhood anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan kos rendah dan Program Voluntarism anjuran Kementerian Pelancongan iaitu program belia- belia menginap di homestay dan menjalankan program kemasyarakatan seperti gotong- royong membersihkan kawasan kampung, memberi tunjuk ajar kepada pengusaha homestay untuk mempromosikan homestay mereka dalam social media telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada belia dan memberi impak yang positif kepada masyarakat.
Yang Berhormat, program ini khusus kepada belia-belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dan tema lagu 1M4U itu adalah ‘1Malaysia For Youth’. Dia ada dia punya manifestasi yang boleh menggerakkan pendekatan sanubari. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri menjawab soalan dengan begitu convincing.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Convincing - bukan conventional. Tuan Yang di-Pertua, memang banyak program yang kita lihat usaha-usaha kerajaan Barisan Nasional untuk mengutamakan ‘kebeliaan’ ini – betul atau tidak istilah itu. Juga kita telah pun menggubal satu pendekatan bahawa kita ada mewujudkan Youth Parliament dan kita
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
telah pun diperkenankan di peringkat antarabangsa. Misalnya perenang Selat Inggeris (English Channel) kita telah berjaya. Kita telah berjaya untuk mendaki Gunung Everest dan berbagai-bagai lagi yang telah kita kenalkan, Malaysia Boleh! Akan tetapi masalah di akar umbi itu masih wujud. Banyak! Pelbagai masalah - sosial, mat rempit. Saya juga melibatkan diri dengan kempen supaya mat rempit ini dikurangkan. Kes-kes jenayah dan macam- macamlah.
Kita tumpukan kepada golongan-golongan beruniform yang dikelolakan oleh sekolah-sekolah. Kita hebat. Akan tetapi yang soalan saya itu – tunggulah soalan itu.
Peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan ini yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri semalam – menjawab soalan saya tidak tersebar agak kurang sedikit jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kurang banyaklah!
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Tidak cukup! Faham? Tidak cukup. Jadi saya mohon pihak Jabatan Perdana Menteri ini melihat perkara ini dengan serius terutama sekali penglibatan syarikat-syarikat gergasi seperti Syarikat SPAN, Petronas. Ini SPNB juga patut melibatkan diri dalam usaha untuk memperkasakan ‘kebeliaan’ ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi saya memohon berapa jumlah syarikat-syarikat yang terlibat dalam ‘kebeliaan’ ini.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalannya saya pun tidak tahu mana.
[Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat jangan perlekehkan. Jangan.
Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu sahajalah. Saya minta supaya kalau ada belia-belia yang hendak memohon ini, individu pun boleh minta. Kali pertama kita wujudkan saluran untuk individu memohon kerana kadang-kadang ada ramai yang tidak terlibat dalam organisasi atau institusi belia. Organisasi belia pun boleh memohon untuk ini melalui website sahaja. Belum lagi secara fizikal. Dia ada www.facebook.com/pages/1Malaysia-4-youth. Gunakan website ini untuk mohon direct.
Permulaannya kita bagi 5,000 dahulu. 5,000 kelayakan untuk memohon aktiviti-aktiviti, lima jenis aktiviti. Yang Berhormat, ingat ya dengan izin, social enterprise, youth development, community well being, sports, culture creative media and innovation. Ada lima jenis boleh mohon.
Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy
So, saya mintak supaya cepat-cepat mohon cari orang kerana kita takut ada penyalahgunaan.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Ada orang itu, saya minta supaya cari individu-individu di peringkat Parlimen, katakan belia di luar bandar itu ada yang aktif tetapi dia tidak ada dia punya sumber, so mintak supaya selaraskan, mohon.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Kedua, nanti saya habiskan. Kedua, belia sekarang berbeza. Belia sekarang berbeza. Dia sudah terbawa dengan dunia hedonistik.
Dunia hedonistik, pleasure culture, pleasure culture dia. So, kita kena dekatkan dia dengan national building, patriotism kerana dia sudah menjadi global citizen. Dia tidak ada ikatan bauran emosi atau emotion cohesion bersama rakyatnya, negaranya. Maka ini tujuan kita buat, jangan kita cari problem. Kita cari jalan.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sampai ke penghujung tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang belia global jadi saya Presiden WAY hendak tanya. Ukuran Yang Berhormat, penilaian Yang
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Berhormat. Sebanyak 40% kumpulan muda di dalam negara kita. Di mana ukuran Yang Berhormat hari ini meletakkan orang-orang muda kita ini dalam konteks dunia? Apabila pemikiran mereka, apabila kenyataan mereka, tindakan mereka dilihat menyumbang ke arah pembangunan ataupun sebaliknya. Cuba Yang Berhormat bagi saya satu kaedah mekanisme mengukur kedudukan dan sumbangan orang muda kita dalam konteks pembangunan orang muda dunia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pertinent sungguh ya, Yang Berhormat Tangga Batu terima kasih. Ukuran terhadap well......., mindset belia atau youth ini memang tidak ada satu mekanisme sedia ada. Akan tetapi saya baru balik bersama Tuan Yang di-Pertua daripada Commonwealth Parliamentary Meeting, memang isu rata-rata dunia ini, not only Malaysian issue dengan izin, it is a global issue. Dia orang tidak tahu macam mana hendak menangani belia ini yang menjadi satu permasalahan negara kerana social media. Gangnam dengan Kolaveri boleh jadi satu yang begitu yang popular daripada lagu Negaraku contohnya. Itu sebab kita modify lagu 1M4U, dia ada ciri-ciri beat yang baru. Dia more creativity, inovasi, dia tidak boleh pakai cara yang lama. Kita kena tukar untuk dia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cara Yang Berhormat menjawab pun macam Gangnam Style juga.
[Ketawa]
Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy
So, satu Korea boleh jadi dunia punya popular. So, kita kena – saya akui bahawa kita kena cari satu mekanisme ukuran.
Bagaimana kita hendak ukur, 40% mindset ini dan segala produk yang bakal kita buat mesti diselaras dengan itu. Saya terima baik cadangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan Salam Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua saya, Salahuddin bin Haji Ayub mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims duration selama 13 minit yang mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Tuan Yang di-Pertua, sudah hampir dua minggu satu penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berikutan sebuah filem pendek yang dikeluarkan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam tetapi ianya turut dibantah oleh orang yang bukan Islam di dunia ini. Isu kepada kemarahan umat Islam ini adalah terbabitnya filem tersebut yang menyinggung perasaan dan sensitiviti Agama Islam kerana menyentuh tentang batang tubuh Nabi SAW dan oleh kerana ianya boleh mencetuskan kekeliruan agama antara masyarakat yang bukan Islam di alam maya ini.
Satu tindakan di peringkat antarabangsa dan nasional harus difikirkan oleh Parlimen Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap penerbit dan pengarah filem tersebut di mana negara Amerika yang terlibat kerana sehingga ini satu tindakan tidak dilakukan demi menyatakan bantahan rasmi negara terhadap isu yang sangat besar ini.
Oleh itu saya berdiri di sini untuk menyatakan pendirian kita dan meminta Parlimen atas
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
satu suara melampaui batas agama dan kaum supaya kita dapat untuk melahirkan bantahan yang kita rasakan perlu untuk memelihara ketamadunan dan semangat kebebasan agama di dalam negara kita dan dunia ini, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dua pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi perkara yang sama daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Kubang Kerian pada hari Jumaat, 21 September 2012 dan Ahli Yang Berhormat kawasan Rembau pada hari Isnin, 24 September 2012. Berdasarkan pada Peraturan Mesyuarat 18 maka usul Yang Berhormat Kubang Kerian didahulukan. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini ditimbang oleh Majlis Mesyuarat pada hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa:
(i) tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu;
(ii) kepentingan orang ramai, ia adalah kepentingan orang ramai; dan
(iii) berkehendakkan disegerakan dan perkara ini juga perlu disegerakan.
Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini dibahaskan.
[Tepuk] Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b) usul ini hendaklah ditempohkan sehingga 4.30 petang, petang ini dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab selama 30 minit. Sekian.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.
[24 September 2012]
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam Sejahtera. Saya ingin menyambung perbahasan atas rang undang-undang yang ada di hadapan kita ini dan kita rasa ini adalah suatu peraka yang penting di dalam sistem perkhidmatan kesihatan kita dan saya sebutkan semalam ianya dicadangkan supaya meliputi semua peringkat penjagaan kesihatan daripada pencegahan juga rawatan dan pemulihan menerapkan di dalam perkhidmatan ini aspek-aspek penjagaan kesihatan fizikal, mental dan juga kerohanian.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Diharapkan ianya akan menjadi suatu bahagian daripada perkhidmatan kita yang penting kerana populariti TCM ini cukup penting sejak dahulu lagi. Kalau kita kategorikan perkhidmatan bidan kampung contohnya sebagai sebahagian daripada jagaan kesihatan tradisional. Kita sudah lihat kejayaan kita menerapkan bidan kampung ini ke dalam perkhidmatan kesihatan kita tetapi ianya memerlukan masa juga bagi memperkenalkannya kepada masyarakat dengan pendedahan yang lebih baik, lebih selamat seperti mengadakan latihan-latihan kepada bidan kampung ini. Mereka dibawa untuk ke pusat- pusat latihan bidan untuk masa-masa yang tertentu dan dididik, diajar dan dilatih cara perkhidmatan yang selamat, bersih dan menepati masa supaya mereka menjadi bidan yang selamat dan ini berjaya.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Selain daripada itu, saya masih ingat bagaimana Kementerian Kesihatan menyediakan kit ataupun peralatan untuk bidan kampung ini yang lebih baik daripada peralatan biasa mereka dan mereka dididik untuk menjaga kebersihan, memasaknya untuk membunuh kuman dan sebagainya.
Jadi, hari ini kita lihat walaupun bidan kampung ini sudah hampir pupus, tetapi ia telah berjaya pada satu ketika untuk mengurangkan kadar mobiliti dan juga mortaliti di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan yang bersalin. Ertinya kalau kita melaksanakan program ini secara baik dan tersusun, sudah pasti ia boleh membawa manfaat kepada masyarakat.
Begitu juga dalam konteks perubatan tradisional yang lain dan juga perubatan komplementari. Saya dimaklumkan ada pegawai-pegawai tinggi Kementerian Kesihatan yang dengan mata sendiri pergi melihat pengamalan perubatan tradisional dan komplementari ini di negara China contohnya dan melihat sendiri pembedahan. Saya dengar pembedahan tiroid, satu pembedahan yang agak biasa dilakukan di mana-mana juga menggunakan general anaesthesia sebelum dilakukan pembedahan, tetapi di negara China ada hospital, ada pusat yang menyediakan pembedahan tanpa mengguna GA ini ataupun general anaesthesia ini tetapi menggunakan akupunktur.
Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Menyentuh tadi apabila disebut bidan kampung, ada satu lagi yang agak pupus sekarang ini ialah mudim, tok mudim. Mudim ini sebenarnya dahulu famous sebab waktu itu klinik-klinik yang memberi perkhidmatan berkhatan ini agak kurang.
Akan tetapi walau macam mana pun, apakah Yang Berhormat setuju kalau latihan dipertingkatkan atau diberikan kepada mudim-mudim ini kerana mudim ini dia boleh – semoga dia dapat melakukan yang agak lebih profesional dalam bidang ini. Dia boleh membantu masyarakat dan sebahagian besar masyarakat di luar bandar yang jauh daripada kemudahan-kemudahan klinik ini dan juga membantu penduduk kampung ini untuk mengurangkan kos, sebab kalau pergi ke doktor biasa ini, pertamanya kos pengangkutan dan kedua kos servis itu agak kurang berkemampuan kepada sesetengah di kalangan penduduk kampung. Apakah Yang Berhormat setuju juga kalau mudim sama kita bagi dengan bidan kampung?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Semalam pun ada yang berucap mencadangkan mudim ini disenaraikan juga. Saya tidak pasti sama ada Kementerian Kesihatan akan memasukkan mudim ini dan – bidan kampung tadi dah selesai dah – mudim ini di dalam senarai perubatan tradisional dan komplementari ini.
Saya rasa sepatutnya tidak menjadi satu masalah walaupun ia melibatkan pembedahan kecil, minor surgery. Akan tetapi kita juga biasa mendengar oleh sebab mudim-mudim yang tidak pakar, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan pendarahan yang tidak boleh dihentikan dan boleh membawa maut. Jadi, kita hendak halang mudim ini pada masa ini, walaupun jumlah mudim saya rasa sudah makin berkurangan berbanding dengan dahulu kerana perkhidmatan berkhatan ini sudah banyak disediakan, tetapi mereka masih menyediakan sesuatu yang lebih rapat dengan psikologi penduduk luar bandar dan
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
juga orang kampung dan juga kosnya murah. Jadi masih lagi menjadi pilihan bagi sesetengah orang. Jadi, adalah lebih baik kalau kita boleh memikirkan bagaimana untuk menyediakan latihan dari segi teknik asepsis dan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, boleh tambah sikit?
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Saya habiskan ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, ini pasal mudim ini.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, ya, habiskan dahulu ayat ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Sebentar, saya akan bagi, insya-Allah.
Dan juga menyediakan peralatan yang lebih sempurna dengan alat-alat yang pakai sekali ataupun disposable berbanding dengan keadaan biasa dan jauh sekali menggunakan alat- alat zaman dahulu seperti buluh dan sebagainya. Jadi, ini harus kita pertimbangkan. Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hendak tambah Yang Berhormat. Ini tadi kita bicara soal mudim lelaki. Akan tetapi bagaimana pula mudim-mudim perempuan ini? Apakah mereka juga dikategorikan untuk di dalam lingkungan ini sebab bahaya juga itu kalau tidak diberi latihan yang secukupnya kepada mudim-mudim perempuan kalau tidak dimasukkan. Minta penjelasan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ini satu perkara yang sangat sesuai, sangat tepat untuk disebut. Sebab apa, berkhatan di kalangan perempuan juga merupakan suatu sunah yang dilaksanakan bukan hanya dilaksanakan oleh orang-orang Islam, malah ada kaum-kaum lain juga mengamalkan perkara ini. Jadi, sudah tentulah ia juga perlu diambil kira supaya tidak timbul masalah-masalah berikutan daripada proses berkhatan di kalangan anak-anak perempuan kita yang tidak mengikuti teknik yang bersih.
Jadi ini juga harus diambil perhatian walaupun perkhidmatan berkhatan ini kini sudah meluas disediakan di klinik-klinik kesihatan dan perubatan sama ada kerajaan atau swasta. Jadi saya meyakini kalau mereka menggunakan perkhidmatan ini, mereka akan mendapat perkhidmatan yang bersih dan selamat. Akan tetapi masih ada lagi mudim- mudim tradisional ini yang juga perlukan perhatian seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih.
Berbalik kepada apa yang saya hendak tekankan tadi itu berkenaan dengan apabila kita menyaksikan ataupun pegawai-pegawai tinggi Kementerian Kesihatan menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku di negara China. Ertinya banyak pendekatan, banyak kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan pembedahan yang berat, yang major surgery seperti pembedahan tiroid yang disebutkan tadi. Kalau kita tidak tengok sendiri mungkin kita agak tidak yakin, waswas, sama ada claim, tuntutan ataupun kenyataan bahawa boleh buat pembedahan tidak melalui pemberian anaesthesia tetapi melalui akupunktur, kita tidak akan yakin. Akan tetapi apabila dilihat sendiri, ertinya kita ada pilihan. Pemberian general anaesthesia ini ada risikonya sendiri. Oleh sebab itu kita ambil consent sebelum kita membuat pembedahan tersebut.
Jadi kalau ada pilihan-pilihan yang lebih selamat, yang lebih baik, saya rasa ini juga harus diambil kira dan diterapkan. Ertinya keseluruhannya kita ingin mengarusperdanakan cara rawatan dan perubatan tradisional dan komplementari ini. Ini penting, mengarusperdanakan.
Cuma, kita harus mengambil perhatian bahawa ada dakwaan-dakwaan kadang- kadang melampau. Ada testimoni apabila kita didiagnosis sebagai kanser misalnya, kanser payu dara misalnya, memang banyak yang mengatakan ada cara rawatan tradisional.
Pergilah ke mana–mana, berjumpalah dengan mana-mana orang yang tertentu, tidak payah melalui pembedahan mastektomi atau pun rawatan kemoterapi atau radioterapi. Jadi, ada yang mengambil sikap tidak mahu mendapatkan rawatan yang telah ada kajian penyelidikan, ada hasilnya untuk mencuba rawatan tradisional atas nasihat katanya, tangguh dahulu setahun untuk rawatan ini. Akan tetapi setahun ini bermakna apabila kembali daripada rawatan tersebut, staging penyakit ini sudah lanjut dan tidak boleh diselamatkan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi kita tidak mahu dakwaan-dakwaan sedemikian dibiarkan berleluasa. Saya lebih cenderung untuk menasihatkan supaya kalau ada rawatan-rawatan sampingan komplementari atau tradisional, ia dibuat serentak. Jangan dinasihatkan supaya tangguh rawatan di hospital itu semata-mata untuk memberikan ruang kerana saya yakin rawatan moden dengan rawatan tradisional dan komplementari ini tidak akan berlaga, tidak akan ada kesan memendamkan kesan satu pihak atas rawatan satu pihak yang lain.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Misalnya kalau kita merawat dengan perubatan Islam sambil kita makan antibiotik, tidak akan ada kesan yang boleh mengurangkan mana-mana bahagian. Jadi apa salahnya kalau kita promosikan rawatan ini serentak. Jangan ada yang berkata kalau dia buat kemoterapi maka kesan doa kita akan luntur. Itu akan menyebabkan ada pihak yang akan menangguhkan rawatan dan akan menjejaskan penyakit pada jangka panjang.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi ialah merupakan satu kebimbangan. Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, yang saya dapati kuasa diberi kepada majlis ini terlalu besar sehinggalah ia tidak spesifik tentang bentuk-bentuk rawatan alternatif ataupun rawatan tradisional yang hendak diklasifikasikan.
Ini bermakna kebimbangan saya ialah rang undang-undang ini mungkin akan disalahgunakan untuk pihak-pihak tertentu menggunakan pengiktirafan ini sebagai satu kelayakan yang menyebabkan mereka ini diberi satu penghormatan oleh masyarakat dan sebagainya.
Apa yang menjadi kebimbangan saya ini sebab ia tidak spesifik. Oleh sebab itu apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai sekiranya skop ataupun rang undang-undang ini dibatasi dengan hanya perkara-perkara yang tertentu sahaja yang boleh dibuat kajian secara saintifik ataupun sebagainya. Sudah pasti kalau perubatan secara Islam dengan doa itu hendak buat kajian secara saintifik tidak boleh Tetapi apa pandangan atau garis panduan yang boleh kita berikan supaya rang undang-undang ini tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih. Saya juga tercari-cari kalau ada mana-mana disertakan suatu senarai tentatif bidang-bidang yang akan diiktiraf dan disenaraikan para pengamalnya nanti.
Akan tetapi ini belum ada dan saya tahu di kementerian ada satu seksyen TCM yang sudah pasti mereka sudah membuat kajian asas dasar untuk memberikan panduan bidang-bidang yang akan diiktiraf. Namun setakat ini kita belum nampak. Jadi agak menyusahkan sedikit kita untuk membuat perbahasan. Saya tidak boleh menolak kemungkinan yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah akan ada salah guna kuasa majlis ini untuk mengkategorikan orang tertentu, kumpulan tertentu dan tidak mengkategorikan yang lain.
Tidak kemungkinan ini akan berlaku. Walaupun saya rasa kita sebagai majlis yang bertanggungjawab tentulah akan bersifat objektif dalam hal ini.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah supaya yang diiktiraf nanti mestilah ada asas ilmunya kerana kalau tidak kita hanya akan bergantung kepada yang saya sebut semalam sebagai testimoni daripada pihak-pihak tertentu yang tentulah testimoni ini mestilah yang baik-baik. 10 hingga ke 20 testimoni itu adalah yang baik menunjukkan kejayaan seorang pengamal itu. Akan tetapi ada 100 atau 200 lagi yang tidak mengeluarkan testimoni yang gagal dalam rawatan ini, bagaimana kita hendak bersifat objektif dalam hal ini.? Jadi daripada tahun 80-an lagi apabila kita mengkaji dahulu ada bidang dalam TCM ini yang ada asas ilmunya. Ertinya ada pendidikan dia, ada kurikulum diajar di institusi-institusi tertentu. Ada badan-badan pengawas dia. Homeopati contohnya ada persatuan dia, ada badan pengawas dia, ada kuliah-kuliah dia, ada kurikulum dia serta ada senarai-senarai ubat dia.
Jadi ini boleh dijadikan asas dalam pengiktirafan tersebut. Begitu juga perubatan Cina. Kalau kita pergi ke China atau negara berdekatan seperti Korea, memang sudah ada di dalam hospital mereka bahagian yang memberikan rawatan alternatif ini, senarai ubatnya pun penuh, lebih banyak daripada farmasi di bahagian biasa. Mereka ini mempunyai kelayakan yang dipamerkan digantungkan certificate mereka dari Universiti di China
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
contohnya. Jadi ini memberikan keyakinan kepada kita dan memang kursus-kursus ini ada.
Lagi pun latar belakang ilmunya bukan baru, ribuan tahun.
Jadi itu memudahkan. Begitu juga ayurveda. Ayurveda juga ada sistem dia, ada kitab dia, ada buku dia, ada mengajar, ada universiti yang mengeluarkan ijazah. Jadi kita boleh buat kajian, kita boleh hantar rombongan dari Kementerian Kesihatan untuk membuat kajian dan pengiktirafan kolej-kolej ini. Akan tetapi apabila tiba tentang perubatan tradisional Melayu, saya yakin kita akan ada masalah kerana bomoh ini akan kata dia dapat ilmu ini tiga bulan, duduk dalam gua di Jawa misalnya.
Macam mana kita hendak verify apa yang dia belajar di gua sana, apa ilmu yang turun dan macam-macam lagi. Jadi kita tidak ada satu standard kurikulum yang kita hendak gunakan dalam pengiktirafan ini. Jadi kalau itu diambil kira, saya berkeyakinan ramai di antara pengamal perubatan tradisional Melayu ini tidak dapat dimasukkan dalam senarai ini sedangkan mereka masih popular. Kalau tidak dimasukkan di dalam senarai ini, mereka terus beramal, mereka akan dilihat melanggar undang-undang ini. Ramai yang akan kena RM30,000 kali pertama RM50,000 kali kedua. Letih kita. Kita akan dapat anarki riot kerana pengikut-pengikut dan orang-orang yang telah mendapat khidmat ini akan merasa marah.
Jadi perlu ada jalan penyelesaian. Saya rasa mereka ini tidak teratur dan tidak tersusun kerana sebelum ini tidak ada usaha ke arah pengiktirafan, ini telur dan ayamlah ini chicken and egg situation.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Yang Berhormat Kuala Krai, Silam.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Sila, perubatan Silam sila.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Apabila melihat dari segi perbahasan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai ini jelas menunjukkan kerisauan tentang wujudnya suatu perkara yang mungkin tidak ada sistematik dari segi pengawalan kualiti untuk pengamal- pengamal perubatan yang berleluasa di negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai dan adakah bersetuju atau ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk memastikan bawah sebab kita melihat apabila rang undang-undang ini diperkenalkan, mungkin sesuatu bidang baru yang akan tercetus untuk membolehkan ianya menjadi satu profesion yang sudah tentu akan banyak tarikannya dan banyak lagi peluang yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Apatah lagi kalau misalnya dilihat peluang-peluang pekerjaan sekarang pun semakin terhad.
Adakah Yang Berhormat Kuala Krai bersetuju kalau kementerian bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi dengan agensi-agensi yang bertauliah untuk memastikan bahawa ada senarai panjang atau senarai yang berkaitan yang ada hubung kait terutamanya dari segi perubatan tradisional masyarakat Melayu yang kita tahu dari segi secara latar belakangnya pun tidak begitu meluas dan tidak ada satu pakar rujuk yang boleh kita anggap sebagai pakar rujuk yang bersifat antarabangsa.
Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai jika sekiranya kementerian ini mengambil inisiatif untuk konsentrasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi ataupun agensi-agensi yang bertauliah yang sudah lama yang ada kepakaran dalam biang ini untuk membolehkan diambil kira dimasukkan dalam majlis yang akan diwujudkan dalam rang undang-undang ini untuk mereka yang betul-betul ada kualiti dan integriti untuk memastikan apa yang dibuat ini suatu yang akan ada kebertanggungjawabannya dan memastikan rang undang-undang ini boleh mengawal selia dan memastikan segala yang ada hubung kait dengan pengamal perubatan terutamanya dalam bidang tradisional dapat dijaga dan sudah tentu pada masa akan datang ia akan menjadi satu profesion yang boleh diterima pakai oleh semua rakyat Malaysia, terima kasih. Mohon pandangan.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat silam. Sememangnya ke arah itulah yang saya ingin bawa dalam perbahasaan ini. Saya sebutkan tadi sistem yang ada di kalangan pengamal perubatan tradisional ini tidak dapat dimajukan kerana mereka tidak nampak satu masa hadapan untuk dilaburkan satu jumlah wang untuk buat kajian. Akan tetapi oleh kerana kita sudah bersedia untuk mengiktiraf perubatan tradisional ini mungkin inilah masanya.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Mungkin ambil masa panjang sedikit tetapi kita boleh mula untuk membuat kajian- kajian yang lebih saintifik terhadap dakwaan-dakwaan ataupun terhadap ubat-ubat yang
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
telah digunakan oleh pengamal-pengamal TCM ini. Sebagai contohnya penggunaan herba.
Saya rasa herba ini bukan sesuatu yang pelik dan memang telah digunakan di seluruh dunia di negara-negara yang tamadunnya lebih awal memang menggunakan herba-herba ini. Di Institut Penyelidikan Perubatan IMR pun saya dimaklumkan ada bahagian ada jabatan yang membuat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan. Ada sudah senarai saya dimaklumkan senarai tumbuh-tumbuhan yang ada dalam negara kita ini yang ada nilai-nilai ubat medicinal value, sudah ada di IMR itu.
Jadi mungkin tumbuh-tumbuhan ini juga digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini. Jadi eloklah masanya sesuai untuk Institut Penyelidikan Perubatan kita IMR untuk membuat penyelidikan dan membantu dan mengesahkan dan mengiakan tuntutan atau kelim yang dibuat oleh pengamal-pengamal perubatan ini. Mereka tidak akan ada kemampuan mereka sebut satu tumbuhan. Semalam pun Yang Berhormat Tangga Batu sebut beberapa jenis tumbuhan. Kalau boleh dibuat kajian kemudian disahkan dan barulah keyakinan masyarakat terhadap pengamal perubatan ini lebih baik.
Begitu juga dalam perubatan Islam dalam Al-Quran dalam hadis ada disebut beberapa bahan seperti habbatus sauda dan madu black grass yang dikatakan boleh merawat sebagai ubat. Ini memang sudah ada kajian banyak kajian telah dibuat di negara- negara Islam. Kalau boleh disahkan, diperakukan ianya akan menjadi lebih meyakinkan kepada masyarakat kita untuk menggunakan rawatan-rawatan ini.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Kuala Krai bagi laluan sedikit, Yang Berhormat Arau.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Ya.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Bila Yang Berhormat Kuala Krai bangkitkan tentang penggunaan herba. Saya difahamkan dalam setengah-setengah penggunaan herba di negara kita telah pun mendapat tempat dan pengiktirafan secara tidak langsung daripada beberapa agensi kerajaan. Jadi walaupun saya tidak tahu sama ada Kementerian Kesihatan menyedari perkara ini seperti di Teknologi Park di Bukit Jalil di Raub dan juga di Perlis. Mereka mengambil penggunaan kaedah-kaedah penggunaan herba ini terutamanya ubat-ubat yang boleh digunakan sebagai supplement kepada mereka lepas bersalin dan sebagainya untuk mendapatkan keadaan-keadaan kecantikan yang lebih baik dan sebagainya. Kita lihat perkembangan herba ini kalau di Indonesia dan di China misalnya telah berjaya mengetengahkan satu kaedah yang sebenarnya menjadi amalan berterusan yang kita tidak tahu dari segi kesan-kesan daripada segi saintifik.
Kemudian kedua saya ingin bertanya Yang Berhormat Kuala Krai berhubung dengan penyakit-penyakit yang memang kita lihat secara langsung tidak dapat disembuhkan menerusi kaedah perubatan moden. Misalnya histeria yang berlaku di kawasan-kawasan persekolahan, kawasan-kawasan yang menyebabkan pelajar-pelajar yang di tempat ramai, di kem khidmat negara dan sebagainya. Jadi boleh diselesaikan menerusi kaedah perubatan tradisional ikut pelbagai agama. Akan tetapi kalau kita lihat dalam konteks ini adakah ini juga memerlukan pengiktirafan melalui akta yang kita bentangkan pada hari ini. Pandangan Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Arau, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai herba ini. Banyak daripada hasil-hasil daripada herba ini telah dijadikan dipilkan atau ditabletkan dan dijual tetapi bukan sebagai ubat. Sebagai bahan-bahan supplement kerana ianya tidak melalui proses untuk diiktiraf ataupun didaftarkan sebagai ubat-ubatan. Saya rasa ini dalam setelah kita meluluskan atau kita bersetuju dengan undang-undang yang baru ini. Kita kena mengambil peluang untuk membantu industri herba ini dengan membuka ruang supaya ekstrak herba ini dibuat kajian klinikal supaya kalau ada kesan-kesannya terhadap rawatan penyakit ianya boleh dipromosikan sebagai ubat.
Sekarang ini tidak ada kajian klinikal hanya dakwaan-dakwaan sahaja. Sebab itu kita tidak boleh kategorikan sebagai ubat. Sedangkan kita tahu kebanyakan daripada ubat- ubat kita dahulu termasuk penisilin semalam bermula daripada bahan-bahan sebegini. Akan tetapi telah dikaji diperhalusi ada pula bahan-bahan lain yang sama kategorinya terhasil daripada kajian tersebut. Jadi saya yakin herba-herba ini harus melalui proses kajian supaya ianya dapat dimajukan. Herba-herba ini mungkin mempunyai active ingredient dia.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau tidak dibuat penelitian extraction yang teliti kita tidak akan dapat manfaat yang sepenuhnya. Jadi saya yakin ianya perlu disegerakan.
Saya ada satu kes lebih kurang dalam dua minggu, tiga minggu lepas. Seorang pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis untuk beberapa tahun. Kata suaminya apabila bertemu, “Dia semakin sihat seminggu dua ini semakin sihat kerana mengambil satu bahan herba, namanya Herbalife.” Itu mungkin kita dengar...
[Disampuk] Jadi saya terkilan kerana tidak memberikan nasihat sedikit untuk beliau kerana beliau seronok sangat isterinya semakin sihat kerana mengambil herba ini sedangkan isterinya mengalami penyakit buah pinggang. Buah pinggang ini kalau ambil sembarangan ubat-ubat dalam konsentrasi yang tinggi yang tidak ada kajian yang menyeluruh akan membebankan lagi kesannya keracunan dalam badan kita dan menimbulkan masalah.
Banyak concentrate kerana ada 19 jenis buah-buahan katanya diconcentratekan dalam satu botol bagus untuk supplement diberikan kepada setengah pesakit. Setengah pesakit ini pesakit buah pinggang yang tidak akan dapat ekstrak atau membuang sebahagian daripada bahan-bahan kumbahan ini. Jadi mungkin membahayakan sure enough Tuan Yang di-Pertua. Dua minggu kemudian dapat telefon kata sudah meninggal.
Bukanlah hendak kata itu puncanya tetapi sekurang-kurangnya bagi setengah pesakit yang mengalami masalah ini ada benda-benda yang kita kena avoid. Saya ada personal experience orang yang paling rapat dengan saya, paling rapat betullah ya dalam wad juga dibawa oleh pelawat-pelawat kita yang menziarahi pesakit dengan bahan ini. Sedangkan orang rapat saya ini ada masalah buah pinggang.
Jadi ambil sedikit sahaja sekali sahaja blood result dia macam-macam naik.
Creatinine itu naik dan sebagainya. Jadi doktor ini agak peka juga apa yang diambil.
Ternampak botol ini, ini botol apa? Buang cepat. Jadi begitu tetapi bagaimana tentang masyarakat lain? Ini kawan rapat saya, kawan sebilik saya. Pun kadang-kadang terpesona juga. Jadi alhamdulillah sedikit, jadi bagaimana tentang orang lain yang ada masalah yang sama. Jadi kalau kita tidak dapat pastikan orang menganggap kalau ianya hanya supplement boleh ambil sedangkan bahayanya ada. Jadi lebih baik kita registerkan sebagai ubat apabila menjalani penyelidikan yang betul-betul teliti dan saintifik ataupun tidak sama sekali dibenarkan. Jadi ini peluang ini.
Kalau rang undang-undang ini diluluskan ini peluang untuk kita menyelaraskan kajian-kajian ini supaya dapat kita perlebarkan jenis-jenis bahan ubat-ubatan ini untuk digunakan oleh masyarakat kita. Ini kerana kita negara yang mengeluarkan banyak hasil ini.
Saya yakin IMR ada keupayaan dan cadangan supaya bekerjasama dengan pihak-pihak Yang Berhormat Silam kata tadi pihak universiti untuk menjalani kajian. Ini adalah masanya yang sesuai untuk kita jalankan. Mengenai penyakit-penyakit yang dibangkitkan Yang Berhormat Arau seperti histeria. Ini penyakit yang lebih common berlaku di kalangan orang Melayu berbanding dengan orang-orang lain.
Jadi ada yang memberikan andaian bahawa ada unsur-unsur psikologi di sini dan juga serangan syaitan yang dikenali atau yang tidak dikenali. Bagi yang dikenali kita boleh rawat yang tidak dikenali ini Tuan Yang di-Pertua payah sedikit kita hendak rawat.
Melainkan oleh pakar-pakar yang kenal kepada mereka.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
Kita memang mendengar ada orang tertentu boleh menyelesaikan masalah histeria ini. Jadi, soalan yang saya hendak kemukakan kepada kementerian dalam bab ini, bab kepakaran. Kita hendak mendaftarkan perubatan alternatif ini, komplementari dan juga tradisional. Adakah ianya didaftarkan secara umum atau kita pergi ke satu level sub bidang ataupun kepakaran-kepakaran tertentu seperti yang kita buat dalam perubatan moden ini sebab kalau kita hendak borongkan semua, mungkin ada yang kata dia lebih pakar daripada yang lain. Akan tetapi saya yakin perkara ini bukanlah suatu yang mendesak tetapi akhirnya apabila kita sudah satukan dua bidang perubatan ini dalam satu kementerian yang sama tentulah akan ada tuntutan-tuntutan supaya bidang ini diperhalusi lagi, dipertingkatkan kepada bidang-bidang kepakaran yang berbeza-beza. Jadi, histeria ini mungkin ada pakar-pakar tertentu yang dalam senarai yang dikeluarkan oleh kementerian boleh dirujuk melalui perhubungan-perhubungan telefon. Saya yakin kalau ini berlaku, makin popularlah setengah daripada pengamal-pengamal perubatan ini.
Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik
Yang Berhormat Kuala Krai, sedikit sahaja.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, sila.
Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Krai supaya dapat penjelasan iaitu bila kita mendaftarkan bomoh-bomoh tradisional ini, adakah ia didaftarkan sebagai satu pusat perubatan atau atas dasar peribadi? Saya bimbang kalau kita tidak halusi benda ini nanti, Yang Berhormat Arau misalnya, dia akan daftar satu pusat perubatan dan dia akan import bomoh-bomoh dari Siam. Begitu juga ada yang akan import pakar-pakar dari Indonesia misalnya, bagi Melayu dan orang-orang India pula akan import bomoh-bomoh dari India atau pakar-pakar tertentu dari India.
Kalau ini berlaku, saya rasa akan timbul masalah lain pula iaitu kemasukan ini hendak terima mereka ini sebagai pakarkah ataupun sebagai pekerja am. Kalau sebagai doktor memang kita mudah bawa masuk tetapi kalau ini pun dianggap sebagai pakar, saya percaya selain daripada apa yang ada hari ini, kedai-kedai makan, ladang-ladang yang telah membawa masuk, akan masuk pula pendatang haram dari segi pusat-pusat perubatan tradisional yang kita daftarkan ini. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sik.
Saya yakin kalau memang dibuka peluang ini, memang Yang Berhormat Arau lah yang akan mendahului dalam hal ini. Saya pun memang ingin membawa persoalan yang sama.
Sama ada suatu ketika nanti kita akan mengiktiraf pakar-pakar tradisional dan komplementari daripada luar. Tadi saya sebut awalnya kita pergi tengok pendidikan mereka, universiti mereka untuk mengiktiraf kelulusan mereka itu, ayurvedic kah, Chinese medicine, homeopati nya tetapi adakah kita bersedia untuk menerima warga asing atau pakar-pakar asing untuk berkhidmat di dalam negara kita. Jadi, soalan ini kita panjangkan kepada Kementerian Kesihatan.
Saya beranggapan Akta TMC ini, kita cuba untuk menyelaraskan, memastikan keselamatan ini dalam dua bentuk sama ada perkhidmatan itu dalam perkhidmatan kerajaan ataupun swasta, secara peribadi. Saya yakin kedua-duanya akan dilaksanakan.
Buat masa ini pun saya dimaklumkan sudah ada perkhidmatan TMC ini di beberapa hospital di Malaysia ini, katanya ada tiga, sepuluh sudah, saya ketinggalan sikit. Termasuk di Putrajaya, di Kepala Batas dan di Hospital Arau, Arau ada hospitalkah? Tidak ada.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya ingin tanya Yang Berhormat Kuala Krai, satu lagi, ini pendek sahaja Yang Berhormat iaitu berhubung dengan apabila kita mengiktiraf ubat-ubatan tradisional ini. Sesetengahnya mungkin kementerian sukar untuk mengawal dari segi content sebab trend rakyat Malaysia ini hendak fast recover. Dia tak nak cure dalam stage by stage, ikut yang perlu kita membuat dalam kaedah perubatan moden. Trend rakyat Malaysia ini dia hendak sembuh cepat, apa pun kena cepat. Jadi, sebab itu mereka melihat perubatan alternatif terutama sekarang ini pengiklanan dibuat secara terbuka di dalam internet yang kita tidak boleh mengawal.
Jadi dalam hal ini, apa-apa pun hendak kuat lelaki, ubat itu, kopi ’kaw’, kopi itu, macam-macam kopi yang keluar. Jadi, benda-benda ini sebenarnya kita harus lihat walaupun senarai telah dikeluarkan oleh MMC, benda-benda yang terlarang, yang ditegah untuk kita mengambil. Akan tetapi trend rakyat yang hendak seperti mana Yang Berhormat Kuala Krai bangkitkan tadi, trend untuk sembuh segera. Kalau demam, hendak cepat baik, kalau flu hendak cepat baik, mana yang terbaik. Contohnya, panadol dengan ‘bufrin’, ubatan Jepun, kita tengok ‘bufrin’ lagi better dari panadol sebab ia fast recover. Jadi, ini yang menjadi amalan rakyat Malaysia yang seperti mana Yang Berhormat Kuala Krai katakan tadi, contoh yang diberi, teman sebilik dan sebagainya itu, itu merupakan kehendak yang semula jadi yang berlaku dalam konteks rakyat Malaysia ini.
Jadi pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, bagaimana kita hendak melihat ini sebagai satu pembedahan yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin bagi kita menyelesaikan masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang kita bincangkan ialah perubatan alternatif, komplementari dan tradisional, bukan rawatan shortcut. Jadi, kita tidak mahu impression usaha ini untuk memintas rawatan-rawatan yang sedia ada. Memang sebahagian daripada orang kita ini tidak sabar, kalau kita kata rawatan ini mengambil masa.
Kencing manis misalnya, kita tidak boleh treat diabetes itu sampai cure tetapi kita ada
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
kaedah untuk menjaga paras gula, paras insulin dan sebagainya. Jadi, tentulah ini akan menimbulkan rasa kurang seronok kerana tidak definitive treatment nya. Jadi, bila kita ada suatu iklan keluar dalam surat khabar dan mana-mana, sekarang ini cukup banyak iklan ada rawatan terus. Jadi, tentulah ia akan menjadi pilihan.
Sedangkan dari segi kajian perubatan, memang tidak ada rawatan itu buat masa ini. Bukan tidak ada itu tidak ada langsung sebab kita dijanjikan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Cuma kalau kita tidak jumpa, itu kelemahan kita dari segi kajian kita yang belum sampai ke tahap menjumpainya, saya yakin ada, somewhere mesti ada. Jadi saya harap dalam bab ini, bab pengiklanan ini juga kena dikawal. Sekarang ini macam-macam ubat diiklankan. Sampaikan dalam radio, saya pernah sebut dalam Dewan ini, apabila ada yang mengatakan dia penyakit buah pinggang kata dia, mungkin penyakit lain tetapi penyakit buah pinggang, dah dengan dialisis tidak boleh kencing tetapi dengan ubat ini dah boleh kencing. Kalau sakit buah pinggang yang dialisis ini bukan masalah tidak boleh kencing, masalah dia tidak boleh membuang bahan-bahan toksik dalam badan dan menyerap balik bahan-bahan yang baik.
Itu masalah kegagalan buah pinggang, bukan tidak boleh kencing. Tidak boleh kencing ini mungkin kerana ada tersumbat di mana-mana saluran kencing itu ada tersumbat tetapi cara iklan itu, makan ubat ini, orang yang sakit buah pinggang yang dialisis pun akan pulih. Rasanya itu satu tuntutan, satu claim yang melampaui tetapi siapa yang hendak mengendalikan tuntutan yang boleh mengelirukan ini. Jadi, yang ini juga saya rasa Kementerian Kesihatan merupakan pihak yang bertanggungjawab supaya memastikan ianya tidak berleluasa. Mungkin dengan rang undang-undang ini kita juga boleh selaraskan, boleh kawal iklan-iklan yang tidak bertanggungjawab ini demi keselamatan pengguna- pengguna.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Kuala Krai, minta sedikit penjelasan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Kuala Krai, kerajaan ada sistem dalam mengiktiraf produk-produk ini, GMP – good manufacturer practice, amalan perkilangan yang baik. Maksudnya, sekiranya produk herba itu mendapat taraf GMP ini, bermakna produk ini telah diiktiraf oleh kerajaan. Itu salah satu saluran sekiranya mekanisme untuk mengiktiraf sesuatu ubat tradisional ini sebagai satu mekanisme. Akan tetapi yang menjadi persoalannya ialah yang mampu buat untuk GMP ini hanyalah syarikat- syarikat yang berkapasiti besar. Maksudnya, yang ada modal besar ataupun memiliki kilang sendiri atau sebagainya. Akan tetapi persoalannya ialah terlalu ramai pengamal-pengamal perubatan kecil-kecilan yang sukar untuk dibendung. Apa cadangan Yang Berhormat Kuala Krai, mekanisme untuk mereka mengeluarkan produk, produk mereka berkualiti tetapi dalam skala yang kecil. Jadi, hendak dapat pengiktirafan, hendak bawa ke makmal untuk diproses, dianalisis itu tidak mampu, mereka tidak cukup modal untuk mengatasi masalah itu. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Krai boleh sekali Yang Berhormat Kuala Krai? Sungai Petani.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, silakan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dalam rang undang-undang juga dalam Bahagian IX, fasal 48 disebut tentang penguatkuasaan. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Krai, apabila diluluskan akta ini maknanya akan adanya seksyen di mana pegawai-pegawai diberikan kuasa untuk penguatkuasaan. Jadi kita lihat kadang-kadang penguatkuasaan ini akan terjadi apabila ada kompelin, ada orang buat aduan.
Apakah Yang Berhormat Kuala Krai merasakan harus kementerian mengambil sikap proaktif? Saya lihat mutakhir ini banyak tabib dan juga pengamal-pengamal perubatan alternatif dari China yang masuk cukup banyak di negara ini. Kalau kita tengok dalam surat khabar, tabib-tabib dari China ini boleh ubat macam-macam sebenarnya.
Jadi, malah masyarakat China pun sudah kompelin sebab di iklan secara terbuka dalam surat khabar. Maknanya kalau sekiranya kita mengambil proactive actions, kalau
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
sekiranya pihak kementerian lihat terwujudnya iklan-iklan yang sedemikian dalam surat khabar, adakah lebih baik kementerian panggil mereka datang untuk bawa bahan dia daripada kita tunggu orang kompelin sampai orang ada masalah baru kita hendak pergi siasat? Adakah lebih baik untuk kementerian mengambil proactive actions begitu? Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya rasa GMP ini hanyalah salah satu keperluan sahaja untuk menghasilkan bahan-bahan termasuk ubat-ubat yang baik prosedurnya, bersihnya. Akan tetapi ia tidak semestinya satu-satunya keperluan untuk menghasilkan satu ubat yang berkesan yang perlu melalui proses-proses penyelidikan klinikal yang teliti.
Saya rasa memang industri ubat ini dikawal oleh kartel-kartel tertentu. Tidak mungkin orang-orang yang baru dalam industri ini dapat menembusi pasaran ubat-ubat yang besar ini. Jadi itu menyebabkan program pengeluaran ubat ini dengan luas, yang munasabah. Tidak mungkin mampu dibuat secara kecil-kecilan. Jadi saya menganggap ruang ini boleh digunakan apabila rang undang-undang diterima untuk mengatur semula, menyusun semula industri pengeluaran ubat-ubat ini supaya lebih kos efektif, lebih selamat dan lebih berkesan melalui penyelidikan yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan.
Mengenai Penguatkuasaan ini saya rasa tujuan rang undang-undang ini pun untuk melaksanakan kawalan terhadap pengamal-pengamal perubatan yang datang dari merata pelosok dunia ini ke negara kita. Itu tujuannya. Jadi ini perlu segera kerana kita tidak tahu langsung tentang kualiti, keberkesanan mereka yang mengamalkan yang datang daripada luar negara ini walaupun iklannya berleluasa.
Cuma saya boleh melihat apabila rang undang-undang ini dilaksanakan nanti, ataupun undang-undang ini dilaksanakan nanti pendaftaran bermula akan berlakulah tikam menikam, kompelin sana, kompelin sini antara pihak-pihak yang mengamal, antara yang dapat pendaftaran dan yang tidak dapat pendaftaran. Tentulah akan berlaku macam- macam kompelin, laporan. Jadi saya ingin juga bertanya kepada Kementerian Kesihatan.
Semalam pun ada juga dibangkitkan whether we can chew more than yang kita mampu, dengan izin kerana keupayaan tenaga manusia di Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan penguatkuasaan ini dan pihak mana yang akan menguatkuasakan? Pihak, kalau selama ini bab-bab ini pihak farmasi. Kali ini adakah kementerian sudah bersedia untuk menangani pelbagai kompelin dan juga laporan-laporan yang akan keluar di dalam, di kalangan ahli masyarakat kita.
Jadi ini merupakan satu perkara yang Kementerian Kesihatan harus bersedia.
Seterusnya, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, mengenai hospital-hospital negara kita yang menyediakan, ada sepuluh dikatakan tadi. Saya dimaklumkan ianya makin popular.
Menteri, makin popular. Di Putrajaya itu saya dengar KSN kita pun menjadi antara - KSN yang dulu pelanggan tetap untuk perkhidmatan dengan keluarganya. Oleh kerana, baguslah agaknya.
Saya pun ingin bertanya bahagian mana yang lebih menarik yang disediakan setakat ini di premis-premis Kementerian Kesihatan. Jangan hanya satu bahagian massage, urut misalnya dan ini memang popular urut ini. Terkenal orang Malaysia ini, bab- bab urut ini. Jadi saya hendak mencadangkan supaya sebelum daripada akta ini dilaksanakan, lebih banyak hospital mesti bersedia dengan premisnya. Ini menuntut kepada satu pembangunan baru, sayap baru, tenaga kerja yang baru, employment yang baru. Saya tidak pasti sama ada kita akan mengambil pengamal ini secara kontrakkah atau berkhidmat teruskah atau mereka hanya menyewa premis kementerian untuk melaksanakan kerja mereka.
Kalau ini tidak dibuat dengan meluas maka tidak dapat masyarakat Malaysia menikmati kesan daripada akta ini. Kalau sekadar untuk mengiakan apa yang berlaku di rumah masing-masing pengamal saya rasa sangat tidak profesional mendedahkan kepada banyak ancaman. Kita baca bagaimana kita datang untuk merawat. Berakhir dengan peristiwa-peristiwa rogol. Ini banyak dilaporkan di dalam akhbar. Jadi kalau kita tidak menetapkan satu standard premis yang munasabah maka kita rasa kesan daripada undang-undang ini tidak sampai ke mana...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi ini sekali lagi memerlukan penguatkuasaan, pemantauan yang rapi daripada Kementerian Kesihatan.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Sikit lagi Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Menteri Kesihatan. Minta maaf, minta maaf, Menteri Kesihatan pakai tie. Yang Berhormat Kuala Krai, persepsi ini, persepsi ini sebab Yang Berhormat Kuala Krai merupakan seorang doktor perubatan. Pada saya apakah langkah-langkah yang boleh dibuat? Cadangan Yang Berhormat Kuala Krai untuk mengatasi masalah persepsi di kalangan pengamal-pengamal perubatan moden yang biasanya sangat negatif dengan pengamal perubatan alternatif tradisional ini.
Kadang-kadang minta maaf para doktor sendiri memperlekehkan di hadapan pesakit sekiranya kita mendapat rawatan alternatif dan sebagainya. Diperlekehkan, diperlecehkan dengan jelas. Loud and clear. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian? Cadangan Yang Berhormat Kuala Krai benda itu mesti terima rawatan ini kita boleh pilih. Ada yang moden, ada yang alternatif dan sebagainya. Hendak sembuh ini Allah Taala. Kita hanya berusaha. Jadi macam mana hendak menghilangkan persepsi negatif ini ataupun langkah-langkah yang perlu dibuat. Pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih. Masalah memperleceh, memperlekeh ini dua-dua pihak. Kalau kita pergi pada bomoh pun kita kata kita kanser, buat apa pergi pada ini. Tidak akan ada. Dia pun mengaku tidak ada ubat dia kata, diperlekeh begitu juga.
Saya rasa ini semua kerana pendidikan asas kita. Saya sebagai doktor perubatan, tentulah dalam lima, enam tahun belajar perubatan itu menumpukan kepada aspek perubatan moden. Tidak sempat kita diperlebarkan dengan maklumat TCM ini. Tidak ada masa pun hendak belajar, yang ada pun tidak cukup masa. Jadi tentulah prejudis dan prasangka ini tetap ada di kalangan-kalangan perubatan moden terutamanya kepada bidang-bidang perubatan yang saya sebutkan tadi tidak ada asas pendidikan yang formalnya.
Kalau kita tanya doktor-doktor moden hari ini ramai di antara mereka juga sudah mengamalkan homeopati pada masa yang sama. Pada masa yang sama juga mereka menggunakan herba-herba. Jadi ini bukan asing dan mungkin dengan gabungan bekerjasama antara dua bidang perubatan itu nanti akan mengurangkan prejudis ini kepada kedua-dua pihak supaya saling menghormati supaya tidak ada sabotaj daripada mana- mana pihak terhadap rawatan yang satu lagi. Jadi ini mungkin satu peluang yang baik untuk kita menyatukan balik suasana ini supaya lebih harmoni. Ini memerlukan doktor-doktor moden juga diexposekan, diperkenalkan kepada sistem ini.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mungkin bukan contentnya sangat tetapi prinsip-prinsipnya supaya doktor-doktor moden ini tidak sangat prejudis. Kalau pesakit saya mohon untuk bertemu dengan perubatan tradisional atau komplementari ini, saya tidak menghalang tetapi saya minta kepada mereka kalau ada nasihat daripada pengamal tersebut supaya diberhentikan rawatan yang saya berikan sementara mereka merawat di sana, saya nasihatkan bahawa ini tidak betul. Ini kerana kalau kita beranggapan cara pendekatan kita berlainan tentulah dia tidak akan berlaga ubat-ubat ini. Masing-masinglah ada kesan terhadap tubuh badan kita.
Jadi, kalau ada nasihat supaya berhenti, itu saya menganggap pengamal perubatan tersebut tidak tepat dan harus dielakkan. Jadi, saya mengajak juga rakan-rakan kita dalam bidang perubatan moden ini untuk mengetahui, bukan untuk mengambil bidang ini secara full time. Kalau nak itu terpulang kepada masing-masing tetapi mengambil tahulah sedikit apa yang berlaku di dalam sistem yang lain.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam bab aesthetic medicine, ini pun satu yang sangat popular. Orang mencari rawatan-rawatan perubatan untuk kecantikan, untuk membuang lemak dan sebagainya. Ya sebahagiannya mengikut perubatan moden, cuma dijalankan mungkin secara tidak sah, tidak berlesen dan akhirnya ada yang
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
mengalami masalah kesihatan dan perubatan hingga ada yang membawa maut. Jadi, dalam bab ini adakah Kementerian Kesihatan juga akan menimbang menyerapkan bidang- bidang ini untuk diiktiraf sebagai sebahagian daripada TCM ini dan akan dilaksanakan dalam negara kita.
Kita harap juga di akhirnya Tuan Yang di-Pertua, supaya hospital-hospital kita mengambil sedikit usaha-usaha bagi menambah ceriakan perkhidmatan rawatan kita kerana di setengah tempat Thailand misalnya, kalau seorang isteri membawa suami ke hospital untuk rawatan, yang isteri ini pun diberikan tawaran daripada hospital swasta atau mungkin hospital kerajaan, ditawarkan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh mereka manfaat semasa mereka berada di hospital seperti rawatan-rawatan kesihatan, rawatan- rawatan kecantikankah. Mungkin ini akan menjadikan hospital kita lebih menarik sebagai pusat health tourism dan juga lebih integrated dalam pelaksanaannya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma – saya ingin mengambil kesempatan secara ringkas untuk bertanya dan juga meminta pendapat daripada Menteri yang menjaga hal ehwal ataupun bidang rang undang- undang yang dibentangkan pada hari ini terutama yang menyentuh tentang skop antara tujuan untuk memelihara dan mengawal industri yang menyentuh tentang aspek memelihara kesejahteraan fizikal dan mental seperti mana yang digariskan dalam takrifan rang undang-undang yang kita ada pada hari ini.
Saya nak bertanya secara spesifik antara bidang yang disebut begitu banyak sekali tetapi ada satu yang berkait rapat dengan trend ataupun kesukaan terkini sama ada rakyat Malaysia ataupun sebahagian besar daripada warga dunia iaitu tentang perhatian yang meningkat begitu significant tentang wellness industry yang diletakkan sebagai industri kesejahteraan fizikal. Saya berpendapat bahawa antara prioriti ataupun tumpuan utama yang nak kita tumpukan di sini ialah untuk tidak ketinggalan dari segi memanfaatkan peningkatan tumpuan kepada wellness industry ini.
Sebagaimana – agak menarik perhatian saya artikel yang ditulis oleh seorang penulis tempatan yang pernah membuat kajian tentang bidang ini disiarkan beberapa hari yang lalu iaitu menyentuh tentang jumlah hasil ataupun transaksi yang dianggarkan dalam bentuk industri wellness ini termasuk dalam negara kita yang dikatakan berjumlah keseluruhan dalam sekitar negara-negara ASEAN sahaja berjumlah RM126 bilion. Dijangka industri ini akan meningkat secara progresifnya dalam masa beberapa tahun dan dianggar pada tahun 2020, industri ini mempunyai nilai bawaannya sekitar RM614 bilion. Ini satu jumlah yang sangat besar.
Saya rasa kalau Kementerian Kesihatan boleh melihat tentang sumber baru kepada negara, saya rasa ini menjadi satu bidang yang sangat lucrative untuk Kementerian Kesihatan membantu industri dalaman ataupun domestic industry dalam mengusahakan supaya manfaat ini dilebarkan kepada keseluruhan masyarakat terutama apabila bidang ini tidak memerlukan satu akreditasi yang sangat rumit sebagaimana bidang perubatan moden yang kita tahu memang mempunyai sekatan, mempunyai kaedah amalan dan juga peraturan yang amat ketat.
Jadi, atas dasar kedudukan ini saya nak bertanya, apakah juga rancangan Kementerian Kesihatan untuk melihat kaedah bagaimana kita menjadikan Kementerian Kesihatan ataupun bidang kesihatan itu menjadi elemen pembawa hasil kepada negara yang kita tahu sekarang ini industri pelancongan kesihatan telah pun dipromosikan begitu luas. Kerajaan sendiri telah memperuntukkan banyak ataupun sebahagian besar juga daripada peruntukan-peruntukan belanjawan berkenaan kesihatan ditumpukan kepada pelancongan kesihatan.
Kementerian Pelancongan juga mempunyai bidang yang agak luas dan peruntukan yang amat tinggi. Kementerian Kesihatan juga terlibat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mempunyai peranan dalam memerhatikan tentang pertumbuhan ataupun tumbuhnya banyak industri-industri seperti ini yang saya maksudkan juga antara artikel yang diberi, yang diletakkan dalam fokus ini ialah industri yang seperti
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
disebut oleh Kuala Krai tadi iaitu industri berkenaan kaedah memulihkan kesejahteraan anggota badan ataupun kesihatan seperti yang disebut sebagai kaedah urutan dan sebagainya. Ini memang mendapat satu tumpuan yang khusus, kalau kita lihat 67% pelancong yang datang dalam negara kita yang terdiri daripada 93% digariskan pelancong yang menumpukan kepada wellness industry ini kebetulannya datang daripada negara- negara Timur Tengah seperti negara-negara yang mengamalkan prinsip mendapatkan rawatan alternatif yang dianggap sebagai bersih ataupun tidak mempunyai kaitan yang begitu keterlaluan.
Dalam erti kata dalam artikel ini disebut sebagai industri yang dikatakan yang berasaskan pada perkhidmatan halal. Saya tidak tahu macam mana klasifikasi yang dikata perkhidmatan urutan ini dikatakan perkhidmatan halal. Dalam artikel ini disebut sebagai industri spa halal yang dikatakan berkait rapat untuk memberi kesejahteraan kepada fizikal seorang pelanggan yang secara langsung Tuan Yang di-Pertua, memang digariskan dalam takrifan bawah perkara 3, ditakrifkan secara jelas bahawa industri yang membawa kepada kesejahteraan fizikal pelanggan. Saya rasa ini berkait rapat di antara pelancongan, hasil, kesihatan, perundangan dan juga kaedah Kementerian Kesihatan mengawal. Sudah tentu implikasinya ada.
Saya yakin sebaik sahaja akta ini diluluskan, sudah tentu pengamal-pengamal, orang yang mempraktikkan perniagaan melibatkan diri dalam perniagaan yang berbentuk wellness ini sudah tentu akan menerima kesan atau akibat yang serta merta. Mereka perlu dilesenkan. Mereka perlu mendaftar memberi database dan sebagainya dan sudah tentu kerajaan berhasrat atau kementerian berhasrat untuk melihat sejauh mana perniagaan mereka ini mendatangkan faedah ataupun mendatangkan keuntungan dari segi mata kewangannya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Di situ juga kita lihat adanya kepentingan untuk melihat aspek hasil kepada kerajaan atau kepada negara sekurang-kurangnya dalam bentuk percukaian. Kalau selama hari ini tidak ada satu garis panduan yang begitu jelas untuk kita menilai sama ada industri yang berkait dengan kecantikan, kejelitaan, wellness industry, pemulihan anggota badan secara tradisional amat sukar untuk kita meneliti dan melihat margin keuntungan mereka.
Jadi, adakah dengan terlulusnya, terhasilnya rang undang-undang ini kerajaan juga akan memasukkan satu garis panduan yang agak jelas terhadap kaedah kita meneliti bidang keberuntungan atau bidang kenaan dari segi hasil yang bakal dikenakan atas masyarakat yang mengamalkan perubatan ini. Tidak adil kepada kita, kepada mereka untuk kita tinggalkan mereka dalam kegelapan. Tidak tahu kesan serta-merta yang bakal dikenakan atau diimpose dengan izin, ke atas mereka. Saya yakin ada beberapa belas ribu syarikat persendirian yang telah pun mempunyai entiti berkaitan dengan perniagaan yang berkait rapat dengan industri wellness atau kesejahteraan fizikal dan mental ini.
Saya berminat untuk mengetahui bahawa kementerian Yang Berhormat telah pun mempunyai satu cadangan untuk membawa satu definisi yang agak lengkap untuk tujuan pengenaan bidang percukaian terhadap mereka yang selama hari ini masih tidak diberikan tumpuan – agak kabur dari segi kriteria bidang pengenaan, dari segi percukaian tadi. Ada di antara mereka yang memohon, meminta saya membawa ke dalam persoalan ini untuk membuat penjelasan gambaran tentang bagaimanakah cadangan kerajaan untuk menilai bidang pengenaan ini terhadap mereka.
Saya pasti sebelum daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sekiranya mereka dianggap satu bidang yang agak lumayan untuk tujuan pengutipan hasil pada pihak kerajaan, saya mohon untuk memanjangkan permintaan mereka bahawa sekiranya industri pelancongan perubatan moden dan alternatif ini juga diambil kira untuk tujuan membawa hasil atau membawa pelaburan ke dalam negara kita, maka mereka memohon supaya disegera, ditimbangkan tentang aspek pengecualian-pengecualian tertentu. Mereka juga perlu untuk melabur dan membeli peralatan-peralatan seperti kemudahan asas untuk memberikan perkhidmatan kesihatan alternatif.
Buat masa ini, tidak ada langsung bidang ini ditumpukan dan saya difahamkan juga semasa penelitian untuk pembentangan belanjawan yang akan datang, aspek untuk melihat pengecualian cukai terhadap peralatan-peralatan untuk perubatan alternatif langsung tidak disentuh dan tidak pernah diambil pertimbangan sebagaimana pengecualian yang diberi terhadap aspek kesihatan ataupun perawatan moden termasuk peralatan yang
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
menggunakan kaedah elektronik dan juga kemudahan komputer dan IT. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, bidang perubatan alternatif terutamanya dalam bidang wellness industry sebenarnya lebih daripada 50% bergantung kepada penggunaan peralatan yang juga mempunyai kaedah yang hampir sama pergantungannya kepada industri perawatan moden dan terkini.
Maka, sekiranya pada pendapat saya, kerajaan ingin melihat kita berjaya untuk meraih keuntungan dari segi hasil kepada kerajaan dan negara, bidang yang disebutkan sebagainya, projeksinya mempunyai RM614 bilion transaksi yang bakal berlaku dalam bidang wellness industry. Sebahagian besarnya juga berlaku dalam negara kita adalah penting kita memikirkan soal memberi galakan kepada industri ini terutama dalam aspek memberi potongan hasil kepada pelaburan peralatan atau peranti-peranti yang berkaitan dengan industri yang disebutkan itu.
Soal terakhir yang saya hendak sebut di sini ialah tentang aspek yang dikatakan negara kita mempunyai satu kelebihan yang amat besar iaitu kita jalinkan perkhidmatan rawatan terutamanya bidang-bidang wellness industry ini dengan perkataan halal. Ini menjadi perhatian yang agak besar terutama sangkaan daripada pelanggan-pelanggan yang datang daripada luar negara yang ingin datang ke negara kita kerana pada pandangan mereka industri wellness di negara kita mempunyai hubungan yang rapat tentang perkhidmatan yang halal. Ini satu persoalan yang agak besar, yang menjadi pertikaian – adakah benar kerajaan kita terutama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, local council meneliti tentang persepsi yang telah lama wujud dan terbina di kalangan pelancong- pelancong kesihatan daripada luar yang menganggap negara kita menawarkan bidang rawatan alternatif dan moden yang ada kaitan rapat dengan aspek halal tadi.
Saya hendak membaca satu petikan sekiranya Tuan Yang di-Pertua izinkan, yang diterjemahkan sebagai satu pertanyaan yang ditanya kepada pelancong-pelancong Muslim atau Islam yang datang daripada Timur Tengah sebahagian besarnya. Apabila diajukan soalan benar kah mereka percaya bahawa industri ini di Malaysia mempunyai kaitan rapat dan memang disahkan sebagai halal untuk tujuan mereka mendapatkan rawatan terutama kepada wanita-wanita Muslim daripada negara-negara berkenaan? Memang mereka percaya di negara kita, industri ini adalah halal.
Akan tetapi, apabila diajukan persoalan ini, ini adalah antara quotation jawapan mereka, Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya seorang pelancong Arab sama ada dia sudah ke Kelantan. Dia jawab, “Ana senang di Kuala Lumpur. Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu. Saya datang ke Malaysia bukan hendak lihat masjid. Kami ada lebih banyak masjid dan lebih cantik. Kami datang untuk melihat dan mengejar sesuatu yang kami tidak ada dan kalau ada amat sukar dinikmati di negara kami”. Maka, pengkaji ini tanya mereka.
“Apakah yang ente kejar di negara Malaysia?” Selain daripada katanya konon Malaysia ini menjamin industri ini yang berkait rapat dengan halal, mereka mengatakan bahawa mereka berharap datang ke Malaysia kerana mereka dengar di Malaysia terlalu banyak pusat-pusat rawatan, urutan, spa yang sebenarnya memanjangkan aktiviti tawaran perkhidmatan sehingga tidak ada batasan sama sekali.
Mereka mendapat persepsi dan mendapat berita ini daripada siaran-siaran akhbar, media elektronik dan juga siaran-siaran yang boleh didapati daripada media antarabangsa yang menggariskan, memberikan maklumat serta statistik bahawa di antara pusat yang sangat baik menawarkan aktiviti ini juga datangnya daripada Malaysia. Sekarang nampak ada percanggahan Tuan Yang di-Pertua. Percanggahan persepsi yang sangat besar tentang industri wellness, tentang kedudukan Malaysia. Satu, yang mengatakan dan berharap kita menawarkan industri ini yang ada kaitan dengan aspek halal. Dalam masa yang sama, mereka datang ke sini kerana mengejar sesuatu yang jauh sekali dengan aspek halal.
Jadi, saya minta tolong dan minta pandangan daripada kementerian, barangkali Kementerian Pelancongan juga, adakah dengan jangkaan hasil yang begitu besar, kita perlu seimbangkan aspek expectancy halal dalam industri ini dan juga aspek kita tidak boleh menolak ataupun membuang, mengetepikan peluang yang begitu besar. Saya yakin bahawa kita juga berdepan dengan masalah untuk mencari hasil baru kepada negara kita yang kita tahu sedang berkurangan. Dalam masa yang sama, kita terpaksa mengalih perhatian kita kepada bidang-bidang baru yang boleh membantu sekurang-kurangnya untuk
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
mempertahankan GNP kita pada satu status yang sama untuk beberapa tahun akan datang.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya sekali lagi tidak segan untuk mengatakan walau apa sahaja kaitan bidang ini atau wellness industry ini sebagaimana kita bincangkan pada hari ini, kita tetap mempunyai peluang untuk berusaha atau mengusahakan supaya bidang ini menjadi bidang yang membawa hasil yang agak besar kepada negara dan terpulang kepada kementerian ataupun kerajaan yang ada pada hari ini dan saya yakin untuk Pakatan Rakyat. Memang kita ada cadangan untuk bagaimana kita nak melihat dan memanfaatkan bidang ini untuk masa akan datang terutama apabila kita tahu jumlah transaksi yang sangat besar yang bakal berlaku dalam beberapa tahun akan datang terutama seperti angka yang diberi menjelang tahun 2020 melebihi daripada RM600 bilion secara keseluruhannya berlaku di sekitar negara-negara ASEAN. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kota Melaka. Selepas Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu tujuan untuk kita bentangkan rang undang-undang ini di Dewan.
Adakah hanya dikatakan untuk mengawal selia perubatan tradisional dan komplementari ini atau selain daripada tujuan ini, saya ingin tanya, adakah kita ingin menggalakkan perkembangan dalam perubatan tradisional ini, is to promote, mempromosikan industri ini seperti yang ada juga disebut oleh Yang Berhormat yang lain iaitu untuk salah satu tarikan pelancong kemungkinan, seperti ada beberapa negara di rantau ASEAN? Atau sebaliknya kita ingin discourage atau restrain kegiatan atau industri ini?
Saya nampak dalam seksyen 25 amat jelas dikatakan seorang yang bukan seorang pengamal berdaftar tidak boleh secara langsung atau tidak langsung mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari. Jika mengikut fahaman saya dalam seksyen ini, iaitu tidak seorang selain yang berdaftar sebagai pengamal berdaftar boleh menjalankan perkhidmatan atau kegiatan atau industri seperti ini.
Adakah ini salah, correct me if I am wrong, jika mengikut seksyen 25. Akan tetapi, seksyen 20 juga saya rasa agak bercanggah sedikit di antara seksyen 25 dan seksyen 20 iaitu tentang amalan. Dikatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Majlis hendaklah dari semasa ke semasa mengenal pasti bidang amalan yang perlu dilaksanakan di Malaysia dan hendaklah membuat syor kepada Menteri supaya bidang amalan itu ditetapkan sebagai bidang amalan diiktiraf”. Adakah hanya amalan yang diiktiraf pengamal perubatan tradisional ini yang tidak berdaftar, mereka akan dianggap sebagai melanggar rang undang-undang ini dan dikuatkuasakan undang-undang ini? Dan kalau amalan yang tidak diiktiraf, mereka masih terus boleh beroperasi? Ini kerana saya merasa sedikit ragu tentang perkara ini kerana kita sedia maklum, Yang Berhormat Menteri pun tahu ada rawatan tradisional ini bukan hanya amalan yang disebut di dalam akta ini, ada pelbagai.
Saya dengan pengalaman saya sendiri, saya dirawat oleh seorang mudim.
Sungguhpun dengan rawatan tradisional Cina tetapi melalui seorang mudim di satu tokong.
Sebab itu jika katakan secara langsung dan tidak langsung yang menjalankan rawatan tradisional ini perlu didaftar, saya anggap ini mungkin amat susah untuk Yang Berhormat Menteri mengenal pasti amalan yang diiktiraf.
Yang saya dapat rawatan ini Yang Berhormat Menteri sedia maklum ialah Pakuan.
Pakuan ini memang tahu bagaimana gunakan bahan-bahan untuk menarik air daripada badan. Saya pada tahun 1987 mengalami kesakitan tulang belakang, spinal cord. Selepas x-ray, selepas saya keluar daripada operation ‘Lalang’, saya ditahan semasa operation ‘Lalang’, daripada x-ray itu dikatakan ada dua seksyen iaitu nombor tiga dan nombor lima ada keluar daripada dia punya alignment dan kerana ini sudah ada nerves involved dan
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
oleh kerana itu saya rasa tidak boleh duduk, tidur, berdiri dengan lama. So, hampir tiga bulan saya menanggung kesakitan dan doktor kata tidak boleh membuat pembedahan kerana nerve itu amat bahaya dan saya hanya boleh gunakan fisio untuk mengurangkan kesakitan.
Saya sudah cuba banyak doktor, specialist, singse-singse Cina pun tidak boleh rawat. Sampai saat akhir, saya cuba melalui satu medium merawat. Sampai sekarang saya sudah okey. Saya sampai hari ini saya masih ada keyakinan kepada perubatan moden, saya masih regular checkup di IJN, di hospital tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa ada kes-kes yang seperti saya yang mana saya pernah alami pada tahun 90-an. Saya hilang suara saya dan specialist spot the scope dan juga buat x-ray katakan saya ada satu growth di vocal cord saya dan sebab itu saya sudah hilang suara dan perlu satu pembedahan yang akan melibatkan sekurang-kurangnya RM5,000 tetapi tidak boleh jamin saya akan dapat suara saya selepas pembedahan. Jika saya tak buat pembedahan ini, kemungkinan dia akan tukar cancerous dan hampir satu bulan saya tidak dapat tidur dengan baik. Selepas itu saya dirawat dengan hanya sebotol propolis oleh seorang pengamal perubatan tradisional Cina.
Sebab itu sungguhpun saya katakan pandangan kemungkinan berlainan di antara doktor-doktor yang katakan mereka tidak boleh terima atau tidak boleh terima bahawa status pengamal perubatan tradisional ini setanding dengan mereka, yang ini saya bersetuju memang agak berlainan di antara mereka. Sebab itu saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, selepas akta ini diluluskan, apakah status pengamal perubatan tradisional ini? Apakah mereka sampai satu status telah direcognize kerana telah didaftar?
What is the status of them in the medical arena, bagaimana statusnya?
Sudah ramai Ahli Yang Berhormat telah bangkit tentang adakah mereka boleh tandatangan cuti sakit? Saya nak tanya, bolehkah mereka ke mahkamah untuk jadi saksi untuk satu insurance claim? Mereka gunakan status apa, bukan doktor, atau pengamal berdaftar?
Saya juga nak tanya, mereka dikatakan boleh rujuk pesakit kepada medical doctors atau perubatan moden dan kita sedia maklum selalu kita diberitahu iaitu perubatan tradisional ini hanya pilihan yang akhir. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, first we go to the doctors, lepas itu sudah cuba dua tiga doktor tidak boleh rawat mereka dengan baik, selepas itu baru mereka pilih kerana mereka diberitahu bahawa pengamal perubatan tradisional Cinakah, Melayukah, atau India boleh merawat mereka dengan baik. That is why the people change. Sekarang dikatakan mereka boleh rujuk kepada – rujuk merujuk ini mungkin akan jadi satu salah faham di antara kedua-dua pihak yang katakan kerana you sudah bagi ubat yang salah, kerana you sudah buat pesakit ini lebih teruk baru you rujuk balik kepada medical doctors. So di antara ini saya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh sambung nanti selepas rehat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, boleh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Terap sedia nanti sebelah petang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka untuk menyambung perbahasan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sambung perbahasan saya atas Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan tujuan rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan ini adalah untuk mengawal selia tentang perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari. Saya ingin juga bertanya Yang Berhormat Menteri tentang kawal selia ini, adakah kawal selia ini hanya atas perkhidmatan dan rawatan mereka?
Bagaimana dengan caj rawatan? Adakah dia juga akan dikawal selia dan juga perubatannya yang diberi oleh pengamal perubatan tradisional ini.
Sering kali kita dapat baca daripada laporan atau dari surat khabar tentang cajnya begitu tinggi dan tidak dapat dikawal kerana memang ini tiada satu standard untuk caj rawatan dalam perubatan tradisional ini. Seperti yang sedia maklum, perubatan terutama saya difahamkan daripada perubatan tradisional cina ini, ubatnya adalah satu campuran yang bukan hanya sejenis kayu, mungkin sebahagian tulang atau tanduk atau rumput atau bunga. Ini satu campuran mengikut senarai yang diprescribe oleh pengamal perubatan tradisional ini.
Bahan-bahan ini pun berlainan daripada tempat asalnya dan bahagiannya, mungkin boleh dikatakan root, urat ini bahagian tengah atau depan, dia punya fungsi atau effect adalah berlainan. Oleh sebab itu kalau kita kawal selia hanya perkhidmatan atau rawatan oleh pengamal perubatan tradisional ini, jika kita tidak kawal selia tentang perubatan yang akan diberi kepada pesakit, atau caj mereka, bagaimana kita dapat menguatkuasakan akta ini? Saya difahamkan ada beberapa kedai yang memberi perkhidmatan tradisional ini, senarai perubatan yang mereka pengamal beli pun tidak diberi kepada pesakit, hanya boleh dapatkan ubat-ubat yang diprescribe ini dari mereka sendiri sahaja. Selepas itu jika berlaku sebarang yang tidak diingini, bagaimana kita hendak rujuk dan ambil tindakan kepada mereka? Di bandar Kuala Lumpur, terdapat berapa kedai yang besar yang memberikan perkhidmatan tradisional ini. Saya ingin pihak kementerian ambil perhatian tentang senarai perubatan yang tidak diberi kepada pesakit.
Berkenaan dengan permohonan untuk daftar pula, saya difahamkan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di Singapura mereka ada satu Traditional Chinese Medicine Practitioners Board yang saya anggap lebih kurang daripada apa yang kita bentangkan di Dewan ini. Amat jelas dengan akademik qualification yang mereka perlu tiap-tiap yang applicant yang perlu dan juga clinical attachment yang amat jelas. Saya masih sukar hendak tahu tentang rang undang-undang ini mengenai actual qualification yang perlu sebelum ia dapat didaftar.
Saya setuju bahawa amalan yang diistilahkan oleh Majlis ini tidak boleh disoal kadang-kadang mereka yang pakar dalam bidang ini. Akan tetapi, bagaimana kita dapat mengharapkan pengamal-pengamal ingin berdaftar jika mereka – sepanjang ini mereka memberikan rawatan tradisional ini dalam berapa amalan? Kemungkinan hanya satu atau dua yang telah diiktiraf oleh kementerian atau oleh Majlis ini tetapi yang lain yang sikit nama ini masih belum diiktiraf oleh Majlis ini, apakah patut mereka buat? Ini akan menjejaskan mereka.
Mereka mungkin rasa lebih baik saya tidak daftar, kalau daftar saya akan terikat dan saya hanya boleh jalankan perubatan tradisional ini mengikut amalan yang telah diiktiraf, yang lain saya tidak boleh buat. Kalau tidak saya akan dienforce jika saya pelbagaikan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun faham apa yang saya ingin bangkitkan, it is a common question, kita hendak galakkan mereka mendaftar, mereka ingin daftar dan katakan ini bukan amalan yang saya buat dan belum diiktiraf kerana mungkin dia hendak pelbagaikan rawatan. Ini satu bidang dalam ini dan saya harap kementerian dapat ambil perhatian.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Berkenaan dengan penguatkuasaan, saya nampak ini satu tindakan yang standard yang diambil oleh pihak penguatkuasaan, hanya kerana ini satu bidang perubatan tradisional. Jika mengikut apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini jika pegawai kerajaan tempatan hendak ambil tindakan terhadap pengamal perubatan tradisional yang dikatakan mungkin cara atau prosedurnya membahayakan pesakit. Siapakah yang layak untuk mengatakan ini bahaya. So who got to said this is risky. Ini antara satu pegawai kerajaan tempatan atau pegawai perubatan sendiri. Pengamal perubatan tradisional diambil
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
tindakan kerana cara dia berbahaya, it is dangerous tetapi siapa yang katakan the enforcement officer. Saya ingat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat di mana isu yang berbangkit adalah siapa yang akan menjadi test standard daripada mana kita dapat mengkaji sama ada ataupun satu praktis yang diamalkan itu boleh dikatakan munasabah ataupun tidak.
Ini cukup penting Tuan Yang di-Pertua juga dari segi perundangan kalau saya boleh bertanya Yang Berhormat. Dari segi perundangan kalau kita ada satu sistem di mana pengiktirafan ada. Sekarang Yang Berhormat di mahkamah apabila kita ke mahkamah kalau ada keterangan pakar melalui pakar perubatan, apa yang berlaku adalah kita akan panggil pakar tersebut ke mahkamah untuk memberi pandangan beliau berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh satu doktor atau pun sebaliknya. Jadi isu berbangkit dalam bill ini, dari segi undang-undang siapakah yang akan menjadi the test a standard sekali lagi untuk mahkamah buat satu keputusan sama ada ya ataupun tidak amalan ataupun rawatan tersebut adalah munasabah adalah boleh diterima dan adalah sesuai dalam satu keadaan.
Ini penting oleh kerana sekarang kita lihat banyak kes yang melibatkan isu-isu perubatan di mana keputusan mahkamah tersebut bergantung ke atas keterangan sebegini.
Jadi dalam keadaan tersebut, saya hendak minta Menteri juga untuk memberi satu fikiran dan pertimbangan berkenaan dengan perkara ini. Saya rasa cukup penting untuk masa hadapan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Memang ini termasuk dengan tadi yang saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri bolehkah pengamal perubatan tradisional ini yang berdaftar, adakah status mereka boleh ke mahkamah untuk buat satu keterangan atau untuk menjadi satu basic for concentration, dengan izin. Itu memang saya harap Yang Berhormat Puchong masuk dalam ucapan saya dan untuk dapatkan jawapan dari Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, tentang pengiklanan. Saya juga nampak, saya rasa bukan senang untuk pihak majlis atau pihak kementerian untuk ambil tindakan terhadap ini. Kita sudah jelas tengok tentang Ah long bagaimana iklannya dipamerkan sesuka hati. Kita nampak pihak kerajaan amat susah ambil tindakan terhadap pengiklanan seperti ini.
Perubatan tradisional, iklan mereka pun seperti ini selain dari secara mulut seperti di surat khabar nampak sungguhpun dalam kolum-kolum tentang bagaimana efisien, bagaimana efektif mereka boleh jalankan treatment atas penyakit yang disebutkan. Oleh sebab itu bukan senang kementerian hendak ambil tindakan terhadap iklan-iklan sebegini.
Tuan Yang di-Pertua, memang kita semua terima bahawa ini sampai satu masa kita perlukan satu akta untuk mengawal selia tentang perubatan tradisional ini. Memang kita tahu dan saya dengan ikhlas, saya pun meneliti rang undang-undang ini dan saya pun sangka bahawa pihak kementerian akan menghadapi banyak cabaran dan bukan senang untuk menjalankan tugas yang terkandung dalam rang undang-undang ini.
Mengenai academic qualification untuk seorang pemohon tentang clinical experience atau attachment di manakah mereka boleh jalankan clinical attachment atau hadkan seperti dalam ini kalau tidak di manakah kita boleh membenarkan mereka menjalankan kuarantin seperti yang disebutkan dalam rang undang-undang ini dan juga dibangkitkan tentang negara lain, pakar-pakar yang dikatakan pakar dalam bidang perubatan tradisional ini baik pun dari negara China, India atau dari Indonesia, Thailand.
Perlukah mereka juga daftar dan jika mereka mahu ikut keperluan atau syarat-syarat untuk mereka daftar di negara ini memang saya ingat mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan mereka. Takkan mereka mahu menjadikan peringkat attachment satu tahun di negara kita.
Oleh sebab itu saya pun difahamkan kita dapat banyak pengamal perubatan tradisional dari negara-negara lain yang sedang berkhidmat di negara kita. Adakah kita akan lebih jelas tentang kedudukan mereka kalau mereka tidak didaftarkan, apa akan terjadi kepada mereka, adakah tindakan akan diambil dengan menghantar mereka balik
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
atau bagaimana. Memang ini satu persoalan yang selalu ditanya oleh traditional medical practitioner ini. Kita selalu ditanya, adakah sebarang rang undang-undang telah dibentangkan di Parlimen untuk membenarkan mereka terus berkhidmat.
Saya hendak akhirkan kupasan saya dengan satu pertanyaan dengan Yang Berhormat Menteri, sebelum rang undang-undang ini dibentangkan, adakah perbincangan dengan MMA atau lain-lain pertubuhan pengamal perubatan tradisional ini dan kita pun tahu hanya perubatan tradisional Cina sudah ada berapa pertubuhan, yang mana yang kita boleh katakan ianya sebagai satu term and reference yang kita boleh ikut untuk menjadi salah satu keperluan untuk seorang pemohon dapat didaftar. So which are the bodies? Saya difahamkan mungkin dua atau tiga pertubuhan, hanya perubatan tradisional Cina sahaja. Saya tidak pasti dengan lain-lain dari perubatan India dan perubatan local atau Melayu.
Oleh sebab itu saya minta kalau dapat beritahu kepada Dewan yang mulia ini bagaimana sampai satu rang undang-undang boleh dibentangkan, berapa pihak yang boleh dirujuk dan dapat bincang tentang ini dan kemungkinan dari perbincangan ini sedikit sebanyak kita dapat mengatasi masalah yang akan kita hadapi. Dengan itu, saya ucap banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Padang Terap, selepas itu, Menteri menjawab.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana beri peluang kepada saya untuk bahas berkaitan dengan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012. Saya mulakan dengan firman Allah...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Kami turunkan dalam al-Quran itu apa yang boleh menyembuhkan dan sebagai rahmat kepada orang-orang yang beriman. Saya menyambut baik rang undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri dalam sesi ini yang kita sudah tunggu lama dah. Kita ucap tahniah juga kerana berjaya untuk meminda sedikit tentang rang undang-undang ini dan memasukkan perubatan- perubatan Islam sebahagian daripada rang undang-undang ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan berkaitan dengan rang undang-undang ini. Saya rasa negara kita sedang bergerak kepada satu era yang lebih baik. Apabila kita cuba mengharmonikan di antara perubatan yang berbentuk alopati dan juga perubatan yang berbentuk komplementari dan juga tradisional ini yang kita sudah dengar ramai rakan-rakan kita bahas berkaitan dengan perubatan Melayu, India, Cina.
Saya juga ucap tahniah kepada pihak kementerian kerana sudah lapan badan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Termasuklah perubatan Islam, homeopati, perubatan tradisional Melayu, kemudian akupunktur dan sebagainya. Ada lapan saya tengok dan perubatan India. Saya rasa dalam rang undang-undang ini kita hendak luaskan lagi yang berkaitan dengan penyertaan sistem perubatan dalam negara kita. Jadi, saya percaya Islam melihat perubatan ini adalah fardu kifayah.
Imam Al-Ghazali menyebut perubatan ini adalah merupakan satu ilmu fardu kifayah. Kita wajib ada berkaitan dengan perubatan dan ada perubatan yang sudah berkembang begitu lama, berkurun-kurun dan perubatan Islam ini sejak pada zaman Nabi Muhammad yang mana kita lihat asas kepada rawatan Islam ini doa, air, kemudian termasuklah madu. Tiga perkara ini sahaja sejak pada zaman nabi dahulu. Kalau kita lihat masalah penyakit yang berlaku dalam negara kita ini ia terbahagi kepada dua atau pun tiga.
Pertama ialah berkaitan dengan penyakit fizikal yang memang dikendalikan oleh hospital dan sebagainya. Ada juga berkaitan dengan penyakit rohani, penyakit yang berkaitan dengan akhlak buruk dan sebagainya. Yang ini merupakan satu isu yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Lipis Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ya, sahabat saya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jadi, ada antara perubatan Islam yang diuar-uarkan atau kalau kita tengok dalam hadis pun ada disebut bahawa antara sebaik-baik perbuatan bagi kamu ialah berbekam. Ini hadis riwayat Ahmad. Jadi, minta pandangan daripada Yang Berhormat maksudnya dan apakah R&D yang kita boleh buat dari segi berbekam.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya memang mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat dari Lipis. Bekam pun salah satu kaedah perubatan komplementari dan sudah ada gabungan-gabungan bekam ini pun.
Sudah ada Persatuan Bekam Islam, perbuatan dipanggil hijamah kalau tidak silap saya.
Persatuan al-Hijamah Malaysia dan sebagainya. Jadi, mungkin lepas ini bila dengar perbahasan kita pada hari ini mungkin persatuan pun boleh minta kepada kementerian untuk didaftarkan dan juga diiktiraf oleh pihak kementerian sendiri.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.
Saya mencelah sebab saya tidak ada peluang untuk mengambil bahagian untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat, kalau bolehlah mengenai dengan pengertian perubatan tradisional, maksud dia.
Sebab waktu saya mendengar perbahasan semalam, hari ini, macam-macam timbul tetapi pokok pangkalnya yang pentingnya ialah penyalahgunaan kerana komersial.
Ini isu yang ada di hadapan kita sekarang ini yang harus ditangani oleh pihak kementerian.
Sebab contohnya, macam perubatan Islam Yang Berhormat. Memang kita tahu ada kaedah dan kebaikannya tetapi masalahnya ianya dikomersialkan sehingga disalahgunakan.
Banyak orang percaya.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak beritahu. Pembedahan secara ghaib, pembedahan yang kononnya tanpa apa-apa perubatan, dengan cara ghaib boleh dibedah dan kononnya boleh bawa keluar perut. Macam-macam dekat belakang ini. Selepas itu dijahit, pulih dalam masa dua, tiga minit. Saya fikir seorang tidak masuk akal. Whatever reason you give me, tidak masuk akal. Mereka mengaut keuntungan yang begitu banyak.
Begitu juga perubatan tradisional ini, yang disebut tradisional ini. Saya cukup bimbang kebanjiran ubat-ubat daripada Thailand, daripada India, daripada negeri China. Apatah lagi ubat yang ada kena mengena menambah kekuatan, Yang Berhormat Menteri. Yang label- label di bawah jejambat-jejambat yang saya tahu kebanyakan semua ini mengandungi steroid yang boleh mengancam keselamatan rakyat.
Ia juga seperti dadah, bahaya ini. Yang lain-lain itu tidak usah ceritalah. Jadi Yang Berhormat, saya suka menjurus, kalau bolehlah Yang Berhormat Menteri jawab nanti, how to face and to tackle all these problems. Sebab itu pada awal tadi minta maaf, sedikit lagi. Saya cadangkan supaya kementerian, saya tanya Yang Berhormat setuju atau tidak, menubuhkan satu jawatan berasingan iaitu Jabatan Penguatkuasaan Perubatan ini, yang di bawah Ketua Pengarah Kesihatan ini hal-hal biasa, pentadbiran harian, pengurusan. Akan tetapi dari segi hendak menghadapi mereka yang tidak bertanggungjawab ini, you really need, the ministry need a real strong task force dengan peruntukan yang lebih daripada mencukupi. Dengan Ketua Pengarahnya, dengan pakar-pakarnya dan kemudahan- kemudahannya supaya benda ini dapat ditangani. Kalau tidak Yang Berhormat, atas kaki lima kita tengok...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey, okey.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Poster, poster, risalah melalui SMS. Selepas itu melalui direct selling. Macam-macam lagi.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey, okey.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat boleh? Tidak apa, Yang Berhormat ada masa panjang. Boleh ini. Jadi saya mencelah.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sat lagi Yang Berhormat Pasir Mas pula. Hari itu saya minta tidak bagi pun.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi, saya minta apa yang saya bangkitkan tadi boleh dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya sangat setuju. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Pihak kementerian tolong tengoklah. Saya pun hendak ke arah itu supaya ada satu badan untuk memantau sebab ada perubatan Cina, perubatan India ada yang menyeleweng. Ada perubatan Islam ada yang menyeleweng. Adakah benar seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas katakan tadi perubatan yang menggunakan jin.
Itu saya merujuk kepada menggunakan jin itu sebab ya lah jin ini ia boleh berpindah. Orang buat piramid batu besar-besar kita dok hairan. Macam mana boleh buat piramid besar-besar itu. Bila tanya ulama’-ulama’ Islam, dia kata dia gunakan jin. Jin angkat batu itu buat piramid mudah sahaja. Sama juga dengan perubatan-perubatan ghaib yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas supaya pihak kementerian ada satu garis panduan.
Malah peruntukan yang besar diperlukan. Perlu kepada Ketua Pengarah, perlu kepada satu badan yang boleh mengendalikan dana yang besar untuk melihat kepada semua jenis perubatan tadi.
Tadi Yang Berhormat Pasir Mas sebut tentang tradisional tadi. Ia melibatkan penggunaan haiwan, tumbuhan. Itulah ubat-ubat yang ambil bahan-bahan ini kalau saya tengok pada takrif yang saya bacalah. Dia ambil daripada haiwan, tumbuhan dan perkara- perkara lain yang luar daripada perubatan moden yang ada pada hari ini. Yang ini tradisional. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak lanjutkan sedikit. Kalau kita tengoklah asas perubatan Islam ini ada kita ambil ayat-ayat daripada al-Quran, daripada as-Sunnah, hadis dan doa-doa dan juga benda-benda yang tidak tergolong dalam syirik. Ini yang saya belajar di Darussyifa’ dahulu lah.
Darussyifa’ pun diiktiraf oleh kementerian. Saya sempat belajar setahun dengan Datuk Haron Din. Saya pun dapat ijazah dan saya tengok sistem yang dibuat oleh Darussyifa’ ini cukup baik. Dia mula dengan kita mengenal tentang ilmu perubatan Islam, kemudian cara-cara atau pun etika-etika pengamal perawat Islam. Bagaimana hubungan etika di antara doktor dengan perawat dengan pesakit. Dia tidak sebut doktor. Dia sebut perawat dengan pesakit. Pesakit dengan perawat. Kemudian, kita mengenal pula tumbuh- tumbuhan yang boleh digunakan atau pun yang diambil daripada tradisi perubatan Melayu yang boleh digunakan sebab memang dalam al-Quran pun disebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Kami jadikan kepada kamu dan dijadikan kepada kamu semua atas muka bumi itu untuk kamu semua”.
Diambil daripada ayat yang umum ini memang ada yang dibuat dalam bentuk makanan, haiwan, untuk perubatan dan sebagainya. Jadi, memang boleh digunakan. Ada khasiat-khasiat yang tertentu yang kita boleh ambil daripada pokok-pokok, herba yang digunakan oleh singse kita, oleh perubatan India dan sebagainya. Jadi, yang ini perlu, saya rasa perlu. Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi perlu kepada satu badan untuk memantau, benarkah digunakan ayat Quran sungguh atau pun ada benda-benda lain diambil kesempatan, dikenakan caj yang tinggi dan sebagainya. Jadi, saya rasa perlu kepada pihak kementerian untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam. Memang ada ayat al-Quran.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya pun sebelum ini bila saya belajar, memang ada yang patah tidak perlu pergi ke hospital. Yang kena balut semua simen dan sebagainya kalau patah. Hanya dengan ayat Al-Quran. Keyakinan si perawat memegang tangan yang patah tadi... [Membaca beberapa potong ayat Al-Quran] Ini ayat dalam Al-Quran. Dalam Surah Yasin. Kata siapa yang boleh menghidupkan tulang-tulang yang sudah pun hancur lebur ini. Maka katakanlah wahai Muhammad, Allah kata. Yang menghidupkan tulang-tulang ini ialah orang yang menghidupkan kali yang pertama dahulu. Jadi ayat ini digunakan oleh perawat-perawat Islam dan Alhamdulillah tanpa memerlukan pergi ke doktor. Dalam seminggu, dua minggu dia boleh selesai. Memang guna ayat Al-Quran betul tanpa menggunakan minyak daripada tulang-tulang dan sebagainya. Dengan menggunakan ayat Al-Quran dan juga air. Asas rawatan Islam yang saya sebutkan tadi ialah air, doa dan ayat Al-Quran. Itu sahaja.
Air pula sudah dikategorikan. Apabila saya belajar di Darussyifa’, air dikategorikan.
Air yang terbaik ialah air zamzam. Air yang kedua terbaik ialah air yang berada di kolah- kolah masjid yang digunakan yang mungkin terdedah kepada azan, iqamat, ayat-ayat Al- Quran dan sebagainya. Jadi kita perlukan kepada satu badan...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Mungkin mufti-mufti boleh dibawa masuk sekali dalam badan ini untuk melihat supaya tidak menyeleweng daripada sistem perubatan Islam yang disebutkan tadi.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh sikit lagi? Sikit lagi hendak tanya. Penting ini.
Memang saya bersetuju dalam Al-Quran macam-macam ayat. Memang ia boleh membantu dari segi yang disebut tadi. Saya cukup bersetuju. Akan tetapi pada masa yang sama, itu kita menyerah kepada Allah SWT meminta dan memohon tentang keberkatan Allah. Akan tetapi dia ada kaedah juga. Kita kena berusaha. Kena berusaha sebab saya tengok ada yang kalau setakat cabut gigi itu okeylah. Ada ubat kebas, letak dan boleh cabut sendiri. Tidak payah hospital. Akan tetapi kalau dalam hal-hal lain macam sakit jantung. Saya sudah jumpa, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu ini serius ini. Saya jumpa ramai kawan-kawan. Dia kata, saya sakit jantung. Saya kata sudah berubat sudah.
Sudah pergi jumpa doktor sudah? Sudah buat bypass sudah? Dia kata tidak. Saya ada jumpa bomoh. Dua bulan, Yang Berhormat Sri Gading, mati.
Kembung telat. Ramai macam ini. Oleh sebab itu ada perubatan ini. Sekarang ini dunia saintifik ini. Ini pun pemberian Allah SWT juga. Allah SWT suruh kita berusaha. Sama juga macam – Saya bersetuju dengan air jampi, kita baca ayat-ayat Al-Quran. Air zamzam, makan buah kurma, habatus saudah. Betul, saya setuju. Akan tetapi pada masa yang sama ada juga di kalangan yang menyeleweng waktu peperiksaan UPSR. Anak hendak periksa.
Pergi jumpa dan ambil air jampi. Kebetulan yang dapat 5A itu kawan dia ini hebohlah.
Tengok, sebab minum air jampi aku. Yang pergi dengan dia juga tidak dapat 2A pun dia tidak cerita. Dia cerita yang dapat 5A sahaja.
Ini yang saya hendak maksudkan penyelewengan ini. Cukup tidak baik kepada apatah lagi kepada agama. Macam mana, Yang Berhormat ini?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bersetuju itu. Oleh sebab itu bila kita belajar di Darussyifa’ diterangkan secara jelas. Setiap orang yang kena sakit ini dia ikhtiar. Dia ikhtiar. Dia mungkin berjumpa dengan seratus orang doktor atau berjumpa dengan seratus orang perawat Islam. Dia jumpa yang pertama, sudah habis sikit. Kurang sikit sakit itu. Kurang sikit. Yang ke-99 orang sudah kurang tinggal sikit lagi. Dia jumpa yang terakhir, hilang semua. Maksudnya sembuh sakit itu, yang nombor seratus yang dapat. Maksudnya. hospital juga. Contohnyalah, bukan, yang keseratus.
Jadi bila orang sakit, dia akan ikhtiar. Kalau dia pergi ke perubatan moden pun, kamu letaklah berapa banyak pun harga terhadap ubat yang diletakkan oleh klinik, dia akan beli sebab dia percaya ini boleh sembuh. Kalau dia pergi kepada bomoh, samalah. Bila kita ini sakit, jiwa kita lemah. Bila jiwa kita lemah, maka kita akan buat apa sahaja walaupun perkara itu boleh terkeluar daripada syariat Islam. Samalah juga dalam kes air tadi. Minta air daripada mungkin kadang-kadang tok guru. Kadang-kadang daripada orang-orang alim.
Memang ada dari segi perubatan Islam. Cuma bukanlah kita kata sebab air tadi. Ini kita kena faham supaya mungkin keluar selepas ini badan, yang ini sebahagian daripada ikhtiar.
Oleh sebab itu kita tidak kata perawat-perawat ini sebagai kita panggil orang yang boleh menyembuhkan dan dalam akidah Islam sendiri, kalau dia boleh merawat, kita tidak bergantung kepada rawatan itu sahaja. Dia boleh menyembuhkan kita. Tidak boleh, yang menyembuhkan ialah Allah, yang menyembuhkan kita Tuhan. Kita hanya ikhtiar. Oleh sebab itu dalam Islam, tradisi kita, kita sebut sebagai perawat. Sebagai tabib. Kita sebut tabib. Tabib itu nama Arab. Tabib itu maksudnya perawat. Ini kadang-kadang orang berbeza. Bila pergi dekat doktor, mesti sembuh. Bila pergi dekat perawat Islam, mesti sembuh. Ia sebahagian daripada ikhtiar. Kadang-kadang cepat kesembuhannya.
Akan tetapi kalau kita tidak usaha, sampai 99 orang sahaja kita pergi, yang keseratus kita tidak pergi, mati macam yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi.
Jadi kita kena ada satu definisi yang jelas. Perlu ada badan yang melihatkan mufti dan sebagainya kalau melibatkan perubatan Islam. Kalau melibatkan perubatan India, perubatan Cina, biar ada satu badan yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing supaya tidak terkeluar daripada menggunakan benda-benda yang dilarang, yang haram dan sebagainya. Ini kerana dalam Islam ini, orang Islam dilarang untuk
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
berubat, kita terpaksa guna arak. Untuk berubat kita terpaksa guna daging khinzir. Tidak boleh...
[Disampuk] Babi, gelatin, khinzirlah. Orang Kelantan dia panggil babi. Orang Kedah dia panggil khinzir pun panggil juga. Jadi yang ini tidak boleh. Pihak kementerian kena tengok. Jadi saya rasa ini satu undang-undang yang akan mengharmonikan, kita panggil pengamalan perubatan dalam negara kita. Saya ambil kesempatan untuk sebut di sini, ada perubatan moden yang boleh sembuhkan penyakit-penyakit fizikal berkaitan dengan patah, mungkin jantung dan sebagainya. Malah Dr. Haron Din sendiri menyebut dan dia sendiri pergi.
Bukan sekadar menggunakan doa ataupun kita panggil selawat Syifa’ itu...
[Berselawat] Itu adalah kita panggil selawat Syifa’. Selawat untuk, doa untuk rawatan kita. Fizikal baik, melibatkan rohani baik, melibatkan hati baik.
Akan tetapi pada masa yang sama dia sendiri pergi keluar negara. Pergi sendiri ke Institut Jantung Negara. Jadi ini satu contoh yang boleh dilihat. Guru saya sebutlah. Kredit kepada guru saya kerana mengaji di situ. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jadi saya ingat Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut tentang perubatan moden ini, ada benda seperti santau, sihir. Betul simptom-simptom yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, pergi kepada doktor, pergi ke hospital, hospital sebut macam lain. Ini ada tanda-tanda yang dia ini kencing manis dan sebagainya. Akan tetapi ada penyakit-penyakit yang tidak boleh diubat. Gila misalnya tidak boleh diubat dengan perubatan moden. Ada kata HIV dan penyalahgunaan dadah. Ada perubatan-perubatan tradisional yang memang berjaya untuk mengurangkan ketagihan dan sebagainya.
Hilang akal, histeria dan kerasukan. Ini tidak boleh diselesaikan. Oleh sebab itu bagi kita dalam Islam ini, penyakit ini ada dua. Ada kadang-kadang dia berbentuk fizikal, ada kadang-kadang yang berbentuk rohani. Kadang-kadang yang melibatkan makhluk lain.
Makhluk halus yang kita tidak nampak. Jadi perlu dilihat. Cuma bagi orang yang kena sakit, memanglah. Dia yang sakit ini dia akan jumpa siapa sahaja. Orang kata tok bomoh sana bagus, orang kata doktor sini bagus, klinik sini bagus, dia akan pergi dan dia tidak kira.
Berapa banyak duit dia akan habiskan.
Tadi disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota berkaitan dengan – Mungkin di sana kita boleh dapatkan cukai sebagai satu sumber baru pendapatan bagi negara kita. Ini satu benda yang menarik bagi saya. Cumanya bagi pengamal perubatan Islam ataupun perawat Islam, kita tidak perlukan doa yang panjang ataupun perlukan kelengkapan, perlukan klinik, perlukan rumah besar ataupun tempat besar untuk mengubat. Kadang- kadang mereka datang berjumpa dengan kita minta supaya kita baca sesuatu sahaja.
Dalam Al-Quran ada enam tempat ataupun enam ayat yang berkaitan dengan ayat-ayat penyembuhan ini kalau saya boleh bacakan sebagai rekod dalam Parlimen pada hari ini iaitu ayat kalau kita lihat dalam Surah Yunus ayat 57, Surah An-Nahl ayat 69, Surah Al-Isra’ ayat 82, Surah As-Syuara’ ayat 80, Surah Fussilat ayat 44, Surah At-Taubah ayat 14.
Ini ayat-ayat yang berkaitan dengan ayat-ayat penyembuhan yang ada dalam Al- Quran selain daripada, “wanunazzilul minal quran, maa huwa syifa’ uwarahmatulilmukminin” yang saya bacakan tadi. Jadi maksudnya ini satu perkara yang perlu dilihat ataupun dikaji oleh pihak kementerian supaya kita boleh mengharmonikan. Pada masa yang sama bagi saya rang undang-undang ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pengamal- pengamal perubatan tradisional dan juga komplementari ini untuk belajar ilmu perubatan moden. Biarlah pihak Kementerian Kesihatan panggil mereka ini, mungkin bagi sijilkah dan sebagainya, pernah mengikuti kursus lanjutan ataupun diploma ataupun apa-apalah ijazahkah dan sebagainya. Bagi peluang kepada mereka ini yang berkebolehan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pengamal perubatan moden juga diberi peluang untuk melihat perubatan ini dengan lebih mendalam. Sebagai misalnya perubatan Islam yang saya sebutkan tadi. Doktor-doktor Islam ini supaya boleh belajar mungkin ayat-ayat yang tertentu dan sebagainya daripada pengamal-pengamal perubatan Islam.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jadi saya rasa ini cukup penting bagi pihak kementerian untuk melihat dengan lebih terperinci lagi. Macam saya sebut tadi pengamal perubatan Islam kadang-kadang memang datang jumpa dengan kita dia suruh baca Al-Fatihah sahaja. Kita ada air sedikit, baca Al-Fatihah, kadang-kadang sembuh kita suruh pergi. Suruh pergi ke klinik, pergi juga
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
klinik. Sembuh sebab klinik ataupun ubat klinik ataupun sebab kita baca doa kita tidak tahu.
Kita tidak pasti apa yang saya sebut tadi ialah ikhtiar.
Jadi macam mana yang ini pun perlu daftar jugakah? Yang ini pun perlu tengok juga kan adakah orang macam ini kadang-kadang - kita ustaz, “Ustaz tolong baca doa sedikit untuk anak saya, malas sangat.” Kita pun baca doa. Tiba-tiba rajin sungguh itu macam mana itu kena daftarkah? Duit caj memang boleh dalam Islam caj boleh. Ada orang yang sakit pada zaman Nabi dahulu memang bila dia sakit dan pergi kepada certain kaum yang boleh mengubat dan dia minta kena upah dan upah boleh. Cuma bagaimana pihak kerajaan boleh memantau macam tadi mungkin ada yang ambil kesempatan menggunakan ruang ini, caj yang dahsyat tetapi menggunakan bahan-bahan yang terlarang dan sebagainya yang itu saya rasa di bawah bidang kuasa kementerian selepas daripada ini.
Begitu juga saya sebut tadi tentang perubatan Islam yang syirik. Disebut tadi oleh Yang Berhormat Pasir Mas, bagaimana kadang-kadang guna jin, guna syaitan dan sebagainya yang ini perlu dipantau dan juga berubat dengan perkara-perkara yang haram dan juga etika-etika yang tidak dipatuhi.
Jadi yang terakhirnya saya hendak sebut ialah tentang seksyen 21, ada kawan- kawan kita sebut seksyen 21 tadi. Kesalahan kali pertama RM30,000, kesalahan kali kedua RM50,000, jadi macam mana kita hendak implement benda ini. Selepas ini kemungkinan bila kita sudah luluskan undang-undang ini perawat-perawat daripada luar negara, daripada Thailand, daripada Korea dan sebagainya dia orang akan datang ke sini, akan berlaku lambakan. Jadi bagaimana kita berdepan dengan kebanjiran selepas daripada ini dan itu perlu juga dilihat.
Jadi saya anggap rang undang-undang ini satu langkah proaktif oleh pihak kementerian untuk menjadikan negara kita satu negara yang liberal dalam urusan pengamalan perubatan ini baik moden, baik yang tradisional dan sebagainya. Semuanya bagi saya lengkap-melengkapi. Tidak perlulah tadi disebut oleh pengamal-pengamal perubatan tadi Yang Berhormat Kuala Krai tadi menyebut bahawa ada juga yang mengutuk kawan itu, kutuk kawan ini saya rasa tidak perlu dan pihak kementerianlah, kerajaanlah bertanggungjawab untuk mengharmonikan apa yang berlaku dalam negara kita. Jangan mana-mana pihak ambil kesempatan. Perubatan moden pun ambil kesempatan caj gila- gila, mengapa perubatan tradisional yang komplementari pun caj gila-gila juga. Akhirnya yang kena jadi mangsa ialah rakyat itu sendiri. Jadi saya rasa yang ini perlu dilihatlah.
Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri untuk hendak mempercepatkan kalau ada soalan bertindih itu sebut nama sahajalah selepas itu jawab satu isu, itu contohnyalah. Mungkin kita boleh cepat.
Terima kasih.
Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan dan juga mencelah untuk mendapatkan penerangan dan juga memberi cadangan-cadangan yang bernas. Secara kesimpulannya saya hendak memberi satu pandangan yang lebih lengkap berhubung dengan pembangunan tradisional dan komplementari dalam negara kita.
Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berbincang, sebenarnya akta ini, rang undang-undang ini adalah untuk tujuannya mendaftar dan juga mengawal selia pengamal-pengamal perubatan tradisional. Tujuannya adalah untuk pengamal- pengamal perubatan tradisional dan komplementari. Selain daripada mengawal selia kita juga hendak membantu pembangunan perubatan tradisional dan komplementari. Dari segi ubat, herbakah ataupun ubat tradisional semuanya masih lagi di bawah farmasi, itu akta lain, Akta Farmasi. Dari segi peralatan, peranti perubatan ia di bawah Medical Devices Act. Akta ini, rang undang-undang ini hanya pada pengamal perubatan tradisional komplementari. Ini secara satu orang kata dasarnya.
Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Kementerian dari segi ada Ahli Yang Berhormat Batu menyatakan kita over- regulated, kita over-promised, kita under execution, ini tidak betul. Kita faham dari segi tradisional ubat ini meluas. Sebahagian daripada kebudayaan kita, sebahagiannya amalan hidup kita. Kita tidak akan dapat mengawal ataupun regulate semua. Oleh itu kita hanya membuat beberapa perkara yang ada evidence-based, yang ada yang boleh kita mempunyai garis panduan. Saya hendak jelaskan kementerian sudah banyak garis panduan kita keluarkan untuk semua perubatan tradisional komplementari yang sudah ada.
Saya hendak ringkaskan di sini bahawa perubatan tradisional komplementari yang kita hendak kawal selia, hendak membangunkan di sini ada enam sektor yang penting.
Yang ada tambahan kita boleh tambah dari semasa ke semasa. Pertama, dari segi urut Melayu. Kedua dari segi perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India termasuk ayurveda. Keempat dari segi homeopati, yang kelima komplementari. Perubatan komplementari banyaklah termasuk chiropractor dan sebagainya dan keenam perubatan Islam.
Saya juga terima ada juga daripada Sabah, Sarawak, Kadazan, Dusun, Murut hendak tambah, boleh. Kita akan tambah dari masa ke semasa, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak ada masalah, kita rasa tetapi kita tidak mahu over-regulate. Kalau kita sekarang tidak ada garis panduan kita hendak kaut semua masukkan dalam akta ini tidak boleh jalan.
Memang akta ini, rang undang-undang ini bertujuan untuk memastikan apa yang kita buat sekarang untuk memastikan mereka dapat kita bangunkan dan juga menjaga keselamatan pengguna-pengguna, keselamatan pesakit kita dan juga memastikan ada standard dan juga kualiti yang baik untuk mengawal selia pengamal perubatan tradisional ini.
Tuan M. Monagaran - Telok Intan
[Bangun]
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Baru mula hendak tanya sudah. Saya baru-baru hendak memberi satu gambaran. Tidak apa boleh, silakan.
Tuan M. Monagaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru Yang Berhormat Menteri sentuh tidak mahu over- regulate atau control. Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri jika kita baca seksyen 25 ia mengatakan sesiapa yang secara terus ataupun tidak terus atau langsung mengamalkan praktis tradisional dan komplementari akan terikat di bawah seksyen ini, tetapi tadi Yang Berhormat Menteri kata, you don’t want to over-regulate? Jadi apa maksud Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri saya tengok di seksyen 3 jika saya boleh baca, ia merangkumi dengan izin, preserve the mental and physical well-being. Jadi saya hendak tahulah seperti rakan saya Yang Berhormat Kota Melaka katakan tadi macam medium-medium yang rakan saya pun telah terima rawatan dan berkesan, jadi adakah mereka juga terikat dalam akta ini. Ataupun pengamal yoga is also mental well-being, physical well-being? Jadi semua pengamal yoga pun harus berdaftarkah, minta penjelasan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Saya hendak jelaskan tafsiran di sini jelas telah menyatakan bahawa termasuk perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati dan therapy complementary dan termasuk juga amendment yang kita hendak bawa ini termasuk perubatan Islam, ini bidang-bidang utamanya. Kita tidak dapat kawal semua, hendak kawal selia semua tetapi yang ada ini kita ada badan-badan pengamal dia.
Tadi Yang Berhormat Kota Melaka ada tanya berapa badan pengamal yang telah diiktiraf oleh kerajaan bagi kementerian kita. Sekarang hanya lapan badan pengamal yang telah diiktiraf dan badan-badan pengamal ini akan dilantik menduduki, memasuki ke dalam majlis yang akan ditubuhkan bawah akta ini dan melalui majlis ini kita akan mengawal selia semua pengamal-pengamal perubatan tradisional itu sekarang. It is just seperti MMC lah Malaysian Medical Council yang dia jaga semua doktor. Ada masalah doktor, disiplin doktor, negligence apa-apa masalah, standard, majlis ini kena pergi memantau dan memastikan kerana mereka merupakan pakar dalam bidang ini dan boleh memastikan bahawa standard seperti Yang Berhormat Puchong katakan yang menentukan kepakaran masing-masing.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya rasa pertubuhan pengamal, kita ada pertubuhan pengamal sekarang ada lapan pertubuhan pengamal. Mereka adalah merupakan pioneer in this traditional medicine dalam bidang-bidang yang mereka fasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Hanya berkenaan dengan isu seksyen 3. Hanya ringkas.
Saya rasa masalah yang ditimbulkan oleh rakan Ahli Yang Berhormat daripada Telok Intan bernas. Kalau kita lihat pada definition di dalam seksyen 3 ianya, it is very wide, Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana ianya menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “practice of traditional and complimentary medicine means a form of health related practice”, very luas. “Design to prevent, treat or manage ailment or illness or preserve the mental and physical well-being of individual”. That is the main part of it and includes. Jadi, maknanya apa yang disebut ini this other areas when you talked about homeopati and things like that, ianya sebahagian but the first part of it is broader. It may even include as Yang Berhormat Telok Intan has said even yoga. So the question is adakah ini matlamat yang ingin dicapai oleh kementerian oleh kerana Yang Berhormat Menteri saya minta maaf, oleh kerana ianya kelihatan seolah-olah ia contradictory with what you are saying. Pada satu masa kita kata kita tidak hendak over-regulate and make it too broad but on the other hand kalau kita lihat definition dia it is very broad and all in come… Minta penjelasan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Memang dari segi pelaksanaan perubatan tradisional ini pada akhirnya kepada kesejahteraan fizikal, kesejahteraan hidup kita. That is the purpose tetapi yang kita hendak kawal selia hanya dalam beberapa bidang yang telah kita sebutkan tadi kerana Majlis yang diwujudkan ini hanya Majlis yang mempunyai pakar-pakar dalam bidang ini, yang lain kita tidak ada dan kita akan tambah dari semasa ke semasa sekiranya perlu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri sorry. Kalau begitu maknanya definition di sini salah. Saya minta maaf, I understand that you are not from legal background but if we go by law kalau definisi ini menyatakan it includes, kalau kita lihat seksyen 3. “In this act unless the contact otherwise require practice of traditional – it means...” So maknanya ada and later on it say also includes. It is the other way round di mana ianya kelihatan the first part is much broader and second part is just example. Saya minta Yang Berhormat Menteri sekira dapat mungkin pandangan daripada Jabatan Peguam Negara mungkin untuk kita tidak hendak isu ini jadi satu perkara yang akan menjadi perkara yang berbangkit pada masa hadapan. Terima kasih.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih pandangan Yang Berhormat Puchong.
Kita akan melihat kembali tetapi secara keseluruhannya semangatnya yang saya hendak sebutkan tadi kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dalam negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat saya juga hendak...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat sedikit sahaja. Saya hendak sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat sebut majlis ini untuk mengawal selia pendaftaran tetapi hal-hal ubat-ubatan itu diserah di bawah Akta Farmasi ini yang saya bimbang ini.
Oleh kerana masalah ini disebut, saya minta perkara ini mendapat perhatian Yang Berhormat maknanya walaupun tidak tertakluk di bawah peruntukan ini tetapi mesti dilihat masalah-masalah yang dibangkit tadi.
Kedua, Yang Berhormat sebut tadi mereka-mereka yang berpengalaman, daripada badan-badan pengamal perubatan tradisional ini akan dilantik, mereka yang akan menentukan. Saya ingin mendapat jaminan Yang Berhormat, bahawa mereka ini mesti telus, very important sebab dunia sekarang ini pilih kasih lah, ada kabel ataslah, ada wayar ikut tepilah, hendak didaftarkan. Bila mereka didaftarkan nanti mereka dapat cap, saya didaftar di bawah majlis ini tetapi after that they go out to make money and commercialize.
Macam mana dari segi penguatkuasaan untuk menentukan? Oleh sebab itu saya hendak cadangkan juga daripada ahli-ahlinya pengamal tradisional, tidak ada salah melantik pakar- pakar perubatan moden duduk sekali di jawatankuasa ini untuk dijadikan third opinion supaya ada perubatan-perubatan yang mereka lakukan mungkin dapat diberi pandangan daripada sudut saintifik benda itu betul ataupun tidak. Terima kasih.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Mas memang benar kita kena pastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa ataupun apabila
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
telah dimasukkan ke dalam majlis ini tidak ada pilih kasih berlaku. Oleh itu majlis jawatankuasa ini adalah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan.
Memang ada pakar-pakar dari segi perubatan moden juga kita akan masukkan untuk pastikan bahawa majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan menjaga kepentingan semua.
Dari pandangan Yang Berhormat tadi berhubung dengan iklan ubat tadi ataupun ubat-ubat di bawah farmasi, saya hendak jelaskan di sini bahawa Kementerian Kesihatan dari segi penguatkuasaan kita memang mempunyai penguatkuasaan yang cukup dari segi mengawal pendaftaran ubat. Pengiklanan ubat dan termasuk juga dari segi penguatkuasaan di pasaran, di klinik ataupun tempat-tempat perubatan tradisional dilakukan.
Pada tahun 2011 sebanyak 22,970 ubat telah dirampas bernilai lebih kurang RM27 juta iaitu ubat-ubat yang tidak berdaftar kita dapat rampas dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua supaya menggunakan ubat-ubat yang berdaftar sahaja. Kalau orang ramai kita kena nasihatkan ubat yang tidak berdaftar, jangan gunakan ubat-ubat yang tidak berdaftar.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin sentuh sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading iaitu dari segi kawalan ubat tradisional. Saya tekankan di sini setiap bidang amalan yang diiktiraf yang mempunyai prosedur amalan yang ditetapkan bagi bidang amalan berkenaan termasuk dos preskripsi ubat tradisional. Ianya ditetapkan oleh pengamal bidang amalan yang berpengalaman yang telah dikenal pasti secara kolektif dalam bidang tersebut. Ini telah diterangkan dalam rang undang-undang fasal 61(a) menetapkan bentuk penelitian dan pengawasan yang hendak dijalankan berkenaan dengan pengamalan bidan amalan yang diiktiraf.
Berhubung dengan ubat-ubatan tradisional kawalan dari segi pembungkusan cara pemakanan dan sebagainya, ingin saya tegaskan di sini di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Kementerian Kesihatan mengawal ubat-ubatan tradisional di mana ubat-ubat ini perlu didaftar sebelum ubat-ubat ini diimport, di kilang dan dipasarkan di negara kita. Sebelum ubat-ubat ini didaftarkan produk ini di analisa terlebih dahulu supaya mengandungi bahan berbahaya, racun dan kandungan logam berat dan juga bakteria tidak melebihi had yang tidak dibenarkan. Pihak berkuasa kawalan dadah juga...
Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit, mencelah sedikit sahaja.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat
Hulu Langat.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli Che mat - Hulu Langat
Maksud daftar tadi adakah yang didaftar dengan Kementerian Kesihatan? Saya melihat setiap botol ubat yang dikeluarkan sama ada tradisional ataupun moden dia ada KKM sekian, sekian nombor. Adakah itu yang dimaksudkan? Terima kasih.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya. Itulah yang dimaksudkan. Semua kena daftar, dia ada KKM. Dia ada sticker dan juga ada hologram dia. Pastikan ia adalah ubat yang didaftar dengan Kementerian Kesihatan. Sehingga Disember 2011 terdapat 21,242 produk tradisional dan herba yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Banyak itu 21,000 lebih dan pada 2011 sahaja sebanyak 218 permohonan pendaftaran produk tradisional telah ditolak kerana gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menjelaskan di sini bahawa berhubung dengan pengubatan Islam yang banyak di bincang dalam Dewan ini. Saya hendak jelaskan di sini bahawa memang kita sudah ada badan pengamalnya. Kita juga akan pastikan bahawa garis panduan perubatan Islam yang telah pun digariskan dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan dapat kita memantau dari segi pelaksanaannya. Memang tadi dua hari ini saya sudah dengar banyak bagaimana ada penyelewengan, bagaimana kita hendak mengelak dari segi salah gunanya dan kita harap melalui pemantauan ini kita dapat memastikan kesejahteraan dan keselamatan pesakit-pesakit dijaga dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan apa yang disentuh oleh Yang Berhormat dari kepong juga menyatakan ada ramai farmasi sekarang menjalankan kerja-kerja doktor,
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
membuat pemeriksaan dan juga memberi preskripsi dan dispense sekali ubat-ubat itu. Itu adalah salah dari segi undang-undang dan sekiranya ada mana-mana farmasi yang membuat diagnosis dan juga memberi preskripsi ubat, kita akan mengambil tindakan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya harap kerjasama daripada doktor kepada kita dan juga saya sentiasa mengingatkan kepada semua farmasi dalam negara ini, kerja mereka yang paling penting adalah memberi dispense iaitu ubat dan mendapatkan preskripsi daripada doktor dan melaksanakan kerja dengan profesional. Ini telah pun saya tegaskan di sini.
Berhubung dengan Yang Berhormat Lipis yang telah menekankan ingin mengetahui sejauh manakah kawalan kesan sampingan produk tradisional dan sekiranya ada kawalan ke atas ubat homeopati. Saya sudah tekankan tadi, memang ada kita punya kawalan. Menurut kajian KKM, kesan adverse adalah kerana ubat tradisional dicampurkan dengan racun. Pada tahun 2011, sebanyak lapan produk telah dibatalkan pendaftaran kerana dicampurkan, diadulterated dan telah dikesan. KKM akan secara berterusan mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengamal perubatan komplementari supaya melaporkan kesan sampingan dengan penggunaan ubat tradisional atau herba dan pendaftaran ubat tradisional juga adalah meliputi kawalan ke atas produk homeopati yang mana produk ini juga perlu berdaftar dengan pihak-pihak berkuasa kawalan dadah.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pentauliahan dan piawaian pengubatan Islam yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Raja, syarat pendaftaran bergantung kepada jenis amalan yang dijalankan dan pentauliahan daripada guru yang diiktiraf. Amalan pengubatan Islam telah dibukukan melalui garis panduan yang telah disebutkan tadi dan kita adakan kerjasama yang rapat dengan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di peringkat negeri dan pengamal pengubatan Islam. Garis panduan ini merangkumi amalan yang boleh dijalankan oleh pengamal perubatan Islam di mana apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi ada yang bedah batin itu, ia bukan di bawah amalan pengubatan Islam. I think itu adalah tidak boleh dilaksanakan.
Tapisan unsur-unsur syirik dalam pengubatan Melayu dan Islam, Kementerian kesihatan maklum akan perkara ini dan Kementerian Kesihatan akan merujukkan perkara ini kepada pihak JAKIM dan badan pengamal Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Berhubung dengan ada juga pandangan-pandangan bahawa penerimaan doktor- doktor kita terhadap perubatan Islam ataupun perubatan tradisional dan komplementari, saya hendak tegaskan di sini, dalam negara kita, kita ada buat kajian di mana kita dapati bahawa penerimaan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari oleh pegawai perubatan kita adalah baik di mana lebih kurang 77.9% daripada pegawai perubatan dengan sukarela merujuk pesakit-pesakit kepada Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari. Pegawai perubatan menjurus untuk merujuk kepada amalan urutan dan akupunktur sejajar dengan perkhidmatan yang telah dirujukkan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari.
Yang Berhormat Segambut ada menyatakan tentang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya menyambut baik apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan pengiktirafan doktor kita terhadap pengamalan tradisional ini. Akan tetapi saya sebenarnya telah meminta pandangan pengamal tradisional dan mereka menyatakan bahawa biasanya pihak hospital hanya merujuk kes pesakit yang sudah tidak boleh diubat lagi, baru membenarkan mereka untuk memasuki hospital untuk memberi rawatan tradisional. Jadi mereka kata itu tidak wajar. Itu tidak memandang berat atau mementingkan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka. Kalau pesakit tidak boleh diubat lagi baru rujuk, itu kurang bermakna bagi mereka. Itu spesifik apabila saya bangkitkan berkenaan rang undang-undang ini akan dibangkitkan. Dia kata perkara ini patut dibangkitkan dan saya juga hendak tahu, apakah taraf pengiktirafan yang akan diberi?
Saya rasa banyak yang telah diberi. Apakah ia akan, di mana apabila seorang pesakit berada di hospital kerajaan contohnya, apakah mereka akan dimaklumkan mereka
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
mempunyai alternatif untuk tradisional, dan kalau mereka mahu, pengamal tradisional ini boleh dibawa masuk? Apakah pengiktirafan sedemikian akan diberi juga kepada pengamal tradisional selepas penguatkuasaan rang undang-undang ini?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Soalan yang sama. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan soalan ini, saya rasa kementerian seharusnya ada satu dasar yang jelas berkenaan dengan peranan perubatan tradisional dan komplementari ini di mana di hospital-hospital kementerian yang adakan perkhidmatan tersebut sama ada PTK ini selari atau menjadi alternatif kepada perubatan moden atau pun PTK ini merupakan satu adjunctive treatment kepada perubatan moden? Sebab saya rasa ini agak penting sebab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah ini memang menunjukkan bahawa tidak jelas apakah peranan PTK ini. Sekian.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya bersetuju bahawa rujukan yang dibuat itu dibuat pada akhir- akhir, yang tidak boleh diubat baru hendak dirujuk kepada PTK, perkhidmatan tradisional dan komplementari.
Sebenarnya perubatan tradisional dan komplementari lebih menjurus kepada pencegahan. Kalau kita menggunakan tradisional dengan baik, ia lebih menekankan dari segi kesihatan, kesejahteraan dan pencegahan. Kalau sudah teruk sangat itu, kita kena pergi kepada modern medicine, western medicine. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, kita memang ada dasar kita bahawa sekarang dari segi perubatan tradisional dan komplementari, ia bukan alternative medicine. Kita hendak tegaskan it is not alternative. Kalau alternative, they can choose whether western medicine or this traditional medicine. It is a complementary medicine. Oleh itu kita selalunya menyarankan rakyat menggunakan perubatan sekarang, kesihatan perubatan medical yang ada sekarang dan itu tradisional dan komplementari sebagai satu komplementari untuk menjaga kesihatan rakyat kita dengan lebih baik lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Segambut berhubung dengan fasal 53 dan 54, ada perbezaannya Yang Berhormat Segambut. Fasal 53 memperuntukkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksa sesuatu premis dan merampas bahan bukti setelah memohon waran daripada majistret sebagai hasil daripada siasatan yang telah dijalankan. Fasal ini memperuntukkan kuasa yang akan digunakan dalam aktiviti serbuan susulan daripada siasatan yang menyeluruh ke atas sesuatu kes iaitu siasatan telah dibuat dan kita perlu adakan serbuan, kita perlukan magistrate court dengan order. Akan tetapi bagi fasal 54, ia bukan serbuan. Ia adalah merupakan memberikan kuasa secara umum kepada pegawai diberi kuasa untuk memasuki premis perkhidmatan tradisional dan komplementari untuk tujuan pemeriksaan secara rutin. Sekiranya terdapat kesalahan ditemui, bahan-bahan yang berkaitan boleh diambil untuk tujuan kajian. They only can take sample. They cannot, they tak boleh rampas. Dia hanya boleh mengambil sampel dan juga membuat siasatan dan kemudiannya sekiranya hendak membuat serbuan dan juga merampas bahan-bahan dalam syarikat itu, perlu mendapatkan dari *court order.
So* ada perbezaannya fasal 53 dan 54.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Penjelasan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan clause 54, apakah langkah-langkah kementerian untuk mencegah pegawai yang berkuasa menyalahgunakan kuasa yang diberi di bawah clause 54? Juga, fasal 54 ini dia kata, pegawai berkuasa berhak mengambil sampel. Di sini dia tidak kata sampel – hak saiznya sampel berapa. Adakah satu tong atau satu lori sampel? Itu saya minta penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih. Saya rasa kita semua fahamlah. Kalau pegawai itu dia salah guna kuasa, pegawai kena ambil tindakan. Kalau sampel itu, is samplelah. Dia tidak boleh ambil satu syarikat punya barang semua naik keluar, itu tidak bolehlah. Itu kena gunakan court order, kita kena jelaskan itu. Berhubung dengan fasal...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf ya, terima kasih. Saya ingin balik kepada soalan tadi yang saya bangkitkan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan sebab perkara ini sangat penting.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sebagai contoh seorang pesakit di hospital kerajaan sekarang yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan. Kalau dia mahu agar pengamal tradisional dibawa masuk memberi rawatan di dalam hospital, apakah ini akan dibenarkan oleh hospital kerajaan selepas penguatkuasaan rang undang-undang ini. Sebelum ini hospital hanya boleh rujuk pesakit kepada pengamal tradisional. Akan tetapi dengan penguatkuasaan adakah boleh pesakit boleh menerima rawatan serentak jika pesakit memohon agar pengamal tradisional dibawa masuk ke hospital kerajaan?
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, prihatin tentang pesakit.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Dan sama ada pesakit akan dimaklumkan haknya untuk mengambil...
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Membawa masuk...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, dua perkara terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
...Pengamal tradisional.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yes, yes.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Saya rasa kalau dahulu kita tidak tahu kualiti dari segi pengamal tradisional. Dengan adanya rang undang-undang ini kita dapat pastikan kualiti dan perkhidmatan yang teratur. Kita harap dengan penerimaan yang lebih baik daripada pengamal-pengamal Western medicine yang ada sekarang memang kita akan kaji balik prosedur, standard operating procedures yang sedia ada. SOP yang ada sekarang memang tidak membenarkan kerana tidak tahu kualiti dari segi tradisional medicine. Namun saya yakin dengan adanya rang undang-undang ini kita akan kaji balik kita punya SOP agar kita membolehkan bahawa perkhidmatan tradisional boleh diselaraskan dengan perubatan yang sedia ada.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya rasa isu yang dibangkitkan di sini ialah kalau kita bersedia untuk mendaftarkan mereka ini sebagai orang yang diiktiraf sebagai orang yang boleh mengamalkan perubatan.
If the government has prepared to a set and register them, bukankah kita juga sedia menerima bahawa mereka itu cukup wajar untuk merawat pesakit di hospital. Itu menjadi isunya. Kita tidak mahu satu keadaan di mana Parlimen menggubal satu undang-undang di mana kita mengiktiraf orang-orang ini sebagai pengamal perubatan yang berkebolehan tetapi sebaliknya kata kita confident untuk menghantar mereka ke hospital dan sebagainya.
I think we have to make up our mind. We are going to pass a bill where we are going to say to the people that we believe that they are to be registered and I think it should be people who are safe enough at the hospital as well, dengan izin. Terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Saya setuju dengan pandangan kedua-dua Yang Berhormat. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi sekarang kita memang benarkan perubatan tradisional di hospital. Akan tetapi yang dikatakan oleh Yang Berhormat towards end selepas diubat dengan Western medicine kemudian baru refer. So apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat sekali, together. Itu memang saya setujulah, kita boleh kaji balik dari segi membolehkan perubatan tradisional bersama dengan perubatan yang sedia ada dapat berjalan dengan selari.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan ahli Yang Berhormat menyatakan dari segi fasal 32, adakah pusat-pusat yang menjual peralatan perubatan sebagai rawatan complementary contohnya energy water magnetic bracelets dan sebagainya dikawal.
Bawah fasal 32 mengadakan peruntukan bagi penggunaan peranti perubatan oleh pengamal perubatan tradisional dan complementary dalam amalan mereka membolehkan mereka menggunakan alat-alat ini. Akan tetapi penggunaan peranti perubatan dibenarkan di dalam perubatan tradisional adalah peralatan yang tidak ‘inversif’ dan tidak meliputi ‘chelation’ therapy, electromagnetic therapy dan ozone therapy. Ini harap dapat diperjelaskan. Senarai peranti perubatan dalam Akta Perubatan 1971 tertakluk kepada
Dato' Seri Liow Tiong Lai
kelulusan Ketua Pengarah dan Akta Peranti Perubatan 2012 yang diluluskan dalam Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua,saya hendak cepatkan kerana banyak lagi yang saya hendak jelaskan di sin. Berhubung dengan Yang Berhormat Tawau ada menyatakan sama ada rang undang-undang ini merangkumi pengamal perubatan pergigian tradisional. Saya hendak jelaskan bahawa pergigian di bawah Akta Pergigian. We have a Dental Act, tidak diliputi di dalam akta ini, Akta Pergigian 1971.
Yang keduanya Yang Berhormat Tawau juga menyatakan tentang apa kemajuan dari segi 10 hospital yang mengamalkan TCM sekarang. Sukacita saya menyatakan bahawa amalan TCM yang ada sekarang telah diterima baik oleh pesakit kita dan dibuktikan selamat dan berkesan dan telah memberikan kepuasan yang baik kepada pesakit-pesakit ini. Dengan adanya rang undang-undang pengawalan akan menjadi lebih berkesan di mana dalam negara kita sekarang 10 hospital kerajaan ada TCM. Akan tetapi kita ada juga hospital swasta iaitu di Tung Shin. Tung Shin juga mempunyai perubatan tradisional. Berhubung dengan siapa yang dilantik...
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya, sila-sila.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Saya tertarik dengan 10 buah hospital.
Boleh Yang Berhormat Menteri senaraikan 10 hospital tersebut untuk makluman kita semua, terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Sebenarnya saya sudah senaraikan semasa saya bentang rang undang-undang pada hari pertama lagi. Ada 10 buah hospital yang telah pun memberi perkhidmatan perubatan tradisional Hospital Kepala Batas Pulau Pinang, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Umum Sarawak, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Kesemuanya 10 dan kita akan tambah setiap tahun untuk meningkatkan bilangan ini.
Yang Berhormat Tawau juga bertanya berhubung dengan siapa pengiktirafan dari segi perubatan tradisional dan komplementari MSCM ataupun federation yang dilantik di bawah badan pengamal. Sukacita saya maklumkan di sini bawah MSCM, Malaysian Society for Complementary Medicine dahulunya dikenali sebagai MSCT Malaysian Society for Complementary Therapy telah membatalkan pendaftarannya oleh pendaftarannya oleh Pendaftar Persatuan Malaysia (ROS) yang daftarkan. Mereka ada masalah dari segi - persatuan ini telah pun dibatalkan pendaftarannya. Oleh itu MSCM tidak dilantik sebagai badan pengamal kerana keanggotaan Majlis Tertinggi tidak memenuhi kriteria badan pengamal yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh itu badan pengamal yang lain telah dilantik untuk menggantikannya dan Federation of Complementary Natural Medicine Association yang mempunyai perwakilan bagi setiap modality dan complementary medicine telah dilantik sebagai badan pengamal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia termasuk perubatan manipulatif, perubatan tenaga energy medicine, rawatan minda, rawatan berasaskan biology. Berhubung dengan sama ada Professional Indemnity Insurance akan dikenakan terhadap pengamal perubatan tradisional, dengan kelulusan akta ini insurance company akan memberi sokongan untuk memberikan insurance kepada pengamal-pengamal ini. Namun dari segi cuti sakit, sijil medicine, sijil cuti sakit ia adalah di bawah Medical Act 1971 dan bukan di bawah akta ini.
Berhubung dengan perhubungan dan pertanyaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, saya ingat ada Yang Berhormat yang menyoal semalam berhubung dengan cuti sakit ini. Maknanya kalau orang sakit berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional dan dia hendak minta cuti, tetapi dia perlu pergi jumpa doktor dua kalilah kos dia.
Sepatutnya Yang Berhormat undang-undang masuk bersama supaya jangan apa yang berlaku kepada Mahkamah Syariah yang tidak boleh buka kaveat kalau kaveat dibuat oleh non-civil Yang Berhormat.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya, semalam memang ada Yang Berhormat tanya sama ada macam Yang Berhormat Gopeng kalau dia hendak practice tradisional medicine, boleh tidak? Dia boleh sebagai seorang doktor kalau dia sudah mahir akupunktur
Dato' Seri Liow Tiong Lai
contohnya sekarang di Hospital Ipoh yang ada, dia sebagai doktor pakar Anastasia, dia belajar akupunktur dan tidak payah didaftar di bawah majlis. Dia didaftar di bawah Malaysia Medical Council, MMC kerana that is the practice sekarang dan di bawah MMC doktor sekarang boleh memberi medical certificate bukan di bawah akta ini. Sekiranya kita hendak masukkan ke dalam akta ini kena buat amendment in the future. Kita kena timbang balik.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Banyak lagi persoalannya Tuan Yang di-Pertua kerana memberi medical chit ini satu isu yang besar memerlukan perbincangan yang cukup mendalam. Bukan sekadar untuk membolehkan kalau macam itu bomoh pun boleh bagi medical certification ataupun chiropractor bagi medical certification bagi cuti sakit. Then kawalannya sekarang kita kena menaikkan yang penting kualiti perkhidmatan kita ditingkatkan. Apabila kita tingkatkan kualiti, kita akan lihat mana-mana tindakan timbang balik. Dia sekarang complementary medicine, traditional medicine sekarang ada yang juga mempelajari medical. Pelajarannya ada degree dia sampai ke master dan PhD. Kita kena lihat kalau dia ada taraf yang tinggi boleh kita timbang kemudianlah bukan sekarang kerana kita kena tingkatkan tahap yang kita ada sekarang.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Mohon penjelasan Yang Berhormat. Saya rasa dengan kelulusan rang undang-undang ini sebenarnya masih tidak boleh memberi satu pengiktirafan kepada pengamal tradisional. Mereka diwajibkan untuk daftar dan juga menjalani kursus kecuali diberi pengecualian tetapi pada masa yang sama cuti sakit tidak boleh dikeluarkan mereka. Mereka masih belum pasti boleh masuk ke hospital untuk merawat pesakit di hospital sebab Yang Berhormat tadi kata perlu mengkaji semula. Saya hendak tanya bagaimana dengan laporan perubatan yang dikemukakan oleh mereka?
Apakah ia akan diterima oleh mahkamah? Jadi nampaknya masih terapung-apung.
Kalau Yang Berhormat kata dengan kelulusan ini rang undang-undang ini ia akan memberi satu pengamalan tradisional ini satu pengiktirafan yang standard, berkualiti, yang selamat. Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat nampaknya masih was-was, masih kurang masih tidak meyakini kemampuan pengamal tradisional ini sebab masih banyak yang belum diputuskan lagi. Cuti sakit tidak boleh dikeluarkan masuk hospital belum tentu boleh kena kaji semula. Bagaimana pula dengan laporan perubatan apakah diterima di mahkamah?
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Yang Berhormat ...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi saya rasa, okey Yang Berhormat boleh jelaskan perkara ini.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Yang Berhormat Batu Gajah,ya tidak boleh simpulkan kenyataan saya tadi tidak benar. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tidak benar. Perubatan tradisional tidak boleh masuk hospital tidak betullah. Memang boleh, sekarang pun sudah ada di hospital, 10 hospital kita ada perubatan tradisional. Saya yang katakan tadi Yang Berhormat tanya kenapa must be refer from doctor to TCM so yang serentak itu you kata itu boleh bukan saya kata tidak boleh. Kita memang oleh itu saya rasa jangan don’t twist my wordlah. Memang boleh masuk hospital kalau kata tidak masuk hospital I tidak bolehlah rasa itu tidak betul cakap itu.
Akan tetapi dari segi medical chit is definitely under Medical Act 1971. Ini saya rasa kalau kita memang kita kaji semula dari masa ke semasa itu jelas. Saya hendak beri kepastian saya tidak mahu nanti lepas rang undang-undang ini diluluskan then semua kata, “Oh bomoh boleh bagi medical certification, chiropractor bagi medical certification semua boleh bagi medical certification.” Kita nanti...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh saya hendak tanya satu soalan Yang Berhormat Menteri. Saya dengar Yang Berhormat Menteri cakap berkenaan bomoh dua atau tiga kali.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita simplelah Yang Berhormat Menteri.
Kalau bomoh itu telah pun didaftarkan dan diiktirafkan bolehkah beliau mengeluarkan medical certification, untuk cuti?
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Sekarang tidak boleh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak, kalau sudah diiktirafkan dan didaftarkan bolehkah beliau keluarkan seperti yang dikemukakan oleh Tuan Yang di-Pertua juga.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Selepas didaftarkan tidak boleh lagi kerana akta kita ini tidak boleh lagi, kecuali kita hendak pinda akta kita baliklah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Masalah dia berkenaan dengan akta yang perlu dipindalah tetapi bukan dengan pengiktirafan dia.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Pengiktirafan tidak ada masalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Government confident?
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Confident. Kita confident dengan apa yang kita daftarkan ini, ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Okey.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Tidak ada masalah kita yakin pada kita punya ubat tradisional kita.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri laporan perubatan.
Apakah laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pengamal tradisional ini boleh diterima oleh mahkamah juga?
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Oh, itu yang saya katakan. Insurans.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Mahkamah juga akan menerimanya.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Mahkamah, insurans kita yakin.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
But medical signification tidak boleh.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
[Ketawa] ... Okey.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri PERKESO, EPF, kalau laporan perubatan dari pengamal tradisional bolehkah atau mereka kena pindakan akta-akta lagi untuk menerima.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Itu kena lihat akta yang lain tetapi yang kita recognize, kita harap agensi-agensi yang berkaitan dapat mengiktirafkan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Kita haraplah tetapi insurans kita belum pasti mereka akan terima formal insurance tentang laporan perubatan.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Dari perbincangan awal kita dengan syarikat insurans mereka boleh terima daripada perbincangan bersama Kementerian Kesihatan dengan mereka.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Saya rasa soalan-soalan dibangkitkan setakat ini menunjukkan satu major floor dalam pembentangan akta ini. Sebab apabila kita rujuk kepada akta yang sama di Singapura misalannya mereka cuma hadkan kepada perubatan tradisional, Chinese Traditional Medicine di negara-negara lain pun sama. Akan tetapi di sini hendak mendaftarkan semua TCM, tidak kira sama ada bidang yang berkenaan adalah penting ataupun tidak penting. Saya rasa seharusnya apabila kita perkenalkan TCM Bill ini Rang Undang-undang TCM ini sepatutnya kita tumpu kepada bidang-bidang di mana sekiranya disalah guna akan membawa kesan yang buruk atau kesa negatif kepada pesakit. Bukan tanggungjawab untuk kementerian untuk menjamin keberkesanan effectiveness of the TCM. Akan tetapi lebih kepada bidang-bidang di mana kalau salah guna akan ataupun diguna dengan tidak tepat boleh membawa kesan yang buruk.
Misalannya saya hendak beri sebagai contoh. Kita tahu aroma terapi kalau guna tidak guna tidak ada kesan negatif terhadap kesihatan. Refleksologi, cikong misalannya ini tidak ada kesan buruk terhadap badan. Ini tidak sepatutnya dikawal di bawah TCM tidak perlu. Akan tetapi kalau kita hendak senaraikan bidang-bidang tersebut di bawah TCM Bill
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
ini bagaimana dengan benda-benda yang lain seperti diamond water, oxygen water, massage chair dan sebagainya ini tidak habis-habis ini. Jadi kalau boleh kita masih ada peluang bila ada majlis PTK ini supaya mereka tumpu kepada bidang-bidang di mana ada kesan kemungkinan salah guna dan kesan yang buruk terhadap kesihatan. Saya mohon majlis akan tumpukan.
Kedua juga fate healing sepatutnya tidak termasuk dalam bidang TCM sebab faith healing ini lebih kepada kepercayaan seseorang. Sama ada cara Orang Asli atau cara agama atau cara Hindu atau cara Siam atau Kristian, ada faith healing tidak sepatutnya dibawa masuk dalam TCM ini. Sekian.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Okey, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Memang saya setujulah bahawa banyak lagi detail itu memang kita akan masukkan di bawah peraturan. Selepas majlis ini diwujudkan peraturan akan kita gariskan untuk kenal pasti bidang-bidang yang telah disebutkan tadi. Bukan semua bidang kita hendak kawal, hanya seberapa bidang yang ada evidence base yang boleh kita kawal. Termasuk tadi Yang Berhormat Kota Melaka tadi kata the medium. Memang kita tidak dibawa dalam akta rang undang-undang ini dan kita memang prihatin dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya katakan sungguhpun medium tetapi amalan dia mungkin amalan ini juga akan diiktiraf sebagai satu perbuatan tradisional Cina.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Tidak ada, boleh walaupun dia di bawah tradisional Cina tetapi bukan semua.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sebab cara merawat ini tradisional Cina hanya melalui agen ini seorang medium yang buat yang bukan pengamal biasa.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Saya faham bukan semua bawah tradisional Cina itu kita kawal semua ada yang tidak dikawal. Saya harap apabila peraturan ini sudah siap kita akan dapat beri penjelasan yang lebih teliti kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Melaka nyatakan tentang seksyen 25 dan juga seksyen 20. Saya hendak jelaskan di sini bahawa seksyen 25, “Sesiapa yang tidak daftar tidak boleh praktik.” Akan tetapi daftar bidang mana, bidang yang telah then go back to seksyen 20. Seksyen 20 adalah syor daripada majlis kepada Menteri. Menteri kata, “Okey dalam rang undang-undang ini kita boleh gazet dia di bawah bidang yang kita boleh kawal selia baru masuk bidang kawal selia.”
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Oleh itu ia tidak ada percanggahan kedua-dua seksyen ini. It has to go one by one.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, tetapi ada yang pengamal perubatan tradisional ini yang pelbagai. Kemungkinan ada di antara rawatannya yang telah diiktiraf dan ada yang belum. So adakah dia mesti daftar atau tidak, dia akan diambil.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato' Seri Liow Tiong Lai
Kalau tidak digazetkan di bawah akta ini, dia tidak boleh daftarlah, dia tidak perlu daftar. Bukan semuanya perlu daftar. Tidak apa, selepas peraturan dah keluar, kita akan jelaskan kepada rakyat dengan teliti.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu mencadangkan bahawa lebih banyak lagi seminar berkaitan perubatan tradisional dan komplementari dapat diadakan selepas akta ini diluluskan. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari sejak tahun 2007 sehingga kini telah menganjurkan sebanyak sembilan buah seminar dan satu pameran secara besar-besaran bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai berkenaan perubatan tradisional komplementari. Saya juga tegaskan bahawa dalam masa yang akan datang kita akan memperhebatkan lagi maklumat-maklumat berhubung dengan perubatan tradisional ini dapat kita hebahkan untuk maklum kepada orang ramai.
Mesyuarat] Dato' Seri Liow Tiong Lai
WHO juga memberi sokongan penuh kepada penggunaan perubatan tradisional kerana ia sebagai satu perubatan komplementari yang dapat membantu perubatan alopati.
Berhubung dengan caj perubatan tradisional, apabila akta ini dikuatkuasakan kemudian, kos perkhidmatan akan ditetapkan bersesuaian dengan perkhidmatan yang disediakan berpandukan kepada Akta Fi yang ada kerana sekarang kita di bawah Kementerian Kesihatan, hospital juga ada memberi perkhidmatan tradisional dan oleh itu kita akan caj menggunakan Akta Fi yang akan ditetapkan kemudian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada ramai Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan semua perkara yang saya tidak dapat jawab dan sekarang saya akan beri secara bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih. Tuan Pengerusi, hanya satu perkara kecil. Seperti mana saya katakan tadi dalam ucapan saya berkenaan dengan penggunapakaian akta ini, kelihatan seolah-olah definition yang diberikan di dalam seksyen 3 tersebut terlalu luas. Kalau kita betul-betul hendak adakan satu rang undang-undang di mana kita tidak restrict, maka saya rasa pihak kementerian perlu melihat dan mengkaji semula definition di bawah seksyen 3 ini. Kalau tidak, saya rasa matlamat undang-undang ini tidak akan tercapai.
Tuan Pengerusi, seksyen 3 menyatakan sedemikian, saya baca dan saya membuat rujukan hanya kepada yang pertama kalau boleh iaitu perkataan ‘practice of traditional and complementary medicine’. Tuan Pengerusi, seksyen 3 menyatakan sedemikian, kalau saya boleh baca bahasa Inggeris Tuan Pengerusi. “In this Act, unless the context otherwise requires – ‘practice of traditional and complementary medicine’ means a form of health-related practice designed to prevent, treat or manage ailment or illness or preserve the mental and physical well-being of an individual…”. That’s the first part, itu bahagian pertama. Kalau kita ikut definition ini bahagian pertama, the broader definition, ianya akan merangkumi semua jenis perubatan, it will include massages, it will include reflexology, it will include sports massage, ianya akan merangkumi semua Tuan Pengerusi. It will also, dengan segala hormatnya, merangkumi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng tadi iaitu faith feeling. Di mana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu yang melakukan upacara sembahyang untuk menyembuhkan seseorang. So, is this what this act wants to achieve Yang Berhormat Menteri? Ini kerana kalau kita lihat ada dua bahagian. The first part, the general one and then it goes on to say, “…and includes such practices as traditional Malay medicine…” and so forth. So, that’s the second part. Bahagian kedua itu hanya memberikan contoh-contoh yang boleh dikatakan juga termasuk dalam definition tersebut.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah itu apa yang kita hendak dalam penggubalan undang-undang ini. Adakah ianya menjadi hasrat atau matlamat Parlimen untuk memasukkan semua, we have to be very careful, ini Parlimen. Bila kita meluluskan undang-undang, kita kena ada kepastian, kita tidak mahu satu keadaan di mana kita di sini, kita tahu matlamatnya berlainan tetapi kita meluluskan sesuatu yang jelas menunjukkan sebaliknya. Later on, in practice, it becomes a problem and we do not want that. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah ini apa yang kita hendak capai, adakah definisi ini adalah definition yang betul? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan di sini bahawa tujuan akta ini atau rang undang-undang ini adalah untuk mengawal selia, mendaftar dan juga menaik taraf, meningkatkan pengamal perubatan tradisional. Kita sebagai sebuah negara rakyat berbilang kaum, pelbagai etnik, pelbagai tradisi dan juga pelbagai praktis tradisi yang ada termasuk perubatan tradisional. Kebanyakannya ia merangkumi kesemuanya iaitu matlamatnya adalah untuk kesejahteraan rakyat kita, kesejahteraan kesihatan kita.
Maka, dari segi definisinya saya rasa tidak ada masalah kerana yang paling pentingnya adalah untuk perubatan tradisional adalah amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau sakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu. Itu memberi definisi kepada apa itu traditional medicine, apakah itu perubatan tradisional, itu hanya menjelaskan dan apakah perubatan tradisional yang kita hendak kawal selia dan kita include dalam ini, tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati dan komplementari. Itu yang saya hendak katakan di sini, that is the one that apa yang kita hendak kawal, bukan seperti Yang Berhormat katakan hendak kawal keseluruhan dari segi kesejahteraan fizikal semua termasuk sports dan terapi dan sebagainya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, saya tahu, saya setuju dengan apa Yang Berhormat Menteri katakan tetapi dalam undang-undang kalau kita lihat definition dalam seksyen 3, ianya berbeza, ianya lebih besar, lebih luas, merangkumi.
Itu menjadi apa yang saya bangkitkan di sini. Kalau sebenarnya kita tidak mahu undang- undang ini merangkumi semua yang lain, saya rasa definition ini perlu dipinda.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Tuan Pengerusi, saya dah tegaskan tadi dari semasa ke semasa, sekiranya ada lagi perubatan tradisional yang hendak dirangkumkan dan dimasukkan dalam rang undang-undang ini termasuk contohnya perubatan tradisional Kadazan, Dusun, Murut, boleh kita masukkan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta maaf Tuan Pengerusi, tetapi saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri tidak selari dengan apa yang saya kata di sini. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat definition, kalau kita ikut definition ini sekarang seperti mana ianya ada, ianya boleh melingkungi apa yang saya katakan tadi. Everything goes, everything comes within. That’s the problem. So, bukan soal kita nak pinda pada semasa ke semasa dan sebagainya. Soalannya apa yang berada di sini sekarang seksyen 3, it is general, too general. It includes everything and it goes on to include other things like traditional Malay medicine. So I think the first part has to be looked at again. Kalau tidak, everything comes in, even a massage, even chiropractor, even reflexology, faith healing, prayers, everything comes in, I mean anything. Anything that has to do with health and well- being come in. Can you look into that carefully or otherwise you passing something with is beyond Parliament intended.
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong yang telah mengingatkan. Akan tetapi saya nak tekankan di sini bahawa definisi atau tafsiran dalam fasal 3 ini perlu dibaca bersama dengan fasal 20. Kalau tengok fasal 20. Fasal 20 dalam akta ini, rang undang-undang ialah untuk dalam bidang-bidang amalan yang diiktiraf. Majlis hendaklah dari semasa ke semasa mengenal pasti bidang amalan yang perlu dilaksanakan di Malaysia dan hendaklah membuat syor kepada Menteri supaya bidang amalan itu ditetapkan sebagai bidang amalan diiktiraf, itu sahaja. So it has to go together, ia tak boleh dan tak ada bersendirian. Definisi
Dato' Sri Liow Tiong Lai
hanya definisi tapi daripada segi praktiknya, daripada segi perjalanan akta ini dia perlu mengikut fasal 20. Fasal 20 yang akan menetapkan bidang-bidang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu pun bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Maaf, Tuan Pengerusi.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, bagi Yang Berhormat Tangga Batu dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nak bagi jalan Yang Berhormat Menteri?
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Sekejap, sekejap.
Boleh?
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya cuma nak konkuren dengan Tuan Pengerusi, dah buka untuk berbahaskah belum apa yang dibentangkan oleh Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tengah menjawab perbahasan cuma seorang berbahas.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tak, tak, sudah buka untuk perbahasan? Sebab saya tidak dengar Tuan Pengerusi sebut terbuka untuk dibahas sebab Yang Berhormat Puchong sudah bangun bukan? Ya lah, kalau terbuka untuk dibahas baru saya nak bangun untuk berbahas sama, tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di peringkat jawatankuasa ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, pada ketika ini perbahasan telah dibuat oleh Yang Berhormat Puchong dan Menteri sedang menjawab. Yang Berhormat sekarang dalam meminta penjelasan.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya nak minta penjelasan tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang memasukkan unsur perubatan Islam. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi saya ucapkan terima kasih dah tahniah, yang pertama.
Cuma saya hendakkan satu kepastian adakah Yang Berhormat Menteri telah melalui satu proses yang saya kira agak cerewet apabila terpaksa mendapat persetujuan daripada Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri di mana apabila kita meletakkan atas nama Islam di sana, sudah pasti perlu ada sekurang-kurangnya consent daripada Majlis- majlis Agama Islam Negeri-negeri di mana di setengah-setengah negeri itu Yang di- Pertuanya adalah Kebawah Duli Tuanku-Tuanku dan Sultan serta Raja-Raja masing- masing. Jadi adakah proses itu telah dilalui supaya selepas ini tidak akan jadi isu bahawa undang-undang perubatan komplementari dan tradisi ini tidak boleh dilaksanakan oleh setengah-setengah negeri yang tidak kita rujuk atas penggunaan nama Islam sebentar tadi.
Jadi itu saya nak minta penjelasan. Tuan Pengerusi, betul tak cara saya itu? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, betul Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya balik kepada Yang Berhormat Puchong dululah ya. Yang Berhormat Puchong, saya harap you jelas kerana apa yang dibaca tadi, fasal 3 adalah satu framework, satu structure dan apabila dah ada rang undang-undang ini, maka kita akan adakan peraturan. Kemudian daripada segi peraturan, kita akan buat pengisiannya untuk pastikan bahawa akta ini boleh dilaksanakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, just last. Saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu mengambil nasihat dari Jabatan Peguam Negara sebelum menyatakan sedemikian *because in statutory interpretation is the other way round.
In statutory interpretation*, kita bila lihat dalam mahkamah kepada definition, kita lihat
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
kepada seksyen 3 dan kalau seksyen 3 itu luas, mahkamah akan mengatakan bahawa ianya luas. Itu menjadi niat Parlimen dan kalau itu menjadi niat Parlimen, okey tetapi saya dengar daripada Yang Berhormat di sini bahawa itu bukan niat Parlimen. Apa yang kita lakukan di sini adalah kita meluluskan satu rang undang-undang yang jauh lebih luas daripada apa yang sebenarnya matlamat kita sendiri di Parlimen.
Seksyen 3 dengan cukup jelas menyatakan ianya merangkumi semua, form of health-related practice designed to prevent, treat or manage ailment or illness. It’s all, any includes also one, two, three, four, five. Itu memang tidak menjadi matlamat dan dengan segala hormatnya saya setuju ada seksyen 20 tetapi itu bukan menjadi isunya. Apa yang hendak dikemukakan ataupun included later on adalah perkara lain tetapi sekarang apa yang kita nak buat di Dewan ini adakah kita nak luluskan satu rang undang-undang yang lebih luas daripada niat kita? Saya minta Yang Berhormat Menteri *please, this is something which is very-very important. It will affect everybody on the street.
Business people, people who doing reflexology business, people who are doing faith healing, people who are doing prayers, people who are doing sport massage.
Everyone will come within this act* oleh kerana seksyen 3 menyatakan sedemikian. Jadi saya minta agar Yang Berhormat Menteri mengambil dan mengkaji semula. Kita tidak perlu terburu-buru, we don’t have to rush this bill. There’s no need to rush the bill, because we rush it through at the end of the day there are so many problem. So kenapa kita nak menyingkatkannya, menyegerakannya? Tak perlu. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sendiri matlamat dia baik. Kalau kita ambil nasihat mungkin kita dapat satu pindaan yang boleh mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dah dengar banyak dari semua Ahli Parlimen telah pun memberi sokongan kepada bil ini kerana bil ini penting untuk kita meningkatkan taraf perkhidmatan perubatan tradisional dalam negara kita dan daripada segi tafsirannya, ia adalah satu structure yang saya katakan tadi dan semuanya akan kita masukkan dalam schedule. Dia ada peraturan dia dan peraturan dalam schedule dia. Dengan ada schedule dia baru boleh kita laksanakan apa juga peruntukan-peruntukan yang kita tetapkan tadi. Saya rasa kita tak boleh senaraikan satu definisi yang orang kata yang panjang lebar dan termasuk semua peraturan sekali dalam definisi ini.
Oleh sebab itu kita memberi satu definisi sebagai satu structure dan kemudian kita akan laksanakan satu persatu yang telah ditetapkan tadi. Saya rasa saya dah jawab semua Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Cuma nak bantu sikit, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Ya.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Boleh tak saya cadangkan supaya dalam ayat ini kita buat pindaan terhadap pindaan itu misalannya kalau kita fasal 3, “atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu dan termasuk dan terhad kepada amalan seperti”. Termasuk dan terhad. That means kalau kita masukkan “terhad” itu, maksudnya kita berhak kepada bidang-bidang yang kita hendak kawal, hendak kontrol, hendak kawal selia dan sekiranya tiga tahun kemudian kita nak kawal selia bidang yang lain, kita terpaksa balik kepada Parlimen untuk luluskan rang undang-undang yang lain untuk bidang tersebut.
Itulah cadangan saya. Kalau kita boleh hadkan itu.
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Itu memang semangat yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi. Bidang-bidang yang dikawal selia memang termasuk dalam apa yang telah tertera di sini. Kalau kita hendak tambah apa-apa, kita kena balik ke Parlimen. Itu memang semangat yang kita katakan tadi. Saya harap saya telah jelaskan Yang Berhormat dan kita yakin rang undang-undang ini akan dilaksanakan dengan baik untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 3 seperti yang dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Fasal-fasal 4 hingga 63 - Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada beberapa fasal untuk memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab tadi jawapan dasar, saya rasa masih kurang jelas beberapa perkara.
Kalau kita lihat fasal 5, Fungsi dan Kuasa Majlis, saya rasa dalam rang undang- undang ini saya ingin tahu apakah kementerian memberi begitu banyak kuasa kepada Majlis ini Tuan Pengerusi. Majlis ini mempunyai kuasa untuk mengesyorkan bidang untuk diiktiraf, kalau mereka yang hendak mengamalkan, mereka kena pohon kepada Majlis, dan kalau batal, Majlis juga menentukan pembatalan pendaftaran. Majlis yang menentukan senarai nama gelaran yang dilarang digunakan, Majlis juga menentukan senarai kod tadbir urus dan juga mempunyai bidang kuasa tatatertib dan hukuman dan juga mempunyai kuasa untuk melantik jawatankuasa kalau hendak selesaikan pertikaian di antara pesakit dan pengamal tradisional. Majlis juga mengesyorkan kepada Menteri untuk penubuhan pengamal dan badan pengamal boleh dibatalkan jika didapati tidak berpuas hati dengan perjalanan tugas oleh badan pengamal dan keputusan badan pengamal boleh diatasi oleh Majlis.
Mengapakah begitu luas sekali kuasa diberi kepada Majlis ini sehinggakan badan pengamal yang saya rasa lebih pakar dalam bidang tertentu juga diatasi oleh pihak Majlis ini. Kalau kita rujuk kepada fasal 42, mereka boleh dibatalkan oleh pihak Majlis pada bila- bila masa kalau tidak berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan atau fungsi yang dijalankan oleh badan pengamal tersebut.
Saya ingin tahu juga berkenaan dengan pengiktirafan bidang dalam fasal 5 di mana fungsi diberi oleh rang undang-undang ini kepada Majlis untuk mengiktiraf apa kelayakan dan juga bidang-bidang yang boleh diiktiraf. Kalau kita rujuk kepada regulation yang dibawa oleh negara Singapura, Traditional Chinese Medicine Practitioners, mereka ada satu board dengan izin Tuan Pengerusi, iaitu Traditional Chinese Medicine Practitioners Board, di bawah undang-undang Singapura ini, mereka ada menetapkan dengan jelas kelayakan pengamal tradisional ini di mana saya rasa dalam rang undang- undang boleh kalau Yang Berhormat maklumkan, setakat ini apakah akan dibezakan mereka yang telah mempunyai kelayakan tempatan dan luar negara. Apakah mereka akan melalui proses dan juga syarat-syarat terma untuk diiktiraf adalah sama? Atau dari universiti tertentu yang memegang ijazah dari luar negara, apakah proses yang dijalani adalah sama?
Ini adalah sebab dalam fasal yang diperuntukkan ini di mana mereka perlu memohon untuk pendaftaran sementara ini tidak ada perbezaannya. Kalau mereka ingin mengamalkan, mereka perlu daftar sementara dan perlu menjalani kursus latihan selama tidak kurang satu tahun di hospital dan institusi tetapi tidak dibezakan pemegang ijazah, sijil atau diploma tempatan atau luar negara. Apakah mereka kesemuanya perlu melalui proses yang sama. Saya harap tidak akan mendapat jawapan bahawa perlu tunggu Majlis tubuh, akan adakan peraturan. Kalau boleh beri sekarang, jangan nanti timbul banyak masalah tambahan luar selepas kelulusan rang undang-undang ini.
Satu perkara yang saya prihatin adalah berkenaan fasal 22, di mana pihak Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang untuk menjalani kursus di bawah fasal 22 tersebut, jika mereka mempunyai pengalaman yang luas, pengetahuan dan kemahiran yang layak.
Saya ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan dan kemahiran yang layak. Yang Berhormat ada semasa membentangkan rang undang- undang ini, menyatakan mereka telah mengamalkan secara turun-temurun akan diberi pengecualian tertentu tapi tidak memberi penjelasan lanjut, kategori mana.
Tuan Pengerusi, saya ada kerisauan tertentu, ada pengamal tradisional yang telah lama sudah mengamalkan dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini mereka diwajibkan untuk mendaftar, ini akan mengakibatkan mereka tidak mahu melalui proses pendaftaran tersebut dan berhenti memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Saya percaya seperti di kawasan saya ada seorang pakar tulang, dia mengubati orang ramai sebab dia hendak membantu tanpa mengira berapa bayaran yang diberi, tetapi kerana
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
hendak menyumbang kemahiran dan kepakarannya kepada komuniti. Namun kalau dengan rang undang-undang ini, dia perlu walaupun dikecualikan melalui kursus, saya tidak pasti sama ada dalam kes sedemikian mereka akan dikecualikan, jika ya, mereka masih perlu mendapatkan sijil perakuan dan pengecualian, dan proses itu saya rasa akan menyulitkan mereka sebab kalau hanya diberi pengakuan 12 bulan, 30 hari sebelum tamat kena lanjutkan lagi, kena bayar fees. Saya rasa mungkin dalam kategori ini Yang Berhormat boleh perjelaskan situasinya.
Promosi iklan bagi pengamal tradisional ini, saya ingin rujuk kepada fasal 33, saya rasa dalam fasal 33 ini Yang Berhormat boleh menjelaskan sama ada sebenarnya pengamal tradisional di bawah rang undang-undang ini, boleh atau tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan amalan mereka, sebab sangat jelas kita tahu adalah salah kalau kita membuat kenyataan dalam iklan, kalau kenyataan itu adalah palsu atau mengelirukan. Akan tetapi, dalam fasal 33(4), Yang Berhormat menjelaskan pernyataan mengelirukan itu termasuk tentang sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi tujuan atau kuantiti perkhidmatannya dan lain-lain itu. Saya rasa tidak ada cara saintifik yang boleh membuktikan bahawa pengiklanan mereka tersebut adalah mengelirukan dalam aspek ini.
Jadi mungkin Yang Berhormat boleh menjelaskan mengapa perlu menyatakan di dalam fasal ini penerangan berkenaan kenyataan mengelirukan. Kita tahu adalah salah if you mislead dalam advertisement dalam memberi perkhidmatan tersebut.
Saya rasa di bawah fasal penubuhan badan pengamal tersebut, saya rasa badan pengamal harus diberi lebih kuasa di mana Yang Berhormat tadi saya ada bangkitkan di bawah fasal 42, dan tidak ada dinyatakan komposisi badan pengamal tersebut, mungkin Yang Berhormat boleh beri lebih maklumat bagaimana pihak Majlis akan menentukan mana-mana badan pengamal yang akan diambil untuk menjalankan fungsi di bawah rang undang-undang ini. Saya ada sedikit kerisauan di mana Majlis begitu berkuasa, boleh mengatasi apa-apa keputusan badan pengamal. Ini adalah sebab badan pengamal adalah pakar dalam bidang tersebut, tapi Majlis boleh mengatasi keputusan mereka. Mungkin beberapa perkara ini Yang Berhormat boleh beri penjelasan, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi, ringkas sahaja. Ada tiga perkara yang ingin saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, yang pertamanya fasal 5, seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi, kuasa yang begitu luas diberikan kepada fungsi Majlis ini. Oleh sebab itulah saya berharap, sangat-sangat mengharapkan supaya skop di bawah perkara 5(b) iaitu menetapkan kelayakan yang dikehendaki oleh setiap bidang itu segera diputuskan oleh pihak Majlis supaya bidang itu tidak terlalu luas dan tidak terlalu complicated serta boleh memberikan jaminan-jaminan dan sebagainya. Perkara-perkara yang memerlukan perselisihan itu dikemudiankan, itu saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Perkara fasal 6...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita tangguhkan, sudah pukul 4.30 petang.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Okey terima kasih.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun 4.30 petang dan menurut keputusan yang telah dibuat pada pagi tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dibahas pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan usul ini, pihak pencadang akan diberi 30 minit dan pihak kerajaan juga akan diberi 30 minit. Yang Berhormat Kubang Kerian boleh kemukakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Kubang Kerian untuk seimbangkan masa perbahasan bagi semua pihak dalam Dewan ini, saya akan bagikan lebih kurang 22 minit bagi pihak sini.
Saya akan agihkan masa ini 50 minit untuk berbahas dan 10 minit pihak Menteri akan menjawab. Pihak Yang Berhormat yang sebelah sini akan berbahas lebih kurang 22
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
minit, pihak sebelah kerajaan lebih kurang 22 minit dan selebihnya pihak di blok BEBAS.
Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan atas budi bicara Tuan Yang di-Pertua untuk mengizinkan usul ini dibahas pada petang ini kerana bagi kami ianya adalah merupakan satu isu yang perlu untuk diperbahaskan atas nama Parlimen negara kita. Bukanlah tujuan saya berdiri di sini untuk menimbulkan suatu sentimen keagamaan ataupun menimbulkan lagi ketegangan antara agama dalam negara kita khususnya dan juga dalam dunia ini amnya.
Islam adalah agama yang sangat mementingkan keamanan, kebebasan, hak dan setiap inci maruah manusia itu mesti dipertahankan dan inilah yang diajar kepada kita sebagai penganutnya dan juga kita cuba untuk laksanakan yang terbaik untuk manusia menjadikan Islam sebagai contoh dalam kehidupan di alam maya ini. Nabi SAW sendiri walaupun manusia yang paling mulia pernah berdiri dalam satu Majlis yang pada ketika itu seorang Yahudi, jenazahnya diusung ke tanah perkuburan dan Nabi berdiri dan sahabat- sahabat bertanya apakah yang menyebabkan kamu berdiri? Maka Nabi SAW menjawab bahawa itu adalah penghormatan ke atas seorang manusia yang dicipta oleh Allah SWT.
Untuk itu, saya merasakan pembikinan filem yang bertajuk Innocence of Muslims ini adalah disengajakan untuk mungkin mereka mencetuskan provokasi dan cuba untuk menimbulkan suatu fobia, Islamic phobia yang memang dicipta untuk memburukkan Islam di atas muka bumi ini. Jadi, saya berpandangan dan kita juga berpendapat bahawa Amerika seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan ianya dihentikan dengan serta-merta dan Parlimen dalam negara kita ini mestilah berdiri atas satu suara pada hari ini untuk menyatakan bantahan kita untuk kita menyelesaikan isu ini.
Kita tidak suka hendak boikot barang orang lain, kita tidak suka untuk bermusuh dengan orang lain, kita tidak gemar dan bukan ajaran kita untuk menimbulkan ketegangan apatah lagi dalam Islam yang mengajar kita untuk memberikan seluruh kebaikan yang mampu kita buktikan kepada manusia di atas muka bumi ini. Janganlah Amerika berdalih dengan isu bahawa ianya hak kebebasan semata-mata dan Barat juga yang sangat mengagungkan tentang kebebasan ini sudah barang pasti tidak mampu juga apabila berdepan dengan suatu suasana apabila agama dihina.
Islam tidak pernah menghina ataupun mengajar umatnya untuk menghina agama- agama yang lain. Kita hormati agama-agama dunia, agama-agama samawi, Kristian dan Yahudi yang sememangnya seharusnya diberikan tempat dan kebebasan untuk mereka mengamalkannya. Walau bebas macam mana sekalipun, kita lihat Barat juga ada sekatan- sekatan tertentu. Saya merujuk kepada suatu artikel yang ditulis dalam satu jurnal yang bertajuk Laws Against Holocaust Denial. Dalam jurnal ini mengatakan dengan jelas bahawa holocaust denial is illegal to the number of European countries. Apabila ini juga dianggap satu jenayah dan tidak bolehlah maknanya atas nama apa sekalipun, kebebasannya orang Barat juga, orang bukan Islam juga ada hak untuk mereka mempertahankan hak mereka walaupun undang-undang ini mungkin tidak popular di Eropah tetapi ia menunjukkan bahawa suatu maruah itu sekiranya ingin dipertahankan ada negara juga yang menghalang batas-batas untuk bersuara. Sebagai contoh saya melihat European Union Framework Decision on Combating Racism and Xenophobia tahun 2007, jurnal yang saya rujuk ada di kalangan profesor dan cendekiawan di Eropah yang dipenjarakan kerana memberikan ucapan-ucapan yang menafikan berlakunya holocaust sebagai contoh yang saya boleh lihat dalam jurnal ini di France, seorang yang bernama ‘Roger Garaudy’, ‘Fredrick Toben’ di Australia dan ‘David Irving’ di Australia sebagai contoh
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
dipenjarakan 12 bulan, 1 tahun, 2 tahun kerana bercakap tentang yang menafikan berlakunya holocaust. Jadi bukan itu yang saya maksudkan Islam perlu perlindungan seperti itu tetapi barat juga dalam apa pun atas nama kebebasan ataupun human right yang mereka menjuarainya tetap ada sekatan-sekatan, tetap ada limitation supaya isu-isu seperti ini sangat dipelihara. Oleh itu saya yakin dan percaya bahawa isu ini atas nama Parlimen ini perlu kita untuk menunjukkan solidarity kita, keupayaan kita atas nama negara sebagaimana kita bangun untuk memberikan suatu keprihatinan atas isu tsunami di Acheh, isu gempa bumi di Jepun dan juga isu-isu yang lain, maka isu ini sangat penting supaya jangan ada lagi makhluk di atas muka bumi ini yang bangun untuk menghina agama orang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin supaya ada di kalangan rakan-rakan dari Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Permatang Pauh untuk sama-sama menyertai perbahasan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Marang.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi penganut Islam, kecintaan ataupun kasih pada Nabi Muhammad SAW adalah menjadi sebahagian daripada iman bahkan menjadi kemanisan iman. Ini dinyatakan oleh al-Quran, dinyatakan oleh hadis Nabi SAW. Dalam masa yang sama penganut Islam disuruh beriman dan kasih kepada semua nabi-nabi dan rasul-rasul. Nabi-nabi dan rasul-rasul yang dinamakan dalam al-Quran, tidak sah keimanan seseorang Islam sekiranya tidak percaya kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa (Moses), Nabi Isa (Jesus) dan nabi-nabi yang lain. Ini sikap agama, bukan sahaja pada Nabi Muhammad SAW.
Oleh sebab itu, perkara yang menyentuh perasaan orang Islam, yang menyatukan orang Islam tanpa mengira agama dan fahaman politik termasuk NGO-NGO. Mereka semua bangkit menentang siapa sahaja yang menghina Nabi Muhammad SAW, yang menghina Nabi Isa, yang menghina Nabi Ibrahim, menghina nabi-nabi, siapa sahaja termasuklah nabi-nabi yang tidak dinamakan secara umum. [Membaca sepotong ayat al- Quran] Itu al-Quran, Kami tidak boleh membeza-bezakan di antara nabi-nabi dan rasul-rasul itu. Dalam masa yang sama, kita dilarang mencela Tuhan-tuhan yang dianuti oleh agama lain sekiranya menyebabkan mereka mencela Allah SWT. Jangan kamu mencela Tuhan- tuhan yang dipuja oleh penganut agama lain menyebabkan mereka mencela Allah SWT.
Itu batas yang diajar oleh agama Islam.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang
Dalam kita mempertahankan Nabi Muhammad SAW, mempertahankan rasul-rasul, kita diminta supaya tidak melampau. Ada adab dan ada akhlak. Antaranya ialah mesti ditumpukan kepada mereka yang melakukan kesalahan, yang menerbitkan filem, yang melakonkan filem, yang melukis kartun dan sebagainya. Jangan kita meracau sehingga melibatkan mereka yang tidak terlibat dengan kesalahannya. Ini diajar oleh Islam. Jangan kita melampaui batas, dan tindakan kita mestikan selaras dengan kesalahan yang dibuat.
Seterusnya kita dilarang melampau sehingga melanggar perjanjian-perjanjian yang diakui oleh Islam dengan orang bukan Islam. Di antaranya ialah perjanjian antarabangsa, piagam antarabangsa, Islam menerima seluruh adab sebelum kedatangan Islam dan selepasnya yang menghormati diplomat-diplomat, menghormati utusan-utusan negara asing walaupun negara yang bermusuh dengan negara kita. Kalau dia datang, dia hantar wakil kerajaan dia, walaupun kita sedang berperang dengan dia, kita tidak boleh kacau, tidak boleh bertindak tidak sopan. Ini adab yang diajar oleh Islam.
Maka serangan terhadap kedutaan, membunuh pegawai kedutaan ini bukan daripada ajaran Islam. Oleh sebab itu, alhamdulillah, saya memuji semua pihak yang terlibat dalam negara kita yang berdemonstrasi yang menunjukkan sikap yang baik, tidak ada kecederaan, tidak ada kerosakan Kedutaan Amerika, negara yang terlibat dalam penerbitan filem ini. Akan tetapi malangnya, sikap kerajaan mereka sangat
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang
mendukacitakan kita. Kenyataan yang dibuat oleh Hillary Clinton, Setiausaha Luar Negara Amerika, seolah-olah melepas tangan mengatakan bahawa tidak ada undang-undang di Amerika yang boleh bertindak terhadap mereka yang menerbitkan filem ini. Menunjukkan seolah-olah mereka tidak menghormati sensitiviti negara lain. Tidak menghormati pengaut agama lain. Ini kelemahan yang ada pada Amerika sendiri. Amerika bukan Tuhan walaupun dia kuasa besar dunia. Dia mesti membetulkan kelemahan ini, dan sepatutnya menjadi suatu peraturan antarabangsa, menghormati antara agama, tidak melampau antara agama.
Ini perlu dilakukan.
Seterusnya kita perlu menyedari di saat terdapat tanda-tanda provokasi khususnya di kalangan Zionis, fanatik Yahudi dan fanatik Kristian yang bersekongkol untuk mencetuskan suatu keresahan di kalangan penganut berbagai-bagai agama yang boleh menimbulkan ketegangan bahkan peperangan antara satu sama lain, yang untung ialah golongan fanatik Yahudi yang banyak berniaga senjata dan untuk melonjakkan negara Israel menjadi kuasa besar dunia. Ini menjadi cita-cita dan agenda mereka yang karut kononnya untuk kembali kepada Kerajaan Nabi Sulaiman AS. Ini semua karut. Dengan sebab itu, bantahan terhadap filem dan karikatur ini bukan sahaja daripada orang Islam tetapi termasuk juga daripada Pope Benedict, termasuk daripada parti-parti Kristian. Ini menandakan bahawa ramai yang peka. Dengan sebab itu, kita orang Islam juga merasa peka dalam masalah ini.
Suka saya menegaskan bahawa Islam adalah agama yang mendahulukan pendamaian dalam hubungan antarabangsa. Peperangan adalah terpaksa. Bahkan mengikut Islam, walaupun tengah berperang sekiranya orang ajak berdamai... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jika sekiranya mereka cenderung pada pendamaian, maka cenderung pendamaian dan bertawakal kepada Allah.” Kalau dia hendak tipu, Tuhan kata...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jika sekiranya mereka mahu menipu kamu, Allah menjamin menolong kamu kalau kamu ikhlas dalam menerima pendamaian.” Apa yang penting kita mahu supaya sikap kerajaan kita sendiri dalam menangani isu yang hangat yang menggoncangkan dunia bukan sahaja dunia Islam termasuk di negara barat sendiri mengambil satu tindakan secara diplomatik antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan melalui OIC. Satu langkah yang proaktif mendahului negara-negara yang lain, supaya dibuat satu peraturan di peringkat antarabangsa bukan sahaja peraturan di negeri-negeri supaya hubungan antara manusia dijalin dengan cara yang baik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sama-sama untuk memberikan sokongan terhadap usul yang dikemukakan.
Isu Islam phobia ini isu yang nampak berkembang kerana kedangkalan ilmu dan kejahilan termasuk di dunia barat sehingga cenderung mengatakan bahawa setiap kenyataan yang menghina agama atau Nabi itu dipertahankan atas landasan kebebasan undang-undang.
Yang Berhormat Kubang Kerian menyebut beberapa undang-undang yang sedia ada di Eropah termasuk holocaust denial yang pernah digunakan untuk menahan pemikir ulung Perancis, Roger Garaudy semata-mata kerana mempertikai kesahihan beberapa fakta dan data sejarah yang menyangkut kedudukan Yahudi di Perancis. Sebab itu kita tidak dapat menerima hujah penghinaan terhadap Rasul yang bukan sahaja bagi orang Islam tetapi bagi orang-orang yang memuliakan agama akan terima semangat al-Quran...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Bahawa pada peribadi Rasulullah itu contoh, model manusia yang terbaik.” Maka kalau dihina begitu rupa, maka harus ada kesedaran dan tindakan yang setimpal.
Pentadbiran Amerika Syarikat mengatakan tidak ada keupayaan dan ini disanggah oleh banyak kalangan. Saya tahu rakan-rakan di kalangan beberapa badan Islam di Amerika termasuk Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) sedang menyusun langkah untuk menyaman penerbit ini kerana melakukan beberapa kesilapan. Pertama sengaja memutarbelitkan fakta. Kedua, menipu pelakon-pelakon yang terlibat di dalamnya dan ketiga bertujuan menghasut, insulting. Maka kita harap mereka juga berhasil. Sekurang-
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
kurangnya ia memberikan ruang kepada kita negara Malaysia umumnya dan juga negara- negara Islam yang lain untuk menyatakan bahawa tidak benar untuk digunakan prinsip kebebasan media atau kebebasan untuk mengesahkan tindakan ini kerana ada undang- undang berkaitan holocaust denial, ada undang-undang tentang anti-Semitism atau anti- racisms yang sebenarnya disanggah oleh masyarakat Barat sekalipun.
Oleh sebab itu kita juga ingin menggesa OIC supaya agak jangan terlalu lembap dalam mengambil tindakan. Kita hanya dimaklumkan bahawa OIC akan mengemukakan satu usul di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengadakan undang-undang mencegah penghinaan mana-mana agama atau nabi-nabi dan rasul supaya dapat menyederhanakan ketegangan.
Keduanya saya ingin menyusul kenyataan Yang Berhormat Marang yang cukup tegas dalam hal ini iaitu kemarahan kita itu harus berpunca kepada fakta dan jangan – kerana kalau kita lihat tujuan dan matlamat maqasid syariah itu adalah memelihara sanctity of life and property. Maka kalau kita tujukan kepada pembuat filem dan negara yang seolah melindunginya, kita wajar mengkritik tetapi tidak boleh melakukan kerosakan harta benda seperti mana yang berlaku dan dukacitanya berlaku di Pakistan. Kerana itu pada hemat ulama’ sarjana adalah bertentangan dengan matlamat mempertahankan kebenaran dan syariat itu sendiri.
Sheikh Dr. Yusuf Qadrawi juga menegaskan hal yang sama bahawa dalam kes...
[Disampuk] Biarlah. Janganlah isu ini dipermainkan. Awak tidak faham, diam sudah, Yang Berhormat Sri Gading. Ini bukan perkara main-main. Kalau hendak, bangun.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak mahu persendakan Sheikh. Tidak pernah. Yang sebut nama saya pasal apa?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Sindir, awak sindir.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, tidak, saya tidak sindir.
Saya tidak sindir.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi tidak apa. Okey.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak sindir, jangan salah sangka. Jangan buruk sangka. Saya tak, tak...
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tak, sebab saya tengok memang perangai macam itu. Dia suka menjerit daripada...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, tidak. Saya tidak menjerit pun.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Bila kita tanya, nafi. Tanya, nafi.
Sebab soal RM3 bilion pun macam itu, semua macam itu.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi soalnya serius. Saya tengok kenyataan Sheikh Qaradawi setelah serangan terhadap kedutaan Libya yang menyatakan tanggungjawab umat Islam memelihara perjanjian dan di antara perjanjian adalah hak dan kebebasan dan keamanan keselamatan mana-mana negara yang terlibat dalam kejadian itu. Itu sebabnya maka saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Marang dan ini dalam proses pendidikan awam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Ini penting supaya hal begini - saya percaya akan berlaku lagi. Danish cartoons sebelum ini. Selepas ini Perancis. Kartun dari Perancis yang juga digembar-gemburkan dan dibesarkan. Maka tindakan kita harus tegas tetapi harus setimpal dengan maksud undang-undang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk menyokong usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan bagi pihak parti DAP, kami ingin mengecam sekeras-kerasnya filem anti Islam terbaru yang bukan sahaja menghina agama Islam dan juga Rasul, Nabi Muhammad tetapi juga telah mencabuli suatu prinsip asas iaitu tidak
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
dibenarkan mana-mana pihak untuk menyakiti perasaan mana-mana agama khususnya untuk satu agama yang begitu cintai dan tegakkan keamanan. Oleh itu bukan sahaja bagi pihak DAP tetapi saya rasa juga sebagai seorang bukan Islam, memang akan dikecam dengan sekeras-kerasnya mana-mana usaha untuk memecahbelahkan rakyat ataupun rakyat di seluruh dunia berdasarkan sentimen-sentimen ini yang tidak berasas.
Saya amat tertarik dengan apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat daripada Marang bahawa untuk sebuah negara berkuasa seperti Amerika Syarikat perlu mengambil sikap yang lebih tegas supaya mana-mana usaha yang dilakukan untuk memperkecilkan atau mempersendakan agama termasuk agama Islam seharusnya tidak harus dibenarkan kerana ini seperti yang saya sebut tadi adalah mencabuli asas, menyakiti mana-mana agama. Kalau hari ini ialah agama Islam, hari esok mungkin agama lain. Oleh itu sebagai sebuah negara yang mempunyai satu tradisi demokrasi dan juga menghormati maruah rakyat dan juga kebebasan agama, saya rasa perlulah ada satu tindakan tegas supaya perkara ini tidak harus dibenarkan lagi.
Dalam aspek ini, kita pun harap bahawa sebarang protes-protes yang diadakan harus dibenarkan berdasarkan ia dijalankan secara aman. Suatu demonstrasi secara aman yang dilancarkan oleh rakyat Malaysia termasuk satu pertunjukan yang aman dari pihak parti PAS, saya rasa mencerminkan bukan sahaja hasrat penganut agama Islam tetapi juga pendirian penganut agama bukan Islam bahawa sentimen ataupun filem anti Islam ini adalah sesuatu yang amat kotor, amat jijik dan harus dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh semua pihak tanpa mengira batasan kaum, agama ataupun politik. Oleh itu saya ingin menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
*Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili rakan-rakan daripada Barisan Nasional juga ingin turut membahas dan menyokong usul yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kubang Kerian.
Saya juga telah mengemukakan usul tergempar yang sama dan oleh kerana Yang Berhormat Kubang Kerian telah menghantar usul lebih awal, kami setuju untuk usul ini dibentangkan dan juga menyokong supaya usul ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Sebagaimana yang Dewan ini dimaklumkan, rakyat Malaysia dan juga umat Islam di Malaysia bersolidarity mengecam sekeras-kerasnya penerbitan karya jijik Innocence of Muslims yang menghina, mengutuk, memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat baginda Rasulullah.
Kemarahan ini telah dizahirkan melalui perhimpunan aman yang telah diadakan pada 21 September yang lalu yang telah diadakan di dua tempat di Kuala Lumpur. Walaupun diadakan di dua tempat di depan Kedutaan Amerika Syarikat oleh Dewan Pemuda PAS dan di depan Masjid Kampung Baru oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kami sama- sama berdiri bersolidarity menentang dan mengecam filem Innocence of Muslims dan juga kartun yang telah diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis.
Bagi kami filem dan juga kartun tersebut jelas sekali melampaui batasan kebebasan bersuara serta langsung tidak menghormati sensitiviti serta ajaran agama Islam ataupun mana-mana agama sahaja. Ia adalah satu provokasi yang sangat liar, sangat biadab serta mencemar hubungan baik dan toleransi antara agama. Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur kerana segala reaksi dan bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia, himpunan aman dan sebagainya tidaklah diadakan dengan satu keterlaluan, diadakan dengan aman sejajar dengan ajaran agama Islam dan juga agama- agama yang lain di mana kita tidak bertindak melampaui batas. Kita telah membuktikan pada 20 September dan juga dalam reaksi kita pada hari ini, dalam Dewan Rakyat ini bahawa stereotaip yang ada di kalangan dunia barat, segelintir daripada dunia barat yang menganggap bahawa tindak balas daripada dunia Islam hanyalah tindak balas yang ganas, yang violent, yang agresif dapat kita nafikan.
Kita di Malaysia pada hari ini saya rasa bangga kerana kita dapat bersolidarity di kedua-dua pihak, political divide untuk menyatakan bahawa dengan aman dan dengan
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
tegas bahawa kita mengecam apa sahaja usaha yang menghina bukan hanya agama Islam tetapi agama-agama yang lain. Bagi saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kami telah konsisten dalam hal ini bukan hanya membantah soal filem Innocence of Muslims tetapi sewaktu gereja di bakar di Ampang tiga tahun dahulu, sewaktu kepala lembu di bawa untuk berarak di Shah Alam, kami telah mengecam insiden-insiden tersebut juga. Ini adalah penting supaya kita nyatakan dengan tegas kepada masyarakat dunia dan juga kepada rakyat Malaysia bahawa apa sahaja penghinaan kepada agama tidak boleh kita terima dan akan kita bantah dan akan kita kecam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyokong pendirian yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kubang Kerian. Ini soal kebebasan agama dan batasnya. Kami pada hari ini bukan hanya bersolidarity mengecam filem dan juga kartun yang menghina agama Islam tetapi juga kami dengan nada yang jelas, dengan suara yang tegas, kami nyatakan bahawa sebenarnya filem Innocence of Muslims ataupun karya kartun yang terdapat dalam majalah Perancis itu sebenarnya, itu melampaui kebebasan bersuara walaupun prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, United States Federal Constitution, ia melampaui batasan tersebut dan kami minta supaya dan kami menggesa, kami mendesak supaya Kerajaan Amerika Syarikat melihat perkara ini dengan serius.
Kami juga amat-amat berduka cita dengan kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton yang mengatakan bahawa “Our country does have a long traditional free expression which is in try in our constitution and our law and we do not stop individual citizens from expressing the view no matter how this tasteful that maybe”.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Akan tetapi dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas, sudah terang bahawa selain daripada kes-kes yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita dari Pembangkang tadi soal anti-Semitic speech dan sebagainya, dalam First Amendment itu sendiri, First Amendment US Constitution yang menjaga soal kebebasan bersuara. Itu adalah satu kebebasan that is not limitless, dengan izin. Bukannya kebebasan yang tidak ada had.
Malah dalam beberapa kes yang dibawa ke Mahkamah Agong Amerika Syarikat Supreme Court dalam Brandenburg vs Ohio di US Supreme Court contohnya ditulis bahawa, “Imminent lawless action test, under which speech is not protected by the First Amendment if the speaker intends to incite a violation of the law that is both imminent and likely”. Dalam hal ini provokasinya amat jelas sekali bahawa tujuan penerbit “Innocence of Muslims” ini adalah untuk mencetuskan provokasi di kalangan dunia Islam walaupun kita kecam. Walaupun kita kecam contohnya serangan terhadap Duta Amerika Syarikat di Libya, di Benghazi dan sebagainya, kita tidak setuju tetapi kita harus memahami bahawa akan ada satu reaction, akan ada satu tindak balas daripada segelintir umat Islam. Inilah tujuan film maker ataupun penerbit filem tersebut bahawa mereka provoke reaction yang telah menyanggah imminent lawless action test. Kalau kita lihat kepada pengasas liberty dalam falsafah politik tradisi Barat, John Stuart Mill, dia telah sebut ataupun dia telah tulis soal harm principle. Falsafah politik Barat juga meletakkan harm principle yang mana kebebasan semula jadi atau natural rights itu boleh disekat sekiranya ia dapat mengelak kecederaan kepada orang lain. Dalam hal ini tujuannya adalah untuk mencetus reaksi provokasi yang boleh mencetuskan kecederaan kepada rakyatnya sendiri.
Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa Kerajaan Malaysia dapat memberi satu pendirian yang tegas kepada Kerajaan Amerika Syarikat bahawa soal kebebasan bersuara kita memahami tetapi dalam kes ini, dalam kes “Innocence of Muslims” it is not excused by the freedom expression, dengan izin, sebab banyak sekatan yang sudah pun diletakkan dalam Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa dalam kes-kes seperti ini tidak boleh dihalalkan atas nama kebebasan bersuara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada masa sedikit, saya ingin memberi ruang kepada sahabat saya dahulu daripada Kapit untuk berucap bagi pihak..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya akan panggil Yang Berhormat. Ya sila Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya berasa bangga oleh kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dengan jelas menyatakan sokongan saya kepada usul yang dicadangkan untuk dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, usul yang mengutuk filem “Innocence of Muslims”. Filem ini yang telah menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam dan seterusnya membangkitkan rasa kemarahan umat Islam.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya bukan sekadar umat Islam sahaja yang marah dengan kelakuan yang jahat itu. Malah ramai orang bukan Islam juga marah dan membantah filem itu.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai penganut agama Kristian juga mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang buruk itu. Bagi saya tiada sesiapa pun boleh dibenarkan atau berhak untuk menghina dan memburukkan mana-mana agama. Tuan Yang di-Pertua, mendiang datuk saya, Tun Temenggong Jugah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak dan salah seorang pengasas negara Malaysia selalu mengingatkan keluarga kami di Sarawak bahawa kekuatan Malaysia adalah atas dasar hormat-menghormati antara satu sama lain. Mendiang selalu menasihati kami supaya sentiasa menghormati agama lain termasuk agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, atas dasar nasihat itu saya selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional, Parti PBB dari Kapit, Sarawak dan beragama Kristian sentiasa meletakkan kepentingan hormat-menghormati antara agama sebagai asas perjuangan saya...
[Tepuk] Barangkali atas keinsafan itu, pada tahun 2010 secara tidak diduga Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak telah menganugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah kategori bukan beragama Islam negeri Sarawak kepada saya.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sejarah telah menunjukkan bahawa mendiang Tun Temenggong Jugah seorang pemimpin beragama Kristian, atas semangat kejujuran dan keikhlasan sanggup untuk menyatukan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam membentuk negara Malaysia. Kenapa dia berbuat begini? Beliau sanggup berbuat demikian kerana beliau cukup yakin bahawa orang-orang Islam di Malaysia akan memberi tindak balas yang sama iaitu menghormati agama-agama lain termasuk agama Kristian juga. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan agama untuk sama-sama menghormati nasihat seorang pemimpin dan pengasas Malaysia, Tun Temenggong Jugah dan mengutuk insiden menghina Islam ini.
Saya dan parti PBB menyokong kuat usul ini. Oleh kerana masa yang diberi adalah begitu singkat Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya berterima kasih oleh kerana diberi peluang dan ruang ini. Sekali lagi saya sebagai seorang penganut agama Kristian bersama-sama rakan yang beragama Islam, marilah kita bersama-sama bukan sekadar mengutuk tetapi kita eratkan lagi silaturahim di antara kita semua dalam hal ini. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya kesempatan untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada perbuatan dan tayangan filem “Innocence of Muslims” sudah tersebar luas melalui Youtube di mana yang tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab langsung telah mencetuskan penentangan dunia Islam kepada Amerika Syarikat menjadi semakin hangat sehingga menyebabkan kes-kes kecederaan dan kematian dalam tunjuk perasaan di merata dunia.
Sebenarnya agama adalah suatu isu yang amat serius lagi sensitif. Ianya tidak seharusnya dihina oleh mana-mana pihak sama sekali. Ini kerana tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk melakukan sesuatu sehingga berunsur menghina atau
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
mempermainkan agama lain yang mana akan menyakiti perasaan penganut-penganut agama tersebut. Setiap agama di dunia ini sebenarnya mengajar kita dengan ajaran, amalan dan nilai-nilai murni sejagat seperti bersopan santun, bermurah hati, bertoleransi, bertolak ansur, bertaat setia, jujur ikhlas, saling memahami dan sebagainya. Seseorang itu mungkin boleh memahami dan mempelajari ajaran serta amalan agama yang dianutinya tetapi tidak mungkin dia boleh faham dan arif tentang agama lain. Jadi tidak patutlah untuknya berbincang atau mengatakan sesuatu terhadap agama lain. Apatah lagi melakukan sesuatu perbuatan yang berunsur untuk merosakkan, merendah-rendahkan dan menghina agama lain.
Agama sebenarnya juga bertujuan untuk menjalin persaudaraan sesama manusia dan memupuk semangat muhibah di kalangan masyarakat tetapi keadaan huru-hara yang berlaku baru-baru ini tercetus kerana perbuatan filem yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mengakibatkan hubungan sesama manusia semakin tegang. Keadaan ini sepatutnya boleh dielakkan tetapi kerana adanya sesetengah pihak yang tidak sensitif kepada agama lain terutama sekali produser filem yang melakukan tindakan bodoh tersebut maka telah berlakunya permusuhan antara manusia kerana perbezaan agama. Ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak warga Simpang Renggam dan juga bagi pihak parti Gerakan Rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang Buddhist ingin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan produser filem “Innocence of Muslims” yang mana telah mencetuskan suasana yang begitu tegang di antara dunia Islam dan Barat terutamanya Amerika Syarikat...
[Tepuk] Ini kerana di dalam satu dunia yang mempunyai pelbagai masyarakat yang berlainan agama kita semestinya menghormati dan bertolak ansur terhadap agama dan budaya lain. Saya juga berharap agar kita semua yang berada di negara Malaysia yang sentiasa aman dan damai ini dapat mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar di mana kita rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sepatutnya bersikap lebih bertoleransi dan bertolak ansur supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup dalam masyarakat sentiasa aman damai serta bersatu padu demi negara kita untuk maju ke depan. Jadi saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita terlalu kesempitan masa. Kita akan bagi dua minit kepada Yang Berhormat Hulu Selangor dan selepas itu dua minit bagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang tidak dapat dinafikan filem ini bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakan-rakan saya yang beragama Islam malah yang bukan beragama Islam juga marah kerana filem keluaran Sam Bacile ini tidak sama sekali mengambil kira perasaan orang-orang lain malah ada juga yang menyatakan kemungkinan besar ianya sengaja diwujudkan. Malaysia mengamalkan dan memberi pengiktirafan kepada semua agama malah dalam Rukun Negara kita ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ merupakan tunggak pertama yang menjadi denyutan setiap rakyat Malaysia. Malah Kerajaan Malaysia tidak pernah lesu membantu semua tempat-tempat beribadat di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan juga latar belakang.
Usul membantah ini akan memberi mesej yang jelas kepada masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dalam membantah filem Innocence of Muslims, yang bezanya ialah kita melakukan dengan cara yang lebih bertamadun dan rasional. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bekerjasama untuk menghormati toleransi yang lebih besar dan kefahaman ini merupakan ramuan untuk kita hidup secara aman dan harmoni. Isu filem ini bukan merupakan satu isu agama Islam semata-mata malah ini boleh berlaku kepada agama saya iaitu agama Hindu, agama Kristian, agama Sikhsm, agama Buddism. Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Dalam konteks yang sama Tuan Yang di-Pertua, dunia siber dikejutkan dua atau tiga hari yang lalu, ada seorang penceramah kontroversi agama daripada India, Dr. Zakir Naik akan mengunjungi Malaysia untuk mengadakan beberapa ceramah di seluruh Malaysia. Sekiranya beliau ingin memberi ceramah agama tiada masalah tetapi beliau sentiasa mencela dan menghina agama lain khasnya agama Hindu. Penceramah ini akan
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
merosakkan ramuan Malaysia, akan merosakkan harmoni yang ada di Malaysia. Beliau sentiasa mengkritik agama lain semasa ceramah beliau malah beliau dilarang pergi ke negara United Kingdom, Kanada dan Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak diri saya sendiri, bagi pihak parti MIC dan juga warga Hulu Selangor membantah filem ini dan menyokong penuh usul yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut mengutuk dan mengecam perbuatan menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga Islam melalui filem Innocence of Muslims yang diterbitkan oleh Nakoula Basseley, seorang yang berlatar belakangkan Yahudi ini.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa terbatas saya hanya hendak menjurus kepada apakah yang kita boleh pelajari daripada peristiwa penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan terhadap agama Islam ini iaitu satu pengajaran kepada rakyat Amerika supaya mereka melihat peristiwa yang berlaku ini sebagai sesuatu yang tidak baik kepada keselamatan mereka, rakyat Amerika sendiri. Mengambil kira apa yang berlaku di Libya dan kebangkitan umat Islam dalam menentang penghinaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Secretary of States, Hillary Clinton ada menyebut dalam kenyataannya di mana dalam pada Kerajaan Amerika Syarikat sendiri mengutuk ataupun mengatakan kesal terhadap penerbitan filem ini tetapi mereka kata kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini adalah kebebasan Amerika. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam kenyataannya mengulas tentang pembunuhan Duta Amerika di Libya menyatakan ini harga yang terpaksa dibayar dalam mempertahankan the so called American values iaitu kebebasan Amerika. Jadi, saya menyeru dan saya harap suara rakyat Malaysia melalui Dewan Rakyat pada hari ini didengari oleh seluruh rakyat Amerika bahawa nilai demokrasi yang mereka amalkan tidak memberi kebaikan kepada keamanan dunia sejagat malah terhadap rakyat mereka sendiri. Apakah kebebasan Amerika yang diberi kepada rakyat mereka boleh menghina agama termasuk agama Islam yang penduduknya melebihi 1.6 bilion di seluruh dunia ini.
Jadi, inilah perkara yang harus diberi perhatian dan bagi kita rakyat Malaysia pula harus belajar bahawa nilai kebebasan tanpa batas, nilai hak asasi yang mereka perjuangkan tidak sesuai dengan negara kita ini. Kita selamat hari ini kerana dalam kita mengamalkan demokrasi, kita sebut dengan perkataan yang mudah – demokrasi terpimpin.
Allahyarham P.Ramlee sudah lama sebut. Dengan masyarakat majmuk, pelbagai budaya, pelbagai agama, pelbagai sensitiviti, kita mengamalkan demokrasi terpimpin. Ada kebebasan tetapi ada hak-haknya yang menjamin kita survive sampai sekarang ini. Oleh itu untuk menentukan bahawa negara kita survive dan tidak ada penghinaan seperti yang berlaku di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat, kita kena nyahkan budaya demokrasi Amerika daripada bumi kita ini termasuk mana-mana pemimpin yang ada kecenderungan untuk menyokong Dasar Amerika Syarikat. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berjanji akan pastikan tidak akan membenarkan mana-mana agama dihina di muka bumi ini.
Maka, oleh kerana itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kubang Kerian yang telah membentang usul ini. Juga kepada Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Pasir Mas yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dan kepada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
semua Ahli-ahli Parlimen yang hadir dan tidak hadir yang turut insya-Allah bersetuju untuk meluluskan usul ini.
Tuan Yang di-Pertua, penghinaan yang dilakukan oleh Barat terhadap agama Islam ini bukan sekarang ini. Ianya bermula belasan tahun dahulu apabila Salman Rushdie telah mengeluarkan satu buku yang menghina Islam dinamakan sebagai Satanic Verses yang bermaksud bahawa verses ini dalam Bahasa Malaysia ialah ayat-ayat suci Al-Quran dan Satan itu dalam Bahasa Malaysia adalah syaitan. Jadi, segala apa yang dikeluarkan oleh agama Islam diibaratkan sebagai ayat-ayat syaitan. Kemudian pada tahun 2006, kartun Rasulullah dikeluarkan oleh akhbar di Denmark. Pada tahun 2010 kartun yang sama dikeluarkan di Norway.
Kemudian pada tahun ini kalau kita masih ingat, ada berlaku pembakaran seratus naskhah Al-Quran oleh enam orang askar Amerika Syarikat di Afghanistan iaitu pada 6 Februari 2012 – tahun inilah. Selepas itu kita juga dengar bahawa ada pembakaran Al- Quran oleh seorang paderi Kristian, namanya Terry Jones di Texas pada tahun ini. Tidak cukup dengan itu ada pula akhir-akhir ini dikeluarkan satu filem yang dinamakan Innocence of Muslims, bermaksud bahawa orang-orang Islam ini semuanya orang kata apa – tidak faham tentang ajaran Islam ini, dikeluarkan di Amerika Syarikat pada minggu lepas September 2012. Tidak cukup dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dalam masa satu atau dua hari selepas itu pula satu majalah daripada Perancis yang dinamakan Charlie Hebdo, majalah Perancis, mengeluarkan lagi kartun Nabi Muhammad SAW.
Ini sebenarnya satu perkara yang dikenali di tamadun Barat sebagai perkara- perkara yang dianggap sebagai bless mess tetapi sekarang dianggap sebagai legit atas nama kebebasan bersuara. Akan tetapi kita semua faham iaitu kebebasan bersuara ini sudah pasti mesti ada hadnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Malah kalau kita lihat kepada Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, artikel 19 jelas menyatakan iaitu kebebasan bersuara menuntut bersama dengannya tanggungjawab khas ataupun special responsibility dengan izin dan dihadkan dengan undang-undang yang diperlukan bagi menghormati hak dan reputasi orang lain dan untuk perlindungan keselamatan negara atau kesejahteraan awam.
Artikel 20 juga menyatakan iaitu bahawa hasutan dari aspek kebangsaan atau dengan izin nationality kaum atau agama yang mengandungi diskriminasi permusuhan atau keganasan adalah dihalang oleh undang-undang. Jelas iaitu bahawa kebebasan bersuara yang disebutkan di Amerika Syarikat itu sebenarnya tidak mengikuti artikel 19 dan 20 Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu.
Saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat Kubang Kerian sebut dan juga dengan Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu tentang hipokrasi yang wujud di mana orang-orang Yahudi diberikan perlindungan khas. Kalau kita melihat tentang undang- undang yang ada di Perancis, Sweden, Switzerland dan juga United States of America, jelas undang-undang menghalang kebencian terhadap Yahudi, boleh pula. Bermakna iaitu bahawa tidak boleh mengeluarkan kenyataan sama ada berbentuk suara ataupun dokumen yang mendatangkan kebencian terhadap Yahudi. Di situ kebebasan bersuara tidak diaplikasikan.
Kemudiannya kita juga tahu iaitu bahawa seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu kalau kita menafikan tentang berlakunya holocaust. Ia juga merupakan satu kesalahan dan ini merupakan undang-undang yang wujud di Perancis, Jerman dan Itali. Kalau menafikan bahawa holocaust itu pernah berlaku, itu juga merupakan kesalahan di ketiga-tiga buah negara ini. Malah kalau tidak silap saya, Parlimen Perancis telah mengeluarkan satu usul mengatakan iaitu bahawa Turki bersalah kerana telah melakukan ini terhadap Armenia.
Salah satu kesalahan. Kemudian juga, tidak cukup dengan bersuara. Kalau sekali pun kita menunjuk simbol-simbol Nazi iaitu simbol-simbol Nazi-nazi yang telah membunuh begitu ramai orang-orang Yahudi semasa holocaust dahulu, itu juga merupakan kesalahan.
Penggunaan simbol Nazi adalah kesalahan di Perancis, Austria dan Denmark. Akan tetapi kalau hendak hina Islam, okey.
Akhir-akhir ini pun, hina Islam okey. Akan tetapi kalau hendak tunjuk gambar Kate William yang telanjang, itu tidak okey. Sehinggakan United Kingdom sanggup pergi ke mahkamah di Perancis untuk mengambil satu keputusan mahkamah menghalang gambar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kate William yang bogel di atas itu tidak dibenarkan untuk disebarkan bukan sahaja di Perancis, di mana-mana pun. Akan tetapi penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu dianggap sebagai satu perkara yang dalam bahasa Inggeris is game, boleh. Jadi inilah hipokrasi yang berlaku di negara barat yang menyebabkan datangnya perasaan marah di kalangan orang-orang Islam yang pada hari ini jelas kita dengar iaitu bahawa bukan sahaja orang-orang Islam yang merasa marah tetapi rakan-rakan kita, orang Cina, orang India, orang Iban yang menganuti agama Buddhist, Confusionkah, apakah Hindu dan juga Kristian, kita tidak gembira dengan apa yang berlaku pada hari ini.
Maka oleh sebab itu Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya video anti Islam yang menjadi punca protes anti Amerika di beberapa buah negara Islam seluruh dunia*.
[Tepuk]* Video anti Islam yang dihasilkan atas dasar kebebasan mutlak bersuara itu satu penipuan dan hipokrasi di negara-negara Barat termasuklah di Amerika Syarikat dalam mencetuskan penentangan dan kemarahan masyarakat Islam di seluruh dunia. Kemarahan yang melampau itu di Mesir dan Libya telah menyebabkan kematian Christopher Stevens iaitu Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga kakitangannya di Benghazi. Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah seperti yang dikehendaki oleh Konvensyen United Nation hendaklah dilaksanakan secara berhemah dan penuh bertanggungjawab.
Perlembagaan Malaysia di bawah Artikel 10 memperuntukkan hak-hak kebebasan bersuara. Namun seperti mana yang kita maklum, hak ini bukanlah satu hak yang mutlak dan kebebasan menghina atau memfitnah tidak harus dibenarkan sehingga boleh menjejaskan kehidupan serta keharmonian masyarakat antarabangsa. Penghasilan video anti Islam sebagai contoh telah memburukkan lagi polemik antara negara-negara Barat dengan negara-negara Islam. Malaysia juga berpendirian bahawa pandangan serta tindakan ekstrem atau melampau dan keganasan yang dilakukan oleh beberapa pihak tidak boleh diterima sama sekali. Keganasan akan dibalas juga dengan keganasan. Oleh itu masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa yang sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa-apa cara sekali pun.
Maka untuk memupuk toleransi dan persefahaman, suara yang waras dan sederhana perlu menenggelamkan suara kebencian dan ekstrem yang dilaung-laungkan oleh kelompok pelampau. Dalam mempromosikan gerakan kesederhanaan global GMM Malaysia ingin melihat suara-suara sederhana membidas persepsi negatif terhadap semua agama dan kepercayaan. Masyarakat ini juga menyokong amalan kesederhanaan sebagai nilai yang penting untuk mengatasi semua bentuk ekstremisme.
Berkenaan dengan isu filem kontroversi Innocence of Muslims, di Malaysia, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri telah menyemak dan didapati siaran sedutan filem Innocence of Muslims hanya disiarkan dalam laman sesawang Youtube sahaja. Ia mengandungi unsur-unsur kontroversi yang bercanggah dengan akidah dan ajaran Islam. Bahagian ini juga telah menyemak sejarah tapisan filem dan sehingga hari ini tidak ada sebarang permohonan tonton tapis diterima bagi tajuk filem ini. Berdasarkan empat aspek utama yang terkandung dalam garis panduan penapisan filem 2002 iaitu:
(a) keselamatan dan ketenteraman awam;
(b) keagamaan;
(c) sosiobudaya; dan
(d) ketertiban dan ketatasusilaan Malaysia melalui pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) kalau sekiranya ada permohonan tidak akan meluluskan penayangan filem Innocence of Muslims yang mempunyai unsur kontroversi terhadap agama Islam [Tepuk] serta boleh mengganggu- gugat ketenteraman awam.
Kedua, pada 17 September 2012, pihak Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah menghantar satu permohonan perundangan untuk menyekat video tayangan filem tersebut. Pihak SKMM dengan kerjasama Google Malaysia dan pihak Youtube yang berpangkalan di luar negara telah menyekat tayangan video asal tersebut daripada dimainkan di Malaysia sahaja. Namun kekangan yang dihadapi adalah tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
memuat naikkan salinan-salinan video tersebut. Apa yang mungkin dapat dilihat adalah salinan, variasi atau adaptasi dari video asal tersebut. Sehingga semalam iaitu 24 September 2012, sejumlah 324 pautan yang menayangkan salinan video tersebut telah disekat oleh Youtube. Pada pagi ini iaitu 25 September 2012, senarai 71 pautan baru telah dikemukakan kepada Youtube untuk siasatan dan sekatan akses di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih meneruskan usaha untuk memantau setiap hari serta menghalang akses kepada video tersebut dengan kerjasama Google Malaysia dan Youtube yang berpangkalan di luar negara.
Ketiga, Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pemeriksaan untuk memastikan tidak ada penyebaran atau penjualan pita filem Innocence of Muslims dalam pasaran Malaysia dan setakat ini tiada ada sebarang bentuk pengedaran atau penjualan ditemui bagi filem tersebut di negara.
Keempat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan pada 20 September 2012. Filem anti Islam berjudul Innocence Muslims dan percetakan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah Perancis adalah satu perkara yang tidak berfaedah dan telah menyinggung perasaan mereka yang berpegang kepada agama Islam. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa video itu merupakan sebuah penghinaan dan sememangnya wajar dikutuk oleh pemimpin-pemimpin dunia. Charlie Hebdo mungkin tidak melanggar undang- undang Perancis dalam mencetak karikatur itu dalam etikanya membuat sesuatu keputusan seharusnya dipertikaikan. Contohnya dalam penghasilan video ini yang akan menimbulkan provokasi lebih-lebih lagi pada masa kini yang keadaannya telah sedia genting.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah terlampau dan sewajarnya dikecam oleh pemimpin-pemimpin dunia dan telah menyeru penganut Islam untuk bertenang dan tidak menunjukkan rasa tidak puas hati menerusi keganasan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyeru agar umat Islam terus bertindak secara aman dan bukannya berpaling kepada keganasan untuk menunjuk perasaan. Kini rakyat Malaysia seharusnya meningkatkan lagi penghormatan, toleransi dan persefahaman kita antara satu sama lain agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Malaysia telah menjemput negara-negara lain tidak mengira bangsa dan agama untuk menyertai pelaksanaan Gerakan Kesederhanaan Global.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang melahirkan rasa kurang senang dan telah mengutuk sekeras-kerasnya video anti Islam tersebut serta menyeru agar amalan kesederhanaan di kalangan masyarakat dapat dipupuk sebagai nilai penting yang diteraskan dalam Gerakan Kesederhanaan Global untuk mengatasi semua bentuk ekstrem.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen dan kita mengharapkan supaya usul ini akan diterima sebulat suara untuk menyatakan perasaan tidak puas hati kita di atas tindakan pengeluaran filem Innocence of Muslims baru-baru ini. Sekian terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sahaja perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan dengan demikian saya tutup perbahasan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu 26 September 2012.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]