Sep242012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua *mempengerusikan Mesyuarat*****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut:-

  1. Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012; 2. Akta Perbekalan Tambahan (2012) 2012; 3. Akta Pelindung (Pindaan) 2012; 4. Akta Perubatan (Pindaan) 2012; 5. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012; 6. Akta Umur Persaraan Minimum 2012; 7. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012; dan 8. Akta Francais (Pindaan) 2012.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “17 Julai 2012 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012; 2. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012;

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012; 4. Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012; 5. Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012; 6. Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012; 7. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012; dan 8. Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2012.

Yang Ikhlas, t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah pencapaian yang telah dikecapi melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memastikan rakyat menikmati kestabilan ekonomi dan ekonomi negara sentiasa berdaya saing dalam ekonomi global.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu dan juga selamat datang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan Rakyat kali ini.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah giat dilaksanakan sejak September tahun 2010 dengan tujuan untuk membawa ekonomi Malaysia ke arah negara yang berpendapatan tinggi dengan mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) sebanyak RM48,000 per kapita pada tahun 2020. Sasaran ini dapat dicapai dengan memantapkan 12 National Key Economic Areas (NKEA). Prestasi ETP bagi tahun 2011 amat menggalakkan dengan pencapaian GNI sebanyak RM830 bilion berbanding dengan sasaran RM797 bilion.

Pelaburan sektor swasta juga berjaya mencapai RM94 bilion berbanding dengan sasaran RM83 bilion. Butir-butir terperinci bagi EPP (Entry Point Projects) yang berada di bawah payung ETP akan diterbitkan dalam laporan tahun 2011. Dengan angka-angka yang disahkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC).

Pada September 2012 untuk maklumat Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tujuh projek baru yang bernilai RM5.607 bilion dalam pelaburan yang dijangka akan menjanakan RM2.361 bilion GNI dan 18,522 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Ini merupakan pengumuman kesepuluh daripada tahun 2010.

Dari sudut daya saing seperti mana yang diajukan oleh Yang Berhormat, melalui inisiatif ETP, kerajaan telah berusaha ke arah meningkatkan daya saing negara. Untuk ini Yang Berhormat, beberapa SRI (Strategic Reform Initiatives) telah diusahakan untuk mencapai sasaran ETP. Antara inisiatif yang telah dilakukan ialah Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan pada permulaan tahun yang bertujuan untuk mengurangkan semangat anti persaingan. Tambahan pula, standard Malaysia telah mula proses untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk mengamalkan standard antarabangsa ke atas barangan Malaysia melalui pindaan yang dibuat dalam Akta Standard Malaysia 1996.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui penerbitan FDI Confidence Index 2012, organisasi penyelidikan bebas antarabangsa A.T. Kearney dalam laporannya telah meningkatkan taraf Malaysia ke nombor 10 pada tahun 2012 di mana Malaysia naik dari nombor 21 pada tahun 2010.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tambahan pula dalam penerbitan World Bank, ‘Ease of Doing Business Report 2012’, Malaysia telah naik ke nombor 18 pada tahun 2012 dari nombor 23 pada tahun 2011.

Oleh itu adalah nyata bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia memang komited dan akan terus berikhtiar untuk membawa negara Malaysia maju sehingga berjaya mencapai taraf berpendapatan tinggi.

Dimohon kerjasama semua pihak di sini dan di sana untuk mengilhamkan perjuangan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan.

Apakah rancangan kerajaan dalam membantu rakyat yang susah khasnya di bandar-bandar dan kampung-kampung pedalaman di seluruh negara terutama sekali di Sarawak dan Sabah? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Maka daripada enam SRI yang dibuat itu, limanya fokus kepada pertumbuhan ekonomi yang sihat seperti dengan izin Tuan Yang di-Pertua, competition, standard and liberalization, public service delivery, human capital development, public finance, government role in business and narrowing disparities. Daripada itu dua akan fokus kepada rakyat yang kurang berada. Itu sebabnya kita ada konsep 1Malaysia sekarang. Kedai 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia. Banyak skim-skim ini adalah berfokus kepada kumpulan sasaran yang memerlukan bantuan. Maka rasionalisasi subsidi kita juga akan fokus kepada yang memerlukan bantuan, yang kurang berada, RM3,000 ke bawah pendapatan menjadi fokus.

Maka termasuk Sabah, Sarawak kumpulan ini akan dapat bantuan yang cukup besar. Kita berdoa dan kita berharap bahawa belanjawan kita bakal akan datang juga akan menyasarkan kepada kumpulan ini. Jangan risaulah, itu denyutan kerajaan Barisan Nasional, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Timbalan Menteri yang menjawab dengan bersungguh untuk menyatakan pencapaian GTP ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu melanjutkan persoalan daripada Bintulu dengan mengingatkan Timbalan Menteri bahawa dalam tahun 2011, ketika Global Competitive Report menyatakan tentang kenaikan lonjakan lima mata daripada 25 kepada tangga 21, PEMANDU segera menyatakan bahawa ini adalah kerana program-program GTP dan ETP.

Namun tahun lalu Global Competitive Report menyatakan dan merakamkan kejatuhan empat anak tangga ke paras sekarang ini ke tangga 25. Apakah PEMANDU bersedia menerima bahawa ia juga adalah kerana permasalahan dalam pelaksanaan mahupun konsep GTP itu atau ETP itu, ataupun lebih tepat lagi perkara yang disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin lanjutkan persoalan ini, permasalahan persaingan.

Akta Persaingan yang dilihat, the crowding out effect, kerana persaingan yang tidak memberikan free and fair competition. Justeru kerana keterlibatan GLC’s dalam pelbagai bidang yang meminggirkan golongan private sectors. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang saya bersemuka dalam debate baru-baru ini.

Maka Tuan Yang di-Pertua, Global Competitive adalah salah satu daripada rating agency. Ada banyak rating agency. Kita balik kepada semua ukuran-ukuran rating agency ambil secara menyeluruh, jangan pergi satu dan memutarbelitkan Dewan.

[Disampuk] Itu penting.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, sayugia diingatkan bahawa dalam pencapaian ekonomi Malaysia memang cantiklah. Itu ikhlas daripada hati, ikhlas dari hati itu. Pertama, Malaysia pada quarter satu, suku tahun pertama 2012 berbanding dengan Singapura, Korea, Thailand,

final • 10:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Taiwan dan Hong Kong, kita 4.7%. Singapore – 1.4%, South Korea – 2.8%. Kita ini GDP growth. Taiwan – 0.4%, Hong Kong 0.4%. Itu kenyataan.

Kedua, saya bagi satu contoh lagi. Dengar Yang Berhormat. Satu contoh. Facebook nombor satu dia punya IPO, USD16 billion. Malaysia *number two, FELDA Global Ventures – USD3.3 billion.

[Tepuk]* Nombor tiga IHH Healthcare, nombor tiga di dunia USD2 billion. Nanti dulu.

Facebook - USD38 billion dia punya IPO. Keluar dia. Sekarang baru USD22.86 dia punya harga. Akan tetapi FELDA masih boleh tahan. RM4.55 sekarang, RM4.82.

[Disampuk] Nanti dulu. Jangan bising Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You have been jacking it up with KWSP punya duit itu.

final • 10:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

IHH Healthcare, RM2.80 sekarang 3.18.

[Tepuk] Apa lagi! angka-angka sudah berbicara. Come join us in fight for economic development. Jangan bising sangat.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Kerajaan Persekutuan memandangkan sumber pendapatan tidak berkembang secara signifikan serta peningkatan hutang negara ke paras yang membimbangkan berjumlah RM437 bilion dan defisit yang berterusan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi mengimbangi pendapatan hasil negara.

Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan adalah dengan mengeluarkan pekeliling dan surat pekeliling mengenai perbelanjaan berhemah yang menggariskan elemen-elemen kawalan perbelanjaan termasuk merancang pembelian aset dengan lebih teliti, mengadakan majlis dan keraian secara sederhana dan sebagainya.

Selain daripada itu, kerajaan juga menyediakan peruntukan yang sewajarnya melalui pemeriksaan bajet tahunan yang lebih ketat dengan mengkaji semula peruntukan sedia ada dan mengenal pasti penjimatan dalaman kementerian, jabatan dan agensi dengan mengambil kira keupayaan kementerian untuk melaksanakan program atau aktiviti serta memastikan tidak berlaku pertindihan dalam melaksanakan projek dan program kerajaan.

Pada masa yang sama, kerajaan telah memperkenalkan pengurusan nilai atau value management dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai alat pengurusan atau management tool di dalam pelaksanaan program dan projek kerajaan yang melebihi RM50 juta bagi mendapatkan pulangan yang maksimum. Melalui pelaksanaan value management, kerajaan berupaya mengenal pasti dan menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan.

Selain daripada itu, pengagihan semula sumber-sumber sedia ada seperti membuat penugasan semula atau redeployment bagi perjawatan atau sumber manusia untuk meningkatkan keberkesanan kos secara optimum. Kerajaan juga sedang mengenal pasti langkah-langkah pelaksanaan rasionalisasi subsidi secara berperingkat. Contohnya, kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen yang dianggarkan dapat memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini juga perlu mengambil kira bebanan golongan sasaran terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga akan memperkenalkan bajet berasaskan outcome atau OBB dalam sistem pengurusan kewangan kerajaan. OBB antara lainnya akan mengurangkan isu pertindihan projek ataupun program di antara kementerian, jabatan dan agensi yang akan membolehkan kerajaan memperoleh penjimatan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

OBB juga diperkenalkan bagi memberikan fokus pada outcome dan pelaksanaan projek atau program yang lebih efektif berbanding pada output dan jumlah perbelanjaan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Selain itu, perbelanjaan kerajaan akan memberikan tumpuan pada projek atau program yang mempunyai kesan penggandaan tinggi pada ekonomi dan value for money. Manakala Program Malaysia Blue Ocean Strategy (MBOS) dilaksanakan dengan melibatkan pemikiran di luar kebiasaan yang mengaplikasikan cara-cara kerja yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan kos yang minimum. Sebagai contoh, pelaksanaan sesuatu program dilaksanakan dengan menggunakan tenaga kerja atau kemudahan secara kerjasama di antara kementerian, jabatan dan agensi. Dengan cara ini, kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan pelaksanaan bagi sesuatu projek dan program.

Kementerian Kewangan juga meminta supaya Bank Dunia (World Bank) melaksanakan kajian Public Expenditure Review (PER) pada tahun 2011 bagi menilai keberkesanan dan kecekapan pengurusan perkhidmatan dan kewangan kerajaan. Kajian ini mengambil masa lebih kurang satu tahun merangkumi empat sektor iaitu pelajaran, pengajian tinggi, kesihatan dan perlindungan sosial berserta dua sektor cross-cutting iaitu pengurusan perkhidmatan awam dan pengurusan kewangan awam. Kementerian Kewangan telah mewujudkan satu jawatankuasa pemandu pelaksanaan PR yang bertujuan mengawal dan membantu pelaksanaan PR di peringkat kementerian dan agensi. Hasil tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) dan Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi. Kerajaan dan agensi peneraju sedang dalam proses melaksanakan cadangan-cadangan tersebut dan bagi cadangan-cadangan baru yang kritikal.

Kementerian dan agensi sedang memperhalus dan menilai kebolehlaksanaannya.

Sebagai kesimpulannya, kerajaan akan terus berusaha untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan seterusnya mengekang peningkatan hutang negara serta defisit yang berterusan. Sekian.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan tersebut. Walaupun tidak menyentuh aspek kedua tentang membengkaknya secara signifikan peningkatan hutang negara. Langkah-langkah yang diambil itu diumumkan tetapi bagaimana kita mengukur Tuan Yang di-Pertua, keberkesanannya ialah melalui umpamanya penilaian Ketua Audit Negara atau laporan Transparency International. Kita tidak mengusulkan supaya pemotongan itu atau pengurangan perbelanjaan menekankan isu-isu subsidi yang menimpa golongan miskin. Apa yang ditekankan ialah pembaziran ataupun disebut leakages dalam laporan Ketua Audit Negara termasuk rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kerugian yang besar.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum membaca, saya minta baca laporan Ketua Audit Negara.

Akan tetapi perkara yang dibangkitkan, aspek yang kedua tentang unjuran ini lari daripada unjuran yang diumumkan setiap tahun. Seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum, dari tahun 1988 sehingga tahun 2011, Belanjawan Negara secara purata mencatatkan -2.89% daripada KDNK. Rekod tertinggi hanya yang positif pada bulan Disember tahun 1997, 2.4%; dan, rekod terendah, negatif pada bukan Disember 2009. Apa yang disebut sebelum ini oleh Timbalan Menteri tentang kenyataan ini tidak mewakili semua laporan yang lain, itu tidak benar. Ini kerana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor hanya World Economic Forum.

Akan tetapi kalau kita baca Credit Suisse, Fitch Rating, Standard & Poor’s, semuanya memberikan gambaran yang cukup membimbangkan yang harus menuntut kita mengambil langkah yang serius mulai sekarang. Umpamanya Fitch Rating malah memberikan amaran bahawa tanpa tindakan menyelesaikan masalah yang disebut tadi dan melihat kepada profil kredit Malaysia yang meningkat, maka ada kemungkinan negara ini dan kewangannya itu weak, dengan izin “relative to those of its, ‘A’ range peers and Malaysia is now on par with more heavily indebted, ‘A’ range sovereigns such as crisis-hit Italy”. Amaran ini harus diambil secara serius sebab itu, langkah-langkah yang diumumkan itu tidak menepati kalau kita lihat laporan Ketua Audit Negara. Keduanya, unjuran tahun demi tahun, tidak pernah mencapai target seperti mana yang diumumkan. Oleh sebab itu, saya minta penjelasan apakah unjuran yang disebutkan oleh Menteri Kewangan tahun lalu itu, akan dapat dicapai berdasarkan kenyataan dan angka-angka serta data yang mutakhir yang diperoleh.

final • 10:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Pertanyaan tambahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, memang adalah ucapan. Memang ada banyak soalan khas tetapi untuk makluman

final • 10:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Yang Berhormat, soalan itu memang saya telah jawab seperti isu subsidi kita akan buat rasionalisasi secara berperingkat. Kita memang ada satu sasaran iaitu kita dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita hendak menurunkan kita punya defisit pada peringkat 3%, against our KDNK. Kita mesti tahu bahawa negara kita besar, 330,000 square kilometer.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Kita memerlukan kemudahan-kemudahan seperti jalan, electricity, air – bukan di Selangor.

Dia tidak mahu menjaga rakyat Selangor. Ini masalahnya.

Oleh itu, kita memerlukan perbelanjaan seperti yang kita, yang saya telah jawab tadi, kita memang open, very open. Kita minta World Bank, Bank Dunia datang untuk mengkaji perbelanjaan kita dan kita akan ambil langkah yang sewajarnya, yang proaktif, untuk kita jaga kewangan negara kita dengan baik. Sekian.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam keadaan 53% hutang negara sekarang ini yang kemungkinan langkah-langkah yang bakal diambil oleh kerajaan secara drastik untuk kita mengurangkan hutang ini dan kita berdepan juga dengan masalah-masalah global yang masih dalam peringkat membimbangkan. Serta kita tidak boleh melihat langkah-langkah yang diambil ini terutamanya kebergantungan pada natural resources, dengan izin dan berlaku pengurangan import yang ketara kepada negara-negara tradisi kita seperti EU dan Amerika Syarikat.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, dalam kita mengambil tindakan- tindakan yang boleh mengurangkan beban negara, apakah langkah-langkah yang lebih drastik termasuk constructive engagement yang dianggap perlu dilaksanakan, yang lebih jitu dan padu untuk kerajaan menangani masalah hutang negara yang lebih signifikan.

final • 10:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat sedia maklum, kadar perhutangan, debt to GDP ratio adalah 51.8% untuk tahun 2011. Memang kerajaan akan memastikan peratusan hutang kerajaan pada KDNK di bawah paras berhemah iaitu 55%. Angka ini kalau kita bandingkan dengan negara maju di Eropah, memang mereka lebih daripada 100%. Akan tetapi kita kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan jaga peratusan itu tidak melebihi.

final • 10:20 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Langkah-langkah yang lain yang akan kita ambil untuk memastikan kewangan kita kukuh, kita akan mengambil inisiatif yang baru-baru ini kita membuat road show untuk menjalankan GST, kita memang hendak mendapatkan feedback daripada rakyat sebelum kita mengambil langkah itu. Langkah-langkah yang lain kita memang berharap kita akan mendapat lebih foreign investment, pelabur asing yang datang ke negara kita dan kita berharap pihak di sebelah sana jangan selalu melakukan demonstrasi. Suka berdemonstrasi tidak suka pun demonstrasi.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Ini menjadi masalah yang kita hadapi kerana seperti yang kita tahu seperti MRT, buat MRT di dunia, tidak pernah ada negara yang membuat demonstrasi tetapi di Malaysia ini bukan pemilik yang di sana, inilah yang dilakukan oleh parti di sebelah sana, itu yang menjadi masalah kita. Oleh itu semua ada tanggungjawab supaya negara kita boleh terus maju, sekian.

final • 10:30 AM

3. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah tema sambutan hari kebangsaan “Janji Ditepati” diterima rakyat keseluruhannya berbanding dengan tema hari kebangsaan oleh negeri-negeri pembangkang serta sejauh manakah perbezaan tema menggambarkan kurangnya semangat “kebangsaan”.

final • 10:30 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, dengan hormat saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Sungai Petani pada tanggal 24, 25 dan 26 September 2012. Seterusnya 11, 15, 16, 17, 23 dan 30 Oktober 2012 dan pada 1, 7, 21, 25, 26 dan 27 November 2012 kerana semua itu menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan sambutan Hari Kemerdekaan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati”, yang telah dipersetujui Jemaah Menteri. Tema ini dipilih bertujuan mengetengahkan kembali perspektif sejarah kemerdekaan negara dan komitmen pembangunan serta kebajikan kepada rakyat Malaysia. Menerusi maklum balas yang diterima berdasarkan penglibatan dan sokongan rakyat pelbagai kaum dan lapisan umur terhadap program-program yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah. Maka kerajaan dapat menyimpulkan bahawa sambutan, semangat, sokongan dan perpaduan di kalangan rakyat berada pada tahap yang amat membanggakan.

Walaupun negeri-negeri di bawah pembangkang cuba membuat beberapa peralihan tema dan beberapa langkah sangkalan lain termasuk dari sudut lagu, logo dan lain-lain, usaha kerajaan tetap mencapai kejayaan seperti yang dibuktikan di upacara sambutan dan perbarisan di Dataran Merdeka, di sekitar Stadium Bukit Jalil yang secara keseluruhan melibatkan lebih 150,000 anggota masyarakat pelbagai kaum khasnya warga muda.

Tuan Yang di-Pertua, perayaan Merdeka dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September 2012, masing-masing telah membuktikan bahawa antara rakyat dan negara serta antara rakyat dan kerajaan tidak dapat dipisahkan. Berhubung perbelanjaan yang terlibat di bawah jagaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ialah RM5.4 juta dan baki peruntukan yang masih ada RM1.7 juta.

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kerajaan negeri pembangkang ini tidak payahlah hendak sibuk-sibuk, kerajaan negeri pembangkang tidak payah hendak sibuk- sibuk pilih tema Hari Kebangsaan...

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana ada kerajaan pembangkang?

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

...Yang berbeza daripada Kerajaan Pusat.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Berapa lama sudah duduk dalam Dewan Parlimen, tidak tahu...

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

...Kerana manifesto PRU-12 pun tidak dapat ditunaikan. Saya punya soalan kepada Yang Berhormat Menteri, ini takut dengan tema “Janji Ditepati” kerana tahu kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji, janji ditepati.

Penakut! Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, agaknya ini mendapat sumbangan daripada penyangak Geogre Soros agaknya ini, itu yang beria sangat hendak buat tema, pembangkang ini.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Soalan kepada Yang Berhormat Menteri, apalah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan kerajaan negeri-negeri pembangkang ini tidak prejudis dan tidak menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif persekutuan sebagaimana yang disarankan dalam Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan.

Penakut, terima kasih banyak.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara. Penuh semangat sebagai satu jolokan awal pagi ya.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tetap Malaysia di bawah gagasan perjuangan rakyat untuk negara sepatutnya soal kemerdekaan tidak ada belah bahagi. Akan tetapi oleh sebab kenaikan nafsu supaya mempengaruhi rakyat sedemikian rupa begitu tinggi maka kita telah diberikan jendela untuk memikirkan ada tema lain, ada logo lain dan ada pendekatan lain.

Di atas pandangan Yang Berhormat Tenggara tadi, yang terpenting bagi kita ialah memberikan semangat cinta kepada negara itu pada semua pelajar, kepada semua peringkat, orang muda dan mereka yang mempunyai tanggungjawab terus menerus menerusi keluarga dan pekerjaan. Dengan serlahan-serlahan yang kita buat sedemikian, lama- kelamaan kekitaan sebagai satu negara akan dapat kita capai. Akan tetapi kalau hanya untuk menyuarakan bahawa kita mempunyai idea lain, ini memang boleh dibuat tetapi Malaysia

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

tidak akan terkenal dan justeru waima pembangkang atau dari kerajaan, kita mesti satu hati apabila perkara berhubung dengan kemerdekaan 31 Ogos dan apabila Hari Malaysia, 16 September muncul dalam perjuangan kita.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bukankah benar bahawa slogan “Janji Ditepati” awal-awal telah digunakan sebagai slogan Barisan Nasional dalam usaha untuk mengekalkan kuasa dalam PRU-13 dan bukankah penggunaan slogan ini merupakan satu hijacking oleh Barisan Nasional di dalam satu peristiwa yang sepatutnya nasional dan untuk menyatupadukan rakyat dan bukan untuk memecahkan rakyat. Kedua, bukankah benar bahawa “Janji Ditepati” ini tidak ditepati

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

dan boleh dilihat di dalam banyak perkara-perkara seperti untuk membasmi rasuah di mana Malaysia berada di tangga terendah sekali di dalam Transparency International, Corruption Perceptions Index. Baru-baru ini terdapat laporan Bruno Manser Fund Report bahawa Ketua Menteri Sarawak telah mengumpulkan harta benda sebanyak USD15 bilion atau RM46 bilion dan terkaya sekali dan Perdana Menteri kata tidak perlu layan. Bukankah ini janji tidak ditepati?

Kedua, mengenai jenayah, komitmen kerajaan untuk membasmi kadar jenayah dan sungguhpun angka NKRA ada penurunan dua digit dan dakwaan kerajaan bahawa Malaysia terselamat sekali dalam Asia Tenggara tetapi rakyat rasa lebih takut mengenai fear of crime. Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak selamat dan ketiga, mengenai Malaysia lebih kompetitif, kerajaan Barisan Nasional masih dalam denial, di mana tidak mahu mengakui bahawa Global Competitive Report, kita sudah jatuh empat angka.

final • 10:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Akhirnya mengenai Sabah dan Sarawak, bukankah benar bahawa ada rasa kecewa yang seluas-luasnya bahawa harapan mereka, mimpi mereka supaya boleh dapat tahap pembangunan sekadar dengan Semenanjung Malaysia tidak dicapai dan apa yang termaktub dalam Batu Sumpah Keningau mengenai tanah, agama, dan adat pun tidak ada dipenuhi?

Bukankah ini sebenarnya patutlah menjadi satu kajian yang seberapa dalam?

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Sudah lama tidak dengar Yang Berhormat Ipoh Timur ini, meracau ya?

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, dengan hormat saya beri reaksi kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Akan tetapi sebelum saya memberi butiran yang terfikir oleh saya, saya sebutlah begini; *Benang-benang tali kecapi; Tengah sawah ada rusa; Yang senang tukang caci; Yang susah tukang bina.

[Tepuk]* Ini dalam ertinya ini. Bahawa Ahli Yang Berhormat berada di Dewan ini, semua kita adalah hasil ‘Janji Ditepati’ Barisan Nasional. Bahawa kita telah singkirkan ISA, ganti dengan undang-undang yang berimbang adalah perjuangan janji ditepati oleh Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, ini hanya dua perkara yang asas kepada kita. Akan tetapi sama ada kita mahu terima bahawa kita sudah maju ataupun telah berbudi, terserah kepada Yang Berhormat. Kita sudah lama berjuang. Akan tetapi kalau sentiasa melihat yang buruk, yang dikritik oleh orang, sampai bila pun kita tidak boleh maju dan tidak boleh mencapai.

Berhubung dengan pandangan Yang Berhormat bahawa orang sana rasuah, orang sini rasuah, sistem yang sudah kita wujudkan ini telah menunggak negara kita sedemikian hebat sampai sekarang. Dan dengan adanya sistem yang telah kita wujudkan ini, Yang Berhormat di sana boleh menjalankan khidmat dengan baik dan dengan pujian yang dapat dari rakyat sebahagian kecil daripadanya, itu pun markah ‘Janji Ditepati’ oleh Barisan Nasional.

Tanpa kita menyorot lebih panjang, Pulau Pinang, anakanda Yang Berhormat Ipoh Timur dapat sebagai Ketua Menteri, ini sistem demokrasi siapa?

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ini sistem demokrasi kita. Selangor sampai ke tangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang, saudara-saudara di sana pegang tampuk sekarang, sistem kita yang memberi kita ‘Janji

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Ditepati’.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Beginilah! Kalau kita hendak kira yang baik dan yang buruk dalam tanah air kita, yang baik itu lebih hebat daripada yang tidak baik. Jadi Yang Berhormat Ipoh Timur terpaksa bersama-sama kami dengan menyatakan janji ditepati semenjak merdeka, hari Malaysia sampai saat ini adalah janji yang tepat dikecapi oleh masyarakat Malaysia yang kita cintai.

final • 10:40 AM

4. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran mata wang asing (Forex) dari tahun 1990 hingga 2012. Siapakah yang dikenal pasti bertanggungjawab dan mengapakah tidak ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, segala urusan hal ehwal dan operasi Bank Negara Malaysia termasuklah urusan rizab antarabangsa dilaporkan setiap tahun dalam Penyata Kewangan Tahunan Bank Negara Malaysia. Oleh itu, segala kerugian dan keuntungan dalam pengurusan rizab antarabangsa telah pun dilaporkan.

Kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia berkaitan pertukaran wang asing pada awal tahun 90-an adalah sebanyak RM5.7 bilion seperti yang dilampirkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 1993. Kerugian ini telah dilunaskan atau amortized dalam masa 10 tahun sehingga tahun 2002. Semenjak peristiwa tersebut dan seperti yang telah dinyatakan oleh mantan Menteri Kewangan pada tahun 1994, Bank Negara Malaysia tidak lagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan risiko tersebut berulang.

Dalam menguruskan rizab antarabangsa, Bank Negara Malaysia telah pun mengambil langkah-langkah untuk menetapkan pengurusan rizab dan melaksanakan tadbir urus yang ketat dengan memperkenalkan proses pelaburan berasaskan jawatankuasa di mana perkongsian akauntabiliti di antara pengurusan kanan diperluaskan. Selaras dengan amalan persaraan terbaik, Bank Negara Malaysia juga telah memperkenalkan penanda aras atau benchmark pelaburan dan kawalan risiko dalam pengurusan rizab antarabangsa. Unit Pengurusan Risiko Perbendaharaan juga telah ditubuhkan untuk menilai dan memantau risiko pelaburan. Aktiviti-aktiviti pelaburan rizab juga turut diawasi dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit dalam Bank Negara Malaysia. Sekian.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Senator tentang tindakan yang diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab kerana ini tidak dijawab tadi, memandangkan bahawa jumlah yang terlibat adalah begitu besar, RM5.7 bilion. Mengapakah pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab – kerana George Soros dicaci sebagai penyangak yang menjejaskan pasaran pertukaran wang asing. Akan tetapi adakah pihak kerajaan sedar bahawa masa itu Bank Negara juga melibatkan diri dalam kegiatan yang sama iaitu memperjudikan wang negara dalam pasaran pertukaran mata wang asing?

Mengapakah pada masa itu, apabila penyangak Malaysia di mana kalau kita ikut kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Bank Negara pada masa itu, gunakan komputer di beberapa bilik atau di beberapa meja untuk menimbulkan satu keadaan bahawa mata wang tertentu akan naik supaya boleh meraih keuntungan, mengapa pihak yang bertanggungjawab itu tidak diambil tindakan tetapi sebaliknya dinaikkan pangkat sehingga sekarang menjadi Ahli Parlimen Tasik Gelugor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Kalau ini adalah ’Janji Ditepati’, saya rasa ia harus ditukar kepada ‘Jampi Ditepati’.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya bertanya apakah jumlah sebenar kerugian yang ditanggung kerana adakah ia setakat RM5.7 bilion? Ini kerana mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh pun akan sahkan bahawa jumlah yang terlibat tidak mengambil kira contingent liabilities dan ini adalah sesuatu perkara yang amat penting. Saya harap Yang Berhormat boleh menjawab perkara ini dengan serius kerana kalau RM5.7 bilion pada tahun 1993 atau 1994, itu besar. Hari ini sudah besar tetapi kalau tahun 90-an, itu satu jumlah yang besar, dan yang kita risau ialah mungkin yang lebih kerana yang selebihnya ditutup oleh pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan. Untuk makluman Yang Berhormat, soalan yang pertama Yang Berhormat tanya mengenai isu yang kita tidak ambil tindak atas pegawai kanan. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya telah jawab tadi, perkara ini berlaku pada tahun 90-an dan kita telah buat laporan di Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia Tahun 1993.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Pada masa itu Menteri Kewangan Malaysia adalah Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Kita hendak ambil tindakan. Akan tetapi kita hendak ambil tindakan mereka pergi buat aduan dari luar. Itu yang masalahnya. Sikit-sikit kita ambil tindakan mereka buat heboh.

Oleh itu Yang Berhormat kalau hendak tahu isu ini lebih baik bincang dengan jiran Yang Berhormat Bagan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Dekat-dekat sahaja. Kita memang serius dalam isu ini.

Soalan yang kedua jumlah RM5.7 bilion itu...

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini menyentuh peribadi. Ini bukan jawapan mengenai dasar.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau perkara peribadi ini betul atau tidak kita tidak tahu. Sama ada Yang Berhormat Menteri ini misleading Parlimen ataupun tidak. Ini perkara yang serius. Kita hendak dapatkan jawapan dari isu dasar.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat Batu wakil George Soros.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia jurucakap George Soros.

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini sudah digunakan platform ini untuk serang.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

final • 10:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Secara peribadi.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

final • 10:50 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua jumlah RM5.7 bilion itu adalah angka yang dilaporkan di dalam laporan iaitu pada tahun 1993. Kita memang tahu isu ini. Kita tahu Yang Berhormat Permatang Pauh ialah Menteri Kewangan pada masa itu sampai tahun 1998. Kalau hendak mengambil tindakan-tindakan dan lain boleh ambil dan lima tahun itu. Tidak akan tunggu 20 tahun baru tanya.

final • 10:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Yang Berhormat Bagan sama Yang Berhormat Permatang Pauh pakat.

final • 10:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini yang dinamakan soalan bunuh kawan.

[Tepuk] Saya rasa..

final • 10:50 AM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini soalan bola tanggung ini. Bola tanggung.

final • 10:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya rasa Yang Berhormat Permatang Pauh pun agak marah soalan ini ditanya pada hari ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini lanjutan daripada apa yang disebutkan tadi. Sedar ataupun tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri saya rujuk kepada kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat ini pada 27 April 1993 pada hari Selasa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, bapa kepada yang tanya soalan tadi.

Dia kata selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing bank negara ini. Disebabkan ini ministerial responsibility, disebutkan pada waktu itu ministerial responsibility, tanggungjawab Menteri itu sendiri mesti letak jawatan atas kerugian berbilion-bilion ringgit ini.

[Tepuk] Jadi

final • 10:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas soalan bunuh kawan ini apakah tanggungjawab itu perlu diambil oleh bekas Menteri Kewangan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab soalan Yang Berhormat Rembau saya ingin memberi sedikit maklumat kepada Dewan yang mulia ini. Reserved antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM431.1 bilion pada hari tarikh 30 Ogos 2012 bersamaan USD134.9 bilion. Ini kita adalah dalam angka 19 terbesar di dunia.

Sekali tepukan.

[Tepuk] [Ketawa] Oleh sebab negara kita rakyatnya bukan ramai hanya seramai 28 juta. Sebelum ini ada 7 bilion. Oleh itu kita rakyat yang berbilang bangsa tetapi kita sanggup capai kejayaan ini.

Bukan senang 200 lebih negara di dunia. Apa hendak lagi?

Oleh itu saya hendak beritahu Yang Berhormat ini isu yang ada. Yang Berhormat Rembau lagi tanya itu soalan banyak sensitif. Saya hendak puji Yang Berhormat Rembau sebab telah buat kajian yang baik. Kalau boleh beri kita satu copy semua tiap-tiap Ahli Parlimen.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Kita mahu tengok Hansard, kita boleh pergi buat ucapan di tempat yang lain. Saya memang hendak puji dan kita harap dapat jawapan dari Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Rembau buat videolah.

Video.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Itu semua BN punya time juga. Perdana Menteri punya time itu.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat..

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ini cara...

final • 10:50 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Tahniah Yang Berhormat Bagan. Tahniah Yang Berhormat Bagan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ini cara UMNO.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Dia sekarang kita mahu jawab, tidak boleh. Kalau betul, kena cara.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila, sila.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih. Dia beri laluan.

Memang dia –Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod perdebatan Parlimen tahun 1993 yang turut dihadiri oleh yang beberapa yang senior di sini, kita telah sahkan bahawa Forex trading itu dijalankan sebelum tahun 1990.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kemudian setelah itu disahkan, kita telah rujuk kepada Tan Sri...

final • 10:50 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tan Sri, ya saya akan jawab. Tan Sri, gabenor Bank Negara pada masa itu. Gabenor Bank negara Tan Sri Jaafar pada ketika itu.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, memang..

final • 10:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Dengarlah Perdana Menteri hendak jawab ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Orang kalau memfitnah dia takut penjelasan. Jadi Tuan Yang di-Pertua oleh kerana nama saya dikaitkan empat ke lima kali, wajar saya beri penjelasan.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Barisan Nasional tidak salah. DAP yang salah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau saya sendiri yang duduk di sini boleh sabar mendengar walaupun kadang-kadang apa yang dihujah itu keluar daripada peraturan mesyuarat. Jadi saya mohonlah Ahli Yang Berhormat yang lain juga perlulah sabar. Saya benarkan Yang Berhormat Permatang Pauh – Ahli Yang Berhormat saya benarkan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk berdiri, untuk berhujah sedikit oleh kerana nama beliau disebut beberapa kali. Tidak apalah, beri dia peluang. Sila.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Jaafar memberi penjelasan bahawa beliau belum mendapat maklumat. Maklumat itu hanya ada pada seksyen Forex trading di bawah sekarang Menteri, Nor Mohamed.

Jadi sebab itu di Parlimen bila Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan saya memberi pengakuan bahawa trading itu diarah untuk dihentikan serta-merta oleh saya selaku Menteri Kewangan.

[Tepuk] Kemudian, ya, ya, saya telah bercakap dengan Tan Sri Jaafar dan Tan Sri Jaafar walaupun tidak bertanggungjawab secara langsung, kerana di bawah pengelolaan dia Bank Negara, beliau memilih untuk meletakkan jawatan bersama Tan Sri Nor Yakcop.

Akan tetapi setelah saya dipenjarakan Tan Sri Nor Yakcop diangkat sebagai Menteri. [Dewan riuh] Ya.

Jadi soalnya Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada masalah Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan kerana pada masa itu dia minta penjelasan sebab memang ada kerugian yang dinafikan pada masa itu. Oleh sebab itu saya selaku Menteri Kewangan mengesahkan adanya dan mengarahkan dihentikan serta-merta. Allahyarham Tan Sri Jafaar menjelaskan bahawa Tan Sri Nor Yakcop melakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu dengan persetujuan Perdana Menteri. Tanya mereka. Ya.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Seorang ahli

Lawan.

final • 10:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Rembau jawab. Yang Berhormat Rembau.

final • 10:50 AM

5. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) pencapaian, kelemahan dalam Program Olimpik London 2012; dan

(b) perancangan kementerian untuk Olimpik akan datang.

final • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lenggong secara bersekali dengan 25 soalan-soalan lain kerana ia menyentuh isu yang sama yakni mengenai Sukan Olimpik iaitu daripada Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Segambut bertarikh 24 September; Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kapit dan Yang Berhormat Mas Gading bertarikh 25 September; Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Lembah Pantai bertarikh 27 September; Yang Berhormat Selayang bertarikh 1 Oktober; Yang Berhormat Putatan bertarikh 2 Oktober; Yang Berhormat Keningau bertarikh 10 Oktober; Yang Berhormat Kuala Nerus bertarikh 15 Oktober; Yang Berhormat Seremban bertarikh 16 Oktober; Yang Berhormat Dungun bertarikh 17 Oktober; Yang Berhormat Lanang bertarikh 24 Oktober; Yang Berhormat Taiping bertarikh 29 Oktober; Yang Berhormat Bayan Baru bertarikh 30 Oktober; Yang Berhormat Hulu Selangor bertarikh 31 Oktober; Yang Berhormat Ipoh Barat bertarikh 1 November; Yang Berhormat Telok Intan bertarikh 7 November; Yang Berhormat Jerai bertarikh 8 November; Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bertarikh 19 November; Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Silam bertarikh 21 November; Yang Berhormat Tanjong Manis bertarikh 22 November dan akhir sekali daripada Yang Berhormat Puchong bertarikh 27 November 2012.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Secara umumnya saya ingin menjawab sini bahawa yang pertama saya sendiri bersama dengan rakyat Malaysia agak kecewa kerana hasrat dan sasaran kita untuk mendapatkan emas yang

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

pertama pada Olimpik tahun ini tidak berjaya. Oleh sebab itulah saya sendiri menyatakan saya mohon maaf bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan dan rakan-rakan yang menyertai kontinjen yang mengerakkan team Olimpik kita kerana tidak berjayanya kita untuk memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia bagi mendapat pingat emas yang pertama.

Namun begitu saya ingin memetik kata-kata yang disebut oleh Chef de Mission kita iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji yang mengatakan walaupun kita gagal untuk mendapat emas yang pertama tetapi kontinjen Olimpik kali ini telah mencetuskan satu fenomena yang hebat sekali. Pertamanya ialah kita mendapat walaupun satu perak dan satu gangsa tetapi pingat yang kedua yang kita peroleh adalah pingat yang di luar daripada acara tradisi kita iaitu badminton di mana Pandalela Renong sudah mendapat pingat dalam bidang terjun dan beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah negara kita yang mendapat pingat ‘emas’.

[Tepuk] Tahniah kepada Mas Gading kerana ini adalah anak Bidayuh.

[Tepuk] Sudahlah gading, emas pula.

Ketiganya yang dianggap fenomena ialah dalam sejarah inilah pertama kali kita masuki final ataupun peringkat akhir dalam acara-acara sukan di dalam lapan acara. Kalau dahulu kita bergantung hanya pada badminton dan pada kali ini kita memasuki peringkat akhir. Perkara akhir itu dianggap terbaik dunia dan kedudukannya lebih kurang sama iaitu selain satu pada acara badminton, satu acara basikal, satu acara open-water swimming ataupun berenang di Sungai Thames sejauh 10 kilometer di mana 24 yang terakhir itu salah seorangnya perenang kita, Heidi Gan yang mendapat tempat ke-16 dan lima acara dalam bidang terjun. Bidang terjun adalah satu bidang yang cukup menarik dan cukup diminati. Kita banyak nama negara disebut di peringkat akhir dan ini adalah satu perkara yang dianggap satu fenomena yang luar biasa sekali dalam sukan Olimpik pada kali ini.

Mengenai persiapan yang akan datang, pihak kami sudah pun mengarahkan semua pihak untuk duduk berbincang. Di antaranya ialah kita telah memutuskan bahawa pendekatan dalam penyertaan Olimpik yang akan datang itu mestilah tidak hanya tertumpu kepada persediaan empat tahun yang akan datang. Dalam konteks ini ialah pada tahun 2016 yang akan diadakan di Rio. Akan tetapi untuk berjaya kita mesti fokus kepada dua Olimpik yang akan datang. Ertinya termasuk Olimpik tahun 2020.

Ini kerana kita mesti menyediakan atlet kita kepada beberapa tier, beberapa peringkat. Pertama, fokus kepada mereka yang sepatutnya mendapat emas. Keduanya kepada mereka yang sepatutnya mendapat medal. Ketiga, untuk melayakkan diri kerana seperti Pandalela, beliau layak di Beijing ia memberikan kelebihan kepada beliau untuk memberikan suatu persembahan yang lebih baik dalam Olimpik yang akan datang.

Keempatnya untuk menyediakan pelapis untuk melayakkan kepada kelayakan yang berkenaan. Ia tidak boleh dilihat secara persiapan untuk empat tahun tetapi sekurang- kurangnya lapan tahun. Inilah pendekatan kita katakan persiapan dalam Olimpik yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walau apa pun pencapaian Malaysia di Olimpik London, kita mesti mengucapkan terima kasih atas usaha yang dilakukan terutama penghargaan tinggi yang kita berikan kepada dua atlet kita, Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela yang berjaya menyumbang pingat kepada negara.

[Tepuk] Mampu juga beberapa atlet lain bersaing hingga ke peringkat akhir.

Namun, tentunya rakyat mengharapkan pencapaian yang lebih baik kepada Olimpik akan datang. Jadi untuk mencipta kecemerlangan di Olimpik akan datang, selain daripada latihan, apakah bentuk-bentuk penghargaan, imbuhan kepada atlet saya fikir juga penting.

Jadi, apakah sebagai galakan pihak kementerian mahu mengkaji dan mempunyai perancangan untuk menambah nilai, memberikan lebih imbuhan, bentuk latihan yang lebih sistematik supaya mereka memperoleh banyak galakan malah kita dengar juga perkhabaran bahawa elaun latihan misalnya Datuk Lee Chong Wei, pemain utama negara dan terbaik di dunia agaknya lebih rendah elaunnya berbanding dengan beberapa atlet yang lain. Apakah ini nak dikaji juga dan mungkin...

[Gangguan sistem pembesar suara] menjawab apakah juga tidak boleh kita beri ganjaran setimpal kepada atlet paralimpik kita yang juga mencipta kecemerlangan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Lenggong di atas soalan tambahan sebentar tadi. Mengenai ganjaran, saya kira Malaysia adalah antara negara yang memberikan ganjaran yang besar kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Contohnya anugerah yang dijanjikan

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

bagi pingat emas iaitu sebanyak RM1 juta di samping ada beberapa hadiah lain termasuk pencen dan sebagainya. Begitu juga bagi pingat perak, gangsa dan seterusnya sebagaimana yang telah kita uar-uarkan. Kita bersetuju bahawa kalau kita memberikan elaun yang lebih, ianya tidak ada masalah sekiranya kita mendapat peruntukan yang lebih, yang insya-Allah kalau Yang Berhormat terus sama-sama berjuang, kita akan dapat perjuangkan di dalam sesi kali ini.

Sebenarnya di dalam Sukan Olimpik yang lepas pun kita telah berbelanja peruntukan yang diberikan membolehkan kita belanja ialah sekitar sehingga RM25 juta tetapi kita berbelanja hanya sekitar RM16 juta kerana ada beberapa sukan yang kita jangkakan sepatutnya kita bersiap masuk Olimpik seperti hoki, bola sepak dan sebagainya tetapi tidak masuk. Jadi, kita selamatkan wang daripada perbelanjaan bagi sukan-sukan yang berkenaan.

Namun demikian, ada orang juga menimbulkan apakah berbaloi kita belanja sekitar RM16 juta baru-baru ini hanya untuk mendapat satu perak dan satu gangsa. Sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara-negara lain yang begitu berjaya misalnya, perbelanjaan mereka adalah jauh lebih besar. Misalnya kalau kita lihat bagi team penerjun daripada Great Britain, hanya team penerjun sahaja mereka berbelanja lebih kurang £4 juta iaitu sama dengan RM20 juta, lebih besar daripada keseluruhan perbelanjaan kita untuk menghantar seluruh team kita. Mereka hanya mendapat gangsa, sama dengan kita yang juga hanya mendapat satu gangsa.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Kalau dia lelaki, Tom Daley dalam bidang terjun 10 meter, kita juga mendapat Pandelela mendapat terjun 10 meter juga. Jadi, ertinya kalau dibandingkan negara-negara lain, perbelanjaan seperti Australia, persiapan untuk Olimpik selama empat tahun AUS324 juta. UK, perbelanjaan mereka lebih daripada 125 juta pound termasuk 90 juta pound daripada kerajaan, 35 juta melalui swasta dan juga loteri mereka. Jepun berbelanja lebih daripada 50 bilion yen ataupun RM196 juta. Begitu juga kalau sebutkan Singapura belanja lebih daripada kita, Thailand berbelanja kira-kira RM40 juta. Begitu juga negara-negara lain.

New Zealand misalnya, negara yang kecil tetapi mereka belanja 174 juta New Zealand Dolar iaitu kira-kira RM400 juta duit kita. Oleh sebab itu, mereka dapat beberapa pingat emas dan sebagainya.

Jadi, kita sedar bahawa kita boleh bagi lebih tetapi ada kekangan. Kalau kita lihatkan bahawa orang selalu menyebutkan untuk berjaya dalam Olimpik ini kita melihat beberapa aspek. Pertamanya, ada negara yang mempunyai kelebihan rakyatnya ramai, misalnya China. Sepatutnya mereka boleh mencari lebih daripada 10 orang Chong Wei tetapi mereka hanya dapat seorang seperti Lin Dan yang boleh mengalahkan Chong Wei kerana satu penduduk Wilayah Guangdong 250 juta orang sepatutnya boleh menghasilkan lebih ramai orang-orang yang seperti Lin Dan dan sebagainya. Jadi, dalam konteks itu kita adalah begitu memberangsangkan. Mereka boleh cari orang yang tinggi - Yao Meng, boleh mencari orang yang pelbagai.

Keduanya, tetapi ada negara yang walaupun ramai tetapi tidak berjaya. India misalnya, tidak ada emas. Indonesia ramai tetapi tidak ada emas. Ada orang melihat bahawa ada negara yang mempunyai latar belakang negara komunis ataupun negara sosialis mempunyai kelebihan tersendiri. Misalnya, kalau orang katakan bahawa selain daripada China, amat sukar sekali hendak mencari atlet penerjun. Akan tetapi, kita boleh hantar lima orang, lima acara yang kita boleh masuk akhir itu dianggap sebagai suatu kehebatan. Ini kerana sebagai negara sosialis, mereka melihat bahawa setiap rakyat itu dilahirkan adalah hak negara. Sudahlah seperti China itu menentukan hanya satu orang sahaja anak boleh dilahirkan daripada satu keluarga. Mereka tidak kenal abang, kakak sebagainya tetapi mereka boleh ambil.

Menurut kalau saya tanya jurulatih-jurulatih mereka, katanya apabila sudah berusia lapan tahun, 10 tahun, ditentukan bahawa ini adalah bakal penerjun. 10 tahun mereka sudah tidak boleh makan dinner, makan malam untuk menjaga berat badan yang stabil. Hanya mereka boleh ambil secawan yogurt dengan sebiji epal. Itu sahaja. Kalau ibu bapa mereka sayang, cuba-cubalah curi-curi jumpa dalam bilik air dan sebagainya. Akan tetapi saya rasa dalam konteks negara lain susah hendak lahirkan begini. Mereka berlatih kerana terjun adalah satu acara yang dikatakan paling sukar kerana untuk berlatih bagi satu acara sahaja ia ada lima terjunan. Satu terjunan yang kesukarannya kira-kira tiga poin, ia memerlukan tiga tahun untuk terus berlatih-berlatih. Ketinggian 10 meter adalah satu ketinggian yang

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

menakutkan. Mereka terpaksa terjun 30, 40 kali sehari dan ini menakutkan. Ia dikatakan begitu. Tidak banyak negara boleh buat. Ketiganya, dikatakan negara yang mempunyai GTP yang tinggi, ia boleh membantu atlet dan sebagainya.

Jadi, sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lenggong lagi tentang isu menyamakan atlet Paralimpik dengan atlet normal. Sehingga sekarang ini saya kata saya terbuka. Saya hendak dengar bukan pandangan-pandangan yang berasaskan sentimen kerana Kementerian Belia dan Sukan bukan kementerian kebajikan. Kementerian Sukan mestilah melihat sesuatu ganjaran dan sebagainya berasaskan pada asas-asas yang rasional, yang profesional dan dibandingkan dengan apa yang dibuat negara lain.

Sebenarnya, ganjaran yang kita berikan pada atlet kita adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang diberikan oleh kebanyakan negara lain termasuk Australia, Amerika yang dikenali sebagai negara yang dianggap mesra pada golongan kurang upaya dan sebagainya.

Kita adalah lebih tinggi. Cumanya, orang perlu faham bahawa kalau seorang atlet Paralimpik menang 100 meter, tidak sama dengan Usain Bolt misalnya, menang 100 meter kerana 100 meter lelaki hanya satu acara, orang tahu. Akan tetapi 100 meter bagi Paralimpik ada 21 acara. Mereka tidak melalui proses yang sama untuk sampai ke Olimpik dan memasuki pelbagai saringan dan sebagainya. Setengah itu pergi terus final. Keadaannya berbeza. Ada acara kadang-kadangnya bertanding memanah misalnya, atlet Paralimpik yang duduk lawan dengan berdiri misalnya, keadaan berbeza.

Jadi, ada banyak acara dalam sukan Paralimpik ini dianggap masih lagi bersifat trial and error. Proses dari segi competitive level Paralimpik adalah sangat berbeza dengan sukan biasa, sukan normal yang tahun ini mungkin cara bertanding lain, tahun depan cara bertanding, yang akan datang bertanding lain. Oleh sebab itulah kalau hendak disamakan, kalau kita beri sama, nanti atlet normal akan menuntut suatu masa nanti ia akan diberikan lebih lagi kerana orang melihat proses untuk mencapai emas di peringkat sukan Olimpik biasa adalah sangat berbeza. Namun, kita katakan apa yang kita berikan setakat ini adalah jauh lebih baik. Namun, pihak kementerian sentiasa mendengar pandangan-pandangan profesional. Sehingga sekarang saya sebutkan daripada Majlis Paralimpik sendiri pun tidak menuntut perkara yang sama berdasarkan pandangan-pandangan profesional, namun kita tetap terbuka dengan pandangan ini.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adalah baik tadi Yang Berhormat Menteri telah mengeluarkan kekecewaan dan pohon maaf kerana gagal menghadiahkan Malaysia pingat emas dan kementerian menyedari kelemahannya. Akan tetapi yang penting adalah sekarang ialah selain daripada usaha yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, perubahan dan pendekatannya. Apa yang penting adalah mendengar pada pandangan saya, mendengar apakah keperluannya yang diminta oleh atlet-atlet negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, apabila Pandelela menang pingat, apabila ditemu bual beliau menyuarakan keperluan yang paling asas diperlukan oleh atlet kita. Itu jurulatih lebih berkualiti dan bukannya seorang jurulatih untuk 10 orang atlet dan juga kemudahan asas.

Saya rasa perkara-perkara yang begitu asas perlu diadakan, dibekalkan untuk atlet kita kalau kita memang mahu mendapat lebih pingat untuk Olimpik yang akan datang iaitu mendengar pandangan atlet-atlet kita. Tadi jawapan Yang Berhormat tidak menyatakan perkara yang begitu penting ini, perkara yang paling asas. Mendengar dan menyediakan satu saluran kepada mereka agar perkara yang dibangkitkan ini diambil tindakan. Kalau Yang Berhormat Menteri sekadar menyatakan kecewa, saya rasa itu tidak mencukupi. Akan tetapi yang perlu adalah mendengar dan mengambil tindakan susulan. Pandelela hanya berumur 19 tahun dan perkara yang begitu asas, beliau bangkitkan. Itu menunjukkan perkara itu begitu penting yang gagal dibekalkan oleh pihak kementerian. Jadi, saya pohon jawapan.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Saya rasa hendak kata gagal sangat pun tidak.

Kalau kira Malaysia dapat satu gangsa dalam bidang itu adalah satu pencapaian. Banyak lagi negara lain tidak dapat apa-apa. Sebagaimana yang saya beritahu, team Great Britain misalnya, mereka menyediakan 4 juta pound. 4 juta kali dengan lima, 20 juta. Segala-gala diberikan, akhirnya hanya mendapat satu pingat gangsa sahaja. Akan tetapi kita mendengar apa yang diluahkan oleh Pandelela kerana ini adalah satu sukan yang selama ini sekarang pun mengejutkan orang. Misalnya, kalau Pandelela kita sudah melihat perkembangan beliau kerana beliau sudah menang mendapat pingat perak di Junior Olympic di Singapura, mendapat pingat perak di Sukan Asia, mendapat pingat emas di Sukan Komanwel dan

final • 11:10 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

sebagainya. Adalah antara potensi yang kita katakan mempunyai harapan. Kita bangunkan yang begini kerana ini adalah sukan-sukan yang sebelum ini, saya rasa rata-rata rakyat Malaysia tidak tahu bahawa ini adalah sukan yang kita ada potensi.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Dahulu orang menganggap Malaysia tidak ada harapan. Saya ingat pada waktu final, Pandalela terjun itu, terjunan yang pertama dapat nombor sepuluh. Terjunan kedua dapat nombor sembilan. Terjunan keempat kembali ke nombor sepuluh, tujuh terjunan yang keempat dapat nombor tujuh. Ada orang buat dalam Facebook, dia kata kalau dia dapat pingat ini, potong ‘anu’ saya, dalam Facebook. Dia kata Malaysia tidak ada - Macam ada seorang Yang Berhormat daripada Yang Berhormat memperlekehkan Lee Chong Wei begitu, dia tidak boleh terima dan mempolitikkan perkara ini. Dia tidak menghargai susahnya dan Pandalela akhirnya dia mendapat pingat. Itu adalah satu kejayaan.

Selepas itu ia membuka mata semua pihak. Banyak lagi acara lain yang kadang- kadang kita tidak ada di dalam program kita tetapi membuka mata. Pemain pedang kita misalnya, lawan pedang, fencing. Tiba-tiba dapat masuk. Ini antara perkara yang terus kita kembangkan. Oleh sebab itulah apabila pandangan antara beberapa perkara memperbaiki beberapa kelemahan dalam pusat akuatik kita, itu telah pun kita ambil tindakan.

Manakala tentang soal jurulatih misalnya, ya, kita sekarang seorang jurulatih bersama tetapi ada orang kata hendak pergi cari jurulatih di mana? Sekarang ini orang sudah akui bahawa di luar daripada China, hanya Malaysia yang terbaik. Kita akan tambah jurulatih kerana dalam sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa ini adalah satu acara yang sebelum ini kita tidak tahu. Bahawa bentuk kaedah yang digunakan oleh China kerana satu- satu jenis terjunan. Misalnya seorang itu meningkatkan dipanggil level of difficulty dia daripada satu tahap. Kalau dia satu tahap yang pertama, dua somersault, satu twist. Dia hendak tambah dua setengah somersault dengan satu setengah twist misalnya untuk dia terjun itu, tambah satu lagi memerlukan satu tahun untuk dia cekap dan memerlukan seorang jurulatih yang sentiasa mengikuti dia seorang. Tidak semacam bola, seorang jurulatih untuk 25 orang untuk 11 orang. Ini adalah merupakan satu perkara yang telah pun kita ambil.

Kita berbincang dengan jurulatih yang berkenaan, stay di sini, tinggal di sini, bahawa beberapa lagi orang-orang yang dikatakan layak dan sanggup untuk datang, menerima ganjaran yang kita berikan ataupun gaji yang kita berikan dan insya-Allah perkara ini kita akan dapat atasi di masa yang akan datang.

Jadi kalau kata tidak ambil, telah pun kita ambil. Kita telah berbincang dengan beliau dan saya rasa Yang Berhormat pun sebelum ini pun tidak mengatakan kita mesti menambahkan peruntukan yang banyak lagi untuk team Olimpik kita. Kita menggunakan peruntukan yang sedia ada. Ertinya, dalam masa yang sama, kalau orang kata bahawa tambah itu wang bukan datang daripada langit. Ertinya, ada orang kata cukai hendak kurangkan PTPTN hendak bagi free, rumah cukai hendak buang dan sebagainya tetapi wang tidak datang bergolek.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

[Disampuk] Ertinya dalam soal ini ialah terpaksa kita akan ambil peruntukan yang lain untuk menampung yang ini. Akan tetapi dalam konteks ini, kita katakan, saya sebutkan, sebagai contohnya negara kalau dikatakan kita tidak baik sangat. Negara yang menjadi pengasas Sukan Olimpik, Greece misalnya. Pengasas Sukan Olimpik. Nama Olympus daripada Greece pernah mendapat enam pingat emas tetapi baru-baru ini mereka hanya mendapat dua gangsa. Lebih rendah daripada Malaysia. Bulgaria, sama pada kita. Negara seperti Portugal yang mempunyai dikatakan budaya sukan yang tinggi hanya mendapat satu pingat perak.

Jadi saya katakan dalam beberapa kelemahan yang kita sebutkan, kita patut berbangga dengan kejayaan atlit kita.

[Tepuk] Bukan sebagai Ahli Yang Berhormat daripada DAP yang mengutuk Lee Chong Wei sebagaimana yang kita buat pada hari ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

6. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang

(SUKE) akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di Lembah Kelang.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Bandar Tun Razak. Pembinaan lebuh raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di Lembah Kelang dalam beberapa aspek seperti berikut:-

(i) Menjadi jalan alternatif dan dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah;

(ii) Menjadi jalan alternatif dan dijangka akan mengurangkan masalah kesesakan trafik di Jalan Ampang;

(iii) Mewujudkan laluan baru dari Lebuhraya Grand Saga menghala ke Kuala Lumpur yang kini hanya melalui Jalan Cheras;

(iv) Berfungsi sebagai sistem penyuraian trafik yang efektif di mana ia menyediakan penghubung antara pusat bandar dan kawasan timur Lembah Kelang melalui Lebuhraya AKLEH dan juga penghubung antara kawasan timur dan kawasan utara Lembah Kelang melalui Lebuhraya DUKE; dan akhirnya

(v) Menghubung dan melengkapkan jajaran lebuh raya sedia ada iaitu Lebuhraya Duta–Ulu Kelang, Lebuhraya AKLEH, Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya METRAMAC, Lebuhraya BESRAYA, Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan Lebuhraya KESAS.

Yang Berhormat, maka jelas sekalilah memang itu tujuan pembinaan lebuh raya itu.

Soalan ini memang, that is the answer. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Namun jawapan ini serupa juga dengan jawapan yang diberikan pada 18 Jun yang lepas. Walhal perkara sebenarnya yang ditanyakan adalah kajian mengenai hasil perbincangan antara pemaju lebuh raya dan mereka di pihak kerajaan bagi menentukan beberapa taman perumahan yang menerima kesan daripada pembangunan lebuh raya tersebut.

Antara taman-taman yang menerima kesan ialah Taman Leng Seng, Taman Bukit Cheras, Taman Alam Damai I dan Taman Alam Damai II, Bukit Rina I, Bukit Rina II, Taman Orkid Desa dan Bukit Perdana. Lebih daripada 700 buah keluarga ataupun penempatan bakal terjejas sebagai kesan daripada segi pembinaan lebuh raya yang dirancangkan. Soalan saya adalah bagaimanakah perkara ini dapat diselesaikan? Apakah rancangan yang difikirkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun kerajaan mengenai penyelesaian masalah ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Pertama, jumlah yang diberi itu adalah satu jumlah yang tidak tepat kerana dua taman yang kesannya memang ada adalah Bukit Cheras dan Mandarina. Kedua, pertamanya dalam proses kelulusannya, prinsip yang diberi akan dimuktamadkan proses rundingan.

Sedang dibuat oleh Prolintas.

Bagi maklumat Yang Berhormat, Majlis Ekonomi Selangor telah meluluskan jajaran pada 1 Disember 2011. Kerajaan negeri sendiri kerana memang kita tahu bahawa lebuh raya ini begitu penting sekali kerana diunjurkan pada tahun 2019. Jumlah kenderaan yang bertambah dan akan digunakan ialah 122,273. Ini bukan jajaran daripada konsesi, tetapi jajaran JKR sendiri. Maka ini akan menyebabkan kepesatan kenderaan dan juga traffic jam yang serius. Maka di unjuran 2020 adalah jumlah penduduk yang akan bertambah di kawasan ini adalah dua hingga tiga juta. Bayangkan tidak ada KLIA. Bayangkan tidak ada Lebuhraya Utara–Selatan, what will happen?

Maka ini adalah sebahagian daripada ini dan saya rasa memang unjuran ini akan ada kesan terhadap beberapa buah rumah. Proses rundingan telah pun dilakukan supaya kepentingan penduduk-penduduk ini dijaga. Ia adalah 13 meter, ia mesti daripada jajaran lebuh raya ke rumah itu, building itu 13 meter dan kita akan ikut apa yang sedia ada dalam perundangan dan juga rangka dasar-dasar yang sedia ada. Maka saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana luluskan jajaran ini pada tahun 2011 hari itu. Sama-samalah ini, kita sama-sama selesaikan masalah. Okey, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, selamat kita berjumpa. Saya macam tidak percayalah Tuan Yang di-Pertua soalan ini boleh datang daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebahagian Lembah Klang ini ialah kawasan negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor jangan hendak melepas tangan. Dia kena bertanggungjawab juga. Itu sebab saya kata soalan ini macam menjengkal muka yang menanya sendiri...

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, soalan bunuh diri fasal sebahagian besar daripada Lembah Klang ini juga dalam kawasan jagaan Menteri Besar, negeri Selangor.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh, Yang Berhormat Sri Gading you dari Johor mana tahu tentang Selangor?

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan hendak menyalahkan orang lain semata-mata.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Orang Selangor bertanya. Pada Januari 2012, saya ulang sekali lagi Januari 2012 yang bertanya ini pernah berjanji hendak membina jalan bernilai RM37 juta. Jalan-jalan yang terlibat ialah daripada Serdang Jaya, Jalan Besar Seri Kembangan sampailah ke Jalan SK110. Janji tapi sampai sekarang tidak dibuat...

[Tepuk] Kerana itulah pembangkang pernah berkata manifesto bukan janji. Orang Selangor kena faham!

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Soalan, soalan!

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini soalanlah ini. Oh, kalau orang lain semua salah, semua salah, semua salah. Tanggungjawab semua orang lain. Kita punya tanggungjawab? Rakyat Selangor harus faham pilihan raya akan datang tolak pembangkang, pilih Barisan Nasional!...

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Lips service.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bohong! Putar belit! Tipu rakyat!

Ini bertanya konon hendak menyelesaikan fasal dia sudah tidak mampu hendak bina jalan.

Walhal itu tanggungjawab sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor. Hendak menyelesaikan kesesakan lalu lintas, hendak kaburi mata pengundi-pengundi di sana. Hooo!

Soalan saya, ada tidak agak-agak ura-ura menurunkan sedikit bayaran tol Lebuhraya Utara-Selatan dalam bajet hari Jumaat yang akan datang. Saya minta penjelasan.

final • 11:30 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, ada dua lapisan yang diutarakan. Yang pertama, kebertanggungjawaban negeri Selangor terhadap perjuangan memprasaranakan Malaysia dan juga Lembah Klang. Maka sudah ada dalam Greater Kuala Lumpur dalam ETP bahawa Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional tidak hanya melihat negeri-negeri yang kita perintah. Kita lihat balik...

final • 11:30 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Jajah, jajah?

final • 11:30 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Dengar dahulu. Kita pergi di Lembah Klang daripada Rawang sampai ke Kajang. MRT itu 50.2 kilometer daripada Sungai Buloh sampai ke Kajang termasuk negeri Selangor. Maka kita tidak boleh memisah-misahkan sempadan atas nama ideologi politik. Ini tidak betul. Ini negara tercinta. Saya setuju sungguh adakah kerajaan ini bertanggungjawab. Itu yang menjadi isu. Berbilion-bilion dibawa sebagai FDI dan DDI untuk majukan prasarana ini.

final • 11:30 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Rakyat Kelantan tidak buat.

final • 11:30 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Itu yang pertama. Yang kedua itu adakah pengurangan tol akan dilakukan kita tunggu 28 hari bulan. Maka pucuk pimpinan Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak tidak tahulah buat pengumuman atau tidak ada. Kita berdoalah. Akan tetapi saya tahu ia akan jadi people friendly budget. Rakyat akan didahulukan, pencapaian diutamakan,”Janji Ditepati”. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucap terima kasih atas kerjasama dan kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2013 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada 28 September 2012, jam 4.00 petang.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENGURUSAN STRATA 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang sepatutnya dan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Chor Chee Heung]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan banduan ke dan dari Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 diwujudkan bertujuan untuk mengawal selia amalan perubatan tradisional dan komplementari, mendaftar pengamal perubatan tradisional dan komplementari dan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Tuan Yang di-Pertua, perubatan tradisional dan komplementari telah lama wujud di negara kita dan merupakan bentuk perawatan yang semakin popular bukan hanya di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Pertubuhan kesihatan sedunia telah merangka strategi-strategi semenjak tahun 2000 lagi yang boleh digunakan oleh negara-negara dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Di Malaysia permintaan terhadap perubatan tradisional dan komplementari semakin meningkat dan berkembang dengan pesat. Pada masa yang sama pihak kementerian telah menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung dengan perubatan tradisional dan komplementari ini. Selain daripada itu, negara juga sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa di dalam akhbar berhubung dengan kes-kes yang melibatkan para pengamal perubatan tradisional dan komplementari ini.

Pada tahun 2001, kementerian telah mengambil langkah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan tradisional dan komplementari ini akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat. Justeru itu, satu akta amat perlu dikuatkuasakan untuk memastikan bahawa perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia adalah selamat dan berkualiti untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

final • 11:37 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, untuk merealisasikan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari, kementerian telah menubuhkan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari pada tahun 2004 lagi dan pada ketika ini terdapat 10 buah hospital integrasi yang menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional dan komplementari di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital Kepala Batas, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Umum Sarawak, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom Cameron Highlands dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada ketika ini adalah rawatan urut Melayu, rawatan urut Melayu selepas bersalin, rawatan akupunktur, rawatan herba dan rawatan sirodhara, oil massage of the head dan one form of panca karma of ayurveda. Rang Undang- undang Perubatan Tradisional dan Komplementari ini telah digubal sejak tahun 2006 lagi.

Sebanyak 25 taklimat telah dijalankan di seluruh negara untuk memaklumkan kepada rakyat terutama para pengamal dan badan-badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari berhubung dengan penggubalan rang undang-undang ini. Pandangan dan maklum balas daripada mereka telah diambil dalam penggubalan Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ini mengandungi 11 bahagian dan 63 fasal dan sebelum rang undang- undang ini dibahaskan oleh ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan bahagian-bahagian seperti berikut.

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Bahagian I rang undang-undang ini mengandungi peruntukan-peruntukan bagi tarikh kuat kuasa akta dan tafsiran. Amalan perubatan tradisional dan komplementari bermakna suatu bentuk suatu bentuk amalan yang berkaitan dengan kesihatan bertujuan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau pesakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan mental individu dan termasuk amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopathy dan therapy complementary tetapi tidak termasuk amalan perubatan dan yang masing-masing digunakan oleh pengamal perubatan dan pengamal pergigian.

Kementerian Kesihatan juga bersetuju untuk memasukkan amalan perubatan Islam di dalam rang undang-undang ini. Oleh itu, ada sedikit pindaan di bahawa jawatankuasa dan harap mendapat sokongan ahli-ahli Yang Berhormat dan dalam tafsiran nanti kita akan masukkan tafsiran perubatan Islam yang juga telah mendapat sokongan JAKIM. Ini akan dibawa ke peringkat jawatankuasa dan notis akan diberi sebentar nanti.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II menerangkan penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, keanggotaan majlis, fungsi dan kuasa majlis, peruntukan tentang pelantikan setiausaha majlis, serta perwakilan majlis. Sebuah majlis yang akan dibentuk merupakan sebuah badan berkecuali yang terdiri daripada perwakilan pegawai Kementerian Kesihatan, orang awam dan pihak industri untuk mengawal selia amalan dan pengalan perubatan tradisional dan komplementari serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Seterusnya mempertingkatkan pendaftaran dan kawal selia profesion perubatan ini serta memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti dan selamat untuk rakyat.

Ketua Pengarah Kesihatan adalah menjadi pengerusi majlis ini dan untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah ahli yang dilantik oleh Menteri adalah seramai 21 orang, tidak termasuk Ketua Pengarah Kesihatan. Ahli-ahli yang dilantik adalah terdiri daripada tiga dari Kementerian Kesihatan, dua dari mana-mana universiti tempatan, tiga pengamal berdaftar dalam perkhidmatan awam, lapan individu dari amalan swasta, lima individu yang mempunyai pengalaman dan kelayakan daripada industri perkhidmatan tradisional dan komplementari.

Bahagian III menerangkan tentang peruntukan pentadbiran awam yang memperkatakan tentang pelantikan setiausaha kepada majlis sebagai pendaftar dan penyelenggaraan daftar oleh pendaftar secara fizikal dan elektronik.

Bahagian IV pula menerangkan tentang peruntukan bagi pendaftaran pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang memperkatakan tentang pengiktirafan bidang amalan oleh majlis. Pendaftaran individu yang layak sebagai pengamal pendaftar, pendaftaran secara sementara bagi warga asing serta memperuntukkan mana-mana individu yang tidak berdaftar dalam bidang amalan yang ditetapkan tidak boleh secara langsung atau tidak langsung mengadakan atau mengamalkan dalam bidang amalan yang sedemikian.

Bahagian ini juga memperuntukkan tentang perakuan pengamal berdaftar pembatalan pendaftaran dan pendaftaran semula. Ini bertujuan untuk menjalankan fungsi kawal selia perubatan ini dan juga memastikan hanya pengamal yang berkelayakan dan diiktiraf sahaja memberi perkhidmatan ini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada rakyat. Pada masa ini terdapat seramai 13,202 orang pengamal perkhidmatan tradisional dan komplementari sudah berdaftar secara sukarela dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa keperluan untuk mendaftar ini boleh diterima oleh pengamal untuk kebaikan pengamalan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V memperuntukkan tentang kewajipan dan tanggungjawab pengamal berdaftar yang menerangkan tentang peruntukan berkaitan dengan penggunaan gelaran atau singkatan. Kewajipan ke atas pengamal berdaftar untuk rujuk pesakit kepada pengamal perubatan atau pergigian dan melaporkan apa-apa wabak atau penyebaran penyakit setempat kepada pendaftar. Bahagian ini juga menerangkan tentang penggunaan peranti perubatan, pengiklanan dan promosi, pengamalan berdaftar boleh diperbadankan dan pembentukan kod tadbir urus dan kod amalan. Ini untuk memastikan bahawa pengamal berdaftar mengamalkan budaya kerja korporat untuk meningkatkan profesionalisme di kalangan mereka.

Bahagian VI dalam rang undang-undang ini memperuntukkan kepada majlis untuk mempunyai bidang kuasa, tatatertib terhadap semua pengamal berdaftar, meliputi teguran

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

keras, penggantungan atau penarikan balik pendaftaran untuk memastikan kepatuhan pengamal-pengamal terhadap kod etika dan kod amalan berkaitan dengan amalan mereka.

Bahagian VII menerangkan tentang peruntukan bagi hak pesakit dan peruntukan penyelesaian pertikaian. Pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam mentadbir kesihatan mereka dan pengamal berkewajipan untuk menerangkan proses rawatan. Selain itu, bahagian ini turut menekankan tentang kerahsiaan maklumat pesakit.

Bahagian VIII menerangkan tentang badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang memperuntukkan tentang pelantikan dan pembatalan pelantikan badan pengamal. Fungsi badan pengamal yang ditetapkan serta memperuntukkan tentang kesan pembatalan pelantikan badan pengamal, rangka pengawal seliaan kendiri apabila badan pengamal sudah bersedia penguasaan oleh majlis dan penyediaan kod tadbir urus dan kod amalan berdasarkan piawaian amalan mandatori. Ini untuk memastikan badan pengamal berkelayakan dalam bidang amalan yang dikawal selia dan dalam menguruskan pengamal berpandukan akta.

Bahagian IX menerangkan tentang peruntukan penguatkuasaan bagi memberi kuasa kepada pegawai awam untuk melaksanakan penguatkuasaan di bawah akta.

Peruntukan kuasa untuk menyiasat, memasuki premis, untuk memeriksa dan merampas dokumen atau bahan dengan waran serta pendakwaan dan juga memperkatakan tentang kuasa mengeluarkan perintah berhenti oleh pegawai diberi kuasa dan memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan penutupan premis. Secara am, hukuman penalti bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi kesalahan seterusnya penalti adalah tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bahagian X menerangkan tentang kuasa untuk membuat peraturan-peraturan penalti untuk peraturan-peraturan oleh subsidiary dan kesalahan badan korporat.

Bahagian XI menerangkan tentang peruntukan peralihan yang melibatkan badan pengamal dan pendaftar pengamal yang sedia ada sebelum akta dikuatkuasakan. Peruntukan peralihan memberi jangka masa kepada pengamal sedia ada untuk mendaftar dengan majlis mengikut peruntukan dalam akta. Kementerian Kesihatan prihatin dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang sedia ada termasuk yang belum mendaftar.

Kita tahu ada di antara mereka ini tidak mempunyai latihan yang formal atau kelulusan akademik di mana mereka ini mempelajari amalan perubatan tradisional dan komplementari ini secara turun menurun atau dari guru mereka. Mereka ini akan diambil kira dalam pendaftaran peruntukan peralihan di mana peraturan akan dibuat untuk menjaga kepentingan serta kemahiran mereka.

final • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mensyaratkan hanya para pengamal yang berkelayakan, berwibawa, profesional dan berdaftar sahaja yang layak untuk menawarkan perkhidmatan mereka, sama ada untuk penggunaan domestik mahupun di luar negara. Dengan jaminan ini, kualiti dan keselamatan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari serta keyakinan dan kepercayaan umum dalam usaha untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari akan dapat dipertingkatkan.

Pelaksanaan rang undang-undang ini juga secara tidak langsung akan memberikan pengiktirafan terhadap profesion pengamal perubatan tradisional dan komplementari dan seterusnya memartabatkan perubatan tradisional tanah air yang unik dan asli yang merupakan aset negara untuk ditawarkan ke persada antarabangsa. Dengan ini saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi, selamat jumpa kembali.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari bagi mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

komplementari di Malaysia dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat kita bersua semula. Saya bangun untuk menyokong. Memang sepatutnya kita sokong. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan atas penggubalan rang undang-undang ini. Mudah-mudahan rang undang-undang ini – kepada saya tiga perkara yang terpentinglah, hendak dibaca satu persatu dia banyak tetapi dia dirangkumkan.

Pertama, sudah barang tentu rang undang-undang ini untuk melindungi rakyat.

Memang itulah sebahagian besar tugas Kementerian Kesihatan iaitu melindungi rakyat.

Alhamdulillah, Kementerian Kesihatan kita antara kementerian yang berjaya, yang membawa nama baik Malaysia di mata dunia. Ini memang diakui antara negara membangun yang hebat dan orang hormat sehingga orang negara lain datang berubat di Malaysia. Makna ini pengiktirafan kepada kekesanan yang terdapat di negara kita dan sudah barang tentu ini dipelopori oleh Kementerian Kesihatan. Jadi tahniah Yang Berhormat Menteri. Mudah- mudahan Yang Berhormat Menteri akan terus menjadi calon dan menang dalam pilihan raya yang akan datang.

Kedua, hendak memberi satu tanggungjawab kepada pengamal undang-undang, jangan sesuka hati dia sendiri mencari keuntungan peribadi sehingga menjejaskan kesihatan rakyat, keselamatan rakyat. Jadi dalam rang undang-undang ini disediakan berbagai-bagai peraturan.

Ketiga, ini kewajipan kementerian iaitu untuk penguatkuasaan, apa yang tertulis, apa yang ada dalam rang undang-undang ini. Tanggungjawab ini bukan satu tanggungjawab yang mudah. Al-maklum, tadi difahamkan ada berbelas ribu pengamal rang undang-undang ini di seluruh pelosok rantau negara kita. Ada yang di dalam bandar raya, ada yang di bandar- bandar, ada yang di pekan-pekan, ada yang di luar-luar bandar, ada yang di hulu-hulu. Ini termasuk tok-tok batin agaknya. Jadi penguatkuasaan ini bukanlah sesatu yang semudah kita perkatakan, hendak dilaksanakan amat sukar.

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, agaknya ubat tradisional ini yang pertama ubat- ubatan yang berasal daripada akar-akar kayu, agak sayalah, kulit-kulit kayu, pucuk-pucuk kayu, daun-daun kayu diramu sehingga jadi makanan yang jadi ubat yang ada setengah boleh diminum...

final • 11:52 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kepong doktor, boleh bercakap tentang ini. Nantilah dahulu Yang Berhormat Kepong. You cakaplah nanti, you doktor.

final • 11:52 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Yang Berhormat Sri Gading, memang ubat tradisional dan komplementari ada yang baik, ada yang turun temurun kita sudah mengamal dengan baik dan ada yang tidak baik seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat tahu bahawa di dalam perubatan moden pun mula-mulanya daripada kayu juga, daripada pelbagai jenis benda asli, pokok dan sebagainya. Mula-mula macam itu. Kalau Yang Berhormat ada peluang pergi ke Muzium Perubatan Moden, beratus-ratus tahun dahulu pun serupa juga.

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kepong ini bila bercakap sesuatu perkara yang baik, baik betul dia. Betullah, saya setuju. Memang, walaupun dia dikatakan ubat moden tetapi asalnya dahulu turun temurun daripada akar-akar kayu, pucuk-pucuk, tradisionallah. Setujulah. Jadi itu agaknya berpunca ubat-ubatan tradisional yang diminum yang kemudian dijadikan pil, ditelan, macam Yang Berhormat Kepong kata tadilah.

Satu lagi, urut-urutan. Setahu sayalah sahabat-sahabat saya orang Tionghoa, orang Cina sudah ribuan tahun, ubat tradisional ini sudah ribuan tahun. Maknanya satu ilmu yang tualah ada kepada orang-orang Cinalah, dan kebanyakan negara-negara Asia macam India, Arab, macam Kepulauan Melayu ini. Lagi satu urut ini, tidak tahulah agaknya macam mana urut. Tidak tahu Yang Berhormat Kepong macam mana. Yang Berhormat Kepong pernah

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

berurutkah tidak? Urut pula bahagian-bahagian mana hendak urut...

[Disampuk] Ada ‘singse’ di kawasan saya, kalau patah tidak usah pergi hospitallah, pergi kat dia, dua minggu baik.

Kita pun pelik, kita pun pelik. Dia tekan kita dekat – ini patah ini kaki. Kita percaya tidak percaya tetapi tidak percaya pun benda itu baik.

final • 11:52 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Sri Gading, minta laluan sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih ayahanda Yang Berhormat Sri Gading. Soalan saya senang sahaja. Kita lihat perubatan Islam sekarang ini makin berkembang di negara kita.

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ayahanda itu perlahan sedikit.

final • 11:52 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Ya perlahan sedikit. Rawatan dan perubatan Islam sekarang semakin berkembang di negara kita. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Sri Gading, adakah akta ini termasuk juga dengan perubatan Islam yang diamalkan dan dipraktikkan di negara kita sekarang ini?

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya rasa dia termasuk agaknya dalam lingkungan ini kalau dia termasuk dalam kategori tradisional. Dia tidak berdasarkan agama, dia perubatan. Agak sayalah, tetapi Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan pertanyaan Yang Berhormat Arau dengan lebih tepatlah. Bagi sayalah, dia tidak berdasarkan apa, dia berdasarkan, asal tradisional tertakluk dalam rang undang-undang ini.

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi urut ini, masalah ini tidak tahu Yang Berhormat Menteri dalam penguatkuasaan.

Kalau kita makan ubat doktor biasa ini, you makan dua biji pil sebelum makan, dua biji pil kadang-kadang selepas makan, tidak tahu tradisional ini ada tidak peraturan-peraturan yang ditunjukkan dan bagaimana pembungkusan, pembotolan, tahap kebersihan. Itu perlu sebab dalam hujah pertama saya tadi hendak melindungi rakyat supaya rakyat selamat daripada kesan-kesan sampingan. Kadang-kadang ubat sahaja, you makan ini sekian hari tetapi kadang-kadang disebut kesan sampingan tidak ada sebab nanti dia punya alasan ialah ini ubat tradisional, tidak ada kesan sampingan, bukan ada campuran kimia. Sejauh mana kebenarannya ini?

Jadi perkara-perkara macam ini tanggungjawab besar kepada pihak kementerian.

Apabila rang undang-undang ini diluluskan, ia mestilah dikuatkuasakan sepenuhnya terlebih dahulu. Yang Berhormat Menteri...

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Sri Gading, minta penjelasan. Yang Berhormat Sri Gading, saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat tadi.

Apabila Yang Berhormat menyebutkan bahawa sejauh mana rang undang-undang ini akan diterima oleh pihak perubatan moden kerana sekiranya Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari ini diterima, segala bomoh, segala pengamal perubatan tradisional, segala bomoh urut dan segala-galanya, saya hendak minta pihak kementerian adakah akan membenarkan pengamal-pengamal perubatan ini sebagai contohnya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi soal Bomoh Patah ini atau sama ada Chinese punya tradisional perubatan, boleh dimasukkan ke hospital untuk merawat. Ini kerana apabila kita mengakui ini dalam Parlimen maknanya kita telah mengiktiraf pengamal perubatan tradisional. Itu saya minta penjelasan Yang Berhormat Sri Gading, pertama.

Keduanya ialah persepsi ini, minta maaflah doktor-doktor yang ada di sini, Yang Berhormat Kepong, rakan-rakan kita, Yang Berhormat Kota Raja, ini semua doktor, Yang Berhormat Pendang, di sebelah sana pun ada doktor. Kadang-kadang persepsi doktor-doktor moden ini yang mengamalkan secara alopati ini kadang-kadang negatif, sangat-sangat negatif. Saya berpendirian kita perlu merai kerana berubat ini kadang-kadang ada kebaikannya, moden pun ada, tradisional pun ada. Jadi sebab itu kita kena merai. Jadi saya minta dua pandangan itu, apa pandangan Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pertama, kerana pandangannya baik, ucapan Yang Berhormat Kuala Kedah itu, sebahagian daripada ucapan saya. Jadi Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Memang benar, kalau dah kita iktiraf, misal kata tadi tukang urut singse tadi. Apakah hospital membenarkan dia membuat rawatan ke hospital? Ini soal persepsi, pengiktirafan, adakah kita iktiraf? Apabila kita lulus di Parlimen ini, maknanya doktor-doktor di hospital kita yang biasa ini boleh atau tidak terima orang ini apabila dia sudah berdaftar dengan jawatankuasa yang telah kita tubuhkan. Apakah dia boleh diterima untuk merawat? Itu satu jawapan saya minta daripada Yang Berhormat Menteri dan hasil daripada

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kuala Kedah tadi supaya ini memberikan rangsangan kepada pengamal- pengamal tradisional.

Jadi perkara-perkara seperti inilah ya. Memanglah kadang-kadang, minta maaf bukan semualah agaknya, doktor-doktor yang berkhidmat di sana memandang sinis bomoh, pawang, singse kah sebab kadang-kadang yang sebenarnya di sebalik itu kerana soal keuntungan, soal dia hendak mendapat keuntungan lebih. Jadi kadang-kadang dia menafikan kebolehan orang lain. Jadi apakah rang undang-undang ini dapat memberikan pengiktirafan dan pandangan-pandangan sinis ini boleh dikurangkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, biarlah kawan-kawan yang lain boleh menyambung dengan segala senang hati, dengan hormat saya menyokong supaya rang undang-undang ini diluluskan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong hendak bercakapkah atau berdiri tengok orang bercakap? Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya seperti juga daripada sahabat sebelum ini ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana sedar agak lama juga perkara kontroversi mengenai perubatan tradisional dan perubatan alopati ataupun konvensional yang kita amalkan sebegitu lama. Akhirnya dinyatakan ataupun di rang undang-undang kan untuk kawalan ataupun untuk perlindungan bukan sahaja rakyat tetapi juga kepada pengamal perubatan itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa bahagian perubatan tradisional dan komplementari ini sudah wujud semenjak 2004.

Sebenarnya perubatan tradisional ini juga kita tahu sudah wujud sejak berzaman. Saya cuma agak terkilan sedikit apabila saya membaca laporan-laporan sebelum ini sebelum Menteri mengemukakan bahawa perubatan Islam juga akan dimasukkan di dalam kategori pengamal perubatan (PTK) ini.

Sebelum ini saya hendak bertanya sedikit, mungkin kehairanan saya ialah bila saya pergi kepada sesawang, bahagian perubatan tradisional dan komplementari, saya melihat bahawa sebahagian besar hampir 100% daripada pegawai-pegawai dan juga kakitangan adalah orang Melayu Islam tetapi saya tidak faham bagaimana mereka yang duduk di situ tidak boleh melihat rasionalnya perubatan Islam yang orang Islam sudah faham tentang rukyahnya perubatan Islam yang berasas daripada amalan sunah Nabi Muhammad SAW sehinggakan perlu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Jamil Khir untuk JAKIM bercakap dahulu, baru Menteri hendak bawa pindaan itu. Itu adalah kekecewaan bagi saya sebab persatuan-persatuan seperti Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam (Gappima) dan beberapa lagi persatuan perubatan Islam membuat bantahan. Malah mereka merayu supaya ia juga dimasukkan.

Jadi kenapa, apakah alasan sebenarnya perubatan Islam ini ditinggalkan? Adakah kita hendak beri alasan bahawa tidak ada bukti saintifik maka ianya tidak dimasukkan?

Sebenarnya kalau kita lihat dari kita dengar kajian, mungkin kita tidak boleh membuktikan secara empirikal bahawa doa ini, amalan ini menyebabkan perubahan ini. Akan tetapi kita boleh membuktikan dengan membuat kajian kes setelah kita diagnosis, kita selalu dengar cerita ataupun apa yang dipaparkan di surat khabar dan juga pengetahuan yang kita dapat daripada pesakit-pesakit. Di mana apabila mereka pergi kepada pihak perubatan alopati, saya daripada alopati, saya bukan mengatakan bahawa kita salah setiap masa tetapi tidak boleh berfikir bahawa bila mereka datang, pesakit datang kepada kita, siasatan dibuat dan maka tidak didapati ada apa-apa masalah dan pesakit disuruh balik begitu sahaja. Akhirnya pesakit pergi kepada pengubat-pengubat atau pengamal-pengamal perubatan Islam dan penyakit mereka sembuh.

Apa pun etiologi ataupun sebab penyakit itu adalah satu perkara yang sekunder. Ini kerana kita tahu di dalam perubatan konvensional alopati, kita selalu mencari apakah penyebab sakitnya, dan selalu kita mesti hendak cari ada kuman kah, ada virus kah, ada sel yang ganas dan sebagainya. Namun di dalam perubatan Islam, kita ada kepercayaan,

final • 12:05 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

keyakinan di dalam umat Islam bahawa kita ada elemen-elemen yang disebut makhluk halus daripada jin, iblis dan sebagainya yang juga boleh menyebabkan gangguan di dalam pesakit.

final • 12:05 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Mungkin secara allopathynya, secara rasionalnya, pengamal perubatan allopathy ataupun konvensional. Saya pun di antara salah seorang daripadanya dahulu. Apabila penyakit-penyakit seperti ini, saya selalu bila melihat penyakit ini mungkin ada elemen psikologi, mungkin ada elemen emosi dan sebagainya. Apa pun punca sakitnya, kita perlu terima bahawa pesakit menderita, pesakit mengadu, pesakit perlu pertolongan. Jadi walaupun mereka pergi kepada perubatan Islam atau apa-apa lain perubatan, maka kita perlu membuka ruang itu. Kita tidak hanya mengiktiraf perubatan allopathy ataupun sedikit masa dulu pun homeopati pun tidak diiktiraf di negara kita tetapi alhamdulillah sekarang ini kita lihat perkembangan ini sihat kerana dalam Islam, kami percaya, kami yakin bahawa setiap penyakit ada ubat. Hanya ubat itu tidak dikenali, tidak diketahui, belum dijumpai atau belum discover lagi oleh manusia ini tetapi mungkin telah ada kemahiran ini kepada sesetengah pihak pengamal perubatan.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Kota Raja, boleh?

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak timbulkan dua perkara sahaja. Yang pertama sekali, bila kita terima akta ini dan kita masukkan juga perubatan Islam, adakah panel yang akan menapis bahawa perubatan Islam tadi tidak disyirikkan kerana dalam perubatan Melayu terutamanya benda-benda yang syirik ini banyak sangat. Kita takut perkara yang syirik ini akan diselit masuk sebagai sistem perubatan Islam. Kalau ini berlaku, makna kata akta ini akan membiakkan lagi, memperbanyakkan lagilah amalan-amalan syirik dalam perubatan.

Perkara yang kedua, bila kita menerima undang-undang ini, bermakna kata kita terima ubat-ubat yang dibawa oleh perubatan tradisi dan perubatan islamik. Adakah kita mempunyai satu panel ataupun satu penapisan kepada ubat-ubat ini kerana kita takut, sekarang kita mudahkan, yang berdaftar dibenarkan tetapi bila timbul masalah esok, terpaksa buat akta lain pula nak kawal benda ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Itu soalan yang diberi kepada Menteri, jadi Menterilah yang kena menjawabnya. Saya hendak berbalik kepada perubatan Islam. Perubatan Islam pun berbagai-bagai, jadi kita perlu sangat kalau boleh ada badan pengamal perubatan Islam itu sendiri dan saya lihat di dalam sesawang BBTK ini, di antara persatuan yang kira diiktiraf adalah Persatuan Kebajikan dan Perkhidmatan Islam Darul Syifa. Itu yang tadi saya agak keliru, pada masa yang sama perubatan Islam pada asalnya tidak termasuk di dalam akta ini tetapi di sesawang BBTK ini sudah ada, Darul Syifa sudah ada di situ. Cuma masalahnya dalam perubatan Islam ini ramai pengamal perubatan mengaku saya ini perubatan Islam.

Jadi definisi perubatan Islam ini perlu ditapis dan juga perlu dipiawaikan kerana dengan hanya membaca Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, membaca Al-Fatihah, ia tidak menjadikan seseorang itu pengamal perubatan Islam kerana kadang-kadang di dalam pengamalannya, ada perbuatan-perbuatan syirik yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi di mana bercanggah dengan perubatan Islam itu sendiri. Jadi kalau tidak ada piawaian, tidak ada garis panduan perubatan Islam ini, maka kita akan membuka satu pintu di mana semua orang mengaku dia pengamal perubatan Islam dan masyarakat akan keliru kerana dia buat perkara-perkara yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh Islam. Jadi saya harap dengan adanya kemasukan perubatan Islam, pengiktirafan perubatan Islam ini namun kita perlu memperhalusi istilah ataupun definisi perubatan Islam.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Yang Berhormat Kota Raja, boleh?

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa keanggotaan majlis perubatan ini sendiri yang hendak ditubuhkan, yang diwujudkan dalam undang-undang ini perlu ahli-ahlinya adalah bukan sahaja terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti mana yang dicadangkan tetapi juga mereka yang lebih mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam perubatan tradisional Islam yang

final • 12:10 PM

Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

mempunyai keupayaan daripada segi pengetahuan dan ilmu Islam ini kerana bukan semua ayat Quran boleh dipergunakan begitu.

Maknanya mereka ini akan turut sama dengan pihak majlis ini sendiri yang akan ditubuhkan untuk memberi nasihat dan apakah Yang Berhormat setuju supaya majlis ataupun perubatan Islam juga ditauliahkan sebab kita tidak mahu macam yang berlaku dalam surat khabar dua tiga hari berita sehingga konon nama perubatan Islam tetapi dia mengambil kesempatan yang tidak bertanggungjawab terhadap pesakit. Kemudian itu saya rasa boleh Yang Berhormat, saya ingin Yang Berhormat mengetahui sama ada Yang Berhormat setuju atau tidak setuju kebanyakan penyakit perubatan Islam ini benda-benda yang misteri, benda sihir, benda-benda yang kadang benda santau sekalipun boleh dikenal dan boleh dikesan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam tapi persoalannya, orang mati kerana sihir, orang mati kerana santau, orang mati dengan kesan-kesan misteri tadi yang kita tahu siapa yang melakukannya. Habis kalau kes yang sebegini kita dapati melalui perubatan Islam, apakah peruntukan undang-undang untuk sabitkan dia ini di muka pengadilan sebab ini nampak jenayah besar sebab orang boleh mati. Jadi ini macam mana Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sebenarnya saya memang nak ke situ tadi, ke arah tentang pentauliahan dan juga piawai dan saya juga bersetuju bahawa di dalam majlis perubatan tradisional untuk mendaftar pengamal perubatan itu sendiri bila dia hendak mendaftar sebagai pengamal perubatan Islam. Hanya orang-orang yang faham tentang perubatan Islam yang boleh mengatakan “Ya, yang ini perubatan Islam” kerana saya biasa juga ada pengalaman ada pengamal-pengamal perubatan mengatakan “Oh, saya daripada Darul Syifa”. Jadi bila kita pergi Darul Syifa, bila pesakit pergi kepada dia, dia mengeluarkan diagnosis dan kemudian mengatakan begitu dan begini. Salah satu daripada perkara yang dia kata adalah ini adalah buatan orang, inilah begini begitu. Jadi bila kita refer balik kepada Darul Syifa, Darul Syifa kata standardizing piawaian kita, seorang pengamal Darul Syifa tak boleh menunjuk jari kepada siapa yang mengenakan sihir dan sebagainya.

Jadi ini ialah perkara-perkara yang masih menjadi kontroversi yang perlu diperhalusi dan saya kira BBTK perlu mengambil inisiatif ini untuk mengumpul pengamal-pengamal perubatan Islam dan kemudian meletakkan garis panduan yang boleh dipersetujui oleh semua dan juga saya kira peranan fatwa ulama di sini penting kerana ia adalah satu konsensus umat Islam bahawa siapakah yang boleh dipanggil pengamal perubatan Islam.

Saya nak pergi...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kota Raja, sedikit. Isu yang sama ini Yang Berhormat Kota Raja. Saya ada sedikit kebimbangan, Yang Berhormat Kota Raja apabila Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa di peringkat jawatankuasa akan memasukkan pindaan ataupun cadangan pengamal perubatan Islam ini dalam rang undang-undang yang akan dibahaskan ini kerana isu yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja ini ialah perkara yang cukup besar iaitu untuk pentauliahan ataupun piawaian kepada pengamal perubatan Islam itu kerana kita tidak ada satu institusi yang diberi pengiktirafan oleh kerajaan bahawa orang ini adalah orang yang layak untuk diiktiraf sebagai seorang pengamal perubatan Islam.

Jadi sekiranya pindaan yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri masuk dalam rang undang-undang kali ini, bermakna kita tidak ada satu standard yang boleh diterima dan sesiapa sahaja boleh mengaku dan ini akan memberikan kesan yang cukup hebat. Jadi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan dahulu sebuah institusi yang mempunyai kepakaran untuk memberikan tauliah kepada pengamal perubatan itu barulah rang undang-undang ini boleh diterima pakai.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi saya bimbang itu, takut semua orang mengaku dia adalah pengamal perubatan sedangkan dia tidak dapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak, apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, saya kira boleh dimasukkan juga di dalam ucapan saya. Ada satu perkara tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Baling, mengenai kematian yang disebabkan sihir dan sebagainya. Bagi saya, kita sudah masuk dalam satu kawasan yang agak berbahaya kerana ramai orang yang ada penyakit. Kita tahu sebagai doktor tetapi dia membuat diagnosis pergi

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

kepada bomoh ataupun pengamal perubatan dan mengatakan ini santau. Kalau kita datang kepada doktor, kita tengok dia ada penyakit pakej, diabetes, renal failure, hypertension, heart disease dan semuanya ada pada dia dan menyebabkan dia tidak berupaya, tidak boleh aktif, badannya lemah. Oleh itu, dia tidak boleh berfungsi, maka mengambil jalan senang itu, dia kata ini kena santau.

Jadi, itulah sebabnya bagi saya, sebelum kita mendiagnosis sesuatu, saya ingin supaya ada pertalian di antara pengamal perubatan alopati dan pengamal perubatan lain.

Begini, misalnya dia pergi kepada doktor, betul confirm doktor kata tidak ada apa-apa, kami dah buat MRI, kami dah buat x-ray, kami dah buat pemeriksaan darah, you are completely normal, anda normal. Pada ketika itu apabila pesakit masih lagi mengadu, saya tahu next round doktor akan pergi kepada seorang pakar psikologi atau psikiatri untuk membuat penilaian. Akhirnya, saya selalu bila sampai ke pakar psikologi atau psikiatri, saya mengatakan, buatlah dua-dua, tradisional pun buat, yang ini pun buat, jangan tinggal. Ubat doktor pun makan, kalau ada duit hendak pergi ke pengamal perubatan lain, pergilah kerana tidak ada satu perkara pun yang menghalang. Kecuali kalau pengamal perubatan alternatif ataupun complementary traditional ini mengatakan, kalau hendak baik, berubat dengan saya, tinggalkan ubat hospital. Ini tidak boleh saya terima, itu sebabnya perlu ada cooperation, ada kerjasama, latihan. Ini kerana ada banyak kes juga bila orang menceritakan kepada kita, “saya pergi kepada bomoh, saya pergi kepada pengamal perubatan, barah saya boleh baik kata dia. Barah saya boleh baik, saya pergi hospital doktor kata tidak boleh baik”.

Kadang-kadang dia tidak pergi hospital pun tetapi masalahnya diagnosis barah itu tahu tidak? Bukan semua benjolan ataupun bengkakkan itu adalah barah. Jadi, bila kita sewenang-wenangnya mengatakan ini barah, maka kita dah boleh mengubatnya, kemudian dia pergi kepada orang lain cerita pula, “saya pergi kepada pengamal perubatan in, saya lega, barah saya baik”. Oleh kerana daripada awal diagnosisnya sudah tidak betul, bukan barah. Jadi, itulah perkara-perkara yang saya rasa perlu, begitu juga dengan patah. Saya setuju ada patah-patah yang kita panggil greenstick fracture ataupun rekahan ataupun fracture yang tidak menyebabkan displacement dan tidak menyebabkan kecederaan otot dan sebagainya. Itu prinsip dalam bomoh patah ini senang sahaja, sama sahaja yang kita pakai di dalam perubatan. Makna, bila ada displacement, kita betul, realign, kemudian kita jangan bagi dia bergerak. Insya-Allah akan berlaku percantuman semula.

Ini berlaku misalnya, sekiranya kita ada satu tulang klavikel yang kita panggil di sini.

[Menunjukkan bahagian bahu] Kadang-kadang anak-anak ada patah, orang tua pun ada patah, tidak payah buat apa, tidak payah pakai simen, cuma pakai sling, dia akan baik sebab dia tidak bergerak. Jadi memang boleh, memang ada jenis-jenis patah, retak dan sebagainya yang boleh diubati oleh pengamal perubatan tradisional. Jadi, ini perlu dari segi diagnosis dan perlu pengamal perubatan tradisional dan komplementari perlu dilatih untuk mengenali apakah penyakit-penyakit yang mereka boleh ubati dan apakah penyakit yang wajib ke atas mereka untuk refer, rujuk kepada perubatan alopati.

Apa yang saya bimbang oleh kerana di sini sudah ada kepentingan, maka dia hendak berubat, kalau banyak kali datang jumpa saya, banyak kalilah dapat yurannya. Jadi, dia tengok penyakit itu, dia tidak boleh ubat pun dia kata boleh ubat. Jadi, inilah perkara saya ingat di dalam sini ada satu bahagian, kewajipan pengamal perubatan komplementari dan tradisional untuk merujuk pesakit dalam keadaan sakitnya acute ataupun sakitnya serius mendadak. Ini kerana membahayakan nyawa, dia kena hantar ke hospital atau nasihat pergi ke hospital. Akan tetapi ada jenis penyakit lain yang datang kepada pengamal perubatan yang tidak dinasihatkan untuk ke hospital, terutamanya barah pada peringkat awal.

Kita jumpa ramai pesakit barah stage 1 atau stage 2 belum merebak, pergi kepada pengamal perubatan. Setelah diubat-ubat, masuk stage 3 tidak jadi apa. Bila masuk stage 4 pergi hospital, masuk seminggu inalillahi wainna ilaihi rojiun. Masa itu pesakit akan kata, “ mak, saya pergi kepada hospital, ha tengok dah mati”. Jadi, inilah perkara-perkara yang perlu kita didik masyarakat kita supaya kita faham apakah bidang-bidang pengamal perubatan tradisional dan komplementari ini, di mana peranan mereka? Mereka ada peranan tetapi pada masa yang sama, kita tidak mahu membahayakan pesakit dengan mempercayai perkara-perkara yang sepatutnya boleh diubati dengan cara alopati. Akan tetapi oleh kerana mereka melambat-lambatkan untuk mendapatkan bantuan perubatan, maka mereka akhirnya menemui komplikasi yang lebih teruk.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk sekejap Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

saya mengalu-alukan kehadiran His Excellency Mr. Chip Chaicitchuk, Chairman of Standing Committee on Administrative Affairs of the House of Representatives of the Kingdom of Thailand dan delegasinya [Tepuk] ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran delegasi ini dapat mengakrabkan lagi tali persahabatan dan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand yang telah sedia ada terjalin erat. Terima kasih Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berubah kepada satu bahagian daripada rang undang-undang ini mengenai pengiklanan, di mana pengamal perubatan yang berdaftar tidak dibenarkan membuat pengiklanan atau membuat dakwaan yang luar munasabah. Namun kalau orang yang berdaftar, biasanya kita hendak control yang berdaftar. Yang berlambak-lambak banyak di dalam akhbar-akhbar tabloid sekarang adalah pengiklanan orang-orang yang tidak berdaftar. Jadi, apakah langkah kementerian untuk mengawal pengiklanan-pengiklanan yang sebegini dan berapa banyak tindakan yang diambil atas orang-orang yang mengiklankan ubat-ubat yang kononnya boleh mengubati penyakit daripada A ke Z?

Semua penyakit boleh tetapi sekarang kita ada akta di mana kawalan ubat dan sebagainya. Akan tetapi masih banyak lagi iklan-iklan yang ada di dalam akhbar yang kita tidak dapat kawal. Kalau pengamal perubatan, dia sudah daftar dan kita boleh deregister dia tetapi orang-orang yang tidak berdaftar, apa tindakan kita kepada mereka? Akhir sekali, saya ingin menyebut bahawa tadi mengenai pentauliahan, saya faham bahawa kita hanya ada satu kolej perubatan tradisional dan komplementari di Melaka.

Jadi, saya harap bahagian PTK ini juga berusaha untuk menggalakkan beberapa lagi kolej, terutamanya di dalam perubatan Islam, pengiktirafan mana-mana pihak yang berwibawa untuk mendaftarkan dan juga mengambil penuntut supaya mereka ini boleh disijilkan. Bila disijilkan, diiktiraf, maka kawalan itu adalah lebih baik berbanding dengan bomoh-bomoh ataupun lain-lain pengamal perubatan yang kebanyakannya kita tahu tidak mempunyai latihan yang sepatutnya. Inilah yang menyebabkan kadang-kadang kekeliruan di dalam masyarakat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ledang.

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat datang sekali lagi. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian khususnya kerana setelah kita tunggu sekian lama, seingatan saya daripada penggal lepas lagi, akhirnya rang undang-undang ini dibentangkan dan dibahaskan pada hari ini. Insya-Allah, seiring dengan slogan “Janji Ditepati”. Inilah salah satu daripada janji, maka kita bahas sebaik mungkin dan kita luluskan rang undang-undang ini. Ini adalah janji kita semua sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bukan janji daripada Barisan Nasional sahaja.

final • 12:29 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini janji kita semua cuma secara kebetulan yang jadi kepala kereta api ini ialah Barisan Nasional dan saya yakin tidak ada sesiapa pun yang ingin atau bahaskan untuk menolak rang undang-undang ini, sekadar mungkin cadangan ataupun pertanyaan. Kalau hendak kritik pun kita tidak pakar Tuan Yang di-Pertua cuma ada beberapa pertanyaan yang mungkin kita cuba hendak ajukan umpamanya kita hendak bertanya kepada pihak kementerian ini, Yang Berhormat Menteri, kalaulah ada di kalangan misalnya orang alim contohnya orang alim.

Orang yang ada kepakaran untuk menghalau atau mengeluarkan jin dalam badan pesakit misalnya yang kita faham tetapi orang yang pakar ini memang dia pakar bab ini atau pada masa yang sama dia orang alim dan dia rasa dia tidak perlu mendaftar dan dia berfikir kenapa dia perlu berdaftar kerana dia buat kerja sukarela cuma orang minta tolong. Dia pun tidak mengambil upah dan sebagainya.

Maknanya walaupun ada rang undang-undang ini yang bertujuan untuk mengawal tetapi ada satu atau beberapa individu atau kelompok yang tidak rela berdaftar tetapi tenaganya diperlukan oleh masyarakat, oleh pesakit-pesakit khususnya di hospital. Mereka dijemput dan atas rasa kesedaran, keinsafan seperti ini mereka datang, cuma mereka tidak mahu mendaftar. Ini mungkin salah satu perkara Yang Berhormat Menteri yang perlu kita

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

jelaskan sama ada adakah wajib untuk tujuan pendaftaran khususnya bagi kes-kes tertentu ataupun kita ada sedikit kelonggaran dan sebagainya yang perlu diperjelaskan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sangat rang undang-undang ini kerana ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang paling sejahtera di dunia. Kalau selama ini Tuan Yang di-Pertua kerajaan telah berjaya mengawal penyakit yang berjangkit daripada dahulu hingga sekarang, penyakit kusta, penyakit tibi, penyakit malaria yang kita kenal zaman dahulu dan sampailah penyakit hepatitis ‘B’, penyakit H1N1 dan sebagainya, kerajaan berjaya, pimpinan kerajaan daripada dahulu sampai sekarang selaras dengan “Janji Ditepati”, berjaya mengawal penyakit-penyakit yang berjangkit. Rekod negara kita dari segi indeks kesihatan memang tinggi tidak boleh nafikan.

Itu penyakit berjangkit Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Pada saya, saya ingin bertanya satu soalan. Adakah akta ini membawa satu beban yang begitu tinggi atas Kementerian Kesihatan? Kita tengok dalam seksyen 21 dikatakan tiada seorang pun boleh mengamalkan apa-apa bidang amalan yang bukan bidang amalan yang diiktiraf. Tanpa diiktiraf, seorang pengamal tradisi tidak boleh jika dia amalkan bidang dia, mana-mana orang yang melanggar subseksyen 1, satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dengan kesalahan pertama, denda RM30,000 atau dipenjarakan untuk satu tempoh tidak melebihi dua tahun.

Jadi ini akan meletakkan satu beban atas Menteri Kesihatan dan juga DG, katakan you tidak iktiraf satu-satu bidang, semua pengamal di bidang itu akan marah dengan kerajaan dengan mengatakan, kenapa you tidak iktiraf saya? Katakan you mengiktirafnya, ertinya you recognize, iktirafkan bidang itu, moxibustion, bone-setting, macam-macam. Ada banyak isu.

Jadi ertinya apabila kita iktirafkan ertinya kita recognize, kerajaan katakan ini selamat. Jika tidak iktiraf pun, pengamal itu semua akan dijenayahkan, diharamkan dan kita terpaksa ambil tindakan. Saya rasa cara ini ditulis walaupun saya setuju perlu kita ada satu sistem, satu kaedah kita kawal tetapi ini memindahkan bebannya atas Kementerian Kesihatan di mana jika tidak iktiraf pun you salah, jika iktiraf pun you katakan ini boleh, kerajaan we recognized, you boleh pergi jumpa dengan dia. So beban ini dipindahkan atas DG kita di Kementerian Kesihatan. Jadi saya rasa cara ia digubal ini ada satu kelemahan. Apa pandangan Yang Berhormat Ledang?.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Sungai Siput, terima kasih.

Saya rasa jawapan itu lebih tertumpu kepada Yang Berhormat Menteri tetapi kepada saya, ini bidalan Melayu mengatakan buat salah, tidak buat salah. Maknanya selepas ini seolah-olah kalau saya boleh gunakan perkataan itu, segala beban dicurahkan atau diletakkan kepada pihak DG atau pihak kementerian tetapi kepada saya yang penting ialah ada satu permulaan dan kita tidak boleh ke mana-mana kalau tidak ada permulaan.

Maknanya mungkin kita masih dalam proses transition, peralihan dan sebagainya cuma mungkin saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri, kalaulah tujuannya lebih kepada seperti yang saya sebut tadi lebih kepada hendak memastikan bahawa sesuatu rawatan tradisional dan komplementari itu selamat, mungkin pesakit selain daripada didikan yang sempurna, pesakit juga mestilah memberi perlindungan kepada kementerian. Maknanya beban ataupun tanggungjawab itu mestilah terletak sewajarnya ke atas pesakit pada saya. Ini kerana mustahil kementerian ada kepakaran dalam bab perubatan tradisional dan komplementari, mustahil. Lebih-lebih lagi akan wujud satu majlis seperti yang saya sebutkan tadi. Kita tidak ada kepakaran cuma beban yang kita terima di depan kita ini ialah ada permintaan daripada rakyat Malaysia dan terbukti beberapa permintaan rawatan ataupun perubatan tradisional dan komplementari itu mujarab.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Lipis Yang Berhormat Ledang.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekejap. Ini yang pada saya perlu diberikan kebenaran untuk mereka mendapatkan rawatan secara tradisional dan komplementari. Yang Berhormat Lipis.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Jadi dalam perbincangan tentang rang undang-undang ini sebelum ini, sebab ia telah dibentangkan pada mesyuarat yang lepas, jadi saya berbincang dengan doktor-doktor perubatan atau pengamal perubatan moden. Jadi mereka bertanya, adakah mereka juga diberi peluang untuk mendaftar sebagai pakar atau sebagai

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

ahli perubatan tradisional ini kerana dia kata kalau dahulu tidak boleh. Kalau yang moden, moden sahaja. Ada yang cuba buat yang komplementari ini dan mereka telah diberi maklum, diberi ingatan oleh persatuan mereka. Jadi apa pandangan Yang Berhormat ledang mengenai perkara tersebut?

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Pada saya yang penting ialah ada kebenaran untuk mereka akses kepada pihak hospital atau untuk memberikan rawatan tersebut. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua pengalaman sayalah, saya juga hampir-hampir menjadi pengamal perubatan CVT atau color vibration therapy. Oleh sebab itu saya hari ini pakai baju color putih cuma saya nasihatkan Yang Berhormat Tenggara hari ini pakai baju putih, dia tidak pakai. Hari ini adalah aura warna putih sebenarnya. Itu contoh.

Maknanya ada permintaan kalau jika boleh mereka memberikan rawatan di dalam hospital dan sekarang walaupun rang undang-undang ini belum diluluskan, sebelum ini pun sudah ada kebenaran untuk mereka masuk ke hospital memberikan rawatan dengan peraturan tertentu. Saya hendak sebut di sini Yang Berhormat Menteri, CVT adalah satu jenis perubatan untuk menguatkan organ-organ. Misalnya, ini saya sebut hanya sekali imbas sahaja, misalnya diabetes. Diabetes berpunca daripada insulin, kerana insulin kita rendah ataupun tiada kerana pankreas kita tidak berfungsi dengan betul.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Maknanya, pankreas itu perlu di activate. Cara hendak activate ialah dengan menggunakan aura warna kuning contohnya. Kalau mengikut rawatan CVT makan pisang yang terbaik adalah sewaktu tengah hari kerana tengah hari itu adalah aura warna kuning. Itu contohnya. Makan tembikai waktu maghrib sebab itu sesiapa yang ada penyakit buasir Tuan Yang di-Pertua, tidak digalakkan makan tembikai sangat...

final • 12:40 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Minta penjelasan sedikit.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bolehlah makan tetapi waktu menjelang Maghrib.

final • 12:40 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Gout.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kerana pada masa itulah sistem penghadaman kita bertindak maksimum mengikut aura tertentu. Sila pakar nuklear jelaskan fakta itu.

final • 12:40 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Minta penjelasan Yang Berhormat Ledang.

Tadi, disebut mereka dibenarkan mengamalkan perubatan di hospital. Jadi, saya hendak minta penjelasan merujuk kepada pendaftaran dan pengiktirafan ini adakah apabila mereka dibenarkan mengamalkan atau menggunakan konsep perubatan mereka di hospital perlu didaftarkan tetapi yang lain-lain tidak perlu. Maksudnya kita tengok, katalah perubatan homeopati, akupunktur atau pun aku bekam yang selalu saya buat rawatan. Jadi, adakah mereka perlu daftarkan atau tidak perlu kerana tidak dibenarkan di hospital. Minta penjelasan Yang Berhormat Ledang.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat sahabat saya. Orang Bangi kirim salam. Rupanya Yang Berhormat Hulu Langat juga adalah pengguna perubatan tradisional dan komplementari. Salah satunya bekam.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sudah masukkan dalam cadangan ucapan saya iaitu ada dua pertanyaan. Pertama pendaftaran, kedua pengiktirafan. Kefahaman saya ialah rang undang-undang ini di peringkat awalnya lebih kepada pendaftaran dan pengiktirafan terletak kepada badan-badan yang menaungi perubatan-perubatan tertentu misalnya bekam adalah penaungnya. Ini pada pandangan saya.

Akan tetapi saya juga hendak melanjutkan pertanyaan ini kepada Yang Berhormat Menteri. Kalaulah kerajaan terpaksa mengiktiraf dari segi tanggungjawab, kita iktiraf dari segi wujudnya rawatan tersebut tetapi adalah tidak adil kalau kerajaan terpaksa menerima atau memikul tanggungjawab pengiktirafan berserta dengan tanggungjawab. Pada saya tidak adil.

Akan tetapi pada masa yang sama rakyat diberikan pilihan...

final • 12:40 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Yang Berhormat Ledang mohon laluan.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Untuk memilih rawatan tersebut.

final • 12:40 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya hendak tanya, saya sudah baca dah, sudah dengar dengan teliti bila dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri ini.

Hendak bertanya dengan Yang Berhormat Ledang lah. Selain daripada yang dinyatakan, yang mendaftarkan individu yang menyediakan perubatan tradisional dan komplementari kepada orang ramai. Syarikat-syarikat, pusat-pusat kecantikan yang nampaknya sudah pun berani menjadi pengamal-pengamal perubatan tradisional dan komplementari ini. Yang menyediakan perkhidmatan seperti ini dan makin ramai bukan sahaja wanita termasuk lelaki yang datang untuk mendapatkan keterampilan baru.

Jadi, macam mana agaknya pandangan Yang Berhormat Ledang. Adakah kementerian mengambil berat tentang perkara yang berlaku kerana saya perhatikan makin ramai kaum wanita dan juga lelaki dan sebagainya menjadi mangsa kepada penipuan.

Kononnya menyediakan produk-produk tradisional komplementari ke arah menyediakan kesihatan yang baik yang sengaja disediakan oleh syarikat dan juga pusat-pusat kecantikan yang semakin berleluasa sedang berlaku pada hari ini. Agaknya macam mana pandangan Yang Berhormat Ledang ini? Terima kasih banyak.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Tenggara, terima kasih.

Rakyat Malaysia jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang tertentu misalnya ingin muda, ingin cantik dan sebagainya tanpa merujuk kepada pakar-pakar perubatan moden.

Sebab setiap kali kita menerima rawatan daripada pusat kecantikan dan sebagainya kita kena tanya kepada mereka sejauh mana jenis rawatan ini diiktiraf oleh Majlis Perubatan ataupun dalam kawalan Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Akan tetapi selebihnya saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada tadi saya sebutkan kerajaan berasaskan dengan slogan “Janji Ditepati” bukan sahaja dahulu mengawal penyakit berjangkit, penyakit yang tidak berjangkit pun sekarang kerajaan terpaksa kawal. Maknanya betul-betul kerajaan yang sangat peka dengan kesejahteraan rakyat. Dahulu kerajaan sibuk membuat kempen untuk memastikan bahawa penyakit yang tidak berjangkit itu dapat dikawal. Sekarang kerajaan menggalakkan, terbaru program 10,000 langkah seluruh Malaysia. Saya lupa tarikh dia. Gaya hidup sihat. Maknanya kerajaan mengambil tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan bahawa rakyat tidak menerima penyakit-penyakit bukan kerana berjangkit tetapi penyakit kerana gaya hidup, salah pengambilan makanan contohnya berlebihan, tidak pandai menguruskan waktu dan sebagainya.

Ini pun Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil tanggungjawab dan mengambil alih seolah-olah mengambil alih jadual harian rakyat Malaysia. Mana ada kerajaan yang sehebat Kerajaan Malaysia Yang Berhormat Kota Melaka. Ini janji ditepati lah ini. Janji ditepati maknanya kita sama-sama memastikan rakyat sejahtera. Cuma secara kebetulan BN buat masa ini insya-Allah selama-lamanya menjadi kepala kereta api dan Yang Berhormat Kota Melaka dan rakan-rakan yang lain menjadi pengikut. Kita kena terima realiti ini.

Terbaru Tuan Yang di-Pertua yang saya kagum ialah bab ini. Yang ini pun kerajaan bab perubatan tradisional komplementari pun kerajaan ambil alih. Dari segi tanggungjawab.

Cuma saya bimbang Tuan Yang di-Pertua janganlah sampai tahap DG atau pun Menteri Kesihatan sendiri terpaksa menerima risiko dan akhirnya dibebani dengan serangan daripada rakyat kerana menuduh kerajaan bertanggungjawab atas penyelewengan yang dibuat oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah sebahagian tadi sudah ditanya.

Pertamanya agaknya Tuan Yang di-Pertua bila semua hospital sebab saya pandang pada perkara yang positif bila semua hospital boleh diakses oleh pengamal perubatan tradisional dan komplementari. Contohnya Yang Berhormat Menteri di Tangkak. Akan tetapi menyebut Tangkak Tuan Yang di-Pertua saya hendak mengambil kesempatan oleh kerana saya datang daripada Tangkak, Ledang. Yang pertama saya hendak mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah banyak menyelesaikan masalah kesihatan di Tangkak.

Masalah perjawatan insya-Allah selesai. Klinik 1Malaysia insya-Allah akan bermula pembinaannya, Very soon... Sudah lulus. Kemudian, saya dengar-dengar Hospital Tangkak juga akan dinaik taraf. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri sahkan dalam Dewan ini boleh

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

saya jadikan satu cerita gembira di sana kerana seiring dengan janji ditepati mewujudkan sebuah kawasan Ledang dan Tangkak yang sejahtera dan lain-lain lagi termasuk Tenggara.

Jadi misalnya Hospital Tangkak boleh diakses oleh pengamal perubatan tersebut.

Sekarang ini memang ada cuma tidaklah secara rasmi sangat. Agaknya perlukah kita menunggu rang undang-undang ini diluluskan misalnyalah Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya ialah satu perkara yang tadi saya sebutkan sekali lagi bagaimana pihak kementerian mengukur seseorang pengamal perubatan itu boleh akses, boleh masuk dan memberikan rawatan di hospital-hospital di mana mereka didaftarkan dan mereka boleh memberikan rawatan.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bagaimana pihak kementerian mengukur? Adakah majlis yang ditubuhkan nanti boleh mengukur hanya dengan pendaftaran berasaskan kepada permohonan misalnya.

Ukuran kepada pendaftaran dan pengiktirafan. Itu satu perkara yang mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh terangkan sebab saya fikir pengamal ini ramai. Mereka suka hendak mendaftar tetapi mereka tertanya-tanya bagaimana pihak kementerian mengukur pengamalan mereka sebelum mereka didaftarkan kerana kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kementerian tidak ada kepakaran bab ini. Kalau perubatan, ada Majlis Perubatan Malaysia, ada pakar-pakar tertentu. Akan tetapi di sini kerajaan belum ada pakar.

So, bagaimana kita boleh mengukur dan daftarkan mereka? Itu satu soalan yang penting.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya apabila sudah didaftarkan, bagaimana kita boleh memastikan bahawa pengamal perubatan ini memberikan rawatan secara profesional.

Maknanya benar-benar dalam ruang lingkup pengamalannya. Tidak tersasar kepada perkara- perkara lain sehinggakan salah memberi ubat. Ini kerana ada pengamal perubatan tradisional yang memberi ubat. Saya tidak tahulah ubat atau vitamin. Saya tidak tahu.

Misalnya mereka memberi pil. Boleh dimakan? Adakah pihak kementerian terpaksa siasat dahulu kandungan pil tersebut, Yang Berhormat Kota Melaka? Ada. Yang Berhormat Kota Melaka rajin datang. Kena beri ubat juga. Akupunktur. Dia beri ubat. Dia ada masuk – dia buat dripping. Ada larutan herba dan macam-macam. Ada pengambilan herba dan sebagainya.

Akan tetapi kepada saya perlu dikawal ubat tersebut. Kalau kita kata “ubat”, maknanya ada larutan yang dimasukkan dalam badan kita. Ada pengambilan ubat dalam bentuk tablet, pil atau akupunktur. Mereka pun diiktiraf. Ramai di sini yang menjadi patient atau pesakit kepada perubatan tersebut termasuk Yang Berhormat Kota Melaka, contohnya.

Ini semua. Maknanya ubat mereka bagaimana? Bagaimana kita boleh – bagaimana kementerian boleh mengawal ini semua? Adakah perlu disemak, disiasat, dikaji laporan kimia selain daripada pengamal itu sendiri perlu disemak hari-hari. Misalnyalah, bukan? Itu satu persoalan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kepada sayalah Tuan Yang di-Pertua, siapa menyebut tadi? Mungkin Yang Berhormat Kota Raja. Perlunya pihak kementerian juga memberikan pengetahuan dan didikan secara luas kepada rakyat Malaysia tentang erti sebenar perubatan tradisional dan komplementari ini. Ini memang sudah menjadi satu tanggungjawab yang berat. Dulu kita minta supaya didaftarkan. Ada kaedah tertentu dan sebagainya. Namun apabila kementerian mengambil alih ini, ada satu beban pula sebab kita tidak mahu nanti Yang Berhormat Menteri, akhirnya rakyat menyalahkan kerajaan kononnya kerajaan sudah mengambil langkah yang salah dengan membenarkan rawatan ini sedangkan matlamatnya baik.

Kita tidak mahu menjadi satu perkara negatif dan kita harap pihak pembangkang menyokong rang undang-undang ini. Di pihak kita sudah tentu dan pada masa yang sama tidaklah seboleh-bolehnya insya-Allah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Hulu Langat dan rakan-rakan yang lain tidak menjadikan ini sebagai isu politik sama ada sekarang ataupun pada masa yang akan datang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Tawau.

final • 12:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 amat dialu-alukan. Sudah sampai masanya untuk kerajaan mentadbir dan mengawal selia amalan dan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia supaya mutu dan standard penjagaan melalui perubatan komplementari tidak disalah guna atau tidak dikompromikan.

Melalui rang undang-undang ini, kita berharap ia akan mencapai standard seperti mana yang diadakan di negara-negara yang maju. Ia telah dilaporkan bahawa lebih daripada 60% populasi dunia memiliki penjagaan melalui traditional complementary alternative atau rawatan perubatan bersepadu kerana kecekapan dan profesionalisme tinggi amalan ini.

Banyak negara maju telah pun melaksanakan persepaduan atau integration medicine, tradisional dan komplementari di dalam perkhidmatan hospital aliran utama. Ini telah dicapai, berkesan dan berhasil. Ingin saya mengetahui daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kesan dengan kemajuan perubatan komplementari di sepuluh buah hospital sejak 2006 yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan tadi? Adakah kementerian mempunyai sebarang pelan untuk melaksanakan lebih banyak aliran utama bersepadu dengan penjagaan komplementari di hospital-hospital kerajaan, hospital-hospital swasta atau klinik-klinik swasta juga.

Tuan Yang di-Pertua, doktor-doktor perubatan utama atau the mainstream medicine dipengaruhi latihan yang melalui lalu dan banyak masih menganggap perubatan tradisional dan komplementari sebagai tidak relevan lagi secara saintifik. Adakah kementerian mempunyai sebarang pelan untuk memasukkan pengetahuan perubatan tradisional dan komplementari tersebut ke dalam kursus pengajian perubatan atau dalam tempoh latihan supaya doktor-doktor perubatan memperoleh orientasi yang asas berhubung cawangan- cawangan pengetahuan complementary care ini. Bagaimana kementerian memastikan doktor-doktor atau specialist mainstream medicine boleh terima rang undang-undang ini?

Dalam fasal 3, ingin saya meminta penjelasan daripada kementerian. Setakat mana kementerian membenarkan amalan perubatan tradisional atau komplementari untuk merawat penyakit-penyakit sama ada penyuntikan produk-produk herba atau pengeluaran toksin-toksin daripada darah dibenarkan di bawah amalan ini. Oleh kerana amalan-amalan perubatan Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India atau ayurveda dan homeopati didapati dalam pelbagai bentuk yang kompleks. Bagaimanakah – bekerja keras selama ribuan tahun, bagaimanakah kementerian bercadang untuk mengkategorikan setiap amalan ini berdasarkan penggunaan serta ciri-ciri toksik ribuan herba-herba tradisional serta pengalaman saintifik rawatan-rawatannya.

Baru-baru ini saya ada terima satu rayuan dari bekas Malaysian Society For Complementary Therapy (MSCT) ditubuhkan pada tahun 1999 dan ia sudah di register. oleh bekas Menteri, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada tahun 2009. Pada masa itu kerana ada masalah-masalah mengenai setiap disiplin di dalam. Pada tahun 2010, Malaysian Society For Complementary Medicine (MSCM) sudah ditubuhkan dan kebanyakan disiplin-disiplin dalam MSCT tidak dibenarkan masuk, MSCM ditubuhkan pada tahun 2010.

Jadi saya ingin tahu, untuk disiplin-disiplin seperti ini, phytobiophysics, color therapy yang sudah menjalankan rawatan pada masa hingga sekarang sudah ada 13 tahun.

Bagaimana mereka mendaftarkan untuk menjalankan praktis terapi ini. Saya ingin tahu juga berapa disiplin terapi, komplementari telah didaftar di kementerian setakat ini? The type of complementary care?

final • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Jam sudah pukul satu.

final • 12:54 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Okey, terima kasih. Saya akan sambung.

final • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sambung tengah hari, Yang Berhormat ya.

final • 12:54 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih.

final • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dahulu dan akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti.

final • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Tawau untuk menyambung perbahasan.

final • 2:30 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu bagaimanakah kementerian bercadang untuk mengkategorikan disiplin-disiplin yang saya sebut tadi memandangkan terdapat banyak lagi amalan lain selain dari amalan-amalan utama seperti akupunktur, refleksologi, ‘kiropraktik’? Mereka ini menggunakan tenaga sejagat atau color therapy atau bunga terapi, menggunakan tenaga daripada tumbuhan dan bunga untuk menyelaraskan sel-sel badan, tenaga kinetik dan sebagainya.

Juga bagaimanakah kementerian akan memastikan bahawa kesemua disiplin ini adalah diwakili secara pembaikan dari lembaga atau jawatankuasa perubatan tradisi dan komplementari ini? Pada masa ini kebanyakan therapist mahu tahu siapakah badan yang diiktiraf di bawah kementerian? Adakah MSCM atau federation diiktiraf? Satu disiplin lagi adalah diwujudkan di Pantai Timur Sabah iaitu miracle healing, asas dari Philippines, dan adakah kementerian bercadang untuk mengkaji disiplin itu?

Tuan Yang di-Pertua, mengikut fasal 6(d), tidak lebih daripada lapan pengamal sektor swasta mewakili pertubuhan-pertubuhan pengawal perubatan tradisional dan komplementari. Ini mungkin akan menghalang banyak disiplin tertentu diwakili secara baik di dalam lembaga atau jawatankuasa ini. Amalan-amalan perubatan tradisi Melayu-Islam, Cina, India dan homeopati telah mengambil empat tempat perwakilan. Namun, sekarang terdapat 30 disiplin amalan perubatan komplementari yang lain. Bagaimanakah kementerian bercadang untuk mengatasi perwakilan tersebut sebab setiap terapi adalah berdasarkan teori dan metodologi yang berbeza. Ingin saya mencadangkan bahawa bilangan ahli lembaga atau jawatankuasa ini ditambahkan supaya menampung keperluan masing-masing dan tidak ada sebarang pilih kasih dikaitkan.

Ingin saya meminta penjelasan juga daripada kementerian berhubung dengan bagaimanakah kementerian akan merealisasikan amalan-amalan ini yang melibatkan penggunaan peralatan teknikal dan penganalisa atau teknik yang invasive. Juga apakah syarat-syarat yang akan dikenakan kepada klinik-klinik terapi sedia ada sekarang atau untuk klinik baru yang akan ditubuhkan? Adakah liputan insurans pihak ketiga bagi kes-kes tuntutan kecuaian, kecederaan dan kerosakan diwajibkan? Bagaimanakah kementerian bercadang untuk merealisasikan jualan herba-herba atau ubat-ubat melalui internet atau e-beli?

Di sini saya ingin mengetahui juga melalui rang undang-undang ini, bolehkah para perawat diiktiraf untuk mengeluarkan sijil kelepasan atau medical leave certificate? Juga, sejauh manakah kementerian akan terima atau siasat kes-kes negligence dalam perubatan tradisional dan complementary care ini?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kelulusan rang undang-undang ini untuk meregularisasikan amalan perubatan tradisional dan komplementari supaya mencapai profesionalisme dan kod etika, adalah sangat penting bahawa semua pengamal diberikan taklimat berhubung undang-undang dan peraturan yang diperbadankan untuk melindungi amalan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Dengan itu sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 2:33 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga mengikuti perbahasan ini dan saya ingin mengalu-alukan undang-undang ini sebagai satu langkah awal yang menuju kepada satu keadaan di mana perubatan tradisi ini dapat dipromosikan menjadi sebahagian daripada warisan negara. Akan tetapi apa yang – apa yang saya setuju saya tidak akan panjang lebarkan tetapi agak direct saya ingin katakan, malangnya undang-undang ini telah mengakibatkan beberapa perkara yang sangat serius.

final • 2:38 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Salah satu daripadanya ialah dengan izin, over-regulated, keduanya ialah over-promised dan ketiga ialah dalam pelaksanaan akan menjadi under execution.

Pertama sekali saya ingin katakan kenapa ia menjadi satu perkara yang over- regulated. Ini adalah kerana konsep tradisi ini adalah satu konsep yang sangat luas. Dalam negara kita pun tradisi tidak datang daripada satu tradisi, ada bermacam-macam tradisi. Akan tetapi di sini Majlis yang diberi kuasa yang agak besar ia hanya boleh terdiri daripada orang- orang tertentu. Kepakaran pun agak terhad.

final • 2:38 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bila kita sebut tradisi ini maksudnya ia di luar bidang formal. Bila kita sudah buat sistem pendaftaran maksudnya dia bukan lagi sebagai satu sektor informal. Saya agak adalah lebih baik kalau kita bermula dengan perkara yang agak modest. Tidak terlalu ambitious untuk melingkungi semua aspek perubatan tradisi. Ini adalah kerana kalau kita ingin integrasikan sebahagian daripada praktik-praktik tradisi ini dalam sistem mainstream, ini mungkin kita dapat buat tetapi kita ingin meregulatekan keseluruhan bidang praktik tradisi ini dia akan menjadi masalah.

Saya hendak ambil contoh yang di sini yang disebutkan. Seseorang yang bukan seorang pengamal yang tidak berdaftar tidak boleh secara langsung atau tidak langsung mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisi dan komplementari. Ini agak berat, ini bermaksud banyak mungkin beberapa orang yang secara part-time atau dia dapat kemahiran daripada nenek moyang dia. Dia adalah pakar di dalam satu mixture di kalangan di antara kepercayaan baik pun apa-apa agama pun dan sedikit sebanyak aspek perubatan seperti urut, akupunktur atau bagi ubat.

Saya agak kita tidak perlu menghalang orang yang tidak berdaftar ini untuk berpraktis selagi kita memastikan kalau sesiapa yang ingin praktis, kita hanya membenarkan beberapa aspek supaya mereka boleh issue kata yang berdaftar ini mereka mempunyai hak untuk bagi surat cuti atau claim insurance untuk dicover oleh sebahagian daripada mainstream healthcare. Itu sahaja saya agak kita sepatutnya membiarkan kebanyakan sektor informal ini di luar.

Saya agak kita agak sukar untuk memastikan perubatan tradisi ini berkesan atau tidak berkesan. Namun bila kita daftar dan memberi tauliah seolah-olah kita mengiktiraf perubatan ini berkesan. Akan tetapi berkesan ini pun ada kala dia bukan semestinya saintifik, dia berdasar kepada kepercayaan dan kita tidak boleh regulate kepercayaan. Saya ambil contoh kalau seseorang itu dia bagi air yang dikatakan mempunyai kuasa untuk memulihkan, memang itu bukan saintifik tetapi ada pesakit yang merasa dia tidak ada cara lain tetapi inilah satu-satunya mereka pergi jumpa kerana orang ini mempunyai dianggap sebagai ada kuasa untuk memberi sedikit sebanyak membantu untuk dalam pesakit ini.

Saya agak kita tidak mungkin untuk meregulatekan. Saya juga anggap bila kita sebut dalam hak pesakit ini kita juga over-promised kerana kita juga memberi undang-undang ini memberi satu amaran, satu gambaran seolah-olah sesiapa yang mendaftar, sesiapa yang iktiraf itu telah melakukan cara praktis yang baik. Itu tidak mungkin sekali lagi kita tidak boleh pastikan. Satu perkara macam bird nest, kita banyak hebohlah kerana eksport, kerana hendak beri certificate, kita hendak pastikan makanan ini tidak beracun. Namun saya agak regulation untuk bird nest ini hanya boleh setakat dia tidak mendatangkan kesan-kesan bahaya kepada kesihatan.

Selain daripada itu saya agak sehingga hari ini di dalam bidang sains, di dalam bidang akademia tidak ada secara konklusif yang boleh katakan bird nest ini boleh memulihkan apa-apa kesakitan. Banyak lagi perkara-perkara yang lain...

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ada yang praktis secara tradisi dia bagi kayu manis, dia bagi cengkih. Kita tidak boleh kata secara sebab dia berdaftar, bagi cengkih ini boleh pulihkan demam.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput bangun, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi kalau kita guna ini dia akan menjadikan kita over-promised kepada pesakit-pesakit ini. Akhir sekali saya juga...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput bangun, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Oh sorry.

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Apakah kita cadangkan kita tukar kepada satu pendekatan alternatif. Di mana kita jadikan pendaftaran suatu yang digalak bukan satu yang diwajib. Sekarang di bawah seksyen 21 dan 25, sesiapa yang mengamalkan perubatan tradisi tanpa didaftar dengan kerajaan akan jadi jenayah. Mereka ini jadi haram. Mereka boleh ditangkap, didakwa, didenda serta dipenjarakan. Akan tetapi katakan kita tukar, mana-mana pengamal tradisi yang ingin daftar boleh daftar, digalakkan berdaftar.

Bila mereka daftar mereka dapat sijil. Mereka boleh pamerkan sijil dan kerajaan boleh nasihatkan rakyat. Jika pergi ke pengamal tradisi tengok ada sijil kah tidak. Jika tidak ada sijil you kena awas sedikitlah. Kita boleh buat secara itu dan ini lebih senang, beban yang jauh lebih kurang beban kepada Ketua Pengarah Kesihatan dan Menteri Kesihatan.

Sekarang saya rasa Yang Berhormat Menteri ini boleh dalam bahasa Inggeris dengan izin, you’re biting off more than you can chew, far more than you can chew kerana kalau kita tengok bidang-bidang perubatan tradisi, pelbagai. Setiap suku kaum ada. Sekarang you dengan akta ini sedang haramkan semua itu yang tidak didaftar. Daripada Orang Asli, daripada Sabah, Sarawak, daripada suku kaum situ, India, Cina, Melayu banyak pelbagai.

Adakah kementerian cukup kemahiran untuk mengatakan ini ayurvedic ini tidak betul. You don’t have kemahiran itu pada masa ini so jangan bite off more than you can chew. Saya rasa tukar kaedahnya, galak didaftar dan jika daftar bagi dia sijil. Ini saya hendak pendekatan dan saya hendak tanya Yang Berhormat Batu adakah ini satu cara kita harus mendekati isu ini? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya, saya setuju saya share concern yang sama. Ini kerana kita boleh sebenarnya boleh bahagikan kepada dua bahagian.

Satu bahagian itu ialah kita membenarkan praktik-praktik tertentu macam akupunktur, macam bekam atau urut dan tertentu yang boleh diintegrasikan dalam sistem hospital ini dan di mana mereka harus pegang sijil-sijil yang diiktiraf oleh kerajaan yang lain kita harus di biar kepada masyarakat baik pun Persatuan Perubatan Tradisi Tionghoa atau Melayu, biar mereka self- regulated. Kita juga harus ingat dalam negara yang kita berbilang kaum saya tahu kalau katalah saya ambil contoh mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sabah Sarawak boleh beritahu.

Katalah satu masyarakat, dia mereka ada seseorang sakit mereka buat keputusan untuk panggil pawang yang juga seorang ketua kampung untuk panggil satu sewang atau satu majlis doa selamat dan mereka buat satu upacara tertentu dan mereka ada ubat-ubat tertentu yang dianggap sebagai tradisi. Akan tetapi secara saintifik susah kita hendak pastikan tetapi upacara ini dilakukan setiap minggu atau setiap bulan untuk memulihkan pesakit. Adakah kita mula daftarkan praktik-praktik ini? Kalau kita mula buat ini dia akan jadi masalah pula kalau kita seolah-olah menganggap ini sebahagian daripada perubatan. Kalau kita tidak adakah kita hentikan mereka untuk melakukan ini kerana kita anggap ini telah melanggar hak pesakit?

Jadilah itulah sebab saya anggap kita sepatutnya jangan terlalu ambitious untuk cover semua aspek tradisi. Hanya mengambil sesuatu tertentu yang kita anggap sudah tentu kita boleh masuk dalam sistem yang mainstream. Satu lagi perkara yang kita harus haramkan ialah kalau perubatan tradisi ini menggunakan satu bahan yang kalau overdose atau doses yang tidak betul dia akan mengancam keselamatan atau kesihatan. Bolehkah kita secara spesifik mengatakan ubat-ubat tertentu tidak digunakan, tidak boleh digunakan selain daripada dia dapat prescribe oleh seseorang yang mempunyai tauliah.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu sahaja, tetapi untuk benda-benda lain baik pun air jampi, urut atau perkara- perkara lain yang Cina bakar kertas dalam tokong itu, semua ini kalau kita ikut kepercayaan sebahagian daripada sistem perubatan. Saya nampak tidak mungkin dalam undang-undang ini kita dapat mendaftarkan dan juga meregulasikan perkara-perkara ini.

Akhir sekali, saya ingin cadangkan baik pun tidak tahu dalam peringkat committee atau jawatankuasa atau kita teliti semula supaya perkara-perkara yang kita anggap terlalu

final • 2:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

rigid sangat, ini harus kita keluarkan supaya tidak nanti kerajaan telah menghadapi satu masalah di mana kita sebenarnya mempunyai dua standard yang berbeza. Bagi tradisi, kita membenarkan banyak perkara yang tidak saintifik, tidak ada cukup eksperimen yang boleh kita secara konklusif dapat tahu bahawa ubat ini boleh digunakan.

Kita ada satu sistem yang formal di akta yang lain di mana sangat rigid dan sangat akan menjadikan sebahagian daripada syarikat-syarikat pada masa ketika ini akan mengelakkan regulation ini dan dikira sebagai perubatan tradisi. Ini akan menjadi satu masalah besar dalam pelaksanaan di mana pesakit ini juga bila mereka ambil kes untuk dakwa kepada doktor-doktor tradisi yang berdaftar ini, dia juga mempunyai standard yang berbeza. Di mana doktor-doktor tradisi ini mungkin more liable sebab kita membenarkan pelbagai jenis praktik ini didaftarkan padahal pada sistem kesihatan yang berdasar kepada sistem barat, dia mempunyai kriteria yang berbeza.

Nanti saya anggap, kita akan menghadapi masalah untuk satu undang-undang yang berniat baik untuk mengiktiraf dan juga mempromosikan perubatan tradisi dan akhirnya ia menjadi satu ancaman kepada kewibawaan sistem kesihatan kita. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 2:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak kerana mengundang saya untuk bersama-sama berkongsi pendapat di dalam penggubalan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari. Yang Berhormat Kuala Krai, ini tidak semestinya untuk doktor perubatan sahaja, kita pun perlu bercakap perkara yang sama sebab common interest.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat dari segi kehendak dan keperluan, kita belum lagi berada di peringkat expectation dan persepsi ini, ia baru kehendak dan keperluan.

Kita pun tidak dapat hendak memastikan yang mana satu dahulu, yang mana satu kemudian di antara telur dan ayam sama ada kaedah perubatan tradisional dan komplementari ini dahulu ataupun kaedah sains dan teknologi dahulu.

Kalau kita lihat hari ini, ia boleh menjadi satu alat untuk mencari persamaan di dalam kepelbagaian kehidupan, budaya, usul keturunan, kepercayaan dan sebagainya. Kalau kita rasa dedar-dedar badan, orang Melaka kata dedar ini Tuan Yang di-Pertua, rasa-rasa hendak demam ini, orang tua akan kata engkau pergi ke simpang bunga raya itu, minum air simpang.

Air simpang ini disediakan oleh seorang pengamal perubatan Cina, singse. Jual di tepi-tepi jalan, air simpang. Tidak tahulah Yang Berhormat Batu pernah minum air simpang atau tidak, dari herbs. Sama ada ia mempunyai pengaruh fizikal ataupun pengaruh psikologi, apa yang kita minum dan kita dapat rasa ada perubahan. Kalau tanya Yang Berhormat Kuala Krai, mungkin dia kata ada addictive dalam itu, mungkinlah steroid.

Akan tetapi apa pun, hari ini rang undang-undang ini saya percaya disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ia masih lagi tertakluk di bawah strategi perubatan tradisional, di bawah WHO yang telah mengambil kira kepentingan semua pihak dari pengamalnya, dari pelanggan di dalam kitaran ini termasuklah struktur, sistem dan juga strateginya. Mengambil kira keperluan ini dan akhirnya akan menyediakan satu produk dan perkhidmatan komplementari dan tradisional yang menepati kehendak dan keperluan kesemua pelanggan di dalam kitaran itu.

Saya suka apabila Yang Berhormat Menteri menyebut di dalam pembentangan tadi yang akan mengambil kira faktor-faktor Islam di sana yang akan dibentangkan nanti di peringkat jawatankuasa dan saya mengalu-alukan tindakan itu. Ini kerana di dalam kaedah ini, tidak dapat lari kalau kita pergi apapun dipanggil di peringkat kampung ataupun di peringkat luar bandar ini, bomoh kah, tok pawang kah, ia mesti bermula dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kemungkinan sesetengah pihak beranggapan penggunaan ayat suci al-Quran ini untuk mempengaruhi secara psikologi, tetapi pada saya lebih kepada keberkatan, dengan niat yang betul untuk membantu rakan-rakan yang mungkin kesakitan ketika itu.

Apa yang pastinya Tuan Yang di-Pertua, dalam kaedah budaya masyarakat di negara kita pada hari ini, kita tidak pernah menolak. Walaupun dia seorang doktor, seorang pakar bedah dan sebagainya, bila sampai satu peringkat apabila kajian yang dilakukan oleh sains perubatan ini tidak menampakkan ada kesan-kesan penyakit, akhirnya dia kata baliklah.

final • 2:53 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Check blood pressure, okay. Systolic diastolic okay, 120/80. Check RDS, okay well within the limitation. Semuanya okey tetapi mengapa heart beat okey 70, 80 pulse per minute, tetapi masih lagi terasa sakit dan sebagainya yang tidak dapat dijelaskan secara psikologi, secara saintifik yang akhirnya doktor kata cuba balik dahulu, cuba buat cara lain.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan main-main Tuan Yang di-Pertua. Bukan main-main.

Saya pernah kena sakit batu karang, berguling Tuan Yang di-Pertua. Cukup sakit, paling sakit rasanyalah, berguling. Oleh sebab selalu duduk atas tangga batu, itu sebab kena batu karang. Cukup sakit. Kemudian pergi ke hospital, beri masa untuk satu tempoh untuk datang semula bagi tujuan memecahkan batu itu. Dalam masa yang sama, dalam tempoh yang sama dapat cadangan daripada rakan-rakan dan sesetengah daripada rakan-rakan itu juga adalah pengamal perubatan sains moden. Dia kata you pergi sini, pergi lihat. Ini pendekatan bercerita, dekat mana, dekat Bukit Katil, rumah Awang. Sampai-sampai bawa telur ayam sebiji, syirik. Telur itu tidak syiriklah, belum lagi prosesnya. Telur itu bukan untuk lihat dia kata, diurutkan pada badan.

final • 2:53 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Telur sendiri...

[Ketawa] Kota Belud adalah itu. Yang peliknya Tuan Yang di-Pertua, akhirnya batu itu boleh keluar dan dicabar saya untuk pergi ke hospital, makmal, x-ray tengok batu yang sebelumnya di x-ray di hospital itu ada lagi atau tidak. Kemudian memberikan batu itu untuk dikaji pula oleh makmal-makmal perubatan sains dan moden. Hasilnya, legalah untuk beberapa tahun. Pergi check, memang tidak ada. Memang tidak ada dan ini berlaku.

Ramai rakan-rakan boleh mengiakannya. Nanti kalau Yang Berhormat Pokok Sena hendak jumpa orang ini pun saya bawa nantilah. Sebab Yang Berhormat pun selalu berceramah dekat Bukit Katil ini. Seberang saja dengan markas itu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kemungkinan satu kebetulan. Akan tetapi yang mengalaminya adalah kita selaku pesakit, yang boleh membina satu keyakinan bila kawan- kawan lain pula kena penyakit, diserang penyakit yang sama. Kita kata, “Pergilah ke Bukit Katil ini, Insya-Allah boleh diubati”. Ini pun hendak cerita sekejap lagi. Jangan kacau. Yang Berhormat Pokok Sena ini hendak kacau saya, ini ganggu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sana sebenarnya apa yang ingin saya cadangkan supaya akan ada di dalam prosedur-prosedur selepas rang undang-undang ini untuk kita melihat kebolehan serta kepakaran. Kemudianlah, kalau kita bercakap tentang gelaran.

Kementerian perlu menyediakan gelaran-gelaran ini. Bolehlah letakkan PW sebagai pawangkah, BO sebagai bomohkah, asal jangan letak DR sudah sebagai doktor. Nanti susah pula Kuala Krai kitakan.

Boleh, pawang bawah sikit standardnya daripada bomoh. Bomoh ini kira kanan sikit daripada pawang. Sepuluh bomoh, satu pawang. Gelaran-gelaran yang perlu diletakkan supaya mereka ini tidak semudah-mudah atau sewenang-wenangnya menggunakan gelaran doktor. Kita khuatir kerana ramai tok bomoh-tok bomoh dan tok pawang-tok pawang ini sudah berani mengguna gelaran doktor, title doktor...

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Akhirnya diiktiraf kerana terdapat kebenaran di dalam kaedah-kaedah proses perubatan tadi.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini tok bomoh juga, tok bomoh Pasir Salak. Sila, sila...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu bila disebut bomoh, pawang apa semua ini.

Ada unsur-unsur yang bercanggah dengan agama kita. Jadi, bagaimana kita hendak mengawal dan menentukan bahawa perubatan tradisional ini yang diamalkan oleh pengamal- pengamal yang bergelar pawang, bomoh dan sebagainya ini tidak bertentangan dengan ajaran akidah kita terutama sekali di kalangan orang-orang Islam. Macam mana Yang Berhormat, ada nampakkah bagaimana kementerian dapat mengadakan satu pengawalan yang boleh memastikan bahawa tidak berlakunya amalan-amalan yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan akidah kita. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Amalan bomoh, pawang ataupun dukun yang bercanggah dengan akidah amat mudah kita kenali. Dalam konteks kepercayaan dan usul keturunan Melayu Islam, amat mudah kita kenali. Terutamanya apabila menggunakan unsur-unsur yang di luar kebiasaan.

Pada saya, sesuatu yang berkaitan dengan akidah itu amat objektif. Jika ia lari daripada landasan, mudah kita untuk mengenalinya. Dalam al-Quran pun Allah berfirman...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Allah menurunkan al-Quran itu beransur- ansur sebagai penyembuh dan penawar kepada segala penyakit dan sebagai rahmat kepada orang-orang beriman”. Jadi, kalau kita melalui proses perubatan tok dukun, tok bomoh dan tok pawang ini, amat mudah kita kenali jika mereka menggunakan kaedah-kaedah luar biasa yang kita boleh tahu secara langsung lari daripada ajaran agama yang sebenarnya. Cuma, kerunsingan saya ialah di dalam konteks masyarakat majmuk di negara kita ini, orang Tionghua, orang Cina pun ada tok dukun, tok bomoh mereka. Orang India pun ada tok dukun, tok bomoh mereka.

Disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi, Sungai Siput ya? Ayurvedic, ayurveda. Satu proses yang mungkin secara saintifik kita tidak dapat menjelaskan bagaimana tulang-tulang yang hancur, retak dan sebagainya tiba-tiba melalui proses ini tulang tadi boleh bercantum semula. Di kampung saya di Parlimen Tangga Batu, di Bukit Rambai, kita mempunyai seorang dukun berbangsa Tionghua yang hanya menggunakan anak ayam, disapukan dengan ubat-ubat herba Cina yang boleh membaiki tulang-tulang yang patah.

Kaedah-kaedah ini semuanya termaktub di dalam proses perubatan komplementari dan tradisi ini. Jadi, di sini sebenarnya bila saya katakan apa yang perlu ialah apa yang disebutkan oleh Pasir Salak tadi ialah satu mekanisme, pengawalan dan pengawasan. Ia akan menjadi bercelaru apabila ada pertembungan di antara perubatan sains dan teknologi moden ini bertembung dengan perubatan tradisi.

Umpamanya, seorang pesakit yang terlantar di wad, kemudian memerlukan khidmat perubatan tradisi dan komplementari, yang pada ketika itu kekhuatiran kita, pengamal- pengamal perubatan moden dan sains ini tidak membenarkan ruang ini untuk digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan tradisi dan komplementari ini untuk membantu pesakit untuk sekurang-kurangnya kembali kepada – bermula untuk kembali kepada kesihatan yang sempurna. Kalau dapat Yang Berhormat Menteri memikirkan, sebagai contoh dalam sebuah hospital. Kita tidaklah mengharapkan kemenyankah, setanggikah, bau-bauan ini berada di hospital. Kita mengharapkan ada suatu ruang, bilik kecil sebagai konsultasi pada pihak pengamal perubatan dan pesakit. Kerana apabila mereka berada dalam keadaan sakit dan didaftarkan di dalam sebuah wad di hospital, mereka tidak akan dibenarkan untuk keluar daripada wad tersebut. Ini kerana segala-galanya akan berada di bawah tanggungjawab pegawai perubatan yang mengawasi pesakit tersebut.

Jadi, kalau perlu ketika proses pengubatan secara tradisi dan komplementari ini berlangsung, boleh juga pihak hospital meletakkan wakilnya untuk melihat kalau-kalau ubat- ubat yang diberikan secara makan atau minum yang boleh mempengaruhi ubat-ubatan yang telah diperkenalkan oleh pihak hospital tadi. Jadi, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri dengan ahli Majlis yang ada ini memikirkan apabila berlaku pertembungan di antara kedua-dua kaedah pengubatan tadi. Kalau masing-masing jalan cara masing-masing Yang Berhormat Menteri, memang tidak ada masalah. Di samping kita menjaga perubatan moden, kemudian ada satu cara lain yang dibuat secara berasingan.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita khuatir apabila berlaku pertembungan, kalau baik, tidak mengapa. Kita khuatir tidak baik. Maka akan berlaku tuduh-menuduh, menuding jari di antara kedua-dua pihak. Jadi saya minta kalau kementerian boleh memikirkan cara yang terbaik yang mana mekanisme ini boleh digunakan sebagai kaedah untuk perbincangan mencari jalan keluar supaya kesemua pihak akan memperoleh manfaat daripadanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan supaya apabila rang undang-undang ini diluluskan nanti, pihak kementerian akan sentiasa menganjurkan forum-forum, perbincangan. Sudah tiba masanya Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak pernah dengar konvensyen bomoh antarabangsa umpamanya...

[Ketawa] Kita tidak pernah dengar conferences yang bersifat perubatan komplementari dan tradisi ini diadakan di negara ini.

Banyak jin datang, susah!

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi, saya kira elok buat kali pertamanya Kementerian Kesihatan umpamanya, membuat satu program bagi kedua-dua pihak ini mengetengahkan jurucakap-jurucakap mereka berasaskan kepada pengetahuan, kepakaran dan ilmu yang ada kepada mereka.

Perubatan, saya yakin yang menarik perhatian sangat adalah di bawah perubatan komplementari dan tradisi ini kerana dibahaskan oleh Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Sungai Siput sebentar tadi, perkara ini sebenarnya menjadi aspek keturunan.

Datuk, nenek, daripada moyang turun kepada datuk, turun ke bapa. Secara tidak semena- mena, turun kepada anak. Dalam sesetengah istilah, dipanggil saka. Kebolehan mengubat secara turun-temurun, secara automatik.

Saya teringat ini kerana Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menyebut jin tadi itu.

Ia turun secara automatik. Datuk, nenek moyang dia dahulu sebagai bomoh, boleh bercakap dengan orang-orang pengantara. Jadi, apabila dia sudah meninggal, sudah tidak ada tempat hendak turun, turun sampai kepada anak dan cucunya. Jadi ini pun perlu kita lihat sebagai satu fenomena yang perlu kita bincangkan di dalam forum-forum yang membawa keputusan ilmiah. Tidak hanya kita menidakkan...

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Akan tetapi dalam sesetengah konteks kita mengiakan kaedah-kaedah ini untuk kebaikan bersama.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Batu.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya bersetuju daripada segi aspek warisan budaya, kita membenarkan dan kita tidak mengharamkan praktis-praktis seperti ini.

Akan tetapi, apabila kerajaan membuat undang-undang untuk mengiktirafnya, saya agak golongan masyarakat Islam akan menghadapi masalah akidah ini dan juga ia akan termasuk masyarakat lain juga, ia akan menjadi satu pertembungan di antara yang saintifik dan yang tidak saintifik. Saya agak kita tidak menghalang orang untuk meneruskan praktik ini. Sukar kita hendak menghalangnya. Akan tetapi apabila kerajaan sudah mengatakan, “Ini kita iktiraf”.

Kata “Okey, kita boleh buat. Ada pawang yang boleh jumpa hantu, boleh beri cara untuk pulihkan demam”. Inilah yang menjadi masalahnya.

Saya agak bagaimana kita dalam sebuah negara kita mengiktiraf ini. Kalau kita kata orang Islam tidak boleh tetapi orang Bidayuh boleh. So, bagaimana kita ada dua standard untuk orang Bidayuh atau untuk orang Iban, okey tetapi orang Islam, tidak boleh. Saya agak problem ini, saya hendak mencadangkan, biar ini secara informal. Jangan masuk dalam undang-undang. Jangan kita regulate dalam pelaksanaan undang-undang ini.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya percaya apa yang dibawakan oleh Yang Berhormat Batu itu, menjadi kerunsingan kita semua. Akan tetapi saya yakin, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, saya sudah menyebut kalau ia berkaitan dengan akidah, ia sangat objektif. Kita boleh mengenal pasti sesuatu yang di luar kebiasaan. Cuma apabila berlaku kepada kumpulan masyarakat selain daripada orang Islam. Itu yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat pun tahu juga dalam kaedah perubatan bukan Islam, ada juga yang lari daripada akidah mereka. Contohnya, jumpa bomoh mintak nombor ekor dan sebagainya. Itu pun dia kata sesat. Di dalam keruh, ada kesesatan.

Maknanya...

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak. Saya faham.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu bukan murtad, mudahnya kita ini.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak. Sebenarnya saya hendak bawa ke arah sana. Selalunya dikaitkan kaedah komplementari dan tradisi ini, ia ke arah situ. Arah ke situ, akhirnya tetapi apa-apa pun saya percaya...

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri akan memberikan jawapan pada apa yang dirunsingkan oleh Yang Berhormat Batu sebentar tadi.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Silakan.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu. Saya kira kebimbangan yang diluahkan oleh Yang Berhormat Batu tadi minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Tangga Batu, ialah dia mungkin tidak memahami semangat rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini lebih menentukan ataupun lebih fokus kepada praktis-praktis oleh bomoh-bomoh ini, oleh alternatif ini, yang boleh memudaratkan pesakit, yang perlu kita regulate. Walaupun mungkin ubat- ubatan itu secara tradisinya telah digunakan begitu lama tetapi mungkin ia memudaratkan ataupun memberikan keyakinan yang palsu kepada pesakit.

Maka, apabila ada keyakinan yang palsu, orang kampung ataupun orang bandar yang menggunakan khidmat alternatif kesihatan atau penjagaan kesihatan ini ialah mereka tidak pergi kepada doktor ataupun ke hospital dan sebagainya. Ini saya kira semangat yang ingin dibawa oleh rang undang-undang ini. Walaupun mungkin saya bersetuju mungkin susah sedikit untuk regulate benda-benda yang terlalu berbeza-beza dari semua tempat. Akan tetapi kita tidak boleh lari daripada semangat iaitu kerajaan lebih mementingkan keselamatan rakyat, keselamatan pesakit yang mungkin memberi yang terdedah pada janji-janji palsu ini yang boleh menyihatkan mereka semua.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit. Perkara yang sama. Satu second.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Nanti saya beri kepada Yang Berhormat Batu. Ini floor saya, Yang Berhormat Batu. Walaupun saya Tangga Batu, Batu tetap Batu. Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Kota Belud, saya sebenarnya sudah sebut daripada peringkat awal. Yang Berhormat Menteri pun sudah mengangguk.

Semuanya ini tertakluk pada WHO. Kemudian saya sudah menyebut bahawa rang undang- undang ini adalah satu mekanisme ataupun satu sistem yang akan memastikan consistency of the products and services delivered dalam perkhidmatan ini.

Jadi, apabila kita menyebut tentang sistem, maknanya akan ada satu bentuk kawalan dan pengawasan yang konsisten. Kalau tidak ada sistem ini, maka kegiatan ini akan melambak-lambak dan tidak ada langsung satu inisiatif pengawalan daripada pihak-pihak...

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Itu awal-awal lagi saya sudah sebut. Jadi, kalau kita berdiri atas semangat untuk melihat, kementerian mesti membuat satu keputusan berasaskan pada rasional fakta, angka dan sebagainya, maka kita boleh bersetuju. Sekurang-kurangnya, pengamal perubatan komplementari dan tradisi di negara kita pada hari ini di dalam radar kementerian. Jadi, tidak ada terlampau bebas sehingga boleh menyebabkan kita langsung tidak ada daya atau kuasa untuk mengawal.

Saya sudah menyebutkan di awal tadi. Kalau hendak perlu diperjelaskan, saya perjelaskan.

Sekurang-kurangnya rang undang-undang ini akan memberikan kementerian peluang untuk mengawasi serta mengawal kegiatan-kegiatan tok bomoh, pawang, dukun ini tadi. Saya harap Yang Berhormat Batu boleh terimalah saya punya penjelasan itu.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya. Saya boleh terima. Sedikit sahaja.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak hendak jelaskan. Sebenarnya itu Menteri boleh jelaskan.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya. Mungkin boleh ditambah supaya Menteri boleh menjelaskannya. Saya kata ambil contoh sangat konkrit. Katakanlah seorang pengamal perubatan tradisi telah menyelamatkan Yang Berhormat daripada penyakit batu karang ini, memang dia bertauliah, dia akan dapat sebab dia dapat urut. Dia boleh membuangkan batu karang dan semuanya. Akan tetapi dia tiba-tiba juga mengatakan cicak tokek boleh menyembuhkan AIDS dan dia memberikan kepada orang cicak, makan cicak.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

So, apakah yang akan terjadi dengan tindakan sebab itu terpulanglah orang yang dapat AIDS itu dia rasa tidak ada apa-apa harapanlah. Saya percaya kalau boleh makan cicak, boleh menjadi pulih, dia juga makan. Namun secara saintifiknya, seolah-olah kita mengiktiraf bahawa dia boleh prescribe perkara ini tetapi dari segi membuang batu karang dia okey, dia ada certificated. So apa yang akan terjadi dengan praktis seperti ini.

Saya berharap inilah kita harus fikirkan tentang material case scenario ini. Saya tidak menentang undang-undang ini, saya hanya berharap kementerian akan mengambil kira semua perkara ini supaya kita nanti – ada yang orang ada AIDS pula sue kerajaan kata, you bagi iktiraf tetapi ini adalah satu harapan palsu kepada kita dan inilah yang akan menjadi problem.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau Yang Berhormat dengar betul-betul pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi, sepatutnya soalan ini tidak timbul, kerana antara hasrat ataupun semangat rang undang-undang ini adalah untuk menjaga hak-hak pesakit dan pada masa yang sama untuk menilai pengamal-pengamal perubatan ini secara objektif. Kalau dia kira batu karang Yang Berhormat, bagi makan ekor cicak ada susahlah, kan. Maknanya dia akan menilai secara objektif bukannya semberono.

Rang undang-undang ini memperuntukkan prosedur-prosedur bagi menilai pengamal-pengamal perubatan, ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan tadi. Jadi kita mendengar dengan teliti, kalau kita dengar tadi contohnya pengamal-pengamal pendaftar ini, perubatan tradisi dan komplementari ini secara individu akan dinilai sebelum didaftarkan, hanya individu yang berkelayakan sahaja akan didaftarkan menjamin rawatan lebih berkualiti, selamat dan berkesan. Ini semua disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya sila.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Ini Yang Berhormat Tangga Batu ini, Yang Berhormat Batu ini dia tidak faham- faham, jadi memang inilah, ataupun mungkin dia sengaja tidak mahu faham. Saya juga ingin turut mengalu-alukan Yang Berhormat mengenai langkah yang diambil oleh kementerian ke arah untuk memartabatkan pengamal perubatan tradisional iaitu untuk menubuhkan satu majlis perubatan tradisional dan ini pada saya merupakan langkah yang baik. Cuma persoalannya mungkin memang perkara ini bukan mudah, kerana majlis ini di negara kita ini pengamal perubatan tradisional rata-ratanya beribu-ribu orang, pengamal meluas.

Saya berkeyakinan juga kerana di dalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya dan doktor kadang-kadang tidak boleh kita masukkan pesakit ke hospital tetapi doktor tidak boleh detect apa sakitnya. Cuma dia memang merasa sakit dan doktor juga menasihatkan okey bawa pergi kepada perubatan tradisional. Ini bermakna pengiktirafan itu memang sudah tiba masanya, kerajaan harus memberikan pengiktirafan setaraf dengan apa yang dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional ini. Namun mesti ada penapisannya, jangan yang duduk di kaki lima jual macam-macam ubat, itu pun kita daftarkan, yang dia kata satu jenis ubat boleh mengubat 1,000 penyakit, saya rasa itu harus dikaji secara mendalam.

Kalau boleh kementerian, majlis ini haruslah menilai mereka-mereka yang betul- betul layak dan ini akan memudahkan pula, mungkin mereka yang berhadapan dengan masalah ini kementerian boleh membantu mereka. Syarikat ini didaftarkan, dia punya cara perubatan begini dan begini. Jadi bolehlah kita ataupun pelanggan-pelanggan mencari di mana alamatnya, tidak lagi tersorok-sorok di kampung-kampung dan di mana-mana. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, ya.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Silam.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Wah ini zaman silam lagi banyak bomoh dan dukun ini, silakan Yang Berhormat Silam.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya hendak jawab nanti Yang Berhormat Kinabatangan punya idea tadi.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tertarik kerana saya mendapati seperti Yang Berhormat Pasir Salak tadi bertanya tentang soal-soal khurafat yang dikaitkan dengan rang undang-undang ini. Sebenarnya saya sangat mengalu-alukan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, kerana dalam tahun lepas, saya pernah bertanya kepada kementerian apakah usaha-usaha kementerian untuk mengiktiraf bomoh-bomoh yang semakin meluas di negara kita ini dan adakah – sampai saya mencadangkan kalau kata dia terlalu mahir sangat di dalam bidang perbomohan ini, mungkin kita boleh bagi gelaran...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bomoh, kita tidak boleh iktiraf, yang boleh pengamal.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Ini contoh, apa yang saya sebut berkaitan dengan yang saya cadangkan dan yang saya minta pandangan Yang Berhormat Tangga Batu ini iaitu fasal 23 terutamanya. Kita melihat rang undang-undang ini menekankan bagaimana ia akan mendaftar ataupun mengambil tahu semua pengamal perubatan yang ada di negara kita.

Ini sebenarnya memang relevan dengan negara kita yang akan menjadi maju. Saya bertanya kepada pandangan Yang Berhormat Tangga Batu adakah bersetuju untuk mencadangkan kepada kementerian supaya – oleh sebab kita tahu terutamanya di kawasan luar bandar, pengamal-pengamal perubatan tradisional yang menjadi komplementari kepada pakar-pakar perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan supaya pada masa akan datang, adakah kementerian memikirkan untuk mencadangkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan suatu subjek yang ada related dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional ini kerana ia merupakan suatu yang barangkali bidang kerjaya yang baru di negara kita yang bersesuaian.

Saya nampak memang perkara ini barangkali kerajaan memikirkan rang undang- undang ini diwujudkan kerana kita melihat pengamal perubatan tradisional dan komplementari banyak datang daripada kawasan yang di mana kumpulan mereka yang tidak bertauliah ini, difikirkan supaya ia lebih sistematik dan menjadi peluang pekerjaan pada masa akan datang yang bersesuaian sebagai sebuah negara yang maju. Apakah Yang Berhormat Tangga Batu memikirkan bahawa di mana tadi Yang Berhormat Tangga Batu ada menyebutkan supaya diadakan satu conference yang pertama seumpamanya.

Saya mencadangkan juga kalau boleh supaya kementerian ini dapat berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memikirkan subjek ini akan diperkenalkan di institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita ini sebagai suatu bidang yang boleh menawarkan peluang untuk generasi kita di masa akan datang dan dapat lagi memperluaskan bidang pengamal perubatan ini di negara kita menjadi satu profesion keutamaan.

Di samping itu juga, saya juga bertanyakan pandangan Yang Berhormat Tangga Batu supaya dapat menyarankan kepada kerajaan agar mewujudkan suatu jawatankuasa tetap dalam rang undang-undang ini terutamanya dalam majlis iaitu bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan tentang keberkesanan rang undang-undang dan seterusnya bagaimana amalan-amalan ini akan menjadi praktis utama di negara kita. Barangkali satu masa nanti, negara kita ini merupakan sebuah negara yang utama dari segi pengiktirafan pengusaha-pengusaha ataupun pengamal perubatan yang berasaskan kepada amalan tradisi dan amalan kedoktoran yang moden dalam bab dunia zaman sekarang. Mohon pandangan daripada sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan membawa satu hujah yang saya kira amat relevan apabila menyebut tentang pengamal-pengamal perubatan tradisi dan komplementari ini yang hari ini merupakan satu gaya hidup sekumpulan masyarakat. Mereka ini memang tidak akan berkunjung kepada perubatan moden, hospital-hospital, klinik-klinik moden. Mereka akan terus membawa diri mereka, merujukkan diri mereka kepada pengamal-pengamal perubatan tradisi dan komplementari ini. Saya kira ini adalah kerana, mereka telah mempunyai satu keyakinan berdasarkan kepada pengalaman yang sebelum itu dan bahkan bila dia datang ini,

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

akan datang bersama dengan rakan-rakan yang lain, yang akan menjadi satu bentuk promotion, menjadi pengiklan kepada pengamal perubatan ini.

Saya kira kalau amalan ini tidak kita kawal dengan kewujudan rang undang-undang ini, kekhuatiran kita sampai ke satu peringkat akan berlaku pengambilan kesempatan, mengambil peluang dan akan wujud pula masalah-masalah yang lebih besar daripada itu.

Umpamanya kalau kita mendengar dan memerhati pada tahun 1993, lebih kurang 19 tahun yang lalu.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Berlaku kepada salah seorang daripada anggota Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Batu Talam yang dikerat 18 oleh seorang bomoh yang sekarang telah pun menjalani hukuman. Kes Mona Fandy, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dikerat 18 dan menjadi tajuk utama akhbar media massa ketika itu, mulanya adalah dengan mengamalkan tradisi dan juga komplementari. Ini kerana ada penyakit-penyakit misteri yang tidak dapat diubati yang akhirnya menggamit keyakinan dari seorang yang mempunyai master degree di dalam bidang pentadbiran perniagaan dan sebagainya. Jadi, ini boleh berlaku kepada sesiapa pun Tuan Yang di-Pertua, kepada kita di sini kerana apabila keyakinan itu telah menguasai rasional, kita tidak dapat membuat pertimbangan yang waras sehingganya kalau kita mengikuti prosiding perbicaraan itu, ia mengatakan, “Hah! Bila lagi, cepatlah! Tikamlah saya! Potonglah saya!” Bukan?

Jadi, Tuan Yang di-Pertua apa yang berlaku di sini sebenarnya ialah rang undang- undang ini akan membantu. Sekurang-kurangnya penggiat-penggiat perubatan komplementari dan tradisi seperti itu tidak wujud apabila kita boleh di dalam proses ini mengenal pasti bahawa mereka ini tidak jujur, tidak ikhlas, dan suka mengambil kesempatan terutamanya kepada mereka yang telah begitu yakin dengan perkhidmatan dan produk yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, dua perkara yang saya kira perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian adalah bagaimana kita boleh mengimbangi antara perubatan moden dan tradisi ini dalam konteks kecemasan. Saya kira elok kalau kementerian boleh mengadakan satu perbincangan emergency. Perubatan tradisi dan komplementari ini saya belum dengar lagi setakat ini, tidak pernah saya dengar yang mereka boleh menangani dan menguruskan sakit-sakit emergency. Belum dengar lagi, contohnya kemalangan jalan raya.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada. Emergency histeria, dia boleh ubat...

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kemalangan jalan raya umpamanya. Kecemasan, sakit yang kehilangan darah yang banyak dan sebagainya. Yang Berhormat Kinabatangan kata ada juga. Kehilangan darah yang banyak terpaksa dibawa ke hospital.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, saya ada pengalaman.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hah! Sila, sila.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kehilangan darah yang banyak dia boleh gunakan satu benda, dia jampi-jampi dia boleh berhentikan darah yang keluar. Jadi, ini pun merupakan rasa saya satu perubatan yang boleh kita guna pakai untuk masa depan.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya. Yang Berhormat Padang Besar pun sama.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan juga apa yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu ini, saya ingin minta pendapat kawan-kawan khususnya Yang Berhormat Tangga Batu. Dalam konteks rang undang-undang ini kita lihat banyak menjurus ke arah mendisiplinkan pengamal perubatan tradisional. Akan tetapi dalam kita mendisiplinkan, bolehkah Yang Berhormat (kalau berpendapat sama dengan saya) mungkinkah kita dapat menambah nilai kan, to add value to the traditional medicine, to the total apa yang dikatakan sistem perubatan yang ada. Oleh kerana ada penyakit-penyakit yang dapat dirawat oleh cara tradisional, di mana sistem perubatan moden (kalau pun ada) lambat sembuh rawatannya. Akan tetapi penyakit-penyakit yang saya maksudkan ini

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

bukanlah berbentuk subjektif yakni ada kaitan dengan syaitan atau jin, dan sebagainya bahkan ia penyakit-penyakit fizikal umpamanya seperti yang saya sendiri melalui iaitu penyakit kayap.

Sebagai contoh saya mengutarakan penyakit kayap (di mana kita punya) nerve system di attack oleh virus. Doktor dari Kuala Krai sebut herpes, ya herpes. Dalam bahasa Melayunya penyakit kayap. Rasanya sakitnya sama seperti kita letakkan sebatang rokok yang telah dibakar diletakkan dekat kulit. Tidak sentuh kulit tetapi dekat dengan kulit.

Begitulah panasnya dan ini adalah sejenis penyakit yang boleh diubati secara tradisional oleh orang Cina dan orang Melayu dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak digunakan di hospital umpamanya, air beras, daun mertajam dan sebagainya. Dalam rang undang-undang ini tidak disebut tentang kewajaran dicari jalan supaya pihak saintis kita mengkaji apakah bahan-bahan ini sebenarnya? Apakah dalamnya wujud bahan-bahan yang boleh mengatasi masalah penyakit yang disebutkan tadi? Ada banyak lagi penyakit lain umpamanya bekam.

Apakah sainsnya yang membolehkan orang itu merasai lebih baik setelah dibekam? Begitu juga dengan kayap. Penyakit ini masyhur sekali, yang diubati dengan cara tradisional menggunakan bahan-bahan tempatan, di mana pihak saintis kita tidak langsung mengambil notis untuk mencari, melihat dan mengkaji apakah bahan-bahan itu sebenarnya scientifically boleh membantu.

Jadi yang saya sebutkan ini supaya kita dapat menambah nilai atau add value to the total repertoire of medicine yang ada dalam negara kita. Begitu juga kanser. Ada jenis-jenis rawatan secara herba yang saya lihat ada patient yang hidup lebih lama. Ada seorang yang hidup dengan kanser selama 30 tahun. Ada pesakit yang memilih untuk tidak dirawat secara kemoterapi dan tempoh hayat mereka panjang walaupun doktor perubatan moden meramalkan hayat mereka beberapa bulan sahaja. Jadi, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Tangga Batu, sama ada pendapat saya ini dapat diterima dan mungkin dimasukkan dalam ucapan. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Tangga Batu? Sekejap.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tambah batu tidak apa.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, ini realiti di mana seorang pesakit. Ini kebetulan sebelah keluarga saya. Isteri dia mengidap diabetes yang terlalu kuat dimasukkan di hospital di Lahad Datu dan doktor telah putuskan untuk dipotong.

Jadi coincident...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Potong apa Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Potong kaki atau tangan?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kaki.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kaki.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Potong sebelah paha.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tiba-tiba coincident seorang pesakit juga menghantar keluarga di situ, terserempak. Dia kata kalau diabetes, saya ada kenal seorang di Lahad Datu. Jadi, dia punya suami refuse untuk tandatangan, dia discharge dia punya isteri. Kemudian, dia jumpa yang diperkenalkan secara tradisional. Jadi daripada situ sekarang saya tengok di kawasan saya sudah berjual di pasar malam, sudah tidak ada diabetes lagi. Jadi, ini mungkin kuasa Allah SWT tetapi ada penyebab dia.

Jadi dengan ada ini, mungkin pengamal ubat tradisional ini mungkin boleh kita perkenalkan di seluruh negara, mana-mana yang telah doktor identified diabetes dia sudah tahap yang terlampau tinggi, tinggal mahu dipotong. Mungkin kita boleh minta tolong dia jumpa pengamal tradisional di Lahad Datu. Mungkin dia boleh sembuh. Kita tidak tahu. Kita sibuk-sibuk sini macam Yang Berhormat Pokok Sena tiba-tiba diabetes tinggi. Hah! Mana tahu?...

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini fasal Yang Berhormat Kinabatangan sudah sentuh dia, dia kena bercakaplah...

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat daripada Tangga Batu. Saya rasa bersetuju tadi pendapat kawan-kawan bahawa yang pentingnya ialah bukan sekadar kita hendak menilai ataupun hendak mengawal pengamal-pengamal perubatan tradisional ini. Akan tetapi bagi saya ialah bagaimana kita hendak memberikan – hendak menjana khazanah ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan yang ada secara tradisional ini? Ini yang harus diperkenal. Apabila diperkenalkan dan saya kira bahawa kita hendak cari jalan bagaimana hendak memperkenalkan secara yang lebih menggunakan teknologi moden. Sistematik supaya ia dapat diterima oleh masyarakat.

final • 3:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Contoh saya katakan, hari ini makin pupus pengamal-pengamal perubatan dan penjagaan kesihatan, tok mudin kampung – ha, ini baru potong. Mudin kampung, orang bersunat ya. Mereka ini bukan sekadar untuk memotong tetapi hakikatnya bahawa memang mempunyai ilmu dari segi perubatan dan penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan kelakian, tenaga kelakian. Yang Berhormat Padang Besar mungkin tahu. Dia mungkin dulu bersunat di kampung..

[Ketawa] Dia tidak pakai mudin kerajaan.

final • 3:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Orang lama.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, orang lama. Oleh sebab itu dia ada gagah perkasa. Baik.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, saya hendak katakan bahawa – ini dahulu. Saya ingat lagi di Kedah, mudin Kampung itu diberikan pengiktirafan Mudin Diraja.

Ini kerana semua anak-anak Raja ialah menggunakan mudin ini. Bukan pergi ke hospital, bukan HA ataupun doktor yang bersunat. Mudin ini, kalau tidak silap saya Mudin Haji Wahab kalau tidak silap saya, Mudim Diraja.

Jadi maknanya saya katakan bahawa macam mana mudin-mudin ini harus diberikan, satu, pengiktirafan dan keduanya, mereka harus diberikan ruang yang lebih untuk memperlihatkan kemampuan dan keupayaan mereka dari segi ilmu yang ada pada mereka itu.

Keduanya ialah bidan kampung. Bidan kampung yang makin pupus. Kita dulu semua beranak pakai bidan kampung. Yang Berhormat Padang Besar, saya, semua bidan kampung. Bidan saya Tok Mah Bidan namanya. Tidak ada sudah. Bidan kampung ini saya katakan bahawa kepada mereka ada satu khazanah ilmu yang sangat tinggi. Bukan sekadar hendak menyambut kelahiran tetapi mereka boleh memberi petua penjagaan kesihatan untuk orang-orang yang baru bersalin. Contohnya jangan makan sayur, tetapi kalau tanya doktor, doktor kata mana boleh, mesti makan sayur. Ini Yang Berhormat Kuala Krai tentulah tidak percaya benda-benda ini.

Jadi saya hendak katakan bahawa ada khazanah ilmu yang sangat berharga yang perlu di angkat bukan sahaja dalam konteks perubatan dan pengamalan tradisional Melayu ini tetapi Cina, India dan sebagainya yang perlu diangkat untuk diberikan satu pengiktirafan kepada mereka. Kalau tidak nanti mereka ini pupus dan ilmu mereka itu tidak dapat dimanfaatkan untuk masyarakat kemudian nanti.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih kepada tiga orang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Kinabatangan dengan Yang Berhormat Pokok Sena yang menyebut tentang perkara-perkara yang amat penting. Dalam kaedah hari ini kalau kita boleh masukkan standardization, perkara-perkara yang hampir pupus, tok mudin dan bidan – Yang Berhormat Pokok Sena pakai mudin Kampungkah, HA? Oh, Mudin Diraja.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mudin Pulau Timbul.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Mudin Pulau Timbul.

Okey, okey. Sahih. Dalam Parlimen sebut kira sahihlah itu. Takut-takut belum. Sampai sekarang...

[Ketawa] [Disampuk] Eh, jangan. Jangan tuduh-tuduh.

Yang Berhormat Padang besar membawa satu tajuk yang saya kira amat signifikan bagi kementerian, amat sentral apabila menyebut tentang tambah nilai. Penambahan nilai, add value to it. Saya beranggapan bahawa kalau tidak ada pihak yang mengambil berat tentang perkara ini, tidak akan ada orang lain. Yang melalui proses ini kita semua. Sama ada mudinkah, bidankah, bomohkah, pawangkah, dukunkah. Yang Berhormat Kepong macam terkepung sahaja. Ada masalah? Tidak apa, dia pakar kulit sahaja. Yang disebut oleh...

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Minat dengan saya nampak. Sudah naik jet , lupa orang dekat bumi.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Memang Yang Berhormat Tangga Batu ini memang tangga tidak berbatu juga. Adakah Yang Berhormat pernah minum penawar? Adakah Yang Berhormat sekarang masih menerima itu perubatan tradisional dan komplementari? Bilakah pergi ke perubatan tradisional dan komplementari? Atas apakah asas dan maklumat yang boleh berucap dalam Dewan yang mulia ini?

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

I have the right to remain silent. Anything I say can be used against me in the court of law. Yang Berhormat Kepong tidak perlulah tahu perkara itu. Saya kira yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi amat penting.

Pokok Senduduk umpamanya, Yang Berhormat Kinabatangan kan, daun Senduduk itu diletakkan, dipupuk di atas tangan boleh berhentikan darah. Itu yang dikata berhenti darah kecemasan tadi itu. Yang Berhormat Padang Besar bawa air beras.

Saya pernah pergi ke Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi, pengamalnya memperkenalkan air sengkak, pokok sengkak. Pokok dukung anak direbus dengan gula batu dan sebagainya menjadi ubat kepada masalah penghadaman. Ini semua tidak dipatenkan. Ini bila kita cakap tentang standardization, Yang Berhormat Menteri.

Khazanah, saya setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena menyebut tentang pengumpulan khazanah-khazanah tradisi ini yang sebenarnya boleh mengangkat nilai perubatan kita di satu kedudukan yang mungkin dihormati.

Seperkara yang saya suka sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah apabila kita mengaitkan cara, kaedah kita mengamalkan perubatan tradisi dan komplementari ini, lazimnya rujukan Yang Berhormat Pokok Sena, rujukannya Indonesia. Bila berbicara macam ini, baik, bagus. Akan tetapi apabila sampai ke kaedah perubatan itu mula menggunakan bahasa negara jiran...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh menyampuk?

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, sila Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu. Satu lagi isu yang saya ingin Yang Berhormat Tangga Batu mohon penjelasan dan kalau tidak dapat dijelaskan mungkin pass balik kepada Menteri. Ini soal tentang – kita pun tahu ada yang pengamal perubatan Islam ini di kalangan tokoh-tokoh pembangkang. Kita ada Dato’ Dr. Harun Din contohnya, Dato’ Ustaz Ismail Kamus yang mana sekarang ini dilantik oleh kerajaan saya kira, betulkan saya, dalam penasihat yang memberi nasihat kepada kementerian sama ada mereka pengamal perubatan Islam yang lain itu boleh diterima masuk dalam kumpulan itu ataupun tidak.

Terdengar ada keluhan daripada pengamal perubatan Islam yang lain yang mempunyai fahaman politik yang berbeza yang mengatakan bahawa individu-individu yang mempunyai kaitan dengan politik ini tidak mahu pengamal perubatan Islam yang mirip kepada Barisan Nasional ini masuk menjadi ahli dalam kumpulan ini. Ini saya kira satu masalah juga.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita tahu mereka ini kuat pegangannya bukan sahaja mungkin dari segi pengamalan perubatan Islam Yang Berhormat Pokok Sena, tetapi juga penyokong kuat kepada parti PAS.

Ini betul. Ini cerita betul.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Apa ini spin isu macam itu?

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini bukan spin.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana ada.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini saya dapat SMS ini Yang Berhormat Pokok Sena. Mereka tanya apa jaminan kerajaan Yang Berhormat Tangga Batu, bahawa mereka ini berlaku adil kepada pengamal perubatan Islam yang ada kaitan dengan kerajaan, orang yang tidak menyokong PAS contohnya. Ini pun satu isu yang penting yang harus di jawab.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak apa, tidak apa.

Tenang, tenang. Sakit dan sihat ini ia membatasi parti politik. Orang kerajaan sakit pun sama rasanya dengan pembangkang yang sakit. Keperluan kepada kesihatan itu pun sama sahaja, membatasi garis politik.

final • 3:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi apa-apa pun, apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi eloklah sama-sama kita beri perhatian.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Kota Belud itu dia meroyan lebih itu.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ramai berminat dekat saya ini, susah. Meroyan pun sakit tradisi itu...

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu perlu kepada bidan kampung.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya boleh beritahu ubat meroyan...

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tapi kalau lelaki meroyan, tidak ada bidan boleh mengubat itu.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia banyak-banyak ubat meroyan itu.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia boleh makan lorazepam, alprazolam atau xanax. Kalau meroyan itu.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini pakar ini.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 3:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tak ada. Kita faham. Kita faham.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tangga Batu. Sedikit.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, ya.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak tanya pada Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya bukan Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat seorang yang intelektual. Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ya...

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bekas-bekas jangan sebut...

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya nak tanya Yang Berhormat.

Apakah qualification ataupun latar belakang Datuk Dr. Haron Din dan juga Datuk Ustaz Ismail Kamus? Apakah dalam bidang perubatan Islam ataupun daripada bidang lain? Saya kira mereka ini bukannya datang daripada latar belakang mereka bukan daripada pengamal perubatan Islam tetapi lebih kepada yang berkaitan dengan kajian mereka dalam agama.

Akan tetapi kalau mereka itu diberi – ini kekhuatiran orang. Yang Berhormat Pokok Sena jangan melatah. Jangan melatah.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya. Ini masalahnya. Ini masalahnya kalau pemimpin agong parti dimasukkan menjadi penasihat. Jadi, kalau boleh itu yang saya hendak katakan. Saya cuma memberi Yang Berhormat sedikit pandangan orang di bawah, pengamal perubatan Islam yang ditolak oleh pemimpin-pemimpin ini atas dasar kita tahulah dasarnya ialah politik.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Jumpa corporation Jepun.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, jawab sekali. Yang Berhormat Kubang Kerian hendak jawab Kota Belud.

final • 3:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Kota Belud ini, dia buat isu remeh sangat. Takkanlah kerana itu boleh berlaku suatu diskriminasi kezaliman. Ramai pakar-pakar doktor di IJN di pusat-pusat perubatan Islam yang profesional, mereka pun kadang-kadang yang kita kenal pun sokong pembangkang juga.

Tidak ada pula yang pesakit dia daripada kalangan BN pula yang di mati masa operation.

Jadi dengki pula, putus urat sana, putus urat sini. Remah-remeh sangatlah. Jadi, saya rasa itu hujah yang tidak ...

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Izinkan saya Yang Berhormat. Sekejap.

Sedikit sahaja. Sekejap.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak apa Yang Berhormat, dia nak bergaduh dua orang sahaja. Dengar dekat orang tengah ini Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia begini. Dia kena ada recourse Saya Yang Berhormat Kubang Kerian, Pokok Sena, jangan melatah. Ini bukan soal politik. Ini soal...

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kami tidak melatah. Yang Berhormat yang meroyan.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, tidak, tidak. Saya tidak meroyan.

Saya ingin cuma katakan apa dia recoursenya. Contohnya kalau ada pengamal perubatan Islam itu dia katakan bahawa dia ditolak atas mungkin dia orang UMNO kah, orang yang tidak sefahaman dengan penasihat ini, apa recoursenya Yang Berhormat mungkin boleh – saya tidak baca lagi yang dapat dalam akta ini tetapi apa recourse dia. Kalau pun mungkin kita tanya pada Yang Berhormat Menteri nanti. Kalau ada pengamal perubatan Islam itu yang ditolak keahlian mereka atas dasar kerana mereka mengatakan ditolak kerana mereka ini orang kuat UMNO, sudah tentu kita beri ruang kepada mereka untuk mendapat rujukan ataupun secara untuk memberi keadilan kepada mereka.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya berpegang kepada prinsip sakit dan sihat itu tidak mengenal parti sebab saya pernah mendengar juga tokoh perubatan, pengamal perubatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi dalam masa beliau mengubat pesakit-pesakitnya, beliau diserang penyakit jantung dan menerima rawatan jantung di luar negara.

Jadi, ini semua penimbangan di antara kita untuk melihat di manakah kehendak dan keperluan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi hari ini. Memang telah tiba masanya untuk kita merumuskan satu rang undang-undang, satu undang-undang yang meliputi kesemua spektrum dalam kaedah perubatan negara kita.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Cuma Yang Berhormat Menteri tadi ada menyebut tentang ia tidak masuk pergigian Yang Berhormat ya. Ini yang pelik Tuan Yang di-Pertua. Di Kuala Lumpur ini, di tengah Bandar Kuala Lumpur ada seorang doktor gigi di tepi jalan. Saya ingat beribu batang gigi yang berada dalam kotak di sebelahnya. Ini semua apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Kinabatangan masuk Yang Berhormat Pokok Sena tadi, saya ingat perlu ada satu kajian secara menyeluruh mengapa doktor gigi ini masih lagi menjadi trend sehingga kepada pakar gigi pun minta doktor gigi di tepi jalan ini mengubati gigi.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia Yang Berhormat, dia cabut gigi tak pakai jarum. Dia boleh cabut dengan tangan dia. So, orang tidak rasa sakit. Itu sebab semua yang – lagi pun murah. Itu sebab kalau jumpa doktor pakar gigi, harga ribu-ribu.

Macam Yang Berhormat Kepong ini jumpa dia satu kali pun dua, tiga ratus. Jadi, kena jumpa tengah jalan itu, dia darah pun kurang. Itu sebabnya...

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya benar Yang Berhormat.

Ya lah, kita tidak termasuk gigi di sini tetapi perlu diingat bahawa untuk gigi ini pun ada perubatan tradisi dan komplimentari. Jadi, kalau semua orang mengenali doktor gigi di tepi jalan ini cuma kita belum cuba lagi. Akan tetapi saya lihat jumlah gigi yang ada di dalam bakul sebelah beliau itu melebihi ribuan batang gigi. Maknanya ribuan pelanggan beliau, pesakit beliau. Ya.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya. Saya hendak balik kepada tadi Yang Berhormat sebut tentang Menteri sebut tentang lembaga ini akan menilai sebelum hendak menerima. Ini satu isu juga Yang Berhormat sebab bagi saya bahawa macam mana lembaga ini atau adakah lembaga ini merupakan mereka yang memang ada kepakaran terhadap satu ilmu perubatan tradisional dan komplementari ini. Ini isu dia sebab...

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, sebab itu ahli agama ada. Dia jangan ada syirik. Unsur-unsur syirik.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betul, betul.

final • 3:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab itu kita kasi masuk Ismail Kamus masuk, Dr. Harun Din masuk. Jangan ada unsur-unsur syirik.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, itu satu hal. Dia hendak dikatakan bahawa ilmu yang dia amal itu khususnya macam dia katakan bahawa ubat yang dia berikan. Macam mana orang yang hendak menilai itu? Adakah dia pakar tentang jenis ubat, herba dan sebagainya?

Jadi, sebab itu saya katakan bahawa kita perlu melihat balik supaya semua jenis ilmu-ilmu perubatan ini mesti dikumpulkan dan dibukukan supaya kemudian baru kita dapat letakkan satu garis panduan, guideline dalam lembaga ini bahawa macam mana yang boleh diluluskan. Kalau tidak nanti sukar bagi lembaga ini. Bukan mereka semua tahu tentang ilmu- ilmu yang dibawa oleh pengamal-pengamal ini.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Tangga Batu, boleh sekali jawab?

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bukan jawab, berkongsi.

Kongsi-kongsi. Jawab, berat aku kang.

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya terlupa bahawa Tangga Batu ini pernah jadi Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi. Kalau tidak silap saya di pengajian tinggi ada satu APEL. APEL itu sistem pendidikan tidak formal iaitu pembelajaran berasaskan kepada pengalaman terdahulu. Maksudnya kalau dia itu memang pakar dalam – dia memang sudah buat sudah ilmu pertanian ini. Memang dia layak untuk dapat diploma dalam bidang pertanian ini. Begitu juga kalau dia puluhan tahun sudah dia menjadi bomoh. Sepatutnya pengajian tinggi boleh mengiktiraf dia sebagai orang yang sudah mendapat sijil dalam bidang perubatan tradisional itu.

Jadi, saya mohon penjelasan sebab mungkin pengalaman sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu boleh membantu mengiktiraf bidang-bidang perubatan tradisional ini untuk diangkat, diberi sijil sebab yang kita bincangkan ini ialah soal pengiktirafan. Apa yang menjadi persoalan dalam rang undang-undang ini soal pengiktirafan. Itu sebab saya percaya

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

ada yang sistem perubatan tradisional yang boleh diagnosis, yang boleh ada saintifik. Akan tetapi ada benda yang tidak boleh dibuat dalam bentuk saintifik. Sebagai contohnya kena rasuk dengan syaitan, kena rasuk dengan iblis. Kita kena tolak syaitan ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Syaitan yang dikenalikah Yang Berhormat?...

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Syaitan yang dikenalikah, syaitan yang tidak dikenalikah. Jadi, syaitan yang mengusik orang ini kita kena tolak. Jadi, sebab itu kita perlu kaedah perubatan yang menolak iblis dan syaitan ini, kena iktiraf juga. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia sudah mencapah.

Berbagai spektrum kita masuk Tuan Yang di-Pertua tetapi apa pun bila Yang Berhormat Kuala Kedah menyebut tentang standardization, pengiktirafan, accreditation, saya pun teringat. Ia tidak mudah Yang Berhormat walaupun Yang Berhormat kata ada yang mengiktiraf mereka yang telah melalui proses dan tidak diiktiraf sebelumnya kemudian diiktiraf melalui pengalaman.

Dalam Kementerian Pengajian Tinggi, saya tahu ada satu badan MQA yang bukan sahaja mengiktiraf sebuah gedung-gedung pengajian tetapi mengiktiraf subjek sehingga ke tahap kursus apa yang perlu dilalui. Saya ingat proses itu boleh juga diguna pakai, cuma kita tidak dapat melihat secara dekat kaedah pencapaian kecekapan itu tadi, adakah ia melalui satu proses yang sistematik seperti yang disebut oleh Pokok Sena tadi ataupun tidak.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Akan tetapi kalau ada sistemnya, step-by-step nya, boleh dipelajari melalui buku dan sebagainya, saya yakin siapa pun boleh mengiktiraf itu kerana ia boleh diuji kaji. Boleh dieksperimenkan. Kalau kita buat tidak dapat, maka proses itu tidak sah. Jadi, saya yakin kalau ada langkah demi langkah, satu demi satu, saya yakin percaya, siapa pun boleh mengiktiraf itu, sebab kita boleh mengalaminya sendiri. Kita ikut. Langkah pertama, baca ini.

Langkah kedua, buat ini. Langkah ketiga, buat itu. Akhirnya kita akan dapat the desired output. Bila dapat apa yang kita hendak mengikut proses tadi, saya yakin siapa pun boleh mengiktiraf itu.

Dia berbalik kepada gigi tadilah Yang Berhormat. Itu saya hairan juga mengapa gigi ini tidak masuk dalam di bawah tradisi dan komplementari ini sedangkan pengamal- pengamalnya masih lagi berada di pasaran.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis, boleh?

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Silakan Yang Berhormat Lipis.

final • 4:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Jadi, sambil melihat kepada apa diceritakan dalam rang undang-undang ini iaitu bidang amalan yang diiktiraf ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Apabila kita berkait dengan standardization, piawaian dan sebagainya. Jadi, kalau kita melihat amalan perubatan tradisional dan komplementari ini, bagaimana mereka hendak meletakkan kod-kod pihak majlis ataupun pihak kementerian hendak meletakkan kod-kod amalan ini? Adakah mengikut kaum? Oleh sebab ada amalan perubatan mungkin dari segi kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan lain-lain. Mungkin ada Kadazan, KadazanDusun dan sebagainya ataupun mengikut bidang-bidang tertentu. Mungkin urut pengikutnya sendiri.

Rawatan hantu, syaitan, iblis dan sebagainya yang tidak nampak itu dengan kodnya sendiri.

Mungkin spa kecantikan, ia ada sebagainya dan berbagai-bagai.

Jadi, oleh kerana rawatan, kaedah atau amalan perubatan tradisional dan komplementari ini banyak atau bercapah bidangnya, jadi bagaimanakah rasanya kita hendak satukan ia supaya tidak banyak sangat kod. Begitu juga jaminan kepada pesakit. Apabila kita sudah buat akta ini, mereka telah diiktiraf mungkin kalau dulu rawatan itu murah – cabut gigi di tepi jalan tadi mungkin murah sekarang ini. Akan tetapi, bila sudah didaftarkan, sudah distandardkan, ada iklan dan sebagainya, mungkin rawatan ini jadi mahal dan sebagainya.

Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau saya tidak hadir tidak boleh mesyuarat Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, Tuan Yang di-Pertua dari Santubong. Yang Berhormat, sebenarnya saya sudah hendak masuk topik itu tetapi Yang Berhormat bangun. Ini kebimbangan yang sama oleh Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Pokok Sena tentang standardization. Kita pun tahu bahawa pengamal- pengamal perubatan komplementari dan tradisi ini, dia juga mempunyai sistem pembelajaran, pengajaran dan pendidikan mereka sendiri. Di setengah-setengah kumpulan-kumpulan ini, Darul Syifa umpamanya, ia mempunyai kelas-kelas bagi mendidik anak-anak muridnya untuk diiktiraf sebagai – ada yang dipanggil “doktor” dan ada juga yang dipanggil “ustaz”.

Jadi, anak-anak murid ini pula ditauliahkan ijazah-ijazah tertentu untuk mengubat penyakit-penyakit tertentu umpamanya penyakit-penyakit yang berkaitan dengan santau menyantau - santau angin lah, santau air lah, santau tanah lah. Penyakit-penyakit yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi yang berkait rapat dengan amalan-amalan jin dan syaitan. Apa yang kita tengok kadang-kadang bukan pesakit saja mengiktiraf, bahkan media massa juga mengiktiraf mereka ini dikeluarkan di dalam dokumentari bagaimana kaca- kaca keluar daripada mulut pesakit-pesakit apabila hanya ditepuk dengan daun sirih yang telah dijampi. Ini semua nampaknya seperti penuh dengan misteri, tetapi kita lihat sendiri dengan mata kepala kita. Bagaimana serbuk-serbuk kaca tadi jatuh di atas kertas putih yang kemudiannya ditunjukkan kepada kita secara nyata. Silakan Yang Berhormat Putatan.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Tangga Batu. Sebenarnya saya bertujuan untuk berbahas rang undang-undang ini. Oleh kerana, sahabat saya daripada Lipis menyentuh soal etnik saya, maka saya terpanggil lah. Saya amat bersetuju atas pewujudan rang undang-undang seperti yang kita bentang untuk perubatan tradisional dan komplementari.

Akan tetapi, apa yang saya khuatir nanti, Yang Berhormat Tangga Batu bahawa ini mungkin terlalu luas seperti apa Yang Berhormat Kinabatangan kata tadi. So, saya bercadang sebenarnya, bercadang untuk di segmentalized ataupun dikategorikan supaya produk-produk perubatan tradisional ini Yang Berhormat, dapat kita mengambil satu iktibar untuk mempromosikan bukan sahaja di peringkat lokal, bukan sahaja di peringkat nasional, bukan sahaja di peringkat negeri masing-masing tetapi di peringkat international supaya produk-produk kita ini tadi boleh kita trademark sebagai produk pelancongan misalnya. Itu satu misalnya.

Jadi, apa yang berlaku di sini, saya mengharapkan pihak IPTA atau IPTS membuat satu rumusan supaya mengkategorikan jenis-jenis perubatan tradisional ini mengikut kaum masing-masing, mengikut daerah masing-masing, mengikut kawasan masing-masing, negeri masing-masing, di mana merangkumi semua produk perubatan tradisional dan komplementari di seluruh negara kita supaya Kementerian Kesihatan ini bukan sahaja menumpukan di Semenanjung sahaja tetapi dengan teknik-teknik yang diamalkan oleh etnik- etnik masing-masing di sebelah Borneo. So, saya kalau saya ikut senarai pengalaman saya, pengalaman saya sendiri yang tidak menggunakan perubatan konvensional di hospital, saya banyak pengalaman soal ini.

Akan tetapi, apa yang Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Krai cakap itu, itu mungkin dia punya pengalaman di kawasannya sendiri. Kawasan Melaka ada berlainan daripada Sabah. Jadi, ini juga kira walaupun ada perubatan melalui pengamalan agama masing-masing – di Sabah pun ada juga. Seperti demikian misalnya menggunakan bobolian. Kota Belud tidak tahu dia ada pernah jumpa ‘bobolian’ atau tidak ataupun kawasan Kota Belud itu mempunyai beberapa etnik kaum dan amalan-amalan perubatan kampung ini banyak. Jadi, saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Tangga Batu, kalau kita cadangkan kepada pihak Menteri mewujudkan satu kerjasama dengan IPTA dan IPTS sekitar untuk merumuskan segmentalized ataupun kategorikan jenis-jenis perubatan yang kita ada sekarang.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya memang bersetuju dengan standardization ini. Akan tetapi Yang Berhormat Putatan bawa satu perkara baru pula. Ini sudah batasan geografi pula. Tadi batasan kepercayaan dan kaum. Yang Berhormat

final • 4:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Menteri, memang betul-betul ia terdapat pertindihan ini. Saya pernah jumpa dalam kereta apabila seorang bangsa Tionghoa terpaksa menggunakan songkok putih, kain pelekat dan juga t-shirt pagoda apabila mengamal perubatan ini. Saya tanya mengapa, saya panggil dia Apek lah. “Kenapa Apek kena pakai macam ini?” Saya berhenti. Dia kata “Oh, saya diberitahu untuk mengamalkan perubatan ini, untuk mengubat orang ini, saya kena pakai demikian”.

Walaupun akidahnya berbeza, tetapi kaedahnya dia kena pakai kain pelekat, dia kena pakai t-shirt pagoda dan kena pakai kopiah.

Jadi, bila saya kata “Wah, nampaknya jin yang digunakan ini tidak kenal sama ada pengamal perubatan itu Islam, Buddha, Kristian atau Hindu”. Jin itu tidak ada pengetahuan tentang itulah tetapi dia kata mesti pakai demikian. Saya kira kalau ditambah pula dengan batasan geografi, Tuan Yang di-Pertua nanti di Santubong, ini. Kalau hendak ubat penyakit ini kena pergi ke Santubong kerana dukunnya ada di sana. Kalau hendak ubat penyakit ini kena pergi ke Putatan. Penyakit apa? Rindu bayangan di Putatanlah...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini pening kepala Yang Berhormat Menteri dengar. Ini geographical direction punya registration pula.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Ketawa] Geographical, ya...

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Geographical according to...

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Just tambah sikit, rindu kayangan ini.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Rindu kayangan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ya, rindu kayangan ini, ini amat penting sekali. Ini semasa saya kecil. Dahulu di kampung-kampung Tuan Yang di-Pertua, orang kampung kalau ingat satu wanita, dia pakai pugai, paramonis. Dia pakai paramonis. Ini amat berkesan, dahululah semasa saya kecil. Kalau ia mahu minat satu wanita itu, dia jumpa dengan dukun ataupun bomoh untuk mendekati. Jadi itu, kita tahu kalau kira diiktirafkan sebagai perubatan ataupun jenis perkara yang lain tetapi ini amat banyak dipraktikkan pada masa-masa yang dahulu. Ini sudah hilang. Praktis ini sudah hilang kecuali mungkin Yang Berhormat Kuala Krai masih mengamalkan praktis yang sedemikian*...

[Ketawa]*

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Ia membawa saya kepada satu lagi usul yang...

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, sekejap.

Saya takut saya terlupa yang ini. Iaitu apabila kita berinteraksi dengan pengamal-pengamal perubatan tradisi dan komplementari, perkara common yang perlu kita fahami. Ini bukan, kontraknya macam mutual understanding, persefahaman bersama Tuan Yang di-Pertua iaitu pengerasnya. Kekhuatiran kita ialah pengeras itu bukannya bersifat material tetapi bersifat contohnya, barang-barangan hasil daripada kegiatan jenayah umpamanya. Terpaksa kita membunuh haiwan-haiwan yang endangered species ini untuk bawa jantungnyakah, hatinyakah dan sebagaimana.

Jadi di sana pun Tuan Yang di-Pertua, nampaknya kementerian kena beri perhatianlah kerana bukan sahaja ia menjangkau batasan tetapi ia menjangkau fikiran. Di luar fikiran biasa, kadang-kadang perkara yang perlu dibawa itu tidak adalah sampai tujuh dulang hati nyamuk dan sebagainya tetapi sesuatu yang kita terpaksa melakukan jenayah-jenayah lain. Membunuh binatang-binatang yang terpelihara, dipelihara, mengambil dari tempat- tempat umum seperti perlukan kain kapan orang meninggal mati dibunuh. Benda-benda semacam itu Yang Berhormat, nampaknya ia bukan sekadar di kulit sana, terpaksa berfikir jauh lebih daripada itu. Akan tetapi saya percaya ia ada di dalam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi iaitu menilai pengamal-pengamal ini. Sejauh manakah tahap profesionalisme mereka. Silakan Yang Berhormat Lipis.

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Tangga Batu*....

[Azan berkumandang di dalam Dewan]* Azan pula? Azan telefonkah atau azan.... Ya, pasal selalunya bila kita bercakap semasa azan ini, ada orang

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

yang marah, bukan? Itu yang saya hendak tanya tadi. Kalau kita lihat dari segi, saya lebih suka melihat klasifikasi tadi. Klasifikasi amalan dan pengamal perubatan ini. Mungkin apabila mereka didaftarkan nantilah, mungkin akan wujud satu direktori mengenai pengamal- pengamal perubatan tradisional dan komplementari ini dan ada klasifikasinya sendiri.

Saya juga hendak melihat tadi berbalik kepada hak pesakit. Jadi, kalau kita tengok ada banyak hak dan jaminan yang diberikan dalam rang undang-undang ini kepada pesakit.

Ada hak yang paling pertama sekali ialah hak kerahsiaan. Ini kerana kalau kita lihat sekarang, kadang-kadang pengamal perubatan ini mereka menggunakan pesakit mereka sebagai iklan- iklan mengatakan mungkin secara bertulis ataupun secara verbal. Jadi, kadang-kadang kerahsiaan itu tidak ada dan sebagainya. Ini untuk mengatakan dia sudah mengubat, katakan hari itu dia sudah mengubati Yang Berhormat Peter Tan dan sebagainya atau mengubat Ahli Parlimen Lipis dari sakit, penyakit apa, ini dan sebagainya. Mohon hendak bertanding lagikah dan sebagainya. Jadi, tidak ada kerahsiaan dalam proses pengubatan itu.

Lagi satu ialah kadang-kadang kalau kita melihat, apabila amalan ini telah diiktiraf, telah didaftarkan, kalau dalam amalan perubatan moden, apabila pengamal memberi cuti sakit, mungkin pihak swasta ataupun pihak awam mengiktiraf cuti sakit tersebut. Jadi, bagaimana agaknya? Ini satu daripada hak pesakit. Kalau sekarang ini, kalau mereka pergi ke pengamal perubatan tradisional dan komplementari, mereka tidak dapat cuti sakit. Begitu juga dengan bayaran rawatan dan sebagainya. Mungkin adakah nanti pihak sektor awam dan sektor swasta ini boleh membiayai rawatan kepada pesakit-pesakit dalam konteks amalan perubatan tradisional dan komplementari. Mohon pandangan.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya percaya penggubalan rang undang-undang ini adalah antara langkah pertama. Langkah besar kerajaan untuk membina satu direktori bagi pengamal-pengamal perubatan ini. Akan tetapi satu kenyataan yang paling kita selalu dengar, kerap kita dengar Tuan Yang di-Pertua ialah dalam konteks perubatan komplementari dan tradisi ini ialah pawang kampung ini kurang mujarab. Dia selalu terpaksa membatasi batasan geografi itu Yang Berhormat Putatan. Kalau di Tangga Batu, ada pawang di Tangga Batu itu, untuk orang Tangga Batu ia tidak mujarab Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu kena pergi ke Santubong. Pawang di Santubong sana mujarab untuk Tangga Batulah. Jadi, Santubong pula kena datang ke Tangga Batu. Boleh juga Yang Berhormat datang kita makan ‘mi bodoh’ di Tengkera. Jadi, di sana itu direktori.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin saya sebutkan dalam konteks yang dibawa oleh Yang Berhormat Lipis tadi ialah charges, caj yang dikenakan, bayaran. Sudah menjadi satu kebiasaan dalam pengamalan perubatan komplementari dan tradisi ini, bila ditanya berapa kena bayaran? Jawapannya, “Seikhlas hatilah, seikhlas hatilah” dan sebagainya. Akan tetapi ironinya bila dijawab seikhlas hati dan bila diberi seikhlas hati, akhirnya kerahsiaan tadi sudah tidak lagi dihormati. Apalah dia itu? Kita ubat dia bagi baik macam-macam, mandi air limau, mandi bunga, ini semua beli barang apa?...

[Ketawa] Dia bagi seringgit. Jadi, kerahsiaan itu sudah tidak lagi dihormati.

Jadi, ini semua perlu diberi perhatian oleh jawatankuasa ini kerana saya percaya ia satu langkah yang besar yang boleh membawa satu rupa, wajah baru kepada arena perubatan di negara kita yang kerajaan terpaksa berhadapan dengan dugaan dan cabaran ini. Saya kira apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, antara keberhasilan yang kita hendak lihat suatu hari nanti ialah di dalam bidang ekonomi, ia dapat membantu menjana pemantapan ekonomi melalui di NKEA yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang pokoknya adalah kualiti. Bukan kuantiti tetapi kualiti pengamal-pengamal perubatan ini yang telah dapat disahihkan.

final • 4:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Pada masa yang sama mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan tadi dengan meletakkan faktor-faktor keselamatan yang paling utama. Keselamatan pesakit, keselamatan pengamal dan keselamatan semua pihak yang berurusan dengan pengamal dan pesakit dan harapan Tangga Batu juga agar ini menjadi kebanggaan Kerajaan Malaysia, kebanggaan Kementerian Kesihatan yang mewujudkan satu suasana yang unik, dihormati dan disegani oleh rakan dan lawan di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya pohon menyokong.

final • 4:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Dua minit.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong.

final • 4:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan ini kerana saya pun setuju bahawa kita mesti ada membangunkan dasar satu kerangka untuk mengawal perubatan tradisional, komplementari dan alternatif ini. Saya sendiri semasa saya berumur kecil lagi, kanak-kanak saya pernah menggunakan penawar bukan kerana saya hendak kerana orang tua kita memberi penawar dan juga apabila sakit kita panggil bomoh di negeri Kelantan sebab kita orang Kelantan. Bomoh di Kelantan dan juga bomoh Thai juga. Itulah pengalaman saya...

final • 4:21 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bomoh siam, bomoh siam!

final • 4:21 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siam, siam. Thai itu moden, siam itu zaman purba.

Saya memang ada pengalaman sebab saya tanya Yang Berhormat Tangga Batu yang tidak berbatu itu dia tidak ada pengalaman. Cuma cakap sahaja, leter. Tidak berasas...

[Ketawa] Sejak menjadi pengamal perubatan konvensional saya pun mengenang balik sama ada penawar itu ataupun perubatan tradisional atau bomoh itu berkesan ataupun tidak. Di sini saya setuju bahawa kita mesti adakan rang undang-undang yang dapat mengawal semua ini dan setakat yang ada sekarang itu walaupun saya tidak membantah dan tidak membangkang tetapi dari segi beberapa peruntukan di sini terutamanya di bahagian penguatkuasaan saya berpendapat bahawa tidak mencukupi untuk mengawal pengamal perubatan tradisional, komplementari dan alternatif memang tidak mencukupi.

final • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Akan tetapi dalam undang-undang ini Yang Berhormat ada disebut juga satu bahagian untuk menubuhkan badan-badan yang tertentu dalam satu-satu kumpulan dan kumpulan ini akan menguatkuasakan disiplin dan juga etika yang betul atau kepakaran yang perlu.

final • 4:21 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua itu memang penting mesti diadakan satu kerangka sedemikian.

final • 4:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sepatutnya diwajibkan.

final • 4:21 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan sahaja diwajibkan, dipastikan, diperlihatkan berkesan untuk dilaksanakan. Cuma menubuhkan badan-badan dan majlis sahaja tidak mencukupi. Sebelum saya lanjutkan ucapan saya bagi satu contoh yang paling ketara. Kita adakan undang-undang untuk mengawal farmasi sekarang untuk perubatan moden. Akan tetapi lihatlah kalau Yang Berhormat Menteri sendiri boleh lihat di seluruh negara terutama di luar bandar sama ada farmasi ini mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Di kawasan saya farmasi memang tidak ikut. Farmasi menjadi klinik, sekarang dan ubat-ubat yang diberi itu tidak sepatutnya diberi. Melanggar undang-undang dengan sengaja dan pihak penguat kuasa tidak mampu untuk mengawal. Tidak mampu sama sekali terutamanya kawasan seperti di Sarawak. Saya pernah pergi ke farmasi di Sarawak. Ini di bandar dan saya nampak yang pertama ubat-ubat itu expired dan ubat-ubat yang tidak sepatutnya dijual, dijual di situ juga. Kalau kita memerhatikan steroid, steroid memang hendak menerangkan kita badan kita mempunyai steroid. Kalau tidak steroid kita tidak boleh hidup tetapi penyalahgunaan steroid adalah tidak patut dan di farmasi-farmasi ini dia jual steroid sekarang di seluruh negara dan itu kita adakan peraturan, kerangka dasar perubatan moden dan undang-undang untuk mengawal entahlah lebih 50 tahun tetapi tidak dapat mengawal dan sekarang kita hendak tambahkan lagi beberapa pertubuhan, beberapa majlis dan sebagainya untuk mengawal perubatan tradisional, komplementari dan alternatif ini. PTKA kerana kita taksub kepada kependekan.

Sekarang saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menyiasat dengan sendiri sama ada farmasi ini mengikut undang-undang. Pada hakikatnya tidak, dan ada setengah ahli farmasi itu menjadi doktor. Ini memang satu hakikat dan kenyataan. Seterusnya...

final • 4:21 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 4:21 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apa dia?

final • 4:21 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Yang Berhormat Kepong, minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak guna kesempatan ucapan Yang Berhormat Kepong untuk bertanya kepada Kementerian Kesihatan sama ada pusat-pusat yang menjual alat-alat yang kononnya baik untuk kesihatan sama ada pusat-pusat sebegitu perlu mendaftar di bawah bil ini. Ini kerana alat-alat yang mereka jual boleh dianggap sebagai komplementari.

Pusat yang saya fokus adalah pusat-pusat yang menjual mesin air yang mengatakan sebagai energy water atau yang menjual alat yang mengeluarkan udara yang kononnya akan melanjutkan usia manusia ataupun yang jual batu yang mengatakan baik untuk kesihatan dan juga yang menjual magnet yang mengatakan akan mendatangkan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Soalan saya adakah pusat-pusat sebegitu perlu mendaftar di bawah bil ini?

Seterusnya mengenai penguatkuasaan seksyen 53, berbanding dengan seksyen 54.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 53, bil ini dikatakan sebelum memasuki mana-mana tempat yang disyaki atau untuk membuat pemeriksaan, pegawai yang berkuasa perlu mendapat waran daripada majistret dan hanya boleh masuk ke premis yang ditarget pada masa yang munasabah walaupun pada waktu siang ataupun waktu malam.

final • 4:21 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Keyword yang saya hendak tanya ialah waran majistret dan juga masa yang munasabah. Kalau kita lihat di bawah seksyen 54 ia seolah-olah telah menolak seksyen 53, berkata; “Pegawai yang berkuasa boleh memasuki ke dalam premis pada bila-bila masa tanpa waran majistret”. Jadi saya hendak Yang Berhormat Menteri menjawab apakah perbezaan 53 dan 54. Yang Berhormat Kepong, saya minta boleh tidak memasukkan pertanyaan saya di dalam ucapan Yang Berhormat?

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang boleh dan kita ada peringkat jawatankuasa.

Saya berharap Yang Berhormat boleh mengutarakan masalah-masalah yang dihadapinya.

Cuma memang Yang Berhormat Menteri mesti mengambil perhatian supaya hal yang disebutkan itu tidak diulangi.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya membangkitkan mengenai penguatkuasaan. Inj kerana di dalam bidang perubatan moden, di dalam Akta Farmasi kita pun kita tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mengawal selia. Saya sering kali mendapat tahu bahawa pesakit-pesakit sebelum dia datang ke klinik, sebelum dia jumpa orang seperti saya, dia sudah pergi ke farmasi dan farmasi itu menggambarkan sebagai klinik, doktor. Kemudian dia jumpa dengan kita dia bagi kita tahu hendak ambil ubat ini hendak ubat itu. Saya sentiasa beritahu baik kita dapat ubat yang diberi oleh farmasi, bagi saya tahu. Apa ubat yang diberi oleh doktor palsu ini dan...

final • 4:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siapa ini? Yang Berhormat Pasir Mas. Tahu tidak ada doktor palsu di farmasi?

final • 4:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Saya bangun mencelah Yang Berhormat sebab saya hormat Yang Berhormat ini sebagai seorang doktor dan lama dalam Dewan Rakyat ini. Saya tertarik dengan persoalan yang Yang Berhormat bangkitkan tadi masalah penguatkuasaan. Kalau saya mengambil bahagian pun inilah perkara yang saya hendak tumpukan.

Oleh kerana amalan dalam bidang perubatan tradisional ini, menjadi-jadi. Panjang kalau saya turut hendak berhujah, cuma tinggal lagi saya ingin menarik perhatian apakah sampai masanya supaya pihak Kementerian Kesihatan mengujudkan jabatan yang berasingan dengan ketua pengarah dan kakitangan yang cukup dari segi penguatkuasaan bagi mengawal hal-hal yang berkaitan dengan penyelewengan dalam semua hal yang berkaitan dengan perubatan. Saya mengatakan demikian sebab perkara ini merupakan satu fenomena yang serius dengan macam-macam cerita kita dengar dan macam-macam ubat sudah masuk.

Jadi saya tidak perlu hurai dengan panjang. Cuma dengan cara penguasaan, walaupun sudah tubuh majlis ini, tetapi kalau penguatkuasaannya tidak kuat, ianya tanggungjawab di bawah jabatan yang sama. Saya tengok tidak ada check and balance. Jadi akan timbul pula permainan pakatan. Sebab ada sesetengah kita tengok dalam bidang- bidang lain pun, apabila mereka melanggar undang-undang, namun kadang-kadang kita

final • 4:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

tengok tidak ada tindakan. Sebab jika ada berlaku walaupun ada SPRM, ada polis, ada penguatkuasaan, tetapi banyak terlepas.

Jadi dalam bidang perubatan ini saya rasa sudah sampai masanya satu jabatan khusus diwujudkan dengan kakitangan yang cukup, dengan latihan yang cukup, ada surveillance dan perlu lihat kembali undang-undang sama ada berkesan atau tidak kemasukan di premis, perlu ada waran daripada mahkamah dan seumpamanya yang perlu tindakan pantas. Sebab ini perkara yang cukup serius. Jangan fikir soal dadah sahaja yang berbahaya tetapi penyalahgunaan dalam bidang perubatan ini dari segi mengaut keuntungan memang mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat. Jadi apakah sampai masanya satu jabatan khusus diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan tetapi berasingan dengan yang ada sekarang ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat Pasir Mas pun mempunyai ucapan yang munasabah dan berasas. Ini memang Yang Berhormat Menteri mesti mempertimbangkan. Macam mana kita boleh mewujudkan keberkesanan efisiennya penguatkuasaan masalah yang begitu serius. Saya setuju bukan sahaja dadah yang serius, bahkan juga pelbagai jenis ubat yang diberikan secara tidak sah.

Saya masih ingat apabila saya minum penawar dapat dari rawatan bomoh, orang-orang ini tidak berdaftar, semua tidak ada. Cuma di kampung, siapa hendak daftar. Cuma ikut zaman sahaja yang berkesan kita makan. Kalau mati pun kita tidak tahu. Itu sahaja.

Memang saya ulangi Yang Berhormat Pasir Mas, memang cadangan itu munasabah dan berasas. Saya berharap dapat diberi perhatian yang cukup dan dengan ini saya hendak menyentuh beberapa perkara yang kena-mengena dengan perubatan tradisional komplementari dan alternatif (PTKA).

PTKA ini memang selepas 55 tahun kemerdekaan baru sahaja kita dapat menangani masalah ini. Baru sahaja kita sedar wujudnya permasalahan yang begitu serius.

Di sini saya pun ada mengkaji dasar WHO, World Health Organization mengenai PTKA. Ini adalah kerana WHO itu ada pada tahun 2002 ada buat cadangan supaya pihak semua negara termasuk Malaysia mengambil kira yang disebutkan sebagai national policy and regulation, mengenai safety, efficacy and quality, access dan rational use. Ini adalah cadangan WHO mengenai PKTA ini. Saya berharap dengan adanya rang undang-undang ini pihak kementerian mestilah mengambil perhatian di mana wujudnya kelemahan-kelemahan yang disebutkan oleh beberapa ahli termasuk Yang Berhormat Pasir Mas mengenai kelemahan-kelemahan penguatkuasaan Di sini Tuan Yang di-Pertua, bagi pengalaman saya sering kali saya menghadapi pesakit-pesakit misalnya menerima rawatan kerana patah tulang. Misalnya pakar tulang tradisional dan saya memang melihat ada juga kerana ubat yang digunakan menimbulkan masalah kerana ubat tradisional itu yang menyebabkan penyakit kulit.

final • 4:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan sahaja penyakit kulit penyakit, penyakit daging-daging pun ada. Di sinilah saya berharap pihak kementerian dengan kemampuan mengkaji semua jenis PTKA. Kesan- kesan buruk termasuk kematian yang disebabkan oleh rawatan tradisional. Tidak ada di negara ini kerana kita hendak tahu peratusan kependudukan kita yang menggunakan PTKA ini. Di China saya diberitahu 40% kependudukan yang menggunakan PTKA, ada juga, saya pun merasa terperanjat di Kanada 70%. Apakah peratusan di Malaysia yang menggunakan PTKA ini? Saya diberitahu tidak ada kajian. Kalau tidak ada macam mana kita dapat mewujudkan satu dasar walaupun kita terima rang undang-undang yang di hadapan kita ini.

Akan tetapi macam mana kita merangka satu dasar tanpa mengetahui peratusan kependudukan di Malaysia sama ada 50%, 60% atau 70% yang menggunakan PTKA. Ini memang penting.

Di sinilah Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kajian saintifik untuk mengetahui kependudukan Malaysia yang menggunakan PTKA ini. Kita hendak tahu sama ada pihak kementerian dalam masa hadapan hendak mengadakan penyelidikan PTKA mengenai keselamatan, kemujaraban dan juga mechanism action. Kesan ubat-ubat ini ke atas para pesakit dan juga penyelidikan PTKA daripada segi sosial, kebudayaan politik dan ekonomi.

Ini kerana kebanyakan sekarang Tuan Yang di-Pertua kerana kecenderungan untuk wujudkan satu suasana untuk komersial kebanyakannya komersial. Di sinilah kita nampak banyak import daripada China daripada Taiwan daripada negara-negara lain termasuk

final • 4:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

perubatan Islam dan sebagainya masuk ke sini. Siapa yang mengawal? Mengapa kita membenarkan benda itu masuk ke negara ini? Tidak ada langsung! Itulah masalah kita.

Kita mesti tahu mengapa kita benarkan benda ini masuk ke negara ini. Maklumlah kerana ubat tradisional daripada China mungkin beribu-ribu tahun dan ada kebaikan dan juga keburukan. Sejak kemerdekaan kita 55 tahun, siapa yang tahu ubat-ubat yang dibenarkan masuk ke negara ini. Mengapa kita benarkan dia masuk? Akan tetapi saya setuju bahawa kita mungkin tidak ada cukup penguat kuasa yang tahu hal ini, yang mahir di dalam bidang ini untuk mengawal selia. Tidak ada. Dengan adakan rang undang-undang, tidak ada bahagian yang berbuat demikian, tidak ada. Memang ada majlis, memang ada menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tetapi ini kita mesti adakan. Ahli-ahli yang mahir yang boleh memeriksa benda-benda ubat ini yang dimasukkan ke negara ini daripada China, Arab dan sebagainya. Ini penting.

Kita tidak boleh banding dengan Singapura kerana Singapura lebih kecil dan mempunyai kemampuan untuk mengawal semua tetapi Malaysia lebih besar, susah hendak kawal terutamanya sempadan kita begitu panjang dan jalan-jalan tikus pun banyak. Saya diberitahu dalam Dewan ini jalan-jalan tikus ini lebih 700 di seluruh negara. Semua ubat ini boleh dibawa masuk tanpa kawalan dan inilah masalah yang wujud di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dasar kita. Dasar kita bagi saya, yang terkandung di dalam rang undang-undang ini tidak begitu menyeluruh, tidak komprehensif. Selepas kita luluskan, kita mesti kaji. Macam mana kerangka dasar perubatan PTKA ini dapat diperluaskan? Bukan sahaja kita hendak menangani masalah adakah ubat ini selamat, adakah ubat ini mujarab, adakah ubat ini mempunyai kualiti, akses ataupun penggunaan yang betul? Bukan sahaja kita mesti tahu dari segi sosial, dari segi kebudayaan, dari segi kesan ke atas keseluruhan. Ini memang tidak ada di dalam rang undang-undang ini. Dengan itu saya berharap diambil perhatian supaya rangka dasar perubatan PTKA ini dapat diperluaskan untuk menyeluruh untuk jadikan lebih komprehensif untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia.

Di sini pun, di dalam dasar kita pun kita mesti mengambil perhatian faktor-faktor ekonomi. Memang Tuan Yang di-Pertua, bukan begitu kecil. Tiap-tiap tahun, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini berapa bilion ringgit ubat PTKA ini diimport ke Malaysia, adakah angka? Daripada China berapa bilion, daripada Indonesia berapa dan daripada negara-negara Arab berapa? Tidak tahu, itu Tuan Yang di-Pertua kita memang tidak tahu. Ini satu faktor ekonomi dan saya ingat besar, berbilion-bilion. Siapa yang dapat untung?

final • 4:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua memang ada syarikat, ada berniaga juga, beliau faham apa yang saya sebutkan. Ini mengenai masalah ekonomi, faktor ekonomi. Seterusnya daripada itu, untuk priority untuk pengurusan penyakit. Semasa saya belajar perubatan di United Kingdom, itu PKTA termasuk akupunktur itu tidak diiktiraf, tidak diterima. Sekarang saya nampak ada kecenderungan National Health Service, Kesihatan Awam Nasional Britain, ada cenderung untuk membayar kepada pemberi perubatan tradisional termasuk akupunktur di hospital di England, dia bayar. Ini satu perubahan yang besar. Dulu tidak iktiraf, sekarang membayar untuk perkhidmatan kerana di dalam penyakit manusia ini memang ada sebahagian kita tidak faham. Sebab kita tidak faham, Tuan Yang di-Pertua.

Misalnya kalau seseorang itu menghidap penyakit HIV-AIDS, kebanyakannya akan kembali ke Rahmatullah. Mungkin kerana ada ubat sekarang, sepuluh tahun, dua puluh tahun, tiga puluh tahun kemudian memang tidak boleh tahan lagi, kebanyakannya. Akan tetapi ada pesakit yang boleh sembuh seratus peratus, memang ada. Mungkin ditakdirkan tuhan tetapi kita tidak faham mengapa masih ada orang yang boleh mengatasi penyakit ini.

Sebenarnya ada banyak epidemik, pelik pun ada, ada banyak itu antraks dan sebagainya di dunia beratus-ratus tahun, black death dan sebagainya, tetapi dengan epidemik itu, ada orang yang hidup yang dapat sembuh. Mungkin ini ditakdirkan tuhan, tidak semestinya akan mati. Ada orang macam itu.

Apabila kita sebut satu jenis rawatan itu berkesan, berkesan kepada satu atau dua orang, ini tidak boleh terima, saya sebutkan di dalam Dewan yang mulia ini. Mungkin dia mempunyai kekuatan untuk mengatasi, bukan kerana ubat tradisional dan sebagainya. Satu atau dua orang yang sembuh, tidak semestinya kerana rawatan itu berkesan, mujarab, tidak semestinya. Kalau ada seribu orang, dua ribu orang yang menerima rawatan, 70% yang sembuh, itu kita boleh kaji sama ada ubat itu berkesan ataupun tidak. Akan tetapi di dalam

final • 4:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

masyarakat kita, kalau satu atau dua orang yang sembuh kerana makan ubat tradisional, saya diberitahu ubat ini mujarab, itu tidak benar, memang tidak benar.

Saya dengar tadi ada seorang dua Ahli Yang Berhormat yang sebutkan hal ini, memang begitu. Saya berharap rakyat jelata dapat faham. Bukan sahaja satu atau dua orang yang sembuh – itu pun kita tidak semestinya tahu jenis penyakitnya. Inilah saya sebutkan hal ini mengenai priority disease management. Macam mana kita dapat menguruskan semua penyakit-penyakit kronik dari segi kos kepada masyarakat dan di sinilah kita pun tahu ada pesakit-pesakit misalnya pesakit sendi, pesakit tulang belakang dan sebagainya, itu memang ramai. Orang-orang ini memang ada sesetengahnya mendapat rawatan PKTA, termasuk Yang Berhormat Araulah itu. Yang Berhormat Arau pun terima juga itu. Sama ada dia makan penawar ataupun tidak, saya tidak tahu. Akan tetapi itulah, saya sebut mengenai priority disease management, bagaimana kita dapat menguruskan. Itu mungkin untuk jangka masa panjanglah, Yang Berhormat Menteri ya. Sekarang ini kita cuma hendak bermula untuk mengadakan kerangka dasar kita.

Di sini saya hendak sebutkan mengenai ethic, nilai-nilai dan prinsip. Saya mencadangkan kita adakan satu kajian, satu penyelidikan mengenai etika, nilai dan prinsip untuk PKTA. Ini kerana kita perlu garis-garis panduan untuk kualiti, penyelidikan ke atas semua bidang perubatan tradisional komplementari dan alternatif ini. Dengan itu kita perlu etika yang cukup dan prinsip yang ketat untuk mengadakan penyelidikan yang perlu diadakan.

Mengenai the sustainability, sebab kita sebutkan apabila rang undang-undang ini diluluskan menjadi akta, jadi macam mana kita dapat mengamalkan sustainability? Yang Berhormat Menteri mestilah memberikan jawapan bagaimana kita dapat sustain kan, mewujudkan satu sustainability bagi PKTA ini.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah kewangan dan masalah insurans.

Adakah pesakit perubatan PKTA ini boleh mendapat insurans? Kalau dia boleh mendapat insurans, apakah syaratnya? Ini kerana perubatan moden ini amalannya bertahun-tahun, kita tahu memang ada garis panduan dan prinsip untuk insurans perubatan, tetapi bagi PKTA ini kita belum lagi tahu macam mana kita dapat mengamalkan. Kalau perubatan moden ada insurans dan dengan ada dasar ini, akta ini, kita perlukan insurans juga bagi PKTA. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji bagaimana kita dapat mewujudkan hal-hal yang disebutkan tadi supaya kita dapat mengadakan rangka dasar dan akta yang lebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahas rang undang-undang ini, di mana saya rasa ini satu usaha yang sangat bertanggungjawab yang diambil oleh kerajaan dalam menubuhkan jawatankuasa untuk terlibat dalam menangani masalah yang telah lama wujud. Selama ini saya rasa sudah beberapa sesi sudah kita sering kali telah bertanya dalam Dewan yang mulia ini, apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah-masalah yang wujud yang dibawa melalui pengamal-pengamal perubatan tradisional.

final • 4:59 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Akhirnya pada hari ini berpeluanglah saya untuk menyokong hasrat ini untuk menubuhkan badan yang ditubuhkan untuk mengawal badan pengamal perubatan tradisional. Kalau kita lihat selama ini daripada segi statistiknya Tuan Yang di-Pertua, ingin saya berkongsi di sini daripada tahun 2008 sehingga tahun 2012, kalau untuk tahun 2012 sahaja ada 26 kes yang telah diadukan yang berkaitan dengan perubatan tradisional ini. Di antaranya ialah misconduct dengan izin, status pendaftaran pengamal, status permit kerja, kesalahan iklan, gelaran doktor, produk yang tidak didaftar, caj harga dan banyak lagi yang berkaitan dengan perkara ini.

Selain daripada itu juga kalau kita lihat juga perkhidmatan yang tidak bermoral berlaku. Ada yang menjadi pusat urut yang digunakan untuk menarik pelanggan. Jadi ini di antara perkara-perkara ataupun masalah sosial yang wujud disebabkan tiada kawalannya di dalam hal ini. Jadi syukur alhamdulillah pada hari ini kita sama-sama melihat hasrat murni

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

kerajaan ini untuk membawa bersama-sama pengamal perubatan tradisional seperti mana perubatan-perubatan yang lain. Jadi di sini juga kita melihat dan mendengar beberapa orang- orang yang telah kita baca dan kita dengar melalui akhbar tempatan.

Ada yang menggunakan academic qualification dengan izin yang tidak diiktiraf, menggunakan gelaran doktor dan dengan beraninya menggunakan gelaran ini, menampalkan di papan tanda untuk mendapatkan pelanggan. Jadi kalau ini tidak ditangani maka ini menjadi satu masalah yang besar. Ada yang menuntut bahawa mereka mempunyai kepakaran tertentu padahal mereka menggunakan peluang ini dengan menggunakan kepakaran yang ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, adanya penggunaan gelaran-gelaran tertentu yang boleh memesongkan ataupun mengelirukan orang ramai dan orang awam ini kalau kita lihat pada masa ini, ramai yang mahu menggunakan perubatan tradisional. Mereka balik kepada perubatan tradisional kerana ramai yang berpendapat bahawa kalau menggunakan perubatan tradisional, ianya lebih sihat, lebih baik, lebih bagus untuk mengubatkan diri mereka kerana tidak banyak sumber-sumber yang dikatakan the alien elements dengan izin, dalam perubatan ini.

Jadi untuk kita menangani masalah ini, kita perlu mencari jalan penyelesaian dalam perkara ini. Jadi kalau kita lihat adanya dalam rang undang-undang ini beberapa perkara yang perlu kita tanya juga kepada kementerian di mana saya perhatikan dan saya hendak tahu, apabila adanya undang-undang ini diluluskan, adakah dengan adanya penubuhan majlis ini, ia akan mengambil tanggungjawab untuk mengiktiraf ubat-ubatan? Adakah badan ini akan menjadi badan pensijilan kepada pengamal perubatan tradisional? Ini sebab apabila kita meluluskan ini, ia memberi pengharapan yang begitu tinggi sekali kepada pengguna- pengguna. Oleh sebab itu pengguna-pengguna bergantung sangat kepada badan-badan kerajaan ini.

Jadi adakah badan yang diwujudkan akan menjadi badan yang memberi pensijilan sebab kalau saya baca rang undang-undang ini, ada registered practitioner lah. Jadi kita hendak tahu cara mana sebab ini saya rasa satu langkah yang begitu berani yang diambil oleh kerajaan kerana kita tahu apabila ianya diluluskan, ianya akan melibatkan komitmen yang begitu tinggi dan besar sekali dan banyak kerjanya. Kalau kita perhatikan daripada rang undang-undang yang ada di sini, daripada proviso-provisonya yang diwujudkan, kita tahu ianya akan menjadi satu komitmen yang memerlukan banyak tugas dan banyak prosedur, jadi adakah kita bersedia untuk melakukannya?

Selain daripada itu juga, pernah juga kalau kita dengar dahulu sama ada orang menggunakan perubatan tradisional ini Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya undang-undang ini nanti, apabila diluluskan menjadi akta, adakah ianya secara impliedly dengan izin, ia menerima bahawa apabila berlaku sesuatu kepada penggunanya sebab risiko dalam penggunaan perubatan ini memang sentiasa ada misalnya dalam penggunaan vitamin.

Itu sentiasa ada risiko sama ada rendah ataupun tinggi. Jadi adakah ianya boleh dijadikan satu ubat di mana ia boleh memberi kepada pengguna itu misalnya seorang pekerja awam, bolehkah mereka membuat tuntutan apabila mereka membeli ubat-ubatan ini. Adakah ia menjadi satu kebolehan bagi mereka sekiranya apabila mereka diberi peluang untuk bercuti misalnya oleh pengamal perubatan yang mengatakan oh si anu ini perlu bercuti rehat dalam beberapa masa. Adakah ini direcognize dengan izin, oleh badan ini nanti. Jadi ini juga perlu kita lihat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat nak sebut ini, kalau dia bagi sijil sakitlah.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Boleh atau tidak kerajaan menerima sijil itu.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Kerajaan ataupun badan syarikat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab kalau kita meluluskan ini, ianya secara impliedly dengan izin, ia memberi komitmen kepada kita untuk mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita luluskan di sini. Jadi saya percaya kepada mereka yang bekerja dengan pihak awam ataupun swasta ingin hendak mengetahui sebab kerajaan telah meluluskannya. Jadi adakah kita boleh menuntut atau misalnya claim daripada segi perubatan dan juga daripada

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

segi cuti sakit tadi. Selain daripada itu, saya ingin juga bercerita atau berkongsi di sini mengenai potensi kalau wujudnya undang-undang ini dan kita luluskan, insya-Allah, potensi daripada segi positifnya memang banyak sebab misalnya apabila berlakunya hebahan mengenai kelulusan undang-undang ini sebab kita tahu sudah ramai sekarang ini orang yang terlibat misalnya orang-orang tempatan, orang-orang kampung sudah mula mengenali herba.

Jadi kita telah menggalakkan orang ramai untuk terlibat dalam penanaman herba.

Bagi saya sendiri, saya sering kali menyeru kepada orang-orang kampung supaya terlibat dalam penanaman herba, ....

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sekejap ya, saya habiskan ayat ini.

Sebab apabila kita teruskan dengan penanaman herba, lepas itu kita ada perancangan lagi supaya kawasan itu boleh dijadikan satu kawasan herba dan kita hendak menggalakkan dengan izin, production of herbal, produk-produk herba untuk kita membuat ubat-ubat ataupun minyak-minyak urut, minyak wangi ke dan selepas itu kita juga nak menggalakkan aktiviti di mana orang-orang kampung belajar untuk mengurut secara profesional. Saya berhenti sekejap untuk memberi peluang kepada Yang Berhormat Lipis.

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Jadi kalau kita melihat perubatan tradisional dan komplementari ini, dia pelbagai. Kalau di tempat saya, ada yang pakar bomoh patah. Dia menggunakan herba juga, mungkin selepas dia urut, dia menggunakan herba dan mungkin tidak dimakan. Cuma disapu, ditampal dan sebagainya. Ada yang jenis dimakan, ada yang jenis mungkin dia buat minyak secara luaran sahaja dan pelbagai.

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi sejauh manakah kawalan, contohnya kalau yang dimakan, kesan sampingannya dan sejauh manakah pihak pengamal perubatan bertanggungjawab dengan ubat atau herba dan sebagainya, sekiranya ada kesan sampingan yang boleh memudaratkan pesakit. Keduanya kadang-kadang kalau kita lihat rawatan tradisional dan komplementari ini memang pelbagai sifatnya, dan banyak juga pakar kalau kita lihat macam akupunktur datang dari tempatan dan rasa saya banyak juga pengamal akupunktur daripada negara China yang datang ke sini dan membawa sistem perubatan dia ke sini. Jadi sejauh manakah kita dapat mempromosikan pakar-pakar tempatan ini di samping kita juga mungkin perlukan pakar- pakar daripada luar negara ini.

Ada kalanya juga pengamal ini ada yang memang mereka mempelajari, maksudnya kalau kita tengok homeopati. Saya tidak pasti sama ada homeopati diistilahkan sebagai perubatan moden ataupun perubatan tradisional atau komplementari. Kita minta mungkin pihak Menteri yang akan menjawabnya dan belajar sehingga mendapat satu sijil, satu pengiktirafan sebelum mereka boleh mengamalkan sesuatu bidang. Akan tetapi, ada juga kadang-kadang yang mengatakan mereka dapat dalam mimpi, bila tanya macam ini, dia kata dia dapat ilmu rawatan perubatan ini dalam mimpi dan ada yang turun-temurun.

Saya melihat contohnya seorang bomoh patah, saya panggil bomoh patah di kawasan saya. Dia dapat turun-temurun, maknanya apabila datuk dia meninggal, turun kepada dia dan bila dia meninggal turun kepada anak dia dan begitulah seterusnya. Datuk dia dahulu memang terkenal sampai pernah dikatakan kalau patah pergi hospital, doktor pun rujuk kepada dia, sampai ke tahap itu. Dikatakan begitu sampai seluruh negeri Pahang, seluruh Semenanjung datang. Saya pernah melihat, datang - masa itu tidak ada jalan raya lagi, terpaksa naik bot. Mereka datang menaiki kereta api kerana hendak mencari bomoh patah yang ada, itu satu.

Itu dia kata dia dapat dalam mimpi, macam mana kita hendak mengklasifikasikan pakar perubatan tradisional ini yang dapat dalam mimpi, macam mana kita hendak mengiktiraf amalan dia? Kalau yang belajar ini memang kita nampak jelas, makna selangkah demi selangkah sampai dia menjadi pakar dan sebagainya. Kalau kita lihat pula homeopati ini dia buat ubat-ubat dia sendiri, pengiktirafan terhadap ubat itu, mungkin ada clinical testing atau makmal dan sebagainya supaya kita dapat – apa pandangan Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Lipis di atas soalan-soalan yang saya rasa Menteri sahaja orang yang layak menjawab soalan- soalan ini. Hanya saya hendak sambung sedikit sebab kalau tadi merujuk kepada perkara akupunktur, kalau kita lihat kalau medical biasa itu, kalau hendak gunakan injection dengan

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

izin, ianya perlu fresh needle. Akan tetapi kalau akupunktur itu menggunakan needle, adakah pihak-pihak ini akan melihat kepada sama ada needle itu baru atau tidak ia digunakan, selain daripada alat-alat yang lain digunakan. Itu memang perlu kita ambil perhatian sebab itu tadi saya katakan memang kerajaan kita berani dalam mengambil perkara ini. Itu satu langkah yang betul-betul memerlukan komitmen yang begitu tinggi sekali kerana banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam hal-hal ini.

Contohnya tadi rakan saya Yang Berhormat Lipis menyentuh mengenai pakar yang mengatur balik orang yang patah, sebab kita pun selalu kalau di tempat kita seorang itu sahaja, seluruh di mana-mana tempat dari Sarawak pun pergi tempat itu juga. Saya rasa itu tempat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua di kawasan Santubong, specialist memang ada di situ sahaja. Jadi kalau berlaku apa-apa, kita minta tidaklah berlaku apa-apa tapi kalau tersalah manalah tahu kalau dia dah tua, tulang dia tidak betul lagi, kalau terseliuh sikit akibat daripada itu, siapa hendak bertanggungjawab?

Ini yang saya sentuh mengenai isu tadi, sama ada boleh atau tidak claim insurans dalam hal ini? Jadi perkara-perkara ini perlu kita ambil perhatian. Saya hendak menyambung juga mengenai perkara positif tadi di mana saya rasa kalau digalakkan juga, memang ramai orang kita boleh melibatkan diri dalam industri perubatan ataupun industri kesihatan bagi membolehkan orang-orang kampung melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil tanaman herba untuk membantu ataupun bagi mengkomplemenkan pakar-pakar yang membekalkan ubat-ubatan tradisional ini.

Saya juga hendak menyentuh mengenai satu lagi perkara iaitu kursus, apabila berlakunya ataupun apabila dibenarkan pengamal-pengamal perubatan tradisional ini telah diiktiraf juga, maka ini juga memberi ruang dan peluang kepada pengamal-pengamal yang betul-betul pakar dalam bidang ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Jadi ianya lebih telus, transparent berbanding dengan kalau mereka tidak diiktiraf. Jadi ini juga satu peluang yang baik untuk orang lain sebagai pelapis atau orang yang berminat untuk mempelajari perubatan tradisional ini dalam apa juga sektor-sektornya sebab kita ada orang Melayu lain caranya, orang Cina lain dan orang India lain. Jadi banyak lagi kaum yang mempunyai cara yang berbeza.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

[Bangun]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi ini boleh menggalakkan orang lain untuk mempelajarinya. Sebelum itu saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Lipis.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi berkait dengan kursus tadi rasa saya, ini cadangan sayalah sebab kita bercakap tentang mungkin IPTA sudah di peringkat pengajian tinggi dengan ijazah dan sebagainya. Ini cadangan saya oleh kerana perubatan tradisional dan komplementari ini biasanya berada di merata-rata, kita boleh mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, contohnya mengadakan kursus mungkin di peringkat sijil di kolej-kolej komuniti. Jadi mereka ini mungkin boleh menjadi pengamal di peringkat rendah dahulu dan selepas itu mungkinlah kalau sudah di standardize dan disusun kursus-kursusnya, mungkin boleh sampai ke peringkat sijil, diploma dan seterusnya. Akan tetapi mungkin di peringkat awal itu pihak kolej-kolej komuniti ini mengambil langkah awal untuk melatih ramai pekerja-pekerja ataupun pengamal-pengamal dalam bidang ini, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih, sebenarnya saya juga menuju ke arah itu Yang Berhormat Lipis kerana ada dua point lagi yang saya hendak jelaskan di sini. Satu berkaitan dengan apa Yang Berhormat Lipis katakan di sini tadi, sebab kita misalnya ada badan penyelidikan perhutanan FRIM di mana saya sendiri berada di situ sebagai pengerusinya. Kita banyak menggalakkan kolej-kolej atau universiti-universiti untuk bekerjasama dengan badan-badan, agensi-agensi penyelidikan seperti ini supaya mereka menggunakan badan penyelidikan ini dan juga labnya untuk dijadikan tempat bagi mereka menjalankan penyelidikan.

Jadi ini satu pendekatan yang baik bagi menggalakkan kolej-kolej ataupun universiti sebab kita pun sedang menerima beberapa permohonan daripada kolej-kolej universiti untuk mengadakan program-program sebagai program yang boleh mereka libatkan diri dalam penyelidikan bagi meneruskan hasrat mereka untuk terlibat dalam satu lagi projek yang dinamakan halal hub.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ini juga satu peluang industri yang baru melalui perubatan tradisional ini di mana kita boleh mengambil sektor perubatan ini untuk dibawa bersama-sama menyertai dalam program halal hub, itu satu perkara. Keduanya ialah mengenai perubatan tradisional ini juga. Saya percaya kalau Malaysia betul-betul fokus dalam perkara ini, kita boleh mendaftar perubatan tradisional kita perubatan warisan. Ini kerana kalau kita perhatikan negara-negara seperti Indonesia dan juga negara-negara maju yang lain yang banyak telah mendaftarkan warisan perubatan ataupun makanan yang boleh menjadi ubat tradisional didaftarkan sebagai warisan mereka.

Jadi, kenapa tidaknya kalau Malaysia mengenal pasti di antara perubatan tradisional ini untuk didaftarkan sebagai produk warisan kita supaya ianya boleh diperkembangkan lagi kepada aktiviti-aktiviti warisan yang lain. Jadi, saya mengharapkan dengan adanya perkara yang kita bincang pada hari ini, ia boleh mengembangkan lagi ekonomi kita untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat kita. Kita juga mahu menuju kepada high level income, rakyat yang menerima high level income pada satu masa nanti. Jadi, dengan adanya sokongan kita terhadap rang undang-undang ini, ianya mungkin salah satu daripada aktiviti yang boleh menjurus kepada peningkatan ekonomi.

Jadi, saya dengan itu Tuan Yang di-Pertua, menyokong penuh Rang Undang- undang Perubatan Tradisional ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang untuk sama-sama berbahas mengenai Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari ini yang saya rasa adalah suatu yang sudah lama menunggu untuk dibawa ke Dewan ini. Usaha-usaha ini sebenarnya bermula lama semasa kesedaran timbul di dalam masyarakat kita untuk menjadikan amalan perubatan tradisional dan komplementari ini dikawal dan dimajukan sebegitu rupa kerana pelanggannya yang cukup besar dalam masyarakat kita. Saya tertarik dengan hasrat kementerian ini yang mahu melaksanakan ketiga-tiga peringkat pencegahan di dalam pelaksanaan dan amalan perubatan ini iaitu mencegah, merawat dan juga menangani dan mengurus penyakit ini dan juga dilengkapkan lagi dalam aspek fizikal dan mental pesakit. Ertinya, hampir menyeluruh, cuma tidak dimasukkan aspek kerohanian dan saya rasa melihat kepada satu cadangan pindaan dalam peringkat jawatankuasa untuk memasukkan perubatan Islam. Jadi, mungkin aspek kerohanian juga disebut sebagai salah satu hasrat di dalam kita meluluskan rang undang- undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1980-an dahulu apabila HIV, AIDS mula dikesan di dunia dan juga di negara kita, tiga empat tahun selepas itu sudah ada pihak pengamal perubatan tradisional yang mendakwa boleh melakukan rawatan. Ada bomoh-bomoh kita dan dibawa ke sesi-sesi pembentangan, seminar dan juga konvensyen. Mereka datang untuk membentangkan sedangkan ketika itu juga HIV, AIDS ini baru dikesan, tidak ada dikatakan rawatan khusus untuk virus yang berkenaan. Cuma ada rawatan membantu pesakit untuk menangani suasana kesihatan dia tetapi pihak tradisional ini sudah ada rawatan dia tetapi pihak tradisional ini sudah ada rawatan dia.

Jadi, ini mungkin satu aspek ini bagus bagi meyakinkan masyarakat bahawa di sana ada ubat. Ini kerana dalam konsep kita yang mengikut Islam ini pun setiap penyakit ada ubat kecuali penyakit tua dan mati. Jadi, dakwaan itu kadang-kadang boleh menyebabkan ada mangsa-mangsa pesakit ini leka kerana terlalu berkeyakinan ada rawatan tertentu.

Jadi, ini adalah antara dakwaan-dakwaan yang saya rasa kita tidak boleh biarkan berlaku tanpa suatu hasil kajian yang tepat, yang menyeluruh, dalam konteks kita yang saintifik. Ujian-ujian klinikal yang jelas yang diterbitkan, bukan hanya dakwaan-dakwaan dan andaian-andaian semata-mata tetapi kebanyakan di kalangan pengamal-pengamal perubatan komplementari dan tradisional ini mengemukakan testimoni-testimoni Tuan Yang di-Pertua.

Testimoni ini boleh datang daripada satu, dua kes ataupun puluh-puluh kes. Ianya tidak direkodkan, tidak dirakamkan dalam mana-mana jurnal yang sahih yang boleh dijadikan rujukan ataupun counter research tetapi masyarakat kita amat mudah terpesona dengan testimoni yang sedemikian. Jadi, setakat mana kita mahu membiarkan suasana ini berlaku.

final • 5:22 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bukan kerana kita cemburu. Saya dalam bidang perubatan biasa ini mungkin dilihat sebagai cuba untuk tidak mahu bersaing dengan bidang tradisional dan komplementari ini tetapi kita bercakap berdasarkan knowledge-based, berdasarkan evidence-based.

Jadi, setakat mana pihak kementerian mahu melaksanakan prinsip evidence-based ini sedalam-dalamnya. Ini kerana kalau kita menerima mana-mana disiplin dalam perubatan moden ini, kita berdasarkan evidence, berdasarkan penyelidikan clinical trials dan sebagainya, setakat mana kita hendak pergi, berapa jauh kita hendak pergi kerana saya khuatir kalau...

final • 5:22 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Kuala Krai, boleh tanya sedikit? Belakang, boleh?

final • 5:22 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ya.

final • 5:22 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai pengamal perubatan yang sahih, yang punya credential yang tinggi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Ada atau tidak kemungkinan kerana bertambahnya kepentingan untuk perubatan tradisional ini disebabkan oleh kos yang meningkat dalam perubatan kontemporari atau perubatan moden, sekali gus boleh jadi rendahnya kemampuan rakyat Malaysia untuk pergi kepada rawatan konvensional, rawatan moden.

Jadi, oleh kerana kekangan kos ini menyebabkan rakyat berpaling atau pergi kepada alternatif medicine atau rawatan alternatif, pergi kepada perubatan tradisional dan sebagainya kerana relatively ia memang lebih murah. Adakah ini penanda aras ataupun sebagai indicator yang kita sedang mengalami masalah kemampuan rakyat Malaysia untuk access kepada perubatan moden itu sebenarnya makin berkurang, sekali gus menyebabkan perubatan secara tradisional telah mendapat tempat dan makin berkembang. Saya hendak tanya pandangan pengamal perubatan moden. Terima kasih.

final • 5:22 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua, berbagai faktor sebenarnya. Satu faktor yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi mungkin, saya pun malu hendak mengatakan, ianya faktor kerana kalaulah kos yang menjadi penghalang kepada rakyat kita untuk mencapai ataupun access kepada perkhidmatan kita, amat malanglah. Kita sudah cuba berbagai cara untuk mengawal kadar fi dan sebagainya. Ini untuk membolehkan semua pihak dapat access kepada perubatan kita. Kalau masih ada lagi masalah ini, kita tidak boleh hendak menyalahkan orang ramai berpindah dan mencuba perubatan tradisional ataupun komplementari .

Selain daripada itu, ada juga faktor pihak pengamal perubatan sendiri daripada kumpulan perubatan moden ini kerana dari segi tactfulnessnya, dengan izin, tidak pandai menjaga hati, tidak pandai menggunakan psikologi untuk merawat pesakit-pesakit. Jadi, mereka kalah kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional dan juga komplementari yang lebih hebat dari segi public relationsnya, dari segi nasihatnya, dari segi pujukannya.

Jadi, kita tidak boleh hendak salahkan pihak rakyat yang berpaling daripada perubatan tersebut. Jadi, ada banyak faktor selain daripada setengah penyakit. Kita pun mengakui tidak ada ubat. Jadi, kalau kita tidak ada ubat, maka rakyat kata, pesakit kata, tidak payahlah hendak dakwa semua perubatan moden ini terbaik. Sudah kamu mengaku tidak ada ubat, biarlah kami pergi mencari rawatan selain daripada itu. Itu pun satu faktor juga cuma kita mengatakan tidak ada ubat kita itu bukan maksudnya tidak boleh dirawat. Dalam kes kuman HIV misalnya, kita tidak dapat membunuh kuman HIV dalam tubuh tetapi kita ada rawatan untuk meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit-pesakit sebelum mereka sampai kepada keadaan AIDS. Membantu mereka, menasihati mereka, ada rawatan, bukan tidak ada. Cuma kadang-kadang kita simplistic, pesakit-pesakit simplistic, kalau tidak ada ubat, di sana ada tawaran ubat. Apa yang mereka- what is there to lose? Mereka akan kata begitu.

Jadi...

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 5:22 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ya.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau hendak sambung, esok pun boleh juga.

final • 5:22 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ada lagi. Terima kasih.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa, 25 September 2012.

Dewan ditangguhkan pada 5.32 petang.

final • 5:22 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026