Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Kementerian Kerja Raya bercadang membina jalan dua hala Tawau/Kota Kinabalu dan jika ada bila akan dimulakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum perancangan bagi membina jalan yang baru dan menaik taraf jalan yang sedia ada di Sabah adalah berpandukan kepada Pelan Strategik Pembangunan Jalan Raya atau Highway Network Development Plan
(HNDP) fasa 2. Dokumen ini telah disiapkan oleh Kementerian Kerja Raya pada tahun 2010 setelah berbincang dan mendapatkan pandangan dari beberapa pihak termasuk input dari kerajaan negeri.
Berdasarkan laporan HNDP, cadangan menaik taraf keseluruhan jalan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau kepada empat lorong dua hala ataupun four lane dual carriageway akan melibatkan kos projek yang tinggi iaitu hampir RM4.5 bilion. Oleh itu kerajaan berhasrat untuk melaksanakannya secara berperingkat-peringkat dalam setiap rancangan lima tahun pembangunan, tertakluk kepada jumlah pertambahan isi padu trafik di laluan berkenaan dan peruntukan semasa kerajaan.
Namun demikian kerajaan tidak mengabaikan usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalan raya di negeri Sabah. Sehubungan itu sebanyak RM916 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf Jalan Sepalut - Kalabakan yang kini sedang giat dilaksanakan. Jalan tersebut adalah jalan laluan alternatif yang menghubungkan kawasan pantai timur dan pantai barat di negeri Sabah. Di samping itu, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM423 juta untuk menaik taraf kualiti jalan di Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan pada tahun ini (2012) termasuk RM50 juta di Sabah untuk melaksanakan projek-projek yang dapat memberikan impak kepada pengguna jalan. Skop projek tersebut ialah melibatkan pembaikan turapan jalan, membina lorong memotong, meninggikan aras jalan dan menaik taraf lokasi yang sering berlaku kemalangan atau dikenali black spot. Projek-projek itu sebahagiannya telah pun dimulakan dan ia dijangka akan siap selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawapan yang begitu menyeluruh sekali untuk jalan-jalan di Sabah. Akan tetapi apa yang mendukacitakan ada jalan-jalan yang menuju Kota Kinabalu dari Tawau dan Sandakan begitu teruk sekali. Jadi, kita nampak kawasan-kawasan yang lain pun di Sabah banyak jalan yang tidak dimaintain. Apa yang saya tahu ada dua kontraktor besar menjalankan maintenance tetapi tidak dijalankan kerja yang sebaik-baiknya. Jadi, bila rakyat tanya kepada kita kenapa ini, ada jawapan yang mengatakan ini jalan kerajaan negeri. Ada mengatakan ini jalan Kerajaan Persekutuan.
Rakyat Tuan Yang di-Pertua, dia tidak tahu yang mana satu jalan kerajaan negeri dan yang mana satu jalan Kerajaan Persekutuan. Mereka tahu hanya mungkin mereka tahu Barisan Nasional sahaja. Jalan Barisan Nasional. Jadi kita harap supaya kementerian memantau kontrak-kontrak yang dibagi, maintenance yang dibagi to make, mahu wang kita bayar kepada kontraktor jalan tidak buat. Jadi kita minta kalau boleh, bolehkah mungkin
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
kementerian menubuhkan pasukan pemantau jalan-jalan yang di kontrak tetapi tidak dibuat.
Kalau boleh saya dapatkan jawapan.
Dato’ Yong Khoon Seng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya ada dua Jalan Persekutuan yang diselenggara oleh kontraktor konsesi penyelenggaraan. Ada juga jalan negeri yang dibuat oleh pihak yang lain. Memang rakyat tidak tahu siapa yang jadi syarikat untuk menyelenggara jalan itu. Saya ambil cadangan ini dengan baik. Kita telah pun membuat satu keputusan supaya ianya jadi KPI Menteri untuk menjaga, menentukan jalan-jalan di mana-mana akan diselenggara dengan baik.
Dato’ Yong Khoon Seng
Kalau ada yang tidak buat, sila beritahu kita dan kita akan buat dalam tempoh tiga hari akan pergi akan mengambil tindakan yang seterusnya. Untuk menubuhkan kita memang ada satu jawatankuasa di bawah jurutera daerah di mana dia akan pantau semua kerja penyelenggaraan jalan.
Kita tahu di jalan negeri memang di bawah seliaan dengan peruntukan. Di persekutuan kita ada lain juga. Saya harap kalau cadangan Yang Berhormat Kalabakan ini ada baik juga kita akan mendekatkan lagi dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menentukan jalan-jalan diselenggara dengan baik. Sekian, terima kasih.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, tanggungjawab membina jalan dan lebuh raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di samping jalan-jalan kecil yang melibatkan kerajaan negeri.
Persoalan saya ialah sejauh mana pihak kementerian memantau projek-projek yang telah dijanjikan? Ada jalan yang telah diisytiharkan oleh Menteri beberapa kali. Ada yang diisytiharkan tapi bertahun-tahun tidak dilaksanakan dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak, termasuk juga di Semenanjung sebagaimana dalam Rancangan Malaysia Kelima peruntukan telah diberi RM800 juta untuk pembinaan lebuh raya antara Kuala Krai dan Kota Bharu. Kemudian pada RMKe-9 ditambah RM1 bilion.
Akan tetapi sampai hari ini RMKe-10 pembinaan lebuh raya yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan itu ditarik seolah-olah tidak ada langsung niat untuk meneruskan pembinaan sehingga kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif untuk melaksanakan sendiri. Jadi di mana tanggungjawab yang dikatakan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” dalam Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan infrastruktur yang cukup penting untuk kepentingan rakyat ini didahulukan oleh pihak kerajaan. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat soalan itu spesifik.
Kalau Yang Berhormat hendak jawab boleh, kalau tidak jawab pun boleh.
Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jalan Kuala Krai ke Kota Bharu memang telah pun dicadangkan tetapi bukannya telah pun dijanjikan, dicadangkan sahaja. Banyak juga berlaku. Itu dahulu Machang pun ada timbulkan masalah ini. Ada juga kita melihat jalan central spine ini kita melalui Pahang akan naik sampai ke Kuala Krai. Ini telah pun giat dijalankan. Baru-baru ini saya pun ada dengar pihak kerajaan negeri akan juga ambil inisiatif untuk membuat jalan ini. Kita tunggu dan tengok. Sekian, terima kasih.
2. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
(IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama soalan Yang Berhormat Jelutong iaitu pada 25 Jun 2012 kerana ianya menyentuh perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan selepas ini kita sebut sebagai Suruhanjaya Integriti telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 April 2012. Semasa Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 iaitu Akta 700 di kuatkuasakan. Akta 700 ini telah digubal berasaskan kepada rang undang-undang yang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
dicadangkan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. Ia mempunyai mandat yang lebih luar daripada IPCMC kerana ia mempunyai bidang kuasa untuk menyelia 19 agensi penguatkuasaan termasuklah Polis Diraja Malaysia.
Suruhanjaya ini adalah satu badan bebas bagi mengawasi agensi penguatkuasaan yang terlibat untuk mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku di kalangan pegawai penguatkuasaan. Oleh yang demikian bagi kes berkaitan Bersih 3.0, aduan boleh dibuat kepada suruhanjaya ini jika orang awam merasakan pihak polis telah melakukan kekasaran terhadap mereka.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penubuhan IPCMC ini sebenarnya ialah hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM. Pada 24 Januari 2006 Mantan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi sendiri telah mengesahkan bahawa IPCMC ini akan dilaksanakan dengan segera untuk memantau peranan dan salah laku polis.
Namun dengan pembentukan Suruhanjaya Integriti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, walaupun ia mendapat mandat dan untuk menyelia 19 agensi, masalah yang kita hadapi hari ini ialah Suruhanjaya Integriti ini tidak ada kuasa untuk bertindak ke atas pegawai-pegawai yang terbabit dalam salah laku. Pada 11 Mac 2009 Yang Berhormat Menteri sendiri telah membuat kenyataan rasmi kalau boleh saya *quote:
“According to the Federal Court, any punitive action against errant government officers can only be taken by the agency concern and not by* Suruhanjaya Integriti.” Yang Berhormat Menteri juga meneruskan kenyataan itu, “We have to amend the constitution but the government do not have 2/3 majority in Parliament for this.” Maka persoalan saya sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan transformasi, apakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk membawa pindaan rang undang-undang? Kami daripada Keadilan dan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyokong rang undang-undang tersebut supaya memberi kuasa. Itu yang pertama. Oleh kerana UMNO sedar dia tidak ada 2/3 majoriti. Jadi kami akan sokong.
Keduanya sekiranya kerajaan ikhlas untuk melaksanakan transformasi dan mengambil langkah melaksanakan cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM termasuk pembentukan IPCMC, saya percaya perhimpunan aman Bersih 3.0 akan berjalan dengan aman dan lancar.
Beberapa Ahli
Tidak setuju.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Oleh kerana salah satu daripada fungsi IPCMC ini ialah memelihara human rights.
Kalau ini dilaksanakan lebih awal maka perhimpunan aman Bersih akan berjalan secara aman dan tidak ada keperluan untuk membentuk panel penasihat bebas pasca perhimpunan Bersih apatah lagi ia di pimpin oleh seorang watak yang dipertikaikan kerana perwatakannya. Kenyataannya yang bias sebelum panel ini mula bersidang.
Jadi persoalan saya yang kedua ialah apakah kerajaan benar-benar serius untuk melihat bahawa satu tindakan dan usaha untuk membudayakan integriti di kalangan agensi penguatkuasaan persekutuan termasuk PDRM dengan melaksanakan IPCMC yang dicadangkan oleh Mohamed Dzaiddin Abdullah. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua saya I stand with my statement I made sebab kita mesti ingat di negara kita ini dua perkara. Satu pendakwaan dan keduanya penghakiman telah pun disebutkan merupakan hak-hak kepada dari segi pendakwaan ialah Attorney General Chambers. Kalau penghakiman adalah mahkamah.
Jadi kalau Yang Berhormat sebut untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menghukum saya rasa itu tidak. Mendakwa dan menghukum itu tidak mungkin boleh kita lakukan kerana masing-masing tugasnya telah pun ditentukan kepada AGC pendakwaan
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
dan sistem mahkamah Malaysia bagi penghakiman. Jadi apa juga suruhanjaya yang dibentuk mereka merupakan bentuk memberikan keyakinan dari segi kebebasan untuk menyiasat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, kalau sekalipun IPCMC dipersetujui untuk diadakan satu badan penyiasatan khusus untuk polis, ia pun hanya sekadar menyiasat. Ini kerana kalau didapati ada kesalahan daripada segi offenses maka ianya mesti didakwa di mahkamah. Kalau sekiranya ada perbuatan pihak polis itu ada asas rasuah, maka dia juga kena dibawa ke mahkamah. Jadi, tidak berbangkit soal kalau ada IPCMC. IPCMC ada kuasa untuk mendakwa dan juga untuk menghukum, tidak mungkin boleh berlaku. Oleh kerana sistem di mana-mana sekalipun, kuasa-kuasa ini telah ditentukan oleh perlembagaan masing-masing ataupun amalan biasa iaitu yang mendakwa ialah Attorney General dan yang menghakimi dan menghukum itu adalah mahkamah.
Akan tetapi Yang Berhormat, walaupun ianya Yang Berhormat fikirkan Suruhanjaya Integriti ini macam tidak ada peranan tetapi sehingga pada hari ini, saya hendak sebutkan iaitu mereka telah pun menerima aduan sebanyak 120 complaint terhadap police department. Mereka telah menjalankan penyiasatan, sembilan kes telah dirujuk kepada Malaysian Anti Corruption Commission kerana bribery dan 15 telah dihalakan kepada Discipline Board Police Department.
Jadi, kalau Yang Berhormat rasa bimbang iaitu soal disiplin tidak boleh bawa ke mahkamah melainkan disiplin itu melibatkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, kita boleh hadap ke mahkamah. Jadi, kalau macam soal disiplin, kalau Yang Berhormat fikirkan iaitu bahawa apakah mungkin aduan dibuat terhadap polis dan polis juga diberikan hak untuk mendisiplinkan, saya ingin di sini iaitu bahawa pihak Suruhanjaya Integriti tetap membuat follow-up terhadap segala apa perkara yang telah dihadapkan kepada sama ada SPRM ataupun kepada discipline board. Kalau sekiranya tidak ada tindakan yang diambil, ada peraturan-peraturan itu menentukan dalam masa tertentu, mereka akan merujuk kembali kepada kes yang telah dihalakan kepada discipline board itu.
Saya percaya Yang Berhormat sama ada IPCMC kah, Suruhanjaya Integriti kah, kalau sekiranya diwujudkan Bersih 3.0 tidak boleh berlaku, saya ingat itu sama ada hendak berlaku Bersih 3.0 ataupun tidak banyak bergantung kepada pembangkang. Kerja mereka semua itu.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. IPCMC ini adalah satu daripada cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Polis untuk meningkatkan kualiti dan juga integriti PDRM. Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan daripada idea tersebut bagi menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mempunyai peranan dan fungsi yang lebih luas lagi, yang lebih adil dan menunjukkan sifat keterbukaan dan ketelusan kerajaan.
Ia memberikan khidmat kepada 19 buah agensi-agensi penguat kuasa yang lain.
Jadi, Yang Berhormat Menteri semasa demonstrasi Bersih 3.0 ini yang sebenarnya ganas, mereka telah memulakan provokasi dengan menggempur sekatan polis dan terbalikkan kereta-kereta polis. Selepas itu, DBKL telah mengemukakan tuntutan kerana mereka telah melakukan kerosakan terhadap harta benda. Jadi, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini walaupun mereka melaungkan kononnya kebersihan, ketelusan tetapi apakah sebenarnya kita takrifkan perbuatan mereka yang tidak beradab ini, yang tidak melambangkan budaya rakyat Malaysia?
Keduanya Yang Berhormat Menteri, PDRM ini selalu dijadikan sasaran, selalu dipersalahkan dalam apa juga insiden walaupun mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, dengan penuh tanggungjawab untuk menegakkan keselamatan dan keamanan negara, walaupun nyawa mereka terancam. Akan tetapi selalunya tidak ada tempat mereka mengadu dengan izin mereka selalunya crying in silence. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri apakah avenue lain yang kita sediakan untuk PDRM ini untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ataupun dengan izin grievances mereka kerana di atas tindakan-tindakan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, memang betul Yang Berhormat Jasin sebut itu iaitu walaupun jawatankuasa telah dibentuk dahulu khusus untuk membincang tentang pembentukan IPCMC. Sebenarnya cadangan yang telah dibuat itu diterima dan kita terima tetapi kita perluaskan juga kepada badan-badan agensi penguat kuasa yang lain kerana complaint-complaint atau aduan daripada orang ramai tidak semestinya kepada polis sahaja. Kita ada 18 lagi badan penguatkuasaan yang lain yang mungkin ada perkara yang berlaku menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Jadi, sebab itu tidak mungkin nanti kalau ada orang marah pada kastam, kita buat IPCMC untuk kastam pula. Kalau imigresen satu lagi. Berapa sebenarnya yang kita hendak buat ini? Oleh sebab itu saya hendak mengatakan kita terima daripada segi spirit dan asas kehendak rakyat untuk membentuk satu badan pengaduan seperti yang dicadangkan oleh IPCMC, terima. Apa yang kita lakukan, kita perluaskan kepada agensi-agensi lain.
Yang keduanya, kita faham iaitu bahawa sememangnya pihak polis ia menjaga keamanan dan sudah tentu mereka juga merasa dianiaya dan macam-macam lagi tetapi apa yang boleh menjamin kalau sekiranya mereka merasakan teraniaya kalau apa-apa juga yang telah berlaku, maka kita ada undang-undang. Jadi kalau dari segi kata kemarahan disabitkan oleh kerana keganasan dilakukan terhadap mereka, itu kita punyai undang- undang kerana menghalang seorang polis daripada menjalankan tugas dia juga merupakan kesalahan. Jadi, saya kira cukup dengan undang-undang yang wujud untuk polis mengambil tindakan kepada mereka yang telah pun melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara kita.
4. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah terdapat kesan kepada alam sekitar negara kita akibat fenomena ledakan di matahari atau ribut matahari yang berlaku awal tahun baru-baru ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian saintifik mendapati bahawa fenomena ledakan di matahari atau ribut suria yang berlaku awal tahun baru-baru ini tidak memberi kesan yang ketara kepada alam sekitar negara kita.
Berdasarkan kajian Solar Flare Class X2 pada 27 Januari 2012 dan Solar Flare Class X5 pada 7 Mac 2012 telah disahkan tidak mendatangkan kesan buruk kepada negara. Fenomena ledakan di matahari sebenarnya berkait rapat dengan keadaan keaktifan matahari yang mempunyai kitaran maksimum dan minimumnya selama 11 tahun.
Keaktifan matahari menjadi maksimum dalam tempoh setiap 11 tahun, begitu juga dengan kitaran minimumnya. Fenomena matahari maksimum dijangka akan berlaku pada pertengahan tahun hadapan iaitu tahun 2013 atau tahun 2014.
Semasa matahari maksimum, sinaran lampu ungu ataupun ultra-violet meningkat sebanyak hanya 1.5% sahaja manakala lapisan ozon bumi di lapisan stratosfera pula akan menjadi lebih tebal sedikit. Ini secara tidak langsung dapat menangkis lebihan sinaran lampau ungu yang sedikit meningkat tadi. Semasa matahari maksimum, bilangan tompok matahari atau sun spot dengan izin, suar matahari ataupun solar flare dan semburan jisim korona ataupun Coronal Mass Ejection (CME) akan menjadi lebih kerap berlaku dengan jumlah besar serta kuat.
Fenomena tersebut juga menyebabkan berlakunya ribut suria atau solar storm, ribut geomagnetic, atau geomagnetic storm dan juga fenomena aurora di mana langit menjadi berwarna-warni kerana kemasukan zarah-zarah bercas ke dalam atmosfera bumi dengan lebih kerap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Fenomena-fenomena ribut suria, ribut geomagnetic dan aurora dikenali juga sebagai cuaca angkasa. Cuaca angkasa akan memberi kesan kepada negara yang berdekatan dengan kutub. Sistem komunikasi kapal terbang semasa merentasi kutub, sistem navigasi, GPS, dan lebih utama ke atas aset-aset negara yang berada di angkasa lepas seperti Satelit MEASAT 1, 2 dan 3. Terima kasih.
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengambil maklum negara hanya menerima
Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus
kesan yang minimum daripada fenomena cuaca angkasa ini. Namun, perkara-perkara seperti fenomena matahari, maksimumnya dijangkakan disebutkan oleh Timbalan Menteri akan berlaku pada tahun 2013 atau 2014, ini sentiasa merisaukan saya. Sehubungan dengan itu, saya hendak mohon penjelasan Menteri, apakah kemungkinan ada kemungkinan sektor-sektor dan industri-industri yang akan terjejas di negara ini dan juga apakah mekanisme untuk meminimumkan kesan ledakan matahari atau ribut matahari yang telah dikenal pasti pada tahun 2013 atau 2014 ini? Terima kasih.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus yang begitu berminat dalam cuaca angkasa ini. Memang sebenarnya sekarang ini saintis di peringkat antarabangsa sekalipun memberi tumpuan khusus dalam kajian berkaitan dengan tenaga suria, mengenai apakah impaknya kepada dunia keseluruhannya. Masa ini memang kita melihat bahawa banyak kebaikan daripada tenaga suria ataupun apa yang berlaku di matahari tersebut tapi fokus pada masa yang sama ianya akan mendatangkan kesan terutamanya apa yang dikatakan ribut suria itu tadi.
Kalau kita mengambil contoh peristiwa aktiviti matahari di Quebec misalnya, kerosakan transformer di Quebec menyebabkan Quebec kegelapan selama sembilan jam dan banyak kerugian berlaku. Ini berlaku pada 13 Mac 1989 dengan aktiviti matahari yang maksimum.
Begitu juga yang berlaku di empat buah satelit Navigasi USA, di mana sekarang ini kita banyak bergantung dengan GPS terutamanya dulu hanya tentera sahaja yang akan terjejas bila berlakunya kerosakan satelit kerana kita tidak akan dapat maklumat berkaitan dengan GPS, tetapi sekarang ini semua orang menggunakan GPS. Telefon kita pun ada GPS. Jadi bayangkan kalau mereka bergantung kepada satelit dan apabila satelit akan rosak, maka akan berlakulah kerosakan ataupun terjejas komunikasi kita.
Sebab itu kita melihat bahawa negara kita ada beberapa kemungkinan ia berlaku walaupun kadarnya mungkin minimum dari segi impaknya sebab negara yang berada di Kutub Utara ataupun Kutub Selatan, negara yang latitudnya tinggi akan lebih terjejas.
Namun, impak yang minimum kepada negara kita.
Namun kita sudah bersiap sedia dengan kita menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Cuaca Angkasa di mana kita akan memfokuskan untuk membuat pelan tindakan cuaca angkasa negara. Keduanya kita secara pentadbiran telah menubuhkan Makmal Cuaca Angkasa Negara yang diterajui oleh Agensi Angkasa Negara dan juga Jabatan Meteorologi Malaysia di mana ANGKASA akan membekalkan maklumat – dengan maklumat yang kita perolehi dengan kajian matahari ini, maka kita akan membekalkan maklumat ke Jabatan Meteorologi Negara yang ada kepakaran untuk memberi amaran awal.
Sebab itu amaran-amaran awal ini sekarang ini kita telah bekalkan secara bulanan secara online juga mulai Januari 2012 kepada agensi-agensi yang berkepentingan. Agensi- agensi tersebut saya kira termasuklah Kementerian Pertahanan Malaysia yang bergantung begitu banyak kepada informasi ini, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Penerbangan Awam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan.
Manakala di peringkat swasta pula, Petronas, Tenaga Nasional Berhad, MEASAT Satellite System dan juga Telekom Malaysia Berhad memang bergantung harap dengan informasi ini. Sebab itu kita sudah tubuhkan Jawatankuasa untuk memantau dan memberi maklumat supaya kita akan bersiap siaga sekiranya berlaku sekali lagi apa-apa yang dikatakan ribut suria ini dan kita akan dapat membekalkan maklumat yang secukupnya kepada badan-badan yang berkepentingan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan bila seorang Menteri berjanji di Parlimen untuk memberi informasi seumpama fi konsultan yang telah dibayar oleh MAS kepada BinaFikir Sdn. Bhd, untuk Projek WAU yang melibatkan sejumlah RM200 juta dan senarai nama untuk 12 syarikat yang terlibat dalam kontrak fuel hedging di mana MAS mengalami kerugian sebanyak RM3.3 bilion, adakah Khazanah dan/atau syarikat GLC seperti MAS berhak untuk tidak memberi apa-apa maklumat yang diperlukan kepada Parlimen dan bahawa Khazanah dan/atau syarikat seperti MAS boleh kekal bersembunyi di bawah klausa ‘confidentiality’ atau ‘non-disclosure’ sedangkan MAS menggunakan wang rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan kerahsiaan dan non-disclosure merupakan peruntukan standard atau kebiasaan dalam sesuatu kontrak untuk melindungi kepentingan pihak-pihak terlibat dalam kontrak berkenaan.
Oleh demikian, pendedahan sebarang maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia dalam sesuatu kontrak oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan pihak-pihak lain dan kontrak terlibat boleh memberi implikasi perundangan kepada pihak yang mendedahkan maklumat berkenaan kerana tidak mematuhi aku janji kerahsiaan.
Memandangkan peruntukan berkenaan adalah standard dan kebiasaan, ia bukan hanya diguna pakai oleh GLC tetapi juga oleh syarikat-syarikat bukan GLC. Namun begitu, dalam keadaan di mana kepentingan awam perlu diutamakan, maklumat boleh dan perlu didedahkan kepada Parlimen.
Sungguhpun demikian, MAS telah mendapatkan kelulusan sewajarnya daripada pihak perunding yang berkaitan untuk memberi maklumat kepada Parlimen mengenai perkara-perkara berikut:
(i) senarai 12 syarikat yang terlibat dalam kontrak fuel hedging dengan MAS iaitu CIMB Bank Berhad, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Barclays Bank PLC, Citibank Malaysia (L) Labuan, Deutsche Bank, *J.Aron & Company (Sin) Pte (Goldman Sachs), J.P. Morgan Chase, Mitsui Energy Risk Management
(Mitsui), Morgan Stanley Capital Group Singapore Incorporated, Petro-Diamond Risk Management Group, Mitsubishi Corporation, SocieteGenerale and UBS Investment Bank;* dan
(ii) jumlah bayaran perundingan yang telah dibayar kepada BinaFikir sebagai lead advisor oleh MAS berhubung penstrukturan semula syarikat di bawah projek Widespread Assets Unbundling (WAU).
Bayaran yang telah dibuat oleh MAS kepada BinaFikir Sdn Bhd pada tahun 2002 berhubung penstrukturan semula MAS di bawah projek *Widespread Assets Unbundling
(WAU)* adalah berjumlah RM1,697,027.77. Wajar ditekankan di sini bahawa jumlah fi yang dibayar kepada BinaFikir ini adalah kira-kira 117 kali lebih rendah daripada jumlah yang didakwa oleh Yang Berhormat Wangsa Maju.
Pelaksanaan Projek WAU telah dilulus oleh para pemegang saham MAS dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 5 November 2002 bagi menyusun semula kewangan MAS. Ia bertujuan untuk menyediakan akses kewangan yang kukuh bagi membolehkan pihak pengurusan melaksanakan penstrukturan semula operasi yang lebih menyeluruh.
Penstrukturan semula kewangan tidak boleh menjadi penyelesaian kekal bagi sesebuah syarikat memandangkan syarikat harus berada dalam kedudukan yang kukuh dari segi operasi serta menjana keuntungan operasi. Sekian.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasihlah kepada Timbalan Menteri walaupun menggunakan masa yang amat-amat panjang, daripada sesi Parlimen yang lepas sampai sesi Parlimen di sini dan kita berulang kali telah ungkitkan perkara ini oleh kerana satu jaminan yang telah diberi oleh seorang Menteri di dalam Dewan yang mulia ini bahawa beliau akan memberikan segala maklumat terhadap fi konsultan dan nama syarikat-syarikat yang terlibat dalam fuel hedging antara MAS dengan syarikat ini.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya bersetuju bahawa satu perjanjian perlu ada non-disclosure atau kerana maklumat-maklumat seperti report, kandungan dalam report itu rahsia. Apa yang kita bertanya di sini adalah berapakah fee consultant dan nama syarikat. Apa kerahsiaan itu sama ada ini adalah puak-puak Little Napoleon dalam Khazanah untuk menyembunyikan skandal mereka atau caj-caj mereka yang amat tinggi. So, ini yang kita tidak boleh terima.
Inilah satu Dewan yang mulia di mana kita hendak tahu berapa caj bukan kandungan report. So, saya harap kerajaan dan khasnya MOF mesti meneliti report kerahsiaan terhadap kandungan report dan fee consultant dan nama. Di sini kita satu check and balance supaya kita hendak tahu berapakah charge consultancy fee dan nama syarikat itu kita hendak tahu. Apa salahnya? Apa kerahsiaan? Apa itu boleh menjejaskan keselamatan negara kita ataupun keselamatan syarikat itu, tidak ada. Cumanya MOF takut skandal itu kemungkinan.
Saya tahu ini maklumat sudah tiga-empat bulan baru kita dapat. Saya hendak bertanya di sini sama ada Kementerian Kewangan telah buat satu siasatan terhadap fee consultant ini RM1,067,000 yang di caj oleh BinaFikir kepada MAS kerana yang kita telah tahu bahawa satu projek WAU ini menggunakan masa lapan bulan setengah dan PlainConsult yang baru ini dilantik oleh MAS buat satu projek, lebih kurang struktur juga dalam dua bulan sahaja dan cajnya lebih daripada RM3 juta, sama ada kementerian telah buat satu siasatan yang mendalam sama ada charge consultant ini yang di maklum dalam Dewan yang mulia ini RM1,067,000 ini adalah keseluruhannya termasuk komisen dan kos- kos yang lain.
Ini yang penting sebab saya tahu fee consultant ini termasuk commission fee 20% daripada aset keseluruhan MAS, berbilion-bilion ringgit. Itu soalan pertama. Soalan kedua, sama ada kerajaan akan membentuk satu dasar daripada hari ini semua GLC tidak boleh mengadakan satu non-disclosure clause terhadap fee-fee consultant ataupun kos projek atau nama-nama syarikat yang menandatangani dengan semua syarikat GLC di bawah kawalan Khazanah kerana dana-dana yang digunakan oleh Khazanah adalah wang rakyat.
Terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Tuduhan Yang Berhormat iaitu jawapan kepada Yang Berhormat lambat. Saya hendak memberitahu Yang Berhormat, memang kita ada memberi jawapan kepada Yang Berhormat. Hanya Yang Berhormat tidak setuju dengan jawapan itu sahaja.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jawapan itu adalah kerahsiaan. Non- disclosure clause, itu sahaja.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Yang Berhormat, tunggulah saya jawab. Yang Berhormat seorang peguam yang berpengalaman. Kita kalau hendak memberitahu angka- angka atau content-content dalam kontrak, kita perlu mengambil permintaan kelulusan dari pihak yang berkenaan. Seperti yang saya katakan tadi, kita di sini ada bank-bank yang syarikat asing. Memang kita sudah dapat kelulusan itu dan kita membawa information kepada Dewan yang mulia ini untuk kepentingan orang awam.
Yang Berhormat ada...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri, kita ada imuniti dalam Parlimen. Tidak ada tindakan yang boleh diambil.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Saya tahu. Sudah bagi jawapan Yang Berhormat tidak setuju sahaja. Cukuplah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mana ada jawapan. Jawapan itu adalah kerahsiaan sahaja. Tidak ada sebarang kenyataan lain. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Wangsa Maju, dalam sesi soal jawab jangan bertengkar seperti ini.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Yang Berhormat ada buat, saya hendak memberi sedikit maklumat pada Dewan yang mulia ini. Program atau Programme Financial Restructuring iaitu Widespread Assets Unbundling (WAU). Program ini kita ambil masa lapan setengah bulan untuk restructurekan kewangan di dalam MAS. Oleh sebab pada
Dato’ Donald Lim Siang Chai
masa itu MAS menghadapi kewangan liabiliti sejumlah RM7 bilion dan kita nampak tahun 2002, kerugian MAS untuk tahun kewangan 2002 ialah RM835 juta. Selepas kita ada program ini, kita nampak MAS pada tahun 2003 telah buat keuntungan RM339 juta dan untuk tahun 2004 kita buat keuntungan RM461 juta.
Memang program ini kita telah membawa MAS balik kepada tahap yang lebih baik.
Seperti yang saya katakan tadi, penstrukturan semula kewangan tidak boleh menjadi penyeliaan kekal atau selama-lamanya. Isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi ada 2% komisen. Kalau ada isu itu memang kita akan kaji, kita akan siasat. Akan tetapi Yang Berhormat buat tuduhan RM200 juta itu, kalau Yang Berhormat ada bukti-bukti yang tertentu boleh tunjukkan kepada agensi yang berkenaan untuk dibuat siasatan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Itu termasuk komisen. Itu yang termasuk komisen.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Saya sudah kata Yang Berhormat ada...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ini menunjukkan bahawa kementerian tidak buat siasatan langsung. Menerima semata-matanya daripada Little Napoleon dalam Khazanah sahaja.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Kita memerlukan information. Saya katakan tadi selepas financial restructure ini, MAS telah buat keuntungan. Kalau Yang Berhormat ada isu-isu yang...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Itu bukan keuntungan, itu asset stripping. Sampai hari ini MAS masih ada masalah kewangan.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Itu peguam boleh kata apa-apalah. Yang Berhormat berpengalaman, kita di sini kita ada angka tunjuk. Oleh itu Yang Berhormat, cukuplah. Kalau Yang Berhormat ada isu atau bukti-bukti yang tertentu, boleh bawa ke Dewan luar ini dan kita bincang atau Yang Berhormat boleh tunjukkan kepada agensi yang berkenaan. Sekian.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri tidak jawab langsung sama ada kerajaan hendak bentuk satu dasar untuk menyekat semua GLC tidak akan ada non-disclosure terhadap fee consultant dan nama-nama syarikat. Itu satu persoalan yang penting...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Wangsa Maju kerana konsisten dalam membangkitkan isu-isu ini. Sebelum saya teruskan kepada soalan tambahan, pagi ini Tuan Yang di-Pertua, dalam media antarabangsa CNN, BBC, Al-Jazeera dan mungkin lain-lain melaporkan bahawa Kongres Amerika Syarikat telah mengundi untuk membawa ‘contempt of congress’ terhadap Attorney General bertaraf Kabinet Amerika kerana enggan memberikan butiran kepada Jawatankuasa Kongres berkaitan dengan sesuatu isu. Jadi saya ingin mengingatkan bahawa usaha untuk tidak mendedahkan kepada Parlimen maklumat- maklumat boleh mengenakan anggota kerajaan sendiri pun kepada pendirian dan keputusan tertentu oleh Parlimen ini sendiri.
Jadi oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang apa yang disebut sebagai keputusan sulit mahkamah antara Tan Sri Tajuddin Ramli dengan Danaharta yang mana melibatkan hutang sekitar RM598 juta. Bagaimana keputusan itu dan apakah sebenarnya yang akhirnya dibayar balik oleh Tan Sri Tajuddin yang kesnya berkaitan dengan MAS ini juga Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Tumpat. Isu yang berada di Kongres kita pun haraplah pegawai- pegawai kerajaan yang berkenaan boleh ambil lesson dari itu.
[Dewan riuh]
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Isu Yang Berhormat bangkit mengenai isu Tan Sri Tajuddin dan juga Danaharta, isu ini terkeluar dari soalan asal.
5. Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan setelah selesainya urusan penyenaraian Felda Global Venture Bhd. dalam Bursa Malaysia dan penglibatannya dalam perniagaan antarabangsa, sebahagian besar fokus FELDA mungkin lebih tertumpu kepada urusan business, maka dengan demikian apakah caranya untuk FELDA terus menunaikan tanggungjawab sosialnya, terutama terhadap kepentingan generasi kedua dan ketiga, yang kian meruncing.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Petugas FELDA seramai 23,316 orang selama ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang menjaga kebajikan dan sosial peneroka serta generasinya berjumlah 3,433 orang atau 15% sementara yang menguruskan syarikat seramai 19,883 orang atau 85%. Oleh itu, tidak timbul kekhuatiran selepas penyenaraian hal ehwal peneroka dan generasinya akan terabai kerana pembahagian tugasan yang berbeza akan tetap diteruskan.
Segala yang dinikmati oleh warga FELDA tidak akan dipotong atau dikurangkan seperti dividen KPF, bonus produktiviti, duit hari raya, khairat kematian, pinjaman pembesaran rumah tanpa riba, tabung kebajikan dan khusus kepada generasi kedua dan ketiga latihan kemahiran dan pembangunan usahawan. Penyenaraian FGV juga turut dikongsi bersama penduduk perkampungan tradisional yang tinggal berhampiran kawasan Rancangan FELDA. Dengan penambahan dana Yayasan FELDA melalui program membaik pulih rumah sebanyak RM5,000 setiap rumah seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Program Sejahtera Peneroka di FELDA Jengka 8 pada 8 Mei yang lalu.
Dalam bidang pendidikan FELDA menyediakan peruntukan sejak tahun 2005 berjumlah RM50 juta setahun untuk melatih generasi baru dalam pelbagai bidang kemahiran. Latihan ini bertujuan melatih generasi baru dengan sasaran pengambilan 5,000 orang setiap tahun. Tumpuan diberikan dalam bidang latihan kemahiran profesional dan berprofil tinggi yang mempunyai pasaran kerja. Sehingga kini seramai 42,522 generasi baru telah dilatih dalam pelbagai latihan. Ini tidak termasuk pelajar yang memasuki IPTA dan IPTS. Bagi pelajar terbaik, FELDA menawarkan dana khas ataupun biasiswa pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian ke universiti-universiti terpilih di luar negara seperti di UK, US, Ireland dan Australia. Kursus yang terlibat adalah seperti perubatan, kejuruteraan, bioteknologi dan perakaunan. Pada masa kini FELDA telah menghantar seramai 69 pelajar cemerlang mengikuti pengajian khas ini, 15 orang sedang mengikuti pengajian persediaan keluar negara dan pengambilan terbaru tahun 2012 seramai 10 orang.
Melalui program ini FELDA dapat menyediakan golongan profesional di samping menyediakan barisan pelapis dalam organisasi FELDA. FELDA juga menyediakan kemudahan pinjaman melalui Skim Insentif Usahawan FELDA dengan tujuan membantu generasi FELDA dalam pelbagai bidang keusahawanan. Pada masa kini FELDA mempunyai seramai 36,173 pengusaha yang terdiri daripada peneroka, penerokawati, belia dan beliawanis. Kita juga menyediakan Program Tunas Mekar bersama dengan UiTM, kursus diwujudkan bagi melahirkan pengusaha-pengusaha daripada graduan anak-anak peneroka. Seramai 142 orang anak peneroka telah dilatih dalam program ini.
Untuk program sukan, dewan-dewan dibina, gelanggang futsal terbuka diadakan hampir di semua kawasan rancangan. Projek Perumahan Warga FELDA (PWF) dilaksanakan sebagai usaha membantu generasi peneroka memiliki rumah. Harga yang amat murah dengan subsidi setiap buah rumah hampir RM25,000 dan kos rumah ialah RM35,000 hingga RM65,000 seunit. Pada masa kini FELDA telah pun menyiapkan PWF di lima buah lokasi iaitu di Mempaga, Bukit Goh, Lepar Hilir, Keratong dan Pasak. Kesemua projek yang disiapkan ini mengandungi 2,090 unit rumah dan telah pun diduduki. Lima lagi projek masih dalam pembinaan iaitu di Triang 3, Jengka 19, Chini 3, Neram 1, Chuping kawasan Yang Berhormat yang bertanya soalan Padang Besar dan Ciku 5 yang melibatkan pembinaan sebanyak 1,724 buah rumah.
Beberapa pertubuhan yang mewakili generasi baru turut memainkan peranan aktif bersama FELDA seperti Persatuan Alumni Asrama FELDA, Majlis Belia FELDA Malaysia, Permuafakatan Siswa Siswi FELDA, Gabungan Wawasan Generasi FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF). Keseluruhan peruntukan bagi program pendidikan dan pembangunan generasi baru FELDA tahun 2012 sahaja adalah berjumlah RM69 juta.
Kesimpulannya, kepentingan generasi kedua dan ketiga tetap sentiasa dijaga sekalipun penyenaraian FGV akan dilaksanakan. Terima kasih.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak pada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab begitu komprehensif. Saya tidak sangka begitu komprehensif. Tahniah, terima kasih. Cuma sebagai soalan tambahan memang ada projek-projek perumahan disewa oleh FELDA untuk generasi kedua, tetapi rungutan yang di bawah ialah ada di antara generasi kedua dan ketiga ini yang tidak mampu untuk membeli rumah-rumah yang disediakan oleh FELDA oleh kerana pendapatan yang tidak mencukupi. Maka rumah-rumah ini dibuka kepada orang awam yang bukan daripada generasi kedua dan ketiga FELDA. Apakah ini satu dasar ataupun ini cara penyelesaian memandangkan rumah-rumah telah pun dibina atau akan dibina?
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memberikan kelonggaran iaitu boleh secara sewa beli dan kita juga memberikan satu keputusan yang amat mudah untuk anak-anak peneroka membeli. Pada kita, keutamaan adalah pada anak-anak peneroka kerana kosnya adalah mampu milik dan jika setelah kita iklankan begitu lama tidak ada anak peneroka barulah dibuka pada orang ramai tetapi itu hanyalah sedikit Satu lagi yang saya hendak maklumkan kita telah membuat keputusan bahawa di tanah suku ekar itu yang tidak boleh dibina ialah rumah yang berasing tetapi jika dilihat daripada atas hanya satu bumbung rumah boleh disambung. Jadi, di suku ekar itu boleh mungkin empat buah rumah yang bersambung. Yang penting, ia tidak dijadikan seperti kawasan setinggan kerana kawasan itu dipanggil rancangan dan ada pengurus. Maksudnya kawasan yang terancang dan terurus. Oleh itu, masalah rumah untuk anak peneroka boleh diselesaikan dengan kaedah ini membina rumah dengan pintu dua atau tiga ataupun empat di tanah yang sedia ada asalkan daripada atas nampak satu bumbung. Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira boleh didukung kerana penuh komprehensif, hanya saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri minggu lepas dengan begitu bangga dan berkeyakinan mengumumkan kolaborasi syarikat Louis Dreyfus dengan FGV tetapi baru-baru ini akhbar The Edge melaporkan bahawa Louis Dreyfus telah menarik diri daripada mengambil 2.5% saham FGV atau lebih kurang RM91.2 juta saham tersebut atas sebab-sebab yang termasuklah dengan yuran yang terlalu tinggi dikenakan. Saya mahu jawapan yang lebih jelas dan terbuka dalam hal ini memandangkan IPO FELDA Global Ventures ini merupakan IPO yang kedua terbesar setelah IPO Facebook yang bernilai lebih RM50 bilion bulan lepas yang gagal. Jadi, saya mahu satu respons yang boleh meyakinkan bahawa apa yang disebut di Dewan yang mulia ini adalah merupakan kebenaran dan bukan sesuatu kepincangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ada pilihan. Soalan ini adalah soalan yang merujuk kepada jawapan yang lalu sedangkan soalan asal ini ialah...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Tuan Yang di-Pertua, sama dengan soalan asal juga Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
...Tanggungjawab sosial FELDA. Terpulang kepada Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, saya boleh menjawab. Perbincangan masih diteruskan dengan LDC melalui Louis Dreyfus Corporation. Tidak betul bahawa Louis Dreyfus Corporation telah menarik diri, cuma nilainya mungkin kurang sedikit daripada 2.5% dan ia tidak menjadi masalah kepada IPO FELDA kerana kita oversubscribed sebanyak 44 kali. 44 kali lebih langganan.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi tidak ada masalah tentang perkara itu. Ramai lagi pelabur lain bersedia.
Walaupun begitu perbincangan dengan LDC masih diteruskan. Tidak jadi hal Yang Berhormat Lembah Pantai.
6. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan penubuhan Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen:
(a) Adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen untuk meneliti dan mendraf semua rang undang-undang sebelum ia dibentangkan di Parlimen; dan
(b) nyatakan semua bantahan dan halangan terhadap penubuhan Jawatankuasa Khas ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini tugas dan tanggungjawab untuk meneliti dan mendraf sesuatu rang undang-undang sebelum ianya dibawa dan dibentangkan di Parlimen dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara iaitu Bahagian Gubalan. Oleh itu sebarang perubahan ataupun penubuhan jawatankuasa lain bagi tujuan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab ini melibatkan suatu persoalan dan keputusan dasar.
Namun begitu sebelum sebarang keputusan berkenaan kewajaran penubuhan jawatankuasa yang sedemikian dapat dibuat satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan untuk melihat dan memastikan sama ada terdapat sebarang keperluan ataupun tidak bagi sesuatu jawatankuasa sedemikian diwujudkan. Namun begitu Yang Berhormat tidak perlu risau sekiranya wujud sebarang keperluan kerajaan sentiasa bersedia untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi tujuan mengkaji rang undang-undang yang dikemukakan seperti mana jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan bagi mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004. Memandangkan cadangan jawatankuasa ini hanya dikemukakan dalam persidangan ini, maka tiada sebarang bantahan dan halangan yang diterima setakat ini. Jadi kita terbukalah.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan satu soalan tambahan. Untuk menjaminkan bahawa Parlimen, kebebasan Parlimen sebagai satu tonggak demokrasi dan juga satu badan perundangan unggul. Adakah pihak Parlimen sebelum satu jawatankuasa pilihan itu ditubuhkan, bolehkah juga cadangkan satu Jabatan Perundangan di Parlimen. Saya difahamkan banyak kementerian juga ada Jabatan Perundangan mereka masing-masing.
Akan tetapi sebagai satu district body, the only one di Parliament House ini kita tidak ada satu Jabatan Perundangan. There is a legal officer here. Hanya ada Menteri Perundangan. Adakah pihak Parlimen ini juga boleh menimbangkan untuk menubuhkan satu jabatan perundangan di Parlimen. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, walaupun tidak ada jabatan perundangan, tetapi saya kira di kementerian-kementerian pun dia bukan ada jabatan perundangan, dia ada dia punya legal advisor dia yang dihantar oleh AGC - Attorney General’s Chamber ke setiap kementerian di sini pun selain saya sebagai Menteri Undang-undang, kita juga ada penasihat undang-undang kita yang diberikan oleh pihak AGC ke Parlimen untuk menasihatkan kita tentang isu-isu perundangan.
Namun dari segi jabatan untuk drafting, saya kira drafting ini perlulah dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara kerana di situ akan apabila sesuatu undang-undang itu hendak dilaksanakan, ia memerlukan kepada nasihat-nasihat perundangan yang dilakukan oleh Attorney General.
Maka adalah lebih baik diadakan drafting itu di pejabat Peguam Negara kerana mudah untuk memberi arahan pertamanya dan keduanya dari segi menasihatkan sama ada hendak dilaksanakan itu bertentangan dengan Perlembagaan ataupun tidak dan nasihat itu diberikan oleh Peguam Negara sendiri. Jadi lebih baik dia berada di sana daripada di sini kerana kalau adanya di sini kemungkinan apa juga drafting yang kita lakukan itu kemungkinan ianya akan bertentangan dengan undang-undang ataupun Perlembagaan yang sedia ada. Jadi adalah lebih drafting itu dilakukan oleh Peguam Negara.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan. Apakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Perundangan Parlimen seperti yang diwujudkan di Parlimen-Parlimen di dunia yang lain seperti negara jiran kita Eropah, Amerika dan sebagainya, sebab dengan adanya pewujudan ini saya melihat ia dapat mengurangkan
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
beban yang dipikul oleh kementerian-kementerian. Kadang-kadang kita menghadiri mesyuarat AIPAkah, kita segan mereka menghulurkan kad perniagaan mereka ada jawatankuasa. Kita Parlimen biasa. Jadi kalau boleh minta pandangan Yang Berhormat kalau boleh ada saranan untuk mewujudkan Jawatankuasa Parlimen ini bagi setiap kementerian supaya kita boleh membantu kerajaan untuk melicinkan pentadbiran dan sebagainya.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, ia tidak semestinya apa yang dilakukan di negara lain itu semestinya diikuti oleh kita. Ada cadangan untuk mengadakan jawatankuasa bagi setiap kementerian.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ada jawatankuasa Select Committee untuk setiap kementerian yang kerjanya ialah untuk melihat semua rang undang-undang yang ada kaitan dengan kementerian itu dan kononnya kalau wujudnya maka dia lebih memudahkan perjalanan Parlimen. Akan tetapi saya fikir saya tidak boleh setuju ini akan menghalangkan Ahli-ahli Parlimen yang lain daripada mengambil bahagian dalam perbahasan. Ini kerana kalau kita ada Select Committee yang kecil setiap kementerian yang akan mengkaji semua rang undang-undang yang ada kaitan dengan kementerian itu, maka tidak perlulah ada perbahasan di peringkat majlis kerana di peringkat committee sudah selesai semua dan committee terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen daripada parti-parti yang berbeza. Apa maknanya kita hendak berbincang di peringkat majlis? Ini kerana sudah diputuskan. Jadi sebab itu sebab Ahli Parlimen kita kalau adanya Select Committee akan dihalangkan daripada membahaskan rang undang-undang itu.
Jadi pada saya adalah lebih baik sistem yang ada sekarang yang mana setiap rang undang-undang itu akan melalui majlis dan kemudian kita bermesyuarat sebagai jawatankuasa memberi peluang kepada Ahli Parlimen semua di sini untuk membahas dan tidak dihadkan kepada mereka yang hanya menjadi ahli Select Committee itu sahaja. Oleh sebab itu saya tidak fikir saya boleh menyokong kehendak Yang Berhormat Kinabatangan.
7. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan keberkesanan SME Bank bagi membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan apakah strategi-strategi dalam meningkatkan daya saing usahawan IKS di peringkat global (lokal dan global)
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebagai institusi kewangan pembangunan milik kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) SME Bank telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bagi membantu usahawan IKS.
Sehingga April 2012, SME Bank telah meluluskan sekitar RM13.1 bilion pembiayaan bagi membantu lebih daripada 7,600 usahawan IKS dengan purata kelulusan tahunan sebanyak RM2 bilion melibatkan 1,200 usahawan IKS setahun.
Ini membolehkan SME Bank mencapai portfolio pembiayaan berjumlah RM4.3 bilion sehingga Mei 2012. Daripada jumlah bilangan pembiayaan kepada usahawan PKS tersebut, sekitar 75% adalah kepada usahawan mikro dan kecil berdasarkan klasifikasi yang digunakan oleh Bank Negara antara sekitar utama yang dibiayai oleh SME Bank termasuklah perkilangan 23.4%, perhotelan dan restoran 26.3% serta pengangkutan 15.5%.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mempertingkatkan telah mempertingkatkan daya saing usahawan IKS, SME Bank telah memperkenalkan beberapa strategi baru antaranya ialah; Pertama, memperkenalkan model baru perniagaan SME Bank yang mengklasifikasikan segmen pelanggan kepada dua iaitu pelanggan berasaskan keperluan atau need based customers dengan izin dan pelanggan berasaskan merit atau merit based customers dengan izin. Bagi segmen pelanggan need based yang juga meliputi usahawan yang baru memulakan perniagaan, SME Bank turut memberi fokus bantuan kepada usaha bagaimana untuk mempertingkatkan daya saing sesebuah perniagaan.
Kedua, menjalin smart collaboration and partnership dengan izin dengan agensi- agensi seperti MATRADE, HDC, SME Corp, TERAJU, PEMANDU, UKAS serta syarikat-
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dalam menyediakan pakej perkhidmatan dan pembiayaan yang lebih kompetitif dan berkesan dalam memenuhi keperluan syarikat- syarikat PKS.
Ketiga, menjalin kerjasama dengan agensi pembangunan IKS luar negara seperti di Jepun, Turki dan Jerman bagi pertukaran maklumat, perkongsian pengetahuan serta mempelajari bidang baru yang berkaitan dengan pembangunan IKS.
Tuan Yang di-Pertua, MITI melalui bahagian pembangunan keusahawanan juga turut melaksanakan beberapa inisiatif dalam meningkatkan daya saing usahawan kecil dan sederhana di peringkat domestik dan global antaranya termasuk; Pertama, Program Groom Big yang dilaksanakan sejak tahun 2005 adalah bermatlamat melahirkan usahawan PKS yang berdaya saing di peringkat domestik dan global bagi mempertingkatkan kedudukan sesebuah syarikat dari peringkat mikro kecil hingga ke sederhana yang bersedia untuk memasarkan produk di pasaran domestik dan seterusnya mengeksport produk-produk dan perkhidmatan ke peringkat global.
Kedua, sepanjang pelaksanaan program ini telah membangunkan 1,379 syarikat bumiputera yang mengeluarkan 2,695 produk. Mereka terdiri daripada usahawan dalam lima sektor iaitu makanan dan minuman, kosmetik dan herba, seramik, kaca serta perabot manakala bagi sektor perkhidmatan ICT, program Internet Entrepreneurship Program atau IEP telah diperkenalkan pada tahun 2010 di mana sebanyak 102 laman web telah dibangunkan bagi usahawan memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka.
Ketiga, sehingga kini, terdapat lebih daripada 40 usahawan di bawah bimbingan Program Groom Big telah berjaya menembusi pasaran eksport.
Keempat, konsep multi level entry dengan izin turut diperkenalkan bagi Program Groom Big di mana usahawan yang mengikuti program ini tidak semestinya dari peringkat mikro di mana 16 syarikat yang berpotensi untuk meneroka pasaran eksport telah dipilih bagi menyertai Bumiputera Exporters Development Program dengan izin atau BEDP yang dilaksanakan dengan kerjasama MATRADE.
Kelima, selain itu, menerusi Program Groom Big, satu program dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia atau MPC telah diperkenalkan di mana sebanyak sembilan syarikat telah dipilih dan ketika ini sedang menjalani program untuk penambahbaikan sistem operasi syarikat melalui amalan total quality management.
Datuk Raime bin Unggi - Tenom
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan Timbalan Menteri yang begitu panjang lebar.
Seorang Ahli
Perlikah itu?
Datuk Raime bin Unggi - Tenom
Tidak perli tetapi jawapannya memang padat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bahawa hari ini SME Bank antara lain yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi untuk memberi kemajuan kepada industri kecil dan juga sederhana di negara kita dan saya difahamkan bahawa institusi perbankan tersebut kini telah berusaha untuk mengurangkan hutang pinjaman yang tidak berbayar iaitu NPL.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya masalah pada hari ini pendekatan SME Bank yang pertama yang dapat saya dapat makluman daripada rakan-rakan saya yang berikhtiar untuk menjadi usahawan, saya mendapati mereka mengatakan tidak mesra pelanggan dan tidak berdiplomasi dalam soal untuk menangani masalah NPL sehingga di kalangan mereka juga IKS ini tawar hati untuk memberi kerjasama yang baik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, apakah SME Bank ini ada menawarkan khidmat nasihat dan juga perlindungan kepada syarikat-syarikat yang bermasalah? Kita dapat jawapan tadi memang banyak syarikat yang telah berjaya tetapi bagaimana pula syarikat-syarikat yang tidak berjaya ini bagi mengelakkan perniagaan mereka daripada gulung tikar? Saya juga dimaklumkan banyak kelewatan proses permohonan IKS sehingga membantutkan perancangan dan operasi IKS yang mana disebabkan pada awal seperti saya nyatakan tadi ada di antara pegawai-pegawai SME Bank ini tidak memahami dokumen ataupun kertas kerja yang dikemukakan kepada mereka. Jadi saya pohon penjelasan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Tenom di atas soalan tambahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa antara masalah yang dihadapi bukan hanya oleh SME Bank tetapi kebanyakan bank-bank juga yang terlibat di dalam mengeluarkan pinjaman kepada PKS ialah tekanan daripada dua sudut. Pertamanya tekanan untuk mengurangkan NPL seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Tenom. Baru-baru ini pun Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank telah melaporkan bahawa SME Bank telah berjaya menurunkan NPL nya daripada 23% kepada 17% sehingga kini dan menyasarkan peratusan NPL ini diturunkan lagi kepada 15%. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga ada tekanan daripada sudut yang lain iaitu untuk hendak mempermudah pinjaman ini.
Jadi sebenarnya kadang-kadang kalau kita lihat dua perkara ini, ia bertentangan kerana pada satu pihak kita dalam usaha hendak mengurangkan NPL terpaksa memperketat lagi proses permohonan. Selain itu mengambil tindakan kepada pihak-pihak peminjam yang tidak membayar balik mengikut persetujuan dan di satu pihak lagi ialah untuk mempermudah lagi proses permohonan itu. Sudah tentu kita ingin mencari satu titik pertemuan ataupun keseimbangan dalam hal ini supaya dua-dua permintaan ini dapat dipenuhi.
Suka saya laporkan di sini antara langkah yang diambil oleh SME Bank untuk menangani isu pinjaman yang tidak berbayar di peringkat bersih atau NPL ini adalah seperti berikut;
(i) Meningkatkan usaha kutipan dengan menyasarkan akaun yang 20 teratas dalam masalah NPL ini;
(ii) Menstrukturkan semula akaun pelanggan NPL yang masih berpotensi untuk membayar iaitu berdasarkan kemampuan bayaran mereka;
(iii) Mengadakan perbincangan dengan pelanggan yang bermasalah bagi mencari jalan untuk membantu mereka sama ada melalui penstrukturan semula akaun dan sebagainya;
(iv) Mengadakan kerjasama dengan institusi kewangan lain contohnya seperti Bank Simpanan Nasional bagi memudahkan pelanggan di bandar kecil yang membuat bayaran tanpa pergi ke cawangan SME Bank yang terdekat sebab kita cuma ada 17 cawangan SME Bank dan pada waktu yang sama BSN mempunyai jauh lebih banyak lagi cawangan-cawangan di sekitar negara; dan
(v) Memperkenalkan mekanisme ibrah atau refund kepada pelanggan yang mempunyai rekod pembiayaan yang baik.
Jadi ini adalah usaha-usaha kita untuk mengurangkan NPL ini dan pada masa yang sama, saya dengar teguran yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tenom soal diplomasi. Ini adalah suatu yang sentiasa kita tekankan di SME Bank malah bank tersebut telah melancarkan satu program baru, senyum iaitu sentiasa senyum apabila berhadapan dengan pelanggan dan dengan harapan bahawa bukan setakat terukir senyuman itu di bibirnya tetapi dari hatinya juga memberi perkhidmatan yang terbaik melalui senyuman tersebut.
Kita juga sentiasa sediakan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang bermasalah bukan hanya untuk membayar balik pinjaman tetapi juga untuk meluluskan permohonan pembiayaan. Jadi kita lihat rancangan perniagaan ataupun RP nya dan di mana ada kepincangan kita bantu supaya akhirnya perniagaan yang bakal diusahakan itu adalah satu perniagaan yang akan memberikan keuntungan kepadanya. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan dengan secara ringkasnya. Berapakah peratusan pinjaman oleh SME Bank kepada IKS berbanding dengan bank-bank yang lain? Dan dengan ini apakah keberkesanan SME Bank berbanding dengan bank-bank yang lain dan sumbangannya di dalam perdagangan di Malaysia?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Kepong atas dua soalan tersebut. Yang pertamanya saya tidak mempunyai angka yang menunjukkan
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
berapa pinjaman yang dikeluarkan oleh SME Bank merangkumi atau pun sebagai sebahagian daripada pinjaman keseluruhan semua institusi kewangan kepada SME. Akan tetapi mungkin memberi gambaran kepada kita bahawa sudah tentu mengikut namanya, SME Bank sudah tentu mengeluarkan pinjaman hanya kepada industri-industri mikro kecil dan sederhana.
Akan tetapi kita juga mengakui bahawa bank-bank komersial yang lain juga mengeluarkan pinjaman yang lebih kurang sama, mungkin pada kadar pinjaman atau kadar interest rate yang sedikit tinggi berbanding dengan SME Bank tetapi mereka juga mengeluarkan pinjaman. Jadi, kalau boleh diizinkan untuk saya memberi jawapan tersebut secara bertulis dengan mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai.
Keduanya soal sumbangannya kepada perdagangan. Kita dapati bahawa semakin banyak syarikat-syarikat PKS tempatan kita yang sudah mula menerokai dan menembusi pasaran luar dan banyak juga di antara mereka yang eksport bukan hanya kepada negara- negara rantau ini tetapi juga ke China, Asia Barat dan seterusnya. Angka-angka itu juga akan saya dapatkan khususnya daripada MATRADE untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepong. Terima kasih.
8. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rasional ‘gaji minimum’ RM900 ditetapkan untuk di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawak serta apakah langkah-langkah lain untuk meningkatkan produktiviti ke tahap 4.6% untuk 8 tahun akan datang bagi mencapai sasaran status pendapatan tinggi (high income status) pada tahun 2020.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Maznah Mazlan
Salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor di atas soalan tersebut.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar gaji minimum yang ditetapkan kerajaan adalah berdasarkan kepada fakta dan statistik hasil kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Minimum yang dianggotai oleh pakar dalam bidang ekonomi, statistik dan sains sosial. Selain daripada itu, kajian juga telah dibuat oleh Bank Dunia yang juga merupakan input yang penting dalam penetapan gaji minimum.
Majlis Perundingan Gaji Negara telah mengambil kira beberapa kriteria dalam menetapkan gaji minimum pada tahap RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan untuk Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.
Kriteria-kriteria yang telah digunakan antaranya ialah:-
(i) Pendapatan garis kemiskinan;
(ii) keupayaan majikan untuk membayar upah iaitu kita mengkaji dan kita melihat kepada gaji pertengahan atau pun median wage;
(iii) peningkatan produktiviti buruh;
(iv) indeks harga pengguna; dan
(v) kadar pengangguran.
Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi bagi Sabah dan Sarawak memandangkan gaji penengah di negeri-negeri berkenaan, dengan izin median wage nya, pada masa ini sangat rendah iaitu RM577 bagi Sabah dan RM738 bagi Sarawak. Gaji penengah yang rendah memberi indicator bahawa majikan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar gaji yang tinggi.
Sekiranya gaji minimum ditetapkan terlalu tinggi, ia boleh memungkinkan keadaan di mana majikan di Sabah dan Sarawak akan menghadapi kesukaran untuk beroperasi dan berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja. Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pekerja kerana mereka kehilangan pekerjaan dan ini akan menimbulkan masalah pengangguran.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, sasaran produktiviti sebanyak RM78,800 boleh dicapai dengan mengekalkan
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Maznah Mazlan
peningkatan produktiviti tahunan melebihi 4% setahun. Berdasarkan kepada Laporan Perbadanan Produktiviti 2011/2012, produktiviti pada tahun 2011 ialah sebanyak 4.6% melepasi sasaran 4% setahun.
Menjawab soalan kedua Yang Berhormat Kuala Selangor, untuk meningkatkan produktiviti, pasaran buruh hendaklah berfungsi dengan lancar serta pekerjaan dan pekerja hendaklah dipadankan dengan cekap. Dalam usaha ini, Kementerian Sumber Manusia sedang dan akan terus melaksanakan langkah-langkah lain selaras dengan modul baru ekonomi bagi memperhebatkan pembangunan modal insan. Ini dilaksanakan melalui dua usaha utama. Pertama iaitu melalui transformasi di tempat kerja, dan kedua melalui transformasi tenaga kerja itu sendiri.
Strategi-strategi yang telah dirangka bagi mentransformasikan tempat kerja termasuklah memodenkan dan menjajarkan perundangan dan peraturan buruh bagi tujuan mengurangkan kos perniagaan dan meningkatkan perlindungan pekerja bagi tujuan mewujudkan pasaran buruh yang lebih fleksibel serta memudah pelaksanaan sistem upah berkaitan produktiviti.
Strategi-strategi lain bagi mentransformasikan tenaga kerja termasuklah:-
(i) Menjalankan kajian unjuran guna tenaga dan pasaran buruh yang lebih cekap;
(ii) mempertingkatkan kemahiran tenaga kerja;
(iii) membangunkan strategi menyeluruh;
(iv) meningkatkan kemahiran tenaga kerja; dan
(v) meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja yang terpendam, dengan izin latent workforce, yang masih ada seperti wanita dan lain-lainnya dalam pasaran buruh.
Peranan industri dan majikan juga memainkan peranan yang sangat penting. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada gaji minimum. Kita berharap industri dan majikan akan meningkatkan daya nilai tambah melalui pelaburan dalam teknologi dan juga melabur secara berterusan di dalam melatih tenaga kerja untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada, sentiasa memperlengkapkan dengan kemahiran baru dan mempelbagaikan kemahiran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berusaha menjawab dengan panjang lebar. Terima kasih. Cumanya saya tidak mahu menumpu soalan tambahan saya kepada persoalan produktiviti memandangkan waktu sudah terlalu menekan.
Saya sekadar mahu menyebutkan betapa segala usaha baik kerajaan untuk memulakan gaji minimum khususnya bagi Sabah Sarawak akan berdepan dengan gendala paling besar. Dalam penetapan RM800, mengambil kira segala apa yang dicadangkan oleh Bank Dunia, median wage, kadar pengangguran, segala-galanya, keupayaan majikan, nyata apa yang paling penting untuk break dengan izin, the bottleneck di Sabah Sarawak itu adalah menamatkan dasar kabotaj yang mensabotaj usaha gaji minimum. Itu paling penting Tuan Yang di-Pertua kerana dengan dasar kabotaj ini sahaja menimbulkan dan mencetuskan peningkatan kos sebanyak 20% hingga 30%.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ambil sahaja sebuah kereta Pesona, di Semenanjung ini harganya RM46,000 tetapi kalau di Sabah dan Sarawak, RM49,256. Jadi Dasar Kabotaj yang memberikan monopoli kepada kapal-kapal dagangan yang mengibarkan bendera Malaysia itu perlu dihentikan untuk Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan gaji minimum ini berkesan. Sila jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Maznah binti Mazlan
Saya tak dapat soalan yang spesifik untuk dijawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dasar Kabotaj. Dasar Kabotaj mensabotaj gaji minimum? Apakah boleh ia ditamatkan untuk membantu gaji minimum berkesan di Sabah dan Sarawak?...
Dato' Maznah binti Mazlan
Tuan Yang di-Pertua, saya tak berapa arif tentang terminologi tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Akan tetapi saya boleh nyatakan...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dasar Kabotaj. Tak tahu ya? Tak apa, tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, tak apa. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Maznah binti Mazlan
Itu mungkin di luar skop kementerian saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas masalah bahawa, “Rang Undang-undang Perbekalan (2012) 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
[Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Sila Menteri Kewangan kemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM13,795,345,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2012 bagi Maksud Bekalan B.4, B.6, B.10, B.11, B.21, B.22, B.23, B.24, B.25, B.27, B.28, B.30, B.31, B.41, B.42, B.46, B.60 dan B.62 untuk kementerian- kementerian yang berkenaan dijadikan jadual dan penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 tahun 2012 dijadikan anggaran perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2012 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini telah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A tahun 2012. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa- apa penerangan tambahan lagi.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa yang diperuntukkan bagi perbahasan Jawatankuasa ini tidak lebih daripada tiga hari iaitu kita bermula daripada hari ini, hari Khamis, 21 Jun 2012. Ini adalah hari pertama dan kita teruskan pada hari-hari yang berikutnya iaitu hari Isnin dan hari Selasa. Jadi atas sebab itu, maka kita terpaksa hadkan masa kepada 10 minit kepada setiap ahli-ahli yang ingin mengambil bahagian untuk berbahas.
Maksud B.4 dan B.6 - Jadual] - Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.4 dan B.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi yang memberi peluang kepada saya untuk bersama pada pagi ini. Pertama, semalam Timbalan Menteri berjanji nak bagi jawapan di peringkat dasar yang tak dapat diperjelaskan kepada saya semalam tetapi sampai sekarang isu berkaitan dengan Tabung Haji, sampai sekarang soalan itu masih belum dijawab kepada saya. Itu sangat mustahak sebab itu saya minta sekali lagi di peringkat Jabatan Perdana Menteri untuk membolehkan soalan saya semalam itu dijawab kerana ia membabitkan kepentingan ramai orang khususnya penyimpan- penyimpan di Tabung Haji.
Kedua, saya nak bangkit berkaitan dengan SPR pada pagi ini. Pertama sekali berkaitan dengan pemilih iaitu kepentingan untuk membersihkan daftar pemilih. Nampak SPR tidak begitu bersedia untuk memastikan pembersihan daftar pemilih khususnya bagi menyemak mereka-mereka yang ada pertindihan nama. Keduanya, beberapa perkara yang sangat diragui. Contoh yang ingin saya sebut di sini ialah bagaimana pendaftar pemilih yang dimasukkan di dalam daftar pemilih di lokaliti mereka yang tidak perlu hadir iaitu PALAPES umpamanya. Bagaimana nama seseorang itu sudah pun ada di peringkat lokaliti di mana dia bertugas iaitu seorang pegawai tentera, tetapi nama dia juga ada dalam satu lagi lokaliti iaitu lokaliti PALAPES.
Jadi ini satu benda yang sangat tidak wajar dan tidak boleh berlaku sedemikian rupa kerana bagi saya bahawa tidak boleh seseorang yang sudah pun didaftarkan di dalam lokaliti pengundi yang tak perlu hadir iaitu di peringkat kem tentera, dalam masa yang sama dia juga menjadi jurulatih PALAPES, maka dia didaftarkan sekali lagi dalam lokaliti PALAPES iaitu lokaliti pengundi yang tak perlu hadir. Kemudian, berkaitan dengan isu daftar pemilih yang nama mereka sangat diragui dari segi kelahiran mereka. Kalau kita lihat bahawa nama bagi daftar pemilih bagi rakyat Malaysia yang lahir di luar negara yang saya dibekalkan semalam iaitu daripada tahun 1957 sehingga 1990, baru ada lebih kurang 40,000 orang rakyat Malaysia yang lahir di luar negara. Akan tetapi dalam daftar pemilih yang pernah saya kemukakan kepada Majlis Raja-Raja, yang dapat saya kesan bahawa lebih daripada 175,000 orang yang nama mereka ada dalam daftar pemilih. Kod kelahiran mereka ialah bukan daripada kod kelahiran di dalam negara Malaysia.
Jadi saya nak tahu, apakah mereka-mereka ini merupakan rakyat asing yang telah pun diberikan kerakyatan? Ini yang sangat kita ragui apabila timbulnya isu bagaimana rakyat asing yang diberikan kerakyatan melalui satu jalan yang saya anggap sebagai satu yang tidak sah daripada sudut perundangan. Ini kerana perkara ini sepatutnya diambil tindakan oleh pihak kerajaan kerana sudah banyak laporan yang telah pun dibuat oleh pelbagai pihak di dalam negara kita ini. Jadi sebab itu saya minta supaya pihak kerajaan melihat semula persoalan ini khususnya pada pihak SPR.
Ketiga, berkaitan dengan SPR ini ialah kenapa sukar untuk pihak kerajaan menentukan bila tarikh pembubaran Parlimen untuk membolehkan supaya kerajaan dilihat lebih kepada bersifat mesra rakyat, untuk tidak menyusahkan rakyat. Sekarang ini bagi saya bahawa kerajaan telah menyusahkan rakyat. Apabila dalam keadaan tidak menentu pilihan raya, sukar untuk rakyat mengatur aktiviti kehidupan mereka. Kita sendiri tak tahu bila kita boleh nak pergi...
[Dewan riuh]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Nak kenduri kahwin anak pun payah. Jadi saya katakan bahawa ini menunjukkan bahawa kerajaan tak mesra rakyat. Sepatutnya kerajaan harus lebih mesra rakyat kerana demokrasi pilihan raya ini demokrasi yang tidak menyusahkan rakyat.
Sekarang dalam negara kita, implementasi demokrasi pilihan raya ini satu implementasi yang menyulitkan dan menyukarkan rakyat untuk mengaturkan kehidupan.
Sedangkan kita bercakap soal KPI, soal bagaimana pengurusan yang lebih baik, tetapi sekarang dalam pengurusan nak lakukan pilihan raya, nampaknya kerajaan tidak begitu mengambil langkah yang bersifat mesra rakyat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, saya minta bahawa kita pun dah sampai empat tahun, sepatutnya kerajaan sudah pun berani dan ini pun sudah terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu bahawa kerajaan harus mengumumkan apabila sudah cukup tempoh empat tahun untuk memberitahu kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat persediaan dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Keduanya ialah, ialah berkaitan dengan B.6 ini. Saya lihat bahawa ini pengurusan di peringkat Jabatan Perdana Menteri, dari segi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan Perdana Menteri. Saya lihat bahawa ini akan timbul masalah apabila isu yang berkaitan dengan FELDA Global Venture ini yang akan disenaraikan nanti.
Di tangan saya ini ada surat daripada FELDA Global Venture kepada Pejabat Tanah dan Galian daripada negeri-negeri. Baru lagi surat ini, pada 13 Jun yang lalu, hendak menunjukkan bahawa kerajaan tidak buat satu preparation yang jelas dan sudah tentu bahawa ini akan menyulitkan dari segi beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Pertamanya ialah permohonan blanket consent, bagi pajakan tanah oleh Lembaga Kemajuan Tanah Felda ini kepada FELDA Global Venture. Jadi, saya katakan bahawa ini sesuatu yang sangat saya ragukan apabila perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pihak kerajaan kerana kerajaan minta blanket consent sedangkan sepatutnya prosedurnya dia pergi lot-by-lot. Jadi, orang nampak kerajaan lebih hendak kepada kemudahan. Keduanya ialah, bagaimana perkara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada masa depan, terutama rizab Melayu umpamanya apabila dia dipersetujui bahawa tanah rizab Melayu ini tidak akan diganti dalam tempoh lebih 99 tahun, maknanya dia minta satu tempoh 99 tahun yang baru. Ini bermakna bahawa kita tidak akan gantian kepada tanah rizab Melayu ini.
Jadi saya hendak minta penjelasan bahawa kerana kesannya nanti ialah bagaimana kerajaan negeri akan kehilangan kuasa ke atas tanah-tanah ini selama tambahan 99 tahun lagi kepada FGV dan kerajaan negeri tidak berhak untuk menggunakan tanah ini untuk tujuan pembangunan. Oleh sebab itu saya katakan bahawa tidak wajar untuk kerajaan negeri menyetujui kepada permohonan blanket consent ini. Saya katakan bahawa ini menunjukkan bahawa kerajaan cuba untuk melakukan sesuatu yang sangat bertentangan dengan proses dan prosedur yang sepatutnya digunakan oleh pihak kerajaan sendiri.
Kemudiannya, Tuan Pengerusi yang baik hati pada pagi ini, saya sangat-sangat mengharapkan kepada perkara yang berkaitan dengan pilihan raya ini dapat diperjelaskan secara yang lebih detail, yang saya hendak bangkitkan sekali lagi berkaitan dengan pilihan raya ini. Pertamanya ialah...
[Melihat telefon bimbit]
Seorang Ahli
Baca SMS, Yang Berhormat Batu SMS tu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak, ada benda yang saya simpan dalam telefon saya ini untuk diminta penjelasan.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tinggal seminit lagi Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya sambung. Kenapa pemilih- pemilih ini bertukar kod lokaliti daripada awam ke pos, sebaliknya guna kod 10, daftar baru.
Jadi, saya katakan bahawa sedangkan mereka ini sudah pun berdaftar, jadi kenapa pemilih yang bertukar kod lokaliti daripada awam ke pos, maknanya daripada awam ke pos, mereka menggunakan kod 10, daftar baru. Ada 333 kes pada tahun 2012 ini dan ini satu yang sangat-sangat yang tidak wajar, begitu juga dengan pelajar universiti, pelajar universiti yang didaftarkan menggunakan pos PALAPES, di UPM ada 200 orang yang saya lihat sedangkan mereka ini bukan anggota tentera.
Tadi saya katakan bahawa ada anggota tentera yang nama dia sudah ada dalam kod lokaliti tentera, kemudian dia sekali lagi ada dalam kod lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir kerana menggunakan kod PALAPES yang juga merupakan kod sama dengan tentera. Jadi, dua kali nama dia ada, jadi ini satu penyelewengan yang dilakukan oleh pihak
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
SPR yang perlu diperjelaskan dan saya menuntut sekali lagi Tuan Pengerusi, bahawa SPR harus mengambil langkah daripada peruntukan ini untuk menghadapi pilihan raya ini ialah untuk membuat pembersihan kepada daftar pemilih yang sangat-sangat diragui oleh semua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Penegrusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 210300, pentadbiran Am, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tuan Pengerusi, saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri kerana memperkenalkan Pegawai Perpaduan dan Integrasi di peringkat Parlimen dan daerah yang saya lihat pada hari ini, terma dan rujukan pegawai ini masih lagi kabur. Jadi, saya menganjurkan supaya Jabatan Perdana Menteri meletakkan pegawai-pegawai ini yang melaporkan kepada pegawai di peringkat daerah, pada masa yang sama terpaksa berjawab kepada kawasan-kawasan Parlimen.
Akan tetapi, apa pun saya lihat dari segi enthusiast nya itu, pegawai ini benar- benar ingin melakukan kerja mereka sebagai pegawai integrasi dan sebagai pegawai perpaduan tetapi yang kita khuatir ialah apakah performance index mereka? Apakah indicator prestasi mereka? Kerana pada penghujung hari, kita akan mengira apakah tahap perpaduan di sebuah daerah ataupun kawasan itu. Jadi, harapan saya Tuan Pengerusi, supaya kita dapat lihat dan Ahli-Ahli Parlimen umpamanya, diserahkan ukuran-ukuran indeks-indeks utama yang menunjukkan tahap perpaduan.
Sebagai contoh, hari ini kalau kita melihat jika berlaku kemalangan umpamanya, yang melibatkan kaum, keturunan yang berbeza. Umpamanya sebuah kereta yang dipandu oleh keturunan Melayu, melanggar seorang anak daripada keturunan Cina, jadi bagaimana mahkamah jalanan tadi tidak berlaku? Ataupun kita lihat dari segi perbualan masyarakat, “tengok, siapa yang langgar” dan sebagainya. Jadi, ini tidak seharusnya berlaku dan pegawai perpaduan tadi seharusnya mempunyai satu terma rujukan ataupun job description, deskripsi tugasnya, antaranya ialah untuk membawa semangat 1Malaysia yang telah pun digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini, turun ke bawah. Ini kerana saya lihat penerimaan masyarakat cukup baik Tuan Pengerusi, bukan sahaja orang dewasa bahkan kanak-kanak tadika.
Hari ini kalau kita sebut “1”, mereka secara automatik akan menjawab “Malaysia”, dan semangatnya itu ialah yang paling mudah untuk kita perjelaskan dalam konteks yang paling mudah perlu diletakkan kepada pegawai-pegawai perpaduan ini, kaedahnya.
Umpamanya, contoh yang saya sebut tadi, jika berlaku kemalangan, tidak ada lagi dilihat siapa yang kemalangan. Hari ini semua akan turun membantu tidak kira keturunan Melayu, Cina, India dan lain-lain, kita akan melihat mangsa kemalangan itu sebagai sama dengan kita. Jadi, kalau boleh kaedah penjelasan ini tidak terlalu complicated supaya ia dapat mudah disampaikan dalam konteks hubungan masyarakat di bawah sana.
Jadi Tuan Pengerusi, saya juga mengharapkan bahawa unit-unit suatu alat yang cukup popular, diperkenalkan pada tahun 1974 dahulu, iaitu Rukun Tetangga. Rukun Tetangga ini sebenarnya peranannya sebagai penambah baik kepada struktur dan sistem kehidupan masyarakat, terutamanya di dalam konteks keselamatan dan kesejahteraan penduduk di persekitarannya.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Akan tetapi Tuan Pengerusi, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan hari ini adat rukun tetangga ini telah menjadi pesaing kepada struktur dan sistem masyarakat di setengah-setengah lokaliti itu di mana jika mereka tidak berperanan dalam politik ataupun di dalam kumpulan-kumpulan sokongan yang lain, mereka akan menggunakan rukun tetangga ini sebagai pelantar untuk mereka melahirkan rasa ketidakpuasan hati dan sebagainya yang akhirnya semangat asal untuk kita menyatupadukan masyarakat mencari persamaan, mengecil perbezaan itu tadi itu tidak berlaku apabila alat Rukun Tetangga ini digunakan untuk memperbesar-besarkan perbezaan dan mengecilkan persamaan. Jadi saya khuatir kalau kawalan tidak kita perkenalkan secara konsisten di dalam unit-unit
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Rukun Tetangga ini ia akan menjadi bibit-bibit perpecahan sistem kehidupan masyarakat di setengah tempat.
Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi supaya berikan satu peranan, tugas, tanggungjawab yang jelas kepada pegawai-pegawai perpaduan ini supaya antaranya melakukan lawatan-lawatan kepada struktur-struktur Rukun Tetangga di peringkat akar umbi dan bertanyakan apakah program-program secara langsung dengan masyarakat atau secara tidak langsung umpamanya program-program yang menganjurkan perhimpunan dalam bentuk pertandingan-pertandingan sukan rakyat dan sebagainya. Pada masa yang sama mereka juga memantau secara remote. Kalau datang lihat pejabat, lihat unit-unit rukun tetangga mungkin dapat dilihat struktur yang dipamerkan cukup baik sekali.
Akan tetapi lebih baik jika ditanya kumpulan-kumpulan struktur masyarakat yang dianggap sebagai pesaing kepada unit rukun tetangga tadi, mungkin maklumat lebih boleh diperoleh.
Apa yang penting dari itu Tuan Pengerusi ialah bagaimana kementerian menyediakan penyelesaian kepada masalah unit yang timbul tadi.
Keduanya dan yang terakhir Tuan Pengerusi ialah tentang the Government Group for High Technology (MiGHT) – Malaysian Industry. Kita telah pun bersama-sama mendengar perbahasan yang agak panjang terutamanya di dalam tajuk Lynas baru-baru ini.
Saya percaya hari ini jika kita tidak meneruskan kaedah pengajaran, pendidikan yang secara objektif memberikan kesedaran kepada masyarakat. Kita mesti ingat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri bahawa perubahan budaya itu bermula dengan pengetahuan. It has to start with knowledge apa pun. Dengan pengetahuan inilah baru membawa kesedaran yang boleh membawa kepada suntikan motivasi secara berterusan kepada perubahan tabii yang akhirnya akan menjadi budaya.
Saya meletakkan perkara ini penting Tuan Pengerusi kerana kita khuatir kumpulan-kumpulan masyarakat yang membuat keputusan hanya berasaskan kepada dorongan emosi dan tidak berasaskan kepada fakta dan angka. Ini barulah langkah-langkah kecil yang kita berhadapan dengan satu situasi untuk kita membawa satu kemajuan sains dan teknologi kepada negara kita yang mungkin di masa hadapan kita berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Penubuhan nuclear power plant umpamanya menghadapi krisis tenaga. Jadi hari ini pihak Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 380600 ini perlu mengadakan satu kaedah bagaimana untuk mendidik sistem masyarakat ini supaya mereka menerima akan sampai satu ketika kita berada di persimpangan bahawa kita terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang dibuat itu mestilah berasaskan ilmu, mestilah berasaskan kebijaksanaan, mestilah berasaskan kepada fakta dan angka, membuat keputusan secara rasional.
Jadi dua perkara ini saya bawa supaya Tuan Pengerusi, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab boleh menggariskan pelan-pelan tindakan supaya penyelesaiannya akan menambah manfaat kepada negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada satu perkara sahaja. B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Butiran 010000 – Urusan Pilihan Raya.
Saya rasa sebelum kita menjalankan PRU Ke-13, saya haraplah bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya kita bolehlah mengemaskinikan rang daftar pemilih yang setakat ini.
Ini kerana kebelakangan ini saya menerima satu aduan seorang pengundi yang bernama Tee Ee Hoon K/P No. beliau adalah 841115-08-6016 dan alamat mengikut ICnya memang di Seri Kembangan, memang di kawasan Parlimen Serdang. Akan tetapi apabila beliau pergi untuk mendaftarkan diri dan mengikut Rang Daftar Pemilih Tambahan, secara tiba-tibanya alamat beliau untuk mengundi adalah di negeri Perak, Parlimen Kampar dan juga di DUN Keranji. Jadi saya tidak faham kerana dia memang seorang pengundi yang duduk di Serdang, dan juga alamat kad pengenalan beliau juga beralamat di Serdang. Akan tetapi pada akhirnya beliau secara tiba-tiba dipindahkan ke negeri Perak untuk mengundi di Parlimen Kampar. Jadi saya harap bahawa isu yang seperti ini Suruhanjaya Pilihan Raya bolehlah atasi sebelum kita menjalankan PRU Ke-13.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Selain daripada itu, saya telah meneliti Rang Daftar Pemilih Tambahan untuk suku pertama 2012. Di antaranya saya mendapati ada sekurang-kurangnya 25 orang pemilih baru yang tidak mempunyai alamat lengkap ataupun nombor pintu di bawah Parlimen Serdang. Saya beri beberapa contoh di sini. Ada seorang pengundi yang bernama Rosita binti Abdul Kahar dan nombor ICnya ialah 590121-01-5050. Alamat beliau adalah ‘Satria', Sungai Ramal Luar, Kajang. Itu sahaja. Satria itu kereta Proton saya tahulah tetapi kenapa tiba-tiba ada satu alamat yang dipanggil ‘Satria' Sungai Ramal Luar.
Selain daripada itu, ada seorang lagi pengundi yang bernama Abdul Rahman bin Mohd Yusof dan alamatnya adalah Jalan Sentosa, Batu 21. Itu sahaja. Saya tidak faham.
Jalan Sentosa begitu panjang dan semua pengundi-pengundi lain yang duduk di Jalan Sentosa mereka juga mempunyai satu nombor pintu. Akan tetapi untuk pengundi yang bernama Abdul Rahman bin Mohd Yusof ini beliau tidak ada nombor pintu. Langsung tidak ada.
Satu lagi contoh yang saya hendak bagi di sini. Seorang pengundi yang bernama Ghaful bin Mohd Faisal. ICnya 880210-12-6153. Alamat beliau adalah LM2.01.02, Jalan Bukit Kenanga. Itu sahaja. Ini kali pertama saya mendapat alamat yang sebegini. Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan untuk suku pertama tahun 2012 ini sekurang-kurangnya ada 25 orang pemilih yang mempunyai masalah yang sama.
Jadi saya berharap bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengemaskinikan semua kesilapan, ataupun semua isu-isu ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat jelata bahawa memang PRU kita adalah bersih dan adil. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tentang T.14 – soal pencen. Kalau kerajaan telah mengadakan gaji minimum bagi membantu rakyat kita yang berpendapatan rendah daripada garis kemiskinan, apakah kementerian bersedia melalui perancangan ini untuk mengadakan pula satu kajian sebahagian daripada rakyat kita yang pencennya di bawah daripada garis kemiskinan? Ini supaya sebahagian daripada peruntukan yang kita luluskan ini dapat digunakan untuk membantu golongan tersebut.
Keduanya Tuan Pengerusi ialah soal ganjaran terutama sekali kepada pegawai- pegawai kita termasuk juga anggota polis...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Di bawah tajuk mana ini Yang Berhormat?
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
T.14, polis...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kita sekarang membahas B.4 dan B.6 Yang Berhormat.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Ya, B.4 dan B.6.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
B.4 dan B.6 ini pilihan raya.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Minta maaf Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kawasan rukun tetangga.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Suruhanjaya Pilihan Raya, B.4. Minta maaf tadi Tuan Pengerusi. Yang tadi itu dibatalkan dengan sendirinya...
[Ketawa] Suruhanjaya Pilihan Raya ini saya hendak bertanya Yang Berhormat Menterilah, kenapa kos pilihan raya kita ini mahal sangat? Apa sebenarnya yang kita gunakan, peruntukan yang kita luluskan ini? Kalau boleh pegawai-pegawai kita ini menjelang pilihan
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
raya ini kita berikan sebahagian daripada peruntukan ini supaya khidmat di pejabat suruhanjaya pilihan raya kita ini ditambah lagi masa untuk melayan segala aduan yang dikemukakan oleh seluruh rakyat terutama sekali berkaitan dengan soal daftar pemilih.
Saya juga hairan kerana soal-soal kecil daftar pemilih ini sampai ke dalam Parlimen. Padahalnya selaku Ahli Yang Berhormat, kita boleh pergi ke pejabat suruhanjaya pilihan raya ataupun mengarahkan pegawai-pegawai di pusat khidmat kita bagi membantu rakyat. Tidak perlulah senarai-senarai ini dibahaskan di dalam Parlimen seolah-olah pegawai kita tidak membuka pintu untuk aduan yang dibawa oleh wakil rakyat ataupun kita tidak melayan setiap aduan tersebut. Saya fikir dengan adanya peruntukan ini, kita boleh menambah lagi khidmat yang boleh kita berikan kepada rakyat dan sudah tentulah kita akan dapat menyediakan satu daftar pemilih yang tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan B.6 berkenaan JPM ini, saya cuma hendak menyentuh tentang soal ronda malam yang merupakan satu perkara yang sangat baik yang kita adakan sekarang ini. Ronda malam ini sudah jelas menunjukkan bahawa kita dapat menurunkan kadar jenayah terutama sekali di kawasan-kawasan taman perumahan.
Namun demikian, apakah tidak boleh kementerian ini memikirkan dengan adanya sebahagian daripada peruntukan ini kita dapat melengkapkan kepada semua sukarelawan kita yang sedia mengorbankan masa, tenaga mereka untuk menyertai program ronda malam ini supaya menyediakan kemudahan-kemudahan yang lebih lengkap terutama sekali menyediakan satu pusat markas mereka untuk mereka menjalankan perancangan, berkumpul dan menjalankan segala operasi sebelum bergerak pada waktu malam. Ini kita boleh jadikan sebagai pusat untuk mengumpulkan data-data dan juga perancangan- perancangan yang lebih tersusun sebelum mereka menjalankan operasi.
Saya juga memikirkan peralatan-peralatan yang lebih sesuai yang boleh kita bekalkan kepada anggota sukarelawan kita termasuklah perlindungan insurans dan juga keselamatan kepada pegawai-pegawai dan juga anggota-anggota sukarelawan kita yang mengadakan ronda malam ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat dari Rantau Panjang.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih. Lama tak panggil nama saya, tak ingat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin dalam peringkat Jawatankuasa ini ingin membahaskan Maksud B.4, Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu kod 01000 yang berkaitan dengan perkhidmatan dan bekalan. Kalau kita tengok ada tambahan.
Suruhanjaya Pilihan Raya mendapat tambahan RM360 juta dan ini adalah satu kos yang sangat besar sebagaimana yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Kita ingin penjelasan apakah butiran yang melibatkan kos yang begini banyak yang terpaksa ditanggung oleh SPR? Kita ingin penjelasan juga apakah jaminan dengan kos yang begini banyak pengurusan urusan pilihan raya ini akan lebih cekap dan bersih terutama di sudut daftar pemilih yang masih banyak diragui sehingga sekarang ini. Kita lihat dalam buku daftar pemilih sekarang ini, masih ada nama-nama yang senarainya nama- nama pemilih yang apabila dicheck dengan Jabatan Pendaftaran Negara, rekodnya tidak ada tetapi masih ada dalam daftar pemilih. Perkara ini mesti dibersihkan sebelum berlakunya pembubaran Parlimen.
Begitu juga dengan alamat yang tidak munasabah. Satu bangunan yang ada empat tingkat, tetapi pengundi berada di tingkat enam. Ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Begitu juga lot-lot tanah sampai lot kubur pun ada nama pengundi, ada di kawasan Tanah Merah. Sebelum ini didapati satu lot kubur ada lebih daripada 100 alamat pengundi yang berada dalam lot kubur. Ini adalah perkara yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, kenapa berlakunya kes yang sedemikian?
Saya ingin penjelasan juga iaitu dari sudut kebebasan media terutama dalam menghadapi pilihan raya. Kita lihat media perdana digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak kerajaan berkempen sehingga kepada pagi hari mengundi. Jadi sejauh manakah kawalan ini akan dipastikan supaya media yang bebas bukan hanya berpihak kepada parti pemerintah terutama dalam kempen pilihan raya.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin penjelasan juga iaitu berkaitan dengan masalah pengurusan teknikal dari sudut pilihan raya iaitu kertas undi yang kita dapati sebelum ini, kertas undi yang digunakan adalah kertas undi yang mudah koyak. Ini menyebabkan berlakunya kes undi rosak. Jadi sejauh manakah pihak SPR akan berusaha untuk memastikan kertas undi yang berkualiti supaya undi apabila pengundi membuang undi maka tidak mudah berlaku koyak terutama yang melibatkan pengundi warga emas dan sebagainya?
Saya ingin penjelasan juga iaitu yang berkaitan dengan masalah tambahan pengundi yang luar biasa yang berlaku di sesetengah kawasan. Jadi sejauh manakah pemantauan yang dibuat oleh pihak SPR supaya perkara ini tidak melibatkan penipuan ataupun melibatkan salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?
Saya ingin juga pihak SPR memberi penjelasan berkaitan dengan masalah pengundi warga asing yang diberi IC untuk mengundi. Ini adalah satu yang bukan sesuatu fitnah, ini adalah banyak bukti yang kita dapati bagaimana akuan yang dibuat sendiri oleh pihak yang terbabit bagaimana mereka diberi kad pengenalan dan mereka diberi syarat untuk mengundi bagi pihak parti pemerintah. Jadi ini adalah satu perkara yang seharusnya diberi perhatian yang serius supaya perkara yang tidak sepatutnya berlaku, berlaku dalam sistem proses pilihan raya kita.
Saya juga ingin penjelasan berkaitan dengan penglibatan pihak keselamatan iaitu pihak polis dalam pilihan raya yang kita lihat dalam bajet ini walaupun terbabit dalam butiran yang seterusnya tetapi ada kaitan dengan pilihan raya melibatkan bilangan yang begitu ramai.
Jadi sejauh manakah saya ingin penjelasan, berapa sebenarnya keperluan tenaga keselamatan yang diperlukan oleh SPR setiap tahun? Kita tengok untuk tahun ini kita lihat melibatkan RELA. Apakah mereka ini akan mengundi awal sebab mereka ini ditugaskan untuk bertugas pada hari mengundi? Jadi dan berapakah jumlah mereka yang terlibat?
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh bagi Maksud B.6, Jabatan Perdana Menteri. Kita melihat tambahan sebanyak RM112,900,000 dikehendaki untuk membiayai perbelanjaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah satu tambahan yang begitu besar. Saya ingin penjelasan dari sudut perbandingan, berapakah pertambahan kos pengurusan tempoh semasa perkhidmatan pada masa zaman Pak Lah Badawi jadi Perdana Menteri dengan zaman Dato’ Sri Mohd. Najib? Ini sebab kita tengok kadarnya begini besar. Saya ingin penjelasan juga berkenaan dengan peruntukan khas di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen yang diberi hanya kepada Ahli-ahli Parlimen BN yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Sejauh manakah kerajaan memantau program-program yang dilaksanakan di bawah JPP ini dan sejauh manakah sampai kepada sasaran? Ini sebab kita dapati peruntukan yang disalurkan melalui Ketua Bahagian UMNO di mana dekat Parlimen yang tidak dimenangi oleh BN yang mana peruntukan ini disalurkan melalui Ketua UMNO Bahagian yang mana kami sebagai Ahli Parlimen tidak mendapat satu sen pun peruntukan.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Jadi sejauh mana pemantauan dibuat? Sebab kita lihat projek-projek yang dibuat tidak menyelesaikan masalah rakyat dan banyak program-program yang dibuat oleh JPP boleh dipertikaikan. Jadi kita minta supaya kerajaan memastikan supaya peruntukan yang begini besar yang diberi, dan dia dapat makluman yang terkini, ada lagi tambahan lebih daripada RM1 juta setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional dalam masa yang terdekat untuk berdepan dengan pilihan raya umum. Jadi saya harap wang ini adalah wang rakyat, ini adalah wang daripada cukai rakyat di manfaat kepada rakyat, bukan di manfaat kepada UMNO Barisan Nasional. Jadi saya harap supaya perkara ini dibuat pemantauan yang sebaiknya oleh pihak kerajaan supaya sampai kepada matlamatnya.
Saya ingin minta penjelasan juga berkaitan dengan peruntukan yang diberi melalui Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela, RELA dan sebagainya. Sejauh mana manfaat ini diberi, terutama di kampung-kampung kita lihat mereka ini sebagaimana disebut oleh sahabat kita tadi, kemudahan markas ataupun tempat mereka berkawal itu amat daif setengahnya. Mereka ini tidak ada bekalan yang cukup terutama jaga malam, keperluan- keperluan asas termasuk juga ialah dari sudut latihan. Jadi sejauh mana latihan dibuat kepada pihak Rukun Tetangga ataupun RELA ataupun SRS ini dalam menghadapi penjenayah-penjenayah? Sebab kita lihat hari ini penjenayah menggunakan senjata-senjata
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
canggih yang sudah tentu memerlukan pasukan keselamatan yang mempunyai kecekapan dalam berdepan dengan pelbagai jenayah yang dilakukan oleh mereka.
Jadi kita tidak mahu sebagaimana satu kes berlaku di kawasan saya sendiri di mana apabila pihak SRS ini mengejar perompak dalam keadaan terdesak dan melibatkan kematian, tetapi apabila berlakunya kes ini, polis seolah-olah enggan bekerjasama kerana kes ini berlaku tidak bersama dengan pasukan polis. Ketika itu SRS ini bersama dengan penduduk kampung mengepong pencuri, perompak ini, dan akhirnya melibatkan pukul sehingga membawa kepada kematian. Kesannya besar apabila kita dapati aduan daripada rakyat mengatakan mereka keberatan untuk bertugas sebab dia kata seolah-olah kurangnya kerjasama yang baik diberi oleh pihak keselamatan terutama dalam membela kes yang seumpama ini yang melibatkan mahkamah dan sebagainya ia memberi pembelaan kepada Pasukan SRS ini. Jadi sejauh mana perkara ini dibuat untuk memastikan kecekapan dari sudut perkhidmatan.
Seterusnya saya ingin penjelasan iaitu tentang keselamatan di sempadan. Kita lihat pencerobohan yang melibatkan sempadan adalah suatu yang amat kritikal. Jadi sejauh mana pihak kerajaan melibatkan pasukan SRS, Rukun Tetangga ini untuk memastikan penyeludupan dapat dikawal terutama di kawasan sempadan?
Sebab kita melihat terutama di stesen-stesen minyak yang dikawal oleh pasukan RELA seolah-olah tidak ada apa-apa kesan. Malah, kita lihat penyeludupan minyak semakin banyak. Walaupun pasukan RELA ada bertugas di stesen-stesen minyak tetapi seolah-olah tidak ada kesan. Jadi sejauh mana peranan ataupun tugas untuk memastikan kerajaan dapat mengawal kes-kes yang melibatkan penyeludupan ini berlaku terutama di kawasan sempadan yang melibatkan pasukan sukarela yang boleh membantu pihak keselamatan kita untuk mengawal dari sudut kepentingan rakyat dan negara kita.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah habis masa Yang Berhormat,
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Silam.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut serta dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu. Yang Berhormat Silam hendak bercakap atau tidak?
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Hendak bercakap, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya jemput Yang Berhormat Silam tadi.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Okey terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi...
Datuk Ismail Kasim - Arau
Maaf Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
...Di atas kesudian untuk mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan maksud butiran B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya dan B.6 – Jabatan Perdana Menteri.
Berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, kenyataan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini terutamanya berhubung dengan daftar pemilih di negeri Sabah yang lebih kurang 286,000 lebih yang belum lagi mendaftar untuk menjadi pengundi. Sebab dari segi masa pun kita sudah sangat kesuntukan. Mungkin tempoh ini akan cuba dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membolehkan
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
terutamanya rakyat kita di seluruh negara yang berada di kawasan luar bandar khususnya di negeri Sabah dari segi pengangkutan pun agak menyulitkan mereka untuk datang ataupun keluar.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian yang berkaitan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya, supaya inisiatif yang diambil untuk membolehkan seramai, kalau pun barangkali tidak secara menyeluruh 286,000 lebih ini untuk menjadi daftar pengundi atau pemilih di masa akan datang, tetapi ada suatu tindakan yang konkrit yang mungkin boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi bekerjasama dan memastikan kesedaran masyarakat supaya mereka ini terlibat untuk memastikan bahawa untuk mendaftar menjadi pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan raya itu di seluruh negara ini sangat perlu kepada kita semua sebagai suatu tanggungjawab dan peranan pihak berwajib.
Kesedaran ini mungkin tidak difahami terutamanya oleh penduduk yang berada di kawasan luar bandar walaupun kita tahu mungkin dari segi akses untuk penggunaan komputer telah pun berlaku.
Di samping itu juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dari segi inisiatif gerakan untuk – saya ingin mencadangkan untuk mewujudkan kios bergerak di seluruh negara terutamanya di kawasan yang terpencil di negeri Sabah dan Sarawak yang sangat diperlukan. Mungkin kalau di peringkat awal mungkin ianya bersifat sementara dan alangkah baiknya kalau di masa akan datang untuk membolehkannya ianya satu proses pendaftaran yang berterusan untuk diambil kira. Ini kita berharap agar peranan ini dapat diambil perhatian oleh semua pihak agar kita mengenal pasti tentang peranan Suruhanjaya Pilihan Raya itu sendiri.
Untuk kes di negeri Sabah, saya ingin mencadangkan supaya selain daripada pejabat di Kota Kinabalu, saya mencadangkan – sebab kita ada kawasan pendalaman, kawasan pantai timur di negeri Sabah. Saya cadangkan untuk mewujudkan pejabat cawangan Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan-kawasan pedalaman dan di kawasan pantai timur untuk memudahkan masyarakat di kawasan-kawasan ini untuk mendaftar menjadi pengundi dan untuk mengetahui segala peranan dan tanggungjawab dari segi kesedaran. Sebab dari segi komunikasi dan pengangkutan pun agak terlalu terhad kalaupun perjalanan darat. Walaupun barangkali ada kerjasama dengan jabatan ataupun badan agensi seperti Pos Malaysia tetapi nampak dari segi keberkesanan untuk peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya ini agak terhad. Saya mencadangkan di sini supaya pihak suruhanjaya dan kementerian yang berkaitan dapat mengambil perhatian ini dengan begitu serius.
Di samping itu juga saya hendak tahu berapa peruntukan yang diberikan untuk negeri Sabah bagi memastikan keberkesanan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mengambil tindakan inisiatif berhubung dengan perkara ini.
Seterusnya dalam B.6, saya ingin menyentuh tentang peruntukan untuk menampung aktiviti kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan Integriti Nasional. Kalau kita lihat di negeri Sabah, sambutan untuk jabatan ini sangat baik dan proaktif daripada masyarakat setempat. Saya berharap dalam peruntukan RM50,000 ini dari segi kadar amaunnya biar terutamanya di negeri Sabah kita tambah dari segi kadar peruntukan, oleh sebab logistik, kemudian jarak di antara satu tempat terutamanya Jabatan Perpaduan Negeri Sabah di Kota Kinabalu untuk dia punya outreach program di kawasan-kawasan pedalaman seperti di Pensiangan, di Tenom termasuk juga Pantai Timur negeri Sabah begitu terhad dari segi capaiannya.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
Kita berharap supaya kalau tidak ada pejabat-pejabat perpaduan di kawasan- kawasan pedalaman dan di kawasan Pantai Timur ini belum diwujudkan secara meluas, saya berharap supaya kementerian dan jabatan yang berkaitan mengambil inisiatif untuk memastikan sebab konsep negara kita dalam keadaan sekarang yang kita mahu melihat keberkesanan untuk kita menterjemahkan dan merealisasikan konsep perpaduan, kesepaduan, kesefahaman dalam semua perkara terutamanya yang berhubung kait dengan etnik, kebudayaan dan banyak lagi perkara-perkara lain yang barangkali kalau saya melihat contohnya di kawasan saya di Parlimen Silam, kita ada sebenarnya pejabat perpaduan, tetapi sekarang ini mereka menumpang.
Jadi, saya mohon di masa akan datang supaya kementerian berkaitan terutamanya Jabatan Perpaduan mengambil inisiatif untuk mewujudkan pejabat tetap. Oleh sebab ini akan membolehkan pegawai yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas di
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
tempat mereka dalam keadaan yang baik dan selesa. Kita dapati juga peranan Jabatan Perpaduan sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri Sabah memang mendapat sambutan yang baik. Contohnya skim rondaan, ianya amat baik sebab suatu konsep yang boleh menyebabkan penduduk kampung terlibat dalam rasa kebertanggungjawaban untuk menjaga keselamatan. Ini boleh membantu dari segi mengurangkan kadar jenayah di sesebuah kampung ataupun di dalam sesebuah daerah.
Sebagai contohnya, kalau mengikut laporan daripada PDRM di kawasan negeri Sabah ada 27 buah daerah dan di antaranya daerah yang paling selamat, saya bersyukur terdapat di kawasan Parlimen Silam terutamanya di Daerah Kunak. Ini banyak dibantu hasil daripada skim rondaan yang wujud di setiap kampung dan banyak membantu pihak keselamatan terutamanya PDRM di samping RELA yang kita tahu ada komitmen yang bersama. Jadi kalau kita dapat perluaskan konsep ini dan konsep perpaduan ini dapat diterapkan kerana kita melihat bagaimana silaturahim di kalangan penduduk setempat dengan adanya program skim rondaan sukarela ini banyak membantu bagaimana kita menghargai jiran dan persekitaran kita.
Tuan Pengerusi, saya juga berharap supaya di kawasan Pantai Timur negeri Sabah, program-program seumpama ini, skim rondaan sukarela dan program perpaduan ini perlu kita perluaskan, perbanyakan dari segi aktivitinya. Oleh sebab ini boleh membantu dari segi mengurangkan banyak perkara terutamanya masalah-masalah sosial di samping kesedaran untuk kita memastikan dari segi persefahaman, mengenali dengan rumpun masyarakat yang berkaitan di kawasan mereka. Saya sangat berharap supaya kementerian di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam perpaduan ini supaya mengambil inisiatif dan menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan lagi kadar aktiviti yang dibuat dan bukan hanya bertumpu di kawasan pekan- pekan ataupun bandar-bandar utama di seluruh negara. Bukan hanya di kawasan negeri Sabah, tetapi juga memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang jarang sekali dilawat ataupun didatangi oleh pihak-pihak tertentu. Juga boleh membantu sebenarnya anggota keselamatan kita kalau kita ada program yang telah disediakan oleh pihak jabatan yang berkenaan.
Tuan Pengerusi, saya berharap supaya...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat dah habis.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
50 saat Tuan Pengerusi. Saya berharap supaya peruntukan yang diberikan terutamanya untuk negeri Sabah dapat ditambah bagi membolehkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar dan mudah-mudahan ianya membantu untuk pembentukan sebuah negara yang bersatu-padu, harmoni dan aman damai. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyertai perbahasan di bawah Kepala Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri, Kepala Pentadbiran – 010000. Berkaitan dalam pentadbiran, saya ingin mendapat beberapa penjelasan dari segi pengurusan Jabatan Perdana Menteri dan sama ada bimbingan yang telah diberi kepada syarikat pelaburan yang terbesar bagi pihak Kerajaan Malaysia iaitu Khazanah. Pada 26 Februari 2012, satu laporan polis telah dibuat oleh Encik Tan Ting Heng terhadap isterinya yang telah bercerai, seorang remisier, Seng Lian. Dalam laporan polis itu telah memberi beberapa maklumat bahawa Pengarah Khazanah, Andrew Sheng Len Tao telah dari 2007 hingga 2011.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini di bawah mana Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini di bawah pentadbiran JPM.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat tengok dalam Maksud 4 dan 6, ia tambahan sebanyak RM360 juta untuk pilihan raya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Di bawah JPM, pentadbiran.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
RM50 juta di bawah rondaan skim perpaduan integriti nasional, RM30 juta membaik kos unit penjenamaan negara, RM12 juta lebih Istana Negara...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
RM10 juta di bawah MIGHT dan RM15 juta di bawah pembangunan wilayah ekonomi, RM5 juta untuk menampung perbelanjaan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya. Saya membahas ke atas...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi ia tidak ada dalam butiran Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Butiran Pentadbiran Am sebab apa yang ...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Akan tetapi kalau kita lihat Yang Berhormat, yang kita hendak bawa usul ini di bawah B.4 dan B.6 Yang Berhormat. Kita tidak boleh jauh sangat terpesong.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, tetapi dalam pentadbiran...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak ada, ini tidak ada. Dalam B.4 dan B.6 tidak ada Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, sebab kalau dalam pentadbiran am tidak membawa apa-apa ...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itu mungkin Yang Berhormat boleh bangkit di bawah Kementerian Kewangan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Di bawah Kementerian Kewangan?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kementerian Kewangan selepas ini Yang Berhormat. Ini Jabatan Perdana Menteri, ia tidak ada.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, saya akan reserve hujah ini untuk Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, reserve. Tadi pun saya ada menegur juga kawan di sebelah sana bangkit perkara di bawah Kementerian Kewangan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, saya terima teguran daripada Tuan Pengerusi. Ini untuk perbendaharaan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik dua perkara sahaja iaitu berhubung dengan 31000 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan satu lagi dasar baru, 38000 iaitu berkaitan dengan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Tuan Pengerusi, pada pelaksanaan majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ini, ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan iaitu berhubung dengan kemajuan yang telah dicapai hasil daripada blueprint yang telah dibuat semasa pelancaran pada tahun 2007 oleh antan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Tun Abdullah.
Jadi di sini, kita lihat ECER ini agak kita tidak pernah mendapat laporan jelas kerana berita yang dipaparkan di akhbar pun kebanyakannya berita yang terlibat dengan pantai timur edisi. Jadi pelaksanaan projek yang saya anggap yang perlu diperjelaskan ialah berhubung dengan the centralized concentration yang terkandung dalam blueprint ini termasuk beberapa bidang yang telah diberi fokus oleh ECER seperti agropolitan, pertanian, penternakan dan lain-lain.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Jadi, beberapa projek yang telah dijalankan seperti Pusat Penyelidikan Inovasi di Muadzam dan Pusat Pembiakan dan Inovasi Kuala Berang yang berhubung dengan penternakan ini, sejauh mana perkembangan yang ada setakat ini dan adakah ia telah dilaksanakan? Apakah kesan yang boleh dicapai oleh masyarakat setempat berhubung dengan kejayaan dan juga hasil daripada pelaksanaan projek berkenaan?
Kemudian berhubung dengan pelancaran sebagai Gerbang Pelancongan di Kuala Terengganu. Jadi setakat ini, apakah persediaan yang dibuat dan sejauh mana setakat ini berapa ramaikah pelancong yang terlibat bukan setakat berdasarkan pada event yang dibawa seperti acara tahunan yang dibuat di peringkat negeri Terengganu? Bahkan apakah sumbangan yang telah diberi oleh ECER kepada kerajaan negeri dalam usaha melihat gerbang pelancongan untuk negeri-negeri d Pantai Timur ini menjadi kenyataan.
Satu lagi ialah berkaitan dengan Greater KL. Bandar Bentong telah diiktiraf sebagai Greater KL. Jadi, setakat ini Greater KL yang kita melihat hasil daripada limpahan pembangunan yang begitu pesat daripada pembangunan Kuala Lumpur ini, Bentong dianggap bandar berkembar dan penekanan yang diberikan ataupun konsep yang diberikan setakat ini, adakah melibatkan hanya soal-soal pembangunan modal insan semata-mata ataupun ia didasarkan pada pembangunan-pembangunan lain seperti UIA yang sedia ada.
Kemudian, Institut Aminuddin Baki dan juga Genting Highlands.
Jadi, adakah rancangan-rancangan lain yang diberikan penekanan oleh pihak ECER dalam memastikan Greater KL dan pembangunan bandar Bentong ini menjadi kenyataan. Ini kerana kita lihat projek-projek yang dilaksanakan seperti agropolitan dan sebagainya, ia memberikan impak yang cukup berkesan dalam usaha membasmi tahap kemiskinan miskin tegar bagi penduduk-penduduk di kawasan Pantai Timur selari dengan hasrat kerajaan, penubuhan ECER ini untuk memastikan keseimbangan dalam pembangunan di antara wilayah seperti mana yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri terdahulu.
Kemudian saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan juga berhubung dengan satu lagi projek, tujuh tanaman yang melibatkan soal-soal yang berkaitan dengan farmasi ataupun farmaseutikal. Sejauh mana ia berjaya dan setakat ini berapa orang kah usahawan yang terlibat dalam menjayakan tujuh tanaman ini seperti hempedu bumi, dukung anak, misai kucing, kacip Fatimah, tongkat ali, serai pedas dan gaharu yang merupakan di antara tujuh jenis tanaman yang telah disenaraikan oleh ECER dalam membantu penduduk setempat? Sejauh mana usaha dijalankan bagi membangunkan produk-produk ini menjadi produk farmaseutikal? Salah satu contoh ladang herba ini di Pasir Raya, Dungun seluas 461 hektar begitu juga di Cegar Perah, Lipis. Apakah kita telah berjaya menarik pelabur- pelabur asing dalam usaha membangunkan rantaian nilai berdasarkan farmaseutikal ini?
Adakah setakat ini kita telah berjaya mencapai dan menarik pelaburan yang lebih banyak di kawasan ini bukan setakat pelaburan-pelaburan yang sedia ada seperti Eco Tower, Oilfields Supply Center Limited dan lain-lain.
Kemudian Tuan Pengerusi, satu lagi yang terakhir ialah tentang MiGHT ini telah dibangkitkan oleh beberapa orang rakan-rakan saya iaitu berhubung dengan teknologi tinggi yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, setakat ini saya ingin bertanya apakah yang telah dimainkan oleh MiGHT dengan peruntukan tambahan yang lebih daripada RM10 juta ini untuk melihat pembangunan yang lebih berkesan dalam membangunkan teknologi tinggi di negara kita. Setakat ini, apakah konsultasi offset management, industry intelligence dan technology nurturing yang telah dirancangkan oleh MiGHT ini, adakah telah menemui kejayaan? Focus area yang dibuat setakat ini bukan sahaja melibatkan perkhidmatan malah melibatkan link organization, dengan izin yang dibuat oleh MiGHT ini, adakah telah mencapai sasaran ataupun objektif yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ini kerana kita melihat dalam pembangunan teknologi tinggi ini, adalah sesuatu yang cukup penting. Setakat ini berapakah usaha-usaha persefahaman yang telah dibuat dengan beberapa buah syarikat antarabangsa termasuk juga keterlibatan MiGHT ini dalam membangunkan pendidikan tinggi iaitu reform based on the success pioneering programme dengan beberapa buah negara maju yang ada di dunia ini seperti di Amerika, United Kingdom, Australia dan lain-lain. Setakat ini, adakah MiGHT telah bergerak ke arah itu, kerjasama dan MoU yang kita jalinkan untuk kita bangunkan sekurang-kurangnya rakyat negara kita yang kita miliki, industri berteknologi tinggi dan juga kita memiliki rakyat dan saintis mengikut acuan kita.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Jadi, saya berharap, saya perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan tentang kejayaan yang telah dicapai oleh MIGHT setakat ini dan apakah inisiatif menerusi program- program vendor yang telah ditawarkan oleh MIGHT dan sejauh mana kejayaan dicapai?
Terima kasih. Saya mohon menyokong Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan SPR dan juga Rukun Tetangga. Tuan Pengerusi, nombor satu mengenai SPR, mengenai pengundi- pengundi yang telah ditukarkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain yang mana dengan alasan bahawa dia disalah letak. Pada tahun 2007, perkara ini telah dibangkitkan kepada SPR dan pengerusi pada masa itu telah berjanji bahawa Ahli Parlimen atau ADUN bagi kawasan tersebut yang mana pengundi-pengundi itu dipindah milik atau ditukar ke tempat lain akan diberitahu.
Akan tetapi saya difahamkan di beberapa kawasan termasuk di kawasan saya hingga sekarang, kita tidak dapat apa-apa maklumat. Kami hanya dapat tahu selepas kita menyiasat daftar ini tiba-tiba nampaknya mereka telah ditukarkan ke kawasan lain atau tempat lain tanpa pengetahuan pengundi atau Ahli Parlimen atau ADUN tersebut. Apakah alasan oleh SPR bahawa pengundi-pengundi ini perlu ditukarkan kerana kami telah beritahu ada bantahan daripada segi undang-undang itu tidak boleh dibuat tanpa kebenaran pengundi-pengundi tersebut. Itu nombor satu Tuan Pengerusi.
Kedua adalah mengenai keperluan baru-baru ini mengenai IC diperlukan sebelum didaftarkan sebagai pemilih. Itu betul setakat apabila kita pergi ke tempat pejabat SPR.
Akan tetapi ini bukan satu sistem yang diguna pakai dalam tempoh beberapa – mungkin satu dekad apabila SPR melantik assistant registrar tiba-tiba kita patut menyenangkan, make it easy to register. Akan tetapi sekarang, assistant registrar perlu adakan fotokopi IC, dia perlu memperoleh fotokopi IC sebelum dia dapat menghantar permohonan untuk mendaftar pemilih tersebut kepada SPR. Apakah sebab ini dikenakan? Ini menyusahkan semua proses.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita perlu move forward. Kalau kita lihat di New Zealand, satu hari sebelum pilihan raya you boleh mendaftar sebagai pengundi. Di India, automatic registration, banyak negara di dunia. We have move forward. Di negara ini kita move backward. Tidak boleh buat pendaftaran sebagai online. Menyusahkan sistem yang sedia ada. Apakah muslihat SPR? SPR should be user friendly, SPR should be people friendly. Bukan satu disservice kepada negara ini. Setakat ini berapa juta orang yang belum mendaftar? Apakah hak mereka? Walaupun kerap kali Menteri mengatakan bahawa mereka ada hak. Itu sebab mereka tidak mahu menjadi pemilih. Itu bukan satu alasan yang boleh diterima.
Kalau kita lihat di banyak negara di dunia ini, compulsory voter registration, compulsory voting. They move forward to that way. Itu yang perlu dibuat oleh SPR, yang pemikiran mundur dan pemikiran yang salah yang digunakan oleh SPR. Itulah sebab banyak kali dikatakan SPR mengikut kehendak Barisan Nasional. SPR membuat sesuatu kehendak Barisan Nasional. Apa yang dibuat oleh SPR dengan pengetahuan mereka atau tidak adalah merupakan untuk kehendak kerajaan atau Barisan Nasional. Pemikiran atau persepsi ini patut berubah dan SPR bukan sahaja patut bebas tetapi perlu perception nya di seluruh negara perlu berada untuk pihak pemilih bukan untuk parti-parti politik.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Berkaitan dengan ini Tuan Pengerusi, saya difahamkan ada lebih dari tiga juta pengundi di mana mereka mengundi, mereka tidak duduk atau tinggal di kawasan yang mereka mengundi. Baru-baru di Malaysiakini ada tulis mengenai satu analisis yang dibuat.
Kalau tak salah Ong Kian Meng mengatakan ada alasan-alasan tertentu di mana IC mereka, mungkin address sekarang di Kuala Lumpur tetapi dia undi di Ipoh Barat. Adakah ia ada diseragamkan supaya mengikut semua pengundi negara ini adalah mengikut IC dan bukan mengikut tempat di mana mereka mendaftar sebelum itu, dan ini perlu satu minda,
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
fikiran yang baru supaya kita dapat satu sistem yang sama rata kepada semua pemilih di negara ini.
Tuan Pengerusi, ada lagi...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Habis ya?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi saya ingin tambah. Saya rasa semua Ahli Parlimen harus diberi statistik berapa ramaikah pengundi mereka yang telah dipindah atas alasan cantum lokaliti dan tersalah letak di mana saya sepanjang masa ini membantah menggunakan alasan tersalah letak untuk memindah pengundi dari satu kawasan Parlimen ke kawasan Parlimen yang lain.
Jadi, saya percaya SPR boleh bagi pecahan tersebut kepada setiap Ahli Parlimen.
Jadi, mengetahui kedudukannya pengundi kami dan juga saya bersetuju bahawa pengundi- pengundi ini harus dimaklumkan. Saya ada menerima panggilan bahawa ada segelintir yang telah menerima surat berkenaan mereka telah dipindah tempat mengundi. Akan tetapi soalan yang paling penting yang saya ingin bangkitkan.
Saya percaya Yang Berhormat Ipoh Barat juga mengetahuinya ialah di mana laman web apabila kita buat semakan nama di atas laman web, kita hanya dimaklumkan maklumat lokaliti dan daerah mengundi tanpa memberi maklumat yang lebih mendalam iaitu tempat mengundi, sekolah mengundi di mana sebab hanya kalau kita tengok semakannya, kita hanya tahu lokalitinya sebagai contohnya kawasan saya, bagi saya lokaliti adalah Taman Pengkalan Jaya. Itu sahaja. Tak ada tempat mengundi. Hanya maklumat yang mendalam diberi selepas apabila Parlimen dibubarkan.
Saya rasa kalau tak ada apa-apa agenda di sebaliknya, pihak SPR haruslah memaparkan semua maklumat sebab biasanya pengundi datang nak buat semakan mereka tanya “Saya akan mengundi di mana?”. Akan tetapi tak ada maklumat tersebut. Dia ada kod. Kalau kami bandingkan dengan maklumat yang kita ada, kita guna kod tersebut tetapi bagi individu yang buat semakan, mereka tidak akan mengetahui di manakah tempat mengundi mereka tersebut.
Akhirnya Yang Berhormat Ipoh Barat, apakah SPR patut mengambil perhatian berkenaan pengundi yang kurang upaya dan warga tua. Tempat mengundi mereka mestilah user friendly. Saya telah banyak kali melihat pengundi-pengundi yang telah berumur mengalami masalah untuk naik tangga dua tingkat di tempat mengundi di sekolah. Jadi, mungkin mereka boleh ditempatkan di bawah. Mohon penjelasan. Maaf ambil masa.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya setuju dengan penuh pandangan yang diberi oleh kawan saya dari Batu Gajah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya anggap itu satu dalam ucapan saya hari ini. Apa yang mustahak adalah cantum lokaliti dan salah letak. Perkara ini bukan baru.
Perkara ini banyak kali berlaku. Saya harap satu progressive action diambil.
Mengenai OKU, itu adalah satu perkara yang mustahak, yang perlu diambil perhatian untuk mengatasi masalah tersebut. Saya harap juga di kawasan saya Tuan Pengerusi, sendiri ada lebih kurang sepuluh rumah di mana setiap rumah itu ada undi lebih dari 100 orang. Akan tetapi ini betul-betul 1Malaysia Tuan Pengerusi. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada orang asal, Kadazan, Iban. Jadi, ini 1Malaysia. Senator Koh Tsu Koon must know about it. Ini bukan boleh cakap integrasi ya. You must go and see this constituency. Ipoh Barat ada dekat sepuluh rumah di mana dikatakan ada analisis dibuat, 100 pengundi di satu rumah. Jadi, sepuluh rumah itu menjadi – bila kita pergi cari rumah itu, rumah pun tidak ada. Tidak wujud dan ini perlu diambil perhatian.
Akhir sekali Tuan Pengerusi adalah mengenai department Senator Koh Tsu Koon.
Ini adalah mengenai integrasi. Tuan Pengerusi, saya difahamkan beberapa surat telah dihantar kepada kawasan Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah memanggil mereka untuk memberi satu explanation mengenai integrasi perpaduan di kawasan Ipoh di Bulan Sabit Merah pada Sabtu dulu. Ini adalah untuk kawasan dikata kawasan Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya sudah tengok surat tersebut dan lebih dari 1,000 orang telah dipanggil untuk datang untuk diberitahu situasi yang terkini dan sebagainya. Siapa yang berucap di sana?
Siapa yang berucap? Ketua MCA kawasan tersebut, Ketua UMNO kawasan tersebut, Ketua MIC kawasan tersebut. Semua telah di..., dekat pilihan raya yang dulu semua kalah dengan teruk. Akan tetapi lagi belum dengar. Kita hairan.
Dua, tiga kawan saya yang pergi sana mereka ingat – memandangkan surat itu katakan wakil Ahli Parlimen Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah bermakna mereka akan berada di sana. Mereka pergi. Tiba-tiba nampak dia, dia maki-maki dengan DAP, dengan PKR, dengan PAS. Itulah macam ceramah yang dijalankan. Siapa yang bayar? Ini peruntukan yang dipohon hari ini. Adakah ini yang dibuat oleh Senator Tan Sri Koh Tsu Koon?
Menteri ini patut tahu dia punya kewajipan, dia punya kerja. Menyeleweng dan mendapat alokasi hari ini, guna pakai dengan salah untuk kegunaan promosi parti politik, promosi Barisan Nasional. Ini saya rasa...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Satu minit. Ini bukan sahaja di kawasan Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah tetapi saya rasa di seluruh negara dibuat. Jadi, sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional kalau apa-apa moral atau apa-apa prinsip, patut menarik balik permohonan wang yang perlu diagihkan untuk kementerian tersebut dan kalau boleh kementerian itu patut ditutup. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi, Saya ringkas sahaja. Pertamanya saya menjurus kepada maksud B.4.
Pertamanya ini isu mengenai senarai pemilih. Saya berkongsi concern dan keraguan Ahli- ahli Parlimen sama ada di pihak Barisan Nasional dan pihak pembangkang tentang isu senarai pengundi ini. Masalah ini lebih merunsingkan di Sabah oleh kerana kehadiran ramai di Sabah. Saya rasa ada dua perkara yang berkaitan dengan pengundi ini.
Pertamanya, isu mengenai peraturan di mana pengundi sepatutnya mengundi dan mendaftar di alamat dalam IC tetapi kes di Sabah ini Tuan Pengerusi, setiap pilihan raya ini kita lihat pengundi luar ini diangkut melalui bas-bas. Orang tempatan tidak kenal dari mana pengundi ini. Yang Berhormat Menteri SPR harus mengambil perhatian tentang perkara ini.
Keduanya ialah nama-nama dalam senarai pengundi yang diragu dengan IC yang diragui. Saya ingin bertanya kepada Menteri SPR. Sekiranya apabila ada bantahan daripada pihak-pihak awam, makna dengan butiran, nama-nama, berapa lamakah reaksi ataupun rectification action daripada SPR menangani perkara ini. Kita digalakkan untuk menyampaikan kompelin tetapi kalau tidak ada rectification action, maka masalah itu akan terus tinggal begitu.
Baru ini kerajaan telah mengumumkan penubuhan RCI. Salah satu isu dalam penubuhan RCI ini ialah isu senarai pengundi dan ini terkandung dalam syor Select Committee mengenai dengan proses pilihan raya. Jadi, saya lihat penubuhan RCI ini lambat lagilah Tuan Pengerusi sebelum itu yang penting sekali kalau kita mahu mengekalkan, mempertahankan integriti pilihan raya kita ini, isu senarai pengundi ini adalah isu yang penting sekali.
Keduanya Tuan Pengerusi, Silam telah menyentuh beberapa jumlah orang yang layak di Sabah, saya sentuh Sabah sahaja, 265. Jadi, kalau mengikut proses sekarang ini, selalunya mengambil masa lebih kurang tiga bulan. Tiga bulan baru yang mendaftar itu dapat dimasukkan dalam senarai pengundi.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Jadi kerajaan sekarang ini sedang memperbaiki prestasi iaitu Government Transformation Plan, umpamanya pihak imigresen kalau kita memohon pasport kita dapat pasport dalam tempoh setengah jam atau selewat-lewatnya sejam, kenapa tidak pihak SPR
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
juga menggunakan kaedah di mana fast track registration apabila seseorang itu menyampaikan penggunaan untuk menjadi-memohon sebagai pengundi, kalau semua butiran di dalam permohonan tersebut sah kenapa tidak SPR dapat secara terus memasukkan permohonan itu di dalam senarai, tidak perlu menunggu sehingga tiga bulan.
Jadi saya berharap ini –eh Yang Berhormat Menteri mahu keluar pula ini, dapat diambil perhatian oleh kerajaan.
Terakhir sekali Tuan Pengerusi apabila menjelang PRU Ke-13 ini, nampaknya banyak movement parti-parti, parti di Sabah berpindah ke Sarawak, parti Sarawak berpindah ke Sabah. Jadi persoalan daripada rakyat Tuan Pengerusi, sama ada parti ini dahulunya, Parti Sabah Progressive Party ini berhijrah ke Sarawak, pinda nama sebagai Sarawak Workers Party, satu lagi Sarawak Reform Party berhijrah ke Sabah bertanding.
Jadi persoalannya daripada orang ramai Tuan Pengerusi, saya ingin sampaikan di sini kepada Menteri, adakah mereka ini layak untuk bertanding? Jadi ini mengelirukan apabila nanti sampai masanya, jadi ada calon-calon nanti kita ini sebagai calon kita boleh bantah atau tidak, boleh tidak boleh. Jadi saya rasa pihak SPR perlu untuk memberikan satu ketetapan boleh bertanding atau tidak boleh bertanding, sudah begitu syok untuk mengembangkan parti tetapi kesahihannya itu masih dipersoalkan. Tuan Pengerusi, itu sahajalah terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin turut membahaskan Maksud B.04 - Suruhanjaya Pilihan Raya dan peruntukan sebanyak RM360 juta diperuntukkan untuk menanggung keperluan persediaan dan pengendalian pilihan raya umum ke-13. Kalau mengikut jumlah pengundi 12 juta bermakna kos setiap pengundi, jika kita hendak membuat pilihan raya kosnya kerajaan perlu mengeluarkan RM36 untuk setiap pengundi. Ini satu angka yang sangat tinggi. Ini belum termasuk polis dan RELA, kalau mengikut muka surat yang akhir, peruntukan untuk PDRM dan RELA, sejumlah RM270 juta.
So jumlah keseluruhan sebenarnya termasuk keselamatan adalah RM630 juta dan kalau dibahagi dengan 12 juta pengundi kita perlu mengeluarkan RM52.50 untuk satu pengundi. Ini satu angka yang amat tinggi, so saya hendak tahu RM360 juta ini secara detil, berapa untuk elaun kakitangan, sewa dewan, pengangkutan dan sebagainya supaya kita nampak RM360 juta ini digunakan dengan cara yang macam mana. Saya juga hendak tahu jika dibandingkan dengan pilihan raya umum yang ke-12 2008, PRU11 2004, PRU10 1999 setiap PRU berapa jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2008, 2004 dan 1999 dan bandingkan.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, itu yang ditanggung oleh kerajaan kononnya, dalam pada itu apabila kita hendak menjadi calon deposit poster pun kena bayar, kalau kita hendak membantah pengundi, satu pengundi berapa? RM10 kita kena bayar. Jadi kesan untuk kebaikan pilihan raya tidak digunakan wang yang kita luluskan, entah ke mana RM360 juta sebenarnya dibelanjakan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Kita suruh Yang Berhormat Menteri jawablah soalan ini. Kedua yang saya hendak juga...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Cuma orang yang bercakap ini dia bertanya, kalau orang bertanya, macam mana?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Pengerusi, point kedua yang saya hendak bangkitkan ialah tentang pemindahan pengundi tanpa pengetahuan. Di kawasan saya Parlimen Petaling Jaya Selatan, saya menerima banyak aduan, di mana banyak pengundi telah dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan mereka.
Salah satu contohnya, Gurdial Singh anak lelaki Kapoor Singh, IC number 520616075297, dia merupakan pengundi di Petaling Jaya Selatan, tiba-tiba cek dia sudah berpindah ke Kelana Jaya. Dia tidak pernah meminta untuk menukar, IC pun tidak pernah tukar juga tetapi mengapa tiba-tiba dipindahkan tanpa pengetahuan beliau. Ada banyak lagi aduan yang saya terima, ada yang dipindahkan ke Seputeh, ada yang berpindah ke Cheras dan ada yang dipindahkan ke Bukit Bintang, banyak.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
So, saya hendak tahu – ada satu hidden hand dalam SPR, ada orang yang membuat semua perkara ini, siapakah itu? So, saya hendak mencadangkan kalau berlaku perkara sebegini, tidakkan hendak meminta orang tersebut mendaftar semula, pinda semula. Jika dia membuat proses itu, dia tidak sempat untuk mengundi di tempat asalnya.
So, saya mencadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengendalikan kes ini supaya mereka boleh terus untuk memberikan aduan, daftar dan terus untuk mengundi di tempat yang asal bukannya menunggu tiga atau empat bulan lagi semakan, bantahan, satu pusingan boleh dapat masuk ke tempat asal ini saya rasa tidak adil untuk pengundi ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat PJ Selatan. Saya hendak tanya jugalah tetapi saya tumpang tanya Yang Berhormat PJ Selatan, harap-harap Menteri yang menjawab. Beginilah saya rasa Kerajaan Negeri Selangor telah pun menawarkan untuk membantu SPR dalam usaha membersihkan daftar pemilih. Lalu apa segala masalah-masalah Yang Berhormat PJ Selatan sebutkan ini memang berhubung dengan masalah daftar pengundilah, orang yang dipindahkan keluar dan sebagainya.
Namun apabila Kerajaan Negeri Selangor sanggup mengeluarkan duit, belanja untuk membersihkan dengan menggunakan ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya untuk hendak cek dan verify secara empirical kebenaran dan kesahihan daftar pengundi itu, kita mendapati bahawa SPR ini tidak memberikan satu respons yang positif.
Lalu adakah walaupun kita berbelanja sebanyak RM360 juta dan termasuk dengan keselamatan, masuk sampai jadi hampir RM600 juta, adakah ada bagi pandangan Yang Berhormat PJ Selatan satu kesungguhan untuk benar-benar bersihkan daftar pengundi menentukan bahawa duit rakyat yang digunakan akan digunakan untuk menjamin satu pilihan raya yang bersih. Mungkin boleh tanya Menteri bagi pihak saya, terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya, masukkan ucapan Yang Berhormat Shah Alam menjadi sebahagian daripada ucapan saya.
Perkara ketiga yang saya ingin tanya ialah satu perkara yang berlaku, sudah lama kita membuat aduan tetapi tiada tindakan yang diambil. Ini berlaku di pejabat pos di mana pendaftaran penukaran tempat mengundi, di tempat saya pejabat pos, saya rasa efficiency sangat teruk sangat, ada seorang itu mendaftar untuk bertukar sampai setahun lapan bulan namanya masih belum tersenarai di dalam pengundi, tunggu-tunggu sampai dia pergi SPR negeri untuk cek, borang tersebut tidak diterima, SPR negeri kata borang itu tidak diterima daripada pejabat pos.
So, dalam hal ini saya hendak tanya bagaimana SPR memastikan borang-borang yang sudah didaftarkan, pengundi bertukar alamat di pejabat pos itu dihantar ke pejabat negeri, ada timeframe dia bukan menunggu sampai satu tahun, dua tahun masih tidak mendapat nama disenaraikan di SPR.
Ada banyak pejabat pos yang sekarang tidak ada borang untuk menukarkan alamat, tentang hal itu kita sudah membuat aduan tetapi saya rasa ini satu perkara yang tidak patut berlaku. Sepatutnya kena pastikan ada borang yang cukup di pejabat pos. Saya rasa ini, saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Saya hendak habiskan, so saya hendak tanya SPR dalam keadaan sebegini macam mana SPR mengatasi masalah ini supaya perkara ini tidak berlaku lagi, supaya orang yang hendak bertukar alamat ini boleh melakukannya dengan cara yang efisien bukan menunggu selama satu tahun tidak dapat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Parit Sulong.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih saya ucapkan kepada...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa kita sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan sehingga pukul 2.30 tengah hari nanti, terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Sulung.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada satu perkara sahaja yang saya hendak bahas pada petang ini. Saya hendak menyentuh maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 38066 iaitu Malaysian Industry Government Group for High Technology ataupun MiGHT. Saya tengok ada RM10 juta yang di peruntukan untuk menampung program dan juga aktiviti MiGHT yang saya tengok juga menumpukan banyak perhatian kepada new emerging sectors seperti biomass dan sebagainya yang diharapkan program ataupun aktiviti ini akan melonjakkan lagi pendapatan negara.
Akan tetapi saya hendak sentuh ada satu unit di bawah MiGHT ini yang dinamakan MYBiomass Sdn. Bhd. yang baru-baru ini ada menghantar 12 tan sumber biomass seperti batang kelapa sawit, tandan buah kosong ke Itali untuk analisa, uji kaji, dan adaptasi teknologi untuk melihat sama ada sumber ini nanti boleh ditukar ataupun dengan izin convert kepada gula industri untuk pengeluaran secara komersial.
Jadinya sehubungan dengan itu saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan mengenai tujuan kita menghantar sumber biomass ini kepada negara luar seperti Itali.
Untuk pengesahan demikian adakah kerana kita tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk membuat analisa uji kaji mahupun adaptasi teknologi untuk menukar sumber-sumber biomass ini kepada industrial sugar ataupun adakah MiGHT mempunyai satu perancangan strategik dengan berbuat demikian?
Sekiranya MIGHT mempunyai satu perancangan strategik, saya minta supaya dimaklumkan kepada kita apakah perancangan tersebut dan kemudian bagaimana pula hasil kajian yang diperoleh daripada analisis dan juga uji kaji dari Itali ini? Adakah hasil kajian dan analisa ini akan menjadi milik intelek negara kita ataupun bagaimana? Adakah ini satu usaha sama dengan pihak ketiga di Itali untuk meneroka potensi sebenar pengeluaran industrial sugar melalui sumber-sumber biomass yang sememangnya banyak di negara kita?
Tuan Pengerusi, sebenarnya saya mengalu-alukan inisiatif yang dibuat oleh MiGHT ini kerana projek ini memang tepat pada waktunya lagipun arah sekarang ataupun trend sekarang ini adalah dipanggil sebagai penggunaan green chemical yang mesra alam.
Sehubungan dengan itu juga saya hendak bertanya dalam tempoh masa yang dijangka- Apakah tempoh masa yang dijangka yang diperlukan untuk membuat sesuatu analisa uji kaji ataupun adaptasi teknologi yang dijalankan di negara luar ini dan bilakah teknologi sebegini dapat kita hasilkan dan menjadi satu realiti di Malaysia ini?
Untuk merangsang perkembangan industri biomass di Malaysia ini, saya percaya pihak kerajaan boleh menyediakan satu dasar dan insentif yang bersesuaian tetapi kunci penggeraknya adalah pelaburan dalam industri ini yang dijangka boleh mencecah berbilion ringgit. Jadinya pertanyaan saya semula kepada kerajaan, apakah strategi jangka panjang kerajaan dalam usaha untuk memastikan industri biomass ini mendapat sokongan daripada pihak swasta? Itu sahaja topik yang hendak saya sebutkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam maksud B.04 Suruhanjaya yang memerlukan tambahan sebanyak RM360 juta untuk menampung keperluan persediaan dan pengendalian pilihan raya umum yang ketiga belas.
Tuan Pengerusi, pada 2 April yang lepas, Dewan yang mulia ini telah meluluskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Dalam PSC Report ini, Jawatankuasa telah membuat 22 syor dan cadangan- cadangan untuk menambah baik sistem pilihan raya yang ada beberapa perkara yang tujuannya ialah untuk dilaksanakan sebelum pilihan raya umum yang ketiga belas supaya dalam PRU yang ketiga belas nanti kita ada sebuah satu pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Ada beberapa syor dan pandangan, cadangan yang bersifat jangka pendek dan diberikan tempoh yang spesifik yang perlu dilaksanakan oleh pihak SPR.
Namun begitu saya amat dukacita melihat bahawa ada beberapa cadangan dan syor ini belum lagi diberikan perhatian yang khusus ataupun dilaksanakan sepenuhnya oleh SPR. Beberapa perkara ini yang pertamanya yang paling penting ialah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos. Dalam laporan PSC, Jawatankuasa telah membuat satu syor yang cukup spesifik iaitu Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak- pihak berkuasa terlibat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan. Maksudnya daripada 2 April 2012, sepatutnya SPR hanya ada tiga bulan sampai 2 Julai 2012 untuk mereka merangka satu kerangka undang-undang supaya dapat dilaksanakan, memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang duduk ataupun bekerja di luar negara untuk mengundi dalam PRU Ke-13 nanti.
Namun begitu saya amat dukacita kerana sehingga hari ini hampir tiga bulan kita tidak mendengar apa-apa perkembangan daripada SPR. Tempoh pilihan raya kita ataupun tempoh Parlimen ini hanya ada beberapa bulan lagi sahaja dan kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ketiga belas. Saya mahu mendengar satu komitmen yang tegas daripada pihak SPR untuk memberikan kemudahan ini kepada rakyat Malaysia kerana ini telah pun dipersetujui oleh PSC dan kita mahu melihat kemudahan untuk mengundi di perwakilan ataupun melalui pos di luar negara. Ini dapat dilaksanakan dalam PRU yang ketiga belas kerana ini merupakan satu impian, satu iltizam daripada rakyat Malaysia yang ramai yang berada di luar negara supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam proses pengundian dalam PRU Ke-13.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Yang kedua Tuan Pengerusi berkenaan dengan pengundi pos. Walaupun kita tahu bahawa untuk rakyat Malaysia di luar negara, kita telah berbincang panjang dalam PSC dan salah satu cara ataupun pendekatan yang boleh kita fikirkan ialah mengundi melalui pos.
Namun begitu, dalam PSC kita telah berbincang supaya tujuan proses pengundian kita ialah untuk mengurangkan pengundian pos iaitu pengundi-pengundi pos. Dalam perkara ini, memang untuk anggota polis dan anggota tentera yang selama ini diberikan kemudahan untuk mengundi pos telah dijadikan sebagai pengundi awal untuk mengurangkan jumlah undi pos.
Namun begitu, pada masa yang sama, jumlah undi pos ini kemungkinan akan ditambah kerana untuk petugas-petugas SPR, kita difahamkan oleh SPR bahawa dalam PRU Ke-13 nanti akan mengambil 240,000 petugas-petugas SPR dan kemungkinan petugas-petugas SPR ini akan diberikan kemudahan mengundi secara pos walaupun SPR telah memberikan komitmen bahawa mereka cuba akan mengambil petugas-petugas pada hari pengundian pada kawasan yang mereka bekerja itu iaitu pengundi-pengundi di kawasan itu.
Walaupun ada komitmen ini tetapi ia tidak memberikan satu jaminan bahawa semua petugas itu akan diambil daripada kawasan yang sama. Ini memberikan ruang bahawa kemungkinan petugas-petugas ini akan memilih untuk mengundi pos. Jadi kita
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
mahu satu komitmen, satu jaminan dari SPR supaya mengurangkan pengundi-pengundi pos. Ini satu hakikat atau satu matlamat yang kita ingin capai. Bukannya menambah lagi.
Kita hendak mengurangkan. Jadi saya harap dapat jaminan daripada SPR untuk mengurangkan jumlah undi pos dalam PRU yang ketiga belas.
Perkara yang ketiga Tuan Pengerusi, berkenaan dengan caretaker government. Dalam PSC report kita juga buat satu syor yang cukup spesifik iaitu Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan dari tarikh laporan ini iaitu 2 April dibentangkan, dapat menyediakan satu garis panduan dan kod etika tatalaku, code of conduct terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah satu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.
Hampir tiga bulan, kita belum dengar apa-apa lagi daripada SPR. Sama ada code of conduct ini telah didraf ataupun telah dibincangkan dengan parti-parti politik, dengan kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Ini perkara yang sangat penting, satu perkara yang fundamental kerana selama ini setiap kali ada pilihan raya, dengan tidak ada code of conduct ini, kerajaan ataupun parti pemerintah di peringkat pusat di peringkat negeri sering kali menyalahgunakan kuasa.
Menggunakan kereta-kereta rasmi, menggunakan kapal terbang kerajaan, menggunakan helikopter kerajaan untuk kempen mereka. Jadi kita mahu satu code of conduct supaya parti yang memerintah, baik di pusat ataupun di perkara kerajaan negeri, semasa kempen pilihan raya mereka tidak boleh menggunakan kenderaan-kenderaan rasmi. Itu pertama.
Yang kedua, janganlah memberikan ruang kepada mereka untuk menyalahgunakan peruntukan-peruntukan, mengumumkan projek-projek pembangunan dan sebagainya. Apa yang penting juga, semasa kempen, infrastruktur-infrastruktur awam, kemudahan- kemudahan awam seperti stadium, padang, dewan orang ramai, balai raya sepatutnya dibuka dengan seadil-adilnya kepada semua parti yang bertanding. Itu saya rasa perlu ada dalam code of conduct kita.
Yang keempat Tuan Pengerusi, berkenaan dengan penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
Memang dalam PSC kita telah mengatakan bahawa SPR sememangnya ada kerangka undang-undang untuk mendakwa mana-mana pihak yang memberikan maklumat palsu terutamanya menukar alamat mereka ke satu tempat yang mereka bukan duduki di sana.
Namun begitu, saya melihat bahawa SPR kekurangan political will, tidak ada tindakan-tindakan untuk mendakwa pihak-pihak yang menyalahgunakan maklumat, memberikan maklumat palsu untuk memindahkan pengundi-pengundi. Tidak ada langsung tindakan daripada SPR. Saya mahu mendengar apakah perkembangan daripada SPR sama ada dalam tiga bukan ini selepas PSC telah membuat laporan, ada atau tidak mana- mana satu tindakan, mana-mana satu kes yang telah diambil ke peringkat tindakan mahkamah?
Yang kelima Tuan Pengerusi, akses media yang saksama. Pihak PSC juga membuat satu syor iaitu Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti fasal 2, Perkara 115, Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan perkara yang melibatkan akses media bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya. Perkara ini dalam tiga bulan ini saya hanya mendengar daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bahawa RTM akan memberikan kemudahan untuk parti-parti yang bertanding untuk menyiarkan manifesto mereka semasa kempen pilihan raya.
Namun, apa yang mendukacitakan kita ialah Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri mengatakan bahawa garis panduan itu, bagaimana ia akan dilaksanakan, hanya akan diberitahu kepada parti-parti politik selepas pembubaran Parlimen. Saya hendak tanya apa yang rahsia sangat ini? Sepatutnya garis panduan ini sekarang juga sepatutnya diberikan kepada parti-parti politik. Kita tidak mahu satu keadaan di mana RTM memberikan ruang tetapi apa ruang yang diberikan? Sama ada dia berikan masa prime time ataupun pukul 2 pagi pada hari-hari biasa semasa kempen itu.
Jadi apa yang saya hendak katakan, sepatutnya pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sepatutnya memberikan penerangan, memberikan garis panduan secara teliti kepada semua parti yang bertanding pada ketika ini juga supaya kita
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
tahu apa bentuk akses yang diberikan kepada kita. Selain RTM, saya juga mahu SPR mengambil tindakan memastikan bukan sahaja RTM tetapi stesen-stesen TV yang lain seperti TV3, NTV7, 8TV dan sebagainya sepatutnya memberikan ruang akses media yang bebas dan adil kepada semua parti yang bertanding. Termasuk juga surat khabar dan radio-radio televisyen.
Yang Keenam Tuan Pengerusi, berkenaan dengan daftar pemilih bagi alamat- alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar. Pihak PSC telah mengesyorkan kepada SPR supaya mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan, senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.
Dalam cadangan ini, saya amat dukacita bahawa SPR walaupun dia kata ada mengambil tindakan, tetapi mereka hanya buat satu link di dalam website SPR dan meminta supaya pengundi check sendiri. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana perkara ini, apa yang kita minta dalam PSC ialah mereka mempamerkan senarai itu di kawasan- kawasan awam seperti pameran biasa di pejabat-pejabat pos, berikan kepada parti politik dan sebagainya. Bukannya pergi check sendiri, meminta pemilih check sendiri. Maka ini sudah defeat the purpose untuk kita membuat penyemakan terhadap nama-nama yang terdapat dalam alamat yang sama ini. Jadi saya harap pihak SPR memberikan satu penjelasan, apa yang telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih ini?
Terakhir sekali Tuan Pengerusi, berkenaan dengan 42,000 pengundi ragu yang telah menjadi isu dalam beberapa bulan ini. Banyak telah kita bincang dalam sidang yang lepas. Kita bahas enam, tujuh jam terhadap pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya, kita juga bangkitkan isu ini walaupun akta itu telah ditarik balik selepas itu. Akan tetapi pada hakikatnya, walaupun 42,000 dikatakan SPR telah kurangkan angka itu, sekarang hanya 40,000 yang masih diragui, tetapi saya hendak tanya SPR, apakah tindakan terhadap 40,000 ini? Ini kerana perkara ini sehingga hari ini tidak ada satu penyelesaian daripada SPR, dan SPR tidak ada lagi jawapan kepada rakyat Malaysia. Apa tindakan SPR untuk menyelesaikan pengundi-pengundi yang diragui ini? Saya harap ini dapat diberikan penjelasan yang secukupnya oleh SPR.
Terakhir...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masa sudah habis, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Sikit lagi, penamaan calon, kerana penamaan calon ini penting. Ini juga melibatkan Tuan Pengerusi sendiri. Dalam PRU ke-13 nanti, proses penamaan calon itu, proses bantahan telah pun dibatalkan. Saya menerima jawapan daripada SPR, memang itu telah digazetkan. Proses bantahan telah tidak diadakan.
Maksudnya calon-calon yang bertanding tidak boleh lagi membantah terhadap kertas penamaan calon yang lain. Akan tetapi kuasa untuk membatalkan sesuatu penamaan calon itu diberikan kepada returning officer, kepada pegawai pengurus pilihan raya. Apa yang boleh dibatalkan ialah, kalau calon-calon yang bertanding itu mereka tidak memenuhi syarat-syarat Perlembagaan. Umpamanya mereka bankrap, tidak bagi balik election written dan sebagainya.
Saya mahu mendapatkan satu jaminan daripada SPR bahawa returning officer yang dilantik itu, 222 orang itu, tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka, kerana kuasa itu diberikan kepada mereka, dan mereka tidak boleh sesuka hati membatalkan sesuatu kertas penamaan calon hanya kalau orang itu tidak memenuhi syarat-syarat Perlembagaan tetapi atas masalah teknikal seperti ejaan dan sebagainya. Sepatutnya ada satu komitmen jaminan daripada SPR bahawa RO tersebut pada hari penamaan calon itu tidak membatalkan mana-mana kertas penamaan calon atas masalah-masalah dan isu-isu teknikal. Termasuklah kalau kertas penamaan daripada Tuan Pengerusi kalau ejaan salah, nanti RO itu batalkan, nanti tidak boleh bertanding. Itu susah. Jadi saya harap ada satu jaminan daripada SPR.
Terakhir sekali Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah banyak ‘terakhir’, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ya, sikit sahaja, satu ayat. Maksud B.06, JPM. Ini saya nampak ada RM30 juta dikehendaki untuk membiayai kos operasi dan aktiviti Unit Penjenamaan Negara. Saya hendak tanya apa benda ini Unit Penjenamaan Negara?
Adakah Malaysia perlukan rebranding sekarang? Unit Penjenamaan Negara? Apa aktiviti dimaksudkan RM30 juta? Adakah untuk memasang billboard-billboard “Sekarang janji ditepati” atau sebagainya? Saya rasa ini bukan Unit Penjenamaan Negara, mungkin Unit Penjenamaan Barisan Nasional.
Jadi haraplah ini diberikan satu jawapan, apakah RM30 juta ini digunakan?
Apakah tujuannya? Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menjenamakan unit penjenamaan negara ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi Maksud B.06 - Jabatan Perdana Menteri. Butiran 210000 - Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Saya mengucapkan tahniah kepada jabatan ini kerana telah banyak usaha yang telah dibuat untuk memastikan perpaduan kaum terus terjamin dan rondaan- rondaan bagi mereka yang sukarela hendak meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela ini dan juga pelbagai program yang telah dibuat.
Jadi apa yang saya harapkan di sinilah, mohon penjelasan daripada pihak Menteri iaitu yang pertama sekali ialah kawasan rukun tetangga ini. Oleh sebab ada kalanya kalau kita melihat kawasan Rukun Tetangga ini, dia terletak di pekan-pekan kecil dan dia tidak menggambarkan kepelbagaian kaum itu. Itu yang kita hendak lihat ya. Juga kadang-kadang kawasan rukun tetangga ini atau rukun tetangga ini di pengaruhi pula oleh parti-parti yang tertentu dan aktiviti kepartian pula dibuat di situ. Ini kita kena tengok.
Begitu juga dengan rondaan sukarela ini, saya memang seronoklah. Saya tengok di kawasan saya banyak juga rondaan sukarela ini diadakan. Unit-unit rondaan sukarela ini, hanya kadang-kadang tempat mereka berkumpul itu yang tidak ada. Ini menyukarkan untuk mereka menyimpan barang dan sebagainya. Cota yang mereka dapat semua itu patut disimpan dengan baiklah.
Untuk program perpaduan dan integriti nasional ini, saya hendak bertanyalah apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian terutamanya dalam mewujudkan perpaduan atau kenal mengenali antara wilayah ini iaitu kita ada sebenarnya Semenanjung, Sarawak dan Sabah ini, sejauh manakah program-program telah dilaksanakan supaya kita dapat lebih kenal antara satu sama lain. Ini sangat penting kerana selain daripada pelbagai kaum tadi, kita ada lagi pelbagai sub kaum yang kita mesti kenali antara satu sama lain.
Seterusnya saya hendak pergi kepada Butiran 01000 - Pentadbiran Am. Ini saya hendak melihat juga kepada tadi aktiviti penjenamaan. Saya lihat sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk membiayai kos operasi dan aktiviti unit penjenamaan negara. Jadi saya hendak tahu, apakah di bawah unit ini melibatkan Dasar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan itu? Setakat mana Unit Penjenamaan Negara ini telah terlaksana dan berjaya difahami oleh rakyat di samping menerampilkan negara di peringkat antarabangsa. Oleh kerana saya tengok tadi Yang Berhormat Rasah tadi –Yang Berhormat Rasahkah tadi? Dia pun tidak faham tentang apa penjenamaan negara itu.
Apakah pulangan negara setakat ini dengan adanya unit penjenamaan negara ini? Ini kerana saya dimaklumkan pihak pembangkang selalu mempertikaikan dengan agenda- agenda negara yang sentiasa ke depan dengan idea serta inovatif yang tidak terfikir oleh kita kadang-kadang. Mereka pun tidak terfikir. Oleh sebab itu mereka menentang.
Saya melihat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, imej negara sebenarnya semakin menyerlah, dasar-dasar negara menjadi daya tarikan kepada rakyat sendiri serta pelaburan asing yang telah dilaksanakan. Jadi kalau dapat pihak Yang Berhormat Menteri menjelaskan perkara ini agar semua orang faham tentang perkara ini.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Begitu juga saya lihat ada sini program menampung kos perbelanjaan penyelenggaraan dan perbelanjaan. Utiliti Istana Negara Jalan Duta sebanyak RM12,009,000. Jadi saya juga hendak melihat, hendak menekankan bahawa perkataan Istana Negara Jalan Duta juga perlu diletakkan iaitu pertamanya cadangan saya ialah perkataan Istana Negara di Jalan Duta itu kalau boleh diletakkan juga di dalam tulisan jawi.
Sekarang tidak ada tulisan jawi di situ. Jadi nampak lagi gahlah kerana kita bermula sebenarnya di Tanah Melayu ini di Malaysia ini, kita bermula dengan tulisan jawi sebelum kita menggunakan tulisan rumi.
Jadi sebagai negara yang mendukung Islam Tuan Pengerusi, saya percaya penggunaan tulisan jawi akan melambangkan kedaulatan Raja kita itu sendiri. Di samping itu, saya juga hendak mencadangkan supaya pameran Diraja Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara lama pada masa ini perlu dilanjutkan. Kalau boleh dalam tempoh setahun.
Setahun lagi. Saya melihat ia boleh dijadikan satu ikon pelancongan yang menarik. Saya melihat rakyat yang mengunjungi ini akan dekat di hati dengan di sisi Diraja menerusi pameran-pameran sebegini.
Selain daripada itu, saya melihat juga pelancong asing pun banyak datang. Dia sudah menjadi satu tempat daya tarikan bila semua orang akan pergi ke situ dan singgah.
Jadi saya berharap agar kerajaan mempertimbangkan hari ini kerana ia adalah antara negara yang mempunyai keunikan sistem beraja di dunia dan masih kekal sampai hari ini walaupun ada orang kadang-kadang hendak tukar sana sinilah. Akan tetapi kita masih kekal dengan cara itu.
Jadi saya hendak pergi pula kepada Butiran 3100000 - ECERDC. Ini ada lebih kurang RM5 juta diperuntukkan untuk buat program. Jadi saya hendak tahu apakah peruntukan kos operasi Majlis Pembangunan dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini kerana dia termasuk dalam kawasan saya melibatkan inisiatif out reach program empower bagi orang asli dan juga mereka yang tidak mampu atau yang kita katakan memerlukan dalam aktiviti membaca, mengira dan menulis. Ini 3M.
Jadi kalau kita lihat sesi 3M ini bermula sejak Mac tahun lalu di Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan di dalam Daerah Lipis tetapi dalam Parlimen Cameron Highland dan dilaksanakan dua kali seminggu selama 10 bulan. Jadi inisiatif ini sebagai modul latihan kemahiran academic empower ECERDC ini yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar lemah melalui bimbingan akademik dan motivasi. Jadi saya melihat inisiatif 3M ini memberi penekanan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti menarik dan permainan minda, membantu mengekalkan minat pelajar sepanjang proses pembelajaran mereka. Dengan cara ini saya berharap dapat mendorong pelajar Orang Asli kekal di sekolah dan berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Saya juga hendak tahu program empower bagi Orang Asli ini diperluaskan lagi kerana ia bukan sahaja melibatkan program latihan akademik untuk pelajar mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi ia melibatkan satu program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk belia dan orang dewasa untuk meningkatkan lagi peluang mereka mendapat pekerjaan dan kebolehpasaran mereka.
Jadi hari ini pun saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana telah datang ke Lipis pagi tadi dan telah melancarkan Program Transformasi Pendidikan Orang Asli. Jadi saya rasa kedua-dua program ini boleh digabung jalin agar kedudukan Orang Asli sekarang ini akan sentiasa ke hadapan dan mereka dapat sama-sama bersaing dengan rakyat lain dalam negara ini.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, saya mohon penjelasan kepada pihak menteri, ada tidak apa-apa lagi program di bawah ECERDC ini? Jadi, dengan ini saya menyokong, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, saya ingin membawa butiran B.04 – Suruhanjaya Pilihan Raya, tambahan sebanyak RM360 juta ini. Banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh sahabat-sahabat
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
saya mengenai senarai pemilih yang tidak bersih. Saya ingin mengajukan soalan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebenarnya. Aduan-aduan yang telah dikemukakan sebenarnya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengenal pasti di mana silapnya. Misalnya di dalam pemindahan pengundi-pengundi tanpa pengetahuan mereka.
Pihak SPR ada sebenarnya maklumat kerana untuk menukar alamat, borang perlu di isi dan tandatangan ataupun identiti orang yang menukarkan ini adalah diketahui oleh pihak SPR. Sekiranya pengundi mengadu bahawa nama mereka telah ditukarkan tanpa pengetahuan mereka, maka SPR sebenarnya boleh trace atau mengesan balik siapakah individu ataupun siapakah yang sebenarnya mengisi borang dan siapakah petugas di SPR yang sebenarnya membenarkan pertukaran ini? Jadi, SPR tidak boleh memberi alasan bahawa dia tidak tahu ataupun tidak boleh mengambil tindakan.
Kedua adalah apabila kita membawa kepada SPR tentang nama-nama yang kita kira bukan pengundi tulen iaitu pengundi yang bermastautin di sesuatu kawasan. Sekali lagi SPR akan mengatakan bahawa kami membentangkan setiap tiga bulan senarai daftar pemilih tambahan ini. Maka, pihak yang membangkang perlu mengemukakan bantahan mereka dalam masa seminggu. Pertama, masa seminggu adalah pendek. Kedua, setiap nama yang di bantah perlu kita bayar RM10. Bayangkan sekiranya sesuatu kawasan, kawasan saya sendiri pada pertengahan tahun lepas, peningkatan sebanyak 7,000 orang pengundi. Dalam masa seminggu apa yang boleh kita buat kerana kita perlu membuktikan kepada SPR bahawa pengundi yang kita bantah ini adalah pengundi yang tidak bermastautin.
Jadi, kita dapati ada ramai pengundi yang kita percayai rakyat Sabah yang mereka memang rakyat Malaysia, boleh mengundi tetapi mereka tidak tinggal di kawasan kita. Jadi, sebenarnya SPR boleh mengesan balik siapakah yang sebenarnya mendaftar pihak-pihak ini ataupun pengundi-pengundi ini. Kita tahu bahawa SPR ada coding setiap jenis pendaftaran sama ada pengundi baru ini dia mendaftar diri sendiri di kaunter SPR atau dia mendaftar diri di post office atau dia didaftarkan oleh Pegawai Pendaftar Sementara (PPS) yang dilantik oleh SPR. Dia didaftarkan oleh agensi-agensi yang dibenarkan seperti KEMAS, JASA dan organisasi-organisasi seperti universiti dan sebagainya.
Jadi, sebenarnya SPR tahu coding ini. Siapa yang mendaftarkan pengundi- pengundi ini. Jadi, sekarang kita terpaksa membantah dan ada pendengaran awam tetapi pihak yang mendaftarnya tidak diambil tindakan sekiranya mereka mendaftarkan tanpa pengetahuan. Tadi salah seorang sahabat saya daripada Barisan Nasional ada menyebut bahawa di kawasan Shah Alam misalnya ada pendaftaran seorang pengundi sebagai contoh, katakan bahawa dia tidak mendaftar dirinya sendiri tetapi didaftarkan oleh orang daripada PAS. Jadi, inilah persoalannya. Sekiranya sistem itu ada kelemahannya, kita perlu memperbetulkannya. Tidak kiralah dari belah mana yang bertindak ataupun mendaftar pengundi tanpa kebenarannya, maka mereka perlu bertindak kerana mereka tahu siapanya yang mengundi. Coding itu ada.
Setiap pengundi, borang yang didaftarkan untuk mengundi ada coding nya. Siapa pihak ataupun di mana mereka mendaftarkan diri. Jadi, sebenarnya pihak SPR boleh mengambil tindakan sekiranya KEMAS kah, PPS PAS kah, JASA kah yang membuat pendaftaran yang tidak diizinkan oleh tuan badan sendiri, maka tindakan itu perlu diambil ke atas mereka ini dan siapa yang memindahkan. Bayangkan rakyat negeri Sabah tidak ada dalam kawasan kita tetapi berpuluh-puluh daripada mereka, setiap kali daftar pemilih disemak, nama mereka ada. Alamat mereka ini sama ada daripada alamat yang tidak ada di dalam kawasan itu ataupun memakai alamat-alamat orang lain.
Kita dapat 90%, kawasan saya 90% daripada nama-nama yang kami bantah diterima oleh SPR kerana orang yang di bantah tidak dapat datang dan tidak dapat membuktikan bahawa beliau adalah pengundi yang bermastautin di kawasan saya. Ini adalah satu excuse, satu alasan yang diberi oleh SPR. Apabila 360,000 ini, saya pun ingin bertanya kenapa SPR tidak boleh menggunakan pengisian? Dia boleh sort, banyak pengisian sekarang ini. Saya yang tidak pandai komputer ini tahu bahawa nama-nama ini bila kita buat sorting, kita boleh tengok alamat, kita boleh tengok nombor kad pengenalan dan sebagainya. Akan tetapi setiap kali kita adukan, SPR memberi jawapan yang lapuknya mengatakan bahawa “Kita tidak boleh buat apa, ni nama JPN yang beri kepada kita” dan sebagainya.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi, inilah menyebabkan kredibiliti SPR ini dipertikaikan terutamanya oleh pihak pembangkang kerana kami terpaksa buat kerja. We had to do it the hard way, dengan izin Tuan Pengerusi kerana kami terpaksa turun ke padang mencari pengundi, mengenal pasti pengundi. Oleh kerana kita tahu ada kelompangan-kelompangan di dalam sistem ini. Jadi, kita harap bukan sahaja RM360 juta ini digunakan untuk hari pilihan raya itu sahaja tetapi digunakan untuk membersihkan daftar pemilih ini. Bak kata kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah saya letakkan keadaan SPR sekarang.
Kedua, saya ingin menyebut maksud B.06 – Jabatan Perdana Menteri tentang peruntukan tambahan RM50 juta untuk kawasan Rukun Tetangga. Tuan Pengerusi, sekarang kita lihat bahawa kita banyak badan-badan NGO dan sebagainya untuk menjaga keselamatan ataupun bersama-sama menjaga keselamatan rakyat. Kita ada bukan sahaja SRS, kita juga ada RELA, kita juga ada pasukan Wataniah dan sebagainya. Semuanya di bawah kementerian yang berlainan, SRS di bawah Yang Berhormat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, RELA di bawah KDN. Saya hendak sebut di sini pertumbuhan seperti cendawan kawasan-kawasan perumahan yang melanggar peraturan PBT tentang gated and guarded.
Kawasan yang tidak sepatutnya berpagar dan berpengawal sekarang ini tumbuh seperti cendawan.
Dalam kawasan saya pun mereka datang kepada saya kerana mereka menemui kebuntuan apabila pihak PBT enggan membenarkan mereka memasang pagar sebagai langkah keselamatan kerana kawasan-kawasan perumahan mereka sering dicerobohi oleh anasir-anasir yang mengambil kesempatan. Jadi, ketiga-tiga ataupun semua persatuan ini hanya menunjukkan kepada kita bahawa sebenarnya tahap keselamatan negara kita, tahap keselamatan rakyat sebenarnya adalah tidak selamat sedangkan KDN menguar-uarkan bahawa kadar jenayah semakin menurun, rakyat semakin selamat dan sebagainya. Kita terpaksa kalau kita tengok SRS ini adalah kebanyakan dalam kawasan-kawasan perumahan ataupun kampung-kampung yang penduduk tahap sosioekonomi sederhana atau rendah.
Kawasan-kawasan perumahan yang tahap kehidupan mereka ataupun tahap pendapatan mereka tinggi tidak akan mahu buat SRS kerana mereka tidak mahu meronda belah malam. Itu sebabnya kerana mereka ada kelebihan kewangan, mereka mendirikan pagar-pagar. Soalan saya adalah kenapa kalau negara kita selamat, keselamatan itu rakyat ada maka mengapa tumbuhnya persatuan-persatuan ini, NGO-NGO ini seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan? Ini membuktikan bahawa negara kita tidak selamat. Setakat itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada dua perkara, pertama di bawah Maksud B.4, di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya bawah Butiran – 010100. Di sini Tuan Pengerusi saya hendak minta kepada SPR sebab lain tempat lain keadaannya. Saya percaya banyak tempat di kawasan luar bandar memerlukan perhatian yang lebih dari SPR untuk memastikan petugas-petugas pilihan raya ini sebelum bertugas mereka memastikan tempat-tempat mengundi itu misalnya sekolah.
Keadaan kawasan di sekolah, jalan rayanya ada berbukit dan menyukarkan orang- orang tua ataupun orang-orang yang mempunyai penyakit kaki atau lutut untuk naik di situ.
Ini supaya dilaporkan kepada SPR keadaan sebenarnya. Biar mereka turun ke padang dahulu sebelum bertugas.
Selain dari itu juga kalau kita perhatikan sekolah-sekolah yang digunakan sebagai tempat mengundi Tuan Pengerusi ada di antara sekolahnya sudah uzur. Papannya sudah lembut, lantainya sudah lembut, titinya. Jadi di sini saya meminta agar SPR mendapatkan maklum balas seperti ini. Ini kerana ada petugas-petugas tidak pernah pergi ke tempat mereka bertugas. Hanya waktu pilihan raya sahaja, masa mengundi sahaja.
Jadi di sini kalau kita perhatikan juga accessibility untuk mereka yang pergi mengundi itu perlu diperhatikan juga. Oleh kerana kawasan-kawasan luar bandar ini ada yang menggunakan jalan ban, bukan jalan raya biasa. Jalan ban tersebut adanya mungkin
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
bannya sudah pecahkah. Ini mengikut pengalaman saya sendiri pergi ke kampung- kampung Tuan Pengerusi.
Selain dari itu juga mereka perlu melihat juga dari segi pasang surutnya air.
mungkin ini tidak bukan satu fenomena yang biasa bagi orang dari bandar tapi bagi orang di luar bandar ada kawasan di mana apabila airnya melawan arus itu sukar untuk orang kampung pergi ke tempat mengundi di kawasan di mana mereka mengundi. Selain dari itu juga mereka perlu memerhatikan keadaan cuaca. Ada tempat kalau surut susah hendak naik ke atas ke tebing itu. Itu di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kedua ialah di bawah Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri. Saya hendak menyentuh di bawah Butiran 210300 – Pembangunan Komuniti di bawah Rukun Tetangga.
Tuan Pengerusi, saya mendapat maklum balas yang baik kebanyakan dari mereka yang menyertai rukun tetangga malah ianya semakin hari semakin berkembang dan semakin menggalakkan.
Saya menyambut baik mereka yang hendak menyertai ini. Cuma saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada mereka mempunyai perancangan untuk memberi pos-pos kawalan untuk pihak KRT ini kerana untuk menggalakkan mereka bertugas, mereka kadang-kadang ada tempatnya tidak mempunyai tempat berlindung langsung.
Macam mana untuk mereka menjalankan tugas-tugas kesukarelaan ini.
Saya mengharapkan juga dengan adanya program-program komuniti mereka membawa bersama dan menggalakkan lebih banyak lagi penglibatan melibatkan Rakan Muda dalam program seperti ini untuk menyemai rasa, menyemai bakti kepada masyarakat- masyarakat sekeliling mereka. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada sedikit untuk mendapat penjelasan dalam perkara B.6 di bawah Butiran 380600 – Dasar Baru, iaitu Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Jadi kalau kita rujuk kepada keterangan yang diberi iaitu melibatkan Global Science and Innovation Advisory Council Programme dan Research And Development Enhance Programme. Akan tetapi bagi saya, saya tidak jelas. Saya tahu disebut MiGHT ini mempunyai tabung kewangan untuk R&D tapi apakah hala tuju MiGHT ini. Itu yang saya ingin minta penjelasan dan siapakah yang boleh berkongsi membantu untuk membangunkan global science ini. Itulah Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak beri touch on beberapa maksud terutamanya Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kerana telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya ini ditepati.
Walau bagaimanapun saya berharap agar SPR akan menyediakan satu laporan terperinci tentang semua cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa dan memberi maklumat status cadangan-cadangan tindakan-tindakan yang telah diambil supaya kita dapat memaklumkan kepada orang ramai khasnya Ahli-ahli Parlimen tentang status apa yang sedang dilakukan. Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil dan jangka masa yang akan diambil untuk memastikan segala cadangan-cadangan yang diberi ini dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kerana telah mengambil satu dasar ataupun satu hala tuju untuk meneruskan proses untuk memastikan lebih lagi rakyat Malaysia yang belum mendaftar
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
sebagai pengundi terus mendaftar sebagai pengundi. Saya harap proses ini dilakukan tanpa henti dan tanpa menghiraukan bila Pilihan Raya Umum akan diadakan.
Seterusnya Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri. Sejumlah RM50 juta untuk menampung peruntukan kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan dan Integriti Nasional. Saya ucapkan syabas kepada jabatan dan kementerian khasnya kerana telah mengambil satu langkah yang begitu baik kerana bantuan peruntukan ini akan membantu rakyat biasa yang menjaga keamanan dan persekitaran kawasan- kawasan ini.
Sejak kebelakangan ini kita juga nampak peningkatan yang begitu baik.
Penubuhan KRT di kawasan-kawasan luar bandar. Di Hulu Selangor umpamanya ramai telah pun menubuhkan kawasan rukun tetangga dan mereka juga menjalankan aktiviti- aktiviti yang dapat membawa bersama rakyat untuk memastikan ketenteraman dan keamanan di bela di kawasan-kawasan tersebut.
Seterusnya RM10 juta untuk menampung program, aktiviti MIGHT antara Global Science and Innovation Advisory Council Programme. Saya sedar ada dua program yang utama oleh MIGHT iaitu pertamanya, Smart City, Smart Village dan satu lagi Malaysian Biomass Initiative. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada MIGHT kerana dengan kerjasama mereka dan juga FELDA Global Venture Holdings dan Sime Darby, mereka telah berjaya mengeksport dua metrik oil palm MYBiomass di Itali supaya raw material ini ditukar menjadi industrial sugar. Tahniah, ini merupakan satu join venture yang akan bukan sahaja akan memberi nama baik kepada negara tetapi industri kelapa sawit Malaysia akan nampak penggerak utama untuk industri-industri baru ini.
Soalan saya ialah setakat ini bagaimanakah sokongan dan juga kerjasama yang diperoleh oleh industri kelapa sawit. Ini kerana kita sedar bahawa negara Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia dan adakah semua syarikat perladangan kelapa sawit bekerjasama sepenuhnya untuk memastikan industri biomas Malaysia ini akan menjadi yang terbaik dan kita juga harus menjadi peneraju dalam industri ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pertama saya hendak tanya Tuan Pengerusi hendak tanya pihak kerajaan khususnya SPR apakah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan dijemput pasukan pemantau, pemerhati pilihan raya bebas di peringkat antarabangsa. Kalau ya, daripada kumpulan mana? Saya ingin cadangkan kita ini anggota Komanwel jadi yang terbaik ialah saya ingin mencadangkan supaya dijemput pemerhati daripada Pertubuhan Parlimen Komanwel. Kalau tidak cukup satu termasuk pemerhati daripada IPU ataupun lain-lain agensi yang credible supaya selepas pilihan raya jangan orang kata rumah siap, pahat berbunyi kerana terlalu banyak sudah isu-isu di timbul dan macam-macam persepsi yang kita lihat sekarang ini bahawa pilihan raya Malaysia ini dituduh tidak bersih dan seumpamanya.
Kedua, saya hendak cadangkan supaya SPR dapat memikir dengan peruntukan RM360 juta ini. Timbul masalah satu alamat ramai pengundi. Memang saya sedar SPR hendak memudahkan supaya rakyat Malaysia belum cukup umur hendak daftar mengundi hendak pindah memudahkan. Inilah cadangan-cadangan dahulu maka sebab itu bila pergi ke pejabat pos terus boleh daftar. Kalau ada pihak-pihak dahulu dia - saya sudah sebut baru-baru ini, dia lahir di Pasir Mas tetapi duduk di Kuala Lumpur. Jadi dia hendak pindah atau dia hendak daftar pengundi sebagai pengundi di Pasir Mas. Dia pergi ke pejabat pos tetapi keluarganya tidak ada di Pasir Mas. Sudah tidak ada di Ketereh, sudah tidak ada sudah di Johor Bahru contohnya, maka dia pinjam alamat kawan, dia pun buat kad baru bayar RM10 dia tunjuk alamat baru terus dia daftar, SPR tidak tahu. Jadi automatik cara pendaftaran, ini baguslah. Kalau hendak bersih betul supaya tidak timbul lagi perkara ini berlaku boleh berdaftar baru termasuk hendak pindah tempat mengundi isi borang dahulu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Isi borang kemudian di sah oleh pejabat daerah, ketua kampung, imam masjid di kawasan itu dan ini proses akan ambil masa pula.
Jadi jangan marah kepada SPR kalau proses ini dilaksanakan bagi menentukan ketulusan dari segi daftar pemilih sebab kesukaran SPR saya tidak tahu macam mana SPR hendak atasi kerana memang ada pemindahan pengundi ini dia buat secara blok. Ada tersusun, ada ejen, parti-parti politik dibuat dan SPR tidak boleh buat apa jadi terpaksa daftar. Bila daftar bila timbul senarai macam ini mereka juga kompelin pengundi hantulah.
Dulu di Terengganu masa menang dia kata Malaikat memerintah, bila kalah dia kata hantu pula padahal itulah senarainya.
Jadi memang dari segi discrepancy satu dua itu memang perkara biasa tetapi pokoknya apakah ianya satu perkara yang dirancang oleh pihak pemerintah untuk menjalankan pilihan raya tidak adil dengan mengguna daftar pemilih yang dibesar-besarkan ini. Baik untuk itu Tuan Pengerusi saya hendak cadangkan kepada SPR apakah ada rancangan, memang saya tengok sudah ada penjelasan untuk membetulkan persepsi ini.
Dalam TV ada iklan sedikit-sedikit.
Saya hendak minta SPR, saya rasa dengan peruntukan yang sudah ada ini lebih daripada mencukupi supaya buat penerangan betul-betul melalui dokumentari, dokumentari khas dengan isu yang utama ialah masalah daftar pemilih dan buat penjelasan betul-betul.
Kemudian CD ini saya rasa kosnya murah boleh digunakan peruntukan yang ada edar di seluruh negara. Setiap rakyat sudah ada CD player. Kalau betul tidak mahu disiar melalui TV edar CD. Jawab mengenai dengan senarai daftar pemilih dan tunjuk bukti-buktinya supaya hilang keraguan, bersih persepsi yang dikatakan bahawa daftar pemilih ini tidak bersih. Ini saya hendak cadangkan.
Yang keempat code of conduct tadi disebut oleh Yang Berhormat Rasah supaya bila pilihan raya masa itu kita ada caretaker government, tidak boleh guna dewan, tidak boleh guna kereta rasmi, tidak boleh guna helikopter. Memanglah saya pun berpendapat begitu, cuma tinggal lagi saya tengok pilihan raya-pilihan raya kecil, negeri-negeri pembangkang masa pilihan raya ini pun guna kaedah yang sama. Mengguna fasiliti kerajaan negeri yang mereka memerintah dengan apa yang mereka tuduh ini balik semula ke muka mereka. Maknanya ludah ke langit jatuh balik kepada muka mereka. Sama sahaja kerja-kerja mereka ini sama sahaja dok tuduh orang lain diri sendiri tidak sebut.
Kalau hendak adil, adil betul-betul. Hendak telus, telus betul-betul biar sama rata.
Sama juga dengan media, access kepada media, ini kita tengok sekarang ini Tuan Pengerusi saya hendak tanya SPR apa tindakan mereka hendak membantu mengenai dengan media baru ini, Internet TV ini. Ho, punya dahsyat, tidak ada tapis langsung.
Sekarang ini pun tumbuh seperti cendawan. Jadi apa lagi yang hendak pada publisiti ini hanya sekadar untuk menunjuk persepsi pihak SPR yang kerajaan tidak adil. That’s all, manakala dari segi surat khabarnya kita tengok baik Suara Keadilan, baik Harakah, baik Roket dan sebagainya yang terbaru Suara Keadilan saya tengok gambar muka depan apa ini ‘Dera Ala Guantanamo’ bukan main lagi. Ini sudah sampai ke peringkat itu, saya tidak ada masa, masa terhad tidak mampu saya hendak jelaskan satu-persatu. Jadi setakat itu untuk pihak SPR ambil perhatian macam mana pihak SPR hendak tangani perkara-perkara ini, fitnah-fitnah yang melampau-lampau dan fitnah ini kalau tidak dijawab tidak dibetulkan dia akan jadi persepsi jadi rakyat akan percaya.
Baik, Tuan Pengerusi B.06, perkara RM50 juta untuk rukun tetangga sukarela program...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas hendak mencelah sedikit. Tuan Pengerusi, sedikit sahaja berkaitan dengan tanggapan negatif terhadap pilihan raya ini. Saya, kita ikuti akhir-akhir ini ceramah-ceramah pembangkang ini memberi persepsi kenyataan dibuat seolah-olah pilihan raya ini kotor dan tidak telus. Saya bagi contoh yang kita ada kenyataan dibuat termasuk oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia beritahu kepada audience nanti pilihan raya.
Kalau pukul 7 malam keputusan masih belum keluar maknanya kita sudah menang tetapi SPR hendak dicari kotak-kotak untuk tambahkan undi BN. Jadi maknanya dia hendak beri persepsi kepada rakyat pilihan raya tidak telus, mempersoalkan legitimasi pilihan raya.
Sedangkan mereka tahu memanglah SPR tidak akan umum keputusan pada pukul 7 malam, tetapi dicipta persepsi kepada rakyat sebenarnya mereka menang, BN sudah kalah.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Jadi membuatkan rakyat akan marah kepada SPR dan mempersoal legitimasi pilihan raya.
Jadi apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi betullah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Sama dengan kes baru inilah yang dibicarakan baru-baru ini. Dia tidak salah, dia tidak salah, dia tidak salah nasib baiklah court kata dia tidak salah tetapi kalau keputusannya the other way round macam-macam lah. Serupa juga sekarang ini saya menang, saya menang, saya menang, saya akan menang. Selepas itu dia kalah jadi tipulah. Itu sahajalah saya sudah faham lama sudah sebab saya sudah kenal lama. Bagi orang yang tidak faham lah tidak tahu sahaja tetapi saya sudah tahu lamalah. Inilah tujuannya hendak meletakkan persepsi menang, menang, menang, menang dapat sokongan bila kalah ini tidak betul, tipu, tidak adil dan macam-macam. Jadi terima kasih.
Jadi balik kepada rukun tetangga ini skim rondaan ini. Rukun Tetangga ini memanglah selain daripada konsep setempat untuk wujud perpaduan pelbagai kaum sambil menjaga keselamatan, itu bagus. Akan tetapi tinggal lagi Tuan Pengerusi yang pentingnya masalah keselamatan kecurian pecah rumah ini sebab kawasan-kawasan ini tidak ada lampu, gelap dikecuali di lebuh raya sahaja lampu banyak. Jalan-jalan JKR pun ada setengah-setengah lampu itu jarak jauh-jauh berlaku accident. Di kampung-kampung ini berlaku kecurian ialah kerana kurang lampu. Kalau cerah, terang tidak berani orang mencurinya. Bila gelap baru berani orang mencuri. Jadi boleh atau tidak kalau peruntukan yang ada ini daripada digunakan untuk makanlah, jamu itu jamu ini, sukan rukun tetanggalah saya tengok, saya cadangkan supaya digunakan peruntukan ini untuk tambah lampu-lampu di tempat dan kawasan yang memerlukan.
Akhir sekali Tuan Pengerusi sedikit sahaja kalau saya tidak sebut ini tidak rasa sah. Ini untuk Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Ini hendak tambah ini RM5 juta ini. Hendak tambah ini banyak kos ini. Apa yang mereka urus ini? Saya hendak tanya pihak Jabatan Perdana Menteri projek di Wilayah Pantai Timur ini pejabatnya di KLCC, kemudian tidak tahulah operasi ini, ini bukan kos projek ini operasi. Maknanya bayar elaun kah, mesyuarat kah, lawatan ke luar negara kah? Apa, apa belanjanya RM5 juta ini? Ini saya hendak tahu jangan untuk ke hulu ke hilir, ke hulu, ke hilir ini tidak padan dengan projek yang dilaksanakan, belanja operasinya begitu banyak. Tuan Pengerusi boleh lagi tidak?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak boleh. Okey, Terima kasih
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya telah indicate kepada Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Berhormat Menteri akan menjawab jam 4 petang nanti. Jadi ringkaskan untuk accommodate semua. Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita tahu bahawa dalam lingkungan 100 meter tidak boleh ada barung parti politik. Yang ada hanyalah barung yang disusun oleh SPR.
Bolehkah kalau kita dan saya cadangkan di sini untuk Suruhanjaya Pilihan Raya memikirkan di barung yang ditadbir oleh SPR itu diletakkan wakil-wakil parti di barung berkenaan untuk membolehkan dan mengatasi masalah yang dibangkitkan selama ini.
Kalau sebelum ini kita ada wakil untuk polling counting di kawasan ini kita buat untuk membolehkan perkara ini menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan selama ini.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada usaha begitu gigih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya membaiki data pemilih dan perkara-perkara lain. Cuma kita tahu bahawa kita tidak dibenarkan untuk membuat provokasi baik dari segi banner dan poster dan sebagainya. Oleh kerana kita hari ini lihat bahawa rakyat begitu aktif menggunakan media alternatif ini, sudah tentu dan barang pasti provokasi menimbulkan suasana yang tidak tenteram di kalangan masyarakat begitu banyak akan timbul.
Sekarang pun sudah banyak dan tentu waktu pilihan raya nanti pasti lagi banyak.
Bagaimana SPR mahu menangani isu ini, menyekat perkara ini yang saya fikir agak sukar sedikit tapi mungkin SPR boleh maklumkan kepada kita bagaimana perkara ini hendak diselesaikan? Sudah tentu perkara lain yang saya ingin mendapat penjelasan daripada
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
pihak SPR ialah berkaitan dengan soal keselamatan. Kita bimbang apabila berlaku keputusan-keputusan yang tidak disenangi oleh pihak tertentu akan menimbulkan suasana yang tidak tenteram di kalangan masyarakat. Bagaimana SPR mempunyai perancangan untuk menangani isu dan masalah ini?
Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri, Rukun Tetangga. Yang Berhormat Menteri, saya hendak menyebut perkara ini dan ingin mengetahui berapakah peruntukan yang sekarang ini diberikan kepada KRT di semua tempat? Saya lihat bahawa dalam soal kita hendak mewujudkan semangat perpaduan sudah tentu melalui program-program yang dilaksanakan oleh KRT ini ia mampu untuk meningkatkan semangat kerjasama, perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Sudah tentulah jika kita tambahkan peruntukan untuk program dan aktiviti kepada KRT ini ia membolehkan mereka melaksanakan pelbagai lagi program.
Oleh sebab itu saya hendak cadangkan supaya ditambahkan peruntukan kepada KRT ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti lagi mereka laksanakan.
Di samping itu juga saya hendak ambil kesempatan untuk menyentuh perkara ini iaitu di kawasan saya Lenggong dan sebagainya di Hulu Perak mengenai KRT. Jabatan Perpaduan ini mentadbir daripada Kuala Kangsar sampai ke Hulu Perak. Daripada Kuala Kangsar sampai ke Pengkalan Hulu, luasnya lebih besar daripada negeri Perlis untuk seorang pegawai dan beberapa pegawai lain. Saya ingin cadangkan supaya dipecahkan mengikut daerah. Ada jabatan di peringkat Daerah Hulu Perak dan jabatan di peringkat Daerah Kuala Kangsar bagi membolehkan mereka mentadbir dengan lebih baik dan sebagainya.
Selain daripada itu juga saya harap supaya ditambahkan lagi pegawai-pegawai di peringkat daerah dan sebagainya bagi membolehkan pelbagai program dapat dilaksanakan sesuai dengan perkembangan semasa sekarang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan M. Manogaran - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Adalah jelas Tuan Pengerusi bahawa walaupun persepsi atau kebenaran SPR ini kita tidak puas dengan apa-apa yang dilakukan oleh mereka setakat ini. Jadi saya cadangkan kepada kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk betul-betul mengemaskinikan senarai pengundi dan betul-betul membuat satu keyakinan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.
Saya cadang jika ada SPR saya rasa sembilan atau sebelas orang pesuruhjaya digantikan di mana empat atau lima orang dari mereka disingkir dan digantikan dengan ahli- ahli dari steering committee Bersih. Ini sebab saya tengok steering committee Bersih ini mereka penuh yakin dengan apa yang mereka buat, telus dan sungguh profesional dalam apa-apa yang mereka bentangkan ataupun cadangkan untuk Bersih. Jadi segala tambahan peruntukan ataupun bajet boleh diagihkan sedikit kepada Bersih untuk kita betul-betul tengok senarai pengundi yang bersih.
Saya rasa kalau kita ada di SPR, anggota-anggota seperti Datuk Ambiga, Pak Samad, Maria Chin dan K. Arumugam saya cadang empat nama dimasukkan sebagai SPR member pesuruhjaya, saya percaya dan yakin bahawa senarai pengundi akan dibersihkan dengan betul-betul. Tidak perlu takut seperti ahli-ahli yang mengatakan persepsilah, tidak betullah, pembangkang selalu mengatakan tidak adil dan sebagainya. Saya percaya mereka boleh membawa satu senarai pengundi yang boleh meyakinkan semua orang dengan mengadakan empat atau lima orang yang saya cadangkan ini duduk sebagai commissioner di SPR. Itu akan once and for all, dengan izin mengatasi semua tuduhan ataupun persepsi yang kita ada pada masa sekarang.
Seterusnya Tuan Pengerusi satu lagi point di B.6 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin tahu apakah betul-betul atau benar langkah-langkah yang diambil oleh jabatan tersebut untuk membawa lebih perpaduan di antara kaum di negara kita ini sebab saya rasa jika dibandingkan 20 atau 30 tahun yang lepas dengan sekarang tidak ada perpaduan di antara kaum seperti dahulu. Seperti dahulu di tempat kerja saya ingat kita saling pergi ke rumah kawan kita Melayu atau Cina dengan begitu senang dan rasa selesa.
Tuan M. Manogaran - Teluk Intan
Akan tetapi tidak ada sekarang. Kalau kita pergi ke universiti-universiti, penuntut Melayu sekelompok, Cina pun sama dan India pun sama. They are not mix around generally dengan izin. Jadi apa yang telah berlaku salah dalam semua polisi kerajaan untuk meningkatkan perpaduan di antara kaum? Saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri dengan terperinci apakah langkah-langkah dan program-program yang telah diadakan setakat ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi yang telah memberi kesempatan untuk saya bersama-sama bangun dalam jawatankuasa pada petang ini. Dua hari lepas pada 19 Jun kita telah membaca berita yang dikeluarkan oleh SPR, Pengerusi SPR mengatakan bahawasanya complaint daripada 84 orang yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama tetapi nama yang berlainan dia kata itu disebabkan oleh kesilapan dahulu yang data-data dimasukkan secara manual. Saya kurang kepastian terhadap apa yang dijelaskan oleh Pengerusi SPR tersebut kerana apabila saya semak di tempat saya sendiri nama dia Zakaria bin Daud 650807-02-5589 dari kawasan Pendang. Akan tetapi apabila kita semak dalam senarai Daftar Pemilih SPR nombor yang sama nombor baru 12 digit nama yang baru adalah Rafzah binti Mohd Nasib.
Menjadi seorang perempuan. Alamat dia Taman Dato’ Hormat Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya.
Jadi saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya apa yang kita katakan daftar pemilih yang diragukan. Ini memang berlaku dan ini mungkin salah seorang daripada mereka yang tampil untuk memberi makluman kepada kita. Ini pun apabila kita membuat complaint kepada SPR, saya rasa bulan lepas kita bawa fotostat kad pengenalannya, kita bawa cetakan daripada daftar pemilih yang kita semak daripada internet dan kita pergi ke Pejabat SPR di Alor Setar, pagi tadi saya semak balik daripada senarai daftar pemilih SPR memang diubah.
SPR telah pun mengubah nama tersebut kepada Zakaria Daud dan ditulis di situ mohon untuk tukar alamat.
Jadi saya rasa perkara ini kalau sekiranya mungkin pengundi atau pendaftar itu tidak semak nama dia mungkin banyak lagi nama-nama yang kita rasa ada dalam suasana yang meragukan dan inilah yang kita katakan pendaftaran pemilih ini tidak bersih.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang kedua berkenaan undi pos. Kita masih risau apabila PSC yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Rasah tadi, kita hendak kurangkan pengundi pos, tetapi pengamal- pengamal media pula dimasukkan sebagai pengundi pos. Saya diberitahu bahawasanya lebih kurang angkanya menghampiri 300,000 pengamal media yang akan dimasukkan ke dalam pengundi pos ini. Ini merupakan satu perkara yang saya rasa perlu rakyat memberi perhatian yang cukup berat terhadap integriti yang ditunjukkan oleh SPR pada pilihan raya akan datang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Yang Berhormat Klang, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan satu isu yang berkaitan dengan senarai pengundi di Klang. Baru-baru ini pejabat saya telah menyemak 6,000 nama yang kami saksi nama yang questionable. Daripada 6,000 nama itu, kita didapati 3,000 lebih maklumat mereka tidak ada di database SPR , bermaksud telah hilang.
Kedua, sebanyak 2,000 nama pengundi yang sebelum ini telah mengundi pada tahun 2008 tetapi nama mereka telah dipindahkan ke 184 kawasan pilihan raya di Malaysia.
Orang Klang sekarang telah dipindahkan ke Tawau, Kota Raja, Shah Alam, Hulu Selangor dan sebagainya. Saya fikir ada satu masalah besar apabila kita nampak lebih kurang 5,000 lebih orang pengundi data mereka telah hilang dari database SPR dan juga mereka dipindahkan tanpa mendapat izin daripada mereka. Saya telah tulis surat kepada SPR
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
pada 16 Mei 2012, tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa jawapan ataupun respons daripada mereka. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan isu ini sebab ia merupakan satu cara untuk curi pilihan raya.
Ketiga, saya memang menyokong beberapa pandangan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pasukan pemantau. Saya fikir itu satu cadangan yang bagus dan SPR harus memberi priority to the issue tetapi siapa mereka hendak bawa untuk memantau, saya cadangkan ini dibincangkan bersama Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat. Menteri dalam perjalanan, dia dekat sini sahaja, tidak jauh.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tidak, sebab tadi sudah bagi tahu Yang Berhormat Menteri jam 4. Saya nampak Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, selepas itu dia tidak bangun.
[Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) berjalan mengambil tempat di dalam Dewan]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Menteri sudah hendak jawab. Boleh, Tuan Pengerusi? Sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma nak tambah sedikit sahaja. Maksud B.04 ini Tuan Pengerusi, RM360 juta peruntukan untuk menampung SPR ini boleh tidak kiranya kita mendapat pendetilannya sedikit. Sebanyak itu yang diberikan pastinya kali ini PRU ke-13 pilihan raya yang lebih bersih, adil dan juga berapa daripada tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Bersih akan dapat ditunaikan pada kali ini.
Keduanya kalau boleh saya tanya, saya juga mendapat permohonan kawan- kawan yang menjalankan Skim Ronda Sukarela (SRS) dan juga Rukun Tetangga ini, daripada RM50 juta ini agaknya berapa yang benar-benar turun kepada mereka ataupun tidak? Sebab kerap kami MP yang tidak punya resource dengan izin, kurang sumber pun dipohon dana sedikit daripada mereka. Saya nampak Yang Berhormat Menteri pun tidak bersiap lagi. Saya teruskan dahulu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri? Hendak jawab?
Okey. Terima kasih, terima kasih, cukuplah itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli yang telah mengambil bahagian dalam peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya minta maaf saya lambat sedikit tadi sebab saya bersama dengan petugas media. Dia minta banyak kemudahan.
Jadi saya pergi sana melayani petugas media yang banyak bekerja juga untuk kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang berucap di peringkat akhir untuk membolehkan saya masuk. Terima kasih banyak-banyak.
Sebenarnya saya cakap lima minit lagi, hendak pergi bilik air tadi, tetapi tidak apalah...
[Disampuk] Boleh tahan. Kalau tidak tahan nanti bangun tanya soalan tambahan kah apa.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pokok Sena dia telah bercakap tentang pembersihan daftar pemilih, nama berganda bagi pengundi tidak hadir di lokaliti kem tentera dan lokaliti PALAPES. Jawapannya, SPR sentiasa melakukan urusan pembersihan daftar pemilih dari semasa ke semasa dan isu nama berganda di dua lokaliti yang sama tidak seharusnya berlaku. Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
perkara tersebut, sila maklumkan kepada SPR untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Ini ialah kerana Yang Berhormat, kita tidak menafikan, mungkin ada perkara- perkara seperti ini yang berlaku. Akan tetapi kalau kita sendiri tidak sedar, maka tidak mungkin kita boleh memperbetulkan. Jadi sebab itu kita mahu kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen dan parti-parti politik untuk menyedarkan kita tentang perkara ini supaya dapat kita membersihkan electoral roll ini.
Kemudian Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan isu pengundi tidak hadir yang bertukar status kepada pemilih awam menggunakan kod pendaftaran pemilih baru. Pengundi yang tidak hadir telah memohon mendaftar sebagai pemilih awam akan dipotong rekodnya sebagai pengundi tanpa hadir dari daftar pemilih. Permohonan mereka sebagai pemilih awam akan diproses sebagai permohonan baru. Antara mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah anggota polis, tentera yang telah bersara dan mohon untuk mendaftar sebagai pemilih awam.
Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan isu pemilih berdaftar yang mempunyai kod negeri iaitu kelahiran selain dari mereka yang lahir di dalam negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan fungsinya, SPR sentiasa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan iaitu memastikan hanya warga negara Malaysia yang layak sahaja didaftarkan sebagai pemilih. Isu pemberian taraf kewarganegaraan merupakan tanggungjawab jabatan lain yang diberikan kuasa menurut undang-undang.
SPR akan memastikan hak bagi semua warganegara terjamin mengikut undang-undang negara kita.
Jadi dari segi SPR, pendaftarannya mudah sahaja. Orang datang tunjuk kad pengenalan, kita daftar. Jadi sama ada orang yang memegang kad pengenalan itu sama ada dia sebelum ini bukan warganegara kah ataupun dia tidak layak pun, itu luar daripada keupayaan kita untuk memastikan dan kita hanya menerima kad pengenalan dan kita daftar.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang bangun.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti sekejap. Biar saya habis Yang Berhormat Pokok Sena dahulu. Selepas itu Yang Berhormat boleh... Satu lagi. Lagi satu Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan berkenaan isu tarikh pembubaran Parlimen yang ditentukan lebih awal. Persoalan berhubung tarikh pembubaran Parlimen yang ditentukan lebih awal merupakan persoalan dasar yang perlu dikaji terutama aspek perundangan. Jadi tanggungjawab SPR hanya menentukan tarikh pilihan raya apabila Parlimen dibubar.
Kita sekarang ada satu gerakan kecil-kecilan sebenarnya untuk menimbangkan supaya kalau boleh kalau lima tahun bermaksud lima tahun.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi oleh kerana hari ini sistem kita ialah mengikut Westminster dan saya difahamkan iaitu Westminster baru-baru ini pun baru sahaja bersetuju untuk memastikan five years means five years dan mungkin ini satu perkara yang kita boleh bincang.
Sebenarnya kalau dia lebih memberi manfaat kepada negara untuk memastikan kalau lima tahun itu bermaksud lima tahun dan tidak boleh dipanggil pilihan raya sebelum lima tahun, itu terpulang kepada kita kerana ini merupakan soal dasar dan boleh kita bincangkan untuk dilaksanakan. Namun untuk waktu ini, tidak sempatlah. Sila.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hendak bagi Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak balik kepada cara untuk menjadi seorang pengundi di Malaysia yang telah dibincangkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ni saya telah terima satu surat menerusi facebook yang mengatakan kepada saya bahawa wanita yang tinggal di Klang khususnya di Teluk Pulai yang tidak mendaftar sebagai seorang pengundi tiba-tiba menjadi seorang pengundi.
So saya bincang dengan dia, dia kata saya tidak mendaftar tetapi saya sekarang adalah seorang pengundi. Macam mana ini boleh berlaku sebab ini tidak mengikut apa yang disenaraikan atau pun cara yang disenaraikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
menjadi seorang pengundi. Akan tetapi apabila saya bincang isu ini dengan Ahli Parlimen yang lain, mereka pula ada cerita yang sama apabila orang yang tidak mendaftar sebagai pengundi, tiba-tiba menjadi seorang pengundi. Macam mana ini boleh berlaku?
Isu yang berikut yang berkait dengan isu ini, adakah benar dan tolong jelaskan isu ini bahawa agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi-agensi lain di bawah JASA juga mendaftar pengundi- pengundi. Minta penjelasan. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, cara yang saya tahu ialah kita boleh memberikan tugas untuk mendaftar ini kepada ejen-ejen yang dilantik dan mereka menyediakan meja. Selalunya macam kata kita dekat KLCC di mana ramai orang- orang datang melawat, kemudian meja disediakan dan mereka boleh datang dan mereka menunjukkan IC mereka dan di situlah boleh didaftarkan. Jadi kalau mengikut prosedurnya, asalkan ada IC boleh daftar. Akan tetapi kalau apa Yang Berhormat sebutkan perkara itu berlaku, saya kira kita mesti beri hak kepada orang, kepada dia sama ada dia mahu menjadi pengundi ataupun tidak’ Jadi kalau macam mana Yang Berhormat sebut perkara itu, saya rasa boleh dibawakan kepada pihak Election Commission dan memaklumkan bahawa perkara ini berlaku. Saya sendiri pun tidak tahu sama ada ICnya telah diambil. I don’t have fact, for me dengan izin tetapi kalau orang yang telah mendaftar itu dia namanya didaftar tanpa pengetahuannya dan dia tidak mahu menjadi pendaftar, ini perkara yang boleh dianggap sebagai songsang dan sepatutnya tidak berlaku. Sila sampaikan maklumat ini kepada Election Commission untuk diperbetulkan.
Ini yang saya sebutkan tadi iaitu kita perlu kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat untuk memaklumkan kalau sekiranya ada perkara-perkara yang dianggap sebagai songsang berlaku yang tidak sepatutnya berlaku mesti dimaklumkan kepada Election Commission yang mana Yang Berhormat kena ingat iaitu bahawa ejen-ejen atau mereka yang diberikan kuasa ini, dilantik beribu. Jadi tidak mungkin kita boleh dengan begitu yakin mengatakan bahawa perkara ini tidak berlaku sebab ini adalah ejen-ejen yang diberikan kuasa untuk mendaftar.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat, boleh saya follow up isu ini?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Oleh sebab wanita itu mengatakan kepada saya sebenarnya dia telah didaftarkan, walaupun dia tinggal Teluk Pulai dan kalaupun dia didaftarkan oleh sesiapa, dia mesti mengundi Klang, tetapi pengundian beliau itu berlaku di Butterworth. So sekarang ialah siapa yang undi untuk beliau? Adakah satu agensi yang menggunakan nama-nama yang tidak didaftarkan, daftarkan mereka dan menggunakan nama mereka untuk tempat-tempat yang mereka hendak menang. Ini soalnya.
Oleh kerana itu saya hendak tanya adakah ini berkait dengan agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, JASA dan sebagainya yang menggunakan peluang-peluang ini untuk mendaftarkan pengundi- pengundi baru dan mereka dihantar - Saya boleh beri bukti dihantar screenshot yang mengatakan dia menjadi pengundi di Butterworth. So this something systemic or just one off…
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya tidak ada fakta bersama saya dan sebab itu saya minta Yang Berhormat bangkitkan perkara ini dalam Election Commission supaya kita juga hendak tahu. We wants to go the root of the problem sama ada ia melibatkan agensi kerajaan atau pun tidak, saya sendiri pun tidak tahu. Jadi sebab itu adalah penting untuk perkara ini dibangkitkan dalam Election Commission untuk mendapat maklumat yang sebenarnya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat, sebenarnya isu komunikasi dengan SPR susah sedikit. Saya telah tulis kepada mereka pada 16 Mei 2012 mengatakan ada masalah senarai pengundi di Klang di mana dalam senarai kita, dan isu saya telah bangkitkan tadi di mana di dalam semakan kita, lebih 3000 orang information mereka ataupun maklumat mereka telah hilang daripada database SPR. Ini screenshot kita ada.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kedua, lebih kurang 2000 orang telah dipindahkan tanpa permission mereka di Klang. So saya telah hantar surat kepada SPR pada 16 Mei 2012 tetapi hingga hari ini tidak ada jawapan. Kita telah buat panggilan mengatakan tolong jawab surat ini, tetapi langsung tidak ada.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya ambil maklum perkara ini dan saya juga kalau boleh Yang Berhormat bagi surat itu dan saya akan maklumkan kepada SPR supaya address the problem raised dengan izin.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Menteri, sedikit dengan perkara ini juga. Sebenarnya saya rasa Menteri tahu jawapan ini. Apabila seseorang mendaftar, SPR ada coding, tahu siapa yang mendaftarkan dia sama ada PPS, sama ada mendaftar di post office, sama ada dia didaftarkan oleh JASA, KEMAS, dia tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Jadi sebenarnya SPR ada klu siapa yang mendaftarkan tetapi buat tidak tahu. Ini berlaku sebab apa?
Di dalam pendengaran awam apabila kami membantah, apabila kita sebut, apabila kita membantah sesuatu nama, dia kata Yang Berhormat sebenarnya dia ini mendaftar di post office. Ini adalah teknikal, SPR kena telus dalam perkara ini. Sebenarnya mereka tahu seseorang itu dipindahkan oleh siapa ataupun kumpulan, mereka boleh tahu. Jadi bagi saya, ini adalah satu perkara yang sistematik.
Sekiranya SPR tidak mengaku pula, kita hendak tahu siapa yang tahu nombor kad pengenalan orang? Hanya JPN, hanya Jabatan Pendaftaran Negara, hanya JPN, ada pihak-pihak tertentu yang membuat kerja ini dengan secara sistematik. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Dato' Mahfuz, Yang Berhormat Pokok Sena dahulu. Nama-nama orang tertentu yang dikatakan berada di dalam task force ini, yang bertanggungjawab di dalam pendaftaran nama-nama pengundi dan pemindahan dan sebagainya.
Sehingga sekarang ini kerajaan tidak menjawab. Kenapa tidak diadakan LCI tentang dakwaan-dakwaan kita sebab perkara-perkara itu, buktinya ada. Berapa banyak artikel yang telah ditulis oleh penyelidik-penyelidik tentang perkara ini, tetapi SPR diam seribu bahasa. Tidak hendak jawab kerana tidak mahu engage di dalam dakwaan-dakwaan ini kerana kita ada bukti.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi yang sudah tentu Yang Berhormat tidak ada bukti, menuduh saya kata saya buat-buat tidak tahu. Itu tidak ada bukti.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya minta maaf. Kalau betul Menteri tidak tahu, okey sekarang Menteri boleh siasat bahawa coding itu ada.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu memang saya tidak tahu dan memang Yang Berhormat tidak ada bukti. Itu memang tidak.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Okey, itu saya minta maaf tetapi coding itu ada. Menteri kena siasat.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak mengapa. Ia macam ini Yang Berhormat. Saya kira adalah elok kalau sekiranya kita ada apa-apa masalah, kita kena rujuk kepada Election Commission. Beritahu kepada mereka iaitu perkara-perkara ini berlaku.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Artikel okey, boleh ditulis tetapi bagaimana SPRM hendak menjawab kepada artikel yang ditulis? Ini kerana kita berminat untuk menyelesaikan masalah khusus. Jadi, kalau kita berminat untuk hendak menyelesaikan masalah, kita berhubung terus dengan SPRM.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya tidak fikir SPRM berani hendak mempermainkan Ahli-ahli Parlimen. Dia tidak berani. Sorry, SPR ya. Kalau perkara ini dibangkitkan mesti SPR akan pergi menyelesaikan masalah. Kalaulah Yang Berhormat menghadapi masalah. Macam Yang Berhormat daripada Klang tadi, surat dihantar tidak berjawab. Okey, maklumkan kepada saya, saya akan beritahu mereka ini iaitu mesti selesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Dia mesti jawab.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia tidak boleh kata dia tidak mahu, dia buat tidak layan. Tidak boleh. Dia mesti jawab apa juga perkara yang dibangkitkan oleh SPR. Ya, Yang Berhormat Tawau.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Minta penjelasan. Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Perkara yang sama juga. Dalam satu dialog yang dianjurkan oleh Menteri, berjumpa dengan SPR dan saya ada serahkan beberapa masalah tentang SPR termasuk isu yang tersebut, nama pengundi sudah hilang dalam buku pemilihan. Mereka sudah mengundi banyak kali dan saya minta penjelasan.
Akan tetapi hingga sekarang pun belum ada apa-apa jawapan. Sekian.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat boleh maklumkan kepada saya perkara itu dan saya akan beritahu SPR.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena. Boleh.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Mesti bagi. Ini Menteri yang tulus ikhlas mengaku kata dia tidak tahu apa. Baguslah itu. Payah hendak cari Menteri yang jujur kata dia tidak tahu. Ini contoh yang baik. Payah. Menteri-menteri lain semua berlagak tahu.
[Ketawa] Berlagak kata depa tahu semua. Jadi, Yang Berhormat saya sanjunglah.
Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat kata apa-apa perkara kita direct la dengan SPR. Kami ini boleh dikatakan berbuih sudah dengan SPR ini. Berbuih mulut, air liur meleleh merata dah. Tersembur ke muka pegawai-pegawai SPR kadang-kadang bercakap.
Oleh sebab itu kita bawa ke Parlimen. Jadi, bila kita bawa ke Parlimen, tak kanlah Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang jaga SPR, mereka tidak boleh bekalkan maklumat yang lengkap kepada Yang Berhormat untuk memperjelaskan kepada kami. Sebab bila di sebut di dalam Dewan Parlimen ini, jawapan diberikan di Dewan Parlimen, jawapan itu jawapan yang boleh dipegang tetapi kalau jawapan sekadar ada pertemuan minum teh dengan pegawai SPR dan sebagainya, jawapan itu tidak satu pun konkrit. Jadi, sebab itu kita minta jawapan itu mesti dijawab dalam Parlimen.
Umpamanya bila saya minta tadi. Saya tidak tahulah Yang Berhormat jawab atau tidak jawab berkaitan dengan undi locality PALAPES misalnya. Locality pengundi yang tidak perlu hadir. Dia sudah ada nama dia dalam tentera. Dia itu pegawai tentera, ada sudah nama dia dalam tentera. Akan tetapi bila dia jadi jurulatih PALAPES di satu universiti, sekali lagi nama dia ada. Jadi, nama dia ada dua. Ada pula yang bukan tentera.
Hanya student, mahasiswa yang mereka bukan layak untuk diletakkan dalam locality PALAPES tetapi student juga diletakkan dalam locality PALAPES. Jadi, macam mana benda-benda seperti ini boleh wujud dalam daftar pemilih?
Dia macam itu juga macam saya katakan tadi bahawa isu-isu yang berkaitan bahawa dalam daftar pemilih ada number IC yang kod kelahiran mereka entah daripada dunia mana. Memanglah Yang Berhormat Menteri mesti jawab itu tanya JPN lah, Jabatan Pendaftaran Negara tetapi hakikatnya dia ada dalam daftar pemilih. Sedangkan macam yang saya katakan tadi bahawa jawapan kepada saya daripada tahun 1957 sampai tahun 1990 baru dalam 45,000 orang sahaja rakyat Malaysia yang beranak di luar negara. Dalam daftar pemilih ini sudah ada sampai 175,000 lebih yang kod kelahiran mereka ialah daripada luar negara. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat yang jujur dan ikhlas ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, saya tidak tahu sebab SPR ini dia bebas. Saya tidak boleh control dia. Oleh sebab itu ada benda yang saya tidak tahu sebab saya tidak tahu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Menteri lepas tangan ini.
[Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Melainkan kalau perkara itu dibangkitkan, kemudian diambil maklum oleh SPR dan memberi jawapan. Baru saya tahu. Saya tidak control mereka. Kemudian macam Yang Berhormat bangkitkan benda khusus, bangkitkan tadi sahaja. Saya rasa SPR pun memerlukan masa juga untuk mendapat jawapan yang sebenar dan bukan jawapan yang dijawab semata-mata untuk hendak menyeronokkan Ahli- ahli Parlimen, kerana ada jawapan. Jadi, saya minta mana yang dibangkitkan ini saya akan panggil SPR. Mesti menjawab ...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh panggil kah?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Panggillah pasal...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh panggil?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh, saya boleh panggil...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oh! Boleh arahlah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia bukan boleh arah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Maknanya boleh campur tangan juga.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ayat saya guna, saya boleh panggil bukan arah. Itu ayat hendak putar belit Yang Berhormat Pokok Sena. Itu memang kita kenal dia sebagai putar belit. Sudah tentu saya akan berhubung dengan mereka. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka untuk memaklumkan perkara ini dibangkitkan. Tolong jawab. Jadi, ini berkenaan dengan SPR.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan mengenai KEMAS dan JASA. Adakah mereka juga...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Oleh sebab itu saya sudah jawab tadi.
Saya kata saya tidak mempunyai fakta di hadapan saya dan untuk saya menjawab sudah tentu saya tidak akan bercakap benar sebab saya perlu fakta. Yang Berhormat pun perlu beri fakta itu kepada SPR dan minta jawapan dari SPR. Kalau SPR kata ini memang melalui KEMAS, maka KEMAS salahlah dalam hal ini. Jadi, saya tidak ada fakta. Tuan Pengerusi...
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat, sedikit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ini dia pakai neck tie ular sawa, saya kena bagilah.
[Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa dia? Tie apa?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ular sawa.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Pengerusi, ya lah mentang- mentanglah tie kita murah.
[Ketawa] Tidak apa. Saya hendak masuk kepada Yang Berhormat maksudkan tadi. Isu yang menarik tentang tempoh Parlimen lima tahun. Saya rasa Yang Berhormat kita pernah berbahas panjang tentang isu ini dan saya pun telah banyak kali mencadangkan supaya isu ini difikirkan.
Alhamdulillah Yang Berhormat pada hari ini menyatakan ada usaha kecil-kecilan supaya isu ini difikirkan dan memang ini bagi saya sangat besar faedahnya kepada rakyat, PM, Menteri ataupun Menteri Besar akan tahu mereka akan duduk dalam pejabat cukup lima tahun. Selepas itu barulah pilihan raya akan diadakan. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya usaha ini dapat kita angkat. Kalau tidak pun ada satu Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan untuk kita fikirkan. Akhir sekali saya hendak sebut adakah dengan jawapan Yang Berhormat itu membayangkan bahawa tidak ada pilihan raya tahun ini dan maknanya pilihan raya tahun depan? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Karang saya kata saya tidak tahu, Yang Berhormat Pokok Sena kata Menteri tidak tahu. Jadi, saya ingat soal pilihan raya ini bila ada itu, serah kepada Perdana Menteri lah. Saya secara peribadi merasakan itu bahawa five years dengan izin mean five years sebab apabila kita pergi ke pilihan raya, rakyat memahami bahawa mereka akan mengundi wakil mereka untuk selama lima tahun.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi sebab itu dan juga untuk membantu rakan-rakan kitalah sebab yang mana yang baru jadi Ahli Parlimen ini, dia kena serve sekurang-kurangnya tiga tahun. Kalau dua tahun dah panggil pilihan raya, pencen dia pendeklah, kecil sikit. Jadi saya rasa biarlah.
Bukan senang jadi Ahli Parlimen. Sesetengah orang bertanding tiga empat kali baru dapat jadi ahli. Jadi, sesetengah orang bila umur dah lanjut baru kali pertama dapat bertanding, tetapi menang macam Yang Berhormat Pasir Salak. Bagilah duduk lama sikit.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bagi lama sikit, bagi lama sikit. Jadi secara peribadi, saya bersetuju dengan perkara ini dan insya-Allah boleh saya juga menjadi catalyst untuk kita cuba mendapatkan lima tahun ini bermaksud lima tahun. Itu lebih adil. Baik, Yang Berhormat Serdang.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun] .
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, apa lagi ini?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, tak. Sikit sahaja. Alah, mentang- mentang. Tak, betullah maknanya kita katakan bahawa nak cukup tempoh lima tahun. Akan tetapi perlu bagi saya bahawa kita kena ambil model seperti yang pernah diumumkan ataupun dibuat di negara-negara lain. Mereka boleh mengumumkan awal. Setahun sebelum daripada pilihan raya nak diadakan, mereka dah umum. Kita dah boleh tahu bulan bila dan sebagainya. Akan tetapi dalam negara kita hari ini khususnya hari ini, kita sendiri pun terpinga-pinga tak tahu bila nak ada pilihan raya. Orang nak pergi haji payah, orang nak kenduri kahwin anak pun susah dan sebagainya. Kita kalau kita nak kahwin seorang lagi pun jadi payah. Kalau Yang Berhormat pun jadi payah juga tak tahu pilihan raya.
[Ketawa] Jadi yang pentingnya bagi saya ialah bahawa kita gentlemanlah, maknanya bagi tahu bahawa okey sekian bulan kita akan adakan pilihan raya walaupun tak spesifik daripada segi tarikh dia itu. Bagi tahu sekian bulan, sekian tahun. Itu sudah cukup kita buat satu persiapan. Maknanya rakyat boleh urus hidup depa secara yang lebih selesa, lebih tenang.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Berani cakap dekat Dewan ini sahaja, dekat rumah tak berani cakap [Ketawa] . Tak apa Yang Berhormat. Saya ingat sebelah sana boleh buat contoh saya rasa kerana untuk membubarkan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri itu terpulang kepada kerajaan yang ada. Jadi kalau mula dengan Kedah dululah, bagi tahu setahun daripada sekarang ke supaya senang.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, bila kita kata kita nak buat pilihan raya berasingan, oh kerajaan kata ini membazir duit pula.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak ada, tak ada. Tak ada halangan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu komen daripada kerajaan, komen daripada SPR, komen daripada pihak Barisan Nasional bila kita umum bahawa kita tidak akan mengadakan pilihan raya bersekali. Oh dia kata ini akan merugikan wang rakyat, memerlukan belanja yang besar. Kita bersedia tetapi kerajaan pula kata ini begini akan merugikan wang rakyat dan sebagainya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun] .
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oleh sebab itu saya katakan bahawa kita bersetuju secara gentleman bahawa okey, kita buat. Takkan kalau Yang Berhormat kata okey boleh negeri-negeri Pakatan Rakyat buat, jadi kita berani. Kita berani tetapi kenapa Yang Berhormat Barisan Nasional takut untuk nak mengisytiharkan? Itu sahaja.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Semenjak bila Yang Berhormat peduli apa yang BN cakap? Semenjak bila? Semenjak bila Yang Berhormat ini peduli apa Yang Berhormat BN cakap?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Begini, kerajaan juga yang akan eksploit kata Pakatan Rakyat membazirkan wang rakyat, buat pilihan raya berasingan dan sebagainya. Ini dispin dalam media dan sebagainya. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa kita sama-sama gentleman. Okey, berhadapan dengan rakyat, mesra rakyat.
Demokrasi yang mesra rakyat.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sebab itu buat di Kedah dahulu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
La, ini apa? Asing juga.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak, buat di Kedah dulu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
SPR juga yang tak bersetuju.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak ada. Dia tidak boleh tidak bersetuju sebab ini adalah hak Dewan Undangan Negeri dan juga hak Dewan Rakyat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, SPR juga mesti membuat kenyataan mengatakan tak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya asing.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bila sahaja kita nak panggil, itu hak kita.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ha, okey. Jelaslah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
SPR bagi pandangan. Sejak bila yang dia peduli sangat apa yang kita cakap?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Okey, jelaslah. Saya cuma nak jawapan kata memanglah BN takut, tak apalah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak, makna ikutlah. Kalau nak buat di Kedah, Kelantan, Selangor, Penang, bubarlah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak apa, memang.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bubarlah. Bagi tahu setahun daripada sekarang. Saya pun tak dengar.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kita confirm, kita confirm. Maknanya Mac tahun depan kita akan buat pilihan raya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, buatlah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ha, kita bagi tahu kepada rakyat, Mac tahun depan kita akan menghadapi pilihan raya
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Baguslah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
BN berani? BN berani hari ini? Saya minta, saya cabar bahawa Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri cabar kata bahawa kami bersetuju sekian, sekian tarikh pilihan raya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya tak boleh.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya katakan bahawa bagi pihak Pakatan Rakyat, Mac tahun depan kita akan ada pilihan raya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, kita lakukan dan BN akan ikut.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Semenjak bila Yang Berhormat Pokok Sena jadi Ketua Pembangkang ini?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ha, pula dah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia boleh isytihar ikut suka hati dia.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tadi Yang Berhormat kata suruh kata saya buat di Kedah dahulu. Okey, saya berani.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yalah, Yang Berhormat bukan Menteri Besar Kedah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Betullah saya bukan Menteri Besar.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, kita dengarlah Menteri Besar Kedah cakap.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ha, pula dah.
[Ketawa]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri Besar Kelantan, itu cara dia.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini betul-betul putar belit.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu cara dia sebab apa Yang Berhormat cakap itu tak ada apa-apa, kerana dia tidak mengikatkan kerajaan negeri berkenaan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, kita memang sudah bersetuju.
Kami sudah bersetuju dalam Pakatan Rakyat bahawa Mac tahun depan kita akan ada pilihan raya.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Itu Yang Berhormat cakap. Saya pun, nanti kalau saya bercakap, bila saya ini Perdana Menteri pula sebab itu kuasa Perdana Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak bolehlah, benda yang kita tak ada kuasa tak usah.
Tuan Chua Tian Chang - Batu
Menteri, boleh interject?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tak apalah, saya nak habis banyak ini.
Saya nak habis banyak. Sat lagi, sat lagi boleh. Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Serdang bangkit berkenaan dengan kes-kes pemilih baru yang tidak mempunyai alamat lengkap atau tiada nombor pintu rumah yang terdapat dalam daftar pemilih. Terdapat lebih kurang 25 orang pemilih yang didapati mempunyai kes sedemikian dalam daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012. Dalam memproses permohonan pendaftaran sebagai pemilih, SPR akan menyemak butiran alamat pemohon dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara. Maka, mana-mana butiran alamat pemilih adalah disahkan sebagaimana yang terdapat rekodnya di JPN. Sebarang keraguan terhadap isu permohonan pendaftaran pemilih boleh dilaporkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri untuk siasatan lanjut.
Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Rantau Panjang juga bangkit kos pilihan raya yang meningkat. Kos Pilihan Raya Umum Ke-13 meningkat daripada PRU Ke- 12. Ini adalah bagi menampung pembayaran elaun honorarium petugas-petugas pilihan raya yang dilantik, bayaran bagi mengadakan taklimat-taklimat kepada petugas-petugas pilihan raya, pembelian peralatan dan barang-barang pilihan raya, percetakan borang- borang serta buku panduan kepada petugas pilihan raya, sewaan komputer, sewaan dewan dan sewaan kenderaan udara, darat dan air. Jadi kos mereka pun meningkat, sudah tentulah kos untuk mengadakan pilihan raya juga akan meningkat.
Ini berkenaan dengan akses media, Yang Berhormat Rantau Panjang. Akses media yang bebas dan adil. SPR telah mengadakan perbincangan dengan peringkat tertinggi kementerian yang bertanggungjawab dengan kawalan ke atas media dan maklum balas yang positif diterima berhubung perkara ini. Usaha ini akan dipergiatkan sebelum sebarang pengumuman rasmi mengenainya dibuat. Saya ingat boleh lihat secara positiflah.
Kemungkinan akan dibenarkan untuk mengadakan akses media yang adil dan saksama.
Yang Berhormat Rantau Panjang juga bangkit isu kertas undi yang berkualiti bagi mengelakkan undi rosak. SPR sentiasa memastikan kualiti kertas undi yang digunakan pada suatu pilihan raya adalah yang terbaik. Malah masalah kertas undi rosak akibat terkoyak merupakan perkara yang sangat jarang berlaku dan sekiranya ada, ia tak berlaku ketika petugas menceraikan kertas undi daripada buku kertas undi. Walau bagaimanapun, ia merupakan kes terpencil dan tidak menjejaskan proses pengundian.
Kemudian Yang Berhormat Serdang juga, isu aduan daripada pemilih yang beralamat di Serdang tetapi didaftarkan di DUN Kampar, Perak. SPR sentiasa menyemak butiran alamat pemilih dengan rekod alamat pemilih di Jabatan Pendaftaran Negara melalui sistem ALIS (Agency Link Up Information System), dengan izin. Oleh itu sekarang penetapan kawasan pendaftaran pemilih adalah berdasarkan alamat yang telah disahkan.
Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, bolehlah dimaklumkan kepada pihak SPR untuk semakan dan siasatan.
Yang Berhormat Batu nak tanya lagi tak? Tak? Yang Berhormat Serdang? Tak ada ya? Ada? Yang Berhormat Serdang okey ya?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Ya, ya. Boleh tanya sikit?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Boleh, boleh.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya nak tanya kenapa kesilapan macam ini boleh berlaku kerana memang saya boleh tunjuk sesalinan IC beliau. Alamat di dalam IC beliau memang di Serdang, memang di Sri Kembangan, tetapi secara tiba-tiba beliau sekarang dipindahkan untuk menjadi seorang pemilih di Perak. Kalau kita cakap bahawa sekarang sudah boleh double check, boleh check dengan sistem. Sudah ada satu sistem untuk semak tetapi kes macam ini boleh berlaku. Kita rasa amat risau kerana kita tak tahu berapa lagi kes yang macam ini berada dalam sistem kita kerana sekarang pengundi ini beliau ambil inisiatif untuk check status pengundi beliau. Akan tetapi banyak lagi orang yang tak check dan mereka hanya akan semak status pengundi mereka semasa PRU Ke-13 dan pada masa itu adalah terlalu lambat, terlalu lewat untuk mereka untuk tukar alamat mengundi.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya beri contoh, sekiranya pengundi ini tidak semak status mengundi mereka, mereka tunggulah sampai tarikh undi pada PRU-13, tiba-tiba beliau mendapati mereka perlu pergi ke Perak di Kampar untuk mengundi. Jadi mereka – mungkin beliau tidak ada masa untuk pandu dari Serdang pergi ke Perak untuk mengundi. Jadi saya harap bahawa kesilapan macam ini boleh dielakkan dengan sistem yang sedia ada, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey, steady ya? Nampak tercungap- cungap tadi, macam ini, tadi dalam jawapan saya kata, kita akan maknanya kalau sekiranya ada apa-apa masalah yang berbangkit, kita sebagai Ahli Parlimen, mainkan peranan kita untuk memaklumkan kepada SPR. Ini kerana apa kesilapan yang berlaku itu tidak disengajakan. Sudah tentulah kalau kita bercakap soal pendaftaran, berjuta orang sebagai pengundi, sudah tentu ada sikit sebanyak kesilapan yang dilakukan.
Jadi Yang Berhormat punya perkara itu saya secara peribadi, selepas ini Yang Berhormat jumpa saya, bagi kepada saya dan saya akan selesaikan, Yang Berhormat concentrate sebab tidak lama lagi hendak beranakkan? Jadi jangan marah-marah ya? Bagi kepada saya.
Yang Berhormat Batang Sadong bertanya tentang keperluan petugas-petugas SPR untuk membuat lawatan ke pusat mengundi lebih awal bagi membuat persediaan awal di pusat mengundi berkenaan.
Dalam mengemas kini pusat mengundi bagi pilihan raya, pegawai pengurus atau wakilnya diminta melawat pusat-pusat mengundi yang akan digunakan bagi melihat kesesuaiannya. Sekiranya terdapat pusat mengundi yang tidak lagi sesuai, maka ia akan digantikan dengan pusat mengundi yang lebih baik. Menjelang pilihan raya pula, petugas- petugas pilihan raya, perlu ke pusat mengundi sehari lebih awal bagi memastikan persediaan yang benar-benar rapi, terutama di kawasan pedalaman.
Yang Berhormat Hulu Selangor, laporan perkembangan terkini syor SSC, SPR akan memaklumkan secara bertulis perkembangan terkini syor-syor yang dibangkitkan oleh select committee bagi mana-mana yang akan dilaksanakan oleh SPR. Pemerhati pilihan raya antarabangsa, SPR menyambut baik cadangan daripada semua pihak berhubung perkara ini. Di peringkat SPR juga, beberapa siri perbincangan sedang giat dijalankan berhubung perkara ini dan untuk makluman rasmi mengenainya akan dibuat setelah semua aspek dimuktamadkan.
Yang Berhormat Silam, menggalakkan pendaftaran pemilih baru di kawasan pendalaman Sabah. SPR sentiasa melaksanakan program outreach yang dilaksanakan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri di kawasan pendalaman, di samping Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik dari kalangan wakil parti politik bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pemilih. Walau bagaimanapun, dengan input yang diberikan ini, SPR akan mempergiatkan usaha untuk mengadakan program outreach di kawasan pendalaman. Yang Berhormat Ipoh Barat, kemas kini alamat pemilih yang mendaftar mengikut alamat dalam Mykad. Mengikut peruntukan undang-undang, proses kemas kini alamat pengundi perlu dilakukan sendiri oleh pengundi melalui permohonan dan SPR akan mematuhi kehendak perundangan ini dalam menjalankan fungsinya.
Yang Berhormat Batu Gajah, kemudahan mengundi untuk warga emas dan OKU.
SPR sentiasa mengambil kira keperluan menyediakan kemudahan untuk warga emas dan OKU semasa pilihan raya. SPR telah menetapkan supaya saluran pertama untuk warga
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
emas diadakan di tingkat bawah. SPR turut melantik petugas-petugas pilihan raya untuk membantu mengundi terutamanya OKU, termasuk menyediakan kerusi roda di pusat mengundi. Yang Berhormat Ipoh Barat lagi, keperluan menyertakan salinan Mykad bersama borang pendaftaran pemilih oleh Penolong Pendaftar Pemilih. Keputusan yang memerlukan Penolong Pendaftar Pemilih (3P) ini, untuk menyertakan salinan Mykad bersama borang pendaftaran, Borang A, adalah satu keputusan dasar oleh pihak suruhanjaya. Keputusan ini dibuat memandangkan telah ada kes-kes di mana Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang mendaftar individu yang telah meninggal dunia dan yang bukan warganegara serta individu yang tidak memohon, sebab itu kita perlukan salinan Mykad.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya. Okey.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih. Berkenaan dengan keperluan kad pengenalan atau salinan fotostat IC ini, saya rasa ini satu perkara yang tidak diperlukan dan menyusahkan orang-orang yang ingin mendaftar diri sebagai pemilih. Ini kerana apabila seseorang itu mendaftar dirinya sebagai pemilih, SPR akan balik check dengan sistem ALIS, kalau orang itu tidak ada dalam database Jabatan Pendaftaran Negara, maksudnya dia akan dikeluarkan, dia tidak boleh didaftarkan. Kalau betul ada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) ini yang mendaftarkan orang-orang yang sudah meninggal dan sebagainya, sepatutnya PPP itu dihukum, dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya atau dibuang daripada senarai PPP, bukannya kita penalize orang atau pendaftar pemilih-pemilih baru ini.
Ini kerana kalau kita buat sekarang ini, katakan pendaftaran pemilih bergerak di pasar malam, di pasar dan sebagainya, bukannya semua orang ada fotostat IC. Jadi, kita hendak memudahkan, memudah cara pengundi-pengundi baru untuk mendaftar diri.
Sekiranya ini diperlukan, ini bukan sahaja menyusahkan pihak pendaftar pemilih daripada parti politik tetapi kepada pemilih itu juga sendiri. Jadi saya harap perkara dasar ini boleh dirujuk semula, dikaji semula oleh SPR, supaya tidak memerlukan lagi fotostat IC ini kerana ini menyusahkan proses pendaftaran pemilih baru, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebenarnya Yang Berhormat, apabila salinan ini dikehendaki dilampirkan bersama, itu juga di atas kehendak Ahli-ahli Parlimen yang telah membahaskan tentang perkara ini. Jadi maknanya sekarang ada lagi pandangan yang kontra pula, perkara ini bolehlah kita halakan kepada SPR sebab saya sebut tadi, memerlukan kepada salinan ini, ia juga di atas kehendak Ahli Parlimen waktu bahas tentang SPR. Saya rasa SPR terbuka untuk mendengar segala cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Yang Berhormat Lenggong, bahan-bahan kempen yang bersifat provokasi. Isu ini akan dipantau oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang ditubuhkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994, keanggotaan pasukan ini yang turut disertai oleh wakil parti bagi memastikan keputusan yang diambil berhubung suatu bahan kempen adalah saksama.
Yang Berhormat Pendang, terlalu ramai petugas media mengundi secara pos.
Kebenaran untuk petugas media mengundi secara pos merupakan salah satu syor yang dibangkitkan oleh SSC. Walau bagaimanapun, berapa ramai petugas media yang akan mengundi secara pos hanya akan diketahui selepas permohonan diterima menjelang pilihan raya nanti.
Yang Berhormat Pasir Mas, usaha SPR untuk memberi penerangan kepada awam berhubung isu-isu tidak benar yang dibangkitkan melalui dokumentari khas. SPR menyambut baik cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, dan perkara ini akan dipertimbangkan secara serius di peringkat SPR bagi maksud menangani beberapa isu yang sering ditimbulkan berhubung proses pilihan raya kita.
Yang Berhormat Lenggong, agen pemerhati barong di barong semakan SPR dilantik bagi memantau proses semakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan penarikan balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, di Dewan Negara pada sidang yang lepas, maka pelantikan agen pemerhati barong adalah kekal seperti yang sedia ada.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Petaling Jaya Selatan, isu pendaftaran pemilih di pejabat pos. SPR menyeru mana-mana pemilih yang telah mendaftar di pejabat pos tetapi nama tiada dalam rekod setelah semakan dibuat agar menghubungi SPR dengan membawa salinan borang pendaftaran yang membolehkan semakan dibuat. SPR juga memberi jaminan bahawa masalah kekurangan borang di pejabat pos telah diatasi.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti, nanti, habis you punya satu lagi, then tanya. PJ Selatan, pecahan peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-13 mengikut Objek Am. Objek Am 10000, RM13,869,752.75. Objek am 20000 iaitu sebanyak RM346,130,247.25. Jumlahnya ialah sebanyak RM360 juta. Objek Am 10000 adalah terdiri bagi maksud gaji dan upah, tuntutan elaun lebih masa. Objek Am 20000 adalah bagi maksud tuntutan elaun perjalanan, waran udara, utiliti, sewaan, bahan makanan kering, minyak, bekalan peralatan dan perkhidmatan SPR.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Mengapa hendak menyusahkan pengundi yang tukar alamat. Kalau kita sudah pergi ke post office, takkan hendak pergi lagi ke SPR negeri. Saya rasa tidak masuk akal. Kalau hendak buat betul-betul, perlu sedia dateline, tiga bulan atau empat bulan, borang itu kena sampai ke SPR negeri. Takkan kalau tak dapat masuk nama, hendak pergi lagi ke SPR negeri. Jauhlah, hendak kerja. So kena ada satu langkah yang bersungguh-sungguh yang dibuat oleh SPR bagaimana pejabat pos boleh bantu untuk menukar alamat. Kalau tidak boleh buat, bagilah ejen-ejen untuk parti buat. Kita sudi buat. Akan tetapi kita tak boleh, kuasa tak bagi untuk agen parti. Hanya bagi post office dan pejabat negeri. Saya harap perkara ini boleh ditambah baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, yang pergi ke negeri itu kalau masalahlah. Jadi kita hendak mendapat penyelesaian. Kerana kalau kita kembali balik kepada post office mungkin satu keputusan muktamad tidak boleh dilakukan. Oleh sebab itu kalau bermasalah, pergi ke negeri. Akan tetapi walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat fikirkan iaitu bahawa ini menyusahkan orang-orang yang mendaftar, saya boleh beritahulah kepada pihak SPR supaya memikirkan kaedah yang lebih voter-friendly supaya tidak menyusahkan mereka.
Yang Berhormat Tuaran, isu perpindahan parti politik dari sebuah negeri ke negeri lain dan kelayakan mereka bertanding dalam pilihan raya. Kelayakan seseorang menjadi calon telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak mereka terjamin selagi tidak hilang layak. Namun begitu, isu perpindahan parti dari sebuah negeri ke negeri lain berada di bawah tanggung jawab Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Yang Berhormat Batu Gajah, maklumat pusat mengundi dipaparkan dalam sistem semakan SPR. Kemas kini maklumat pusat mengundi dilakukan semasa pilihan raya dengan mengambil kira keperluan mengadakan pusat mengundi baru kerana pertambahan pengundi atau pusat mengundi lama yang tidak sesuai digunakan. Paparan maklumat ini hanya boleh dilakukan setelah ia dimuktamadkan.
Yang Berhormat Tangga Batu, program kesedaran kepada awam berhubung Lynas untuk mendidik dan membuat keputusan. Lynas adalah isu yang ditangani oleh National Science and Research Council di mana Academy of Sciences Malaysia (ASM) adalah agensi yang terlibat secara langsung. Dokumen kesedaran telah dilaksanakan dua, tiga bulan yang lepas dan maklumannya di dalam surat khabar dan MiGHT hanya memberi sokongan secara tidak langsung sahaja.
Yang Berhormat Rantau Panjang, berapa peningkatan kos pengurusan ketika Pak Lah, dia Pak lah Ahli Parlimen kita sebut dia sebagai Kepala Bataslah. Berapa peningkatan kos pengurusan ketika Kepala Batas menjadi Perdana Menteri berbanding Pekan.
Peruntukan tahunan, ini soalan Yang Berhormat Rantau Panjang. Peruntukan tahunan JPM B.06 daripada tahun 2008 hingga tahun 2012 adalah seperti berikut:
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
| Tahun | Peruntukan (RM) | Bilangan Agensi |
|---|---|---|
| 2008 | 3423676000 | 34 |
| 2009 | 3792210279 | 39 |
| 2010 | 3.9 bilion | 42 |
| 2011 | 5.076 bilion | 44 |
| 2012 | 5.7 bilion | 54 |
Jadi pertambahan agensi yang diletakkan di bawah JPM daripada tahun 2008 hingga tahun 2012, antara agensi yang diletakkan adalah PEMANDU, MiGHT, Agensi Inovasi Malaysia, Teraju, TV Hijrah, Unit Penjenamaan Negara, Talent Corp., Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, SIAP, Unit Perlindungan Saksi, Pembangunan Koridor Sarawak dan Pembangunan Koridor Sabah. Agensi ini ditubuhkan dan menyebabkan penambahan agensi di bawah JPM.
Pertambahan peruntukan adalah bagi menampung kos operasi agensi yang melibatkan peningkatan emolumen kakitangan awam, pertambahan sewaan bangunan dan peningkatan kos penyelenggaraan yang menyebabkan peningkatan peruntukan diperlukan bagi setiap agensi di dalam memastikan operasi agensi berjalan dengan lancar.
Yang Berhormat Jempol, adakah kerajaan akan membuat kajian mengenai pencen di bawah garis kemiskinan. Kajian-kajian sebegini dilakukan dari semasa ke semasa bagi maksud merancang penambahbaikan faedah dengan mengambil kira kemampuan kerajaan. Perlu diambil perhatian bahawa pencen yang kecil biasanya adalah kerana seseorang pesara itu telah bekerja untuk sesuatu tempoh yang singkat. Maka pencennya adalah bersesuaian atau setimpal dengan sumbangan perkhidmatannya.
Yang Berhormat Tangga Batu lagi, saya sudah jawab.
Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah ada banyak lagi ini. Resah saya kerana Yang Berhormat Rasah ini.
Isu untuk mendakwa mana-mana pihak memberi maklumat palsu berhubung pendaftaran pemilih. Persoalan berhubung dakwaan kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat palsu berhubung pendaftaran pemilih bergantung kepada laporan yang dibuat oleh pihak-pihak yang bermaksud melaporkannya. Sehubungan itu mana-mana pihak yang tidak berpuas hati, boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan sebelum tindakan lanjut dapat diambil.
Yang Berhormat Rasah juga bangkitkan isu petugas-petugas pilihan raya mengundi secara pos. Petugas-petugas pilihan raya diberi kemudahan mengundi secara pos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. SPR sememangnya berusaha melantik petugas daripada Bahagian Pilihan Raya di mana mereka mendaftar sebagai pemilih bagi mengurangkan undi pos. Namun begitu persoalan hak mengundi pos seperti peruntukan undang-undang juga perlu dipelihara.
Yang Berhormat Rasah juga mahukan syor SAC berhubung caretaker government.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Persoalan berhubung caretaker government merupakan persoalan dasar yang telah dimaklumkan kepada SSC. SPR walau bagaimanapun telah memulakan inisiatif dengan memulakan perbincangan dengan agensi yang berkaitan. Namun begitu ia masih di peringkat awal dan pemakmuran mengenainya akan dibuat setelah ia dimuktamadkan.
Yang Berhormat Rasah juga bangkit berkenaan pegawai pengurus tidak salah gunakan kuasa semasa proses penamaan calon. Untuk makluman Yang Berhormat semua pegawai-pegawai pengurus yang dilantik telah diberi penerangan secukupnya berhubung proses penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 iaitu tiada lagi bantahan kepada kertas penamaan calon dan tiada penarikan balik pencalonan. Dalam hal ini semua peraturan yang berkuat kuasa akan dipatuhi.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat Rasah juga bertanya memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos. SPR telah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Wisma Putra, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara pada 18 Mei 2012 berhubung perkara ini. Suruhanjaya Pilihan Raya seterusnya akan merangka tatacara kerja bagi memastikan proses yang dijalankan tersusun mengikut undang-undang.
Suruhanjaya Pilihan Raya bercakap dengan akses media yang bebas dan adil. Ini saya telah jawab. Jawapan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi iaitu kita dalam sudah pun mengadakan perjumpaan dengan kementerian yang berkenaan. Yang Berhormat Lipis.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang saya hendak tanya ialah apakah komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan rakyat Malaysia yang bekerja ataupun duduk di luar negara dapat mengundi dalam PRU Ke-13. Ini sebab tadi kata tatacara sedang dilaksanakan tetapi kita mahu satu komitmen yang serius daripada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya rakyat Malaysia yang duduk di luar negara ini dapat mereka membuang undi pada PRU Ke-13. Kita tidak setuju, ada kompromi daripada pihak kita dalam PSC bahawa walaupun terlebih dahulu kita kata advance voting tetapi banyak alasan yang telah diberikan oleh pihak kedutaan, Wisma Putra dan sebagainya tidak dapat laksanakan atas alasan logistik dan sebagainya.
Akan tetapi sekarang kita telah membuat keputusan di peringkat PSC sekurang- kurangnya mereka ini diberikan ruang untuk mengundi secara pos, by postal ballot. Jadi perkara ini dia sebenarnya sistem itu sudah ada dalam Suruhanjaya Pilihan Raya.
Sekarang ini pekerja-pekerja ataupun mereka yang berkhidmat di pejabat-pejabat kedutaan dan pelajar-pelajar sepenuh masa itu ada, ada kemudahan diberikan kepada mereka walaupun bilangannya kecil. Cuma sekarang kategori itu diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang lain. Ini saya rasa sistem sudah sedia ada, cuma Suruhanjaya Pilihan Raya kalau dia punya tatalaku itu dapat diperjelaskan kepada pihak kedutaan. Saya rasa ini boleh dilaksanakan dalam PRU Ke-13. Kita cuma mahu melihat sejauh mana komitmen daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Itu yang pertama.
Kedua berkenaan dengan caretaker government. Itu pun dalam laporan PSC kita bagi tiga bulan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Sekarang tadi Yang Berhormat Menteri jawab hanya di peringkat perancangan awal. Ini saya rasa amat mendukacitakanlah Yang Berhormat Menteri kerana sudah tiga bulan berlaku. Setakat ini draf pun belum ada. Kita hendak tahu hendak tengok sejauh mana keseriusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan code of conduct ini supaya apabila dalam kempen PRU Ke-13 nanti code of conduct terpakai di kalangan Menteri-Menteri, di kalangan ahli-ahli Exco di peringkat Kerajaan Pusat mahupun di peringkat kerajaan negeri. Cuma saya rasa ini belum menampakkan seriusan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan syor-syor yang telah dicadangkan oleh PSC. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Pengerusi, sebenarnya kita daripada segi dasar bersetuju tetapi untuk melaksanakan banyak perkara yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Undi pos ini mendatangkan banyak kesangsian dan kita tahu itu bahawa pembangkang pun dalam soal undi pos ini bangkit banyak kesangsian. Apatah lagi kalau undi pos daripada luar negara akan juga timbul kesangsian. Jadi kita menambah masalah.
Kemudian pula, kita punya sistem pilihan raya kita ialah berbentuk Westminster.
Kalau pilihan raya Presiden itu agak mudah kerana semua akan mengundi sama ada A ataupun B ataupun C. Akan tetapi sistem kita ialah Westminster dan juga ada di peringkat negeri. Jadi bagaimanakah kita hendak menyelesaikan masalah mereka apabila mengundi, macam mana ballot paper itu. Adakah hendak disediakan setiap tong bagi tiap-tiap kerusi negeri ataupun kerusi Parlimen?
Kalau bercakap tentang kerusi Parlimen pun ada 222. Jadi ini ada kaedah- kaedahnya perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian kalau dibenarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di luar negara tiada masalah. Cuma masalah yang berbangkitnya apakah semuanya akan datang mengundi di satu tempat. Kalau macam di UK, di London sahaja. Mereka yang berada di Glasgow kah di Ambrose kah semua mesti turun ke London, juga ini perlu diselesaikan. Jadi saya tidak boleh bagi jaminan Yang
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Berhormat dalam masa berapa bulan ini iaitu perkara ini boleh selesaikan. Akan tetapi apa yang penting saya ingin menyatakan iaitu bahawa kerajaan bersetuju dengan pihak pembangkang untuk memberikan hak mengundi kepada mereka. Jadi untuk melaksananya kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimana untuk hendak melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh kita bersama.
Berkenaan dengan kerajaan sementara. Saya rasa, saya ingat beginilah saya telah dilawati oleh Ahli-ahli Parlimen yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang untuk berjumpa dengan Menteri dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga Tuan Yang di- Pertua tidak silap saya berkenaan dengan bagaimana untuk memastikan pilihan raya adil dan bebas. Jadi di situ mereka telah semua menyatakan kalau yang daripada Ahli Parlimen India mengatakan di India kami lakukan begini. Kalau Ahli Parlimen Pakistan dia pun kata, “In Pakistan we do like this” dan juga Bangladesh. Jadi semua Ahli-Ahli Parlimen daripada negara-negara ini mencadangkan cara mereka. Jadi saya mengambil kesimpulan, oleh kerana kita mengikut cara Westminster kita lihat benchmark kita ialah United Kingdom bagaimana mereka lakukan.
Saya kira dalam hal ini, kita boleh bagi tahu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya lihat bagaimana perjalanan pembuangan undi bagi rakyat yang berada di luar negara waktu pilihan raya. Saya kira macam mana yang UK buat itu, saya kira itulah cara yang kita boleh ikut. Mungkin tidak terbaik tetapi sekurang-kurangnya benchmark yang kita lihat itu ialah tindakan yang diambil oleh United Kingdom. Saya ingat ini satu perkara yang boleh kita halakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kalau dia merasakan bermasalah untuk melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh kita.
Tuan Pengerusi saya telah menjawab sejam lebih dan rakan sebelah saya ini pun dia keluar masuk keluar masuk saya pun kasihan. Jadi dia pun hendak menjawab jadi izinkan saya, yang lain itu semua sudah tidak perkara yang Suruhanjaya Pilihan Raya lah perkara-perkara yang lain. Jadi sekian sahaja saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengambil bahagian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Pengerusi saya bangun untuk turut sama-sama ucapkan salam 1Malaysia dan diucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah...
[Disampuk] Saya ingat kalau tidak dicelah banyak setengah jam lebih. Setengah jam. Akan tetapi kalau celah saya alu- alukan tetapi secara ringkas dan tepat ya dan jangan terlalu panjang lebar. Saya akan ringkas sebab itu saya akan sangat ringkas.
Saya ucapkan terima kasihlah kerana ada pandangan dan hujah yang bernas walaupun ada yang nakal sedikit tetapi semua ini dialu-alukan di bawah Demokrasi Berparlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Sememangnya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN mempunyai banyak tugas dan peranan kerana isu perpaduan ini merangkumi banyak aspek. Oleh itu, saya ingin merujuk secara ringkas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk merujuk kepada buku yang telah saya edarkan pada bulan April dan Mei baru-baru ini yang merumuskan tanggungjawab, bidang kuasa dan juga pencapaian jabatan ini dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini yang merangkumi beberapa program utama dan juga aktiviti untuk mencapai sasaran-sasaran di bawah NKRA perpaduan, NKRA keselamatan dan NKRA pendidikan di mana cogan kata kita ialah ‘Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian’ selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
Oleh itu saya tidak berhasrat untuk panjang lebar secara terperinci mengenai program-program ini kecuali untuk menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga ingin menegaskan bahawa JPNIN bukanlah jabatan yang tunggal yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Ini adalah kerana agensi-agensi lain bahkan semua agensi dan kementerian memang mempunyai tanggungjawab dan juga unsur-unsur perpaduan dan integrasi dalam program-program mereka masing-masing. Bahkan semua rakyat terutamanya pemimpin mempunyai peranan yang penting untuk terus memupuk keharmonian dan perpaduan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Secara spesifik mengenai kawasan Rukun Tetangga. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat khasnya dari Lenggong, Silam, Jempol, Lipis dan Rantau Panjang telah membangkitkan tentang kawasan khasnya di luar bandar yang begitu luas yang memerlukan lebih ramai lagi pegawai dan lebih banyak lagi pejabat di bawah jabatan ini.
Saya memang bersetuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa dari segi bilangan jabatan dan juga pegawai, memang tidak memadai, tidak mencukupi. Kami memang berusaha untuk meningkatkannya tetapi kami juga mesti berhati-hati, tidak melebihi daripada had belanjawan kerana ini kesemuanya diletakkan di bawah belanjawan mengurus yang harus kita sama-sama mengawal supaya ianya tidak melebihi daripada hasil kerajaan.
Oleh itu saya ingin menyentuh di sini mengenai Rukun Tetangga yang lebih tertumpu pada kawasan-kawasan bandar dan separa bandar ataupun semi urban termasuk juga pekan-pekan kecil. Kita seberapa yang boleh kita mengelakkan daripada bertindih dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung atau JKKK di kampung- kampung. Di mana yang terdapatnya pertindihan, kita cuba mengusahakan supaya diadakan penyelarasan dan kerjasama yang baik. Mengenai perkara ini, saya ingin memberitahu Dewan ini bahawa memang kita amat berkurangan dari segi pusat atau pondok atau kabin untuk Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela khasnya di dalam kawasan bandar kerana tidak ada tapak yang sesuai. Pihak berkuasa tempatan sama ada dewan bandar raya ataupun majlis perbandaran memang tidak membenarkan bangunan kekal dibina di atas tanah lapang atau open space yang harus dikekalkan untuk kegunaan rakyat.
Oleh itu kita telah baru-baru ini, dalam dua tahun kebelakangan ini, kita mencetuskan satu inovasi dalam bentuk kabin, kabin yang sementara dari segi bentuknya dan reka bentuknya dan dapat untuk mewujudkan di tempat-tempat di mana ruangnya agaklah terhad. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan peruntukan yang lebih untuk membolehkan pembinaan lebih banyak lagi pusat ataupun kabin seumpama ini. Kita juga sedang menerokai kemungkinan untuk kita menyewa ruang, misalnya ruang tingkat atas dalam kedai atau di mana ada sudut atau ruang yang kita boleh sewa supaya dijadikan sebagai pusat Rukun Tetangga ataupun SRS.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya, silakan.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan tadi berkaitan dengan keluasan kawasan pentadbiran Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Pegawai perpaduannya terpaksa menjaga, kalau tidak silap, empat kawasan Parlimen yang luasnya lebih besar daripada negeri Perlis.
Hujung ke hujung saya ingat lebih daripada 170 kilometer. Jadi sebab itu minta supaya Yang Berhormat Menteri membuat kajian untuk dipecahkan mengikut daerah iaitu daerah Kuala Kangsar ada satu pegawai dan daerah Hulu Perak ada satu pegawai supaya tumpuan boleh dibuat. Saya ingat perkara ini wajar dilakukan kerana pegawai berkenaan terpaksa, kalau ada program pada hari yang sama, Yang Berhormat Menteri cuba bayangkan, kalau ada satu program di kawasan berhampiran dengan Beruas dan Pengkalan Hulu, 100 kilometer lebih dia terpaksa bergerak. Ini agak tidak sesuai dan merugikan masa pegawai berkenaan. Minta kajian dilakukan.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Pengerusi.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Pengerusi, saya mengambil berat terhadap perkara ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, kalau di...
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Hendak tambah lagi? Sama, tajuk yang sama?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, kalau di Semenanjung ini 170 kilometer itu panjang, kawasan saya permukaan laut saya 250 kilometer.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Pengerusi, saya sebenarnya hendak sebut begini tetapi tidak apa, sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tambah 80 kilometer Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil tajuk pertindihan. Yang Berhormat Menteri tidak
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
sebut tadi Tangga Batu terlibat secara serius dalam perbahasan, dalam senarai tidak sebut tadi itu. Ada sebut Tangga Batu? Oh, terima kasih.
Tuan Pengerusi, pertindihan. Saya mengambil berat perkara ini kerana unit Rukun Tetangga ini telah menjadi pesaing kepada struktur politik, struktur sukarela dan juga NGO masyarakat. Mereka ini agak special kerana mempunyai sokongan yang kuat daripada Jabatan Perpaduan daerah, unit-unit Rukun Tetangga.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri membina satu dasar supaya jika ada struktur- struktur masyarakat di dalam suatu kawasan bandar, pinggir bandar ataupun pekan-pekan kecil itu, maka struktur masyarakat itu menjadi rujukan kepada unit-unit Rukun Tetangga?
Suasananya sekarang, unit Rukun Tetangga ini menjadi seolah-olah unit yang paling tinggi dalam hierarki, protokol sistem struktur masyarakat di sesetengah kawasan itu. Bolehkah Yang Berhormat datang dengan satu dasar supaya struktur Rukun Tetangga ini merujuk kepada terutamanya JKKK, yang Yang Berhormat cuba sedaya upaya tidak ada pertindihan sebentar tadi. Bila tidak ada pertindihan itu, maknanya mereka terpaksa melapur, mereka tidak bersaing di antara satu sama lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya Tuan Pengerusi, sebenarnya saya ingin menjawab Yang Berhormat Lenggong terlebih dahulu bahawa keluasan kawasan memang menjadi satu cabaran kepada kami dan juga kepada mana-mana jabatan pun. Ini kerana di Sarawak, di Sabah, lebih serius lagi isu ini. Oleh itu, kalau kami dapat sokongan daripada Dewan yang mulia ini, daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk memberikan peruntukan yang lebih lagi supaya kita boleh mewujudkan lebih banyak pejabat dan mewujudkan lebih banyak perjawatan. Maka, kita percaya kita boleh menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi.
Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa Rukun Tetangga beroperasi atas semangat kesukarelaan atau, dengan izin, volunteerism dan untuk memupuk semangat kejiranan, neighbourliness, maka kalau dengan adanya konsep utama seumpama ini dan semangat seumpama ini, maka kita lebih memberikan sokongan dan bukan seolah-olah menjalankan tugas segala-gala Rukun Tetangga atau SRS sebab kita...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Nanti. Yang Berhormat Kepong, bolehkah saya habiskan ini dahulu? Ini sememangnya menjadi sesuatu yang utama untuk jabatan ini.
Mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, memang jabatan sedar akan struktur sosial dan perhubungan sosiopolitik yang sedia wujud. Oleh itu dalam penubuhan Rukun Tetangga dan pemilihan serta pelantikan pemimpin-pemimpin untuk menganggotai Jawatankuasa KRT, kita merujuk selalunya pada struktur yang sedia wujud. Akan tetapi apa yang berlaku ialah struktur itu berubah pula kerana suasana sudah berubah.
Maka oleh itu, di dalam Akta Rukun Tetangga yang baru diluluskan oleh Dewan yang mulia pada bulan yang lalu, kita telah meletakkan satu syarat bahawa pelantikan itu ada had masanya supaya kita boleh kaji kesesuaian untuk tidak bertindih dan bercanggah dengan struktur yang sedia ada, seberapa banyak yang boleh. Oleh itu, kita memerlukan juga maklum balas daripada pemimpin-pemimpin masyarakat dan semua pihak supaya tujuan mengadakan Rukun Tetangga ialah untuk memupuk perpaduan dan bukanlah menjejaskan perpaduan. Maka oleh itu, seberapa banyak yang boleh kita tidak mahu mempolitikkan Rukun Tetangga. Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, penjelasan Yang Berhormat Menteri. Saya memang bersetujulah kalau kita hendak mewujudkan perpaduan dan nilai- nilai yang baik untuk kejiranan serta Rukun Tetangga. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengkaji dan mempertimbangkan bagaimana di sesetengah kawasan, saya nampak ada bangunan Rukun Tetangga dan sementara itu, ada guarded neighbourhood, ada kontraktor-kontraktor keselamatan dilantik untuk menjaga kawasan itu. Daripada segi ini, apakah pendapat pihak kerajaan?
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Pengerusi, memang ada di tempat-tempat tertentu tetapi bukan semua yang mana walaupun ada wujudnya KRT tetapi para penduduk mungkin kerana tidak bersetuju dengan Jawatankuasa KRT, mereka melantik pula pasukan atau syarikat keselamatan dalam konteks guarded and gated community seperti yang telah
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
disebutkan oleh dua atau tiga orang Ahli Yang Berhormat tadi. Oleh itu, dalam keadaan sedemikian kita mestilah berusaha untuk merapatkan lagi perhubungan yang mana perlu kita ingin menggalakkan supaya rondaan itu dilaksanakan oleh anggota-anggota masyarakat secara sukarela seberapa yang boleh. Akan tetapi memang dalam kalangan masyarakat yang berpendapatan tinggi, mungkin ada mereka yang tidak begitu bersedia untuk berbuat sedemikian. Mereka lebih cenderung untuk mengupah syarikat keselamatan untuk menjalankan tugas sedemikian.
Oleh itu, saya ingin menyentuh satu perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja yang mengatakan bahawa wujudnya gated and guarded community seolah-olah mencerminkan bahawa negara kita tidak selamat kerana beliau berkata mengapa perlunya SRS kalau negara selamat. Saya ingin menyentuh di sini bahawa selepas pelaksanaan Government Transformation Programme (GTP) dengan NKRA keselamatan untuk mengurangkan jenayah, memang bilangan jenayah telah berkurangan daripada segi jumlahnya. Misalnya, kalau kita bandingkan angka bilangan jenayah untuk suku tahun pertama tahun ini adalah berjumlah 35,126 kes jenayah indeks. Keseluruhan, semua. Akan tetapi tiga tahun dahulu, tahun 2009, suku tahun pertama ialah 52,987 kes.
Kalau kita menganggap angka itu maka pengurangan adalah sangat ketara dan menggalakkan iaitu pengurangan sebanyak 33.7% dalam tiga tahun, begitu juga trend tiap- tiap suku tahun.
Akan tetapi daripada segi bilangan kes jenayah setiap hari, kita masih mendapat 360 kes setiap hari di seluruh negara. Kalau setiap kes itu dilaporkan dalam media massa, maka ia akan masih memberi satu gambaran kepada orang ramai bahawa masih banyak jenayah walaupun sudah berkurangan. So, memanglah ini adalah satu masalah persepsi yang harus kita tangani iaitu bilangan kes dan juga kebanyakan di antara Ahli Yang Berhormat yang menjadi lawyer, crime of passion bukan senang hendak kawal. Ini disebabkan ia meletup, mencetus, tanpa diketahui.
[Disampuk] Tidak akanlah setiap polis akan mengawasi setiap keluarga. Maka, crime of passion iaitu pembunuhan di antara anggota keluarga atau di antara pencinta dan sebagainya...
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
[Bangun]
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
...Memang ada banyak dilaporkan sekarang ini dan juga kes bunuh diri. Semua ini diberikan satu gambaran seolah-olah menjadi lebih serius lagi keadaan keselamatan. Maka oleh itu, saya ingin merayulah kepada Ahli Yang Berhormat di sini bahawa kita mesti memandang daripada segi keseluruhan, yang pertama.
Keduanya, kita tidak menafikan bahawa jenayah masih berlaku. Begitu juga di Singapura.
Kalau kita ambil purata, Singapura pun bukan kurang daripada Malaysia, ialah kerana di Malaysia kita ambil purata. Di bandar-bandar memang banyak jenayah.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Akan tetapi di kawasan luar bandar misalnya di kawasan tertentu di Sarawak dan Sabah, langsung tak ada jenayah walaupun tak ada polis. Okey. Itulah yang memberi satu gambaran yang mungkin ada bias.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya minta penjelasan.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Okey. Baik.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya tertarik pada hujah Yang Berhormat tentang crime of passion sebab saya nak minta penjelasan. Adakah angka bahawa crime of passion di negara ini sudah naik atau jenayah ganas yang lain kerana kita melihat di dalam surat khabar, kita melihat ada kidnapping dan murder tetapi saya kurang lihat tentang crime of passion. Akan tetapi juga pada akhirnya angka yang berbeza untuk seluruh jenayah adalah satu angka yang besar. Walaupun naik atau turun, ini adalah satu jenayah dan angkanya yang besar, yang kita hendak semua bekerjasama supaya dapat mengawalnya. Minta komen.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Saya ingat secara...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Boleh saya? Isu yang sama. Yang Berhormat, isu yang sama. Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat tadi telah sebut angka-angka statistik untuk memberikan gambaran yang menyeluruh. Saya tidak boleh pertikaikan statistik itu. Hanya saya ingin kongsi perception di bawah, di akar umbi itu lain dari segi anecdotal dengan izin. Setiap
Tuan R. Sivarasa - Subang
orang mesti ada cerita tentang jenayah Tuan Pengerusi, yang terlibat dengan ahli keluarga atau kawan yang mereka tahu dan sebagainya. Ini beri gambaran walaupun angka menunjukkan ada penurunan dalam kadar jenayah tetapi pengalaman seharian ataupun the reality of daily experience itu dengan izin, berlainan untuk ramai orang.
Saya kongsi dari segi kawasan saya di Subang, kawasan Kota Damansara. Dalam tiga bulan lalu ini, saya dijemput oleh dua persatuan penduduk. Mereka menubuhkan RT baru-baru ini dan saya tanya kenapa. Dia kata jenayah sudah meningkat. Rumah-rumah dirompak, ada kes-kes ragut yang sudah meningkat.
So, ini yang saya nak kongsi di sini sebab kita faham statistik yang disebutkan tadi mungkin memberi satu gambaran yang berbeza. Kita kena faham mungkin ada kawasan- kawasan tertentu, hot spots atau apa-apa istilah saya tak tahu tetapi masalah ini masih ada.
Akhirnya saya nampak di sini, ini dikaitkan dengan cara kita menguruskan anggota polis kita. How do we deploy dengan izin, anggota polis.
Sebagi contoh, di Kota Damansara. Saya dapat tahu daripada OCS balai, berapa anggota. Dia jawab, 70 anggota lelaki dan wanita. Berapa penduduk yang berada dalam kawasan yang ditugaskan, dipertanggungjawabkan? 150,000 orang. Jadi, bila kita lihat nisbah satu anggota sudah lari kepada 2,500 sampai 3,000 orang. Jauh daripada nisbah yang disyorkan oleh Interpol, seorang anggota polis, 250 orang. So, kita bagi beban yang terlalu berat atas anggota polis ini. Walaupun PDRM secara menyeluruh ada 100,000 anggota, kalau banding dengan bilangan penduduk Malaysia, nisbah itu boleh dicapai satu anggota lebih kurang 270 bilangan penduduk. Akan tetapi di kawasan-kawasan tertentu, bilangannya sudah lari jauh daripada apa yang sesuai. Jadi, saya kongsi ini Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkas Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ya, baik. Terima kasih. So, untuk kita dapat satu gambaran, satu perspektif lain tentang isu jenayah ini. Sekian, terima kasih.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Terima kasihlah kepada dua Ahli Yang Berhormat.
Saya tidak berhasrat untuk menjawab secara teliti kerana NKRA jenayah ini melibatkan penempatan semula anggota polis dan saya percaya bahawa rakan saya Menteri Dalam Negeri atau timbalan beliau nanti menyentuh dan menghuraikan secara lebih mendalam tentang isu ini. Akan tetapi memang kita tak dapat menafikan bahawa kita ada juga maklum balas bahawa tanggapan atau persepsi masih terdapat di kalangan rakyat bahawa jenayah adalah serius khasnya di kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan bandar.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan Yang Berhormat Subang, oleh kerana masalah yang kita polis hadapi ialah dalam high density population, di sanalah tempat kemudahan dan perumahan untuk polis ini payah lari. Jadi akhirnya, concentration of police service dekat sana juga berkurangan. Akan tetapi bila low density, tempat perumahan banyak, facilities cukup, jadi, polis besar di sana, jadi itulah kepincangan, deployment yang disebut oleh Yang Berhormat Subang, saya ingat.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya. Itulah sebabnya, itu memang merupakan satu cabaran pihak polis. Saya percaya bahawa bukanlah senang nak redeployment ini. Akan tetapi ini sebenarnya menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita memerlukan semangat kesukarelaan dan kesedaran di kalangan rakyat terhadap bagaimana bersama-sama mengelakkan daripada atau mencegah jenayah daripada berlaku dan juga betapa pentingnya untuk menyokong Rukun Tetangga, RELA dan juga persatuan penduduk ataupun residence association. 3R ini untuk melawan 3R yang tidak baik iaitu rompak, ragut, rogol.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Itulah yang menunjukkan kepentingan, betapa pentingnya Rukun Tetangga dan RELA supaya Parlimen mestilah menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan dan juga memperkasakan Rukun Tetangga dan RELA.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tak menafikan pentingnya Rukun Tetangga, RELA dan sebagainya tetapi kita tak boleh menafikan bahawa tanggungjawab utama untuk menangani masalah jenayah ini adalah tugas pihak polis. Saya walaupun disebut oleh Tuan Pengerusi sendiri, saya tak berapa bersetuju bahawa itu perlu digunakan sebagai satu alasan kerana kita bahawa sekarang ini tiap-tiap kali bila kita buat perancangan pembangunan yang baru, tapak perumahan yang baru dan sebagainya, pemaju-pemaju kena tentukan ada tapak yang disediakan untuk pihak polis dan sebagainya. Saya rasa bahawa persoalan deployment ini bukan satu masalah yang dilakukan oleh atau disebabkan oleh perancangan perbandaran tetapi ia adalah merupakan masalah pihak kementerian yang tersendiri. Mungkin bukan di bawah Yang Berhormat Menteri tetapi ia merupakan satu persoalan yang masih tidak diberikan satu tumpuan dan jawapan yang memuaskan.
Berhubung dengan persoalan gated and guarded, ini adalah satu petanda kerana dulu bila kita membesar, kita dapati bahawa kita boleh hidup di kalangan kawasan yang tak berpagar, tak ada masalah. Sekarang ini di Australia, baru-baru ini saya ada seorang ahli keluarga yang telah duduk di Australia. Dia datang balik, dia terkejut kerana dia kata bila nak masuk dalam rumah saya ini kena buka kunci sampai empat jenis kunci. Just to open one door – just to get into the house, you have to open four keys, padlock dan sebagainya sedangkan dia kata dekat Australia, rumah dia tak berkunci pun tak ada masalah.
So, ini merupakan satu masalah yang saya merasakan bahawa ia tidak membantu kalau kita memperkecilkan masalah ini atau memperemehkan masalah ini. Ini merupakan satu masalah besar walaupun statistik mungkin mengatakan sebaliknya tetapi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Selayang, hakikatnya at the grass roots on the ground, semua orang mengalami keadaan di mana pernah terserempak dengan pencuri ataupun perompak.
Saya sendiri hand phone, sedang berjalan di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Motosikal naik atas kaki lima, atas pavement itu, saya tengah pegang hand phone itu, dia rampas daripada tangan saya tetapi nasib baik terjatuh kerana too hot to handle. So, he drops the hand phone, jadi saya terselamat. Akan tetapi itu satu pengalaman dan ia merupakan satu perkara yang kita tak terfikir boleh berlaku, siang hari, tengah bandar. Ini menunjukkan kadar jenayah yang meningkat dan keberanian pihak penjenayah dan sebagainya. Saya rasa deployment adalah satu persoalan yang perlu diberikan keutamaan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi Yang Berhormat Pasir Salak sekali Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Saya melihat kepada peranan yang dimainkan oleh RELA ini, dengan izin, is actually so much on paper, in reality on the round ia tidak begitu kelihatan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam membantu pihak polis menangani jenayah ini. Ini mendukacitakan kerana bilangan RELA begitu ramai sekali, ratusan ribu saya rasa dan berpuluh-puluh ribu dalam satu daerah. Jadi, saya meminta Yang Berhormat Menteri, can we make sure that the RELA is really deployed and employed dan diberikan mereka itu imbuhan, elaun dan sebagainya. Kalau diminta mereka bekerja secara percuma setiap kali tentulah kita tidak boleh meletakkan begitu beban kepada mereka tanpa imbuhannya, itu yang pertama.
Keduanya, saya hendak merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi. Di Australia tidak ada orang yang boleh, jarang dimasuki pencuri, menceroboh rumah dan sebagainya. Despite of police not being present, nampak kehadiran polis itu, kenapa ini boleh berlaku begitu aman sekali? I’m sure it is not a question just of matter of police going around, it is a matter of many other factors.
Umpamanya, the living standard there is different, masalah migration, migrants, pendatang tanpa izin, tidak sama di sana dan di sini. Banyak jenayah yang berlaku di negara kita ini juga disebabkan oleh pendatang tanpa izin. Begitu juga keadaan hidup yang sesetengah golongan masyarakat tertekan. Mereka tidak ada pilihan seolah-olah terpaksa mencuri, merompak untuk hidup. Whereas in Australia maybe the standard of living is so good. So, there is no point of being a robber or thieves, they have better things to do. Jadi, they do not need police to go around and present all over the place, terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
Pasir Salak, saya.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
Sedikit sahaja...
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Pengerusi, cukuplah ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
Saya, saya. Sedikit, sedikit sahaja, satu line sahaja.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Saya ingat ini ialah dalam peringkat Jawatankuasa, kita tidak berbahas.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya lah ini banyak perkara baru.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat punya itu, dalam agenda lain sebenarnya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
Tidak, tidak, saya hendak bawa balik agenda yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Nanti, nanti, tunggu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Salak telah menjawab sebahagian daripada apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tetapi saya cuma hendak tambah bahawa taraf hidup Amerika Syarikat lebih tinggi daripada Australia. Akan tetapi di Amerika Syarikat, di tempat- tempat tertentu jenayah masih tinggi. Ini berbeza-beza di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain walaupun dalam satu negara yang sama, negara maju yang sama, itu yang pertama.
Keduanya, kerajaan tidak sesekali pun memperkecilkan isu keselamatan dan isu jenayah sebagai satu isu utama yang diambil berat oleh rakyat dan diambil lebih berat oleh kerajaan. Oleh itu jenayah dijadikan di antara satu daripada tujuh NKRA dalam Program Transformasi Kerajaan di mana diberikan tumpuan dan di mana kita mengambil satu pendekatan yang menyeluruh. Bukan sahaja peranan polis tetapi kita menjanakan pergerakan di kalangan rakyat, satu movement, kesedaran dan di mana penubuhan KRT, SRS, RELA dan juga persatuan yang lain yang juga ada golongan-golongan sukarela yang timbul. Di mana kita memberikan galakan supaya ini menjadi satu all out war on crime. Akan tetapi saya tidak berhasrat untuk menyentuh perkara ini sahaja. Ini memang satu yang amat penting. Saya tidak pernah mengatakan dan tidak pernah mana-mana Menteri yang mengatakan ini tidak penting. Sebab itu saya tidak mahu supaya Ahli Yang Berhormat di sebelah sana untuk memberi satu gambaran bahawa kita memperkecilkan. Cuma kita memberi angka-angka bahawa memang ia sudah menurun tetapi masih tinggi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
[Menyampuk]
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Kita masih memerlukan usaha yang lebih gigih lagi.
Itulah yang sepatutnya ditegaskan dan bukanlah seolah-olah hendak bermain angka. Saya minta supaya Ahli Yang Berhormat di sebelah sana jangan memainkan angka-angka juga.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua
Saya tidak, sebenarnya saya tidak berniat untuk memainkan angka tetapi kembali kepada apa yang telah disebutkan tadi. Kalau dengar Menteri, di Malaysia ini macam-macam, RELA ada, Rakan Cop ada, ada neighbourhood watch, sampai security guard di setiap taman ada. Kita juga mendengar istilah seperti ‘perang dengan jenayah’ dan lain-lain. Kalau dibandingkan dengan Australia seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, di Australia kadar pengangguran yang lebih tinggi, jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Di Australia tidak ada bahasa seperti ‘perang dengan jenayah’, tidak ada Rakan Cop dan biasanya rakyat tidak banyak peduli tentang isu keselamatan, bukan kerja dia. Mereka menjaga keluarga sahaja.
Saya ingin mendapat tahu daripada Menteri, dalam usaha kita semua ini, kenapa kita tidak lihat substantial result selepas empat tahun kita banyak mendengar tentang ini.
So, ini bukan isu polis tetapi dalam isu usaha kita untuk meningkatkan kesedaran dan juga mengurangkan jenayah. Angka kita, sungguhpun dikatakan ada improvement tetapi dari segi perasaan rakyat, tidak berasa lebih selamat. Akan tetapi angka di Amerika Syarikat dan juga Australia mungkin lebih teruk daripada kita tetapi saya tidak tahu apa yang what went wrong with awak semua, usaha-usaha ini. Saya berharap dapat penjelasan daripada Menteri.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat ini bukan ruangnyalah Yang Berhormat.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya, saya ingat Yang Berhormat Batu...
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya berminat dengan perbahasan dia.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Akan tetapi bukan ruang inilah Yang Berhormat.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya, saya faham tetapi saya juga tidak bersetuju dengan cara Yang Berhormat Batu menyebut bahawa ‘mungkin’ Australia dan Amerika Syarikat mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi lagi. Saya tidak pernah cakap begini, saya cuma kata memang kita mengakui ada persepsi dan perasaan. Kita tidak menafikan, kita tidak kata persepsi ini tidak betul. Oleh itu kita masih berusaha untuk menangani masalah ini sebagai satu cabaran utama negara. Sebab itu NKRA ertinya Bidang Keberhasilan Utama Nasional, negara, national level. Kita tidak kata ini local level, ini tumpuan kebangsaan. Oleh itu, saya cuma hendak sentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas iaitu mengenai lampu jalan dan sebagainya. Ini memang sebahagian daripada NKRA tetapi bukan tanggungjawab di bawah Jabatan Perpaduan.
Saya ingin beralih sedikit kepada isu tentang peruntukan, sebenarnya KRT diberikan peruntukan RM500 sebulan untuk pentadbiran dan peruntukan untuk aktiviti ialah RM500 sebulan juga.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Akan tetapi tertakluk kepada Jawatankuasa kalau tidak ada aktiviti kita tidak bayar, ya. Akan tetapi kita masih bergantung kepada penajaan dan derma daripada masyarakat tempatan, dari syarikat korporat, dari dermawan, sama ada daripada peruntukan Ahli Parlimen dan sebagainya, maka kita cuba menggalakkan satu penglibatan yang menyeluruh overall involment supaya ini ialah satu usaha dan inisiatif bottom up bukan top down. SRS juga dengan tambahan belanjawan ini, SRS juga akan diberi peruntukan pentadbiran RM200. Dahulu tidak ada langsung, ya.
Akan tetapi ini juga bergantung sama ada SRS itu berfungsi atau tidak. Saya ingin mengatakan bahawa kesemuanya ini diharap akan memberi kesan yang positif untuk membantu kita menangani keselamatan tetapi lebih penting lagi untuk memupuk perpaduan dengan menggalakkan interaksi sosial yang lebih rapat di kalangan rakyat melalui Rukun Tetangga dan SRS. Saya cuma menyentuh, saya ingat 15 minit lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Oh! Kalau 15 minit itu tidak boleh Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tidak boleh, ya? Okeylah, lima minit kalau saya ringkaskan, ya. Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Telok Intan telah juga membangkitkan tentang tahap perpaduan sekarang kalau berbanding dengan dahulu.
Sememangnya kalau kita mengikut angka-angka seperti pergaduhan antara kaum sebenarnya telah menurun mengikut rekod polis iaitu daripada 1,522 kes pada tahun 2008 ke 878 kes pada tahun 2011. Ini pengurangan hampir 45%. Di samping itu dari segi Global Peace Index, kedudukan Malaysia pun sudah meningkat. Maka dari apa juga ukuran kalau dikatakan kita kurang bersatu padu, saya ingat kita boleh kata dari segi apa yang berlaku di dalam media sosial dan juga dalam kesedaran rakyat terhadap apa yang berlaku. Dahulu, kalau ada berlakunya satu kemalangan yang melibatkan dua kaum dan berlakunya pergaduhan ianya mungkin diselesaikan dengan begitu sahaja.
Akan tetapi sekarang ini mungkin ianya akan masuk dalam Facebook dan juga dengan komen yang negatif mungkin ianya akan merebak. Akan tetapi seperti yang diperhatikan oleh seorang profesor di UKM, Prosefor Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
Baru-baru ini beliau kata rakyat Malaysia suka bertikam lidah tetapi kita bersyukur kerana tidak bertikam parang. Mereka sudah vent their feelinglah di internetlah dan sebagainya.
Mungkin dari segi media hangat isu sebab kita jadi lebih terbuka dan lebih banyak isu kita bahaskan tetapi saya percaya bahawa kita kalau kita masing-masing mempunyai kematangan bahawa ini ialah sesuatu aspek perhubungan manusia yang di mana kita kenal mengenal melalui proses untuk pergaulan, berinteraksi dan kadangkala timbulnya percanggahan, maka ianya harus diselesaikan.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Oleh itu, kita juga masukkan Kursus Mediasi untuk melatih supaya pemimpin masyarakat khasnya pemimpin Rukun Tetangga diberi latihan untuk membuat perantaraan sekiranya mencetus apa-apa kejadian supaya kita boleh meredakan keadaan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, sebahagian daripada peruntukan ini akan diberi untuk meningkatkan lagi Kursus Mediasi untuk kita menangani apa yang berlaku di akar umbi dan di peringkat nasional mengenai isu-isu utama ianya memerlukan kematangan semua pihak dan pemimpin untuk menyelesaikan masalah. Maka itulah secara ringkas rumusan saya.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM360,000,000 untuk Maksud B.4; dan RM112,900,000 untuk Maksud B.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Wang sebanyak RM360,000,000 untuk Maksud B.4; dan RM112,900,000 untuk Maksud B.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
[Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, air hujan yang semakin bertambah telah menyebabkan banjir banyak berlaku di Malaysia khususnya di negeri Selangor. Pada 7 Mac 2012 lebih daripada 1,400 rumah di kawasan Hulu Langat dan kawasan Ampang telah dibanjiri. Manakala pada 30 Mac 2012 sekurang- kurangnya, 5,000 rumah, 15 sekolah dan banyak kedai serta kilang dibanjiri di Klang.
Sebagai seorang anggota Kerajaan Negeri Selangor, saya berasa amat kecewa terhadap sikap Kerajaan Pusat yang tidak mengambil berat tentang rancangan pencegahan banjir di negeri Selangor dan malah mengurangkan peruntukan mitigasi banjir yang sepatutnya disalurkan ke negeri Selangor.
Mengikut Rancangan Malaysia Kelapan, Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM112 juta bagi tujuan mitigasi banjir daripada Kerajaan Persekutuan, namun tanah mitigasi banjir dikurangkan kepada RM60 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Lebih menakjubkan lagi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Pusat hanya memperuntukkan RM1.9 juta kepada negeri Selangor. Dalam pendengaran di negeri Selangor, pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Selangor juga mengesahkan bahawa cadangan mitigasi kebanjiran DID Selangor yang berjumlah RM100 juta yang amat diperlukan itu telah ditolak oleh kementerian pada tahun 2010 sehingga Kerajaan Negeri Selangor terpaksa memberi peruntukan hampir 50 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Selangor untuk menjalankan Projek Mitigasi Banjir pada tahun 2011.
Padahal Kerajaan Persekutuan sepatutnya menanggung segala kos perbelanjaan projek Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Selangor ini. Peruntukan mitigasi banjir berkurang daripada RM112 juta ke RM1.9 juta adalah amat tidak munasabah berbanding dengan Projek Pembangunan dan Penduduk di negeri Selangor yang semakin bertambah daripada tahun ke tahun. Kerajaan Negeri Selangor dan para warga Selangor ingin tahu sama ada pengurangan peruntukan ini sengaja dilakukan dengan tujuan menghukum warga Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri. Saya ingin mengingatkan Kerajaan Pusat supaya berlaku adil kepada warga Selangor kerana warga Selangor menyumbang RM16 bilion cukai kepada Kerajaan Pusat setiap tahun. Akan tetapi Kerajaan Pusat hanya memberi peruntukan sebanyak RM400 juta kepada negeri Selangor.
Satu perbezaan yang begitu besar dan menakjubkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sehubungan dengan itu pelbagai peruntukan yang sebelum ini dinikmati oleh Kerajaan Negeri Selangor juga telah dipotong selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Selangor. Macam manakah Barisan Nasional dapat mengambil alih negeri Selangor sekiranya BN terus melakukan dasar yang tidak adil dan menganiayai para pembayar cukai di negeri Selangor. Saya ingin minta kementerian memberitahu di Dewan yang mulia ini tentang rancangan mitigasi banjir di negeri Selangor bagi masa yang akan datang supaya para warga Selangor dimaklum tentang rancangan Kerajaan Pusat dalam pencegahan masalah banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan tambah banyak sangat Yang Berhormat. Jangan tambah banyak sangat ucapan.
Puan Teresa Kok Suh Sim[Seputeh]
Tidak, tidak tambah, belakang. Memang dua muka. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas ucapan penggulungan tadi berhubung dengan isu banjir di negeri Selangor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kejadian banjir yang telah berlaku di beberapa tempat kebelakangan ini termasuk di Hulu Langat, Ampang dan Klang adalah di luar jangkaan dan berpunca daripada hujan lebat yang luar biasa.
Kejadian yang ekstrem ini adalah dikaitkan dengan kesan fenomena pemanasan global dan perubahan iklim. Selain fenomena pemanasan global faktor-faktor tempatan seperti kekurangan kapasiti sungai untuk menampung air hujan yang berlebihan topografi khususnya kawasan rendah di pesisiran pantai dan mendapan dalam sungai disebabkan pembangunan yang tidak terkawal juga menyebabkan kejadian banjir terutama apabila berlaku hujan lebat.
Di samping itu kurang keupayaan sistem perparitan dalam untuk menampung limpahan air yang berlebihan akibat intensiti hujan yang tinggi turut menyumbangkan kepada kejadian banjir. Dalam hubungan ini Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin serta mempunyai keazaman dan komitmen yang tinggi untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di seluruh negara termasuklah di negeri Selangor berdasarkan kepada keupayaan kewangan negara. Walau bagaimanapun kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga harus memainkan peranan. Pembangunan yang tidak terkawal kegagalan untuk menyelenggarakan parit dan longkang, serta kelemahan menguatkuasakan peraturan dan garis panduan merupakan antara fakta-fakta yang menyumbang kepada kejadian banjir.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Justeru kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab berat dalam mengatasi kejadian banjir terutama di kawasan bandar.
Peranan PBT adalah sangat penting dalam mengawal pasti kawasan serta parit dan longkang yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan banjir serta menyelenggarakan sistem perparitan dalaman agar ia bebas daripada sampah-sarap supaya aliran air tidak tersekat. Sebagai contoh bagi kes banjir kilat di Kajang, selain daripada faktor hujan lebat yang luar biasa halangan seperti binaan di dataran banjir dalam reserved sungai dan sistem saliran dalaman dengan izin, internal draining system perlu diteliti oleh semua pihak yang terlibat supaya kejadian banjir ini tidak berulang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa statistik mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah banjir di negeri Selangor yang disebut dalam ucapan Yang Berhormat Seputeh sebentar tadi adalah tidak betul dan jauh berbeza daripada peruntukan sebenar yang lebih tinggi yang telah disediakan dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan. Suka saya jelaskan bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang meliputi tempoh 2006 hingga 2010, Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah membelanjakan sebanyak RM527.8 juta untuk projek-projek mencegah banjir di negeri Selangor dan bukan hanya RM60 juta yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seputeh.
Daripada peruntukan berjumlah RM527.8 juta tersebut, sebanyak RM359.8 juta telah dibelanjakan untuk Projek Fasa 1 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Damansara. Projek ini yang disiapkan pada tahun 2010 telah memberi impak yang besar dalam mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan sekitar Shah Alam meliputi Taman Tun Dr. Ismail, TTDI Jaya dan sekitar stadium Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua, selain fakta salah tersebut Yang Berhormat Seputeh juga memberi satu lagi fakta yang tidak betul apabila mengatakan bahawa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah sebanyak RM1.9 juta sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh di bawah Rolling Plan Pertama 2011/2012 dan Rolling Plan 2012 sehingga 2013 nanti, Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meluluskan peruntukan sejumlah RM108.5 juta untuk negeri Selangor termasuk sejumlah RM24.78 juta bagi tahun 2011. Daripada peruntukan RM108.5 juta tersebut sebanyak RM64.58 juta telah disediakan untuk Projek Fasa 2 RTB Lembangan Sungai Damansara. Di samping projek-projek tersebut pihak JPS juga bercadang untuk melaksanakan Projek RTB Lembangan Sungai Langat dan Projek Fasa 2 RTB Multimedia Super Corridor dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bergantung pada peruntukan yang disediakan.
Cadangan Projek RTB Lembangan Sungai Langat tersebut akan membantu mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar Kajang, manakala Projek Fasa 2 RTB MSC akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan Taman Putra Perdana di Puchong, Kampung Dengkil, Kampung Dato’ Ahmad Razali dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh di negeri Selangor yang menelan perbelanjaan yang tinggi jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan Barisan Nasional yang cukup tinggi dan berterusan untuk membantu rakyat di negeri Selangor. Justeru tidak timbul Barisan Nasional mengamalkan dasar tidak adil dan menganiayai para pembayar cukai di Selangor seperti mana yang didakwa Ahli Yang Berhormat Seputeh sebentar tadi.
Sebaliknya Pakatan Rakyat lah yang membantu Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya mempertingkatkan peranan mereka dan memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam usaha mengatasi masalah banjir di negeri Selangor terutama di kawasan-kawasan bandar yang berpunca daripada faktor-faktor tempatan yang saya jelaskan tadi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Kadar Jenayah Meningkat Di Petaling Jaya
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Tuan Yang di-Pertua kadar jenayah semakin meningkat di kawasan Petaling Jaya. Tuan Yang di-Pertua, kes jenayah yang semakin tinggi merupakan satu perkara yang amat serius di kawasan Petaling Jaya.
Keadaan memang merunsingkan penduduk setempat sehingga mereka terpaksa membayar setiap bulan untuk mengadakan komuniti berpagar dan security atau gated or guarded community untuk menjaga keselamatan penduduk.
Namun, kes ragut dan samun tidak dapat dikurangkan bahkan semakin meningkat contohnya kes seperti aktivis dan AJK Bersih 3.0, Wong Chin Huat yang diserang, yang dipukul semasa beliau bersenam berhampiran rumahnya di Seksyen 18, Petaling Jaya pada 9 Jun 2012.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Banyak kes lagi seperti seorang guru di Puchong, Teo Sun Kim mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri dipercayai diculik di Bandar Kinrara pada 6 Jun 2012.
Seorang wanita Chin Sin Chi dirompak dan hampir dirogol di pusat membeli-belah di The Curve Damansara pada 3 Mei 2012. Ini hanya sebahagian makluman yang kita peroleh melalui media baru-baru ini dan ternyata PDRM gagal mengawal keselamatan rakyat jelata.
Namun Yang Berhormat Menteri boleh mengatakan kadar jenayah telah menurun.
Pada hakikatnya kadar jenayah di Petaling Jaya tidak pernah menurun malah semakin meningkat dan merunsingkan. Berita kes jenayah dan kes ragut sering didengari berbanding pada masa dahulu tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri membuat kenyataan bahawa kes jenayah telah menurun. Ini adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan keadaan sebenar.
Saya minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberi statistik yang sebenar kadar jenayah di Petaling Jaya mengikut kawasan masing-masing pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 terutamanya kawasan Seksyen 17, Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4 dan Taman Sri Manja PJS 3? Berapakah kerajaan peragut dan kes jenayah lain yang telah berlaku di kawasan yang tersenarai hitam ini? Apakah usaha yang telah dijalankan oleh KDN untuk mengurangkan kadar jenayah di Petaling Jaya? Berapakah penambahan peratusan anggota polis serta kereta ronda untuk menjaga keselamatan di kawasan berkenaan?
Berapakah penambahan pondok polis yang telah dilakukan? Apakah sebab Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menolak permohonan Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) untuk mengadakan polis bantuan sendiri? Apakah sebab utama yang menghalang pihak MBPJ untuk mendapat polis bantuan untuk membantu PDRM menjaga keselamatan di Petaling Jaya sedangkan pihak syarikat swasta seperti Casino Genting dan lain-lain boleh diberi kebenaran polis bantuan tetapi permohonan pihak MBPJ ditolak? Adakah pihak KDN akan semak semula permohonan MBPJ untuk mengadakan polis bantuan dengan bajet peruntukan sendiri? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di atas keprihatinan berkaitan dengan keselamatan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, statistik Yang Berhormat menunjukkan bagi tempoh Januari hingga Mei 2012, kadar jenayah indeks dan jalanan bagi peringkat nasional telah menunjukkan penurunan. Sebagai contoh, bagi tempoh Januari hingga Mei 2011 jumlah kes jenayah indeks yang dilaporkan adalah 70,343 kes. Sehingga Mei 2012 jumlah ini telah menurun kepada 63,221 kes. Pengurangan sebanyak 7,122 kes atau 10.1%. Bagi kes jenayah jalanan pula ianya turut menunjukkan penurunan yang ketara di mana pada Januari hingga Mei 2009 sebanyak 16,294 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 pula telah berkurangan sebanyak 7,007 kes kepada 9,287 kes atau penurunan sebanyak 43%.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan bahawa jenayah indeks adalah merangkumi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Sehubungan dengan pertanyaan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan suka saya jelaskan jumlah jenayah indeks bagi daerah Petaling Jaya Selatan adalah seperti berikut:-
| Tahun | Jumlah Kes |
|---|---|
| 2007 | 10357 |
| 2008 | 10377 |
| 2009 | 10524 |
| 2010 | 8726 |
| 2011 | 8287 |
| 2012 (Januari – Mei) | 3161 |
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Dalam Negeri sentiasa memberi komitmen yang berterusan dalam menangani kesalahan jenayah terutamanya jenayah ragut di kalangan masyarakat melalui pelbagai aspek penguatkuasaan mahupun pendidikan. Dari aspek penguatkuasaan pelbagai pendidikan telah dijalankan. Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling khususnya Balai Polis Petaling Jaya sentiasa memantau dan membuat kajian tentang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan pentadbiran mereka. Ini termasuk mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku jenayah ragut di hot spot dan merancang pelbagai tindakan pencegahan bagi menangani jenayah di kawasan tersebut.
Bagi memantapkan lagi program mengurangkan jenayah pada peringkat nasional dan kawasan termasuk kawasan Petaling Jaya Selatan kerajaan telah memperkenalkan satu pendekatan baru iaitu community policing. Di bawah konsep ini kerajaan telah mengenal pasti empat buah negeri yang paling banyak kejadian jenayah. Empat negeri itu ialah Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Dikategorikan sebagai negeri hot spot kerana mengikut statistik PDRM dan 72% kejadian jenayah pada tahun 2008 berlaku di negeri-negeri ini. Seterusnya 50 kawasan dari negeri-negeri tersebut termasuk kawasan Petaling Jaya Selatan dikategorikan sebagai kawasan hot spot kerana kes jenayah yang tinggi.
Kawasan-kawasan ini dijadikan sebagai tumpuan untuk melaksanakan inisiatif mengurangkan jenayah oleh PDRM. Bagi melaksanakan inisiatif mengurangkan jenayah di negeri-negeri ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa strategi seperti meningkatkan omnipresent yang melibatkan kehadiran petugas dan peralatan yang berkaitan dengan tugas penguatkuasaan bertujuan mewujudkan perasaan takut kepada bakal-bakal pelaku jenayah. Langkah ini juga boleh mewujudkan rasa yakin masyarakat terhadap keselamatan.
Antara langkah yang termasuk dalam omnipresent termasuklah:
(i) meningkatkan rondaan berjalan kaki;
(ii) bermotosikal dan kereta;
(iii) menempatkan balai polis bergerak; dan
(iv) high profile policing melibatkan pegawai kanan polis dengan masyarakat dipertingkatkan.
Feet on the street dan penempatan semula ataupun redeployment pegawai dan anggota polis untuk menjalankan tugas hakiki kepolisan dan meningkatkan nisbah di antara polis dan penduduk.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian setakat ini tidak bercadang untuk mempertimbangkan permohonan Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri. Ini kerana tindakan tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan seperti yang disebut di Senarai satu, Jadual Kesembilan, perkara 74 dan perkara 77 Perlembagaan Persekutuan. Umumnya polis bantuan ditubuhkan semata-mata
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
hanya untuk melindungi harta dan aset-aset majikan sahaja dan bukannya untuk menjaga kepentingan umum.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan tugas mengawal keselamatan dalam negeri dilaksanakan secara bersama oleh kerajaan pusat iaitu PDRM dan agensi-agensi persekutuan di bawahnya. Ini bermakna tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah itu masih terletak di bawah kuasa Polis Diraja Malaysia seperti yang termaktub dalam undang-undang dan bukan terletak di bawah tanggungjawab mana-mana kerajaan negeri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 25 Jun 2012.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang]