Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pertahanan menyatakan, berapakah jumlah bilangan banduan-banduan yang terlibat di dalam Program Pemasyarakatan Banduan serta apakah kejayaan yang telah dicapai dan adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan program tersebut.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Program Pemulihan Pemasyarakatan merupakan kerjasama di antara Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kaedah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program ini diilhamkan sendiri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Objektif utama program ini adalah untuk mengintegrasikan pesalah undang- undang supaya kembali semula ke pangkuan masyarakat setelah menjalani hukuman di penjara. Selain daripada itu program ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar recidivist atau kemasukan berulang dari kalangan banduan ke dalam penjara dan ianya juga selaras dengan bidang keberhasilan utama negara atau NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah.
Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2010, seramai 2,713 orang yang diselia atau ODS telah terlibat dalam program tersebut. Sehingga bulan Mei 2012 seramai 1,827 ODS telah dibebaskan. Ingin saya nyatakan pada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan telah berjaya memastikan tiada seorang pun yang menjadi ODS yang telah dibebaskan masuk semula ke dalam penjara.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah pendedahan kepada ODS berkenaan kursus-kursus dan juga input-input spiritual serta kursus keterampilan asas kemahiran seperti pertanian, perikanan, penyelenggaraan bangunan dan aktiviti-aktiviti yang memberikan pendapatan kepada ODS. Dengan berbekalkan ilmu- ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut ODS yang telah dibebaskan mampu untuk berdikari bagi mencari nafkah hidup. Buat masa ini Kementerian Pertahanan sedang mengkaji secara mendalam tapak-tapak kem yang sesuai untuk memperluaskan program ini. Ini bagi memastikan impak program dapat membuahkan hasil bukan sahaja kepada ODS dan keluarga sebaliknya kepada masyarakat setempat kepada ODS ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat duduk kejap Yang Berhormat. Cuba kita bermula pagi ini kembali kepada era sebelum 2004. Kita bertanya soalan tambahan, tidak payah ceramah mukadimah panjang- panjang sangat. Yang Berhormat Menteri mengetahui, yang menjawab mengetahui latar belakang. Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang menjawab soalan sendiri. Saya terus kepada soalan. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan dan kementerian-kementerian yang terlibat kerana telah
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
menyediakan satu latihan untuk kemasyarakatan kepada banduan-banduan yang disebut ODS ini.
Jadi saya mahu tanya apakah kategori banduan yang layak berada di pusat pemulihan pemasyarakatan dan apakah aktiviti yang dijalankan dan keberkesanan mereka ini dalam menghadapi masyarakat di luar nanti? Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, dengan kerjasama Jabatan Penjara terdapat dua kategori ODS atau banduan yang masuk ke pusat pemulihan pemasyarakatan ini.
Pertamanya, banduan-banduan atau ODS yang mempunyai baki hukumannya tiga tahun. Umpamanya kalau mereka ditahan sepuluh tahun tinggal bakinya tiga tahun yang itu dimasukkan.
Keduanya, mereka yang dihukum penjara kurang daripada tiga tahun. Untuk makluman Dewan yang mulia ini program ini dijalankan kerana kebanyakan banduan yang dihukum dengan hukuman yang ringan, apabila berada di penjara bersama-sama dengan penjenayah-penjenayah atau banduan yang menerima hukuman yang lebih lama mereka belajar melakukan jenayah berat.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri memikirkan bahawa bagaimanakah cara untuk mengasingkan mereka supaya tidak melakukan jenayah yang lebih berat dan jenayah yang berulang. Maka mereka adalah diasingkan.
Keduanya, aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apa yang kita lakukan ialah oleh kerana kita mempunyai tanah di sekitar Kem Tentera Darat, jadi kem- kem ini sebahagian daripada tanah yang tidak digunakan itu didirikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan ini dan aktiviti pertanian diadakan di samping aktiviti-aktiviti kemahiran lain. Pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi itu diberikan juga kepada ODS ini. Pihak kem telah membuka akaun simpanan kepada tiap-tiap ODS ini.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apabila mereka cukup tempoh perkhidmatan sebagai ODS atau tahanan sebagai ODS, mereka mempunyai wang yang terkumpul. Setakat ini wang yang terkumpul bernilai, setiap seorangnya RM200 sebulan. Kalau setahun, ertinya mereka dapat RM2,400. Kalau mereka mempunyai baki tahanan selama tiga tahun, sekurang-kurangnya mereka akan ada RM6,000. So dalam keadaan ini, apabila mereka keluar ke pangkuan masyarakat, dengan modal ini, mereka akan dapat membuka perniagaan baru ataupun melakukan aktiviti-aktiviti meneruskan keterampilan yang diperoleh daripada penjara itu.
Apa yang paling unik ialah dengan adanya lima buah pusat tahanan ini, pusat pemulihan kemasyarakatan ini, sepatutnya lima penjara yang dibina mempunyai belanjawan kira-kira RM50 juta hingga RM60 juta setiap satu penjara. Ertinya kita memerlukan RM250 juta. Akan tetapi untuk lima pusat tahanan ini, Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta sahaja. Ertinya kita dapat mengurangkan belanja lebih kurang RM220 juta.
Pendekatan Strategi Lautan Biru ini saya fikir boleh diperluaskan di lain-lain kementerian. Kalau Yang Berhormat Kuala Krau perlukan pusat pemulihan ini, asalkan beliau tidak masuk sama, insya-Allah kita akan pertimbangkan.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita lihat sekarang ini adalah masalah kesesakan banduan dalam penjara yang begitu ketara di seluruh penjara di seluruh negara. Jadi apakah tindakan dibuat untuk supaya kita dapat mengurangkan kadar masalah yang melibatkan jenayah sehingga menyebabkan kesesakan di dalam penjara?
Kedua ialah apakah modul yang diguna pakai oleh pihak kementerian untuk memastikan bukan sahaja pihak banduan ini diberi latihan pemulihan dalam bentuk pertanian, kemasyarakatan dan sebagainya, tetapi yang penting ialah pemulihan akidah, pemulihan akhlak supaya mereka ini dapat hidup sebagai seorang, kalau dia seorang Islam, orang Islam yang mematuhi perintah agama? Minta penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama itu lebih relevan kepada Menteri Dalam Negeri dan saya belum berhajat untuk bertukar jabatan.
Akan tetapi soalan yang kedua, saya fikir saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Rantau Panjang bahawa modul keseluruhan pemulihan kursus ini harus melihat kepada soal akidah, soal sahsiah, soal akliah yang ada di dalam penjara. Ini sebenarnya dilakukan dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia dan juga kita juga memberikan latihan separa ketenteraan dari segi disiplinnya, dari segi soal pemantapan pemikiran. Untuk agama-agama lain, kita juga memanggil beberapa mubaligh dan juga sami serta monk untuk memulihkan peribadi mereka.
Saya amat bersetuju supaya masyarakat menerima mereka. Kaedah yang dilakukan harus mendapat kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat di negara kita.
Pemulihan ini bukan satu kerja yang mudah, tetapi saya katakan tadi, tidak seorang pun yang keluar daripada pusat pemulihan pemasyarakatan ini yang menjadi penjenayah semula dan masuk penjara. Tidak ada seorang pun. Ertinya ini satu kejayaan saya fikir – saya mohon juga pihak belah sana membantu kita sebab ini adalah tanggungjawab kita kepada negara keseluruhannya. Saya harap berikanlah motivasi kepada bekas-bekas banduan ini supaya benar-benar insaf dan kembali kepada masyarakat.
2. Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah sikap kerajaan dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Timur Tengah yang baru membentuk kerajaan selepas Arab spring yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok di atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berpandangan bahawa pergolakan politik yang berlaku di beberapa negara di Rantau Asia Barat dan Afrika Utara yang juga dikenali dengan izin, Arab Spring, antara lain adalah disebabkan oleh masalah politik dan ekonomi dalaman di negara-negara berkenaan akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan, kadar inflasi yang tinggi serta ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara dan gejala rasuah yang berleluasa.
Dalam hal ini, ingin saya menegaskan bahawa dasar luar Malaysia adalah tidak mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara. Malaysia menghormati perubahan politik yang telah berlaku di beberapa negara di rantau tersebut dan akan terus memupuk hubungan dan kerjasama dengan negara-negara berkenaan demi memelihara kepentingan dan kesejahteraan bersama antara Malaysia dan negara-negara di Asia Barat dan Afrika Utara seperti Yaman, Mesir dan Libya. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan.
Sambil memahami pendirian Malaysia yang menghormati dengan izin, the basic principal of self-determination dalam sesebuah negara. Selain daripada faktor ekonomi yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi yang menjadi penyebab kepada tercetusnya Arab Spring, satu lagi faktor yang saya rasa tidak boleh juga kita terlepas pandang adalah kezaliman yang berlaku terhadap rakyat melalui tekanan-tekanan yang pelbagai oleh rejim- rejim yang terdapat di Timur Tengah itu. Contohnya, saya ingin tahu apa pendirian terkini Kerajaan Malaysia terhadap perkembangan yang berlaku di Syria? Kita tahu respons daripada masyarakat antarabangsa, yang terkini laporan yang terdapat di dalam akhbar adalah sekali lagi Ban Ki-moon dari United Nations mengambil pendirian yang agak tegas minta campur tangan.
Saya tahu, tadi telah disebut kita menghormati dan tidak campur tangan terhadap isu dalam negeri sesebuah negara yang merdeka di mana sahaja mereka berada. Akan tetapi saya rasa apa yang berlaku di Syria melibatkan isu kemanusiaan, pembunuhan yang berlaku terhadap orang awam, terhadap civilians yang sampai ke tahap yang semua orang boleh akses bagaimana, contohnya ada satu gambar yang paling popular disebarkan sekarang ini, seorang yang ditanam di peringkat leher, ditimbus hidup-hidup sambil dia
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
mengucap kalimah syahadah. Dia dipaksa untuk tidak mengucap kalimah syahadah, tetapi mengucap dengan menggunakan nama Presiden Bashar al-Assad.
Jadi, pendirian ini saya rasa pendirian yang kita harus respons kerana Malaysia terkenal di era masyarakat antarabangsa sebagai negara yang boleh menjadi pengimbang di antara mungkin dua negara yang bertelagah. Sambil itu, saya juga ingin tahu apa respons kerajaan, sudah lama cadangan ini dikemukakan terhadap penubuhan tentera pengaman daripada negara-negara OIC yang boleh berfungsi, contohnya di Syria sekarang ini?
Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejak krisis 16 Mac 2011 di Syria, Malaysia memang memandang serius dan Malaysia juga sentiasa peka dan prihatin akan kemusnahan, kesengsaraan dan kematian rakyat Syria.
Malaysia tidak berdiam diri, sebaliknya Malaysia berpendirian tegas melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga OIC di mana melalui kedua-dua pertubuhan ini, Malaysia terus mendesak dan mencari penyelesaian yang terbaik. Di mana Malaysia juga menyokong resolusi yang dibawa oleh Kofi Annan iaitu six-point plan di mana Malaysia menyokong six-point plan ini dalam menghentikan keganasan dan membolehkan perundingan terus berlaku dalam menyelesaikan isu Syria ini secara damai.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Malaysia juga turut memberi sokongan kepada Pelan Damai Liga Arab semasa Mesyuarat Khas OIC di Jeddah baru-baru ini pada November 2011. Di samping itu pada 1 Jun 2012, di sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Malaysia juga membuat kenyataan yang mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Bandar Houla pada 25 Mei 2012 dan menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Sokongan Malaysia terhadap resolusi ini merupakan kali keempat yang kita berbuat demikian di Majlis Hak Manusia di Geneva. Malaysia juga terus memainkan peranannya bersama-sama dengan negara anggota PBB secara bertanggungjawab untuk menamatkan keganasan dan mengembalikan keamanan di Syria berdasarkan prinsip- prinsip asas dan Piagam PBB yang menghormati kedaulatan dan integriti negara Syria dan sejajar dengan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman.
Malaysia juga berpendirian bahawa pendekatan terbaik untuk menyelesaikan krisis di Syria adalah melalui dialog secara aman melibatkan semua pihak yang terlibat. Jadi Malaysia juga komited dan mereka juga perlu komited dan perlu bekerjasama dalam melaksanakan sepenuhnya six point plan yang dibawa oleh Kofi Annan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Duduk dahulu Yang Berhormat. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini, delegasi daripada Majlis Al-Quds International Instutition yang diketuai oleh Honorable Dr. Mohamad Akram Adlouni dan anggota seramai sembilan orang...
[Tepuk] Kepada Honorable Dr. Mohamad Akram Adlouni dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran ke Dewan yang mulia ini...
[Tepuk] Sila Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bermula daripada Disember 2010, seorang laki-laki di Tunisia telah membakar dirinya dan diikuti dengan penyerahan kuasa kepada Firman Sheikh Hassan At-Tantawi di Mesir dan sekarang ini krisis yang hangat berlaku di Syria yang semalamnya sekali lagi pembunuhan beramai-ramai lebih daripada 650 orang yang berlaku secara kejam termasuk kanak-kanak, remaja, wanita dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sekali gus Arab Spring ini juga telah menunjukkan pandangan masyarakat luar tentang keburukan yang berlaku dan anggapan mengatakan Islam itu adalah terrorist ataupun terrorism. Jadi bagaimana negara kita yang melihat dalam konteks hubungan dengan negara-negara luar ini untuk mengikis persepsi Islam phobia ini supaya orang memandang bahawa negara Islam sebenarnya bukan begitu caranya seperti mana yang berlaku dalam kebangkitan Arab Spring. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Arau atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya Malaysia mempunyai hubungan yang akrab dengan negara-negara khususnya negara-negara Arab. Di mana Malaysia bagi mengikis persepsi kepada negara-negara dunia bahawa agama Islam bukan
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
terrorist sebenarnya. Jadi untuk mengikis persepsi tersebut maka Perdana Menteri kita sendiri telah melancarkan Global Movement of Moderate di mana melalui penerangan sejelas-jelasnya akan GMM ini dan GMM ini mula diterima oleh kebanyakan negara-negara sebagai kesederhanaan dalam membawa diri kita dan juga dunia ke arah mencapai kemajuan. Sekian.
3. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, usaha-usaha konkrit pihak pengurusan RISDA untuk mengukuhkan lagi amalan prinsip “good governance”, ketelusan dan integriti dalam menguruskan pembelian/penjualan buah kelapa sawit para pekebun kecil RISDA.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Sehingga kini kejayaan RISDA dalam mengamalkan prinsip good governance adalah seperti berikut:
(i) RISDA telah mendapat Sijil Bersih Pengurusan Kewangan daripada Jabatan Audit Negara selama 15 tahun berturut-turut;
(ii) berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM;
(iii) berjaya memperoleh lima star rating for two website dengan markah penuh 100% untuk dua tahun berturut-turut daripada MAMPU Jabatan Perdana Menteri; dan
(iv) anak syarikat RISDA, RISDA Plantation Sdn. Bhd. telah disenaraikan di antara seribu syarikat perladangan terunggul di Malaysia sejak tahun 2005 sehingga kini.
Selain itu, dalam usaha untuk mengukuhkan lagi prinsip ‘good governance’ ketelusan dan integriti dalam menguruskan pembelian dan penjualan buah kelapa sawit para pekebun kecil, RISDA telah menetapkan enam perkara RISDA Key Result Area:
(i) menyasarkan pekebun kecil sawit memperoleh harga ladang pada kadar 19% dari harga minyak sawit mentah hantaran tempatan;
(ii) menyediakan 59 buah Pusat Timbang dan Stor (PTS) seluruh Semenanjung Malaysia di mana hasil sawit pekebun kecil akan di kumpul dan ditimbang dengan menggunakan jambatan timbang yang disediakan oleh RISDA supaya tidak berlaku penipuan dari segi timbangan. Berdasarkan keluasan tanaman sawit bagi negeri Melaka, seluas 9,492.7 hektar, dua unit PTS telah diperuntukkan dan sedang beroperasi dan diuruskan oleh anak syarikat RISDA iaitu RISDA Plantation Sdn. Bhd. di Melaka Tengah dan Alor Gajah;
(iii) menguruskan sijil PTS ini oleh Koperasi Pekebun Kecil dan RPSB untuk mengawal dan memastikan pekebun kecil tidak di manipulasi oleh orang tengah dari segi timbangan dan harga.
Pada hari kutipan hasil, semua hasil-hasil sawit di kumpul dan ditimbang di PTS ini sebelum diambil oleh penender yang berjaya. Melalui kaedah ini harga dan berat timbang boleh dipantau oleh KPKPK dan RTSB yang memastikan hasil yang diperolehi oleh peserta adalah telus dan tiada ketirisan;
(iv) menyalurkan maklumat harga jualan harian berdasarkan harga Lembaga Minyak Sawit Malaysia kepada semua pegawai RISDA daerah untuk dimaklumkan kepada semua pengurus PTS;
(v) memantau urus niaga di PTS pada setiap bulan melalui laporan bulanan yang mengandungi maklumat jumlah jualan hasil dan harga yang ditawarkan kepada pekebun kecil; dan
(vi) mengurus dan memasarkan hasil sawit bagi projek tanaman semula komersial sawit melalui sistem tender terbuka di mana
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
penender-penender menawarkan kadar perahan minyak bagi tempoh setahun bagi RTSB sendiri.
Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh RISDA menunjukkan pekebun kecil mendapat harga ladang sawit sebanyak RM617.55 per metrik tan melebihi harga yang disasarkan oleh RISDA sebanyak RM607.43 per metrik tan. Bagi negeri Melaka, pengeluaran jumlah Januari hingga Mei 2012 adalah sebanyak 3,279.7 metrik tan dengan purata harga ladang sebanyak RM630 per metrik tan melebihi harga yang disasarkan oleh KPI RISDA. Harga ini telah dinikmati oleh 400 pekebun kecil negeri Melaka.
Selain itu, RISDA juga telah membayar dividen kepada 42,206 pekebun kecil sebanyak RM179.6 juta tahun 2010 iaitu RM4,200 seorang. Dividen ini mampu meningkatkan purata pendapatan pekebun kecil kepada RM1,950 sebulan selaras dengan usaha kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita mencecah RM49,000 setahun dan RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Dari segi produktiviti pula purata produktiviti sawit adalah sebanyak 18 metrik tan per hektar menghampiri purata sawit nasional pekebun kecil adalah sebanyak 22 metrik tan per hektar setahun. Produktiviti ini turut menyumbang ke arah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan produktiviti sawit negara bidang ekonomi utama negara ataupun NKEA sawit. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penerangan yang cukup jelas. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak RISDA yang sudah dapat memajukan tanah-tanah terbiar terutamanya kepada tuan-tuan tanah yang tidak ada mempunyai keupayaan untuk mengusahakan tanah mereka. Bagaimanapun mereka hanya diberikan dividen setiap tiga bulan sekali tanpa menyatakan tentang jumlah buah ataupun buah yang dipetik, juga tanpa menyatakan tentang OER ataupun peratusan perahan minyak. Mereka hanya diberikan berdasarkan daripada keluasan kawasan-kawasan tanah mereka sahaja.
Jadi soalan saya, apakah sebenarnya langkah-langkah pengurusan ladang yang terbaik misalannya untuk membaja, untuk pruning, untuk membersihkan kawasan bagi memastikan supaya ladang-ladang tersebut boleh menghasilkan hasil yang terbaik dan memberikan pulangan yang lumayan kepada peserta-peserta. Keduanya, adakah perbandingan RISDA buat di antara ladang yang mereka usahakan dengan skim-skim yang lain ataupun ladang-ladang yang berhampiran. Ini supaya kita dapat memastikan perbezaan di antara perolehan yang kita dapati dengan perolehan ladang-ladang lain supaya apa juga kelemahan yang kita hadapi dapat kita atasi supaya dapat kita memberikan pulangan yang terbaik kepada peserta-peserta. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin mempersoalkan tentang bagaimana maklumat boleh disampaikan kepada pekebun kecil. Bukan hanya mereka ini untuk mendapatkan dividen bahkan juga seperti yang saya sebutkan sebenarnya dari segi harga, dari segi timbang sawit yang dikeluarkan.
Pihak pekebun kecil yang terbabit terlibat di dalam sektor ini mereka boleh mendapat maklumat daripada pejabat daerah RISDA yang ada kerana mereka perlukan.
Walaupun demikian, seperti yang disarankan insya-Allah saya akan arahkan semua daerah kita untuk memastikan selain daripada mereka mendapat dividen daripada RISDA mereka juga harus dibekalkan dengan maklumat yang begitu lengkap. Mereka sebenarnya boleh memperolehnya. Dalam persoalan yang kedua iaitu berhubung kait apakah langkah-langkah yang kita lakukan untuk memastikan supaya kita dapat meningkatkan keupayaan kita? Sebenarnya pihak RISDA telah pun mengambil beberapa langkah khusus, perbandingan. Ini individu langsung tidak terbabit dalam mengurus...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Ya? Manakala ada yang ladang diurus melibatkan pekebun-pekebun kecil. Ini tidak terlibat pekebun-pekebun kecil, di mana kita mengambil langkah-langkah contohnya kita mempertingkatkan prasarana yang ada, yang tidak membabitkan kewangan datang daripada pekebun-pekebun kecil, menggunakan peralatan-peralatan, pegawai-pegawai kita yang terbabit dalam memajukan, mengerjakan
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
pekebun-pekebun yang dimiliki oleh individu yang mereka tidak terbabit langsung. Cuma setiap bulan atau sekali dalam tiga bulan, mereka hanya tunggu mendapat dividen. Di antaranya mereka berada di luar negara.
Keduanya mereka merupakan sudah dewasa, usia sudah lanjut, tidak mampu untuk bekerja di ladang ini maka mereka menyerahkan kepada pihak RISDA untuk mengurus tadbir, yang penting kepada mereka untuk mendapat hasil. Dalam usaha kita untuk meningkatkan keupayaan ini selain daripada kita gunakan teknologi-teknologi yang terkini, penggunaan benih-benih yang kita katakan klon yang hasil kita dapat tingkatkan dari segi produktivitinya. Di samping itu juga cara kita menoreh kelapa sawit ini harus ada pendekatan yang kita katakan yang akan dapat meningkatkan lagi mata pencarian.
Di samping itu seperti yang saya sebutkan dalam jawapan tadi ya, kita juga tingkatkan dari segi keupayaan masyarakat pendapatan supaya tidak ada ketirisan. Setiap tonnage yang masuk ladang itu kita timbang. Lepas itu kita akan imbangi di mana kebenaran dari segi kebersihannya tidak akan ada penipuan dalam konsep ini untuk memastikan supaya setiap peladang ini atau pekebun kecil ini akan mendapat manfaat sepenuhnya. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kagum dengan usaha pihak Menteri untuk membela nasib warga RISDA yang terlibat dalam sama ada Skim Pekebun Kecil ataupun sebagai warga yang terlibat dengan usaha industri kelapa sawit secara umum.
Akan tetapi saya hendak tahu pandangan, jawapan ataupun rancangan pihak kementerian. Selepas penyenaraian FVGH, kerajaan mengumumkan durian runtuh. Akan tetapi itu kepada FELDA. Tidak ada kena mengena dengan RISDA. Saya hendak tahu apa rancangan Menteri untuk membendung tekanan yang dirasai oleh kelompok yang duduk di dalam RISDA kerana di FELDA dikurniakan durian runtuh. RM5,000, RM5,000 dan RM5,000 dikatakan di isytihar RM15,000 untuk satu keluarga. Satu durian runtuh yang agak – runtuhnya sampai ke lantai nampak gayanya.
Akan tetapi bagaimanakah pihak Menteri, rancangan untuk membendung rasa dianaktirikan masyarakat anak RISDA ini kerana setakat ini tidak ada diumumkan apa-apa...
[Dewan riuh]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang adanya FELDA. Masyarakat FELDA sekarang merayakan mengatakan kerajaan menganggap mereka anak emas. Akan tetapi RISDA nampak gaya seperti dianaktirikan. Saya hendak tahu apa rancangan masa depan barangkali untuk meredakan tekanan yang dirasai oleh masyarakat RISDA ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih persoalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Indera Mahkota kena tahu tentang detail dia terlebih dahulu. Hendak buat perbandingan apple to apple kita tidak boleh buat perbandingan RISDA dengan FELDA. Sistem dia, cara dia, pemilikan tanah yang ada.
FELDA mempunyai tanah yang jauh lebih luas berbanding dengan RISDA. Pemilikan RISDA – tanah ini bukan milik kita, dia milik pekebun-pekebun kecil yang ada. Jadi, kita tidak boleh mengambil pertimbangan kita hendak buat listing semata-mata oleh kerana hendak buat publisiti. Tidak, berbanding. Jauh! Ini seumpama dengan izin, you are comparing antara league division A dengan division berapa.
Akan tetapi dalam pada itu kita tidak nafikan bahawa keupayaan RISDA membantu para peneroka pada saat ini, semenjak kita wujudkan. Sudah hampir 129,604 pekebun kecil yang kita bina 370,000 hektar tanah mereka yang kita kerjasama dengan pekebun kecil, pemilik tanah ini dan kita majukan, apa rancangan kita untuk membantu. Kita tidak pacak bendera bulan. Kita tidak pacak bendera roket. Kita pacak kelapa sawit, getah yang ada hasilnya kepada rakyat...
[Tepuk] Kita katakan bahawa perancangan kita untuk membantu masyarakat pekebun kecil.
Tahun ini sahaja kita sudah sediakan peruntukan durian runtuh RM58 juta untuk bagi benih percuma kepada pekebun kecil yang ada. RM62 juta nilai dia untuk baja. Ya, dia duit. Ya, duitlah bukan berbeza dengan kita katakan cash. Akan tetapi kita tahu kepada pekebun kecil sekurang-kurangnya ada bantuan, bukan ceramah kepada rakyat di peringkat negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Dato’ Rashid Din [Merbok] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, kegunaan bahan tenaga untuk penjanaan elektrik di seluruh negara. Apakah perancangan kerajaan/kementerian untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini perpecahan penggunaan bahan api untuk penjanaan elektrik adalah sebanyak 44.7% penjanaan berasaskan arang batu, 42.5% berasaskan gas, 3.7% berasaskan minyak, 3.4% berasaskan distillate dan juga 5.7% berasaskan hidro.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sumber penjanaan penggunaan tenaga boleh baharu atau renewable energy, dengan izin, hanya diambil kira bagi stesen janakuasa yang berkapasiti 30 megawatt dan ke bawah. Manakala stesen hidroelektrik yang melebihi daripada kapasiti yang ditetapkan tidak dikategorikan sebagai tenaga boleh baharu.
Bagi meningkatkan kegunaan tenaga boleh baharu, kementerian telah menggubal dasar dan pelan tindakan bermula daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ia merupakan pendekatan yang holistik dan sistematik untuk memastikan industri tenaga boleh baharu kekal berdaya maju dan mampan dalam jangka masa panjang. Pelan tindakan ini mengandungi lima teras strategik dan merangkumi penglibatan pelbagai kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan yang dirangka bagi mengatasi halangan dan memacu pembangunan renewable energy (RE) dengan pesat.
Di bawah dasar ini juga, mekanisme Feed-in Tariff (FiT) telah dikenal pasti sebagai mekanisme bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Pelaksanaan mekanisme ini telah dikuatkuasakan sejak 1 Disember 2011, selaras dengan penguatkuasaan akta tersebut iaitu Akta 725. Mekanisme ini menawarkan kadar tarif premium bagi penjualan tenaga elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu dengan membantu meningkatkan viability, dengan izin, projek-projek tersebut. Adalah disasarkan kapasiti terpasang bagi penjanaan tenaga daripada sumber tenaga boleh baharu menjelang tahun 2015 adalah sebanyak 985 megawatt di mana jumlah tersebut dianggarkan menyumbang kepada 6% daripada jumlah campuran tenaga keseluruhan negara.
Selain itu, pihak kerajaan juga melaksanakan pelbagai program kesedaran dan peningkatan kesedaran orang awam mengenai penggunaan tenaga boleh baharu. Ini termasuklah menjalankan kajian mengenai pasti potensi sumber angin dan geothermal untuk diaplikasikan di Malaysia selain daripada empat jenis tenaga boleh baharu yang sekarang digalakkan oleh pihak kerajaan. Sekian.
Dato’ Rashid Din - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang telah menjawab dengan teliti. Dalam penjanaan, saya lihat jawapan Yang Berhormat Menteri hanya menyasarkan hanya 6% tenaga hidro. Di Malaysia ini, banyak tasik-tasik pengairan pertanian yang mana irrigation lake yang sedia ada tidak diguna pakai untuk menjana elektrik. Soalan saya ialah selain daripada Feed-in Tariff, apakah insentif-insentif atau geran yang boleh disalurkan kepada pengusaha-pengusaha Minihidro yang kecil-kecil supaya sumber ini boleh diguna pakai? Berapakah subsidi dikira per megawatt yang diberikan kepada IPP yang menggunakan fossil fuel berbanding dengan subsidi yang diberikan kepada IPP yang menggunakan bahan boleh perbaharui? Terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, untuk menerangkan fakta-fakta yang mengenai tenaga boleh baharu itu, saya jawab tadi dari dalam jawapan asal ialah menjelang tahun 2015, kita merangka bahawa jumlah dalam sumber ini iaitu tenaga boleh baharu akan meningkat sampai 985 megawatt. Ini kira-kiranya 6% daripada jumlah elektrik yang akan dijanakan pada tahun itu. Untuk maklumat bagi Yang Berhormat bagi soal hidro, saya hendak sebutkan kepada Yang Berhormat bahawa hidro ini kita ada beberapa jenis adalah hidro besar seperti di Kenyir dan di Bakun. Akan tetapi ada juga yang sederhana dan ada juga yang kecil. Apa yang kita akan galakkan ialah bahawa sumber seperti ini yang layak untuk mendapatkan Feed-in Tariff,, kita perlulah hadkan hidro ini ke 30 megawatt dan ke bawah. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat yang dinamakan Minihidro ini kita kena teliti bahawa berapa besar yang dicadangkan itu.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Akan tetapi, kita memang terus menggalakkan Mikrohidro. Mikrohidro itulah yang lima megawatt, tiga megawatt, satu megawatt. Ini memang kita galakkan dan kita akan masuk mikrohidro ini ke dalam Feed-in Tariff yang saya sebutkan dalam jawapan itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini hidro hanya menjadi 4.4% dalam jumlah elektrik yang dijanakan daripada pelbagai sumber dan hidro ini hanya 4.4%. Kita jangka pada tahun 2020 nanti, hidro ini akan menjadikan 4.5% dan sampai tahun 2025, ia akan menjadikan 4.8% dan pada tahun 2030 kerana kapasiti hidro dalam negara kita ini terhad, maka ia akan turun sampai 4.2% sahaja. sahaja. Itulah senario yang kita rangkakan bagi sumber hidro yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Mengenai insentif, kita memang selain daripada FiT ini, FiT ini sebagai satu insentif yang terbesar bagi pengusaha-pengusaha. Yang lain itu, kita ada galakan seperti pioneer status adalah galakan seperti apabila ia disebutkan sebagai green technology atau teknologi hijau, maka pihak kerajaan akan menimbang mengenai import duty dan sebagainya. Itulah cara-cara yang buat masa sekarang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan tenaga boleh baharu.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua, bentuk muka bumi negara Malaysia adalah merupakan satu aset yang sangat berharga untuk kita menghasilkan Tenaga Geotherma. Bentuk muka bumi negara-negara jiran kita, Indonesia dan juga Filipina lebih kurang sama macam kita. Apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat untuk menggunakan peluang aset yang sangat berharga ini untuk menghasilkan tenaga yang lebih selamat pada masa yang akan datang?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju bahawa Geothermal ini adalah satu sumber yang agak kita perlu galakkan untuk dibangunkan di negara kita ini. Akan tetapi masalahnya ialah kita tidak dapat banyak tempat yang ada Geothermal ini dan yang ada tempat itu dikesan, ia tidak berapa besar jumlah yang kita pastikan seperti di Tawau. Walau bagaimanapun, kita galakkan pihak swasta untuk membangunkan sumber ini dengan sumber-sumber kewangan yang dibiayai oleh mereka kerana pihak TNB atau pihak SESB di Sabah tidak mampu untuk membuat pelaburan daripada sumber ini kerana masih dalam peringkat awal. Teknologi itu pun kita tidak berapa mengenal pastikan sama ada berdaya maju atau tidak. Akhirnya, kos untuk menghasilkan sesuatu unit thermal energy yang kita dapatkan, kita juga belum ada pengalaman. Oleh sebab itulah kita buat masa sekarang, data-data belum cukup. Jadi tidak dapat masuk Geothermal ini dalam kita punya Feed-in Tariff.
5. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, industri hartanah di Malaysia selepas tahun 2008 didapati melambung tinggi dan sukar di mampu milik oleh masyarakat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk menetapkan harga syiling dalam industri hartanah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Pusat buat masa ini tidak mengawal harga rumah memandangkan ianya ditentukan sendiri oleh faktor pasaran. Ini memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan ekonomi bebas atau free market dan bagi menggalakkan pertumbuhan industri perumahan di negara ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Katil juga, kerajaan sangat mengambil berat mengenai dengan keperluan perumahan yang membabitkan golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia. Untuk itu, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMKe-10), kerajaan telah menyasarkan untuk membina sebanyak 78,000 unit Rumah Kos Rendah Awam (RKR) di seluruh negara di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Bantuan Rumah (BPR).
Kerajaan juga amat prihatin terhadap keperluan perumahan golongan yang berpendapatan sederhana. Lanjutan daripada itu, kerajaan telah melancarkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang berkonsepkan public-private partnership (PPP) dengan izin, dengan objektif untuk memastikan golongan yang berpendapatan sederhana.
Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM6,000 sebulan, mampu untuk memiliki rumah
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
sendiri dengan harga yang berpatutan iaitu di antara RM150,000 hingga RM300,000 bergantung kepada lokasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga sedar mengenai dengan kenaikan harga rumah di Malaysia. Oleh itu kerajaan telah melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan loan to value (LTV) kepada 70% sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya. Selain daripada itu juga, kerajaan telah memperkenalkan semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) mulai pada 1 Januari 2010 dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti spekulasi yang menyebabkan kenaikan harga rumah di Malaysia.
Kerajaan akan terus memantau kenaikan harga rumah di Malaysia dan akan mengenakan langkah-langkah tambahan untuk mengawal harga rumah jika perlu bagi memastikan semua golongan rakyat mampu untuk memiliki rumah sendiri. Terima kasih.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang detail tadi. Saya ingin menarik perhatian pada Dewan, setengah daripada sebahagian pemaju perumahan yang diberi lesen untuk membina rumah-rumah di kawasan-kawasan yang diluluskan. Kebanyakannya pemaju diberi syarat untuk membina selain daripada rumah-rumah kos tinggi, mereka juga diarah untuk membina rumah kos rendah dan rumah kos sederhana. Akan tetapi, sebahagian pemaju cuba mengelak setelah membina rumah kos tinggi untuk rumah kos rendah dan kos sederhana tidak dibina malahan berbagai-bagai alasan dan cuba tidak membina rumah-rumah kos rendah dan sederhana ini dan sebaliknya memohon untuk membina terus rumah kos tinggi di kawasan- kawasan yang sepatutnya dibina rumah kos rendah dan kos sederhana.
Jadi persoalan saya, apakah tindakan kerajaan kepada pemaju-pemaju yang hanya mementingkan keuntungan sahaja ini dan yang kedua apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyekat pembeli-pembeli rumah mampu milik, rumah kos rendah, kos sederhana ini daripada menjualnya semula untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek.
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya syarat-syarat untuk pemajuan ini adalah dikenakan kepada semua pemaju dengan bersyarat bahawa sekurang-kurangnya 30% kawasan pemajuan itu dibina dengan rumah kos rendah tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kuasa-kuasa ini adalah di bawah kerajaan negeri. Terpulanglah kepada kerajaan-kerajaan negeri sama ada mereka melonggarkan syarat ini atau pun sebaliknya.
Bagi Kerajaan Pusat, kita hanya memberikan garis panduan sama ada ini dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri atau tidak, kita juga tidak mempunyai satu kuasa untuk melarang sebab di peringkat negeri, mereka mempunyai satu akta perumahan yang tersendiri. Jadi untuk itu Yang Berhormat, terpulanglah kepada kerajaan negeri.
Bagi soalan yang kedua, adakah kita mempunyai sekatan untuk bagi mereka yang mendapat rumah kos rendah untuk menjual. Setakat ini, kita tidak ada apa-apa sekatan cuma kalau rumah kos rendah, bagi pengalaman saya selaku Menteri di kerajaan negeri dahulu, bahawa kita langsung tidak membenarkan dari segi pemilikan orang lain hanya daripada keluarga-keluarga pemilik ataupun pemilik rumah itu sendiri sahaja kita benarkan untuk menukar ataupun mengambil kembali ataupun memiliki rumah tersebut. Saya tidak tahu di negeri-negeri yang lain sama ada peraturan ini ada dibuat atau tidak. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh saya dapat tahu, apakah jangka masa yang ditetapkan oleh kementerian supaya semua pemohon telah sedia membuat permohonan untuk rumah kos rendah dapat rumah-rumah tersebut dan apakah statistik yang boleh diberi untuk tempoh lima tahun yang dijadualkan supply and demand, lima tahun, sepuluh tahun. Adakah statistik itu sedia ada dengan kerajaan dan juga rumah-rumah kos rendah dan rumah mampu milik yang dimiliki yang diduduki oleh warganegara Malaysia. Adakah rumah-rumah itu akan dijual kepada pihak yang sedang duduk di rumah-rumah tersebut, kalau tidak, kenapa tidak? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Bagi soalan pertama mengenai dengan rumah, tidak ada tempoh had bagi pemohon memohon. Jika ada kekosongan dan juga pemohon itu layak untuk memohon dan juga layak untuk membeli rumah kos rendah, terpulanglah kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sebab untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya hanya membina rumah-rumah ini di negeri-negeri dan kita akan serahkan kepada negeri-negeri yang akan menjual atau menyewakan kepada mereka yang layak iaitu hanya mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan tidak lebih daripada itu, itu satu. Bagi soalan kedua, saya akan jawab secara bertulis dan begitu juga bagi soalan yang ketiga, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
6. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah kedudukan Parlimen Belia di dalam Perlembagaan, dan bagaimanakah perwakilan dipilih serta minta dibentangkan kajian kos bagi menjalankan rancangan ini.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Tenggara yang bertarikh 21 Jun 2012 kerana menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Belia Malaysia merupakan satu bentuk program yang dilaksanakan secara pentadbiran yang menjadi platform untuk mendidik belia tentang bagaimana sesuatu dasar atau akta digubal menurut Sistem Berparlimen. Pihak kementerian telah merencanakan penubuhan ataupun pelaksanaan sidang Parlimen Belia mengikut peringkat-peringkat dan kita jangkakan bahawa ianya dapat dilaksanakan pada awal tahun depan ataupun pada akhir tahun ini bergantung kepada keseluruhan persiapan yang sedang diaturkan. Kementerian juga telah melaksanakan persidangan Parlimen Belia Malaysia percubaan pada 8 Mei, hingga 11 Mei 2012, bertempat di Seri Kembangan Selangor yang melibatkan 222 orang belia yang berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun.
Persidangan percubaan ini merupakan salah satu proses pelaksanaan bagi persidangan sebenar Parlimen Belia yang kita jangkakan sebagaimana yang disebutkan sama ada awal tahun 2012 ataupun akhir tahun ini. Untuk makluman perwakilan terutama sekali Ahli Parlimen Belia ia dipilih melalui suatu sistem pengundian insya-Allah akan diadakan satu sistem pengundian atas talian ataupun online, dengan merujuk pada syarat- syarat yang melayakkan belia menjadi ahli perwakilan. Anggaran kos bagi pelaksanaannya adalah kira-kira RM600,000 untuk dua kali persidangan dalam setahun.
Pihak kami juga telah berunding dengan pihak Parlimen supaya berkemungkinan apabila Dewan sebenar Parlimen siap nanti, dewan sementara ini boleh digunakan bagai persidangan Parlimen Belia. Dengan itu kita jangkakan kos pelaksanaan ataupun sidang Parlimen Belia ini akan dapat dikurangkan.
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju tentang keinginan untuk memberikan pengalaman kepada belia kita. Adakah Yang Berhormat Menteri telah menggunakan peluang ini untuk menjemput Exco negeri yang menjaga tentang belia untuk bersama-sama mengikuti usaha ini dan dapat juga menolong dan memperbaiki usaha pemilihan.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan. Saya rasa tidak ada masalah untuk kita mengundang wakil-wakil daripada Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk melihat pelaksanaan dan perancangan kepada Parlimen Belia ini. Sebenarnya Negeri Sembilan telah pun menyatakan kesanggupan mereka untuk turut membangunkan Dewan Undangan Negeri Belia bagi negeri yang berkenaan. Sekiranya Selangor ataupun negeri-negeri lain juga berminat untuk mengadakan sistem yang sama di peringkat negeri masing-masing bagi kami tidak ada masalah. Sebenarnya ada berapa negara yang telah maju seperti Australia dan sebagainya di mana Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia mereka.
Di mana persidangannya diadakan di Parlimen sebenar mereka dan mereka juga ada di peringkat dewan-dewan negeri ataupun Parlimen di peringkat wilayah masing-
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
masing menggunakan sistem yang sama, menggunakan dewan yang digunakan bagi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri masing-masing. Keanggotaannya sama sebagaimana keanggotaan Dewan Parlimen yang sebenarnya. Dalam konteks kita 222 orang setiap kawasan itu sama ada Bandar Tun Razak, Kemaman, Padang Rengas dan sebagainya ada wakil belia mereka. Akan tetapi kita memerlukan sedikit masa untuk melihat keseluruhan sistem perjalanannya supaya dilihat ianya benar-benar menggambarkan bahawa ianya berjalan dengan cara yang betul, yang baik dan memberikan faedah kepada negara keseluruhannya. Insya-Allah perkara ini saya rasa tidak ada masalah.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Menteri kerana memberi jawapan begitu ringkas dan padat. Parlimen Belia Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjadi satu saluran rasmi untuk menyuarakan pandangan belia dan turut serta dalam proses membangunkan negara. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa belia yang terlibat akan berpolitik secara sihat tanpa menyisihkan keutamaan dalam pelajaran. Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua terima kasih sekali lagi pada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya merasakan bahawa dalam soal isu sama ada politik sihat ataupun tidak sihat hanya dapat diketahui setelah ianya berjalan. Sebab itu di peringkat sekarang ini kita mesti melihat dalam pelbagai faktor dalam menentukan kaedah dan sistem ini dapat diterima pakai oleh masyarakat, oleh belia itu sendiri dan pandangan orang ramai. Jadi sebab itulah antara perkara yang kita timbulkan ialah keanggotaannya. Misalnya dahulunya orang menganggap bahawa keanggotaannya terdiri daripada mereka yang ditentukan oleh kementerian kita lantik orang dan sebagainya. Kita tidak menggunakan kaedah ini supaya tidak dilihat bahawa ianya adalah merupakan satu cara pihak yang tertentu untuk menggunakan belia bagi menyokong ataupun menjadi sandaran pada pihak yang tertentu dan sebagainya.
Sebab itu yang penting sekali ialah sistem pemilihan itu dibuat dengan cara yang memperlihatkan ketelusan dan sebagainya. Kita membina sistem pemilihan itu melalui pilihan raya secara online. Kenapa online? Ini kerana dianggapkan ianya lebih murah. Di Filipina misalnya mereka cuba membuat sistem pilihan raya sama seperti sistem pilihan raya yang sebenarnya dan ini melibatkan kos yang besar. Sekali sahaja dia buat pengundian lepas itu tidak boleh hendak buat lagi sudah. Di UK misalnya apabila diperkenalkan pada peringkat awal oleh kerana di UK usianya ialah antara 11 tahun hingga 18 tahun, maknanya 19 tahun itu sudah tidak boleh sudah dan dibuat pengundian di peringkat sekolah. Ada isu di mana sekolah itu menggalakkan cikgu-cikgu berkempen hendak cari pilih mesti pilih daripada orang sekolah dia. Jadi ini ada soal politik tempatan dan sebagainya.
Jadi ini antara perkara yang kita lihat di mana seorang itu dianggap berdaftar kerana atas nama ICnya, umur dia dan tempatnya berdasarkan kepada alamat yang ada dalam IC dia dan mereka boleh mengundi daripada mana-mana. Mungkin pelajar pada usia yang berkenaan antara 18 tahun hingga 30 tahun yang kita cadangkan boleh mengundi.
Mungkin dia belajar di Australia, mungkin dia belajar di Jepun, mungkin alamatnya di Kelantan tetapi duduk di Kuala Lumpur misalnya. Mereka boleh mengundi mengikut kawasan masing-masing yang ditentukan berdasarkan kepada alamat dalam kad pengenalan mereka. Kempen juga akan dicadangkan melalui online dan ada syarat-syarat yang tertentu.
Jadi ini antara perkara yang kita lihat supaya mereka dapat berkempen dengan cara yang sihat. Tidak ada soal mereka datang daripada parti politik mana-mana kerana yang penting sekali apabila mereka berada di sana mereka belajar. Bukan sahaja untuk bercakap kami hendak ini, kami hendak ini tetapi lebih dari segi bagaimana mereka membina bil ataupun rang undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan- kepentingan masa depan negara. Bukan hanya belia sahaja, tentang alam sekitar, tentang pelajaran, tentang perumahan, tentang pengangkutan awam yang berkaitan dengan kepentingan belia dan sebagainya. Jadi kita lihat bahawa ini adalah merupakan suatu proses pembelajaran yang penting di kalangan anak muda kita sekalian.
7. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) jumlah penerima Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis; dan
(b) jumlah permohonan yang ditolak dan punca-punca utama kegagalan permohonan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Gelang Patah kerana mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) ialah sebuah tabung amanah ataupun charitable trust yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Surat Cara Amanah pada 14 September 1992. Aspek operasi TAWP ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 37, Trustee Act 1949. Tabung ini merupakan tabung yang memberi bantuan yang dikategorikan seperti berikut:
(i) tabung TAWP I berkaitan dengan khairat kematian;
(ii) TAWP II berkaitan dengan bantuan pergerakan;
(iii) TAWP III berkaitan dengan bantuan perubatan dan anggota palsu;
(iv) TAWP IV berkaitan dengan bantuan pendidikan;
(v) TAWP V berkaitan dengan bantuan bencana alam;
(vi) TAWP VI berkaitan dengan bantuan atau sagu hati khas one off RM1,000; dan
(v) TAWAP VI(a) berkaitan dengan bantuan sagu hati khas one off RM3,000.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, mengikut pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, KDN percaya bahawa Yang Berhormat sebenarnya merujuk kepada TAWP VI(a) iaitu tabung pemberian saguhati khas, one-off RM3,000 kepada anggota-anggota bekas polis bantuan yang terdiri daripada pasukan special constable home guard, border scout, auxiliary police, extra police constable, jungle squad atau squad, police field force reserves dan Sarawak constabulary yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat pada tahun 1948 hingga 1962 bagi Semenanjung dan pada tahun 1962 hingga 1974 bagi Sabah dan Sarawak.
Pemberian saguhati khas one-off sebanyak RM3,000 kepada anggota-anggota bekas polis bantuan ini dibuat berdasarkan kepada Bajet 2012 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 23 November tahun lalu.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 19 Jun 2012, Kementerian Dalam Negeri telah menerima dan memproses sebanyak 67,540 permohonan sagu hati khas one-off RM3,000 tersebut. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,592 permohonan daripada pemohon yang layak telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58,830 pemohon telah menerima cek masing-masing dan bakinya seramai 5,762 pemohon lagi sedang dalam proses penyerahan cek-cek berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada 67,540 permohonan yang diterima dan diproses, sebanyak 2,948 permohonan telah ditolak atas faktor-faktor seperti berikut:
(i) pemohon adalah waris atau anak kepada anggota;
(ii) pemohon berkhidmat bukan semasa darurat;
(iii) pemohon tidak termasuk dalam kategori layak iaitu pasukan polis bantuan seperti mana yang telah saya nyatakan tadi iaitu special constabulary, home guard, border scout, auxiliary police, extra police constable, jungle scout atau jungle squad, police field force reserve dan Sarawak constabulary; dan
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
(iv) pemohon adalah bekas tentera iaitu bukan dari kategori pasukan perkhidmatan yang layak seperti yang disebutkan di atas.
Tuan Yang di-Pertua, KDN juga telah mengadakan program-program serahan cek sagu hati khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia. KDN masih lagi memproses permohonan-permohonan TAWP ini dan pembayaran akan dibuat kepada permohonan yang layak dengan kadar yang segera. Terima kasih.
Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi, terdapat seramai 5,762 pemohon belum dapat diserahkan cek pembayaran.
Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan saya di Gelang Patah ada juga 19 pemohon yang masih belum menerima apa-apa cek dari pihak Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP). Soalan tambahan saya ialah apakah masalah yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan cek pembayaran ini? Saya juga ingin tahu apakah syarat-syarat sebenarnya yang melayakkan seseorang itu untuk menerima pemberian sagu hati khas one-off RM3,000 ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Gelang Patah. Sehubungan dengan 19 pemohon daripada kawasan Gelang Patah, kawasan Yang Berhormat. Boleh kemukakan butiran yang mana saya boleh membantu melihat dan boleh saya cuba menolong untuk mempercepatkan dalam pembayaran ini.
Sehubungan dengan yang lain, berkaitan dengan 5,762 cek pembayaran yang lambat. Sebab pertamanya adalah ada cubaan menipu di kalangan yang membuat permohonan yang mendakwa melalui surat akuan sumpah bahawa mereka merupakan bekas anggota polis bantuan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat. Jadi ini kita kena berhati-hati sebelum penyerahan dibuat yang mana kita telah dapat beberapa permohonan yang cuba melakukan penipuan.
Keduanya, terdapat kesilapan pada butiran nama dan kad pengenalan pemohon di mana cek tersebut perlu dibuat cek ganti dan cek ini memakan masa sedikit untuk dibuatkan penyerahan melalui ibu pejabat kontinjen negeri-negeri di mana penerima- penerima itu berada.
Ketiganya, masih terdapat beberapa cek yang sedang dalam proses serahan di peringkat ibu pejabat polis kontinjen di antara yang bertanggungjawab untuk menyerahkan cek-cek itu. Oleh kerana itulah yang untuk mempercepatkan lagi kerana itu kita menggunakan ataupun mendapatkan kerjasama daripada pihak PDRM yang membantu dan juga RELA dan juga Jabatan Pertahanan Awam dan juga di antara ahli-ahli bekas Persatuan Bekas Polis juga digunakan untuk membantu menyerahkan berkaitan dengan cek ini.
Sehubungan dengan syarat yang melayakkan seseorang boleh menerima bantuan khas one-off ini. Ianya adalah seperti berikut:
(i) pemohon adalah bekas anggota polis dan sumbangan ini diberi sekali sahaja, bekas anggota polis yang dimaksudkan adalah seperti mana yang telah saya nyatakan tadi dari pasukan yang terdiri daripada anggota-anggota yang berkhidmat pada zaman darurat dulu dan kategori-kategori seperti mana yang telah dinyatakan dalam jawapan asal saya tadi;
(ii) bayaran ini layak dibayar kepada mereka yang pernah berkhidmat semasa darurat di antara tahun 1948 hingga tahun 1962 bagi Semenanjung dan dari tahun 1962 hingga tahun 1974 bagi Sabah dan Sarawak;
(iii) kategori pasukan yang telah ditetapkan adalah yang saya nyatakan tadi, special constabulary, home guard, auxiliary police, extra police constable, border scout, jungle scout atau squad, police field force reserves dan Sarawak constabulary;
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
(iv) perlu juga pengesahan terhadap mereka yang layak akan dilakukan melalui sijil tamat perkhidmatan atau discharge certificate dan sijil pelantikan atau letter of appointment yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan; dan
(v) pemohon yang tidak mempunyai dokumen sokongan yang diperlukan perlu mengemukakan surat akuan bersumpah pernah berkhidmat sebagai anggota polis semasa zaman darurat, Ini yang saya katakan tadi bahawa melalui surat akuan bersumpah inilah yang didapati ada pemalsuan dibuat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Seterusnya, sekiranya anggota meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh balu atau duda anggota berkaitan. Permohonan daripada balu atau duda hendaklah disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan oleh Ketua kampung ataupun Ketua Balai Polis yang berdekatan.
Selain itu juga, Tuan Yang di-Pertua, beberapa dokumen juga perlu untuk memohon bantuan ini yang mana seperti salinan kad pengenalan, salinan sijil pelantikan, salinan sijil tamat perkhidmatan, surat kepujian serta penghargaan dan juga dokumen- dokumen lain yang membuktikan pemohon adalah bekas anggota polis dan berkhidmat semasa zaman darurat.
Jika pemohon adalah balu atau duda, maka dokumen berikut hendaklah dikemukakan iaitu salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah ataupun salinan sijil kelahiran salah seorang anak kandung dan ketiganya salinan sijil kematian dan seterusnya salinan rekod perkhidmatan suami atau isteri sebagai bekas polis seperti dinyatakan di para 2 tadi.
Sekian, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dengan bantuan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, apakah jumlah bantuan yang dikeluarkan setiap tahun dan bilangan anggota di dalam pasukan-pasukan yang dimaksudkan dan keberkesanan tugas mereka di negara ini? Kalau dengan itu pasukan- pasukan yang menerima bantuan ini, mengapa kita wujudnya banyak gated community, banyak gated neighbourhood? Seolah-olah pihak polis menggalakkan mereka itu memberi perniagaan ataupun mengadakan itu kontraktor yang mengadakan beratus-ratus gated community dan guarded neighbourhood yang menjadi satu amalan di negara ini seolah- olah kita tidak ada polis langsung di negara ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingat Yang Berhormat Kepong ini perlu faham bahawa peruntukan ini adalah peruntukan khas, one-off, yang mana diberi kepada sesuatu kategori kumpulan anggota yang berkhidmat iaitu yang kita mengenang jasa anggota-anggota polis ini terutamanya mereka telah berkhidmat dengan begitu gigih untuk menjaga keselamatan negara kita semasa zaman darurat dahulu. Jadi jasa itulah – ini kita perlu mengenang jasa orang, Yang Berhormat Kepong. Jangan kita anggap bahawa jasa orang tidak perlu dikenang, Yang Berhormat Kepong. Kita mesti mempunyai perasaan supaya – orang telah berbudi, kita kena berbahasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih. Yang Berhormat Kepong kalau tidak puas hati jumpa sayalah...
[Ketawa] Dalam hal ini saya amat pakar Yang Berhormat. Sejarah semua sekali.
[****Soalan No. 8** – YB. Dato’ Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah (Kota Bharu) tidak hadir]
9. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Kewangan menyatakan, bagaimana kerajaan boleh membantu pekerja swasta di syarikat-syarikat kecil dan tanpa slip gaji boleh meminjam keperluan wang seperti membeli rumah dan kenderaan kerana selama ini hak mereka dinafikan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ledang bersama soalan
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
daripada Yang Berhormat Hulu Selangor yang dijadualkan dijawab pada 26 Jun 2012 kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.
Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah pelaksanaan Garis Panduan dan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab, institusi kewangan dikehendaki supaya mengamalkan pemberian pinjaman yang berhemah dan bertanggungjawab bagi memastikan individu mendapat pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan membayar semula sepanjang tempoh pembiayaan. Langkah ini adalah penting bagi mengelakkan individu daripada terlebih berhutang dan mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini yang menjejaskan pendapatan mereka.
Dalam menilai kemampuan seseorang individu untuk membayar semula pinjaman, institusi kewangan perlu mendapatkan maklumat mengenai pendapatan individu tersebut selepas ditolak potongan berkenaan iaitu KWSP dan cukai pendapatan dan obligasi pembayaran balik hutang semasa mereka. Ini bagi memastikan hutang terkumpul seseorang individu bersesuaian dengan kemampuan mereka untuk membayar balik termasuk keupayaan menyerap pelarasan dalam kos pinjaman.
Sekiranya pemohon terbabit tidak mempunyai dokumen seperti slip gaji atau penyata KWSP, mereka boleh mengemukakan dokumen lain seperti penyata akaun bank, penyata cukai pendapatan atau bukti surat pengesahan gaji daripada majikan seperti bukti pendapatan. Sejak garis panduan diperkenalkan, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan telah menangani isu-isu pelaksanaan bagi memastikan peminjam yang layak terus mendapat akses kepada pembiayaan yang bersesuaian dengan keupayaan individu.
Sekian.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Justeru saya ingin bertanya bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa bank- bank ini memberi kemudahan pinjaman seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kerana banyak aduan daripada orang ramai, bank terlalu ketat, mereka lebih fokus atau lebih meminta juga supaya disediakan penyata gaji, tidak cukup dengan surat pengesahan daripada majikan. Terutamanya termasuk bagi pengendalian perniagaan kecil contohnya tuan punya pengusaha-pengusaha gerai, pengusaha- pengusaha warung, pengusaha workshop dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya telah jawab tadi, kita hendak rakyat Malaysia yang meminjam duit dari institusi kewangan boleh membayar hutang mereka. Dalam hal ini, kita memang hendak jaga supaya tahap seperti yang semalam saya katakan di Dewan ini iaitu hutang seisi rumah ke tahap yang tidak begitu tinggi dan buat masa ini hutang seisi rumah adalah sebanyak 76% daripada KDNK kita, dan kita memang hendak jaga supaya hutang tidak berbayar kekal rendah. Buat masa ini hanya 1.7%. Selepas pelaksanaan dasar baru ini, kita nampak perbankan merekodkan pertumbuhan pinjaman seisi rumah pada kadar 11.7% pada akhir April 2012, sedikit perlahan berbanding dengan 12.9% pada akhir tahun 2011. Kita memang akan memantau garis panduan ini supaya rakyat Malaysia yang hendak pinjam duit boleh dapat. Sekian.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam bajet kerajaan untuk menolong rakyat Malaysia membeli rumah pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa semua rumah di bawah RM300,000 1Malaysia akan dikecualikan cukai setem. Akan tetapi baru-baru ini, saya dapat pekeliling dari pejabat setem bahawa bukan semua rumah di bawah RM300,000 akan dikecualikan setem tetapi hanya projek-projek yang dijenamakan 1Malaysia.
Oleh yang demikian, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh jelaskan apakah definisi takrif 1Malaysia ini kerana bagi kita pada mulanya saya sangka ini satu branding sahaja tapi ada takrif yang tertentu kepada rumah RM300,000 ke bawah ini.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang kes spesifik. Saya akan kaji isu ini, sebab memang yang kita memberi pengecualian adalah untuk semua yang melibatkan semua pembeli. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi untuk jawapan-jawapan lisan telah tamat. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyampaikan usul.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 21 Jun 2012”.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2012 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dibaca kali yang kedua sekarang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, seperti umum mengetahui ekonomi Malaysia telah mencatat pertumbuhan sebanyak 4.7% dalam tempoh suku pertama 2012. Dalam keadaan pertumbuhan eksport yang sederhana berikutan persekitaran luar yang tidak menentu ekoran krisis hutang di beberapa buah negara di Eropah walaupun pertumbuhan ekonomi kelihatan semakin pulih di Amerika Syarikat. Ekonomi Malaysia dijangka dapat mengekalkan momentum pertumbuhan positif bagi suku yang akan datang dan seterusnya dijangka mencatat pertumbuhan keseluruhan di antara empat hingga lima peratus bagi tahun 2012.
Berdasarkan kepada perkembangan semasa serta trend kutipan hasil, kerajaan telah menyemak semula hasil bagi tahun 2012 yang dijangka akan dapat menampung
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
penambahan perbelanjaan sebanyak RM15.3 bilion yang dibentangkan dalam bekalan tambahan ini. Jumlah ini termasuk tambahan peruntukan bagi subsidi, emolumen dan beberapa keperluan mendesak yang lain. Walau bagaimanapun, jumlah tambahan ini tidak akan menjejaskan defisit fiskal 4.7% yang disasarkan bagi tahun 2012 dengan mengambil kira peningkatan hasil dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2012 ini adalah dibentangkan menurut Perkara 100 dan 101, Perlembagaan Persekutuan, iaitu bagi memperolehi kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2012 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.
Jumlah anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2012 yang dibentangkan ini sebanyak RM15,295.3 juta adalah merupakan tambahan langsung seperti berikut. Sebanyak RM13,795 juta adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan yang termasuk dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 dan bakinya sebanyak RM1,500 juta bagi tambahan perbelanjaan tanggungan.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan peruntukan ini adalah diperlukan untuk menampung perbelanjaan mendesak yang boleh dikategorikan di bawah beberapa komponen utama iaitu RM7,869.1 juta, untuk subsidi sebanyak RM5,167 juta, untuk keperluan emolumen sebanyak RM630 juta, untuk keperluan Pilihanraya Umum ke-13, sebanyak RM425.8 juta untuk bayaran pampasan tol dan sebanyak RM1,23.4 juta untuk keperluan-keperluan lain antaranya penyelenggaraan, kos operasi serta utiliti.
Tambahan peruntukan sebanyak RM13,795 juta yang dimuatkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini adalah untuk maksud-maksud di bawah perbelanjaan bekalan seperti berikut:
(i) sebanyak RM11,232 juta untuk Maksud B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang sebahagian besarnya melibatkan pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum tahun 2012 serta menampung keperluan tambahan bagi emolumen dan COLA selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di antara 7% hingga 13%;
(ii) sebanyak RM445.8 juta untuk Maksud B.27 – Kementerian Kerja Raya yang melibatkan antaranya bayaran pampasan tol sebanyak RM425.8 juta;
(iii) sebanyak RM404.1 juta untuk Maksud B.25 – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menampung kekurangan peruntukan bagi subsidi gula dan tepung tahun 2012 ekoran daripada peningkatan harga komoditi di pasaran global;
(iv) sebanyak RM360 juta untuk Maksud B.04 – Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menampung keperluan persediaan dan pengendalian Pilihanraya Umum Ke-13;
(v) sebanyak RM353.5 juta untuk Maksud B.62 – Kementerian Dalam Negeri dan sebahagian besarnya iaitu RM270 juta adalah untuk menampung keperluan tugasan kawalan keselamatan Pilihanraya Umum Ke-13 bagi polis dan RELA;
(vi) sebanyak RM300 juta untuk Maksud B.10 – Perbendaharaan adalah untuk menampung tambahan kos operasi serta pembayaran imbuhan tahun 2011 bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); dan
(vii) sebanyak RM210 juta untuk Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan dan sebahagian besarnya RM195.6 juta adalah bagi menampung kekurangan peruntukan untuk perbelanjaan penyelenggaraan peralatan dan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Selain daripada itu, tambahan ini juga melibatkan peruntukan bagi kementerian- kementerian lain seperti berikut:
| Peruntukan (RM / juta) | Maksud | Kementerian |
|---|---|---|
| 195.0 | B.41 | Pelajaran |
| 112.9 | B.06 | Jabatan Perdana Menteri |
| 60.0 | B.24 | Perdagangan Antarabangsa dan Industri |
| 40.0 | B.41 | Kesihatan |
| 23.0 | B.46 | Sumber Manusia |
| 16.0 | B.23 | Sumber Asli dan Alam Sekitar |
| 15.0 | B.31 | Pelancongan |
| 10.0 | B.21 | Pertanian dan Industri Asas Tani |
| 10.0 | B.30 | Sains, Teknologi dan Inovasi |
| 6.0 | B.22 | Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah |
| 2.0 | B.28 | Pengangkutan |
Tambahan peruntukan bagi perbelanjaan tanggungan iaitu sebanyak RM1,500 juta untuk Maksud T.14 – pencen, elaun bersara dan ganjaran yang diperlukan untuk menampung kenaikan kadar pencen berikutan semakan semula gaji di bawah Skim Saraan Malaysia baru serta menampung kekurangan peruntukan pencen yang telah disediakan.
Jumlah ini dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan dan tidak perlu dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012.
Butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2012, adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan dapat Kertas Perintah 4 Tahun 2012, dan Memorandum Perbendaharaan, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2012 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. saya ucapkan terima kasih di atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Cuma perhatian kita harus ulang ialah bahawa dalam sejarah kita menyaksikan belanjawan dan belanjawan tambahan, pentadbiran inilah yang paling banyak mengenakan dan mengadakan perbekalan tambahan dan hampir setiap sesi Parlimen ada perbekalan tambahan. Selalunya perbekalan tambahan ini dilakukan sekiranya ada isu atau krisis yang mendesak atau unjuran itu terlalu besar larinya akibat
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
dari krisis. Dalam kes ini dan dalam pentadbiran sekarang nampaknya ia menjadi suatu hal yang mesti berlaku dalam setiap sesi Parlimen. Ini bermakna ada kelemahan dari sudut perancangan dan unjuran yang dibuat oleh kerajaan. Ini harus dibetulkan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pihak kementerian harus menegaskan mengapa ada kewajaran untuk mengadakan dan menuntut kelulusan setiap kali sesi Parlimen diadakan. Kelulusan itu tidak kecil. Oleh yang demikian saya minta ini dijelaskan dengan terus terang apa masalah di Perbendaharaan sekarang, sehinggakan unjuran itu tidak pernah tepat sehinggakan bukan hendak tunggu enam bulan atau lapan bulan. Akan tetapi dua bulan setelah diluluskan belanjawan harus dibetulkan, kemudian empat bulan berikut ditambah lagi peruntukan yang besar dan kelemahannya apa? Kelemahannya ialah unjuran ini dibuat pertumbuhan, pendapatan, perbelanjaan, peruntukan bagi setiap kementerian itu lari daripada diumumkan dalam belanjawan negara. Ini pada saya Tuan Yang di-Pertua adalah satu kelemahan besar.
Defisit 2012 adalah RM43 bilion, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan diunjurkan 4.7% kepada KDNK. Ini mencecah RM918 bilion. Jadi, kalau defisit ini berterusan dalam defisit fiskal Kerajaan Persekutuan 2012, ini mencecah RM56.8 bilion atau 6.2% kepada KDNK seperti yang diumumkan. Akan tetapi menyaksikan defisit dan saya ulang defisit sebagai satu keadaan bagi mana-mana negara seperti juga bagi rumah tangga atau syarikat bukan masalah tetapi defisit berterusan dan bertambah setelah lebih satu dekad dan 14 tahun dan jumlahnya itu terus meningkat, itu masalah. Ini bertentangan dengan janji Menteri Kewangan bahawa pentadbiran beliau bertanggungjawab memastikan defisit akan dikurangkan dan mendapat tepukan hangat dari Ahli-ahli Parlimen sebelah sana.
Akan tetapi sekarang, setelah suku tahun ternyata meleset unjuran itu dan tidak benar seolah-olah ucapan belanjawan itu hanya untuk memberikan menguar-uarkan satu angka yang lunak tetapi kenyataannya itu berbeza manakala belanjawan tambahan diperkenalkan. Belanjawan 2010 defisit 5.6%, 2011 dikatakan 5.4%, 2012 unjurannya 6.2%.
Saya ulangi Tuan Yang di-Pertua, dalam kebanyakan negara unjuran sedemikian yang dikaitkan dengan perbekalan tambahan hanya berlaku apabila ada krisis luar jangka yang tidak berupaya bagi pihak perancangan di Unit Perancang Ekonomi atau Perbendaharaan atau Bank Negara tentukan. Ini dapat difahami tetapi ia tidak boleh diterima sekiranya ia menjadi satu perkara yang berlaku sebagai suatu proses biasa.
Di Jepun ada unjuran tambahan setelah tsunami 2011 yang tidak orang bangkitkan melainkan mungkin dari segi kaedah peruntukan dan projek yang diluluskan. Ini saya minta penjelasan yang tegas sebelum minta Ahli-ahli Parlimen meluluskan. Keduanya, selalunya dalam unjuran ini kalau diteliti butiran-butiran perbekalan tambahan ada juga yang dikaitkan sewajarnya untuk pelaburan, jaminan bahawa perbelanjaan tambahan ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan. Akan tetapi dalam konteks ini kegagalan kerajaan ialah kerana semua kelulusan ini untuk none stimulus investments yang tidak akan menjamin satu peningkatan tetapi akan mengekalkan kedudukan ekonomi negara sebagai lembap dan menanggung defisit yang kian membengkak.
Saya faham dan kita tahu kebanyakan kelulusan ini menjurus kepada pilihan raya untuk memberikan – kerana pentadbiran lemah, rasuah meluas, jadi bagilah sedikit sebanyak BR1M dan sebagainya supaya rakyat boleh terlupa dengan rasuah besar RM250 juta...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...RM3 bilion...
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Siapa hendak bangkitkan RM3 bilion sila bangun, saya jawab. Yang Berhormat Kota Belud, kerana apa RM3 bilion?
Bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada yang bangun Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Takut, takut!
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini perangai Ahli-ahli Parlimen, Barisan Nasional UMNO khususnya, dia jerit RM3 bilion, saya bagi laluan tidak berani bangun. Bangun!
Beberapa Ahli
Mereka keluar, keluar!
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, bagus. Itulah cara mereka menyebarkan fitnah. Apabila kita cabar dia bangun, dia tidak berani bangun...
[Tepuk] Kerana apa? Kerana hujahnya fitnah.
Tuan Yang di-Pertua, RM3 bilion dikeluarkan pada zaman pentadbiran Tun Dr.
Mahathir sebagai Perdana Menteri. Saya di penjara. Terima kasih. Saya jawab pertama, nafikan. Ya diperbaharui. Ya, ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri. Bila saya kata kepada Timbalan Perdana Menteri, “Okey, saya setuju. Buka akaun saya, buka akaun Timbalan Perdana Menteri”. Langsung tidak jawab!...
[Disorak] Saya bangkit pula siapa yang bayar sewa Timbalan Perdana Menteri bila jadi Menteri di Kuala Lumpur. Bila jadi Menteri Besar, datang jadi Menteri, siapa bayar sewa? Terus tidak jawab. Sedar atau tidak.
Saya tidak sambung bab itu. Jangan bimbang Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tidak sambung. Cuma saya hendak jelaskan, saya jawab harus ada siasatan terbuka semua akaun saya dan keluarga saya dan juga semua akaun dan keluarga Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri*...
[Tepuk]* Ya, boleh. Itu pertama.
Keduanya, Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua, sebelum SPRM, datang menemui saya di Penjara Sungai Buloh dan saya beri kerjasama penuh. Akan tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku kepada siasatan itu. Rupa-rupanya siasatan dilakukan, semua akaun di Malaysia, di Singapura dan di United Kingdom. Empat tahun kemudian, laporan disiapkan. Ada arahan peringkat tertinggi untuk membekukan supaya jangan dilaporkan siasatan itu. Pentadbiran apa begini? Saya hanya tahu setelah Ketua Penyiasat BPR – Yang Berhormat Arau dengar, ya... Terima kasih. Bila Ketua Penyiasat BPR berhenti. Kemudian dia buat afidavit di mahkamah menyatakan dia mengetuai siasatan, dia pergi ke London, Kuala Lumpur dan Singapura, menyiasat dan mendapati tidak ada asas sama sekali terhadap butiran-butiran yang dibangkitkan. Sudah ada. Bila laporan itu menyebelahi kita, dipadamkan. Seperti mana kes semalam saya menang dalam isu RM60 juta, tidak dilaporkan dalam media...
[Tepuk] Politik apa begini? Sebab itu bila saya tanya RM3 bilion, tidak ada yang bangun sebab mereka tahu mereka tidak berani memfitnah secara terang-terang begini.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Yang Berhormat Permatang Pauh, saya hendak minta izin. Terima kasih. Oleh kerana sebelah sana tidak berani bangun, maka saya bangun. Pasal itu cabaran terbuka. Saya juga berpendapat kita harus tunggu cabaran yang sama daripada Yang Amat Berhormat Pekan dan Yang Amat Berhormat Pagoh, sebelah sini, untuk kita dedahkan pula. Beliau berani tidak dia buat cabaran terbuka begitu.
Boleh? Tidak ada ya? Baik.
Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh maksudkan bahawa siasatan BPR itu adalah yang diketuai oleh Pengarah Siasatannya, Abdul Razak bin Idris, nombor kad pengenalan adalah 490626-07-5069 yang beralamat di 7259, Jalan Geliga, Taman Setia Gombak, Kuala Lumpur yang menyebut perenggan pertama “Saya Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia”. Apakah ini dimaksudkan?
Kedua, saya bekerja di BPR mulai tahun 1974 sehingga bersara pada tahun 2004.
Ketiga, sebagai Pengarah Siasatan BPR Malaysia tahun 1999, saya telah mengarahkan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 ke atas akaun bersumpah Datuk Abdul Murad bin Khalid yang diterbitkan dalam akhbar tempatan. Datuk Murad ini kita tahu dua, tiga hari lepas didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai...
[Tepuk] Ugut ,“Jangan sesekali kamu Datuk Murad, membuat kenyataan penafian”. Walaupun dia pernah mengunjungi Permatang Pauh waktu dirawat di Munich, minta maaf kerana dia telah dipaksa. Keluarganya diugut. Kita tahu. Akan tetapi, tidak apa. Teruskan permainan itu. Siasatan telah dijalankan oleh cawangan di bawah penyeliaan saya di ibu pejabat BPR. Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara, Singapura dan United Kingdom.
Siasatan itu menghasilkan keputusan tiada sebarang kes terhadap Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atau sesiapa berhubung akuan bersumpah tersebut...
[Tepuk] Saya mengarahkan siasatan ditutup...
[Disampuk] Ditutup. Tiba-tiba adalah dua, tiga kerat kumpulan pertubuhan Perkesong, Perkasong dan sebagainya. Buka balik kerana mereka telah berjaya strategi kitar semula ini menyebabkan SPRM membuat arahan buka semula kes Yang Berhormat Gombak. Strategi yang sama sekarang ditujukan menekan Yang Berhormat Permatang Pauh. Bertarung di gelanggang terbuka tanpa urutan fitnah, mereka
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
tidak mampu. Sebab itu bila kita cabar, mereka tidak mampu bangun dan mempertahankan.
Siasatlah. Yang Amat Berhormat Pagoh, kita pun tahu. Saya Setiausaha Politik Kota Tinggi satu ketika. Jenaka popular di Johor sewaktu Yang Amat Berhormat Pagoh menjadi Menteri Besar ialah *“Kecuali tanah kubur dan angin sahaja yang dia tidak jual”...
[Tepuk]* Saya akan sambung pada sesi berikut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya baca laporan oleh BPR yang ditandatangani perakuan bersumpah oleh Abdul Razak Idris dan walaupun itu dilakukan, soal siasat tidak bangkit. Saya tidak akan menghalang. Saya akan beri kerjasama. Akan tetapi, yang saya kesalkan adalah ada rakan-rakan saya yang sanggup terus menerus begitu. Kalau ada bukti lain yang dikemukakan, saya tidak ada masalah. Kita boleh berbeza politik tetapi untuk begitu terus menerus, tidak perlu.
Ini Tuan Yang di-Pertua, harus ingat ditohmah dan difitnah semasa saya di penjara. Tidak ada ruang untuk menjawab. Saya juga berterima kasih kerana tidak semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sebelah sana menggunakan kesempatan pada masa saya dalam penjara. Saya berterima kasih. Ada beberapa kerat yang hendak melonjak cepat naik. Itu memang dia celupar lebih. Akan tetapi, umumnya tidak dan saya akui dan saya juga teliti dan teman-teman saya di sini pun laporkan begitu. Akan tetapi, yang saya hendak jelaskan di sini ialah perbahasan kita tentang isu perbekalan tambahan ini merujuk kepada pengurusan. Kalau ini sebagai contoh bagaimana sudah layani mana- mana rakyat Malaysia kebetulan namanya Anwar ataupun Ketua Pembangkang, apa jaminan rakyat yang berbeza pendapat akan tidak diapa-apakan.
Kita harus ingat belum tentu selama-lamanya kita berkuasa. Ini harus ada sedikit humanity untuk mengakui. Saya pernah memangku Perdana Menteri dan masuk penjara.
Sekarang, Ketua Pembangkang. Belum tentu Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Salak tidak masuk sebelah sini. Dia akan pergi sebelah sana. Itu pun kalau dia menang. Jadi patutnya adalah sikap begitu. Jadi kita boleh berbincang dan berdialog secara tenang dan secara waras walaupun kita berbeza pendapat. Tengok hari ini, Mursi diangkat menjadi Presiden Mesir walaupun belum disahkan dan saya hendak sebut di sini.
Ambil kesempatan bagi pihak Pakatan Rakyat ucap tahniah setinggi-tingginya kepada Dr. Hosni.
[Tepuk] Beliau mewakili Hurriyah wal 'Adalah, sebuah parti kebebasan dan keadilan Mesir yang dibenci oleh tentera, yang dipenjarakan oleh tentera, yang dihina setiap hari sebagai ejen asing, kucing kurap dan segala-galanya. Sekarang Presiden Mesir.
Hosni Mubarak yang didewakan seolah-olah sebagai ‘Firaun moden’ dengan kuasa dan kehebatannya, sekarang on life support. Saya dengar khabar dia masih sakit tenat tetapi apabila dia dengar Mursi menang, terus dia pengsan.
Saya sebut soal defisit ini dan Timbalan Menteri lebih arif. Tidak lebih tetapi arif jugalah tentang masalah Malaysia dalam middle income trap ini. Ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala pada ketika itu dan beberapa langkah diambil. Akan tetapi, tidak ada kesungguhan termasuk dalam mengendali soal defisit. Bila saya sebut umpamanya satu ketika sahaja di mana kita dapat memastikan ada lebihan, kita sedar boleh kritik memang keadaan ekonomi masa itu baik dan saya tidak anggap itu sebagai peranan saya peribadi. Tidak. Sebagai peranan dalam sistem dan kecekapan Perbendaharaan, kecekapan Unit Perancang Ekonomi dan kecekapan Bank Negara Malaysia. Itu saya akui. Akan tetapi, kecekapan itu berlaku kerana pimpinan yang boleh mengatur supaya ada fiscal dicipline.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ini kerana kalau tidak berlaku begitu, tahun 1993, tahun 1997 Tuan Yang di-Pertua tidak mungkin ada lebihan. Kita terpaksa sorok sedikit, bubuh contingency berbilion-bilion.
Kita bubuh, kita set-up Kumpulan Wang Amanah Negara, Kumpulan Wang Amanah Pencen. Apa jaminan di Parlimen yang saya pergi dahulu bahawa Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen tidak akan digunakan melainkan untuk menjamin masa depan ekonomi negara.
Kumpulan Wang Amanah Pencen ialah mengambil kira wang pencen itu menjadi beban jangka panjang. Maka kalau kita tidak simpan dari sekarang, maka ia akan jadi beban bagi generasi akan datang. Kerajaan dan pentadbiran sekarang menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk melabur di dalam EPF. Ini saya anggap sebagai satu yang bukan sahaja aneh tetapi melanggar peraturan yang ditetapkan. Jadi, saya
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
berharap Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan mengapa Kumpulan Wang Amanah yang patut menjamin masa depan itu tidak diletakkan dalam keadaan melabur dengan menghadapi risiko kerana ini akan membebankan masa depan negara kita.
Kita juga tahu bahawa dalam kegagalan kita mengurus dan membiarkan defisit membengkak akan menyebabkan keyakinan pelaburan akan berkurangan. Memang benar disebut angka-angka pelaburan yang spesifik macam pelaburan besar di Pengerang tetapi tidak melambangkan keyakinan pelaburan secara menyeluruh. Saya akan sambung tentang perbekalan ini kerana perbekalan, permintaan ini termasuk juga wang untuk SPR diberikan tambahan RM360 juta untuk Pilihanraya Umum Ke-13. Kita tidak bantah sebab kita juga minta. Sama juga macam Ahli-ahli Parlimen BN minta tambahan supaya jangan ada alasan.
Akan tetapi, pilihan raya ini harus bebas. Apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Setiausaha Agung UMNO yang dijawab oleh Menteri ialah bahawa dia tidak ada keyakinan rakyat faham apa erti kebebasan. Ini diberi kepada International Fact Finding Mission. Kalau ini sikap pimpinan politik, bagaimana kita hendak jamin pilihan raya bebas.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Putrajaya bangun Yang Berhormat.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat laporan Yang Berhormat dapat daripada orang yang bertemu dengan saya tidak betul. Apa yang telah saya sebut kepada mereka ialah perjalanan SPR itu sendiri yang pertama. Kedua, saya sebut berkenaan dengan demokrasi. Saya juga bertanya kepada wakil Indonesia, adakah demonstrasi membawa kebaikan kepada Indonesia. Dia telah jawab dan saya sendiri telah maklumkan kepada mereka bahawa kalau mereka tuduh SPR tidak telus, saya kata tiap-tiap tiga bulan nama dipamerkan. Kalau kita tidak bersetuju, kita boleh buat laporan kepada SPR untuk mengeluarkan nama-nama yang tersebut.
Umpamanya, untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya mendapat laporan berkenaan dengan orang yang tidak pernah pergi mendaftar di Shah Alam.
Akhirnya si polan ini mendapat slip daripada PAS mengatakan tahniah saudari telah didaftarkan. Bagaimana ini berlaku? Jadi, saya kata dua-dua pihak mempunyai masalah.
Jadi, saya maklumkan kepada Fact Finding Mission yang saya tahu kebanyakan mereka ialah pembangkang di negara-negara mereka. Jadi, tidak betul Yang Berhormat mengatakan saya mengatakan demokrasi dalam Malaysia ini tidak wujud. Saya memaklumkan kepada mereka bahawa demokrasi wujud. Hanya demokrasi ala Malaysia dan kita tidak boleh ikut demokrasi cara yang mereka fikirkan. Masalah kita sekarang ini kita semua trauma apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kita takut apa yang berlaku di atas jalan itu akan menjadi perkara-perkara yang tidak diinginkan kerana Malaysia merupakan negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama. Malaysia menjadi sebuah negara yang maju sehingga hari ini ialah kerana unity in diversity. We got to preserve this unity. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih atas penjelasan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Permatang Pauh, sedikit. Saya menarik mendengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi yang menafikan bahawa beliau tidak mendukung demokrasi. Akan tetapi, saya ingin dapat tahu benar atau tidak Yang Berhormat Putrajaya pernah sebut di Indonesia bahawa multiparty democracy membawa keruntuhan ekonomi. Beliau telah menggunakan contoh seperti Taiwan yang menjadikan negara ekonomi jatuh adalah disebabkan oleh multiparty democracy. Adakah ini refleksi seorang yang mempertahankan demokrasi.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak apalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Batu dan terima kasih penjelasan Yang Berhormat Putrajaya. Mereka tidak kata saudara anti demokrasi. Kalau baca laporan Fact Finding Mission yang dijawab Menteri ialah bahawa masyarakat tidak matang untuk menghargai kebebasan. Sebab itu, sudah dibangkitkan anti demonstrasi. Kalau baca buku terbaru Syeikh Yusuf Al Qaradawi, nama buku itu ‘Thaurah Syaab’, (Kebangkitan Rakyat).
Dalam bab pertama, dia sebut tentang demonstrasi kerana dia bahas beberapa fatwa yang dibangkitkan oleh sesetengah ulama demonstrasi tidak boleh macam fatwa
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Putrajaya. Dia jawab dalam peringkat Islam, peringkat awal Islam itu dikembangkan di rumah Arkam bin Arkam secara rahsia. Umar Al-Khattab kemudian bangkit dan mengatakan kepada Rasulullah, “Bacalah buku itu, buku Syeikh Qaradawi”.
Kalau Syeikh Qaradawi pun tidak hendak dengar, hendak dengar siapa? Hendak dengar Yang Berhormat Putrajaya? Hendak dengar Tan Sri Vincent Tan?...
[Ketawa] Jadi dia kata, Umar Al-Khattab jawab biar saya tunjuk rasa bahawa saya yakin dengan Islam, lailahaillallah, pergi ke Kaabah. Jadi, ikut tafsiran Qaradawi, inilah tunjuk rasa pertama dalam sejarah Islam. Okey, baik. Jadi...
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Boleh Yang Berhormat?
Pasal tunjuk rasa.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Masih lagi...
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Saya hendak sebut berkenaan dengan tunjuk rasa. Saya beritahu kepada Fact Finding, kononnya Fact Finding. Mereka ini yang sebenarnya di undang oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya hanya menerima surat daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya respect Yang Berhormat Ketua Pembangkang, itu pasal saya terima mereka.
Saya tanya dengan mereka, tunjuk rasa kalau betul tunjuk rasa yang sebenarnya tidak apa. Masalahnya dia that’s a lot of silent majority, dengan izin, satu. Kedua saya juga telah sebut tunjuk rasa yang dilakukan dibayar. Dibayar dengan harga-harga yang tertentu.
Jadi, bila tunjuk rasa dibayar dengan harga-harga tertentu, tempat di mana, waktu di mana, kawasan di mana, adakah itu tunjuk rasa yang sebenar. Saya persoalkan ialah tunjuk rasa bagaimana? Okey, terima kasih.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih, terima kasih, tidak apa. Kita tidak bagi baju percuma, baju merah, edar...
[Disampuk] Okey, sudah, sudah.
Tidak apa, tidak apa. Sabar, sabar. Settle, okey dan tidak beri makan percuma, tidak ada.
Saya faham Presiden Agung, saya dahulu pun Timbalan Presiden. Tahu juga walaupun saya fikir tidak seteruk itu tetapi tahulah. Perjumpaan-perjumpaan yang kita buat dahulu itu dibayar sedikit. Sekarang dibayar juga.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Yang Berhormat...
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jangan anggap oleh kerana itu, orang lain bayar. Tidak. Yang datang ramai-ramai kalau yang Bersih itu tidak dibayar.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang saya hendak beritahu.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Akan tetapi tidak apa, biar saya sambung sebab Tuan Yang di-Pertua bagi isyarat.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Yang Berhormat sebut baju merah, makanan dan sebagainya, itu bukan tunjuk rasa. Itu hari kelahiran UMNO 66 tahun.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Oh, ya, ya.
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Beza dengan demonstrasi jalanan yang kita buat di jalanan. Kita buat di tempat stadium, tempat yang dibenarkan. Bukan seperti yang dilakukan yang tidak dibenarkan di kawasan-kawasan awam.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Oh!
Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Ini masalah berbezanya dan suruh orang rempuh. Ini masalah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
[Ketawa] Terima kasih, terima kasih. Tidak apa asalkan pilihan raya bebas dan adil. Itu yang penting...
[Disampuk] Baik, terima kasih. Kita bagi di sini contoh-contoh yang belum diputuskan oleh SPR walaupun telah dibagi pengakuan. Kita telah banyak bincangkan sudah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Yang kita minta apa? Kita minta senarai dibersihkan sahaja. Yang Berhormat Putrajaya sebut betul, ada orang tak daftar tapi didaftarkan sebab menunjukkan apa?
Kelemahan sistem SPR. Mengapa? Sudah belajar daripada pengalaman kalau saya sebut Australia, UK, jangan ikut Barat. Belajar dari Turki, dari India. Di India satu bilion orang.
Bagaimana proses pendaftaran dia? Just spend half an hour study itu sedikit, kemudian dari Indonesia walaupun saudara sikapnya menghina terus. Saya tidak mewakili pandangan saudara, ada kekuatan mereka, ada kelemahan mereka dan kita tidak hebat hanya dengan menghina negara lain dalam aspek di mana mereka kendalikan dengan lebih baik. Apa yang datang itu tidak semua wakil-wakil parti pembangkang, ada yang mewakili kerajaan.
Akan tetapi kelemahan SPR jangan kita pertahankan. SPR bukan cawangan UMNO. Itu patut badan bebas jadi sepatutnya setiausaha agung harus ambil sikap yang positif. Mahu satu sistem yang bebas tapi kalau kita bagi penjelasan umpamanya 65,000 pengundi umurnya yang lebih daripada 100 tahun pun ramai...
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Boleh?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tak. Dengar, dengar. Biar saya habis.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Boleh saya sebut berkenaan dengan pilihan raya yang bebas? Yang Berhormat, kalau SPR tak bebas takkanlah 82 orang pembangkang itu di sini, itu satu. Yang kedua, bagaimana ada lima negeri yang boleh menang pembangkang?...
[Dewan riuh]
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Jikalau bebas, mungkin 182 orang pembangkang.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Jangan kata ia cawangan UMNO. Jangan, please. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, please be rasional. Don’t blame UMNO. Everything you blame UMNO, BN, UMNO, BN. This is not fair. Saya pun sebut dengan kawan-kawan Yang Berhormat yang datang, saya kata seperti saya buat contoh berkenaan dengan Shah Alam tadi. Saya pun tak bersetuju dalam kawasan saya sendiri orang entah dari mana datang, saya tak tahu nama. Yang duduk satu rumah ada sepuluh ke lima belas nama. Siapa yang buat operasi ini? Bukankah pembangkang?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. You senang, Putrajaya ada 6,000 orang, you boleh jaga.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Yang Berhormat, sekarang ada 13,000 Yang Berhormat...
[Ketawa] .
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Okey, okey...
[Ketawa]
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
Ada 13,000 dah. Yang Berhormat bawa orang kot, saya pun tak tahu.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jumlah 13,000 itu ADUN Seberang Jaya sahaja. Okey, tak apa.
Yang saya nak tekankan ini apa. Saya ucap terima kasih kerana Setiausaha Agung terima jawatankuasa itu, saya ucap terima kasih. Namun yang saya nak tegaskan ini iaitu tanggungjawab SPR selesaikan. Mengapa kita katakan UMNO dan BN ialah kerana peringkat persekutuan dia yang perintah. Kalau Pulau Pinang, Yang Berhormat salahkan Pakatan Rakyat. Selangor, Tan Sri Khalid ada, Pakatan Rakyat walaupun salahnya mungkin JKKK di Hulu Selangor. Salahnya Pakatan Rakyat. Yang lainnya peringkat persekutuan, UMNO dan BN lah...
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya
[Mengangkat tangan isyarat setuju]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Setuju pun akhirnya.
Baik, saya sebut di sini mengenai umur. Ada pengundi yang lahir sebelum tahun 1900, belum dibetulkan. Ini tanggungjawab kita protes atau tanggungjawab SPR bersihkan. Ini isu dia. Ini bagi ratus juta lagi, bersihkan senarai ini. Bukan kerja kita nak pergi tengok ini semua. Kerja SPR itu ialah to clean up the list. Ini yang penting, ini belum masuk lagi Sabah dan Selangor. RCI akan diteliti, term of references, dua tahun. Term of reference, itu pun
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
ada orang Sabah lagi sokong lagi, saya tak faham. Term of reference RCI itu dua tahun sedang fikir. Bukan main kompleks punya situation. Kena bawa peringkat International Fact Finding Mission and United Nations nak bincang term of reference RCI di Sabah. Jadi 100 tahun tak selesai, kemudian pengundi menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina, masih ada, 15,000.
Pengundi lelaki, kad pengenalan perempuan. Pengundi perempuan, kad pengenalan lelaki tapi masih kita kena identified. Mengapa tidak boleh SPR selesaikan kes ini. Kemudian isteri kepada polis. Jadi saya boleh senaraikan. Ini dibangkit oleh jawatankuasa dalam laporan, dijamin oleh Menteri, disebut dalam minority report tapi sampai sekarang masih lagi menjadi masalah. Sila Yang Berhormat Pasir Salak
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan nama-nama dalam senarai daftar pemilih. Sebagai contoh Yang Berhormat sebutkan tadi, ada umur yang 100 tahun masih lagi dalam senarai. Mungkin orang ini dah mati tapi nama mereka masih dalam daftar pemilih SPR. Jawapan daripada SPR dalam perjumpaan tempoh hari, mereka mengatakan bahawa SPR bersedia untuk mengeluarkan nama ini tetapi perlulah dibawa oleh pihak yang berkenaan umpamanya keluarganya ke melaporkan kematian dan juga pihak Jabatan Pendaftaran memaklumkan kepada SPR, barulah tindakan boleh mereka ambil.
Mereka tidak boleh pergi kepada keluarga si mati nak ambil tahu dah mati kah belum. Tak boleh pergi kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Itu tugas Jabatan Pendaftaran Negara, tugas keluarga si mati bukan tugas SPR. Dengan izin, how do you explain this. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih. Ini Yang Berhormat Pasir Salak kah? Bukan main lembut dan sopan...
[Ketawa] Saya ucap tahniah, tahniah.
Saya dok fikir dan tengok dua kali memang betul Yang Berhormat Pasir Salak.
Tak, betul. Kalau ada satu dua kelemahan boleh dimaafkan tapi dalam kes ini Yang Berhormat, sepatutnya tanggungjawab SPR. Ia untuk memantau dan meneliti, tanggungjawab SPR. Dia tak boleh balik tanggungjawab kita untuk pastikan bukan. Tengok dalam sistem Election Commission mana-mana negara, tanggungjawab SPR membersihkan nama. Dia tak boleh kata oh saya nak tunggu Jabatan Pendaftaran Negara, saya nak tunggu ada protes. Tidak, dia mesti bertanggungjawab. Saya dapat taklimat lengkap di SPR India dan dia bagi tahu but the process is...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan izin, how do you propose SPR to do it...?.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya propose belajar daripada pengalaman India.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
How, how?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
India memastikan setiap peringkat di peringkat akar umbi, pegawai-pegawai kerajaan itu ditugaskan khusus untuk tiga bulan di bawah SPR. Dalam masa tiga bulan itu dia turun di setiap kampung kerana pegawai- pegawai kerajaan, jentera dia sampai ke kampung dan dia bersihkan senarai itu. Cukup tiga bulan. Kalau ada kelemahan, dia akan ambil tindakan disiplin kepada pegawai kerajaan yang berkenaan. Jadi dengan cara sedemikian, senarai itu dibersihkan. Bukan oleh parti politik malah mereka tidak cenderung untuk minta parti politik buat bantahan atau sokongan. Lebih baik jentera kerajaan. Ini boleh dilakukan untuk satu bilion orang tetapi ia begitu rumit untuk di Malaysia. SPR, kalau saya tukar, dia dah lama dah tak boleh...
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
[Bangun] .
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Permatang Pauh dah habis masa Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik, terima kasih. Itu perbelanjaan pilihan raya yang bakal diadakan.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Yang Berhormat, boleh mencelah?
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Pencelahan kah Tuan Yang di- Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pencelahan.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Di Sabah, kita dapati bahawa pada suku tahun pertama tahun 2012 ini, kita dapati bahawa ramai yang telah didaftar di dalam senarai pengundi di mana pengundi-pengundi itu tanpa bin atau binti. Bererti orang ini tidak wujud. Jadi apakah cadangan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai perkara ini.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar dan saya jelaskan bahawa ini hanya bukti bahawa ada kecurigaan terhadap kesahihan nama dan ini lebih ketara di Sabah, di Selangor dan di Wilayah Persekutuan melainkan Putrajaya. Putrajaya itu nama dapat dibersihkan tetapi ini membimbangkan kerana senarai ahli orang yang berhak mengundi itu constitutional right iaitu hak yang dijamin dalam perlembagaan. Bila ada kecurigaan tentang orang-orang yang tidak layak masuk itu menimbulkan masalah besar kerana kecurigaan orang asing yang bukan warganegara diberi hak untuk membuat pilihan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kalau menyentuh soal itu, saya sebut kalau orang itu satu keturunan, dua keturunan memang duduk dan lahir di Malaysia, saya tidak pertikai, saya tidak peduli dia Cina, dia Bugis, dia Dayak, saya tidak peduli kalau dia berhak. Ada orang Iban yang lahir tetapi tidak ada kad pengenalan, tetapi dia orang Iban, jadi hal-hal itu tidak dipertikai, yang kita pertikai ialah orang yang masuk dan diterima secara tidak sah, baru masuk enam bulan, setahun, ada pakatan tertentu, kes-kes rasuah dan ini telah ditunjukkan bukti. Oleh sebab itu keengganan kerajaan UMNO-BN mewujudkan RCI cara segera dan bebas kerana hal ini akan terbongkar. Ada orang kata dan kaitkan Anwar terlibat, tidak apa, saya tidak masalah, bongkar siapa yang bertanggungjawab, siapa yang bayar, siapa yang kendalikan.
Ini jumlahnya bukan puluh ribu, ratusan ribu, padahal orang yang lahir sebagai orang Iban tidak diberikan kad pengenalan.
Saya lihat sendiri ada orang India, etnik India lahir tahun 1943 di Hulu Selangor, tidak dapat kad pengenalan, tetapi orang yang nama Nyit Koon Su, asal Nepal, ada kad pengenalan. Bukti-bukti ini diketengahkan, ditunjuk oleh Yang Berhormat Selayang, menunjukkan beberapa nama tetapi tindakan tidak diambil kerana apabila ditanya Menteri kata, “SPR bebas”. Bebas kendali ikut undang-undang, bukan bebas menipu.
Jadi sebab itu, saya tegaskan suruhanjaya diraja ini perlu bukannya untuk Sabah kerana kesannya ada kerana kita ada bukti bahawa beberapa orang yang dipindahkan ke Wilayah Persekutuan dan juga ke Selangor. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sepanggar dan ini menyebabkan di antara isu besar di Sabah untuk membantah penipuan ini dan menolak UMNO-BN di Sabah. Terima kasih kerana tidak ada bantahan. Ini kali pertama yang tidak ada jeritan.
Keduanya tentang pembayaran RELA Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pertikai bahawa perlu kita ada pasukan khas tambahan termasuk kepada RELA untuk membantu tugas-tugas keselamatan awam. Akan tetapi kita harus ingat bahawa tugas RELA seperti mana juga tugas pasukan polis mesti dipertahankan dari sudut profesionalisme untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukan untuk mempertahankan kuasa UMNO yang bakal tumbang...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Insya-Allah.
Jangan marah saya, tidak ada guna saudara marah saya, saya dah kena marah banyak dah, 14 tahun sudah kena marah, tidak usah tambah. Saya hanya hendak nyatakan sementara saya setuju ada pasukan tambahan termasuk RELA untuk membantu menjamin keselamatan, kata harus ada kewaspadaan tentang keterlanjuran mengguna dan memperalatkan dan ini akan mencemarkan kedudukan kredibiliti dan kewibawaan institusi yang penting untuk menjaga keselamatan.
Bila orang tengok RELA, dia rasa yakin tetapi kalau dia tengok RELA terlibat dalam beberapa kegiatan yang dianggap menjadi suruhan kepada parti tertentu, maka akan mencemarkan. Tugas kita ialah memulihkan keyakinan institusi kerajaan. Pembayaran kepada kakitangan awam yang sama. Saya hendak sebut sini, subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion, Timbalan Menteri pada Belanjawan 2012 subsidi bahan bakar RM17 bilion, jumlah RM7.5 bilion peningkatan 44% mendadak daripada Belanjawan 2012 yang diluluskan hanya beberapa bulan yang lalu.
Jadi jumlah besar subsidi bahan bakar pada tahun 2012, mencecah RM24.5 bilion.
Tahun 2011 RM10.3 bilion, tahun 2012 peningkatannya 240%. Dari tempoh Oktober 2011
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
sehingga Jun 2012, peningkatan lebih – walaupun harga minyak meningkat tidak melebihi 15%. Subsidi yang banyak dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat besar ini, itu meningkat 240%.
Jadi sebab itu kita pertikai kewajaran menambah. Gula, alasannya konon hendak meringankan beban rakyat, tahun 2012 jumlah subsidi gula RM200 juta, dengan tambahan RM367 juta menjadi RM567 juta. Peningkatan 42%, kita hendak tanya Yang Berhormat Menteri, jawab siapa yang dapat manfaat cara langsung? Berapa keuntungan syarikat TradeWinds(M) Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar dalam isu subsidi gula ini? Mengapa syarikat gula yang dikuasai oleh seorang yang dikaitkan dengan beberapa lembaga, tetapi diberikan subsidi begitu tinggi dan kita hendak tahu rekod keuntungan dia dan berapa sumbangan dia kepada pihak-pihak tertentu? Sehingga menyebabkan mudah sekali dinaikkan subsidi gula kepada satu monopoli.
Subsidi tol, tambahan RM343 juta dalam Belanjawan 2012 diperuntukkan. Jadinya RM789 juta, apa kadar dalam belanjawan tahun lalu dalam beberapa bulan boleh naik RM446 juta? Pengalaman saya, saya tidak fikir unjuran perbendaharaan selemah itu, melainkan pengurusan Menterinya itu terlalu sibuk sehinggakan Perbendaharaan boleh buat unjuran sedemikian.
Tahun 2011, pampasan yang dibayar berjumlah RM200 juta, maknanya peningkatan untuk subsidi tol untuk syarikat-syarikat kroni ini adalah 400%. Siapa yang mengaut keuntungan? Apa faedah langsung kepada rakyat? Apa faedah langsung kepada syarikat? Itu kita kena tahu, kerana kita diminta luluskan RM789 juta almost RM1 bilion.
Subsidi kepada syarikat tol dan kita hendak tahu apakah manfaat langsung kepada pengguna ataupun dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat orang kaya? Pastinya kes ini, keuntungan kepada syarikat kroni itu keterlaluan.
Sebab itu bila kita tanya, IPP siapa punya, siapa pegang nominee? Tidak ada jawapan. YTL, siapa pegang nominee di Hong Kong? Tiada jawapan. AirAsia, siapa punya nominee itu? Tiada jawapan tetapi kalau ia syarikat swasta biasa, kita boleh mengerti, tetapi kalau syarikat swasta diberikan penswastaan oleh kerajaan, maka rakyat harus tahu siapa yang dapat faedah ini...
[Dewan tepuk]
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Bekas Timbalan Menteri mana? Bekas Timbalan Perdana Menteri mana? Menteri mana, bekas Perdana Menteri mana? Itu harus kita ketahui. Takut sangat sebab apa? Sebab apa kerajaan takut kalau nama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikaitkan, tidak boleh sebut langsung tetapi yang bayar kita, yang minta diluluskan ialah Ahli-ahli Parlimen. Kita minta luluskan tetapi kita jangan tahu siapa yang sebenarnya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat ini, siapa yang berlindung di bawah nominees ini....
Seorang Ahli
...Apa nama?
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Apa nama?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Baik. Jadi oleh yang demikian oleh kerana menghormati Tuan Pengerusi, lain-lain terperinci itu saya serahkan kepada ini. Tuan Pengerusi pun strict dengan Ketua Pembangkang, saya pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah banyak masa Yang Berhormat, almost one hour.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya okey, okey. Terima kasih. Jadi saya rumuskan ialah pertamanya unjuran defisit 62% itu membimbangkan. Kemudian dia menggambarkan kelemahan, penjanaan dan pengurusan ekonomi kerana saya ulang, jaminan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bahawa pentadbiran beliau tetap tidak akan tolak ansur tetapi akan mengurangkan defisit, tetapi yang berlaku ialah menambah defisit.
Ada yang terperinci yang saya tidak akan gunakan, dan saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bawa, perbelanjaan pembaziran berterusan, perbelanjaan ke luar negara dengan belanja juta-juta, biasa sahaja, tidak ada munasabah. Wang peribadi kita tidak persoal, tetapi wang negara untuk lawatan-lawatan yang ada kaitan dengan peribadi, anugerah ijazah anak, itu tidak boleh digunakan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tidak ada peraturan yang membolehkan! Tidak boleh! Hendak suruh SPRM tengok, tidak mungkin berlaku. Akan tetapi memadai untuk kita memperingatkan hentikanlah gejala pembaziran ini dalam keadaan ekonomi gawat sekarang.
Keduanya tentang yang saya sebut tadi iaitu non-stimulus investments yang menjurus kepada pilihan raya tetapi membebankan ekonomi.
Ketiga, laba keuntungan yang berlebihan kepada syarikat-syarikat kroni tertentu, baik tol, baik IPP dan gunakan kuasa dalam kerajaan dan kuasa di Parlimen meluluskan subsidi besar, bukan kepada rakyat – kepada rakyat RM500 kita uar-uarkan sebagai propaganda cukup besar. Di sini kita luluskan puluh bilion ringgit kepada syarikat kroni.
Syarikat kroni dapat puluh bilion, rakyat – terima kasihlah kerana dapat RM500, Yang Berhormat Putrajaya.
Jadi itulah sebabnya mengapa saya minta penjelasan dalam isu defisit dan isu peruntukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, perbahasan satu hari untuk peringkat dasar ini dan ikut peraturan mesyuarat. Saya ingin hadkan masa 20 minit selepas ini. Tidak lebih 20 minit.
Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun bersama-sama rakan yang lain untuk menyuarakan Perbekalan Tambahan 2012. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya alu-alukan, kita nampak Maksud B.23, Kerajaan Negeri Sabah diperuntukkan RM10 juta untuk hak ikut anak adat anak-anak negeri (NCR). Jadi kita harap kewangan ini dapat dihantar secepat mungkin dan menyelesaikan masalah NCR di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Maksud B.11, kita nampak untuk tenaga, kita ada diperuntukkan sebanyak RM7.4 bilion. Jadi kita minta mungkin Menteri dapat memberi penjelasan yang sewajarnya kerana wang yang diberikan kepada kementerian sama ada untuk ganti rugi atau pampasan tetapi yang saya concern ialah di Sabah, Tuan Yang di- Pertua sendiri tahu bahawa kebelakangan ini walaupun kita nampak perbelanjaan begitu besar, di Sabah kalau dahulu di Tawau sahaja kita dapat gangguan elektrik, tetapi sekarang di seluruh negeri Sabah kita dapat gangguan elektrik.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada bertanya kepada kementerian dalam soalan tetapi saya diberi jawapan bahawa di Sabah walau apa terjadi pun, walau tenggelam pun negeri Sabah, atas gangguan ini, mereka tidak dibayar pampasan. Jadi saya mahu tahu adakah itu adil ataupun tidak, kerana dahulu sewaktu ada gangguan di Semenanjung ini selama dua jam, satu dunia riuh. Kita nampak banyak masalah yang dihadapi oleh Tenaga Nasional Berhad tetapi bila di Sabah, kementerian, menteri dan kerajaan tidak mengambil kira sama sekali kerugian yang dihadapi oleh rakyat di Sabah.
Ini bukan kemahuan saya Tuan Yang di-Pertua. Ini kemahuan rakyat Sabah yang mengalami gangguan setiap hari selama dua jam, tiga jam, enam jam. Ini saya nampak tidak ada keadilan. Peniaga-peniaga minta kepada saya supaya apabila gangguan di Semenanjung diberi pampasan beratus juta, saya mahu tahu juga sekarang, Yang Berhormat Menteri mungkin dapat menjawab nanti, bagi negeri Sabah sama ada kementerian boleh membenarkan peniaga-peniaga yang mempunyai kerugian ini dapat menuntut kerugian dari kerajaan. Kalau tidak, bagi tahu tidak. Kalau ya, saya akan unjurkan kepada peniaga-peniaga di Sabah supaya mereka ini menuntut kerugian yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, satu masalah yang saya tidak mahu suarakan di sini ialah Pejabat UMNO Bahagian Kalabakan mempunyai generator standby. Mati lampu empat atau lima kali sehari, generator itu pun terbakar. Jadi itu pun bolehkah kerajaan bayar kerana ini satu masalah bagi kita. Ini bukti. Ada bukti kerana kita tidak mahu bercakap sambil lewa sahaja. Kita mahu bercakap yang betul-betul.
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kita nampak ada ramai budak-budak kita yang stateless. Mereka ini tidak ada mempunyai pengenalan. Saya sudah kemukakan kepada
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Kementerian Dalam Negeri atau siapa juga yang bertanggungjawab. Mereka ini ditangkap, dimasukkan dalam penampungan untuk mahu dihantar keluar sama ada ke Filipina atau ke Indonesia. Akan tetapi tempat yang mereka mahu dihantar ini mereka tidak ada keluarga.
Mereka lahir di Sabah tetapi masalahnya setiap kali mereka ini ditangkap, mereka tidak tahu mahu dihantar ke mana.
Jadi saya mencadangkan kepada kementerian, kalau boleh anak-anak ini yang belum mempunyai taraf, ada sijil kelahiran – sijil kelahiran mereka Tuan Yang di-Pertua, sama macam sijil kelahiran saya warnanya. Jadi polis tidak tahu dari mana datangnya budak ini. Jadi saya cadangkan, selepas kita siasat, mereka ini tidaklah perlu diberi taraf kewarganegaraan tetapi bagi satu identiti kepada mereka sama ada kad hijau, kad kuning, kad merah jambu, kad apa juga warna, supaya apabila mereka ini ditahan, mereka ini boleh dikenal pasti bahawa mereka ini tidak ada negara lain melainkan negara ini walaupun mereka ini tidak diberi warganegara. Ini saya minta kepada Kementerian Dalam Negeri untuk pastikan mereka diberi identiti supaya mereka dapat hidup macam orang-orang biasa, boleh dapat pekerjaan. Sekarang ini mereka tidak dapat pekerjaan kerana tauke atau individu tidak mahu mengambil mereka kerana mereka tidak ada taraf. Jadi ini penting Tuan Yang di-Pertua. Jadi...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Boleh celah? Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik hati dengan pandangan Yang Berhormat mengenai statelessness. Orang-orang Sabah yang tinggal di kawasan saya di Klang juga ada masalah yang sama. Mereka datang dari Sabah dan mereka tidak ada kad pengenalan, dan oleh kerana itu mereka telah ditipu oleh pengusaha-pengusaha dan sebagainya. So satu masalah komprehensif harus didapati untuk mengatasi isu statelessness bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Peninsular Malaysia.
Itu juga berkait dengan orang India dan orang Cina yang telah dilahirkan di Malaysia tetapi masih juga dalam keadaan statelessness. So apa yang kita perlu adalah, minta pandangan Yang Berhormat, satu solution yang komprehensif untuk mengatasi masalah ini. Minta pandangan.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan saya tadi Tuan Yang di-Pertua ialah memberi pengiktirafan kepada mereka sama ada mereka tidak boleh dapat warganegara, mungkin ada masalah- masalah tertentu, tetapi mereka ini seharusnya diberi identiti sama ada di Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung, kerana kita nampak ada juga orang-orang yang lahir di sini, mereka tidak melapur, mungkin ada sijil kelahiran tetapi tidak daftar, maka kita minta satu identiti dibagi supaya mereka ini dapat hidup, dapat mempunyai pekerjaan dan apabila mereka diberi pekerjaan, mereka ini tidak boleh ditipu.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan
Jadi ini saya berharap kepada kementerian yang mengenai Royal Commission of Inquiry (RCI) ini kita nampak kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya.
Jadi kita minta penubuhan suruhanjaya ini saya mahu tahu untuk kaji apa? Ini kerana saya tidak tahu, kita punya preference belum ada untuk kaji apa? Untuk kaji pengeluaran kad pengenalan palsu, untuk kaji pendatang tanpa izin atau untuk apa? Jadi saya minta supaya kerajaan beri penjelasan. Ini kerana kalau tidak, seperti mana Bung Mokhtar katakan dahulu dalam soal jawab, ada rakyat kita yang sudah tinggal di Sabah dihantar ke luar negara tetapi mereka tidak ada keluarga di sana kerana mereka lahir di Sabah seperti juga yang saya katakan status ini.
Dihantar ke mana? Jadi kita mahu, Royal Commission of Inquiry menentukan apa terms of reference, apa kerja untuk menyelesaikan masalah? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak berucap panjang. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ikut menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Anggaran perbekalan perbelanjaan. Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya jika ada perbekalan tambahan setiap kali sesi persidangan Parlimen, ianya bukan persoalan ataupun bukannya
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
masalah. Asal mana perbelanjaan dijalankan dengan telus, asal mana peruntukan itu diperlukan untuk meneruskan kesinambungan kehidupan rakyat Malaysia dan kemajuan Malaysia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan yang diperlukan ini saya pasti ianya diolah oleh kakitangan, pegawai dan pakar-pakar daripada Kementerian Kewangan yang mana sehati kerajaan. Jadi kalau ada dakwaan mengatakan bahawa perbelanjaan tambahan ini adalah sesuatu yang pelik atau meragukan, ianya tidak lebih dari kenyataan politik semata- mata. Kenyataan untuk hendak discredit pihak kerajaan oleh kerana tugas pembangkang ataupun ketua pembangkang ialah untuk mencari jalan atas apa jua keadaan bagi memperlihatkan bahawa kerajaan lemah, tidak bertanggungjawab, belanja sesuka hati dan seumpamanya. Jadi, maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya yang penting prinsip dari segi perbelanjaan tambahan ini ialah apakah ianya betul-betul diperlukan dan apakah ia benar-benar telus dan untuk kepentingan rakyat dan juga dari segi menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya, yang bercakap mempersoalkan perkara ini setahu saya bukanlah juga mempunyai kelayakan akademik dari segi kepakaran kewangan dan juga ekonomi. Saya mengenali sangat. Walaupun pernah menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan, tetapi dari segi ilmu, pengalaman dan pengetahuannya tidak lebih daripada seorang graduan di peringkat sarjana muda am dan pengalaman yang saya tahu dalam mengurus Yayasan Anda tidak sampai ke mana pun. Jadi Tuan Yang di- Pertua...
[Disampuk] Diamlah, bagilah saya peluang bercakap. Yang Berhormat kan orang terpelajar? Bagilah, masing-masing kita bagi pandangan. Jadi masa 20 minit Tuan Yang di- Pertua, saya tidak bagi jalan dah. Saya hendak habis cepat sebab saya ada banyak perkara hal di kawasan saya di Pasir Mas. Jadi pergi tandas, pergi elok-elok jangan duduk buat benda lain.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi sebab itu kepetahan bercakap seseorang manusia diberi oleh Allah SWT tidak boleh digunakan untuk menyeleweng dan menutup keaiban sendiri. Ini perkara yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi Tuan Yang di- Pertua, banyak perkara yang dibangkitkan tadi. Saya hendak menyentuh terus persoalan yang tadi disebut soal isu RM3 bilion. Isu RM3 bilion yang disebut tadi memang waktu dia bercakap, Ketua Pembangkang bercakap, dia holding the floor. Mengambil kesempatan untuk sini hendak mempertahankan diri. Memang betul apa yang dia cakap berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh pegawai BPR sebelum ini. Okey tidak ada masalah dan ada pihak yang cuba menyindir, ini ada pekasam, ada perkosa. Memang PERKASA, pertubuhan NGO yang memang membangkitkan semula kes ini sebab kita PERKASA, kita bukan kaki perkosa sebagai sesetengah pihak.
Jadi oleh sebab itu kita bangkit bukan kerana untuk hendak menyalahkan dan hendak mencari sebab tuduhan ini kepada mana-mana pihak. Just a matter of responsibility kerana perkara ini timbul kembali dan kita hendak tahu. Jadi kalau tidak bersalah, tidak perlu takut, tidak perlu bimbang, tidak perlu melenting. Memang satu hari nanti, kebenaran akan terserlah. Siapa yang bersalah, siapa yang betul? Jadi oleh kerana kes ini kes besar, dahulu hanya disiasat oleh dua, tiga pegawai kah atau satu, dua pegawai dengan masa yang begitu terhad. Pada waktu itu pun, Ketua Pembangkang katanya dalam tahanan, dalam penjara, tidak sempat memberi penjelasan dan seumpamanya. Jadi sekarang ini saya cabar kerajaan supaya bukan setakat SPRM, tetapi menubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya membuat penyiasatan ini dengan telus...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Saya sokong sepenuhnya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kita hendak mengetahui sebab jumlahnya yang besar.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Saya sokong sepenuhnya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, okey saya berterima kasih.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Saya sokong sepenuhnya. Ya, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat akaun RM3 bilion...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, saya ucap terima kasih.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Sokong sepenuhnya pendirian kami, tindakan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, betul. Saya dengar, ya saya dengar dah. Saya menyambut baik sokongan daripada Yang Berhormat Machang supaya ditubuh Suruhanjaya Diraja secepat mungkin. Sebab tidak ada salah pada saya oleh kerana pengakuan Datuk Murad yang menyatakan dia mengurus RM120 juta, dia sendiri mengurus, mengagih-agihkan kepada kroni-kroni, organisasi dan sebagainya. Dia sendiri mengaku. Sama ada dia akhirnya mengatakan dia dipaksa, dia begitu, dia begitu, itu bab lain. Dia boleh cerita macam-macam, dia boleh buat akuan bersumpah. Selepas itu dia tidak mengaku. Ini manusia. Akan tetapi, biar Suruhanjaya Diraja menyiasat malah bukan setakat saya sambut baik cadangan Yang Berhormat Machang, tetapi kalau tubuh Suruhanjaya Diraja, biarlah satu, dua ahli daripada jumlah Suruhanjaya Diraja ini namanya juga dicadangkan oleh pihak pembangkang. Saya setuju supaya...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Kita setuju sepenuhnya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Supaya...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Setuju sepenuhnya...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ya, sudah dengar, sudah dengar. Saya sudah dengar dah. Oleh sebab itu saya cadangkan dan kita tidak payah melenting. Kita tidak payah melenting, kita tidak payah keluh, resah sebab selalunya kalau orang yang tidak bersalah ini, dia relax sahaja. Tidak payahlah kita gopoh gapah, tidak payahlah sebab kita percaya kepada Allah SWT. Satu hari kebenaran akan terserlah. Siapa yang salah tetap akan menerima hukuman. Baik dunia dan di akhirat. Tengoklah pengalaman-pengalaman, ada orang kena bayar cash di dunia kerana perbuatannya. Ada pihak kena tunggu sampai di akhirat nanti. Jadi apa yang kita hendak takut sangat?
Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini untuk menyiasat kes ini dan clearkan segala pertanyaan, persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat sebab saya pun rakyat Malaysia, saya pun hendak cari keadilan. Supaya kalau tuduhan itu tidak betul, dibersihkan, ia tidak betul. Datuk Murad yang membuat pengakuan atas apa sahaja alasan, kalau dia buat itu tidak betul, Datuk Murad Khalid ini mesti diambil tindakan. Kenapa kerajaan berdiam diri? Kerana buat akuan bersumpah tidak betul. Memfitnahkan seorang pemimpin. Ini maksud saya, hendak berlaku adil kepada semua pihak supaya tidak ada fitnah memfitnah. Kita cari kebenaran. Jadi itu perkara yang pertama Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Perkara yang kedua, balik kepada soal SPR ini. Daftar pemilih yang tidak bersih, tidak habis-habis sampai sekarang. Saya berpendapat apakah mengungkit soal daftar pemilih tidak bersih ini tidak henti-henti sebagai persediaan untuk hendak menafikan kemenangan pihak-pihak tertentu dalam pilihan raya, PRU13 nanti. Oleh sebab kita tahu, saya juga Tuan Yang di-Pertua, daripada Pasir Mas Kelantan, daripada Kelantanlah, saya berkawan ramai juga dengan rakan-rakan PAS ini. Saya malas cakap lebih sahaja.
Soal daftar pemilih, pindah pengundi berkelompok, pindah sana, pindah sini, strategi hendak menawar orang itu, hendak menawar orang ini, memang kerja parti-parti politik. Oleh sebab itu SPR juga menghadapi masalah kerumitan, yang paling besar sekali ini jelas pihak SPR pun sudah buat penerangan melalui televisyen. Banyak pengundi- pengundi yang ada nama-nama dalam daftar pemilih di kawasan tertentu, pengundi tidak ada di situ. Contohnya, rakyat Kelantan Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu berapa ramai ada di Kuala Lumpur dengan Selangor. Berhijrah kerana tidak ada pekerjaan di Kelantan, tidak boleh berniaga di Kelantan, hendak cari makan pun tersepit kehidupan, mereka berhijrah bekerja dengan kerajaan tetapi mereka mengundi di kawasan masing-masing.
Kawasan saya sendiri saya semak Tuan Yang di-Pertua, tidak kurang daripada 12,000 ke 15,000 pengundi luar. Mereka tidak ada di kampung, mereka ada di Kuala Lumpur. Bila musim datang pilihan raya mereka pula berduyun-duyun ke Kelantan. Berarak dengan kereta, bawa bendera parti masing-masing. Jadi, nama-nama ini kalau kita lihat boleh dikatakan pengundi hantu. Memang penduduk tempatan pun tidak kenal sebab lama sudah mereka pindah bekerja di Kuala Lumpur, di Selangor, berada di luar daripada kawasan mengundi. Begitu juga kawasan lain, pukul rata rakyat Kelantan di Kuala Lumpur dan di Selangor Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kurang-kurang mahu mencecah dekat setengah juta. Cuba bayangkan berapa ramai pengundi-pengundi ini daripada tiap-tiap
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
kawasan Parlimen. Memang mereka pindah ke Kuala Lumpur selepas itu mereka hendak mengundi di tempat kelahiran mereka termasuk di Pasir Mas.
Maka mereka pinjam pula nama-nama saudara dan alamat. Oleh sebab itu ada rumah tiga, empat, tujuh, lapan orang. Ini tidak timbul lagi yang mati. Jadi, mudahlah Ketua Pembangkang cakap tadi, cakap sahaja hendak menyalah. Ini tugas SPR, ini tugas SPR.
Saya dengar taklimat India. Bawa mari datang taklimat itu. Contoh, ini di India pegawai- pegawai bekerja di peringkat bawah, diambil tindakan kalau tidak betul.
Ingat pegawai di sini tidak kerjakah? SPR tidak bekerja kah? Siang malam pegawai-pegawai SPR turun melaksanakan kerja untuk hendak menentukan bahawa segala-galanya baik dan betul. Cakap sahaja, main hentam sahaja sebab itulah tujuannya, tidak ada matlamat lain. Selepas itu hendak bagi cadangan tidak ada cadangan. Setakat hendak sebut saya dengar taklimat India. Ini sebab duduk kat sini, kalau duduk sebelah macam dulu mampus tidak dibangkitnya benda ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya menyambut baik dan menghargai peranan dan jasa tugas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya rasa tidak ada sudah negara lain walaupun ada kelemahan di sana di sini tetapi dari segi pengendalian pilihan raya seperti di Malaysia. Kalau dituduh bab-bab lain sudah. Soal kemudahan media, kononnya bagi projek masa pilihan raya kah, ada peruntukan itu ini, sama sahaja. Kita tengok peringkat parti pembangkang di tiap-tiap negeri masa pilihan raya, mereka juga gunakan agensi kerajaan negeri.
Dari segi media, mereka tuduh media perdana tidak bagi tempat tetapi media- media yang mereka miliki sepatah haram pun tidak ada berita pihak-pihak lain. Yang adanya semuanya memburuk mereka-mereka ini. Tidak ada benda yang baik. Jadi, memang kalau kita lihat dari segi hipokrasi itu jelas. Kalau hendak bercakap soal keadilan, kebenaran kalau hendak mengguna nama Allah biarlah benar betul-betul. Jangan munafik, jangan hipokrit. Ini peringatan saya.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya percaya ungkit hal-hal yang berkaitan dengan daftar pemilih ini, saya masih lagi percaya sebagai persediaan untuk menentang bila datang pilihan raya PRU ke-13 apa juga keputusan ini akan dijadikan alasan. Tuan Jadi seterusnya saya hendak bangkit satu perkara Tuan Yang di-Pertua. Kita ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen. Dari segi urusan agama kita tahu ianya di bawah kuasa Raja-Raja Melayu dan juga Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan.
Ini kita tahu. Oleh sebab itu di tiap-tiap negeri pula ada Majlis Fatwa dan ada Majlis Fatwa di peringkat kebangsaan.
Dari urusan dan dari segi menjaga kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan negara. Bukan sahaja terletak di atas bahu, tanggungjawab Duli-Duli Yang Mulia Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong tetapi dari segi pentadbirannya ditugaskan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Jadi, diwujudkan pula Majlis Fatwa dan sebagainya. Inilah saluran institusi yang rasmi, yang rakyat harus ikut dan rakyat harus patuh. Dalam Jawatankuasa ini semua kita tahu ada pakar-pakar agama yang berkelulusan cendekiawan, yang juga belajar di al-Azhar, yang juga belajar di universiti-universiti terkemuka di negara-negara Arab. Bukan setakat pemimpin pembangkang dan tidak seorang ramai pula.
Akan tetapi sekarang ini nampaknya fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri ataupun pusat ditentang, dicemuh, dikeji dan diejek oleh pihak-pihak tertentu sehingga rakyat sekarang ini menerima pula fatwa yang dikeluarkan oleh seorang individu, seorang manusia. Dia boleh keluar sesuatu yang dianggap pada dia tidak menguntungkan mungkin dari segi perjuangan politik partinya. Ini bahaya dari segi Islam. Bahaya dari segi perkembangan.
Sebab itu kita mesti diasuh kalaulah kita terus izinkan perkara ini berlaku saya percaya banyak lagilah kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam. Janganlah Majlis Agama Islam ini ataupun di peringkat kebangsaan buat fatwa-fatwa yang kena semua perkara. Ini kalau bab Ayah Pin diburu begitu sekali. Ayah Pin ataupun al-Arqam dan sebagainya. Akan tetapi ada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin parti politik. Tidak berani diambil tindakan. Kaku, kelu seribu bahasa!
Jadi ini Tuan Yang di-Pertua saya harap dapat diberi perharian oleh pihak kerajaan dan membawa perkara ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Duli-Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab kepada pentadbiran agama supaya agama tidak
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
terus menerus dijadikan modal politik. Memang Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
Akan tetapi masalahnya sekarang ini Islam dipergunakan dan diperdagangkan untuk tujuan politik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ada beberapa perkara pendek-pendek yang saya hendak sampaikan di sini Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini kerajaan telah pihak Kementerian Pelajaran mengadakan sesi pendengaran untuk menggubal strategi pendidikan kebangsaan pada masa depan ringkasnya.
Jadi, saya hendak cadangkan di sini sesudah sesi pendengaran ini dilakukan dan laporan disiapkan, saya hendak cadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan minta dipertimbangkan, minta jasa baik sebab saya diminta oleh beberapa kumpulan NGO menyampaikan pada kerajaan supaya diadakan Kongres Pendidikan Kebangsaan sebab isu pendidikan ini terlalu banyak dan terlalu sensitif. Kalau disilap sebut kita pula dituduh rasis. Pada masa yang sama kita bertanggungjawab untuk mempertahankan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal sebelum ini. Banyak sudah perkara-perkara dipinda kerana kepentingan politik.
Jadi, untuk tujuan itu biarlah rakyat, biarlah penglibatan lebih luas lagi. Selain daripada pendengaran awam, sesudah laporan dibuat dibentangkan dalam Kongres Pendidikan Kebangsaan untuk diputuskan ataupun didapatkan lagi maklum balas supaya tidak tergopoh-gopoh macam digubal dasar-dasar yang sebelum ini. Endorsement daripada Kongres Pendidikan Kebangsaan selesai. Kalau tidak ada tuntutan-tuntutan daripada pertubuhan Dong Zhong macam seumpamanya, perkara-perkara yang begitu sensitif kalau kita jawab dia kata kita rasis. Akan tetapi tuntutan mereka melanggar Perlembagaan, kerajaan pun terikat, pilihan raya pun dekat. Pembangkang akan exploit untuk dapat undi orang Cina.
Begitu juga pihak kerajaan. Akan tetapi yang jadi mangsa ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan! Hala tuju negara dari segi pendidikan macam mana? Ini yang persoalannya.
Oleh sebab itu mesti diadakan Kongres Pendidikan Kebangsaan. Sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Ini isu-isu yang berkaitan dengan Irshad Manji, buku yang menyokong LGBT, Irene Fernandez yang memburukkan nama negara, katanya Malaysia ini menzalimi pekerja- pekerja asing. Banyak perkara-perkara yang saya hendak sampai. Tuan Yang di-Pertua, isu PTPTN juga hendak diperjelaskan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa pun saya rumusannya, cukup sudah masa Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Rumusannya saya hendak mengambil kesempatan di sini, tadi Ketua Pembangkang menyebut cara yang agak menyindir tetapi hakikatnya tidak dapat nafikan. Kononnya ini BR1M hendak pilihan rayalah, itulah inilah. Itu tugas kerajaan, itulah tugas politiknya. Jadi, apa yang kita hendak jadi masalah? Dikatakan perbelanjaan ini tidak ikut unjuran dan sebagainya tetapi kita tahu laporan cukai paling tinggi RM90 bilion, kemasukan FDI RM120 bilion dalam masa tiga tahun. KDNK pun antara 4.5% ke 5%. Ekonomi saya dengan Ketua Pembangkang lebih kurang sahaja...
[Ketawa] Jadi, lebih kurang kalau hendak bercakap. Akan tetapi inilah yang kita lihat kejayaan dalam tempoh tiga tahun oleh pimpinan Perdana Menteri sekarang. Saya ucap tahniah dan teruskanlah BR1M walaupun puak-puak pembangkang demam, teruskan BR1M, bela rakyat, bantu rakyat, saya percaya tidak ada peluang pihak ini untuk membentuk kerajaan selepas PRU ke-13. Saya menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
[Berdiri]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad - Shah Alam
[Berdiri]
Tuan Yang di-Pertua
Ini Yang Berhormat Putatan sama Yang Berhormat Pokok Sena ini berdiri apa pasal?...
[Disampuk] [Ketawa] Okey. Duduk, duduk dulu. Oh, siapa yang dulu berdiri!
Okey, saya difahamkan bahawa masa telah pun dihadkan kepada 20 minit dan menurut rekod yang patut masih berhujah ialah daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Dia ada lebih kurang sepuluh. Jadi kalau dia sudah habis, kalau daripada Yang Berhormat Pasir Mas itu kita kira bukan daripada pihak kerajaan, sekarang kita panggil pihak kerajaan, oleh kerana Yang Berhormat Putatan ada berdiri dulu daripada Yang Berhormat Arau, maka Yang Berhormat Putatan sila. Selepas itu saya akan...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya juga berdiri Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya okey. Selepas Yang Berhormat Putatan. Untuk itu, beri singkat masa. Silakan Yang Berhormat Putatan, then Yang Berhormat Pokok Sena, 20 minutes.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, 20 minit. Saya difahamkan 20 minit.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin berdiri untuk menyokong Perbekalan Tambahan dengan beberapa perkara yang ingin disampaikan kepada kerajaan. Ini suara daripada rakyat terutama sekali rakyat Malaysia daripada negeri Sabah. Soal harga barang di negeri Sabah masih lagi menjadi isu.
Perbandingan harga antara Semenanjung dan Sabah ini masih ketara dan masih menjadi satu isu yang semakin meluas dibawa oleh pihak pembangkang. Jadi pihak kita daripada kerajaan ini harus juga melihat betapa pentingnya soal isu harga barang ini.
Ini soal Cabotage Policy ini dari dahulu kita sudah berbahas, tetapi sampai sekarang masih lagi belum ada kelihatan usaha untuk menyatukan harga barangan antara negeri-negeri di negara kita ini, tanah air kita. Jadi isu kalau kita melihat dengan subsidi misalnya subsidi-subsidi barangan ini terutama sekali petroleum, LPJ yang begitu banyak diguna untuk memberi subsidi terutama sekali kerana fenomena harga barang global ini agak mendadak naik. Juga dengan kos subsidi kepada gandum. Saya hairan mengapa kita membelanjakan RM37 juta hanya kepada tepung gandum dan RM367 juta untuk subsidi pembelian gula mentah ini. Apa sebab kita hanya tumpu kepada dua perkara ini? Kita melihat industri pertanian kita, kita ada luas tanah untuk diusahakan untuk penanaman bukan gandum, tetapi mungkin tepung jagung, tepung beras. Kita boleh usahakan ataupun kita boleh melihat dari segi liberalisasi pengimportan ini bukan dimonopolikan sesuatu syarikat yang mengontrol harga-harga barangan yang diimport ini Tuan Yang di-Pertua.
Saya melihat kerajaan harus mengkaji syarikat-syarikat yang mengimport harga barangan yang dimonopoli terutama sekali Bernas dan syarikat-syarikat yang dipilih untuk mengimport barangan daripada luar negara terutama sekali gula mentah ini. Kawasan kita luas untuk dibangunkan, diusahakan dalam pertanian. Ini kita telah pun dijanjikan beberapa tahun yang lepas supaya memperkasakan penanaman tebu di negara kita. Saya rasa ini juga memberi satu limpahan peluang pekerjaan kepada industri pertanian di negara ini.
Saya ingin berterima kasih juga dengan pihak kerajaan kerana memberi satu pendekatan yang menyelesaikan masalah tanah-tanah NCR di Sabah dan Sarawak yang terutama sekali di dalam anggaran ini telah memberi peruntukan yang begitu baik untuk mengatasi permasalahan tanah-tanah adat di negeri Sabah. Ini terutama sekali penyukatan-penyukatan tanah-tanah yang belum ada mempunyai hak milik. Jadi ini amatlah dialu-alukan oleh rakyat negeri Sabah. Saya bagi pihak rakyat di kawasan saya dan seterusnya rakyat negeri Sabah berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas usaha kerajaan untuk menangani masalah rakyat di akar umbi.
Kalau kita bandingkan dengan pampasan tol kepada syarikat-syarikat yang tertentu itu, saya rasa ini the balance, dengan izin, the balances perbelanjaan itu dengan syarikat-syarikat yang gergasi yang dimonopolikan oleh beberapa syarikat tol, pengusaha tol ini. Saya rasa ini juga menjadi isu yang mungkin yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa kerajaan harus juga – bukan saya menyokong Yang Berhormat Permatang Pauh, tetapi ini amat penting bagi standardize perbelanjaan kita
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
kepada keperluan rakyat terutama sekali daripada kawasan-kawasan luar bandar seperti kawasan Julau misalnya yang ada dalam Dewan ini memerlukan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat-masyarakat di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya melihat peruntukan untuk memberi pekerjaan kepada masih golongan bumiputera ini, saya amat mengalu-alukan Program Usahawan Automotif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memperkasakan entrepreneurship usahawan-usahawan kita untuk dibantu terutama sekali dalam bidang industri pertanian. Ini saya rasa ini jalan yang paling baik untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera terutama sekali bumiputera-bumiputera yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan harus melihat yang peniaga- peniaga kecil, gerai-gerai haruslah kita bantu. Apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pengusaha-pengusaha pengangkutan misalnya teksi dan sebagainya harus kita bantu.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Dalam tourism promotion ini saya harap juga kerajaan memberikan peruntukan yang memadai untuk Kementerian Pelancongan supaya mengadakan beberapa program promosi di luar negara yang patut diperkasakan supaya menjual apa yang ada di Malaysia yang pelancong-pelancong atau pengunjung-pengunjung di Malaysia ini kita alu-alukan terutama sekali golongan-golongan yang muda belia untuk mengunjungi ataupun datang ke negara kita.
Satu perkara yang saya tertarik terutama sekali pemberian peruntukan tambahan kepada Kementerian Pertahanan untuk memberikan rahsia kepada anggota tentera yang telah bersara ataupun yang tidak lagi berkhidmat dalam ketenteraan kita yang tercedera. Ini amat dialu-alukan dan ini memanglah selalu dibawa diketengahkan oleh persatuan- persatuan perajurit, persatuan-persatuan bekas tentera di kawasan saya. Soal keperitan kerajaan kepada anggota-anggota yang ada juga anggota yang dahulu berkhidmat di kementerian ini di ketenteraan Navy, Tentera Udara misalnya balik ke kampung tidak mempunyai sebarang pekerjaan ataupun bantuan yang diterima oleh angkatan tentera.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Laluan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ada satu kes yang di... Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Putatan. Walaupun ada beberapa permintaan dalam sidang kita yang lalu, agar kerajaan mempertimbangkan bantuan kepada bekas-bekas tentera yang telah berkhidmat dengan penuh gigih memberikan tenaga, masa dan nyawa mereka kepada negara, tetapi oleh kerana mereka tidak berkhidmat untuk selama 21 tahun, mereka berhenti sebelum umur pencen atas sebab-sebab tertentu. Tidakkah kerajaan patut pandangan Yang Berhormat Putatan memberikan bantuan kepada mereka. Paling tidak kalau tidak mahu beri pencen pun sekurang-kurangnya bantuan food coupon contohnya RM300 kah, RM200 kah food coupon agar meringankan beban mereka. Sudahlah mereka tidak dapat pencen, sekurang-kurangnya ini memberikan pengiktirafan kita kepada mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Putatan tentang hal ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani. Saya bersetuju 120%. Ya, saya setuju sebab ada satu kes Tuan Yang di-Pertua di kawasan saya ini upon to be my relative, bekas second ranger. Tuan Yang di-Pertua, dia bertugas di Sungai Petani semasa menentang pemberontakan komunis di Sungai Petani kawasan Yang Berhormat. Dia diberhentikan akibat penyakit kena malaria.
Sekarang ini otak dia miring sedikit, senget sedikit. Jadi dia bukan dia tidak ada pendidikan.
Ini saya punya happen to be sepupu saya. Dia ibu bapa dia sudah tidak ada. Dia hanya pergi tempat-tempat saudara dia minta duit, makan dan sebagainya.
Jadi kadang-kadang dia jumpa saya pun minta duit juga itu terpaksalah sebab saudara. Jadi ini seorang ini dia bukan gila tahu, dia tiap-tiap bulan dia pergi mental hospital kerana akibat daripada tugasnya. Ini satu kes yang langsung tidak dipedulikan oleh pihak- pihak kementerian ataupun persatuan bekas perajurit ini ataupun bekas askar ini. Jadi saya setuju kalau sekiranya dapat pihak-pihak MINDEF ataupun pihak kementerian ini dapat
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
membuat satu pertubuhan untuk meneliti atau mengkaji ataupun mencari orang-orang sedemikian untuk dibantu.
Misalnya elaun makan misalnya ini orang ini bukan ada dapur, dia pergi jumpa saudara dia, dia makan, dia pergi rumah satu lagi dia makan, kerana suruh kerja tak nak.
Dia pintar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini satu kes, tetapi saya rasa mengikut apa yang saya tahu daripada persatuan-persatuan anggota tentera ini, bekas anggota tentera ramai lagi yang mereka belum sampai, siapa-siapa dan di mana orang-orang ini. Ini adalah satu usaha pendekatan yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian supaya ini – rakyat ini rakyat kita yang telah bertugas, kita telah berkorban untuk keselamatan negara kita dan juga telah berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia. Jadi ini kita harus bagi satu tanda penghargaan kepada orang-orang sedemikian.
Jadi satu lagi perkara yang saya ingin ketengahkan di sini soal elaun RELA ini amat-amatlah dialu-alukan kerana ini meringankan beban wakil rakyat untuk membantu RELA ini. Terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk membantu RELA, SRA memberi elaun dan sebagainya. Jadi ada satu pendekatan saya rasa yang kita telah cadangkan kepada pihak kementerian kepada kawasan-kawasan hot spot ini. Hot spot ini saya rasa harus kita memperuntukkan teknologi yang baru yang di mana pihak swasta telah pun melaksanakan terutama sekali pengadaannya mewujudkan CCTV di mana-mana tempat hot spot ini supaya ia dapat membantu pengawasan keselamatan di kawasan- kawasan yang tertentu. Tuan Yang di-Pertua, ini amat penting dan kalau saya melihat di sini tidak ada peruntukan yang diberi seperti yang demikian. Dahulu apabila kita tanya ini memerlukan perbelanjaan yang besar.
Jadi kalau kita bandingkan dengan perbelanjaan yang lain yang begitu besar terutama sekali dalam subsidi-subsidi apa juga jenis subsidi yang mendapat keuntungan ini adalah syarikat-syarikat yang tertentu terutama sekali pengimportan, syarikat-syarikat yang mengimport barang-barang ke negara kita. Ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita harus lihat balik di mana perbelanjaan kita ini memang kita seimbangkan kepada keperluan rakyat setempat yang mana banyak kompelin ataupun yang dibawa oleh masyarakat kita di bandar, di luar bandar pun terutama sekali keselamatan. Di Sabah Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita pun telah bercadang kepada pihak berkuasa tempatan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu supaya meletakkan beberapa CCTV di kawasan-kawasan hot spot, terutama sekali di kawasan Tanjung Aru, di Simbulan.
Perkara Kementerian Dalam Negeri ini saya melihat Ibu Pejabat Polis Tempayan pun belum siap. Saya tidak tahu kenapa, saya telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Polis Sabah dan mengetahui kenapa kelewatan penyiapan Ibu Pejabat Polis di Tempayan ini.
Saya melihat sampai sekarang belum siap lagi. Belum masuk lagi. Ini sudah beberapa tahun dia bagi VO, dia bagi sebab-sebab hujanlah, bahan barang naiklah, kontraktor tidak dapat siap, apa yang sebenarnya masalah? Jadi ini saya rasa pihak Kementerian Dalam Negeri harus melihat perkara sedemikian dan saya harap Ibu Pejabat Polis Tempayan ini dapat disiapkan dengan seberapa yang boleh. Itu sahaja yang saya boleh sampaikan.
Tidak sampai 20 minit Tuan Yang di-Pertua, kerana Yang Berhormat Pokok Sena tidak sabar lagi. Dia hanya mahu bantai pihak kerajaan, itu sahaja dia punya tujuan untuk berucap pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena. Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Arau dan saya difahamkan bahawa DAP yang memulakan hujah ialah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, then after that Yang Berhormat Wangsa Maju I have seen also.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Wangsa Maju. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rakan saya dia tidak tahu apa saya hendak berucap dia sudah preamble seolah-olah dia tahu apa saya hendak berucap.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan sektor perkhidmatan awam. Semalam kita telah pun...
Tuan Yang di-Pertua
Minta maaf bukan PJ Selatan. PJ Utara. Sila. Ya, ya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Semalam kita telah pun mendengar pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara tentang pelantikan Ketua Setiausaha Negara yang baru yang akan mengambil alih jawatan Ketua Setiausaha Negara selepas daripada ini. Ya?
Datuk Ismail Kasim - Arau
[Menyampuk]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, yang ini sudah habis tempoh sudah.
[Ketawa] Dia sudah habis tempoh sudah beberapa kali sudah. Akan tetapi isu yang saya hendak bangkit ini bukan soal isu peribadi dan sebagainya. Akan tetapi ialah isu proses pemilihan pegawai-pegawai untuk diangkat dan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.
Oleh sebab saya melihat bahawa tidak ada satu proses yang jelas dalam isu pelantikan ini lebih banyak kepada apa yang dilihat, dirasai oleh Perdana Menteri atas cadangan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang sedia ada untuk mencadangkan nama-nama yang perlu diberikan pertimbangan.
Saya mengatakan begini bahawa supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelantikan ini yang akhirnya kita hanya melihat seseorang yang hendak dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara itu ialah mereka yang boleh akur, tunduk kepada kesemua kehendak-kehendak Perdana Menteri ataupun kehendak kerajaan. Bukan lagi berasaskan kepada bidang tugas kerja yang sepatutnya dilaksanakan untuk menjaga kepentingan negara secara yang menyeluruh.
Oleh sebab hari ini menimbul satu rungutan di kalangan pegawai-pegawai tinggi kerajaan bahawa seolah-olah kerajaan tidak lagi mengutamakan soal seniority dalam melantik seseorang untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan khususnya di peringkat ketua- ketua setiausaha dan termasuklah Ketua Setiausaha Negara yang baru. Walaupun saya katakan bahawa tidak seharusnya satu-satunya kriteria untuk pemilihan itu hanya bergantung kepada seniority tetapi sudah tentu berkaitan dengan performance seseorang itu juga harus diambil kira untuk menentukan bagi kita membolehkan pelantikan ke atas seseorang untuk dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara.
Akan tetapi apa yang saya lihat, ini tidak berlaku kepada pelantikan-pelantikan di peringkat pegawai-pegawai tinggi kerana penilaian-penilaian itu sudah tidak lagi diambil kira tetapi lebih dilihat kepada siapa yang boleh akur kepada semua kehendak-kehendak kerajaan itu sendiri. Oleh sebab itu timbul isu-isu yang berbagai-bagai yang kita lihat bahawa banyak kesilapan-kesilapan dilakukan sebelum ini oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Negara yang masih lagi bertugas sehingga sekarang ini.
Akan tetapi oleh kerana bagi pihak kerajaan dia boleh melindungi kepentingan- kepentingan kerajaan, pemimpin-pemimpin politik khususnya di kalangan pihak eksekutif, maka sudah tentu bahawa dia terus disambung walaupun berkali-kali tanpa ada satu penilaian terhadap kebolehan, keupayaan, ketulusan yang ada kepada seseorang pegawai tersebut. Oleh sebab saya melihat bahawa tidak ada satu lembaga yang betul-betul bebas.
Oleh sebab itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan berkaitan dengan ini. Sejauh mana sebuah lembaga bebas dibentuk dan menjalankan peranan mereka secara yang sebebasnya untuk memastikan bahawa seseorang yang hendak dicadangkan bagi kenaikan pangkat dalam perjawatan tinggi kerajaan ini dilakukan dengan secara yang telus, secara yang penuh beramanah.
Saya akui ada Lembaga Kenaikan Pangkat tetapi dipengerusikan oleh KSN sendiri, Lembaga Kenaikan Pangkat. Beberapa orang KSU-KSU yang tertentu yang juga berada di dalam Lembaga Kenaikan Pangkat itu. Saya katakan bahawa ini menunjukkan bahawa satu yang tidak, gambaran yang menunjukkan kebebasan ataupun lembaga yang betul-betul bebas dalam hendak melihat dari segi calon-calon untuk dinaikkan pangkat umpamanya. Senarai calon yang ditapis sebelum itu untuk dilihat dan dinilai semula tentang kebolehan dan kemampuan mereka di samping soal seniority yang harus diberikan keutamaan. Jadi oleh sebab itu bagi - Yang Berhormat Sungai Petani, ya.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, kadangkala kita tengok senior- senior government officer khususnya yang menjawat jawatan ketua setiausaha ataupun ketua-ketua pengarah, apabila sampai umur wajib mereka bersara, mereka disambung,
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
disambung dan disambung kononnya kerajaan perlukan perkhidmatan mereka. Oleh kerana sambung dan menyambung-menyambung perkhidmatan mereka menyebabkan orang di bawah semua sangkut. Walaupun pegawai itu baik, walaupun dia mempunyai performance yang bagus tapi dia tidak dapat naik pangkat kerana orang atas sambung.
Setujukah Yang Berhormat Pokok Sena kalau kita katakan betul-betul dia ini pakar, betul-betul dia ini diperlukan kerajaan, kerajaan ambillah dia menjadi consultantkah dalam kementerian itu atau jabatan itu tetapi jawatan yang dia duduk itu, dia mesti keluar supaya orang lain naik. Oleh yang demikian, kerajaan wujudkan satu jawatan ataupun ambil jawatan JPA poll apa juga dan dia duduk atas jawatan JPA itu. Dia tidak ganggu orang lain.
Tidak ganggu orang lain. Ini tidak menyebabkan moral orang lain jatuh. Apa pandangan Yang Berhormat pokok Sena?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani. Saya rasa bersetuju itu mungkin salah satu penyelesaian kalau dia betul-betul mempunyai kepakaran yang memang tidak ada kepada pegawai-pegawai yang lain. Saya katakan kalaulah itu wujud masalah yang begitu mendesak kepada perkhidmatan awam dalam negara kita sehingga kita mengatakan bahawa tidak adalah orang lain kepakaran yang ada pada dia melainkan kita kena bawa dia juga. Saya bersetuju atas cadangan tersebut.
Akan tetapi apakah tidak ada orang lain yang lebih baik daripada dia? Itu isu dia.
Oleh sebab saya katakan bahawa dalam lantikan kontrak sambung ini pun ada timbul isu berkaitan bahawa ada orang yang disambung. Yang tidak sepatutnya disambung, disambung. Akan tetapi ada orang yang sepatutnya disambung, tidak disambung. Jadi, pertama siapa yang mengawal Lembaga Kenaikan Pangkat? Satu, siapa yang mengawal ataupun yang meneliti pegawai-pegawai yang ada keperluan untuk disambung mereka dalam perkhidmatan awam.
Jadi sebab itu bagi saya mencadangkan supaya satu lembaga untuk mengawal.
Lembaga Kenaikan Pangkat ini harus dikawal oleh satu badan yang bebas, badan yang bebas, diletakkan di bawah Parlimen supaya memastikan dalam perkhidmatan awam ini tidak ada kroni. Tidak ada kroni. Tidak ada kroni kepada KSN umpamanya. Sekarang Tuan Yang di-Pertua akan timbul satu masalah kepada perjawatan KSN yang baru sebab isteri dia adalah timbalan KSU kepada satu kementerian. KSN yang baru. Jadi ini akan berlaku conflict of interest dalam pentadbir ataupun perkhidmatan awam ini apabila isteri kepada KSN yang baru ini ialah salah seorang daripada timbalan KSU.
Jadi saya katakan bahawa itu pemilihan ini sangat perlu dilakukan oleh satu lembaga pemilihan yang betul-betul membuat pemilihan. Maknanya buat tapisan, buat senarai pendek, kemudian barulah buat satu keputusan dan berikan cadangan kepada Perdana Menteri dan Perdana Menteri angkatkan untuk mohon perkenan kepada ke bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Jadi ini yang seharusnya dilakukan sebab kita tidak mahu ada penganiayaan kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan di dalam negara kita ini akibat daripada tidak sebulu dengan KSN, tidak sebulu dengan Menteri seperti mana yang menimpa bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Judin suatu ketika dahulu akibat daripada kerana tidak sebulu dengan Menteri. Oleh sebab itu saya katakan bahawa soal hendak kenaikan pangkat, hendak pergi mana dan sebagainya dia mesti dikendalikan oleh suatu lembaga yang bebas supaya menjauhi daripada penganiayaan yang berlaku kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Jadi oleh sebab itu bagi saya, saya mengharapkan bahawa pihak kerajaan seharusnya melihat persoalan ini supaya ia seharusnya menjadi satu keutamaan kepada negara kita untuk melihat perkhidmatan awam yang baik, yang cekap. Bukan dia naik kerana cable. Kalau tidak cable, okey dipeti sejukkan. Jadi kita tidak mahu ini. Oleh sebab kita mahu pentadbiran perkhidmatan awam ini yang cekap, yang berasaskan kepada pengalaman dia, seniority dia dan juga performance dia, kebolehan dia yang seharusnya diberikan keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya hendak bangkit ialah benda ini saya sudah bangkit tapi tidak ada satu penjelasan yang jelas.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Malah dalam soalan saya baru-baru ini pun dijawab secara bertulis kerana tidak berkesempatan untuk dinaikkan soalan tersebut yang berkaitan dengan isu Tabung Haji. Ini isu yang sangat besar Tuan Yang di-Pertua kerana ia membabitkan soal kepentingan penyimpan-penyimpan dalam Tabung Haji. Tabung Haji ini merupakan institusi kewangan yang besar bagi umat Islam dan kalau dikendalikan secara yang baik, saya katakan bahawa boleh memajukan ekonomi umat Islam di dalam negara kita.
Saya sudah membangkit dalam perbahasan bajet tambahan pada sidang Mac dan April yang lalu dan dijawab berkaitan dengan isu pemindahan wang. Pemindahan wang yang dibuat pada 6 Disember 2011 oleh Tabung Haji dengan mengarahkan Bank Islam untuk membuat satu pindahan wang daripada akaun Tabung Haji kepada akaun CEO ataupun Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee sebanyak RM308,700. Saya bangkitkan persoalan ini. Saya tanya bahawa atas dasar apa dan apa dia jenis pembayaran ini, jenis apa? Pembayaran untuk apa sehingga memerlukan satu pengarahan walaupun saya katakan itu pengarahan bank ini pengarahan bank itu pemindahan minoriti itu satu perkara biasa. Akan tetapi kita hendak tahu jumlahnya yang begitu besar RM300,000 ini untuk apa? Bayaran untuk apa?
Lalu dijawab pada waktu itu Timbalan Menteri Kewangan mengatakan bahawa peruntukan itu, pemindahan itu ialah berasas sah mengikut perundangan. Kemudian, saya bangkit lagi dan dalam soalan saya baru-baru ini yang sepatutnya dalam buku asalnya ialah soalan saya nombor lima tetapi akhirnya jadi soalan nombor 40. Saya tanya sekali lagi.
Jadi, jawapan daripada Menteri yang jawab secara bertulis kepada saya bahawa pemindahan tersebut ialah sah mengikut undang-undang. Ianya adalah pembayaran mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan CEO beliau seperti diperuntukkan di dalam Akta Lembaga Tabung Haji 1995 seperti yang telah dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan II pada 4 April yang lalu. Jadi, itu sahaja jawapan dia mengatakan bahawa dia adalah mengikut terma dan syarat.
Saya katakan bahawa apakah salah untuk kita kemukakan beritahu apa dia terma dan syarat yang terkandung di dalam syarat-syarat dan terma perkhidmatan untuk kita melantik CEO seorang Ketua Pegawai Eksekutif di Tabung Haji. Beritahulah apa dia syarat terma sehingga menyebabkan kita terpaksa membuat pemindahan wang sebanyak RM300,000 lebih. Ini yang saya minta. Saya minta bahawa apa dia duit ini untuk apa?
Bayaran apa? Benda yang paling simple takkan tidak boleh jawab? Takkan tidak ada rekod dalam Tabung Haji? Ini terma dia, ini syarat dia dalam pelantikan perkhidmatan.
Duit yang kita bayar itu arahan kepada Bank Islam pemindahan yang dibuat pada 6 Disember ini ialah tujuannya untuk bayaran sekian-sekian. Apa dia? Bayaran gaji kah?
Bayaran bonus kah? Bayaran gratuiti kah dan sebagainya, kita hendak tahu itu sahaja.
Akan tetapi kenapa ada pihak pegawai di Tabung Haji pergi marah Bank Islam menuduh Bank Islam membocorkan rahsia kepada saya. Kalau kata Bank Islam bocor rahsia kepada saya, saya hendak tahu rahsia apa yang hendak dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga hendak jawab saya tanya apa duit apa, tujuan apa bayaran itu dibuat pun tidak boleh jawab. Apa hendak dirahsiakan?
Saya katakan Tuan Yang di-Pertua, duit ini adalah duit orang ramai. Penyimpan Tabung Haji hanya dapat dividen berapa? Enam? Dalam enam percent. Ini saya katakan bahawa CEO dapat RM300,000 untuk sekali kerana syarat dan terma perkhidmatan. Jadi, apa dia syarat dan terma perkhidmatan tersebut? Itu sahaja yang kita hendak tahu. Simple.
Oleh sebab, saya banyak dokumen sebab itu saya hendak tahu apa dia apa nama duit-duit yang dibayar.
Kalau KPI bagus kita hendak tahulah Tabung Haji untung banyak mana. Hendak bagi lebih, pun kita boleh bagi lebih. Oleh sebab kita tidak mahu nanti, kita bayar gaji sedangkan banyak syarikat-syarikat yang rugi. Saya tahu yang Tabung Haji banyak rugi pun ada. Tabung Haji Plantations dan sebagainya banyak rugi. Syarikat-syarikat Romania dan sebagainya banyak kerugian-kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Tabung Haji ini.
Ini saya katakan bahawa Lembaga Tabung Haji ini pula Lembaga Pengarah ini pun saya tidak tahu apa yang depa buat kerja? Tidak kan depa pakai lulus sahaja? Yang Berhormat Sri Gading kah?
Jadi, saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua sungguh-sungguh sebab saya mahu satu jawapan yang jelas untuk membolehkan saya membangkitkan lagi ada perkara-
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
perkara yang berkaitan dengan dokumen yang ada di tangan saya yang berkaitan dengan pembayaran-pembayaran tersebut. Jadi, saya minta sungguh-sungguhlah hari ini pegawai di peringkat Jabatan Perdana Menteri untuk membekalkan jawapan yang boleh diambil.
Sekarang boleh telefon kepada Tabung Haji untuk dibekalkan kepada Timbalan Menteri Kewangan bagi membolehkan beliau menjawab soalan saya. Saya tidak hendak lagi dengar dia kata jawapannya sama macam dahulu iaitu sah ikut undang-undang iaitu mengikut terma dan syarat-syarat pelantikan perkhidmatan. Jadi, apa dia kami pun hendak tahu syarat dia itu apa dia? Kita hendak tahu duit itu duit apa? Untuk apa? Ini sangat penting untuk dinilai oleh penyimpan-penyimpan di dalam Tabung haji itu sendiri.
Kemudian isu yang berkaitan dengan FELDA. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan sebab kenapa kita pihak kerajaan dan FELDA memberikan kuasa yang begitu besar kepada Pengerusi FELDA?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, you ada empat minit lagi untuk rumus segala apa yang dalam pemikiran.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya. Hai, empat minit lagi? Ya kah?
Tuan Yang di-Pertua
Saya ada bagi you bonus lagi dua minit Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, lapan minit lagi lah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, kalau saya tolak bonus dua minit itu, you ada dua minit.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, enam minit? Terima kasih.
Baik. Isu berkaitan dengan - apabila saya dimaklumkan bahawa apabila Tan Sri Isa Samad masuk ke dalam FELDA ini, dia cuba hendak menempatkan diri dia dalam semua bahagian untuk mengambil alih jawatan-jawatan yang sebelum ini dipegang oleh orang-orang lain.
Umpamanya saya katakan bahawa dalam isu...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan? Boleh tanya? Boleh?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak apa. Sila, sila.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Boleh tak? Boleh?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena tanya bercakap tentang Tan Sri Isa mengambil alih semua jawatan. Boleh tidak sebutkan setiap jawatan yang diambil alih itu? Sekian, terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak. Saya kata sebahagian bukan kata semua. Bukan semua. Ha, sebahagian. Antaranya saya hendak sebut kemasukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA telah menjadikan organisasi FELDA cukup kelam kabut dan haru biru. Maknanya apabila dilantik jadi Pengerusi FELDA, selepas benda itu dilantik menjadi Pengerusi FGVH. Satu. Tidak apa. Jawab, suruh Menteri jawab takkan Yang Berhormat Ledang hendak jadi Menteri kot? Yang Berhormat Ledang Lembaga FELDA.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Jangan mengelirukan Dewan ya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Juga Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP) yang sejak daripada zaman Tan Sri Raja Elias juga dipengerusikan oleh Pengarah Besar FELDA. Ini pun hendak dirampas oleh Tan Sri Isa. Jadi, saya hendak katakan bahawa kenapa ini boleh berlaku sehingga menyebabkan ada isu yang berkaitan dengan berlaku KPF dibisukan, cuba untuk dibisukan daripada membantah perkara-perkara yang berkaitan dengan penyenaraian FELDA ini.
Apabila dua jawatan yang penting iaitu Pengarah Holding Berhad iaitu Raja Shariffudin Raja Zainal Abidin yang juga telah pun di - Mereka ini mewakili di dalam KPF.
Mewakili dalam KPF untuk mempertahankan bagi kepentingan peneroka tetapi akhirnya mereka itu dipinggirkan. Jadi, saya katakan bahawa ini sesuatu yang tidak seharusnya berlaku dan saya mohon penjelasan untuk membolehkan saya ke muka lagi banyak isu-isu yang berkaitan dengan persoalan FELDA ini bagi diperjelaskan oleh pihak kerajaan sendiri.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akhir sekali saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua bahawa saya tidak nampak akhir-akhir ini kerajaan begitu beria untuk membantu golongan-golongan yang berpendapatan rendah khususnya petani-petani umpamanya. Kalau yang diberikan kepada petani-petani pun hanyalah dalam bentuk seperti mana yang dibuat pemberian dalam BR1M sahaja. Akan tetapi bagi petani-petani padi saya lihat bahawa harga padi masih rendah dan subsidi harga padi ini telah tidak dikaji selama lebih daripada 20 tahun.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya mencadangkan supaya subsidi harga padi ini sudah sampai masanya untuk dibuat satu kajian semula. Sudah 15 tahun, dekat-dekat 20 tahun. Maknanya sejak daripada tahun 1990 kalau tidak silap saya iaitu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh masih lagi berada dalam kerajaan yang dia juga bertanggungjawab untuk membuat kajian semula pada zaman dia, pada waktu itu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, tetapi selepas dia itu, tidak ada sesiapa buat kajian semula kepada harga subsidi ini.
Jadi saya minta supaya satu kajian semula untuk membolehkan subsidi harga padi ini boleh lakukan untuk diberikan kepada petani-petani sebab tidak cukup dengan BR1M kerana RM500 ini habis begitu sahaja, tetapi setiap musim ia memerlukan.
Sama juga macam kerajaan esok hendak bagi tayar kepada pemandu teksi empat biji, RM520. Pemandu teksi kata kami bukan hendak tayar, kami hendak permit. Permit tidak bagi, bukan semua dapat permit. Permit yang diperolehi oleh syarikat-syarikat, kroni- kroni kepada Menteri, kepada pemimpin-pemimpin politik UMNO, Barisan Nasional ini yang dapat banyak. Dia bagi tayar RM520, depa beritahu dekat saya, dia kata, kalau kami teksi waja, tidak cukup. Waja RM200 satu tayar, empat tayar RM800. Kami kena tambah sendiri dia kata. Bila ‘huih’, setahun dua tahun ‘huih’. ‘Huih’ tahu ‘huih’? Tayar itu jadi sudah nipis, jadi kami kena tukar, tukar sendiri. Permit kami hendak kena bayar.
Jadi saya hendak katakan bahawa kerajaan tidak tahu apa keutamaan yang diperlukan oleh rakyat. Bukan duit RM500. Depa hendak harga minyak turun, mereka hendak tol tidak ada, mereka hendak pendidikan percuma. Ini yang berterusan yang akan dapat dirasai oleh rakyat. RM500, pi tanya orang yang rumah dia senget RM500 ini, rumah itu duduk senget macam itu, rumah rakyat. Jadi saya katakan bahawa kerajaan harus tahu apa kepentingan dan keutamaan yang harus diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat dalam negara kita.
Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta betul-betul pastikan supaya Timbalan Menteri Kewangan jawab soalan-soalan saya khususnya yang berkaitan dengan Tabung Haji. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Arau.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena, masa dah ‘huih’. Jadi jangan lebih-lebih...
[Disampuk] Selepas ini insya-Allah Datuk Mazni akan jawab nanti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini bagi mengadakan peruntukan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebanyak RM13,795,345,000 untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan di dalam jadual seperti yang terlampir untuk tahun 2012.
Pertama kali Tuan Yang di-Pertua, kita rasa bersyukur atas nikmat dan limpah yang diberikan oleh Allah SWT terhadap kita di mana negara yang kita cintai ini walaupun apa jua keadaan yang berlaku tetapi kita masih lagi berada di kedudukan ke-21 di peringkat daya saing global bagi tahun 2011/2012 dan kita telah meningkat ke tangga ke-21 daripada tangga ke-26 pada tahun yang lalu di kalangan 142 negara keseluruhannya.
Jadi justeru kerana itu, berdasarkan dengan kedudukan keenam di dalam ekonomi Asia Pasifik dan juga kedua di peringkat Asean dengan skor 5.08 mata daripada maksimum 7 mata yang disasarkan. Jadi apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah berhubung dengan soal dagangan terutamanya dagangan kita dengan negara Amerika.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar walaupun di mata Kerajaan Amerika kita ini nampak kecil tetapi di mata kerajaan kita, kita adalah besar dari segi hubungan dan merupakan di antara rakan dagang terbesar. Kita harus membuat kajian, saya minta di sini MITI betul-betul melihat perkara ini dengan terperinci. Dasar pre-emptive yang dibuat oleh Kerajaan Amerika sama ada dari segi tindakan ketenteraan dan sebagainya, apabila mereka mempunyai hubungan dingin dengan negara China misalnya satu masa dahulu, mereka menjadikan kita di antara negara-negara yang menjadi pasaran dagangan terbaik bermula daripada tahun 1975, 1976, kita menerima kemasukan FDI yang begitu hebat di Pulau Pinang, di Selangor misalnya. Kita lihat pada masa itu kilang-kilang seperti Robert Bosch, kilang-kilang yang berorientasikan komputer dan lain-lain masuk dengan begitu hebat.
Akan tetapi apabila hubungan dingin itu kembali jernih antara negara Amerika dan China misalnya, mereka akhirnya mengubah pasaran-pasaran ini kepada negara-negara yang mereka telah jalinkan hubungan yang jernih ini seperti Vietnam, Kampuchea, Laos dan lain-lain dan semua syarikat-syarikat besar yang satu masa dahulu mendapat faedah yang begitu besar daripada pengecualian cukai yang dibuat oleh negara kita tetapi beralih pandangan dan berpindah terutamanya pengeluaran yang berorientasikan buruh yang berlaku pada masa itu.
Jadi dalam banyak perkara, walaupun kita melihat dalam konteks dari segi kita akan tidak lagi melibatkan manufacturing yang berorientasikan buruh tetapi dalam masa yang sama kita harus berhati-hati dengan tindakan negara Amerika, dengan dasar pre- emptive yang dijalankan secara berterusan bukan sahaja dari segi ekonomi, dari segi sosial, dari segi hubungan dua hala dan hubungan dagang dan sebagainya yang kita lihat kadang-kadang agak tidak adil kepada negara kita. Jadi sebarang FTA dan juga sebarang hubungan dagang yang bakal kita jalinkan dengan negara besar ini harus kita berhati-hati.
Kita sedar kedudukan global yang tidak menentukan dan kita masih dapat menjaga asas-asas ataupun basic yang begitu baik. Itu merupakan antara pengurusan ekonomi yang telah kita lakukan dengan saksama hasil daripada good governance yang kita praktikkan selama ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang dimulakan oleh Yang Berhormat Arau, cuma langsung saya hendak bertanya pandangan. Selain daripada rumusan tentang perundingan untuk mengenal pasti potensi dan sebagainya dalam bentuk komersial perindustrian, ada satu isu yang disebut sebagai masalah besar kepada komuniti ASEAN atau Asia sekarang iaitu disebut kita tidak ada satu tokoh pemimpin yang boleh mewakili sekitar ASEAN, rantau ASEAN dan juga rantau yang dilihat sebagai satu keluarga besar dalam Asia kita sendiri. Pemimpin-pemimpin dari negara seperti negara China, Jepun dan juga sebahagian daripada Indo-China dilihat tidak benar-benar boleh mewakili Asia untuk bertanding ataupun mendepani masalah kepimpinan di masa akan datang terutama untuk memastikan Asia kembali cemerlang menandingi negara-negara maju, mengambil kira tentang peluang apa yang berlaku di Amerika dan juga di Eropah yang mereka sedang menghadapi zaman kemelesetan atau pun kehilangan kedudukan yang utama.
Adakah ini juga perlu dilihat yang kita juga mempunyai peluang untuk menonjolkan seorang tokoh atau memikirkan ada tokoh barangkali daripada negara kita yang perlu kita tonjolkan? Barangkali kita belum memikirkan perkara ini. Terima kasih.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Sebenarnya itu memang berlaku. Dahulu kita memang ramai tokoh sama ada di peringkat Asean ataupun di peringkat negara-negara Asia. Kita ada Sukarno, Tun Mahathir, Tuanku Abdul Rahman, Suharto dan sebagainya, Ban Ki-Moon dan lain-lain, tetapi akhir-akhirnya mungkin peredaran zaman menyebabkan kita kekurangan tokoh tetapi kita akui bahawa menerusi kerjasama di kalangan negara ASEAN dan ASEAN Charter yang kita praktikkan sekarang ini, kita rasakan bahawa...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Arau jangan terikut langkah dan rentak Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita memang ramai tokoh ekonomi. Tidak boleh kita nafikan Tuan Yang di-Pertua, baik dalam negara kita mahupun di peringkat ASEAN mahupun Asia, ramai tokoh-tokoh. Jangan kita nafikan. Ini pembangkang memang suka hendak nafikan benda yang ada.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Ya, Yang Berhormat Sri Gading, okey, saya faham, saya faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi itulah saya minta adinda saya Yang Berhormat Arau jangan masuk perangkap orang.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tidak, saya bukan soal pembangkang atau kerajaan untuk pengetahuan ayahanda Yang Berhormat Sri Gading. Soalnya di sini adalah soal tokoh yang menyatupadukan di kalangan negara ASEAN dan di kalangan negara Asia dari segi kekuatan ekonomi. Terima kasih ayahanda Yang Berhormat Sri Gading kerana peringatkan saya berhubung perkara ini.
Cuma kita hendak lihat aliran menurun yang berlaku di antara rakan-rakan dagangan di ASEAN agak ketara sekarang dan cukup membimbangkan.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Kita hendak menyatukan ada, sekarang kita sudah mula mempunyai tokoh-tokoh yang sedemikian untuk kita satukan balik. Kita lihat apabila Dr. Surin menjadi Setiausaha ASEAN misalnya seorang tokoh daripada Harvard University sudah hendak habis itu pun.
Akan tetapi di antaranya dia boleh memberi buah fikiran ataupun sumbang saran ataupun idea penyatuan yang lebih baik. Ini kerana saingan kita sekarang bukan setakat saingan kita dengan negara-negara maju. Saingan yang berlaku dan wujud sekarang ini adalah saingan daripada negara China. Ini kerana bukan soal mereka sebab mereka sudah besar maka mempunyai kuasa yang cukup besar.
Mereka mengeluarkan barangan malah cukup untuk pasaran di negara mereka.
Akan tetapi mereka mempengaruhi keseluruhan pasaran di ASEAN dan juga pasaran di negara-negara Asia. Menyebabkan Korea, Hong Kong, Jepun misalnya berada dalam keadaan yang terumbang ambing. Sehinggakan Jepun pada satu masa sekitar bulan April, bulan Mac, bulan Mei dan sebagainya mereka terpaksa mengarahkan semua syarikat- syarikat pelaburan mereka yang berada di luar negara membawa balik yen kembali ke negara untuk menstabilkan kedudukan mata wang dan juga ekonomi negara Jepun.
Jadi dalam keadaan sekarang aliran menurun ini bukan disokong oleh economist intelligent units dengan izin yang ditaja oleh DHA Asia Pasifik. Dalam hal ini Tuan Yang di- Pertua, kita mahu MITI dengan kita mempunyai pejabat di seluruh negara ASEAN dan Asia ini kita perlu berhati-hati dengan kebangkitan gergasi China dan India ini supaya kita melihat corak perdagangan yang bakal kita jalinkan di antara dua negara ini betul-betul tidak merugikan negara kita. Kita juga perlu berhati-hati ketika hendak menandatangani sesuatu perjanjian sama ada perjanjian yang melibatkan FTA ataupun perjanjian yang melibatkan ataupun arahan dasar yang melibatkan bangsa-bangsa tertentu.
Jangan tergesa-gesa ataupun we want to be the first. Kita kena berhati-hati kerana kita tidak mahu dasar yang kita buat perjanjian yang kita tangani akhirnya apabila kita terlibat dilaksanakan akan merugikan negara, terutamanya dari segi corak perdagangan yang bakal terjalin masa kini dan masa yang akan datang. Jadi sebab itulah saya meminta MITI berhati-hati dalam perkara ini supaya kita menjadi satu rangkaian negara-negara yang di peringkat serantau dan global. Bersatu untuk mewujudkan pasaran ASEAN barulah kita dapat menimbulkan satu kekuatan gabungan jalin di antara negara- negara ASEAN.
Satu lagi saya ingin timbulkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dasar Automotif Negara (ANP) yang dilaksanakan pada 22 Mac 2006. Kita sedar bahawa saingan Proton sekarang sudah diambil alih seorang individu dan bersama syarikatnya.
Kita lihat dasar-dasar pinjaman bank seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan soal pinjaman yang begitu ketat menyebabkan harga kereta Proton, Perodua, kereta nasional kita dan kereta-kereta lain sukar untuk membuat pinjaman hasil daripada pemantauan dan dasar yang dipantau keras oleh Bank Negara, untuk melihat bahawa mereka yang benar- benar berkelayakan sahaja boleh membuat pinjaman.
Cuma kita lihat dalam konteks hibrid. Kita mahu hibrid ini diberi tumpuan. Ini kereta masa depan dan sudah digunakan sekarang. AP hibrid, pusat servis hibrid, kerjasama kita dengan syarikat-syarikat automotif antarabangsa seperti Toyota, Honda dan lain-lain yang telah mencapai standard yang begitu tinggi. Supaya ianya diberi tumpuan kerana pasaran global AP sekarang pun tidak begitu baik hasil daripada keadaan yang
Dato' Ismail Kasim - Arau
tidak menentu yang berlaku dalam negara ini. Jadi sejauh mana ANP ini perlu dikaji ke arah konsep penghijauan greening ini dengan izin dalam industri automotif kita ini perlu diberi perhatian oleh pihak MITI, supaya bukan setakat rantaian, bukan setakat standard malah ekosistem atau infrastruktur itu perlu diberikan perhatian dan juga fokus yang begitu jelas.
Satu lagi saya ingin menarik tentang Kementerian Pertanian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Saya ingin teringat kawasan pinggir MADA untuk kawasan saya iaitu untuk negeri Perlis khasnya di Parlimen Arau. Seluas 1,397 hektar kawasan pinggir MADA di negeri Perlis diwartakan pada November 2011 dan kawasan ini secara tradisinya adalah terletak bersebelahan dengan kawasan MADA dan selama ini di bawah seliaan Jabatan Parit dan Saliran dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Jadi tanggungjawab untuk membangunkan kawasan-kawasan pinggiran MADA ini masih terletak di bawah tanggungjawab MADA yang lebih kurang keluasannya 650 hektar iaitu melibatkan kawasan padang dan juga kawasan Alor Melaka di dalam Dewan Undangan Negeri Pauh.
Jadi saya hendak minta di sini soal bajet. Kawasan ini boleh dikatakan kawasan yang konsisten dalam pengeluaran beras. MADA Perlis ini, ia dalam Wilayah Satu Perlis dengan Kedah tetapi dia sebahagian hanya diiktiraf sebagai wilayah. Gred gaji Pengurus Wilayah hanya 48 jadi saya minta Kementerian Pertanian, JPA khasnya supaya mempertimbangkan supaya Pengurus MADA Wilayah Satu ini dinaikkan Gred 52 selari dengan pengarah-pengarah lain di kalangan peringkat negeri iaitu 52 dan 54. Supaya biarlah mereka sealiran kerana kita tidak boleh ukur dari keluasan. Sumbangan kawasan MADA Perlis ini adalah begitu besar dan konsisten. Beras Perlis tidak pernah diiktiraf, nasi dia tidak pernah basi, kualiti dia cukup jelas, tanah dia baik.
Oleh sebab itu Perlis the only state yang mampu mengeluarkan mangga harumanis yang tidak boleh ditanam di negeri-negeri lain kerana soal tanah dan cuaca lain daripada negeri lain di Semenanjung ini. Oleh sebab itu kita kena bagi perhatian tentang perkara ini. Consistently 5.2 tan sehektar hingga 7.5 hektar ataupun 8.5 hektar yang dihasilkan oleh MADA di Parlimen Arau dan juga di Parlimen Kangar dan lain-lain, jelas menunjukkan bahawa taraf Pengurus Wilayah Satu itu perlulah dinaikkan kepada Gred 52.
Selain itu saya pohon pihak Kementerian Pertanian jangan tengok kalau dalam kita hendak pasti kawasan pertanian makin mengecil, pembangunan begitu pesat. Itu kita tidak dapat nafikan. Boleh dikatakan kebanyakan kawasan-kawasan telah digazet untuk bandar baru, untuk perumahan, untuk kawasan perniagaan dan sebagainya, makin mengecil.
Kita berhempas pulas untuk menjaga makanan negara kita, dasar makanan. Nanti terpaksa buat sport buying ketika menghadapi bencana dan sebagainya seperti yang pernah berlaku satu masa dahulu. Kita terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal kerana kita yakin kita ada stok yang mencukupi tetapi stok yang ada ini boleh dinamakan sebagai just in time stock sahaja dengan izin Tuan Yang di-Pertua bukan cukup. Kita campur apa yang ada dalam rangkaian-rangkaian hyper market dan super market yang ada di negara kita ini itu pun kita sudah kira habis sudah. Kita tidak minta berlaku tetapi andai kata berlaku kesiapsiagaan kita untuk memastikan perbekalan ini cukup, nanti Yang Berhormat Sri Gading banjir besar pernah berlaku tujuh kaki di Sri Gading, tinggi. Tiba-tiba makanan tidak ada, beras tidak ada. Jadi apa akan jadi pada rakyat?
Dalam hal-hal demikian banyak perkara yang harus jadi agenda bersama di antara kerajaan dan pembangkang yang bukan harus dijadikan politik dan mainan politik. Ini yang kita hendak jaga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon supaya satu tandup yang merupakan mengawal pasang surut air laut di kawasan Sungai Baru yang dibina pada tahun 1954. Saya pun tidak lahir lagi Tuan Yang di-Pertua. Jauh lagi belum ada lagi dalam pelan hendak jadi, hendak dilahirkan. Tahun 1954 masih diguna pakai. Jadi saya pohon tandup yang mengawal pasang surut air laut di Kuala Sungai Baru ini yang telah berada dalam keadaan teramat uzur, supaya ianya di baik pulih selain dia kena pukulan tsunami dahulu yang masih lagi belum dapat dibaik pulih sepenuhnya dan amat diperlukan untuk kegunaan pengairan di kawasan Arau. Pohon ianya dibawa dalam peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Sebelum itu saya minta pihak kementerian sekali lagi supaya melihat tanaman- tanaman lain seperti jagung. Jagung yang digunakan untuk makanan ternakan. Kita sekarang kita tidak banyak kalau ada pun jumlah kecil. Stok penimbal, stok penyimpan kita makin tidak mencukupi. Kita masih mengimport dalam jumlah yang besar. Selain daripada
Dato' Ismail Kasim - Arau
food import bill yang sedia ada sudah mendekati RM15 bilion. Jagung tanah subur kita tidak mampu keluarkan di negara kita seperti mana Yang Berhormat Putatan katakan tadi.
Gula kita terpaksa import, banyak barang kita terpaksa import tapai kita tidak menggunakan sepenuhnya kedudukan. Kalau dihasilkan di negara kita ianya dalam kos yang mahal.
Kalau dihasilkan di negara kita mesti dimulai dengan subsidi. Ini perkara-perkara yang harus diberi pertimbangan.
Biarlah dasar tidak dibuat secara ad hoc tetapi dirancang, diteliti supaya kita benar-benar tahu yang kita mampu buat, kita laksanakan. Jangan kita meletakkan kebergantungan kepada eksport semata-mata seperti tebu, gula seperti mana yang dibangkitkan.
Akhir sekali Kementerian Pengangkutan, saya minta lesen memandu kita ini kalau kita banding dengan Nigeria pun kita merasa malulah, lesen memandu kita.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Kita masih lagi dalam tahap kita dok buat dalam keadaan yang tidak begitu elok.
Jadi, mohon Kementerian Pengangkutan tolong upgrade. Benda lain kita boleh buat, macam-macam, AES dan lain-lain kita boleh buat tetapi lesen memandu kita dalam keadaan yang saya hendak tunjuk rakan-rakan kalau pergi conference, mereka minta tengok, “please show me your driving license”. Saya malu sebab macam kad pergi hadir seminar sahaja. Jadi, hari ini tolonglah Kementerian Pengangkutan buat kajian. Yang ini bukan besar pun, kalau caj RM1 pun saya ingat pengguna tidak ada masalah tetapi ada kualiti, tidak boleh ditiru. Jadi boleh kita – kalau ikut ada kepakaran, dia boleh potong, dia boleh hasilkan dan buat dari B2 jadi B1, B penuh dan sebagainya. Jadi, mohon pihak Kementerian Pengangkutan menyedari perkara ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hormati masa dan hormati Tuan Yang di- Pertua. Arahan Tuan Yang di-Pertua demi menghormati Dewan yang mulia ini, kita ini ibarat kapal yang sedang berlayar. Rakan saya Dato’ Seri Ong Ka Chuan bagi, pepatah lama Cina dia kata. Kapal belayar, ketika kita hadapi gelora, gelombang, ombak besar, ada tiga kategori orang yang ada dalam kapal. Golongan pertama, bila dah bertembung ribut, gelora, ombak besar ini, dia terus terjun ke laut, dia takut dengan gelombang. Golongan kedua, dia kata kenapa ajak dia belayar, dah tahu ada ombak, ribut, cetuskan keluh-kesah di dalam kapal. Jadi kapten pun tidak tahu hendak pergi belah kiri, belah kanan atau depan tetapi dia juga kapten bertanggungjawab dan beramanah untuk menjaga kapal supaya tidak karam. Golongan terakhir, sedikit sahaja bilangannya, golongan ini sabar, tunggu dan lihat.
Bersama kapten berbincang, bermusyawarah untuk bersama-sama memastikan kapal tidak karam dan sampai ke destinasi yang dituju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Kapal ini kapal Barisan Nasional lah. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Golongan yang lain Yang Berhormat tidak masukkan, golongan yang selalu bising, macam begini selalu.
[Ketawa] Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, 20 minit ya. Selepas ini saya akan panggil daripada Barisan Nasional, selepas itu saya panggil daripada PKR.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua kata tadi, selepas Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya berucap.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Wangsa Maju, tadi saya nampak Yang Berhormat Pasir Mas berucap, itu wakil daripada...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Pasir Mas belum berucap lagi.
Seorang Ahli
Dah, dah, dah.
Tuan Yang di-Pertua
Nama saya sudah senaraikan, Yang Berhormat Tawau pun saya sudah senaraikan kerana wakil daripada satu state.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Nama saya tadi ada? Saya bangun pertama tadi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading sentiasa ada dalam list.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang untuk membahaskan dalam Supplementary Budget Bill yang telah pun dibentangkan oleh pihak kerajaan. Seperti apa yang telah dibentangkan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi, bajet ini yang memerlukan RM13.7 bilion tambahan daripada dana kerajaan merupakan sekali lagi contoh bahawa apa yang kita luluskan dalam bajet dahulu tidak penting. Sekarang kerajaan buat bajet, tidak perlu buat kira-kira yang tetap sebab bila tidak tetap, lain hari masih boleh buat supplementary budget, tidak apa sebab ini salah-salah sekejap sahaja.
So, apa yang kita bahas tahun lalu, tiga empat bulan atas bajet macam tidak laku, macam bahas syok sendiri sahaja sebab apa yang terjadi selepas itu, masih boleh tambah RM13 bilion dan ini bukan yang terakhir untuk tahun 2012. Saya pasti dalam sitting yang akan datang, hujung tahun, Januari, tentu ada satu lagi supplementary budget, pasti ada.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mengambil berat ke atas persiapan untuk menyediakan satu bajet yang kukuh, yang menyeluruh. Sekarang buat sahajalah, tidak apa, lain hari masih boleh tambah supplementary budget. Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini sebab ini sudah dibangkitkan dekat empat tahun, kerajaan macam tidak dengar sahaja, terus sahaja buat cara dahulu, tidak ada perubahan langsung. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya hendak tanya pada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, pandangan Yang Berhormat. Ini masalah ini pegawai- pegawai perancang atau masalah pelaksanaan di mana tidak ada fiskal disiplin bagi pihak kerajaan yang boleh buat program spontan, tidak ikut bajet dan sebagainya. Lalu kita kasihanlah pegawai-pegawai dalam Kementerian Kewangan yang sudah susah payah siapkan bajet, kita bahas dua tiga jam sahaja, mereka buat kerja berapa bulan, dah siap tengok tak ikut. Apa pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya rasa ini bukan salah pihak pegawai daripada kerajaan. Pegawai ini kena dipimpin dan pucuk pimpinan kerajaan yang perlu dipersalahkan, pimpinan daripada Menteri-menteri Barisan Nasional ini memang tidak buat kerja dengan betul.
Antara perkara yang terbangkit adalah masalah sama ada hutang akan meningkat tetapi itu bukan sahaja isu kerajaan. Kita rasa masalah hutang di negara Malaysia ini adalah bukan sahaja hutang kerajaan kian meningkat, hutang antara pihak-pihak yang tertentu juga kian meningkat. Kita masih ingat tidak lama dahulu, 14 tahun, saya masih kecil ketika itu. 14 tahun dahulu kita kenal dengan satu syarikat Renong, semua di sini kenal.
Bapa saya beli saham Renong pun habis semua wang, tidak ada lagi. Kenapa? Sebab mereka ada hutang melebihi RM20 bilion yang pada masa itu adalah lebih kurang 7% daripada jumlah hutang korporat yang ada di negara kita. Itu tahun 1998.
Bila Asian financial crisis sampai, kelam kabut, tidak dapat bayar hutang, kerajaan kena bail out dengan RM10 bilion. Selepas itu cara bail out itu tidak saksama kepada pihak pelabur, stok market kita crash dan selepas itu ramai rugi berjuta-juta ringgit di negara Malaysia. Sekarang Renong tidak ada lagi, sudah bankrap, semua syarikat telah pun diambil oleh pihak kerajaan seperti UEM, PLUS, Link Kedua, KTM, Putra LRT, semua sekarang dah di tangan kerajaan sebab kita sudah pun bail out kepada Renong. 14 tahun kemudian, apakah sejarah akan berulang sekali lagi, will lightning strike twice? Kita sekarang ada juga syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.3 bilion, jumlah hutang. Dulu Renong RM20 bilion lebih sahaja, sekarang RM34.3 bilion, bawa empat syarikat utama.
Syarikat yang pertama MMC, MMC mempunyai hutang sebanyak RM24.2 bilion. Ianya dimiliki lebih kurang 51.8% oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Di bawah MMC, ada syarikat- syarikat yang terkenal seperti Malakoff, Gas Malaysia, Aliran Insan, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port, Senai Airport, SMART Tunnel dan kesemua joint venture daripada
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
MMC Gamuda. Selepas itu syarikat yang kedua ialah DRB-Hicom. Hutangnya RM5.7 bilion yang termasuk RM3 bilion yang telah pun diambil untuk mengambil alih Proton Berhad baru-baru ini. Syarikat-syarikat di bawah DRB-Hicom termasuk Edaran Automobil Nasional, Modenas, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, Pos Malaysia, Defends Technologies dan beberapa syarikat pemaju, property development atau pemaju hartanah.
Ketiga adalah Tradewinds yang dimiliki 43% yang ada hutangnya RM3.48 bilion. Ia memiliki monopoli padi BERNAS ada monopoli gula, Central Sugar Refinery dan juga 20% dalam Syarikat Malaysian Sugar Manufacturing dan juga Tradewinds Plantations. Yang keempat adalah Tradewinds Corporation yang memiliki beberapa hotel termasuk Crowne Plaza Mutiara, Hilton Kuching dan Petaling Jaya, Hotel Istana dan lain-lain. Ada hutangnya RM890 juta. RM34.3 bilion hutang ini merupakan satu hutang yang mungkin membawa yang dikatakan systemic risk kepada financial system di negara kita. Sekarang bukan sahaja ada hutang RM34.3 bilion, masih lagi projek diletak ataupun diberikan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Baru-baru ini di Pulau Pinang kita hendak bahagikan Pelabuhan Pulau Pinang.
Sudah ada Tanjung Pelepas, sudah ada Johor Port sekarang hendak bagi lagi Penang Port, Pelabuhan Pulau Pinang. Berapa harganya masih tidak tahu, masih tidak diberitahu oleh pihak kerajaan tetapi sekurang-kurangnya Tan Sri Syed Mokhtar kena pinjam lagi berbilion-bilion ringgit untuk beli pelabuhan. Tambahan lagi market rumours yang telah pun dilaporkan dalam surat khabar-surat khabar business telah berkata, mereka juga hendak beli North Port, Pelabuhan Klang hendak beli juga. Selepas itu hendak beli Keretapi Tanah Melayu (KTM Berhad) hendak beli juga. Banyak lagi hari ini, The Malaysian Insider baru lapor mereka hendak beli Bukit Bintang Plaza daripada UDA. Lain-lain hartanah pun sudah dibeli oleh syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Saya minta supaya kerajaan boleh berikan jaminan, adakah krisis akan berlaku dengan pinjaman sebegini kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh satu orang sahaja dan saya minta supaya pihak kerajaan dapat berikan jaminan supaya kalau ada apa pun yang berlaku, jika beliau tidak dapat bayar hutang ataupun antara syarikatnya tidak dapat bayar hutang, jangan gunakan wang rakyat sekali lagi untuk bail out syarikat-syarikat ini ataupun Tan Sri Syed Mokhtar. Seperti apa yang terjadi dahulu semasa Renong, di mana kerajaan telah pun bail out berbilion-bilion ringgit kepada Tan Sri Halim Saad. Kita harap wang-wang yang telah pun digunakan untuk melabur dalam hutang-hutang ini daripada KWSP, daripada KWAP, daripada LTAT, Tabung Haji dan lain-lain akan diberikan jaminan supaya tidak akan disalahgunakan dan tidak akan rugi kepada rakyat. Ini hutang daripada Tan Sri Syed Mokhtar.
Tuan Charles Santiago - Klang
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat mengenai jaminan yang akan diberikan, yang diminta oleh Yang Berhormat. Adakah jaminan ini boleh dipercayai, pertama. Kedua, satu daripada langkah kerajaan boleh ambil ialah untuk mengehadkan pinjaman untuk mana-mana business supaya it’s not too big to fail. Sebab kita dapati di Amerika Syarikat dan sebagainya mereka pinjam berbilion-bilion ringgit, maka kerajaan terpaksa bail out mereka.
So, should we impose some kind of a limitation on borrowing?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Buat masa ini memang ada limitation on borrowing di mana setiap orang tidak dibenarkan untuk melebihi lebih kurang 5% daripada pinjaman sesebuah bank tetapi itu merupakan satu regulation sahaja dan banyak cara yang lain untuk mengatasi had tersebut terutamanya jika pinjaman tidak datang daripada bank tetapi datang daripada perbadanan seperti KWSP, EPF, KWAP dan lain-lain badan. So, saya rasa kementerian perlu ada satu regulation yang menyeluruh, bukan sahaja di bank tetapi juga daripada seluruh negara. Di mana kita akan mengalami systemic risk jika ada apa-apa krisis berlaku, terutamanya masa ini di mana kita lihat ada Euro Zone Crisis yang akan membawa kesan yang negatif kepada ekonomi kita. Kita jangan oleh kerana apa yang berlaku di Amerika kah, di Eropah kah, apa yang terjadi, kita pula yang menjadi mangsa kepada krisis luar negeri.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan adalah isu Felda Global...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Cepat lah.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih. Saya minta pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, mengapa semua begitu banyak kemudahan awam hendak beri kepada seorang? Adakah kita tidak ada company yang lain yang mampu mengambil alihkah?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya harap Yang Berhormat Menteri berikan jawapan kenapa kesemua ini telah pun ditawarkan secara rundingan terus.
Kalaupun hendak kita swastakan Pelabuhan Pulau Pinang, biar kita swastakan secara tender terbuka. Biar kita tahu pihak yang paling berkemampuan, paling ada wang, dapat mengendalikan Pelabuhan Pulau Pinang kita. Bukannya ditawarkan secara rahsia, tidak ada maklumat langsung. Satu hari kita bangun, “Oh, sudah diswastakan kepada syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.” Okey, FGVH - Felda Global. Saya hendak tanya kepada kerajaan, adakah kerajaan kekurangan wang begitu banyak sehingga perlu mengambil begitu banyak wang daripada IPO yang sedang dijalankan buat masa ini. Saya faham kenapa FGVH hendak buat IPO. Kita hendak kumpul wang tambahan buat Felda Global. Itu tidak menjadi masalah kalau Felda Global gunakan wang ini untuk melabur dalam ladang-ladang ataupun plantation yang baru untuk mengeluarkan kelapa sawit. Itu tidak menjadi masalah tetapi apa yang kita lihat daripada FGVH punya IPO ini yang akan mengumpul wang sebanyak RM9.96 bilion, 55% daripada wang tersebut bukannya akan diberikan kepada syarikat FGVH untuk membuat pelaburan. 55% daripada IPO ini akan di kumpul oleh kerajaan, akan diambil balik oleh kerajaan. So, kenapa kerajaan perlu mengambil balik sebanyak 55% iaitu RM5.5 bilion daripada jumlah yang di kumpul daripada IPO ini dan bukannya digunakan pihak-pihak FGVH untuk membuat pelaburan tambahan. Kita dapat lihat kerajaan macam terdesak untuk menjual saham FGVH.
Sekarang kerajaan memiliki 100% daripada saham FGVH tetapi selepas IPO, kita jual 60% daripada milik kita dalam syarikat ini. 100% jadi 40%. Kita lihat Facebook IPO, IPO terbesar di dunia, mereka buat IPO, mereka jual 25% tetapi kerajaan menjual 60% dan bukannya untuk mengumpul wang untuk FGVH tetapi untuk mendapatkan wang masuk balik kepada kerajaan. So, kita hendak tahu apakah kegunaan wang yang akan di...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya benar-benar tidak ada masa lagi, Tuan Yang di-Pertua akan stop saya kalau saya tidak habis nanti. Minta maaf, kita boleh bincang dekat luar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa luar pula, dalamlah.
Luar pula.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey. Nombor dua, mengenai FGVH, kerajaan telah pun menandatangani beberapa perjanjian dengan FGVH.
Kerajaan telah pun menandatangani beberapa perjanjian dengan FGVH yang boleh dikatakan merugikan pihak Koperasi Permodalan FELDA ataupun pihak penghuni, peneroka FELDA sendiri. Pada masa dahulu 356,000 hektar tanah yang milik FELDA, milik kerajaan, telah pun diberikan kepada Felda Plantations yang merupakan anak syarikat kepada KPF untuk mendapatkan keuntungan besar. Akan tetapi kerana sekarang mereka hendak meningkatkan untung kepada FGVH, kerajaan tamatkan perjanjian tersebut dan tanah 356,000 hektar telah pun diberikan kepada FGVH pula.
So, pada masa dahulu, untungnya diberikan, diperuntukkan kepada KPF iaitu 70% milik peneroka FELDA. Sekarang keuntungan tersebut telah pun diagihkan kepada FGVH untuk meninggikan untung kepada FGVH. Saya rasa ini merugikan pihak peneroka sebab KPF langsung tidak terlibat dalam penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. So, maksudnya apa-apa keuntungan iaitu tanah ini membawa keuntungan sebanyak RM680 juta. Satu sen pun daripada keuntungan ini tidak akan diberikan kepada KPF ataupun peneroka dan hanya akan terkumpul dalam FGVH sahaja. Bukan itu sahaja, dalam pada masa dahulu sebelum listing ini berlaku, semua CPO yang telah pun diproses oleh syarikat Felda Palm Industry yang merupakan sekali lagi anak syarikat kepada KPF. Mereka boleh jual kepada
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
sesiapapun untuk mendapatkan keuntungan kepada syarikat yang akan diberikan kepada KPF. Akan tetapi sekarang mereka dipaksa untuk menjual semua CPO yang telah diproses, kecuali yang telah digunakan dalam syarikat sendiri, kepada FGVH. Mereka akan mendapatkan keuntungan tambahan. FGVH akan mendapatkan keuntungan tambahan daripada pembelian ini yang tidak akan menguntungkan, sekali lagi, KPF. So, KPF akan hilang keuntungan. Mungkin jika kata margin 5%, mungkin sebanyak RM400,000,000 setiap tahun. Itu kerugian kepada KPF. So, kenapa kerajaan menggunakan cara ini untuk meningkatkan inflict the profits of FGVH dan kenapa kerajaan merugikan pihak KPF dalam transaksi sebegini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Siapa yang menandatangani transaksi ini? Adakah dia itu pengerusi kepada FELDA iaitu Tan Sri Isa Samad. Kita minta penjelasan daripada pihak Menteri dan juga pada masa yang sama kerajaan pun rugi. Bukan sahaja KPF rugi, kerajaan pun rugi.
Sebelum ini kerajaan boleh menyewakan tanah kepada FGVH. Mereka menyewakan tanah 356,000 hektar ini dengan harga RM1,490 setiap hektar tetapi bila kita buat perbandingan dengan syarikat-syarikat lain yang mengeluarkan minyak sawit ini kadar penyewaan adalah lebih kurang RM3,358 setiap hektar.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, boleh buat pembetulan? Pembetulan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You ucap nantilah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tidak ada sewa sebelum ini. You salah.
Jangan kelirukan Dewan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey, tidak ada sewa sebelum ini, tidak ada sewa sebelum ini tapi sekarang sewa dengan harga RM1,490 malah harga pasaran adalah RM3,358 setiap hektar seperti apa yang disewa oleh Al-Hadharah Boustead Plantation REIT dan kalau kita ambil perbandingan dengan apa yang disewa oleh kerajaan ini merupakan kerugian kepada kerajaan sebanyak RM400 juta setiap tahun.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini suka sangat berbohong.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Mana bohong! Apa yang bohong? You boleh bahas nanti dengan fakta. Saya keluarkan fakta semua. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi Yang Berhormat, seminit lagi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Okey, seminit lagi. Kerajaan telah pun membalas dalam media bahawa kepentingan pihak peneroka masih dilindungi.
Cara apa? Segala apa yang kerajaan dapat 20% itu dimasukkan dalam satu dana yang dikatakan trust fund untuk kebaikan peneroka. Saya ingin bertanya apa trust fund ini?
Masa you sampai sekarang dalam prospektus langsung tidak ada apa-apa pengumuman mengenai sebarang trust fund yang dikatakan oleh Menteri. IPO tidak ada. Tidak mention pun. Kita hanya dengar Menteri kata ada sahaja. Apakah trust fund ini dan kalau benar- benar hendak bantu pihak peneroka kenapa 20% pemilikan FGVH ini tidak disalurkan, dihulurkan, diberikan, diserahkan terus kepada koperasi permodalan FELDA? Kenapa tidak beri terus kepada KPF? Kenapa mesti ada satu trust fund yang special yang di...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
KPF tolaklah. KPF tolak.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya tahu you banyak kenal sama FELDA. So, akhir sekali...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sudah habislah!
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Belum habislah. Akhir sekali saya harap kerajaan ambil prihatin tentang isu FGVH di mana 60% telah pun ditawarkan tetapi kita tahu antara 60% yang telah pun ditawarkan lebih kurang 20% telah pun diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri seperti Pahang, Sabah, Johor dan lain-lain dan ini merupakan satu jumlah yang besar dan kita harap tidak lagi kita jumpa ataupun FGVH tidak akan menimpa apa yang berlaku kepada Time Engineering di mana selepas disenaraikan, harga FGVH akan turun mendadak dan menyebabkan kerugian kepada kebanyakan tabung dana di Malaysia seperti EPF, KWAN dan juga negeri-negeri yang telah pun dipaksa untuk
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
mengambil saham dalam FGVH supaya semua saham dapat dijual di pasaran Bursa Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat petang, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya untuk bersama-sama menyokong Perbekalan Tambahan (2012) 2012. Sebagai rakyat yang bersyukur Tuan Yang di-Pertua saya tetap menyokong mewakili rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, benarlah kata pepatah Tuan Yang di-Pertua, benarlah Tuan Yang di-Pertua orang tua-tua bijak pandai sekali air bah sekali pantai berubah. Saya senyum-senyum Tuan Yang di-Pertua apabila Yang Berhormat Permatang Pauh bangun- bangun memulakan ucapan menyalahkan kerajaan kerana peruntukan tambahan. Dahulu beliau Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri inilah yang dia buat saban tahun selama bertahun-tahun. Sekali air bah Tuan Yang di-Pertua, sekali pantai berubah.
Manusia Tuan Yang di-Pertua, manusia Tuan Yang di-Pertua. Manusia memang boleh berubah Tuan Yang di-Pertua. Sekarang bercakap dengan nada yang digunakan oleh parti pembangkang ketika dia dalam kerajaan. Dia bercakap nada yang digunakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur waktu dia sebagai kerajaan. Inilah yang ditentang habis-habisan apabila pembangkang ketika itu memberikan kritikan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dia sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Mencelah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih kerana mengingatkan kita tentang amalan yang telah dilaksanakan oleh beliau sewaktu Menteri Kewangan tetapi mungkin mereka akan kata itu dahulu tetapi sekarang ini lain. Sedar ataupun tidak Yang Berhormat Sri Gading bahawa apa ungkapan daripada pihak pembangkang yang kita membentangkan belanjawan tambahan ini tidak bertanggungjawab adalah sebenarnya amalan yang telah dipraktikkan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka contohnya negeri Selangor membentangkan hampir setiap tahun perbekalan tambahan juga. Jadi kalau kritikan terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan bahawa kita terpaksa buat supplementary budget, kritikan yang samalah yang boleh kita bagi kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pembangkang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Maknanya Yang Berhormat Rembau orang ini meludah ke langit kena batang hidung sendiri Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah, ketua pemuda saya bukan calang-calang orang.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat sedikit sahaja.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Banyak pun boleh.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja. Satu telunjuk menunjuk kat orang, empat menunjuk kat diri dia. Itu dianya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Banyaklah contoh.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah, tidak payah. Saya tidak mahu menjawab you punya soalan. Masa Timbalan Menteri menggulung nanti you soallah. Saya tidak hendak menghabiskan masa saya kerana melayan fikiran-fikiran yang karut-marut dan sia-sia.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini pembangkang ketakutan. Sesak nafas Tuan Yang di-Pertua, sesak! Ini ramai yang ada dalam Dewan ini entah-entah dapat lagi ataupun tidak.
Nafas sudah makin pendek, waktu sudah makin singkat...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kalau berani panggil pilihan raya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Kerana pilihan raya dikatakan di ambang pintu. Tetap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetap berani
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
tugas dia akan dijalankan apabila tiba masanya. Mereka sudah sesak. Tuan Yang di- Pertua, sudah rasa gelabah oleh sebab hendak menghadapi pilihan raya ini persepsi yang mengelirukan rakyat harus digembar-gemburkan supaya kalau mereka kalah besok seperti apa yang mereka sasarkan SPR sekarang. Maknanya...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Sri Gading tumpang tanya. Yang Berhormat. Belakang, belakang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Aku ini tengah stim Yang Berhormat Ledang. Engkau potong stim aku.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ini tambah stim.
[Ketawa]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Engkau masuk nantilah, sekejap.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sekejap, sekejap, sedikit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Masuk nanti, masuk nanti.
Tuan Yang di-Pertua, yang jadi sasaran ialah SPR kerana kalau mereka kalah besok mereka macam-macam buat. Ini SPR tidak telus, SPR tidak betul, SPR berat sebelah. Ini gambaran yang hendak diuar-uarkan kepada rakyat hari ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Namun saya yakin dan percaya rakyat boleh berfikir secara normal, secara matang, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Paun pun boleh kalah dalam pilihan raya akan datang ini, tidak mustahil. Yang Berhormat Maran pun boleh kalah dalam pilihan raya akan datang. Jadi kalau mereka kalah, mereka akan kata SPR tidak adil, SPR berat sebelah, SPR kotor. Ini diuar-uarkan dahulu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya hendak ingatkan kepada rakyat mari kita selak sejarah. Tun Dr. Mahathir pernah dikalahkan, Yang Berhormat Sungai Siput ini pernah kalahkan Presiden MIC, beberapa Menteri kalah dalam pilihan raya. Mereka tidak bising. Mereka tidak ajak rakyat pergi ke jalan raya, mereka tidak buat demonstrasi, mereka tidak buat bantahan. Kita terima. Akan tetapi ini yang disediakan oleh pembangkang hendak menyatakan kepada rakyat lebih awal sebagi fitnah pembohongan, ini begini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pilihan raya akan datang insya-Allah Yang Berhormat Pekan akan menang, insya-Allah Yang Berhormat Pagoh akan menang, insya-Allah Yang Berhormat Bintulu sebelah saya akan menang, insya-Allah Yang Berhormat Kinabatangan pun akan menang. Jadi kalau sudah kiri kanan menang, yang tengah-tengah ini macam mana? Tuan Yang di-Pertua, itu satu, hendak menghadapi pilihan raya ini.
Yang kedua, digambarkan kepada rakyat negara ini dan juga orang di luar negara betapa buruknya kerajaan hari ini. Tuan Yang di-Pertua, hendak menyalahkan mudah.
Yang akan dijadikan sasaran dan sebagainya pelbagai untuk mengapi-apikan rakyat supaya benci kerajaan. Ini hendak membuat demonstrasi 0.3 Kotor ini, itu pun sebagai salah satu cara hendak mengelirukan, kerana pembangkang ini Tuan Yang di-Pertua, dia gunakan lima strategi. Satu, penafian - tuduh sahaja apa pun, nafi, nafi, nafi. Tuduhlah RM3 bilion, nafi, tuduhlah video, nafi, nafi. Penafian. Dua bohong, inilah macam Yang Berhormat PJU bohong, tiga putar belit fakta, empat fitnah, lima janji - janji bulan dan bintang.
Tuan Yang di-Pertua, ambil contoh jahatnya pembangkang ini. Irene Fernandez, Pengerusi Tenaganita sampai sanggup ke Jakarta membuat fitnah kerajaan ini tidak bagus, hakim boleh dibeli, polis boleh dibeli, imigresen boleh dibeli memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Ini satu penderhakaan yang amat hebat. Kenapa pembangkang tidak bertanggungjawab tidak betulkan Irene, malahan dia ini salah seorang saya difahamkan ialah ahli jawatankuasa Bersih Kotor 3.0 ini. Penderhaka-penderhaka macam ini, apakah tidak boleh kita hukum? Tarik kerakyatan dia. Sebab orang yang berjasa kita beri penghormatan, bagi bintang, jadi kalau penderhaka habis kita diamkan sahaja.
Kerajaan kena bertindak supaya orang-orang macam ini tidak tumbuh macam cendawan besok dalam negara kita menyusahkan negara, menyusahkan rakyat, penderhaka, pengkhianat. Tarik dia punya kerakyatan apa salahnya. Buat fitnah dalam negara.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Sri Gading, boleh mencelah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ambil contoh penderhaka. Ini ada pemimpin PAS dari negeri Perak yang memfitnah Sultan saya, Sultan Johor, kenapa?
Ini penderhaka. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Melaka jatuh kerana penderhakaan orang kepada Sultan Melaka, jatuh Melaka 500 tahun kita dijajah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Sri Gading tidak menghormati Perlembagaan Negara.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan kita buat penderhakaan. Jenis macam ini kemudian minta ampun minta maaf tetapi dengan alasan dia hendak memperbetulkan diri dia. Kalau menghadap dengan Duli Yang Maha Mulia, nanti dia salahkan Utusan Malaysia, dia salahkan TV3 salah lapor. Tuan Yang di-Pertua, engkau bikin engkau tanggunglah, hendak menyalahkan orang lain. Jadi masa tidak ada.
Beberapa Ahli
Teruskan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, saya dalam bajet ini supaya sekolah-sekolah Cina ini tentang memperbetulkan bangunan dia. Ini ada Kementerian Pelajaran membaik pulih ini SJK(C) di kawasan saya banyak...
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sri Gading tadi ada sebut mengenai peruntukan untuk SJK(C) bantuan ataupun membaik pulih untuk SJK(C). Namun pada masa yang sama, kita ada peruntukan untuk sekolah menengah ataupun sekolah rendah ataupun sekolah kebangsaan, peruntukan sebanyak RM500 juta. Di sini saya mahu bertanya Yang Berhormat Sri Gading perasan ataupun tidak, walaupun kita ada sentuh SJK(C), kita ini sekolah kebangsaan RM500 juta. Saya sampai hari ini saya tidak tahu macam mana peruntukan ini diagihkan ke sekolah-sekolah yang ada di negara kita. Contoh di Bintulu ada beberapa buah sekolah perlu dibaik pulih tetapi sampai hari ini saya difahamkan belum lagi diterima bantuan ataupun peruntukan daripada Kementerian Pelajaran.
Contoh macam SK Kidurong 2, SK Kanaan, SK Orang Kaya sampai hari ini sudah.
SJK Orang Kaya hari itu sudah janji, tetapi sampai hari ini tidak ada. SK Kidurong 2 tahun lepas saya persoalkan di dalam Dewan sudah dijanji, peruntukan ini akan turun tetapi saya difahamkan baru turun RM20,000. Akan tetapi saya difahamkan peruntukan ini menggunakan lebih daripada itu kerana bangunan sekolah rosak dimakan oleh anai-anai.
Jadi saya minta Yang Berhormat Sri Gading memberikan pandangan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Pertama Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya tidak boleh jawab ucapan Yang Berhormat Bintulu masuk sebahagian ucapan saya. Saya bersama dengan Yang Berhormat Bintulu, nasib agak sama. Saya tidak tahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee tidak ada ini, sebab dia janji sekolah Cina di kawasan saya hendak bagi RM500 ribu belum sampai- sampai sekarang. Sedangkan bangunan yang bernilai RM2.2 juta sudah 99% siap. Jadi dia terhutang dengan kontraktor. Malu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Batu, tidak ada masa.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading, ada empat minit. Jangan bagi orang-orang lain. Kalau empat minit itu bagi orang lain habislah. Jadi saya harap kerajaan apa yang sudah dijanjikan dengan sekolah-sekolah Cina ini tunaikanlah, tunaikanlah, tunaikanlah. Jangan...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sri Gading apa hakikatnya kerajaan sebenarnya memberikan peruntukan yang banyak kepada sekolah Cina.
Akan tetapi hari ini kita tengok, ini ada satu persatuan. Persatuan Jawatankuasa Sekolah Bersatu Malaysia – Dong Zhong ini. Dia menimbulkan berbagai-bagai isu kononnya kerajaan tidak bagi bantuan kepada sekolah Cina dan sebagainya.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Menggunakan sentimen ini mengapi-apikan kemarahan kepada kerajaan. Minta komen Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Persatuan ini didalangi oleh pembangkang. Jadi apa pun memang kerajaan tidak betul. Kita jangan dengar itu.
Dengarlah Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang hendak membela sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil kerana orang Cina pun Tuan Yang di- Pertua ialah masyarakat yang pernah juga berjasa kepada kerajaan Barisan Nasional dan mereka boleh menyokong. Dia tidak ada masalah sebenarnya. Jangan buruk sangka pada orang Cina. Orang Cina pun boleh menyokong Barisan Nasional. Tahun 1999, orang Cinalah yang menyokong Barisan Nasional. Jadi saya haraplah janji. Yang kita sudah janji.
Orang Cina pun bukan jenis yang suka meminta-minta tetapi kalau dia sudah minta pertolongan, kita bagilah pertolongan kerana mereka juga ada beban-beban yang harus mereka langsaikan. Kita bantulah. Dalam ini ada lebih RM397 juta peruntukan tambahan.
Jadi saya harap mana yang telah dijanji-janjikan oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Kita sempurnakan supaya mudah-mudahan masyarakat Cina juga akan menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang dan dengan itu 189 buah kerusi Barisan Nasional akan menguasai Parlimen ini. Terima kasih. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun untuk membahas Akta Pembekalan Tambahan 2012.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
You bangun semua orang lari. Nampak tidak?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kenapa? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan di sini masalah yang terkini sekarang ini di negara kita ini adalah jerebu. Tiap-tiap tahun, musim Jun, Julai dan Ogos ini, kita mesti tiap-tiap tahun menghadapi masalah jerebu ini. Saya telah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali juga di mana saya menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan ataupun buat satu protes kepada kerajaan di Indonesia di mana kebakaran di Sumatera dan di bandar-bandar yang dekat Sumatera. Mereka sentiasa bakar pohon pokok kelapa sawit dan sebagainya. Negara kita menghadapi masalah ini dan ramai rakyat jelata ada yang sakit, ada yang tidak berapa sihat termasuk saya. Tidak sihat. Hidungnya seperti ada sesuatu tersumbat di hidung.
Saya menyeru kepada kerajaan kita supaya mengambil tindakan yang teguh.
Buat satu protes kepada Kerajaan Indonesia supaya mereka mengambil berat perkara ini dan tahun yang akan datang kita tidak perlu menghadapi masalah ini. Saya harap Timbalan Menteri boleh ambil tindakan ini. Bawa perkara ini ke Kabinet. Kalau isu ini berlaku di Amerika, di Barat, gerenti mereka akan bawa perkara ini ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ataupun EU untuk ambil tindakan sebab pencemaran udara adalah satu isu yang serius. Ada yang menyatakan global warming. Macam-macam. Kita perlu hantar wakil ke sana, Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam conference di peringkat antarabangsa tetapi perkara ini di depan kita, kita tidak mampu mengambil tindakan.
Jadi sudah sampai masa kerajaan perlu mengambil tindakan dengan tegas. Saya berharap - Timbalan Menteri Kewangan ada di sini, mengambil tindakan dan bawa perkara ke Kabinet supaya satu tindakan yang sewajarnya boleh diambil dengan segera kerana ini adalah satu masalah yang tidak boleh diterima lagi. Ini kerana sudah jadi satu musim setiap tahun pada bulan Jun, Julai dan Ogos ini kita mesti menghadapi masalah jerebu ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan di sini di mana penyataan- penyataan untuk jawab lisan yang kita bentangkan di Parlimen, boleh dikatakan kebanyakan soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini, soalan kita mengenai dengan isu (a) tetapi kementerian menjawab isu yang lain. Tidak
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
jawab dengan terus-terang. Belok sini, belok sana. Putar belit. Inikah kerajaan kita sekarang? Saya berharap kementerian mengambil beratlah perkara khasnya Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri ada di sini. Soalan mengenai BinaFikir Sdn. Bhd, satu firma konsultan. Memanglah ia dulu dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Khazanah sekarang dan juga Mohammed Rashdan Mohd Yusof. Timbalan Group CEO di MAS. Jadi dia tidak berani hendak memberitahu konsultan fees. Katanya kerana kerahsiaan. Non disclosure. Rahsia apa?
Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sudah tahu. Rakan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu. Beliau telah berjanji di dalam Dewan ini menyatakan beliau hendak beritahu. Janji di dalam Parlimen hendak beritahu kos konsultasi fi ini berapa untuk projek WAU untuk MAS pada tahun 2003? Akan tetapi sampai sesi Parlimen hari ini, masih tidak mampu maklum kepada Dewan. Akan tetapi adalah saya dengar-dengar ada sumber kata finya adalah RM1.67 juta sahaja. Itu autalah. Itu mana boleh terima. Itu semua satu kekeliruan, satu pembohongan. Konsultasi fi itu memang mereka pecahkan masuk komisen dan sebagainya. Yang satu tahunya konsultasi fi Bina Fikir pada masa itu adalah 2% daripada semua dana MAS pada masa itu. Berbilion-bilion ringgit dana MAS pada masa itu termasuk kapal terbang, MAS Catering, semua ini.
Jadi, janganlah hendak bohong lagi. Jangan buat pura-pura tidak tahu dan saya juga hendak bangkitkan di sini bahawa baru-baru ini kita boleh nampak soal MAS dengan AirAsia share swap ini, saya tidak mahu bangkitkan di sini kerana kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri share swap ini telah direverse oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasihlah ambil tindakan yang baik sekali tetapi syarikat MAS telah dijejaskan oleh share swap ini. Kita boleh baca dalam surat khabar baru-baru ini khasnya kelmarin dan dua tiga hari dahulu di mana Tan Sri Tony Fernandez, CEO AirAsia menyatakan “kalau share swap itu dilangsungkan dan diteruskan, dia dan rakannya, Datuk Kamaruddin Meranon ini boleh membaik pulihkan MAS dan boleh menyelamatkan MAS, turn around MAS”. This is the joke of century. Satu untuk bahan ketawa padahalnya share swap ini untuk mereka cannibalize harta-harta MAS.
Kita boleh nampak. Selepas share swap apa berlaku? Yang pertama, tindakan apa? Hancurkan FireFly Jet Services. Berhentikan jet services supaya FireFly tidak boleh terbang daripada Johor Bahru ke Kota Kinabalu, ke Kuching dan ke antarabangsa sedangkan FireFly telah membeli kalau tidak salah lima atau enam jet untuk bersaing kepada semua airline termasuk AirAsia tetapi FireFly telah diancam.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Apakah Tan Sri Tony Fernandez ini bercakap selepas share swap itu ditandatangani oleh rakan dia, Tan Sri Hassan Mokhtar, Ketua Khazanah? Selepas itu, “I got MAS under my armpit”, dengan izin. Wah, angkuh tidak? Penyamun negara ini, perompak negara ini boleh cakap begitu dan banyak lagi. Letakkan anak buah dia, Rozman Omar sebagai CFO MAS, Azhari Dahlan sebagai MAS Engineering.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Rakan saya Yang Berhormat Pasir Salak, saya tahu dia sokong AirAsia, dia sokong Tan Sri Fernandez. Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang sokong AirAsia dahulu sebab dia memperlihatkan satu kebolehan seorang berbangsa Malaysia, seorang usahawan dari no way dan entah daripada mana-mana boleh menjayakan satu perusahaan yang begitu berjaya sekali dalam bidang industri penerbangan. Harapan saya dia akan menjadi contoh yang baik kepada usahawan- usahawan yang lain.
Akan tetapi kebelakangan ini saya merasa agak dukacita melihatkan perubahan dari sikap beliau yang menunjukkan keangkuhannya apabila saya mendengar kenyataan yang dibuat oleh beliau di kaca televisyen mengugut kerajaan berhubung dengan Terminal LCCT. Dia dengan begitu berani sekali dan begitu lantang sekali menyatakan beliau tidak akan bekerjasama dengan Malaysia Airport Berhad sebagai pemaju LCCT dan mendakwa bahawa beliau tidak dirundingi untuk projek ini dijayakan. Itu satu perkara. Dia ingat ini perkara kecil kah? LCCT ini dengan izin, involve a lot of money, billion of ringgit. He can’t just say like that, “Go to hell with LCCT”. Who is he? Dengan izin. Itu satu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Keduanya, sedikit lagi, dia juga membuat kenyataan katanya dia hendak membuka dia punya pusat, hab dia di Jakarta, Indonesia. Ini memberikan mesej bahawa dengan izin, he’s leaving Kuala Lumpur, he’s leaving Malaysia. Why? He wants to be Indonesian citizen? What? Dengan izin, where he come from? From a club, musical club, musician out of no way. Now became somebody. Sudah tidak sedar diri? Inilah dianya. Jadi saya tidak sokong lagilah.
Nombor dua, last sekali Yang Berhormat, I think we can urge the government, kita boleh mengesyorkan kepada kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Wangsa Maju, masa 20 minit Yang Berhormat ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mengesyorkan kepada kerajaan – How about you? You agree or not Yang Berhormat Wangsa Maju? Let give one more license, beri satu lagi lesen kepada satu syarikat yang boleh mengendalikan penerbangan tambang murah ini. Dia ingat dia seorang sahajakah yang boleh buat?
Orang lain pun boleh.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sedikit sahaja Yang Berhormat Wangsa Maju. Lipis.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Pertama kali saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. He is a converted. Terima kasihlah...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang Berhormat Wangsa Maju, Lipis sedikit sahaja.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Memang saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak di mana kerajaan perlu keluar satu lesen lagi supaya biar ada satu lagi persaingan dalam low cost carrier ini. Apa Yang Berhormat Pasir Salak cakap beliau setuju kerana usahawan Malaysia Tony Fernandez ini, my foot usahawan Malaysia ini, dia dapat jadi satu syarikat daripada dua kapal terbang – dia sentiasa cakap besar, omong kosong bahawa dia daripada dua kapal terbang akhirnya jadi 100. Kerana apa? Kerana dapat bantuan daripada kerajaan. Bukan oleh kerana dia sendiri.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Okey, Lipis.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Seperti RAS. No, kerana tidak ada masa.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sedikit sahaja, hendak tanya ini.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Rural Air Services. Dia ambil daripada MAS pada tahun 1997. Kerajaan kasi juga. Terus memberi RM250 juta kepada mereka untuk dua tahun. Dalam setahun sudah lingkup, sudah banyak masalah di Sabah dan Sarawak. Sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak di sini pun tahu. Sampai Ahli Parlimen pun bangkit isu RAS di dalam Parlimen di sini termasuk Tuan Yang di-Pertua saya difahamkan.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tidak bagi ya?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Kota Belud mungkin tidak adalah. Dia ada sahabat karib dia kepada orang-orang tertentu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Maaf Yang Berhormat Kita Belud sebab tidak ada masa. RM250 juta dikasi. Dalam setahun, berhenti. Tujuh kapal terbang sudah rosak dan satu untuk cannibalization, ini adalah specialize Tony Fernandes ini, untuk cabut spare part untuk membaiki kapal terbang. Inikah seorang usahawan Malaysia? What rubbish. Semuanya hype dalam surat khabar, memainkan cerita dalam surat khabar.
Baru-baru ini cakap KLIA2. Siapa yang meminta KLIA2? KLIA2 ini diminta oleh Tan Sri Tony Fernandez dan AirAsia, dan kerajaan rela buat. Jangan kata KLIA2, juga LCCT. LCCT buat tiga kali. Pertama kali RM125 juta. Kedua RM100 juta lebih juga renovation. Ketiga kali, semua lebih daripada RM300 juta. LCCT seperti warehouse ini
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
oleh Syarikat Fajar Baru daripada Rembau. Itu pun terlampau mahal. RM300 juta untuk LCCT.
Sekarang kerajaan rela bantu pula membina KLIA2 untuk AirAsia tetapi AirAsia tidak cukup duit. RM3 bilion kalau tidak salah, atau pun amat besar. Sebentar dia hendak aero bridge, sebentar dia tidak mahu aero bridge. Sebentar dia hendak ini, dia hendak itu.
Di mana lagi di dunia ini kerajaan sentiasa mematuhi kehendak dia? Saya berharap sudah sampai masa di mana kerajaan kita jangan tunduk kepala lagi. Kalau mereka hendak pergi ke Jakarta, silakan. Please go as soon as possible supaya kita tidak ada masalah dalam negara kita lagi dengan penyamun ini, penyamun negara, perompak negara ini. Dahulu seperti ular lidi sahaja. Dapat bantuan dan kerajaan jadi ular sawa. Putar belit, boleh telan.
Sekarang saya dengar...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia jadi naga sekarang.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya dengar sekarang sudah jadi anakonda. Sekarang kita kena ambil tindakan. Semua airport tax untuk untravel passengers yang di hutang oleh AirAsia ambil tindakan sahaja. Bayar dengan segera.
Kalau tidak, berhentikan semua kemudahan untuk mereka atau pun stop semua. Mereka tidak boleh land dalam Malaysia. Sila pergi ke Jakarta. Saya hendak tengok di Jakarta sama ada beliau boleh dapat kemudahan di mana AirAsia boleh berhutang airport tax RM125 juta pada sesuatu masa untuk berpuluh-puluh tahun.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ever since his debt in its operation dan selepas itu bayar dapat 30% diskaun. Itu kerana apa, kerana bantuan. Pada masa itulah daripada 2003 itu sampai 2009, itulah pada masa itu dapat banyak bantuan daripada kerajaan Yang Amat Berhormat Tun Abdullah dan juga bukannya dapat dana RM250 juta sahaja. Kerajaan pada masa itu juga keluarkan satu dasar yang baru. Apa, air rationalization policy.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
15 saat Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada satu minit Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Belud, saya ingat tak payahlah itu Yang Berhormat Kota Belud. Satu minit.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Dan pada masa itu, bawah air rationalization policy ini, 96 route daripada MAS diberi kepada AirAsia. Sebab itulah jadi boleh cakap besar, omong besar sekarang seperti seorang anakonda. Ini bukan saya cakap, mereka yang cakap. Kawan-kawan saya yang cakap dan kedua, sekarang kerajaan kita jadi hamba kepada dia. Apa ini? Apa kerajaan ini? Kerajaan kita kena cakap dengan dia, kalau you hendak you pindah kepada KLIA2 kalau tidak kita akan tutup LCCT pada masa yang sesuai. Dia hendak atau tidak itu masalah mereka dan yang penting sekarang, MAB jangan jadi takut kepada Air Asia. Jangan sebagai seorang anak tiri, sebab sekarang kerajaan pun tak sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Masa dah habis.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, saya gulung dalam beberapa saat Tuan Yang di-Pertua. Saya harap kementerian khasnya Kementerian Kewangan mengambil tindakan dengan segera terhadap perkara ini. Jangan dianaktirikan oleh satu syarikat kucing kurap ini. Business modelnya yang sentiasa bohong. Dia gunakan banyak surat khabar memainkan berita sahaja. Ini tak sihat. Kita hendak genuine businessman dalam negara kita. Kerajaan perlu bantu genuine businessman bukan seorang anakonda ini. Saya harap ambil tindakan dengan segera dan juga MAB jangan takut. Kalau mereka tak bayar apa-apa cukai ataupun apa-apa kemudahan di LCCT atau KLIA II yang akan datang, ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Berhentikan semua kemudahan kalau dia tidak bayar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Wangsa Maju, masa dah habis ya.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Semua.
Ular lidi, ular sawa, ular anakonda semua dah kena marah Yang Berhormat, tak apalah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
No, ini memang betul pun Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Sila Yang Berhormat Machang.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Alhamdulillaahi Rabbil Alamin, salawatu wassalaamuala asrafil ambia iwal mursalin waala alihi wassabihi ajmain. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bajet tambahan sebesar RM14 bilion yang Dewan perlu luluskan sudah tentulah memerlukan satu penelitian dan saya cuba memberikan beberapa pandangan yang sebelum itu saya nak memulakan dengan memberikan sedikit reaksi terhadap ucapan awal kakanda saya dari Sri Gading.
Ini soal hubungan rakyat dengan raja. Memang dalam tradisi Melayu lama, memang terakam satu persefahaman antara hubungan Raja dengan rakyat. Kakanda Sri Gading tentunya ingat bagaimana dialog antara Sri Tribuana, lambang penguasa dengan Demang Lebar Daun. Dalam dialog itu disebut bahawa Tuanku, rakyat Tuanku walau bagaimana besar kesalahannya jangan difitnah, jangan dihina, jangan diaib. Kalau bersalah daripada segi syarak, hukumlah tapi jangan diaibi. Demang Lebar Daun menyambung dialog itu menyebut, jika sekiranya perjanjian ini Tuanku ingkar, kerajaan Tuanku boleh sahaja dijatuhkan. Itu ya, terakam dalam Sulalatus Saladin. Ada di perpustakaan Parlimen kita.
Dalam tradisi Islam juga, pernah Muawiyah ibn Abu Sufyan ditegur. Ketika itu Muawiyah menjadi Raja, yang menegurnya adalah Abu Zar Al-Ghifari. Abu Zar sebelum masuk Islam adalah perompak lebuh raya tetapi bila dia terima Islam, dia menjadi sensitif terhadap penyelewengan dan pembaziran. Apa katanya? Wahai Muawiyah, kenapa mesti Tuanku bina istana besar ketika masih ramai rakyat yang miskin dan menderita. Apakah Tuanku bina istana besar dengan menggunakan harta Baitulmal? Kalau itu Tuanku gunakan, itu salah kerana itu harta negara bukan untuk Tuanku bazirkan atau Tuanku bangunkan istana besar dengan menggunakan wang Tuanku sendiri? Itu juga salah kerana Tuanku berbelanja lebih daripada keperluan Tuanku. Itu dalam tradisi Islam.
Saya tidak mahu memanjangkan dengan maksud menyinggung dan mengaibkan.
Lebih melihat peranan dalam hubungan Raja dan rakyat, dia ada had dia. Oleh sebab itu dialog popular Hang Jebat dan Hang Tuah ialah Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Jadi prinsip ini tidak akan merubah. Bangsa Melayu tidak akan jadi mulia kalau bangsa Melayu cuma boleh menjadi pengampu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh?
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Nanti dulu. Nanti saya respons.
Saya nak habiskan poin pertama.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak, nak tanya bab raja tadi.
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks hubungan ini ...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa yang Sultan Johor yang zalimnya itu?
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
.... Saya juga pergi ke ....
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Di mana kezaliman Sultan Johor?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Machang, supaya kita sama-sama duduk di garis yang betul, bagi saya sikit.
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Sila, sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih adinda Machang.
Yang Berhormat Machang ini yalah, ahli sejarah, suka membaca. Sifat-sifat yang mulia yang saya sebutlah tapi apa yang berlaku ialah memfitnah Raja saya, Sultan Ibrahim Iskandar kata menggunakan wang rakyat sedangkan wang pembidaan itu daripada duit kocek dia sendiri dan dia mengikut undang-undang dan peraturan. Akan tetapi apabila difitnah dia menggunakan duit rakyat, yang gunakan duit rakyat sebenarnya ialah Menteri Besar dahulu yang sebelas bulan tukar Proton beli Camry. Itu duit rakyat lepas itu dah rugi berjuta-juta tapi Duli Yang Maha Mulia Sultan saya tidak menggunakan duit rakyat. Jadi fitnah itu yang nak kita betulkan.
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Terima kasih, terima kasih kakanda saya. Oleh sebab itu saya ingatkan dalam dialog Abu Zar tadi. Kalau guna harta Baitulmal, itu salah. Kalau guna harta sendiri sekalipun berbelanja melebihi keperluan. Itu yang disebut, itu disebut oleh Abu Zar.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Machang, wang RM520,000 masuk kantung kerajaan. Dia tidak pembaziran.
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Baik, tak apalah. Tuan Yang di- Pertua, saya letakkan pendirian saya dan saya hormati pendirian Yang Berhormat Sri Gading. Saya juga sempat pergi ke arkib Parlimen meneliti semula keratan-keratan lama akhbar. Kata Menteri Besar Johor dari Pagoh waktu itu, ulama wajar nasihatkan Raja.
Cantik. Kata Tun Ghaffar pada waktu itu, negara bukan milik Raja Melayu. Kata Menteri Besar Perak masa itu dari Gerik, Raja enggan dengar suara rakyat, tak kekal.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Kejap, kejap. Saya nak sebut ini, saya tak nak komen apa lagi. Nanti, bagi saya habiskanlah. Saya memetik sumber dari arkib Parlimen.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bercakap tanpa pembesar suara].
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Belum, belum. Biar saya sebut dulu fakta ya. Kata seorang lagi pemimpin UMNO dari Perak, Perak berkuasa pecat Raja.
Lagi, nasib Melayu bukan kerana Raja. Raja jangan campuri politik. Saya tinggalkan dulu, biar kita membuat tafsiran secara cermat dalam meneliti tajuk-tajuk akhbar pada waktu itu.
Baik, konteksnya berbeza. Oleh sebab itu dalam perbahasan ini Tuan Yang di- Pertua, sebagai ulasan awal saya tadi, pandangan awal saya terhadap kakanda saya dari Sri Gading, soal meluluskan bajet tambahan RM14 bilion bukan soalnya memberikan satu keadaan defisit. Yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di awal mukadimah ucapan tadi ialah membentangkan bajet defisit bukan satu luar biasa. Yang menjadi luar biasanya ialah kalau ianya defisit berterusan selama belasan tahun.
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Betul, sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, saya juga bertugas sebagai Pegawai Bertugas, Yang Berhormat Kota Tinggi adalah bos saya yang amat saya hormati sampai sekarang, yang dibentang pada masa itu adalah bajet berimbang. Jadi kalau bajet berimbang, kemudiannya dibentangkan bajet tambahan, angka defisitnya kecil, yang kita bentangkan dalam bajet awal adalah bajet defisit.
Membentangkan semula bajet tambahan, membengkakkan lagi saiz defisit, itu isunya. Oleh sebab itu saya hendak sebutkan bahawa kalau Selangor bentangkan bajet tambahan, itu kerana Menteri Besar Selangor membentangkan bajet berimbang pada hujung tahunnya, itu yang membezakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga kagum dengan keyakinan abang saya, Yang Berhormat dari Sri gading soal bahawa mendoakan Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bintulu, Yang
Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang
Berhormat Sri Gading insya-Allah kalau bertanding, saya pun doakan juga. Perlu, kalau tidak siapa hendak isi sebelah sini ketika kami ambil sebelah sana?...
[Ketawa] Jadi, kami juga hendak tengok juga. Saya juga bercita-cita, berhasrat melihat suasana itu, insya-Allah, bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang tidak ada sekarang ini, keadaan sekarang ketika pilihan raya makin dekat dengan apa yang ada pada tahun 2008 ialah ketika kerajaan waktu Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Perdana Menteri ialah peranan bekas Perdana Menteri waktu itu yang menyerang habis-habisan kerajaan UMNO Barisan Nasional, kerajaan ‘half past six’ istilahnya, kerajaan yang dikuasai oleh kelompok tingkat empat, pengaruh menantu yang berlebihan, itu terbuka. Semak sahaja di perpustakaan, kontrak kepada anak-anak disebut. Bagaimana mungkin seorang anak muda, tidak ada pekerjaan boleh beli saham RM9.2 juta, menguasai satu bank perdagangan kemudian telan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Avenue Resource, ular lidi telan naga pada waktu itu, dan kerana serangan berterusan itu menyebabkan kerajaan pada waktu itu tidak mampu bertahan, hilang 2/3.
Keadaan sekarang, the missing elementnya itu, serangan daripada bekas – barangkali. Tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu dalam perbahasan ini, kita kembali mengingatkan Dewan bahawa isu-isu besar di hadapan kita itu banyak. Soal RM3 bilion, 20 akaun, tadi juga saya memetik Akuan Bersumpah bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris. Terang, dia yang menyiasat, dia pergi UK, dia pergi Singapura, semak dokumen dan dia buat kesimpulan tiada kes dan kes ditutup, dia sebut. Berbanding dengan pendedahan yang dibuat ke atas Ketua Menteri Sabah, lebih dahsyat. Dokumen-dokumen daripada ICAC Hong Kong, dokumen daripada MACC, sejurus selepas teman kepada Ketua Menteri Sabah, Michael Chia ditangkap di Hong Kong...
[Disampuk] Percubaan menyeludup, attempting to smuggle SD16 juta daripada Hong Kong. Dikaitkan terus dalam siasatan, tangkapan di Hong Kong, ICAC mereka bukan macam MACC kita, dia siasat sungguh...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh saya mencelah sedikit?
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Siasat, siasat, siasat jumpa nama Ketua Menteri, yang pertama. Keduanya, dokumen daripada Bank Zurich, juga sebut yang sama...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, boleh minta mencelah sedikit?
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Nanti dahulu, bagi saya habiskan fakta saya dahulu. Bagaimana Attorney General, Peguam Negara kepada negara Switzerland yang mengesahkan mereka sedang memberi kerjasama terhadap siasatan ke atas Ketua Menteri Sabah yang membabitkan aktiviti money laundering, lengkap dengan dokumen bank, certified, saudara mara dia dapat, anak-anak dia dapat, panjang cerita dia, ini perlu lebih masa, 20 minit tidak cukup. Akan tetapi, bagaimana boleh MACC lena, nyenyak tetapi riuh rendah 20 akaun RM3 bilion, akaun di mana, Singapura, United Kingdom? Esok, tampilkan satu akaun seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas ajak satu siasatan terbuka, silakan.
Berulang kali Yang Berhormat Permatang Pauh kata siasat, satu pun tidak. Ini dengan dokumen Bank Zurich, nombor akaun dan segala macam, MACC tidak berminat.
Jangan anggap rakyat di luar sana kita boleh pandang rendah, keupayaan mereka mentafsir dan melihat, penyiasatan terpilih, selective investigation. Apakah kerana jawatan Ketua Menteri makanya tidak boleh disentuh, kalau yang kecil-kecil diheret. Tidak boleh macam itu pada pendirian saya. Sila.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Machang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa point, saya minta Yang Berhormat Machang sabar sedikit. Satu, saya minta Yang Berhormat Machang jangan terlalu confident, satu dunia, satu Malaysia tahu apa yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak apa. Kita serahkan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang, maka kita minta supaya kerajaan menyiasat seterperincinya dan kita akan tahu pada waktu itu nanti sama ada betul atau tidak tuduhan itu, itu satu.
Keduanya tadi, dikatakan tentang bagaimana di pihak kerajaan di sini memberi projek kepada anak, memberi projek kepada suku sakat keluarga, memang betul, saya
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
setuju mungkin itu perlu dilihat dari segi perlu diperbaiki tetapi yang saya agak terperanjat kalau pihak pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat, terutamanya Keadilan, parti Yang Berhormat kononnya tidak memberi kontrak kepada anak, isteri, keluarga tetapi sanggup pula meletakkan anak dalam posisi yang boleh memberi kontrak apabila mereka menjadi kerajaan nanti. Presidennya, Timbalan presidennya, naib presidennya. Sekejap, sekejap, nanti boleh jawab Yang Berhormat. Ada satu lagi...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, Yang Berhormat satu point lagi...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tidak menyentuh langsung sanggahan asal saya.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Please Yang Berhormat, satu sahaja. Sepuluh saat Yang Berhormat.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Oleh sebab itu Tuan Yang di- Pertua, yang membezakannya ialah Yang Berhormat Permatang Pauh, betul ada anak yang menjawat Naib Presiden tetapi dia menang bertanding, berbeza dengan Yang Berhormat Kota Belud, dia kalah bertanding Timbalan Ketua UMNO. Itu berbeza... [Dewan riuh]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat dengarlah dahulu, sikit sahaja, jangan khuatir...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Yang Berhormat Lembah Pantai bertanding menang, dipilih. Adapun Yang Berhormat Kota Belud, kalah Timbalan Ketua UMNO Tuaran, tetapi oleh kerana baik dengan Ketua Menteri, dijadikan calon di Kota Belud, itu sahaja bezanya...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, sebab saya tidak bayar delegasi seperti Yang Berhormat Permatang Pauh, sebab itu saya kalah tetapi tidak apa. Satu sahaja Yang Berhormat, dari Sabah. Berkenaan Sabah.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tuan Yang di-Pertua, hujah saya yang seterusnya ialah apabila saya memilih untuk bercakap berkenaan dengan satu usaha yang terancang iaitu membabitkan pemilihan yang merupakan pilihan raya kampus yang ditangguhkan sekarang Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, minta maaf. Yang Berhormat bawa kes tadi tentang Hong Kong. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat iaitu itu adalah satu kenyataan yang salah Yang Berhormat. Satu kenyataan yang tidak betul, tidak ada RM16 juta dikeluarkan di dalam Airport Hong Kong, Yang Berhormat salah...
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Saya memandang berat terhadap keadaan di mana satu penglibatan yang menyeluruh yang membabitkan soal pilihan raya kampus...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sentuh sahaja pasal Azmin, jangan marah. Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Pilihan raya kampus yang ditangguhkan sekarang akan diadakan pada bulan September nanti Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah penglibatan yang begitu menyeluruh yang membabitkan pelbagai agensi kementerian dengan tujuan untuk menawan 20 kampus tempatan, diadakan satu yang disebut sebagai Ops 2020 khusus menawan semua universiti tempatan dan bertujuan menyekat pengaruh Pakatan rakyat?...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, boleh minta penjelasan?
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Di dalam jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, saya semak dokumen yang ada pada saya, ada penglibatan daripada pasukan Polis Bukit Aman.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Penjelasan Yang Berhormat, boleh?
Saya cuma minta penjelasan.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Saya sebut nama pegawai-pegawai yang terlibat. Pertama Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa Ops 2020 tawan 20 kampus tempatan pada pilihan raya September nanti, pilihan raya kampus...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat minta penjelasan.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Pengerusi Biro IPT UMNO, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, SAC Datuk Mohd. Sofian Makinuddin, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Dr. Haji Roslan Hussin, Pengarah Bahagian Mahasiswa BTN, Mohd Maliki Mohd Rapie, Presiden Majlis Belia, Puan Sri Wani Sabtu, Exco Puteri UMNO...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Azmin ada atau tidak dalam itu..., Azmin Shamsidar?
Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Profesor Madya Sabtu Mohd.
Hussin, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM, tenaga penggerak BTN. Tun Faisal Ismail, Exco Pemuda UMNO Malaysia. ACP Abdul Rahman Khalil, Bukit Aman. Superintenden Mohd Rosli Abdul Razak, Bukit Aman. Inspektor Azrin Abu Bakar, Bukit Aman. Tujuannya apa? Menawan 20 kampus tempatan pada pilihan raya akan datang dengan Jawatankuasa Induk dipengerusikan di Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bilik gerakan utamanya ialah di Biro TATANEGARA. Kita bagi kelulusan, bajet dan sebagainya.
Polis! Biarlah aktiviti mahasiswa ini. Masa di kampus, zaman mahasiswa berlatih.
Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu pernah pimpin pelajar. Menteri Belia dan Sukan dahulu pemimpin pelajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Batu Pahat pimpinan pelajar. Yang Berhormat Gopeng dahulu Exco Mahasiswa. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi juga pimpinan mahasiswa. Ada bekas pimpinan mahasiswa, ada yang di sebelah sini, ada yang di sebelah sana. Kampus dan zaman mahasiswa, zaman mereka berlatih. Biarlah. Beza pendapat.
Ini kalau sudah ditujukan, diwujudkan Ops Induk 2020, tawan kampus pada pilihan raya akan datang bertujuan untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat melalui pro mahasiswa. Bukit Aman terlibat. Pejabat Perdana Menteri terlibat. Biro TATANEGARA, JASA – wah lengkap! Sampai macam itu sekali. Apa yang ditakutkan? UMNO, Puterinya, Exco Pemuda UMNO, tidak malukah? Biarlah mahasiswa berentap, berlawan sesama sendiri. Ada menang, ada kalah tetapi yang saya bimbang ialah kalau pilihan raya kampus pun dibayangi, dikongkong, dicampur tangan sampai begitu sekali, apa jaminan pilihan raya sebenar negara kita tidak ada campur tangan daripada agensi kerajaan? Itu isunya. Biarlah ada had.
Oleh sebab itu, bila Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi kata, dia tidak tahu- menahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tinggal seminit Yang Berhormat.
Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tinggal seminit. ...Dia kata tidak tahu-menahu, tidak mengapa. Tidak ada masalah. Sebab nama dia tidak ada sungguh dalam ini.
Terakhirnya, Felda Global. Tuan Yang di-Pertua, RM409 juta saham diperuntukkan untuk agihan oleh MITI kepada bumiputera. Saya ingin tahu, saya tertarik kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjaga FELDA sebut dalam surat khabar baru-baru ini yang dia menolak tawaran untuk diberikan saham. Saya ucapkan tahniah. Kalau dia diberi tawaran, saya yakin pimpinan yang lain itu pun diberi tawaran. Majlis Tertinggi, Menteri, Timbalan Menteri, Lembaga Pengarah FELDA, Exco Pemuda. Saya difahamkan, sumber saya dari MITI menyebut, ada pimpinan Pemuda UMNO Malaysia dapat satu juta saham.
Ada bekas Menteri Besar dapat. Ada yang dahulu bersama kita kemudian lompat, dapat,
Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang
ada juga. Oleh kerana yang menerima tawaran saham ini hari pertama RM4.05 tetapi kerana P.E.nya itu rendah, IOI Kuala Lumpur-Kepong RM7, yang ini dia letak RM4.50.
Selepas senarai naik RM2. Buta-buta sahaja makan atas angin puak ini. Peneroka dapat berapa..., 800 unit tetapi pimpinan UMNO, saya minta kerajaan, khususnya MITI tolong senaraikan. Ini bukan OSA. Menteri mana dapat, Timbalan Menteri mana dapat? Kalau Timbalan Menteri kata, dia telah tolak tawaran, maknanya ada tawaran dibuat.
Yang Berhormat Pasir Salak, saya semak tidak ada. Setakat ini tidak ada. Tidak tahulah kalau belum tutup. Yang Berhormat Padang Besar, tidak ada. Akan tetapi yang ada itu, biar dia jawab dahulu. Bila dia jawab, baru kita keluarkan senarai kita. Saya hendak sebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa Yang Berhormat.
Dato' Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Sudah habis? Terima kasih.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasihlah kalau semua boleh buat macam Yang Berhormat Machang. Saya suruh berhenti, dia berhenti. Terima kasihlah. Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang. Saya terus kepada ulasan bajet. Saya tidak hendak menyimpang mana- manalah.
Bajet asal kita adalah sebanyak RM230.8 bilion di mana 78.7% adalah untuk mengurus sementara 21.3% adalah untuk pembangunan. Manakala anggaran defisit kita adalah sebanyak 4.7% daripada GDP. Tambahan sebanyak RM15.295 bilion ini adalah untuk tujuan pertamanya, 7% untuk bekalan sementara RM12.4 bilion ataupun 81% daripada tambahan ini kita berikan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Pengguna.
Jadi, sebelum saya terus membahas ini, saya ingin respons kepada hujah yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang yang disokong juga oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi yang sebenarnya memperlekehkan pengurusan kewangan negara. Seolah- olah walaupun seluruh dunia pada ketika ini memberikan pengiktirafan yang terbaik tentang pencapaian ekonomi kita tetapi orang kita Malaysia tidak dapat menghargai sumbangan yang telah dibuat oleh pemimpin kita. Ini kerana bajet tambahan ini dibuat adalah semata- mata untuk memberikan satu peruntukan kepada mana-mana jenis peruntukan yang tidak peruntukkan ataupun peruntukan yang kurang. Itulah gunanya kita adakan bajet tambahan ini. Saya sebut tadi bajet asal kita sebanyak RM230 bilion. Kita minta sekarang RM15 bilion kerana ada tajuk-tajuk yang tidak diperuntukkan ataupun kurang diperuntukkan. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi jumlah tambahan ini tidak menjejaskan defisit kita. Saya sebut tadi defisit kita sebanyak 4.7% dan tidak menjejaskan. Jadi, apa ada hal? Kita tidak ada hal. Maknanya, kerajaan kita begitu telus sekali menjalankan atau menguruskan perbelanjaan dengan begitu prudent sekali...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Jadi, sepatutnya Ketua Pembangkang sebagai bekas Menteri Kewangan lebih arif, lebih tahu tentang kewangan tetapi beliau mempersoalkan benda yang kecil, benda remeh yang sepatutnya tidak ditimbulkan dalam Dewan yang mulia ini. Sila Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dia orang faham atau tidak defisit ini?...
[Ketawa] Hendak bercakap seolah-olah dia pakar ekonomi. Boleh menguruskan ekonomi dunia, ekonomi negara. Defisit kita adakah ianya mengancam keselamatan ekonomi negara kita, ya atau tidak?
Saya ingat pakar-pakar daripada Bank Negara Malaysia, Economic Planning Unit dan juga MOF tahu paras berapa yang bahaya kepada ekonomi negara. Jadi, dengan sebab itu pada ketika ini tidak ada yang perlu dibimbangkan. Mestilah ada kenaikan sedikit
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
kerana kita sekarang menuju kepada pembangunan. Bukan kita hendak negara kita statik.
Tidak maju, tidak membangun! Kita hendak jadi negara maju, negara berpendapatan tinggi.
We have to spend money. That is the rational. Kalau pinjaman yang produktif menjana produktiviti dan juga meningkatkan keupayaan ekonomi apa salahnya? Ini pengurusan ekonomi yang perlu kita pelajari.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebelum Yang Berhormat Machang balik, saya hendak dengarkan dia apa yang saya jawab. Saya tidak dapat tadi menjawab Yang Berhormat Machang.
Dia kata tadi Yang Berhormat, bahawa kononnya ada siasatan terhadap RM16 juta yang keluar daripada airport di Hong Kong. Ini satu penipuan! Apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Machang ialah siasatan tuduhan. Tuduhan, belum lagi betul. Saya dalam MACC, saya mempunyai kawan-kawan dalam MACC kerana saya dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dalam Parlimen. Saya tanya kepada MACC, betulkah RM16 juta dikeluarkan melalui airport seperti mana yang dituduh oleh Yang Berhormat Machang terhadap Ketua Menteri Sabah? Siasatan MACC tidak ada. Siasatan tidak ada. Yang ada ialah tuduhan dan apabila ada tuduhan, tuduhannya berbunyi RM16 juta dikeluarkan melalui airport. Maka, kertas siasatan itu ialah siasatan terhadap tuduhan RM16 juta dikeluarkan daripada airport melalui Hong Kong tetapi apabila siasatan dibuat, ternyata Yang Berhormat Machang penipu! Itu yang saya hendak katakan tadi. Bohong! Jangan hendak mengaburi mata rakyat. Ini Yang Berhormat Machang, standard Darjah 6.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat. Itulah sebenarnya memang sudah pembawa pembangkang ini. Selepas dia cakap, dia cabut kerana kita hendak bincang sekarang tentang angka yang sebenar. Macam Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi sebut banyak perkara-perkara yang misleading. Perkara yang saya hairan itu, ada pula yang menyokong. Yang Berhormat PJ Utara menyokong cakap Ketua Pembangkang itu.
Satu lagi hendak sebut...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dia ada sebut tuduhan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Defisit ini. Saya sebut sebelum saya terlupa tentang defisit ini. Defisit kita semenjak Yang Amat Berhormat Perdana menteri kita mengambil alih jawatan, defisit kita pada tahun 2009 itu kita ambil, 7%. Selepas itu dia sudah berjanji. Dia kata dia akan turunkan defisit.
Tahun 2010, turun 5.6%. Tahun 2011, turun 5%. Sekarang anggaran kita 4.7%.
Bajet tambahan kita tidak menjejaskan defisit kita. Mengapa saya sebut situ? Sebabnya bajet asal kita tahun 2012 menunjukkan kita ada current account surplus sebanyak RM5 bilion. Selepas itu kita laporkan pula, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mencatatkan penambahan collection sebanyak RM26 bilion. Jadi, jika benar perkara ini, tidak ada masalah. Cukup untuk menampung apa juga keperluan-keperluan defisit. Selepas itu ini belum kita ambil kira lagi kutipan daripada agensi-agensi lain seperti kastam. Jadi tidak ada hallah kalau mengenai kita bajet tambahan ini... Ya, sila.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sikit sahaja, 30 saat Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin, masalahnya pembangkang ini Yang Berhormat Jasin ialah mereka membezakan satu senario ekonomi global zaman Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan apa yang berlaku di dunia sekarang ini.
Jauh bezanya, jauh. Zaman dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, harga minyak berapa? Itu satu. Adakah berlaku krisis-krisis global financial crisis yang berlaku sekarang ini daripada zaman dahulu dengan sekarang? Apa bezanya? Kita berhadapan dengan masalah ekonomi global yang amat mencabar dan kerajaan terpaksa berhempas pulas berbelanja pada waktu yang perlu dan yang tepat pada masanya untuk menggerakkan semula ekonomi ini.
Ini Yang Berhormat Machang tidak belajar, ini Yang Berhormat PJ Utara tidak belajar. Dia cuma tahu tentang balance, balance, balance sebab senario itu berbeza. Ini waktu zaman Yang Berhormat Permatang Pauh dengan sekarang ini jauh bezanya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ya, terima kasih. Ada saya hendak bangkitkan lagi Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat cukup
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
tepat. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ada sebut lagi tadi, dia bukan sahaja pertikaikan, selepas itu dia pertikaian Kementerian Kewangan. Dia kata RM7.5 bilion adalah untuk menampung pembayaran tambahan subsidi barangan petrol. Selepas diesel dan LPG tahun 2012. Peruntukan tambahan terbesar ini merupakan sebanyak 49% adalah untuk meringankan bebanan rakyat ekoran daripada kenaikan harga minyak mentah dunia.
Inilah sebabnya kerajaan buat. Selepas itu mengambil kira peruntukan asal RM17 bilion, itu betul. Angka dia sebut betul, dia tak ada bohong. Akan tetapi yang lain dia bohong juga. Akan tetapi angka yang disebut itu betul. Jadi jumlah kita punya perbelanjaan sebanyak RM24.5 bilion. Akan tetapi inilah satu bukti yang cukup nyata bahawa kita Kerajaan Barisan Nasional mengotakan slogan kita “1Malaysia, Rakyat Didahulukan”.
Dalam masa kenaikan harga minyak, kita bantu rakyat. Sekarang kita dapat saksikan.
Tengok sebelum itu, masa kenaikan harga minyak. Negara jiran rakyatnya merusuh di luar- luar jalan kerana kenaikan harga runcit petrol dan juga makanan asas.
Jadi apa yang kerajaan buat ini adalah semata-mata untuk memberikan keselesaan kepada rakyat. Jadi walau bagaimanapun, saya yakin anggaran tambahan yang dipohon berdasarkan daripada harga minyak dunia, kita pada ketika tersebut berada sebanyak USD120 satu tong pada awal tahun ini. Sekarang ia telah pun menurun, bawah daripada USD100 satu tong. Jadi kita pun hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula peruntukan tambahan ini? Selepas itu RM3.3 bilion adalah untuk menampung keperluan tambahan emolumen ekoran daripada kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga 13%. Sebanyak RM379 juta untuk menampung kenaikan bayaran COLA di bawah Skim Saraan Malaysia. Kenaikan setinggi ini kepada penjawat-penjawat awam adalah satu kejayaan yang patut kita berikan satu penghormatan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Tidak ada negara dalam dunia ini, dalam waktu kita menghadapi keadaan yang cukup susah ini boleh memberikan kenaikan gaji kepada penjawat-penjawat awam. Saya sebenarnya baru membuat satu perbincangan. Saya tidak hendak sebut negara mana, tetapi dengan duta tersebut dia telah menyebutkan kepada saya, negaranya pada ketika ini membuat penolakan gaji sebanyak 25% secara blanket, semua jawatan. Akan tetapi di negara kita sekarang, kita naikkan gaji anggota kerajaan. Kita naikkan pula gaji minimum kepada swasta. Apa lagi yang kita hendak lagi? Kerajaan terbaik ini. Jadi, selepas itu kenaikan setinggi ini membolehkan penjawat awam untuk menikmati kenaikan gaji sebenar dan ia lebih tinggi daripada kenaikan kadar inflasi kita sebanyak 2.2% bagi empat bulan pertama tahun ini. Diharap kenaikan gaji ini akan menjadi rangsangan ke arah anggota kita untuk meningkatkan produktiviti.
Pada sektor awam lebih tinggi daripada kenaikan gaji tersebut supaya dia boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat. Selepas itu RM300 juta kita peruntukkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tidak mengapa, kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri telah pun membuktikan keupayaannya dalam membuat collection yang cukup terbaik pada tahun lepas mengatasi sebanyak RM26 bilion. Jadi kalau dia hendak RM300 juta ini, tidak ada hal. Kita boleh luluskan. Saya hendak pergi kepada satu perkara lagi. Kali ini pula ada betul cakap Ketua Pembangkang. Saya setuju. Perkara yang setuju, kita setuju. Dia sebut tentang Kementerian Kerja Raya. Saya tahu Yang Berhormat Menteri Kerja Raya adalah seorang menteri muda, seorang pemuda yang cukup kuat bekerja.
Beliau berada di mana-mana. Apa yang saya hendak sebut di sini, hampir RM446 juta peruntukan tambahan yang kita pohon, sebanyak RM426 juta ataupun 96% adalah untuk bayaran pampasan tol.
Tambahan ini adalah di atas ataupun over and above, dengan izin peruntukan asal sebanyak RM343 juta. Jadi menjadikan kedua-dua angka ini sebanyak RM770 juta. Ini satu jumlah pampasan yang amat besar Yang Berhormat Menteri yang patutnya kita lihat semula dan saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri, yang pertamanya kita dapat menghuraikan rasional pembayaran tersebut.
Keduanya pada masa yang sama, saya ingin tahu juga sehingga hari ini, berapakah buah syarikat yang telah kita berikan konsesi untuk tol ini? Ketiganya, sehingga 31 Mac tahun 2012 ini, berapakah keuntungan bersih mereka?
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru seperti lonjakan jumlah kenderaan yang banyak ini, adakah kerajaan mahu menyemak semula terma-terma perjanjian konsesi ini agar ia lebih berimbang dan adil lagi. Biar banyak usahawan tidak mengapa, tetapi kalau dia buat untung, sebenarnya dia akan membayar cukai kepada negara.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya suka hendak respons sedikit apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat PJ Utara tadi mempersoalkan tentang seorang usahawan kita, Tan Sri Syed Mokhtar yang banyak mendapat projek. Akan tetapi kalau kita lihat apa yang telah dilaporkan oleh Forbes, orang kaya-kaya dalam Malaysia ini...
[Disampuk] Ya, apa pun orang kaya-kaya. Kita sudah tengok di situ, di antara kekayaan 15 orang bumiputera, tidak sama dengan satu kekayaan yang dimiliki oleh bangsa lain. Kalaulah kita boleh melahirkan seorang usahawan yang mempunyai kebolehan, yang mempunyai keupayaan, biarkan sahaja mereka. Saya hendak tanya, adakah Syed Mokhtar ini melakukan apa-apa default ataupun hutang yang dia tidak bayar ataupun apa projek-projek yang kita berikan kepada mereka yang sebenarnya dia tidak ada keupayaan? Sepatutnya we don’t single out. Apa kerana dia orang Melayu? Apakah sakit hati? Tidak payah, pasal apa kalau dia berjaya, dia bayar hasil.
Selepas itu berhubung dengan RM20 juta untuk menampung pertambahan kos perbelanjaan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh beri penjelasan? Minta penjelasan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya tidak ada masa lagi Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada masa, okeylah okey. Adakah kerana saya Melayu?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ha?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Adakah kerana saya Melayu?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Itu saya kalah itu...
[Ketawa] Okey sikit, sikit saja..
Seorang Ahli
Melayukah?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Jasin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak tertariklah dengan hujah yang dibentangkan iaitu kita ini hendak kena usaha untuk hendak create ataupun hendak mewujudkan seorang jutawan atau mega jutawan di kalangan orang Melayu. Oleh kerana itu kita beri sahajalah apa-apa projek yang ada pada orang ini sorang sahaja.
Adakah ini satu kaedah dan pendekatan yang munasabah. Adakah dia seorang sahaja yang Melayu yang perlu diberikan bantuan? Bagaimana dengan Melayu-Melayu dan entrepreneurs Melayu yang lain yang sekiranya kalau diberikan peluang yang sama mungkin boleh juga membuktikan kemampuan mereka. Tidakkah kita mementingkan persoalan hendak mengagihkan kekayaan dengan cara yang lebih adil. Janganlah kita guna hujah oleh kerana ada yang bukan Melayu yang jutawan maka dengan itu...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Kita pun hendak kena buat. Kita hendak kena bertindak dengan cara adil dan kita hendak agihkan kekayaan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah sebut tadi, melainkan kita boleh buktikan ada default.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini soalan, soalan tidak habis lagi.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat. Cukup, cukuplah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Soalan tidak habis lagi, soalan tidak habis lagi.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya tidak ada masa ini, saya tidak ada masa banyak lagi. Cukuplah, cukup, cukup.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Janganlah oleh kerana saya Melayu tidak beri saya habis soalan saya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Jadi saya pergi kepada Kementerian Pengguna, Hal Ehwal Pengguna.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Janganlah oleh kerana saya Melayu tidak beri peluang saya bercakap. Biarlah bagi peluang Melayu bercakap...
[Dewan riuh]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Cukuplah itu. Okey.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Duduklah.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Okey.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini Yang Berhormat Jasin sekali lagi pihak pembangkang terutamanya Yang Berhormat Shah Alam ini kurang pengetahuan ekonominya. Dia tidak tahu apa yang dia hendak, apa yang dia hendak ialah bagi kepada semua orang supaya semua orang dapat. Betullah dari segi konsep itu memang betul. Akan tetapi dia tidak faham apa dalam satu teori ekonomi, economy of scale ini kita perlukan orang bumiputera Melayu yang kaya yang betul-betul mampu untuk bersaing dalam skala yang besar. Bukannya saja hanya kedai runcit itu pun kita buat Yang Berhormat Jasin, akan tetapi kita perlukan gergasi ini seperti mana kita melahirkan gergasi-gergasi, businessman orang-orang Cina dan India di negara ini. Bukan itu Yang Berhormat Jasin? Itu...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Memang tepat Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sahabat saya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud, misrepresent saya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya hendak sikit sahaja.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa dia telah memutar belitkan kenyataan saya. Saya tidak kata beri pada semua...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya hormati masa. Tidak ada negara lain...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Satu minit sahaja.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bila pula saya kata beri pada semua?
Takkan ada seorang saja Melayu?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Cukuplah itu Yang Berhormat. Tidak apa cukup, cukuplah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dalam seluruh negara Malaysia ini ada seorang saja Melayu. Tidak ada Melayu lain?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalan sama dengan Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya kalau Tuan Yang di-Pertua bagi saya masa lebih tidak apa.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya pun Melayu juga. Macam mana ini.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Tidak apa. Tidak apa Yang Berhormat terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Takkan hendak sorang Melayu, kita hendak jadikan sebagai jutawan. Yang Berhormat Pasir Salak pun Melayu juga. Takkan tidak beri. Biarlah adil dalam pengagihan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, satu minit sahaja Yang Berhormat. Satu minit...
[Dewan riuh]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya nak report satu lagi apa yang Machang sebut tadi dia kata bajet berimbang. Dia kata bajet berimbang. Saya rasa beliau mesti tahu tentang keadaan semasa. Yang Berhormat tidak ada negara dalam dunia ini yang sebenarnya apa yang telah dibuat oleh negara kita memberikan subsidi begitu besar kepada rakyat. Memberikan subsidi. Kita tengok berapa jumlah subsidi yang kita beri.
Jadi kita memberikan peruntukan subsidi sebesar ini bagi faedah dan kebajikan rakyat. Hanya rakyat yang bijak sahaja akan terus mengekalkan kerajaan yang prihatin seperti Kerajaan Barisan Nasional ini. Bukan memilih parti yang hanya membuat janji bulan dan bintang tetapi tidak boleh melaksanakan. Sudah kita bagi jadi kerajaan pun tidak boleh laksanakan. Jadi sedangkan saya hendak sebut di sini terbuktilah air paip yang bersih pun tidak mampu disediakan. Macam mana kalau boleh kita hendak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.
Dalam pada itu saya juga ingin meminta kalau boleh Yang Berhormat Menteri Kewangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Masa sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudah habis.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Saya hormati Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tawau.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya tidak ada buat statement Yang Berhormat, mana penjelasan dari saya...
[Ketawa]
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya hendak minta tanya bahawa bagaimana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Mengikut Peraturan Mesyuarat 37 Yang Berhormat, penjelasan itu orang buat statement dulu.
Barulah...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Okeylah. Dalam ini mungkin boleh gunakan peraturan. Saya tahu ini adalah kuasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey, okey baik Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Ada kuasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Tawau duduk dulu.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya rasa ini adalah kuasa Yang di-Pertua untuk memanggil sesiapa sahaja yang mendapat pandang lebih dahulu, tetapi saya rasa kita pun ada traditionnya, kita mengikut parti di sini dan juga di sebelah sana. Jadi saya hendak satu penjelasan, bagaimana ini BEBAS, mana yang ahli-ahli BEBAS ini mereka dikira, di mana? Kerana kalau mengikut kita di sini, DAP ada ahli-ahli yang ramai, akan tetapi kita hanya dapat seorang sahaja untuk berucap pada waktu sekarang, tetapi BEBAS, saya no against, tidak ada, nothing personal about Ahli-ahli Yang Berhormat BEBAS.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Akan tetapi mereka telah mendapat ketiga.
Ini ialah ahli BEBAS yang ketiga, tetapi DAP hanya seorang. Saya rasa PKR pun dua sahaja. PAS pun seorang sahaja. Jadi saya minta penjelasan macam mana ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun sehaluan dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baca note yang saya bagi Yang Berhormat. Baca note yang saya bagi.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun baru tahu ada pula senarai nama ditulis siapa yang membahas, siapa tidak. Ini tidak adil. Saya tidak tahu daripada peraturan mana dalam Dewan. Tidak ada sebut pun dalam ini peraturan mesyuarat. Seharusnya siapa yang terpandang. Ini siapa yang dinampak. Saya tidak fahamlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tawau sila. Yang Berhormat baca note yang saya bagi, note. Ada saya hantar note tadi. Nota yang diberi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini masalah! Suka-suka pula kita buat peraturan, sedangkan dalam peraturan tidak ada. Mana boleh macam ini!
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Perbekalan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Lain kali tidak payah bahaslah!...
[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
...Tambahan 2012. Tuan Yang di-Pertua saya hanya ringkas dengan beberapa isu yang saya ingin membangkitkan dalam perbekalan tambahan ini dan ingin saya minta penjelasan kerajaan bagaimanakah bajet tambahan ini akan mempengaruhi kedudukan kewangan negara kita dari segi hutang nasional. Dengan hutang nasional mencecah RM455.1 bilion atau 53% KDNK pada tahun lepas, adakah bajet tambahan ini akan memburukkan lagi tahap kritikal 55% seperti mana ditetapkan oleh undang-undang. Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan nisbah begitu tinggi untuk mengelakkan risiko negara menghadapi kebankrapan seperti negara Greece dan lain-lain.
Dalam bajet tambahan ini bagaimanakah kerajaan seharusnya bercadang untuk mengedarkan BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia yang sebanyak RM2.6 bilion sekali lagi bagi rakyat dan juga RM300 juta lebih daripada bagi peruntukan pembangunan kepada Ahli-ahli Parlimen sedangkan kedua-dua peruntukan ini belum lagi termasuk dalam peruntukan tambahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Maksud B.60 Kementerian Pertahanan dan ingin saya minta penjelasan dari kementerian berhubung bagaimana bot tunda Wantas VI, dan barge Wantas VII yang menghantar sebuah penjanakuasa turbin gas 32 megawatt dari Langkawi ke Tawau pada 12 April 2012 telah dirampas oleh lanun-lanun di Laut China Selatan.
Memandangkan barge ini digunakan sebagai kenderaan pengangkutan yang tidak sesuai untuk laut terbuka adakah lanun-lanun itu telah mencerobohi kawasan perairan Malaysia ketika melakukan jenayah rampasan itu. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa sebarang pengangkutan laut di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah selamat dan tidak didedah kepada risiko lanun lagi.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Saya merujuk kepada Maksud B.62 Kementerian Dalam Negeri mengenai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Ingin saya minta penjelasan daripada kementerian berkaitan kriteria yang terpakai sekarang untuk pengambilan ahli-ahli RELA dan sama ada syarat-syarat kesihatan yang baik adalah dikehendaki. Telah saya terima sebilangan laporan yang dahulu tidak pernah ada bahawa kononnya terdapat warga-warga emas yang berusia tinggi dengan kelemahan fizikal pun diambil menjadi ahli-ahli RELA juga. Jika ya, mengapa?
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Oleh sebab RELA adalah sebuah pertubuhan sukarela untuk rakyat, ingin saya tahu juga mengapa RELA Sabah telah mengeluarkan arahan-arahan kepada ahli-ahlinya dan saya pun adalah ahli RELA supaya tidak memberi perkhidmatan keselamatan kesemua parti-parti politik pembangkang. Tindakan sedemikian itu adalah satu langkah yang bercorak pilih kasih dan kurang demokratik oleh RELA Sabah. Parti-parti pembangkang juga menganjurkan program-program lain seperti sosial, kebajikan dan perubatan untuk rakyat dan patut diberi perkhidmatan keselamatan kepada penduduk-penduduk yang asas sekali oleh RELA.
Saya minta penjelasan daripada kementerian berhubung sama ada ini adalah satu perintah Kementerian Dalam Negeri berhubung perintah senyap atau gag order di semua negeri, dan apakah rasional di belakang semua ini.
Saya merujuk kepada Maksud B.42 – Kementerian Kesihatan. Saya ingin tahu berapakah banyak dari RM40 juta ini yang diberikan kepada Jabatan Kesihatan Sabah untuk pencegahan dan rawatan pesakit-pesakit talasemia di Sabah. Apakah program- program dan tindakan yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa rawatan adalah berterusan dan berkesan demi mutu hidup yang lebih baik bagi pesakit-pesakit berkenaan. Ini kerana ramai di antara mereka juga menghadapi kesulitan, tidak mampu pengangkutan dari kampung-kampung luar bandar. Adakah ia benar bahawa Sabah mempunyai bilangan pesakit talasemia yang tinggi sekali berbanding dengan negeri-negeri lain? Apakah bilangan pesakit dalam rekod khasnya daripada keluarga miskin?
Juga saya di sini merasa sangat sedih mengenai satu kejadian yang berlaku pada 14 tahun yang lepas di Hospital Tawau. Kes ini berkenaan satu anak gadis yang tidak dapat memohon sijil kelahiran kerana rekod klinik ditahan oleh Hospital Tawau. Ini kerana ibunya yang bersalin melalui pembedahan pada 16 Julai 1998 tidak mampu untuk membayar kos pembedahan. Tanpa sijil kelahiran, gadis itu tidak dapat bersekolah. Saya berharap hospital-hospital di Sabah dan juga di Semenanjung akan mengambil prihatin tentang kesulitan keluarga-keluarga miskin khususnya di luar bandar di Sabah. Saya memohon agar ketua-ketua atau kakitangan hospital mempunyai perikemanusiaan. Kalau kita boleh menanggung kemudahan-kemudahan perubatan kepada warga asing, mengapa orang- orang kampung dan keluarga miskin Sabah tidak dilayan demi mendapat bantuan yang sewajarnya.
Saya merujuk kepada Maksud B.23 – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Saya minta penjelasan bukti terperinci berkaitan dengan RM10 juta yang diperuntukkan bagi Sabah untuk menyelesaikan isu tuntutan tanah adat anak negeri Sabah, berapakah orang atau keluarga telah bermanfaat daripada peruntukan tambahan itu dan apakah jumlah luas tanah yang diliputi?
Merujuk kepada B.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Jawapan oleh Timbalan Menteri menyatakan negeri Sabah mencapai tahap yang tertinggi di Malaysia pada April tahun ini dan dengan pelaburan jumlah RM10 bilion. Saya ingin mengetahui apakah bidang pelaburan dengan adalah pelaburan dalam oil and gas dari Sabah atau pembuatan kilang-kilang atau pelancongan dan petani juga dalam pelaburan dalam RM10 bilion ini? Saya ingin tahu juga jumlah di setiap industri di Sabah? Apakah pelaburan itu akan memberi peluang atau faedah kepada penyertaan syarikat-syarikat tempatan dan pekerjaan khususnya kemahiran? Adakah pelaburan itu masuk dalam Program Transformasi Negara? Dengan itu, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ranau.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk membahas Perbekalan Tambahan sebanyak RM13,795,345,000 tahun 2012. Mengimbas tawarikh iaitu tanggal 10 Jun 2010, di Dewan yang mulia ini telah berkhemah dengan tepukan gemuruh oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi selesai membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Kali ini sidang Dewan Rakyat dimulakan pada tarikh 11 Jun 2012 iaitu lebih kurang dua tahun satu hari sejak pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Ini bermakna rakyat Malaysia di seluruh negara sudah memasuki dua tahun satu hari mencari-cari pengisian Rancangan Malaysia Kesepuluh itu secara menyeluruh khususnya di kawasan luar bandar. Dengan dana yang disediakan sebanyak RM230 bilion, Rancangan Malaysia Kesepuluh disifatkan oleh ramai penganalisis ekonomi dan pemerhati politik sebagai rangsangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial.
Bagi rakyat Malaysia yang menjalani penghidupan di luar bandar khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman negeri Sabah terutama sekali termasuk di kawasan saya iaitu kawasan Ranau. Keseluruhan rakyat bersama dengan para pemimpin mereka telah memasang impian bahawa kali ini pastilah ada jalan raya yang dibina, bekalan air bersih akan sampai dan cahaya elektrik akan menerangi ruang rumah yang selama itu hanya diterangi oleh lampu minyak tanah dan lilin.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai ulangan kepada ucapan perbahasan saya ketika menyokong usul RMKe-10 itu, sekali lagi saya mengemukakan hasrat rakyat di kawasan saya iaitu P.179 Ranau agar diambil perhatian sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, diambil perhatian secara khusus bahawa daerah Ranau dan rakyat yang mendiami daerah ini sudah terlalu lama dahagakan pembangunan infrastruktur dan pembangunan ekonomi secara terancang yang sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia di kawasan-kawasan lain yang sudah maju. Daerah Ranau Tuan Yang di-Pertua, yakni kawasan P.179, seharusnya tidak tercicir dari arus pembangunan yang dirancang sebagai persediaan menuju daerah maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat daerah maju lapan tahun dari sekarang, maka piawaian berikut wajib dilaksanakan dan seterusnya disampaikan.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Malangnya bagi kawasan Ranau, semua ciri-ciri dan nilai-nilai yang telah saya sebutkan tadi masih jauh dari capaian. Kemiskinan rakyat kekal di tahap membimbangkan, rangkaian jalan raya yang menghubungkan pusat pentadbiran daerah dan pekan Ranau terbina dari tanah merah yang masih berlumpur ketika musim hujan. Paling baik pun sekadar ditaburi batu sungai yang dinamakan gravel road.
Jalan raya amat penting bagi sebuah daerah untuk membangun. Jalan raya dianggap sebagai nadi utama pembangunan ekonomi masyarakat, pemangkin dan penjana taraf hidup yang lebih baik kaum petani. Maka dengan jelasnya saya menyatakan rakyat Daerah Ranau memerlukan sistem jalan raya yang baik, berturap dan beraspal.
Tuan Yang di-Pertua, luas Daerah Ranau ialah 3,555.9 kilometer persegi iaitu lebih lima kali keluasan negeri Perlis. Penduduknya hanya 95,632 mengikut banci yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010. Perkampungannya pula berselerak dan tidak terancang kerana majoritinya adalah perkampungan-perkampungan tradisi. Untuk menyediakan sistem jalan raya secara menyeluruh memang amat sukar.
Begitu juga hal dengan usaha membangunkan ekonomi rakyat secara terancang sudah pastilah menghadapi banyak cabaran. Akan tetapi kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan wajib untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat walau di mana jua mereka menetap. Saya dan rakyat sudah tentu bukan meminta agar semua kemudahan itu dilaksanakan sekali gus. Kita memahami sistem berperingkat dan akur kepada cara itu. Apa yang penting dan diidamkan oleh rakyat ialah mesti ada yang terlihat dilaksanakan.
Tidaklah bagai menunggu buah tidak jatuh, tidaklah lahir prasangka buruk ada dasar pilih kasih dalam pengagihan dana pembangunan.
Jabatan Kerja Raya ataupun Kementerian Kerja Raya terutama sekali Jabatan Kerja Raya Daerah Ranau telah menyenaraikan sebanyak 39 batang jalan raya utama yang perlu dibina dan dinaiktarafkan. Jauhnya ialah 399.8 kilometer. Sebanyak 26 batang sejauh 277.1 kilometer tersenarai sebagai pembinaan dan 13 batang lagi sejauh 122.7 kilometer disenaraikan untuk naik taraf.
Kesemua jalan raya ini penting sebagai jalan ekonomi dan jalan pendidikan. Jalan ekonomi kerana kemudahan rakyat untuk memasarkan hasil pertanian yang terdiri daripada kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jalan pendidikan kerana ia menghubungkan sekolah-sekolah rendah, menengah dengan Jabatan Pelajaran Daerah Ranau.
Daripada 39 jalan raya ini, saya hanya meminta kerajaan agar dapat melaksanakan pembinaan dan menaik taraf 12 batang jalan sahaja dalam RMKe-10. Jarak 12 batang jalan ini ialah 200 kilometer sahaja yang melibatkan kos paling minimum
Datuk Siringan Gubat - Ranau
sebanyak RM81.77 juta sahaja mengikut anggaran yang disediakan oleh jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Ranau. Senarai ini akan saya sampaikan kepada kementerian yang berkenaan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembelajaran ataupun pelajaran di Daerah Ranau.
Kementerian Pelajaran Malaysia memang sedia maklum bahawa tanggungjawab yang digalas untuk menyediakan tenaga kerja mahir, berilmu dan profesional amat mencabar.
Ianya bermula di peringkat prasekolah lagi dan berterusan hingga ke peringkat yang tinggi.
Namun, itulah cabarannya jika kita ingin menjayakan niat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang masa yang telah ditetapkan. Saya berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah berusaha menyediakan kemudahan- kemudahan pendidikan secara berperingkat untuk rakyat daerah Ranau.
Saya difahamkan dan sempat meninjau beberapa bangunan, rumah guru dan bangunan pra sekolah yang sedang dalam pembinaan. Terdapat tujuh buah bangunan pra sekolah yang sedang dalam pembinaan. Malangnya, kesemuanya projek ini mengalami kelewatan penyiapan. Malah, satu daripada bangunan tersebut iaitu bangunan prasekolah SK Kemburongoh terpaksa di tender semula. Kesemua bangunan prasekolah ini sepatutnya siap pada tahun 2010 dan peluasannya sepatut dibuat pada tahun 2011. Hingga ke hari ini, ke semua bangunan tersebut belum lagi siap sepenuhnya. Akibatnya, para pelajar prasekolah terpaksa menumpang buat sementara waktu di bilik-bilik darjah sekolah rendah yang kosong.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Ranau.
Saya cuma ingin menumpang kasih di sini. Saya minta melalui ucapan Yang Berhormat Ranau ini, saya ada satu sekolah yang sama cerita dengan di Ranau ini, namanya SK Tamau. SK Tamau ini adalah satu sekolah yang amat-amat penting, sudah dekat 90 % lebih siap tetapi tidak boleh diduduki kerana masalah-masalah teknikal dan kontraktor. Saya minta melalui Yang Berhormat Ranau untuk memanjangkan isu ini kepada Jabatan Kerja Raya kerana konsultan ini di bawah JKR dan minta Yang Berhormat Ranau minta penjelasan dalam sesi ini berkenaan SK Tamau di Kota Belud. Terima kasih.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Saya masukkan masalah ini dalam perbahasan saya supaya diambil tindakan oleh Kementerian Pelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, pembinaan lima buah rumah guru juga mengalami nasib yang sama. Malahan lebih teruk lagi kerana ke semua projek pembinaan rumah guru tersebut dianggap terbengkalai, projek sakit dan boleh dikatakan semakin lama semakin sakit tenat projek ini. Untuk makluman, saya perturunkan situasi semasa pembinaannya satu persatu. Pertama SK Naradan belum beratap. SK Karagasan belum berdinding dan belum beratap. SK Kawiyan baru letak beam. SK Mengkapoh 70% siap. SK Tenanom hampir siap bagaimanapun banyak kelewatan penyiapannya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Ranau.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
...Kawasan Mua penurunan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh saya?
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Tidak cukup masa. Minta maaf. Mohon maaf.
Saya tidak beri laluan.
Kawasan luar, bangunan rumah guru tersebut sepatutnya siap pada tahun 2010.
Terdapat maklumat di mana dalam rekod jabatan yang berkenaan, bangunan sudah siap tetapi bila meninjau kelapangan bangunan yang dikatakan siap tidak ada.
Saya mohon supaya perkara ini disiasat kerana saya tidak mahu perkara ini berlarutan di kawasan saya di mana projek-projek sudah disahkan sudah siap tetapi tiada di lapangan. Saya takut kalau perkara ini tidak disiasat dalam rekod kementerian banyak sudah bangunan-bangunan, banyak projek sudah dilaksanakan tetapi sebenarnya tiada di lapangan. Saya tidak mahu kawasan saya tersisir dari segi peruntukan.
Tuan Yang di-Pertua contoh ialah pembaikan buat bilik darjah yang atapnya di terbangkan angin di SK Tempias Ranau. Saya secara peribadi telah melawat sendiri sekolah tersebut bagi tujuan memastikannya. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat
Datuk Siringan Gubat - Ranau
sedikit risikan bagi tujuan mencari maklumat kenapa berlakunya kelewatan penyiapan?
Kenapa ada projek terbengkalai?
Di antara sebab yang telah dikenal pasti ialah pertama kesemua 11 buah projek itu dipakiskan kepada satu kontrak terutama sahaja. Kontraktor utama terpaksa atau sengaja mencari kontraktor kedua dan ketiga biasa dipanggil subkontraktor kalau di kawasan saya untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor utama bukan bermastautin tempatan.
Akibatnya sukar untuk mencari buruh binaan. Subkontraktor sukar menyiapkan bangunan apabila harga semakin menurun. Itulah masalah yang terdapat kenapa bangunan- bangunan projek-projek itu lewat disiapkan. Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masalah yang kedua Yang Berhormat. Yang Berhormat masalah kedua dua minit lagi Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Mahu siap sudah Tuan Yang di-Pertua. Ya, mahu tamat sudah. Saya merayu kepada kementerian yang berkenaan agar dapat mengkaji semula sistem penganugerahan kerja berpakis kepada mana-mana kontraktor bukan tempatan. Seterusnya saya merayu kepada Menteri yang berkenaan agar memberikan peluang kerja kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan yang terdapat di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mempercepatkan penurunan memberikan peruntukan kepada negeri Pulau Pinang supaya dapat menjalankan projek tebatan banjir. Projek tebatan banjir Pulau Pinang memohon saya rasa RM10 juta bukan duit yang banyak tetapi dia dilewat-lewatkan. Tidak diturunkan.
Saya rasa rakyat Pulau Pinang pun membayar cukai dan rakyat Pulau Pinang pun merupakan warga negara atau rakyat Malaysia ini. Dia pun rakyat 1Malaysia dan haruslah Kerajaan Barisan Nasional 1Malaysia ini haruslah menjaga juga masalah banjir di Pulau Pinang. Saya merayu supaya penswastaan pelabuhan Pulau Pinang dikaji semula. Kami di Pulau Pinang merayu supaya dia kembalikan port atau pelabuhan ini kepada rakyat Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia supaya mengendalikan port ini, pelabuhan ini. Kalau boleh, kalau hendak privatizekan, kalau hendak swastakan, swastalah kepada negeri Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh hairan ataupun kagum dengan apa yang berlaku di Ranau di mana ada projek yang dilaporkan sudah sedia tetapi tidak nampak secara fizikalnya. Ini saya rasa betul-betul mesti siasat. Akan tetapi di sini saya ingin minta supaya kerajaan mengotakan janjinya.
Pada 5 April Timbalan Perdana Menteri yang selaku Menteri Pendidikan sudah pergi ke Alor Setar dan diarahkan semua guru di SRJK(C) mesti hadir perhimpunan untuk menyambut beliau. Jadi murid-murid pergi ke sekolah pada pukul 7 pagi dan disuruh balik rumah kerana guru hendak pergi ke Alor Setar untuk menyambut Menteri. Menteri di situ sudah mengumumkan memberi peruntukan RM6.6 juta kepada semua sekolah Cina di negeri Kedah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sampai hari ini peruntukan ini belum diturunkan, belum sampai. Mereka tunggu-tunggu takut, khuatir peruntukan ini tidak sampai. Kalau belum sempat sampai sebelum pilihan raya akan datang ini, kalau lepas pilihan raya, mungkin dia tidak sampai langsung.
Jadi saya harap Menteri Pendidikan ini boleh belajarlah kalau pun mengikut cara negeri Pulau Pinang. Apabila kita mengumumkan peruntukan untuk semua sekolah, cek akan sampai atau duit ini akan sampai ke akaun bank sekolah-sekolah dalam dua minggu.
Sekarang sudah dua bulan tetapi tidak sampai lagi. Jadi saya harap ia dapat disampaikan.
Begitu juga walaupun Menteri Pendidikan Pelajaran telah bersetuju ataupun berjanji bahawa akan memulakan pembinaan sebuah sekolah SMJK(C) Jit Sin di Nibong Tebal tetapi ada detail yang belum dibetulkan dan kebenaran ini belum diberi secara bertulis. Saya harap dia boleh mempercepatkan. Juga janganlah lewat sampai pilihan raya
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
sudah lalu kerana orang sekarang, rakyat tidak ada keyakinan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini kerana selalunya buat janji dan tidak dikota.
Pada 16 Jun, Menteri Pelajaran pergi ke Pulau Pinang tetapi dia tidak pergi ke sekolah yang memerlukan bantuannya. Umpamanya SRJK(C) Permatang Tinggi di kawasan Bukit Mertajam di mana kerajaan Barisan Nasional telah janji ataupun telah secara verbal telah katakan akan memberi peruntukan untuk membina satu blok bilik darjah lagi.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Sekarang murid sudah begitu ramai, sudah tidak cukup tempat sehingga guru-guru terpaksa duduk di koridor kerana itu menjadi pejabat mereka. Saya rasa Kerajaan Barisan Nasional ini bukan miskin seperti itu. Kita hendak bawa, hendak sewa dua ekor panda dari China. Itu saya pun suka. Panda saya pun suka. Saya pun pergi tengok itu Kung Fu Panda. Saya pun suka juga dan ramai orang pun hendak tengoklah panda ini tetapi saya rasa panda ini memakan perbelanjaan yang besar untuk membina tempat, untuk membela panda ini ialah RM20 juta.
Setiap bulan saya difahamkan ia memerlukan RM250,000. Kalau kita mampu okeylah tidak apa tetapi takkan kita hendak bela panda tetapi kita tidak ada duit untuk membina bilik darjah sehingga guru kita duduk di koridor untuk bekerja. Saya rasa ini tidak patut. Ini pun tidak adilah. Takkan kita hendak begitu berikan keadaan yang begitu baik kepada dua ekor panda tetapi tidak jaga guru kita? Saya rasa ini tidak boleh. Kalau sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa tidak buat macam ini. Jadi, saya pohon supaya peruntukan diberi supaya satu blok bilik darjah dapat dibina di SRJK(C) Permatang Tinggi dan ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh. Ia bukan bantuan separuh atau mudah, ia bantuan penuh walaupun saya tidak setujulah ada sekolah di bahagikan kepada bantuan penuh dan bantuan mudah. Akan tetapi sekolah ini bantuan penuh pun tidak dapat membina bilik darjah yang diperlukan.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, SRJK(C) Kay Sin di perkampungan Machang Bubuk. Ia bukan jauh seperti di Ranau tetapi dewannya sudah dimakan anai-anai dan sudah dikatakan tidak selamat lagi diguna, dipakai tetapi kerajaan tidak memberi peruntukan untuk memperbaiki ataupun membina semula. Ia memerlukan RM200,000 sahaja. RM200,000, ia lebih kurang daripada satu bulan belanja untuk dua ekor panda ini.
Dua ekor panda ia memerlukan RM250,000 tetapi dewan ini hanya mereka pohon RM200,000 sahaja. Akan tetapi Kerajaan 1Malaysia-Barisan Nasional ini tidak bagi sampai hari ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun kadang-kadang tidak mahu, tidak dibenarkan masuk sekolah tetapi kita sudah memberi peruntukan RM50,000 tetapi Kerajaan Pusat, ini memang tanggungjawab Kerajaan Pusat tidak bagi lagi.
Terdapat 14 buah sekolah SRJK(C) dan SMKJK(C) ini di Pulau Pinang memohon peruntukan untuk membaiki sekolah kerana dimakan anai-anai. Jadi, saya pohon jangan kita hanya mementingkan dua ekor panda walaupun saya suka tetapi kita mesti menjaga bangunan sekolah terlebih dahulu kita mesti jaga. Keselamatan murid-murid terlebih dahulu. Bukankah Barisan Nasional mengatakan bahawa rakyat diutamakan? Sekarang panda diutamakan. Macam mana? Ha! Macam mana? Bukan begitu sahaja. Pesakit- pesakit rakyat pun tidak diutamakan. Hospital Seberang Jaya sudah memerlukan blok yang baru kerana katil tidak cukup. Occupation rate sudah melebihi 100%. 105% occupations rate nya. Jadi, koridor pun diletak katil. Ini membahayakan kalau ada emergency yang berlaku. Akan tetapi projek yang membinanya telah dipohon pada RMKe-9. Ia dilewatkan kepada RMKe-10 dan dikatakan sudah diluluskan 2009 tetapi dilewatkan satu kali lagi.
Sekarang dia kata sudah luluskan tetapi saya belum nampak ia dibina.
Saya meminta kita mesti cakap seperti – ataupun bikin seperti cakap atau cakap seperti bikin. Kalau cakap hendak bina atau cakap rakyat diutamakan, rakyat mesti betul- betul diutamakan bukan panda. Walaupun panda kita semua suka tetapi rakyat mesti diutamakan. Begitu juga di Hospital Bukit Mertajam. Ia pun sudah sangat crowded. Tidak cukup lagi. Kalau kita pergi ke klinik pakar mata kita lihat ia di situ pesakitnya betul-betul 1Malaysia. Orang Melayu ada, orang Cina ada, orang India ada. Ia betul-betul 1Malaysia dan dari pagi sampai petang, 400-500 pesakit setiap hari. Tidak cukup kemudahan. Tidak cukup ruang. Minta diperluaskan.
Saya ingin memberitahu Dewan ini bahawa ada tanah di sebelah atau opposite hospital itu ada 10 ekar tanah kepunyaan kerajaan negeri dan kerajaan negeri sudi kalau
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Kerajaan Pusat hendak bina, hendak membesarkan hospital pada bidang tanah itu. Kita boleh bincang supaya tanah itu boleh diguna untuk membina lebih blok hospital supaya rakyat diutamakan, kesihatan rakyat diutamakan. Jangan kita memberikan RM500 dan anggap itu sudah cukup. Saya rasa adalah lebih penting ialah untuk membina hospital yang cukup, membina pusat dialisis yang cukup dan bukan hanya memberikan RM500 dan satu kali sahaja. Kalau tiap-tiap bulan boleh bagi itu saya rasa boleh terimalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan yang dikatakan oleh isteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa negara ini memerlukan sekolah untuk autistic children. Saya mengalu-alukan dan saya setuju walaupun ada banyak perkara yang berkata saya tidak setujulah seperti kalau membeli beg yang sangat mahal itu saya tidak setujulah. Kalau memberi cincin yang sangat mahal pun saya tidak setuju. Akan tetapi kalau membina sekolah untuk kanak-kanak autistik itu, saya setuju. Saya rasa dan ini, beliau memberi wang RM550,000 untuk NASOM iaitu Persatuan Untuk Kanak-kanak Autistik. Itu adalah hasil menanam, saya tidak tahu apa dia tanam tetapi itu hasilnya, dia kata dia dermakan kepada NASOM ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya mengucapkan terima kasih tetapi saya rasa autistic children mereka bukan hanya memerlukan satu kali derma, mereka betul-betul memerlukan kemudahan seperti sekolah. Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat berkenaan dengan sekolah autisme ataupun sekolah autism. Cuma saya hendak bawa perhatian Yang Berhormat. Kita mendengar seruan daripada isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan bahawa beliau menyokong usaha supaya sekolah autistik ini atau autisme ini ditubuhkan. beliau kelihatan memberi sokongan penuh kepada murid-murid yang mempunyai masalah ini.
Saya rasa semua kita di sini, dalam Dewan yang mulia ini juga setuju dan ini memang menjadi suatu masalah. Kita perlu prihatin dan kita seharusnya menyokong usaha untuk mendirikan sekolah-sekolah tersebut. Saya hendak beri satu fakta, sebenarnya di Puchong baru-baru ini ada cadangan dibuat Tuan Yang di-Pertua, bahawa tiga sekolah dibina di satu kawasan tanah lapang. Satu sekolah Cina, Sekolah Yap Chee, satu sekolah kebangsaan Katolik dan juga satu sekolah autisme.
Kerajaan Negeri Selangor meluluskan dan menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut. Saya difahamkan bahawa di dalam pakej ini, pihak pemaju telahpun menyatakan hasrat untuk membina sekolah autisme tersebut sebagai menunjukkan tanda bahawa mereka prihatin berkenaan dengan perkara-perkara dan murid-murid yang mengalami masalah ini. Akan tetapi malangnya, Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di dalam mana Timbalan Menterinya juga daripada MCA, menolak cadangan tersebut untuk membina sekolah-sekolah ini.
Jadi, ini kita lihat ada konflik di mana pada satu tangan, pada pihak Perdana Menteri Yang Amat Berhormat, memang dinyatakan sokongan mendirikan sekolah-sekolah sedemikian tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor meluluskan dan juga tanah tersebut telah pun kita kesan dan juga kita mempunyai pihak yang sudi dan sedia membina sekolah tersebut tetapi tidak diluluskan dan tidak diberikan sebarang alasan. Walhal kita lihat parti MCA pula menterbalikkan fakta-fakta, dan they try to blame the Selangor Pakatan Rakyat Government with all sorts of technical excuses, dengan izin.
Ini menunjukkan apa yang dikatakan oleh kita daripada pihak sini, kita sebenarnya menyokong dan kita telah menunjukkan apabila dalam Kerajaan Pakatan Rakyat, kita menyatakan kita menyokong, kita menunjukkan bahawa kita sedia untuk buat. Akan tetapi pihak sebaliknya pula Tuan Yang di-Pertua lain, menyatakan untuk publisiti, yes they said. Akan tetapi apabila kita buat dan kita cabar mereka, mereka tolak dan mereka beri all sorts of excuses. Apakah pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan perkara ini? Terima kasih.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Begitulah Kerajaan Barisan Nasional. Saya harap Menteri Pelajaran dapat menjawabnya.
Itulah pada waktu sekarang ramai yang tidak percaya lagi kepada Barisan Nasional kerana
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
selalunya apa yang dikatakan tidak dikotakan. Saya pun hairan macam mana seorang isteri kepada Perdana Menteri dapat idea yang kita perlukan sebuah sekolah autistik tetapi Menteri Pelajaran tidak sedar atau tidak tahu kita perlukan sekolah seperti ini untuk budak- budak autistik. Saya juga ingin memohon perhatian daripada Menteri Pelajaran lagi supaya memberi masa kelebihan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan.
Pada waktu sekarang, mereka diberi 30 minit lebih daripada pelajar-pelajar yang penglihatannya normal tetapi mereka kata ini adalah tidak cukup kerana sekarang ada banyak darjah. Mereka susah dan mengambil masa yang lebih panjang untuk mereka fahami apakah dalam gambar itu.
Jadi, saya harap permintaan mereka ini harus diberi kelulusan secepat mungkin kerana mereka akan menduduki UPSR pada bulan September. Saya rasa sebenarnya mereka yang cacat penglihatan tidak seharusnya mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar-pelajar yang normal. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap semua ini dapat diambil perhatian dan ditangani supaya rakyat Malaysia ini betul-betul rasai mereka diutamakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Menteri akan menjawab pukul 6.30 nanti. Jadi, kita bagi 10 minit seorang Yang Berhormat. Siapa yang dapat itu, dapatlah dan siapa yang tidak dapat itu jangan marah Tuan Yang di-Pertua okey. Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya sekejap sahaja. Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan sebab ekoran daripada bantahan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, maka kerajaan mempertimbangkan untuk meleraikan kolaborasi antara AirAsia dan MAS. Rata-rata pekerja MAS dan juga rakyat Malaysia begitu gembira dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan. Saya ada kemusykilan dan saya harap dapat dijawab. Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh AirAsia sehingga dia tidak mahu memasuki KLIA II.
Jawapannya, statement dalam surat khabar dalam dua tiga hari ini dia menyatakan bahawa dia akan melihat dari segi keselamatan. Siapa yang menentukan keselamatan?
Diakah atau Malaysia Airports Berhad? Apa sangat besar dengan Tony Fernandez ini, saya tidak tahulah kenapa? Saya setuju dengan kawan saya Yang Berhormat Wangsa Maju, kenapa Tony Fernandez ini diberi kebebasan melakukan sesuatu sehingga boleh mengugut kerajaan hendak memindahkan operasinya ke Jakarta. Kalau dia di sana mungkin di sini dia menjadi anaconda, mungkin di sana dia menjadi ular lidi, kena telan.
Saya mahu minta kerajaan bersikap tegas menangani isu ini sebab kerajaan telah membelanjakan RM2.6 bilion untuk KLIA II tetapi dia enggan memasuki. Di Kota Kinabalu dia sudah tandatangani perjanjian untuk menggunakan Terminal Utama Kota Kinabalu, berpindah dari terminal yang lama sebab tidak begitu selamat. Sampai sekarang pun dia tidak menghormati perjanjian itu dan enggan mengguna pakai terminal yang telah disediakan.
Saya minta kerajaan, Kementerian Kewangan mesti ada pendirian yang teguh.
Jangan satu orang sudah besar kepala tetapi kita takut hendak menegur, takut hendak membuat keputusan. Jangan sampai rakyat hukum kita disebabkan kita sendiri membuat kesilapan dan kesalahan. Saya mahu perkara ini, AirAsia harus patuh dan menggunakan masuk terus, tutup KLIA yang lama, LCCT tutup. Terserah kepada dia mahu pindah atau tidak. Jangan bagi dia peluang, dia sudah bermaharajalela. Dia sudah hisap darah orang ramai, orang kampung dengan tambang yang murah tetapi bukan murah. Dengan caj yang hidden charge sudah ada tetapi dia diberi juga kebebasan untuk menyeleweng...
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sedikit ya.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Dia kena bagi Tuan Yang di-Pertua, tidak mengapa, terima kasih. Perkara yang sama, betul-betul Yang Berhormat Kinabatangan hendak menyebut tentang hidden charge. Ciri-ciri hidden charge ini telah menyebabkan kumpulan pengguna merasa tertekan dan teraniaya. Ada sampai ke satu tahap, kita terpaksa membeli tiket baru di mana kalau kita menggunakan carrier biasa, harga yang lebih murah dapat kita nikmati.
Yang Berhormat boleh tak?... Mengapa AirAsia telah sampai ke tahap sikap seperti arrogant di sana? Antaranya pada pandangan saya adalah kerana mereka telah sampai ke satu tahap monopolistic dalam agenda penerbangan murah ini dan merasakan tanpa mereka, penerbangan murah di negara ini akan kecundang. Apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya setuju dengan Yang Berhormat Tangga Batu. Ini kerana kita tidak ada persaingan tidak kompetitif dia seorang bermaharajalela. Cuba kita bagi open flight terbuka macam di Jakarta macam di China.
Setiap minit ada penerbangan tambang murah. Ini kita AirAsia, MAS, Firefly lepas dua, tiga flight tidak ada lagi. Di Jakarta setiap 10 minit, 15 minit ada penerbangan macam-macam 10 penerbangan, 15 penerbangan. Jadi bukalah siapa yang ada kemampuan yang mahu beroperasi penerbangan tambang murah Kementerian Kewangan bagilah kebenaran.
Jangan lagi dibeku dan sebagainya ini monopoli tidak adil. Saya betul-betul tidak menghormati perdagangan AirAsia sebab dia menindas kepada rakyat.
Satu lagi isu Tuan Yang di-Pertua saya ada lebih kurang lima minit iaitu surat khabar The Star, mengutarakan bagaimana permainan slot atau lesen kasino secara online. Dia server dia berada di Hong Kong, di UK, di Singapura di China tetapi yang pemain paling banyak di Malaysia. Sehingga pelajar-pelajar pun mereka benarkan bermain dan dia ada dia punya taiko-taiko. Pelajar tidak ada kredit kad mereka bagi pinjam dan sehingga banyak pelajar yang terjerat ibu bapa di jumpa diugut minta bayaran. Jadi saya mahu minta SKMM, Kementerian Dalam Negeri dan kementerian yang bertanggungjawab dengan perbelanjaan berbilion-bilion untuk high speed broadband kita, tidakkah kita tidak boleh sekat dalam internet, permainan sebegini?
Saya ada contoh yang aktif giat bermain iaitu ada website main domain dia GDT888.com dia ada sub domain https://kiosk.gdt888.com, http:2kiosks2GDT880.com. Ini terlampau aktif. Saya minta kerajaan berhubung antara Kementerian dalam Negeri, SKMM, Kementerian Kewangan gunalah apa juga kepandaian yang ada kepada kita untuk menyekat website ini daripada berleluasa. Itu sebab itu hari lesen bola online kita tolak sebab kita tidak mahu menggalakkan perjudian tetapi ini macam boleh main sahaja.
Sekarang waktu bola pun bebas orang bermain. Jadi tidak adillah kalau kita tidak mengambil tindakan.
Saya mahu mintalah SKMM terutama sekali prihatinlah melihat bahawa sudah cukup masanya SKMM bekerjasama dengan mungkin pihak polis, Kementerian Dalam Negeri untuk menyekat website sebegini. Supaya tidak menggalakkan kita bermain judi budak-budak sekolah terutamanya, sebab ini betul berapa banyak gambar yang diambil murid-murid sekolah bermain judi. Jadi tidak adil sebab judi ini bukan permainan budak- budak jadi jangan kita galakkan mereka, jangan kita letakkan mereka dalam kesusahan yang sebegini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan tetapi soalan saya nombor 25 dan saya mendapat jawapan. Berhubung dengan beberapa batang jalan raya di kawasan saya, jalan raya seperti Sinar Jaya, Jalan Raya Kampung Kuamut, Jalan Raya Kampung Balat Jalan Raya Kampung Karamuak, Jalan Raya Kampung Bangkulat-Mangkawagu dan Jalan Raya Kampung Buang Sayang. Saya mendapat jawapan dia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi pelaksanaan dia 2013 dan 2015. Apa langkah yang kita boleh ambil sementara menunggu tahun 2013? Ini kerana jalan raya ini begitu teruk, begitu rosak, tidak boleh dilalui. Boleh dilalui dalam keadaan sengsara. Jadi saya mahu minta kementerian yang bertanggungjawab memberi jaminan bahawa jalan-jalan raya ini perlu diperbaiki. Walaupun mungkin belum sampai masanya untuk menurap ke jalan yang lebih baik dan lebih selamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bagi pihak Lembah Pantai mengucapkan terima kasih atas ruangan yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Tambahan yang bernilai sekitar RM13.8 bilion. Saya akan terus mengkhususkan kepada isu contingent liability yang telah saya sebut dalam sesi lepas. Ini kerana ramai teman telah membangkitkan selepas inilah merupakan tahun ke 15 kita menghadapi defisit berturut-turut. Juga membuktikan bahawa kerajaan bawah Barisan Nasional tidak punyai disiplin fiskal. Tumpuan saya adalah tentang sesuatu item dipanggil off-budget yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan tempoh hari dalam sesi lepas. Sekarang ini had ataupun contingent liabilities nilainya RM116 bilion sekitar sesi lepas yang merupakan kadar risiko hutang yang kalau dibayar itu terpaksa dibayar oleh kerajaan.
Saya dalam carian terjumpa satu warkah tulisan oleh Ashoka Mody yang memperincikan tajuknya Contingent liabilities in infrastructure: Lessons of the East Asian Crisis. Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana bila kita melihat keadaan sekarang kebanyakan usaha untuk mendedahkan kerajaan kepada risiko-risiko contingent liabilities ini, tidak mungkin berhasil kalau kita tidak belajar daripada pengalaman lampau. Saya melihat sememangnya selalu disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan juga tidak perlu bimbang kerana keutuhan kestabilan sistem kewangan Malaysia ini akan memastikan kita tidak akan terdedah kepada RM116 bilion.
Saya ingin menganjurkan kita perlu belajar sebaliknya kerana apa? Contingent liabilities ini menjadi bahaya bila masa wujud sesuatu krisis. Sekarang kita tahu dengan krisis Euro zone ini akan mendedahkan Malaysia kepada keperluan atau menukarkan transformasikan contingent liabilities ini kepada realistik liabilities. Contoh yang terbaik Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat dahulu adalah bila masa di Malaysia contingent liabilities ini diguna pakai dalam light rail project di Kuala Lumpur dan juga program tol di Malaysia.
Masalahnya bila demand ataupun permohonan penggunaan bagi LRT dan juga tol pada awalnya 12 projek yang diguna pakai untuk mewujudkan lebih kurang 1,700 kilometer jalan- jalan yang bertol. Jadi akhirnya termasuklah Expressway North-South walaupun berjaya dari segi ekonomi tetapi masalahnya dengan krisis yang berlaku pada tahun 1997/1998, pembayaran tol yang agak hambar akhirnya terpaksa dibayar oleh kerajaan.
Apa yang amat merunsingkan di sini penggunaan contingent liabilities ini untuk menyembunyikan penswastaan yang tidak sebenarnya berlaku. Akhirnya projek-projek semua risiko diambil alih oleh kerajaan sementara syarikat-syarikat swasta, syarikat kroni suka hati boleh melakukan apa sahaja dalam projek pembangunan dan konsesi yang mereka dapat. Bila gagal sahaja projek-projek ini untuk membayar hutang komersial maka kerajaan akan masuk campur dan menyelamatkan mereka menggunakan dana rakyat. Apa yang saya bimbangkan di sini bukan soal contingent liability semata-mata tetapi dalam peringkat rundingan pun Tuan Yang di-Pertua, disebut di sini. Rundingan perjanjian bagi North-South Highway bagi PLUS yang sekarang ada lebih kurang RM111 bilion sampai ke hari ini perlu ditanggung. Kenaikan harga tol syarat dia kalau kenaikan harga tol ini perlulah dinaiki bersamaan dengan 6% atau lebih kenaikan tahunan CPI. Kalau gagal diberi kenaikan kepada pengguna maka kerajaan wajib bayar konsesi-konsesi ini pampasan yang sama rata.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi pada saya ini adalah satu perjanjian rundingan yang langsung tidak..., it doesn’t make sense, dengan izin. Tidak membantu dan membebankan kita lagi. Termasuk juga dengan IPP, seperti yang diketahui ramai. Akhirnya menyebabkan Tenaga Nasional Berhad, pinjaman dalaman habis lupus memaksa TNB meminjam pinjaman luar negara, ini yang berlaku. Jadi pada saya, apakah the lessons learnt yang disebut dalam paper ini yang perlu, wajib kerajaan jelaskan adalah jangan sekali-kali kita mengurangkan kadar harga semata-mata untuk membantu syarikat yang terpilih. Ini bukan makna penswastaan yang sebenar, satu. Keduanya, saya quote di sini, “By guaranteeing the minimum rate of return, the government went against the trend of using incentive regulation”. Jaminan keuntungan yang berlebihan akhirnya memang wajib dan kita terpaksa bayar.
Jadi pada saya yang disebutkan juga kita perlu pergi ke arah termasuklah negara- negara seperti negara seperti di Latin Amerika, bukan semua kita ikut tetapi soalnya jangan
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
digunakan contingent liabilities ini yang memberi risiko kepada dana negara walaupun tidak direkodkan dalam belanjawan tetapi akhirnya buat apa, tidak membantu kita. Sekarang ini yang saya nampak daripada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, bila kita teliti banyak lagi yang disebut daripada RM3 bilion untuk Johor Corporation, RM11 bilion saya sebut tadi untuk PLUS Berhad, RM3.5 bilion untuk PTPTN dan RM5.25 bilion untuk 1Malaysia Development Corporation. Semua ini secara langsung atau tidak langsung dimasukkan dalam contingent liability Malaysia, Kerajaan Pusat...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya juga membuat carian, bila kerajaan sebut tentang projek yang paling utama sekarang yang akan juga menggunakan dana Kerajaan Pusat sebanyak RM50 bilion. Apa dia? Projek Mass Rapid Transit (MRT).
Pada saya ini yang paling membimbangkan. Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau boleh setengah minit ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh, tambah seminit nanti. Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat membawakan isu yang saya rasa ini sepatutnya diberikan masa yang lebih kerana ini adalah soal dasar yang perlu dibawa di dalam perbincangan peringkat dasar tambahan belanjawan ini. Saya sokong dan cuma saya hendak ambil kesempatan, barang kali Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan saya kerana masa terhad dan sebagainya. Saya hendak tanya ringkas Yang Berhormat Lembah Pantai, satu laporan akhbar yang agak mengejutkan.
Sebenarnya selama hari ini kerajaan tidak memberitahu perkara yang sebenar berkenaan isu elicit outflow. Rupa-rupanya laporan akhbar pada 18 Jun dengan terang mengatakan bahawa RM60 bilion ini sebenarnya aktiviti ini telah dilakukan oleh bank-bank tempatan, menjual NPL kepada pihak asing. Ini patutnya pihak kementerian, polis ataupun SPRM segera menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat. Ini isu besar, NPL, non performance low yang disimpan oleh bank tempatan telah dijual kepada pihak asing, ada keratan akhbar di tangan saya. Saya tidak tahu ulasan ini kementerian hendak buat atau tidak, saya minta tolong dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sudah tentu Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya rasa memang satu isu yang amat penting. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat sejarah kita contingent liabilities yang akhirnya dibayar yang menjadi realistic liabilities ini kebanyakannya kerana pinjaman bank-bank tempatan pada ketika itu. Sekarang ini yang paling terbaru bila bercakap tentang contingent liabilities, saya mahu satu jawapan, assurance, penjelasan daripada kementerian khusus, bila bercakap tentang MRT Corp., projek MRT, projek yang terbesar. Kerajaan menerusi dana Infra Nasional Berhad akan mengeluarkan 50 bilion bon jaminan kerajaan. Ini tidak campur dengan MAS, perpetual bon dan sebagainya, itu lagi teruk, junk bon. Ini bercakap tentang MRT.
Kita harapkan bahawa MRT ini akan memberi ruang, diberi ruang sepenuhnya khusus dalam bidaan-bidaan untuk syarikat-syarikat terkemuka. Contingent liabilities ini juga depends, kalau berhadapan dengan sistem di mana regulasinya baik, di mana ada bidaan terbuka, akan membantu tidak mendedahkan negara kepada risiko berlebihan.
Masalahnya sekarang MRT Corp. baru-baru ini untuk projek supply tender RM1.6 bilion daripada Sungai Buloh hingga ke Kajang, rangkaian tersebut. Tiga syarikat terutama South Korea Hyundai Rotem Company, Japan Kawasaki Heavy Industries Rolling Stock Company dan Canada’s Bombardier Transportation. Tiga-tiga meninggalkan bidaan, tidak mahu turut serta kerana dakwaan adalah kerajaan telah mengarahkan bidaan pertama bagi syarikat- syarikat ini yang telah di senarai pendek, dibuang, dibuat tender sekali lagi semata-mata untuk membantu syarikat-syarikat yang baik dengan kerajaan, yang memang rapat dengan pimpinan.
Jadi saya minta di sini, Timbalan Menteri berjanji dalam sesi lepas akan memberikan senarai contingent liabilities dengan terperinci khusus kepada semua yang mendapat jaminan kerajaan. Saya fikir ini penting, kurang-kurang tidak boleh mendengar sahaja kenyataan yang umum. Kita mahu sesuatu yang spesifik untuk menjawab semua persoalan termasuklah oleh Yang Berhormat Indera Mahkota yang amat dikasihi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Lima minit boleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, selepas itu Yang Berhormat Beruas, dan selepas itu Menteri menjawab.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun yang diperkatakan oleh pihak sebelah sana dengan berbagai-bagai teguran, pandangan seolah-olah mempertikaikan kebolehan, kemampuan, kepintaran pihak kerajaan untuk mengendalikan kewangan negara. Kita dah buktikan, bukan cakap mulut sahaja, we have gone through the process, crisis after crisis. Macam Yang Berhormat Lembah Pantai, masa krisis itu dia pun masih sekolah lagi, it’s true...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Boleh baca dalam sejarah semua, tidak tahulah kalau Yang Berhormat tidak baca.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, dia baca. Benda ini fakta bukan kita hendak menghina, it’s true. Jadi mereka pun tutup mata, tutup telinga, tidak mahu dengar orang cakap. This is sikap yang dikatakan demokratik, open, telus, telus apa?
Hendak bagi orang dengar sahaja kita bercakap, orang bercakap tidak mahu dengar.
Termasuklah Yang Berhormat Machang tadi, bila orang bercakap sahaja, keluar, lari. What kind of democracy you are talking about? It is making a mockery of democracy. Jadi saya hendak tanya, semasa krisis 1997, 1998, siapa yang mengatasi masalah krisis itu?
Kerajaan kita.
Saya tidak mahu memburukkan sesiapa tetapi kalau kita harapkan orang lain, hancur negara ini. Krisis tahun 1997, and we have been facing dengan izin cycle after cycle, crisis after crisis and we have gone through that. Sampai sekarang kita boleh berada di sini.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, cakap fasal kenapa masih FELDA maintain 40%, kenapa jual 60%. Saya kalau bercakap you kata menghina. You study apa di *Oxford?
Controlling, control* dalam sesebuah syarikat not necessarily you must hold 60%, you can hold 30% or even 25%, you are still in control, learn this. There are so many Chinese family companies, they go for listing dan tinggal 25%, 30% but they know, they are the one who control the board and the management. So it is not the 60% or 70%, it’s depend, bergantung pada bagaimana ianya distrukturkan. Who is holding the shares? Jadi saya tidak masa, five minutes sahaja. Bagi saya satu perkara sahaja yang penting di sini, Menteri Pertanian tidak ada, Timbalan Menteri Pertanian pun tidak ada, I’m not very happy here, dengan izin. Oh ada? You bawa balik Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian. Projek-projek naik taraf pengairan pertanian Sungai Manik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kerajaan sudah luluskan RM130 million and the announcement was made here by the Minister of Finance II and also the Minister of Agriculture pergi ke kawasan saya announce it in public RM130 million allocation untuk projek 2. Sudah dua tahun lebih, terima kasih pelaksanaan. Tetapi only RM17 milion project is not completed. Where is the balance of RM16 million? Where is it?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tanya ini bukan macam you all tanya. Apa benda tanya macam itu? Masalahnya sekarang ini projek di tempat saya itu tergantung. Benda yang tergantung ini bahaya tuan-tuan dan saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan izin, I have appealed and appeal after appeal and appeal and appeal.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Then berpuluh-puluh kali appeal to whom, to the Minister, Minister of Agriculture said, no money. Tidak ada wang, tidak ada wang. Hendak tunggu budget review kah apakah? So, now we have this supplementary budget...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun] Ada tidak dalam itu?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
RM6 milion.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ada? Tidak ada masuk. Tidak ada masuk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Untuk Sungai Manik sahaja RM60 million, you should ask more to accommodate for the project pengairan naik taraf pertanian Sungai Manik.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh saya bantu sedikit?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Is it? You tell your Minister we are the strong supporter of Barisan Nasional you know? Ini DAP apa semua PKR tidak ada. Datang buat ceramah ada 200-300 orang. Betul tidak? DAP pergi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sokong pun tidak dapat juga.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cakap dengan Ketua Pembangkang hendak datang cakap saya kumpul orang ramai-ramai. So, ini orang kata kita bagi teguran yang positif and konstruktif, you know. Kalau saya Ahli Parlimen bercakap dengan Menteri berpuluh-puluh kali tidak dengar, Pembangkang sudah tentulah tidak dengar.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habis sudah Yang Berhormat?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ahli Parlimen BN pun tidak dapat, kami ini apalah lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan siapkan dalam 5 minit. Jadi saya akan ringkaskan penghujahannya saya. Tuan Yang di- Pertua, dengan permintaan tambahan RM15 bilion yang diminta oleh kerajaan, defisit kita akan berlebihan dan kalau di bawah bajet yang asal kalau di banding dengan KDNK defisit kita ialah 4.7% dan kalau ditambah RM15 bilion lagi defisit kita dianggarkan akan bertambah kepada 6.37%. Dari segi defisit bajet kalau dibandingkan dengan perbelanjaan bajet, kita boleh katakan bajet defisit kita adalah 23% pada anggaran asal dan kalau ditambahkan 15% lagi defisit bajet kita akan menjangkaui 31.2%.
Tuan Yang di-Pertua ini merupakan satu perkara yang amat merunsingkan kerana jangan yang dianggarkan akan kita bankrap 2019 itu akan menjelma menjadi satu kenyataan. Tuan Yang di-Pertua memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Selangor ada membuat bajet tambahan tetapi mereka membuat bajet tambahan apabila mereka mendapati pendapatan mereka bertambah dengan begitu banyak sekali dan untuk memberikan kebaikan kepada pendapatan lebihan itu kerana pentadbiran yang baik dan tidak ada rasuah itu memang satu perkara yang bijak tetapi bukan dalam bajet yang dibentangkan di dalam Parlimen ini di mana kita terpaksa mendapat pinjaman lebihan untuk menampung peluang yang lebih ini.
Kita tahu bahawa bayaran ansuran tahunan kerajaan sekarang ini sudah melebihi RM20 bilion setahun. Jangan sampai satu hari anak cucu kita tidak mampu membayar ansuran yang akan sekian meningkat kerana beban hutang ini kita akan menjadi sebuah negara yang maju lagi di masa hadapan.
Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk memastikan kita merancang di bawah perbelanjaan yang sedia ada. Bagi saya itu boleh dilakukan kalau kita tidak membazir. Saya bagi satu contoh di kawasan saya di mana dua tahun yang lepas ada tiga sekolah di kawasan saya di mana mereka membina satu bangunan tiga tingkat lebih kurang sama besarnya. Satu di Sekolah MES atau Methodist English School di Air Tawar. Lagi satu Sekolah Cina Min Te dan juga lagi satu SRJK (C) New Village Air Tawar. Kita tahu bahawa bangunan SRJK(C) ini yang jual menjadi sekolah kepada kerajaan, mereka membelanjakan lebih kurang RM2.4 juta untuk membina bangunan tersebut. Akan tetapi untuk Sekolah MES Air Tawar yang dibina oleh board of directors sekolah itu menelan belanja RM1.3 juta dan bangunan tiga tingkat di Sekolah Min Te hanya menelan belanja RM1.1juta.
Ini menunjukkan bahawa kalau kita membuat perancangan yang baik, ada open tender or dengan wang RM2.4 juta itu mungkin kita sudah boleh membina dua bangunan sedemikian. Begitu juga baru-baru ini di sekolah Taiping di mana Yang Amat Berhormat
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perdana Menteri datang sekolah Taiping di Pantai Remis di mana Perdana Menteri datang memberikan RM2 juta kepada board of governors untuk membina sekolah bangunan tiga tingkat. RM2 juta yang diberikan tetapi anggaran JKR adalah RM3.5 juta dan saya diberitahu oleh board of governors bahawa RM2 juta itu pun sudah mencukupi kalau dibina oleh mereka.
Maksud saya ini, ini bermaksud kontrak-kontrak kerajaan ini memang diberikan dengan harga yang terlalu tinggi. Jadi kalau kita boleh jimat dari segi pentadbiran yang lebih tulus dan cara yang baik, jumlah yang diperuntukkan bahawa 2012 ini memang mencukupi untuk mentadbir dan membangunkan negara.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya nyatakan di sini ialah Kementerian Pendidikan Ini ada masalah besar kenapa kalau bukan kementerian saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kenapa pada 25 Februari 2012, semasa saya dijemput menghadiri function oleh Rotary Club Sitiawan. Di mana saya dijemput untuk memberikan dictionary percuma kepada murid-murid sekolah. Surat sudah dikeluarkan kepada semua guru besar sekolah-sekolah berkenaan, Guru Besar ACS Sitiawan telah menghantar school band mereka untuk mengalu-alukan kedatangan saya dan Yang Berhormat Dato’ Seri Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut dan Menteri Pengangkutan Jalan.
Mereka diminta kenapa mereka menerima this dictionary percuma daripada saya.
Kalau berita sedemikian dilaporkan dalam website Rotary Club International, ini amat memalukan negara kita. Apa jenis sistem pendidikan ini? Macam pegawai ini tidak bertamadun, macam tidak berpendidikan, saya hendak Menteri jawab kalau hari ini tidak sempat minta pegawai berkenaan kenapa kerana murid-murid menerima kamus percuma ini daripada saya tindakan mesti diambil terhadap semua headmaster-headmaster berkenaan. Tadi dikatakan bangunan sekolah Min Te kerana kerajaan tidak memberikan peruntukan yang cukup hanya memberikan RM100 ribu sahaja saya dan Yang Berhormat daripada Taiping merangkap ADUN Pantai Remis terpaksa juga memberi sumbangan kita kepada pembinaan sekolah itu. Kami telah memberikan RM150 ribu untuk pembinaan sekolah itu. Akan tetapi sekarang sekolah tidak dibenarkan mengadakan opening ceremony kerana Ahli Parlimen Taiping daripada Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Beruas ada memberi sumbangan kepada bangunan itu dan mereka akan dijemput ke sekolah itu.
Adakah ini cara kita mengajar anak murid kita?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kerana tidak cukup masa, saya ingin nyatakan satu lagi perkara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Iaitu pagi tadi Timbalan Menteri sudah mengatakan bahawa cukai setem dikecualikan untuk semua rumah kediaman di bawah RM300,000 tapi mengikut warta Kerajaan P.U.(A) 441 Akta Setem 1948, dinyatakan mereka hanya dikecualikan kalau dibina oleh Perbadanan PR1MA Malaysia. Jadi apa yang digambarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 memberi harapan kosong kepada rakyat dan mereka yang harapkan pengecualian itu terpaksa membayar cukai setem. Saya ingin mendapatkan penjelasan kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjanjikan tapi yang diwartakan menggambarkan satu perkara yang berbeza sama sekali.
Akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
One sentence, one more. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada satu kes Fong Sam Wei. Pada 2 Januari 2011 beliau telah meninggal dunia di Hospital Manjung kerana diberi perubatan yang salah. Memang beliau masuk hanya kerana fever tapi diberikan ubat cardio injection yang menyebabkan beliau meninggal. Hospital mengaku salah dan hendak berikan ex- gratia payment RM12,000.
Tuan Yang di-Pertua, saya inginkan kerajaan mempertimbangkan sekali seksyen 7 Civil Law Act 1957 yang dipinda pada tahun 1984 di mana setiap orang yang melebihi 55 tahun hanya boleh diberikan bereavement benefit maksimum RM10,000. Sudah sekian
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
lama, sejak tahun 1984 until today. RM10,000 ini pun tidak cukup untuk persiapan pengebumian bagi orang-orang cina. Jadi harap ini dapat direview and reasonable sum be suggested for the amendment for the Parliament to come.
Sekian, terima kasih kerana diberikan peluang untuk membentangkan hujah-hujah saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan Tambahan Pertama 2012. Banyak isu yang telah dibahaskan tapi saya akan menjurus lebih kepada soal-soal dasar. Banyak juga soal yang bersangkutan dengan kementerian yang spesifik bahkan ada yang menyebut nombor-nombor yang khusus. Itu sebenarnya boleh dibuat semasa peringkat jawatankuasa kerana kementerian-kementerian khusus ini akan menjawabnya.
Jadi saya akan menumpukan kepada soal-soal dasar di peringkat bekalan tambahan ini. Saya harap semuanya dapat difahami. Sekiranya tidak dapat menjawab semua...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Belum, belum lagi.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap, sekejap. Tadi Yang Berhormat kata bahawa yang spesifik dengan kementerian-kementerian itu boleh dijawab di peringkat jawatankuasa. Ada juga kadang-kadang kementerian itu benda yang kami bangkit di waktu dasar ini tidak ada kaitan dalam content jawatankuasa. Sebab itu kita perlukan jawapan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh minta, tadi saya katakan daripada pegawai-pegawai dari peringkat kementerian, Jabatan Perdana Menteri untuk bekalkan kepada Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak apa, tidak apa. Saya akan jawab, saya akan jawab. Janganlah belum jawab lagi...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pasal Yang Berhormat kata Yang Berhormat akan jawab perkara yang dasar. Yang spesifik dengan kementerian akan serah kepada kementerian.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Secara prinsipnya begitulah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu saya bagi peringatan awal kepada Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Secara prinsipnya. Kalaulah benda-benda terperinci ini tidak ada dalam peruntukan jawatankuasa, bermakna perkara ini tidak berbangkit dalam bekalan tambahan. Sepatutnya tidak dibangkit pun kerana ini bekalan tambahan, dasar dan spesifik yang bersangkutan dengan peruntukan-peruntukan yang dibuat. Jadi kalau lebih daripada itu, tambah, tidak apalah. Bolehlah Yang Berhormat, tidak ada masalah. Jadi kalau soal kerana tidak bersangkutan dengan spesifik tetapi dibangkit dalam peringkat dasar, itu pun sepatutnya tidak menepati sasaran.
Pertamanya yang dasar yang menepati sasaran ialah pemerintahan ini dianggap sentiasa mengadakan perbekalan tambahan. Ini disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat terutamanya Ketua Pembangkang. Pemerintahan banyak sekali belanjawan tambahan. Saya ingin merujuk kepada fakta, saya tidak mahu cakap yang lain. Kalau kita lihat daripada tahun 1990 hingga kepada tahun 2012 dan tahun 1990 hingga tahun 1998 saya kira Yang Berhormat Ketua Pembangkang sendiri adalah Menteri Kewangan.
Daripada 1990 hingga 1995, enam tahun, empat kali bekalan tambahan. Setiap tahun empat kali, bukannya empat kali enam tahun. Setiap tahun empat kali. Kemudian dalam tahun 1996 dan 1997, tiga kali, setiap tahun tiga kali. Kurang sedikit. Yang dibuat daripada tahun 2003 hingga 2012 hanya dua kali sahaja, dua kali sahaja. Jadi kalau
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
hendak kata setiap sesi, tidak betul. Betullah sesi yang lepas bulan April dibuat untuk bekalan tambahan 2011. Ini bulan enam bekalan tambahan pertama 2012. baru sekali.
Maknanya kalau hendak buat sekali lagi tahun ini atau tahun depan bolehlah. Menepati kebiasaan. Jadi tidaklah boleh kita kata masa kita, okey, empat kali pun okey. Masa orang, buat dua kali, sudah dikatakan jadi kerajaan yang suka membuat bekalan tambahan. Tidak betul. Jadi saya hendak perbetulkan rekod supaya yang tidak betul diperbetulkan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pendek soalan sahaja.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Pendek, jangan panjang.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Pendek sahaja. Saya rasa perbandingan berapa kali mungkin tidak berapa sesuai. Apa yang penting ialah jumlah yang dibangkitkan. Itu mungkin lebih tepat kalau hendak buat perbandingan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, Yang Berhormat. Tidak apa, tidak apa, boleh. Kalau jumlahnya, tahun 1995, peratusan kepada asal yang ditambah ialah 10%, tinggi. Kalau kita lihat tahun 2009 umpamanya, hanya 8%. Tahun 2010, 10%. Ini masa gawat. Masa recession kita. Tahun ini baru 8%. Jadi tidaklah begitu. Itu dari segi peratusan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tidak payahlah hendak tunjuk smart sangat. Saya tahu ekonomik tidak perlu angka.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Tanya banyak. Kalau saya hendak tanya, saya minta semua tahun kasi bagi tulis.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak apa. Jangan bimbang. Cumanya, pendekatan itu tidak betul dan tidak betul tidak bolehlah. Kita guna yang betul. Kalau dahulu dua kali, sekarang ini empat kali, bolehlah. Tetapi dahulu empat kali tidak bising pun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ha, dua kali. Yang Berhormat Kuala Selangor, pendek sahaja.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Pendek sahaja. Setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau saya katakan dahulunya mereka menggunakan belanjawan ataupun anggaran tambahan dalam perbelanjaan, tetapi kerajaan hari ini menyembunyikan sebenarnya perbelanjaan dengan berbelanja secara off balance sheet spending, off budget spending. Apakah itu satu hakikat yang perlu diterima sekarang?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat Kuala Selangor, kalau kerajaan sekarang ini melindungi dengan off budget financing, tidak payahlah datang Parlimen, tidak payahlah ada bekalan tambahan, tidak payah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak payah Yang Berhormat. So, ini maknanya kerajaan yang memberi tumpuan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Cukuplah Yang Berhormat, sekali cukuplah.
Cukup, cukup.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tetapi RM116 billion is a lot of money for contingent liabilities. Itu yang kami tahu.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Itu over time, itu over time, bukannya setahun pun, bukan dua tahun.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
It’s accumulative, selagi tidak diinvoke, selagi tidak default.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak ada default. Tidak ada default yang mana kerajaan mengalami masalah. Yang mana kerajaan perlu menampung kerana sebab-sebab tertentu tetapi tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan. Pertamanya,
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
pinjaman ini yang dibuat adalah daripada pasaran tempatan, dalam negeri. Bukannya ia memberi kesan kepada rizab negara, kepada kadar pertukaran asing yang menyebabkan kita mempunyai masalah yang lain.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak payahlah kita ini. Ini sudah lari. Ini baru point yang pertama supaya saya cover yang major point. Keduanya, soal pokok. Keduanya ialah mengenai defisit 4.7% ataupun 6.3%. Ini pun besar.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Sekejap ya, ini defisit. Ini Yang Berhormat Beruas ada sebut. Akan tetapi yang saya hairannya Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh, apabila saya bentang tadi, baru sahaja saya lepas bentang. Saya kata ia tidak akan memberi kesan kepada defisit 4.7% kerana ada peningkatan hasil. Akan tetapi apabila dia cakap, seolah-olah dia tidak dengar peningkatan hasil, dia cakap terus. Jadi, kadang-kadang macam seolah-olah dia baca apa yang dia prepare. Baca bolehlah, tidak ada masalah. Saya pun baca kadang-kadang. Akan tetapi kita perlu dengar apa yang dicakap supaya kita tidaklah kelihatan off tangent. Hairan saya, Ketua Pembangkang mana boleh off tangent macam itu. Jadi, salvo pertamanya 6.3%, ini tinggi. Yang Berhormat Beruas pun sebut 6.3%. Saya sudah cakap, ini adalah ditampung oleh peningkatan hasil.
Hasil sudah kita kaji semula. Hasil tidak ada masalah. Dahulu pun hasil LHDN, Yang Berhormat Jasin sebut, sampai kita bagi bonus lima bulan. Biaq pi la bagi dia, sebab dia kutip banyak.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Minta penjelasan. Kalau ada tambahan pendapatan, kenapa setiap tahun hutang setiap kali bertambah. Kalau seperti Yang Berhormat Menteri katakan, takkan hutang kita melambung tinggi.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey Yang Berhormat. Saya cakap yang ini, 4.7% ini. Sebab itu dia kekal 4.7%, sebabnya offset by higher revenues. Sebab itu hutang itu dia tidak akan naik yang ini. Sebab ini offset tidak perlu ada financing.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Jadi Yang Berhormat, janganlah andaikan hutang sudah naik. Tadi ada Yang Berhormat- tidak akan naik. Kalau dia 5.4% ke, dia akan kekal 5.4%. Makna, ia akan kurang 55%, don’t worry. Kita tahu, that is our discipline, kita tahu. Kita akan kekalkan. Ya, Yang Berhormat Batu. Pendek ya, pendek.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali ialah ya, memang betul kalau andaian hasil telah meningkat, hutang dari segi peratusan kepada kadar pertumbuhan ekonomi tidak naik. Akan tetapi dari segi absolute figures masih naik. So, isu itu sebagai pembayar cukai, kita masih harus menanggung hutang itu, itu pertama.
Kedua ialah kalau sebagai fiscal competent ini, kalau betul ada perkara-perkara yang kita tidak jangka dalam kontinjen untuk minta Parlimen ini luluskan, okey. Akan tetapi khusus untuk kali ini kita lihat semua item ini adalah perbelanjaan bayaran tetap, hampir semua. Bukan kerana ada jerebu di Indonesia kita perlu RM5 juta extra atau oleh kerana ada ilham dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak sewa panda kita perlukan RM50 juta tambahan. Kalau itu yang telah diminta daripada Parlimen ini untuk diluluskan, kita boleh faham. Akan tetapi hampir setiap item ini bayaran tetap. Tidakkan bayaran tetap ini kita tidak boleh jangka dan bagilah kalau hasil meningkat ini tunjuk bahawa kita boleh kurangkan kadar hutang kita.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab dulu. Sebab bayaran tetap ini memang tetap. Akan tetapi sebelum ini kita tidak tahu. Saya bagi contoh PRU-13, kita tidak buat peruntukan asal dalam belanjawan asal kerana kita tidak tahu PRU-13 adalah dalam tahun ini, tunggulah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Beliau adalah Perdana Menteri, tidakkanlah dia tidak tahu?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Kalau macam itu, janganlah andai macam itu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Setiap lima tahun kita ada pilihan raya. Tidakkanlah kita tidak tahu.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat, ini tahun keempat. Bukan tahun kelima. Kalau tahun ke lima, yes.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Standard of operating procedure.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Kalau Yang Berhormat hendak buat peruntukan dalam tahun ke lima ini, bermakna Yang Berhormat tidak smartlah macam Yang Berhormat. Akan tetapi ini tahun keempat. You don’t have to do, you tidak perlu buat. Ini tahun keempat. Tahun di hadapan boleh Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
So? Then okeylah, then no need to put in.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak apalah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kenapa kita letak itu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak apalah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
So, adakah kita kena belanja untuk pilihan raya tahun ini.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Saya hendak bagi contoh sahaja. Satu lagi, subsidi. Subsidi ini...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat lima tahun...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak apalah, serah kepada Yang Berhormat.
Itu untuk Yang Berhormat buat tekaan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak nanti. Yang Berhormat cakap ini tidak apa, tidak boleh macam itu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...10 kali pilihan raya diadakan dalam tempoh empat tahun.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak boleh. Kita tidak boleh mengandaikan orang semua bodoh. Orang akan tahu. Kalau tidak adakan pilihan raya, duit itu dibelanja, orang akan tahu. Parlimen akan tahu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, dia mesti belanja untuk buat kursus.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak semestinya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia mesti belanja untuk buat kursus.
Dia hendak prepare untuk mengadakan pilihan raya kalau diadakan dalam tempoh terdekat.
Tiba-tiba tidak jadi. Macam mana?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Katakan pilihan raya tahun hadapan.
Sekarang dia sudah buat kursus habis dah. Kena buat kursus lain pula.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Saya boleh terus kepada satu lagi, subsidi. Ini juga isu yang ditimbulkan yang Ketua Pembangkang pun sebut. Dia kata subsidi tahun lepas RM17 bilion dan ditambah lagi RM7 bilion lebih, jadi RM24 bilion. Sebenarnya tidak tepat kerana RM17 bilion ini merangkumi dua item. Satunya, pemberian cash dan satunya, ialah subsidi minyak. Jadi, subsidi minyak RM12 bilion, RM5 bilion diperuntukkan untuk pemberian cash. Jadi, kalau subsidi minyak RM12 bilion, dicampurnya dengan RM7 bilion, barulah RM19.5 bilion untuk subsidi minyak atau petroleum tahun ini. Tahun lepas pun kita belanja RM20 bilion untuk subsidi petroleum. Tidaklah ia luar biasa. Ini bergantung juga kepada harga minyak. Harga minyak pun sebenarnya untuk Januari hingga Mei...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Saya akan bagi Yang Berhormat Indera Mahkota, seminit. Januari hingga Mei harga minyak ialah USD126. Anggaran dalam bajet ini ialah USD110. Jadi, apabila harga itu naik, subsidi terlebih. Maknanya, lebih daripada yang kita unjurkan dahulu. Jadi, sebab itu kita kena ada tambahan RM7 bilion ini. Yang Berhormat Indera Mahkota. Sekejap, pendek-pendek ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan menyebut peruntukan untuk subsidi pada tahun 2012 adalah RM32.5 bilion. LPG, diesel dan RON97, itu yang disebut oleh Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak tahu dalam peruntukan RM7 bilion ini, yang disatukan antara subsidi dan pemberian wang tunai, saya hendak tahu berapa peruntukan khas untuk wang tunai. Sebab perkara ini telah pun timbul dan jawapan pun kita ada pelbagai. Ada satu lagi, boleh?
Berkenaan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi ada additional revenue yang menyebut RM26 bilion dan akhbar menyebut tax bonanza RM22 bilion.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak kepastian sebab perkara ini menjadi beban kepada Lembaga Hasil.
Saya tahu ada rakan-rakan saya memberitahu. Additional tax ini dengan izin, adalah tax yang tertangguh, yang tidak dikutip pada tahun-tahun kebelakangan. Adakah kerajaan mengandaikan cukai yang sepatutnya letak pada tahun-tahun sebelumnya diandaikan sebagai revenue semasa? Saya hendak jawapan itu. Terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ya, yang RM7 bilion ini tidak mengambil kira ataupun tidak diperuntukkan untuk pembayaran tunai. Ini hanya subsidi sahaja. Jadi, itu jelas. RM7 bilion kali ini tetapi itu tajuknya sebab tajuknya dahulu tajuk yang sama.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat, ada disebut di sini perkara 20,500.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, apa dia sebut?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Subsidi gas cecair LPG, diesel, petrol dan bantuan tunai diletakkan sebanyak RM7,465 bilion.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Betullah.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tahun yang dahulu, peruntukan lama RM17 bilion. Ini juga menjadi persoalan. Hari itu hendak tanya berapa jumlah yang diasingkan untuk tujuan pemberian tunai?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Itu yang saya jawabnya. Yang kali ini RM7.4 bilion ini tidak termasuk pemberian tunai. Yang dulu RM17 bilion termasuk pemberian tunai.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Jadi kali ini tidak ada pemberian tunai dalam ini?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak ada. Itu jawapan saya. Tengoklah nanti jawapan saya betul atau tidak.
[Ketawa] Okey, yang kenaikan hasil ini sebenarnya kerajaan dari semasa ke semasa kita berkumpul, berbincang kedudukan hasil, kedudukan perbelanjaan. Jadi, hasil ini sebenarnya dibuat bukannya khusus untuk LHDN sahaja.
LHDN adalah peranannya. LHDN boleh menjangkakan berapa yang boleh dikutip. Ada juga direct tax, indirect tax, non-tax revenue. Semua ada.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Jadi, apa yang penting yang hendak saya tekankan jangkaan peningkatan hasil ini mencukupi untuk belanjawan tambahan. Mencukupi. Cukuplah, banyak kali sangat jadi saya tidak ada progress. Satu lagi saya yang hendak sebut bayaran ini Ketua Pembangkang tadi macam seolah-olah kata bayar kepada kroni. Saya hendak cakap bahawa bayaran ini kepada yang hak. Umpamanya kalaulah harga petroleum dunia sebanyak itu dan kita paksa mereka jual pada kadar yang subsidized, maka kita kena beri kepada dialah. Di antara syarikat-syarikat yang dapat menerima bayaran subsidi ini saya bagi tahulah – Petronas, Shell, Caltex, ExxonMobil, BHP dan lain-lain. Tidak mungkin bayar kepada kroni kalau Petronas, Caltex. Tidak betullah itu. Jadi. kita bayar kepada syarikat- syarikat yang memang berhak. Memang macam itu sebab kita hendak bagi subsidi. Kalau kita tidak bagi subsidi tidak perlulah kita bayar kepada dia.
Begitu juga kalau dilihat dari segi tol. Tol ini pun satu isu juga. Mengapa kita bagi peruntukan lebih RM400 juta untuk tol ini? Tol ini kalau kita ingat ada beberapa tol yang kita mansuhkan. Jadi, bila kita mansuhkan bukannya pengusaha concessionary itu yang mansuhkan tetapi kita. Kita kena bayarlah dia. Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, mansuh. Jadi ini sahaja. Kalau dimansuhkan tol Lebuh Raya Baru Pantai, NPE, Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Metramax, Lebuh Raya Cheras-Kajang, campur-campur RM304 juta. Ini yang baru mansuhkan.
Selepas itu, yang patut naik kita tidak naikkan. Satunya kalau mengikut perjanjian Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur patutnya perjanjian konsesi kadar tol RM2.50 tetapi semasa masih RM1.50. Kerinchi Link sepatutnya sudah RM2.50 tetapi sekarang masih RM1.50. Damansara Link sepatutnya RM1.50 sekarang masih RM1. Bukit Pencala – RM3, sekarang RM2. Jadi ada koslah kepada kerajaan. Cuma saya hendak jelaskan begitu jugalah dengan tepung, gula. Saya tidak perlu hendak itulah, sama. Hujah yang sama. Tepung macam itu, gula pun macam itu. Jadi ini kalau kita lihat tiga isu yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang khususnya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan sama tadi itu. Kalau tepung dan gula berapa peratus kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan di Dewan ini?
To the industries berapa peratus yang direct to consumer? Itu penting.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Oh! Okey. Macam ini, ini isu yang agak mengelirukan. Macam tadi pun Ketua Pembangkang kata kita bagi kepada kompeni. Apa yang kita bagi kepada rakyat? Tol tadi, semua kita bagi kepada rakyat. Rakyat yang tidak bayar.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tol itu okey. Tol itu sebab Barisan Nasional ikut Buku Jingga. Sebab itu sahaja tetapi sugar, gula lain.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Sama.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tol itu kerana program Buku Jingga yang diplagiat, diciplak oleh Barisan Nasional sebab itu kena buat macam itu.
[Ketawa]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Sama Yang Berhormat, sama. Saya bagi contoh ya. Contoh tepung sepatutnya harga sebenar Semenanjung berdasarkan kepada harga dunia RM1.95 satu kilogram tetapi kita mengawalnya pada RM1.35 satu kilogram. Ini bermakna kita kena bayarlah yang selebihnya. Harga di Sabah dan Sarawak, harga sebenar RM2.05 tetapi harga kawalan yang pengguna bayar RM1.45. Bermakna RM2.50 ini kita kena bayarlah kepada pengilang. Banyak pengilangnya. Bayar subsidi dibuat kepada empat pengilang gula – Malayan Sugar, Central Sugar, Gula Padang Terap, Kilang Gula Felda Perlis. Mereka pengilang, jadi kita bayarlah. Bukannya mereka ini...
Begitu juga tepung gandum. Ada 14 pengilang. Dia perbezaan daripada harga yang kita kenakan kepada pengguna dengan harga yang sepatutnya. Jadi, saving to pengguna. Berapa banyak pengguna dapat? Yang dia tidak bayar itulah. Yang dia tidak bayar itu kerajaan bayar. Jadi, kalau kerajaan kena bayar RM500 juta, yang inilah benefit yang sepatutnya dapat oleh pengguna kerana dia tidak perlu bayar. Jadi, itulah Yang Berhormat.
Saya boleh teruskan. Yang Berhormat Wangsa Maju ada menyebut mengenai apa maklumat-maklumat yang dia minta tetapi tidak dapat. Saya hendak bagilah on record.
Tidak tahu Yang Berhormat Wangsa Maju ada atau tidak. Saya ingat dua yang dia minta daripada tahun lepas-lepas lagi. Setiap kali peluang dia minta. Jadi pertamanya, Bina Fikir
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
jumlah fi yang dibayar ialah sebanyak RM1.697 juta. Ini yang Program WOW, PlaneConsult sebanyak RM3.8 juta. Ini yang dibayar.
Okey, Yang Berhormat Pokok Sena, saya jawab dulu satu iaitu mengenai kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Yang Berhormat Pokok Sena kata sebab ini agak dasar. Yang Berhormat Pokok Sena mestilah ada performance atau prestasi. Mestilah ada seniority yang boleh kita masukkanlah. Mesti ada integriti, mesti ada professionalism dia tinggi.
Okey, betul. Saya rasa kenaikan pangkat pegawai awam kalau kita lihat Yang Berhormat, pegawai awam ini bukan mengalami kenaikan bila dia jadi KSN. Dia mengalami kenaikan pangkat dari bawah lagi. Saya tidak tahulah pangkat mana dia naik dulu, daripada AO ke SO masa saya dulu. Lepas itu barulah G, E, F tetapi bermakna setiap tahap ini dia sudah naik. Siapa yang menaikkan pangkat dia ini? Dia ada sistem – JPA. Masa hendak masuk mula-mula – SPA dan juga ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan yang memantau dia.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Setiap peringkat ini takkan kita kata ada pengaruh, ada pengaruh yang naik pangkat. Mesti dia ini ada bodek bos. Seorang, dua mungkinlah, saya tidak tahu tetapi sistem keseluruhannya kita tidak boleh kata tidak berlaku adil. Jadi, kalau yang naik, naik, naik ini, sampailah jadi Timbalan Pengarah, maka yang jadi pengarahnya kemudiannya adalah di kalangan yang Timbalan Pengarah. Yang Timbalan Pengarah ini dahulu dia dah melepasi dari segi prestasi dia, dari segi integriti dia, sampai ke tahap Timbalan Pengarah.
Maka, pemilihan dibuatnya ambillah di kalangan Timbalan Pengarah untuk jadi Pengarah. Kalau daripada bawah, ambil bawa naik jadi Pengarah, tidak betullah itu. Jadi Pengarah, selepas itu jadi Ketua Pengarah. Begitu juga. Jadi, pemilihan KSN ialah di kalangan KSU dan Ketua Pengarah. Semua ini sudah melepasi daripada kerja dahulu, sudah okey dah. Jadi, hendak pilih seorang. Bila hendak pilih seorang ini tidak semestinya tepat pada pandangan masing-masing. Kita rasa, “Eh, pasal apa ambil dia itu. Patut ambil orang lain”. Orang lain pun kata macam itu.
Akan tetapi kalau seorang yang hendak dipilih, sudah tentulah dipilih oleh pucuk pimpinan. Kepimpinan negara, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Ketua dia yang ada, lepas itu pergi ke Agong. Jadi, saya hendak cakap, kita tidak boleh mengatakan kenaikan pangkat dalam sistem kerajaan ini tidak betul. Ini kerana kita akan menyatakan bahawa keseluruhan sistem ini, yang dibuat ini, yang tidak tahu menahu pun, kita tidak kenal pun dahulu siapa yang naik pangkat ini. Yang kerja tiga tahun naik, kerja lima tahun naik. Tidak tahu pun. Akan tetapi bila mereka ini sudah ada satu tahap, maka mereka ini dari segi prestasinya, integritinya, kebolehan dia, sudah ada. Cuma, hendak pilih antara 20, 30, hendak pilih seorang, pilihlah seorang daripada semuanya yang sudah layak.
Jadi, kalau kita hendak persoalkan pula pilih orang yang kita suka, tidak adillah.
Pilihlah orang yang kepimpinan suka. Seorang sahaja dia hendak ambil supaya dia hari- hari dok bekerja dengan orang itu. Kita hendak suruh dia orang ambil yang dia tidak suka sebab kita suka. Tidak sesuai. Dia pilihlah orang yang dia suka untuk bekerja.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira bahawa saya sebut tadi perbahasan saya, saya terbuka kepada pegawai-pegawai tinggi yang sudah pun melepasi.
Saya tidak kira daripada bawah, dia naik pangkat dan sebagainya, dia buat oleh SPA, JPA dan sebagainya. Akan tetapi bila naik pangkat di peringkat pegawai atasan ini, yang saya katakan tadi bahawa ada satu Lembaga Kenaikan Pangkat. Lembaga Kenaikan Pangkat itulah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Yang saya cadangkan supaya biarlah Lembaga Kenaikan Pangkat ini bukan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara tetapi mestilah dipengerusikan atau pun dibentuk satu lembaga yang betul-betul bebas, yang di luar daripada perkhidmatan awam supaya kita boleh membuat penilaian yang lebih telus. Maknanya, kita boleh senaraikan nama mereka, kemudian kita boleh panggil temu duga untuk pastikan supaya kita cadangkan kepada Perdana Menteri. Lembaga ini mencadangkan kepada Perdana Menteri, bukan Perdana Menteri yang membuat pemerhatian dia sendiri.
Sebab bagi saya bahawa pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini termasuk Ketua Setiausaha Negara khususnya, dia hendak berkhidmat bukan berkhidmat untuk orang politik. Ia untuk negara. Orang politik boleh datang dan pergi tetapi pegawai tinggi
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
kerajaan dia tetap akan berada di situ. Siapa sekali pun yang menerajui pemerintahan kerajaan kita. Jadi, ini yang saya bangkitkan tadi bahawa timbul ketidaksenangan kerana kadang-kadang orang-orang yang sama levelnya, dari segi prestasi pun lebih kurang sama sahaja.
Akan tetapi yang di bawah ini oleh kerana ada connection, ada cable, lalu mereka naik. Padahal dia lebih kurang sahaja, lebih kurang sama tetapi yang senior ini tidak dapat hendak naik. Jadi, saya kata bahawa ini suatu yang tidak adil. Saya bukan mengkhususkan kepada yang senior itu mesti, tidak. Akan tetapi kalau dibuat pemilihan yang telus, tidak lagi berasaskan kepada hubungan seseorang, maka saya lihat bahawa pegawai-pegawai tinggi kerajaan boleh menerima bahawa itu adalah sesuatu yang adil.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey Yang Berhormat. Kita tidak payahlah berdebat. Saya terima itu adalah pandangan Yang Berhormat dan pandangan saya, saya sudah bagi tadi. Jadi, terserlah pula kepada pihak menteri JPAkah, apa-apa esok-esok Yang Berhormat.
Keduanya, mengenai Tabung Haji. Tabung Haji itu memang saya minta pegawai saya suruh minta. Akan tetapi tidak sampai lagi Yang Berhormat. Maklumat Yang Berhormat minta tidak sampai lagi. Jadi, saya hendak beritahu angka yang sepatutnya yang saya tidak tahu itu susahlah atau pun mana yang hendak di cerita.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi bahawa dia sudah minta daripada JPM, khususnya daripada Tabung Haji.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tabung Haji.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Untuk membekalkan maklumat.
Saya hendak minta satu penegasan, ini isu besar. Isu yang membabitkan kepentingan penyimpan-penyimpan dalam Tabung Haji. Saya hendak minta supaya jawapan itu mesti diberikan bertulis kepada saya dalam sidang ini juga.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, okey.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pagi esok, pagi esok saya kata.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Janganlah pagi esok.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu yang terbaik.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Janganlah pagi esok.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sebab sudah berkali-kali saya bangkitkan bahawa kerajaan gagal untuk memberikan satu jawapan yang jelas.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat, janganlah pagi esok. Baik malam ini daripada pagi esok.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau malam ini pun tidak sampai, sat lagi 7.30 sudah hendak habis dah. Saya minta pagi esok. Pagi esok mesti sampai ke meja saya. Ini satu kepentingan. Saya menyuarakan bagi kepentingan penyimpan di Tabung Haji.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, terima kasih. Kita ambil perhatian dan saya minta pegawai-pegawai berkenaan mintalah bagi bertulis.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jangan ambil perhatian, beri jaminan suruh Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Bagi bertulislah itu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Yang Berhormat Tawau tadi ada bincangkan.
Ini perkara pokok juga, pasal hutang bekalan ini kepada hutang negara kita. Jadi, saya sudah jelaskan tadi. Hutang, oleh kerana defisit ini tidak berubah, maka hutangnya sebagai peratusan kepada GDP, tidak berubah jugalah.
Yang Berhormat Lembah Pantai menimbulkan masalah contingent liability. Beginilah, saya terima baiklah kebimbangan-kebimbangan yang dinyatakan. Memang itu
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
pun hasrat. Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab mesti memastikan contingent liability ini tidak akan mendatangkan masalah kepada kerajaan. Itu saya setuju. Jangan ada usaha untuk mengadakan contingent liability kerana mahu sembunyi, kerana mahu by passkah, proses. Itu tidak betullah. Jadi, saya mengambil atau pun berkongsi pandangan dan mengambil pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Beruas. Minta maaf Yang Berhormat.
Yang Berhormat Beruas ada sebut pasal duti setem. Setahu saya duti setem ini exemption khusus diberi kepada program-program tertentu. Dia tidak boleh katakan semua rumah yang RM300,000 ke bawah dapat. Tidak bolehlah. Untuk low cost housing ada.
Jadi, kalau yang ini memang diberi kepada Perumahan 1Malaysia (PR1MA). 1Malaysia ini adalah satu program khusus, bukannya Yang Berhormat ingat buat program perumahan di seluruh Malaysia, maka dia jadi Perumahan 1Malaysia. Tidak. Ia program khusus, ada syarat-syarat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi Perdana Menteri menyatakan Perumahan 1Malaysia, sebab itu saya hendak takrif 1Malaysia tetapi apabila diberikan bahawa hanya kediaman yang dibina oleh Perbadanan PR1MA ini dikatakan di negeri Perak tidak ada perbadanan itu yang menjalankan projek. Jadi, maksudnya kita tidak termasuklah tetapi gambaran yang diberikan semasa belanjawan dibentangkan ialah semua rumah di bawah RM300,000 dan pada hemat saya ia diberikan satu branding 1Malaysia. Itu mesti dijelaskan kerana kita tunggu berbulan-bulan untuk dapatkan pekeliling ini. Akhirnya selepas empat bulan baru dapat surat. Jadi, maksudnya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi berikan jawapan yang tidak tepatlah. Kata ia terpakai kepada semua rumah RM300,000 ke bawah.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Saya rasa mungkin dia tidak berapa sure.
Saya pun ada tadi. Barangkali dia pun tidak surelah itu. Saya minta maaflah tetapi yang tepatnya, yang betulnya, ia khusus Program 1Malaysia, Perumahan 1Malaysia dan buat masa ini Perumahan 1Malaysia ini dibina oleh PR1MA.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Mungkin satu masa kita boleh kembangkan di tempat-tempat lain. Jadi, itu sebenarnya jawapan yang lebih tepat. Saya merasakan kebanyakan poin-poin yang besar- besarnya lah sudah pun saya jawab. Kalau ada yang...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, satu soalan sahaja lagi.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Boleh.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Mike, mike.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sorry. Tuan Yang di-Pertua, soalan pendedahan tentang penjualan NPL. Itu cukup penting dan mesti dijawab.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, terima kasih. Dia macam ini Yang Berhormat. Penjualan NPL ini biasanya adalah NPL-NPL yang tidak boleh lagi dikutip.
Kalau NPL yang boleh dikutip maka bank-bank ini dia tak akan jual, dia akan kutip sendiri.
Bila banyak NPL yang mengalami masalah teruk, recovery problem ataupun kalau boleh recovery ini hanya pada kadar yang rendah. Mungkin 10%, 20% tetapi effort yang perlu dibuat ini mungkin tidak berbaloi kerana ini lahir daripada krisis dulu. Krisis kewangan Asia dulu dah banyak tahun dah, lebih 10 tahun. Jadi bank-bank ini perlu kepada pihak yang mempunyai sistem dan the economy soft skill dengan izin. Oleh sebab itu dia ada syarikat- syarikat besar, ada dari luar.
Jadi kalau duduk di sini pun dia tak boleh nak recovery because it’s very bad. Jadi sebab itu saya rasa ada syarikat-syarikat ini atau bank-bank ini dia bagi jual. Jual dengan erti kata jual untuk recovery tetapi peratusan recovery itu tidaklah tinggi dan bila dia jual, dia dapat juga. Bank kena dapat, kalau tidak bank tidak dapat. Ini yang dah almost write off dah ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan ini cukup penting kerana ia telah pun mendapat attention. Pertamanya apakah ia berlanggaran dengan provinsi Bafia, itu pertama.
Kedua, kalau Timbalan Menteri menyebutkan bahawa ia adalah NPL yang memang sudah tidak boleh harap lagi, itu pun tidak benar kerana foreign financial institution, dia kalau NPL yang sudah teruk, dia sendiri pun tak akan beli, why buy. Itu kedua. Ketiganya, saya ada satu kes yang saya dapati bahawa seorang client menyaman his bank for foreclosure and auctioning of his property dengan dia sendiri tidak menyetujui perkara tersebut dan ini smell of scandalous thing yang baru-baru ini didedahkan bahawa ada local yang punya equity dan interest in foreign financial institution and JP Morgan Chase is one example dalam perkara ini dan menggunakan akaunnya Luxembourg dan ini kalau tidak Bank Negara mengambil tindakan yang as far as judiciary responsibility concern, kalau tidak Bank Negara mengambil tindakan maka valuable trophy asset of our Malaysian will go oversea dan this is scandalous Timbalan Menteri. Itu dulu. Ya, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Sekejap sahaja. Saya nak ringkaskan soalan ketiga daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Senang sahaja. Dalam laporan The Edge ada dikatakan bahawa antara syarikat-syarikat yang membeli NPL daripada bank di sini adalah syarikat yang pengarah dia atau pemilik dia berkaitan atau related to the banking official in the banks here. So ini merupakan satu kes yang mungkin membangkitkan isu CBT ataupun fraud. So adakah ini akan disiasat?
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Terima kasih, terima kasih. Ini adalah perkara- perkara pokok yang boleh menimbulkan keraguan. Saya ingin jawab beginilah, sebagai seorang yang pernah bekerja di Bank Negara yang mempunyai pengalaman dan tahu tindak tanduk bank-bank ini, pertamanya saya ingin menyatakan bahawa kalau NPL ini biasanya yang masih boleh lagi recoverable, bank ini liat. Biasanya bank ini you tahulah, kita tahu bank ini liat, dia susah nak bagi.
Saya yakin dan percaya kebanyakan yang dijual ini sukar. Boleh tapi sukar sehingga dia ada cost benefit analysis dialah. Dia rasa mungkin lebih baik dia jual, dapat up front apa yang dia boleh bayar oleh syarikat-syarikat asing ini dan good luck to them apa yang dia boleh recover, itu satu. Keduanya, apa-apa tindakan yang dibuat oleh FI (financial institution) dalam bentuk yang tidak normal biasanya dilakukan mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Dia tak boleh buat sendiri tambah-tambah dengan asing, dia tak boleh buat sendiri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Soalannya ada tak kelulusan? There must be sanction.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Mestilah, mesti ada. Sebab itu saya kata mesti mendapat kelulusan Bank Negara. I’ll be very-very surprise kalau mereka ini buat begitu sahaja.
Ketiganya, kalau ada sesuatu yang dibuat oleh FI yang tidak menepati undang- undang, yang melanggar mana-mana peraturan undang-undang, you are welcome to sue them. Saya tidak berdiri di sini untuk mempertahankan sesiapa yang melanggar undang- undang. Tadi ada disebutkan ada kes yang mana pelanggan telah pun membawa kes saman ini. Go ahead, buat kerana mereka sebelum mengambil tindakan apa-apa, mereka mesti pastikan ini tidak melanggar undang-undang.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Apakah Bank Negara, Timbalan Menteri merasakan perkara ini bukan satu national trap yang perlu dikawal because it is serious.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ya, ya. Yang Berhormat, percayalah saya. Ini satu sahaja benda yang saya hendak sebut, ini bukannya hanya dilakukan di Malaysia. Di negara-negara lain ....
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
*Two wrong does not make one right.
Please,* Timbalan Menteri. Kita tak boleh buat macam itu.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
No, no. In this globalize world, kalau yang mana yang dilakukan diterima pakai di peringkat antarabangsa, amalan ada satu-satu syarikat yang boleh melakukan kerja ini dengan lebih baik daripada yang dibuat dengan kos yang
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
lebih rendah, dengan untung yang dapat dikongsi dengan lebih baik, maka teruskanlah kecuali ianya menimbulkan masalah macam inilah. Kalaulah betul-betul melibatkan masalah negara dijual, itu saya tak setujulah. Saya yakin ianya tidak melibatkan negara dijual, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya nak sokong menteri sikit.
Saya memang setuju bahawa NPL kalau dah tak boleh kutip, orang nak beli so kasi jual. So saya tak ada masalah isu itu, yang saya ada masalah, yang soalan belum jawab ialah undang-undang kita membenarkan atau tidak membenarkan perkara ini, Bafia. Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa sedikit kecewa bahawa kalau Timbalan Menteri mengatakan bahawa kalau ada kesalahan, biar individu pergi mengambil tindakan mahkamah terhadap bank-bank tersebut. Saya rasa ini kalau ada kesalahan, pihak regulator mesti ambil tindakan. Takkan semua individu tiap-tiap satu pergi mahkamah. So saya rasa perkara ini perlu disiasat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, okey. Yang Berhormat, pertamanya tidak semua benda, tindakan atau produk yang expressly terdapat dalam undang-undang, tidak dapat.
[Disampuk] Nantilah, nanti. Inilah tanya lepas itu gelak macam tak betul. Be profesionallah. Dalam keadaan itu, tindakan FI ialah mendapat kelulusan Bank Negara. FI tidak akan melakukan sesuatu yang boleh didapati bersalah oleh Bank Negara. Jadi kalau Bank Negara sudah bagi kelulusan, saya dah sebut tadi. Saya yakin Bank Negara dah bagi kelulusan. Ini antarabangsa, bukan boleh FI buat sendiri-sendiri.
Jadi maknanya daripada segi undang-undang, Bank Negara sudah kaji. Sudah tepat, sudah boleh. Mana ada Bank Negara meluluskan benda yang tidak boleh daripada segi undang-undang. Respectlah sikit.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Mungkin Bank Negara tidak tahu, that’s the point.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
That’s the point. We are alarming you…
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kami hendak dengar sama ada Bank Negara telah berikan, ‘telah berikan’ kelulusan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
*That’s the point. There is a contention.
We are doing our check and balance…*
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Keyakinan Menteri saya terima, tapi yang kita hendak dengar, adakah Bank Negara telah pun memberikan kelulusan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Itu saya minta secara bertulis sebab saya tidak mahu kata, saya rasa saya sudah memberi. Jadi dengan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucap terima kasih kepada semua...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan saya semua tidak jawab. Oh Menteri semua lari ya?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh tanya secara dasar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Semua soalan saya, saya tunggu di sini, tunggu Menteri jawab tapi Menteri tidak jawab, kenapa?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Alah PJ Utara baru masuklah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh sambung esok, sambung pagi esok.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya Yang Berhormat Indera Mahkota, peraturan mesyuarat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You tanya jalan raya, jalan raya kementerian boleh jawab.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya, Peraturan Mesyuarat 96 (2), “Pada bila- bila masa jua sebelum dikeluarkan undang-undang itu, setiausaha, dengan berunding dengan Setiausaha Dewan Negara, boleh membetulkan kesalahan-kesalahan tentang nahu dan kesalahan-kesalahan cap dalam undang-undang itu, atau sebutan yang berulang-ulang isinya atau dalam sebutan-sebutan di dalamnya, atau tanda-tanda berhenti atau nota birai atau nota bahu dan pada membetulkannya itu bolehlah ditambahnya apa-apa perkataan atau dipotong atau diganti dengan perkataan lain”...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa isunya Yang Berhormat?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Isunya adalah Perkara 3, “Setiausaha boleh, atas permohonan ahli yang membawa rayuan, risalat, pertanyaan, usul, pemberitahu, Rang Undang-undang atau surat lain, mengikut mana yang berkenaan, mengambil tindakan sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (2)”. Apa yang saya hendak bawa ialah dalam kertas rang undang-undang ini, pada muka surat 1, dan 2, 3 dan 4, pada tajuk ringkas, akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2012) 2012. Akta ini perlu ada namanya, namanya ialah Akta 2012. Kalau kita rujuk kepada versi bahasa Inggeris ada jelas pertentangannya dan kesilapan dari segi teknikal.
Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 96 dengan jelas memberitahu bahawa pembetulan ini boleh disebut dan ditujukan kepada setiausaha dan setiausaha boleh membuat pembetulan ini seberapa segera yang boleh sebelum kita mulakan untuk kelulusan dan meminta kelulusan daripada Dewan. Saya minta supaya Tuan Yang di- Pertua, membuat ruling. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah Yang Berhormat, jelas dalam peruntukan itu bahawa setiausaha boleh membuat pindaan. Dia akan buat jika ada keperluan sedemikian, setiausaha akan melakukan pindaan-pindaan yang diperlukan, kalau ada Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rakan-rakan Ahli Parlimen menunggu daripada pagi sehingga petang waktu sekarang, untuk menerima keputusan sama ada kita perlu meluluskan atau meminda dan sebagainya. Perkara ini walaupun dilihat kecil secara teknikal, saya tidak bersetuju kalau dikatakan Peraturan Mesyuarat 96 boleh kita bertolak ansur untuk kita memberi ruang pinda keesokan hari dan sebagainya. Sekiranya kita hendak buat pembetulan, Setiausaha Dewan boleh memaklumkan dan mengedarkan segera kertas pembetulan itu sebagaimana amalan biasa untuk tujuan kita teruskan persidangan ini. Terima kasih. Saya rasa tidak ada confusion, kalau ahli Dewan perhatikan kertas yang kita ada semua ini, memang benda ini jelas.
Kalau rasa susah hendak faham, versi bahasa Inggeris itu memang tepat mengatakan ada tertinggal satu perkataan iaitu “Akta”. Itu agak besar maknanya, tahun 2012 dengan Akta 2011...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya minta apa penjelasan daripada pihak kementerian.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ini dalam yang mana?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey, kertas kita ini muka surat 1, di bawah tajuk ‘Ringkas’ nombor 1, fasal 1, “Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan
(2012) di luar bracket ditulis 2012, maknanya tahun. Perkataan yang perlu ada situ ialah Akta 2012, kerana ini adalah akta. Kalau dirujuk versi bahasa Inggeris, fasal 1 “this act maybe cited as the Supplementary Supply (2012), kemudian Act 2012.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ini tidak ada kesilapan, ini Melayu-Inggeris sahaja. Akta ini boleh dinamakan ’akta’, akta ini boleh dinamakan ‘akta’, ada dua kali akta.
“Akta ini boleh dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2012) 2012”, you tengok Inggeris, ‘This act maybe cited as the Supplementary Supply Act, dua kali ‘act’ juga. Ini bahasa translation sahaja. Nampaknya yang lain pun tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita tengok kamus Dewan Bahasa sahaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Timbalan Menteri, dalam bracket mesti ada Akta 2012.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tidak ada, itu betul, akta itu duduk di luar. Tidak ada masalah tentang itu. Hendak duduk luar pun boleh, hendak duduk dalam pun boleh.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Dahulu pun ada macam itu, mana boleh.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tahun 2012 dalam bracket ini adalah perbelanjaan untuk tahun ini. Aktanya duduk di luar itu. Tahun 2012 di luar itu akta dia, akta yang kita sebut tadi, akta kemudian bla, bla, bla bracket 2012, untuk peruntukan tahun ini.
Apa Yang Berhormat Indera Mahkota ini? I’m disappointed this time.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya membawa perkara ini atas peraturan mesyuarat, saya rasa ruling patut dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling bukannya jawapan daripada Menteri. Saya minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua untuk mentafsir...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, akta ini Akta Kewangan, dan itu merupakan penjelasan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Jadi tidak ada yang berbangkit mengenai peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada menyentuh tentang kandungan Supplementary Bill ini, ini menyentuh tentang perkataan nahu, sebagaimana yang disebut oleh Peraturan Mesyuarat 96. Saya tidak mempertikaikan tentang isi kandungan Supplementary Bill, tidak. Saya minta ruling berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 96.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak apalah, Menteri buat penjelasan dari kementerian bahawa tidak ada sebarang pelanggaran mengenai peraturan mesyuarat yang dibangkitkan. Okey Yang Berhormat?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sekali lagi saya kata, saya minta supaya ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 96.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Tuan Yang di-Pertua, cakap sajalah, Tuan Yang di-Pertua buat ruling setuju dengan saya, habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak ada pun. Saya bersependapat dengan penjelasan yang dibuat oleh kementerian, itu sahaja, itulah rulingnya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibackan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagi Jawatankuasa]
[Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
*Bismillahhirahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.* Tuan Yang di-Pertua, isu perbezaan harga padi antara kawasan penanaman padi. Mewakili rakan-rakan pesawah dalam kawasan penanaman padi utama negara. Saya ingin menyuarakan rasa kesal yang amat mendalam kepada kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang sehingga kini masih gagal untuk menangani isu perbezaan harga padi.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Keresahan ini ditonjolkan oleh aksi-aksi demonstrasi oleh para pesawah di merata tempat yang mendesak dengan suara yang jelas menuntut, merayu dan memohon supaya masalah mereka didengari oleh pihak yang berwajib. Begitu juga ucapan-ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini ketika membahaskan Undang-undang Perbekalan Tambahan juga menyuarakan supaya dasar industri petani, industri padi diperkukuhkan.
Baru-baru ini para pesawah di Jerlun dalam Kawasan Muda, MADA dan di Sekinchan serta di beberapa tempat lagi telah membuat demonstrasi menuntut kerajaan menyelesaikan perbezaan harga padi antara Tanjung Karang dan kawasan-kawasan yang lainnya. Sebelum ini harga padi yang dipersetujui oleh BERNAS dan para pemborong ialah RM1,150 per tan bagi padi biasa. Manakala bagi padi benih ialah RM1,300 per tan. Namun saya difahamkan padi di Tanjung Karang telah dibeli dengan harga RM100 lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan. Ini memberi satu indikasi bahawa Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lebih mengutamakan kedudukan peribadi daripada memperjuangkan nasib pesawah secara keseluruhannya.
Mereka meminta kerajaan mengkaji harga padi dan subsidi yang tidak dikemaskinikan sejak tahun 1985 iaitu RM950 bagi harga padi dan RM248 bagi subsidi.
Desakan ini dibuat memandangkan kos input pertanian seperti padi benih, baja tambahan, racun serangga perosak, kos upah jentera membajak dan jentera menuai yang terlalu tinggi dan kadang-kadang melebihi hasil padi yang diperoleh. Apatah lagi racun subsidi kerajaan sangat tidak berkualiti dan juga baja organik yang diberikan kepada petani-petani juga tidak berkualiti. Oleh sebab itu pesawah kena beli racun daripada luar yang lebih berkualiti untuk memberikan input yang lebih baik kepada hasil pertanian mereka.
Hasil kasar yang diperoleh oleh para pesawah umumnya kira-kira RM2,000 serelung ataupun 0.28 hektar semusim dan setelah ditolak kos pengurusan mereka hanya memperoleh RM605 kurang lebih. Jika padi rosak akibat penyakit dan bencana alam maka kerugian bertambah sedangkan hasil yang mereka peroleh tidak memadai untuk menampung kos keperluan harian yang semakin meningkat dan turut membebankan golongan pesawah miskin.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua, para pesawah tertanya-tanya mengapakah berlaku perbezaan harga yang amat ketara antara kawasan-kawasan penanaman padi di dalam negara? Mengapakah pihak kerajaan tidak memantau dan mengenal pasti punca tersebut dan diatasi dengan perancangan yang rapi? Adakah faktor kualiti padi yang menentukan harga belian tersebut atau adakah kemampuan pihak pengilang yang telah berjaya memanipulasi harga padi sehingga para pesawah tidak ada pilihan melainkan terpaksa menjual kepada para pengilang tersebut? Merujuk kepada ucapan Yang Berhormat Arau tadi juga menyentuh berkaitan dengan soal kualiti padi dan stockpile industri padi yang tidak dipedulikan oleh kerajaan.
Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerana kebanyakan hujah-hujah tidak dalam ucapan penangguhan. Bolehkah mereka tambah?
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Sehingga kini semua ini adalah sebahagian daripada rungutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Nota masih dalam Yang Berhormat. Don’t worry about it.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Tambah sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri takut apa? Takut sangat hendak jawab. Jawablah.
Semua ini adalah sebahagian dari rungutan dan pandangan para pesawah yang disuarakan melalui dialog, perbincangan, usul dalam mesyuarat dan pandangan secara kolektif melalui program yang telah diadakan termasuk ucapan-ucapan daripada Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang. Itu saya tambah sedikit. Tidak mungkin itu pun tidak boleh. Setelah pelbagai usaha dilakukan, pelbagai saluran juga telah dikemukakan kepada pihak berwajib. Namun tidak ada sebarang perubahan yang dapat membantu pesawah untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang rata-rata berada pada tahap miskin.
Peneroka dibagi, pemandu teksi dibagi dalam bajet dan seumpamanya, pesawah tidak dapat.
Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula harga dan subsidi padi bagi membolehkan taraf hidup pesawah di jelapang padi utama khususnya Kawasan Muda dan lain-lain kawasan yang menuntut harga padi diselaraskan serta dapat ditingkatkan sama seperti pesawah di negeri Selangor. Bolehkah Dewan yang mulia ini dimaklumkan sekiranya kerajaan menaikkan harga padi sebanyak RM1,350 bagi setiap tan manakala subsidi padi pula sebanyak RM500 bagi setiap tan. Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan untuk satu industri yang paling strategik kepada negara iaitu food security atau soal keselamatan negara?
Tuan Yang di-Pertua, timbul pertanyaan di fikiran kita semua mengapa kita sangat maju dalam bidang pertanian kelapa sawit dan getah tetapi agak ketinggalan dalam soal pertanian makanan terutamanya dalam penghasilan padi. Walaupun sawit dan getah menjana pendapatan yang banyak untuk negara mahupun kepada peneroka, kita tidak seharusnya mengabaikan industri yang menjamin survival kehidupan kita. Itulah sahaja ucapan saya. Saya harap jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tahu di mana Menteri sebab Menteri sepanjang masa selalu berkata dia adalah anak petani.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak boleh jawab yang itu Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Dia adalah juara kepada petani-petani.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia pergi ke Sarawak kot.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Isu penanam padi, harga padi ini berbeza di sesuatu kawasan. Telah berulang kali kami bangkitkan. Yang Berhormat Menteri harus datang untuk menjawab. Mengapa sekarang isu ini masih berulang lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Chua Tee Yong
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi melindungi kepentingan pesawah kerajaan telah menetapkan dasar had minimum terjamin atau guaranteed minimum price (GMP) supaya pengilang-pengilang membeli pada harga minimum iaitu RM750 per tan metrik manakala tiada harga maksimum yang ditetapkan.
Berdasarkan rekod terkini harga jualan padi di seluruh negara sejak tiga musim yang lepas adalah di antara RM980 hingga RM1,250 per tan metrik. Ini jelas menunjukkan para pesawah telah mampu menghasilkan padi yang berkualiti melebihi daripada GMP yang ditetapkan. Perbezaan harga di antara kawasan penanaman padi wujud disebabkan oleh kualiti padi yang dihasilkan sesuatu kawasan adalah berbeza. Jika dilihat perbandingan harga sejak dari tahun 2007 hingga tahun 2011, negeri Selangor sentiasa mencatatkan harga jualan padi yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu di antara RM750 hingga RM1,250 per tan metrik. Manakala MADA dan KADA pula masing-masing mencatat harga jualan padi di antara RM650 hingga RM1,100 dan RM650 hingga RM900 per tan metrik masing-masing.
Selain daripada itu anggaran perbelanjaan kerajaan bagi pemberian subsidi dan insentif di bawah subsektor padi untuk pesawah per hektar adalah lebih kurang RM2,375 iaitu hampir 60% kos keseluruhan mengusahakan satu hektar tanah sawah. Purata kos bagi mengusahakan sehektar tanah sawah adalah lebih kurang RM4,056 dan pesawah hanya membelanjakan sebanyak RM1,681 iaitu sebanyak 40% manakala selebihnya ditanggung oleh kerajaan. Subsidi dan insentif ini adalah termasuk pembekalan benih padi sah dan bahan input pertanian seperti baja, racun, kapur dan pembajakan.
Pemberian subsidi dan insentif ini adalah antara usaha kerajaan bagi mengurangkan bebanan pesawah dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil padi negara. Sekiranya seorang pesawah mengusahakan serelung iaitu 0.28 hektar sawah memang tidak dinafikan akan memperoleh pendapatan yang kecil.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Chua Tee Yong
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah memperkenalkan projek-projek di bawah NKEA iaitu EPP 10 (pengukuhan dan peningkatan pengeluaran padi di kawasan MADA) dan EPP 11 (penanaman padi di lain-lain kawasan jelapang) supaya para pesawah akan terlibat dalam penanaman padi secara komersial serta pengurusan secara berpusat dengan matlamat meningkatkan hasil padi dan pendapatan pesawah.
Kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk menaikkan GMP memandangkan harga padi ketika ini ditentukan oleh pasaran. Sementara itu, kerajaan juga telah memperkenalkan insentif peningkatan hasil (IPH) yang mana para petani yang berjaya meningkatkan hasil padi walaupun satu peratus akan layak menerima insentif ini pada kadar RM650 per hektar.
Kerajaan juga dari semasa ke semasa akan mengkaji untuk merasionalisasikan subsidi dan insentif sedia ada bagi memastikan golongan petani mendapat manfaat yang sewajarnya. Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan subsektor ini dan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Kos tadi tidak jawab tadi. Kos kalau kita naik 1,350.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bestino – Bank Negara Mesti Bertindak
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah hal mengenai kes cepat kaya. Bestino – Bank Negara mesti bertindak dengan segera.
Pada tahun 2006, kumpulan Bestino memperkenalkan satu skim khas untuk menarik pelaburan dan banyak dari pelabur adalah dari negeri Perak. Skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan ini adalah seperti berikut.
Pelabur akan diberi pulangan terjamin bulanan 3% ke atas jumlah yang dilaburkan dengan Syarikat Bestino Berhad. Pada masa yang sama, kuantiti emas akan diberikan sebagai cagaran bagi jumlah yang dilaburkan sedemikian. Jadi jika RM10,000 dilaburkan, nilai RM10,000 setara emas akan diberikan sebagai cagaran. Jika emas dikembalikan kepada syarikat, jaminan pulangan bulanan kepada jumlah pelaburan akan meningkat di antara 3% kepada 5%. Kemudian syarikat itu adalah cukup meyakinkan untuk meminta semua pelabur untuk menyerahkan emas kepada sijil pelaburan daripada syarikat itu.
Sebagai pulangan, ganjaran dan konsistennya, para pelabur sedia menyerahkan bar emas.
Pada bulan Jun 2009, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti melancarkan siasatan kepada aktiviti kumpulan Bestino berikutan banyak aduan yang diterima. Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti telah menyerbu haram pengambilan deposit syarikat yang dipercayai telah mencagar ke dalam beratus-ratus juta ringgit yang melibatkan pelaburan emas dan penerbitan saham keutamaan boleh tebus. Operasi bersama menyaksikan pegawai Bank Negara Malaysia dan Securities Commission menyerbu Bestino Group Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan di Ipoh dan Petaling Jaya.
Serbuan telah dibuat berikutan banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang mendakwa syarikat itu menjanjikan dividen mencecah 36% setahun atau 3% pulangan sebulan. Banyak yang melabur.
Ada berjuta-juta ringgit saya difahamkan telah ditangkap dan tidak dapat menamai masalah itu. Lebih 6,400 orang telah melabur lebih dari RM400 juta dalam syarikat tersebut. Saya sendiri difahamkan ada seorang yang melabur RM1.5 juta iaitu hanya mengeluarkan wang dari EPF dan ada juga orang yang telah menjual harta benda dan melabur di syarikat ini dengan kepercayaan ada return sedemikian.
Bank Negara sebagai satu badan mengawal selia perkara semacam ini gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memaksa Bestino untuk memulangkan pelaburan yang dibuat kepada syarikat itu. Satu cara yang terbaik untuk Bank Negara adalah supaya memaksa Syarikat Bestino atau memulangkan wang deposit yang sedia ada dengan Bank Negara yang saya difahamkan lebih kurang RM100 juta kepada 6,400 orang yang tidak bersalah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia mula membuat inquiry ke atas aktiviti-aktiviti perniagaan Bestino Golden House Sdn. Bhd. atau Bestino pada 7 November 2008 setelah menerima aduan daripada orang ramai bahawa Bestino menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, Bank Negara Malaysia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa Bestino telah melanggar peruntukan seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (ABIK).
Pada 16 Jun 2009, Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan ke atas Bestino dan syarikat-syarikat yang berkaitan setelah mengesahkan bahawa wujudnya sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana orang yang disiasat dipercayai melanggar peruntukan di bawah seksyen 25(1) ABIK dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Siasatan terhadap Bestino dan empat orang pengarahnya membabitkan dua kesalahan iaitu di bawah seksyen 25(1) ABIK dan di bawah seksyen 4(1) AMLATFA.
Timbalan Pendakwa Raya di Unit Pelucuthakan Harta, Jabatan Peguam Negara memberi persetujuan mendakwa Bestino dan empat orang pengarahnya bagi kesalahan di bawah seksyen 4(1) AMLATFA. Waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah terhadap empat orang Pengarah Bestino bagi kesalahan di bawah seksyen 4(1) AMLATFA pada 15 Jun 2010.
Pada 27 Januari 2011, Timbalan Pendakwa Raya di Unit Jenayah Perdagangan, Jabatan Peguam Negara, telah bersetuju bahawa terdapat prima facie dalam Bestino bagi kesalahan di bawah seksyen 25(1) ABIK. Timbalan Pendakwa Raya di Unit Pelucuthakan Harta dan Timbalan Pendakwa Raya di Unit Jenayah Perdagangan bersetuju dan mengarahkan agar pertuduhan terhadap Bestino dan empat orang pengarah syarikat dibuat serentak bagi kedua-dua kesalahan.
Pada 23 Februari 2011, Bestino bersama empat pengarahnya iaitu pihak tertuduh telah didakwa oleh Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 25(1) ABIK dan seksyen 4(1) AMLATFA oleh Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak. Suruhanjaya Sekuriti pada 21 April 2011 telah mendakwa Bestino Group Berhad dan dua orang pengarah di bawah seksyen 232(1) Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007 atau APMP di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 20 Februari 2012, pihak peguam bela kepada tertuduh telah mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan ke atas empat Pengarah Bestino berdasarkan kepada keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi di dalam kes Pendakwa Raya lawan Gan Boon An iaitu kes Gan Boon An di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1993 atau APS adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Oleh yang demikian, Mahkamah Sesyen Ipoh Perak telah ditangguhkan perbicaraan terhadap pihak tertuduh sehingga Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.
Walau bagaimanapun, Mahkamah Sesyen telah menetapkan 25 Julai 2012 sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap pihak tertuduh. Pihak Jabatan Peguam Negara akan menghubungi Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia bagi mendapatkan tarikh perbicaraan bagi kes Gan Boon An memandangkan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi belum dikemukakan.
Pada 22 Disember 2011, pelabur-pelabur skim anjuran Bestino telah menyerahkan satu memorandum kepada Bank Negara Malaysia yang antara lain meminta Bank Negara Malaysia membatalkan perintah sitaan terhadap aset Bestino berjumlah RM24.2 juta untuk membolehkan Bestino menggunakan wang tersebut bagi tujuan pembayaran balik kepada pelabur-pelabur.
13 Februari 2012, Encik Chong Yok Meng salah seorang tertuduh dan Pengarah Urusan Bestino telah membuat kenyataan akhbar yang mendakwa seperti berikut;
(i) Bahawa Bestino telah mencairkan semua aset milik syarikat berkenaan di dua negara dan telah berjaya mengumpul dana berjumlah USD146 juta iaitu RM438 juta. Dana itu kini disimpan dalam akaun Bestino Golden House Hong Kong Limited di HSBC Bank Hong Kong; dan
(ii) Beliau juga berjanji akan membuat pembayaran balik kesemua wang pelabur-pelabur Bestino pada 30 April 2012.
Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut;
(i) Mengatur pertemuan di antara Bestino, pelabur-pelabur dan Bank Negara Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian terhadap rayuan terhadap pelabur-pelabur. Pada 15 Februari 2012, Bank Negara Malaysia telah menghantar surat kepada Bestino dan meminta syarikat mencadangkan tarikh pertemuan tersebut diadakan tetapi sehingga ke hari ini, cadangan
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
pertemuan tiga pihak tersebut tidak mendapat kerjasama daripada pihak Bestino,
(ii) Pada 23 April 2012, Bank Negara Malaysia juga telah bertemu dengan Encik Chong Yok Meng di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak dan pertemuan tersebut, Encik Chong Yok Meng menjelaskan bahawa;
(a) Akaun Bestino Golden House Hong Kong Limited di HSBC Hong Kong telah dibekukan oleh pihak berkuasa Hong Kong yang menyebabkan beliau tidak boleh membuat sebarang pindahan wang ke Malaysia; dan
(b) Pembayaran balik wang pelabur-pelabur Bestino pada 30 April 2012 tidak dapat dilaksanakan seperti yang beliau janjikan di dalam laporan akhbar pada 13 Februari 2012.
(iii) Setakat hari ini, pihak Bestino masih belum mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan Bestino mempunyai dana sebanyak USD146 juta seperti yang didakwa,
(iv) Bank Negara Malaysia telah membuat beberapa siri pertemuan dengan pelabur-pelabur Bestino sejak siasatan dijalankan termasuk beberapa pertemuan dengan jawatankuasa bertindak, 6,764 pelabur-pelabur Bestino dan Bestino Group Berhad. Di dalam siri pertemuan tersebut, Bank Negara Malaysia telah menjelaskan pendirian Bank Negara Malaysia mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pelabur-pelabur Bestino seperti berikut;
(a) Bahawa kelulusan dari Bank Negara Malaysia tidak diperlukan jika Bestino atau mana-mana pengarah ingin membayar semula wang yang dituntut oleh pelabur- pelabur melalui sumber-sumber lain yang dimiliki oleh Bestino atau pengarah-pengarahnya,
(b) Wang berjumlah RM2.4 juta yang telah disita di bawah peruntukan seksyen 50(1), AMLA oleh Jabatan Peguam Negara adalah merupakan hak perkara dan keterangan dalam kes pendakwaan iaitu subject matters of prosecution case dan wang tersebut tidak dapat dipulangkan kepada Bestino untuk tujuan pembayaran balik wang yang dituntut oleh pelabur- pelabur Bestino; dan
(c) Pelabur-pelabur Bestino boleh memfailkan tuntutan mereka ke atas harta yang disita sebagai pihak ketiga berkepentingan di bawah seksyen 61, AMLA selepas selesai perbicaraan kes tersebut. Pihak mahkamah boleh memutuskan sama ada wang yang telah disita itu dipulangkan kepada pelabur-pelabur Bestino atau pihak lain yang berkepentingan atau dilucut hak kepada Kerajaan Persekutuan.
Sebagai rumusan, saya ingin menasihatkan para pelabur semua supaya membuat penilaian teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur tersebut.
Menyemak dengan pihak berkuasa, status institusi yang menawarkan pelaburan. Kerajaan amat prihatin ke atas masalah yang dialami oleh pelabur Bestino. Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia sedang menyelesaikan kes ini dan memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab akan diambil tindakan menerusi proses undang-undang dan memastikan pelabur mendapat keadilan. Kementerian Kewangan khasnya Pejabat Menteri Kewangan II, memberi perhatian serius terhadap kepentingan para pelabur yang terjejas oleh skim ini dan juga memantau perkembangan kes ini dengan teliti. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 21 Jun 2012.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.08 malam]