Jun192012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah yang diambil kerajaan bagi menggalakkan majikan sektor swasta di negara ini memberi komitmen dan sokongan padu terhadap wanita berkerjaya dalam organisasi masing-masing dengan mewujudkan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di premis kerja masing-masing.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Tenggara pada hari ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Gelang Patah pada 25 Jun 2012 kerana kedua- duanya menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai penubuhan taman asuhan kanak- kanak di tempat kerja.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih. Penyediaan taska adalah penting bagi membolehkan keluarga dwi kerjaya mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan penjagaan anak yang berkualiti. Pembukaan taska turut membolehkan lebih ramai wanita untuk keluar bekerja bagi menyumbang kepada pembangunan negara selain mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Tambahan pula kerajaan telah menyasarkan dalam RMKe-10 bagi meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh daripada 46.1% pada tahun 2010 kepada 55% pada penghujung tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua bagi menggalakkan sektor swasta bagi mewujudkan taska di premis kerja masing-masing, kerajaan menyediakan insentif semenjak tahun cukai tafsiran 1994. Perenggan 42(2), Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1997 membolehkan majikan yang menggunakan bangunan untuk pengasuhan kanak-kanak layak diberi elaun bangunan perindustrian sebanyak 10% selama sepuluh tahun terhadap perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan.

Bagi menggiatkan lagi sektor korporat dan majikan swasta membuka taska di premis kerja sebagai satu tanggungjawab sosial korporat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan UNICEF untuk menghasilkan dengan izin, Best Business Practice Circular 1/2010 on the “Establishment of a Child Care Centre at the Work Place by Business and Corporate Employers. Pekeliling SSM ini menggalakkan penubuhan taska di premis kerja, memberi garis panduan penubuhan taska di tempat kerja dan menyenaraikan faedah penubuhan taska kepada pekerja dan majikan serta insentif yang diberi oleh kerajaan. Pekeliling SSM ini telah dilancarkan pada 1 Februari tahun 2010 untuk semua majikan yang berdaftar dengan SSM.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR) penubuhan taska di tempat kerja telah diwujudkan pada pertengahan tahun 2011.

Jawatankuasa kerja ini bertujuan untuk mempromosi dan membantu penubuhan taska di tempat kerja oleh majikan swasta.

Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal

final • 10:00 AM

Datuk Heng Seai Kie

Kanak-kanak. Ahli-ahli jawatankuasa ini terdiri daripada wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank dan beberapa individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Jawatankuasa ini bekerjasama dengan sektor korporat khususnya dalam usaha menubuhkan taska di tempat kerja. Sebagai usaha terbaru, kementerian melalui agensinya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan mempromosikan penubuhan taska di tempat kerja ketika melaksanakan khusus dengan izin, parenting at work di sektor korporat, swasta dan agensi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga bulan April 2012 sebanyak 83 buah taska di tempat kerja telah berdaftar dengan JKM. Daripada jumlah ini 16 daripadanya merupakan taska di tempat kerja di sektor swasta. Sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dapati bahawa sokongan dan komitmen untuk mewujudkan taska-taska di tempat kerja sama ada di sektor swasta mahupun di sektor awam amat kurang menggalakkan.

final • 10:00 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Tadi Yang Berhormat Menteri sebutkan 80, tiga sahaja yang berdaftar. Hasil kajian daripada LPPKN mendapati bahawa masalah penjagaan anak-anak adalah merupakan punca utama di negara kita di Malaysia ini yang menamatkan kerjaya wanita-wanita lebih awal di antara lingkungan umur 35 hingga 39 tahun dan sebanyak 70% daripadanya adalah merupakan kemuncak kerjaya bagi wanita. Pada masa yang sama, anak-anak juga memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu mereka.

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah langkah penyelesaian terutama kepada lebih daripada 3,000 taska haram yang masih beroperasi yang merupakan perangkap maut terhadap keselamatan anak-anak dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan institut latihan untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga- tenaga pengasuh yang lebih bertauliah, bertanggungjawab, berkemahiran terutama di kalangan graduan-graduan wanita yang menganggur. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan skim bantuan jagaan anak di taska kepada ibu-ibu untuk mengimbangi kos penjagaan anak yang dikenakan oleh taska-taska ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan- soalan tambahan yang telah dikemukakan. Yang pertama sekali sebenarnya kalau kita lihat pada bilangan taska di tempat kerja yang didaftarkan setakat ini, terdapat beberapa sebab utama kenapa bilangan ini masih lagi dianggap rendah iaitu daripada hasil penyelidikan yang telah pun dilaksanakan oleh kementerian ini menunjukkan:-

(i) tidak semua ibu bapa ataupun pekerja cenderung untuk hantar anak mereka ke taska di tempat kerja terutama sekali jika syarikat mereka itu adalah terletak berjauhan daripada rumah kediaman mereka;

(ii) ketiadaan ruangan yang sesuai untuk taska di tempat kerja sedia ada khususnya seperti di kilang-kilang yang berurusan dengan bahan-bahan kimia ataupun bahan-bahan yang berbahaya;

(iii) memerlukan pembiayaan yang tinggi bagi menampung kos penubuhan taska tempat kerja; dan

(iv) kesukaran syarikat korporat untuk mendapatkan pekerja ataupun pengasuh yang terlatih.

Bagi menjawab soalan kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu tidakkah kerajaan bercadang untuk mengadakan ataupun menubuhkan lebih banyak institusi ataupun agensi bagi melatih lebih pengasuh yang terlatih. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua setakat ini di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat 40 agensi service provider yang dipertanggungjawabkan untuk

final • 10:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

memberi latihan kepada semua pihak yang berminat menjadi pengasuh di taska di negara ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus tersebut iaitu Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, mereka bolehlah berbuat demikian melalui portal easy to care yang dibangunkan bagi membolehkan orang ramai khususnya pengusaha atau pengasuh taska membuat permohonan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak

(KAAK) dengan mana-mana agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat secara atas talian iaitu online.

Bagi menampung kos asuhan ke atas kanak-kanak, sebenarnya di bawah iaitu melalui bajet yang telah pun diluluskan sejak tahun 2010, kerajaan melalui kementerian ini kita menubuhkan apa yang dinamakan Taska Komuniti iaitu yang kini dikenali sebagai Taska 1Malaysia. Bagi kanak-kanak yang dihantar ke Taska 1Malaysia ini sekiranya mereka berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan maka setiap kanak-kanak itu akan dibayar yuran subsidi sebanyak RM180. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan taska haram tadi, apakah tindakan kerajaan terhadap lebih 3,000 taska haram, tadi tidak jawab.

final • 10:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

Okey, Tuan Yang di-Pertua untuk taska yang tidak berdaftar antara langkah-langkah ataupun tindakan yang boleh diambil oleh kementerian ini iaitu di bawah Akta Taska 1984 ialah:-

(i) kesalahan pertama pendakwaan dan jika sabit kesalahan pertama boleh didenda sehingga RM10,000 atau di penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali;

(ii) kesalahan yang kali kedua boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali;

(iii) taska itu boleh diarahkan tutup sementara untuk pembetulan;

(iv) pendaftaran taska boleh dibatalkan dan yang kelima taska itu juga boleh dilak ataupun ditutup.

Mengikut peraturan-peraturan taman asuhan kanak-kanak iaitu tahun 2011, pengusaha taska yang melanggar peraturan tersebut juga boleh dikenakan tindakan seperti berikut iaitu di kompaun sehingga RM5,000 dan tindakan pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana orang yang gagal membayar kompaun yang dikenakan. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setiap kali soalan seperti ini datang ke Dewan memang Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan yang panjang. Akan tetapi jawapan-jawapannya tidak dapat menangani masalah. Tadi baru dikatakan macam mana dia boleh didenda untuk taska yang haram tetapi taska haram masih wujud 3,000 lagi. Tadi apa-apa insentif yang bagi adalah sejak 1994 sekarang sudah 2012. Dia masih berikan insentif yang sama tetapi tidak dapat menangani masalah. Jadi, di sini saya rasa ada kekurangan keazaman kementerian ini dan juga kekurangan kompetensi tidak minat langsung dia hendak menangani masalah ini walaupun dihadapi beberapa jutaan ribu ibu dalam negara ini. Walaupun matlamatnya begitu besar, begitu cantik tetapi pelaksanaannya indah tetapi tidak dapat...

[Disampuk]

final • 10:10 AM

Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Yang Berhormat, soalan.

final • 10:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Melaksanakan. Indah khabar daripada rupa.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa di Pulau Pinang kita sudah mewujudkan perbandaran pembangunan wanita Pulau Pinang dan di bawah sana. Baru-baru ini kita sudah mewujudkan satu task force untuk mengkaji bagaimana kita hendak bawa semua insentif ini untuk mewujudkan lebih banyak lagi taska. Jadi, di sini di dalam 20 tahun baru 16 - Ini pun saya sudah beritahu di dalam Dewan ini. 16 taska di tempat kerja swasta. Di sektor awam pun hanya 63. Macam mana? Bagaimana dalam dua tahun yang akan datang, berapakah taska kerajaan akan tubuhkan dan bagaimana

final • 10:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

kerajaan akan memudahkan sektor-sektor industri swasta untuk mewujudkan bolehkah lebih kurangnya 100 taska dalam setahun atau dua tahun yang akan datang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam atas soalan- soalan tambahan yang telah pun dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat seperti mana yang saya nyatakan dalam menangani isu penjagaan kanak-kanak, taska di tempat kerja bukanlah satu-satunya cara ataupun pilihan ataupun pendekatan untuk menyelesaikan masalah ini.

Mengikut survey yang telah pun dijalankan oleh kementerian, ramai ibu bapa ataupun pekerja yang tidak cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke taska di tempat kerja terutama sekali mereka yang syarikatnya terletak berjauhan daripada tempat kediaman mereka.

Kalaulah kita lihat dari segi bilangan taska yang telah berdaftar sebelum dan selepas kempen, “Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan” dijalankan ataupun dilaksanakan mulai Jun 2011 adalah tidak adil untuk mendakwa bahawa tiada usaha ataupun inisiatif yang telah pun dijalankan oleh kerajaan bagi menggalakkan pendaftaran taska di negara ini.

Kalau kita bandingkan statistik pada tahun 2010 bilangan taska yang berdaftar pada masa itu hanya sebanyak 483. Setelah kementerian ini melancarkan kempen, “Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan” mulai Jun 2011, bilangan taska yang telah berdaftar sehingga Mei 2012 telah pun meningkat sebanyak 124% iaitu mencapai sebanyak 1,086 buah taska yang telah pun berjaya didaftarkan.

Walau bagaimanapun, proses ini masih lagi berjalan dan bagi meningkatkan jumlah ini iaitu menyenangkan pihak pengusaha taska untuk berbuat demikian, kementerian baru-baru ini iaitu mulai April tahun 2012 telah pun melancarkan siri jelajah pra sekolah dengan usaha sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Kementerian Pelajaran serta ECCE Council untuk menubuhkan one-stop center, iaitu dengan izin, iaitu pusat sehenti bagi mempromosikan garis panduan tentang penubuhan taska dan tadika di negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

2. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah Bank Negara bercadang untuk kembali melonggarkan syarat pinjaman membeli kenderaan. Apakah strategi Bank Negara untuk menyelesaikan masalah ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Gombak bersama- sama soalan daripada Yang Berhormat Pasir Salak yang dijadualkan dijawab pada 28 Jun 2012 kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, paras keberhutangan sektor isi rumah di Malaysia telah meningkat pada kadar purata tahunan 12.5% dan mencapai 76.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2011.

Pelaksanaan garis panduan amaran pembiayaan yang bertanggungjawab atau garis panduan adalah penting untuk memastikan paras keberhutangan sektor isi rumah adalah sentiasa pada tahap yang terkawal sekali gus menggalakkan sektor isi rumah untuk terus menikmati kemudahan pinjaman mengikut kemampuan kewangan.

Institusi kewangan dikehendaki untuk menilai kesesuaian pembiayaan yang dimohon serta keupayaan seseorang individu untuk membayar semula sepanjang tempoh pembiayaan. Demi memastikan pengguna mendapat akses kepada pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan masing-masing, institusi kewangan telah diarahkan untuk menangani isu-isu pelaksanaan secara efektif supaya permohonan daripada pinjaman yang rakyat terus mendapat akses kepada pembiayaan dan juga tiada kelewatan dalam proses pembiayaan pinjaman.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Di samping itu Bank Negara Malaysia juga telah memperkenalkan program pendidikan kewangan tertumpu iaitu Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) yang bertujuan untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan kewangan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka membuat keputusan pembiayaan secara bertanggungjawab.

Semenjak pelaksanaan garis panduan ini yang berkuat kuasa 1 Januari 2012, sistem perbankan merekodkan pertumbuhan pinjaman sektor isi rumah pada kadar 11.7% pada akhir April 2012 sedikit perlahan berbanding 12.9% pada akhir tahun 2011. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya pemberian pinjaman kepada sektor isi rumah pada tahun 2012 dijangka akan terus meningkat sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa tetapi pada tahap yang sederhana berbanding tahun 2011. Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi menjurus kepada usaha untuk mengawal paras keberhutangan sektor isi rumah. Sementara kita mengalu-alukan usaha ini, saya berpendapat pendekatan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tidak dapat menangani masalah ini secara total kerana sistem pembiayaan kredit yang terlalu ketat akan terus membebankan pengguna khususnya di kalangan yang berpendapatan rendah.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada sekitar tahun 2005 ketika Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan National Automotive Policy, kerajaan berdepan dengan dua tuntutan, yang pertama tuntutan AFTA supaya import duti ini dihapuskan sama sekali. Kedua kerajaan juga berdepan dengan satu lagi tuntutan untuk terus melindungi Proton dengan mengenakan import duti secara berterusan. Maka untuk mengimbangi dua tuntutan ini, kerajaan telah menurunkan sedikit import duti tetapi menaikkan eksais duti yang agak keterlaluan.

Hari ini Tuan Yang di-Pertua cukai eksais yang paling rendah ialah 70%, ditambah pula dengan cukai jualan sebanyak 10% dan cukai import masih kekal di tahap 30% hingga 40%. Maka sistem percukaian yang terlalu tinggi ini telah memberikan kesan dan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan ditambah pula dengan syarat-syarat yang ketat yang dikenakan oleh Bank Negara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Maka persoalan saya ialah adakah kerajaan sudah bersedia untuk overhaul secara keseluruhan sistem percukaian kenderaan termasuk menghapuskan eksais duti ke atas kenderaan yang berkuasa rendah dan bukan sekadar menangani masalah ini melalui sistem pembiayaan kredit yang telah ditetapkan oleh Bank Negara? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Gombak. Soalan Yang Berhormat memang terkeluar sedikit dari soalan asas.

final • 10:20 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Saya hendak memberi sedikit maklumat kepada Yang Berhormat dari sektor pinjaman untuk kenderaan, iaitu lebih kurang 12% dari jumlah pinjaman yang kita memberi kepada semua sektor. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, kita mengadakan garis paduan ini dan kita nampak angka yang kita berada dari Bank Negara iaitu pinjaman untuk kenderaan untuk empat bulan pertama tahun 2012, jumlahnya memang tiap-tiap bulan pun ada bertambah.

Saya memberi angka di sini iaitu untuk bulan Januari 2012 adalah RM109,860 juta; bulan Februari naik ke RM119,995.4 juta; untuk Mac kita meningkat kepada RM1.2 bilion dan; untuk bulan April, RM1.21 bilion. Tiap-tiap bulan pun ada naik. Oleh itu kita harap dengan garis panduan ini kita dapat mengurangkan angka yang ada masalah pada masa ini iaitu jumlah rakyat Malaysia yang bankrap.

Setakat April 2012, statistik dari Jabatan Insolvensi iaitu sejumlah 241,740 rakyat Malaysia adalah bankrap dan 70% adalah lelaki. Antara angka ini, mereka bankrap disebabkan oleh pinjaman kenderaan adalah 25%; perumahan, 12%; personal loan, 13%; kredit kad, 5%; guarantor, 5%. Dari angka tersebut, 25% pinjaman kenderaan iaitu lebih daripada 60,000 rakyat Malaysia yang bankrap disebabkan oleh pinjaman kenderaan.

final • 10:30 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Angka ini memang adalah besar dan kita nampak dari angka ini jumlah rakyat yang bankrap yang berumur kurang dari 25 tahun adalah lebih kurang dalam 2,000 orang.

Ramai sangat itu. Jumlah rakyat yang bankrap yang berumur antara 35 hingga 44 tahun adalah sebanyak 35%. Itu kita hendak rakyat yang umur di tahap ini memang mereka adalah mudah, boleh bekerja untuk negara kita tetapi mereka bankrap. Mereka tidak ada confident lagi. Kita mesti jaga supaya kita tahu hendak kurangkan angka ini. Sekian.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri yang telah memberikan penjelasan yang cukup baiklah. Matlamat kerajaan untuk mengetatkan syarat-syarat pinjaman serta memperkenalkan garis panduan amalan pembiayaan yang baik oleh Bank Negara Malaysia adalah semata-mata untuk mendidik rakyat kita supaya janganlah hidup dengan izin, to live in credit, dan dalam masa yang sama untuk mengelak seperti yang disebut oleh Menteri tadi, jumlah hutang rumah atau isi rumah yang telah meningkat kepada 76% berbanding kepada GDP kita pada tahun lepas.

Dalam masa yang sama, kita dapat lihat bahawa permintaan domestik kita masih tinggi lagi. Kalau kita bandingkan dengan permintaan ataupun tempahan kereta untuk PERODUA sahaja pada bulan Mac, sebanyak 20,000 tetapi jualannya kita dapati hanyalah 16,000 buah sahaja berbanding dengan 18,000 buah pada tahun 2011. Maknanya permintaan domestik kita masih baik lagi. Sementara model Viva, kita telah berjaya menjual hanya sebanyak 13,000 buah sahaja berbanding 16,000 buah pada tahun lepas.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, setakat manakah Bank Negara telah berjaya mencapai objektif kita untuk mengetatkan syarat-syarat pinjaman kereta dan pada masa yang sama kita mampu untuk mengatasi bagi kejatuhan jualan-jualan kenderaan terutamanya jualan-jualan kenderaan syarikat-syarikat kereta nasional serta impaknya kepada ekonomi negara?

Keduanya, satu ketika dahulu semasa kita membuat Pakej Rangsangan Kedua, kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM200 juta dana untuk vendor automotif. Saya hendak tahu kedudukan dana tersebut, apakah kejayaan setakat yang telah kita beri dan adakah kerajaan akan memberikan perkara yang sama untuk masa akan datang? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin yang telah memberi pandangan atas isu ini iaitu pinjaman untuk kenderaan di negara kita. Memang adalah hasrat kerajaan supaya kita menjaga keadaan negara kita supaya kita hendak semua rakyat boleh mendapatkan pinjaman wang dari bank, tetapi yang mustahak kita hendak mendidik mereka supaya mereka boleh membayar balik hutang dari jadual yang ada.

Kita memang akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa supaya kita berada di keadaan yang lebih baik. Kita tengok, yang saya katakan tadi kita sudah sampai tahap 76.6% iaitu jumlah isi rumah yang berhutang dari jumlah yang kita ada, kita memang hendak tahap ini kurang pada tahap yang lebih baik.

Saya memang hendak ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Jasin yang memberi pandangan ini. Yang Berhormat tanya itu RM200 juta vendor untuk automotif, saya tidak ada jawapan untuk isu ini. Saya akan jawab secara bertulis. Sekian.

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Satu soalan ringkas Tuan Yang di-Pertua.

Boleh?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas sahaja Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ringkas. Saya kira masalah sekarang ialah harga kereta, bukan kemampuan, bukan dasar Bank Negara atau sebagainya. Harga itu yang menyebabkan keadaan berlaku kekangan 76% itu. Saya hendak tanya secara ringkas, apakah polisi ataupun Dasar Automotif Negara yang baru diperkenalkan ini tidak mengambil kira pandangan Bank Negara kita ataupun apakah peranan Bank Negara kita dalam menasihati penggubalan Dasar Automatif Negara ini? Saya hendak tanya adakah atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato' Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini memang sama dengan soalan yang datang dari Yang Berhormat Gombak, memang soalan yang sama. Saya memang tidak ada jawapan. Ini memang di bidang kuasa Kementerian MITI.

Memang soalan dari Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota itu akan dijawab daripada mereka.

final • 10:30 AM

3. Dato’ Mohd. Jidin Shafee [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kerajaan menangani Gerakan LGBT di negara ini dan kesan kepada masyarakat Islam sejagat dan masa depan negara.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memberi perhatian yang serius kepada isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender atau LGBT dan memberi perhatian untuk menangani isu ini dengan bersungguh-sungguh kerana penularan gejala LGBT ini adalah bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Untuk membanteras gejala buruk dan keji ini, kerajaan melalui JAKIM bersama- sama Jabatan Agama Islam Negeri telah menyusun strategi untuk menghalang penularannya ke akar umbi melalui dua pendekatan iaitu pendekatan pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam aspek pencegahan, JAKIM telah menjalankan program tarbiah dan dakwah di kalangan umat Islam melalui Program KAFA untuk menanam kefahaman Islam kepada anak-anak seawal usia.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Seterusnya pendidikan dan tarbiah di kalangan umat Islam diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti dakwah seperti Program Takmir Masjid dan Surau seluruh negara, Kursus Pemantapan Akidah, Kursus Kefahaman Islam kepada semua peringkat usia dan golongan, Program Dakwah melalui media massa dan sesi dialog bersama dengan kumpulan pakar.

Kesinambungan pelaksanaan pelbagai program tersebut bagi meningkatkan kesedaran terhadap bahaya LGBT ini, JAKIM bersama JAIN telah memperhebatkan penyebaran kefahaman berkaitan dengan isu ini melalui program jelajah di mana Program Jelajah BEST! ini memfokuskan terhadap kesedaran komuniti setempat khususnya remaja terhadap gejala sosial terutamanya penularan HIV dan juga melalui aktiviti hubungan homoseksual. Sekiranya terdapat masyarakat Islam yang terbabas dari prinsip dan norma masyarakat bertamadun, kumpulan ini akan diberikan ilash dan syifa’ atau pemulihan dan rawatan melalui kursus yang dijalankan daripada semasa ke semasa. Sehingga kini JAKIM bersama JAIN telah menjalankan ‘Program Mukhayyam Bersama Mak Nyah’ kepada kumpulan transgender dan kita telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta yang menyertai program ini yang telah mula insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam aspek penguatkuasaan pula, undang-undang telah pun memperuntukkan secara jelas dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1987 (Akta 559) dan boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja.

Antara lain ialah;

(i) seksyen 21 – Kesalahan pelacuran;

(ii) seksyen 22 – Kesalahan muncikari;

(iii) seksyen 25 – Kesalahan liwat;

(iv) seksyen 26 – Kesalahan Musahaqah atau perhubungan sesama jenis perempuan atau lesbian;

(v) seksyen 28 – Lelaki berlagak sebagai perempuan; dan

(vi) seksyen 29 – Perbuatan tidak sopan di tempat awam atau perkataan tidak sopan yang membawa maksud mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Sehubungan itu, kerajaan bersama Pihak Berkuasa Agama Negeri akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri ini.

Tambahan pula, tiada peruntukan undang-undang malah mana-mana agama di negara ini membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan perkahwinan sejenis. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat kagum dengan jawapan tadi, kemas. Cumanya tambahan, terdapat beberapa gerakan NGO sekarang untuk melonggarkan undang-undang supaya kerajaan mengesahkan gerakan mereka, terdapat beberapa negara yang menghalalkan dan ada negara yang tidak membenarkan. Akan tetapi di dalam kes-kes kecil umpamanya, ada sebahagian daripada kita iaitu lelaki yang telah pun membuat pembedahan jantinanya untuk menjadi perempuan dan sah dia berlagak sebagai perempuan. Akan tetapi sayangnya, apabila mereka memohon kepada kerajaan untuk menukar nama daripada lelaki kepada perempuan tidak dibenarkan.

Di dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah usaha-usaha yang telah dibuat selain daripada pencegahan dan merawat, apakah satu undang-undang untuk membantu mereka yang membolehkan mereka hidup saksama di dalam masyarakat yang normal? Adakah perlakuan seperti liwat dan sebagainya, walaupun akhbar telah melaporkan beberapa kejadian, tetapi hukumannya tidaklah seberat sebagaimana dikatakan. Jadi, apakah masa hadapan kerajaan untuk menentukan masalah orang-orang yang begini termasuklah pegawai kerajaan, pemimpin, dalam swasta? Memang ada dan keadaannya perlu dicegah ataupun diberi satu peraturan yang membolehkan mereka juga tidak memusnahkan masyarakat. Sekian.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, berkaitan dengan adanya isu-isu di mana lelaki membuat pembedahan dan permohonan mereka untuk mendapatkan pendaftaran ini tidak dibenarkan. Ini adalah kerana merujuk kepada keputusan daripada Muzakarah Fatwa yang mana Muzakarah Fatwa kali yang keempat yang bersidang telah pun membincangkan persoalan pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan dan telah memutuskan bahawa sebarang pertukaran dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan. Hanya orang yang dilahirkan sebagai ‘khunsa musykil’ iaitu yang dilahirkan dengan mempunyai dua alat kelamin sahaja yang dibenarkan untuk membuat pembedahan bagi mengekalkan salah satu daripada jantina ataupun alat yang benar-benar berfungsi untuk digunakan. Jadi dalam hal ini, pihak pendaftaran terpaksa akur kepada keputusan Majlis Muzakarah Fatwa yang telah pun membuat hukum dalam masalah yang berkaitan.

Yang Berhormat, berkaitan dengan usaha yang dibuat Yang Berhormat melihat bahawa seolah-olah hukuman ini tidak berat dan apa yang kerajaan telah buat untuk mencegah dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, kita melihat bahawa LGBT ini perkembangan yang sebenarnya adalah berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku di Eropah. Pada hari ini, isu ini bukan lagi bersifat kepada individu tetapi ia lebih bersifat kepada satu gerakan ataupun satu movement yang mana individu-individu yang terlibat dalam LGBT ini dimobilisasikan untuk keluar dengan satu suara seolah-olah mereka ini merupakan orang yang dizalimi dan atas alasan bahawa hak asasi mereka ini telah dinafikan ataupun hak mereka ini telah dirampas.

Jadi, dalam hal ini kita melihat bahawa satu gerakan untuk mencegah supaya arus globalisasi ini yang menyumbang kepada penyebaran kefahaman dan ideologi ini kita cegah Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada adakah kajian dibuat? Sejauh manakah orang-orang yang dikatakan LGBT ini yang dilahirkan kerana semula jadi iaitu kerana genetiknya cenderung kepada tabiat mereka dan cara hidup mereka? Bagi saya adalah salah kerajaan mengatakan setiap kali ada masalah LGBT ini adalah kerana cara hidup barat. Sebenarnya 50 tahun, 70 tahun yang lepas pun ada masalah ini di negara Malaysia juga. Jadi kita

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

hendak tahu, adakah kajian dibuat sama ada mereka dilahirkan sedemikian ataupun kerana satu pilihan cara hidup mereka?

Saya ingin memberi pandangan bahawa kerajaan tidak boleh setiap kali menggunakan standard agama kerana tuntutan agama ini perfect standard. Semua kita akan dihukum kalau kita menggunakan standard agama untuk menjadikan undang-undang.

Jadi bagi saya, kerajaan mesti cari satu jalan di mana undang-undang terpakai kepada semua. Itu mesti adil dalam keadaan sebenar. Saya harap dapat jawapan.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Setakat ini kajian daripada pihak kita, kita tidak lakukan. Akan tetapi, kita melihat daripada pengalaman-pengalaman yang dilaksanakan oleh kajian-kajian di luar negara umpamanya daripada National Research and Therapy for Homosexual yang ada di Australia. Mereka ini membuat kajian dan sebenarnya Yang Berhormat, ia bukan dilahirkan begitu tetapi ia lebih kepada kecenderungan mereka untuk menjadi begitu. Jadi kecualilah apa yang saya sebut tadi Yang Berhormat, mereka yang memang dilahirkan dengan dua alat. Jadi apa yang berlaku di sini ialah kecenderungan di mana terperangkapnya seorang lelaki untuk minat kepada kaum sejenis ataupun sebaliknya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan LGBT itu sendiri.

Berkenaan dengan pandangan Yang Berhormat di mana kita tidak boleh menggunakan satu standard agama.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

Yang Berhormat boleh merujuk kepada Perlembagaan. Di dalam Perlembagaan, sama ada fasal 1 ataupun fasal 2, di mana fasal 2 ada menyebut Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata antara lain atas alasan agama atau jantina dalam mana-mana undang- undang. Perkataan jantina ini tidak pernah ditafsirkan kepada kecenderungan seks seseorang seperti lesbian, gay dan juga dwiseksual tetapi ia lebih ditafsirkan sama ada seseorang itu lelaki ataupun perempuan sahaja untuk dilindungi oleh Perlembagaan kita, terima kasih.

final • 10:50 AM

4. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sebab kementerian melantik SmartTAG sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuh raya bertol. Apakah kementerian akan menghendaki syarikat tersebut menambah baik keberkesanan SmartTAG memandangkan sistem ini semakin tidak berkesan dan malah menyumbangkan kepada kesesakan di plaza tol.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Seputeh, Syarikat Touch‘nGo Sdn. Bhd. dahulu dikenali sebagai Rangkaian Segar Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan pada bulan Oktober 1996. Menerusi usaha sama kerajaan, syarikat berkenaan pada bulan Mac 1997 telah melancarkan kaedah pembayaran kad prabayar kutipan tol elektronik yang dikenali sebagai Touch‘nGo, manakala peranti SmartTAG pula ialah alat pemancar data inframerah atau infrared yang diperkenalkan pada bulan Mac 1999 sebagai kemudahan kepada pengguna membuat transaksi pembayaran tol tanpa perlu berhenti di plaza tol. Pada peringkat awal sistem Touch‘nGo ini telah dilaksanakan di Lebuhraya Plus dan Metramax sebelum ia diterima pakai di semua lebuh raya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebelum pengenalan SmartTAG pada tahun 1999 terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik yang dilancarkan oleh beberapa buah syarikat konsesi tertentu. Sehubungan itu mulai 1 Julai 2004, kerajaan telah memutuskan supaya sistem kutipan tol elektronik di semua lebuh raya di negara ini diseragamkan menerusi sistem pembayaran elektronik bersepadu tunggal iaitu Touch‘nGo, SmartTAG. Dasar ini bertujuan mengelakkan timbul kekeliruan dan kesulitan kepada pengguna sekali gus menjimatkan kos pembelian kad dan peranti yang berasingan.

Sehingga kini, secara purata lebih daripada 50% pengguna lebuh raya telah memilih untuk menggunakan kad Touch‘nGo sebagai kaedah pembayaran tol sejak ia dilancarkan hampir 15 tahun dahulu.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, masalah kesesakan di plaza-plaza tol lebih raya bukanlah berpunca daripada penggunaan sistem Touch‘nGo atau SmartTAG sebaliknya pengguna sistem elektronik ini sebenarnya telah membantu pengguna melicinkan dan menjimatkan masa perjalanan mereka. Berdasarkan perhatian oleh LLM, masalah kesesakan di plaza-plaza tol khususnya pada waktu puncak adalah disebabkan oleh ramai pengguna yang memilih untuk membayar transaksi secara tunai di samping faktor kesilapan penggunaan On Board Unit atau OBU untuk peranti SmartTAG, akibat daripada kecuaian pengguna seperti kekurangan baki kredit, masalah bateri dan sebagainya.

Sehubungan itu, bagi menggalakkan lagi penggunaan sistem tertentu secara elektronik, Kementerian Kerja Raya bermula tahun ini telah menetapkan sasaran penggunaan tol kad Touch‘nGo iaitu sekurang-kurangnya 60% untuk lebuh raya dalam bandar dan 35% untuk lebuh raya antarabangsa. Di samping itu, Syarikat Touch‘nGo Sdn.

Bhd. juga telah mengambil inisiatif dengan menambahkan lagi bilangan pusat jualan khususnya facility tambahan nilai dan tambah nilai automatik. Pada masa kini terdapat lebih daripada 7,000 pusat tambah nilai Touch‘nGo di seluruh negara dan 31 Touch‘nGo spot iaitu pusat khidmat pelanggan Touch‘nGo Sdn. Bhd. di stesen-stesen petrol terpilih di lebuh raya. Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat konsesi lebuh raya juga telah diarah untuk meningkatkan tahap perkhidmatan di plaza-plaza tol khususnya pada waktu puncak dan musim perayaan tertentu. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bagi mereka yang memilih untuk melalui lorong SmartTAG, apabila kita lalu di plaza tol adalah kerana kita memang hendak pergi ke satu tempat dengan lebih cepat tetapi selalunya apa yang beraku sekarang ialah apabila pergi ke lorong SmartTAG, selalunya kita terpaksa menunda balik kerana kereta sana memang sistemnya tidak dapat menangkap signal nya dan menyumbang kepada kesesakan.

Saya boleh senaraikan tempat-tempat yang mana, plaza tol di Lembah Pantai, di New Pantai Expressway dan juga Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan juga di Mont Kiara, di mana kami selalu menghadapi masalah yang sama. Pergi ke lorong dan terpaksa menunda balik dan memilih untuk ke lorong lain untuk jalan. Jadi, apa gunanya?...

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Saya menyokong.

final • 10:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sokong bukan?

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Saya menyokong.

final • 10:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Siapa yang menyokong? Saya rasa ramai yang menggunakan sistem SmartTAG ini menghadapi masalah yang sama dan saya berasa hairan kenapa selama ini kementerian masih memilih Syarikat Touch‘nGo dan SmartTAG sebagai sistem ini dan keadaan ini memang tidak bertambah baik. Kadang- kadang kita lihat dalam satu lebuh raya tol di Kuala Lumpur, di mana kedua-dua lorong SmartTAG itu juga ditutup kerana memang sistem sudah rosak dan saya difahamkan daripada pengurus konsesi lebuh raya, mereka kata pasukan yang datang untuk menambahbaikkan atau memperbaiki sistem yang rosak itu memang mereka lambat datang ke sana, kita selalu melihat keadaan ini berlaku.

Jadi bagi saya, saya rasa pihak kementerian – masalahnya adalah kerana monopoli, kita membiarkan Syarikat Touch‘nGo Sdn. Bhd. itu memonopoli SmartTAG ini dan ini yang menyumbang kepada ketidakberkesanan dari segi SmartTAG. Jika kita pergi ke Singapura, pergi ke London, kereta lalu macam itu sahaja, tidak ada apa-apa halangan tetapi di Malaysia, kerana SmartTAG kita selalu menunda balik dan memilih lorong yang lain dan sebagainya...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya faham semua di sini bersetuju dengan saya kerana semuanya mangsa sama seperti saya. Jadi, saya hendak tanya kenapa kementerian tidak menyemak semula sistem ini dan juga mungkin memberi satu open tender lagi bagi syarikat ICT yang lain yang mungkin mempunyai teknologi ICT yang lebih baik untuk tender, bagi memberikan sistem mereka. Saya rasa sistem ini memang sudah terlalu lama dan terlalu koyak, lapuk dan tidak boleh dipakai lagi dan tibalah masanya untuk mengubahnya dan juga menukarnya. Tentang On Board Unit iaitu benda yang kita letakkan di dalam kereta itu, begitu mahal...

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Lebih RM100, kalau kementerian hendak menggalakkan orang ramai menggunakan SmartTAG, tidakkan ini dijual dengan harga yang begitu tinggi

final • 10:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

sehingga ramai orang tidak mampu, itu sebabnya ramai yang masih membayar tol dengan tunai.

Jadi, saya hanya hendak menyampaikan kesusahan, kepayahan para pengguna tol kerana kami yang menggunakan SmartTAG kerana Touch‘nGo ini, kami dihukum oleh sistem yang begitu lapuk. Minta LLM dan pihak kementerian mengkaji semula sistem ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh, memang telah pun memberi cadangan dan complain yang banyak itu...

[Ketawa] Sebenarnya kalau para pengguna – kerana sistem ini menggunakan infrared dan kita perlu juga memasang alat kita dengan baik.

final • 10:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sambil kita hendak sampai ke palang itu, kita perlu juga slow down sedikitlah. Laju sangat ia tidak tangkap.

[Ketawa] Itu betul. Memang di bawah 40 kilometer sahaja.

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Itu saya. Kita telah pun membuat kajian yang mana kita akan menggunakan sistem multi lane free flow dengan sistem teknik yang baru, mungkin menggunakan microwave dan menggunakan satelit. Ini kita sudah buat kajian dan cadangan ini akan kita teruskan supaya dapat kita melicinkan perjalanan para pengguna menggunakan electronic system ini. Akan tetapi saya telah pun mengatakan, kita juga perlu menjaga bateri kita. Kadang-kadang bateri flat.

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan baterilah.

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Ada juga. Ada. Ada orang bateri pun flat. Alat dia bateri, ada bateri.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Yong Khoon Seng

[Disampuk] Dia punya credit balance pun tidak cukup.

[Ketawa]

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Yong Khoon Seng

Kita berusaha. Kita tahu, saya pun guna tiap-tiap minggu berapa kali, saya tahu.

[Disampuk]

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang setujulah dengan saya?

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Memanglah satu sistem yang perlu di...

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Tukar.

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Bukan tukar. Diupdatelah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

final • 11:00 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, pengguna sangat sukar untuk membeli kad-kad ini. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah lagi tempat untuk membeli kad-kad ini untuk memudahkan pengguna? Selain daripada itu, saya hendak bertanya juga tentang soal sejauh mana soal keselamatan pekerja-pekerja yang mengutip tol ini? Baru-baru ini berlaku kejadian dalam kalangan mereka ini yang soal keselamatan ini dipertikaikan oleh rakyat. Apakah perancangan yang tersusun yang perlu ditekankan oleh kerajaan untuk memantau syarikat-syarikat ini memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap pekerja-pekerja tol kita?

final • 11:00 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita telah pun ada 7,000 buah pusat untuk kita membeli kad dan menambah nilai. Daripada itu juga ada 1,395 tempat di mana tambah nilai ini tidak di caj. Sebenarnya kita kalau tambah nilai memang dicaj 50 sen untuk Touch n’Go. Ada daripada itu, 1,390 pusat yang tidak dicaj. Kita berusaha untuk menambahkan tempat-tempat, pusat-pusat atau terminal-terminal untuk mereka menambah nilai di seluruh lebuh raya kita.

Pasal security atau keselamatan pekerja, kita akan beritahu kepada syarikat konsesi supaya mempertingkatkan keselamatan pihak pekerja di tempat kerja mereka.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, boleh beri satu soalan tambahan?

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Seputeh.

[Ketawa]

final • 11:00 AM

[Soalan No.5 – Y. B. Datuk Aaron Ago anak Dagang (Kanowit) tidak hadir]

6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah pemantauan yang dijalankan ke atas Melaka dan George Town supaya tapak warisan sedunia UNESCO dapat mengekalkan status pengiktirafan ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Jabatan Warisan Negara merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memantau serta memastikan status pengiktirafan Melaka dan Georgetown terus kekal sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Usaha-usaha pemantauan yang dijalankan ke atas Melaka dan Georgetown untuk mengekalkan pengiktirafan tersebut adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Tapak Warisan Dunia.

Pemantauan ke atas nilai-nilai keunggulan sejagat atau outstanding universal value (OUV), dengan izin, juga dilaksanakan dan dokumen *Conservation Management Plan

(CMP)* yang disediakan berikutan arahan daripada World Heritage Committee semasa mesyuarat di Seville, Spain pada tahun 2009. Kementerian ini melalui Jabatan Warisan Negara juga turut memantau penggunaan peruntukan RM30 juta yang disalurkan bagi Bandar Warisan Dunia Melaka dalam melaksanakan pembangunan di tapak tersebut. Bagi Tapak Warisan Dunia, Georgetown pula, bantuan kewangan diberikan melalui Think City Sdn. Bhd.

final • 11:00 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah kerajaan akan menimbangkan bahawa salah satu usaha untuk mengekalkan OUV bangunan-bangunan di dalam tapak warisan yang didapati usang dan perlu dipelihara dan dipulihkan? Apakah Kerajaan Pusat menimbang untuk menambahkan peruntukan kepada Think City supaya lebih banyak rumah yang sedemikian dapat dipulihkan dengan menggunakan dana atau geran yang disalurkan kepada pemilik-pemilik?

final • 11:00 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Sejak tahun 2008, Jabatan Warisan Negara di bawah kementerian saya telah membelanjakan RM3.8 juta untuk kerja-kerja konservasi dan juga pembangunan tapak di Penang oleh Think City Sdn. Bhd. Pemantauan pembangunan dan perbelanjaan dilakukan oleh Kementerian Kewangan melalui Khazanah Nasional Berhad. Jabatan Warisan Negara pula hanya bertanggungjawab sebagai penasihat teknikal sahaja.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Adakah kementerian bercadang ataupun merancang di masa akan datang untuk menambahkan lagi inisiatif kerajaan untuk melihat kawasan-kawasan yang boleh dijadikan taman negara? Disebabkan setakat ini kita tahu Taman Negara Mulu dan Taman Negara Kinabalu yang telah wujud di bawah program UNESCO ini dan saya berharap supaya kementerian dapat memikirkan kawasan-kawasan seperti Lembah Danum, Wildlife Tabin dan Maliau Basin yang ada di kawasan Pantai Timur negeri Sabah untuk dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai taman negara di masa akan datang. Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, soalan asal adalah spesifik. Saya akan beri secara bertulis. Sekian.

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat tentang the outstanding universal value (OUV) yang saya lihat penilaian ini berlaku secara reaktif, secara responsif. Saya ingin tahu, apakah satu mekanisme kementerian yang wujud, yang bekerja secara konsisten dan secara berterusan supaya kesan-kesan sejarah ini bukan sahaja apabila kita hendak buat sesuatu

final • 11:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

pembangunan baru, kemudian terjumpa di dalamnya, barulah lock stock barrel turun daripada Jabatan Warisan Negara, lihat apa yang ada dalam tanah itu?

Saya mahukan adakah pihak kementerian mempunyai satu pasukan yang secara proaktif untuk mencari, mengkaji seperti yang kita lihat di dalam rancangan-rancangan discovery dan sebagainya yang secara berterusan sama ada ditugaskan, diperanankan kepada institusi pengajian tinggi awam, swasta, sekolah-sekolah sejarah dan sebagainya untuk mencari nilai-nilai universal ini supaya negara kita sama ada Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain tempat termasuk Silam, termasuk tempat Tuan Yang di-Pertua sekali, ada sesuatu yang kita boleh banggakan dan akan menjadi kebanggaan dunia. Ada atau tidak mekanisme sedemikian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Okey Yang Berhormat. Memang kita dalam warisan negara bekerjasama dengan archeologist-archeologist daripada universiti-universiti tempatan untuk menjalankan kajian mereka. Ini adalah sentiasa menjalankan oleh untuk – dibuat oleh universiti Malaysia sama dengan kementerian-kementerian kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah serta lokasi hartanah residensi dan komersil yang diperolehi oleh warga asing sejak lima tahun lepas.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, perolehan harta dan tanah residensi oleh warga asing di Malaysia bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011 adalah sebanyak 8,126 perolehan.

Bagi tempoh 2006 hingga 2008, statistik menunjukkan trend meningkat iaitu daripada 1,553 perolehan kepada 2,265 perolehan. Sebaliknya trendnya menurun berikutan 2009 hingga 2011 di mana bilangan menurun daripada 1,776 perolehan kepada 746 perolehan sahaja. Sekiranya dibandingkan dengan jumlah bilangan unit rumah kos tinggi melebihi harga RM500,000 dan diluluskan pembinaan oleh kementerian yang berjumlah sebanyak 492,314 unit.

Sehubungan dengannya, peratusan pemilikan warga asing berbanding jumlah keseluruhan unit residensi yang dijual di Malaysia adalah sekitar 1.88% sahaja dan jumlah tersebut adalah masih terkawal.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang menjadi negeri tumpuan oleh pembeli asing. Ini berdasarkan kepada bilangan perolehan yang agak tinggi di negeri-negeri tersebut manakala negeri Terengganu, Kelantan dan Perlis tidak merekodkan sebarang perolehan hartanah residensi oleh warga asing. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan.

Sungguhpun dari segi jumlah peratusan, pembelian oleh warganegara asing dari segi peratusan adalah kecil iaitu lebih kurang di bawah 2%. Namun demikian minat warganegara asing terhadap hartanah adalah disalurkan lokasi-lokasi tertentu seperti KLCC, Jalan U- Than, Mont Kiara, Jalan Gurney, di Pulau Pinang, dan sebagainya. Oleh kerana mereka ada minat tentang tempat-tempat atau lokasi tertentu, didapati bahawa harga hartanah di tempat-tempat itu dinaikkan dengan ketara oleh kerana minat warganegara asing.

Sungguhpun kita mesti galakkan dari segi pembelian oleh sesiapa pun oleh kerana kita amalkan satu ekonomi bebas, namun demikian apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian supaya pembelian yang ketara itu, kenaikan harga yang ketara itu tidak akan jejaskan pembelian daripada warganegara Malaysia kerana mereka juga ada minat tentang tempat-tempat tertentu. Saya harap kementerian boleh ambil tindakan untuk menggalakkan pembelian daripada mereka supaya tempat-tempat seperti itu, Mont Kiara dan sebagainya boleh sebenar-benarnya mencerminkan kedudukan pelbagai, bukan disalurkan kepada orang asing sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, dalam jawapan saya tadi telah

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

menyatakan bahawa hanya rumah-rumah ataupun property yang berharga RM500,000 ke atas sahaja yang mana kerajaan Malaysia membenarkan warga asing untuk membeli.

Seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat, memang benar kawasan-kawasan tersebut adalah merupakan kawasan yang menjadi tumpuan disebabkan ia berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur. Namun demikian, priority ataupun keutamaan memanglah diberikan kepada rakyat kita, rakyat Malaysia untuk membeli. Saya percaya bahawa setiap pemaju juga di bawah kawalan kementerian memang kita sentiasa memantau tentang penjualan rumah-rumah seperti kepada warga asing kerana kita juga ingin melihat supaya warga Malaysia yang berkemampuan dan berkelayakan untuk membeli rumah itu adalah diberikan keutamaan. Ini di antara langkah.

Langkah yang kedua ialah kita akan – jika sekiranya warga asing ini dia membeli rumah ataupun harta di Malaysia, mereka ada mempunyai beberapa syarat. Pertama, mereka tidak boleh jual dalam tempoh lima tahun. Hanya selepas lima tahun mereka barulah dibenarkan untuk menjual. Kalaulah mereka buat spekulasi untuk mendapat keuntungan mudah, mereka tidak dibenarkan untuk menjual sebelum tempoh lima tahun yang mana mereka miliki harta-harta tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya dapat tahu, adakah kajian terkini dibuat di mana berkaitan dengan rumah-rumah di mana kebenaran diberi untuk pembeli- pembeli asing ini tidak menyebabkan spekulasi dan saya difahamkan bahawa wang amaun yang dikatakan RM500,000 itu sangat kurang. The ceiling is very low. Dia patut dinaikkan kerana nombor satu, harga RM500,000 di Klang Valley adalah satu perkara yang very low end punya perkara. Adakah kajian yang terkini dibuat mengenai perkara tersebut?

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua adalah keputusan bijak yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri untuk meletakkan jawatan semua di UMNO

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

dan saya nak tahu bilakah Yang Berhormat akan keluar dari UMNO supaya kita semua tahu korupsi [Tepuk] dan sebagainya yang menyebabkan Yang Berhormat letak jawatan. Kita sokong pada pendirian Yang Berhormat. Satu pendirian yang bijak, yang baik, yang patut diikut semua Ahli Parlimen yang lain. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Soalan yang pertama mengenai dengan kajian. Setakat ini oleh kerana dalam jawapan saya tadi masih terkawal, jadi tidak ada keperluan setakat ini untuk kita buat kajian. Soalan kedua itu, biar saya jawab secara politiklah. Tidak perlulah saya bawa di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang ketiga.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Lama tak cakap.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau soalan-soalan tambahan itu ringkas, jawapan daripada Menteri juga ringkas, tidak berlingkar-lingkar, banyak soalan-soalan tambahan yang boleh saya berikan. Jadi, itu bukan silap saya Yang Berhormat. Selama ini pun – dulu sampai soalan 12, 13 kita dapat.

Sekarang soalan 6, soalan 7 tetapi tak apalah. Itu budaya kamu tak apa. Kita ikut.

final • 11:10 AM

8. Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan keberkesanan pindaan ‘subcontractor labour’ kepada ‘contractor labour’ setakat ini dan kesan terhadap pekerja tempatan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kerja 1955 merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja yang mengandungi peruntukan-peruntukan yang melindungi hak-hak pekerja.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Pindaan Akta Kerja 1955 pada seksyen 2(1) yang menggantikan perkataan subcontractor for labour kepada contractor for labour adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja ladang seperti memastikan bahawa kebajikan semua pekerja yang ditempatkan oleh kontraktor sama ada kepada prinsipal di bawah kontraktor tenaga kerja dilindungi akta.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Contohnya ini membolehkan Jabatan Tenaga Kerja untuk membuat semakan ataupun siasatan dengan mudah di mana maklumat-maklumat pekerja dikemaskinikan dan membolehkan penyemakan dibuat, pemantauan dibuat dan juga lain-lain maklumat seperti pendaftaran, pemilikan premis perniagaan dan lain-lainnya disediakan. Seterusnya melalui pindaan ini juga, ia mengelakkan kontraktor tenaga kerja mencabul hak pekerja dari segi terma dan syarat-syarat penggajian dan juga memudahkan penguatkuasaan oleh agensi- agensi lain seperti Jabatan Imigresen, PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, sejak dikuatkuasakan pada 1 April 2012 iaitu dalam masa dua bulan baharu, Jabatan Tenaga Kerja tidak lagi menerima sebarang aduan daripada pekerja-pekerja berkaitan dengan impak penguatkuasaan ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu subcontractor labour, ditukarkan kepada contractor labour untuk membolehkan mengikut perakuan Menteri ialah menjaga skop ladang sahaja. Namun yang jelas pada hari ini dimaklumkan bahawa sekornya lain termasuk telekomunikasi pun mengamalkan contractor labour ini. Malah yang mendukacitakan Parlimen pun mengamalkan contractor labour. Jadi saya rasa keliru dan tidak tahu hendak kata apa sebab isu 2A itu ialah matlamatnya untuk perladangan yang guna kuasa Menteri sepenuhnya.

Akan tetapi bila diberi maklum dalam pengaduan saya tadi diberitahu oleh PA saya, dia kata hendak tahu apa ini Yang Berhormat, pekerja Parlimen pun ada kontrak year-to-year basis. Saya rasa sudah sampai enam tahun, lima tahun. Ini memalukan dan mencerminkan ketidaktelusan daripada akta itu hendak dipinda waktu itu. Soalan saya, soalan saya yang dianggap mega ini...

[Ketawa] Yang Berhormat Arau dengar ini. Soalan saya ialah kalaulah perakuan Menteri itu diambil kira dalam pembentangan pindaan yang dibuat, saya mohon pekerja kontrak-kontrak yang selain daripada perladangan tolonglah diberi hukuman seperti mana yang berada dalam akta itu sendiri. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Nampaknya dia berada dalam keadaan keliru tidak boleh berkata dan dalam masa yang sama dia membawa contoh tentang Parlimen. Yang Parlimen itu saya tidak dapat menjawab terpaksa saya...

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Itu bukan keliru Tuan Yang di-Pertua, dia jawab jawapan saya tidak menuju kepada sasaran. Sebelum dia dengar apa saya tanya soalan dia kena faham bahawa contractor labour kepada contractor labour.

Entah dia tidak faham Yang Berhormat Timbalan Menteri ini.

final • 11:20 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati Yang Berhormat Kuala Langat tetapi saya minta supaya dia sentiasa cuba bertenang kerana saya khuatir nada dia itu boleh mengakibatkan dapat tekanan darah tinggi dan sakit jiwa nanti.

Menjawab soalan tersebut Tuan Yang di-Pertua,...

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, soalan meganya ialah mengapa tidak dilaksanakan ke lain-lain sektor. Saya ingin merujuk kembali kepada pertama saya perlu memaklumkan Dewan ini setelah kita meluluskan perkara ini kita dapati Yang Berhormat Menteri terpaksa mengehadkan penguatkuasaan perkara ini kepada pendaftaran kontraktor-kontraktor yang diwajibkan adalah untuk sektor perladangan sahaja.

Ini berikutan dari perintah pengecualian oleh Menteri di bawah seksyen 2B, Akta Kerja 1955 yang diwartakan pada 27 Mac 2012 dan berkuat kuasa pada 1 April 2012. Lain-lain sektor Yang Berhormat dikecualikan kerana MTUC secara berterusan menentang pindaan ini.

Oleh itu kita menghormati semangat tripartisme iaitu mengambil kira pandangan dan juga pendapat yang diberi oleh semua pihak berkepentingan. Maka lain-lain sektor

final • 11:20 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

dikecualikan akibat daripada desakan dan tuntutan yang dibuat oleh MTUC. Namun dalam masa yang sama kita meneruskan penguatkuasaan ini kepada pekerja-pekerja peladang dalam sektor perladangan yang telah lama menuntut perkara ini dilaksanakan sejak tahun 1997. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun kewujudan contractor for labour ini telah banyak digunakan di negara-negara lain terutamanya di negara ASEAN seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan sebagainya, Jepun juga mengamalkan contractor for labour iaitu pengurusan staf ini telah di outsource kepada pihak yang ketiga. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat kewujudan contractor for labour ini lebih menguntungkan kepada syarikat-syarikat besar walaupun terlibat dalam plantation dan sebagainya seperti berlaku kadar upah yang tidak begitu baik, hak pekerja terjejas dan juga keuntungan syarikat tidak perlu bertanggungjawab mereka kepada keadaan yang berlaku.

Soalan tambahan saya bagaimanakah kaedah pelaksanaan ini yang dibuat ini boleh menjamin hak pekerja kontrak ini. Adakah wujud sebarang double standard, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebab dari segi perundangan dalam kita melindungi hak-hak pekerja di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa memang pada masa ini banyak kerja principles telah memberi kepada kontraktor ataupun subkontraktor dan dari segi hak-hak pekerja ini ingin dijamin oleh kerajaan melalui pindaan dan peruntukan yang telah disebut tadi di mana kita memastikan bahawa semua kontraktor, subkontraktor mendaftar bukan sahaja dari segi mendaftar syarikatnya sendiri dengan Jabatan Tenaga Kerja, tetapi juga mengemas kini maklumat-maklumat mengenai dengan pekerjanya dan juga lain-lain mengikut keperluan Jabatan Tenaga Kerja.

Dengan cara ini kita dapat memantau, memeriksa dan sekiranya ada sebarang aduan kita dapat membuat siasatan dengan lebih sistematik lagi. Masalah yang kita hadapi sekarang kontraktor dan sub kontraktor ini tidak pun dimestikan untuk mendaftar. Tidak ada undang-undang yang memestikan mereka untuk mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja.

Melalui pindaan ini mereka diwajibkan untuk mendaftar dan ini lebih telus dan membolehkan kita untuk menyusul sebarang aduan dan lain-lain tindakan penguatkuasaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah Klinik 1Malaysia di kawasan Sepupok Dun Bekenu, Parlimen Sibuti. Mengapakah proses untuk membangunkan Poliklinik di kawasan Batu Niah tidak mendapat perhatian serius oleh pihak Kementerian sedangkan pertambahan penduduk dijangka semakin meningkat dan keperluan kesihatan yang baik juga diperlukan oleh penduduk luar bandar.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti di atas soalan yang diajukan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi perhatian kepada kawasan Sibuti dengan mendirikan empat buah klinik kesihatan bagi memberi perkhidmatan kepada 43,197 penduduk. Klinik kesihatan yang dimaksudkan adalah Klinik Kesihatan Bekenu, Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg, Klinik Kesihatan Ladang Tiga dan Klinik Kesihatan Batu Niah. Sebuah Klinik 1Malaysia wujud juga telah didirikan pada 2011 di Miri yang boleh diakses oleh penduduk Sibuti.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Bagi tahun 2012 sebuah lagi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dijangka siap di Taman Tunku, Miri yang akan menambahkan lagi akses bagi penduduk Sibuti mendapat penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif.

Tuan Yang di-Pertua, projek Klinik 1Malaysia disasarkan untuk penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar. Di luar bandar, kementerian telah menyediakan klinik kesihatan dan klinik desa. Memandangkan Sibuti merupakan kawasan luar bandar, maka Klinik 1Malaysia tidak akan dibina di kawasan ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kawasan Batu Niah mempunyai sebuah klinik kesihatan yang diketuai oleh seorang pegawai perubatan. Di samping itu juga lawatan berjadual oleh pakar pediatrik dan pakar sakit puan dari Hospital Miri dan juga pakar kesihatan keluarga dari Klinik Kesihatan Miri turut dilaksanakan. Dengan lawatan tersebut pesakit tidak perlu pergi ke Miri untuk rawatan susulan dengan pakar. Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf perkhidmatan makmal di klinik kesihatan sedia ada bagi kemudahan pesakit. Bagi kes-kes kecemasan yang serius ia akan dirujuk dan dihantar terus ke Hospital Miri.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menampung pertambahan penduduk, Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan tanah untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Batu Niah ini dan kini sedang dalam tindakan Pejabat Tanah dan Ukur Miri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) oleh seorang Menteri. Silakan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14. Bolehkan kita mendapat jawapan untuk soalan hari ini pada hari ini juga. Ini kerana sejak sesi ini kita tidak mendapat jawapan. Umpamanya pada hari ini soalan saya nombor 14. Saya tidak akan mendapat jawapan tetapi saya akan mendapatnya esok dalam satu buku. Ini adalah berlainan dari dahulu. Dahulu kita selalu dapat pada hari yang sama.

Bolehkah kita mendapat jawapan pada hari yang sama? Terima kasih.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberi jawapan itu ambil perhatian kepada perkara itu kerana sering kali telah dibangkitkan. Saya juga suka ingatkan kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan, kalau umpamanya soalan-soalan itu pendek, jawapan pendek, maka dapatlah ia dijawab pada ketika waktu juga ditanya. Jika pada semua yang berkenaan ambil perhatian. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:31 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) diikuti dengan

(D.R.19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 dan (D.R.25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 seperti yang tertera di nombor 1, 2 dan 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 20 Jun 2012.”

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari esok, iaitu Rabu, tanggal 20 Jun 2012, selepas Sesi Pertanyaan- pertanyaan Jawapan Lisan, perbahasan akan dimulakan dengan D.R.27/2012, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 dan akan diikuti dengan rang undang- undang yang lain seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini.

Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua, ini Peraturan Mesyuarat 20 iaitu mengenai memberi risalah-risalah kepada Ahli Parlimen dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok konvensi-konvensi Parlimen yang lain seperti di United Kingdom dan di Australia di mana apabila risalah-risalah diberikan kepada Ahli...

final • 11:35 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, tolong diam, saya tidak dengar. Sila.

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Bila risalah-risalah diberi kepada Ahli Parlimen, ia juga dipanjangkan kepada media. Semalam Tuan Yang di-Pertua..

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipanjangkan kepada?

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kepada media. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah sebelum ini pada dua sesi sebelum ini Tuan Yang di- Pertua. Ini sangat menyusahkan kami semua kerana apabila kita masuk setiap ahli media datang untuk meminjam buku-buku dan we must be fair. We also perlukan mereka. Mereka juga perlukan kita dan menjadi satu masalah di mana we are caught under constraint Tuan Yang di-Pertua. Saya harap satu win-win situation dapat diwujudkan di mana perkara- perkara yang kita perlu media and outside world untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam Dewan yang mulia ini dan..

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Juga situasi untuk ahli-ahli...

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Lagi satu. Untuk ahli-ahli media tempat mereka duduk dan berfungsi sekarang sangat cramp dan perlukan satu tempat yang baru, dibesarkan atau yang baik supaya mereka dapat bekerja dengan baik. Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri membangkitkan Peraturan Mesyuarat, itu bererti ada cacat cela mesyuarat. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu bukan cacat cela Peraturan Mesyuarat. Itu cuma minta penjelasan daripada saya. Jadi jangan gunakan peraturan mesyuarat untuk mengganggu perjalanan mesyuarat, strictly speaking.

Okey, mengenai dengan risalah-risalah yang diedarkan itu, itu cuma kita bertanggungjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Kalau Ahli Yang Berhormat merujuk kepada risalah yang dibentangkan kelmarin iaitu laporan Jawatankuasa yang kita bahas hari ini bukankah telah disebut bahawa itu kena embargo. Jadi saya rasa tanggungjawab dan tugas media untuk cari bahan, untuk mereka beri liputan.

Tanggungjawab kita ialah cuma edarkan risalah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai kesenangan. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Lain kali kalau raise peraturan mesyuarat, mesti ada kena mengena dengan mesyuarat.

final • 11:35 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini ada kena mengena?

final • 11:35 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya Tuan Yang di-Pertua. Parlimen mesti accessible. Maklumat mesti dijadikan accessible untuk media Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, fahamlah. Apa yang saya..

final • 11:35 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kena ada satu kerjasama Parlimen dengan pihak media. Maklumat adalah patut accessible untuk mereka. Kalau Tuan Yang di-Pertua kata tanggungjawab mereka untuk cari, saya rasa itu tidak wajar.

final • 11:35 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Embargo, embargolah. Mana boleh disoal. Tidak fahamkah? Haiyaa!

final • 11:35 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa itu tidak wajar Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:35 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa punya lawyer! ‘Lau yau’!

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan. Sudahlah Yang Berhormat Batu Gajah. Sudahlah Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Negara lain, maaf ya Tuan Yang di-Pertua, mereka ada media office centre di mana mereka boleh memperoleh sepenuh maklumat dari pihak Parlimen.

final • 11:35 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, dia ini hendak publisiti sahaja. Dia hendak publisiti. Dia hendak favor media supaya mereka masuk dalam media.

final • 11:35 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Outside world must know Tuan Yang di- Pertua. Itu yang kita.. The background..

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong duduk Ahli-ahli Yang Berhormat! Jangan bertengkar pasal soal bukan peraturan mesyuarat.

final • 11:35 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau risalah itu dibentangkan di sini, tidak akan kita simpan di luar. Pembentangan risalah menurut prosedur di meja Ahli-ahli Parlimen. Bukan dibekalkan di luar. Kalau itu pun tidak faham, darah ini tinggilah setiap hari. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, tolonglah Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kecuali kita ubah Peraturan Mesyuarat sebelum risalah itu dibentangkan di sini, tabur sahaja di mana-mana.

final • 11:35 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Sila Setiausaha.

final • 11:35 AM
PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI PROJEK LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP)

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang

final • 11:41 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

  • “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Mac 2012, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR.3 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah diusul dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Mac 2012 di bawah Peraturan 81(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Terma rujukan jawatankuasa ini adalah untuk meneliti isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar berhubung dengan projek LAMP dan meneliti proses dan pelaksanaan prosedur pelesenan dan kelulusan berdasarkan peruntukan undang-undang serta standard keselamatan yang berkuat kuasa.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP dianggotai oleh enam orang ahli yang terdiri daripada saya selaku Pengerusi; Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Kota Belud, Dato’ Abd. Rahman Dahlan; Yang Berhormat Tuan Teng Boon Soon, Ahli bagi kawasan Tebrau; Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Shukri, ahli bagi kawasan Batang Sadong; Yang Berhormat Tuan Liang Teck Meng, ahli bagi Simpang Renggam; dan Yang Berhormat Dato’ Zulkifli bin Noordin, ahli bagi kawasan Kulim Bandar Baharu.

Setiausaha Dewan Rakyat bertindak sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP di bawah Peraturan Mesyuarat 83(8) dan tempoh masa pelantikan jawatankuasa ini adalah selama tiga bulan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan maklum balas yang bebas, berwibawa serta bersandarkan dapatan saintifik, Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah mengambil pendekatan berikut:-

(i) Menyediakan ruang seluas mungkin untuk mendengar, merujuk dan mendapat penjelasan daripada semua pemegang taruh projek LAMP. Ini melibatkan penglibatan semua kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak pengurusan projek LAMP, masyarakat sivil, pergerakan politik, kumpulan pakar ilmuwan serta orang ramai; dan

(ii) merujuk semua persoalan saintifik dan teknikal yang telah dibangkitkan semasa sesi pendengaran awam kepada kumpulan pakar yang berkaitan untuk mendapat penjelasan terperinci.

Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat termasuk beberapa sesi pendengaran awam. Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas telah diadakan pada 18 April dan disusuli pada 4, 5, 7 dan 11 Jun 2012 untuk merumuskan dapatan Jawatankuasa.

Sesi pembentangan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan projek LAMP pula telah diadakan pada 3 Mei 2012.

Pada 9 Mei 2012, bersempena dengan International Symposium on Rare Earth, Ahli-ahli Jawatankuasa telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pakar antarabangsa dalam bidang nadir bumi. Antaranya ialah Jack Lifton, Founding Principal of Technology Metals Research (LLC); Alastair Neill, Executive Vice President of Dacha

final • 11:41 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Strategic Metals; Profesor Dr. Chun-Hua Yan, Peking University; dan Christoph Wilheim, saintis Karlsruhe Institute of Technology.

Lawatan tapak ke LAMP di Gebeng, Pahang pula telah diadakan pada 10 Mei 2012. Bagi memastikan dapatan Jawatankuasa ini bersifat inklusif, tiga siri sesi pendengaran awam telah diadakan. Sesi pertama diadakan di Kuantan pada 10 dan 11 Mei 2012 dan yang terakhir di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2012. Kesemua sesi pendengaran awam tersebut telah mendengar representasi dari seramai 60 orang individu yang mewakili pelbagai pertubuhan, persatuan berdaftar, wakil masyarakat sivil dan pertubuhan profesional, pakar-pakar perubatan sains nuklear dan keselamatan sinaran, wakil pertubuhan politik serta orang ramai yang prihatin.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya Jawatankuasa telah mendengar pelbagai reaksi, pandangan, kritikan serta saranan yang semuanya mewajarkan penelitian yang mendalam serta penjelasan berdasarkan sains. Jawatankuasa mengambil maklum kebimbangan beberapa pihak tentang perkara-perkara berikut:-

(i) Krisis keyakinan tentang keupayaan kerajaan untuk melaksanakan rigorous enforcement measures jika projek Lynas dilaksanakan;

(ii) kebimbangan masyarakat awam yang mendalam terhadap pelbagai aspek keselamatan dedahan sinaran (radiation exposure) dan dampak projek ini terhadap kesihatan awam;

(iii) potensi pencemaran alam sekitar dalam jangka masa panjang dan keupayaan kerajaan dalam menangani krisis kecemasan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku;

(iv) kegagalan pengurusan projek LAMP memberikan kepastian pelbagai aspek pengurusan residu terutama jaminan tentang tempat pembuangan kekal residu;

(v) ketelusan keseluruhan proses kelulusan dan pelesenan projek LAMP serta kewibawaan pelbagai agensi penguat kuasa serta penjawat awam dalam menangani keraguan dan kebimbangan masyarakat awam; dan

(vi) terbatasnya public engagement berkaitan projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa berpandangan bahawa terdapat kebimbangan yang serius di kalangan orang ramai terhadap dedahan sinaran atau radiation exposure. Kebimbangan ini timbul kerana wujud persepsi yang operasi projek LAMP adalah sama seperti operasi sebuah loji nuklear ataupun seumpamanya. Perbandingan mereka juga selalu menjurus kepada masalah di kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.

Kebimbangan ini telah dirujuk oleh Jawatankuasa kepada kumpulan pakar bagi mendapatkan penjelasan saintifik. Jawatankuasa telah dimaklumkan tentang perkara- perkara berikut.

Pertama, Projek LAMP adalah sebuah projek pemprosesan bahan berasaskan kimia dan bukan sebuah loji berasaskan nuklear atau sesuatu seumpamanya.

Kedua, melalui anggaran saintifik, kadar purata dos sinaran bagi pekerja dan pengendali di tapak projek LAMP adalah sekitar 2 milisievert setahun berbanding had dos tahunan yang dibenarkan adalah 20 milisievert setahun. Untuk orang awam, anggaran dos sinaran adalah dalam anggaran 0.002 milisievert setahun berbanding had dos tahunan dibenarkan adalah 1 milisievert setahun. Ini menunjukkan bahawa kadar dos sinaran di projek LAMP berdasarkan piawaian yang diterima pakai adalah rendah dan selamat.

Ketiga, proses kilang projek LAMP adalah tertumpu dan melibatkan tindak balas kimia dan fizikal iaitu cracking, leaching, extraction and finishing dalam menghasilkan lanthanum dan tiada sama sekali unsur tindak balas nuklear.

Keempat, Jawatankuasa juga dimaklumkan bahawa bahan mentah iaitu pekatan lanthanide yang akan digunakan oleh kilang Lynas adalah tidak ditakrifkan sebagai bahan radioaktif tetapi sebagai bahan yang mengandungi unsur radioaktif semula jadi ataupun naturally occuring radioactive material, dalam singkatannya NORM. Sehubungan itu, residu

final • 11:41 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

yang akan dikeluarkan daripada projek LAMP juga ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi ditakrifkan sebagai residu yang mengandungi NORM.

final • 11:41 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Amalan di kebanyakan negara lain kecuali Malaysia ialah bahan yang mengandungi unsur radioaktif semula jadi ataupun NORM yang mengandungi uranium dan torium ialah ia tidak dikawal dan dilabelkan sebagai bahan radioaktif. Akan tetapi di Malaysia, NORM adalah dalam kawal selia agensi AELB berdasarkan Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989. Bahan ini perlu dikawal dan dilabelkan kerana mengandungi keradioaktifan kandungan uranium atau torium semulajadi yang melebihi 1 Becquerel per gram berbanding dengan ketetapan 10 Becquerel per gram di Australia dan juga standard antarabangsa yang ditetapkan oleh IAEA.

Malaysia telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat daripada standard antarabangsa. Oleh itu secara tidak disedari telah meningkatkan kebimbangan masyarakat awam walaupun standard antarabangsa membenarkan had yang lebih tinggi.

Jawatankuasa dimaklumkan bahawa bahan mentah yang akan diproses di kilang Lynas adalah pakatan lanthanide yang dianggarkan mengandungi kandungan torium sebanyak 0.16% atau bersamaan dengan 1,600 parts per million atau pun conversion unit Becquerel per gram bersamaan 5.71 Becquerel per gram torium.

Peratusan ini amat rendah berbanding bahan mentah seperti amang atau monazite yang digunakan oleh kilang Asian Rare Earth yang terhasil dari aktiviti perlombongan bijih timah. Kandungan torium bagi amang dianggarkan sebanyak 7% iaitu 45 kali ganda lebih tinggi. Bagi residue yang dihasilkan oleh LAMP pula, kandungan torium yang dianggarkan ialah 0.165% atau bersamaan dengan 1,650 parts per million (ppm) conversion unit bersamaan 5.9 Becquerel per gram torium. Jika dibandingkan dengan Asian Rare Earth Sdn. Bhd., residue yang terhasil dianggarkan mempunyai kandungan torium sekitar 8% iaitu 50 kali ganda lebih tinggi.

Perbandingan yang dibuat dengan Australia mengenai jarak penempatan penduduk dalam 30 kilometer radius di sekeliling kilang bagi mengurangkan risiko kesan radiasi adalah tidak tepat kerana berdasarkan kenyataan Agensi Penguat kuasa Australia kepada pihak MOSTI, tiada sebarang peruntukan perundangan atau pentadbiran oleh Kerajaan Australia untuk menempatkan kilang seperti LAMP di luar jarak 30 kilometer dari kawasan penempatan penduduk.

Penjelasan-penjelasan ini jelas memberikan jawapan saintifik bahawa dedahan sinaran dari bahan mentah dan sisa buangan projek LAMP adalah pada tahap yang dibenarkan dan terangkum dalam standard yang dibenarkan di bawah kawal selia agensi serta badan pengawal yang berkaitan.

Sungguhpun demikian, sebagai langkah untuk meningkatkan keyakinan awam, Jawatankuasa mengusulkan perkara-perkara berikut:

(i) agar pemantauan berterusan aras sinaran atau radiation level dijalankan oleh AELB dan Lynas secara berkala seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 304 dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran

(Pelesenan) 1986, Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran

(Pengangkutan) 1989, Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom, (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010, Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom, (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011 dan Peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengannya;

(ii) agar Radiological Impact Assessment dikemaskinikan di setiap peringkat perlesenan dan dari semasa ke semasa berdasarkan saranan laporan International Atomic Energy Agency (IAEA);

(iii) bahawa keperluan perundangan mengenai pengangkutan bahan radioaktif diselaraskan dengan standard terkini antarabangsa pada satu masa yang difikirkan wajar bagi memastikan orang awam membuat pentafsiran yang tepat mengenai bahan radioaktif; dan

final • 11:50 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(iv) supaya fakta-fakta mengenai perbezaan tahap dos sinaran di projek LAMP yang lebih rendah dan terkawal berbanding dengan projek Asian Rare Earth dimaklumkan kepada pihak awam secara meluas.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa mengambil maklum pandangan pelbagai pihak bahawa tahap dedahan sinaran dari projek LAMP berpotensi untuk memudaratkan kesihatan awam dan secara langsung berupaya meningkatkan bilangan kes berkaitan kanser atau seumpamanya. Perbandingan kebanyakannya dibuat dengan projek Asian Rare Earth di Bukit Merah dan insiden kes-kes kanser di kawasan sekitarnya telah dijadikan sandaran.

Jawatankuasa telah mengambil pendekatan untuk mengemukakan kebimbangan ini kepada kumpulan pakar untuk mendapatkan penjelasan bersandarkan sains.

Pandangan pakar-pakar kesihatan yang dirujuk adalah seperti berikut:

(i) atas sifat dan operasi projek LAMP yang lebih tertumpu dan melibatkan tindak balas kimia dan fizikal dalam menghasilkan lanthanum dan tiada sama sekali unsur tindak balas nuklear, maka projek LAMP mempunyai risiko kesihatan yang jauh lebih rendah berbanding operasi loji nuklear, loji pemprosesan torium dan aktiviti perlombongan;

(ii) Jawatankuasa dimaklumkan bahawa perbandingan dengan insiden-insiden kanser di sekitar Kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah perlulah diasaskan kepada dapatan yang lebih saintifik dan data-data yang berwibawa. Ini ialah kerana tidak ada kajian yang mendalam dan berwibawa berkaitan dengan isu tersebut pernah dijalankan. Ianya juga tidak dapat dikaitkan dengan Kilang Asian Rare Earth kerana dos sinaran yang diterima pekerja adalah rendah malahan pekerja tidak mempunyai masalah kanser atau leukemia. Adalah wajar untuk diambil kira bahawa kebanyakan insiden berkaitan kanser di kawasan Bukit Merah adalah melibatkan masyarakat awam dan bukannya di dalam kalangan pekerja. Dakwaan bahawa berlaku peningkatan sehingga 100 kali ganda sekiranya benar, kesannya sudah pasti dapat dilihat pada masa kini iaitu 20 hingga 30 tahun selepas operasi Asian Rare Earth. Bagaimanapun, tiada bukti kadar peningkatan insiden berkaitan kanser di kawasan Bukit Merah dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa;

(iii) Jawatankuasa turut dimaklumkan bahawa risiko kemudaratan terhadap kesihatan awam adalah sangat rendah kerana anggaran dos sinaran terhadap pekerja dan orang awam daripada projek LAMP adalah masing- masing dalam lingkungan kadar purata 2 millisievert dan 0.002 millisievert setahun. Kadar ini adalah rendah dan berada dalam julat dos sinaran alam persekitaran ataupun background radiation di Semenanjung Malaysia iaitu pada kadar 1 hingga 10 millisievert setahun;

(iv) Jawatankuasa dimaklumkan bahawa insiden berkaitan kanser pada jangka masa panjang hanya mungkin boleh berlaku jika pekerja dan masyarakat awam terdedah kepada jumlah torium yang besar dan di luar kawalan.

Pada kadar anggaran pendedahan di projek LAMP, pendedahan tersebut adalah tidak signifikan.

Berdasarkan pandangan-pandangan saintifik di atas, Jawatankuasa berpendapat bahawa potensi kemudaratan projek LAMP kepada kesihatan awam amatlah remote.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan kepentingan masyarakat awam diberikan keutamaan, Jawatankuasa mengesyorkan pendekatan-pendekatan berikut.

final • 11:50 AM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(i) untuk memastikan pengukuran kes-kes kesihatan dan kemudaratan kesihatan awam dapat dipantau dengan saintifik pada masa hadapan. Jawatankuasa mengesyorkan kajian base line kesihatan dimulakan segera. Ia harus meliputi dapatan insiden seperti bilangan kes berkaitan kanser, congenital malformation, asthma dan Upper Respiratory Tract Infection (URTI) dan ia mestilah diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hasil kajian mestilah diterbitkan sebagai dokumen awam;

(ii) jawatankuasa juga mengesyorkan Health Impact Assessment dijalankan serentak dengan Radiological Impact Assessment; dan

(iii) bagi memastikan dakwaan dan kesangsian orang awam mengenai Projek Asian Rare Earth di Bukit Merah dapat dirungkai dengan bukti saintifik. Jawatankuasa mengesyorkan kajian lanjut mengenai insiden berkaitan kanser di sekitar Bukit Merah dijalankan dan diterajui oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama AELB.

Jawatankuasa berpandangan bahawa isu berkaitan residu juga antara perkara utama yang menjadi fokus kekhuatiran awam. Ini adalah kerana persepsi masyarakat awam bahawa residue Projek LAMP adalah bersifat radioaktif dan pelan bagi pengurusan residu secara total dan kekal telah tidak dikemukakan bagi keyakinan masyarakat awam.

Pengurusan residue meliputi isu berkaitan risiko dan bahaya radiasi, penstoran, RSF, penggunaan semula residu, (reuse and recycle) facility pelupusan kekal, Permanent Disposal Facility (PDF) dan penghantaran balik residue ke negara asal. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pihak LAMP telah mengemukakan jaminan, cadangan- cadangan dan langkah-langkah yang memenuhi kehendak-kehendak perundangan, standard keselamatan dan prosedur pengurusan residu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara langkah-langkah tersebut ialah;-

(i) semua residu yang dihasilkan akan di stor sementara di dalam kemudahan penstoran sementara yang terletak di dalam kawasan tapak kilang sebelum pelupusan akhir dilaksanakan; dan

(ii) projek LAMP akan melakukan program pembangunan dan penyelidikan R&D terhadap residu yang terhasil bagi tujuan guna semula dan pengkomersialan.

Langkah-langkah ini adalah selaras dengan saranan IAEA mengenai amalan terbaik dalam menangani isu residu yang menyatakan bahawa salah satu pilihan untuk pengurusan sisa radio aktif adalah secara kitar semula. Potensi penggunaan atau perkitaran semula residue boleh dimanfaatkan untuk kegunaan landfill dan bahan asas untuk jalan, material for road base dengan izin. Ini semua merupakan amalan yang praktis yang sesuai diamalkan berdasarkan saranan laporan Health Protection Agency, Center for Radiation, Chemicals and Environmental Hazards United Kingdom tahun 2012. Pakar-pakar juga mengesahkan bahawa pernyataan tentang kaedah kitar semula residue sudah ketinggalan zaman adalah tidak tepat dan ianya dinyatakan oleh mereka yang bukan pakar dalam bidang pengurusan residue. Walau bagaimanapun jawatankuasa merasakan bahawa langkah-langkah yang dikemukakan oleh pihak projek LAMP perlu diperkukuhkan dengan syor-syor berikut:-

(i) supaya projek LAMP mengemukakan hasil penyelidikan pengitaran semula, pengurangan sisa, penggunaan dan pengkomersialan residu yang dihasilkan kepada agensi pengawal dalam tempoh 10 bulan selepas tol dikeluarkan;

(ii) semua penggunaan semula residu hendaklah dipantau dengan ketat oleh AELB dan bahan-bahan yang dihasilkan mestilah di bawah paras 1 Becquerel per gram meskipun terdapat negara-

final • 12:00 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

negara seperti United Kingdom yang membenarkan paras 5 Becquerel per gram;

(iii) supaya pihak projek LAMP mengemukakan pelan dan lokasi facility pengurusan kekal untuk kelulusan AELB dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran tol;

(iv) supaya pihak projek LAMP mengemukakan kajian impak alam sekitar komprehensif jika pembinaan PDF diteruskan bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Ini termasuk melakukan Radiological Impact Assessment sebelum apa-apa permohonan lesen berkaitan PDF dikemukakan kepada AELB;

(v) sekiranya dalam tempoh yang ditetapkan dapatan penyelidikan R&D pengitaran semula tidak meyakinkan dan lokasi PDF tidak dapat dikenal pasti atau diluluskan maka pihak Projek LAMP hendaklah membawa residue yang dihasilkan keluar dari Malaysia;

(vi) AELB mengenakan syarat tambahan yang wajar kepada projek LAMP untuk mengambil langkah tambahan bagi menjamin perlindungan keseluruhan RSF supaya debu tidak berterbangan ke udara secara bebas atau berlakunya kebocoran ke dalam tanah. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa semua residu akan sentiasa disimpan dalam keadaan 25% sehingga 40% kelembapan;

(vii) pihak projek LAMP menghebahkan kepada pihak awam mengenai langkah-langkah kawalan berkesan yang dilaksanakan bagi memastikan residu storage facility beroperasi dan berfungsi dengan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa juga telah mendengar dengan prihatin isu-isu berkaitan pencemaran Sungai Balok, pencemaran logam berat, pencemaran air tanah dan pencemaran udara di kawasan perindustrian Gebeng dalam beberapa sesi pendengaran awam. Isu kegagalan projek LAMP menyediakan Laporan Impak Alam Sekitar Komprehensif atau DEIA juga dibangkitkan. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Kajian Impak Alam Sekitar Preliminary telah dijalankan dan diluluskan pada 15 Februari 2008 untuk projek LAMP. Jawatankuasa juga dimaklumkan bahawa kajian Detail EIA bukan mandatori dalam prosedur EIA pada waktu itu. Kajian EIA 2008 mendapati bahawa tiada kesan significant kepada kualiti udara, kualiti air dan air tanah di sekitar tapak projek LAMP termasuklah kepada penduduk terdekat.

Jawatankuasa berpendapat bahawa langkah-langkah kawalan lebih ketat dan berkesan perlu diambil bagi meminimumkan potensi pencemaran dan kesan-kesan yang negatif kepada alam sekitar. Sehubungan itu Jawatankuasa mengesyorkan agar:-

(i) pemantauan yang rigorous dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, Peraturan- peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;

(ii) data-data garis dasar alam sekitar dan pemantauan alam sekitar yang dicerap oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak LAMP dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar setiap tiga bulan sekali; dan

(iii) dijalankan audit alam sekitar oleh pihak ketiga yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar setiap enam bulan bagi menyemak status pematuhan projek LAMP terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

final • 12:00 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Jawatankuasa berpandangan bahawa terdapat kebimbangan awam terhadap ketelusan proses pengeluaran lesen kepada pihak projek LAMP. Jawatankuasa berpandangan bahawa semua aspek permohonan oleh projek LAMP harus berdasarkan full and extensive disclosure bagi memastikan aspek pelesenan dilaksanakan secara telus dan berwibawa.

final • 12:00 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Jawatankuasa mengambil maklum bahawa semua proses pengeluaran lesen yang telah dikeluarkan kepada projek LAMP adalah teratur dan memenuhi syarat-syarat perundangan dan kerangka peraturan yang berkuat kuasa. Jawatankuasa juga dimaklumkan bahawa projek LAMP telah dikehendaki memenuhi syarat dan keperluan tambahan prosedur pengeluaran lesen yang dikeluarkan oleh semua agensi berkaitan.

Berikut adalah proses kelulusan lesen yang telah diberikan kepada projek LAMP:

(i) pada 24 Oktober 2008, projek LAMP telah diberi Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 yang berkuat kuasa mulai 22 Januari 2008 untuk beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang bagi keluaran product rare earth oxides and carbonate yang dikategorikan di bawah keluaran kimia. Lesen ini dikeluarkan setelah mendapat kelulusan Laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar dan kelulusan tapak daripada Kerajaan Negeri Pahang; (ii) projek LAMP telah memperoleh kelulusan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang melalui surat kelulusan Laporan EIA bertarikh 15 Februari 2008. Pada tahun 2008, tiada keperluan untuk projek LAMP melalui prosedur kajian Detail Environmental Impact Assessment (DEIA);

(iii) projek LAMP juga telah memperolehi kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan) daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada 10 Disember 2008 bagi fasa pembinaan dan pada 23 Disember 2011 bagi fasa operasi;

(iv) permohonan kebenaran merancang dipohon oleh Lynas pada 22 Januari 2008 dan telah diluluskan pada 5 Jun 2008.

Permohonan kebenaran merancang adalah mengikut peruntukan seksyen 21, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi tujuan memastikan sebarang pembangunan yang dicadangkan adalah selaras dengan rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kuantan;

(v) tapak kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. telah didaftarkan sebagai tapak bina dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) melalui borang JKJ103 oleh kontraktor utama iaitu United Group Resources dan telah mendapat kelulusan pada 9 Jun 2010 bagi fasa pertama di bawah seksyen 35, Akta Kilang dan Jentera 1967; dan

(vi) lesen-lesen yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) adalah di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, perenggan 12(1)b. Lesen kelas A, penempatan tapak dan pembinaan projek LAMP telah diluluskan pada 17 Ogos 2007. Lesen kelas A pengendalian sementara (TOL) telah diluluskan pada 30 Januari 2012. Pada 13 Mei 2011, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelantikan panel pakar bebas antarabangsa dari IAEA bagi mengkaji semula aspek kesihatan dan keselamatan projek Lynas berikutan kebimbangan mengenai projek ini yang disuarakan oleh orang awam.

final • 12:10 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Laporan panel pakar bebas IAEA telah disiarkan kepada umum pada 30 Jun 2011.

Cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada Kerajaan Malaysia termasuk Lynas dan ia telah dilaksanakan. Jawatankuasa merumuskan bahawa projek LAMP telah mematuhi semua keperluan yang diperuntukkan di bawah rangka peraturan dan undang- undang negara yang berkuat kuasa. Sungguhpun demikian, Jawatankuasa mengesyorkan lesen premis hanya dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan kepada Lynas setelah memenuhi semua kelulusan dan pengeluaran lesen dari AELB.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa juga merumuskan bahawa terdapat tanggapan negatif terhadap kewibawaan dan keberkesanan agensi-agensi yang dipertanggungjawab untuk mengawal selia projek LAMP. Jawatankuasa berpandangan bahawa tanggapan ini perlu ditangani kerana ia hanya diasaskan kepada persepsi semata- mata. Jawatankuasa mengambil maklum pengiktirafan IAEA terhadap pengalaman, kepakaran dan kebolehan AELB sebagai agensi penguat kuasa dalam projek LAMP. Ia boleh dikukuhkan lagi melalui penglibatan agensi penguat kuasa lain dari peringkat seawal mungkin sehingga ke peringkat pengoperasian.

Bagi meningkatkan keupayaan agensi-agensi penguat kuasa, Jawatankuasa mengesyorkan:

(i) berdasarkan kepada beban, mandat dan bidang tugas tambahan AELB yang bertambah luas, maka struktur perjawatan dan peruntukan kewangan untuk AELB perlu diberikan perhatian secara khas;

(ii) supaya agensi penguat kuasa lain yang mengawal selia projek LAMP, khususnya Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Kuantan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(DOSH), turut diperkasakan sama dengan saranan di atas;

(iii) supaya penubuhan pejabat cawangan Jabatan Alam Sekitar dan AELB diwujudkan dan bertempat di kawasan perindustrian Gebeng dengan segera. Ini bagi memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pemantauan yang lebih responsif; dan

(iv) satu jawatankuasa penyelaras penguatkuasaan ditubuhkan bagi projek LAMP yang dipengerusikan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kuantan dan dianggotai oleh AELB, JAS, DOSH dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa bertanggungjawab untuk menjelaskan beberapa persepsi yang tidak tepat berkenaan manfaat sosio ekonomi projek LAMP terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Jawatankuasa dimaklumkan bahawa projek LAMP telah diberi insentif pengecualian cukai selama dua belas tahun oleh kerajaan.

Jawatankuasa juga merumuskan bahawa faedah ekonomi, pelaburan dalam projek LAMP ini adalah seperti berikut:

(i) peningkatan pendapatan pertukaran mata wang asing melalui pelaburan sebanyak RM2.5 bilion;

(ii) pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekerja tempatan;

(iii) peruntukan sebanyak 1% daripada jumlah jualan kadar setahun untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan. 50% daripada jumlah ini adalah bagi membiayai aktiviti penyelidikan saintifik pengurusan residu. Bagi tahun pertama operasi, jumlah perbelanjaan R&D dianggarkan sebanyak RM35 juta;

(iv) penjanaan aktiviti ekonomi perkhidmatan yang dianggarkan sebanyak RM65.8 juta setahun;

(v) kewujudan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi termaju yang melibatkan 400 pekerja tetap dan 200 pekerja kontrak.

Hampir kesemua pekerja di projek LAMP adalah tenaga mahir tempatan kecuali lima tenaga pakar asing;

final • 12:10 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(vi) potensi untuk menarik pelabur baru terutama dalam sektor hiliran berteknologi tinggi yang akan menggunakan hasilan projek LAMP sebagai bahan mentah dan input. Industri yang menjadi sasaran ialah yang berkaitan dengan pembangunan produk telekomunikasi, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata;

(vii) spin off kepada industri sokongan huluan tempatan;

(viii) kilang baru sulphuric acid di Gebeng dengan pelaburan sebanyak RM200 juta;

(ix) pembesaran aktiviti kilang pemprosesan hidroklorik asid di Kemaman yang melibatkan pelaburan RM100 juta; dan

(x) fasiliti tambahan pembekal hydrated lime sebanyak RM5 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa menyedari bahawa persoalan yang paling banyak berlegar di pemikiran rakyat ialah mengapa Malaysia dipilih untuk menjadi tapak projek LAMP. Dapatan Jawatankuasa mendapati bahawa Lynas Corporation mempunyai beberapa pilihan bagi operasi mereka termasuk di Australia. Destinasi lain ialah China dan UAE, namun Malaysia telah dipilih berdasarkan faktor berikut:

(i) pada Januari 2004, syarikat Lynas telah mendapat lanjutan tempoh lesen daripada Kerajaan Australia Barat untuk beroperasi di Meenar Industrial Park, Perth. Walau bagaimanapun, syarikat mendapati adalah tidak ekonomik untuk beroperasi di Australia kerana kos infrastruktur dan utiliti seperti air dan elektrik yang tinggi.

final • 12:10 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Kos utiliti air di Australia dianggarkan dalam lingkungan RM6 per meter padu berbanding kos di Malaysia iaitu sebanyak 84 sen per meter padu. Kos tenaga elektrik pula adalah 23 sen per kilo watt jam di Malaysia berbanding 96 sen per kilo watt jam di Australia. Bagi kos bahan kimia yang digunakan iaitu caustic soda, Projek LAMP membayar RM500 per tan di Malaysia berbanding RM1,500 per tan di Australia. Sehubungan itu, pengoperasian projek LAMP di Malaysia adalah lebih ekonomik berbanding di Australia.

(ii) Lynas Corporation turut memaklumkan selain daripada Australia dan Malaysia, Lynas juga mendapat kelulusan untuk beroperasi di China. Namun disebabkan dasar kerajaan China yang mengenakan syarat kuota eksport maka ia adalah kekangan kepada pertumbuhan syarikat. Dasar kuota eksport tersebut pada masa ini sedang dicabar oleh beberapa negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kesatuan Eropah sebagai bertentangan dengan semangat dan obligasi China sebagai anggota World Trade Organization. Ia pada waktu ini sedang dipertikaikan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia.

(iii) Malaysia mempunyai persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif. Pelabur seperti Lynas Corporation mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem perundangan dan kawal selia yang diguna di Malaysia selain faktor seperti kestabilan politik, sumber daya kerja yang kompeten dan prasarana yang maju. Jawatankuasa berperanan bahawa keputusan Lynas Corporation untuk menempatkan operasi LAMP di Malaysia adalah paparan keyakinan tinggi pelabur asing terhadap pelaburan di Malaysia serta kebolehsaingan Malaysia dalam pelbagai aspek terutama yang melibatkan industri berteknologi termaju.

Oleh itu projek LAMP haruslah dianggap sebagai satu cabaran untuk Malaysia memaparkan kewibawaannya sebagai sebuah negara yang mampu mengurus pelaburan yang mempunyai cabaran teknologi dan kepentingan saintifik yang bernilai tinggi. Kejayaan

final • 12:20 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Malaysia mengurus pelaburan teknologi termaju ini akan menjadikan Malaysia lebih bersedia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju. Jawatankuasa berpandangan bahawa bagi memastikan negara mendapat faedah-faedah yang akan meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi Malaysia, maka langkah-langkah berikut adalah dicadangkan:

(i) supaya 1% peruntukan daripada pendapatan kasar projek LAMP setiap tahun dikhaskan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan keupayaan saintifik berkaitan teknologi nadir bumi. Sebanyak 50% daripadanya adalah bagi maksud untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang akan diselia oleh sebuah jawatankuasa yang akan ditubuhkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Manakala 50% lagi untuk aktiviti penyelidikan pengurusan residu dan diselia oleh AELB;

(ii) supaya kesemua aktiviti penyelidikan dan pembangunan keupayaan saintifik yang berkaitan dengan nadir bumi mesti dikendalikan di Malaysia dengan kerjasama universiti dan Pusat Penyelidikan Saintifik tempatan;

(iii) supaya peluang pengusaha tempatan ditingkatkan bagi menceburi bidang industri hiliran teknologi tinggi yang menggunakan produk nadir bumi; dan

(iv) apabila terdapatnya industri tempatan yang menggunakan produk Projek LAMP sebagai bahan mentah wujud di negara ini maka langkah-langkah sewajarnya seperti memperkenalkan cukai eksport perlu dilaksanakan. Ini dapat memastikan bekalan bahan mentah bagi industri tempatan adalah mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa berpandangan bahawa masalah utama Projek LAMP ialah persepsi yang serong kerana kurangnya public engagement. Adalah sesuatu yang munasabah untuk sebuah projek yang berskala besar untuk melakukan rigorous process of public engagement. Jawatankuasa merasakan bahawa jika perkara ini dilaksanakan seawal cadangan projek LAMP dikemukakan kepada kerajaan, maka sudah pastinya keyakinan awam dapat dipertingkatkan.

Walaupun jawatankuasa dimaklumkan bahawa aktiviti engagement bersama pelbagai kumpulan masyarakat telah diadakan dalam menyalurkan maklumat berkenaan projek LAMP oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan ternyata ia amat terbatas dan kurang berkesan. Jawatankuasa dimaklumkan bahawa pihak Projek LAMP telah menerima lawatan orang ramai ke tapak bagi memberi penerangan sebenar mengenai projek dan teknologi yang diguna pakai dan ini merupakan satu usaha yang sangat baik.

Bagi mengukuh dan menginstitusikan mekanisme public engagement, Jawatankuasa mengesyorkan perkara-perkara berikut:

(i) pihak projek LAMP perlu menyediakan akses kepada orang awam, badan profesional, kumpulan wakil penduduk serta masyarakat sivil untuk mendapatkan maklumat dan data pemantauan pengawasan secara atas talian ataupun online dan mengadakan paparan bacaan semasa kualiti udara dan kualiti air di hadapan premis projek LAMP;

(ii) aktiviti-aktiviti penglibatan orang awam dipertingkatkan seperti saranan IAEA bagi penyebaran maklumat seperti berikut:

(a) membangun dan menyediakan maklumat penglibatan awam mengenai keselamatan sinaran yang lebih mudah difahami dan langkah-langkah dalam proses pelesenan dan proses membuat keputusan;

(b) memaklum dan melibatkan pihak yang berkepentingan termasuk orang ramai berhubung

final • 12:20 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

strategi dan semua aspek pengawalseliaan projek LAMP;

(c) menyediakan secara rutin semua maklumat yang berkaitan dengan keselamatan projek LAMP dan memastikan bahawa orang awam tahu bagaimana untuk mendapat akses kepada maklumat ini;

(d) Lynas Corporation sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan projek LAMP mesti sentiasa meningkatkan komunikasi pihak-pihak berkepentingan.

(iii) supaya MITI, MIDA menimbangkan keperluan untuk mengenakan syarat public engagement dari peringkat awal kepada syarikat bagi projek yang melibatkan bahan radioaktif yang tertakluk kepada keperluan RIA (Radiology Impact Assessment) daripada AELB.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti, merujuk dan membahaskan dengan terperinci semua pandangan yang dikemukakan jawatankuasa telah merumuskan bahawa kelangsungan projek LAMP hanya boleh disandarkan dengan dapatan saintifik.

Jawatankuasa berpandangan bahawa tanpa alasan saintifik maka kebenaran yang sebenar dan pertimbangan rasional akan di polemik dan dikesampingkan. Oleh itu jawatankuasa merumuskan dengan berdasarkan dapatan sains dan alasan teknikal yang berwibawa perkara-perkara berikut:

(i) Jawatankuasa berpuas hati bahawa bersandarkan dapatan dan fakta saintifik yang dikemukakan, takrifan undang-undang dan expert opinion, projek LAMP adalah merupakan kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear ataupun satu aktiviti perlombongan;

(ii) jawatankuasa berpandangan bahawa operasi projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju dan mempunyai kepakaran yang berwibawa untuk memenuhi semua obligasi standard dan kawal selia yang rigorous;

(iii) jawatankuasa berpuas hati kerana Projek LAMP telah memenuhi dan mematuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa malahan terdapat peruntukan undang- undang yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding amalan standard antarabangsa;

(iv) jawatankuasa berkeyakinan bahawa projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar tidak terjejas atau di kompromi bagi membolehkan kilang mula beroperasi secara sementara;

(v) jawatankuasa mengesyorkan agar lesen kelas A iaitu mengilang peringkat pengendalian sementara ataupun TOL dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh pihak penguat kuasa. Di peringkat ini LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini. Data yang diperolehi di peringkat ini akan dijadikan asas kepada pertimbangan proses pelesenan selanjutnya.

final • 12:20 PM

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(vi) jawatankuasa mengesyorkan satu jawatankuasa pemantauan

(monitoring committee) dibentuk secara khusus bagi memantau secara berterusan operasi Projek LAMP.

Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan kerajaan

(NGO) dan pakar-pakar bertauliah; dan

(vii) jawatankuasa mengesyorkan supaya kesemua syor yang telah dikemukakan ini dilaksanakan dengan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahaja pembentangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advance Material Plant (LAMP) yang mengandungi 31 syor jawatankuasa. Maklumat lebih terperinci boleh diperolehi daripada laporan jawatankuasa yang telah diedarkan. Suka saya maklumkan bahawa kesemua syor yang dikemukakan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Jawatankuasa. Pihak jawatankuasa ingin membuat penegasan bahawa semua persoalan yang telah dikemukakan telah dirujuk kepada kumpulan pakar untuk mendapatkan penjelasan saintifik.

Jawatankuasa menyedari bahawa mandat jawatankuasa adalah untuk mencari kebenaran dan kebenaran dalam sains hanya akan dapat dipersembahkan melalui pembuktian berdasarkan dapatan dan penjelasan sains juga. Tiada tempat untuk pertimbangan emosi dan politik bagi kelangsungan projek-projek berteknologi termaju yang ingin dilaksanakan di Malaysia.

Saya selaku pengerusi jawatankuasa mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Projek LAMP atas usaha dan kesungguhan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Dewan Rakyat. Jawatankuasa juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuklah individu, persatuan-persatuan, pergerakan sivil, parti politik dan orang persendirian yang telah memberikan kerjasama dengan tampil di hadapan jawatankuasa untuk memberi keterangan dan mengemukakan memorandum dan cadangan berkaitan Projek LAMP.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran Kuantan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Universiti Malaysia Pahang dan Polis Diraja Malaysia serta kepada pihak Parlimen Malaysia atas sumbangan yang dicurahkan untuk menyempurnakan fungsi-fungsi dan peranan jawatankuasa ini berlandaskan kepada terma rujukan selaras dengan tujuan penubuhannya.

Tuan Yang di-Pertua, sekian saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

[Tepuk] Siapa yang menyokong?

final • 12:30 PM

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato' Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Oh, saya ingat Tangga Batu.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin...

final • 12:34 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tangga itu tidak dengar, tangga tidak dengar.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tangga tidak adalah. Lepas batu baru ada tangga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan perbahasan ini dengan sekali lagi ulas pendirian Pakatan Rakyat dari awal kami telah memutuskan untuk tidak menyertai Jawatankuasa PSC ini dan hari ini bila kami...

final • 12:34 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita di sini terima...

final • 12:34 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apa alasan-alasan ditolak?

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dengarlah. Tadi baru kata kita sepatutnya bahas dengan rasional. Yalah, dengarlah. Yang dari awal kita kata...

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang dari awal kita kata ini adalah satu jawatankuasa...

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sila.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini jawatankuasa yang tempang dan terbukti hari ini bila kita terima laporan ini Jawatankuasa seolah-olah telah menerima sebulat-bulatnya pandangan Lynas dan dimaktubkan dalam laporan ini. Kalau kita lihat melalui muka surat-muka surat yang kurang daripada 200 muka surat separuh daripada apa yang dicetak adalah propaganda dari Lynas. Pamflet sebulat-bulatnya kita letak dalam buku ini. Apakah yang kita tugaskan kepada PSC...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon penjelasan Yang Berhormat Batu.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Adalah untuk mencari kebenaran.

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu, mohon penjelasan.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau kebenaran ini hanya kita...

final • 12:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Dia tidak berani, tidak berani.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Nantilah, saya akan bagi.

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Mohon penjelasan.

final • 12:34 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mahu nanti apa?

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau kita hanya...

final • 12:34 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Bila jemput masuk tidak mahu datang lepas itu hendak bahas buat apa.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Akan mengulangi apa yang telah diputuskan oleh...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini tuduhan ini, tuduhan ini.

final • 12:34 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Inilah dia pembelit nombor satu. Lebih daripada ular.

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Apa yang telah diputuskan...

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau perkara ini kita minta untuk diselesaikan dengan cepat dan teratur biarlah Yang Berhormat Batu berhujah. Lepas itu kalau ada yang minat untuk sangkal hujah itu, sila. Sila Yang Berhormat Batu teruskan.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya sebenarnya kalau boleh kita rasa sebenarnya Barisan Nasional tidak berniat untuk cari kebenaran. Keputusan sudah dibuat.

final • 12:34 PM

[Dewan riuh]

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu, mohon penjelasan. Hendak jawab tuduhan Yang Berhormat batu ini.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa yang kita lakukan hanya meluluskan apa yang telah diputuskan. Dalam laporan ini...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Saya mohon Yang Berhormat Batu rujuk muka surat 13.

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, you hendak main politikkah Yang Berhormat?

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Terus-terang tunjukkan bahawa apa laporan ini telah mengulang pendirian yang telah diputuskan oleh...

final • 12:34 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Masa kita panggil tidak hendak. Itu hendak mencari kebenarankah?

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ahli Parlimen Batu!

final • 12:34 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sudahlah Yang Berhormat Batu!

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya duduk dalam jawatankuasa ini...

final • 12:34 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Pergi gigit telinga polis lagi baik!

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu, mohon penjelasan.

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Show your argument, jangan main politik.

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat, setahu saya berbahas apabila seorang Yang Berhormat diminta untuk berhujah kita dengar hujah itu. Yang ini bukan bahas namanya.

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan hujah Tuan Yang di-Pertua. Ini ceramah dekat Batu.

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini ceramah politik Tuan Yang di- Pertua without our respect.

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:34 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita minta supaya Yang Berhormat Batu kalau dia ada hujah yang berdasarkan fakta. Itu yang kita mahu. Ini...

final • 12:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

final • 12:34 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat! Yang Berhormat Batu, duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, biarlah saya yang menetapkan sama ada itu ceramah politik atau apa. Yang lain itu janganlah campur pula Yang Berhormat Shah Alam. Jangan bilang betul. Biarlah saya yang betulkan dan tidak betulkan. Sila Yang Berhormat Batu.

Ahli Yang Berhormat yang lain bertenang.

final • 12:34 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya sokong Tuan Yang di-Pertua, saya sokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat Batu.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa yang ditunjukkan dalam laporan ini...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Sungguh tidak melarikan daripada fakta torium adalah bahan...

final • 12:34 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu mohon penjelasan.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Radioaktif dan half life torium itu tidak kurang daripada 75,000 tahun. Apa yang telah dikatakan kelebihan Malaysia untuk menguruskan bahan rare earth ini tidak melarikan faktanya Malaysia digunakan sebagai tempat simpanan bahan-bahan radioaktif. Memang betul kalau kita kata kita mematuhi syarat yang telah ditentukan. Kita tidak mempertikaikan, kita boleh letakkan syarat tetapi dia tidak lari daripada fakta bahawa bahan yang residue ini membahayakan dan apa yang telah dijamin oleh perindustrian ialah bahawa Lynas adalah selamat kerana mereka boleh mematuhi syarat. Berapa lama kita akan menanggung bahan-bahan sisa ini tidak dinyatakan.

Di sini dikatakan kalau perlu boleh di transport kembali ke Australia tetapi tidak ada syarat pada takat apa kita harus transport kembali ke Australia. Pada PSC ini tidak maklumkan kepada kita. Apa kelebihan Malaysia? Dikatakan kerana kita ada air yang lebih murah dan kos yang lebih murah. Ini adalah pengakuan bahawa oleh kerana kita melonggarkan syarat bagi cukai yang lebih rendah, bagi air yang bersubsidi kemudian syarikat ini dapati ada advantage untuk beroperasi secara murah di sini.

final • 12:34 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akhirnya ia kembali kepada soalan yang pokok iaitu adakan Malaysia rela menjadi tapak tong sampah untuk rare earth ini. Itu soalan yang ingin kita tanya dan tidak dijawab oleh PSC ini.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Sebenarnya fakta-fakta apabila diberikan perbandingan harga dan sebagainya kos air banyak mana di Malaysia, kos air di Australia banyak mana ini semua mengelirukan. Ini kerana dia tidak dikira dari sudut total production cost. Kalau kita hanya guna RM1,000 sebulan untuk air di Australia, di sini ianya jadi RM84 sebulan. Lalu kita jimat RM900. Akan tetapi total cost of production berapa peratus? Begitu juga dengan utilities. How many percent dengan izin of total production cost comes from water and from electricity? How many percent dengan izin of total production cost comes from the cause of plastic soda?

Kalau kita hendak buat perbandingan, kita kena betul-betul we must be professional. Jangan hendak tutup fakta yang sebenarnya. Hakikatnya the total production cost menggunakan air dan electricity ini. Bukan faktor kos yang tertinggi. Ini satu perkara yang saya rasa pihak jawatankuasa tidak memberikan penjelasan yang tepat.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya...

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat Batu penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya apabila bercakap tentang kos air atau kos utiliti di Malaysia yang jauh lebih rendah daripada Australia, inilah yang merupakan insentif kepada Lynas untuk datang menempatkan LAMP ataupun projek mereka di sini.

Ada disebut oleh Nicholas Curtis CEO Lynas Cooperation kerana Tuan Pengerusi ada bagi banyak insentif. Tuan Pengerusi ada juga menyatakan sebelum bermulanya mesyuarat jawatankuasa bahawa this is the best rare earth plant in the world, the safest in the world. Ini kenyataan daripada Tuan Pengerusi. Dikatakan oleh Nicholas Curtis, it will cost four times as much to build and operate such refinery in Australia. Empat kali ganda lebih murah di Malaysia. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Batu, kenapa kita perlu tambah lagi 12 tahun pengecualian cukai kalau sudah ada insentif sebesar ini? Kenapakah

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

semasa negotiation rundingan kita tidak buat yang terbaik untuk pastikan kita jaga kepentingan Malaysia. Saya minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itulah sebab saya rasa kita kecewa dengan PSC. Apa yang sepatutnya mereka ambil pandangan rang undang-undang industri yang menyatakan mereka datang ke Malaysia kosnya rendah sebab air, sebab electricity. Kita harus check dengan hujah-hujah lain untuk mendapatkan menentu sama ada pengusaha ini beritahu kebenaran atau tidak. Semua pengusaha akan cakap dia akan datang ke sini kerana ada cukai bebas dan apa lain tetapi mereka tidak...

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan, penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

... mereka tidak menyentuh isu kos risiko yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia. Cost environmental management kos yang kita harus menyimpan residue ini sebanyak 75,000 tahun untuk menyimpan satu bahan yang beracun ini.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh minta penjelasan tidak?

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita tidak factor in banyak lagi kos- kos yang kini kita tidak dijangka dan sepatutnya PSC memberitahu mendapatkan expert yang lain untuk menyatakan sebenarnya adakah ini faktor yang terutama kenapa mereka datang ke Malaysia. Akan tetapi apa yang dibentangkan sebulat-bulat...

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Batu, datang Ledang hari itu kan?

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

... dari suara Lynas yang menyatakan mereka datang sebab kos air murah.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Batu datang Ledang hari itu kan?

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

We are uncritically accepting the explanation.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Batu datang Ledang, bagilah Yang Berhormat Ledang cakap.

final • 12:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Lepas ini Yang Berhormat Ledang cakap.

final • 12:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Batu sedar bahawa Lynas ini telah...

Beberapa Ahli Barisan Nasional: Yang Berhormat Batu tidak sedar...

final • 12:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Apa masalahnya? Adakah Yang Berhormat Batu sedar bahawa Lynas ini telah membeli lombong di Mount Well daripada satu lagi syarikat yang dipanggil Ashton di Australia. Apabila dia beli lombong ini, dia juga dapat lesen yang diperoleh oleh Ashton untuk membuka satu kilang seperti Lynas di Gebeng di Australia juga. Akan tetapi dia sudah dapat lesen di situ untuk mengeluarkan nadir bumi di situ. Sudah clear.

Akan tetapi apabila saya tengok laporan ini, syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan Australia oleh kementerian-kementerian di situ untuk mengadakan kilang seperti Lynas di Gebang di Australia tidak disebut sama sekali. Antara satu ialah cara mereka menjaga pembuangan air. Di Australia apa yang dikenakan ialah air yang dikeluarkan dari kilang tersebut harus disimpan dalam kolam dan dibenarkan evaporate jadi wap, tidak dimasukkan ke dalam sungai. Macam di Gebeng terus masuk ke dalam sungai selepas satu kolam masuk ke dalam sungai. Ini satu perbezaan.

Beberapa Ahli Barisan Nasional: Bohong. Misleading, bohong.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

This is true. Okey, you boleh bahas selepas ini. Akan tetapi apa yang benar ialah ada satu kelulusan di Australia untuk kilang seperti Gebeng, apakah syarat-syarat di situ, adakah syarat dia jika dibandingkan dengan syarat-syarat di Malaysia, adakah perbezaannya? Ini harus dihalusi oleh satu

final • 12:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

jawatankuasa yang world class. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Batu, adakah ini yang mengecewakan kerana kilang-kilang yang dibenarkan di Australia syarat-syarat mereka tidak diambil dimasukkan di sini dan dibandingkan dengan apa yang dibenarkan di sini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekali Yang Berhormat Batu. Terima kasih. Yang Berhormat Batu datang Ledang tempoh hari, jadi dia bersahabat dengan kita.

Dua perkara Yang Berhormat Batu. Pertamanya sifat bahan mentah ini dan sifat residue ini masih bukan bahan radioaktif. Ia cuma mengandungi unsur radioaktif kerana ia masih bawah lagi paras yang dikenakan oleh pihak Australia ataupun antarabangsa iaitu 10 becquerel per gram. Bermakna sama ada bahan mentahnya sama ada residue nya adalah bukan bahan radioaktif kerana masih bawah 10.

Itu pun begitu kalau ikut standard Malaysia dia melebihi satu kerana kita terlalu berhati-hati. Oleh sebab itu kita mengenakan syarat yang tinggi. Yang Berhormat Sungai Siput tadi menyebut tentang banyak syarat-syarat seperti di Australia dan sebagainya.

Oleh Sebab itu kita dikenakan tempoh atau TOL supaya dapat diselaraskan dapat disemak segala keperluan walaupun dia bukan bahan radioaktif. Adakah Yang Berhormat Batu setuju, Yang Berhormat Batu pun datang Ledang tempoh harikan, banyak berucap tentang Lynas dan sebagainya, ini fakta. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Batu jangan kita bawa ke lain, kita cerita dahulu soal keselamatan, soal fakta.

final • 12:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Soal untuk rakyatlah Yang Berhormat Ledang.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya sebenarnya hendak tumpu kepada metodologi PSC ini. Apa yang saya nampak ialah PSC ini hanya sebulat-bulat sahaja ambil pandangan daripada pengusaha. Apa yang saya sebut tadi ialah saya tidak mempertikaikan kata kita boleh set satu standard yang menyatakan taraf kebahayaan ini boleh diterima atau tidak. Akan tetapi dalam semua apabila kita handle teknologi isunya ialah kita harus telus. Ambil isu nuklear. Sungguhpun ini bukan bahan nuklear, saya sedar penuh ini bukan bahan nuklear. Namun dalam perbahasan nuklear secara telus kiat menyatakan apa risiko nuklear dan setelah kita tahu risiko ini, negara kita bangsa kita harus membuat keputusan untuk mengurangkan untuk mendapat sumber tenaga dan kita rela untuk menampung risiko ini. Apa yang kita dapati dari laporan ini saya menyifatkan ialah sebab whitewash kerana kita cuba mengaitkan, cuba melindungkannya risiko-risiko yang ada tidak secara telus.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Beritahu rakyatlah apakah risikonya. Selepas kita memahami segala risiko, kita boleh ambil keputusan, kerana negara kita perlukan investment ini, kerana negara kita perlukan kemahiran ini dan kerana kita perlukan wang, kita putuskan untuk terima risiko ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 12:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi masalahnya ialah PSC ini tidak buat perkara ini. Kita tidak pula – dan dari segi 12 tahun pengecualian cukai, PSC pun tidak beritahu kenapa kerajaan bagi 12 tahun cukai sebelum segala ini diketahui. Ini berilah kita justification, why 12 years? Why not six years?

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Batu.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kenapa bukan 20 tahun? Kenapa bukan sepanjang-panjang masanya? Kemudian selepas kita bagi 12 tahun pengecualian cukai, kita suruh dia 1% untuk R&D. R&D untuk apa? Kita subsidize Lynas untuk cari cara yang lebih baik menggunakan residu ini. Kita subsidize the industry untuk R&D.

final • 12:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, Yang Berhormat Batu.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Inilah saya rasa pelik kerana PSC tidak – uncritically accepting everything the Lynas company tell us.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Mana?

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu bagi dengan siapa ini?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Kota Belud? Okey.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, terima kasih. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya ialah apabila kita mendengar hujah Yang Berhormat Batu, sepatutnya hujah-hujah inilah yang patut dibawa ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Lynas ini...

[Tepuk] Persoalan tentang 12 tahun insentif, persoalan tentang radiasi residual matters, semuanya itu sepatutnya dibawa di dalam Jawatankuasa ini, Tuan Yang di-Pertua, yang telah diluluskan oleh Parlimen ini.

Hari ini kita mendengar Yang Berhormat Batu mengecam Jawatankuasa ini incompetent kononnya tidak memberi penerangan dan jawapan kepada isu-isu yang dibawa oleh pembangkang. Bagaimana mereka boleh mempunyai hipokrasi begini? Ini kerana sepatutnya mereka berada di dalam Jawatankuasa tersebut. Itu satu. Saya kira beliau tidak mempunyai locus standi untuk berdiri di dalam Parlimen, di dalam persidangan ini untuk mengecam kerana peluang yang terbaik ialah di dalam Jawatankuasa. Akan tetapi itu tidak apa.

Banyak yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu adalah berasaskan imaginasi, berasaskan kepada perkara yang tidak berdasarkan saintifik, fact finding. Saya Tuan Yang di-Pertua, bersama dengan rakan-rakan yang lain cuba untuk menyoal soalan-soalan yang dibawa oleh pembangkang dan setiap kali kami membawa persoalan yang dibawa oleh pembangkang dan kekhuatiran rakyat Kuantan dan juga Pahang, kita mendapati jawapan yang diberi oleh pakar-pakar keselamatan...

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Oleh Lynas.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap, sekejap.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang dijawab oleh Lynas. You tanya Lynas, Lynas jawablah.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak beritahulah. Saya hendak beritahu, saya hendak beritahu. Sebab itu saya katakan Yang Berhormat, bagaimana...

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sini tidak ada pakarlah. I tidak nampak ada pakar lain yang you tanya.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, saya faham. Itu sebabnya baik juga Yang Berhormat tidak ada di sana sebenarnya, sebab kalau Yang Berhormat dan kawan Yang Berhormat dari Kuantan ada dalam Jawatankuasa itu, semua hujah Yang Berhormat akan dapat dijawab dan Yang Berhormat tidak mempunyai poin-poin politik untuk memutar belitkan kenyataan daripada Jawatankuasa ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu, boleh?

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh?

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Nanti sekejap. Isunya ialah kalau kita lihat dari laporan ini, soal jawab ini seolah-olah di antara Lynas dengan Jawatankuasa, where else dia expert lain. The competitor of Lynas ada tidak? Pakar lain ada tidak? Tidak ada.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Maksudnya kita hanya menjadi satu – dan conclusion yang saya rasa paling…

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, kita...

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Let me finish the ayat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Are you reading the same book kah?

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang paling worrying untuk saya ialah yang kesimpulan yang diberi oleh Pengerusi tadi ialah it is all lack of public engagement. Maksudnya everything is okay except for the PR is not good. The public relation exercise. Maksudnya kita hendak cari public engagement tetapi tidak kebenaran.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Batu, Kuala Krau.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Siapa dulu?

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Kuala Krau dulu selepas itu Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya ingat saya mohon Yang Berhormat Batu rujuk muka surat 13 di dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Ini adalah pandangan orang ramai, pemeriksaan awam dan yang nombor satunya ialah Dr. Syed Badaruddin bin Syed Ali, doktor kesihatan pekerjaan, pakar di dalam kesihatan dan doktor ini sebenarnya bukan ahli UMNO tetapi ahli PAS. Ahli PAS ini. Kita tahu. Saya orang Pahang, saya tahu dia ahli PAS. Apa pandangan dia? Pengalamannya sepuluh tahun sebagai panel doktor pekerjaan untuk 90% kilang-kilang di kawasan Gebeng. Tiada mendapati kes kejadian kanser akibat terdedah kepada kimia atau bahan-bahan bahaya di tempat kerja.

Kedua, mengesyorkan supaya Lynas diberi lesen untuk beroperasi. Maknanya dia mencadangkan orang ramai, pakar daripada pakar PAS. Ini belum lagi kita sebut Yang Berhormat Dr. Che Rosli Che Mat ini. Ada dalam Dewan.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Projek tidak buat lagi.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini setiap hari ada dalam Radio Pahang menceritakan tentang kebaikan projek Lynas dan tidak ada langsung bahayanya projek Lynas ini kepada kesihatan orang ramai...

[Tepuk] Dalam TV3 pun dikeluarkan ucapan-ucapan daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat ini, saintis nuklear.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, itu...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Jadi hendak saya baca apa petikannya? Okey? Okey?

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey, okey. Faham, faham.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Okey, Yang Berhormat Batu sekejap, Yang Berhormat Batu. Izinkan saya petik ucapan daripada pakar daripada PAS ini.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya sudah baca. Saya sudah baca. Itu tidak perlu petik di sini. Tidak perlu petik di sini, saya sudah baca.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bukan daripada UMNO, bukan daripada Barisan Nasional tetapi berilah sikap terbuka untuk memberi laluan kepada saya. Ambil sikap terbukalah mendengar.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey. Sila duduk, sila duduk.

final • 12:50 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Inilah bila kita hendak menyatakan tentang fakta, dia lari!

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya ingat mungkin Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini Tuan Yang di-Pertua, mengelak daripada pertanyaan, pencelahan daripada kita.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan dia punya...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini sikap yang hipokrit ini.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini bukan dia punya giliran. Okey, baik.

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya ingat kita kena ingatkan balik kenapa kita tidak terlibat dalam Jawatankuasa ini. Kita tidak terlibat...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Divertlah isu ini, divert. Jawablah dulu pertanyaan saya.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tidak terlibat daripada awal oleh kerana Jawatankuasa ini dia punya term of reference seperti mana yang telah diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk membuktikan bahawa Lynas itu adalah selamat dan bukan untuk mencari kebenaran. Saya ucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen kerana dia telah menunaikan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Putar belit, putar belit!

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Daripada awal Jawatankuasa ini telah diberikan tugas untuk membuktikan bahawa ia adalah selamat dan atas sebab itu kita tidak terlibat dan atas sebab itulah kita dapati bahawa laporannya adalah seperti ini. Bahawa tidak ada apa-apa bahaya sedangkan kita semua tahu bahawa apa yang telah berlaku di Asian Rare Earth Plant di Bukit Merah. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Menteri tadi.

Dia just push it aside. Tidak ada bukti. Full stop. Tidak ada siasatan. Tidakkah sepatutnya Yang Berhormat Batu, dalam kes yang seperti ini, di mana keselamatan dan kesihatan rakyat diancam, ada risiko, tidakkah sepatutnya dibuktikan bahawa tidak ada kena mengena kes-kes kanser di Bukit Merah dengan Asian Rare Earth punya plant? Dibuktikan tidak ada, tidak ada. Terbukti secara saintifik, bukan dengan emosi. Secara saintifik, bukan emosi. Tidak ada hubung kait. Barulah atas dasar itu...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Shah Alam bukan pakar.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Dikeluarkan kenyataan bahawa LAMP ataupun Lynas juga adalah selamat. Benda ini insya-Allah saya akan ambil giliran saya.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu?

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Juga tidak ambil kira bila menyebutkan plant yang lain...

final • 12:50 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Penjelasan.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sekejap lagi. Plant yang lain di China atau di Australia. Juga tidak ada perbandingan. Dia hanya ambil jawapan sebulat- bulatnya dari Lynas yang menyatakan this is the most advance plant. Most advance plant bukan janji, bukan satu undertaking tidak ada risiko.

final • 12:50 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Batu dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membuat penjelasan. Memang saya sebagai saintis nuklear memang tetap mempertahankan bahawa dari segi external radiation dan radioactivity memang rendah tetapi dari segi faktor-faktor lain, umpamanya health fizik kesihatan, dari segi pengurusan residunya, saya serahkan kepada pakar-pakar lain yang bagi saya mungkin kurang arif dari segi bidang itu. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Kesimpulannya tidak berbahaya!

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu ucapan yang betul! Itu baru dia punya...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Dia kena refer kepada pakar yang lain.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bila orang sebut...

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak ada! Ikut cara dia. Cara dia...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat!

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ikut cara dia.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat!

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Pakar nuklear kata tidak bahaya!

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Shah Alam bukan pakar! Yang Berhormat Hulu Langat yang pakar.

final • 12:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Batu, duduk dulu Yang Berhormat Batu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah berbahas mengikut kehendak peraturan mesyuarat. Tolonglah. Respond kepada itu, Yang Berhormat Batu, selepas itu saya akan tangguhkan Mesyuarat sehingga tengah hari. Sila. Respond dahulu kepada persoalan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya respond sedikit. Saya agak isu ini bukan sahaja pakar. Pakar akan memberitahu...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Soalan dari Kuala Krau.

final • 12:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Bahawa apa risikonya dan apa taraf keselamatannya. Akhirnya masyarakat kita harus buat keputusan sama ada risiko ini worth our investment ataupun tidak. Itu isunya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Batu, sambung perbahasan pada tengah hari nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar] **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak payah beritahu pun Yang Berhormat, kita tahulah durian ada berdekatan. Kamar Dewan ini pun sudah bau durian. Akan tetapi tidak apalah Yang Berhormat, sebelum kita mulakan semula saya hendak mintalah kerjasama daripada semua Yang Berhormat. Apabila seorang Ahli Yang Berhormat yang bercakap itu, yang lain itu suka tidak suka, pahit maung bunyi dia, dengar sahajalah. Kalau berpeluang bangkit nanti, kita berucap dan pihak yang lain pula mendengar juga. Bukan alasan untuk kita bising dalam Dewan Yang Berhormat.

Jadi, supaya Dewan kita nampaknya betul-betul macam Parlimen bukan macam market.

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Batu.

final • 2:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, saya hanya ada dua, tiga point sahaja sebelum saya akhiri. Saya hendak sambung hujah yang telah di bawa oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi. Itulah semangat yang kita katakan kalau secara rasional, kita bukan tolak kata taraf kerajaan boleh tentukan sesuatu standard untuk memastikan dan untuk menjaga keselamatan tetapi akhirnya fundamental bukan sahaja kita dapatkan,

final • 2:33 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

menentukan taraf standard yang kita tentukan. Isunya ialah memang kita setuju ada pelbagai jenis sisa. Dia mempunyai degree of raise ini berbeza.

Sebagai contoh tempat penyimpanan sampah, sisa pepejal, dan juga radioaktif.

Sungguh pun kita kata ia sisa pepejal yang biasa, sampah biasa, dia membawa sesetengah risiko kepada yang mengancam kepada keselamatan atau kesihatan dan kita kena tahu untuk mengenal pasti ancaman itu. Akan tetapi malangnya di dalam PSC ini kita tidak hanya dalam seolah-olah kita denial sahaja. Kata tidak ada, selamat tetapi tidak memberitahu, “Ya, okey, itulah risikonya dan biarlah kita bersama-sama menanggung risiko”.

Dengan jelas kita tahu dalam pengalaman kita dan Bukit Merah sehingga hari ini kita tidak ada satu penjelasan yang tara, yang secara keseluruhan untuk memberi keterangan taraf kebahayaan, risiko kesihatan terhadap penduduk-penduduk di Bukti Merah ini.

Sebelum kita selesaikan perkara ini datang pula dengan Lynas. Itulah sebab kita rasa bukan isu kurang public engagement tetapi kurang memberi penjelasan secara rasional dan saintifik dan memberitahu penduduk apakah risiko yang harus ditanggung kalau projek ini diteruskan...

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 2:33 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

[Bangun]

final • 2:33 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi Yang Berhormat Batu Gajah dahulu, lepas itu Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 2:33 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu membangkitkan kesulitan yang masih belum dialami, dilalui oleh penduduk di Kampung Baru Bukit Merah ekoran daripada operasi Syarikat Asian Rare Earth tersebut. Apakah Yang Berhormat Batu menyedari Jawatankuasa ini nampaknya tidak memandang serius insiden yang telah berlaku di Bukit Merah tersebut di mana Jawatankuasa ini telah mengesyorkan bahawa jika penyelidikan, pengitaran semula serta lokasi tidak dapat dikenal pasti atau diluluskan oleh Lynas, Lynas perlu membawa risiko itu keluar dari Malaysia.

Dengan berdasarkan dua sahaja surat, undertaking daripada Lynas yang mempunyai tiga barisan ayat sahaja setiap surat itu, berdasarkan satu undertaking sahaja surat. Jadi, saya sangat kecewa dan saya rasa pihak kerajaan harus batalkan sahaja operasi Lynas ini. Baru sekarang mencadangkan untuk mengadakan Jawatankuasa untuk melihat sama ada kejadian kanser dan leukemia di Bukit Merah adalah berkaitan dengan aktiviti nadir bumi di Bukit Merah sebelum ini.

Patutnya buat kajian dahulu, pastikan dahulu dan bukan benarkan Lynas ini beroperasi terlebih dahulu. Apakah Yang Berhormat Batu menyedari tapak pelupusannya Syarikat Asian Rare Earth berhampiran Lahad perlu dipantau 300 tahun oleh AELB.

Bayangkan apa akan terjadi di Gebeng kalau Lynas dibenarkan beroperasi. Saya pohon penjelasan Yang Berhormat Batu.

final • 2:33 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kalau boleh Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi kerana dalam jawapan atau penjelasan pengerusi Jawatankuasa Lynas ini dikatakan dalam penjelasan atau dalam maklum balas yang diberikan dalam kes Asian Rare Earth Plant di Bukit Merah tidak ada fakta yang mendukung dakwaan bahawa banyak sisa-sisa tidak diselenggarakan disimpan dengan baik. Akan tetapi saya terbaca banyak laporan berita termasuklah dalam Merdeka Review yang memetik sumber mana? Sumber dia Encik Ng Tong Foo, Yang Berhormat Batu yang merupakan peniaga 38 tahun ketika projek Bukit Merah itu berlangsung diberikan kontrak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang ARE. Dalam kes mahkamah yang dibawa oleh penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut dan Encik Eng Tong Fuu ini yang sepatutnya membuang sisa-sisa tampil beri keterangan menyatakan bahawa memang sisa-sisanya bertaburan di sekitar kawasan berdekatan dengan Bukit Merah.

Mereka juga ada seorang pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa yang mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi adalah lima kali ganda daripada paras selamat. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Batu, bagaimana pertamanya Yang Berhormat Batu sebut tentang Jawatankuasa yang tempang.

final • 2:33 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Pengerusi sudah mempamerkan sikap pro Lynas. Kemudian menyatakan juga dakwaan apa yang berlaku di Bukit Merah itu adalah dakwaan yang tidak berasas tetapi kita ada sampai ke kes mahkamah, sampaikan bukti-bukti individu yang bertanggungjawab membuang sisa pun mengakui kesalahannya. Jadi, pada saya, kalaulah track record ini tidak dibersihkan, kalaulah tidak ada keterbukaan, bukan kita menolak pembangunan dan projek bernilai RM2.5 bilion tetapi there is so much unresolved problem dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Batu dalam hal ini.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Sebenarnya apa yang mereka bawa ini adalah dua poin terakhir yang saya juga ingin bawa. Saya ingin menyampaikan isu Bukit Merah dan bukan sahaja Bukit Merah tetapi ada banyak lagi isu. Baru-baru ini sahaja kita menghadapi isu jerebu. Kalau kita masih ingat, jerebu ini mula melanda Malaysia ini sejak tahun 1997-1998. Pada awalnya inilah sikap kerajaan yang sentiasa menafikan masalahnya sampai ugut nak gunakan ISA untuk hentikan sesiapa yang membincangkan perkara ini.

Akhir sekali masalah berterusan tetapi tidak nampak kita menjelaskan apa isunya, isu yang seperti ini, seperti Bukit Merah. Saya ingin mengambil satu sikap yang sangat terbuka daripada segi saintifik yang boleh kita juga pertikaikan adakah sama ada kes-kes ini yang berlaku di Bukit Merah ini ada berkaitan dengan rare earth. Okey, kita boleh terbuka tetapi tanggungjawab pihak yang berkuasa untuk menyiasat secara teliti sama ada kasus-kasus kanser dan barah ini ada kaitan dengan radioaktif atau tidak tetapi sehingga hari ini kita tidak dimaklumkan. Seterusnya juga isu yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Kita terpaksa simpan bahan ini selama-lamanya. Lynas ialah satu syarikat swasta. Kita sedia maklum syarikat swasta ini dia akan bankrap atau tutup kedai mengikut pasaran. Kalau satu hari nanti Lynas tidak lagi beroperasi, Lynas tidak... kerana keuntungan tidak ada, tutup kedai. Di mana kontingensi pelan dia? Siapa yang akan bertanggungjawab? Pihak mana yang akan keluarkan wang dan lain-lain lagi?

Pada takat ini, saya nampak yang ini relevan dengan perbahasan kita dalam undang-undang alam sekitar. Di negara kita, kita tidak ada trans border legal framework untuk memastikan syarikat multinasional ini bertanggungjawab atas pencemaran yang berlaku. Kalau betul satu hari nanti Lynas tidak lagi beroperasi, saya ingin tahu apakah kerajaan akan mengambil alih simpanan bahan-bahan ini supaya ia selama-lamanya selamat padahal kalau keluaran nadir bumi ini dihentikan, tidak ada lagi profit tetapi yang ada ialah sisa masih tertinggal di Gebeng dan juga tidak ada sungguhpun ada undertaking.

Mereka akan ambil keluar sisa-sisa ini tetapi tidak ada undertaking dan tidak specified pada saat apa dalam kondisi apa bahan-bahan ini harus dikeluarkan. So itulah sebab ini mewujudkan kekhuatiran dan sebab yang akhir sekali...

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan, penjelasan. Boleh?

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey, okey. Sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Nampak hujah-hujah Yang Berhormat Batu lebih menjurus kepada kekhuatiran satu penyakit berbahaya iaitu kanser. Jadi beginilah Yang Berhormat Batu, semua orang boleh mendakwa bahawa apa-apa yang berlaku ataupun apa-apa kegiatan dalam dunia ini boleh mengakibatkan kanser tetapi pertama, kita merujuk kepada standard atau piawaian antarabangsa sebab kalau kita tidak merujuk kepada piawaian antarabangsa, semua pihak akan mendakwa bahawa sesuatu aktiviti itu boleh menyebabkan kanser.

Terbaru Yang Berhormat Batu, bahan kimia yang kita gunakan untuk dry cleaning pun boleh menyebabkan kanser, orang mendakwa. Justeru, bolehkah Yang Berhormat Batu merujuk kepada satu standard iaitu kita hanya merujuk kepada standard antarabangsa. Barulah kita boleh mengatakan bahawa “ha! Ini boleh menyebabkan kanser dan sebagainya.”

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, betul.

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekejap. Sedangkan kita tahu bahan torium kalau kita boleh rujuk muka surat 27 ini, bahan torium di ARE sebenarnya kalau dibandingkan dengan projek Lynas ini, Lynas jauh lebih rendah. Ia hanya mengambil lebih

final • 2:40 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

kurang 0.16% berbanding dengan di Bukit Merah 7%. Maknanya jauh sangat perbandingannya Yang Berhormat Batu. Kalau boleh kita lebih teknikallah, lebih teknikallah.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya faham. Itulah sebab soalan yang teknikal ini tidak boleh dijawab hanya dalam isu teknikal. Kita ada nilai, kita ada value system. Ya, merokok yang kalau kita kata rokok itu dia tak sampai boleh menyebabkan kematian. Kebarangkalian untuk dapat kanser daripada rokok ialah mungkin saya tidak tahulah doktor-doktor di sini, mungkin 0.1% tetapi kita sebagai ibu bapa atau sebagai Ahli Parlimen, kita boleh ambil penetapan kata kita tak mahu orang merokok. Itu keputusan yang harus dibuat secara merujuk kepada value system kita. Isu pokok yang kita tidak jawab ialah industri ini hanya menggunakan Malaysia sebagai tapak tong sampah.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu isunya, isunya sisa ini akan ditanggung dan akan disimpan oleh kita dan boleh, kalau kita dah jadi, kita boleh.

Ada negara di pulau-pulau Pasifik yang kerana tidak ada potensi eksport, tidak ada potensi ekonomi, mereka offer menjadi tapak simpanan nuklear untuk negara-negara kuasa besar. Itu keputusan negara. Saya tidak mahu mempertikaikan tetapi saya kalau saya citizen, saya adalah rakyat kepada pulau Pasifik ini mungkin saya kata “no, saya tidak setuju” tetapi ada negara yang telah mengambil penetapan ini kerana mereka tidak ada pilihan lain. Itulah sebab saya rasa kecewa sebab PSC tidak menyentuh perkara ini. Kita hanya mengatakan apa akhirnya. Hujungnya ialah inilah, muka surat 69. Itu sahaja yang menjadi rumusan. Kita anggap enam poin ini mengesyorkan semua ini selamat dan okey.

Yang lain ini semua hiasan sahaja, yang untuk menjustifikasikan kenapa kita harus meneruskan satu projek yang telah diluluskan jauh sebelum kita buat PSC ini. Itulah sebab saya anggap kita kena fikir semula kalau kita betul-betul ikhlas dalam untuk memastikan rakyat kita sihat dan selamat dan kita ada pilihan untuk mendapatkan pelaburan yang lain, yang juga boleh memajukan ekonomi dengan perkara yang kita tidak sentuh ialah apa option lain.

Dikatakan akan menambahkan peluang pekerjaan. Berapa peluang pekerjaan yang kita akan dapat? Yang kita katakan ia akan menumpu untuk R&D. Apa jenis R&D yang diperlukan oleh Malaysia atau R&D yang diperlukan untuk menyimpan sisa-sisa bahan dari nadir bumi ini? Semua ini kita tidak merujuk tetapi hanya sebenarnya kembali kepada satu titik permulaan iaitu PSC ini hanya untuk meluluskan sesuatu yang telah diputuskan jauh lebih awal. Dengan itu saya juga ingin ucapkan tahniah kepada PSC oleh kerana keputusan ini dan cara kaedah untuk menangani satu isu yang sangat concern oleh rakyat dengan cara yang biased dan tidak profesional.

final • 2:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Hanya untuk menambah undi dan membantu memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Balik-balik pilihan raya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya betul-betul hampalah. Hampa dan hambar mendengar hujah Ahli Parlimen yang seolah-olah begitu kecewa. Dia berhujah sudah pun bukan pakar, dia menidakkan lagi hujah pihak-pihak pakar yang telah menterjemahkan bahawa projek Lynas di Gebeng ini bukanlah satu Gebeng yang berbahaya, yang mempunyai radioaktif dan sebagainya. Akan tetapi merupakan satu pusat memproses semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, saya memetik ucapan Presiden PAS semasa penggulungan.

Dia kata, *“Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan.

Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear iaitu Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat.”* Tadi sudah berdiri dan menyatakan pendirian dia sebagai seorang profesional iaitu bahawa tidak ada yang perlu dikhuatiri. Nanti saya akan petik hujah dia. “Bahagian keracunan jangan rujuk kepada orang lain. Hendak tahu fasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah.” Itu macam Yang Berhormat Batu. Dia hendak tanya ini bahaya tetapi dia tanya Yang Berhormat Batu Gajah yang bukan pakar. Tanyalah pakar.

Rujuk kepada Dr. Rosli. Dia pakar. Kenapa tidak perlu rujuk? Jangan langgar peraturan.

Ada juga sehubungan itu, “Sebelum buat keputusan, saya rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang. Saya minta supaya dengan taklimat Dr. Rosli tentang itu.”

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kemudian Dr. Rosli, sebelum saya pergi jauh, saya ingin merakamkan tahniah kepada Pengerusi dan juga Jawatankuasa PSC sebab telah berjaya menjalankan amanah dan kewajipan yang diberikan oleh kerajaan.

Bukan seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu, saya kecewa, orang rakyat Malaysia juga kecewa. Saya meminta rakyat Malaysia jangan terikut-ikut dengan ketidakpandaian, saya tidak mahu cakap bodoh. Akan tetapi ketidakpandaian, ketidakbijaksanaan Yang Berhormat Batu dan juga rakan-rakan yang lain.

Mereka cuma mahu memesongkan minda rakyat supaya menyokong mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak bijak menggunakan keadaan.

Kerajaan juga memberi ruang kepada pembangkang untuk turut serta tetapi ditolak mentah-mentah dan menyatakan bahawa laporan ini berat sebelahlah, cuma untuk kepentingan politik. Dia tidak baca satu demi satu bahawa laporan pakar dalam negara, luar negara, kesihatan dalam negara, luar negara, seolah-olah hati dia telah terkunci mati, otak dia beku membisu. Macam batu. Saya pun tidak tahu. Ya, silakan Yang Berhormat Arau.

final • 2:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat..

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya cakap sikit Yang Berhormat ya. Dalam hujah kita, to rebut lah, cakap orang putihnya, minta maaf. Ucapan orang lain, jangan terlalu personal Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kinabatangan. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat.

Masalahnya kita suka memberi pandangan kepada bidang yang kita bukan ahlinya. Ini yang berlaku sekarang. Bukan kita asaskan kepada fakta saintifik.

Saya tidak mahu bercakap soal pakar macam dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hanya – sudah kita tidak percaya pakar dari luar negeri dan kita tidak percaya pakar dari dalam negeri. Saya hendak merujuk pakar di Parlimen Arau, ada tiga orang. Salah seorangnya Dr. Che Rosli, orang Simpang Empat.

Kemudian yang kedua, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali. Mungkin nuklear fizik dalam pelbagai disiplin. Seorang lagi saya hendak rujuk kenyataan pakar juga dari Parlimen Arau, dari Jejawi, Dr. Promwichit. Tiga pakar nuklear dari Parlimen Arau.

Salah satunya dia telah mengatakan sinar alpha ini tidak macam sinar X dan ia tidak bahaya jika ianya terdedah secara terus kepada kita. Ini pakar cakap. Dr. Prom, pakar nuklear dari Parlimen Arau. Jadi, macam ini pun kita hendak politikkan. Projek yang bernilai USD230 juta ini, kita timbulkan seolah-olah kita melihat – kita mungkin tidak menuduh.

Bila Tuan Yang di-Pertua mengingatkan kita jangan personalized perkara ini, saya akur. Akan tetapi kita tidak mahu ada di kalangan kita menjadi agen daripada pihak asing yang cuba melihat pasaran rare earth ini dari sudut ekonomi. 97% di kuasai oleh sebuah negara. Dia bimbang kalau kita muncul, yang telah kita kemukakan kita menjadi pesaing dia. Dia bimbang untuk kita memonopoli keadaan ini. Apa pandangan Yang Berhormat, sahabat saya dari Kinabatangan?

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Kinabatangan boleh sambung tidak?

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Okeylah.

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Kinabatangan, laporan yang dikemukakan oleh kerajaan ini ialah menjawab tuduhan daripada pembangkang dan sesetengah pihak kononnya kilang Lynas ini dulu tidak selamat, merbahaya. Kononnya Kuantan akan jadi padang jarak, padang tekukur.

Hari ini kita menerima laporan daripada pakar-pakar yang telah pun memberikan taklimat kepada Jawatankuasa ini dan ditambah lagi pengakuan daripada MP daripada Hulu Langat bahawa bahan yang digunakan dalam kilang nadir bumi ini langsung tidak ada bahan uranium. Ia hanya terdiri daripada unsur-unsur ataupun 17 unsur-unsur bahan kimia yang terkandung dalam nadir bumi tersebut. Ianya langsung tidak ada uranium.

Maknanya, tuduhan yang mengatakan kilang ini adalah kilang nuklear adalah merupakan fitnah semata-mata dan ingin menakut-nakutkan rakyat.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Boleh sedikit lagi tidak Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Duduk]

final • 2:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Kedua, ia juga telah memperakukan bahawa kadar radiasinya adalah terlalu rendah. Ini dinyatakan di dalam Dewan ini oleh pakar daripada PAS iaitu daripada Hulu Langat bahawa kadar radiasinya rendah. Rendah, maknanya tidak berbahaya.

Tuduhan pembangkang menyatakan radiasi ini berbahaya adalah merupakan satu tuduhan yang tidak benar. Jadi, Jawatankuasa ini bukan bias. Akan tetapi Jawatankuasa ini melaporkan tentang keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar untuk renungan rakyat bagi mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Yang Berhormat, saya sebetulnya akan sampai di situ tetapi sudah diketengahkan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya mahu clarify sedikit, dengan izin, I have nothing personal with Yang Berhormat Batu.

Apa yang saya hujah ini adalah untuk menegakkan kebenaran sebab Yang Berhormat Batu telah membuat manipulasi dengan berbagai-bagai andaian. Sedangkan andaian itu penipuan semata-mata.

Ya, Yang Berhormat Arau, pertama dahulu. Memang saya akui Arau ini merupakan satu Parlimen yang ada keistimewaan. Walaupun kecil sebab kalau dibandingkan Arau dengan Kinabatangan, 100 kali lipat ganda saiz ia. Akan tetapi kecil- kecil jangan sangka tidak berbisa ya. Kecil sekali pun macam cili api. Pedas Yang Berhormat Batu.

Jadi, di situlah lahirnya pakar-pakar yang kebetulan yang berada di Arau dan memberi gambaran yang sebaik mungkin. Saya memang setuju bahawa Lynas ini tidak membawa apa-apa mudarat pun. Mula-mula saya ada keraguan, memang persepsi kita rakyat Malaysia ini, memang ada keraguan macam juga Yang Berhormat Batu. Akan tetapi keraguan Yang Berhormat Batu tidak berhenti. Sampai sekarang dia pun masih ragu, masih keliru. Sedangkan kita ini diminta kita berhijrah Kalau sudah pakar cakap, pakar ini bukan pakar UMNO, pakar wakil rakyat Ahli Parlimen PAS. Akan tetapi dia tidak mahu merendahkan martabat dia, sebagai seorang yang pakar, dia berdiri di atas nama kepakaran dia. Hujah dia, saya boleh petik sedikit, “Saya pun malu. Saya orang PAS juga tetapi akhirnya saya buat keputusan, saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang hendak kata, katalah. Penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia yang dikatakan beracun.” Ini kata pakar, bukan kata wakil rakyat.

final • 2:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya. Ini pakar juga. Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan tadi tentang hujah rakan kita daripada MP Hulu Langat yang tidak diterima pakai walaupun dia pakar oleh pembangkang.

Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Kinabatangan di dalam pendengaran awam jawatankuasa ini di Pahang, seorang lagi ahli politik daripada PAS yang berada di Gebeng di Kuantan datang dengan berat hati menghadap kepada jawatankuasa ini dan memberitahu kepada kami bahawa beliau telah diboikot oleh PAS di kawasan beliau hanya kerana beliau memberitahu bahawa kilang ini adalah selamat.

Doktor ini mengatakan beliau adalah ahli PAS dan beliau merasa takut kerana kilang ini telah disalah ertikan oleh parti beliau sehinggakan kegiatan beliau sebagai ahli PAS dihina, dikecam, diugut sampaikan beliau mengatakan kepada kami pada waktu itu Yang Berhormat Kinabatangan, dia katakan bahawa dia diboikot dalam acara-acara sosial dan kepartian beliau. Di situ masalah parti PAS ini.

Kedua Yang Berhormat saya hendak beritahu. Satu hujah yang selalu kita dengar Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Saya rasa Yang Berhormat pun pernah dengar cerita ini. Apabila kita mengatakan Lynas ini selamat, yang selalu dikatakan oleh pihak di sebelah sana ialah “Eh, kenapa tidak dibuat di Kinabatangan? Kalau selamat kenapa tidak buat di Kinabatangan?” Itulah hujah yang selalu dihujahkan oleh mereka. Akan tetapi saya

final • 3:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

hendak katakan kalau kilang-kilang kimia yang berada di Gebeng itu ada di negeri Sabah, di Kota Belud atau di Kinabatangan, kalau di Kinabatangan ada pelabuhan yang besar seperti pelabuhan Kuantan ataupun ada industrial park, saya kira tidak ada masalah untuk kilang itu dibuat di Kinabatangan. Masalahnya kilang-kilang kimia yang diperlukan oleh proses Lynas ini semuanya terletak di Gebeng. Di situ juga ada pelabuhan, di situ juga ada industrial park. Jadi, bagaimana walaupun saya katakan “Okey, bawa pergi Kota Belud, bawa pergi Kinabatangan” sudah tentu tidak boleh dibuat kerana semuanya berada di Gebeng. Jadi, ini untuk pandangan Yang Berhormat. Minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Kinabatangan cakap tentang pakar. Kita tidak kekurangan pakar tempatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Saya rujuk Yang Berhormat Batu kepada muka surat 49 yang sudah memberitahu tetapi mungkin Yang Berhormat Batu tidak mahu bacalah. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa selain daripada pengiktirafan IAEA di dalam Laporan Panel Bebas Antarabangsa, kepakaran pegawai-pegawai AELB juga diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana mereka dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa organisasi dan badan antarabangsa untuk menyumbang kepakaran dalam bidang rujukan berkaitan.

Antaranya Pengerusi kepada IAEA Director General Advisory Group on Nuclear Security (AdSec), anggota IAEA Commissions on Safety Standards, anggota kepada IAEA Radiation Safety Standard Committee, anggota kepada IAEA Nuclear Security Guidance Committee, anggota kepada IAEA Nuclear Safety Standard Committee, anggota kepada IAEA Transport Safety Standard Committee, anggota kepada IAEA Waste Safety Standard Committee dan salah seorang goalkeeper yang kita boleh percayai ialah Dato’ Raja dari IAEA. Sekian.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukup jelas terima kasih kedua- dua Ahli Yang Berhormat. Pertama, Yang Berhormat Kota Belud memang jelas sebelum saya kembali kepada rakan saya. Sememangnya jelas bahawa apa yang cuba ditegakkan oleh pembangkang bukan semua, sebahagian sebab semua tidak adil adalah tidak benar bahawa kilang nadir bumi ini tidak mengandungi apa-apa bahan yang boleh mendatangkan mudarat sekalipun. Ini sudah beratus-ratus pakar yang menyatakan dan Yang Berhormat Batu juga menyamakan bahawa Lynas seumpama Asian Rare Earth di Bukit Merah. Tidak betul. Ia memproses bijih timah ataupun tahi bijih timah, yang ini tidak. Itu perlu diambil kira Yang Berhormat Batu. Jangan putar belit fakta. Kalau sebetulnya saya meminta dengan kerajaan kalau boleh kilang ini buat di Sabah. Kalau tidak di Kota Belud di Kinabatangan tetapi tidak ada kemudahan. Dipilih yang ada kemudahan. Tidak bersyukur. Saya tidak tahu mana ini Ahli Parlimen Kuantan? Dia yang menjadi batu penghalang, batu api tetapi hari ini dia tidak hadir pula, tidak tahu kenapa. Mungkin dia sudah bimbang...

[Disampuk]

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada lagi?

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ya, ya.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, sila.

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Semasa prosiding perbicaraan awam, saya hendak menyangkal dakwaan Yang Berhormat Batu pembohongan yang cuba dibuat seolah-olah kita tidak panggil sebelah sana. Sebenarnya ramai yang sebelah sana hadir antaranya wakil daripada kalau Yang Berhormat Kinabatangan tengok di muka surat sembilan perenggan tiga wakil Malaysian Medical Association Dr. Carmen Chew. Dia datang bawa pembentangan menyatakan bahayanya Lynas ini dan dia samakan dengan Bukit Merah yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi dan saya tanya dia soalan. Saya tanya dia tahu atau tidak bahawa proses nadir di Bukit Merah ialah amang. Amang ini kalau Yang Berhormat Batu ini dia tidak faham, amang ini tahi bijih. Amang itu sendiri bahan radioaktif mengeluarkan radioaktif. Amang itu sendiri. Sedangkan rare earth ia bukan bahan yang mengeluarkan radioaktif. Ia itu bahan asli bumi. Jadi, ada beza yang sangat besar.

Satu, ada beza antara amang sebagainya bahan radioaktif sendiri dengan rare earth yang digunakan oleh Lynas. Kedua, kandungan radioaktif amang lebih tinggi berbanding dengan rare earth nadir bumi yang digunakan oleh Lynas. Bila saya tanya soalan itu, saya tanya dia tahu atau tidak, dia tidak jawab. Tiba-tiba jadi emosional tiba-tiba

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

dia marah kawan yang datang sebelah dengan dia pun menjerit-jerit marah dekat saya, saya kata “what’s wrong with you?” Saya cuma tanya soalan tahu atau tidak ada beza antara amang dengan nadir bumi Lynas? Mereka tidak boleh jawab. Bila tanya apa rujukan? Dia kata internet. Rujukan di internet. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak tanya - Ini pakar racun rakyat. Yang Berhormat Kuala Selangor hendak bercakap berdirilah. Pakar racun rakyat kalau hendak cakap berdirilah. Yang membebel seorang-seorang dekat situ mengapa? Taklah, tanyalah Yang Berhormat Kinabatangan ini floor dia.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Peraturan tidak tahu.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sudah suruh berdiri tak nak bagi pula.

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tanyalah Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh ya? Dia takut.

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kita sikit pun tidak takut.

Yang Berhormat Kinabatangan dalam pendengaran awam, kita diberitahu bahawa orang Melayu sudah biasa dengan thorium ini iaitu lampu gasolin yang kita guna itu yang orang- orang kampung guna, Yang Berhormat Kuala Selangor dia tidak tahu. Dia bukan orang kampung, dia tidak tahu. Orang kampung Melayu sudah guna thorium ini lama melalui lampu gasolin. Lampu putih itu adalah lampu yang dicelup dengan thorium dan dibakar lagi, tidak pernah dengar pula cerita orang Melayu kena kanser sana sini disebabkan thorium yang mereka hidup berapa puluh tahun.

Jadi, nampak kita bukan tidak guna pakar. Pakar-pakar mereka datang bila kita tanya tidak boleh jawab. Contoh saya bagi Yang Berhormat Kinabatangan, saya tanya sendiri pakar yang konon mereka guna Profesor Jamal Hisham yang keluar artikel bahaya sana, bahaya sini. Saya tanya dia “Prof, awak ni pakar nuklear atau pakar apa?”

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia kata saya bukan pakar nuklear. Saya kata kalau sudah bukan pakar nuklear, sekarang saya hendak bagi tahu Jawatankuasa ini sudah dengar keterangan daripada pakar-pakar nuklear termasuk kenyataan Dr. Rosli Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Menyatakan bahawa kadar radioaktif di Lynas ialah 0.002.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh bagi?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Iaitu threshold dia pada 0.002. Saya tanya dia sendiri, adakah pada threshold itu Lynas ini selamat atau tidak selamat? Dia kata dia tidak tahu. Macam mana seorang pakar mengaku pakar tiba-tiba bila ditanya soalan macam itu dia kata dia tidak tahu.

final • 3:10 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Itu ‘pakau’.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jadi Yang Berhormat Kinabatangan setuju atau tidak, saya hendak minta tanya pandangan Yang Berhormat Kinabatangan sebenarnya apa yang mereka sebut, apa yang mereka cuba putar belitkan hanyalah dakyah pembohongan semata-mata tanpa fakta yang jelas. Mohon penjelasan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya jawab dulu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Memang jelas sebetulnya saya pun hairan ada juga jenis manusia apabila sudah taksub yang baik pun dia tidak tahu yang jahat pun dia tidak tahu.

Kalau kita bagi hamparan permata, intan dia pun pilih gelas kaca daripada intan permata.

Oleh sebab dia tidak tahu mana baiknya mana tidaknya. Sila.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Petang-petang ini bagus juga begini, kalau tidak mengantuk. Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya kurang mahu untuk terlibat lebih awal kerana saya punya ruang saya nanti.

Akan tetapi dek kerana sudah dua tiga kali disebut dalam bentuknya yang sangat

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

dipertikaikan kesahihan kebenaran perkara-perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi. Jadi saya terpaksa menyebutkan nama-nama yang disebutkan itu dilontarkan begini sementara mereka tidak ada di sini sama ada Dr. Choo mahupun Profesor Jamal Hashim.

Jadi saya rasa kurang dari sudut intelektual, integriti dan honestly saya kurang - bukan tidak percaya, memang tidak percaya langsung tentang Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ini.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Selangor ini kalau reti baca, Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau sepuluh perkara dia cakap...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Kalau tidak reti baca ini belakang ini.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Sebelas perkara yang saya tak percaya, yang dia tidak sebut pun...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dulu Yang Berhormat. Dengar, dengar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Kuala Selangor dia personal itu tak percaya pada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dulu Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak betulkan Peraturan 36. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Yang Berhormat jangan macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk dulu Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak bangkitkan Peraturan 36(6), cuba memesongkan fakta. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan ini ada CD [Mengangkat laporan tersebut] ...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Mana kau tahu pakar, mana kau tahu kau pakarkah?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Dr. Carmenkah, Profesor Jamal Hisham semua ada dalam ini. Baca sendiri, buka jangan hendak putar belit. Mereka telah diberi peluang seluas-luasnya untuk beri penjelasan.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya baca.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini tidak baca. Ini masalahnya. Baca tidak, tengok tidak.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sudah boleh duduk, boleh duduk?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dalam ini terang-terang Dr.

Carmen dengan Profesor Jamal telah diberi peluang memberi keterangan...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sudah boleh duduk?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Diberi peluang untuk jawab soalan. Akan tetapi Yang Berhormat Kuala Selangor ini jenis pekak, baca tidak, apa pun tidak...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dua hari lalu...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat ada pertanyaan untuk saya? Ada pertanyaan?

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Menggunakan kalimat kepala bapa, saya tegur, saya tegur. Minta Tuan Yang di-Pertua jangan dia guna. Dua hari yang lalu menggunakan kepala bapa, hari ini macam-macam lagi dia sebut. Ini dia jenis manusia, kalau sepuluh perkara bercakap sebelas perkara tidak boleh percaya.

final • 3:10 PM

[Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang dia belum sebut pun tidak boleh percaya. Inilah manusianya.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya kata Yang Berhormat Kuala Selangor pekak. Itu sahaja. Saya cuma kata Yang Berhormat Kuala Selangor ini pekak, bukan pekak telinga pekak ilmu.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua kalau boleh saya teruskan.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tidak mahu baca. Bacalah.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sudahlah, sudahlah. Engkau sorang sahaja yang pandai...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya teruskan Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Engkau sorang sahaja yang pandai.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baca betul-betul. Dengar keterangan dalam ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Semua duduk Yang Berhormat, minta semua duduk Yang Berhormat. Dua-dua sekali duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya mahu teruskan hujah saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya cuma hendak bagi tahu Yang Berhormat pekak ilmu bukan pekak telinga, pekak ilmu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tidak payah macam itu Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Duduklah. Bangang betullah budak ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tidak, saya hendak perbetulkan Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya bercakap, saya bukan...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya kata dia pekak ilmu bukan pekak telinga.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

...tak berkait dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat. Saya minta duduk dulu.

Perbincangan secara intelektual tidak payah menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Sebab kita tidak ada alasan yang sebenar kenapa itu kita gunakan perkataan kesat. Jadi Yang Berhormat saya mintalah sebagai Ahli Parlimen kita gunakan, biarlah sorang demi sorang bercakap. Sorang bercakap sorang mendengar.

Satu lagi sebahagian daripada Yang Berhormat Kuala Selangor pun macam itu.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menjelaskan apa yang berlaku dalam persidangan

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Majlis, Select Committee. Select Committee ini mempunyai recording yang verbatim.

Maknanya boleh disemak dan diselidik. Jadi kalau ada pembohongan di dalam itu dan penyelewengan pada dakwaan dia terjatuh ke dalam 36(12). Jadi Yang Berhormat tidak payah bagi tahu sama ada betul tidak betul.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau tidak kita tidak boleh bincang orang lain.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya setuju, saya menyokong pandangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak, tak boleh bincang orang lain sebab dia tidak ada dalam Dewan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada pertanyaan saya mahu teruskan hujah saya itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit kalau Yang Berhormat Kinabatangan izinkan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sila, sila. Tanya, tanya sahaja.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh kerana itu saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan ini. Sebentar tadi kawan saya daripada Arau menyebutkan tentang alpha particle. Saya kira itu adalah sedikit tidak betul dan saya menyebutkan di sini berdasarkan apa yang diakui oleh pakar-pakar...

final • 3:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Bukan kenyataan saya, Profesor Dr. Teoh bukan saya, bukan saya.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Minta maaf.

final • 3:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya hanya ambil quotation sahaja.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menyandarkan kepada kata doktor tadi apabila alpha particle sebenarnya adalah 20 kali, 20 times more damaging to the cellular mutagenic material, beta ataupun gamma particles. Itu satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan. That is scientific facts. Itu perkara yang saya hendak perbetulkan.

Lebih penting daripada itu Yang Berhormat Kinabatangan nanti saya akan jawab sendiri Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Sebab apa yang ada dalam laporan di sini Profesor Jamal Othman, kawan saya seorang economist. Profesor Jamal Hashim tidak ada dalam laporan ini. Mungkin ada dalam verbatim yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

saya pun Tuan Yang di-Pertua saya tidak boleh menghakimi mana satu kenyataan yang benar mana tidak. Akan tetapi saya menghormati kepakaran masing-masing apabila pakar nuklear menyatakan ini tidak merbahaya maka...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kinabatangan, sikit sahaja saya hendak perbetulkan. Ini saya kata bohong ini. Tidak baca.

Muka surat tiga laporan jelas di perenggan (d), Mesyuarat Keempat pada Selasa 5 Jun 2012 bertujuan mendapat pendapat serta pandangan daripada Profesor Dr. Jamal Hisham Hashim. Dia kata tidak ada dalam ini. Ini kata putar belit.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kenyataannya tidak ada, saya kata kenyataannya tidak ada. Jangan silap.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau dia dengar dalam CD ini, kalau dia baca CD ini...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jangan silap faham, jangan selewengkan kenyataan saya.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Tengok CD ini jelas kenyataan Dr. Jamal Hisham, clear. Tapi tidak baca.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua saya ada kenyataan Profesor Jamal Hashim. Nanti bila saya berhujah saya sebutkan, terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hujahlah.

final • 3:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Kinabatangan, sini-sini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan minta...

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Seorang Jawatankuasa seorang bukan Jawatankuasa.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia jarang minta.

final • 3:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya cuma hendak katakan...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu kejap, tunggu kejap.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia tidak hendak jarang minta.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Simpang Renggam duduk dulu.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya ingat dia tidak hendak jarang.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya hendak menjelaskan sedikit peraturan Yang Berhormat. Di antara Yang Berhormat Kinabatangan dengan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya bagi ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Untuk semua Yang Berhormat. Semasa Yang Berhormat Kinabatangan bangun, Yang Berhormat Tangga Batu bangun. Lepas itu kalau Yang Berhormat Kinabatangan mahu mengalah baru saya kata Yang Berhormat Tangga Batu, sila. Peraturan Mesyuarat 37 Yang Berhormat.

Sekarang maknanya Yang Berhormat Tangga Batu tidak bagi, tapi Yang Berhormat Kinabatangan bagi Yang Berhormat Simpang Renggam. Begitukah?

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekarang saya mengalah Tuan Yang di-Pertua, saya bagi.

final • 3:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya juga sebagai seorang Ahli Jawatankuasa dalam PSC ini, saya cuma hendak katakan saya dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sama-sama kita hadiri dalam sesi pendengaran awam. Saya cuma hendak katakan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu adalah betul. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sila, saya mengalah Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Mengalah lagi, mengalah dengan Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu Yang Berhormat Kinabatangan, masa saya sekolah dulu ada seorang pemimpin kanan negara jiran kata, jangan risau berurusan dengan orang Malaysia kerana orang Malaysia tidak membaca.

Eh! Dia baca. Kalau dia baca pun dia tidak faham. Eh! Dia faham. Kalau dia faham pun dia tidak buat. Eh! Dia buat, kalau dia buat pun tidak sempurna.

Kenyataan pemimpin mana kita tidak pertikaikan. Apa yang berlaku di hadapan kita ini Yang Berhormat Kinabatangan adalah sebenarnya satu persembahan sekumpulan masyarakat yang didorong oleh emosi, bila kita panggil sama-sama untuk berbincang berhadapan dengan fakta dan angka mereka tidak mahu menyertainya. Bila rumah siap

final • 3:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

pahat berbunyi. Itu sebab bila kita bercakap tentang ekonomi dia pakau. Bila bercakap tentang nuklear dia pakau. Bila bercakap tentang apa pun dia pakau.

Akhirnya dia jadi master, tetapi master of none, master of none. Jack of all trade. Yang Berhormat Kinabatangan. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan tentang perkara ini?

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pandangan saya cukup jelas, tidak kabur pun. Memang pakau!

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Semua kebaikan. Akan tetapi saya memang salute Yang Berhormat Batu, macam mana pun kita hujah dia masih tenang berada di situ. Dia memang kepala batulah Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya.

[Ketawa] Kebetulan kawasan dia pun banyak batu. Jadi dia sudah kena trend. Telinga dia jadi batu!

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini satu lagi batu. Cuma, saya mahu tengok dia punya batu macam mana. Sila.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya memandang serius ya perbahasan ini.

Saya harap Yang Berhormat Kinabatangan jangan berhati batu. Tunjukkan sifat kemanusiaan. Kita mempunyai rakyat di seluruh negara membantah Projek Lynas ini

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

dan kerajaan - bukankan kerajaan, Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa rakyat didahulukan. Mengapa tidak mahu mendengar suara rakyat ini yang membantah meminta agar dihentikan - Nanti dahulu belum habis, menghentikan Projek Lynas ini? Ini perkara satu.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ramai ahli sebelah sana menjadi jurucakap Lynas.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, sekarang mereka buat perbandingan. Mereka kata, *“Oh!

Sekarang Projek Lynas tak sebahaya Projek Asian Rare Earth di Bukit Merah. Thorium di Bukit Merah itu 45 kali ganda lebih tinggi yang diproses Asian Rare Earth itu adalah amang.

Ini bukan, Lynas bukan”.* Mereka sekarang membuat perbandingan di antara yang dua.

Akan tetapi sehingga hari ini kerajaan tidak pernah memohon maaf.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Membayar pampasan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Kepada mangsa-mangsa di Bukit Merah!

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Faham.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Ekoran membenarkan operasi Syarikat Asian Rare Earth. Belum akhirnya, Yang Berhormat Kinabatangan satu perkara lagi.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Banyak juga.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kalau kerajaan mahu sumbangan ekonomi, pelaburan, kita ada banyak-banyak industri yang lain. Tidak perlu mendapatkan pelaburan dari Lynas. Kita ada bukit, kita ada pantai, kita ada tanah tinggi, kita ada kebudayaan yang begitu unik untuk tarik pelancongan. Tidak perlu ada Projek Lynas ini.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya haraplah...

final • 3:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh sambung sedikit?

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Kinabatangan tunjukkan sifat kemanusiaan apabila rakyat membantah terimalah. Jangan ambil sebarang risiko.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Pelajari dari insiden Bukit Merah.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak apa beri dia dahulu, tidak apa.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sebab akan ditangguh bukan generasi ini.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi generasi akan datang dapat pelupusan sisa Bukit Merah tersebut...

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak, kalau suruh dia bercakap sampai petang nanti pun tidak habis cakap!

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Akan perlu dipantau 300 tahun.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya tak mengalah sudah dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya mengalah dengan Yang Berhormat satu ini. Ini baru saya jawab satu kali.

final • 3:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Semalam saya sempat mendengar perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan tentang semasa membahas Akta Kualiti Alam Sekitar. Yang Berhormat memetikkan betapa teruknya pencemaran kilang-kilang kelapa sawit di kawasan Kinabatangan yang tidak boleh selesai berpuluh-puluh tahun. Kalau bandingkan dengan Lynas, ia macam pencemaran radioaktif ini

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

dan juga pada masa akan datang.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sahlah tidak baca!

final • 3:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Sisa-sisa radioaktif ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Hah! Ini.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang akan kita...

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Contoh orang yang tak ada baca.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Sisa-sisa radioaktif ini yang akan simpan beratus-ratus tahun. Bagaimana Yang Berhormat Kinabatangan memastikan?

Kalau pencemaran di kilang-kilang tidak dapat selesai...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bagaimana hendak harapkan...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Faham.

final • 3:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Sisa-sisa radioaktif ini?

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Faham.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh?

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh?

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya kena mengalah dengan jiran saya juga.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya. Sebelum laporan ini dibentangkan pun, saya dah agak pembangkang akan menegakkan benang basah dia. Berbagai-bagai-bagailah alasan kerana pembangkang dalam negara ini sebenarnya cuba memutarbelitkan fakta, cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya benci tentang sesuatu projek yang menguntungkan, ya.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi, ini hanya untuk politik pembangkang sahaja. Macam Yang Berhormat Batu Gajah kata, dengarlah pandangan rakyat. Betul, ada rakyat yang membantah tetapi majoriti rakyat tidak membantah. Ini kita kena timbang juga masalah majoriti rakyat. Laporan ini sudah sempurna saya rasa kerana juga disumbangkan dengan fikiran-fikiran pakar-pakar yang memang boleh kita percayai. Jadi kalau hanya hendak bermain politik pembangkang menggunakan ini sebagai helah politik untuk mempengaruhi rakyat benci kerajaan, saya rasa kita kena tolaklah.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mengalah Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Benda ini boleh dibahaskan pendek sahajalah.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mengalah Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 3:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita ambil keputusan ini sahajalah.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh saya jawab dahulu?

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hah!

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya kena jawab dahulu Yang Berhormat Batu Gajah. Nama kawasan batu gajah. Hati dia keras macam batu juga. Tuan Yang di-Pertua, saya bukan tidak berperikemanusiaan kerana berperikemanusiaanlah maka saya berdiri di sini menyatakan sokongan padu saya kepada Lynas sebab pakar- pakar beratus beribu pakar menyatakan ia tidak berbahaya. Kerajaan Malaysia boleh memberikan kebenaran!

Mula-mula saya pun waswas, saya ada kebimbangan. Dia tidak mengandungi bahan radioaktif yang terlalu tinggi. Dalam Dewan ini bahan radioaktif lebih tinggi daripada apa yang ada di Lynas. Ini pakar kata pun kita juga tidak bimbang. Ramai lagi yang berebut jadi wakil rakyat. Jadi, kenapa - Saya mahu mintalah Yang Berhormat Batu Gajah buatlah perkara yang baik walaupun Yang Berhormat Batu Gajah salah seorang daripada pembangkang. Perkara yang baik kita nyatakan baiklah.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan perkara yang baik pun oleh sebab membangkang, kita terus menyatakan tidak baik. Jadilah macam Yang Berhormat Bandar Kuching, walaupun itu tidak baik untuk pembangkang tetapi baik untuk rakyat. Maka kita terima.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mengalah dengan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap sahaja. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi kita mendengar hujah daripada Yang Berhormat Batu Gajah dengan mengatakan bahawa apa perlu kita membawa Lynas ke Malaysia sedangkan kita boleh mencari pelaburan dalam bidang yang lain. Dalam bidang pelancongan. Kita kononnya ada bukit, ada pantai. Ini saya kira satu pandangan yang amat-amat mengecewakan. Tujuan kita membawa Lynas ini ke Malaysia dan offer atau menawarkan tempat di Malaysia ini ialah untuk membawa teknologi tinggi kerana kerajaan telah mengatakan bahawa negara ini harus berganjak daripada industri yang kita sudah biasa kepada satu industri yang berprestasi tinggi, berteknologi tinggi yang mampu untuk menjana pekerjaan dan juga habuan ekonomi kepada kita.

Saya ingatkan kepada Yang Berhormat Kinabatangan dan minta penjelasan.

Walaupun kita memberi 12 tahun insentif, walaupun mungkin Lynas itu sendiri peluang pekerjaannya tidak begitu banyak. Akan tetapi apa yang kita mahu ialah spin offnya.

Apabila nanti kilang-kilang yang akan menggunakan nadir bumi ini untuk teknologi hijau yang akan menjadi peneraju kepada teknologi tinggi dunia akan berpusu-pusu datang ke Malaysia di situ nanti kita akan mendapat habuan ekonomi. Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kota Belud, pepatah Melayu ada menyatakan, “Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan kita dapat sagunya”

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Hah! Ini pendekar juga. Kena beri pakar juga ini.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya bau durianlah dalam Dewan ini. Siapa makan durian saya tak tahu. Ini pun mencemar.

[Ketawa] Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Laporan yang kita terima semalam.

Laporan ini, hari ini bahas. Ini yang menyebabkan banyak di kalangan rakan-rakan kita termasuk pembangkanglah yang mengkeriau ini kerana mereka tak sempat baca. Jadi, setujukah kalau saya tanya Yang Berhormat lain kali bila kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pemilih seumpama ini, dapat laporan, serah kepada Ahli-ahli Parlimen paling tidak seminggu.

Selepas itu bolehlah Yang Berhormat Sri Gading telefon tiap-tiap pembangkang sudah baca ataupun tidak. Jadi kalau kita sudah baca semua, baru kita faham. Ini masalahnya terima semalam, tebal. Hendak faham pun tidak mudah, ini teknikal banyak. Jadi ini yang saya rasakan kesal sedikit bila laporan dibentangkan semalam, hari ini sudah bahas. Patutnya boleh bahas minggu depan. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang benarlah kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, ini perkara penting. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas, berilah satu minggu untuk kita menelaah laporan-laporan sebegini. Oleh sebab itu ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat menuduh bahawa tidak dibaca. Memang tidak sempat membaca pun sedangkan fakta itu tepat dan benar. Jadi, minta diambil perhatian dengan sewajarnya.

Yang Berhormat tadi – dari mana ini?

[Disampuk] Kuala Selangor? Bukan, bukan.

Dia ini.

[Disampuk] Petaling Jaya, ya, ya. Ada dua perbezaan. Di Kinabatangan itu sisa toksik yang dilebur oleh pengilang-pengilang. Lynas ini, dia jelas sama kita bahawa bahan radiasi dia terlalu rendah dan tidak membahayakan manusia dari apa segi sekalipun. Ini kerana saya percaya kepada pakar. Kalau pakar daripada PAS boleh keluar dengan bangga menyatakan memang tidak berbahaya, Yang Berhormat yang lain bukan pakar menidakkan kepakaran orang yang pakar, saya tidak tahulah. Mungkin ada sesuatu kena diperbetulkan dengan tindakan Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini pakar jugakah? Kalau pakar saya beri. Mungkin pakar putar alam. Sila.

final • 3:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pakar di dunia, di peringkat antarabangsa, IAEA, yang beri ramalan semua berkenaan dengan risiko daripada radiasi semua, kepakaran itu juga diragu. Parlimen United Kingdom, Britain, mereka telah tubuhkan satu committee, the cherie committee untuk kaji balik apakah sebabnya ramalan oleh IAEA ini, pakar yang terbesar di dunia, apabila mereka lihat kawasan di keliling nuclear reactor di Britain, di Jerman, kadar leukemia jauh lebih, dua kali lebih. Jadi ertinya, cara dia...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Di Iraq tidak jumpa pun.

final • 3:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

...Timbangkan risiko daripada radiasi ini ada satu kesilapan kepakaran di antarabangsa. Jadi bila ada keraguan macam itu, boleh kita katakan kepakaran kita mencukupi? Boleh kita ambil risiko itu? Itulah isunya. Bolehlah kita ambil risiko atas kesihatan rakyat kita?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang jelas Yang Berhormat. Cuma kita harus ingat bahawa manusia tetap manusia, tidak ada yang sempurna. Kita cuma boleh merancang. Allah juga merancang kepada manusianya dan akhirnya perancangan Allah juga yang terlaksana. Manusia ini walaupun kita pakar macam mana, tetapi kita hendak buat apa? Doktor, pakar-pakar, takkan Yang Berhormat suruh saya bedah orang, saya bukan pakar, sebab kita ada keraguan dengan pakar membedah? Ini sudah menjadi satu masalah. Bermakna itulah kejadiannya. Manusia ini tidak ada yang sempurna, semuanya begitu. Walaupun ada keraguan, tetapi kita percaya kepada keyakinan bahawa bagaimanapun, kerajaan perlu rujuk dengan pakar- pakar yang berkepakaran. Bukan pakar meracun pemikiran rakyat, bukan pakar yang memutar belit fakta dan kenyataan.

Kalau soal Yang Berhormat Batu Gajah cakap rakyat tidak setuju, ada demonstrasi, saya kira-kira tadi ada lebih kurang 60 orang. Saya angkat satu telefon kalau hendak buat, saya boleh angkat 200 orang hendak menyatakan sokongan kepada Lynas.

Akan tetapi kita tidak buat sebab kita percaya dengan kepakaran dan realiti sebenarnya.

Walaupun kita menidakkan sesuatu benda itu, kita harus percayalah, kalau kita umah Islam, percaya kepada qada’ dan qadar. Satu juta tangan kita hendak tolak satu orang ke atas langit, Tuhan kata tidak, tidaklah. Itulah jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rakan saya yang lain akan memanjangkan hujah saya sebab ada perkara-perkara lagi yang perlu kita selesaikan. Akan tetapi saya tidak nampak – kecuali mereka yang benar-benar beku minda mereka, tidak boleh menerima hakikat, fakta dan kenyataan bahawa kerajaan negara ini, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional bukanlah kerajaan yang zalim yang mahu membunuh rakyatnya. Kalau ini kerajaan yang kita ada, saya sendiri pun tidak mahu menganggotai kerajaan ini. Akan tetapi, apa yang saya dapat lihat bahawa kerajaan ini memberi keadilan sejagat. Walaupun mungkin ada keraguan, keraguan memang ada. Setiap kita manusia, selagi nadi kita berdenyut, selagi itu detik keraguan kita memang ada. Akan tetapi jangan biarkan keraguan kita mengatasi rasional kita, mengatasi segala-gala kebaikan dalam diri kita ataupun untuk rakyat kita.

Kepada Jawatankuasa ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Walaupun mungkin ada perkara-perkara kita perlu perbetulkan, tetapi 99% saya melihat Jawatankuasa ini telah memenuhi aspirasi yang dikehendaki oleh Dewan ini. Memanggil pakar luar negara, dalam negara, kalau ada pakar atas langit pun kita boleh panggil, pakar dalam air pun kita panggil. Apa lagi? Pakar dari mana lagi yang kita mahu guna pakai akal fikiran mereka? Jadi saya haraplah isu ini, rakyat di luar sana pandai-pandailah, jangan kita terkeliru dengan orang-orang yang keliru.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan daripada PSC ini. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Tunggulah pilihan raya nanti.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tetaplah itu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya bangun mencelah untuk mendapat reaksi Yang Berhormat ‘Kinatabangan’...

[Ketawa] Susah betul hendak sebut.

[Disampuk] Yang Berhormat Kinabatangan iaitu saya ingin mencadangkan apabila pihak Parlimen menubuh jawatankuasa terpilih seperti Jawatankuasa Terpilih SPR baru-baru ini dan kali ini Lynas, cadangan saya kalau boleh lain-lain masa jika ada lagi jawatankuasa terpilih seumpama ini, bila laporan siap dibentang kepada Ahli-ahli Parlimen dan diberi masa paling kurang satu minggu untuk Ahli-ahli Parlimen membaca laporan ini.

Ini kerana sesudah kita membaca laporan, apatah lagi kalau maklumatnya berkaitan dengan teknikal, saya juga Tuan Yang di-Pertua, ingin menghubungi kawan- kawan yang ada kepakaran untuk mendapat third opinion. Apabila kita dapat mengumpul pandangan-pandangan ini, maka kita boleh turut berbahas dengan lebih rasional, lebih

final • 3:36 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

profesional dan fokus kepada isu yang berbangkit. Jadi oleh sebab laporan dibentang semalam, jadi memang sukarlah kita untuk memahami pada keseluruhannya dari segi isu Lynas yang kita bahaskan sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada saya dari segi prinsipnya, semua projek ataupun apa sahaja yang boleh memudaratkan negara, memudaratkan rakyat memang kita tidak bersetuju. Kita semua ingin mencari perkara yang baik. Sama juga, tidak ada sesiapa yang tidak mahu melihat agar pilihan raya di Malaysia ini dijalankan dengan bersih, dengan adil.

Sama juga dengan projek Lynas ini. Apa pun, cuma kaedah kita membantah, kaedah kalau kita tidak bersetuju, kaedah kita hendak menyampaikan pandangan, ini yang penting. Kalau ini kita beri perhatian, maka tidak timbul perkara-perkara yang negatif. Akan tetapi maklum sahajalah, saya faham sebab ada di kalangan mereka, apa juga isu termasuk Lynas, mereka lebih melihat kepada political mileage. Emosi dan fikirannya sudah pun dikuasai oleh political mileage. Apatah lagi di saat-saat PRU Ke-13 menjelang tiba, apa sahaja isu yang boleh digunakan untuk mendapat political mileage akan dimaksimumkan. Jadi ini masalahnya.

Jadi kalau kita tumpu betul-betul kepada professionalism, kepada fokus perbincangan ini, tentu saya percaya kita boleh mencari kebaikan bersama.

final • 3:36 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya percaya kalau kita bersikap sedemikian barulah kita berlaku adil, barulah kita bertanggungjawab kerana pada kita apa pun kita mahu melihat kemajuan, apa sahaja projek yang kita hendak jalankan jika ia memberi faedah kepada rakyat sama ada pihak kerajaan malah pembangkang pun wajar dan patut turut memberikan sokongan. Kita tidak boleh berpendirian semata-mata kerana berbeza parti politik dan hendak mencari political mileage, benda yang tidak benar pun kita katakan benar. Jadi inilah timbulnya kekeliruan dan inilah contoh yang tidak baik bagi kita Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal Lynas ini, saya katakan tadi saya hendak bertanya dengan pihak Pengerusi Jawatankuasa ini yang bertanggungjawab tentang satu, dua perkara. Cuma tinggal lagi saya terfikir bila apabila saya melihat gambar di dalam TV, saya membaca laporan akhbar, saya membaca pula surat khabar berbahasa Cina, banyak isu-isu mengenai Lynas ini ditimbulkan. Saya mendapati, alhamdulillahlah saya mendapati tidak ramai orang Melayu Yang Berhormat Jempol, tidak ramai orang Melayu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah Lynas ini. Hari ini pun saya lihat di Dewan tadi ada tiga, empat buah bas juga tidak ramai orang Melayu. Saya tidak tahu apakah orang-orang Melayu yang majoriti di negara ini pasif, tidak ambil kisah, tidak ambil peduli ataupun kalau mengikut kumpulan-kumpulan yang terlibat ini, apakah ada agenda tertentu yang dirancang untuk menentang projek Lynas ini?

Saya mengatakan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, satu perkara saya tidak hendak menyebut soal teknikal sebab saya bukan pakar. Saya tidak mahu menunjukkan kita Ahli Parlimen ini memang orang kata master of all trades. Jadi semua kita hendak bercakap semua kita tahu, padahal ada sesetengah kita tidak tahu, kita serahkan kepada pakar dan cuma kita hanya boleh bercakap soal dasar, peraturan undang-undang kita faham. Tetapi tinggal lagi dan bab ini saya katakan tadi, sebab saya terfikir juga apakah mereka menentang, minta maaflah kalau saya terlanjur. Apabila saya menyemak, mereka yang terlibat dalam projek Lynas ini Tuan Yang di-Pertua adalah Saintis, 95% orang Melayu.

Saya cukup berbangga apabila ada di kalangan orang-orang Melayu yang sudah sampai kepada tahap menjadi saintis. Ini kerana dalam projek Lynas ini saya mendapati ada lima pakar sahaja iaitu daripada luar negara yang bukan Melayu. Jadi tentu kalau dilihat dalam perspektif ini tentunya saya merasa bangga kerana projek ini bukan sahaja diharapkan mendapat manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan negara tetapi juga mendedahkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya apabila ada projek- projek seumpama ini, bukan sahaja mereka mendapat peluang pekerjaan tetapi penyelidikan.

Sebab itu dahulu pemimpin-pemimpin negara dahulu memikirkan untuk melaksanakan kereta Proton Saga. Saya masih ingat pada waktu itu tentangan begitu hebat apabila didapati rakyat Malaysia tidak ramai, kuasa pembeli tidak besar tetapi dari segi jangka panjang bagaimana projek itu bukan sahaja memberikan peluang kepada anak- anak Malaysia, tetapi bidang projek itu sendiri termasuk Lynas ini yang memerlukan

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

kepakaran Saintis pada masa akan datang, tentu boleh memberikan faedah kepada negara kita. Jadi saya tengok 95%.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati mula-mula saya baca dan tengok di dalam Internet, katanya Australia menentang, jadi apabila Australia menentang bahan mentah daripada Australia...

final • 3:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Negara, ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Minta mencelah sedikit. Tuan Yang di-Pertua saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Pasir Mas, semasa pakar- pakar nuklear daripada luar yang datang untuk satu sidang rare earth antaranya Yang Berhormat Pasir Mas boleh tengok di dalam muka surat empat laporan, Mr. Jack Lifton, Mr.

Alastair Neill, Dr. Chun-Hua Yan, Mr. Cristoph Wilheim , mereka ini pakar-pakar nuklear dunia. Mereka datang dan pergi ke Lynas dan memberitahu kepada Jawatankuasa semasa pertemuan dengan mereka, mereka bangga melihat pakar-pakar, saintis anak-anak Melayu di kilang Lynas ini boleh memberi bukan sahaja penjelasan kepada mereka tetapi juga boleh menjawab soalan-soalan yang sukar dan susah yang mereka kata anak-anak murid mereka di universiti mereka pun ada yang tidak boleh menjawab. Tetapi pakar-pakar Saintis anak Melayu boleh menjawab on the spot tanpa ragu-ragu sedikit pun memberikan jawapan yang betul. Jadi adakah Yang Berhormat Pasir Mas bersetuju bahawa ini menunjukkan bahawa anak-anak Melayu kita sudah ada kepakaran yang disebut.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sebab itu saya membangkitkan kerana laporan inilah saya bangkit kerana saya mendapati sudah ada anak-anak Melayu yang sudah sampai kepada tahap menjadi Saintis dan saya percaya jika diberikan peluang tentulah kemajuannya akan lebih hebat lagi. Saya hendak balik tadi, betul saya menyebut Australia, negara besar, rakyat tidak ramai, bahan mentah daripada negara mereka tetapi mereka protes, mereka tidak mahu buat, datang ke Malaysia. Logik akal saya pun rasa tidak senang hati, tidak masuk akal. Rupa-rupanya bukan mereka tidak memberikan lesen, memang Australia pun memberikan lesen cuma kerana kos air dan seumpamanya tinggi, sebab sememangnya memang sesuatu projek pelabur-pelabur ini yang hendak membuat projek ini, kalau tidak menguntungkan siapa yang hendak buat dan mungkin ini satu blusterous guide sama juga.

China sendiri juga bersetuju untuk membuat projek seperti Lynas ini, cuma negara China meletakkan syarat iaitu bahan keluaran ini tidak boleh di eksport, mesti dijual di China sahaja. Jadi apabila dua asas ini saya lihat, maka it makes sense pada saya projek ini boleh menguntungkan kalau ditadbir dengan baik, diurus dengan sempurna dan boleh memberikan faedah kepada negara. So it is a blusterous guide. Jadi kenapa kita hendak menentang? Kalau kita hendak menentang semata-mata kerana keselamatan, mengancam rakyat.

Masalah keselamatan, ancaman kepada rakyat ini bukan setakat projek Lynas, tunjuk perasaan jalanan seperti Bersih baru-baru ini, pukul polis, baling kereta itu juga mengancam keselamatan rakyat bukan setakat projek Lynas, itu lebih berbahaya, lebih memudaratkan negara, kesan kepada pelabur asing, rugi kepada peniaga, juga ada kena mengena dengan alam sekitar. Jadi jikalau kita melihat daripada perspektif yang menyeluruh dan membandingkan nampak tidak hypocrisy? Nampaklah ketidakjujuran dan ketidakadilannya. Sila Yang Berhormat Jasin.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas kerana telah memberikan satu hujah yang cukup baik sekali. Tetapi apa-apa pun kita jangan lupa bahawa pelaburan ini berjumlah sebanyak RM2.5 bilion. Ia memerlukan hanya kepada pelabur-pelabur yang mempunyai kepakaran, kebolehan dan mempunyai wang.

Apabila mereka menaruk RM2.5 ini ke Malaysia kerana dikenal pasti bukan sahaja Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur, politiknya stabil tetapi tentang iklim pelaburan yang cukup terbaik dan juga Malaysia terletak di kawasan yang paling strategik sekali untuk memasarkan apa juga produk daripada Lynas ini ke destinasi-destinasi yang telah kita kenal pasti.

Kedua, sebenarnya perbincangan telah dijalankan sejak tahun 2006 lagi dan sejak itu kementerian melalui beberapa kementerian seperti MITI, Kementerian Sains, Teknologi

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

dan Inovasi serta beberapa kementerian yang lain telah bersatu untuk membuat kajian.

Pada tahun 2007, mereka telah memberikan full text exemption selama 12 tahun. Apa sebab 12 tahun ini? Tentu ada satu sebab yang tertentu kerana ini satu projek yang cukup terbaik, cukup strategik kerana kita memerlukan – kerana pada ketika ini China menguasai sebanyak 90% daripada produk ini.

Jadi kita tidak mahu kalau China sahaja akan memonopoli, jadi seharusnya Malaysia dapat bersama-sama merebut peluang ini selain daripada memberikan peluang pekerjaan, kerana kita lihat bukan sahaja projek ini viable, projek ini tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada orang ramai. Ini kerana apa yang disebutkan –saya tengok pembangkang tadi, kadang-kadang kita membuang masa yang banyaklah Yang Berhormat kerana mereka sebenarnya tidak berhujah secara saintifik. Kalaupun kita bercakap apa sekalipun kerana telah ada mental block, tidak ada satu pendirian, dia hendak kacau kita, dia hendak sekat kita kerana projek ini akan mendatangkan satu keuntungan yang paling besar kepada negara, memberikan kemajuan ataupun pekerjaan. Jadi kalau boleh dia hendak menggagalkannya.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Itu sebab Yang Berhormat kita dapat tahu, apa-apa pun yang kita cakap, saintifik macam mana, apa pun hujah kita, dia kata tidak bagus juga. Ini sebenarnya bukan sahaja satu pembohongan bahkan mereka telah membuat satu penganiayaan kepada rakyat Malaysia. Apakah pendapat Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Setuju 101%, dengan izin. Jadi Tuan Yang di- Pertua, memang saya katakan tadi, kadang-kadang kita perlu ingat – bukan kadang- kadanglah, peluang ini, opportunity ini tidak datang selalu. Ini penting, peluang. Kita tahu sekarang ini perkembangan sains dan teknologi cukup hebat. Lihat sahaja dunia teknologi maklumat. Kita lihat perkembangannya, dalam masa tiga empat bulan ada produk baru.

Lima enam bulan ada produk baru. Jadi maksud saya ialah kalau ada bahan-bahan ataupun unsur-unsur negatif daripada segi alam sekitar yang boleh menyebabkan macam- macam penyakit kononnya. Tentu saya pun tidak bersetuju.

Cuma saya katakan di sini, kalau diuruskan dengan baik, dengan perkembangan teknologi, sains, ada pakar-pakar saintis ini, perkara ini boleh diatasi dari semasa ke semasa. Apa yang pentingnya, kalau kita hendak buat sendiri, kita hendak melabur sendiri, hendak tunggu syarikat tempatan sendiri, tidak mungkin kita akan ada projek seumpama ini.

Mengapa tidak? Suatu hari, kita hendak lihat negara Malaysia ini bukan setakat projek Lynas, lebih hebat lagi, projek-projek besar yang lebih hebat. Di Singapura contohnya, Singapura sekarang ini sedang dalam perancangan untuk menubuhkan loji nuklear yang menggunakan torium. Tahu atau tidak? Dalam proses. Tidak ada sesiapa bising pun. Tidak ada sesiapa bising pun.

Lynas ini setahu saya hanya setakat hendak mengeluarkan nadir bumi. So, it is purely chemical punya factory bukan nuklear punya factory. Jadi, apa yang kita hendak bising sangat? For the sake of oppose. Jadi, saya rasa tidaklah menampakkan kewibawaan kita. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu lah. Kegigihan Yang Berhormat Batu ini memang hebatlah tetapi kalau boleh, kalau dia fokus, maknanya kalau hendak menentang, menentang benda-benda yang munasabah. Benda-benda yang masuk akal.

Kita pun sokong. Jangan for the sake of oppose, hendak oppose. Just because I am opposition. Tidak boleh. Then you are not going to be responsible, dengan izin.

Akan tetapi kalau mana yang baik, diberikan sokongan. Mana yang tidak baik, tegur dan reciprocal daripada pihak kerajaan pun begitu juga. Ini yang kita harapkan. Ini yang kita nanti-nantikan. Ke arah politik ini, kita hendak menuju tahun 2020 negara maju.

Akan tetapi itu pun, di negara maju pun Tuan Yang di-Pertua, di Taiwan, di Eropah pun, baling kasut. Macam-macam, bertumbuk, bergasak. Mereka ini engineer, doktor, semakin teruk kita lihat. Jadi, kita di sini alhamdulillah. Cuma baik kita mengingatkan diri kita. Jadi, kepada saya, yang pentingnya ialah kita mesti mendesak ataupun mengingatkan kerajaan.

Bukan soal menentang tetapi mengingatkan kerajaan, mana kekurangan daripada segi peraturan-peraturan. Supervision nya macam mana. Ini penting bagi menentukan cuma kelemahan negara kita ini satu sahaja. Kita lihat sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, kelemahan dahulu-dahululah. Memang kita buat apa-apa kita hendak apa-apa semua beres. Beres, tidak ada apa, kemudian ada masalah.

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jawapannya dalam perhatian, kita akan ambil tindakan tetapi akhirnya kita lihat ada sesetengah berlaku macam-macam. Saya tidak hendak sebutlah perkara-perkara yang berlaku sebelum ini, yang menimbulkan keresahan rakyat, yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jadi, rakyat pula memanglah dunia politik sekarang ini kita tahu, yang datang tadi pun, empat lima hingga buah bas tadi kalau tidak dibayar, tidak datang. Kalau tidak disediakan bas, tidak datang. Sama dengan Bersih dahulu, kalau tidak diberikan duit, tidak datang. Semuanya kerana upah. Cuma ada pihak yang tertentu di belakang. Cuma saya hendak tahu, pihak mana di belakang ini.

Ini disebabkan saya cukup yakin kalau diambil kira daripada segi faedah Lynas ini kepada negara dan dia pilih Malaysia dan kita tahu iklim di Malaysia ini, keselamatannya masih lagi terjamin, yang ke-19 di antara seluruh dunia, walaupun macam-macam dalam negeri ada sekarang ini tetapi masih lagi okey. Pelabur pun yakin. Mereka hendak duit mereka selamat kalau melabur di negara kita. Akan tetapi selain daripada elemen politik dalaman negara kita ini, saya hendak tahu mungkin takut ada ejen-ejen dari luar yang memang mungkin cemburu, tidak senang hati dengan kejayaan Malaysia. Apatah lagi kalau saya hendak sebut lebih, saya dituduh macam-macam pula. Saya katakan tadi, 95% saintis Melayu ini.

Saya harap apabila projek ini dilaksanakan, kebetulan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga Menteri Pengajian Tinggi, supaya dijadikan bukan sahaja research ini untuk mereka yang bekerja di sana mendapat pengalaman. Akan tetapi bagaimana seluruh universiti di Malaysia ini, pusat-pusat pengajian tinggi, semua ada faculty of engineering dalam bidang sains ini supaya memanfaatkan secukupnya supaya dijadikan tempat menimba ilmu, tempat research, tempat praktikal. Jadi, digunakan bukan setakat daripada segi ekonomi, kewangan tetapi perkembangan ilmu pada masa akan datang. Ini boleh supaya ia dimanfaatkan dan Lynas ini nanti sepanjang masa, dibuka, terbuka untuk diawasi, disiasat untuk di – oleh mana-mana pihak. Jangan ikut waktu sahaja tetapi at all times, supaya ia terdedah pada maklumat dan pengetahuan orang ramai.

Jadi, perlu kalau boleh selain daripada diawasi oleh pihak-pihak kementerian di bawah jawatankuasa-jawatankuasa yang ada tetapi apalah salahnya kalau saya cadangkan, mesti ada some kind of standing committee, satu jawatankuasa lain pula seperti SPRM, bukan. Macam-macam tingkat jawatankuasa. Hal-hal isu ini, penasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah. Jadi ini pun kalau boleh ada lagi satu, third committee yang menyiasat secara berkala, berterusan supaya we do not take any single chance sebab bahayanya Tuan Yang di-Pertua, katalah apabila chemical factory ini, kilang ini atau Lynas ini dilaksanakan nanti just a slight off oversight. Nanti lori, orang kena langgar dalam kawasan ini pun dia kata “Inalillah” [Ketawa] Jadi maksud saya, maknanya make no mistake. Kalau make no mistake dan ia boleh kita sampaikan zero mistake. Kalau betul- betul penguatkuasaan pengawasan dijaga dengan betul-betul. Kalau lepas tangan...

Kita haraplah janganlah projek Lynas ini jadi macam projek lain-lain. Macam projek-projek yang ringan-ringan, even development project, potong bukit, tarah bukit, syaratnya macam-macam. Nanti pengusaha, entrepreneur, tauke pergi jumpa dengan jabatan-jabatan tertentu, hulur sana, hulur sini, semua lulus. Hendak tangkap, susah.

Selepas itu, orang politik juga kena. Akan tetapi kadang-kadang permainan di bawah ini, handal juga dalam kalangan jabatan-jabatan ini. Hulur sana, hulur sini. Hendak ambil tindakan tidak boleh. No proof tetapi benda berlaku. Sekarang ini rasuah, penyalahgunaan kuasa Tuan Yang di-Pertua berlaku cara halal. Legal corruption ada. Contohnya, kita katakan satu agensi, ada tanah, harga RM100 juta, dijual RM70 juta ataupun patut jual RM100 juta, RM120 juta. Dijual RM100 juta. Ada arrangement. Kaunter di bawahnya ada.

Ini dalam kalangan pengerusi kah, lembaga pengarah kah.

But, it was approved in the board meeting. Minit mesyuarat ada. So, it become legal. Pergi ke court pun tidak menang, memang legal. Akan tetapi moralnya salah.

Moralnya tidak betul tetapi undang-undangnya betul. Ini isu yang kita hadapi sekarang ini.

Oleh sebab itu rakyat gelisah. Rakyat tidak faham pula apabila tidak ada ambil tindakan sebab hendak ambil tindakan proof tidak ada. Urusan dibuat secara yang telus, dibawa ke mesyuarat. Kalau pengerusi bentang, kalau CEO bentang, siapa hendak bantah?

Walaupun ada empat lembaga pengarah, lima ada lembaga pengarah. Takut tidak disambungnya nanti. So, memang ya sahajalah. Apa sahaja pengerusi hendak, apa sahaja CEO hendak. Ini dalam kalangan agensi-agensi. Ini yang berlaku Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, saya bimbang projek-projek seumpama ini seharusnya tidak berlaku unsur- unsur seumpama ini. Kalau tidak, berlaku kebocoran. Kalau tidak timbul macam-macam masalah nanti. Yang disalah, nantilah pihak kerajaan yang disalahkan. Selepas itu, hendak tubuh pula jawatankuasa menyiasat. Selepas itu kita pula buat kenyataan, perkara ini tidak akan berlaku lagi. Dua tahun tidak berlaku, tahun yang ketiga berlaku pula. Banyak sudah kes yang kita lihat sebelum ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, dengan advancement technology sekarang, sepatutnya perkara-perkara ini tidak berulang lagi. Jadi, sebab itu saya tak hairan bila kita tengok pembangkang tuduh macam-macam. Negeri-negeri mereka memerintah pun serupa juga. Sama juga di Hulu Kelantan tengok dari segi yang boleh mengancam alam sekitar, yang boleh mengancam kehidupan manusia dan kehidupan liar, tidak sedikit. Dengan penebangan balak yang halal, yang haram. Sungai-sungai Kelantan pun kotor. Jadi, macam-macam. Rakyat pun tak ada kerja.

Jadi, bila ada peluang pekerjaan seumpama ini pula, kita bantah pula. Jadikan pula isu politik. Jadi, seluruhnya tidak konsisten. Seluruhnya hipokrit kerana politik. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dalam soal projek Lynas ini, saya tidak ada masalah secara peribadi. Saya beri sokongan cuma nak mengingatkan tadi sahaja. Mengingatkan dari segi kementerian yang mengawasi projek...

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Ketua pengarah jabatan. Kemudian mereka yang bertanggungjawab nanti supaya mereka telus betul-betul. Jangan menyeleweng. Nanti esok-esok ada sedikit kebocoran, lepas itu nak tutup kebocoran supaya takut jadi isu ataupun boleh diteruskan. Ada pula tukang hulur. Projek macam ini hulurnya tidak kecil ini, Batu Berendam. Ini bukan kecil ini. Kalau bilion-bilion punya projek, hulurnya tidak kecil.

Sila.

final • 4:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Pasir Mas. Saya mendengar dengan teliti hujah Yang Berhormat tentang bagaimana isu Lynas ini dipolitikkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Apakah dengan hujah-hujah yang diberi dan alasan yang diberi oleh masyarakat sains, scientific community dengan nuclear expert, pakar nuklear, pakar radiasi, pakar rare earth dan sebagainya yang telah dikumpulkan oleh Jawatankuasa ini yang mana telah dapat mematahkan hujah-hujah pihak pembangkang tetapi mereka masih mahu mempertahankan hujah mereka itu kerana mereka takut apabila mereka mengakui bahawa laporan ini adalah yang benar dan tidak lain dan tidak bukan daripada benar, mereka akan mengalami satu pukulan politik ataupun bahana politik yang cukup besar kerana ini adalah satu pembohongan yang telah dibuat berkali-kali dan begitu lama sekali?

Mereka sekarang tersepit. Saya kira pembangkang tersepit. Nak mengatakan bahawa laporan ini betul, bermakna mengatakan mereka telah menyeleweng pandangan rakyat selama ini. Maka, mahu tidak mahu Yang Berhormat Pasir Mas, mahu tidak mahu, mereka terpaksa berdiri di dalam Dewan yang mulia ini menidakkan satu perkara yang benar kerana isu politik. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya sudah daripada awal Kota Belud, saya sudah sebut tadi waktu saya bercakap. Memang saya sudah jawab, memang ini politik. Politik kerana pilihan raya nak datang. Jadi, mereka tengok ini satu peluang untuk nak dijadikan isu and discredit the government. Itu dan mereka harap dapat political mileage. Akan tetapi saya juga sebut tadi saya tidak tolak kemungkinan ada unsur luar.

Mereka ini tengok jangka pendek sahaja, PRU ke-13 ini. Katalah kalau projek ini jalan, mereka dapat memerintah PRU ke-13, kata mereka dapat memerintah. Woi, ramailah pulak nak berebut jadi lembaga pengarah nanti.

[Ketawa] Nak dapat faedah, nak projek, nak itu, nak ini. Berebut projek sama juga. Kalau tidak, kalau tengok setengah-setengah negeri sekarang ini yang mereka perintah, bukan main hebat juga mereka berebut projek ini. Samalah juga.

Jadi pada saya, memang benar apa yang disebut oleh Kota Belud tadi. Memang tujuannya tujuan politik. Cuma saya nak beri penekanan sekali lagi. Saya bimbang, takut ada unsur luar. Unsur luar. Unsur luar yang tak mahu melihat Malaysia berjaya ini sebab

final • 4:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

saya sudah sebut tadi. Singapura nak buat kilang nak keluarkan torium ini. Saya sebut negara China. Ini sebab projek-projek besar seumpama ini, ia ada agenda masing-masing.

Oleh sebab itu untuk makluman Kota Belud, dulu saya ada baca laporan, macam- macam NGO, Green Peace dan banyak lagi NGO-NGO lain. Baru saya sedar rupa-rupanya banyak pejuang NGO-NGO ini di luar negara peringkat antarabangsa ditaja oleh multinational corporation. At times, the same company yang keluar produk itu, dia taja NGO untuk bantah projek ini tak bagus, produk ini tak bagus. Just because another new product producing company nak dikeluarkan. Mereka pun buat kempen di seluruh dunia. Samalah juga dengan Lynas ini. Saya percaya ada pihak-pihak berkepentingan sebab projek ini memang memberi impak yang besar.

Jadi, saya tidak ragu-ragu Tuan Yang di-Pertua, sebab sebelum-sebelum ini pun macam-macam cadangan dibantah. KLCC dulu pun dibantah. Menara Berkembar itu dulu dibantah bukan main hebat. Saya pun turut bantah. Tengok, 20 juta rakyat datang kerana KLCC. Jambatan Pulau Pinang, Proton, Multimedia Super Corridor, kita tengok Putrajaya.

Jadi, ada projek yang rakyat harus lihat kepentingan jangka pendek, ada projek kepentingan jangka panjang. Ini kita sudah nak masuk negara maju sudah, tahun 2020.

final • 4:00 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Pasir Mas, Pasir Mas.

final • 4:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bila kita jadi negara maju, by having a competent product seperti Lynas ini, ia melengkapkan masa depan negara dari segi pergerakan.

Bukan sahaja menuju negara maju tetapi negara sains teknologi yang semaksimum mungkin. Ini yang kita harap dan saya harap...

final • 4:00 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Pasir Mas, boleh? Saya tertarik dengan dua perkara yang disentuh oleh Pasir Mas berkaitan dengan kumpulan yang membantah dengan cubaan mempolitikkan isu Lynas ini. Saya nak tanya Pasir Mas, masa pendengaran awam dibuat, contoh saya nak tunjuk bagaimana mereka putar belitkan isu ini menjadikannya isu politik.

Contohnya, satu kumpulan NGO memanggil diri mereka ‘Save Malaysia, Stop Lynas’. Mereka diberi peluang untuk melawat kilang Lynas untuk diberikan penjelasan supaya mereka faham proses yang berlaku di kilang ini. Mereka hantar surat. Surat ini bertarikh 20 Oktober 2011, hari Khamis, dihantar oleh Tan Bun Teet. Tan Bun Teet ini katanya pengerusi NGO ini. Dia bagi lapan syarat kepada pengurusan kilang Lynas yang dia tahu syarat ini, kilang Lynas boleh penuhi.

Ada satu syarat yang dia minta yang disebut di sini bahawa pihak media tak dibenarkan hadir. Dia kata nak syarat lawatan dia ke kilang Lynas ini, pihak media tak boleh hadir. Kenapa pihak media tak boleh hadir? Dia takut kebenaran itu terbongkarkah? Jadi, syarat ini tak dipersetujui. Disebabkan syarat itu tak dipersetujui, mereka tak mahu pergi.

Guna itu sebagai alasan tak mahu pergi. Sebenarnya, dia memang tak mahu pergi.

Contoh yang ketara sangat semasa pendengaran awam itu, pada 10 Mei 2012 di Universiti Malaysia Pahang, mereka datang. Kumpulan Save Malaysia, Stop Lynas ini datang. Dia datang masuk dalam dan dia cuba beri keterangan. Dia minta imuniti dan lain- lain, macam-macam, benda-benda yang tak munasabah dia minta. Tanpa disedari, rupanya di luar dia sudah siapkan kenyataan akhbar. Dia sedang duduk di dalam tetapi sudah ada kenyataan akhbar. Kebetulan kita dapat. Kenyataan akhbar itu kata:

‘SMSL, Save Malaysia, Stop Lynas, walk out of today’s PSC enquiry on the refusal of the Committee to provide a written guarantee that the necessary Parliamentary privilege be granted, so that the evidence given will not be used against SMSL for libel sued.’ Dia tengah duduk kat dalam itu, kenyataan akhbar ini sudah keluar, kata dia walk out.

Maknanya, dia datang itu, dalam kepala otak dia, memang dia nak buat walk out. Hendak tunjukkan lakonan kat dunia, “Wah, dia walk out daripada”, kenyataan sudah siap, benda belum berlaku.

Sama juga Pasir Mas. Contoh, Jawatankuasa Peguam Negeri Pahang.

Jawatankuasa Peguam Negeri Pahang adalah antara persatuan yang membantah. Saya tanya mereka, ada buat atau tak lawatan ke kilang Lynas. Mereka kata, tak ada. Mereka kata mereka pergi ke Australia. Saya kata, kamu Lynas kat Pahang tidak pergi, sibuk pergi ke Australia. Itu satu. Jelas, menunjukkan bagaimana mereka cuba putar belitkan isu ini menjadi isu politik.

final • 4:00 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kedua, isu yang saya tertarik yang dibangkitkan oleh Pasir Mas ialah berkaitan dengan kumpulan yang membantah.

final • 4:00 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau Yang Berhormat Pasir Mas tengok daripada muka sembilan sampailah ke muka surat 14 senarai mereka yang hadir jelas Yang Berhormat Pasir Mas yang orang- orang Melayu termasuk penduduk Kampung Sungai Balok yang berdekatan dengan projek ini termasuk penduduk Kampung Selamat, Tanjung Api berdekatan dengan projek ini, termasuk pimpinan PAS kawasan, yang datang ke pendengaran awam ini mereka kata mereka tidak ada masalah langsung dengan projek ini. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Pasir Mas tengok senarai yang membantah kita dapat lihat bahawa yang perwakilan daripada kumpulan bangsa Melayu tidak membantah. Jadi adakah ini menggambarkan bahawa bantahan projek Lynas ini sudah bersifat rasis. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir MAS?

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Pasir Mas saya tambah sedikit boleh tak satu ayat sahaja?

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Encik Tan Bun Teet. Insiden ini berlaku kenyataan akhbar yang mengecam jawatankuasa ini dibuat sebelum mereka datang. Akan tetapi itu tidak mengapa. Apa yang saya ingin mengatakan kepada Yang Berhormat ialah apabila kita beritahu sebab mereka mahukan kononnya imuniti, mereka mahukan satu imuniti daripada jawatankuasa ini barulah beliau boleh mengeluarkan fakta-fakta dan hujah-hujah beliau.

Kita katakan kepada mereka, pertamanya jawatankuasa ini tidak mempunyai hak dan kuasa untuk memberikan imuniti kepada saksi. Akan tetapi yang lebih penting daripada itu kita tekankan, kalaulah hujah mereka itu betul-betul dipercayai oleh mereka sebagai satu fakta kenapa tidak sahaja diluahkan dan dihujahkan di dalam pendengaran tersebut.

Kenapa perlu imuniti kalau betullah hujah Save Malaysia Stop Lynas ini betul sudah tentu dan mereka mempunyai pegangan yang kuat daripada hujah itu sudah tentu hujah itu patut diluahkan.

Akan tetapi mereka berdolak-dalik, mereka mahukan imuniti yang mereka tahu kita tidak mempunyai kuasa untuk memberikan imuniti kepada mereka. Mereka gunakan insiden itu keluar surat khabar mengatakan dalam Malaysiakini, Malaysian Insider mengatakan jawatankuasa ini tidak berani mendengar pendengaran mereka kerana kita tidak mempunyai hak memberikan imuniti kepada mereka. Ini yang menjadi masalah kepada kita Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Kota Belud. Oleh kerana Yang Berhormat daripada Kota Belud dan Kulim Bandar Baharu juga ahli jawatankuasa terpilih dan saya percaya kedua-dua Ahli Yang Berhormat kita ini saya mengenali integriti dan wibawanya, jadi saya tidak ragu-ragu lagi pendedahan yang diberi oleh kedua-dua Ahli Parlimen ini. Tahniah. Memang saya mengakui Tuan Yang di-Pertua, saya sorak saya yakin, Save Lynas, kumpulan ini saya yakin mereka ini dibayar. Ada dalang di belakang sama ada internal or external. Saya cukup yakin. Oleh sebab itu mereka hendak imuniti, mereka tidak mahu pihak media hadir.

Sebab dia boleh kalau tidak dia tidak boleh politikkan.

Jadi dia tidak boleh lakonkan. Jadi oleh kerana mereka hendak lakonkan, hendak politikkan mereka letaklah syarat-syarat. Oleh sebab itu macam hari ini Tuan Yang di- Pertua, tiga atau empat buah bas saya duduk bilang tadi, saya slow kereta saya tengok muka-muka mereka. Ini Lynas pun mereka tidak tahu apa benda ini.

[Ketawa] Saya percaya tetapi mungkin akan keluar dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, macam Yang Berhormat Kota Belud sebut tadi mungkin international news. Mereka akan fokus gambar, ini bantahan di Malaysia, hendak cemarkan. Sekarang ini dunia media baru tentu mereka akan gunakan sepenuhnya untuk tarnish the image of Malaysia. Jadi amat tepatlah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Kota Belud dedahkan tadi dan saya berharap sangat seperti yang saya kata awal-awal tadi, kalau kita betul-betul rakyat Malaysia, kita betul-betul patriotik, kita betul-betul bertanggungjawab, walaupun kita berpolitik, berbeza parti tetapi kalau kita betul-

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

betul sayangkan Malaysia, kita mesti berpandukan apa yang saya katakan tadi. Tegur, kita tegur. Itu mesti kita kena tegur.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Akan tetapi ini belum apa-apa lagipun kita sudah bantah habis-habis. Kita lawan habis-habis. Ya Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Pasir Mas. Masa perhimpunan dibuat semua pakai baju hijau saja t-shirt. T-shirt ini pun kalau kira RM10 atau RM15, RM10,000 duit t-shirt ini pun beratus ribu itu. Siapa yang sponsor ini? Orang yang sponsor t-shirt ini pun mesti ada kepentingan dia, begitu itu t-shirt. Kemudian transportation. Transport pun satu buah bas RM1,000, RM1,500. Makan? Minum? Duit poket lagi. Saya rasa perhimpunan yang dibuat di mana hari itu di Kuantan ya? Kuantan berjuta itu dia punya sponsor dia bukannya sedikit itu. Jadi saya kira betullah mengikut ramalan Yang Berhormat Pasir Mas tadi ada pihak di belakangnya ini yang berasa tidak senang dengan projek ini. Saya dapat tahu betul atau tidak betul ada syarikat swasta juga yang tolong sponsor ini perhimpunan-perhimpunan hijau ini. Itu satu perkara yang saya rasa perlu kita persoalkan.

Kedua kalau pihak-pihak Yang Berhormatlah betul-betul hendak bercakap soal kepentingan rakyat dan kepentingan negara, boleh cakap dalam Parlimen ini tetapi kita lihat mereka bukan sahaja di Parlimen tetapi buat di luar sana mengheret orang ramai, anak- anak muda yang tidak faham tentang perkara ini. Jadi daripada situ jelas menunjukkan bahawa bagi pihak parti politik pembangkang ia tujuannya untuk menimbulkan perasaan benci kepada kerajaan. Kalau hendak katakan rakyat, rakyat Pasir Salak pun ramai juga.

Tidak seorang pun jumpa saya kata; “Dato’ kami tidak setuju, kami membantah Lynas ini”.

Tidak ada seorang pun. Hari itu Ketua Pembangkang pun ada pergi juga ke Pasir Salak.

Shah Alam pun ada pergi, tidak bagi tahu saya, kalau bagi tahu boleh saya kumpul ramai orang sedikit. Akan tetapi tidak berapa ramai yang hadir. Tidak ada masalah isu Lynas ini dibangkitkan atau bantahan rakyat. Ini bantahan daripada segelintir pemimpin yang melihat mungkin ianya satu perkara yang boleh dieksploitasikan oleh mereka.

Satu lagi saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat saya ingin melihat dari segi sudut agama. Saya membaca sejarah orang-orang Yahudi yang mereka disebutkan di al-Quran ia tidak boleh menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin atau kepimpinannya kerana semata-mata kerana Rasulullah bukan pilihan mereka. Jadi sanggup menolak kerana bukan pilihan mereka dan sanggup mengubah-ubah apa yang terdapat di dalam Kitab Taurat yang telah pun ditetapkan oleh Allah SWT, diubah-ubah kerana hendak memberikan justifikasi kepada pandangan, pendirian dan tuntutan mereka. Begitulah sekarang ini. Kita dapati dalam akhir zaman ini pun oleh kerana berebut pengaruh, berebut kedudukan, berebut hendak jadi Perdana Menteri timbullah itu, perkara yang sama di mana perkara yang benar pun tidak boleh terima. Hakikat pun tidak boleh terima, apa juga pun tidak boleh terima. Ini semata-mata kerana ‘PHD’. Falsafah hasad dengki yang wujud di kalangan kita rakyat kita manusia pada hari ini.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menolak segala kebenaran. Menolak segala fakta. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlulah kita berasa perlu dipanjangkan. Kita sudah tahu sikap orang-orang yang sebegini.

Lebih baiklah kita teruskan dengan projek kita, kerja amal kita yang baik. Insya-Allah ianya akan membawa kebaikan kepada negara. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Pandangan...

final • 4:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Nanti saya habiskan ini. Sekejap sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu merupakan pandangan dan saya amat setuju dengan pandangan tersebut. Cuma kalau saya sambut bola tanggung Yang Berhormat dengan kod aspek politik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi, saya tidak mahu kecoh pula jadinya nanti. Cukup saya kawal setakat apa yang katakan mudah-mudahan apa yang saya maksudkan itu difahami oleh mereka- mereka yang berkenaan. Sila.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat Yang Berhormat Pasir Mas, kita sudah ada Perdana Menteri yang ramai semenjak Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan bawalah kepada pemimpin yang selalu dipuja oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan rakyat Malaysia juga iaitu Tun Dr. Mahathir. Selepas itu Tun Abdullah. Agak-agak Yang Berhormat Pasir Mas berapa ramai orang yang keluar dan membantah semua program yang membawa kilang-kilang ke Malaysia? Sonykah, bawa kilang-kilang daripada pelabur-pelabur luar negara yang melabur di Sungai Petani, yang melabur di Pulau Pinang, yang melabur di Shah Alam, yang melabur di Ipoh, Johor Bahru dan juga di Kelantan. Macam-macam kilang, kilang kamera, kilang kasut. Berapa ribu rakyat Malaysia yang keluar membantah kerana tidak patriotik dan tidak mahu kilang-kilang ini?

Berapa ribu dan berapa banyak yang keluar membantah kemasukan kilang-kilang ini?

Pertamanya kerana hendak sabotaj kerajaan, hendak tolak pembangunan. Berapa ribu? Soalan pertama. Berapa kali orang demonstrasi? Saya juga hendak tanya Yang Berhormat Pasir Mas, adakah rakyat bangun ini kerana menolak Lynas ini kerana kita ada pengalaman di mana di Bukit Merah terbukti. Oleh sebab itu rakyat bangun meminta supaya segala usaha-usaha dilakukan supaya daripada ribuan industri yang pelabur- pelabur boleh masuk, buatlah apa benda pun tetapi projek ini dirasakan membawa mudarat kepada rakyat yang untungnya tidak seberapa – 300 orang sahaja yang mendapat kerja.

300 orang Yang Berhormat berbanding dengan Sony yang ada 20,000 atau 30,000.

Kenapa kita hendak mempertahankan?

Soalan saya adakah berkemungkinan kilang ini sponsor beberapa orang untuk bercakap bagi pihak mereka? Soalan saya. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tanya saya berapa ramai orang bantah kilang kasut, kilang itu, zaman Perdana Menteri dahululah. Saya rasa tidak banyak sebab pada waktu itu Ketua Pembangkang dalam kerajaan, tidak adalah orang membantah!

[Ketawa] Tidak ada. Waktu itu semua okey. ISA okey, AUKU okey. Semua okey. Yang bantah banyak ini pembangkang tidak setuju selepas tahun 2008, selepas dipecat. Itu hakikat sebenarnya.

Sebenarnya itulah hakikat yang nyata. Jadi kalau dikata Bukit Merah menjadi isu, Bukit Merah, Bukit Merahlah. Saya percaya Lynas ini pun memang betul-betul kerana politik apatah lagi sekarang ini pun isu pun tidak berapa banyak. Isu pun sudah tidak ada sekarang ini. Sudah tidak banyak. Jadi ada satu atau dua.

Manakala yang peliknya, saya hendak beritahu Yang Berhormat Pasir Salak tadi ada sebut – yang peliknya politik Malaysia ataupun hal-hal Malaysialah Yang Berhormat Sri Gading, benda yang benar jadi tidak benar. Benda yang tidak benar jadi benar di Malaysia ini – persepsi. Belum kes pergi ke mahkamah sudah jatuh hukum. Jadi benda yang benar.

Ada setengah-tengah benda yang benar saya hendak beritahulah. Yang Berhormat pun tahu. Sudah tengok video, sudah tengok gambar.

[Ketawa] Betul atau tidak? Sudah nampak. Itu dia kata tidak benar tetapi ada sesetengah tidak nampak, tidak ada bukti lagi sudah dikatakan benar. Betul?

final • 4:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Ini kerana Yang Berhormat juga sponsor saya untuk mempertahankan Yang Berhormat Permatang Pauh semasa Yang Berhormat Permatang Pauh pi dok ISA dulu. Itu yang betul*.

[Ketawa]*

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Betullah. Dulu semua sokong Yang Berhormat Permatang Pauh, sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh dalam UMNO sebagai Ketua Pemuda, sponsor yang besar itu Yang Berhormat Pasar Salak. Itulah bapa sponsornya.

Yang Berhormat pun dahulu Ketua Pemuda Sungai Petani. Sama juga tetapi kalau sudah duduk di dalam UMNO payahlah sedikit, sudah jadi wakil rakyat, sudah naik pangkat. Take time. Sekarang ini mudah sedikit bila pergi ke pembangkang. Melawaklah.

Saya sekadar hendak jawab Yang Berhormat benda yang benar. Tadi saya katakan kenapa benda yang benar tidak jadi benar di Malaysia. Benda yang tidak benar jadi benar. Be fairlah. Saya bukan hendak mempertahankan kerajaan, tidak. Saya tengok cerita- cerita yang keluar dalam pembangkang. Kalaulah terlibat pemimpin Barisan Nasional, saya rasa runtuh langit ini dikerjakannya tetapi tidak ada sangatlah. Saya tanya juga macam Mursyidul Am PAS Kelantan. Dahulu cerita ada wakil rakyat DAP maknanya tidak ada pakaianlah. Kita tanya pandangan dia. Mudah pula jawabnya. “Kenapa kamu tengok, tidak usah tengoklah.” [Ketawa]

final • 4:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi itu sahaja dia jawab tapi kalau kena pada wakil rakyat Barisan, hoi mesti letak jawatan, mesti tubuh suruhanjaya, siasat itu, siasat ini. Akan tetapi apabila kena dia, dia diam sahaja tetapi nasib baiklah orang-orang Barisan ini ada juga baiknya, tidak seganas pembangkanglah. Betul, kalau seganas pembangkang, video baik, gambar dalam tandas pun baik. Jadi saya rasa diligan betul-betul tetapi baguslah. Jadi saya harap Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional jangan ikut perangai tidak baik ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah melencong. Saya pun tidak mahu guna masa panjang-panjang. Sekadar hendak merumus. Saya menyambut baik projek Lynas ini cuma saya hendak mengingatkan kerajaan tadilah, yang saya sebutkan tadi. Projek-projek macam ini perlu kepada ketegasan dari segi pengawasan, monitoringnya nanti, jangan berlaku sight mistake kalau sudah sampai masanya. Kita semua ada kemudahan dan saya percaya ini menjadi komponen kepada negara kita hendak jadi negara maju. Rakyat sekalian, wahai rakyat Malaysia, saya merayu supaya memang kita boleh menegur, kita boleh mengkritik, kita boleh setuju atau tidak setuju. Akan tetapi sekali lagi saya hendak sebut berhati-hatilah dengan segala maklumat, teguran, kritikan sebab saya tahu kebanyakannya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya. Malaysia kita ini banyak orang cemburu dan tambah lagi dari segi politik dalaman. Jadi kita kena berhati-hati dan kita kikis persepsi ini.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan. Saya ucapkan terima kasih dan saya menyambut baik laporan ini dan tahniah kepada Jawatankuasa terpilih yang menjalankan kerja setakat ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Rembau.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan laporan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu Lynas.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama dengan rakan-rakan daripada Barisan Nasional ingin membangkitkan beberapa isu yang berasaskan kepada kajian, fakta saintifik dan juga pendapat daripada pakar-pakar. Saya sebenarnya merasa amat dukacita pada hari ini sebab kita lihat ada usaha sekali lagi di mana sains cuba ditewaskan oleh politik. Apabila sains cuba ditewaskan oleh politik, apa yang kita dapati adalah bukan kajian, analisa dan hujah-hujah yang berasaskan kepada kajian daripada pakar-pakar. Akan tetapi sebenarnya usaha-usaha untuk menghasut rakyat supaya mereka percaya kepada pandangan yang sebenarnya tidak ada scientific basis ataupun asas sains langsung tetapi saya rasa gembira juga hari ini disebabkan kalau kita lihat secara kasar komitmen daripada pembangkang sahaja adalah satu admission bahawa mereka telah mengaku mereka kalah dalam isu ini.

final • 4:28 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kita tengok pemimpin-pemimpin utama pembangkang tidak ada untuk membahas isu Lynas. Kalau dalam rang undang-undang yang lain contohnya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dan sebagainya, semua berderet datang untuk berbahas. Akan tetapi saya rasa apabila pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Langat iaitu pakar nuklear saintis sendiri telah bangkit untuk menyatakan bahawa Lynas itu adalah satu kilang yang selamat, saya rasa di situ adalah satu check mate di mana selepas itu semua patah semangat, selepas lunch break tadi tidak ada yang datang balik hendak berbahas kerana...

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, tidak betul itu.

Kami di sini, dia tidak kata begitu. We heard it. Tidak betul, jangan pusing.

final • 4:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Dia menyebut kena hormat juga disiplin- disiplin yang lain, bukan hanya nuklear sahaja. That is what he said.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dia kata tahap radiasi itu selamat. Itu yang...

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Kita rujuk kepada Hansard. Kami di sini. Tidak benar dia cakap begitu.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap, sekejap. Dia cakap radiasi.

Radiasi selamat.

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Dia kata radiasi luar selamat tetapi yang lain-lain semua...

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, tidak, dia kata...

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Internal radiation, he does not vouch for it.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia kata, penyimpanan, PDF.

final • 4:30 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Putar belit.

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Itu bukan putar belit. Itu cakapnya, tengok Hansard.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, saya hendak bagitahu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau, boleh saya minta sikit?

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, sila, sila, sila.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Rembau, apa yang kita dengar begini. Jangan hendak putar belit. Kita pun dengar di sini sebab kalau Yang Berhormat Hulu Langat yang berdiri, kita semua dengar. Yang dikatakan tadi ialah radiasi selamat tetapi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi ialah beliau mempunyai persoalan tentang penyimpanan, storage. Penyimpanan...

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Nothing, but is not storage, please.

final • 4:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dan tapak. No, no...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tidak ada masalah, kita tidak ada masalah.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia menyebutkan tentang multi disiplin.

Respect boss.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak..

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, ya Yang Berhormat Rembau berucap.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, tidak apalah saya amat lucu sekali bahawa mereka cuba damage control, cuba memberi kenyataan bagi pihak Yang Berhormat Hulu Langat. Apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Kota Belud memang betul. Kalau tidak hendak dengar apa yang disebutkan dalam Dewan pun, kita rujuk kepada kenyataan yang disebut sebelum ini oleh Yang Berhormat Hulu Langat.

Setelah quote word, “setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yang dibawa. Saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat.” Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Ini quote daripada dia. “Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear, kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment.” Itu yang disebut. Lynas selamat. Hari ini dikata radiasinya selamat, tidak ada masalah.

Jadi di situ saya melihat, that is your own expert, your own expert, pakar PAS sendiri. Kalau geleng kepala, mungkin boleh rujuk kepada Yang Berhormat Hulu Langat.

Bagi tahu dia, you are not an expert. Akan tetapi beliau adalah seorang expert dan saya melihat apabila kenyataan telah dibuat, maka patahlah semangat semua daripada pembangkang. Saya melihat tidak ada kesungguhan lagi untuk bangkitkan isu sebab semuanya, semua hujah dari segi sainsnya, dari segi kepakarannya, sudah pun dijawab.

Walau apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu, dua perkara lagi. Itu kita dengar daripada pakar Ahli Parlimen Hulu Langat. Saya cuba mendapat pandangan-pandangan yang lain daripada pakar-pakar yang

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

lain, leading rare earth expert daripada Kanada, iaitu seorang co-founder of metals research daripada Amerika yang mengatakan bahawa, “I do not belief the radiation problem not at all”. Seorang lagi daripada German yang mengatakan bahawa plant Lynas itu nampak selamat dan segala-galanya telah diambil kira dari segi waste procedure management.

Rakan saya pergi dalam lebih terperinci lagi dan juga beberapa lagi pakar daripada China, daripada Thailand yang mengatakan bahawa sinaran dan juga sisa dan residu daripada Lynas ini tidak menimbulkan tahap yang bahaya kepada penduduk dan juga kepada sesiapa yang berada di sekitar termasuk pekerja yang ada di Lynas.

Di sini sering ditimbulkan oleh pihak pembangkang bahawa macam Yang Berhormat Sungai Petani kata tadi, bahawa sudah kita ada pengalaman melalui apa yang berlaku di Asian Rare Earth dan itu menjadi bahan rujukan bahawa apa yang berlaku di sana akan juga mungkin berlaku di Gebeng, akan juga mungkin berlaku di Lynas. Akan tetapi setiap kali perbahasan datang ke pihak sini, kita bangkitkan perbezaan. Perbezaan yang ketara antara Lynas dan Asian Rare Earth. Akan tetapi segala fakta itu seolah-olah tidak diterima langsung bahawa soal perbezaan-perbezaan radiation yang ada dengan Asian Rare Earth dan juga di Bukit Merah dan juga Lynas, 37 kali ganda lebih banyak radiasinya daripada Asian Rare Earth berbanding dengan Lynas.

Itu fakta tetapi itu seolah-olahnya di ignore, tidak penting. Minor detail that is inconvenient dengan izin kepada pembangkang. Ini sebab mereka sering kali membuat perbandingan antara Asian Rare Earth dengan apa yang berlaku di Bukit Merah. Jadi kita kena memahami bahawa ada fundamental differences. Ada perbezaan yang begitu asas sekali dengan apa yang telah berlaku di Bukit Merah dan juga apa yang telah dan sedang dicadangkan akan berlaku ataupun akan ditubuhkan di Gebeng, di kilang Lynas ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi fakta yang menjadi inconvenience bagi pembangkang. Seolah-olah mereka tidak sambut, mereka tidak mengakui, mereka ignore completely all the scientific evident yang ada. Contohnya, ini saya petik daripada seorang pakar, seorang doktor medical doctor yang mengatakan contoh, dia bagi contoh.

Dia kata, “The tin slags from the eastern smelting and straits trading in Penang which contains tantalum and monoxide ore and the monoxide ore can be more than 3,700% more radioactive than the Lynas waste in Penang and this radioactive tins slags will use to fill up the all Penang Stadium and the roads in Penang. A lot of this have already been stolen and sold of at the huge profit but a lot still remains in the road and Butterworth and Penang Island. The people in Penang have not developed cancer so far as a result of this slags.” Jadi ini menunjukkan seorang pakar, seorang medical doctor yang mengatakan bahawa ada bahan-bahan yang digunakan di Penang yang mengandungi kesan radioaktif 3,700% lebih daripada waste daripada Lynas, residue daripada Lynas tetapi langsung tidak bagi kesan kepada sesiapa yang ada di situ. Jadi itu adalah...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, sila.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Rembau dan Tuan Yang di-Pertua. Saya dapati bahawa kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Rembau berhubung dengan radioaktiviti level untuk tin slags di Penang dengan apa yang disebut tentang Asian Rare Earth di Ipoh adalah amat mengelirukan. Pada satu ketika, beliau seolah-olah mengatakan bahawa sekiranya jumlah radiasi di Gebeng sama dengan jumlah radiasi di Asian Rare Earth di Bukit Merah, maka ada sebab untuk kita hendak merasa risau.

Akan tetapi pada masa yang sama, beliau mengatakan yang the tin slags yang dekat Pulau Pinang bukan sekadar 37 kali ganda, 37,000 kali ganda. Lalu sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini, saya pun hendak mendapatkan penjelasan. 37 kali ganda maka ada sebab untuk kita risau, tetapi 37,000 kali ganda maka tidak perlu kita risau.

Ataupun macam mana? Pasal tin slags tadi, Yang Berhormat Rembau kata, sudah 37,000 kali ganda lebih radioaktif. Akan tetapi yang rare earth dekat Bukit Merah 37 kali ganda, hanya 37 kali ganda dan Gebeng tidak menjadi masalah oleh sebab hanya satu per tiga puluh tujuhlah.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Lalu the level of radioactivity I am sure lah that is more to it than what you are presenting. Pasal ini kalau hendak ikut apa yang dikemukakan, seolah-olah 37,000 kali ganda pun tidak jadi masalah. Is that what are you saying? Kalaulah itulah yang benar, maka kita buang masalah kita buat jawatankuasa ini, bincang tentang inilah, itulah, syarat inilah, syarat itulah sedangkan yang dekat Pulau Pinang itu 37,000 kali ganda pun tidak jadi masalah. So please explain, technicallylah, what exactly are you trying to say? Kita tidak faham.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sama-sama.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Ya, saya rujuk kepada posting yang dibuat oleh Dato’ Dr. Lui Ho Wah. Seorang pakar, seorang medical doktor.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Point yang saya bangkitkan tadi, mungkin Yang Berhormat Shah Alam tidak ada, adalah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Dia yang buat perbandingan antara Lynas dan juga Asian Rare Earth. Dia kata kita sudah ada precedent bahawa Asian Rare Earth ini telah menyebabkan kesakitan, telah menyebabkan kanser, leukemia dan macam-macam lagi. Jadi saya cuma bangkitkan bahawa tidak ada bukti yang Asian Rare Earth ini...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya akan pergi kepada Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Tidak ada bukti bahawa Asian Rare Earth ini telah menyebabkan kesakitan tersebut dan itu baru 37 kali ganda lebih daripada Lynas. Sama juga di Pulau Pinang, 3,700% of radiation effect lebih daripada Lynas dan tidak memberi kesan. Itu yang dimaksudkan oleh saya. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Cuba Yang Berhormat Rembau dengar betul-betul hujah pembangkang. Apabila mereka cuba untuk mengaitkan Asian Rare Earth di Bukit Merah itu dengan Lynas, apa hujah mereka? Mereka cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan mengatakan kepada kerajaan, “Buktikan bahawa tidak ada hubungan kanser di kawasan tersebut dengan Asian Rare Earth”. Dia hendak minta kita buktikan. Sepatutnya hujah itu ialah, “Ini dia bukti daripada kami pihak pembangkang bahawa hubungan antara insiden kanser di kawasan tersebut ada kaitan dengan Asian Rare Earth”. Sekarang ini mereka cuba mengubah the burden of proof to the government. Ini kalau hendak berhujah mengatakan ada hubungan di antara kanser yang berlaku di kawasan tersebut dengan Asian Rare Earth, Yang Berhormat Rembau, maka mereka patut mengeluarkan data, bukti. Kenapa pula hendak suruh kerajaan yang membuktikan? Ini saya kira sudah menunjukkan kelemahan hujah tersebut.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya rasa pendapat dan pandangan Yang Berhormat Kota Belud memang tepat bahawa beban bukti itu cuba dipindah daripada satu pihak kepada pihak kerajaan dan sepatutnya kita tidak entertain permintaan tersebut.

Akan tetapi saya hendak nyatakan bahawa di bawah Parliamentary Select Committee ini sikap keterbukaan kerajaan untuk memastikan bahawa satu kajian yang mendalam dapat dibuat tentang apa yang berlaku di Bukit Merah. Antara syor yang telah dikemukakan oleh Parliamentary Select Committee seperti mana Yang Berhormat Kota Belud menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut adalah...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Lee boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya sekejap Tuan Yang di-Pertua. Adalah satu kajian lanjut kejadian kanser dan leukemia di Bukit Merah dijalankan dengan diterajui oleh KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama AELB. Maksudnya apa yang diminta oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi iaitu permintaan daripada pembangkang shift the burden of proof kononnya kita kena turun kaji, kita akan buat. We want to go to

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

show sama ada, ada medical-linked, scientific proof bahawa incidents of leukemia, cancer dengan izin yang berlaku di Bukit Merah itu sebenarnya ada kaitan ataupun tidak daripada Asian Rare Earth Plant yang diadakan di Bukit Merah suatu ketika dahulu. Yang Berhormat Shah Alam, saya bagi Yang Berhormat Gopeng ya. Dia doktor.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan insiden kanser dan sebagainya di Bukit Merah, sebenarnya ini sepatutnya jadi tanggungjawab kerajaan. Ini bukan tanggungjawab pembangkang atau NGO. Ini sepatutnya tanggungjawab kerajaan. Itu yang pertama.

Kedua, data-data tersebut kalau ada buat kajian, data-data tersebut memang sepatutnya ada di Bukit Merah. Kementerian Kesihatan Malaysia sepatutnya buat kajian dengan teliti dan buktikan tidak ada peningkatan kanser akibat Asian Rare Earth di situ. Itu bukan kerja yang susah. Data semua sudah ada, cuma you just need to go in and look for it. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Gopeng, terima kasih tetapi mengikut apa yang saya tahu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun buat pengesahan bahawa tiada bukti yang mengaitkan kanser leukemia yang berlaku di Bukit Merah dengan apa...

final • 4:40 PM

Dr. Lee boon Chye - Gopeng

Tidak ada bukti.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap, sekejap. Dengan apa yang berlangsung di Asian Rare Earth refinery tersebut. Akan tetapi apa yang saya hendak bangkitkan di sini, inilah disebabkan Tuan Yang di-Pertua, kita minta sangat pembangkang baca dahulu syor-syor yang dikemukakan oleh Parliamentary Select Committee sebab nampak sangat bahawa tidak ada langsung pengetahuan mengenai recommendation yang dikeluarkan dalam Parliamentary Select Committee ini. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng saya sebutkan tadi, saya sebut dalam pencelahan, menjawab pencelahan daripada Yang Berhormat Kota Belud...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Recommendations number 10 bahawa Parliamentary Select Committee minta kerajaan menubuhkan di bawah Health Ministry and Atomic Energy Licensing Board supaya satu kajian dibuat mengikut...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

That shows tidak pernah dibuat. That shows is not been done.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

No, no.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau sudah dibuat, kenapa hendak suruh buat sekali lagi? Kemukakan sahajalah. That is proof that benda itu tidak dibuat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kena minta jalan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Yang Berhormat, saya enggan sangat bagi peluang pencelahan kepada Yang Berhormat Shah Alam sebab dia bangkitkan isu yang tidak logik dan the arrogant of his intervention is too much. I think we have to put a stop to this.

Ini bukan soal it has not been done, it has already been conducted by the Health Ministry dengan izin. Cuma kita hendak bagi satu lagi level of comfort kepada rakyat Malaysia yang menyoalkan the impact of radiation daripada Asian Rare Earth dengan tertubuhnya satu kajian yang akan dijalankan oleh KKM dan juga Atomic Energy Licensing Board. Dahulu mungkin kajian dibuat KKM sahaja. Hari ini kita mengesyorkan kepada Parlimen satu kajian dibuat bersama dengan AELB. Ya Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Rembau...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

You can sit down, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini masalah hujah Yang Berhormat Shah Alam ini. Dia...

[Disampuk] Man is a nice word lah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang kerajaan buat di sini Yang Berhormat Rembau ialah apabila kementerian mengatakan awal dahulu bahawa tidak ada hubungan antara insiden-insiden kanser dan juga Asian Rare Earth di Bukit Merah, pembangkang mengatakan tidak, ada tohmahan dibuat. Maka kerajaan buat lagi sepertilah juga dengan jawatankuasa ini. Walaupun semua pakar-pakar di seluruh dunia kebanyakannya yang pakar nuklear fizik, rare earth dan macam-macam lagi mengatakan selamat, mereka kata tidak selamat, kita tubuhkan lagi jawatankuasa ini. Bukan bermakna yang dahulu itu tidak betul tetapi kita mahu mengambil hati pembangkang, memberitahu kepada mereka, kepada Yang Berhormat Shah Alam bahawa sebenarnya pandangan beliau ini terlalu tertutup. Macam Yang Berhormat Kinabatangan kata tadi, hatinya batu.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Saya setuju. Cuma saya tidak setuju bahawa kita buat semua ini untuk mengambil hati pembangkang. Frankly I don’t...

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tarik balik kenyataan itu. Itu memang satu kesilapan yang besar.

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya pun hendak tengok siapa yang tertutup. Saya berdiri menunggu giliran, peluang. Ini nampak tertutup sangat.

final • 4:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Frankly I don’t give a damn about pembangkang. Saya lebih risau tentang rakyat dan kita buat semua ini sebagai satu penjelasan yang diberi kepada rakyat, keselesaan, comfort, yang kita beri kepada rakyat bahawa setiap peringkat dikaji dengan teliti. Bukan setakat Lynas tetapi juga kesan radiasi daripada Asian Rare Earth yang telah berlangsung di Bukit Merah satu ketika dahulu. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Okey Yang Berhormat Shah Alam, apa dia?

final • 4:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey terima kasih Yang Berhormat Rembau. Kalau tidak, membuktikan bahawa pihak yang tertutup bukan pihak pembangkang.

Saya rasa apa yang telah dinyatakan oleh pihak Menteri apabila dia membentangkan laporan daripada Parliamentary Select Committee ini dengan sendirinya menjelaskan dia sendiri menuntut supaya pihak pembangkang membuktikan bahawa ada kaitan dan tidak mengemukakan bukti sebaliknya. So kalau sekiranya sudah ada bukti yang menunjukkan bahawa tidak ada hubung kait di antara masalah kanser dan leukemia yang berlaku di kawasan Bukit Merah, kenapa tidak dibentangkan di dalam laporan yang telah dikemukakan? Ianya tidak dikemukakan.

Sebaliknya memohon supaya kita pula membuktikan dan dengan mudah sahaja menolak bahawa persoalan ini memang satu masalah yang hingga sekarang yang the dump site ataupun masalah sisa yang dihadapi di Bukit Merah itu perlu dipantau selama 300 tahun. Ini telah menelan belanja yang begitu tinggi dan ini membuktikan bahawa ianya memang ada bahaya dan ada radiasi dan ada masalah yang akan dihadapi oleh rakyat.

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dibuktikan secara saintifik dan secara empirikal bahawa sememangnya tidak ada hubungan di antara satu sama lain. Di sini pihak kerajaan telah gagal.

final • 4:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Rembau?

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Is that it? Is that the best you have? Saya bagi Yang Berhormat Kota Belud jawablah.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

I save the best for last, I save the best for last.

final • 4:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat biar saya jawablah ini bukan level Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau ini kita dengar bagaimana mereka menggunakan fakta itu dan gembar-gemburkan 300 tahun, hendak jaga 300 tahun. Ini, dia tidak tahu Yang Berhormat bahawa Naturally Occurring

final • 4:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Radio Active Materials (NORM) ini berlaku di mana-mana, berlaku di mana-mana, di bawah dalam tanah ada radiasi, torium. Saya hendak bagi tahu kalau di Kerala, India. Kerala, India Yang Berhormat Rembau ini ada satu dia kata 4,000 parts of thorium per million.

Kalau di Lynas itu cuma 1,600 tidak ada pun satu saintifik evidence yang mengatakan rakyat di Kerala, India itu mempunyai kandungan torium 232 di dalam badan mereka.

Kemudian kalau kita tengok di Ramsar seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ramsar, Iran 260 milisievert per year pun tidak ada masalah.

Sekarang ini dia kata,”Oh! Ini torium 300 tahun.” Ini masalah pembangkang ini Yang Berhormat Rembau ialah mereka menakutkan rakyat. Dengan menakutkan rakyat ini boleh ditranslatekan itu kepada undi, itu sahaja Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya rasa cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey okeylah saya masuk bila I bahas sendirilah.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Cukuplah ya.

final • 4:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Rembau.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ingin maklumkan suara penduduk di Kampung Baru Bukit Merah dan berhampiran. Insiden yang berlaku ke atas mereka itu masih menghantui mereka sehingga hari ini, sebab mereka mempunyai satu tapak pelupusan. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Kota Belud, jawapan daripada kementerian yang memberitahu kepada saya, kepada pertanyaan saya tapak pelupusan Asian Rare Earth itu akan perlu dipantau 300 tahun. Itu jawapan official, ini perkara satu.

Perlu dipantau oleh AELB, semalam saya terima jawapan 300 tahun. Ini perkara pertama.

Perkara kedua Yang Berhormat Rembau. Sehingga hari ini, kerajaan tidak pernah mengaku salah kerana membenarkan Syarikat Asian Rare Earth beroperasi. Tidak pernah mahu mengaku salah dan memberi pampasan. Sekarang Yang Berhormat bentangkan laporan ini memberi perbandingan, “Oh! Lynas ini tidak seserius dengan situasi di Bukit Merah, tidak seserius dengan operasi Syarikat Asian Rare Earth”. Saya rasa ini tidak wajar.

Yang Berhormat Rembau orang muda, mengapa tidak mahu dengar suara-suara rakyat?

Jadi agar orang kita generasi akan datang tidak perlu menanggung sebarang risiko.

Sekarang penduduk-penduduk yang berhampiran Kampung Baru ini termasuk Papan, Menglembu, Lahat, Pusing perlu menanggung risiko tapak pelupusan jarak tempat tinggal mereka yang begitu dekat. Saya pohonlah Yang Berhormat Rembau.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya ucapkan terima kasih. Saya menghormati, mendengar suara Yang Berhormat Bukit Gajah yang membawa suara daripada rakyat yang*...

[Disampuk] Sorry,* Yang Berhormat Batu Gajah, yang bawa suara rakyat yang terlibat dalam Asian Rare Earth. Saya percaya suara itu akan terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai malam ini. Akan tetapi, saya hendak bangkitkan beberapa perkara mengenai Asian Rare Earth ini ya. Pertamanya tidak benar yang siapa-siapa yang mengatakan bahawa tidak pernah ada apa-apa kajian dibuat mengenai kesan Asian Rare Earth kepada pekerjanya dan penduduk tempatan. Ini sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, is the question of reading the report, is the question of reading the report. Akan tetapi semua datang hari ini, hendak bahas tanpa baca laporan ini dengan sikap yang prejudis. Tadi disebut Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Shah Alam sebut bahawa langsung tidak pernah ada kenyataan yang mengatakan bahawa there is no link between Asian Rare Earth dan juga penyakit ataupun kanser yang berlaku. Saya rujuk kepada muka surat 33 laporan yang diberi, perenggan 5.3, “*Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kejadian kanser dan leukemia di Bukit Merah tidak dapat dikaitkan dengan Kilang ARE kerana sela masa yang singkat (5 hingga 10 tahun), dos yang diterima pekerja adalah rendah, malahan tiada pekerja dilaporkan menghidap kanser atau leukemia.

Sebaliknya...”*

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sudah berdiri sudah. Sebaliknya, ia didakwa berlaku di kalangan bukan pekerja. Ini pekerja. Dakwaan bahawa berlaku peningkatan

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

sehingga 100 kali ganda, sekiranya benar, sepatutnya dapat dilihat pada masa kini iaitu 20 tahun hingga 30 tahun selepas operasi ARE. Bagaimanapun, tiada bukti kukuh berhubung kadar peningkatan kes kanser dan leukemia dari Bukit Merah ini. Ini yang disebut ya.

Sebab itu Yang Berhormat Gopeng, please sit down. Saya faham apa yang dibangkitkan ya.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini cuma soal tahun ini.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

I mean kesan radiasi bergantung bukan setakat dos tetapi tahun selepas pendedahan kepada radiasi.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yes, yes.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi kalau kita buat kajian selepas 10 tahun, 15 tahun kita tidak akan dapat sebarang keputusan. Akan tetapi sekiranya kesan itu mungkin cuma ketara selepas 30 tahun, 40 tahun itulah yang menjadi, sepatutnya menjadi ukuran sama ada, ada kesan radiasi kah tidak. Jadi kita yang setahu saya setakat ini tidak ada saintifik proof yang penting...

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Thank you.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Sama ada kementerian pernah buat satu research kajian saintifik yang menunjukkan tidak ada kaitan. Ini yang penting. Sama ada insiden di sekitar Bukit Merah berkenaan dengan kanser leukemia itu lebih rendah sama atau lebih tinggi. Kalau di banding dengan misalannya di Rembau. Sekian.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Itu yang telah saya sebutkan tadi dan itu juga merupakan syor nombor 10 yang telah terkandung dalam laporan ini bahawa satu lagi kajian akan dibuat, satu lagi kajian akan dibuat.

final • 4:50 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Buktikan bahawa setakat ini tidak ada kajian itu yang kita hendak bangkitkan. Tidak ada kajian membuktikan selamat.

final • 4:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh saya bantu Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sila, sila, sila.

final • 4:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pertamanya 20 tahun, 30 tahun.

Yang Berhormat, Yang Berhormat kata tadi 20 tahun, 30 tahun barulah mungkin ada kesannya bermakna Yang Berhormat pun tidak mempunyai bukti yang kukuh sekarang ini.

Jangan kata ada kanser sebab kalau itulah hujah Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Gopeng yang mengatakan hanya 30 tahun tetapi sebenarnya sudah 20 tahun, 30 tahun pun tahun 1980. Tidak ada kaitan diberitahu kepada kita di dalam Jawatankuasa Yang Berhormat. Akan tetapi saya hendak bagi komen sedikit Yang Berhormat Rembau, tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Dia menggunakan istilah ataupun ungkapan bahawa Asian Rare Earth itu akan dipantau untuk 300 tahun.

Angka-angka ini menakutkan orang tetapi sebenarnya*...

[Disampuk] No,* Yang Berhormat Rembau, AELB ini memantau banyak tempat. Bukan sahaja di Bukit Merah itu, di seluruh Malaysia dipantau selagi ada Malaysia ini sampailah kiamat AELB ini akan memantau semua tempat. Tidak bermakna hanya di Bukit Merah itu sampai bila-bila. Jadi saya rasa hujah itu jangan takutkan rakyat dengan 300 tahun kononnya ini adalah satu perkara, ini yang saya agak kecewa sedikit Yang Berhormat Rembau.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam tidak mengapa.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Rembau clarify satu sahaja.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Nanti, nanti.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Because you are bit presumptuous.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Nanti, nanti, nanti.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Presumptuous.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Duduk, duduk.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia kata kita tidak baca laporan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

I think that is not fair. Saya minta dia tarik balik...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia kata kita tidak baca laporan itu, sebenarnya saya baca.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bila pekerja selamat dan orang lain tidak selamat itu menunjukkan bahawa ada bahaya. Ini kerana pekerja dia pergi, dia pakai dia punya safety clothes, dia tahu dia punya safety procedures, dia tahu macam mana hendak jaga diri. Akan tetapi orang kampung, who are not involved dia orang tidak tahu. So it is not conclusive, it is not conclusive. Saya hendak minta Yang Berhormat Rembau tarik balik kenyataan yang mengatakan saya tidak baca laporan.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey saya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini kerana ianya merupakan sangkaan jahat.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta dia tarik balik Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua saya ...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua that statement tidak betul. Dia kata saya tidak baca. Saya datang hanya hendak bergaduh, tidak betul. I read.

Kenyataan yang dibaca itu is not conclusive. Dia kata tidak ada kaitan tetapi tidak membuktikan tidak ada kaitan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini dua benda yang berbeza.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Itu dia tambah, itu dia tambah.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

You can say that there is no proof that correlate or that relates to the incident tetapi berbeza dengan mengatakan it is proven that it is not related. Ini dua perkara yang berbeza. So, baca ayat itu betul-betul, baca ayat itu betul-betul.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta Yang Berhormat Rembau baca ayat itu betul-betul.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya...

final • 4:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta dia tarik balik kenyataan yang kata saya tidak baca laporan itu. I think itu sangkaan buruk.

final • 4:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, macam rakan-rakan sebut, semua sebut, saya menghormati, saya tarik balik. Bukan dia tidak baca, dia baca tetapi tidak faham.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa yang tidak faham ialah dia, itu pun saya minta dia tarik balik.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Ia 36(6), jika ungkapan itu berniat jahat, saya katakan ianya tidak berniat jahat.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak niat jahat? Niat baik?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, boleh teruskan Yang Berhormat Rembau.

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey, saya hendak pergi kepada topik lain tetapi biarkan saya habis dengan isu ARE ini, jadi kita rekodkan dalam perbahasan. Banyak perbezaan antara Asian Rare Earth dengan Lynas yang perlu kita fahami, bukan sekadar ia punya bahan mentah daripada Asian Rare Earth adalah tahi bijih timah seperti mana yang disebutkan oleh ramai rakan-rakan tadi tetapi kandungan torium, kepekatan bahan radioaktif dalam bahan sisa dan saya rasa yang amat penting sekali untuk kita memahami.

Ini dibangkitkan oleh beberapa orang yang masih lagi menganggap bahawa proses deal Lynas adalah sama dengan proses di Asian Rare Earth. Ada yang saya sempat baca satu rencana daripada seorang NGO yang mengatakan proses di Lynas itu adalah proses yang menggunakan Technologically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Material ataupun TENORM, bukan Tenom Sabah tetapi T.E.N.O.R.M.

Ini bermaksud bahawa kepekatan aktiviti radio nuklear semula jadi dalam sisa itu ditingkatkan. There is an enhancement of the radioactive material tetapi dalam kes Lynas, ia bukannya technologically enhanced tetapi naturally occurring radioactive material. Jadi ia lebih stabil prosesnya daripada Asian Rare Earth. Bila Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan soal isu ARE, sekali lagi yang menjadi perbandingan antara Lynas dengan ARE walaupun kita semua tahu bahawa kesan daripada ARE itu tidak menunjukkan secara konklusif bahawa ada kaitan dengan kanser ataupun leukemia. Jauh beza dengan apa yang sedang berlaku di Lynas.

Jadi perkara ini perlu kita dedahkan sekali lagi, perlu kita sampaikan kepada masyarakat, public engagement amat penting. Saya harap daripada Parliamentary Select Committee punya laporan ini, kita dapat tingkatkan lagi public engagement sebab dalam pengamatan saya, saya melihat bahawa ramai di luar, masyarakat umum tahu macam- macam mengenai Lynas dan Asian Rare Earth. Akan tetapi masalahnya bila fakta semua ini di manipulate, diputar oleh pihak-pihak tertentu, maka perkara yang basic seperti perbezaan antara ARE dan juga Lynas itu pun dikelirukan. Soal bahan mentah, soal radio aktiviti, soal pemprosesannya amat beza sekali. Kalau kita dengar ucapan, celahan daripada Yang Berhormat Batu Gajah tadi, seolah-olah Lynas dengan ARE ini adalah perkara yang sama, dengan risiko yang sama tetapi sebenarnya ia ada risiko dan juga perkara processing yang jauh lebih berbeza. Perkara ini sekali lagi adalah fakta that is very inconvenient for the opposition to accept dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada perkara yang lain iaitu residue management. Saya rasa perkara ini amat penting sekali sebab kita banyak berkisar kepada apa yang kita hendak buat dengan sisa, bukan the waste but residue. Kita panggil residue sebab mengikut pihak Lynas, ada re-useable properties dengan sisa-sisa mereka. Jadi kita panggil sebagai residue dan bukannya waste. Saya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional, kita melihat perkara ini secara objektif. Amat tidak benar sekali bahawa kita menjadi jurucakap bagi Lynas ataupun menelan membuta tuli apa yang dihidangkan oleh pakar-pakar dan sebagainya. Kita sendiri telah minta supaya segala persoalan terutamanya mengenai residue, waste dan sebagainya dijawab dengan teliti. Malah saya sendiri telah menyoal Pengarah AELB dan sebagainya mengenai waste tersebut.

Didapati bahawa kita rujuk balik kepada syor yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini. Sekali lagi ini adalah berdasarkan kepada kerja yang jawatankuasa buat. Seolah-olah kita nampak daripada pembangkang there is nothing that has been done by the Parliamentary Select Committee. Seolah-olah masalah sisa ini kita tidak tangani langsung, kita tidak melihat langsung tetapi kalau kita, if we are bothered dengan izin, melihat, membaca, sebab itu saya kata tidak baca, membaca syor-syor yang dikeluarkan oleh

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

jawatankuasa terpilih ini, kita melihat bahawa banyak syor yang dikeluarkan yang akan memastikan bahawa emission of radiation, tahap kesihatan dan waste management dapat dipantau dan dapat dijaga dengan baik. Jadi sebab itu saya mengaku bahawa, saya ucapkan tahniah kepada jawatankuasa terpilih. Kita melihat bahawa antara syornya adalah:

(i) pemantauan sinaran berterusan AELB dan Lynas, bukan once in a while but all the time. Radiation level, pemantauan berterusan atas sinaran radiation dijalankan oleh AELB secara berkala di bawah Akta 308 dan peraturan di bawahnya;

(ii) radiation impact assessment sentiasa dikemas kini;

(iii) peraturan pengangkutan di selaras, improved to international level untuk memastikan bahawa pengangkutan bahan-bahan ini dapat mematuhi standard yang diletakkan oleh peringkat antarabangsa;

(iv) Jabatan Alam Sekitar meningkatkan pemantauan telah menjadi syor yang dikemukakan oleh laporan ini;

(v) data alam sekitar dipapar; dan

(vi) audit alam sekitar pihak ketiga dibuat. Kalau tidak silap saya setiap bulan.

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi ini semuanya safeguards yang telah dimasukkan dalam laporan ini yang langsung tidak diberi perhatian daripada pihak pembangkang. Sekiranya mereka risau mengenai waste management, radiation level dan sebagainya, sekurang-kurangnya mengakui bahawa safeguards ini walaupun kita rasa selamat, walaupun kita rasa radiation level di Lynas ini adalah satu radiation level yang rendah tetapi sekurang-kurangnya mengakui bahawa semua safeguards ini telah dimasukkan sebagai protokol yang mematuhi tahap antarabangsa yang sebenarnya boleh kita sama-sama persetujui. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu, selepas itu Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tidak boleh? Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rembau, saya memang menunggu sehingga Yang Berhormat menyebut tentang keyakinan awam, public confidents dan bagaimana kita sampai ke satu tahap krisis keyakinan ini berlaku apabila pertembungan di antara sentimen politik dengan sains dan teknologi ini, fakta dan angka dan sebagainya. Yang Berhormat dah sebut tadi, mungkin Yang Berhormat hendak menjelaskan tetapi saya hendak beri sedikit penekanan supaya Yang Berhormat boleh menjelaskan kerunsingan saya.

Saya pun ada krisis keyakinan apabila kita menyebut tentang continuous and consistent monitoring, kita menyebut tentang radiological impact assessment, menyebut tentang transportation of radioactivity. Kemudian kita menyebut juga tentang bagaimana kita berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam ini, seolah-olah ada satu sudut di sana kita menerima bahawa apa yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang selama ini ada asas, maka kita gariskan kesemuanya. Pada saya tidak perlu kerana memang tidak ada langsung dedahan sinar radioactivity dan sebagainya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau tadi. Jadi, apa tujuan kita menggariskan perkara ini seolah-olah seperti mengiakan yang di sebelah sana. Apa komen Yang Berhormat Rembau tentang perkara ini?

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cantik Yang Berhormat Tangga Batu, boleh saya sambung sedikit?

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Sungai Siput dulu.

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 5:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya mahu tanya adakah Yang Berhormat Rembau rasa risau sedikit dengan pendekatan daripada Lynas terhadap residu itu kerana dalam cadangan operasi di Australia yang diluluskan dalam cadangan itu, pelannya ialah untuk semua sisa pembuangan pepejal itu, all the solid residue kena hantar balik kepada lombong di Port Weld, Mount Weld dan disimpan di situ. Manakala di Malaysia, ia ada dua, tiga cadangan untuk menjadikannya sebagai simen, pakai sebagai road... pakai sebagai fertilizer. Jadi ertinya ini bahan yang sama, bahan daripada Mount Weld juga tetapi di Australia, cadangannya ialah hantar balik semua itu ke lombong. Akan tetapi bila di Malaysia, ia ada cadangan mengatakan tidak ada lagi sisa pembuangan, ia hanya residu yang boleh diputarkan, direcycle sebagai *fertilizer.

So,* pendekatannya nampaknya daripada Australia ke Malaysia, pendekatannya terhadap residu sangat berbeza. Adakah ini menimbulkan satu perasaan khuatir bila ini berlaku?

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Yang Berhormat Rembau? Terima kasih. Saya sebenarnya hendak mendengar lebih daripada mencelah tetapi tidak apa, sebabnya Yang Berhormat Tangga Batu membangkitkan perkara yang sedang saya perhatikan sama ada Yang Berhormat Rembau sanggup menerima hakikat bahawa kalau kita perhatikan ya, kalau Yang Berhormat Rembau maintain your intellectual integrity, pada muka surat 69, rumusan jawatankuasa.

final • 5:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Setelah perkara-perkara yang disyorkan dalam pandangan dan syor Jawatankuasa di muka surat 61 hingga 68, yang merakamkan apakah perkara-peraka yang perlu dilakukan dahulu, khasnya aspek pengurusan residu dan juga tentang proses kelulusan dan pelesenan itu. Kalau boleh nanti dalam hujahan saya, saya akan menghuraikan dan perkara-perkara yang dirakamkan lebih awal daripada itu dalam muka surat-muka surat yang lebih awal.

Dalam rumusan Jawatankuasa, amat mengecewakan sebab setelah merakamkan perkara-perkara yang telah disebutkan tadi, Jawatankuasa berpuas hati, satu. Berdasarkan fakta-fakta saintifik, Jawatankuasa telah berpuas hati bahawa Projek LAMP ini telah memenuhi keperluan standard, Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek ini telah menyediakan sistem kawalan. Keseluruhannya semacam satu pertentangan yang satu yang tidak coherent dengan apa yang diobserve dan dirakamkan. Perkara itu perlu dilakukan dahulu sebelum pelesenan diberikan. This is a contradiction of the highest order yang Yang Berhormat Tangga Batu menyebutkan tadi amat merunsingkan beliau. Tolong komen sedikit Yang Berhormat Rembau terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Terutamanya saya jawab soalan Yang Berhormat Sungai Siput dahulu, selepas itu Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Kuala Selangor, yang berkaitan ya. Saya difahamkan bahawa apabila Ashton Rare Earth diluluskan oleh pihak berkenaan di Australia untuk processing rare earth di Northrm, mereka diminta untuk bawa balik sisa tersebut, residu tersebut kepada Mount Weld. Bukan sangat atas faktor keselamatan tetapi more because of economic reasons. It is from what I understand Yang Berhormat Sungai Siput ya, cheaper to send the residue back, when you are at the Australia, back to Mount Weld rather than recycling it. Recycling it, usaha untuk kita kitar semula residu ini untuk menjadikan gypsum, untuk menjadikan fertilizer, untuk menjadikan magnesium phosphate memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu kita dapat komitmen daripada kilang Lynas di Malaysia bahawa mereka lebih suka, would rather try to recycle it rather than have to send it out of Malaysia. Itu adalah dari segi economic reason yang kita beri.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap ya Yang Berhormat Kota Belud, saya jawab yang ini dahulu. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Kuala Selangor, berkaitan. Yang pertamanya Yang Berhormat Tangga Batu, kenapa perlu ada semua safeguards ini sedangkan sciencetifically didapati bahawa tahap radiasi, sinaran dan sebagainya, semuanya rendah. Itu oleh kerana bukan disebabkan bahawa scientific evidence itu tidak betul. Disebabkan we have to go above and beyond. Above and beyond in this particular case disebabkan apa angkara yang

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

datang dari pihak Pembangkang. Mereka yang sengaja menakut-nakutkan rakyat supaya ini adalah satu kilang yang bahaya, radioaktif. The level of public knowledge and awareness about Lynas has been manipulated by the opposition. Sebab itulah perlu kita memasuki semua safeguards ini, semua safeguards ini untuk melihat above and beyond, tidak ada keraguan langsung, tidak ada keraguan langsung dalam Lynas ini.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan an admission, bukan satu pengakuan bahawa...

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No, no, no.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...the scientific evidence is wrong.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No, no, no.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi untuk dalam banking world, to give comfort, memberi keselesaan kepada rakyat bahawa bukan setakat scientific evidence menunjukkan bahawa it’s baseless...

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit...

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Akan tetapi semua safeguards ini untuk menjaga just in case you believe the rubbish and lies that comes from the oppostion.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Let me just give a comment on that Yang Berhormat Rembau. Sedikit.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, ya, sekejaplah, duduk, duduk.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It’s just- the issue that you have brought...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekejap Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi Yang Berhormat Rembau?

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit sahaja..

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap, duduk. What part of ‘sekejap duduk’ that you don’t understand? Saya boleh bawa - sekejap, duduk, sekejap, duduk.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Because you have invoked that statement, Yang Berhormat Rembau, sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat, tidak beri jalan lagi. Yang Berhormat Rembau tidak beri jalan lagi Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Because of the issue of risk. Risk. The concept of risk in toxicology. That is the most important issue yang kita perdebatkan. It’s a judgement call, sebab itu it’s not the question of kerana pembangkang, tidak. So, please understand that.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Rembau terima kasih. Saya pun teringat tadi setelah Yang Berhormat membuat penjelasan kepada Yang Berhormat Sungai Siput terhadap isu kenapa pula di Australia, Lynas diminta menghantar sisa itu ke lombong. Sebenarnya, kita diberitahu bahawa Lynas diberi opsyen sama ada untuk meletakkan sisa tersebut on site, tempat yang sepatutnya dibuat kilang itu atau dihantar balik ke lombong. Tidak ada undang-undang yang mengatakan perlu dihantar kepada lombong tersebut.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Lynas diberi opsyen dan opsyen itu dibuat berdasarkan kos. Sebab itu, oleh kerana mungkin kompaun yang berdekatan itu mahal, dihantar ke lombong. Itu adalah faktanya, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sama juga dengan apa yang saya cakap tadi.

[Ketawa] So,...

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Rembau, kalau boleh on that issue Yang Berhormat Kota Belud bawa tadi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, sabar Yang Berhormat, mencelah dia kena izin daripada pembahas.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Yang Berhormat Rembau? Tidak bagi? Tidak bagi tidak apa.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagilah itu, diam- diam tidak bagilah itu.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak bagi tidak apa.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apa ya? Saya rasa Yang Berhormat Kuala Selangor pun ada peluang untuk berbahas selepas ini. Saya rasa bolehlah digunakan peluang tersebut. Akan tetapi saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Kuala Selangor juga sebab saya belum lagi sempat jawab soalan pertama tadi. Ya, yang soalan mengenai Yang Berhormat Tangga Batu because we want to go above and beyond, memastikan bahawa safeguards adalah jelas, supaya rakyat rasa selesa.

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, sudah pastinya kalau inilah disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas, kenapa pula kita hendak bagi lesen sebelum semua ini dapat dijalankan ataupun sebelum semua ini dapat dibuat. There is reason kenapa kerajaan telah memilih untuk keluarkan temporary operating license dahulu?

Kalau kita tengok dengan syor-syor yang saya sebutkan tadi ya, dia just very logical.

Pemantauan sinaran berterusan AELB dan Lynas. Ini tidak boleh dibuat kalau lesen tidak dikeluarkan, you know? Its counter intuitive to suggest that you can monitor something that does not exist? The thing must exist first for you to do continuous monitoring. Sama juga dengan RIA sentiasa dikemas kini.

Kalau tidak ada Lynas yang beroperasi dengan temporary operating license, there is no way you have the baseline for it to measure. Sama ada pancaran radiasi, sama ada radiation impact assessment, sama ada kesan kepada kesihatan, you must have a certain baseline. Sebab itu kerajaan tidak membenarkan lesen secara mutlak, kita bagi temporary operating license selama berapa tahun? Dua tahun ya? Dua tahun, selama dua tahun yang boleh kita revoke, yang boleh kita tarik balik kalau sekiranya dalam tempoh masa yang diberikan itu didapati bahawa dengan baseline yang ada sekarang ini, yang mana tidak ada operasi di Lynas, di Gebeng, tiba-tiba meningkat dengan begitu mendadak sama ada exposure kepada radiation ataupun health effects kepada pekerja ataupun penduduk tempatan.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sila.

final • 5:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. This is very refreshing. Yang Berhormat Rembau, the issue is, perkara yang telah diputuskan dan dilaporkan bahawa kilang ataupun Lynas ini diputuskan oleh PSC adalah bukannya kilang nuklear pemprosesan dan sebagainya. Itulah perkara yang dirumuskan oleh PSC dan kita belah sini belum bersetuju lagi dengan perkara itu walaupun boleh cenderung untuk menerima kerana yang dibangkitkan oleh kami bukannya dari sudut itu sahaja tetapi more importantly, lebih penting daripada itu ialah bagaimana waste management sama ada toxic mahupun radioactive waste residues itu. Di situlah yang memerlukan bahawa assessment itu must go beyond and above just radiation.

Kerana kita bercakap bukan hanya *external radiation tetapi juga internal.

Therefore,* apa yang lebih penting adalah bahawa di sana perlu wujud health impact assessment dan health reassessment. Jadi, kalau hanya bersabitan dengan radiation, sudah awal-awal ditolak oleh pelbagai nuclear scientist di belakang sana. Akan tetapi isunya ialah of a health assessment toxicological assessment yang memerlukan ianya dilakukan and that studies has not been done. Termasuklah apa yang dicadangkan oleh Laporan PSC ini. Supaya a detail environmental impact assessment tidak dilakukan juga.

So, those are the issues yang menuntut perkara itu dan menekan perkara itu dahulu.

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yes Yang Berhormat Kuala Selangor.

Itulah sebab saya amat perplex sekali sebab if you bother to read the report syor nombor sembilan jalan kajian health impact assessment. Kajian HIA dijalankan serentak dengan kajian RIA di peringkat seterusnya.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Buatlah dulu.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kalau buat dahulu tidak ada baseline Yang Berhormat. Faham baseline? Perlu ada baseline. Mulakan kajian baseline kesihatan syor nombor lapan. Kajian baseline kesihatan dimulakan segera meliputi aspek utama seperti bilangan kes leukemia, kanser, congenital malformation, asthma, upper respiratory tract infection (URTI) diterajui oleh KKM untuk penerbitan awam.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kalau buat sekarang there’s no meaning because tidak ada kilang Lynas. Kita buat sekarang untuk dapat baseline. Selepas itu kita buat secara berkala. Jadi kita melihat tetapi dalam senario yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

That’s is not the way.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Buat sekarang, buat sekali lagi tanpa ada Lynas there’s no point of doing the study.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No, no, no. You don’t understand to talk about this.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Variable di sini Yang Berhormat adalah kilang Lynas.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Siapa yang akan menjadi guinea pig dalam hal ini?

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Variable di sini adalah kilang Lynas.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Rakyat Gebeng menjadi guinea pig.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye

Yang Berhormat Rembau, boleh saya bantu? Boleh saya bantu apa baseline?

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Are you thinking of that?

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

We have Malaysian Rare Earth.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bukan soal guinea pig.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Apa maksud baseline? Boleh saya bantu?

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Asian rare earth need more studies.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya sebut tadi perkara asas. It is as Yang Berhormat Klang said...

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

This is why you need an environmental expert.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

You don’t event want to listen to a nuclear expert. Now you want to listen to an expert. You don’t event want to listen to nuclear expert.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No, it’s not an issue of nuclear here...

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sit down, sit down.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

its not an issue of nuclear. Lynas have you said, you have said it all is not about nuclear reactor or nuclear processing.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sit down. Duduklah.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It is waste management.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Some of your colleague just say it nuclear.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It is a waste management. A health hazard, a health hazard.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, saya hendak bangkitkan.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Hazard.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itulah risiko yang kita sama-sama tangani dengan rasa bertanggungjawab.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That’s a lie!

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Look, stop shifting the ...

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Rembau.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That’s a lie, that’s a lie Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Soal baseline ini.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That is a lie, that is a lie.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

I’m talking about internal admitters from the…

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That is a lie.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Berkenaan dengan baseline ini sepatutnya kementerian...

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang disebut nombor...

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

It can go back to you.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat Rembau?

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

...Harus buat kajian. Baseline sekarang bukan selepas temporarily operating license diberikan. Mesti buat baseline sekarang. Ini baru jadi baseline. Bukan selepas baseline operasi kilang Lynas. Itu bukan lagi baseline. Kalau kita hendak buat perbandingan sebelum baseline itu, itulah baseline sebelum operasi kilang Lynas. Kalau tidak faham boleh tanya pakar doktor di sini.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

We have done that, we have done that.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Kota Belud mahu mencelah?

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Metodologi. Tidak faham methodology research.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, baseline sudah dibuat. Bacaan... [Dewan gamat] Saya dalam mesyuaratlah, you bacalah. Baseline sudah dibuat. Bacaan radiasi...

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Mana baseline report Yang Berhormat? Mana baseline report?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Baseline cancer mana ada data?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gopeng...

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Baseline reading, baseline reading...

final • 5:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Sekejaplah Yang Berhormat Batu.

Let me explain...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

That is not the way Yang Berhormat Batu.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud sedang mencelah sekarang Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya dalam pencelahan. Baseline reading of...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak payahlah mengganggu macam ini Yang Berhormat. Seorang, seorang.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Baseline reading of radiation. Saya hendak bagi tahu dahulu. Saya belum habis lagi.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu tanyalah pakar-pakar nuklear belakang itu. They know. That’s easy.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

You are talking about URTI, you are talking about leukemia. Itu yang baseline bukan radiation.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak bagi tahu dahulu.

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Jangan lielah, jangan menipu!

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat “pakau”, duduk dahulu.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Baseline incidents of cancer.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Duduklah dahulu. Ini celahan saya Yang Berhormat. Sekejap Yang Berhormat. Saya katakan tadi baseline radiasi itu sudah dibuat tetapi apa yang dibuat sekarang ini ialah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau dan saya setuju hendak minta penjelasan sebenarnya ialah untuk pengeluaran TOL ini pun Lynas tidak akan beroperasi 100%. Seperti mana Yang Berhormat kata tadi kita dimaklumkan bahawa Lynas tidak akan beroperasi apabila diberi TOL ini terus beroperasi 100% kapasiti. Oleh sebab itu kita minta supaya Lynas membuatnya perlahan- lahan supaya apabila dibuat secara kapasiti yang kecil kita boleh membuat readingnya dengan betul. Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau tadi. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Kalau hendak buat baseline itu tidak boleh ada TOL, tidak boleh operasi. Dapatkan data-data berkenaan dengan insiden kanser, insiden leukemia, insiden respiratory infection sebelum Lynas itu mula beroperasi. Itu baru kata baseline.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Semua statistik itu ada Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan sudah ada statistik...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Gopeng.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Berapa ramai orang kanser di Kuantan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Rembau.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

We know how many people are having cancer.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud sebagai Ahli kepada Parliamentary Select Committee dia sebut bahawa baseline itu sudah ada di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam kawasan tersebut dan kita buat sekali lagi. Kita akan buat sekali lagi seperti mana syor. Kita akan buat sekali lagi dan sudah pasti apabila Yang Berhormat bila kita bagi TOL serentak kita buat bacaan sekali lagi baseline saya rasa itu memadai. Itu menjadi basis kepada bila TOL itu diberi dan TOL itu diberi bukannya untuk operasi sepenuhnya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud. Diberi hanya sebahagian kecil daripada projek Lynas keseluruhan dibuat untuk dioperasi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua mengenai sisa ataupun residu tersebut ini saya hendak bangkitkan sebab sekali lagi ada banyak keraguan mengenai apa yang berlaku, kenapa sisa itu disimpan on side dan sebagainya. Saya telah menyoal pihak berkenaan pakar AELB dan sebagainya apa akan jadi dengan residu tersebut. Mengapa diperlukan masa di dalam tempoh masa kalau tidak silap saya sepuluh bulan sebelum R&D dibuat untuk kita dapati sama ada residu tersebut dapat di recycle ataupun tidak. Soalan saya sama juga dengan pembangkang sebenarnya. Saya kata mengapa tidak dibuat. Mengapa tidak dibuat...

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak, tidak sekejap. Mengapa tidak dibuat kajian mengenai R&D terlebih dahulu sebelum diberikan TOL. Jawapannya adalah bahawa apabila dibuat kajian tanpa memberi temporary operating license...

final • 5:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sakit jiwa.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Boleh gelak tetapi jangan kuat sangat Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Orang-orang sakit jiwa itu Tuan Yang di-Pertua!

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Apabila dibuat R&D kepada residu tersebut tanpa diberi temporary operating license dia hanya R&D yang dibuat kepada volume yang kecil. Apabila volume yang kecil the exact properties of the residue is different from the properties of the residue sekiranya volume dia lebih besar dan mereka telah minta supaya R&D itu dapat dibuat lanjutannya kepada volume yang lebih besar lagi agar dia memahami soal sama ada reusability of the residue.

Jadi bagi saya itu adalah jawapan yang boleh diterima disebabkan volume itu dalam residu tersebut memberi properties yang berbeza kepada apa yang boleh diguna dengan residu tersebut dari segi reusability. Jadi kita terima bahawa kita bagi tempoh masa bukan dua tahun seperti mana tempoh masa yang diberi untuk TOL tetapi sepuluh bulan sahaja mengenai kegunaan semula residu tersebut dan kita difahamkan bahawa temporary storage facility yang ada dalam Lynas itu memang selamat untuk digunakan bagi tempoh masa yang panjang. Akan tetapi kita juga minta comfort, sekali lagi comfort we want to know what will happen to that residue sekiranya tidak dapat di kitar semula. Ini yang saya maksudkan tadi. Ini Yang Berhormat Tangga Batu maksudkan tadi bukan setakat kita melihat kepada residu ini cuma hendak stor tetapi kita tengok apakah lagi comfort

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

(keselesaan) yang kita boleh beri kepada rakyat yang sekiranya senario kedua, senario ketiga kalau sekiranya tidak boleh diguna ataupun di kitar semula.

Pertamanya adalah untuk mencari permanent disposal facility. Permanent disposal facility itu saya sendiri tanya kepada Jabatan Alam Sekitar sama ada kita akan ada public hearing apabila kita identify permanent disposal facility tersebut dalam masa yang akan datang. Jabatan Alam Sekitar kata sudah pasti kita akan ada public hearing termasuk lokasi permanent disposal facility tersebut. Bukannya satu rahsia, bukannya satu perkara yang dilindungi oleh rakyat tetapi jaminan bahawa akan ada public hearing sebelum kita kenal pasti permanent disposal facility yang ada untuk Lynas ini. Itu senario yang kedua.

final • 5:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ketiga adalah untuk kita bawa keluar pada bila-bila waktu dan masa kalau sekiranya kerajaan kita tidak puas hati dengan residual management yang diamalkan oleh Lynas. Mereka sudah beri satu undertaking untuk keluarkan sisa ini atau residue ini dari Malaysia. Satu surat dari Lynas Corporation Australia yang mengatakan bahawa mereka akan keluarkan residue ini dan satu lagi surat daripada Lynas di Malaysia yang mengatakan perkara yang sama.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Rembau.

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi bagi kita apabila kita mendapat letter of undertaking untuk memberi jaminan...

final • 5:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Rembau.

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Bahawa residue ini sekiranya tidak boleh dikitar semula, sekiranya kita tidak setuju untuk diletakkan dalam permanent disposal facility di Malaysia akan dikeluarkan dari negara kita. Itu bak kata Yang Berhormat Tangga Batu tadi falsafah yang diamalkan adalah above and beyond, what is necessary at this stage.

Saya memberi kepada Yang Berhormat Batu.

final • 5:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dua perkara yang saya ingin mendapat pandangan dari Yang Berhormat Rembau. Pertama sekali apakah syarat atau apakah perkara yang boleh kita ambil sebagai tanda kerajaan tidak puas hati. Kita harus ada contingent yang agak objektif, bukan kerana Member of Parliament di sini kita tidak puas hati atau Kabinet tidak puas hati. Puas hati itu harus ada sesuatu yang sangat konkrit.

Yang saya rasa yang tidak dimaklumkan di sini ialah pada setakat apa kerajaan mempunyai hak untuk menyatakan tidak puas hati, itu pertama.

Kedua ialah dalam keadaan in case kalau Lynas tidak lagi beroperasi sebagai sebuah syarikat yang sudah bankrap apa akan terjadi dengan management ini, siapa yang akan tanggung dan adakah kita mempunyai contingency yang chargekan future management course semasa dia beroperasi sebab ini mungkin beyond the operating life span of the company.

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Batu.

Sebab itu kita ada health impact assessment, radiological impact assessment, kita ada pemantauan daripada AELB yang berterusan, supaya kalau ada apa-apa reading dan mungkin kita boleh minta Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan secara terperinci, at what level do we intervene and say that you have to close down the factory. The fact of the matter is kita ada baseline reading daripada sekarang sampailah beroperasinya Lynas dan kita tahu sentiasa pada setiap waktu kalau sekiranya dia punya radiation ataupun dia punya toxicology effect on the local population sudah meningkat menjangkaui level tertentu, maka kita ada grounds on which to batalkan lesen tersebut. Itu kita minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab at what level. Soalan kedua tadi, apakah jaminan. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Batu tahu atau tidak bahawa kalau sekiranya Lynas hendak teruskan dengan kilang tersebut, mereka perlu meletakkan satu deposit jaminan kewangan sebanyak USD50 juta, deposit guaranteed yang didepositkan dengan kerajaan. Maksudnya dalam worst case senario di mana kita terpaksa membatalkan lesen, tidak ada sesiapa dari sektor swasta yang hendak mengambil alih kilang tersebut, maka sudah ada sedikit kemampuan untuk kita melaksanakan decommissioning of the plant. Bukanlah satu senario di mana kilang itu tidak memberi apa-apa jaminan deposit dengan kerajaan dan saya rasa ini adalah tindakan yang baik yang telah diletakkan oleh kementerian sebelum diberi TOL bahawa we have a

final • 5:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

safety deposit guaranteed by Lynas sebanyak USD50 juta dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu tadi sekiranya anything were to happen sekurang-kurangnya ada dana untuk memulakan decommissioning untuk memastikan bahawa tidak ada masalah.

Jadi saya balik kepada isu tadi yang mengatakan bawah we already have a letter of undertaking, sudah ada surat jaminan dari Lynas bahawa dalam worst case scenario sisa ini akan dikeluarkan dari negara kita. Saya pegang kepada janji tersebut sebagai letter of undertaking dan kita anggap bawah itu adalah salah satu jaminan last worst case senario di mana kita boleh keluarkan sisa atau residu Lynas dari Malaysia. Itu adalah menepati protokol bagi saya yang menepati kesihatan dan kebimbangan rakyat Malaysia yang rata- rata menyatakan bahawa hari ini we don’t know what is going to happen to the residue, kalau tidak dapat hendak recycle, kalau tidak dapat hendak dicari permanent disposal facility kalau rakyat Malaysia tidak setuju dengan permanent disposal facility. We have the option to send the residue to overseas. Kita ada pilihan untuk menghantar sisa dan residue dari Lynas itu ke luar negara.

Baik Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sekali. Saya hendak bangkitkan sedikit soal economic benefit yang kita dapat dari Lynas. Ramai mempertikaikan economic benefits yang kita dapat dari Lynas. Pada awal juga saya melihat bahawa sebenarnya kita memberi benefits yang lebih banyak kepada Lynas daripada kita sebagai sebuah ekonomi yang menerima. Namun setelah saya meneliti bukan setakat down stream job creation.

Kalau kita lihat dari segi job creation untuk kilang Lynas itu sendiri ia akan menghasilkan ribuan peluang pekerjaan, bukan sahaja di kilang tersebut tetapi juga untuk down stream activities, untuk suppliers, untuk vendor dan sebagainya yang saya rasa jelas membuktikan bahawa investment ini ada multiply effect yang tidak diterangkan oleh pihak pembangkang.

Namun yang penting juga Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa kita melihat pelaburan ini dari sudut yang lebih luas lagi bahawa pelaburan Lynas ini akan membuka satu supply chain yang sebelum ini tidak wujud di Malaysia. Kita hanya melihat kepada supply chain ataupun pelaburan dalam bidang teknologi yang berperingkat rendah sebelum ini.

Namun dengan adanya Lynas tidak bermaksud bahawa tiba-tiba semua syarikat gergasi elektronik akan datang ke Malaysia. Akan tetapi sekurang-kurangnya mereka akan melihat bahawa the availability of component from rare earth processing ada di Malaysia.

Malaysia ada kemudahan yang diberi kepada sebuah syarikat untuk melaksanakan rare earth processing. Saya melihat ini jauh lebih penting dari segi satu isyarat kepada dunia pelaburan bahawa we are in fact doing high-tech manufacturing in terms of rare earth processing. Saya rasa itu adalah satu perkara yang sebenarnya kita tidak boleh kita quantify pada hari ini. Kalau sekiranya diminta berapa banyak pekerjaan akan dapat diwujudkan. Akan tetapi spillover effect, kesan sampingan yang akan didapati daripada pelaburan yang kita buat dalam Lynas ini, saya rasa akan kita akan melihat 5 - 10 tahun akan datang bahawa ini adalah salah satunya pelaburan yang akan dapat memberi satu game changer kepada supply chain yang ada di Malaysia ini.

Saya melihat kalau sekiranya kita melihat project status, investment, operating expenditure, employment sahaja dalam projek itu secara langsung atau secara tidak langsung 1,000 lebih. Saya melihat itu adalah satu catalyst kepada high income paying job di mana banyak dari segi pekerjaan yang akan diwujudkan di Lynas itu adalah pekerjaan yang berkaitan dengan kejuruteraan dan sebagainya. Akhir sekali saya hendak bangkitkan... Sorry ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat tentang beberapa perkara sebelum Yang Berhormat menamatkan ucapan. Pertamanya saya tidak masuk dalam pencelahan saya bahawa sebenarnya kita dimaklumkan bahawa baseline untuk kajian kanser dan leukemia tela dibuat sekarang ini dan itu telah diambil kira oleh jawatankuasa ini.

Namun saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Rembau kepada satu perkara iaitu apabila kita mendengar hujah pembangkang seolah-olah ada satu ketakutan yang amat ketara di kalangan rakyat di Gebeng dan di Kuantan. Kalau kita mendengar Yang Berhormat Rembau dan Tuan Yang di-Pertua seolah-olah orang sudah takut di kawasan Gebeng dan Kuantan ini dan orang pula berpusu-pusu keluar menjual tanah dan sebagainya. Jadi kita diberi makluman, pandangan dan penjelasan berkenaan dengan nilai hartanah di Kuantan Pahang yang dibuat oleh Pengarah di Bahagian Penilaian dan

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Perkhidmatan Harta, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia sejak 2008 sampailah sekarang. Cartanya sudah disebut di sini Tuan Yang di- Pertua, ditunjukkan.

Dalam semua carta harga rumah di Balok Perdana, rumah teres satu tingkat, rumah teres kos sederhana, pergerakan harga rumah di kilometer 20-25 Jalan Kuantan – Kemaman, semuanya dibuat kajian dan hampir semua kajian yang dibuat mengatakan harga rumah di kawasan Gebeng dan Kuantan ini naik, bukannya turun.

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bermaknanya apa, Yang Berhormat Rembau? Bermakna tohmahan pihak pembangkang yang mengatakan rakyat di Gebeng dan Kuantan ini dalam keadaan ketakutan adalah tidak betul. Seolah-olah rakyat di Gebeng dan Kuantan ini sudah bersedia. Packing up their things, radiasi. Keluar daripada Gebeng dan Kuantan, menjual harta dan menjual tanah. Akan tetapi apa yang berlaku ialah harga tanah dan harga rumah di kawasan Gebeng dan Kuantan ini masih lagi kuat, masih lagi strong dan masih lagi firm.

Ini bukti yang cukup nyata bahawa hujahan Yang Berhormat dari pihak pembangkang itu amat mengelirukan.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat. Saya selalu tertanya-tanya kenapa Gebeng dan bukannya tempat lain. Antara hujah yang sering kali dibangkitkan oleh pembangkang, “kalau macam itu letaklah Lynas itu di kawasan kamu”. Itu selalu kita dengar.

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Standardlah.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Standardlah. The standard argument, uninformed argument. “Letaklah Lynas di kawasan kamu”. Akan tetapi masalahnya mereka fail to understand ataupun sengaja tidak memahami bahawa ada sebab Lynas memilih Gebeng dan ada sebab. Sebab itu berasaskan kepada perancangan ekonomi.

Perancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang, di mana Gebeng itu dipilih oleh kerana beberapa faktor.

Yang pertamanya ada port berdekatan untuk bawa bahan mentah ke Kuantan.

Yang kedua, kilang Lynas ini memerlukan bahan kimia yang begitu banyak sekali iaitu sulfuric acid, hydrochloric acid, sodium hydroxide, soda ash, magnesium oxide, hydrated lime dan sebagainya.

Banyak daripada bahan ini sudah ada di Gebeng. Sudah ada di Gebeng. Banyak chemical plant yang ada di Gebeng. Jadi kita melihat bahawa sudah ada synergy. Jadi soal kenapa tidak buat di kawasan kamu itu tidak perlu dijawab disebabkan ini adalah satu keputusan pelaburan yang dibuat memandangkan apa yang ada sudah ada di Gebeng dan kalau sekiranya dibangkitkan soal kebimbangan penduduk tempatan, saya rasa dibangkitkan, sudah dijawab oleh Yang Berhormat Kota Belud bahawa ini bukan sentimen.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Mohon penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini bukan – Yang Berhormat Kuala Krai, saya sudah hendak habis.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Sikit lagi. Tentang ini. Ini pembohongan ini.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya sudah dekat hendak habis.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Saya berani kata ini pembohongan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat, tidak payahlah Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Kerana perancangan asalnya hendak dibuat di Terengganu tetapi Terengganu menolak.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Nanti waktu...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Laporan. Dalam laporan. Terengganu menolak.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Nanti waktu Yang Berhormat Kuala Selangor berbahas nanti boleh mencelah.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bukan Gebeng pilihan utamanya.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Boleh mencelah.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi ini nampaknya mengelirukan ini.

Saya minta Yang Berhormat Kota Belud tolong beri penjelasan. Bantu Yang Berhormat Rembau.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Terima kasih. Tidak apa.

Nanti boleh dijawab. Saya cuma hendak menjelaskan bahawa...

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Muka surat tujuh, Jawatankuasa telah dimaklumkan...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rembau tidak bagi, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Julai 2007, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet telah dimaklumkan oleh wakil kerajaan Terengganu bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah menolak projek Lynas.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Come on, brother! Come on! Siapa menipu di sini?

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Siapa tidak baca?

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak bangkitkan soal Terengganu. Saya cuma kata kenapa Gebeng dipilih.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Gebeng dipilih kerana Terengganu menolak. Kenapa Terengganu menolak? Jangan main-main! Jawab!

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apalah.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kota Belud tolong bantu. Yang Berhormat Rembau tidak tahu.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab nanti.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Kota Belud, tolong bangun sebagai wakil dalam PSC tolong jawab. Tolong, tolong. Bangunlah! Bangunlah!

Minta, minta laluan.

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, duduk, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak perlu Yang Berhormat Kota Belud jawab. Nanti Menteri boleh jawab dengan mudah sahaja.

final • 5:40 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tidak baca. Baca muka tujuh. Tidak baca rupanya.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Cuma saya bangkitkan isu yang last sekali mengenai Gebeng dan penduduk di sana. Apa yang Yang Berhormat Kota Belud kata memang betul, memang jelas bahawa apa yang diuar-uarkan oleh pembangkang seolah- olah projek ini telah memberi kebimbangan yang besar kepada rakyat di Kuantan, di Gebeng itu sama sekali tidak benar. Ini bukan penipuan, ini berdasarkan kepada fakta harga rumah dan sebagainya yang memberi indikasi kepada kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan terima kasih kepada jawatankuasa terpilih atas segala usaha yang telah dibuat. Saya ucapkan tahniah dan bagi saya, saya rasa bahawa safeguard yang telah diperkenalkan oleh jawatankuasa terpilih itu adalah mencukupi dan seperti mana yang saya jelaskan tadi, above and beyond apa yang diperlukan tetapi hendak bagi keselesaan kepada rakyat bahawa projek ini bukan setakat selamat tetapi sekiranya ada apa-apa risiko, risiko itu ditanggung dengan safeguard yang ada dalam laporan jawatankuasa ini. Saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya tidak ada berhajat untuk berbahas dalam laporan jawatankuasa khas ini tetapi...

final • 5:44 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan.

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, duduk dulu Yang Berhormat. Peraturan mana, Yang Berhormat?

final • 5:44 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Peraturan Mesyuarat 38. Hendak bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tuan Yang di-Pertua akan mengehadkan masa perbahasan? Adakah Tuan Yang di-Pertua akan mengehadkan selepas ini ada lagi, sampai mana supaya kita tahu untuk kita terlibat secara langsung ataupun tidak?

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat. Hari ini kita dijadualkan laporan ini dibahas sehingga jam 10.30 malam. Jam berapa, Setiausaha? Sebentar, sebentar.

final • 5:44 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tiga pagi.

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

[Berbincang dengan Setiausaha] Saya minta maaf tadi. Saya masuk kerja jam 4 petang. Yang itu depan usul itu tidak dimaklumkan lagi.

Usul pagi tadi, usul Lynas ini akan dibahaskan berserta dengan dua rang undang- undang lagi. Maknanya kita tidak ada masa untuk tentukan sama ada jam sembilan atau sepuluh. Akan tetapi saya setuju jika – saya ingin tahu berapa ramai lagi yang hendak berucap? Agak-agak ya.

final • 5:44 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 5:44 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 5:44 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:44 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 5:44 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang ini pun boleh panggil semua. Kita hadkan. Saya setuju untuk dihadkan masa tiga puluh minit. Ya, terima kasih.

final • 5:44 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu kerana kacau.

final • 5:44 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hak semua Ahli Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana membuat keputusan.

final • 5:44 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Seperti yang saya sebutkan tadi, saya tidak ada perancangan untuk berbahas mengenai Laporan Jawatankuasa ini tetapi apabila beberapa minit yang lalu terutama apabila rakan daripada Rembau dan Kota Belud banyak menyentuh tentang reaksi penduduk dan sebagainya, saya rasa adalah baik untuk saya menyatakan pendirian dan menyatakan pandangan saya selaku Ahli Parlimen yang mana tapak Gebeng ini berada di dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Sudah tentu reaksi penduduk terutamanya dari segi analisa sosialnya amat dekat kami di kawasan ini dan dari semasa ke semasa kita mendapat feedback dan maklum balas daripada mereka. Saya ingin menegaskan ini adalah bukti di mana perkara ini tidak pernah ada hajat daripada kalangan kami terutamanya daripada parti PKR untuk memanipulasi atau menggunakan isu ini untuk eksploitasi politik.

Saya merasa permulaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Rembau tadi yang mengatakan bahawa isu ini adalah isu sains melawan politik. Saya rasa sekiranya diteliti dan dibincangkan secara mendalam, mungkin pihak Yang Berhormat Menteri yang mengetuai pasukan Laporan Jawatankuasa Khas ini barangkali dapat menghidu sebenarnya isu ini adalah bukan sains melawan politik tetapi politik melawan kepentingan ekonomi.

Dari segi logiknya, oleh kerana isu Lynas ini timbul disebabkan oleh ada bantahan daripada masyarakat sekitar terutamanya. Saya menyangkal sama sekali kerana ada dakwaan mengatakan golongan yang menentang pembinaan atau projek LAMP ini bukan datang daripada penduduk sekitar. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana rungutan secara silent atau silent protest dengan izin tidak datang daripada orang luar. Perkara ini dibincangkan daripada hari ke hari, minggu ke minggu memakan tahun.

Bermula daripada tahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008 lagi perkara ini telah dibincangkan dan kekhuatiran ini disuarakan daripada lapisan ke lapisan sehingga membawa kepada Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Saya tidak pasti sama ada perkara ini ada dibawa seawal itu kepada pihak kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan. Saya tidak pasti.

final • 5:44 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Walau bagaimanapun, saya rasa pendekatan ini adalah baik untuk melaporkan dalam bentuk laporan ini supaya perkara ini menjadi bahan bukti dan juga rujukan di masa akan datang sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak elok. Tidak ada siapa yang boleh meneka dengan pasti apa yang berlaku untuk masa akan datang. Yang Berhormat Menteri MITI sendiri yang suka kepada filem Hindustan selalu kata, perjalanan hari ini nampak begitu cantik dan baik dan bahagia, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku pada hari esok. Saya bersetuju dengan ungkapan yang selalu diberikan dalam ceramah yang disuarakan. Memang benar.

Oleh sebab itu saya menyokong dari segi persembahan berkenaan Laporan Pilihan Khas ini. Saya menyokong kerana semua ada disediakan, ditulis dengan jelas supaya menjadi bahan bukti dan rujukan, dan mentakrifkan kertas ini sebagai kertas statut adalah satu perkara yang bijak. Ini kerana setiap apa dispute atau pun perkara yang tidak dilaksanakan sebagai dijanjikan akan menjadi bahan bukti dan beban untuk dibuktikan kebenarannya di masa akan datang. Saya bersetuju atas semua hujah yang diberi kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Malah saya tidak tahu berkenaan dengan elemen- elemen yang terkandung dalam proses dan sebagainya yang menyentuh tentang LAMP ini.

Saya sekadar mendengar dan kepentingan kita adalah, sebagaimana yang dikatakan, kepentingan untuk rakyat setempat itu yang terutamanya.

Masyarakat di kawasan lain, pemimpin-pemimpin di kawasan lain sudah tentu agak jauh sedikit daripada kedudukan itu. Orang selalu berkata dan saya rasa pak-pak Menteri kita pun selalu berkata sesiapa yang duduk berhampiran dengan api, lambat laun dia akan menjadi kesan kebakaran. Paling tidak pun muka dia akan jadi merah lah, macam dia malu, paling tidaknya. Ini bermakna yang duduk dekat situ lebih awal dan lebih terdedah menjadi golongan utama yang akan menanggung apa sahaja akibat termasuk kalau perkara ini atau projek LAMP ini betul sebagaimana yang diilhamkan dan diisytiharkan oleh kementerian membawa banyak manfaat, saya rasa yang banyak mendapat manfaat juga ialah penduduk sekitar.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi saya hendak tanya di awal persoalan yang perlu saya ketahui untuk sebagai menyokong atau memberi penerangan kepada rakan-rakan kita yang berada di sekitar itu yang sekarang mula merasa timbulnya hak untuk mengetahui apakah rancangan, apakah keputusan kerajaan hendak dibuat berkenaan dengan kilang LAMP ini dan juga persekitaran yang mereka akan ada di situ sehingga barangkali 50 atau 100 tahun akan datang, generasi kedua atau ketiga mereka. Mereka tidak akan, rasanya, berpindah sebagaimana Yang Berhormat Kota Belud kata buat packing dan sebagainya. Itu adalah perkara yang sia-sia untuk kita bangkitkan perkara itu.

Rakyat yang berada di sekitar Gebeng dan juga sekitar kawasan persisiran pantai di Gebeng ini sebenarnya bukan di kalangan yang berada. Mereka ini asalnya daripada kaum nelayan yang juga mengusahakan tanaman-tanaman seperti pertanian-pertanian kecil. Mereka tidak mampu sama sekali untuk lari. Saya hendak katakan kepada Yang Berhormat Kota Belud, kalau Yang Berhormat Kota Belud prihatin, cuba pergi pada persekitaran 20 kilometer radius hendak tengok siapa yang hendak tinggal di kawasan itu.

Jangan pilih untuk mengatakan saya telah berada di kawasan itu dan merasakan tempat itu sangat kondusif untuk diduduki oleh orang tertentu, kelompok tertentu yang mereka sangat mobil untuk menyelamatkan diri dan sebagainya. Tidak.

Hakikatnya, isu berkenaan pembinaan kilang sama ada Lynas, Amoco Chemical, Eastman Kodak dan sebagainya telah berlaku di kawasan itu sejak 25 tahun yang dahulu kerana kerajaan Barisan Nasional sendiri yang telah mewartakan kawasan itu daripada kawasan yang tidak berguna kepada kawasan perindustrian kimia. Ini keputusan yang telah dibuat 25 tahun yang dahulu. Apa kesannya? Kesan serta-merta telah dirasai oleh penduduk di situ kerana pada masa itu harga tanah, nilaian tanah hampir tidak berguna.

Yang Berhormat Kota Belud...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekejap, saya habiskan. Yang Berhormat Kota Belud, pak menteri barangkali tentu ingat tidak ada siapa yang berhajat, berminat sama ada untuk membeli, malah hendak dianugerahkan secara percuma pun tidak ada orang berminat terhadap hartanah di kawasan tersebut. Ini kerana 75% di kawasan itu adalah kawasan swampy, yang hampir tidak menjadi minat kepada semua orang dan sudah tentu terutama pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, memang langsung tidak berminat.

Fakta ini saya boleh buktikan kerana saya masih menyimpan beberapa surat yang telah dihantar kepada kerajaan negeri memohon tanah yang mana menolak tawaran untuk kurniaan tanah-tanah di kawasan di Gebeng pada masa itu.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak ada isu lagi ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan sedikit kenyataan awal saya berkenaan dengan harga tanah dan rumah di kawasan tersebut masih lagi firm, strong. Mungkin saya bersetuju agak susah kalau sudah duduk di sana 20 tahun, 30 tahun, saya setuju dengan Yang Berhormat, mungkin agak susah untuk kita pack things and go. Akan tetapi...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap lah, sekejap lah, sekejap sahaja. Saya hendak beritahu sedikit sahaja. Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tahu, seorang pakar yang mengetahui tentang teori ekonomi, apabila harga barang dan rumah itu berlaku, ia adalah antara demand dan supply. Untuk makluman Yang Berhormat, demand itu masih kuat. Bermaknanya apa?

Saya tidak menyentuh tentang orang yang hendak pindah tetapi orang yang hendak membeli itu masih ramai dan masih kuat...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dan telah dibuktikan oleh dua sumber. Satu daripada Jabatan Penilaian Harta Kerajaan, dan yang satu lagi daripada ejen

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

persendirian yang datang secara sukarela untuk memberi penerangan kepada kami dalam jawatankuasa. Bermakna Yang Berhormat, masih ramai orang yang berminat untuk membeli rumah di kawasan tersebut.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu yang saya ingin nak buktikan kepada Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, terima kasih. Saya ada satu kehairanan luar biasa hari ini. Saya melihat Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang menjadi anggota kepada jawatankuasa ini, hari ini luar biasa sifat dia mempertahankan isu ini seolah-olah ada perkara yang tidak diberitahu.

Saya memang...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, itu sangkaan jahat Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya merasakan...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sangkaan jahat itu, sangkaan jahat.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terpulang hendak katakan sangkaan jahat...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya berdiri atas pencelahan...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya berasa hairan, luar biasa.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ahli jawatankuasa, sudah tentu saya berdiri untuk menerangkan perkara yang Yang Berhormat katakan tidak betul.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Laporan ini Yang Berhormat juga sediakan.

Yang Berhormat tidak perlu merasa tertekan untuk mempertahankan perkara ini.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Indera Mahkota...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya belum habis lagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hujah Yang Berhormat ini tidak betul.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya katakan Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Indera Mahkota, ada rakyat...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Antara orang yang...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Daripada Indera Mahkota datang...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Duduklah, duduklah.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ada rakyat daripada Indera Mahkota datang pendengaran awam...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau ada, kalau ada ...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Beritahu kata mereka sedih wakil rakyat dia tidak datang.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Secara bertulis. Boleh?

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ada rakyat Indera Mahkota beritahu kepada kami yang mereka sedih wakil rakyat mereka tidak datang ke pendengaran awam...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, beri secara bertulis.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mempertahankan...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu betul, saya setuju.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tidak datang pun.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bagus, secara bertulis, boleh?

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Wakil rakyat pun tidak datang.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh secara bertulis.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Takut hendak cerita kebenaran.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sudah, sudah. Okey.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau Yang Berhormat Indera Mahkota baca laporan itu...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ha, baca...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Penduduk Kampung Sungai Balok, penduduk dari Kampung Selamat, Kampung Api ...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Wakil Ketua Kampung itu.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini penduduk kampung.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jawab bertulis lah.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, dia tidak beri jalan Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jawab bertulis lah.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ahli PAS kawasan beritahu bahawa mereka tidak ada masalah.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jawapan bertulis lah. Okey? Okey, sudah.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Encik Mohd Fauzi bin Ibrahim...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya sudah beri dia peluang sedikit, sudah lah ya.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Pakar hartanah Kuantan.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang saya nampak dalam video ada orang kena halau dengan Ahli PAS.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu saya nampak.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Datuk Syed Badaruddin...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Minta maaf, minta maaf lah ya, janganlah pakai nama ahli PAS.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dr Syed Badaruddin bin Syed Ali...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

AJK PAS kawasan.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Untuk tulis secara bertulis jawapan dia.

Okey, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

AJK PAS kawasan, Dr. Syed Badaruddin Syed Ali...

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Doktor pakar, dia kata tidak ada masalah.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, secara bertulis okey.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini wakil rakyat Indera Mahkota tahu kah sebenarnya masalah rakyat?

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, secara bertulis.

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ke tidak balik langsung?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hari ini baru hendak bercakap.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, ini Ahli Parlimen kah apa ini?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Rakyat dia sendiri, Tuan Yang di-Pertua, rakyat dia sendiri. Wakil Rakyat Kuantan tak datang.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, tapi Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau cakap macam itu Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Kuala Krai pun begitu. Tak ikut arahan Speaker.

final • 6:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Indera Mahkota tak patutlah buat macam itu.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia nak cuba, dia nak cuba bagi persepsi seolah-olah saya tak mahu campur tangan, saya nak biarkan dia...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dipilih lebih diam daripada yang dibeli, nampak gaya...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa kami nak pertahankan? Sebab kami ini pegang fakta. Kami dengar, kami dengar daripada rakyat.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Wakil Rakyat yang dibeli lagi baik.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kami dengar daripada rakyat di Kuantan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Indera Mahkota tak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sungai Balok, Tanjong Api...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, jolok-jolok.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mereka kata Wakil Rakyat mereka tak balik pun, tak tanya pun.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk Yang Berhormat, duduk.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Top-up dah?... Ha, okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dah habis? Dah habis ya?

final • 6:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan apa, saya saja nak bagi tahu yang Kulim Bandar Baharu ini pun dah tak ada Kerusi dah. Tak payah layanlah.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tak apa, kalau macam itu saya dah bagi peluang dia bercakap tadi. Tak apalah. Jadi harap jangan tak puas hatilah, dah bagi peluang, okey?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bukan tak ada masalah, saya tak ada masalah. Lepas ini Shah Alam pun hilang Kerusi.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kuala Selangor pun lepas ini kenalah halau.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, I think cukuplah, cukup.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak, saya tak ada masalah.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

You don’t go beyond that, okey?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak, tolong jangan buat tuduhan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

You don’t go beyond that, you don’t go beyond that okay?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tolong jangan buat tuduhan.

Saya nak bagi tahu, tolong jangan buat tuduhan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey? I say to you, you don’t have to go beyond that.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

You don’t have to make any allegation against us. We listen to the peoples; we listen to you on constituent.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita tak buat allegation. Saya katakan perbahasan ini berkenaan dengan laporan. Kita tak ada berkenaan dengan Kulim Bandar Baharu, kita tak sebut.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Indera Mahkota cuba memberi persepsi negatif.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sebentar Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Seolah-olah kami ini apa?

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okeylah, okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sebentar. Dengar dulu Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tak puas hati lagikah, tak puas hati lagi?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya minta agar tidak menyentuh sifat-sifat Ahli Parlimen.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pun jangan sentuh sifat Ahli Parlimen.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya merasa...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak, saya tak ada masalah.

Kalau nak hujah, hujahlah tapi nak beri gambaran seolah-olah saya dengan Yang Berhormat Kota Belud beria-ia mempertahankan...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, okey. Cukup.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya nak bagi tahu senang sahaja. Rakyat Kuantan datang ke pendengaran awam tapi Wakil Rakyat dia tak datang.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Wakil Rakyat dia tak beritahu, tak datang dengar masalah mereka, tak pergi pendengaran awam. Itu rakyat dia sendiri.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat ya.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, okey. Kalau Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu nak tahu...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

So, tolong jangan buat tuduhan, nak hujah, hujahlah!

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Eh! Kamu ini tak puas lagi?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nak hujah, hujahlah. Jangan cuba buat tuduhan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, cukuplah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, tolonglah Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuduhan kepada siapa?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Apa yang kamu kata tadi?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

[Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Yang Berhormat Indera Mahkota bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

...This is unparliamentarily behavior.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia buat tuduhan kepada Yang Berhormat Kota Belud dan saya. Saya tidak ada masalah kalau hendak cakap itu, cakaplah Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua dengar sendiri, dia cuba buat tuduhan terhadap Yang Berhormat Kota Belud dan saya, beria-ia mempertahankan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini terasa ini pasal apa?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bukan soal terasa.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terasa pasal apa ini?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bukan soal terasa. Saya nak bagi tahu, rakyat dia sendiri bagi tahu dia tak balik. Tak tanya pun masalah rakyat.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, pohon kita berbalik kepada akta dan topik perbahasanlah Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya dah minta dari Yang Berhormat. Saya dah minta juga agar tidak menyentuh soal-soal dan sifat-sifat peribadi Ahli Parlimen.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Janganlah buat tuduhan kalau nak cakap.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya nak sentuh pasal Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu? Tak ada sikit pun ayat saya. Nak buat apa sebut pasal dia?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ha! Dia sebut, dia sebut tadi.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Rugi, rugi suara saya.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cakap tak sebut. Dia sendiri sebut.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perasan!

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Buang masa sahaja.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia sendiri sebut perkataan “Kulim Bandar Baharu”.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya kata tadi “seolah-olah beria-ia”.

Mentang-mentang dia dua orang mewakili Jawatankuasa, so apa masalah?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Siapa dia?

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau dia beria, berialah.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Siapa dia yang beria-ia itu, siapa dia?

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kalau tidak beria, takkanlah pukul enam ada lagi dalam Dewan. Biasanya pukul empat pun dah belah dah.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang kau duduk sini sampai pukul enam tak apa?

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita ini nak berbahas.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang engkau sendiri cakap pukul enam tak apa, orang lain tak boleh?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu duduk Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, ingat bagi Tangga Batu berucaplah. Dia dua orang ini tak pergi ke mana Tuan Yang di- Pertua. We are moving on circle, we are not moving anywhere Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebab itu saya kata...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak, saya tak puas hati Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya nak berbalik kepada...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya minta Tuan Yang di- Pertua, bawah Peraturan Mesyuarat 36(6), tarik balik.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya nak berbalik semula kepada...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia cuba beri tanggapan negatif terhadap saya dan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya nak berbalik semula kepada hujah saya. Saya tak tulis hujah saya ini jadi kalau dikacau-kacau ini, leceh sikit.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ha! Eloklah. Tulis, tak payah dengarlah. Pekak sahaja duduk sini.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, jadi kalau begitu pergi minum kopilah.

Saya belanja kopi, bagi empat puluh sen boleh tak?... Cukup empat puluh sen?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Eh, pergi tulislah. Saya tak kebulur duit kamu. Saya tak kebulur.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Ketawa] .

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau nak bagi hujah bertulis, bagi. Tak ada orang nak dengar pun.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekarang, sekarang. Tolong bagi seringgit, tolong bagi seringgit seorang.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta dia tarik balik tuduhan itu. Dia cuba beri tanggapan negatif terhadap saya dengan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, esok kita tengok Hansard, okey?

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak payah tengok Hansard, kita dengar.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey?... Esok, esok.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jangan takut dengan kebenaran!

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Esok kita tengok.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu PSC Pilihan raya, Jawatankuasa tak bercakap pun. Pengerusi sahaja yang bercakap. Ini...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini bukan soal bercakap, ini cuba buat tuduhan terhadap Jawatankuasa.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak salah Yang Berhormat, tak salah.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu tak melanggar peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Cakap dalam Jawatankuasa sudahlah.

Waktu PSC Pilihan raya, Yang Berhormat Gombak tak cakap.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, okey.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang lain duduklah Yang Berhormat. Biarlah Yang Berhormat Indera Mahkota berucap Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Kepada Yang Berhormat Kota Belud dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya pun dengar, semua orang dengar.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia sebut tadi. Dia kata dia hairan kenapa Yang Berhormat Kota Belud dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu beria-ia mempertahankan. Ini laporan kami!...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada lagi hal benda lain, ada lagi.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Mestilah kami pertahankan.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah.

Saya mendengar Yang Berhormat tapi saya melihat dia tidak ada niat. Tak apalah, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Apa tak ada niat? Terang- terang.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya juga telah menegur.

Saya menegur bahawa selepas ini tak payah sentuh soal-soal sifat seorang wakil rakyat.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nak berucap, berucap. Tak ada masalah. Hak kebebasan nak bercakap.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey. Ada lagi.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tolong jangan nak buat tuduhan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada lagi, ada lagi benda yang...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tolong jangan nak buat tuduhan. Itu sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada lagi perkara yang jauh lebih baik dan lebih mengejutkan daripada isu ini, ada lagi.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak apa, rakyat dia sendiri terkejut. Saya nak bagi tahu itu sahaja.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya mengatakan bahawa pokok pangkalnya ialah sekarang kepentingannya menjurus kepada kepentingan sumber, kepentingan kewangan dan laba berbanding daripada minat untuk melihat suara kepentingan penduduk sekitar terutamanya, ataupun yang dikatakan sebagai peluang- peluang pekerjaan. Saya tidak rasa benda itu jadi keutamaan, saya tak rasa dan keyakinan itu, saya nampak logiknya ada kerana yang nak mempertahankan projek ini bersungguh- sungguh luar biasa. Kerajaan negeri pun tak sekeras itu mempertahankan. Orang yang tak ada kena mengena dengan tempat itu nampak gaya beria-ia mempertahankan perkara ini.

Itu yang saya kata, menjadikan saya kehairanan luar biasa.

Hujahnya, memberi hujah. Penerangannya seolah-olah macam projek ini dia punya dan ada syer yang besar dalam ini. Kalau tak jadi projek ini, rugi besar dia. Seolah- olahlah saya kata. Tidak benar sama sekali kalau setakat memperjuangkan isu ini, setakat kepentingan penduduk. Ini, penduduk punya pasal ini beria-ria. Dua jam lebih kerana kononnya pasal penduduk tapi saya tak rasa, sebab ikut mana pun rumah saya di kawasan itu. Saya duduk di tempat itu, anak isteri saya tinggal di tempat itu. Saya pulang ke tempat itu setiap minggu dan sekiranya tidak ada sidang Parlimen, memang saya tinggal di situ...

final • 6:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sekejap sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai seorang yang duduk di situlah, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, setelah mendengar penghujahan daripada Yang Berhormat Rembau, daripada Yang Berhormat Kota Belud tadi, adakah Yang Berhormat Indera Mahkota merasa yakin pasal dia banyak sangat nak kena testing, nak TOL ini sementara, lepas itu nak tengok macam mana lepas itu kalau soal residue ini kalau boleh begini, kalau tak boleh, kita buat begini. Lalu banyak sangat dia punya benda- benda yang tidak jelas...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tak clear, tak selesai lagi tetapi macam mana pun walaupun tak clear, tak selesai, masih nak push on juga. Adakah Yang Berhormat Indera Mahkota sebagai seorang yang duduk di kawasan yang berhampiran itu...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Merasa dengan penghujahan mereka, rasa lega kah?

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya bertambah hairan Yang Berhormat Shah Alam, hairan saya bukan setakat itu. Laporan pada muka surat 19 pendengaran awam ini, yang datang daripada seorang tokoh MCA Pahang, Dato’ Eng Fook Heng, dia dengan tegas dan dicatatkan juga di sini... Itu sebab saya kata, saya berterima kasih dan saya mengalu-alukan laporan ini kerana memasukkan juga perkara-perkara seperti ini. Ini yang datang daripada MCA, ketua Parti MCA, leader yang ada di negeri Pahang, bukan kawasan lain...

[Disampuk] ...Yang duduknya di Kuantan...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sebab itu Tuan Yang di- Pertua, Jawatankuasa ini adil, kita keluarkan semua, siapa yang datang, siapa yang cakap kita bagi peluang, walaupun daripada MCA, tak setuju kita tulis. Itu maksudnya kita kata, Jawatankuasa ini adil...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dia kata, menegaskan pegangan MCA iaitu, semua sisa daripada kilang Lynas ini perlu dihantar...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Akan tetapi kenyataan...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bacakah tidak laporan?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Pimpinan PAS kawasan ini dia tak mahu sentuh pulak...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dia tidak baca barangkali?

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Kenyataan pimpinan PAS kawasan dia tak mahu sebut...

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dah tak ada dalam laporan, kalau ada okey lah...

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hah kan nampak! Tak baca.

Itu saja...

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Muka surat 19 tidak ada, yang Kulim Bandar Baru beria-ia nak suruh tu tak ada. Muka 19, ada satu daripada ADUN Teruntong, wakil MCA juga.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kedua, muka surat 19, Dato’ Ng Fook Heng iaitu wakil Ketua MCA Pahang. Ini selaras bukti Yang Berhormat Rembau beritahu tadi, iaitu minta MCA Pahang terutamanya Kuantan, minta supaya semua sisa daripada kilang Lynas ini perlulah dihantar ke luar negeri dan tidak boleh disimpan di Gebeng. Ini permintaan daripada MCA. Maksudnya MCA Pahang juga mengambil kira yang kedudukan ini jangan membahayakan penduduk tempatan kerana sisa yang dibincangkan banyak daripada pagi tadi. Apa dia? Lynas Corporation Australia dan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. telah mengemukakan surat sebagaimana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Rembau tadi iaitu komitmen...

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

...Merakam...

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baca muka surat 13, perenggan satu.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Merakamkan komitmen...

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Itu adalah kenyataan daripada pemimpin PAS kawasan, Dr. Syed Baharuddin bin Syed Ali.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Untuk membawa keluar residu LAMP dari Malaysia.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cuba baca, penuh laporan dia.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Komitmen bermakna mereka ini telah..

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Muka surat 13, Dr. Syed Baharuddin Syed Ali, Doktor Kesihatan Pekerjaan yang juga AJK PAS Kawasan.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini Parlimen mana ini? Parlimen Zimbabwekah macam ini?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sudah bercakap macam zoo.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kena minta jalan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini Ahli Parlimenkah, apa ini?

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak beritahu, dia cuba menyeleweng.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Menyeleweng apa?

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia kata, “tidak ada”, saya hendak kata, “ada”!

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kamu tidak tengokkah muka surat 19 ini?

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Muka surat 13, pemimpin PAS kawasan. Terang dia tulis itu.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di- Pertua hendak bawa dan membiarkan Parlimen kita...

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jangan putar belit. Itu sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya setuju Yang Berhormat tetapi sejak tadi pun macam ini. Bila Yang Berhormat berucap, sama juga macam ini...

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi, jangan guna nama PAS.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pun saya beritahu, saya beri makluman tidak usah macam itu.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua dia kata tidak ada.

final • 6:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak ada nama PAS sini.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak kacau orang okey.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak beritahu, muka surat 13 ada.

final • 6:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Minta Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu jelaskan mana ada nama PAS.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak beritahu...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini pun tidak betul Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini satu pembohongan.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Itu sebab pakai alat pendengar telinga. Pekak.

final • 6:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Atas nama PAS.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua sedang bercakap. Tuan Yang di-Pertua sedang bercakap Yang Berhormat tidak dengar pun. Itu pun tidak betul peraturan.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam ini, kalau dia cerdik sedikit, tengok CD ini terang...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mesti minta jalan Yang Berhormat. Minta jalan ya.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Di sebut, saya pemimpin PAS kawasan, yang kita tulis ini rumusan.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya minta kita pertahankan kualiti Parlimen kita.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Ya, on both sides. Semua pihak. Semua Ahli-ahli Parlimen pertahankan kualiti dan juga pertahankan peraturan mesyuarat.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Okey.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kita hendak jaga kualiti supaya jangan ada Ahli Parlimen putar belit. Terang-terang di muka surat 13 ada, dia kata tidak ada.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Apa ini?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Duduk Yang Berhormat. Duduk ya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak perbetulkan satu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ahli Jawatankuasa macam ini?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa Yang Berhormat.

Lepas ini boleh berucap nanti ya.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Boleh?

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pengerusi Jawatankuasa tegur sedikit Ahli Jawatankuasa macam ini.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Eh! Hendak minta tolong pula?

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Apalah.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hendak minta tolong Pengerusi?

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pengerusi. Pengerusi ada di depan itu.

Pengerusi Jawatankuasa.

final • 6:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Hendak minta tolong Pengerusi pula?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduklah Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pengerusi Jawatankuasa ada itu. Okey, terima kasih. Pengerusi, terima kasih Pengerusi. Saya hendak katakan wakil daripada MCA

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

buat kenyataan dan permintaan yang agak kukuh di sini dan dirakam dan dijawab dengan komitmen bahawa akan membawa keluar residu LAMP daripada Malaysia.

Jadi, kenyataan ini sebenarnya tadi diberitahu, dibacakan oleh Yang Berhormat Rembau. Cuma Yang Berhormat Rembau tidak tekankan. Maknanya ini adalah komitmen yang perlu dilaksanakan oleh syarikat ini. Oleh kerana yang dibincang, yang difikirkan bersama, duduk satu hari suntuk ini kerana keselamatan penduduk yang dikatakan boleh mengancam hasil daripada residual yang terhasil. Dulu komitmen kata mesti dibuang, dikeluarkan daripada Malaysia kerana timbul keraguan. Ini sudah ada. Akan tetapi sekarang ini, sama ada boleh dilaksanakan atau tidak. Yang Berhormat Kota Belud kata hendak kaji pula benda itu. Baru sekejap dia kata hendak kaji keputusan itu.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah 30 minit Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah 30 minit.

final • 6:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Boleh celah sedikit?

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tentang residu yang dikatakan akan hantar ke luar negara, kalau mengikut undang-undang internasional, tidak ada rang undang-undang ini dibenarkan sisa radioaktif atau sisa-sisa kimia dibawa ke luar negara. Mana ada? Tunjukkan. Adakah undang-undang internasional yang membenarkan? Tidak!

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Malaysia boleh!

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Malaysia boleh. Malaysia boleh. Tuan Yang di-Pertua, dari muka surat 47, hingga 59 saya fikir ini adalah antara kandungan yang sangat mustahak dalam laporan ini. Selebihnya dimasukkan tentang lampiran dan sebagainya apa semua, saya tidak rasa – ini adalah kosmetik sahaja.

Akan tetapi kepada saya, pandangan saya, muka surat yang disebutkan tadi ini adalah isi atau content sebenar yang perlu dipertimbangkan, diperhalusi oleh Jawatankuasa ini yang dibentangkan dalam Parlimen iaitu bagaimana kita boleh memastikan kalau hendak buat juga, sudah tidak boleh hendak kata apa sebab yang lama itu semua lari. Saya tahu di Gebeng itu kebanyakan sudah keluar daripada kawasan itu selepas mereka mendapat pioneer status selama lima tahun, tidak perlu membayar cukai, dia cabut keluar.

Kebanyakan mereka mula berpindah. Saya ada dokumen yang boleh diserahkan sekiranya perlu. Akan tetapi rasa tidak kena pula hendak beri dokumen kepada Jawatankuasa ini. Beri kepada MITI mungkin sesuai.

Akan tetapi saya hendak katakan, ada beberapa syarikat dalam masa lima tahun kebelakangan ini telah pun bungkus keluar daripada kawasan itu. Kawasan perindustrian kimia, Gebeng selepas mereka mendapat manfaat pioneer status selama lima tahun, pengecualian cukai dan apa sahaja kemudahan yang kita tawar dalam bentuk manfaat- manfaat perindustrian kepada mereka. Mereka cabut keluar. Sebagai contoh saya ada kata tadi Amoco Chemical dan Eastman Kodak yang buat chemical untuk buat filem dalam kamera. Mereka telah pun cabut. Telah cabut setelah mendapat manfaat. Untuk rekod, kerajaan telah dua kali mengeluarkan data bahawa kita tidak berjaya mengutip apa-apa cukai daripada company yang disebutkan tadi kerana mereka telah dikurniakan satu status pengecualian masa mereka ditawarkan tempat atau persetujuan untuk beroperasi di tempat itu. Jadi, 12 tahun yang diberi ini adalah salah satu contoh yang pada saya ikut mana yang hendak katakan kita ada manfaat kepada negara dari segi revenuenya.

Satu perkara yang saya fikir antara yang terakhir boleh saya sebut. Semasa AELB mengeluarkan Sijil Kelulusan Sementara Beroperasi Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua tahu tetapi lupa perkara ini. Sebaik sahaja mereka mendapat lesen sementara itu kedudukan saham mereka di Australia telah meningkat 31.6% harga saham menjadikan syarikat berkepentingan ini telah meraih keuntungan serta-merta sebanyak 31.3% atau mana-mana orang, individu, syarikat atau korporat yang mempunyai kepentingan dalam projek ini telah mendapat keuntungan serta-merta sebanyak 30 lebih peratus dari segi pelaburan asal.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Apa yang kita dapat serta-merta? Belum apa-apa lagi. Kita tidak dapat apa. Yang dapat, pergaduhan sesama sendiri, bertegang leher dan saya rasa yang bermanfaat ada dalam dua, tiga orang yang melawat sana. Maybe dapat apa lah semua lebih kurang. Kalau ada, sekiranya ada. Saya rasa tidak mungkin mereka pergi sana dengan belanja sendiri.

Tidak logik bukan? Jadi, yang saya nampak kepentingan yang telah dikecapi serta-merta ialah syarikat ini juga yang telah mendapat lonjakkan atas harga saham yang tersenarai di Australia. Saya rasa, saya minta dan saya merayu kepada Menteri MITI, tolong meneliti perkara ini. Kalau boleh buat sedikit penjelasan, apakah akibat setelah berlakunya satu kenaikan lonjakan yang luar biasa dari segi nilai saham mereka di Australia sana.

Mungkin akan ada satu corporate arrangement yang lain, yang berlainan, yang tidak kita masukkan dalam syarat pembinaan dan operasi kilang ini di Malaysia, menggunakan kedudukan ini untuk meraih lebih commercial profit di kawasan lain, di luar negara kita dengan memberi gambaran bahawa asas atau pusat, the centre of profit dalam projek ini duduk di Gebeng di mana rakyat persekitarannya, kita semua, Malaysia sebagai sebuah negara tidak mendapat manfaat apa sangat pun. Yang lebih mendapat manfaat segera, kepentingan dan keuntungan ternyata bukan negara kita, bukan rakyat kita. Ini saya telah buktikan beberapa laporan dan juga siaran yang tepat menyebut bahawa bagusnya projek ini kerana telah melonjakkan saham ataupun harga saham di negara Australia atas sebab kerajaan kita memberi lesen kedudukan sementara. Baru sementara.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tolong fikirkan dan saya rasa ini antara perkara yang agak crucial untuk saya sampaikan juga. Terima kasih banyak.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita akan habiskan juga perbahasaan ini dan dua bill untuk hari ini. Itu yang saya dimaklumkan tadi dan dalam had masa ini saya cuma akan memanggil Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

Selepas itu Menteri menjawab. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menunggu daripada Tuan Yang di-Pertua panggil Yang Berhormat Batu tadi, sampai Tangga Batu. Apa pun, pertama biarlah saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini kerana dalam masa yang singkat telah dapat menyediakan satu laporan...

[Disampuk]

final • 6:21 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya hendak tanya. Yang Berhormat Tangga Batu ini hendak berucap berapa batu? Berbatu-batukah ataupun setengah batu?

final • 6:21 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau tidak dikacau oleh Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Batu Gajah, saya berucap tidak sampai sebatu.

Tuan Yang di-Pertua... Jangan baling batu. Saya tidak baling batu. Saya tidak baling batu macam Yang Berhormat Indera Mahkota ‘baling batu’ tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan juga syabas kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini kerana telah berjaya menyediakan satu laporan yang saya kira telah melalui satu proses yang panjang dalam jangka masa yang singkat. Yang kita dapat lihat dari segi keseluruhannya ia telah merangkumi pelbagai aspek. Termasuklah yang pertama, dari segi kepentingan kesihatan pekerjaan sehinggalah kepada faktor-faktor ekonomi yang boleh mendatangkan keberuntungan bukan sahaja dalam aspek produktiviti Lynas itu sendiri tetapi juga dari segi keluaran kasar dalam negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berminat untuk terlibat sama kerana pertama, Parlimen Tangga Batu sendiri, di satu kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Udang pada tahun 1986, apabila telah dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia untuk dibina sebuah refinery, loji penapisan minyak Petronas. Saya tengok Yang Berhormat Kota Melaka pun memandang saya itu dan memahami suasana yang serupa apabila kita terpaksa berhadapan dengan civil society ketika itu, pihak NGO dan sebagainya. Yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu pembinaan sebuah loji petrokimia yang terbesar di Asia Tenggara

final • 6:21 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

yang hari ini, lebih kurang dua minggu lepas, rakyat di Parlimen Tangga Batu berasa bangga kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan sebuah lagi loji degasification. Loji yang menukar liquid natural gas kepada gas, yang hari ini di Parlimen Tangga Batu, kawasan DUN Sungai Udang ini, menjadi yang pertama seumpamanya di Asia yang saya kira sekali gus telah menyebabkan Parlimen Tangga Batu terdedah kepada satu konsep pembangunan yang kita kira telah diambil secara terperinci perkiraannya oleh pihak kerajaan. Bagaimana satu kaedah pembangunan mampan ataupun Yang Berhormat Batu pagi tadi sebut, dia kata kelestarian pembangunan. Dalam perkataan yang lebih mudah difahami, sustainable development, yang mengambil kira bukan sahaja kesan-kesan pembangunan terhadap alam sekitar tetapi ia juga telah mengambil kesan-kesan sosial di dalam program social impact analysisnya. Hari ini kalau dilihat lebih kurang 4,500 orang telah pun memperoleh manfaat secara langsung ataupun tidak langsung dalam bentuk ikatan pekerjaan, majikan - Petronas dan juga selaku kontraktor dan juga sub-sub kontraktor.

Dahulunya, jika dibayangkan oleh pihak yang menentang pembangunan ini adalah umpama seekor harimau di dalam hutan yang bakal keluar dan memakan orang-orang di Tangga Batu, di DUN Sungai Udang ini, dengan suasana yang amat ganas dibayangkan pada ketika itu. Sehingga mewujudkan satu pertembungan politik yang cukup kritikal sehingga pilihan raya pada tahun tersebut kita menganggarkan akan kehilangan sebuah Dewan Undangan Negeri.

Akan tetapi apa yang berlaku, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pada pilihan raya umum yang lalu, menyedari akan kesan-kesan positif, impak positif daripada pembangunan ini, Dewan Undangan Negeri Sungai Udang telah didaftarkan sebagai DUN yang parti Barisan Nasional memperoleh majoriti terbanyak di Semenanjung Malaysia. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita lihat daripada kesan ini, ia menampakkan bahawa akan sampai satu ketika, apa yang kita perbahaskan pada hari ini adalah merupakan satu proses yang terpaksa dilalui. Proses untuk mendewasakan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil ini dalam erti kata sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu hendak dengar orang kampung sebut sievert ini pun susah. Hari ini orang kampung sudah boleh tahu sebatang rokok ini berapa millisievert.

Kalau dia hisap rokok, dia sudah tahu kadar radiasi yang terkena kepada mereka. Dia sudah tahu sebut dah. Becquerel per gram pun dia sudah tahu sebut. Ada hikmahnya apa yang berlaku, pertembungan di antara sains dan politik ini. Sebenarnya, menambah kebaikan apabila kumpulan rakyat mula menyedari bahawa sebelum membuat sesuatu keputusan, mereka perlu mempelajari selok-belok bagaimana untuk membuat keputusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyebut tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Semua pihak tahu bahawa satu-satu kementerian yang bertanggungjawab secara penuh terhadap pembangunan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah Kementerian Sumber Manusia. Jadi, hari ini kita hendak tahu, berapakah darjah penglibatan Kementerian Sumber Manusia di dalam memastikan kesan-kesan yang dianggarkan, yang disangka akan berlaku nanti, akan diberikan maklumat awal kepada rakyat. Bukan sahaja di sekitar kawasan perindustrian Gebeng tetapi juga di seluruh negara. Umpamanya, di dalam prosedur kita untuk menekankan aspek-aspek keselamatan.

Yang pertama ialah criteria premises and housekeeping. Sejauh manakah kesedaran kumpulan masyarakat hari ini diberikan pendedahan tentang kepentingan premises and housekeeping di sekitar kawasan perindustrian ini.

Yang kedua, sejauh manakah kumpulan masyarakat ini diberikan kesedaran tentang personal mechanical and electrical safeguarding umpamanya. Saya rasa terperanjat juga Tuan Yang di-Pertua, bila saya lihat laporan ini yang menampakkan gambar Jawatankuasa pilihan ini melawat ke tapak pembangunan Lynas. Yang Berhormat Pengerusi dan rakan-rakan yang lain, yang memakai topi keselamatan hanyalah pihak tuan rumah tetapi Jawatankuasa langsung tidak pakai topi keselamatan. Ini sebenarnya adalah lebih menggambarkan bagaimana keseriusan kita di dalam pengamalan acara-acara keselamatan. Ini kerana dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, one will be too many. Satu kemalangan akan dikira sebagai banyak. Itu sebab kejadian yang berlaku, kemalangan yang berlaku di Dungun baru-baru ini, yang menyebabkan kematian seorang kontraktor Petronas patut kita ambil berat. Di dalamnya nanti akan ada satu proses accident, reporting

final • 6:21 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

and investigation. Bagaimana laporan kemalangan itu dan penyiasatannya yang akhirnya akan membawa kepada accident recall supaya semua anggota, struktur, sistem di dalam program ini dapat menyedari betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tujuan saya membawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana bila bercakap tentang risiko, kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggapan. Itu sebablah antaranya kawan-kawan dari Pembangkang datang dengan pelbagai idea-idea liar tentang berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

final • 6:21 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Akan tetapi malangnya apa yang berlaku adalah hujah itu tidak disokong dengan fakta dan angka, lebih kepada sentimen politik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, cadangan saya kepada Jawatankuasa ini kalau tidak selepas dibubar nanti akan ada lagi satu Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang akan memberikan satu cadangan terhadap pelan-pelan tindakan supaya acara keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini diberikan tumpuan yang paling rapi supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

[Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga mengambil peluang ini untuk membawa satu isu yang saya kira sebagai sesuatu yang keterlaluan apabila mendengarkan yang dibawa oleh rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran tentang radiasi nuclear activity dan sebagainya yang dianggap sebagai suatu yang remeh oleh sesetengah pihak.

Saya teringat di dalam suatu wawancara yang disiarkan oleh Media Prima yang menyebut tentang bagaimana menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.

Tuan Yang di-Pertua, adalah amat malang sekali apabila berlaku peristiwa- peristiwa seperti penafian kepada pakar-pakar dan saintis-saintis kita yang mana pakar- pakar dan saintis-saintis ini telah pun menyatakan secara jelas tentang fakta dan maklumat yang telah dibawa oleh mereka telah diputarbelitkan oleh seorang Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua lebih besar dari itu ialah apabila pemutaran belit ini telah menyebabkan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang pada peringkat awalnya saya melihat, telah ada satu agenda politik iaitu terdapat penafian oleh pihak pembangkang dengan sekali gus tidak mewakilkan sebarang calon untuk menduduki Jawatankuasa Pilihan Khas ini.

Saya percaya ini adalah sengaja dilakukan. Itu sebab hari ini apabila kita mendengar hujah-hujah yang dibawa oleh pakar-pakar dan juga ahli-ahli sains kita ini yang menyatakan sokongan mereka terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh pihak kerajaan terhadap keselamatan Projek Lynas Advanced Material Plant ini. Mereka bangun dan menyatakan sebaliknya. Perkara yang lebih berat dari itu ialah ada di antara Ahli-ahli Parlimen kita yang dihalang untuk bersama-sama menyertai perbahasan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya menyanjung jawatankuasa ini yang telah memberikan empat perkara yang berkaitan dengan krisis keyakinan awam terhadap projek pembangunan LAMP ini.

Pertama, ialah perkara yang berkaitan dengan continuous monitoring ataupun pemantauan yang akan diadakan secara berkala. Saya kira jadual-jadual untuk memantau pembangunan serta kesan-kesan radiasi sama ada ia berkaitan dengan radio aktiviti ataupun radiasi-radiasi lain perlulah diadakan secara terbuka supaya ia dapat dicapai oleh setiap pihak yang berkepentingan termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan juga masyarakat-masyarakat sivil.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya melihat di impact analysis kepada kadar-kadar kesan radiologi perlulah diberikan kepada umum secara bahasa yang mudah untuk difahami. Oleh kerana kita khuatir perkara yang diletakkan secara saintifik dan juga secara matematik akan juga dapat diputar belit oleh pihak-pihak yang tertentu yang boleh membawa kesan-kesan yang negatif kepada pembangunan ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Jawatankuasa ini untuk menjelaskan satu tuntutan daripada pihak negara luar yang telah menemu duga beberapa

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

pemimpin di negara kita yang menyebutkan pada hari ini terdapat satu arahan keras daripada kerajaan Australia untuk menghalang penyimpanan ataupun pembuangan sisa- sisa ini kembali ke negara mereka. Di manakah kebenaran kenyataan ini? Kalau ia hanyalah retorik politik, saya minta supaya ia diperjelaskan.

Ini kerana pada dua hari lepas sebuah stesen televisyen telah pun memberikan kenyataan bahawa kerajaan Australia telah pun menidakkan permohonan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang residu-residu radioaktif ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan hasrat jawatankuasa untuk mengadakan scientific explanation, bukan sahaja di dalam media-media cetak tetapi di dalam media-media elektronik dan juga media-media sosial serta media-media baru.

Saya percaya scientific explanation ini perlu dipermudahkan di dalam bahasa-bahasa yang mudah difahami dan supaya ia tidak akan dipolemikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek ekonomi saya mengambil berat mengapakah insentif yang disediakan oleh Malaysia ini masih lagi digilai oleh organisasi Lynas ini.

Sedangkan telah terbukti bahawa dari kadar tukaran wang asing serta dari kadar birokrasi yang telah diperolehi oleh mereka telah terbukti Malaysia adalah sebagai sebuah destinasi yang paling menarik. Mengapakah kita masih lagi memerlukan insentif-insentif lain?

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang paling besar yang mungkin menjadi tanggapan kepada sebilangan besar masyarakat sivil jika dilihat pihak kerajaan beria-ia untuk mendirikan kilang Lynas ini. Kita perlu juga bertanya mengapakah pihak pembangkang beria-ia menolak serta menidakkan projek yang membawa kebaikan ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan mungkin ada sesuatu yang telah dijanjikan dan mungkin ada sesuatu yang akan diganjarkan.

Jadi di sana kita perlu berkira-kira, kalau kita beria-ia untuk mendirikan dan mereka menyatakan berbagai-bagai tuduhan dan tanggapan kita juga boleh menyatakan jika mereka beria-ia menolak sudah pasti ada sesuatu yang mereka harapkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua harapan saya perkara-perkara ini semua perlulah diambil perhatian secara terperinci bukan sahaja oleh jawatankuasa ini. Saya tidak tahu sama ada jawatankuasa ini akan dilanjutkan usianya ataupun tidak ataupun akan dibubarkan, tetapi saya percaya kementerian-kementerian yang bakal bertanggungjawab di dalam urusan ini akan mengambil kira secara terperinci faktor-faktor yang boleh menyebabkan apa yang dikhuatiri serta digeruni oleh sebahagian kecil daripada masyarakat ini dapat ditangani dan diatasi dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, itulah saja ucapan saya pada kali ini dan saya dengan sukacitanya menyokong pembentangan laporan yang telah dibawa oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain terus mahu juga memberikan pandangan-pandangan saya dalam waktu yang diperuntukkan selama 30 minit ini Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya mengingatkan diri saya sendiri pertama-tamanya. Apa pun ilmu yang kita ada, kepakaran segalanya pengkhususan bidang expertise, kalau kembali kepada apa yang diingatkan oleh Allah SWT dengan izin, saya menyebutkan ayatnya... [Membaca sepotong ayat] “Tidaklah kau diberikan akan ilmu kecuali sedikit sahaja”. Jadi dengan permulaan begitu saya mengingatkan diri saya dan juga kawan-kawan yang lain betapa dalam apa pun kepakaran yang kita ada pastikan bahawa kita bersedia untuk memberikan, memahami dan mengiktiraf kepakaran-kepakaran kawan-kawan yang lain.

Itu pertama yang saya ingin sebutkan seperti mana yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Hulu Langat pagi tadi. Itulah dalam semangat itu sebenarnya beliau menyebutkan bahawa beliau punya kepakaran dalam nuclear science tetapi mengiktiraf dan sedia menerima pandangan-pandangan bidang-bidang yang lain.

final • 6:38 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kalaulah saya, saya telah berhujah perkara ini semasa penubuhan PSC dahulu dan saya kira saya tidak mahu mengulangi perkara-perkara yang telah saya sebut dahulu. Cumanya dalam saya membaca keseluruhan laporan ini pada perkara-perkara yang penting dan sehinggalah pada muka surat 69 khususnya dan yang lain itu saya scan through. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati seperti mana yang telah saya sebutkan lebih awal tadi bahawa dalam rumusan Jawatankuasa pada muka surat 69, enam rumusan itu bolehlah saya sifatkan sebagai seumpama satu audited report of an accountant dengan merakamkan 31 qualifications. Kalau itulah boleh saya umpamakan, ya. Setuju, setuju tetapi merakamkan betapa perkara-perkara yang disebutkan itu perlu diperhatikan dalam 31 rekomendasi ataupun qualification-qualification yang terkadang kali pada saya yang meletakkan persetujuan yang disebutkan Jawatankuasa berpuas hati satu, dua, tiga itu sangat tidak konsisten dan koheren dengan perkara-perkara yang disebutkan lebih awal.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menurunkan ataupun merakamkan lebih awal lagi betapa kita diingatkan dengan incident Asian Rare Earth refinery di Bukit Merah yang telah pun kita rakamkan, disebutkan oleh kawan-kawan sebentar tadi yang jelasnya antara lain adalah satu projek yang tidak punya dengan izin they had no long term waste management plan, yang pada akhirnya mengakibatkan pelbagai ad-hoc arrangement yang menyaksikan betapa contohnya diaborted papan dumpsite eventually yang membawa kepada that lack to a situation of discriminate gland the stain dumping of radioactive thorium cake waste of Lahat, Mengelembu, Pengkalan, Jelapang, Bentong, Simpang Pulai, dan sebagainya yang keseluruhannya merakamkan betapa dalam Projek Bukit Merah Asian Rare Earth itu jangan sampai berulang. Sudah ada bibit-bibit isyarat-isyaratnya bahawa ia akan berulang ketika mana dalam laporan ini sendiri menyebutkan betapa projek yang sebesar ini punya pelaburan RM2.5 bilion yang hanya diketahui oleh rakyat Malaysia termasuklah yang di Kuantan tatkala hanya dilaporkan projek ini.

Ketika ia dilaporkan bukan di sini tetapi ia dilaporkan - Apabila projek ini disebutkan timbul terbit setelah New York Times pada 8 Mac 2011 melaporkannya mengeluarkan satu artikel berjudul, ”Taking a Risk For Rare Earth”. Ketika itu sahaja baru celik dan mendapat maklumat kami ini semua dan ini adalah amat mengecewakan, cukup tidak bertanggungjawab to sear of the list dan dengan itu juga ia mengingatkan kita akan berulangnya pengurusan Asian Rare Earth Bukit Merah yang telah pun menyaksikan incidences, cancer dan pulmonary diseases, dan sebagainya yang tidak pun dapat dilakukan. Apa pun dalam bentuknya scientific empirical and periodical studies sehingga kini dan kerana itu ia tidak dapat dirakamkan dalam bentuknya yang boleh disandarkan sebagai saintifik. Dari sudutnya memberikan evidence. Jadi kuasa relationship ataupun apa jua sebab musabab sebagai ecology over and above incidences of cancer, observation of cancer itu tidak dapat diputuskan secara empirical kerana begitu ringan sekali. Kalau saya sebutkan dalam bahasa yang lebih sedap, curang sekali pengurusan itu dilakukan kerana jelas ia tidak punya long term waste management plan. Dalam kes Lynas ini juga itulah antara perkara yang menjadi pertikaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan kalau pun, saya tidak mahu berhujah kecuali daripada laporan ini sahaja kalau boleh. Pertama, laporan merakamkan bahawa Projek Lynas ini ia disimpulkan sebagai satu yang - kalau boleh saya sebutkan PSC menyebutkan Projek Lynas ini adalah projek syarikat yang dianggap dan ditanggapi sebagai satu projek yang bukannya pemprosesan nuklear dan ianya adalah satu pemprosesan untuk membina kilang bagi memproses bahan mentah. Maaf, kalau boleh saya bacakan sendiri, ya. Ia dianggap tidak bukanlah pemprosesan nuklear tetapi sebagai satu kilang kimia. Ya, sila.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ini oleh kerana isu Asian Rare Earth ini telah ditimbulkan dan pihak kerajaan dan backbenchers telah terbukti dan di dalam laporan telah dinyatakan bahawa soal kanser dan leukemia ini tidak ada kena mengena dengan rare earth. Saya hendak baca sebenarnya ayat yang ditulis dan ayat ini satu ayat yang amat selamatlah ya. Ia mengatakan, “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kejadian kanser dan leukemia di Bukit Merah tidak dapat dikaitkan dengan kilang Asian Rare Earth kerana sela masa yang singkat”. Ayat ini tidak menyatakan dengan pasti bahawa ianya tidak ada kena mengena.

final • 6:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Apa yang dinyatakan ialah hanya sekadar tidak dapat dikaitkan dengan kilang Asian Rare Earth. Ianya tidak dapat dikaitkan tetapi ianya tidak disebut bahawa dengan pasti tidak ada kena mengena. Ianya satu ayat yang masih lagi agak terbuka. It is open ended. What does it means? Dengan izin it is not proven. It is not been proven that there is a relationship but at the same time, dengan izin, it is not proven there is no relationship. Ini merupakan satu ayat yang selamat tetapi tidak menyatakan dengan jelas dan tepat bahawa tak ada kaitan. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor?

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam. Itulah perkara yang saya sebutkan tadi apabila perkara itu ditinggalkan begitu, maka no empirical ataupun tidak ada satu rumusan secara empirical dapat disimpulkan. Akan tetapi kalau dilakukan it is empirical studies over incidence and occurrences of cancer, over and above satu kawasan yang tidak ada langsung exposure dan pendedahan kepada rare earth situ, maka tentunya jelas bahawa there is a significant difference iaitu…

final • 6:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

…Kalau kita ambil berbanding dengan di Rembaukah atau di mana-mana yang di sana tidak ada langsung, maka the occurrences and incidences of cancer and other pulmonary disease tentunya adalah significant. Cumanya tidak dilakukan perkara itu.

final • 6:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, sila.

final • 6:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, sesuatu yang pada pengamatan saya, kita sudah berhujah kedua-dua pihak melebihi empat jam setengah.

Akan tetapi saya rasa ada satu perspektif yang tercicir sedangkan kita membahaskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai LAMP tetapi saya rasa kita tersilap pandang kerana pada hari ini, saat dan tika ini LAMP lojinya, pelannya sudah siap sedia untuk beroperasi. Siap sedia untuk menerima TOL dan mula dia punya operasi sepanjang dua tahun.

final • 6:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Siapa ‘penjaga gol’ kita? Saya rasa yang curang, yang cuai dan harus dikutuk ialah MITI dan juga MIDA. Mereka yang membawa lanun ke mari, mereka yang membuka pintu besar, gerbang pintu besar sudah sampai mendarat ke Kuantan, ke Gebeng barulah kita hendak buatkan satu PSC, barulah kita hendak bahas. Saya rasa MITI dan juga MIDA harus dikutuk dan harus dipertikaikan kerana sikap curang dan sikap tidak teliti mereka.

Jadi dalam pada semasa kita berucap, kita pun dengar bahawa walaupun LAMP sudah memberi jaminan sekiranya pengurusan residue itu tidak dapat diselesaikan dengan sempurna mengikut lunas-lunas keselamatan dari segi kesihatan awam secara sempurna, maka mereka meletakkan jaminan USD50 juta sebagai satu pertaruhan. Apakah kata Yang Berhormat Kuala Selangor? Kita juga libatkan keenam-enam Yang Berhormat daripada pihak sebelah yang telah bersikap laku macam salesman kepada Lynas supaya mereka juga diikatkan dengan jaminan RM2 juta setiap orang itu supaya memastikan tiada gejala health hazard, risiko kesihatan yang bakal timbul kalaulah dia terjadi.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Inilah perkara yang menjadi bahan utama perbahasan saya ketika persoalannya bagaimana ia boleh melepasi kesemua ini dalam keadaan di mana MITI hanya melakukan preliminary ataupun yang dipinta adalah preliminary EIA (Environmental Impact Assessment) dengan tidak sebenar-benarnya menekankan tentang termasuklah pada saya yang tidak saya perhatikan a cost-benefit analysis yang pastinya akan melibatkan overall assessment of socioeconomic feasibility of the project. Tidak ada. Sekarang ini mereka bercakap tentang detail environmental impact assessment.

Akan tetapi pada awal, inilah perkara yang – itu bercakap tentang cost-benefit analysis, tidak masuk lagi more importantly tentang perkara the health impact assessment. Itu lebih mencabar lagi. Jadi sebelum kesemua itu telah dikenal pasti atau diturunkan dan dirumuskan, sudah Temporary of License (TOL) dikemukakan atau dikeluarkan.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya amat cemas kerana setiap kali saya bangkit sama ada berbahas tentang isu-isu ekonomi, bajet atau belanjawan, saya dan juga kawan-kawan sebelah sini lakukan semak imbang itu sebagai our constitutional responsibility, sebagai tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen yang menyemak dan mengimbangi kerajaan. Ini kerana buat hari ini kami sebelah sini, tetapi kalau andainya berkalih pula tempatnya, mereka juga akan melakukan check and balance itu kepada kerajaan on the day. So dari sudut itu Tuan Yang di-Pertua, we are doing kita sedang melaksanakan tugas utama kita that is federal opposition iaitu check and balance kerajaan.

Dengan nada itu juga saya menyebutkan dan saya teruskan perbahasan ini.

Kalaulah seperti mana yang telah dikatakan, Jawatankuasa mengambil maklum bahawa LAMP adalah sebuah kilang kimia dan juga yang diklasifikasikan kelulusannya oleh MITI, yang mengklasifikasikan produknya yang akan mengeluarkan iaitu rare earths oxide dan carbonate ini dan juga DOSH pun begitu. Ia adalah hanya kilang kimia tetapi pada kenyataannya, kita berdepan dengan kenyataan bahawa hasil daripada segala kegiatan di sini yang melibatkan all the chemicals, tindak balas kimia dan fizikal sama ada yang melibatkan the processes dengan izin, cracking, leaching extraction and finishing itu yang dalam menghasilkan lantanum itu Tuan Yang di-Pertua, ia pada akhirnya juga melahirkan ataupun menghasilkan residu. Residu ini adalah pada sifatnya sama ada water leach purification, the fluid gas desulphurization dan MUF itu, neutralize flow itu. Kesemua ini adalah perkara-perkara atau bahan-bahan metabolized ataupun waste produk yang punya toxicity bukan sahaja urusannya adalah radioactivity.

Radioactivity itu jelas. Kalau kita ambil the waste leach purification, yang nyata di situ ia disebutkan adalah pada kepekatan ataupun pada concentration 1,650 part per million bersamaan 5.9 Becquerel per gram thorium, itu sudah cukup meletakkan apa punlah klasifikasinya but the fact remain, hakikatnya adalah di sana by product ini, di sana residue ini nyata punya thorium pada paras 5.9 Becquerel per gram pada ketika itu. What give you the certainty? Apa jaminan bahawa kalau ia tidak dipantau dalam prosesnya akan juga melepasi tahap dan kepekatan lebih daripada itu?

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau saya perhatikan begitu juga bukan sahaja radioactivity. Oleh sebab itu saya kata tadi pertikaiannya pada awal bukan hanya radioactivity bersabit dengan thorium. Juga hasil daripada chemical processes itu ia melahirkan ataupun ia menghasilkan bahan-bahan kimia yang lain. Those bahan kimia yang saya perhatikan adalah juga very toxic, in fact there are so carcinogenic. Mereka adalah cancer causing dengan apabila Latinate cracking process yang berlaku dalam rotary kinetic which burn yang dibakar pada suhu at high temperature, ia menghasilkan hazardous heavy metals seperti plumbum, mercury, arsenic, cadmium and nickel. Arsenic, cadmium nickel are known human carcinogen. Maka dengan kata lain, kesemua ini tentunya tidak diakses di Remedial Investigation Assessment (RIA), jauh lagi on the preliminary EIA.

Jadi oleh sebab itu, inilah sebabnya. Kalau kawan-kawan sebelah sana tidak faham-faham lagi, that make this Lynas alone hazardous. Apabila kita bercakap tentang risiko, Yang Berhormat Rembau menyebutkan perkara tadi. Saya bertanyakan kepada Yang Berhormat Rembau, mengapa 31 recommendations itu atau 31 precautions itu perlu dirakamkan begini kerana persoalannya ia mencetuskan, it causes bukan perception problem, it causes risks and the risk is real.

Dalam konsep toxicology, risk is about probability atau kebarangkalian dalam exposure dan pendedahan tertentu sama ada dalam inhalation’, skin contact, injection, air dan sebagainya, ia boleh mencetuskan adverse toxicological ataupun toxicity. Adverse toxicity ataupun adverse ataupun apa juga kesan-kesan pathology ataupun harmful effect dalam bahasa mudahnya...

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Justeru kerana itu, persoalan besarnya adalah untuk memahami pengurusan all this toxic wastes. Oleh sebab itu, waste management plan ini merupakan isu paling utama dan waste management plan dalam Lynas ini adalah isu yang paling tidak ditangani. Hari ini mereka bercakap untuk menjadikan ia by product dan segala apa yang masih lagi dalam alam khayal ataupun alam R&D. Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak minta Yang Berhormat

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kuala Selangor menambah sedikit tentang soal external radiation dengan internal radiation yang mana Yang Berhormat Hulu Langat telah sebut dan dia menegaskan bahawa dia sebagai pakar nuklear, dia menyatakan bahawa thorium itu dari sudut external radiation itu memang ia adalah selamat.

final • 6:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi dari sudut-sudut yang lain, dari sudut ia mengambil bentuk dalam internal radiation apabila torium itu yang telah dihasilkan dalam bentuk debu dalam proses cracking yang dilakukan apabila hendak dihasilkan rare earth element daripada rare earth ore itu, daripada logam rare earth itu kita hendak keluarkan dia punya elemen itu, kita akan lakukan satu proses seperti mana yang disebut tadi yang mana akan menghasilkan debu yang mana debu ini mengandungi torium yang ada radioactivity nya walaupun externally ia tidak merupakan satu masalah tetapi sekiranya ia dihidu ataupun termasuk ke dalam badan melalui beberapa proses, maka adakah ia merupakan satu permasalahan dan adakah dalam laporan ini masalah internal emitters ini telah pun disebut ataupun disentuh? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam kerana mengingatkan saya pada nota-nota yang juga penting yang saya tidak sentuh lagi yang bersabit dengan internal emitters yang disebutkan juga oleh sahabat saya Yang Berhormat Sungai Siput sebentar tadi.

Ini perkara yang menjadi pertikaian pada hari ini di mana didapati increase an occurrence of incidences of cancer yang tidak boleh cuba difahami dari sudut kesan atau sebab musabab, teologi dan causative factors atau sebabnya, puncanya kerana hanya dengan merujuk kepada fenomena internal emitters ini, dan satu badan yang bernama CERI, satu badan research yang memberikan tumpuan kepada isu internal emitters, sebab kalau dalam konsepnya kalau boleh saya sebutkan ringkasnya kalau boleh dapat saya sebutkan begitu, ia bersabit dengan konsep di mana the inverse square law – the inverse square law lagi susahlah saya hendak fahamkan ini, tetapi kalau boleh saya sebutkan, the intensity of radiation from radioactive particle, a meter away from a human body increases a trillion full when that same particle sit at micron level distances on the body cell and tissue. Setelah berlaku pengambilan, it is on board, in our body, dan kalau kita telah ingest atas apa pun makanan dan minuman dan sebagainya, maka ketika dia dalam tubuh badan kita, this is more potentially deleterious over apa yang dikatakan sebagai genetic material yang membawa kepada mutagenesis ataupun mutagen dan carcinogen akhirnya.

Jadi oleh sebab itu, internal emitters ini adalah the most recent phenomena yang pakar-pakar perubatan dan medical scientist memahami atau cuba membuat penyelidikan dan ini telah pun disebutkan dalam beberapa jurnal yang mutakhir ini kalau saya boleh sebutkan juga. Atas perkara itu juga saya menyebutkan awal tadi, seorang sahabat saya yang saya kira beliau adalah pakar dalam bidang-bidang beliau dan saya membangkitkan perkara ini ketika Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berucap apabila perkara ini, perkara-perkara seumpama health sebagai assessment sama ada health assessment ataupun risk assessment, maka Health Impact Assessment ataupun Health Risk Assessment ini tidak dilakukan Tuan Yang di-Pertua.

Maka perkara-perkara seumpama bagaimana all this residues boleh mencetuskan adverse toxicity kepada human exposure dan human exposure ini ia adalah bersabit dengan the population at risk, dan the population at risk bukan hanya pekerja, the population at risk adalah mereka yang juga tinggal di persekitaran sama ada apa yang disebutkan tadi nama kampung tadi, Taman Balok Perdana itu dan juga apabila khususnya tatkala di sana condition nya, persekitarannya berpayanya, source of airnya, keseluruhan perkara ini meninggalkan kesan risk yang above and over, satu yang dianggap sebagai boleh mencetuskan apa yang perlu dilihat dalam health impact assessment dan health risk assessment.

Oleh sebab itu, kalau saya perhatikan apa yang disebutkan oleh seorang profesor environmental health yang mempunyai 18 tahun pengalaman, beliau menyebutkannya begini dengan izin “As a professor of environmental health with 18 years of experience conducting environment impact assessment, health impact assessment and health risk assessment for various types of development project in Malaysia, I’m deeply concern with the uncertainty surrounding the potential health impacts of Lynas Advanced Materials Plant

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Project in Gebeng, Kuantan”. Ini adalah pandangan seorang yang mempunyai 18 tahun track record of doing this as matter of rutin sahaja. “I reserve my judgment as to the nature of public safety or danger LAMP will pose to the population at risk, as I believe that most of the existing technical documents I have reviewed do not allow me to make a definitive and quantitative judgment on its potential health risks to the public”. Tuan Yang di-Pertua, ini dia perkara yang beliau sebutkan dan beliau menyebutkan bahawa the preliminary EIA, the radiological impact assessment, RIA…

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Lajunya.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apabila kita berucap...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Adat debate ini Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Baik. Oleh sebab itu...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

...Jangan beri peluang pada orang lain kalau banyak perkara hendak cakap.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apabila saya menilai in all fairness and in all honesty dengan izin, dalam segala kebenarannya dan keikhlasannya, saya menyebutkan, saya merakamkan di sini, rumusan jawatankuasa yang saya umpamakan tadi an audited report of an accountant with so many qualification meletakkan apa yang telah kami bangkitkan selama hari ini memang punya hujahnya.

Kalaulah pembangkang dan pakatan dan NGO tidak membangkitkan perkara ini, maka akan berulang seperti mana Asian Rare Earth di Bukit Merah. Itu merupakan satu peristiwa hitam, a very sad day for Malaysia kerana kita sekali lagi mengulangi kerja yang sama, mengulangi kesilapan yang sama, mengharapkan natijah yang berbeza. If you do the same thing Tuan Yang di-Pertua, we will get the same result. Sebab itu saya kira Dewan yang mulia ini mesti merakamkan bahawa peranan kami dalam menyemak dan mengimbangi apa yang merupakan satu yang saya kira satu cara pengurusan yang mengambil mudah pada awal, cerita lainlah 12 tahun tax exemption dan sebagainya yang saya kira merupakan satu yang cukup...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

One more minute.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang tidak memberikan kita pulangan yang baik dan sepatutnya tetapi lebih penting daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan rumusan jawatankuasa ini tidak boleh kita pertahankan kalau qualification nya dan syornya seperti mana yang telah saya sebutkan dalam celahan-celahan saya yang lebih awal tadi, meminta supaya pemantauan berterusan, health impact assessment studies dibuat, keseluruhan perkara itu meletakkan bahawa syor yang dibuat ataupun rumusan yang dibuat oleh jawatankuasa tidak sejajar dengan qualification yang mereka buat dalam 31 qualification yang mereka buat itu.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu saya merasakan penting untuk Dewan Rakyat ini, Dewan yang mulia ini merakamkan keseluruhan perkara ini kerana kami akan terus menyemak dan mengimbangi dan tidak akan mengizinkan rakyat dimangsakan dengan cara pengurusan seperti ini sekali lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 7:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk memberikan hujah saya menyokong laporan yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant ataupun LAMP.

Saya akan memberikan hujah saya berdasarkan kepada empat subjek iaitu:

pertama, sama ada industri nadir bumi ini diperlukan dan relevan di Malaysia; kedua, apa pula pendapat pakar-pakar saintifik dan juga orang perseorangan yang telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat ini; ketiga, lembaran fakta menolak polemik Lynas; dan yang keempat, syor-syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Mengapa industri nadir bumi relevan dan diperlukan di Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu menerokai bidang pertumbuhan ekonomi yang baru untuk merangsang lagi negara dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 seperti mana yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi dan untuk menyokong Pelan Transformasi Ekonomi yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini.

final • 7:08 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Sehubungan itu, industri nadir bumi telah dikenal pasti sebagai bidang pertumbuhan baru yang berpotensi tinggi bagi Malaysia. Nadir bumi digunakan dalam industri berteknologi tinggi dan hijau. Sehubungan itu, ia amat penting di dalam pembangunan industri strategik di Malaysia. Industri strategik ini biasanya berkaitan rapat dengan pertumbuhan KDNK dan peningkatan taraf hidup rakyat yang merupakan elemen yang diperlukan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi. Malaysia akan mendapat faedah daripada aktiviti pemprosesan nadir bumi yang mana akan menjadikan negara sebagai pusat industri berteknologi baru dan baru muncul.

Di antara industri yang menggunakan nadir bumi adalah seperti berikut: industri hijau, kecekapan tenaga daripada pembikinan bateri kereta hibrid, peralatan perubatan, lampu, penjimatan tenaga, kaca automotif dan architectural dan catalytic converter dengan izin, pengeluaran tenaga turbin engine. Manakala keluaran berteknologi tinggi pula, komputer riba, PDA’s, iPad, telefon pintar, paparan skrin rata, alatan pengawalan pencemaran. Sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan industri berteknologi tinggi, hijau dan mesra alam, keperluan bekalan tempatan ke atas nadir bumi adalah penting dan ia akan menjadi pemangkin ke arah pembangunan industri ini di masa hadapan. Ini latar belakang. Mengapa industri nadir bumi relevan dan diperlukan di Malaysia.

Apa pula pendapat pakar-pakar berlatarbelakangkan saintifik dan yang biasa?

Saya ingin memetik huraian pakar keselamatan radiologi dan kesihatan, Profesor Dr.

Ahmad Tarmizi Ramli. Saya quote, “Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sedia ada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada di negara ini pun yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa”. Satu lagi, “Isu ini, isu yang dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi, dalam banyak keadaan data-data yang dikemukakan itu, tidak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi, cuma dispinkan, digembar-gemburkan data-data yang ada pada saya itu, kadang-kadang ada palsu dan ada yang tidak ada kena-mengena”...

final • 7:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ini yang dikatakan oleh seorang Pakar Keselamatan Radiologi...

final • 7:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ya.

final • 7:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih. Saya berasa teruja juga. Saya hendak berucap, saya ini salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa. Akan

final • 7:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

tetapi saya rasa perlu juga untuk saya menunjukkan rasa tanggungjawab saya di sini. Tadi Yang Berhormat Hulu Selangor menyentuh mengenai data-data daripada pakar. Dari pagi tadi kita mendengar hujah-hujah malah seolah-olah kita mengecil-ngecilkan kepakaran mereka yang terlibat dan mereka pakar-pakar yang kita panggil untuk bersama dengan kita dalam Jawatankuasa yang memberi pandangan mereka. Jadi, seolah-olah kita ini dalam Jawatankuasa juga tidak bertanggungjawab terhadap keputusan kita.

Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Hulu Selangor. Kalau kita perhatikan di sini, di kalangan pakar-pakar yang ada dan juga mereka yang kita panggil dalam public inquiry dengan izin adalah mereka yang memang mempunyai tauliah, yang memang ada di kalangan mereka pun mengatakan mereka datang dengan in good faith, dengan izin apabila memberikan pendapat mereka. Jadi di sini Yang Berhormat Hulu Selangor, bolehkah Yang Berhormat menyatakan di sini sama ada dengan adanya kita menerima cadangan dan juga pandangan daripada mereka ini, itu masih juga tidak dapat diterima oleh kita sebagai rakyat Malaysia ini. Ini disebabkan kalau mana-mana sekalipun, inilah sahaja pakar-pakar yang ada di negara kita, malah ada di antara mereka juga bertugas dan digunakan kepakaran mereka di negara luar. Jadi, bagaimana pandangan Yang Berhormat Hulu Selangor? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ya, terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya hendak menambah sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi. Kita perlu bertanggungjawab dan kami sebagai Ahli Jawatankuasa PSC, kita mahu mendapatkan maklumat daripada semua pihak. Malahan sebenarnya apa yang dirujuk tadi oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, seorang Pakar Kesihatan Awam bernama Profesor Jamal Hisham Hashim. Saya yang meminta supaya beliau dipanggil untuk datang ke Jawatankuasa sebab kita hendak mendengar apa kebenarannya.

Apa sebenarnya yang dibaca oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, itu pendapat dia dahulu. Dia tidak menyebut tarikh kenyataan itu dibuat oleh Profesor Jamal Hisham Hashim. Saya baca kenyataan itu, sebab itu saya minta dia dipanggil dan dia datang, alhamdulillah. Bagus. Seorang yang profesional, datang dan saya yang bertanya soalan kepadanya. Saya bertanya kepada dia apa threshold yang dia guna untuk merumuskan apa yang dia rumuskan dalam surat tersebut. Saya bertanya. Dia kata, dia sendiri tidak tahu threshold itu dan dia sendiri sebut daripada mulut dia keluar, dia kata, “Saya bukan pakar nuklear”. Jadi saya berkata kepada dia, “Kalau profesor bukan pakar nuklear - sekarang ini pakar nuklear yang datang termasuk kenyataan daripada Yang Berhormat Hulu Langat sendiri, menyatakan bahawa, kadar radiasi hasil daripada torium tadi, sisa buangan torium tadi, paling tinggi ialah 0.002 millisievert setahun”. 0.002 millisievert setahun. Dalam keadaan the worst case scenario, berlaku gempa bumikah, berlaku tsunamikah, berlaku kebakarankah, berlaku letupankah, 0.002. Saya bertanya dia soalan, kalau sebagai pakar kesihatan, kita work atas threshold 0.002, adakah Lynas ini tidak selamat? Dia kata, “Saya tidak tahu sebenarnya”. Itu jawapan dia dalam pendengaran awam.

Jadi, saya tertarik itu sebab Yang Berhormat Hulu Selangor menyentuh tentang kenyataan palsu, kenyataan putar-belit. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Hulu Selangor?

final • 7:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Hulu Selangor, boleh? Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

[Menunjukkan isyarat tangan]

final • 7:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya cuma hendak menambah sedikit. Saya masih ingat sesi yang lepas, kita membahaskan isu Bukit Merah di Dewan yang mulia ini, usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah bahawa ada orang mengambil bacaan di kilang yang telah pun ditutup. Kononnya bacaannya adalah 0.19 microsievert, sejam. Kalau itu kita convert ke setahun, maka adalah lebih kurang 1.6 millisievert setahun.

Selepas itu, terus Yang Berhormat Menteri, kita juga mengambil bacaan dalam Dewan yang mulia ini dan mendapati bahawa adalah 0.22 microsievert sejam. Lebih tinggi daripada kilang yang telah pun ditutup di Bukit Merah. Semasa itu, Yang Berhormat

final • 7:10 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kuantan juga beliau kata, bacaan radiasi rumah yang bertempat di Telok Chempedak adalah 0.06 millisievert setahun. Jadi, kalau bandingkan bacaan ini dengan kilang Lynas yang mana 0.002 millisievert setahun. Maknanya, adakah rumah Yang Berhormat Kuantan lagi bahaya daripada kilang Lynas ini? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong, terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya harap ucapan mereka dimasukkan dalam ucapan saya. Saya bersetuju bahawa banyak perkara ini ada yang palsu, ada yang tidak ada kena-mengena langsung, semata-mata mereka cuba hendak menegakkan benang yang telah basah. Akan tetapi yang hakikatnya ialah kita telah mendapat pendapat- pendapat mereka yang pakar, mereka yang arif dalam bidang ini.

Saya akan terus pada hujah saya. Semasa Rare Earth International Symposium yang telah dianjurkan oleh Academy of Science Malaysia (ASM) baru-baru ini, pada bulan Mei yang lalu. Empat orang daripada pakar mereka telah juga memberi pendapat. Pertama, Mr. Jack Lifton Co-Founder of Technology Metals Research LLC from the United States, dengan izin dia kata, “I do not believe that is radiation problem. Not at all”.

final • 7:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Seterusnya, pakar daripada Karlsruhe Institute of Technology in Germany, Christoph Wilhelm, beliau pula berkata, “The plant look safe as everything had been taken into account including its waste residual management” dengan izin.

Seterusnya, Profesor Dr. Chun-Hua Yan daripada Peking University semasa lawatannya di Gebeng mengatakan, “While China could have the best rare earth technology in the world, the industry technology and science should be developed by all”, dan akhirnya Dr. Proom Promwichit, pakar sinaran reaktor nuklear Thailand berkata, “Projek itu tidak akan memudaratkan manusia di kawasan sekitar selagi sisa projek tidak tersebar ke udara atau menyerap ke dalam sistem air bawah tanah.” Ini pendapat pakar-pakar yang telah hadir ke Rare Earth Symposium.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Minat maaf Yang Berhormat. Dr.

Proom bukan orang Thailand. Dia orang Malaysia, asal dari Perlis.

final • 7:20 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya mohon maaf. Dikatakan dia pakar sinaran reaktor nuklear Thailand. Mohon maaf. Saya betulkan.

Akan tetapi hakikatnya ialah pendapat-pendapat profesional juga menyokong bahawa ini merupakan satu projek yang selamat dan boleh dilaksanakan di Malaysia.

Apabila saya melihat laporan yang telah dibentangkan malah seorang occupational health doctor yang bernama Dr. Syed Badaruddin bin Syed Ali, beliau mengatakan pengalaman beliau lebih 10 tahun sebagai panel doktor pekerjaan untuk 90% kilang-kilang di kawasan Gebeng tiada mendapat kes kejadian kanser akibat terdedah kepada kimia atau bahan bahaya di tempat kerja. Beliau juga mengesyorkan supaya Lynas diberi lesen untuk beroperasi, untuk memberi mereka peluang membuktikan secara saintifik dan beliau juga memberi contoh Huntsman Tioxide di Kemaman yang memproses bahan yang sama iaitu rare earth seperti Lynas dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dan tiada menunjukkan kaitan dengan kanser. Itu pendapat Dr. Syed Badaruddin yang based di Gebeng, Kuantan.

Apa pula pendapat Dato’ Mas’ut bin Awang Samah wakil Federation of Malaysian Manufacturers. Beliau berpendapat semua industri mempunyai risiko walau bagaimanapun ia adalah calculated risk, berpendapat bahawa tahap kawalan dan penguatkuasaan di Malaysia adalah hebat dan ketat dan Lynas turut dikenakan kawalan yang sama seperti industri lain. Ini pendapat beliau.

Encik Mohamad bin Amir Mohsin, Pengerusi JKKK di Kampung Selamat, Tanjung Api mengatakan mereka yakin tentang kebaikan Lynas dan keputusan kerajaan, menyatakan penduduk kampung setempat secara amnya tiada masalah dengan Lynas.

Pihak yang membangkang adalah pihak yang tidak suka kepada kerajaan. Percaya Lynas adalah perniagaan yang akan menguntungkan negara dan yakin Lynas adalah selamat berdasarkan kenyataan dari pakar-pakar.

Sebulat suara rakyat biasa yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains, yang mempunyai kepakaran dalam bidang industri, sebulat-bulat memberi pendapat mereka

final • 7:20 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

yang menyokong industri ini. Maka, seperti mana yang tadi saya katakan, keperluan industri ini penting. Pakar-pakar saintifik pula setuju ini diperlukan. Akan tetapi apakah sebenarnya benda-benda yang dihuraikan oleh pihak yang tidak menginginkan kemajuan ini? Sekarang saya pula akan memberi lembaran fakta untuk di sebalik polemik Lynas.

Benarkah Lynas ini loji nuklear? Tidak benar kerana Lynas adalah loji pemprosesan nadir bumi dan bukan loji nuklear. Benarkah Lynas tidak mematuhi standard keselamatan antarabangsa? Juga tidak benar. Laporan IAEA yang dikeluarkan pada 30 Jun 2011 menyatakan bahawa undang-undang Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard keselamatan IAEA dan Lynas sehingga kini telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang telah ditetapkan.

Benarkah bahan radioaktif yang terkandung dalam torium boleh menembusi kulit manusia? Tidak benar. Zarah torium yang mereput hanya menghasilkan sinar alfa sahaja, yang tidak mampu menembusi sekeping kertas yang nipis apatah lagi kulit manusia yang tebal. Benarkah terdapat persamaan di antara Lynas dan Asian Rare Earth di Bukit Merah, Perak? Tidak benar. Lynas memproses nadir bumi asli manakala Asian Rare Earth memproses amang ataupun tahi bijih timah. Perbandingannya, kandungan torium dalam bahan mentah Asian Rare Earth, 37 kali lebih tinggi dari Lynas. Kepekatan dalam sisa Asian Rare Earth sehingga 60 kali lebih tinggi daripada Lynas.

Benarkah bahan radioaktif yang terkandung dalam torium Lynas akan menyebabkan pencemaran ke Sungai Balok, Kuantan, Pahang? Tidak benar. Torium Lynas tidak melarut dalam air dan kerana itu tidak akan menyebabkan pencemaran sungai.

Sekalipun begitu, Lynas juga telah mengambil langkah yang perlu dan tetap untuk memastikan tiada torium yang akan terlepas ke Sungai Balok, Kuantan, Pahang.

Benarkah bahan radioaktif yang terkandung dalam torium Lynas akan menyebabkan pencemaran udara di Gebeng, Kuantan, Pahang? Juga tidak benar. Zarah torium adalah berat dan kebarangkalian untuk terlepas ke udara adalah sangat rendah melainkan ia adalah sangat-sangat kecil dengan saiz satu mikron dalam diameter yang hanya boleh berlaku jika kita berada di lombong nadir bumi.

Benarkah kadar radiasi yang dilepaskan oleh Lynas membahayakan kesihatan awam? Juga tidak benar. Kadar radiasi yang diperoleh daripada menonton televisyen dengan purata dua jam sehari ialah pada bacaan 0.01 mSv setahun iaitu 80% lebih tinggi dari kadar radiasi yang dilepaskan oleh Lynas iaitu pada bacaan 0.002 mSv setahun. Apa yang benar? Benarkah bahan mentah yang diproses oleh Lynas tidak dilabel sebagai bahan radioaktif di bawah undang-undang antarabangsa sehingga memasuki perairan Malaysia? Ya, itu benar. Ini membuktikan bahawa undang-undang Malaysia adalah ketat dalam pengawalan bahan radioaktif.

Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan fakta-fakta yang benar ini, sebelum ini diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hanyalah untuk memutar belit ataupun memberi fakta yang tidak betul. If you cannot convince them, you confuse them, dengan izin. Itulah matlamat yang diambil oleh segelintir. Saya harap dengan terbentangnya laporan ini, kita lebih peka kerana saya lihat jawatankuasa pilihan khas telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik. Tiada apa di sini saya nampak sebagai kosmetik. Bagi saya semua fakta-fakta ini ada bukti dan yang penting ialah kita baca dan memahami.

Saya ucapkan syabas kepada pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Dalam masa tiga bulan telah pun menyediakan satu laporan yang begitu komprehensif dan saya percaya bahawa ini akan membantu masa depan golongan-golongan remaja supaya negara kita akan menjadi sebuah negara yang dapat bersaing. Akhir sekali, berdasarkan kepada syor- syor yang telah pun dikemukakan. Syor-syor yang dikemukakan juga telah memberi semua keperluan yang harus kita lihat. Lima aspek utama telah pun dilihat oleh mereka. Pertama, keselamatan serta impak dan pemantauan kesihatan projek dan mereka huraikan lagi aspek keselamatan pendedahan sinaran, aspek alam sekitar, aspek kesihatan awam, aspek pengurusan residu.

Seterusnya, proses kelulusan dan perlesenan. Seterusnya, memperkasakan agensi-agensi penguat kuasa bagi projek Lynas. Seterusnya pelaburan dan sosioekonomi dan akhirnya saluran komunikasi dan penyebaran maklumat. Mereka telah pun melihat semua aspek yang mana dapat memastikan projek ini dijalankan dengan cara yang terbaik.

Saya harap kita dapat memberi perhatian yang sewajarnya. Saya juga berharap...

final • 7:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Hulu Selangor, boleh celah sedikit?

final • 7:20 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya mohon maaf, masa tak cukup. Minta maaf. Saya juga berharap bahawa apabila Jawatankuasa Khas Pemantauan ini diwujudkan, jawatankuasa ini dapat mengambil penglibatan semua.

Kalau boleh sekiranya perlu, mereka yang terlibat di kawasan tersebut, parti-parti politik dalam kawasan tersebut, by party participation, semua daripada pihak kerajaan, pihak pembangkang juga dijemput. Walaupun kali ini pihak pembangkang tidak dapat mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini, saya nampak hujah-hujah mereka hari ini sebenarnya tak perlu langsung sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Jawatankuasa ini.

Akan tetapi keangkuhan mereka, ingatkan mereka sahaja yang betul, nampak benar hari ini mereka [Tepuk] Saya pun terkejut. Yang Berhormat Indera Mahkota ada? Oh!

Sudah balik. Ingat tadi dia nak mempertahankan orang-orang Gebeng tetapi sudah balik rupanya. Baguslah. Itulah penghayatan Yang Berhormat Indera Mahkota. Sampai tak ada, tak apa. Walau bagaimanapun, in all fair and all honesty, I think this Committee has presented a very good report dengan izin.

final • 7:20 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya ucapkan sekali lagi tahniah dan dengan ini saya menyokong Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Projek Lynas. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Klang, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengalu-alukan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah mengemukakan 31 cadangan termasuk menaik taraf standard yang digunakan oleh AELB. Walaupun saya mengalu-alukannya tetapi saya percaya dan juga saya hargai sebenarnya laporan ini. Akan tetapi laporan ini jelas merupakan satu dokumen malangnya yang hanya menumpukan cara untuk memastikan Lynas Advanced Materials Plant terus beroperasi di Malaysia. Pada pandangan saya, isu pokok yang berkait adalah isu perkara yang utama dalam kontroversi Lynas ini adalah berkait dengan the return ataupun kembalikan sisa radioaktif ke Australia.

This is a critical issue dan saya percaya PSC tidak menjawab ataupun Laporan PSC tidak menjawab isu ini sebab dalam perbincangan yang berlaku pagi dan sebagainya kita dapati bahawa dan juga dalam laporan ini, kembalikan sisa radioaktif ke Australia Barat tidak diberi perhatian langsung walaupun ia salah satu prasyarat, prerequisite yang terawal untuk kerajaan memberikan Lynas lesen operasi sementara. Soalan critical ini tidak dijawab di dalam laporan ini.

Isu kembalikan sisa radioaktif adalah penting memandangkan kenyataan Menteri Western Australia baru-baru ini dan saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, “in an official statement to free Malaysia Today, the Western Australian Minister for Mines and Petroleum, Norman Moore asserted that Australia does not support the importation and storage of other countries radioactive waste.” And in the middle of the briefing, AELB Director, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan bahawa, giving the assurance that the board would insist on the letter of undertaking from Lynas Australia that would adhere to this conditions. So, clearly apa yang kita nampak bahawa laporan ini tidak mengulas isu ini. Pada pandangan saya, isu ini adalah isu pokok yang harus dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri dalam jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar nanti.

final • 7:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Klang, boleh?

Berkenaan dengan residu ini. Saya rasa jenis sisa ini ada dua jenis, Ada NORM dan TENORM. Kalau kita rujuk kepada muka surat 28, NORM ini dikira sebagai natural occurring radioactive material. TENORM ialah (Technologically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Material). Kalau kita rujuk pada lampiran satu di belakang muka surat lapan, ia jelas kata bahawa *normally, returning process for this kind of residue must be approved by both Houses of Parliament of Western Australia before the waste can be imported back into Western Australian.

Nevertheless, the Department of Radiological Council Regulations accepts the norm residue such as fly ash, which when mixed with other products must be below the exemption limit of 1 bq/g for norm i.e the activity concentration for natural thorium or natural*

final • 7:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

uranium. In other words, it is not impossible for Western Australia to import back the residue in different form of products such as mixed material which must below the 1 bq/g. More importantly, it must comply with Western Australia law and regulatory limits. Kita juga dapat jawapan daripada Lynas bahawa residue ini akan didilute ke bawah 1bq/g. Dan ianya bukan TENORM, ia adalah jenis NORM. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Simpang Renggam, saya fikir kalau Menteri Western Australia boleh memberi satu jaminan macam itu lebih elok dan juga kedua, Lynas datang ke Malaysia oleh kerana tidak conform dengan standard dan juga Undang-undang Western Australia. That is why they are in this country and not otherwise. Last point mengenai introduction Tuan Yang di-Pertua, selepas laporan ini keluar semalam, pagi ini saya diberitahu bahawa ini telah memberi suntikan nilai saham kepada Lynas di Australia pada pagi ini dan telah buka dalam AUD1.05 pada pagi ini. So, this has financial impact for Lynas. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, isu-isu pokok adalah seperti berikut. Pertama, dalam tempoh 10 tahun yang akan datang ataupun 10 tahun pertama akan datang operasi Lynas, jumlah bahan buangan ataupun waste akan berjumlah lebih kurang 2,766,600 metro padu. Dalam 20 tahun yang akan datang, Lynas yang akan, pada masa yang sama, menikmati pelepasan cukai tetapi sisa dianggarkan menjadi dua kali ganda. So, sisa itu terlalu banyak, it’s too much, too much. Tidak dapat dibayangkan bahawa akan ada tanah yang mencukupi dan teknologi yang ada untuk mencairkan ataupun dilute sisa dan mengeluarkan tahap radiasi ke paras radiasi tanah semula jadi. Ini sangat penting kerana Lynas merancang untuk menyimpan sisa bahan buangan ke dalam kemudahan simpanan sisa ataupun residue storage facility.

Syor PSC ataupun Parliamentary Select Committee Lynas telah mengatakan bahawa sebahagian daripada peraturan-peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia adalah lebih baik daripada piawaian antarabangsa tetapi menurut dokumen Lynas yang masih dalam kajian, pengurusan sisa radioaktif yang dihasilkan daripada aktiviti penamatan LAMP selepas operasi 20 tahun, tidak berada dalam skop Pelan Pengurusan Sisa Radioaktif Lynas ataupun RWMP (Radioactive Waste Management Plan). Akan tetapi dibentangkan dalam dokumen berasingan, stand alone, bertajuk decommissioning plan ataupun pelan pemberhentian.

Ini sudah tentu tidak selaras dengan piawaian antarabangsa. Malaysia masih membersihkan sisa radioaktif daripada kilang memproses nadir bumi Asian Rare Earth.

Selepas kilang itu ditutup beberapa tahun lama dan kos untuk membersihkan lokasi itu adalah USD100 juta. Semalam Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah menjawab soalan Yang Berhormat Batu Gajah yang mengatakan bahawa kerajaan akan pantau ataupun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom akan pantau kawasan itu untuk selama 300 tahun. So, kita dapati bahawa too extreme, USD100 juta untuk kos pembersihan dan 300 tahun untuk pantauan. So, ini juga menunjukkan bahawa kos itu terlalu tinggi.

Ini adalah penting sebab Lynas akan menghasilkan 20,000 tan radioaktif iaitu lebih 10 kali ganda daripada Asian Rare Earth.

final • 7:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya hendak dapat pendapat daripada Yang Berhormat Klang. Mengikut Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Projek Lynas ada tiga cara yang dicadangkan untuk bagaimana untuk mengatasi masalah sisa radioaktif. Salah satu adalah dengan membenarkan Lynas untuk kaji 10 bulan tentang recycle sisa radioaktif. Saya graduate daripada Universiti Malaya, Fizik. Saya memang ada study tentang radioaktif dan sisa-sisa ini. Akan tetapi sampai sekarang tidak ada satu teknologi yang boleh kitar semula sisa-sisa radioaktif ini. Tidak ada.

final • 7:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Jadi, saya hendak tahu adakah apa-apa perjanjian dari Lynas tentang kitaran semula sisa-sisa ini? Keduanya, kalau tidak ada satu kaedah dalam sepuluh bulan dan kaedah untuk membuat satu simpanan yang kekal, kalau penduduk membantah then kita guna kaedah lain pula bawa sisa ini keluar dari negara ini. Akan tetapi kalau mengikut undang-undang internasional dan Australia pun sudah kata mereka tidak boleh terima sisa- sisa dari luar negara. Adakah international law yang membenarkan import keluar sisa-sisa

final • 7:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

radioaktif ini dari Malaysia? Kita hendak tahu jawapan adakah law yang dibenarkan. Kalau tidak bagaimana untuk mengatasi masalah sisa radioaktif. Thank you.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 7:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya cuma hendak tanya penjelasan dari Yang Berhormat Klang. Tadi mengatakan Australia tidak membenarkan Lynas beroperasi di sana oleh sebab alasan-alasan yang tertentu. Salah satu alasan yang diberi mengapa Lynas hendak beroperasi di Malaysia adalah disebabkan kos yang tinggi di Australia. Kalau begitu untuk faktor kos sahaja Yang Berhormat Klang ya, bagaimanakah lain-lain industri, bukankah semua yang dari Australia boleh datang ke sini kalau isu kos sahaja yang menjadi alasan.

That is the only reason. Any other Australian company dengan izin, can come here because of cost factor. Why only in this case? Itu satu.

Saya juga difahamkan negara China pun tidak membenarkan atau Lynas tidak mahu pergi ke sana. Adakah ini menunjukkan kelemahan dalam sistem di Malaysia, di mana kita sahaja membenarkan mana-mana pihak masuk ke sini dan boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu. Bagi pengiktirafan oleh kerajaan sendiri mereka boleh datang ke sini sedangkan Western Australia tidak mahu mereka. Tolong beri penjelasan. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri menjawab soalan kedua-dua soalan ini sebab ini adalah isu yang dibincangkan hangat di luar tetapi...

final • 7:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Klang. Boleh?

Sedikit sahaja. Saya tidak tahu...

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Let me comeback. Mengenai isu kos, sebenarnya kos adalah tinggi dalam kes Lynas sebab kalau mereka hendak hantar sisa radioaktif balik ke Australia, it is quite a costly affair tetapi mereka datang ke Malaysia sebab di Malaysia undang-undang itu lemah dan juga pemantauan pun lemah. So that is the reason behind that.

final • 7:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya cuma hendak sampaikan bahawa mungkin Yang Berhormat Telok Intan semalam dia tengok bola sepak dan tidak sempat hendak baca laporan. Ia memang cukup jelas menyatakan bahawa di muka surat 53 Lynas maklumkan bahawa selain daripada Australia dan China, kedua-dua negara itu telah pun meluluskan pengoperasian di negara masing-masing dan tidak timbul masalah sama ada Australia tolak ataupun negara China tolak.

final • 7:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kalau lulus Yang Berhormat kenapa tidak pergi ke sana? Why come to Malaysia? Lulus pergi sanalah.

final • 7:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Bacalah, ambil masa sedikit baca laporan ini.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini saya tidak dapat pastikan jika kemudahan perlu bersangkut kekal atau permanent disposal facility telah dikenal pasti tetapi Pengarah Urusan Lynas, Datuk Marshal Ahmad telah berkata bahawa PDF ataupun kemudahan pelupusan kekal akan diperlukan dalam senario paling buruk di mana ia tidak dapat memproses semula bahan buangan menjadi produk komersial. Beliau juga menyatakan dan saya *quote:

“Kita ada 17 tahun sebelum kita perlu mengenal pasti lokasi PDF. Kita sedang berusaha terhadap aplikasi komersial. Sebaik sahaja kita dapati semua ini kita juga boleh melupakan kemudahan penyimpanan sisa iaitu Residue Storage Facility (RSF).”* Mungkin Datuk Marshal perlu diingatkan bahawa kita tidak boleh bergantung kepada hipotesis atau possibilities di sini kerana melibatkan kehidupan puluhan ribu orang.

Saya minta Yang Berhormat Menteri mengulas pandangan yang telah diberikan oleh Datuk Marshal Ahmad ini.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, mengapakah kita bercakap mengenai kemudahan penyimpanan di Malaysia apabila ia tidak dijelaskan bahawa salah satu pra- syarat untuk lesen operasi sementara (TOL) untuk sisa ini akan dihantar balik ke Australia Barat. Kerajaan Australia mengulangi bahawa tidak akan menerima tanggungjawab untuk mana-mana bahan buangan yang dihasilkan oleh Lynas. Salah satu dari lima syarat yang dikenakan kepada kelulusan lesen operasi sementara baru-baru ini adalah Lynas mesti mengambil tanggungjawab penuh bagi pengurusan sisa dari kilang mengambil sisa itu kepada sumbernya iaitu Australia.

Jadi di manakah konsistensi di dalam pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan ataupun jawatankuasa ini dalam hal berkaitan dengan Lynas? Adalah jelas kerajaan termasuk jawatankuasa ini melakukan segala yang mungkin untuk membenarkan Lynas memulakan operasi di Malaysia. PSC telah mengeluarkan satu garis panduan untuk meneliti langkah-langkah kesihatan untuk rakyat dan untuk mengatasi rintihan dan kebimbangan orang ramai berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan. Di Bukit Merah, Perak pada tahun 1982 mangsa-mangsa di sana menghadapi masalah kecacatan kelahiran yang teruk. Ada lapan kes leukemia sepanjang lima tahun dalam komuniti seramai 11,000 orang. Isu ini telah banyak kita bincangkan di sini tetapi kerajaan masih tidak mengambil serius mengenai implikasi-implikasi radioaktif material di Gebeng, Pahang. Masyarakat tempatan iaitu masyarakat Bukit Merah menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes-kes kematian bayi, kecacatan kelahiran, leukemia dan risiko keracunan. Selepas 30 tahun ia masih tidak dapat menghapuskan kenangan dan kesedihan penduduk-penduduk dan juga masalah yang dihadapi oleh orang-orang tempatan.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) arbitrary classification sisa radioaktif sangat berbeza dari klasifikasi sisa radioaktif Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA) yang terkini. Tambahan pula Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah sewenang-wenangnya arbitrarily menetapkan keselamatan sendiri bagi pendedahan radiasi yang tidak mengikut piawaian antarabangsa. Piawaian AELB akan digunakan untuk exempt and clear sisa buangan radioaktif Lynas untuk digunakan dan di kitar semula. Pendedahan kepada sisa radioaktif adalah salah satu daripada sebab-sebab yang meningkatkan risiko keracunan dan lain-lain komplikasi kesihatan yang teruk kepada rakyat di Bukit Merah.

final • 7:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Klang soal standard antarabangsa berkenaan dengan radiasi ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat berapa standard radiasi yang dibenarkan di peringkat antarabangsa jika dibandingkan apa radiasi yang dijangka akan terlibat di Lynas di Gebeng.

Saya rasa peringkat antarabangsa ialah seperti Bq/g Lynas ini dilaporkan oleh pakar hanya 6. Mana yang betul ini Yang Berhormat? CAP Penang ataupun peringkat antarabangsa yang mengikut laporan. Juga Yang Berhormat tekankan kepada radiasi untuk kesihatan tetapi kalau Yang Berhormat baca betul-betul yang mana kita melihat TV itu lebih bahaya daripada apa yang dilaporkan radiasi di Lynas ini. Cuba Yang Berhormat jelaskan kepada saya. Saya terkeliru sedikit.

final • 7:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Saya akan jelaskan isu ini dalam satu minit bila saya akan bincang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan.

Penyakit-penyakit yang teruk dikesan beberapa tahun selepas kilang Asian Rare Earth mula beroperasi, adakah kita akan mengulangi perkara ini? Apakah cadangan panel dari segi memantau kesihatan rakyat? Penapisan untuk potensi pendedahan kepada radiasi, rawatan susulan kumpulan pakar-pakar dan juga menentukan siapa yang akan dipantau dan diuji.

Tuan Yang di-Pertua, penghancuran bijih ataupun crushing of ore juga akan melepaskan radian yang boleh tersebar beribu-ribu batu mengikut arah angin. Adakah ini bermakna bahawa peraturan khas akan digunakan untuk memantau semua rakyat Malaysia? Saya cabar panel ataupun PSC ini untuk menjawab soalan ini iaitu bolehkah jawatankuasa mengatakan tanpa apa-apa keraguan bahawa loji Lynas tidak menimbulkan ancaman kesihatan kepada rakyat. Bolehkah jawatankuasa ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan melihat satu lagi ulangan bencana kesihatan yang berlaku di Bukit Merah.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, when the sources are extracted from the earth, bahan radioaktif semula jadi datang dengan sumber-sumber tersebut. Dalam memproses sumber yang dikehendaki, bahan radioaktif dikeluarkan dan menjadi sisa. Sisa-sisa radioaktif daripada pengekstrakan dan memproses ini dipanggil TENORM (Technologically Enhanced, Naturally Occurring Radioactive Material) kerana aktiviti manusia telah mendekatkan radioaktif atau meningkatkan kemungkinan pendedahan dengan membuat bahan radioaktif lebih mudah terdedah kepada manusia. Dengan kata lain Tuan Yang di- Pertua, radioaktif semula jadi ini telah dijadikan berbahaya kerana ia telah dibuangkan ataupun removed dari tanah dan di concentrated dengan proses kimia dan mekanikal. Kita harus bimbang dengan TENORM ini kerana ia berpotensi untuk meningkatkan pendedahan kepada radiasi. Orang ramai mungkin tidak sedar tentang bahan-bahan TENORM dan memerlukan maklumat-maklumat mengenainya dan ketiga, industri-industri yang menjana bahan-bahan ini mungkin memerlukan panduan tambahan untuk membantu menguruskan dan mengatur TENORM dan dalam masa yang sama melindungi orang ramai dan persekitaran.

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant, mengatakan bahawa Lynas bukan satu loji nuklear atau perlombongan. Walau bagaimanapun, Lynas akan mengekstrak nadir bumi daripada ore ataupun bijih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jasin bangun.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Jasin, tunggu. Saya habiskan sedikit. Proses peleburan bijih mengeluarkan torium iaitu radioaktif dan penambahan satu lagi proses kimia dan mekanikal kepada bahan radioaktif akan meningkatkan potensi risiko pendedahan. Menurut panduan keselamatan am IAEA, iaitu according to the IAEA dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Journal Safety Guide On The Category Exam Waste. Saya baca di dalam ini daripada website mereka. “The primary radiological basis for establishing values of activity concentration for the exemption of bulk amounts of material and for clearance is that the effective doses to individuals should be of the order of 10 microsievert or less in a year. To take account of the occurrence of low probability events leading to higher radiation exposures, an additional criterion was used, namely, the effective doses due to such low probability events should not exceed 1mSv in a year.” Akan tetapi pandangan IAEA ini sangat berbeza dengan angka yang dinyatakan oleh Lynas dalam radiological impact assessment. Ini jawapan kepada Yang Berhormat Putatan. Dengarlah Yang Berhormat Putatan.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dengar, dengar belum habis, dengar duduk. Saya habis dahulu baru tanya.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang keluaran dalam...

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat duduk. Saya belum habis Yang Berhormat. Saya akan jawab.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Hanya berlaku di lombong bijih timah

final • 7:50 PM

bukan di kilang pemprosesan. Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya ingat Yang Berhormat Putatan tidak dengar.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ia hanya satu mikron sahaja. Bukan lombong ini, bukan perlombongan.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih. Jangan takut Yang Berhormat Putatan, sekarang saya jawab tapi tak faham. Pandangan IAEA sangat berbeza dengan angka yang dinyatakan oleh Lynas dalam radiological impact assessment – RIA mereka. IAEA kata pendedahan maksimum sepatutnya 1 mSv setahun tetapi Lynas dalam RIA mengatakan pendedahan bagi pekerjanya untuk 10 tahun di bawah 13 mSv setahun.

Jadi ia 13 kali lebih pendedahan daripada yang dicadangkan dan dibenarkan oleh IAEA.

Jika ini bukan satu pengakuan yang risiko pendedahan ialah 13 kali lebih daripada apa yang dibenarkan di bawah peraturan IAEA maka impak terhadap pekerja ataupun kesihatan terhadap pekerja di Lynas adalah besar dan tidak harus dikecilkan. Yang Berhormat Jasin.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya memperingatkan Yang Berhormat Klang ada empat minit lagi Yang Berhormat ya.

final • 7:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya mendengar hujah Yang Berhormat Klang ini dengan penuh khusyuk sekalilah dan saya telah mendengar bahawa hujah Yang Berhormat Klang tadi tentang menyatakan tentang bahayanya radiasi yang terkandung dan juga radioaktif daripada produk-produk yang dihasilkan daripada nadir bumi Lynas tadi.

Walaupun sebenarnya telah beberapa kali hujah-hujah telah dikeluarkan secara saintifik tentang sebenarnya mengatakan bahawa produk daripada Lynas ini adalah radiasi yang paling terendah sekali dan tidak mempunyai bahaya. Akan tetapi saya dapat lihat dan saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat ini, negara kita adalah sebuah negara pengeluar bijih dan kita juga menghasilkan amang yang mempunyai radiasi 40 kali ganda daripada apa yang terkandung daripada produk daripada Lynas. Ada atau tidak kes-kes orang yang berdekatan kena kanser ataupun kilang-kilang simen yang sebenarnya mempunyai bahaya lebih tinggi daripada produk Lynas ini. Ada atau tidak orang sebelah-sebelah ataupun yang sekeliling kilang simen ini kena kanser.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Jasin, boleh masuk?

Yang Berhormat Jasin boleh masuk? Tambah sedikit.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Putatan tidak ada intervention kepada intervener Yang Berhormat. Minta maaf.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Putatan, jangan kacau, duduk. Ini kacau, pengacau ini.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya rasa dia keliru ini antara kawasan perlombongan dan kilang.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apa Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Menteri beri penjelasan Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tidak apalah, Yang Berhormat Menteri yang jelaskan. Bila Yang Berhormat Putatan jadi pakar? Tidak apa, lain kalilah.

Tuan Yang di-Pertua, secara akhirnya, adalah agak ganjil dan pelik apabila kilang Lynas diberi peluang beroperasi semasa PSC sedang membuat kajian dan rundingan.

Proses ini memberi tanggapan bahawa cadangan ataupun syor jawatankuasa PSC tidak akan membawa apa-apa perubahan atau ada implikasi kepada kilang Lynas. Oleh sebab itu pihak pembangkang merasakan bahawa penubuhan PSC itu hanya membuang masa.

Baru-baru ini kerajaan menolak permohonan untuk membatal lesen operasi sementara. Dua peristiwa berlaku. Satu, kerajaan tidak sensitif kepada kerisauan atau rintihan rakyat tempatan di Gebeng. Kedua, saham Lynas di Australia naik sebanyak 15 sen Australia, satu lonjakan yang terbesar pada hari itu ataupun pada masa satu tahun saya ingat untuk Lynas. Akhir sekali dengan membenarkan Lynas memulakan operasinya, kerajaan sedang menghantar mesej bahawa nilai wang lebih penting daripada kehidupan dan kesihatan rakyat. Terima kasih. Yang Berhormat Putatan kelirulah you.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Sila Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini dan ramai juga yang mengambil bahagian mencelah dalam perbahasan yang telah diadakan. Banyak perkara yang telah dibangkitkan bukan sahaja jawapan kepada perkara-perkara itu terdapat dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas. Itu pun kalau dibaca dan difahami tetapi juga telah diberi jawapan melalui perbahasan. Maka oleh itu saya tidak bercadang untuk mengulangi jawapan-jawapan tersebut kerana memang ada dalam laporan. Ada juga yang telah diambil kesempatan untuk merujuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan itu.

final • 7:59 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kita dapat melihat bagaimana projek LAMP ini sebenarnya telah disensasikan dan dipolitikkan sehingga semua pandangan negatif terhadapnya adalah berasaskan persepsi semata-mata. Sebaliknya saya ingin nyatakan bahawa segala pandangan, dapatan dan syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dikemukakan oleh semua pemegang taruh.

Jawatankuasa ini adalah privy kepada semua maklumat, keterangan serta data yang telah dikemukakan kepada pengawal dalam setiap aspek permohonan LAMP untuk beroperasi di Malaysia. Ia tidak sama sekali berasas kepada sentimen atau perception seperti yang dilakukan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan projek LAMP. Maknanya Jawatankuasa Pilihan Khas ini tidak bertindak berasaskan kepada persepsi tetapi kita mendapat maklumat kerana kita privy dan atas sebab itulah kita jemput semua untuk jadi jawatankuasa, bukan kita tidak jemput tetapi mereka enggan untuk bersama-sama kita menggerakkan jawatankuasa ini.

Selain daripada itu, kita juga ingin menyatakan bahawa jawatankuasa ini telah mengambil pendekatan untuk merujuk semua masalah yang ditimbulkan dan isu mengenai projek ini dari dump park projek Asian Rare Earth di Bukit Merah kepada kemungkinan berlakunya musibah radioaktif dan pelbagai isu lain kepada kumpulan pakar yang kebanyakannya berkhidmat di universiti. Keputusan jawatankuasa dan segala syor yang dikemukakan adalah hasil dari pandangan ilmuwan di universiti dan juga tenaga pakar.

Oleh itu adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak termasuklah Yang Berhormat Batu yang mengatakan bahawa laporan ini diterima bulat-bulat dan menjadi propaganda daripada Lynas. Itu merupakan suatu sangkaan jahat seolah-olah laporan ini disediakan tanpa adanya penyertaan dan penglibatan daripada pihak ilmuwan tenaga pakar, daripada saintis dan sebagainya. Saya ingin nyatakan bahawa sememangnya universiti merupakan pusat ilmu pengetahuan. Mereka mempunyai peranan yang sangat besar untuk menentukan hala tuju pembangunan negara.

Para saintis dan intelektual sama ada di universiti ataupun agensi adalah ilmuwan yang sesungguhnya yang mendedikasikan hidup mereka untuk penemuan sains dan teknologi termaju. Maka atas sebab itulah setiap persoalan itu kita rujuk kepada mereka kerana mereka merupakan independent entity yang tidak mempunyai apa jua kepentingan.

Jadi hasil laporan ini sebenarnya adalah juga menggambarkan hasil daripada kerjasama yang telah mereka berikan kepada jawatankuasa dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka bahawa laporan ini bukan propaganda daripada Lynas dan sebagainya tetapi adalah laporan yang dihasilkan daripada kerjasama jawatankuasa dapat daripada pakar-pakar dan juga ilmuwan yang terdapat dalam negara kita pada hari ini.

Merujuk kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan, antaranya mengenai soal risiko. Untuk makluman, penilaian risiko telah diambil kira dalam penilaian kesan impak radiologi atau Radiological Impact Assessment di mana senario terburuk worse case scenario telah diandaikan untuk projek LAMP. Dari hasil kajian mendapati bahawa dos sinaran yang dijangka akan diterima oleh pekerja setahun daripada projek LAMP iaitu masing-masing pada kadar purata 2 millisievert setahun iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan standard antarabangsa iaitu 20 millisievert setahun. Manakala dos yang dijangka diterima oleh orang awam adalah 0.002 millisievert setahun berbanding dengan standard antarabangsa iaitu 1 millisievert setahun. Ini menunjukkan bahawa risiko akibat daripada dedahan dos kepada pekerja dan orang awam adalah di paras yang selamat.

Mengenai soal kajian yang sama ada dibuat ataupun tidak antara penghidap kanser dan leukemia khususnya yang berhubungan dengan projek Asian Rare Earth di Bukit Merah, sukalah saya nyatakan bahawa daripada penganalisa data-data yang diperolehi dari cancer registry Kementerian Kesihatan Malaysia sedia ada tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes atau yang dapat dikaitkan dengan Asian Rare Earth dan tempoh masa untuk kesan kanser adalah tempoh 5 hingga 10 tahun.

Berdasarkan rekod daripada Kementerian Kesihatan, tidak ada peningkatan kes di kawasan sana.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi apabila kita bahas, kita sebut tentang isu baseline study. So sungguhpun kalau katalah andaiannya tidak ada peningkatan Asian Rare Earth di Perak yang signifikan, itu juga tidak

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

bermakna kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa tidak ada impak kerana apa yang disebut tadi ialah operasi di Gebeng ini berbeza.

Adakah PSC merujuk kepada plant-plant yang ada di negara lain di mana ada medical report yang menunjukkan ada kesan-kesannya. Kalau ada, kenapa dalam laporan ini tidak mengandungi sebarang rujukan yang independent daripada pengusaha di negara seperti China atau Australia dan juga bandingan kadar radioaktif yang sama baik pun dari nuklear atau apa-apa lain yang akan boleh digunakan sebagai reference point untuk operasi ini. Ini kerana kita tidak boleh mengambil penduduk Gebeng ini sungguhpun kita monitor sebab sebagai guinea pig sehingga dia berlaku, baru kita mengambil tindakan.

final • 8:00 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian kanser prevalence telah dibuat dalam lingkungan 50 kilometer dari Gebeng untuk data sehingga 2010 dan data menunjukkan prevalence kanser adalah sama dengan seluruh negara termasuk di Singapura. Jadi memang telah pun dibuat untuk kanser baseline di Gebeng.

final • 8:00 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Itu maksudnya sehingga sekarang kita tidak tahu the future dan saya tanya ini adalah plant-plant yang sudah beroperasi di China dan di Australia dan apakah ini telah diambil sebagai kiraan?

final • 8:00 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Saya percaya apabila kita telah buat base line study, maknanya kita akan terus lakukan pemantauan dan kajian untuk kita lihat.

Jadi itu maknanya. Kalau tidak apa maknanya kita buat baseline study. So saya percaya Kementerian Kesihatan daripada itu akan meneruskan usaha-usaha untuk membuat kajian bagi mengetahui kesan daripada aktiviti Lynas sama ada ianya menyumbang kepada peningkatan insiden kanser, leukemia dan sebagainya.

Mengenai laporan EIA seperti yang telah dibangkitkan, bagi projek Lynas Advance Material Plant, ianya telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 15 Februari 2008 dan pada tahun 2008 sewaktu permohonan kelulusan program EIA bagi kilang Lynas dikemukakan, ia tidak terdapat keperluan untuk aktiviti ini melalui prosedur kajian EIA ataupun detil EIA. Dengan itu laporan EIA yang dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar negeri Pahang untuk kelulusan adalah melalui prosedur EIA awal.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kajian EIA adalah merupakan alat perancangan di dalam sesuatu projek pembangunan yang mana ianya merupakan kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar bagi sesuatu cadangan projek dan mengemukakan langkah-langkah tambatan sebelum projek diluluskan dan dilaksanakan.

final • 8:00 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Oleh kerana kilang Lynas kini berada di peringkat pembinaan dan telah pun selesai melalui peringkat perancangan, maka ianya telah melepasi fasa keperluan EIA dan tidak perlu melalui prosedur kajian EIA terperinci lagi.

Mengenai persoalan di peringkat mana kilang Lynas ini boleh ditutup, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kilang Lynas ini boleh ditutup sekiranya berlaku perlanggaran syarat-syarat dalam TOL ataupun dalam lesen dan sekiranya kilang menyumbang kepada peningkatan radioaktif, increase of radiation dose kepada general public ataupun kepada pihak awam iaitu sekiranya ianya melebihi satu milisievert setahun.

Jadi itu adalah antara perkara-perkara yang akan menyebabkan kilang itu boleh ditutup.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, sememangnya pihak kerajaan mengenakan cagaran kewangan sebanyak RM50 juta yang mana cagaran itu boleh diambil oleh pihak kerajaan sekiranya kilang ini terpaksa ditutup. Ia memang merupakan satu syarat yang dikenakan sebelum pengeluaran geran TOL, cagaran dan jaminan kewangan yang ditetapkan. Mengikut cadangan yang dikemukakan oleh Lynas iaitu sebanyak USD50 juta perlu dibayar kepada Kerajaan Malaysia. Cagaran tersebut boleh digunakan untuk pengurusan pelupusan sisa jika kilang ini dibubarkan atau menjadi muflis.

Mengenai soal peruntukan undang-undang yang membenarkan pergerakan sisa radioaktif dan sisa toksik keluar daripada Malaysia, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan. Konvensyen yang mengawal pergerakan buangan toksik dan pelupusannya di antara negara adalah Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and

final • 8:10 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

their Disposal, yang mana Malaysia merupakan ahli kepada konvensyen tersebut.

Sekiranya sisa Lynas disahkan bebas daripada dikelaskan sebagai sisa radioaktif, maka ianya dikawal sebagai buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pergerakannya merentasi sempadan adalah tertakluk di bawah Peraturan Konvensyen Basel ini.

Menyentuh mengenai soal Kerajaan Australia menolak residu yang dihantar pulang ke Australia, suka saya nyatakan bahawa Kerajaan Australia seperti yang telah dibangkitkan tadi, memang menolak sekiranya residu itu merupakan radioactive waste. Residu ini jika kurang daripada satu Becquerel per gram, maka ia tidak diiktiraf sebagai radioactive waste oleh Australia. Tidak mustahil dan seperti mana yang kita sedia maklum, residu yang dikeluarkan oleh Lynas itu adalah tidak melebihi satu becquerel per gram.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin kembali kepada isu residu yang boleh diangkut kembali ke Australia ini, yang Parlimen ini disampingkan adalah satu surat yang dikatakan surat undertaking. Saya ingin dapat pandangan dari Menteri dan juga dari Jabatan Pendakwa Raya, adakah surat undertaking ini legally binding? Ini kerana ia bukan dalam kontrak dan ia tidak sebut tentang tahap mana Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan, sudah sampai sekarang, boleh ambil balik semua. Harus itu diwajibkan.

Ini hanya undertaking if necessary dia akan ambil balik. Akan tetapi bagaimana ini boleh menjadi legally enforceable kalau syarikat itu tidak mematuhi undertaking ini? Itu satu.

Sekali lagi saya ingin tanya, kalau syarikat itu tidak ada lagi, kalau sudah muflis, adakah ini undertaking masih enforceable kalau Australia kata ini belongs to Lynas dan tidak ada kewajipan Kerajaan Australia untuk mengendalikan waste yang telah dihasilkan daripada satu kilang yang di Malaysia ini?

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit?

final • 8:10 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Kalau muflis, maka ia tidak beroperasi, dan jika tidak beroperasi, tidak ada residu.

final • 8:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang sudah ada? Katalah dia operating untuk 10 tahun, residu dia beberapa tan, saya tidak tahulah. Lepas itu katalah dia muflis dan kerana dia muflis dia tidak jaga keselamatan dengan baik, Kerajaan Malaysia pun pula kata ini harus diangkut balik. So, siapa yang akan bertanggungjawab?

final • 8:10 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Seperti mana yang ada dalam laporan yang kita kemukakan, kita mengambil maklum mengenai soal pengurusan residu daripada Lynas, yang mana seperti yang telah saya juga nyatakan dalam ucapan saya sebelah pagi tadi, kita mengambil kira soal pengurusan residu ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh IAEA yang mana menerima hakikat bahawa terdapat amalan-amalan terbaik dalam soal untuk menangani isu residu. Amalan-amalan terbaik itu dirujuk kepada beberapa sumber seperti yang terdapat di muka surat 30 buku laporan ini, sumber-sumber yang sememangnya diguna pakai pada ketika ini.

Kedua juga kita telah melihat kepada soal PDF yang perlu diurus dan disediakan oleh pihak Lynas. Hanya apabila mereka gagal menempat dan membina PDF dan juga gagal dari segi R&D yang hendak dilakukan terhadap sisa itu, maka semua residu itu perlu dihantar pulang ke sumber asal jika perlu ataupun perlu dieksport. Dalam hal ini, kita telah dimaklumkan mengenai komitmen secara bertulis oleh pihak Lynas akan kesanggupan mereka untuk melakukan eksport itu.

Dari segi jawatankuasa, kita menyatakan ataupun kita mengumpulkan perkara- perkara yang memang menjadi amalan dan terserahlah kepada pihak kementerian ataupun pemberi lesen untuk menentukan sama ada untuk mengikut ketiga-tiga ataupun hanya terus pergi kepada yang ketiga iaitu eksport dan sebagainya.

Akan tetapi jawatankuasa, kita membutirkan, menyatakan perkara yang memang menjadi amalan sekarang dari peringkat antarabangsa seperti mana yang telah dimaklumkan oleh IAEA. IAEA sendiri telah menyatakan mengenai amalan-amalan terbaik dalam menangani isu residu. So itu tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa dalam kita mengemukakan laporan kita kepada Parlimen.

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat ada kata kita tertakluk kepada perjanjian antarabangsa dan

final • 8:10 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

kita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk ambil keluar sisa radioaktif ini. Kalau Kerajaan Australia tidak terima, apakah negara yang akan terima sisa radioaktif ini? Adakah kita sudah kenal pasti negara yang sudah sudi terima sisa radioaktif ini? Kalau tidak, bagaimana?

final • 8:10 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Saya telah nyatakan tadi bahawa residu Lynas bukannya sisa radioaktif. Di Australia ada contoh iaitu fly ash, hasil pembakaran arang batu yang diimport, diambil balik oleh Australia dan bahan ini juga mengandungi radio-isotop semula jadi sama seperti residu Lynas. Seperti yang telah dinyatakan tadi dan kenyataan daripada Perdana Menteri Western Australia, jika residu itu radioaktif, maka yang itu dia tidak akan terima. Akan tetapi kita telah katakan bahawa oleh kerana residu Lynas ini kurang daripada satu becquerel per gram, maka ia bukan ditakrif sebagai radioaktif. Kita akan tentukan ia kurang daripada 1 becquerel per gram.

final • 8:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Persoalan yang timbul adalah apabila Lynas gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia. Apa akan berlaku kepada residu ini? Yang Berhormat boleh mengulangi apa yang dinyatakan dalam syor 16 ini bahawa mereka akan diminta hantar balik kalau penyelidikan pengitaran semula, lokasi tidak dapat dikenal pasti tetapi apa akan berlaku kalau pihak Australia enggan menerimanya. Itu persoalan Yang Berhormat tidak jawab, Yang Berhormat memberi alasan kita akan mematuhi amalan-amalan baik dan dengan surat komitmen, undertaking. Akan tetapi kalau syarat gagal dipatuhi oleh Lynas, apa akan terjadi kepada residu tersebut? Ia akan berada di tapak negara kitakah, dengan menggunakan wang cagaran yang diberi oleh Lynas tersebutkah? Selepas itu kita akan menanggung kerja-kerja pembersihan atau pemantauan residu inikah. Jadi jawapan Yang Berhormat kurang meyakinkan, jangan berputar belit atas syor-syor ini kerana kita mahu satu jawapan yang telus. Apa akan berlaku ke atas residu kalau Lynas gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Australia bagi menerima balik residu tersebut.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Saya telah menyatakan bahawa peraturan Australia, kalau bahan itu adalah radioaktif maka ia tidak boleh dibawa masuk.

final • 8:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tetapi kalau ia bukan radioaktif seperti yang telah ditunjukkan oleh Australia mengenai ash burn itu, maka ia boleh dibawa masuk.

final • 8:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, maksudnya ini. Bila Lynas tidak mematuhi syarat kita, katalah ia telah langgar syarat kita yang menyatakan bahawa ia telah sampai tahap bahaya. Maksudnya Lynas tidak mematuhi syarat yang ditentukan oleh kita, itulah sebab kita suruh dia hantar balik. Oleh kerana ia tidak mematuhi syarat keselamatan kita, maksudnya ia juga tidak mematuhi syarat keselamatan Australia sebab syarikat itu tidak mematuhi syarat. Kalau dia patuh syarat, kita tidak suruh dia hantar balik, sebab ia sudah sampai taraf bahaya dan kita rasa khuatir kalau ini berterusan, kita suruh dia hantar balik.

Australia pula akan kata dah sampai taraf bahaya. Kita tidak boleh terima. Itu isunya, memanglah kita dari Sains ini kita kena fikir tentang pelbagai contingency apa yang berlaku. So, isunya ialah kalau ini berlaku yang saya dapati adakah di mana legally enforceable, di mana penguatkuasaan undang-undang dalam perjanjian ini yang boleh memaksa Lynas untuk menjalankan tanggungjawab ini. Itu yang saya nampak hanya surat undertaking ini, mungkin tidak ada kekuatan undang-undang dan saya ingin dapat penjelasan sama ada perjanjian yang telah menunjukkan dengan lebih yakin bahawa syarat ini boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. Maksudnya kalau Australia setuju atau tidak, dia terpaksa ambil kerana itu adalah komitmen undang-undang.

final • 8:20 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri. Hendak tanya semasa lawatan ke Australia, adakah beberapa perbincangan dengan Kerajaan Australia dan adakah berusaha untuk dapat undertaking daripada Kerajaan Australia untuk mengatasi masalah ini?

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Lawatan ke Australia itu dilakukan oleh rombongan daripada AELB. Mereka berjumpa dengan pegawai-pegawai daripada Western

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Australian Government yang bertanggungjawab mengenai soal ini dan mereka telah mendapat penjelasan mengenai peraturan dan undang-undang di negara Australia.

Memanglah kita tidak boleh dapat komitmen daripada Kerajaan Australia. Komitmen yang kita maksudkan di sini ialah komitmen daripada Lynas itu sendiri dan memang tidak masuk akal ataupun tidak wajar untuk kita menyatakan bahawa perlu dapat komitmen, sampai bila pun kita tidak boleh dapat komitmen daripada Kerajaan Australia supaya menerima residu daripada Lynas. Yang penting ialah kita lihat amalan dan juga undang-undang mereka.

Seperti yang telah saya katakan tadi, undang-undang mereka memang tidak membenarkan membawa masuk residu yang mengandungi radioaktif. Walau bagaimanapun, ia boleh dengan syarat ia diluluskan oleh Dewan Legislative Assembly mereka, Dewan Undangan Negeri Kerajaan di Western Australia, barulah ianya boleh dibawa masuk. Akan tetapi, jika ianya bukan radioaktif, residu yang tidak mempunyai bahan mengandungi radioaktif seperti sisa daripada Lynas, maka ia tidak menjadi masalah kerana sudah ada pun amalan. Jadi itu keadaan yang sebenarnya dan itulah hakikatnya. Jadi kalau kita itu pun, memang itu jawapan daripada saya. Jadi tidak perlulah kita hendak panjangkan.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Apa lagi penjelasan, itulah dia.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jawapan Yang Berhormat tidak meyakinkan.

Saya bagi rujuk report ini.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yalah apa lagi? Itu kenyataannya. Kita boleh lihat di muka surat...

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Lynas telah tidak boleh beroperasi di China sebab peraturannya telah ditukar.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Lynas tidak boleh beroperasi di China kerana ia mendapat sekatan eksport.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Rules change, rules change, Lynas export restricted. Jadi ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, sekarang peraturan mungkin membenarkan kalau Lynas mematuhi syarat-syarat tersebut dan mampu mematuhi tetapi kalau ada perubahan peraturan oleh Kerajaan Australia, bagaimana pula dengan residu ini?

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri gagal untuk meyakinkan dalam aspek pengurusan residu ini...

final • 8:20 PM

[Dewan riuh]

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Negara kita akan jadi dump side untuk sisa-sisa ini dengan surat undertaking tiga baris ayat sahaja dari Lynas. Dua surat undertaking, tiga baris ayat, kerajaan juga sudah begitu yakin itu adalah jalan penyelesaiannya kalaulah Lynas gagal mematuhi syor-syor Jawatankuasa ini. Jadi gagal untuk meyakinkan, Jawatankuasa menjalankan kerja yang baik.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Hujah Yang Berhormat tidak tepat.

final • 8:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Mengapa Lynas keluar daripada China? Ia kerana ia mendapat sekatan kuota untuk eksport produknya. Jadi atas sebab itulah Lynas tidak bersetuju kerana ada terdapat sekatan eksport.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Bukan mengenai pengeluaran residue daripada negara China ke negara asal.

final • 8:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, Simpang Renggam. Yang Berhormat Menteri, saya rasa kita sudah dapat undertaking daripada Syarikat Lynas itu sudah cukup kerana kalau kilang seperti Solar Panel, kilang Solar Panel juga mengeluarkan banyak toksik. Adakah kita mengenakan syarat-syarat supaya mereka hantar balik semua toksik ini kepada tempat asal mereka? Kita tidak pernah mengenakan syarat begitu. Kalau kita hendak kenakan satu standard, takkan kita ada double standard.

final • 8:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Jadi selagi kita ada undertaking daripada Syarikat Lynas, saya rasa itu sudah cukup.

Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, memang surat itu sebenarnya sudah mencukupi kerana ia merupakan satu amalan yang biasa bagi mereka.

Saya difahamkan oleh MITI, bagi mereka yang mengimport radioaktif sources dan sudah tentulah ianya berasaskan kepada peraturan dan undang-undang yang sedia ada yang menjadi sebahagian daripada syarat lesen. Jika dalam syarat lesen mengenakan menuntut komitmen daripada syarikat untuk menghantar balik, maka sudah tentulah ianya akan dihormati. Jadi saya percaya itu menjadi asas hubungan antara syarikat dengan pengeluar lesen iaitu kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu perkara yang telah dibangkitkan ialah mengenai soal sama ada, ada hubungan kenaikan – sama ada berlakunya corporate arrangement dan sebagainya, saham-saham Lynas naik dan sebagainya. Suka saya nyatakan dan nafikan bahawa tidak wujud sebarang corporate arrangement. Lynas adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Australia dan ia adalah di luar kawalan kita. Sudah tentulah sama ada naik ataupun turun saham Lynas ini, ianya didorong oleh pasaran saham.

final • 8:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Selain daripada itu, tadi ada dinyatakan bahawa MITI dan MIDA harus dikutuk atas sikap tidak diteliti dan sebagainya kerana bertanggungjawab membawa masuk Lynas ini.

Suka dinyatakan bahawa dalam nilai projek Lynas ini MITI dan MIDA tidak bergantung kepada faedah semata-mata tetapi mengambil kira juga pandangan daripada pelbagai jabatan termasuklah kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom yang telah dirujuk dan telah mengambil kira supaya semua syarat-syarat dan kepentingan negara juga diberi perhatian maka atas sebab itulah projek ini telah diluluskan untuk mengadakan operasi mereka di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya pelaburan berteknologi perlu amatlah perlu untuk kebolehsaingan ekonomi negara kita. Ia bukan hanya persoalan iklim pelaburan yang kondusif ia memerlukan tenaga pakar mahir serta kerangka undang-undang dan peraturan yang ‘terkehadapan.’ Pada waktu yang sama kita mesti menyedari bahawa pelaburan teknologi tinggi mempunyai risikonya sendiri dan tidak ada pelaburan berimpak tinggi yang sebenarnya risk free.

Oleh itu cabaran utama negara kita adalah untuk menggubal dasar yang jelas tentang bagaimana untuk menangani pelaburan berteknologi tinggi yang memerlukan ia diuruskan oleh rejim pelaburan yang bukan sahaja economically conducive tetapi scientifically regulated. Keupayaan kita mengemukakan kawalan pelaburan yang kompeten secara saintifik akan membolehkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bertaraf negara maju.

Laporan Jawatankuasa ini adalah bukti Malaysia telah mempunyai rejim regulation saintifik yang credible, rigorous dan terkehadapan. Maka Jawatankuasa ini berpandangan bahawa walaupun ada sedikit risiko dari projek ini tetapi Malaysia mempunyai rejim regulation saintifik yang setanding dengan amalan antarabangsa dan mampu mengawal semua aspek operasi projek LAMP. Jawatankuasa juga berpandangan bahawa banyak yang telah kita pelajari dari pengalaman projek Asian Rare Earth di Bukit Merah. Dahulu kita tidak mempunyai kerangka regulation yang komprehensif tetapi zaman telah berubah, masa telah berlalu, kita semakin dewasa, semakin maju, semakin terkehadapan. Oleh itu kita yakin bahawa dari pengalaman yang lepas ini kita telah mengujudkan sistem regulation saintifik yang jauh lebih berwibawa.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas menyentuh, memberi cadangan- cadangan dan pandangan-pandangan yang melibatkan pelbagai kementerian dan juga agensi. Saya percaya semua perkara-perkara itu akan diberi pertimbangan sebaik mungkin dan dengan pembentangan ini maka berakhirlah tanggungjawab Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai projek Lynas. Terima kasih banyak-banyak.

[Tepuk]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat hari ini, di bawah perkara 1 hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 12(1) saya jemput Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada kali ini ditangguhkan sekarang dan sehingga selesai ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 20 Jun 2012.”

final • 8:34 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong

final • 8:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalah ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi adalah disetujukan.

final • 8:34 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin memaklumkan perbahasan (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2012 dan (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Perlindungan (Pindaan) 2012 akan disambung semula selepas perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 dan akan diikuti dengan rang undang-undang yang lain seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini. Sekian, Terima kasih.

final • 8:34 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ucapan, ucapan.

final • 8:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.

final • 8:34 PM
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:34 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Projek Terbengkalai Villaria Kondominium.

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Projek terbengkalai Villaria Kondominium. Tuan Yang di-Pertua, Projek Perumahan Taman Desaria Fasa 6A Villaria Kondominium, Jalan Klang Lama telah dilancarkan jualan pada akhir tahun 1998. Sedangkan pemaju, TD Management Sdn. Bhd. telah mengalami masalah kewangan dan menyebabkan projek perumahan ini menjadikan satu projek lewat, seterusnya menjadi projek terbengkalai sejak tahun 2001.

Salah satu punca TD Management Sdn. Bhd. mengalami masalah kewangan adalah disebabkan pengambilan projek tanah perumahan oleh syarikat konsesi tol New Pantai Expressway (NPE). Pampasan yang sepatutnya dibayar kepada pemaju ini gagal dilakukan sehingga sekarang. Syarikat SC Corporation Recovery Sdn. Bhd. telah diberi kuasa untuk memulihkan projek terbengkalai ini pada tahun 2006. Namun syarikat ini dan Affin Bank melantik pula kontraktor Masteron Sdn. Bhd. untuk menguruskan projek pemulihan pada tahun 2008.

Maka syarikat ini mengusulkan setiap pembeli mesti membayar wang tambahan sebanyak RM44,000 sebagai syarat untuk kerja pemulihan. Ini adalah tidak munasabah kerana pembeli menandatangani perjanjian jual beli dengan setiap unit harga lebih kurang RM100,000 tetapi atas masalah kewangan pemaju, pembeli terpaksa menanggung tambahan RM44,000. Para pembeli tidak bersetuju dengan syarat berkenaan maka projek ini ditangguhkan lagi sehingga sekarang.

Dalam 10 tahun ini, para pembeli terpaksa menanggung bayaran faedah pinjaman bank. Kalau mereka enggan bayar pihak bank akan hantar surat notis peguam dan mereka akan dihadapkan ke Mahkamah. Saya ingin tahu peranan yang dimainkan oleh KPKT untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam minit mesyuarat KPKT bertarikh 23 April 2008 dengan pihak pemaju pemulihan dan pembeli, KPKT hanya minta persetujuan dibuat antara kedua- dua pihak pembeli dan pihak pemaju pemulihan.

final • 8:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ikut teks Yang Berhormat. Ikut teks.

final • 8:36 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Mengapa pihak KPKT tidak boleh bertindak secara proaktif untuk mensyaratkan syarikat Masteron Sdn. Bhd. supaya pembeli dikecualikan bayaran tambahan sedangkan Masteron Sdn. Bhd. telah dianugerahkan 5 lot tanah pada projek pembangunan yang sama. Adakah kerajaan akan meminta syarikat konsesi tol NPE membayar balik pampasan pengambilan tanah itu dan bilakah bayaran yang akan diselesaikan? Bolehkah bayaran pampasan ini disalurkan terus kepada syarikat pemulihan Masteron Sdn. Bhd. sebagai ganti rugi untuk bayaran tambahan pemulihan kerja kondominium. Mengapa kerajaan tidak mampu menyuntik dana melalui syarikat GLC untuk membantu menyiapkan projek ini sedangkan ia telah siap lebih dari 80%?

final • 8:36 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Adakah peranan kerajaan hanya sebagai pihak yang mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai dan tidak mampu bertindak dengan lebih proaktif? Bilakah para pembeli dapat rumah mereka di Villaria Kondominium. Sekian, terima kasih.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, dia bukan KPKT ini.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia boleh Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Boleh? Dia wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatankah?

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh, boleh Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bolehkah?

final • 8:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak KPKT.

final • 8:41 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Bagi pihak. Di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 8:41 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

final • 8:41 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat.

final • 8:41 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

...KPKT amat prihatin...

final • 8:41 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Kita kena tahu mengapa Menteri atau Timbalan Menteri tidak hadir untuk jawab soalan ini.

final • 8:41 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

...Terhadap masalah yang dialami oleh...

final • 8:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh, boleh. Dia dibenarkan.

final • 8:41 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

...Pembeli-pembeli rumah yang terlibat dengan projek perumahan swasta terbengkalai. Oleh kerana itu, kementerian telah berusaha sedaya-upaya untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan projek rumah terbengkalai demi menjaga kepentingan para pembeli. Hasilnya seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum. Sehingga 31 Mei 2012 sahaja sebanyak 103 atau 58% projek perumahan swasta terbengkalai telah berjaya disiapkan atau diselesaikan daripada keseluruhan 177 projek yang direkodkan oleh KPKT.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usul bagi bayaran tambahan oleh pihak pembeli telah dikemukakan oleh pemaju baru di bawah cadangan skim pemulihan projek yang disediakan oleh mereka. Di dalam cadangan tersebut pihak pembeli diberi dua option sama ada tetap ingin membeli unit rumah tersebut dengan purata bayaran tambahan sebanyak RM31,000 ataupun memilih untuk melepaskan unit tersebut dengan membatalkan perjanjian jual beli dan mendapatkan kembali bayaran prinsipal harga unit mereka. Lebih 50% daripada jumlah pembeli bersetuju dengan option pertama iaitu membeli unit rumah dengan bayaran tambahan. Dengan hal ini nisbah pembeli yang bersetuju adalah lebih ramai berbanding yang tidak bersetuju. Namun nasib pembeli yang tidak bersetuju masih dibela dengan mendapat kembali bayaran prinsipal harga unit mereka. Setelah mengambil kira kenaikan harga dan kos bahan binaan dan pelbagai keperluan kewangan yang lain, maka kutipan tambahan daripada pembeli ke atas projek ini adalah tidak dapat dielakkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan dasar bahawa pemulihan projek perumahan terbengkalai dengan bantuan dana kerajaan adalah memberi fokus kepada projek-projek dari kategori kos rendah dan kos sederhana sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini adalah projek perumahan kategori kos tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju penyelamat telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang bagi projek ini pada bulan Januari 2012. Pada masa ini pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya masih dalam proses mempertimbangkan permohonan tersebut. Dalam masa yang sama, pihak pemaju penyelamat sedang menyediakan pelan bangunan untuk diangkat bagi kelulusan MBPJ dalam awal bulan Jun ini. Selain itu, pihak pemaju juga telah mengemukakan pelan infrastruktur kepada IWK dan SYABAS bagi mendapatkan pertimbangkan dan kelulusan daripada pihak yang berkenaan untuk memulakan kerja-kerja infrastruktur berdasarkan kepada jadual pelaksanaan yang dikemukakan oleh pemaju penyelamat kepada JPM.

Projek ini dijangka siap dengan CFO pada bulan Disember 2013. Dalam pada itu,

final • 8:41 PM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

kementerian akan terus melaksanakan pemantauan yang rapi ke atas projek ini agar pembeli dapat menduduki rumah mereka pada tarikh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Untuk Komuniti India

final • 8:41 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkaitan dengan masalah masyarakat India di negara ini. Ucapan penangguhan saya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan untuk Komuniti India Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk membantu kaum India dari segi ekonomi iaitu Special Implementation Taskforce on Indian Community PM’s Department was set up to assist the Indians economically on this issue. Dua orang pengerusi adalah:-

(i) Datuk Dr. S. Subramaniam - Menteri

(ii) Tan Sri Ganalingam Keadaan ekonomi kaum India telah hampir tidak bertambah baik dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ini. Penyertaan ekuiti kaum India hanyalah 1.2% selama beberapa dekad. Tarikh yang disasarkan untuk mencapai penyertaan ekuiti 3% adalah menjelang tahun 2010 oleh Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Persekutuan telah gagal dan tidak serius dalam membantu golongan miskin terutamanya kaum India. Kini tarikh sasaran telah ditunda ke tahun 2020 iaitu goal post yang tahun 2010 sekarang telah ditunda ke 2020. Daripada bantuan ekonomi untuk kaum India untuk sekarang ia tidak kelihatan kemungkinan 3% ekuiti boleh dicapai. Kekurangan peluang pekerjaan di sektor awam dan kerajaan pada tahun 1970, ada 17% masyarakat India bekerja dengan kerajaan. Sekarang hanya 4.7% dan perkara ini tidak ditangani. Dengan bantuan perniagaan juga kekurangan peluang pertanian dan bantuan sepertinya hampir tidak ada langsung. Kaum India merasakan mereka dilayan sebagai warga kelas tiga dalam negara mereka sendiri ini.

Lagi satu adalah berkaitan dengan petugas khas berkuat kuasa bersama pengerusi, co-chairman dalam Special Implementation Taskforce on Indian Community adalah Tan Sri Ganalingam telah ditugaskan untuk membeli perniagaan kerugian iaitu Maika Holdings Berhad (MAIKA). MAIKA telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh MIC dengan lebih 66,000 masyarakat miskin India yang melabur lebih dari RM130 juta selepas bekas Ketua MIC dan Menteri, Dato’ Seri S. Samy Vellu yang menjanjikan peluang yang tinggi ke atas pelaburan di MAIKA. Ramai masyarakat miskin India telah menjual harta- harta mereka, gadai harta alih dan harta tidak alih mereka dan menjual kambing dan lembu untuk membeli saham dalam MAIKA. MAIKA disalah urus oleh ahli politik MIC dari awal hingga mengalami kerugian sejak tahun 1983. Bersama pengerusi melalui G Team telah membeli MAIKA pada 80 sen untuk setiap saham RM1 yang mereka telah melabur pada tahun 1982.

Pada tahun 2010, Tan Sri Ganalingam iaitu co-chairman ini, pernah berkata bahawa Maika Holdings iaitu Oriental Capital Assurance juga akan dijual hanya kepada kaum India dan tolak kerugian RM106 juta dan kos menjalankan MAIKA dan bakinya akan diagihkan kepada badan amal India ini. Kini ia menjadi pengetahuan umum bahawa insurans syarikat Tune Berhad telah bercadang untuk membeli OCA ini pada RM1.95 satu syer. Masyarakat India ingin tahu apakah sumber G Team, Tan Sri Ganalingam yang akan menggunakan keuntungan untuk kegunaan sendiri atau yang kedua, durian runtuh akan tersebar kepada NGO-NGO bagi tujuan amal atau adakah wang hendak dimasukkan balik kepada pemegang saham majoriti 66,000 pemegang saham mempunyai kerugian ribu ringgit kerana salah urus awal MAIKA Berhad.

final • 8:45 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:45 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Ini - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

[Bangun]

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat tahu apakah sebab Yang Berhormat Menteri tidak ada di sini? Ini adalah perkara berkaitan.

Its important because special task implementation force, Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan seorang anggota di sana dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah diberitahu, saya telah beri notis dua minggu dahulu. Apakah yang lagi mustahak daripada ini? Kalau dia tidak boleh berada di sini untuk menjawab masalah masyarakat India, lebih baik letak jawatan. Dato’ G. Palanivel sekurang-kurangnya boleh berada di sini.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

That means apa guna Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak perlu jawablah. Ini bukan standard reply tidak menunjukkan tidak ada keseriusan.

final • 8:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh tunggu Tuan Yang di-Pertua untuk Yang Berhormat Menteri datang.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Mana Yang Berhormat Menteri sudah hilang? Sudah larikan diri.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh jadi tabiat, notis panjang diberi.

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri berkenaan datang sini untuk menjawab soalan, serius sedikit. Bukan hanya hantar wakil.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sekarang baru 9 malam, apa lagi tugas yang lebih mustahak?

final • 8:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Lagi pun Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu hal kaum India.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini bukan peraturan Yang Berhormat, empat orang bangun sekali.

final • 8:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

He doesn’t know anything about Indians.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mengapa Yang Berhormat Menteri tidak ada dalam Dewan, saya tidak boleh jawab. Saya tidak dimaklumkan kenapa.

Akan tetapi dari segi peraturan mesyuarat Timbalan Menteri yang akan menjawab ini tidak salah. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab bagi kementerian yang lain, tidak salah. Kalau jawapan yang dicari jawapan sama adalah jawapan yang dibuat oleh kementerian yang ditujukan usul penangguhan ini. Itu jugalah jawapan yang diberi Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

Saya tahu. Yang Berhormat, kalau jawapan yang dicari jawapan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia...

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentarlah Yang Berhormat. Saya bercakap tidak boleh bercakap. Kalau peraturan mesyuarat this is what you want, kita ikut peraturan mesyuarat. Saya bercakap Yang Berhormat jangan bercakap, peraturan mesyuarat okey. Peraturan mesyuarat dia tidak melarang Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

[Masuk ke dalam Dewan]

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Sudah mari, sudah mari.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah, yang saya katakan jawapan itu adalah jawapan yang sama.

*[Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I (Dato' Joseph Salang anak Gandum) memberikan dokumen kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S.

Subramaniam]* Tengok, itu adalah jawapan yang sama.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Lain, lain.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam usul penangguhan tidak ada soal jawab.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri mesti bertanggungjawab, bidang kuasa dia.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

I thought you run away. You should be here to reply all this matters. I raised the matter earlier.

final • 8:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

I think you must be more seriouslah, Minister.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Pukul 9 malam baru...

final • 8:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

You got to be more seriouslah.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Apabila kita bangkitkan perkara macam ini, baru Yang Berhormat Menteri datang.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh macam inilah Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau tidak dibangkitkan, adakah dia akan datang? They are not seriouslah.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, bagi nasihat kepada Menteri-menteri lain juga hadir.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kalau ikut peraturan, ikut peraturan betul-betul, yang begini tidak ikut peraturan. Sometimes you demand peraturan mesyuarat dipenuhi, tetapi yang begitu pun tidak ikut peraturan. This few things Speaker pun tidak ikut peraturan. If that is what you want, kalau peraturan mesyuarat mahu dipatuhi mengatakan Yang Berhormat Menteri mesti jawab, saya sudah katakan bahawa wakil pun boleh menjawab. It is dalam peraturan mesyuarat.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Dalam situasi tertentu sahaja, tetapi ini tidak ada alasan diberi.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sekarang Yang Berhormat Menteri sudah sampai. Tidak bolehlah macam ini.

final • 8:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa jadi dengan ucapan penangguhan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Consistentlah, consistentlah.

final • 8:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya telah diberi tiga minggu yang lalu. Akan tetapi sekarang tidak ada Menteri untuk menjawab.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri. Tidak habis lagi Yang Berhormat? Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat kerana membangkitkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kaum India.

Saya ucapkan terima kasih ke atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat India. Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 2008. Jawatankuasa ini telah mengenal pasti beberapa isu utama yang dihadapi oleh masyarakat India. Pada tahun 2010 pasukan petugas khas pelaksanaan SITF telah ditubuhkan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program inisiatif yang dicadangkan oleh jawatankuasa masyarakat ini.

Di antara pencapaian SITF adalah seperti berikut. Pertama kempen MyDaftar yang dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian dalam Negeri di 85 lokasi pendaftaran negara untuk membantu masyarakat India yang tidak mempunyai dokumentasi. Kempen lapan hari ini telah mencapai satu rekod yang bersejarah bilangan masyarakat India yang menyertai kempen ini membuktikan keyakinan masyarakat India terhadap keupayaan kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah dokumentasi mereka. Hasil daripada kempen ini seramai 6,590 orang kaum India telah menerima dokumentasi. Ini termasuk 4,155 orang yang menerima kelulusan kewarganegaraan dan 2,435 orang yang menerima sijil kelahiran kad pengenalan.

Kempen ini juga telah membawa kesedaran mengenai kepentingan memiliki dokumen pengenalan diri. Kempen ini telah dijalankan seluruh negara termasuk negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kempen MyDaftar telah mendapat kepujian badan-badan sukarela dan pertubuhan antarabangsa. Kerajaan Barisan Nasional amat kesal dengan tindakan pihak pembangkang yang mempamerkan orang-orang India yang mempunyai masalah dokumen pengenalan diri untuk kepentingan politik mereka.

final • 8:53 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ada 300 ribu Yang Berhormat.

final • 8:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh mencelah Yang Berhormat.

final • 8:53 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

You only consider 6,000.

final • 8:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh mencelah Yang Berhormat Ipoh Barat. Mana boleh suspend peraturan mesyuarat setiap kali Yang Berhormat bangun.

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

...Mempolitikkan isu ini dengan menyatakan terdapat seramai 300,000 masyarakat India yang tidak ada dokumentasi itu. Akan tetapi sehingga ini Pakatan Rakyat gagal membawa bilangan ini untuk didaftarkan. Apakah rasional Pakatan Rakyat untuk memperalatkan masyarakat India merata-rata tempat dengan tujuan politik sempat dan bukan untuk tujuan membantu masyarakat India.

SITF juga telah menjalankan beberapa program susulan MyDaftar di merata tempat. SITF juga akan terus membantu mereka yang lahir di Malaysia dan mempunyai asas-asas untuk didokumentasikan termasuk mereka yang tinggal di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Yang Berhormat Pakatan Rakyat juga boleh membawa mereka kepada SITF untuk membantu didokumentasikan. Unit-unit penyelarasan SITF telah dibentuk dan berfungsi di peringkat negeri untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan JPN.

Salah satu isu yang sebati dengan masyarakat India adalah sekolah-sekolah Tamil. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan enam buah sekolah baru sebagai tambahan kepada 523 sekolah Tamil yang sedia ada. Ini merupakan satu detik bersejarah bagi masyarakat di mana sekolah Tamil telah bertambah sejajar dengan permintaan masyarakat India. Hanya Kerajaan Barisan Nasional mampu berbuat demikian.

final • 8:53 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Government obligation.

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM340 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi untuk memperbaiki dan menaiktarafkan infrastruktur sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Di samping itu

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

RM100 juta di bawah bajet 2012 telah diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil di mana projek pembinaan akan ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor kaum India.

Pada tahun 2011, sebanyak 500 tempat matrikulasi telah ditawarkan kepada pelajar India. Atas cadangan MIC pada tahun 2012 tambahan sebanyak 1,000 tempatlah disediakan dan hasilnya sebanyak 1,500 tempat telah diperoleh pada tahun ini. Proses penempatan ini sedang berlangsung dan proses ini dapat meningkatkan pelajar masyarakat India memasuki ke IPTA pada tahun yang akan datang.

final • 8:53 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Baru 500 lebih sahaja dapat tempat, lain semua tidak dapat.

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pada tahun 2008 hingga Mei 2012...

final • 8:53 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Menyeleweng, tidak bercakap benar.

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

...Yang diberi oleh Skim Pembangunan Usahawan Muda India di bawah Tekun Nasional adalah RM33.9 juta yang melibatkan seramai 4,186 orang. Negeri Selangor yang mencatat jumlah pinjaman yang paling banyak dengan pinjaman sebanyak RM12.3 juta untuk sara 1,433 peminjam. Ini diikuti dengan negeri Perak dengan amaun pinjaman sebanyak RM5.8 juta dengan tujuan untuk 795 orang peminjam dan negeri Johor melibatkan 429 orang peminjam yang melibatkan RM252,000.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengemukakan RM100 juta peruntukan khas untuk masyarakat India di bawah Program Amanah Ikhtiar Malaysia. SITF telah memperkenalkan program ini di seluruh negara terutamanya untuk menarik penglibatan wanita kaum India. Bagi tempoh 2008 hingga bulan Mei 2012 jumlah pinjaman yang diberi oleh Amanah Ikhtiar Malaysia adalah RM30.4 juta yang melibatkan seramai 5,074 orang ahli atau lebih dikenali sebagai SAHABAT.

final • 8:53 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Negeri Perak yang mencatat jumlah pinjaman paling tinggi melibatkan wang sebanyak RM16.09 juta untuk 2,183 orang peminjam diikuti dengan negeri Selangor dengan amaun pinjaman sebanyak RM5.8 juta untuk 1,332 orang peminjam.

Buat pertama sekali, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan RM1 bilion saham Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India. Pada awalnya, sambutan masyarakat India dingin terhadap tawaran ini. SITF telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan saham ini kepada masyarakat India di seluruh negara dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad dengan mengadakan pelbagai program untuk menggalakkan pembelian saham ini. Hasil kempen ini, kesemua peruntukan saham yang diperuntukkan untuk masyarakat India habis dibeli.

Tentang isu MAIKA Holdings, demi menitik berat kebajikan pemegang saham MAIKA, satu proses penyelesaian telah dilaksanakan. Sejumlah RM100 juta telah disediakan untuk dibayar kepada pemegang saham MAIKA melalui satu syarikat swasta.

Daripada 58,978 pemegang saham MAIKA, 50,878 orang telah dibayar. Bakinya tidak dapat dihubungi. Sejumlah RM3.4 juta telah diperuntukkan untuk pemegang saham yang belum dapat dikesan. Sekiranya terdapat lebihan hasil daripada penjualan aset MAIKA Holdings, kita diberitahu ia akan disalurkan melalui satu dana kebajikan untuk masyarakat India. Sebarang keterangan lanjut, Yang Berhormat sila hubungi dengan syarikat yang berkenaan.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sudah hubung, ya. Sudah hubung, Yang Berhormat. Tidak ada jawapan macam itu.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Salah satu usaha kerajaan untuk mendekati rakyat, Program Mesra Rakyat telah dilaksanakan dengan bantuan agensi-agensi kerajaan bagi mengenal pasti masalah dan keperluan masyarakat India pada peringkat akar umbi.

Sebanyak sembilan agensi yang berkaitan telah terlibat untuk memberikan perkhidmatan yang mesra rakyat sejajar dengan konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sepanjang tahun 2010, SITF telah mengadakan program di enam lokasi.

Sebanyak 1,455 kes kebajikan dan 698 kes PERKESO yang dibawa ke situ telah berjaya diselesaikan. Program ini telah dilanjutkan kepada 20 lokasi baru-baru ini daripada April hingga Mei 2012. Lebih 30,000 orang masyarakat India telah menyertai program ini.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Melalui program MySkill yang telah diadakan di enam negeri pada tahun 2011, kerajaan telah menempatkan seramai 1,885 orang pelajar India di lapan institusi kemahiran kerajaan. Ini secara tidak langsung dapat menghindar remaja dan belia India dari terjurus dalam kegiatan masalah sosial dan meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka. Usaha ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Program MyCareer Fair 2012 adalah satu lagi usaha SITF untuk menangani isu pekerjaan di kalangan masyarakat India di Malaysia. Projek ini telah disokong oleh agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta, agensi kerajaan yang terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan kementerian-kementerian di bawah kerajaan. Kumpulan sasaran untuk projek ini adalah para graduan baru, graduan yang sudah lama mencari kerja, graduan yang sudah bekerja tetapi ingin peluang pekerjaan yang lebih baik dan juga mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang tinggi. Seramai 2,000 orang telah dikenal pasti dan disenarai pendek dan disalurkan kepada agensi dan syarikat yang terlibat. Dalam tempoh dua bulan yang pertama, SITF telah berjaya menawarkan peluang kerja kepada 300 orang yang telah memohon.

Saya mengakui bahawa peluang pekerjaan di sektor kerajaan masih rendah dan usaha untuk meningkatkan peratusan masyarakat India dalam perkhidmatan awam untuk mencapai sasaran 7.4% sedang diteruskan. Dialog bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedang dijalankan. Sebagai contoh, pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kaum India untuk tahun 2012 ialah 7% manakala jawatan Penolong Penguasa Kastam lantikan bagi masyarakat India adalah 10% dan untuk Pegawai Imigresen, pengambilan kaum India adalah 7.9%. Peningkatan juga dapat dilihat pada keseluruhan pengambilan kaum India sehingga April tahun ini iaitu 6.44% berbanding dengan tahun lalu iaitu 3.40%. Pada 13 Oktober 2011, Koperasi Suria Malaysia Berhad diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel telah ditubuhkan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM60 juta di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan projek Pemodenan Bengkel Automatif (ATOM) yang dilancarkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuka ruang kepada pembangunan ekonomi masyarakat India. Koperasi Suria telah melaksanakan kedua-dua program tersebut dan rumusan prestasi pelaksanaan koperasi fasa 1, ada 43 kedai runcit dan dua bengkel automatif telah berjaya ditransformasikan dan sasaran fasa 2 adalah untuk mentransformasikan 19 kedai runcit dan 20 bengkel automatif.

Satu lagi usaha adalah di mana tujuh orang India telah diberi kuota minyak kelapa sawit secara terus untuk melibatkan diri dalam industri pembungkusan dan pemasaran minyak masak. Terdapat juga peruntukan bagi projek-projek kecil di bawah peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk masyarakat India. Dari tahun 2008 hingga bulan Mei 2012, sebanyak RM76.56 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 8,128 projek di bawah ini. NGO-NGO India, badan-badan sukan, persatuan-persatuan belia, rumah kebajikan, rumah ibadat, NGO-NGO pendidikan dan kumpulan-kumpulan masyarakat India yang lain telah mendapat manfaat daripada peruntukkan ini.

Saya berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat membangkitkan isu-isu masyarakat India. Harapan dan hasrat kami di Kerajaan Barisan Nasional juga adalah untuk memperjuangkan kesejahteraan masyarakat India. Kami mengalu-alukan kerjasama Yang Berhormat untuk mencapai hasrat murni ini. Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada Yang Berhormat dan rakan-rakan supaya tidak memperalatkan masyarakat India untuk kepentingan politik. Dalam usaha untuk membela nasib masyarakat India, apakah langkah-langkah dan program yang dijalankan sepanjang empat tahun di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat walaupun terdapat seorang Timbalan Ketua Menteri....

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Fantastic performance oleh Pakatan Rakyat.

Mana Yang Berhormat Menteri perlu dapat jawapan daripada kita.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

...Keturunan India dalam pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Berapakah peluang pekerjaan dan perjawatan yang diberikan untuk masyarakat India di negeri-negeri tersebut.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita sedia memberi on specific issues. Tuan Yang di-Pertua, point of order. Ini ucapan penangguhan SITF for discussion yang saya bawa dia tidak menjawab langsung.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah, Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Apakah bantuan ekonomi dan kebajikan yang diberikan kepada masyarakat India? Apakah gunanya mengadakan demonstrasi jalanan dan berhimpun secara haram yang hanya bermotifkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tanpa tindakan.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

He’s making a party political speech…

final • 9:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sekianlah sahaja. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak ada soal jawab lagi, Yang Berhormat. Tidak boleh.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mengenai ucapan penangguhan. We raised specific issue. Satu, adalah mengenai SITF for discussion....

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 9:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Langsung tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Kenapa ia ditunda dari tahun 2010 ke 2020. No specific reply.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 20 Jun 2012.

final • 9:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.08 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026