Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:-
(a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan
(b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran perhimpunan Bersih 3.0.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, mengikut imbangan pembayaran atau balance of payments dengan izin, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kemasukan pelaburan asing atau FDI untuk tahun 2011 adalah RM32.9 bilion berbanding RM29.3 bilion pada tahun 2010 dan RM5 bilion pada tahun 2009.
Prestasi pelaburan di Malaysia adalah memberangsangkan dan Malaysia masih merupakan destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing. Bagi tempoh Januari hingga April 2012 pula, sejumlah 268 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM17.9 bilion berbanding 846 projek dengan pelaburan bernilai RM56.1 bilion bagi keseluruhan tahun 2011. Daripada RM17.9 bilion pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga April 2012, RM10.1 bilion bersamaan 56.4% merupakan pelaburan domestik manakala RM7.8 bilion bersamaan 43.6% adalah pelaburan asing.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institute for Management Development (IMD) di Lausanne Switzerland, Malaysia kini menduduki tangga ke-14 sebagai salah satu negara yang mempunyai ekonomi berdaya saing berbanding tangga ke-16 pada tahun 2011.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa berbanding dengan negara yang memiliki nilai pendapatan isi rumah kurang daripada RM60 ribu, Malaysia turut mengekalkan kedudukan kedua dari 29 di hadapan negara-negara membangun seperti China, Chile dan Thailand. Kejayaan negara dalam memperbaiki kedudukan ke tangga 14 turut menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam memperbaiki daya saing ekonomi negara dan langkah-langkah tersebut merupakan usaha berterusan yang merangkumi penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem perkhidmatan awam, peningkatan ketelusan dan akauntabiliti bagi menjana pembangunan sektor swasta yang berdaya mampan. Prestasi yang lebih baik ini juga turut digambarkan di dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Asing 2012 oleh A.T Kearney di mana kedudukan Malaysia telah meningkat ke tangga ke-10 pada tahun 2012 berbanding kedudukan di tangga ke-20 pada tahun 2010.
Tuan Yang di-Pertua, perhimpunan haram Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 secara amnya tidak memberi kesan terhadap keyakinan pelabur asing ke negara ini.
[Tepuk] Malaysia masih mengekalkan keyakinan pelabur berlandaskan asas-asas atau dengan izin fundamentals ekonomi negara yang kukuh. Walau bagaimanapun, kementerian
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
ini berpandangan bahawa sekiranya aktiviti seperti perhimpunan haram Bersih 3.0 tersebut dibiarkan berterusan, ianya akan memberikan kesan dari segi keyakinan para pelabur terhadap keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah kepada kerajaan atas pelbagai usaha, inisiatif dan pendekatan baru dibuat telah melonjakkan Malaysia dan meletakkan negara ini pada kedudukan landasan yang betul dalam aspek pelaburan dan sebagainya. Kebimbangan kita ialah apabila ada usaha, ada pihak tertentu yang melakukan pelbagai perkara untuk mengganggu gugat usaha murni kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara sebagainya. Bersih 3.0 ini yang kita cukup yakin bahawa ia juga bertujuan untuk merosakkan imej negara terutama laporan yang dibuat oleh media-media antarabangsa. Apakah langkah jangka panjang yang dibuat oleh kementerian untuk memulihkan semula imej Malaysia di media antarabangsa dan kita juga yakin bahawa Bersih dan juga demonstrasi jalanan ini mungkin menjadi pilihan kepada pihak Pakatan Rakyat jika tidak dapat memerintah dan sebagainya. Sudah tentu juga kita perlukan susulan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ucapan Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bagi membolehkan persediaan dibuat oleh kerajaan dalam perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Soalan lah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Saya hendak minta pandangan pihak kementerian. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun dari segi keyakinan pelabur terhadap Malaysia itu tidak terjejas seperti yang saya nyatakan tadi akibat daripada perhimpunan haram Bersih 3.0 tetapi sudah tentu demonstrasi jalanan ini tidak membantu kita untuk menarik FDI ke Malaysia.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Lenggong memang benar imej sudah tentu akan terjejas. Selain daripada demonstrasi-demonstrasi jalan ini yang kemudian bertukar menjadi rusuhan, kita tahu juga mengenai kegiatan beberapa pemimpin- pemimpin pihak pembangkang yang kerap kali ke luar negara untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia. Sudah tentu ini juga tidak membantu untuk menarik pelabur ke Malaysia.
Kalau ini berterusan saya rasa bahawa keyakinan pelabur terhadap Malaysia mungkin akan semakin negatif dan saya dapati bahawa mungkin apabila FDI kita menurun akibat daripada tindakan-tindakan ataupun aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang ini maka pada waktu itu mereka boleh menuduh kerajaan tidak cekap untuk mengendalikan ekonomi negara kita ini. Ironisnya Yang Berhormat apabila kita keluar negara untuk menarik pelabur, yang mendapat manfaatnya termasuklah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang.
Antara aktiviti yang kita jalankan untuk meyakinkan pelabur asing terhadap Malaysia adalah untuk memperkenalkan pendekatan berfokus ataupun targeted approach di samping penekanan terhadap industri berintensifkan modal dan teknologi serta penglibatan dalam R&D untuk menarik pelaburan. Selain itu, kita juga memberikan tumpuan khusus kepada syarikat terkemuka yang telah dikenal pasti dalam sektor bernilai tambah tinggi, industri berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi, menambah baik dasar-dasar semasa termasuk meliberalisasikan dasar-dasar berkaitan pelaburan bagi menggalakkan pelaburan di seluruh negara, menambah baik sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan serta menangani kerenah birokrasi melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).
Selain itu, menarik taraf dan memodenkan infrastruktur termasuk rangkaian telekomunikasi terbaru dan Taman Sains Teknologi Tinggi bagi memenuhi keperluan industri yang baru muncul seperti industri alternatif tenaga yang boleh diperbaharui, elektronik berteknologi tinggi, jentera dan kelengkapan serta peralatan perubatan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi bahawa perhimpunan aman Bersih 3.0 tidak memberi kesan kepada keyakinan pelabur-pelabur untuk terus datang ke Malaysia. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mencadangkan boleh diteruskan dengan Bersih 4.0 oleh kerana tidak ada kesan terhadap pelabur-pelabur asing.
Keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mengesahkan bahawa Malaysia masih lagi menjadi destinasi pelaburan daripada negara-negara luar. Namun, kalau kita melihat statistik dan data yang terkini negeri Selangor dan Pulau Pinang masih menjadi dua buah negeri yang terbaik mencatatkan pelaburan.
[Tepuk] Mengapa ini berlaku? Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kerana kedua-dua negeri ini adalah negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang dapat mengurus dan mentadbir dengan cukup baik, telus dan tidak ada penyelewengan. Terima kasih.
Seorang Ahli
Sokong 100%.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi, walaupun dari segi usaha kita untuk menarik pelabur asing itu tidak terjejas atas kegiatan haram sebenarnya perhimpunan Bersih 3.0.
Seorang Ahli
Haram bagi BN, halal bagi PKR.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Saya tidak tahu apa definisi aman bagi Yang Berhormat kerana bila ada rusuhan saya tidak anggap itu sebagai aman.
Seorang Ahli
Siapa yang suruh!
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Walaupun ianya tidak memberi kesan – ianya adalah kerana asas-asas ekonomi yang kukuh saya sebutkan tadi bahawa perhimpunan haram itu Bersih 3.0 itu tidak membantu untuk menarik pelabur. Saya tidak yakin bila pelabur melihat tindakan ataupun aktiviti seperti itu mereka akan berlumba-lumba untuk melabur di Malaysia. Saya juga tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat bahawa negeri-negeri pembangkang berjaya menarik pelaburan yang tertinggi di kalangan negeri- negeri di Malaysia ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kedua-dua negeri ini iaitu Pulau Pinang dan Selangor adalah destinasi pelaburan antara lain kerana infrastrukturnya yang agak sempurna yang seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan, universiti, pembekalan utiliti seperti api dan air yang sempurna dan sebagainya. Semua ini sudah tentu telah diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan.
[Tepuk] Akan tetapi suka saya nyatakan di sini daripada angka-angka terbaru yang kita dapat daripada bulan Januari hingga Mac 2012 iaitu untuk projek-projek di dalam semua sektor ekonomi yang telah diluluskan, negeri yang mendapat pelaburan swasta yang tertinggi ialah negeri Sabah dengan jumlah RM10 bilion.
[Tepuk] Selangor turun ke nombor dua, ketiga ialah negeri Johor dengan RM2.6 bilion.
Keempat negeri Sarawak [Tepuk] iaitu RM2.3 bilion dan kelima ialah negeri Terengganu pada RM1.4 bilion. Jadi nampaknya negeri-negeri di bawah Barisan Nasional turut berprestasi tinggi dalam soal menarik pelaburan. Suka saya ingatkan kita semua bahawa Pulau Pinang dan Selangor selalu mendapat prestasi yang tinggi dalam soal pelaburan ini sewaktu di bawah Kerajaan Barisan Nasional juga. Terima kasih.
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan maklum balas kerajaan terhadap cadangan yang terkandung dalam interim Report of International Fact-Finding Mission on Elections in Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti mana yang sering dijelaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditubuhkan mengikut Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sebagai sebuah suruhanjaya yang wujud atas asas perundangan dengan izin the rules of law setiap tindakan SPR berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi negara serta kehendak suara rakyat terbanyak dengan izin the majority di dalam Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ini termasuklah dalam melakukan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasi yang bertujuan utama untuk memantapkan lagi sistem pilihan raya sekali gus demokrasi di Malaysia. Berhubung dengan laporan interim oleh pasukan International Fact-Finding Mission on Elections in Malaysia dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah dibangkit dalam laporan tersebut juga pernah dibangkit oleh perhimpunan haram Bersih 2.0 dan 3.0.
Selain ia juga sering dibangkitkan di dalam mesyuarat Parlimen, sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Dalam hal ini, SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian pandangan dan saranan tersebut telah pun diberi perhatian dan tindakan-tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana daripada laporan ini Jawatankuasa yang hadir dari peringkat antarabangsa menghargai kerjasama dan pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kesediaan Yang Berhormat Menteri memberikan beberapa penjelasan mengikut peraturan dan undang-undang. Tetapi ada juga beberapa kesan yang perlu perhatian terutama pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri, di mana beberapa pandangan yang dikemukakan dijawab oleh Timbalan Pengerusi dengan mengatakan mereka telah mengemukakan kepada kerajaan tetapi tidak diberi pertimbangan.
Keduanya, umpamanya tentang registration our proposal was not accepted. Itu jelas yang disebut dalam muka surat 14. Keduanya ialah pandangan Jawatankuasa International Observer Group ini tatkala menemui Setiausaha Agung UMNO, Setiausaha Agung BN yang menganggap bahawa Malaysia ini dan rakyatnya tidak sedia untuk menerima kebebasan dan demokrasi.
Dalam hal itu telah menyelar Indonesia. Ini telah menimbulkan suasana agak tegang jawatankuasa kerana kurang bijak Setiausaha Agung UMNO dalam mengendali isu ini. Akan tetapi beberapa isu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu tidak terjawab dan walaupun ini interim report jawatankuasa ataupun mission ini tetapi ia memberikan laporan setelah mendengar SPR, Menteri, Setiausaha Agung UMNO dan juga pihak Pakatan Rakyat.
Isu-isu yang dibangkitkan itu isu yang seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan telah dibahaskan dan telah dikemukakan dan dalam makluman jelas SPR. Sebab itu apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu tidak menambah keyakinan bukan sekadar Jawatankuasa fact finding mission ini tetapi rakyat dan juga Dewan ini bahawa ada langkah-langkah yang sungguh-sungguh dibuat.
Contoh-contoh diberikan termasuk jumlah yang dianggap dubious voters. Ini istilah yang disebut oleh dubious status...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong
Soalan, soalan, soalan.
Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
...Iaitu yang disebut oleh SPR kepada jawatankuasa. Oleh yang demikian saya minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua, supaya Yang Berhormat Menteri boleh memberi ketegasan bahawa hal-hal yang sedemikian boleh diselesaikan. Bukan hanya tangguh sekadar mengatakan diberi pertimbangan. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat kerana telah pun mencadangkan kepada mereka untuk berjumpa dengan saya. Itu satu keputusan yang tepatlah. Akan tetapi apa yang tidak tepat, saya menegur mereka yang menganjurkan lawatan ini tidak perlu untuk berjumpa dengan Barisan Nasional sebab sudah tentu Barisan Nasional merupakan satu badan yang partisan dalam soal-soal pilihan raya. Tidak sepatutnya mereka datang untuk berjumpa dengan political party. Akan tetapi kalau berjumpa dengan EC dan saya selaku Menteri yang bertanggungjawab daripada SPR itu adalah tepat. Jadi apa yang disebut oleh Setiausaha
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Agung itu, tidak mewakili apa-apa juga badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihan raya yang adil dan juga bebas, itu pertama.
Keduanya, saya lihat itu Yang Berhormat punya soalan tambahan terlalu umum.
Saya hendak maklumkan iaitu bahawa semasa perjumpaan saya dengan wakil dari fact finding mission, saya tengok tidak ada apa-apa perkara yang mereka tidak berpuas hati.
Jadi saya memberikan masa yang begitu – ruang yang luas untuk bertanya soal kepada saya.
Pada ketika itu segala soalan saya jawab dengan tepat, dengan betul. Ada perkara yang kita tidak mampu untuk lakukan sekarang tetapi yang mana yang kita boleh buat, kita buat termasuk dia minta berkenaan dengan waktu kempen. Jadi ada permintaan 21 dan kita minta 10. Akan tetapi takkanlah yang diminta oleh pembangkang mesti dituruti. Sudah tentu mesti ada usaha untuk tawar menawar. Kalau diminta 21 itu, kita cari jalan yang tengah untuk meeting point. Sebab itu akhirnya kita mengambil keputusan tidak kurang daripada 12 hari.
Jadi, semua saya telah perjelaskan. Saya kata kalau pihak pembangkang mahu semua apa yang mereka tuntut, duduklah jadi kerajaan. Jadi hadapilah pilihan raya. Apa yang takut sangat? Sebab kita macam mana sekalipun, pilihan raya yang menentukan.
Jadi saya bagi tahu pada ketika itu Yang Berhormat, boleh sahkan dengan wakil- wakil yang datang daripada Pakistan, Indonesia, ZenoFon daripada Australia. Pada ketika itu, mesyuarat berjalan dengan baik dan saya tidak ada nampak apa-apa masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Oleh sebab itu dalam jawapan saya, dalam hal ini SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian pandangan dan saranan tersebut telah pun diberi perhatian. Tindakan- tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan. Jadi tidak semua yang dituntut itu pada waktu ini boleh dilaksanakan. Mungkin ia memerlukan masa. Sudah tentu sebagai satu electoral role yang bersih, mana mungkin lebih bersih kerana setiap hari sudah tentu orang akan mati.
Setiap hari mereka yang mendaftar dalam role itu tidak akan ada berlaku satu hari yang mana electoral role itu bersih kerana kematian berlaku setiap hari. Jadi saya jelaskan.
Jadi kalau hendak membersihkan electoral role akan memakan masa. Perlu dimaklumkan.
Jadi tentang kematian ataupun bankrap, jadi perkara ini berterusan Yang Berhormat. Jadi jangan bimbang. Teruskan saya sebagai Menteri yang menjaga pilihan raya, insya-Allah saya pastikan pilihan raya yang adil dan bebas itu dapat dilaksanakan.
Terima kasih.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan satu sikap keterbukaan dengan menerima kedatangan mission itu untuk berbincang secara profesional.
Tarikh 26 hari bulan atas undangan daripada pejabat Ketua Pembangkang itu telah diatur dengan begitu rapi sekali supaya mission ini yang ketuai oleh Senator Nik ini dapat sama-sama mengikuti tentang perhimpunan Bersih yang ganas. Satu gambaran yang mungkin merugikan kepada Malaysia daripada sektor pelancongan, investment dan juga tidak memberi keyakinan kepada mata dunia tentang kedudukan sebenar Malaysia.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya locus standi mission ini daripada sudut SPR, daripada sudut Akta Pilihan Raya dan juga di Dewan yang mulia ini untuk melayakkan kita membincangkan tentang laporan berkenaan dan juga kerajaan diminta untuk mengambil tindakan ke atas laporan tersebut.
Keduanya soalan saya. Apakah sebenarnya tahap kredibiliti ataupun integriti kepada mission-mission ini? Ini kerana kita dapat lihat perwakilan-perwakilan yang hadir mewakili ini, bukan daripada senarai mereka yang ada kredibiliti ataupun mewakili badan- badan dunia yang benar-benar diiktiraf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kita terbuka.
Bagi kita iaitu siapa juga, daripada mana, mahu membantu ke arah memastikan supaya pilihan raya yang adil dan bebas di negara kita, kita sentiasa akan menerima mereka
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
dengan tangan yang terbuka. Ini kerana seperti yang disebut berkali-kali, kerajaan juga mahukan kepada pilihan raya yang adil dan bebas.
Sebab itu kita tidak kiralah sama ada dia diiktiraf ataupun tidak, itu tidak penting.
Apa yang penting ialah kita terbuka dan kita memberikan keistimewaan kerana fact finding mission ini diaturkan oleh Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang yang mengaturkan, kita hormatlah sebab Ketua Pembangkang ini satu jawatan yang diiktiraf dalam Dewan.
Jadi kalau Ketua Pembangkang dia sponsor dengan izin, satu kumpulan fact finding mission untuk datang, kita datanglah, tidak ada masalah.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Oleh sebab itu saya dengan hati terbuka menerima mereka kerana sememangnya kita mahu mencari jalan untuk memastikan supaya pilihan raya kita ini adalah adil dan bebas. Kalau tidak diberi layan, jelas ini sebagai satu tindakan yang menidakkan pilihan raya yang adil dan bebas.
Jadi apakah kredibiliti mereka – tidak mengapa sebab saya kira kredibiliti mereka ialah kerana mereka juga merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat mereka. Saya telah menjelaskan kepada mereka itu walaupun mereka memberi cadangan dengan izin, why do not you follow Pakistan punya style, why do not you follow them, saya cakap satu sahaja, kita punya benchmark tak boleh kita ambil daripada setiap negeri, cacamarba nanti.
Orang Penang fahamlah cacamarba ini, ya.
Jadi saya kata macam inilah, apa juga yang kita buat, apa juga yang you cadangkan termasuk dia mengatakan itu mahu ditentukan kalau Parlimen itu life span nya lima tahun must be five years, election cannot be called before the five years term, saya kata tak apa, kita punya benchmark Westminster. Apa Westminster buat, kita akan ikut kerana daripada dulu kita punya model kita, sistem Parlimen kita modelnya ialah Westminster. Jadi saya kata saya boleh beri jaminan iaitu bagi pihak kerajaan, apa yang dilakukan oleh Westminster itu akan merupakan kita punya modellah. Jadi kalau hendak kirakan Pakistan, Bangladesh, dan Indonesia, sukar untuk kita mencari satu benchmark yang boleh kita gunakan sebagai aras tanda kita. Jadi pada saya tidak ada masalah.
Mereka juga dipilih oleh rakyat negara mereka. Itulah yang menjadikan sebagai kredibiliti bagi fact-finding mission ini.
3. Datuk Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah langkah kerajaan mengisytiharkan 154 butiran terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidak ketara dan 9 tokoh Warisan Kebangsaan Negara mampu memartabatkan pembangunan seni warisan negara serta memupuk semangat kenegaraan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan sebagai Warisan Kebangsaan merupakan pengiktirafan tinggi negara dalam mengiktiraf mana-mana butiran yang jelas memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Sekali gus boleh diterima bahawa dengan pengiktirafan dan pendaftaran 24 objek tapak, 10 objek ketara atau tangible heritage serta 111 objek tidak ketara atau intangible heritage itu, ia membangunkan perasaan kenegaraan dan juga cinta kepada perkara-perkara berhubung dengan warisan di negara kita. Insya-Allah, kementerian akan terus berusaha gigih agar badan-badan bukan kerajaan serta sektor awam juga dapat menjalankan kegiatan-kegiatan memelihara dan memulihara perkara-perkara yang berjadual dan hal-hal yang berhubung dengan keselamatan serta promo atau promosi yang diperlukan akan terus dibuat menerusi media dan kegiatan-kegiatan setempat sama ada di negeri ataupun di daerah begitu juga di peringkat kebangsaan.
Datuk Matulidi Jusoh - Dungun
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri yang saya percaya memberi jawapan yang kemas.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, kebelakangan ini kita merasakan amat dukacita kerana semangat kasih sayang cinta kita kepada negara sudah mulai luntur dan terhakis sedikit demi sedikit terutamanya kepada golongan generasi muda dan juga golongan Y.
Datuk Matulidi Jusoh - Dungun
Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan semangat yang lebih kepada negara kita, kasih sayang kita kepada negara kita yang boleh kita berikan kepada golongan generasi muda sejajar dengan konsep ataupun Gagasan 1Malaysia? Juga sejauh manakah kerajaan memanfaatkan peranan muzium yang ada pada setiap negeri dan juga setiap daerah dan di daerah saya di Dungun ini supaya semangat cintakan kepada negara di kalangan rakyat di negara ini secara keseluruhannya tanpa mengira bangsa dan kaum dalam negeri, negara dan juga daerah. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Tuan Yang di-Pertua, kita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Dungun. Oleh sebab soalan itu adalah soalan yang boleh dianggap sebagai berlapis dan bertingkat-tingkat, saya cuba untuk menjurus kepada langkah-langkah yang beliau sebutkan yang perlu dimajukan dalam konteks memberi penekanan dan kemajuan kepada Gagasan 1Malaysia, dan kedua berhubung dengan peranan beberapa institusi seperti muzium dan juga langkah- langkahnya.
Tuan Yang di-Pertua, jika persoalan ini hendak kita lipat, ia boleh sekecil kuku.
Akan tetapi kalau kita bentangkan, ia memang boleh seluas alam. Setiap perkara yang dikemukakan itu sebenarnya juga dialami sebagai masalah oleh negara-negara membangun terutama pada saat ini di mana pengaruh dan implikasi media terbuka sedang melanda pelbagai tamadun di dunia termasuk negara kita.
Walaupun sedemikian, jika dilihat petak-petak tamadun di tanah air, bahasalah yang menjadi satu-satunya perkara penting yang seharusnya setiap warganegara dan warga bangsa kita mengambil hak dan kepentingan. Untuk menyatakan bahawa bahasa seterusnya telah dilakukan perkara-perkara yang memperkecilkan bidangnya, memang benar, terutama bahasa Melayu di mana pengaruh-pengaruh bahasa Inggeris itu, walaupun bahasa Inggeris penting, ia lama kelamaan terdera dan terhad kepada sistem osmosis dalam pertukaran dan pemakaiannya. Dalam hal yang sedemikian, kita lihat bahawa walaupun bahasa Melayu disenaraikan di bawah seksyen 67 yang saya sebutkan tadi, pemakaian lisannya sangat mengkhuatiri kita pada masa ini.
Oleh yang demikian, kementerian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Dewan Bahasa, sedang berusaha untuk memajukan beberapa program promosi di kalangan masyarakat kita khasnya masyarakat muda agar mereka juga mempelajari cara-cara bagaimana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ditutur dengan baik dengan diction atau diksi dengan izin yang teratur dan mengikut lunas-lunas yang diterima pakai dalam bahasa nusantara bahasa Melayu, bahasa Indonesia yang sedang merebak dengan keadaan yang dikhuatirkan tadi.
Tentang hal-hal berhubung dengan butiran-butiran warisan yang lain, perkara- perkara yang sentiasa dikemukakan ialah berhubung dengan pemupukan nasionalisme atau perasaan kebangsaan kita. Ini tidak mudah dijawab hanya dengan teori Tuan Yang di- Pertua, melainkan antara pembangkang dengan parti kerajaan harus ada simbiosis yang serius supaya kesemuanya dapat kita lihat dari sudut membina bangsa kita. Apabila hal ini dikemukakan, sebaik-baiknya kita tidak menoleh ke arah negativiti tetapi menoleh ke arah yang membina negara kita menerusi perkara-perkara yang telah didaftarkan.
Mengenai muzium, ia menjayakan pelbagai aspek dan tahun lalu sahaja lebih dari 3.2 juta pelawat telah melawat muzium kita di pelbagai peringkat termasuk di negeri. Oleh kerana muzium berada di senarai yang bersama antara persekutuan dengan negeri, maka kedua-dua komponen ini sedang dipupuk supaya peruntukan pentadbiran kita dapat dirasai ke tahap yang maksimum mungkin bagi projek-projek yang telah disenarailuaskan oleh kedua-dua pihak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itu hujung itu Yang Berhormat, sila.
Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya cukup kagum dengan bahasa yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya rasa satu-satunya Menteri Yang Berhormat boleh menggunakan satu bahasa yang begitu baik.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Pemimpin Barisan Nasional memang hebat.
Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik
Tahniah. Cuma saya bimbang walaupun Menteri mempunyai bahasa yang begitu indah bahasa Malaysia tetapi kesungguhan pihak kementerian sama ada kementerian Yang Berhormat Menteri ataupun Kementerian Pendidikan dalam usaha mendaulatkan bahasa Malaysia itu sebenarnya amat diragukan.
Ini kerana sehingga 54 tahun kita merdeka, soal tersebut masih tidak dapat diselesaikan, malah beberapa tahun ura-ura kerajaan untuk menarik balik PPSMI pun masih belum muktamad. Jadi, ini tidak termasuk lagi bidang-bidang lain. Dalam kebudayaan dan lain-lain lagi kita nampak begitu berkecamuk sekali. Apa komen Yang Berhormat Menteri dalam soal ini?
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sik.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Apa yang ditanggap oleh Yang Berhormat Sik tadi bukan sakit sebenarnya tetapi perkara yang boleh terima dalam konteks sebenar. Yang Berhormat Sik tidak menyatakan aspek mana bahasa yang dikatakan gagal, kalau hanya mengatakan bahawa PPSMI berada di dalam keadaan sedemikian, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah pun menjalankan tugas dan tugasan beliau secara baik dan pengikutan kepada program-program pengubahsuaian syllabus atau sukatan pelajar juga telah berjalan. Apa yang kita akui sebagai kurang mendapat perhatian sekarang ialah latihan berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang formal, yang kurang mendapat sambutan.
Justeru, apabila kita berhadapan dengan mereka yang menggunakan bahasa Melayu dalam konteks komunikasi selaras atau coordinated communication, kita tidak dapat menentukan apa yang sebenarnya harus berlaku dalam sintaks, dalam susunan ayat ataupun maksud yang disampaikan. Oleh sebab dalam bahasa Inggerisnya passive voice, telah diajarkan kepada kita untuk belajar sintaks dan grammar tetapi cara penyampaian dalam bahasa Melayu itu sendiri tidak ada kepakaran lagi untuk menentukan penerusannya sehingga sampai ke tahap berkomunikasi antarabangsa. Jawapan ini mungkin tidak disenangi oleh banyak pihak tetapi apa yang diragui ialah kestabilan sebutan dan kestabilan bentuk ayat yang diajar di sekolah itu mungkin pakar-pakar yang perlu berhadapan dengan kenyataan membuat penyelidikan yang lebih rapi. Buat sementara ini Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berhubung dengan budaya dan bahasa, ianya telah meningkat dan peningkatan ini dengan bantuan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh kita teruskan ke tahap membanggakan.
4. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Perdana Menteri menyatakan bukti dakwaan beliau bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kuala Krai pada 18 Jun 2012 kerana ia menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dalam sistem demokrasi Westminster yang diamalkan di Malaysia, pemilihan dan perubahan kerajaan ditentukan oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Pemimpin parti atau gabungan parti politik yang mendapat majoriti kerusi di dalam Dewan Rakyat yang memenuhi peruntukan-peruntukan yang tertera di Perlembagaan Persekutuan akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan.
Perhimpunan haram Bersih 3.0 yang diadakan baru-baru ini adalah merupakan percubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan taktik seperti mana yang diguna pakai di Dataran Tahrir di Mesir, Green Square di Libya dan juga Martyrs Square di Tunisia. Dataran Merdeka dipilih kerana - Green Square di Libya, saya ke Libya banyak kali, bukan Times Square, Martyrs Square. Dataran Merdeka dipilih kerana ia mempunyai
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
signifikan sejarah kerana pada jam 12 malam 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan di lokasi yang sama. Walaupun Stadium Merdeka lokasi yang jika diadakan perhimpunan tidak akan mengganggu ketenteraman awam telah diberikan sebagai kawasan alternatif untuk perhimpunan tersebut, ia telah ditolak dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.
Ini bermakna pihak penganjur sememangnya mahukan perhimpunan Bersih 3.0 yang haram itu diadakan di Dataran Merdeka. Menyedari pihak DBKL tidak akan membenarkan ia diadakan di kawasan berkenaan. Kedegilan penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 telah mengundang konfrontasi dengan pihak berkuasa yang telah bertindak dalam bidang kuasa yang telah ditentukan undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 dan lain-lain undang-undang yang ada. Keengganan pihak penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 berkompromi berkaitan lokasi dan tindakan ganas serta provokatif sebahagian peserta Bersih pada hari berkenaan mencerminkan matlamat mereka yang sebenar iaitu melihat pihak berkuasa bertindak balas bagi menegakkan undang-undang dan melindungi kepentingan awam. Mereka ingin menggunakan insiden yang berlaku bagi membuktikan kepada warga Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa Kerajaan Malaysia bertindak ganas dan di luar perikemanusiaan terhadap perhimpunan yang kononnya aman.
Ia bermatlamat menimbulkan kesan berantai yang akhirnya berhasrat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Kerajaan menginsafi aspirasi terhadap proses pilihan raya yang bebas dan adil adalah bersifat universal, kerajaan amat komited untuk memastikan ia dicapai seperti mana dibuktikan dengan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dan pelaksanaan sebahagian besar syor-syor yang dicadangkan termasuk penggunaan dakwat kekal. Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan sekali-kali menggunakan kaedah-kaedah yang tidak berperlembagaan dan menyalahi kedaulatan undang-undang untuk kekal berkuasa.
Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Ia adalah sebuah kerajaan yang disokong dan didukung majoriti rakyat dan komited terhadap mendaulatkan prinsip kuasa rakyat, ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang- undang. Hakikat bahawa di bawah pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR semenjak merdeka, parti yang sedang mentadbir di peringkat pusat kehilangan kuasa di beberapa negeri dan tidak memperoleh mandat 2/3 kerusi di peringkat Dewan Rakyat mencerminkan integriti SPR. Matlamat dan niat murni majoriti peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 sebenarnya telah dirampas atau dihijack oleh pihak-pihak tertentu, pembangkanglah, yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Ia dilakukan kerana ada pihak-pihak tertentu seperti pembangkang yang tidak yakin bahawa melalui pilihan raya yang bebas dan adil yang ada pada hari ini mereka berpeluang untuk membentuk kerajaan kerana tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat. Sebagai tindakan yang bersifat pre-emptive, pihak-pihak ini cuba menimbulkan kesangsian di hati dan fikiran rakyat bahawa sistem pilihan raya adalah tidak adil dan bebas. Jika mereka kalah di dalam pilihan raya yang diadakan kelak, maka mereka akan mendabik dada bahawa mereka telah dibuktikan benar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Langsung tidak menjawab, langsung gagal untuk memberikan bukti untuk menyokong dakwaan yang serius.
[Tepuk] Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 ialah satu usaha co-attempt untuk menggulingkan kerajaan. Adakah Perdana Menteri rela, berani untuk meminta maaf dan tarik balik dakwaan yang serius itu. Itulah satu serius dan itu pun ada diikuti selain daripada bahawa garam dan botol air mineral boleh menggulingkan kerajaan, bolehkah? Adakah Kerajaan Barisan Nasional begitu lemah? Garam dan mineral water, it can collapse ...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Dengan beras.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
...Dan beras. Bukankah ini sebab mengapa rakyat tidak ada keyakinan bahawa Kerajaan Barisan Nasional, rela ada suatu siasatan yang menyeluruh apa yang berlaku pada 28 April. Oleh kerana pada masa itu, Tun Hanif
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Omar pun mengatakan bahawa menyokong Perdana Menteri apakah bukti yang sudah diberikan oleh Tun Hanif Omar oleh kerana Perdana Menteri kata. Oleh kerana Perdana Menteri kata dan dia percaya bahawa dia mendapat intelligence daripada Cawangan Khas.
Adakah Perdana Menteri dapat intelligence daripada Cawangan Khas bahawa ada usaha yang serius pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April? Ada atau tidak ada?
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah ini menjadi satu secret agenda untuk Hanif Inquiry, panel inquiry supaya akhirnya dapat satu kesimpulan bahawa ada. Kalau tidak mengapa kerajaan Barisan Nasional tidak rela untuk menghadapi realiti bahawa misjudgment, mishandling Bersih 3.0 satu malapetaka, public relations disaster, teruk daripada Bersih 2.0.
[Tepuk] Oleh sebab itu, takutlah election. Delay after delay.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Bukankah lebih baik bahawa menghadapi realiti ada satu siasatan yang bersih, yang betul- betul bersih, berhenti dehumanization...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tidak ada lagi. Soalan, soalan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tiga hari berturut-turut. Satu dehumanization kempen terhadap Bersih...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Ini ceramah, ceramah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Disampuk] Terhadap rakyat, bahawa sokonglah Suhakam inquiry.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Soalan, soalan.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah berani buat begitu?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia sudah tua. Pekak dan tidak boleh memahami alasan yang saya beri tadi.
[Tepuk] Ini masalah dia. Sudah lama sangat duduk dalam Parlimen. Beri kepada orang mudalah, sebab alasan yang saya berikan sebentar tadi jelas iaitu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ada buktikah?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Buktinya...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Salt and water bottle. Itu bukti?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat, saya hendak beritahu, salt kah, jangan underrate, ya.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
*Underrate of salt?
[Ketawa]*
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jangan underrate salt and bottle.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini kerajaan osteoporosis. Rapuh.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sebab saya hendak beritahu..
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kerajaan osteoporosis ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Sebab saya hendak beritahu kerajaan yang jatuh di Egypt, di Tunisia dan juga di Libya hanya handphone sahaja jatuh. [Dewan riuh] Handphone sahaja. Do not underrate, ya. Bermaknanya itu bahawa kalau kerajaan itu tidak disokong oleh rakyat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Inilah igauan Kerajaan Barisan Nasional.
Igauan hendak tidur pun tidak boleh.
[Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bukan sahaja handphone tetapi juga botol pun boleh hidup. Jangan underrate. Tidak ada kejatuhan dengan kata baling bom kah apa.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Air garam pun boleh takut.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jatuh dengan handphone sahaja.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, jangan underrate iaitu bahawa mengatakan dengan botol. Memang betul.
Kalau dengan botol, kalau sudah dengan rakyat tidak sokong dia boleh jatuh. Boleh jatuh tetapi...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Itu rakyat tidak sokong.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Sekurang-kurangnya dia mengakui salt and bottle boleh menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Salt and bottle.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, salt and bottle. Oleh sebab itu jangan underrate. Kalau rakyat sudah tidak menyokong kerajaan, salt water pun boleh menjatuhkan kerajaan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Barisan Nasional ketakutan. Ketakutan.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
The keyword is rakyat tidak sokong.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mengigau.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mengadakan pilihan raya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Scared of your own shadow. Ketakutan.
Takut dengan bayang-bayang sendiri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya Allah! Mengapa dengan dia ini?
Apabila tidak tahan, apabila sudah kena muka sendiri...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Orang hendak buat perhimpunan yang aman, minta pilihan raya bersih pun sudah takut.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jawapan yang saya beri sudah kena muka sendiri, inilah jadinya. Tidak tahan. Mengata orang boleh. Apabila kita jawab tidak tahan. Ini perangai dia. Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Pasal tidak jawab.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberikan jawapan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak jawab. Avoiding the issue.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi sejak bila...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Apa sebut Yang Berhormat Kuala Selangor ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita minta bukti...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa prove? Prove adakah?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bukti yang kita beri jelas menunjukkan...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini orang gila tidak tahu dari mana.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Laporan Special Branch ataupun mana- mana pihak.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Memang mereka hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik untuk mendatangkan perasaan rakyat...
Seorang Ahli
Garam, garam.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menaikkan perasaan rakyat, bangun ramai-ramai. Harapannya 100,000 datang, kerajaan akan jatuh tetapi tidak jatuh. Itu masalahnya. Jadi, hendak beritahu bukti, saya sudah beri bukti dan kita memang tahu pembangkang, apa juga yang kita cakap dia tidak akan terima.
[Ketawa] Akan tetapi rakyat akan memastikan dalam pilihan raya yang akan datang, tentukanlah. Soal delay tidak delay,
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
ada sebelah pihak sana yang mengatakan five years mean five years. Akan tetapi dia pula bercakap hendak adakan cepat. Yang mana satu. Memang berkecamuk di sebelah pembangkang sebelah sana.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, very good attempt lah. Very good attempt.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, budak-budak di sana pun keluar sudah.
[Merujuk pada tempat pelawat] [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kecewa dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sampai mereka keluar.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini soalan tambahan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kecewa dengan perangai Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak mengapa Yang Berhormat. Tidak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam tolong duduk. Yang Berhormat Pasir Mas ini.
[Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya dan saya tidak perlu menjerit di waktu bercakap ataupun bertanya soalan sebab saya tidak termasuk dalam golongan yang sakit jiwa.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, daripada segi kefahaman menjatuhkan kerana secara yang tidak sah seperti mana yang berlaku di Bersih 3.0, bolehkah saya maksudkan apabila berlaku perhimpunan mereka - diamlah Yang Berhormat Shah Alam. [Berkata kepada Yang Berhormat Shah Alam]. Kerana nanti kalau aku jerit, nanti kamu pecah kepala.
[Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi, ini yang sakit jiwa ini. Kalau hendak minum kopi, aku boleh belanja di luar.
Saya hendak bertanya, apabila berlaku perhimpunan seperti Bersih baru-baru ini...
Seorang Ahli Pembangkang: Bakar tayar jambatan.
[Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ada peristiwa. Hey! Diamlah.
[Ketawa] [Dewan riuh] Ini kalau dihantar ke Tanjung Rambutan, lagi bagus ini.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Samalah dengan yang bercakap itu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apabila berlaku peristiwa memukul polis, menendang polis, membaling kereta polis. Kemudian, kalau peristiwa ini merebak-merebak, maka keamanan negara tidak terkawal. Apabila tidak terkawal, pilihan yang ada untuk keselamatan ialah mengisytiharkan darurat. Apabila diisytiharkan darurat, itulah yang dikatakan kerajaan yang sah, yang dipilih secara sah, dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik. Ini kefahaman saya. Apakah yang boleh dimaksudkan apa yang saya katakan tadi sebagai satu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak sah sebab golongan yang desperate ini termasuk Yang Berhormat Shah Alam ini dan lain-lain ini, memang mereka sudah yakin mereka tidak akan berjaya dalam pilihan raya ke-13. Maka inilah cara untuk menjatuhkan kerajaan. [Dewan riuh] Memang dengan isu-isu yang dihadapi oleh mereka sekarang ini...
Seorang Ahli Pembangkang: Kerusi pun tidak ada.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kita tahu mereka tidak akan berjaya. Jadi caranya ialah menjatuhkan kerajaan seperti yang saya katakan tadi. Sekian, terima kasih.
Seorang Ahli
Kerusi mana? Kerusi mana?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, macam inilah perangai pembangkang. Inilah perangainya. Apabila kita beri jawapan, dia tidak boleh
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
jawab, dia buat cara dia macam inilah. Apabila ada satu pandangan daripada pihak Pasir Mas memberi...
Seorang Ahli Pembangkang: Dia bakar tayar jambatan dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak mengapalah dia bakar tayar pun.
Dia bakar tayar sewaktu dia pembangkang dahulu.
[Ketawa] Oleh sebab itu dia lari daripada pembangkang sebab pembangkang menggalakkan dia untuk melakukan perkara seperti itu dan dia sudah sekarang salah, dia pergi masuk BEBAS. Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri, saya lari daripada pembangkang sebab mereka ini sudah tiga suku gila.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hah! Betul.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
[Ketawa] [Tepuk] Setuju. Akan tetapi saya hendak mengucapkan tahniah kepada...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ingat fasal dah tidak ada kerusi. Kita ingat dia lari sebab tidak ada kerusi.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
...Yang Berhormat Pasir Mas, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Mas daripada tidak ada kerusi, dia tipu PAS dia dapat kerusi.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Betul atau tidak? Itu yang dia cerdik.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Oh! Dia penipu, ya?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tipu PAS.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Penipu ya?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
PAS kena tipu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Oh! Yang Berhormat Menteri panggil penipu.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jadi bermaksud Pasir Puteh penipulah. [Dewan riuh]. Akhirnya mengaku sudah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Menteri mengiktiraf dia sebagai penipu.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Itu namanya penipu.
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
PAS kena tipu itu sahaja.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hebatlah, hebat. Hebat!
[Ketawa]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri sekali lagi. Ulang sekali lagi Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tahu marah...
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
PAS kena tipu sahajalah.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, tolong sekali lagi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau dia sudah penipu, kita jangan percayalah apa yang dia cakap. Itu semua tipu.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak. Dia tipu PAS. Dia tak...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Seorang Ahli
DAP tipu PAS pula.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia tak...
[Ketawa]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, dia sah penipu, sebelah sana macam itu juga.
[Ketawa]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Siapa cakap ini, Tuan Yang di-Pertua, siapa yang penipu? Saya bukan penipu cuma saya cerdik.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Cerdik menipu.
[Ketawa]
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Yang Berhormat Menteri, jawab siapa tipu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Betulkah tipu? Jawab.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya kata dia tidak tipu rakyat. Dia tipu PAS.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Rakyat pilih dia, yang kena tipu PAS. Itu sahaja.
Rakyat tidak boleh tipu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, hari ini dia tipu PAS esok dia tipu BN pula.
[Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, you make my day, Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, parti yang paling bodoh sekali PAS lah kena tipu.
[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan itulah sebenarnya, taktik untuk menjatuhkan kerajaan...
Seorang Ahli
Bodoh, bodoh pun menang Kelantan 2/3.
[Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
....Dengan cara yang tidak demokratik.
Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terbukti esok Yang Berhormat Padang Rengas kena tipu.
[Ketawa]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak, Padang Rengas tidak tipu. PAS kena tipu, itu sahaja.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Penipu patut ada dalam Dewankah?
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah cukup bergembira Yang Berhormat. Minta tolong Yang Berhormat. Saya hendak jemput Yang Berhormat Libaran bertanya soalan.
5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan oleh kedutaan negara kita dalam menangani rakyat Malaysia yang berada di luar negara sering memutar belit fakta dan memberi persepsi yang salah terhadap negara sendiri.
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan Yang Berhormat Libaran secara serentak dengan tujuh pertanyaan-pertanyaan yang menyentuh mengenai isu yang sama daripada Yang Berhormat Kuala Krau pada giliran ke-88 dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pada giliran ke-106 pada hari ini. Yang Berhormat Langkawi bertarikh 14 Jun 2012, Yang Berhormat Libaran bertarikh 18 Jun 2012, Yang Berhormat Sri Gading bertarikh 19 Jun 2012, Yang Berhormat Kuala Nerus bertarikh 20 Jun 2012, Yang Berhormat Jempol bertarikh 27 Jun 2012.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Kerajaan Malaysia mengiktiraf undang-undang negara luar seperti mana kerajaan luar menghormati undang- undang negara ini. Segala salah laku rakyat Malaysia di luar negara adalah tertakluk di bawah undang-undang negara tersebut. Seperti kebiasaan kerajaan tidak akan campur tangan ke atas sebarang tindakan yang diambil oleh negara tersebut.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan-perwakilan di luar negara juga telah mengadakan perjumpaan dan memperingatkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menghormati undang-undang negara yang mereka bermastautin dan kunjungi untuk urusan-urusan tertentu. Dengan menggunakan pendekatan ini kerajaan bukan sahaja dapat menyalurkan maklumat-maklumat kepada rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama membetulkan persepsi yang negatif serta menangkis fakta yang diputar-belitkan oleh golongan tertentu. Kementerian Luar Negeri telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan wakil media massa di dalam dan di luar negara bagi menerangkan isu-isu...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cuba terus-teranglah, selalu kerajaan menggunakan perkataan golongan tertentu.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ada, ada, ada.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Berilah, siapa dia.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Perjumpaan ini adalah untuk membolehkan wakil media massa luar memperoleh fakta-fakta untuk melaporkan perkara sebenar. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan kesalnya ingin menyatakan di sini walaupun peringatan telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menghormati undang-undang negara di luar semasa mereka berada di sana namun masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan peringatan ini. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, baru-baru ini terdapat segelintir rakyat Malaysia yang telah melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang Negara Arab Saudi dengan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April 2012.
Kedua-dua kota tersebut merupakan tempat suci bagi seluruh umat Islam telah dicemari kesuciannya oleh rakyat Malaysia berkenaan yang tidak bertanggungjawab.
Perhimpunan-perhimpunan di Mekah dan Madinah telah diaturkan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dengan disertai oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS di Mekah dan Ustaz Mokhtar Senik...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, PAS tidak ada cawangan di Mekah.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ulama PAS di Madinah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
PAS tidak ada cawangan di Mekah.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ada dua, satu dilakukan oleh Ketua Pemuda di Mekah...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ada cawangan di Mekah dengan Madinah kah?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Dengar dahulu, tidak faham bahasa Melayu kah ini? Dengar dahulu.
Seorang Ahli
Mana ada.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Arab Saudi dengan disertai oleh...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia punya telinga tuli, dia pasang benda.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS di Mekah.
Seorang Ahli
Mana ada.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Faham tak? Malaysialah...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ketua Pemuda PAS di Mekah, dia bukan Ketua Pemuda PAS di Mekah.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Faham-fahamlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia bukan Ketua Pemuda PAS di Mekah.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia Ketua Pemuda PAS.
Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak payah ajarlah Berhormat Shah Alam, tidak payah ajarlah. Duduk sahajalah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ketua Pemuda PAS Pusat yang sedang berada di Mekah.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia bukan Ketua Pemuda PAS di Mekah. Susunlah ayat itu betul supaya tidak keliru.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Okey.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sudahlah tidak faham umrah, umrah ini himpunan.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Okey, duduk.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Umrah ini pun perhimpunan juga.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Ya, ya, ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu ketika dahulu haram, yang diharamkan orang Quraisy.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Orang Quraisy haramkan umrah dahulu, perhimpunan juga.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Shah Alam tidak adil bagi dia.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kalau mereka faham benda ini. Takkan mereka hendak buat di Mekah dan Madinah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Siapa kata umrah perhimpunan? Umrah ibadat. Jangan PAS putar-putarkan hukum-hukum Islam sesuka hati.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Dengarlah dahulu.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Memutar-belit soal agama...
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Yang Berhormat Shah Alam mana ada watikah hendak berceramah.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Parti ajaran syaitan kalau umrah pun dikatakan perhimpunan…
[Dewan riuh]
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kemudian Ustaz Mokhtar Senik, AJK Dewan Ulama PAS...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Umrah, haji ialah ibadat yang disuruh oleh Allah SWT, disuruh oleh Nabi...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh buat haji seorang diri kah?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan putar-belitkan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh buat haji seorang diri kah? UMNO ajar boleh buat haji seorang diri kah?
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Duduk, duduk, duduk.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Awas kalau hendak cakap tentang Islam, melainkan orang-orang yang tertentu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mana boleh buat haji seorang diri, mesti ramai-ramai.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, correct your language. Perhimpunan...
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
You duduk. Apa...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Jaga-jaga gigit telinga.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Kebanyakan peserta-peserta perhimpunan tersebut...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bahasa tidak betul.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Jaga, jaga gigit telinga, jaga.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
...Adalah terdiri daripada kalangan pelajar- pelajar tajaan Kerajaan Arab Saudi. Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan beberapa jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah. Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa kedua-dua perhimpunan ini telah tidak disenangi oleh Kerajaan Arab Saudi. Pada 3 Mei 2012, kedutaan besarnya di Kuala Lumpur telah menyampaikan satu nota diplomatik kepada Kementerian Luar Negeri. Nota itu menegaskan supaya warga Malaysia mematuhi undang-undang Arab Saudi semasa berada di sana termasuk sewaktu menunaikan ibadat umrah dan haji.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kedua-dua perhimpunan ini boleh mengeruhkan hubungan akrab yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dengan Arab Saudi, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah mengadakan satu sidang akhbar pada 9 Mei 2012, di mana Yang Berhormat Menteri Luar negeri telah memaklumkan isi kandungan nota diplomatik dari kedutaan Arab Saudi. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga menyatakan kekesalan dan kekecewaan Kerajaan Malaysia terhadap perhimpunan- perhimpunan tersebut dan memperingatkan rakyat Malaysia untuk menghormati undang- undang Arab Saudi ketika mereka berada di sana.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Perhimpunan-perhimpunan tersebut boleh mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati oleh selama ini jemaah Malaysia ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri menghadiri dengan izin Friends of Yemen Ministerial Meeting di Riyadh pada 23 Mei yang lalu Yang Berhormat Menteri Luar juga telah mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan Yang Teramat Mulia Putera Saud Al Faisal, Menteri Luar negeri Arab Saudi. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah menyampaikan kepada beliau pendirian kerajaan Malaysia yang menentang tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga melahirkan harapan Kerajaan Malaysia agar perhimpunan-perhimpunan tersebut tidak akan menjejaskan hubungan akrab di antara Malaysia dengan Arab Saudi. Dalam respons beliau Yang Teramat Mulia Menteri Luar Negeri Arab Saudi telah menyatakan bahawa hubungan antara kedua negara akan tetap kukuh.
Tuan Yang di-Pertua, pada 28 Mei 2012 Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia boleh terus menunaikan ibadat umrah dan haji seperti sedia kala. Pada masa yang sama kerajaan Arab Saudi juga memperingatkan agar rakyat Malaysia tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berbaur politik dan menghormati kesucian Mekah dan Madinah.
Antara jelas dalam nota diplomatik dan kenyataan akhbar Kedutaan Arab Saudi yang saya sebutkan tadi bahawa Kerajaan Arab Saudi memandang serius akan perhimpunan-perhimpunan tersebut walaupun setakat ini tiada tindakan yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap mereka yang terlibat. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan atau remeh oleh kita semua. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjejaskan seluruh jemaah umrah dan haji Malaysia.
Janganlah kita terlalu taksub dengan fahaman politik kita sehingga sanggup mencemari kesucian tempat-tempat suci Islam di Mekah dan Madinah. Kerajaan bersyukur kerana Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan Kerajaan Arab Saudi hasil dari hubungan erat antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Yang Teramat Mulia Raja Abdullah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan faham, kita semua haruslah menghormati undang-undang negara yang kita lawati termasuklah
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Arab Saudi. Justeru itu saya ingin menegaskan supaya tidak ada pihak yang melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej dan nama baik negara semasa berada di luar negara untuk menjamin hubungan dan kerjasama yang baik lagi akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara lain termasuk Arab Saudi. Sekian, terima kasih.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
[Bangun]
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Libaran duduk sekejap Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Libaran duduk sekejap. Terima kasih. Saya ingat tidak berbangkit yang bising tadi kalau jawapan itu diperincikan ketepatan bahasa dia. Kalau ada salah pun tunggulah habis Menteri bercakap buatlah pembetulan selepas itu. Jadi tidak bangkitlah bising dalam Dewan jadi hingganya kita tidak boleh menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Sila Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie Ajirol - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kita sedia maklum bahawa Perlembagaan Malaysia termaktub soal kebebasan asasi di bawah perkara 5 sehingga perkara 13 sebagai contohnya kebebasan diri, kesamarataan, kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Soalnya Tuan Yang di-Pertua, kebebasan ada batasnya dan ada sempadannya.
Jawapan Timbalan Menteri yang saya selalu dengar katanya kerajaan mengambil tindakan, mengambil tindakan. Akan tetapi tindakan itu tidak berkesan saya lihat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading sudah sampai masanya negara kita kementerian khususnya mengambil tindakan yang tegas dan jelas.
Disebut tadi bahawa Perhimpunan Bersih di Madinah dan Mekah, kalau saya lihat Arab Saudi mengambil tindakan yang begitu tegas memberi warning dengan izin, amaran kepada negara kita. Kalau kita lihat beberapa tahun yang sudah rakyat Iran mengadakan demonstrasi, negara Arab Saudi telah tidak membenarkan selama tiga tahun berturut-turut warga Iran untuk menunaikan haji.
Sedar atau tidak kita hari ini rakyat Malaysia lebih kurang 900,000 orang telah mendaftar untuk menunaikan haji, menunggu giliran. Sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan saya takut ada lagi perhimpunan dan Arab Saudi akan mengambil tindakan kepada kita.
Begitu juga seorang rakyat Malaysia baru-baru ini seperti Irene Fernandez telah memburukkan dan mencemarkan nama baik negara kita. Seolah-olah negara kita tidak ada keselamatan. Soalan saya minta supaya kementerian mengambil tindakan yang lebih tegas tentang hal ini. Terima kasih.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya kalau kita lihat memang tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab mencemarkan nama baik dan imej negara di persada antarabangsa khususnya di Mekah dan Madinah. Ini termasuk nama baik atau reputasi jemaah umrah di Mekah dan Madinah.
Selama ini memang Malaysia mempunyai imej yang agak baik, yang cukup baik termasuk di kalangan jemaah haji dengan umrah di mana mereka mempunyai tatalaku yang terbaik. Akan tetapi tindakan-tindakan segelintir pihak ini sudah pasti akan menjejaskan imej dan nama baik.
Namun begitu Kerajaan Malaysia kita tidak akan campur tangan terhadap tindakan Kerajaan Arab Saudi kerana pelajar-pelajar ini adalah pelajar-pelajar tajaan Kerajaan Arab Saudi. Juga kita menghormati peraturan dan juga menghormati peraturan yang ada di Arab Saudi. Kita memang cukup bimbang apabila kita lihat terdapat lebih kurang 930,000 jemaah yang menunggu giliran untuk menjalankan ataupun menunaikan haji di Mekah dan Madinah ini dengan ini akan mengambil masa lebih kurang 33 tahun untuk kita dapat hantar semua mereka ini.
Akan tetapi kita masih berusaha untuk meminta supaya kuota ini sentiasa dipertimbangkan untuk dipertingkatkan. Jadi hendak jaga nama baik itu adalah amat penting. Begitu juga kerajaan Arab Saudi memang menekankan Surah al-Baqarah ayat 197 menyatakan kita bagaimana seseorang yang menjalankan umrah dan sebagainya harus menjalankan umrah secara tertib dengan cara yang terbaik. Jadi ini jelas sekali.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu
Di samping itu kita sentiasa mencari jalan untuk berbincang dan juga untuk meningkatkan kuota untuk jemaah haji. Sekian terima kasih.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan tentang peranan kedutaan kita di luar khasnya hubungan dengan negara hos. Tadi ada isu yang telah dibangkitkan.
Saya baru-baru ini kebetulan mengadakan satu pertemuan dengan Dr. Saad al- Katatni, yakni Speaker Parlimen Mesir dan juga satu pertemuan dengan Dr. Mohammed Mursi, yakni calon Presiden Mesir sekarang ini yang kita tahu kedua-duanya mewakili parti Al-Hurriyah Wal Adala. Akan tetapi untuk maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada mula mereka memenangi pilihan raya dengan majoriti sehingga insya-Allah akan membentuk kerajaan, kedutaan kita langsung tidak mengadakan perhubungan dengan mereka.
Mereka kompelin kenapa pasif Kedutaan Malaysia di Cairo sedangkan kedutaan yang kalau sebut mereka antara yang awal datang berjumpa dengan kami ialah kedutaan India. Antara yang awal datang berjumpa dengan kami ialah Kedutaan Amerika. India dengan Amerika mendahului Malaysia bertemu dengan wakil kerajaan yang menang secara legal, sah dalam pilihan raya di Mesir yang mewakili Ikhwan Muslimin, mewakili apa yang disebut sebagai thoiyar Islami di Mesir sedangkan kita tahu wajah Malaysia di kalangan negara-negara Arab cukup positif seperti mana disebutkan tadi. Akan tetapi kenapa pasifnya hubungan ataupun sikap kita untuk membuat penjelasan.
Contohnya tentang isu yang telah dibangkitkan tadi. Adakah ini benar-benar merupakan satu isu yang dibangkitkan oleh mereka ataupun isu yang diperbesarkan hanya sekadar untuk kita meraih sokongan dan kepentingan politik? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, kalau kita lihat perwakilan Malaysia di luar negeri ini sentiasa memantau aktiviti-aktiviti dan perkembangan politik di sana. Menyentuh tentang duta di Cairo yang tidak mengadakan hubungan, itu tidak betul sebab memang kita mempunyai hubungan yang baik dan saya sendiri pernah pergi ke Cairo dua kali. Saya pernah pergi ke Sharm el-Sheikh dan berbincang dengan duta dan juga mempunyai hubungan yang baiklah.
[Disampuk] Apa?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jumpa Ipoh Barat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang soalan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Soalan tambahan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Soalan saya ada kaitan ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Ini pasal 930,000 orang hendak naik haji ini, cukup penting.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saudara mara saya yang di Mekah al-Mukarramah, yang ada di Jeddah membangkitkan perkara ini. Bagi saya...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ramai daripada Shah Alam Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kena tanya bagi pihak warga Shah Alam yang mungkin hendak naik haji, mungkin berpuluh ribu Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Okey. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab persoalan yang besar sebenarnya bagi orang Islam ini dengan begitu jelas. Itu pendirian Kerajaan Barisan Nasional. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Luar, Menteri Agama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkas, saya bagi peluang Yang Berhormat. Masa tidak begitu - ringkas Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, ini soal besar. Mari kita berdoa. Ini perkara besar Tuan Yang di-Pertua. Rukun Islam, ada kaitan Rukun Islam dan Rukun Islam ini hanya boleh dibuat di Mekah al-Mukarramah. Arafah di sana, Madinah, Makam Rasulullah di Arab Saudi. Jadi ini Rukun Islam, bukan perkara kecil. Jadi saya mintalah sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ada orang menunggu hendak jawab soalan nombor 6 Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya, betullah, alhamdulillah.
Mudah-mudahan, hubungan kita dengan Arab Saudi terus kukuh. Inilah dia mudah- mudahan jadi iktibar kepada rakyat seluruh negara. Orang Pas ini bukan sahaja langgar undang-undang dalam negara, sampai ke luar negara pun dia langgar undang-undang.
Mudah-mudahan jadi iktibar dan dapat jadi panduan kepada seluruh rakyat di negara ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, biar saya tanya soalan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Nasib baik selesai masalah, masalah hubungan ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia tak ada soalan, biar saya tanya soalan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tak buat, saya tak buat, ada soalan. Shah Alam ada tahu dalam kepala saya? Okey, alhamdulillah selesai. Saya antara Lembaga Pengarah Tabung Haji.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Scoffing, scoffing.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya bimbang sangat kuota ini kalau dipotong. Kalau orang Arab marah, dia ambil tindakan melengah-lengahkan...
Dato’ Abdul Manan Ismail - Paya Besar
Tiga bilion itu macam mana?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita masuk ke Jeddah itu pun sudah jadi masalah Tuan Yang di-Pertua. Ini Pas, sampai keluar negara pun membuat onar memburukkan negara kita. Saya minta ambil tindakan. Apa tindakan kepada kumpulan orang PAS yang membuat demonstrasi di Mekah dan Madinah. Apa tindakan dia balik?
Apa tindakan? Jangan kita biarkan kerana dia memburukkan dan kalau terberlaku sesuatu hubungan yang retak antara Arab Saudi, berpuluh ribu orang akan kecewa kerana sudah bersiap ini hendak menunaikan haji dan umrah. Hendak menghadap Ramadhan ini Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah faham Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Hendak berangkat ke...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudah faham Yang Berhormat.
Seorang ahli
Sudah faham, sudah faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ha, inilah dia tidak pernah menghormati apa sebenarnya yang penting kepada hidup kita. Apa tindakan kepada orang ini, dia balik ke sini? Apa tindakan? Apa kita biarkan sahajakah?
[Dewan riuh]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Disampuk]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini di luar bidang kuasa kementerian. Namun di sana, ia terpulang kepada Kerajaan Arab Saudi itu sendiri untuk mengambil tindakan ke atas yang ingkar atas dengan tindakan ini.
6. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah kuota subsidi benih padi yang diagihkan kepada pengeluar benih padi di seluruh negara dari 2005 sehingga 2012 dan siapa atau syarikat manakah yang telah menerima bantuan subsidi ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar
Terima kasih, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak kerana bertanya soalan ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian insentif benih padi sah kepada petani di seluruh negara bermula pada 1 Januari 2007, bukannya tahun 2005 seperti mana soalan Yang Berhormat tanya. Insentif ini ialah bertujuan untuk menggalakkan pesawah menggunakan benih padi yang bermutu tinggi dan disahkan supaya hasil pengeluaran padi akan meningkat selain membantu pesawah mengurangkan kos pengeluaran padi. Jumlah kuota dan pengeluaran benih padi sah yang telah dilantik bermula dari tahun 2007 hingga tahun 2012 adalah seperti berikut:-
| Tahun | Kuota (tan metrik) | Bilangan pengeluar |
|---|---|---|
| 2007/2008 | 34000 | 5 |
| 2009/2010 | 85000 | 13 |
| 2011/2012 | 80000 | 9 |
Program ini melibatkan ladang benih untuk satu musim seluas 21,377 hektar dan seramai 9,120 orang petani telah dipilih sebagai penanamnya. Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai pemberian subsidi ini. Daripada penelitian saya, saya dapati banyak masalah yang dihadapi oleh penanam-penanam padi.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak
Sehubungan ini, pertama hasil daripada penswastaan ini, apakah bentuk keuntungan yang diberikan kepada mereka-mereka menerusi usaha ini? Bolehkah kementerian memberitahu saya tentang profit margin hasil daripada penswastaan ini yang diperolehi oleh mereka iaitu syarikat-syarikat yang diamanahkan melaksanakan skim ini?
Kedua, dahulunya dilaksanakan oleh kementerian sendiri. Apakah keuntungan ataupun kebaikan setelah diswastakan, umpamanya adakah daripada segi 80,080 tan yang diusahakan itu yang menyebabkan kita beralih daripada usaha yang pernah dilakukan oleh jabatan ke pihak swasta?
Datuk Seri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi syarikat- syarikat yang dipilih untuk mengeluarkan benih padi sah ini, mereka diberikan insentif kerana harga benih padi yang dijadikan benih padi sah ini dibeli daripada penanam- penanam dengan harga RM1.40 sekilo ataupun RM1,400 per tan. Pengeluar ini juga mesti menjual balik benih padi sah ini kepada petani-petani dengan harga yang sama iaitu RM1,400 metrik tan yang hari ini dibubuh di dalam beg 20 kilo. Jadi kalau kita beli satu beg ini di pintu kilang, mesti jual dengan harga RM28. RM28 ini menunjukkan bahawa pengeluar ini dia beli dengan harga yang sama dan dia jual pun dengan harga yang sama.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat, oleh kerana kita telah memilih syarikat ini, maka syarikat ini diberikan insentif iaitu RM1.03 satu kilo, bermakna RM13 bagi 10 kilo.
RM1.03 ini diberi kerana ini kos-kos pengurusan yang telah ditetapkan di mana syarikat- syarikat ini mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pertanian. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya kos benih padi sah ini yang 20 kilo ini, harga yang rakyat beli RM28 di pintu kilang ini, ini sebenarnya harga sebenarnya ialah RM48.60 kalau kita campur dengan insentif, government bagi insentif.
Soalan yang kedua, mengapa – betul, dahulu kita bagi Jabatan Pertanian untuk buat tetapi itu yang mula-mula, tetapi apabila mengikut peraturan antarabangsa kerana Jabatan Pertanian ini adalah jabatan yang diberikan tugas untuk menentukan kualiti benih padi ini dan sesiapa yang hendak melibatkan diri sebagai penanam benih padi ini, mereka
Datuk Seri Noh bin Haji Omar
mestilah mendaftar dengan Jabatan Pertanian yang disenaraikan oleh syarikat dan Jabatan Pertanian mestilah menentukan kualiti benih padi yang bermutu di mana kalau kita tengok kalau 400 orang ada 11 borang mereka kena isi, dalam satu musim empat kali mereka kena semak.
Jadi oleh kerana tugas Jabatan Pertanian ini untuk menentukan kualiti benih padi, jadi sudah tentulah ia akan ada conflict of interest kalau Jabatan Pertanian sendiri pula mengeluarkan benih padi ini. Jadi sebab itulah kita pihak kementerian melantik syarikat swasta untuk mengeluarkan benih padi sah dan Jabatan Pertanian adalah jabatan yang bertanggungjawab sama ada hendak menentukan kualiti padi ini bermutu ataupun tidak.
Mana-mana benih padi yang tidak diluluskan oleh Jabatan Pertanian dengan syarat-syarat yang telah ditentukan, maka benih padi itu tidak boleh dijual kepada petani-petani.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat satu lagi soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak mengapa Yang Berhormat, jam sudah 11.34, Yang Berhormat.
Dato' Ismail Kasim - Arau
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebelum saya menjemput Setiausaha, saya ada sedikit hendak bercakap. Pagi ini kita hanya boleh capai enam soalan dan itu pun tidak sampai habis, lima setengah soalan, sebabnya kita sendiri yang mahu Yang Berhormat. Hari ini saya juga ditanya kenapa cool sahaja hari ini, sebabnya saya hendak test dan lihat sejauh mana kita dalam keadaan free buat apa yang kita suka boleh capai. Jadi dalam keadaan demikian, ada juga yang menegur buang masa. Memang kebanyakan daripada awal sehingga akhirnya daripada soalan-soalan tambahan yang berantai dua tiga soalan dalam satu, semua bercanggah dengan peraturan. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita sendiri yang mahu tidak capai.
Matlamat persoalan ialah untuk put the government into account dalam soal pentadbiran kerajaan dan kita tidak achieve oleh kerana sendiri kita buat masalah dalam Dewan. Jadi saya hanya tengok sahaja hari ini, jadi referee yang tidak menegur. Jadi kalau kita hendak to put the government into account matlamat persoalan-persoalan jawab lisan ini, kita kena buat soalan ringkas, jangan berantai sangat, tidak ada mukadimah, tidak payahlah menjerit kiri kanan, kita biarkan dia berlaku. Dahulu satu jam kita boleh dapat 10 soalan. Sekarang satu jam setengah, enam soalan. Makna ada perubahan yang menurun dan bukan menaik Yang Berhormat.
Dengan itu saya mohonlah supaya Dewan kita bersifat betul-betul menjalankan tugas yang keduanya. Tugas pertama buat undang-undang dan dasar. Tugas yang kedua memantau tanggungjawab kerajaan kepada rakyat ini. Jadi bukan dengan shouting and yelling Yang Berhormat dengan izin. Jadi minta maaf. Jadi dengan itu saya menjemput Setiausaha.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tunggu dahulu Yang Berhormat. Ini first reading dahulu, ada first reading hari ini. Sila.
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi umur persaraan minimum dan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam], dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bangun untuk meminta sedikit penjelasan daripada pihak Tuan Yang di-Pertua tentang usul yang saya bawa bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang sekarang ini bagi saya sedang berlaku pembantaian pembunuhan yang kejam terhadap umat Islam di Syria.
Alasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua adalah kita perlu menjaga hubungan diplomatik dengan negara tersebut dan atas alasan itulah usul ini ditolak.
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman kita tahun 2004 hingga 2008, seingat saya dan Tuan Yang di-Pertua sendiri pernah menjadi sebahagian daripada Dewan ini, saya rasa ada isu yang berkaitan dengan Tak Bai, pembantaian umat Islam di Thailand, isu pemberian demokrasi di Burma, di Myanmar, isu pembantaian umat Islam di Gaza yang saya rasa juga menyentuh tentang negara-negara Arab seperti Syria, Jordan dan juga Mesir.
Jadi saya rasa apakah salahnya isu ini kita bincang kerana sekarang ini memang berlaku kekejaman dan pembantaian ini yang saya rasa yang kita perlu bukan campur tangan tetapi kita perlu memberikan sumbang saran kita dan peranan negara kita terhadap isu ini. Kita negara OIC yang punya tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan masalah. Bukannya kita hendak sentuh tentang hubungan diplomatik. Saya rasa adalah satu kewajaran untuk kita bincang secara objektif dan Malaysia harus perlu memberikan apakah idea atau bantuan-bantuan kemanusiaan yang seharusnya kita boleh berikan peranan. Saya rasa saya agak terkilan dengan alasan yang diberikan dan mohon penjelasan daripada pihak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ini pun saya dengar sahaja Yang Berhormat. Sebenarnya saya sudah sebut beberapa kali dalam Dewan ini dan sudah dengar, semua ahli sudah dengar sebenarnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan itu saya tidak boleh menjadi Mahkamah Rayuan kepada keputusan itu. Jadi, keputusannya kita kena berpandu kepada peraturan Yang Berhormat, yang mana saya boleh laksanakan kena sedikitlah kita gunakan peraturan. Bagi yang lain itu menegur itu, kadang-kadang tidak didengar itu malas juga hendak tegur. Jadi, yang ini kita boleh kuatkuasakan, kita perlu ikutlah peraturan sedikit Yang Berhormat. That little that we can observe, we have to observe, kalau tidak sanctity Dewan ini akan dipersoalkan juga. Jadi Yang Berhormat, saya faham dan saya berasa peka sebagaimana Yang Berhormat rasa. Apa yang berlaku di Syria dan di mana- mana tempat. Jadi, kita berasa sama tetapi peraturan ini ada juga garis panduan yang perlu kita ikut. Jadi, saya minta maaf Yang Berhormat. Terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”.
[12 Jun 2012]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Saya sambung Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya baru buka juga buku Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak tutup soal tadi, saya sudah buka lama. Sila.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua saya menyambung perbahasan semalam tentang isu-isu yang lahir dan berbangkit daripada pindaan ini yang saya sebut semalam sudah barang pasti berlakunya kesan globalisasi. Juga isu-isu yang harus ditangani oleh negara kita akibat daripada sistem perbankan Islam sebagai contoh, yang mula menarik perhatian pelabur-pelabur ataupun individu-individu yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi kepada sistem perbankan Islam ini. Maka, itu di antara objektif kenapa profesion atau akta ini perlu pada satu pindaan dan di mana hasil daripada kesan itu memang saya rujuk kepada satu jurnal yang bertajuk *The Malaysian Legal Profession and Globalization.
[Tuan Yang di-Pertua* mempengerusikan Mesyuarat****] Daripada seorang Sarjana Undang-undang, Harry W. Arthurs, yang mengatakan, “Observed that globalization and the internet have created a new world order with an open market system. With this, regional and global institutions like European Union, WTO, The World Bank and The International Monetary Fund, regulating the activities of nations have set up new laws and systems of disputes management processes to resolve cross border conflict.” Jadi, ini jelas menunjukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa apa pun yang berlaku dan kesan daripada perubahan ini memang sebagaimana yang disebut undang-undang ataupun peraturan bukan perkara yang beku. Akan tetapi ia adalah perkara yang dinamik, yang berubah mengikut keadaan yang memerlukan kepada suatu penelitian, kepada suatu penilaian mengikut keadaan zaman. Maka, dengan itulah kita melihat di samping profesion guaman yang harus kita perhatikan dengan cermat, maka sudah barang pasti kesan-kesan globalisasi ini akan menjadi faktor ke arah apa yang dikatakan persaingan. Bagaimana syarikat-syarikat guaman dalam negara kita, baik yang besar ataupun kecil, harus menempatkan diri mereka, memposisikan kedudukan mereka dalam arus perdana yang sedang melanda dunia dan juga negara kita.
Maka dengan itu, saya juga ingin memetik bahawa peranan para-para peguam ini sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian Hashim. Bahawa perlembagaan yang paling baik yang dirangka oleh peguam yang paling cerdik dalam dunia ini adalah merupakan faktor yang terpenting dalam mana-mana undang- undang itu diinterpretasikan. Juga bagi menjamin satu undang-undang itu diterima pakai dan yang lebih penting daripada itu adalah peranan para peguam itu untuk menterjemah setiap undang-undang dan akta yang saya rasa perlu untuk kita perhatikan. Dalam konteks roh ataupun objektif pindaan ini saya rasa ada berapa isu yang harus diperhatikan dalam
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
profesion guaman ini. Pertama ialah penubuhan Akademi Undang-undang yang melibatkan common bar examination untuk memastikan tahap profesional pengamal baru undang- undang dan juga Bar Council itu sendiri yang saya rasa terus juga berperanan dan juga memiliki integriti dan juga perlu kepada suatu penelitian yang saya rasa harus dilihat secara objektif.
Janganlah kerana mungkin ada beberapa kenyataan daripada Bar Council sebagai contoh, yang mungkin tidak sepadan, tidak selari dengan pandangan kerajaan. Maka, sebagai contoh baru-baru ini dalam pandangan yang melibatkan perhimpunan awam, telah ada tuduhan yang mengatakan bahawa Bar Council adalah komponen yang keempat kepada Pakatan Rakyat. Saya rasa kalau kita hendak menterjemahkan apa yang dikatakan the right to descend, hak untuk berbeza pandangan. Tidak akanlah satu dua pandangan- pandangan ini boleh kita labelkan ataupun kita hendak menjadi penghukum dan meletakkan Bar Council itu sebagai komponen keempat kepada Barisan Nasional. Saya rasa itu yang harus kita lihat secara objektif.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian berhubung dengan status Bar Council itu amat penting untuk kita ambil kira. Hakikatnya banyak perkara yang telah dinafikan kepada rakyat Malaysia dalam soal hak bersuara, hak berhimpun secara aman dan sebagainya. Apabila Bar Council memberikan pandangan mereka secara profesional dari sudut undang-undang dan sebagainya. Maka, pandangan-pandangan mereka tidak seharusnya dilihat ataupun ditafsirkan sebagai satu sikap yang menyebelahi pihak pembangkang ataupun Pakatan Rakyat.
Saya rasa pihak Kerajaan Barisan Nasional perlu mengakui bahawa kebanyakan daripada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional itu tidak selari dengan semangat di sebalik perlembagaan. Dalam keadaan itu adalah wajar bagi Bar Council sebagai kumpulan pakar undang-undang untuk memberikan teguran. Perkara ini ada juga berhubung kait dengan tuduhan-tuduhan bahawa Bersih 3.0 itu merupakan himpunan yang seakan Arab Spring. Ini yang mana dengan tuduhan-tuduhan yang seperti itu dari sudut politiknya mungkin menguntungkan pihak Barisan Nasional tetapi ianya menyulitkan rakyat Malaysia. Ini kerana apabila rakyat Malaysia diberikan gambaran terlibat dengan Arab Spring, mempunyai cita-cita yang sama dengan Arab Spring, ini menyebabkan Kerajaan Saudi Arabia ketakutan.
Di sinilah yang tadi yang saya hendak tegur pihak Timbalan Menteri tadi bahawa cara Kementerian Luar Negeri menangani persoalan ini perlulah mengambil kira bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Floor Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, saya tahu. Saya hendak tambah kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan lagi pencelahan, ini ucapan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, ya, ya. Ya, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian berhubung dengan persoalan ini kerana ianya baru sahaja ditimbulkan lalu saya pun hendak dapatkan pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Tidakkah benar bahawa tipu helah dan muslihat politik yang dibawa oleh pihak Barisan Nasional berhubung dengan Bar Council, berhubung dengan peranan yang ingin mereka sampaikan boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam soal hubungan di antara negara Malaysia dengan negara-negara lain seperti Saudi Arabia?
Saya rasa bahawa pihak Barisan Nasional, khususnya sepatutnya menghargai kebebasan Bar Council dan keberanian mereka untuk bersuara. Juga tidak mempolitikkan isu itu
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
dengan menuduh mereka sebagai komponen yang keempat di dalam Pakatan Rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian? Terima kasih.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks apa yang disuarakan oleh rakan saya Yang Berhormat Shah Alam, seharusnya kita melihat pada skala yang lebih besar at the big picture dengan izin adakah semua kenyataan daripada Bar Council itu mencerminkan atau pun berpihak yang dikatakan kepada pembangkang atau pun Pakatan Rakyat.
Saya rasa kalau kita meneliti kenyataan-kenyataan mereka daripada semua isu yang mereka lahirkan atas nama satu badan yang mempunyai wibawa yang telah pun diiktiraf dalam negara kita sejak merdeka, tidak semua saya rasa yang berpihak kepada pembangkang. Jadi, saya setuju tadi janganlah apa-apa perkara pun itu terlalu dipolitikkan sehingga kita hilang rasa rasional dan hormat terhadap perbezaan pandangan. Saya rasa itu yang saya rasa harus kita terima pakai dalam kita menuju kepada suatu era yang lebih bermanfaat dalam negara kita.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua apa yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Shah Alam itu saya rasa harus kita lihat. Janganlah maknanya apa pun pandangan-pandangan itu terlalu cepat untuk kita melabelkannya sebagai pro atau pun anti kepada mana-mana suatu pertubuhan dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam atas pandangan itu.
Saya teruskan kepada isu yang lebih penting yang saya rasa yang harus kita fikirkan dari segi roh dan semangat pindaan ini ialah kepada bagaimanakah persediaan kita terhadap isu ini, isu globalisasi ini, kemampuan kita untuk bersaing. Saya rasa itu isunya.
Dengan kebanjiran khususnya daripada hartawan mungkin jutawan Arab ke dalam negara kita yang terlibat secara aktif dalam perbankan Islam sudah barang pasti isu-isu perundangan akan mengambil tempat. Sejauh manakah peguam-peguam kita dan mahkamah kita pula bersedia untuk mungkin punya penterjemah atau sejauh manakah persediaan peguam-peguam kita untuk berinteraksi berhujah dengan peguam-peguam daripada luar ini. Khususnya daripada Arab ini yang mungkin mereka akan menggunakan bahasa Arab contohnya untuk menyelesaikan kes-kes mereka bila diizinkan, setelah diluluskan akta ini. Itu isu yang saya rasa harus dilihat sebagai persediaan peguam- peguam kita dan mahkamah kita.
Keduanya, sejauh mana kita mampu bersaing dan adakah kita telah melahirkan barisan peguam-peguam yang paling tidak pun kalau tidak setaraf pun yang mampu untuk menjadi pemain di peringkat global ini. Saya tertarik apabila kita telah ada dua kes negara yang telah dibawa di peringkat ICJ, kes Sipadan dan juga kes Pulau Batu Putih. Hatta Singapura pun saya lihat negara yang terkehadapan dari segi sistem perundangan ini masih lagi tidak mampu untuk punya peguam sendiri yang mampu untuk diketengahkan dalam isu-isu antarabangsa ini.
Dalam kes Sipadan dan kes Pulau Batu Putih, kita melihat kita masih lagi engage dengan peguam-peguam terkenal di peringkat antarabangsa. Itulah saya rasa yang harus kita perhatikan. Keduanya, apabila berlakunya persaingan ini, kita membuka pintu kepada mana-mana syarikat yang prominent atau pun tersohor, munculnya peguam-peguam yang lebih wibawa di peringkat antarabangsa. Bagaimanakah nasib firma-firma peguam tempatan yang wujud dalam negara kita?
Kalau mengikut statistik yang kita sempat untuk rujuk bahawa setakat 2011 kita punya kira-kira 13,300 orang pengamal undang-undang dalam negara kita dan juga jumlah firma yang ditubuhkan adalah sebanyak 4,540 dengan 89% daripada jumlah ini mempunyai lima orang atau kurang dari segi anggota peguam. Kategori yang paling besar ialah firma yang mempunyai seorang peguam iaitu sebanyak 39%. Jadi, adakah dengan angka ini kita benar-benar telah bersedia untuk compete dengan izin, untuk bersaing dengan syarikat- syarikat guaman daripada luar negara yang sudah barang pasti akan datang ke dalam negara kita apabila akta ini kita diluluskan dan sejauh manakah kita mampu bersaing?
Apakah nasib firma-firma kecil yang ada perangkaan tadi yang hanya seorang peguam sahaja?
Jadi, di sinilah saya ingin bertanya adakah pihak kerajaan sendiri mempunyai inisiatif atau pun insentif yang tertentu. Sebagai contohnya semua GLC’s kita memberikan
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
peluang kepada syarikat-syarikat guaman tempatan ini untuk menjadi panel kepada syarikat-syarikat GLC kerajaan. Ini mungkin sebagai langkah sebagai satu polisi yang jelas yang saya rasa mesti kita aplikasikan. Maknanya perhatian serius pihak kerajaan terhadap nasib firma tempatan ini untuk bersaing. Kita mungkin punya ratusan GLC’s yang boleh memberikan peluang kepada syarikat-syarikat guaman tempatan untuk mereka mendapatkan kontrak atau pun projek daripada GLC’s ini.
Adakah ini akan diusahakan oleh pihak kerajaan? Ini yang saya ingin memberikan, mendapatkan penjelasan daripada...
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Pihak kerajaan supaya ianya mendapat suatu perhatian.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik berdiri Yang Berhormat di belakang.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Dalam hujah-hujah yang ditimbulkan oleh rakan- rakan kita dari Sabah dan Sarawak semalam, mereka mempertahankan perkara 20 yang menjamin kedaulatan Sabah dan Sarawak sebagaimana yang tercatat dalam Akta Penubuhan Malaysia dahulu.
Soal yang saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian ialah kita sendiri sebenarnya belum dapat menyelesaikan masalah dalam negara kita iaitu penyelarasan undang-undang antara persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Jadi, kalau kita tambahkan pula dengan kemasukan peguam-peguam asing ini yang di bawah akta yang sedang kita pinda ini, adakah ianya tidak merumitkan lagi masalah yang telah sedia ada itu. Terima kasih.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik telah membangkitkan isu yang menarik. Saya harap rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak tidak menjadikan hujah ini sebagai dipandang daripada sudut yang negatif. Tidak boleh sentuh, kalau sentuh nanti maknanya kita membangkitkan hal-hal yang menjejaskan keselamatan negara. Kalau sentuh nanti tidak hormat kepada perkara 20.
Sebagaimana yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua, pandangan yang pernah diberikan oleh Profesor Dr. LA Sheridan, pengasas dekan pertama Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dan juga disebut dalam artikel yang bertajuk The Constitution of Malaysia dan juga Lord Hailsham, bekas Lord Chancellor yakni ketua kehakiman di United Kingdom cenderung untuk bersetuju bahawa mana-mana undang-undang yang dibuat dalam mana- mana negara sekalipun, yang terbaik sekali mana pun bukanlah suatu yang beku, yang statik, yang tidak boleh menerima perubahan. Jadi, banyak undang-undang, peraturan, Perlembagaan Negara yang mengalami proses penyemakan, mengalami proses yang dikatakan penggubalan semula atau pun perlembagaan dipinda adalah perkara biasa dalam perbahasan undang-undang.
Jadi, bukan bermakna menyentuh Perkara 20 itu maknanya tidak hormat kepada Sabah, Sarawak. Betul, negara kita masih lagi mengguna pakai sistem itu, menghormati sistem itu. Lagi-lagi imigresennya, pekerjaannya dan masih ada lagi Hakim Besar Borneo dan seumpamanya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Akan tetapi dalam kita membahaskan isu globalisasi, kita mengizinkan syarikat- syarikat guaman luar untuk datang ke dalam negara kita sedangkan dalam peraturan ataupun dalam perkara 20, hakim daripada Semenanjung tidak boleh beramal di Sabah dan Sarawak dan Sabah, Sarawak boleh mengamalkan di sini. Jadi itu isunya. Jadi, sejauh manakah isu ini harus dilihat daripada sudut yang positif dari segi persaingan, keterbukaan, bukan dengan niat melanggari semangat perkara 20, itu kita hormat, itu hak yang telah pun termaktub. Akan tetapi dalam perbahasan atau discourse saya rasa tidak salah untuk kita melihat perlunya pada suatu penyemakan.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Sejauh manakah ianya tidak boleh diusik? Itu satu isu dalam perlembagaan dan kalau kita baca jurnal-jurnal pun di Amerika Syarikat sebagai contoh, ada perkara yang termaktub yang dahulunya menjadi satu peraturan seperti mana di dalam sebuah buku yang bertajuk, “The Days That Change The World.” Sebagai contoh, undang-undang yang dahulu terlalu kukuh, yang memberikan perlindungan kepada majikan-majikan Emancipation Act di Amerika Syarikat juga runtuh kerana apa? Oleh kerana ada tuntutan- tuntutan ke arah pertentangan terhadap sistem perhambaan di Amerika Syarikat dan itu boleh diubah, dipinda, perlembagaan boleh dipinda.
Jadi, dalam isu yang seperti ini saya rasa harus kita melihat dalam semangat yang disebut rakan Yang Berhormat Sik tadi bahawa apa pun saya bersetuju undang-undang, peraturan, ia masih lagi mengalami proses perubahan sebagaimana cuaca dunia juga, kutub utara tidak selamanya beku. Hari ini pun ada proses kecairan yang dikatakan kalau tidak berhati-hati perubahan climate change itu Pulau Maldives dalam masa 5 tahun lagi mungkin tenggelam. Itu satu hal, maknanya cuaca berubah, iklim boleh berubah apatah lagi perlembagaan, sistem yang begitu dinamik yang bagaimanapun, sebagaimana manusia itu pun berubah, tamadun pun berubah maka sudah pasti saya rasa semuanya akan mengalami proses perubahan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua dalam saya memberikan sumbangan terhadap perbahasan rang undang-undang ini, saya ingin menyatakan sekali lagi tentang isu bagaimana kita melihat dalam beberapa para yang termaktub dalam akta ini. Saya rasa apa yang menjadi matlamat penting ialah bagaimanakah kita seharusnya menempatkan syarikat-syarikat guaman asing ini yang esok kita rasakan mungkin ada di kalangan rakyat ataupun mana-mana syarikat termasuk mungkin syarikat-syarikat tempatan kerajaan yang memberikan, menjadi pelanggan kepada syarikat-syarikat multinasional ini. Sejauh manakan dari segi security, dari segi keselamatan, dari segi pengawalan dan perlindungan kepada rakyat negara kita, bila kita menerima mereka sebagai peguam apabila mereka mula menjejakkan kaki mereka ke negara kita.
Adakah dari segi isu semalam disebut tentang adakah kita cukup maklumat tentang syarikat-syarikat guaman ini? Nama besar mereka itu adakah telah cukup untuk memberikan satu perlindungan kepada pelanggan di dalam negara kita dan sejauh manakah kita melihat pula tentang kehadiran mereka itu dari segi pasarannya untuk kita yakin bahawa mereka benar-benar boleh memberikan perlindungan kepada rakyat di dalam negara kita.
Jadi, saya rasa semuanya harus dicermati dan diperhatikan supaya apa pun yang akan mereka lakukan maka bottom line nya adalah kepentingan rakyat dalam negara kita.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua sebagai pandangan saya untuk bersama-sama bahas tentang rang undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Profesion Undang- undang (Pindaan). Pindaan undang-undang ini ialah untuk membuka perkhidmatan peguam kepada peguam asing. Kita sudah tahu dengan mengadakan GATS dan WTO, globalisasi dan liberalisasi negara kita sudah membuka pintu kita untuk perkhidmatan tetapi yang penting ialah masa, cara dan apa bidang peguam asing ini dapat mengamalkan di negara kita. Peguam, Majlis Peguam telah bincang dengan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan kerajaan selama 10 tahun dan saya dimaklumkan bahawa Majlis Peguam sokong rang undang-undang ini. Akan tetapi kita sebagai wakil rakyat bertanggungjawab untuk menimbulkan beberapa isu supaya kita dalam melindungi peguam tempatan dan juga rakyat kita.
Apa peguam asing hendak ialah pasaran sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan adalah satu sektor yang penting di negara kita mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sektor perkhidmatan menyumbang 58% kepada KDNK dan mengikut, rancangan sektor ini berkembang dengan kadar 7.2% setahun sehingga 2015 dan sumbangan akan naik sehingga 61%. Maknanya ini adalah satu sektor yang begitu penting
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kepada kita dan ini adalah sektor yang mana negara asing hendak masuk ke dalam pasaran kita.
Apa yang kita hendak buat ialah menjaga supaya kita membukakan pintu begitu luas sehingga peguam asing akan menang dan negara kita rugi. Oleh itu kita hendak tanya, adakah masa ini sesuai iaitu adakah peguam kita sedia untuk cabaran liberalisasi? Ada beberapa rakan di Dewan ini telah berkata mereka berharap firma peguam tempatan bila kita membuka pintu kepada peguam asing boleh bersaing dengan mereka. Tuan Yang di- Pertua saya hendak memberikan maklumat bahawa pada masa ini dan pada masa jangka pendek firma kita tidak boleh bersaing dengan gergasi firma antarabangsa. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Jumlah peguam Malaysia hari ini adalah 14,276. Firma pula berjumlah 6,219. Ini puratanya ialah setiap firma adalah dua atau tiga peguam. Ini adalah saiz firma peguam kita.
Mengikut maklumat yang saya ada pada tahun 2004, firma kecil berjumlah 4.426.
Firma sederhana berjumlah 68 dan firma yang besar hanya ada enam. Bila kita banding dengan firma peguam antarabangsa yang terbesar, Baker & McKenzie pendapatan mereka pada tahun 2011 adalah USD2.265 bilion yang besar. Yang kedua adalah DLA Piper, pendapatan mereka juga US2.25 bilion. Yang ketiga Slate, Meagher & Flom, USD2.1 bilion.
Selepas itu Clifford Chance, USD1.87 bilion. Latham & Watkins USD1.92 bilion dan jumlah peguam mereka, Baker & McKenzie adalah seramai 3,805, yang kedua adalah 3,348 dan yang lain mereka ada lebih daripada 2,000.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ini jelas bahawa firma antarabangsa ini adalah gergasi dan berbanding dengan firma kita yang besar kita tidak boleh bersaing pada hari ini. Oleh itu kita hendak tanya apa yang kita boleh buat dengan cara mereka dibenarkan masuk ke negara kita dan apa bidang undang-undang mereka hendak dibenarkan? Mengikut masa, negara yang sedang membangun telah dinasihatkan pada Uruguay bahawa liberalisasi hanya hendak dibuat apabila negara itu bersedia untuk cabaran. Ada satu strategi untuk perkhidmatan atau pelan dan strategik sebelum sektor ini dibukakan. Soalan saya ialah apakah pelan dan strategik untuk perkhidmatan di negara kita supaya rakyat kita sedia untuk cabaran ini dan apakah benefit dan kos untuk meliberasasikan untuk perkhidmatan peguam kepada negara asing. Kalau kita membuat analisa ini bagaimana kita boleh membuka pintu kita dengan tidak mengetahui kesan positif atau negatif. Ada yang dikatakan firma kita dapat bersaing dan boleh membuka pejabat di negara asing.
Akan tetapi kita ada masalah iaitu;
(i) kita tidak ada satu brand name;
(ii) kita kurang pengalaman dalam bidang undang-undang negara asing atau internasional;
(iii) firma kita kekurangan modal kewangan dan juga kekurangan anak guam di negara asing.
Kita juga hendak tanya apabila kita membuka pintu kita kepada negara peguam asing, adakah negara ini memberikan balasan kepada kita dan kalau mereka membuat begitu, bolehkah firma kita dapat bersaing di negara itu?
Tadi Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Batang Sadong telah sentuh perkara tentang Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan pada hari ini negara kita belum sedia kerana kita belum dapat menyelesaikan perkara antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung di mana peguam di Semenanjung tidak boleh mengamalkan di Sabah dan Sarawak. Kalau itu menjadi satu masalah memang jelas ada masalah apabila peguam asing datang.
Perkara kedua ialah apa bidang seharusnya kita membenarkan peguam asing mengamalkan di negara kita? Komitmen Malaysia selepas Uruguay pada 1995 ialah membenarkan Home Country Laws iaitu peguam asing boleh memberikan nasihat atau mengamalkan undang-undang negara asal walaupun di tanah air kita. Ketiga ialah International Laws. Peguam asing dibenarkan memberikan nasihat dan transaksi undang- undang negara ketiga. Keempat ialah Offshore Cooperation Laws. Iaitu undang-undang
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Malaysia tetapi hanya diterhadkan kepada offshore cooperation dan peguam asing juga terhad memegang ekuiti sehingga 30%.
Saya melihat rang undang-undang ini dan saya tidak tengok bahawa apa komitmen yang ada dinyatakan di dalam rang undang-undang ini. Ini kerana kita hendak tanya apa peguam asing hendak? Memang mereka tidak minat untuk menjadi peguam untuk kes jenayah atau kes cerai atau kes keluarga. Mereka berminat pada transaksi korporat dan transaksi internasional. Oleh itu kita boleh mengehadkan mereka kepada apa yang kita berikan komitmen, iaitu Home County Laws dan International Laws. Akan tetapi apa yang telah dicadangkan ialah untuk kewangan Islam antarabangsa International Islamic Finance. Kalau kita boleh mengehadkan ini supaya tidak sentuh Host Country Laws, saya berpandangan bahawa ini adalah satu win-win situation.
Akan tetapi kalau kita membuka pintu terlalu luas sehingga peguam asing dapat mengamalkan bidang tempatan, ini akan terjejas peguam-peguam kita dan juga rakyat kita.
Oleh itu saya cadangkan kita buka tetapi tidak jangan begitu luas. Apa yang dicadangkan ialah mereka dapat mengamalkan di dalam bidang kewangan Islam antarabangsa cross border Islamic finance transaction, non-Ringgit Malaysia denominated sukuk, international trust, international treasury transaction dan international takaful dan jangan sentuh kes mahkamah tempatan atau undang-undang mengenai jual beli tanah dan sebagainya.
Perkara yang ketiga ialah tentang cara peguam asing boleh mengamalkan undang-undang di negara kita. Melihat rang undang-undang ini ada tiga cara, pertama ialah mereka bekerja dengan firma tempatan. Kedua ialah joint venture dan ketiga ialah mereka sendiri membuka pejabat. Pada pandangan saya dan pengalaman yang ada di Singapura, Vietnam dan Hong Kong cara joint venture tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepada rakan kongsi tempatan kerana mereka terlalu besar dan mereka juga tidak akan memberikan manfaat dengan meminda teknologi transfer kerana di dalam hari ini dengan cara internet mereka tidak perlu mengadakan peguam tempatan. Oleh itu saya meminta peraturan dan syarat diadakan supaya mereka hendak melantik peguam tempatan di dalam joint venture atau firma mereka.
Kedua ialah apakah ekuiti yang mereka boleh memegang? Ada dicadangkan bahawa mereka terhad kepada 30% atau 40%. Akan tetapi ini adalah satu perkara yang penting kerana mereka adalah firma yang besar. Kalau kita tidak mengadakan satu peraturan undang-undang yang kuat, mereka akan mengambil ekuiti yang akan menjadi majoriti atau menggunakan rakan kongsi tempatan sebagai satu ali baba dan friend. Ketiga ialah apabila mereka membuka firma mereka sendiri, kita hendak mengadakan syarat supaya mereka dapat mengawal mereka dengan teliti. Saya melihat kita ada peraturan di dalam klausa 40L tetapi ini hendak diketatkan kerana pengalaman di Australia menunjukkan apabila firma internasional ini membuka Majlis Peguam di Australia tidak dapat mengawal mereka kerana mereka terlalu besar.
Ada dua perkara yang hendak disentuh, iaitu latar belakang peguam asing.
Mengikut akta kita, Majlis Peguam, Polis dan Jabatan Peguam Negara boleh siasat latar belakang seseorang sebelum mereka menjadi peguam. Kita juga hendak ada satu cara bahawa kita dapat menyiasat latar belakang mereka walaupun firma ada nama tetapi peguam individu itu hendak juga disiasat dengan teliti.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Mengenai tabung pampasan, firma guaman asing juga hendaklah bayar ke dalam tabung dengan lebih besar kerana transaksi mereka adalah berjuta-juta ringgit. Kalau rakyat kita ditipu atau mereka memberikan nasihat yang cuai, anak guam mereka berhak untuk menuntut daripada tabung guaman kita dan bila kita melihat saiz kes yang kita buat kalau tuntutan dibuat dalam berjuta-juta, tabung kita akan menghadapi masalah. Sebab itu saya cadangkan bahawa mereka hendaklah membayar satu bayaran selaras dengan transaksi mereka.
Pada akhirnya, peguam tempatan dapat bersaing dan kerajaan boleh membantu.
PEMANDU telah memberikan geran dan saya minta geran ini diberikan dengan lebih besar supaya peguam tempatan dilatih dan juga diberikan sumbangan pinjaman wang supaya mereka dapat menjadi lebih besar sehingga satu hari dapat bersaing dengan firma-firma international ini.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, GATS dan WTO dan liberalisasi kita tidak boleh dinafikan. Kita hendak mengikut apa yang terbaik tetapi apa yang terpenting ialah jangan kita membuka pintu terlalu luas seperti sehingga peguam kita dan rakyat kita rugi dan hanya peguam asing menang. Kita hendaklah mengadakan satu balance supaya kita dapat mencapai satu situasi yang boleh dikatakan win-win. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai pengucap yang mungkin antara yang terakhir, saya bangkit untuk hanya mengutarakan beberapa perkara yang perlu saya sebutkan. Pertamanya Tuan Yang di- Pertua, Rang Undang-Undang Pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976 ini pada keseluruhannya pada pengamatan saya hanyalah untuk memasukkan satu bahagian 4A itu khususnya dengan tujuan untuk memajukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa dan untuk mengembangkan kerja kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang.
Atas itu juga, saya memerhatikan keduanya Majlis Peguam yang sangat berpengaruh dalam landskap politik Malaysia ini khususnya dari sudut perundangan sebenarnya tidak ada pindaan-pindaan besar yang pernah berlaku dalam sejarah pindaan perbahasan di Dewan ini kecuali inilah saya kira antara yang pertama dan justeru kerana itu kita dapati bahawa peruntukan kuasa yang diberikan kepada Majlis Peguam yang menyusun dan menyelia atur seluruh kegiatan peguam yang berdaftar dengan Malaysian Bar adalah sangat besar dalam pindaan ini. Saya juga memerhatikan betapa pada waktu yang sama ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana, apabila merakamkan kecaman dan kritikan itu ia berlawan langsung dengan semangat untuk mendayakan Majlis Peguam ini kerana pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan khususnya terbitan daripada Bersih 3.0 dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam nada itu juga ia dibangkitkan khasnya oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal undang-undang ini lontarannya ataupun gesaannya, usulnya tentang penubuhan Law Academy itu dengan izin, pada ingatan saya telah pun dibangkitkan untuk kali ketiganya. 1996, 2002 dan ketika selepas segala daripada peristiwa yang berlatarbelakangkan peristiwa 28 April yang lalu dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka timbul sekali lagi ucapan dan usul untuk menubuhkan kembali Law Academy ini dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, pada amatan saya yang mahukan segala yang baik untuk negara ini saya berani mengatakan bahawa di sana wujud rasional dan kemunasabahannya untuk perkara ini untuk dimajukan dan disokong selama ia adalah untuk memenuhi kehendak yang mungkin juga merupakan satu lompang dari sudutnya membawa, memajukan lagi dan memperkayakan lagi khasnya dari segi penyelidikan yang rata-ratanya boleh saya bayangkan keanggotaan luar akademi ini adalah di kalangan pemikir-pemikir ataupun di kalangan para akademik dalam dunia akademi khususnya di bidang perundangan yang mungkin tidak praktis, tidak menjadi legal practitioner tetapi mempunyai keupayaan penyelidikan dan penaakulan dalam bidang ini lalu sama ada mereka dan juga bekas-bekas hakim dan individu-individu kalau boleh kita sebutkan sebagai great legal minds yang boleh kita himpunkan dalam Law Academy ini untuk memberi pandangan-pandangan, second or third opinion dalam hal-hal yang agak spesifik dan mempunyai expertise yang tertentu.
Tentunya ia membawa satu yang baik dari sudut amalan perundangan di negara ini dan sangat wajar dimajukan selama ia tidak mengambil alih apa yang sudah pun jelas menjadi peruntukan bidang kuasa Majlis Peguam ataupun Bar Council yang termaktub dan enshrine dengan izin, dalam perlembagaan dalam seksyen 42(1)(a) di mana kalau kita perhatikan dengan izin saya sebutkan bidang tugasnya Majlis Peguam ini adalah to uphold the cause of justice and uninfluenced by fear of favor dan seterusnya.
Lalu dengan itu, saya sebagai peribadi mewakili kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat merasakan itu adalah baik dan punya kemunasabahannya. Cuma untuk dijadikan ia itu punya juga kuasa seperti mana Majlis Peguam saya kira Tuan Yang di-Pertua juga
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
bersetuju bahawa ianya satu yang sifatnya kalau boleh saya sebutkan dengan izin ada sifat ‘senistemotif’ nya, ada mala fide nya, ada yang boleh kita ditanggapi umum dan khususnya oleh mereka pengamal bidang ini sebagai satu subversion dengan izin. Satu yang sifatnya mahu sabotaj.
Apa yang merupakan satu institusi kritikal dalam situasi penting dalam negara kita yang saya sebutkan tadi yang mengawal selia segala amalan peguam di negara ini yang berdaftar dengan the Malaysian Bar. Jadi itu perkara pertama yang saya mahu sebutkan dan telah dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Selayang sebentar tadi dalam nafasnya, dalam tujuannya apa yang dikatakan sebagai menangani cabaran global khasnya dalam cross border perdagangan dan cross border transaction amat munasabah dan kita tidak dapat lari daripada tekanan dan tuntutan WTO dan GATS dan sebagainya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Namun, saya juga mengikuti ataupun menyokong pandangan-pandangan kawan- kawan sama ada daripada sebelah sini mahupun sebelah sana bahawa perlu diperhatikan dengan izin, they must be observed, satu pendekatan yang sifatnya restraint, ataupun a restraint liberalization kerana jelasnya, mudah kalau boleh kita simpulkan, bukan hanya kerana kita tidak ada kepakaran, itu satu kenyataan yang khususnya dalam bidang-bidang tertentu, namun apa yang lebih penting daripada itu adalah, kalau boleh saya sebutkan dengan izin, this new liberal, new con, pendekatan yang mahu semuanya terbuka dan terdedah tetapi pada akhirnya meninggalkan kesan mudarat yang sukar untuk dikawal.
Jadi oleh kerana itu, mengapa tidak kita tentukan dalam rang undang-undang ini perkara yang jelas disebutkan sebagai areas of expertise yang sekali gus membawa dengan kita membuka pendekatan-pendekatan yang disebutkan di sini yang saya kira baik, sama ada pendekatan itu bersifat perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan juga penggunaan peguam asing oleh firma guaman Malaysia. Itu tiga pendekatan yang saya perhatikan sebagai mekanik ataupun modus operandinya yang saya kira wajar. Namun, untuk...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, sila.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor ada menyebut mengenai hasrat pindaan ini ialah untuk membolehkan peguam asing datang kerana Malaysia mempunyai beberapa kekurangan kepakaran tertentu yang tidak beliau sebutkan. Kalau kita melihat kepada hasrat asal pindaan ini iaitu untuk menjadikan Malaysia hab kewangan Islam antarabangsa, adakah ini bermaksud bidang yang amat kurang dikuasai oleh peguam-peguam kita ialah dalam hal ehwal kewangan Islam antarabangsa yang menyebabkan pemodal-pemodal asing, contohnya daripada kawasan Timur Tengah, negara-negara Arab yang tentunya cenderung ke arah perkhidmatan kewangan dan juga urusan perniagaan Islam ini mendapati susah untuk datang ke Malaysia?
Akan tetapi adakah pindaan ini Yang Berhormat Kuala Selangor, sesuai untuk menangani isu kelemahan ini atau kita di Malaysia harus memberikan tumpuan kepada urusan menghasilkan peguam-peguam yang mahir di dalam bidang kewangan Islam antarabangsa ini? Itu lebih fokus dan kita boleh menghasilkan bukan sekadar peguam yang mahir, kita juga boleh mengeksport peguam-peguam kita ke negara-negara lain. Akan tetapi meminda akta ini dengan tujuan untuk membolehkan kita bersaing, saya rasa mengakui bahawa kita mempunyai kelemahan dalam program melatih, mendidik dan juga mengeluarkan pakar-pakar khususnya dalam kewangan Islam antarabangsa. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Saya kira soalan itu cukup baik kerana akan juga saya ulas sebentar nanti betapa perkara ini perlu diperhatikan. Cumanya saya punyai sikap yang lebih positif, melihatkan kepada – pendekatannya tidak semestinya mutually exclusive, ataupun dua pendekatan yang diambil dalam waktu yang berbeza, ataupun dia diambil dalam bentuk sequential, dah dapat ‘A’ baru hendak ambil ‘B’, ataupun dapat langkah satu ke langkah dua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya kira ia boleh dilakukan dalam segenap tindakan di mana ianya boleh juga berlaku dengan apa yang dikatakan parallel ataupun sekali gus, digarap keseluruhannya kedua-dua kehendak itu kerana ia boleh membawa sekali gus yang saya maksudkan dengan keterlibatan pakar-pakar kewangan Islam daripada luar negara, sama ada secara firma mereka mahupun secara perkongsian bijak ataupun orang perorangan pengamal peguam itu, ia juga boleh sekali gus membawa transfer of experience expertise dan teknologi. Jadi tidaklah perlu kita tunggu dahulu, kita dah kuat baru kita bersaing, tetapi lebih bijak kalau kita lakukan sekali gus yang dengan kedatangan mereka itu berlaku interaksi, berlakunya transfer dan semua itu akan dapat mendatangkan kebaikan bagi kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan sikit ulasan saya dalam perkara ini. Saya kembali kepada perkara yang menjadi teras pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua. Teras pindaan ini adalah menumpu kepada memajukan hab kewangan Islam antarabangsa di negara ini. Namun, saya perlu merakamkan di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa wujud persepsi yang kurang baik sebenarnya terhadap produk-produk Islamic finance, dengan izin, produk-produk kewangan Islam yang kita keluarkan, yang kita terbitkan selama hari dalam amalan Islamic finance dan banking di negara kita ini.
Saya sebutkan secara lebih khusus dan perkara ini mungkin saya ada sedikit pendedahan. Maka saya amat khuatir andainya keupayaan ini tidak kita benar-benar jana dan kita seterusnya baiki segala persepsi negatif ataupun persepsi buruk, khususnya daripada pengamal kewangan Islam daripada Timur Tengah, Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapati mereka punya masalah menanggapi dan menerima beberapa Islamic product kita Tuan Yang di-Pertua, khasnya dalam produk yang pertama-tama kita jana sedikit waktu dahulu dengan istilah Murabahah, cost-plus financing. Ini membawa..., ini sedikit teknikal perbahasan ini. Ini membawa kita kepada satu keinsafan bahawa kalau kita benar-benar mahu menjadi hab kewangan Islam antarabangsa, maka compliancy kita adalah mesti ke tahap yang tidak diragukan dan dapat dipertahankan.
Cost-plus financing ataupun murabahah yang diperkenalkan sedikit waktu dahulu sudah tidak menjadi popular berbanding suatu masa dahulu kerana cost-plus financing ini ada unsur riba’. Kalau kita mahu benar-benar mengamalkan kewangan Islam, jangan hanya pada nama atau pada apa yang dikatakan sebagai kosmetik, perubahan-perubahan pindaan kosmetik sahaja, pada nama dan pada pengistilahan, dulunya cost-plus financing, kininya murabahah, akan tetapi pada sifatnya apabila kita mengambil keuntungan.
Principal-plus profit, tetapi profit itu berbeza-beza mengikut masa yang diberikan pinjaman itu, ia sudah masuk kepada maksud riba’, kerana ia mengambil perhitungan time-value for money. Ini dia perkara yang dipertikaikan oleh pengamal-pengamal kewangan syariah di luar negara khususnya daripada Timur Tengah, Saudi dan sebagainya.
Lalu dengan itu, kita sangat dikritik dalam hal ini dan oleh kerana itu, kalau kita lihat kepada instrumen-instrumen yang lain juga, kita dapati bahawa bukan kerana kewangan Islam tidak menerima akan debt transaction, tetapi debt transaction itu mesti berdasarkan asset based, ia perlu ada underline asset yang jelas. Inilah yang menyebabkan pertikaian tentang derivative dan yang lain itu adalah sangat dipertikaikan, bagaimana ia boleh diislamkan atau how it could ever be Islamized?
Jadi oleh kerana itu, dalam usaha kita untuk menjadi satu hab kewangan Islam antarabangsa nombor satu, the leading in a hub, saya kira wajar bagi pengamal-pengamal kewangan Islam, khususnya bagi mereka yang melaksanakan dan memerhatikan, dengan izin, untuk lay down the legal aspect of the product.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, hendak frame dia dan sebagainya, ia tidak boleh, ia memerlukan kepada kepakaran dan kepakaran inilah yang disebut-sebutkan lebih awal tadi. Justeru, kerana itu, saya sangat bersetuju dengan sahabat saya, Yang Berhormat Selayang supaya kita jangan terlalu terbuka dalam memberikan ruang untuk mereka bersaing sehinggakan at all levels.
Kita tumpukan kepada aspek high end Islamic corporate finance. Sama ada transaction corporate, transaksi korporat international, transaction corporate yang mereka lebih punya keupayaan dan kepakaran itu. Yang lain-lain itu termasuk the international Islamic…, laws yang lain itu, itu boleh ditangani oleh peguam-peguam local. Jadi, itu perkara yang saya ingin sebutkan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya lajakkan sikit dalam hal ini sebab bersabit dengan pandangan sahabat saya daripada Kubang Kerian – maaf, Kuala Krai tadi. Dia hendak kena pergi Kubang Kerian pada sesi depan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memerhatikan bahawa apa yang menjadi harapan kita untuk menjadi satu hub – the leading hub in Islamic finance and banking tetapi satu teguran yang dibuat oleh Kuwait Finance House, mutakhir saya membaca laporan ini.
Kita terlalu tertumpu dengan produk yang hanya, seperti mana yang saya sebutkan tadi, yang berteraskan hutang. Dan berteraskan hutang dalam Islam itu bukan tidak boleh tetapi lebih baik ia bersifat ekuiti. Di sini kalau kita perhatikan, memang betul. According to HSBC, Malaysia will account for 50% of the US44 billion worth of sukuk expected to be issued in 2012. Memang it is a gold mine. Ini adalah tumpuannya. Namun mengikut kata the current CEO of KFH, Malaysia ini, beliau menekankan bahawa kalau benar-benar kita mahu mengamalkan Islamic banking and finance, ia mesti kembali kepada fundamental yang asas dalam Islamic finance and that is trading. And that is trade, and that is Al-Baiah. Bukan bai a dain. Not trading of debt, but trading per se. Ini yang diperlukan oleh pakar-pakar kewangan Islam dan juga berserta dengan keupayaan peguam kita untuk membina kepakaran itu sebab kita memerlukan produk-produk yang sama ada kalau kita dalam trust, resit itu conventional. Kita gunakan conventional produknya tetapi Islamic finance membuka luas pelbagai lagi yang bersifat kalau kita contohnya pengimport. We can share the income, the profit kerana sifatnya Islamic banking and finance ini adalah sharing and partnership in profit and loss. Dalam bahasanya...
[Bercakap dalam bahasa Arab] So, that is the essence of Islamic banking and finance. Moving away from just, dengan izin, debt. Lalu dengan itu, inilah yang saya perhatikan. Perlu kepada keupayaan peguam-peguam yang dikatakan tadi peguam-peguam syariah, peguam-peguam dan pengamal-pengamal untuk benar-benar menguasai bidang ini. Kerana inilah dia, if we want to go back to the basic fundamental of Islamic banking, it is about trade and trade kalau kita sebutkan perdagangan di antara negara-negara OIC itu sahaja, huge into the billion if not trillion. Makan tidak habis. Jadi, oleh kerana itu. Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat Kuala Selangor menyebut tentang sharing of kerugian dan juga keuntungan ini, saya teringat kepada pengistilahan yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi tentang mudarabah, murabahah dan juga al-bai bithaman ajil ini. Kita telah terbiasa dengan istilah-istilah begini tetapi apabila kita masuk kepada keadaan sebenarnya, kita dapati tidak sebegitu rupa persisnya. Misalnya, saya ambil contoh kepada murabahah yang digunakan ataupun al-bai bithaman ajil yang dijalankan terhadap kenderaan misalnya.
Apabila kita meminjam, contohnya RM70,000. Kita terpaksa membayar hampir dua kali ganda iaitu RM140,000. Maknanya, tidak ada yang dikatakan sharing of profit or loss tadi ini. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor terhadap pengistilahan yang digunakan dan realiti yang sebenarnya berlaku dalam Islamic banking kita ini. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Pendang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya lanjutkan sedikit lagi.
Ini sebabnya murabahah satu ketika dahulu sangat dipertikaikan. Ini kerana pinjaman yang dibuat, katakanlah sebanyak RM100,000 dan ditentukan profitnya katakanlah RM110,000 dalam masa lima tahun atau tujuh tahun. Akan tetapi andainya kalau ia meminjam pada terma yang lebih panjang dan lebih lama, ia boleh saja berganda dan terkadang kali ini yang menyebabkan bahawa atas dasar murabahah ini sahaja, cost plus financing ini, pinjaman yang dibuat sebanyak RM200,000, akhirnya membayar RM400,000. Sebab itu perkara ini sangat dipertikaikan. Sebabnya basis dan rasional menghitung itu adalah sebenarnya interest. Ia mengambil kira isu dalam yang sangat dipertikaikan oleh kewangan Islam. That is time value for money. By virtue of time, what money you have, could be, you have the right to get it double or whatever. Ini sifatnya yang ribawi pada prinsip. Akan tetapi kalau kita kembali kepada satu produk baru mengatasi murabahah seperti itu, kita ada dalam peminjaman perumahan contohnya, seperti musharakah mutanaqisah. As result of paying, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ketika kita membayar, pinjaman yang kita sudah bayar itu menjadi kurang dan atas dasar itu ia jauh lebih adil dan pada sifatnya adalah keadilan...
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
[Menyampuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
...Tidak apalah, Yang Berhormat Batu Pahat. Itu kita hendak bagi tahu tentang PTPTN itu supaya dia boleh Islamizekan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini dia perkara yang saya kira dalam semangat pindaan Akta Profesion Undang-undang ini supaya penguasaan kepakaran itu benar-benar akan dapat dikuasai. Oleh kerana itu, ia menjadikan keyakinan kepada undang-undang kita.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh mencelah sedikit?
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga baca daripada huraian Akta Profesion Undang-undang 1976, fasal 4. Kalau kita baca fasal 4 ini dan saya baca ini. “...fasal 4 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru untuk meliberalisasikan profesion undang-undang ini Malaysia. Secara amnya tujuan liberalisasi ini ialah untuk memajukan Malaysia menjadi hub kewangan.” Itu satu. Kedua, “...hub Kewangan Islam Antarabangsa dan juga untuk mengembangkan kerja...” Ketiga, “...kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang di Malaysia.” Itu adalah apa yang dipanggil matlamat – amendment to rang undang-undang ini.
Kalau matlamat kita adalah untuk membawa kepakaran, ada beberapa cara untuk membawa kepakaran ke Malaysia. Satu daripada cara yang digunakan di negara-negara lain termasuk anak guaman, firma guaman di Malaysia ialah untuk membeli kepakaran. It means, you bring that expertise to Malaysia. That mean, you hire expertise daripada luar negara datang kerja ke Malaysia ataupun you dapatkan pandangan mereka, you bayar, untuk kepakaran mereka dan sebagainya. Bawa pakar rujuk yang pandai itu.
Akan tetapi strategi kerajaan ialah untuk liberalisasikan profesion. Ini cara kedua.
Saya fikir, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah ini satu cara untuk kita sebenarnya mengembangkan kerja di Malaysia sebab kalau kita liberalisasikan Akta Profesion Undang-undang ini, maka kerja-kerja ini akan pergi kepada pakar-pakar ataupun firma guaman daripada luar negara lebih daripada pakar Malaysia. So, bukankah ini akan mengecilkan pasaran-pasaran untuk firma guaman Malaysia sendiri dan juga akan mungkin memusnahkan firma-firma kecil dan sederhana. Minta pandangan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya dari Klang.
Sebab itu saya membuat sedikit komentar tentang Yang Berhormat Selayang sebentar tadi.
Memang penting untuk kita, Tuan Yang di-Pertua dalam melaksanakan cita-cita dan matlamat pindaan rang undang-undang ini untuk benar-benar istilah yang saya gunakan tadi a restraint liberalization. Kita tentukan dan kita punya kuasa itu dan inilah perkaranya yang saya cenderung untuk mengambil daripada tiga langkah atau tiga kaedah mekanisme tadi bagaimana penglibatan peguam dan firma peguam. Pertama adalah perkongsian antarabangsa, kedua adalah firma guaman asing berkelayakan dan ketiganya saya lebih cenderung untuk menyokong kaedah yang ketiga, penggunaan peguam asing oleh firma guaman Malaysia yang dengan kata lain akan dapat mengehadkan bahawa expertise mereka itu dapat kita manfaatkan namun kehadiran mereka dan terkadang kali dengan ekuiti 100% yang dicadangkan itu sangat membimbangkan saya.
Jadi oleh kerana itu saya cenderung untuk menyokong bahawa mungkin ini tertakluk kepada kemunasabahannya tetapi untuk memenuhi apa yang disebutkan sahabat saya, Yang Berhormat Klang tadi saya kira itu paling munasabah Tuan Yang di-Pertua.
Oleh kerana itu saya menyokong pandangan beliau...
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago - Klang
Yang Berhormat Kuala Selangor, satu lagi pencelahan lagi.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, okey.
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago - Klang
Sebenarnya soalan saya yang kedua dan saya nak minta pandangan dari Kuala Selangor ialah adakah kerajaan telah membuat satu cost benefit analysis yang memberikan satu jaminan bahawa firma guaman Malaysia tidak akan hilang pertandingan ataupun we will loose market share or market access in Malaysia.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu satu risiko Tuan Yang di-Pertua yang kita telah terima pada awal-awal apabila kita telah membuka pintu dan dalam dunia yang serba global wired macam ini, itu adalah risikonya namun sekali lagi saya tekankan kita tidak perlu terdedah begitu tanpa ada apa-apa langkah yang boleh kita lakukan lalu saya menyebutkan istilah restraint liberalization dengan izin. Jadi oleh kerana itu seperti mana sahabat saya, Yang Berhormat Selayang menyebutkan kita tentukan apa dia empat lima perkara yang beliau sebutkan. Itu bidang beliau, bidang kepakaran beliau. Even Islamic, dalam hal Islamic finance untuk kita menjadikan hab ini, saya kira saya pun telah menyebutkan beberapa contoh dalam transaction corporate dan transaction international on high end corporate finance ini, itu. Hanya itu sahaja yang kita tentukan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit dua tiga lagi perkara yang nak saya sebutkan. Pertamanya, bukan pertama dah ini. Di hujung-hujung ini, apa yang saya ingin sebutkan adalah kuasa yang diberikan kepada Majlis Peguam, di Bar Council dengan izin.
Lalu Bar Council dalam saya cukup mengiktiraf empowerment ataupun bidang kuasa yang diberikan kepada Bar Council yang saya kira punya kuasa yang besar dalam antara lain menentukan kebolehan ataupun defeasibility ataupun siapa yang boleh, siapa yang tidak boleh dan apa syarat-syaratnya.
Justeru saya juga menekankan kepada keupayaan Bar Council untuk menjadi badan yang akan menilai keupayaan yang lain, keupayaan mereka yang mahu dilibatkan dalam tiga kaedah yang disebutkan tadi. Lalu Bar Council itself dengan izin, perlu mempertingkatkan their expertise to be able to judge others. Jadi apakah ada di sana peruntukan daripada kerajaan untuk sebab itu saya kira dalam perkara yang saya sebutkan lebih awal, the law academy sendiri itu boleh menampung sedikit lompang itu, kalau itulah antara lain yang boleh dibuat dalam bidang kuasa term of reference of law academy itu.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh sebutkan satu yang bersabit dengan perkara yang kita sedang bincangkan ini, satu produk dan satu terbitan bon daripada MAS yang menerbitkan satu Program Sukuk Juniro Kekal ataupun apa yang disebutkan sebagai a perpetual sukuk, a perpetual bon yang sifatnya junior yang diterbitkan oleh Malaysia Airlines, yang menerbitkan RM2.5 bilion yang saya baca di langgan terus oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). RM1 bilion sebahagian daripada keseluruhan terbitan itu dan dalam suasana di mana perpetual bon ini Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini perlu diingatkan bahawa perpetual bon adalah bon without maturity, bon to eternity, bon yang sampai kiamat mungkin. Tidaklah begitu tapi maksudnya begitulah. Dia tidak ada maturity datenya. Lalu dengan itu juga, bon-bon yang tidak ada rating yang tinggi ini punya downside, punya risiko yang besar on default…
Tuan Yang di-Pertua
Apa relevannya Yang Berhormat kepada rang undang- undang yang sedang dibahas ini?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ada sikit ya, ada sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau sikit sahaja tak payahlah disebutkan di sini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya mempertikaikan kalau benar-benar kita, sebab apa ditegur, kita ditegur oleh The Thai Security and Exchange Commission also issued a warning earlier this month for investors to fully understand the details of subordinated debentures, which is corporate debt that ranks as a low priority for repayment. Di sini penting. Sekali lagi kalau kita menerbitkan satu yang kita kata Islamic tetapi saya mempertikaikan Islamicity nya. Jadi itu pertama dan keduanya pula, maklumat-maklumat itu bercanggah. Katanya ia bukan bon tetapi ekuiti pula yang disebutkan di sini.
Jadi inilah antara perkara yang saya latar belakangkan perbahasan saya tadi tentang the need, tuntutan untuk kita benar-benar ketika melakukan sesuatu itu not just the product, the structure, the legality, the islamicity mesti kita pastikan dan ini akan meningkatkan keyakinan pelabur because we are inviting international investor sebagai bon holders Tuan Yang di-Pertua.
Jadi oleh kerana itu, saya sangat khuatir kerana sifatnya adalah bon, junior pula itu. Maknanya junior ini daripada segi repayment adalah second to kalau dalam liquidity bankruptcy kah, atau default kah, keutamaan mereka itu low, bawah untuk mendapatkan repayment. Jadi oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil ini sebagai satu ingatan yang ada hubung kait langsung dengan pindaan ini supaya peguam-peguam kita
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
mesti memastikan bahawa they understand the product and just not lakukan cosmetic changes daripada sudut bahasa dan istilah sahaja tetapi akan dipertikaikan oleh mereka yang benar-benar memahami daripada sudut Islamic banking dan finance ini.
Di samping itu saya juga menyebutkan dan merakamkan kembali betapa dalam perbahasan lebih awal, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh engage atau melibatkan seorang peguam tempatan yang namanya telah disebut, Datuk Shafie Abdullah on a secret mission tetapi pada waktu yang sama, sebuah badan NGO, SUARAM yang diwakili beberapa peribadi apabila mereka mahu melibatkan peguam-peguam daripada Perancis atas isu pembelian dua kapal selam Scorpene itu tidak diizinkan. Saya mahu melihat bagaimana pindaan rang undang-undang ini dapat menangani sekali gus lacuna ataupun lompang-lompang seperti ini supaya ia tidak menjadi satu yang satu pihak ada double standard. Ketika kerajaan lakukan, ia diizinkan, ia boleh, ia halal tetapi kalau sebelah yang bukan kerajaan termasuk NGO bukan pakatan, bukan pembangkang lakukan, ia menjadi haram.
Do we have that double standard? Do we have two references for our legal sebagai benchmarknya, sebagai ukurannya. Inilah perkara-perkara yang saya mengharapkan ketika kita meminda rang undang-undang ini, Akta Profesion Undang- undang 1976 ini, ia akan terus mengangkat dan mendayakan keprofesionalan amalan perundangan di negara kita ini dan sekali gus membawa kita lebih hampir kepada mengecapi negara yang maju bukan hanya daripada sudut infranya tetapi maju daripada sudut keupayaannya, keprofesionalnya, etikanya, integritinya. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya nampak tidak ada lagi yang minat untuk bahas. Jadi kalau boleh, you be prepared by 2.30. Should be preparedlah. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan mesyuarat sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada begitu ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 sejak dua hari yang lalu. Sesungguhnya saya amat menghargai dan juga mengambil perhatian terhadap pandangan, teguran, saranan dan juga cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walau bagaimanapun saya hanya akan menjawab isu-isu ataupun soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang relevan sahaja mengenai rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan sepanjang sesi perbahasan yang telah pun berlangsung, saya dapat merumuskan bahawa majoriti Ahli-ahli Parlimen yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini berpandangan yang positif sekali terhadap rang undang-undang ini. Terdapat juga kebanyakan soalan yang diajukan itu adalah bersama, tidak overlapping tetapi bersama dengan isu yang telah pun dibangkitkan. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, semua pihak yang berkepentingan, the stakeholders dengan izin, termasuklah Majlis Peguam, Bank Negara dan juga Jabatan Peguam Negara telah pun mengadakan pelbagai inisiatif dengan mengadakan pertemuan, perbincangan, konsultasi, penyelidikan, mesyuarat dan juga lain-lain yang berkaitan demi menggalakkan kemasukan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
firma amalan guaman ke negara kita sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan liberalisasi 27 sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan perundangan ini.
Jadi, mesyuarat dan perbincangan ini juga melibatkan mereka yang terlibat itu ke negara seperti United Kingdom, Australia dan juga Dubai. Ini telah pun mengambil masa sejak ia diumumkan lebih kurang tiga tahun yang lalu. Seperti yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, penglibatan Majlis Peguam dalam draf rang undang- undang ini melalui pihak Majlis Peguam telah pun menunjukkan komitmen dan juga kesungguhan Majlis Peguam untuk terus bekerjasama secara erat dengan pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat di Dewan ini berhubung dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan satu badan ataupun agensi alternatif bagi menandingi ataupun compete dengan izin, Majlis Peguam Malaysia, ini adalah merupakan satu tohmahan semata-mata. Pada hari Isnin yang lalu iaitu pada 11 Jun 2012, saya telah pun menjawab ucapan penangguhan oleh Yang Berhormat Jelutong. Seperti yang dikatakan, cadangan penubuhan Akademi Undang- undang Malaysia yang dicadangkan itu bukanlah merupakan satu mala fide ataupun niat jahat daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena sedar bahawa terdapat sebilangan besar pengamal undang-undang di negara kita ini yang telah dengan izin, called to the Bar ataupun diterima masuk di Mahkamah Tinggi Malaya yang ada tidak berminat ataupun tidak mahu mempraktikkan amalan guaman atas sebab-sebab tertentu mereka. Ini termasuklah pensyarah undang-undang, anggota pentadbiran kerajaan, ahli-ahli perniagaan dan juga mana-mana Ahli Parlimen termasuk juga Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita faham bahawa golongan-golongan seperti ini memerlukan satu badan ataupun agensi yang dapat mewakili mereka bagi menyumbang ke arah pembangunan dan juga kemajuan institusi perundangan negara.
Jadi, sekiranya kita membezakan akademi ini daripada Malaysian Bar, kita dapat melakukannya dari segi membership atau keahlian di mana seperti Yang Berhormat sedia maklum setiap peguam bela dan juga peguam cara di Malaysia ini akan hanya dapat menjadi ahli bagi Malaysian Bar ini sekiranya mereka memiliki Practicing Certificate ataupun sijil amalan yang sah, yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam. Manakala akademi yang dicadangkan ini hanya dicadangkan sahaja. Itu mungkin hanya menerima pengamal undang-undang yang saya sebutkan tadi itu, yang tidak ingin mengamalkan perkhidmatan guaman justeru tidak dapat memiliki sijil amalan because they are not practicing.
Jadi, mereka tidak dapat memiliki sijil amalan dan mereka tidak dapat menjadi ahli Majlis Peguam Negara. Inilah anggota-anggota ataupun golongan pengamal perundangan yang perlu kita ambil perhatian. Kita juga sedia maklum bahawa terdapat juga ramai Ahli- ahli Parlimen di sini yang diterima masuk sebagai peguam bela dan juga peguam cara tetapi setakat ini mereka tidak menjawat apa-apa jawatan, employment, pre-employment ataupun kedudukan dalam pentadbiran kerajaan. Jadi, mereka tidak boleh lagi mempraktikkan sebagai seorang peguam dan di situlah kita boleh lihat bahawa sekiranya ada akademi yang telah pun dicadangkan itu mungkin mereka boleh memohon untuk menjadi ahli akademi tersebut. Mengenai isu yang telah pun dibangkitkan..
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Silakan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan isu cadangan kerajaan menubuhkan Akademi Undang-undang.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya sedia maklum tahun 2002, satu Rang Undang-undang Akademi Undang- undang telah dibentangkan dalam Dewan ini dan telah ditarik balik kerana ada kritikan dan bantahan. Akan tetapi sekarang Yang Berhormat boleh memberi seribu satu alasan untuk menubuhkan Akademi Undang-undang itu tidak boleh diterima. Ini kerana sangat jelas kerajaan tiba-tiba menimbulkan semula cadangan penubuhan Akademi Undang-undang adalah sebagai satu tindak balas terhadap pandangan atau pendirian Majlis Peguam berkenaan isu Bersih ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi, apa sebab mengapa tergesa-gesa ditimbulkan semula penubuhan Akademi Undang-undang ini? Jadi, saya rasa tidak wajarlah kerajaan bertindak sedemikiannya sebab Majlis Peguam mempunyai kritikan yang kuat terhadap pendirian kerajaan berkenaan perhimpunan Bersih tersebut. Mengapa tergesa-gesa dibangkitkan semula?
Dahulu semasa jawapan kepada ucapan penangguhan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat ada kata salah satu sebab mengapa ia ditarik balik ialah faktor masa. Mengapa sekarang adalah masa yang sesuai? Kalau bukan kerana Majlis Peguam mempunyai pendirian yang berbeza dengan kerajaan. Saya pohon penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas pencelahan tersebut. Masa untuk menentukan sesuatu adalah terpulang seperti Yang Berhormat sedia maklum kepada sesuatu keadaan yang wujud dalam sesuatu situasi. Jadi, dalam perkara ini pihak Majlis Peguam telah pun bercadang pada masa yang berkenaan dengan pihak kerajaan untuk menubuhkan satu Law Academy. Undang-undang yang telah pun didrafkan pada tempoh masa itu saya rasa telah pun menunjukkan bahawa mereka berniat mengadakan Law Academy ini. Jadi, saya rasa sama ada masa itu tepat ataupun tidak itu terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Datuk Liew Vui Keong
...Jadi untuk meninjau keadaan yang keseluruhannya.
Jadi, seperti yang saya katakan tadi, kita kena juga mengirakan golongan-golongan yang saya sebutkan tadi yang seperti pengamal undang-undang atau profession of law. Mereka yang telah pun diterima masuk sebagai peguam bela dan juga peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya tetapi mereka tidak ingin mengamalkan praktisnya sebagai seorang peguam kerana mereka mungkin akan menjadi pensyarah perundangan di universiti ataupun menjadi penasihat di bank-bank ataupun institusi-institusi berkenaan. Jadi, golongan ini mereka tidak ada tempat untuk menyuarakan suara mereka. Saya rasa kita kena ambil perhatian tidak boleh memilih kasih bahawa mereka ini tidak diambil berat. Akan tetapi kita hanya pada setakat ini satu cadangan sahaja sama ada kerajaan akan meneruskan cadangan ini, terpulanglah kepada pihak Kabinet untuk membuat keputusan nanti. Ya, sekian. Ada?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, ya. Kalau diizinkan, saya ingin dapat penjelasan kalau akademi ini kalau mengikut apa yang disebut oleh menteri bermaksud ini adalah satu akademi yang bersifat sukarela. Maksudnya ia tidak compulsory untuk semua yang practitioner-practitioner law ini untuk menyertai akademi ini. Jadi, sifatnya sangat berbeza kalau kita menganggap ini boleh menjadi alternatif kepada Malaysian Bar. Oleh sebab Malaysian Bar ini adalah satu institusi yang wajib disertai oleh sesiapa yang ingin practice law. Jadi, saya tidak nampak kalau ikut cadangan itu, itu seolah-olah satu law club yang disertai oleh sesiapa yang rasa mereka ingin menyertai. Ia bukan kata kalau ingin mengajar menjadi pensyarah di universiti, dia kena menjadi ahli kepada Law Academy atau bila dia menjadi penasihat kepada bank atau kerajaan, dari segi undang-undang dia juga harus mempunyai keahlian kepada Academy of Law ini.
So, saya tidak nampak apa perlunya kerajaan untuk membentuk satu pertubuhan seolah-olah satu pertubuhan sukarela atau satu society bukan satu institusi yang mempunyai kuasa regulatory yang telah kita sebut kita bahas ini adalah satu institusi yang mempunyai kuasa regulatory power. So, saya nampak ini kerajaan agak keliru dalam perkara ini.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Yang keliru ini saya rasa adalah Yang Berhormat. Pertamanya, bukan semua orang yang practice law boleh menjadi ahli Malaysian Bar. Mengikut seksyen 43 telah pun jelas mengatakan semua peguam bela dan juga peguam cara shall without election, admission or appointment become a member of the Malaysian Bar and shall remain a member until this section so long as he has a practicing certificate. Jadi, kepada peguam yang telah pun diterima masuk di Mahkamah Tinggi Malaya seperti Tuan Yang di-Pertua mungkin saya tidak tahu sama ada Tuan Yang di-Pertua telah pun diterima masuk tetapi saya telah pun diterima masuk sebagai peguam bela dan juga peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Akan tetapi setakat ini saya tidak ada practicing cert. Jadi bermakna saya bukanlah ahli kepada Malaysian Bar because of this provision. So, that is very clear. Jadi, kepada mereka yang tidak ingin practice sebagai peguam bela dan juga peguam cara, mereka tidak ada persatuan. Jadi, itulah antara tujuan akademi ini. Akan tetapi pada setakat
Datuk Liew Vui Keong
ini masih lagi dalam cadangan jadi sama ada mereka yang ingin menjadi ahli ataupun tidak itu masih lagi dalam cadangan, jadi saya tidak tahu sama ada akan dijadikan undang- undang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maksud saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, memang maksud saya begitu.
Kalau kita Malaysian Bar itu adalah satu regulatory body dan juga satu badan yang wajib.
Kalau tidak menyertai tidak boleh masuk court untuk membuat kes. Itu sangat jelas. Akan tetapi akademi yang telah pun digambarkan oleh Menteri tadi seolah-olah satu persatuan.
Persatuan yang hanya disertai oleh sesiapa yang ingin seperti Timbalan Yang di-Pertua, beliau adalah lawyer tetapi tidak semestinya wajib menjadi ahli kepada Academy of Law.
Maksudnya apa gunanya kerajaan sibuk dalam cuba membentuk satu persatuan.
Persatuan boleh jadi persatuan pensyarah-pensyarah undang-undang, persatuan peminat arkitek atau persatuan pembela bangunan warisan. Macam-macam persatuan boleh dibentuk tetapi saya tidak nampak kerajaan patut campur tangan dalam persatuan. Akan tetapi satu institusi yang mempunyai kuasa untuk menentukan kualiti, menentukan siapa boleh masuk mahkamah, siapa boleh sign document untuk accounting atau sign document untuk kelulusan perancangan bangunan, itu perlu campur tangan kerajaan.
Kalau hanya satu persatuan yang disertai oleh sukarela, orang yang rasa dia perlu satu persatuan kenapa kerajaan perlu campur tangan untuk membentuk Academy of Law ini? Bagi saya selain daripada tujuan politik kerana hendak ugut Bar Council dan Malaysian Bar dan kerana kita kutuk mereka pendirian kita tidak setuju, kita hendak bentuk satu persatuan untuk mengimbangi perkara ini. So, saya nampak itu masalahnya. Saya lebih suka kalau betul kerajaan ingin bentukan sesuatu, ia harus mempunyai kuasa wajib sesiapa yang ini ia ada yang tidak menyertai Law Academy ini tidak boleh memberi syarahan, tidak boleh diupah oleh universiti sebagai pensyarah, itu beza. Kalau tidak, saya tidak nampak kenapa perlunya cadangkan satu persatuan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan tidaklah berhasrat atau berniat untuk mengugut mana-mana pihak termasuk Majlis Peguam dan juga Malaysian Bar dalam perkara ini dengan mewujudkan satu kononnya alternatif badan perundangan ini.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi saya harap Yang Berhormat janganlah mengelirukan Dewan ini dengan tohmahan-tohmahan yang tidak berasas. Jadi saya rasa memandangkan telah pun...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
...Memberi jawapan kepada ucapan penangguhan pada hari Isnin yang lalu, saya rasa itulah jadi asas jawapan saya kepada isu yang telah pun dibangkit mengenai perkara ini. Jadi sekiranya...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Akhir, soalan terakhir.
Datuk Liew Vui Keong
Okeylah kepada...
[Ketawa]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasihlah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan sekarang adalah masa sesuai menyatakan bahawa bukanlah adalah untuk mengugut Majlis Peguam itu jawapan yang tidak jujur. Sebab sangat jelas apabila Rang Undang-Undang Akademi Undang-undang dibentangkan dalam Dewan yang mulia, boleh disediakan. Selepas ini sekarang Yang Berhormat 10 tahun kemudian menyatakan, “Oh! Masa itu tidak sesuai, oleh itu ditarik balik”. Sekarang menggunakan alasan bahawa sekarang adalah masa sesuai!
Jadi saya rasa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jujur dengan tiba- tiba sekarang membangkitkan bahawa kerana prihatin kepada suara mereka yang tidak mempunyai practicing cert jadi mereka boleh menyertai Akademi Undang-undang ini. Jadi saya rasa kerajaan hentikanlah tindakan sedemikian terhadap Majlis Peguam. Jangan ugut mereka. Mereka menerima pandangan mereka yang berbeza daripada kerajaan dengan hati yang terbuka. Menerima pandangan mereka berkenaan perhimpunan Bersih sebagai satu pandangan konstruktif. Akan tetapi, bukan dengan secara tiba-tibanya mencadangkan
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
untuk menubuhkan Akademi Undang-undang ini yang di mana rang undang-undang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2002 dan ditarik balik.
Sekarang 10 tahun kemudian, tiba-tiba dibangkitkan semula selepas Majlis Peguam mengadakan EGM memberikan pandangan yang mengkritik tindakan kerajaan terhadap perhimpunan Bersih itu.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sikit sambung?
Datuk Liew Vui Keong
Yes, dipersilakan.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cadangan untuk menubuhkan akademi ini bukanlah merupakan satu dosa yang besar dan bukanlah merupakan satu yang asing dalam dunia ini kerana kebanyakan negara-negara lain memberikan pilihan terhadap pengamal undang- undang ini untuk mendaftar dalam mana-mana institusi yang sah. Oleh yang demikian, dalam sebuah negara yang demokrasi macam Malaysia ini adalah kita mempunyai satu tanggungjawab untuk memberikan pilihan kepada pengamal undang-undang kita supaya mereka dapat memilih yang mana institusi yang untuk dipilih sebagai institusi yang berdaftar.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya akademi yang hendak diwujudkan ini juga mempunyai fungsi, tugas, dan peranan yang sama macam Majlis Peguam yang ada sekarang ini supaya memberikan pilihan kepada pengamal undang-undang. Bukan bertujuan untuk mengugut dan sebagainya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa di peringkat ini mungkin agak wajar untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya tidak apologetic dalam hal ini. Bagi saya Law Academy di negara jiran ada Singapore Law Academy, ada law society. Pada itu adalah satu perkara yang saya rasa kalau diuruskan dengan baik satu perkara yang amat bagus. Akan tetapi, saya tidak bersetuju cadangan seperti diandaikan merupakan satu badan yang mempunyai fungsi yang sama macam Bar Council dan sebagainya. Tidak.
Sebab itu saya kata Yang Berhormat Timbalan Menteri terdapat salah faham.
Saya boleh terima kerana salah satu kalau saya boleh baca tujuan Singapore Law Academy, to promote the high standard of legal education, law learning process dan sebagainya. Saya rasakan di peringkat ini mungkin perlu Menteri menjelaskan mungkin tidak dalam ruang ini, mungkin dalam ruang yang lain, gambaran sebenar apakah konsep Law Academy yang hendak dibentangkan. Ini kerana saya melihat dia ada tujuan-tujuannya yang saya rasa boleh diterima tetapi kalau tujuan-tujuannya untuk menjadi satu saingan kepada Majlis Peguam, saya rasa Menteri sebagai satu pengamal undang-undang faham bahawa perkara itu satu perkara yang sukar untuk hendak dipertahankan.
Malah kita akan menjadi satu perkara yang saya rasa yang perlu penjelasan lanjut dan sekiranya tidak dijelaskan dengan lanjut, saya rasa akan memalukan usaha kita yang sebenarnya mahu menubuhkan sebuah Law Academy untuk tujuan-tujuan yang lebih menguntungkan dengan izin, the legal fraternity dalam negara ini. Jadi saya rasa mungkin Menteri di peringkat ini, memandangkan banyak kekeliruan perlu satu ruang untuk menjelaskan sebenarnya. Saya boleh terima bahawa terdapat sektor-sektor rakan-rakan yang berkelayakan undang-undang yang tidak punya platform ataupun avenue seperti yang digambarkan.
Akan tetapi, saya rasa jangan setengah idea yang baik di atas kegagalan kita memahami tujuan sebenarnya kita membunuh idea tersebut. Saya memohon Menteri memberi satu komitmen untuk memberi gambaran yang lebih jelas dalam bentuk blue print dan konsep serta sebagainya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin dapat penjelasan dari statement yang dibawa oleh Perdana Menteri yang dilaporkan dalam surat khabar pada 15 Mei di The Star yang quote nya Nazri dengan izin, “Who recently purpose the setting out of the academy said the Bar was not necessary right at all time. It is very partisan in its accusation and so I don’t think it should be given the monopoly to represent the legal community. He said here yesterday after launching the e-Judiciary project”. Selepas itu dikatakan “...There is an urgent need to establish the academy in the view of the recent incident during Bersih 3.0 rally and also what transpired during the Bar’s EGM last Friday”. So, maksudnya apa maksud Menteri kalau itu tidak benar sila tarik balik dan meminta supaya diperjelaskan Law Academy ini tidak ada kena mengena dengan pendirian Bar Council dalam EGM dan Bersih. Itu harus diperbetulkan kalau tidak kita akan tersangkut dengan perbahasan ini dan tidak seperti Yang Berhormat Balik Pulau kata tidak akan menilaikan proposal ini atas merit dia sendiri.
Akan tetapi, sudah dijadikan kerana dipolitikkan oleh Menteri menggunakan ini sebagai kata we should not give them the monopoly to represent the legal committee. Apa maksud should not given the monopoly? Maksudnya, kita tidak akan mengiktiraf suara tunggal dan ini bagi saya dan ramai yang praktis law menganggap sebagai satu ugutan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ha! Daripada Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya, sedikit.
Datuk Liew Vui Keong
Okey, silakan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencampuri sedikit dalam hal ini walaupun saya tidak berucap dalam ucapan dasar kerana saya melihat Majlis Peguam Malaysia ini lebih kurang sama dengan Malaysian Medical Council (MMC) Majlis Perubatan Malaysia adalah satu badan profesional. Cuma saya kira, saya faham kedua-dua fungsi ini adalah regulatory, mengawal selia, memberi sijil amalan dan menyelia ethics dan disiplin. Di dalam profesion perubatan, Majlis Perubatan Malaysia ini adalah satu badan yang di bawah Kementerian Kesihatan.
Akan tetapi, kita juga ada Malaysian Medical Association di mana semua yang ada ijazah perubatan boleh ada hak menjadi ahli. Akan tetapi, not all are practicing. Jadi apa pun Malaysian Medical Association ini duduk di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Jadi bagi saya sekiranya satu Akademi Undang-undang yang baru hendak dibentuk bahawa ia tidak boleh setaraf dengan Majlis Peguam Malaysia itu sendiri. Majlis Peguam Malaysia semua yang practicing lawyers ada di situ tetapi Majlis Perubatan Malaysia secara automatik semua practicing doctors akan dikawal selia oleh Majlis Perubatan Malaysia.
Jadi saya tidak faham bagaimana ada cadangan yang boleh mengatakan Akademi Undang-undang yang hendak dibentuk ini hendak diberi bidang tugas yang sama dengan Majlis Peguam Malaysia. Ia akan menyebabkan kecelaruan. Dalam profesion perubatan, Majlis Perubatan Malaysia menentukan siapa yang boleh practice, siapa yang tidak boleh.
Kita perlu apply, kita perlu memohon untuk Annual Practicing Certificate seperti juga saya ingat untuk peguam. Cuma kita ada banyak - kita panggil profesional persatuan-persatuan akademi di bawah ataupun di luar daripada Malaysian Medical Council ini. Kita ada Malaysian Medical Association, kita ada persatuan Perubatan Islam Malaysia, kita juga ada Academy of Medicine, kita juga ada lain-lain pengkhususan di dalam perubatan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi tidak timbul kecelaruan sebegini. Jadi saya fikir saya pun bila rasa mendengar hujah-hujah itu, saya rasa tidak mungkin kita mengadakan satu lagi badan yang mempunyai kuasa yang sama dengan Majlis Peguam Malaysia ini. Itu pendapat saya, terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada semua yang telah pun mencelah tadi. Pertama-tamanya mengenai konsep Law Academy ini yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau.
Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, pada setakat ini, ini hanya satu cadangan, belum lagi diluluskan oleh pihak kerajaan. Jadi mengenai konsepkah, bagaimana dia akan diregulatekan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja, saya tidak dapat mengatakan di sini buat masa ini. Akan tetapi saya yakin apabila cadangan itu telah pun diterima oleh semua pihak, kita kena faham bahawa cadangan ini akan dibawa ke pihak berkenaan seperti Majlis Peguam untuk mereka memberi pandangan mereka.
Mereka, untuk rekod, telah pun pada mulanya tahun 2002 seperti yang saya telah pun katakan pada ucapan penangguhan saya bahawa mereka telah pun setuju dengan penubuhan Law Academy ini pada masa itu. Mungkin ada perkara yang tertentu dan ia tidak dijadikan kenyataan. Akan tetapi saya rasa kita buka ruang ini untuk berunding. Jadi saya dengan itu terima baik pandangan yang datang daripada Yang Berhormat Jempol yang mengatakan bahawa kita kenalah berpraktis demokrasi.
Takkan sebagai satu negara yang mengamalkan Parliamentary Democracy tidak mempraktiskan demokrasi? Takkan macam sesuatu parti politik yang sentiasa mengeluarkan ‘gag-gag order’ terhadap ahli-ahli mereka tidak boleh mengatakan ini, tidak boleh mengatakan itu? Jadi saya rasa itu sahaja yang saya ingin menjawab mengenai isu ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Menteri, sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Datuk Liew Vui Keong
Saya rasa itu sudah cukuplah Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau Menteri boleh tarik balik ugutan itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Saya agak kita boleh bahas Law Academy, undang-undang ini dengan rasional.
Datuk Liew Vui Keong
Itu interpretasi Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya agak wajar untuk Menteri mengatakan tidak ada kena mengena dengan Bersih dan Law Academy ini bukan menjadi pengganti kepada Bar Council. So, dia harus dinyatakan dulu. Kalau tidak, saya nampak tidak akan menghala ke satu perbahasan yang sihat.
Datuk Liew Vui Keong
Kenyataan yang telah pun dikeluarkan oleh sesiapa sahaja dalam newspaper seperti Yang Berhormat sedia maklum, bahawa kadang kala not the exact wording of the person who said it. Jadi saya rasa ini kena tanyalah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Liew Vui Keong
...Iaitu ask from the horse’s mouth.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Suruh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu...
Datuk Liew Vui Keong
Dan juga kenyataan itu sama ada, ada ugutan atau tidak, it’s up to you.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
So maksudnya kenyataan ini tidak benar? Di Parlimen ini Menteri mewakili kerajaan menyatakan kenyataan yang disebut dalam surat khabar itu tidak benar?
Datuk Liew Vui Keong
Saya tidak ada mengatakan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Maksudnya bukan kerana Bersih, bukan kerana Bar Council mengambil satu pendirian yang bias atau bukan kerana pendirian AGMnya yang merangsang kerajaan memikir tentang cadangan Law Academy ini? Are you categorically deny there is no link here?
Datuk Liew Vui Keong
I am not saying anything at the moment. You have to ask from the horse’s mouth.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
No, no, you’re representing the government. Is the government...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Liew Vui Keong
As like I say, the interpretasi...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah kerajaan tidak berniat...
Datuk Liew Vui Keong
It’s up to you to interpret the statement made, and it’s up to the rakyat to make the interpretation.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak dapat penjelasan dari kerajaan, adakah kerajaan menyatakan kita sebenarnya hendak cadangkan ini tidak ada kena mengena dengan AGM, tidak ada kena mengena dengan pendirian...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Don’t play politiclah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Majlis Peguam dalam isu Bersih?
Datuk Liew Vui Keong
Yalah, I think Yang Berhormat Batu telah pun memberi jawapan itu, jadi saya tidak payah mengulangilah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin dapat penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
You already give the answer, I don’t have to say it anymore.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
I cannot answer for the government. Sekarang ini kerajaan...
Datuk Liew Vui Keong
Jadi terima kasih. I think when the time’s come, it’s up...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
When the time’s come? This is the time to jelaskan.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak bangun, Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kita bahas three days, tiga hari kita bahas, hendak tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu, cukuplah Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Betul, kita bahas tiga hari untuk dapat jawapan dan jawapannya “when the time’s come kita akan announce”. What is the ‘when the time’s come’? This is the time you explain to us...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Sama ada pendirian Majlis Peguam dan Malaysian Bar dalam isu Bersih ini tidak ada kena mengena dengan cadangan Akademi Undang-undang. Kalau kerajaan kata memberi undertaking di Dewan yang mulia ini, I accept that will be your explanation.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yalah, you want to get away with it.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
No, betul.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You want to get away.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah ini boleh katakan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Alah, pandai cakap. Pandai cakap.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Kerajaan tidak berniat mengaitkan kedua-dua? Kalau itu jawapannya, saya akan terima...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dan saya menganggap jawapan...
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Batu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, he wants to trap you.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Di dalam surat khabar ini tidak tepat. Saya akan terima jawapan itu.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Saya telah pun memberi ucapan penangguhan pada hari Isnin. Jadi apa yang saya telah pun katakan pada hari itu, itulah ia. Saya tidak akan menambah ataupun mengurangkan apa yang saya telah pun cakap. Terima kasih.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke isu yang telah pun dibangkit yang lebih relevan kepada rang undang-undang ini yang dibangkit oleh Yang Berhormat Subang berkenaan dengan membenarkan peguam asing untuk memberikan nasihat undang- undang jangka pendek iaitu secara fly in and fly out. Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, rang undang-undang ini tidak membenarkan semua peguam asing untuk menjalankan amalan di Semenanjung Malaysia secara fly in and fly out. Ini bagi memberikan peluang yang sewajarnya kepada peguam-peguam asing yang telah diberikan lesen untuk menjalankan amalan mereka di Semenanjung. Peluang yang diberikan ini tidak sepatutnya dihalang oleh peguam-peguam asing yang masuk secara fly in and fly out. Ini jelas diperuntukkan di dalam cadangan pindaan yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu kemasukan seksyen baru 37(2)(a).
Jadi buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, objektif utama pindaan adalah untuk menjadikan negara kita ini sebagai satu hab terutama untuk kewangan Islam antarabangsa dan oleh yang demikian, local present, peguam-peguam asing amat diperlukan bagi menggalakkan perpindahan kepakaran di antara peguam-peguam asing dan juga peguam- peguam tempatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Klang bangun.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Boleh saya habiskan dahulu? There is just one more paragraph. Terima kasih. Seterusnya, jika terdapat keperluan untuk menggunakan khidmat peguam asing secara jangka pendek, peguam-peguam asing tersebut boleh membuat permohonan khas kepada mahkamah secara ad-hoc ataupun kepada Peguam Negara untuk diterima masuk sebagai peguam di Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 dan juga 28A Legal Profession Act, Akta 166, masing-masing. Ya, silakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada hujah Menteri tadi mengenai lawyers ataupun peguam fly in and fly out.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Soalan saya dan saya telah kemukakan isu ini semasa perbahasan ialah adakah kerajaan telah membuat satu cost benefit analysis yang akan menyenaraikan apakah cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh sistem guaman di Malaysia kalau kita liberalisasikan sistem guaman? Itu satu.
Kedua, adakah kerajaan telah membuat satu impact assessment ataupun cost benefit analysis yang akan memberi satu pandangan khususnya impak terhadap firma guaman kecil dan sederhana?
Ketiga, mengapa kita hendak liberalisasikan kalau kita hendak kepakaran?
Selalunya bila kita hendak kepakaran, kita boleh minta pandangan daripada luar negara.
Kalau kita boleh bayar, kita bawa expert-expert ke Malaysia. Ini satu perkara yang berlaku di seluruh dunia dan berlaku di Malaysia juga. So, soalan saya ialah adakah kita telah membuat satu cost benefit analysis dan sebenarnya pandangan kerajaan ataupun sikap kerajaan terhadap liberalisasi itu saya fikir tidak di bincang secara keseluruhan dan not very convincing, I must say, because dengan izin, if we want expertise, today we have consultant all over the world, we can import.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kita juga boleh bayar mereka kerja di Malaysia. That is no problem, but when you open up the... - If we give five licenses kepada firma-firma guaman antarabangsa, maka apa akan jadi ialah pasaran untuk firma guaman Malaysia akan menjadi kecil. Ini akan menjadi masalah untuk negara dan juga firma guaman Malaysia. Minta pandangan Menteri.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh saya tambah dengan isu peguam-peguam dari luar negara? Saya ingin bertanya Menteri, bukankah ia akan mempertingkatkan imej negara Malaysia di kalangan orang antarabangsa bahawa kita merupakan sebuah negara yang terbuka di mana peguam-peguam asing boleh juga mengamalkan kepakaran mereka di Malaysia dan juga kita ada firma-firma perkongsian antarabangsa. Jadi, saya ingin tahu polisi kerajaan dengan pindaan ini, adakah apa yang berlaku kepada peguam-peguam Suaram yang datang dari Perancis akan diusir selepas pindaan ini? Ini kerana bagi saya kita mesti berterima kasih kepada Kerajaan Perancis dan juga peguam-peguam ini kerana mereka menolong kita untuk mengenal pasti sama ada berlakunya rasuah dalam kes pembelian submarine Scorpene itu. Sebenarnya kita mesti berterima kasih kepada mereka dan bukan menghalang mereka daripada menjalankan tugas untuk mengenal pasti sama ada berlakunya rasuah. Kalau kerajaan sentiasa mengatakan kita hendak membanteras rasuah, itu bukan satu mesej yang baik kepada the international community bahawa kita serius dalam menangani rasuah. Saya hendak tahu polisi kerajaan selepas pindaan ini adakah peguam-peguam SUARAM dibenarkan masuk ke Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya Timbalan Menteri, tadi saya dengar dua soalan daripada dua rakan Ahli Parlimen parti yang sama tetapi dua-dua bercanggah. Seorang tidak bersetuju dengan liberisasi dan seorang lagi kata bagus untuk imej kita. Jadi, tahniahlah sebab ada bipolar syndrome dalam DAP, tak tahu hendak setuju mana, ya. Schizophrenia...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Rembau...
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
...Ada seorang yang tak setuju dengan liberalization dan ada seorang yang kata meningkatkan imej. So, very bipolar. Maybe makan ubat...
[Ketawa]
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Freedom of thought.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Physichatric condition ini.
[Ketawa]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak ada pandangan bercanggah pun, isu yang tak sama.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berbalik kepada isu pokok iaitu usaha liberalisasi sektor guaman. Waktu saya bangkitkan masa perbahasaan saya, saya bangkitkan perkara yang sama. Saya tidak tahu sama ada
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Timbalan Menteri akan jawab atau tidak, saya tidak mahu mendahului jawapan Timbalan Menteri tetapi ini adalah mengenai peranan yang dimainkan oleh Majlis Peguam dalam menyediakan kerangka liberalisasi dalam sektor guaman. Kita memahami bahawa kerangka ini perlu disediakan dengan kerjasama kerajaan sebagai badan yang induk yang menjaga ekonomi Malaysia. Akan tetapi pada masa yang sama saya tidak melihat usaha yang gigih yang dibuat oleh Majlis Peguam untuk menerangkan langkah-langkah ke arah liberalisasi sektor guaman. Contoh yang saya beri masa ucapan atau perbahasan saya adalah financial sector master plan. Kalau kita tengok sektor kewangan, jelas road map dia fasa pertama pengukuhan bank-bank tempatan sebelum lesen diberi kepada syarikat perbankan antaranya.
Akan tetapi dalam kes sektor guaman langsung tidak ada satu suara ataupun representation, dengan izin, daripada Majlis Peguam untuk memastikan bahawa setiap syarikat guaman di Malaysia ini tahu tentang usaha untuk liberalisasikan sektor guaman.
Akan tetapi kalau kita tengok Majlis Peguam, usaha untuk buat ketetapan mengenai isu politik, contohnya isu Bersih, cepat dibuat ketetapan. Isu yang mengenai Akta Perhimpunan Aman, sampai boleh berarak ke Parlimen tetapi isu yang pokok, bread and butter, dengan izin, isu mengenai sektor guaman, padahalnya itulah yang menjadi satu-satunya tanggungjawab mereka, to look after the welfare of lawyers in this country tetapi sebenarnya tidak ada, nothing. Itu yang saya bangkitkan. Saya bangkitkan bahawa they have failed as a representative of a professional body, dengan izin, the lawyers, dengan tidak menyediakan satu kerangka ataupun satu pandangan pendirian mengenai liberalisasi.
Tadi masa waktu perbahasa ada daripada pembangkang yang kata itu bukan tanggungjawab Majlis Peguam, but that is! Itu adalah tanggungjawab Majlis Peguam sebagai representative body of the legal profession untuk menyediakan pendirian bahawa ini adalah pendirian kita. Ini adalah scope of work yang boleh di liberalize kepada syarikat- syarikat antarabangsa.
Akan tetapi langsung tidak ada. Jadi, saya minta pandangan daripada Timbalan Menteri, apakah badan profesional ini lebih melihat kepada perkara-perkara yang sebenarnya walaupun penting dan ada berkaitan dengan profesion mereka iaitu undang- undang tetapi the real core responsibility, ya. Tanggungjawab asas mereka menjaga kebajikan guaman ataupun peguam-peguam di Malaysia itu diabaikan sampai hari ini kita masuk cakap soal hendak buka untuk lesen, Yang Berhormat Klang bangkitkan isu yang penting tetapi tidak ada pendirian daripada Majlis Peguam, what is the framework for the liberalization of the legal sector in the next five to ten years. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Liew Vui Keong
Ada...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Mahu beri jalan Yang Berhormat?
Datuk Liew Vui Keong
...Rakan saya. Silakan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Adakah kita hendak mengambil kira perkara yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Klang, cost benefit analysis? Maknanya, hendak tahu berapa untung dan berapa rugi? Dengan izin, when it comes to law, is justice is more important than cost. Betul atau tidak? Jadi, kita hendak cakap di sini, dengan izin, the Malaysian public deserves quality lawyers. Lawyer yang ada pada hari ini payahlah, adalah juga I salute kepada beberapa lawyers yang ada kualiti. Akan tetapi kalau macam Yang Berhormat Setiawan ini jadi lawyer macam ini, payahlah!
[Ketawa] Client hendak dapatkan keadilan dan kemenangan. Maksud saya tadi, saya hendak tanya Menteri...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini bukan perkataan yang boleh diucapkan di sini. Ini menghina.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak di mana cakap?
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Setiawan mana?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Di ceramah politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tidak nampak kawasan Sitiawan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, kita tengok umpamanya, saya setuju apa Yang Berhormat Rembau cakap berhubung dengan Bar Council. Mereka lebih berminat untuk isu-isu politik. Isu-isu soal hendak menjatuhkan kerajaan. Janganlah tipu kita. Seperti orang kata, ‘terkilas ikan di air, kita tahu mana jantan mana betinanya’.
Matlamatnya kita tahu, dengan izin, I wouldn’t be surprised if the President of Bar Council will contest the election under one of the opposition parties. Ya, tidak salah tetapi itu sudah menunjukkan bahawa perjuangan Bar Council itu bukan untuk meningkatkan kualiti guaman. Kualiti guaman penting kalau dia hendak membela masyarakat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan guaman. Jadi, ini apa ada usaha daripada pihak kepimpinan atau leadership Bar Council. Saya ada ramai juga kawan-kawan lawyer Yang Berhormat Menteri. Mereka sendiri tidak puas hati.
Mereka kata, “Kenapa ini, kami terpaksa jadi ahli Bar Council?” It’s something like mandatory? Automatic you have no choice, but to be a member of the Bar Council. Kalau tidak jadi member of the Bar Council, tidak boleh hendak praktis. Apa ini? Kemudian banyak perkara yang Bar Council buat bukan menjaga kepentingan members. Mereka tidak bersetuju. Itu sebab apabila Bar Council mesyuarat agung, tidak sampai pun satu per tiga yang pergi menghadiri mesyuarat. Ini some of the top lawyers. They come and talk to me.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, apabila kerajaan menggubal, membawa kepada liberalisasi ini, adakah kita hanya fokus kepada soal untung rugi, hendak membela, lawyer kononnya terma kecil, tidak boleh hendak bersaing saya pun hairan juga pembangkang ini dahulu jika bercerita affirmative action for the bumis. Oh, tidak boleh! Must fight on equal term, level playing field you know, on merit, bukan main lagi tidak boleh, tender secara..., tidak boleh mesti open tender, let the best man win, huh! When come to this topic, tajuk yang macam ini tidak ada pula prinsip-prinsip itu hendak ditegakkan, kenapa, why double standard? Because Bar Council is your friend, Bar Council is your alliances, that’s why you are protecting, dengan izin, I am sorry. Saya berharap Yang Berhormat Menteri tetap dengan pendiriannya...
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Pengerusi SPR, ahli UMNO tidak bising pun.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Macam mana?
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Pengerusi SPR, ahli UMNO tidak bising pun.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada semua yang telah pun mencelah tadi. Menurut Bank Negara Tuan Yang di-Pertua, pasaran antarabangsa telah pun menunjukkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan iaitu lebih daripada 70% daripada this Islamic Finance yang telah pun dikatakan tadi iaitu anggaran dalam USD100 bilion. Jadi dengan pindaan kepada Akta Profesion Undang- undang ini kita tidak lah menafikan ia akan membawa dan akan juga memperkukuhkan lagi posisi kewangan Malaysia sebagai satu hab kewangan Islam antarabangsa di rantau ini.
Selain daripada itu, the transfer of knowledge dan juga transfer of technology, dengan izin ada juga...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri cost benefit analysis buat tidak?
Datuk Liew Vui Keong
Apa dia?
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Cost and benefit analysis.
Datuk Liew Vui Keong
Buat setakat ini, nanti saya akan jelaskan mengenai isu- isu yang telah pun saya rasa akan memberikan pandangan yang lebih jelas kepada Ahli Yang Berhormat mengenai permitted practice area yang saya rasa akan dapat memperjelaskan beberapa doubts yang diberikan kepada Ahli Yang Berhormat ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permitted practice area ini akan diperuntukkan melalui kaedah-kaedah yang akan dibuat di bawah kuasa yang diperuntukkan di dalam cadangan seksyen 40O, Akta 166 ini. Oleh itu buat masa ini, Majlis Peguam tidak bersetuju dengan cadangan bagi membenarkan peguam asing untuk beramal di dalam banyak perkara termasuk perkara-perkara jenayah kerana memandangkan terdapat kepakaran di kalangan peguam tempatan di dalam bidang ini.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, peguam asing juga tidak dibenarkan mengendalikan ataupun memberikan perkhidmatan guaman dalam perkara yang melibatkan isu seperti perlembagaan, commencing ataupun hartanah, pemindahan hak milik tanah, family law’s, succession law dengan izin wasiat, include succession and prohibit administration, dengan izin dan mungkin akan melibatkan trust law di mana the Seth’s law…, dengan izin, this an individual adalah seorang.
Dalam isu literal banking dan juga registration of patent and trademark. Ada juga prosiding yang tertentu di mana peguam asing itu akan tidak dibenarkan melibatkan diri termasuk prosiding ataupun hearing dalam quasi-judicial ataupun regulatory body, authority or tribunal di dalam negara ini. Jadi ini telah pun dipersetujui oleh pihak Majlis Peguam dan mereka yang mendapat memastikan bahawa pengamal-pengamal guaman di sini dapat terus berkhidmat tanpa keluhan daripada pihak peguam asing ini.
Jadi saya ingin beralih kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau tadi berkenaan dengan master plan ataupun blueprint serta pelaksanaan liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan melalui rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini untuk makluman Yang Berhormat, telah pun memberikan kuasa kepada Majlis Peguam untuk mengeluarkan lesen kepada peguam-peguam asing dan juga firma guaman asing yang berkelayakan. Jadi terdapat syarat-syarat yang tertentu dalam kaedah- kaedah ataupun peraturan-peraturan yang akan diluluskan selepas kelulusan pindaan akta ini. Jadi syarat-syarat khusus yang akan menerangkan hala tuju dan juga pelaksanaan liberalisasi.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya tadi, apa Bar Council akan mengeluarkan lesen? Macam mana boleh bagi kuasa kepada Bar Council? Ini bahaya ini. We know already Bar Council is cannot be trusted!...
Datuk Liew Vui Keong
Tidak begitu Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
How can you give them the power to issue the license, dengan izin.
Datuk Liew Vui Keong
Yang Berhormat Pasir Salak, mengenai permohonan seperti lesen perkongsian antarabangsa dan juga lesen-lesen yang tertentu di bawah rang undang-undang ini, pihak Bar Council mesti mengadakan persetujuan dengan pihak Peguam Negara. Di sini kita ada selection committee di mana lesen tersebut akan diberikan apabila condition tertentu telah pun ditemui seperti foreign law firm adalah satu law firm yang mempunyai reputasi yang baik, yang tidak subject to any proceeding disciplinary di mana-mana bidang kuasa dan tidak pernah dihadapkan mengenai disciplinary action tersebut dan tidak terlibat dalam apa-apa criminal ataupun civil proceeding.
Selain daripada itu, mereka juga mesti menunjukkan bahawa mereka mempunyai experience, pengalaman ataupun kepakaran yang relevan dalam permitted practice area yang telah pun disebutkan tadi. Jadi selain daripada itu banyak safeguard yang telah pun ditentukan dalam rang undang-undang ini, jadi kita tidak perlu khuatir bahawa sekiranya wujud kerisauan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Selain daripada itu Majlis Peguam juga telah menyediakan pelan hala tuju yang menetapkan struktur ekuiti dan juga pembahagian di antara peguam asing dan juga peguam tempatan. Walau bagaimanapun, pelan hala tuju ini adalah tertakluk kepada pertimbangan yang selanjutnya selepas liberalisasi ini telah pun dilaksanakan. Kaedah-
Datuk Liew Vui Keong
kaedah dan juga peraturan-peraturan yang diluluskan kelak akan dipaparkan secara telus antara lain di dalam laman sesawang, website Majlis Peguam.
Jadi isu berkenaan dengan syarat-syarat dan juga kriteria-kriteria bagi perkongsian antarabangsa yang saya sebutkan tadi adalah seperti pegangan ekuiti dan juga local present yang akan dikenakan. Dalam perkongsian antarabangsa, syarat-syarat seperti local present iaitu jumlah minimum peguam yang perlu ada dalam perkongsian antarabangsa dan juga pegangan ekuiti turut diperuntukkan oleh Majlis Peguam. Walau bagaimanapun peratusan pegangan ekuiti ini akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan, the selection committee.
Datuk Liew Vui Keong
Tujuan utama syarat-syarat ini adalah bagi memastikan peguam tempatan dapat mempelajari seperti yang saya katakan tadi dan juga memperoleh kepakaran daripada peguam-peguam asing tersebut. Jadi, syarat-syarat ini akan diperincikan di dalam kaedah- kaedah dan juga peraturan-peraturan yang akan digubal selepas rang undang-undang ini diluluskan. Saya juga ingin menjelaskan sedikit mengenai local present ini yang mana telah pun dicadangkan bahawa peguam asing ini ada senior partner, yang ingin datang ke negara kita ini perlu berada di negara kita ini selama 182 hari. That is 182 days dalam setahun. Not in one go tetapi dalam setahun dia perlu berada di negara ini selama 182 hari iaitu lebih kurang enam bulan. So, ini untuk menentukan bahawa bukan junior partner yang datang daripada firma-firma dari luar negara ini...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Akan tetapi kepada senior partner. Jadi, ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Silakan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sedikit sahaja Yang Berhormat. Saya ada membangkitkan semalam mengenai dengan peguam asing yang hendak practice di negara ini, kerana peguam tempatan sebelum dia dapat practice, call to the Bar, dia perlu dapat kelulusan lulus dalam bahasa Melayu di peringkat SPM. Ini undang-undang. Jadi, bagaimana perkara ini kalau peguam-peguam asing ini yang tidak ada kelulusan, tidak fasih dan tidak faham bahasa kebangsaan. Jadi, saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat dalam hal ini. Saya ada bangkitkan dalam perbahasan. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Syarat untuk kemasukan sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya dan juga Sabah dan Sarawak, memerlukan bahawa pemohon itu telah pun lulus bahasa Malaysia di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya. Jadi, peruntukan ini hanya tertakluk pada mereka yang ingin practice di dalam Mahkamah Tinggi Malaya dan juga Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Bagi mereka peguam yang daripada asing ini, saya rasa sekiranya mereka seperti yang saya katakan tadi, permitted practice area itu yang saya katakan telah pun menghalang mereka untuk melibatkan diri dalam prosiding- prosiding tertentu dalam mahkamah.
Sekiranya terdapat peguam asing yang telah pun digaji oleh seorang individu ataupun sesebuah firma untuk mengendalikan sesuatu kes, jadi peguam asing itu perlu memohon secara ad hoc kepada Mahkamah Tinggi dan untuk mengendalikan kes-kes tertentu sahaja. Jadi, apabila kemasukan itu ditimbangkan, isu mengenai bahasa itu saya rasa tidak akan menjadi satu kriteria bagi peguam asing yang memohon secara ad hoc.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, betul. Saya hanya sekadar untuk mendapatkan keyakinan kerana prosiding dan mahkamah, ia merupakan satu urusan kerajaan. Kalau kita rujuk pada perlembagaan di bawah fasal 152, fasal 151, segala urusan kerajaan mesti dijalankan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jadi, timbul pertentangan, percanggahan ini. Saya pun tidak berapa jelas tetapi inilah kekeliruan yang selalu timbul yang perlu pihak kerajaan meneliti, memperhalus untuk hendak buat sesuatu supaya tidak ditertawakan oleh pihak orang ramai. Ini kerana kita buat perkara ini, ada perlembagaan kita langgar. Kita tidak ikut dan kita katakan ini terkecuali dan sebagainya. Ini tidak betul Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan mengenai seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan yang mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah ini. Akan tetapi demi keadilan pihak-pihak yang terlibat termasuk juga peguam dan anak guaman mereka boleh
Datuk Liew Vui Keong
memohon kepada mahkamah. Hakim yang preceding pada masa itu untuk menggunakan bahasa Inggeris. Jadi terdapat juga Pekeliling Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bilangan 12/1981 dan 13/1981 yang berkaitan tetapi hakim boleh membenarkan permohonan untuk menggunakan bahasa Inggeris selain daripada bahasa kebangsaan demi keadilan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit boleh? Sedikit lagi.
Datuk Liew Vui Keong
Mengenai isu yang sama?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Isu yang sama.
Datuk Liew Vui Keong
Bahasa?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Isu bahasa Melayu.
Datuk Liew Vui Keong
Bahasa? Alright.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengatakan bahawa isu yang sebenarnya ialah tidak ada kesungguhan terutama sekali daripada penggubal dasar, pengamal termasuk saya mungkinlah. Saya pun mengamalkan undang-undang juga. Saya hendak cakap dan ini bukan perkara yang kecil, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini akan menggambarkan berkemungkinan - sekarang profesion guaman di Malaysia mungkin sudah hampir, saya rasa kalau boleh saya ambil dari tarikh kemerdekaan, 50 tahun. Saya ingin mengatakan di sini, kita gagal dalam membangunkan dengan izin, our own jurisprudence. Sesuatu undang-undang itu asasnya ialah jurisprudence nya itu. Saya yakin apabila ia dituturkan, digubal, dibangunkan dalam bahasa ibunda kita, banyak perkara mungkin di atas nama kebudayaan, di atas nama kearifan setempat, ia akan membangunkan satu perkara yang saya rasa yang mana boleh dibanggakan dengan izin, our own Malaysian common law. Ini kerana cara yang mudah ialah alasan-alasan yang convenient. Saya berikan contoh, “Oh! Disebabkan oleh hakim-hakim kita dilatih di England, maka tidak bolehlah menggunakan 100% bahasa Melayu”. Itu boleh diterima sebagai satu perkara yang bersifat ad hoc tetapi pada hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin kalau Yang Berhormat Menteri lihat ada usaha contohnya jurnal, saya ingat ‘hakam’, kalau tidak silap saya yang cuba dibuat di Dewan Bahasa, istilah undang-undang. Ada jawatankuasa dilantik, ada matan-matan hakim dilantik. Akan tetapi saya lihat sudah berapa lama perkara itu tidak berkembang. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya katakan di sini, kalau kita secara... humility mengaku bahawa kita satu negara yang mungkin merdekanya baru, ketamadunan kita tidak selama ketamadunan yang lain untuk membina satu jurisprudence perkara yang saya rasa agak mencabar. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya boleh katakan kita ke perpustakaan-perpustakaan terutama perpustakaan undang-undang, kita boleh tahu sejauh mana naskhah-naskhah di dalam bahasa kita.
Saya beri contoh tadi, kita berbahas pasal hak asasi manusia, gender. Bahasa Melayunya apa? Tidak akan kita hendak katakan gender. Saya pun susah hendak sebut gender dalam bahasa Melayu itu apa. Takut konotasinya lain.
[Ketawa] Gender, saya tidak tahu.
Seorang Ahli
Jantina.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jantina. Akan tetapi kalau kita belajar dalam bahasa human rights, itu bukan maksud jantina. Kalau jantina diskusi mungkin antara sex, male or female. Gender lebih pada itu lagi. Ada aspek-aspek yang lain lagi. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini saya katakan di sini, saya jaranglah bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas tetapi pada hari ini saya bersetuju pasal isu ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya isu bahasa Melayu ini komitmen ada tetapi daripada segi susulan untuk memastikan perkara itu berlaku, tidak bersungguh- sungguh.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Pada hari ini saya lihat di Dewan yang mulia ini, Institut Terjemahan Negara dapat bantuan dan saya lihat ada perkembangan yang baik, bagus. Banyak naskhah, buku-buku falsafah yang bagus-bagus diterjemahkan. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengusulkan perkara ini kerana saya beri contoh, di Indonesia, rata-rata peguam- peguam dari Amerika kah, dari England kah, dari Australia kah, rata-rata, tidak semua mungkin, kebanyakan mampu bertutur dalam bahasa Indonesia dengan baik. Sehinggakan, kebetulan saya di Universitas Indonesia, pertukaran pelajar dahulu, ketika di Persatuan Undang-undang ASEAN. Ketika itu kami pelajar tersangat bercita-cita tinggi bagaimana rantau ini hendak dibina sehinggakan Singapura, Malaysia, common law. Indonesia, sivil dengan pengaruh Belanda. Thailand dan sebagainya dengan pengaruh civil law dan sebagainya. Akan tetapi rantau ini hendak dibina dengan satu ASEAN Community 2015. Bagaimana perkara-perkara yang berbeza ini dapat mengharmonikan kita? Ketika itu ada agenda di peringkat kami ketika itu.
Akan tetapi saya lihat, mesti ada satu perkara yang dibangunkan secara harmoni.
Saya cadangkan Malaysia terutama sekali dengan ada contoh-contoh yang baik semalam saya bahaskan, harta sepencarian. Itu bukan kita ambil daripada English common law. Perbankan Islam dan saya yakin kebanyakan secara jurisprudence nya datang daripada muamalat Islam. Saya katakan perkara ini kita tidak akan jumpa di dalam bahasa Inggeris, tidak banyak.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya rasa Yang Berhormat Menteri dari segi dasarnya saya hendak cadangkan bahawa perlu dan tidak boleh dilonggarkan langsung kepada peguam-peguam yang luar ini tidak ada usaha, inisiatif untuk mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Malaysia.
Sejauh mana ianya tahap satu, tahap dua, tahap tiga saya rasa itu kita bincang. Akan tetapi kalau tidak ada keperluan langsung, secara longgar langsung saya rasa itu tidak akan menyumbang kepada jurisprudent dan apatah lagi ketamadunan perundangan kita pada masa akan datang. Itu sahaja.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat saya hendak sambung sedikit sahaja. Yang Berhormat Balik Pulau. Saya pun sama juga. Selalu banyak bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau, yang ini pun saya setuju dengan beliau.
Jadi Yang Berhormat saya hendak sebut saya tidak sedap dengar itu sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung perlembagaan, mendaulat bahasa kebangsaan bila disebut kita terpaksa peguam asing guna bahasa Inggeris contohnya dalam mahkamah untuk keadilan seolah-olah bahasa Inggeris sahajalah yang boleh menentukan keadilan.
I don’t think itu satu perkara yang tepat sebab kita tengok perbicaraan di mahkamah Jepun, di Jerman mereka menggunakan bahasa ibunda dan di dalam bidang undang-undang bukan banyak sangat teknikal, sains dan dalam bidang-bidang lain lagi susah. Akan tetapi dalam bidang perundangan tidak banyak sudah. Seperti gender yang disebut itu perkara kecil sahaja, tetapi mestilah ada kesungguhan tadi. Jadi sepatutnya kita boleh benarkan tetapi sebelum mereka. Sekarang ini kita lulus undang-undang ini dunia akan tahu, peguam asing boleh datang ke Malaysia tetapi dalam jarak tempoh kalau mereka hendak datang mengamal di sini mereka kena ada lulus peperiksaan simple perundangan bahasa Melayu, enam bulankah dia kena ambil certificate. Peperiksaan khas yang mudah-mudah sedikitlah sekurang-kurangnya dia tahu hormat bahasa kebangsaan negara Malaysia ini. Jadi ini bukan negeri Amerika, ini bukan negeri Eropah, apa pun kepentingan identiti sebuah negara mesti dipertahankan. Sekian, terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Saya setujulah dengan fakta Yang Berhormat Pasir Mas mengenai kenyataannya bahawa bahasa Inggeris ini bukanlah satu bahasa yang dapat menentukan keadilan. Saya setuju bahawa dalam negara-negara yang lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris telah pun mendapat keadilan melalui bahasa mereka masing-masing. Jadi demi keadilan ini dalam konteks yang saya sebutkan tadi ialah kepada mereka di mahkamah negara ini yang tidak berapa fasih dalam, yang lebih dapat faham sesuatu perkara dalam bahasa Inggeris. Jadi kita kena berikan peluang kepada mereka untuk memahami apa yang telah pun berlaku dan juga berhujah dalam bahasa yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi saya berpendapat bahawa isu mengenai jurisprudent ataupun common law di negara ini saya rasa ini akan mengambil masa. I think time will be the
Datuk Liew Vui Keong
answer. Time adalah masa untuk jawapan yang telah pun dibangkit oleh pihak Yang Berhormat tadi.
Jadi saya di sini ingin beredar kepada isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Puchong mengenai kaedah-kaedah ataupun peraturan yang telah pun dibuat oleh Majlis Peguam yang perlu mendapatkan kelulusan oleh pihak Peguam Negara. Ini adalah untuk memastikan terdapatnya keseimbangan dan juga proses liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan. Ia juga selaras dengan spirit Akta 166, semangat Akta 166, yang mana kuasa membuat kaedah-kaedah, peraturan-peraturan itu yang diperuntukkan di dalam Akta 166 ini diberi kepada Majlis Peguam dengan kelulusan daripada Peguam Negara.
Seksyen 77 dan 78A, Akta 166 ialah contoh di mana kausa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan diberi kepada Majlis Peguam dengan kelulusan daripada Peguam Negara. Isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang tidak hadir juga pada hari ini, tetapi bagaimana dia telah pun bertanya mengenai polisi yang mengutamakan Malaysian law firm first, yang juga turut disentuh oleh Yang Berhormat Balik Pulau pada masa perbahasan hari kedua.
Jadi seperti mana yang telah saya nyatakan di dalam ucapan pembentangan saya, kerajaan bersetuju dan ada menyarankan supaya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan iaitu government-linked companies dengan izin, dan badan berkanun menggunakan atau mengutamakan khidmat firma guaman tempatan sebelum mendapatkan khidmat peguam asing. Dalam hal ini khidmat peguam asing akan digunakan di mana tidak ada kepakaran tertentu di kalangan peguam tempatan.
Isu berkenaan sektor perkhidmatan perundangan di Singapura juga dibangkit dan kerajaan mengambil maklum akan hal perkara ini dan sememangnya telah membincangkan dengan Majlis Peguam dan rang undang-undang ini telah digubal dengan mengambil kira perkara-perkara ini. Kerajaan berharap bahawa rang undang-undang ini akan menjadi satu platform yang positif terhadap sektor perkhidmatan perundangan. Walau bagaimanapun, kesan sepenuhnya daripada liberalisasi sektor ini hanya akan diketahui selepas rang undang-undang ini dilaksanakan sepenuhnya...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ya. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai kepakaran peguam-peguam dari luar negara. Adakah apa-apa langkah akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan seperti sama dalam industri-industri lain di mana sesuatu kepakaran itu transfer of expertise, dengan izin, akan dilakukan. Macam mana kita boleh buat pemantauan bahawa seseorang peguam asing itu dalam amalan di Malaysia jika dibenarkan akan tunjuk ajar dan latih peguam-peguam tempatan untuk mengambil tahu dan belajar kepakaran itu. It there any safeguards, dengan izin, untuk transfer of expertise, kalau tidak mereka datang sini mereka mengaut keuntungan yang besar dan peguam-peguam tempatan tidak terlatih. Sama seperti bola sepak dahulu, kita bawa imported player, they make their money and then they went back, so our standard still…, or in fact get lower. Jadi apakah cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Intan. Saya telah pun katakan tadi mengenai they did mengadakan local present di mana peguam- peguam asing ini iaitu senior partner mereka kena berada di negara ini selama 182 hari dalam setahun. Ini kita harap dapat memastikan bahawa mereka akan dapat menggunakan masa itu dalam negara ini selain daripada menjalankan business mereka tetapi juga dapat memberikan kepakaran dan juga dari segi pengetahuan dan teknologi kepada peguam- peguam tempatan. Selain daripada itu mereka juga kena mengadakan perkongsian dengan peguam tempatan dan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan mereka dan saya yakin seperti yang berlaku di negara seperti Singapura di mana kita mendapati bahawa kepakaran itu transfer of technology and knowledge telahpun memberikan manfaat kepada perkhidmatan guaman tempatan di situ.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Jadi isu berkenaan yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Tangga Batu...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri isu yang sama, sedikit sahaja. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh perjelaskan semalam saya ada minta dalam hujahan saya ialah saya yakin reaksi kerajaan untuk mengesyorkan ini disebabkan satu dinamik ataupun permintaan yang ada. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau secara terbuka namakan antara firma guaman yang sudah ada menyatakan hasrat kerana kita boleh menilai secara objektif.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Contohnya kalau yang dikatakan perbankan Islam, bukan semua firma guaman di dunia ada kepakaran perbankan Islam, contohnya. Setakat mungkin Menteri boleh katakan Dewan ini sebagai contoh nama firma guaman tersebut kalau boleh dikatakan.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Saya difahamkan memang ada dan saya akan dapatkan nama-nama yang telah pun diminta oleh Yang Berhormat kemudian daripada pegawai saya di belakang ini.
Jadi di sini saya ingin membangkitkan isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Balik Pulau mengenai peguam-peguam Semenanjung yang sama ada boleh beramal di Sabah dan Sarawak. Seterusnya mengenai tahap yang sesuai untuk kita menerima masuk peguam-peguam yang memandangkan prinsip national treatment perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau masih belum dimajukan kepada peguam di Semenanjung oleh Sabah dan Sarawak.
Jadi peguam Semenanjung daripada segi undang-undang boleh beramal di Sabah dan Sarawak tetapi tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada di bawah iaitu Akta Profesion Undang-undang 1976 dan kedua Advocates Ordinance of Sabah yang terpakai kepada peguam-peguam yang ingin diterima masuk di Sabah. Juga Advocates Ordinance of Sarawak kepada peguam-peguam di Semenanjung yang ingin di terima masuk di negeri Sarawak.
Mereka perlu membuat permohonan secara ad hoc di mana mereka mesti memenuhi syarat-syarat yang tertentu yang terutamanya ialah isu-isu yang mesti dikendalikan oleh peguam itu di Sabah ataupun di Sarawak yang tidak dapat di kendali oleh peguam bela ataupun peguam cara di Sabah dan di Sarawak. Itu yang satu kriteria utamalah. Akan tetapi selain daripada itu, saya rasa terpulang kepada permintaan peguam tersebut melalui permohonan di mahkamah tinggi tempatan di Sabah dan Sarawak...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri.
Datuk Liew Vui Keong
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit sahaja penjelasan lanjut. Menteri, saya boleh memahami bahawa reaksi kenapa LPA ini perlu dipinda sebagai satu respons kepada kerangka perkembangan ekonomi dunia dan global di atas ada tuntutan WTO, GATS dan sebagainya.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, Menteri boleh terima bahawa GATS-WTO ini adalah satu rejim, satu dasar, satu yang mana wujud disebabkan oleh perkembangan- perkembangan tertentu yang menggambarkan keadaan semasa. Akan tetapi Menteri, kalau di peringkat dalaman kita tidak menggambarkan bahawa berlaku juga perkembangan- perkembangan semasa di atas nama alasan ekonomi, dan kita masih lagi mengambil pendekatan, mengambil alasan, mungkin alasannya politik.
Saya rasa sukar untuk Dewan yang mulia ini, mungkin kerajaan pada hari ini mengatakan bahawa kita mengalu-alukan teman-teman, rakan di luar di atas nama kepakaran, di atas nama dasar. Akan tetapi apabila kita mengadili ataupun menguruskan pengurusan amalan guaman di dalam negara kita, kita pasrah dengan hujah yang saya rasa saya boleh terima bahawa menyentuh ini kawan-kawan daripada Sabah dan Sarawak bahawa perkara-perkara ini adalah satu perkara yang ada latar belakang sejarahnya bukan wujud secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri maksud saya itu, saya boleh terima bahawa secara objektifnya ramai rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak sama hebat, sama bagus. Ramai juga rakan kita di Semenanjung sama hebat, sama bagus yang mana saya rasa yang akan lebih menguntungkan sektor pengurusan amalan guaman di Malaysia.
Saya rasa perkara ini kalau kerajaan hari ini telah berganjak dengan ghairah respons kepada rejim WTO dan GATS tetapi tidak punya satu komitmen untuk menunjukkan bahawa ada perkembangan juga di dalam peringkat dalaman di atas nama ekonomi ataupun di atas nama politik. Saya rasa kita masih lagi berada di belakang. Saya mohon penjelasan lanjut. Ataupun tidak ada dasar langsung untuk Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Boleh sekali, sekalilah.
Datuk Liew Vui Keong
Sekali? Bolehlah. Boleh, boleh. Isu yang sama?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya, isu yang sama.
Datuk Liew Vui Keong
Okey.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau itu tadi adalah isu yang penting.
Jawapan Menteri ini standardlah. Orang kata biasa, tidak ada yang boleh lihat ingin menganjak paradigm itu.
Oleh sebab dalam perbahasan kita tadi, oleh kerana roh ataupun spirit pindaan ini adalah untuk kita mengizinkan globalisasi, mengizinkan peguam-peguam luar negara datang ke Malaysia atas apa nama sekalipun untuk kita buka pasaran itu dalam negara kita.
Sedangkan isu yang kita bangkitkan tadi ialah isu antara kita Semenanjung dengan Sabah, Sarawak. Betul kita ada perkara 20 yang kita tidak berniat untuk menyinggung. Akan tetapi kita mengharapkan jawapan Menteri apakah salah kiranya kerajaan membuka satu platform atau buka satu suruhanjaya untuk melihat kembali tentang peruntukan itu.
Kalaulah maknanya dari segi kita hendak boleh terima dengan meminda akta ini, syarikat asing boleh datang untuk buka pasaran baru mereka dalam negara kita, kenapa isu yang melibatkan hanya dipisahkan dengan Laut China Selatan ini tidak boleh selesai daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Atlantic, Pasifik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Perkara 20 itu sensitif Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ia tidak sensitif. Itu tidak sensitif.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Akan tetapi saya sudah sebut tadi apa pun undang-undang dalam dunia ini ia dinamik. Dia tidak statik. Dia dinamik. Dia boleh berubah. Jadi saya rasa dalam nafas dan niat yang in good faith, dalam niat yang baik saya rasa dengan semangat kita meminda akta ini saya rasa apa salahnya perkara itu kita rasa ada perbincangan ke arah merealisasikan semangat bersama itu. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri, sikit-sikit Menteri.
Saya faham...
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat bagi dia Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sikit-sikit. Yang Berhormat Tumpat sikit sahaja. Saya memahami sensitif fasal 20 itu. Akan tetapi Menteri saya mengatakan kalau apabila kita mengundang rakan-rakan daripada luar untuk ke Malaysia, kita teramat kreatif atas nama joint venture, atas nama alliance, atas nama kolaborasi dan sebagainya. Sebenarnya kita respons dan juga mempertahankan hak kita.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya rasa mungkin di antara pengamal undang-undang Semenanjung dan Sabah dan Sarawak ini dalam menghormati fasal 20 itu kerana saya rasa ketika Projek Bakun dibuat, peguamnya daripada Semenanjung mewakili TNB dan sebagainya. Akan tetapi isu hartanahnya memerlukan peguam-peguam di Sarawak. Ketika itu saya rasa ada diskusi di antara satu guaman untuk merger dan sebagainya tetapi atas sebab fasal 20 tersebut.
Akan tetapi saya rasa Menteri, kalau kekreatifan Yang Berhormat Menteri, kerajaan hari ini mencadangkan joint venture, kolaborasi dan sebagainya, saya rasa kita perlu juga beri satu window, satu bukaan di dalam akta ini agar ia boleh berlaku. Pada pandangan saya, yang ingin saya cadangkan ialah the collaboration of the core competence iaitu yang akan memberi satu tenaga baru kepada pengamal undang-undang yang mana kita mendapat yang the best daripada Sabah dan Sarawak dan the best daripada Semenanjung untuk menguntungkan apa-apa sahaja agenda ekonomi di Malaysia.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat ‘Rantau Panjang’ ya.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Saya point sama..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Eh, Yang Berhormat ‘Rantau Panjang’. Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Seperti Yang Berhormat Balik Pulau tadi.
Konsep utamanya dalam penghujahan keseluruhan pindaan ini ialah liberalisasi. Jadi oleh sebab itu, kenapa liberalisasi itu dengan antarabangsa sebelum domestik liberalisasi dilaksanakan.
Keduanya ekoran daripada itu Yang Berhormat Pasir Salak, ekoran daripada itu pengertian kita nampaknya dalam seluruh pindaan ini walaupun disebut Malaysian Malaysia, kita hanya membuka liberalisasi antarabangsa ini pada Semenanjung Malaysia sahaja. Ini bererti bahawa jurang selepas rang undang-undang ini jadi undang-undang antara Semenanjung dan Sabah menjadi lebih luas. Oleh kerana kita sekarang ini pun Sabah dan Sarawak tidak mahu buka kepada peguam Semenanjung. Semenanjung sekarang ini buka kepada seluruh dunia.
Jadi lagi luas dan jauh dan lagi terpisahlah Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia ekoran daripada perubahan yang kita hendak pinda daripada rang undang-undang ini. Jadi apa pandangan?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih. Ini mengenai dia sebut mengenai Sabah saya mesti bagi pandanganlah.
Saya mendengar rakan saya daripada Balik Pulau dan Tumpat dan juga Kubang Kerian. Saya kira soalan itu jangan ditujukan kepada Menteri sebab harus ditujukan kepada Ketua Pembangkang. Setiap minggu beliau ada di Sabah mengatakan bahawa beliau akan mengiktiraf dan juga memperkasakan Malaysian Agreement, 20 perkara dan semua yang disebut, oleh yang diminta oleh Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini sudah satu percanggahan dasar di kalangan parti pembangkang. Mana satu yang betul? Sementara Ketua Pembangkang meminta segala semangat perkara 20 dalam penubuhan Malaysia itu harus disanjung, kita mendengar tiga orang daripada Ahli Parlimen pembangkang minta supaya perkara itu dipertimbangkan. Eh, mana satu ini Yang Berhormat? Jangan kelirukan rakyat Sabah.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya kira ini harus diingat. Itu sebabnya saya katakan tadi, kena tanya kepada Ketua Pembangkang, bukan kepada Menteri.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey, tapi ini saya mohon sedikit masa. Yang Berhormat Menteri, apabila kita terima GATS dan sebagainya, adakah kita mengandaikan kesemua sovereignty, kedaulatan, sistem perundangan dan sebagainya
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
itu telah tergadai? Dalam GATS itu juga ada dia punya diplomasi, susur galur negotiation itu. Apa yang dicadangkan di sini bukan digadaikan fasal 20 itu, tetapi lebih kepada ke arah keusahawanannya itu, the collabaration itu, entrepreneurshipnya itu, dari segi kerjasama keusahawanannya itu. Dan saya mengatakan di sini, itu boleh dilakukan atas nama joint venture dan sebagainya. Kita buat banyak perkara atas nama privatization dan sebagainya yang telah berlaku. Ada FELDA di sana dan itu di atas kreatif tanpa menyentuh perkara- perkara sensitif. Apa yang kita katakan di sini, apakah mungkin di peringkat dalaman, adakah ia menjurus ke arah itu ataupun ia masih lagi berada di tahap yang lama kerana tuntutan-tuntutan semasa lebih mengandaikan kolaborasi di antara amalan guaman di Semenanjung dan Sabah, Sarawak lebih banyak menguntungkan daripada kita mempertahankan keadaan status quo. Akan tetapi itu bukan bermaksud kita mesti menggadaikan fasal 20. Itu yang saya maksudkan dan yang telah disalah ertikan oleh kawan saya dari Kota Belud.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada semua mengenai isu ini. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya pun dengar keliru juga dengan semua ini, Yang Berhormat.
Datuk Liew Vui Keong
Betul juga. Akan tetapi untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat mengenai isu ini, saya dapat maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Jabatan Peguam Negara dan juga Majlis Peguam Malaysia sememangnya mengadakan perbincangan berterusan dengan Sabah Law Association dan juga the Sarawak Law Association untuk meneruskan amalan undang-undang bagi Malaysia secara keseluruhannya. Jadi adalah diharapkan bahawa perbincangan tersebut akan mencapai suatu outcome yang positif yang akan mendatangkan win-win situation kepada semua pihak.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa kedua-dua persatuan ini sememangnya tegas dan juga memegang teguh dengan pendirian mereka bahawa mereka pada masa kini belum lagi bersedia untuk membuka pintu kepada luar untuk mengadakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, pokoknya Yang Berhormat, terpulanglah kepada Advocates’ Association of Sarawak dan Sabah untuk menggerakkan permulaan itu. Kerajaan saya ingat tidak terlibat dengan soalan sama ada kita hendak disatukan, apa sahaja perundangan di sini dipanjangkan, hanya terletak di bahu persatuan – Bar Council juga dipanggil di sana bukan? Di Sarawak dan Sabah.
Datuk Liew Vui Keong
Sabah Advocate Association..
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya tahu secara peribadi Yang Berhormat, kerajaan tidak ada di negeri Sarawak objection kepada itu. Terpulang kepada Advocates’ Association of Sarawak buat keputusan, kerajaan akan mengikut sama.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih. Terima kasih atas maklumat daripada Tuan Yang di-Pertua.
Jadi berkenaan dengan isu sama ada rang undang-undang ini akan membukakan suatu flood gate kesan daripada kemasukan peguam asing dan juga apakah faedahnya rang undang-undang ini kepada peguam tempatan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk menarik peguam asing yang mempunyai kepakaran yang khusus yang tidak terdapat di kalangan peguam tempatan. Jadi kerajaan telah berbincang dengan Majlis Peguam berkenaan kepentingan peguam tempatan dan juga sama ada mereka akan terjejas kesan daripada rang undang-undang ini.
Jadi untuk makluman semua, akan terdapat kekangan dari segi bidang amalan yang dibenarkan, pegangan ekuiti dan juga kehendak untuk local present. Jadi syarat- syarat khusus dalam pelaksanaan rang undang-undang ini, seperti saya katakan, akan diperincikan lagi melalui kaedah-kaedah dan juga peraturan-peraturan yang akan dibuat oleh Majlis Peguam selepas rang undang-undang ini diluluskan.
Datuk Liew Vui Keong
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching di mana dia telah pun menyentuh isu mengenai bidang kuasa mahkamah dan juga mengatakan bahawa wujudnya isu yang mana mahkamah di Sabah dan Sarawak telah pun dicerobohi dengan pemfailan writ of summon, saman oleh bank-bank kepada mereka yang menggunakan kad kredit.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, daripada segi undang- undang, apabila sebuah bank mengisukan sesuatu kad kredit kepada pengguna di Kuching ataupun di mana-mana tempat dan selepas itu memfailkan tuntutan di Kuala Lumpur terhadap pengguna yang telah pun memungkiri janji, ini semua terpulang di manakah the cause of action dengan izin, kuasa tindakan berlaku. Jadi sekiranya perjanjian itu telah pun ditandatangani di Kuala Lumpur, jadi daripada segi undang-undang mungkin kuasa tindakan itu berasal ataupun arouse di Kuala Lumpur dan tuntutan itu kena difailkan di Kuala Lumpur dan bukan di Kuching. Ini semua terpulang kepada pihak peguam yang membela defendan-defendan tertentu untuk membela mereka.
Jadi sebagai seorang pengamal guaman, saya rasa Yang Berhormat Bandar Kuching sedia faham bahawa sebelum memfailkan satu writ of summon untuk menuntut sebarang kemungkiran perjanjian, defendan itu kenalah menentukan di manakah cause of action itu bermula. Jadi sekiranya bermula di Kuala Lumpur, dia akan memfailkan tuntutan itu di Kuala Lumpur. Jadi tidaklah ada satu agenda yang kena menyeru defendan pergi ke Kuala Lumpur dan bukanlah satu cara untuk mencampuri bidang kuasa mahkamah di Sabah dan juga Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja isu-isu dan juga soalan-soalan yang saya sempat menjawab. Sekiranya terdapat isu yang saya tidak sempat menjawab, saya akan memberikan jawapan secara penulisan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Liew Vui Keong
Saya rasa itu sahajalah. Kita ada cukup masa kerana ada rang undang-undang lain lagi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya guna peraturan mesyuarat.
Datuk Liew Vui Keong
Ya, silakan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan Mesyuarat 36(12) Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memperjelaskan kedudukan yang sebenarnya berkenaan penubuhan Akademik Undang-undang. Ini kerana saya rasa kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan penubuhan Akademi Undang- undang itu adalah mengelirukan. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua.
Semasa ucapan penangguhan pada hari Isnin oleh Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan bahawa dengan izin, muka surat 146, “Cadangan penubuhan akademi ini telah dipersetujui lebih 10 tahun yang lalu oleh Majlis Peguam Malaysia pada masa itu”. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mengulangi menyatakan bahawa Akademi Undang-undang yang dipersetujui oleh Majlis Peguam sebelum ini.
Maaf ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab saya telah membuat sedikit penyelidikan dan mendapati kenyataan Yang Berhormat tersebut mengelirukan, sebab pada ketika itu pada tahun 2002, ada satu EGM diadakan oleh Majlis Peguam membantah Rang Undang-undang Akademi tersebut. Sekarang, Bar Council sekarang membuat kenyataan membantah penubuhan Akademi Undang-undang ini.
Jadi saya harap Yang Berhormat boleh membetulkan kenyataan Yang Berhormat yang menyatakan bahawa Majlis Peguam bersetuju dengan penubuhan Akademi Undang- undang sebab ada satu EGM diadakan pada 31 Mei menurut laporan yang saya baca tahun 2002 EGM dicadangkan dan diluluskan untuk membantah Rang Undang-undang Akademi Undang-undang tersebut. Jadi, saya rasa Yang Berhormat harus perbetulkan kenyataan tersebut.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya telah pun membuat kenyataan dalam teks ucapan penangguhan pada hari Isnin, itulah pendirian
Datuk Liew Vui Keong
saya, pendirian kerajaan dan saya tidak akan mengurangkan ataupun menggugurkan apa yang telah tercatat dalam teks ucapan saya pada tempoh hari itu. Sekian, terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, kalau sedemikian kenyataan Yang Berhormat telah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Liew Vui Keong
Bagaimana?... Setakat ini kita tidak...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya jelas. Saya baca kenyataannya dalam laman web.
Datuk Liew Vui Keong
Buat usullah, saya sentiasa bersedia.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, ia mengatakan Majlis Peguam pada masa tersebut membantah melalui EGM, resolusi EGM terhadap akademi rang undang-undang tersebut. Siapa mahu jadi tikus, keluar. Perkara ini begitu serius, Yang Berhormat boleh main-main dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh buat satu keputusan berkenaan perkara ini dan saya boleh serahkan kenyataannya laporan yang saya dapat daripada laman web tersebut.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil serius. Tidak boleh sekadar menyatakan bahawa Majlis Peguam 2002 sudah setuju dengan penubuhan Akademi Undang-undang Jadi, betulkan maklumat dan jangan mengelirukan Dewan yang mulia ini. Saya sudi tarik balik kalau saya silap, saya akan tunjukkan maklumat kepada Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat silap, Yang Berhormat kena betulkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak ada keputusan yang hendak dibuat oleh kerana kalau kerajaan kata hendak tubuhkan akademi, saya hendak tengok dia punya undang-undang ditable di sini untuk membolehkan kerajaan menubuhkan akademi. Sebelum sampai ke peringkat itu, maknanya belum ada keputusan yang dibuat Yang Berhormat. Jadi, ini dikatakan Lord Denning pada 1972 dalam Blackburn case apabila seseorang membawa perkara kemasukan British kepada EU pada ketika itu dan sebelum pun British bersetuju membuat tetapi sudah dirancang dan difikirkan dan disebut di dalam Parlimen dan di mana- mana tetapi jawapan oleh Lord Denning pada ketika itu mengatakan ini premature untuk buat keputusan politik ini pada masa ini.
Jadi, dengan itu saya tidak ada jawapan Yang Berhormat. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 21 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Ringkas sahaja iaitu muka surat 3, fasal 4, di bawah itu 40B(1), “...tiada suatu firma guaman asing pun boleh menjalankan amalan di Malaysia melainkan jika ianya dilesenkan di bawah bahagian ini”. Oleh kerana kita mempunyai tiga majlis guaman iaitu Bar Council Malaysia, Majlis Peguam Malaysia yang
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
bertanggungjawab untuk Semenanjung Malaysia, selepas itu ada Majlis Peguam tersendiri untuk Sabah dan satu lagi Majlis Peguam tersendiri untuk Sarawak. Jadi, saya ingin penjelasan sama ada istilah amalan di Malaysia itu tepat ataupun sepatutnya amalan di Semenanjung Malaysia sebab rang undang-undang ini hanya membolehkan mereka, kalau mengikut peraturan ini pun, praktis di Semenanjung Malaysia, bukan di Sabah dan Sarawak kerana mengikut Yang Berhormat Kota Belud, kita mesti mempertahankan Sabah dan Sarawak dan sebagainya daripada...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta maaf. Itu kata Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan saya.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Kalau Yang Berhormat Kota Belud kerajaan, kita boleh bincang cepat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh bagaimana hendak memperbetulkan itu tetapi Yang Berhormat Kota Belud bukan kerajaan. Nombor plat ‘15’ pun tidak dapat, itu pandangan saya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Nombor ‘3’.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Nombor ‘3’.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam perbahasan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak, saya masih lagi ingat bahawa kecenderungan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah untuk melakukan liberalisasi bidang penguatkuasaan perundangan ini dalam pendekatan, dengan izin, a restrain liberalization.
Jadi, di sana saya dapati ada tiga kaedah ataupun modus operandi, perkongsian antarabangsa, penggunaan perkhidmatan guaman asing oleh firma guaman Malaysia dan juga apa yang dikatakan di sini sebagai firma guaman asing berkelayakan.
Jadi, apakah dapat kiranya untuk kita benar-benar laksanakan maksud dan harapan perbahasan yang kita lalui dalam peringkat dasar tadi untuk dirangka satu pembukaan dan liberalisasi yang bentuknya itu atau kaedahnya itu, modus operandinya, sifatnya restrain supaya tidaklah penghujahan yang dibuat lebih awal tidak perlu saya ulangi, akan berlaku persaingan yang almost like on a non level playing field kerana keupayaan yang kita tahu dan kita akui belum lagi ke tahap yang sudah sama padan. Oleh kerana itu pendekatan restrain liberalization ini saya kira lebih wajar, lebih bijak dan itu merupakan kehendak sebahagian besar daripada perbahasan oleh kedua-dua MP di sebelah sini dan juga sebelah sana. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya nampak rang undang-undang ini banyak kuasa yang diberi kepada Majlis Peguam, juga tertakluk kepada kebenaran atau persetujuan Peguam Negara seperti penubuhan Selection Committee dan sebagainya tetapi apa yang saya nampak adalah kuasa yang diberi kepada Majlis Peguam dan Peguam Negara adalah kadang- kadang parallel, sama-sama mereka berkuasa.
Akan tetapi apa yang kita nampak hari ini di Dewan yang mulia ini adalah ada sesetengah Ahli Yang Berhormat mencabar Majlis Peguam mengatakan mereka tidak boleh diberikan kuasa untuk mengeluarkan sijil annual ataupun membawa masuk pakar-pakar dari luar negara. Adakah apa-apa usaha yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu Ahli-ahli Parlimen ini bahawa Akta LPA 1976 ini dibahaskan, digubal dan diluluskan di Parlimen pada tahun 1976.
Jadi, akta itu masih wujud dan ia tidak boleh dicabar. Bagaimana Ahli Parlimen yang meluluskan undang-undang itu di Dewan ini pada tahun 1976, sekarang datang ke Parlimen, cabar pula kuasa-kuasa yang sedia ada mengikut undang-undang-undang. Tadi
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Yang Berhormat Pasir Salak, kalau Yang Berhormat Kuala Krau tidak faham, tolong diam, so kita tidak boleh buat macam itu. Ahli-ahli Parlimen sendiri datang ke sini cabar kuasa Majlis Peguam. Padahal kita yang beri kuasa kepada Majlis Peguam. Sekarang Majlis Peguam adalah satu badan berkanun, it is a statutory body. Kuasa diberi kepada Majlis Peguam oleh undang-undang-undang. Jadi, macam mana kita boleh tanya sekarang, macam mana boleh bagi practicing certificate powers to Majlis Peguam? Jadi, saya rasa Menteri, you kena educated your guys over there on they are powers on the Majlis Peguam di sini yang already inherent in this act. Thank you.
Datuk Liew Vui Keong
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mengenai isu perkataan Malaysia yang wujud di akta pindaan rang undang-undang ini, kita kena lihat daripada seksyen 2, akta ibu iaitu Act 166 yang mengatakan bahawa akta ini, dengan izin, “the Legal Profession Act should apply through out Malaysia, but shall only be made applicable to Sabah and Sarawak which such modification as Yang di-Pertuan Agong may by order make, and such order shall be published in the gazette.”
Datuk Liew Vui Keong
Jadi untuk maklumat Yang Berhormat bahawa, pada saat ini Tuanku iaitu Yang di- Pertuan Agong belum lagi menyatakan apa-apa perintah mengenai this particular action, jadi untuk menyelaraskan dengan akta ibu kita kena gunakan perkataan ‘Bahasa Malaysia'.
Mengenai memberi kuasa kepada Majlis Peguam, saya rasa isu sama ada mereka akan menjejas atau tidak semua terpulang kepada sesiapa yang menduduki dan menjawat jawatan di Majlis Peguam. Jadi saya rasa itu bukanlah satu isu yang mengatakan sebuah organisasi seperti Majlis Peguam itu diberi kuasa yang lebih atau tidak. Ini kerana kita ada undang-undang untuk mengawalkan majlis tersebut. Apa yang penting sekali siapa yang menduduki di Majlis Peguam itu yang lebih penting bagi saya Tuan Yang di-Pertua. Jadi itu sahaja yang saya boleh menjawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
[Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubung dengan pendaftaran pengamal perubatan kawalan dan peraturan amalan perubatan, untuk mengadakan peruntukan- peruntukan tertentu berhubung dengan tempoh perkhidmatan dalam perkhidmatan awam selepas pendaftaran penuh sebagai seorang pengamal perubatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Akta Perubatan 1971, Akta 50 digubal, bilangan pengamal perubatan di dalam negara hanyalah sejumlah 2,426 orang berbanding melebihi 35,000 pada masa ini. Dengan pertambahan jumlah pengamal perubatan sebanyak 17 kali ganda serta pembangunan pesat dunia perubatan tentunya profesion perubatan di negara kita pun tidak dapat lari masalah yang dihadapi oleh profesion perubatan. Secara amnya tujuan rang undang-undang pindaan yang dicadangkan ini ialah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan pentadbiran Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan seterusnya
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
mempertingkatkan pendaftaran dan kawal selia profesion perubatan demi memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti dan selamat untuk rakyat.
Walaupun kebanyakan peruntukan seksyen di dalam akta tersebut masih boleh diguna pakai. Namun Akta 50 memerlukan pindaan bagi menjadikan pelaksanaannya relevan di peringkat tempatan dan mampu menghadapi saingan di persada global. Justeru setelah lebih empat dekad ia dibawa semula ke Dewan yang mulia ini untuk tujuan penambahbaikan.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 ini mengandungi 42 fasal dan sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan pindaan serta penambahbaikan ketara yang dilakukan seperti berikut.
Semasa Akta 50 ditubuhkan Majlis telah diperuntukkan kuasa untuk berfungsi sebagai perbadanan pertubuhan. Namun Akta 50 tidak menyatakan peranannya dari aspek governance seperti pengurusan sumber tenaga kerja, kewangan dan sebagainya. Ini menyukarkan Majlis mengurus aspek pentadbirannya sendiri sebagai sebuah perbadanan pertubuhan sebagaimana termaktub di dalam Akta 50. Justeru fasal-fasal 4, 6, 7 dan 8 rang undang-undang pindaan bertujuan meminda seksyen tertentu Akta 50 bagi mengukuhkan penubuhan majlis sebagai pertubuhan perbadanan. Peruntukan kuasa ini diperjelaskan dengan terperinci bagi membolehkan majlis menjalankan kuasanya sedemikian. Antara pindaan peruntukan adalah pemberian kuasa kepada majlis mengendalikan sendiri sumber tenaga kerjanya, sumber kewangan, penubuhan Kumpulan Wang Majlis Perubatan Malaysia dan sebagainya.
Dengan adanya pindaan tersebut diyakini Majlis akan dapat menjalankan fungsi dengan lebih baik dan sempurna. Bagi tujuan tersebut juga jadual pertama berkaitan dengan tatacara semasa mesyuarat majlis dan pembayaran kepada ahli Majlis dipinda sebagaimana menurut fasal 41.
Di dalam Akta 50, komposisi ahli Majlis adalah condong kepada wakil daripada institut pengajian tinggi awam di mana setiap institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan mempunyai fakulti perubatan berhak menghantar tiga wakil. Dengan bilangan sembilan buah IPTA yang ditubuhkan di bawah AUKU 1971 dan mempunyai program pengajian perubatan, jelasnya keahlian mereka sahaja daripada universiti sahaja akan mencecah 27 orang.
Fasal 5 rang undang-undang pindaan bertujuan memperkenalkan rombakan kepada komposisi majlis di mana wakil dari IPTA ditetapkan kepada sembilan orang sahaja dan ahli yang dipilih dari Semenanjung ditingkatkan dari sembilan kepada 15 orang.
Manakala ahli yang dipilih dari Sabah dan Sarawak dikekalkan masing-masing seorang.
Sebagai tambahan, Menteri diberi kuasa melantik tiga wakil dari sektor swasta. Pendekatan ini akan membolehkan wakil dari Persatuan Doktor Malaysia (MMA), Academy of Medicine Malaysia, Federation of Private Medical Practitioners Association, Association of Specialist in Private Medical Practice, Primary Care Doctors Organization Malaysia, Association of Private Health Care Malaysia dan badan bukan kerajaan lain dilantik menganggotai Majlis.
Walau bagaimanapun, ingin dijelaskan bahawa jumlah keahlian majlis masih kekal pada 33 orang. Peningkatan ahli dari Semenanjung diolah sedemikian rupa sejajar dengan jumlah pengamal perubatan berdaftar dan juga kepadatan penduduk di sektor Semenanjung. Di dalam akta sedia ada keahlian jawatankuasa kelayakan perubatan hanyalah wakil dari kalangan institut pengajian tinggi awam.
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
Fasal 10 bertujuan memberi kuasa kepada Majlis untuk mendaftar warga asing yang menamatkan pengajian perubatan di institusi tempatan bagi tujuan menjalani latihan siswazah. Ini akan dapat memangkinkan pertumbuhan institusi tempatan sebagai hub pengajian tinggi dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, Akta 50 sedia ada hanya menetapkan kemasukan atau pendaftaran pengamal perubatan berdasarkan pendidikan perubatan asas. Dalam keadaan sebegini tiada sekatan khusus dari segi undang-undang bagi membezakan antara pengamal tanpa kelayakan kepakaran dengan pengamal dengan kelayakan berkepakaran.
Pada masa ini, pendaftaran pengamal dengan kelayakan kepakaran hanya dilaksanakan dengan secara pentadbiran. Dalam keadaan sebegini, mana-mana pengamal yang
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
berdaftar dengan Majlis boleh memberi perkhidmatan sebagai pakar tanpa sekatan. Ini boleh membahayakan pesakit yang menerima perkhidmatan dari mereka yang tidak mempunyai kelayakan dan latihan yang bersesuaian dan mencukupi.
Fasal 12 Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) memperkenalkan syarat- syarat dan tatacara kemasukan pengamal berdaftar dengan kelayakan kepakaran di dalam daftar. Ini akan berupaya memastikan hanya mereka yang mempunyai kelayakan dan kemahiran sebagai pakar dibenarkan mengamalkan perkhidmatan yang dianggap berisiko dan memerlukan kelayakan dan kemahiran tertentu. Ini juga akan membantu dalam neutral recognition agreement dalam era globalisasi. Melalui Akta 50, pengamal perubatan tidak diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.
Fasal 16 bertujuan meminda seksyen 20 Akta 50 utk memperuntukkan seseorang pengamal mengadakan dan mengemukakan perlindungan tanggungan rugi profesional sebelum diberikan sijil pengamalan tahunan bagi memastikan pengamal mendapatkan perlindungan insurans.
Setiap tahun Akta 50 mewajibkan semua pengamal berdaftar dan diberikan sijil pengamalan tahunan diwartakan dengan jumlah yang mencapai 35,000 orang pada masa ini, perbelanjaan melebihi RM100,000 diperlukan setiap tahun. Ini adalah suatu pembaziran kerana maklumat sedemikian hanya dicapai oleh orang tertentu yang membelinya.
Fasal 17 bertujuan meminda seksyen 21 Akta 50 bagi menggantikan keperluan di bawah subseksyen 21(1) daripada percetakan senarai pengamal perubatan berdaftar penuh yang mempunyai sijil pengamalan tahunan di dalam warta kepada penyelenggaraan satu senarai atau senarai-senarai oleh pendaftar. Maklumat sebegini boleh diperolehi dari laman web Majlis.
Tuan Yang di-Pertua, mekanisme pengendalian aduan terhadap pengamal perubatan juga dikatakan mengambil masa yang lama dan berat sebelah. Bagi tujuan ini fasal 24 berhasrat meminda seksyen 29 Akta 50 di mana perenggan baru diperkenalkan bagi memberi kuasa kepada Majlis untuk mempunyai bidang kuasa tatatertib terhadap semua pengamal berdaftar yang berkelayakannya dengan ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang memberi anugerah serta memperkenalkan satu mekanisme bagi menambah baik tatacara pengendalian aduan atau maklumat yang diterima terhadap semua pengamal perubatan.
Fasal 25 bertujuan memperkenalkan peruntukan perintah sementara yang boleh dikenakan kepada pengamal semasa di bawah siasatan. Fasal 26 bertujuan untuk menggantikan seksyen 30 Akta 50 seksyen baru untuk memberikan Majlis skop hukuman disiplin yang lebih luas, yang merangkumi aspek rehabilitasi.
Fasal 27 bertujuan memperkenalkan seksyen baru 31 ke dalam rang undang- undang pindaan bagi membenarkan pengamal membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berbanding Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Fasal 28 bertujuan meminda seksyen 31A Akta 50 bagi memperuntukkan suatu jangka masa minimum bila mana seseorang pengamal boleh memohon supaya namanya dimasukkan semula setelah dipotong daripada daftar.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta 50, penalti tidak melebihi RM5,000 yang dikenakan bagi kesalahan tertentu adalah rendah. Fasal 30 bertujuan meminda seksyen 33 Akta 50 bagi menambah nilai penalti am sehingga mencecah RM100,000 selaras dengan keadaan semasa. Di bawah Akta 50, tempoh khidmat wajib ialah tidak kurang dari tiga tahun.
Fasal 38 bertujuan meminda seksyen 40 Akta 50 bagi mengurangkan tempoh khidmat wajib di bawah perenggan (4)(b) daripada tiga tahun sekarang kepada dua tahun.
Pindaan ini dibuat selaras dengan penambahan tempoh latihan siswazah dari dua kepada tiga tahun sejak 1 Januari 2008.
Di bawah Akta 50, permohonan perubahan tempoh khidmat wajib yang diluluskan perlu diwartakan. Fasal 40 bertujuan meminda seksyen 42 Akta 50 bagi memotong keperluan mencetak perintah di dalam warta.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan hak dan kepentingan mereka yang telah berdaftar di bawah Akta 50 tidak tergugat, fasal 42 mengandungi peruntukan kecualian dan
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai
peralihan diperkenalkan termasuk mereka yang telah berdaftar sebagai pakar sebelum ini bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepakaran tidak terjejas apabila rang undang-undang diwartakan nanti.
Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam penjelasan ini adalah pindaan berbangkit dan bersifat minor. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 ini amat diperlukan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan lagi perkhidmatan Majlis Perubatan Malaysia agar dapat terus berkembang dan sentiasa berdaya saing. Ia juga akan dapat memastikan perkhidmatan perubatan yang selamat bagi menjamin peningkatan taraf dan kualiti kehidupan rakyat di negara ini dalam usaha transformasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta meminda Akta Perubatan 1971 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat petang, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama bangun membahaskan pindaan Akta 50 iaitu Akta Perubatan 1971.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri yang telah membawa pindaan ini. Kita dapati secara keseluruhan apabila saya membaca pindaan ini tergambar di dalam pemikiran saya bahawasanya ada beberapa perkara yang menjadi pokok pindaan ini berjalan. Pertamanya, saya nampak bahawasanya pindaan ini dilakukan untuk kita melantik satu CEO kepada Majlis. Sebelum ini hanya ada Tuan Yang di-Pertua dan setiausaha tetapi dalam pindaan ini dilantik satu CEO di mana setiausaha menjadi CEO kepada majlis yang mengendalikan keseluruhan ahli-ahli majlis di bawah kendalian beliau.
Keduanya adalah tentang pertambahan ahli Majlis daripada 21 orang menjadi 33 orang. Ini merupakan salah satu daripada keperluan yang saya rasa cukup mendesak terhadap pengendalian kepada pengamal-pengamal perubatan yang mencecah 35,000 di mana 5,000 adalah terdiri daripada pakar-pakar perubatan yang memberi khidmat di dalam negara kita.
Yang ketiganya adalah tentang saya terlihat dalam satu fasal dalam pindaan ini di mana Traditional and Complementary Medicine (TCM) juga dimasukkan di dalam salah satu daripada pindaan iaitu pindaan seksyen 34 di mana ini dimasukkan di dalam pengamalan di dalam perkhidmatan yang diberikan di dalam hospital-hospital kerajaan pada ketika ini.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat kepada pindaan-pindaan yang telah dibentangkan oleh pihak Menteri yang mewakili Kementerian Kesihatan, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh dalam perbahasan ini iaitu berhubung dengan kalau dahulunya pengiktirafan institusi pendidikan kesihatan ini atau pun universiti yang mengendalikan fakulti perubatan ini diberikan kepada Majlis MMC tetapi kali ini telah diletakkan di bawah MQA iaitu berdasarkan kepada Akta MQA, Akta 679 yang diluluskan pada tahun 2007.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Maknanya, salah satu daripada kuasa yang diberikan sebelum ini kepada MMC telah dipindahkan kepada MQA. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerianlah dengan pertambahan ahli majlis daripada 21 kepada 33 kenapakah kita meletakkan di bawah MQA? Sekiranya sebelum ini sepanjang lebih daripada 30 tahun kita telah meletakkan MMC sebagai mereka yang bertanggungjawab mengiktiraf institusi yang
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
mendidik doktor-doktor ataupun ilmu perubatan ini tiba-tiba kita hendak mengubah kepada MQA. Saya inginkan penjelasan terhadap pindaan tersebut.
Keduanya tentang pengiktirafan kepada pusat-pusat yang mengendalikan ataupun mengamalkan penjagaan kesihatan. Sebenarnya di bawah siapakah pula pusat-pusat ini diletak atau dikendalikan oleh siapa, kerana kita dapati banyak di antara yang digunakan di dalam pusat-pusat ini terutamanya di dalam pusat-pusat kecantikan yang saya telah sentuh di dalam perbahasan-perbahasan yang lepas, banyak menggunakan peralatan-peralatan perubatan yang sepatutnya mereka tidak boleh mengendalikan. Disebut dalam akta perubatan ini tentang alat-alat perubatan seperti pemeriksaan tekanan darah, oftalmoskop dan juga syringe tidak boleh digunakan tetapi sekarang ini banyak pusat-pusat spa misalnya, pusat kecantikan misalnya banyak menggunakan alat-alat sebegini dan mereka ini diletakkan di bawah kendalian siapa?
Kemudian banyak juga kita dapati dalam pindaan-pindaan ini sentuh tentang mereka yang hendak mendaftar mestilah mempunyai akhlak yang baik, yang dikatakan di sini satu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak. Jadi saya ingin tahulah di manakah standard yang kita ambil untuk meletakkan bahawa mereka ini akhlak baik ataupun akhlak buruk kerana di dalam bahagian yang kedua, 3D itu satu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang. Ini bermakna undang-undang ada peraturan undang-undang tetapi dalam 3D(1)(i) tidak dikatakan ada mahkamahkah, atau mahkamah baik sivil ataupun syariah mengatakan dia itu mengalami keburukan akhlak sebelum dia boleh didaftarkan sebagai pengamal perubatan. Ini kerana kita dapati banyak dakwaan berbentuk fitnah ataupun dakwaan-dakwaan hearsay yang digambarkan yang mengatakan bahawa seseorang itu yang buruk akhlak ataupun tidak. Ini mungkin akan menjejaskan pendaftaran seseorang sebagai pakar perubatan ataupun ahli-ahli perubatan.
Begitu juga dengan apabila kita pergi kepada fasal-fasal seterusnya, saya tidak berhajat untuk menyentuh setiap-setiap fasal dalam ini. Dalam fungsi majlis juga ada disentuh dalam bahagian seksyen 4, nombor 4 iaitu bahagian (b) mengawal selia amalan perubatan. Apakah kawalan selia oleh Majlis Perubatan ini juga melibatkan mereka-mereka yang mengendalikan klinik-klinik yang kita katakan sebagai terkanun di dalam TCM ini Traditional and Complimentary Medicine ini di mana kalau sekiranya ini dimasukkan, maknanya mereka-mereka yang mengendalikan TCM ini sepatutnya juga didaftarkan di bawah seliaan Majlis Perubatan Malaysia ini. Sekiranya mereka tidak didaftarkan adakah mereka ini tidak layak untuk mengendalikan TCM di hospital- hospital kerajaan ataupun di tempat-tempat yang lain.
Kemudian majlis juga diberi kuasa untuk menyelia, mengawal selia standard amalan pengamal perubatan berdaftar. Standard manakah yang sebenarnya kita ikut sekarang ini? Dari Amerika ataupun dari UK kerana ini penting sebab kita ingin membuka pakar-pakar kita kepada mereka yang datang daripada negara luar untuk memberi khidmat kepada negara kita dan sekarang pun kita banyak melihat pakar-pakar daripada Mesir misalnya dari negara-negara Afrika misalnya. Saya pernah mendapat latihan daripada pakar dari Ghana. Ini mungkin tidak mempunyai standard amalan misalnya amalan adakah mereka ini boleh berkomunikasi dengan baik, dengan pesakit-pesakit sudah tentu mereka tidak faham dengan bahasa pesakit di sini sudah pasti mereka tidak dapat berkomunikasi atau memberikan amalan perubatan secara standard yang baik mengikut standard yang kita ada.
Kemudian berhubung dengan disebut oleh Menteri tadi berkenaan dengan perlindungan insurans. Sepatutnya semasa kita hendak mendaftar selama ini kita hanya perlu untuk membayar kos amalan pengalaman tahunan, APC - Annual Practicing Certificate tetapi sekarang kita kena di tanggungan rugi Profesional iaitu disebut oleh Menteri insurans. Jadi apakah kadar yang diperlukan ataupun dikenakan setiap kali hendak memperbaharui APC kita ataupun ia bergantung pada syarikat-syarikat yang diambil sendiri oleh pengamal-pengamal perubatan tersebut terutamanya mereka yang berada di pihak swasta bukan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.
Kemudian seterusnya apabila kita pergi kepada fasal-fasal yang lain. Berhubung dengan Jawatankuasa Kelayakan Perubatan. Ini jawatankuasa untuk menilai adakah seseorang itu layak ataupun tidak untuk diberi pendaftaran penuh, pendaftaran sementara terutamanya kepada mereka yang telah menamatkan latihan housemanship. Sememangnya sebelum ini latihan housemanship hanya setahun iaitu empat bulan surgery,
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
empat bulan medicine dan empat bulan O&G dan pada tahun tidak silap saya 1996, satu arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan tidak silap saya Doktor Abu Bakar. Kalau tidak silap saya 1996 boleh diubah di antara surgeri dengan ortopedik, medicine dengan pediatrik tetapi dia punya masa setahun juga, tetapi pada beberapa tahun lepas kita telah tambah dua tahun hingga ketiga tahun. Menteri pun ada menyebutkan tadi.
Di dalam fasal yang lama itu fasal 13 disebut jumlah tahun tersebut dalam fasal 13 Akta 1971 Bahagian II, disebut selama setahun latihan tersebut tetapi dalam pindaan yang dibuat baik sebelum ini pun tidak dinyatakan tentang lama mana latihan housemanship itu sepatutnya dijalankan oleh seseorang doktor siswazah tersebut sebelum mereka diberikan pendaftaran sementara. Daripada maklumatnya terdapat mereka yang mengalami latihan housemanship pada dua tahun yang lepas. Mereka tidak diberikan pendaftaran sementara sehinggalah mereka lepas dua tahun baru diberi pendaftaran sementara tersebut. Tidak seperti kami dahulu bila masuk sahaja latihan siswazah diberikan sijil pendaftaran sementara dan kemudian bila sudah habis diberikan sijil pendaftaran penuh. Jadi saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri berhubung dengan perkara tersebut.
Kemudian apabila kita tinjau seterusnya kepada fasal-fasal yang seterusnya tentang pakar-pakar yang datang dari luar negara. Saya ingin juga menyentuh seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Mas tentang lawyer sebelum ini iaitu tentang kelulusan bahasa Malaysia mereka untuk kita serapkan dalam perkhidmatan di dalam negara kita. Apakah ini merupakan satu keperluan yang diberikan priority yang diberikan oleh pihak kementerian ataupun mereka ini diberi khusus khas untuk mereka memberikan khidmat kepada rakyat di negara kita kerana sudah pastilah kalau kita pergi ke negara luar pun kita kena fasih dengan bahasa masyarakat di sana.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah tentang Locum Tenens iaitu mereka- mereka yang boleh berkhidmat di mana-mana sahaja klinik selepas pendaftaran. Jadi apakah mereka ini diberi keistimewaan khas untuk mendaftar dan apakah ada pengecualian tertentu yang diberikan kepada mereka ini seperti pensyarah universiti misalnya. Mereka boleh dari satu universiti pergi ke universiti yang lain untuk menjadi pensyarah terutamanya di IPTS yang mengendalikan kursus-kursus perubatan. Jadi apakah keistimewaan kursus diberikan kepada Locum Tenens ini untuk memberi khidmat perubatan mereka di tempat-tempat yang banyak ataupun di tempat-tempat yang berlainan kerana dalam biasanya apabila kita hendak memohon pendaftaran amalan tahunan ini kita kena letakkan alamat di mana kita hendak menjalankan khidmat tersebut.
Dari segi deregister, apabila seseorang itu melakukan fraud ataupun kesalahan mereka dibuang daripada daftar, apakah majlis selain daripada diletakkan dalam warta, kita letakkan di hadapan klinik ataupun pusat amalan mereka bahawa mereka ini telah dibuang daripada daftar supaya penipuan tidak akan berlaku. Ini pernah berlaku di beberapa tempat dan saya pernah tengok di beberapa klinik yang mereka ini telah melakukan banyak kesalahan dan masih lagi menjalankan practice, tetapi apabila kita semak betul-betul mereka ini sudah pun deregistered maknanya dibuang daripada pendaftaran di dalam MMC ini. Itulah saya harap pihak kementerian dapat memberi penjelasan dalam hal buang daripada daftar ini.
Kemudian, apabila kita pergi kepada pindaan seksyen 27 iaitu perakuan perubatan, perakuan dan dokumen. Maknanya pihak majlis juga mempunyai tanggungjawab dalam hal ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian apakah dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang menjalankan rawatan di klinik-klinik luar bandar dan saya pernah sentuh Klinik 1Malaysia. Misalnya pembantu perubatan mereka memberi MC, misalnya. Apakah terkandung ataupun termasuk dalam pindaan seksyen 27 ini perakuan dan dokumen yang boleh diberikan pengecualian oleh pihak majlis berhubung dengan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh mereka-mereka dalam hal ini?
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit sebanyak perkara-perkara yang ingin saya sentuh dalam perbahasan awal ini. Saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai dengan akta untuk meminda Akta Perubatan 1971. Jadi kalau kita lihat yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa tujuan akta ini adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang berhubung dengan pendaftaran pengamal perubatan kawalan dan pengawalseliaan amalan perubatan dan bagi membuat peruntukan tertentu berkenaan dengan tempoh perkhidmatan. Kalau kita lihat ada dua tiga perkara yang jelas.
Satu ialah bertambahnya bilangan ahli-ahli majlis dan yang keduanya diwujudkan jawatan Ketua Eksekutif bagi majlis ini. Jadi dengan cara ini kalau kita lihat, kita mengharapkan agar majlis ini dapat berjalan dengan baik dan lancar dan saya rasa hasrat kerajaan untuk memastikan bidang perubatan atau kesihatan dalam negara ini sampai ke tahap yang dikehendaki. Jadi kalau kita lihat juga maknanya hal ini juga untuk mengukuhkan tentang pentadbiran atau console perubatan ini bagi memudah cara pendaftaran dan peraturan profesion perubatan dan sebagainya. Begitu juga dengan kelayakan pakar yang diiktiraf yang bertanggungjawab untuk mengakreditasi dan mengawal selia institusi latihan sama ada di peringkat tempatan ataupun dalam peringkat antarabangsa.
Jadi, kalau kita lihat memang sektor perubatan ini merupakan satu sektor yang penting dan kalau kita melihat kesinambungan kita untuk menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020 nanti juga adalah kesan atau akibat daripada tahap kesihatan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia sebelum mereka lahir lagi dan sehinggalah kepada mereka sampai ke liang lahad. Kalau kita lihat umur hayat rakyat kita dan juga anak-anak kita dan sebagainya kalau kita lihat telah berubah dan semakin bertambah kesan rasa saya daripada keprihatinan kerajaan sendiri terhadap sektor kesihatan ini.
Dengan adanya rang undang-undang ini maka akan bertambah baik sektor perubatan. Itu yang kita harap. Bukan sahaja daripada sektor kesihatan ini dari segi praktisnya tetapi juga dari segi kawalan dan pengawalseliaan sektor perubatan dan juga saya percaya dengan sektor kesihatan ini.
Jadi apa yang kita harapkan di sini ialah yang penting sekali ialah kualiti kesihatan penjagaan kesihatan yang kita dapat dan juga rasa saya yang lebih penting lagi kalau kita hendak dapat kualiti amalan kesihatan ataupun perubatan ini yang lebih penting lagi ialah sebelum itu iaitu pendidikan perubatan, medical education yang ada sama ada di Malaysia ataupun Dewan luar negara. Jadi kita selalu bercakap tentang kita hendakkan sesuatu medical education dengan izin yang independent atau yang sebebas mungkin dan sebagainya dan yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak.
Jadi harapan saya ialah dengan adanya majlis ini, majlis ini tidak menjadi sebagai sebuah majlis yang monopoli dan kadang-kadang oleh kerana dia adalah satu-satunya majlis yang ada macam Majlis Peguam yang kita bahaskan sebelum ini. Makna dia satu- satunya majlis. Kalau peguam hendak buat amalan, dia kena daftar dengan Majlis Peguam tidak ada yang lain dah. Kadang-kadang dia akan menjadi majlis ini disalahgunakan atau sengaja disalahgunakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Jadi kita berharap majlis perubatan ini tidak akan menjadi begitu dan tidak ada birokrasi-birokrasi yang tidak jelas atau tidak nampak dalam majlis ini. Jadi makna kalau kita bebas, biarlah dia betul-betul bebas. Sebebas-bebasnyalah dari segi mengawal institusi perubatan ini. Ia tidak ada bias, tidak ada menyebabkan kadang-kadang berlakunya perubahan-perubahan dasar yang sengaja dibuat untuk memastikan ada pihak-pihak yang sukar untuk mendaftar dan sebagainya untuk menjadi sebagai seorang pengamal perubatan. Ada kalanya begitu.
Jadi kalau kita lihat lagi apa yang saya pernah baca bahawa kita hendak menyenaraikan pendekkan institusi-institusi yang diiktiraf ataupun kita hendak review, hendak menilai semula sesuatu institusi pendidikan perubatan dan kesihatan ini agar kita dapat mengawal selia.
Akan tetapi itulah, seperti yang saya kata tadi, dalam proses kita hendak mengawal selia dan kita hendak menyenarai pendek itu, jangan sampai ada mereka yang hendak melibatkan diri ke dalam sektor kesihatan dan perubatan ini menjadi teraniaya
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
kesan daripada kita terlalu cuba untuk meletakkan sesuatu tahap atau standard kualiti yang kadang-kadang sampai tidak munasabah. Ini yang penting. Maknanya kita harus berhati- hati. Kita berharap pihak kementerian, pihak Majlis juga harus berhati-hati supaya tidak ada penganiayaan kepada pihak-pihak tertentu.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sila Yang Berhormat Tangga Batu. Boleh ya Yang Berhormat Tangga Batu, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Menyebut tentang penganiayaan kepada pihak-pihak tertentu dengan meletakkan minimum kualiti standard, tahap pencapaian kualiti minimum, saya kira berhati-hati itu membawa satu maksud yang begitu subjektif. Berhati- hati. Contohnya kalau gelaran doktor hari ini, Tuan Yang di-Pertua kita pun ada doktor, Yang Berhormat sendiri pun ada doktor. Doktor apa? Doktor persuratan, doktor falsafah?
Kemudian ada pula doktor dalam bracket. Itu doktor apa pula? Kemudian ada lagi doktor, ‘D’ nya besar, ‘R’ nya besar. Ada pula ‘D’ besar, ‘R’ kecil.
Tuan Yang di-Pertua, berbanding dengan institusi lain...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
D kecil, R besar pun ada. Tidak tahulah. Ya, dR Sam. Ingatkan Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kubang Kerian pakai D kecil R besar.
Jadi kalau katakan hari ini saya menyebut tentang Lembaga Jurutera Malaysia umpamanya, Boards of Engineer Malaysia ataupun Institusi Jurutera Malaysia, mereka mempunyai satu proses yang agak ketat untuk menentukan seseorang jurutera itu boleh menggunakan insinyur di hadapan nama mereka, Ir, dan kawalan ini amat dekat dan siapa yang menggunakan Ir di hadapan nama mereka tanpa kebenaran daripada institusi ini, mereka akan dihukum.
Akan tetapi apabila kita menyemak tentang ‘Dr.’ ini Tuan Yang di-Pertua, syaratnya melepasi ijazah pertama bidang perubatan yang disebut oleh Yang Berhormat Lipis sebentar tadi keluar sahaja universiti terus menggunakan doktor, doktor, doktor, semua doktor ini. Doktor, doktor sampai kita tidak boleh menilai. Lebih lagi, sampai kepada satu tahap kita tidak dapat membeza di antara doktor biasa, general practitioner ini dengan doktor pakar. Doktor, doktor, doktor di mana-mana pun doktor dan lebih-lebih lagi hari ini doktor yang di kedai ‘sensei’ pun tersampai-sampai kita panggil dia doktor. Pasal kita kata ‘sensei’ ini apa makna? Dia kata ‘sensei’ ini maknanya doktor juga. Kalau di Jepun kalau nama Yang Berhormat Lipis Dr. Shahrom, dia panggil Shahrom sensei, ni hao ma, apa khabar dan sebagainya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya untuk intervene di dalam urusan ini...
[Disampuk] [Bercakap dalam bahasa Jepun] Ha, itu Jepun. Tujuan saya untuk intervene ini ialah bila Yang Berhormat menyebut tentang berhati-hati. So, hati-hati itu kena ada guideline supaya ia lebih objektif, lebih spesifik, lebih measureable, boleh diukur di mana ‘hati-hati’ itu supaya tidak sewenang-wenangnya siapa pun boleh menggunakan perkataan doktor. Yang saya pelik, Yang Berhormat Lipis pula tidak hendak guna doktor itu. Apa pasal tidak hendak guna doktor itu? Terima kasih Datuk Dr. Speaker kita. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tangga Batu. Saya menjelaskan perkataan ‘berhati-hati’ tadi. Tujuan berhati-hati itu satu ialah kita hendak pada masa yang sama kita hendak memastikan standard kualiti pengamal perubatan dan kesihatan ini sampai ke satu tahap yang kita kehendaki dan kita harapkan. Itu yang pertama.
Akan tetapi pada masa yang sama, oleh kerana kita menggunakan perkataan standard kualiti tadi yang tidak dijelaskan seperti kata Yang Berhormat daripada Tangga Batu tadi yang tidak spesifik, measureable dan sebagainya dengan izin, menyebabkan kadang-kadang ada penyalahgunaan tadi sehinggakan mereka yang sepatutnya layak tidak berpeluang dan mereka yang kurang layak, bukan tidak layak tetapi kadang-kadang kurang layak, berpeluang. Ini kita tak nak kerana ada unsur-unsur kadang-kadang menyebabkan
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
mereka itu tidak boleh didaftarkan. Dari segi penggunaan Ir. tadi, itu kita sudah jelas. Itu untuk engineer, jurutera sahaja.
Akan tetapi oleh kerana mungkin daripada dahulu kita ada school of thought dengan izin, sebenarnya dari segi proses pendidikan, jadi kita ada dua jenis. Satu yang medical doctor, ini hendak bagi ubat orang sakitlah. Satu lagi yang mereka yang telah sampai membuat kepada ijazah ketiga, ijazah kedoktoran. Selalunya yang ini biasanya dia bagi orang sakit. Kalau di universiti, kalau kumpulan ini selalunya dia bagi assignment dan sebagainya, maknanya bagi orang sakit. Lepas pening kepala, jumpa dengan medical doctor. Assignment tidak siap, esok hendak hantar, jumpa dengan medical minta cuti sakit.
Itu dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, balik kepada undang-undanglah Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Itu cerita sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Persoalan yang payah sekali Yang Berhormat hendak jawab, saya dengar pun keliru juga.
[Ketawa]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi macam mana pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tetapi yang insinyur itu, saya pernah sebut perkataan ‘insinyur’ dalam Dewan ini. Bila saya keluar Dewan, ada orang menegur saya, dia kata siapa suruh perkataan Indonesia diserapkan dalam bahasa Malaysia ini dan diterimakah tidak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang itu saya kena tanya balik kepada Datuk Ir. Yang Berhormat Tangga Batu, pasal dia ada Ir. itu. Kita pun di satu peringkat memang banyak sangat gelaran. Sekarang ini arkitek pun sudah ada Ar. saya tengok. Tetapi dalam kedoktoran ini ada dua. Satu yang pakar bedah, dia tidak panggil Dr, dia panggil Mr. Saya jumpa kawan saya dahulu, sudah lama tidak jumpa, dia bagi kad business kepada saya, Mr. Ahmad. Saya kata apa dia Mr. Ini? Dia kata tukang potong.
[Telefon bimbit berbunyi] Allah, bunyi pula. Dia berbunyi pula takbir pasal kata tukang potong tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa benda yang hilang itu Yang Berhormat?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa benda yang hilang itu?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada cari-cari nampaknya.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Dia hendak silentkan, rupanya dia berbunyi.
[Ketawa] Jadi tadi tukang potong maknanya tukang bedahlah, pakar bedah. Jadi saya tidak pasti di sini adakah kedua-duanya digunakan. Kita minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Ini pun supaya kita tidak terkelirulah. Nanti tukang potong daging di pasar pun dia pakai Mr. juga, pasal dia tukang potong, bukan? Jadi kita pun susah.
Akan tetapi berbalik kepada rang undang-undang ini, apa yang saya kata tadi, pertamanya kalau kita lihat sekarang ini, isu yang berbangkit yang kita ada, yang pertama ialah bertambahnya bilangan medical student yang hendak buat housemanship dengan izin, bertambah. Kalau kita lihat di Malaysia, yang ini bertambah tapi tempat untuk buat kepakaran ini kurang. Sekarang ini banyak institusi oleh kerana mungkin mereka melihat bahawa untuk membuat ijazah pertama dalam bidang perubatan ini, kolej-kolej ataupun universiti perubatan swasta ini, mereka melihat yang itu lebih menguntungkan kerana Malaysia sentiasa mengatakan ada keperluan yang banyak dalam hal ini.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, ini banyak tapi kadang-kadang, kesannya juga seorang doktor yang hendak mengawal selia mereka yang hendak buat houseman ini, menyebabkan kualiti itu mungkin tidak terkawal. Sekarang merata-rata ada saya lihat tapi tidak pasti Hospital Daerah Lipis yang baru siap ini, Yang Berhormat Menteri datang, ada tidak nanti mungkin yang buat houseman di sana, minta penjelasan. Akan tetapi yang hendak buat pakar ini, universiti yang menawarkan hendak buat kepakaran dalam bidang-bidang tertentu ini tidak banyak.
Seingat saya mungkin ini tidak betul, yang ada sini Universiti Malaya, kalau local universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains. Itu sahaja, mungkin ada lagi yang lain, pihak Menteri boleh perjelaskan kepada kita. Jadi, kesannya oleh kerana kita juga memerlukan pakar. Di sini kalau kita hendak jaga kesihatan kita sampai ke peringkat yang kita kata tadi, standardnya sama dengan negara-negara first world country ini, dunia yang pertama ini.
Kalau kita banyak GP tetapi mereka bukan tidak mahu buat ijazah kepakaran tetapi mereka tidak berpeluang untuk menjadi specialist ini. Jadi, kita pun baliklah ke cerita lama. Jadi, ini - dengan harapan saya, dengan pindaan undang-undang ini, ada ruang dan kita boleh menggalakkan private sector yang menjalankan universiti dan institusi medical education ini, dengan izin, boleh mereka ini bergiat ataupun diberi peluang untuk menjalankan kursus-kursus daripada peringkat Mastersnya sehinggalah ke peringkat kedoktoran. Macam kawan kita dahulu di sini, ada bekas Yang Berhormat daripada Gombak. Dahulu saya panggil doktor, doktor, sebab dia medical doctor dan pada masa yang sama, dia juga membuat ijazah kedoktoran dalam bidang medical. Jadi, saya panggil dia double doctor.
Jadi, kita hendak bagi yang ini peluang supaya lebih banyak? Jadi, bagaimana?
Sebab contohnya, di Hospital Lipis sendiri yang pakar ini, kita terpaksa import daripada luar, import daripada Myanmar. Mereka datang sini baru hendak belajar seperti kata tadi baru hendak belajar bahasa perlahan-perlahan. Saya mula-mula jumpa dia, dia pun tidak faham apa saya cakap, saya pun tidak faham dengan apa dia cakap. Itu mula-mulalah, sekarang dah pandai dah tetapi bila dah pandai, dah hendak balik kah? Kalau dia boleh mengundi pun, dia boleh mengundi Tumpat. Tempat lain tidak boleh, Tumpat sahaja boleh sebab dia lebih kurang kan? Sebelah-sebelah itu, boleh menyeberang. Macam mana Yang Berhormat Tumpat, setuju ya? Jadi, kalau kita dapat menggalakkan universiti-universiti swasta ini, universiti-universiti perubatan swasta ini menjalankan kursus-kursus di bidang kepakaran.
Saya percaya sebab kita hendak hantar ke luar negara mahal, sangat mahal, tidak mampu kita. Saya pernah tengok kawan saya dia belajar di Monash University, buat kepakaran. Pergi sana dalam bidang pakar bedah jantung, dah cantik dah. Balik sini pula, dia pula kena kanser, meninggal. Melepaslah kita. Jadi, saya berharap, maknanya saya menyarankan kepada pihak kerajaan, sekarang ini selain daripada kita menggalakkan banyak tumbuhnya universiti swasta di peringkat ijazah pertama yang Ijazah Kedoktoran, Masters ataupun mereka membuat specialist dalam bidang-bidang tertentu dengan gelaran- gelaran yang berbeza. Macam di England kalau kita tengok, ada kursus-kursus specialist yang ada– saya pun tidak tengok kadang-kadang di hujung nama doktor itu, penuh, FRCS- lah macam-macam, itu maknanya ijazah kepakaran.
Jadi bagaimanapun, kalau kita hendak buat transformasi begini, pertama sekali resources yang kita ada. Jadi, minta kepada pihak kerajaan, selepas ini dalam Bajet 2013 ini, pastikan bahawa peruntukan khusus untuk beberapa buah universiti swasta yang kita nampak yang memang dah boleh, dah mampu. Maknanya, dari segi standard kualiti tadi dah mampu untuk melatih doktor-doktor pakar ini, kita bagi mereka peluang dan kita bagi insentif kepada mereka. Mungkin ia tidaklah semahal kalau kita hantar ke luar negara.
Selain daripada itu, kita hendak tengok advance facilities dan equipment. Ini pun mustahak juga sebab kalau doktor itu dah pandai tetapi facilities dan equipment yang ada itu, masih lagi peralatan tahun 60-an. Macam di Hospital Lipis, minta maaf pada Yang Berhormat Menteri. Bangunan dah canggih dah, baru ini kita melawat tetapi bila tengok katil, semua katil sebelum merdeka terpaksa digunakan kerana peralatannya lambat.
Jadi, proses birokrasi macam ini kita berharap, pihak kementerian terutamanya, mungkin bahagian pembangunan, bahagian perolehan dan sebagainya, dapat percepatkan supaya apabila hospital dibangunkan, peralatan yang perlu dimasukkan ke dalam hospital baru yang dah canggih ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat, sepatutnya kita bangkitkanlah pembangunan yang canggih, equipment yang canggih, di bawah kementerian yang di hospital di bandar-bandar patut juga disampaikan ke hospital-hospital di luar bandar. Sebab saya nampak dalam bidang biomedical engineering, kita ada kelemahan sedikit. Ada banyak equipment yang canggih di hospital besar tetapi tidak ada di hospital di luar bandar. Biomedical engineers kita pula mungkin belum mencukupi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi dan saya mohon supaya dijadikan apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan kita mohon pihak Menteri menjelaskan perkara tersebut. Memang sebab saya berkata begitu tadi, hospital di Lipis ini memang hospital yang hendak kata luar bandar sangat tidaklah tetapi pekan kecil. Jadi, lambat sampai. Saya berjumpa dengan pengarah hospital, pengarah hospital senyum, ‘macam manalah hendak buat Yang Berhormat, inilah apa sahaja yang kita ada setakat ini”, dia cakap. Mereka hendak bekerja, bersemangat tetapi barang tidak sampai. Saya rasa yang ini bukan Menteri punya hal tetapi kadang-kadang proses itu lambat. Jadi, kita berharap perkara ini bukan sahaja...
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, baru dapat RM1.5 juta itu, belanjalah.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Itu untuk orang susah, bukan untuk ini. Ini mesti Yang Berhormat Tumpat tidak faham proses macam mana pemberian kewangan. Dahulu dia faham, sekarang dia tidak faham. Dia pura-pura tidak faham, kata cerita P.Ramlee, ‘Purak-purak tidak faham’, inilah dia. Kalau kita tengok sekarang, doktor ini pula oleh kerana mungkin tidak ramai, jadi mereka ini memilih untuk ditempatkan.
Contohnya di Lipis jugalah, bila dengar sahaja seorang pakar, saya mula seronok dah bila pengarah hospital kata akan ada seorang pakar yang akan ditempatkan di Lipis. Saya seronok, lepas itu dia datang balik, katanya, “Nasib tidak baiklah Yang Berhormat, pakar itu bila dengar sahaja hendak dihantar ke Lipis, dia letak jawatan sebab dia ingat Lipis ini jauh”, macam Tumpat jauhlah. Sebenar Lipis kalau laju, dua jam, kalau kurang laju sikit dua jam setengah.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tumpat sejam sahaja.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya?
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tumpat sejam sahaja.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tumpat ini jauh sikitlah kerana jalan ke sana teruk. Di Kelantan teruk. Di Pahang ini okey jalannya. Di Kelantan ini yang teruk sikit.
Jadi sekarang ini kita pun kena melihat. Maknanya doktor yang ada dalam private hospital ini jangan dia sampai melebihi doktor yang ada di hospital-hospital kerajaan. Itu yang penting. Ini kerana kalau kita lihat, ini berdasarkan kepada statistik yang ada. Jumlah pegawai perubatan kalau kita lihat, kalau kita hendak tengok Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengatakan bahawa nisbah yang sepatutnya ialah seorang doktor bagi 600 orang pesakit. Akan tetapi di Malaysia ini jumlah pegawai perubatan kepada seorang pesakit adalah 1:1,200. Agaknya. Mungkin maklumat ini tidak betul, mungkin angka saya tidak betul. Kita berharap pihak Menteri boleh perjelaskan dan lebih teruk lagi di negeri Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Itu seorang doktor kepada pesakit ataupun nisbah – WHO itu, nisbah seorang doktor kepada penduduk.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ya?
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Pesakitkah atau penduduk?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya pun tidak pasti. Sebab itu saya minta penjelasan.
[Ketawa] Saya minta penjelasan.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tidak apa. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Penduduk, ya? Sebab itu tadi saya cakap agaknya.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Itu ratio doctors to population itu. WHO. Ini kerana saya baru balik dari AAPD.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya agaknya. Saya kata jadi nasib baiklah ingénieur Yang Berhormat Tangga Batu jelaskan. Saya ingat kepada pesakit.
Sebab itu saya minta penjelasan. Saya tidak katakan figure saya itu tepat. Macam orang sebelah sana dia selalu kata figure kamilah yang betul. Tidak, saya kata ini agaknya dan kita minta pihak Menteri beri penjelasan.
Di Sabah dan Sarawak lagi teruklah. Kalau di negeri Tuan Yang di-Pertua, 1:1,800 kalau bukan pesakit tadi tetapi penduduk. Lebih teruk dan kawasannya pula luas dan sebagainya. Daripada 136 buah hospital kerajaan, kita hanya mempunyai – kalau betullah, 43 orang sahaja doktor pakar. Itu saya tidak pasti. Ini saya melihat kepada tulisan-tulisan dan sebagainya. Sebab itulah bagi saya, pihak kementerian harus melihat perkara ini. Dengan adanya pindaan ini mungkin dapat memperluaskan lagi perkara- perkara yang berkait dengan pendidikan kesihatan dan perubatan. Ini boleh menyebabkan kita dapat menambah lagi.
Kalau kita lihat walaupun kadang-kadang doktor pakarnya bertambah, mungkin kita mengimport tadi daripada Myanmar dan sebagainya di tempat lain, kita juga harus memastikan bahawa doktor yang kita import ini memang kualitinya mesti melebihi dari yang sepatutnya daripada pakar yang ada dalam Malaysia ini. Barulah kita boleh belajar daripada mereka. Akan tetapi kalau mereka pun kadang-kadang kita sendiri pun risau dengan kepakaran mereka itu, jadi boleh menyebabkan kita pun jadi waswas. Jadi sebab itulah.
Contohnya macam Hospital Lipis sudah diumumkan sebagai hospital pakar. Ada hospital pakar tetapi pakarnya rasa saya belum ada. Kadang-kadang berlaku pula penurunan. Sebab tadi saya kata bila dengar hendak datang ke Lipis, mereka letak jawatan. Doktor-doktor meletakkan jawatan. Jadi kalau kita lihat dalam tempoh 2007 hingga 2010, lebih kurang 800 orang lebih, lebih kurang 900 orang doktor meletakkan jawatan. Ini pun saya minta angka ini pun diperjelaskan sama ada betul ataupun tidak sebab saya pun dapat figure itu agak-agak sahaja.
Jadi bila berlaku perkara begini, doktor yang sedia ada ini mereka akan terbeban dengan tugas-tugas tambahan, tugas-tugas yang kadang-kadang lebih daripada had yang boleh mereka buat. Jadi kesannya berlakulah kadang-kadang kecuaian dan sebagainya.
Contohnya kalau kita lihat kecuaian yang berlaku yang dilaporkan contohnya bayi yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata, malahan di herdik oleh doktor. Kita tidak boleh salahkan doktor juga. Kalau sudah terlalu ramai, bekerja 24 jam, sambung lagi kadang-kadang, stress. Jadi kadang-kadang kita ini.
Selepas itu ada kadang-kadang doktor lewat membuat pembedahan menyebabkan air ketuban habis dan bayi tersebut memakan najis sendiri sehingga bayi tersebut terpaksa menjalani rawatan lanjut. Ini dalam bidang sakit puan dan perbidananlah.
Jadi seperti yang saya kata tadi, apa yang kita harapkan ialah pihak kementerian di samping hendak memastikan standard kualiti tadi terjamin tetapi pastikan juga supaya syarat yang itu mestilah dapat dipenuhi supaya lebih ramai orang dapat mengikuti kursus kedoktoran. Ini memang sangat penting. Kalau kita lihat kursus tadi yang saya kata kursus perubatan yang ditawarkan di dalam dan di luar negara sehingga ada juga kadang-kadang lambakan. Ini pun saya bimbang juga. Pernah satu ketika dahulu ada orang mengatakan – saya percaya perkara ini tidak betullah tetapi ada yang mengatakan bahawa mereka lulus SPM ataupun MCE. Dia pergi ke universiti luar negara dalam bidang perubatan. Dia dapat sembilan. Ada sesetengah negara, sembilan itu yang paling baiklah atau yang kedua baik.
Sepuluh yang tinggi, sembilan itu yang baik. Sudah jadi terbalik.
Jadi kesannya orang yang dapat banyak sembilan ini boleh mengikuti kursus perubatan. Saya pun tidak pasti. Itu hanya mungkin hearsay yang diberitahu kepada saya.
Kena betulkan juga sebab nanti Yang Berhormat Kubang Kerian hendak dakwa saya pula bawah apa-apa hak keistimewaan dan sebagainya kerana memberi maklumat yang salah.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi itu bagi saya kalau ada hearsay yang sedemikian. Jadi kita kena lihat betul atau tidak perkara ini berlaku. Jadi bila balik ke sini sudah jadi huru-hara dan sebagainya.
Jadi kita tidak mahu benda-benda dan perkara-perkara yang sedemikian berlaku dalam usaha kita untuk memastikan tahap sektor kesihatan dan perubatan kita menjadi semakin meningkat dan semakin maju. Saya percaya perkara ini memang berlaku sebab daripada dulu.
Ini kita boleh lihat bukti yang nyata dari segi umur hayatlah. Sekarang umur hayat pun sudah meningkat dan sebagainya kesan daripada ini dan anak-anak kita pun menjadi semakin cerdik. Ini semua kerana usaha kerajaanlah. Kerajaan memang sentiasa menyediakan perubatan sejak lahir – sejak belum lahir sampailah ke liang lahad.
Perubatan dan kesihatan kita tengok macam-macam diadakan. Perempuan bila mengandung sahaja kalau di kampung-kampung dia pergi percuma sahaja. Pergi ke klinik- klinik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa istilah yang sebenarnya, Yang Berhormat? Saya pun tertanya-tanya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang mana itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Istilah umur hayat ini ataupun jangka hayat?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya pun tidak berapa tahu.
Umur hayatkah atau jangka hayat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini yang saya tanya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Rasa saya, saya pun - kita kena check balik supaya dia menjadi lebih standard. Yang itu Yang Berhormat Arau biasanya dia pakar di bahagian kamus-kamus dan sebagainya ini.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya membantu sedikit?
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sila, sila.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, kalau dalam bahasa Inggerisnya kalau yang dimaksudkan itu mungkin life expectancy Jadi yang Tuan Yang di-Pertua punya itu jauh lebih tepat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Saya pun hendak sebut bahasa Inggeris itu tadi tapi nanti mereka pula mengata saya. Sudah 53 tahun Parlimen ini berada, masih lagi bercakap bahasa Inggeris. Tadi ada yang mengatakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu lemah kerana kita masih lagi bercakap bahasa Inggeris. Jadi saya gunalah itu. Jadi alhamdulillah bila diberitahu itu. Kita guna itu. Jangka hayat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi Yang Berhormat, lagi panjang cerita ini?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sedikit lagi dah, nak habis dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebab kita hendak habis pukul 5.30 Yang Berhormat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Okey, saya nak habiskan dah sebab lepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ha!
Sudah habis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, sebagai menggulung, sebagai kesimpulannya, dalam proses kita tadi bagi kita, saya macam mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan. Saya percaya niat dan usaha baik ini bagus tetapi dalam proses saya kata tadi kita nak memastikan kualiti standard yang ada, jangan pula ada
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
pihak-pihak tertentu yang menggunakan proses itu untuk mendiskriminasikan setengah- setengah pihak hingga menyebabkan mereka yang layak tak dapat, mereka yang kurang layak pula mendapat tempat dan sebagainya. Jadi dengan kata-kata itu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai tetapi itu untuk esoklah Yang Berhormat ya. Saya ingat Menteri ada usul penangguhan.
Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato’ Seri Douglas Uggah Embas
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu wang sebanyak RM10 juta yang dihantar oleh Menteri Besar Negeri Sembilan melalui money changer ke negara lain. Perkara saya ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan isu yang pernah saya tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menggulung perbahasan Bajet 2012 iaitu peringkat dasar di Dewan yang mulia ini pada 24 Oktober 2011. Jawapan yang saya terima daripada Yang Berhormat Menteri ialah siasatan SPRM ke atas kes ini telah pun diselesaikan dan kertas siasatan ini di dalam kajian pihak timbalan pendakwa raya.
Jawapan ini saya sudah terima kira-kira lima bulan yang lepas dan pada sesi soal jawab yang lepas, soalan yang sama juga saya ajukan kepada Menteri yang berkenaan pada 10 April 2012 dan jawapan saya terima ialah kes masih di dalam kajian pihak Peguam Negara. Apa yang saya ingin bangkitkan ialah apakah tindakan yang diambil oleh pihak Peguam Negara bagi kes ini. Saya ingin tahu:
(a) apa tindakan seterusnya oleh pihak Peguam Negara;
(b) adakah terdapat mana-mana pihak yang akan didakwa di mahkamah sekiranya dakwaan ini benar; dan
(c) apakah tindakan yang telah diambil sekiranya ada terhadap money changer yang berkenaan.
Isu ini adalah amat penting bagi memastikan fakta dan dakwaan tersebut adalah mempunyai asas di mana rakyat berhak mengetahui perkara yang sebenarnya. Sekiranya dakwaan tersebut adalah benar, pihak yang bertanggungjawab mesti ambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang. Diharap pihak yang berkenaan dapat memandang serius perkara ini dan tindakan segera dapat diambil. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong
Tuan Yang di-Pertua, berikutan dakwaan melibatkan transaksi penghantaran wang berjumlah RM10 juta ke luar negara melalui money changer tersebut, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pihak Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan untuk membatalkan lesen terhadap pengurup wang ataupun money changer terbabit pada 25 September 2009 manakala kertas siasatan yang dibuka oleh pihak SPRM yang telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pula telah dikeluarkan arahan pada awal bulan Mei 2012 untuk dijalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan beberapa fakta. Tindakan siasatan lanjut tersebut masih dalam tindakan pihak SPRM. Sekian, terima kasih.
MRT Corp Perlu Mengekalkan Bangunan-bangunan Lama di Jalan Sultan
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada dasarnya saya selaku Ahli Parlimen Bukit Bintang bersetuju cadangan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh ke Kajang bagi kemudahan orang ramai dan langkah mengelakkan kesesakan lalu lintas yang berpanjangan di Lembah Klang. Sehubungan itu, Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta kerajaan untuk mengambil tanah persendirian di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bertarikh 22 Jun 2011 di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Masalahnya ialah kebanyakan bangunan di situ adalah bangunan lama dan boleh dijadikan bangunan warisan dan identiti bersejarah bagi Kuala Lumpur dan laluan MRT hanya menggunakan laluan bawah tanah dan tidak melibatkan bahagian atas tanah.
Memandangkan itu, orang ramai terutama pemilik bangunan telah membantah dan pihak MRT Corp telah berjanji tidak akan mengambil tindakan merobohkan bangunan lama. Apa yang berlaku sekarang, kerja-kerja meroboh bangunan telah dimulakan seperti tindakan merobohkan Bangunan Perhentian Bas Klang, dua bangunan warisan milik UDA Ocean di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Sepatutnya kerajaan hendaklah tampil ke hadapan untuk mempertahankan dan memulihara bangunan-bangunan lama dan warisan untuk kepentingan generasi yang akan datang, sebaiknya mengambil sikap berdiam diri. Tuan Yang di-Pertua, apa yang merisaukan penduduk-penduduk, Pihak Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan tidak pun mengambil langkah membatalkan warta pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat yang telah dikeluarkan pada 22 Jun 2011. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd.
Najib, Perdana Menteri pernah menyatakan dalam satu wawancara NTV7 pada dua bulan yang lalu bahawa kerajaan tidak akan mengambil tanah dan merobohkan bangunan- bangunan lama di Jalan Sultan dan Jalan Petaling walaupun MRT Corp berjanji tidak akan mengambil tindakan merobohkan bangunan-bangunan lama yang menjadi sebahagian bangunan warisan yang wajar diselamatkan tetapi langkah merobohkan bangunan lama yang sedang berjalan sekarang adalah menunjukkan MRT Corp tidak mengotakan janjinya.
Saya menyeru MRT Corp supaya menghentikan tindakan merobohkan tiga bangunan lama yang sedang berjalan sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan hendaklah mengadakan satu sesi pendengaran awam dengan izinnya, public hearing sebelum memulakan apa-apa supaya pandangan dan bantahan awam terutama pemilik- pemilik tapak didengar dan diambil tindakan. Selain itu, kerajaan hendaklah campur tangan untuk memastikan semua bangunan lama dan bersejarah yang boleh menjadi bangunan warisan dipertahankan dan dipelihara. Yang terpenting sekali ialah warta kerajaan berkaitan pengambilan tanah tersebut hendaklah ditarik balik bagi menghormati dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa bangunan lama di Jalan Sultan dan Jalan Petaling tidak dirobohkan – semua projek pembinaan jajaran MRT Corp. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, kerajaan komited dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup rakyat ke arah tahap yang lebih baik. Oleh itu, salah satu usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara ini supaya ia lebih cekap dan berkesan dan memenuhi kehendak rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Justeru di bawah Program Transformasi Ekonomi, *National Key Economy Area
(NKEA)*, Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, kerajaan memutuskan supaya projek Mass Rapid Transit (MRT) dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan satu sistem pengangkutan awam yang cekap di Lembah Klang ke arah mencapai sasaran nisbah model pengangkutan awam dan model syer pada kadar 50% pada tahun 2025. Kerajaan sedia maklum bahawa mana-mana projek mega kerajaan termasuk projek MRT ini akan melibatkan tanah dan lot perniagaan yang dikenal pasti untuk kerja-kerja pembinaan.
Selaras dengan prinsip rakyat didahulukan kerajaan amat peka dan prihatin terhadap isu pemeliharaan nilai warisan bangunan lama di Jalan Sultan dan Jalan Petaling di mana kerajaan telah memutuskan supaya bangunan kedai lama yang mempunyai nilai warisan dan seni bina yang unik dan ikonik di kawasan berkenaan tidak dirobohkan.
Pihak MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) juga telah memberi komitmen bahawa bangunan kedai di sepanjang Jalan Sultan dan Jalan Petaling berkenaan tidak akan dirobohkan. Komitmen berkenaan adalah selaras dengan kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa bangunan lama di Jalan Sultan dan Jalan Petaling tidak akan diambil balik ataupun dirobohkan dengan adanya persetujuan bersama atau mutual agreement yang akan ditandatangani oleh pihak bangunan kedai dan MRT Corp.
Berhubung dengan tiga buah bangunan yang akan dirobohkan iaitu Perhentian Bas Klang dan dua buah bangunan milik UDA Ocean di Jalan Sultan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Warisan Negara, ketiga-tiga bangunan berkenaan tidak termasuk di bawah kategori bangunan warisan kerana struktur fizikal dan binaan bangunan didapati tidak memenuhi kriteria sebagai bangunan warisan selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Justeru itu ketiga-tiga bangunan berkenaan tidak layak untuk mendapat pengiktirafan sebagai warisan negara. Dari aspek teknikal kerajaan juga telah meneliti keperluan jajaran serta stesen MRT ini dan ia merupakan pendekatan yang feasible dan commercially viable bagi membolehkan jajaran dan Stesen MRT Pasar Seni dibina. Lokasi ini adalah satu-satunya lokasi strategik yang membolehkan jajaran MRT berintegrasi dengan jajaran LRT Kelana Jaya di mana Stesen MRT Pasar Seni akan digabungkan dengan Stesen LRT Pasar Seni. Tujuan utama integrasi antara stesen berkenaan adalah bagi membolehkan rakyat menikmati kemudahan pertukaran stesen atau station inter- change dengan selesa dan well connected.
Pembinaan jajaran dan Stesen MRT Pasar Seni ke lokasi yang lain akan melibatkan implikasi yang lebih besar terutamanya melibatkan pertambahan kos yang lebih tinggi dan kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang besar bagi menampung kos berkenaan. Selain itu segala perancangan dan hasrat kerajaan dalam mewujudkan pelbagai kemudahan pengangkutan awam yang berintegrasi tidak akan dapat dicapai dan adalah dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat keseluruhannya.
Pembinaan jajaran dan stesen juga akan menjejaskan lot-lot tanah yang lain dan menyebabkan isu tanah yang baru tercetus di tempat yang lain. Oleh hal yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dan berkesan dengan melibatkan implikasi kos yang minimum terhadap kerajaan. Untuk itu semasa peringkat awal perancangan projek MRT telah pun mengambil kira secara komprehensif manfaat jangka masa yang panjang demi kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu isu tiga buah bangunan berkenaan bukanlah isu utama yang perlu diberikan perhatian malahan apa yang lebih penting adalah kerajaan telah pun memberikan komitmen untuk tidak merobohkan bangunan kedai lama di Jalan Sultan dan Jalan Petaling.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Pemilik bangunan kedai di kawasan tersebut telah pun dimaklumkan bahawa pengambilan balik tanah akan dibatalkan sebaik sahaja mutual agreement ditandatangani dengan MRT Corp. kelak. Di bawah perjanjian berkenaan, pemilik bangunan kedai lama akan diberikan pampasan yang setimpal dalam bentuk lost of future income atau revenue bagi tempoh enam bulan kerana mereka perlu berpindah bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan terowong di bawah tanah dapat dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap struktur bangunan sedia ada, MRT Corp. akan membaiki kerosakan berkenaan tanpa sebarang kos kepada pemilik bangunan tersebut.
Dalam hubungan ini kerajaan amat prihatin terhadap permasalahan rakyat dan dalam masa yang sama pendekatan win-win-situation iaitu kerajaan, MRT dan rakyat diguna pakai supaya projek MRT dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual dan tanpa masalah. Pihak MRT Corp. juga boleh mengadakan lebih daripada sepuluh sesi perjumpaan dan akan terus mengadakan sesi perjumpaan pemilik bangunan kedai itu tadi ke arah memuktamadkan mutual agreement yang dijangka dapat diselesaikan dalam sedikit masa lagi. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi hari Khamis, 14 Jun 2012.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang]