Apr102012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapakah selepas rombakan cukai jalan ke atas motosikal 110cc ke bawah, syarikat-syarikat insurans telah menaikkan kadar polisi insurans kepada pemilik.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, berbeza dengan cukai jalan yang bertujuan untuk menanggung perbelanjaan pihak kerajaan yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan raya, insurans motor adalah merupakan perlindungan yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan ke atas setiap pemilik kenderaan dan bertujuan melindungi pemandu kenderaan daripada apa-apa liabiliti terhadap pihak ketiga apabila berlaku sesuatu kemalangan jalan raya.

Ini termasuklah kenderaan, tubuh badan atau kematian atau kerosakan harta benda yang dialami oleh pihak ketiga tersebut yang berpunca daripada kemalangan berkenaan. Penyelarasan premium insurans motor adalah perlu memandangkan kadar premium di bawah tarif motor tidak pernah dikaji semula selama lebih 30 tahun untuk mencerminkan kos perniagaan terkini. Dengan meningkatkan jumlah kenderaan di jalan raya dan juga kadar kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi yang melibatkan penunggang motosikal, tanggungan serta pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans semakin bertambah. Sebagai contoh, pada tahun 2011 bagi setiap RM1 yang dikutip oleh penanggung insurans, sebanyak RM3 telah dibayar sebagai pampasan. Ini telah menyebabkan ketidakseimbangan dengan penetapan harga risiko. Sehubungan dengan itu penyelarasan premium perlu dilakukan bagi memastikan syarikat insurans dapat terus menyediakan perlindungan yang diperlukan dan orang ramai mendapat akses kepada perlindungan insurans motor secara berterusan.

Walau bagaimanapun kerajaan prihatin akan kesan penyelarasan premium insurans motor kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Oleh itu di bawah rangka kerja tarif motor baru yang diluluskan oleh kerajaan, penyelarasan premium insurans motor dilaksanakan pada jumlah yang kecil dan secara beransur-ansur selama empat tahun bermula Januari 2012. Penyelarasan ini telah mengambil kira profil risiko bagi setiap kategori kenderaan termasuk pengalaman tuntutan masing-masing. Pada masa yang sama penyelarasan premium ini akan dilengkapi dengan pelaksanaan beberapa inisiatif bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketirisan dalam proses tuntutan insurans motor. Penambahbaikan kepada proses tuntutan ini akan mengurangkan tempoh masa yang diambil bagi mangsa kemalangan jalan raya untuk mendapatkan pampasan insurans mereka. Sekian.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan secara terperinci.

final • 10:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar imbangan di antara penanggung insurans dan pampasan satu nisbah tiga. Kita juga sedar akan niat kerajaan yang baik dengan mengurangkan pembayaran premium ataupun memansuhkan pembayaran insurans kepada pemilik-pemilik motosikal di bawah 110cc ini. Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan di sini jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negara adalah sebanyak 20.5 juta.

Di antaranya jumlah motosikal adalah 9.5 juta. Motosikal ada pelbagai bidang kuasa. Di bawah 110cc mengambil kira 80%, ini the trivial many yang walaupun kita kenakan sedikit tetapi impak kepada mereka cukup besar Tuan Yang di-Pertua.

Kalau dahulu mereka hanya membayar RM55 atau pun RM120 untuk first party atau pelindung pertama, pelindung ketiga RM70 dahulu, hari ini mereka terpaksa membayar untuk liputan pelindung ketiga hingga ke RM125 yang mana pada mereka seolah-olah kerajaan mengumumkan insentif di sini, pengurangan di pihak kerajaan tetapi pihak insurans mengambil keuntungan. Ini yang mereka di bawah sana. Saya buka soalan ini untuk umum Tuan Yang di-Pertua di dalam FB dan menerima ratusan feedback yang menyatakan mengapa ini harus berlaku, mengapa pihak insurans mengambil keuntungan, pihak ketiga mengambil keuntungan, rugi pada rakyat dan rugi pada kerajaan. Jadi saya kira elok kalau kementerian mempunyai satu jalan pertengahan ‘win-win’ untuk kerajaan dan rakyat. Insurans perlulah berkorban di sana untuk pengguna-pengguna motosikal berkuasa rendah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan-rakan FB.

final • 10:00 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu yang selalu prihatin atas kehendak rakyat jelata. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya jawab tadi memang bukanlah senang untuk penanggung insurans menjaga perniagaan mereka sebab nisbah yang kita tahu. Mereka kutip RM1 tetapi pampasannya RM3.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, penyelarasan premium di bawah Rangka Kerja Tarif Motor Baharu adalah kecil. Contohnya bagi perlindungan pihak ketiga iaitu penunggang motosikal 110cc akan dikenakan premium tambahan antara RM1 dan RM3.50 setahun iaitu maksimum 30 sen sebulan bagi tempoh empat tahun. Bagi kereta persendirian 1400cc pula, kenaikan premium adalah di antara RM6 dan RM30 setahun dalam tempoh masa yang sama.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini tidak menepati apa yang dikehendaki oleh rakyat ramai Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Belum. Belum lagi sampai di sana.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan. Pasal jawapan ini melilau ke masalah lain. Soalnya motor 110cc ini rakyat miskin, dahulu insurans boleh murah, kenapa tiba-tiba insurans naik? Siapa kawal insurans ini?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa biar Yang Berhormat Sri Gading. Dia nanti bagi tahu.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Insurans ini siapa? Bank Negara tidak boleh mengawal insurans ini? Lindungilah rakyat yang 9 juta lebih ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading adalah asas. Oleh itu saya memberi penjelasan iaitu kutipan atau kenaikan premium itu hanyalah RM1 hingga RM3.50 setahun. Ini memang angka yang kecil dan saya telah jawab tadi bahawa kita tidak menaikkan premium ini selama 30 tahun. Oleh itu apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Tangga Batu adalah bagaimana kita boleh menambahbaikkan supaya mereka boleh mendapat pampasan dengan lebih cepat dan lain-lain.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, 11 penambahbaikan dalam rangka kerja tarif motor telah kita sediakan iaitu antaranya lima kita telah sediakan dan telah laksanakan iaitu:

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

(i) Mengkaji semula kadar faedah penghakiman dari 8% kepada 4%;

(ii) menggalakkan hakim-hakim untuk merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards dalam menetapkan bayaran ganti rugi bagi kenderaan;

(iii) menggalakkan penggunaan pengantaraan mahkamah bagi mempercepatkan proses tuntutan;

(iv) penguatkuasaan tarikh akhir bagi mendapatkan laporan polis dan perubatan; dan

(v) memperbaiki kualiti laporan perubatan untuk mengelakkan tuntutan yang tidak munasabah.

Sekian.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih di atas jawapan tetapi saya hendak ingatkan bahawa nisbah itu iaitu RM1 to RM3.50 adalah tidak benar kalau kita tengok pada keseluruhannya. Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, keuntungan yang diterima dari life insurance, keuntungan dari travel insurance, itu banyak dan itu tidak dimasukkan di dalam personal injury claim. Jadi apabila pihak insurans mengasingkan, itu menunjukkan ada kerugian kepada third party insurance. Itu betullah tetapi mereka membuat banyak wang di arena yang lain dan itu tidak diakui.

Yang Berhormat Timbalan Menteri patut memberi jawapan yang benar kepada kita semua bahawa sekiranya merangkumi semua, kita untung. Insurance - does it making a lot of money? Ini perlu diambil kira. They got social responsibility juga dan itulah Yang Berhormat Sri Gading kata, betul bahawa motosikal 110cc ke bawah sepatutnya tidak perlu dinaikkan tarifnya. Itu satu, Tuan Yang di-Pertua.

Keduanya, pada Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa skim insurans yang baru akan diimplementasikan di negara ini.

Beberapa perbincangan telah diadakan di antara Majlis Peguam dan pihak-pihak stakeholders. Apakah perkara terkini mengenai perkara tersebut? Mengenai compendium of personal injuries, itu saya rasa adalah satu yang tidak munasabah langsung Tuan Yang di-Pertua di mana apabila seseorang membuat tuntutan pampasan di mahkamah, dia ada maksimum dari segi – there is a three triangle agreement yang telah dibuat oleh private sector, mengarahkan hakim-hakim inilah untuk firma macam ini dan untuk tibia fibula macam ini dan untuk sakit dan sebagainya. Akan tetapi ini bukan realistik. Sebenarnya pada kebelakangan ini Tuan Yang di-Pertua, pampasan di mahkamah telah turun. Ini akibat sistem yang baru.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

You are talking different matter Yang Berhormat. You should know that.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, saya rasa..

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini insurans motosikal 110cc lepas itu pergi ke mahkamah.

It’s unfair to the Minister.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab mengenai compendium of personal injuries. Dia mungkin – he is like just gave it away like that. He thought I don’t know. I know because saya ada kena mengena dengan perkara tersebut di mana hakim-hakim mengatakan dia terikat.

Jadi adakah Yang Berhormat setuju – you must weight both sides dan membenarkan serta mengakui bahawa as a whole insurance industry sedang menuntut keuntungan yang lumayan. Mereka ada social responsibility kepada semua termasuk pembawa motor-motor yang kurang dari 110cc.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu ada asas. Saya hendak memberi penjelasan sekali lagi iaitu kita memang prihatin ke atas 9.5 juta penunggang motosikal.

Oleh di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang baru berkuat kuasa ini mulai

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

dari Januari 2012, kita nampak yang telah saya katakan tadi, kenaikan premium untuk motosikal hanya di antara RM1 hingga RM3.50 setahun.

Yang Berhormat tidak fahamkah? I pun tidak tahulah. Ia bertujuan untuk memastikan orang ramai...

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, saya faham tetapi menyeleweng. You are not telling the truth. In overall you are making money.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Dengar dahululah. Ia bertujuan untuk memastikan orang ramai lebih mudah mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada kadar premium yang berpatutan dan menerima pembayaran tuntutan dengan lebih cepat. Kadar kenaikan juga adalah kecil supaya tidak membebankan rakyat dan mengambil kira kepentingan golongan berpendapatan rendah. Perkara ini merupakan langkah pertama bagi menuju ke arah penentuan harga berdasarkan risiko dengan pemansuhan tarif yang dijangka akan berlaku pada tahun 2016.

Dahulu kita dapat aduan bahawa kita tidak dapat membeli insurans tetapi sekarang kita tidak ada lagi masalah itu. Kita pun mengambil langkah-langkah supaya boleh menjalankan proses dengan lebih cepat dan mendapat pampasan dengan lebih cepat.

Yang Berhormat tadi ada bertanya soalan mengenai pampasan bagi kematian dan lain-lain.

Isu itu sekarang sedang dalam perbincangan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tentang had usia bersara bagi sektor swasta:-

(a) bagaimanakah kementerian dapat menggalakkan pihak swasta menyelaraskan had usia bersara sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam; dan

(b) adakah kementerian akan mencadangkan satu skim pencen perkhidmatan swasta demi kepentingan pekerja-pekerja swasta.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Assalamualaikum, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Kota Melaka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Undang-undang Perburuhan Negara ketika ini tidak menetapkan sebarang umur persaraan bagi pekerja sektor swasta dan umur persaraan pekerja-pekerja di sektor swasta ditetapkan berdasarkan persetujuan antara pihak majikan dan pekerja melalui perjanjian kolektif atau kontrak perkhidmatan. Secara lumrahnya sektor swasta mengamalkan umur bersara untuk pekerja pada usia 55 tahun mengikut penetapan umur pengeluaran KWSP berdasarkan Ordinan KWSP 1951.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Pada masa ini, had umur bersara sektor awam adalah pada usia 60 tahun. Pihak Kementerian Sumber Manusia sedang mengadakan pelbagai usaha rundingan dengan semua pihak berkepentingan secara tripartisme melibatkan pihak kerajaan dan swasta di mana kita dapati melibatkan juga pihak pekerja, pihak-pihak badan berkanun, agensi- agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela yang berkaitan. Satu rang undang-undang yang dapat menyelaraskan had usia persaraan sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam telah disediakan dan diangkat kepada Peguam Negara dan dijangka akan di bawa ke Parlimen di sesi akan datang.

Mengenai dengan skim pencen untuk pekerja swasta, kementerian telah menyediakan terma-terma rujukan dan sedang dalam proses berbincang dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan izin, dan Bank Dunia di mana kita perlu menggunakan kepakaran-kepakaran yang ada di sana. Satu kajian menyeluruh termasuk kajian aktuari perlu dilaksanakan dahulu. Rundingan melalui kaedah tripartisme juga akan dilaksanakan oleh kementerian dengan semua pihak-pihak berkepentingan sebelum cadangan ini dikemukakan. Terima kasih

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ini benar bahawa dalam terma-terma atau dalam rundingan di antara semua pihak tentang melanjutkan umur bersara untuk pekerja swasta ini, caruman kepada KWSP oleh majikan dibenarkan kurang dari 13% hingga 5%? Jika ini benar, adakah

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

ini juga bermakna bahawa pendapatan pekerja swasta ini selepas umur bersama 55 tahun ini akan kurang?

Satu lagi yang saya ingin tanya, adakah dalam cadangan kementerian atau ketiga- tiga pihak yang dikatakan masih dalam rundingan, ada juga cadangan bahawa cukai pendapatan pekerja swasta dalam golongan ini akan dikurangkan. Saya ingin dapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Dato' Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka di atas soalan tambahan. Di dalam terma rujukan ini, kita meminta pihak Bank Dunia atau ILO untuk sama-sama, pertama, kita ingin merujuk kepada negara-negara yang sudah melaksanakan skim persaraan swasta ini dan kedua, melalui kajian aktuari yang saya sebutkan tadi, ia akan membuat kajian-kajian dan daripada kajian tersebut, berdasarkan bilangan penduduk dan bilangan pekerja yang akan terlibat di dalam skim ini, di sinilah selepas kajian ini dibuat baru akan ditetapkan berapakah caruman yang wajar dibuat oleh pekerja-pekerja.

Sekali lagi saya ingin tekankan Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua proses yang akan berlangsung di dalam mewujudkan skim ini akan melibatkan pihak-pihak kerajaan, majikan dan pekerja. Kita mengalu-alukan pandangan dan sebarang input yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan lain-lain anggota Dewan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan ini memanglah amat penting oleh kerana kita melihat bahawa pekerja-pekerja dalam bidang swasta ini, bukan sahaja pekerja tetapi juga exco-exco yang mungkin umur sudah meningkat lebih daripada 70 tahun yang masih lagi dianggap sebagai pekerja di bidang- bidang swasta walaupun kerja itu tertakluk kepada keupayaan pekerja tersebut.

Akan tetapi ada juga pekerja yang dianggap sebagai CEO yang gaji mungkin tiada had limit. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka ini hanya untuk bagi had usia dan pencen dan sumbangan kepada KWSP. Apakah pendirian kementerian terhadap pekerja- pekerja yang sudah lanjut usia tetapi masih dibenarkan bekerja oleh pihak swasta mungkin oleh kerana keupayaan dan kebolehan pekerja tersebut?

final • 10:20 AM

Dato' Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, kualiti hidup dan juga perkhidmatan kesihatan di negara kita pada hari ini sudah meningkat. Kita dapati pada masa kini kadar hayat rakyat Malaysia purata ketika dilahirkan adalah 75 tahun berbanding dengan semasa digubal Ordinan KWSP 1951 di mana pada masa itu purata kadar hayat rakyat Malaysia adalah 48.5 tahun.

Jadi tidak menghairankan jika pada masa ini walaupun seseorang itu sudah berusia melebihi 70 tahun tetapi masih produktif dan kenapa kalau di peringkat Ketua Eksekutif atau CEO Yang Berhormat Putatan sebutkan tadi masih tenaganya diperlukan, saya rasa kerana ia mampu dan juga kerana pengalaman dan kepakarannya yang diperlukan oleh majikan tersebut. Kementerian buat masa ini tidak ada mengehadkan pihak swasta di dalam hal usia persaraan ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Azalina binti Othman Said [Pengerang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan status berhubung kajian, cadangan mahupun pembangunan di tapak sejarah “Bunker Pengerang”.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan salam 1Malaysia. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan bagi menilai kepentingan Bunker Pengerang sama ada memenuhi kriteria untuk diangkat sebagai warisan di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), mendapati kepentingannya tidak mencapai tahap kriteria yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

(KPKK) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) tidak bercadang mengiktiraf Bunker Pengerang sebagai tapak warisan. Walau bagaimanapun, Bunker Pengerang akan kekal dalam senarai inventori sebagai tapak tanah bersejarah. Sekian.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya saya agak terperanjatlah dengan jawapan daripada Timbalan Menteri. Mengambil kira bunker ini di bina pada tahun 1936 dan siap

final • 10:20 AM

Datuk Seri Azalina binti Othman Said - Pengerang

pada tahun 1939, pada masa pembinaan harganya lebih kurang £600 ribu. Kalau kita tengok hari ini mungkin nilainya berjuta. Kubu bawah tanah ini Timbalan Menteri, adalah sejauh dua kilometer dan dianggap sebagai kubu yang terpanjang bawah tanah di persekitaran negara-negara Asia Tenggara.

Jadi soalan tambahan saya, adakah mengambil kira daripada jawapan Timbalan Menteri, bolehkah kerajaan sekali lagi mengambil kira secara serius untuk memelihara, kalau tidak dilihat sebagai tapak warisan tetapi mengambil kira bunker ini dilihat sebagai bahan sejarah terutama sekali bagi anak-anak sekolah untuk mengenang kembali kesan sejarah daripada Perang Dunia Kedua. Itu soalan saya yang pertama.

Soalan saya yang kedua, adakah Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri berhasrat hendak buat lawatan ini bersama-sama saya di tapak Pengerang Battery ini?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, saya hendak terangkan sebab-sebab kepada Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

Daripada sembilan kriteria yang ditetapkan seperti mana peruntukan seksyen 67(2) yang boleh dijadikan asas dalam menilai Bunker Pengerang. Kriteria pertama iaitu kepentingan sejarah hubungan dengan, atau berhubungan dengan sejarah Malaysia telah dijadikan pertimbangan utama dalam meneruskan kajian teknifikasi Bunker Pengerang sebagai warisan negara.

Semasa Perang Dunia Kedua, sebuah unit artileri meriam yang bernama Pengerang Battery merupakan sebahagian dari pertahanan Singapura bagi mempertahankan serangan dari arah Timur ke Pengkalan Royal Naval di Sembawang yang juga memberikan pertahanan rapat kepada Calder Harbour. Bagaimanapun Pengerang Battery tidak diserang semasa kejatuhan Singapura. Strategi British bahawa Pengerang Battery sepatutnya menjadi kubu pertahanan British di Tanah Besar Malaya. Ketika itu tidak menjadi kenyataan kerana serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah dimulakan daripada Thailand dan masuk melalui Kota Bharu, Kelantan. Pembinaan bunker dan kubu pertahanan hanya tinggal binaan yang tidak melakar sejarah penting tanah air dalam episod pertahanan ke atas serangan tentera Jepun. Tiada peperangan yang pernah terjadi di sini dan tiada rekod bagi mengaibkan mana-mana hubungan sejarah yang pernah melakar peristiwa yang sangat menonjol sama ada sejarah pentadbiran awam dan sosial mahupun sejarah ketenteraan negara.

Binaan yang berusia lebih 100 tahun tidak membawa apa-apa erti sekiranya tiada peristiwa atau sejarah penting yang berlaku pada binaan tersebut. Warisan perlu dilihat sebagai rekod bukti serta khazanah penting yang selain mempunyai nilai fizikal juga perlu dinilai dengan kepentingan peristiwa sejarah dan penceritaan sebagai sebahagian daripada identiti jati diri rakyat Malaysia bagi mewajarkan mana-mana tapak bangunan atau binaan dilindungi dan dipelihara sebagai warisan negara. Menurut sejarah, sebelum Perang Dunia Kedua, British telah mendirikan sebuah kubu pertahanan yang serba lengkap di atas bukit di Tanjung Pinggir, Pengerang, Johor terletak di sebuah kawasan berbukit yang dianggarkan seluas 2.4 hektar dan berhampiran pantai. Kubu-kubu tersebut dibina sebagai persiapan menghadapi serangan tentera Jepun yang dijangka akan mara dari arah Pulau Singapura namun jangkaan British meleset kerana Jepun menyerang Johor dan Singapura dari arah udara. Oleh sebab itu kubu tersebut tidak digunakan sama sekali oleh tentera British malah pihak Jepun juga tidak berani untuk memasuki kerana khuatir di dalamnya mengandungi perangkap dan bahan letupan.

[Disampuk]

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Sudah lama sangat ini.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Dipercayai Pengerang Battery yang dibina...

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Cukuplah, cukuplah jawab ini...

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Jawapan ini adalah satu keterangan...

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, inilah bukti sejarah.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Jawapan ini adalah satu keterangan...

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Ini bukti sejarah kebodohan Kerajaan British bina kubu yang tidak pakai. Kepandaian Kerajaan Jepun..

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Dengar, dengar saya cakap dahulu Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

...Yang mana Tun Mahathir bila dia kata pandang ke Timur, Look East policy, betul lah kata Tun Mahathir. Kerajaan Barisan Nasional betul daripada dahulu. Kerajaan Jepun lagi pandai. Inilah sejarah yang saya minta kementerian uar-uarkan...

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Dengarlah, dengar saya habis dahulu...

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

...Kepada budak-budak sekolah Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Dengar Yang Berhormat, saya habis dahulu.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Maknanya, betullah kata Timbalan Menteri. Inilah sejarah sebenarnya.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Ini sejarah saya beritahu kepada...

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jangan kata tidak ada sejarah, inilah sejarah Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya habis sedikit lagi.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Sila habiskan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Dipercayai Pengerang Battery yang dibina...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan dihirau dengan gangguan Yang Berhormat. Sila teruskan.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

...Menggunakan... Saya habiskan. Pengerang Battery yang dibina menggunakan batu dan simen adalah kalis peluru dan mempunyai pelbagai kemudahan. Menurut pengajian, antara lain ia mempunyai beberapa markas utama command and control, berek anggota tentera, stor senjata dan letupan, stor makanan dan ubat-ubatan serta sebuah hospital serta mempunyai laluan bawah tanah.

Sekian.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju bahawa sejarah telah membuktikan bahawa serangan tentera Jepun bukan daripada selatan tetapi daripada Kota Bharu, Kelantan. Jadi, apakah yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menjaga sejarah dan juga warisan di tempat pendaratan Jepun di Kota Bharu, Kelantan?

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D' Cruz

Soalan asal adalah spesifik dan soalan Yang Berhormat tidak menyentuh perkara yang sama. Sila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada kementerian, terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk program SARA 1Malaysia dan kenapa kerajaan meluluskan skim di mana pihak bank mendapat lebih banyak keuntungan daripada pelabur-pelabur. Kenapa pelabur-pelabur diwajibkan untuk mendapat pinjaman bank.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Beruas bersama dengan Yang Berhormat Kuantan pada hari ini kerana menyentuh perkara yang sama.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Di bawah pelaksanaan skim ini, industri institusi kewangan yang terlibat menyediakan dana

final • 10:30 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

pinjaman kepada 100,000 peserta yang layak memohon pinjaman berjumlah RM500 juta atau RM5,000 bagi setiap peserta untuk tempoh selama lima tahun untuk melabur dalam 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia atau AS1M yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.

Setiap peserta hanya perlu membayar balik pinjaman kepada bank sebanyak RM84 sebulan selama 59 bulan dan RM44 pada bulan ke-60. Peserta akan mendapat 5,000 unit AS1M akhir tempoh lima tahun setelah menjelaskan kesemua komitmen bulanan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, skim ini telah dilaksanakan dengan kerjasama empat buah institusi kewangan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada peserta untuk melabur dalam unit AS1M. Institusi kewangan tersebut ialah Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional merupakan agen kepada Amanah Saham Nasional Berhad

(ASNB).

Oleh kerana bank-bank ini mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara yang lebih 1,300 buah. Setiap lapisan masyarakat daripada seluruh pelosok negara sama ada di bandar mahupun di luar bandar akan mendapat pulangan yang saksama untuk menyertai skim ini. Rangkaian cawangan yang meluas ini akan memberikan kemudahan kepada peserta untuk membuat bayaran balik pinjaman SARA kelak. Selain itu, pihak bank juga menawarkan satu pakej istimewa kepada peserta SARA dengan kadar faedah yang rendah. Ini sudah tentu akan dapat membantu SARA dalam menjana pulangan yang munasabah dan pengagihan keuntungan yang berterusan kepada peserta skim ini. Sekian.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak Menteri belum menjawab soalan saya iaitu soalan yang dinyatakan di sini ialah kenapa kerajaan meluluskan skim di mana pihak bank mendapat lebih banyak keuntungan daripada pelabur- pelabur. Kenapa pelabur-pelabur diwajibkan untuk mendapat pinjaman bank? Itu soalan asal saya. Sebenarnya saya ada soalan tambahan pula. Kalau boleh Menteri jawab soalan asal saya dahulu, kemudian saya ada tambahan kenapa diwajibkan kalau pelabur-pelabur yang miskin ini, mereka mempunyai RM5,000 yang ada, kenapa tidak diberikan RM184 setiap bulan ini kepada pelabur-pelabur? Kenapa dimestikan bank mendapat RM84, pelabur-pelabur yang miskin dapat RM50 sahaja.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Beruas. Untuk makluman Yang Berhormat, bank-bank – Yang Berhormat tanya bank ada buat keuntungan. Memang bank-bank semua hendak buat keuntungan kerana mereka ada shareholder yang tersendiri. Kita mengadakan skim ini supaya kita boleh bantu isi rumah yang berpendapatan rendah supaya meringankan beban mereka dan juga menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Tadi Yang Berhormat tanya soalan mengenai mengapa tidak bayar RM184 sebulan. Saya hendak menjelaskan di sini iaitu bagi memastikan serta membayar balik pinjaman tersebut setiap bulan dan terus membuat tabungan dan pelaburan, staf akan diberi insentif kira-kira RM134 sebulan. Ini bergantung kepada hasil pulangan selama tempoh penyertaan. Ini memang ada tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan saya ...

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Minta maaf. Soalan saya hanya kenapa dimestikan dapat pinjaman bank. Itu soalan saya.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Ini, ini adalah syaratlah. Ini adalah syaratnya. Ini adalah syarat.

final • 10:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Cepat jawab.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Yang Berhormat tidak faham itulah syarat.

Memang tiap-tiap transaksi ada syarat yang berkenaan. You hendak tanya itu siapa boleh jawab. Itu Yang Berhormat – untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan dalam syarat ini tidak boleh dibuat secara tunai, tetapi menerusi pinjaman daripada institusi kewangan sebab isi rumah yang berpendapatan rendah ini tidak ada – mereka memang bukan senang hendak keluarkan duit dan ini memang adalah satu skim untuk membantu mereka. Itu yang mustahak. Yang Berhormat mesti faham, yang lain tidak payah tahu.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Soalan tambahan saya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, tadi itu soalan asal.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Syarat...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan itu telah dijawab, sama ada Yang Berhormat berpuas hati atau tidak, itu bukan soal saya.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan tambahan saya.

Tadi saya katakan soalan asal tidak dijawab kemudian...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia beruas sedikit daripada Perak Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila, sila.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Anggota DAP dia pun pergi serbu Speaker Negeri Perak secara biadab Tuan Yang di-Pertua. Ini jenis parti dia ini. Ini saya bagi pihak rakyat Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak rakyat...

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bila, bila Speaker...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak rakyat kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan.

[Tepuk] Mula-mula BR1M, lepas BR1M, SARA. Ini semua usaha kerajaan hendak meringankan, membantu rakyat yang miskin dalam negara ini. Soalan saya, soalan saya.

Oleh sebab kerajaan Barisan Nasionallah bukan. Kerajaan Barisan Nasional. Oleh sebab skim ini sangat digemari dan dapat sokongan, saya hendak bertanya boleh tidak 100,000 itu ditambah.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Tidak boleh.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ditambah.

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

Boleh, boleh.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagi satu juta ke misalan.

Supaya – ramai rakyat bertanya ini. Berlumba-lumba dia takut dia tidak dapat Tuan Yang di- Pertua. Berlumba-lumba dia. Jadi, saya harap skim yang sangat menguntungkan rakyat ini dan rakyat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mudah- mudahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menang besar dalam pilihan raya yang akan datang ini. Jadi, naikkan dari jumlah 100,000 kepada satu juta. Ini cadangan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Syok sendiri.

final • 10:40 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Sri Gading yang selalu prihatin atas isu-isu semasa. Saya hendak ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 21 Mac 2012, jumlah isi rumah yang telah memohon skim ini telah melebihi 100,000 yang kita pada asalnya kita tetapkan angka itu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 62,427 permohonan telah diluluskan dan ada yang lain masih dalam proses. Yang Berhormat minta supaya angka ini ditambah. Saya memang setuju sendirilah, tetapi saya mesti panjangkan cadangan Yang Berhormat ini kepada kementerian untuk mereka pertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mohonlah bagi soalan tambahan yang saya hendak tanya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman, Lipis.

final • 10:40 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Soalan Kuantan ada tanya tadi Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

5. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan jumlah pekedai runcit yang menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di Pahang mengikut kawasan Parlimen.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan l - Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2011 sebanyak 519 buah kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi telah berjaya dimodenkan di seluruh negara melepasi sasaran iaitu 500 buah kedai runcit yang dimodenkan. Manakala pada tahun 2012, kerajaan menyasarkan sebanyak 500 buah kedai runcit lagi untuk dimodenkan. Sehingga 6 April 2012, sebanyak 107 buah kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi telah berjaya dimodenkan, manakala 393 buah kedai lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan di seluruh negara.

Bagi negeri Pahang, sebanyak 80 buah kedai termasuk kedai runcit koperasi telah menyertai projek TUKAR. Pecahan mengikut kawasan Parlimen adalah seperti berikut:

Kawasan ParlimenBilangan Kedai TUKAR
Bentong5
Bera10
Cameron Highlands1
Indera Mahkota3
Jerantut9
Kuala Krau3
Kuantan7
Lipis5
Maran12
Paya Besar6
Pekan8
Arau1
Rompin6
Temerloh3
Keriang1JUMLAH80
final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan tahniahlah kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini kerana sejak diperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di bawah NKEA peruncitan dan borong. Saya melihat pengusaha kedai runcit semakin maju, berdaya saing dan berketerampilan. Saya difahamkan sektor peruncitan dan pemborongan adalah penyumbang keempat besar kepada pendapatan kasar negara di kalangan 12 bidang NKEA itu dengan sumbangan kira-kira RM57 bilion pada tahun 2009 dan RM83 bilion pada tahun 2010. Saya percaya ia akan mencecah lebih daripada RM100 bilion pada tahun 2011. Jadi, soalan tambahan saya ialah setakat manakah institusi kewangan membantu pengusaha kedai runcit yang menyertai program TUKAR ini dan bolehkah kerajaan menimbang semula bayaran tempoh balik pada kadar faedah yang lebih rendah berbanding yang sedia ada iaitu pada 3% menerusi Bank Rakyat ketika ini.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Serta saya hendak tahu juga setakat mana sumbangan perunding peruncitan dan pemborongan seperti Tesco dan Mydin membantu menjayakan Program TUKAR ini. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Okey, Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas keprihatinan dan ingin melihat perkembangan projek TUKAR yang berada di negara kita. Untuk

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

makluman Yang Berhormat setakat ini iaitu pihak kementerian pada tahun 2011 ini telah pun memberi pinjaman sebanyak RM60,000 kepada peruncit-peruncit tetapi mulai tahun 2012 tambahan RM20,000 telah pun diberi kepada peruncit-peruncit dan telah pun mencecah RM80,000. Kita telah pun memberi RM50,000 untuk membuat pengubahsuaian dan pembelian alatan dan RM30,000 untuk digunakan sebagai working capital.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2011 peruntukan yang telah pun diberi oleh pihak kerajaan untuk projek TUKAR ini adalah sebanyak RM40 juta. Pada tahun 2012 ini ia telah pun ditambah sebanyak RM50 juta. Penglibatan daripada perunding- perunding khususnya daripada iaitu perunding hypermarket asing ini adalah amat menggalakkan dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Bukan sahaja dari segi membuat pengubahsuaian dan juga dari segi memastikan memberi latihan dari segi pengurusan dan perakaunan yang sistematik. Akan tetapi setelah siap kedai runcit ini ditukarkan pihak perunding juga dari semasa ke semasa juga akan memantau dan memberi khidmat nasihat yang berterusan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Menteri serta jawapan yang diberikan. Saya merujuk kepada statistik yang diberikan dalam media, laporan media bahawa hanya sekitar 7.5% daripada peruncit berbangsa Cina yang menyertai program ini sekitar 18 Februari tahun ini.

Saya pohon penjelasan, apakah yang dilaksanakan oleh kementerian kerana dalam objektif, kebanyakan peniaga Cina ini membangkitkan kegusaran dan kebimbangan mereka kerana antara objektif yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan khusus untuk projek TUKAR ini adalah untuk memastikan kedai-kedai runcit yang menjalani program tukar bersedia untuk melaksana rejim GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Jadi, sejauh manakah objektif ini akan dilaksanakan oleh kementerian? Apakah yang sedang dilakukan untuk memastikan semua pekedai-pekedai runcit ini benar-benar sedar bila mereka menandatangani perjanjian kewangan, mereka sebenarnya sedang menyediakan kedai-kedai untuk pelaksanaan Cukai GST. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, penglibatan daripada kaum Cina sebenarnya adalah tidak begitu menggalakkan. Satunya disebabkan kerana bukan dari pihak kementerian KPDNKK tidak mengadakan dialog. Kita telah pun mengadakan road show dan kita juga telah pun menjemput iaitu persatuan peruncit-peruncit negara kita Malaysia ini, telah pun kita duduk dan sebagainya untuk memberi keterangan yang sejelas- jelasnya. Akan tetapi disebabkan kerana pada hari ini banyak daripada iaitu kaum Cina ini anaknya semuanya adalah sudah masuk ke universiti, lulusan universiti maka akhirnya apa yang berlaku di sini ialah mereka tidak mahu take over, untuk mengambil alih perniagaan ibu bapa mereka ini. Oleh sebab itu ini bukan merupakan pihak kerajaan tidak menggalakkan penglibatan kaum Cina ini untuk projek TUKAR ini.

Sebenarnya tidak ada pun kegusaran dan oleh sebab pihak kerajaan telah pun memberi jaminan kepada semua peruncit bahawa tidak ada rejim-rejim ataupun pihak iaitu consultant hendak memaksa mereka ataupun dengan kata lain iaitu hari ini kita telah pun memberi kebebasan kepada iaitu peruncit-peruncit untuk memilih kontraktor mereka untuk membuat projek-projek pengubahsuaian dan sebagainya. Begitu juga tentang GST yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Sebenarnya tidak ada bahawa pihak kerajaan sebenarnya menyediakan pihak-pihak iaitu peruncit dari segi pelaksanaan GST. Oleh sebab pihak kita di sini sebenarnya tujuan kita adalah murni untuk membantu iaitu peruncit- peruncit yang tradisional ini untuk berdaya saing dan berdaya tahan supaya mereka dapat bersaing dengan hypermarket yang ada di negara kita.

Boleh saya nyatakan di sini, kita rasa bangga bahawa pencapaian dari segi peningkatan jualan harian oleh peruncit-peruncit yang telah pun menyertai projek TUKAR kita boleh dikatakan telah pun mencecah daripada 10% hingga melepasi 400%. So, sebab itu ini memanglah menjadi hasrat pihak kerajaan untuk membantu rakyat dan sebab itu kita berharap kejayaan ini adalah kejayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dari segi hendak mentransformasikan iaitu ekonomi, rakyat golongan miskin khususnya di luar bandar ini. Kita harap kita akan berjaya mencapai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada kerajaan merancang dan bersedia untuk mewujudkan tanah rizab sekolah untuk pembinaan SJK(C) dan SJK(T) kerana setakat ini tanah rizab sekolah adalah untuk pembinaan SK dan SM sahaja.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya tidak sangka hari ini dapat jumpa Yang Berhormat Serdang lagi. Saya harap beliau malam tadi dapat tidur nyenyak kerana masih terkejut dengan kehadiran 70,000 orang di Batu Pahat.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya Kementerian Pelajaran Malaysia merancang dan komited untuk menyediakan tapak tanah rizab untuk pembinaan semua sekolah kerajaan. Semua sekolah kerajaan. Sama ada sekolah kebangsaan, SJK(C) dan juga SJK(T). Untuk makluman Yang Berhormat di seluruh negara terdapat 404 buah SJK(C) kerajaan dan 153 buah SJK(T) kerajaan. Oleh itu adalah tidak benar dakwaan Yang Berhormat bahawa rizab sekolah hanya untuk pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

Walau bagaimanapun demi meneruskan usaha memupuk perpaduan di kalangan murid dilaksanakan di peringkat awal persekolahan lagi. Maka sudah tentu KPM akan memastikan tapak rizab sekolah untuk aliran perdana iaitu kebangsaan adalah mencukupi.

Untuk makluman Yang Berhormat dalam membuat perancangan membina sekolah baru KPM memberi keutamaan kepada beberapa aspek berikut:-

(i) lokasi tapak adalah bersesuaian;

(ii) sudah mempunyai kemudahan asas seperti jalan masuk, bekalan air dan juga elektrik;

(iii) mengimbangi keperluan penduduk setempat terutama dari segi kepadatan penduduk; dan

(iv) memastikan keluasan tapak adalah lapan hingga dua belas ekar untuk sekolah menengah dan enam hingga lapan ekar untuk sekolah rendah.

Akan tetapi bagi memastikan kriteria tersebut dipenuhi, KPM berhadapan dengan kekangan tapak rizab sekolah khususnya di bandar. Oleh itu ada sekolah kebangsaan sendiri yang terpaksa dibina atas tapak kurang empat ekar seperti Sekolah Kebangsaan Seri Puteri di Batu Pahat. Ini sebab Yang Berhormat Serdang mungkin tidak tahu sebab jarang balik ke Batu Pahat. Bahkan banyak sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan yang terpaksa mengadakan sekolah dua sesi di samping itu masih wujud sekolah-sekolah menumpang di negara ini. Ini juga Yang Berhormat Serdang mungkin banyak tidak tahu.

Akan tetapi sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, “Rakyat Didahulukan, Janji Ditepati.” Kerajaan juga membantu SJK(C) dan SJK(T) bantuan modal beberapa tapak yang dirizabkan untuk sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan telah diberikan kepada SJK(C) dan SJK(T) bagi bantuan modal. Walaupun keperluan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan amat mendesak.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Contohnya, SJK(C) Sungai Long, SJK(C) Kajang Utama, SJK(C) Keng Chee dan juga SJK(C) Bukit Serdang. Semuanya menggunakan tapak yang dirizabkan untuk sekolah kebangsaan. Begitu juga SJK(T) seperti SJK(T) Seafield Putra Heights dan SJK(T) Ladang Bukit Jalil juga menggunakan tapak yang dirizabkan sebenarnya untuk sekolah kebangsaan. Akan tetapi, kita beri atas dasar ini adalah kerajaan yang prihatin dan adil.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, semasa majlis pecah tanah SJK(C) di Wangsa Maju dari mulut presiden MCA sendiri cakap susah sangat hendak cari tapak untuk SJK(C). Untuk sekolah tersebut MCA guna 20 tahun untuk mencari sekeping tapak untuk SJK(C) yang baru itu di Wangsa Maju. Jadi sekarang saya pun hendak tanyalah. Walaupun tadi sudah cakap SJK(C) Sungai Long, SJK(C) Kajang Utama semua guna tapak kerajaan tetapi saya hendak tanya kalau

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

memanglah dasarnya adalah semua tanah rizab pendidikan, adalah terbuka kepada semua aliran sekolah kenapa perlu guna selama empat tahun untuk mengenal pasti mana satu tapak yang boleh digunakan untuk pembinaan sekolah SJK(C)-SJK(C) tersebut?

Ini efficiency Kerajaan Barisan Nasionalkah? Saya hendak ulang di sini soalan saya adalah berdasar kepada kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang sudah berulang-ulang kali cakap pada tahun 2010 bahawa MCA telah bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya di taman perumahan baru yang melebihi 3,000 unit rumah di mana majoriti penduduknya adalah orang Cina supaya kita boleh wujudkan tanah rizab untuk SJK(C).

Jadi saya hendak tanya, sampai sekarang adakah semua tapak sekolah tanah rizab pendidikan adalah terbuka untuk semua aliran sekolah? Maksudnya sekarang di Serdang masih ada 12 keping tanah rizab pendidikan lagi. Bolehkah kita guna tapak itu untuk SJK(C) dan SJK(T) baru yang akan datang?

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Yang Berhormat, saya sudah jelaskan tadi sebab itu saya kata bahawa oleh sebab kerajaan ini prihatin maka ada tanah-tanah yang sudah dirizabkan untuk keperluan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan, kita beri kepada SJK(C) dan SJK(T) bantuan modal. Kita bukan macam kerajaan pembangkang tanah rizab sekolah macam di Bayan Mutiara itu pun hendak di jual untuk membina pembangunan.

final • 11:00 AM

Tuan Tony Puan Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ini memang fitnah. Menteri boleh pohon di sini. Tarik balik!

final • 11:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Tarik balik!

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ha! Ini Barisan Nasional yang buat. Bukan pembangkang yang buat. Tipu!...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Itu pun hendak merobohkan untuk membina pusat membeli belah. Inilah kerajaan zalim. Zalim, zalim. Rizab yang ada pun hendak dijual kepada pembangkang. Zalim. Memang zalim!

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Sangkaan jahat!...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Jempol.

final • 11:00 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila sekarang ini berlaku perpindahan kalau dulunya India berada di estet. Akan tetapi, sekarang ini pindah duduk dalam bandar. Contohnya di Bandar Bahau. Jadi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil ini jauh di pedalaman. Mereka tinggal di bandar tetapi sekolahnya tinggal di pedalaman.

Apakah kementerian boleh memindahkan sekolah yang kurang pelajar ini ke dalam bandar.

Sebagai contoh di Bahau, Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan tapak ini atas rizab sekolah. Sekolah Sungai Sebaling itu dipindahkan ke Bandar Bahau. Jadi saya ucapkan tahniah kepada MCA yang banyak jasanya terhadap pembangunan sekolah-sekolah Cina...

[Tepuk] Di Malaysia ini.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Sememangnya dasar kita ialah kita membenarkan sekolah-sekolah untuk berpindah terutamanya sekolah yang kurang murid. Oleh sebab itulah SJK(C) kita ada 13 sekolah yang akan berpindah ataupun dipindahkan ke tapak baru. Bahkan ada juga sekolah SJK(T) yang kurang murid kita pindahkan ke tapak yang baru. Ini adalah dasar kita tetapi mestilah memenuhi beberapa syarat. Antaranya persetujuan PIBG dan semua ibu bapa dan juga pihak LPS. Oleh sebab itulah saya mengatakan tadi bahawa keprihatinan terutamanya rakan kami parti komponen MCA ini...

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Ya!

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Adalah cukup jelas sebenarnya. Mereka berjuang untuk merealisasikan SJK(C) bukan macam di sebelah sana bercakap sahaja yang lebih. Oleh sebab itu saya nyatakan di sini bahawa kita bukan itu sahaja, SMP(C) ini pun kita bantu macam Sekolah Menengah Tinggi Chong Hwa Renggit kita bagi RM500,000

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

di mana bekas pengetua itu adalah bapa saudara Yang Berhormat Serdang sendiri, bapa mertua Yang Berhormat Serdang sendiri.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Mungkin dia tidak tahu ya. Akan tetapi, DAP satu sen pun tidak bagi kepada sekolah tersebut...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Tanyalah Yang Berhormat Serdang. Bapa mertuanya adalah bekas pengetua di situ. Dia tahu kita sudah bagi RM500,000 sebenarnya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:00 AM

7. Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rasionalnya pihak kerajaan "menswastakan" anak-anak syarikat PNB kepada syarikat-syarikat bumiputera, yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, hanya dengan tujuan membanyakkan bilangan syarikat milik bumiputera dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, walhal PNB adalah 100% milik bumiputera.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Yang Berhormat Padang Besar.

Tuan Yang di-Pertua, rasional penswastaan anak-anak syarikat PNB oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat bumiputera adalah selaras dengan peranan kerajaan di dalam perniagaan seperti yang ditekankan di dalam Model Ekonomi Baru. Di antara peranan ini adalah untuk membantu kecairan di dalam pasaran, divestment, menggelakkan kesesakan di dalam pasaran, membantu mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan serta membentuk pembangunan ekonomi negara yang baru di masa hadapan.

Pengumuman berkenaan pelupusan syarikat-syarikat PNB adalah satu daripada inisiatif dasar tersebut. Pemilihan syarikat-syarikat bumiputera untuk mengambil alih syarikat-syarikat yang bakal di lupuskan akan dijalankan secara pembidaan terbuka dan telus. Ini adalah untuk memastikan hanya pembida yang benar-benar berkelayakan sahaja akan dipilih untuk mengambil alih syarikat-syarikat yang akan dilupuskan. Ini akan memastikan syarikat-syarikat ini akan terus kompetitif, berdaya maju, serta mampu bersaing di pasaran tempatan mahupun luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Terima kasih jawapan. Soalan tambahan ialah memang ada kewajarannya tetapi dari sudut total, dari sudut keseluruhannya adakah ini tidak, adakah dia tidak membesarkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara? Hanya dia membolehkan syarikat yang telah berjaya, untuk memasuki, untuk diambil alih syarikat-syarikat di bawah PNB. PNB menentukan bahawa syarikat itu punya rekod yang terbaik sebelum ianya diambil alih dan kita serahkan pula kepada syarikat bumiputera demi untuk membangunkan lagi bumiputera.

Jadi soalan tambahan saya ialah tidak berkembang jumlah ekuiti bumiputera dalam pasaran walhal matlamat kita ialah untuk memperbanyakkan, mempertingkatkan peratusan bumiputera dalam pasaran. Adakah ini tidak menjejaskan ataupun tidak tepat kepada matlamat asal?

final • 11:00 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, konsep pertama itu adalah ekuiti tidak akan keluar kerana ianya intra bukan inter. Intra pertama. Kedua yang akan didiverse itu adalah di dalam tier ketiga. Syarikat induk selepas itu anak syarikat kemudian anak-anak syarikat, tier ketiga. Fokusnya kepada NKEA 12 difokuskan dengan harapan bahawa dalam dinamisme dunia ini pembangunan teknologi yang begitu canggih, pembangunan infrastruktur yang memerlukan kepakaran terbaik keusahawanan yang baru.

Maka saya rasa ini akan juga menjana new player, dengan izin. Ianya akan melibatkan dua perkara asset diversion dan juga equity structure pencairan liquidation.

final • 11:00 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Ini akan memberi kekuatan kewangan kepada kerajaan untuk terus develop further dengan izin. Maka saya rasa ianya tidak akan menggugat apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Besar. Ia saya rasa akan lebih memperkukuhkan dan jaminan diberi kerana Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, anggotanya Timbalan Perdana Menteri dan 11 Menteri Kabinet dengan adanya wakil daripada kerajaan KSN dan juga NGO yang memberi

final • 11:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

kepentingan kepada bumiputera. Maka tidak payah risaulah dan ia akan dimulakan secara berperingkat-peringkat. Belum lagi masih dalam proses untuk membuat keputusan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bersetuju dengan rakan saya daripada Padang Besar. Strategi ini nampaknya semacam bercanggah sedikit dengan konsep pembahagian yang kekayaan yang adil. Jika PNB menjual pelaburannya kepada individu atau syarikat bumiputera, dengan membelakangkan kepentingan jutaan bumiputera yang lain yang menjadi pemegang saham amanahnya, itu isunya. Seperti yang disebut dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dari sudut tambahan ekuiti itu tidak berlaku sebab dia intra. Alangkah baiknya kalau PNB itu membeli saham daripada syarikat-syarikat bukan bumiputera dan juga syarikat bumiputera sendiri. Dengan sendirinya langkah ini akan meningkatkan milikan aset korporat bumiputera. Apa yang berlaku sekarang adalah memindahkan aset milik jutaan bumiputera kepada segelintir individu atau syarikat bumiputera. Jadi apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju jika saya katakan ini agak bercanggah dengan prinsip pembahagian kekayaan yang adil dan dia tidak berlaku pun peningkatan aset ataupun ekuiti bumiputera sedangkan PNB mewakili pegangan institusi dalam konteks milikan kekayaan bumiputera di negara ini. Mohon penjelasan.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Baik untuk jawapan tadi memang tidaklah. Kebimbangan itu tidak perlu diuar- uarkan. Memang tidak ada tujuannya. PNB dibentuk atau diwujudkan untuk tujuan memperkasakan penglibatan bumiputera dalam agenda ekonomi negara. Maka ianya adalah menjadi induk dan dalam perancangan itu, dua perkara akan diberi keutamaan bahawa di peringkat perancangannya perimeter-perimeter prasyaratnya akan diperkukuhkan dan dari segi dasar-dasarnya akan dilunaskan dengan baik supaya matlamat yang dikatakan tadi akan diperkukuhkan.

Yang kedua ini kesesakan dalam pasaran, crowding out effect yang telah mengekang perkembangan di peringkat bawah akan dileraikan supaya new players bumiputera baru akan masuk dan akan memperkembangkan lagi di peringkat dasar dan di peringkat yang lebih tinggi akan dimatangkan. Yang kedua agenda yang dikatakan tadi Ekuinas ada lagi institusi lain yang akan sama-sama membantu dalam proses perjuangan PNB. Maka tidak payah risaulah, tidak payah kita jadikannya satu agenda politik untuk kita sama-sama menguar-uarkannya, tidak payah. Ini adalah satu yang baik dan di depannya adalah satu matlamat yang cukup cantik pada tahun 2020 untuk mewujudkan competitiveness, persaingan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa peruntukan pembinaan sekolah-sekolah hanya merangkumi kos bangunan sahaja tetapi tidak termasuk infrastruktur jalan dan longkang.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dasar pembinaan sesebuah sekolah anggaran kos yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi cadangan sesebuah sekolah yang baru adalah merangkumi kos bangunan, perabot, dan juga kerja infrastruktur yang melibatkan kawasan sekolah. Ini tidak termasuk kos yang melibatkan kerja-kerja di luar sempadan pembinaan sekolah tersebut. Manakala kemudahan infrastruktur yang melibatkan di luar sempadan sekolah seperti jalan masuk dan longkang adalah di bawah tanggungjawab agensi lain seperti pihak Jabatan Kerja Raya

(JKR) ataupun kerajaan negeri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai apabila PBT meletak syarat jalan masuk ke sekolah ataupun longkang di sekitar sekolah atau jalan masuk ke sekolah mesti dibuat dengan syarat-syarat tertentu. Akan tetapi apabila dijawab balik oleh konsultan atau kontraktor, tidak ada peruntukan untuk jalan itu. Sekarang ini saya faham bahawa jalan masuk daripada jalan besar ke sekolah itu tanggungjawab JKR atau PBT.

final • 11:10 AM

Dr. Che Rosli bin Che Mat - Hulu Langat

Akan tetapi ini tidak berlaku, yang diminta sepatutnya mesti ada peruntukan daripada sekolah, daripada bangunan itu sampai ke jalan besar. Jadi ini yang saya risau walaupun sekolah sudah siap tetapi tidak dapat digunakan oleh sebab infrastruktur yang diperlukan iaitu menyambung ke jalan utama dan sebagainya. Soalan tambahan saya adakah peruntukan bangunan sekolah ini juga diberi kepada sekolah-sekolah agama sekolah rendah atau sekolah menengah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sebenarnya dalam pelaksanaan pembinaan sekolah-sekolah baru ini apa yang dimaksudkan kerja-kerja luar adalah kerja-kerja di luar bangunan sekolah tetapi masih dalam kawasan sekolah. Sebagai contohnya ialah saliran kotoran, pembetungan, bekalan air, tanaman rumput, pintu masuk, jalan dalaman, pagar kawasan dan saliran pembukaan.

Ini maksudnya ialah kerja-kerja di luar tetapi di luar bangunan dalam kawasan sekolah. Di luar itu sebenarnya adalah tanggungjawab sama ada JKR ataupun developer pemilik taman-taman tersebut ataupun JPS ataupun kerajaan negeri sebenarnya. Oleh sebab itulah memang kita tidak menyediakan kos untuk jalan di luar ataupun pembinaan longkang ataupun saliran d luar daripada kawasan sekolah. Itu memang tidak adalah sebenarnya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan selamat datang kepada guru dan pelajar Kolej Tengku Kurshiah Seremban, Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Jasin Melaka dan Komuniti 1Malaysia Jengka 3 Maran.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada kerajaan kerana atas keprihatinan membina sekolah-sekolah baru di seluruh negara, tidak kira sekolah Melayu, sekolah India Tamil, sekolah Cina dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita lihat di setengah kawasan terdapat di sekolah-sekolah ini dari segi penggunaan tidak maksimum. Maknanya ada bangunan-bangunan yang masih kosong di mana pelajarnya kurang daripada jumlah bilik yang dimiliki sekolah berkenaan. Ini termasuklah dapat kita kenal pasti sebagai sekolah yang kurang murid. Jadi apakah langkah kerajaan walaupun sudah ada bangunan, untuk memastikan supaya bangunan-bangunan sekolah yang dibina baru ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan tidak dibazirkan dari segi kemudahan itu?

Adakah kerajaan bercadang supaya sekolah-sekolah yang kurang murid ini dapat kita gabungkan dan mungkin kita rancangkan satu bentuk yang lebih baik di mana mungkin kita bina sebuah sekolah daripada dua buah sekolah kita bina satu bangunan untuk sekolah, satu bangunan untuk asrama yang cukup lengkap dan sebagainya ataupun cara- cara lain yang lebih dimanfaatkan? Dalam masa yang sama kita dapat menambah pelajar- pelajar di sekolah-sekolah berkenaan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Sebenarnya memang ada contoh-contoh yang kita boleh buktikan mana-mana sekolah yang jumlah pelajarnya adalah kurang tetapi kita tukar menjadi sekolah lain. Sebagai contohnya di Putrajaya iaitu Sekolah Menengah Presint 11 kalau tidak salah saya 11, telah kita tukarkan menjadi sekolah menengah agama (SMKA).

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Itu satu contoh di mana oleh kerana terlampau banyak sekolah di Putrajaya ini, Presint 8(1), Presint 8(2), Presint 9(1), Presint 9(2), jadi banyak sangat sekolah, maka murid yang ada satu bangunan sekolah itu yang cukup cantik, cukup besar, maka kita telah convert kan menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Ada beberapa sekolah lain, contohnya di Kuala Pilah, yang dicadangkan untuk menjadi sekolah vokasional. Bahkan saya hendak maklumkan di sini, Sekolah Tunku Kurshiah yang berpindah ke tempat baru, maka Sekolah Tunku Kurshiah yang ada sekarang ini, bangunan yang ada sekarang ini kita kekalkan untuk menjadi sekolah berasrama penuh khas untuk wanita juga ataupun pelajar perempuan juga. Jadi kita tidak robohkan ataupun kita serahkan kepada pihak lain. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan keberkesanan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mengawal kualiti program di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam bahagian jaminan kualiti.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Tunku Kurshiah College yang merupakan sekolah terbaik dalam keputusan SPM baru-baru ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kawalan kualiti pengajian tinggi, kita sekarang berada di fasa dua. Pada fasa yang pertama ialah bermula pada tahun 1997 apabila kerajaan menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan fasa yang kedua bermula pada tahun 2007 apabila kerajaan menubuhkan Agensi Kelayakan Malaysia atau yang selalu digunakan akronim dalam bahasa Inggerisnya MQA, dengan izin, Malaysian Qualification Agency. Struktur program pengajian tinggi telah didokumentasikan dengan lebih teratur dan mempunyai keseragaman melalui pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia atau dengan izin, Malaysian Qualification Framework (MQF) yang menekankan hasil pembelajaran atau learning outcome, dengan izin. Saya hendak sebutkan beberapa ukuran yang boleh dijadikan sandaran yang mana kita boleh melihat keberkesanan usaha-usaha ini.

Pertama ialah peningkatan program yang telah mendapat akreditasi penuh. Pada awal pelaksanaan proses jaminan kualiti, tidak banyak program yang mendapat akreditasi.

Sebagai perbandingan, hanya 315 program yang mendapat akreditasi dari tahun 1998 sehingga tahun 2002. Bilangan ini bertambah dari setahun ke setahun kepada 658 program yang mendapat akreditasi pada tahun 2009 dan 767 program pada tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa MQA telah berjaya mewujudkan satu budaya pendidikan yang mementingkan kualiti.

Kedua ialah peratusan IPT yang mendapat penarafan dalam SETARA 2009.

Berdasarkan SETARA 2009, sebanyak 38.3% universiti dan kolej universiti yang menyertai sistem ini telah mendapat penarafan cemerlang atau Tier 5, diikuti 53.2% telah mendapat penarafan yang sangat baik yakni Tier 4 dan 8.5% telah mendapat penarafan baik yakni Tier 3. Ini juga merupakan penekanan terhadap budaya kualiti program pengajian dan institusi bagi universiti dan kolej universiti yang mengambil bahagian.

Ketiganya juga kita telah berjaya meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa. Ini juga menunjukkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kualiti pengajian tinggi negara.

Keempat ialah kita telah mewujudkan dengan izin, internal quality audit di universiti dan kolej universiti. Ini bertujuan untuk memastikan MQA bukan sahaja memainkan peranan sebagai auditor luar kepada sesebuah IPT tetapi turut menggalakkan setiap IPT itu sendiri melalui Academic Performances Audit (APA), mereka membudayakan sendiri kualiti itu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya budaya kualiti dalam pengajian tinggi itu telah menjadi sesuatu yang dihayati oleh, boleh dikatakan keseluruhan universiti dan kolej universiti kita. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, MQA ini memang dijadikan, diwujudkan bagi satu badan yang menjamin kualiti program-program pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia. Jadi soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada pagi ini adalah setakat manakah pemantauan MQA ini melibatkan institusi pendidikan luar negara yang menjalankan program berkembar dengan IPTS tempatan? MQA ini pula kalau kita bandingkan dengan negara lain – jadi apakah MQA ini setanding dengan agensi dan badan-badan yang sama fungsinya di negara-negara lain? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sejak kewujudannya, MQA sentiasa menjadi rujukan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dengan bidang pengajian tinggi ini termasuk dari luar negara apabila mereka ingin membandingkan kedudukan universiti dan kolej universiti kita dengan universiti dan kolej di negara mereka. Daripada segi pengiktirafan, sebenarnya bukan sahaja bekerjasama malahan kita juga mendapat pengiktirafan dari luar negara.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Selain daripada itu, kita juga menjadi ahli lembaga Asia-Pacific Quality Network. Malahan di peringkat ASEAN, sebab setiap satu negara ASEAN ini ada lembaga akreditasi mereka masing-masing. Banyak negara misalnya Eropah, mereka memerlukan kalau boleh wilayah ini ataupun di ASEAN ini cuma ada satu lembaga akreditasi namun itu sukar untuk dilakukan. Akan tetapi kita ada kerjasama dan kita menubuhkan apa yang dipanggil sebagai ASEAN Quality Assurance Network. Apa yang menariknya ialah MQA dilantik sebagai ataupun dipilih menjadi pengerusi di peringkat ASEAN. Malahan juga mulai tahun 2009, MQA juga dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Association of Quality Assurance Agencies of the Islamic World. Maknanya di peringkat ASEAN dan peringkat dunia Islam, MQA itu diiktiraf sebagai dengan izin, the leading agency. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kalau ada orang kata agensi-agensi kita ini tidak begitu bagus, itu memang fitnah dan ‘mehnah’ yang berniat jahat semata-mata. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, MQA ini daripada segi penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah berkualiti. Cuma saya hendak minta pandangan Timbalan Menteri, adakah MQA ini juga dikaitkan dengan keperluan pasaran? Ini kerana kita lihat banyak lulusan sama ada swasta ataupun IPTA sukar untuk masuk ke gelanggang pekerjaan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar UPSI yang telah dilatih untuk menjadi guru, sehingga hari ini hampir ataupun lebih daripada 5,000 orang masih belum mendapat pekerjaan. Walaupun kita sedar bahawa pekerjaan itu perkara lain dan lulus peperiksaan itu perkara lain tetapi apabila seseorang dilatih untuk sesuatu profesion, harapan keluarga dan mereka pada pekerjaan itu amat besar. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya boleh tidak menjawab sebab soalan itu lari. Akan tetapi dalam soalan itu pun ada fakta yang saya fikir kawan-kawan daripada Kementerian Pelajaran, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada di sini, itu bukan angka yang betul, yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya tahu yang kawan-kawan saya di kementerian berusaha sedaya upaya untuk memberikan dengan izin, placement kepada graduan yang lulus daripada UPSI dan sebagainya.

Akan tetapi tentang soal kualiti, ada dua perkara di sini. Satu ialah kualiti kursus program yang ditawarkan oleh universiti. Kedua ialah soal kebolehpasaran graduan. Kita berusaha untuk membantu mereka tetapi kita tidak boleh hendak memberikan jaminan kalau dia keluar daripada kursus yang berkualiti pun, maka dia wajib ataupun secara automatik akan mendapat pekerjaan.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Di samping itu MQA memberikan akreditasi kepada kursus yang ditawarkan oleh IPT. Ada kursus-kursus tertentu pelajar itu perlu memenuhi beberapa syarat lain terutamanya kalau kursus profesional yang mereka kalau undang-undang mereka harus membuat chambering, dengan izin, kalau kejuruteraan untuk membawa title IR atau Insinyur itu dia harus memenuhi beberapa syarat, untuk menjadi charted accountant misalnya, dia harus memenuhi beberapa syarat. Jadi, hakikat bahawa sesuatu program itu mendapat akreditasi MQA adalah menunjukkan bahawa kursus dan program itu berkualiti dari segi apa yang ditawarkan oleh IPT itu. Akan tetapi soal kebolehpasaran pekerjaan adalah satu persoalan yang sedikit berbeza, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.2) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN (PINDAAN) (NO.2) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan 1950; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG LAUT WILAYAH 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi laut wilayah Malaysia dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Isnin, 16 April 2012, jam 10.00 pagi, perbahasan akan dimulakan dengan perbahasan (DR15/2012) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah khas) 2012, (DR18/2012) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012, dan (DR17/2012) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan (DR16/2012) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:35 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Laporan Kewangan 1997 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Laporan Kewangan 1997 yang sedia ada menerangkan fungsi Yayasan Laporan Kewangan (Yayasan) dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Lembaga). Pindaan kepada rang undang-undang akan memperjelaskan lagi matlamat dan fungsi Yayasan dan Lembaga serta menerangkan hubungan antara Yayasan

final • 11:37 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

dan Lembaga. Di antara pindaan yang dicadangkan ialah untuk menerangkan peranan Yayasan bagi menyelia fungsi Lembaga dan menyatakan dengan jelas matlamat serta fungsi utama Yayasan dan Lembaga tidak seperti sebelum ini yang hanya menjelaskan fungsi kendalian sahaja.

Berikutan keputusan Lembaga untuk menumpukan converge, dengan izin, piawaiannya dengan piawaian laporan kewangan antarabangsa, dengan izin, International Financial Reporting Standards (IFRS) mulai tahun 2012. Fungsi Lembaga perlu diperluaskan untuk membolehkan Lembaga bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain serta penglibatan Lembaga untuk menyumbang kepada perkembangan sesuatu set piawaian perakaunan yang tunggal bagi kegunaan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mencadangkan pindaan kepada anggota Yayasan supaya dapat mencerminkan pembaharuan terkini secara menyeluruh.

Bagi tujuan tersebut rang undang-undang ini memasukkan peruntukan Lembaga Pemantauan Audit yang baru ditubuhkan pada April 2010 sebagai salah seorang anggota ex officio Yayasan. Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit dilantik sebagai ex officio Yayasan kerana penglibatannya dalam rantaian laporan kewangan dalam pasaran modal Malaysia menerusi pemantauan terhadap syarikat-syarikat berkepentingan awam. Selain itu, bilangan anggota Yayasan dikurangkan daripada 19 kepada 12 bagi memastikan pengurusan Yayasan dapat dijalankan dengan lebih cekap.

Selain itu, pindaan juga dibuat untuk memperluaskan kuasa kawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi membolehkan mereka mengubahsuai piawaian perakaunan jika perlu atas kepentingan kestabilan kewangan atau pengurusan risiko systemic dalam pasaran modal negara. Peruntukan fasal kekebalan turut dimasukkan dalam pindaan untuk diselaraskan dengan akta yang lain seperti Akta Bank Negara Malaysia 2009, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Timbang Tara 2005.

final • 11:37 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Turut dimasukkan ialah peruntukan bagi kecualian dan peralihan tentang kuasa pengawal selia iaitu Suruhanjaya Sekuriti untuk mengubahsuai piawaian perakaunan sesuatu entiti yang tidak dikehendaki mematuhi piawaian perakaunan diluluskan secara khusus. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini terdiri daripada sembilan fasal kesemuanya yang boleh diringkaskan seperti berikut:-

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 [Akta 558] untuk memasukkan takrif Lembaga Pemantauan Audit yang menjadi sebahagian daripada ex officio yayasan.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4 [Akta 558] bagi memperjelaskan lagi hubungan antara yayasan dengan lembaga dalam Akta Laporan Kewangan di mana peranan yayasan ialah untuk menyelia fungsi lembaga. Pindaan ini bertujuan untuk menetapkan matlamat dan fungsi utama yayasan dan lembaga berbanding dengan peruntukan sekarang hanya menetapkan fungsi pengendalian secara terperinci sahaja; Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 5 [Akta 558] bagi menyelaraskan keanggotaan yayasan supaya menjadi lebih menyeluruh dan mencerminkan pembaharuan terkini di Malaysia. Secara amnya, pindaan bertujuan untuk memasukkan Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan pada April 2010 sebagai salah seorang ex officio yayasan. Pelantikan Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit sebagai sebahagian ex officio yayasan adalah wajar kerana penglibatannya dalam rantaian Laporan Kewangan dalam pasaran modal Malaysia untuk memantau syarikat-syarikat berkepentingan awam.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6 [Akta 558] berikutan pengurangan komposisi anggota yayasan, kuorum bagi keperluan mesyuarat yayasan hendaklah dipinda daripada sembilan kepada enam orang.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 7 [Akta 558] bagi memasukkan peruntukan baru bagi membolehkan lembaga bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan negara-negara lain dan penggubal piawaian perakaunan antarabangsa selaras

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

dengan keputusan Malaysia untuk menumpukan converge piawaiannya dengan piawaian laporan kewangan antarabangsa.

Oleh itu, adalah penting bagi lembaga bekerjasama dengan penggubal piawaian kebangsaan dan antarabangsa lain memandangkan pendirian Malaysia untuk menumpukan converge dengan piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dalam tahun 2012.

Kerjasama ini memberi manfaat kepada lembaga untuk menyuarakan pandangan mengenai kebimbangan atau isu yang berkaitan kepada Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASB). Maklum balas yang diberi kepada IASB akan membolehkan IASB memperbaiki lagi IFRS pada masa akan datang bagi mengadakan set piawaian perakaunan antarabangsa yang tunggal dan berkualiti tinggi serta dapat diterima oleh ahli-ahli.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 26D [Akta 558] untuk memperluaskan kuasa Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mengubahsuai piawaian perakaunan atas kepentingan kestabilan kewangan dan pengurusan risiko systemic dalam pasaran modal.

Fasal 8 bertujuan memasukkan seksyen 30 kepada [Akta 558] untuk memperuntukkan suatu fasal kekebalan sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta lain seperti Akta Bank Negara Malaysia 2009, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Timbang Tara 2005.

Fasal 9 mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan di mana kuasa Suruhanjaya Sekuriti untuk mengubahsuai piawaian perakaunan hanya boleh dijalankan berkenaan dengan suatu entiti yang tidak dikehendaki untuk mematuhi piawaian perakuan diluluskan secara khusus sebagaimana yang terkandung dalam piawaian perakaunan yang diluluskan sebelum permulaan kuat kuasa akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan pindaan kepada Akta Laporan Kewangan perlu dibuat selaras dengan pembangunan pasaran kewangan dan modal di Malaysia dan mengambil kira keputusan lembaga untuk menumpukan piawaiannya dengan IFRS mulai tahun 2012. Adalah diharapkan dengan pindaan ini, yayasan dan lembaga dapat menyumbang dalam memperbaiki IFRS pada masa akan datang bagi menghasilkan suatu set piawaian perakaunan antarabangsa yang tunggal dan berkualiti tinggi. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada siapa yang menyokong?

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Laporan Kewangan 1997 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Machang.

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Perbahasan ringkas saya Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pindaan yang dilakukan terhadap seksyen 30 akta ibu yang dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29, seksyen yang berbunyi “Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang”.

Seksyen 30(1) Tuan Yang di-Pertua, menyebut *“Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap -

(a) mana-mana anggota Yayasan atau Lembaga;

(b) mana-mana pegawai atau pekerja Yayasan; dan

(c) mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini.”* Disebut “bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap, Akta ini, apa-apa piawaian perakaunan diluluskan, buletin isu, tafsiran, panduan atau keluaran atau benda lain yang

final • 11:45 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.” Dalam “(2) - Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah mana-mana ketua pegawai eksekutif atau pegawai lain yang dilantik oleh Yayasan di bawah Akta ini.” Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, saya mohon untuk diberikan sedikit penjelasan. Fahaman saya ialah tujuan dimasukkan seksyen ini, seksyen 30 kepada [Akta 558] adalah untuk memperuntukkan pelindungan kepada mana-mana anggota Yayasan Laporan Kewangan atau Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, mana-mana pegawai atau pekerja Yayasan Laporan Kewangan dan mana-mana orang yang dilantik menurut akta ini terhadap mana-mana prosiding undang-undang bagi suatu perbuatan yang dilakukan. Baik. Di sana dalam Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, ada artikel 8 yang menyebut bahawa semua orang tidak kira latar belakang adalah sama di bawah undang-undang.

Oleh itu, penambahan seksyen 30 ini terdapat semacam ada satu unsur perlindungan terhadap tindakan prosiding undang-undang. Jadi, bagaimanakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan sedikit penjelasan terhadap seksyen yang dimuatkan ini, yang dimulakan dengan yang saya bacakan tadi dimasukkan dalam akta ibu itu dipinda dengan memasukkan seksyen 29 iaitu “Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang.” Apakah rasional di sebalik pindaan ini? Setakat mana sebenarnya perkara yang disebut dalam artikel 8 Perlembagaan Persekutuan itu, yang menyatakan bahawa semua orang tidak kira latar belakang adalah sama di bawah undang- undang. Setakat mana sebenarnya kekebalan atau pun imuniti yang dimaksudkan di dalam pindaan ini?

Tuan Yang di-Pertua, yang saya faham daripada fungsi utama yang disebut yayasan dalam pembentangan Yang Berhormat Timbalan Menteri itu adalah untuk mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan. Itu yang saya faham. Di Taiwan Tuan Yang di-Pertua, negara tersebut menggunakan piawaian antarabangsa perakaunan untuk meningkatkan kecekapan standard piawaian perakaunan dan menambah baik imej mereka di peringkat antarabangsa.

final • 11:45 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Akan tetapi yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah dengan tidak meletakkan anggota yayasan bertanggungjawab untuk tindakan mereka. Ini semacam membuka pintu kepada tindakan yang tidak bertanggungjawab dilepaskan begitu sahaja. Mengambil contoh PricewaterhouseCoopers misalnya. Dia memang mempunyai latar belakang. Dalam skandal Enron misalnya yang melanda Amerika Syarikat beberapa tahun dahulu. Ini membabitkan firma perakaunan PricewaterhouseCoopers. Jadi, pindaan akta ini bertujuan untuk membenarkan pengusulan Malaysia Financial Reporting Standard framework yang baru, di mana ia adalah satu keperluan untuk merujuk dengan konsultan dan para auditors untuk memastikan tidak berlaku kepincangan dalam laporan audit sesebuah syarikat dan tidak lagi berlaku kejutan di saat-saat akhir.

Pindaan seksyen 30 Tuan Yang di-Pertua, yang boleh kita faham ialah merupakan jalan meneroka piawaian baru. Pindaan baru ini membenarkan mana-mana anggota yayasan untuk melepasi liabiliti ke atas tindakan ketidakbertanggungjawabannya dengan izin defense of good faith. Contoh kepada ini ialah mengguna pakai piawaian antarabangsa perakaunan bidang pertanian di mana penilaian aset pertanian akan dinilai melalui fair value, aset biologi kepada setiap kunci kira-kira berbanding penilaian aset ini yang dilakukan dengan secara kos sejarah. Tanpa kajian yang teliti Tuan Yang di-Pertua, perubahan kepada penilaian ini akan memberi kesan kepada bidang pertanian dari segi penilaian nilai aset yang tidak tepat dan akhirnya memberi kesan negatif kepada negara yang bergantung kepada industri pertanian seperti kelapa sawit dan getah.

Point saya yang terakhir dalam perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua adalah seksyen 30 ini juga memberi peluang kepada anggota yayasan untuk mengambil semacam langkah pintas dan tidak mengendahkan nasihat-nasihat pakar yang mungkin tidak bersetuju dengan penilaian baru ini. Meneruskan dengan kaedah penilaian baru dan tidak dikenakan tindakan undang-undang akibat yang saya sebut tadi defense of good faith, dengan izin. Yayasan ini mempunyai tanggungjawab untuk memberikan pendedahan kualitatif seperti pendedahan kepada risiko dan objektif, dasar dan proses dan menguruskan risiko dan kaedah yang digunakan untuk mengukur risiko.

final • 11:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Akan tetapi pindaan menambah seksyen baru ini pada pandangan kita Tuan Yang di-Pertua memberi jalan untuk meneroka pada mana-mana anggota yayasan untuk melepasi tanggungjawab ini. Saya memohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan sedikit bahagian saya dalam perbahasan ini terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 11:50 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Petaling Jaya Utara ya.

[Ketawa]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 11:52 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana membentangkan satu rang undang-undang yang baru, yang amat diperlukan di negara kita untuk ensure, memastikan supaya pasaran bursa Malaysia dan lain-lain kewangan Malaysia adalah dilindungi dan investors are protested. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting buat masa ini bukan sahaja undang-undang perlu diluluskan di Malaysia, apa yang mungkin lebih penting ialah supaya semua undang- undang yang telah pun diluluskan dipantau secara terperinci dan juga dikuatkuasakan. Apa yang kita lihat kebelakangan ini walaupun kita mempunyai undang-undang yang agak baik dari segi undang-undang banyak perkara yang pelik telah pun berlaku dan kita tidak nampak pihak penguat kuasa termasuklah Securities Commission tidak mengambil tindakan yang keras terhadap pihak-pihak yang telah pun boleh dilihat dengan jelas oleh semua di luar bahawa telah pun menyalahi undang-undang.

Kes yang pertama yang saya ingin bangkitkan adalah kes manipulasi harga stok di Bursa Malaysia bagi syarikat Supercomnet yang disenaraikan di ACE Market di Bursa Malaysia. Harga Supercomnet ini meningkat daripada RM12.5 sen pada 20 Mac, hari Selasa sehingga 29 setengah sen pada hari Jumaat. Selepas itu pada hari Isnin ianya meningkat sehingga 58 sen iaitu peningkatan sebanyak 96.6% ke atas harga stok pada hari Jumaat ataupun 362% ke atas harga hari Selasa minggu sebelumnya. Pada hari tersebut harga stok tersebut tutup pada kadar 49.5 sen. Akan tetapi apabila ditanya oleh Bursa Malaysia kenapa harga saham itu meningkat, jawapan yang diberikan oleh pihak lembaga syarikat tersebut Supercomnet adalah bahawa satu perjanjian opsyen telah pun ditandatangani dengan Encik Mohd Nazifuddin Najib bin Mohd Najib iaitu anak Perdana Menteri untuk mendapatkan opsyen 45,357,000 saham dengan harga 22 setengah sen setiap saham yang merupakan 18.66% jumlah paid-up capital bagi syarikat Supercomnet.

So, malam hari Isnin diumumkan bahawa satu perjanjian opsyen telah pun ditandatangani antara kedua-dua pihak daripada major shareholders Supercomnet dengan anak Perdana Menteri. Hari kedua, Selasa harga stok naik lagi pada pembukaan sehingga 52 sen selepas itu tanpa sebab yang tertentu ianya collapse terjunam sehingga 36 sen Parlimen di penghujung hari Selasa. Selepas itu ditanya lagi apa sebabnya stok collapse jawapan yang diberi adalah bahawa – I quote ya. “It had on March 27” iaitu hari Selasa sahaja “receive a letter dated 27 March 2012 from Encik Mohd Nazifuddin Najib bin Mohd Najib, indicating he will not be pursuing the option to purchase 18.66% stake in the company as stated in option letter.” Ini memang merupakan satu perkara yg amat pelik dan boleh saya katakan di sini bahawa ada unsur-unsur yang jelas di mana harga saham telah pun dimanipulasikan.

Yang pertama, yag salah bagi syarikat Supercomnet. Kenapa walaupun perjanjian opsyen telah pun ditandatangani pada Sabtu ataupun Ahad tidak ada sebarang pengumuman dibuat sebelum market buka pada hari Isnin, tidak ada. Akan tetapi harga saham meningkat like sky rocket to 58 cents. Selepas itu apabila semua orang sudah tahu anak Perdana Menteri hendak masuk syarikat, semua orang hendak beli stok harga terjunam pula. The innocents investors out there will buying the stocks not knowing that sebenarnya opsyen agreement ini telah pun dilupuskan dan anak Perdana Menteri tidak akan membeli saham dalam syarikat ini.

As a results, this will cost massive loses to our retail investors who read in the papers dalam The Star, “Oh! Anak Perdana Menteri akan membeli saham dalam syarikat

final • 11:52 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

ini, kita boleh beli kerana kita dan keyakinan terhadap Perdana Menteri.” Mungkin itu berlaku. Akan tetapi pada masa itu terus mengumumkan bahawa anak dia tidak akan beli.

Ini merupakan perkara pelik kerana kenapa Encik Mohd Nazifuddin ini tukar fikiran dalam jangka masa dua hari sahaja. Dua hari kata hendak beli, dua hari selepas itu tidak hendak beli lagi. This is something of clear cut abuse, it is manipulation. Okey.

final • 11:52 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu bangun Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Boleh Yang Berhormat?

final • 11:52 AM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak bagi?

final • 11:52 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 11:52 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya hendak cerita. Beri kah? Yang Berhormat Petaling Jaya Utara memang bagus, very profesional. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya apabila Yang Berhormat menceritakan kisah bagi harga pasaran saham ini dipacu oleh kehendak-kehendak manipulator dan juga speculator. Saya terkenang 15 tahun, 16 tahun dahulu iaitu 1996, 1997. Bagaimana sebuah syarikat – masih lagi terngiang-ngiang di fikiran saya Sarawak Concrete umpamanya, Idris Hydraulic, Chase Perdana. Ini adalah saham-saham pada ketika itu intinya tidak ada tetapi oleh kerana spekulator ketika itu menggunakan nama Menteri Kewangan ketika itu mengangkat harga saham. Sarawak Concrete daripada RM3.50 dalam masa seminggu boleh naik RM43 kemudian menjunam sedemikian, disebabkan oleh penggunaan nama-nama besar ketika itu Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri. Benda ini berlaku.

final • 11:52 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi saya masih lagi meletakkan kebijaksanaan ini kepada pelabur-pelabur supaya tidak terlalu diaruh oleh kenyataan-kenyataan yang mungkin tidak ada asas dan sebagainya. Jadi apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini? Ini kerana, perkara ini seolah-olah macam berulang-ulang berlaku, sejarah berulang. Perkara yang lebih teruk berlaku ketika Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan. Sedikit-sedikit guna nama Menteri Kewangan ketika itu. Terim0a kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya serahkan soalan tersebut kepada...

final • 12:00 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Permatang Pauh bangun ya.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, cara di Barisan Nasional, UMNO hendak pertahankan penyelewengan hanya mengaitkan. Dalam kes yang disebut oleh Ahli Parlimen PJ Utara nama anak Perdana Menteri masuk dalam syarikat itu.

Dalam kes ini hendak kaitkan tidak ada sebarang kepentingan nama, nominee atau apa-apa kepentingan. Ini tohmahan yang dibangkit 15 tahun kemudian in the absent of any evidence. Ini sahaja cara juak-juak hendak pertahankan benang basah. Dalam kes yang disebut oleh Yang Berhormat PJ Utara nama anak Perdana Menteri disebut. Dalam kes ini 15 tahun kemudian baru dikaitkan Chase Perdana dengan saya. Kalau betul saya ada saham saya happylah tetapi kebetulan saya tidak ada apa-apa kepentingan di situ.

Cuma hendak sebut itu cara fitnah, bobrok yang dibawa oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, memang terkenal cara yang kurang sopan itu.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua peraturan, peraturan...

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tidak, tidak.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Peraturan saya guna peraturan Tuan Yang di-Pertua. Itu satu sangkaan jahat yang dibawa oleh Ketua Pembangkang yang sepatutnya mengajar kita...

final • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Peraturan apa?

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa, peraturan apa? Cakap peraturan.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya minta Ketua Pembangkang tarik balik.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Tangga Batu, peraturan apa, peraturan apa?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Eh! Kalau hendak tanya peraturan apa, pergi balik, go back to school.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan, apalah jangan sia-sia..., peraturan apa, cakap dahulu?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya hendak cakap kepada Ketua Pembangkang, sepatutnya tahu peraturan Dewan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa Yang Berhormat Tangga Batu?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Menyebut nama, “Yang Berhormat Tangga Batu”...

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Tangga Batu, peraturan apa?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Juga kepada seorang ahli.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pinjamkan buku saya kepada beliau.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduklah Yang Berhormat. Respect orang...

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa..., cakap, lah peraturan?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ketua Pembangkang cakap tidak serupa bikin.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Cakap peraturan apa, tengok, baca buku?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Baca buku, baca buku.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jangan sewenang-wenangnya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

Ya apa Yang Berhormat Tangga Batu?

final • 12:00 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kita rela bagi kursuslah kepada mereka.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling, minta Yang Berhormat Permatang Pauh untuk tarik balik kenyataan beliau terhadap saya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Perkataan mana?

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Peraturan apa, peraturan apa?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia kata saya membuat fitnah.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apa fitnah, bila dia cakap fitnah?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sangkaan buruk terhadap saya.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Mana ada fitnah. Apa benda ini..., apa fitnah, ada sebut fitnahkah?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah bisinglah Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Mana ada sebut.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Fitnah adalah perkara yang tidak benar, disebut ini perkara yang benar.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi sudah, Speaker..., Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini perkara yang benar.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sila Tuan Yang di- Pertua, saya hendak dengar ruling.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu, kalau ada perkataan jahat melibatkan perkataan yang direct, “bodoh” yang begitu, bolehlah Yang Berhormat tetapi yang tadi itu, secara umum. Kita lupakan sahajalah ya. Sila Yang Berhormat PJ Utara.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat PJ Utara, oleh kerana ada terbangkit soal 15 tahun, 20 tahun ataupun melebihi tempoh 10 tahun yang lalu. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat PJ Utara, betul atau tidak yang tanggungjawab untuk menyimpan rekod transaksi kewangan dalam apa segala bentuk terhad kepada enam tahun kewangan. Ini adalah undang-undang yang dibawa di dalam Parlimen dan telah diluluskan di bawah Tatacara Kewangan. Jadi adalah mudah kepada sesiapa mengungkit perkara 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun kerana tidak ada tanggungjawab untuk membuktikan laporan itu secara berdokumentasi. Ini perkara yang selalu berlaku.

Saya rasa kepada rakan Yang Berhormat Tangga Batu, saya juga menghormati beliau. Akan tetapi kalau disebut 15 tahun, 10 tahun itu perkara Yang Berhormat sendiri akan merasa confuse dan tidak ada tanggungjawab untuk membuktikan perkara-perkara itu kerana kemestian untuk menyimpan rekod selepas enam tahun sebenarnya tidak wujud lagi. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, dan saya setuju bahawa kalau perkara ini memang benar, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu memang benar, maka sudah lama Ketua Pembangkang kita Yang Berhormat Permatang Pauh telahpun disaman ke mahkamah dan dipenjarakan sekali lagi atas tuduhan-tuduhan tersebut. Tidak mungkin sampai 15 tahun

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

kemudian baru tuduhan dikeluarkan, baru isu ini dibangkitkan. So saya rasa ini tidak, langsung tidak berkaitan dan jangan... Saya haraplah.....

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bukan saya hendak bangkitkan, saya menceritakan.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Rakan-rakan saya yang ada di sebelah itu...

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang membawa cerita ini adalah Yang Berhormat PJ Utara.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Jangan cuba hendak membangkitkan isu-isu lama yang tidak berkaitan dengan isu yang ada di hadapan ini...

final • 12:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Siapa yang terkena, yang mangsa itu adalah selaku pelabur.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Di mana okey jelas Encik Mohd Nazifuddin telah pun menandatangani satu perjanjian untuk membeli saham dalam Syarikat Supercomnet. Ini tidak dapat dinafikan telah pun dilaporkan diumumkan di Bursa Malaysia. Saya rasa ini bukan perkara pertama, bukan kali pertama skandal berkaitan Encik Mohd Nazifuddin telah pun berlaku dalam bulan Oktober lalu.

Beliau telah pun melabur dan masuk ke dalam Ahli Lembaga Harvest Court Industries bulan Oktober lalu, di mana sebelum itu Harvest Court ini hanya trading dengan harga 10 sen tidak sampai 10 sen minta maaf, tidak sampai 10 sen bagi jangka masa yang cukup lama tetapi selepas beliau masuk menjadi Ahli Lembaga dalam syarikat tersebut, harganya meningkat melebihi 40 sen. Selepas itu Harvest shares terus meningkat lagi sehingga RM2.14, kurang dari 10 sen meningkat melebihi sampai RM2.14 sen pada 14 November.

Akan tetapi selepas itu, dengan agak pelik juga Encik Nazifuddin resign from the Board of Directors of Harvest Court. Selepas itu kesemua harga bagi Syarikat Harvest Court terjunam, turun, okey tanpa sebarang teguran daripada Securities Commission. Securities Commission buat masa ini hanya mengeluarkan persoalan, is there any unusual market activity? Selepas syarikat menjawab “Oh! Tiada unusual activity” atau menjawab dengan kata ada perjanjian-perjanjian tertentu, tidak ada sebarang siasatan yang diteruskan. Kita nampak cara ini macam senang hendak jadi kaya. Beri umum saya hendak masuk sesebuah syarikat. Oh! Harga naik selepas itu, dua hari kemudian kita umumkan bahawa kita hendak keluar, harga turun. So this is clear cut insider trading and trans...

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat PJ Utara, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat setujukah Yang Berhormat. jika saya katakan dengan mengadakan Audit Overside Board dengan izin, di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498), mereka telah gagal di mana Audit Overside Board ini telah gagal untuk membuat audit-audit terhadap kes-kes seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Jadi adakah undang-undang yang akan dibentangkan ataupun pindaan yang dibawa ini boleh mengatasi masalah-masalah seperti yang dikatakan tadi?

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya menyerahkan soalan tersebut kepada pihak Menteri. Akan tetapi bagi saya apa yang penting adalah sudah ada sebenarnya undang-undang untuk mengawal dan menguat kuasa ke atas sebarang yang saya telah pun bangkitkan sebentar tadi. Hanya tidak ada azam politik ataupun tidak ada, no political will untuk mengambil tindakan sahaja.

final • 12:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Rakan saya Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, ini soal tentang yang disebut tadi tentang kenaikan

final • 12:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

harga saham dan sebagainya. Okey saya menghargai kerja-kerja yang dibuat oleh pihak pembangkang untuk menilai isu-isu yang telah dibawa tadi.

Akan tetapi pada masa yang sama jangan pula tertutup mata dengan satu insiden di mana harga saham Ivory Berhad Yang Berhormat mendapat tanah di Pulau Pinang.

Sebulan sebelum pengumuman mereka menang tender oleh Yang Amat Berhormat Bagan harga Ivory Property Group harga sahamnya naik hampir 40% dan menjunam selepas itu.

Itu satu.

Akan tetapi kalau dikatakan spekulasi saya faham tetapi kalau Yang Berhormat boleh jelaskan kepada saya. Kenapa pula yang menang itu naik sampai 40% yang tidak dapat tender itu pada masa yang sama harganya menjunam jatuh. Itu pada saya adalah insider trading yang keluar daripada pejabat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Itu adalah faktanya. Jadi kalau boleh saya minta Yang Berhormat beri penjelasan, kenapa harga Ivory Property Group naik 40% sebelum pengumuman dan juga harga syarikat yang satu lagi yang tidak menang jatuh. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya rasa kalau harga memang naik 40% itu perlu dipersoalkan tetapi bagi saya pengumuman-pengumuman telah pun dibuat bahawa Ivory memang masuk tender dalam perkara tersebut.

final • 12:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Banyak lagi syarikat-syarikat bila mengumumkan bahawa ada masuk tender, ada peluang menang, syarikat tersebut akan menjadi tumpuan dan harganya akan naik kerana pihak pelabur fikir bahawa kalau menang, keuntungan syarikat tersebut akan meningkat.

So, ini merupakan perkara yang biasa dalam pihak pembelian saham tetapi kalau ada sebarang insider trading, saya minta supaya Kementerian Kewangan menyiasat tetapi tuduhan daripada Yang Berhormat Kota Belud bahawa insider trading datang daripada Pejabat Ketua Menteri, itu fitnah besar. Apa perkaitan? Saya tidak kaitkan Perdana Menteri pun dengan syarikat ini. Saya hanya kaitkan anak Perdana Menteri yang jelas di mana namanya telah pun diumumkan dalam pengumuman yang dibuat oleh Syarikat Supercomnet...

final • 12:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya kena teruskan, kalau tidak tak habis kan Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat..., tidak boleh?

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya ingin supaya pihak kementerian mengambil tindakan ataupun menjawab, kalau katakan perkara ini terus berlaku dan ianya tengah berlaku di Malaysia, bagaimana pihak pelabur akan ada keyakinan terhadap pasaran saham di Malaysia. Ini bukan hanya Encik Nazifuddin sahaja dan Encik Nazifuddin ada business partner. Business partnernya Raymond Chan yang sebelum itu bersama melabur dalam Harvest Court. Akan tetapi kali ini Encik Nazifuddin buat pelaburan sendiri masuk ke dalam Syarikat Super Com-net. Raymond Chan juga buat pelaburan di syarikat-syarikat lain dan ada isu cover story dalam The Edge minggu lepas.

Wah, muka dia besar, muka surat depan. “Moving the Market”. Ini cerita pada surfacenya nampak innocent sahaja tetapi kita dah boleh lihat kenapa satu orang boleh move market sebegini, dengan melabur semuanya dalam penny stock, stok yang tidak melebihi 20 sen, dalam syarikat dan kesemua pelaburan yang telahpun dibuat, dia pun tidak payah melabur banyak, hanya melabur 10%, 20% sahaja, semuanya meningkat seperti apa yang telahpun dilaporkan dalam surat khabar The Edge mingguan. *I quote, “A startling fact is the volume of Metronic and Ariantec Global where RM846,666 million respectively on March 21st more than their respective share capital, RM634 million and RM568 million. The trading frenzy in this previously did not counter.

Thanks to the emergent of Raymond Chan, lifted them to multiyear highs the share price of Metronic spike form 8 cent to 25 and a half cent, the higher since 2007 while the associate company Ariantec sky rocketed to 14 cent from just 5 cent in the same period”.* Kalau kita lihat jumlah volume bagi syarikat-syarikat ini, kita dapat perhatikan bahawa RM1.57 billion shares of this stock of 43 percent of Bursa total share transaction. Dekat setengah daripada total share transaction ini datangnya daripada syarikat-syarikat

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

yang telahpun diambil alih secara by parts oleh Encik Raymond Chan dan beliau boleh kata, “I cannot explain it”. Kita dapat lihat perkara-perkara ini sama dengan apa yang telah berlaku sebelum Asian Financial Crisis pada tahun 1997. Nama yang paling terkenal dalam bidang ini adalah nama ‘Repco Loo’.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Anwar Ibrahim.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tak kisah siapalah, Anwar Ibrahim kah, Najib kah, siapa salah kena masuk penjara. Itu senang sahaja. Kalau ada bukit, bawa keluar bukti. Kalau tidak ada bukti pun Yang Berhormat Tangga Batu kena masuk.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut cerita ini menggamit Yang Berhormat Permatang Pauh bangun.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Duduk, duduk, duduk.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Permatang Pauh ini kalau bangun mesti ada kebenaran. Ha itu dia bangun, dia mempertahankan.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Kalau Yang Berhormat Tangga Batu bangun tentu ada kebenaran?

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya sebut sebab saya kira mangsa pada ketika itu.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Mangsa apa?

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Luka itu sampai hari ini terasa.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okey, saya nak teruskan.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Video pun ada, semua ada Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Okey, again I quote from the report.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bukti video pun tidak pakai.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

*“His action however take one back to 1996-1997 Second Board on Bursa that brought the name Repco Loo to the four.

Loo became famous after* Repco Holdings Berhad, the company which he was the major shareholders sky rocketed to a high RM138 ini 1997 from a low of hanya RM5.75 cents ini 1995”. Berkali-kali ganda tetapi malangnya selepas tujuh tahun dalam mahkamah, tidak ada kesan langsing. Tidak ada sesiapa pun yang didapati bersalah, dipenjarakan, disaman ataupun dikenakan penalti yang cukup tinggi untuk menjawab ke atas kesalahan-kesalahan ini.

Ini menunjukkan bahawa sebarang undang-undang yang kita ada ini hanya baik dalam permukaan sahaja. What ever law you can have as good as they maybe in words and I must say our laws are actually fairly good, ini saya kena kata. Our laws on capital markets are actually fairly good but the enforcement ini langsung tidak ada dan kita tidak dapat lihat apa-apa yang telah pun dibuat ke atas kes-kes yang baru berbangkit terkini.

Kita harap perkara seperti krisis dalam Bursa Malaysia tidak akan terjadi pada masa yang akan datang atas peningkatan aktiviti-aktiviti manipulasi yang kita dapat lihat sekarang.

Isu yang paling akhir saya nak bangkitkan adalah isu mengenai sekali lagi penguatkuasaan undang-undang mengenai satu syarikat...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan sedikit?

Yang Berhormat sedar tidak yang banyak main manipulasi di stock marketlah. Merekalah yang speculate, sana sini mereka perbodohkan player tapi tidak ada undang-undang sebab mereka gang. Yang Berhormat tahu tak?

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya tak boleh buat fitnah- fitnah yang tidak terbukti tetapi saya minta supaya pihak kementerian membuat penyiasatan, pihak penguat kuasa supaya membuat penyiasatan. Tentu mereka ada rekod- rekod transaksi yang ada. Siapa ‘A’ jual kepada ‘B’, ‘B’ jual kepada ‘C’’, ‘C jual kepada ‘A’.

Kita tahu cara pelabur-pelabur ini, “pelabur” membuat cerita dalam stock market untuk menaikkan harga saham untuk mendapatkan keuntungan yang besar atas kerugian kepada pihak-pihak yang mungkin tidak terbabit dalam konspirasi-konspirasi yang tertentu.

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara memang pakar dalam share trading dan financial reporting. Adakah Yang Berhormat sedar satu trend yang amat pelik di negara kita, setiap kali sebelum pilihan raya umum diadakan, dua tiga bulan sebelumnya saham-saham syarikat yang berkenaan dengan UMNO, harganya akan naik amat tinggi. Nampaknya ini ada satu untuk cash in supaya UMNO ada dana untuk membeli undi. Yang Berhormat Kinabatangan setuju ke?

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau ada bukti, bawa pergi mahkamahlah.

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ini ada satu trend sebegitu.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Berhormat Bandar Kuching, mana boleh buat kenyataan meragukan syarikat-syarikat UMNO sebegitu. Tidak ada bukti, tidak mungkin. Syarikat-syarikat UMNO ini harganya meningkat masa pilihan raya atas sebab keyakinan kepada UMNO. Tahu tak?...

final • 12:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha itu betul, itu betul.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Boleh kah?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Example paling akhir. Saya ingin membangkitkan isu seperti Syarikat ‘Shen Ling’ yang baru berlaku di mana kita dapat lihat ada penyelewengan yang banyak besar telah pun dilaporkan oleh Syarikat PwC

(PricewaterhouseCoopers) di mana lebih kurang RM90 juta telah pun digunakan untuk capital expenditure antara 2005 sehingga 2008 dan tetapi capital expenditure ini tidak dapat dibackup dengan dokumen-dokumen yang mencukupi dan menunjukkan bahawa wang ini sebenarnya telah pun diberikan kepada seseorang money changer untuk mungkin di bawa keluar negeri oleh seseorang pengarah dalam lembaga syarikat.

So kita nak tanya, perkara ini telah pun berlaku daripada tahun 2005 sehingga 2008 tetapi hanya sekarang sahaja perkara ini berbangkit dan kita dapat tahu bahawa ada penyelewengan sebelum ini dan kita lihat stock pricenya sebelum pengumuman yang dibuat terkini ini telah pun meningkat daripada awal tahun ini sebanyak 35 sen sehingga setinggi 65 sen, sebelum pengumuman ini dibuat.

final • 12:10 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

So, ini jelas menunjukkan ada manipulasi behind the scenes dan ini telah pun membawa kekecewaan antara pihak pelabur bahawa perkara ini tidak dapat disiasat ataupun dikemukakan sebelum ini untuk melindungi hak-hak pelabur.

Saya hendak tanya adakah kementerian atau pihak Securities Commission ataupun pihak-pihak lain yang ada kuasa dalam bidang ini akan mengambil tindakan kepada beberapa pihak, bukan sahaja pengarah-pengarah yang didapati bahawa membuat penyelewengan, ini kena buat, ini adalah basic, tetapi untuk menjamin supaya syarikat lain tidak mengambil tindakan yang sebegitu, kita perlu mengambil tindakan terhadap pihak Audit as well. Who were the Auditors who audited the accounts in 2005 to 2008? Mengapa perkara yang cukup besar sebegini atas satu syarikat di mana keuntungannya adalah hanya RM10 milion to RM20 milion, kenapa RM90 juta boleh hilang, lesap begitu sahaja kepada empat kontraktor dan dibayar dengan tunai? Pihak Auditor perlu jawab, this is very important. If the auditors are not taken to task, then our companies will forever get away with all these hanky-panky. Kedua, apakah peranan independent directors yang ada dalam lembaga syarikat buat masa ini? Mereka merupakan pihak yang sepatutnya melindungi hak-hak minoriti

final • 12:20 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

shareholders tetapi apa yang kita dapati sekarang adalah pihak independent directors ini sebenarnya rakan-rakan saya yang saya merupakan *major shareholders in this company.

So* apa yang terjadi sekarang adalah independent directors ini sebenarnya membuat keputusan dalam mesyuarat lembaga yang memihak kepada main shareholders dan bukannya memihak kepada pihak minority shareholders ataupun shareholders yang lain. So kita harap bukan sahaja tindakan akan diambil kepada syarikat audit yang keras, tindakan juga perlu diambil kepada pihak independent auditors yang sebenarnya patut melindungi hak pelabur minoriti dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sakit telinga mendengar Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini bercakap. Akan tetapi sebelum saya memulakan ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Katanya tadi cakap tak serupa bikin. Kalau hendak cerita fasal cakap tak serupa bikin ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh pergi jauh daripada Pulau Pinang kerana Pulau Pinang ini merupakan kononnya negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang menjadi contoh yang paling terbaik kepada kepimpinan mereka, ketelusan mereka, kebersihan mereka, yang tidak corrupt dan sebagainya. Inilah yang menjadi kebanggaan rakan-rakan kita di dalam pembangkang dan dicanangkan di satu dunia, di satu Malaysia, di Singapura, di Hong Kong kononnya Pulau Pinang ini ditadbir dengan ketelusan, accountability, corruption free. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tanya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Kalau Yang Berhormat Bagan ada di sini, saya tanya dia tetapi dia tidak ada di sini. Saya hendak beritahu sedikit tentang Bayan Mutiara ini, Tuan Yang di-Pertua. Tanah itu dijual pada RM240 per square foot, satu kaki persegi. 200 meter daripada tanah itu dijual pada, tidak begitu lama sebelum itu, mendapat harga RM420 kaki persegi. Tanah Bayan Mutiara ini adalah tanah yang terakhir, the crown jewel of Penang, ini yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan, dijual kepada satu syarikat kroni mereka.

Kenapa saya katakan kroni, dan penjualan tanah ini diselubungi oleh misteri yang dikatakan oleh mereka...

final • 12:22 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey, saya beri ruang kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:22 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Return the favors sikit. Kita telah pun berdebat isu ini dan malangnya semasa berdebat, isu ini tidak dibangkitkan di luar. Tanah RM420 itu adalah tanah kecil, kurang daripada 10 ekar yang infrastruktur tidak perlu dibina. Kita tidak perlu bina sekolah, tidak perlu bina hospital, kita tidak perlu bina kuil atau masjid dalam tanah tersebut. So mana kita boleh buat perbandingan satu keping tanah kurang daripada 10 ekar berbanding sekeping tanah yang 102 ekar. Itu yang pertama.

Kedua, adakah Yang Berhormat Kota Belud mempertikaikan penilaian yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan sendiri yang ada kata tanah tersebut hanya bernilai secara purata RM70 sahaja. Akan tetapi atas tender terbuka yang dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang di mana rizab price ditetapkan di kadar RM200, yang menang itu bayar harga RM240. Kalau yang menang itu kroni, saya pun minta UMNO masuk bid RM400.

final • 12:22 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tender terbuka wayang!

final • 12:22 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

UMNO pun boleh jadi kroni Kerajaan Pulau Pinang, bayar RM400 setiap persegi, cukup. Faham tak tender terbuka?...

final • 12:22 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas penjelasan yang dibuat oleh rakan saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Precisely, oleh kerana plot itu kecil, maka apa yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Berhormat Bagan ialah untuk menjual tanah 102 ekar ini dalam bentuk yang kecil-kecil. Kenapa jual selonggok, 102 ekar kepada satu syarikat yang menjadikan harganya begitu rendah? Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, sudahlah dijual dengan harga yang begitu rendah, dia bagi lagi lima tahun untuk membayar duit itu.

Lima tahun, satu term yang terlalu jauh. RM500 juta – okey tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengatakan tidak perlu buat sekolah, tidak perlu buat kuil, tidak perlu buat masjid, I agree. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara terlupa bahawa jalan...

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Peraturan Mesyuarat 38. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 38. Ini adalah mengenai relevansi to the bill. Saya ingin minta satu penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, sama ada sell of state land issue boleh dibawa masuk? Adakah ia relevan dalam bil ini? Kalau benar, saya pun akan bawa masuk Kerajaan Negeri Sarawak jual satu bidang tanah ...

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya boleh terangkan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Yang bernilai RM400 juta ...

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bila you tidak bawa, bawalah.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Again Yang Berhormat Bandar Kuching, you are abusing the standing order.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

I’m asking whether it’s relevant or not?

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bagi penerangan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No, it’s not. You are abusing the standing orders.

final • 12:22 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Kuching bawa isu Sarawak, dia telah...

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak perlu bantu Yang Berhormat. The issue Yang Berhormat, usul Yang Berhormat Kuching ditolak dalam kamar, dia hendak bawa dalam Dewan.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

No, no, another matter.

final • 12:22 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

No, bukan usul, isu semalam.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, another matter, perbahasan.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sell of state land, another matter.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No, you are on the standing orders, you want to talk about the issue yang Yang Berhormat bawa?

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak, tidak.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payahlah Yang Berhormat...

final • 12:22 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

No, nothing to do with that issue, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, you are on Standing Order 38. Saya kata tidak relevan pada ketika ini, tidak bersesuaian.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Adakah Yang Berhormat Kota Belud ...

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia sedang berdebat. Kalau tidak kena mengena kepada bil yang sedang dibawa ini, Yang Berhormat Menteri akan katakan itu tidak berkaitan dan tidak menjawab isu-isu yang dibawa.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua, saya boleh bagi penerangan kenapa saya bawa isu ini.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah bawa standing order pada ketika ini.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin satu penjelasan ...

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

He is wasting my time.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya setuju bahawa Yang Berhormat membuang masa.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan buang masalah Yang Berhormat Kuching. Kalau orang lain bercakap, kita tidak bising tahu. Saya hendak beritahu kepada saya bawa isu Bayan Mutiara.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apa?

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You sit down, I’ll explain to you why.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat Kuching.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You sit down, you sit down.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Standing Order 38.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ask him to get out Tuan Yang di- Pertua,

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Standing Order 38, adakah itu relevan?

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I will explain to you.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah Yang Berhormat.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

If you don’t understand, you are stupid, I will explain to you.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Is it what he say relevant to the bill?

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat Kuching.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bolehkah satu keputusan diambilkah?

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya katakan bahawa Yang Berhormat tidak boleh pada ketika ini mempertikaikan itu. Kalau salah, Yang Berhormat Menteri tidak akan menjawab.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, kalau sebegitu, apa pun maksudnya, Tuan Yang di-Pertua tidak akan campur tangan.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri penjelasan kenapa saya bawa isu ini. Ask him to sit down, I will explain, dengan izin.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sama ada apa yang dikatakan relevan atau tidak relevan.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat Kuching.

final • 12:22 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Duduklah.

final • 12:22 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Nanti saya pun hendak bahas, bahas tentang Kerajaan Negeri Sarawak. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa lagi yang you hendak cakap tentang Barisan Nasional? You sit down, you just go.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching, duduklah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Please, don’t abused it. You think this is pasar?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Ini kucing punya style!

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You know, we have heart so many garbage coming up from that side. We keep quite also, tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu, dia tanya kenapa ada relevansi atau tidak. Saya beritahu ada relevan sebab ini mengatakan laporan kewangan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa syarikat Ivory Property Group yang diberi tanah dan projek ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dalam laporan kewangannya mereka hanya mempunyai RM200 juta shareholders fund. Bagaimana syarikat begini boleh diberi RM1 bilion, berbilion-bilion, RM10 billion project ini? Ini yang saya katakan, saya kaitkan dengan akta ini kalau Yang Berhormat Kuching tidak faham.

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap Yang Berhormat, nanti saya akan bagi. Let me just establish my case, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Tanah ini tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengatakan, oleh sebab tanah itu yang kecil tadi, tidak perlu buat masjid, tidak perlu buat kuil, tidak perlu buat sekolah dan macam-macam, maka harganya jauh lebih tinggi.

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, tanah yang diberi Bayan Mutiara ini sudah mempunyai dua flyover yang dibuat oleh kerajaan negeri. That’s mean, kalau kita bagi tanah ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tanah ini kepada Ivory, dia tidak perlu buat lagi flyover yang akan memakan berpuluh-puluh juta ringgit. Isn’t that a cost? Bukankah itu sepatutnya menyebabkan tanah ini boleh mendapat harga yang lebih tinggi?

Itu satu.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kemusykilan kita ialah seperti mana yang saya katakan tadi, sebulan sebelum pengumuman bahawa Syarikat Ivory Property Group ini mendapat projek pembangunan RM10 bilion ini, satu bulan sebelum itu harganya naik sampai 30% lebih tetapi pada masa yang sama syarikat yang satu lagi yang membida, turun, why? Mesti ada leak, mesti ada orang di dalam Pejabat Ketua Menteri I daripada Chief Ministers Incorporated (CMI) yang juga diketuai oleh Yang Amat Berhormat Bagan, daripada PDC yang juga ketuanya Yang Amat Berhormat Bagan, yang mengeluarkan, bagi hint kepada orang luar bahawa sesungguhnya kerajaan akan memilih Ivory Property Group.

Otherwise, tak kan yang satu naik, yang satu turun? Kalau Ivory sahaja naik tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua, saya faham, itu mungkin orang spekulasi tetapi pada masa yang sama harga yang membida dari syarikat yang satu lagi turun, why? Because PDC, ketuanya Yang Berhormat Bagan, Chief Minister Incorporated or CMI juga Yang Berhormat Bagan, Ketua Menteri Yang Berhormat Bagan. So for me, pada saya Tuan Yang di-Pertua, ada kemungkinan inilah masalahnya kalau Yang Amat Berhormat Bagan ini dia set dia punya level, I’m whiter than white, I’m cleaner than clean dan selepas itu menuduh kita pula, ini satu. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sekejap Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya establish dahulu. Ada masa lagi sedikit. Tuan Yang di-Pertua, isu Ivory ini, projek ini diberi kepada Ivory Property Group.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, syarikat ini dipunyai oleh keluarga Tan Sri Vincent Tan. Tan Sri Vincent Tan ini Tuan Yang di-Pertua, I’m not saying that they are a bad company, saya cuma hendak beritahu Dewan yang mulia ini, selama 10 tahun, 20 tahun Syarikat Berjaya, Kumpulan Group Berjaya dengan syarikat Tan Sri Vincent Tan ini, inilah yang dikatakan yang paling kroni, yang rasuah, under table money tetapi kali ini dia bagi syarikat ini untuk menang tender, kononnya tender. It is not a tender, it is IFP.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, diam Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu satu. Selepas itu Tuan Yang di- Pertua, selepas Yang Berhormat Bagan bagi syarikat Ivory ini, dia tidak mampu untuk membayar dua kali installment RM500 juta itu. Apa ini? Tidak pandai baca penyata kewangankah? Ivory tidak mampu untuk bayar. Okey, dia katakan saya tidak mampu kerana saya belum membuat mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, mesyuarat AGM saya untuk mendapatkan persetujuan pemegang saham saya dan sebab itu saya tidak boleh bayar. Ini cakap macam budak-budak Tuan Yang di-Pertua, macam budak-budak.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Macam Yang Berhormat Kota Beludlah.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Diberi kepada Ivory, takkanlah kalau RM10 bilion ini kalau dengan terms of payment yang begitu bagus, kenapa shareholders take so long to decide?

final • 12:30 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I’ll give you, sekejap. I promised you, I’ll give you and you can rangkumkan semua. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, dia bagi kepada Ivory dan kita tahu ada orang kata Ivory ini, yalah ini orang cakaplah, sponsor jalan sana, sponsor jalan sini tetapi tidak mengapa, itu biasa. Kita pun susah hendak cakap.

final • 12:30 PM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh saya sokong Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi pada saya Tuan Yang di- Pertua, yang paling pelik ini, diberi kepada Ivory, selepas itu Ivory pergilah pula dengan Dijaya, satu syarikat lain lagi yang untuk mengambil alih syarikat ini. Kenapa, siapa punya Dijaya? Anehnya Tuan Yang di-Pertua, ini saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi ini cerita orang di Pulau Pinang. Gerakan memerintah dan mentadbir Pulau Pinang, it took them 15 years to build their HQ, ibu pejabat di Pulau Pinang. DAP baru empat tahun, berjuta punya HQ di Pulau Pinang. Saya tidak tahu dari mana datangnya duit. Ada orang mengatakan duit itu datang daripada..., saya tidak tahu... Oh, minta maaf!

final • 12:30 PM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Baru nampak, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Kota Belud sedar atau tidak syarikat Vincent Tan juga, saya tidak tahu atas nama Ivory atau atas nama apa, yang telah diluluskan, memajukan kawasan tapak yang asalnya sekarang ini masih kekal sebagai race course lumba kuda Pulau Pinang diberikan keizinan untuk membangunkan kawasan ini yang letaknya di lereng bukit yang dahulunya menjadi tentangan pihak DAP di Pulau Pinang atas kerana Kerajaan Barisan Nasional meluluskan satu projek besar di tapak lumba kuda yang sama. Jadi, syarikat yang dimiliki oleh Vincent Tan ini sudah bertapak di banyak tempat. Kemungkinannya tidak ada cash flow yang cukup untuk membayar kesemua projek, maka ditangguh-tangguhkan.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Besar, bos saya dalam PAC. Saya amat bersetuju tetapi Tuan Yang di- Pertua, saya hendak beritahu lagi perangai Kerajaan DAP Pulau Pinang ini. Dahulu sewaktu mereka meminta untuk diberi peluang menjadi kerajaan, apa yang dihentam kepada Barisan Nasional? Satu, dia orang kata Kerajaan Pulau Pinang di bawah Barisan Nasional menukar status tanah yang begitu berharga di Pulau Pinang daripada lease hold kepada free hold. Sekarang ini mereka buat. Tanah Ivory ini, tanah Bayan Mutiara yang

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

berharga berbilion ringgit ini ditukar daripada leasehold kepada freehold. Are you aware of it or not? Hipokrasi tahap nombor satu.

Ini dalam kalau hendak tahu, ini yang beritahu kepada saya bukan orang luar tetapi yang beritahu ialah Ivory Property Group sendiri di dalam report kepada bursa, leasehold kepada free hold. Dahulu saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, bagaimana DAP marah sangat dengan Gerakan, tukar tanah daripada leasehold kepada freehold, Queensbay Mall di sana dekat. Dimaki hamun, ini dia kata kerajaan yang zalim. Alih-alih benda yang sama berlaku Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang. Apa ini? Hipokrasi tahap nombor satu. Kata bersih daripada bersih, putih daripada putih.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, hendak cakap fasal hipokrasi. Dua tahun Yang Berhormat Bagan memerintah di Pulau Pinang. Apa dia kata? Dia naikkan revenue Pulau Pinang. Selepas itu dia buat PC, dia kata ini adalah kerana anti corruption drive of the people of the Government State of Pulau Pinang.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bagi Yang Berhormat Padang Serai dahululah.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Baki ada lagi. I give you 10 seconds Yang Berhormat Padang Serai. Jangan lama sangat, okay 10 seconds.

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, boleh cakaplah.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud ini, pengalaman saya dalam PKR membawa saya imbas kembali rakan-rakan daripada DAP dan juga daripada PKR yang pergi jumpa dengan Ketua Pembangkang. Mereka kata kepada Ketua Pembangkang, “macam mana ini? Kita sudah serahkan kepada pimpinan Cina untuk mengambil alih Pulau Pinang. We are losing everything”. Ketua Pembangkang pula Yang Berhormat Permatang Pauh dari Pulau Pinang sendiri, beliau boleh katakan kepada mereka dengan izin, “Don’t worry, bila saya jadi PM, dalam masa empat bulan sahaja I will cap them. Saya akan topikan mereka”. Ini beliau berangan-angan jadi PM. Jadi kawan-kawan PKR itu tanya, “*How you going to cap them?

Oh, don’t worry I am the PM. DAP it is not Kit Siang who control me, I control Kit Siang*”...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

“DAP - it is not Kit Siang who control me, but I control Kit Siang. I know what I will do”, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak boleh bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Batu, duduk dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

UMNO kata...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk, Yang Berhormat Batu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Please, jangan cuba gigit saya Yang Berhormat Batu.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Floor itu adalah...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya punya floor Yang Berhormat Kota Belud. 30 seconds, 30 seconds.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat Padang Serai, ringkaskan.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, saya ringkaskan. Jadi...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Batu, sakit telingakah Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu sakit telingakah?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Oh, kerana Yang Berhormat Batu bukan belakang. Beliau tidak campur.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk Yang Berhormat Batu.

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bezanya orang UMNO kata...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You cannot standing Yang Berhormat Batu. Duduk Yang Berhormat Batu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh boleh kata...

final • 12:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Orang UMNO kata...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu, saya minta duduk Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu duduk.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bila saya jadi Perdana Menteri, dari tokong-tokong Hindu semua I will cap. You don’t worry. You orang jangan takut. Cina ini tidak boleh marah bila saya jadi PM.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai habiskan.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

I only needs four months to cap them.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, cukup Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini terima kasihlah. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Batu kepala batu, jangan cuba mahu gigit sayalah.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau jambu batu tidak apa, saya tidak takut.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah cukup.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sudah, sudah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Ambil duit, ambil duit!

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Padang Serai kerana memberi inside information.

final • 12:40 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Bayar dia, bayar dia, ambil duit!

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sebabnya saya setuju dan saya ucapkan tahniah kerana keluar daripada Pakatan Rakyat yang bukan berpakat ini. Saya bagi kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara selama 30 saat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Nombor satu sebab kenapa Yang Berhormat Kota Belud masih berada di UMNO sekarang kerana mereka masih tidak faham apa itu open tender...

[Ketawa] Harga yang paling tinggi dia tidak kisah siapa. Kalau boleh bayar, bayar. Saya hendak tetapkan hari ini syarikat Ivory telah pun membuat bayaran kepada Kerajaan Pulau Pinang hanya selepas bayaran tanah diberikan kepada pihak yang menang. Itu nombor satu.

Dengan siapa Ivory hendak buat joint venture itu dia punya hak perniagaan. Tidak macam syarikat UMNO. Syarikat di mana Yang Berhormat Kota Belud menjadi pengarah bersama dengan Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Bagan Datok yang menjadi pengarah di mana mereka diberikan tanah secara percuma.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Tanah di mana?

Tanah yang sekarang menjadi...

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hebat UMNO!

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

KL Eco City...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Bila beri percuma kepada UMNO, tidak ada tender. Beri percuma kepada UMNO, UMNO buat joint venture dengan SP Setia lepas itu jual kepada SP Setia buat untung bersih RM76 juta.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Adakah itu terbaik daripada tender terbuka?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Akhir sekali, saya hendak sebut kerana Yang Berhormat Padang Serai ada sebut Petaling Jaya Utara.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai tidak boleh bangun Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya hendak kata sebelum beliau jadi independent (BEBAS) dia datang kepada setiap Ahli Parlimen DAP minta hendak masuk DAP...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kota Belud duduk dahulu Yang Berhormat semua. Yang Berhormat Padang Serai! Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta guideline sedikit, some line sedikit adakah perbahasan ini masih dalam konteks rang undang-undang.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak yang diperkatakan ini walaupun agak menarik minat ramai, tetapi sebenarnya tidak directly relevan dengan bil ini.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud balik kepada rang undang-undang ya. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau tidak Kuala Selangor hendak cakap.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas budi kebijaksanaan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang lebih pintar dan arif. Akan tetapi sebelum saya beralih kepada topik lain, saya mesti jawab Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini. Ini tuduhan yang berat.

Satu, hendak kata RFP (request for proposal), hendak dikatakan dengan tender lepas tender yang ada dengan Ivory Bayan Mutiara Tuan Yang di-Pertua, yang hanya dibuat adalah publish dalam newspaper. Selepas itu semuanya dalam bilik Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, semua dibuat. Itu bukan tender. Itu satu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, sama dan lebih kurang seperti mana Datuk ‘Sin Chi Hwa’ dapat 500 ekar...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tanah untuk tanam pisang, apabila pekerja estet tidak dapat diberi 5,000 square feet di Kuala Selangor.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini sama.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selepas itu...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini cara Pakatan Rakyat.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Padang Serai, this is my floor. You ask my kebenaran dahulu. Saya bagi. No, you minta dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta kebenaran.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Minta maaf.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey, Yang Berhormat Kota Belud minta maaf. Minta kebenaran boleh?

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selepas itu kita minum teh tarik.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, tadi dikatakan RFP itu open tender. Ini adalah satu open tender yang paling tertutup dalam dunia. Yang hanya open tendernya ialah hanya di publishkan dalam newspaper. Ada recall tender dia tidak buat. Selepas itu dia award, selepas itu negotiate lagi dengan pemenang.

Itu bukan open tender. Apa open tender? Tidak di negotiate. Kedua...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Yang Berhormat Permatang Pauh bawa lari duit itu open tenderlah.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang dikatakan tentang penilaian, saya setuju. Akan tetapi dia tidak beritahu bahawa penilaian kerajaan pada waktu itu yang diguna pakai yang dikatakan RM100 sekaki itu sudah lapse, sudah luput. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua juga, oleh kerana tanah ini adalah tanah kerajaan sepatutnya kerajaan negeri membuat satu lagi penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Harta Kerajaan bukannya daripada Henry Buthcer. Tidak fahamkah? Henry Butcher adalah private company.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kroni duduk dalam Henry Butcher.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang membuat penilaian terhadap tanah itu. Oleh sebab itu saya katakan, buat penilaian terbaru. Selepas itu saya pasti pada waktu itu penilaian kerajaan akan lebih tinggi. Itu satu.

Tentang tohmahan yang mengatakan tentang saya dengan Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan diwujudkan zaman bos beliau, Yang Berhormat Permatang Pauh. Waktu beliau...

final • 12:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, saya akan bagi. Saya hendak beritahu, oleh kerana nama saya disebut sebagai Ahli Lembaga Trustee, nama saya kerana kapasiti saya sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia. Sekejap Yang Berhormat.

Saya cuma hendak beritahu. Jadi, beliau cuba hendak kaitkan saya dengan ini. Saya hendak beritahu tanah ini adalah tanah yang telah diberi dahulu dan pemilihan SP Setia ini dibuat semasa zaman dahulu, bukan zaman saya. Saya beri kepada Yang Berhormat Rembau kerana beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Belud. Saya minta pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Ini soal yang dibangkitkan, saya dengar nama saya dikaitkan dalam perbahasan tadi. Jadi saya hendak tanya soalan dalam bentuk penjelasan juga mengenai Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan di mana saya menjadi pengerusi bahagian pemegang amanah Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan di mana dibuat tuduhan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Cuma di sini saya minta pandangan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Belud, sama ada perkara ini relevan dengan apa yang dibincangkan dalam perbahasan memandangkan secara jelas, secara nyata saya hendak sebut dalam Dewan ini as a matter of record bahawa pemegang saham ataupun pegangan saham Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan dalam projek yang berkenaan di Kampung Abdullah Hukum yang dijalankan oleh Syarikat SP Setia, kelulusannya semua dibuat oleh zaman di mana Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Kelulusan itu dibuat waktu beliau dan perancangan pembangunan ini dibuat waktu beliau pegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

final • 12:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekiranya ada apa-apa pegangan legasi, legasi yang dipegang oleh Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan pada hari ini, yayasan itu yang ditubuhkan juga oleh Yang Berhormat daripada Permatang Pauh, saya sebagai Ketua Pemuda pada hari ini, sepatutnya saya ucapkan terima kasih kepada beliau sebab beliaulah yang telah meluluskan pelaburan ini dan hari ini kita pegang saham dalam pelaburan tersebut. Itu sahaja.

Jadi, kalau hendak disoalkan berkenaan dengan penglibatan Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan, Yayasan Pergerakan Pemuda UMNO, minta penjelasan daripada Menteri Kewangan pada waktu itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada waktu itu yang telah tubuhkan yayasan ini, yang telah meluluskan projek tersebut iaitu Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh. Bukannya kita tetapi Ketua Pembangkang.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kota Belud, lima saat, lima saat, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sebabnya yang saya katakan, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara...

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Rembau minta mereka, macam Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Isunya apa? Sekejap, sekejap. Saya tidak ada masa, Yang Berhormat. Saya ada lima minit, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Sungai Petani pandai tengok video sahaja.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, Yang Berhormat!

Yang Berhormat, minta maaf. Minta maaf. Saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang dibuat ini berat. Sebab itu saya katakan dalam pendebatan pun Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini tidak faham-faham. Itu sebabnya saya katakan dia berbohong. Banyak ini bohongnya ataupun misleading.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

*Misleading, I retreat.

Misleading*, saya hendak katakan bahawa pertama sekali di Pulau Pinang contohnya. Saya balik kepada isu Pulau Pinang ini.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Waktu zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, apa DAP kata? Apa Yang Berhormat Bagan kata? Oh! Tadi sudah cakap pasal conversion of land daripada lease land kepada freehold land. Sekarang mereka buat benda yang sama. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, apabila yang dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi berkenaan dengan Ivory Property. Syarikat ini tidak mampu untuk menjalankan projek ini on that basis alone. Kenapa dia dipilih oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Kenapa dia perlu untuk membuat join venture dengan orang lain untuk menjalankan pembangunan di Bayan Mutiara? Tanah yang hak milik rakyat Pulau Pinang. That is the basis of the question. If you say this is open tender that you choose the best company, surely, the company does not have to go and work with somebody else. Because of the basis of the strength of the financial dengan izin.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang kawan satu lagi, pembida yang...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pembida lain, pembida yang lain, pembida lain...

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Petronas pun buat joint venture. Petronas pun buat joint venture.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, no.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini merupakan satu kenyataan yang menunjukkan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Minta jalan, Yang Berhormat. Yang Berhormat, tidak boleh macam ini, Yang Berhormat. Tidak boleh, Yang Berhormat Shah Alam. Tidak boleh. Duduk, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Mengelirukan.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalahnya Yang Berhormat Shah Alam. Masalahnya Yang Berhormat Shah Alam. Dia tidak faham apa yang saya kata. Yang menang tender, Ivory Property berdasarkan kononnya kekuatan laporan kewangan.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Menang pun. Petronas pun menang tender juga.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sebabnya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sudah menang tender, dia masuk joint venture. Perkara biasa.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Do you understand or not? If you do not understand, you sit down…

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya ingat dia tidak faham-faham business.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hey! Hello!

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk.

Minta duduk Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

What is wrong with you? What is wrong with you?

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

*Nothing wrong with me. Why’re you making all this...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh macam ini, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Padang Serai duduk, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Shah Alam lupa diri!

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai duduk, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa] Saya belajar bukan duit Petronaslah. Tidak betul.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, jangan mengganggu macam ini, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

What is wrong with you? You know, I think...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud, tidak payah tanya dia soalan. Tanya dia soalan, dia akan bangun menjawab.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak tanya dia. Siapa tanya dia?

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Betul, Tuan Yang di-Pertua kata.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak tanya dia, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Betul Tuan Yang di-Pertua kata. Jangan bertanya soalan. Nanti saya menjawab.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan, Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You see? You see?

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bila tanya soalan, saya jawab.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Because kalau Yang Berhormat tanya what is wrong with him, he will answer that question, ya.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Nothing wrong with me, something wrong with you.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bercakap dengan Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, bezanya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor hendak bercakap pula.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar. Sekarang dalam pencelahan. Pencelahan kena minta izin daripada Yang Berhormat ya.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You sit down dulu.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Selangor hendak bercakap juga.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, no. Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita ada peraturan di sini. Kalau kita hendak marah Yang Berhormat, hari-hari wakil rakyat daripada parti kerajaan ini boleh bangun hendak bantah ucapan Yang Berhormat. Akan tetapi kita dengar. Kita *gentleman. What is the problem?

[Disampuk]* Kalau kita bercakap, panas. Tengok ini.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sudah tanya soalan, saya kena jawablah.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, sebentar. Yang Berhormat Shah Alam, tidak boleh macam ini, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tanya soalan. The problem, kita kena masuk kerana your statements are reckless.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

Minta tolong, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Adakah joint venture tidak boleh diterima.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu. Bezanya yang tidak difahami oleh mereka ini ialah Ivory Property diberi – Yang Berhormat Petaling Jaya Utara lari?

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Keluar meninggalkan Dewan]

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara lari? Ivory Property diberi tender ini. Selepas itu dibuat perkiraan kenapa tender ini diberi kepada mereka. Kerana kekuatan financial mereka. Selepas dapat, baru dia hendak berbincang dengan orang lain. Selepas itu, dikhabarkan lagi syarikat ini boleh menjual tanah ini sedikit demi sedikit kepada pihak ketiga*. That is the easiest way to make money.

That is why* DAP ada ibu pejabat yang baru di Pulau Pinang.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

It took Gerakan selama 15 tahun Tuan Yang di-Pertua, untuk membuat satu ibu pejabat di Pulau Pinang tetapi DAP 4 years. Three years to have a spending million dollar.

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

UMNO ada bangunan besar juga!

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. That is very wrong. Yang Berhormat berdiri tempat orang dan berbahas tempat orang. That is very wrong, Yang Berhormat. You should not do that.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Ask him to get out.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Do not abuse peraturan mesyuarat. That is very wrong, I’m warning you.

final • 12:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Okey, I am not abusing it. Niat jahat, niat jahat. Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat. Niat jahat.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, yang saya tahu, waktu Yang Berhormat – waktu saya hendak katakan. Waktu ibu pejabat ini terbakar, mereka katakan...

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Niat jahat, ini. Saya cabar Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Ibu pejabat ini terbakar kerana UMNO. Ada yang katakan UMNO bakar semua...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ada bukti, pergi MICC buat laporan.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebab itu saya hendak katakan...

final • 12:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Jangan dekat sini, buat andaian- andaian sahaja.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini Tuan Yang di-Pertua, ibu pejabat ini, kononnya parti ini sosialis. You know, dia makan ikan bilis sahaja. Dia makan nasi dengan ikan bilis. Dia tidak makan kari ayam. Ini sosialis. Akan tetapi dalam masa tiga tahun, satu ibu pejabat jutaan harganya di Pulau Pinang. Hebat betul parti sosialis ini.

Hebat betul, Tuan Yang di-Pertua. Jutaan! Waktu ibu pejabat ini, pejabat mereka ini terbakar di Pulau Pinang, yang dikatakan apa? Orang UMNO yang bakar. Orang Barisan Nasional yang bakar. Akan tetapi sekarang cantik. Tahniahlah. Dalam masa tiga tahun ibu pejabat DAP di Pulau Pinang... new.

final • 12:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kesian, PAS.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jutaan ringgit. Mana dapatlah? Kita hendak tanya mana dapat? Mana dapat duit ini?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi janganlah. Don’t say that you are whiter than white.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, boleh habiskan.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Whiter than white, cleaner than clean. Tolonglah. Tolonglah. The hypocrisy is just nosy acting. Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya saya kata berbalik saya kepada akta ini iaitu laporan kewangan. Itu sebabnya saya mempertikaikan tadi kenapa Ivory Property itu diberi berasakan kepada laporan kewangannya yang begitu buruk sekali. Yang begitu buruk sekali. Dijualnya tanah ini dan dibeli secara pukal 100 ekar. Selepas itu diberi peluang kepada Ivory Property untuk jual tanah ini secara kecil-kecilan. Itu sebabnya sampai RM420 sekaki persegi. Come on lah. Have some decency, you know. Have some decency. Ini belum lagi saya cerita pasal density, pasal plot ratio. Ini belum lagi. Apa yang dia tuduh kepada Barisan Nasional, Gerakan di Pulau Pinang, dia buat sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu, saya ada satu minit lagi. Tuan Yang di-Pertua, dia kata dia kurangkan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM600 juta tetapi RM600 juta itu adalah pemberian ataupun diambil alih hutang itu oleh Kerajaan Persekutuan. Dia katakan pada tahun 2009 – 2010, kewangan Pulau Pinang begitu baik sekali. Bertambah kerana anti corruption drive tetapi apabila kita melihat Laporan Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan anti corruption. Apa, Tuan Yang di-Pertua? Jual tanah. Jual tanah di Pulau Pinang dan conversion daripada leasehold kepada freehold. That is the fact. The fact of the matter is kerajaan DAP Pulau Pinang telah menipu rakyat Pulau Pinang. That is the fact.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan.

final • 12:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi, saya ingin katakan di sini, kepada rakyat Pulau Pinang, cukuplah bagi empat tahun kepada parti yang tidak mampu dan cuba memanipulasikan kerajaan dan rakyat Pulau Pinang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang membuat ucapan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 petang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sebelum kita mula Yang Berhormat, saya ingin memperingatkan bahawa undang-undang di hadapan kita ini adalah undang-undang pindaan. Jadi undang-undang pindaan ini ada syarat-syarat sendiri macam mana hendak membahaskannya di dalam Dewan. Saya mengikut perjalanan Dewan pada pagi tadi. Jadi, saya ingat banyak perkara yang tidak patut di dalam perbahasan termasuk dalam perbahasan. Jadi kali ini kalau Yang Berhormat tidak boleh buat, masa kita tiga bill kena dihabiskan hari ini juga Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Kota Belud sudah habis. Jadi Yang Berhormat Kuala Selangor memohon tadi.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya beri Yang Berhormat Kuala Selangor. Kalau dapat ringkaskan, tumpukan kepada perbahasan ke atas pindaan rang undang-undang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut untuk bangun membahaskan pindaan rang undang-undang bagi meminda Akta Laporan Kewangan 1997.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersama kawan-kawan di sebelah sini apa pun tindakan-tindakan khususnya dari segi memperkukuhkan dan memperkasakan lagi frame work legislation dengan izin khususnya dalam hal ini bagi memperkukuhkan pasaran modal (capital market) dengan izin dan amalan-amalan yang membawa kepada meningkatkan corporate governance, urus tadbir dan tata kelola yang baik tentunya dan pastinya perlu disokong oleh kedua-dua pihak, both side of the divide, both side of the bench dengan izin.

Dalam semangat itu dan nafas itu saya mengingatkan betapa cukup mustahak Tuan Yang di-Pertua untuk kita terus menyuntik keyakinan pelabur khususnya bagi tata kelola syarikat- syarikat kepentingan awam ataupun syarikat-syarikat public listed companies dengan izin kerana ia akan sekali gus menentukan sama ada tahap keyakinan atau sebaliknya pelabur mampu kita urus dan kita gamit dan menjadikan sekali gus bursa kita ataupun pasaran ekuiti kita dan pasaran modal secara umumnya capital market seluruhnya menjadi salah satu destinasi pelaburan dalam radar pengurus-pengurus dana antara bangsa mahupun tempatan termasuklah institutional investors dan dana-dana yang diurus oleh government- linked funds dan funders atau fund managers, GLF dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam semangat itu saya mengingatkan betapa ketika akta di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti tidak silap saya tahun lalu apabila sebagai akta induk kepada akta yang sedang dipinda ini, yang antara lain merupakan penetapan atau penubuhan Lembaga Pemantauan Audit atau dengan izin the Audit Oversight Board.

Apabila ia dibentangkan lalu diluluskan oleh Dewan Rakyat ini, ia membawa satu lonjakan kepada satu urus tadbir secara lebih khusus yang memandang kepada tingkah laku juru audit-juru audit yang berdaftar. Lalu dengan itu membantu Suruhanjaya Sekuriti bagi memantau juru audit entiti berkepentingan awam ini dan bagi melindungi akhirnya kepentingan pelabur both dengan izin majority shareholders and minority shareholders. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu ketika saya membaca, sempat menyemak sepintas lalu begitu, Akta Laporan Kewangan ini dan dengan penubuhan, antara lainnya yayasan dan fungsi yayasan yang antara lain menyebutkan betapa ia akan menjadi penyelia dalam memantau perjalanan fungsi Lembaga Pemantauan Audit itu saya kira sudah sampai waktunya ia perlu disokong. Bahkan lebih daripada itu saya memerhatikan bahawa ia tidaklah seperti yang kita hajati kerana dengan izin it falls short of benar-benar diperkasakan kerana ia tidak punya dengan izin saya bacakan, “Yayasan tidak boleh menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasa”. Ia tidak ada enforcement power dengan izin ringkasnya Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Lalu dalam suasana kita berhadapan sebentar tadi dengan sahabat saya Yang Berhormat PJ Utara yang membangkitkan persoalan salah laku. Apa juga bentuk yang bertujuan untuk pada akhirnya menipu pelabur sama ada apa jua bentuknya, sama ada dalam bentuknya insider trading dan pelbagai misconduct. Apa Yang Berhormat PJ Utara bangkitkan adalah yang bersangkutan dengan Supercomnet Technologies yang tidak perlu saya hurai dan sentuh. Ringkasnya hendak boleh saya sebutkan, inilah dia fiil laku directors dan top management dengan izin yang kerana sifat mereka itu membawa kepada keruntuhan seluruh pasaran modal dan pasaran ekuiti kita dek kerana sifat-sifat mereka itu.

final • 2:33 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Lalu saya peringatkan kepada Dewan yang mulia ini betapa satu masa dahulu kalau masih ingat bagaimana Transmile dalam tahun tidak silap saya 2005, Transmile yang atas isu ini iaitu isu penipuan pengauditan, accounting fraud dan creative accounting dengan izin yang akhirnya membabitkan penipuan sejumlah RM530 juta. Salah laporan kewangan yang syarikat menanggung kerugian boleh akhirnya dilaporkan sebagai memperolehi keuntungan.

Untuk dua tahun iaitu pada 2005 sebanyak RM197 juta dan tahun 2006 sebanyak RM333 juta. Pada keseluruhan membuat penipuan sebanyak RM530 juta di Bursa dalam pasaran ekuiti itu. Kita masih ingat siapa Pengerusinya dan Pengerusinya itu sekarang juga diheret ke mahkamah atas PKFZ atas skandal besar PKFZ dan Transmile itu dianggap dalam dunia pelaburan dan dunia pasaran modal dianggap sebagai Enron Corporation ala Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.

Oleh itu saya mengingatkan Dewan ini betapa kita sangat berhajatkan supaya bukan sahaja kita mahu meningkatkan dari sudut legislativenya sahaja, Tuan Yang di- Pertua tetapi lebih penting daripada itu. Dalam usaha kita untuk yang dikatakan dalam istilah convergence ataupun bersekali dan bersama dengan tuntutan standard seperti International Financial Reporting Standard (IFRS) yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi dan menjadikan MASB ataupun Malaysian Auditing Standard Board untuk mengikuti dengan izin, compliance pada tuntutan-tuntutan international standard seperti IFRS itu adalah sangat mustahak.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan perkara ini untuk menekankan betapa mustahaknya bukan sahaja kita sekadar mengikuti legislative framework dan standard dan piawaian itu sahaja tetapi lebih penting daripada itu adalah betapa adalah political will, dengan izin. Iltizam politik kita benar-benar melaksanakan, melaksanakan tuntutan compliance ini sama ada compliance dari sudut akta dan peraturan-peraturan di bawah peruntukan Security Commission.

Sekarang ini kita berdepan dengan laporan kewangan ini semuanya itu pada akhirnya kembali kepada manusiawinya itu, tabiat manusianya itu. Dengan izin, kalau boleh saya sebutkan it is the greed, tamak haloba yang terus-terusan membawa kepada kehancuran amalan corporate governance kita di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat dari sudut Islamnya bertambah-tambahlah ianya merupakan dalam bahasa yang mudahnya kemungkaran dan kemaksiatan kewangan dan ekonomi yang merupakan cabaran yang paling utama untuk negara ini memacu negara maju atau sampai ke tahap dalam liga negara-negara seperti itu.

Tuan Yang di-Pertua, justeru kerana itu saya mengingatkan juga dalam hal ini mungkinlah, sudah sampai masanya mungkin untuk kita kembali melihat kepada keperluan Commercial Crime Court bukan commercial crime yang melepasi - just commercial crime dari sudut jenayahnya yang tidak yang perlu diperkasakan seterusnya dan ditambahkan lagi pemerkasaannya dan penubuhan seperti itu. Kalau kita lihat di negara-negara yang maju seperti Amerika dan OECD mereka ada mahkamah commercial crime ini. Dengan itu kalau kita perhatikan seperti kalau dalam kes Enron Corp. ini dalam Enron Corporation kita dapat lihat bagaimana CEOnya Kenneth Lay dapat diheret ke mahkamah, diadili dan dituduh lalu dijatuhkan hukuman dan prosecuted dalam masa tidak hampir lebih daripada dua tahun.

Transmile yang saya sebutkan tadi hingga hari ini sudah melepasi lima tahun masih lagi di Mahkamah Seksyen. CEOnya, Executive Directornya masih lagi berdepan dengan pelbagai tuduhan fraudulent scheme. Kesemuanya ini kalau benar-benar kita komited bukan sahaja untuk sekadar melepaskan batuk di tangga dengan mengadakan legislation framework seperti ini, office of legislation tambahan pula kalau ia sudah bukan amendment seperti ini Tuan Yang di-Pertua tentu kita belum lagi sampai ke tahap komitmen

final • 2:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

yang sebenar-benar. Untuk benar-benar melaksanakan tuntutan good and corporate governance and the best practice.

Oleh kerana itu, saya mengingatkan diri saya juga dalam suasana ini betapa negara ini sehingga hari ini - saya bercakap tentang Transmile sebentar tadi. Sehingga ini kalau kita perhatikan dalam hal ini yang dimaksudkan lebih awal tadi adalah IPO apabila syarikat-syarikat mahu disenaraikan tetapi juga cabaran yang sama adalah apabila syarikat- syarikat mengalami ataupun melalui proses listing atau going private dengan izin. Itu juga memerlukan laporan kewangan, laporan para audit yang mesti telus, yang mesti transparent, yang mesti bertanggungjawab, yang memenuhi corporate governance, yang kala mana kita melihat contohnya mutakhir ini, kita dapat melihat sangat dipertikaikan ketika seorang tokoh korporat menjual IPPnya yang dikatakan dibeli oleh 1MDB dengan harga senang-senang sahaja keuntungannya RM2.5 bilion, Tuan Yang di-Pertua. This is how we create billionaires, dengan izin.

Ini caranya Perdana Menteri suatu masa dahulu, dua-tiga minggu yang lalu mengatakan kita ada 30 billionaires yang berkongsi MTA sebanyak RM200 bilion. Tuan Yang di-Pertua personally, dengan izin saya prefer to have two thousand millionaires that shares RM100 million each rather than have 30 billionaires yang total MTA of RM200 bilion.

Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua...

[Disampuk] Berani bangunlah bercakap.

What do you know Yang Berhormat Batu Pahat? Bangunlah hendak bercakap, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak apa boleh minta izin Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua saya cukup berjaga-jaga untuk berbahas dalam rangka apa yang dikatakan sebagai tadi iaitu permintaan. Tuan Yang di-Pertua saya cuma sekali lagi mengingatkan pada kita semua pada akhirnya Tuan Yang di-Pertua negara ini akan hancur bukan kerana kita tidak mempunyai sumber bahkan Bank Dunia mengiktiraf Malaysia adalah antara dengan izin, one of the richest country on earth. Dengan sumber per kapitanya, resource per kapita is one of the highest and yet kita hari ini berdepan dengan pelbagai, pelbagai kebejatan khususnya kebejatan urusan kewangan yang merupakan yang sinonim dengan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Kalau kita perhatikan bagaimana hingga hari ini yang menjadikan keyakinan terhadap seluruhnya perkara-perkara yang dianggap sebagai in a corporate affairs seorang tokoh korporat sekali lagi mendapat settlement out of court dengan tidak diketahui atau di Dewan Rakyat ini apa dan apakah termanya apabila sorang tokoh korporat yang lain boleh kita sebutkan Ananda, Tan Sri Tajuddin Ramli diberikan pelepasan hutang kepada Danaharta sebanyak RM589 juta ketika membuat hutang sebanyak RM1.79 juta yang telah disahkan dan diperintahkan, diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2009 membayar hutang itu kepada Danaharta.

final • 2:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi akhirnya dilupuskan dan diberikan izin and consent by Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga seluruh Kabinet. Ini adalah antara perkara Tuan Yang di-Pertua yang sangat membawa kehancuran imej kita dan inilah yang dikatakan sebagai kemungkaran ekonomi dan kewangan yang tentunya sifatnya adalah anti syariah, anti Islam, anti manusia dan anti rakyat kerana ini mengutamakan kroni yang membebankan rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit sahaja. Saya tunggu. Bagi lima minit.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Saya ingat cukup lengkap perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dengan masa hanya 17 minit. Jadi saya beri Yang Berhormat Batu 17 minit jugalah.

final • 2:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin berkongsi perbahasan dalam isu pengawasan supaya urus tadbir orang-orang yang diberi kebebasan dalam akses dana yang begitu besar ini dapat dipertanggungjawabkan.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya hanya ingin bangkitkan satu kes. Saya seperti ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain, kita tidak mempertikaikan niat dan tujuan undang-undang ini. Akan tetapi kembali kepada isu kuat kuasa, dengan undang-undang yang sedia ada kalau kita tidak ada cara atau kaedah yang baik untuk menguatkuasakan, orang yang diberi kuasa memegang kekayaan besar ini akan menyalahgunakan dan akhirnya yang rugi adalah rakyat sendiri.

Saya ingin bawa isu yang saya dapati dari kes mahkamah. Bukan sebab saya hendak bincang dengan kes mahkamah tetapi maklumatnya.

Ini adalah mengenai dengan Khazanah Nasional. Khazanah Nasional adalah sebuah GLC yang sangat besar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pengarah atau director Khazanah Nasional ialah Tan Sri Andrew Sheng Len Tao yang telah dilantik pada 22 Julai 2008. Tan Sri Andrew Sheng telah didapati membeli saham yang berkaitan dengan Khazanah sendiri termasuk Tenaga Nasional Bhd, UEM Land Holdings Bhd, Telekom Berhad dan Time dot Square, Time Engineering, Astro dan Axiata. Khazanah mempunyai kepentingan dalam semua syarikat-syarikat ini.

Dalam kes mahkamah yang tidak ada kena mengena dengan korporat telah didedahkan Tan Sri Andrew Sheng telah menggunakan adik perempuannya iaitu Sheng Len Yee yang merupakan seorang remisier telah membeli saham bagi pihak Tan Sri Andrew Sheng dalam syarikat-syarikat ini. Saya ingin tahu dalam undang-undang sekarang, semua board of directors sepatutnya ada declaration of interest semasa mereka membeli saham. Tidak ada halangan untuk mereka membeli saham tetapi mereka harus declare. Akan tetapi tidak ada pengisytiharan interest ini dan juga didapati bahawa senarai ahli-ahli keluarga bagi director di Khazanah ini tidak diperuntukkan kepada Khazanah Nasional.

final • 2:51 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini satu perkara yang sangat pelik.

final • 2:51 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Sebelum saya mencelah pada perbahasan Yang Berhormat Batu, saya ingin memaklumkan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak dan rombongan di Dewan yang mulia ini. Selamat datang...

[Tepuk] Bagi pihak pengakap Parlimen Malaysia juga.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Batu, minta sedikit penjelasan di mana undang-undang yang menyatakan bahawa keluarga ataupun kakak, abang, adik kepada penjawat itu tidak boleh membeli saham? Mana undang-undang yang boleh? Adakah semestinya? Mesti penjelasan sedikit.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ingin jelaskan yang saya tidak kata dia tidak boleh beli saham. Isunya sekarang ialah kalau abangnya adalah director kepada syarikatnya, dia harus declare intent. Dia harus declare dan senarai keluarganya harus diperuntukkan kepada Khazanah Nasional supaya Khazanah tahu ahli-ahli keluarganya beli.

Dalam perkara ini lebih pelik lagi ialah semasa ada family dispute ini dalam mahkamah, Sheng Len Yee iaitu adik kepada...

final • 2:51 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Point of order.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya habis dahulu.

final • 2:51 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

You tidak boleh baca orang punya nama dalam Dewan ini tahu. You baca undang-undang tengok boleh atau tidak?

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia telah mengaku di mahkamah bahawa pembelian share ini adalah bagi pihak abangnya, Tan Sri Andrew Sheng. Saya tidak tahu sama ada pengakuan itu betul atau tidak tetapi saya anggap dalam semua company law ini, sekurang-kurangnya dia harus declare. Kalau Khazanah atau undang- undang kita tidak mewajibkan ahli-ahli keluarga ini dimaklumkan kepada lembaga, itu adalah masalah negara kita. Khazanah tidak boleh membiarkan kerana Khazanah Nasional adalah sebuah syarikat yang memegang banyak saham di seluruh negara dan kalau ahli lembaganya dan keluarganya boleh membeli saham tanpa memaklumkan kepada lembaga pengarah, itu adalah satu masalah.

Kalau kita hendak menyebut undang-undang..

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak tanya.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kes ini masih di mahkamah Yang Berhormat?

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sudah habis kes ini. Ia bukan kes dispute, hanya sebab family dispute. Dalam pengakuan statutory, dia mengaku bahawa pembelian saham itu adalah on behalf of the brother.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau kes ini masih tertumpu kepada perkara yang sama di mahkamah, tidak boleh dibahaskan Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak, tidak. Kes ini tidak tertumpu kepada masalah. Ini adalah family dispute di antara dua pihak.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Akan tetapi asalkan perbicaraan masih di mahkamah Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya secara prinsip.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Pindah kepada perkara lain Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tumpu kepada isu prinsip.

Saya ingin tahu sama ada Khazanah Nasional mewajibkan ahli-ahli lembaganya mengisytiharkan nama-nama keluarga dan sama ada Khazanah Nasional mewajibkan semasa pengarahnya membeli saham yang Khazanah Nasional mempunyai kepentingan, perlu atau tidak mereka mengisytiharkan intentnya. Saya ingin dapat penjelasan dalam perkara ini. Kalau mekanisme ini tidak ada, maksudnya kita ada satu loophole yang besar yang membenarkan insider trading yang akan menjadi masalah dari segi principal good governance. So itu main point yang ingin saya bangkitkan petang ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 2:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah maksud untuk meminda Akta Laporan Kewangan 1997, ada beberapa perkara yang mudah saya berharap mendapat penjelasan sebelum kita bertanya di peringkat Jawatankuasa.

Perkara yang pertama saya hendakkan penjelasan iaitu sejauh manakah memasukkan perkara baru di dalam piawaian perakaunan yang telah pun diluluskan sebelum hari ini untuk peranannya dimainkan oleh Lembaga Pemantau Audit yang katanya diluluskan atau ditubuhkan pada April 2010.

final • 2:59 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Adakah sebelum pada ini tiada satu lembaga atau badan yang bersifat atau berfungsi sebagai badan pemantau dalam aspek pengauditan atau laporan-laporan kerja- kerja pengauditan di dalam negara kita. Saya hendak merujuk kepada satu laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro yang dilaporkan pada 15 Mei 2011 iaitu berkenaan dengan pasukan yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang menggabungkan beberapa agensi telah melakukan beberapa siri rampasan, serbuan dan dilaporkan bahawa pada peringkat berita itu dilaporkan telah ada 32 firma audit dan 59 kediaman pengarah- pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam fraudulent isu-isu pengauditan, dengan izin.

Fraudulent ini maksudnya penipuan yang disengajakan. Laporan akhbar ini juga menyebut bahawa antara isu yang ditumpukan iaitu tersilap laporan, cosmetic reporting, dengan izin, sengaja melihatkan laporan itu seperti cantik dan menepati syarat serta undang-undang akan tetapi setelah dilakukan serbuan oleh agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan kuasa oleh Attorney General, maka kesemua 32 firma audit ini telah

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

terkeluar isu-isu yang menyalahi peraturan termasuk yang agak kritikal iaitu cosmetic reporting, dengan izin.

Perkara ini diteruskan, menjurus kepada kerja-kerja penambahbaikan di dalam pasukan yang telah ditubuhkan. Saya difahamkan dan mendengar ada laporan yang dibuat oleh pihak kementerian mengatakan pasukan ini akan ditubuhkan secara tetap. Kalau boleh saya hendak tahu daripada pihak kementerian, apakah nama jabatan ini atau pasukan ini yang kita terpaksa tubuhkan atas asas kerana berlaku kesilapan, kesalahan melanggar peraturan, undang-undang dan yang mustahak, penipuan secara berstruktur dalam laporan-laporan audit yang menyebabkan negara dan kerajaan kehilangan hasil yang begitu besar.

Di antara bidang pemantauan audit yang baru ditubuhkan di bawah Lembaga Pemantauan Audit, April 2010, bukan hanya terhad untuk melihat yang dikatakan demutualisasi Bursa Saham Kuala Lumpur 2004 dan sebagainya. Sebelum pada proses ini berlaku telah ada prosedur-prosedur pengauditan yang biasa yang diamalkan dan disyaratkan kepada mana-mana syarikat sama ada berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun syarikat-syarikat yang berkepentingan di dalam negara kita tetapi berpangkalan di luar negara. Begitu juga ia memerlukan pematuhan terhadap prosedur yang kita tetapkan. Adakah bermakna sebelum pada penubuhan Lembaga Pemantauan Audit ini, proses ini tidak diteliti. Adakah ini juga bermaksud mana-mana proses ataupun pelaksanaan tawaran terbitan awam (IPO) yang telah dilaksanakan sebelum pada perkara ini disebut atau diangkat, tidak mematuhi.

Dalam bahasa yang mudah dan ringkas, adakah kementerian mensyaki atau melihat berlakunya ketidakpatuhan dalam laporan ini menyebabkan kita terpaksa tubuhkan Lembaga Pemantauan Audit pada tahun 2010. Ini juga membawa kepada persoalan, sekiranya kerajaan mensyaki keperluan kita menubuhkan dan membawa pindaan kepada Akta Laporan Kewangan 1997 yang baru dibentangkan pada hari ini untuk diluluskan. Kalau benar, maka kita tidak harus menolak kemungkinan laporan atau teguran-teguran yang mempunyai maksud pengauditan yang diperhatikan, kita juga kena ambil kira dan jawab.

Sebagai contoh, satu lagi laporan yang dikeluarkan oleh majalah bertaraf antarabangsa yang kebetulan saya sebut Tuan Yang di-Pertua, dia memberitahu dan memberi satu peringatan supaya Kerajaan Malaysia ambil perhatian kerana perkara ini boleh memberi gambaran kaedah kita menguruskan dan memastikan pematuhan terhadap aspek pengauditan ataupun laporan kewangan dalam negara kita. Ia menyebut dengan izin, “This report by Washington financial watchdog global financial integrity which found that Malaysia lost USD291 billion or RM889.3 billion through elicit outflows between 2000 – 2008”. Report ini dikeluarkan oleh Karly Curcio and Dev Kar.

Kedua-dua ini adalah yang mewakili kedudukan sebagai senior economist di International Mandatory Fund yang melihat dan menghantar laporan katanya, dalam artikel ini kata, laporan ini atau sedutan daripada laporan ini telah dihantar kepada pihak berkuasa di dalam negara kita. Kaitan daripada laporan audit yang dikatakan dilihat dan dicabut ataupun ditumpukan ini dengan jelas meletakkan sebab musabab kenapa perkara ini boleh berlaku. Tiga aspek yang ditumpukan iaitu:

(i) corruption;

(ii) kick backs; and

(iii) illegal means. Ini dinamakan ketiga-tiga. Persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini, adakah sebelum daripada rang undang-undang ini dibawa dan dipinda, Akta Laporan Kewangan, adakah kita tidak mempunyai kapasiti, kekuatan ataupun cara atau kaedah untuk mengkaji tiga perkara yang disebut dalam laporan itu iaitu corruption, kick backs and illegal means. Oleh sebab ketiga-tiga aspek ini telah berbangkit dan sekarang telah pun di terjemah dalam beberapa prosedur laporan kewangan yang kita sendiri siasat bukan sahaja dari sudut pandangan luaran, dalaman kita. Sebab itulah kerajaan menubuhkan beberapa jabatan baru untuk tujuan penyiasatan. Saya menyokong hasrat Kementerian Kewangan yang mengatakan hasil daripada siasatan ini, peringkat awalnya, penemuan awalnya, kerajaan telah berjaya menyelamatkan sejumlah besar wang yang dikatakan tidak dapat diselamatkan sebelum pada hari ini seperti beberapa laporan akhbar.

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perdana Menteri sendiri mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menyelamatkan kerugian pada 22 Disember tahun lepas.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perdana Menteri menyebut tahniah kerana menyelamatkan RM22 bilion wang negara hasil daripada penyiasatan ini.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Penjelasan Yang Berhormat Indera Mahkota. Mampukah, pada pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota, satu lagi mekanisme ataupun agensi yang hendak ditubuhkan ini yang akan mengguna pakai wang cukai rakyat sekali lagi, bila mana isu yang terbesar hari ini, dengan izin, Head of Commercial Crime iaitu Datuk Ramli Yusuf yang memang dikatakan juga melibatkan satu, dengan izin, black market, underworld. Macam-macam dilaporkan. Hingga hari ini tidak terjawab.

Saya rasa itu merupakan satu petunjuk untuk kita mendapatkan keyakinan bahawa kita mampu buat. Saya khuatir nanti agensi ini bertambah tetapi isu pokok iaitu keyakinan rakyat dan kemampuan untuk menyelesaikan itu belum dapat dijawab oleh kerajaan.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi tentang illicit outflow of funds.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta supaya Yang Berhormat Indera Mahkota memberikan perkara ini satu tumpuan juga akan dakwaan kononnya – bukan konon tetapi pada sumber yang saya percayai adalah benar. Seorang Ketua Menteri, lebih tepat lagi Ketua Menteri Sabah Tuan Yang di-Pertua, yang sepatutnya hasil daripada jualan balak di Sabah yang sepatutnya diberikan kepada Yayasan Sabah, tetapi akhirnya telah membuka personal account beliau daripada Singapura yang dipindahkan kepada Hong Kong dan akhirnya kepada Switzerland. Apakah ini sebenar-benarnya antara lain bagaimana RM888 bilion atau RM889 bilion yang mengalir keluar secara haram di negara bertuah ini dengan cara bukan hanya transfer pricing seperti disebutkan dengan izin, tetapi juga dengan cara bagaimana pimpinan negara ini yang membawa dan mengalirkan keluar wang secara haram ini dengan cara yang begitu cukup khianat, cukup curang. Perkara ini sebenarnya telah kononnya dikatakan berada di SPRM tetapi saya minta supaya Yang Berhormat Indera Mahkota memberikan komentar tentang perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Balik Pulau. Kita terpaksa membuat keputusan. Ibaratnya kita berada pada persimpangan sama ada kita hendak mengambil tindakan, hendak membuat atau kita teruskan dengan kaedah yang sedia ada. Akan tetapi, hasrat yang dibawa oleh kementerian pada hari ini iaitu meminda Akta Laporan Kewangan 1997.

Nampak gaya seolah-olah hendak memasukkan satu iltizam baru untuk mengubah senario dan peristiwa-peristiwa yang telah pun disebut, dilaporkan, ditegur secara meluas.

Oleh sebab itu rakan Yang Berhormat Balik Pulau menyebut sama ada keberkesanan itu boleh kita capai atau tidak? Saya memberi pandangan Tuan Yang di- Pertua, pindaan yang dibawa ini tidaklah begitu besar, ada hanya beberapa perkara dan tidak juga menyentuh secara langsung berkenaan dengan isu yang pada saya isu rayuan yang banyak dibawa oleh anggota pentadbir kewangan dan isu berkenaan dengan rayuan- rayuan serta persetujuan yang ramai Ahli Parlimen yang minta. Isu yang mudah. Isu pelaporan harta – pengisytiharan harta dan penyataan modal. Sekurang-kurangnya pentadbir kerajaan, Menteri-menteri Kabinet, Ahi-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pentadbir-pentadbir kepada kedudukan-kedudukan tinggi di sektor kerajaan dan juga GLC. Ini pun tidak dilayan dan tidak ada sambutan.

Sepatutnya walaupun hari ini kita tidak menyentuh tentang pindaan rang undang- undang yang menjurus kepada kedudukan itu, tetapi ia juga berkaitan kalau kira hendak kita lihat sama ada iltizam untuk membaiki, memberi lebih integriti dalam rang undang- undang ini, kita boleh tunjukkan contoh. Ramai Ahli-ahli Parlimen yang bersedia menawarkan diri supaya menjadi antara kumpulan pertama untuk melaporkan, membuat penyataan modal, capital statement. Kita sanggup buat. Saya rasa itu hari saya dengar Timbalan Menteri Kewangan pun, beliau kata beliau sanggup untuk buat penyataan modal

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

dan kemukakan kepada kerajaan atau pun kepada negara. Ini adalah asas yang saya rasa sebagai contoh yang baik berkebetulan dengan perkara ini dibawa, saya rasa tidaklah menjadi begitu susah atau rumit. Kita mulakan dengan perkara itu kerana inilah asasnya.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 4 di Perkara seksyen 5 di bawah Akta 558 ini, memang terang dikatakan bahawa tujuan kita ini tujuannya untuk menyelaras keanggotaan dalam Yayasan Laporan Kewangan kerana tujuannya untuk mencerminkan pembangunan sistem laporan kewangan di Malaysia untuk melihat peranannya lebih baik dari sudut pemantauan. Maka, itulah juga hasrat yang sepatutnya kita mulakan, kita tengok. Daripada prosedur-prosedur lalu, prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia tidak menjadi rahsia lagi Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana syarikat yang berhasrat untuk melakukan terbitan awam – berhasrat, mesti memenuhi beberapa perkara terutama laporan penyediaan, laporan kewangan syarikat itu.

Paling ringkas, sekurang-kurangnya tiga tahun kewangan sebelum daripada tarikh permohonan itu dibuat mesti memenuhi syarat itu. Tidak juga menjadi rahsia sekarang, kebanyakan syarikat telah menjadi praktis biasa Tuan Yang di-Pertua, mengemukakan tiga set akaun yang berlainan. Satu set akaun untuk tujuan disembahkan kepada perbankan untuk tujuan pinjaman, satu set akaun untuk dihantar kepada pihak berkuasa kerajaan, pentadbir undang-undang itu dan yang ketiga untuk dihantar kepada director-director syarikat untuk melihat potensi syarikat apabila selepas diterbitkan atau pun terbitan awam.

Ini perkara biasa. Ini adalah amalan biasa sebab itu apabila adanya serbuan, adanya prosedur penyiasatan, rampasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan, tiga perkara ini akan terbuka dan timbul. Ini menjadi amalan biasa.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya banyak belajar daripada perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Mohon perlanjutan lagi sebab baru-baru ini pun kita dimaklumkan di media kes Anti-Money Laundering Act (AMLA) yang melibatkan seorang doktor, sehingga sekarang baru tamat, baru. Jadi saya rasa mungkin di kala ada iltizam baru ini, mekanismenya perlu ditingkatkan. Saya rasa mungkin juga perlu ditimbangkan, mengambil kira kompleksiti kes-kes sebegini, satu dengan izin commercial crime court perlu dipertimbangkan. Ini kerana kita melihat kes-kes begini dengan izin, is a technical offense dan memerlukan satu kepakaran yang saya rasa agak lengkap.

Di sini Yang Berhormat Indera Mahkota, baru-baru ini juga kita dikejutkan seorang setiausaha politik ditangkap secara red handed dengan cash di Pulau Pinang dan macam mana perkara-perkara ini boleh berlaku dengan sebegitu ketara sekali? Ini bukan satu jumlah kecil dan sehinggakan saya rasa sepatutnya pengajaran itu perlu diangkat oleh kerajaan bahawa kes sebegini bukan sahaja berlaku dengan izin, syndicated sector maksudnya black market economy. Ini cerita orang yang kerja dengan Menteri pun boleh buat. Saya rasa ini berbahaya dan saya mohon penjelasan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Memang saya akui agak sukar untuk membuktikan pelanggaran atau membuktikan kesalahan bawah jenayah kolar putih, memang susah. Oleh sebab itulah kerajaan terpaksa menubuhkan jabatan baru dengan kaedah baru dan di tangan saya ada cabutan daripada Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Banyak tulisan-tulisan dalam laporan-laporan hasil daripada terbentuknya undang-undang ini dan sebahagian besarnya masih dari sudut penelitian. Bukan sahaja penyiasatan, baru sudut angle penelitian kerana perkara ini bukan mainan atau pun yang diceburi oleh rakyat yang teramai. Sektor yang melibatkan ada the bridging dengan izin, jambatan kepada satu perlakuan-perlakuan yang lain ini sebenarnya boleh dicerminkan oleh pelaporan audit asas di dalam satu syarikat yang ditubuhkan dan juga agensi-agensi yang berkaitan dengan mentadbir undang-undang dan peraturan itu.

Oleh sebab itu, insiden atau peristiwa yang dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat Balik Pulau memang menjadi kebiasaan. Tidak ada pun kedudukan undang- undang itu menjadi sifat mengerikan, menggerunkan. Perlakuan ini diteruskan seperti biasa dan semalam akhbar pun ada melaporkan perkara yang sama. Di bawah laporan berkenaan dengan hasil yang dapat diselamatkan oleh kerajaan ini baru tiga hari lepas dan berterusan. Perkara ini berterusan daripada hari ke hari. Saya tidak tahu sama ada perkara ini membawa kebaikan kepada kerajaan atau pun tidak. Akan tetapi teguran daripada pihak

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

berkuasa antarabangsa tentang kaedah kita melayan dan memberi treatment kepada praktis-praktis yang menyebabkan kita dilihat bersengkokol dengan aktiviti fraudulence dalam pelaporan kewangan dan juga penyediaan laporan-laporan audit dalam syarikat- syarikat yang bermastautin dalam negara kita, tidak dapat dinafikan memang sentiasa ditegur.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya rasa tidak patut angka itu dibawa kerana kita membincangkan tentang rang undang-undang yang hendak dibawa untuk beberapa perkara yang mustahak dan spesifik sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang disebut tentang Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa 2012. Saya hendak tanya Timbalan Menteri. Setakat ini, setakat hari ini, adakah syarikat-syarikat yang berdaftar dalam negara kita tidak mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa 2012. Adakah ini dikatakan pendirian kita? Negara Malaysia, negara kita telah mempunyai pendirian untuk mematuhi, menjurus kepada Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa 2012.

Maknanya ataupun takrifnya atau kefahaman yang saya hendak tahu, adakah bermakna sebelum pada hari ini, praktis ataupun cara kita mengendalikan laporan kewangan di dalam negara kita tidak berlandaskan atau selaras dengan piawaian yang disebutkan, yang hendak dipinda pada hari ini. Sekiranya perkara ini benar, maka nampak gayanya pada hari ini, kita patut menyokong hasrat kementerian kerana hari inilah baru kita hendak bawa supaya selaras dengan piawaian antarabangsa. Maka, kita tidak boleh merasa cemburu atau marah atau merasa terkilan apabila ada agensi-agensi berkuasa di luar negara, di peringkat antarabangsa sentiasa menegur dengan sinis kaedah kita mengendalikan laporan kewangan yang katanya tidak mengikut standard antarabangsa sebagaimana hari ini baru kita hendak bawa untuk dimasukkan dalam pindaan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, panjang lagi Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ayat terakhir Tuan Yang di-Pertua. Saya merasa juga perlu ada penjelasan dalam 11 perkara yang kita bawa untuk pindaan. Apa yang menjadi keutamaan kita ialah memberi perlindungan, memberi perlindungan kepada anggota, orang yang memainkan tanggungjawab duduk dalam agensi ini, kita beri dia perlindungan dari segi undang-undang. Itu antara perkara yang ditumpukan. Maka, mesti ada satu perkara yang sangat besar kepentingannya di situ.

Kita bukannya hendak melindungi, melindungi hasrat untuk orang kata untuk mengubah perlakuan yang dikatakan tidak selaras tadi tetapi kita beri perlindungan kepada orang-orang yang berfungsi ini dan memainkan peranan sebagai orang kata penjawat awam dan sebagai pekerja. Jadi, yang ini saya rasa ada satu penjelasan berkenaan dengan fungsi, orang yang kata diberi perlindungan untuk menetapkan piawaian sebagaimana yang sepatutnya. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya ingat. Sila Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan l - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dengan penuh keterbukaan dan keikhlasan untuk melihat supaya undang-undang di negara kita ini dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Bukan sahaja untuk mengambil kira yang terbaik di dalam negara tetapi juga yang terbaik di luar negara, di peringkat antarabangsa. Jadi, memang itulah yang menjadi tujuan kita meminda Akta Laporan Kewangan 1997 ini. Cuma saya lihat ada beberapa kekeliruan yang perlu saya perjelaskan kerana nampaknya kekeliruan ini lahir secara menyeluruh, bukannya oleh seseorang Ahli Yang Berhormat tertentu sahaja. Akan tetapi agak menyeluruh, mungkin kerana rang undang-undang ini agak teknikal sedikit yang menyebabkan kekeliruan ini.

Banyak perbahasan yang ditumpukan mengenai Lembaga Pemantauan Audit.

Sebenarnya, rang undang-undang ini tidak ada kena mengena dengan Lembaga Pemantauan Audit. Minta maaflah Yang Berhormat, kalau dirasakan inilah inti pati rang

final • 3:23 PM

Timbalan Menteri Kewangan l - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

undang-undang ini. Sebenarnya, rang undang-undang ini tidak. Apa yang menjadi inti pati kepada rang undang-undang ini ialah Lembaga Piawaian Perakaunan. Lembaga Pemantauan Audit yang disebutkan di sini hanya sekadar melantik pengerusinya sebagai ex officio member kepada yayasan kerana ia terlibat dengan hal-hal pengauditan yang mana dirasakan penting ia dijadikan ahli tetap kepada yayasan yang mengawal selia Lembaga Piawaian Perakaunan.

Lembaga Piawaian Perakaunan ini dia standard setting lembagalah. Standard perakaunan yang ditetapkan di Malaysia dialah yang buat dan sebab itu ia diberi kebebasan, independence. Sebab itulah Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bila tanya mengapa tidak campur yayasan, tidak boleh hendak arah dan sebagainya, kita hendak bagi dia bebas. Kalaulah standard perakaunan itu dibuat mengikut arahan kumpulan-kumpulan tertentu, maka tidak ada gunalah ya. Tidak ada guna. Maka kita bagi dia standard setting ini mestilah melalui kebebasan. Itu sebabnya. Jadi, yang Lembaga Pemantauan Audit ini sebenarnya tidak ada kena mengena tetapi kalau saya tegur awal-awal, tidak bolehlah kan Tuan Yang di-Pertua.

Apa Yang Berhormat Indera Mahkota sebut Lembaga Piawaian Audit seolah-olah hari ini sahaja baru kita hendak buat. Benda ini sudah lama. Benda ini di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Kuasa-kuasa ini semua sudah ada, bukannya hari ini.

Janganlah kita mengharapkan secebis pindaan hari ini dapat mengambil kira semua masalah dalam negara kita. Tidak ada. Dia ada undang-undang lain. Dia ada Undang- undang Suruhanjaya Sekuriti, dia ada Undang-undang Bank Negara, dia ada syarikat pendaftar syarikat. Semua ini diambil kira. Semua masalah yang ditimbulkan itu memang ada kewajaran dia tetapi ada undang-undang lain. Jadi, yang ini hanya untuk menubuhkan yayasan dan lembaga bahkan yang ini pun sudah ada dalam Akta Laporan Kewangan 1997. Cuma kita hendak memperkemaskinikan. Kita hendak memperjelaskan hubungan antara yayasan dengan Lembaga Piawaian Perakaunan supaya lebuh jelas dan supaya Lembaga Piawaian Perakaunan ini lebih bebas. Jadi, kita pun selalunya yang sebelah sana itu hendak kebebasan. Jadi, kita buat kebebasan, janganlah ditegur pula. Ini yang bagus punya. Baik punya ini Yang Berhormat.

Jadi yang keduanya Yang Berhormat, yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Indera Mahkota ialah rujukan kepada pasukan petugas khas. Pasukan petugas khas ini memang ada usaha baru kerajaan yang ditubuhkan untuk memantau dan mengkaji dan membuat siasatan. Memang ada penemuan-penemuan. Kita tidak nafikan bahkan itulah sebabnya ditubuhkan. Kalau setakat tubuhkan, tidak ada penemuan, tidak ada kebaikan yang dibuat oleh lembaga atau pasukan petugas khas, maka tidak ada gunanyalah. Jadi, ia memantau semua. Bukan sahaja dia memantau syarikat-syarikat audit Yang Berhormat sebut tadi itu. Semua dari segi syarikat-syarikat yang remittance company dengan izin, money changers, kastam, money laundering, transfer pricing.

Jadi, undang-undangnya bukan ini. Undang-undangnya ada di Bank Negara, dia ada di SC, dia ada di pertubuhan syarikat. Jadi, ini semua ditubuhkan satu petugas khas yang merentasi semua jabatan supaya tindakan dapat diselaraskan dan lebih berkesan.

Oleh sebab itulah ada keberkesanan yang dibuat.

final • 3:23 PM

Timbalan Menteri Kewangan l - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Saya hendak sebut satu perkara Yang Berhormat Indera Mahkota sebut. Kalau boleh, boleh duduk sekejap Yang Berhormat Indera Mahkota. Iaitu apakah hanya hari ini kita memperkenalkan piawaian yang menepati piawaian antarabangsa dengan hari ini?

Tidak. Kita sudah buat memang sudah tepati semua.

Akan tetapi hari ini piawaian antarabangsa yang baru ini merangkumi banyak aspek. Ia juga merangkumi bagaimana kita hendak bagi treatment, dengan izin kepada pertanian. Juga kepada sektor property construction. Ini semua termasuk. Bahkan yang melibatkan pertanian bagaimana kita hendak menilai satu-satu ladang kelapa sawit untuk tujuan laporan kewangan. Adakah ia harus di nilai fare valuenya dengan izin, berdasarkan harga pasaran kelapa sawit hari ini yang berubah-ubah dari hari ke hari?

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kalau naik sampai RM4,000 adakah kita harus mengambil kira harga ini pada masa ia bernilai RM4,000? Bila dia jatuh kepada RM400 seumpamanya, apakah ia harus diambil kira?

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Oleh sebab itu masalah ini masih lagi belum diselesaikan di peringkat antarabangsa. kita tidak menerimanya hari ini. Kita tidak menerima. Kita masih lagi dalam perbincangan dengan pertubuhan piawaian antarabangsa.

Kita tidak boleh terima kerana apa yang dilakukan oleh kita hari ini ialah untuk menilai ladang-ladang ini dengan kadar yang lebih stabil. Kita tidak ambil kira harga yang melonjak naik dan yang merudum jatuh seumpamanya.

Satu lagi aspek bagaimana kita menilai pembinaan rumah-rumah, construction sektor, adakah berdasarkan kepada standard completion 100% baru kita masuk dalam perakaunan kita. Ataupun diamalkan di Malaysia ini hanya berdasarkan kepada percentage of completion dengan izin. Makna kalau siap 50% kita masuk 50%. Siap 75%, kita masuk 75%. Ini kerana kalau hendak tunggu 100% completion, maka hasil revenue dan keuntungan hanya dapat di akhir construction tersebut. Tiga tahun umpamanya. Jadi dua, tiga tahun ini syarikat itu tidak ada untung apa. Jadi benda-benda macam ini is not straight forward dengan izin. Jadi sebab itu dalam.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sekejap. Dalam, hendak habis sudah ini. Nanti dahulu. Dalam treatment pertanyaan dan juga construction ini kita masih lagi di peringkat perbincangan. Kita ambil kira yang lain-lain semua. Memang kita sudah buat dulu pun.

Akan tetapi yang mana dikira sebagai satu standard baru oleh antarabangsa ini, kita ambil pakai mulai 1 Januari 2012. Ada negara-negara yang belum lagi pakai. Singapura saya difahamkan hanya akan mengambil pakai tahun 2015. Tiga tahun lagi. Kita sudah ambil kira. Bukan bererti Singapura tidak comply dengan account standard selama ini dan juga sekarang dan juga tahun 2013 dan juga tahun 2014 dan juga tahun 2015. Dia sudah terima pakai yang lama-lama.

Akan tetapi yang baru ini sebab ada perkara-perkara yang belum dipersetujui oleh semua negara. Pada masa yang sama sudah lebih kurang 100 buah negara yang akan menerima pakai dan yang sedang menerima pakai. Maka kita pinda akta laporan kewangan kita supaya kita juga merupakan sebuah negara yang menerima pakai dengan baik standard perakaunan antarabangsa ini. Jadi jangan sekali-kali menganggap kita tidak pernah. Oleh sebab itu kita hendak kaitkan mengenai sebab itulah kita di tegur, sebab itulah ada out flow. Dia tidak ada kena mengena Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita cuba tumpukan..

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit penjelasan Menteri.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sekejap saya hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota, kemudian Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri sekejap tadi memang mengesahkan selepas pasukan ini ditubuhkan dalam negara kita memang ada penemuan, penemuan, penemuan dan penemuan.

Memang. Ini mengesahkan memang kita ada isu yang perlu kita masuk ke dalam dan lihat dan adakan penemuan.

Sekiranya pihak Timbalan Menteri mengesahkan perkara itu, adakah teguran yang dibawa daripada pemerhati luar yang juga telah beri kita hint, beri kita tanda-tanda, beri kita beberapa rujukan. Adakah kerajaan akan buat juga kepada perkara ataupun teguran itu?

Kalau di dalam negara tiga bulan sahaja ada penemuan, saya hendak tanya pihak Timbalan Menteri, agak-agak berapa lama kita akan adakan penemuan atas rujukan ataupun laporan yang diberi itu? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat merujuk kepada anggaran yang telah dibuat oleh sebuah badan antarabangsa berhubung dengan aliran keluar modal oleh negara kita yang dijangka merangkumi lebih kurang RM800 bilion. Ini sudah kita jawab beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini. Saya pun pernah jawab.

Itu anggaran yang dibuat oleh mereka. Anggaran aliran keluar ini sebenarnya tidak ada seorang pun yang tahu dengan tepat kerana ia merupakan anggaran, kaedah-kaedah.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kita ada kaedah yang kita buat melalui imbangan pembayaran antarabangsa, balance of payment method. Biasanya yang kita masukkan dalam errors and omission, dengan izin adalah merupakan anggaran yang kita tidak tahu sebenarnya. Akan tetapi ada sebab dia ini macam balancing item.

Apa yang jelas yang dianggarkan oleh badan antarabangsa ini adalah terlalu tinggi kalau kita buat melalui kaedah-kaedah lain yang dipakai oleh World Bank IMF, ia tidaklah setinggi itu. Tidak dinafikan ada kadang-kadang aliran keluar. Kadang-kadang aliran masuk melebihi keluar sehingga errors and omission ini menjadi begitu kecil. Ada masa errors and omission ini besar menunjukkan keluaran. Itu betul. Akan tetapi tidak ada satu kaedah yang tepat. Ini hanya berdasarkan anggaran. Benda yang kita tidak boleh hendak bilang ini. Akan tetapi kita hendak kira agak-agaknya berapa dan kita carilah kaedahnya.

final • 3:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Satunya melalui balancing item. Kita buat yang kita boleh kira ini semua kita sudah tahu. Maknanya yang tidak boleh kira balance dia, errors and omission sebanyak ini. Maka inilah. Akan tetapi bagi kita apabila kita lihat yang pentingnya trend. Kalau trend ini semakin besar, maka kita perlu mencari jalan mengapa aliran keluar ini besar. Kita tidak perlulah RM800kah RM200kah RM100kah. Kita perlu lihat trend dia. Oleh sebab itu yang dibuat oleh petugas khas sebenarnya ialah usaha untuk mencari lagi ataupun menutup loophole, ruang-ruang. Kalau dulu ada bawa keluar duit, sekarang ini kita memperketat di sempadan-sempadan. Kastam kena check, kena declare siapa yang bawa duit hendak tukar duit asing, kita kena declare.

Jadi ini adalah tindakan. Tindakan ini sentiasa dibuat. Mana pun negara tidak ada sebuah negara yang mana tindakan dia sudah sampai ke tahap yang tidak perlu diubahsuai lagi. Dia memang, ini usaha yang berterusan. Penambahbaikan adalah satu usaha yang berterusan. Mencari ilmu adalah usaha sepanjang hayat. Bersifat baik adalah satu usaha yang patutnya berterusan. Tidak ada prasangka jahat, ini juga adalah satu yang arusnya berterusan. Jadi tidak boleh kata, “Wah, sudah baik sudah. Tidak ada prasangka jahat lagi sudah. Tidak buat fitnah”. Tidak. Kena perbaiki. Tambah-tambah kita orang Islam, orang Islam lebih-lebih lagi dituntut oleh agama. Dituntut oleh agama.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh sikit?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Jadi jangan kita cepat jump into conclusion.

Jadi kaedah itu penting. Pendekatan itu penting. Niat itu penting. Hoh, ho ho ho...

[Ketawa] Ini Yang Berhormat Sri Gading lah itu.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Saya bagi Yang Berhormat Balik Pulau dulu.

Oleh sebab saya janji Yang Berhormat Balik Pulau lepas itu.

final • 3:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud boleh?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Semua hari ini, semua ada peluang. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, dalam mewujudkan jawatankuasa khas ini, akhirnya sekali, betul Menteri cakap kita hendak tutup loophole. Hendak tunjukkan bahawa kita buat sesuatu dengan tegas dengan penuh mengikut undang-undang. Menteri, kita buat Suruhanjaya Security Commission macam Menteri cakap tadi. Pusing ikut mana pun perginya kepada fasal 145, kuasa mendakwa, peguam negara. Buat BAFIA, Bank Negara, pusing ikut mana pun dia pergi, Fasal 145, peguam negara.

Sekarang kita hendak wujudkan satu lagi mekanisme. Saya mengandaikan akhirnya sekali kita seolah-olah tahu akan menentukan ketegasan pendakwaan, maksud saya bukan mendakwa orang salah itu merupakan satu kejayaan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Akan tetapi, the pursuit of justice itu pun merupakan satu usaha tetapi persoalan saya kalau fundamental isunya ialah integritinya itu tadi kembali kepada fasal 145 tadi mekanisme-mekanisme yang lain diwujudkan itu mungkin akan dikatakan hanyalah PR exercise. Bukan isu laporan saya bagi contoh Perwaja kita tahu kesnya ke mahkamah

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

tetapi laporan Price Waterhouse yang menjadi kontroversi di Dewan pun tidak masuk mahkamah pun. Itu kalau saya hendak sebut satu. Kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, laporan tadi saya bangkitkan harap Yang Berhormat Timbalan Menteri fokus isu ini.

Laporan Datuk Ramli Yusoff, Head of Commercial Crime itu satu agensi yang sedia ada kita pun tahu pejabatnya dekat dengan Jalan Dato Onn itu dekat dengan Bank Negara berurusan sebelum wujudnya AMLAR semua ini undang-undang baru. Akan tetapi, adakah isu sebenarnya isu perang atau isunya isu enforcement. Kalau isu enforcement, mungkin capacity building pegawai-pegawai perlu dipertingkatkan, kepakaran baru, cyber crime dan sebagainya. Bukan satu lagi mekanisme yang mungkin pada pandangan saya bersifat PR exercise kerananya kuncinya akan kembali kepada pejabat Peguam Negara yang akan mengatakan tidak ada kes atau kes Datuk Ramli pun tidak ada kes dan Dato’ Mat Zin cakap tidak ada kes Ini orang yang terlatih untuk membuat kerja penyiasatan. Bagaimana kita menjawab isu ini walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa Global Financial Integrity Organization ini adalah satu badan antarabangsa ada pendekatan lain itu satu jawapan yang saya rasa tidak meyakinkan. Soalan kenapa dia boleh dapat cuma RM800 trilion lebih itu perlu dijelaskan oleh Bank Negara. Saya rasa jawapan itu perlu lebih meyakinkan Dewan yang mulia ini. Saya rasa mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sebenarnya saya sudah jawab...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Minta jasa, pohon...

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sekejap, sekejap.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey, okey.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Saya sudah jawab yang 800 itu kita sudah jawab. Banyak kali sudah jawab tetapi kalau Yang Berhormat tidak tahu semasa saya menjawab Yang Berhormat tidak ada tetapi apabila datang kata tidak meyakinkan susahlah saya. Berapa kali saya hendak jawab, hendak meyakinkan. Jadi sudah jawab, benda-benda ini – soal enforcement itu soal lain. Bukan lain erti kata tidak penting, penting. Undang- undang dibuat mestilah dikuatkuasakan tetapi hari ini kita berbincang tentang pindaan akta yang juga penting. Kalau kita tidak ada basis perundangan macam mana kita hendak enforce. Jadi kita terimalah dulu basis perundangan yang kita hendak buat. Saya ucap terima kasih sebenarnya apa yang saya dengar hari ini semuanya tidak ada masalah dengan pindaan ini, dengan basis perundangan cuma tidak puas hati dengan enforcement. Tidak mengapalah kita ambil pandangan-pandangan ini kita akan cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan tetapi saya yakin perundangan ini - enforcement ini kadang- kadang kita rasa sudah cukup bukti. Kadang kalau masuk mahkamah Yang Berhormat Balik Pulau sendiri kata tidak bersalah, hendak persalahkan siapa? Sudah bawa mahkamah, mahkamah tidak bersalah. Buktinya tidak jelas. Orang seluruh Malaysia rasa sudah jelas tetapi apabila masuk mahkamah, mahkamah kata tidak jelas buktinya, tidak boleh mengharapkan satu-satu sumber sahaja. Jadi ini kita perlu terima hakikat. Kita terima hakikat bahawa perundangan penting, enforcement penting tetapi kadang-kadang enforcement berjaya, kadang-kadang tidak berjaya. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini jawapan berkenaan dengan Illicit Flows of Fund atau IFF, yang dibuat kajian oleh Global Financial Integrity yang disebut berulang kali oleh rakan-rakan kita dari pihak pembangkang. Telah pun – bukan sahaja diulas oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi orang yang membuat kajian tersebut – itulah saya katakan tadi buat kajian, baca dalam website Global Financial Integrity RM800 bilion itu setiap kali pengarah yang membuat kajian Raymond Baker dan dalam You Tube berkali-kali mengatakan jangan anggap jumlah ini adalah daripada kegiatan rasuah sesuatu negara.

The biggest culprit dengan izin, ialah trade mispricing. Ini siapa cakap? Raymond Baker yang cakap. Kalau dia katakan tentang yang disalahkan ialah kerangka International Financial System yang dibuat selepas perang dunia kedua. Itu yang menyebabkan jumlah keluar trade mispricing di campur dengan duit dadah, dicampur dengan human smuggling.

Ini semua jumlah yang dikatakan oleh Raymond Baker director ataupun Ketua Global

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Financial Integrity. Kenapa pula kita mempertikaikan di sini seolah-olah kerajaan yang menyebabkan duit RM1 trilion ini yang luar ini dan kalau dalam ceramah Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ceramah di kampung-kampung, kesian orang kampung ditipu.

Dia kata duit ini rasuah, Barisan Nasional, UMNO yang menyebabkan duit RM1 trilion keluar daripada negara. Orang kampung bolehlah ditipu Yang Berhormat tetapi kalau Yang Berhormat tidak percaya dengan saya, pergi ke website itu, saya sudah buat kajian ini. Saya sudah tulis pun dalam blog saya pun bahawa Raymond Baker sendiri orang yang membuat kajian tersebut. Jangan dia katakan, sebab saya hendak bagi tahu Tuan Yang di- Pertua, kenapa dikatakan jangan kaitkan dengan rasuah. Ada sebabnya kenapa dikatakan.

Sebab dia kata Raymond Baker ini mengatakan tujuan dia membuat kajian itu ialah untuk memastikan ada satu gelombang dunia yang mahu merubah sistem kewangan yang telah ada sekarang ini yang menyebabkan kaya makin kaya, miskin makin miskin di dalam sistem itu.

Dengan adanya tax heaven dan sebagainya. Dia hendak gunakan itu sebab dia tidak hendak distraction. Dia kata kalaulah perbahasan yang dibuat itu ada kaitan dengan rasuah maka tujuan utamanya membuat kajian itu iaitu mengubah kerangka International Financial System ini agenda itu akan ke tepi. Semua orang akan marah pasal rasuah, pemimpin-pemimpin negara ketiga dikatakan rasuah akhirnya lari. Oleh Sebab itu setiap kali dia berucap di dalam You Tube, di dalam seminar antarabangsa please dia kata dalam awal-awal ucapannya, do not, jangan anggap ini adalah rasuah...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat dapat panjang cerita itu Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, jadi yang saya katakan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah bagi tahu banyak kali dan ada satu kajian, satu lagi..., sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, ada satu kajian yang dibuat oleh para ekonomi di Malaysia...

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tanya sikit.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Taraf..., Saya tidak boleh, saya mencelah ini. Saya mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Jadi sikit sahaja lagi, sikit sahaja lagi. Saya cuma hendak katakan, ada kajian yang dibuat oleh para ekonomi di Malaysia ini yang menunjukkan aliran yang berbeza pula. Sekarang ini duit masuk ke Malaysia lebih daripada keluar. Ini pun perlu diberi perhatian kerana ini adalah kajian yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi, independent economist di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya berharap Yang Berhormat jangan panjang sangat.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak, tidak, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya hendak sebut sikit Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ringkas sahaja. Saya ringkas sahaja, peraturan kita menyebut kalau kita hendak bertanya dan sebagainya soalan pun ditetapkan 40 perkataan tidak boleh tanya dua perkataan dirangkaikan. Ada sebab tertentu kenapa dibuat sedemikian. Kalau kita bacakan Erskine May tidak ada persoalan pun lebih daripada 20 perkataan Yang Berhormat sebenarnya.

Akan tetapi, kita dengan di sini ucapan panjang lebar mencelah. Sudah tadi bukan seorang sahaja Yang Berhormat, saya sebut semua. Saya tidak hendak sebut nama di sini.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Ketawa] Saya cuba Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila-sila Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba. Saya ingat Yang Berhormat Menteri tadi saya hendak tanya soalan pada dia tetapi saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri jugalah. Saya diberi faham Tuan Yang di-Pertua, saya diberi faham trade transfer pricing dan trade mispricing ataupun transfer pricing itu adalah kata Yang Berhormat Kota Belud Tuan Yang di-Pertua dilakukan oleh GLCs. Itu perlu pertanggungjawaban Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu jawab itu. Dalam blog...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul, tidak betul.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kata dalam blog...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kenapa kata GLC pula?

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak mengapa Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit sahaja tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Memang kita membuat sokongan yang penuh terhadap usaha untuk meletakkan the Malaysian Accounting Standard itu apa pun dalam peraturan MASB itu selari dan selaras dengan International Financial Reporting Standards (IFRS) itu.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi apakah ini antara lain boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menjamin bahawa kita akan, bukan sahaja menjamin tetapi maknanya ia akan dapat to make a bit more full prove supaya apa yang kita saksikan dengan apa yang telah saya bahaskan tadi, dapat kita kurangkan kalau tidak eliminate pun dengan izin, dapat kita kurangkan that amount to almost dengan izin, RM80 bilion setahun Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu bukan sedikit ya. You may call it – sebentar tadi saya dengar jumlah itu sedikit semacam itu bunyinya, tetapi RM80 bilion Tuan Yang di-Pertua is a lot some of money especially untuk orang Kuala Selangor lah.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh saya sebutkan tadi, kalau pun saya tersilap tangkap tentang lembaga tetapi saya kira kalau yayasan itu juga – saya lebih memahami Lembaga Pemantauan Audit kerana Lembaga Pemantauan Audit itu sudah pun dalam pelaksanaan dan mereka sudah pun menunjukkan prestasi mereka dan keberkesanan mereka. Lembaga apa yang dikatakan sebagai Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia ini terlalu teknikal sifatnya. It is all about regulating untuk menjadikan dia selaras dan selari dengan tuntutan IFRS. Kalaulah yayasan itu juga boleh memantau, Lembaga Pemantauan Audit itu kiranya lebih cantik dan kembali persoalan mahkamah, commercial crime tadi tidak dijawab lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tambah sedikit boleh?

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih. Cukup, saya sudah banyak.

Sekejap lagilah bagi. Pertamanya tentang commercial crime, mahkamah itu. Saya tidak tahulah ini bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak boleh... Cuma, saya ingatkan ada juga dah hakim Mahkamah Tinggi yang khusus kepada hal-hal...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Itu rasuah.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya? Rasuah? Commercial crime tidak ada?

Polis ada commercial crime. Tidak mengapalah, itu saya pun tidak mahu komenlah, takut saya tersalah cakap pula itu ya.

Kalau boleh saya hendak kembali ke beberapa isu asas mengenai pindaan ini yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdahulu. Umpamanya Yang Berhormat Machang dan juga ada disentuh oleh Yang Berhormat Indera Mahkota mengenai kekebalan yang diberikan. Mengapa kita beri kekebalan kepada kakitangan dan pegawai-pegawai.

Sebenarnya kekebalan ini telah pun diberi dalam sistem perundangan negara kita kepada pegawai-pegawai SC, Bank Negara. Jadi samalah. Bukan bererti kekebalan yang

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

tidak ada qualification. Dia ada qualified, kekebalan. Maknanya dengan niat suci, dengan good faith. Jadi saya rasa tidaklah bererti bila kita bagi kekebalan ini, ia akan terlindung daripada mana-mana tindakan. Akan tetapi yayasan dan juga lembaga masih boleh dikenakan undang-undang tetapi tidak kepada individu, ia kepada badan, yayasan.

Sekiranya ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati ingin menyaman badan-badan ini, dia boleh.

Akan tetapi tidaklah adil kerana ahli-ahli lembaga umpamanya, tidak merupakan pegawai penuh masa, yang hanya membuat ini atas sifat sumbangan kepada bidang profesionalisme mereka. Jadi kalau didedahkan mereka kepada saman-saman – terutama sekali apabila kita berubah daripada satu sistem kepada sistem lain. Mungkin ada pihak- pihak yang tidak berpuas hati. Tadi saya sebut ada dalam bidang pertanian dan juga bidang property, hartanah, construction, yang mana kita belum selesai lagi. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju kalau kita memilih satu-satu sistem baru dan mereka mungkin berniat untuk membuat saman umpamanya.

Jadi tidak adillah kalau kita dedahkan mereka ini. Dengan tujuan yang baik, good faith, tiba-tiba terdedah. Walaupun mahkamah mungkin boleh menilainya tapi kalau boleh, kita elakkan dari awal. Jadi oleh kerana bukan sahaja di badan-badan pengawal seliaan lain sudah ada kekebalan ini, bahkan di peringkat antarabangsa pun banyak negara lain memakai peruntukan yang sama. Jadi kita hanya mengguna pakai yang dirasakan sesuai.

Yang lain-lainnya ialah banyak mengenai enforcement. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi banyak mengenai enforcement, bermula dengan pindaan ini kemudiannya berpindah kepada soal-soal enforcement, disambut pula oleh Yang Berhormat Kota Belud sehingga menjadi agak hangat jugalah sehingga saya diminta oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menegaskan sama ada ianya mempunyai relevan langsung kepada rang undang- undang ini.

Jadi tentang enforcement, saya hanya boleh perkatakan bahawa memang saya rasa niat kerajaan meminda akta ini adalah untuk memastikan bahawa ianya bukan sahaja untuk berubah dengan masa tetapi juga sesuatu yang boleh memberikan keyakinan seperti mana Yang Berhormat Kuala Selangor sebut, kepada pelabur-pelabur.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kita setakat ini menjadi satu destinasi yang baik dan kita tidak mahu ketinggalan kapal supaya kita juga mengambil pakai standard yang dibuat di peringkat antarabangsa yang diterima pakai 100 buah negara setakat ini. Yang mana kita rasa masih lagi belum selesai seperti sektor pertanian dan juga hartanah tadi, kita masih lagi di peringkat konsultasi dan diharap dapat diselesaikan dengan baik.

Saya ingin mengucapkan terima kasih...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dah banyak dah. Saya ada dua bill lagi. Kalau boleh masa itu boleh tanya lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Ini isu tentang ini sahaja, yang dua bill lagi saya tidak ada bahas.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Hari ini boleh banyak peluang.

final • 3:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tidak ada jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Perkara enforcement itu penting.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Apa itu?

final • 3:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Perkara enforcement itu penting.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Yalah betul.

final • 3:50 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Saya sambut baik apa yang dibuat sekarang untuk sama taraf piawaian dengan pihak antarabangsa. Akan tetapi kalau katakan undang-undang kita tidak dikuatkuasakan, pelabur-pelabur dalam negeri dan luar negeri boleh nampak. Kalau tidak kuatkuasakan, ini semua hanya tulisan sahaja, mereka tidak akan masuk pun dan tidak akan yakin kepada pasaran kita juga. So ini merupakan perkara penting. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menguatkuasakan undang- undang yang akan diluluskan dan undang-undang yang sedia ada seperti apa yang telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya, okey.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit penjelasan. Sebab saya faham ketika Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu semasa di Bank Negara kan, ketika kita buat Islamik, perbankan Islam, Islamic bond kita kalau rating agensi Malaysia mungkin triple A dan sebagainya. Bila pergi ke antarabangsa Standard & Poor’s, sudah jadi lain sifatnya. Soalan saya, adakah itu juga merujuk kepada standard piawaian ataupun mungkin isu-isu ketelusan dan yang lain-lain mungkin sebenarnya merupakan isu dengan izin, potential legal issue.

Jadi soalan saya, adakah dengan cadangan ini, ia mampu mengangkat, kalau bon kita hari ini katakan Islamic bond, memang kita terkenal, global bon, sukuk dan sebagainya, rating agensi bagi satu rating yang sedemikian. Di peringkat antarabangsa dengan Standard & Poor’s pun akan dapat yang sama ataupun kita masih lagi bergelut untuk meyakinkan mereka bahawa rating kita itu sebenarnya sama bagus dengan mereka? Itu soalan saya. Apa penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dari segi rating ini dia banyak faktorlah. Akan tetapi tidak kurang pentingnya standard perakaunan bagaimana kita membuat laporan kewangan mengenai syarikat yang mengeluarkan sukuk ini dan menepati piawaian antarabangsa dan juga dibuat secara telus. Ini penting tetapi melakukannya sahaja tidak mencukupi, banyak lagi perkara-perkara yang kita perlu atasi.

Kalau keadaan ekonomi negara kita tidak begitu meyakinkan, dia kata standard itu satu perkara, tetapi kalau ekonomi kita tidak meyakinkan, syarikat yang mengeluarkan bon ini berpotensi tidak mempunyai kegiatan ekonomi atau urus niaga yang berkembang di masa akan datang, ini juga akan memberi satu kesan kepada penarafan. Kestabilan politik negara penting. Sebab itu saya rasa amat penting sekali kita menjaga kestabilan politik negara kita.

Jangan kita berarak ke sana sini, tidak elok itu. Ia boleh menjejaskan kestabilan politik dan boleh menurunkan penarafan. Jadi itu penting.

final • 3:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan Khazanah Nasional.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey Yang Berhormat Batu, saya tidak tahu kes ini secara khusus dan saya tidak suka membuat tanggapan ataupun kenyataan sekiranya saya tidak mengetahui secara khusus. Akan tetapi secara umumnya, amalan terbaik mesti kita laksanakan. Tidak kiralah dia di Khazanah kah atau di syarikat kah, ahli- ahli lembaga syarikat sendiri kalau dia beli saham tersebut kerana dia mengetahui satu-satu maklumat yang tidak diketahui umum dan mendapat keuntungan daripada pembelian, itu tidak baik. Tidak semestinya Khazanah.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Jadi saya rasa amalan yang terbaik ini mesti diikuti di semua lapisan dan saya menyokong sepenuhnya. Kalau didapati tidak mengikuti, tidak mengira siapa, tidak perlu sebut nama. Tidak kira di mana dan kalau dapat dibuktikan, maka kita perlu mengambil tindakan. Saya orang yang pertama Yang Berhormat Batu, tidak suka menyokong perkara- perkara yang tidak baik. Akan tetapi soal kes-kes spesifik khusus Yang Berhormat sebut nama, saya tidak kenal pun mereka ini.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Saya tidak tahu. Jadi, kita perlu bersifat adil.

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kadang-kadang apa yang kita tahu, tidak semestinya merupakan cerita yang sepenuhnya. Yang Berhormat Shah Alam mengangguk kepala. Dia bersetuju dengan saya itu. Jadi...

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 4:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu boleh adakan siasatan. Lalu Peguam Negara perlu mengambil tindakan apabila ada apa-apa aduan.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Itulah kalau aduan dibuat...

final • 4:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Inilah soal-soal yang boleh menambahkan keyakinan pelabur apabila dilihat ada penguatkuasaan. Sekiranya kerajaan ini kukuh dan stabil, ia tidak takut dengan demonstrasi, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Apabila buat demonstrasi dan tidak ada apa-apa tindakan, ia nampak, “Wah! Kerajaan ini berani, stabil, rakyat sokong. Tidak ada masalah”.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey. Terima kasih, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Peniaga pula untung memang tidak ada guest.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh...

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tidak. Nanti.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Buat siasatan dan jawab soalan secara bertulis.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kalau Yang Berhormat buat aduan, saya yakin ia akan disiasat. Buat aduan. Tulis aduan, buat yang mana yang sesuai.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kerajaan ini tidak takut pada perarakan. Tidak takut. Akan tetapi pelabur yang berada di London, yang berada di New York apabila melihat gambar-gambar yang ditayangkan, mereka mungkin takut. Kerajaan ini tidak pernah takut.

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Yang mereka takut itu...

final • 4:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Itu yang kita...

final • 4:00 PM

Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara

Polis pukul orang ramai. Itu yang dia takut...

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Perarakan...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Di London setiap minggu ada perarakan.

Tidak ada masalah. Jangan hantar FRU sahaja.

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Saya memujilah perbahasan di atas rang undang- undang ini amat menarik. Jadi, saya selalu ditanya sama ada Ahli Parlimen berbahas secara terperinci, pandai, bijak dan sebagainya. Saya menyokong kata-kata Ahli-ahli Parlimen Malaysia boleh tahan juga dalam perbahasan.

[Tepuk] Akan tetapi Yang Berhormat perlu ingat peraturanlah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar****) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Syarikat Labuan

(Pindaan) 2012 untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Syarikat Labuan 1990 iaitu Akta 441 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pertubuhan, pendaftaran dan pentadbiran syarikat Labuan dan syarikat Labuan asing serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Konsep persyarikatan Labuan yang sebelum ini dikenali sebagai syarikat luar pesisir telah melalui banyak pembaharuan. Kajian semula telah dilakukan untuk memastikan undang-undang yang terkandung dalam akta ini menepati kehendak masa kini dan kuasa pengawalseliaan yang cukup diberikan kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan iaitu Labuan FSA bagi tujuan mengawal selia syarikat Labuan.

Semenjak pembaharuan undang-undang akta ini dikuatkuasakan pada tahun 2010 yang lalu, industri syarikat Labuan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) terus berkembang maju dengan peningkatan konsisten dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2011, Labuan IBFC masih merekodkan pertumbuhan pendaftaran syarikat baru meskipun keadaan ekonomi global masih tidak menentu. Sebanyak 651 buah syarikat Labuan yang baru telah didaftarkan di bawah Akta 441 berbanding 581 buah pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, jumlah syarikat Labuan meningkat pada 8,655 buah pada akhir tahun 2011 berbanding 8,004 buah syarikat pada akhir tahun 2010.

Peningkatan pendaftaran syarikat Labuan ini agak memberangsangkan. Antara faktor yang menyumbang pada peningkatan ini ialah pembaharuan Undang-undang Persyarikatan Labuan pada tahun 2010. Ini kerana terdapat banyak pengenalan konsep dan produk persyarikatan moden dibuat pada masa itu termasuklah konsep model syer syarikat tanpa nilai tara iaitu dengan izin, share capital with no par value. Di mana pembahagian syer pada masa penubuhan syarikat hanya dibahagikan mengikut unit syer tanpa meletakkan sebarang nilai tetap terhadap setiap unit syer. Peningkatan jumlah pendaftaran syarikat Labuan juga didorong oleh prosedur pemfailan dokumen yang lebih mudah dengan pihak Labuan FSA. Contohnya resolusi biasa tidak perlu difailkan dengan pihak Labuan FSA serta pengenalan bentuk syarikat yang unik iaitu syarikat sel terlindung, protected cell company yang membenarkan perlindungan aset dan liabiliti setiap sel dalam syarikat daripada sel-sel lain.

final • 4:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan perkembangan industri syarikat Labuan ini, pihak Labuan FSA telah mengenal pasti beberapa peruntukan dalam Akta 441 yang boleh diperbaiki lagi bagi memastikan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang- undang Akta 441 yang lebih baik dan efektif.

Fasal 2 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda perenggan 18(1)(c) Akta 441 bagi menghapuskan keperluan untuk menyatakan nilai tara modal syer.

Umpamanya nilai syer bersamaan dengan RM1 seunit dan sebaliknya memperkenalkan konsep modal syer tanpa nilai tara yang mana pembahagian syer adalah tertakluk pada bilangan syer sahaja. Pindaan ini akan menyeragamkan konsep syer tanpa nilai tara yang terdapat dalam peruntukan-peruntukan lain dalam akta ini seperti yang telah digubal dalam tahun 2010 yang lalu. Penjelasan peruntukan ini melalui pindaan yang dicadangkan akan melancarkan lagi proses penubuhan syarikat Labuan.

Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 111(2) Akta 441 yang memperuntukkan bahawa penyerahan salinan akaun teraudit syarikat kepada Labuan FSA mesti disertakan dengan resolusi syarikat.

final • 4:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Pada masa ini keperluan menyerahkan resolusi tidak disyaratkan dalam seksyen tersebut. Keperluan bagi menyertakan resolusi syarikat ini merupakan suatu kehendak operasi di mana Labuan FSA perlu menimbangkan maklumat yang terdapat dalam resolusi syarikat bagi mengesahkan bahawa mesyuarat telah diadakan bagi tujuan pembentangan akaun teraudit syarikat sebelum menerima salinan akaun teraudit syarikat bagi tujuan pengawalseliaan.

Fasal 4 - bertujuan untuk meminda subseksyen 121(5), Akta 441 bagi menyeragamkan peruntukan mengenai fee tahunan bagi Syarikat Labuan dan Syarikat Labuan Asing. Pada masa ini Syarikat Labuan hendaklah membayar fee tahunan dalam amaun yang ditetapkan pada atau sebelum ulang tahun tarikh penubuhannya. Manakala Syarikat Labuan Asing pula hendaklah membayar fee tahunan dalam amaun yang ditetapkan tidak lewat daripada 30 hari daripada setiap ulang tahun tarikh pendaftarannya.

Oleh itu, pindaan perlu dibuat supaya kedua-dua Syarikat Labuan dan Syarikat Labuan Asing dikehendaki membayar fee tahunan dalam amaun yang ditetapkan pada atau sebelum ulang tahun tarikh pendaftaran. Melalui pindaan ini, proses pembayaran fee tahunan dapat diseragamkan dengan menggunakan satu prosedur sahaja bagi memudahkan pelaksanaan dan mengelakkan kekeliruan pelabur. Ini juga bagi menjelaskan Dasar Labuan FSA tentang prosedur pembayaran fee tahunan yang sama adil bagi kesemua entiti Syarikat Labuan dan Syarikat Labuan Asing tanpa mengira status.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu fasal 5 merupakan cadangan pindaan peruntukan 130(4)(a), Akta 441 bagi menyelaraskan takrif Perniagaan Takaful Labuan dengan takrif Perniagaan Insurans Labuan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan iaitu Akta 705. Pindaan ini bertujuan memotong perkataan am yang terkandung dalam peruntukan sekarang bagi memperbetulkan terma kepada perniagaan Takaful Labuan supaya selari dengan maksud Perniagaan Insurans Labuan. Sekiranya takrif ini tidak dibetulkan, aktiviti yang dijalankan bagi perniagaan yang dilesenkan di bawah Akta 705 hanya terhad kepada takaful am sahaja dan tidak merangkumi takaful keluarga yang mana tidak menepati tujuan dasar Labuan FSA.

Pindaan-pindaan lain yang turut dicadangkan terkandung dalam fasal 6 yang bertujuan untuk meminda subseksyen 131B(1) Akta 441 bagi membetulkan seksyen yang dirujuk cross reference dalam peruntukan ini daripada seksyen 48A seperti yang terkandung dalam peruntukan sekarang kepada seksyen 53, subseksyen 130B(1) ini merupakan undang-undang berkaitan dengan pengurangan modal syer dan isi kandungannya tidak berkaitan dengan rujukan yang dibuat kepada subseksyen 48A yang menyentuh mengenai perkara pembelian semula syer. Oleh itu adalah dicadangkan supaya rujukan subseksyen 48A digantikan dengan Seksyen 53 Ini adalah bagi memperbetulkan kesilapan rujukan kepada peruntukan yang tepat.

Cadangan pindaan terakhir bagi Akta 441 ini terkandung dalam fasal 7 untuk meminda seksyen 151 Akta 441 dengan memasukkan subseksyen baru iaitu (1a) berkenaan dengan penalti pentadbiran bagi pembayaran fee tahunan yang diterima lewat daripada tarikh ulang tahun. Peruntukan baru yang dimasukkan ini adalah bagi

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

menyelaraskan dasar Labuan FSA, mengenai caj penalti yang dikenakan di atas kelewatan bayaran fee tahunan.

Adalah menjadi dasar tetap Labuan FSA untuk mengenakan penalti di atas kelewatan pembayaran fee tahunan bagi Syarikat Labuan. Pada masa ini, peruntukan yang memberikan kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran adalah di atas budi bicara Labuan FSA di bawah seksyen 142A. Ini bagi membolehkan kesalahan pemfailan dan ketidakpatuhan kecil yang kerap dilakukan dikenakan penalti tanpa membabitkan kompaun melalui pihak pendakwa raya. Di bawah seksyen 142A, Akta 441 memperuntukkan secara umum tatacara dan amaun penalti yang boleh dikenakan, manakala peruntukan spesifik bagi pembayaran fee tahunan bagi Syarikat Labuan terkandung dalam seksyen 151.

Seksyen 151 memperuntukkan prosedur dan tempoh pembayaran fee tahunan yang perlu dibuat oleh Syarikat Labuan dan sekiranya Syarikat Labuan gagal menjelaskan bayaran fee tahunan dalam tempoh enam bulan selepas tamat tempoh bayaran tersebut, Labuan FSA mempunyai kuasa untuk mengenakan bayaran fee tahunan tambahan sebanyak 50% daripada jumlah bayaran fee tahunan yang sepatutnya dibayar, Namun begitu, Seksyen 151 tidak menetapkan sebarang peruntukan bagi mengenakan penalti bagi kelewatan pembayaran daripada hari pertama kelewatan sehingga tempoh enam bulan tersebut. Ini kerana peruntukan untuk kelewatan pembayaran dianggap sebagai satu kesalahan kecil yang boleh dikenakan penalti pentadbiran menurut seksyen 142A. Sebaliknya kuasa mengenakan bayaran tambahan sebanyak 50% yang diperuntukkan di bawah Seksyen 151(2) Akta 441 boleh ditafsirkan sebagai suatu bentuk penalti spesifik. Oleh yang demikian, ia tidak boleh diperuntukkan sebagai penalti pentadbiran sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 142A. Oleh sebab tafsiran di bawah seksyen 151 ini berbeza dengan dasar Labuan FSA bagi mengenakan penalti di atas kelewatan bayaran fee tahunan. Pindaan pada seksyen 151 perlu dibuat bagi memperjelaskan mengenai caj penalti yang dikenakan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya pindaan kepada akta ini dibuat bagi memperjelaskan undang-undang sedia ada dengan objektif untuk memastikan kuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan pihak Labuan FSA dinyatakan tanpa sebarang kekeliruan tafsiran oleh mana-mana pihak dan membolehkan Labuan FSA mempunyai kuasa penuh untuk mengambil tindakan terhadap Syarikat Labuan yang gagal mematuhi peruntukan yang ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada yang menyokong?

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya silakan Yang Berhormat Kepong. Selepas Yang Berhormat Kepong, Menteri menjawab.

final • 4:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan tiada Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Labuan yang berminat...

[Ketawa] Saya hendak membangkitkan hal-hal yang berikut. Pertama tentang Labuan yang dijadikan FSA ini.

Setakat ini, apakah kejayaannya dan apakah yang melibatkan negara ini dengan keuntungan bagi negara, berapa bilion setiap tahun? Memang dari segi misalnya kita hendak menyelaraskan dengan Perniagaan Insurans Labuan fasal 5. Tadi Yang Berhormat sebutkan mengenai takaful, adakah dengan pindaan ini bermakna takaful akan diterima dengan lebih daripada syarikat-syarikat asing. Daripada angka yang diberikan tadi, saya mendapati memang disebutkan sebagai satu pihak Labuan sudah mendapat lebih banyak syarikat 651 kononnya dan sekarang sudah 8004 ditambahkan lebih daripada 8000 syarikat daripada tahun lepas dan sebagainya. Adakah ini kerana kita mengadakan takaful di Labuan?

Jika kita bandingkan dengan pusat-pusat yang seumpama ini, pusat-pusat seperti Cayman Island ataupun kalau tidak silap saya, Genesee United Kingdom dan sebagainya,

final • 4:16 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

apakah prestasi kita di dalam bidang IOFC ini, offshore financing. Setakat ini saya belum lagi mendengar daripada pihak kementerian apakah prestasi kita berbanding dengan pusat- pusat yang lain. Ini memang kita perlu tahu di dalam Dewan yang mulia ini dan mengenai IOFC digunakan untuk money laundering. Apakah kaedah yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan Labuan IOFC ini tidak menjadi sarang untuk money laundering?

final • 4:16 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini kerana kita dapati dunia moden ini mempunyai banyak cara termasuk kalau kita hendak membersihkan wang hitam kita, kita beli pasukan Premier League sama ada Manchester City ataupun Queens Park Rangers pada akhir-akhir ini ataupun Swansea pula.

Saya diberitahu bahawa inilah cara untuk money laundering dan di sini IOFC merupakan satu lagi yang sering disebutkan mengenai money laundering ini kerana ini begitu canggih.

Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia dan dengan kemahiran untuk menjawab, saya berharaplah Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulai ini bagaimana Labuan IOFC kita dapat diuruskan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepong adalah merupakan isu-isu yang menepati sasaran. Bermakna inilah isu-isu pokok yang perlu diketahui dalam kita menilai prestasi Labuan IOFC kita ini. Pertamanya mengenai takaful, memang betul sekarang ini bila kita ada takaful am maka ia melarang syarikat takaful daripada melaksanakan business takaful keluarga macam life insurance. Kalau amnya macam general. Jadi maknanya takaful general insurance berbanding life insurance. Jadi, kalau dahulunya kita hanya tumpukan kepada takaful am, sekarang ini kita buang am bermakna dia boleh buat takaful am dan juga takaful keluarga. Boleh. Jadi, ini satu bidang baru yang boleh ceburi.

Ini sudah tentu akan menambahkan lagi perniagaan syarikat-syarikat takaful di Labuan. Kedudukan terkini dari segi statistik yang ingin saya sebut di sini pada hari ini di Labuan IBFC kita mempunyai sebanyak 60 buah bank antarabangsa. Kita ada 17 bank pelaburan, kita ada 181 syarikat insurans, kita ada 227 syarikat pemajakan, kita ada 6 buah bank Islam, kita ada 9 Islamic windows, jendela Islam dan kita ada 31 syarikat amanah.

Kalau dilihat dari segi untung bank yang diperolehi tahun lepas sebanyak USD404 juta.

Semua bank untung bersih kesemuanya USD404 juta.

Dari segi aset yang ada pada bank-bank di Labuan IBFC sebanyak USD38 bilion dari segi deposit sebanyak USD9.5 bilion. Mengenai syarikat-syarikat insurans dari segi premiumnya, ada kutipan premium sebanyak USD1.6 bilion. Dari segi bank-bank Islam yang beroperasi dan jendela Islam deposit sebanyak USD179 juta. Itu dari segi statistik, menunjukkan maknanya kita cukup okey. Akan tetapi yang pentingnya hari ini oleh kerana tekanan yang dibuat oleh negara-negara luar terutama sekali negara maju melalui OECD terhadap offshore centres dengan izin supaya ianya jangan dijadikan satunya, sarang money laundering. Keduanya, tempat pelarian cukai. Ini penting, sebab itu pada mulanya Labuan IBFC juga dikenakan amaran, sekiranya kita tidak melakukan perubahan perundangan yang sewajarnya mungkin kita juga dikategorikan sebagai sebuah daripada pusat kewangan luar pesisir ini yang boleh dilihat kalaupun tidak sepenuhnya tempat pelarian cukai, boleh dilihat seakan-akan.

Oleh sebab itu apabila kita mendapat cadangan daripada OECD ini, kita telah pun membuat pindaan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, yang sambutannya begitu baik saya ingat pada masa itu. Kita telah membuat pindaan supaya maklumat-maklumat boleh kita pertukarkan dengan pengawalseliaan dari jurisdiction yang lain, sekiranya diminta maklumat pembayar cukai. Maknanya dia hendak tahu pembayar cukai ini ada banyak mana simpannya, apakah di Labuan ini. Kita sebagai mematuhi keperluan antarabangsa ini perlu juga bersedia untuk bertukar maklumat. Jadi, ini telah kita lakukan dan sekarang ini Labuan telah diberi clean bill of health dengan izin.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Maknanya oleh kerana tindakan kita ini maka kita terselamat daripada persepsi yang sedemikian. Ini penting kerana kita tidak mahu perniagaan di offshore Labuan ini memberi kesan negatif kepada negara kita keseluruhan.

Dilihat sebagai Malaysia ini merupakan pelindung kepada pelari-pelari cukai. Apatah lagi kalau dilihat sebagai sarang money laundering.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Jadi, sebab itu langkah-langkah yang kita ambil di Labuan ini sebenarnya ialah untuk mengelakkan. Biarlah kita tidak menjadi seperti pusat-pusat lain yang membuka pintu seluas-luasnya, yang memberi protection seketat-ketatnya. Kita mesti imbangi. Manakala kita menggalakkan kehadiran syarikat-syarikat luar pesisir ini tetapi mereka mestilah bertanggungjawab. Mereka mestilah juga merupakan syarikat-syarikat yang responsible, yang tidak hanya menggunakan Labuan ini sebagai tempat pelarian cukai. Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tadi tidak berhajat untuk berbincang tetapi tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya sebutkan tadi untuk kita terus memperkasakan Labuan FSA dan juga sebagai satu hab financial centres offshore, luar pesisir yang mempunyai daya saing dan daya maju yang tinggi. Apakah jenis-jenis kegiatan yang masih lagi merupakan satu yang saya boleh sifatkan sebagai prone ya, yang kerap berlaku dalam kegiatan – Labuan sebagai kegiatan luar pesisir itu. Sedikit waktu dahulu memang betul kita disenaraikan sebagai antara lima yang tersenarai sebagai senarai hitam itu dan kita telah keluar dengan satu hari ini persepsi kita baik.

Akan tetapi tidak silap saya ada tujuh syarikat tahun lalu ataupun tahun 2011 atau 2010 yang melakukan kegiatan deposit taking sementara mereka berdaftar di Labuan FSA bukan sebagai perkara tersebut. Maka dalam kata lain pemantauan dan enforcement yang terus perlu dilakukan dan diperketat untuk benar-benar kita bebas daripada persepsi yang tanggapan yang buruk seperti itu termasuklah money laundering itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Itu memang betul. Kita perlu berbuat apa sahaja untuk mengelakkan penyelewengan berlaku bukan sahaja di Labuan tetapi di negara kita termasuklah Labuan. Bahkan memang betul ada beberapa syarikat yang dahulunya sudah pun melakukan kesalahan mengutip wang dan dengan alasan-alasan yang palsu.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kononnya, umpamanya syarikat ini merupakan syarikat yang menjadi agen kepada pinjaman mudah dari luar dan mereka yang berminat untuk mendapatkan pinjaman mudah dari luar ini dikenakan bayaran fi deposit RM3,000 ke RM4,000. Jadi ada di kalangan orang-orang kita suka dapat pinjaman mudah ini seperti di negara kita. Tidak semestinya di Labuan sahaja banyak. Jadi kita kena sentiasa berwaspada dan memang ada beberapa syarikat yang dalam investigations dengan kerjasama polis, suruhanjaya sekuriti bahkan juga dengan negara-negara lain yang sedang mengkaji dan kita melihat bagaimana tindakan yang boleh diambil terhadap mereka ini.

Satu daripada langkah yang telah kita ambil yang sedikit menggerunkan mereka menggunakan Labuan sebagai tapak money laundering adalah penggunaan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) ini juga dikenakan ke atas semua institusi Labuan. Jadi mereka tidak terlepas walaupun berada di Labuan, AMLA juga applies to them. Jadi ini sekiranya dapat dibuktikan kealahan-kesalahan ini pastinya mereka ini akan dikenakan hukuman.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jasin.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya, sila.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak berpeluang tadi semasa perbahasan awal. Hanya saya seronok dengar tentang langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat bagi memastikan supaya Labuan FFA ini sentiasa dikawal selia. Saya ingin menyebut tentang peranan Bank Negara dalam memastikan supaya pengubahsuaian piawaian perakaunan supaya kita dapat memastikan tentang kewangan kita dan juga bagi mengurangkan risiko.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang aliran wang keluar.

Akan tetapi bagaimanakah tentang aliran wang masuk dalam dana yang besar. Isunya sekarang kalau ada parti-parti politik yang kita rasakan mendapat bantuan dana daripada luar terutama parti-parti politik yang ada hubungan dengan negara-negara luar, yang

final • 4:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

memang mahu melihat supaya bukan sahaja dapat menggugat kestabilan politik kita di tanah air, bahkan untuk mengubah suasana geo politik kita.

Jadi saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah sebenarnya langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat oleh Bank Negara bagi memastikan perkara yang boleh memburukkan keselamatan kita. Ini kerana perkara ini sebenarnya bukan sahaja mempengaruhi keadaan sekeliling kita, bahkan keselamatan yang sedia akan tergugat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ada beberapa langkah yang dikenakan secara berterusan melalui satu sistem yang diwujudkan di mana apa-apa urus niaga atau transaksi yang mencurigakan perlu dilaporkan kepada Bank Negara terutama sekali kalau penggunaan tunai yang berlebihan ataupun aliran masuk wang dari luar yang tidak dikenal pasti sumber ataupun sumbernya agak mencurigakan. Ini boleh trigger, penyiasatan Bank Negara hendak tahu. Satunya sama ada haram wang ini wang haram atau tidak. Sekiranya tidak haram pun barangkali kalau ada tujuan-tujuan yang mencurigakan ini juga boleh dilakukan oleh Bank Negara.

Ketiganya kalau ianya tidak melalui sistem atau institusi kewangan ianya melalui cara-cara lain. Kita pun ada dari segi pengawasan. Ini kerana inilah yang sering digunakan apabila berlaku pengaliran ataupun penggubahan wang haram ini. Ia tidak semestinya melalui sistem kewangan perbankan. Jadi ada, cuma mungkin ada yang dapat dikesan, mungkin ada yang terlepas itu perlu kita tingkatkan. Akan tetapi memang ada. Lebih baiknya sekiranya aduan dibuat kepada Bank Negara dan saya yakin Bank Negara akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan soal akhirnya apa bentuk kesalahan bukan sahaja terserah kepada Bank Negara untuk menilai, tetapi mungkin melalui satu jawatankuasa atau task force tadi itu ia juga boleh dilihat dan dikaji sama ada ia boleh mendatangkan mudarat kepada negara kita.

final • 4:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali lagi. Kalau kita telah memperkuatkuasa undang-undang AMLA yang begitu bertepatan. Setakat ini adakah kejadian ataupun kemasukan wang secara besar-besaran kerana kita tengok mereka terus berbelanja. Jadi kita mahu tahu daripada manakah dana ini datang dan setakat ini adakah Bank Negara dapat kesan daripada mereka?

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Saya tidak ada maklumat untuk menyatakan sesuatu dalam Dewan yang mulia ini pada masa ini.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri kita sudah jawab semua soalan tadi.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya sudah jawab.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi kalau hendak bangkitkan semua soalan baru, kita akan mula debat baru ini.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasihlah.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okeylah, yang akhir.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan kawalan mengenai pengaliran wang keluar bukan semestinya money laundering tetapi wang yang halal yang dibawa keluar tetapi tidak mengikut cara yang halal.

Contohnya membawa modal keluar dari negara ini yang dikatakan beratus bilion dalam satu tempoh yang cukup pendek. Jadi saya ingin bertanya adakah kelonggaran- kelonggaran yang disediakan di Labuan ini boleh menjadi tempat pengeluaran wang ini seperti urusan pertukaran wang money changing, Labuan ini boleh disalahgunakan untuk mengeluarkan wang negara ini dibawa ke tempat-tempat yang lain. Kalau money laundering atau wang masuk tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan setakat ini dia tidak ada maklumat dan kalau dia ada laporan Bank Negara akan siasat.

final • 4:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Saya rasa laporan-laporan telah dibuat oleh beberapa pihak terhadap parti-parti politik tertentu. Jadi kalau hendak siasat patutnya sudah boleh siasat dan kita pun hendak dengar hasil siasatan itu. Akan tetapi soalan saya mengenai membawa wang keluar yang banyak. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum ini memang berlaku kegiatan pengeluaran wang yang agak significant dengan izin, yang dibuat melalui syarikat-syarikat pertukaran wang, money changers. Ini kerana dahulu money changers ini dia tidak tertakluk dengan kaedah yang ketat seperti mana yang telah dikenakan hari ini. Melalui perubahan undang-undang yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Sekarang ini money changers dan remittance company syarikat-syarikat remittance dikenakan kawalan seperti mana bank-bank juga. Jadi dahulu banyaknya yang bawa duit banyak-banyak ini melalui *money changers.

[Tuan Yang di-Pertua* mempengerusikan Mesyuarat] Dia bagi duit RM2 juta RM3 juta pun boleh, sekarang ini sudah tidak boleh, sebab dia mesti direkodkan dan Bank Negara akan menyiasat akan ada routine inspection, wang ini banyak mana dari siapa dihantar di mana. Dahulu tidak. Dahulu kalau buat di bank sahaja memerlukan semua maklumat ini. Dahulu melalui money changes tidak perlu. Akan tetapi sekarang kita sudah mantapkan lagi money changers, kita tingkatkan model berbayar, kita hanya luluskan mereka yang betul-betul layak dan profesional. Saya rasa insiden seperti ini sudah banyak kekurangan.

Soal penggunaan Labuan untuk keluaran modal saya rasa tidak berlaku. Kalau berlakunya ia direct ke luar terus kerana di Labuan hanya wang yang dibenarkan atau urusan yang dibenarkan di Labuan mestinya melalui bank, dia tidak boleh seseorang bawa cashkah pergi ke bank Labuan ini tidak boleh, salah. Bank-Bank Labuan tidak dibenarkan menerima cash. Ini sebagai satu usaha untuk mengelakkan daripada money laundering. Biasanya money laundering ini membawa physical cash. Kalau dia sudah masuk dalam sistem perbankan, dia sudah ada audit trail. Jadi susah hendak mengelak. Jadi ini semua usaha yang kiat buat untuk memastikan Labuan tidak digunakan untuk tujuan-tujuan yang selain daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jadi sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang- Undang (Pindaan) Syarikat Labuan 2012 ini. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 4:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tuan Yang di- Pertua, rang undang-undang ini adalah untuk menguatkuasakan potongan cukai ke atas sumbangan tunai kepada sekolah dan tempat ibadat berdaftar seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 pada Oktober 2011 yang lalu supaya dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan fasal 2 di dalam Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 seperti berikut:-

Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 44(7)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan menambah subperenggan (7)(aa) supaya penderma layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan wang tunai bagi maksud pengurusan sesebuah institusi organisasi pendidikan iaitu sekolah yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Perenggan 44(7)(c) pula dipinda supaya penderma layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan wang tunai bagi maksud menjalankan dan menguruskan apa-apa aktiviti berkaitan dengan tempat ibadat dan kegiatan agama yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:42 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:42 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat cadangan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan pada kali ini dikatakan tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan wang tambahan kerajaan. Akan tetapi saya hendak tahu berapakah anggaran apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan iaitu jumlah yang telah bersedia daripada Januari sehingga sekarang yang menunggu untuk mendapat kelulusan? Oleh kerana cadangan telah dibangkitkan dalam pembentangan belanjawan yang lalu dan telah pun diluluskan, berapakah anggaran jumlah yang telah dikeluarkan di sumbang kepada badan-badan yang diluluskan di bawah seksyen 44(7) ini? Berapakah anggaran untuk tahun ini jangkaan jumlah yang akan disumbangkan kepada institusi- institusi seperti sekolah termasuk juga sekolah swasta dan juga badan-badan yang menyelaras aktiviti berkaitan dengan keagamaan dan juga mentadbir pusat-pusat begini?

Saya juga difahamkan bahawa takrifan kepada aktiviti keagamaan termasuklah juga pusat-pusat menguruskan pengebumian, menguruskan aktiviti-aktiviti lanjutan daripada pengebumian dan juga yang mentadbir tanah-tanah wakaf yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti funeral. Itu yang saya diminta untuk mendapatkan penjelasan kerana aktiviti- aktiviti bersangkutan dengan jenis ataupun kategori ini telah pun menjadi satu aktiviti yang juga ditadbir oleh syarikat-syarikat yang bermotifkan keuntungan. Oleh kerana kita memberi sedikit kelonggaran bahawa pengurusan terhadap upacara keagamaan yang dianggap sebagai diberi perlindungan oleh asas undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Adakah kedudukan seksyen 44(7) ini juga mengambil kira apa yang telah pun dibenarkan dalam seksyen 44(6) iaitu jumlah kelulusan penuh ataupun galakan penuh kepada mana-mana institusi yang telah pun diluluskan sebelum daripada memasukkan pindaan baru kepada seksyen 44(7) ini? Saya difahamkan bahawa daripada jumlah keseluruhan wang ataupun in-kind dengan izin. Maksudnya dalam rang undang-undang ini hanya menyebut tentang jumlah wang tunai tetapi sekali lagi saya hendak minta bahawa adakah in-kind itu ditakrifkan juga dengan penilaian wang tunai? Ini kerana amalan ini telah

final • 4:45 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

menjadi kebiasaan penggunaan special purpose vehicle untuk tujuan menyampaikan bantuan itu dalam bentuk tunai tetapi ditukar dalam bentuk in-kind. Sekiranya kita merujuk kepada badan-badan atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan atau penyebaran agama yang diluluskan oleh ketua pengarah. Dia sudah tentu melibatkan beberapa aktiviti pengantaraan bukan semua badan-badan agama dan apa-apa upacara untuk penyebaran agama memerlukan wang tunai secara mutlak.

Ada kebanyakan daripada mereka berharapkan sumbangan ataupun nilai bantuan itu disampaikan dalam bentuk barangan ataupun in-kind. Adakah syarikat atau individu yang mengambil inisiatif untuk terus menyumbang dalam bentuk in-kind dianggap boleh diberi potongan di bawah seksyen 44(7) ini? Saya juga ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana seksyen 44 ini telah lama diguna pakai secara meluas terutama oleh institusi- institusi yang selama hari ini berminat untuk membantu apa-apa aktiviti.

final • 4:45 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sumbangan di bawah seksyen 44 memang diiktiraf, apabila permohonan itu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tujuan pengecualian penuh. Ada kategori sebagaimana yang disebut oleh Timbalan Menteri baru sekejap tadi, dalam pembentangan belanjawan yang lalu, Menteri Kewangan selaku Perdana Menteri telah mengumumkan ada di antara kategori yang menerima potongan dua kali terutama berkenaan dengan aktiviti yang berkaitan dengan persekolahan dan juga pemberian biasiswa. Jadi adakah tolakan dua kali itu bermakna, sekali tolakan diberi dalam seksyen 44(7) dan tolakan yang pertama itu adalah tolakan asas kepada pendapatan larasan?

Ada dua takrifan yang saya minta klarifikasi kerana sumbangan yang diberi kepada sekolah-sekolah ataupun institusi-institusi pendidikan ini lebih banyak menarik minat golongan-golongan korporat ataupun ahli-ahli perniagaan atau syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan untuk tujuan membantu kerana tarikan tolakan dua kali atau dua kali potongan cukai yang kita tawarkan dan kita luluskan. Akan tetapi pada pandangan saya, tolakan dua kali bermakna dua kali jumlah yang disumbangkan.

Kalau mengambil kira persoalan itu, adakah dengan mengambil kira seksyen 44(7) yang kita kemukakan hari ini bermakna penyumbang itu menikmati tiga kali peluang ditolak cukai? Sebagai contoh, kalau derma atau sumbangan diberikan sebanyak RM1,000, kalau dua kali tolakan bermakna RM2,000, kalau peluang tiga kali bermakna RM3,000 daripada jumlah RM1,000 yang disumbangkan ditolak untuk cukai.

Saya nak tanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian mengiktiraf jumlah sumbangan wang tunai yang diberi atau disumbangkan kepada institusi-institusi yang kata dibenarkan yang juga ditaja oleh badan-badan politik? Tadi saya dengar ada beberapa orang yang membangkitkan tentang badan-badan politik yang menerima sumbangan baik secara langsung tapi yang saya nak bangkitkan secara tidak langsung.

Ada banyak badan-badan politik yang menjadi pentadbir ataupun menjadi badan pentadbir, menganggotai badan-badan pentadbir di institusi-institusi yang juga diluluskan di bawah seksyen 44(7) dan kebetulan antara badan-badan itu saya boleh namakan. Ada juga yang berasaskan parti-parti seperti parti UMNO, parti PAS, parti PKR belum ada lagi dan parti-parti yang lain yang secara kebetulan berada dalam negara kita. Jadi adakah kita juga meneliti potongan ataupun sumbangan ini diiktiraf sebagai sumbangan yang boleh diluluskan oleh ketua pengarah melalui seksyen baru yang kita bawa, 44(7) kerana ada di antara institusi yang dikatakan untuk tujuan pendidikan itu berkait rapat dengan penyebaran agama.

Tuan Yang di-Pertua, ya untuk tujuan upacara keagamaan atau penyebaran agama sebagaimana yang diluluskan oleh ketua pengarah. Ini bermakna permohonan di bawah seksyen 44(6) yang biasa itu biasanya tidak menyebut tentang aktiviti yang spesifik itu untuk keagamaan dan juga upacara-upacara penyebaran agama, tidak dinyatakan.

Selagi mana institusi yang memenuhi syarat membuat permohonan untuk kelulusan potongan cukai terhadap setiap nilai sumbangan berbentuk kewangan kepada institusi tersebut, boleh memohon untuk mendapat kelulusan penuh. Kebiasaannya, institusi ini akan mengeluarkan satu kertas resit ataupun baucar ataupun apa-apa dokumen yang mengesahkan institusi itu menerima sumbangan daripada pemberi sumbangan ataupun syarikat ataupun orang perseorangan.

final • 4:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Di sini saya hendak bertanya, di bawah seksyen 44(7) ini, adakah kita mensyaratkan prosedur itu dipenuhi sama seperti prosedur yang dilakukan atau dimestikan di bawah seksyen yang terdahulu? Sekiranya perkara itu sama, saya nak bertanya, apakah cara mengukur atau cara mengenal pasti ataupun beza di antara upacara keagamaan dengan aktiviti penyebaran agama dalam resit untuk tujuan penolakan cukai sebagaimana yang kata dibenarkan di bawah seksyen 44(7)? Perkara ini kalau kita lihat, dilakukan secara meluas sehingga sebelum daripada seksyen 44(7) kita luluskan yang kita bawa pada hari ini, di mana-mana telah ada banyak aktiviti yang sama menepati kehendak seksyen ini ialah untuk tujuan menawarkan peluang kepada orang-orang tertentu, orang persendirian ataupun syarikat untuk mendapat tolakan cukai dengan satu pembuktian melalui resit.

Sebagai contoh, orang datang approach saya ataupun bertanya dan menawarkan kepada saya untuk memberi sumbangan dan mereka sanggup mengeluarkan resit kepada saya untuk tujuan penolakan cukai dan mereka menjamin ada beberapa keistimewaan seperti takrifan tadi, dua kali penolakan cukai.

Adakah perkara ini telah dilihat oleh pihak kementerian untuk tujuan mengasingkan ataupun meletakkan klasifikasi yang berbeza antara seksyen 44(6) dengan seksyen 44(7)? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membahaskan berhubung dengan Rang Undang-undang 7/2012 ini pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan. Apabila sekali lalu kita membaca kepada pindaan yang sedang dibahaskan ini adalah ia amat kita rasa menggembirakanlah kerana ia memberi macam satu ruang kepada mereka-mereka yang memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang kita kata mempunyai unsur-unsur yang dikhususkan kepada keagamaan di sini misalnya sekolah.

Saya ingin juga mendapat kepastian daripada pihak kementerian, apakah sekolah- sekolah ini termasuk juga organisasi-organisasi yang menjalankan aktiviti terhadap kebajikan anak-anak yatim ataupun kebajikan orang-orang tua? Ini kerana ini juga merupakan salah satu daripada sumber-sumber kecapaian mereka-mereka yang memerlukan derma ataupun sumbangan untuk menjalankan aktiviti mereka, kerana jika sekiranya pusat-pusat kebajikan, sekolah-sekolah ataupun tempat-tempat untuk memelihara anak-anak yatim ini tidak mendapat sumbangan daripada derma-derma orang ramai yang tidak diberi pengecualian cukai pendapatan, saya rasa mungkin mereka ini juga agak sukar untuk menjalankan aktiviti ataupun program mereka.

Akan tetapi apabila kita membaca di dalam huraian tersebut, agak terkilan juga apabila melihat kepada penyebaran agama dan juga upacara keagamaan seperti yang diulas oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi kerana kita tahu dalam Perlembagaan, ia ada had-had ataupun bahagian-bahagian tertentu yang mengatakan penyebaran agama ini untuk agama tertentu sahaja. Saya tak mahu sentuh panjang dalam hal tersebut.

Jadi saya harap kepastian daripada pihak kementerian tentang sekolah ini, apakah satu berita baik yang diberikan kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang selama ini kita tahu tidak mendapat pembelaan yang cukup untuk mengendalikan sekolah mereka selain daripada hanya imbuhan yang sedikit sebanyak daripada zakat ataupun Majlis Agama Islam Negeri.

Kemudian saya juga ingin mendapat mungkin ulasan daripada pihak kementerian, berapakah anggaran daripada – jika sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, anggaran kemungkinan kekurangan cukai yang dapat dikutip oleh pihak kerajaan dengan adanya pengecualian cukai yang diberikan kepada pusat-pusat tersebut.

final • 4:57 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Kemudian, apakah cara-cara ataupun bagaimanakah pihak-pihak yang terbabit dapat memohon daripada pihak kementerian untuk mendapat pengecualian. Apakah kriteria tertentu yang di sini disebut sebagai mendapat kelulusan daripada ketua pengarah. Apakah ketua pengarah sahaja yang mempunyai authority ataupun hak-hak untuk memberi kelulusan tersebut. Apakah tidak boleh ada pihak-pihak lain yang boleh membuat rayuan

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

ataupun apa-apa juga yang difikirkan oleh pihak kementerian selain daripada hanya ketua pengarah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit sahaja. Saya fikir tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang pindaan ini. Saya cuma ingin menyatakan ada satu perkara Tuan Yang di-Pertua, pertama tentang tadi sama juga disebut tentang aktiviti keagamaan ini. Mungkin di pihak kita masih lagi terfikir apakah sebenarnya aktiviti-aktiviti agama yang termasuk dalam senarai penajaan yang boleh mendapatkan pelepasan cukai. Kemudian ia berbeza antara satu agama dengan agama lain. Bagaimana misalnya kalau sesuatu aktiviti agama itu, sebagai contoh penajaan program contohnya program Maulidur Rasul, ini contoh ya Tuan Yang di-Pertua.

Program menaja ataupun membelanjakan daripada pendapatan sendiri, daripada pendapatan kitalah untuk program contohnya Maulidur Rasul, contohnya musabaqah dan sebagainya. Adakah itu termasuk dalam senarai aktiviti agama? Maknanya pada saya, apa pun aktiviti-aktiviti agama yang boleh ditaja dan boleh mendapat pengecualian cukai itu sebagai satu perkara baik untuk menanamkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat atau rakyat Malaysia dan sekali gus sudah tentulah ianya baik untuk generasi muda.

final • 5:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ledang, boleh disertakan saya punya soalan? Menaja agama ini, apakah juga termasuk dalam kategori ini, saya seorang kaya hendak menaja beberapa orang imam, bilal yang miskin dan tua untuk menunaikan umrah. Apakah itu juga dikecualikan daripada income tax? Misalannya Tuan Yang di-Pertua, itu juga dalam urusan agama Yang Berhormat Ledang. Apakah itu juga termasuk? Saya orang kaya hendak menaja orang pergi umrah, ikhlas. Nampak pak imam di kampung, susah betul dia. Jadi saya terbuka hati, okey pak imam, saya taja pak imam pergi umrah, beberapa oranglah, ramai. Setahu sayalah di daerah saya Tuan Yang di- Pertua, ada orang yang menaja buat umrah ini ataupun mungkin haji agaknya. Apakah ini juga termasuk? Saya hendak bercakap pun, jadi minta Yang Berhormat Ledang masukkan ucapan saya ini dalam ucapan Yang Berhormat Ledang. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:01 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat kakanda Sri Gading. Itu salah satu perkara yang patut mendapat sokongan. Pada saya Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh pihak kementerian tidak banyak kerenah untuk meluluskan apa-apa aktiviti yang boleh ditaja bagi tujuan aktiviti agama ini yang boleh mendapat pengecualian cukai dan sekali gus akan dapat membantu meningkatkan lagi nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia. Kita yakin hanya dengan pengamalan ataupun dengan kesuburan amalan agama itu sendiri akan dapat meningkatkan lagi nilai-nilai murni, kualiti hidup rakyat Malaysia. Itu satu perkara Tuan Yang di-Pertua, cuma seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, sudah tentu itu perkara baik. Yang penting, kementerian tidak banyak kerenah. Maknanya apa pun aktiviti agama yang kita pohon, orang awam mohon, orang kaya mohon, syarikat mohon dan sebagainya mudah mendapat kelulusan untuk tujuan pelepasan cukai ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, bab-bab cukai ini walaupun ini rang undang- undang pindaan seperti yang disebutkan sebentar tadi tetapi saya juga ingin merujuk kepada, Tuan Yang di-Pertua kalau saya tidak keterlaluanlah. Income tax ini, cukai pendapatan yang dikenakan kepada Ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, penyata terbaru yang saya terima ini, elaun dan kemudahan yang tidak dikenakan cukai, ini saya merujuk kepada Akta Parlimen ini. Kelayakan Ahli Parlimen dalam pelepasan cukai ke atas pendapatannya sebagai Ahli Parlimen. Ini yang dikecualikan cukai hanya elaun keraian Ahli Parlimen setahun RM18,000. Elaun Ahli Dewan Parlimen – RM78,103.08. Elaun tetap pemandu kereta – RM14,400. Total RM110,503.08.

Akan tetapi kalau ikut penyata ini Tuan Yang di-Pertua, yang boleh dikenakan cukai ialah elaun lebih masa dan lain-lain elaun. Saya tidak tahu, ini mungkin elaun mesyuarat, elaun mesyuarat yang kita datang hari ini, kena cukai kalau ikut penyata ini.

Kemudian elaun tetap bagi kenderaan pengangkutan keraian dan pelbagai – RM18,000 pun kena cukai. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada maksud cukai ini, ini soal cukai juga kerana kalau tidak betul ini, yang lain pun jadi tidak betul. Yang saya faham sebab dulu pernah dibangkitkan dalam Parlimen tahun 2006 kalau tidak salah, perkara

final • 5:01 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

yang sama timbul. Kita bangkitkan dalam Parlimen, kemudian dibatalkan dan ini timbul balik kerana yang saya faham pendapatan sebagai Ahli Parlimen, kalau ikut Akta Parlimen adalah dikecualikan cukai. Jadi sekarang timbul balik.

Jadi kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara begini, begini mudah, mudah sahaja. Sebagaimana yang termaktub dalam Akta Ahli Parlimen, semua pendapatan Ahli Parlimen daripada Parlimen maknanya kerana menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen, tidak perlu dikenakan cukai kerana dulu pun kita dah practice, tidak perlu ada lagi perubahan seperti yang kita terima sekarang ini. Dikenakan tax dulu, Jabatan Hasil Dalam Negeri tolak dulu, kemudian bila kita fight, kemudian dibatalkan semula, tahun depan kena lagi, kemudian kena balik. Saya rasa ini kerja tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Jadi itu juga perkara yang perlu mendapat perhatian.

final • 5:01 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ledang, cukai pendapatan Ahli Parlimen ini, bukan semua orang suka Ahli Parlimen. Kadang-kadang ada orang tengok senget Ahli Parlimen ini, kalau ada lebih sikit pendapatan, kalau boleh dikenakan cukai, kenakan cukai, sebab itu dulu tidak kena, hari ini kena, jadi suka hati orang sahaja. Saya tidak tahulah agaknya Timbalan Menteri Kewangan ada ini boleh beri pandangan dan pendapat. Sepatutnya pendapatan Ahli Parlimen tidak seberapa pun Tuan Yang di-Pertua, JUSA A lebih tinggi daripada Ahli Parlimen, jauh lebih tinggi, lebih sikit agaknya daripada manager kampung saja Ahli Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi itulah, ada orang pandang tidak berapa, pandangan iri hatilah Tuan Yang di-Pertua, dipanggil Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, nama itu macam, Yang Berhormat Ledang umpamanya. Itu jadi sakitlah orang dengar, jadi kalau boleh dipicit, picitlah, boleh ditekan, tekanlah. Ahli Parlimen ini pula kebanyakannya patuh-patuh orangnya, dia buat undang-undang, dia patuh undang-undang, kena cukai, cukailah. Inilah nasib Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua, tetapi walau bagaimanapun berebut orang hendak jadi Ahli Parlimen ini. Terima kasih.

final • 5:01 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Saya rasa sudah jelas. Jadi saya mintalah pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri, bukan mempertimbangkan tetapi maknanya lebih mengarah sebagaimana dahulu kita sudah praktis dan tidak perlulah dikenakan cukai. After all, memang yang kita dapat ini pun bukannya mewah. Ini semua adalah kerana kita menjalankan tugas dan kita bertugas bukannya 12 jam, tetapi boleh dikatakan 24 jam tidur pun kerja. Ini kerana bunyi telefon kena angkat, ada rumah terbakar dan sebagainya. Kenderaan, memang loan kenderaan RM18,000. Kita bayar bukan RM18,000 tetapi RM50,000 itu pun tidak cukup. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud. Selepas itu Yang Berhormat Jasin dan selepas itu Yang Berhormat Jerai.

final • 5:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pasir Mas.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rang undang-undang ini sekali lagi menunjukkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha beliau untuk membuat perubahan yang asas, yang fundamental kepada negara kita ini. Proses transformasi politik berjalan lancar, proses transformasi kerajaan dan juga ekonomi. Sekali lagi hari ini berdepan dengan kita ialah satu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan bagi membolehkan potongan cukai dibuat kepada orang-orang, individu-individu, organisasi yang ingin membantu kerja-kerja baik penyebaran atau pun kegiatan keagamaan.

Saya merasakan ini adalah langkah yang paling diterima pakai dan dialu-alukan oleh rakyat di negeri Sabah sebab di situ ramai daripada rakyat Malaysia di Sabah adalah penganut agama lain daripada Islam yang sekarang kalau sebelum ini kalau mereka ingin membantu membina gereja, membina kuil dan sebagainya tidak mendapat pelepasan cukai. Ini adalah tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang terbaik, revolusi senyap beliau untuk meyakinkan rakyat dalam berbilang agama ini bahawa beliau adalah serius untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh setiap kaum tanpa memperlekehkan agama-agama lain.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini harus disokong malah kalau boleh ditambah baik lagi. Saya mendengar hujah kawan-kawan tadi kerana di sini hanya ditentukan bahawa hanya bangunan dan aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan bangunan tersebut, tetapi kenapa pula kita tidak memberikan pelepasan cukai ini. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading yang ingin membuat umrah, haji dibantu. Kenapa mereka tidak diberi kelayakan dalam pelepasan cukai ini?

Akan tetapi begitu juga, ada juga yang ingin menunaikan pilgrimage ke Baitul Maqdis, Jerusalem, penduduk-penduduk Malaysia yang beragama Kristian yang hendak pergi ke Venetica City, ke Rome contohnya. Saya tahu ada rakan-rakan saya yang juga Ahli Parlimen yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak yang membantu secara peribadi terhadap penduduk mereka, rakyat mereka untuk menunaikan haji di Mekah. Mereka juga harus diberi pelepasan ini. Inilah indahnya negara kita in Tuan Yang di-Pertua, di mana kerajaan ini begitu serius untuk membantu semua pihak dan sebab itu saya katakan ...

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan Yang Berhormat Kota Belud, boleh? Terima kasih rakan Yang Berhormat Kota Belud. Saya rasa cadangan atau pun pandangan daripada Yang Berhormat Kota Belud itu agak baik kerana kita hendak lihat ada perkembangan aktiviti mengembangkan oleh kerana itu kita sokong. Yang Berhormat Kota Belud sokong mengambil kira kedudukan perkembangan agama di Sabah. Saya boleh memahami kerana sokongan itu atas tujuan hendak tengok bangsa-bangsa lain atau agama-agama lain di Sabah turut sama berasa gembira kerana atas peluang untuk mengembangkan agama di Sabah.

Akan tetapi, adakah Yang Berhormat Kota Belud juga bersetuju dan dapat menerima peluang untuk mendapatkan tolakan cukai ini maknanya kerugian atau pun kehilangan hasil kepada pihak kerajaan. Maka kerajaan hendak buat perkara ini kerana hendak timbang manfaat atau pun kemudahan kepada semua agama. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Belud tahu atau sedar atau tidak janji Perdana Menteri sentiasa ditunaikan termasuk akan tunaikan selepas pilihan raya hendak ganti dengan GST. Adakah Yang Berhormat Kota Belud bersetuju yang kedua-dua janji ini akan di tunai? Saya pasti akan ditunaikan iaitu memberi pengecualian dan selepas pilihan raya itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri janji kita akan ada satu cukai baru iaitu GST yang boleh pungut balik daripada segala aktiviti termasuk keagamaan ini.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey, terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Alexande Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Kota Belud, sebelum menjawab saya ingin sedikit mengambil bahagian. Tadi saya tertarik mendengar hujah Yang Berhormat Kota Belud yang begitu seronok sekali saya mendengar sebagai seorang Kristian. Saya juga ingin merakamkan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana betul-betul prihatin oleh kerana kami yang beragama Kristian. Saya orang Methodist, datuk saya yang mungkin orang pertama yang convert kepada Methodist Kristian di Kapit. Jadi, kalaulah ada peraturan dan dasar yang kita buat begini, ini memang satu langkah yang amat penting dan yang bermakna sekali di dalam di mana negara kita yang penduduknya berbagai agama.

Jadi saya tidak hendak mengambil bahagian dalam perbahasan, tetapi menggunakan peluang Yang Berhormat Kota Belud ini, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan negara kita. Inilah langkah-langkah yang betul dan yang sepatutnya kita sokong dan saya sekiranya mengambil peluang inilah. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kapit, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Kapit ini Tuan Yang di- Pertua adalah salah seorang Ahli Parlimen daripada Sarawak yang menaja orang naik haji.

Ini seorang Kristian, Ahli Parlimen Barisan Nasional yang Kristian menaja penduduk beliau, pengundi beliau untuk mengerjakan haji dan umrah. Saya mengucapkan tahniah. Inilah asas sebenarnya Barisan Nasional, tokoh Maal Hijrah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beritahu, tahun 2010 Yang Berhormat Kapit telah dinobatkan tokoh Maal Hijrah di Sarawak. Yang Berhormat Kapit seorang Kristian, non Muslim. Saya ucapkan tahniah Yang Berhormat. Ini yang kita mahu dan bukan seperti Yang Berhormat Indera Mahkota. Perkara yang kita hendak buat disebutnya GST. Apa hal dengan GST? Ini soal untuk....

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

GST ini sebenarnya boleh dimanfaatkan satu persatu.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Soalan saya ...

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya belum habis lagi, saya jawab.

Saya hendak katakan itu ....

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak mahu Yang Berhormat Kota Belud kata saya menentang perkara ini. Saya tidak kata saya menentang.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak kata you menentang. You sebut pasal GST.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dalam kita meraikan rang undang- undang ini dengan satu semangat Malaysia tanpa mengira pembangkang atau pun kerajaan Tuan Yang di-Pertua, cuba untuk dicalitkan dan dipalitkan dengan perasaan yang tidak puas hati. Apa salahnya sekali sekala kita membincangkan ini atas dasar kebaikan undang-undang ini. Hendak disambungkan dengan GST, saya pun Yang Berhormat, kalau saya bercakap satu hari pasal pembangkang ini tidak habis. Akan tetapi saya mengambil kira semangat, tidak apa ...

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi Yang Berhormat Kota Belud, saya sokong tetapi saya tanya pandangan Yang Berhormat. Saya tanya pandangan, yang ini baik sebab Perdana Menteri bagi untuk kemudahan. Kita pun setuju, tetapi saya tanya pandangan sebab selepas pilihan raya, Perdana Menteri kata akan buat cukai baru GST.

Saya tanya pandangan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, okey ya tidak mengapa Yang Berhormat. Duduk dahulu. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kadang- kadang dalam Parlimen ini ada rang undang-undang yang baik, yang boleh membawa perasaan perpaduan di antara agama. Tidak payahlah kita politikkan. Walaupun saya tahu soalan Yang Berhormat itu kononnya hendak katakan ini kerajaan macam main-main, hendak tolong Kristian, hendak tolong agama-agama untuk buat bangunan diberikan pelepasan cukai, tetapi selepas itu dikenakan GST. Hendak cakap GST kita boleh cakap Yang Berhormat, banyak masa. Akan tetapi ini tujuan kita hari ini Yang Berhormat ialah untuk merasa baik dengan satu keadaan di mana...

final • 5:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita boleh bahas dengan GST ini dalam satu masa yang khaslah.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Betul, betul Yang Berhormat Sri Gading. Hari ini kita berbahas dengan satu undang-undang yang begitu baik yang tidak perlu kita cairkan kebaikan itu dengan hujah-hujah yang ada insinuasi yang tidak betul. Ini adalah satu janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu baik, yang tidak boleh dipertikaikan tetapi kalau boleh saya minta Tuan Yang di-Pertua, dipanjangkan lagi, dibesarkan lagi saya setuju kalau ada aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan agama, yang berbentuk kemasyarakatan perlu juga diberi pelepasan cukai Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Cumanya, oh! Yang Berhormat Sibuti.

final • 5:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud. Saya ingin hendak menyokong rang undang-undang tetapi tidak berbahas, mencelah sahaja. Oleh kerana undang-undang ini sangat baik untuk membantu pertubuhan-pertubuhan. Adakah boleh Yang Berhormat Kota Belud menyokong cadangan saya agar diberi peluang juga kepada mana-mana badan organisasi yang menaja pelajar- pelajar kita hendak menjadi imam, pelajar-pelajar kita hendak menjadi ustaz sebab ini ada berkaitan dengan agama. Boleh tidak mereka juga diberi pengecualian cukai. Harap dibantu saya.

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada Yang Berhormat Sibuti itu amat baik sekali sebab inilah yang dikatakan tadi. Soal tentang keagamaan, menaiktarafkan ataupun membuat kerja-kerja amal dan sebagainya ini

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

harus diiktiraf oleh kerajaan. Saya kira kalau pun ada kos seperti Yang Berhormat Indera Mahkota sebutkan tadi tentang kos yang mungkin kehilangan pendapatan kerajaan, saya kira berbaloi. Ini bukan soal yang kecil-kecil. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sibuti dan harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Dua perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah saya ingin bertanyakan tentang bagaimana pula dengan parti-parti politik yang berasaskan agama. Contohnya kalau ianya datang daripada..., kerja-kerja amal itu dibuat oleh parti-parti politik yang berasaskan agama, yang menggunakan agama sebagai landasan philosophynya, apakah mereka juga mendapat pelepasan cukai? Itu yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri kerana kadang-kadang saya takut apabila ada pendapatan yang didapati daripada aktiviti pengumpulan dana dan sebagainya itu akan digunakan untuk perkara yang lain.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah tentang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi. Saya amat bersetuju tentang Parliamentary Service Act ataupun Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada satu ketika dahulu. Saya kira sudah tiba masanya kerajaan mengembalikan akta itu supaya Parlimen ini dapat ditadbir secara bersendirian, secara independent (bebas), menentukan gaji, menentukan cukai, menentukan... dan juga kebebasannya. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang kerana Parlimen ini adalah satu institusi yang sepatutnya berdiri atas kakinya sendiri. Luar daripada pengaruh mana-mana pihak di luar sana. Parliamentary Service Act yang satu ketika dahulu yang amat kita banggakan telah dicairkan, telah tidak wujud sekarang ini.

Saya kira sudah tiba masanya Parliamentary Service Act itu dikembalikan kepada tempat yang asal iaitu di bawah seliaan Pejabat Tuan Yang di-Pertua, bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini pandangan peribadi saya kerana saya kira institusi Parlimen ini mesti dihormati sebagai institusi yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Cuma Ahli Yang Berhormat Ledang mengatakan tadi Ahli Parlimen ini kerja 24 jam.

Dia kata malam pun kerja. Yang malam itu saya tidak tahu apa kerjanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin.

final • 5:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang. Saya ringkas sahaja. Yang pertama saya ingin menyokong rang undang- undang yang cukup bertepatan sekali dan memperkukuhkan hujah sahabat saya tadi bahawa ini selaras dengan saranan yang telah dibuat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet pada tahun lepas. Yang memberikan potongan cukai kepada mereka yang memberikan sumbangan tunai kepada sekolah dan juga tempat- tempat ibadah selaras dengan seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ini sebenarnya selaras dengan cogan kata Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan janji-janjinya iaitu “Rakyat Sentiasa Diutamakan.” Difahamkan melalui Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) ini potongan cukai yang diberikan untuk individu adalah sebanyak 7% sementara untuk syarikat-syarikat potongan cukai yang diberikan adalah sebanyak 10%. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri setakat manakah sebenarnya potongan sebanyak 7% dan 10% ini menjejaskan kutipan kita kerana pada tahun lepas LHDN telah berjaya mengutip RM13 bilion mengatasi daripada angka yang diunjurkan. Ini telah membantu akaun kerajaan dalam memastikan supaya kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit kita bahkan terus dapat berbelanja.

Yang keduanya, pelepasan cukai kita ini terbahagi kepada dua. Pertama, cukai kepada sumbangan wang kepada pembangunan institusi dan juga organisasi pembelajaran. Keduanya, potongan cukai kepada pembangunan rumah ibadat atau rumah- rumah bagi kegunaan keagamaan. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kalau ada apa-apa kejadian bencana, malapetaka banyak daripada rakyat Malaysia yang sentiasa mahu menderma. Jadi, kita mahu melihat supaya kita dapat menanamkan sifat-sifat murni di kalangan mereka. Bukan itu sahaja, kalau diperlukan di negara-negara lain yang menghadapi peperangan, kelaparan dan kita mahu membantu rakyat Palestin, bukan hendak membantu rakyat Yahudi tetapi hendak membantu rakyat Palestin ada tidak

final • 5:24 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

boleh dikategorikan sebagai perkara-perkara yang boleh mengurangkan cukai pendapatan kita.

Jadi seterusnya soalan saya bagaimanakah mereka yang sudah menderma sebelum ini. Bolehkah kita mendapatkan rebat sementara kita menunggu pindaan perlembagaan ini dikuatkuasakan. Seharusnya kerajaan ataupun pihak kementerian lebih fleksibel dalam perkara ini kerana kita hendak lihat kerana orang yang telah menderma ini dan telah memberikan bantuan seharusnya kita berikan ganjaran.

Keduanya, bagaimanakah mekanisme untuk kita mengelakkan sebarang penipuan berlaku kerana apa juga bantuan yang dibuat kepada sekolah-sekolah dan rumah-rumah ibadat ini kita memerlukan resit. Kita tidak mahu ada resit palsu.

final • 5:24 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 5:24 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sila.

final • 5:24 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bangun tadi hendak tanya mekanisme mengelak penipuan, betul-betul Yang Berhormat sebut.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sistem yang ada di bawah sana Yang Berhormat Jasin lebih kepada menganjur kepada yang jujur. Kalau yang belut sedikit ini, yang licik ini lazimnya terlepas...

[Disampuk] Bukan Yang Berhormat Kota Belud, yang licik. Yang faham selok-belok bagaimana hendak bahasa kita hendak lari cukai. Dia faham akaun ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan sebagainya lepas tetapi yang jujur, yang mengatur dengan baik, yang tahu halal haram dan sebagainya kena.

Jadi, bagaimana Yang Berhormat boleh beri saranan supaya yang licik ini pun tidak boleh terlepas, yang jujur memang tidak boleh terlepas sebab dia mengaku ini adalah pendapatan benar, pembayaran sebenar dan sebagainya. Jadi apa saranan Yang Berhormat supaya ada kawan-kawan yang pandai, dia memang ada program pula bagaimana hendak lari cukai katanya. Orang ini sebenarnya patut ada satu jaring yang lebih kecil ruangnya untuk memerangkap mereka ini. Apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini?

final • 5:24 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Tangga Batu. Sebenarnya takrifan lari cukai ini begitu luas sekali. Lari cukai ini boleh kita takrifkan kepada mereka yang suka buat kepada perkara-perkara yang di luar daripada biasa. Yang suka kepada benda-benda sepatutnya buat benda halal tetapi buat benda haram. Itu lari cukailah namanya itu. Bukan cukai pendapatan sahaja tetapi lari dari cukai. Itu takrifan yang cukup besar sekali. Jadi saya sangat bersetujulah dengan pendapat ataupun saranan daripada Yang Berhormat tadi.

final • 5:24 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terakhirnya, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana dengan derma-derma dalam bentuk lain? Misalnya kita hendak bantu anak yatim dengan pakaian dan dengan makanan. Adakah kita boleh countifiedkan benda ini supaya kita mahu mereka sentiasa terbela. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyokong.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas itu Yang Berhormat Pasir Mas dan selepas itu Yang Berhormat Kepong.

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama berbahas mengenai rang undang-undang untuk meminta Akta Cukai Pendapatan ini yang saya rasa seperti yang disebut oleh sahabat-sahabat daripada kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang baik bagi meningkatkan kehidupan beragama, bersosial yang baik di kalangan rakyat.

Sesungguhnya ini memberi ruang kepada rakyat kita daripada semua lapisan untuk meningkatkan komitmen mereka kepada agama mereka masing-masing. Bagi umat Islam misalnya, terlalu banyak yang kita terima permohonan derma untuk pembangunan masjid, surau, sekolah-sekolah agama. Jadi, dengan kesediaan untuk kita membuat potongan cukai bagi segala sumbangan kepada institusi ini, saya mengharapkan umat Islam mengambil peluang untuk memberikan sumbangan yang lebih daripada hanya menghulur RM10 ataupun RM20.

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Akan tetapi menganggapnya ia sebagai satu tanggungjawab yang lebih mudah dilaksanakan. Bukan kerana kita dapat bebas daripada sebahagian cukai kita tetapi kerana dorongan itu lebih kuat untuk membantu institusi keagamaan kita. Begitu juga bagi agama- agama lain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kapit, rakan kita di sana. Saya yakin ia mungkin buat pertama kalinya memberikan satu semangat socio responsibility yang tinggi dan ini akan memberikan rasa kasih sayang mereka kepada agama dan kepercayaan masing-masing.

Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah had-had tertentu yang dibenarkan kita membuat potongan daripada cukai ini. Mungkin telah disebut tetapi saya ingin mendapatkan penjelasan semula. Adakah jumlah yang tertentu yang mana boleh dibuat potongan daripada cukai yang akan kita sampaikan ataupun yang akan kita hantarkan kepada LHDN. Ini kerana kalau potongan itu lebih besar, kemungkinan kita sebagai individu ataupun syarikat akan berasa lebih bersedia untuk menyampaikan sumbangan-sumbangan ini.

Begitu juga saya rasa yang lebih penting bagi sekolah-sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi, sekolah-sekolah agama rakyat yang memang mengalami tekanan kewangan yang besar selepas peruntukan daripada Kerajaan Pusat dalam tahun kalau tidak silap saya tahun 2003 dihentikan. Maka dengan memberi ruang kepada rakyat untuk menyumbang kepada sekolah agama rakyat ini, kita akan dapat melihat sekolah- sekolah agama ini dengan izin, flourish semula seperti dahulu kerana kebanyakan sekolah- sekolah ini adalah dibuat atas dasar kesedaran untuk memberikan didikan agama dan bukannya untuk mengambil keuntungan.

Jadi apabila tidak ada peruntukkan, sudah pasti sekolah-sekolah ini terpaksa mengenakan sedikit yuran yang membebankan dan akhirnya kita melihat kebanyakan Sekolah Agama Rakyat ini semakin mengecil kerana pelajar-pelajar luar bandar yang tidak mampu membayar yuran dan sekolah-sekolah ini pula tidak dapat menahan guru-guru mereka daripada meninggalkan sekolah ke tempat yang lebih baik kerana kekurangan wang.

Jadi saya berharap dengan kelonggaran yang diberikan ini, lebih ramai umat Islam akan menyumbang ke arah sekolah-sekolah agama rakyat ini. Begitu juga dalam pendidikan awal anak-anak. Ini berkaitan juga dengan apa yang disebut atau yang ditanya tadi mengenai aktiviti parti politik oleh Yang Berhormat Kota Belud. Kami di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) memang mempunyai satu rangkaian sekolah-sekolah ataupun pusat-pusat didikan, pusat-pusat jagaan kanak-kanak ataupun yang kami panggil secara khususnya Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ada 7,000 buah lebih dengan pelajar yang hampir mencapai 70,000 orang hingga 80,000 orang.

Jadi mereka ini juga bukan dibuat atas dasar untuk keuntungan. Jadi saya berharap – Saya bukan hendak bertanya tetapi saya berharap supaya sumbangan- sumbangan kepada institusi seperti ini juga diambil kira. Bukan sebagai aktiviti politik tetapi sebagai aktiviti pendidikan oleh organisasi yang sah seperti Parti Islam ini.

Kalau ini dapat dilaksanakan, saya rasa kita telah membuat suatu keadilan kepada sistem pendidikan prasekolah anak-anak kita. Saya ingin juga menyentuh mengenai aktiviti- aktiviti keagamaan yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Saya juga rasa perlu diberikan pertimbangan kerana lebih banyak aktiviti keagamaan dilakukan atau dilaksanakan, ia akan menimbulkan rasa kasih sayang kepada kepercayaan agama kita masing-masing dan memperkuatkan lagi amalan kita. Jadi kalau rakyat dapat menyumbang dan sumbangan ini dipotong daripada cukai kita, tentulah aktiviti akan lebih besar, lebih meriah dan penerusan budaya-budaya agama ini akan dapat ditingkatkan. Jadi saya memohon supaya potongan ini dilanjutkan ataupun dipanjangkan kepada pembiayaan kepada aktiviti-aktiviti keagamaan ini.

Berkenaan dengan disebut oleh dua, tiga orang sahabat tadi mengenai elaun ataupun cukai yang dikenakan ke atas Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat Sri Gading membawa contoh. Katanya, pendapatan atau elaun kita ini jauh lebih rendah daripada JUSA ‘A’. Saya rasa tidak padanlah banding dengan JUSA ‘A’. Dengan Gred 54 sahaja sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua. Elaun kita ini tidak sampai JUSA pun. Gred 54 sahaja.

Jadi kalau hendak banding dengan JUSA ‘A’ itu, buat kita rasa lagi sayu hatilah, lagi jauh.

Jadi saya rasa memang tidak munasabahlah dengan pemotongan-pemotongan yang dikenakan kepada Ahli Parlimen dalam apa juga elaun-elaun yang diberikan kerana elaun-

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

elaun ini memang sudah ditargetkan aktivitinya. Memang sudah dibuat. Bukannya untuk poket kita. Misalnya elaun keraian itu memang sudah tentu tidak dikenakan cukai tetapi elaun kenderaan misalnya. Memang pasti digunakan. Memang tidak ada untuk disimpan untuk peribadi kita. Jadi tidak wajarlah perkara ini juga dikenakan cukai.

final • 5:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Menyampuk]

final • 5:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Dia tidak setuju sebab sikit sangat naiknya.

Jadi selain daripada itu, yang akhir sekali saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam program-program yang berkaitan dengan Islam ini, kita ada dulu program Islam Hadhari. Ini bekas Perdana Menteri kita pun, Yang Berhormat Kepala Batas ada. Ini telah banyak dilaksanakan dan saya yakin masih lagi dilaksanakan.

Apakah sumbangan kepada program-program Islam Hadhari ini juga termasuk dalam perkara yang akan dikecualikan daripada cukai dan saya juga ingin bertanya setakat ini berapa banyak agaknya kos pelaksanaan berbagai-bagai program Islam Hadhari, khusus program Islam Hadhari ini yang telah dipakai untuk menjayakannya? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012. Tadi saya dengar rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat banyak bercakap mengenai dengan hasrat potongan cukai jika memberi sumbangan untuk rumah ibadat seperti masjid, surau ataupun lain-lain kegiatan yang berkaitan dengan agamalah. Saya punya pendapat, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berapa setuju. Ini kerana derma dan sumbangan yang dibuat oleh kita, umat Islam untuk masjid, madrasah, surau dan sebagainya itu adalah untuk mencari pahala. Keikhlasan.

Hendak diuji keikhlasan dan ibadat kita kepada Allah SWT. Bukan hendak lari daripada cukai. Jadi saya rasa ini tidak betul dan saya tidak bersetuju.

Ini kerana di kalangan umat Islam pun, kena ingat, Tuan Yang di-Pertua, kita bukan merupakan walaupun penduduk majoriti negara ini tetapi bukan golongan yang betul- betul lagi berpendapatan tinggi. Golongan 40% pun golongan yang berpendapatan rendah.

final • 5:38 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi kalau kita halal sumbangan untuk kegiatan ibadat ini lepas daripada cukai, saya hendak sebut pun tidak berapa sedap. Saya bimbang takut lain-lain pihak menggunakan kekayaan mereka untuk lari cukai menyumbang kepada rumah-rumah ibadat ini untuk tujuan-tujuan tertentu. Jadi maka sebab itu, saya langsung tidak bersetuju dan anggaplah sumbangan seumpama ini adalah untuk amal jariah sebab Allah SWT menjanjikan syurga. Salah satu yang besar di sisi Islam ialah amal jariah, membuat kebajikan. Jadi kalau buat kebajikan, buat amal jariah hendak lari cukai, itu tidak bertepatan dengan apa yang dituntut oleh Islam sendiri. Itu perkara yang pertama Tuan Yang di- Pertua.

Perkara yang kedua, ini saya hendak tarik perhatian mereka yang - saya bukan hendak tuduh lari daripada cukai, saya hendak tarik perhatian pihak Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, semua syarikat konglomerat ataupun company-company besar, mereka ini saya tengok semua tubuh yayasan Tuan Yang di- Pertua. Yayasan itu, yayasan ini dan yayasan hebat-hebat. Saya berpendapat memang kita alu-alulah mereka ini tubuhkan yayasan untuk melaksanakan komitmen sosial kepada masyarakat. Akan tetapi jangan penubuhan yayasan ini tidak lebih daripada hendak lari daripada cukai. Sebab saya mengatakan demikian, ada yayasan saya tidak hendak sebutlah nama-nama yayasan ini. Tidak baik kalau saya sebut tetapi saya percaya semua orang pun tahu just name it the foundation-foundation yang dipunyai oleh konglomerat ini, tauke-tauke besar ini. Memang saya baca dalam akhbar ada penyerahan sumbangan RM100 juta, RM50 juta kepada yayasan tersebut yang pengerusi menguasai syarikat besar ini sendiri menjadi pengerusi kepada yayasan.

Siapakah lembaga yang dilantik dalam yayasan ini? Orang-orangnya ataupun keluarganya. Memang mungkin dia buatlah program-program kebajikan, mengeluarkan lima, enam biasiswa setahun. Selepas itu kalau ada majlis besar-besar, yang dia hendak

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

tunjuk dia ini prihatin kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, besarlah cek itu, besar lori yang saya tengok keluar dalam TV, keluar dalam surat khabar. Yang saya dengar setengah-setengah itu dia umum tetapi dia tidak bagi pun. Dia umum sekian banyak, dia bagi sekian banyak.

Akan tetapi bila duit ini masuk ke yayasan dan yayasan ini dapat pelepasan cukai dan duit ini at their disposal Tuan Yang di-Pertua. Nanti, saya kata jadi pengerusi yayasan.

Saya hendak ke Amerika, saya hendak ke United Kingdom. Saya pun buatlah program, Yayasan XY, Yayasan XY, kata contohnya. Pengerusinya ke London untuk melawat student. Student, hendak ambil sahaja, hendak menghalalkan belanja. Hendak menghalalkan bilik first class, hotel di UK atau di Amerika, tiket first class, sudah RM100,000 lebih. Jumpanya seorang pelajar ke dua orang pelajar.

So, the money is at your disposal. Ini saya rasa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu tengok balik. Sebab saya percaya ramai pelajar rugi cukai. Dia mesti ada cek ataupun saya tidak tahu kaedah dari segi mekanisme. Jangan duit pelepasan cukai yang mereka dapat berlindung di bawah yayasan tetapi digunakan untuk kegunaan peribadi, keluarga dan sahabat handai. The government lost a lot on this revenue I belief, dengan izin.

Saya boleh sebut nama-nama yayasan. Malah saya juga kesal yayasan-yayasan ini tidak banyak memberi peluang kepada pelajar-pelajar Melayu, bumiputera yang miskin.

Kalau mereka bagi biasiswa pun mungkin kepada kalangan mereka yang sudah berada. Ini hakikatnya, tidak sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya geram rasa hendak sebut tetapi tidak mahulah sebut. Akan tetapi saya hendak minta Kementerian Kewangan kaji balik pelepasan cukai kepada yayasan-yayasan konglomerat ini, kaji balik. Contohnya, kalau tanya saya delivery siling. Kalau syarikat dia perlu bayar cukai RM100 juta, kononnya dia menyumbang kepada yayasan dia 50%, RM50 juta. Maka dia kena bayar cukai RM50 juta sahaja. Saya hendak cadangkan ada siling iaitu semua syarikat besar-besar ini bila di audit dia kena bayar cukai. Pelepasan cukai daripada sumbangan kepada yayasan yang besar-besar ini tak lebih dari RM5 juta sahaja.

Only five million, cukup. Ataupun urus tadbir, duit pelepasan cukai ini Tuan Yang di-Pertua saya tidak tahulah tetapi ialah kalau letak wakil pun, kadang-kadang wakil pun tak telus. Macam-macam buat, manusia ini memang rambut hitam, hati tidak tahu Tuan Yang di-Pertua. Serupa sahabat saya daripada Permatang Pauhlah. Dahulu hero pejuang Islam.

Jadi, kita tak tahu ataupun saya terkata tadi contohnya mekanisme. Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ramai. Pegawai-pegawai ini ramai. Selain daripada mereka bekerja membuat tafsiran, kejar orang bayar cukai, boleh juga mereka ini diletak, diwajibkan syarat, diletak menjadi ahli lembaga pengarah yayasan-yayasan yang diberi pengecualian cukai ini.

Yang besar at least dua orang supaya setiap perbelanjaan yayasan, mereka tahu.

Sekarang ini pun mungkin mereka serah juga laporan kewangan Tuan Yang di-Pertua, bukan tidak serah. Mereka hantar juga kepada audit. Mereka lantik chartered accountant. Selepas itu ada pula tax consultant. Selepas itu sudah hantar nama-nama konsultan pun besar-besar. Ho, yang nama hebat-hebat. Peat Marwick kah entah apa-apakah tak? Jadi dengan nama besar-besar ini, cara persembahannya cantik, pegawai tengok lebih kurang, ha luluslah. Luluslah macam MASlah. Betul. Dia boleh buat. Black account, white account, dia boleh buat. Dia hanya sebut sahaja, perbelanjaan untuk program pendidikan. Program pendidikan apa? Detailnya, dia boleh beritahulah. Ini sudah dok buat setahun lepas. Majlis makan malam, sumbangan RM100 ribu iaitu sumbangan untuk cari nama. Baguslah tidak apa asalkan menyumbang.

Akan tetapi pokok pangkalnya kena ada dan saya cadangkan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, pegawai-pegawai, mereka-mereka ini dilantik menjadi ahli pemegang amanah yayasan-yayasan yang besar-besar termasuk yang kecil supaya segala perbelanjaan ada akauntabilitinya. Betul-betul duit itu diguna untuk faedah kepentingan sosial masyarakat. Ini sebab saya sudah pernah tengok, satu, dua yayasan, dari segi kos perbelanjaan perjalanan, cost of travelling, cost of entertainment, lembaga pengarahnya tidak sedikit, it has been 70% yang langsung dapat kepada mereka-mereka yang wajar menerima mungkin 35%, 30% sahaja. Akan tetapi lain-lain perbelanjaannya hangus benda begitu sahaja. So, saya cadang ini salah satu lagi transformasi. Jangan kita biarkan orang- orang ini..

final • 5:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Mengguna kesempatan untuk berlari daripada cukai.

final • 5:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Minta sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Mas kalau boleh dimasukkan sekali dalam ucapan. Saya tertarik dengan pandangan tentang penglibatan dan penggunaan atau penyalahgunaan yayasan dalam aktiviti percukaian dan lain-lain.

final • 5:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Akan tetapi apa pendapat atau pandangan Yang Berhormat Pasir Mas mengenai penglibatan yayasan kebajikan daripada luar ke dalam aktiviti politik dan keagamaan di dalam negara ini? Contohnya yang saya dedahkan dalam ucapan bahas Titah Diraja baru- baru ini yang tidak dijawab oleh Menteri berkaitan dengan penglibatan secara langsung sebuah yayasan kebajikan daripada Parti Demokratik Kristian Jerman iaitu Yayasan Konrad Adenauer Stiftung yang secara terbuka dan cara terang-terang menaja beberapa aktiviti keagamaan, malahan khusus kepada Islam.

Kalau kita baca dalam laporan CNN dua hari lepas, Mesir dan Abu Dhabi menghalau keluar Konrad Adenauer daripada negara mereka kerana penglibatan secara langsung dengan politik ‘regime change’, cubaan menukar rejim katanya di negara tersebut.

Dalam negara ini saya dedahkan dalam Dewan baru ini bagaimana Konrad Adenauer menaja buku-buku tertentu yang jelas memesong fahaman umat Islam. Buku yang dikeluarkan oleh MESG (Middle Eastern Study Group) di bawah naungan IKD (Institut Kajian Dasar) di mana Yang Berhormat Permatang Pauh adalah pemegang amanah.

Antara contoh buku yang Konrad Adenauer taja ialah buku ‘Kahwin Campur’, menghalalkan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam atas alasan bahawa Islam itu adalah hanya satu konsep iaitu konsep memperserahkan diri kepada Tuhan. Jadi apa-apa agama yang menyerah diri kepada Tuhan, secara konsepnya adalah Islam, maka mereka juga ahli kitab, maka halal wanita Islam berkahwin dengan lelaki sebegini.

Jadi bila kita baca buku ‘Islam dan Pluralisme’ juga keluaran daripada MESG

(Middle Eastern Study Group) dan naungan IKD di mana Yang Berhormat Permatang Pauh adalah pemegang amanahnya, mengeluarkan buku ‘Islam dan Pluralisme’ yang menyamakan Islam dengan satu Tuhan yang diharamkan oleh pihak kerajaan tetapi buku itu masih lagi berkeliaran di dalam negara kita. Konrad Adenauer juga mengeluarkan dan menaja buku ‘Politik dan Perlembagaan’ yang ditulis oleh seorang yang mengaku pejuang Islam, Dr. Aziz Bari. Jadi kita nampak penglibatan secara langsung oleh sebuah yayasan yang dikuasai oleh Parti Demokratik Kristian Jerman ke dalam negara ini. Jadi bagaimana mereka bawa masuk wang perbelanjaan mereka di sini? Adakah ini dipantau dan bagaimana cara kerajaan menyelia dan memantau kegiatan-kegiatan yayasan seperti ini?

Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Subjek yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin tanya Yang Berhormat Pasir Mas sama ada beliau sedar atau tidak atau juga pandangan beliau padahalnya pada bulan November kalau tidak salah kita ada satu perjumpaan di Parlimen di bawah PSC untuk menambah baikkan pilihan raya. Di sana pun itu Transparency International bawa kesnya ke PSC untuk penambahbaikan pilihan raya negara kita dan Transparency International ada sebuah buku dan bukunya ditaja oleh Konrad Adenauer juga.

Saya ada bangkit di sana siapa ini Konrad Adenauer dan mereka ini terkejut dan tidak boleh jawab. Mereka juga bersama dengan puak-puak Konrad Adenauer ini juga.

Bukankah mereka dengan secara terang atau secara telus atau terbuka mahu terlibat dalam perihal negara kita seperti yang Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu menyatakan tadi mereka sampai kena tendang keluar daripada negara Arab sudah. Sama ada di dalam negara kita pun kita perlu ambil tindakan yang sama?

Perkara kedua, itu Lembaga Hasil Dalam Negeri juga perlu membuat siasatan juga dalam perkara ini, dalam Transparency International ini juga. Sama ada organisasi ini sebenarnya mendapat sumbangannya daripada mana. Janganlah kata LHDN ini minat

final • 5:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

sahaja hendak buat siasatan terhadap program negara. Ini lagi penting demi keselamatan negara kita. So, apakah pandangan Yang Berhormat Pasir Mas?

final • 5:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan dua rakan saya Ahli Yang Berhormat, sebenarnya memang Konrad Adenauer Foundation ini sudah lama berada di negara kita. Saya masih ingat sewaktu saya menjadi pemimpin pelajar di ITM iaitu pada tahun 1972. Pada waktu itulah yang dikatakan kehebatan, kebangkitan perjuangan mahasiswa pada tahun 1972.

Saya ingat pada waktu itu Konrad Adenauer Foundation memang cuba mendekati KSITM (Kesatuan Siswa ITM) yang saya menjadi presiden dan kebetulan pada waktu itu juga KSITM menjadi badan gabungan kepada PKPM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia) dan PKPIM (Persatuan Kesatuan Pelajar Islam Malaysia), puluh tahun sudah lamanya. Akan tetapi setakat sayalah secara peribadi bukan saya tahu niat Konrad Adenauer Foundation ini tetapi saya tidak minat, tidak melekat dikecuali sekali pengalaman saya waktu saya menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri pelajaran pada waktu itu, saya dibawa salah seorang sebagai anggota melawat ke Germany dengan beberapa orang Ahli Parlimen, Exco Pemuda. Saya tidak ingat nama-nama tetapi yang pasti seingatnya Datuk Fahmi Ibrahim dan ada satu dua lagi. Lama, dekat dua, tiga minggu. Habis bandar di Germany itu kita melawat. Stuttgart, Borne, Cologne, semua kita melawat. Baru saya tahu sewaktu di sana bahawa pemergian kita, perjalanan semua program ini adalah tajaan Konrad Adenauer Foundation. Yalah bila diberi buku, makalah saya baca, memang saya tahu parti sosialis demokratik ini dan mempunyai hubungan yang sudah lama dengan Ketua Pembangkang sejak dahulu lagi.

Jadi tentulah hubungan ini bila Ketua Pembangkang sudah tidak berada di dalam kerajaan, melawan balik kerajaan sesudah dipecat, maka semua institusi seperti Konrad Adenauer Foundation dan mana-mana sahajalah tentu dipergunakan untuk kaedahnyalah dan memang kalaulah Konrad Adenauer Foundation sudah jelas menerbit, menaja buku- buku yang bertentangan dengan Islam sebagai agama rasmi negara kita dan membuat sesuatu yang memang dilarang oleh undang-undang negara kita, mencampuri hal urusan politik, menerbit buku dan sebagainya, sepatutnya diambil tindakan.

Jadi saya bersetuju untuk dimasukkan ucapan saya daripada Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan kerajaan patut bertindak tegas. Maknanya kalau sudah tahulah benda ini sudah jelas, maka patut bertindak, jangan tunggu. Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Tindakan itu pula biar menjadi pengajaran dan bukan tindakan sambil hendak ambil hati. Tindakan ada tetapi hendak ambil hati. Ini yang tidak menjadi pengajaran sebab selalunya tindakan dan hukuman di mahkamah sekalipun bertujuan untuk memberi pengajaran selain daripada hukum orang salah. Akan tetapi kalau tindakan semata-mata hanya sekadar ambil tindakan tetapi tindakan itu lebih merupakan ambil hati ataupun takut ataupun waswas, percayalah Tuan Yang di-Pertua, dunia makin berkembang, keadaannya tidak seperti dulu dan sekarang ini sudah banyak pihak tidak lagi menghormati undang-undang. Apa juga undang-undang dibuat tidak langsung dipedulikan, kerana kena ingat, sekarang ini manusia sekarang ini sudah sanggup bunuh diri. Sebab itu ada yang commit suicide, bombing suicide, bombing. Sesudah mereka sampai pada peringkat itu, maka ada kaedah kononnya menyelesaikan masalah secara baik, cara berhemah, pujuk-memujuk kepada rakyat biasa mungkin tetapi bagi orang yang ada agenda politik yang begitu fokus dan komited seperti Ketua Pakatan yang berasa hendak menjadi Perdana Menteri, dia tidak peduli sudah.

final • 5:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dia akan guna apa sahaja institusi yang ada, apa sahaja dia boleh guna. All on cost. Saya tidak menolak kemungkinan contohnya bila dia sebut isu mengenai dengan sekuriti Israel. Apa sahaja hujah kononnya ada kontinjen lah yang tidak kontinjenlah, berbahas itu berbahas ini. Kitalah yang memekik di sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya?

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Fokus kepada cukai.

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya?

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Fokus hujah kepada cukai.

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, fokus ya. Jadi, masalah menggunakan dana ini sikit saya hendak habis jawapan daripada dua Ahli Yang Berhormat tadi. Sebenarnya ucapan itu kita yang asyik berbahas dekat sini. Dia tidak peduli. He have said what he wants to said. Dia sudah dapat menarik perhatian tauke-tauke Zionis Yahudi di Amerika Syarikat. So they can ask any donation anytime for the next election. Berwaspada.

Cakaplah kita di sini, mengutuklah kita di sini.

Oleh sebab itu saya malas pun, buang masa. Sebab dia ada agendanya. Cuma yang pentingnya kerajaan, yang ada kuasa kerajaan dan undang-undang. Termasuk bila ada Akta Cukai Pendapatan ini. Gunakan. Akan tetapi jangan zalim. Apa yang saya hendak ingatkan kakitangan pegawai yang memungut cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, sesiapa sahaja wajib membayar cukai. Tidak boleh lari. Akan tetapi orang biasa bila diserbu oleh income tax, polis, orang biasa dia kena menyerah.

Apa yang saya hendak tarik perhatian ialah jerung-jerung besar ini. Jerung-jerung besar, Jabatan Hasil Dalam Negeri tangkap ikut sini dia keluar ikut sini. Pergi minta maklumat unit dia cari kaki-kaki pelobi pula. Ini benda yang berlaku. Akan tetapi yang pentingnya kalau dia sudah bayar cukai, dia tidak lari daripada cukai tidak terevacuate daripada cukai tidak ada masalah.

Cuma saya hendak tekankan di sini bila kita kutip cukai pada semua rakyat termasuk orang yang biasa dan mereka bayar cukai jangan ada yang besar-besar lepas daripada cukai Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ini kena ingat ini. oleh sebab itu saya hendak tarik perhatian mengenai dengan cukai kenderaan automobile yang memegang AP francais holder. Selain daripada AP-AP biasa ini tetapi that AP francais holder ini. Saya kalau hendak baca panjang. Saya ada panjang mereka tulis kepada saya, minta saya bercakap. Saya kalau bercakap panjang lebar. Ada dekat sepuluh muka.

Memang ada point bagaimana mereka-mereka ini masih lagi mengelak daripada bayar cukai walaupun keuntungannya lumayan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang buat duit cepat ini. Yang buat duit cepat memang susah income tax hendak kutip. Dia pun orang besar-besar. Saya hendak tanya kalau ada jawapanlah. Kalau tidak ada jawapan kena ambil ini sebagai saranan yang saya minta diberi perhatian. Kita tahu orang yang buat duit macam maggi mee punya instant millionaire. Kita boleh indentify iaitu:

(i) AP holder;

(ii) orang dapat tanah (prime land), selepas itu dia jual, orang tahu;

(iii) orang yang dapat konsesi balak. Di Kelantan ramai, yang dapat konsesi jual. Dia jual kepada si anu dan si anu. Kertasnya dijual.

Belum dapat lagi tahu di mana kawasan, mereka dapat surat mengecap, itu sudah duit. Siapa yang dapat duit, siapa yang dapat kawasan mengecap. Yang membayar ini adalah tauke- tauke. Ini banyak.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau cerita pun pasal cukai. Mesti dalam ruang lingkup...

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, betul. Ya, tauke-tauke ini individu.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Seksyen-seksyen yang sedang dibahas.

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi individu ini kena bayar cukai Tuan Yang di- Pertua.

[Ketawa] Individu-individu yang menjadi tauke kepada balak kena bayar cukai.

Bukan sahaja cukai syarikat individu juga kena bayar cukai. Jadi saya hendak tahu dan sejauh mana keberkesanannya? Go after them. Saya tahulah mereka ini orang-orang handal. Kita bercakap kadang-kadang boleh jadi bahaya. Macam tauke-tauke lori ini. Dunia sekarang jangan main Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan ini, apa lagi kumpulan yang kita tahu.

Pemegang-pemegang lain-lain AP holder automobile sahaja, pemegang AP-AP lain tidak sedikit. Kubiskah, beraskah, spare part kah semua AP-AP ini dan susah hendak

final • 6:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

dapat AP. Bertahun-tahun, berapa banyak dia orang bayar cukai. Saya percaya mungkin dia orang sudah bayar. Mereka bayar akan tetapi tidak sampai kepada bayaran yang sebenarnya. Dia bayar tetapi kalaulah dia lari 10% - 15% saya tidak kisah lagi. Akan tetapi saya takut dia lari hampir 50%. Ini hendak kena go all out. Saya percaya dan yakin kepada ahli lembaga kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana pada tahun ini berjaya mengutip RM90 bilion lebih. Tahniah saya ucapkan. Mereka patut diberi insentif. Pemberi- pemberi maklumat pun sekarang ini kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, individu- individu ini yang mana-mana orang tahu dia hidup mewah, kaya, keluar negeri masuk negeri keluar negeri, masuk negeri, banyak duit termasuk lagi yang berniaga money laundry ini.

Macam-macam skim kutip sana, kutip sini, orang kampung jadi masalah.

kakitangan polis pun ada kena, macam cerita Pak Man Telo dululah. Sekarang ini pun ada lagi. Pengundi di kawasan saya di Pasir Mas cerita ikan keli. Saya pun tidak tahu ke hulu ke hilir saya lalu, saya tidak tahu apa pun dia buat sebenarnya. Baru terbongkar saya tahu. Ini pun berjuta mereka kutip. Itu individu punya income ini.

Jadi saya pun hendak berkongsi maklumat dengan Tuan Yang di-Pertua supaya Tuan Yang di-Pertua pun tahu. Jadi inilah di antara yang saya hendak tarik perhatian kepada pihak kerajaan mengenai dengan Akta Cukai Pendapatan. Akan tetapi jangan lupa, jangan hilang fokus. Saya sebut dalam ucapan saya yang utama tadi iaitu mengenai dengan yayasan. Saya anggap yayasan adalah satu skim, alat tauke-tauke besar lari daripada membayar cukai yang sebenarnya.

Akhir sekali, sekali lagi saya ulang mendermalah kita umat Islam khususnya kepada masjid, surau, madrasah. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak menderma di Pasir Mas ada banyak madrasah yang uzur. Kalau kata Tuan Yang di-Pertua kata “okeylah Yang Berhormat Pasir Mas, saya selaku Speaker Dewan Rakyat menyumbang RM500 sebulan ke satu madrasah di Pasir Mas untuk setahun, Alhamdulillah, panjang umur dan besar pahala Tuan Yang di-Pertua”. Jangan potong cukai, tidak baik. Itu untuk Allah Taala. Terima kasih, saya menyokong Rang undang-undang Cukai Pendapatan ini.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi yang hendak berhujah. Saya ingat tadi selepas Yang Berhormat Kepong tidak ada siapa lagi yang hendak berhujah. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 6:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua secara ringkas. Saya menumpu hanya kepada cukai. Ada banyak sumbangsih di negara dari golongan luhur dan murni, Akta Cukai Pendapatan dipinda semoga penderma dihargai. Di Fox Asia tahun lepas, ada mencatatkan 48 wira penderma. Daripada wira penderma 48 ini ada empat dari Malaysia. Itu baik juga. Saya berharaplah dengan ada potongan cukai seumpama ini kita akan dapat lebih wira penderma walaupun ada sesetengah itu tidak mahu nama mereka ditonjolkan. Memang ada penderma yang senyap-senyap buat kebaikan kepada manusia sebagai pencinta kepada kemanusiaan.

Salah satu gejala yang baik saya nampak misalnya daripada Amerika Syarikat, bukan semua buruk, bukan semua tidak baik, penderma mereka ramai. Misalnya daripada Warren Buffett yang memberi USD131 bilion kepada Bill and Melinda Gates Foundation. Bill Gates merupakan salah satu penderma yang besar di Amerika Syarikat dan ramai lagi.

final • 6:08 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya pun harap di Malaysia kita dapat kira penderma sama ada senyap atau pun tidak senyap dengan ramai supaya masyarakat kita dapat dipertingkatkan kualiti hidupnya sebab inilah rasa kasih sayang terhadap manusia.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bangkitkan satu perkara sebab baru- baru ini saya diberitahu di kawasan sayalah ada pusat agama yang besar-besaran akan dibangunkan dan salah satu penderma besar ialah orang yang bergiat dalam kegiatan yang gelap dan memberi sumbangan berjuta-juta. Apakah pendapat kementerian mengenai golongan seumpama ini yang memberi sumbangan dan punca kewangan itu memang bukan daripada saluran yang diterima sebagai saluran yang baik, apakah pendapat?

final • 6:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Sanggupkah pihak kementerian menubuhkan lembaga khas untuk menapis punca kewangan ini dan juga selepas diberi sumbangan derma kepada misalnya masjid, tokong, kuil kepada sekolah? Saya sering kali nampak sumbangan ini disalah gunakan. Kontrak diberi kepada orang yang tidak layak, kepada sanak-saudara, golongan kakitangan dan sebagainya. Adakah pihak kementerian sanggup menubuhkan panel atau lembaga seumpama ini untuk menyusul kepada sumbangan, apakah akan digunakan dengan sumbangan ini daripada penderma tribunal yang tulen? Ini memang saya berharaplah Yang Berhormat dapat mempertimbangkan kerana tidak banyak lagi boleh kita sebutkan. Cuma ada sesetengah orang yang memesong daripada ucapan. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Wangsa Maju. Selepas itu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Kalau ada lagi yang ingin bahas, Menteri sedia menjawab.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Cukai Pendapatan. Di sini saya nampaknya huraiannya adalah baik seperti seseorang juga layak untuk menuntut potongan cukai ke atas apa-apa sumbangan wang yang di sumbang oleh orang itu kepada organisasi yang akan digunakan untuk pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan bangunan bagi tujuan keagamaan yang dibuka kepada orang awam dan bagi menjalankan dan menguruskan apa-apa aktiviti berkaitan dengan upacara keagamaan. Memang ini adalah baik Tuan Yang di-Pertua kerana kita perlu sentiasa menggalakkan warganegara kita memberi sumbangan kepada masjidkah, tokongkah, apa- apa kebajikankah, kita memberikan galakan supaya kalaulah mereka membuat satu derma, mereka dapat potongan cukai.

Ini memang amat baik. Di mana-mana pun. Jangan kata tempat ibadat. Di UK di mana, kalau kita memberikan sumbangan derma kepada charitable organization, mereka pun mendapat potongan juga. Apatah lagi kalau mereka memberikan derma kepada untuk tempat ibadat keagamaan. Ini memang baik.

Akan tetapi yang kita khuatirnya seperti Yang Berhormat Pasir Mas menyatakan tadi dikhuatiri mereka menyalahgunakan potongan-potongan cukai ini yang mereka telah dapat daripada LHDN. Itu yang kita khuatir. Keduanya yang kita khuatir you know cukai- cukai yang kerajaan peroleh ini dari mana? Daripada rakyat. Jadi, sumber-sumber perbelanjaan kerajaan selama ini di mana-mana pun sama, dari mana? Daripada cukai, daripada rakyat. So, kita kena faham the basic principle atas pencukaian itu. No taxation without representation. Itu satu prinsip yang amat basic. So apa-apa cukai yang kita dapat daripada rakyat untuk kegunaan oleh kerajaan untuk memberi seperti dana kepada GLC, kepada rakyat, satu yayasankah, apakah, untuk kebajikan rakyat, untuk kebaikan rakyat. Itu adalah satu isu yang kita sebagai rakyat mesti ada hak untuk mempertikaikan. Check and balances. That is why kita menyatakan no taxation without representation.

Representationnya ialah di sini khasnya di Parlimen.

Saya hendak beri contoh seperti Syarikat MAS. Kita sudah tahu Syarikat MAS ini adalah dapat daripada mana, dananya daripada wang rakyat. So Syarikat MAS ini bukanlah satu syarikat yang biasa. It is a national icon; it is a company that belongs to the people.

Yang Berhormat daripada Bachok dan saya dan semua orang di sini dan rakyat jelata. It is a country company that belongs to the people. We have the right to know. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada minggu lepas yang menyatakan untuk mempertahankan iaitu Comprehensive Collaborative Framework (CCF) yang dilaksanakan oleh konco-konco Tan Sri Azman Mokhtar ini, yang perompak ini semua ini. Amat tertarik.

Di sini mempertahankan sehebat-hebatnya sampai apa Yang Berhormat Kinabatangan cakap di sana pun beliau kata “betul”. Yang Berhormat Datuk Bung Moktar salute kepada dia. Saya baru cakap dengan beliau di sana. Beliau terkejut. Beliau kata, saya tidak pernah, saya sentiasa menentang CCF ini. Saya hendak cakapnya kalaulah mereka menjalankan tugas mereka dengan ikhlas untuk turn around MAS dengan izin memang beliau salute kepada beliau. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri dan dengan puak-puak di MAS menyatakan, ‘Oh AGS salute pengurusan MAS’. Apa salute kepada pengurusan MAS? Tidak ada orang salute. Yang salute ini semua ini konco-konco dia sahaja ataupun bekas tingkat empat. Ya, tidak ada siapa in the right mind will support

final • 6:12 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

apa yang mereka buat. Saya hendak tegas di sini bahawa wang-wang MAS ini daripada cukai kita. Apa-apa yang kerajaan dapat daripada cukai, dana yang diberi, kita tidak mahu dana itu dana kerajaan yang diberi kepada GLC seperti MAS disalahgunakan Tuan Yang di-Pertua. Di akhirnya kita pula rakyat kena bayar cukai lebih banyak so back to - no taxation without representation, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun menyatakan dalam Dewan yang mulia ini MAS mendapat kerugian RM2.5 bilion kerana itu dahulu...

final • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju. Lari terlampau jauh daripada tajuk bahas...

final • 6:12 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak, tidak. Saya hendak beri satu contoh Tuan Yang di-Pertua sebab kita...

final • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Contoh apa pun, I don’t think it comes under what we are discussing it now.

final • 6:12 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yes. Yes Tuan Yang di-Pertua. Just one more minute sebab anda akan diberi contoh kenapa saya cakap Tuan Yang di-Pertua itu Yang Berhormat Timbalan Menteri ini salah dalam kenyataannya yang RM2.5 bilion ini.

Oleh sebab RM2.5 bilion itu amat besar. Dana kerajaan daripada cukai yang digunakan wang rakyat daripada cukai. Oleh sebab itulah saya hendak supaya Kementerian Kewangan boleh ambil tindakan yang tegas. Seperti yang dikatakan RM2.5 bilion kerugian.

Saya setuju. Okey, serius amat serius. Akan tetapi yang kita tengok perbelanjaan MAS daripada selepas puak-puak perompak ini ambil alih di bawah CCF.

final • 6:12 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tengok, dia melantik konsultan Shane Nollan dari Plane Consult, Ogilvy & Mather RM15.7 juta untuk tempoh setahun. Dari 1 Februari 2012 hingga 31 Januari 2014. Kedua, Starcomms bawah Shane Nollan juga, si mat saleh ini daripada PlaneConsult. Kontrak RM16.303 juta untuk masa tiga bulan, 1 Januari 2012 ke 21 Mac 2012.

PricewaterhouseCoopers Advisory Group untuk RM10.88 juta untuk tempoh 1 November 2011 hingga 31 Disember 2012. Axon Solution Sdn. Bhd. di bawah Rozman Omar, ex- AirAsia, sahabat karib kemungkinan dia orang Kelantan juga saya dengar.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju. You are stretching it very far.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no. I am just giving one or two contoh-contoh to see that, to say that with all these expenses, how can you say...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju faham apa yang sedang dibahas sekarang ini?

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya faham, amat faham. Oleh sebab itu...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau faham, I do not think Yang Berhormat Wangsa Maju will talk about what you are talking right now.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

I am going to go into that Tuan Yang di- Pertua. Just one more minute ya? Ini semua contohnya, semua ini telah berapa belanja?

Sebanyak RM774 juta yang digunakan daripada November sampai sekarang. Sedangkan MAS adalah satu syarikat yang bleeding. Satu pesakit tetapi belanja begini banyak boleh.

Jadinya, saya amat khuatir bila kita ada satu keadaan begini berlaku dan kerajaan pertahankan kata “Oh! Kerugian” tetapi tidak check. Saya harap Menteri Kewangan buat satu siasatan terhadap perbelanjaan mengenai konsultan-konsultan ini semua. Semua ini con man semua ini. Saya menyeru kepada kerajaan supaya janganlah kita memberikan exemption kepada organisasi-organisasi ini tanpa buat siasatan. Apa yang kita khuatirnya apa yang saya sebut tadi. Kita tidak mahu dua, tiga orang yang kawal syarikat itu ataupun yayasan itu seperti Yang Berhormat Pasir Mas katakan.

Kalau boleh saya pinjam itu seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengatakan *“Aku punya company, aku punya company ataupun company ini aku punya.

Kamu satu, dapat satu, saya dapat tiga.”* Kita tidak mahu keadaan-keadaan begitu. Kita mahu semuanya yang dapat daripada yayasan itu, organisasi itu kepada rakyat jelata.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan untuk pengarah-pengarah ini, yang seperti saya bagi contoh tadi. Masalah di MAS ini adalah leakages. Sama juga dalam organisasi ini.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita mungkin leakages yang banyak.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju. I am sorry, I have got to stop you.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Just one minute, I want to end.

Terakhir...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju. It is not – You can talk.

Boleh saya bagi setengah jam lagi tetapi something relevan.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ini organisasi.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju, kalau ada peraturan mesyuarat, cuba baca 38(1).

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya sudah baca.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

You read to me. After that you tell me.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, Tuan Yang di-Pertua, cuma saya cakap mengenai organisasi yang didapati...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh kena mengena Yang Berhormat Wangsa Maju.

Apa yang disebut ini dalam pindaan ialah semata-mata untuk pembangunan organisasi yang ada kaitan dengan keagamaan dan sedemikiannya. Bercerita pasal MAS ini macam mana?

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, itu saya...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada langsung kena mengena dengan keagamaan.

Menteri yang berkenaan boleh memilih tidak menjawab.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

You have wasted our time.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no. Just one second. Itu semuanya saya bagi sebagai satu contoh. Contoh ini juga boleh menjadi kepada yayasan ini juga di mana dapat exemption ini so mereka lebih dapat banyak wang. Selamat datang Yang Berhormat Menteri Parlimen. Lama tidak jumpa. Tuan Yang di-Pertua minta maaf.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu lagi tidak kena mengena dengan perbahasan.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no. Just, I want to end now.

Terakhir...

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Wangsa Maju, please show some love and affection lah in this House.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

*Yes, I am showing now. That is why when you come in I say welcome and I am sure you are not going to sack me for that. Isn’t it?

[Ketawa] Yes, because love and affection but surely – I always show you love and affection* Yang Berhormat Menteri. *So, do not sack me in any event. Hopefully.

[Ketawa]*

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

*You do not show any affection to me.

[Ketawa]*

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yes, I am showing it now.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

You do not listen to me.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, I am showing at time love and affection dan saya harap Yang Berhormat Menteri berjaga-jaga, waspada pegawainya. Berwaspada untuk buat siasatan sebelum apa-apa organisasi yang terlibat di bawah seksyen ini supaya mereka tidak menyalahgunakan hak-hak khas mereka yang diberi di sini, supaya apa-apa yang mereka dapat boleh disalurkan kepada rakyat jelata. Itu

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

yang penting Tuan Yang di-Pertua. I will show you my love and affection. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. By sitting down now, terima kasih. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 6:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin turut bahas dalam rang undang-undang pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 ini berkaitan dengan seksyen 44(7) menyentuh tentang sumbangan kepada badan-badan atau aktiviti-aktiviti keagamaan. Pertama, seperti yang disebut Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong Hadis] Kita orang Islam, apa-apa juga perkara kebajikan yang kita buat bergantung pada niat. Jadi, saya bersetuju pada pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Pasir mas. Sumbangan keagamaan bagi kita orang Islam khususnya adalah untuk mendapat pahala dan keredaan daripada Allah.

Jadi, kita berharap dengan lulusnya undang-undang ini, tidak menjadi satu ruang pula untuk menukar niat mendapat pelepasan cukai kerana akan rugilah kita untuk mendapat pelepasan cukai tetapi kita tidak mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah itu sendiri. Kita berharap pindaan ini tidak memesongkan niat itu. Pada saya cadangan pindaan ini baik, cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri penjelasan.

Bagaimana pindaan perundangan ini, seksyen 44(7) ini dengan kutipan zakat yang dilakukan oleh pusat-pusat zakat negeri-negeri? Ini kerana saya takut nanti digunakan. Ada kebanyakan kita hari ini – bukan kebanyakanlah. Ada di kalangan umat Islam hari ini menggunakan bayaran cukai zakat sebagai pelepasan untuk bayaran cukai pendapatan.

Saya khuatir dengan adanya pelepasan seperti ini, bayaran zakat itu tidak disalurkan kepada pusat zakat tetapi disalurkan kepada badan-badan atau pertubuhan- pertubuhan lain. Ini mungkin akan menjejaskan kutipan zakat oleh negeri-negeri. Ini perlu diperincikan, diperhalusi oleh kementerian dengan pihak zakat kerana kita tidak mahu mereka yang tertentu mengambil kesempatan melarikan diri daripada membayar kepada pusat zakat kerana saya tengok maksud dan tujuannya adalah untuk keagamaan. Kalau kita tengok dalam asnaf yang lapan itu, fi sabil dan lain-lain, itu termasuk itu. Jadi, adakah itu nanti akan jadi pertindihan atau percanggahan. Adakah duplicate? Ini perlu diperhalusi supaya pusat zakat di negeri-negeri tidak diketepikan dalam pembayaran zakat.

Di waktu yang sama, penggunaan badan-badan atau yayasan-yayasan untuk tujuan keagamaan ini kita alu-alukan tetapi yang saya sebut semasa mencelah kepada Yang Berhormat Pasir Mas tadi berkenaan dengan penglibatan sebuah yayasan kebajikan daripada Jerman iaitu yayasan Konrad Adenauer yang dikuasai oleh parti Christian Democratic Union, Jerman. Jelas, secara langsung terbabit dalam aktiviti politik negara ini.

Kita dengar ucapan Yang Berhormat Machang baru ini yang mengatakan Konrad Adenauer juga menaja buku Parlimen.

final • 6:26 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Menaja aktiviti parti GERAKAN. Jadi ditopengkan hujah itu untuk menghalalkan penglibatan Konrad Adenauer dengan beberapa parti politik pembangkang seperti PKR.

Sedangkan kita tahu ini adalah sekadar topeng. Kalau kita orang Islam kita tahu. Allah beritahu kepada kita, Surah Al-Baqarah, Ayat 120...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya iaitu sesungguhnya mereka tidak akan redha dengan kamu. Mereka akan cari jalan ikut mana pun supaya kamu ikut cara mereka.

Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca dalam website Konrad Adenauer sendiri, dia sebut bahawa penubuhannya adalah untuk dalam bahasa asal Tuan Yang di-Pertua, “Systematic Civic Education Program Inspired by christian democratic values”. Terang dalam website dia. Iaitu saya ulang balik penubuhannya adalah untuk pelaksanaan program-program pengajian sivik secara sistematik yang dicetuskan oleh nilai-nilai Kristian demokrat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 6:30 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jadi jelas di situ ada tujuan-tujuan keagamaan. Kita orang Islam kita tahu...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dia tidak akan redha. Dia akan cari jalan ikut mana pun untuk menyesatkan kita. Dia topengkan program dia dengan taja semua orang. Taja parti gerakan, taja Barisan Nasional, taja Parlimen. Di waktu yang sama, agenda halusnya ialah untuk melakukan regime change supaya boleh menyusup masuk tanpa disedari. Ini yang bahaya.

Bahaya ini dikesan dan dikenal pasti oleh Kerajaan UAE dan Kerajaan Mesir baru ini, 1 April lepas kalau Yang Berhormat Menteri boleh minta pegawai baca CNN sekarang, 1 April lepas CNN mengeluarkan kenyataan oleh Kerajaan Mesir dan Kerajaan UAE menghalau Konrad Adenauer daripada negara mereka. Oleh kerana mereka sudah kenal pasti dan kesan rupa-rupanya Konrad Adenauer dalam bertopengkan yayasan kebajikan membantu rakyat Mesir, membantu rakyat UAE, rupa-rupanya dia ada satu agenda besar yang lain dibuat secara halus iaitu regime change untuk melaksanakan nilai mereka. Apa dia nilai mereka - Systematic Civic Education Program Inspired by Christian Democratic Values. Itu yang dilakukan di Malaysia. Dia taja gerakan sikit, dia taja Parlimen sikit. Jadi kita semua kelabu. Baik betul yayasan ini. Di waktu yang sama dia gunakan contohnya Parti PKR. Dia gunakan Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia gunakan IKD (Institut Kajian Dasar) yang di mana Yang Berhormat Permatang Pauh adalah pemegang amanah melalui satu badan dipanggil MESG (Middle East Study Group). Mengeluarkan buku-buku, mengeluarkan risalah-risalah yang jelas bercanggah dengan Islam.

Contoh yang saya sebut ialah kahwin campur. Di mana mereka menyebarkan risalah menyatakan kahwin campur ini halal. Kahwin campur antara wanita Islam dengan lelaki kafir, lelaki bukan Islam halal. Jelas benda itu bercanggah dengan Islam dengan berasaskan kepada alasan bahawa Islam itu hanya satu konsep. Islam itu hanya satu konsep di mana sesiapa yang menyerahkan diri kepada Tuhan, itu Islam, Ahli Kitab. Maka agama Hindukah, agama Kristiankah, agama Buddhakah, agama Taokah, agama apa pun janji dia serah diri kepada Tuhan konsepnya dia Islam, dia Ahli Kitab, wanita Islam berhak berkahwin dengan mereka.

Ini bercanggah. Mereka keluarkan buku “Islam dan Pluralisme”. Juga mereka menaja buku “Islam dan Pluralisme” yang dikeluarkan oleh MESG (Middle East Study Group) yang juga di bawah naungan IKD yang ditaja oleh Konrad Adenauer yang kerajaan sudah haramkan pun buku itu. Banyak lagi terbitan-terbitan, risalah-risalah yang jelas menunjukkan mereka punya agenda besar untuk merosakkan pemahaman agama Islam khususnya. Jadi ini adalah penglibatan cara langsung oleh yayasan kebajikan agama luar negara terus ke negara kita.

Saya hendak memperbetulkan kenyataan Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya terbaca Tuan Yang di-Pertua, minta maaf hari itu suasana tidak berapa baik. Di muka 55 Hansard kita, Khamis 5 April 2012. Tercatat di situ Yang Berhormat Kuala Kedah menyatakan saya berbohong bila saya kata saya mengikuti program anjuran IKD. Saya tidak pernah kata saya ikut program IKD. Saya pun tidak pernah setuju dengan IKD ini.

Oleh sebab pada saya IKD ini hanyalah front untuk Konrad Adenauer. Saya tidak pernah setuju dengan Konrad Adenauer. Saya tidak pernah setuju dengan IKD. Saya tidak pernah ikut program IKD. Saya tidak pernah pergi ke mana-mana atas program IKD.

Jadi saya rasa ini satu kenyataan yang tidak betul. Satu pembohongan yang besar. Saya kata dalam ucapan saya dalam bahas Titah Diraja ialah Konrad Adenauer ini terlibat secara langsung dengan aktiviti politik negara kita. Cara direct, cara langsung untuk mengadakan regime change. Jadi saya berharap kementerian akan kaji yayasan-yayasan kebajikan seperti ini yang menopeng kegiatan mereka sekali lagi saya sebut. Oleh sebab itu Yang Berhormat Machang rakan saya boleh gunakan hujah itu menyatakan bahawa Parti Gerakan pun ditaja, menyatakan bahawa buku Parlimen pun ditaja oleh Konrad Adenauer.

Apa salah*?...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Dia pandai. Dia taja semua orang supaya orang tidak nampak. Itulah yang sebenarnya digunakan oleh mereka bahawa yayasan Konrad Adenauer taja semua orang. Jadi apa salah dia taja mereka? Mereka ini ditaja dengan satu agenda besar, untuk memesongkan akidah umat Islam. Ini bahaya. Ini bahaya.

Kemudian saya juga ingin menyentuh satu lagi yayasan yang ada dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua iaitu IAIS sebuah yayasan yang di biaya oleh kerajaan sendiri.

final • 6:30 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya tidak tahu sama ada kerajaan sedar atau tidak. Yayasan ini disebut Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Ketua Pengarah dia, CEO dia Datuk Mohammad Hashim Kamali. Dia punya Timbalan CEO Emeritus Profesor Datuk Osman Bakar. Tuan Yang di- Pertua, Yayasan IAIS ini adalah sebuah lagi front yang menyebarkan fahaman pluralisme.

Mereka akan mengadakan satu program bertajuk, “A Public Lecture on Religion Freedom and Pluralism in the 20th Century Islamic Responses” pada 10 Mei di INTAN. Di sebelah INTAN lama. Bangunan INTAN lama sebelah Universiti Malaya, itu bangunan IAIS sekarang ini.

Dia jemput pembentang kertas kerjanya Profesor Sayyed Hossein Nasr daripada George Washington University. Semua orang tahu Profesor Sayyed Hossein Nasr ini adalah bapa pluralisme. Macam mana orang macam ini dijemput oleh sebuah yayasan yang dibiaya oleh Kerajaan Malaysia untuk memesongkan akidah umat Islam?

Jadi saya harap kerajaan, kementerian kaji, siasat badan seperti ini. Kalau UAE, kalau Kerajaan Mesir setelah menjalankan siasatan mendapati badan seperti Konrad Adenauer ini perlu diharamkan dan dihalau keluar, saya tidak nampak kenapa kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan yang sama.

Jadi saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, Datuk Menteri cadangan pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1997 ini dengan pertanyaan saya tadi, adakah ianya bertindih dengan peranan ataupun bayaran kepada zakat? Kedua, saya minta supaya disiasat penglibatan yayasan keagamaan berselindung di sebalik kebajikan seperti Yayasan Konrad Adenauer dan juga dalam negara kita sendiri Yayasan IAIS yang dibiayai oleh kerajaan. Kita tidak mahu duit rakyat Malaysia, dibayar cukai oleh rakyat Malaysia tetapi diperkuda oleh golongan tertentu dalam negara ini untuk mengadakan regime change.

Bukan sahaja regime change tetapi juga cuba menukar akidah dan hala tuju pemikiran umat Islam dalam negara ini. Jadi dengan itu saya pohon bersetuju, menyokong cadangan pindaan ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu ramai mengambil bahagian. Pada mulanya saya ingat kita boleh balik awal hari ini. Akan tetapi, rupanya banyak. Kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengkhususkan kepada perbincangan ataupun penggulungan kepada akta ini yang sebenarnya begitu spesifik dan khusus iaitu hanya mengadakan beberapa peruntukan baru untuk membolehkan potongan cukai diberi kepada sumbangan untuk tujuan sekolah dan juga rumah-rumah ibadat. Itu sahaja. Bahkan sekolah dan rumah ibadat sudah pun dapat pelepasan cukai khususnya untuk membina atau menyelenggara memang boleh.

Masalah yang tidak bolehnya ialah rumah-rumah ini atau sekolah-sekolah ini dia tidak ada duit pengurusan hendak menguruskan. Itu yang tidak boleh. Jadi kerana dia tidak buat bangunan baru dia sudah tidak cat tempat itu baru maka sumbangan untuk pengurusan tidak boleh pelepasan cukai. Jadi ini untuk membolehkan kedua-dua ini walaupun dia tidak buat yang baru bangunan kerana itu memang sedia ada memang sudah boleh. Jadi ini yang dibuat kerana ini adalah janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi itu sahaja dua perkara yang mudah sangat. Akan tetapi, kita mengambil kira dari segi minat untuk menyuarakan pandangan, jangan disalahgunakan yayasan memang itu adalah teguran-teguran yang baik yang kita boleh terima.

LHDN sendiri memang ada mekanismenya sama ada 100% full proof itu lainlah tetapi kalau dari segi nampak kejayaan LHDN tahun lepas mengumpulkan cukai yang melebihi RM20 bilion daripada target. Lebih daripada RM20 bilion daripada target. Ini satu kejayaan maknanya ini satu kejayaan yang cukup besar. Jadi bermakna sekarang ini memang kalau disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi AP kah, yang boleh balak kah saya rasa ini semua sudah diberi tumpuan...

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Dan ini segala kumpulan yang boleh sepatutnya membayar cukai, saya rasa ini akan ditumpukan oleh pihak LHDN supaya membayar cukai.

Jadi soal ketirisan, soal salah guna yayasan memang ada peruntukan-peruntukan.

Umpamanya dari segi jumlah yang boleh disumbangkan ada batasannya.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasannya.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan. Setahu saya setakat hari ini agak sukar juga sebenarnya untuk menubuhkan sesuatu yayasan terutamanya syarat-syarat seperti yang diperuntukkan dengan surat-surat sokongan perkara itu agak sukar. Saya memang mengalu-alukan atas begini yang memberi pengecualian cukai terutama kepada kerja-kerja melibatkan dengan izin kerja-kerja kemanusiaan, kerja-kerja kebajikan. Akan tetapi, sejauh mana pada pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri hari ini dari segi aspek penggalakan, menggalakkan perkara begini sebab saya tahu dari segi untuk mendaftar yayasan saya rasa agak sukar terutama dalam ruang legal bahagian RMT dan sebagainya itu satu.

Kedua, dalam perbahasan rakan-rakan saya tadi saya tidak memasukkan aspek politiknya tadi. Akan tetapi, aspek yang lebih penting ialah di negara-negara maju yang lain yang telah disebutkan Jerman tadi walaupun disebut Konrad Adeneur banyak lagi Frederick Neumann. Kalau kita di Jepun kita ada Sasakawa. Kalau di Amerika 1969, iaitu pertama JFK telah memburukkan International Development Agency sehingga terbentuknya USAID.

Kalau di Australia, Australia Aid...

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Boleh, cukuplah itu.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, maksud saya itu ialah ini merupakan satu dasar kerajaan yang mana diluluskan di Parlimen menggunakan duit cukai rakyat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Apatah lagi ianya bukan satu perkara yang bersifat dengan izin non state sector ini yang di endorsed oleh kerajaan. Sehinggakan kebanyakan kerja-kerja NGO, kerja-kerja masyarakat madani itu ialah dibantu oleh mereka- mereka ini. Bergantung dengan izin kepentingan-kepentingan ada yang buat kerja-kerja alam sekitar, ada yang buat kerja-kerja bersifat keagamaan. Di mana adakah dasar kerajaan pada hari ini apabila mengalu-alukan pengecualian cukai sebegini ianya ke arah menggalakkan terutama sektor-sektor NGO untuk melakukan kerja-kerja kebajikan.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya, dari segi dasar memanglah digalakkan tetapi tidaklah bererti segala galakan ini diiringi dengan potongan cukai. Itu kita kena faham kerana kalau semua kegiatan yang berbentuk baik ini kita bagi potongan cukai kita kena imbangi dengan keperluan kerajaan mengumpulkan cukai yang mencukupi. Jadi memang kalau kita hendak argue mengapa tidak boleh ini pun baik memang susah but we must draw a line. Jadi inilah line-line yang didrawkan yang dibuat sekiranya dirasakan membantu rumah ibadat, sekolah-sekolah. Tadi ada Yang Berhormat Pendang cakap sekolah agama rakyat ini semua boleh. Yang Berhormat Sibuti sebut hendak mengajar imam-imam boleh tetapi mestilah dibuat dengan organisasi yang diterima oleh LHDN sebagai organisasi yang memang bertujuan sedemikian.

Jadi organisasi ini perlu mendapat status yang diluluskan oleh LHDN. Kalau LHDN tidak lulus, boleh buat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri. Itu kalau tadi Yang Berhormat Pendang kata tidakkan Ketua Pengarah LHDN sahaja. Jadi ada tatacara dia, ada ruang lingkup dia tetapi mesti kena berpatutan. Sebab itu kadang-kadang dia rasakan susah, yayasan pun hendak dapat cukai susah, memang susah. Umpamanya kalau orang kaya hendak buat yayasan mesti umpamanya keperluan lebih daripada separuh ahli lembaga pengarah pemegang amanah ihsan mesti independent. Tidak merupakan keluarga dia umpamanya dan dia tidak boleh gunakan wang daripada yayasan untuk kepentingan dia dan keluarga dia.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagai seorang – tidak bukan. Tentang kepentingan...

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Cukuplah itu. Saya banyak lagi hendak buat ini.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bukan. Sedikit. Tentang orang Islam kita ada perkara yang memang digalakkan wakaf. Terutama wakaf am, wakaf khas. Cuma persoalan saya adakah ianya perkara-perkara yayasan yang dibayangkan di bawah akta ini juga merujuk kerja-kerja kebajikan sedemikian? Terutama kita orang

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Islamkan bagi wakaf katakan sesuatu tanah dan sebagainya. Adakah ia tidak termasuk untuk pengecualian cukai ini.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Rang undang-undang ini hanya tertumpu khusus kepada empat organisasi untuk ibadat dan kerja-kerja amal berhubungan dengan agama dan juga sekolah. Itu memang khusus, yang lain-lain ada kalau yayasan memang dia boleh minta tetapi ini akan ditentukan kelayakan dia boleh atau tidak boleh pihak LHDN.

LHDN akan menilaikan. Di sinilah kebimbangan Yang Berhormat Wangsa Maju supaya jangan disalahgunakan duit ini, hasil yang terkorban oleh negara. Dijangkakan ini pun dijangkakan RM140 juta setahun akan terkorban daripada peruntukan baru ini. Ini hanya untuk tunai. Ada yang kata tadi kalau bagi barang macam mana? Barang tidak boleh. Ini untuk tunai masuk dalam tabung. Tabung ini dikendalikan oleh organisasi tersebut untuk kegiatan khusus, untuk menguruskan rumah ibadat kah, sekolah agama rakyat kah yang tidak mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan. Tentang perkara-perkara...

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sedikit.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Ya.

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat tertariklah dengan apa Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan tadi memberi satu jaminan bahawa akta ini memang amat ketat dan supaya mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasa mereka yang diberi dan juga negara kita terkorban RM140 juta. So, bagaimanakah kalau begitu ketat, begitu baik undang-undang ini bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh consult dengan keadaan yang seperti contoh yang saya berikan tadi di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri kata MAS ini rugi RM2.5 bilion.

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedangkan dalam keadaan mereka itu dalam kerugian sebanyak itu dan mereka adalah seorang pesakit, sick patient according to Tan Sri Md. Noor, dan yang kita dapat tadi, sumber-sumber yang saya dapat, MAS telah menggunakan wang RM794.73 juta yang digunakan untuk konsultan-konsultan dan belanja-belanja yang kemungkinan tidak kena- mengena. So dalam keadaan demikian, bagaimanakah Yang Berhormat boleh memastikan supaya dana-dana yang kita salur kepada GLC ini seperti MAS boleh dikawal dan supaya tidak salah gunakan? Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih. Jadi sebab itulah bila kita melihat angka RM140 juta yang, terkorban maka kita kena berhati-hati. Kita kena elakkan penyalahgunaan, kita tidak mahu apabila sahaja ruang ini dibuka maka apa sahaja boleh dibuat. Begitu jugalah kebimbangan kita kerugian mana-mana GLC kalau RM2.5 bilion rugi, kita juga perlu – sebab itulah kerajaan merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan. Kalau tidak, apa yang kita akan tanggung adalah kerugian yang begitu besar. Kalau RM140 juta pun kita kena hati-hati apatah lagi katakanlah RM1 bilion yang tidak setuju RM2.5 bilion.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, RM794.73 juta.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Itu pun.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apakah tindakan kementerian? Hendak menyiasat atau tidak?

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Yang Berhormat, saya sudah letih dengan Yang Berhormat hendak menyiasat ini, sudah banyak kali sangat. Setiap kali saya berdiri sini.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi saya serius, RM140 juta.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Biarlah saya cakap. Tidak mengapalah. RM140 juta... Sebab itulah kena ada ruang lingkup yang munasabah, yang kewajaran. Itu pun satu yang Yang Berhormat sebut – saya tahu umpamanya konsultan ini kena bayar RM15 juta Yang Berhormat kata tadi, memang kena bayar.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, itu satu sahaja.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sudah itu, macam mana hendak mengurangkan kerugian RM2.5 bilion kalau RM15 juta pun tidak mahu bayar.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, kalau kita...

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Itu yang masalah Yang Berhormat ini.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No. Kalau kita tidak perlu ada konsultan, kenapa kita hendak konsultan? Kita kena bayar mereka dengan gaji yang amat tinggi.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Cukuplah itu. MAS ini sudah berapa kali saya jawab.

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Baru jawab apa. Hendak tutup sahaja.

Hendak kawal itu masalah.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Dahulu pun saya jawab Yang Berhormat. Jadi tidak ada – Yang Berhormat jangan macam itu.

Jadi Yang Berhormat Kepong tadi dia kata macam mana sumbangan wang haram? Itu soalan yang baik juga itu. Soal wang haram memang tidak digalakkan. Akan tetapi kadang-kadang mungkin kita tidak tahu sumbangan itu dari wang haram. Jadi apa yang boleh dibuat oleh LHDN, dia ada proses audit. Kalau seseorang itu memberi sumbangan yang banyak tetapi dia merupakan orang yang tidak membayar cukai, maka itu boleh disiasat, ataupun cukainya kecil tetapi sumbangannya begitu besar. Itu boleh disiasat.

Jadi ada ruang-ruang yang melalui audit ini yang kita boleh siasat.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baru menyebut tentang zakat. Kebimbangan zakat digunakan sebagai satu derma untuk mendapat pelepasan cukai ini. Sebenarnya zakat ini, zakat dia dapat lebih daripada pelepasan cukai, dia dapat rebat, lagi bagus. Bermakna jumlah cukai yang perlu dibayar dia ambil dari situ, dia deducted dari situ. Kalau pelepasan cukai ini, ia deducted daripada income. Jadi income ini hanya 30% sahaja atau 20% daripada income yang di cukai. Jadi bermakna kalau dia hendak guna zakat, memang potensi itu ada sebab dia akan dapat rebat. Soalnya apakah ia akan diiktiraf sebagai zakat.

Saya tahu majlis agama negeri dia tidak semudah itu. Dia yang bagi kepada dia dikira zakat ataupun yang diluluskan olehnya. Dia tidak boleh kita hendak bagi mana-mana pihak dan kita kata ini zakat, tidak boleh. Jadi saya rasa ini dia akan cover sedikitlah. Maknanya tidak ada orang Islam yang mengeluarkan zakat bagi sumbangan untuk zakat. Makna hendak dapat dua kali tidak bolehlah. Sudah zakat sudah ada rebat kemudian hendak potong cukai lagi, tidak bolehlah.

Jadi tentang Yang Berhormat Jasin ada tadi sudah sebut RM140 juta backdate, biasanya kita tidak buat backdate. Ini pun yang dibuat ini untuk tahun 2013 dari segi cukai, bukannya cukai tahun ini. Penipuan saya sudah sebut tadi dia ada proses audit dan juga kelulusan LHDN. Organisasi ini mesti dapat kelulusan LHDN. Jadi dia kena teliti, dia kena lihat sama ada perkara ini hendak buat genuine kah ataupun tidak. Then ada pula proses audit. Yayasan ini di audit perjalanan dia.

Derma kena tunai – Yang Berhormat Pasir Mas derma untuk pahala tidak setuju untuk potongan cukai. Itu terserahlah. Kita nak bagi ruang siapa hendak bagi derma tidak mahu potongan cukai pun tidak ada masalah, dia tidak payah ambil resit. Dia boleh. Jadi dia tidak payah ambil resit, dia tidak payah buat potongan cukai. Makna dia derma secara ikhlas. Ada orang derma ikhlas juga tetapi dia hendak potongan cukai. Kita bagilah peluang, tidak mengapa.

final • 6:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Itulah maksud saya Yang Berhormat. Maknanya kalau dia hendak derma, kalau dia minta potongan cukai, itu yang saya tidak setuju. Kalau dia hendak derma tanpa potongan cukai, itu yang kita galakkan. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Kalau kita tidak setuju tidak boleh sebab dia yang minta, bukan kita yang minta potongan cukai. Yang Berhormat tidak mahu minta, alhamdulillah, bagus. Saya pun mungkin tidak minta. Akan tetapi kalau orang hendak minta kita tidak setuju pun, dia hendak minta, tidak mengapalah itu. Kita tidak hendak query sangatlah. Jadi tentang salah guna saya sudah jawab tadi, LHDN dia ada kriteria, ada audit.

Jumlah had jumlah sumbangan memang ada, 10% untuk syarikat, 7% untuk individu.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tentang masalah yayasan Konrad Adenauer ini, payah sedikitlah saya hendak jawab sebab ini authoritynya berada di kementerian lain. Akan tetapi yang pasti, kalau dia hendak minta pelepasan cukai kita tidak akan bagi, sebab kita sudah dapat pandangan Yang Berhormat semua. Kita ambil perhatian Yang Berhormat Pasir Mas tentang golongan- golongan yang berpotensi membayar cukai ini, AP holder, yang golongan jual tanah, balak, saya rasa ini sudah diberi tumpuan oleh LHDN, sebab itulah peningkatan pengutipan hasilnya begitu menggalakkan dan saya rasa peningkatan ini akan diteruskan pada masa- masa akan datang. Jadi...

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan boleh Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Penjelasan? Tadi tidak ada tanya pun.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sekarang tanya boleh? Minta penjelasan berkenaan potongan cukai e-filing, boleh?

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

E-filing pula dah.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh? Sebab Yang Berhormat ada menyentuh potongan cukai, jadi saya ambil kesempatan ini. Kalau boleh saya bangkitkan.

Kalau tidak boleh tidak mengapa sebab sekarang saya hendak bangkitkan suara pembayar cukai.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Okey, tidak mengapalah Yang Berhormat.

Selepas ini jumpa saya di luar boleh mengenai e-filing, sebab ini ada pegawai-pegawai di sini kita boleh bagi maklumat.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh ambil satu minit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Tidak mengapalah, tidak mengapa. Tidak payah.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya minta insentif sahaja yang guna e-filing, itu sahaja.

final • 6:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Sebab saya mungkin tidak tahu status terkini e- filing. Jadi tidak adil. Jadi kalau tanya saya pun, saya kata minta maaf, saya tidak tahu. Jadi nampak saya ini pun tidak cerdik sedikit. Jadi baik saya jangan bagi Yang Berhormat tanya.

Tanya di luar saya boleh bawa pegawai saya. Jadi itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih banyak-banyaklah. Minta maaf banyaklah kalau ada yang rasa tidak puas hati, tetapi inilah seikhlas-ikhlasnya. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin 16 April 201

final • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.01 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026