Apr022012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimanakah kementerian menterjemah keberkesanan Program Himpunan Satu Juta Belia dari segi pemahaman mereka terhadap program kerajaan untuk belia keseluruhannya.

final • 10:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di- Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong di atas soalan yang dikemukakan kepada pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Hari Belia disambut pada 15 Mei pada setiap tahun dan pertama kali diadakan pada tahun 1964.

Kebiasaannya sambutan yang diadakan ialah mengumpulkan sejumlah belia berada dalam satu dewan dan mendengar ucapan-ucapan sama ada pemimpin belia ataupun pemimpin kerajaan.

Akan tetapi sejak tahun 2010, formatnya telah diubah di mana formatnya ialah dengan memberikan peluang kepada belia untuk menunjukkan kebolehan dan kreativiti mereka di mana ucapan-ucapan daripada pemimpin adalah sangat kurang tetapi pemimpin datang untuk mendengar atau melihat kebolehan-kebolehan yang ditunjukkan oleh para belia semua. Venuenya kita menggunakan Putrajaya sebagai pentas besar di mana para belia dibenarkan untuk memilih tempat-tempat yang bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka tunjukkan.

Alhamdulillah dalam tahun 2009, jumlah penyertaan daripada belia ialah kira-kira 200,000 orang kesemuanya. Dalam tahun 2011 pada tahun yang lepas satu juta belia telah berkunjung ke sana dengan kira-kira 200 jenis acara telah dipertunjukkan pada waktu tersebut. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini kita mengharapkan sambutan Hari Belia Negara pada tanggal 23 hingga 27 Mei di Putrajaya pada kali ini akan dapat mencatatkan bahawa ia merupakan satu karnival kalau tidak terbesar di dunia pun antara sepuluh yang terbesar dan mungkin kita dapat mencatatkan yang terbesar di negara- negara Asia di mana pada hari tersebut kita mengendalikan karnival selama lima hari di mana sepanjang jalan sejauh enam kilometer diadakan pelbagai acara secara serentak.

Terdapat 28 segmen, 5,000 pelbagai aktiviti, ada 22 pentas besar dan ada lebih daripada 1,000 performers ataupun mereka yang membuat pelbagai pertunjukan dan kita harapkan dua juta belia untuk membanjiri Putrajaya pada kali ini.

Kesannya ialah kita mengharapkan ia akan menjadikan belia itu sendiri dapat menunjukkan kemampuan mereka. Kalau dahulunya mereka ramai orang mempunyai persepsi yang negatif, belia hanya mampu membuat perkara-perkara yang negatif, dadah, rempit, lepak dan sebagainya. Pada hari ini orang akan dapat menyaksikan bahawa belia di Malaysia sebenarnya belia yang bertenaga, belia yang kreatif, belia yang mampu untuk menunjukkan pelbagai perkara yang boleh mengagumkan bukan sahaja rakyat di negara ini tetapi rakyat seluruh dunia. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas usaha yang kementerian bawa untuk belia kita.

Saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri sendiri menjawab. Apa yang saya hendak teruskan di sini mengenai belia ini ialah kita nampak di mana kerajaan kita khususnya kepada kementerian menempatkan perbelanjaan untuk belia ini sebagai satu keutamaan programnya di mana ia menjadi satu investment dengan izin yang begitu tepat sekali kalau kita meletakkan perbelanjaan itu besar untuk belia. Saya ingin hendak tahu apakah pengisian kalau dahulu kita lihat trend dia, mula-mula 200,000 lepas itu satu juta lepas itu berapa juta lagi.

Ini menunjukkan pada tiap-tiap tahun kementerian akan sentiasa melakukan penambahbaikan, menggalakkan lebih ramai lagi belia melibatkan diri dalam program belia ini. Jadi, saya hendak tahu di sini adakah kementerian akan mengadakan modulnya dari segi program itu dijadikan satu program yang merupakan advance module dengan izin di mana ia meletakkan value added capacity dengan izin kepada setiap belia itu supaya mereka menjadi belia yang lebih berguna, lebih bertanggungjawab, lebih berdikari dan juga boleh dikatakan belia yang betul-betul boleh membimbing negara itu sebagai belia yang holistik. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucap terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya pendekatan yang dikemukakan pada sambutan hari belia ini adalah merupakan suatu modul baru yang paling besar sekali, ialah bagaimana kita memberitahu kepada belia untuk melepaskan nilai dalaman diri mereka yang tidak ternilai harganya.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Misalnya kalau kita bercakap tentang soal himpunan sejuta belia, kita hendak beritahu kepada mereka bahawa belia mempunyai kuasa yang besar sebagai kuasa pasaran yang besar, yang mana setiap pihak mesti datang dan mendekati belia bahawa belia ada kemampuan daripada segi kuasa beli. Misalnya kalau kita beritahu kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta, mereka mesti menghampiri belia kerana belia dalam diri mereka selepas belajar, mereka mendapat pekerjaan, perkara pertama yang mereka ingin beli ialah kereta, apabila mereka di peringkat pekerjaan. Ini disebabkan sekarang ini – rumah mungkin selepas itu. Hendak kahwin pun orang tidak hendak kahwin kalau tidak ada kereta.

Jadi, kita beri pilihan kepada Proton atau Perodua, Nissan dan sebagainya, siapakah brand ataupun jenama yang dianggap paling dekat kepada belia yang boleh menjadikan mereka sebagai kereta pertama kepada belia. Siapakah yang hampir, yang sanggup sponsor yang mendekati mereka dalam program-program belia, belia mesti menghampiri kepada mereka. Begitu juga syarikat-syarikat telco misalnya, Maxis kah, Celcom kah, bank, Tabung Haji yang semuanya mahu untuk mendekati belia mesti mengambil kesempatan. Oleh sebab itulah apabila kita beritahu kepada belia datang beramai-ramai, tunjukkan bahawa anda mempunyai kuasa beli yang besar, ada sejuta boleh berhimpun, maka ia adalah merupakan pembuka mata.

Oleh sebab itulah kita beritahu kepada belia, kalau dahulu pendekatannya kerajaan yang baik sentiasa memberikan berapakah peruntukan-peruntukan, ini kita boleh teruskan tetapi bagaimanakah persatuan belia yang baik, pergerakan belia yang baik boleh menunjukkan kreativiti mereka supaya mengambil kesempatan daripada kekuatan pasaran mereka itu. Banyak persatuan belia datang meniaga pada hari itu, dia jual ais kacang, dia boleh dapat RM10,000, RM20,000 satu hari kerana bilangan yang ramai. Ramai daripada mereka boleh mendekati jenama-jenama besar bahawa mereka perlu dekati dengan persatuan-persatuan belia dengan golongan belia supaya belia ini menjadi pemasar pada barang-barang mereka.

Misalnya satu segmen dalam sambutan Hari Belia, gadget world, yang mana mereka yang menjual barang-barang yang dikaitkan dengan telefon, barang elektronik, barang gadget, jualannya lebih besar daripada jualan yang diperoleh di PC Fair misalnya dan orang melihat bahawa belia ada kekuatan yang tersendiri. Inilah antara kita ingin menggalakkan belia sekalian, bukan sahaja ini sebagai model yang boleh dipindahkan di negeri-negeri, di daerah dan sebagainya, belia adalah kuasa yang besar dalam sistem ekonomi kita sekarang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status ‘feasibility study’ bagi Projek RAPID (Refinery and Petrochemical Integrated Development) yang dilaksanakan oleh Petronas di Johor. Apakah polisi Petronas dalam pemilihan rakan kongsi dan proses tender untuk memastikan ketelusan projek ini supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada kawan saya dari Gombak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, feasibility study dengan izin, bagi Projek RAPID (Refinery and Petrochemical Integrated Development) yang akan dilaksanakan di Johor telah pun siap. Berdasarkan laporan kajian tersebut, pelaburan di dalam Projek RAPID diklasifikasikan sebagai berdaya maju. Buat masa sekarang, kerja- kerja kejuruteraan asas, basic engineering, sedang dilaksanakan untuk menentukan jumlah kos pelaburan secara lebih tepat. Keputusan muktamad untuk pelaburan ini akan diputuskan pada pertengahan tahun 2013.

Setiap tender-tender utama untuk projek-projek Petronas akan dibuat secara terbuka dan dibentangkan di dalam mesyuarat lembaga pengarah atau jawatankuasa eksekutif syarikat untuk menjamin lebih ketelusan pada proses penganugerahan tender.

Selain daripada itu, rakan-rakan kongsi pelaburan akan dipilih berdasarkan pengalaman teknikal dan komersial serta kelebihan pemasaran manakala rakan teknologi pula akan dipilih berdasarkan kemajuan teknologi terbaik dan terkini berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Petronas. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa feasibility study ini telah pun siap dilaksanakan. Saya boleh menjangkakan dalam menyiapkan laporan kajian ini, sudah tentulah kerajaan juga mengambil kira tentang jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada lebih 900 buah keluarga yang terlibat dalam projek pembangunan ini di tujuh buah kampung di dalam kawasan Pengerang. Jadi, bolehkah Yang Berhormat berkongsi dalam Dewan ini, berapakah jumlah yang perlu dibayar kepada penduduk-penduduk di kampung yang berkenaan?

Kedua, dalam menjamin pelaksanaan tender terbuka yang juga telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah jaminan Petronas Carigali ataupun anak-anak syarikat ini dapat memainkan peranan yang penting yang utama dalam projek yang bernilai lebih USD20 bilion? Ini kerana kalau kita melihat trend yang lalu, ada kecenderungan projek-projek besar yang dilaksanakan oleh Petronas telah diberikan kepada Dialog Berhad dan Petronas hanya memegang satu jumlah saham yang kecil sahaja.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, projek Tanjung Langsat Storage Tank Terminal Facilities, dianugerahkan kepada Dialog Berhad dengan jumlah RM400 juta.

Petronas melalui anak syarikatnya MISC, hanya memegang 33% sedangkan Dialog Berhad memegang 40.7%.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Begitu juga dengan Risk Service Contract yang diberikan kepada...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Akhir. Balai pembangunan, Balai Cluster Marginal Field, Petronas Carigali hanya memegang 20%, Dialog Berhad memegang 32%.

Sedangkan Petronas mempunyai pengalaman yang luas di 30 buah negara di seluruh dunia dalam projek cari gali. Jadi persoalan saya ialah mengapa di dalam projek-projek yang besar ini tidak ada jaminan supaya Petronas memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memastikan pengalaman dan keberkesanan projek ini dapat dilaksanakan?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang pertama itu mengenai pampasan kepada penduduk-penduduk di Pengerang, Selatan Johor. Terlebih dahulu izinkan saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]

projek ini adalah sebuah projek di bawah Program Transformasi Ekonomi yang mempunyai kesan raksasa pada negara, kerana industri petrokimia telah memasuki satu alaf baru.

Dalam keadaan sebegitu, kapasiti refinery kita, downstream aktiviti kita perlu dilakukan secara lebih jitu dan kompleks. Dalam keadaan begitu, kita terpaksalah bersaing di peringkat antarabangsa. Dalam konteks itu, projek ini dianggap sebagai sebuah projek yang penting, sama seperti di Gebeng dan juga di Kerteh dan juga di beberapa pusat petrokimia oil and gas hub di Sabah dan Sarawak. Ini kerana lokasi Pengerang itu merupakan satu tempat yang begitu sesuai sekali untuk handling, dengan izin, storing, blending dan juga kedalaman...

final • 10:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Itu bukan soalan saya.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]

Nanti, nanti. Saya habiskan. Supaya nanti kita beritahu rasional projek ini kerana Yang Berhormat Gombak kata USD20 bilion, mengapa satu projek begitu raksasa dibuat. Rasionalnya. Ini kerana pampasan ini melibatkan rakyat. Kalau projek itu tidak berapa bernilai untuk negara, maka tidak sesuailah kita ambil di situ, memberikan kesusahan kepada rakyat. Maka, konteks itulah yang saya bincangkan sekarang Tuan Yang di-Pertua. Sejauh 20 kilometer deep sea, ia punya itu sesuai. Maka bolehlah VLCC datang ke sana. VLCC itu adalah very large crude container, carrier.

So dalam konteks itu, saya mengakui bahawa rakyat perlu diutamakan – ‘Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan’. Itu yang fokusnya. Maka sekarang kerajaan negeri, UPEN dengan PTG di peringkat negeri, sedang berunding dengan penduduk-penduduk, hampir 900 buah keluarga yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gombak, untuk mencari jalan yang paling sesuai untuk relocate penduduk-penduduk ini dan pampasan yang sesuai boleh diberikan kepada mereka kerana ramai daripada mereka terlibat daripada nelayan- nelayan di situ.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]

Maka dari sudut itu kerja-kerja belum habis dan sedang dalam proses, sekiranya ada masalah dan kekangan, tolonglah maklum balas supaya kita boleh bersama-sama prihatin terhadap mereka. Kedua ini, tender belum keluar lagi Yang Berhormat Gombak, maka tidak perlulah kita mengeluarkan tohmahan-tohmahan, menuding jari – maka kita pasti bahawa dalam mengira tender ini, ia mesti menggunakan competitive bidding, akan digunakan untuk mencari syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja-kerja ataupun mengendalikan projek tersebut di Pengerang. Maka saya meminta sekiranya ada syarikat-syarikat yang disyorkan oleh...

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya belum habis lagi, tolong hantarlah...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri jawab dalam Parlimen minggu lepas tender telah pun dibuka...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Persoalan saya ialah apakah jaminan Petronas memegang saham yang besar dalam projek yang penting seperti ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tender belum disiapkan lagi, ini satu percanggahan yang besar dalam Dewan Rakyat.

final • 10:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Nanti dahulu, Tuan Yang di-Pertua, ia dalam proses, maka kalau sekiranya Yang Berhormat ada syarikat, masukkan juga tender.

Petronas pun merupakan satu syarikat di bawah akta yang sedia ada, yang telah diluluskan

final • 10:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

di Parlimen dan dilaporkan segala aktiviti mereka di Dewan yang mulia ini setiap tahun.

Maka ini adalah satu tohmahan sahaja, terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin bertanyakan apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan agar Petronas ataupun syarikat nanti yang terlibat dalam projek mega ini benar-benar kompeten terhadap teknologi baru yang dibawa masuk dan tidak bergantung kepada kemahiran tenaga luar, ia seperti mana dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa masuk konsultan Singapura dalam pembinaan rumah-rumah murah mereka. Apakah jaminan kerajaan untuk memberikan peluang-peluang pekerjaan dan anggaran, berapa peluang pekerjaan yang diberikan ataupun yang akan diperoleh oleh penduduk-penduduk tempatan, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan di sini bahawa kepakaran dalam bidang petroleum merupakan satu yang begitu penting sekali dan itu sebabnya syarikat-syarikat luar telah digunakan di peringkat antarabangsa sebagai contoh yang dikatakan Balai Cluster yang disebutnya, ROC Oil Australia telah terlibat kerana kepakaran khusus melalui re-service contract yang diwujudkan dan seterusnya juga macam Berantai Field contohnya, Berantai Field, Petrofac dari UK terlibat, maka kenapa – dan bersama-sama syarikat ini, kita juga sama-sama mempunyai pemilikan dengan syarikat tempatan, contohnya Sapura-Kencana terlibat dengan Berantai Field dan dalam ROC Australia dalam kita punya projek Balai Cluster itu, Carigali terlibat dan maka dengan cara ini, kita meninggikan talent, tempatan dengan orang luar. Apabila mereka bekerjasama antara jurutera mereka dan juga golongan-golongan teknikal, maka kita belajar. So pembaharuan ini yang kita perlukan. Itu sebabnya dalam sektor petroleum yang begitu dinamik sekali teknologinya, perlu kerjasama sebegini.

Mungkin boleh diterangkan kepada Yang Berhormat Gombak nanti, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan:-

(a) apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Transformasi Luar Bandar; dan

(b) apakah pelan bertindak dan program-program khusus yang telah dan akan dilaksanakan di daerah Jempol.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Jempol terima kasih di atas soalan. Program Transformasi Luar Bandar ataupun RTP merupakan fasa terakhir dan pelengkap kepada Program Transformasi Negara bagi kawasan luar bandar. RTP adalah bertujuan untuk menarik pelaburan swasta menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat. Objektif pelaksanaan RTP adalah seperti berikut:-

(i) memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari dan mampu untuk menggunakan peluang dan sumber yang ada dengan optimum ke arah menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan menguntungkan;

(ii) mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing; menggalakkan pembangunan dan penempatan penduduk yang tersusun dengan dilengkapi infrastruktur asas serta kemudahan-kemudahan berkualiti yang bertaraf bandar;

(iii) mewujudkan persekitaran ekonomi yang sesuai untuk aktiviti keusahawanan dan menyokong segala aktiviti komersial.

Kelima, menjadikan masyarakat luar bandar sebagai pemangkin

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

yang menyokong segala usaha mengerakkan dan menjayakan program-program pembangunan luar bandar; dan

(iv) mewujudkan satu sinergi proaktif yang membabitkan usaha pihak-pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian serta program-program pembangunan luar bandar yang berkesan dan mampan.

Sepanjang pembentangan Bajet Tahun 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperincikan pelan tindakan dan program-program khusus di bawah RTP yang akan dilaksanakan oleh kerajaan melalui program-program di seluruh negara termasuk di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan seperti berikut.

Program luar bandar secara menyeluruh yang melibatkan usaha mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan ataupun one-stop centre di kawasan luar bandar. Setakat ini sebuah RTC telah ditubuhkan di Gopeng, Perak dan sebuah lagi RTC akan ditubuhkan di Kota Baharu, Kelantan. Kerajaan juga telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk dijadikan RTC seperti di Kuala Linggi, Melaka di mana capaiannya menjangkau 100 kilometer radius yang turut meliputi Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Bagi memastikan kejayaan RTC juga, mekanisme penubuhan mini RTC telah dilaksanakan dengan menjadikan kampung-kampung yang mempunyai kemudahan Medan Infodesa (MID), Pusat Internet Desa (PID), sebagai mini RTC yang akan berfungsi untuk menyokong pelaksanaan program-program di RTC utama. Kampung ini kemudiannya akan dijadikan sebagai model kampung moden yang kelak akan diadaptasi kepada kampung- kampung yang lain. Beberapa MID di Daerah Jempol Negeri Sembilan seperti di Kampung FELCRA Rompin, Kampung Serting Hilir dan Kampung FELCRA Ayer Hitam akan dijadikan mini RTC setelah penubuhan RTC Kuala Linggi, Melaka selesai.

Melalui program ini juga, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta melalui Bank Simpanan Nasional bagi mewujudkan dana perkhidmatan profesional kepada profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil secara pinjaman mudah.

Program Infrastruktur Asas Luar Bandar juga turut dilaksanakan bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif.

Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2012 bagi projek jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar di seluruh negara.

Bagi Daerah Jempol, secara khususnya KKLW telah memperuntukkan sebanyak RM36.7 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi pelaksanaan projek jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, program ameniti sosial dan program jalan kampung. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh pula Kementerian Luar Bandar telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4.7 juta bagi projek bekalan air di luar bandar dan jalan perhubungan desa di Daerah Jempol Negeri Sembilan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Di samping itu juga kerajaan juga akan terus melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA), projek infrastruktur asas (PIAS) dalam menaik taraf infrastruktur asas di luar bandar di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sejumlah RM500 juta. Program perkhidmatan perbankan di luar bandar pula akan dilaksanakan bagi meningkatkan akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar bandar. Melalui program ini, BSN akan melantik sejumlah 5,000 ejen di kawasan luar bandar di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatan yang meliputi transaksi simpanan dan pengeluaran, pembayaran bil serta pembelian Sijil Simpanan Premium.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta melalui BSN bagi pembiayaan pembangunan sistem latihan kepada agen dan kos operasi.

Keempat, dalam program memperkukuh perkhidmatan bas di luar bandar akan turut dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan bas yang lebih selesa, boleh dipercayai dan berkualiti di luar bandar. Peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta akan disalurkan kepada tabung pembangunan pengangkutan awam di SME Bank bagi membolehkan pengusaha bas berhenti-henti, bas mini dan bas sekolah memohon pinjaman mudah untuk membeli atau membaik pulih bas mereka. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, penyenaraian Felda Global Ventures adalah merupakan transformasi luar bandar yang sangat berkesan. Bukan sahaja menjadikan agensi FELDA itu berjaya tetapi masyarakat peneroka FELDA juga menjadi masyarakat yang berjaya. FELCRA juga mempunyai banyak sawit. FELCRA juga mempunyai banyak tanah-tanah. Apakah kementerian bercadang untuk menyenaraikan juga FELCRA di Bursa Saham Kuala Lumpur supaya ia dapat menjana ekonomi peserta- peserta peneroka FELCRA dan juga petani-petani kita di kawasan luar bandar yang bergantung kepada agensi FELCRA.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih kepada soalan yang dikemukakan dari Jempol. Pertamanya, berkenaan dengan penyenaraian FELDA. Sebenarnya secara khusus urusan ini adalah dikendalikan oleh pihak FELDA sendiri iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana itu, saya tidak berhajat untuk menjawab ataupun memberi komen sebab saya fikir dalam minggu lepas, satu penjelasan yang cukup panjang lebar. Apa yang berlaku semalam pun di Dataran Merdeka dapat menunjukkan apa dia reaksi rakyat kepada program yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi.

Berkenaan dengan FELCRA juga, beberapa kemungkinan boleh kita fikirkan asalkan faedah dan juga rahmatnya itu dapat didapati oleh rakyat. Jadi, oleh kerana itu soalan berkenaan dengan FELCRA tadi, adalah sesuatu yang mungkin kita fikirkan. Kalau keadaan mengizinkan, boleh menguntungkan rakyat, pada saya tidak menjadi masalah.

Cuma saya hendak beritahu, FELCRA ini sendiri pun dalam laporan tahunan pada tahun lepas telah mengumumkan keuntungan dividen FELCRA seluruh negara hampir RM1 bilion yang mana wang ini akan dipergunakan dan diagihkan kepada peserta bagi bukan sahaja hendak menambahbaikan projek mereka ini, malahan hendak untuk menggalakkan lagi usahawan-usahawan di kalangan peserta tersebut. Jadi, untuk di Parlimen Jempol sendiri, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 Kementerian Kemajuan Luar Bandar memperuntukkan hampir RM1 juta bukan sahaja dalam soal pemulihan dan penyatuan tanah tetapi juga dalam penanaman semula sawit. Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan mengapa Malaysia dengan penuh minat berunding dengan European Union dan negara-negara TPP apabila kedua-dua EU dan Amerika Syarikat berada dalam krisis ekonomi. Apakah nilai tambah untuk Malaysia dalam konteks ini?

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri l - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, rundingan perjanjian perdagangan bebas atau free trade agreement (FTA), dengan izin, dengan rakan-rakan dagang FTA mempunyai objektif jangka panjang yang antara lain termasuklah untuk mendapatkan pembukaan pasaran yang lebih luas daripada rakan dagang FTA, menarik pelabur asing ke Malaysia yang membawa masuk aliran modal dan teknologi serta membolehkan pengeksport tempatan berdaya saing di pasaran luar dengan adanya layanan keutamaan atau preferential treatment, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Kesatuan Eropah dan Amerika syarikat merupakan antara rakan dagang utama serta sumber utama bagi pelaburan asing yang penting bagi Malaysia. Selaras dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan pelaburan swasta kepada RM115 bilion setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagi meningkatkan pelaburan swasta sama ada melalui pelaburan domestik mahupun pelaburan asing. Bagi meningkatkan pelaburan asing, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan kesemua rakan dagang termasuklah Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Krisis ekonomi yang melanda Eropah dan Amerika Syarikat bukannya tetap dan berpanjangan, memandangkan negara-negara ini sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis ekonomi yang sedang dihadapi. Sebaik berjaya menangani krisis ekonomi ini, Malaysia akan berada di landasan terbaik untuk memasuki pasaran Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat melalui layanan keutamaan bagi akses pasaran untuk barangan keluaran Malaysia yang diperolehi dari perjanjian FTA yang dimeterai.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri l - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Di samping itu, Malaysia juga berpeluang untuk menarik pelaburan asing dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat apabila keadaan ekonomi negara-negara tersebut kembali pulih. Dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai langkah bagi menambah baik persekitaran perniagaan di Malaysia. Melalui FTA, ciri-ciri ketelusan, ramalan dan predictability, dengan izin, akan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur dalam membuat keputusan untuk melabur di negara ini. Secara tidak langsung dapat menggalakkan serta menjana pelaburan bagi Malaysia terutamanya pelaburan berimpak tinggi.

final • 10:30 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua pandangan sekarang mengenai masa depan ekonomi Eropah. Pertama, ahli economist seperti Nouriel Roubini melontarkan bahawa Euro Zone ataupun the monetory zone, akan collapse pada akhir tahun ini. Kedua, kita dapati bahawa economist seperti Joseph Stiglitz mengatakan bahawa ekonomi Eropah akan mengalami kelemahan ekonomi lebih kurang untuk the next four to five years. So, pada pandangan saya, saya tidak faham mengapa Kerajaan Malaysia hendak menandatangani satu perjanjian dengan satu ekonomi di Eropah yang dikatakan most uncertain. Itu satu.

Kedua, walaupun kita hendak berunding dengan mereka di mana mereka ada kelemahan daripada kita tetapi sekarang kita berunding dengan mereka untuk membuka pasaran perolehan kerajaan iaitu government procurement which is the heart of Malaysia's economic development. Kedua, kita juga memberi kepada mereka ruang untuk cabar kedaulatan Malaysia melalui bab pelaburan yang memberi peluang kepada pihak firma antarabangsa, gergasi, untuk cabar Kerajaan Malaysia di pusat ataupun Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. So, bukankah kedua-dua pandangan ini yang saya utarakan tadi iaitu why are we negotiating with the weak Europian Union? Itu satu and although we are negotiating with the weak Europian Union, we are giving in too much. Walhal, kita adalah strong dan kita mesti dapat lebih daripada mereka tetapi nampaknya mereka mendapat kelebihan daripada kita. So, apakah sebenarnya perjanjian bebas FTA di antara Malaysia dengan Eropah ini betul-betul membawa manfaat kepada Malaysia? Minta penjelasan.

final • 10:30 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tuan Yang di-Pertua, suka saya nyatakan di sini bahawa di sebalik setiap krisis selalunya ada peluang. Kita dapati bahawa dalam kes krisis yang dihadapi oleh Euro Zone ini, kita perlu faham bahawa EU adalah dianggotai oleh banyak negara. Di antara negara-negara tersebut ada yang betul-betul bermasalah, seperti yang kita tahu Greece dan sebagainya.

final • 10:30 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Akan tetapi ada juga negara-negara tertentu di dalam Euro zone itu yang masih kaya-raya. Mereka apabila mendapati bahawa mereka turut terlibat dalam soal hendak menyelamatkan negara-negara anggota EU dalam keadaan hampir bankrap ini maka mereka mencari peluang-peluang lain di luar negara.

Apabila mereka melihat kepada China sebagai sebuah pasaran yang terbentang luas peluang ini bagi mereka, mereka rasakan bahawa perlu untuk mereka ada dekat dengan China tetapi tidak semestinya di dalam China. Rantau yang paling menarik bagi mereka adalah ASEAN dan dari kalangan-kalangan negara ASEAN pula adalah Malaysia.

Itu sebabnya kita dapati dalam keadaan krisis di Euro zone seperti yang disebutkan oleh Roubini dan Stiglitz tetapi peluang-peluang yang datang ke Malaysia dalam keadaan krisis itu begitu menarik sekali. Oleh kerana ia betul-betul memenuhi permintaan kita iaitu pelaburan yang begitu berteknologi tinggi, nilainya tinggi, yang intensifkan modal.

Tujuannya ialah untuk menembusi pasaran ASEAN juga China dan India. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai krisis di Eropah itu jawapan saya secara amnya ialah di sebalik krisis ada banyak peluang.

Keduanya ialah soal perolehan kerajaan. Ini pun banyak kali sudah Yang Berhormat Klang telah bangkitkan, dalam penggulungan sesi yang lepas pun telah disentuh mengenai Philip Morris dan Uruguay. Kita faham akan kebimbangan ini. Sekali lagi ingin saya nyatakan di sini bahawa kita mengambil pendekatan fleksibel, di mana walaupun kita berunding dengan rakan-rakan perdagangan kita, dalam soal perolehan kerajaan ini kita mempunyai beberapa syarat-syarat tertentu yang membenarkan kita untuk mewujudkan keadaan fleksibel itu.

final • 10:40 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Jadi, yakinlah supaya kita sentiasa berbincang dengan semua pihak-pihak yang berkepentingan iaitu stakeholders seperti industri dan sebagainya sebelum kita membuat sebarang keputusan. Yakinlah juga, setiap kali kita berunding dengan semua pihak ini termasuklah dengan EU dan juga TPP. Wakil-wakil daripada pihak AG Chambers dengan izin, turut hadir untuk memastikan supaya segala yang kita persetujui itu tidak bercanggah dengan undang-undang tempatan kita.

Kalau wujud sebarang perkara yang agak musykil maka perkara ini akan dibangkitkan di peringkat jemaah Menteri untuk dibangkitkan. Jadi, saya ingin yakinkan Yang Berhormat bahawa tidak akan ada sebarang perkara yang kita persetujui yang akan menjejaskan kepentingan negara.

final • 10:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat katakan di sebalik keadaan yang berlaku kita ada perkara yang kita boleh kita rebut iaitu kita melihat terutamanya dari segi teknologi.

Di sini adakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa dalam keadaan negara-negara EU misalnya termasuk Jepun sekalipun yang berada dalam keadaan yang begitu tidak menentu? Mereka mempunyai teknologi yang cukup hebat dan di sini kita perlu ada galakan dan insentif daripada syarikat- syarikat Malaysia supaya mereka dapat merebut perpindahan teknologi yang terdapat di negara-negara berkenaan untuk kita manipulasikan dalam pasaran ataupun kita terlibat dalam manufacturing sekurang-kurangnya.

Di sini apabila kita melihat berlaku keadaan uncertainty dengan izin Tuan Yang di- Pertua dengan negara EU, fokus kita adalah kepada TPP iaitu TPP ini kita lihat ada Vietnam, Peru, New Zealand, Chile, Singapura dan lain-lain. Akan tetapi dalam negara TPP ini ada beberapa perkara terutamanya Amerika Syarikat yang banyak juga turut mendominasi dalam beberapa aspek terutamanya dari segi aspek pelaburan dan lain-lain dalam environment dan sebagainya, yang kita lihat juga perlu seimbang.

Kita tidak boleh benarkan Amerika turut mendominasi di dalam kerjasama ini. Jadi, apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan dalam memastikan setiap kerjasama termasuk FTA yang kita telah tandatangani ini juga turut memberikan keadaan win-win dan juga turut memberi kelebihan kepada negara kita. Kita seolah-olah menjadi pemain utama dalam keadaan yang seumpama ini, terutama kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan pertama, memang apabila krisis-krisis ini berlaku di negara-negara yang menjadi pengeluar teknologi tinggi, kita mengambil kesempatan untuk cuba memperoleh teknologi ini melalui pelbagai perjanjian termasuklah Technical Assistants Agreement.

Contohnya daripada negara Jepun, oleh kerana mereka menghadapi pelbagai krisis khususnya yang datangnya daripada malapetaka yang telah mereka alami setahun yang lepas. Maka banyak juga syarikat-syarikat Jepun yang telah memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan khususnya dalam bidang-bidang yang berteknologi tinggi. Ia menepati permintaan kita contohnya di dalam sektor automotif. Jadi memang pun kita menggalakkan syarikat tempatan kita untuk menerokai peluang-peluang dari negara-negara yang mengalami krisis tetapi menjadi sumber teknologi supaya kita dapat memanfaatkan keadaan tersebut. Ini tidak bermaksud kita hendak mengambil kesempatan di atas kesengsaraan pihak lain tetapi kita cuba untuk membantu mereka.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai TPP, di mana diandaikan bahawa Amerika Syarikat memainkan peranan dominasi walaupun ada banyak lagi negara-negara lain yang terlibat. Suka saya nyatakan di sini bahawa TPP ini masih lagi dalam proses rundingan. Banyak negara terlibat dalam rundingan tersebut. Dalam banyak hal juga ada kelompok negara-negara yang mempunyai kepentingan yang sama apabila kita berhadapan dengan anggota rundingan yang lebih besar, contohnya Amerika Syarikat.

Jadi oleh kerana itu, saya rasakan bahawa keadaan sekarang di dalam TPP ini lebih baik daripada sewaktu kita berunding dengan Amerika Syarikat secara bilateral, di mana rundingan satu dengan satu ini di antara sebuah negara ekonomi gergasi ini dengan ekonomi yang semakin membangun seperti Malaysia kadang-kadang dilihat sebagai tidak seimbang.

final • 10:40 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Walaupun begitu, kita sentiasa memerhati setiap langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat di dalam rundingan TPP ini termasuklah yang terbaru iTech satu agensi yang akan memantau setiap perjanjian yang telah dimanterai antara anggota-anggota FTA yang telah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat dan daripada ketentuan itu kiat akan memastikan apa langkah-langkah yang kita ambil untuk menjamin kepentingan negara kita. Terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Pelancongan menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dicapai terhadap program homestay mengikut negeri-negeri di Malaysia. Apakah kementerian bersetuju dengan pandangan bahawa homestay adalah perniagaan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Katil, program homestay merupakan satu produk pelancongan yang berasaskan kepada konsep pelancongan komuniti ataupun community-based tourism. Untuk menarik ramai pelancong ke Malaysia dengan menawarkan satu bentuk pengalaman yang unik daripada aspek kebudayaan dan gaya hidup masyarakat kampung. Selain daripada itu, program homestay mengabung aktiviti- aktiviti agrotourism dan ecotourism. Sejak ia dilancarkan pada tahun 1995 program homestay dilihat terbukti memberi kesan yang positif terhadap industri pelancongan negara dan masyarakat luar bandar berdasarkan penilaian ataupun analisis Kementerian Pelancongan.

Program homestay yang dibangunkan di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar sememangnya satu usaha kerajaan dalam melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa bagi meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka hasil daripada industri pelancongan negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Untuk itu, Kementerian Pelancongan menggalakkan para pengusaha homestay untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dengan memperkayakan aktiviti serta pakej homestay melalui perusahaan mikro homestay iaitu pengusaha homestay juga turut terlibat dalam perusahaan industri kecil seperti membuat kraf tangan, batik, membuat makanan tradisional dan sebagainya yang dijual kepada pelancong-pelancong homestay.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010, jumlah pendapatan keseluruhan homestay telah meningkat sebanyak 13.6% iaitu RM12.4 juta berbanding RM10.9 juta pada tahun 2009. Manakala jumlah kedatangan pelancong ke homestay pada tahun 2010 pula telah meningkat sebanyak 21.6% iaitu dengan jumlah keseluruhan seramai 196, 472 orang pelancong berbanding pada tahun 2009 di mana jumlah keseluruhan adalah seramai 161, 561 orang pelancong.

Pada tahun 2011, jumlah pendapatan keseluruhan telah meningkat sebanyak 26.8% iaitu RM15.7 juta berbanding tahun 2010. Manakala jumlah kedatangan pelancong ke homestay pada tahun 2011 pula telah meningkat sebanyak 29.8% iaitu dengan jumlah keseluruhan seramai 254, 981 orang pelancong berbanding pada tahun 2010, sekian.

final • 10:50 AM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang panjang lebar. Walau bagaimanapun, saya ingin melihat kepada beberapa perkara berbanding dengan jumlah kehadiran pelancong ke negara kita pada tahun 2011 seramai 24.7 juta orang. Berpandangan ini, kalau kita lihat pelancong- pelancong yang ke destinasi homestay amat rendah, cuma 0.01% iaitu 254, 981 orang.

Apakah agaknya faktor-faktor yang menyebabkan hasil ini sedangkan Kementerian Pelancongan giat membuat promosi-promosi dan juga iklan-iklan tentang homestay? Di samping itu, homestay di negeri manakah yang menjana pendapatan yang tertinggi dan apakah sebabnya? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukti Katil atas soalan yang cukup baik tentang homestay. Faktor-faktor yang menyebabkan tidak ramai pelancong-pelancong datang ke homestay ialah atas beberapa faktor:-

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

(i) ketidakhadiran pelancong sebab operator agensi pelancongan gagal membawa pelancong ke homestay walaupun sudah dijanjikan oleh dua pihak itu;

(ii) perkhidmatan diberi oleh pengusaha homestay tidak begitu memuaskan untuk pelancong-pelancong;

(iii) kadar pembayaran untuk penginapan terlalu tinggi, tidak seimbang dengan kualiti prasarana yang disediakan; dan

(iv) lokasi homestay terpencil yang menyumbang kesulitan untuk perjalanan lebih-lebih lagi di negeri Sarawak.

Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pelancongan kerap mengadakan kursus jangka pendek, latihan dan workshop dengan tujuan untuk menambah dan menaik taraf ilmu pengetahuan pengusaha-pengusaha homestay di dalam pengurusan strategik business mereka. Untuk pertanyaan kedua tentang negeri manakah pendapatan tinggi di homestay, negeri Pahang dengan 14 homestay pada tahun 2011 menjana pendapatan RM3.55 juta untuk negeri Pahang. Negeri Sabah adalah negeri kedua dengan 16 homestay menjanakan pendapatan RM3.06 juta.

Antara sebab kenapa Pahang dan Sabah mendapat pendapatan yang tinggi?

Pengusaha homestay mendapat pendapatan yang tinggi adalah kehadiran pelancong yang ramai. Untuk negeri Pahang, jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2011 ialah 58,897 orang dan untuk negeri Sabah ialah 26,668 orang. Seterusnya ialah kedua-dua negeri ini di mana homestay itu terletak adalah berhampiran dengan tapak-tapak alam semula jadi seperti Taman Negara di Pahang dan Cameron Highlands. Di Sabah pula di Kinabatangan seperti Lower Kinabatangan Ramsar Site di mana terdapat kepelbagaian biologi amat tinggi termasuk keunikan binatang-binatang yang ada di situ seperti proboscis monkey ataupun nama localnya ialah orang Belanda dengan hidungnya mancung seperti itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dengar kata ada pendapatan yang agak baik daripada sumber yang dihasilkan daripada homestay. Saya hendak tanya kaedah bagaimana kementerian membantu untuk meningkatkan kemudahan? Saya perhatikan ada satu peruntukan yang agak besar pada belanjawan yang lalu di bawah P31 di bawah Perkara 2800 diperuntukkan RM30 juta untuk peningkatan homestay sahaja. Saya hendak tanya cara kaedah macam mana peruntukan ini dibagi, adakah untuk rumah yang dijadikan homestay atau menggunakan kemudahan lain? Setakat ini kalau Timbalan Menteri katakan untuk negeri Pahang, pendapatannya cuma dalam RM3 juta berbanding dengan RM30 juta untuk peruntukan meningkatkan kemudahan. Jadi, saya hendak tanya kaedah apa yang digunakan untuk pembahagian jumlah untuk peningkatan kemudahan homestay ini?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Sememangnya Kementerian Pelancongan menyediakan peruntukan yang agak banyak untuk memperbaiki prasarana-prasarana di destinasi-destinasi homestay kerana yang perlu adalah prasarana seperti jalan masuk ke homestay semestinya baik.

Yang kedua, dewan orang ramai kerana dewan orang ramai adalah perlu untuk pertamanya jika pelancong datang, pengusaha-pengusaha homestay menunjukkan pentas kebudayaan di dalam dewan orang ramai. Selain daripada itu, pengusaha-pengusaha homestay juga terlibat dalam melatih dan mengajar pelancong-pelancong tentang kraf tangan, tentang masakan setempat seperti di homestay tersebut. Oleh itu, amatlah penting untuk menaik taraf prasarana seperti itu, lebih-lebih lagi di homestay-homestay yang berhampiran dengan bandar.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Pada tahun lepas, pendapatan keseluruhan untuk homestay pada tahun 2011 ialah RM15.74 juta untuk semua pengusaha homestay di negara kita. Oleh itu, kementerian sentiasa membantu jika perlu juga di dalam rumah homestay jikanya bilik air itu tidak sempurna, tidak begitu sesuai untuk pelancong lebih-lebih lagi pelancong daripada luar negara. Maka kementerian juga membantu untuk menaik taraf supaya ianya lebih sempurna dan lebih sesuai lagi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah] minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai dasar baru oleh Jabatan Akauntan Negara yang mencadangkan pemberian kemudahan kod potongan gaji kakitangan kerajaan kepada bank-bank komersial dan institusi kewangan, selama ini potongan gaji melalui Angkasa. Apakah implikasi yang akan berlaku kepada Koperasi Kredit khususnya sekiranya cadangan ini dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat cadangan ini masih lagi di peringkat perbincangan dan belum lagi dilaksanakan. Kerajaan masih dalam proses mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang terlibat terutamanya implikasi dan kesan kewangan yang mungkin timbul sekiranya ianya dilaksanakan. Justeru pelaksanaannya hanya akan dibuat apabila kerajaan berpuas hati ianya diterima baik oleh semua pihak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menghargai jawapan yang sedang dinanti- nanti, ditunggu-tunggu oleh koperasi kredit khususnya pihak Angkasa yang secara jelas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Walaupun pada tahun 2009, sudah ada cadangan daripada pihak kerajaan tetapi mendapat bantahan yang kuat daripada pihak Angkasa dan juga koperasi kredit.

Soalan tambahan saya ialah mungkin ada justifikasi yang kuat yang menyebabkan kerajaan menggubal dasar tersebut kerana mungkin ada bantahan-bantahan ataupun ada masalah-masalah di peringkat Angkasa ataupun Bank Simpanan Nasional ataupun Co- Share yang saya difahamkan mendapat kod potongan tersebut yang menyebabkan kerajaan mencadangkan supaya potongan gaji juga diberi kepada bank-bank komersial.

Jadi bolehkah pihak kementerian memberikan jawapan bahawa apakah perkara yang menyebabkan keputusan itu dibuat ataupun memang ada masalah besar yang selama ini pihak yang telah mendapat kod tersebut tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali. Pohon penjelasan, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa ini merupakan satu cadangan yang dipertimbangkan oleh kerajaan. Belum lagi di peringkat pelaksanaan. Sukacita saya beri beberapa pertimbangan yang terpaksa kita buat sebelum kita menentukan sama ada dasar ini perlu dilaksanakan atau tidak. Pertamanya, sekiranya ianya dibukakan kepada institusi perbankan apakah ianya semestinya memberi kos yang rendah kepada peminjam, kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Keduanya, adakah ia boleh menambahkan pendedahan hutang pegawai kerajaan apabila ada pula institusi-institusi tambahan yang boleh diambil pinjaman. Ketiganya ialah pertimbangan apakah kegiatan ini perlu dibuka kepada bank-bank yang sememangnya mempunyai kegiatan-kegiatan utama yang lain. Apakah kita perlu bagi lagi kepada bank padahal pada masa yang sama ada juga berpandangan bahawa bank ini sudah banyak, mungkin kita bagi kepada institusi lain bukan bank untuk menjalankan kegiatan ini. Ini juga pertimbangan dan sekiranya kita bukakan ini apakah kesannya nanti kepada institusi- institusi yang sedia ada seperti Angkasa, Bank Rakyat dan sebagainya.

Oleh sebab itu ia melibatkan pelbagai pertimbangan dan sebab itu kita perlu teliti sebelum kita laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Koperasi ini banyak signifikannya kepada orang-orang muda terutamanya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sendiri menjadi Ahli Koperasi LLM. Hendak kahwin dulu pinjam duit koperasi tetapi syaratnya Tuan Yang di-Pertua beza antara koperasi dengan bank ini kita mesti jadi ahli. Itu yang paling ketaralah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Soalan saya, mudah, dia lebih kepada bentuk dasar. Bagaimanakah nanti dasar baru Jabatan Akauntan Negara dalam menyediakan kod potongan gaji kepada institusi kewangan dan bank-bank komersial boleh memberikan faedah yang lebih baik kepada anggota kerja awam serta pada masa yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam memberikan perlindungan agar syarikat koperasi kita nanti boleh bersaing secara kompetitif dan seterusnya

final • 11:00 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

memberikan sumbangan kepada kemakmuran ekonomi negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuba menyatakan bahawa ini bukanlah suatu dasar baru yang dilaksanakan. Ini merupakan cadangan kepada dasar yang perlu kepada pertimbangan oleh kerana terdapat pelbagai pertimbangan seperti mana yang saya sebutkan tadi. Memang salah satu daripada hujah untuk membenarkan bank-bank ini ialah dari segi kos yang dirasakan bahawa ianya lebih murah sekiranya dibuka kepada bank-bank. Ini pun satu persoalan kerana ada juga pandangan kita yang mengatakan bank-bank ini selalunya kosnya mahal, marginnya tinggi.

Jadi ini perlu kita teliti dan sekiranya benar-benar kos yang akan diuruskan oleh bank ini lebih murah daripada yang diuruskan oleh koperasi maka soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu adalah relevan.

Apakah koperasi-koperasi ini seperti Bank Rakyat umpamanya yang mendapat keuntungan yang besar yang memberi dividen 15%, 20% sama ada keuntungan seperti ini dapat dikekalkan. Sekiranya satu daripada kegiatan utama pinjaman kepada pegawai- pegawai kerajaan ini dibuka kepada bank-bank lain. Oleh sebab itu saya rasa ianya tidaklah begitu mudah dan straight forward dan kita perlu teliti supaya kita tidak mahu melaksanakan sesuatu yang boleh menerima pelbagai kesan negatif sekiranya dilaksanakan. Jadi terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

7. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sasaran dan langkah-langkah kementerian bagi mewujudkan usahawan kecil Bumiputera bagi mengimbangi kekurangan golongan berkenaan dengan kaum lain dan nyatakan langkah bagi meningkatkan ekuiti atau pegangan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mewujudkan usahawan-usahawan kecil ini adalah dengan menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan, meningkatkan program bimbingan dan latihan keusahawanan, menganjurkan program pemasaran dan menyediakan premis perniagaan. Pada tahun 2011, seramai 5,498 orang usahawan telah mendapat pembiayaan daripada kementerian melalui Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) daripada MARA, KESEDAR, dan RISDA.

Manakala seramai 6,409 orang peserta telah mengikuti program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi di bawahnya.

Bagi membolehkan usahawan kecil berniaga diruang niaga yang selesa dan strategik, kementerian telah menyediakan pelbagai jenis premis perniagaan seperti kompleks perniagaan, rumah kedai, bengkel, gerai dan lain-lain.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Kementerian juga membantu usahawan kecil dalam aspek pemasaran seperti penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD), mini KUD dan penyertaan di ekspo dan pameran produk usahawan di dalam dan luar negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam, bagi meningkatkan ekuiti bumiputera pula, Kementerian melalui MARA dalam melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Korporat yang disebut ‘the BARON’ di mana MARA menyediakan pembiayaan kepada pengurus-pengurus syarikat untuk membeli saham syarikat berkenaan. Sehingga kini, on record, ada seramai lima peminjam telah mendapat faedah dari program ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan saya.

Pada masa ini terdapat lebih kurang 800,000 syarikat kecil dan sederhana dan daripada jumlah itu hanya lebih kurang 200,000 atau 25% syarikat adalah dimiliki oleh bumiputera.

Jadi soalan saya ialah sejauh manakah agensi-agensi KKLW tadi iaitu MARA dan TEKUN misalnya yang telah memperkenalkan skim pinjaman yang lebih inovatif kepada usahawan bumiputera ini bagi mengecilkan jurang di antara usahawan bumiputera dengan bukan

final • 11:10 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

bumiputera. Apakah langkah bagi meningkatkan pendapatan syarikat milik bumiputera ini yang 88% adalah syarikat kecil dan mikro dengan menghasilkan pendapatan yang kurang RM250,000 setahun ataupun kira-kira RM20,000 sebulan? Bagaimanakah syarikat MARA ini dapat menyediakan peluang-peluang perniagaan yang mencukupi untuk usahawan- usahawan bumiputera ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya hendak jawab ya? Okey, terima kasih. Sebenarnya pihak kementerian memang ada banyak memberikan kemudahan-kemudahan pinjaman ini kepada usahawan-usahawan sama ada di kementerian sendiri ataupun melalui agensi- agensi kerajaan di bawah kementerian ini. TEKUN yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bukan di bawah pentadbiran kita. Ini kalau tidak silap saya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Jadi berkaitan dengan kementerian kita, selain daripada Kementerian Luar Bandar, MARA dan juga agensi-agensi seperti RISDA dan juga Pembangunan Wilayah seperti KESEDAR, mereka telah mengusahakan dan memberikan pinjaman-pinjaman ini.

Setakat pada tahun 2011, untuk makluman Yang Berhormat, seramai lebih kurang 6,029 orang usahawan mendapat pinjaman yang disebut oleh Yang Berhormat tadi sama ada di industri kecil sederhana dan sebagainya dan ada seramai lebih kurang 6,000 orang mendapat peluang ini.

Daripada jumlah usahawan 6,000 orang tadi, jumlah pembiayaan yang telah kita agihkan adalah sebanyak RM441 juta kepada enam orang usahawan yang telah saya luluskan tadi. Jadi inilah yang kita berikan. Maknanya tadi tidak bertumpu kepada MARA sahaja. Di kementerian kita ada SPED dan juga macam-macamlah. SPED ini adalah singkatan kepada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa. Begitu juga kalau di MARA, kita ada Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres. SPED ini adalah memberi pinjaman kepada mereka yang ’Kelas F’ dan sebagainya yang mendapat kerja-kerja di pejabat daerah, dia boleh meminjam terus daripada pihak MARA. Memang sebab itulah kita sebut kontrak ekspres. Ini pun jumlah yang ramai juga iaitu lebih kurang 4,095 pada tahun lepas. ‘the BARON’ yang saya sudah sebutkan tadi. Begitu juga agensi- agensi wilayah seperti KESEDAR, ia adalah satu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa yang seramai 19 orang usahawan mendapat faedah daripada skim ini. RISDA, kita ada Skim Aktiviti Ekonomi Tambahan.

Pendek cerita, agensi ini memang banyak bukan sahaja memberikan bimbingan, memberikan tunjuk ajar malahan menyediakan dana untuk mereka memulakan perniagaan.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menambahkan saham ataupun hendak membeli saham dalam syarikat mereka bekerja, kita ada pula satu skim di bawah MARA yang kita sebut ‘the BARON’ Ini dalam konteks worlds circulation pengkayaan, begitulah. Konsep ‘the BARON’ ini, dia bekerja dalam syarikat tersebut dan pihak MARA ada memberikan pinjaman bagi membolehkan pekerja ataupun pengurus dalam syarikat tersebut membeli saham dalam syarikat berkenaan. Jadi begitulah untuk makluman Yang Berhormat. Berbagai-bagai kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini. Terima kasih. Sudah menjawab semua soalan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjelaskan bahawa antara usaha kerajaan membantu usahawan kecil bumiputera ini ialah dengan menyediakan ruang-ruang niaga untuk mereka memasarkan produk-produk mereka. Apakah sejauh ini dan apakah langkah yang telah dilakukan supaya produk-produk usahawan kecil bumiputera ini dapat mempertingkatkan terutama sekali yang berdaya maju untuk memasarkan produk-produk mereka di hypermarket, sebab kita difahamkan bahawa untuk usahawan kecil memasarkan produk-produk mereka di hypermarket macam di Tesco, Econsave, Giant dan sebagainya, mereka terpaksa untuk membayar deposit yang begitu tinggi. Apakah kerajaan boleh mengenakan suatu peraturan dan syarat tertentu kepada hypermarket ini untuk memberi laluan yang agak selesa kepada usahawan kecil bumiputera memasarkan produk mereka sebab sebenarnya kita yang memberi ruang kepada hypermarket dan mereka sepatutnya memberi satu balasan yang setimpal kepada usaha-usaha terutama sekali usahawan kecil. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita juga ada menyediakan premis-premis perniagaan di merata tempat. Dalam konteks ini, kita ada membina kilang-

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

kilang, rumah kedai, bengkel, gerai, medan selera, bazar, arked, kompleks, lot komersial dan sebagainya. Ini dari segi premis-premis perniagaan yang disiapkan oleh MARA sendiri.

Dalam konteks hubungan untuk memasarkan barang-barang daripada kawasan luar bandar ini untuk ke hypermarket, usaha ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang mempunyai beberapa syarat untuk membolehkan hypermarket ini dibina, diuruskan dan sebagainya. Pihak kita telah berusaha sama dan bekerja ke arah untuk hendak membolehkan usahawan-usahawan ataupun usahawan-usahawan kecil tadi kalau dia hendak berniaga ke hypermarket, kita bantu dari segi kita memberikan pinjaman. Sudah tentu ia memerlukan satu modal yang agak besar juga kerana hendak buka premis dan sebagainya. Ada kemudahan ini yang diberikan oleh pihak MARA sebagai contoh ataupun daripada pihak agensi-agensi wilayah.

Jadi dalam konteks ini mudah sedikit kerana ada beberapa syarat yang diberikan, yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri memudahkan kita untuk meletakkan barang-barang ini. Malahan bukan sahaja di hypermarket-hypermarket sebagaimana Yang Berhormat Baling telah sebutkan tadi, kita juga telah berjaya memasarkan barang-barang kita keluar negara. Sebagai contoh di Heralds di London dan sebagainya. Barang-barang kampung yang hari ini kita telah dapat sama ada melalui tender ataupun melalui contact- contact kita ataupun promosi-promosi luar negara yang kita telah dapat sampaikan kepada peringkat yang antarabangsa tadi. Hypermarket itu memang sudah berjalan dan kemudahan memang sedia ada. Terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telor dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012. Sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit kerajaan untuk atasi perkara ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pada 16 Julai 2010, kadar kenaikan harga petrol RON95 adalah lima sen daripada RM1.80 kepada RM1.85. Seterusnya meningkat lagi lima sen pada 4 Disember 2010 menjadi RM1.90 seliter. Tiada kenaikan harga petrol RON95 pada tahun 2011 sehingga kini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Walau bagaimanapun, kenaikan ini tidak membebankan pengguna kerana jumlah kenaikan yang sedikit. Sebagai contoh, jika jumlah bulanan penggunaan petrol bagi kereta sebanyak 300 liter sebulan, pengguna hanya akan menanggung kos RM15 akibat kenaikan lima sen seliter. Bagi pengguna motosikal pula, anggara penggunaan petrol mereka adalah 50 liter sebulan. Mereka akan menanggung kos tambahan RM2.50 akibat kenaikan harga ini.

Harga gula pula meningkat 20 sen daripada RM1.45 kepada RM1.65 sekilogram pada 1 Januari 2010 seterusnya meningkat 20 sen pada 16 Julai 2010 daripada RM1.65 kepada RM1.90 sekilogram. Seterusnya meningkat 20 sen menjadi RM2.10 sekilogram pada 4 Disember 2010. Pada tahun 2011, kadar kenaikan harga gula 20 sen menjadi RM2.30 sekilogram dan kekal sehingga kini.

Bagi kenaikan harga gula, ia juga boleh dikatakan tidak memberikan kesan yang besar kepada pengguna. Contohnya, bagi setiap isi rumah anggaran penggunaan gula dalam sebulan adalah sebanyak 5 kilogram. Mereka hanya perlu menanggung lebihan kos RM1.00 akibat kenaikan 20 sen sekilogram. Harga tepung gandum kegunaan am dan minyak masak masing-masing kekal RM1.35 sekilogram dan RM2.50 sekilogram pada tahun 2010 sehingga 2012.

Sementara itu, telur dan susu bukan barangan kawalan dan harganya bergantung pada harga pasaran semasa. Kenaikan harga barangan pastinya memberi impak kepada peningkatan kos sara hidup penduduk miskin bandar dan luar bandar. Di samping itu, kerajaan juga berusaha memerangi masalah peningkatan kos sara hidup melalui bantuan

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

kepada rakyat. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang diharap akan membantu meringankan beban rakyat.

Antara langkah dan strategi yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut:-

(i) kerajaan tetap memberi subsidi dengan mengawal harga dan bekalan barang kawalan yang merupakan barang keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961;

(ii) mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang merupakan inisiatif oleh kerajaan yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka;

(iii) meneruskan projek pengedaran barang-barang perlu seperti gula, tepung gandum, minyak masak dan bahan api di kawasan pedalaman di seluruh negara terutamanya Sabah dan Sarawak supaya penduduk pedalaman dapat menikmati harga barang kawalan pada harga yang diwartakan;

(iv) menjalankan kempen kuasa pengguna yang mendidik pengguna mempraktikkan kuasa mereka dalam membuat pilihan barangan yang diwartakan pada harga yang berpatutan dan memberi nilai untuk wang, value for money, dengan izin;

(v) memperkenalkan program Menu Rakyat 1Malaysia dalam membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan melalui kerjasama di antara kementerian dan pengusaha premis makanan. Program ini menawarkan pakej makanan dengan harga berpatutan bagi sarapan pagi iaitu RM2 dan makan tengah hari iaitu RM4;

(vi) mengawal harga barang perlu semasa musim perayaan supaya harga dan bekalan barangan keperluan utama seperti daging, ayam, bawang, telur dan sayur sayuran adalah mencukupi dan ditawarkan pada harga yang telah ditetapkan;

(vii) mengadakan sesi dialog dan perbincangan secara berkala dengan industri yang berkaitan bagi menerangkan tentang isu kenaikan harga dan meminta supaya industri tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga secara keterlaluan. Dalam masa yang sama, memohon komitmen industri untuk menambahkan bekalan sekiranya perlu terutamanya pada musim-musim perayaan;

(viii) kementerian turut menganjurkan kempen penurunan harga dengan kerjasama hypermarket asing dan juga tempatan yang bertujuan memastikan harga barangan keperluan di pasaran di jual pada harga yang berpatutan; dan

(ix) pemantauan sepanjang masa oleh pegawai penguat kuasa yang sebanyak 1,900 orang dan pemantau-pemantau harga yang berjumlah 1,300 di seluruh negara.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada dua perkara sahaja. Yang pertama saya hendak ucap tahniahlah kepada kerajaan kerana harga ‘dok’ naik pun, rakyat tidak terbeban sampai bila- bila. Terima kasih.

Keduanya, penumpuan kerajaan adalah di kawasan bandar. Kedai 1Malaysia pun di bandar, supermarkets pun di bandar. Adakah kerajaan tidak sedar bahawa masyarakat di luar bandar yang merupakan penyokong kuat kerajaan, UMNO menang pun banyak di

final • 11:20 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

luar bandar diabaikan selama ini. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

[Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Tuan Yang di-Pertua, tohmahan itu adalah tidak tepat sekali. Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya adalah kerajaan yang membawa nikmat. Barisan Nasional ialah ‘Bawa Nikmat’ bukan ‘Barang Naik’ yang selalunya dipermainkan oleh pihak pembangkang. Setakat ini, kalau kita lihat boleh kita katakan bahawa banyak hypermarket telah pun sampai ke bandar-bandar yang kecil.

Sebagai kerajaan, hari ini Kedai Rakyat 1Malaysia telah pun sampai ke kawasan-kawasan luar bandar.

Oleh itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sik kita boleh katakan bahawa pada hari ini kita pun telah menubuhkan 32 Kedai Rakyat 1Malaysia dan kedai-kedai runcit yang biasa telah juga menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia. Produk-produk KOOP 1Malaysia juga hari ini telah pun dijual di seluruh negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kita ada 477 buah kedai runcit di seluruh negara yang telah pun menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia ini terutamanya banyak kedai runcit yang menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia adalah terdiri daripada iaitu kedai-kedai bumiputera.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagilah peluang Kuala Nerus sekali sekala. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

Walaupun usaha-usaha kerajaan ini kadang-kadang kita dengar di blog-blog disabotaj oleh pihak pembangkang. Sejauh manakah program-program kerajaan ini yang kementerian ada kayu pengukurnya mencapai matlamat dan sasaran yang dituju? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita tidak dapat nafikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin dan sayang pada rakyat. [Tepuk]

final • 11:20 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Pada hari ini, pihak kerajaan tidak henti-henti memberi bantuan kepada rakyat tidak kira pelbagai kaum, tidak kira fahaman politik sekali pun. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus, pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah pun menjalankan pelbagai projek untuk memastikan bahawa segala nikmat ini akan dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi. Kita telah pun membayar subsidi dari segi pengangkutan, khususnya kepada rakyat di sebelah Sabah dan Sarawak. Kita tahu bahawa dahulu sebelum kita ada projek pengedaran, penyeragaman harga, harga di Sabah dan Sarawak melambung begitu tinggi sekali.

Untuk makluman Yang Berhormat, 14kg tong gas yang dijual di Kapit bernilai RM120 hingga RM150. Hari ini disebabkan kerana adanya kerajaan yang begitu prihatin kepada rakyat, kerajaan menanggung kos pengangkutan dan hari ini banyak daripada barangan kawalan di Sabah dan Sarawak adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia iaitu untuk 14kg tong gas LPG ini ialah bernilai RM26.60. Banyak lagi yang kalau hendak disenaraikan, memang mengambil masa yang banyak. Jadi, sebab itu kita harap bahawa pihak di sebelah sana perlulah mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini telah banyak membantu rakyat untuk meringankan kos beban rakyat. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Laporan Kewangan 1997; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr.

Awang Adek Hussein]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R. 44/2011 Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, D.R. 1/2012 Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 dan D.R. 2/2012 Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 3 April 2012”.

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya D.R. 1/2012 telah dibentangkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan 86(5). Oleh yang demikian, penyata tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sebelum jam 11.30 pagi hari Selasa 3 April 2012.

Sekian, terima kasih.

final • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari esok Selasa 3 April 2012, selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, perbahasan akan dimulakan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) untuk menimbangkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dibentangkan sebagai kertas Dewan nombor D.R. 1/2012 yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi seperti yang tertera di nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Terima kasih.

final • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, industri pembinaan merupakan pemacu penting pertumbuhan ekonomi negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, sektor pembinaan berkembang sebanyak 1% setahun dan menyumbang 3.7% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan pula, sektor pembinaan telah berkembang sebanyak 4.4% setahun dan menyumbang 3.2% kepada KDNK. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, pertumbuhan dijangka berkembang sebanyak 3.7% setahun dan menyumbang sebanyak 3.1% kepada KDNK. Jangkaan pertumbuhan ini adalah selaras dengan matlamat Program Transformasi Ekonomi dan matlamat untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain daripada itu, industri pembinaan turut menjana kesan berganda melalui penglibatan pelbagai pihak dalam rantaian pelaksanaan projek-projek pembinaan seperti pembuatan dan pembekal bahan-bahan binaan, sewaan peralatan dan jentera, penawaran buruh dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, industri pembinaan mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berkembang. Antara cabaran yang perlu ditangani bagi mencapai aspirasi ini ialah isu pembayaran yang melibatkan pihak-pihak dalam rantaian pembinaan termasuk kontraktor utama, subkontraktor, sub-subkontraktor, para perunding dan pembekal-pembekal bahan binaan. Sekiranya masalah pembayaran ini tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menjejaskan aliran tunai dan seterusnya menyebabkan kelewatan menyiapkan projek, kemerosotan kualiti kerja, peningkatan kos dan dalam kes-kes kritikal, kontrak akan ditamatkan.

Pada masa ini, mekanisme yang diguna pakai bagi menyelesaikan pertikaian pembayaran adalah melalui tindakan mahkamah dan prosiding timbang tara atau arbitration. Walau bagaimanapun, proses perbicaraan kes di mahkamah lazimnya mengambil masa yang lama, manakala prosiding timbang tara pula melibatkan kos yang tinggi. Selain daripada itu, prosiding timbang tara hanya boleh dimulakan dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat. Kebiasaannya perjanjian bertulis akan diperuntukkan bahawa timbang tara boleh dimulakan selepas kerja pembinaan siap atau kontrak ditamatkan.

final • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Pendek kata, tempoh masa yang lama dan kos prosiding yang tinggi adalah merupakan antara faktor utama yang mengekang pihak-pihak terlibat untuk merujuk pertikaian kepada mahkamah atau timbang tara. Justeru itu, kerajaan amat prihatin dengan isu pembayaran dalam industri pembinaan dan telah mengubah Rang Undang-undang

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 bagi membantu pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran dengan mudah, murah dan cepat.

Rang undang-undang ini diwujudkan selepas diadakan beberapa siri perbincangan dan dialog bersama agensi kerajaan, penggiat industri, pihak-pihak yang berkepentingan atau stakeholders dan badan profesional yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 terdiri daripada tujuh bahagian dan mengandungi 41 fasa yang merangkumi peruntukan-peruntukan bagi perkara-perkara berikut;

(i) tafsiran pemakaian dan ketidakpakaian Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011;

(ii) mekanisme tuntutan dan respons pembayaran;

(iii) hak rujuk pertikaian kepada adjudikasi;

(iv) proses dan prosiding adjudikasi;

(v) pelantikan kuasa, tanggungjawab dan bidang kuasa adjudicator;

(vi) penguasaan keputusan adjudikasi;

(vii) pihak berkuasa adjudikasi;

(viii) kekebalan adjudicator berhubung kait adjudikasi dan proses penyelesaian pertikaian yang lain; dan

(ix) kuasa Menteri Kerja Raya untuk membuat peraturan dan mengecualikan mana-mana pihak dan jenis kontrak daripada tertakluk di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 terpakai kepada semua kontrak kerja pembinaan dan kontrak rundingan pembinaan yang dibuat secara bertulis berhubungan dengan kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di Malaysia. Ini termasuklah kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, ia tidak terpakai kepada kerja pembinaan yang melibatkan bangunan kurang daripada empat tingkat yang dibina bagi tujuan kediaman kerana ia bukanlah bersifat komersial.

Pertikaian yang boleh dirujuk kepada adjudikasi adalah berkaitan dengan pembayaran bagi kerja siap atau perkhidmatan yang dibekalkan, yang sepatutnya dibayar di bawah terma-terma nyata kontrak dalam kontrak pembinaan. Ia termasuklah bayaran interim mengikut kemajuan kerja. Prosiding adjudikasi boleh dimulakan sebaik sahaja timbul pertikaian pembayaran sama ada semasa projek pembinaan sedang dijalankan atau selepas projek disiapkan. Melalui peruntukan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, proses adjudikasi mengambil masa tidak melebihi 75 hari iaitu bermula daripada tarikh notis adjudikasi diserahkan oleh pihak yang menuntut kepada pihak yang dituntut sehingganya keputusan adjudicator.

Tempoh ini adalah lebih singkat berbanding tempoh prosiding timbang tara dan mahkamah. Berdasarkan perbandingan yang telah dibuat di atas undang-undang adjudikasi di negara-negara lain seperti Singapura, Australia dan United Kingdom, tempoh yang telah ditetapkan ini adalah munasabah. Tuan Yang di-Pertua, adjudikasi tidak menafikan hak pihak-pihak yang terlibat untuk merujuk pertikaian kepada timbang tara atau mahkamah.

Pertikaian berhubung pembayaran boleh dirujuk secara serentak kepada adjudikasi, timbang tara dan mahkamah. Walau bagaimanapun, keputusan yang diperolehi dalam prosiding adjudikasi akan mengikat pihak-pihak yang terlibat melainkan pertikaian tersebut dimuktamadkan oleh prosiding timbang tara atau mahkamah.

Pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian adalah bebas untuk melantik mana- mana adjudicator. Adjudicator boleh dilantik daripada kalangan pihak-pihak dalam industri pembinaan. Mereka juga boleh terdiri daripada peguam yang berpengetahuan mengenai bidang pembinaan. Walau bagaimanapun, sekiranya adjudicator tidak dipersetujui, maka pelantikan adjudicator hendaklah dibuat oleh pihak Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur atau PTSKL atau dengan izin, Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration atau KLRCA. Rang undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

memperuntukkan bahawa PTSKL dilantik sebagai pihak berkuasa adjudikasi di mana ia bertanggungjawab untuk menetapkan piawaian kewibawaan kriteria adjudicator, terma dan syarat latihan serta fi perkhidmatan adjudicator.

Rang undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 juga memperuntukkan beberapa remedi bagi mendapatkan bayaran selaras dengan keputusan adjudicator. Antara remedi yang diperuntukkan adalah hak menggantungkan pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan mana-mana kerja pembinaan atau perkhidmatan perundingan pembinaan. Jika amaun mengikut keputusan adjudikasi tidak dibayar sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan oleh adjudicator, di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, pihak yang menjalankan hak menggantung pelaksanaan atau mengurangkan kadar kemajuan pelaksanaan tidak boleh disifatkan sebagai melanggar kontrak malah berhak untuk mendapat lanjutan masa yang munasabah untuk menyiapkan kerjanya.

Keputusan adjudikasi juga boleh dikuatkuasakan seolah-olah keputusan adjudikasi itu adalah penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi. Di bawah Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, Menteri Kerja Raya boleh mengecualikan mana-mana pihak atau mana-mana kontrak daripada kesemua atau mana- mana peruntukan akta. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif pelaksanaan undang-undang berkaitan dengan pembayaran adjudikasi ini merupakan satu daripada agenda transformasi kerajaan bagi memantapkan industri pembinaan negara. Dengan adanya Rang Undang- undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011, masalah pembayaran dalam sektor pembinaan yang meliputi masalah ketidakbayaran, kelewatan pembayaran dan ketidakcukupan pembayaran dapat ditangani.

Selain daripada itu, pelaksanaan atau Pembayaran Adjudikasi Industri Pembinaan juga akan melahirkan suasana perniagaan yang lebih mesra. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian ini yakin bahawa Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak dalam rantaian pembinaan atau construction chain. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya untuk mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian yang cepat melalui adjudikasi untuk mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri pembinaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Arau.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak JKR kerana apa yang menjadi rungutan kepada sektor pembinaan seperti mana Yang Berhormat bangkitkan dalam penerangan tadi, kita lihat industri yang menyumbangkan 3% hingga 4% daripada KDNK negara ini perlu dikawal dan diberi perhatian yang khusus oleh pihak JKR.

Selari dengan itu apabila akta ini dibuat kita melihat banyak perkara yang menjadi masalah sekarang seperti projek terbengkalai, projek-projek serangan kulat seperti yang berlaku di bangunan SPRM di Melaka, kemudian bangunan-bangunan yang dihasilkan dalam keadaan yang kurang berkualiti. Begitu juga ada bangunan yang sehingga sekarang sekolah misalnya tidak selamat diduduki walaupun beberapa cara dan masalah telah dibuat.

Jadi di antara punca yang berlaku keadaan-keadaan seumpama ini adalah disebabkan oleh soal kekurangan modal pusingan atau aliran tunai yang perlu ada kepada setiap syarikat pembinaan yang terlibat dalam industri ini. Justeru kerana itu saya

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

menyedari bahawa kerajaan telah menyedari hakikat ini apabila berlaku pertikaian soal antara main contractor dengan izin, dengan sub-contractor dan sebagainya dan sub, sub yang berlaku.

Jadi di sini berlaku apabila pihak yang kedua atau ketiga kadang-kadang mereka tidak dapat mengadu ataupun membuat satu aduan kepada mana-mana tempat yang mereka boleh dapat balik payment supaya mereka dapat melakukan kerja-kerja berkenaan dengan lebih lancar apabila mereka mempunyai aliran tunai yang kukuh. Saya memuji pihak kementerian apabila ada cadangan. Saya tidak tahu bila ianya akan dilaksanakan iaitu kita akan melaksanakan e–payment iaitu pembayaran progress ini akan dibuat secara e-payment. Bila ianya akan dilaksanakan oleh pihak JKR sama ada pada tahun ini ataupun pada bila-bila masa yang sesuai tetapi pembayaran secara e-payment ini adalah dialu- alukan kerana kita melihat ini cara yang lebih bersistematik dan sesuai dengan keadaan sekarang dan dirasakan pihak kontraktor juga apabila mendapat pengesahan daripada pihak-pihak yang tertentu seperti QS dan lain-lain selari dengan progress yang telah dicapai menerusi sektor pembinaan ini, maka saya ingat ini di antara kaedah yang terbaik.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Arau, sedarkah Yang Berhormat bahawa mutakhir ini sebelum Akta Adjudikasi Pembayaran Pembinaan ini kita luluskan terlalu banyak masalah yang dihadapi di bawah iaitu saya mendapat ada dua tiga aduan projek sudah siap, projek ini ada main contractor dan ada sub contractor tetapi main cont itu belum dapat pembayaran daripada kerajaan sehingga dua tiga tahun.

Contohnya sekolah, bangunan sekolah. Sekolah sudah digunakan dua tiga tahun tetapi pembayaran belum juga dijelaskan pembayaran terakhir. Jadi, apakah Yang Berhormat berpendapat bahawa dengan adanya peruntukan undang-undang yang ada ini, mungkin boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi sebab main con ini ada sub contractor kecil-kecilan di bawah dan main cont tidak boleh bayar sub-con dia di bawah sebab dia tidak dapat pembayaran daripada tuan punya projek iaitu kerajaan.

Jadi dengan adanya ini, maka timbul bermacam-macam-macam masalah sub contractor di bawah tuduh main con tipu, tidak bayar sedangkan bukan masalah main con itu sendiri tetapi masalah timbul disebabkan penyelesaian daripada tuan punya projek contohnya kerajaan, Kementerian Pelajaran dan sebagainya tidak selesai.

Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan dalam hujah Yang Berhormat bahawa perkara ini juga harus dilihat secara bijaksana sebab kita tidak mahu menganiaya kontraktor-kontraktor utama juga yang kedua dan ketiga sehingga mereka terpaksa menganggung hutang, membayar pinjaman bank dua tiga tahun, bayangkan. Kalau boleh Yang Berhormat cadangkan minta kerajaan, projek selesai, sudah bagi hand over, maka selesaikanlah pihak-pihak yang diberi amanah untuk melaksanakan kontraktor-kontraktor tersebut. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Arau, boleh saya sambung dari situ, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Tadi saya mendengar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi mengenai main con yang tidak dibayar tetapi apa yang juga menjadi masalah yang selalu berlaku di luar dan di bawah sana ialah apabila projek itu diserahkan kepada sub-con lagi, sub-con itu pula tidak memberi kepada orang sebab dia sub, sub, sub- con itu. Jadi dia tidak bayar kepada yang sepatutnya menerimanya dahulu.

Kedua perkara dari segi ada yang dari segi di mana apabila berlakunya di sini tujuan ini adalah untuk mempercepatkan pembayaran. Kita hendak tahu sama ada kalau ada dan wujudnya perundangan seperti ini yang bertujuan untuk memperbaiki prosedur yang ada sekarang, sama ada apabila diwujudkan ini ianya betul-betul menjamin dari segi tempoh pembayaran dan juga formula untuk pembayaran itu. Ini sama ada Menteri akan mempunyai kuasa untuk melibatkan diri ataupun didelegasikan kuasanya kepada seseorang yang tertentu untuk memantau perkara ini supaya ianya betul-betul menghapuskan masalah yang betul-betul berlaku yang dihadapi oleh main con ataupun sub-con. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih kepada kedua-dua sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya bersetuju sebenarnya apabila bukan sahaja berpunca daripada pembayaran ada sesetengahnya berpunca daripada bayaran yang tidak dibuat kepada main con atas kelewatan ataupun tidak cukup ceiling dan sebagainya tetapi ada juga berlaku pembayaran telah dibuat tetapi main con tidak menjelaskan kepada sub-con.

Kita telah pun saya teringat telah pelbagai cara telah diadakan sebelum ini kaedah vendor, kaedah itu dan ini tetapi kita lihat kegagalan yang berlaku apabila main con tidak membuat pembayaran ataupun mereka tidak mendapat bayaran daripada kerajaan. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan apabila tempoh kecacatan LAD ini dipertimbangkan semula oleh pihak JKR untuk memastikan bahawa kita hanya membuat pemantauan secara lebih telus daripada stage by stage daripada kita melihat kepada tempoh kecacatan. Tempoh kecacatan ini pun sebenarnya tidak begitu berkesan. Akhirnya kalau dibuat aduan oleh client terhadap struktur dan kualiti sesuatu bangunan, syarikat- syarikat ini yang telah pun mereka angkat kaki selepas mereka dijangka menyiapkan bangunan berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan, mereka sebenarnya liat untuk datang memperbaiki beberapa perkara.

Oleh sebab itu apa yang berlaku ada di kalangan ataupun sesetengah bangunan tidak selamat diduduki sehingga sekarang. Jadi kalau pihak kementerian ingin tahu, salah satunya adalah satu blok bangunan sekolah di kawasan Parlimen saya sendiri Sekolah Menengah Sanglang di Perlis. Sampai sekarang bangunan itu tidak dibenarkan mana- mana pelajar untuk diadakan kelas kerana JKR telah membuat keputusan bahawa daripada awal bangunan ini ada masalah yang teramat besar. Jadi kita hairan.

Oleh sebab itulah dalam keadaan sekarang untuk kita hendak lantik konsultan hendak outsource dari segi untuk membuat pemantauan projek, kita kena berhati-hati.

Konsultan yang sebenarnya mempunyai track record yang baik seperti mana sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan katakan tadi. Ini harus menjadi di antara nilaian dan juga pihak JKR untuk melihat mereka yang benar-benar berkemampuan sahaja. Oleh sebab itulah dalam banyak perkara misalnya kita membuat dua tender, MNE dan civil instructor. Ini pun kadang-kadang merupakan kelewatan dan kelewatan disalahkan kepada main con.

final • 11:50 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Jadi perkara-perkara ini perlu dalam pertimbangan pihak kementerian supaya kita lihat kalau sebuah syarikat telah dianugerahkan biar mereka menguasai semua baru kita dapat mendenda kalau berlaku kelewatan atau abandon dalam projek berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju apabila keadaan-keadaan yang telah saya nyatakan di awal perbahasan saya tadi iaitu kalau kita melihat masa yang diambil begitu lama sehingga melibatkan di antara sembilan bulan hingga dua tahun melibatkan kalau kita hendak bawa kepada proses arbitrari atau timbang tara yang melibatkan kos yang agak tinggi. Jadi kita berharap dengan kelulusan akta ini, dengan peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak Menteri bersama penasihat undang-undang di kementerian supaya peraturan-peraturan yang dibuat itu benar-benar menjamin dan juga memberi keadilan kepada pihak-pihak yang membuat tuntutan sama ada sub-sub kontraktor atau sub- kontraktor dan sebagainya untuk pastikan bahawa kerana beberapa kaedah yang diamalkan sebelum ini ada di antara main contractor mahu mencapai keuntungan setengah dan dia tidak mahu ada tanggungan, dia mungkin menyerahkan keseluruhan projek ini secara sub kontrak. Ada yang setengah dia buat by portion dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, ikut bahagian demi bahagian dan sebagainya.

Jadi dalam perkara ini kita melihat keadilan perlu dibuat pihak pembekal yang merupakan di antara rantaian yang mewujudkan perkembangan ekonomi yang begitu baik dalam negara ini. Di pihak pembekal dan lain-lain mereka ini sebenarnya memerlukan pembelaan dan saya lihat di sini dengan kita adakan Akta Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi ini merupakan di antara langkah-langkah yang cukup baik dan sebenarnya cuma dari segi pelaksanaan saya minta ianya dibuat dengan begitu berhati-hati supaya kita pastikan kerana dalam keadaan sekarang ini walaupun kita telah mempunyai skop dan peraturan tertentu tetapi masih lagi banyak perkara yang perlu di baik pulih terutamanya dari segi proses dan juga prosiding.

Jadi, saya ingin bertanya dalam pelantikan adjudicator. Adjudicator ini saya mahu pihak kementerian betul-betul membuat pertimbangan, mana mereka yang tidak ada

final • 12:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

conflict of interest. Mungkin mereka tidak terlibat dalam sektor pembinaan. Bekas-bekas hakim misalnya tetapi mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang ini perlu diberi perhatian. Kalau kita melantik di kalangan kontraktor saya rasa itu tidak begitu adil dan kemungkinan ada unsur-unsur lain nanti akan berlaku. Jadi pelantikan adjudicator ini saya mohon pandangan daripada pihak kementerian bagaimana dan cara yang akan dibuat pelantikan dan juga mengikut lokasi-lokasi. Adakah kita akan hanya mendengar di Kuala Lumpur? Itu juga kos yang mahal. Jadi bagaimana pelaksanaannya? Adakah ia akan dibuat di peringkat negeri, daerah berdasarkan tarikh tempoh tuntutan yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam membuat tuntutan dan bayaran ini.

Keduanya, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian iaitu berapa lama tempoh yang diambil oleh adjudicator untuk membuat keputusan. Kalau kita katakan tadi proses mahkamah mengambil masa sehingga sembilan bulan hingga dua tahun, tetapi apabila kita melaksanakan akta ini berapa lama tempoh yang bakal diambil untuk kita menyelesaikan dengan cepat dan maksudnya dari segi pengurangan kos, apakah pihak yang membuat tuntutan terpaksa menanggung keseluruhan kos dari proses tuntutan yang dia buat sepanjang itu? Daripada tempoh berkenaan bilakah mereka akan mendapat hak atau pembayaran mereka?

Jadi, saya berharap dalam keadaan ini kita berharap industri pembinaan di negara kita akan dapat kembali berdaya saing dan kita akan memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri ini untuk kita melihat penghasilan sektor pembinaan yang begitu konstruktif, yang berkualiti tinggi, yang mana kita tidak akan perlu dengar lagi rungutan-rungutan bangunan terbengkalai, bangunan-bangunan dihinggapi kulat, masalah hospital yang tidak menepati spec pembinaan dan sebagainya yang memerlukan beberapa penjelasan dan juga tindakan daripada kementerian berulang kali sehingga pihak Menteri juga terpaksa membuat penjelasan berkali-kali apabila perkara ini menjadi isu yang begitu kuat di dalam pasaran.

Jadi, saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 12:00 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dan mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang membawa rang undang-undang ini. Saya kira ini amat bertepatan dengan masa dan waktunya.

Saya cuma hendak bangkitkan beberapa isu yang mungkin boleh diperhatikan oleh kementerian. Pertamanya isu direct nego, Kita dimaklumkan dalam Dewan ini banyak kes yang menyaksikan bahawa banyak projek yang sangkut disebabkan oleh direct nego.

Jadi apakah direct nego ini satu kaedah yang baik untuk negara? Adakah open tender itu pula tidak baik untuk negara? Ini kerana apabila diret nego maknanya kadang-kadang bukan sahaja harga menjadi asasnya tetapi technical know-who juga menjadi penting.

Orang yang kontraktor-kontraktor ataupun usahawan-usahawan akan melihat dari sudut siapa yang dia kenal dan orang yang mendapat pula akan diberikan mengikut siapa yang kenal dia. Saya kira ini satu isu yang besar yang kementerian harus selidiki untuk masa- masa yang akan datang.

Keduanya ialah tentang harga. Kita lihat ada yang saya panggil professional bidder. Ini berlaku bukan sahaja dalam projek-projek Kerajaan Persekutuan tetapi juga dalam projek-projek di kerajaan negeri. Ada orang yang masuk dengan harga yang kadang- kadang tidak masuk akal dan tujuan dia masuk hanyalah untuk mendapatkan tender.

Selepas itu dia akan sub kepada orang lain. Jadi kadang-kadang pihak kerajaan sama ada agensi ataupun kementerian terperangkap dengan memberikan satu-satu tender kepada satu-satu pihak berlandaskan kepada harga. Harga yang kadang-kadang tidak masuk akal maksudnya terlalu murah ataupun kita tengok margin yang amat nipis.

Oleh yang demikian sebab itu bila dia sub, dia sangkut maka dengan sendirinya masalah akan bermula. Jadi saya minta supaya pihak kerajaan mengadakan satu garis panduan yang agak jelas paling tidaknya supaya orang-orang yang memang – peranan professional bidder ini dia masuk dia dapat, dia sub, masuk dia dapat dan kalau kita trace memang dia ada sejarah yang amat pelik. Ini kerana mereka dapat tender kemudian dia

final • 12:04 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

jual malah kadang-kadang sub-kontraktor juga berebut-rebut hendak dapatkan tender itu dalam keadaan dia tahu kerana margin juga nipis.

Ketiganya saya hendak minta pandangan daripada kementerian. Ada juga kes-kes di mana kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan meluluskan satu-satu projek di satu-satu kawasan dalam keadaan PBT itu pun tidak tahu bahawa projek itu akan datang ke tempat dia. Saya ada satu sekolah yang telah pun lama diluluskan dan PBT tidak tahu sekolah dibina. Apabila telah siap sekolah itu duduk dalam kolam, lembah dan ini jadi masalah.

Kalau PBT tidak lulus, dia akan kena tekan dari atas. Jadi PBT cari jalan, cari lorong-lorong sempit untuk meluluskan juga projek ini. Apa yang akan berlaku ialah PBT akan compromise certain requirement dan saya rasa ini akan menjadi masalah. Oleh kerana compromise quality maka sudah pasti akan berlaku kecacatan pada bangunan-bangunan tersebut.

Jadi dalam keadaan ini kadang-kadang main-contractor tidak akan dapat bayaran dan sub kontraktor juga tidak akan dapat bayaran. Jadi dalam keadaan ini bolehkah masalah ini diselesaikan melalui akta kita? Dalam keadaan PBT kata bangunan sudah siap ataupun hampir siap tetapi permohonan datang kemudian dan oleh sebab itu main- contractor dan sub-kontraktor sangkut daripada segi pembayaran. Saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Arau tadi. Apakah bentuk adjudicator ini? Adakah dalam bentuk institusi atau individu yang kita hendak lantik ini? Adakah mereka yang mempunyai kesempatan juga menjadi kontraktor dan mereka juga berada dalam industri ini yang kadang-kadang mungkin bias pandangan mereka.

final • 12:04 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang keduanya saya tengok dalam seksyen 10 iaitu respons adjudikasi ini, 10(1), saya melihat respons untuk dalam masa 10 hari. Adakah kementerian melihat 10 hari ini terlalu pendek? Takut-takut disebabkan oleh seksyen 10 ini menyebabkan banyak pihak yang sepatutnya menuntut tetapi disebabkan oleh klausa ataupun seksyen 10 ini membuatkan – 10 hari itu terlalu singkat. Adakah wajar kalau mungkin mereka dipanjangkan kepada 21 hari? Sekurang-kurangnya dia ada space untuk itu. Saya ingat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja. Saya memang sehaluan dengan rakan-rakan iaitu mengalu-alukan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan Negara sebab apabila ada akta sebegini, bermakna kita mahu menyelesaikan masalah dan saya sependapat dengan rakan-rakan, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sungai Petani iaitu akta ini seharusnya menjaga kepentingan awam.

Apabila menjaga kepentingan awam, bermakna – contohnya kedudukan pada hari ini tanpa ada akta ini maka tidak ada mekanisme yang boleh diambil oleh kerajaan melainkan satu saluran iaitu melalui mahkamah. Apabila mahkamah, bermakna dia mengambil masa terlalu panjang. Dianggarkan paling cepat pun tiga tahun sembilan bulan.

Jadi, apakah dengan adanya akta yang baru ini berapa lama dia boleh selesai? Ini kerana hari ini rata-rata perubahan berlaku di sana sini dan masyarakat ingin tahu dengan adanya akta ini kita luluskan, berapa lama penyelesaiannya dan kos dia adakah murah ataupun lebih tinggi?

Untuk masalah ini, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau juga bahawa kementerian harus melihat dari skop yang lebih luas. Contohnya, adakah pejabat ini beroperasi di Kuala Lumpur sahaja ataupun di Sabah, di Sarawak, di negeri-negeri dan juga mungkin daerah yang besar? Kita kena lihat daripada awal. Kalau di Kuala Lumpur sahaja contohnya ataupun di Sabah di Kota Kinabalu sahaja, bagaimana kalau peristiwa ini berlaku di Sandakan, di Tawau atau di Lahad Datu? Bermakna kos yang tinggi juga perlu dikeluarkan sedangkan keputusan belum tentu bila kita dapat. Jadi harap mendapat perhatian daripada pihak kementerian.

Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah ini juga tertakluk kepada projek-projek melibatkan swasta ataupun hanya projek yang melibatkan agensi kerajaan sebab projek-projek swasta pun banyak dalam negara kita ini. Jadi, mereka ini juga memerlukan main con, sub con, sub di bawah lagi. Adakah mereka tertakluk dengan akta

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

ini, sebab kalau tidak, mungkin akan terus berlaku penyelewengan seperti yang kita hadapi pada hari ini.

Jadi dengan adanya mewujudkan akta ini iaitu kita sudah ada satu mekanisme ataupun approach yang lebih berkesan ke arah menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi sebab kita harus maklum bahawa tiga hingga empat peratus daripada KDNK negara kita melalui industri pembinaan dan ini sudah jelas industri pembinaan ini merupakan satu cetusan perubahan dalam pembangunan sebuah negara, sebab kalau sudah industri ini berkecamuk, sudah tidak menentu, mungkin kita tidak akan dapat melihat satu hasilan kerja yang baik.

Saya juga ingin mengingatkan kerajaan dan kementerian supaya memastikan benar-benar bahawa konsultan yang dipilih oleh kerajaan ini jangan hanya berdasarkan kroni ataupun saya menyatakan dia sahaja yang selalu dapat, seolah-olah tiada lagi konsultan lain. Jadi biarlah konsultan itu yang benar-benar berwibawa. Ini kerana apabila dia tidak berwibawa, maka banyaklah projek-projek terbengkalai, tidak boleh dimasuki, tidak boleh didiami, macam-macam. Di Sabah banyak satu ketika dahulu dan hari ini saya dapat melihat ianya ada perubahan demi perubahan. Jadi pastikan kualiti kerja itu penting sebab ianya melibatkan bukan hanya reputasi tetapi melibatkan nyawa manusia yang menduduki bangunan tersebut.

Jadi ini tidak seharusnya berlaku dalam industri pembinaan kita sebab ianya pada saya tidak lagi munasabah diterima oleh akal fikiran apabila dalam keadaan perubahan dunia yang baru ini, kesempatan-kesempatan ini diambil oleh konsultan, diambil pihak- pihak yang tertentu. Saya tidak menuduh tetapi bagaimana kerajaan boleh membayar projek sebuah bangunan sedangkan bangunan itu ia tidak boleh didiami, tidak boleh dimasuki, tidak boleh dihuni, tidak boleh dibenarkan masuk pun. Akan tetapi setelah siap – kenapa sebelum siap pemeriksaan secara teliti dan secara telus tidak dilaksanakan? Apa sebenarnya yang berlaku?

Pihak kementerian harus melihat bahawa akta ini seharusnya memberi kesan impak yang paling berkesan ke arah untuk menentukan industri pembinaan di negara kita ini, kontraktor kita, main con kita, subcon kita terjamin daripada apa yang mereka telah keluarkan. Mereka dapat pembayaran yang cepat dan akhirnya kita akan menjadi sebuah negara yang mungkin boleh berbangga dengan industri pembinaan ini sebab segala- galanya berjalan dengan baik. Kita tidak mahu pula akta yang baru ini lebih dalam paper, dalam kertas memang cantiklah tetapi setelah kita laksanakan tidak ada juga kesan yang bermakna dilihat perubahan yang lebih sempurna oleh rakyat di negara ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong akta ini dan saya berharap kementerian dapat merealisasikan akta ini sebaik mungkin dan mempercepatkan proses- proses keadilan kepada semua pihak. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk turut berbahas rang undang-undang ini. Industri pembinaan yang dikuasai oleh captain of the industry dengan izin yang amat kuat di mana bukan sahaja projek-projek yang terbengkalai tetapi apakah projek-projek yang sudah habis di mana maincon-maincon tidak membayar kepada subcon atau sub-sub con.

Ini telah kita tengok banyak kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi dan juga kepada Kuala Lumpur Regional Centre of Arbitration atau Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur. Mengenai PTSKL ini, saya ingin mengatakan bahawa apakah regulasi terhad adjudicators yang terlibat di mana selalunya orang yang membuat adjudikasi adalah dari kalangan pemain-pemain industri (industry players) dengan izin. Ini mungkin akan memberi ruang untuk satu keputusan yang berat sebelah di mana orang-orang yang terlibat mungkin ada berkaitan secara langsung dengan kontraktor-kontraktor yang besar. Saya harap kementerian akan membuat satu kajian terhadap kes-kes di mana ia melibatkan selalunya hanya dari beberapa orang dari kalangan yang menjadi adjudicator di PTSKL ini.

Seterusnya, selepas sesuatu projek itu selesai, mangsa yang sebenarnya adalah bukan sahaja sub-con tetapi sub-sub con dan downstream industries players dengan izin termasuk pekerja-pekerja yang mungkin tidak dapat pembayaran atau gaji mereka atau apa-apa pembayaran profesional mereka, dan ini kita telah banyak tengok pada amalan

final • 12:17 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

yang ada sekarang, kadang-kadang sesuatu projek yang telah disiapkan apabila main con tidak bayar, mereka pergi ke mahkamah dan main con memberi satu dengan izin ultimatum, take it or leave it, dengan apa-apa jumlah yang mereka fikir sesuai dan adil dan patut. Akan tetapi kerja telah dibuat dan telah selesai dan pengusaha-pengusaha kecil ini terbiar dengan begitu sahaja.

final • 12:17 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Mereka tidak dapat melawan kontraktor-kontraktor yang besar ini walaupun di mahkamah ataupun di PTSKL di mana PTSKL kadang-kadang memerlukan pembayaran yang tinggi untuk yuran adjudicator atau arbitrator dengan izin.

Jadi kementerian harus memberi satu ruang atau peluang kepada pengusaha- pengusaha kecil ataupun dalam industri pembinaan ini – the small contractors. Oleh kerana tidak ada wang untuk membayar PTSKL itu, mereka menarik balik tuntutan mereka. Ini amat tidak adil seperti dalam kes-kes oleh kerajaan. Saya percaya banyak kes-kes itu terbengkalai oleh sebab kontraktor-kontraktor kroni yang tidak dapat projek itu berdasarkan kepada merit tetapi dasar kepada who they know, dengan izin.

Selain daripada itu, saya ingin juga sentuh tentang larangan pembayaran bersyarat. Saya setuju jika seseorang kontraktor itu tidak bergantung kepada pihak ketiga untuk bayaran ataupun kemudahan pembiayaan. Jadi, adakah ini bermaksud benar-benar orang yang dapat kontrak-kontrak itu mereka dapat berdasarkan kepada kekuatan wang atau pendirian kewangan mereka sendiri berdasarkan kepada latar belakang kewangan mereka.

Mereka mampu untuk menjalankan kerja-kerja tanpa bergantung kepada pihak- pihak ketiga atau pembiayaan dari institusi-institusi kewangan. Jadi ini saya perlu penjelasan dan dengan izin saya mengatakan bahawa apa yang berlaku sekarang adalah mereka bergantung kepada pihak-pihak ketiga apabila progressive payment dengan izin, itu terlibat ataupun mereka bergantung kepada pembiayaan institusi kewangan. Jadi, adakah seksyen 35 ini bermaksud kita benar-benar ada satu situasi di mana industri ini – kontraktor-kontraktor yang terlibat itu boleh dianggap sebagai mereka benar-benar berkemampuan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mengucapkan terima kasih atas peluang.

Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Labuan.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut sedikit berbahas tentang rang undang-undang ini. Apa yang kita lihat, masalah-masalah yang ada sekarang adalah pelantikan kontraktor itu sendiri di mana kalau kita lihat sebahagian daripadanya is not a genuine contractor. Kebanyakannya adalah dapat projek dan dia akan sub kepada kontraktor yang lain. Oleh itu, adakah kementerian melihat berapa subkontraktor yang harus kita izinkan untuk menjadi subkontraktor.

Kadang-kadang sampai dua tiga subkontraktor yang ada di bawah sehingga menjejaskan projek tersebut.

Jadi seharusnya rang undang-undang ini harus menentukan sama ada cuma satu sub-kontraktor sahaja yang diizinkan. Kadang-kadang kontraktor utama akan berikan total sub kepada kontraktor kedua dengan margin tertentu dan kontraktor kedua akan bagi lagi total sub kepada kontraktor ketiga. Adakah ini kita benarkan? Kalau ini berleluasa, saya rasa kebanyakan projek-projek yang terbengkalai, inilah sebahagian daripada penyebabnya.

Jadi kita mengharapkan kementerian ataupun rang undang-undang ini harus menentukan bahawa kalau yang total sub itu, haruslah cuma total sub kedua sahaja yang boleh diberikan. Kalau sudah sampai total sub ketiga, total sub keempat, yang tinggal hanya sub, ‘sub soi’ sahaja lagilah. Tidak ada nampak kesinambungan projek tersebut.

Harus kita perhatikan bahawa kementerian juga harus peka dalam hal ini supaya pemberian kontrak itu diberikan secara teratur dan juga kita harus menentukan berapa subkontraktor yang kita boleh berikan. Kalau keadaan ini berleluasa, saya rasa projek- projek yang ada ini saya rasa akan terbengkalai.

final • 12:22 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang kedua, masalahnya adalah yang kita lihat apabila ada kenaikan barang.

Bukan semua kenaikan harga barang itu dapat di claim oleh main contractor. Kadang- kadang ada sesetengahnya barang naik, tetapi kita tidak dapat claim. Ini juga salah satu penyebab sehinggakan merugikan kepada kontraktor utama. Jadi dalam hal ini, saya rasakan harus kita perhatikan kalau ada kenaikan barang, harus teliti secara mendalam agar hampir semua barangan yang naik itu harus kita bincang dan kita beri perundingan dengan kontraktor utama.

Ini kerana kadang-kadang bukan salah kontraktor utama itu sendiri. Ini disebabkan oleh kenaikan harga barang dan sebahagian daripada barang itu tidak dapat di claim. Jadi kita harapkan dengan adanya penentuan ataupun ketentuan kepada subkontraktor- subkontraktor yang kita limitkan agar dapat memberikan projek-projek yang ada pada hari ini dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.

Terima kasih.

final • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:22 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sekadar mahu menyebutkan betapa kedua-dua pihak sama ada di sebelah sana dan di sebelah sini yang menyatakan sokongan dan juga menyatakan pengiktirafan bagi kementerian yang telah akhirnya menampilkan akta ini yang sangat ditunggu-tunggu untuk merelai dan merungkaikan pelbagai permasalahan dalam industri pembinaan ini.

Itu saya juga mahu rakamkan. Namun, atas perbahasan di peringkat dasar ini, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu menyebutkan bahawa industri yang begini penting, industri pembinaan ini the construction industry ini, saya kira tidaklah boleh dirungkaikan segala permasalahan besar dalam industri ini dengan hanya akta ini, Tuan Yang di-Pertua.

Ini kerana akta ini meskipun ia baik dan ia diperlukan tetapi ia sangat bersifat reaktif. Ia menyelesaikan permasalahan yang sudah ke tahap parah. Kita mahu melihat kementerian datang dengan pelbagai lagi pendekatan yang lebih proaktif untuk benar-benar dapat merealisasikan, benar-benar dapat mengurus industri ini, industri yang dikatakan cukup penting dalam membawa negara ini ke tahap negara maju dan sebagainya.

Akan tetapi kalau saya perhatikan perbincangan dan perbahasan ini pada lebih awal lagi, sebelum datangnya masalah ini, masalah tentang pembayaran sama ada pembayaran itu pay mastersnya adalah pihak PBT, Kerajaan Pusat, badan-badan berkanun, GLCs mahupun private parties dengan izin pihak swasta. Namun apabila saya meneliti sedikit dan membuat research sikit tentang perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati bahawa belum datangnya, belum tercetusnya masalah itu, perkara yang perlu ditangani oleh industri ini dan kementerian adalah untuk benar-benar dapat mencerakinkan ataupun membuat regulation-regulation untuk memastikan, meneliti tentang apa dia permasalahan dalam akhirnya yang industri ini kita dapat saksikan kos overrun yang begitu tinggi, projek-projek yang diberikan kepada orang tidak sebenarnya punya track record yang baik. Time overrun, cost overrun biasa sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi kalau boleh saya sebutkan, perkara-perkara yang membabitkan industri ini tidak dapat atau kerap dibelenggu dengan masalah adalah pertama-tama kerana contractors in proper planning. Itu satu. Mungkin saya tidak boleh senaraikan panjang- panjang, Tuan Yang di-Pertua. Sekadar menyebutkannya sahaja. Apabila contractor ini tidak punya planning yang baik sama ada pihak itu, sudah disebutkan tadi iaitu kerajaan, PBT atau siapa pun, maka you fail to plan and you in fact plan to fail. Di sini kita lihat contohnya projek-projek yang pernah kita dengar pembinaan istana yang pada mulanya RM400 juta tetapi akhirnya RM800 juta bahkan lebih daripada itu. Kita dengar tentang projek seperti Bakun dan banyak lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tidak sempat untuk membuat perbahasan ini dan meneliti semua ini. Akan tetapi di sini, perkara itu perlu dirakamkan bahawa adjudikasi ini hanyalah ke tahap setelah berlakunya tuntutan dakwa ‘dakwi’ antara clients dan contractors, antara contractors dan sub-contractors.

final • 12:25 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi permasalahan ini adalah jauh lebih awal daripada itu. The upstreams ataupun bukan diupstreams. Perkara yang sebelum daripada itu, award of contracts, especially kalau ia mega contracts, dikatakan bahawa pengalaman kita award of mega project, maaf. We are, dengan izin, kita kerap mengulangi kesilapan-kesilapan lama. We

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

don’t seem to, kita tidak pernah belajar daripada itu. Di mana silapnya? Tentunya pada pertama-tama adalah persoalan award of contract.

final • 12:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Penjelasan sedikit boleh?

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Selangor, pandangan. Adakah benar nampak gaya dalam industri pembinaan di dalam negara kita ini sedang berlaku satu perkara yang agak besar, macam satu mala-petaka. Sehingga kerajaan terpaksa membawa akta pembayaran kerana hendak selesaikan perkara yang terbengkalai begitu teruk, sehingga terpaksa bawa satu akta untuk selesaikan pembayaran sahaja berkenaan dengan orang kata chaoticnya masalah pembinaan di dalam negara kita terutamanya apabila ada satu pihak yang mungkir, yang menyeleweng dan sebagainya.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Ia membayangkan itu, mencerminkan itu dan itulah sebabnya.

Akta ini terpaksa- Akta Pembayaran Adjudikasi Industri Pembinaan ini dibentangkan pada hari ini. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihatlah kepada banyaknya di Kuala Selangor sendiri projek-projek yang terbengkalai. Persoalan besar yang hendak ditanya di Dewan Rakyat ini, di Dewan yang mulia ini adalah mengapa projek terbengkalai, itu dulu, itu dulu.

Sebab itu saya mulakan perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, mempertikaikan perkara-perkara yang disebutkan oleh para akademik, perkara-perkara yang disebutkan oleh industrial analyst. Bahawa pertamanya adalah award. Di situ persoalan tendering process dan penentuan harga cukup penting. Kalau dibahaskan oleh kawan-kawan lain boleh memperincikannya tetapi nyata bahawa dalam hal ini. Inilah dia kalau kita mahu memacu sektor industri pembinaan atau construction ini to be - memang betul kita tahu negara kita ini it’s all back to - apa pun industrinya walaupun ianya hi-tech walaupun ianya dikatakan knowledge based industries tetapi akhirnya it’s all about brick and mortar, dengan izin. Its all about construction. Akan tetapi dalam construction industry pun kita gagal kerana Tuan Yang di-Pertua, kita tidak punya budayalah.

Kita tidak punya budaya excellence sebab itu hari itu Yang Berhormat Menteri itu bercakap tentang in pursuit of excellence kami ketawa sebelah sini. We do not have that best practice. We do not have the excellence culture Tuan Yang di-Pertua. Then, we need this, kita perlu dan segala dakwa-dakwi and we have an arbitration centre yang kita ada PTSKL itu tetapi perbahasan itu boleh kita, boleh saya tangguhkan kepada kawan-kawan lain kerana saya pun hendak berbahas tentang perkara itu. Akan tetapi pentingnya untuk saya tekankan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, failure, kegagalan contractors in proper planning. Saya bukan engineer tetapi saya boleh faham perlunya kepada real thorough planning. Gantt chartnya, segala-galanya tetapi perkara itu diperbahaskan di sini. Failure pertamanya, improper planning. Fail to plan properly.

Keduanya, contractors poor site management. Kontraktor sendiri acuh tidak acuh sahaja. Sub atas sub atas sub. Ini dia yang akhirnya, what could - apa yang sepatutnya menjadi projek yang boleh deliver dalam waktu yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu, memerlukan time overrun dan seterusnya membabitkan kos overrun dan akhirnya projek sakit dan akhirnya projek gagal.

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sedikit lagi. In adequate contractors experience. Pengalaman yang tidak cukup. Ya, Tuan Yang di-Pertua. Pengalaman yang tidak cukup tetapi kerana political know who, kita tahu siapa, teknologi know hownya tidak berapa hendak tahu. Tuan Yang di-Pertua, itu perkara ketiga.

Perkara keempat yang hendak saya rakamkan, kegagalan - in adequate client - Client punya finance sama ada good paymaster, bad paymaster, progressive payment, turnkey punya project dan sebagainya tetapi akhirnya, segala dakwa-dakwi ini adalah kerana apa yang sepatutnya. Progress payment, kadangkala progress payment oleh satu paymaster ini cukup baik. Kerja baru 20% payment sudah buat 70%. Itu progress sungguh itu. Fast forward punya payment, Tuan Yang di-Pertua. Ada yang di sebaliknya pula mengalami kerja yang dibuat payment tidak diberikan.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, we are - kita terperangkap juga dengan apa yang dikatakan dengan supply of buruh, tenaga. Ini perkara yang mungkin saya tidak perlu saya tekankan, but in the industri pembinaan ini, Tuan Yang di-Pertua, we don’t- kita tidak memerlukan kepada knowledge workers. Kita tidak perlukan kepada orang yang punya skill dan semi-skill labourers tetapi pada waktu yang sama kita juga punya permasalahan di sudut itu. Akhirnya, kita tergantung dan meletakkan pergantungan industri ini kepada tenaga buruh dari luar yang umumnya, rata-ratanya adalah sama ada tidak skill atau sekadar semi-skill. Termasuk juga dalam hal itu Tuan Yang di-Pertua, persoalan material yang melambung naik. Steel ke, pasir ke sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ringkaskan sementara saya memandang perkara akta ini cukup penting tetapi saya minta kementerian dalam pendekatan yang lebih proaktif, pendekatan yang lebih wajar untuk mengangkat industri pembinaan ini ke satu tahap yang benar-benar dapat memacu pertumbuhan dan segala-galanya. Tambah- tambah kita memahukan a high income economy. Akan tetapi hari ini kalau kita terus- terusan bergantung kepada buruh luar, buruh-buruh asing yang memang low-skill lalu an upward mobility, peningkatan wages, pendapatan, gaji dan sebagainya tidak akan dapat berlaku kerana industri ini terus-terusan hanya menjadi industri yang very dari sudut nilai tambahnya tidaklah besar lalu semua pekerja di dalam industri ini akan kekal dengan berpendapatan rendah sederhana. Terperangkap dalam in the middle income trap.

Jadi , Tuan Yang di-Pertua, saya sekadar itu sahaja yang hendak saya sebutkan.

Sekali lagi saya mengatakan sementara saya menyokong akta ini tetapi saya minta kementerian untuk lebih bertanggungjawab melihat keseluruhan secara holistik, secara komprehensif dan bersepadu bagaimana untuk kita mengangkat industri pembinaan yang telah kita katakan adalah cukup penting dari segi sumbangannya kepada GDP, kepada pembangunan-pembangunan negara tetapi janganlah hanya membentangkan hanya akta adjudikasi setelah nasi menjadi bubur. Itu adalah satu yang sifatnya reaktif. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut berbahas dalam Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011.

Yang pertamanya ialah tentang perkataan adjudikasi ataupun pertimbangan yang sepatutnya pihak kementerian boleh menggunakan bahasa yang agak lebih mudah untuk difahami berbanding dengan adjudikasi. Sama ada akta pembayaran dan pertimbangan ataupun timbang-tara industri pembinaan 2011 dan sebagainya.

Saya merasai bahawa akta ini wujud ekoran daripada banyak isu-isu dalam industri pembinaan negara yang melibatkan kos, yang melibatkan salah urus tender dan mungkin sistem sub-con yang agak begitu meluas yang menyebabkan berlaku penyelewengan-penyelewengan dalam pembayaran dan kos projek itu sendiri. Oleh sebab itulah kalau kita teliti dalam industri pembinaan negara terlalu banyak kos-kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pihak Kerajaan Pusat atau pun kerajaan negeri.

final • 12:38 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sebahagiannya adalah kerana kesilapan kita dalam konteks memberikan tender- tender kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai kelayakan dan akhirnya kita dapati isu seperti syiling makmal komputer yang runtuh, Istana Negara yang melibatkan tambahan hampir 100% kos kenaikannya yang agak luar biasa. Stadium di Terengganu juga runtuh, keretakan di bangunan, runtuh siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang berharga RM250 juta, jejambat MRR2 juga retak, keretakan di bangunan MATRADE dan banyak lagi isu dalam industri pembinaan negara ini yang menyebabkan terpaksa menampung kos yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, oleh kerana setengah-setengah projek itu melibatkan tambahan masa dan juga melibatkan tambahan kos. Saya mengambil contoh iaitu Keramat Mall, pasar basah yang melibatkan tambahan sebanyak RM15 juta. Kos ini telah mencecah sehingga RM56 juta yang menjadikan Keramat Mall ini sebagai pasar basah yang termahal di negara yang akhirnya melibatkan tambahan masa sehingga 10 tahun barulah Keramat Mall ini disiapkan.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ini sebahagian daripada contoh-contoh beberapa projek yang melibatkan kos kerajaan, tambahan kos dan sebagainya. Hari in juga di dalam Dewan, kita dibentangkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen, rang undang-undang untuk Akta Perbekalan Tambahan 2011 dan 2012 yang melibatkan RM10 bilion lebih. Ini juga sebahagian daripada kos-kos projek yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat daripada kesilapan dalam perancangan tender dan sebagainya. Jadi, inilah di antara perkara-perkara yang perlu diteliti, yang kalau dibuat secara lebih berkualiti dan lebih berhemah saya pasti bahawa kos-kos ini dapat dikurangkan terutamanya berkaitan soal kualiti, kemampuan kontraktor dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan soal kos juga.

Kadang-kadang di antara perkara yang menjadi inti pati daripada pembayaran kos ini ialah kos pekerja sebab akhir sekali yang akan mendapat nikmat ini ialah rakyat. Jadi, rakyat sama ada yang terlibat dalam industri pembinaan, merekalah yang akan mengusahakan atau melaksanakan tanggungjawab pembinaan secara lebih berhemah. Kadang-kadang oleh kerana kebajikan pekerja-pekerja ini diabaikan oleh setengah-setengah kontraktor ataupun sub-contractor yang mereka ini mendapat bayaran lewat daripada main contractor ataupun kerajaan dan yang akhirnya ialah yang akan terjejasnya ialah pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri pembinaan tersebut. Perkara ini saya rasa, sekiranya akta ini diwujudkan boleh membantu menyelesaikan masalah di kalangan pekerja.

Selain daripada itu, isu berkaitan soal kontraktor yang tidak berkualiti, yang tidak ada pengalaman, yang runding terus seperti mana disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen tadi juga perlu diambil kira sebab yang ingin saya sebutkan ini terlalu banyak isu berkaitan dengan runding terus kontraktor ini berlaku dalam negara kita. Itu perkara rundingan terus tetapi ada lagi isu yang berkaitan dengan soal seperti mana disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat daripada Sungai Petani tadi soal tidak ada koordinasi antara PBT dengan pihak yang mengeluarkan tender projek. Khususnya dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor yang oleh kerana dana ini dana Kerajaan Persekutuan, jadi dia laksanakan projek tanpa mendapat kebenaran daripada pihak PBT. Saya mengambil satu contoh jeti LKIM di Tanjong Karang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani tidak mendapat kebenaran daripada pihak PBT. Ini di antara perkara-perkara yang sepatutnya dilihat dengan lebih terperinci oleh pihak-pihak yang mengeluarkan tender supaya keseluruhan projek tersebut tidak melibatkan kos yang tinggi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan isu rasuah dalam industri pembinaan perlu diteliti sebab ia melibatkan soal kos. Isu rasuah dalam industri pembinaan ini sangat-sangat signifikan kerana ia melibatkan kos dan oleh kerana unsur-unsur rasuah ini gagal dibendung dan meningkatkan kos-kos peningkatan pembinaan itu sehingga melebihi daripada 50%, 30% kerana dealing orang dalam, terpaksa kontraktor-kontraktor bila kita beri alasan kenapakah harga tender ini terlalu tinggi kerana hendak membela orang dalam istilahnya. Hendak memudahkan urusan, termasuk juga urusan pembayaran. Dia panggil ‘wang pelincir’ digunakan untuk memudahkan sehingga di peringkat kementerian.

Bermakna terpaksa menggunakan kos tambahan semata-mata untuk hendak memelihara orang yang terlibat dalam menganugerahkan tender ini.

Oleh sebab itu maka indeks rasuah negara merudum dengan begitu dahsyat sekali kerana melibatkan kos-kos tender dalam projek-projek tertentu. Jadi, sekadar itu saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena. Selepas itu Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja sebab telah disentuh oleh rakan-rakan yang lain poin-poin yang saya hendak sentuh. Akan tetapi saya melihat bahawa daripada apa yang diperbincangkan sama ada daripada pihak kami atau pihak penyokong kerajaan, semua melihat – bagi saya bahawa saya boleh merumuskan, mengatakan bahawa ini bukan isu yang sangat kritikal dalam industri pembinaan ini. Walaupun saya tidak menafikan bahawa kita perlu membayar mengikut jadual yang sepatutnya kepada kerja-kerja yang telah diselesaikan tetapi saya tidak melihat ini isu yang kritikal dalam industri pembinaan ini sebab kita pun sudah ada dalam perjanjian

final • 12:47 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

kontrak sekarang ini iaitu selepas 14 hari bila kontraktor submit claim maka sudah tentu pembayaran itu perlu dibuat. Sekarang ini pun sudah ada yang dikatakan e-Payment, yang boleh dipercepatkan cuma proses-proses pelaksanaan.

Saya mengakui bahawa kelambatan dan kelewatan pembayaran itu juga ada kaitan di mana saya percaya saya ada menaruh kepercayaan kepada pegawai-pegawai di peringkat khususnya dalam JKR umpamanya. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan claim yang dibuat oleh pihak kontraktor kepada kerajaan umpamanya yang tidak memenuhi syarat ataupun dilihat apabila pihak kejuruteraan di peringkat JKR pergi check dan sebagainya menunjukkan claim itu tidak menepati kepada apa yang telah pun dilakukan.

Jadi, mungkin ini menyebabkan kelewatan dan sebagainya.

Akan tetapi saya lihat bahawa itu kerja yang sangat baik yang dilakukan oleh pihak kejuruteraan di peringkat JKR untuk memastikan bahawa sesuatu projek yang dibina itu memenuhi kehendak dan kualiti yang sebenarnya. Akan tetapi bagi saya bahawa isu yang kritikal ialah seperti yang disebut oleh rakan-rakan tadi ialah isu pemilihan kontraktor. Kalau isu ini dapat diatasi melalui satu proses yang telah pun disebut sebelum ini bahawa open tender dengan memilih kontraktor-kontraktor yang memang berkelayakan, berkualiti, yang telah menunjukkan keupayaan yang sangat tinggi dengan projek-projek yang telah pun dijalankan, saya percaya bahawa isu kelewatan, isu projek terbengkalai, isu projek sakit, isu projek yang siap tetapi tidak diguna pakai oleh client umpamanya, tidak akan berbangkit.

Ini kerana saya katakan bahawa sudah banyak perkara yang disebut oleh rakan- rakan saya tadi bahawa isu contoh bila projek yang dibuat secara runding terus yang diberikan kepada kontraktor untuk membina Istana Negara, pernah saya sebutkan suatu ketika dahulu sehingga menambah pembiayaan kos dan sebagainya dan ini tidak sepatutnya berlaku.

final • 12:47 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Istana Negara baru-baru ini berlaku kejatuhan satu serpihan macam siling di pejabat Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Mujur tidak terkena kepala Tuanku.

[Disampuk] Tidak! Saya hendak menyebut bahawa benda simple. Ini Raja saya. Simple.

Maknanya mujur tidak kena kepala Tuanku. [Disampuk] Tidak. Saya hendak mengatakan bahawa ini masalah, masalah kontraktor dan isu yang pernah saya bangkitkan sebelum ini iaitu isu berkaitan dengan MRSM di Bentong, umpamanya.

Ini isu yang saya katakan bahawa benda sudah siap tetapi apabila dibuat satu penelitian, apabila hendak diserahkan kepada JKR dan JKR telah pun membuat penelitian bahawa itu menunjukkan kepada kita bahawa kesalahan itu adalah kesalahan cerun. Cerun gagal itu adalah disebabkan masalah reka bentuk dan juga kualiti kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor pada ketika itu. Bukan masalah payment, masalah pembayaran lewat dan sebagainya tetapi masalah reka bentuk. Skop kerja cerun adalah di bawah kontraktor utama yang telah ditukar pada reka dan bina. Sama kesnya dengan Stadium Terengganu iaitu skop bumbung telah ditukar secara reka dan bina di bawah kontraktor. Akan tetapi apabila fail, perkara ini tidak di highlight kan oleh semua pihak, oleh media, oleh kerajaan tidak highlight kan perkara ini, hendak disembunyikan perkara-perkara seperti ini.

Dalam isu MRSM ini, telah pun mengenal pasti iaitu cerun runtuh sehingga tahun lepas sebab kontraktor enggan mengambil tindakan untuk membaiki cerun tersebut walaupun laporan teknikal yang disediakan oleh IKRAM menunjukkan bahawa ia adalah kesilapan kontraktor dan juga perunding. Sehingga ke hari ini, mereka tidak tanggung.

Maknanya kalau perkara isunya pemilihan kontraktor yang tidak berkelayakan, tidak mempunyai kelayakan dalam hendak membina industri pembinaan dalam negara kita.

Sudah tentu sehingga sekarang kita terpaksa menanggung kos kerugian sebab kita tidak boleh guna. Kita terpaksa menumpang di MRSM di Pekan, Pahang umpamanya. Sekarang kita tidak boleh guna. Sedangkan wang rakyat lebih daripada saya ingat projek ini RM17 juta. Daripada RM17 juta kita menanggung kos tetapi tidak boleh guna, untuk apa? Tidak begitu Yang Berhormat Kepong? Hah! Yang Berhormat Kepong hendak bangun.

final • 12:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, itu penjelasanlah Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan pelantikan kontraktor itu penting. Bukan sahaja bumbung stadium di Terengganu. Di kawasan Kepong sendiri Tuan Yang di-Pertua, iaitu MRR2 jejambat itu. [Disampuk] Jejantas? Jejambat?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Jejambat.

final • 12:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jejambat. Reka bentuk itu ada satu di Ampang juga. Akan tetapi dari MRR2 di Kepong ini, ia siap pada tahun 2002 sampai sekarang, 10 tahun belum siap lagi. Keretakan sebanyak 26 itu masih wujud. [Disampuk] Belum lagi 10 tahun. [Disampuk] Mula-mula ia ada siap satu ketika empat tahun yang lepas, gunakan Leonard dari Jerman untuk reka bentuk, gunakan fiber dari Germany. Akan tetapi fiber itu tidak sesuai untuk iklim tropika dan lebih RM50 juta dibelanjakan. Sekarang ia hendak tukar pada fiber besi pula. Itulah masalahnya. Masalah Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mempunyai kriteria yang tertentu untuk melantik kontraktor yang layak, yang cergas, yang betul-betul...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Amanah.

final • 12:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Amanah, ya.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Setuju, setuju.

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Itu memang kita bersetuju bahawa kelewatan itu seharusnya dapat diatasi dengan segera. Ini untuk kepentingan dan keselamatan kita. Saya hendak menunjukkan contoh dalam pembaikan tiang di MRR2 itu. Pertama, pada empat tahun yang lalu, Yang Berhormat Kepong, ya, pada empat tahun yang lalu. Pembayaran sepatutnya ditanggung oleh kontraktor yang sebelum itu tetapi sehingga sekarang saya difahamkan kontraktor itu tidak menanggung pembayaran tersebut. Kerajaan yang bayar, menggunakan duit kerajaan. Sepatutnya masih dalam tanggungjawab kontraktor tersebut untuk membayar kerja-kerja tersebut.

final • 12:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Silakan.

final • 12:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dengan secara ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, kontraktor Bumi Hiway Sdn. Bhd. itu sudah hilang, lenyap, hilang. Pihak JKR hendak menghadapkannya ke Mahkamah Tinggi tetapi saya tidak tahulah hendak menghadap siapa, yang hilang sama sekali, lenyap dari bumi kita [Dewan riuh] kerana di Bumi Hiway dia lenyap dari bumi.

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Agaknya dia tenggelam dalam bumi.

[Ketawa] Jadi, saya hendak mengatakan bahawa - saya berbalik pada isu MRSM tadi Tuan Yang di-Pertua. Di mana ada didapati bahawa kontraktor tersebut enggan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tetapi sebaliknya cuba deal dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan satu negotiation yang baru untuk membaiki dengan nilai RM80 juta. Akan tetapi tidak dipersetujui oleh MARA kerana MARA mengatakan bahawa dia sudah menyerahkan kepada JKR. Maknanya bahawa masalahnya sekarang ialah isu pemilihan kontraktor. Kontraktor sentiasa ada hubungan, hendak cuba deal dengan orang tertentu di peringkat-peringkat tertentu dalam kaitan dengan kepentingan-kepentingan politik.

Jadi, saya hendak mengatakan kepada Dewan bahawa isu yang kritikal ialah isu prosedur mekanisme, pelaksanaan pemilihan dan pelantikan kontraktor yang mesti difikirkan semula oleh pihak JKR untuk memastikan supaya setiap pembinaan kita itu berjalan dengan baik. Contoh, kita katakan bahawa bangunan-bangunan Parlimen yang lama dahulu. Berapa kali kita perbaiki? Maknanya kita akhirnya tidak selesai masalah sehingga terpaksa kita buat satu major renovations dan satu pembinaan baru pada Dewan tersebut. Jadi, sebab itu saya katakan bahawa untuk hendak membina, hendak buat satu renovation dan juga pembinaan yang baru di Dewan Parlimen ini, saya harap bahawa pemilihan kontraktor ini mestilah pemilihan kontraktor yang...

final • 12:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebenar-benarnya.

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Yang sebenar-benarnya. Bukan kontraktor yang jenis macam mana bina istana dahulu, dia tidak ada ‘Kelas A’ [Disampuk].

Tidak ada ‘Kelas A’ pun tetapi boleh dilantik sebagai kontraktor. Jadi, saya... [Disampuk] Ini saya tidak mahu nanti apabila bangunan Parlimen, Tuan Yang di-Pertua, bina pula dan diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang buat ‘lau ayam’, yang layak buat ‘lau ayam’ sahaja. Jadi, saya harap bahawa ini saya katakan bahawa soal Dewan yang sangat penting untuk masa depan kita semua di Parlimen ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun tidak banyak saya rasa. Cuma saya ingin mengatakan bahawa saya melihat di dalam rang undang-undang ini adalah proses timbang tara pembayaran kepada subkontraktor-subkontraktor. Saya ingin membangkitkan satu perkara iaitu di dalam kes pembayaran kepada kontraktor, ada timbang taranya, ada adjudicator nya. Masalah kita sekarang dalam industri pembinaan terutamanya dalam kes pembinaan rumah-rumah yang terbengkalai, saya hendak bertanya siapakah yang menjadi timbang tara di antara pembeli dan pihak pemaju dan bank?

Kalau kita lihat di sini, pembeli tidak ada pembelaan dan apabila ada masalah di dalam projek perumahan, sering kali juga pembeli mengadu bahawa pihak bank membayar kepada pemaju tanpa sampai pada fasa-fasa atau tahap-tahap tertentu. Jadi, mereka telah terlebih bayar. Akhirnya apabila projek terbengkalai, pembeli yang menanggung kos pembinaan itu dan terpaksa untuk membayar dan meneruskan pembayaran kepada bank kerana kalau mereka enggan membayar, mereka boleh dimufliskan oleh pihak bank. Jadi, siapakah yang menjadi adjudicator bagi pihak pembeli?

Saya mendapat sedikit maklumat dan saya melihat bahawa industri pembinaan pihak swasta, mereka membina mega project seperti 1 Utama, Kepong Metro dan sebagainya. Tidak timbul projek-projek tergendala di sini. Mungkin kita patut belajar daripada main players industri ini bagaimana mereka menguruskan dengan subkontraktor mereka ini. Begitu juga di dalam industri petroleum, saya diberitahu bahawa apabila sesebuah syarikat petroleum, dia hendak membina pelantar minyak di laut sana, dia sendiri tidak mempunyai kepakaran. Jadi dia mengambil employ...

final • 12:58 PM

Seorang Ahli

Menggajikan.

final • 12:58 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

...Menggajikan, melibatkan satu konsultan yang mempunyai kepakaran di liabiliti itu diletakkan atas konsultan ini. Jadi konsultan inilah yang memastikan bahawa pembinaan pelantar minyak ini daripada A ke Z iaitu ia berlaku mengikut tahap, mengikut spesifikasi dan sebagainya. Selagi konsultan ini tidak menandatangani ataupun meluluskan pembayaran maka pihak syarikat minyak ini tidak akan membayar kepada kontraktor ataupun yang membuat pelantar minyak itu. Jadi, sekiranya apa-apa berlaku, konsultan ini bertanggungjawab. Sekarang ini, kalau boleh saya cadangkan bagi pihak pembeli rumah...

final • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Raja, boleh sambung semula sebelah petang nanti.

final • 12:58 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:58 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ada sedikit sahaja lagi. Dalam membincangkan Rang Undang-undang Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011 ini, saya cuba mengaitkan tentang pengawalan aturan dan bayaran daripada pembeli kepada pihak pemaju melalui bank.

Walaupun mungkin akta ini tidak menyentuh tentang pembelian rumah tetapi saya merasakan bahawa perkara ini perlu juga difikirkan kerana ini adalah di antara sebab kenapa pembeli rumah teraniaya.

final • 12:58 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya membangkitkan isu bahawa tidak ada timbang tara ataupun tidak ada pihak yang mewakili pembeli rumah apabila mereka mendapat pinjaman bank kemudian pihak bank akan membayar kepada pihak pemaju kononnya mengikut fasa pembangunan tetapi ada kalanya kita tahu bahawa pihak bank membayar kepada pihak pemaju walaupun fasa itu tidak seperti apa yang dinyatakan ataupun mengikut claim yang dibuat oleh pemaju kepada pihak bank.

Persoalannya, saya menanyakan mengapa tidak ada pihak yang mewakili pengguna yang memantau pihak pemaju dan juga yang memberikan lampu hijau kepada pihak bank bila dia boleh bayar kepada pemaju ataupun kontraktor pembangunan itu sendiri. Jadi bagi saya, saya menimbulkan bahawa ada industri di mana apabila pihak yang empunya projek menggunakan pihak ketiga iaitu satu firma konsultan yang mempunyai kepakaran dan mereka inilah yang memantau projek pembangunan mereka seperti pelantar minyak yang saya sebutkan tadi dan mereka yang akan memberitahu majikan mereka bila untuk membayar kepada kontraktor.

Dengan ini mereka juga boleh liable kepada majikan mereka kerana sekiranya mereka meluluskan ataupun mengatakan boleh dibuat bayaran dan kerana kontraktor ataupun pemaju sesuatu projek itu sudah sampai ke tahap tertentu mengikut spesifikasi tertentu tetapi kalau mereka memberikan kelulusan yang salah ataupun tidak sepatutnya maka mereka liable, mereka boleh disaman oleh pihak majikan itu sendiri.

Jadi, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri dapat memahami bahasa saya ini sebab mungkin saya bukan orang yang begitu arif di dalam industri pembangunan ini, pembinaan ini tetapi saya mengunjurkan masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah di masa lalu tentang pembinaan rumah yang tidak siap dan sebagainya tetapi mereka akhirnya terpaksa membayar kepada bank. Bank bayar apa yang telah melepaskan pinjaman mereka kepada pihak pemaju dalam kes ini ialah pembina – main contractor kalau dianalogikan adalah main contractor.

Kedua, saya ingin bertanya apakah kompetensi yang perlu ada ataupun kelayakan yang perlu kepada adjudicator ini yang – Apakah ciri-ciri yang perlu ada kepada mereka?

Adakah mereka perlu ada kelulusan ataupun kelayakan undang-undang ataupun mereka perlu juga ada pengalaman ataupun pengalaman teknikal? Ini kerana di antara bila di dalam timbang tara ini akan timbul di mana main contractor mengatakan bahawa mereka tidak membayar kepada subkontraktor kerana apa? Ini kerana sub kontraktor tidak memenuhi tuntutan ataupun tidak memenuhi kontrak membuat sesuatu pekerjaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin membangkitkan di sini tentang peranan PBT atau KPKT, sejauh manakah di dalam menepati spesifikasi, kita tahu bahawa setiap pembangunan di dalam kawasan PBT perlu mendapat kebenaran merancang, malah pelan-pelan dan sebagainya perlu diluluskan oleh PBT. Sering kali kita mendapati bahawa ada aduan yang mengatakan bahawa PBT tidak memantau tentang sama ada pemaju atau kontraktor ini memenuhi spesifikasi-spesifikasi tersebut. Kalau dia kata untuk paip untuk memasang paip itu mengikuti spesifikasi itu tetapi siapakah yang menentukan spesifikasi ini?

Saya biasa bersemuka dengan pihak PBT kerana di dalam satu pembinaan projek perumahan rumah pangsapuri ataupun rumah bertingkat di mana paip sewage atau paip kumbahan itu dibina di atas tangki air, kemudian dipisahkan oleh hanya satu keping konkrit dan apabila konkrit ini retak, maka air apabila berlaku tirisan daripada paip kumbahan ini, maka air kumbahan ini masuk ke dalam paip atau ke dalam kolam ataupun takungan air bersih yang kemudiannya dipam naik ke atas tangki dan kemudian diagihkan keseluruhan pangsapuri ini.

Jadi, apabila saya melihatnya sebagai orang yang tidak ada kelulusan di dalam kejuruteraan ataupun arkitek, saya kata dari segi commonsense, dari segi fikiran yang logik bagaimana boleh pihak PBT meluluskan satu paip sewage atau paip kumbahan ini di atas satu tangki air. Jadi tidakkah siapa-siapa melihat bahawa dari segi planning, dari segi pelan sudah silap. Jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai PBT, dia kata okey sebab apa, sebab sebenarnya pelan ini diberikan oleh konsultan, arkitek pihak pemaju. Jadi mereka oleh sebab kekurangan kepakaran dan kekurangan staf dan mungkin kekurangan kepakaran dan pengalaman maka terus meluluskannya tanpa memeriksa dengan detil tentang pelan yang telah diberikan untuk kelulusan PBT.

final • 12:58 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akhirnya mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mungkin, mustahil untuk mereka memantau sesuatu projek itu. Jadi dengan tidak langsungnya, perkara-perkara inilah yang akan digunakan main contractor untuk tidak membayar sub-contractor kerana sub-contractor membuat kononnya kerja yang tidak menepati spesifikasi tertentu.

Jadi ia akan menjadi tuduh menuduh di situ dan kita akan ada masalah di dalam tuntutan menuntut ini. Itulah persoalan saya kepada pihak Menteri sama ada Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembayaran 2011 ini boleh kita panjangkan kepada industri pembinaan rumah dan juga melindungi para pembeli bukan setakat hanya kepada kontraktor pembayaran main contractor kepada sub-contractor tetapi juga bayaran daripada pembeli kepada pihak bank, sekian terima kasih

final • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya beberapa soalan dalam cadangan untuk membawa dan meluluskan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2011.

Soalan yang pertama ialah berapakah nilai industri ini untuk tempoh dua tahun sekiranya ada maklumat? Sebagai contoh, kalau kita berpandukan kepada jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk setahun, kita ada lebih kurang RM51 bilion yang dikatakan keseluruhan industri pembinaan dalam negara kita. Jadi saya hendak tanya sekiranya ada maklumat, berapakah sebenarnya jumlah nilai industri ini, industri pembinaan di dalam negara kita untuk setahun atau dua tahun?

Lanjutan daripada itu, saya hendak tahu juga berapakah nilai yang dikatakan terbengkalai atau yang menghadapi masalah yang memerlukan segera kita meluluskan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan ini, walaupun ruang lingkup definisi yang diberikan di bawah akta ini terlalu luas hingga yang tidak terpakai untuk satu skop yang agak kecil iaitu untuk secara persendirian, orang perseorangan dan juga untuk bangunan yang terhad, kurang daripada empat tingkat. Maknanya secara keseluruhannya ia merangkumi satu bidang yang agak luas.

Seterusnya saya hendak tahu adakah akta ini mampu untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan projek yang dilaksanakan merentas sempadan. Sebagai contoh, kita telah meluluskan beberapa prinsip untuk meliberalisasikan banyak sektor termasuk juga akan datang sektor pembinaan yang akan diceburi atau diturut serta oleh, saya fikir barangkali sudah tentu daripada syarikat-syarikat luar yang tidak berpangkalan di negara kita. Telah ada banyak projek pembinaan yang telah kita tawarkan secara usaha sama atau memerlukan pembiayaan-pembiayaan swasta, DFI dan sebagainya. Adakah akta ini atau rang undang-undang ini bertujuan untuk melindungi dan apakah kekuatan pada jangkaan Timbalan Menteri untuk menyelesaikan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi?

Satu contoh yang jelas melibatkan pihak luar ataupun pihak asing, foreign participation dengan izin, sebagai contoh yang disebutkan tadi berkenaan dengan keruntuhan stadium di negeri Terengganu yang telah pun mendapat laporan yang terbukti perkara ini disebabkan oleh tidak mengikut spesifikasi dan juga ada pindaan dalam deliverance dengan izin, kerja-kerja yang sepatutnya. Oleh kerana ia melibatkan pihak luar, sudah tentu ada satu prosedur lain yang diperlukan untuk menilai dan kepentingan kita adalah melihat sama ada tindakan yang bakal diambil terutama yang berkait dengan aspek pembayaran yang digariskan bawah akta ini mampu untuk menyelesaikan perkara itu ataupun tidak.

Timbalan Menteri tentu tahu ada permintaan secara spesifik berkenaan penerangan isu Lebuh Raya Pantai Timur yang dikatakan telah pun terpaksa untuk dinilai semula dari segi jumlah mata kewangan, jumlah kontrak yang akan diberikan oleh kerana kenaikan dalam bahan-bahan binaan, raw material dengan izin, yang tidak dapat dielakkan dan juga dikata tidak dapat dijangka dengan baik. Jadi, Akta Pembayaran dan Adjudikasi ini, semakan saya nampak tidak ada membuat satu kronologi yang lengkap berkenaan dengan kemungkinan-kemungkinan berulangnya perkara ini.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kedudukan agensi yang memerhati ataupun yang menjadi tugas utama memastikan kelancaran kerja sebagai contoh agensi penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang ditetapkan dengan spesifik menjadi agensi pemerhati atau agensi yang dilibatkan untuk memastikan tidak berulang masalah ini. Dalam aspek rang undang-undang ini, adakah juga memasukkan fungsi mereka dalam tugas untuk memastikan adanya prosedur pembayaran dan adjudikasi sekiranya berlaku atau sekiranya sebarang kerja-kerja pembinaan ini termasuk dalam bidang yang diperhatikan atau disyaratkan?

Saya merasakan perkataan yang sesuai di sini apabila ada elemen jenayah, pelanggaran, penipuan dan sebagainya. Saya simpulkan sebagai elemen jenayah dalam pelaksanaan kerja-kerja pembinaan. Jadi, adakah kedudukan pemerhati kelancaran atau pemerhati pematuhan kerja ini seperti pihak SPRM diambil kira dalam pelaksanaan rang undang-undang ataupun akta yang akan kita laksanakan ini.

Terakhirnya, saya hendak bertanya berkenaan dengan sejauh manakah bayaran- bayaran yang tertangguh, tertunggak yang hasil daripada rundingan kegagalan. Contoh yang spesifik yang saya hendak ambil di sini ialah semasa kerajaan menimbang membuat perkiraan atau membuat kiraan elemen pembayaran pampasan terhadap – sebagai contoh pembatalan projek jambatan bengkok yang menghubungkan antara Johor Bahru dengan Singapura. Di dalam rundingan tersebut ada elemen mengira bentuk pampasan dan pembayaran pampasan dan ada sebahagiannya yang ditangguhkan di atas sebab-sebab yang mungkin Timbalan Menteri yang tahu atau kementerian sahaja yang tahu. Adakah kedudukan ini juga mengambil kira dan saya pasti kita telah pun meluluskan elemen SPV atau Special Purpose Vehicle yang telah pun kita luluskan, kita benarkan diwujudkan dalam apa-apa pelaksanaan projek pembinaan yang telah kita terima pakai kedudukan SPV. Jadi, di dalam Akta Pembayaran dan Adjudikasi ini, adakah kita mengambil kira kedudukan SPV ini sebagai satu pihak yang sama crediblenya untuk kita ambil kira dalam penyelesaian itu?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Balik Pulau. Selepas itu menteri menjawab.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang kita maklum, di Malaysia ini walaupun seteknikal rang undang-undang sebegini ini, kita tidak punya peluang untuk berbahas ataupun berbincang, hanya terima di atas meja dalam masa lima minit. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri yang budiman, mungkin boleh dibekalkan apakah sebenarnya dipanggil sebagai Cabinet Paper kah ataupun satu profesional advice kah kerana saya yakin, kerangka adjudikasi ini atau arbitrasi ini dicadangkan mungkin mempunyai satu rasional yang tersendiri iaitu mekanisme penyelesaian yang ada sekarang ini, mahkamah, arbitrasi dan sebagai itu mungkin tidak cukup sehingga diminta satu skema adjudikasi yang eksklusif, khusus.

Tujuan saya bertanya begitu kerana kewujudan Pusat Arbitrasi Kuala Lumpur pada pandangan saya satu perkara yang baik tetapi persoalannya di manakah Pusat Abitrasi Kuala Lumpur itu tidak mampu mengendalikan sehingga dia perlukan naskhah rang undang-undang ini ataupun contoh-contoh kes yang bagaimana. Ini kerana pada pandangan saya isu yang lebih besar lagi yang perlu ditekankan ialah Malaysia sebagai Pusat Arbitrasi, Malaysia sebagai pusat adjudikasi. Sejauh mana ia dapat meyakinkan industri kerana kita tahu perkara sebegini masih lagi – bukan dimonopoli, masih lagi diterajui oleh Singapura dan Hong Kong seperti yang dihujahkan oleh orang-orang yang lain. Sejauh mana Malaysia yang saya harap ia dengan penubuhan Pusat Adjudikasi Industri Pembinaan ini mampu mengangkat imej negara.

final • 2:48 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kedua, soalan yang ingin saya tanyakan juga ialah sejauh mana projek-projek kerajaan mampu masuk ke ruang adjudikasi ini kerana kita melihat mampu kah pihak-pihak kontraktor kalau tidak dibayar oleh kerajaan mereka melalui proses ini. Sejauh mana perkara itu boleh berlaku?

Oleh sebab kita melihat bahawa projek JKR contohnya kalau projek di contohnya KKTNB (Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau). Sebelum siap pun telah terbengkalai. Sudah siap yang terbaru pula asramanya pula tidak selamat diduduki. Akan tetapi perkara tersebut tidak berlaku secara telus. Malahan ia tidak diisytiharkan.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Persoalan saya ialah sejauh mana dalam projek-projek kerajaan pihak-pihak kontraktor yang tidak dibayar di atas apa-apa sebab sekalipun mampu menjadikan adjudikasi ini sebagai satu jalan keluar selain pergi ke mahkamah yang kita tahu akan mengambil masa yang panjang. Ketiga yang ingin saya minat Menteri jelaskan. Saya lihat skim dengan izin the very scheme of this bill memberi kuasa yang agak lumayan ataupun yang agak besar kepada Pengarah Pusat Arbitrasi Kuala Lumpur. Isunya ini di mana kredibilitinya sehingga kuasanya sehingga begitu besar. Dia boleh lantik siapa yang dia rasakan layak.

Isu saya ialah untuk menarik satu kuasa mahkamah untuk memberi satu badan lain sehinggakan kemudiannya barulah mahkamah mempunyai kuasa apabila pihak-pihak atas sebab permohonan pergantungan, atas sebab permohonan mengetepikan di atas syarat-syarat yang ditetapkan di sini, barulah mahkamah tinggi dapat masuk di dalam ruang itu.

Persoalan yang saya ingin timbulkan Yang Berhormat Menteri ialah, kenapa Pengarah ini diberi kuasa sekuat itu dan hanya merujuk kepada Menteri di atas apa yang dipanggil di sini urusan-urusan policy direction. Bagi saya kuasa pengarah di peringkat ini pun dengan izin kalau tidak dipantau, kalau tidak di pastikan ianya dilakukan dengan baik ia mungkin akan terdedah kepada ruang-ruang yang kita panggil penyalahgunaan. Sekiranya ingin saya boleh katakan sekiranya perkara ini timbul. Oleh kerana merupakan satu badan dan satu Kuala Lumpur Regional Centre of Arbitration is a small body dekat sana. Isunya ialah bagaimana kita hendak pastikan bahawa institusi ini tidak disalahgunakan dengan izin dari segi pembangunan kita tahu jumlahnya besar dan sekiranya timbul penyalahgunaan dia akan sekali lagi dengan izin tidak akan mencapai matlamat kerajaan.

Soalan yang keempat yang Timbalan Menteri boleh memberi penjelasan ialah mengenai kenapa tujuannya yang saya faham antara lain hendak mempercepatkan proses pembayaran kepada kes-kes yang layak diberi pembayaran. Akan tetapi ruang yang kita beri di sini juga ialah agak banyak iaitu permohonan pergantungan boleh diberikan. Menteri pun tahu pergantungan ini kalau tidak dibuat secara penuh dan ketat ia akan melambatkan proses adjudikasi.

Di sini juga saya lihat, dikatakan boleh juga mengetepikan keputusan adjudikasi dalam kes-kes yang dikatakan di sini. Ada empat ruang di sini. Akan tetapi persoalannya di sini, kita kalau boleh tidak mahu mengulangi permasalahan yang kita timbul dalam Tribunal Perumahan contohnya. Orang pergi ke tribunal, orang awam pergi ke tribunal tetapi keputusan tribunal dicabar. Akhirnya sekali matlamat asal untuk mempercepatkan dan mempermudah itu tidak dapat dicapai. Jadi soalan saya ialah, bagaimana hendak mengelakkan perkara-perkara sebegini?

Akhir sekali soalan saya ialah, di peringkat ini pun sebenarnya dengan izin akan timbul satu bargaining power yang tidak seimbang sekiranya di peringkat ini syarikat- syarikat tersebut atau mereka yang terlibat tidak boleh diwakili oleh peguam. Adakah ia memberi ruang kepada peguam untuk mewakili? Oleh kerana isu-isu pembinaan ini adalah isu yang teknikal. Saya rasa kalau ianya tidak diberi ruang yang khusus saya rasa sekali lagi satu keputusan yang adil tidak akan dapat dicapai. Itu sahaja. Terima kasih Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat telah pun membahaskan dalam bill ini termasuk juga seorang celah daripada Yang Berhormat Batang Sadong, yang ambil bahagian, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Indera Mahkota dan akhirnya Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat Balik Pulau saya mengucapkan banyak terima kasih kerana semasa saya membentangkan bill ini telah banyak soalan ditanya 11 orang ini telah terjawab sebenarnya. Akan tetapi ada juga tidak apa ini memang peluang untuk semua

final • 2:54 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat berucap dan lagi pun ada kebanyakan ucapan perbahasan mereka ada juga telah keluar dari apa yang kita bincang hari ini. Itu yang cara yang hendak kita Akta Pembayaran Adjudikasi.

Saya cuma akan menjawab dari prinsipnya. Nampaknya 11 ataupun 12 orang Yang Berhormat dalam masa yang singkat ini telah pun bersetuju bill ini tepat pada masanya untuk dibentang dan diluluskan. Kita beritahu tadi ada tanya sebagaimana kita datang di sini untuk membincangkan bill kerana kita ada buat kajian dalam tahun 2006 dengan Universiti Malaya dengan pihak CIDB kita berbincang banyak masalah industrial pembinaan dan dari ini kita dapat dalam projek 333 projek, 55% lebih adalah akibat dari pembayaran tidak diberi kepada pihak subkontraktor.

Selepas itu kita pun bincang dengan pihak, saya telah membentang ini dengan pihak stakeholder dan pihak industri supaya kita mengadakan satu cara di mana kita dapat bayar menguruskan industri pembinaan supaya ia dapat diselesaikan dengan cepat dan menjimatkan masa dan juga jimatkan aliran tunai. Oleh kerana kita tahu industri pembinaan di negara kita telah pun menyumbang banyak kepada KDNK Tadi ada yang akhir dan tadi Yang Berhormat Indera Mahkota ada tanya berapa jumlah wang yang dalam industri pembinaan. Saya ada satu rough figure sahaja tertakluk kepada confirmation adalah RM90 bilion. Bill ini dirangka kerana kita tahu masalah yang telah pun timbul dalam industri pembinaan di mana kita perlu juga melihat banyak kontrak, main contractor tidak bayar kepada sub-contractor.

Lagi pun di antara main dan sub-sub contractor tidak dibayar kerana saya ingin di sini kita akan selepas bil ini diluluskan kita akan mengadakan satu road show supaya kita ada 60,000 lebih kontraktor di Malaysia supaya mereka faham, mereka perlu masuk perjanjian dengan sub-contractor dengan sub-sub contractor ataupun sub-contractor dengan main contractor. Dia perlu adakan perjanjian supaya ada juga protection.

final • 2:54 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, terima kasih. Sedikit penjelasan kerana mempunyai perancangan membuat road show.

final • 2:54 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, selain daripada membuat road show, saya berpandangan dan mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri sekiranya ada asas, bahawa sebenarnya hubungan di antara main contractor dan sub contractor itu dapat diselamatkan kalau mana-mana pihak tidak melakukan tanggungjawab sekiranya amalan yang seperti biasa seperti performance bond, ada setengah menggunakan insurans, ada setengah menggunakan bank, ada yang mengatakan menggunakan insurans lebih susah sebab loss adjuster dan sebagainya, kalau bank lebih bersifat automatik. Ini kerana saya rasa itu bukan isu perundangan sebenarnya, lebih kepada isu, dengan izin, the business model ataupun structure contract.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah masalah sekarang ini yang tidak bayar ini kebanyakannya isu undang-undang sehingga diperlukan satu undang-undang ataupun lebih daripada isu yang kita tidak ketatkan, mesti ada performance bond. Performance bond itu contohnya, kalau bank lebih cepat supaya kalau dalam kes sub contractor tidak perform kan, main contractor boleh dapat duit itu dan mungkin lantik sub contractor yang lain. Itu soalan saya, isunya adakah lebih isu undang- undang ataupun isu tidak mengetatkan tuntutan seperti bon itu?

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita mengadakan road show ini untuk menyedarkan semua kontraktor khususnya kontraktor kecil-kecilan supaya mereka masuk dengan kontrak dengan main contractor. Ini adalah dua belah pihak. Bukan sahaja performance bond, ini ada juga kontrak di antara dua-dua pihak supaya kalau ada yang kita perlukan adjudicator ini, adjudication ini memang perlukan ada satu asas untuk kita menjalankan tugas. Buat masa sekarang, kebanyakan sub contractor tidak masuk dengan agreement dengan pihak kontraktor di atas. Ini yang timbulkan masalah dan saya hendak maklum kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Teluk Kemang.

final • 3:00 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai dengan sub contractor ini. Jikalau ikut dahulu, amalan kerajaan ialah apabila sub-contractor itu dilantik oleh contractor utama, perlu dimaklumkan kepada JKR untuk maklumkan sahaja ataupun mendapat kelulusan daripada JKR. Itu yang pertama. Yang keduanya, sub contractor – nominated sub- contractor yang dilantik oleh JKR untuk membantu memperkemaskan projek dan juga ada

final • 3:00 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

satu lagi ialah contractor yang membekal sahaja, membekal alat, jentera dan sebagainya.

Ini tidak termasuk dalam mungkin jumlah 60,000 contractor atau sub-contractor yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Jadi, bagaimanakah cadangan JKR atau kerajaan untuk mengatasi perkara ini? Itu yang pertama. Yang keduanya, sebahagiannya ikut pemakaian, application – the scope of ialah kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya mungkin melibatkan sub contractor yang terlibat dalam kerja-kerja tertentu, juga sebahagiannya terlibat apabila projek ini berhenti separuh jalan, jadi kerja separuh jalan.

Sub contractor ini mungkin sudah bekalkan barang-barang dan sebagainya, menunggu ikut program mereka untuk melaksanakan kerja – sudah melibatkan kos tetapi main contractor sudah berhenti separuh jalan. Kepentingan sub contractor ini apakah termasuk dalam akta ini? Bagaimana agaknya kontraktor-kontraktor yang mengadakan perjanjian dengan Kerajaan Malaysia yang mahukan arbitration ini dilakukan di luar negara?

Jadi, di situ kepentingan kontraktor tempatan yang mengerjakan bersama dengan main contractor ini yang akan hilang kepercayaanlah kerana tidak ada peruntukan yang boleh membela mereka apabila perkara ini menjadi masalah. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita telah mengambil kira semua ini dan pihak boleh melantik adjudicator adalah bukan sahaja sub contractor, ada juga pihak pembekal bahan-bahan binaan. Ada pihak perunding pun boleh dimasukkan dan untuk main contractor dengan kerajaan juga – main contractor boleh juga melalui cara ini, melalui akta ini, boleh mohon untuk pembayaran. Inilah untuk kebaikan semua khususnya bagi pihak kontraktor kecil supaya mereka dapat juga maju dalam perniagaan mereka. Saya hendak beritahu Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam...

[Disampuk]

final • 3:00 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Maaf ya, berkenaan dengan kontraktor pembekal ini...

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Sama juga boleh masuk. Ada.

final • 3:00 PM

Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang

Yang tidak masuk dalam 60,000 orang kontraktor-kontraktor.

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang 60,000 bukan dalam akta ini. Ini saya bagi punya angka. Mereka boleh masuk dalam akta ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya di negara Komanwel, kita negara yang kelima ada akta ini untuk perlindungan, untuk industri pembinaan kita. Ada juga di United Kingdom, Australia, New Zealand, Singapura dan kita negara yang kelima. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tadi, ada juga sebut hendak lanjutkan lebih masa dalam seksyen 10. Sebenarnya proses adjudikasi ini akan ambil kurang dari 75 hari. Kita tahu di Australia, New Zealand dan Singapura – Singapura kerana tidak ramai kontraktor, ia dapat buat ini dalam 40 hari. Kita boleh buat dalam 45 hari tetapi tidak boleh lebihi 75 hari.

United Kingdom memang empat minggu, sebulanlah. Tadi kata hendak ada road show supaya semua sub contractor faham yang ini untuk kepentingan mereka, mestilah faham ini. Jikalau ada apa-apa projek, masuklah contract agreement dengan main contractor atau sub contractor lebih besar lagi supaya mereka dapat dilindungi dengan akta ini. Saya kata tadi Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) memang adalah salah satunya menjalankan arbitration di negara kita tetapi kita lantikkan lah dahulu saya rasa. Belum habis lagi?

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sebelum fasal sub contract tadi. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, setakat pemantauan sendiri tanpa penyelidikan yang menyeluruh, kita melihat kebanyakan agreement akan wujud di antara main con dan sub con. Itu biasa dan terutama projek- projek baru sehinggakan adanya standard agreement. Akan tetapi, senario yang kita lihat daripada di bawah, tidak menjadi satu amalan kepada sub-sub contractor ini terutama sekali ialah kadang-kadang projek tidak semuanya besar untuk ada satu kontrak yang standardlah, kadang-kadang bergantung kepada yang ada duit pakai peguam, tidak ada duit- Jadi, saya rasa adakah Yang Berhormat Menteri berhajat untuk memastikan bahawa perkara itu satu, dengan izin, standard agreement itu sehingga menyeluruh di peringkat bawah sebelum ianya kita berbincang hendak diadjudikasikan? Kalau adjudikasi pun, agreement pun tidak berapa cantik, jadi hak-hak yang dibawa ke meja adjudikasi pun bukan

final • 3:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

satu hak yang baiklah. Hak yang baik hanya timbul di dalam satu contoh agreement yang baik. Itu sahaja mohon penjelasan.

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Ini adalah satu cara yang baik ini, boleh dibuat dalam Peraturan Menteri. KLRCA adalah satu arbitration agency yang ada di Kuala Lumpur dan agensi ini memang melatih dan melantik sesiapa menjadikan adjudicator. Adjudicator ini siapa pun boleh jadi adjudicator sebagai pengadil, jiran pun boleh kalau dua pihak setuju.

Ini yang penting. Tadi Yang Berhormat Kuala Kedah cakap tidak ada perkataan lain adjudicator tetapi perkataan bahasa memang pengadil sahaja kan.

final • 3:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Akan tetapi, adjudikasi difaham pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pun telah – bahasa itu pun telah setuju, adjudikasi ini. Oleh sebab saya bentangkan rang undang- undang ini ramai Ahli-ahli Yang Berhormat pun tidak ada dalam Dewan, selepas mereka masuk sudah keluar jauh dari view yang sebenar tetapi saya bagi tahu sedikit yang saya sempat jawab adalah Yang Berhormat Arau, e-Bayaran, e-Payment. Kita akan – dan juga tetapi kita cuba mengambil iktibar ini sebab kita dapat juga menjalankan e-Payment.

Yang Berhormat Kuala Selangor, kita memang ada pihak CIDB mengiktiraf kontraktor, bagi latihan supaya mereka dapat digredkan dan memang untuk dapat rating dan grading mereka. Yang Berhormat Telok Intan juga kata adjudikasi – siapa boleh dilantik, saya tidak kata pun siapa boleh dilantik dan oleh pihak Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA). Fi, kita belum tentukan lagi dan juga saya lihat banyak sudah saya – dan kota raya ini isu-isu memang berkaitan dengan pihak PBT dan dalam Akta Housing Building Law ada, Suruhanjaya Pembangunan ada. Kita ambil perhatian hal ini mungkin semua projek swasta, semua projek kerajaan termasuk dalam akta ini boleh digunakan. Akan tetapi, yang penting memang agreement yang ada supaya kita dapat menjalankan tugas media atau adjudikasi. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kerana saya telah pun bentangkan ini dengan sangat detail. Saya harap jugalah...

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri selalu ini – bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tadi spesifik. Kita tahu Pusat Arbitrasi Kuala Lumpur ini satu badan yang kecil dan kebetulan saya tidak mahu timbulkan isu ini tetapi kita tahu ada isu human resources nya. Banyak kompelin, itu dari segi kredibiliti Centre of Arbitration. Ditukar pengarah pun kita tahu benda ini tetapi saya tidak mahu masuk detail. Akan tetapi, yang lebih saya minat dari segi support system nya itu, bagaimana di dalam untuk menghasilkan adjudikasi, adjudicator yang berwibawa. Kita tahu, mampu kah dari segi dengan izin, kapasiti building nya maksudnya dia bukan ada sekolah. Mungkin dia perlu bekerjasama dengan Bar Council.

Akan tetapi, ia tidak diterjemahkan di dalam akta ini tetapi persoalan saya itu apabila kita beri kuasa kepada pengarah itu, dia yang boleh tentukan, dia yang boleh latih dan sebagainya sehinggakan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jujur mengatakan banyak lagi perkara belum dipastikan. Akan tetapi, persoalan saya untuk memberi kuasa di peringkat ini di bawah rang undang-undang dengan izin, it is statutory provision saya khuatir sejauh mana kewibawaan Pusat Arbitrasi Serantau Kuala Lumpur ini.

Dulu memang secara tradisinya ialah mantan-mantan hakim, kalau tidak silap saya ialah Yang Arif Zakaria Yatim sehinggalah Syed Ahmad Idid, sehinggalah terbaru ialah Encik Sundra Rajoo yang seorang prolifik, menulis buku banyak mengenai arbitrasi. Akan tetapi, persoalan saya dari segi institusi secara keseluruhan itu, mampu kah mereka membantu kerajaan dalam pastikan institusi ini dapat menghasilkan adjudicator yang berwibawa atau lagi timbul isu-isu akreditasi dan sebagainya. Itu persoalan saya, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan apa persediaannya itu.

final • 3:10 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Tadi kita kata lantikan adjudicator boleh jadi jiran kita pun boleh dilantik dan ini adalah sebagai pengadil di antara dua supaya masalah mereka boleh diselesaikan dengan cepat dan kos yang tidak tinggi. Memang apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau kita akan lihat bagaimana mempertingkatkan KLRCA ini, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingat ini telah pun memberikan jawapan. Apa yang saya tidak dapat jawab kerana banyak isu-isu sudah terkeluar daripada apa yang kita bincang. Apa yang saya tidak dapat jawab, saya akan cuba bagikan secara bertulis. Sekian terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalahnya dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 41 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 3:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENGANTARAAN 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan bagi proses pengantaraan dan dengan demikian itu memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyelesaikan pertikaian secara adil, cepat dan berkesan dari segi kos dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif untuk mewujudkan satu alternatif kepada proses litigasi di mahkamah telah mendorong kepada pengenalan amalan pengantaraan atau turut dikenali sebagai mediasi sebagai suatu mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif ataupun dengan izin alternative dispute resolution. Sistem penyelesaian pertikaian alternatif kini semakin menjadi pilihan di kalangan pihak-pihak yang bertikai kerana ia terbukti berkesan membantu mempercepat penyelesaian sesuatu kes, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengekalkan hubungan antara pihak yang terlibat. Pelaksanaan penyelesaian pertikaian secara pengantaraan secara tidak langsung berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di mahkamah.

Pada masa sekarang, pengantaraan yang diamalkan di Malaysia tidak diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang secara khusus seiring dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, kerajaan setelah mengambil kira pandangan dan juga maklum balas daripada pihak berkepentingan dan pengamal undang- undang membuat keputusan bahawa suatu Undang-undang Pengantaraan perlu diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, keberkesanan sistem pengantaraan yang dilaksanakan pada masa kini telah mendorong kerajaan untuk menggubal suatu undang-undang pengantaraan.

final • 3:22 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Undang-undang ini bertujuan untuk menggalakkan dan mempertingkatkan penggunaan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan mengenai proses pengantaraan. Seterusnya dapat memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk memutuskan pertikaian secara adil, cepat dan cost effective.

Oleh yang demikian, undang-undang pengantaraan ini bercadang untuk memperuntukkan dan menstrukturkan suatu kerangka yang tetap berhubung dengan amalan pengantaraan. Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil maklum bahawa amalan pengantaraan ini telah sedia dipraktikkan di beberapa institusi seperti di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Bank Negara, Jabatan Bantuan Guaman dan juga Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur ataupun dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitrations serta badan kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Jabatan Peguam Negara telah mendapatkan pandangan pihak yang terlibat secara langsung dalam proses keadilan dan juga pengantaraan di negara ini dan menubuhkan suatu jawatankuasa ad hoc yang terdiri daripada:-

(i) wakil daripada beberapa bahagian di Jabatan Peguam Negara;

(ii) wakil Mahkamah Persekutuan;

(iii) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri;

(iv) Majlis Peguam Malaysia;

(v) Persatuan Undang-undang Sabah;

(vi) Kesatuan Peguam Bela Sarawak;

(vii) Biro Pengantaraan Kewangan; dan terakhir sekali ialah

(viii) Dua orang peguam yang pakar dalam pengantaraan ini.

Jawatankuasa ad hoc tersebut telah mengadakan beberapa perbincangan untuk menggubal cadangan draf undang-undang pengantaraan dan kajian perbandingan undang- undang pengantaraan yang digunakan oleh negara lain juga telah dibuat bagi memastikan kesesuaian pelaksanaan undang-undang pengantaraan di negara ini.

Selain itu memandangkan pihak mahkamah telah menjalankan pengantaraan berkuat kuasa pada 16 Ogos 2010 melalui Arahan Amalan No.5 Tahun 2010 berkenaan Arahan Amalan Pengantaraan Di Mahkamah, semua pihak bersetuju agar suatu undang- undang yang memperuntukkan proses dan perjalanan dengan izin ‘court judge’ amalan pengantaraan digubal selain daripada pengantaraan atas arahan mahkamah ataupun dikenali sebagai Court Annex Mediation dengan izin. Pengantaraan yang digalakkan di bawah undang-undang ini bukan suatu proses yang diwajibkan ke atas pihak-pihak yang bertikai.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada kajian dan juga maklum balas yang diterima, kerajaan mendapati undang-undang pengantaraan wajar diwujudkan berdasarkan justifikasi berikut:-

(i) belum ada lagi undang-undang khusus mengenai pengantaraan yang dilaksanakan di negara ini. Sungguhpun demikian terdapat pengantaraan yang dilaksanakan oleh badan kehakiman yang mana bermula 16 Ogos 2010. Yang Arif Ketua Hakim Negara telah mengeluarkan arahan Amalan No. 5 Tahun 2010 berkenaan Arahan Amalan Pengantaraan Oleh Hakim, Majistret dan juga Pendaftar sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret semasa peringkat pengurusan kes di bawah Aturan 34 Kaedah 4, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atau di bawah Aturan 19 Kaedah 1(1) Kaedah- kaedah Mahkamah Rendah 1980. Selain itu pengantaraan turut dilaksanakan oleh Jabatan Bantuan Guaman yang memberikan khidmat pengantaraan di bawah Seksyen 29A Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melalui Kaedah-kaedah Pengantaraan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ataupun

final • 3:22 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

dikenali sebagai CIDB Rules adalah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur melalui Kaedah-kaedah Pengantaraan Pusat Timbang Tara Serantau (KLLC Media and Rules) dan juga Biro Pengantaraan Kewangan;

(ii) dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta 599 dan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Dan Juga Pelesenan 1966) Akta 118 terdapat peruntukan yang menghendaki tribunal tuntutan pengguna dan tribunal tuntutan pembeli rumah masing-masing membantu pihak-pihak yang bertikai merundingkan suatu penyelesaian berhubung dengan pertikaian yang dirujuk kepada- dua tribunal tersebut. Walau bagaimanapun kedua-dua akta tersebut tidak memperuntukkan mengenai cara atau prosedur rundingan dijalankan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kedua-dua tribunal tersebut, tribunal mengamalkan pengantaraan untuk membantu pihak-pihak bertikai mencapai suatu persetujuan bersama untuk menyelesaikan tuntutan. Oleh itu sekiranya undang-undang pengantaraan diadakan ia boleh membantu tribunal-tribunal tersebut mengamalkan proses pengantaraan yang seragam bagi tujuan membantu pihak-pihak yang bertikai mencapai penyelesaian;

(iii) menggalakkan masyarakat menggunakan pengantaraan sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian. Dengan wujudnya undang-undang ini, pengantaraan diiktiraf oleh undang-undang dan juga keputusan yang dicapai melalui pengantaraan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang sedia ada;

final • 3:22 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

(iv) mengurangkan penumpuan hanya kepada mahkamah sebagai tempat untuk menyelesaikan pertikaian. Kewujudan alternatif lain untuk menyelesaikan pertikaian secara langsung akan dapat mengurangkan pendaftaran sesuatu kes di mahkamah.

(v) tempoh masa tertentu yang ditetapkan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian melalui pengantaraan akan dapat dipendekkan dan pertikaian tersebut boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah;

(vi) pengantara boleh dikawal selia dan hanya pengantara yang layak sahaja boleh diakreditasikan; dan

(vii) penyelesaian melalui pengantaraan akan mencapai suatu keadaan yang win-win dengan izin antara kedua-dua pihak berbanding dengan suatu penghakiman yang diperintahkan oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada justifikasi yang dinyatakan sebelum ini, yang menyokong keperluan mengadakan undang-undang pengantaraan, kerajaan juga berpandangan alasan berikut juga relevan untuk dipertimbangkan.

Pertama, walaupun pengantaraan diamalkan di negara ini tetapi ia tidak dibuat secara meluas dan tidak popular. Hanya terdapat pengantaraan oleh pihak mahkamah dan pengantaraan yang melibatkan sektor tertentu sahaja seperti yang terdapat di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melibatkan pertikaian yang timbul dari kontrak pembinaan dan Biro Kewangan Pengantaraan yang melibatkan pertikaian berhubung dengan perbankan, insurans dan juga takaful.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah contohnya di Perancis, Jerman, Itali, Denmark, Australia, dan Sweden, undang-undang pengantaraan telah lama diwujudkan dan menjadi salah satu alternatif penyelesaian pertikaian. Di negara Komanwel seperti Australia, New Zealand, Kanada, Hong Kong, India dan Singapura, undang-undang pengantaraan juga telah diadakan lebih dari sepuluh tahun yang lalu.

Malahan negara yang kurang maju pun seperti Nigeria, Ugrian dan juga Trinidad dan

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tobago mempunyai undang-undang pengantaraan yang merupakan salah satu alternatif penyelesaian pertikaian di negara mereka.

Di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pengantaraan amat digalakkan untuk menyelesaikan pertikaian berbangkit daripada hubungan kontraktual atau legal melalui UNCITRAL Conciliation Rules 1980, United Nation.

Kedua, selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan orang ramai yang terlibat dalam pertikaian perlu diberikan alternatif lain selain daripada membuat tuntutan di mahkamah atau melalui timbang tara untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan lebih tepat, mudah dan murah. Oleh itu penyelesaian pertikaian melalui pengantaraan sewajarnya digalakkan di kalangan orang ramai yang terlibat dalam pertikaian.

Ketiga, pengantaraan tidak bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian dengan memutuskan pihak mana yang kalah atau pihak mana yang menang seperti mana yang terdapat dalam sistem mahkamah. Konsep ini bertujuan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu atau pun facilitate pihak-pihak yang bertikai untuk menyelesaikan pertikaian. Oleh itu, pihak yang bertikai akan dapat berbincang isu-isu yang dipertikaikan dengan terbuka dan memutuskan sendiri cara penyelesaian yang sesuai.

Keempat, wujudnya undang-undang pengantaraan yang mengawal selia proses pengantaraan termasuk aspek kos akan dapat mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan. Selain daripada itu, penyelesaian pertikaian yang tepat, mudah dan murah akan memberi kepuasan kepada orang ramai kerana tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan tuntutan dan hak mereka. Selanjutnya, penyelesaian pertikaian yang tepat, mudah dan murah secara langsung akan menarik pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum rang undang-undang yang dibahaskan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini izinkan saya untuk menjelaskan berkenaan dengan Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 yang terbahagi kepada tujuh bahagian yang mengandungi 20 fasal seperti yang berikut:-

Bahagian I, akta ini memperkatakan perkara permulaan yang mengandungi perkara yang seperti yang berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta dan memberi kuasa untuk menetapkan tarikh bagi permulaan kuat kuasa akta.

Fasal 2 pula bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan tidak terpakai bagi perkara yang dinyatakan dalam jadual. Pengantaraan yang dijalankan oleh mahkamah menurut apa-apa tindakan sivil yang difailkan di mahkamah dan apa-apa pengantaraan yang dijalankan oleh Jabatan Bantuan Guaman. Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian berkenaan dengan perkara berikut yang dinyatakan dalam jadual iaitu:

(i) Prosiding yang melibatkan persoalan yang berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan;

(ii) Guaman yang melibatkan writ prerogatif sebagaimana mana yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Kehakiman 1964

(Akta 91);

(iii) Prosiding yang melibatkan remedi injunksi sementara atau injunksi kekal;

(iv) Petisyen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);

(v) Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486);

(vi) Prosiding yang melibatkan perjalanan bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan;

(vii) Semakan kehakiman;

(viii) Rayuan;

(ix) Semakan;

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

(x) Apa-apa prosiding di hadapan mahkamah anak negeri; dan

(xi) Apa-apa perkara jenayah.

Oleh itu, akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencakupi pengantaraan yang dijalankan oleh orang atau entiti persendirian.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya fasal 3 mengandungi takrif perkataan tertentu yang digunakan dalam akta.

Fasal 4 memperuntukkan pula mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian boleh mencadangkan pengantaraan sebelum memulakan apa-apa tindakan sivil di mahkamah dan pengantaraan tidak bertindak sebagai suatu penggantungan atau perlanjutan mana- mana prosiding sivil jika prosiding itu telah dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II akta yang dicadangkan ini memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan permulaan pengantaraan. Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi cadangan pengantaraan melalui pengantaraan pelawaan bertulis berkenaan dengan penghantaran itu oleh orang yang mencadangkan pengantaraan kepada orang dengannya, dia mempunyai pertikaian. Pengantaraan hendaklah disifatkan telah bermula jika orang yang mencadangkan itu menerima penyetujuterimaan terhadap pelawaan bertulis daripada orang yang dengannya dia mempunyai pertikaian. Fasal ini memastikan bahawa pengantaraan yang dijalankan di bawah akta yang dicadangkan adalah secara sukarela.

Fasal 6 pula bertujuan untuk memformalkan pengantaraan di bawah akta yang dicadangkan dengan menghendaki pihak-pihak untuk membuat perjanjian pengantaraan apabila bermulanya pengantaraan. Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak dan hendaklah mengandungi perkara yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan dengan pengantaraan itu dan termasuklah pelantikan pengantara.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III akta yang dicadangkan ini pula memperkatakan pelantikan dan juga penamatan pelantikan pengantara.

Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan pengantara oleh pihak-pihak. Bilangan pengantara yang hendak dilantik dan kehendak lain berkenaan dengan pelantikan pengantara.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Pengantara yang dilantik di bawah fasal ini hendaklah memiliki kelayakan, pengetahuan dan juga pengalaman yang berkaitan atau memenuhi kehendak sesuatu institusi berhubung dengan seseorang pengantara supaya dapat menjamin pelantikan pengantara yang bebas dan saksama oleh pihak-pihak. Fasal ini juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran fi atau apa-apa balasan lain kepada pengantara.

Fasal 8 bertujuan untuk memperuntukkan bagi hal keadaan yang dalamnya pelantikan pengantara di bawah akta yang dicadangkan boleh ditamatkan oleh pihak-pihak.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang dicadangkan memperkatakan proses pengantaraan.

Fasal 9 bertujuan untuk memperuntukkan lagi peranan pengantara yang hendaklah memudahkan pengantaraan dan juga menentukan cara pengantaraan akan dijalankan. Pengantara juga berperanan membantu pihak-pihak bertikai untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan dan mencadangkan opsyen bagi memutuskan pertikaian itu. Dalam hal ini, pengantara hendaklah bertindak secara bebas dan saksama.

Fasal 10 pula bertujuan untuk membolehkan pengantara meminta pihak-pihak supaya mengemukakan pernyataan yang menghuraikan fakta ringkas mengenai pertikaian disertai dengan apa-apa dokumen yang disifatkan sesuai oleh pihak itu untuk dikemukakan.

Fasal 11 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pengantaraan hendaklah dijalankan secara tertutup yang melibatkan perjumpaan pihak-pihak bersama-sama atau secara berasingan. Seterusnya, fasal ini memperuntukkan bahawa bukan pihak yang dipilih oleh pihak-pihak atau pengantara boleh menyertai pengantaraan untuk membantu pihak- pihak atau pengantara masing-masing walaupun pengantaraan dijalankan secara tertutup.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Sebagaimana yang ditakrifkan dalam fasal 3, bukan pihak termasuklah peguam setiap pihak pakar dalam hal perkara pertikaian dan saksi.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V adalah berhubung dengan berakhirnya pengantaraan.

Fasal 12 menyatakan hal keadaan yang pengantaraan akan berakhir. Antara hal keadaan itu ialah penandatangani perjanjian penyelesaian oleh pihak-pihak, penarikan diri oleh suatu pihak kepada pengantaraan dan kematian atau ketidakupayaan mana-mana pihak.

Fasal 13 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perjanjian penyelesaian yang merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak apabila pengantaraan berakhir dan pencapaian persetujuan oleh pihak-pihak berkenaan dengan pertikaian itu.

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai kesan perjanjian penyelesaian. Perjanjian itu boleh direkodkan di hadapan mahkamah sebagai penghakiman persetujuan atau penghakiman jika prosiding telah dimulakan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI akta yang dicadangkan ini memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan dan juga perlindungan.

Fasal 15 memperkatakan kerahsiaan komunikasi pengantaraan dan juga memperuntukkan bagi hal keadaan yang dalamnya komunikasi pengantaraan boleh dizahirkan.

Fasal 16 memperkatakan perlindungan komunikasi pengantaraan dan juga menyatakan hal keadaan yang dalamnya perlindungan tidak terpakai.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Bahagian VII memperkatakan peruntukan pelbagai.

Fasal 17 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa kos pengantaran hendaklah ditanggung secara sama rata di antara pihak-pihak tetapi pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju tentang kos yang akan ditanggung oleh setiap pihak.

Fasal 18 memberi Menteri kuasa untuk meminda jadual melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Fasal 19 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang pengantara tidaklah bertanggungan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dalam menunaikan fungsinya sebagai pengantara melainkan jika perbuatan atau peninggalan itu dibuktikan sebagai fraud atau melibatkan salah laku secara sengaja.

Fasal 20 pula memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi perjalanan yang lebih baik tujuan dan maksud akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Akta Pengantaraan melalui rang undang- undang yang dicadangkan ini, kerajaan mempunyai keyakinan penuh ia dapat memberi kesedaran serta menggalakkan masyarakat menggunakan pengantaraan sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan pertikaian selain daripada melalui proses biasa di mahkamah. Ia juga dapat membantu semua pihak yang terlibat mencari penyelesaian dengan lebih cepat, mudah dan juga lebih murah. Di samping itu, suatu kerangka undang- undang khusus yang mengawal selia proses pengantaraan dapat menggalakkan pihak- pihak tertentu daripada mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri ke atas sistem pengantaraan yang tidak dikawal selia. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menggalak dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan bagi proses pengantaraan, dan dengan demikian itu memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyelesaikan

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

pertikaian secara adil, cepat dan berkesan dari segi kos dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membawa Rang Undang-undang Pengantaraan 2012 ini ke Parlimen. Saya kira ini adalah satu tindakan yang begitu baik demi untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai satu kaedah penyelesaian alternatif seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Saya membaca rang undang-undang ini dan ada beberapa soalan yang saya ingin kemukakan kepada pihak kementerian. Pertamanya tentang kuasa yang diberikan kepada akta ini. Mungkin kalau dijelaskan dengan terperinci oleh Timbalan Menteri, mungkin saya lebih faham tetapi membaca kepada rang undang-undang ini, ada beberapa perkara yang ingin saya tanya. Satunya tentang kelayakan pengantara ini. Tidak diberi satu penerangan yang jelas jenis-jenis kelayakan walaupun hanya dikatakan di sini mempunyai pendidikan tinggi formal, pengalaman yang berkaitan.

Jadi walaupun mungkin saya setuju, kedua-dua belah pihak mesti bersetuju dengan seorang individu yang akan menjadi pengantara tetapi kelayakan ini juga harus diberi pengkhususan. Siapa yang memberi akreditasi kepada pengantara ini? Disebut di sini institusi, sesuatu badan atau organisasi yang mengadakan khidmat pengantaraan. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong perjelaskan ini kerana pada saya usaha kerajaan akan terbantut jika kualiti pengantara ini tidak dapat diletak pada tahap yang tinggi kerana kalau ianya hanyalah orang yang biasa yang tidak mempunyai kelayakan yang sesuai, akhirnya nanti mediation ataupun pengantara ini akan menjadi proses yang redundant. Itu satu.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam seksyen 8(2), dikatakan di sini bahawa pihak-pihak boleh menamatkan pelantikan pengantara atas apa-apa sebab dan hendaklah memaklumkan pengantara sebab bagi penamatan itu.

final • 3:47 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya kira ini ada satu ruang yang boleh dimanipulasikan oleh kedua-dua belah pihak. Katalah kalau pengantaraan ataupun perundingan itu memihak kepada satu pihak ataupun pihak yang satu lagi itu mungkin mempunyai pandangan yang berbeza towards the end of the negotiation dengan izin, maka dia boleh menamatkan pengantara itu atas apa- apa sebab sekalipun. Saya kira ini akan memberi ketidakadilan kepada pihak yang mungkin sanggup untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi di sini dikatakan pihak-pihak boleh menamatkan pelantikan pengantara atas apa-apa sebab sekalipun. Saya tidak tahulah sama ada ini boleh memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak kerana pada bila-bila masa satu-satu pihak itu boleh menamatkan pelantikan, itu yang kedua.

Yang ketiganya ialah seksyen 11(1). Pengantara hendaklah memastikan bahawa pengantaraan dijalankan secara tertutup, itu tidak ada masalah tapi pengantara boleh berjumpa dengan pihak-pihak bersama-sama atau dengan setiap pihak secara berasingan.

Ini mungkin ada sedikit masalah kerana pada saya kalau pengantara itu boleh membuat perjumpaan dengan satu-satu pihak itu secara berasingan tanpa perlu memberitahu kepada pihak yang lain, saya kira itu boleh melahirkan satu perasaan syak wasangka kerana tidak diperuntukkan di dalam seksyen ini yang mewajibkan pengantara untuk memberitahu kepada pihak yang satu lagi. Jadi maknanya dia boleh berunding tengah malam di rumah satu pihak lagi berasingan tanpa diwajibkan untuk memberitahu pihak yang lain. Saya minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang seksyen ini.

Seterusnya saya ingin bertanya sama ada pengantara warganegara asing boleh dibenarkan di bawah akta ini kerana tidak disebut di sini ataupun mungkin saya terlepas pandang tapi saya tidak melihat di sini bahawa sama ada pengantara warganegara asing itu diberi kelonggaran untuk menjadi pengantara atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah perjanjian penyelesaian iaitu seksyen 13 ini.

Saya amat khuatir Tuan Yang di-Pertua kalau ianya melibatkan orang kampung. Ini saya

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

kira dalam proses pengantaraan ini ianya lebih longgar sedikit daripada proses mahkamah.

Apakah orang-orang kampung yang tidak mahu melalui proses mahkamah yang memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun pergi menggunakan sistem pengantaraan ataupun proses pengantaraan ini, mungkinkah mereka ini akan dimanipulasikan oleh sistem ini kerana peruntukan-peruntukan yang dibuat ini agak longgar sedikit daripada mahkamah.

Saya faham ia dibuat longgar supaya dapat membantu untuk menyelesaikan masalah dengan cepat tapi pada masa yang sama apakah pihak-pihak pengadu ini dapat dijamin kepentingan mereka.

Kemudian tanggungan pengantara, seksyen 19. Sekali lagi kita melihat bahawa pengantara ini tidak bertanggungan atau dalam bahasa Inggerisnya dikatakan not liable for any act to omission. Saya kira ini satu perkara yang perlu diperhalusi kerana kalau dia membuat sesuatu kesilapan dari segi nasihat dan sebagainya, apakah mana-mana pihak boleh membawa dia ke muka pengadilan, ke mahkamah kerana memberi nasihat yang tidak tepat ataupun suppression of evidence ataupun bukti ataupun maklumat dan sebagainya. Kemudian saya merujuk juga kepada Jadual Ketidakpakaian ini, jadual perenggan 2(a) yang nombor 10 itu. Apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Anak Negeri tidak terpakai dalam pengantaraan ini.

Saya kira dalam Mahkamah Anak Negeri Tuan Yang di-Pertua, juga kita mempunyai kes-kes yang tertunggak yang panjang. Kenapa kita tidak boleh sedangkan saya kira dalam kes-kes yang melibatkan Mahkamah Anak Negeri ini lebih senang untuk dibuat perundingan kerana ianya adat, culture, budaya dan sebagainya. Di sini ianya boleh diselesaikan melalui proses pengantaraan ini tetapi oleh kerana apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Anak Negeri ini juga diexcludekan atau ketidakpakaian, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri tentang isu ini.

Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin tanyakan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa soalan yang berbangkit daripada rang undang-undang yang dikemukakan.

Khususnya yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang penting adalah untuk kita melihat kepada seksyen 7, di mana seksyen 7(2) menyatakan bahawa; “A mediator appointed under this part shall (a) possess the relevant qualifications…” So, isu yang berbangkit di situ adalah apakah sebenarnya yang dinyatakan sebagai relevant qualification apabila dikatakan special knowledge of experience. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan special knowledge or experience because it very broad, in mediation through training or formal tertiary education and so forth. Itu isu yang pertama.

Isu yang kedua yang berbangkit adalah berkenaan dengan seksyen 17 di mana dinyatakan “(1) - The costs of a mediation shall be borne equally by the parties”. So isu yang berbangkit adalah sama ada terdapat sebarang panduan berkenaan dengan kos yang terlibat, cara dalam mana ianya akan dibayar dan sekiranya ianya tidak dibayar, apakah kesan terhadap satu mediation yang dengan izin, is left hanging atau yang tidak diselesaikan oleh kerana isu kos yang dibangkitkan. So, I think that has to be looked at in more detail because otherwise people do not know what cost involved. That is something that insignificant for seksyen 17.

Nombor tiga Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting di sini tidak dinyatakan sama ada peruntukan Akta Keterangan terpakai kepada satu mediation yang dijalankan dan I think that’s important oleh kerana isu berbangkit berkenaan dengan cara dalam mana keterangan akan dibawa di dalam mahkamah sama ada ianya akan melalui keterangan bersumpah. Kalau itu adalah keadaannya, bagaimana ianya dijalankan. Kesan terhadap kemasukterimaan dokumen dan sebagainya, that’s yang ketiga.

Yang keempat, apakah kesan satu keputusan yang dibuat oleh mediator. Adakah ia tertakluk kepada sebarang hak untuk dirayu. So is there a right of appeal in respect of decisions that are made by the mediator. So this act seem to be silence on that as well dan itu akan membangkitkan atau membawa kepada banyak masalah sekiranya tidak terdapat satu forum dalam mana isu-isu seperti mana perlu dirayu boleh dibawa.

final • 3:55 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Lastly, berkenaan dengan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak dapat tahu sama ada satu keputusan yang dibuat oleh seorang pengantara ini adalah subject to judicial review. Oleh kerana kalau kita lihat kepada seksyen 2(a), ianya menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dimasukkan. So, it appears to speak about what the mediator cannot do. It excludes judicial review but the question here is the decision of the Minister also excluded from judicial review, itu penting.

Kalau tidak ada sebarang prosedur berkenaan dengan rayuan, what’s about judicial review?

Is it still caught by the prohibition of this act?

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini saya juga nak menyatakan bahawa memang di dalam negara kita sekarang kita lihat bahawa terdapat ramai yang hendak melalui proses-proses pengantaraan lain. So, it also appears that there is a lot of problem in respect of confidence that the rakyat have in our judicial system be by way of court or otherwise. So, I want to know also from Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian Timbalan Menteri untuk menangani masalah ini.

What are you all doing to restore the confidence of members of the public in the current judicial system as it fence khususnya di mana kita dapat melihat pada hari ini, we don’t have to go far Timbalan Menteri, kita baca surat khabar sudah cukup.

final • 3:55 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita lihat bagaimana banyak aduan dibuat, banyak aduan dibuat khususnya terhadap Peguam Negara, cara dalam mana beliau dikatakan terlibat dalam banyak kes dan sebagainya seperti rasuah, menggunakan ugutan terhadap pegawai-pegawai polis, pegawai SPRM dan sebagainya. Tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, walhal the Prime Minister is the one who is supposed to be responsible for the appointment of Attorney General di mana dinyatakan dengan jelas di semua tempat, di merata tempat. Semua orang baca, kita sebagai peguam, kita sebagai wakil rakyat, kita baca tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini apa yang dinyatakan sebagai the best democracy in the world, di mana apa yang dibawa itu cukup serius tetapi langsung tidak diberikan sebarang jawapan di dalam media masa. Apabila dibawa dalam Parlimen, apa yang dinyatakan oleh Menteri?

Menteri menyatakan bahawa this is a matter that does not have to be investigated.

Isu seterusnya yang berbangkit ialah ini Timbalan Menteri, saya hendak tahu jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Malaysiakini yang baru sahaja disiarkan tadi. Di mana satu aduan dibuat oleh seorang pegawai tinggi di dalam MACC, SPRM yang menyatakan bahawa banyak kes yang telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Di mana mereka menasihatkan supaya ada investigation, ada prosecution dibawa tetapi officer tersebut Encik Shukri menyatakan bahawa pejabat Peguam Negara yang tidak ambil tindakan, yang tidak hendak ambil tindakan, walhal SPRM menyatakan terdapat bukti, maklumat dan seharusnya dicharge. Why is there no action? Akan tetapi sebaliknya Timbalan Menteri apa yang kita lihat, Menteri iaitu Yang Berhormat Padang Rengas memberi amaran.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah?

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak boleh, duduk diam. Sit down.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I was there with the SPRM.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I don’t want to hear from you, please sit down. You had your floor just now.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul kenyataan itu.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You don’t understand English, Malay, sila duduk. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

Siapa yang berucap sekarang Yang Berhormat? Yang Berhormat berucapkah sekarang ini?

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mana boleh berucap. Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya masuk tidak tahu, tidak ada rekod Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada masalah, it’s okay. Don’t do it again please, you know. Saya hendak tahu daripada Timbalan Menteri, don’t you have any shame? Doesn’t your ministry have any shame? Apabila seorang pegawai daripada MACC keluar, comes out to the open, he has the courage to actually come out and say, menyatakan bahawa kita buat kerja tetapi yang menghalang kita adalah Peguam Negara.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That’s not right. Tuan Yang di- Pertua, it’s not right. I was there, that statement was wrong.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa yang dia katakan, tidak mengambil tindakan. Jadi, isu yang berbangkit di sini adalah kenapa...

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, no, I was there. That is not right. That is wrong.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, dia minta jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya hendak tahu kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi beliau amaran instead. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, minta jalan sahaja Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa point of order?

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak tahu point of order Tuan Yang di-Pertua, 36 mengelirukan Dewan, I was sitting in the panel. Saya berada dalam panel. Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Kota Belud, sit down.

Yang Berhormat Kota Belud duduk. Saya hendak teruskan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya hendak teruskan.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, point of order Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak hendak cakap panjang. Point of order? Silakan, mana point of order. Sila beritahu.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Do you understand English? You sit down.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Point of order yang mana Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar... [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Point of order mana?

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

36(12) mengelirukan Dewan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

36 ya. Sebentar Yang Berhormat, saya kena dengar Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Out of order this one. [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sir, 36(6), please sit down.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya 36(6).

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar tadi.

Seorang Ahli Pembangkang: Baca point of order dulu!

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, Tuan Yang di-Pertua sudah tahulah, you mana tahu, okey. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua, bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi itu tidak betul.

Saya adalah salah seorang panel di mana Dato’ Shukri daripada SPRM, saya sendiri bersama dengan Dr. Chandra dan juga saudara Rafizi Ramli berada di dalam wacana Sinar Harian pada waktu itu. Tidak ada sekalipun Dato’ Shukri membuat kenyataan sebegitu rupa yang mana dipetik oleh Malaysiakini. Malaysiakini kata silap dan saya sudah beritahu kepada reporter Malaysiakini bahawa apa yang dikatakan oleh Dato’ Shukri itu tidak betul, apa yang dilaporkan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya bercakap dengan Dato’ Shukri, Dato’ Shukri juga setuju. Jadi, saya kira...

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I’m not done yet.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Silakan.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

So, I just want to clarify that is not what Dato’ Shukri said, dengan izin. Jadi, saya tidak mahu nanti Yang Berhormat boleh cerita pasal benda lain tetapi yang itu I was very clear, I was there, okay terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih. 36(6) untuk seorang Ahli bersangka jahat terhadap seorang Ahli. Pada saya ini Yang Berhormat adalah penjelasan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, 36(12) Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa ini, point of order pun tidak tahu. That is why I said.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

36(12) mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan. Jadi, ini pada saya Yang Berhormat Puchong, I was there to be fair to Dato’ Shukri, he did not say that, dengan izin.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, ini masalah dia.

Kalau dia tidak kata sebegitu kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan sedemikian dalam Malaysiakini? I’m referring to what Dato’ Nazri is saying in Malaysiakini today. Please, look at Malaysiakini.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You mentioned Dato’ Shukri just now.

No, no.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Don’t worry about Dato’ Shukri, the point is...

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That one, that part, was wrong.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh, kalau boleh. Sit down, cukup.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okay, but don’t...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu yang saya bangkitkan cukup jelas.

Saya hendak tahu, is this the attitude of our Prime Minister’s Department di mana aduan dibuat. Aduan dibuat. Apa yang mereka lakukan? Mereka menyatakan ugut, Shukri is weak, don’t make this kind of statements. Tuan Yang di-Pertua, inilah yang menjadi sebab atas mana kita perlu ada semua jenis undang-undang yang lain, arbitration and so forth, because people have no confident in our system.

Timbalan Menteri, they are sick and tired of reading all these in the press everyday and nobody comes to the Dewan and response to this court allegation. So, ini menjadi isunya. I’m asking. Saya minta, saya setuju dan terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud. All of us don’t want to hear this allegation tetapi Tuan Yang di- Pertua, you are not blind also, you also read these things.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I’m not, yes.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You also read, I also read, kita semua baca. Saya berdiri bangun di sini untuk pihak polis, untuk pegawai-pegawai SPRM.

Barisan Nasional hanya mengatakan kita adalah Pakatan Rakyat sentiasa kutuk polis, sentiasa kutuk SPRM tetapi di sini kita bangkit untuk sokong mereka pun tidak boleh.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You hendak saya bagi jalan atau I use this? [Menunjukkan buku peraturan mesyuarat] Give me way or I’ll involve 36(12).

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya tidak hendak bagi apa-apa jalan.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, I want to clarify.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, no tidak ada clarification. Penjelasan tidak diberikan. Itu buku apa? Duduk, duduk.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Can I? Give me a little bit. Otherwise I...

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

No, no. Sudah diberikan tadi, sudah beri ucapan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak membuat kesimpulan.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okay, kesimpulan tidak mengapa.

final • 4:00 PM

Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya

Empangan belum buat lagilah.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Kota Belud, you don’t know what you are talking about and at the end of the day, you want to fight with us. This is the problem.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. I was there.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagilah Timbalan Menteri jawab, kenapa you hendak jawab? Timbalan Menteri tidak boleh jawab? Tidak boleh pakai Timbalan Menteri, itu masalahnya. That is the problem with you.

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

36(12). Menteri akan jawab nanti, tidak mengapa. This is backbenchers...

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Duduklah, bagi dia jawab. I want to focus on the Timbalan Menteri. Siapa ini bangun, he is wasting everybody’s time. Duduk.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

But...

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, Timbalan Menteri sini sekarang saya tanya kepada kamu. You are here, you want us to support this kind of bill, you tell us why at the end of the day, despite the allegation, nothing is forth coming from your Prime Minister who is responsible for electing this kind of person, the AG.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dengan izin Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

I would really like di sini saya, minta izin, saya minta suatu penjelasan because I think kepada saya, isu ini sudah sampai tahap di mana kita pun tidak tahu. Hari-hari kita baca. AG ada muslihat dengan IGP, IGP dalam pelantikan officer tertinggi, pegawai tertinggi Tuan Yang di-Pertua. Dia buat dalam Malaysiakini keluar artikel mengatakan IGP apabila melantik pegawai-pegawai tertinggi, mendapat nasihat daripada orang-orang tertentu, gengster di beberapa hotel di Johor Bahru. AG dan sebagainya. Itulah yang menjadi sebabnya di mana kita secara kita tidak langsung. Orang-orang Malaysia sekarang ini tidak tahulah kita hendak percaya siapa? So, please Timbalan Menteri response to the allegations I’ve made. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan. Sebenarnya ini lama sudah kita tunggu untuk mempunyai satu rang undang-undang bagi mengatasi masalah seperti ini dan saya rasa ini adalah masa yang tepat sekali.

final • 4:09 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Cuma saya ingin hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana rang undang- undang boleh menjamin dari segi keberkesanannya sebab kalau kita lihat dari segi proses to comply dengan izin, dengan undang-undang ini. Pertama kita lihat seksyen 5 yang mengatakan “Permulaan pengantaraan. Seseorang boleh mencadangkan pengantaraan dengan menghantar kepada orang yang dengannya dia mempunyai pertikaian, suatu pelawaan bertulis berkenaan dengan pengantaraan itu.” Ini adalah salah satu daripada contoh di mana kita melihat kalau kita hendak menyampaikan satu-satu surat atau pun correspondence dalam apa jua yang melibatkan kes yang terlibat dalam pengantaraan ini, ia memerlukan satu prosedur di mana ia perlu dicomply dengan izin.

Jadi, sejauh manakah rang undang-undang ini menjadi lebih berkesan dibandingkan kalau ianya pergi ke mahkamah. Misalnya kita menyentuh mengenai masa, sama ada ianya betul-betul akan menjadi mempercepatkan kes kalau ianya pergi ke mahkamah berbanding dengan pergi ke pengantaraan. Kalau pergi ke mahkamah memang kita tahu prosesnya lama disebabkan oleh prosedur yang tertentu tetapi kalau dengan tujuan untuk mempercepatkan satu-satu kes itu, kita menggunakan proses pengantaraan adakah ianya menjadi lebih murah atau ianya menjadi lebih cepat? Ini kerana kita tahu hasratnya untuk mempercepatkannya. Jadi, kalau kita hendak memanggil saksi misalnya, macam mana kita hendak mempercepatkan prosedur sebab kita tahu dari segi perundangan ini misalnya peguam. Mereka hendak mengikut peraturan yang ketat sekali supaya ianya mematuhi peraturan.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sekejap ya. Jadi, kalau kita lihat dari segi ini siapa-siapa yang menjadi peguam memang mahu mematuhi undang-undang.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini tentang bagaimana mahu mencari atau mendapatkan maklumat daripada saksi-saksi. Saya tadi mendengar dari Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong datang ke sini membawa satu cereka sandiwara dalam ceritanya. Saya melihat itu. Okey, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Batang Sadong. Dia katakan tadi bahawa kononnya sistem kehakiman kita ini, SPRM dipersalahkan hanya kerana ada satu kenyataan dari Yang Berhormat Menteri yang mengatakan saya quote di sini “Nazri tells ‘weak’ Shukri to stop complaining” Artikel ini datang dari mana? Malaysiakini. Dibawa ke Dewan ini oleh Yang Berhormat Puchong seolah-olah apa yang terkandung dalam Malaysiakini ini nothing but the truth.

Saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa apabila Malaysiakini mengeluarkan artikel yang pertama, yang menyentuh satu kenyataan Dato’ Shukri. Saya call dan saya beritahu kepada reporter itu dan reporter itu tweet dengan saya. Saya kata “you are wrong! Dato’ Shukri never accuse the AG Chambers of not prosecuting.” Never use the word accuse tetapi Malaysiakini menggunakan perkataan accuse. Yang Berhormat Puchong! Selepas itu Sin Chew Daily tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi Yang Berhormat Menteri buat kenyataan begini.

Saya tidak salahkan Yang Berhormat Menteri. Mungkin information tidak sampai kepada dia tetapi I was there. Ini saya katakan satu pembohongan yang besar. Hendak cakap pasal rasuah Tuan Yang di-Pertua, hari-hari 16 tahun, semua ini yang di dalam DAP ini cakap kepada Yang Berhormat Permatang Pauh paling rasuah. Sekarang apa? Terima?

Diam? What a shame! 16 years! Apa dia? 16 years you accused Yang Berhormat Permatang Pauh of all kinds of abusers, corruption! Now what? He is your darling. So, you got? You got balls? This is the way. [Ketawa] Jangan cakap. Selepas sahaja dia keluar oh! Jadi bos you. You kata dia okey.

Sekarang dia baik. Please! No! Saya bukan cakap. 16 tahun DAP. Saya boleh buka surat khabar. [Disampuk] Be consistent. Saya hendak cakap. Itulah saya katakan kalau saya bercakap, saya tengok, very hypocrite brother. He is very hypocrite. Apa penjelasan Yang Berhormat Menteri?

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sebenarnya... Ya, saya boleh menjawab kerana kita menyentuh mengenai prosedur, peraturan dan undang-undang sebab kita perlu mengikut peraturan.

Itulah sebab kes itu selalunya terlewat, terlambat. Oleh sebab itu saya membezakan kalau ia pergi ke pengantaraan ataupun pergi ke mahkamah, which one is better, dengan izin.

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud.

Sebelum saya menjadi ahli politik di sini pun saya sering membaca. Banyak pertuduhan dan pada hari ini kita mendengar lain pula. Jadi, mungkin itu kerana cara hendak mendapatkan political mileage. [Tepuk] Dengan cara itu saya rasa itu juga tidak ada, kredibiliti kita pun akan dipersoalkan kerana kita satu hari kita cakap lain. Oleh kerana sekarang dekat dengan pilihan raya, aduh! Semuanya hendak menyokong polis. Semuanya hendak menyokong SPRM tetapi sebelum ini ramai yang mengatakan perkara negatif mengenai pihak SPRM dan pihak polis.

Hari ini kita menyentuh kepada para ini di mana kita hendak mengetahui kalau kita menyentuh mengenai rang undang-undang ini, adakah ianya lebih efektif kerana apabila kita membawa perkara ini ataupun membawanya menjadi satu undang-undang yang boleh dijadikan alternatif. Kita hendak melihat sama pihak kementerian boleh memaklumkan kepada kita sejauh mana ini boleh mempengaruhi kita bahawa ini adalah satu rang undang- undang yang begitu tepat dan terbaik sekali yang menjadi alternatif kepada rang undang- undang yang ada.

Selain dari itu juga sebelum saya berundur Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kita telah membawa beberapa perkara undang-undang yang ada untuk dipinda, untuk dibawa undang-undang baru, di mansuh undang-undang lama. Kita telah mendengar selama ini kita mengatakan undang-undang ISA misalnya, yang telah dimansuhkan dan kita hendak menggantinya dengan undang-undang baru. Jadi, bilakah ini akan berlaku kerana masing-masing menunggu. Jangan sebelah sana mengatakan kita tidak adil di sini. Jadi,

final • 4:10 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

kita hendak tahu apakan perancangan pihak kementerian. Kita tidak lama lagi, dalam masa dua minggu Parlimen sudah tidak bersidang lagi.

Jadi, sejauh mana perkara ini akan menjadi kenyataan supaya kita masing-masing dapat bersedia. Sebelah sana bersedia, sebelah sini bersedia. Jadi, sama-sama dapat kita berbahas dengan cara yang lebih berkesan sekali. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dalam perkara ini. Untuk ini saya amat menyokong. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengantaraan 2012. Rang undang-undang ini untuk membaik pulih keadaan di mahkamah. Kita sentiasa maklum bahawa dalam mahkamah sekarang ini backlog nya banyak. Ini adalah satu rang undang- undang yang baik untuk mengatasi backlog di dalam mahkamah. Ini adalah satu langkah yang baik. I think first step untuk clear backlog yang sedia ada. Oleh kerana banyak pihak di mahkamah ataupun sebelum pergi ke mahkamah, mereka hendak juga mencari satu jalan untuk menyelesaikan perkara ini kerana kos di mahkamah ini adalah amat tinggi.

Pembayaran fi kepada peguam juga adalah tinggi. Kadang-kadang kedua-dua pihak tidak cukup wang untuk menyelesaikan perkara ini di mahkamah.

Jadi, ini adalah satu rang undang-undang yang baik dan saya pernah juga bercakap dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas mengenai perkara ini. Syabaslah, hari ini kita nampak rang undang-undang ini telah dibentangkan di Parlimen. Yang saya nampak di sini tiada masalah dari segi soal rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh mediation ini kerana di bawah seksyen 4(2). Saya petik bahasa Inggeris ya. “A mediation under this Act shall not prevent the commencement of any civil action in court or arbitration nor shall it act as a stay of, or extension of any proceedings, if the proceedings have been commenced”

final • 4:17 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

In bukan satu halangan untuk mereka hendak mulakan tindakan pula di mahkamah. Saya rasa di bawah prinsip perundangan negara kita mereka sentiasa ada hak untuk mengambil tindakan judicial review kerana mediation ini bukan satu badan di dalam mahkamah seperti sebuah mahkamah. So, sentiasa ada ruang. Saya percaya sentiasa ada ruang untuk review. Cuma satu sahaja saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri berkenaan, kerana dalam rang undang-undang ini kita tidak ada apa-apa klausa untuk menguatkuasakan dengan izin enforcement dari segi keputusan arbitration ini. Kalaulah satu keputusan telah dibuat dan pihak yang kalah dalam mediation ini apakah pihak yang menang itu boleh mengambil tindakan selepas itu? Jangan kata ini satu mediation selepas itu habis mereka tidak ada hak untuk menguatkuasakan. Sama ada keputusan mediation ini ada memberikan hak kepada mereka di mana mereka boleh ambil tindakan untuk menguatkuasakan keputusan itu.

Saya juga ada dengar tadi banyak kecoh di sini di mana Malaysiakini telah ditimbulkan dalam Dewan ini. Ini kita boleh nampak dengan teliti di dalam negara kita ini.

Portal ini boleh dikatakan adalah lidah rasmi orang tertentu. Lidah rasmi. Saya tahu.

Selama ini dia jadi lidah rasmi. A mouth piece. This is a propaganda missionary. Jika kita mengambil segala yang di...

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

...Dikeluarkan dalam sini...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya habiskan ini ya. Kita menerima sebulat-bulatnya apa yang diputar belit di sini bagaimana? Kecoh dalam negara ini.

Padahalnya kita tidak peduli mengenai dengan Malaysiakini. Saya tahu mereka akan mainkan they quote sources yang pertama kali salah, they quote sources pula yang kedua kali salah pula, perkara yang sama. They quote pula sources ketiga, keempat, kelima. Kita ini jadi profesion jurnalis mesti ada integriti. Kita hendak buat sesuatu liputan kita mesti

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

mengatakan unconfirmed sources kalau kita tidak pasti. Bukannya kita quote sources, internal, external, soya sauce, tomato sauce. [Ketawa] Semua sos dia quote.

Inikah jurnalis yang berwibawa? Journalism, this is what we called gutter journalism dengan izin. Sila Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Bila sebut tentang Malaysiakini saya ini dahulu seorang betul-betul minat dengan Malaysiakini. Akan tetapi apabila hari ini saya buka Malaysiakini kalau dia kata media has gone to the dogs dengan izin media has gone to the dogs I think we all know who are the real dogs in this media business. Kalau buka Malaysiakini macamlah negara ini wujud hanya pembangkang Pakatan Rakyat sahaja. Komen-komen yang ditulis semua macam mereka ini kebanyakannya mungkin keturunan iblislah. Mereka tidak berani kemukakan nama benar mereka. Mereka semua macam makhluk-makhluk halus yang berani kerana berlindung, berani ‘baling batu dan sembunyi tangan’. Ini semua budaya Yang Berhormat Permatang Pauh. Selama 12 hingga 13 tahun ini saya percaya Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan Yang Berhormat Puchong pun akan setuju dengan saya kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor di antara orang yang pertama mengatakan Yang Berhormat Permatang Pauh ini peliwat. [Tepuk]

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Betulkah?

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya betul! Dan saya percaya ini dilakukan dalam Dewan yang mulia ini tetapi Malaysiakini mereka tidak akan melaporkan ini. Kenapa? Mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh sudah mengaturkan mereka untuk menerima ganjaran-ganjaran. Mungkin menerima jutaan.

final • 4:20 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Seribu empat ratus sahaja, tidak banyak.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Sungai Petani kalau mahu bangun saya bagi peluang Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak apa. Akan tetapi Yang Berhormat Sungai Petani ini pun bagus juga orangnya. Bila dia tengok video lucah Yang Berhormat Permatang Pauh dia terlalu ghairah dan syok sehinggakan satu Malaysia tahu macam mana dia ketawa. Akan tetapi sekarang duduk dia menyamar mempertahankan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi Yang Berhormat Sungai Petani ini di antara orang yang awal sekali mengaku bahawa video itu kepunyaan Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Sungai Petani kalau mahu debat dalam sini pun boleh, di luar pun boleh, di Sungai Petani pun boleh, di Padang Serai pun boleh.

final • 4:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Buang masa!

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju setujukah Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada media yang lebih hipokrit daripada Malaysiakini di dunia ini. Setuju tidak?

final • 4:20 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Setuju! Keluar ambil duit, keluar ambil duit!

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih...

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani kita tahu siapa yang banyak duit.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Daripada Sungai Petani orang yang paling rapat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh angkut ini, saya punya, itu saya punya, satu Kedah punya awak rampaslah.

final • 4:20 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Boleh angkat duit sekarang.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju ya.

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Satu Kedah Pakatan Rakyat punya semua dia sapu sampai orang sudah jijik dengan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:20 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Okey, boleh angkat duit keluar!

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bangunlah, jangan macam pondan.

final • 4:20 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Ya, angkat duit sekarang!

final • 4:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pondan sebiji macam Yang Berhormat Permatang Pauh jugakah?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Pandangan Yang Berhormat Padang Serai saya juga pasti bahawa beliau mesti ada pengalaman yang sepenuhnya kerana beliau juga orang yang amat rapat dengan orang tertentu dan juga boleh dikatakan seorang peminat Malaysiakini. Seterusnya saya hendak cakap Malaysiakini ini saya percaya bahawa ada pemberita-pemberita tertentu di dalam yang pernah jumpa saya dan sebagainya masa dahulu dan mereka juga ada terima apa-apa ganjaran ataupun paid journalist supaya mereka ini jadi satu mouth piece (lidah rasmi).

So, kalau kita hendak mengambil semua yang diputar beli dalam Malaysiakini negara ini lebih teruk daripada Mesir. Boleh dikatakan negara ini sudah habis tetapi mereka tuduh macam-macam dalam liputan mereka. Tidak ada kebebasan, tidak ada segala kebebasan dari segi kehakiman, Parlimen dan sebagainya. Akan tetapi mereka masih boleh memutar belit dalam news portal tersebut Tuan Yang di-Pertua. Bukankah itu satu bukti yang amat jelas. Kalaulah negara ini dalam keadaan sedemikian, tentulah news portal mereka sudah ditutup.

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh saya mohon laluan?

final • 4:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju. Apakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya mengatakan kaedah dan cara Malaysiakini spin berita-berita sehingga menimbul sensasi juga boleh mengancam keselamatan negara.

final • 4:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya menyatakan demikian sebab memang kita ikuti berita-berita yang disiarkan oleh Malaysiakini selalunya menggegarkan, sensasi dan ia juga boleh meruntuhkan institusi-institusi yang saya berpendapat ada kaitan dengan kepentingan keselamatan negara. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Itu pandangan Yang Berhormat Pasi Mas. Saya boleh menyatakan di sini juga bukannya setakat itu. Ia akan mencetuskan ketenteraman negara. Security of the nation kerana diapi-apikan. Masalah yang kecil diapi-apikan, yang tiada masalah juga diapi- apikan. Sejarah apa dia keluarkan tetapi di spin. Akan tetapi, perkara yang benar tidak dibuat laporan seperti isu Christianity. Kita sudah difahamkan bahawa ataupun bukti yang amat jelas pada satu masa, orang tertentu jadi Menteri Pendidikan. Sekolah Kristian dalam negara diarahkan untuk turunkan cross. Cross. Apa? Akan tetapi tidak ada liputan juga.

Tidak ada laporan dalam Malaysiakini. Bila itu? Hendak tahu? Semasa Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Menteri Pelajaran masa itu.

Kalaulah pada masa begitu, berilah satu latar belakang yang tepat dan juga kita boleh sentiasa melihat daripada liputan laporan dalam Malaysiakini ini. Kalaulah ada satu krisis terhadap orang-orang tertentu, dia mesti mengeluarkan satu laporan. Damage control oleh news portal yang sama ini juga. Ini apa? [Disampuk] Apa? Anwarinas di mana hendak cakap ini? Anwarinaskah? Anwarinaskah? Ada Anwarinas di sini? Silakan

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey. Saya confuse. Saya perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju pasal satu ketika dituduh Ketua

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pembangkang ini pluralisme, semua agama sama. Sekarang ini pula tuduh beliau ini macam anti Kristian. Paksa sekolah-sekolah Kristian turunkan salib. Lalu saya rasa beginilah, kalau hendak menipu pun, kalau hendak orang percaya, paling kurang decidelah.

Janganlah satu hari kata pluralisme. Selepas itu esoknya kata anti Kristian. Selepas itu kata agen Israel, selepas itu kata Islamik extremis. Make up your mindlah. At least more believablelah. Pleaselah.

Kalau hendak tipu pun, pandailah menipu. Pandailah sedikit. Itulah saya punya nasihat. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Wangsa Maju. Ada peraturan mesyuarat mengatakan sifat-sifat seorang Ahli tidak boleh disentuh dalam perbahasan. Please, ya.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Inilah pandangan Anwarinas dan saya tidak payah hendak...

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya hendak bacakan sesuatu.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ya. Okey, silakan.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey, terima kasih...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Anwarinas itu apa dia? Dia punya sikap macam mana? Hendak minta penjelasan. Hendak minta you orang be consistent in you punya penipuan. Itu yang dimaksudkan Anwarinaskah? Saya tidak faham. Saya minta penjelasan. Kalau kamu hendak bohong...

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hendak berbohong, biarlah konsisten.

Tidak bolehlah satu hari kata beliau ini pluralisme, satu lagi ketika kata beliau ini anti Kristian. Kalau orang pluralisme, maknanya dia kata semua orang....

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini saya telah beri jalan kepada Yang Berhormat Padang Serai, bukan kepada Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Lalu macam mana pula beliau hendak menjadi anti Kristian pula?

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat saya sudah beri peluang bercakap.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta penjelasan kerana Yang Berhormat menggunakan istilah yang pelik-pelik.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Duduklah, Anwarinas ini.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya pun tidak faham dia gunakan istilah...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Orang tidak minta istilah. Orang minta penjelasan. Selalunya orang yang gunakan istilah ini, bila dia tidak ada hujah.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berikan jalan kepada beliau.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tidak tahu hendak hujah, lalu dia label orang Erdogan lah, parasitlah, Anwarinaslah.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya beri kepada Yang Berhormat Padang Serai. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini orang-orang yang tidak ada hujah.

Tidak ada hujah lalu dia gunakan label. Ini menunjukkan satu minda yang terlalu cetek.

Biarlah, pakailah hujah. Saya sudah cakap. Kalau hendak menipu, biar konsisten. Don’t say one day he is black then the next day you say he is white. Be consistent lah.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tolonglah. Sudahlah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

You have to say, you have to say...

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau agen Israel, agen Israel sahaja.

Janganlah Islam the extremis pula. It does not make sense.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

You are insulting the intelligence of the people in this Hall. So please lah. Please lah.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Inilah masalah Yang Berhormat Shah Alam. Inilah masalah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey. Noted, noted.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hanya minta beliau konsisten.

Maksudnya bila cakap itu biar konsisten.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu politik dua alam.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan politik. Bukan politik. Yang guna istilah Anwarinas, ini politik. Ini politik.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila duduk.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Masih ada peluang bercakap. Apa yang saya cakapkan, yang kita sedia maklum bahawa masalah sekarang ini adalah apa? Tokoh politik yang dua alam. Dua alam ini bukan apa. Masa dalam kerajaan tingkah laku memang begitu.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam!

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dua alam itu yang dulu duduk dalam Pakatan Rakyat itu sekarang duduk di kerusi Bebas. [Dewan riuh]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak beri jalan, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Padahal sekarang tingkah laku yang sama, tingkah laku. [Dewan riuh]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam!

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang dahulu dalam Pakatan Rakyat, sekarang Bebas. Itu yang dua alam.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat duduklah. Duduklah dahulu. Ada peluang. Dua alam! [Dewan riuh]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam! Duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak malukah? Do not you think you …? Tidak malukah? Orang yang... atas lambang keadilan, tiba-tiba you hendak pergi... dua alam! Perangai apa ini?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam!

Yang Berhormat Shah Alam! Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat! Yang Berhormat Wangsa Maju, sudah habis Yang Berhormat? Sudah habis Yang Berhormat?

Belum? Ya, teruskan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih. Saya Yang Berhormat Wangsa Maju, bila cerita tentang gereja dan sebagainya, saya hendak bangkitkan satu surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pentadbir Tanah Petaling bertarikh 27 Disember 2011. Surat itu dihantar kepada Persatuan Penganut Sivan Bukit Gasing, Petaling Jaya yang bertajuk ‘Merobohkan bangunan kuil sedia ada untuk tujuan keselamatan’. Jadi, surat ini ditulis oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah yang berbunyi, ‘Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas iaitu merobohkan kuil itu. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah diadakan pada 19 Disember 2011 bersetuju bahawa Persatuan Penganut Bukit Gasing sendiri merobohkan struktur bangunan kuil yang sedia ada lagi untuk tujuan keselamatan’.

Ini adalah satu surat yang dikeluarkan baru beberapa bulan dahulu di negeri Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan apabila kita naik bukit itu menuju ke kuil ini, kita melihat rumah-rumah yang lebih besar daripada kuil ini yang dibina di lereng bukit itu sahaja. Rumah-rumah ini dibina di lereng bukit dan rumah-rumah ini disupport dengan tiang-tiang yang begitu besar, padahal kuil ini betul-betul atas bukit dan rumah-rumah yang dibina lebih berbahaya. Akan tetapi rumah-rumah ini selamat untuk diduduki, padahal kuil ini yang di mana penganutnya hanya pergi pada waktu petang untuk sembahyang, tidak selamat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dan mereka diberi surat...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini saya hendak pendapat Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kaitkan dengan pengantaraan. Saya pun tidak faham, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, ini adalah timbang tara. Dikaitkan dengan timbang tara pengantaraan. Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju, bila ini timbang tara.

final • 4:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pembinaan rumah ini yang tidak selamat dan kuil yang selamat pula ini dikatakan kena roboh. Ini berlaku semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Penasihat Ekonomi Selangor pula, dan masa mereka – ini adalah satu serangan terhadap orang- orang Hindu di negara ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. [Dewan riuh] Jadi ini adalah serangan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kita perlu ada timbang-tara. Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju, setujukah Yang Berhormat Wangsa Maju kalau saya katakan bahawa ini semua adalah satu permulaan di mana akan ada yang lebih teruk pada masa yang akan datang?

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dengar suara dari sebelah sini kata setuju. So mereka setuju, kita pun mana kata tidak boleh setuju. Ya, itu pandangan Yang Berhormat Padang Serai dan saya rasa beliau ada bukti dan ini adalah jelas menunjukkan politik dua alam. Bukannya dua alam dari segi lain.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dan juga saya hendak sambung di sini yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, kata Yang Berhormat Bukit Gelugor ada bukti. Memang di Federal Hotel mula- mula kes itu telah dibongkar semasa itu kes Azizan dibongkar, saya ada di situ di Federal Hotel dalam satu ceramah oleh DAP di mana beliau membawa kertas di tangan kata, I have all the evidence of kes liwat terhadap Ketua Pembangkang. Semasa itu Timbalan Perdana Menteri ya, Yang Berhormat Kota Belud. Believe me, saya ada di situ juga. Berani Yang Berhormat Gelugor hendak menafikan itu? Ini amat jelas.

So, yang pentingnya, kita janganlah semua kita hendak petik daripada satu news portal yang tiada kredibiliti langsung, satu news portal yang sentiasa hendak putar-belit, satu news portal yang sebagai satu lidah rasmi...

final • 4:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

News portal yang mahu menghuru- harakan negara ini.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ini adalah satu hakikat, satu fakta yang perlu kita mengambil kira dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah lihat dan baca dengan jelas dalam rang undang- undang ini dan saya rasa tiada sebarang kesalahan yang kita boleh menyatakan di sini kerana ini adalah yang boleh kata as a first step dengan izin, untuk membaik pulihkan backlog di mahkamah. Kita di mahkamah ini kita tahu pada masa sekarang ini, hakim pun sentiasa meminta pihak-pihak di mahkamah supaya mereka menyelesaikan kes ini di antara mereka, implacably, amicable settlement, sentiasa. Akan tetapi hakim juga, Yang Arif juga tiada hak untuk memastikan mereka selesaikan perkara ini. Itu kadang-kadang bisa, kadang-kadang gagal. So, bila kita ada satu rang undang-undang ini kalau diluluskan oleh Dewan, saya rasa dan saya percaya bahawa kemungkinan kita boleh nampak lagi banyak kes yang tidak payah sampai ke mahkamah yang telah diselesaikan melalui mediation ini.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Kalau rang undang-undang ini kalaulah ada masalah ataupun ada masalah yang minor, kita kembali di sini untuk membuat pindaan supaya rang undang-undang ini lebih kuat dan lebih baik. Dengan ini terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Balik Pulau untuk membahaskan Rang Undang- undang Pengantaraan 2012. Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya rasa yang mendasari kemungkinan timbulnya rang undang-undang ini ialah isu untuk menyelesaikan pertikaian di dalam masyarakat dan mediasi merupakan salah satu jalan keluar yang terbukti punya jawapan untuk kes-kes tertentu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan di Dewan yang mulia ini, secara dasarnya, sejauh mana mediasi sehingga hari ini telah berjaya menyelesaikan isu-isu yang gagal diselesaikan ataupun dengan izin, value add ataupun memberi daya tambah kepada struktur dispute resolution di dalam negara? Kita tahu kita punya mahkamah, kita tahu arbitrasi tadi diminta lagi adjudikasi dan perkara-perkara ini makin lama makin memberi kita lebih jauh kepada mahkamah. Jadi pada saya untuk mengambil peranan mahkamah, saya rasa kita memang perlu satu justifikasi yang kuat kerana isu yang paling penting lagi saya rasa ialah isu keyakinan. Isu confident kerana seperti yang ditimbulkan tadi ialah isu di mana mekanisme- mekanisme ini boleh diyakinkan oleh masyarakat.

Kita pun tahu mediasi ataupun mediator ini telah pun berlangsung dan ada di antara rakan-rakan kita di dalam pengamal undang-undang yang telah dilantik sebagai mediator. Akan tetapi isunya sekarang ini ialah bagaimana ianya dengan adanya rang undang-undang ini ianya akan menambah baik? Ini kerana pada pandangan saya, kalau mahkamah sendiri pun hari ini tidak mampu meyakinkan kita bahawa isu-isu tertentu boleh diadili dengan sebaik mungkin, saya rasa pembentukan mekanisme-mekanisme yang lain mungkin akan hanya meningkatkan kos, mungkin hanya akan meningkatkan lagi tenaga- tenaga kerja yang akhirnya sekali saya rasa tidak menjawab isu keyakinan.

final • 4:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya beri contoh. Contohnya isu satu kes besar, tiba-tiba diselesaikan di luar mahkamah. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau isu sebesar itu dapat diselesaikan, dan di sini saya merujuk tanpa memberi ruang kepada ianya dikatakan sub judice, hanya nama saja, kes Tajuddin Ramli. Saya tidak memberi kepada isu detailnya kerana dikhuatiri sub judice seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas.

Akan tetapi isunya, dikhabarkan ianya telah dapat diselesaikan. Saya tahu isu tersebut ketika mana ianya di saman oleh Danaharta. Saya rasa ketika di peringkat permohonan penghakiman terus. Bervolume-volume sehinggakan tuntutan balas sahaja saya difahamkan melibatkan ramai pihak-pihak tertentu sehingga melebihi daripada lima saya ingat, ramai. Dan tiba-tiba kita dapat maklumat bahawa ianya dapat diselesaikan begitu sahaja. Isu menyelesaikan kes ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada kalanya ia menimbulkan keyakinan tetapi kalau dapat diselesaikan dengan cara yang tidak dijelaskan juga akan menimbulkan krisis keyakinan. Jadi krisis keyakinan ini bukan dapat diselesaikan apabila kita mewujudkan mekanisme. Isu yang lebih penting daripada itu ialah isu ketelusan. Bagaimana ianya diselesaikan?

Oleh sebab itu saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, di dalam menjadikan mediasi sebagai satu mekanisme, saya rasa antara isu yang perlu dijelaskan ialah isu ketelusan seperti yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Puchong tadi, diberi satu ruang yang amat longgar mengenai kelayakan siapa yang boleh dilantik, bagaimana ianya dilantik. Saya rasa perkara itu perlu diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri agar ianya lebih telus.

Dan yang ingin saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, di dalam rang undang-undang ini, pendekatannya boleh menimbulkan keraguan sekali lagi iaitu contohnya apabila ianya mediasi itu ia boleh perlu dirahsiakan. Contohnya, dimintakan di situ ialah kerahsiaan dan perlindungan.

final • 4:44 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri saya rasa di dalam rejim kenegaraan sekarang ada orang berpandangan ialah yang perlu diwujudkan pada alaf ke-21 ini ialah ketelusan dengan izin transparency is security, dahulu ialah secrecy is security. Lebih banyak kerajaan memberi undang-undang kononnya di atas nama keselamatan negara dan sebagainya ia akan menjamin keselamatan. Akan tetapi ada yang mengatakan hari ini rakyat akan merasa lebih yakin akan keselamatan mereka apabila mereka lebih tahu apa asas sesuatu perkara itu berlaku.

Rakyat akan lebih rasa yakin apabila mereka lebih tahu contohnya bagaimana hakim dilantik, bagaimana mediator dilantik, bagaimana ianya diselesaikan. Sebab itu seksyen 15 tiada seorang pun boleh menzahirkan apa-apa komunikasi pengantaraan. Yang kedua baru ianya dikatakan walau apa pun subseksyen 1 komunikasi pengantaraan boleh dizahirkan. Akan tetapi andaian pertama ianya tidak perlu dizahirkan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan apakah senario yang dibayangkan sehinggakan peruntukan itu diminta.

Yang Berhormat Menteri saya ucapkan tahniah di atas rang undang-undang ini kerana saya rasa ada keperluan. Ingin saya menarik Yang Berhormat Menteri di dalam penjelasan mukadimah Yang Berhormat Menteri tadi Yang Berhormat Menteri menunjukkan kejayaan-kejayaan di dalam industri contohnya pembinaan oleh CIDB, contohnya oleh Bank Negara. Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan kerana saya rasa mungkin ada keperluan terutama di dalam industri dengan izin industri kreatif iaitu industri hiburan. Saya rasa kes-kes yang melibatkan industri hiburan memerlukan saya rasa mediasi yang tersendiri.

Contohnya kes-kes yang merujuk kepada royalti, pertikaian mengenai royalti dan saya rasa perkara ini banyak timbul di dalam masyarakat kita terutama apabila industri itu belum lagi secanggih industri pembinaan. Contohnya industri pembinaan telah sampai ke satu tahap perjanjian-perjanjiannya sudah standard, pendukung-pendukung industrinya juga lebih saya rasa terurus. Saya rasa dengan wujudnya mediasi sebegini saya rasa ia boleh bertindak sebagai salah satu pemangkin penggalak kepada dengan izin best practice oleh pengamal-pengamal industri hiburan contohnya di antara production house dan juga pelakon, di antara production house dengan mungkin sponsor dan sebagainya, penerbit

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

dan sebagainya kerana kita melihat isu-isu sebegini sekiranya mahu tidak ditangani ia dengan izin ia akan demotivate pengamal-pengamal industri kreatif ini.

Kerana kita tahu ada di kalangan mereka yang kreatif tetapi tidak mempunyai dokongan kewangan dan sumber yang kuat. Sekiranya mereka dikecewakan oleh contohnya penerbit dan produser-produser dan sebagainya, apabila mahu menuntut ke mahkamah saya rasa itu juga akan mengecewakan mereka dan yang paling parah ialah ia akan memberi akibat kepada motivasi mereka untuk berkarya.

Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya pertimbangkan juga mediasi ini agar ianya secara khusus diberi kebenaran kepada dengan izin Islamic arbitration. Kerana pada pandangan saya apabila wujudnya industri perbankan Islam, banyak isu yang saya rasa sekiranya ditangani secara mediasi iaitu bukan cara pendekatan mahkamah iaitu dengan terbentuknya pengamal-pengamal contohnya dengan izin pakar-pakar muamalat, pakar- pakar Islamic jurisprudent dan juga digabungkan juga dengan pakar-pakar perundangan dan saya juga difahamkan ramai juga di kalangan hakim yang pencen dilibatkan di dalam urusan Islamic arbitration.

Di dalam ruang yang lain Yang Berhormat Menteri contohnya ‘Suluh’ iaitu salah satu pendekatan penyelesaian di Mahkamah Syariah telah diwujudkan mungkin ianya setakat hari ini betulkan saya secara fakta ia wujud di atas amalan, praktis amalan bukan disebabkan oleh satu peruntukan perundangan dengan izin it’s not the statutory provision.

Jadi memandangkan satu rang undang-undang pengantaraan yang saya rasa yang bersifat undang-undang ibu hendak dibentangkan saya rasa tolong pertimbangkan agar ia memberi ruang kepada amalan perundangan Islam ataupun syariah di Malaysia kerana seperti Yang Berhormat Menteri maklum kedudukan fasal Perlembagaan 121(a) mengiktiraf seiringan iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah setara.

Jadi kalau pengantaraan yang ini dicadangkan saya rasa janganlah sahaja ia hanya untuk amalan undang-undang sivil seperti yang dikatakan di sini. Dengan izin proceeding ertinya apa-apa prosiding daripada jenis sivil dan termasuklah permohonan daripada mana-mana peringkat prosiding kerana Yang Berhormat Menteri, saya yakin isu- isu kekeluargaan, isu-isu harta pusaka, isu-isu hartanah terutama di dalam pendekatan Islam. Saya rasa lebih efektif sekiranya ia juga dapat diadili, dapat ditimbang tara melalui pengantaraan seperti yang ingin dicadangkan di bawah rang undang-undang ini.

final • 4:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan sedikit.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya.

final • 4:50 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Mengenai perkara yang disebutkan terakhir oleh Yang Berhormat tadi iaitu menggunakan pakai kaedah mediasi ataupun pengantaraan ini untuk menangani isu-isu kekeluargaan yang sebahagiannya masuk di bawah undang- undang syarak kita. Saya melihat di dalam jadual yang disertakan di dalam rang undang- undang ini untuk memberikan respons kepada perenggan 2(a) disebut sana ketidakpakaian antara yang tidak boleh disentuh di dalam perkara-perkara yang hendak dimediasikan ialah prosiding-prosiding di hadapan Mahkamah Anak Negeri, semakan kehakiman dan sebagainya. Akan tetapi tidak disebut sana prosiding di dalam Mahkamah Syariah. Jadi mengikut fahaman Yang Berhormat yang juga seorang peguam apakah ini bermakna apa yang di cadang oleh Yang Berhormat tadi memang boleh dibawa di dalam urusan pengantaraan ini. Bagaimana pandangan?

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya. Terima kasih rakan. Itu saya biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab secara lengkapnya kerana Yang Berhormat Menteri mempunyai rasional apa sebenarnya tujuan mediasi ini. Akan tetapi kalau kita melihat apa yang diistilahkan dengan izin di dalam clause tafsiran iaitu apa yang dimaksudkan dengan prosiding ia hanya merujuk kepada prosiding-prosiding jenis sivil dan Yang Berhormat Menteri saya rasa belum terlewat sekiranya di peringkat ini boleh dipertimbangkan bahawa perundangan syariah setakat hari ini yang kita tahu suluh Yang Berhormat Menteri boleh rujuk kepada pegawai untuk ‘Mahkamah Syarie’, suluh telah terbukti efektif di dalam menyelesaikan perundangan keluarga.

Akan tetapi setahu saya ianya bukan terbentuk di bawah akta ibu sebegini. Ianya di bawah Undang-undang Mal ataupun Undang-undang Keluarga Islam. Saya rasa bayangkan kalau pengiktirafannya itu diangkat setinggi kita mengangkat di bawah tahun 1990-an apabila fasal 121(a) dipinda ianya mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

sama tinggi dengan Mahkamah Sivil saya rasa agenda mekanisme penyelesaian di dalam masyarakat juga mesti seiringan apatah lagi saya rasa ia akan melibatkan ramai masyarakat orang Islam di sana.

Yang lebih penting di situ bukan sahaja di dalam membentuk tetapi yang lebih penting keberkesanannya itu kerana saya rasa mediasi memberi ruang yang lebih terbuka berbanding dengan mahkamah contohnya saya ingat lagi saya punya kertas itu ketika belajar dahulu satu kertas yang ditulis oleh Allahyarham Tan Sri Harun Hashim mantan hakim, ketika itu antara isu yang timbul ialah bagaimana arbitrasi Islam hendak dibuat kerana itu juga dikatakan tidak boleh dilakukan secara dengan tepat kerana tiada undang- undang. Kerana saya difahamkan tidak diluluskan Islamic Arbitration Act di negara ini.

Jadi saya rasa memandangkan perkembangannya ialah baik di peringkat Bank Negara dan juga isu-isu perbankan Islam dengan pimpinan Insef, Israk dan sebagainya saya rasa ramai pengamal boleh dilantik. Saya rasa kalau di peringkat ini Rang Undang- undang Pengantaraan 2012 ini hanya merujuk sahaja kepada undang-undang sivil saya rasa dengan izin it is not contractual kerana contact rangka Perlembagaan Malaysia ini berbeza daripada kerangka perundangan yang lain kerana fasal 121(a) itu mengiktiraf dengan izin bidang kuasa perundangan iaitu mahkamah syariah yang perlu dilihat sebagai salah satu ruang yang boleh diperkasakan lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diperjelaskan badan yang akan mengawal selia pengamal-pengamal mediasi ini. Setakat yang saya tahu pada hari ini, Bar Council memainkan peranan tetapi seperti tadi adjudikasi dengan khusus Menteri memberikan kuasa kepada badan arbitrasi Kuala Lumpur. Akan tetapi untuk mediasi ini Yang Berhormat Menteri, siapakah badan pemantaunya sekiranya ada pertikaian mengenai mediator-mediator ini? Mungkin salah guna kuasa ataupun perkara-perkara yang perlu dibawa ke muka pengadilan. Siapakah badan-badan ataupun di mana kalau ada pejabat sedia ada mungkin boleh dijelaskan di Dewan yang mulia ini? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak panjang. Cuma ada beberapa perkara saya hendak minta penjelasan. Pertamanya, perkataan ‘pengantaraan’ iaitu hasil daripada terjemahan dalam bahasa Inggeris, ‘Mediation Bill’. Saya hendak bertanya apakah terjemahan ini dibuat oleh pihak Peguam Negara ataupun mendapat pandangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini disebabkan saya lihat janggal dan susah hendak disebut perkataan pengantaraan dan hendak educate, dengan izin, orang ramai ataupun public, kalau di desa-desa atau di kampung-kampung, sukar mereka memahami perkataan pengantaraan ini. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, mediasi. Mengapakan tidak disebut rang undang-undang mediasi ataupun rang undang-undang runding cara? Lebih mudah difahami sebab terjemahan ini agak sukar untuk di mengertikan oleh mereka yang tidak faham dengan istilah undang- undang. Itu perkara yang pertama. Saya minta penjelasan.

Perkara yang kedua, saya tetap dengan pandangan dan pendirian buat masa ini, oleh kerana rang undang-undang ini baru dan akan bermula dengan percubaannya. Jadi, eloklah dihadkan dahulu mengenai dengan kes-kes sivil. Kes-kes lain itu dilihat sesudah sejauh mana keberkesanan pengantaraan ini diwujudkan. Ini disebabkan perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi, walaupun ada baiknya tetapi mempunyai implikasi yang cukup luas, sebab contohnya kalau kita katakan kalau kes-kes selain daripada kes sivil yang termasuk juga kes-kes yang membabitkan soal akhlak, soal jenayah, moral dan sebagainya nanti. Saya bimbang pengantara ini dijadikan tempat pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab mencari keuntungan pula. Di mana mereka boleh volunteer melakukan jenayah moral, jenayah akhlak dan sebagainya. Kemudian ada perantaraan yang perbicaraannya secara sulit. Maka, boleh membuat tuntutan ganti rugi dan sebagainya. Ini saya tidak terlalu bersetuju lagi buat masa ini dan ini serius.

Disebut tadi ataupun difahamkan bahawa prosiding pengantaraan ini akan dilakukan secara kerahsiaan. Ini saya tidak terlalu bersetuju sebab ia akan menimbulkan banyak syak-wasangka nanti, tuduhan, spekulasi. Kalau membabitkan kes-kes berprofil

final • 5:01 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

tinggi, syarikat-syarikat besar, GLC kepunyaan kerajaan, membabitkan tokoh-tokoh yang ada kenamaan, yang membabitkan ratusan juta, tiba-tiba selesai. Keluar-keluar berita, selesai. Maka, timbul spekulasi, dakwaan, tuduhan. Ini memang diatur. Ini diarahkan. Ini disuruh dan bagaimana kita hendak menjamin bahawa pengantara ini nanti yang dilantik betul-betul bersikap adil dan bebas. Jadi, saya kemukakan pandangan ini untuk mengelak esok-esok ia jadi tuduhan, syak-wasangka yang bukan-bukan. Maka, saya berpendapat, walaupun dalam pengantaraan, dalam mediasi tetapi wajar juga ia diizinkan untuk dilapor oleh pihak-pihak akhbar terutamanya kes sivil. Pada saya tidak ada menimbulkan apa-apa masalah sebab hendak mengelakkan daripada pelbagai tuduhan selepas keputusan mereka capai.

Saya tidak tahulah sama ada kewujudan pengantaraan ini boleh membantu menyelesaikan kes-kes yang bertimbun di mahkamah tetapi saya juga bimbang nanti selepas proses pengantaraan ini berjalan, kemudian sampai penghujung, mereka tidak boleh bersetuju, mereka patah balik ke mahkamah dan juga ke timbang tara dan sebagainya. Ini diizinkan. Jadi, bermakna proses pengantaraan sia-sia sahaja. Apakah keputusan dalam proses pengantaraan ini satu keputusan muktamad dan tidak boleh lagi dicabar atau dibawa ke mahkamah pada lain kali. Ini disebabkan jika tidak, perkara ini boleh berulang dan ia back to square one. Jadi, ini saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat kementerian untuk meyakinkan saya bahawa perkara ini tidak akan berlaku.

Selain daripada itu, walaupun tidak ada kena-mengena tetapi disentuh oleh Yang Berhormat Puchong tadi iaitu yang mana ada kes-kes yang kononnya tidak didakwa oleh pihak pejabat Peguam Negara. Sebenarnya saya menerima baik apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong daripada segi secara profesionalnya sebab saya juga pernah bangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja sebelum ini kerana banyak kes Tuan Yang di-Pertua, yang diadukan kepada SPRM, yang diadukan kepada polis tetapi selepas itu, ada yang diambil tindakan, ada yang senyap begitu sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah menjawab yang mana cadangan kemungkinan supaya SPRM juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Begitu juga pihak polis diberikan kuasa pendakwa. Tidak lagi semata-mata duduk kepada Peguam Negara.

Ia jawab tidak boleh sebab daripada segi proses keadilan ini, badan-badan ini mesti dilihat bebas, pihak polis menyiasat, SPRM menyiasat, pihak Peguam Negara mempertimbangkan ada kes atau tidak ada kes. Cuma yang pentingnya Tuan Yang di- Pertua, sudah sampai masanya elok bagi menghilangkan keraguan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Sebarang kes aduan kepada BPR dan SPRM ataupun kepada pihak polis, mesti ada timbul tiga bulan selepas dakwaan. Kemudian, Peguam Negara mesti menjawab bahawa kes ini, tiada kes untuk dibawa ke mahkamah. Bukti tidak mencukupi. Kalau bawa pun membazir. Dia mesti meyakinkan pihak yang mengadu.

Jadi, saya cadangkan dikumpulkan beberapa kes aduan-aduan ini dan dalam masa dua tiga bulan sekali, Peguam Negara, SPRM dengan polis, appear dalam satu sesi dengan menjemput mereka yang berkepentingan, stakeholders yang membuat laporan- laporan ini, mereka memberikan penjelasan, kes ini, ada kes. Kes ini, tidak ada kes. Kes ini tidak kes sebab tidak cukup bukti dan sebagainya. Ada soal jawab tertutup di kalangan yang stakeholders dengan pihak SPRM ataupun polis termasuk Peguam Negara. Ini saya percaya boleh banyak membantu menghilangkan...

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:01 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Keraguan, syak-wasangka dan ada pihak-pihak pula spin, membuat sensasi pula berita seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini yang disebut dalam perbahasan, ini saya bersetuju. Memang generasi muda dengan kemudahan media maya sekarang ini... Ya.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin Tuan Yang di-Pertua, berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Dalam SPRM, peruntukan Akta SPRM sekarang ini ada lima buah jawatankuasa yang ditubuhkan yang terdiri daripada 42 orang awam yang mengurus ataupun memantau perjalanan kes-kes ataupun cara SPRM menjalankan penyiasatan termasuk jawatankuasa yang ditubuhkan melalui Parlimen ini iaitu Jawatankuasa Mengenai Rasuah.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, SPRM kalau kes itu tidak – ini boleh diserahkan kepada Menteri menjawab tetapi ini pengalaman saya sebab saya dalam jawatankuasa tersebut.

final • 5:01 PM

Seorang Ahli

Jawablah.

final • 5:01 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I am in one of them. [Disampuk] Tidak bolehkah Yang Berhormat? Mahu beri pendapat. [Disampuk] Jadi, Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat Pasir Mas, sebenarnya 42 orang ini memantau. Katalah ada kes yang ditutup ataupun no further action, jawatankuasa ini, panel penilaian operasi ini terdiri daripada eminent people, public akan melihat kes-kes tersebut. Jadi, selain daripada yang didakwa, yang mengadu, sebenarnya ada jawatankuasa yang terdiri daripada orang awam ini yang akan juga turut memantau perjalanan kes-kes tersebut.

final • 5:01 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud di atas penjelasan tadi dan ini untuk pengetahuan dan saya pun sedar, cuma tinggal lagi walaupun sudah wujud pelbagai jawatankuasa, ramai eminent people but still, bagaimana kaedah caranya satu mekanisme, stakeholder yang membuat laporan itu dipanggil dan didengar aduan-aduan mereka kenapa kes ini tidak didakwa dan sebagainya. Kalau boleh dijawab sendiri oleh Jabatan Peguam Negara bukan jawatankuasa ini, jawatankuasa ini memanglah eminent people tetapi still from the host mouth lebih baik kalau Jabatan Peguam Negara sendiri menjawab dengan disaksikan oleh pihak pegawai penyiasat, polis dan juga pihak SPRM.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh saya minta penjelasan Yang Berhormat? Tadi di dalam MalaysiaKini ,Yang Berhormat daripada Ipoh Timur ada mencadangkan supaya kes-kes yang kononnya, yang dibawa kepada Attorney General, Peguam Negara yang MACC ini, yang tidak didakwa oleh Pejabat Peguam Negara disebarkan, dimaklumkan kepada public. Ini katanya untuk melihat kononnya mana kes yang patut dipersalahkan kepada Peguam Negara. Akan tetapi pada pandangan saya Yang Berhormat, itu juga melahirkan satu masalah yang lain kerana orang-orang yang akan didakwa itu, sekarang ini yang belum didakwa itu, yang belum lagi didapati bersalah, sekarang ini semua orang tahu dia didakwa untuk kerana rasuah. Jadi, ini pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur kerana bencinya itu, masalah bencinya kepada pejabat Peguam Negara itu, dia tutup soal yang itu tetapi menimbulkan masalah yang lain, pandangan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh sekali tidak? Sekali sahaja Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas, saya memohon penjelasan Yang Berhormat Pasir Mas kerana mutakhir ini, pihak-pihak yang juga mengatakan mereka tidak dibela. Saya ambil contoh mantan Ketua CID Commercial Crime, Datuk Ramli Yusuf, mantan Datuk Mat Zain Ketua CID yang mana secara terbuka dan berulang-ulang kali, kadang-kadang isunya itu makin hari makin bertambah dan banyak tetapi jawapan yang diberikan tidak perlu disiasat. Tidak ada kes, malahan mereka yang bercakap ini tambah pula dalam kes Datuk Ramli Yusuf didapati tidak bersalah.

Saya rasa beliau telah melalui satu proses yang mana saya rasa nama baik beliau, jawatan beliau sehinggakan hampir tergadai dan kini beliau mahukan satu pengadilan dan saya rasa perkara-perkara begini akan mengelirukan rakyat kerana orang yang bercakap ini bukan orang politik terutama pula orang yang memang arif malah berkedudukan di dalam hal ehwal keadilan jenayah dan negara. Dalam perkara ini bagaimana pandangan Yang Berhormat Pasir Mas untuk kita meyakinkan rakyat agar lebih yakin terhadap institusi.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pertama, jawapan mengenai dengan Yang Berhormat Ipoh Timur, saya hendak beritahu Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Ipoh Timur adalah Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Pasir Mas adalah Yang Berhormat Pasir Mas, ia berbeza. Jadi pandangannya, pendiriannya masing-masing. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi, ia sukar saya – memang kita perlu kepada keadilan dan kita perlu menentukan bahawa justice is done tetapi manusia ini maklum sahajalah, apabila mereka kena tuduh, mereka pula mendakwa mereka dianiayai.

Apabila dibawa ke mahkamah, mereka pula dilepaskan, mereka dikatakan tidak bersalah, mereka yang membuat tuduhan pula mengatakan dia patut didakwa. Jadi, benda

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

ini tidak habis, jadi hal-hal seumpama ini Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak boleh diselesaikan di dunia, kita sabarlah, insya-Allah bagi orang Islam Allah SWT akan menentukannya di akhirat nanti, tanggunglah. Akan tetapi memang kalau boleh pihak kerajaan mestilah mencari jalan untuk berlaku adil kepada semua pihak supaya segala keadilan dapat dijunjung oleh rakyat sendiri, tidak mengira pada mana-mana pihak. Cuma kita tahu dalam proses soal kehakiman di mahkamah, mendapat kehakiman ia nya satu perkara yang tidak mudah, peguam-peguam pun tahu iaitu keputusannya mesti beyond reasonable doubt iaitu bukti-bukti yang kukuh. Kita tengok selama ini kes-kes berprofil ringgi begitu lama masa penyiasatan yang diambil, tidak sedikit yang wang habis, bertahun-tahun kemudian yang dituntut meninggal dunia. Jadi sia-sia sahaja dan kita pun turut merasa kecewa.

Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak sebut di sini iaitu masalah kes-kes yang dibincangkan tadi oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ialah masalah, banyak juga yang membabitkan soal persepsi. Persepsi yang wujud pada hari ini lebih berbahaya kerana kita akan tengok dan akan berlaku kepada pihak-pihak yang – kita tengok kes itu belum tahu betul atau tidak betul, ada pihak yang sudah membuat judgment, mengatakan ini betul. Terutamanya portal-portal news yang tidak bertanggungjawab seperti Malaysiakini, benda kecil jadi panjang walaupun ada kebenaran sedikit tetapi cara pengolahannya, cara di spin seolah-olah ia besar.

Oleh sebab itu, saya menganggap Malaysiakini ini adalah portal news tidak bersih, anti-nasional yang mengancam keselamatan negara. Saya tidak tahu, mungkin penulis- penulis dalam Malaysiakini ini mereka tidak tahu apa-apa dan pada mereka peluang pekerjaan makan gaji tetapi siapakah membiayai Malaysiakini dan siapakah dia punya editor, latar belakangnya? Ada juga di kalangan wartawan – sebab saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, memang Parti Komunis Malaya sudah kita haramkan, penganut-penganut Parti Komunis Malaya ini pun sudah dibenarkan bebas dalam masyakat kecuali Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Mana tahulah mereka ini terdiri daripada saki baki yang menganut fahaman-fahaman ini, yang hendak melanjutkan agenda subversif bagi melihat negara Malaysia ini huru-hara dan tidak tenteram. Saya mengatakan demikian sebab rakyat mudah percaya kepada persepsi ini, walaupun betul atau tidak betul.

Jadi, akibat daripada perlumbaan merebut kuasa politik sehinggakan persepsi- persepsi yang diwujudkan orang yang tidak bersalah pun menjadi mangsa dan kadang- kadang orang yang bersalah pun terlepas oleh sebab pandainya mereka spin, pandainya mereka mengolah isu, pandainya mereka menjawab, akhir sekali mereka yang bersalah terlepas tetapi orang yang tidak bersalah pula menanggung beban dan sebagainya. Ini masalah persepsi yang timbul di kalangan masyarakat kita sekarang in. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas, dalam dua, tiga hari ini di dalam blog tertentu ada yang membangkitkan isu bagaimana beberapa orang personaliti, dokumen-dokumen, akaun bank mereka diperoleh oleh sesetengah pihak, digunakan untuk membongkar skandal kononnya. [Disampuk] Okey, membongkar skandal. Pada saya kalau ada isu skandal itu, itu akan ditangani oleh pihak mahkamah, tidak apa kerana proses mahkamah berlaku. Akan tetapi persoalan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat ialah dan kalau Yang Berhormat mungkin tidak mempunyai jawapan, soalan ini boleh dibawa kepada Yang Berhormat Menteri ialah ada yang mengatakan dengan mendapatkan maklumat-maklumat rahsia pemegang akuan bank. Mungkin Yang Berhormat punya akaun, saya punya akaun, Yang Berhormat Balik Pulau punya akaun boleh didapati daripada institusi-institusi bank ini melalui orang-orang di dalam, diberikan kepada pihak-pihak tertentu untuk digunakan sebagai tuduhan ataupun sebahagian daripada kononnya membongkar skandal.

Soal skandal itu satu hal tetapi timbul satu masalah ialah kerahsiaan, confidentiality dengan izin, dokumen-dokumen bank yang dikeluarkan begitu sahaja oleh pihak bank dan ada yang mengatakan ini melanggar Akta Banking and Financial Institutions Act (BAFIA). Jadi, saya meminta pandangan Yang Berhormat, walaupun kita tidak mahu menakutkan orang untuk mengadakan bukti tetapi ada satu isu lain iaitu akaun kita, maklumat rahsia kita, maklumat peribadi kita dicanangkan, dikeluarkan begitu sahaja oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya Tuan Yang di-Pertua, dari satu segi memang saya sendiri secara peribadi Yang Berhormat, kalau berlaku penyelewengan, skandal yang

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

besar-besar, saya mahu rakyat tahu tanpa mengira mana-mana pemimpin sebab itu perjuangan kita untuk melihat sebuah kerajaan yang telus, good governance. Akan tetapi pada masa yang sama, dalam kita hendak memenuhi matlamat tersebut kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat berbagai-bagai tuduhan yang boleh menimbulkan tuduhan-tuduhan yang belum terbukti benar dan kalau ini berlaku maka rosaklah pihak- pihak yang dituduh ini. Jadi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kebocoran ini memang sudah menjadi lumrah sekarang ini, apatah lagi dengan media baru nampaknya walaupun ada undang-undang, sudah sukar untuk dikawal.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Dengan keghairahan politik lebih-lebih lagi dekat dengan pilihan raya hendak berlaku ini, Yang Berhormat kena jaga-jagalah. Kena jaga-jaga sebab macam-macam boleh berlaku. Kalau Yang Berhormat nampak kereta besar, kereta Rolls Royce, saya hendak minta Yang Berhormat Kota Belud jangan pergi dekat. Nanti ada orang ambil gambar, keluar dalam Malaysiakini, Yang Berhormat beli Rolls Royce. Jadi – dia boleh jadi, dia boleh jadi. Lepas itu jangan berdiri depan rumah-rumah besar dan kalau boleh jangan duduk dekat-dekat artis dalam coffee house. Ini semua boleh berlaku sebab sekarang ini semua perkara akan digunakan untuk hendak menjatuhkan setengah-setengah pihak. Hendak menjatuhkan setengah-setengah musuh.

Jadi, pada saya akhirnya kalau sesiapa sahaja buat salah, kita hendak orang itu didakwa. Akan tetapi sebelum proses dia dihukum, janganlah kita membuat sensasi yang boleh meruntuhkan rumah tangga orang, boleh meruntuhkan martabat dan dikecuali kalau ada bukti-bukti yang sahih, kalau bukti yang sahih, kalau kita nampak betul-betul itu yang jelas macam video yang ada sama mirip dengan Ketua Pembangkang. Itu okey sebab nampak itu jelas. Tidak apa. Kalau yang samar-samar, saya tidak setuju. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila dia kena sedikit, mula melenting. Tidak apalah. Saya tidak kisah sangat, saya maaflah.

Cuma satu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil cadangan ucapan Yang Berhormat Kota Belud itu dimasukkan dalam ucapan saya dan minta Yang Berhormat Menteri jawab. Jadi, inilah di antara perkara-perkara yang saya bangkit, ringkas Tuan Yang di-Pertua dan saya memang mengalu-alukan rang undang-undang ini, cuma saya ‘causal’ tadi, banyak undang-undang kita buat, jangan jadi mockery. Ada undang-undang, kita tidak boleh hendak bertindak. Ada undang-undang, dia ada undang-undang sahaja tetapi tidak diguna pakai. Jadi, tidak berkesan. Akhir sekali wang rakyat habis. Jadi, saya minta perkara yang saya bangkitkan ini diberi perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menekuni sepanjang perbahasan yang kita adakan. Kadang-kadang saya pun rasa macam kita bincang tentang akta Malaysiakini sahaja.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Saya cuma ingin sedikit makluman daripada Menteri sama ada perbahasan tadi itu dalam akta? Dalam skop akta yang dibincangkan sekarang ini. Termasukkah Yang Berhormat?

final • 5:22 PM

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Ada yang masuk Tuan Yang di-Pertua. Saya kira di mana yang berkenaan termasuk dalam rang undang-undang ini akan dijawab.

final • 5:22 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tidak, sebab saya sahaja sebut, kita bincang panjang tadi macam kita bincang akta Malaysiakini. Kita sedang bincang Akta Rang Undang-undang Perantaraan ataupun macam kita bincang Akta SPRM. Itu sahaja notes sayalah sebelum saya mulalah. Okey, jadi saya hendak masuk pada – adakah pihak Menteri, kementerian mengambil apa-apa pengajaran ataupun mengambil apa-apa pengalaman daripada undang-undang ataupun Mahkamah Syariah yang telah pun mengamalkan satu bentuk mediasi ataupun yang dinamakan sebagai Majlis Sulh.

Di mana menurut statistik yang dibuat kajian, Majlis Sulh ini ataupun perdamaian ataupun mediasi yang disebut tadi itu, mengikut statistik negeri Selangor, Wilayah

final • 5:22 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Persekutuan, Singapura sendiri dan juga Melaka, apabila mereka mengamalkan mediasi ini dalam konteks Mahkamah Syariah, banyak kes telah dapat diselesaikan tanpa dibawa kepada pendakwaan ataupun perbicaraan. Selangor – 67%, Wilayah Persekutuan – 35% sebab dia baru bermula 2004, 2005 statistik yang ada. Singapura – 60%, Melaka 67%. So, saya minta pihak Menteri kalau boleh dalam memperkenalkan Undang-undang Perantaraan ini, juga mengambil pengalaman daripada mahkamah syariah yang telah pun mengamalkan Majlis Sulh sebagaimana yang mana kita tahu dalam isu-isu harta dan juga rumah tangga.

Kedua, kita memahami bahawa Akta Perantaraan ini adalah satu undang-undang yang kalau boleh pihak yang mendakwa atau pihak yang berkonflik, yang ber dispute, mereka tidak perlu membawa ke mahkamah, tidak perlu bawa kepada arbitration. Boleh diselesaikan pertikaian itu dalam bentuk mediasi dan berbezanya antara mediation, arbitration dan juga litigation ialah dalam mediasi, apa yang kita hendak capai pada penghujungnya ialah win-win situation. Berbanding dengan yang lain itu sama ada you win or you lose. Jadi oleh itu, dalam konteks hendak capai hasrat win-win ini, ia mediasi ini adalah merupakan satu bentuk assisted negotiation dengan izin. Bila kita berbicara tentang akta ini, kita melihat peranan yang besar yang dimainkan dan dia menunjukkan ia satu kejayaan.

Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri. Oleh kerana kita baru sahaja memperkenalkan undang-undang ini, walaupun di bawah sana saya difahamkan ada pengamal-pengamal mediation ini yang cuba untuk menyelesaikan masalah tanpa membawanya ke mahkamah. Cuma persoalannya now that dengan izin kita sudah ada undang-undang, maka bagaimana pihak undang-undang kementerian ini hendak memastikan bahawa mereka yang terlibat dalam mediation process untuk orang yang pengamal mediation ini, benar-benar qualify.

For example saya ingin bertanya dan minta penjelasan. Selalunya ia bersangkutan dengan soal kontrak, ada pihak yang dispute tentang kontrak. Apakah mesti orang yang terlibat dalam pengantaraan ini, mesti daripada orang berlatarbelakangkan undang- undang? Apa mungkin kalau saya tengok negara lain seperti di Kanada, orang-orang yang di bidang psikologi, di bidang conflict management, dan di bidang mungkin dalam konteks tertentu yang agama - adakah mereka juga dalam konteks hendak menjadi seorang mediasi, perlu diberikan satu kursus, perlu diberikan satu pengiktirafan sepertimana yang ada dalam disiplin-disiplin yang lain. Ini supaya dengan adanya undang-undang ini, kita juga perlu memartabatkan institusi mediasi ini sebagai salah satu daripada institusi yang mengurangkan pendakwaan-pendakwaan yang bawa ke mahkamah, kemudian tertangguh sehingga berlakunya backlog sepertimana yang telah disebut oleh rakan-rakan tadi.

Jadi, saya minta penjelasan, apa itu institusi yang disebut sebagai institusi yang akan memastikan jurumediasi ini – bagaimana hendak pastikan mereka menjadi orang yang qualified, orang yang boleh dan apakah ia terbuka kepada bukan hanya satu disiplin tetapi disiplin yang berbagai-bagai seperti psikologi, seperti conflict resolution dan sebagainya.

Seterusnya saya juga ingin memohon penjelasan daripada kementerian juga iaitu tentang apabila kita ada arbitration clause dalam track apabila kita buat perjanjian, kontrak sesuatu, ada arbitration clause. Apakah dengan adanya undang-undang ini kita tidak perlu memastikan bahawa dalam clause itu, ada satu option. Bukan sahaja arbitration tetapi juga mediation yang saya kira menurut mereka yang biasa dengan urusan ini tidak ada lagi satu clause yang khusus menyebut tentang mediation. Jadi saya minta pada pihak Menteri supaya memastikan kontrak-kontrak yang ditandatangani dan apabila berlaku dispute bahawa ada ruang di situ mengatakan bahawa salah satu daripada option nya selain daripada arbitration ialah juga mediation. Jadi itu satu – saya minta penjelasan jikalau ada.

Seterusnya, saya hendak minta juga sedikit penjelasan tentang disebut sebagai bayaran (fee). Now kalau kita kata mediasi ini adalah tujuannya untuk mengurangkan kos, tetapi apa kata kalau orang yang buat mediation process itu mengenakan kos yang lebih tinggi pula daripada mahkamah. Itu pun satu masalah juga. So, kita hendak ada satu macam jadual fee, sebagaimana yang dibuat di negara-negara yang telah ada undang- undang ini bahawa ini sahaja had yang paling maksimum yang you boleh kenakan kerana kalau tidak, it doesn’t serve the purpose to dengan izin to save the cost of going to the court.

Saya juga ingin penjelasan tentang bagaimana jangka masa itu berapa lama kita bagi untuk mediation itu?

final • 5:22 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kalau jangka itu sama macam pergi court, then juga tidak akan menyelesaikan masalah hendak mengurangkan masa yang tidak disebut di dalam ataupun mungkin saya tersalah, terlepas pandang dari sudut jangka masa proses mediasi itu supaya apa yang dibawa daripada undang-undang ini, daripada asalnya iaitu hendak menjimatkan kos, hendak menjimatkan masa dapat benar-benar tercapai dan diperincikan dalam undang- undang.

Jadi, saya rasa itu sahaja yang saya hendak kongsi bersama dalam hendak memberikan pandangan dan pendapat supaya Menteri dapat memberikan penjelasan.

Sekian terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian, selepas itu Menteri boleh menjawab.

final • 5:30 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perantaraan 2012. Saya ingin mendapat penjelasan dari pihak Kementerian, sebelum ada idea, cadangan rang undang-undang ini untuk diwujudkan dalam negara kita, adakah telah ada satu persediaan rapi terhadap mekanisme terbaik sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dalam negara kita?

Saya ingin mengambil contoh tentang beberapa negara yang disebut tadi seperti Kanada dan juga saya membuat sedikit kajian tentang yang berlaku di negara-negara yang dianugerahkan oleh UNDP negara-negara yang paling selamat untuk diduduki seperti Norway, Sweden yang kita melihat memang negara-negara ini berpengalaman bukan sekadar mereka mewujudkan institusi mediasi ini tetapi mereka juga ialah merupakan negara-negara yang memang melahirkan tokoh-tokoh mediator yang tersohor. Bahkan kalau kita melihat negara-negara ini berjaya untuk menjadikan negara mereka sebagai tempat berlangsungnya persidangan dan wujudnya perjanjian-perjanjian damai terkemuka seperti Oslo Convention dan seumpamanya.

Jadi, apabila kita ingin mengaplikasikan tentang rang undang-undang ini, siapakah mereka yang paling layak untuk menjadi mediator? Adakah mereka ini diambil ataupun dilantik di atas kapasiti jawatan-jawatan mereka dalam kerajaan ataupun kita boleh mengiktiraf peranan-peranan tokoh-tokoh masyarakat setempat yang mungkin mereka punya jasa dan rekod cemerlang dalam menjadi pemimpin-pemimpin masyarakat.

Apakah perlu ada satu latar belakang secara umum mungkin di peringkat kampung, ataupun di peringkat daerah? Kita merasakan perlu wujud tokoh-tokoh ini supaya kes-kes yang ringan sebagai contoh dapat kita selesaikan tanpa mereka pergi ke mahkamah.

Jadi oleh itu saya rasa penting sesiapa juga yang dilantik sebagai mediator ini supaya mereka juga diberikan kefahaman tentang latar belakang perundangan, kaunseling.

Ini sudah tentu saya rasa adakah kerajaan juga bercadang untuk mengiktiraf peranan ketua kampung, penghulu yang saya rasa walaupun mereka ini tugas dan tanggungjawab mereka hanya di kampung-kampung atau di daerah-daerah atau mukim-mukim yang tertentu tetapi mereka punya pengalaman, mereka kenal anak-anak buah mereka. Mereka kenal pelanggan-pelanggan mereka. Adakah kerajaan bersetuju bercadang untuk melantik mereka ini sebagai membawa tugas ini?

final • 5:31 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Di dalam rang undang-undang ini ada disebut bahawa yang boleh menjadi pengantara ini adalah mereka yang terlibat dengan institusi yang dimaksudkan ialah yang mengadakan khidmat perantaraan. Ertinya mungkin satu syarikat ataupun suatu badan yang berdaftar, mungkin dengan pendaftar perniagaankah ataupun dengan ROSkah? Ini kita akan dapat penjelasan.

Cuma saya mengambil pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa orang-orang seperti ketua kampung, Tok Imam yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang disegani mungkin boleh berperanan sebagai perantara, sebagai mediator di dalam urusan-urusan yang melibatkan masalah kekeluargaan misalnya. Masalah pertelingkahan kecil di kampung-kampung mereka.

final • 5:31 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Akan tetapi mengandaikan bahawa mereka ini berdaftar sebagai perantara adalah sesuatu yang saya rasa tidak tahulah kalau ini yang dimaksudkan. Oleh sebab di mana- mana kampung kita ada orang-orang sedemikian, kumpulan al-mala’ ataupun orang-orang yang dihormati ini. Bagaimana mereka hendak melaksanakan ataupun kita mewajibkan mereka apabila hendak menjadi perantara meregisterkan diri, mendaftarkan diri, selesai daripada itu, tamat peranan mereka atau mereka perlu kekal dalam urusan ini sebagai perantara yang kekal? Kalau ini berlaku kita mungkin mempunyai satu daftar perantara yang besar. Ataupun bagaimana pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian?

final • 5:31 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih rakan saya dari Kuala Krai yang memberikan saya rasa pandangan-pandangan yang perlu diambil perhatian. Oleh sebab itu saya mengatakan di awal tadi apabila kerajaan membawa rang undang-undang ini adakah kita benar-benar telah bersedia untuk mewujudkan siapa sebenarnya mediator ini?

Jadi atas pandangan Yang Berhormat Kuala Krai itu kita melihat memang saya ulangi lagi sekali, adakah kerajaan akan mengambil suatu inisiatif supaya tokoh-tokoh masyarakat ini diberikan mereka suatu apa yang dikatakan kita special training, induksi.

Ataupun mereka ini diberikan walaupun tidak perlu mengambil ijazah ataupun master dalam bidang tertentu, ilmu dalam bidang tertentu tetapi paling tidak pun mereka diberikan suatu nilai tambah, value added, kursus-kursus intensif dalam bidang perundangan, kaunseling dan seumpamanya.

Kalau tidak nanti siapakah - Kalau kita hanya ingin mengambil hanya golongan profesional sahaja yang mesti berdaftar dengan mana-mana syarikat dan seumpamanya?

Jadi saya rasa ini tidak akan dapat mencapai matlamat ataupun falsafah kepada pembentukan rang undang-undang ini.

Maka dengan sebab itu kalau kita membaca pula seperti Kanun Negeri Melaka yang telah wujud sekian berabad-abad yang lalu, kita melihat peranan-peranan yang dimainkan oleh Tok-Tok Penghulu, Tok Bentara, Tok Penggawa. Kemudian kalau kita membaca dengan teliti sejarah Johor moden yang diaplikasikan dalam urus tadbir Kesultanan Melayu Johor pada waktu itu dan hingga sekarang dia ada peranan-peranan dan lantikan seperti Tok Penghulu di peringkat yang paling bawah, Ketua Kampung kemudian Datuk Penggawa. Ada Barat, ada Timur. Ada Bentara Luar, ada Bentara Dalam yang saya rasa apabila kita melihat peranan-peranan mereka ini memang menjadi pembantu Sultan atau Raja yang berperanan bukan sahaja mengurus tadbir daerah-daerah tetapi menyelesaikan isu-isu yang terdapat ataupun sebarang pertikaian yang berlaku dalam urus tadbir di negeri Johor pada waktu itu.

Jadi oleh itu ingin saya sekali lagi menarik perhatian supaya kalau itulah matlamatnya saya tidak ada masalah untuk memberi sokongan supaya Tok-Tok Penghulu, Ketua kampung ini diberikan mereka nilai tambah, ilmu yang sewajarnya untuk mereka menjadi mediator yang berperanan. Sememangnya mereka ada pengalaman. Dalam kalau kita melihat kes-kes sivil, kes pertikaian rumah tangga, pertikaian harta pusaka yang melibatkan urus tadbir yang cekap, tetapi saya rasa yang peranan yang dimainkan oleh golongan ini dia dapat menyelesaikan masalah itu tanpa ia dibawa ke mahkamah.

final • 5:31 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Kemudian, apa pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap mereka yang dianugerahkan sebagai Jaksa Pendamai (JP)? Ini dianugerahkan oleh setiap negeri dalam negara kita dan mereka juga ada yang dikurniakan Commissioner of Oath ataupun Pesuruhjaya Sumpah. Kalau mengikut istilahnya, Jaksa Pendamai ini kalau mengikutlah sistem raja-raja dahulu, dia memang berperanan untuk menjadi mediator, menyelesaikan isu-isu pertikaian anak buah. Mereka menyelesaikan pergaduhan jiran, sempadan tanah dan seumpamanya. Janganlah sampai sempadan tanah pun hendak bawa ke mahkamah, malu dekat orang. Ini kita tidak menunjukkan jiwa besar kita. Kita bertikai tentang isu-isu yang melibatkan rumah tangga pun. Jadi ini peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh yang wibawa dalam negara kita. Sistem itu kita harus perkasakan, kita harus beri mereka suatu nafas baru dalam tugas dan tanggungjawab mereka. Jadi janganlah ada JP dan kemudian tampal dekat kereta sahaja, tetapi apa peranan JP?

Adakah pihak kementerian bercadang supaya mereka ini akan termasuk dalam golongan yang terangkum dalam akta ini supaya mereka boleh berperanan sebagai mediator? Demikian juga Commissioner of Oath, Pesuruhjaya Sumpah ini yang kita lihat

final • 5:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

pada hari ini memang mereka ada peranan mengesahkan surat akuan, afidavit dan seumpamanya. Akan tetapi mereka juga harus tahu ruang lingkup jurisdiction mereka yang seharusnya mereka berperanan. Dalam konteks ini juga saya merasakan Jaksa Pendamai

(JP) dan juga Pesuruhjaya Sumpah ini juga punya peranan yang penting dalam kita melaksanakan rang undang-undang ini. Itu sahaja pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada lapan orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil peranan dalam perbahasan ini dan juga yang telah pun memberi teguran, pandangan, kritikan, saranan dan pelbagai andaian mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan rang undang-undang ini. Oleh demikian Tuan Yang di-Pertua, saya akan hanya mengendalikan isu-isu yang bersangkut paut dengan rang undang-undang ini di mana perundangan mengenai rang undang-undang ini telah pun disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Tuan Yang di-Pertua Mempengerusikan mesyuarat] Terlebih dahulu saya ingin menjawab soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat dari Kota Belud yang telah pun menyoal kelayakan pengantara yang telah pun disentuh juga oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, secara umumnya pengantara ataupun mediator perlu menghadiri kursus di universiti-universiti berkenaan ataupun kolej-kolej ataupun institut-institut yang telah pun dikenali ataupun diakui dalam tempoh tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi sebelum seseorang itu layak menjadi pengantara.

Mereka yang telah pun menjalani kursus Tuan Yang di-Pertua, akan menerima certificate ataupun pengiktirafan daripada institusi yang dihadiri oleh mereka itu dan pihak kementerian ini menyerahlah terserahlah kepada institusi-institusi yang berkenaan untuk menyediakan khidmat pengantara tersebut. Saya difahamkan bahawa banyak juga badan- badan berkenaan seperti Majlis Peguam, Sabah Law Association, ataupun Advocates’ Association of Sarawak dan juga Bank Negara, insurance company yang tertentu dan juga Malaysia Mediation Centre (MMC) ada memberi kursus kepada ahli-ahli mereka yang berminat untuk menjadi pengantara ataupun mediator.

final • 5:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

Penting kita kena faham di sini Yang Berhormat bahawa the process of mediation ini terlibat dengan dua ataupun lebih pihak di mana mereka telah pun bersetuju untuk mengadakan satu alternative dispute resolution untuk mengendali dispute mereka. Sekiranya mereka telah pun bersetuju di mana dispute ataupun pertikaian mereka boleh di kendali oleh pihak pengantara, mereka akan setuju dengan pelantikan pengantara di antara mereka. The conscience must be from both parties. That is very important. Dan isu yang di kendali oleh mereka adalah isu sivil. Jadi isu-isu jenayah yang telah pun dibangkit oleh beberapa Ahli Yang Berhormat di sini tidak termasuk ataupun tidak ada berkenaan dengan proses pengantaraan yang kita bentang pada petang ini.

final • 5:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, silakan Yang Berhormat Puchong.

final • 5:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Berkenaan dengan definisi, if I may, relevant qualification, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun memberitahu kita bahawa mungkin terdapat kursus- kursus tertentu dan sebagainya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kursus-kursus ini telah pun ditetapkan ataupun akan ditetapkan? Dan sekiranya ianya akan ditetapkan, bila dan sama ada seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan, pihak Bar Council untuk Semenanjung Malaysia dan juga for Sabah and Sarawak akan diminta untuk juga mengambil bahagian di dalam proses tersebut?

Isu yang kedua yang berbangkit, sekiranya kursus-kursus ini belum lagi digubal ataupun diluluskan, if I may, what happen to the act in the meanwhile kerana kelihatan ada undang-undang tetapi tidak ada mereka yang boleh dikatakan termasuk dalam takrifan

final • 5:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

relevant qualification for now. So, what does the Ministry have for this interim period?

Terima kasih.

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong. Buat setakat ini, seperti yang saya kata tadi Tuan Yang di-Pertua, terserah kepada institusi- institusi yang menyediakan khidmat pengantara. Jadi mengenai kursus yang di spesifik kan, itu belum lagi ditentukan. Jadi kami serahkan kepada pihak institusi buat setakat ini.

Safeguard yang telah pun diberikan dalam perkara ini ialah akta ini akan dijadikan undang- undang apabila diwartakan oleh Menteri. Jadi setakat ini, inilah pendirian daripada pihak kami iaitu institusi yang menyediakan kursus itu ataupun khidmat itu akan memberi spesifikasi ataupun subjek-subjek yang tertentu yang mana boleh diiktiraf dan dikenal ataupun di recognize oleh pihak kementerian.

final • 5:42 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat Timbalan Menteri..

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian. Silakan.

final • 5:42 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Untuk menjurus lagi tentang aspek itu, tadi Yang Berhormat sebut terpulang kepada mana-mana institusi itu untuk menyediakan kursus-kursus itu. Adakah kerajaan tidak memberikan apa spec nya, apa bidangnya? Adakah ia dalam bentuk persijilan sahaja, diploma ataupun seumpamanya?

Jadi saya rasa kementerian harus spesifik apakah bidang-bidang yang diperlukan untuk melayakkan mereka yang lahir daripada institusi ini untuk mereka menjadi mediator yang berkesan. Jadi itu soalan saya. Terima kasih.

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang penting sekali kita kena faham di sini ialah di mana dua pihak yang dalam dispute ini, dalam pertikaian ini kena bersetuju dengan pelantikan pengantara ini.

final • 5:42 PM

Datuk Liew Vui Keong

This is the fundamental agreement yang kena di setujui oleh dua pihak. Jadi dua pihak ini kena pastikan bahawa pengantara ini boleh diterima oleh mereka. Jadi sekiranya pengantara itu berkelayakan dan ada seorang daripada dua pihak itu tidak bersetuju jadi ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mencari lagi pengantara yang kedua. Akan tetapi, mereka boleh juga mendapatkan pandangan ataupun nasihat daripada pusat yang berkenaan nama-nama mediator yang telah pun dikenal pasti dan mereka bolehlah berjumpa dengan mediator tersebut dan bersetuju sekiranya mediator itu diterima ataupun tidak oleh mereka mengendali distribute mereka tersebut.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Untuk memanjang Yang Berhormat Kota Belud juga telah pun menyoalkan mengenai kelayakan pengantara dan juga siapakah yang memberi accreditation pengantara. Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan pengantara ini adalah pengantara di antara dua pihak ataupun lebih dalam proses private mediation, buat masa sekarang kerajaan berpandangan kuasa kelayakan pengantara diberi kepada institusi yang lebih arif dalam perkara ini. Jadi sebagai contohnya, Malaysian Mediation Centre (MMC) di bawah Majlis Peguam Malaysia mempunyai senarai pengantara yang telah pun di latih dan berkelayakan dan mereka dapat menepati syarat-syarat yang tertentu.

So, ini secara tidak langsung telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Terima kasih, kepada juga...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tanya satu soalan? Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Daripada Yang Berhormat Kota Belud. Silakan.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apakah nanti wujud satu database, pangkalan maklumat mengenai senarai pengantaraan- pengantaraan ini ataupun mediator ini dalam satu lokasi bukan sahaja dari segi kelulusan dan telah pun diluluskan ataupun dari segi kelayakan tetapi juga dari segi bidang of expertise. Sebab kadang-kadang katalah kita di Kota Kinabalu sedangkan kita mungkin isu perkapalan mungkin di Kota Kinabalu tidak mempunyai mediator yang berpengalaman tetapi mungkin daripada Semenanjung.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi apakah kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data ataupun database untuk rakyat ataupun orang awam pergi ke pangkalan database itu dan memilih mediator yang mempunyai pengalaman yang sesuai dengan kes mereka itu.

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud.

Secara amnya saya difahamkan bahawa majlis-majlis, badan-badan seperti Majlis Peguam Negara seperti yang saya sebutkan tadi dan juga Persatuan Peguam Sabah dan juga Sarawak mempunyai senarai nama-nama peguam yang telah pun menjalankan kursus dalam pengantara ini mediation course dan di situlah ada database yang telah pun dikumpulkan oleh persatuan-persatuan tersebut. Saya rasa bahawa apabila wujudnya sesuatu pertikaian antara dua pihak ataupun perkara yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud ini suka tidak suka menyentuh isu perundangan.

Pihak yang berkenaan biasanya akan berjumpa dengan peguam ataupun persatuan guaman untuk mendapatkan nasihat. Sekiranya mereka ingin mendapatkan proses pengantaraan mereka boleh bertanya dengan persatuan tersebut untuk mendapatkan senarai-senarai nama peguam yang ingin menjadi mediator dan di mana mereka setuju melantik peguam tersebut sebagai mediator dalam pertikaian perkara mereka tersebut.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Pohon penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya. Okey, berkenaan perkara yang sama?

final • 5:50 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Saya rasa setelah mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud jelas bagi saya mungkin ada jawapan yang berbeza. Akan tetapi, jelas bagi saya akhirnya yang akan jadi mediator ini ialah peguam-peguam ataupun mereka yang terlibat dalam profesion guaman. Sebab macam mana kita hendak kaitkan yang kita sebutkan cadangkan tadi imamlah, ketua kampung sedangkan perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi perkara yang hendak dibincangkan lebih banyak tentang perkara undang-undang.

Jadi apakah benar anggapan saya bahawa akhirnya yang dikatakan mediator ini adalah mereka yang daripada bidang atau profesion guaman sahaja.

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Tidak semestinya Yang Berhormat. Saya hanya menjawab soalan yang hanya disentuh oleh Yang Berhormat Kota Belud yang telah pun menimbulkan isu mengenai pelaburan kapal yang ada bermasalah. Akan tetapi, sememangnya ada juga akan melibatkan profesional daripada profesion yang lain seperti perubatan seperti sekiranya wujud isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Belud mengenai shipping mungkin mereka boleh melantik mereka yang berpengalaman dalam isu shipping dan juga insurance company, bank-bank dan tertentu.

Mengenai isu yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat mengenai ketua kampung, kita tidak dapat nafikan bahawa selama ini ramai juga orang yang tidak semestinya peguam seperti ketua kampung dan juga masyarakat kaum Tionghoa wujudnya kapitan. Kapitan-kapitan di mana telah pun dilantik oleh kerajaan di mana mereka sebagaimana yang saya tahu di kawasan saya telah pun menyedari banyak isu-isu yang telah pun di wujud di mana ditimbulkan oleh mereka yang tidak mahu isu itu dibawa ke mahkamah seperti isu mungkin mengenai sedikit isu mungkir perkahwinan kah ataupun relationship di antara satu dan lain ataupun isu-isu yang boleh dikendalikan oleh kapitan tersebut.

Jadi ini telah pun diiktiraf oleh sistem kita selama ini dan kita juga amatlah terima kasih dan juga memberi penghargaan kepada ketua-ketua kampung dan juga termasuk dengan imam-iman masjid di mana mereka telah pun menjadi mediator dalam isu-isu yang terlibat dengan orang-orang kampung. Ini secara terusnya telah memberi satu peranan yang penting dalam sistem kemasyarakatan kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud juga telah pun bertanya mengenai Mahkamah Anak Negeri sama ada ini akan tidak terpakai dalam isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, memang tidak terpakai kerana Mahkamah Anak Negeri dikawal selia oleh undang-undang negeri.

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Kota Belud juga sentuh mengenai seksyen 11(1) di mana telah pun mengatakan pengantaraan dijalankan secara tertutup. Untuk makluman Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, pengantaraan tidak melibatkan apa-apa keputusan yang tidak diputuskan oleh pengantara – jadi pengantara akan cuba mencadangkan penyelesaian asalkan pihak-pihak bersetuju. Pengantara mestilah impartial dan tidak bias dalam perkara yang dia mengendali. Dalam hal mengadakan pengantaraan secara tertutup, ia bermaksud ia bukanlah diadakan in public kerana menjadi elemen penting dalam pengantaraan itu adalah competence reality di antara pihak-pihak yang terlibat.

Apabila pengantara mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan pihak- pihak ia adalah kerana mungkin terdapat maklumat-maklumat yang tidak ingin didedahkan atau dizahirkan oleh mana-mana pihak yang satu lagi. Sebab itulah akta ini memperuntukkan sedemikian. Seperti yang telah pun ternyata dalam seksyen 11(1).

final • 5:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Kota Belud juga bertanya mengenai pengantara warga asing diberi kelonggaran untuk mengadakan pengantaraan. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Belud, ya, mana yang boleh, pengantara yang menemui kelayakan syarat, layak untuk menjadi pengantara. Asalkan yang terlibat itu bersetuju dengan pelantikan pengantara tersebut. Jadi, ini tidak ada had. It is not limited to only Malaysian Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud juga bertanya mengenai seksyen 13 iaitu Perjanjian Penyelesaian. Setakat mana perjanjian ini boleh menjamin hak orang ramai seperti orang kampung yang tidak fasih dengan rang undang-undang ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Belud, dalam proses pengantaraan, mana-mana pihak boleh membawa orang yang bukan pihak untuk membantunya sebelum tercapai sesuatu perjanjian penyelesaian untuk memberi kesan kepada perjanjian tersebut akan terdapat rundingan agar persetujuan tersebut dapat dilaksanakan. Jadi, dalam perkara tersebut hak orang ramai ini semestinya terjamin dalam rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Puchong pula Tuan Yang di-Pertua, telah pun bertanya mengenai Akta Keterangan sama ada akta tersebut terpakai dalam proses ini. Untuk Yang makluman Berhormat, Akta Keterangan ini tidak terpakai kepada pengantaraan kerana ia di luar proses mahkamah. It is not a process dalam mahkamah. Jadi, Akta Keterangan itu tidaklah terpakai.

Yang Berhormat Puchong juga bertanya mengenai kesan keputusan yang dibuat oleh mediator dalam proses ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Puchong, kesan pengantaraan adalah layak mengikat kepada kedua-dua pihak di sisi undang-undang kontrak. Seperti yang telah pun dijelaskan dalam rang undang-undang ini, kedua-dua pihak sebelum itu kena bersetuju dengan pelantikan mediator tersebut terdahulu. Selepas itu mereka akan mengadakan satu perjanjian di mana mereka bersetuju dengan pelantikan tersebut dan dengan mungkin terma-terma yang tertentu yang mereka akan setuju dengan pengantara yang menjadi pengantara itu. So, they will have to decide on the terms and conditions.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apa yang menjadi pendirian kementerian berkenaan dengan aspek ini adalah bahawa ia akan menjadi satu perjanjian yang mengikat. Sekiranya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju juga, sekiranya diperlukan untuk enforcement atau sekiranya terdapat sebarang pertikaian berkenaan dengan perjanjian tersebut, maka ia seharusnya dibawa ke mahkamah untuk ditentukan. Is that what the position of the ministry is Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 6:00 PM

Datuk Liew Vui Keong

Tidak, seperti yang telah pun saya nyatakan Yang Berhormat Puchong, apabila mereka telah pun bersetuju dalam satu perjanjian dan sekiranya mungkir dalam perjanjian itu untuk mengadakan perkara dispute itu diselesaikan melalui proses pengantaraan, jadi pihak yang mungkir perjanjian dalam proses itu boleh di saman. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Batang Sadong, di mana Yang Berhormat telah pun bertanya sejauh mana keberkesanan rang undang-undang ini berbanding dengan sistem mahkamah daripada segi ketepatan masa?

Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengingati bahawa proses pengantaraan ini adalah merupakan proses secara sukarela antara pihak-pihak yang pertikai. Jadi, perlulah ada peruntukan mengenai permulaan sewaktu pengantaraan dan juga sesuatu pihak yang mengajak itu untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Jadi, pihak

final • 6:00 PM

Datuk Liew Vui Keong

yang satu lagi haruslah bersetuju sebelum itu dan dia tertakluk kepada pengantaraan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, pengantaraan ini berbeza dengan sistem mahkamah kerana ia adalah secara sukarela ataupun voluntarily informal dan juga penyelesaiannya dipersetujui oleh pihak-pihak dan dengan bantuan pengantara yang mereka lantik itu.

Untuk Yang Berhormat Wangsa Maju, Tuan Yang di-Pertua, telah pun bertanya sama ada rayuan boleh dibuat ke atas keputusan mediator tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, jika pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pengantaraan, pihak- pihak boleh membawa kes ke mahkamah jika belum lagi didaftarkan dan meneruskan kes jika kes telah pun dimulakan. So, ada dua perbezaan di sini. Di mana pertamanya, ialah biasanya kes belum lagi didaftar di mahkamah. Kedua, pihak bersetuju untuk melantik pengantara untuk menyelesaikan masalah mereka. Akan tetapi mungkin mereka tidak puas hati. Orang yang tidak puas hati itu telah buat keputusan untuk pergi ke mahkamah. Jadi, it is not barred. Pihak yang tidak puas hati ataupun yang ingin pergi ke mahkamah boleh pergi ke mahkamah kerana kes itu belum lagi didaftar di mahkamah. Akan tetapi ada keadaan yang kedua di mana dalam prosiding mahkamah dan dua pihak itu telah pun bersetuju untuk mengadakan pengantara bagi menyelesaikan isu pertikaian mereka. Jadi, dalam prosiding, half way, mereka boleh memaklumkan kepada hakim dan bahawa mereka ingin menyelesaikan masalah mereka melalui proses pengantaraan. Ini mahkamah akan beri dan mahkamah akan berhenti untuk membenarkan dan memberikan ruang untuk pihak mereka menyelesaikan masalah mereka melalui proses pengantaraan.

Sekiranya telah pun selesai dan mereka bersetuju dengan keputusan pengantara, mereka boleh kembali kepada mahkamah dan memaklumkan kepada hakim bahawa isu itu telah pun selesai dan hakim boleh enter consent judgement, penghakiman persetujuan di antara mereka dalam isu itu. Sekiranya kedua pihak itu tidak dapat selesaikan masalah mereka melalui proses pengantaraan, mereka boleh kembali kepada mahkamah dan mahkamah akan bermula lagi perbicaraan mereka dari mana yang mahkamah berhenti itu.

Jadi, ini adalah satu proses di mana untuk menjawab soalan Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga Yang Berhormat Puchong sama ada perkara ini boleh direviewkan ataupun dibawa kepada judicial review. Jawapannya ialah tidak kerana judicial review adalah satu proses yang mencabar keputusan pihak berkuasa awam dalam menjalankan kewajipan mereka. Jadi, pengantara tidak menjalankan kuasa kewajipan awam tetapi memudahkan proses penyelesaian pihak-pihak dalam pertikaian.

Ini adalah mengenai enforcement power yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk maklumat Yang Berhormat Wangsa Maju, rang undang- undang ini digubal untuk menggalakkan dan juga mendedahkan kepada orang ramai mengenai pengantaraan yang informal dan lebih cepat dilaksanakan agar mereka tidak perlu ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian.

final • 6:00 PM

Datuk Liew Vui Keong

Jadi, menjadi elemen penting dalam rang undang-undang ini yang seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua ialah prinsip voluntary. Oleh itu, rang undang- undang ini tidak lah bersifat enforcing, there is no enforcing part on this rang undang- undang tetapi lebih bertujuan untuk memberi panduan yang boleh diikuti oleh mana-mana pihak yang ingin membuat pengantaraan dan juga kepada mana-mana pengantara.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa jika pihak-pihak dalam mediation ini, pada masa itu mereka bersetuju untuk menyelesaikan perkara yang dalam dispute itu.

Akan tetapi selepas persetujuan yang mereka telah mengakui yang mereka bersetuju, katalah seminggu kemudian dengan izin, if there is a change of heart bagaimana? Seminggu kemudian, dua minggu kemudian, bagaimana? Bolehkah pihak yang telah menerima pampasan dari segi persetujuannya ambil tindakan jika pihak yang bersetuju itu tidak membayar pampasan? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Ada tiga senario dalam soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertama ialah di mana dua pihak itu belum lagi pergi ke mahkamah tetapi ingin menyelesaikan masalah mereka melalui pengantara. Apabila mereka telah pun melantik pengantara dan selepas isu itu telah pun dikendalikan oleh pengantara, mereka tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Jadi, mereka boleh mengambil tindakan untuk membawa perkara itu yang ada dispute ke mahkamah.

Sekiranya apabila mereka selepas mengadakan keputusan daripada pengantara dan di mana ada dua pihak, pihak yang tidak setuju dengan keputusan itu, seperti yang saya katakan mereka boleh pergi ke mahkamah dan juga terpulang kepada sama ada persetujuan itu ada terlibat dengan kemungkiran perjanjian yang mereka telah pun janji pada lebih awal lagi. Sekiranya wujudnya kemungkiran perjanjian, di mana mereka telah pun setuju sebelum proses pengantara bermula, jadi mungkin pihak yang mungkir itu boleh di bawa ke mahkamah kerana telah pun mungkir perjanjian.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah ini yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadinya mediation ini adalah satu proses yang tiada penguatkuasaan langsung dari segi undang-undang dan sesuatu pihak dalam mediation ini boleh melengah-lengahkan kesnya juga. Jadinya, saya rasa lebih tepat kita mesti ada satu masa, satu waktu di mana selepas apa-apa perjanjian yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak, mereka tidak buat apa-apa rayuan atau pun tidak buat apa-apa bantahan, jadinya perjanjian itu tidak muktamad, tidak boleh dirayu ke mana dan pihak-pihak boleh enforce nya sebagai satu penghakiman dalam mahkamah. Barulah mediation ini ada makna.

Kalau tidak kita akan nampak kemudian, ada banyak pihak yang kalau kita hendak melengah-lengahkan kesnya, kita bersetuju dahulu. Kemudian, selepas tiga bulan, lima bulan kita bawa pula ke mahkamah. Jadinya, buang masa juga dan tidak akan memberikan makna kepada mediation ini yang hendak selesaikan backlog di mahkamah dan lebih menyusahkan pihak-pihak dalam mediation ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu yang sama, Puchong. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Persoalan yang timbul adalah bagaimana akta ini ataupun prosedur yang diwujudkan melalui akta ini berbeza daripada sistem yang sedia ada. Di mana pada masa ini, I stand corrected di dalam hampir semua kes, sebelum sesuatu kes itu dibicarakan hakim yang mengendalikan kes tersebut akan cuba mediate dan dia akan panggil pihak-pihak dan minta sekiranya satu persetujuan boleh dimasukkan.

Sekiranya persetujuan itu dimasukkan ianya akan dijadikan consent order. Jadi, dari segi consent order itu boleh ada saluran untuk enforcement. So, how does this act benefit anyone at the end of the day, di mana sekiranya kita hanya berbalik kepada sistem yang sedia ada di mana ada hakim, there is no need for cost, in term of appointing a judge.

Di situ juga kita dapat satu sistem di mana satu perintah mahkamah dimasuki, di mana kita dapat enforcement and of course also the other procces of appellant that necessary. So, how does this improve on this situation already pending Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat harus ingat bahawa mediation ini is a process yang tidak melibatkan penghakiman. Bukanlah merupakan satu proses pengadilan oleh pengantara kerana pengantara hanya memudahkan penyelesaian di antara dua pihak yang pertikai, pihak yang tidak ingin pergi ke mahkamah. So, the process pengantaraan adalah proses voluntarily di antara dua pihak.

Yang Berhormat Puchong telah pun menyentuh mengenai dispute yang telah pun di bawa ke mahkamah. So, there is a lot of different here kerana dispute yang telah pun di bawa ke mahkamah telah pun di bawa, telah pun didaftar di mahkamah. Jadi, apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah mereka, kadang kala mengikut nasihat daripada pihak hakim ataupun mereka mahu menyelesaikan melalui pengantara, outside mediator, so there will be a temporally suspension in the prosiding untuk kedua-dua pihak itu menyelesaikan isu mereka. Kadang kala peguam juga yang terlibat sebagai pengantara dalam perkara ini.

final • 6:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Jadi, apabila mereka telah pun setuju ataupun tidak setuju, mereka kena balik ke mahkamah dalam kamar untuk memaklumkan kepada hakim. Di situlah sekiranya ada persetujuan, hakim akan memasuki penghakiman, enter a consent judgment. Sekiranya tidak setuju, perbicaraan yang telah pun digantung itu akan diteruskan. So, there are two different issue here.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan saya tadinya, kes yang belum dibawa ke mahkamah. Itu soalan saya. Saya rasa kita mesti ada satu had masa di mana selepas persetujuan itu yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan dalam jangka masa tiga minggu, kalau tiada apa-apa tindakan undang-undang lagi terhadap keputusan tersebut, keputusan itu akan jadi keputusan muktamad. Tidak boleh dipertikaikan lagi dan satu pihak lagi bisa mengambil tindakan untuk menguatkuasakannya. Kalau tidak mediation ini tidak akan membantu mahkamah untuk clear backlog dengan izin.

Jadinya, saya amat berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh membuat satu pindaan dalam masa jawatankuasa supaya kita ada satu seksyen untuk ini. Kalau tidak memang akan berlaku banyak masalah di mana satu pihak akan menggunakan mediation ini untuk melengahkan kes ini kerana mereka tahu walaupun mereka bersetuju sekarang, selepas tiga bulan, mereka boleh kata, ”Okey, I will pay you…”, minta dua minggu, tiga minggu, sebulan’, kemudian lengah-lengahkan dan akhirnya tidak ambil tindakan sebab mereka tahu bahawa perjanjian melalui mediation ini tidak akan ada hak untuk penguatkuasaan. It is not enforceable in the law.

final • 6:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Jadi saya harap, memang merayu kepada kementerian untuk membuat satu pindaan, memberikan satu had masa dalam sebulan selepas persetujuan ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jika tiada apa-apa rayuan ataupun tindakan di mahkamah, persetujuan itu adalah seperti satu penghakiman di dalam mahkamah dan pihak-pihak boleh mengambil tindakan untuk enforcement. Itu baru betul. Terima kasih. Saya merayu kalau tidak it is a waste of time. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya tidaklah setuju bahawa ini adalah satu waste of time yang telah dituduh oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Sekiranya tidak ada penyelesaian dalam dispute mereka itu, kerana saya telah pun mengatakan bahawa rang undang-undang ini adalah satu alternative dispute resolution to allowed kedua-dua pihak untuk bersetuju melantik seorang pengantara, only when two parties agreed.

Sekiranya satu pihak tidak setuju daripada mulanya, jadi yang pihak lain itu boleh mula proses di mahkamah untuk menuduh pihak yang satu lagi itu dalam isu mereka. Akan tetapi rang undang-undang ini seperti yang saya telah pun kata daripada mula ini ialah untuk menggalakkan mereka untuk mencari jalan atau kaedah alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, saya amat setuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ingin menggalakkan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah mereka. Yang saya kata, satu pihak tidak bersetuju dan satu pihak setuju di mana saya ingin menyatakan di sini, di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk mediation dan kedua-dua pihak bersetuju, satu penyelesaian...

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Exactly, ya.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

For example, satu pihak kata okey dalam dispute ini, saya bersetuju bahawa akan bayar RM10,000 ataupun RM100,000.

Selepas itu mereka enggan membayar, mereka mengetengahkan kes dan keputusan itu dan akhirnya mereka kata saya tidak bersetuju dengan apa-apa yang telah dipersetujui masa mediation. Keadaan itu yang saya bimbang. Jadi kalaulah kita ada satu sub seksyen di sini di mana menyatakan dengan jelas bahawa apa-apa persetujuan di bawah rang undang-undang ini, jika satu pihak tidak mengambil tindakan ke mahkamah atau memberi notis bahawa mereka tidak setuju dan mereka akan bawakan kes ini ke mahkamah.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Maka persetujuan ini adalah menjadi satu keputusan muktamad di mana satu pihak boleh ambil tindakan undang-undang seperti enforcement execution, melalui bankruptcy, termasuk winding up proceeding. Saya merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya buat satu seksyen untuk ini. Kalau tidak memang dalam keadaan demikian akan membazirkan masa sahaja. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, kekhuatiran yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini telah pun dikawal oleh seksyen 6(3) di mana pihak kedua itu apabila bermulanya mediation, mereka kena mengadakan satu perjanjian. Perjanjian ini akan merangkumi isu-isu yang disetujui oleh mereka termasuklah kos, isu dispute yang mereka mahu selesaikan dan juga other matters the party deem appropriate. Jadi other matters ini termasuklah consent yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju seperti sama ada sekiranya satu pihak yang tidak mengikut nasihat daripada pengantara untuk membayar, jadi yang satu lagi itu boleh mengambil tindakan ke mahkamah.

This is the isu-isu yang boleh dipersetujui oleh pihak berkenaan dalam perjanjian itu. Jadi sekiranya satu tidak mengikut perjanjian, jadi tindakan boleh diambil terhadap pihak yang mungkir perjanjian. Jadi saya rasa Yang Berhormat Wangsa Maju, seksyen 6 ini mencukupi untuk menjaga kekhuatiran yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa Yang Berhormat tidak memberi satu penjelasan sebab on one hand dengan izin, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak ada hak untuk penguatkuasaan untuk persetujuan ini dan on the other hand kata, other matters. Other matters ini terlampau, too wide dan akhirnya apa-apa jua pun kalau kita bersetuju atau kata ini adalah muktamad tetapi it’s unenforceable dari segi undang-undang.

Jadinya saya rasa lebih baik Yang Berhormat Timbalan Menteri buat satu pindaan yang sedikit menyatakan dengan jelas bahawa, apa-apa perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan dalam tempoh sebulan, 30 hari, jika kedua-dua pihak tidak memberi apa-apa notis bahawa mereka tidak bersetuju dan mereka akan membawa kes ini ke mahkamah. Jadinya keputusan yang telah dimasukkan oleh kedua-dua pihak ialah jadi keputusan muktamad dan seperti satu penghakiman dalam mahkamah dan pihak-pihak tertentu boleh ambil tindakan untuk enforce, penguatkuasaan terhadap keputusan tersebut.

Saya rasa ini adalah very fair. Thank you very much.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Tuan Pengerusi, saya tidak ingin lagi memanjangkan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju kerana isu itu boleh dimasukkan dalam perjanjian di antara dua pihak dalam dispute…

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bagaimana boleh masukkan di situ kerana persetujuan itu tidak boleh dienforce dari segi undang-undang?

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

...It is enforceable if it is an agreement between two parties. They have agreed at the first place that the dispute sekiranya telah pun settle that if not pay within a certain period of time, then it can go to the court and this is already been agreed upon in the agreement earlier.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, what I’m saying Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kalaulah mereka tidak bayar, katalah persetujuan untuk bayar RM100,000...

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

I know, that one boleh dimasukkan dalam perjanjian juga.

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no, bolehkah pihak-pihak tertentu ambil tindakan untuk execution bankruptcy, winding up proceeding, bolehkah? Itu enforcement, enforceable itu maknanya itu, bukannya untuk maksud yang lain.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Saya rasa Yang Berhormat Puchong telah pun mengangguk kepala dan setuju dengan saya bahawa sama ada penghakiman itu akan dimasukkan atau tidak terpulanglah sama ada mahkamah akan ...

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Puchong ini bersetuju dengan saya, bukan bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih, dia bersetuju dengan saya bahawa kemungkinan itu kerana diadjudicate dalam mahkamah, sama ada isu-isu dalam perjanjian pihak-pihak berkenaan mungkin akan membangkitkan banyak defenses di mana boleh diterima oleh mahkamah. Jadi these are the things that once you go to the court…

final • 6:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengatakan bahawa telah dipersetujui, so saya minta kita bagi satu had masa dalam 30 hari, jika mereka tidak mengambil apa-apa tindakan dan memberi notis kepada pihak yang dalam persetujuan itu, maka mereka tiada hak untuk buat rayuan atau ambil tindakan dan keputusan ini adalah keputusan muktamad sebagai satu penghakiman dalam mahkamah and then enforceable daripada segi undang-undang.

final • 6:20 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Puchong tahu bahawa dalam agreement, kita tidak boleh ada penghakiman di mana mengatakan perjanjian itu sekiranya dimungkiri, you have to pay otherwise I’m going to make you bankrupt kerana untuk membankrapkan seseorang, kita perlu...

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No. Perlu memberikan satu had masa dalam 30 hari.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Still cannot.

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Boleh. Parlimen, Parliament Supreme.

Kita boleh buat satu undang-undang ini supaya kita hendak memberikan satu makna kepada mediation. Kalau tidak mediation ini akan disalahgunakan, it will be abuse.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Akan tetapi, saya masih lagi yakin bahawa rang undang-undang ini hanya memberikan kedua-dua pihak untuk mengadakan satu perjanjian apabila mereka telah pun setuju untuk melantik seorang pengantara untuk mengendalikan dispute mereka. Jadi dalam masa yang sama, mereka juga akan bersetuju untuk perkara-perkara yang lain-lain.

Jadi sekiranya ada kemungkinan selepas pengantaraan, jadi terpulanglah kepada pihak untuk mengambil tindakan di mahkamah. Apabila mahkamah telah pun adjudicate dalam perkara itu dan akan memutuskan siapa yang kalah, siapa yang menang, jadi ada penghakiman. Jadi, daripada penghakiman itu sahaja kita boleh enforce the right of the party.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya, ingin pergi ke Yang Berhormat Balik Pulau di mana Yang Berhormat Balik Pulau telah pun mengatakan mengapa ada kerahsiaan dalam komunikasi pengantaraan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kerahsiaan adalah faktor untuk pihak-pihak yang bertikai menggunakan pengantaraan. Contohnya dalam kes perceraian rumah tangga dan juga kes-kes hak tanah ataupun aset yang terlibat dengan pihak-pihak tertentu di mana mungkin terdapat sedikit sebanyak document financial mengenai mereka di mana mereka tidak bersedia untuk mendedahkan perkara itu. Jadi, perkara itu kenalah dirahsiakan dalam persetujuan mereka.

Jadi Yang Berhormat Pasir Mas pula Tuan Yang di-Pertua, bertanya mengenai perkataan ‘pengantaraan’. Kenapa perkataan ini digunakan selain daripada perkataan seperti mediasi ataupun yang lain-lain. Untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Mas, ini adalah berdasarkan rujukan dibuat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan mediasi adalah tidak tepat dan tidak didapati dalam Kamus Dewan Bahasa. Jadi tidak semestinya kita kena gunakan direct translation Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini.

Yang Berhormat Parit Buntar pula telah pun bertanya bagaimana hendak pastikan seorang pengantara ataupun mediator qualified di dalam sesuatu bidang yang menjadi hal pertikaian. Ini telah pun saya sebut tadi. Selain daripada itu, Malaysian Mediation Centre di bawah Majlis Peguam mempunyai senarai seperti yang dikatakan pengantara yang berdaftar dengannya dan merupakan orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang yang menjadi pertikaian.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya sempat menjawab pada petang ini dan di mana soalan-soalan yang saya tidak sempat menjawab oleh Yang Berhormat, saya akan memberi jawapan secara bertulis.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong berdiri Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat duduk.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Ya, Yang Berhormat Puchong lagi.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dua perkara. Berkenaan dengan kos yang saya bangkitkan, sama ada satu schedule akan dikeluarkan untuk menetapkan apa kos di dalam I think seksyen 17. Tadi saya bangkitkan. Itu satu. Kedua, berkenaan dengan isu yang saya bangkitkan berkenaan dengan Peguam Negara dan sebagainya sama ada Timbalan Menteri akan jawab saya.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Mengenai kos ini Yang Berhormat Puchong, buat setakat ini belum ada scale yang telah pun ditentukan. Akan tetapi mengikut Malaysian Mediation Centre, mereka ada scale seperti berikut iaitu di mana tuntutan daripada RM100,000 dan ke bawah adalah RM500 sehari ataupun any part day off dan selain itu RM100,000 ke atas sampai RM250,000 adalah RM750 dan atas daripada itu adalah RM1,000. Akan tetapi ini adalah daripada Malaysian Mediation Centre. Daripada di sini buat setakat ini, we will leave it to the disputed parties untuk menentukan kos.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Timbalan Menteri, tadi Malaysian Mediation Centre or sector?

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Centre. Malaysian Mediation Centre

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So ada wujud satu centre sedemikian yang ada schedule or list, ada?

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yes, they have. I will do that. Untuk makluman Yang Berhormat, this mediation kit telah pun disediakan oleh Bar Council Malaysia. Mengenai isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat yang menyentuh mengenai hak Peguam Negara, itu di luar rang undang-undang ini. Jadi saya tidak bersedia untuk menjawab. Saya juga tidak mahu menjawab isu-isu yang telah pun dispeculatekan ataupun dimanipulatekan ataupun hanya satu allegation sahaja kerana saya tidak ada information atau personnel knowledge dalam perkara tersebut.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Timbalan Menteri, seperti mana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, beliau kata bahawa these all speculations. Baru dikeluarkan satu kenyataan daripada Menteri di dalam kementerian Timbalan Menteri sendiri, Bekas Menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim bahawa di mana beliau setuju dan beliau kata memang terdapat interference. Memang semasa beliau menjadi Menteri di dalam kementerian itu juga dibawa hal ini, tetapi memang terdapat halangan daripada bukan sahaja AG Chambers tetapi juga daripada Menteri-menteri Barisan Nasional. So how that’s coming? I mean surely there must be some answers on this, is not it?

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

I cannot answer on their behalf, Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Untuk kementerian, Kementerian Perdana Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

No. If kementerian, you will have to ask the former Minister who had resigned.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kementerian Timbalan Menteri yang melantik di bawah Perdana Menteri yang melantik Peguam Negara. So bagaimana kita tidak boleh jawab waima kita datang ke Dewan dan kita tidak endahkan perkara ini.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong ya Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong, I think he is right because you are now discussing satu akta rang undang-undang perantaraan.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Betul, ya.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

So you cannot ask him something that he is debating a different matter. Itu melanggar peraturan mesyuarat.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua is not here earlier. Isu yang dibangkitkan, if I may, just very quickly. Isu yang dibangkit adalah ini, kenapa kita perlu mengadakan rang-rang sebegini. Ianya berbalik kepada soal keyakinan rakyat kepada sistem-sistem yang sedia ada. Kalau kita sebagai rakyat Tuan Yang di-Pertua, hari-hari kita baca portal, portal Malaysia Kini memang diserang serbu di sini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di mana dikatakan tidak betul. Akan tetapi selain daripada portal Malaysiakini,

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

kita dapati artikel baru-baru ini dikeluarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim who is the former Minister in the Prime Minister Department yang juga menyatakan bahawa perkara itu memang berlaku.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, I understand that Yang Berhormat but...

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So itu angle yang saya - but if the Minister cannot answer, just say that he does not want to answer and I leave you that because that is my point. That is the point I’m making, we raise it in this point but you just do not answer.

final • 6:30 PM

Datuk Liew Vui Keong

It is because Yang Berhormat Puchong, your question is not relevant to the akta yang saya bentangkan di Dewan yang mulia ini. Jadi saya tidak perlu jawab. Walau bagaimanapun, saya ingin ambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah pun mengambil peranan dalam perbahasan ini dan segala teguran dan kritikan yang telah pun diberikan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya akan ambil note dan juga berterima kasihlah kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 6:30 PM
Fasal-fasal 1 hingga 20 -

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengikuti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya ingin mengambil kesempatan bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan fasal 7. Saya hendak tahu rang undang-undang ini mengikuti model negara yang mana berkenaan proses ataupun prosedur perjalanan pengantaraan ini? Ini kerana kalau kita baca Singapura, mereka ada Community Mediation Act di mana memperuntukkan satu pusat di mana ia dijalankan oleh sukarelawan yang telah dilatih untuk menjadi pengantara di mana pihak yang sukarela boleh rujuk ke sana yang sangat mudah, sangat jelas dan tidak membebankan sebab ia dijalankan oleh sukarelawan dan tidak akan membebankan kalau..., ini selepas apa yang saya baca dalam laman web Community Mediation Centre, mereka ada.

Mereka juga ada Singapore Mediation Centre di mana nonprofits organization dengan izin Tuan Pengerusi, malahan mahkamah juga boleh merujuk pihak-pihak yang terlibat dalam kes untuk ke pusat-pusat ini yang dikendalikan di bawah kementerian undang-undang mereka di Singapura. Akan tetapi dalam rang undang-undang ini, Yang Berhormat berulang kali menyatakan, ia adalah secara sukarela kedua-dua pihak. Jadi kalau kedua-dua pihak berpendapat bahawa individu ini, sebagai contohnya ketua kampung atau Ahli Parlimen atau imam, adalah layak untuk menjadi pengantara tetapi mereka iaitu ketua kampung atau Ahli Parlimen itu tidak boleh diterima sebagai pengantara sebab dalam fasal 7(2) memperuntukkan, kelayakannya mesti mempunyai pengalaman, mesti mempunyai latihan atau pendidikan tinggi formal.

Jadi keutamaan diberi di bawah rang undang-undang ini ialah apa? Apakah pihak pengantara yang kedua-dua dalam pertikaian itu merasa selesa atau berpendapat layak, itu seharusnya patut diterima dan bukannya dihalang atau disekat dengan peruntukan yang di dalam fasal 7(2) ini..., dan institusi tidak diperjelaskan. Saya rasa perlu diperjelaskan maksud institusi yang akan mengiktiraf atau memberi latihan atau sijil selepas menjalani latihan itu. Ia harus diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, tetapi senyap.

Tuan Pengerusi, tadi saya bagi contoh Singapura, ia dijalankan oleh nonprofits organization dan boleh menjadi pengantara untuk kes keluarga, jiran yang bergaduh tetapi

final • 6:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

nampaknya ini kena dengan bayar kos yang dipersetujui kedua-dua pihak. Kalau dengan syarat fasal 7(2), mengambil pengantara dari institusi, ia akan membebankan mereka walaupun dinyatakan kos adalah ditanggung secara bersama.

Tadi Yang Berhormat kata sudah ada jadual, schedule, jadi tidak boleh lari untuk bayaran. Kalau kes-kes yang tadi saya kata yang bukan kes terlalu rumit, mengapa tidak boleh adakan satu agensi di bawah kementerian, di mana kalau kedua-dua pihak dalam pertikaian merasa selesa untuk mengambil ketua kampung menjadi pengantara untuk di mana agensi di bawah kementerian Yang Berhormat boleh menjadi penyelaras atau membantu atau dengan izin, guide kedua-dua orang yang dalam pertikaian dan pengantara itu untuk mengatasi masalah itu, menjalani proses itu. Jadi saya pohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

You want to take from Yang Berhormat Wangsa Maju first and then you answer, or what?

final • 6:40 PM

Datuk Liew Vui Keong

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hendak bawa seksyen 14 di mana bertajuk, Kesan Perjanjian Penyelesaian ini. Fasal 14(1), perjanjian penyelesaian hendaklah mengikat pihak-pihak dan fasal 14(2), jika prosiding telah dimulakan di mahkamah, perjanjian penyelesaian itu boleh direkodkan di hadapan mahkamah itu sebagai persetujuan dan penghakiman mahkamah. Ini tidak ada masalah.

Cuma yang ada masalahnya kes-kes yang belum dibawa ke mahkamah. Itu yang saya amat khuatir kerana kita hendak ada satu mediation ini untuk mengelakkan backlog dalam mahkamah jikalau kedua-dua pihak telah mempersetujui sepertimana yang saya sebut tadi di peringkat dasar di mana kedua-dua pihak belum pergi ke mahkamah dan mereka telah bersetuju melalui mediation untuk menyelesaikan masalah mereka dan satu perjanjian telah dipersetujui antara kedua pihak. Kemudian, selepas seminggu ke tiga minggu dan mereka, they has changed their heart dengan izin, dan mereka tidak mahu bayar, jadi mereka masih ada hak. Ya saya bersetuju mereka masih ada hak bawa kes ini ke mahkamah.

Jadinya itu tidak menyelesaikan backlog juga. Mereka akan pergi – dan saya percaya akan ada banyak kes yang sedemikian. Jadi saya merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa untuk buat suatu pindaan yang pendek yang berbunyi sedemikian, jika apa-apa persetujuan yang telah dipersetujui antara dua pihak melalui akta ini dan dalam tempoh 30 hari, tiada pihak yang memberi satu notis kepada pihak yang lain, mereka tidak bersetuju atau mempertikaikan persetujuan itu, maka keputusan yang telah dipersetujui ini akan jadi satu perintah di mahkamah dan tiada rayuan ataupun tindakan undang-undang boleh diambil di mana-mana mahkamah dan pihak tertentu boleh ambil tindakan enforcement termasuk execution, winding up terhadap syarikat.

Saya rasa ini lebih tepat dan saya rasa tidak susah pun kepada kakitangan oleh kerana ini akan mengelakkan banyak kes pergi ke mahkamah ya, sebab ia adil juga. Sebab kita sudah ada satu masa 30 hari seperti kes-kes di mahkamah juga. Kalaulah sesuatu parti yang kalah tidak bersetuju dengan satu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, mereka boleh buat rayuan tetapi dalam tempoh 30 hari. Jika selepas 30 hari, mereka tidak masukkan satu notis rayuan, mereka tidak ada hak lagi untuk buat rayuan.

So sama juga di sini kita boleh buat satu pindaan yang amat pendek. Saya rasa janganlah kementerian, pejabat Yang Berhormat, janganlah degil kerana kita hendak konstruktif, kita hendak baik pulih keadaan di mahkamah. Kalaulah kementerian, Jabatan Perdana Menteri adalah ikhlas tidak hendak membazirkan wang, tidak membazirkan masa, saya rasa tidak salah pun kalau kita ada satu subseksyen ini, yang pendek sahaja. Ini akan mengelakkan masalah ini. Saya rasa jangan degil sebab saya percaya dan secara dengan terus terang saya jamin bahawa, mesti ada kes-kes yang begini akan berlaku bila masa rang undang-undang ini dikuatkuasakan.

final • 6:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri tolonglah, saya minta tolong masukkan ini dengan menjadikannya satu rang undang-undang yang terperinci dan

final • 6:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

memberi makna dengan sebenarnya untuk mengelakkan backlog di mahkamah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Lagi, anymore? Okey, kalau tidak ada sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menjelaskan mengenai kos yang saya telah pun berikan kepada Yang Berhormat Puchong tadi mengenai Malaysian Mediation Centre saya ingin menjelaskan di sini bahawa Malaysian Mediation Centre setakat ini hanya mengendalikan perkara yang menyentuh mengenai komersial. They only deal with commercial matters.

Untuk maklumat Yang Berhormat Batu Gajah yang telah membangkitkan seksyen 7, seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan pengantara di mana Yang Berhormat Batu Gajah telah mengatakan bahawa pelantikan itu kena ada persetujuan di antara dua pihak yang dipertikai itu dan mengenai kos mereka juga kena bersetuju. Akan tetapi mengenai isu-isu di mana mereka yang bertikai itu menggunakan pengantara seperti dari pihak masjid ataupun dari kampung yang melantik ketua kampung atau kapitan-kapitan itu, saya rasa kos tidaklah banyak seperti yang diminta oleh pengantara daripada rang undang-undang ini.

Kebanyakan kes-kes yang telah dirujuk kepada kapitan yang mana saya tahu adalah terlibat dengan dispute mengenai perkara jiran ataupun perkara yang personal di antara kedua-dua orang yang mempertikai itu. Jadi kadangkala kos itu hanyalah melibatkan kalau seperti kata orang di Sabah, ‘sogit’ sahaja. ‘Sogit’ ialah pembayaran seekor ayam ataupun kambing. Jadi ini terpulang kepada keadaan kampung di situ juga. Kos ini tidak semestinya mengikut jadual yang telah pun dikatakan oleh Yang Berhormat tadi itu. Itu sahaja.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya tanya rang undang-undang ini mengikut model negara yang mana sebab saya rasa banyak pertikaiannya. Ada yang kecil-kecil itu. Apakah selepas ini kementerian Yang Berhormat akan menyediakan satu unit untuk menjadi penyelaras kepada rang undang-undang ini.

Tadi saya kata mereka di Singapura ada komuniti mediation centre di mana NGO run di bawah pemantauan Ministry of Law di Singapura. Jadi saya pohon penjelasan atas perkara ini. Nonprofit organization boleh menjadi pengantara. Ini boleh menjimatkan kos. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Banyak negara-negara yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat. Saya telah pun menyebut nama-nama negara tadi dalam ucapan dasar saya seperti Australia, United States of America, New Zealand dan beberapa negara Komanwel termasuk juga Singapura.

Jadi dalam perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memanglah tidak akan meminda peruntukan seksyen 14 ini. Peruntukan sedia ada sebagai contoh Bar Council Mediation Centre ataupun Bar Council Mediation Rules juga tidak menetapkan tempoh had masa yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat kerana ini terpulangkan kepada kedua-dua pihak itu untuk menentukan had masa dalam perjanjian mereka.

Jadi dengan itu Tuan Pengerusi, itu sahaja yang sempat saya jawab dalam sidang kongsi ini.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

[Fasal-fasal 1 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang].

[Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.]

final • 6:50 PM
INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

(MIROS) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2007. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membantu kerajaan merangka dasar-dasar dan program-program keselamatan jalan raya dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan kepada hasil kajian dan penyelidikan saintifik. Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang komited dalam usahanya membendung masalah atau faktor-faktor yang menyumbang kepada keselamatan jalan raya di samping menyokong visi kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya di persada antarabangsa.

Pada peringkat awal penubuhannya, MIROS hanya dianggotai oleh lapan orang kakitangan sahaja dan pada masa ini MIROS mempunyai 186 kakitangan yang mana 116 anggotanya terlibat dalam menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya. Pada masa yang sama, sejak lima tahun kebelakangan ini MIROS telah mengukuhkan kedudukannya selaras dengan amanat kerajaan sebagai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dengan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

final • 6:58 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan MIROS menjadi agensi peneraju dalam mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

Dalam hubungan ini fokus Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) adalah bagi pelaksanaan program-program advokasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya. MIROS pula melengkapi dan menyokong peranan JKJR dengan menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya yang merangkumi aspek-aspek kejuruteraan dan reka bentuk jalan raya, teknikal kenderaan, sikap pengguna jalan raya dan keberkesanan aspek penguatkuasaan.

Sejak penubuhannya, MIROS telah berjaya menjalankan sebanyak 186 penyelidikan di mana dapatan kajian telah digunakan oleh stakeholders yang terdiri daripada penggubal dasar, institut penyelidikan dan industri automotif dalam merangka dan melaksanakan program-program keselamatan jalan raya. Hasil kajian MIROS ini dan perinciannya boleh didapati dengan melayari laman sesawang MIROS dan melalui kertas- kertas penyelidikan yang dibentangkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada masa yang sama MIROS juga mempunyai keupayaan untuk menjalankan simulasi pra- kemalangan kenderaan dan ujian pelanggaran bagi maksud menilai integriti reka bentuk serta keselamatan sesuatu kenderaan.

Ingin saya menegaskan di dalam Dewan ini, masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Menurut perangkaan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2011 sahaja jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan angka sebanyak 448,746 kes dengan jumlah kematian sebanyak 6,877 atau purata 18 kematian sehari.

Berdasarkan kajian Asian Development Bank daripada jumlah kematian yang berlaku ini negara kehilangan RM1.2 juta kepada pembangunan ekonomi bagi setiap kematian iaitu dijangka dalam RM8.2 bilion setiap tahun dan mencecah sehingga ke tahap RM9 bilion jika melibatkan kecederaan. Memandangkan sumbangan dan peranan MIROS dalam bidang keselamatan jalan raya, satu rang undang-undang khusus digubal untuk mengukuhkan kewujudan MIROS sebagai sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) dan memberi kuasa serta perlindungan undang-undang kepada institusi berkenaan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya dengan sempurna.

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 mempunyai 60 fasal seperti berikut:-

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 ialah memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan hendaklah terpakai kepada semua orang termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri; Fasal 3 mengandungi takrif beberapa ungkapan yang digunakan dalam akta yang dicadangkan; Fasal 4 memperuntukkan MIROS sebagai sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) yang boleh membawa guaman dan di bawah guaman terhadapnya atas nama perbadanan tersebut. Institusi ini juga boleh membuat kontrak serta membuat apa-apa urusan mengenai harta alih dan tidak alih termasuk harta intelek; Fasal 5 membenarkan institut untuk mempunyai meterai perbadanan; Fasal 6 menghuraikan fungsi-fungsi institut, secara ringkasnya fungsi-fungsi tersebut adalah seperti berikut:-

(i) menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang menyeluruh ke atas keselamatan jalan raya yang bertujuan untuk membantu dalam penggubalan dasar berkaitan serta mencadangkan penyelesaian yang praktikal berhubung isu keselamatan jalan raya;

(ii) meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan jalan raya serta memberi khidmat nasihat;

(iii) menguruskan data yang di kumpul serta menyebar dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan;

(iv) merancang, menjalankan latihan dan membuat penilaian ke atas program-program keselamatan jalan raya termasuklah mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum yang disediakan oleh institut memandu serta menjalankan audit ke atas sistem penyampaian institut memandu tersebut;

(v) mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh pihak pemeriksa kenderaan; dan

(vi) mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama dengan persatuan organisasi badan awam dan swasta dalam dan luar negara yang mempunyai fungsi yang serupa dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi MIROS secara efektif.

Fasal 7 dan 8 menyatakan kuasa dan kuasa tambahan institut; Fasal sembilan memperuntukkan kuasa kepada institut, mengkomersialkan dapatan penyelidikannya kepada mana-mana pihak dengan kelulusan Menteri; Fasal 10 dan 11 berhubung dengan penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pengarah MIROS yang dianggotai oleh Ketua Pengarahnya sendiri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan di samping itu Menteri juga berhak melantik tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada enam anggota yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam keselamatan jalan raya; Fasal 12 membenarkan anggota lembaga yang merupakan wakil kementerian, jabatan atau organisasi yang dinamakan semula atau fungsinya telah diambil oleh kementerian, jabatan atau organisasi lain, anggota ini hendaklah dinamakan semula sebagai wakil kementerian, jabatan atau organisasi yang dinamakan semula atau mengikut kementerian, jabatan atau organisasi yang mengambil alih fungsi tersebut; Fasal 13 memperuntukkan mengenai pelantikan timbalan pengerusi lembaga dan setiausaha lembaga; Fasal 14 menghuraikan fungsi-fungsi lembaga pengarah seperti berikut:-

(a) mengkaji semula dasar dan hala tuju strategi institut;

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

(b) menasihati dan membuat cadangan kepada Menteri berhubungan dengan akta ini serta perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan keselamatan jalan raya serta membantu pelaksanaannya; dan

(c) mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi pentadbiran pengawalan dan pengurusan institut; dan

(d) membuat perkara-perkara lain yang berbangkit daripada fungsi lembaga dan tidak bercanggahan dengan maksud akta ini.

Fasal 15 memperuntukkan mengenai kuasa lembaga; Fasal 16 memperkatakan tempoh jawatan anggota lembaga; Fasal 17 memperuntukkan mengenai pembatalan pelantikan anggota lembaga dan peletakan jawatan mereka; Fasal 18 menyatakan keadaan di mana jawatan anggota lembaga menjadi kosong; Fasal 19 memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik secara sementara mana- mana anggota lembaga untuk menjalankan fungsi pengerusi jika jawatan pengerusi menjadi kosong atau apabila pengerusi tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya; Fasal 20 membenarkan lembaga mewakilkan mana-mana fungsinya kepada anggota lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 21; Fasal 21 memberi kuasa kepada lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya melaksanakan fungsinya; Fasal 22 memperuntukkan mengenai pembayaran elaun kepada anggota lembaga yang bukan pegawai atau pekhidmat institut; Fasal 23 memberikan kuasa kepada Menteri mengeluarkan arahan kepada lembaga; Fasal 24 mengandungi peruntukan kesahan tindakan dan prosiding lembaga; Fasal 25 memperuntukkan mengenai pelantikan ketua pengarah dan menyatakan kuasa dan tugasnya; Fasal 26 memperuntukkan mengenai pelantikan timbalan ketua pengarah; Fasal 27 memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk mewakilkan fungsinya; Fasal 28 memperuntukkan pelantikan atau pengambilan pegawai dan pekhidmat institut; Fasal 29 membenarkan institut untuk menentukan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan memperuntukkan bahawa akta-akta badan berkanun, tatatertib dan surcaj tahun 2000 hendaklah terpakai kepada pegawai dan pekhidmat institut; Fasal 30 memperkatakan kuasa institut untuk memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya; Fasal 31 memperuntukkan pembayaran faedah, persaraan, ganjaran dan lain-lain elaun kepada pegawai dan pekhidmatnya serta tanggungan mereka; Fasal 32 memperuntukkan mengenai penubuhan Kumpulan Wang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Kumpulan Wang) yang menetapkan wang yang terkandung dalam kumpulan wang; Fasal 33 menyatakan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang; Fasal 34 meletakkan tanggungjawab ke atas institut untuk memelihara kumpulan wang; Fasal 35 memperuntukkan bahawa perbelanjaan institut hendaklah dibayar daripada kumpulan wang dan institut dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaannya; Fasal 36 membenarkan institut membuka dan menyelenggara akaun bank

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Fasal 37 membolehkan institut meminjam wang; Fasal 38 membenarkan institut melabur wang institut; Fasal 39 membenarkan institut menentukan tatacara kewangannya sendiri; Fasal 40 menyatakan bahawa tahun kewangan institut bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun; Fasal 41 memperuntukkan bahawa Akta Badan Berkanun (Akta dan Laporan Tahunan 1980) terpakai bagi institut; Fasal 42 memperuntukkan mengenai pelantikan pegawai yang ditugaskan dan pengeluaran sijil berkaitan pelantikan dan kuat kuasa; Fasal 43 memberi kuasa kepada MIROS untuk meminta akses dan pendedahan terhadap data dalam milikan mana-mana pihak bagi tujuan menjalankan penyelidikan keselamatan jalan. Sekiranya data tersebut bertaraf sulit ianya dianggap secara berterusan sebagai sulit dan terhad untuk penyelidikan di MIROS sahaja;

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Pihak MIROS juga memastikan data berkenaan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak.

Fasal 44 dan fasal 45 memberi kuasa kepada pegawai yang ditugaskan oleh institut untuk memasuki premis yang berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan serta mengambil gambar entiti fizikal dengan kebenaran pemilik premis tersebut. Pegawai berkenaan juga boleh memohon untuk mendapatkan atau menyimpan sampel tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Fasal 46 memperuntukkan berkenaan hak pemilikan dapatan penyelidikan atau setiap program yang dijalankan oleh institut dalam melaksanakan akta yang dicadangkan.

Fasal 47 membolehkan institut membenarkan mana-mana orang mengakses dapatan penyelidikan dan kemudahan institut.

Fasal 48 memperuntukkan berkenaan penyimpanan data daripada agensi lain untuk dianalisis bagi maksud akta yang dicadangkan.

Fasal 49 memperuntukkan mengenai hak eksklusif institut untuk menggunakan simbol, reka bentuk atau representasi kepunyaannya.

Fasal 50 menyatakan bahawa ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, mana- mana anggota lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat institut mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh institut semasa menunaikan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah akta adalah di anggap sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Fasal 51 memberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 terhadap sebarang tindakan guaman, prosiding atau pendakwaan ke atas institut, ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, mana-mana anggota lembaga, mana- mana anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat institut, mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh institut.

Fasal 52 bertujuan untuk memperuntukkan perlindungan bagi mana-mana anggota lembaga daripada menanggung liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam pengurusan atau pengendalian hal ehwal institut atau lembaga.

Fasal 53 bertujuan memberikan perlindungan terhadap apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain yang diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat terhadap institut, ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, mana-mana anggota lembaga, mana- mana jawatankuasa, mana-mana pegawai atau pekhidmat institut, mana-mana pegawai yang ditugaskan atau mana-mana orang yang diupah oleh institut.

Fasal 54 memperkatakan tentang perwakilan dalam prosiding sivil.

Fasal 55 memperkatakan tentang peruntukkan berhubung dengan kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan.

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Fasal 56 memperkatakan tentang penyampaian notis dan dokumen lain.

Fasal 57 memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi sesuatu kesalahan hendaklah dimulakan dengan keizinan pendakwa raya.

Fasal 58 membolehkan Menteri setelah berunding dengan lembaga untuk menerima pakai mana-mana peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Fasal 59 memberi kuasa kepada Menteri selepas berunding dengan lembaga pengarah untuk membuat sebarang peraturan yang difikirkan perlu untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan akta ini. Peraturan-peraturan yang dibuat adalah bagi menetapkan perkara-perkara seperti berikut:-

(a) fi atau caj yang akan dikenakan terhadap apa-apa perkhidmatan, khidmat perundingan dan nasihat yang diberikan oleh institut;

(b) fi atau caj yang perlu dibayar berhubung dengan pemberian sebarang perkhidmatan atau apa-apa perkara di bawah akta ini;

(c) prosedur untuk mendapat dan menyimpan sampel-sampel; dan

(d) kesemua perkara yang wajar dan sesuai untuk melaksanakan akta ini.

Fasal 60 memperuntukkan bahawa kesemua perkara yang dilakukan oleh pihak institut adalah sebagai persediaan pada menjangkakan akta ini diperbuat termasuk perbelanjaan yang telah dilakukan hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah akta selagi mana perkara tersebut selaras dengan niat dan maksud am akta tersebut.

Selain itu, segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung apabila akta ini mula berkuat kuasa kelak hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi institut. Walau bagaimanapun, fasal ini tidak boleh disifatkan sebagai memberi kuasa untuk mengenakan sebarang hukuman terhadap individu sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan akta ini diperbuat.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh hormat memohon supaya rang undang- undang yang dicadangkan ini dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini bagi memastikan pihak MIROS dapat menjalankan peranan dan fungsinya sebagai pertubuhan perbadanan berasaskan rangka perundangan sepertimana yang dihuraikan. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan l - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Sila, Yang Berhormat Seremban. Jarang dengar suara.

final • 7:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012.

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada seksyen 6 di mana tujuan-tujuan untuk rang undang-undang ada ditulis dalam seksyen 6 dan satu tujuan yang sangat penting, disebut di seksyen 6(6) ialah untuk buat research di atas road safety dan (c) yang dikatakan dengan izin “to enhance and increase knowledge based on new development regarding issues related to road safety”. Bagi satu tujuan dalam seksyen 6(m) dengan izin ialah “to co-operate with any person, association or organization, both local and foreign, with a view to furthering the effective performance of the institute”.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bacakan seksyen-seksyen ini dan saya suka beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua ialah ada empat atau lima seksyen di mana saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak setuju apa yang dikatakan di dalam tiga, empat seksyen. Yang pertama ialah di seksyen 22. Seksyen 22 dalam rang undang-

final • 7:15 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

undang ini dengan izin saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua di mana dikatakan “there shall be paid to every member of the board who is not an officer or servant of the institute such allowances out of the fund at such rates as the Minister may, after consultation with the Minister of Finance, determine”. Bila dikatakan – ada seksyen-seksyen di sini, banyak wording itu ialah sangat ‘weak’ dan tidak jelas dan ada banyak ruang untuk salah guna apa yang ditulis dalam akta.

Bila di bawah seksyen 22 dikatakan such allowances, ini tidak tetapkan amaun yang boleh dibayar kepada pegawai-pegawai dalam board. Kita mesti ada satu guideline.

Saya tidak ada apa-apa bantahan di atas bayaran tetapi amaun yang dibayar mesti ada satu guideline yang dikatakan.

Lagi satu seksyen yang saya tidak sokong ialah seksyen 25 yang dikatakan di bawah perenggan 25(1) dengan izin Tuan Yang di-Pertua “The Minister may, upon the recommendation of the board, appoint any person with appropriate skills or expertise...” Perkataan skills or expertise ialah sangat ‘weak’ dan berikan banyak ruang. Dalam perkataan ini tidak ada check and balance dan ada clause dalam akta ini boleh berikan ruang kepada board untuk salah guna apa yang dikatakan dalam seksyen 25. Bukan sahaja seksyen 25 tetapi di seksyen-seksyen dalam rang undang-undang ini. Bila kita baca seksyen 30 atau seksyen 37, kita mesti ingat apa yang dikatakan di bawah seksyen 6 iaitu apa tujuan untuk buat rang undang-undang ini ditulis dengan jelas di bawah seksyen 6.

final • 7:15 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Akan tetapi bila saya baca seksyen 30, yang dikatakan dalam muka surat 19. “The institute may grant loans and make advances to its officers and servants for such purposes and on such terms as the institute may determine”. Seksyen ini mengikut pandangan saya ialah sangat bahaya sebab sini pun tidak ada apa-apa guideline.

Baru-baru ini kita ada dengar satu isu yang besar dalam negara kita di mana satu pinjaman RM250 juta diberikan kepada suami oleh Menteri dan jadi satu isu besar. Oleh sebab itu jikalau kita ada seksyen 30 macam ini, di mana tidak ada apa-apa guideline, may the sentence is very big ini pun satu seksyen di mana boleh jadi salah guna oleh board bila diberikan loan. Bandingan seksyen 6 dan seksyen 38.

Tujuan untuk akta ini ialah untuk buat research dan untuk improve road safety di jalan raya kita. Tetapi tengok apa yang dikatakan seksyen 38. Di bawah seksyen 38, ruang diberikan kepada institut ini untuk buat investment. Kalau katakan EPF saya boleh sokong. Kalau katakan SOCSO saya boleh sokong untuk buat investment. Kenapa kita ada seksyen 38, di mana peluang diberikan untuk institut yang berkenaan untuk diberikan investment. Saya ingat ini pun satu seksyen tidak sesuai untuk dibawa rang undang- undang ini. Saya harap Menteri yang berkenaan boleh semak balik rang undang-undang, seksyen-seksyen yang saya katakan tadi dan boleh buat pindaan-pindaan yang sesuai.

Saya dapat tahu angka-angka yang di atas jalan raya kita iaitu pada tahun 2011, angka-angka orang yang meninggal dunia melalui jalan raya ialah 3,693 orang, but I am not very sure of the accuracy of the figure dan kita ada lebih kurang tiga jenis jalan raya dalam negara kita ialah yang pertama jalan persekutuan, kedua ialah highway dan ketiga ialah jalan JKR.

Ada satu, dua point banyak kemalangan jadi dalam negara kita ialah sebab quality of the roads bukan sebab kita jikalau kita bandingkan dengan international standards. It is not up to international standards iaitu jalan raya kita. Kadang-kadang bila kita bawa kereta kita di jalan raya kita boleh notice satu contoh ialah road works di hadapan untuk membaiki jalan raya tetapi notis diberikan kepada motorist ialah bila kita sampai satu tempat dia beri satu board. Saya dapat aduan daripada orang dalam saya punya kawasan yang dikatakan board ini mesti diberi beritahu kepada pemandu-pemandu kereta atau lori lebih daripada 2 kilometer di mana ada road works.

Selain daripada itu, road works yang dibuat dalam negara kita, saya tengok banyak di negara-negara lain, road works yang dibuat di sebelah malam. Kalau kita buat sebelah malam macam negara-negara lain, jiran-jiran kita di Thailand dan Singapore, kita tidak ada buat apa-apa inconvenience kepada pihak-pihak yang gunakan jalan raya kita.

Saya harap Menteri yang berkenaan boleh ambil perhatian dan point-point yang saya katakan tadi. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Menteri yang berkenaan. Thank you, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 7:20 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya di sini ingin memberi sokongan mengenai undang-undang menjurus kepada membantu keselamatan jalan raya. Sebab kalau kita lihat kebelakangan ini banyak masalah telah berlaku. Kemalangan telah banyak berlaku dan apa yang banyak kita dengar, ada yang mengatakan jalan raya kita tidak sesuai. Ada di antaranya mengatakan tidak sesuai dengan misalnya bas yang ada dua tingkat itu. Itu di antara salah satu daripadanya dan ada beberapa perkara lain juga yang menjadi sebab-sebab di mana ianya melibatkan banyak kemalangan yang berlaku di jalan raya kita.

Cuma di sini saya hendak tahu, kalau perlu diwujudkan MIROS ini kenapa ia perlu diwujudkan sebagai sebuah badan berkanun atau badan persendirian? Tidakkah kerja ini boleh dilakukan oleh Jabatan Keselamatan ataupun jabatan kerajaan? Sebab kalau kita lihat dari segi keanggotaannya dalam seksyen 11 kalau saya tidak silap. Di seksyen 11 ini kita nampak keanggotaan lembaganya, mereka-mereka ini terdiri dari mereka dari jabatan- jabatan kerajaan kebanyakannya. Jadi kenapa perlu ianya dijadikan satu badan berkanun dan tidak sebuah badan jabatan kerajaan?

Kita perlu sedar Tuan Yang di-Pertua, kalau kita menubuhkan satu badan berkanun lagi, tadi rakan kita daripada Seremban juga menunjukkan kenapa perlu dibayar ini, dibayar itu. Ia melibatkan kos kerajaan lagi. Jadi perlukah ini diwujudkan? Selain dari itu juga saya lihat juga dari seksyen 6 tadi, fungsi lembaga ini. Kalau kita kajikan di sini fungsi institut ini adalah untuk menjalankan penyelidikan kalau dari (a) hingga ke (m) ini kebanyakannya berkaitan dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Ini boleh dilakukan oleh sebuah jabatan kerajaan.

Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya boleh menerangkan kenapa ianya diperlukan? Begitu juga kalau kita lihat di sini kuasa institut dalam seksyen 7(1) yang mengatakan institut hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kalau kita lihat 2(b) tanpa menjejaskan keluasan subseksyen 1, kuasa Institut hendaklah termasuk kuasa, (b) untuk memperoleh hak yang berkaitan dengan apa-apa dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya yang dimiliki oleh mana-mana orang atau organisasi dan (d) untuk melantik mana-mana orang tau badan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan keselamatan jalan raya bagi pihak Institut. Tidakkah ini sekiranya jabatan kerajaan yang menjalankan tugas ini boleh melakukan fungsi yang sama.

Jadi ini di antara perkara-perkara yang kita boleh lihat sebagai bertindih kalau ia dilakukan oleh MIROS. Saya rasa tidak ada juga salahnya kalau ia dilakukan oleh sebuah jabatan. Jadi saya hendak tahu juga mungkin oleh kerana MIROS ini sudah ditubuhkan jadi kita hendak tahu apakah keberkesanannya dari segi penyelidikan mungkin yang telah dijalankan? Mungkinkah indeks kematian tercapai selama ini yang telah ditahu dari segi penyelidikan oleh MIROS dan di mana ianya boleh mengurangkan indeks tersebut sepanjang penubuhannya. Mungkin ianya boleh membantu untuk mempengaruhi kita bahawa keperluan MIROS ini memang perlu sangat diwujudkan sebagai sebuah badan berkanun. Kerana mungkin ianya sebagai sebuah badan kerajaan ataupun jabatan kerajaan mungkin ia tidak dapat berfungsi dengan begitu cekap sekali. Ini yang kita hendak tahu.

Jadi saya mengharapkan pihak kementerian boleh membantu untuk memberikan penjelasan ini supaya kita sama-sama dapat melihat keberkesanan ataupun keperluan kewujudan MIROS ini. Terima kasih.

final • 7:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izin saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertariklah dengan tajuk huraian rang undang-undang ini di mana kementerian menyatakan rang

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

undang-undang ini untuk meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baru berhubung isu keselamatan jalan raya. Memang ini amat baguslah tetapi saya tidak berapa tahu bahawa ini adalah menunjukkan kementerian ini amat serius mengenai dengan keselamatan jalan raya.

Yang pertama saya ingin menyentuh seksyen 43 di mana mengenai dengan akses dan penzahiran data (disclosure of data) di mana rang undang-undang ini memberi kuasa yang besar kepada institut ini untuk mendapatkan segala data daripada mana-mana syarikat, mana-mana badan dan mereka tiada hak untuk menolak permintaan tersebut.

Kita boleh kata setujulah. Bayangkanlah kalaulah satu syarikat yang menggunakan wang ataupun pihak individu yang menggunakan masa yang banyak dan wang yang banyak untuk membuat satu research atau penyelidikan mengenai dengan keselamatan jalan raya dan tiba-tiba institut ini meminta.

Jadinya orang tertentu tidak ada hak untuk menolak. Kena memberikan secara percuma kepada institut ini. Saya rasa ini tidak adil. Sekurang-kurangnya kita mesti ada satu subseksyen di mana jika kementerian perlu meminta untuk dapatkan satu repot di mana individu atau syarikat-syarikat tersebut telah membelanjakan banyak wang dan masa, dan mereka yang boleh membuktikan perbelanjaan mereka maka institusi ini perlu membayar kepada mereka. Kemungkinan tidak 100%. Kemungkinan kita mengehadkan kepada 30% apa-apa perbelanjaan yang mereka telah belanja. Ini baru adil. Akan tetapi memanglah Kementerian ‘Pengangkute’ [Sebut dalam loghat Kelantan] ini tidak adil, tidak berwibawa. [Disampuk]

final • 7:30 PM

Seorang Ahli

‘Pengangkute’?

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, kita orang Kelate pengangkutelah untuk pengangkutan. Janganlah hendak ketawa kepada saya sebab saya orang Kelantan.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dia faham Yang Berhormat Menteri itu. Walaupun dia dari Sabah. Itulah masalah kementerian ini dan satu lagi...

final • 7:30 PM

Seorang Ahli

Rosak.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Rosak apa pula? Tak rosak tetapi sebentar lagi akan rosakkan, ya. Dan yang kedua di bawah schedule, di schedule seksyen 11(3) di mana seksyen 5(1) pula atau pun subseksyen 5 mengenai dengan penzahiran atau kepentingan. Memang bagus, ini itu semua perlu dibuat disclosure mengenai dengan kepentingan. Memang bagus. Akan tetapi yang biasa, pengangkutan ini, kementerian ini ia tak berwibawa, tidak peduli dan tiada satu hukuman di bawah undang-undang ini jika sesiapa di bawah Lembaga Institut ini tidak membuat penzahiran kepentingannya or non disclosure. Apakah tindakan undang-undang yang perlu diambil? Seperti hukuman, berapa tahun dia di penjara? Tidak ada. Ini jadi is for show. Ini semua untuk pameran sahaja.

Tidak ada sikit habuk, wajibkah, pi taubat sungguh. [Ketawa] Minta Yang Berhormat buat apa kementerian ini?

Yang Berhormat Timbalan Menteri dia senyum sahaja. Dia tidak tahulah dia ada kepentingan apa dalam rang undang-undang ini. Sebab kalau beliau dengan sesungguhnya atau kementeriannya dengan sesungguhnya ada bentangkan sesuatu rang undang-undang ini untuk menjaga keselamatan dan untuk mengawal supaya Lembaga Institut ini adalah yang berwibawa, yang telus, yang kompeten, yang ada akauntabiliti. Maka kementerian mesti ada satu subseksyen untuk satu hukuman. Jika sesiapa tidak membuat penzahiran mengenai dengan kepentingan mereka dalam sesuatu projek atau sesuatu tindakan ataupun pembelian, maka mereka akan di penjara dalam setahun atau dua tahun. Ini memang akan menjamin supaya semua Lembaga ini akan mematuhi dengan syarat kerana akhirnya mereka akan menghadapi. Jika mereka tidak, mereka akan menghadapi satu hukuman penjara. Ini yang baik.

Akan tetapi kementerian ini, dasar-dasarnya daripada awal-awal lagi tidak menunjukkan bahawa mereka ini akan serius. Seperti saya hendak beri contoh-contoh, kenapa kementerian ini tidak serius dalam tugas mereka dan menjalankan dasar-dasar kementerian. Seperti contohnya, seperti pada tahun 2007 di mana di Sabah dan di Sarawak.

Yang Berhormat Timbalan Menteri amat fasih dalam perkara ini. Pada masa itu ia ada satu Rural Air Services di mana untuk memberikan satu perkhidmatan, satu servis kepada Sabah dan Sarawak. Kita amat setuju dengan ini, amat baik. Bukan untuk profit, untuk keuntungan. Syarikat sahabat Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu Fly Asian

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Express Sdn. Bhd. pada masa itu anak syarikat kepada AirAsia, telah merampas perkhidmatan RAS ini daripada MAS. Pada masa itu memang mereka bermaharajalela.

Kementerian pun tunduk kepala, kasi sahaja. Sudah kasi RAS untuk selamanya dua tahun servisnya, wah bagus, kita kena tolong Malaysian brand. Apa yang saya sentiasa dengarlah daripada kementerian ini, Malaysian brand. Memberi pula RM250 million subsidi.

Bagus sekali untuk Malaysian brand ini. Comel sekali.

Selepas itu dalam masa setahun, masa setahun RAS ini banyak masalah. In frequency of flight dengan izin, banyak masalah. Sampai tiada perkhidmatan udara untuk Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Timbalan Menteri pula amat fasih dalam perkara ini.

Akan tetapi memang dia tidak akan mengaku sebentar lagi. Dia akan mempertahankan Fly Asian Express ini dan saya memberikan kenapa dia akan mempertahankan? Dari segi itu, selepas itu banyak kompelin di Parlimen pada masa itu oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak, tourism agency dan orang awam mengenai dengan perkhidmatan RAS oleh Fly Asian Express ini dan also known as FAX. Selepas itu apa berlaku? Dia kena berhentikan servis tersebut, RAS ini. Ini FAX, anak syarikat AirAsia ini.

final • 7:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Campak balik kepada anak tiri airlines negara, MAS. MAS pula kena peluk balik.

Sebelum MAS ambil alih, MAS sudah buat satu laporan dan mendapati bahawa dalam 14 pesawat, aircraft, tujuh pesawat unairworthy, telah dibuktikan bahawa unairworthy.

final • 7:40 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah berlari keluar. Bagaimana kita hendak bahaskan ini? Akan tetapi tidak apalah, dia ada pegawai dia. Ada tujuh aircraft unairworthy, telah dibuktikan oleh satu laporan oleh Focke pada bulan Julai 2007.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, can you go back to the bill Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ya. I am giving because of the dasar. Dasar kementerian ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana kita perlu faham dasarnya, barulah kita boleh sokong undang-undang ini. Kalau dasar mereka dan juga direction mereka tiada direction, bagaimana kita boleh sokong dengan buta-buta.

Daripada report tersebut tadi oleh Focke, menyatakan daripada 14 pesawat, tujuh pesawat telah dibuktikan bahawa unairworthy dan satu dicannibalize untuk spare parts oleh FAX ini. Dia perlu spare parts, dia tidak bagi beli. Dia cabut daripada aircraft yang sedia ada. Akhirnya MAS mengalami kerugian RM35 juta dan beri MAS ambil balik, MAS bayar RM35 juta tetapi kementerian tidak mengarahkan FAX ini membayar RM35 juta ini kepada MAS dan Department of Civil Aviation (DCA) di bawah kementerian juga tidak ambil tindakan untuk menarik balik Air Operation Certificate kepada FAX.

final • 7:40 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

[Mengambil tempat di dalam Dewan]

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Selamat datang Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Air Operation Certificate ini tidak menarik balik oleh kementerian sedangkan FAX ini boleh dikatakan menyalahgunakan kedudukannya dan juga telah breach of contract dalam kontrak yang dua tahun ini untuk RAS.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sudahlah, sudah cukup Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit lagi, sedikit lagi.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, don’t try to be...

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No. I want to talk about...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya pun tahu juga bill ini Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ini kalau kita tidak tahu polisi mereka...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, you have nothing more to say Yang Berhormat? I think you better stop.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No. This is dasar. We want to talk about the dasar kementerian.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Before we have this.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya mengetahui perundangan, peraturan Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, apa salahnya Tuan Yang di-Pertua?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, don’t argue with me on this basislah Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua sentiasa ganggu kita membahaskan di sini.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju, minta tolong. Ini kredibiliti Dewan Yang Berhormat, kita bincang di sini.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, ya. Saya akan habiskan dalam lima minit lagi.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada masa bahas soal MAS dan AirAsia itu Yang Berhormat. Ini bukan masanya.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, no Saya akan habiskan dalam lima minit mengenai dengan...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Mengenai dengan polisi.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yes.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Minta tolong.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yes, minta tolong Tuan Yang di-Pertua juga dengan polisi juga kerana kita kena tahu polisi kementerian ini. Kalaulah kementerian ini menunjukkan sikap yang polisinya tidak berwibawa, bagaimanakah kita boleh sokong dengan ini? Itu sebablah saya perlu memberikan satu contoh...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dengar cerita ini tadi, tidak payah sebutlah, tidak payah sentuh.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, tidak payah sentuh tidak apa tetapi saya akan merakamkan di sini Tuan Yang di-Pertua dengan perkara ini. Kasi kita peluang supaya...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya minta Yang Berhormat berhentilah cerita itu.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kita boleh memberitahu kenapakah kita tidak setuju atau kita setuju dengan rang undang-undang ini. Kita gunakan masa sedikit sahaja lagi, lima minit lagi memberitahu kementerian, kenapakah saya katakan tidak berwibawa dan tidak serius dalam tingkah lakunya. Padahalnya, bila satu syarikat FAX ini telah melakukan kesalahan sedemikian, amat serius, maka kementerian perlu menarik balik

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Air Operation Certificate nya tetapi tidak. Masih memberikan AOC nya kepada FAX di mana selepas dua bulan selepas kasi balik RAS itu kepada MAS, menukarkan nama FAX kepada AirAsia X Sdn. Bhd. dan juga masih memberikan 38 route kepada AirAsia X, sedangkan mereka baru terbang.

Sekarang sembilan route sahaja. Kenapa yang baki itu yang mereka tidak terbang, tidak tarik balik? Ini satu tindakan yang perlu diambil, tarik balik.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya. So, saya harap...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

So, saya harap...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, jangan cakap macam itu Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bukan soal kewibawaan. Kita ada peraturan sendiri dalam Dewan ini Yang Berhormat. Bukan sesuka hati.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini bukan masanya. Rang undang-undang ini ada cerita khusus Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat faham itu tetapi hanya ambil peluang untuk membahaskan benda yang irrelevant Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Irrelevant? Kita bercakap dari segi dasar, dari segi kewibawaan kementerian di mana kementerian perlu serius daripada tiap- tiap rang undang-undang yang dibentangkan di sini. Jangan ada undang-undang di mana ada hak dan kuasa seperti di Department of Civil Aviation (DCA), kementerian ada kuasa, ada hak ataupun bawah kawalan kementerian tetapi tidak ambil tindakan.

Seperti ini juga, institut ini yang hendak diwujudkan ini, kementerian juga ada hak.

Ada hak untuk mengawal supaya institut ini berjalan dengan baik dan khasnya untuk kepentingan negara dan kepentingan orang awam. Apa yang saya khuatirnya ialah, institut ini ditubuhkan selepas ini nampaknya baik tetapi oleh sebab kelemahan pegawai-pegawai kementerian dan juga akhirnya menunjukkan kelemahan menteri-menteri tersebut, jadinya institut ini yang ditubuhkan tidak guna juga.

Seperti kes yang saya sebutkan tadi di mana padahalnya kalaulah satu airlines ada kesalahan sampai aircraftsnya telah unairworthy dan juga cannibalize satu aircraft untuk spare part, ini menunjukkan satu kesalahan yang amat serius di mana AOC nya perlu ditarik balik tetapi tidak. Inilah amat penting. Kes AirAsia X ini, sekarang ini ada 38 routes tetapi cuma terbang sembilan routes sahaja. So, bakinya tarik balik. Kalau mereka perlu, minta pula. Akhirnya kementerian juga perlu membuat satu syarat. Mana-mana airlines sama ada MAS atau AirAsia kalaulah mereka hendak tamatkan satu route...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Perlu dapatkan kebenaran daripada kementerian dahulu.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 7:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dengan ini, saya harap kementerian amat seriuslah dalam apa-apa perkara yang mereka buat ini, bentangkan rang undang- undang ini atau rang undang-undang yang lain supaya menjalankan tugas seperti watch dog untuk menjaga kepentingan negara dan kepentingan orang awam. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya rasa kecewalah. Kalau inilah bakat Ahli Parlimen, saya rasa kecewa Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk pun tidak hendak. Sila Yang Berhormat Kapit.

final • 7:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja. Di peringkat dasar ini saya hendak bertanya kepada kementerian. Memang saya menyambut baik untuk kerajaan mewujudkan MIROS ini oleh kerana kita mementingkan nyawa. Ini akan memastikan safety on the road. Jadi, adakah dengan kuasa institut penyelidikan ini nanti boleh mengesyorkan kepada kerajaan untuk menaiktarafkan di mana-mana jalan raya? Umpamanya di Sarawak ini Pan Borneo Highway, banyak kemalangan berlaku kerana jalan raya itu, sepanjang jalan itu sempit. Kita masih menggunakan satu lane, belum lagi dua lane, tiga lane.

final • 7:49 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jadi nampaknya banyak kemalangan terjadi, banyak nyawa hilang. Adakah di dalam rang undang-undang ini nanti kuasa diberi kepada institut ini untuk mengesyorkan kepada kerajaan. Saya khusus kepada Pan Borneo Highway ini kerana di negara kita sesungguhnya Pan Borneo Highway ini jauh ketinggalan. Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua pun sedar bahawa Pan Borneo Highway yang kita ada di Sarawak ini adalah begitu penting kepada rakyat di negeri Sarawak kerana seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, perkhidmatan udara kita pun tidak seberapa, banyak lagi ruang untuk diperbaiki, untuk kita naik taraf perkhidmatannya.

Jadi kita banyak bergantung pada kegunaan jalan raya ini. Saya khusus bertanya adakah rang undang-undang ini memberi kuasa ataupun memberi kuasa untuk institut ini nanti mengesyorkan kepada kerajaan oleh kerana kalau dikaji selidik, mungkin ada penemuannya nanti, banyak kemalangan terjadi oleh kerana sebatang jalan itu adalah sempit dan tidak sempurna. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. MIROS ini telah pun ditubuhkan dari tahun 2007, bermakna sudah tahun kelima penubuhan institut ini. Apakah yang perlu disegerakan sangat untuk menubuhkan atau membawa satu rang undang-undang untuk penubuhan institut ini kerana fungsi institut ini telah ada daripada lima tahun yang lalu dan Timbalan Menteri menyebut tadi sepanjang lima tahun hanya 186 kajian yang dibuat berkenaan dengan keselamatan ataupun kemalangan jalan raya.

Adakah kerana kita hendak luluskan rang undang-undang ini memberi kapasiti yang lebih kepada MIROS ini untuk menghasilkan lebih banyak kajian ataupun berubah bentuk fungsi MIROS ini.

Ini sebab nampaknya perkara ini sangat perlu disegerakan Tuan Yang di-Pertua.

Mesti ada satu yang sangat significant, bukan sekadar hendak mengubah fungsi dan entitinya. Saya nampak tidak ada perubahan apa-apa pun sebab perkara ini telah lama berjalan dan fungsinya pun tidak banyak dari segi mengubah keadaan ataupun memberi maklum balas, agak-agak sama. Itu saya katakan dalam lingkungan kajian yang dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada semakan saya, tahun 2009 dan 2010, ada dua kali Kementerian Pengangkutan telah memberi peruntukan kepada MIROS.

Namun dalam tahun 2012 ini tidak ada langsung, dikeluarkan langsung, tidak ada butiran berkenaan MIROS lagi dalam Kementerian Pengangkutan terutama di bawah B.28 langsung tidak ada. Saya hendak tahu dari segi selama dua tahun ke belakang ini, dari sumber manakah MIROS ini mentadbir atau menjalankan aktiviti institut ini. Sekiranya ada keadaan yang perlu dibaiki, kita tidak menghalang, kita tidak mengatakan perkara ini langsung tidak boleh dipertimbangkan atau diluluskan. Cuma saya hendak katakan antara bab yang besar adalah untuk ...

final • 7:51 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

[Bangun]

final • 7:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey.

final • 7:51 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya suka menarik perhatian Yang Berhormat Indera Mahkota kepada seksyen 6 di sini iaitu ditunjukkan kepada kita tujuan-

final • 7:51 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

tujuan untuk akta ini. The crux of the seksyen 6 ialah untuk research, research untuk upgrade jalan raya kita dan isu-isu yang lain dibangkitkan di bawah seksyen 6(a) sehingga seksyen 6(m). Akan tetapi saya suka bertanya satu soalan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, menarik perhatian Yang Berhormat kepada seksyen 38. Saya tidak dapat menerima atau diterima akal seksyen 38 ini. Kenapa kita memberi, kita buat satu institut untuk research, kenapa kita memberi peluang untuk investment.

This is where when we made lost like this when we have isu-isu macam isu lembu di Gemas, Negeri Sembilan. You must be water tight in your undang-undang, ini can give you banyak salah guna kuasa untuk pihak-pihak yang berkenaan. Adakah Yang Berhormat Indera Mahkota setuju dengan kandungan di bawah seksyen 38 dalam rang undang- undang ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya tidak setuju dengan kandungan itu dan saya boleh setuju dengan Yang Berhormat Seremban. Saya rasa Yang Berhormat Seremban tajam sikit hari ini, tajam dari segi pemerhatian dia, bagus. Saya katakan tadi antara tujuan penubuhan ataupun pembentangan rang undang-undang ini nampak gaya tidak lebih daripada tujuan untuk melantik beberapa jawatan-jawatan baru dalam lembaga. Sudah tentu ini diterangkan oleh timbalan menteri tadi hasrat untuk meluluskan juga rang undang-undang ini kerana rang undang-undang ini memberi kuasa untuk pelantikan-pelantikan, jawatan-jawatan dan juga memberi kuasa-kuasa tertentu, termasuk Yang Berhormat Seremban bangkitkan tadi itu untuk tujuan pelaburan dan sebagainya.

Ini satu pengamatan yang amat baik dan saya rasa ini melangkaui daripada fungsi asal MIROS ini. Kalau MIROS pun hendak buat pelaburan, jadi tidak ada MIROS lagilah, fungsi pelaburan ini hendak cari untung dan tidak jauh bezalah dengan pelaburan Yang Berhormat Seremban kata tadi dalam lembu tadi itu, lebih kurang samalah itu. Jadi tidak haruslah perkara itu berulang. Walaupun kita tidak kata atau tidak mengesyaki perkara sedemikian tetapi kita boleh elakkan diberi sangkaan yang tidak baik.

Saya kata tadi Tuan Yang di-Pertua, peruntukan itu sebenarnya tidak ada, dalam 2012 ini memang tidak ada. Ini bermakna sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan, maka maknanya institut yang sedia ada MIROS ini jawabnya lingkuplah sebab tidak ada peruntukan, maknanya kementerian tidak bersedia pun memberi atau meminta apa-apa peruntukan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk membiayai penyelidikan MIROS ini. Sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan, saya tidak tahu apa nasib kakitangan yang ada 50 orang lebih di MIROS ini. Sekali gus saya hendak tanya, saya semak ada satu kertas statut laporan tahunan yang dikemukakan kepada Dewan berkenaan dengan MIROS. Ada satu laporan lengkap, dah dua tahun katanya dikemukakan. Kalau diteliti pada tahun 2009, tunai di tangan pun baik juga Tuan Yang di- Pertua, ada lebih kurang RM10 juta. Keseluruhan yang ada di tangan dan di bank, jumlah akhirnya pada tahun lepas sahaja lebih kurang RM20 juta lebih. Ini laporan muka surat 78, ada dengan saya.

Akan tetapi tahun terakhir semasa dibentangkan ini, kerugiannya agak mendadak.

Maknanya MIROS ini telah mengalami kekurangan tunai bersih sehingga negatif RM4 juta daripada dulunya ada RM10 juta sehingga negatif. Bermakna dalam setahun sahaja, MIROS tidak berjaya mengekalkan prestasi kewangan mereka pada tahap yang munasabah sehingga sekarang menjadi hampir negatif RM5 juta. Apabila rang undang- undang hendak dibawa masuk Rang Undang-undang Penubuhan Institut Penyelidikan Keselamatan (MIROS) ini membayangkan bahawa terpaksa dibawa rang undang-undang ini kerana kedudukan MIROS ini terlalu tenat.

final • 7:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tunai di tangan negatif lima juta lebih. Ini ada dalam laporan kewangan dan ada perkara-perkara yang terkandung dalam laporan ini juga di antaranya selain daripada membuat penyelidikan keselamatan jalan raya, ada banyaklah kursus-kursus tapi kursus kahwin pun ada dalam ini. Ada, kursus perkahwinan yang dianjurkan oleh MIROS mungkin untuk kakitangan tetapi saya rasa tak payahlah masukkan dalam buku laporan. Kursus perkahwinan MIROS, lepas itu kedudukan kewangan negatif hampir lima juta ringgit.

Sebab itu membayangkan bahawa nak bawa rang undang-undang ini agak tergesa-gesa.

Saya rasa banyak lagi perkara yang lebih mustahak. Kalau pun tak bawa rang undang- undang berkenaan dengan MIROS ini, kekalkan peranan MIROS sedia ada. Saya rasa

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

tidaklah mendatangkan apa-apa kepentingan tetapi bila dibawa cadangan ini, kita terpaksa teliti daripada segenap aspek dan terjumpalah perkara-perkara yang macam ini.

Saya fikir ada satu perkara yang barangkali Timbalan Menteri atau Menteri atau kementerian atau kerajaan sahaja yang mengetahui apa sebenarnya motif. Daripada sudut emergencynya, dengan izin, daripada sudut kesegeraannya saya rasa tak ada nampak sangat, tidak ada. Jaminan untuk mengatakan MIROS boleh memberikan syor atau cadangan sehingga membawa kepada kebaikan ataupun segera membawa perubahan itu rasa agak jauh.

final • 8:00 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Indera Mahkota, saya ingin bertanya Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya juga melihat ada terlalu tergesa-gesa rang undang-undang ini dibawa malah kalau kita tengok dalam kes untuk membuat kajian punlah, adakah kementerian seharusnya tidak mewujudkan institut tetapi meletakkan tanggungjawab ini, untuk buat penyelidikan ini, sama ada di bawah SPAD yang kita baru lulus ataupun buat satu jabatan di bawah kementerian sendiri. Jabatan yang khusus untuk buat penyelidikan kerana dalam rang undang-undang ini dilihat bahawa MIROS juga akan outsourcekan researchnya, boleh outsource kepada orang lain. Jadi, apa kata kalau sekiranya duit yang kita nak belanja nak maintain MIROS ini yang sekarang ini dah ada seratus lebih kakitangan tak termasuk ahli lembaga pengarah lagi itu. Duit ini mungkin kita boleh outsourcekan kepada universiti buat research dan findings research itu boleh dilihat oleh sama ada SPAD ataupun Kementerian Pengangkutan. Ini sekali gus akan mengelak daripada kerajaan menanggung beban kewangan untuk satu masa yang panjang. Apa pendapat Yang Berhormat Indera Mahkota tentang hal ini?

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya rasa kerajaan takut idea Yang Berhormat Sungai Petani itu datang dulu. Jadi, dia bawa dulu untuk buat rang undang-undang ini supaya idea Yang Berhormat itu dah dikebelakang, maknanya rang undang-undang ini telah pun diluluskan. Saya duk rasa begitu sebab apa yang diberitahu dan disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani itu memang betul. Sekiranya kita outsource, kita bagi kepada institusi pendidikan, banyak dalam negara kita, IPT dan IPTS ini berpuluh-puluh. Saya rasa perkara ini lebih baik dan lebih tertumpu pada aspek yang kita nak datangkan kebaikan kepada orang ramai ataupun kepada masyarakat. Sebagai contoh, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Kalau sekarang ini ada 100 orang atau kita nak pertingkatkan lagi kapasiti, kemudian tadi diberitahu dalam laporan ini juga kata ada 186 kajian yang dibuat tetapi takkanlah tak ada dan tak mungkin MIROS tidak boleh mengagak perlu ada satu kajian berkenaan keselamatan jalan raya yang perlu didesak kepada kerajaan supaya membaiki.

Takkan tak nampak highway kita ada setengah itu beralun macam ular kena palu.

Takkan tak tahu, takkan MIROS tak terfikir yang nak pergi ke sebahagian daripada jalan raya di Sarawak, kawasan pedalaman di Sabah dan sebagainya itu dan buat kajian. Tak payah buat kajian, tengok pun kita tahu. Kalau lalu kat situ, kalau melebihi had laju jawabnya masuk longkang, masuk dalam semak sebab keadaan jalan raya yang dikatakan jalan raya itu memang tidak menepati ciri-ciri keselamatan. Tadi rakan daripada Kapit menyebut, kita pun kebetulan kita pernah pergi ke sana. Memang betul dia kata Trans- Borneo Highway sebenarnya bukan highway. Dualcarriage way, highway apa kan?

Bertembung dengan lori sahaja tunggu sampai 60 minit, 70 minit, sejam lebih beratur kerana nak melalui dan melepasi. Jadi, takkanlah MIROS secara logiknya tak boleh nampak perkara ini perlu disegerakan dalam laporan. Sebenarnya tak payah pergi pun tak apa, minta feedback daripada rakyat di Kapit pun boleh dimasukkan dalam laporan MIROS ini.

Itu penting kerana jumlah kemalangan, jumlah ketidakselesaan dan sebagainya meningkat terutama dalam musim perayaan. Ini diketahui secara umum, tidak perlu ada kajian pun, tidak perlu ada kajian. Tengok statistik laporan kemalangan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia, bahagian trafik, kita sudah tahu peningkatan dia, 15%, 20%. Di jalan bandaran sekian, di jalan lebuh raya sekian, di jalan negeri sekian. Ini saya rasa 186 kajian ini saya pun tak tahu bentuk macam mana. Barangkali Menteri boleh beritahu apakah sebenarnya beza di antara laporan biasa dengan laporan dikemukakan oleh MIROS yang kata 186. Yang Berhormat Sungai Petani memberi cadangan tadi, memberikan pandangan bahawa adakah kita semata-mata nak tunjukkan kita ini menepati standard tertentu.

Standard antarabangsa kah yang kita ini ada satu institut yang perlu diperbadankan? Ada dengan ahli lembaga pengarahnya tertentu, dengan kuasanya, dengan perlindungan

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

undang-undangnya, dengan kekebalannya, dengan fungsi organisasinya kerana nak memenuhi kehendak ataupun standard antarabangsa.

Kita kata kita ada NCAP, kita ada MyVEC kerana ini semua nak memenuhi standard antarabangsa tetapi apa yang berlaku secara realitinya di jalan raya kemalangan pun begitu juga, keselesaan pemanduan begitu juga, road safety standard, dengan izin, begitu juga. Apa yang mustahak, teguran untuk segera membaiki laluan atau jaluran atau kemudahan itu secara fizikal nampak gaya tidak juga diendahkan. Saya tadi sebut kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, saya sebut dan saya rasa beliau seorang yang sangat memahami dan sangat meneliti tentang perkara ini juga berasa sedih. Keadaan jalan raya di kebanyakan 80% laluan-laluan utama, tolak sahaja lebuh raya, semuanya dalam keadaan yang terdesak sekarang untuk dipertingkatkan mutunya kerana katanya sumber kewangan kerajaan telah pun tidak mencukupi dan sebagainya, kenaikan kos.

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Minta laluan, minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Antara lain, institut penyelidikan ini bermula 3 Januari 2007, sudah tentulah 186 kajian dibuat dalam tempoh lima tahun.

Cumanya kena tanya kementerian Yang Berhormat Indera Mahkota, berapa banyak kajian ini telah diterima pakai oleh kementerian sebab antara lain saya dapat jawapan hari ini daripada kawasan saya ini, Gurun ke Jeniang. Pengaduan yang kita dah buat sering kali dalam Parlimen ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Indera Mahkota, akhirnya kementerian hanya mampu ambil tindakan dekat kontraktor sahaja. Apakah lebuh raya ini telah pun dibuat kajian oleh MIROS kemudian didiamkan begitu sahaja. Ini minta Yang Berhormat bagi pandangan sebab kita melihat seolah-olah kajian yang dibuat, ratusan kajian ini langsung tidak dipedulikan barangkali oleh pihak kementerian. Pohon jawapan.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Barangkali kelemahan itu mungkin digunakan untuk kementerian kata perlu diperbadankan kerana suara mereka tidak didengari barangkali, laporan mereka itu ditolak ke tepi. Kalau begini asasnya, saya rasa ini adalah satu keadaan yang sangat malang. Kalau 186 kajian MIROS ini menepati standard antarabangsa, menepati findings yang cukup baik untuk mengubah ataupun untuk membawa kepada orang kata menyelamatkan nyawa, harta benda kerana mengelakkan kemalangan diikuti. Saya rasa tidak akan berlaku peningkatan ini kerana standard antarabangsa dipenuhi, perbelanjaan pun kita peruntukan. Sekarang kita nak tukar status MIROS ini kepada satu bentuk yang lebih baik, lebih mantap berdasarkan undang-undang dan juga peraturan yang memberi mereka kuasa. Kita hendak perbadankan melalui rang undang-undang-undang.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi sekali lagi, apakah jaminannya laporan MIROS ini akan digunakan oleh kerajaan ataupun kementerian? Saya tidak rasa MIROS berani untuk desak supaya pihak penguasa atau pentadbir pengusaha konsesi lebuh raya untuk mematuhi sarana mereka, saya tidak rasa. Kalau setakat berdasarkan kepada finding mengikut standard antarabangsa sebagai jaminan, saya tidak rasa begitu dan sekarang kita hendak perbadankannya dalam 60 perkara yang diletakkan di sini. Tidak ada satu pun perkara daripada 1 hingga 60 yang meletakkan syarat atau memberi gambaran jaminan laporan daripada lembaga ini akan diterima oleh pihak kementerian, baik kementerian-kementerian lain yang bersangkutan, paling tidak dikatakan ini tidak ada kena-mengena dengan pengangkutan. Jabatan Kerja Raya yang terlibat kerana buat jalan raya ini kementerian yang lain barangkali dan 60 perkara ini pula satu pun tidak ada yang meletakkan dengan terang bahawa adanya kerjasama erat kementerian-kementerian lain yang bersangkutan untuk tujuan peningkatan mutu ataupun mengelakkan kejadian-kejadian yang bersangkutan dengan hal jalan raya ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang menarik perhatian saya yang ketiga barangkali ialah laporan empat, lima, lebih kurang tentang laporan yang diedarkan kepada kita yang saya merasakan pada tafsiran saya ada percanggahan yang agak ketara dari segi MIROS yang telah beroperasi. Yang telah ada selama lima tahun dengan rang undang-undang 2012 yang kita bawa walaupun menyentuh tentang benda yang sama, fungsi yang sama tetapi ada pertentangan yang agak jelas.

Maknanya saya meletakkan bahawa rang undang-undang ini tidak lebih memberi satu baju dan solekan yang lebih sedikit kepada bentuk yang asal. Jadi, saya rasa buat pertama kalinya, saya merasa rang undang-undang ini tidak perlu dan saya mohon untuk

final • 8:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

menolak rang undang-undang ini kerana ada dua tiga perkara lain yang saya akan bangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa kerana saya telah meneliti ada beberapa perkara yang mustahak. Sebagai contoh kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut berkenaan dengan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang menyentuh juga dalam perkara 32. Timbalan Menteri boleh buat persediaan ataupun pihak kerajaan boleh buat persediaan kerana saya akan bangkitkan perkara ini dan saya untuk mahu mengulangi masalah apabila persoalan itu timbul, kita jadi bergaduh. Niat kita bukan untuk menimbulkan pertengkaran di sini tetapi saya rasa boleh buat persediaan dahulu untuk cari maklumat berkenaan dengan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang ada dalam peruntukan belanjawan setiap tahun Tuan Yang di-Pertua yang jumlah keseluruhannya RM1.119 bilion yang sekarang terakhir tinggal RM839...

Saya hendak tanya di peringkat jawatankuasa nanti berkenaan dengan kumpulan wang ini yang juga disebut rang undang-undang ini akan mengguna pakai daripada peruntukan wang yang saya sebutkan tadi iaitu Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sekijang.

final • 8:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian yang telah membawa rang undang-undang ini untuk dibentangkan di dalam Dewan ini. Di mana dengan terbentangnya rang undang-undang ini, kita akan dapat menubuhkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya yang mana saya fikir bahawa institut ini adalah amat penting bagi kita di dalam negara kita pada masa ini kerana kita mendapati pada masa ini pertambahan kenderaan sama ada pengangkutan awam ataupun pengangkutan persendirian begitu banyak di jalan raya.

Akibat daripada pertambahan yang cukup banyak ini Tuan Yang di-Pertua, kita juga mendapati bahawa banyak berlaku kemalangan sama ada yang kecil ataupun yang besar, sama ada yang mengakibatkan kemalangan paling minimum ataupun sampai kepada mengakibatkan kematian kepada seseorang individu itu. Jadi, dengan adanya penubuhan institut penyelidikan ini saya kira kita akan dapat membuat penyelidikan dengan lebih rapi dan dengan berkesan lagi yang berbanding sebelum daripada ini, yang mana saya difahamkan yang dahulu dipanggil MIROS ini memang kita telah tubuhkan tetapi dari segi perjalanannya, dari segi kekangan kewangannya, dari segi untuk dikembangkan memang agak sukar kerana ianya begitu terbatas.

Akan tetapi dengan adanya rang undang-undang ini, saya percaya kita akan dapat satu institut penyelidikan yang boleh kita katakan kita telah bermula di dalam negara kita ini yang sekurang-kurangnya kita telah menapak selangkah ke hadapan berbanding dengan rakan-rakan kita yang lain. Walaupun tadi saya dengar daripada rakan-rakan daripada pembangkang sana kata kita tergesa-gesa sebenarnya untuk membentangkan rang undang-undang ini. Saya rasa kita tidak tergesa-gesa kerana kita sudah ada MIROS sudah cukup lama dan kita pun bagi dahulu peruntukan pada MIROS kalau tidak silap saya lump sum sahaja sekali selepas itu kita tidak bagi lagi. Selepas itu hendak berjalan pun sukar, untuk mengkaji pun sukar, untuk mengambil staf pun sukar, untuk membeli barangan pun sukar. Saya fikir dengan tertubuhnya institut ini, saya rasa sekurang-kurangnya ianya boleh memohon untuk peruntukan daripada kementerian ataupun daripada pihak kerajaan dengan kerja-kerja yang dipelankan ataupun yang akan dibentangkan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan bahawa dengan tertubuhnya institut penyelidikan ini, saya mengharapkan supaya institut ini bukan sahaja berjalan secara persendirian, bukan sahaja berjalan secara berseorangan tetapi hendaklah institut ini berselari ataupun mengambil kira dengan mana-mana pusat penyelidikan dalam negara kita. Ini termasuklah pusat-pusat penyelidikan daripada universiti-universiti kita iaitu terutamanya yang ada kaitan dengan kajian kenderaan ataupun dalam bidang kenderaan ini supaya apabila kita dapat bergabung dengan adanya dibuat oleh institut ini bersama dengan universiti-universiti ini. Saya percaya kita punya perkembangan untuk membuat penyelidikan itu, maka kita akan dapat satu hasil yang cukup baik dan mantap. Mungkin

final • 8:14 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

daripada situ, kita boleh mengesyorkan kepada pengeluar-pengeluar kereta kita dan kenderaan supaya mematuhi perkara-perkara yang telah pun kita kaji ini dan ianya sudah tentu dapat memberikan manfaat kepada pengguna-pengguna kenderaan dan lebih pentingnya kepada rakyat kita di dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya teringat saya pernah dahulu suatu ketika melawat satu universiti di Sepanyol iaitu Catalunya University, di mana universiti ini adalah sebuah institut penyelidikan yang begitu besar dan mempunyai litar untuk membuat test kenderaannya seperti mana litar lumba kita.

final • 8:14 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi saya difahamkan dan diberitahu pada ketika itu bahawa kebanyakan daripada peralatan kenderaan sama ada peralatan yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar- besarnya. Contohnya sistem brek, tayar dan sebagainya yang mana pengeluar sebelum daripada mereka memasarkan barangan-barangan mereka ini mereka mestilah dahulu pergi ke pusat ini untuk mendapatkan pengiktirafan ataupun sijil sebelum mereka boleh memasarkan. Daripada test ataupun kajian yang dibuat oleh institut ini maka barulah ianya baru boleh dikeluarkan di pasaran secara terbuka.

Ianya sudah tentu sedikit sebanyak walaupun seperti rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota kata tadi, mungkin agaknya kita bukan untuk pelaburan dan sebagainya tetapi kalau kita boleh mengambil kesempatan ini, di kawasan Asia Tenggara ini saya percaya banyak pengeluar-pengeluar barangan kenderaan ini datang kepada kita dan kita boleh mengenakan caj. Kita boleh mengenakan bayaran kepada mereka untuk mereka datang kepada kita dan kita memberikan perkhidmatan kepada mereka dengan bayaran- bayaran yang tertentu. Ini sudah tentu memberikan pendapatan dan melonjakkan negara kita lagi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kalau dahulu kita hanya sebagai pengeluar kenderaan Proton, Perodua dan sebagainya, tetapi pada hari ini apabila ada institut ini dan bekerjasama dengan universiti- universiti atau institut-institut penyelidikan yang ada dalam negara kita. Ini akan melonjakkan negara kita ke mata dunia bahawa kita ada menubuhkan satu pusat untuk membuat uji kaji kepada sistem kenderaan dan sebagainya yang bukan sahaja seperti mana yang disebut jalan raya dan sebagainya.

Akan tetapi untuk pengeluar tayar tempatan, untuk pengeluar brake pad tempatan dan apa juga barangan yang ada kaitan dengan kenderaan dimasukkan ke pusat ini dan dikeluarkan sijil yang tertentu. Maka kita akan meletakkan negara kita sebagai sebuah negara pengeluar kenderaan yang terunggul di rantau ini. Ini kerana tidak ada pun satu institut penyelidikan yang boleh membuat uji kaji kepada kenderaan ini malah kita terpaksa pula menghantar ke luar negara seperti Amerika, Spain dan Jepun pun sendiri saya rasa tidak ada satu pusat penyelidikan yang seperti mana dibuat di Catalunya University di Spain ini.

final • 8:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hebat!

final • 8:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya amat bersetuju dan amat menyokong bukannya kita membuat dengan cara yang tergesa-gesa, dengan cara yang dikatakan kita buat satu-satu perkara itu hanya kita menghadap begitu sahaja. Akan tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi kita telah ada MIROS dan sebagainya. Akan tetapi hari ini kita melangkah setapak ke hadapan. Bukannya kita melangkah satu tapak ke belakang. Ini yang saya rasa rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang patut menyokong perkara-perkara ini dan bukannya kita memandang perkara ini sebagai satu perkara yang tidak baik.

final • 8:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 8:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sebenarnya satu perkara yang baik kalau kita memandang perkara ini secara yang lebih positif maka ia akan menjadi positif. Kalau kita memandang perkara ini dengan cara yang negatif, maka ia akan menjadi negatiflah. Kalau kita tidak bermula dari sekarang, bila kita hendak bermula Tuan Yang di- Pertua?

final • 8:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sekijang, boleh seminit?

final • 8:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sila.

final • 8:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sekijang, adakah Yang Berhormat merasakan bahawa institut yang akan membuat kajian untuk testing tayar, brek ini dan lain-lain ini memerlukan kos yang tinggi? Adakah pada pandangan Yang Berhormat Sekijang elok peranan ini dimainkan oleh pihak swasta yang ada segala-galanya seperti HICOM, malah kerajaan sendiri telah pun menswastakan PUSPAKOM itu. Ini kerana PUSPAKOM ada expertise dan segala-galanya. Jadi kalau kita bagi balik kepada institut untuk buat test ini, nampaknya kita reverse balik ke belakang, sedangkan pada waktu yang sama kerajaan juga hendak meminta pihak-pihak swasta khususnya melaksanakan tugas yang penting seperti ini.

Apakah pandangan Yang Berhormat Sekijang kita harus memberikan ini kepada pihak swasta daripada kita membebankan kerajaan dengan tanggungan kos tambahan ini.

Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Kita semua tahu bahawa apabila kita membuat sesuatu itu kita bermula daripada kerajaan. Kalau kita hendak melepaskan kepada pihak swasta sebab pihak swasta ini ada memikirkan keuntungan dan rugi dia. Kadang-kadang bila hendak membuat penyelidikan ini Tuan Yang di-Pertua, makan masa yang lama, memerlukan peralatan yang mahal dan kita pula terpaksa mengambil pekerja ataupun profesional- profesional dari luar. Tentunya ini memakan belanja yang cukup besar sebab kita hendak mendapatkan nasihat dari luar. Semua ini kena bayar. Bukannya kita dapat free Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi dengan adanya pusat-pusat penyelidikan sebegini dan kita boleh agaknya bekerjasama dengan pusat-pusat penyelidikan di luar. Misal kata yang saya katakan mungkin daripada Jepun, Thailand dan daripada mana sekalipun. Bukan kita hendak melepaskan sahaja. Memang kita telah ada HICOM, kita telah ada PUSPAKOM tetapi untuk hanya – macam PUSPAKOM tujuannya ada khusus yang tertentu. HICOM pun ada tujuannya yang tertentu. Ini pusat penyelidikan.

Saya tidak pernah pula dengar kalau HICOM ini ada mengeluarkan penyelidikan tentang keselamatan jalan raya. Saya tidak pernah dengar Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya katakan tadi bahawa kalau kita memandang perkara itu secara positif maka akan positiflah jadinya dan kalau kita memandang perkara itu satu perkara yang negatif maka ia akan menjadi negatif.

Saya percaya Yang Berhormat Sungai Petani pun saya rasa akan menyokong kita sebenarnya kerana ini adalah permulaan kita. Ini kerana di rantau ASEAN dan Asia pun, kita tidak ada satu pusat penyelidikan kenderaan dari segi keselamatannya, dari segi pengeluarnya dan dari segi apa pun tidak ada lagi. Kalau kita bermula di sini dan kita dapat bersama-sama dengan pusat penyelidikan yang ada kena mengena dengan kenderaan ini Tuan Yang di-Pertua, maka sudah tentu kita akan menjadi satu negara yang boleh setanding di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang kalau dahulu kita tidak boleh menjadi kereta tetapi sekarang kita sudah boleh menjadi pengeluar kereta. Kita pun sudah menjadi pengeluar motosikal.

Jadi kalau semua peralatan ini kita keluarkan seperti motosikal, kereta dan yang berkaitan dengannya seperti bas dan sebagainya, walaupun ada dari luar kata tayar yang kita import itu kita tengok dahulu dari segi kesesuaiannya di dalam negara kita ini, sama ada suhu atau cuacanya sesuai dengan negara kita ataupun tidak, terpulang kepada penyelidikan ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya habis saya hendak minta juga dalam masa yang terdekat ini sekiranya institut ini tertubuh nanti sebab saya diberitahu bahawa yang pertamanya tentang penggunaan minyak kita pada hari ini. Ini kerana pada hari ini banyak sangat kereta yang terbakar. Belum ada lagi kajian yang dibuat secara terperinci agaknya.

Adakah penggunaan minyak kita yang kita campurkan bermacam-macam itu boleh menyebabkan kenderaan terbakar dan tersadai di tepi jalan ataupun sebagainya.

Keduanya tentang tayar celup atau pun retread tyre ini, Tuan Yang di-Pertua yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat ini. Kadang-kadang bergulung di tengah highway ataupun di tengah jalan raya menyebabkan kenderaan-kenderaan kecil, kereta- kereta dan motosikal terlanggar gulungan tayar celup ini dan menyebabkan kemalangan yang lain pula. Kadang-kadang bukan sahaja menyebabkan kecederaan tetapi boleh menyebabkan kematian.

final • 8:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Apakah kita sesuai lagi untuk menggunakan tayar celup ini di dalam negara kita terutamanya kepada kenderaan-kenderaan yang berat Tuan Yang di-Pertua? Jadi di kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, kawan-kawan lain pun ramai lagi yang hendak memberikan pendapat mereka dalam akta ini dan saya dengan ini Tuan Yang di-Pertua mohon untuk menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 8:30 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012. Hanya ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dan perlu sedikit penjelasan daripada kementerian yang mencadangkan rang undang-undang ini.

Seperti mana yang kita sedia maklum MIROS telah pun ditubuhkan pada tahun 2007 dan mereka beroperasi sebagai satu badan berkanun dan melakukan tanggungjawab mereka secara berhemah dan juga bijak dengan cara-cara kajian yang telah dilakukan.

Saya ingin tanya mengapakah perlu satu rang undang-undang seumpama ini? sama ada ia akan membantu mereka memperkasakan lagi kegiatan mereka sekiranya ada rang undang- undang ini apa kebaikan di antara rang undang-undang ini dan juga status mereka yang sudah mereka beroperasi sekarang? Itu yang pertama.

Kedua, daripada sejak mereka ditubuhkan seperti mana yang saya telah katakan tadi 2007 apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh MIROS. Daripada kejayaan yang telah mereka capai apakah yang telah dipakai guna oleh JKJR ataupun agensi-agensi lain untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya di negara kita ini.

Ketiga, bersangkut-paut dengan fasal 11 keanggotaan lembaga. Baru-baru ini Dewan telah pun meluluskan pertubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi dalam fasal ini pula kita tidak lihat ada wakil daripada SPAD sebagai salah seorang ahli lembaga MIROS. Ini kerana saya pasti penglibatan mereka dalam MIROS ini sangat penting. Kita telah nampak pelbagai agensi ada dalam ahli lembaga ini tetapi kehilangannya ialah tidak nampak SPAD di sana.

Yang keempat, fasal 14 - fungsi lembaga. Kita ada satu lagi agensi di bawah kementerian iaitu JKJR. JKJR ditubuhkan pada tahun 2004 bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Manakala pada tahun 2007 MIROS pula ditubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan jalan raya. Ada persamaan. Soalan saya mengapa JKJR dan MIROS ini ditubuhkan berasingan dan tidak digabungkan? Adakah ini dalam rancangan ataupun apakah perancangan masa depan JKJR dan juga MIROS? Apakah perbezaan fungsi-fungsi yang dimainkan di antara JPJ, JKJR dan juga MIROS?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat sedikit maklumat tentang indeks kematian dan pencapaian MIROS dalam mengurangkan indeks tersebut sepanjang penubuhannya. Saya juga mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak ada orang lain bercakap.

final • 8:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Saya ada di sini Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat. Lepas itu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 8:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mencadangkan dan juga untuk bertanyakan tentang beberapa perkara selain daripada menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012. Saya dengar tadi apa Yang Berhormat daripada Sekijang

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

nyatakan dan saya menyokong penuh apa juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sekijang kerana itu mantan Pengerusi LPKP dahulu dan pernah bekerjasama rapat dengan MIROS dan banyak pengalaman.

Saya setuju benar supaya MIROS ini dijadikan sebuah institut yang mengkaji tentang keselamatan jalan raya Malaysia dan sebenarnya sudah sampai masanya. Tuan Yang di-Pertua, dahulu apabila berlaku kemalangan jalan raya dan sebagainya MIROS ini duduk dalam Jawatankuasa Inquiry Kemalangan Maut. Di dalam Jawatankuasa Inquiry Kemalangan Maut yang tersebut Tuan Yang di-Pertua MIROS akan memberikan pandangan daripada perspektif kepakaran yang ada pada MIROS untuk menasihatkan kepada Jawatankuasa Inquiry Kemalangan Maut tentang keputusan-keputusan yang patut diambil dan tentang tindakan-tindakan yang mahu dikenakan ke atas pesalah laku.

Contohnya dalam kemalangan bas yang berlaku di Bukit Gantang dan sebagainya yang menyebabkan jumlah kematian yang ramai. Dari segi kepakaran yang ada kepada MIROS akhirnya berjaya menampakkan kepada kita bahawa kemalangan-kemalangan jalan raya yang mengakibatkan banyak kematian ini berlaku akibat kecuaian kepada pemandu sendiri, berlaku akibat daripada keadaan jalan raya dalam soal road furniture dan sebagainya yang ada dan perlu diambil berat.

Maka dengan itu sebenarnya sepatutnya MIROS ini sudah dijadikan sebagai institut dan diletakkan dalam bentuk perundangan lama terlebih dahulu sebelum dilakukan pada hari ini. Maknanya sepatutnya sudah diadakan lama sebelum ini. MIROS boleh menjadi satu badan yang memberikan pandangan-pandangan dan nasihat dan juga berperanan penting dalam usaha untuk menjaga keselamatan pengguna terutama dari segi keselamatan jalan raya.

Saya juga setuju dengan fasal 6 bawah perkara (j), fasal 6 untuk mengkaji semula tentang kurikulum kursus memandu. Sudah sampai masanya, kerana saya tidak tahu berapa kerap atau bilakah masa yang terakhir kerajaan menilai kembali modul-modul yang ada di sekolah-sekolah memandu? Ini untuk memastikan bahawa mereka yang datang untuk diajar menjadi pemandu yang berhemah, pemandu yang sihat, pemandu yang tahu amalan keselamatan jalan raya yang baik melalui sekolah-sekolah pemanduan ini disemak modul-modul yang ada di sekolah-sekolah memandu ini.

Saya hendak tanya dengan pihak kerajaan bilakah tarikh terakhir kerajaan menyemak modul-modul yang disediakan di sekolah-sekolah memandu ini? Berapa kerapkah sekiranya mengkaji semula piawaian ini akan dilakukan? Berapa kerapkah kajian semula terhadap piawaian ke atas modul-modul sekolah-sekolah memandu ini akan dilaksanakan dan adakah pihak MIROS akan juga mengambil kira sama ada modul yang disediakan di bawah sekolah-sekolah memandu ini. Adakah ia cukup baik untuk menyediakan pemandu yang berhemah, pemandu yang selamat supaya mereka boleh berada mereka boleh berada di jalan raya yang bukan sahaja akan menjamin soal keselamatan...

final • 8:34 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat Tenggara.

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

...Nyawa mereka tetapi juga pengguna-pengguna jalan raya yang ada di atas jalan raya kita di Malaysia ini.

final • 8:34 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sekejap, sedikit sahaja.

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Ya.

final • 8:34 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Menyokong. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenggara setujukah Yang Berhormat Tenggara sekiranya modul-modul yang disebutkan tadi dipanjangkan kepada sekolah-sekolah kita. Kalau kita lihat macam di tempat saya di luar bandar di sekolah-sekolah macam Tingkatan Satu, Tingkatan Enam mereka juga kadang-kadang bawa motosikal. Ini amat berbahaya juga. Setujukah Yang Berhormat Tenggara kalau tenaga-tenaga dari MIROS ini diletakkan ataupun dijadikan sebagai guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya kita harap pendidikan keselamatan tentang jalan raya dan sebagainya dapat diterap di peringkat sekolah-sekolah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya setuju dengan pandangan itu supaya dilihatkan perlukah ada satu modul khusus untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya di tingkatan tiga, empat dan lima yang

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

sudah memang kalau di kawasan-kawasan kampung di FELDA memang sudah bawa motor hari-hari tanpa topi keledar. Akan tetapi bukan MIROS jadi pegawai pemantau tetapi mungkin MIROS boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran agaknya untuk memikirkan dan membangunkan satu modul khusus untuk pelajar-pelajar sekolah dengan mengambil kira tentang soal keselamatan pelajar-pelajar yang juga menjadi pengguna jalan raya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua saya juga hendak tahu daripada MIROS mudah-mudahan dengan kajian yang akan dijalankan oleh MIROS adakah sistem pendidikan dalam sekolah-sekolah memandu ini cukup untuk mendidik dan mengajar dan melahirkan pemandu-pemandu yang selamat di atas jalan raya.

final • 8:34 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Ada kaitan atau tidak antara modul yang disediakan di sekolah-sekolah memandu ini dengan sifat dan sikap pemandu-pemandu di atas jalan raya yang ada ini, yang mungkin tidak mengamalkannya dengan sepenuhnya dan akhirnya menjadi punca kepada kemalangan-kemalangan yang berlaku di Malaysia ini?

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan fasal 6(b), “Membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur”. Saya berharap mudah-mudahan dengan tertubuhnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini, peranan MIROS itu akan menjadi lebih besar dan lebih penting dalam soal untuk menentu dan menjadi penasihat kepada dasar yang berkaitan dengan soal keselamatan jalan raya. Kalau dulu pada zaman LPKP dulu, peranan MIROS ini tidak begitu terserlah. Cuma terserlah apabila berlaku kemalangan-kemalangan maut seperti yang saya sebutkan tadi, mereka duduk secara automatik dalam jawatankuasa kemalangan inquiry maut.

Jadi, saya harap pada kali ini, peranan MIROS itu akan jadi lebih penting sebagai penasihat utama, sebagai penasihat kepada kerangka utama tentang dasar dan juga objektif keutamaan nasional bagi menentukan pentadbiran keselamatan jalan raya yang lebih teratur bukan sahaja dari segi sistem yang ada tetapi juga dari segi pembentukan jalan-jalan yang perlu dibina.

Saya teringat dahulu Yang Berhormat Pasir Mas ada mengutarakan dalam ucapan beliau. Kalau sudah tahu jalan itu bahaya, kenapa hendak buat jalan yang berliku-liku, jalan yang banyak corner, jalan yang memang menjadi jalan yang bahaya? Kalau kita tahu jalan itu bahaya, kenapa hendak buat jalan yang berbahaya kepada pengguna? Jadi mungkin penyataan Yang Berhormat Pasir Mas suatu waktu dahulu dalam ucapan beliau itu perlu juga diambil kira oleh MIROS. Kalau sudah tahu jalan itu akan membahayakan penggunanya, maka kenapa buat jalan yang berbahaya kepada pengguna jalan raya?

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam fasal 11 berhubung dengan keanggotaan Lembaga, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk melantik anggota dalam Lembaga ini terdiri daripada kalangan industri automotif yang ada bagi mendapatkan kepakaran dari segi keselamatan kenderaan? Sekarang yang menentukan keselamatan kenderaan ialah PUSPAKOM.

Adakah cukup dengan PUSPAKOM sahaja? Setiap enam bulan sekali kita hantar kenderaan kita untuk pemeriksaan dan pemeriksaan PUSPAKOM yang akan menentukan had umur dan juga tahap keselamatan kenderaan kita. Adakah cukup dengan peranan PUSPAKOM itu sahaja atau perlu ada peranan yang lebih luar biasa daripada PUSPAKOM untuk menentukan keselamatan kenderaan itu akan menjamin keselamatan nyawa kepada pemandu dan juga kepada pengguna jalan raya?

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang apabila kita hantar, saya perhatikan, ramai yang bercakap termasuk di mana-mana pun, apabila kita hendak hantar kenderaan kita ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan yang perlu dijalani, kita akan tentukan kenderaan kita berada dalam keadaan tip top. Kalau cermin itu gelap, dia akan tukar jadi tidak gelap. Jadi perkara yang baik-baik sahaja dalam bentuk kenderaan itu yang akan dihantar ke PUSPAKOM untuk tentukan kita lulus dalam pemeriksaan PUSPAKOM. Setakat mana agaknya MIROS juga akan dapat membantu dan memantau peranan PUSPAKOM untuk menentukan tahap keselamatan kenderaan yang akan digunakan oleh pengguna jalan raya.

final • 8:40 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan supaya dalam Lembaga ini akan ada ramai profesional yang pakar dalam bidang kejuruteraan automotif yang akan dimasukkan sebagai ahli kepada Ahli Lembaga.

Yang akhir sekali, saya juga hendak bertanya kepada MIROS, selain daripada kuasa-kuasa yang ada ke atas polis, kuasa yang ada kepada JPJ, kuasa yang ada kepada SPAD, adakah MIROS juga mempunyai kuasa pendakwaan ke atas individu ataupun syarikat yang cuai yang akan menyebabkan kemalangan terutamanya kemalangan maut?

Saya juga berharap mudah-mudahan cadangan dan hasil daripada kajian MIROS ini yang telah pun terbukti sebelum ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan akhirnya akan menjadikan kita sebagai pemandu yang selamat dan juga akan menjadikan jalan raya kita sebagai jalan raya yang selamat. Maka dengan itu, saya menyokong kepada rang undang- undang ini, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dapat jawab yang ada relevan walaupun nampak cantik argumentnya tetapi kalau irrelevant dengan undang-undang, buang masa sahaja jawapan itu. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:40 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pertubuhan MIROS dan banyak daripada pandangan-pandangan dan juga saranan- saranan yang diberikan amat berfaedah dan kita akan gunakan saranan-saranan dan pandangan ini sebagai panduan bagi kementerian ini untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya apabila kita menubuhkan MIROS ini, ia adalah merupakan satu lagi inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan bagi maksud untuk memastikan masalah keselamatan jalan raya di negara ini dapat ditangani dengan baik kerana seperti mana yang kita tahu bahawa, kematian di jalan raya adalah di tahap yang agak tinggi iaitu pada tahun lepas lebih kurang 6,877 kematian setahun dengan purata 18 kematian setiap hari. Ini adalah merupakan satu masalah yang serius. Kalau kita melihat ranking kita di dunia pada ketika ini ialah di ranking ke-46 daripada 172 buah negara.

Oleh sebab itu, Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pelbagai agensi bagi menangani masalah ini. Salah satu daripada agensi terdahulu yang telahpun ditubuhkan ialah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, tetapi Jabatan Keselamatan Jalan Raya adalah bertujuan untuk melaksanakan program-program intervensi dan melaksanakan kempen-kempen keselamatan jalan raya.

Oleh sebab itu kerajaan memikirkan bahawa ada keperluan untuk menubuhkan sebuah lagi agensi iaitu Malaysian Institute of Road Safety atau Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya sebagai menyokong amalan-amalan ataupun inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan ini. Yang paling penting di sini ialah penubuhan MIROS ini bertujuan untuk menyediakan satu institut bagi menjalankan penyelidikan berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan mereka akan bertindak sebagai penasihat ataupun memberikan input-input kepada kerajaan tentang dasar-dasar dan kaedah-kaedah ataupun keperluan- keperluan untuk mengadakan intervensi ataupun polisi-polisi berkaitan dengan keselamatan jalan raya di dalam negara ini.

Oleh sebab itu pada 3 Januari 2007, MIROS telahpun ditubuhkan dengan persetujuan Kabinet yang telah dilaksanakan pada - melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Ogos 2006. Tujuan penubuhannya ialah untuk salah satu yang penting di sini ialah merealisasikan matlamat kerajaan dalam menangani isu-isu keselamatan jalan raya bersandarkan kepada penyelidikan saintifik sebagai asas untuk merangka dasar-dasar dan program-program keselamatan jalan raya yang lebih berkesan ke arah mencapai status negara maju.

Akibat daripada itu, MIROS telah ditubuhkan dan kenapa ia perlu ditubuhkan sebagai satu badan berkanun dan bukan sebagai jabatan kerajaan adalah kerana penubuhan MIROS adalah untuk memastikan semua dasar dan intervensi keselamatan

final • 8:45 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

jalan raya yang dicadangkan kepada kerajaan adalah dilakukan melalui penyelidikan komprehensif yang dijalankan bersifat bebas atau independent dengan asas-asas yang saintifik. Ini memandangkan intervensi keselamatan jalan raya adalah melibatkan pelbagai kementerian atau agensi, dan bukan sahaja melibatkan Kementerian Pengangkutan.

final • 8:45 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Sebagai contoh penguatkuasaan Kod Amalan Keselamatan Kesihatan dan Persekitaran atau Safety, Health and Environment Code of Practice (SHE CoP) di bawah Tata Amalan Industri Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan yang diwartakan pada tahun 2010. Keberkesanan adalah melibatkan pelbagai bidang kuasa iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Pengangkutan dan penglibatan industri. Jadi itu adalah sebab mengapa ianya perlu ditubuhkan sebagai satu badan berkanun.

Selain daripada itu, ada juga persoalan yang dibangkitkan tadi iaitu mengapakan MIROS dan JKJR telah ditubuhkan secara berasingan dan tidak digabungkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat penubuhan MIROS dan JKJR adalah ditubuhkan mengikut peruntukan fungsi yang berbeza seperti mana yang saya katakan tadi MIROS telah menjalankan tugas penyelidikan dan ianya persetujuan untuk mengusulkan intervensi atau program-program berasaskan bukti yang cekap dari segi kos yang merangkumi aspek- aspek kejuruteraan dan reka bentuk jalan raya, teknikal kenderaan, sikap pengguna jalan raya dan keberkesanan aspek penguatkuasaan. Manakala JKJR berperanan sebagai agensi pelaksana program-program advokasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya ‘2011-2010’ dan menyokong Decade of Action for Road Safety ‘2011-2010’.

Jadi ada juga perkara yang dibangkitkan apakah setakat ini setelah lima tahun ditubuhkan, apakah kejayaan yang telah pun dicapai oleh MIROS semenjak penubuhannya.

Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang perkara ini dan untuk makluman Yang Berhormat sehingga ini terdapat 186 penyelidikan saintifik yang telah pun dihasilkan oleh MIROS. Melalui kajian-kajian tersebut telah ada sembilan dasar negara yang melibatkan keselamatan jalan raya telah dilaksanakan. Di antaranya:

(i) implementasi peraturan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) - cara meningkatkan keselamatan tahap kenderaan;

(ii) Kod Amalan Keselamatan Kesihatan dan Persekitaran atau Safety, Health and Environment Code of Practice (SHE) – bagi menetapkan piawaian keselamatan dari segi pengangkutan di Malaysia yang telah pun dijadikan syarat permit oleh SPAD dan LPKP dan juga sebagai satu industrial practice di bawah OSHA;

(iii) pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar di belakang di Malaysia bagi mengurangkan impak kecederaan akibat kemalangan jalan raya; dan

(iv) pendidikan keselamatan jalan raya yang bertujuan mendidik kanak-kanak terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya seterusnya mengurangkan statistik kemalangan yg melibatkan kanak-kanak. Sehingga kini lebih daripada 3 juta kanak-kanak yang telah didedahkan dengan pendidikan keselamatan jalan raya.

Selain daripada itu kepakaran MIROS juga adalah menganalisa kemalangan yang telah berlaku dan di antaranya ialah berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi yang telah berlaku di Simpang Pulai, Cameron Highlands pada tahun 2010 yang melibatkan 28 kematian dan kes kemalangan di Simpang Empat, Melaka pada 2010 yang melibatkan 13 kematian dan beberapa kes-kes lain.

Oleh sebab itu satu rang undang-undang bagi MIROS diperlukan adalah untuk memastikan institusi ini menjalankan peranan dan fungsi yang ditetapkan oleh kerajaan berasaskan rangka perundangan. Selain itu rang undang-undang ini juga adalah bagi memantapkan lagi pengurusan dan pembangunan MIROS dari segi peruntukan penjawat dan pengurusan kewangan.

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada membangkitkan isu-isu yang lain, ada di antaranya ialah Yang Berhormat Seremban berhubung dengan beberapa seksyen seperti yang beliau bangkitkan di sini iaitu seksyen 22 berhubung dengan bayaran elaun. Berhubung dengan bayaran elaun anggota lembaga mengikut kadar yang ditetapkan oleh Menteri dan perlu ditegaskan di sini bahawa ketetapan elaun perlulah mematuhi peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa dan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Oleh sebab itulah Menteri yang bertanggungjawab perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan ini terpakai kepada semua agensi-agensi badan berkanun yang terdapat di negara ini bahawa pembayaran elaun adalah tidak dibuat dengan sesuka hati tetapi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Seksyen 25 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban iaitu berhubung dengan kuasa Menteri untuk melantik Ketua Pengarah berdasarkan melantik seorang ketua pengarah berdasarkan kepada kemahiran dan kepakaran yang sesuai dan seterusnya meletakkan apa-apa kuasa sebenarnya tindakan ini adalah keputusan menteri dan berasaskan kepada syor lembaga yang diwakili oleh pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi dan pegawai-pegawai tersebut adalah merupakan stakeholders.

Untuk makluman Yang Berhormat saya ingin nyatakan di sini bahawa ahli-ahli lembaga yang akan menyertai lembaga MIROS adalah mereka-mereka yang dipilih daripada jabatan-jabatan tertentu yang merupakan stakeholders dan selain daripada itu mereka yang mempunyai kepakaran. Menteri akan melantik mereka berdasarkan kepada kebolehan, kemahiran dan kepakaran untuk membolehkan mereka mendapat input-input yang baik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab MIROS sebagai badan penyelidikan.

Ada juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban berkaitan dengan kuasa untuk meminjam. Institut sebenarnya hanya boleh meminjam dengan kelulusan menteri iaitu dengan persetujuan Menteri Kewangan. Bukan sahaja Menteri Pengangkutan tetapi juga persetujuan Menteri Kewangan dan hanya boleh digunakan bagi maksud memenuhi obligasi atau menunaikan kewajipannya. MIROS sama sekali tidak boleh membuat pinjaman untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan fungsi MIROS.

Oleh yang demikian adalah jelas terdapat check and balance di sini dan saya percaya keraguan Yang Berhormat itu telah pun kita dapat perhatian.

Yang Berhormat Seremban juga ada membangkitkan berkaitan dengan pinjaman dan pendahuluan. Seksyen ini adalah diperuntukkan kepada MIROS sebagai satu entiti undang-undang yang berasingan daripada kerajaan. Oleh itu perlu peruntukan kemudahan- kemudahan yang lazim diberikan suatu organisasi seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta kepada kakitangan. Pinjaman dan pendahuluan yang dimaksudkan itu adalah bagi kemudahan-kemudahan kepada kakitangan yang biasanya juga diperolehi oleh pegawai-pegawai ataupun kakitangan kerajaan yang lain.

Yang Berhormat Seremban ada membangkitkan tentang kebimbangan beliau tentang pelaburan. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa sebarang pelaburan yang dibuat oleh institut mestilah berkaitan dengan fungsinya iaitu berhubung dengan keselamatan jalan raya ataupun ia tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Fungsi ini adalah sama dengan fungsi-fungsi badan-badan berkanun yang lain seperti MARDI, FRIM dan geran yang dibeli oleh kerajaan setiap tahun adalah RM20 juta setahun dan mereka perlu menguruskan sumber kewangan ini. Kalau mereka menyimpan di fixed deposit pun itu adalah dianggap sebagai pelaburan. Mereka boleh melabur tetapi mereka haruslah tertakluk kepada tatacara ataupun guideline yang telah diperuntukkan bagi semua badan-badan berkanun yang terdapat di dalam negara ini.

Yang Berhormat Batang Sadong ada juga membangkitkan yang telah saya jawab tadi mengapa tidak diletakkan di bawah JKJR seperti mana yang saya katakan tadi bahawa MIROS dan JKJR adalah mempunyai dua fungsi yang berbeza. Berlaku pertindihan bidang kuasa, saya fikir ini tidak timbul kerana JKJR dan MIROS adalah dua agensi yang berbeza.

JKJR bertanggungjawab untuk melaksanakan intervensi manakala MIROS adalah melaksanakan penyelidikan dan penyelidikan itu akan dijadikan sebagai asas bagi melaksanakan dasar-dasar bagi memberikan nasihat kepada kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan menambah baik perundangan dan juga intervensi-intervensi

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

yang diperlukan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di negara ini. Berkaitan dengan pencapaian itu, saya telah sebutkan tadi.

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan l - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Kapit ada membangkitkan tentang berkaitan dengan, adakah MIROS mempunyai kuasa untuk mengesyorkan kerja-kerja naik taraf jalan raya? Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai agensi penyelidikan yang bertanggungjawab untuk mengkaji ataupun membuat penyelidikan berkaitan dengan keselamatan jalan raya, memang MIROS boleh mengesyorkan dan mencadangkan penambahbaikan terhadap keselamatan di jalan raya.

Sekiranya daripada penyelidikan tersebut didapati jalan tersebut boleh mengakibatkan kemalangan, misalnya ada tempat-tempat tertentu yang dipanggil sebagai accident prone area - berdasarkan kepada kajian MIROS mendapati bahawa, road engineering adalah merupakan salah satu punca kepada berlak unya peningkatan kemalangan di jalan raya khususnya bagi jalan-jalan di Sabah dan Sarawak.

Sememangnya kementerian-kementerian tertentu khususnya Kementerian Kerja Raya boleh menggunakan recommendation ini untuk menjadi asas bagi kerajaan melaksanakan penambahbaikan khususnya untuk merawat black spot area ataupun kawasan-kawasan di mana berlakunya banyak kemalangan.

final • 9:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak spesifik lagi. Bolehkah MIROS ini nanti akan mendesak kepada kementerian kerja raya untuk menggunakan penemuan atau penyelidikan yang dijalankan oleh MIROS. Bukan setakat Kementerian Kerja Raya, mungkin boleh menggunakan tetapi MIROS kalau dia pasti, okey ini yang sepatutnya dikerjakan, okey MIROS mendesak Kementerian Kerja Raya?

final • 9:00 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Yang Berhormat Kapit, seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa jika sesuatu kawasan itu sebagai accident prone area dan MIROS mendapati bahawa ia adalah merupakan punca kemalangan di situ adalah berlaku akibat daripada masalah road engineering ataupun masalah reka bentuk jalan yang tidak begitu sesuai, dan perlu penambahbaikan, saya fikir kerajaan, mungkin Kementerian Pengangkutan boleh mencadangkan melalui Kabinet ataupun melalui agensi yang lain untuk membolehkan supaya Kementerian Kerja Raya dapat membaik pulih tempat-tempat tersebut. Ini adalah merupakan keperluan bagi kita untuk mengadakan kajian-kajian ini kerana nasihat-nasihat yang berasaskan kepada saintifik dan research ini akan dapat menolong kerajaan untuk mewujudkan dasar-dasar ataupun pelaksanaan program-program yang lebih berkesan.

Yang Berhormat Indera Mahkota, ada membangkitkan tentang prestasi kewangan tahun 2010. Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya bertarikh 16 Ogos 2006 telah bersetuju supaya penubuhan MIROS dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan geran kerajaan sebanyak RM20 juta setahun selama tempoh 30 tahun.

Ini adalah peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi MIROS bagi tempoh 30 tahun. Sehingga ini Kementerian Pengangkutan masih menyalurkan peruntukan itu untuk belanja operasinya.

Perbelanjaan defisit bagi tahun 2010 telah pun ditampung oleh simpanan atau deposit sebelumnya. Oleh yang demikian, MIROS masih boleh beroperasi. Jadi, kebimbangan Yang Berhormat itu... Yang Berhormat berhak untuk bimbanglah kerana agensi ini sebelum ini walaupun ia telah ditubuhkan lima tahun yang lalu tetapi sebenarnya ia telah pun dibiayai oleh kerajaan. Akan tetapi untuk menjadikannya lebih berkesan seperti mana saya katakan di sini bahawa MIROS ini adalah ditubuhkan bukan sahaja bagi maksud untuk mengadakan penyelidikan keselamatan jalan raya dan memberikan nasihat kepada kerajaan tetapi pada masa-masa akan datang sekiranya ia telah menjadi satu agensi yang reputable dan hasil-hasil kajiannya dapat recognition daripada banyak badan bukan sahaja badan kerajaan atau institut yang lain tetapi ia juga mungkin digunakan, diswastakan atau dijual kepada syarikat-syarikat yang boleh menjadi pendapatan kepada MIROS. Ini sudah tentu akan membolehkan MIROS lebih independent.

Sekiranya mereka dapat menjual hasil-hasil kajian mereka sepertimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi - Yang Berhormat Sekijang telah memberikan satu overview yang begitu baik berkaitan dengan peranan sebuah research institute berdasarkan kepada pengalaman beliau. Apa yang ditubuhkan di MIROS ini adalah

final • 9:00 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu ingin menubuhkan satu institut yang credible. Kita rekrut ramai researcher yang berkaliber dan kita ambil MIROS ini untuk makluman Yang Berhormat, Ketua Pengarah yang pertama adalah Profesor Raden Umar yang sekarang ini menjadi Vice Chancellor Universiti Putra Malaysia. Beliaulah yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan institut ini kerana untuk membolehkan kerajaan mewujudkan satu research institute yang lebih proper supaya apa juga dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan keselamatan jalan raya di negara ini tidak dibuat dengan secara membuta tuli melainkan adalah berdasarkan kepada hasil-hasil kajian pakar-pakar. Ini adalah meletakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi. Mungkin di masa akan datang sekiranya segala intervensi, cadangan-cadangan, kajian-kajian dan juga intervensi ini berjaya dan membolehkan Malaysia dapat meningkatkan kedudukannya dengan lebih baik, sudah tentu akan memudahkan MIROS untuk menjual hasil-hasil kajiannya bagi kepentingan bukan sahaja industri tetapi juga bagi masyarakat antarabangsa.

Yang Berhormat Sungai Petani ada sedikit membangkitkan tadi, mencelah tadi, berkaitan dengan kementerian tidak perlu wujudkan institut tetapi letakkan SPAD ataupun diletakkan di bawah jabatan yang membuat penyelidikan. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat, fungsi SPAD tidak termasuk dalam menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya. Sepertimana yang kita tahu bahawa meningkatkan keselamatan jalan raya adalah merupakan salah satu daripada objektif di bawah NKRA. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebagai satu agenda nasional.

Bersesuaian dengan komitmen ini dan kepentingan isu ini, kerajaan pada tahun 2006 telah menubuhkan MIROS khusus untuk tujuan penyelidikan keselamatan jalan raya.

Seperti mana kita tahu bahawa, apabila kita menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditubuhkan sekarang, ia adalah bertujuan untuk memberikan fokus terhadap pembangunan dan pengawalseliaan pengangkutan awam di dalam negara ini. Kita memerlukan satu agensi yang khusus seperti MIROS ini bagi maksud memberikan penekanan terhadap keselamatan jalan raya berdasarkan kepada kebimbangan kita terhadap kemalangan jalan raya yang telah saya nyatakan tadi.

Walaupun ada tanda-tanda bahawa sebenarnya kalau kita lihat unjuran kematian jalan raya di Malaysia..., ada satu kajian saintifik yang telah dibuat oleh MIROS yang dilakukan oleh seorang pengkaji MIROS. Beliau telah mengatakan bahawa sekiranya tidak ada intervensi ataupun tidak ada kajian yang komprehensif dan intervensi yang menyeluruh, maka kematian pada tahun 2020 diramalkan pada tahap 10,716 orang berdasarkan kepada data- data yang dikumpul semenjak tahun 70-an hingga tahun 2010.

final • 9:00 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Akan tetapi dalam konteks yang sama juga Road Safety Research Centre Universiti Putra Malaysia telah menjalankan kajian pada tahun 2005 dan meramalkan 8,481 kematian yang akan dicatatkan pada tahun 2012 sahaja tetapi ini tidak berlaku. Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang kita tahu bahawa pada tahun lalu sebenarnya kematian hanya lah 6,877 kematian berbanding dengan ramalan yang telah dikemukakan tersebut bahawa kematian berada di tahap 8,481. Jadi, kalau kita lihat Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini telah pun sedikit sebanyak membuahkan hasil walaupun dengan segala kekangan.

Kalau kita lihat misalnya indeks-indeks kematian jalan raya misalnya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2001 ianya 5.17. Pada tahun 2005 – 4.18 dan pada tahun 2010 sebanyak 3.40. Ini tahun 2010. Bagi setiap satu bilion vehicle kilometer traveled pada tahun 2001 – 23.93, pada tahun 2005 – 19.58 dan pada tahun 2010 – 16.21. Ini adalah mengambil kira peningkatan kenderaan yang sentiasa bertambah setiap tahun iaitu lebih kurang RM1 juta satu tahun. Pada ketika ini kenderaan yang berdaftar di negara ini adalah lebih kurang RM21 juta dan dengan peningkatan kenderaan di dalam negara ini.

Kalau kita lihat motosikal adalah merupakan penyumbang utama terhadap kematian ini, di mana kalau kita lihat 60% daripada keseluruhan kematian di jalan raya adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 11 kematian sehari. Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan kita dan kajian-kajian menyeluruh berkaitan dengan perkara ini adalah diperlukan supaya kita dapat memberikan impak yang berkesan terhadap usaha-usaha ini. Jadi, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa].

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 9:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 60 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 9:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bertanya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka baru sekejap tadi untuk fasal 9 iaitu “pengkomersialan dapatan penyelidikan.” Dia memberi pengesahan sebenarnya perkataan pengkomersialan ini membawa maksud yang berlainan. Jadi, dicadangkan kepada saya tegur kepada Dewan supaya sebenarnya ikut pada peraturan biasa yang kita buat iaitu pengkomersilan dapatan penyelidikan.

Jadi, walaupun perkataan cuma satu huruf tetapi maknanya membawa kepada implikasi yang besar Tuan Pengerusi. Ini kerana saya telah merujuk kepada muka surat 11 dalam fasal 9 bertajuk “pengkomersialan dapatan penyelidikan.” Saya ambil peluang, saya tanya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dan mereka mengesahkan dan mereka minta supaya sampaikan teguran itu kerana kita masih lagi punya peluang untuk membuat pembetulan. Saya bukan sengaja timbulkan di peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi.

Saya baru ternampak dan kebetulan saya berhubung dengan mereka dan mereka memberi pengesahan dan minta saya sampaikan teguran ini kepada Dewan keran implikasi maknanya yang cukup jauh berbeza.

final • 9:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Apa perbezaannya Yang Berhormat?

final • 9:14 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkataan ‘pengkomersialan’ sebenarnya tidak membawa maksud untuk membawa value komersial. Perkataan sebenar ialah ‘pengkomersilan’. Akan tetapi saya tidak tahulah perlu pindaan macam mana, itu terpulanglah. Saya cuma membangkitkan dalam bahagian... [Dewan riuh] Tidak, bukan.

Jangan kata saya membangkitkan perkara ini mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka, itu menghina Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mereka beri teguran, saya rujuk kepada mereka. Mereka juga agensi kerajaan, mereka ambil inisiatif serta-merta semak dan maklumkan kepada saya dan minta saya maklum kepada Dewan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak betul kata saya mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka itu tidak betul. Bukan, saya menyampaikan hasrat mereka untuk tegur kerana perkataan ini tidak betul dan membawa makna yang buruk. Kalau membawa makna yang tidak buruk tidak apa. Ya, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri tidaklah bawa perkataan saya cuba untuk...

final • 9:14 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 9:14 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kemudian, perkara kedua di bawah kewangan. Penubuhan Kumpulan Wang, fasal 32. Saya hendak kepastian sebab perkara ini kebetulan masih lagi ada di tangan saya. Saya rujuk. Dalam jenis-jenis kumpulan wang, setakat ini belum lagi terdapat Kumpulan Wang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Maknanya jenis kumpulan wang ini masih belum diwujudkan lagi. Itu saya hendak pengesahan sebab begini. Kalau sekiranya rang undang-udang ini diluluskan, kemudian dibawa ke beberapa peringkat dan digazet, agaknya bila kumpulan wang ini hendak diwujudkan? Saya hendak tanya itu sahajalah.

final • 9:14 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bila agaknya kumpulan wang ini hendak diwujudkan kerana perwujudan kumpulan wang mestilah dibentangkan di dalam Dewan. Adakah maknanya setahun atau pun enam bulan beroperasi MIROS yang baru ini, perbadanan ini tanpa peruntukan kewangan yang kita tubuhkan daripada kumpulan wang yang baru sebab saya tengok di sini Tuan Pengerusi memang tidak tersenarai nama jenis kumpulan wang ini. Memang tidak ada daripada semua jenis kumpulan wang. Jadi, saya minta penjelasan itu. Kita sama-sama untuk mendapatkan kepastian. Terima kasih.

final • 9:14 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini ada sedikit penjelasan jugalah. Tadi Yang Berhormat Indera Mahkota menyebut soalan perkataan ‘komersialan’ dan ‘komersilan’ itu.

Jadi, biar saya memberi penjelasan Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan kita bersamalah pada tahun 2009, satu skandal yang amat besar berlaku di England. Kenapa saya sebut di England sebab kita masih menggunakan seksyen 32 peraturan hak dan kebebasan kuasa Parlimen, yang kita boleh menggunakan amalan yang berlaku di England. Jadi, dalam satu kontroversi dan skandal yang berlaku di England itu, dua perkara yang berlaku. Satu pembaziran kewangan dan satu lagi speeches for payment. Orang berucap di Dewan dan diberi bayaran.

final • 9:14 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kadang-kadang kita terdengar Ahli Parlimen, saya telah dipinta oleh syarikat ini, banyak berlaku di Dewan ini. Syarikat ini dipinta, si anu ini bercakap, si anu ini bercakap berhubung dengan perkara ini. Akan tetapi kalau tidak ada payment, saya berbincang secara menyeluruh pada tahun 2010 dengan pihak di England bahawa kalau tidak ada pembayaran, ia tidak menjadi skandal tetapi kalau ada pembayaran, ia jadi skandal di England dan ramai Ahli Parlimen diminta berhenti.

Jadi di sini ia tidak menjadi apa-apa masalah walaupun disebut Dewan Bahasa dan Pustaka memberitahu pointers. Akan tetapi yang elok sekali Yang Berhormat, sebutlah saya berbincang dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan dapati perkataan ini kurang tepat. Sila Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota kerana telah membangkitkan beberapa isu. Cuma yang ingin saya nyatakan di sini adalah ‘pengkomersialan’ ini adalah perkataan yang digunakan bagi dapatan penyelidikan dan membawa maksud yang berbeza bagi konteks yang berbeza.

Perkataan yang sama juga digunakan untuk badan berkanun yang lain yang menjalankan pengkomersialan dapatan penyelidikan. Ingin juga saya nyatakan di sini kalau Yang Berhormat tengok dalam bahasa Inggeris itu, seksyen 9 ianya disebut sebagai commercialization of research findings. Jadi saya harap itu dapat menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Berkaitan dengan Kumpulan Wang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ini, ianya adalah merupakan satu keperluan untuk menyalurkan wang sama ada geran daripada kerajaan ataupun daripada sumber-sumber yang lain ataupun daripada pendapatan-pendapatan yang lain. Kumpulan wang ini adalah selepas ianya diluluskan di bawah rang undang-undang ini, MIROS dan kementerian akan segera mengambil langkah- langkah untuk mewujudkan kumpulan wang ini bagi maksud untuk mengurus wang yang diberikan kepada MIROS dan tidak ada kena mengena dengan perkara-perkara yang lain.

Jadi ini sebenarnya adalah merupakan satu amalan biasa bagi semua badan-badan berkanun kerana mereka mempunyai fleksibiliti. Apabila kita menubuhkan satu badan berkanun, ia mempunyai fleksibiliti berbanding dengan jabatan. Mungkin Yang Berhormat pun sedia maklum kerana Yang Berhormat seorang auditor yang agak bereputasi juga.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya beritahu sikit. Saya baru melayari website, Pusat Rujukan Persuratan Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan jelas dikatakan di sini, ada satu soalan ini, frequent, lazim. “Tuan, apakah bezanya perkataan ‘komersial’ dengan ‘k’mersial'? Adakah komersial digunakan untuk maksud perniagaan?”Jawapan daripada DBP adalah ejaan yang betul ialah ‘komersial’, tiada ejaan ‘komersial’ dalam bahasa Melayu. Jadi saya tidak tahulah pegawai mana yang dibawa yang dirujuk oleh Yang Berhormat Indera Mahkota pukul 9 malam ini. Saya rasa Dewan Bahasa dan Pustaka pun sudah tutup. Jadi yang ini website daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya pun tidak tahu itu jawapan dari mana?

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Dewan Bahasa dan Pustaka.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, boleh print dan kita beri pada Tuan Pengerusi.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Ya, untuk makluman sahaja.

Jangan marah saya, marah website.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak, tidak. [Ketawa]

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak, tidak, sebab saya kata saya cuma sebut tadi sebab saya rujuk kepada seorang yang saya anggap boleh ada reputasi berkenaan dengan perkataan. Saya tidak ada maksud untuk mengelirukan perkataan, tidak tetapi kalau di sebutan itu ‘komersialan’, bunyinya memang macam perkataan yang tidak baik berbanding dengan komersil. Saya ingat beberapa kali Menteri yang menjaga portfolio yang lain menggunakan perkataan ‘komersil’, ‘pengkomersilan’. Saya ada banyak jawapan bertulis yang ada di tangan saya, saya kumpulkan berkenaan dengan jawapan Menteri dan timbalan menteri yang menyebut ‘pengkomersilan’.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Tidak apalah Tuan Pengerusi, ini Dewan Bahasa dan Pustaka ...

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita pun tidak tahu betul atau tidak itu.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Ada, ada, saya boleh bagi dia punya web, www.prpm.dbp.my.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak, betul atau tidak perkataan, kita tidak tahu.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

No, banyak di sini, ejaan yang betul ialah komersial.

final • 9:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya pun boleh tunjuk di sini.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Tidak, tidak, ini untuk pengetahuan ya.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Baiklah Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat, terima kasihlah. Saya ingat yang elok sekali kita dapatlah penjelasan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya pun dimaklumkan sebenarnya tiga hari lepas bekas pengarah dan linguis Dewan Bahasa dan Pustaka datang ke pejabat saya.

Ada satu perkataan lain yang mana perbezaan pendapat di antara pegawai- pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka daripada penggunaan dan ada sebab-sebab yang tertentu kenapa perkataan itu berlainan pendapat di antara pihak pegawai-pegawai ini. Jadi dengan itu, saya ingat di antara Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Biarlah diselesaikan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 9:20 PM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud kerana telah membetulkan dapatan tadi. Jadi itu sahaja Ahli- ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih di atas penyertaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perbahasan ini.

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan].

[Fasal-fasal 1 hingga 60 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang].

[Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang].

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang].

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

[Majlis Mesyuarat bersidang semula].

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan].

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Terima kasih, tahniah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, Selasa 3 April 2012.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.28 malam]

final • 9:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026